Jul172024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
-Penerangan Mengenai Penyata PAC dan Jawatankuasa Pilihan Khas -Pemeriksaan Kesihatan Ahli-ahli Parlimen

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Ahli Yang Berhormat, pada 30 November 2023, saya telah memaklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa setakat Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas ini, Dewan Rakyat telah menempa sejarah yang membanggakan kerana tahap akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat, berada pada tahap tertinggi menerusi keberkesanan urusan Dewan Rakyat, Kamar Khas dan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat. Ini adalah penting dalam memastikan fungsi Dewan Rakyat untuk semak dan imbang badan eksekutif dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Susulan itu usul telah dibuat untuk meningkatkan lagi tahap akauntabiliti ini.

Oleh itu saya telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat (JKPK) pada hari Isnin, 24 Jun 2024. Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan untuk Pengerusi PAC dan Pengerusi JKPK, membuat penerangan mengenai Penyata PAC dan JKPK yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam mesyuarat tersebut telah dipersetujui bahawa Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa perlu diberi ruang untuk membuat penerangan mengenai penyata-penyata Jawatankuasa Pilihan yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk memberi pendedahan dan liputan luas kepada rakyat berkenaan fungsi dan peranan PAC Dan Jawatankuasa Pilihan Khas dalam membincangkan isu-isu semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, penerangan penyata oleh Pengerusi PAC dan Jawatankuasa Pilihan Khas boleh dilaksanakan melalui Peraturan Mesyuarat 14(1)(l) yang dibaca bersama dengan Peraturan 25 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, di mana Pengerusi tersebut, boleh membuat penerangan ini setelah mendapat kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua. Pengerusi PAC dan JKPK perlu memberi notis di bawah peraturan mesyuarat-peraturan mesyuarat tersebut untuk membuat penerangan mengenai penyata jawatankuasa masing-masing.

Walaupun penerangan ini tidak dibahaskan, tetapi saya akan memberi ruang kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain untuk memberi pandangan atau mendapatkan penjelasan susulan.

Ahli Yang Berhormat, satu pemeriksaan. Ini isu kedua. Ambil, tolong perhatian ya.

Satu pemeriksaan kesihatan di atas Ahli-ahli Yang Berhormat dengan kerjasama

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilaksanakan pada tahun lepas. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat semua ya, yang telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan. Pemeriksaan kesihatan tersebut telah sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan Ahli Yang Berhormat pada peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan segera diambil.

Pada tahun ini, Kementerian Kesihatan sekali lagi telah bersetuju untuk mengadakan peperiksaan kesihatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sehubungan dengan itu tanpa pengecualian, surat mengenai pemeriksaan kesihatan tersebut telah diedarkan kepada Ahli Yang Berhormat. Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di fasiliti swasta. Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan kesihatan in terkandung dalam surat tersebut.

Ahli Yang Berhormat, pemeriksaan kesihatan ini adalah wajib dijalani oleh semua Ahli Yang Berhormat dan tarikh akhir untuk menjalani pemeriksaan tersebut pada hari Isnin, 11 November 2024. Andai kata Ahli Yang Berhormat tidak melaksanakan pemeriksaan ini, nama Ahli Yang Berhormat akan saya naikkan ke dalam website Parlimen...

[Tepuk] Sebarang pertanyaan mengenai pemeriksaan ini, bolehlah diajukan kepada Datuk Dr. Murugesu Raju, Ketua Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia. Baik, itu sahaja terima kasih pemasyhuran saya.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Siapa tidak hantar Yang di-Pertua tidak boleh tanding Dewan Rakyat.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya, insya-Allah. Saya akan pastikan itu. Dimaklumkan kepada Presiden Parti...

[Ketawa]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, bagi memulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan ini, saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

final • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Speaker, soalan Pulai nombor 1.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:00 AM

1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Kesihatan menyatakan, rancangan kementerian untuk mewujudkan National Health Financing bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat dan apakah cabaran yang dihadapi.

final • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri, Tan Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani.

Terima kasih Yang Berhormat Pulai, yang juga selalu sifatnya Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang sangat peka dan prihatin tentang hal-hal kesihatan, khasnya kesihatan- pembiayaan kesihatan reform yang nak kita lakukan.

Tan Sri Yang di-Pertua, reformasi pembiayaan kesihatan atau dengan izin, health financial reform adalah satu agenda besar KKM dan khususnya agenda saya untuk kali kedua sebagai menterinya dalam memodenkan sistem kesihatan negara. Selaras dengan kertas putih kesihatan dan juga selari dengan agenda besar memodenkan sistem kesihatan negara ini, KKM telah menubuhkan satu- pejabat atau bahagian khas yang kita namakan Pejabat Transformasi Kesihatan ataupun Health Transformation Office dengan

final • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

izin HTO bagi merencana dan menggerakkan segala usaha reformasi pembiayaan kesihatan ini, meskipun ia masih belum dibentangkan secara rasmi.

final • 10:00 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Apa pun untuk makluman Yang Berhormat, melalui perbelanjaan 2024 kita telah diperuntukkan kurang lebih RM41.2 bilion, iaitu kurang lebih 10 peratus daripada keseluruhan belanjawan. Agak besar juga ya.

Walau bagaimanapun, kita juga sedar sebagai selaku negara berpendapatan sederhana tinggi ya, itu masih lagi merupakan satu jumlah yang boleh diperbaiki. Namun, saya sedar akan kekangan fiskal ataupun fiscal deficit yang ditanggung oleh negara. Maka saya sebutkan kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan kalau saya tidak diberikan penambahan resource pun, izinkan saya untuk menjalankan kegiatan-kegiatan resourceful untuk menjana secara inovatif pembiayaan kesihatan ini.

KKM melalui HTO sekarang ini, sedang giat membangunkan pembangunan transformasi kesihatan secara berperingkat dan juga secara menyeluruh. Strategi KKM adalah tertumpu kepada inisiatif jangka pendek atau the quick win, the low-hanging fruits yang kita harapkan dapat kita laksanakan segera. Ini akan meningkatkan akses kualiti dan kemampuan perkhidmatan kesihatan yang berdekatan dengan rumah, nearer to home dan termasuklah mengurangkan masa menunggu bagi mendapat rawatan, pelbagai masa menunggu, elective surgery, berjumpa pakar dan sebagainya.

KKM sedar akan bebanan perbelanjaan duit poket yang keluar daripada poket rakyat sendiri atau dengan izin, out-of-pocket (OOP) untuk kesihatan yang berjumlah 37 peratus antara yang tertinggi, berbanding negara-negara jiran bahkan di dunia. Justeru itu, pendekatan pembiayaan kesihatan yang akan diambil kementerian adalah untuk mengurangkan inefficient spending dengan izin, ataupun perbelanjaan poket sendiri dengan kita meningkatkan kualiti perbelanjaan kesihatan supaya lebih efisien.

Pendekatannya itu adalah kalau dengan izin, prepaid dan pooled, prabayar dan dikumpul awal lagi tetapi itu adalah akan saya terangkan dalam dasar nanti.

KKM percaya bahawa dengan pengagihan dana kesihatan yang terus, ia dapat meningkatkan keyakinan dan sokongan untuk menambah pembiayaan kesihatan.

Justeru, kita berusaha ke arah penubuhan satu national health fund yang diurus secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang termasuk daripada hasil cukai, bukan cukai dan juga dana yang dikhaskan atau earmarked dengan izin, daripada kegiatan-kegiatan penguatkuasaan KKM seperti cukai, SSB dan yang lain-lain. Semuanya adalah dalam perangkaan dan perancangan kami.

Ini akan memahamkan pemegang taruh ataupun the stakeholders the various other stakeholders, bukan sahaja kerajaan, tapi GLC dan juga daripada pihak swasta tentang kepentingan pembiayaan kesihatan yang akan bersedia terlibat dalam momentum perubahan pembiayaan kesihatan yang keluar daripada cara konvensional yang hanya mengharapkan from sumber taxpayers’ money, tetapi kita- bahkan sebaliknya kita akan mengembangkan sumber-sumber ini dalam usaha untuk menubuhkan sebuah national health trust fund.

KKM juga sedar tentang kekangan mikroekonomi semasa, pentadbiran dan politik negara akan mempengaruhi transformasi kesihatan ini pastinya. KKM sedang meneliti dan memperincikan hala tuju reformasi pembiayaan ini dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Tan Sri Yang di-Pertua, hala tujunya akan mengambil kira cabaran dan realiti yang dihadapi serta memanfaatkan amalan dan pengalaman terbaik kesihatan global, insya-Allah Tan Sri. Begitu dahulu, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pulai.

final • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih kepada Speaker dan juga jawapan daripada Menteri ya. Speaker, kita akan berdepan dengan satu ancaman seperti mana yang disebut oleh WHO, satu ancaman dipanggil anti-microbial resistance (AMR)

final • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

pada tahun 2050 di mana pada waktu itu kematian dijangka jika ia tidak diusahakan untuk dielak, di Asia ada 4.7 juta. Di seluruh dunia ia akan menjadi satu masalah menyebabkan kematian lebih besar daripada kanser iaitu 10 juta kematian pada waktu itu.

Jadi bagaimana national health fund ini boleh membantu untuk mempersiapkan negara kita menghadapi ancaman AMR ini?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, Tan Sri Yang di-Pertua ini satu soalan yang agak mengejutkan kerana ia beralih daripada topik asal. Apa pun saya boleh menyebutkan akan perkara yang dibangkitkan oleh Pengerusi JPKP tadi akan apa yang dikatakan sebagai fenomena anti-microbial resistance (AMR) yang akan menjadi satu malapetaka kesihatan dalam waktu ke depan dan juga telah pun berlaku dan telah pun mengambil kesannya hari ini.

AMR dalam bahasa yang mudah adalah apabila ubat-ubatan yang dikatakan anti- mikrob sama ada mikrob itu adalah sifatnya bakteria, virus, protozoa dan selainnya dengan kewujudan resistance ataupun rintangan daripada microbes ataupun mikroorganisma ini, tiba-tiba apa yang dulunya menjadi satu yang antibiotik yang dulunya berkesan untuk kita tangani infeksi-infeksi tersebut tiba-tiba sudah tidak boleh lagi menangani infeksi itu.

Bayangkan kalau Penisilin, bayangkan berbagai antibiotics hari ini yang kita gunakan secara berkesan tiba-tiba ia tidak menjadi berkesan sudah sama ada nak menangani infeksi tuberculosis dan segala yang lain. Jadi dengan itu cabaran AMR adalah cabaran mendatang yang saya katakan sebagai next scourge of health, the next scourge of global calamity and global malapetaka kesihatan ke depan nanti...

final • 10:10 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

[Bangun]

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, terkait dengan persoalan health financing, saya kira ia adalah mustahak untuk kesiapsiagaan kewangan ya. Bagi mana-mana pun negara, perlu dibuat persiapan supaya dalam hal yang dikatakan universal health coverage, mantera yang digunakan oleh WHO, maknanya dengan tidak meninggalkan sesiapa pun dalam apa juga calamity kesihatan termasuklah pandemik dan sebagainya, jangan ada yang tertinggal dan tercicir ataupun terkena bahaya bencananya lalu terpaksa bergolok gadai untuk mendapatkan rawatan.

Itu yang dimaksudkan dengan health- Kalau ia terkait dengan health financial transformation ini, persiapan negara untuk berdepan dengan cabaran-cabaran besar seperti pandemik dan juga the anti-microbial resistance scourge atau malapetaka ini.

Justeru itu Tan Sri di-Pertua, mustahak untuk kerajaan membuat persiapan ini dengan mengadakan secukupnya national health funding untuk kita berdepan dengan cabaran- cabaran seumpama ini. Terima kasih Yang Berhormat Pulai, sangat baik soalan walaupun agak sedikit lari tetapi masih lagi dalam persiapan kewangan negara, persiapan kewangan kesihatan negara. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Nerus.

final • 10:10 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Jadi soalan saya ini Yang Berhormat Menteri tidak lari daripada soalan asallah ini.

Apa strategi kerajaan untuk membendung inflasi kos perubatan negara yang mencatatkan peningkatan ketara sekitar 12.6 peratus berbanding purata 5.6 peratus inflasi global pada tahun lalu.

Sejauh mana kajian impak dijalankan terhadap pelaksanaan perkongsian kos ataupun pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan (MHIT) ke atas syarikat insurans dan pengendali takaful mulai 1 September 2024 seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Yang akhirnya, adakah kerajaan juga bercadang untuk memperluaskan inisiatif seperti Skim Perlindungan Takaful B40 (MySalam) untuk menyediakan perlindungan

final • 10:10 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

takaful mampu milik kepada lebih ramai lagi golongan memerlukan untuk menghadapi situasi ancaman yang disebut AMR tadi? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Menteri.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus, kerap dan acap membangkitkan hal-hal kesihatan. Pertamanya daripada hal co-payment yang diisytiharkan oleh Bank Negara Malaysia. Itu adalah juridiksi ataupun bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Dan saya fikir adalah mustahak untuk Bank Negara Malaysia membuat satu strategic communication supaya tidaklah menimbulkan satu kesan alarmist, satu kesan kejutan yang tiba-tiba kita dengar dalam social media semua akan meninggalkan insurans dan akan semua berpusu-pusu beratur ke fasiliti-fasiliti kesihatan awam. Itu kesannya.

Jadi, saya minta supaya Bank Negara membuat satu clarity, penjelasan, pencerahan yang begitu baik dan kami sentiasa mahu memberikan sokongan andainya ia akan tidak membebankan rakyat dan tidak juga membebankan fasiliti kesihatan kerana kalau ramai yang tidak berinsurans maka mereka akan membuat b-line, beratur ke fasiliti- fasiliti kesihatan. Itu pertamanya.

Kedua, hal tentang ubat-ubatan atau harga atau umum lagi adalah kesan inflasi medical, the medical inflation rate yang dikatakan tinggi di Malaysia ini.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya akui ia adalah benar. Oleh sebab itu, saya pertamanya memohon supaya apa yang dikatakan sebagai pemilik dan pemain private house facilities khasnya APHM- Association of Private Hospitals of Malaysia mengambil perhitungan ini kerana saya sebagai Menteri, mahukan value-based healthcare bukan pay for service but pay for outcome supaya benar-benar keberkesanan pembayaran dan health outcome itu dapat kita capai dan ia tidak menjadi pencetus kepada inflation kerana pembayaran- pembayaran kos, prosedur dan sebagainya tidak terkawal. Kalaulah ia berpandukan insurans, jadi agak bebas yang dikatakan sebagai the moral hazard.

Saya yakin dan percaya setelah kita adakan kerjasama dan libat urus dengan APHM, mereka memahami konsep value-based healthcare yang saya mahukan sebab akhirnya nanti kalau setelah kita adakan kolaborasi awam dan swasta, kita juga memandang kepada fasiliti mereka untuk kita dapatkan apa pun yang tidak mampu kita bekalkan kepada rakyat secara kemampuan kami sendiri.

Jadi itulah peringatan untuk semua. Adapun dari sudut ubat-ubatan, kita memang ada pelaksanaan apa yang dikatakan sebagai ketulusan dalam price- transparency in drug pricing bukan kontrol kepada harga, tetapi transparensi dalam hal pricing kepada drug, ubat-ubatan.

Jadi yang itu dua. Apakah lagi satu tadi- MySalam, ya? Ke depan nanti kita akan dapat tentukan hala tuju MySalam kerana MySalam ini sebenarnya bukan bawah KKM tetapi bawah Kementerian Kewangan. Apa pun, kita akan beri sokongan andai ia memberikan manfaat kepada rakyat. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya difahamkan Gerik tidak berada dalam Dewan. Maka, kita bergerak ke soalan nombor 3. Saya jemput Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin, Kinabatangan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 3.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 10:20 AM

[Soalan No.2 – YB. Tuan Fathul Huzir bin Ayob (Gerik) tidak hadir]

  1. Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Ekonomi menyatakan, apakah langkah-langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia terutama lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia.

final • 10:20 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Kinabatangan. Untuk makluman Dewan, Laporan Survei Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES) yang terkini adalah pada tahun 2022 yang menunjukkan kadar kemiskinan tegar untuk negara telah berkurang daripada satu peratus pada tahun 2020 kepada 0.2 peratus atau bersamaan dengan 18,445 isi rumah di seluruh negara. Pun begitu, keadaannya agak berbeza di Sabah. Pertama kerana ukuran dan juga kos di Sabah itu lebih tinggi, lebih mahal daripada seluruh negara.

Jadi kalau pendapatan isi rumah, kayu ukur untuk nasional adalah RM1,198 satu isi rumah. Kalau di bawah itu, dikira miskin tegar. Di Sabah sebenarnya lebih tinggi. Untuk bandar, RM1,180 tapi di luar bandar ialah RM1,275. Jadi puratanya ialah RM1,218. Jadi, risiko keluarga di Sabah itu untuk berada dalam miskin tegar sebenarnya lebih tinggi daripada seluruh negara. Sebab itu dicampurkan pula dengan masalah-masalah lain, bilangan isi rumah yang berada di bawah kategori miskin tegar di Sabah ialah meliputi 38 peratus daripada seluruh bilangan isi rumah di seluruh Malaysia iaitu daripada 18,445 isi rumah seluruh Malaysia, sebenarnya 6,937 adalah di Sabah.

Jadi sebab itu kita sedia maklum bahawa daripada 10 buah- daerah-daerah termiskin daripada segi miskin tegar, sebenarnya tujuh di Sabah dan berikut senarai insiden kemiskinan tegar mengikut daerah-daerah termiskin di Sabah. Paling tinggi di Tongod, 5.9 peratus. Jadi kita bandingkan di nasional, hanya 0.2 peratus tapi di daerah Tongod, 5.9 peratus. Beluran, lima peratus. Pitas, 4.8 peratus. Kinabatangan, 4.6 peratus.

Kota Marudu, empat peratus. Tuaran, 2.6 peratus. Ranau, 2.4 peratus. Lahad Datu, 2.4 peratus.

Sudah tentu untuk membasmi kemiskinan di peringkat nasional dan di Sabah perlukan infrastruktur pembasmian kemiskinan peringkat nasional kemudian program- program khusus di daerah-daerah ini.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa daripada segi infrastruktur pembasmian kemiskinan peringkat nasional, beberapa langkah telah pun dibuat yang telah dibincangkan di dalam Dewan ini, termasuklah daripada segi mewujudkan pangkalan data bersepadu untuk memastikan setiap isi rumah. Kemudian, kita juga ada program-program untuk menambah pindahan tunai kepada keluarga-keluarga ini daripada Sumbangan Tunai Rahmah yang telah ditingkatkan.

Kemudian, diwujudkan pula Sumbangan Asas Rahmah, sementara peruntukan- peruntukan untuk program-program khusus di peringkat seterusnya termasuk IPR, Amanah Ikhtiar dan sebagainya. Kalau saya boleh mohon satu 2 minit lagi?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi, khusus untuk Sabah, Dewan sedia maklum bahawa keadaan di Sabah ini jauh lebih mencabar dari negeri-negeri lain. Pertamanya kerana kegiatan ekonomi yang mewujudkan peluang pekerjaan bergaji banyak bertumpu di pesisir pantai sama ada Pantai Barat ataupun Pantai Timur. Keduanya ialah kerana masalah infrastruktur yang lebih meruncing berbanding dengan negeri-negeri lain. Jadi kalau tidak ada infrastruktur yang memadai, maka kegiatan ekonomi itu pun susah.

Jadi sebab itu beberapa tindakan khusus yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Pertamanya ialah memang untuk menumpukan kepada pembinaan infrastruktur-infrastruktur. Saya boleh maklumkan bahawa untuk memastikan kita dengan cepat mengurangkan jurang infrastruktur di lapan buah daerah termiskin yang saya sebut

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

tadi, peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah pun diwujudkan untuk projek- projek infrastruktur di lapan buah daerah termiskin ini.

Selain itu, Sabah juga adalah negeri penerima tertinggi- ‘by far’ tertinggi daripada segi peruntukan projek kecil di bawah RM200,000 di bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat yang dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi. It is almost 40 percent, lebih kurang 40 peratus daripada keseluruhan projek kecil ini memang ditumpukan pada Sabah dan selain daripada fokus berpanjangan untuk mengurangkan jurang infrastruktur itu.

Sudah tentu kita ada program-program khusus di daerah-daerah miskin ini dan yang di bawah Kementerian Ekonomi adalah sudah tentu kita telah melancarkan dan sedang berjalan sekarang, Inisiatif Pendapatan Rakyat yang melibatkan pembukaan ladang-ladang pertanian moden di Kota Marudu, di Keningau dan juga sebenarnya di Kinabatangan.

Tanaman yang diusahakan setakat ini berbeza-beza. Kalau di Kota Marudu, nanas MD2 yang akan dieksport. Di Keningau, tanaman kontan yang boleh dijual dan juga di Kinabatangan. Jadi setakat ini untuk saya tutup, tumpuan akan terus diberikan selain daripada pembinaan infrastruktur untuk aktiviti ekonomi, memastikan keluarga miskin Sabah yang dalam miskin tegar itu diberikan tambahan di dalam STR, SARA dan pindahan tunai yang lain untuk membawa mereka keluar dan pada masa yang sama, menambah lagi projek-projek IPR INTAN di Sabah kerana projek-projek ini menjamin pendapatan bulanan RM2,000 sebulan yang akan selain daripada membantu keluarga itu keluar, ia akan membawa limpahan ekonomi setempat. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kinabatangan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tan Sri Yang di- Pertua, penjelasan panjang lebar. Walau bagaimanapun, sebetulnya di Sabah ini, rata- rata populasi dia 3.9 juta. Jadi, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri Ekonomi, macam mana ukuran tafsiran kemiskinan ini di Sabah dan Semenanjung. Sebab Sabah ini dua- dua daerah miskin Tongod dan Kinabatangan ini di bawah Parlimen saya, Tuan Yang di- Pertua. Keluasan dia sikit lagi macam keluasan negeri Pahang. Jadi saya rasa Yang Berhormat ada tersilap sikit mentafsir dan saya rela membawa Yang Berhormat dua tiga hari, kita tour di kawasan-kawasan miskin tegar ini.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Biar Yang Berhormat dapat gambaran macam mana corak kemiskinan dia. Jalan raya tidak ada, api, elektrik tidak ada, air tidak ada. Jadi, saya tidak tahu, di Sabah cuma 6,000. Itu terlalu, rasa saya, penghinaan kepada orang-orang miskin di Sabah.

Jadi, saya minta Yang Berhormat- berikan bagaimana ukuran kemiskinan di Sabah itu dilaksanakan. Corak cadangan yang dilontar oleh Yang Berhormat Menteri tadi memang baik, tetapi untuk pelaksanaan di kawasan-kawasan terpencil ini terlalu mustahil untuk kita laksanakan. Kalau Yang Berhormat tidak percaya, saya kata, saya akan bawa Yang Berhormat, bawa pegawai Yang Berhormat, kita turun. Dua, tiga hari penat lelah, tidak apalah, yang penting Yang Berhormat ada pengalaman macam saya menangani masalah mereka hadapi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih, Kinabatangan. Saya ingat kebanyakan daripada kita memang pernah sampai ke Sabah hingga kawasan pedalaman.

Jadi, kita sedia maklum. Cuma, pengukuran itu adalah pengukuran piawai yang bukan sahaja piawai di Malaysia dan telah digunakan sejak merdeka dan ditambah baik daripada satu masa ke satu masa, tetapi juga ia adalah piawai antarabangsa. Kita terikat oleh piawaian antarabangsa.

Bagaimana- perkara ini banyak dibincangkan sebelum ini. Laporan kemiskinan rasmi negara adalah berdasarkan kaedah survey. Oleh sebab itu, ia dibuat setiap dua

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

tahun. Survey pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas. Kaedahnya ialah dengan melihat kepada belanja minimum yang diperlukan untuk memenuhi kehendak kalori makanan dan keperluan asas.

Jadi, yang membezakan ialah untuk garis kemiskinan tegar yang saya sebut RM1,218 di Sabah tadi, ialah keperluan belanja untuk membeli makanan yang diperlukan bagi satu isi rumah. Kalau ditambah lagi dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain- pakaian dan sebagainya itu, sudah masuk kepada miskin. Ini lah piawai pengukuran kemiskinan yang piawai di seluruh dunia.

Jadi, bila disebut RM6,937 tadi itu, ia berdasarkan survey yang dibuat setiap dua tahun. Sebab itu kita sedia maklum bahawa pelaporan, kalau berdasarkan survey semata- mata, sementara itu lah kaedah yang diterima pakai seantero alam untuk menentukan kadar kemiskinan, tetapi untuk usaha membasmi kemiskinan, kita perlukan satu- pangkalan data yang berbentuk granular. Ia tidak boleh di peringkat makro, tetapi mengukur setiap isi rumah. Proses itu memang telah berjalan dan sedang berjalan.

Ada cabarannya, kalau di Sabah. Kerana, contohnya PADU- sebab itu saya sedia maklum permohonan Kerajaan Sabah, contohnya, untuk Kementerian Ekonomi memperuntukkan wang untuk kita mendaftarkan isi-isi rumah. Ini kerana, kalau mereka tercicir dari pangkalan data sebegini, maka itu yang selalu ada dilihat ada perbezaan antara pelaporan rasmi dengan macam mana kita hendak membasmi.

Jadi, insya-Allah, yang itu akan berterusan, sementara perkara-perkara lain seperti peruntukan untuk infrastruktur itu akan terus diberi perhatian, tetapi ia satu proses yang akan berterusan. Apabila infrastruktur-infrastruktur ini, sama ada fizikal ataupun infrastruktur pembasmian kemiskinan itu berjalan dengan baik, insya-Allah, kita boleh lebih tahu dan dapat capaian itu akan lebih menyeluruh. Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Mas.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya bagi Semporna.

Semporna bangun untuk Sabah. Boleh, Tan Sri? Semporna bangun.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, nak pass dekat Semporna? Okey. Semporna...

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Pasir Mas dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjelaskan secara terperinci tentang ukuran kemiskinan itu.

Saya setuju dengan rakan saya daripada Kinabatangan dari segi ukuran dan Yang Berhormat pun setuju tentang- saya ingat data dan kaedah dan juga figure yang ada di Sabah ini agak dah terbabas sikit. It doesn’t reflect, dengan izin, the reality.

Soalan dia, Tan Sri, ialah ukuran ini perlu kita ubahsuai. We cannot be international worthy then mentioned kind of things in measurement, lepas itu kita gunakan kaedah eKasih. Saya ini Menteri kampung lama. Hampir lapan tahun menjelajah ke Kapit, macam mana bantu Kapit, orang miskin di kawasan dia, macam mana kita bantu. Saya tidur di rumah panjang.

Masalah dia, kalau kita ukur makanan, Tan Sri, orang kampung boleh makan, fasal dia tanam sayur. Orang kampung boleh makan ikan, fasal dia tangkap ikan, tapi apabila hantar anak ke hospital, tidak ada duit. Kalau hantar anak ke sekolah, tak ada duit.

Di kawasan Tongod, Pitas, they are lucky, Tan Sri. Ini pengalaman saya sendiri, bukan saya dengar cerita orang. Saya masuk kampung. They are lucky kalau nampak RM50 sebulan, not RM50 itu. Saya pun sudah tegur dahulu kerajaan masa saya Barisan Nasional. We cannot use the concept of one-off BRIM RM1,000, RM2,000. Beli handphone one-off, satu hari pun habis.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau YB boleh tanya...

[Tidak jelas]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Cuma, saya minta- ukurannya satu bab. Ukurannya, saya ingat Yang Berhormat Menteri kalau boleh, kita ubah suai. It cannot be random. Kadang-kadang pegawai daerah itu turun ke bawah RM1,000, RM2,000, RM200 seorang, but it’s not reality dia. Seramai 3.9 juta- umat dan dinyatakan kerajaan negeri baru-baru ini, 9,000 miskin tegar. No way. Di Sebatik sahaja, hampir 10,000 orang penduduk, lebih daripada 1,000 sudah. Itu satu- kawasan, belum masuk Kinabatangan. Beribu miskin tegar di situ.

Saya ingat pangkalan data ini, Tan Sri, kalau kita hendak mengatasinya- masalah ini sudah berpuluh-puluh tahun sejak merdeka. We’ve never been able to completely eliminate poverty level in this country because we don’t have the right figure, we don’t have the right formula.

Saya cadangkan kalau boleh- tadi Yang Berhormat pun sudah cadangkan, baik. Saya setuju apa yang telah dilakukan. Saya nampak juga, saya buat lawatan di MP kawasan Kalabakan dan ADUN di Merutai di mana Yang Berhormat bantu petani-petani yang ada.

Bagi peruntukan, tetapi saya ingat, kalau boleh memperluaskan dia. Bukan hanya petani.

Ada persisiran pantai yang ada- nelayan. Bukan hanya di Kelantan, di Terengganu. Juga di kawasan saya sendiri, hampir 70 peratus nelayan di situ yang perlu dibantu. Terima kasih banyak.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Semporna. Silakan, Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Semporna. Saya ingat kita kena rangkumkan dan ada pendekatan yang bersepadu. Ini kerana daripada segi kaedah pelaporan itu, kita tertakluk kepada kaedah pelaporan antarabangsa. Kerana apabila badan-badan dunia, contohnya PBB, UNICEF dan sebagainya melaporkan kadar kemiskinan, kemiskinan tegar, ini perlulah mengikut piawai antarabangsa supaya boleh diukur daripada satu- negara ke-satu negara.

Jadi, sebab itu, kaedah miskin tegar itu memang secara piawai dunianya ialah mengukur kebolehan untuk memenuhi kehendak kalori makanan. Miskin mutlak yang selalu sebut miskin itu yang garisnya sekitar RM2,960 untuk satu- negara ialah yang mengukur kehendak perbelanjaan-perbelanjaan lain. Jadi, saya rasa sedia maklum, selalunya kita tidak membezakan di antara miskin tegar dan juga miskin. Kalau miskin itu, dia lebih tinggi berbanding dengan miskin tegar.

Pun begitu, itu tidak bermakna- kerana kita tertakluk kepada pelaporan antarabangsa- skim dan juga, dengan izin, program design kita untuk membasmi kemiskinan tidak boleh ditambah baik dengan kaedah-kaedah baharu. Sebab itu sekarang, contohnya di Kementerian Ekonomi, kita membangunkan satu kaedah yang tidak lagi semata-mata B40, M40, T20 atau pun semata-mata miskin tegar, miskin mutlak, tetapi berdasarkan konsep pendapatan boleh belanja untuk menjalani kehidupan wajar.

Jadi, kita tentukan setiap satu- kawasan mengikut daerah, apa perbelanjaan untuk mendapat kehidupan wajar. Kita tengok pendapatan bersih isi rumah di situ dan setelah ditolak, inilah garis yang akan menjadi rujukan di dalam PADU untuk melayakkan mendapat bantuan-bantuan kerajaan dan juga pindahan tunai.

Jadi, proses itu, Semporna, memang saya ingat hampir siap. Yang menjadi kegusaran saya ialah sekiranya ada keciciran daripada pendaftaran isi-isi rumah. Inilah yang menjadi cabaran yang lebih besar terutamanya di Sabah, kerana kita akan mengambil masa untuk memastikan semua isi rumah itu ada di dalam pangkalan data.

Kaedahnya itu memang dia akan beralih daripada garis RM1,100, RM1,300. Kita tengok perbelanjaan, tengok pendapatan.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kalau nak hidup secara bermaruah di kawasan itu, berapa pendapatan bersih setelah ditolak perbelanjaannya? Jadi, proses ini sebab itu dari semasa ke semasa saya mohon bantuan, bukan sahaja daripada Ahli Dewan, tetapi juga daripada kerajaan-

final • 10:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

kerajaan negeri supaya membantu memastikan setiap isi rumah itu ada di dalam pangkalan data utama kerajaan seperti PADU. Kalau ini boleh berlaku, barulah kita dapat memastikan datanya itu lebih sesuai dengan kehendak pembasmian kemiskinan kita dan bila datanya tepat, kaedahnya tepat, bila hendak disalurkan bantuan, sebahagian besar mereka itu telah pun berada di dalam pangkalan data. Barulah proses ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa hadapan. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Cuma saya hendak respons pada Semporna dan Kinabatangan. Seperti yang saya masyhurkan tadi bahawa di sinilah Jawatankuasa Pilihan Khas amat-amat penting bagi membantu kementerian. Kita, Select Committee on Economy, jadi sepatutnya Select Committee membantu kementerian.

Jadi, saya minta Pengerusi Select Committee on Economy dan lain-lain Select Committee untuk lebih proaktif mengenali masalah-masalah dibangkitkan Ahli Parlimen dan terus berbincang supaya memberikan juga pandangan-pandangan dalam bentuk yang lebih konstruktif kepada kementerian pada masa depan.

Baik, saya hendak bergerak ke soalan nombor 4 sebab kita sudah panjang soalan nombor 3 ini. Saya jemput Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.

final • 10:40 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua, Menteri yang saya hormati dan Ahli Dewan, soalan saya nombor 4.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 10:40 AM

4. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, apa usaha dan langkah kementerian dalam menggalakkan pengeluaran Durian Musang King, Duri Hitam yang mempunyai nilai yang tinggi untuk pasaran antarabangsa kepada pekebun-pekebun persendirian. Apa peranan yang dipertanggungjawabkan untuk dimainkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan.

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih pada Bukit Gantang yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menggalakkan pengeluaran durian bernilai tinggi di pasaran antarabangsa, KPKM melalui Jabatan Pertanian telah melaksanakan berbagai inisiatif:

(i) pembangunan tanaman buah-buahan pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan pergantungan import;

(ii) menyediakan kursus teknikal pertanian dan kemahiran asas yang berkaitan di sepanjang rantaian nilai pengeluaran hasil sehingga ke peringkat pemasaran;

(iii) mewujudkan kerjasama strategik bersama syarikat swasta dan agensi penyelidikan bagi pemerhatian teknologi pengurusan tanaman, kawalan perosak dan penyakit, pengurusan tanah dan pembajaan yang efisien bagi meningkatkan produktiviti;

(iv) mengeluarkan anak benih durian Musang King, Duri Hitam melalui pusat-pusat pertanian. Tahun 2021 sehingga 2024 sebanyak 79,130 anak pokok durian Musang King dan 18,707 anak pokok durian Duri Hitam telah dikeluarkan. Di pasaran saya melihat anak pokok Musang King dan Duri Hitam ini di sekitar RM35 hingga RM50 sepokok;

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

(v) mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman bagi memastikan pengeluaran bahan tanaman durian tulen dan berkualiti. Pegawai Pemeriksa Kompeten akan memperakukan anak benih klon yang memenuhi standard yang ditetapkan.

Sehingga 2003, 85 pengusaha pemilik nurseri durian telah berdaftar sebagai peserta di bawah Skim SPBT;

(vi) menggalakkan pelaksanaan pengeluaran anak benih pokok di antaranya cara tampang. Orang kampung panggil kahwin;

(vii) menggalakkan amalan pertanian baik oleh petani sehingga 2024, 4,775 hektar ladang durian telah didaftarkan di bawah myGAP iaitu Good Agricultural Practice melibatkan 1,231 orang petani dan sebanyak 50 fasiliti pemprosesan durian telah dibuat bagi tujuan eksport. Jabatan Pertanian turut bertanggungjawab memastikan pengeluaran buah peringkat ladang mendapat myGAP.

Dalam pada itu, usaha menyokong ahli-ahli peladang, petani bersendirian yang berkecimpung dalam tanaman durian ini terus dilaksanakan. Di mana KPKM melalui LPP telah melaksanakan Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-UP) berdasarkan peruntukan yang disalurkan oleh KPKM. Ertinya, LPP akan memainkan peranan, terutama sekali untuk mengambil tahu dan juga membimbing pekebun-pekebun yang kecil, bukan bertaraf besar.

KPKM telah menandatangani protokol keperluan fitosanitari pengeksportan buah durian dengan negara China iaitu melalui dengan GACC sempena dengan lawatan Perdana Menteri China ke Malaysia pada bulan yang lalu. Oleh itu, kita mengharapkan bahawa perhatian diambil supaya penanam durian ini akan dapat memasarkan buah mereka ke peringkat antarabangsa tidak lama lagi, terutama pekebun-pekebun yang bertaraf kecil dan sederhana. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bukit Gantang.

final • 10:40 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tan Sri Speaker...

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tan Sri Speaker, saya hendak mohon laluan sedikit. Bukit Gantang itu tulis PN, dia bukan PN sudah. Tak tahu macam mana boleh duduk situ lagi itu. Dia...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada bukti yang PN tulis kepada saya tarik dia keluar? Ada bukti?

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dia sendiri dah kata dia bukan PN.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, ada bukti tidak, hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Oh, jadi kena tulis kepada Tan Sri Speaker?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kena tulis kerana saya tidak tahu.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, BERSATU ada tetapi PN belum, sebab rekod kita semua mengikut PN, bukan BERSATU ataupun PAS. Sila, sila do that. Setiausaha Agung ada sini. Silakan Bukit Gantang.

final • 10:40 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak share data di Bukit Gantang. Bukit Gantang merupakan pengeluar durian yang terkenal di Malaysia. Bilangan petani yang mendaftar seramai 340 orang, luas tanaman berhasil 268 hektar bersamaan dengan

final • 10:40 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

663.9 ekar, berat hasil semusim 2,993,814 kilogram, bermakna 2,993 metrik tan. Dengan anggaran hasil RM17,962,888, pendapatan per kapita petani ialah RM52,832.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalannya?

final • 10:40 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Apa yang saya hendak soal di sini ialah untuk mengatasi kos sara hidup, satu cara ialah dengan menurunkan harga barang tetapi cara yang kedua ialah meningkatkan hasil penduduk ataupun rakyat. Saya telah berusaha sekarang ini untuk menggantikan pokok- pokok durian tradisional ini kepada pokok yang bernilai tinggi iaitu Musang King, Black Thorn sebagaimana Menteri sebut tadi. Masalahnya ialah pekebun-pekebun ini tidak ada modal. Satu ekar kosnya RM60,000 sehingga berbuah lima tahun.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalannya kepada Menteri apa dia?

final • 10:40 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Soalannya ialah minta Menteri menyediakan. Saya sudah kira lebih kurang RM20 juta untuk geran ataupun pinjaman soft loan. Kalau Kementerian Pertanian tidak ada peruntukan, saya beralih di sebelah jirannya, Kementerian Ekonomi di bawah SEJATI MADANI ada RM1 bilion. Saya minta supaya diperuntukkan RM20 juta untuk mengubah ataupun menukar tanaman tradisional pokok durian kepada Musang King ataupun dengan peruntukan RM20 juta ini hasil RM17 juta itu boleh kali dengan lima kali.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:40 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bermakna hampir RM100 juta hasil yang akan didapati oleh pekebun-pekebun dengan hanya investment RM20 juta. Itu soalan saya, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih, Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih pada Bukit Gantang yang telah memberi soalan dan juga penjelasan. Memang durian ini satu perkara yang muncul sekarang dengan begitu hebat terutama apabila ia dapat dieksport ke negara China secara raw. Kita ada pelbagai agensi atau kementerian membantu dalam peningkatan ekonomi ini, Menteri Ekonomi, KPKM dan lain-lain kementerian, tetapi kita kena lihat masalah menambah pendapatan, kita akan bincang di sudut sama ada dalam bentuk geran, pinjaman mudah dan sebagainya kita akan sit down dan duk betul-betul hal durian ini sebab ia tidak sama dengan kedudukan beras, tak sama dengan hal daging, ikan, telur, minyak masak. Ini keperluan.

Kalau tak ada bahan-bahan ini kehidupan rakyat terjejas, tetapi kalau tak ada durian, dia tidaklah berapa terjejas. Walau bagaimanapun, ia adalah satu perniagaan sekarang ini maka kita tackle sebagai sumber perniagaan. Bukan soal seperti kedudukan beras, telur, ikan, ayam dan sebagainya di mana kerajaan memberi subsidi yang banyak dalam hal untuk mengekalkan harga yang setimpal.

Walau bagaimanapun cadangan Bukit Gantang soal bagaimana hendak membantu mereka hendak berpindah daripada durian yang benih yang dahulunya secara kampung, sekarang hendak pergi kepada Musang King, Black Thorn, Ang Hair dan sebagainya, itu kita akan lihat secara serius untuk melihat satu ekonomi boom yang baharu bagi Malaysia sekarang ini.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bayan Baru.

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya nampak bahawa durian ini adalah tanaman yang paling berjaya selepas kelapa sawit dan getah. Dia boleh dikembangkan sebagai satu- industri dan juga ekonomi durian yang boleh merancak ke seluruh dunia.

Saya minta penjelasan daripada Menteri apakah usaha kerajaan untuk mengusahakan durian tourism? Sebab kita nampak di luar negara mereka ada wine

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

tasting dan sebagainya yang sangat besar dan sangat berjaya. Durian ini bukan wine, tetapi kita boleh develop- durian tourism. Soalan kedua, kita pun perlu ada board macam MPOB ya untuk develop durian dengan SOP dan juga pelbagai, untuk membuka pasaran dan sebagainya. Sudah tiba masanya saya cadangkan kepada Menteri untuk melaksanakan durian board ya, yang specific untuk develop durian ini sebagai satu- industri yang besar.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta penjelasan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Memang durian tourism, memang telah ada sekarang ini misalnya para pelancong terutama daripada negara China bila turun di Pulau Pinang, mereka akan pergi ke Balik Pulau untuk makan durian.

Begitu juga semalam bila saya berada di Bukit Bintang. Saya pergi lihat tempat jualan durian yang agak besar. Semua yang datang itu kebanyakannya pelancong- pelancong daripada negara China sebab bagi mereka harga tidak menjadi masalah. Kita tahu negara China ini sudah 1,400 juta orang penduduk. Lapan ratus juta mampu berbelanja. Jikalau 10 peratus sahaja rakyat yang hendak makan durian, barangkali durian yang ada di Malaysia, Vietnam, Thailand tidak mencukupi.

Sebab itu hendak menubuhkan board atau tidak itu saranan yang baik. Kita akan bincang di peringkat kementerian bersama dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Sebab New York Times pun telah membuat satu ramalan baru bahawa durian merupakan satu tumbuhan ekonomi baru bagi Malaysia dengan termeterainya perjanjian terutama selepas kita tandatangani dengan JACC dan pihak Kementerian Pertanian baru-baru ini.

final • 10:50 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Oleh itu, saranan Bayan Baru kita ambil perhatian yang serius dalam hal business durian dan juga pertumbuhan ekonomi dalam hal durian sekarang ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Dari Jempol ke Kampung Delima, Soalan Jempol nombor lima.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

5. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, mengapa sebahagian besar pelaburan modal berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) di Asia Tenggara lebih bertumpu di Singapura sebanyak AS$8.4 bilion dan Indonesia sebanyak AS$1.9 bilion berbanding Malaysia sekitar AS$371 juta, berdasarkan laporan East-Asia Forum, dan apa tindakan kerajaan bagi menggalakkan pelaburan berkaitan AI di Malaysia.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan proaktif dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi termasuk pelaburan berkaitan kecerdasan buatan atau artificial intelligence untuk meningkatkan pembangunan kapasiti teknologi yang seharusnya akan menyumbang ke arah menjadikan negara kita sebagai hab pelaburan digital.

Saya ada buat empat point mengikut untuk jawab soalan Jempol. Point pertama ialah rencana East Asia Forum yang telah dipetik oleh Yang Berhormat Jempol yang ditulis oleh Albert Jehoshua Rapha, sebenarnya menegur negara-negara ASEAN untuk bekerjasama supaya ada satu kerangka governance untuk AI. So, semangat rencana itu bukan kata kita hendak saing satu sama lain tetapi untuk kita bekerjasama.

Point kedua, walau bagaimana, kalau kita memetik Laporan Global AI Index 2023, kemajuan AI sesebuah negara dinilai daripada aspek utama iaitu pelaburan inovasi dan pelaksanaan. Berdasarkan Laporan Global AI Index Malaysia menduduki tempat ke-44 lebih baik daripada negara jiran seperti Indonesia tempat ke-46 dan Vietnam tempat ke- 47.

Di samping itu, menurut laporan Oxford Insights, the Government AI Readiness Index 2023. Mereka mengukur ketersediaan negara-negara di seluruh dunia bagi menghadapi dan mengadaptasi dan juga menerap teknologi AI dalam sektor awam, juga menyenaraikan Malaysia di kedudukan ke-23 berbanding dengan Thailand ke-37, Indonesia ke-42, Vietnam ke-59, Filipina ke-65, manakala Singapura berada di kedudukan kedua.

Point ke-tiga saya, ialah kalau kita mengikuti perkembangan komitmen pelaburan, sebenarnya banyak pelaburan baru telah di umum oleh Yang Berhormat Menteri MITI dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Termasuk Amazon Web Services pada 2 Mac 2023 yang sebanyak RM6 bilion USD, sama dengan RM25.5 bilion untuk tempoh melebihi 15 tahun.

Kedua, ialah Microsoft pada 2 Mei 2024 bernilai USD 2.2 bilion bersama dengan RM10.5 bilion.

Ketiga, Google pada 30 Mei 2024 bernilai USD 2 bilion bersama dengan RM9.4 bilion. Kerajaan juga berbincang dengan media dan perkembangan selepas ini akan diumumkan.

Poin keempat ialah kita bukan sahaja hendak dapat pelaburan dalam pusat data, dalam kesemua ini tetapi sebenarnya tujuan atau matlamat kita ialah untuk membangun ekosistem digital ekonomi dan juga aplikasi AI dalam semua lapisan masyarakat termasuk dalam industri pembuatan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jempol.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Timbalan Menteri MITI atas jawapan dan penjelasan. Sebagaimana kita sedia maklum, syarikat Microsoft dan juga Google telah mengumumkan untuk membuat pelaburan pusat data di Malaysia.

Sekali gus menunjukkan komitmen syarikat teknologi gergasi dunia ini untuk membangunkan Malaysia sebagai hab kepada pengkomputeran awan dan teknologi maju yang berkaitan. Termasuk meningkatkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) generatif.

Persoalan Jempol, apakah antara usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan melalui MITI dan juga agensi berkaitan untuk mengawal selia pelaburan pusat data?

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Jempol. Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju dengan MITI dan MIDA pada mesyuarat bulan Jun bahawa pembaikan dasar atau penambahbaikan

final • 10:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

dasar penerimaan pelaburan pusat data harus dilakukan dan dilakukan berasas beberapa faktor.

final • 10:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Satu ialah untuk menyediakan garis panduan bagi power usage effectiveness

(PUE) dan juga Water Usage Effectiveness (WUE) serta penyediaan tenaga baharu ataupun renewal energy (RE) yang mencukupi bagi memudah cara pelaburan pusat data AI di negara kita. Kita juga- mesyuarat Majlis Pelaburan Negara juga mengarah MITI dan MIDA untuk memastikan ada program vendor tempatan ataupun localization apabila ada pelaburan pusat data, dia mesti ada juga program vendor tempatan- localization dan juga untuk membangunkan ekosistem digital secara keseluruhan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kubang Pasu.

final • 11:00 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua mengenai AI, AI ini memerlukan banyak data centre dan data centre memerlukan kos dan tenaga yang tinggi kapasitinya. AI dijangka akan meningkatkan keperluan tenaga untuk data centre sebanyak 160 peratus menjelang 2030, nanti. Masa kini, data centre seluruh dunia hanya menggunakan satu hingga dua peratus daripada jumlah tenaga.

Soalan pertama, apakah perancangan strategi dan langkah tindakan kerajaan bagi mempertingkatkan kapasiti tenaga kerja dan sekali gus data centre untuk memenuhi keperluan yang mendadak dan tinggi bagi agenda AI negara? Berdasarkan kepada kajian research house, Malaysia memerlukan 5 gigawatt by 2030 dan sepuluh hingga lima belas gigawatt menjelang 2040.

Keduanya, apa perancangan dan strategi kerajaan khususnya MITI, KPT, MOSTI dan KESUMA dalam memastikan negara mempunyai tenaga kerja- human capital yang mencukupi dalam bidang yang diperlukan yang dianggarkan berjumlah 20,000 dalam masa lima tahun yang akan datang?

Apa kemajuan yang dicapai dalam aspek pendidikan dan pembangunan tenaga kerja teknikal di fakulti AI yang ditubuhkan di UTM. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

Soalan Kubang Pasu, terima kasih. Panjang lebar...

[Ketawa] Apa yang saya boleh jawab yang di bawah bidang kuasa MITI ialah memang kami faham bahawa kegunaan electricity memang amat tinggi. Maka, seperti apa yang saya sebut tadi, kerajaan akan- ada menetapkan power usage effectiveness (PUE) bersama dengan water usage effectiveness (WUE) supaya memastikan kegunaan electricity dan air dikawal dan diguna secara paling effective dalam tahap yang paling effective. Soalan-soalan lain di bawah bidang kuasa kementerian-kementerian lain dan akan dijawab oleh kementerian-kementerian lain. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Muar.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri.

Soalan saya soalan nombor 6.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:00 AM

6. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, jika ada pelan bagi menaik taraf balapan di Stadium Muar yang rosak kerana terkesan dengan pembinaan hab anak muda kerana ia merupakan satu-satunya balapan di Daerah Muar dan digunakan sebelum pembinaan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan nombor 6 oleh Muar- pelan asal untuk

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan. Namun begitu, atas permintaan pihak Majlis Perbandaran Muar untuk turut menaik taraf padang di stadium tersebut kementerian ini telah meminda skop balapan kepada skop naik taraf padang berpandukan kepada peruntukan sedia ada. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Muar.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Cuma saya nak minta penjelasan kerana apabila Datuk KSU turun ke Muar dalam beberapa bulan yang lepas, kita ada ketengahkan cadangan tambahan iaitu walaupun tidak dapat dilakukan pada tahun ini kerana penukaran skop, tetapi jikalau dapat dimasukkan pada tahun hadapan kerana perkara ini adalah perkara yang teramat penting.

Saya rasa saudara pun tahu bahawa balapan tu merupakan penggunaan awam khususnya untuk larian, training dan juga melibatkan sekolah-sekolah berdekatan yang tidak ada padang dan terpaksa menggunakan balapan di Stadium Muar. Adakah skop ini akan dimasukkan pada tahun yang akan datang? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Muar. Saya setuju bahawa tak lengkap sebuah kompleks sukan tanpa trak balapan. Maka sebab itu, sebenarnya untuk pengetahuan kita- yang pertama, kita tahu bahawa Youth Hub Muar tersebut- TMYC adalah salah satu perancangan dalam RMK ke-11.

Ini meliputi kos sebanyak RM26.1 juta lebih yang mana turut meliputi beberapa kerja-kerja yang sangat- saya ingat sangat penting dan sangat, sangat, sangat membantulah. Akhirnya nanti, ada gelanggang futsal, ada gimnasium, stadium bola dan juga youth hub. Namun, untuk menaik taraf balapan tersebut, kita memang ambil maklum dan telah pun kita menerima surat bertarikh 6 Februari 2024 bagi permohonan peruntukan berjumlah RM15,697,920. Ini maksudnya permohonan ini, kita akan kemukakan untuk RMK-13 menerusi surat jawapan bertarikh 14 Mac 2024. Jadi, saya harap ini boleh jadi satu berita baik bagi Muar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Puan Rodziah binti Ismail, Ampang.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soal enam PN kecoh; Soalan saya nombor tujuh.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sila, Menteri.

final • 11:00 AM

7. Puan Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, perancangan menilai semula dan memperkasa Pesuruhjaya Bangunan, menjadi jabatan dari hanya unit/bahagian khususnya bagi PBT dalam kawasan bandar serta dari sudut fungsi, peruntukan dan sumber manusia demi pengawalseliaan, penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama hartanah berstrata lebih berkesan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani...

[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan Yang Mulia, Kerajaan Madani berteraskan nilai kemampanan dan kesejahteraan sosial akan memastikan mutu kehidupan rakyat yang seimbang, selesa dan juga harmoni berasaskan kepada kehidupan di kediaman berstrata yang lebih kondusif dan pengurusan bangunan yang lebih efektif dan teratur.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan strata ini Tuan Yang di-Pertua, ia memerlukan kerjasama dan komitmen bersama semua pihak termasuklah pihak pemilik bangunan, badan pengurusan bersama, pesuruhjaya bangunan dan juga kerajaan di peringkat PBT dan juga kerajaan di peringkat Persekutuan. Berdasarkan rekod semasa, iaitu sehingga 31 Mei 2024, terdapat 24,385 buah bangunan berstrata di Semenanjung LabLabuann Labuan, yang keseluruhannya merangkumi dua perpuluhan juta unit rumah.

Umumnya diketahui bahawa bangunan berstrata ini akan terus berkembang dan bertambah selaras dengan perkembangan industri hartanah negara. Justeru itu, saya amat bersetuju bahawa terdapat keperluan supaya kerajaan menilai semula dan memperkasakan pesuruhjaya bangunan dan juga menjadikannya sebagai satu- jabatan.

Khususnya supaya fungsi, tugas dan penguatkuasaan oleh COB boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien.

Bagi memastikan tindakan yang mampan yang dilaksanakan, KPKT sedang meneliti, memperhalusi dan merangka semula melalui pindaan kepada Akta Pengurusan Strata 2013 dan juga peraturan-peraturan Akta 757 bagi membolehkan bidang kuasa COB dapat diperkukuhkan dan penguatkuasaan boleh dilaksanakan berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, pengurusan bangunan dan harta bersama oleh pihak pemilik JMB dan juga MC dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini akan mengadakan libat urus bersama semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan dan cadangan yang lebih bernas berkaitan penambahbaikan Akta 757 dan kami juga mengalu-alukan Ahli Yang Berhormat untuk turut sama.

KPKT juga sedang mengambil tindakan jangka pendek bagi menangani isu-isu berkaitan pengurusan bangunan berstrata ini. Seperti mana:

(i) pendigitalan pengurusan strata di mana perkongsian maklumat pengurusan perumahan strata ini di antara COB, PBT dan juga kementerian secara atas talian akan memperluaskan lagi, akan diperluaskan lagi kepada pihak- semua peringkat yang memerlukan;

(ii) pembangunan kompetensi kepada COB secara berterusan;

(iii) pemantauan proaktif dan penguatkuasaan responsif bagi menangani ketidakpatuhan dengan kerjasama semua pihak; dan

(iv) peningkatan ketulusan dan akauntabiliti dalam meningkatkan tahap ketulusan seperti mana penerbitan dan juga paparan maklumat secara dalam talian untuk khususnya dapat membantu bagi merealisasikan strategi-strategi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Ampang.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih. Saya sebenarnya maklum bahawa kalau isu perumahan ini Tan Sri Speaker, kita lihat bukan saja pandangan ataupun komitmen untuk menyediakan perumahan. Isu yang sekarang ini dihadapi oleh kebanyakan daripada kita adalah isu rumah yang dah siap, rumah yang dah ditinggal khususnya strata tetapi pengurusan bangunan itu. Sekarang ini kita lihat dah jadi trend dah ramai yang tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk menyediakan- menjadi JMB ataupun MC.

Jadi apa yang saya ingin nyatakan di sini saya gembira bila saya dengar Timbalan Menteri menyatakan bahawa ada usaha untuk melaksanakan libat urus dan sebagainya dan juga untuk menukar ataupun menambah baik Akta 757. Cadangan saya ataupun

final • 11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

pertanyaan saya bila agaknya nak buat perkara ini? Sebab kita dah dengar hampir dua tiga tahun perkara ini, saya rasa sampai masa kementerian meletakkan satu tarikh yang tepat, itu pertama.

Yang keduanya, kalau kita lihat kalau usaha untuk menjadikan daripada unit ke jabatan kita mahu supaya ia adalah daripada KPKT punya usaha. Sekarang ini saya lihat banyak PBT yang mengambil tanggungjawab sendiri ya, dahlah tak cukup kakitangan.

Contoh saya boleh bacakan di sini, Majlis Bandaraya Johor ada skim ‘1,147 – 196,272’, lapan orang saja kakitangan. Sedangkan di Ampang Jaya tempat saya, 632 ataupun 105,086 unit, petak, 16 orang- penambahan. Ini adalah sebenarnya usaha ataupun kita panggil, saya panggil sebagai kesedaran masing-masing PBT.

Jadi saya harap sangat supaya ia dapat diselaraskan sebaiknya dan bukan saja kita wujudkan jabatan kita kena memberikan empowerment dengan cukup bilangan profesion yang patutnya menguruskan isu-isu berkaitan perumahan. Jadi soalan saya ada dua, pertama bila- ketiga ya soalan saya ada tiga. Pertama, bila kita nak buat Jabatan Bangunan, yang kedua, soalan saya tanggungjawab siapa yang patut memastikan perjawatan ini cukup sementara kita nak memperbaiki Akta 757. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, KPKT sebenarnya adalah merupakan custodian kepada Akta Pengurusan Strata 2013 ataupun Akta 757. Ini adalah bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan dengan kerajaan tempatan yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama sama ada di Semenanjung Malaysia ataupun Wilayah Persekutuan Labuan. KPKT juga berperanan memberikan khidmat nasihat pendidikan dan latihan kepada Pesuruhjaya Bangunan dan di pihak berkuasa tempatan bagi mengurus tadbir ataupun menjalankan apa-apa peruntukan di bawah Akta 757.

Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan tadi perkara ini perlulah penglibatan semua pihak. Kerana untuk makluman Dewan yang mulia juga unit COB di bawah pihak berkuasa tempatan telah pun diwujudkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-57 bertarikh 23 Mac.

Daripada situ pun sebenarnya untuk melepaskan Akta 757 ini berfungsi sebanyak 196 perjawatan di PBT telah pun disediakan melibatkan 17 orang Pegawai Penilaian Gred W41 dan juga 44 ataupun pegawai kader daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah dilantik di bawah waran jawatan Jabatan Perumahan Negara KPKT dan telah pun ditempatkan di PBT.

Pihak PBT sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, boleh menggunakan perjawatan dan juga peruntukan PBT masing-masing bagi menyusun semula organisasi mengikut kesesuaian dan boleh memohon perjawatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan melalui SUK Negeri untuk pengukuhan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pengukuhan yang disebutkan tadi melalui perjawatan lantikan tetap, PBT juga sebenarnya dibenarkan melantik pegawai-pegawai kontrak tertakluk kepada keupayaan kewangan sedia ada bagi pembayaran emolumen. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Sepang kita mempunyai seramai lima orang pegawai tetap dan sepuluh orang pegawai kontrak. Di peringkat Majlis Bandaraya Seberang Perai, mempunyai tujuh orang pegawai tetap dan empat orang pegawai kontrak.

Walau bagaimanapun Yang di-Pertua apa-apa saranan dan cadangan, pandangan Ahli Yang Berhormat Ampang tadi kita ambil kira untuk dalam pada kita meneliti keseluruhannya. Tadi juga ditanya timeline, kita ada timeline perjalanan untuk review dan pengukuhan Akta 757 insya-Allah dan ini adalah masih di peringkat penyusunan lagi balik dan libat urus masih akan dipanggil lagi.

Jadi Yang Berhormat Ampang insya-Allah peranan Ahli Yang Berhormat Ampang ini adalah sangat dialu-alukan dan kami pun yakin dan percaya atas kepakaran dan

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

pengalaman beliau sebagai Exco Perumahan akan dapat membantu di peringkat Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tangga Batu.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa peranan KPKT melalui COB dalam menangani masalah pengurusan harta strata di flat kos rendah yang tiada badan pengurusan atau badan pengurusan gagal berfungsi dengan baik sebagai contoh yang pernah berlaku di Pangsapuri Sungai Lereh dalam Parlimen Tangga Batu.

Kedua, apa tindakan penyelesaian terhadap projek rumah PPR Klebang yang masih belum boleh ditempati hingga hari ini dan projek ini telah tertangguh hampir lebih lima tahun dan bila boleh diselesaikan. Sekian terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Yang di-Pertua, seksyen 4(3) Akta 757 telah memberi tanggungjawab kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) ke atas pentadbiran akta dan bolehlah menjalankan kewajipan yang dikenakan serta melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta 757 atau mana-mana undang-undang bertulis.

Justeru COB berkewajiban memantau dan memastikan pemilik-pemilik petak, pemaju dan badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan, serta semua perbadanan pengurusan subsidiari termasuklah ejen pengurusan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Perkara ini perlulah digembleng daripada semua peranan semua pihak Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya JMB ataupun MC gagal ditubuhkan atau gagal menjalankan fungsinya dengan baik, COB boleh melantik ejen pengurusan selaras dengan seksyen 86 Akta 757 di mana ejen pengurusan yang dilantik oleh COB berfungsi untuk menjalankan kewajipan dan kuasa JMB ataupun MC ataupun Sub-MC apabila tiada pembeli ataupun pemilik petak berminat untuk menjadi jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira setakat itu dulu selebihnya insya-Allah kita boleh berbincang dari semasa ke semasa. Yang berkaitan dengan PPR Tuan Yang di-Pertua, terkeluar daripada soalan asal saya akan bagi jawapan bertulislah, insya-Allah. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Datuk Ali anak Biju, Saratok.

final • 11:10 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ada pantun untuk Kapit ini.

Ke Pasar Kapit beli mengalan; Soalan saya nombor lapan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Bolehlah itu Menteri. Sila Menteri.

final • 11:10 AM

8. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah perancangan jangka masa panjang kementerian melibatkan urusan pengendalian lebuh raya dan apakah jenis penyelenggaraan jalan dan berapa jumlah peruntukan yang terlibat untuk menyelenggara Lebuhraya Pan-Borneo setelah siap projek ini nanti.

final • 11:10 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua boleh saya jawab dalam pantun Iban itu?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, pantun Iban.

final • 11:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

[Ketawa] Tak apalah nanti saya boleh beri.

Terima kasih Yang Berhormat Saratok, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Saratok Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memastikan Jalan Persekutuan di negara ini berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak dengan panjang keseluruhan jalan 829.40 kilometer dijangkakan akan siap sepenuhnya pada tahun 2024 ini. Walau bagaimanapun ya, atas sebab yang tidak dapat dielakkan projek ini hanya akan disiapkan secara berperingkat iaitu 155.66 kilometer pada tahun 2024, 428.83 kilometer pada tahun 2025 dan 829.4 kilometer keseluruhannya pada tahun 2026, jadi dengan sempurna ya.

Jadi ini adalah selepas mengambil kira tempoh defect liability period. Kita mengambil kira tempoh defect liability period. Tapi yang sudah siap memang sudah hampir seratus peratus lah, tapi mengambil kira defect liability period. Jadi oleh yang demikian, Kementerian Kerja Raya akan melantik syarikat konsesi melalui Perjanjian Penswastaan sebagaimana jalan persekutuan yang lain bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Lebuhraya Pan-Borneo yang terdiri daripada kerja rutin sepanjang tahun, kerja berkala pavement, kerja berkala bukan pavement dan kerja kecemasan mengikut kelulusan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga di bawah skop kerja penyelenggaraan rutin pihak konsesi yang dilantik perlu melakukan rondaan pemeriksaan rutin jalan persekutuan dengan kekerapan dua kali seminggu. Ini adalah untuk memastikan jika terdapat sebarang kerosakan jalan seperti jalan berlubang atau kerja tampalan lubang hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selaras dengan Dasar Kementerian Kerja Raya yang melancarkan dasar sifar lubang atau “zero pothole” di jalan persekutuan seluruh negara.

final • 11:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Berdasar ini menetapkan supaya lubang jalan perlu ditampal atau diambil tindakan oleh syarikat konsesi dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Penalti akan dikenakan terhadap syarikat konsesi sekiranya tindakan yang diambil melebihi dari tempoh tindakan yang ditetapkan. Jadi kerja penampalan lubang ini merupakan langkah awal pencegahan atau preventif bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya sebelum kerja-kerja turapan kekal dilaksanakan.

Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi membaik pulih jalan-jalan dalam status kritikal, Kementerian Kerja Raya menyediakan program penyelenggaraan turapan berdasarkan notis kerosakan ataupun notice of defect yang disediakan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan.

Melalui NOD ini, Kementerian Kerja Raya akan menyenaraikan program penyelenggaraan turapan. Ini mengikut keutamaan dan keperluan mendesak untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi kelulusan peruntukan. Jadi pelaksanaan program penyelenggaraan ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan.

Untuk makluman tambahan Ahli Yang Berhormat, kontrak konsesi bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Lebuh Raya Pan Borneo ini telah diluluskan di peringkat Ministry of Finance (MOF) adalah selama tiga tahun yang merangkumi jumlah keseluruhan sebanyak RM68 juta.

Kontrak ini akan bermula secara berperingkat mengikut serahan bagi penyelenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya dan jumlah kelulusan peruntukan ini telah mengambil kira kebolehlaksanaan tahun semasa bagi memastikan

final • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

jalan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk diguna oleh semua pengguna trafik.

Dengan adanya saluran-saluran aduan yang terkini seperti aplikasi MyJalan, kementerian ini akan dapat memantau dan memberi lebih perhatian terhadap aduan- aduan kerosakan jalan daripada pengguna jalan raya persekutuan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dengan lebih baik dan berkesan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Saratok.

final • 11:20 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Menteri dengan jawapan yang panjang lebar sebentar tadi. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya ingin mohon ucap selamat datang kepada ibu-ibu dan ayah-ayah Pusat Aktiviti Warga Emas

(PAWE) JKM Daerah Sik, Kedah.

[Tepuk] Soalan tambahan saya adalah adakah kementerian bercadang untuk mengkaji keberkesanan daripada aspek keselamatan secara saintifik isu-isu penggunaan P-turn di Pan Borneo terutamanya di kawasan Saratok. Memandangkan banyak- kes-kes kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa terjadi di tempat P-turn tersebut.

Kita juga ingin tahu, sejauh mana kesesuaian lokasi dan kekurangan jumlah P- turn ditambah dengan faktor kemanusiaan dan faktor ketidaksesuaian reka bentuk boleh menyumbang kepada kemalangan di tempat P-turn tersebut. Nampaknya standard design yang diguna pakai selama ini tidak berkesan.

Di samping itu juga, isu penyelenggaraan jalan seperti yang berlaku di Pekan Jakar. Saya ingin tahu, apa langkah proaktif kementerian untuk mengelakkan kejadian trafik jem buatan manusia yang teruk seperti yang berlaku di Pekan Jakar semasa musim Gawai Dayak yang lepas.

Trafik jem ini terjadi akibat daripada penutupan jalan Pan Borneo secara tiba-tiba yang dulunya dibuka dan ini memaksa kenderaan menggunakan jalan melalui Pekan Jakar yang sudah pun penuh sesak. Banyak rungutan dan keluhan daripada netizen diluahkan di sosial media sehingga menimbulkan syak wasangka, teori konspirasi terhadap pihak-pihak yang terbabit. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, tadi telah ditanya tentang ini P-turn ini ya. P-turn ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat Saratok, pemilihan dan jarak setiap P-turn ini dibina di Lebuhraya Pan Borneo adalah berdasarkan kepada kajian trafik yang telah dilaksanakan sebelum ini dan serta juga mengikut spesifikasi had laju yang selamat, yang berhampiran dengan kawasan berpenduduk tinggi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, fungsi utama pembinaan P-turn ini adalah untuk membolehkan pengguna jalan raya membelok ke laluan kanan seperti seketika di lorong yang disediakan dan meneruskan perjalanan sekiranya selamat untuk keluar dari P-turn tersebut. Jadi ini lah kemudahan. Oleh itu pengguna jalan raya sepatutnya tidak berhenti lama dalam P-turn tersebut bagi memberi laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Namun Yang Berhormat, kementerian mengakuilah ramai pengguna jalan raya masih belum memahami fungsi P-turn dan saya sendiri hampir-hampir kemalangan di P- turn sebab kenderaan yang di depan saya tiba-tiba nak menggunakan P-turn, tetapi dari arah yang sebelah sana, salah guna dia tak sepatutnya nak belok dia bila masuk P-turn itu. Jadi kedua-dua kereta di depan saya hampir bertembung. Jadi kita kena brek.

Jadi itulah sebenarnya Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat sendiri boleh bantulah untuk kita advokasi kepada pengguna jalan kita tentang P-turn ini. Sebab sebelum Tuan Yang di-Pertua, sebelum ada Pan Borneo ini, kita tak ada P-turn. Jadi, kegunaan P-turn ini agak yang baharulah. Jadi banyak yang kurang faham dan P-turn ini

final • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

kalau diguna dengan betul, memang selamat Yang Berhormat, tapi mereka dia hendak U- turn di tempat P-turn. Itulah yang masalah besar. Ini ada kejadian begitu.

Kita dah semak dan tengok dalam statistik data kita. Bila dia buat U-turn, dia tak selamat- memang sebab dia tak sempat nak kejutkan laju sebab kalau dia P-turn, dia boleh tunggu di luar lorong sebenarnya. Itu jadi selamat. The design is made to be safe tapi disalah guna. Minta maaflah. Jadi ia banyak mengakibatkan kemalangan di tingkat P- turn ini.

Jadi, fungsinya memang untuk memudahkan pengguna jalan raya sebab kalau kita tak ada P-turn, mungkin kalau nak tunggu sampai ke simpang untuk mereka buat patah balik dari lorong itu, mungkin terlalu jauh kilometernya. Jadi Yang Berhormat, itulah sebenarnya yang berlaku di Sarawak ini, di Pan Borneo. Jadi kempen kesedaran ini turut akan diperkembangkan ke lokasi-lokasi yang merekodkan kes-kes kemalangan akibat salah guna P-turn ini.

Jadi dalam hal ini Kementerian Pengangkutan Sarawak telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sebagaimana untuk menggunakan P-turn ini dalam masa terdekat. Ini merupakan salah satu inisiatif kementerian dalam memastikan Jalan Persekutuan di negara ini lebih-lebih lagi di Pan Borneo ini berada dalam keadaan selamat dan selesa. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput Stampin.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa, saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri kata itu P-turn itu memang design-nya adalah safe, selamat. Saya rasa ini bukan. Saya rasa itu P-turn adalah untuk convenience saja tetapi saya tengok, saya pun personal experience bahawa itu P-turn ini amatlah bahaya. Kita tengok North-South Highway ini, mana ada P-turning. Semua ada feeder road di mana mereka akan pusing masuk ke sebelah jalan itu untuk masuk the feeder road.

Oleh itu, saya rasa mesti ada kerajaan. Saya cadangkan supaya kerajaan ada satu perancangan bahawa in phases dalam fasa-fasa di mana yang ada peningkatan itu lalu lintas di Pan Borneo itu perlulah kita membina apa yang kita ada di North-South Highway ini dan gantikan ia dengan P-turning supaya untuk keselamatan pengguna jalan raya di Sarawak.

Kerana kalau tak nampak apa yang dikatakan oleh Menteri, saya ada bimbang sikitlah. Kalau Menteri anggap itu P-turning selamat. Saya rasa memang tak selamat, tetapi kerana kerajaan tak ada peruntukan, kah? Bolehkah kita memberi lebih peruntukan supaya di tempat yang ada...

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

...Lebih trafik...

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Point to the last.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

...Bina itu outlet yang betul-betul. Thank you.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Memang Yang Berhormat betul. Cerita itu betul.

final • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tadi dikatakan kita- kalau nak kita buat yang sangat- terbaik, yang sangat sempurna, ikut piawaian antarabangsa dan sebagainya. Kalau kita ada kewangan yang mencukupi. Ini Menteri Ekonomi berada dengan kita, ada dengar hujah daripada Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Memang, saya setuju, kami setuju. Kami ini pelaksana. Yang P-turn ini Tuan Yang di-Pertua, apabila bertahun sudah, lama sudah bila ia dirancangkan, design yang kepada mereka menyesuaikan mengikut kemampuan kewangan negara kita ya. Sebab itu, P-turn kita perlu adakan untuk kegunaan pengguna jalan raya. Sekurang-kurangnya ada P-turn. Kalau kehendak kita memang semualah dengan persimpangan yang- apa flyover dengan sebagainya, tapi itu akan menelan belanja lagi banyak, besar, tapi itu perancangan memang ada ya. Setiap P-turn kita buat kajian. Kajian pun sudah dibuat sebelum saya masuk ke kementerian ini. Jadi ia terpulang kepada keadaan kewangan kita.

Jadi memang- itu pun yang dihujahkan oleh Yang Berhormat bukan idea baharu ya. Memang ia selama ini diingini kita tetapi keadaan kewangan kita. Sebab itu, selagi kita belum dapat buat apa yang terbaik, biarlah kita guna P-turn ini dan kita gunanya dengan terbaik juga. Don’t shoot down the idea of P-turn Yang Berhormat sebab Yang Berhormat bukan selalu guna Pan Borneo. Orang yang menggunakan Pan Borneo ini memang menghargai juga...

final • 11:30 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Saya ada guna. Bila saya guna itu...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Memang menghargai juga ada P-turn, sekurang-kurang. Kalau tak ada P-turn mereka akan berjalan lebih jauh, berkilo-kilo meter sampai ke simpang yang selamat dikatakan. Jadi sekurang-kurangnya ada kemudahan.

Itu yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi kami kementerian pelaksana. Apabila diberi nanti kami ada cadangan, perancangan telah kami kemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan tertakluk kepada apa yang akan diluluskan kepada kita, akan buat.

Sebab itu Yang Berhormat mungkin tak sempat bertanya tadi Saratok, memang dia nak flyover, persimpangan di Saratok. Saya lalui dekat sana, saya singgah dekat sana, memang bagi saya memang patut tapi apakan daya sekarang kita belum ada kewangan yang diluluskan ya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Mungkin kita perbanyakan signboard-lah kot supaya tidak berlaku kemalangan. Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan hari ini.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan, bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2024, Rang Undang- undang Cukai Jualan (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

(Pemansuhan) 2024 dan Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 seperti di No. 1 dan No. 8 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 18 Julai 2024.”

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa menyokong?

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong

Saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Belum selesai lagi ini, sekejap.

final • 11:32 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Baik, terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi oleh hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tuan Speaker, peraturan mesyuarat.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Menteri- peraturan mesyuarat?

final • 11:32 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Peraturan Mesyuarat 18(1), kerana semalam saya sudah hantar satu usul berkenaan dengan isu kes Teoh Beng Hock. Bolehkah saya tahu keputusan Speaker? Sekian terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah pun menerima kedua-dua usul tersebut tetapi tersebut tidak cukup 24 jam seperti yang telah pun ditetapkan untuk hari persidangan diputuskan hari ini. Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 18(2), maka ia masih dalam pertimbangan saya dan akan saya putuskan kemudian. Terima kasih.

Baik, saya jemput Menteri untuk bacakan.

final • 11:32 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya membentangkan RUU yang bersejarah dan ditunggu-tunggukan selama 20 tahun ini.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:32 AM

Tuan Sim Chee Keong

Izinkan saya mengiktirafkan kehadiran beberapa orang pemimpin Kesatuan Sekerja, Datuk Mohamed Shafie, Presiden UNI-MLC, saudara Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden MTUC serta rakan-rakan daripada UNI-MLC dan MTUC yang lain, khususnya empat orang wakil pekerja dari Sabah, yakni saudara Mohd Airy Arin, Pengerusi MTUC Bahagian Sabah, saudari Margaret Chin Sat Peng, Naib Pengerusi MTUC Bahagian Sabah, saudara Hanifah bin Abdul Labis, Ahli Gabungan MTUC Bahagian Sabah dan saudari Jacquelina binti Lajum, wakil Sabah dari UNI-MLC.

final • 11:32 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SABAH (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Buruh Sabah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:32 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERUBATAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [16 Julai 2924]

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik kita sambung perbahasan rang undang-undang ini.

Saya nak baca senarai yang ada pada saya ini. Masih lagi lima minit, selepas ini saya akan jemput Kapar, Jelutong, Tumpat, Bentong, Kangar, Betong, Setiu, Batu Pahat, Permatang Pauh, Bandar Kuching, Kubang Pasu, Klang, Arau, Seputeh dan Tuaran.

Saya jemput Kapar.

final • 11:32 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih kepada Tan Sri Speaker atas kesempatan yang diberi pada Kapar untuk membahas RUU akta untuk meminda Akta Perubatan 1971 sebagai wakil kepada rakyat merupakan warga pengguna perkhidmatan kesihatan.

Kedua, kita- semua sebagai penggubal undang-undang untuk menjaga maslahat rakyat khususnya berkenaan kesihatan dan mesti berhati-hati dan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan agar RUU yang mahu diluluskan Parlimen benar-benar dapat menjamin kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, termasuklah dalam isu teras RUU ini iaitu untuk mengatasi masalah kekurangan doktor pakar dalam negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Poin utamanya ialah Yang Berhormat Menteri, isu KKM ialah bukan sahaja jumlah atau kuantiti tetapi doktor pakar pelbagai bidang yang terjamin kualiti latihan dan tercapai ROI dengan izin KKM, pelaburan masa, wang ringgit, tumpuan, personel dan segala sumber kerajaan supaya masalah kesihatan penduduk Malaysia yang memerlukan kepakaran, selesai selain menjaga imej dan reputasi negara bagi tujuan medical tourism dengan izin.

Justeru, latihan dan pemantauan yang sempurna memastikan pakar bidang perubatan bagi memastikan peraturan serta standard keselamatan ini penting untuk mengelakkan kesilapan perubatan dan memastikan rawatan yang diberikan selamat dan berkesan. Terutama kepakaran yang invasive seperti in layman’s language dengan izin, yang melibatkan nak tebuk, nak bedah, nak sedut, masuk alat ke dalam badan dan pelbagai prosedur. Masuk ke dalam otak, jantung, paru-paru dan sebagainyalah.

final • 11:37 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Soalan Kapar kepada YB Menteri, dengan “waket” realiti sedia ada dan keterbatasan bajet, logistik, modal insan, tenaga pengajar. Honestly, are you prepared?

final • 11:37 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Apa kata- buat kajian lebih lanjut and be more prepared...? Jadi, adalah- adakah tindakan yang dikatakan empat bulan, semalam Bagan yang katakan, mengikut Fiqh Aulawiyat? Ini, first things first atau bagaimana? Yang Berhormat Menteri biasa dengan istilah ini. Walaupun sudah ada cukup jumlah doktor, apa jaminan mereka ini akan kekal berkhidmat dengan kerajaan, setelah menggunakan khidmat dan pelaburan KKM?

Kedua, apa jaminan mereka ini terus berada di dalam negara ataupun mereka- it’s just a stepping stone untuk mereka ke luar sana, ke luar negara? Dalam nada yang sama, adakah Kementerian Kesihatan yang selama ini dikenali sebagai health service provider atau pemberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan, seolah-olah mahu bertukar kepada institusi pengajian tinggi? Ini dasar yang sangat besar dan berupa isu pokok.

Soalan Kapar, adakah Menteri telah bersedia untuk menghadapi perubahan ekosistem seluruh KKM dengan jeritan batin wakil-wakil rakyat seluruh negara mengenai masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing, yang selama setahun setengah saya dengar sini, tetapi rumusannya ialah disimpulkan, tak cukup masa, tak cukup orang, tak cukup duit, tak cukup bajet dan sebagainya.

Dengan tambahan beban melatih pakar dengan jumlah yang besar, selain daripada skim sarjana yang sedia ada, dibebankan pula dengan pemantauan parallel pathway. Adakah sudah bersedia? Kami dalam- kalau dekat hospital itu atau klinik-klinik government ini, biasanya gunakan perkataan, “clear the crowd.” Nak cepat habiskan.

Kalau tak, orang melonggok-longgok.

So, yang sedia ada ini, apakah sebenarnya anjakan atau perubahan besar? Saya tidak boleh imagine ataupun bayangkan apa yang perlu dibuat supaya bakal-bakal doktor ini, kata ada 1,500 yang floating. Yang belum lagi ini, satu hal lah. Yang tengah floating ini, apakah dia punya inklinasi ataupun tumpuan kepada mereka yang sudah ada dalam sistem sedia ada dalam KKM?

Keduanya yang saya nak sebut– minta sikit masa. Tentang...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey. Tentang- sebab yang akan mengiktiraf ialah MMC. Persoalannya dan saya selaku ahli PAC, di antara benda yang kami lihat dalam masalah, kita lihat dalam jabatan, agensi dan GLC yang berlaku sebelum ini ialah anggota-anggota MMC ini. Saya mahu penjelasan daripada pihak Menteri, yang kalau dulu ada sembilan daripada perwakilan universiti, sekarang hendak dikurangkan kepada lima dan ditingkatkan pula daripada Ketua Pengarah yang akan diluluskan oleh Menteri, daripada tiga kepada tujuh orang.

So, saya nak melihatkan good governance. Apakah jaminan daripada pihak Menteri supaya ini benar-benar berlaku dalam anjakan paradigma sistem yang mahu diubah ini? Terima kasih kepada Speaker.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin memulakan dengan merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan seluruh warga Kementerian Kesihatan yang telah menggubal undang-undang ini.

final • 11:43 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tahniah dan saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Senator Dr. Lingeswaran daripada parti DAP, yang mula-mula membincangkan tentang isu parallel pathway di Dewan Negara. Saya difahamkan pada bulan Januari atau Februari atau tahun-tahun yang lalu semasa persidangan.

Saya menyokong kerana untuk makluman Timbalan Speaker, di Pulau Pinang umpamanya, ada ramai- pesakit-pesakit yang selalu mengadu sakit jantung, tetapi perlu menunggu giliran kerana ada ramai yang menunggu untuk dibedah oleh pakar-pakar di hospital.

Saya fikir dengan pindaan ini, kita dapat memberi ruang kepada ramai lagi pakar- pakar untuk melaksanakan pembedahan-pembedahan itu di mana Kementerian Kesihatan dapat mengesahkan, mengiktiraf mereka sebagai seorang yang mempunyai kepakaran untuk melaksanakan pembedahan-pembedahan yang diperlukan terutamanya melibatkan sakit-sakit yang melibatkan cardiothoracic. Dalam konteks itu, saya sedar dengan persoalan apakah itu parallel pathway? Ia adalah sebahagian daripada program latihan pasca siswazah menyeluruh dan merupakan sebahagian daripada proses untuk akhirnya menjadi subpakar di Malaysia. Mengapa program parallel pathway ini penting, Timbalan Speaker...?

Malaysia mengalami masalah kekurangan pakar yang serius. Namun pada masa yang sama, tiada program tempatan yang mencukupi untuk melahirkan golongan terbabit.

Saya difahamkan menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), nisbah penduduk Malaysia dengan Pakar Perubatan ialah 10,000 kepada empat. Jauh lebih rendah berbanding dengan purata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), saya difahamkan iaitu nisbah 10,000 kepada 14.3 peratus.

Now, saya memetik Presiden MMA, Dr. Azizan Abdul Aziz yang berkata ketika ini negara memiliki kurang daripada 13,000 orang Pakar Perubatan di sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta. Katanya, jumlah itu kira-kira 9,000 orang Pakar Perubatan berkhidmat di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengapakah ia menjadi isu dan perhatian umum?

Pada 20 Mac, empat orang graduan yang menjalankan Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan cardiothoracic memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Siapa mereka ini, empat orang ini..? Saya ingin membacakan nama- nama mereka. Salah satunya- duanya adalah Dr. Nor Aziah Ismail; seorang lagi Dr. Syed Nasir Syed Hassan; Dr. Chong Kee Soon; dan Dr. Lok Yuh Ing. Saya ulangi. Dr. Nor Aziah Ismail; Dr. Syed Nasir Syed Hassan; Dr. Chong Kee Soon; dan Dr. Lok Yuh Ing.

Adakah mereka- apakah permohonan mereka? Mereka cuma ingin pengiktirafan untuk diberikan pengesahan pengiktirafan oleh kementerian, kerajaan bahawa mereka juga mempunyai kepakaran untuk melakukan pembedahan-pembedahan dalam jurusan- jurusan yang diceburi oleh mereka di mana mereka mempunyai kepakaran.

Saya sedar bahawa dalam isu pembedahan cardiothoracic ini, ia melibatkan pembedahan-pembedahan yang agak kompleks dan saya bersama-sama Menteri menyokong undang-undang ini di mana pembedahan-pembedahan ini boleh dilakukan dengan segera.

Saya berharap dalam masa yang akan datang, ramai lagi pesakit-pesakit yang ada di Malaysia yang memerlukan rawatan dengan cepat, dengan kos yang paling kurang akan dapat memperoleh rawatan-rawatan di Kementerian Kesihatan, di hospital-hospital dalam masa yang terdekat supaya kita tidak ada lagi kes-kes di mana pesakit-pesakit mengadu bahawa mereka terpaksa menunggu giliran walaupun kesihatan mereka dalam keadaan tenat. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:43 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. KKM dan KPT merupakan dua kementerian yang kita sanjung tinggi dan melahirkan ramai profesional yang dihormati dan merupakan penjaga dan pemegang taruh kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat di negara kita.

Kita dikejutkan sebelum ini dengan berita yang mengumumkan negara kita memerlukan jururawat sehingga perlu kepada jururawat asing walaupun kita tahu ramai juga daripada jururawat kita yang belum dapat kerja. Adakah ini juga senario yang berlaku dalam bidang kedoktoran, dan yang bersangkutan dengannya?

Saya ingin tanya kerajaan, berapakah nisbah doktor pakar sekarang ikut kluster yang paling utama yang diperlukan dan berapakah bilangan pakar dan kluster ikut keperluan yang mendesak? Kerana kita tengok daripada cara perbahasan semua pihak, kita memerlukan sangat ramai doktor dalam masa yang sangat terdesak. Jadi, kita perlu tahu keutamaan supaya kita boleh membuat keputusan yang terbaik bagi keperluan semua.

Jadi, saya juga percaya sebagaimana hujahan sahabat-sahabat bahawa kualiti kepakaran tidak boleh dikompromikan. Kita hairan juga kenapa sebelum ini tiada masalah tentang kualiti kepakaran tempatan dan luar negara yang dipertikaikan, tetapi pada kali ini, kita nampak suatu perbahasan panjang lebar telah pun dibuat di kalangan para pakar perubatan.

final • 11:48 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita mengharapkan agar suasana win-win dapat dibuat supaya kita dapat mempertimbangkan. Kita ada nyawa rakyat dalam negara dan pesakit luar negara yang datang untuk mendapatkan khidmat jagaan dan rawatan perubatan kita dan maruah Malaysia di mata dunia daripada segi kepakaran kesihatan.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah negara lain dalam dunia ini ataupun di ASEAN ini yang mengamalkan PP ini? Adakah Singapura dan Indonesia juga mengambil pendekatan yang sama? Berapakah implikasi kewangan kerana dalam RUU ini tidak tercatat berapakah implikasi kewangan? Berapakah jumlah yang telah diluluskan oleh KKM untuk pendidikan dan latihan kepakaran di universiti tempatan? Berapa pula untuk PP?

Apakah pelan untuk agihan pakar-pakar ini di seluruh negara kerana kita lihat pada hari ini ia bertumpu di Lembah Klang sahaja? Apakah langkah-langkah affirmative agar pakar bumiputera sepadan dengan keperluan di pasaran?

Bagaimanakah mereka ini akan terikat dengan KKM supaya rakyat terbanyak dapat khidmat mereka? Adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan Metabo Law seperti di Jepun untuk mengurangkan bebanan pakar kerana kita lihat banyak masalah yang berlaku kerana masalah penyakit tiga serangkai yang boleh dikurangkan dengan pemakanan yang betul?

Saya juga ingin bertanya, adakah fasiliti KKM mengguna pakai sistem tracking online sebagaimana yang dibuat oleh pihak JPJeQ supaya masalah waiting line pesakit dapat diringankan? Bagaimanakah- kita dapat rungutan bahawa terdapat permasalahan tentang kualiti dan status HPU yang diiktiraf dan di ranking? Jadi, adakah pihak KPT maklum tentang perkara ini?

Saya ingin bertanya setelah berlakunya pindaan pada hari ini sekiranya diluluskan, apakah pihak yang akan menjadi qualifying board yang akan menjalankan tugas-tugas bagi pihak NSR? Jadi, dalam kes ini kita ingin tahu apakah standard kualiti yang dipakai oleh PP dalam program parallel pathway ini kerana kita faham bahawa doktor yang lulus ijazah kepakaran pun akan perlu pantauan tambahan, satu hingga dua tahun

final • 11:50 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

sebelum masuk kepada NSR. Jadi, adakah dengan kelulusan pada hari ini akan secara automatik membenarkan doktor-doktor lulusan PP untuk terus masuk NSR?

Jadi, saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, adakah pihak-pihak yang terdesak macam yang disebut oleh Ipoh dan sebagainya boleh memohon direct kepada Ketua Perkhidmatan Bedah Jantung KKM untuk terus menghantar doktor, doktor lulusan kardiotorasik PP ini untuk bedah pesakit? Jadi, kalau boleh buat begitu, terus boleh buat tanpa perlukan pindaan kalau ia memberikan perkara sebegitu.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah pakar wanita yang memerlukan sistem sokongan yang munasabah? Ini kerana ramai doktor ini wanita tetapi untuk wanita menyambung kepakaran ini perlukan satu support system yang tinggi daripada pihak kerajaan? Apakah pelan yang dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan doktor-doktor pakar wanita dapat menyambung kepakaran mereka dalam bidang masing- masing? Ini kerana banyak kes ini juga melibatkan wanita.

Terakhir, adakah negara kita sekarang bergerak menjadi negara yang menawarkan PP kepada negara lain? Setakat ini, siapakah yang menjadi badan perantara untuk PP di luar negara? Bagaimana yang diberi kuasa di bawah mana-mana akta untuk menjadi qualifying board untuk kepakaran ini kerana kita tahu MMC mungkin tidak ada kepakaran ini ataupun mungkin ada kerana kita lihat dalam kes contohnya dalam LPQB dan CLP, tidak ada pihak mempertikaikan tentang kepakaran mereka. Jadi, saya harapkan agar penyelesaian dapat dicapai untuk kes kepakaran kedoktoran ini supaya insya-Allah dapat menyelesaikan masalah rakyat. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

final • 11:50 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang perbahasan ini.

Negara kita sememangnya berdepan dengan isu kritikal berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan kita. Kita menghadapi isu kekurangan pakar perubatan dengan nisbah empat orang pakar untuk setiap 10,000 orang. Ini ternyata jauh lebih rendah daripada purata pertubuhan kerjasama ekonomi dan pembangunan iaitu 14.3 orang pakar bagi 10,000 orang.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Kesihatan Parlimen, kami telah berjumpa, berbincang dan bertemu, mendengar daripada pelbagai pihak. Akhirnya saya sedar betapa pentingnya RUU pada hari ini untuk diluluskan dan kerana saya percaya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atas pimpinan Yang Berhormat Menteri sendiri.

Oleh itu, pindaan penting ini bagi membantu pihak kerajaan untuk menjamin kualiti dan kuantiti pakar perubatan yang akan dilahirkan sama ada melalui program sarjana atau parallel pathway ini. Kementerian juga telah menyatakan dengan jelas bahawa tahun ini sahaja peruntukan yang diberikan kepada program sarjana perubatan telah ditingkatkan kepada RM142.4 juta berbanding hanya RM10 juta untuk parallel pathway ini. Ini menunjukkan bahawa kita tidak hanya harus mempolitikkan isu program ini, malah harus terus mendukung usaha kementerian dalam memperbanyakkan inisiatif bagi melahirkan ramai lagi pakar-pakar perubatan mengikut pelbagai bidang.

Pindaan ini juga memberi peluang kepada pegawai perubatan yang ingin menjadi pakar untuk menjalani melalui jalan alternatif dan menjadi pakar dalam usia yang muda dan berminat untuk meneruskan perkhidmatan di dalam hospital kerajaan.

Namun begitu, saya difahamkan pelatih dan graduan program parallel pathaway ini yang dijalankan di Malaysia boleh melalui undang-undang sedia ada, diserapkan ke dalam program tempatan melalui proses pemindahan kredit atau pemetaan kurikulum.

final • 11:53 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Setelah menjalani latihan, mereka akan dianugerahkan dengan kelayakan yang didaftarkan di bawah Daftar Kelayakan Malaysia dan melayakkan mereka didaftarkan sebagai pakar dalam daftar pakar Majlis Perubatan Malaysia.

Apakah status terkini proses ini dan berapa ramai kah pelatih atau graduan perubatan yang telah diiktiraf sebagai pakar melalui cara ini? Selain itu, apakah strategi kementerian dalam memperkasakan 106 program latihan doktor pakar perubatan yang ditawarkan oleh sembilan buah universiti tempatan yang telah pun memastikan kualitinya terjamin lebih 40 tahun? Apakah rancangan untuk memperluaskan lagi program latihan perubatan ini di universiti tempatan? Adakah kementerian juga berhasrat untuk menyelaraskan latihan pakar melalui ijazah pascasiswazah atau latihan ijazah lanjutan kepakaran dengan menggunakan kurikulum perubatan pascasiswazah kebangsaan yang dilancarkan pada tahun 2021 yang lalu.

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mencadangkan beberapa perkara dalam memperkasakan mutu perkhidmatan kesihatan negara dan meningkatkan jumlah tenaga pakar perubatan di negara ini. Yang pertama ialah saya mencadangkan agar kementerian dapat mengkaji mekanisme untuk meningkatkan iaitu jumlah jururawat dan petugas kesihatan yang lain melalui pemberian manfaat lain atau inisiatif bukan kewangan seperti yang dilakukan oleh NSH di United Kingdom. Inisiatif-inisiatif ini termasuklah pemberian diskaun untuk tiket penerbangan, diskaun di restoran dan sebagainya.

Kedua, dalam kita menangani isu doktor-doktor pakar yang mahu pindah ke sektor swasta. Mungkin apabila kita telah memberikan training- latihan dan sebagainya dan apabila mereka menjadi pakar dan selepas 10 tahun mereka akhirnya mahu pergi ke sektor swasta pula. Jadi, saya mencadangkan agar terdapat sistem ganjaran di mana untuk mana-mana pakar yang telah berkhidmat lebih 10 tahun ini mendapat inisiatif yang setimpalnya untuk mereka bagi mereka terus kekal bersama dengan KKM ini. Ini kerana kalau kita lihat selain itu, sebahagian daripada usaha untuk kita mengekalkan perkhidmatan mereka dalam sistem kesihatan awam, inisiatif ini juga bagi kita memberikan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka yang tidak ternilai buat negara.

Jadi, Puan Yang di-Pertua, saya dari Bentong, saya amat menyokong usul ini supaya kita dapat menyelesaikan masalah kekurangan pakar-pakar perubatan dalam negara kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:53 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

final • 11:53 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan selamat datang kepada pelajar-pelajar, guru-guru, saya tak pasti sekolah mana...

[Ketawa] . Selamat datang ke Parlimen.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Jadi, Kangar mengambil kesempatan untuk membahas rang undang-undang bagi meminda Akta Perubatan 1971. Jadi, umum mengetahui bahawa bidang perubatan amat penting kepada kehidupan manusia pada hari ini. Hospital dan klinik-klinik swasta tumbuh macam cendawan pada hari ini dan bilangan penyakit-penyakit pun meningkat, malah begitu juga dengan bilangan pesakit-pesakit. Jadi, hospital-hospital kerajaan turut dipenuhi dengan bilangan pesakit yang ramai. Oleh itu, Malaysia negara kita memerlukan lebih ramai pengamal-pengamal perubatan yang berkemahiran tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, agak menarik pindaan seksyen 2 dalam Akta 50 dengan memasukkan institusi pendidikan tinggi tempatan yang melibatkan universiti atau kolej universiti mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Jadi, peranan universiti-

final • 11:58 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

universiti tempatan dalam melahirkan pengamal perubatan amat penting. Universiti- universiti tempatan perlu terus diberi kuasa dalam menentukan kualiti pelajar-pelajar mereka. Dikatakan terdapat lebih daripada 29 buah IPT yang diiktiraf oleh MMC ataupun majlis untuk pengajian perubatan.

final • 11:58 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Antara universiti yang paling kanan sekali adalah seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia yang banyak melahirkan pakar-pakar.

Walaupun begitu, berdasarkan pindaan seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif latihan houseman, latihan kepakaran ertinya suatu latihan kepakaran yang disebut dalam subseksyen 14B(3). Latihan ini perlu diluluskan oleh Majlis. Persoalan saya ialah, kenapakah terlalu banyak kuasa diberikan kepada Majlis ataupun MMC?

Soalan kedua, apakah kuasa yang ada ataupun kuasa yang tinggal kepada Kementerian Pengajian Tinggi? KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi pun memerlukan kuasa untuk menjalankan program mereka dan melahirkan pengamal-pengamal perubatan yang berkualiti. Jadi bagi Kangar, bagilah KPT peluang untuk melahirkan ramai- pakar-pakar.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita bimbang jika kuasa yang terlalu banyak diberikan kepada Majlis, maka tidak ada pihak yang akan bertindak menyanggah mereka bila timbul isu-isu berkaitan perubatan, isu-isu yang berkaitan ataupun menyanggah kalau ada apa-apa isu. Kalau tak ada isu, okey jalan, jalan terus. Kalau ada apa-apa isu, bermakna ada check and balance di kalangan kita semua.

Jadi isu lambakan pengamal perubatan dari luar negara, kualiti mereka dan lain- lain, jadi ini semua melibatkan nyawa manusia yang kita dapati ramai yang terlibat dalam pembedahan. Saya pun pernah sekali terlibat dalam pembedahan, 13 jam ya. Lama itu 13 jam. Nasib baik tak mati je. Satu lagi kita kena ingat Malaysia menjadi tumpuan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan kita tidak mahu isu kepakaran perubatan ini melemahkan pelancongan perubatan.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi keanggotaan Majlis, mengapakah pindaan ini mengurangkan perwakilan universiti daripada sembilan orang kepada lima orang?

Sepatutnya, semakin ramailah sebab universiti pun semakin banyak. Jadi apa komen Menteri dalam hal ini. Apa pun, semoga negara Malaysia terus menjadi destinasi perubatan terbaik untuk rakyat Malaysia dan pelancong tempatan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 12:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut serta dalam membahaskan RUU Perubatan

(Pindaan) 2024. Puan Timbalan Yang di-Pertua, RUU ini bertujuan untuk menambah baik Akta Perubatan 1971 dan pindaan ini membawa perubahan-perubahan yang akan membentuk semula landskap perubatan negara kita.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KKM atas usaha untuk menyiapkan RUU ini dan diharapkan bahawa ia dapat menyelesaikan isu-isu yang terkait dengan pengiktirafan pengamal perubatan sebagai pakar yang berkualiti.

Timbalan Yang di-Pertua, saya terus kepada seksyen 4A iaitu cadangan pindaan fasal 4 yang bertujuan untuk memperluas kuasa Majlis dalam mengiktiraf kelayakan dan latihan kepakaran serta melantik wakil Jawatankuasa atau panel. Soalan saya, bagaimanakah Majlis akan menentukan kriteria untuk mengiktiraf kelayakan dan latihan kepakaran? Adakah akan ada garis panduan atau piawaian yang jelas dan terperinci yang akan diikuti?

final • 12:02 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Pindaan seksyen 14(2A)(a) Akta 50 yang membolehkan pendaftaran penuh bagi individu yang berhasrat untuk mengajar, melakukan penyelidikan atau mengikuti kursus lepasan ijazah merupakan satu langkah yang menarik. Namun, apakah mekanisme pengawasan dan penilaian yang akan diperkenalkan untuk memastikan bahawa individu yang diberikan pendaftaran penuh benar-benar memenuhi standard tertinggi dalam pengajaran penyelidikan dan latihan lepasan ijazah?

Apakah mekanisme memantau prestasi dan kualiti pengajaran serta penyelidikan individu-individu yang didaftarkan? Bagaimana untuk memastikan bahawa mereka terus memenuhi standard yang ditetapkan sepanjang tempoh pendaftaran mereka.

Pindaan seksyen 14B Akta 50 iaitu cadangan pindaan fasal 6 untuk menggantikan seksyen 14B Akta 50 bagi menetapkan syarat latihan kepakaran untuk pendaftaran sebagai pakar adalah langkah penting yang perlu diteliti dengan mendalam. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu pertamanya proses penilaian yang telus dan adil.

Kriteria penilaian harus selaras dengan standard antarabangsa.

Kedua, kriteria penilaian harus diterbitkan dalam pelbagai bahasa untuk memastikan kefahaman yang menyeluruh. Proses penilaian harus merangkumi penilaian praktikal dan teori untuk memastikan kompetensi menyeluruh.

Ketiga, panel rayuan bebas harus ditubuhkan terdiri daripada pakar-pakar berpengalaman dari dalam dan luar negara dan proses rayuan harus diselesaikan dalam tempoh 90 hari untuk mengelakkan kelewatan yang tidak wajar.

Keempat, senarai kepakaran dan sub kepakaran harus dikemas kini setiap tahun.

Seterusnya pindaan seksyen 14C Akta 50. Majlis boleh meluluskan atau menolak permohonan untuk menjadi seorang pakar dengan alasan penolakan adalah satu perubahan yang signifikan. Persoalan saya adalah apakah syarat-syarat digunakan oleh Majlis untuk meluluskan atau menolak permohonan untuk menjadi seorang pakar?

Seterusnya bagaimana untuk memastikan proses ini telus dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi atau biased. Siapakah akan memantau dan mengawasi proses kelulusan dan penolakan penggunaan ini untuk memastikan ketelusan dan integriti? Adakah akan ada badan bebas yang akan menjalankan fungsi pengawasan ini?

Seterusnya pindaan fasal 8 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 14D ke dalam Akta 50 yang membolehkan seorang pakar membuat permohonan untuk didaftarkan dalam sub kepakaran tertentu adalah satu langkah penting untuk memperhalusi dan memperluas kepakaran perubatan. Bagaimana Majlis akan menentukan sekatan dan syarat yang dikenakan kepada pakar yang memohon sub kepakaran.

Adakah akan ada garis panduan yang jelas untuk memastikan ketelusan dan keadilan dalam proses ini? Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk mengawasi dan memantau proses pendaftaran sub-kepakaran ini? Bagaimana kita dapat memastikan bahawa proses ini berjalan lancar dan bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.

Soalan last Tuan Yang di-Pertua, bagi saya satu minit untuk landing. Berdasarkan cadangan pindaan perluasan kuasa Majlis Perubatan Malaysia membawa tanggungjawab yang lebih besar dan dalam hal ini, Betong mencadangkan perlunya ada perwakilan yang seimbang di mana Ahli Majlis harus terdiri daripada pakar-pakar daripada pelbagai sub- kepakaran. Betong juga ingin mencadangkan perwakilan dari wilayah Sabah dan Sarawak harus ditingkatkan kepada satu pertiga daripada pengamal perubatan yang dipilih atau dilantik menjadi keahlian Majlis.

Oleh itu, Betong mohon agar keahlian yang dipilih sebanyak 17 orang ahli ke Majlis Perubatan Malaysia mengikut kuota komposisi pengamal perubatan yang dipilih iaitu 11 daripada Semenanjung Malaysia, tiga dari Sabah, tiga dari Sarawak. Ini supaya ada

final • 12:02 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

keseimbangan komposisi dan mencerminkan serta menghormati semangat Kerajaan Perpaduan dan harus dimasukkan di dalam RUU ini.

Bagi Sarawak, apakah jaminan kerajaan bawa pindaan Akta 50 ini dapat menyelesaikan isu kekurangan doktor pakar di Sarawak? Atau mempercepatkan proses pendaftaran pengamal perubatan sebagai pakar dan pengiktirafan kelulusan. Ada dua contoh. Pertamanya kekurangan pakar bedah cardiothoracic yang amat merunsing.

Kedua, ialah bila Pusat Pakar Kanser Sarawak beroperasi kelak, sudah tentu memerlukan banyak doktor pakar oncology dan lain-lain.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila.

final • 12:02 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Soalannya di manakah KKM akan mendapat bekalan doktor pakar itu nanti? Oleh itu, dalam usaha Sarawak untuk mendapatkan autonomi dalam kesihatan di bawah Perjanjian Malaysia 1963, Betong mencadangkan RUU ini mengambil kira permintaan dari Sarawak iaitu penubuhan Sarawak Medical Council ataupun Independent Branch MMC ataupun Sarawak Chapter bagi MMC dengan izin, dan mempertimbangkan wakil Sarawak dalam Majlis Perubatan Malaysia seperti cadangan yang dikemukakan oleh Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua, RUU ini memberi kita platform untuk bukan sahaja menangani isu-isu semasa, tetapi juga untuk melonjakkan Malaysia ke hadapan dalam arena perubatan global. Saya menyeru agar kita mengambil pendekatan berani dan inovatif dalam membentuk masa depan kesihatan negara.

Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 12:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa sasaran kerajaan pada tahun 2030 ialah untuk mempunyai 78,000 Doktor Pakar. Namun, sehingga kini, jumlah yang ada jauh sekali dengan sasaran di mana kita hanya mempunyai lebih kurang 13,000 Doktor Pakar dalam pelbagai bidang. Untuk menampung jumlah populasi yang kian meningkat, begitu juga bagi mendepani negara menua akibat populasi warga emas yang kian bertambah, bahkan jumlah pesakit NCD yang semakin membarah, negara kita amat memerlukan Doktor Pakar. Namun begitu, isu kekurangan Doktor Pakar ini memerlukan penelitian yang mendalam.

Saya pergi kepada seksyen 4 yang memberi pemusatan kuasa kepada Malaysian Medical Council (MMC) untuk memberi pengiktirafan kuasa tanpa perlu melalui MQA.

Langkah ini memberi kesan yang sangat signifikan. Antaranya, MMC merupakan badan di bawah seliaan KKM yang diberi kuasa untuk mengiktiraf institusi dan meluluskan program latihan serta memberi pengiktirafan kelayakan.

Ini bermakna jika sebelum ini proses yang perlu dilalui untuk mengiktiraf seseorang pakar adalah melalui institut pengajian tinggi (IPT) dan parallel pathway yang kualiti dijamin oleh MQA, namun selepas pindaan ini, doktor pakar ini boleh diiktiraf oleh MMC tanpa perlu mengambil kira kualiti oleh MQA. Perkara ini amat serius kerana ia membuka peluang kepada salah guna kuasa, bahkan ia turut menjejaskan reputasi sistem kesihatan negara sekali gus menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan yang lebih terbuka ini juga memberi kesan yang besar kepada program universiti tempatan Malaysia yang telah wujud sejak 40 tahun yang lalu. Hal ini kerana jika pindaan ini diluluskan, MMC boleh sahaja memberi pengiktirafan kepada

final • 12:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

mana-mana doktor yang mengikuti parallel pathway di luar negara namun tidak mendapat pengiktirafan dalam negara.

Persoalannya, adakah perubahan dasar ini sudah melalui kajian yang teliti dan sejauh manakah jaminan kerajaan bahawa kualiti daripada doktor pakar ini masih boleh dikawal rapi walaupun setelah mendapat pengiktirafan secara lebih meluas ini dijalankan?

Sejauh manakah pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dilibatkan dalam memastikan pindaan ini tidak menjejaskan kredibiliti KPT sebagai badan utama pembekal pendidikan tinggi sejak berdekad-dekad lamanya?

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dinafikan Malaysia berhadapan dengan masalah kekurangan Doktor Pakar yang paling kritikal dalam bidang neurologi, kardiotorasik, kardiologi, onkologi, pediatrik, gastrik dan neurosurgeri menyebabkan banyak kes tertunggak. Bahkan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Malah, jumlah Pakar Perubatan Keluarga (FMS) di Malaysia hanyalah 904 orang pakar sahaja di seluruh negara.

Saya kira banyak lagi isu asas yang perlu diberi perhatian oleh pihak KKM bagi menangani isu kekurangan Doktor Pakar seperti kebajikan Doktor Pakar yang berkhidmat lebih 10 tahun namun tiada kenaikan pangkat yang diberikan selain tawaran gaji lumayan daripada hospital swasta dan hospital dari luar negara menyebabkan Doktor Pakar lebih memilih untuk tidak berkhidmat di hospital kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir pada subseksyen 3A(1) iaitu perubahan jumlah perwakilan keanggotaan. Pindaan ini sekali lagi mengukuhkan komposisi MMC di mana pengaruh pengamal yang disyorkan oleh Ketua Pengarah dan di bawah kuota Menteri, yakni diluluskan oleh Menteri, akan bertambah daripada tiga kepada tujuh orang.

Apakah justifikasi pihak kementerian terhadap pertambahan ini? Adakah pengamal perubatan tersebut akan turut dibebani dengan tugas akreditasi penilaian program dan institusi membangunkan standard? Jika benar, ia amat tidak wajar sama sekali untuk seseorang pengamal perubatan yang sememangnya burnout, dengan izin, Dato’ Yang di- Pertua, dengan tugasannya.

Saya kira langkah kerajaan hari ini semestinya berpaksikan kepada keselamatan nyawa rakyat yang menjadi keutamaan. Namun, jika sistem kesihatan diragui, di mana lagi rakyat boleh bergantung harap...? Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Bismillahi Rahmani Rahim. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Saya ucapkan terima kasih kepada Puan Timbalan Speaker kerana memberi laluan pada Batu Pahat untuk berbahas pindaan Akta Perubatan pada pagi ini.

Batu Pahat mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kesihatan dan kerajaan atas komitmen untuk bersedia dan berani meminda Akta Perubatan 1971. Oleh itu, Batu Pahat memohon kepada semua- rakan-rakan dan Ahli Parlimen untuk sama- sama membantu nasib pakar-pakar terutama Pakar Bedah Jantung yang sudah lapan bulan lulus, tetapi masih belum dapat mendaftar sebagai pakar. Semua fraternity perubatan- MMA, Akademi Perubatan dan majoriti persatuan-persatuan telah menyokong penuh usaha-usaha KKM untuk mengatasi isu ini. Isu ini adalah isu teknikal yang boleh kita selesaikan dengan beberapa pindaan Akta Perubatan 1971.

Batu Pahat yang mengambil berat ialah pakar-pakar kita yang telah lulus lebih dua tahun dan hingga hari ini masih menunggu untuk diluluskan. Di mana, mereka adalah pakar-pakar jantung dan ada yang telah pun mendapat tawaran bekerja di London.

Mereka masih muda. Namun begitu, mereka adalah penerima biasiswa dari KKM,

final • 12:15 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

mengikuti program di negara kita, KKM, IJN dan malah mereka merupakan pelajar terbaik yang telah menewaskan calon Hong Kong dan Singapura. Mereka kini masih sangkut dan disepak terajang ke sana sini seperti bola. Oleh itu, saya mohon sama-samalah kita bantu mereka.

Puan Timbalan Speaker, latar belakang Akta 50 1971 adalah bertujuan untuk mendaftarkan pengamal perubatan iaitu doktor. Sebelum ini, pakar diwartakan oleh KPK di bawah Perintah Am Bab F sahaja, pakar dalam perkhidmatan kerajaan. Pada tahun 2002, National Specialist Register (NSR), dengan izin, telah ditubuhkan di bawah Akademi Perubatan untuk mendaftarkan pakar-pakar kerajaan dan bukan kerajaan, tetapi NSR tiada punca kuasa undang-undang. Jadi, perlu diluluskan pindaan ini untuk MMC diberi punca kuasa.

Puan Timbalan Speaker, kesan kalau tidak diluluskan pindaan ini, antara lain ialah ramai Doktor Pakar tidak dapat didaftarkan sebagai pakar terutama dalam kardiotorasik, pembedahan jantung. Difahamkan ada 33 orang calon pakar. Bukan sahaja kardiotorasik, perubatan keluarga pun ada dua program di mana ada ratusan pakar yang telah lulus, tetapi masih menunggu.

Puan Timbalan Speaker, kita tidak boleh double standard. Kesan yang terlibat ialah mereka yang telah tamat dan sedang menjalani latihan yang mana mereka akan berdepan dengan masalah untuk didaftarkan. Seramai 17,089 Doktor Pakar. Lebih kurang 1,242 yang telah lengkap latihan dan sejumlah 5,247 yang masih dalam latihan Sarjana- Master, manakala 3,413 dalam latihan parallel. Mereka ini bakal terkesan.

Kalau ikut pecahan bangsa dalam latihan parallel: Melayu adalah 31 peratus; Cina, 50 peratus; India, 15 peratus; dan lain-lain, satu peratus. Manakala latihan Sarjana- Master, data UKM, ikut pecahan bangsa: Melayu- 58 peratus; Cina- 21 peratus; India- 15 peratus; dan lain-lain- satu peratus.

Menurut AGC, tafsiran undang-undang kini, hospital KKM bukanlah institusi latihan yang diiktiraf. Oleh itu, Sarjana- Master akan terkesan kerana 80 peratus pelajar Master ini berada di KKM. Dengan itu, hampir 8,000 orang pakar yang ada Master dan parallel akan terkesan dan menjadikan kesihatan negara bakal lumpuh dan runtuh.

Puan Timbalan Speaker, negara kita yang dicintai ini amat memerlukan pakar.

Difahamkan waiting list pembedahan jantung mengambil masa dua tahun. Belum lagi kekurangan pakar di hospital-hospital daerah. Kita bimbang ramai- pakar-pakar kita akan lari ke luar negara. Kalau mereka tidak berdaftar di negara ini, ia nya akan menambah lagi brain drain.

Degree dari Royal College amat dihormati di seluruh dunia. Mereka adalah badan profesional yang tertua di dunia. Kita akan jadi bahan jenaka sekiranya kita tidak iktiraf hanya disebabkan teknikal atau pun klausa-klausa yang remeh temeh. Negara kita adalah negara kecil. Kita perlu berkongsi sumber. Sumber latihan paling besar ialah di KKM dengan 150 buah hospital berbanding dengan universiti- 10.

final • 12:15 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Saya ambil sikit, satu minit saja, Puan Timbalan Speaker. Saya nak ambil sikit.

Saya nak copy daripada ungkapan dari Menteri semalam, “Supaya esok tidak menjadi pertikaian, kerjasama harus kita galakkan. Semua pihak kita harmonikan. Keselamatan pesakit kita utamakan, kualiti perkhidmatan kita pertingkatkan, profesion perubatan kita martabatkan. Hentikan segala perbalahan. Masa depan anak-anak kita fikirkan. Niat, tujuan mari kita perbetulkan. Transformasi kesihatan harus kita bincangkan. Kertas Putih perlu realisasikan. Banyak perkara harus kita selesaikan. Masa terlalu singkat untuk kita kejarkan. Ayuh kita bergerak ke hadapan demi negara, demi rakyat, demi pesakit yang memerlukan”. Batu Pahat mohon menyokong. Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 12:20 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahi Rahmani Rahim****.** Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Permatang Pauh untuk turut sama dalam perbahasan kali ini. Saya menyokong apa saja usaha kerajaan dalam memberikan manfaat dan kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Cuma, saya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan dengan beberapa perkara berkaitan dengan pindaan rang undang- undang ini.

Perkara yang pertama, apabila takrifan “kelayakan pakar yang diiktiraf” digugurkan, kuasa pengiktirafan institusi hanya dilakukan oleh MMC. Jadi, soalan saya, adakah ini bermakna pengiktirafan institusi pendidikan ataupun latihan ini sudah beralih daripada Kementerian Pengajian Tinggi kepada MMC? Jika ini benar, ia satu perubahan dasar yang besar dalam pengajian tinggi dan mungkin akan melibatkan profesion yang lain.

Jadi, soalan saya yang kedua, adakah KPT sudah mengkaji impak pindaan ini ke atas program profesional yang lain? Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Perkara yang kedua yang ingin dibangkitkan, dalam subseksyen 14B(3) berkaitan dengan orang yang berhak untuk didaftarkan sebagai pakar.

Pindaan ini bermakna MMC diberi kuasa untuk mengiktiraf institusi, meluluskan program latihan dan mengiktiraf kelayakan. Ini bermakna, tiada keseimbangan daripada segi kebebasan menjamin kualiti kerana majlis yang sama melakukan semua proses.

Ini berbeza dengan proses yang dilakukan oleh institusi pengajian tempatan yang memperoleh kelulusan menjalankan program daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan jaminan kualiti daripada MQA. Ini adalah proses yang menjamin keutuhan sistem kualiti yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Ini juga akan membuka ruang untuk salah guna kuasa. Jika RUU ini diluluskan, adakah ia akan mendedahkan kualiti sistem kesihatan negara kita kepada risiko reputasi yang akan menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa? Antaranya, kesan yang paling penting adalah medical tourism. Perkara yang ketiga yang saya nak bangkitkan adalah berkaitan dengan subseksyen 3A(1)(a) dan (b). Pindaan mengurangkan perwakilan universiti daripada sembilan kepada lima orang dan meningkatkan keanggotaan perwakilan yang disyorkan oleh Ketua Pengarah dan diluluskan oleh Menteri daripada tiga kepada tujuh orang seperti yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat yang lain. Adakah ini bermakna pengaruh pengamal yang dilantik oleh Menteri akan bertambah? Pengaruh yang besar pasti akan mengundang sesuatu yang tidak sihat. Bagaimana kementerian mahu menangani isu ini...? Adakah pindaan ini boleh memberikan keadilan kepada semua pihak, termasuk MalaysiaMalaysiarawak?

Perkara yang keempat yang saya nak bangkitkan. Perwujudan jawatan pakar sekarang ini saya difahamkan secara direct conversion iaitu dengan menggunakan jawatan pegawai perubatan yang tidak diisi dan diturunkan secara waran oleh BSM.

Persoalannya, bila mana mereka telah lulus dan diwartakan sebagai pakar dan akan dibayar dengan elaun kepakaran, adakah akan ada perwujudan jawatan-jawatan baharu tanpa melalui proses direct conversion ini kerana kita juga memerlukan waran perubatan tetap? Adakah dengan pindaan RUU ini akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan apabila pakar-pakar ini diserapkan di hospital-hospital kerajaan? Yang lebih penting lagi, adakah struktur organisasi di setiap peringkat di KKM, JKN, PKD, KK dan juga di hospital akan mengalami perubahan besar-besaran hasil daripada pindaan rang undang-undang ini?

final • 12:21 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terakhir Puan Yang di-Pertua, sebagai cadangan dan mungkin diharapkan pertimbangan oleh KKM. Sebagai seoMalaysiayat Malaysia yang pentingkan kualiti kesihatan negara kita, saya ingin mencadangkan dua pindaan dimasukkan sekiranya boleh.

Pertama, berkaitan dengan penambahbaikan ilmu dan kemahiran seorang pakar.

Saya mencadangkan satu klausa dimasukkan supaya MMC mengadakan proses menilai keterkinian dan kompetensi seorang pakar. Contohnya, mengadakan ratification, dengan izin, dan validation seorang pakar, dengan izin. Ini dilakukan di semua negara yang maju.

Contohnya, di UK, di Australia, Kanada dan sebagainya.

Saya juga mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan tidak dijadikan Presiden MMC secara automatik bagi mengelakkan kejadian ketidakpatuhan akta berulang lagi. Benar, kita memerlukan kuantiti doktor-doktor pakar, tetapi apabila melibatkan nyawa seorang manusia yang sangat berharga dan tiada ganti, kualiti sangat perlu diutamakan dan dipertimbangkan oleh KKM dalam membuat keputusan. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 12:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:21 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas isu yang sangat penting ini.

Jadi, pada hari ini, pindaan kepada Akta 50 merupakan langkah yang sangat penting untuk kita menyelesaikan isu parallel pathways ini dan untuk menangani kekurangan kritikal pakar perubatan di negara kita dengan membolehkan kedua-dua laluan parallel dan program Masters berjalan serentak.

Kita tahu DOSM telah mengunjurkan bahawa menjelang 2025, populasi negara adalah 36 juta orang dan 38 juta menjelang 2030. Berdasarkan nisbah seperti yang dibincangkan di atas, Malaysia memerlukan 90,000 orang doktor aktif pada tahun 2025 dan 114,00 pada tahun 2030. Daripada angka tersebut, kita perlukan doktor pakar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah doktor dalam sektor awam.

Bermaksud, kita memerlukan kira-kira 18,000 dan 23,000 orang pakar masing- masing pada tahun 2025 dan 2030. Jika kita lihat kadar pengeluaran semasa, kementerian kita mungkin hanya mencapai kira-kira 19 peratus daripada jumlah doktor pakar menjelang tahun 2025 dan bukan 30 peratus yang diperlukan, khususnya untuk pembedahan kardiotorasik. Kita perlukan nisbah 1 : 500 pada 2025 dan 1 : 450,000 pada tahun 2030. Berdasarkan keadaan semasa, kami mempunyai kurang daripada 15 peratus daripada jumlah pakar bedah kardiotorasik yang diperlukan.

Jadi, ini satu isu yang membimbangkan. Ramai yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pembedahan. Lebih teruk lagi ada yang meninggal sementara menunggu rawatan. Saya ingin memberikan satu contoh kira-kira lima tahun dahulu, seorang Raja Muda terpaksa diterbangkan ke Sabah. Dari Sabah ke IJN dengan pesawat tentera untuk pembedahan kecemasan aortic dissection. Walaupun masa itu telah selesaikan semua kertas kerja, menguruskan pemindahan perubatan dari Sabah, pesakit meninggal dunia sejurus tiba di IJN.

Bayangkan jika terdapat perkhidmatan mencukupi di Sabah. Sekiranya pakar bedah kardiotorasik di Sabah dapat lakukan pembedahan terus di Sabah. Perkara ini tidak akan berlaku lagi. Terdapat juga beberapa buah pusat kerajaan di mana hanya satu pakar bedah kardiotorasik seperti Kuantan, Sabah, PPUM, Kota Bharu, di mana jika pakar bedah tersebut sakit kah, bercuti, perkhidmatan Pakar Kardiotorasik akan terganggu dan kes kecemasan perlu dihantar ke pusat yang lain.

final • 12:26 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jadi, pindaan hari ini adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya sangat menyokong pindaan hari ini dan saya berharap selepas pindaan ini, apabila ada satu kumpulan specialist yang akan didaftarkan kepada NSR, pihak KKM akan cepat untuk menaikkan pangkat mereka dan memberikan bantuan yang secukupnya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang pembuat dasar, kita juga kena melihat ke depan dan juga kesan jangka masa panjang setiap pindaan atau setiap keputusan yang kita buat. Untuk mencapai matlamat dan untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan kita tanpa, dengan izin, unintended consequences, kita yang boleh menjejaskan kualiti penjagaan, kita perlu satu- kita perlukan implementasi yang baik, pengawasan yang telus dan juga mekanisme semak dan imbang. Dengan kuasa yang agak besar kita berikan kepada MMC di bawah framework yang kita bincang hari ini, sebaiknya pendapat saya, langkah pertama untuk mekanisme semak dan imbang atau oversight ini adalah melalui pembaharuan atau penambahbaikan kepada MMC itu sendiri.

final • 12:26 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Walaupun pindaan kita lihat hari ini menambah baik komposisi MMC, tetapi terdapat juga peluang untuk perubahan untuk meningkatkan ketelusan dalam proses pembuatan keputusan MMC. Bagi saya, Medical Education Committee ataupun Specialty Subcommittees for Education (SSC-Edu), semua keputusan mereka haruslah dibentangkan secara awam dengan justifikasi setiap keputusan, dengan timeline, dengan kronologi yang diperlukan. Kita juga perlu memperbaharui pemilihan MMC. Sistem pengundian sekarang masih gunakan pos, sudah lapuk dan saya rasa boleh diperbaharui dengan digitalisasi.

Dengan sistem pengundian yang sangat rumit sekarang, sebanyak hanya sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah 70,000 fraternity yang mengundi setiap kali ada pilihan raya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita juga haruslah meningkatkan komposisi ahli MMC yang melalui pilihan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah ahli. Sekarang daripada 33 orang ahli hanya 17 ataupun separuh sahaja dipilih dan bakinya dilantik secara terus. Ini penting kerana kuasa telah diberikan kepada MMC untuk membuat keputusan penting. Maka saya berpendapat akauntabiliti dan majoriti mereka haruslah dipertanggungjawabkan kepada fraternity mereka sendiri melalui proses pilihan raya yang adil.

Saya juga mencadangkan supaya ada perwakilan daripada Akademi Perubatan Malaysia atau AMM di MMC sendiri untuk mewakili dan bertindak sebagai oversight bagi pihak medical societies dalam lembaga tersebut. Sebenarnya jawatan tertinggi dalam AMM iaitu master. Mereka juga dipilih melalui pilihan raya dan saya rasa itu mekanisme akauntabiliti yang baik. Saya juga bercadang supaya pihak MMC ada satu mekanisme memantau kepakaran- specialist secara berterusan di mana ada continuous quality enhancement, ada proses recertification dan perlu juga pengesahan pakar-pakar perubatan.

Dengan pembaharuan dan penambahan MMC yang dicadangkan, saya memang tahu kapasiti MMC akan ditingkatkan maka sokongan secara bantuan, secara peruntukan haruslah ditambah kepada MMC. Saya ingin rumuskan dengan ini. Saya tahu setiap peranan baru, setiap polisi, pertukaran polisi mesti ada jangka masa atau period transisi.

Dalam period transisi mungkin ada isu-isu yang akan timbul. Saya rasa atas prinsip-prinsip ketelusan, jika pihak Kementerian Kesihatan atau MMC boleh membuat satu komitmen untuk membentangkan laporan berkala- sama ada dua tahun, lima tahun, sepuluh tahun dalam untuk polisi ini, bukan sahaja kepada pihak KKM secara internal, tetapi di peringkat Parlimen, di PSSC Kesihatan untuk kita memantau tempoh transisi ini, kesediaan dan keberkesanan pihak MMC untuk menjalankan peranan baru mereka ini...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya gulung kan ini. Ini bukan untuk menyusahkan MMC tapi kita nak memberikan bantuan yang diperlukan dan menilai semula keberkesanan langkah-langkah yang mereka buat.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cadangan ini adalah langkah pertama untuk pembaharuan dan memberikan pengawasan yang lebih baik untuk memastikan hasil yang lebih baik. Saya percaya bahawa pindaan ini jika ditambah dengan pelaksanaan dan pengawasan yang betul, kita dapat mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan kita yang memberikan manfaat secara seluruh, menyeluruh pada negara kita. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk Dewan mengalu-alukan kehadiran guru dan juga pelajar daripada SMK Bandar Enstek daripada Parlimen Rasah... [Dewan Tepuk] Selamat datang semua. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 12:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pertama sekali, perlu disebut sini bahawa sistem kesihatan di Malaysia secara umum adalah satu sistem yang berkualiti tinggi yang mampu diakses oleh seluruh rakyat.

Keduanya, Kubang Pasu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga atas pengorbanan tenaga dan jiwa raga dalam menangani isu pandemik COVID19 pada beberapa tahun yang lalu sehinggakan ada di antara warga KKM yang berkorban nyawa. Setinggi tahniah dan terima kasih KKM.

Berhubungan dengan RUU Perubatan Pindaan 2024, Kubang Pasu ada beberapa perkara untuk diutarakan. Dalam membahaskan RUU ini, perkara penting yang perlu dilihat ialah pertamanya menentukan RUU yang akan diluluskan nanti dapat menjamin kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan bagi rakyat melalui pengeluaran Pakar Perubatan yang terjamin kualiti latihannya.

Keduanya, pakar-pakar ini juga hendaklah sentiasa dipastikan menambah baik pengetahuan dan kemahiran mereka. Ini penting kerana bidang perubatan cepat berubah.

Bukan sahaja melalui cambahan ilmu, tetapi juga pengetahuan teknologi yang canggih.

Fasal 4 RUU yang dibentangkan bertujuan memberikan kuasa kepada MMC untuk melantik mana-mana Pengawal Perubatan Berdaftar untuk mewakili majlis dalam apa-apa jawatankuasa, panel, institusi dan sebagainya. Kemudian membuat syor kepada majlis mengenai semua perkara berhubungan dengan kelayakan mengenai perubatan ataupun pengawalseliaan amalan perubatan.

Pindaan 4, pindaan menggugurkan 4A(2)(h) yang memberi kuasa mengiktiraf dan mengakreditasi kelayakan perubatan berdasarkan syor Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007, Akta 679 bagi tujuan pendaftaran. Ia diganti dengan mengiktiraf kelayakan bagi pendaftaran pengamal perubatan di bawah akta ini. Ini bermakna MMC diberi kuasa menjalankan pengiktirafan kelayakan tanpa merujuk kepada Akta MQA lagi.

Kuasa pengiktirafan sesi latihan, takrifan “kelayakan pakar yang diiktiraf” digugurkan digantikan dengan kuasa pengiktirafan sesi hanya diberikan kepada MMC, seksyen 14 perenggan 14(2A)(a). Ini bermakna pengiktirafan institusi pendidikan latihan beralih daripada Kementerian Pendidikan Tinggi kepada KKM. Kesimpulan ini-

final • 12:34 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

kesimpulannya, daripada perkara ini ialah pindaan ini memberi kuasa yang lebih kepada MMC untuk mengiktiraf institusi dan meluluskan program latihan dan mengiktiraf kelayakan. Ini bermakna tiada check dan balance daripada segi kebebasan menjamin kualiti kerana majlis yang sama melaksanakan semua proses.

Ini berbeza dengan proses yang dilindungi oleh institusi-institusi pendidikan tinggi, penjaminan kualiti daripada MQA. Ini adalah proses yang menjamin keutuhan sistem yang diamalkan di peringkat antarabangsa. Memberi kuasa kepada satu- badan MMC akan membuka ruang untuk salah guna kuasa. Seterusnya keanggotaan Majlis MMC, pemindaan ini mengurangkan perwakilan KPT universiti dari sembilan kepada lima orang dan meningkatkan kuota perwakilan yang disyorkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan diluluskan Menteri, daripada tiga kepada tujuh orang. Ini bermakna, pengarah- pengamal perubatan yang dilantik oleh Menteri akan bertambah.

Dalam keadaan ini, di mana kuasa mengiktiraf institusi latihan dan kelulusan program dipusatkan dalam MMC. Pengaruh pelantikan terutamanya daripada segi bias terhadap program yang dijalankan oleh KKM adalah amat tinggi. Pindaan 14D, pindaan ini memperkenalkan jadual keempat dan kelima yang pernah wujud dalam pindaan 2012.

Kelayakan yang terkandung jika jadual berkenaan hendak diluluskan mestilah melalui proses pengiktirafan oleh MMC dahulu. Kita tidak tahu bagaimana kelayakan yang terkandung dalam jadual empat dan lima ini dimasukkan. Adakah ia juga mengandungi kelayak yang diragui?

Sepatutnya kedua-dua jadual ini hendaklah di bentang dan dibahaskan dahulu sebelum kita menerima pindaan ini. Kemasukan kelayakan yang diragui akan mencemar kesucian jadual kelayakan. Kita bercakap mengenai kekurangan pakar perubatan. Di sini saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah jumlah pakar-pakar yang diperlukan dalam bidang perubatan yang diperlukan dan berapakah jumlah yang kita ada sekarang?

Seterusnya laluan parallel, parallel program. Kita faham masalah yang dihadapi oleh lebih daripada 10,000 orang yang menunggu untuk diiktiraf dan didaftarkan sebagai pakar.

Saya hairan kenapa mereka melalui sistem yang belum dapat pengiktirafan sebelum ini. Pindaan akta pada 2012 tidak dilaksanakan. Kubang Pasu akui dan setuju mereka ini perlu dibantu, tetapi laluan parallel ini dilaksanakan sebagai, stopgap ataupun correcting measures, disyorkan supaya kerajaan tidak meneruskan program ini kerana ia mempunyai banyak kelemahan daripada segi kualitinya.

final • 12:34 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Selepas selesai dengan masalah 10,000 orang yang menunggu ini, sistem ini patut kembali kepada kaedah yang asal. Negara seperti Singapura, Australia dan Indonesia tidak memilih laluan parallel, tetapi menggunakan kepakaran dalam negara mereka sendiri. Ini- kita sepatutnya memilih opsyen ini.

Mengenai program meningkatkan bilangan pakar perubatan, saya minta Menteri maklumkan- pertama, penambahan pakar setahun dan bila boleh kita capai keperluan sepenuhnya? Berapa jumlah kos tahunan?

Terakhir, saya mohon kepada KKM dan Menteri khususnya untuk mempertimbangkan supaya Hospital Kanser dan Jantung dibina di negeri Kedah kerana sekarang ini kita tahu, kita kena pergi- orang Kedah kena pergi ke Pulau Pinang, tetapi hospital di Pulau Pinang dalam bidang ini juga sudah mencapai tahap tepu. Sekian.

Wabillahi taufik, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Klang.

final • 12:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya hendak ucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri Kesihatan kita kerana tunggu dan mendengar semua perbahasan...

[Tepuk] Terima kasih Menteri.

final • 12:41 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Menteri.

final • 12:41 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Puan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini bertanggungjawab untuk menganalisis keadaan bidang perubatan negara dan sering mencari jalan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul. Hakikatnya adalah negara kita memerlukan lebih banyak hospital, kakitangan perubatan dan juga pakar-pakar perubatan yang diiktiraf untuk menampung keperluan populasi yang semakin meningkat.

Berdasarkan taklimat yang diberi berkenaan Rang Undang-undang Perubatan, kita dapat faham bahawa memang terdapat ketirisan dalam isu berkaitan dengan latihan kepakaran di negara kita daripada aspek undang-undang. Perkara ini memberi risiko kepada pakar perubatan yang telah berdaftar, yang telah lengkapkan latihan serta yang sedang menjalani latihan. Sebagai penyelesaian, segala pindaan terhadap rang undang- undang ini adalah dialu-alukan.

Klang sokong dengan sepenuh hati pindaan rang undang-undang ini.

Persoalannya, bagaimanakah pindaan ini akan memanfaatkan bidang perubatan negara kita secara keseluruhan? Terdapat pelbagai isu di bidang perubatan negara kita selain daripada pendaftaran doktor pakar, juga ada isu yang perlu diteliti. Sehubungan itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk membangkitkan beberapa isu yang mendesak golongan kakitangan perubatan di negara kita yang mungkin boleh diselesaikan melalui pindaan rang undang-undang ini atau yang lain pada masa hadapan.

Pertama adalah berkaitan dengan isu doktor pelatih, doktor kontrak dan graduan perubatan di sekitar negara. Pada tahun-tahun yang lalu dan kini juga, kita sering dengar kes berkaitan pegawai-pegawai houseman yang menamatkan latihannya di fasiliti-fasiliti kesihatan awam yang masih belum menerima perjawatan tetap. Ramai doktor yang belum berjawatan tetap. Ada yang menunggu sehingga setahun atau tiga tahun, sampai tiga tahun ada.

Ramai juga doktor kontrak sementara yang telah berkhidmat untuk beberapa tahun ataupun tempoh yang begitu lama masih belum diserap masuk sebagai penjawat tetap setelah habis kontraknya. Ada juga ramai yang telah menamatkan kursus perubatan dan membuat permohonan untuk menjadi pegawai houseman, tetapi terpaksa menunggu untuk jangka masa yang sangat panjang untuk menerima perjawatan. Persoalannya, apakah garis panduan yang tepat mengenai kriteria perjawatan tetap bagi doktor-doktor kontrak dan bekas doktor-doktor pelatih untuk menerima perjawatan tetap?

Sebab ini bukan satu persoalan. So, persoalannya adalah daripada doktor-doktor kontrak, kita boleh nampak ramai sebenarnya masih tidak tahu masa depan mereka apabila mereka menunggu satu jangka masa yang begitu lama sekali untuk diserapkan menjadi doktor ataupun penjawat tetap. Anak-anak muda ini memang memasuki bidang ini dengan bebanan kewangan yang sangat besar atas bahu-bahu mereka dan juga ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan ramai daripada anak muda ini terpaksa mengambil pekerjaan yang lain untuk menyara diri dan juga terpaksa berhenti daripada menyambung dalam bidang perubatan.

Saya percaya Menteri sendiri pernah dengar anak-anak muda yang masih lagi menanti untuk housemanship, mereka menjadi Grab driver ataupun kerja sambilan.

Mereka perlu menyara diri mereka. Mereka perlu membayar loan pinjaman pendidikan mereka dan sebagainya. Ini menyebabkan apabila jangka masa mereka menunggu itu agak lama, mereka kadang-kadang sudah memilih untuk tidak lagi menjadi menyambung pekerjaan mereka dalam bidang perubatan.

final • 12:41 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Ini memang perkara yang kita sering dengar. Saya faham rang undang-undang ini bertujuan untuk membela nasib pakar perubatan. Walau bagaimanapun, apakah nasib doktor-doktor pelatih? Doktor-doktor berkontrak ataupun yang tetap? Ada juga graduan- graduan perubatan yang masih belum diberi jaminan terhadap masa depan mereka. Saya percaya kalau sekiranya negara kita ini, kerajaan kita tidak menetapkan satu garis panduan yang jelas kepada anak muda ini, mungkin masa akan datang ramai daripada anak muda kita ini hilang minat dalam jurusan perubatan.

Melalui pindaan Rang Undang-undang Perubatan ini, kerajaan berjaya mengurangkan kekhuatiran dalam kalangan pakar-pakar perubatan. Sekarang sudah tiba masa untuk kita memberikan keutamaan kepada isu-isu di akar umbi golongan kakitangan perubatan negara kita iaitu dalam kalangan graduan-graduan perubatan, doktor-doktor pelatih dan juga doktor-doktor berkontrak. Adakah kita memerlukan pindaan-pindaan lain untuk meneliti dan menyelesaikan isu ini?

Pindaan ini salah satu langkah asas untuk menangani isu-isu yang mendesak kakitangan perubatan di negara kita. Pada masa yang sama, saya ingin memberi peringatan mesra kepada pihak kerajaan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dan isu-isu yang perlu diteliti pada masa depan seperti dinyatakan tadi. Klang dengan sepenuh hatinya menyokong Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024 dan menyarankan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang selanjutnya untuk mempertingkatkan mutu bidang perubatan kita secara keseluruhan. Sekian, terima kasih.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 12:41 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda tap, tap screen guys. Pertama sekali ialah terima kasih Yang Berhormat Menteri ada di sini ya. Pertama sekali ialah kita pernah melantik satu- jawatankuasa untuk- Jawatankuasa Bebas mengkaji program latihan kepakaran perubatan 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Seri Doktor Sharifah Hapsah Syed Hassan dan laporan ini sulit, tetapi nota daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah supaya penyelesaian mestilah follow the law, Yang Berhormat. The law yang ada sekarang, tetapi nampaknya law yang hendak diperkenalkan ini ialah law baharu.

Yang Berhormat, Perdana Menteri menyebut follow the law- law lama Yang Berhormat. Saya tengok Yang Berhormat senyum sebab Yang Berhormat terlibat dalam MoU dengan PPP dahulu. Jadi, hari ini jadikan undang-undang- saya ucapkan tahniah, tetapi kalau kami memerintah, kami takkan biarkan kualiti- numbers dibanyakkan, tetapi kualiti tidak diharmonikan.

Jadi Yang Berhormat perlu lihat benda ini. Kami bukan menentang. Kami PN tidak menentang. Ini benda yang baik, tetapi cara yang dibuat ini tidak betul, Yang Berhormat.

Pertama sekali seperti yang kawan-kawan saya cakap, program biasa program melalui KPT kita tahu dia kena pergi empat tahun kursus. Kemudian, dia kena pergi enam bulan gazettement sebelum dia jadi pakar, tetapi parallel pathway ini, dia- apakah dia mengikuti apa yang telah ditentukan?

Itu pun tidak apa, tetapi yang paling penting sekarang ini, kenapa- kenapa kita menarik balik peraturan yang ada sekarang yang dia mesti melalui Jawatankuasa Teknikal Bersama di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia? Kenapakah dibagi kepada MMC Yang Berhormat? Kenapa dibagi pada satu- Singapore dengan US- seperti kawan saya Kubang Pasu sebut tadi, dia ikut peraturan dia. Kita hendak ikut peraturan mana ini- sekarang ini?

final • 12:47 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau sekiranya kita hendak buat juga, kita mesti pastikan dia mesti melalui MQA dan juga masuk MMC, tetapi bukan kita bagi kepada MMC. MMC ini adalah kuasa mendatar dan kuasa menentukan pusat pengajian yang diiktiraf. Yang Berhormat, ini adalah sesuatu yang merupakan tragedi kepada negara. Saya mengesyorkan supaya rang undang-undang ini dibawa balik kepada Select Committee.

final • 12:47 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat seorang yang hebat, gagah perkasa dan saya cukup hormat. Bila Yang Berhormat pusing balik ke Kementerian Kesihatan, tiba-tiba Yang Berhormat buat yang ini, Yang Berhormat tidak berhati-hati. Kawan-kawan saya telah berucap banyak tentang perkara ini, saya tidak perlu ulang, tapi saya minta supaya yang ini bagus, nanti saya bercakap, nanti pakar-pakar yang telah pun menjadi pakar nanti, dia orangnya setengah melalui parallel pathway dan sebagainya, kita tak pertikai.

Sekarang ini, akta ini saya nak tanya, bilakah nak diwartakan? Adakah serta- merta ataupun kita nak backdate sebab banyak di antara mereka yang sedang melalui program ini, tetapi program ini kalau kita compromise kan dengan memberi kuasa hanya kepada MMC, maka akan berlaku perkara-perkara yang tak diingini- salah guna dan sebagainya.

Yang kedua Yang Berhormat, kenapakah mesti dibagi kuasa Menteri? Kuasa Menteri, Menteri tak perlu. Kalau Menteri, katalah pakar perubatan okey lah, tapi kalau Menteri- Yang Berhormat PhD ke perubatan, saya tak pasti? Jadi, kenapakah diberikan kepada kuasa Menteri? Universiti dulu daripada sembilan, dia turun pada lima, Speaker.

Jangan marah Speaker, dengar elok-elok ya.

Kuasa Menteri sekarang, tiga naik pada tujuh. Kenapakah perlu kuasa Menteri?

Rakyat Malaysia- kalau kami jadi Menteri ke hadapan ini, kami tak akan ambil kuasa Menteri. Ini biar profesional yang menentukan. Ini soal hidup-mati orang, mereka ini profesional. Bukan senang nak jadi seorang doktor. Orang ini adalah orang yang special, yang dianugerahkan oleh Allah, tapi jangan kita pergi campuradukkan pemikiran kita dalam bidang mereka.

Jadi saya ingat kuasa Menteri tak perlu dinaikkan daripada tiga kepada tujuh dan universiti tidak boleh diturunkan daripada sembilan kepada lima. Kekal seperti yang ada, tapi macam mana pun kita minta supaya rang undang-undang ini dibawa kepada Select Committee. Ini bagus. Sebab apa, kita nak pastikan anak-anak kita yang telah belajar, yang mana kita lihat kalau pasaran yang ada sekarang ini, mereka yang sedang belajar- kalau saya tak silap di Indonesia, kita ada dekat 10,000. Dicampurkan di seluruh dunia, saya tak pasti, mungkin dekat 20,000. Jadi, kita mempunyai doktor yang mencukupi dan juga pakar-pakar.

Akhir sekali Speaker ya. Saya harap dibenarkan sebab kelmarin saya telah dinafikan hak saya. Saya hanya bercakap empat minit, tapi timer kata lima minit. Timer kalau lima minit salah sebab saya Speaker yang bercakap lima minit, tapi dia bagi empat minit. Speaker yang tidak masuk senarai, dia bagi lima minit. Wallahualam. Tak apa, Speaker semua betul ya. Kami tak berapa betul.

Okey, akhir sekali pasal IJN. IJN mengeluarkan di antaranya pensioner daripada senarai IJN, dia kena pi buat sendiri. Yang Berhormat, ada seorang kawan saya, dia bukan pensioner, dia Ahli Parlimen, dia pun dikeluarkan. Dia kata, aku belum pencen, aku Ahli Parlimen. Dia pun dikeluarkan daripada senarai IJN dan pergi ke hospital yang lain.

Yang Berhormat, IJN memang mahal sikit. Yang keduanya, ubatnya yang terbaik Yang Berhormat dan dia walaupun buat kerja sebagai swasta, tetapi dia syarikat kerajaan- Menteri Kewangan Yang Diperbadankan. Saya minta supaya mereka yang sudah diberi rawatan di IJN diteruskan, tetapi yang baru, mungkin boleh diubah, tetapi dengan menafikan mereka untuk hadir ke IJN, dia ada kesan lain. Bagaimana dengan doktor- doktor pakar yang terhebat di Malaysia ialah IJN. Saya nak bagi tahu Speaker ya, doktor pakar yang terhebat di Malaysia ialah kerajaan.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebagai contoh, ada satu hospital dia ada satu pakar sahaja untuk penyakit saraf sebagai contoh, tetapi di hospital, dia ada 20 orang. Hospital adalah tempat yang terbaik, Yang Berhormat. IJN tempat yang terbaik, tetapi kalau kita mula campur tangan, rombak dan sebagainya- Yang ini bukan Menteri, saya rasa ada satu unit di Kementerian Kesihatan, dia rombak sana, rombak sini saya ingat, ini tak sesuai.

Jadi saya minta supaya rang undang-undang ini dibawa balik kepada Select Committee dan kami terbuka untuk berbincang, tapi memberi pengiktirafan kepada parallel pathway dengan tidak melihat apa yang berlaku di universiti tempatan, sebenarnya kita telah merendah-rendahkan kelulusan orang tempatan. Terima kasih.

Assalamualaikum.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi. Puan Pengerusi, sebenarnya yang ucapan saya yang saya telah tulis itu sebenarnya telah pun berubah kerana selepas mendengar ucapan-ucapan daripada pihak pembangkang dan saya terima panggilan dan juga cadangan daripada sesetengah doktor tentang untuk menjawab sesetengah ucapan khususnya daripada pihak pembangkang.

Cadangan Kuala Langat adalah untuk membuat credit transfer dan kononnya boleh selesai dalam tempoh lima bulan, tetapi bagi bidang pembedahan kardiotorasik, tiada equivalency langsung kepada parallel pathway yang sudah mempunyai graduan kerana program mereka bermula pada tahun 2016.

Selama ini, majoriti pakar bedah kardiotorasik yang didaftar di National Specialist Register (NSR) yang sedang berkhidmat di negara memegang kelayakan luar negara seperti FRCS atau FRCS Kardiotorasik. Bukankah sepatutnya laluan secara selamat ini ataupun historical pathway seperti FRCS Kardiotorasik menjadi piawaian atau benchmark kepada program baru seperti UiTM. Tidak munasabah sekiranya ia terbalik.

UiTM baru menawarkan program pembedahan kardiotorasik pada tahun 2020 dengan akreditasi separuh dan dijangka graduan kumpulan pertama mereka dihasilkan pada ataupun selepas tahun 2026. Bagi pelatih pembedahan kardiotorasik, walaupun credit transfer boleh dibuat hari ini juga, macam mana pelatih-pelatih dapat menduduki peperiksaan ikhtisas dan melengkapkan tesis dalam tempoh lima bulan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat sedangkan Hospital UiTM sendiri tidak pernah ada peperiksaan ikhtisas akhir.

Macam mana kualiti dan kredibiliti peperiksaan ini boleh dijamin sekiranya peperiksaan akhir ini dibuat secara tergesa-gesa hanya untuk menjadi rubber stamp?

Macam mana pula dengan status pelatih bukan bumiputera yang tidak boleh berkhidmat di UiTM?

Adakah pihak Pembangkang sanggup meminda Akta UiTM 1976 untuk membenarkan pelajar bukan bumiputera untuk menyertai program mereka.

Jadi minta graduan parallel pathway yang kini menunggu untuk berkhidmat untuk kembali belajar adalah membazir masa dan memanjangkan lagi masa untuk rakyat Malaysia mendapat pembedahan atau rawatan perubatan. Hanya mengadakan pindaan terhadap Akta Perubatan, ini Akta 50 akan menyelesaikan kemelut ini.

Puan Yang di-Pertua, saya difahamkan cardiothoracic surgeon di Hospital UiTM terpaksa mengadakan pengalaman pembedahan di IJN kerana di Hospital UiTM mempunyai kurang daripada 100 pembedahan jantung satu tahun manakala di IJN mempunyai 2,000 hingga 3,000 pembedahan jantung satu tahun. Jadi sekarang, ia dipanggil program UiTM-IJN. Manakala kalau kita lihat yang Hospital Serdang, ia

final • 12:54 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

menjalani 800 pembedahan jantung dan di Hospital Pulau Pinang menjalankan 500 pembedahan jantung satu tahun.

Jadi Datuk Yang di-Pertua, ramai pakar pembedah di IJN dan hospital KKM melalui latihan parallel pathway. Salah seorang pakar pembedahan jantung yang terkenal ialah Dato’ Dr. Basheer yang dilatih melalui program parallel pathway. Dato’ Dr. Basheer adalah National Chief Cardiothoracic Surgeon yang memegang jawatan President of the Malaysian Association of Cardiothoracic and Cardiovascular Surgeon. Dia juga akan menjadi President of Asian Society of Cardiothoracic Surgeons yang akan datang. Dr. Basheer mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dan pernah menyelamatkan lebih kurang 5,000 nyawa pesakit jantung. Selain itu, beliau juga telah melatih lebih 20 Pakar Bedah yang baharu ataupun surgeon yang baharu. Bukankah beliau adalah contoh yang paling baik untuk menunjukkan parallel pathway menghasilkan pakar pembedahan jantung yang handal.

Jadi, mengadakan pengiktirafan doktor pakar jantung melalui program parallel pathway sebenarnya ia juga akan memanfaatkan kepada mereka yang kurang mampu.

Kos pembedahan jantung di Hospital UiTM adalah lebih kurang RM6,000 hingga RM8,000, tetapi hospital kerajaan hanya mengenakan caj RM500 sahaja. Jadi bagi pesakit yang miskin, malah boleh dapat rawatan percuma sekiranya mereka tidak mampu bayar.

Jadi akhirnya, yang pindaan Akta 50 ini adalah begitu penting supaya Malaysia boleh memberi pengiktirafan secara rasmi kepada kedua-dua graduan parallel pathway dan Sarjana Perubatan untuk mempunyai bilangan pakar yang berkualiti dan mencukupi untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.

Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

final • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

final • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Kita mulakan dengan pembahas yang terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran juga untuk membahaskan Rang Undang- undang Akta Perubatan (Pindaan) 2024 ini.

Saya- niat untuk pindaan ini saya nampak baik kerana ia cuba mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang iaitu untuk mempertingkatkan lagi bilangan pakar dalam sistem kesihatan kita. Apa yang dipersoalkan ialah apakah langkah pindaan yang dibuat sekarang ini dapat mengatasi itu iaitu apa yang kontroversinya ialah peranan MQA sebagai regulator kepada pengamal-pengamal perubatan itu tidak lagi diguna pakai dan yang- diguna pakai adalah MACC.

Jadi, saya tidak mahu terlibat dengan perbahasan daripada segi perincian perbezaannya. Apa yang penting pada saya ialah satu, kualiti itu. Kualiti daripada segi

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

pakar-pakar dilahirkan itu mesti tidak boleh dikompromi. Don’t compromise the quality. Saya bercakap tentang perkara ini apabila menghadapi pengalaman-pengalaman missed diagnosis termasuklah di hospital pakar minor di Tuaran dan ini perkara itu pun saya telah membuat ucapan di Kamar Khas bagaimana ini dapat diatasi. Memang akhirnya dia akan merujuk kepada kualiti doktor-doktor dan pakar yang ada dan juga peralatan-peralatan yang sedia ada.

Saya juga prihatin Tuan Yang di-Pertua, apabila dimaklumkan bahawa semasa libat urus tentang rang undang-undang ini yang dibuat di Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan sehinggakan terbangkit emosinya. Ada yang dikatakan pukul meja dan sebagainya, yang melibatkan bukan di kalangan kami wakil-wakil rakyat, tetapi melibatkan kakitangan kerajaan. Jadi, persoalan saya di sini ialah kenapa beremosi sangat? Apakah ada di institusi-institusi ini ada inherent, kepentingan-kepentingan atau bagaimana..?

Saya menaruh keyakinan kepada Yang Berhormat Menteri yang baharu untuk menangani ini. Bagaimana kita dapat membina satu pasukan, dapat diharmonikan pasukan dalam sistem kesihatan kita sehingga kita dapat mengatasi pelbagai isu yang kita hadapi dalam sistem kesihatan kita yang kita berhadapan dengan begitu ramai, begitu ramai bilangan doktor, nurses dan sebagainya yang berhijrah, yang meletakkan jawatan dan sebagainya kerana berhadapan dengan pelbagai isu-isu; kontrak doktor dan sebagainya.

Pada masa yang sama, kita juga lihat bahawa- dan yang sudah banyak kita bahaskan di Dewan yang mulia itu ialah the sustainability of our health system. Yuran yang kita bayar RM1 untuk berjumpa doktor dan akhirnya terpungut dalam satu tahun tidak pun sampai RM800 juta, tetapi bajet kita sudah sampai RM41 bilion.

So, ertinya ini sudah tentunya ini tidak sustainable. Bagaimana kita dapat memastikan agar health system kita ini sustainable. Makna dia dengan yuran yang hampir-hampir percuma ini, kita mendapat perkhidmatan yang berkualiti. Pada masa yang sama juga, mahu jumpa pakar pun hanya dengan yuran RM5. Di negara ini kita boleh berjumpa dengan pakar. Is that sustainable? Sedangkan, kita kekurangan pakar dan sebagainya, tetapi bila jumpa dengan yuran yang begitu rendah.

Khusus untuk di kawasan saya di Parlimen Tuaran, Tuan Yang di-Pertua. Hospital Tuaran sudah diisytiharkan sebagai hospital pakar minor dan sebagainya. Sudah ada sedikit penambahan daripada segi bilangan pakar-pakarnya, tetapi oleh sebab kesesakan yang berlaku di Hospital Tuaran ini dengan bahagian kecemasannya yang terpaksa menanggung begitu banyak outpatients, maka kualiti perkhidmatan terkesan dan kita masih tertunggu-tunggu bilakah Klinik Kesihatan Laya-Laya itu mahu dibina, sebab kalau itu dibina dan outpatient di- yang sekarang ini ke hospital pakar minor di Tuaran itu dapatlah ditangani dengan baik dan ia dapat memfokuskan kepada hal-hal yang berbentuk kecemasan.

Saya juga prihatin tentang beberapa buah tempat di negeri Sabah di mana dia punya accessibility daripada segi mendapat perkhidmatan kesihatan, tempat-tempat yang terpencil seperti Kampung Sungangon, misalnya di kawasan Parlimen Kota Marudu, hanya boleh dihubungi dengan kereta pacuan empat-roda dengan jalan raya yang teruk dan sebagainya dan banyak lagi tempat-tempat di negeri Sabah. Bagaimanakah kita dapat memastikan yang mereka ini juga akan mendapat perkhidmatan yang sebaik-baik mungkin?

Pada masa yang sama juga, di kesempatan juga dengan Menteri yang baharu ini, bila dalam perbahasan semalam dalam Rang Undang-undang Kawalan Sempadan, tadi telah saya sebut ada 37 lubang tikus. Dalam hal ini nanti, jalan-jalan tikus di Sabah, dalam hal ini nanti tentunya ini juga perlu diambil kira apabila kita bercerita tentang pencegahan penyakit dan sebagainya.

Saya akhiri dengan dua rangkap pantun Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

*Sakitnya kepala buat ku mengampai, Tak tahan rasanya ku tidur di lantai, Mahu ke klinik kereta tak sampai, Penuh sengsara ku sakit tersadai.

Menang kalah adat biasa, England kalah Argentina juara, Akses kesihatan patutnya untuk semua, Tapi begitulah indah khabar daripada rupa...

[Tepuk]* Sekian dan terima kasih.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikutnya saya mempersilakan Menteri untuk menjawab dalam tempoh masa 25 minit. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri maklum jika perlu masa. Saya benarkan 25 minit. If you need time dengan izin, inform me.

final • 2:32 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua yang budiman, murah hati. Saya mulakan dengan lafaz yang mulia assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya pertama-tama mengucapkan jutaan terima kasih kepada 20 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024 ini dan saya mendengar dengan tekun dan juga mencatat seperti mana juga pegawai-pegawai saya mencatat apa pun yang menjadi penting untuk saya ulas dalam penggulungan ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa saya didepani kekangan waktu untuk membuat penggulungan yang mewah untuk menyebutkan dan mengulas setiap seorang Ahli Yang Berhormat yang berucap. Maka saya pohon untuk diberikan keuzuran kerana tidak dapat menangani semua. Namun saya akan cuba untuk memberi jawapan secara bertulis andainya kalau saya terlepas mengulas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ya.

Saya mula dengan menyebutkan betapa seawal isu ini mula menjadi satu isu topical ataupun diperbahaskan di pelbagai ruang awam, social media dan juga ruang- ruang yang bersifat akademik dan teknikal. Dan untuk mengatakan bahawa saya dan kementerian saya agak tergesa-gesa untuk membentangkan lalu mahu meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) Perubatan ini, saya kira sangat tidak adil andainya kalau dirumuskan ataupun diambil sikap begitu.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, bermula dengan apa yang telah kami mulakan sebanyak 62 orang pemegang taruh terlibat dalam usaha mendapatkan secara feedback sesi-sesi libat urus yang telah kita jalankan. Ini adalah sangat penting untuk memahami bahawa kami telah lakukan yang terbaik, konsultasi, musyawarah dan juga keterlibatan termasuklah satu sesi bersama dengan jawatankuasa pilihan khas yang kemudiannya menemukan dua kumpulan yang dikatakan saling berentap dengan izin secara akademik ya, bukan secara politik ataupun secara fizikal. Namun ia adalah satu yang sangat baik untuk saya mendapatkan segala feedback yang perlu saya dengari.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini kalau boleh saya sebutkan terdapat 23 badan profesional dan persatuan telah menyatakan sokongan penuh secara bertulis terhadap usaha Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan pindaan Akta 50 ini. 23 persatuan medical association dan medical fraternities yang memberikan sokongan kepada pindaan ini Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Berapa banyak yang tidak beri itu tidak perlulah saya sebutkan ya. Mereka berhak dalam demokrasi untuk mengadakan apa yang dikatakan sebagai the dissenting voice itu mustahak dalam demokrasi.

final • 2:40 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Apa pun saya masuk terus kepada apa yang mahu saya sebutkan. Ya saya sebutkan saya telah meneliti perkara ini bukan sebagai menteri kali kedua ini, tetapi terdahulu daripada itu pun saya telah menemui graduan-graduan FRCS ini bersama dengan beberapa orang- pakar-pakar kardiotorasik semasa saya menjadi Pengerusi IJN terlebih dahulu, setahun dahulu dan telah pun meneliti susur galur permasalahan ini Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Jadi bukan satu yang saya buat dalam masa yang dikatakan overnight fly by the night begitu, dengan izin.

Ya sementara saya merasakan Ahli-ahli Yang Berhormat mampu memahami akan keperluan ulasan, keperluan dan apa yang dikatakan sebagai sebab ataupun keperluan dan hujah kepentingan untuk meminda Akta 50 ini, saya kurang pasti apakah pindaan- pindaan itu dapat diteliti dan difahami dengan baik.

Utamanya adalah ketidakaturan itu, ketidakaturan itu kuncinya. Bukan hanya terbit daripada lima atau empat orang graduan yang tidak dapat menjadi eligible- layak untuk mendapat kemasukan dalam NSR dan empat program latihan kepakaran parallel pathway yang tidak juga terbit dalam senarai kelulusan yang diiktiraf dalam MMC Daftar Pakar itu, tetapi lebih mustahak daripada itu untuk menyelak penyelesaian secara tuntas adalah ketidakaturan perkara ini yang telah pun saya sebutkan ketidakaturan itu terbit daripada perlunya kepada rujukan silang Akta 50 kepada Akta 679, Akta MQA itu yang sekali gus meletakkan persoalan akreditasi itu menjadi dakwa-dakwi sehingga hari ini tidak dapat kita selesaikan. Adakah kalau parallel pathway itu masih lagi memerlukan daripada akreditasi daripada MQA yang saya akan perhujahkan dengan secara lebih teliti Dato’ Yang di-Pertua.

Maka mustahak untuk saya juga menyebutkan ini sekali gus menimbulkan persepsi kononnya MMC telah mengambil alih kuasa MQA atau KPT, pemusatan kuasa kepada MMC, pemberian kuasa kepada menteri pula. Arau pun ada pula melawak dengan saya ini. Saya bukan doktor, saya Doktor Falsafah. Ya terima kasih pada Arau sekali lagi.

Ya mungkin daripada 74,000 orang doktor yang ada di KKM mereka tidak perlu lagi seorang doktor untuk menjadi menterinya tetapi memerlukan seorang doktor falsafah dalam bidang perubatan sains ataupun sains perubatan yang pernah mengajar di universiti.

Mungkin mereka memerlukan bukan menteri yang sifatnya begitu tetapi menteri yang mempunyai keupayaan strategik untuk menyelesaikan pemikiran-pemikiran penyelesaian- troubleshooting ini sedikit untuk saya sebutkan sebagai cabaran besar kepada semua menteri, bukan sahaja saya. Itulah keperluan kepada menteri untuk mewujudkan keupayaan, the acumen of problem troubleshooting dan dasar-dasar yang perlu dibangunkan. Jadi, untuk sekian kalinya saya terpaksa menyebutkan perkara itu.

Minta maaflah Arau. Tidak apa, lain kali boleh lagi sebut, tidak apa.

Apa yang perlu saya sebutkan di sini lah nilai kementerian nilaikan apa pindaan ini dengan kewajarannya. Jadi untuk peringatan semua, pindaan Akta 50 ini lah meletakkan keteraturan seperti yang dicadangkan oleh AGC. AGC yang telah kami rujuk setelah kami mengadakan beberapa pusingan perbincangan bilateral antara KKM dan KPT, kita merujuk kepada AGC seperti mana yang telah saya sebutkan apabila bukan saja empat orang graduan, tetapi empat kelulusan itu memerlukan polemik yang tidak berkesudahan.

Jadi, saya sekali lagi menyebutkan jangan ada yang mempertikaikan melahirkan keempat-empat kelulusan ini yang telah juga melahirkan antara lainnya seorang tokoh yang menjadi head of speciality di dalam kardiotorasik sendiri merupakan graduan daripada parallel pathway ataupun laluan parallel ini, dari luar negara. Jadi, itu nak saya sebutkan awalnya.

Jadi juga begitu yang saya sebutkan keempat-empat itu telah pun Ahli Yang Berhormat tahu dan hujahnya. Jadi, hujahnya kuasa pengiktirafan ke atas ijazah lanjutan kepakaran dari luar negara itu adalah diberikan kepada KKM sedangkan MQA sendiri tiada keperluan. MQA sendiri menyebutkan dalam komunikasi mereka pada bulan 27 Mac 2018, surat MQA kuasa pengiktirafan ke atas ijazah lanjutan kepakaran dari luar negara

final • 2:40 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

diberikan kepada Kementerian Kesihatan seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis MQA pada 20 Mac 2018, Bilangan 3/2018.

Jadi, fahamkan letak kedudukannya perkara itu sebabnya untuk saya tekankan persoalan yang lebih besar daripada itu. Jadi, saya rumuskan dahulu. MQA in the first place memang tidak ada jurisdiction pada program-program yang dijalankan, yang diberikan akhirnya oleh institusi-institusi luar negara 14 program seluruhnya dalam daftar Jadual 4, dalam pindaan akta baru ini program-program yang terkait dengan badan-badan antarabangsa dibuatkan sebagai latihan kepakaran parallel pathway.

final • 2:40 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Mungkin ada yang tidak, terlepas pandang apa dia sebenarnya MMC ini. Majlis Perubatan Malaysia. Majlis Perubatan Malaysia ini bukan hanya terkait dengan KKM, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kalau kita tidak memahami tugas MMC ini, mungkin kita akan terkeliru. Seolah-olah kita mengambil kuasa daripada MQA. Saya akan terangkan perkara ini dengan lebih jelas supaya semua dapat memahami dengan baik, insya-Allah. Terutama Arau.

Jadi, yang mustahak untuk saya tekankan dahulu adalah apa yang kita sebutkan MMC merupakan satu- badan perubatan profesional Malaysia. It is the Malaysian Medical Council. It’s not KKM Medical Council. This is the Malaysian Medical Council ya yang terdiri satu badan profesional Malaysia yang ditubuhkan selaras dengan Perintah Menteri- menteri Kerajaan Persekutuan 2023. P.U.(A) 27/2023 dan telah ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta 50 serta ditetapkan fungsi dan kuasanya di bawah seksyen 4 Akta 50.

Fungsi MPM ataupun MMC ini adalah untuk mendaftar semua pengamal perubatan sama ada di sektor awam atau sektor swasta dan juga pengamal luar negara yang ingin beramal di dalam negara dan mengawal selia amalan perubatan. Kuasa yang diberikan kepada MPM ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 4A Akta 50 yang antara lain adalah untuk memastikan peruntukan akta ini dan peraturan- peraturannya ditadbir dikawal selia, dikuatkuasakan, dijalankan, dipatuhi, mengawal selia standard amalan pengamal perubatan berdaftar, mengawal selia tatakelakuan dan etika profesional pengamal perubatan berdaftar dan lain-lain perkara yang perlu atau semunasabahnya perlu atau yang terkait dengan perjalanan fungsi-fungsinya.

MPM ataupun MMC merupakan sebuah agensi pelaksana yang ditubuhkan menurut peruntukan undang-undang dan bertanggungjawab melaksanakan arahan dan dasar kerajaan untuk keseluruhan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Bukan sahaja di bawah kawal selia KKM bahkan seluruh sektor awam dan juga swasta.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi kalau...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ringkas, ringkas Arau ya.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Tidak, tidak panjang Yang Berhormat. Tugas yang dibuat oleh MMC ialah berdasarkan syor jawatankuasa teknikal bersama yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 bagi tujuan pendaftaran. Sekarang ini pendaftaran dibuat terus oleh MMC dengan kita menafikan hak MQA. Itu saja. Jadi Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Arau. Arau kalau ingin tahu bagaimana kerjanya ataupun dengan izin, di arahan aliran umum proses untuk kelulusan.

Arau dengar baik-baik ya.

Aliran proses, aliran umum proses untuk kelulusan sama ada daripada sarjana perubatan tempatan mahupun daripada parallel pathway, laluan parallel antarabangsa, ia bermula kalau saya boleh sebutkan kalaulah datangnya daripada institut pengajian tinggi

(IPT) ataupun KPT. Maaf, IPT yang diberikan permohonan oleh institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dikemukakan permohonan kepada MQA dan daripada itu, daftar permohonan akan mengambil faham dan kalau ia datang daripada permohonan mana- mana institusi selain pengajian tinggi tempatan bermakna sama ada daripada KKM, daripada overseas dan juga daripada institusi yang lain seperti yang kita perhatikan yang terkait ataupun termaktub dalam peruntukan pindaan ya apa yang dikatakan sebagai 14B, 3A, 3A(1), (2), (3).

Itu punca kuasanya. Itu punca kuasanya. Latihan kepakaran yang disebut dalam akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai satu sebutan kepada A, suatu latihan yang diluluskan oleh Majlis berhubung dengan satu kepakaran sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Keempat yang telah saya, telah dibentangkan sebagaimana yang disediakan oleh;

(i) Kementerian Kesihatan;

(ii) Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan; atau

(iii) mana-mana institusi yang lain di Malaysia yang diluluskan oleh Majlis.

Jadi ini daripada private sector. Jadi itu perkara yang nak saya sebutkan.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak habis lagi.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit saja.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kejap, kejap. Sebab. Nanti, nanti. Tak faham lagi itu.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi daripada daftar permohonan daripada IPT, daftar permohonan daripada KKM langsung bertemu. Ia parallel pada awal, tetapi bertemu dalam kawal selia kualiti dan kelulusan itu immediately dalam carta flow ataupun aliran throw-nya itu, aliran umumnya itu, the flow chart itu dia bertemu dengan pelantikan apa yang dikatakan sebagai the panel of assessors. Panel of assessors inilah yang akan menentukan kualiti, yang akan menentukan standard, yang akan menentukan piawaian.

Dia bertemu di situ Arau. Dia tidak siapa-siapa mengambil kuasa daripada siapa pun. Jadi cukuplah satu kali dulu Arau...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pindaan daripada 42H itu. H itu diganti mengiktiraf kelayakan bagi pendaftaran pengamal perubatan di bawah akta ini.

Dengan tidak, dengan mengetepikan MQA.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Arau, saya menyebutkan di sini. Arau tak masuk lagi tadi.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, tak, saya masuk. Saya dengar Yang Berhormat dalam kereta saya baca.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey. Dengar. Dengar saya cakap apa.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato' Yang di-Pertua, saya minta maaf.

Saya dah jadi simptom dialog. Tak apa. Arau, hatta daripada black and white daripada

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

MQA sendiri. Dengar saya sebutkan. 27 Mac 2018, surat MQA, kuasa pengiktirafan ke atas ijazah lanjutan kepakaran dari luar negara diberikan kepada Kementerian Kesihatan seperti yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Majlis MQA Bilangan 3/2018 pada 20 Mac 2018 hanya satu evidence yang boleh saya sebutkan sebagai hitam, putih. Banyak lagi tapi tak apa. Yang mustahaknya saya nak sebutkan kerana ini terkait dengan persoalan kualiti. Ini terkait dengan kawal selia. Maka, dengar.

Walaupun dua. Maaf Dato' Yang di-Pertua, tinggi sikit suara saya. Dua jalur ya, parallel dengan tempatan, dia bertemu dalam pelantikan panel of assessors (POA) yang terdiri daripada kedua-dua dan sebahagian besarnya, minta maaf kalau boleh saya sebutkan adalah daripada Kementerian Kesihatan dan program-program MQA itu sendiri diakreditasi oleh ramai- panel-panel daripada KKM. Jangan tidak tahu. Jadi dia bertemu di situ. Pelantikan panel of assessors penilaian desktopnya secara akademiknya dan kemudian itu lawatan ke institusi, Laporan POA dan kemudiannya di bentang penilaian kepada sama ada di MEC di Malaysia, sama ada dia punya evaluation committee dan sebagainya dan kepada KKM, di bentang laporan adaptasi kepada the Joint Technical Committee (JTC).

Jadi akhirnya bertemu kembali dalam kelulusan oleh MMC. Maka MMC lah Dato' Yang di-Pertua, yang akhirnya menentukan semua ini. Walaupun jalurnya bermula dengan MQA, jalurnya bermula dengan permohonan yang dibuat kepada MMC, tetapi akhirnya bertemu di situ. Jadi jangan ada yang mempertikaikan bahawa kononnya kualiti dan sebagainya.

Saya nak sebutkan sekali lagi seperti mana yang disebutkan oleh Seputeh.

Jangan sampai kita membuat isyarat ataupun menjatuhkan maruah capability senior consultant, consultant, pakar-pakar kita yang terbit dan graduate daripada parallel pathway itu antara contohnya Datuk Dr. Basheer yang boleh saya sebutkan nama di sini kerana dia adalah Head of Specialty Cardiothoracic Surgeon yang mempunyai ramai dia punya mentee nya ataupun dia punya under his tutelage dengan izin, dan masih lagi memberikan ramai yang di bawah latihan beliau. Itu hanya seorang. Ramai lagi yang beramal sama ada di Penang mahupun di IJN dan sebagainya. Apakah lagi?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Arau ada lima minit saja lagi.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat memperlekeh kami.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seolah-olah kami...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pula dah.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Memperlekehkan kami- kami tidak mengiktiraf kepakaran.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat. Yang lepas, lepas.

Yang baharu ini.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang baharu ini, Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya menjawab.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...dengan meminda...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak boleh dah.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Dengan meminda yang ini...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya menjawab beberapa pertikaian yang dibuat...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

..Oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Bukan Arau. Bukan Arau. Arau.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya selalu bagi penjelasan bagi peluang Yang Berhormat itu. Sekarang bagi peluang kat saya pula.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dah. Dah dua kali dah.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri tak nak bagi peluang saya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Arau. Saya tak ada masa... [Pembesar suara dimatikan]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau.

Menteri tidak bagi laluan, sila duduk. Baik. Terima kasih. Menteri teruskan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Maaf, saya telah jelaskan akan kedudukan apa yang dikatakan sebagai ketidakaturan pada awal tadi. Lalu perlu pada dakwa-dakwi akreditasi perlu kah tak perlu itu diselesaikan secara tuntas dalam legal advice ataupun nasihat Jabatan Peguam Negara supaya sememangnya layak untuk dia decouple, dipisahkan kedua itu dengan tidak membuat rujukan kepada MQA kerana semua- badan- badan akreditasi yang lain Dato' Yang di-Pertua, tidak memerlukan membuat sama ada bidang engineering, accountancy ataupun dental. Mereka tidak membuat rujukan kepada MQA.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, dengan erti kata lain, adalah wajar dan seiringan dan memenuhi keteraturan.

Pada awalnya tadi, sebab dengan tidak ada keteraturan itu, antara lain, contoh, dakwa- dakwi tentang pemunya akreditasi itu...

final • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Sudah cukup meletakkan part kelulusan itu tidak dapat diurus dengan baik.

final • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila, Yang Berhormat...

final • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai. Pulai.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila, Yang Berhormat- saya nampak Yang Berhormat Tumpat. Saya nampak Tumpat dulu.

final • 3:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Menteri. Saya mohon untuk dapatkan sedikit penjelasan berkenaan dengan apakah support system yang akan ditambah khususnya kepada doktor-doktor wanita supaya boleh menjadi Doktor Pakar. Kerana, saya dapati ramai yang tak dapat sambung ini kerana masalah tiada sistem sokongan. Mungkin kerajaan perlu buat sesuatu dalam pindaan ini untuk memberikan jaminan tentang sistem sokongan kepada doktor-doktor wanita ini. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya sangat sedar dan insaf akan keperluan perkara ini. Saya mengambil perhatian ini dan akan membangkitkannya dalam mesyuarat post-Cab saya untuk secara lebih jelas dan secara lebih konkrit kita berikan apa pun apa yang dikatakan sebagai insentif dan the ecosystem yang boleh menggalakkan pakar-pakar daripada doktor-doktor wanita untuk terus dapat latihan kepakaran. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai. Pulai

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, sila, Pulai.

final • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bolehkah kita katakan bahawa MQA ini tidak ada bidang kuasa untuk menguatkuasakan kelayakan kepada laluan parallel pathway ini, maka MMC mengambil peranan itu memastikan bahawa kualiti itu terjamin? Apakah pandangan Menteri?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Itu sudah barang pasti, Yang Berhormat Pulai. Saya menyebutkan tadi dan saya meletakkan carta alir atau flowchart business flow ini sangat penting, Dato’ Yang di-Pertua...

[Menunjukkan sekeping kertas] Saya sebagai menterinya tidak akan for one moment, pada saat dan ketika kita mahukan kualiti dan kuantiti, saya tidak akan berkompromi dengan perkara ini.

Jadi, memang seperti mana yang saya tegaskan bahawa apa yang dikatakan sebagai gandingan sarjana perubatan dan laluan parallel pathway itu terkait dan terangkum dalam bagaimana mereka menyusun selama hari ini. Menyusun apa yang dikatakan sebagai daripada mula daripada permohonan, assessment dengan panel of assessors terdiri daripada dua-dua. Dua-dua dari IPT dan juga daripada KKM dan juga yang lain, daripada swasta dan sebagainya, kalau mereka mampu. Dan akhirnya, menyaksikan mereka itu diberikan setara apa yang dikatakan sebagai assessment dan juga kualiti. Menentukan kualiti. Jadi, di situlah kita lihat apabila diberikan kelulusan itu, ia adalah satu yang sangat kita jaga akan kualiti dan apa yang dikatakan sebagai keterjaminan kualiti itu.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, saya faham saya dikejar waktu, tapi apa pun, pada saya, Dato’ Yang di-Pertua, itu sangat penting untuk kita tentukan. First, keteraturan.

Jangan sampai ia tergendala lagi. Kita tak tahu berapa ramai lagi yang akan pulang dan tidak dapat pendaftaran. Kerana apa? Kerana mereka telah kita biayai. They are our legit scholars. Ketika mereka dibiayai oleh HLP, di samping belajar ambil peperiksaan di luar negara, mereka juga belajar di bawah seliaan tutorage ataupun mentorship, guardianship of our pakar-pakar dan konsultan kita dalam semua bidang- 14 bidang, kalau parallel pathway-lah. Kalau dalam sarjana perubatan, ada 120 dalam sembilan buah universiti.

Maka, itu adalah satu yang mustahak untuk kita tentukan.

Finally, quality must be kita jamin. Sedikit untuk saya perbetulkan apa yang saya sebutkan lebih awal tadi kepada YB Tumpat. Ya, saya juga- sementara saya menyokong YB Tumpat, saya juga ingin mengingatkan bahawa sememangnya- kalau saya tengok beberapa bidang terutamanya FMS, bidang kepakaran family medicine specialist, hampir 80 peratus lebih daripada wanita. On average, 56 peratus doktor dalam latihan kepakaran adalah wanita. Apa pun, saya akan terus memberikan sokongan kepada wanita dan berikan mereka segala ruang untuk diberikan insentif untuk mereka melalui latihan kepakaran ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih...

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Boleh sikit, Yang Berhormat Menteri?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh, tapi saya ingin tahu, siapa...?

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kuala Langat.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila, Kuala Langat. Sahabat saya.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya kira pendirian kami ini bukan kami ini menentang secara total. Cuma, kami mahu melihat supaya ada ruangan kalau dapat ditangguhkan rang undang- undang ini supaya kita dapat teliti dan kita harmonikan dengan lebih baik lagi.

Dan kita melihat bahawa apabila soal penilaian akreditasi kualiti kepada pakar- pakar kita ini diletakkan di bawah satu- agensi, MMC namanya, kita ada sikit kekhuatiran.

Kerana, biasanya apabila diletakkan pada satu- agensi itu, dia akan berlaku sedikit governance yang mungkin boleh dipertikaikan. Ini yang kita concerned.

Sebab itu, saya rasa ini harus diberikan ruangan kepada kami untuk di bawah PSSC ini untuk kita melibatkan urus beberapa lagi agensi untuk kita dapat sesuatu yang terbaik.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Dan satu lagi, Yang Berhormat Menteri. Saya nak dapat kepastian, mungkin agak sukar untuk dijawab, tetapi berapa lama selepas kita luluskan, kita akan mengambil masa untuk kuatkuasakan? Saya sendiri rasa bahawa ini seharusnya sesuatu yang disegerakan kepada pakar-pakar kita ini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih. Baik.

final • 3:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Adakah alternatif lain yang saya sebutkan untuk kita bantu kepada mereka ini?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, baik, baik. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Sudah saya sebutkan lebih awal, kita adalah dalam PSSC...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya bagi sepuluh minit lagi.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Alhamdulillah. Dato’ Yang di-Pertua yang budiman yang murah hati.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya ingat yang lain itu jangan ganggu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kalau nak saya huraikan. Jadi, apa yang perlu saya sebutkan di sini, Dato’ Yang di-Pertua, terkait dengan apa yang disebut oleh Kuala Langat. Saya menyebutkan di sini dengan memahami dinamika ataupun kaedah dan juga cara dan business flow perkara ini. Bukan satu yang seperti mana yang ramai yang cuba membawa penghujahan begitu seolah-olah MMC merampas kuasa daripada MQA, kualiti tidak menentu dan ada juga yang menyebutkan tentang ia dijalankan oleh NGO sahaja dan sebagainya. Itu semua saya rasa adalah kenyataan-kenyataan yang tidak berapa bertanggungjawab itu.

Kalau boleh, untuk kita terangkan kuat kuasa- kalau ditanya kuat kuasa, saya tahu pindaan 2012 Akta Perubatan mengambil masa lima tahun dalam penubuhan MMC dan juga NSR yang bertanggungjawab kepada daftar pemilih- “daftar pemilih” pula dah! Daftar pakar ya. Ia adalah mengambil masa lima tahun, tapi komitmen saya, atas perkara yang disebut oleh Ipoh Timor dan ramai yang lain yang mahukan kita segera mewujudkan dan meluluskan bukan saja akta ini, tetapi lebih penting adalah untuk meletakkan siapa yang layak, eligible, yang berhak untuk segera diberikan laluan untuk dapatkan gazettement supaya akhirnya mereka boleh diangkat dan didaftar sebagai pakar, saya membuat komitmen bahawa kita akan melakukannya dalam waktu sesegera mungkin. Bukan lima tahun, tapi saya- seharap-harapnya kita dapat lakukan sesegera mungkin.

Boleh begitu, Kuala Langat? Kuala Langat mesti bersetuju dengan saya kerana Kuala Langat sangat peka dengan perkara ini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya mahu beralih sikit. Kalau lagi ada yang menyebutkan tentang isu kualiti ini, saya ingin menyebutkan di sini sikit lagi. Berhubung isu jaminan kualiti, dengan adanya peruntukan dalam perenggan 14B(3)(a) yang telah saya sebutkan, sama ada latihan kepakaran baharu ataupun dalam sarjana perubatan mahupun laluan parallel, apa yang perlu saya sebutkan- adalah ia perlu kepada kelulusan dan pengiktirafan yang bersama, yang mana pakar-pakar IPT duduk sebagai komposisi MMC bersekali dengan pakar-pakar KKM dan juga pakar-pakar pihak swasta yang terdiri daripada the best talent, the best brain dalam bidang kepakaran-kepakaran dalam bidang perubatan.

Maka, apa yang perlu saya sebutkan, satu program latihan boleh diiktiraf atau diluluskan oleh MMC sekiranya ia memenuhi piawaian- dia bukan boleh begitu saja.

Bukan boleh guna- because dia dah ambil alih ataupun kita sudah decouple ataupun pisahkan apa yang dalam pindaan ini, maka ia tidak mudah-mudah begitu, tetapi sebaliknya, ia memerlukan- maksud saya, kedua-dua program ini memerlukan piawaian atau standard minimum umum, the basic requirement, latihan kepakaran atau dikenali sebagai the Malaysian Standards for Medical Specialist Training. Itu pertama, tetapi tidak cukup dengan itu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yang keduanya, piawaian standard yang lebih spesifik mengikut bidang kepakaran masing-masing. Sama ada urologi, sama ada plastic surgery, sama ada FMS, sama ada kardiotorasik surgeri, kardiologi dan sebagainya. Ia memerlukan apa yang ditambahkan dengan apa yang dikatakan sebagai standard lebih spesifik yang terangkum dengan kriteria ataupun dengan peraturan ataupun syarat-syarat yang disebutkan sebagai specialty specific requirements (SSR) yang disediakan oleh MMC.

Jadi, bukan saja piawaian pada tahap umum tetapi pada bidang kepakaran masing-masing that is this SSR untuk mereka penuhi dan mereka layak untuk diberikan pengiktirafan. Jadi, proses pengiktirafan dan kelulusan latihan kepakaran baru yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi tempatan akan juga diselaraskan, selari dengan proses akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia agar proses tersebut dapat dikemaskinikan. Ia menjadi satu yang sifatnya streamlined, ia tidak work in silo. Sekarang ini sama ada daripada sarjana perubatan mahupun daripada parallel pathways dan panel of assessors nya itu adalah kurang lebih orang yang sama juga. Konsultan, senior konsultan, spesialis, pakar-pakarnya, mereka terdiri daripada- they are in small discipline ataupun small community. Hal pakar-pakar ini kalau dalam konteksnya KKM ini, kardiotorasik surgeon hanya ada 18 dan keseluruhannya kurang lebih ada 60 lebih kalau saya tidak silap.

Maka dengan kata lain, inilah dia yang kita mahukan. Keterjaminan kualiti itu bukan saja ditentukan dalam proses ataupun charter flow ataupun aliran umum proses itu yang kita pastikan dan jangan lagi ada yang cuba untuk mempertikaikan kualiti-kualiti graduan ini. Terutama yang sedang beramal ataupun now consultant or even senior consultant that yang praktis di institusi seperti IJN, seperti di Serdang, cardiac center seperti di Pulau Pinang, seperti juga di Sarawak dan hospital-hospital tertiary yang lain.

Jadi dengan kata lain, inilah dia yang saya akan teruskan dan tegaskan.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Apa lagi Arau...?

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Kenapa wakil universiti dan MMC daripada sembilan orang, dikurangkan kepada lima orang? Wakil Menteri daripada tiga, naik kepada tujuh? Yang Berhormat kata nak bagi pusat pengajian tinggi terlibat, okey. Nombor satu.

Nombor dua Yang Berhormat, mana- kami memuji IJN tadi. Kita tak pertikai tentang pakar- yang lepas-lepas Yang Berhormat, yang hari ini- Yang Berhormat selalu membuat cerita seolahnya kami menentang pakar-pakar yang ada sekarang.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa] Bagus la tak menentang, bagus.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

No. Saya bercakap yang tajuk hari ini Yang Berhormat, terima kasih. Welcome PMX.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Menteri, sebentar. Selepas ini saya tidak mahu ada gangguan, saya perkuatkuasakan Peraturan 37(2). Terima kasih Menteri, habiskan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya minta penjelasan, saya bukan mengganggu Yang Berhormat, saya minta maaf.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tak berkata apa dengan Yang Berhormat, duduk.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Baik, apa yang saya ingin sebutkan tentang komposisi MMC yang juga merupakan satu perkara yang saya telitikan dengan cermat dan tekuni bersama-sama dengan rakan sejawat saya, YBM Menteri KPT, yang mana kami telah berbincang dan mendapat satu resolusi yang sangat murni dan harmonize in an amicable solution, dengan izin. Beberapa Ahli Yang Berhormat, termasuk yang membangkitkan perkara ini, saya ingin membuat penjelasan begini ya.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, komposisi Ahli Majlis Perubatan Malaysia (MMC) terdiri daripada pengamal perubatan berdaftar daripada pelbagai sektor, termasuk perkhidmatan awam, swasta, universiti dan badan-badan berkanun sama dilantik atau dipilih melalui pemilihan MMC. Komposisi penuh adalah seperti berikut. Ketua pengarah. Seorang Ketua Pengarah Kesihatan dan ahli yang dilantik dari universiti dan kolej universiti tempatan yang diiktiraf.

Jumlah 9 orang ahli yang dilantik ini- yang dipilih itu adalah ahli yang dilantik daripada sektor swasta 3, daripada ahli yang dilantik dari sektor kerajaan 3, ahli yang dipilih dari Semenanjung 15, ahli yang dipilih dari Sabah 1, Sarawak 1 dan ahli yang dilantik dari universiti dan kolej- universiti tempatan yang diiktiraf adalah 9. Daripada 9 itulah kita bagi-bagikan. Jadi, 66 peratus- kita tahu kenapa 75 adalah kerana antara lainnya kalau boleh saya hujahkan sikit. 66 peratus doctors…

final • 3:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, saya cuma nak minta penjelasan sikit.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Saya dah bagi arahan tadi, duduk. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, kepelbagaian komposisi ini membolehkan berlakunya semak imbang. Ini sangat penting, apa pun bukannya angka 75 atau 93 dan sebagainya itu yang jadi penentu. Penentunya- adalah keupayaan setiap seorang yang dilantik, mahupun- terutama yang dipilih itu merupakan seorang yang punya bukan saja kepakaran bidangnya tertentu tapi sebagai pembikin dasar daripada segi apa yang saya sebutkan tadi.

We must have not only clinical acumen, but political acumen to solve problems and to enhance untuk mereka membangunkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara kita ini. Jadi, jangan terlalu- habis dah waktu. Jangan terlalu taksub, apa pun sama ada kita swasta atau kita awam, sama ada kita daripada KKM mahupun IPT kerana kita bersekali menggembleng tenaga itu.

Di hujung ini Dato’ Yang di-Pertua, saya ingatkan kita- semua dalam setiap perbahasan, saya mengingatkan diri saya sendiri pertama-tamanya Dato’ Yang di-Pertua, bahawa apa yang Allah SWT sebutkan, dalam ayat Allah SWT mengingatkan kita, terutama sebagai legislator, sebagai lawmaker, apabila Allah SWT menyebutkan...

final • 3:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Berilah berita gembira kepada mereka, khasnya mereka yang beriman.

These are the real apa yang dikatakan sifat yang perlu ada pada kita. Mereka mendengar bicara manusia, mereka boleh mendengar, they are open into the free enterprise of ideas, tetapi...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Jangan kerana kepentingan-kepentingan tertentu, kita menolak sesuatu yang benar telah kita established kan sebagai kebenaran yang perlu kita angkat dan kita sokong tetapi dek kerana apa pun sebab, maka itu menjadi sebab mengapa kita tidak dapat bersama mendukung sesuatu yang benar. Jadi, Allah SWT sebutkan, dengar bicara manusia tapi pilih apa yang terbaik.

Di situ yang saya harapkan kita akan sama-sama menyokong pindaan ini, Dato’ Yang di- Pertua. Saya sebutkan sikit Buang keruh ambil yang jernih, Kita berbudi sepanjang hayat; Kini tiba masa untuk memilih Pilihlah demi masa depan rakyat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi...

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 3:10 PM
Fasal-fasal 1 hingga 12 –

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Fasal 1 sampai 12 ya?

final • 3:18 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Fasal 1 sehingga 12.

final • 3:18 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fasal 4(2)(h)

final • 3:18 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 3:18 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, ini sebab saya kena bagi notis, tapi tak dapat bagi notis, saya minta supaya dipertimbangkan balik supaya MQA- walaupun Yang Berhormat menyebut berbagai-bagai jalur dan mengeluarkan ayat Al- Quran, alhamdulillah. Nanti ceramah agama saya akan panggil Yang Berhormat ya, tetapi sini Yang Berhormat, di sini MMC ‘diberi kuasa’.

Jadi, kita telah pinda ‘diberi kuasa’. Kita ikut yang sebelum ini memang MMC itu ada kuasa, tapi dia melalui proses, dia rujuk kepada MQA. Jadi, ini kalau betul sekiranya betul-betul tidak ada masalah apa, kenapa disebut perkataan ‘memberi kuasa’? Tak perlu sebut ‘beri kuasa’, memang dia ‘diberi kuasa’ bawah pendaftaran pada masa yang lepas.

Jadi, saya ingat perkataan ‘diberi kuasa’ itu menunjukkan bahawa dia telah mengetepikan MQA, thank you.

final • 3:18 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:18 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau ini Tuan Yang di-Pertua, rupa-rupanya dia tak faham lagi Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya telah sebutkan bahawa surat MQA sendiri ya, kuasa mengiktiraf ke atas ijazah lanjutan kepakaran dari luar negara, parallel pathway from international, antarabangsa universiti dan kelulusan itu ya, saya sebutkan sekali lagi diberikan kepada Kementerian Kesihatan seperti yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Majlis MQA Bilangan 3/2018 pada 20 Mac 2018.

Maka, selama-lamanya sememang tidak ada pertikaian itu. Cuma yang tak faham akan menuntut supaya akreditasi itu dibuat juga. Bayangkan betapa sukarnya untuk mengakreditasi Sarjana Perubatan pun juga sudah menjadi cabaran, apatah lagi untuk mengakreditasi parallel pathway, yang jelasnya bukan pun tugasan MQA untuk dilakukan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Harap Arau akhirnya faham juga.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Tolong cakap elok-elok Yang Berhormat. Dia perli saya.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia perli saya Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kajian yang dibuat oleh ini jawatankuasa...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk cukup. Yang Berhormat Menteri mungkin hendak terang lagi bersuluh, bagi hitam putih.

Kalau tak faham juga tak tahulah ya.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Hitam putih lah nampaknya Dato’ Yang di- Pertua. Saya tulis untuk- saya bersyarah panjang spesial untuk Arau, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Fasal-fasal 1 sehingga 12...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, 36(6). Kalau dia ada PhD saya pun ada PhD. Saya pun check, kalau dia cerdik saya cerdik. Perkataan menghina saya mengatakan saya tak faham. Saya faham.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak beritahu Yang Berhormat pengamal-pengamal perubatan pelbagai persatuan menentang akta ini.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akta ini tidak ada masalah, ditangguhkan. Ini bukan soal tidak faham, ini bukan bercakap kepada...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 36 itu pada saya.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Yang Berhormat ya.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bukan pada Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, dia sebut saya tak faham. Yang Berhormat pun sebut tadi kata, “Kalau dia tak faham lagi”. Ini bukan soal tak faham lagi, ini penerangan...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jangan salahkan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau kata tak mahu bagi penerangan dia tak payah bawa usul.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak bagi tahu kepada kementerian yang paling nakal sekali Malaysia adalah Kementerian Kewangan...

[Ketawa] Taklimat tak pernah. Yang ini kesihatan- bagus.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi saya hendak bagi tahu...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya bacakan sekali lagi.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa saya baca tadi bacakan sekali lagi dalam bahasa Melayu bukan bahasa Arab.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bila mereka hendak push PPP, parallel pathway. Ha, ini dia...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, atas itu masyarakat tengok, okey...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, duduk Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat ini, rakyat Malaysia semua dengar sini ya. Menteri kena ingat...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya bacakan sekali lagi dalam bahasa Melayu, bahasa Malaysia boleh? Saya bacakan sekali lagi.

27 Mac 2018, surat MQA. Kuasa pengiktirafan ke atas Ijazah Lanjutan Kepakaran dari luar negara diberikan kepada Kementerian Kesihatan ya, Kementerian Kesihatan.

Antara maksudnya adalah MMC seperti yang telah persetujui dalam Mesyuarat Majlis MQA sendiri Bilangan 3/2018 pada 20 Mac 2018.

Saya harap dengan itu Arau faham apabila kita membuat pindaan 4, maaf fasal 4, (h) itu mengiktiraf kelayakan bagi pendaftaran pengamal perubatan di bawah akta ini, ia adalah satu yang sifatnya teratur dan regular. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya kuatkuasakan 37(2). Jika ada lagi mencelah saya akan perintah keluar daripada Dewan.

[****Fasal-fasal 1 hingga 12** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, dia sebut perkataan Arau. Yang Berhormat kena tegur ini...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tengah bercakap ini. Habis ini karang bangkitlah. Terima kasih. Bentara.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya Yang Berhormat, Point of Order 36(1).

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mereka ini mengelirukan Dewan, menyebut nama saya.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 36(1) itu tak ada kena mengena.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan maaf, 37(1).

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya?

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mengelirukan Dewan, 36(12) maaf.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Apa, bab mana yang mengelirukan?

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tak apa. Yang Berhormat hafal saya tak perlu hafal sebab bukan saya Timbalan Speaker ya. Jadi Yang Berhormat tegur saya kalau salah.

Saya orang yang terbuka bukan kaki berdegar-degar. Mereka ini tiap-tiap kali menyebut kalau menentang dia sebut Arau. Saya tak kata...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Ahli-ahli Parlimen yang suka buat provokatif untuk memecahbelahkan perpaduan umat... [Dewan riuh] Ini sini termasuk...

[Tidak jelas] Ya.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, jangan buang masa Majlis Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenapakah sebut nama Arau?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau tak perlukan mereka.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Arau, baik Arau.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau, BN perlukan Arau. Thank you.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey. Ya Allah, selamatkanlah...

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Ketawa] Baik, berikutan itu Yang Berhormat Menteri.

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan (Dato Lukanisman bin Awang Sauni) dan diluluskan]

final • 3:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG KASTAM (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Kastam 1967 Akta 235 dengan tujuan untuk

final • 3:26 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

mempromosi Pulau 1 Forest City yang terletak di Mukim Tanjung Kupang daerah Johor Bahru, Johor. Serta bagi meningkatkan perkembangan ekonomi dalam kawasan tersebut dengan memasukkan peruntukan cukai berkenaan dengan kawasan tersebut ke dalam Akta 235.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Pulau 1 tidak lagi menjadi sebahagian dari kawasan utama kastam sama seperti Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam RUU ini yang mengandungi 11 fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 235 bagi memasukkan takrifan baharu “Pulau 1” dan mengeluarkan Pulau 1 dari kawasan utama kastam.

Fasal 3, 5, 7, dan 9 bertujuan untuk meminda seksyen 154, 163A, 163J, 163Q Akta 235 dengan mengeluarkan Pulau 1 daripada takrifan kawasan utama Kastam.

Fasal 4, 6, 8, dan 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 155(2), 163B(2), 163K(2) dan 163R(2) Akta 235 yang berbangkit daripada pemotongan subseksyen 11(3),

(4) dan (5) Akta 235 oleh Akta Kewangan (No. 2) 2023 Akta 851.

Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu XIXE ke dalam Akta 235 yang memperkatakan tentang Pulau 1 iaitu takrifan “principal customs area” dengan izin, larangan penjualan secara runcit, layanan duti kastam, pengisytiharan barang dan kuasa Menteri membuat peraturan.

Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Secara keseluruhannya, pindaan kepada Akta 235 ini adalah bagi memasukkan peruntukan cukai pada Pulau 1 Forest City bagi mempromosi dan meningkatkan perkembangan ekonomi bagi mewujudkan daya tarikan baharu kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa dengan mengambil peluang limpahan ekonomi dari Singapura. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada sesiapa menyokong?

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Saya menyokong.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1997 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Sebagai ingatan, ambil maklum Peraturan 36(1), ini adalah pindaan kepada Akta Kastam 1967. Senarai pembahas ada empat iaitu Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang untuk memulakan.

final • 3:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, kerana membenarkan Pasir Gudang membahaskan akta pindaan terhadap Akta Kastam 1967. Saya telah membaca keseluruhan rang undang-undang ini dan mendapati bahawa isu utama dalam rang undang-undang ini yang berkenaan dengan Forest City

final • 3:31 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

yang dipanggil Pulau 1. Saya melihat sekiranya rang undang-undang pindaan ini kita luluskan, ada baik dan ada juga yang buruknya.

Saya mulakan dengan yang baik. Saya nampak di bawah seksyen baharu 163AC akan menjadikan Forest City ini kawasan bebas cukai, Zon Bebas Cukai. Jadi bila status ini berlaku, saya akan nampak kesan baiknya Forest City yang sekarang ini selalu diperli, diusik sebagai bukan Forest City, tetapi ghost city, bandar raya hantu sebab tak ramai orang beli rumah-rumah mewah di situ, tapi bila adanya status yang baru sebagai Zon Bebas Cukai, Forest City boleh hidup kembali, hartanah akan ramai orang datang beli kan. Kerajaan pun ada baiknya daripada segi ekonomi, dapat cukai dan gross development value bagi kawasan itu pun meningkat jadi tidaklah membazir. Maknanya ini satu pembangunan yang besar dan cantik iaitu Selat Johor itu ditambak menjadi pulau.

Jadi ini kepada Yang Berhormat Menteri, kepada takrif di bawah pindaan seksyen 2 ini, bolehkah Forest City ini disebut, diiktiraf sebagai pulau? Dia hanya tanah tambak.

Tak sama Pangkor, tak sama dengan Labuan, Tioman, Langkawi, itu betul-betul pulau.

Walaupun telah digazet kan di dalam Gazette Plan PW50276. Saya ingin bertanya bolehkah ditakrifkan Forest City ini sebagai pulau?

Baik, kebaikan Forest City ini dengan adanya rang undang-undang baharu ini iaitu rancangan kerajaan untuk menghidupkan semula program Malaysia Rumah Kedua Ku, akan ramai orang datang di situ. Itu yang baik dia. Sekarang yang buruknya ialah hak milik hartanah di situ. Rumah-rumah itu apa yang saya faham di bawah kuasa Kerajaan Negeri Johor dibagi status freehold, pegangan bebas. Selagi ada matahari dan bulan, hartanah di Forest City itu yang dibeli oleh rakyat asing memiliki harta pegangan bebas. Manakala rakyat Malaysia sendiri beli rumah, beli harta pegangan leasehold, 90 tahun.

final • 3:31 PM

Tuan Wong Chen - Subang

[Tepuk]

final • 3:31 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi ini tidak adil. Saya minta supaya Majlis Tanah Negara, Kerajaan Pusat bincang baik-baik dengan Kerajaan Negeri Johor soal freehold ini supaya ini untuk kepentingan negara kita akan datang, supaya bagi leasehold lah jangan freehold. Rakyat asing beli sini bagilah paling maksimumnya 90 tahun, jangan bagi freehold. Jadi, saya berharap begitu sebab ini soal keselamatan, soal sensitif. Kita baru luluskan tentang kawalan sempadan dan sebagainya. Jadi saya tak mahu membuang masa untuk beri masa kepada kawan-kawan yang lain, sahabat- sahabat yang lain, demikianlah Dato’ Yang di-Pertua hujahan saya. Terima kasih.

final • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Dungun.

final • 3:31 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua. Kita melihat kepada hala tuju pembangunan Forest City dengan pembinaan seksyen 2, perenggan 2(b) bertujuan mengeluarkan Pulau 1, Forest City daripada takrif principal customs area, dengan izin. Tujuan pindaan ini berserta pindaan seksyen-seksyen lain dalam RUU ini adalah untuk mempromosi dan meningkatkan perkembangan ekonomi kawasan tersebut dengan memasukkan peruntukan cukai khas berkenaan kawasan tersebut.

Berapa sebenarnya ketika permulaan pembangunan Forest City, pembangunan pulau-pulau yang dicadangkan...? Kerana disebutkan di sini hanyalah Pulau 1. Melihat kepada perkembangan semasa Forest City, bagaimanakah kesan daripada apabila kita meluluskan pindaan untuk menjadikan Pulau 1 Forest City ini sebagai kawasan bebas cukai? Apakah kesan limpahan yang akan diperoleh oleh rakyat setempat? Kerana pembangunan asalnya adalah untuk memastikan bahawa rakyat setempat juga tidak

final • 3:36 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

ketinggalan daripada pembangunan yang ada dalam Forest City yang dicadangkan dengan pulau-pulau yang akan dibangunkan daripada hasil tambakan-tambakan tanah.

Oleh itu, saya ingin juga untuk melihat kepada apa yang disebut daripada rang undang-undang ini iaitu melibatkan implikasi kewangan di mana rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang. Bolehkah dinyatakan berapakah anggaran peruntukan yang diperlukan untuk tujuan ini dan berapakah pecahan komitmen kewangan yang bakal disumbangkan oleh kerajaan berbanding pihak pelabur?

Dalam kita menetapkan kepentingan pembangunan Forest City dan menjadikan Pulau 1 Forest City ini sebagai kawasan eksklusif berkait dengan zon pembangunan, maka saya pohon kita jangan lupa juga kepada nasib penduduk yang terjejas disebabkan projek ini. Antara harga yang perlu dibayar bagi membangunkan projek city dahulu adalah pengorbanan sebahagian kawasan penangkapan sara hidup nelayan di sekitar Tanjung Kupang demi pembangunan pulau-pulau buatan di Forest City.

final • 3:36 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Adakah terdapat sebarang peruntukan pampasan kepada golongan rakyat yang terjejas sumber periuk nasi mereka itu? Sekiranya ada, mohon dinyatakan jumlah yang diperuntukkan dan jumlah nelayan dan penduduk yang bakal atau sudah menerima pampasan berkenaan. Selain itu, apa unjuran terbaharu jumlah peluang pekerjaan yang bakal memberikan manfaat kepada penduduk setempat susulan peruntukan cukai khas kepada kawasan ini.

Yang di-Pertua, saya mohon di luar sedikit daripada tajuk untuk bertanya tentang perkembangan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Apakah statusnya setakat ini? Pohon diberikan jawapan supaya ia memberikan kepuasan hati kepada rakyat Terengganu bagi menentukan apakah sebenarnya proses pembangunan yang boleh dijana daripada hasil Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Terima kasih, Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Arau, permohonan Yang Berhormat Arau itu tadi saya telah rujukkan ke pejabat. Arahan Speaker hanya dua, dua. Jadi, Yang Berhormat punya permohonan ditolak. Baik.

Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya juga turut serta dalam membahas rang undang-undang ini walaupun ia melibatkan negeri Johor tapi saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini.

Saya dengar dengan tekun hasrat murni kementerian, kerajaan bahawa ia bertujuan untuk mempromosi Pulau 1 Forest City yang terletak di mukim Tanjung Kupang, daerah Johor Bahru, Johor serta untuk meningkatkan perkembangan ekonomi dalam kawasan tersebut dengan memasukkan peruntukan cukai khas berkenaan dengan kawasan tersebut.

Saya juga mengambil maklum setelah menghadiri majlis di mana kita dibentangkan dengan semua rang undang-undang ini bahawa rang undang-undang ini adalah berkaitan dengan Rang Undang-undang Akta Eksais, Akta Zon Bebas dan Akta Cukai Jualan yang bakal dibentangkan kemudian, Akta Cukai Perkhidmatan. Saya bangun kerana saya ingin menyokong rang undang-undang ini walaupun di Johor, ahli-ahli DAP masih tidak menjadi kerajaan, tapi saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini kerana kita tahu bahawa pindaan kepada rang undang-undang ini akan sedikit sebanyak membantu kepada perkembangan ekonomi di kawasan tersebut.

Limpahan ekonomi itu memang akan memberi manfaat kepada masyarakat yang tinggal di Johor. Pengusaha restoran, mungkin juga kepada pengusaha-pengusaha hotel,

final • 3:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

makanan-makanan di tempat tersebut, syarikat-syarikat dan industri-industri makanan tempatan dan sebagainya.

Saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, maklumlah Timbalan Menteri pun dari Pulau Pinang. Saya ambil maklum, seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dari Pasir Gudang tadi, ini merupakan salah satu- pulau tambakan di mana kita memberi keistimewaan untuk hasratnya adalah memberi pengecualian cukai untuk kita meningkatkan aliran masuk wang ke dalam kawasan ini. Adakah kerajaan mempunyai hasrat di Pulau Pinang pun ada Silicon Island, pulau tambakan yang sedang dibangunkan. Saya mengharapkan- saya bangun Timbalan Speaker mohon keizinan untuk juga bertanyakan, kalau di Forest City ia merupakan pulau tambakan di mana kerajaan berhasrat untuk memberikan status zon bebas cukai.

Adakah saya boleh bawa berita baik kepada rakyat di Pulau Pinang untuk mengumumkan pada masa yang akan datang Silicon Island juga di Pulau Pinang akan diberi status ini. Sebabnya saya tanya Timbalan Speaker, saya mengambil teguran Timbalan Speaker adalah menurut laporan The Sun bertarikh 18 September 2023, tajuknya ada di sini, dengan izin Timbalan Speaker, “Penang is country’s second highest state in tax collection after Sarawak.” Saya berbincang dengan Yang Berhormat Klang, dia kata, “Tidak, Selangor merupakan negeri yang paling banyak menyumbang kepada cukai kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri”. Akan tetapi, menurut laporan terkini, Pulau Pinang adalah negeri kedua dalam Peninsular Malaysia yang menyumbang kepada kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri, kutipan cukai.

Jumlah yang dikutip adalah lebih kurang– menurut Pengarah LHDN, Puan Norfaidah Daud, beliau mengatakan di Pulau Pinang mereka mengutip RM7 bilion. So, kalau rakyat di Pulau Pinang menyumbang kepada ekonomi, pembangunan negara dan juga ia merupakan negeri asalnya, Yang Amat Berhormat PMX, Permatang Pauh asalnya, takkanlah Pulau Pinang tak boleh diberi layanan yang sama, Timbalan Speaker?

So, saya ingin tanya dan saya difahamkan ada desas desus saya dengarlah tapi saya minta pengumuman dan pengesahan oleh Timbalan Menteri, kalau ada apa-apa rancangan untuk Pulau Pinang atau Silicon Island juga bakal diberikan status pulau bebas cukai supaya kita juga dapat membantu rakyat Pulau Pinang yang terdiri daripada berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa untuk terus berjaya dan meningkatkan tahap ekonomi dalam kehidupan mereka. Terima kasih, Timbalan Speaker.

final • 3:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Pembahas yang terakhir saya mempersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 3:41 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Kastam (Pindaan) 2024. Melalui pengalaman saya berada di kawasan salah satu dari Zon Bebas Cukai di Rantau Panjang dan juga kita melihat pengalaman pulau-pulau bebas cukai yang lain seperti Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor yang mana ada perkara-perkara yang perlu diteliti.

Walaupun kita menyokong usaha untuk mewartakan Pulau 1, Forest City ini sebagai pulau bebas cukai, namun kita kena melihat kesannya iaitu kita perlu memastikan bahawa inisiatif yang diberikan adalah seimbang dan tidak memberikan kelebihan terutama kepada pelabur asing sehingga menjejaskan kepentingan penduduk tempatan.

Inisiatif bukan fizikal seperti penambahan termasuk juga penambahan infrastruktur begitu

final • 3:47 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

juga dengan langkah-langkah yang baik yang perlu dipantau dan teliti untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan.

Jadi, sebab itu saya inginkan penjelasan, sejauh mana impak sosioekonomi yang telah dijalankan bagi Pulau 1 termasuk daripada segi pembangunan sosioekonomi dan pekerjaan kepada penduduk setempat. Apa langkah-langkah proaktif yang telah diambil untuk membantu terutama golongan nelayan yang berada sekitar Tanjung Kupang yang terkesan akibat daripada projek Forest City ini. Apakah usaha kerajaan untuk menangani pembangunan hartanah di Forest City yang masih tidak terjual dan banyak- unit-unit rumah yang telah didiami setakat dan berapa banyak unit rumah yang telah didiami setakat ini?

Kalau kita lihat antara isu yang ada ialah iaitu berkaitan dengan isu ketelusan dan penguatkuasaan. Adakah terdapat mekanisme yang mencukupi untuk memastikan ketelusan dalam pemberian insentif dan pengurusan di pulau bebas cukai ini? Bagaimana untuk kita memastikan bahawa penguatkuasaan undang-undang dapat dijalankan dengan tegas dan adil. Kita bimbang pengaruh asing di Pulau 1 ini sebab kita tidak mahu melihat dominasi pelabur asing terutama daripada China yang mungkin mengakibatkan ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah dan ekonomi tempatan.

Kalau kita lihat daripada laporan NAPIC, di mana terdapat 70 peratus daripada hartanah di Forest City ini adalah dimiliki oleh warga asing terutama daripada China. Jadi, kebimbangan mengenai hartanah yang belum terjual di Forest City juga perlu diambil kira kerana ia boleh membawa risiko ekonomi yang besar.

final • 3:47 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Kita melihat juga laporan menyatakan bahawa lebih daripada 15,000 unit hartanah di Forest City ini masih belum terjual dengan nilai lebih daripada RM8 bilion.

Jadi, saya ingin tahu apakah usaha-usaha yang dibuat untuk kita memastikan supaya berlakunya keseimbangan ini? Sejauh manakah penguatkuasaan keselamatan dan perancangan untuk mengukuhkan lagi penguasaan di Forest City ini? Ini sebab kita lihat pengalaman di kawasan bebas cukai berlakunya aktiviti haram dan penyeludupan.

Sejauh mana kerajaan merancang untuk mengelak supaya status ekonomi rakyat tempatan tidak juga terjejas dan dapat melindungi peniaga-peniaga tempatan? Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan integriti terutama di kalangan pegawai-pegawai penguat kuasa di Forest City termasuk dari sudut peluasan latihan insentif dan penggunaan teknologi canggih yang telah dilaksanakan?

Jadi, data impak sosioekonomi yang dijalankan di Forest City perlu memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi tempatan, peluang pekerjaan serta perlindungan terhadap kelestarian alam sekitar dalam pelaksanaan yang bijak dengan supaya kita mendapat kesan yang positif. Jadi, seharusnya perkara ini diambil kira supaya ia dapat memberi manfaat kepada negara dan penduduk tempatan.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.

Berikutnya saya mempersilakan Menteri untuk menjawab, 10 minit.

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih. Mewakili Kementerian Kewangan, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kastam (Pindaan) 2024 pada hari ini. Teguran serta pandangan masing- masing berkaitan pindaan yang diusulkan berdasarkan isu-isu yang dibahaskan, izinkan saya jawab satu demi satu ya.

final • 3:51 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Pertama, daripada Yang Berhormat Pasir Gudang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pulau 1 adalah sebuah pulau tambak yang telah diwartakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Pulau ini dihubungkan oleh sebuah jambatan sepanjang 600 meter. Oleh itu, ia menepati takrifan sebagai sebuah pulau. Okey. Jadi, Pulau 1 memang ditakrifkan sebagai sebuah pulau.

Juga terdapat cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang.

Kami mengucapkan terima kasih. Tentang juga YB Pasir Gudang ada menyebut tentang hak milik hartanah. I think ramai juga yang telah juga mengadakan ini terutamanya berkenaan dengan freehold dengan leasehold. Ini adalah bukan di bawah kuasa Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan pandangan ini kepada pihak yang berkenaan terutamanya kepada Kerajaan Negeri Johor.

Untuk Yang Berhormat Dungun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tasik Kenyir telah diwartakan sebagai zon perdagangan bebas pada 1 Februari 2017 dan masih beroperasi seperti biasa serta dikawal selia oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

(KETENGAH) sebagai pihak berkuasa zon.

Okey, nanti ya, one by one. Ada perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun adalah berkenaan dengan nelayan. Tentang- Yang Berhormat sudah keluar? All right. So, tentang nasib penduduk nelayan di sana. Jadi, pada saya sekarang saya tidak ada data yang sepenuhnya, tapi memandangkan projek ini telah mula sejak 2016, semua- langkah-langkah yang sepatutnya diambil, saya fikir telah diambil kira oleh kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Bagi Yang Berhormat Jelutong, berkenaan dengan perbahasan Yang Berhormat Jelutong. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan telah menerima permohonan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menubuhkan Zon Perindustrian Bebas dengan izin, Free Industrial Zone (FIZ) di bawah Projek Pembangunan Penang South Islands (PSI).

Cadangan free industrial zone ini melibatkan kawasan seluas 566.86 ekar daripada keseluruhan kawasan di Pulau A PSI yang akan ditambak. Permohonan untuk FIZ tersebut akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Akta Zon Bebas 1990. Sekiranya terdapat elemen peruncitan akan dilaksanakan di bawah cadangan FIZ tersebut pihak syarikat melalui pihak berkuasa zon yang akan dilantik kelak perlu memohon melalui- memohon kelulusan Menteri Kewangan di bawah seksyen 6A Akta Zon Bebas 1990.

Terakhir oleh YB Rantau Panjang tentang limpahan ekonomi. Jadi- sebentar lagi.

Okey, sini ya, ini panjang sikit. Pulau 1 dijangka akan memberi- ini untuk Rantau Panjang dulu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan Pulau 1 dipisahkan daripada Kawasan Utama Kastam (KUK) dengan mendirikan pagar setinggi tiga meter. Hanya satu pintu keluar dan masuk dari atau ke pintu satu Forest City telah ditetapkan.

Ini untuk masalah keselamatan. Merekodkan keluar masuk kenderaan dengan menggunakan sistem yang berteknologi tinggi, menyediakan komunikasi yang jelas dan notis pemberitahuan di pintu masuk dan di lokasi pembelian untuk memaklumkan kepada pelawat dan pengunjung berkaitan dengan layanan yang akan dinikmati semasa berada di dalam Pulau 1 Forest City. Pengunjung yang keluar dari Pulau 1 ke Malaysia perlu mengemukakan apa-apa resit, invois atau dokumen yang membuktikan pengunjung tersebut berada dalam Pulau 1 tidak kurang daripada 40 jam ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini lah satu pantauan.

Juga tadi Yang Berhormat Dungun tentang apakah limpahan yang akan diperoleh oleh rakyat setempat. Pulau 1 dijangka akan memberi kesan ekonomi kepada kawasan setempat dan pewujudan lebih baik banyak peluang pekerjaan dalam sektor yang akan dibangunkan. Contohnya, hospitaliti, kewangan dan juga peruncitan.

Jadi, saya harap saya sudah cover semua. Untuk mengakhiri penggulungan ini sukacita saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pandangan

final • 3:51 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

dan juga input-input yang dikongsikan. Jika ada apa-apa cadangan atau pandangan boleh merujuk kepada kita. Sekian terima kasih.

final • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 3:51 PM

Fasal-fasal 1 hingga 11 – Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Mencelah]

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat tak berbahas pun tadi.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, saya nak bangun di bawah Jawatankuasa.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat tak berbahas pun.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tak bahas tak boleh bercakap?

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Bukan maksud saya sedemikian. Saya bertanya ini...

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bawah peraturan mana yang saya tak boleh berbahas, tak boleh bertanya Yang Berhormat?

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Saya bertanya Yang Berhormat.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Speaker, hak mutlak Speaker.

Okey, tak apa.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Saya bertanya sahaja Yang Berhormat.

final • 3:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak. Saya nak tanya tadi 49A. Yang Berhormat tahu 49A telah mewujudkan peristiwa yang hebat di Malaysia...

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tahu.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

49A yang minggu lepas, kuasa Speaker yang telah disalahgunakan.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hari ini, 49A kuasa Menteri. Itu maksud yang saya nak tanya.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 49A mana satu ini- peraturan kah...?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, sekarang ini pindaan baharu yang dibuat ini ialah di bawah 49A iaitu kuasa diberi kepada Menteri untuk menjual secara runcit dan lain-lain lagi, diberi kepada Menteri. Yang Berhormat, takkan yang diberi kuasa kepada Menteri, Yang Berhormat? Bagi kepada Ketua Pengarah Kastam. Kenapakah diberi kepada Menteri untuk menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri?

Kenapakah Menteri? Kita bagi kepada pegawai. Itu maksud saya. Benda yang ini, kalau itu esok jadi Menteri, banyak benda lain yang nak diberi perhatian. Jangan menjadi Menteri runcit pula, Yang Berhormat.

Jadi, itu sebab saya kata 49A telah menimbulkan gah satu dunia sekarang- 49A yang minggu lepas, kuasa Speaker. 49A hari ini, kuasa Menteri. Saya minta kuasa Menteri itu diturunkan kepada Ketua Pengarah Kastam.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawab.

final • 4:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Ini memang dalam akta, adalah kuasa Menteri Kewangan. Jadi, jika ada apa-apa Yang Berhormat boleh menulis sebab ini memang ada lah dalam akta. Terima kasih.

final • 4:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

[Fasal-fasal 1 sehingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yien) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir) dan diluluskan]

final • 4:01 PM
RANG UNDANG-UNDANG EKSAIS (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali kedua sekarang.

Puan Yang di-Pertua, RUU Eksais (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Eksais 1976 (Akta 176) dengan tujuan untuk mengeluarkan Pulau Satu, Forest City dari kawasan utama Kastam dan mengadakan peruntukan khas berkenaan Pulau 1, Forest City selaras dengan pindaan dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235].

Puan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang yang mengandungi 11 fasal seperti berikut.

final • 4:03 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan meminda subseksyen 2(1) Akta 176 bagi memasukkan takrif baharu Pulau 1 dan mengeluarkan Pulau 1 dari kawasan utama Kastam. Fasal 3,5,7 dan 9 bertujuan meminda seksyen 2, 87, 91A, 91E dan 91Q Akta 176 bagi mengeluarkan Pulau 1 daripada takrif kawasan utama kastam. Fasal 4,6,8 dan 10 bertujuan meminda subseksyen 90A(2), 91DA(2), 91I(2) dan 91U(2) Akta 176 yang berbangkit daripada pemotongan subseksyen 6(3), (4) dan (5) Akta 176 melalui Akta Kewangan No. 2/2023 [Akta 851].

Fasal 11 bertujuan memasukkan bahagian baharu 15E ke dalam Akta 176 mengenai Pulau 1 iaitu takrifan kawasan utama kastam, larangan penjualan, pengilangan barangan tidak bercukai, layanan duti eksais, pengisytiharan barang dan kuasa Menteri membuat peraturan. Pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah bersifat kecil atau berbangkit daripada pindaan lain.

Secara keseluruhannya, pindaan kepada Akta 176 ini adalah bagi menyelaraskan pindaan yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235] yang mana pindaan utama adalah untuk mengeluarkan Pulau 1, Forest City dari kawasan utama kastam dan mengadakan peruntukan khas berkenaan Pulau 1. Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 4:03 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Puan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Temerloh.

Saya jemput Yang Berhormat Jelutong. Masa lima minit.

final • 4:03 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya tidak akan mengambil masa yang lama kerana saya telah pun membahaskan rang undang-undang sebelum ini iaitu pindaan yang berkaitan yang telah pun diluluskan iaitu Akta Kastam.

Saya sedar bahawa tujuan pindaan-pindaan ini dan rang undang-undang yang bakal dibentangkan adalah berniat baik untuk meningkatkan ekonomi dan juga kemasukan aliran wang dan juga perkembangan yang baik bagi pulau itu. Tujuannya adalah untuk menarik lebih banyak pelancong. Juga, pihak-pihak yang mungkin ingin membeli hartanah dan sebagainya.

Saya telah membangkitkan tadi dalam perbahasan-perbahasan saya tadi berkenaan dengan nasib- memandangkan ini merupakan- Pulau 1 merupakan pulau tambakan. Sama ada layanan yang sama boleh diberikan pada Pulau Pinang di mana kita ada Sillicon Valley yang juga merupakan pulau tambakan.

Untuk makluman Timbalan Speaker, saya telah maklumkan tadi, menurut laporan yang terkini, berita-berita yang kita terima, Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang menyumbang kepada kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri di mana kutipannya

final • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mencecah RM7 bilion tahun lalu. Jadi, saya bertanyakan kepada Timbalan Menteri sama ada layanan yang sama boleh diberikan.

Cumanya, saya ingin menarik perhatian Menteri dan Timbalan Menteri dan Dewan yang mulia ini bahawa dalam undang-undang- rang undang-undang ini yang sedang kita bincangkan dan bahaskan, dalam huraian yang telah diberikan, seksyen baharu 91A dicadangkan bertujuan untuk melarang penjualan secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91AF(1)(a) yang dicadangkan di Pulau 1 tanpa kebenaran menteri terlebih dahulu. Jadi, saya ingin tanyalah, menggunakan kesempatan ini untuk tanyakan, apa jenis barang-barang runcit yang bakal disenaraikan yang kita wajib untuk memperoleh kebenaran menteri sebelum boleh dijual...?

Pada masa yang sama, saya juga ingin menyentuh kepada seksyen baharu 91A dan 91D di mana ia menyentuh tentang pengangkutan barang-barang itu dari Pulau 1 ke kawasan utama Kastam. Maksudnya, pengaliran masuk barang-barang yang dibuat di luar kawasan itu yang dibawa masuk ke dalam kawasan tersebut. Jadi, saya ingin tanya apakah barang-barang yang dimaksudkan ini? Adakah ia melibatkan umpamanya minuman keras, barang-barang solek ataupun apakah jenis barang-barang yang boleh kita masukkan- yang bakal dimasukkan dalam senarai ini?

Cumanya, saya ingin tanya. Saya ambil maklum. Kalau Timbalan Menteri telah maklumkan terdapat cadangan permintaan daripada Kerajaan Pulau Pinang untuk menukar, memohon taraf pengecualian kepada salah satu pulau iaitu- sorry, Pulau Sillikon Valley sebagai- dan sedang dipertimbangkan sebagai Free Industrial Zone.

final • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selain daripada memberikan status Free Industrial Zone pada Pulau Silikon di Pulau Pinang, bolehkah ia diberikan juga pulau itu, Silicon Valley sahaja- Silicon Island.

Maafkan saya, Silicon Island sahaja di Pulau Pinang diberikan status sebagai Zon Bebas Cukai kerana ia juga akan membantu pelancong yang datang ke Pulau Pinang kerana sekarang Pulau Pinang melimpah. Maklumlah kita lihat bahawa setiap minggu di Pulau Pinang, terdapat kesesakan lalu lintas. Kita juga merancang untuk membina LRT dan sebagainya. Pulau Pinang sentiasa menjadi tarikan. Jadi ia juga akan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Pulau Pinang dan membantu ekonomi rakyat Pulau Pinang.

Jadi saya merayu kalau boleh menggunakan kesempatan ini untuk Pulau Pinang juga, Silicon Island di Pulau Pinang yang sedang dibangunkan tanah tambakan, diberi status yang sama seperti Pulau 1 atau Forest City dan diberikan status Zon Bebas. Terima kasih Timbalan Menteri Speaker atas peluang yang diberikan.

final • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Timbalan Speaker, Puan Speaker. Tebrau sini. Puan Speaker, Tebrau ingin mengambil bahagian dalam perbahasan memandangkan baru ada tiga orang yang sebut nama sahaja.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang bukan giliran Tebrau. Sila duduk.

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 4:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas berkenaan dengan Rang Undang-undang Eksais

(Pindaan) 2024. Saya ingin menyatakan beberapa perkara yang bagi menyokong usul ini berdasarkan manfaat yang bakal diperoleh oleh negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali pindaan ini adalah penting untuk merangsang perkembangan ekonomi di Pulau 1, Forest City. Dengan mengeluarkan Pulau 1 dari

final • 4:11 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

kawasan utama kastam dan memberikan pengecualian cukai eksais, kita dapat menarik lebih banyak pelabur asing untuk melabur. Insentif cukai ini akan memberikan kelebihan daya saing kepada Forest City yang mana ia akan menjadi lebih menarik berbanding kawasan-kawasan lain yang tidak menawarkan pengecualian yang serupa.

Dengan adanya pengecualian cukai eksais, kos operasi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di Pulau 1 akan berkurangan dan ini akan memberikan mereka lebih banyak ruang untuk mengembangkan perniagaan mereka, membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan meningkatkan pendapatan negara melalui aktiviti ekonomi yang lebih giat. Manfaat ini bukan sahaja terhad kepada syarikat besar, tetapi juga kepada perusahaan kecil dan sederhana yang berpeluang untuk berkembang di kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu pengecualian cukai eksais akan menjadikan barangan yang dikilangkan di Pulau 1 lebih kompetitif di pasaran antarabangsa. Ini adalah langkah strategik untuk meningkatkan eksport negara kita dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran domestik sahaja. Dengan peningkatan eksport, kita dapat memperbaiki imbangan dagangan dan menguatkan kedudukan ekonomi negara kita di peringat global.

Saya juga percaya bahawa insentif ini akan membantu mengatasi masalah kerencatan Forest City di dalam menarik pelabur. Dengan memberikan pengecualian cukai eksais, kita memberikan nafas baharu kepada projek ini dan memberi keyakinan kepada pelabur bahawa kerajaan komited untuk menjadikan Forest City sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang penting. Ini adalah langkah proaktif yang perlu diambil untuk memastikan kejayaan jangka panjang projek ini.

Namun begitu, ada beberapa persoalan yang saya perlukan penjelasan berkenaan dengan pindaan RUU ini. Seksyen 91AB memperuntukkan tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan tanpa kelulusan melainkan mendapat kelulusan mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan- peraturan.

Persoalannya, apakah kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi ataupun bentuk cara permohonan untuk melayakkan seseorang itu mendapat kelulusan Menteri bagi penjualan secara runcit serta adakah tidak berlaku percanggahan kepentingan apabila kita lihat di sini, Menteri diberi kuasa untuk meluluskan permohonan penjualan runcit di Pulau 1.

Seksyen 91AF bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi layanan duti eksais di Pulau 1 yang berhubungan dengan pengilangan, pengimportan dan pengangkutan barang-barang. Tatacara eksais khususnya yang berhubung dengan pembayaran duti eksais, kewajipan untuk menyimpan rekod yang berhubungan dengan perkara eksais, perlu diperkemas untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan dan penyelewengan.

Justeru, ia penting untuk meningkatkan penguatkuasaan pegawai eksais di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh ketelusan. Kita melihat bagaimana negara kita sering kali terdedah dengan isu ketirisan hasil cukai ekoran sindiket penyeludupan, pengimportan dan penjualan barangan. Masalah ini bukanlah isu mentah sebaliknya perkara yang berlaku seolah-olah tiada kesudahan. Persoalannya adakah kerajaan mengenal pasti kelemahan di dalam mana-mana perundangan dan aktiviti penguatkuasaan yang sedia ada seterusnya memastikan langkah penguatkuasaan serta pengawasan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan bagi mengurangkan ketirisan hasil.

Baru-baru ini seramai 34 orang anggota dan pegawai kastam bersama 27 orang individu dan pemilik syarikat ditahan kerana bersekongkol dengan sindiket penyeludupan, pengimportan dan penjualan arak serta rokok seludup yang menyebabkan ketirisan hasil cukai sebanyak RM2 bilion. Ini melibatkan isu akauntabiliti dan ketelusan yang menjejaskan nama baik jabatan dan juga negara. Justeru itu, apa mekanisme yang diambil untuk mencegah salah guna kuasa dan rasuah serta langkah untuk memastikan tadbir urus yang baik, kompetensi, akauntabiliti, ketelusan dalam kalangan anggota jabatan?

final • 4:11 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Akhir sekali saya ingin menegaskan bahawa pindaan ini bukan sahaja akan memberi manfaat pada Pulau 1, tetapi juga ekonomi negara secara keseluruhan. Dengan meningkatkan daya saing dan menarik lebih banyak pelaburan, kita dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Kita memahami hasrat pelabuhan ini, tetapi dalam masa yang sama, janganlah kita memberi insentif ini sehingga melupakan kepentingan aspek-aspek keselamatan dan kedaulatan negara.

Selain itu, dengan adanya pembangunan Forest City ini akan dapat memberi limpahan ekonomi dan saya berharap semoga turut dapat menikmatinya golongan bumiputera. Pada masa yang sama, boleh melonjakkan nilai hartanah di kawasan yang sekitarnya. Saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Saya jemput Yang Berhormat Temerloh dulu dan selepas itu Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:11 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey terima kasih kepada Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera. RUU bertujuan untuk meminda Akta Eksais 1976 untuk mengeluarkan Pulau 1, Forest City di Johor Bahru dari kawasan utama Kastam dan mengadakan peruntukan khas berkenaan dengan Pulau 1.

Mohon penjelasan mengapa Pulau 1 dipilih sedangkan hak milik tanah di bawah Kerajaan Negeri Johor dan bila dijadikan kawasan bebas cukai, adakah tanah milik Forest City akan dijual dengan bebas kepada semua warga asing? Apakah unjuran pendapatan yang akan diperoleh daripada pindaan akta ini? Berapa peratus hak pendidikan tanah diperuntukkan kepada warga negara Malaysia khususnya bumiputera?

Jenis barang yang berduti eksais termasuklah minuman bergula, minuman keras, rokok, tembakau dan keluaran tembakau, kenderaan bermotor dan daun terup dan juga mahjong. Temerloh ingin tahu, berapa peratus sumbangan duit eksais dalam pendapatan negara 2022 hingga 2023? Adakah vape atau yang sama dengannya boleh dimasukkan dalam status rokok?

. Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990, Menteri boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Malaysia sebagai Zon Perdagangan Bebas dan Zon Perindustrian Bebas dengan had zon tertentu. Apakah pertimbangan utama atau faktor terpenting untuk memilih mana-mana kawasan? Kawasan utama Kastam melibatkan import dan eksport dengan mengeluarkan Pulau 1 dari kawasan utama kastam dan menjadi Zon Bebas bermakna semua aktiviti perdagangan dan perindustrian Pulau 1 tidak dikenakan duti import dan eksport. Bagaimana dapat menjamin penglibatan pelaburan domestik.

Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990. Tujuan utama galakan tujuan intraport industri orientasi eksport. Zon Bebas merupakan luar kawasan kastam termasuklah Zon Perdagangan Bebas adalah aktiviti perdagangan iaitu perniagaan runcit pecah pukal, menggred, membungkus, melabel semula dan transit tanpa pembayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan. Setakat ini, terdapat 24 buah kawasan di Malaysia.

Seksyen 12(1) dan (2) Zon Bebas 1990 yang menyatakan apa-apa jenis barang boleh dibawa ke dalam zon bebas untuk perniagaan runcit atau selainnya. Mohon senaraikan kategori apa-apa jenis barang yang dimaksudkan.

final • 4:17 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Zon perindustrian bebas zon untuk aktiviti pengilangan barang daripada apa-apa jenis barang yang akan digunakan secara langsung untuk dieksport. Seksyen 11(1) dan

(2), terdapat 21 buah kawasan di Malaysia.

Seksyen baharu 91AA.Temerloh ingin huraian dan penjelasan tentang kawasan utama kastam dan implikasi kepada ekonomi negara. Apakah jenis-jenis barang yang dijual secara runcit yang termasuk sebagai larangan Menteri dalam seksyen baharu 91AB?

Seksyen 91AC. Apakah barang yang tidak terpakai sebagai tidak bercukai oleh Menteri jika barang-barang itu dikilangkan di Pulau 1? Apakah SOP yang digunakan oleh Menteri dalam menentukan kategori barangan tidak bercukai? Mengapakah dikecualikan cukai? Mohon disenaraikan.

Seksyen baharu 91AD. Barangan yang dieksport atau diimport dari Pulau 1 akan dikenakan duti eksport dan import. Berapakah unjuran duti yang akan diperoleh oleh pendapatan negara bila akta ini dilaksanakan? Berapakah peluang pekerjaan yang akan dibuka kepada rakyat Malaysia?

Seksyen 91AF, peruntukan layanan duti eksais di Pulau 1 yang berkaitan pengilangan, pengimportan dan pengangkutan barang-barang. Apakah maksud layanan duti eksais? Apakah jenis barang yang tersenarai? Minuman keras dan rokok termasuk dalam barangan yang tidak dicukai dalam zon bebas. Soalan Temerloh, apakah kesan buruk dari segi sosial dan ekonomi kepada masyarakat, negara dan agama? Adakah vape juga dikecualikan cukai eksais?

Seksyen 91AH memberi Menteri kuasa membuat peraturan untuk memperuntukkan perkara berhubung Pulau 1. Mohon pencerahan, apakah peraturan- peraturan yang terlibat dan Menteri berkuasa penuh menentukannya? Temerloh ingin mengetahui, adakah mendirikan pusat perjudian bebas cukai, kasino di zon ini seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg termasuk dalam kuasa Menteri meluluskannya?

Setujukah Menteri kesan kasino kepada kehidupan rakyat yang terlibat lebih mendatangkan impak negatif?

Yang terakhir, berapakah anggaran perbelanjaan kerajaan untuk melaksanakan RUU ini? Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh.

Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Tebrau menyambut baik berita baik dengan pewartaan Pulau 1 di Forest City sebagai pulau bebas cukai di Johor, tapi seperti semua perkara dalam dunia ini, bila ada berita baik, kita juga kena teliti juga dengan pelaksanaan atau execution plan ini.

Saya akan lebih fokus kepada isu-isu teknikal untuk perbahasan saya untuk RUU ini. Yang lebih umum, saya akan bahas pada RUU yang akan datang.

Pertama, saya mendapat maklumat- kalau silap, sila betulkan, Menteri- bahawa PCB di Pulau 1 ini akan memperoleh pengecualian kepada empat jenis barang iaitu minuman keras, kosmetik, coklat dan minyak wangi. Empat sahaja.

Maka, soalan saya kepada kementerian ialah kalaulah kita nak betul-betul promosikan Pulau 1 ini, kenapakah kita hanya hadkan kepada empat barang ini sahaja?

Bagi saya, kalaulah kita nak jadi ini destinasi yang boleh menarik pelancong, kita juga kena consider, pertimbangkan untuk masukkan alat-alat- gadget elektrik dan barang- barang mewah, bahan mewah seperti luxury good, seperti LV, Gucci, Balenciaga, Hermes. Semua ini yang Johor Bahru tak ada. Yang ada semua dekat Singapura sahaja. So, saya

final • 4:22 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

tidak nampak ada apa-apa masalah sekiranya kementerian boleh masukkan dua item ini dalam barang-barang yang mendapat pengecualian.

Kalau boleh- kalau Langkawi boleh ada pengecualian untuk kenderaan kereta, kenapakah Pulau 1 di Forest City tak boleh? Bagi saya, itu satu perbandingan yang amat adil dan fair, apple to apple. So, saya harap Kementerian Kewangan boleh fikirkan untuk tambah item-item yang saya sebut tadi.

Kedua, saya juga difahamkan bahawa sekarang kalaulah sesiapa pelancong, tourist yang datang ke Forest City, dia kena duduk di situ 48 jam baharu dia boleh bawa barang-barang yang dia beli termasuklah yang saya kata tadi itu minuman keras, alkohol, coklat, kosmetik itu, baharu dia boleh bawa keluar dengan ada limit dia, tapi bagi saya, 48 jam juga agak lama sangat itu. Sebab, kemungkinan banyak pelancong kita ini datang dari Singapore. Dia tak akan duduk sana sampai tiga hari dua malam. Kalau betul-betul kita nak promosikan Forest City ini, saya mencadangkan kita pendekkan 48 jam itu kepada 24 jam. Itu lagi sesuai.

Kalaulah- bukan sahaja 24 jam itu. Kalaulah saya boleh cadangkan, dia boleh buktikan bahawa dia ada bermalam di situ. Contohnya, mungkin dia sampai pukul 8 malam, tapi dia bermalam di situ, besok petang lepas lunch dia balik, dia pun boleh qualify untuk membawa item-item itu keluar daripada PBC dan bukannya hanya terhad kepada 48 jam yang bagi saya terlalu lama.

Ketiga- ini juga teknikal. Pulau 1 ini, sefaham saya, pelan asal adalah 700 ekar, tapi sehingga hari ini, setahu saya, mungkin yang hanya tambak itu tak sampai separuh pun. Mungkin sampai separuh- 300 lebih ekar. Maknanya, saya nak dapat pencerahan daripada Menteri, adakah dengan pewartaan ini, dia cover seluruh Pulau 1 yang termasuk part yang belum ditambak ataupun hanya yang tambak sahaja? Ataupun selepas tambak, dia kena minta lagi pewartaan yang baharu? Atau kita kena balik kepada Parlimen? Saya rasa itu satu isu yang sangat penting dan harap Menteri boleh beri pencerahan.

Akhir sekali, saya ingin membuat sedikit pelencongan. Isu hari ini kita bincang ialah duti eksais, Puan Speaker. Satu isu yang sangat penting dan dekat dengan hati saya.

Saya harap Menteri Kewangan boleh tengok balik kepada excise duty yang kita kenakan kepada sugar beverage atau sugar tax yang di mana pada sekarang, kita kenakan 50 sen setiap satu liter. Bagi saya, angka itu tidak sesuai dengan masa sekarang. Malaysia, setiap lima orang di Malaysia, ada satu yang diabetic. Yang lebih sedihnya,separuh daripada mereka itu tidak tahu pun mereka diabetic. Kita kena kurangkan minuman gula, penggunaan gula di Malaysia. Kita mulalah dengan minuman-minuman yang terlalu manis.

So, saya cadangkan, kalau boleh, kita gunalah piawaian yang diberikan oleh UNICEF dan WHO, RM1 setiap liter. Kita naikkan kepada itu dan saya harap dengan itu, orang Malaysia ini boleh hidup dengan lebih sihat. Sekian, terima kasih.

final • 4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 10 minit.

final • 4:22 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas akan RUU Eksais (Pindaan) ini.

Biar saya jawab satu demi satu. Pertama sekali, Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan Penang South Island lagi. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang diperjelaskan sebentar tadi, Penang South Island akan dipertimbangkan sebagai zon perindustrian bebas dan akan mendapat faedah atau kelebihan dalam bentuk fasilitasi perdagangan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 4, Akta Zon Bebas 1990 iaitu apa-

final • 4:28 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

apa jenis barang, kecuali bagi yang dilarang dengan tertentu dan mutlak oleh undang- undang, boleh dibawa masuk, dikeluarkan atau dihasilkan dalam suatu zon bebas tanpa bayaran apa-apa duti kastam atau duti eksais.

Status zon bebas ini dilihat adalah bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan di pulau tersebut untuk memfokuskan kepada aktiviti pengilangan dan berorientasikan eksport.

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jelutong juga, selagi sesebuah pulau itu telah diberikan zon perindustrian bebas tidak akan diberikan pulau bebas cukai.

Walaupun begitu, pihak syarikat boleh memohon kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk mengadakan kedai runcit bebas, okey.

final • 4:28 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Untuk Yang Berhormat Kuala Terengganu, strategi membanteras penyeludupan yang diambil oleh Jabatan Kastam Diraja adalah seperti berikut. JKDM telah menetapkan strategi yang lebih efektif iaitu daripada berasaskan output bilangan kes kepada strategi yang memberikan lebih fokus, kena ada outcome nilai atau duti cukai serta memberi tumpuan kepada kes-kes yang berimpak tinggi dengan menyasarkan kepada kes-kes kontena.

Pelaksanaan operasi-operasi khas seperti melaksanakan operasi di negeri-negeri iaitu di inter bahagian atau interagency adalah dijadualkan. Kita ada menganjurkan operasi khas yang lebih bersasar dan bekerjasama dalam operasi yang libatkan agensi penguat kuasa di dalam negara dan antarabangsa. Juga kita akan menambah baik dan mempertingkatkan keupayaan aset JKDM dengan pembelian dan menaik taraf mesin pengimbas baharu dan teknologi artificial intelligence (AI). Juga, akan melaksanakan pusingan kerja di peringkat pengurusan tertinggi dan juga peringkat pegawai di lapangan. Menjalankan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara agensi-agensi penguat kuasa di Malaysia, agensi juga di antara dengan antarabangsa dan juga pihak industri. Juga berkenaan dengan bagaimana nak bentuk permohonan. Mana-mana syarikat yang berhasrat untuk menjual secara runcit perlu memohon secara bertulis kepada Menteri Kewangan.

Untuk menjawab kepada Yang Berhormat Temerloh, banyak soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam menjadikan Pulau 1 Forest City sebagai pulau bebas cukai. Antaranya adalah hala tuju pembangunan yang akan memfokuskan kepada hab perkhidmatan. Antaranya hab kewangan, peruncitan, hospitaliti. Kedudukannya yang berdekatan dengan Singapura dan memberikan akses yang pendek atau dekat kepada menarik pelancong dari Singapura.

Potensi bagi mendapatkan limpahan ekonomi dari Singapura dan kesan limpahan ekonomi kepada kawasan setempat dan perwujudan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor yang akan dibangunkan. Juga berkenaan dengan kutipan hasil duti eksais.

Jumlah purata kutipan hasil duti eksais bagi tempoh lima tahun iaitu dari 2020 hingga Jun 2024 adalah sebanyak RM10.5 bilion. Juga berkenaan dengan apakah barangan yang dikecualikan? Ini telah ditanya oleh Yang Berhormat Temerloh dan juga Yang Berhormat Tebrau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat barangan yang dikecualikan cukai iaitu minuman keras, coklat, kosmetik dan minyak wangi. Ini adalah empat barangan yang dikecualikan cukai di Pulau 1. barangan ini mendapat pengecualian cukai mengambil kira faktor berikut.

Jarak Pulau 1 yang terlalu dekat dengan Tanah Besar, memudahkan pergerakan keluar masuk berbeza dengan pulau bebas cukai yang lain yang jaraknya terletak jauh dari Tanah Besar. Kedudukannya yang berdekatan dengan kawasan utama Kastam, terdedah kepada risiko berlakunya penyeludupan. Pulau 1 Forest City mempunyai akses yang mudah dan pendek iaitu hanya melalui jambatan dengan jarak lebih kurang 600 meter. Boleh jalan kaki juga.

final • 4:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Soalan juga tentang Yang Berhormat Temerloh juga membangkitkan soalan tentang kasino. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini tiada lesen kasino diluluskan di Pulau 1 Forest City. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Tebrau berkenaan dengan 40 jam dan 24 jam. Bagi- kita nak memberi limpahan dan merancakkan kegiatan aktiviti ekonomi di Pulau 1.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hanya Langkawi dan Labuan adalah 48 jam. Lain-lain macam Tioman dengan satu lagi, Pangkor adalah 24 jam, okey. Buat sementara ini, jawapan saya- terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Boleh bertanya? Nak sambung sikit tadi. Berkaitan dengan peraturan-peraturan yang diberi kuasa sepenuh kepada Menteri. Kemudian, apakah status vape itu? Adakah dikenakan cukai juga atau di pelepasan? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Lim Hui Ying

Tentang status vape. Okey, produk merokok memasuki- termasuk rokok elektronik dan cecair atau gel untuk kegunaan rokok elektronik dan vape tidak dikecualikan daripada duti eksais. Okey. Kalau ada apa-apa lagi, Yang Berhormat boleh tulis kepada kita. Kita akan boleh- mungkin boleh jawab dengan lebih lanjut lagi.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan Jawatankuasa]**

final • 4:30 PM

Fasal-fasal 1 hingga 11 – Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, terima kasih Puan Speaker.

Saya ingin merujuk kepada Fasal 2, Fasal 3, 5, 7, 9 dan 11. Semua Fasal-fasal ini ada menyentuh soal takrif kawasan utama Kastam. Jadi, ini nak tanya Timbalan Menteri, apakah makna itu? Kawasan utama Kastam- Principal Customs Area? Kalau realitinya, Forest City atau Pulau 1 ini terletak dalam Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Parlimen Iskandar Puteri. Okey, Pulau 1 di sana.

Jadi, kawasan utama Kastam itu di mana? Itu yang pertama. Contohnya, kenapa saya bertanya begini, sebab rang undang-undang yang kita baharu lulus sebentar tadi ada menyebut, barang-barang diangkut dari Pulau 1 ke kawasan utama Kastam.

Kemudian, yang kedua dari kawasan utama Kastam ke Pulau 1. Ertinya, ada tempat. Jadi, di manakah itu? Lokasi- location kawasan utama Kastam.

Kedua, merujuk kepada perenggan 2B, Fasal 2. Mengapakah dikeluarkan?

Mengapakah perlu dikeluarkan Pulau 1 iaitu Forest City dari takrif kawasan utama Kastam? Saya sebagai orang awam, tak faham. Terima kasih.

final • 4:36 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di- Pertua- Puan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat. Laymen term, okey. Bermaksud, jika kita- semua tempat di Malaysia itu memang adalah dalam kawasan utama Kastam.

Jadi, semua kita adalah tertakluk kepada Kastam. Jadi, yang ada empat, okey.

Empat tidak dalam kawasan Kastam bermaksud, mereka duty free iaitu Pangkor- yang buat setakat ini ada empat buah pulau yang tidak dalam kawasan utama Kastam iaitu Pangkor, Tioman, Langkawi dan Labuan.

Jadi dengan ini, keempat-empat pulau ini adalah dikecualikan dari kawasan utama Kastam. Jadi, sebab kita nak berikan status duti pulau bebas cukai pada Pulau 1, jadi kita kena masukkan Pulau 1 ke dalam bersama-sama dengan empat buah pulau ini.

Jadi, masuk ke dalam kategori bebas cukai. Jadi, kena keluarkan dari kawasan utama Kastam. Itu maksudnya. Okey.

Puan Yang di-Pertua, saya nak- saya terlepas satu point. Saya nak jawab kepada Yang Berhormat Tebrau tadi. Tadi Yang Berhormat Tebrau sebut- tentang 770 ekar, setengah saja dibangunkan, tetapi ini merupakan tidak benar. Sepatutnya kelulusan dasar adalah sebanyak 1,400 ekar, tetapi telah dibangunkan adalah yang berfasa- secara berfasa adalah 770 ekar.

final • 4:38 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Hari ini semua RUU berkenaan adalah untuk 770 ekar yang telah dibangunkan.

Bermaksud jika selepas ini yang baki 700 lebih itu sudah dibangunkan dan kita nak seperti sekarang, hendak masukkan seperti dalam pulau bebas cukai, kita kena bawa sekali lagi ke Dewan yang mulia ini untuk luluskan sekali lagi. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Boleh lagi tak tanya- Menteri boleh?

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Tadi saya ada tanya berkaitan dengan...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Fasal mana satu? Sekarang dalam Jawatankuasa. Jadi, mesti sebut fasal.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Saya masukkan dalam yang pertama itu. Fasal yang pertama itu iaitu soalan saya tadi berkaitan dengan tanah milik Forest City. Apakah semuanya akan dijual kepada warga asing dan bagaimanakah?

Berapa peratus hak milikan tanah ini diperuntukkan untuk warganegara? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Puan Lim Hui Ying

Ini minta maaf, Yang Berhormat. Sebab ini adalah bagi Kementerian Kewangan, kita tidak termasuk dalam aspek ini. Mungkin ini kena kita rujuk kepada Kerajaan Negeri Johor. Mungkin Yang Berhormat boleh tulis untuk tanya soalan di sesi, di sidang hadapan. Saya boleh memberi jawapan secara bertulis okey.

[Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak Anak Kumbong) dan diluluskan]

final • 4:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG ZON BEBAS (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibacakan kali kedua sekarang.

Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438] yang merupakan pindaan susulan consequential amendments, dengan izin, daripada cadangan pindaan Akta Kastam 1967 supaya selari dan konsisten dengan pindaan yang dibuat dengan Akta Kastam 1967 tersebut.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi dua fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 2(1) Akta 438 bagi mengeluarkan Pulau 1 dari takrif “kawasan utama Kastam” dan juga memasukkan takrif baharu “Pulau 1”.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 4:43 PM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak Anak Kumbong

Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Tebrau, YB Tumpat dan YB Arau.

Setiap pembahas diberi lima minit. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:43 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Seperti yang saya katakan tadi, saya amat mengalu-alukan lah dan saya juga harap dan doa bahawa pulau bebas cukai di Pulau 1 Forest City ini akan menjadi satu sukses dan berjaya membangunkan kembali ekonomi negeri Johor dan Malaysia secara keseluruhannya. Saya ingin memulakan dengan satu pernyataan bahawa kadang-kadang orang ramai ini dia ada mungkin salah faham atau persepsi negatif dengan zon bebas cukai ini.

Barangkali mereka kadang-kadang fokus kepada rokok ataupun arak yang mungkin bagi mereka menjadi satu isu masalah sosial. Sebenarnya kita kena tengok isu zon bebas cukai ini dengan satu persepsi yang lebih besar, perluasan skop yang lebih merangkumi lebih banyak produk di zon bebas cukai ini.

Saya bagi contoh, kalau kita tengok di Korea. Korea, dia banyak- kedai-kedai atau kawasan zon bebas cukai. Kalau kita pergi Korea, kita pergi Jeju Island kah, Seoul kah, mesti pernah kita masuk duty-free shop dia. Contohnya, Lotte World dan di situ lah mereka akan jual pelbagai-bagai item, banyaknya yang made in Korea. Malah, hari ini kalau saya

final • 4:45 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

katakan kedai duty-free di Korea, item pertama yang mereka jual bukan arak, bukan rokok, tapi adalah kosmetik buatan Korea sendiri.

Ini yang saya kata kita kena ambil kesempatan ini. Apa yang kita mampu di Malaysia, yang kita promosikan di kedai-kedai duty-free ini, saya rasa kerajaan kena fikirkan. Saya cukup yakin kita ada banyak produk yang kita boleh promosikan. Janganlah kita selalu fikir zon bebas cukai ini mestilah arak dan rokok. Itu pun saya sendiri tak setuju.

Kita juga boleh tengok contoh di Hainan, China. Hainan Island- Pulau Hainan dia satu pulau. Semua pun duty-free dan hari ini kalau pergi Hainan kita tengok mereka jual pelbagai-bagai item termasuklah durian kah, semua kah. Itu yang patut kita contohi. So, saya harap kerajaan boleh membuat rujukan kepada cerita-cerita sukses ini.

Puan Speaker, usaha yang baik ini untuk buatkan Pulau 1 Forest City ini sebagai satu kawasan duty-free ini. Dia adalah selaras dengan rancangan kerajaan untuk Johor- Singapore SEZ, dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan Forest City ini sebagai special financial zone dan juga selaras dengan hasrat dan aspirasi kerajaan dalam MM2H.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sekarang negeri Johor menduduki tempat kedua di Malaysia dengan 4,220 unit hartanah yang tidak terjual pada 2023.

Seperti yang disebutkan oleh rakan saya Pasir Gudang tadi, barangkali kita tak panggil Forest City itu Forest City, dia panggil Ghost City juga. Maka, tanggungjawab bagi saya untuk kerajaan, untuk kita cuba selesaikan bagaimana kita nak menjualkan hartanah- hartanah ini dan saya nak tegaskan di sini bukan kepada orang luar, tapi kepada orang Malaysia juga.

Tiada undang-undang yang menghalang orang Malaysia untuk duduk atau membeli hartanah di Forest City. So, kenapakah kita tak promote juga orang-orang kita ini untuk duduk juga di Forest City? Saya cukup yakin, kalau lah kita ada duty-free ini, kita akan mengembalikan kegemilangan Forest City dan dengan itu ada limpahan ekonomi yang terus di keseluruhan Johor. Seperti yang saya katakan tadi Puan Speaker, kita kena jadikan Forest City ini juga satu shopping heaven sebab kita ada peluang yang baik.

Saya sudah kata tadi, kita ada ready market. Jiran kita di Singapura tak sampai setengah jam boleh sampai ke Forest City. Kita kena ambil kesempatan itu, apalagi kita ada SEZ yang baharu, yang akan dilancar pada akhir tahun. Maka, saya cadangkan bukan sahaja dengan darat, kita patut adakan satu- ferry service dari Singapura terus ke Tanjong Puteri, dari Tanjong Puteri 10 minit boleh sampai ke Forest City. Itu amat penting.

final • 4:45 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Dan last sekali, saya hanya nak buat sedikit kaveat. Ya lah bila ada kastam juga ada isu keselamatan dan penyeludupan. Baru-baru ini, kita ada, jawatankuasa ada mesyuarat dengan pihak kastam dan mereka telah menimbulkan kerisauan mereka dalam isu manpower. Saya harap kerajaan boleh memikirkan, bagaimana kita memastikan ya isu-isu penyeludupan itu tidak jadi di Forest City, Pulau 1.

Saya cadangkan pertama, kita tambah lagi banyak manpower untuk pihak kastam dan yang kedua, kita kena gunakan teknologi ya. Jangan kita lupa ada banyak teknologi yang kita boleh guna untuk memastikan matlamat Pulau 1, Forest City itu sebagai satu duty-free island tu tercapai. Dengan itu, terima kasih Puan Speaker atas peluang ini.

Terima kasih, saya menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada RUU Zon Bebas (Pindaan) 2024 ini, di mana kita membincangkan tentang suatu- bandar yang namanya Forest City ataupun Pulau 1 yang berada dalam Iskandar Malaysia Corridor iaitu

final • 4:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

satu- tempat yang berada di Johor. Jadi, merujuk kepada perkara ini, sebagai sokongan kepada perancangan kerajaan ini, saya juga ingin memohon jasa baik pihak Persekutuan untuk juga melihat lebih 30 Zon Bebas Cukai, yang diwujudkan dalam negara kita termasuklah Zon Bebas Cukai di Pengkalan Kubor yang terletak dalam Parlimen Tumpat.

Dalam hal ini, kita melihat kalau di Forest City, ia berada di bawah IMK. Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor sepatutnya berada di bawah ECER. Jadi, saya mencadangkan agar kemajuan yang ada di Johor, di selatan Malaysia, juga dapat dibawa dan dikembangkan ke Pantai Timur iaitu di Pengkalan Kubor ini kerana kita melihat sebagaimana contoh tadi rakan kita sebut tentang kejayaan Free Trade Zone di China.

Saya juga ingin merujuk kepada suatu tempat di mana satu tempat Zon Ekonomi Khas Shenzhen, China yang telah mengubah sebuah kampung nelayan kecil bertukar menjadi sebuah metropolis yang sibuk dan menjadi salah satu dari pusat ekonomi utama dunia yang menjadi pemacu ekonomi berimpak tinggi.

Dalam hal ini, untuk kita memajukan agar Malaysia dilihat maju keseluruhan di Johor dan juga sampai ke Kelantan, kedudukan geografi Pantai Timur yang memerlukan accessibility yang sepatutnya dapat diusahakan serentak iaitu memastikan bahawa dalam usaha untuk memajukan zon bebas ini, memerlukan suntikan daripada pihak Persekutuan, iaitu satu perkara yang penting iaitu LPT3 dan juga stesen ECRL mesti sampai ke Pengkalan Kubor, Tumpat kerana kita tahu sempadan-sempadan kita ini akan kekal relevan dan menjadi destinasi ekonomi dan pelancongan Pantai Timur dan Pantai Barat.

Kita juga mahu minta kepada pihak kerajaan supaya memerhatikan kemudahan logistik dan infrastruktur yang mencukupi di kawasan Pantai Timur, yang juga akan memberikan kesan pada Pantai Barat kerana kita lihat hari ini tiada jaringan logistik yang mampan dan ekstensif boleh digunakan untuk tujuan ekonomi. Jadi, kita lihat sebagai contohnya, tempat-tempat tadi kalau tidak ada jaringan logistik dan connectivity yang bagus, tidak akan ada pengunjung yang ramai. Jadi, kita juga harus melihat dalam zon bebas ini, kita harus mempelbagaikan ekonomi tradisional.

Ekonomi di Pantai Timur ini bergantung kepada sektor tradisional seperti pertanian dan perikanan dan kalau kurang kepelbagaian ekonomi ini, sepatutnya dibantu oleh pihak kerajaan dengan memberikan insentif-insentif termasuklah pelancongan sempadan. Kalau di Johor dapat memacu dan berhubung dengan sempadan di Singapura dan juga di Indonesia barangkali. Di Selatan ataupun di Kelantan ini, pelancongan domestik ini dapat kita lihat akan memacu ekonomi di Indo-China dan juga di Thailand.

Jadi, ini harus dilihat setara dan sepadan, dengan kita merangsang pembekal tempatan dalam zon bebas ini untuk mendapatkan bahan, sama ada daripada segi eksport ataupun import untuk menyediakan pasaran bagi perniagaan ini dan ini akan menggalakkan pertumbuhan industri tempatan. Kita lihat dalam hal ini di mana dibuat zon bebas ini untuk menaikkan hasil cukai. Jadi, hasil cukai ini dapat kita lihat dapat dibuat di zon bebas cukai dan saya ingin menyarankan kepada perkara ini untuk ECER menubuhkan satu pasukan khas bagi Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor untuk merancakkan ekonomi di situ.

Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025. Apa langkah-langkah yang akan dibuat oleh kerajaan untuk membantu zon bebas cukai ini menjadi rakan strategik bagi zon perdagangan bebas di ASEAN dalam menarik pelaburan asing, meningkatkan eksport dan juga mencipta pekerjaan.

Kita percaya sekiranya pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan awal, bukan hanya Forest City, tetapi seluruh 30 zon bebas cukai di Malaysia akan mendapat promosi dan juga kerjasama pemasaran dengan mengadakan pameran antarabangsa perjanjian perdagangan antarabangsa dan menggubal polisi-polisi yang sesuai dengan perkara ini dan memastikan kerjasama serantau dapat ditandatangani dan mencadangkan- saya juga ingin mencadangkan dalam hal ini, kalau di Forest City, mereka ada pelabuhan di sana.

final • 4:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Di Tumpat ataupun di Kelantan ini, menubuhkan kembali atau mencadangkan kembali kajian untuk pembukaan semula Tumpat Port sebagai satu buah pelabuhan kontena. Kita kena melihat, bukan hanya kita hendak tengok perkembangan di Singapura, di Johor, tetapi sekarang ini perkembangan di Segenting Kra, juga menarik untuk kita tinjau dan ini perlu kepada satu suntikan.

Jadi kemudahan ini saya mohon dalam masa ini supaya projek khas kemudahan ICT di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor disediakan dengan memberikan insentif ekonomi seperti pengecualian ataupun pengecualian cukai korporat, cukai jualan dan cukai import untuk menarik pelabur dan mempermudah trafik keluar masuk dan memperluaskan daripada 5.5 ekar, dengan menambahkan dengan tanah PTP yang ada di kawasan itu, sebanyak enam ekar untuk diluaskan zon ekonomi ini.

Saya juga berkira-kira dalam hal ini, pihak kerajaan boleh membantu untuk memastikan bahawa zon bebas cukai di tempat-tempat lain juga dapat dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan seperti menggalakkan pelaburan dan untuk pelancongan hotel dan sebagainya supaya ia membantu ekonomi tempatan.

Jadi, saya mohon agar insya-Allah kalau ini dapat dibuat dengan baik, kita boleh melihat bukan hanya zon bebas cukai di Forest City akan meningkatkan ekonomi dan juga pendapatan kepada negara, tetapi juga di seluruh negara termasuklah di Pantai Timur iaitu di Pengkalan Kubor. Terima kasih.

final • 4:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 4:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda- tap, tap screen guys. Yang Berhormat Speaker, yang pertama sekali kita hendak maklumkan bahawa kami menyokong rang undang-undang ini. Kita tahu banyak orang sedang memerhati perbahasan ini. Jadi, jangan nampak sangat kata sana sokong- tak, kami sokong dengan pindaan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat membawa pembentangan, kami ada simpati sikit. Jadi, kami pun berlembutlah, tetapi jangan yang DAP semua minta Yang Berhormat bagi, Penang minta Yang Berhormat bagi.

Saya minta Yang Berhormat pertimbangkan juga untuk zon pergerakan bebas di Wang Kelian. Sebab baru-baru ini saya dengar Speaker Thailand melawat Malaysia dan dia maklum kepada kami bahawa PMX sudah bersetuju untuk Wang Kelian jadi zon pergerakan bebas, tapi kami dengar maklumat ini daripada orang Thailand. Jadi, saya kena dengar daripada orang Malaysia Yang Berhormat, adakah Wang Kelian. Sebab ini Pulau Pinang pun minta. Saya tidak minta banyak, supaya dikekalkan zon bebas bergerak, zon pergerakan bebas lebih kurang macam itu, supaya Wang Kelian hidup balik.

Sekarang ini telah mati yang telah ditutup oleh KDN.

Yang Berhormat yang pertama ini, ini jawab secara bertulis sebab saya akan baca ini. Mengambil kira keputusan dasar kerajaan supaya Pulau 1 diwartakan sebagai pulau bebas cukai secara berfasa bagi kawasan yang telah dibangunkan 370 ekar separuh, adakah rancangan strategik jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap pembangunan hab perkhidmatan di Pulau 1 merentas sektor seperti hartanah, perumahan dan komersial, hab kewangan, hospitaliti, peruncitan, penjagaan kesihatan dan juga pelancongan?

Apakah strategi khusus kerajaan untuk menggalakkan perniagaan entrepot dan perkembangan industri yang berorientasikan eksport? Berapa anggaran hasil yang akan dijana dari syarikat di Forest City, berdasarkan sektor perindustrian dan ekonomi tertentu serta sasaran penjanaan peluang pekerjaan mengikut sektor? Jawab yang bertulis Yang Berhormat, sebab saya pun baca soalan. Yang keduanya Yang Berhormat.

final • 4:56 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang ketiganya ialah tentang keselamatan. Pastikan kita jaga keselamatan.

Keselamatan yang saya maksudkan di sini ialah, iaitu berhubung dengan pembangunan di sini, saya tengok dengar maklumat bahawa ia pekerja-pekerja diambil dari luar. Yang Berhormat, kenapakah tidak ambil pekerja tempatan? Jadi saya hendak tanya, apakah peluang pekerjaan kepada orang tempatan Yang Berhormat?

Sebab apa, kalau sekiranya untuk membangunkan kawasan ini kita ambil orang luar, lepas itu kita jual kepada orang luar. Saya tuju kepada kawan-kawan saya daripada Tebrau. Tadi menyebut bahawa penyertaan orang tempatan, kita kena bagi peluang Yang Berhormat. Mungkin harganya mahal, tetapi ada orang tempatan yang mampu untuk bersama. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita mencadangkan supaya penyertaan orang tempatan. Sebab apa, Forest City ini telah pun terbantut begitu lama.

Dengan pengenalan kawasan bebas cukai, saya percaya dia boleh bernafas baru dan dengan itu kita bagi peluang kepada orang luar dan orang tempatan, tidak ada masalah, tetapi kepada orang tempatan ini, bagilah sikit diskaun yang- diskaun untuk orang tempatan. Contohnya, katakan kalau kita jual kepada pihak luar harga sekian- sekian, kita bagi diskaun kepada orang tempatan supaya penyertaan tempatan ini dia berkekalan.

final • 4:56 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cuma satulah seperti yang sahabat saya tanya tadi. Tanah ini semasa Perdana Menteri dulu, Dato’ Sri Najib telah mengisytiharkan bahawa kawasan ini ialah kawasan leasehold, tetapi sekarang kita tengok di tiang-tiang elektrik ditulis itu kawasan milik kekal.

Jadi kita confused. Jadi, tahniahlah Kerajaan Johor kerana telah berjaya memberi hak milik kekal kepada Forest City, Pulau 1. Jadi, saya harap kalau boleh bagilah juga kepada rakyat Johor yang lain.

Ketiga, yang keempatnya ialah di samping penyertaan rakyat Malaysia, saya hendak tanya Yang Berhormat iaitu berhubung dengan jumlah unit rumah di Pulau 1 yang berjumlah 24,421, berapa yang telah dijual? Jadi, apakah pendekatan-pendekatan baharu yang dapat diambil untuk membolehkan unit-unit ini dijual? Dengan itu bila kita ketengahkan sebagai kawasan bebas cukai, dia nampak lebih rancak, lebih bernafas baharu, lebih hebat. Lagipun dia berdekatan dengan Singapore. Kita hendak supaya dia nampak hebat, gah, gagah perkasa, tetapi kalau sekiranya kita tak bantu tentang masalah yang mereka hadapi, ini lah satu permasalahan.

Jadi Yang Berhormat, sekali lagi saya beritahu kami PN, menyokong rang undang-undang ini, tidak ada masalah. Cuma untuk orang Perlis, pertimbangkan juga Wang Kelian. Jadi, Penang dapat macam-macam, Perlis ini tidak pernah dapat apa dan saya jarang bercakap fasal Perlis, tetapi ini saya sebut satu sahaja Perlis.

Yang Berhormat boleh jawab di sini bahawa PMX telah pun setuju sebenarnya apakah- bilakah kita hendak jalankan pelaksanaan zon pergerakan bebas ataupun zon bebas bergerak di Wang Kelian...? Yang ini hanya satu yang terdapat di Malaysia. Tidak ada tempat lain iaitu pergerakan bebas melalui- melepasi kawasan imigresen, pergerakan tiga kilometer di belah Thailand, tiga kilometer di Malaysia. Perniagaan di tempat itu akhirnya jadi rancak. Terima kasih. Assalamualaikum.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Arau.

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 5:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih diucapkan Puan Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang berbahas dalam RUU Zon Bebas (Pindaan) 2024. Terlebih dahulu saya ingin

final • 5:02 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau kerana banyak cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tebrau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tiga kategori bagi bebas cukai iaitu yang pertama, zon bebas di bawah Akta Zon Bebas Cukai 1990. Objektif pewartaan sebagai zon bebas di bawah Akta Zon Bebas- adalah ini. Zon bebas ini adalah untuk memberikan fasilitasi perdagangan kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian yang berasaskan eksport dan import sahaja.

Kedua, merupakan pulau bebas cukai iaitu di bawah Akta Kastam 1967 yang antaranya bertujuan pelancongan iaitu untuk Pulau 1 yang kita bincang sini.

Ketiga, jenis merupakan kedai bebas cukai di bawah seksyen 65D Akta Kastam 1967 yang antaranya bertujuan untuk menyokong industri pelancongan.

Jadi, ini lah zon bebas yang di bawah yang kita ada di sini. Jadi, untuk juga menjawab soalan Yang Berhormat Tumpat dan juga Yang Berhormat Arau tentang di kawasan masing-masing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan mengambil maklum okey, berhubung cadangan yang dikemukakan.

Sebarang cadangan bagi mewujudkan zon bebas memerlukan kajian kebolehlaksanaan yang antaranya merangkumi perincian latar belakang konsep pembangunan dan jenis aktiviti yang akan dijalankan khususnya bagi aktiviti yang berorientasikan eksport, justifikasi permohonan, kos, pembiayaan serta analisis impak ekonomi dan sosial.

Kajian kebolehlaksanaan adalah penting memastikan perwujudan zon bebas kelak benar-benar mencapai objektif dan memberi manfaat yang sewajarnya serta memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi yang kompetitif bagi perdagangan import dan eksport.

final • 5:02 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi

Yang Berhormat, saya mencelah sekejap?

final • 5:02 PM

Puan Lim Hui Ying

...Permohonan. Yes.

final • 5:02 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya, kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor ini memang merupakan kawasan yang telah pun digazetkan iaitu dalam akta ibu di Jadual Pertama, perenggan 10 subseksyen (2), memang dah diwartakan. Cuma saya memerlukan tadi suntikan fasiliti untuk menggalakkan aktiviti di situ. Terima kasih.

final • 5:02 PM

Puan Lim Hui Ying

Boleh. Untuk mungkin boleh secara general, permohonan dan laporan kajian kebolehlaksanaan ini akan diteliti dan dikaji serta turut mengambil kira keberkesanan berbanding dengan zon bebas yang sedia ada apabila diterima kelak. Jadi, mungkin untuk Yang Berhormat Tumpat, kita akan tengok bagaimana kita akan menjawab kepada Yang Berhormat Tumpat.

Untuk juga cadangan- ada satu cadangan daripada Yang Berhormat Tebrau berkenaan dengan perkhidmatan feri. Saya terlepas tadi tentang perkhidmatan feri dari Singapura ke Tanjong Puteri. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat cadangan untuk membina pembangunan jeti di masa akan datang di Forest City. Okey.

final • 5:02 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Mohon maaf ya, Menteri. Sedikit, ya. Ini silap saya, ya. Sebenarnya ialah Singapore ke Puteri Harbour, bukan Tanjong Puteri.

Tanjong Puteri di Johor Bahru. Puteri Harbour dekat Iskandar Puteri, itu silap saya. Terima kasih.

final • 5:02 PM

Puan Lim Hui Ying

Jadi, untuk berkenaan dengan permohonan insentif, okey.

Sebarang permohonan insentif perlu dikemukakan untuk kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan. Setakat ini sahaja. Terima kasih.

final • 5:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak jawab. Speaker, Yang Berhormat tidak jawab. Saya bukan minta bebas cukai. Saya

final • 5:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kata pergerakan bebas di Wang Kelian. Pegawai kena bagi jawapan yang betul itu, saya kata pergerakan bebas.

Pergerakan bebas ini sudah ada di Wang Kelian, sudah berlama sudah tetapi ditangguhkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Saya minta supaya benda itu diwujudkan balik kerana PMX telah maklumkan secara tidak rasmi kepada Speaker Thailand bahawa Wang Kelian akan dihidupkan balik, zon pergerakan bebas ataupun zon bebas bergerak.

Yang Berhormat jawab secara bertulislah. Terima kasih.

final • 5:02 PM

Puan Lim Hui Ying

Secara bertulis tetapi pada setakat ini, kita ada tiga jenis zon bebas okey di bawah Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.

final • 5:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]

final • 5:02 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali kedua sekarang.

final • 5:09 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806] yang merupakan pindaan susulan consequential amendments dengan izin daripada cadangan pindaan Akta Kastam 1967 supaya selari dan konsisten dengan pindaan yang dibuat dengan Akta Kastam 1967 tersebut.

Saya mohon menghuraikan setiap fasal dalam RUU ini yang mengandungi tujuh fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi “tajuk ringkas” dan peruntukan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 806 bagi memasukkan Pulau 1 dalam takrif kawasan ditetapkan dan juga memasukkan takrif baharu Pulau 1.

Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan subseksyen 49(2) yang memperuntukkan pemakaian cukai jualan bagi barang bercukai yang dikilangkan di Pulau 1 selain apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 49A untuk melarang penjualan secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan tanpa kelulusan Menteri.

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 50(2) untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian cukai jualan di Pulau 1.

Fasal 7 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri dan pindaan lain yang tidak diperkatakan dengan khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong

Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Hanya satu orang pembahas iaitu Yang Berhormat Tumpat. Silakan.

final • 5:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma ada beberapa persoalan yang ringkas. Pertama bila disebut bahawa...

final • 5:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lima minit, lima minit.

final • 5:12 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

...Bahawa bila kerajaan akan mengeluarkan satu- tempat ataupun satu- kawasan iaitu Pulau 1 daripada kawasan utama Kastam, adakah dibuat kajian berapakah cukai yang berada ataupun yang dikutip daripada barangan tertentu dalam kawasan tersebut dan apakah impak bilamana ia dikeluarkan?

Yang kedua, bilamana Pulau 1 ini menjadi kawasan khas, berapa anggaran peningkatan hasil kerajaan hasil daripada cukai jualan ini dikenakan spesial untuk Pulau 1 sahaja.

Yang ketiga, seksyen 49A menyebut menjual, segala benda yang dijual secara runcit mesti dengan kebenaran Menteri. Adakah ini akan mengecualikan jualan borong kerana disebut secara terperinci yang runcit.

Keempat, bagaimanakah penjualan sebelum ini? Adakah penjualan runcit dipantau sepenuhnya oleh pihak Kastam dan saya ingatkan sebelum in jualan runcit ini dipantau di bawah KPDNKK. Dan apa impak kawalan ini kerana kita lihat denda yang dikenakan adalah agak tinggi...?

Kelima, dalam Akta Ibu untuk cukai jualan ini menyebut tentang suatu seksyen ataupun suatu penjelasan bahawa dalam Akta Bebas Cukai ataupun berkaitan dengan Akta Jualan ini ada yang berkait dengan Kawasan Pembangunan Bersama yang diberikan erti kepadanya di bawah seksyen 2, Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 1990.

final • 5:12 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, oleh sebab kita ini berada dalam perbincangan untuk kawasan Johor, adakah juga ia akan melibatkan Kawasan Pembangunan Bersama sama ada dengan Indonesia ataupun dengan Singapura. Dan sekiranya perkara ini ada yang melibatkan perkara demikian, apa punca kuasa yang diperlukan untuk memangkinkan perdagangan dan perindustrian di Pulau 1.

Kita juga melihat dalam AUM kita setiap hari ada suatu permohonan daripada rakan kita iaitu Ayer Hitam yang menyebut adakah kerajaan bersedia untuk menukar daripada sistem SST kepada GST kerana cukai jualan ini lah SST.

Jadi, bilamana disebut perkara ini, kita nampak bahawa kesan daripada penukaran GST sebelum ini kepada SST telah memberikan sedikit impak kepada kerajaan dari sudut pendapatan. Jadi sekiranya kerajaan menukar daripada SST kepada GST semula, ia akan memberikan kesan kepada Special Economic Zone pertama, cukai jualan yang dikenakan ini.

Jadi, apa persediaan kerajaan untuk melihat daripada semua segi supaya ia boleh memberikan pendapatan yang lebih lumayan kepada kerajaan dalam kita mencari hasil yang lebih banyak untuk membantu kerajaan kita. Terima kasih.

final • 5:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Silakan Menteri.

final • 5:12 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada seorang pembahas sahaja iaitu Yang Berhormat Tumpat. Mungkin di sini saya nak tiga minit saja ya. Ini untuk Yang Berhormat Tumpat. Untuk maklumat Yang Berhormat Tumpat, Pulau 1 ini kita dimasukkan ke dalam kawasan ditetapkan mempunyai erti yang diberikan kepada di bawah subseksyen (2).

Pulau 1 ini bagaimana nak kita tetapkan apakah yang dimaksudkan dengan kawasan ditetapkan. Di bawah cukai jualan, kawasan ditetapkan atau kita katakan destinated area adalah serupa dengan pulau bebas cukai iaitu seperti di Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor.

Jadi, konsep pengenaan cukai jualan di kawasan ditetapkan semua barang adalah tidak bercukai melainkan apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri Kewangan sebagai bercukai. Walau bagaimanapun, layanan cukai jualan di pulau berbeza dari pulau bebas cukai yang lain, okey. Kita hanya ada empat jenis barang iaitu...

final • 5:14 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat, sedikit. Saya nak tahu berapa cukai yang dikutip sebelum dan selepas, anggaran.

final • 5:14 PM

Puan Lim Hui Ying

Buat masa sekarang ini saya tidak ada figure, tetapi saya boleh jawab secara bertulis, tetapi untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, tadi kita pun sudah sebut banyak kali hanya empat jenis barang saja tertakluk pada Pulau 1 iaitu coklat, iaitu arak dan minyak wangi dan kosmetik sahaja.

Jadi ini adalah buat sementara- buat sementara ini Pulau 1 ini hanya diberikan cukai bebas daripada empat. Yang lain mungkin untuk Yang Berhormat Tumpat saya akan menjawab secara bertulis.

final • 5:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

[Masa dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

final • 5:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 5:14 PM

Fasal-fasal 1 hingga 7- Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang, Yang Berhormat.

final • 5:14 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin merujuk pada fasal 3 dan fasal 7 Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah dua fasal ini bercanggah antara satu sama lain? Fasal 3 menyebut subseksyen 49(2) yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian cukai jualan bagi barang bercukai yang dikilangkan di Pulau 1 di Forest City. Manakala fasal 7 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a). Jadi yang fasal 3, nak kenakan cukai, fasal 7 dikecualikan cukai. Jadi bagaimana itu ya.

final • 5:17 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Okey, fasal 3. Fasal 3 yang adalah kita nak memperuntukkan pemakaian cukai jualan bagi barang bercukai yang dikilangkan di Pulau 1 selain daripada barang diisytiharkan oleh Menteri.

Lagi satu fasal 7 adalah memperuntukkan bahawa tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri. Yang itu adalah bezanya.

[Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]

final • 5:18 PM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali kedua sekarang.

Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807] yang merupakan pindaan

final • 5:21 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

susulan daripada cadangan pindaan Akta Kastam 1967 supaya selari dan konsisten dengan pindaan yang dibuat dengan Akta Kastam 1967 tersebut. Saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini yang mengandungi dua fasal seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 2(1) Akta 807 bagi memasukkan “Pulau 1” dalam takrif kawasan ditetapkan dan juga memasukkan takrif baharu “Pulau 1”.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 5:21 PM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong

Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Seorang pembahas sahaja iaitu Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Silakan Yang Berhormat, 5 minit.

final • 5:21 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang bernama Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Secara dasarnya, RUU ini adalah bertujuan untuk memasukkan takrif baharu iaitu kawasan yang ditetapkan dan Pulau 1.

Takrifan ini telah diambil dari pindaan Akta Kastam (Pindaan) 2024 yang telah meminda takrif Pulau 1 di mana ia memasukkan Forest City dalam takrif Pulau 1. Takrif Pulau 1 telah mengukuhkan Akta Zon Bebas 2024 untuk menjadikan Forest City sebagai zon bebas dengan memasukkan Forest City sebagai Pulau 1. Ia membuka peluang kepada negeri Johor untuk merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Tuan Yang di-Pertua, membeli-belah di zon bebas cukai ini memang sangat berbaloi kerana ia dapat menawarkan harga yang lebih murah daripada biasa. Biasanya ia menjadi lokasi pilihan rakyat dan pelancong untuk membeli barang yang diinginkan tanpa dikenakan cukai. Negara telah mengiktiraf sebanyak 24 Zon Perdagangan Bebas dan 21 zon perindustrian bebas bagi menggalakkan perniagaan entrepot dan perkembangan industri berasaskan eksport.

Idea menjadikan Forest City ini sebagai satu- kawasan bebas bukanlah satu idea yang baru. Seingat saya, bermula pada zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah mengemukakan idea ini iaitu Mantan Perdana Menteri pada tahun 2016. Sebanyak empat inisiatif telah diperkenalkan bagi menarik pelabur asing di Forest City bagi mempromosi perbandaran moden terutamanya empat buah pulau buatan di Iskandar Malaysia. Malah, beliau juga mengumumkan bahawa tiada kekangan ekuiti dikenakan kepada syarikat asing di Forest City.

Namun, apa yang menjadi kontroversi satu ketika ia dibangkitkan dan saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Pada ketika itu adalah kompetensi dan kredibiliti syarikat yang memajukan Forest City dan terdapat dua syarikat pemaju yang menguruskan Forest City. Syarikat yang bernama Country Garden Pacificview Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang berpangkalan di Guangdong, China dan Esplanade Danga 88 Sdn.

final • 5:22 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bhd., sebuah syarikat bersekutu kumpulan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd.

(KPRJ).

Mantan Menteri Besar Johor telah menepis persepsi negatif yang terpalit terhadap Syarikat Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. ini pada tahun 2018 di mana syarikat tersebut dikaitkan dengan ketidakkompetenan untuk memberi hasil ekonomi kepada kerajaan negeri dan Persekutuan. Malah, Forest City juga dilabel sebagai ‘bandar hantu’ dan kawasan perbandaran mewah yang gagal pada ketika itu.

Forest City digelar sebagai bandar hantu oleh media massa kerana projek itu masih lagi bergelut dengan mendapatkan- bergelut untuk mendapatkan warga asing terutama warga China untuk membeli hartanah mewah yang masih tidak terjual.

Persoalannya, sejauh mana pendirian kerajaan berhubung keputusan kerajaan negeri meluluskan pemberian atau pembelian tanah pegangan bebas yang dijual kepada warga asing terutamanya di Forest City? Mantan Perdana Menteri telah mencetuskan pada tahun 2018 kekecohan apabila beliau mengumumkan harga unit kediaman di Forest City di mana ia mencecah USD100 bilion. Jika diamati, harga hartanah yang dipasarkan di Forest City melalui portal Property Guru, harga sebuah apartment berkeluasan 527 kaki persegi mencecah RM386,270. Ini baru harga sebuah apartment berkeluasan studio.

Bagaimanakah pula harga rumah landed yang terdapat di sana? Jadi, apakah dasar kerajaan bagi mengurangkan kadar pegangan hartanah warga asing di Forest City dan apakah insentif kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi untuk memiliki hartanah yang tidak terjual di Forest City?

Saya mencadangkan agar kerajaan merangka pelan tindakan jangka panjang untuk membangunkan Forest City sebagai bandar pelancongan berimpak tinggi. Kerajaan juga memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura dan Zon Ekonomi Khas SFZ bagi memacu ekonomi Forest City. Saya menyokong insentif kerajaan untuk menjadikan Forest City sebagai bandar bebas cukai. Namun, kerajaan perlu merangka polisi dan hala tuju yang berkesan bagi meningkatkan reputasi Malaysia. Sedikit lagi Yang di-Pertua.

Sebelum ini negara pernah dikecohkan dengan satu spekulasi. Sebagaimana yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi, Forest City akan menjadi bandar judi. Spekulasi ini telah dikeluarkan oleh sebuah portal bernama Bloomberg di mana ia mengaitkan tindakan Malaysia membangunkan ekonomi Forest City melalui industri perjudian dengan tajuk, ‘Malaysia in Talks With Tycoons on Casino to Revive $100 Billion Forest City’. Ini satu keaiban buat negara. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana tidak membenarkan industri dosa ini untuk bertapak di Forest City dan kita tidak mahu industri judi menjadi penyumbang ekonomi negara setelah Forest City menjadi kawasan bebas cukai.

Di kesempatan ini, saya memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan saya mengharapkan Kerajaan Persekutuan juga membuat perkara yang sama terhadap apa yang berlaku di negeri Kedah apabila Kerajaan negeri Kedah mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui lesen premis-premis judi. Maka, sepatutnya ia disokong oleh semua atas semangat federalisme dan juga semangat tidak anti kepada Islam.

Jadi, kalau ada di kalangan anggota parti di sebelah kerajaan secara terbuka menyatakan akan mencabar tindakan tersebut, inilah yang dikatakan sebuah kerja yang anti kepada Islam, tetapi apabila didakwa anti Islam, mereka menafikan. Tetapi, tindakannya jauh berbeza daripada apa yang dinafikan.

Saya mengharapkan ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan supaya memberi dukungan dan sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk menjadikan premi-premis judi di negeri Kedah itu tidak boleh beroperasi dengan tidak ada sesiapapun yang mencabar keputusan tersebut dan tidak akan terjadi tragedi sebagaimana yang kita ketahui beberapa hari yang lalu.

final • 5:22 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 5:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 5:22 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Betul, ada- Yang Berhormat telah sebutkan. Mungkin saya akan kongsi di sini iaitu sehingga Februari 2024, memang terdapat 24,421 unit rumah dengan 17,865 unit terjual iaitu bermaksud 73.15 peratus unit terjual dan bakinya 6,556 iaitu lebih kurang 26.85 peratus unit tidak terjual.

final • 5:29 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Juga sehingga Februari 2024, daripada 24,421 unit iaitu 73 peratus yang telah terjual pemilikan tempatan dan antarabangsa iaitu 70 peratus warganegara China, 20 peratus pelbagai kewarganegaraan dan 10 peratus adalah Warganegara Malaysia.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ini populasi semasa sekarang merangkumi lebih kurang 9,589 orang individu di mana 70 peratus penduduk tempatan dan 30 peratus adalah warga asing. Yang lain cadangan daripada YB. Pengkalan Chepa, kebanyakannya adalah di bawah Kerajaan Negeri Johor. Jadi. saya tidak dapat jawab bagi pihak negeri Johor. Jadi, begitulah jawapan saya. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]

final • 5:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI SUATU PORT PERSEKUTUAN (PEMANSUHAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 ataupun Akta 217 untuk mengadakan peruntukan bagi membubarkan status Pelabuhan Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 5:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 5:33 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan bertujuan untuk memansuhkan Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 [Akta 217]. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 ini telah diwartakan pada 19 Februari 1979.

Objektif pewartaan akta ini adalah untuk mengisytiharkan suatu- kawasan di Daerah Bintulu menjadi pelabuhan Persekutuan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan membangunkan Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong dan bertanggungjawab terhadap kewangan, pentadbiran dan memajukan Pelabuhan Bintulu sebagai pengendali eksport kargo dan gas cecair asli.

Dalam hubungan ini, pembubaran Rang Undang-undang Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979

(Pemansuhan) 2024 ini merupakan komitmen kerajaan pada 22 Mac 2024 yang bersetuju secara prinsip untuk Lembaga Pelabuhan Bintulu dibubarkan dan menukarkan status Pelabuhan Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri Sarawak.

Seterusnya, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2024 yang lalu telah bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-undang Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 (Pemansuhan) 2024 dan Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu

(Pembubaran) 2024 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas 2024.

Tan Sri Yang di-Pertua, secara umumnya Rang Undang-undang Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 (Pemansuhan) 2024 ini merangkumi dua fasal secara keseluruhannya seperti mana berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan memberikan Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta 217 dan perintah-perintah yang dibuat di bawahnya disebabkan oleh perubahan dasar kerajaan untuk menukar status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Tan Sri Yang di-Pertua, secara umumnya saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa Rang Undang-undang Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 (Pemansuhan) 2024 ini hanya memfokuskan kepada aspek pemansuhan Akta 217. Lain-lain perkara yang bersangkutan penukaran status Pelabuhan Bintulu dan implikasinya akan dijelaskan dengan lebih terperinci melalui pembentangan Rang Undang-undang Lembaga

final • 5:33 PM

Tuan Loke Siew Fook

Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 yang akan dilaksanakan dalam pembentangan seterusnya.

Justeru itu, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa kedua-dua rang undang-undang ini akan dikuatkuasakan setelah keseluruhan- perkara- perkara yang berkaitan rundingan dan persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak telah dimuktamadkan untuk memastikan segala kepentingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak daripada sudut perundangan, kewangan dan sumber manusia terpelihara.

Dalam pada masa yang sama, pihak kerajaan juga adalah komited dalam penggubalan rang undang-undang ini bagi melaksanakan penukaran status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri Sarawak dan memastikan pembangunan dan operasi Pelabuhan Bintulu tidak terjejas.

Dengan ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada sesiapa yang menyokong?

final • 5:33 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan 1979 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya terima tujuh nama. Saya nak bacakan semua namanya. Sri Aman, Saratok, Selangau, Lubok Antu, Batang Lupar, Puncak Borneo dan Baram. Setiap pembahas saya bagi 5 minit bermula dengan Sri Aman. Silakan.

final • 5:33 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

[Batuk] Excuse me. Hari ini dan kali ini Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk turut berbahas bagi menyatakan sokongan penuh saya terhadap rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979 atau Akta 217. Untuk pengetahuan semua, Bintulu adalah sebuah Bahagian di Sarawak dan Pelabuhan Bintulu itu adalah sebuah kawasan di bahagian Bintulu itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan RUU ini hanya mempunyai dua fasal, maka saya memilih untuk membahaskan RUU ini secara holistik. Pertamanya, saya melihat rang undang-undang pemansuhan ini bukan sahaja langkah yang tepat akan tetapi pada masa yang sama dilihat sebagai kesungguhan Kerajaan Persekutuan menegakkan keadilan dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dan mengembalikan balik hak Sarawak yang terhakis.

final • 5:38 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Tuan Yang di-Pertua, saya teringat dengan jelas ucapan Perdana Menteri semasa perayaan Hari Malaysia tahun lepas. Yang diraikan di Kuching, Sarawak di mana beliau telah menyatakan isu Perjanjian Malaysia 1963 bukan lagi untuk dibincangkan, tetapi pelaksanaan.

Maka dengan dibentangkannya RUU pemansuhan ini di Dewan yang mulia ini akan memberi kelegaan dan harapan baru kepada kami rakyat Sarawak. Saat-saat begini telah lama kami nantikan. Walaupun boleh dikira agak lambat akan, tetapi kami Sarawak masih bersyukur. It is better late than never, dengan izin.

Bagi merujuk fasal 1 RUU ini, saya ingin bertanya sedikit kepada pihak Kementerian Pengangkutan selaku kementerian yang bertanggungjawab atas RUU ini

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

iaitu selepas disokong dan diluluskan RUU ini nanti. Maka, RUU 217 tidak lagi diguna pakai. Jadi, bilakah akta yang dicadangkan ini akan berkuat kuasa sepenuhnya?

Tuan Yang di-Pertua, saya lencong sedikit ya, tetapi masih ada kaitan berkenaan dengan tuntutan dan hak. Tuan Yang di-Pertua, saya tahu dan sedar bahawa ada segelintir masyarakat di luar sana yang mengatakan apalah Sarawak ini? Semua benda dia hendak tuntut. Hei, hello kita bukan menuntut membabi buta dan bukan merampas hak orang lain, tetapi hanya menuntut hak-hak kami yang telah terhakis selama ini.

Nothing more, nothing less dengan izin. Dengan kata-kata itu saya berharap tiada lagi siapa yang akan mempertikaikan perjuangan kami.

Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan RUU pemansuhan ini dan merujuk kepada fasal 2, tidak lengkap rasanya jika saya tidak mengimbau kepada peristiwa 1979 yang menjurus kepada penglulusan Akta 217 atau Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979. Parlimen ketika itu Tuan Yang di-Pertua, telah meluluskan akta tersebut dan keputusan dibuat atau diambil ketika itu tanpa mendapat permintaan atau persetujuan daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak ataupun DUN Sarawak.

Seperti yang diwajibkan di bawah Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Ini lah satu pelanggaran jelas terhadap prinsip perlembagaan yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak. Dalam pembentangan rang undang-undang tersebut, bertarikh 15 Disember 1978 jam 5.13 petang mengikut Hansard yang saya baca ini. Timbalan Menteri Pengangkutan pada masa itu menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut dibentangkan di bawah Perkara 15. Senarai IIA Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, adalah penting untuk kita ketahui bahawa Parlimen tidak mempunyai kuasa yang melaksanakan kuasa perundangan negeri di bawah Perkara 15 Senarai II kecuali dengan permintaan daripada Dewan Undangan Negeri. Maka dalam hal ini Dewan Undangan Sarawak tidak pernah dulu mahupun sekarang memberi kelulusan atau persetujuan dalam perkara tersebut.

Harus diingat juga Tuan Yang di-Pertua pada Hari Malaysia atau ketika Malaysia ditubuhkan pada tanggal 16 September 1963, semua pelabuhan di Sarawak adalah pelabuhan negeri yang diatur di bawah Ordinan Lembaga Pelabuhan 1961. Tiada pelabuhan Persekutuan di Sarawak pada masa itu.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa pengisytiharan Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan dan dikenali sebagai Akta 217 telah mengabaikan hak dan kuasa negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau apa pun dan bagi pihak anak-anak Sarawak, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan sekarang dan juga Menteri MOT sebagai kementerian yang bertanggungjawab berkenaan dengan RUU ini kerana telah peka dan mendengar akan rayuan kami dalam perkara berkaitan.

Dengan lulusnya RUU Pengisytiharan Pemansuhan 2024 ini maka status Pelabuhan Bintulu akan bertukar dari Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Sarawak dan Akta 217 ini tidak lagi terpakai. Sikit masa lagi Tan Sri Yang di-Pertua ya.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Walau apa pun saya ingin bertanya, apa jaminan kerajaan bagi menentukan semua kuasa perundangan dengan ini dipatuhi dan dihormati.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dengan sokongan padu dari semua pihak sebelah sana dan sebelah sini terhadap Rang Undang-undang Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 ini maka jelas kita dilihat sehaluan mendukung serta menegakkan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Sekali gus menjadikan ini sebagai titik tolak kepada pemulihan keadilan dan kedaulatan. Bukan sahaja dalam pengurusan pelabuhan dan harbours juga dalam apa jua perkara berkaitan dengan sebuah hak negeri atau wilayah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Dengan ini saya menyokong. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. saya jemput Saratok.

final • 5:40 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan

(Pemansuhan) 2024.

Merujuk kepada fasal 2, penukaran status Pelabuhan Bintulu. Fasal ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi satu Port Persekutuan 1979 dan apa-apa perintah yang di bawah akta ini pada tarikh permulaan berkuat kuasa akta yang dicadangkan hendaklah terhenti berkuat kuasa disebabkan oleh perubahan dasar kerajaan untuk menukar status Pelabuhan Bintulu ini kepada satu- pelabuhan negeri.

Oleh itu, pengisytiharan kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi Port Persekutuan 1979 tidak lagi terpakai. Saya menyatakan sokongan penuh saya terhadap penukaran ini memandangkan ia selaras dengan aspirasi rakyat Sarawak yang berlandaskan dengan MA63. Walau bagaimanapun, beberapa persoalan timbul ekoran daripada penukaran status ini.

Isu utama adalah apakah implikasi kewangan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak? Berapa banyak- bayaran perlu diperjelaskan oleh Sarawak untuk penukaran status ini? Apakah unjuran daripada segi kewangan yang dijangka dalam masa jangka pendek dan dalam jangka masa panjang?

Saya difahamkan bahawa tiga peringkat jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Khas. Apakah tugas- tugas setiap jawatankuasa tersebut dan apakah garis masa yang diberikan untuk setiap jawatankuasa tersebut menyiapkan tanggungjawab dan laporan masing-masing? Ada tiga isu utama yang perlu perhatian Dewan ini. Satu adalah, pembangunan infra pelabuhan dan pengurusan hasil kawal selia pengoperasian pada masa peralihan dan membendung sindiket penyeludupan dan ketirisan cukai.

Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana komitmen Kerajaan Pusat bagi mewujudkan sebuah ekosistem pelabuhan, logistik dan maritim yang saling melengkapi supaya Pelabuhan Bintulu bukan sahaja menjadi pelabuhan utama wilayah Sarawak, tetapi juga menjadi dalam satu pelabuhan pengeksport gas asli cecair utama ke arah memajukan pembangunan Wilayah Sarawak.

Ini memandangkan Bintulu merupakan bandar perindustrian yang amat penting dalam pembangunan negeri dengan kewujudan Kompleks Gas Cecair Asli (LNG) milik PETRONAS yang telah beroperasi selama 40 tahun di mana loji PETRONAS yang dikenali sebagai LNG ketiga terbesar di dunia Bintulu menghantar lebih 12,500 buah kargo LNG ke luar negara.

Apa perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan pelabuhan dalam pembangunan Pelabuhan Bintulu untuk menyokong industri minyak dan gas secara khususnya di Bintulu dan sektor perindustrian secara amnya di Sarawak?

Dengan pemberian sepenuhnya operasi dan pengurusan Pelabuhan Bintulu kepada wilayah Sarawak, adakah kerajaan juga telah mengkaji secara terperinci aspek pengelolaan tatacara kewangan serta pengurusan hasil yang terlibat? Misalnya cadangan

final • 5:45 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

geran permulaan sekali gus membolehkan Kerajaan Sarawak merealisasikan impian penggabungan urusan pentadbiran semua pelabuhan di Sarawak.

Adakah kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak juga telah memperhalusi aspek teknikal seperti perjanjian peruntukan kepada pengendali dan kakitangan pelabuhan susulan penukaran status ini?

Isu kedua, kawal selia pengoperasian dan fasa peralihan. Setelah perjanjian bersama MoU yang dimeterai oleh antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak pada 22 Mac 2024, apakah tindakan yang telah diambil daripada segi kawal selia pengoperasian bagi melancarkan seluruh proses ini serta perincian mengenai garis masa pelaksanaan bagi proses penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada pelabuhan Sarawak yang dijangka selesai tahun ini dan keseluruhan operasi pelabuhan untuk diseragamkan pada kerajaan Sarawak menjelang 2025?

final • 5:45 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Bagaimana dengan fasa peralihan iaitu transition period dengan izin, yang terlibat mengambil kira urusan pentadbiran dan aspek teknikal yang perlu diselesaikan dari masa- ke semasa? Sejauh mana Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memastikan ketersediaan sumber manusia, termasuk pegawai-pegawai pelabuhan melalui penyediaan latihan teknikal agar mereka dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan berdasarkan teknologi baharu pelabuhan? Sekejap lagi ya.

Yang ketiga, membendung sindiket penyeludupan dan ketirisan. Adakah juga terdapat mekanisme pemantauan yang berkesan khususnya bagi memastikan tindakan penguatkuasaan terhadap insiden penyeludupan serta mengelakkan ketirisan cukai di Pelabuhan Bintulu kelak?

Langkah ini penting bagi mengelakkan insiden terutama membabitkan ketirisan cukai oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab seperti mana yang berlaku di Pelabuhan Klang pada Jun lalu sehingga mencecah kerugian yang amat besar. Jadi, saya harap dengan terbuatnya akta yang baharu ini, maka Sarawak akan kontrol ataupun memiliki Pelabuhan Bintulu secara penuhnya.

Dengan ini, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput YB Selangau.

final • 5:50 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Selangau untuk membahaskan Rang Undang-undang Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan

(Pemansuhan) 2024.

Tan Sri Yang di-Pertua, Pelabuhan Bintulu yang ditubuhkan pada awal tahun 1980-an telah menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak terutamanya dalam sektor gas asli cecair (LNG). Kedudukannya yang strategik di Borneo telah menjadikannya aset penting dalam logistik dan perdagangan serantau.

Pemansuhan Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 2024 adalah- satu langkah berani ke arah pengiktirafan autonomi Sarawak. Ini juga janji dan komitmen daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri melalui Ucapan Belanjawan 2024 yang mengakui sedikit ketinggalan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa Perjanjian MA63 memberi hak dan autonomi tertentu pada Sarawak termasuk dalam hal ehwal pelabuhan dan perkapalan. Pemindahan ini bukan sahaja sah daripada

final • 5:51 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

segi undang-undang, malah ia merupakan satu langkah ke arah memenuhi janji yang termaktub dalam perjanjian bersejarah tersebut.

Bagi mereka yang khuatir tentang keyakinan pelabur, saya ingin menegaskan bahawa rekod prestasi Kerajaan Sarawak dalam menarik pelaburan asing dan menguruskan ekonomi Sarawak dengan baik haruslah menjadi jaminan. Pemindahan ini akan membolehkan pengurusan yang lebih responsif terhadap keperluan tempatan dan serantau. Kerajaan Sarawak akan tetap bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Persekutuan yang berkaitan untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi dikekalkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Selangau ingin menegaskan di sini di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Sarawak bersedia mengambil alih operasi Pelabuhan Bintulu dan Kerajaan Sarawak telah menunjukkan kecekapan dalam menguruskan pelbagai projek infrastruktur berskala besar. Contohnya, pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau SCORE dan pengurusan pelabuhan-pelabuhan lain di Sarawak. Kejayaan-kejayaan ini membuktikan keupayaan Sarawak untuk mengendalikan operasi Pelabuhan Bintulu dengan cekap.

Tan Sri Yang di-Pertua, matlamat asal penubuhan Pelabuhan Bintulu berakar umbi daripada keperluan mendesak Sarawak untuk memenuhi permintaan gas asli dan cecair dari negara-negara seperti Korea dan Jepun. Pada masa itu, Sarawak menghadapi kekangan kewangan untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi memenuhi permintaan antarabangsa ini. Keadaan ini membawa kepada penglibatan Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan pelabuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, kelulusan di Parlimen pada masa itu tidak mendapat persetujuan daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak sepertimana diperuntukkan di bawah Artikel 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang membawa kepada Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979.

Ini merupakan satu percanggahan yang ketara dengan Perkara 15 Senarai IIA yang menyatakan bahawa pelabuhan dan pelabuhan kecil, kecuali yang diisytiharkan sebagai pelabuhan persekutuan, adalah di bawah kuasa perundangan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya memberi kuasa pada Sarawak dalam hal ehwal pelabuhan dan perkapalan. Keadaan ini bukan sahaja membuktikan persoalan tentang kesahihan proses tersebut daripada segi undang-undang tetapi juga mencerminkan satu ketidakselarasan dengan semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia 1963.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Sarawak juga telah menunjukkan kesediaannya yang menyeluruh untuk pemindahan ini melalui langkah-langkah strategik yang telah diambil. Penubuhan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak bukan sekadar menunjukkan komitmen, malah ia merupakan bukti kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam memastikan pengurusan pelabuhan yang cekap dan progresif. Yang lebih penting lagi, pemindahan ini harus dilihat sebagai pemangkin utama dalam mentransformasikan landskap ekonomi Sarawak.

Selain itu, Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah proaktif dengan merancang penubuhan Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak mengikut Ordinan Lembaga-lembaga Pelabuhan 1961 selepas pemansuhan ini.

Dengan rancangan untuk mengembangkan kawasan bebas cukai, pelabuhan ini akan dapat meningkatkan kapasiti dan menampung lebih banyak pengendali kontrak petroleum seterusnya meningkat nilai dagangan dan pendapatan Kerajaan Sarawak.

Melalui pengurusan tempatan, tumpuan yang lebih dapat diberi kepada pembangunan infrastruktur yang lebih sesuai yang selaras dengan keperluan industri tempatan yang seterusnya akan memperbaiki kemudahan logistik dan operasi pelabuhan.

Fakta-fakta lain yang perlu diambil kira dalam perbahasan ini ialah, yang pertama, pengurangan beban pengurusan oleh Kerajaan Persekutuan dengan memindahkan tanggungjawab operasi harian Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak membawa

final • 5:51 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

beberapa manfaat yang signifikan. Dengan mengalihkan pengurusan kepada Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad untuk fokus pada pelabuhan-pelabuhan atau infrastruktur lain yang juga memerlukan perhatian strategik.

Kedua, dengan Kerajaan Sarawak mengambil alih tanggungjawab operasi harian Pelabuhan Bintulu, Kerajaan Persekutuan dapat mengurangkan perbelanjaan langsung yang berkaitan dengan pengurusan, penyelenggaraan dan pembangunan pelabuhan tersebut.

Daripada segi cukai, Lembaga Pelabuhan Bintulu masih perlu membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan atas keuntungan yang diperoleh. Daripada segi keselamatan, tanggungjawab keselamatan masih di bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan keselamatan perairan Malaysia.

Keempat, kerajaan Sarawak juga boleh menjadi pemerhati dalam International Maritime Organization (IMO), seperti Taiwan dan Hong Kong walaupun berada di bawah Republik Rakyat China.

Tan Sri Yang di-Pertua, Selangau ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komitmen beliau untuk menghormati dan mengembalikan hak-hak Sarawak seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian 1963.

Terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pengangkutan atas komitmennya seperti mana yang telah dimeterai di antara Menteri Pengangkutan dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak pada bulan Mac yang lepas.

final • 5:51 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Pemindahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak bukan saja menghormati semangat MA63 tetapi juga membuka lembaran baru dalam pembangunan ekonomi Sarawak. Ini lah langkah berani yang akan memperkasakan bukan saja Sarawak tetapi Malaysia secara keseluruhan dan arena maritim antarabangsa. Atas dasar ini, Selangau dengan tegasnya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Lubok Antu.

final • 6:00 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, bak kata pepatah, “Where there is a will, there is a way”, dengan izin, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Walaupun berdepan pelbagai cabaran, akhirnya kita berjaya membawa RUU ini untuk diperbahaskan di Dewan Rakyat pada hari ini.

Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan serta Timbalan yang telah bertungkus-lumus untuk merealisasikan pembentangan Rang Undang-undang Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 pada Mesyuarat pada kali ini. Sekali ini sekali gus membuktikan bahawa kerajaan pada hari ini tegas dan komited dalam mengembalikan hak Sarawak seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 63.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya percaya langkah untuk meletakkan Pelabuhan Bintulu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak merupakan satu langkah yang tepat dan akan membawa impak serta makna yang amat besar buat kami anak Sarawak.

Dengan lokasinya yang amat strategik, pastinya Pelabuhan Bintulu akan terus memainkan peranan yang penting dalam menjamin kelangsungan industri gas dan minyak di Malaysia, termasuk Sarawak. Sepertimana yang dinyatakan oleh Sri Aman sebentar tadi yang arif, saya juga bersetuju bahawa saya juga ada mendengar bahawa ada ura-ura

final • 6:00 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

yang mengatakan tindakan Sarawak untuk mengambil semula Pelabuhan Bintulu ini mengundang rasa risau dan gelisah pelbagai pihak.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa Sarawak hanya menuntut haknya seperti mana yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia 63.

No more, no less, dengan izin. Ini kerana jika diteliti dokumen Inter-Governmental Committee Report 1962 di bawah fasal 9(b)(1) jelas dinyatakan bahawa, dengan izin, ‘Ports and harbours, is declared to be Federal by or under Federal law…’ terletak di bawah Federal list, manakala di bawah fasal 9(b)(2) dinyatakan bahawa port and harbours not so declared di bawah state list. Begitu juga di bawah senarai IIA tambahan kepada- senarai tambahan kepada negeri Sabah dan Sarawak, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan pelabuhan dan pangkalan selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan Pangkalan Persekutuan melalui atau di bawah undang-undang Persekutuan, pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan air di pelabuhan dan pangkalan atau di sungai- sungai yang keseluruhannya terletak di dalam negeri itu kecuali lalu lintas di pelabuhan atau Pangkalan Persekutuan persisiran pantai depan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Pelabuhan Bintulu telah diisytiharkan menjadi sebuah Pelabuhan Persekutuan melalui RUU di Parlimen Malaysia pada 15 Disember 1978.

Namun begitu Tan Sri Yang di-Pertua, kita harus ingat bahawa di bawah Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan jelas termaktub.

Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam senarai negeri tetapi hanya seperti berikut sahaja. Jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri. Setelah memperhalusi penyataan rasmi Dewan Rakyat semasa pembentangan RUU ini pada Disember 1978, saya mendapati bahawa tidak disentuh langsung berkenaan sama ada permintaan telah diterima daripada- secara khusus daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk mengisytiharkan Pelabuhan Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan.

Ya, mungkin benar ada permintaan dan persetujuan yang disampaikan oleh Kerajaan Sarawak kepada Kerajaan Pusat, tetapi harus difahami bahawa hasrat Kerajaan Sarawak pada ketika itu adalah hanya untuk meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam di Bintulu. Tidak apa- apa permintaan mahupun ordinan yang diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk mengisytiharkan Pelabuhan Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan.

Fakta ini jelas, jadi soalannya Tan Sri Speaker— Yang di-Pertua, adakah pengisytiharan Pelabuhan Bintulu ini sebagai Pelabuhan Persekutuan ketika itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Secara dasarnya, pembinaan pelabuhan laut dalam di Bintulu ini dilihat penting untuk menyokong industri gas cecair

(liquefied natural gas) dan memenuhi keperluan industri minyak dan gas dan secara tidak langsung akan memajukan sosioekonomi di sekitar bahagian tengah Sarawak.

Namun demikian, Kerajaan Sarawak ketika itu belum mempunyai kemampuan kewangan untuk membangunkan sebuah pelabuhan pada skala yang besar. Justeru itu, pemimpin Sarawak pada ketika itu telah mengambil keputusan untuk memohon bantuan daripada Kerajaan Pusat.

Tan Sri Yang di-Pertua, bukanlah niat saya untuk mengungkit atau menyalahkan mana-mana pihak dalam soal sama ada pengisytiharan Bintulu Port sebagai Pelabuhan Persekutuan melanggar Perlembagaan Persekutuan. Kita tidak mungkin akan dapat memahami sepenuhnya situasi yang dialami oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu, yang mendorong mereka untuk membuat keputusan sedemikian.

Apa yang penting kini adalah, Sarawak hari ini telah pun membangun sebagai sebuah wilayah yang maju dan mempunyai kemampuan kewangan dan potensi ekonomi yang luas. Saya yakin Sarawak juga telah memiliki kepakaran serta kemampuan untuk mentadbir dan mengurus pelabuhannya sendiri.

final • 6:00 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Saya yakin pengambilan alih Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Sarawak akan membolehkan pelabuhan-pelabuhan di Sarawak dapat dibangunkan dan ditadbir urus secara seragam bagi memenuhi keperluan industri di Sarawak. Saya juga berpendapat adalah wajar dalam urusan mentadbir kesemua pelabuhan di Sarawak diseragamkan bagi menarik lebih banyak kapal untuk berlabuh di Sarawak. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan trafik perkapalan apabila Republik Indonesia membuka ibu negara di Nusantara kelak.

Akhir kata Tan Sri Yang di-Pertua, besarlah harapan saya dan anak-anak Sarawak yang lain untuk melihat Pelabuhan Bintulu yang kini merupakan terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur dapat dimajukan setaraf dengan Pelabuhan Rotterdam di Belanda.

Sekali gus, meletakkan nama Malaysia sebagai salah sebuah pelabuhan utama dunia.

Maka, berilah peluang dan kepercayaan sepenuhnya pada Sarawak untuk mentadbir dan menguruskan Pelabuhan Bintulu sebagai sebuah pelabuhannya sendiri. Sekian, saya mohon menyokong.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batang Lupar.

final • 6:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, Batang Lupar mohon untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan

(Pemansuhan) 2024.

*Kalau padi katakan padi, Tidak saya tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Tidak kami di Sarawak ternanti-nanti...

[Tepuk] Alhamdulillah* Tuan Yang di-Pertua, hari ini akhirnya RUU Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 ini berjaya dibentangkan dan dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini, setelah beberapa hari kami Ahli-ahli Parlimen Sarawak, menunggu perkembangan status RUU Pelabuhan Bintulu ini.

Tuan Yang di-Pertua, jelas bahawa kedua-dua RUU Pelabuhan Bintulu yang kita bahaskan pada hari ini merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri dalam memastikan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan dihormati dan dimartabatkan.

Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 yang telah berusaha keras bagi memastikan Pelabuhan Bintulu ini dapat dikembalikan semula kepada Sarawak agar ianya dapat ditadbir dan diuruskan oleh Kerajaan Sarawak sendiri.

Terima kasih juga saya rakamkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan, terutamanya kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan yang telah bekerjasama dan bertungkus-lumus bagi menjayakan hasrat Kerajaan Sarawak untuk membentangkan rang undang-undang ini pada Mesyuarat kali ini juga.

Hari ini Batang Lupar amat berbangga kerana Pelabuhan Bintulu telah banyak menyumbang kepada kemajuan Bintulu, Sarawak dan Malaysia amnya. Daripada sebuah

final • 6:07 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

perkampungan perikanan kecil pada tahun 1970-an, Pelabuhan Bintulu kini telah dikenali sebagai terminal pengeksport utama gas asli cecair (LNG) di Asia Timur.

final • 6:07 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Apa tidaknya Tuan Yang di-Pertua, setakat akhir tahun 2023 Pelabuhan Bintulu melalui Bintulu Port Holdings Berhad telah berjaya mendapatkan keuntungan berjumlah RM770 juta hasil daripada pengeksportan bahan seperti LNG, kelapa sawit, arang batu dan kayu balak.

Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua dengan mengambil kira kedudukan Sarawak sebagai lima buah negeri yang paling banyak menyumbang kepada KDNK negara untuk tahun 2024 dan dengan mengambil kira masih banyak projek-projek pembangunan infrastruktur yang perlu dilaksanakan di Sarawak, saya kira permintaan untuk mengembalikan Pelabuhan Bintulu ini pada Sarawak adalah suatu permintaan yang munasabah.

Saya percaya Ahli-ahli Dewan Rakyat yang rata-ratanya juga bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk Sarawak menuntut haknya seperti mana yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak yang berasa risau dan sangsi akan niat kerajaan Sarawak untuk meletakkan Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan negeri tetapi realitinya pemegang share utama di Pelabuhan Bintulu masih lagi entiti daripada Persekutuan seperti PETRONAS, MISC, KWAP dan KWSP.

Saya difahamkan bahawa pengoperasian Pelabuhan Bintulu akan masih berjalan seperti biasa. Apa yang berubah adalah daripada aspek pentadbiran, pengawal seliaan dan sebagainya. Ini kerana terdapat keperluan untuk menyelaras dan menyeragamkan pengurusan serta pentadbiran pelabuhan di Sarawak bagi mewujudkan sebuah imej tadbir urus pelabuhan baik untuk menarik minat pelabur asing.

Saya berharap Pelabuhan Bintulu ini kelak dapat terus dibangunkan sebagai salah sebuah pelabuhan utama di rantau ini bagi memulihkan Malaysia terus bersaing dengan negara-negara lain terutamanya di dalam industri minyak dan gas serta perkapalan. Akhir kata, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Terima kasih sekali lagi Kerajaan Madani kerana telah mengembalikan Pelabuhan Bintulu untuk ditadbir kerajaan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

Sekian, saya mohon menyokong.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Puncak Borneo.

final • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Salam sejahtera semua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk berbahas mengenai pembubaran Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu 2024 bagi meletakhakkan hartanya kepada Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa untuk dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Yang di-Pertua Tan Sri Speaker, ada baiknya saya merungkai sejarah di mana menurut Perjanjian 1963 Perlembagaan Malaya telah dipinda untuk diterima pakai sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Pindaan itu memasukkan senarai IIA kepada senarai negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak dalam Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan. Di mana di bawah item 15, IIA ini pelabuhan dan pangkalan kecuali yang diisytiharkan oleh pelabuhan persekutuan berada di bawah pihak berkuasa perundangan negeri Sabah dan Sarawak.

Negeri-negeri Semenanjung tidak mempunyai kuasa Perlembagaan ke atas pelabuhan dan pangkalan.

Pada hari Malaysia tiada pelabuhan persekutuan di Sarawak maka semua pelabuhan di Sarawak pada 19 September 1963 adalah pelabuhan negeri yang dikawal selia oleh Port Authorities Ordinance 1961. Seperti mana yang dikongsi oleh Yang

final • 6:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Berhormat Sri Aman tadi juga iaitu mengenai apa yang berlaku pada tahun 1981. Saya tidak ingin mengulang lagi tetapi saya ingin memberi justifikasi kenapa ia perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Memang kita mendengar tohmahan mengenai PETRONAS akan kehilangan sumber pendapatan, ini tidak wujud kerana pengendalian pelabuhan selepas rang undang-undang ini dibubarkan nanti Bintulu Port Sdn. Bhd. (BPSB) adalah anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Berhad (PBHB) pemegang saham utama adalah Kerajaan Negeri Sarawak melalui Setiausaha Kewangan Incorporated dan juga Equisar Aset Sdn. Bhd. iaitu 41.7 peratus, PETRONAS dan MISC 30.6 peratus dan pemegang- pemegang saham lain ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan Amanah Saham Bumiputera lebih kurang 28 peratus.

Maka tidak timbul di mana hak PETRONAS dan kes kawal PETRONAS akan kehilangan. Jadi saya berharap agar semua- rakan-rakan Ahli Parlimen kita mempunyai satu perasaan yang waras untuk memberi keadilan kepada negeri Sarawak dan juga rakyat Sarawak yang telah kehilangan hak mereka pada suatu ketika dulu. Saya juga ingin memberi justifikasi kenapa Pelabuhan Bintulu ini harus menjadi milik Sarawak. Pelabuhan Bintulu hendaklah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan dikawal di bawah undang-undang negeri atas sebab berikut.

Kerana Pelabuhan Bintulu seharusnya tidak menjadi pelabuhan persekutuan, harus diletakkan di bawah bidang kuasa pelabuhan yang dikawal selia oleh undang- undang negeri selaras dengan Perkara 15 Senarai IIA Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, objektif utama Kerajaan Persekutuan pun telah dipenuhi di mana mereka telah recoup ataupun telah memulihkan pelaburan awal mereka. Malah mereka telah mendapat pendapatan iaitu RM 2.919 bilion hasil daripada investment mereka di Bintulu Port ini. Jadi, sudah sampai masanya untuk Kerajaan Persekutuan berlaku adil dan memberi pelabuhan ini kepada Kerajaan Negeri Sarawak supaya ia boleh dikawal selia dengan begitu baik.

Ini kerana kita perlu membuat satu perancangan yang begitu rapi untuk kita mengejar ataupun we have to catch up with Nusantara, di mana Nusantara sekarang ini telah berpindah ke Kalimantan dan kita perlu melengkapkan segala bentuk infrastruktur dan logistik kita untuk kita bersaing di peringkat antarabangsa. Selain itu juga, setakat ini Pelabuhan Bintulu dikawal oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan PETRONAS sejak 2001 dan tidak mungkin ia menjadi satu masalah kerana Kerajaan Negeri Sarawak memberi komitmen yang begitu tinggi bahawa tiada ada perubahan daripada segi operator dan juga pemilikan share.

Cuma yang akan berlaku cuma kawal selia akan dikawal oleh kerajaan negeri. Di mana mereka akan mempunyai ekonomi bidangan apabila mereka mengawal segala- pelabuhan-pelabuhan di negeri Sarawak. Oleh dengan itu, saya juga berharap agar penyerahan Pelabuhan Bintulu pada Kerajaan Negeri Sarawak juga memenuhi syarat dan semangat Perjanjian Malaysia iaitu bahawa pelabuhan haruslah di bawah perundangan dan kawalan eksekutif Sarawak.

Akhir sekali, penutupnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Menteri MOT dan semua warga kementerian kerana telah berkenan membentangkan pembubaran rang undang-udang ini. Saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Dewan sama ada daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan untuk kita sama-sama melakar sejarah untuk kita meluluskan rang undang-undang ini untuk dibubarkan dan saya juga mahu kerajaan kita bersama-sama melakar sejarah untuk berlaku adil terhadap Sarawak dan sokongan penuh terhadap pembubaran rang undang- undang ini.

Kami hanya meminta hak kami dan kami tidak pernah mengusik mana-mana hak yang tidak milik kami, jadi saya sudah lama berbicara mengenai tentang keprihatinan.

Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang lain, kita sudah lama berbicara mengenai keprihatinan, kita berbicara mengenai harapan, keadilan dan inilah masanya keadilan dan

final • 6:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

harapan kami daripada Sarawak diterjemahkan dan juga bisa mencerminkan semangat Malaysia Madani yang sejati.

Tuan Yang di-Pertua, kalau “Sarawak Maju Makmur”, Malaysia juga akan gemilang, oleh itu saya mohon semua- rakan-rakan di sini memberikan keadilan yang setelusnya kepada kami daripada Sarawak. Dengan itu, Parlimen Puncak Borneo mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 6:13 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Saya jemput pembahas terakhir, silakan Baram.

final • 6:13 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Yang Berhormat Speaker atas peluang ini untuk bahas rang undang-undang ini yang berhajat untuk memindakan, untuk menjadikan Bintulu Port dari Persekutuan kepada pihak Kerajaan Sarawak.

Tan Sri Speaker, sekiranya rang undang-undang ini diluluskan pada hari ini, saya percaya kita di dalam Kerajaan Perpaduan dan kita di dalam Kerajaan GPS pasti akan mengatakan bahawa ini- hari ini juga adalah sejarah bagi kita di negara kita ini...

[Tepuk] Saya mengatakan demikian kerana Bintulu Port kalau seperti yang dinyatakan yang diterangkan, diucapkan di Dewan ini tadi, bahawa ia memang dulu dibuat di Bintulu atas permintaan dari negeri Sarawak pada masa itu. Sekarang, hari ini kita memohon dan kita akan meluluskan God willing, dengan izin, rang undang-undang ini dan ini akan menjadi kita beri dan kita ambil ia balik ini.

Inilah saya rasa tak payah saya sebut, sebab ini memang termaktub di dalam MA63 yang mengatakan bahawa semua pelabuhan baik di- khususnya di Sarawak perlu diuruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Jadi pokok dia, apa yang kita minta bantu dulu dan kita minta dia balik. So, tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Pengangkutan (MOT) dan juga kepada semua pegawai yang telah berusaha, yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan supaya apa yang termaktub dalam MA63 sejajar dengan kehendak dan keinginan seluruh rakyat Sarawak ingin mengatakan, ingin memohon supaya hak ini, bukan keistimewaan, ini hak ini. Hak Sarawak untuk mendapatkan kuasa atas Bintulu Port ini lagi ini.

Sebab kita percaya apabila dia diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Sarawak, sudah pasti yang juga pada masa ini telah menyediakan ataupun sudah meluluskan satu peruntukan di peringkat DUN yang menunjukkan bahawa Kerajaan Sarawak sedia dan berkomited untuk memastikan supaya pengurusan pelabuhan-pelabuhan di negeri Sarawak ini akan menjadi seragam dan ini akan sudah pasti, akan menjadi added advantage kepada ekonomi negeri Sarawak.

Jadi, pendek kata Yang Berhormat Speaker- Tan Sri Speaker, saya ingin mengatakan bahawa Baram dengan penuh harapan seperti juga GPS dan seperti juga harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Premier, termasuk kita dalam Kerajaan Perpaduan ini menyokong supaya RUU ini diluluskan untuk menjadi satu titik sejarah di kalangan kita. Sekian, terima kasih. Saya minta menyokong...

[Tepuk]

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya bagi 15 minit.

final • 6:20 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada tujuh Ahli Parlimen yang membahaskan rang undang-undang iaitu Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Selangau, Yang

final • 6:24 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Puncak Borneo dan Yang Berhormat Baram. Kesemua yang membahaskan rang undang-undang menyokong. Jadi, saya rasa tak banyaklah untuk saya menjawab.

Memang saya rasa bahawa dalam rang undang-undang ini iaitu untuk merealisasikan penukaran status Pelabuhan Bintulu ini akan disokong oleh semua Ahli- ahli Parlimen kerana ini merupakan satu hasrat yang telah pun diterjemahkan oleh komitmen Kerajaan Perpaduan. Ini menunjukkan komitmen kita dalam Kerajaan Perpaduan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat dan juga harapan daripada Kerajaan Sarawak, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan juga rakyat Sarawak.

Saya yakin Ahli-ahli Parlimen Sarawak, tak kiralah daripada GPS ataupun daripada PH juga sama-sama mengharapkan ini dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat...

[Tepuk] Jadi memang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baram, hari ini merupakan satu hari yang bersejarah dan perbahasan pada hari ini akan dirakamkan sebagai sebahagian daripada sejarah kita kerana ini lah satu permulaan untuk satu langkah memulangkan ataupun menukar status Pelabuhan Bintulu ini daripada Pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Saya rasa bahawa perlu ada beberapa penghargaan yang kita rakamkan selain daripada apa yang telah pun dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kepada pemimpin- pemimpin utama khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II yang menyelaraskan banyak agenda dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan juga Premier Sarawak.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang sebenarnya memulakan rundingan ini bersama dengan saya pada bulan Mac 2023. Saya masih ingat perkara ini ataupun agenda ini dibawa khas oleh beliau dalam satu mesyuarat bersama dengan saya di Parlimen, di bilik kunjungan hormat di Parlimen apabila pada ketika itu kalau tidak silap saya, persidangan pertama kita selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan dan pun telah dibawa oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas dan selepas itu kita ada pelbagai perbincangan.

Sudah tentunya, pada awalnya kita menghadapi banyak cabaran dan juga perbincangan yang agak panjang disebabkan ini merupakan satu perkara dasar yang besar, yang bukannya boleh dilaksanakan secepat mungkin, tetapi selepas komitmen yang telah pun diberikan ataupun pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan pada tahun lepas yang mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menukar status Pelabuhan Bintulu ini. Maka banyak perkara ataupun banyak langkah telah pun diambil untuk merealisasikan perkara ini.

Hari ini adalah antara langkah yang sangat penting kerana ini merupakan langkah perundangan untuk kita membubarkan Lembaga Pelabuhan Bintulu ini kerana ia dikawal selia melalui satu akta. Jadi punca kuasanya ialah akta tersebut. Jadi Lembaga Pelabuhan Bintulu ini kalau nak diserahkan kepada kerajaan negeri ataupun di bawah pelabuhan negeri, dia mesti melalui Parlimen untuk memansuhkan akta ini. Jadi apa yang kita laksanakan pada hari ini, merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan Pelabuhan Bintulu itu sebagai pelabuhan negeri.

Namun begitu, ada beberapa perkara lagi yang perlu dibuat bukannya setakat kita memansuhkan ataupun membentangkan dua-dua rang undang-undang ini tetapi ada lagi banyak rundingan dan juga perbincangan yang perlu dilaksanakan. Itu sebabnya kita memerlukan fasal pertama iaitu tarikh kuat kuasa itu akan ditentukan oleh Menteri, tetapi sudah tentu saya nak memberikan komitmen yang jelas.

final • 6:24 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Saya tidak akan melengah-lengahkan tarikh penguatkuasaan itu...

[Tepuk] Tarikh penguatkuasaan itu akan saya tandatangani sejurus selepas segala perbincangan dan rundingan pentadbiran, kewangan dan sebagai dilaksanakan dan diselesaikan.

Sudah tentu tempoh itu bukan satu tempoh yang tidak munasabah. Kita ada timeline yang telah pun kita persetujui bersama antara Persekutuan dengan negeri dan perbincangan di pelbagai peringkat diadakan. Di Peringkat Jawatankuasa Kerja, di peringkat Jawatankuasa Khas, di peringkat antara Menteri dengan Timbalan Premier juga berjalan.

Sudah tentu ini menunjukkan satu komitmen daripada kita, keikhlasan kita bahawa kita berusaha sedia upaya dan sudah tentu ada beberapa lagi perundingan yang masih perlu dimuktamadkan dalam masa beberapa bulan yang akan datang.

final • 6:24 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Saya yakin bahawa segala agenda ini dan segala proses ini dapat kita selesaikan menjelang awal tahun hadapan. Beberapa Yang Berhormat juga menyebut mengapa pada tahun 1979 apabila rang undang-undang ini digubal tidak melalui persetujuan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pertamanya, saya tak dapat menjawablah bagi pihak Menteri pada ketika itu sebab pada ketika itu saya hanya berumur dua tahun, pada tahun 1979. Jadi, saya tak dapat menjawab bagi pihak Kementerian Pengangkutan yang membentangkan rang undang-undang itu, tetapi saya nak rekodkan bahawa yang pentingnya pendirian Kerajaan Persekutuan khususnya Jabatan Peguam Negara yang mengatakan bahawa apa yang telah pun digubal dan berkuat kuasa selama ini teratur. Ia tidak ada unsur-unsur yang bahawa ia tidak teratur dan sebagainya.

Jadi, itu pandangan Jabatan Peguam Negara yang sudah tentu di peringkat Kementerian Pengangkutan kita mesti pertahankan bahawa segala proses yang telah pun melalui proses perundangan oleh Parlimen itu teratur. Hakikatnya, Lembaga Pelabuhan Bintulu ini di bawah Federal Port telah pun berfungsi lebih 40 tahun dan dia telah pun memainkan peranan yang penting untuk membangunkan Pelabuhan Bintulu dan juga membantu pertumbuhan sosioekonomi bukan saja di Bintulu tetapi di Sarawak dan di Malaysia.

Yakinlah bahawa Pelabuhan Bintulu pada hari ini merupakan satu- pelabuhan yang kita boleh banggakan kerana apabila kita pergi ke luar negara, memang antara pelabuhan yang menjadi contoh dalam negara kita ini adalah Pelabuhan Bintulu terutamanya dalam bidang oil and gas. Sebab banyak pelabuhan-pelabuhan lain juga mencontohi kita dan ingin belajar daripada cara pengurusan kita. Apabila saya pergi ke Persidangan IMO di London, antara showcase kita ialah Pelabuhan Bintulu kerana kita adalah satu dedicated oil and gas port yang amat berjaya. Bukan saja cekap daripada segi operasinya, tetapi daripada segi pencapaian kewangannya juga amat-amat baik dan sihat.

Jadi, sudah tentu kita mengharapkan satu kesinambungan bahawa selepas ia menjadi pelabuhan negeri, kemajuan Pelabuhan Bintulu ini akan dapat diteruskan. Seperti juga apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batang Lupar tadi. Ya betul, memang tepat sekali bahawa apa yang kita ubah sekarang ini ialah badan kawal selia iaitu daripada badan kawal selia daripada di bawah Persekutuan ditukar kepada badan kawal selia di peringkat negeri, tetapi daripada segi operasinya iaitu operator yang mendapat konsesi itu, dia masih kekal sama dan akan terus meneruskan operasinya.

Jadi, itu yang kita laksanakan pada hari ini iaitu daripada segi kawal selia itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Sarawak telah pun menubuhkan satu Lembaga Pelabuhan untuk menguruskan dan mengawal selia keseluruhan semua pelabuhan di Sarawak. Itu bagi saya merupakan satu langkah yang amat tepat, satu langkah yang progresif dan langkah yang saya yakin bahawa boleh memajukan lagi sektor pelabuhan di Sarawak. Saya berharap bahawa ia terus akan maju ke hadapan.

final • 6:30 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Berkenaan dengan beberapa persoalan daripada Yang Berhormat Saratok daripada segi implikasi kewangan. Itu belum- seperti yang saya katakan, belum dimuktamadkan lagi, tetapi sudah tentu kita mengambil satu semangat kerjasama yang tinggi dan satu komitmen daripada kita bahawa apa sahaja proses ini akan dirundingkan dengan baik, dengan satu semangat yang baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak kerana kita sama-sama ingin melihat bahawa hasrat ini dapat diterjemahkan dalam satu agenda dan satu usaha yang membawa kepada kebaikan pada Sarawak dan pada Malaysia seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, kalau tak silap saya Puncak Borneo ataupun Baram tadi. Kalau Sarawak maju, Malaysia juga maju. Ini semangat yang kita bawa...

[Tepuk] Ini semangat yang saya ucap juga di depan Premier pada tahun lepas apabila kita ada MoU untuk meneruskan subsidi RAS apabila penyerahan ataupun penjualan MASWings ini pada Sarawak kerana kita mahu juga melihat setiap wilayah, setiap negeri dalam negara kita ini maju. Kerana kalau Sarawak maju, bermakna Malaysia maju. Kalau Sabah maju bermaksud Malaysia maju. Kalau Johor maju, Negeri Sembilan maju, Malaysia maju. Ini semangat yang kita harap dapat kita sama-sama angkat bahawa tidak ada satu- negeri pun yang kita nak ketepikan.

Malah, kita nak lihat Kelantan juga maju. Kita nak lihat Terengganu maju. Bukan sahaja negeri-negeri di bawah pentadbiran kita. Ini lah satu semangat Persekutuan yang mesti kita angkat kerana Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam Dewan yang mulia ini, 222 Ahli Dewan Rakyat ini telah mengangkat sumpah untuk kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kalau kita nak mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, satu semangat yang penting ialah kita juga bertanggungjawab mempertahankan Persekutuan Malaysia ini...

[Tepuk] Jadi, saya bersetuju dan saya mendengar apa yang diucapkan oleh Ahli-ahli Parlimen tadi khususnya dari Sarawak yang mengatakan bahawa tidak perlu ada kebimbangan.

Ya, memang betul ada beberapa suara yang mengatakan bahawa adakah agenda tersirat daripada perubahan ini. Bagi kita, dalam Kerajaan Persekutuan di Jemaah Menteri, kita tak ada syak wasangka dalam perkara ini. Walaupun saya bukan orang Sarawak, saya orang daripada Semenanjung, tetapi saya tak ada syak wasangka terhadap kemahuan dan hasrat daripada Kerajaan Sarawak ini. Saya rasa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II boleh membuktikan bahawa kita sama-sama tak ada pertikaian pun dalam perbincangan kita di Kabinet dalam perkara-perkara dasar seperti ini. Kerana bagi kita ini ialah untuk memajukan salah satu- wilayah dalam negara kita. Apabila Wilayah Sarawak berkembang maju, maka Malaysia juga akan bertambah maju.

Saya harap inilah semangat yang mesti kita bawa dalam Dewan yang mulia ini dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah pun menyokong rang undang-undang ini.

Ada satu lagi selepas ini. Ada satu lagi rang undang-undang yang perlu kita bahaskan. Saya harap semangat yang sama akan dibawa dalam rang undang-undang yang seterusnya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua...

[Tepuk]

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah) dan diluluskan]

final • 6:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELABUHAN BINTULU (PEMBUBARAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 [Akta 243] untuk mengadakan peruntukan bagi membubarkan Lembaga Pelabuhan Bintulu dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan bertujuan untuk membubarkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 [Akta 243].

Untuk maklum semua Ahli Yang Berhormat, penggubalan Rang Undang-undang Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 [Akta 243] ini adalah lanjutan pembentangan Rang Undang-undang Akta Perisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 yang telah saya laksanakan sebentar tadi.

final • 6:39 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, setelah Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi Port Persekutuan 1979 [Akta 217] diwartakan pada 19 Februari 1979, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan tindakan sewajarnya untuk membangunkan pelabuhan Bintulu dengan anggaran kos RM315 juta.

Susulan itu, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pewartaan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 [Akta 243] pada 5 Februari 1981.

Objektif pewujudan Akta 243 ini adalah bertujuan untuk menubuhkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LBP) bagi melaksanakan pengurusan pentadbiran dan pengoperasian di Pelabuhan Bintulu. Dengan pewujudan Akta 243 tersebut, LPB telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1981 dan telah mentadbir urus pengurusan dan operasi Pelabuhan Bintulu sehingga 31 Disember 1992.

Susulan itu, sejajar dengan Dasar Penswastaan Negara, operasi Pelabuhan Bintulu telah diswastakan ke Bintulu Port Sdn. Bhd. (PBSB) pada 1 Januari 1993. Mulai tarikh tersebut, LPB telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi sebagai badan kawal selia dan bertindak selaku fasilitator untuk pembangunan Pelabuhan Bintulu.

Dalam pada itu, sepertimana pelabuhan-pelabuhan Persekutuan yang lain, pelabuhan Bintulu turut menyediakan infrastruktur dan peralatan yang moden seiring dengan keperluan semasa industri untuk mengendalikan kontena, kargo pukal cecair dan kering serta kargo am agar operasi dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

Pada 26 Januari 2017, Lembaga Pelabuhan Bintulu juga telah diperluaskan fungsinya ke Pelabuhan Labuan melalui seksyen 66A, 66B dan 66C [Akta 243]. Menerusi

final • 6:40 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

peluasan kuasa ini, satu Lembaga ditubuhkan dan telah digayakan sebagai Lembaga Pelabuhan Labuan. Objektif utama penubuhan LPL adalah untuk menjalankan fungsi mengurus pentadbiran dan operasi Pelabuhan Labuan sehingga kini.

Seterusnya, pada 20 Februari 2023, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengemukakan satu memorandum kepada kementerian berkenaan hasrat kerajaan negeri untuk menukar status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri Sarawak. Lanjutan dari itu, kementerian ini telah melaksanakan tindakan sewajarnya bagi memperhalusi permohonan tersebut bersama Kerajaan Sarawak.

Oleh itu, satu Memorandum Jemaah Menteri mengenai hasil perbincangan tersebut telah dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Mac 2024. Melalui mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri secara prinsipnya antara lain, telah bersetuju supaya LPB dibubarkan dan tindakan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri Sarawak dilaksanakan.

Pada tarikh yang sama juga, Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Sarawak yang diwakili oleh Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak telah menandatangani satu memorandum persefahaman untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal, jawatankuasa kerja dan jawatankuasa khas untuk melaksanakan tindakan gerak kerja penukaran status Pelabuhan Bintulu yang sewajarnya, selaras dengan persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Mac 2024.

Melalui ketiga-tiga jawatankuasa tersebut, kementerian ini bersama-sama Kerajaan Sarawak telah menggubal Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu

(Pembubaran) 2024 dan Rang Undang-undang Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024.

Seterusnya, pada 12 Julai 2024, kerajaan melalui Jemaah Menteri telah bersetuju untuk membentangkan rang undang-undang tersebut dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas 2024.

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah diisytiharkan sebagai badan berkanun di luar saraan dan dibebaskan pada 1 September 2023. Bilangan perjawatan LPB pada masa ini berdasarkan Sistem Saraan Lembaga Pelabuhan Bintulu 2024 adalah seramai 88 perjawatan, dengan 82 pengisian termasuk satu jawatan peminjaman dan 45 perjawatan kontrak dengan 44 pengisian.

Saya juga ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan rundingan sewajarnya supaya kesemua penyandang lantikan tetap dan lantikan kontrak di bawah LPB ini menerima tawaran tidak kurang baiknya daripada apa yang sedang dinikmati di bawah pentadbiran LPB daripada Kerajaan Sarawak untuk terus berkhidmat bagi meneruskan prestasi operasi dan pengurusan yang cemerlang di Pelabuhan Bintulu.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sarawak juga telah bersetuju supaya aset kewangan milik LPB akan dipindahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan sebaik sahaja kedua-dua rang undang-undang ini dikuatkuasakan. Kerajaan Negeri Sarawak turut bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan terhadap aset-aset Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan dan jumlah nilaian pampasan tersebut adalah tertakluk kepada rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang seterusnya diangkat untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri.

Dalam hal ini, perbincangan, rundingan dan penelitian sentiasa dilaksanakan secara berkala melibatkan Kerajaan Persekutuan, LPB dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan kepentingan dan hak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak terjaga.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan juga mengambil maklum mengenai keperluan untuk mewujudkan Lembaga Pelabuhan Labuan di bawah akta yang

final • 6:40 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

berasingan iaitu di bawah Jadual 1, Akta Lembaga Pelabuhan 1963 [Akta 488] memandangkan Akta 243 ini akan dibubarkan untuk membolehkan penukaran status Pelabuhan Bintulu dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, melalui persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Mac 2024, Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan tindakan penelitian dan semakan berkaitan penubuhan perjawatan, peruntukan kewangan dan pembubaran perundangan yang sewajarnya dalam melaksanakan pewartaan LPL di bawah Jadual 1, Akta Lembaga Pelabuhan 1963. Pewartaan ini perlu dilaksanakan bagi membolehkan Lembaga Pelabuhan Labuan tertubuh di bawah satu akta berasingan dan menjalankan operasi di Pelabuhan Labuan.

Tan Sri Yang di-Pertua, secara umumnya, Rang Undang-undang Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 ini merangkumi 12 fasal secara keseluruhannya seperti mana berikut.

Fasal 1 mengandungi “tajuk ringkas” dan bertujuan untuk memberikan Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.

Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta Lembaga Bintulu 1981 dan pembubaran Lembaga.

Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan penurunan kuasa, hak kewajipan liabiliti dan obligasi lembaga kepada kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan, mengikut persetujuan bertulis kerajaan dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan aset kewangan. Subfasal 5(1) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa semua aset kewangan yang ada pada atau kena dibayar kepada Lembaga hendaklah dipindahkan kepada kerajaan.

Subfasal 5(2) bertujuan untuk mentakrifkan aset kewangan yang disebut dalam subfasal 5(1) sebagai apa-apa aset yang dimiliki oleh Lembaga, termasuk pinjaman yang diberikan, urus niaga belum terima dan pelaburan yang boleh dicairkan kepada nilai mata wang tunai.

Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi semua deposit sewa dan deposit pajakan yang ada pada lembaga, semua terimaan pendahuluan pajakan yang ada pada lembaga dan sewa pajakan yang kena dibayar kepada Lembaga hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan.

Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan semua perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang sedia ada daripada lembaga kepada kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan, mengikut persetujuan bertulis kerajaan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Fasal 8 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengecualian bagi apa-apa lesen yang dipegang oleh seseorang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa yang dicadangkan.

Fasal 9 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penerusan prosiding undang-undang oleh, atau terhadap lembaga di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981. Fasal ini memperuntukkan bahawa apa-apa kos dan perbelanjaan yang timbul daripada apa-apa prosiding atau kuasa tindakan yang penghakiman atau award telah

final • 6:40 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

dibuat terhadap lembaga atau terakru terhadap lembaga sebelum tarikh permulaan kuatkuasaan, akta ini hendaklah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penerusan semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari yang berkuat kuasa sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan dan apa-apa sebutan mengenai lembaga dalam mana undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari atau dokumen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai *Bintulu Port Authority

(Sarawak).* Fasal 11 mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan perletakhakkan pada kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan. Mengikut persetujuan bertulis di antara kerajaan dengan Kerajaan Negeri Sarawak, semua harta, hak kepentingan, obligasi dan liabiliti lembaga yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah yang disiarkan dalam warta tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

Fasal 12 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa persetujuan bertulis, ertinya persetujuan kedua-dua kerajaan dan Kerajaan Negeri Sarawak sebagaimana yang dinyatakan dalam apa-apa dokumen atau instrumen yang diperakui dan diserahkan oleh kerajaan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

final • 6:40 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penggubalan Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 ini sebagaimana juga pembentangan Rang Undang-undang Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 telah melalui semakan perundangan yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Peguam Negara.

Dalam hubungan ini, sepertimana yang telah dimaklumkan sebilangan jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan secara terperinci mengenai struktur, fungsi, bidang tugas, implikasi perjawatan, kewangan, bayaran pampasan dan perundangan susulan pembubaran Lembaga Pelabuhan Bintulu dan penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Pelabuhan Negeri Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hala tuju kerajaan seterusnya adalah untuk melaksanakan tindakan lanjut bersama Kerajaan Negeri Sarawak untuk merunding dan memperkemas perkara-perkara berkaitan operasi perundangan, pengurusan sumber manusia dan kewangan berpandukan fasal-fasal yang telah dinyatakan dalam rang undang-undang pembubaran ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan segala kepentingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dari sudut perundangan, kewangan dan sumber manusia terpelihara.

Oleh yang demikian, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa pihak kerajaan akan memastikan supaya kesemua rundingan dan gerak kerja bersama Kerajaan Negeri Sarawak dapat dimuktamadkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri sebelum penguatkuasaan Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu

(Pembubaran) 2024 dan Rang Undang-undang Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 dikuatkuasakan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya rang undang-undang ini akan dikuatkuasakan setelah keseluruhan- perkara-perkara yang berkaitan, rundingan dan persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk memastikan segala kepentingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dari sudut operasi, perundangan, kewangan dan sumber manusia terpelihara. Dengan ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Ada siapa menyokong?

final • 6:50 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon menyokong Usul ini.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 untuk membubarkan Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan di bawah akta itu untuk mengadakan peruntukan bagi perletakhakan hartanya kepada kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan dan untuk mengadakan peruntukan yang berkaitan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya menerima lima orang- permohonan untuk berbahas. Saya bacakan semua sekali. Pertama, Miri; kedua, Stampin; ketiga, Betong; keempat, Batang Sadong; dan kelima, Puncak Borneo. Lima minit seorang, saya mulakan dengan Miri. Silakan.

final • 6:50 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua.

Pada hari yang bersejarah ini bagi rakyat Sarawak, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha-usaha gigih yang telah dilaksanakan untuk Sarawak.

Atas kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, pelbagai isu lama yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya kini mula menemui jalan penyelesaian. Perubahan dasar kerajaan untuk menukar status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri merupakan salah satu pencapaian yang begitu penting di bawah pentadbiran ini. Keputusan ini telah jelas membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menunaikan Perjanjian 1963.

Dengan adanya pelabuhan ini di bawah kawalan kerajaan negeri, Kerajaan Sarawak dapat menyelaraskan kesemua pelabuhan yang terdapat di Sarawak dan menyusun dasar-dasar yang dapat memastikan pelabuhan di Sarawak dapat beroperasi dengan lebih efisien, mempercepatkan proses logistik dan menarik lebih banyak pelaburan asing.

Tatkala kita meraikan kejayaan dicapai oleh Kerajaan Perpaduan ini, saya juga ingin memohon YB Menteri untuk memberi sedikit pencerahan tentang beberapa persoalan yang dibangkit. Pertama sekali, saya ingin memohon pengesahan terhadap YB Menteri tentang transisi Pelabuhan Bintulu dari Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri hanya melibatkan hal ehwal pentadbiran dan tidak akan memberi kesan kepada pengoperasian pelabuhan tersebut.

Kedua, terdapat kebimbangan juga sama ada gaji, elaun dan segala manfaat yang sedang dinikmati oleh semua kakitangan di Pelabuhan Bintulu sedia ada akan dikekalkan dan diteruskan selepas status Pelabuhan Bintulu ditukar kepada pelabuhan negeri. Saya memohon pengesahan daripada YB Menteri supaya hak dan kebajikan kakitangan sedia ada tidak akan terjejas. Maklumlah majoriti kakitangan di Pelabuhan Bintulu juga anak Sarawak.

Tan Sri Yang di-Pertua, kami yakin Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama-sama dengan Kerajaan Sarawak akan mengecapi lebih banyak pencapaian dibuat untuk rakyat Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. Umpamanya Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan 52 lot tanah kepada Kerajaan Sarawak, memberikan kuasa kepada kerajaan Sarawak untuk

final • 6:53 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

melaksanakan projek infrastruktur yang bernilai kurang daripada RM50 juta, melaksanakan formula lebih tinggi untuk geran khas di bawah Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan dan meluluskan peruntukan untuk pembinaan kemudahan ICQS, infrastruktur-infrastruktur asas seperti sekolah dan klinik usang.

Saya menyeru semua rakyat Sarawak untuk terus yakin dan mendukung di belakang kepimpinan kita bersama Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Sarawak melalui tindakan-tindakan konkrit seperti yang saya katakan tadi.

Dengan semangat perpaduan, kedekatan dan misi bersama untuk kemajuan, kita dapat terus membina Sarawak yang lebih kuat dan makmur di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Premier Abang Jo. Mewakili rakyat di kawasan Parlimen Miri, saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan dan juga Premier Sarawak atas komitmen semua untuk terus membangunkan Sarawak Bumi Kenyalang yang kita cintai ini. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, kita bersama-sama jaga Sarawak baik- baik. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 6:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Stampin.

final • 6:53 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024.

Saya berdiri hari ini untuk menjelaskan pendirian DAP Sarawak dan saya juga atas perkara ini iaitu saya menyokong 100 peratus langkah ini...

[Tepuk] Hakikatnya, pada mula-mulanya itu Yang Berhormat Menteri ada sebut, ada cadangan untuk menurunkan kuasa kepada negeri Sarawak. Dia tanya apa pendapat saya? Kerana ada sesetengah pihak yang rasa ragu-ragu bahawa kami adalah Parti Pembangkang di Sarawak. Maka, mungkin kami akan bantah terhadap langkah ini, tapi saya ingin menegaskan dengan clear, tegasnya hari ini bahawa- itu dengan jelasnya bahawa ia memang Agenda DAP Sarawak untuk memperjuangkan penurunan kuasa daripada Persekutuan ke negeri iaitu agenda itu telah dimulakan sejak 2012, itu Kuching Declaration pada masa itu.

Di samping itu apa polisi, apa langkah yang baik untuk Sarawak kami memang sokong. Oleh itu, saya ingin menegaskan lagi saya sokong langkah ini dan rang undang- undang ini. Janganlah ada sesetengah pihak nak mencurigakan niat kami- apa, mencurigai niat kami dan apa yang kita nak mahu bukan sahaja kuasa ini diturunkan, tetapi bagaimana kuasa yang diturunkan itu diurus tadbir. Ia sepatutnya diurus tadbir untuk kebaikan semua orang dan bukan untuk segelintir orang sahaja. Itulah yang kita nak tegaskan.

final • 6:57 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Oleh itu saya ingin- di samping nak menyokong rang undang-undang ini, saya nak buat beberapa observasi dan juga nak minta beberapa penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu mengenai apa yang akan berlaku kepada kakitangan-kakitangan Lembaga Bintulu Port. Itu Lembaga Bintulu- Lembaga- Bintulu Port ia merupakan satu badan berkanun dibebaskan saraan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Oleh itu, gaji kakitangannya ada berbeza dengan agensi-agensi lain. Ia ditentukan oleh Bintulu- Lembaga, Bintulu Port. Maka selepas diambil oleh kerajaan negeri, adakah

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

sistem ini akan dikekalkan? Kerana kebanyakan pekerja-pekerja di Bintulu- Lembaga, Bintulu Port itu adalah merupakan orang Sarawak.

Oleh itu, kuasa yang diturunkan sama ada ia akan memberi manfaat kepada kebaikan kepada orang Sarawak. Itu lah saya rasa kita nak tegaskan. Juga saya ingin sebutkan lagi adalah di- bahawa Bintulu Port seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri merupakan satu port di Sarawak yang paling baik pengurusannya.

Saya haraplah selepas dia diambil oleh kerajaan negeri, amalan ini- urus tadbir ini, tata- tata kelola ini akan diteruskan supaya ia dijalankan dengan baik dan mengaut lebih keuntungan untuk negeri Sarawak. Saya ada sedikit khuatir tentang pentadbiran pelabuhan di Sarawak kerana kalau kita ambil satu contoh di Kuching Port.

Kuching Port sejak 2017, dia- port itu telah mengutip channel maintenance recovery chargers di mana setiap TEU container dia mengutip caj tambahan RM36 untuk setiap tube- satu TEU, tetapi sepatutnya itu caj ini adalah untuk mengorek dasar Sungai Sarawak, tetapi apa hakikatnya- kerja korek Sungai Sarawak itu tidak lakukan? Tetap caj itu memang dikutip terus dikutip dan tak ada apa-apa akauntabiliti dibuat atas kutipan itu.

Oleh itu, saya khuatir- saya haraplah selepas Bintulu Port itu diambil alih oleh Kerajaan Negeri, takkan lah perkara begitu dilakukan.

Juga saya ingin sebutkan satu contoh iaitu MyGAS. MyGAS juga merupakan satu contoh di mana kuasa diturunkan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

Selepas penurunan kuasa ini, tiba-tiba distribution contract untuk salah satu distributer LPG iaitu MyGAS itu tidak diteruskan. Akhirnya pengedaran gas- tong itu di seluruh Sarawak menjadi hara huru- huru hara. Huru-hara dan akhirnya ramai pengguna yang memiliki tong gas yang dijual oleh Mygas itu- dulu itu, tak dapat gantikan gas, tong mereka. Maka itu- itu penurunan kuasa yang tidak ditadbir urus dengan baiknya, akhirnya menjejaskan kepentingan orang Sarawak...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

So, saya ingin sekali lagi nak menegaskan supaya kerajaan negeri selepas ambil alih kuasa ini, jagalah baik-baik lah itu pelabuhan dan saya ingin juga tanya satu soalan berkenaan pengambilalihan Lembaga Bintulu- Pelabuhan Bintulu iaitu sama ada ia akan melibatkan pelepasan saham yang dipegang oleh Kerajaan Persekutuan? Pelepasan saham kepada kerajaan negeri dan kalau itu akan dilakukan, apakah harga dan apakah bayaran yang akan dibayar oleh kerajaan negeri?

Akhirnya, sebagai landing saya bersyukurlah bahawa perkara ini berlaku- langkah ini, penurunan kuasa ini berlaku dan juga ia menunjukkan satu kejujuran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menurunkan kuasa- decentralization agenda.

Maka kita haruslah menyokong beliau dan saya oleh itu saya berasa amat kesal semasa saya- kerana saya dua hari sebelum itu saya baca dalam surat khabar itu Pengerusi Presiden SUPP di- di media, dalam media mengutuk dan mengkritik untuk Yang Amat Berhormat. Itu yang beliau cakap, “Sarawak yet to receive RM100- RM100 million reimbursement for school, clinic upgrades from Federal Government.” Kenapa beliau tak boleh sebut melalui Menteri-Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri dalam Kabinet supaya perkara ini di- dibangkitkan? Apakah tujuan dan niat untuk sebutkan- sebutkan perkara ini di dalam media- untuk memperlekehkan dan memburukkan imej Kerajaan MADANI?

Oleh itu, saya rasa lah itu perkara ini lebih baiklah uruskan dalam- Kabinet...

final • 7:00 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Kalau ada janji belum ditepati, biarlah- biarlah uruskan dalam Kabinet. Tak akan tak ada channel Sarawak.

Ya, Serian nak tanya...

final • 7:00 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Ya, Serian.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Masa sudah tamat?

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Masa sudah tamat. Oleh itu saya rasalah SUPP- apa niat dia? Saya nak- nak question SUPP? Apa niat dia...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini sudah lari tajuk.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

[Mencelah]

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Serian, *your President- your President.

What is the intention want to- just act like MCA,* kah? Nak memburuk-burukkan Kerajaan MADANI itu...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Stampin.

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

...Want to act hero- adakah itu tujuan SUPP? So, next time, kalau ada apa-apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang belum ditepati, sebutlah dalam- bincanglah dalam Kabinet. Ada lima orang Menteri dalam- dari GPS dalam Kabinet, boleh...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Speaker...

final • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Saya rasa ini memang akan diuruskan lah.

Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah keluar tajuk lah Yang Berhormat Stampin.

final • 7:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi - Kapit

Tuan Yang di-Pertua, itu one of the- antara Sim dengan dia lah.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah keluar tajuk lah Yang Berhormat Stampin.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Betong.

final • 7:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Selamat petang dan saya menghargai peluang ini ruang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama turut mengambil bahagian untuk membahaskan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pemansuhan) 2024 di Dewan yang mulia ini.

Betong menyambut baik dan menyokong sepenuhnya RUU ini terutamanya Betong ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Sarawak. Terima kasih juga saya majukan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Kedua yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Seterusnya terima kasih juga saya sampaikan Yang Amat Berhormat Menteri Pengangkutan atas komitmen, sokongan dan kecekapan beliau dalam memastikan proses penukaran status Pelabuhan Bintulu berjalan lancar agar peralihan tersebut dapat dimuktamadkan pada tahun ini. Ucapan saya juga terima kasih saya tujukan kepada

final • 7:07 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

semua Pegawai-pegawai MOT di atas segala usaha untuk menyiapkan RUU ini sehingga dapat dibentangkan dan dibahaskan pada Mesyuarat kita kali ini.

RUU ini bertujuan untuk memansuhkan Akta 243 iaitu untuk membubarkan Lembaga Pelabuhan Bintulu yang ditubuhkan di bawah akta itu untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

final • 7:07 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Yang Berhormat Puan Timbalan Yang di-Pertua, penukaran status pelabuhan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam menegakkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan melaksanakan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya.

Apakah justifikasi Lembaga Pelabuhan Bintulu perlu diserah kepada Kerajaan Sarawak dan dikawal selia di bawah undang-undang Sarawak?

Pertamanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 15, Senarai IIA memperuntukkan bahawa bidang kuasa perundangan berkaitan pelabuhan dan pelabuhan laut terletak di bawah Kerajaan Sabah dan Sarawak. Pengecualian hanya diberikan kepada pelabuhan-pelabuhan yang secara rasmi diisytiharkan sebagai Pelabuhan Persekutuan. Peruntukan ini merupakan sebahagian daripada Perjanjian Pembentukan Malaysia yang mengiktiraf dan menghormati autonomi kedua-dua kerajaan ini dalam menguruskan aset strategik mereka.

Maka, pada 16 September 1963, hari bersejarah Pembentukan Malaysia, landskap pelabuhan di Sarawak mencerminkan semangat autonomi ini. Tiada satu pun pelabuhan di Sarawak yang diklasifikasikan sebagai Pelabuhan Persekutuan. Sebaliknya, seluruh rangkaian pelabuhan di Sarawak beroperasi sebagai Pelabuhan Wilayah Sarawak tertakluk kepada pentadbiran dan kawalan di bawah Ordinan Berkuasa Pelabuhan 1961.

Ordinan ini merupakan instrumen perundangan tempatan yang membolehkan Sarawak mengurus dan membangunkan infrastruktur pelabuhannya mengikut keperluan dan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak. Keadaan ini bukan sahaja menggambarkan tahap autonomi yang dinikmati oleh Sarawak, tetapi juga menyerlahkan kepentingan sejarah dan ekonomi pelabuhan-pelabuhan ini kepada pembangunan Sarawak.

Yang Berhormat Puan Timbalan Yang di-Pertua, tujuan asal pembangunan Pelabuhan Bintulu oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) telah mencapai matlamatnya.

Pelaburan awal Kerajaan Persekutuan telah berjaya memberikan pulangan yang besar melalui penerimaan sewa berjumlah lebih RM2.919 bilion dari tanah yang diserahkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, pendapatan daripada penyewaan kepada pihak ketiga serta keuntungan daripada penjualan saham BPA ataupun Bintulu Port Authority semasa penyenaraian BPHB dahulu.

Maka, sejak tahun 2001, pengurusan dan operasi Pelabuhan Bintulu telah mengalami transformasi penting. Pelabuhan ini kini dikendalikan oleh Bintulu Port Sdn.

Bhd., anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) sebagai syarikat tersenarai awam, mempunyai struktur pemilikan yang unik di mana 70 peratus sahamnya dipegang oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan PETRONAS.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, perubahan status Pelabuhan Bintulu menjadi pelabuhan di bawah kawalan Kerajaan Negeri Sarawak tidak akan mengubah struktur operasi sedia ada. Pengendali pelabuhan akan kekal sama dengan kawalan utama masih di tangan Kerajaan Sarawak dan PETRONAS. Kerajaan Negeri Sarawak dan PETRONAS mempunyai kepentingan yang besar dalam Loji MLNG di Bintulu. Ini akan memastikan bahawa Pelabuhan Bintulu terus memenuhi keperluan dan kepentingan Loji MLNG tersebut.

Pelabuhan Bintulu akan berkembang sebagai sebahagian daripada pelabuhan- pelabuhan yang akan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Sarawak. Pihak

final • 7:10 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

berkuasa ini telah ditubuhkan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Pelabuhan Sarawak 2024 yang diluluskan oleh DUN Sarawak pada bulan Mei yang lepas.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, Pihak Berkuasa Pelabuhan Sarawak ini akan mengambil alih menjadi badan kawal selia bila RUU ini dimansuhkan. Bila semua pelabuhan di Sarawak dikawal selia oleh satu badan, ia akan memberi banyak kelebihan, antaranya ialah port tariff. Bila tarif adalah sama dan seragam bagi semua pelabuhan di Sarawak, kesannya ialah akan ada persaingan yang adil dan Sarawak boleh mempromosikan pelabuhan-pelabuhan secara bersama, tetapi keadaan dia sekarang...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:10 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

...Pelabuhan Bintulu dia mempunyai tarif yang berbeza. Maka, ini adalah tidak sihat. Jadi...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung ya.

final • 7:10 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, Betong melihat 12 fasal yang ada terkandung dalam RUU ini adalah lengkap dan komprehensif bagi menyediakan segala peruntukan yang merangkumi, antara lain, pemindahan kuasa, pemindahan aset kewangan, deposit dan terimaan kontrak sedia ada, penerusan undang-undang, peletakhakan harta dan lain-lain.

Maka, merujuk kepada fasal yang pertama RUU ini, tarikh kuat kuasa akan ditentukan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta. Betong melihat RUU ini apabila diluluskan nanti, tarikh kuat kuasa boleh dibuat kemudian untuk memberi ruang antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak membuat segala penelitian dan perbincangan berkaitan dengan beberapa perkara terutamanya perundangan, operasi pelabuhan, kewangan, sumber manusia untuk mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 7:10 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Saya landing. Satu minit ya.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lima minit extra.

final • 7:10 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tak apa. Ini last. Memorandum persefahaman mengenai pertukaran status Pelabuhan Bintulu yang telah ditandatangani pada 22 Mac antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak adalah untuk bekerjasama dalam memudahkan proses penyerahan yang termasuk aspek kewangan dan aset. Ini akan memastikan perubahan status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Sarawak dapat dilaksanakan dalam tahun 2024 ini.

Maka, akhirnya, penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri Sarawak bukan sahaja akan memenuhi semangat Perjanjian Malaysia, tetapi juga akan memberi peluang pada Sarawak untuk mengawal sepenuhnya pembangunan dan pengurusan pelabuhan ini.

Dengan kawalan legislatif dan eksekutif di ‘tangan’ Sarawak, Pelabuhan Bintulu akan berkembang mengikut keperluan dan aspirasi rakyat Sarawak sekali gus memperkukuhkan kedaulatan dan kemajuan ekonomi Sarawak dan Malaysia. Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 7:10 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Sebagai Wakil Rakyat Sarawak, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

final • 7:16 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan komitmen beliau telah mengumumkan proses rundingan dan penyerahan Pelabuhan Bintulu dalam Belanjawan 2024, Oktober yang lalu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan terutama sekali Kementerian Pengangkutan dalam melaksanakan langkah merealisasikan janji tersebut.

Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Premier Sarawak kerana telah mengambil inisiatif berterusan untuk memulakan proses rundingan yang telah memuktamadkan MoU pengambilalihan yang ditandatangani pada bulan Mac 2024 bagi merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Puan Yang di-Pertua, saya ada empat justifikasi untuk kita menyokong RUU ini.

Pertama, kita lihat pada sejarah Pelabuhan Bintulu. Bermula pada tahun 1969 dengan penemuan rizab gas asli dan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan Bintulu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk membiayai pembinaan pelabuhan laut dalam di Bintulu untuk eksport LNG kerana eksport LNG dianggap sebagai penyumbang penting pertukaran asing bagi Malaysia.

Untuk itu, Parlimen telah meluluskan Declaration of an Area in Bintulu District to be a Federal Port Act 1979 dan seterusnya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan Pelabuhan Bintulu sebagai sebuah Pelabuhan Persekutuan atau Federal Port tanpa permohonan Dewan Undangan Negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Artikel 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Justifikasi yang kedua. Kita melihat pada Pelabuhan Bintulu adalah hak Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Item 15 Senarai IIA Perlembagaan Persekutuan, pelabuhan dan pangkalan, kecuali yang diisytiharkan sebagai Pelabuhan Persekutuan, adalah di bawah kuasa legislatif negeri Sabah dan Sarawak. Tiada pelabuhan milik Kerajaan Persekutuan di Sarawak semasa Sarawak menyertai Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang mana semua pelabuhan di Sarawak pada masa itu adalah ditubuhkan di bawah Port Ordinance 1961. Selain itu juga, menurut cadangan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962, kuasa legislatif dan eksekutif ke atas pelabuhan dan pangkalan di Sarawak adalah milik negeri. Sebab itulah Item 15 dari Senarai IIA dimasukkan ke dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

final • 7:16 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Justifikasi yang ketiga. Pembangunan Pelabuhan Bintulu harus bersekali dengan pelabuhan-pelabuhan lain di negeri Sarawak. Walaupun pelabuhan tersebut dibiayai dengan dana dari Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi keperluan eksport LNG, suka citanya objektif ini telah pun tercapai dengan pulangan balik modal berserta keuntungan.

Pelabuhan Bintulu kini berfungsi untuk kawasan pembangunan yang luas di darat dan di luar pesisir yang merangkumi pelbagai industri meliputi Miri dan Bintulu. Adalah penting bagi Pelabuhan Bintulu dibangunkan seiring dengan pertumbuhan dan keperluan kawasan pedalaman bersekali dengan jajaran pembangunan yang dirancang.

Pelabuhan Bintulu dijangka akan berkembang dan maju sebagai salah satu daripada kluster Pelabuhan Sarawak yang akan dikawal oleh Lembaga Pelabuhan Sarawak yang telah ditubuhkan di bawah Ordinan Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada bulan Mei tahun ini.

Atas sebab itulah amat penting bagi Pelabuhan Bintulu diserahkan kepada Kerajaan Sarawak untuk memudahkan koordinasi perancangan pembangunan dan melengkapkan ekosistem ekonomi Sarawak.

Terakhir keempat, Pelabuhan Bintulu untuk rakyat Sarawak. Penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak adalah keputusan bijak untuk meningkatkan aktiviti

final • 7:20 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

ekonomi di negeri Sarawak, mengintegrasikan semua pelabuhan di bawah pelan induk dan memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi. Di bawah pelan induk tersebut, integrasi Pelabuhan Bintulu dengan pelabuhan lain di Sarawak akan membentuk satu kluster pelabuhan yang memudahkan pihak berkuasa untuk mengawal selia, menyelaras dan mengkoordinasikan pengurusan operasi, perancangan dan pembangunan semua pelabuhan di Sarawak.

RUU ini juga mengharmonikan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak kerana MA63 dilaksanakan sebagaimana perjanjian.

Perkongsian hasil juga dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sarawak dan Malaysia kerana pemegang saham utama Bintulu Port Holdings Berhad adalah masih gabungan antara Kerajaan Negeri Sarawak dan badan-badan yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, justifikasi-justifikasi yang telah saya sebutkan tadi adalah sebab mengapa perlunya Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawah akta itu dibubarkan. Ia adalah selari dengan Perjanjian MA63 dan mengambil teladan dan cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962 serta menurut luhur Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan di atas.

Paling penting, penyerahan ini juga bermakna mengembalikan hak rakyat Sarawak dan seterusnya menikmati hasil dari Pelabuhan Bintulu dan pembangunan yang sedang berjalan kini.

Dengan itu, saya mohon menyokong dan memohon Ahli-ahli Yang Berhormat juga turut serta menyokong RUU pembubaran bagi menukar status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Sarawak. Ia akan menjadi langkah pengharmonian penting antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Izinkan saya mengakhiri dengan serangkap pantun...

Hati di Sarawak badan di Semenanjung, Bintulu Port yang kami sanjung; Hasrat hati nak bawa balik kampung, Agar dapat berkongsi untung. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 7:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Salam sejahtera dan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua Speaker dan juga semua- rakan-rakan yang masih bertahan sampai ke akhir sesi pada hari ini.

Terima kasih banyak-banyak kerana memberi sokongan kepada rang undang- undang yang bakal kita bubarkan. Jadi, terima kasih juga kepada rakan-rakan PN- PN sokong. Terima kasih banyak.

Jadi, saya ingin memberi pandangan di mana sekiranya pembubaran ini berlaku, sudah semestinya kita ada satu sistem yang lebih sistematik, di mana setiap pelabuhan- pelabuhan di negeri Lebuh raya akan diletakkan di bawah satu payung. Payung ini boleh mempunyai ekonomi bidangan, economics of scale, di mana daripada segi aspek kewangan, human capital dan sebagainya.

Mereka juga boleh menyelaraskan tarif-tarif pelabuhan dan yuran-yuran pelabuhan dan juga caj-caj yang dikenakan. Sebab sekarang ini kalau Bintulu Port mengenakan caj yang rendah, dia sudah semestinya akan secara tidak langsung

final • 7:23 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

membunuh pelabuhan-pelabuhan lain yang berada di Sarawak. Ini tidak mendatangkan kebaikan kepada negeri. Sudah semestinya sebagai kerajaan negeri yang pragmatik dan prihatin, sudah semestinya kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak memikirkan perkara ini untuk kebaikan rakyat Sarawak semua dan untuk pemain-pemain industri supaya negeri Sarawak kita terus maju dan makmur.

Bayangkan kalau kita mempunyai sistem pengangkutan yang efisien dari Lebuhraya Pesisiran Pantai kita efisien, Lebuhraya Pan Borneo kita ada dan segala jalan- jalan, feeder road kita baik. Kita mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang baik. Sudah semestinya pelabur juga akan datang. Kalau pelabur datang ke negeri Sarawak, sudah semestinya dia akan membuat keuntungan bukan sahaja kepada negeri Sarawak, tetapi juga kepada negara Malaysia. Jadi, apakah yang perlu kita ragukan? Jangan kita ragukan impian dan cita-cita murni kami ini.

Jadi, saya berharap rakan-rakan di sebelah Pembangkang ataupun Kerajaan, kita sama- sama membawa dan mendukung dan membantu di antara satu dengan yang lain untuk kita sama-sama berjaya dan membawa negara dan juga negeri kita ke satu persada yang lebih tinggi.

Ini juga amat sejajar dengan pembangunan- strategi pembangunan pasca COVID-19 untuk negeri Sarawak. Di mana antara tujuh pemangkin, enablers adalah:

(i) transformasi digital- digital transformation;

(ii) inovasi;

(iii) pendidikan dan pembangunan sumber manusia;

(iv) infrastruktur asas- basic infrastructure;

(v) utilities;

(vi) transportation; dan

(vii) renewable energy. Di mana dalam komponen transportation itu, bayangkan kalau ketujuh-tujuh enablers ini bergerak seiring, sejalan dan begitu efisien, tidak ada yang boleh menghentikan negeri Sarawak tercinta ini untuk maju dan makmur. Itulah hasrat kami.

Kami tidak menidakkan hak-hak negeri lain. Kami tidak merompak dan tidak menidakkan hak-hak negara dan negeri lain yang berada di dalam Malaysia, tetapi kami cuma memohon apa yang kami berikan dan kami meminta hak kami.

Oleh itu, saya memohon kepada semua- rakan-rakan- hari ini kita akan bakal mencipta sejarah. Nama-nama kita yang memberikan sokongan pada hari ini akan dikenang sepanjang zaman. Maka, saya merayu kepada anda semua untuk memberi sokongan kepada pembubaran rang undang-undang ini untuk kita mengorak langkah ke depan.

Saya juga memohon kepada saudara Yang Berhormat Stampin- sebenarnya saya tahu Timbalan Premier telah menggunakan saluran yang cukup halus untuk meminta bantuan pembayaran dibuat, tetapi they are also human beings. Sometimes, tersalah cakap. Jadi, tak payahlah kita bergaduh dalam Dewan ini. Kita sama-sama Kerajaan Persekutuan.

Saya saksikan, ada di dalam Dewan ini, kita MCA tembak DAP, DAP tembak MCA.

SUPP tembak DAP dan macam-macam. *We should reflect the good governance and the good behaviour...

[Tepuk] I was there during the last term. I was called traitor when there is not even a law that says I’m guilty. Today, even there is a law, Anti-Hopping Party, this kind of things still happen...

[Tepuk] So, why is it like this? People are laughing at us*. We are all Parliamentarian.

final • 7:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 7:23 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, saya mintalah, tak payah kita bergaduh. Saya mohon hari ini...

final • 7:23 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Setuju, setuju.

final • 7:23 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Kita kerjasama, kita sokong RUU ini dibubarkan.

Dengan itu, sekian terima kasih. Tuhan berkati. Semoga rang undang-undang ini diluluskan dengan segera dan saya ucapkan terima kasih kepada semua. Puncak Borneo mohon menyokong.

final • 7:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo.

Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 10 minit, cukup?

final • 7:23 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Ya, cukup. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, yang juga semasa penggulungan ini juga dipengerusikan oleh Puan Yang di-Pertua, dari Sarawak ya.

Saya yakin semua Ahli Yang Berhormat akan menyokong rang undang-undang ini. Tidak pasti mungkin Arau sajalah- saya tak tau, Arau setuju atau tidak.

final • 7:29 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami- semua menyokong. Tak ada masalah. Yang bergaduh sesama you all. Kami tak ada masalah.

final • 7:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ramai tak hadir pun.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“PN Best” ya, “PN Best”... [Dewan riuh]

final • 7:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Okey, terima kasih Arau. Okey, terima kasih kepada lima Ahli Parlimen yang membahaskan rang undang-undang ini iaitu Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Puncak Borneo.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Betong kerana ucapan Yang Berhormat Betong sebenarnya telah menjawab segala pun persoalan yang telah pun bangkitkan...

[Tepuk] Yang Berhormat Miri dengan Stampin ada bertanya berkenaan dengan hal pentadbiran Miri, bertanya berkenaan dengan hal ehwal pentadbiran dan badan kawal selia dan juga status konsesi yang akan dipegang oleh syarikat Bintulu Port Holdings Berhad.

Untuk makluman Yang Berhormat Miri, sebenarnya apa yang kita lakukan ini hanya untuk badan kawal selia. Ini perlu diperjelaskan dan perlu difahami bahawa badan kawal selia itu akan menjadi pelabuhan di bawah kerajaan negeri ataupun state port, tetapi daripada segi pengoperasian pelabuhan ini, ia memang akan diteruskan oleh Bintulu Port Holdings Berhad yang merupakan satu- syarikat yang tersenarai, yang dipunyai kepentingannya oleh Kerajaan Persekutuan melalui PETRONAS dan juga oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Jadi daripada segi pegangan ekuiti itu tidak berubah. Ini juga menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Stampin daripada segi pelepasan saham. Tidak ada timbul soal bahawa Kerajaan Persekutuan melepaskan saham dalam Bintulu Port sebab Bintulu Port itu adalah concession holder. Mereka mengoperasikan pelabuhan itu. Apa yang kita buat

final • 7:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

di sini ialah untuk serahkan Lembaga Pelabuhan itu kepada state authority ataupun Lembaga Pelabuhan di peringkat negeri.

Jadi daripada segi kawal selia, perundangan, peraturan, daripada segi caj dan sebagainya memang akan ditentukan hala tujunya oleh Lembaga Pelabuhan di peringkat negeri ataupun Lembaga Pelabuhan Sarawak, tetapi daripada segi pengoperasiannya, akan diteruskan oleh Bintulu Port. Jadi ini saya rasa tidak timbul kekeliruan. Saya harap semua pihak faham, daripada segi operasinya memang tidak ada perubahan dan status quo dan sudah tentu selepas badan kawal selia ini ditukar milik maka daripada segi concession itu memang perlulah diselaraskan juga supaya ia ada diterjemahkan dalam bentuk kawal selia di bawah negeri.

Keduanya berkenaan dengan daripada segi kebajikan pekerja-pekerja ataupun staf di bawah Lembaga Pelabuhan Bintulu, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu ini. Memang kita pertahankan kebajikan kakitangan-kakitangan Lembaga Pelabuhan Bintulu yang bilangannya tak begitu ramai pun. Seperti yang telah saya katakan, dalam 100 lebih sahaja kalau termasuk pekerja- pekerja kontrak pun. Jadi perjawatannya hanya 88 kalau tak silap saya.

Jadi apa yang kita telah syaratkan semasa perundingan dengan kerajaan Sarawak ialah supaya apabila Lembaga Pelabuhan ini diserahkan kepada negeri, ia mesti diserapkan juga kakitangan-kakitangan ini di bawah negeri supaya apabila ditukar milik badan kawal selia ini, kakitangan ini akan terus melaksanakan tanggungjawab mereka, melaksanakan tugas mereka dengan terma-terma supaya struktur gaji dan elaun juga yang mereka terima sekarang ini tetap sama diberikan.

Ini syarat yang diletakkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya dapat kita muktamadkan dan dapat kita pertahankan kebajikan untuk kakitangan Lembaga Pelabuhan Bintulu kerana mereka juga bimbang sebab dari exercise ini adakah kebajikan mereka dikekalkan. Ini satu janji yang telah pun kita berikan kepada kakitangan-kakitangan kita supaya mereka mendapat layanan not less favourable ataupun apa yang mereka terima sekarang ini akan kekal.

Jadi saya haraplah Ahli-ahli Yang Berhormat juga akan menyokong usaha ini dan saya yakin bahawa kerajaan Sarawak juga akan bersetuju walaupun kita belum muktamadkan lagi perkara ini dan memang daripada segi rundingan, daripada segi pentadbiran akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan dirundingkan dan perkara ini memang perkara pokok yang perlu kita bersetuju bersama. Saya yakin ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan kebajikan dan juga kedudukan kakitangan-kakitangan kekal ataupun tetap di Lembaga Pelabuhan Bintulu ini dapat dipertahankan.

Jadi saya rasa ini perkara yang penting yang perlu dijawab di dalam Dewan yang mulia ini. Yang lain-lain saya rasa semuanya menyokong. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Stampin yang memberikan sokongan kerana memanglah Yang Berhormat Stampin perlu sokonglah rang undang-undang ini sebab ini dibawa oleh Setiausaha Agung parti dia...

final • 7:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew Fook

Tetapi saya juga yakin bahawa Yang Berhormat Stampin memang konsisten untuk menyokong segala usaha untuk menurunkan autonomi pada Sarawak.

Memang ini konsisten dengan perjuangan beliau untuk memperjuangkan autonomi untuk Sarawak dan rakyat Sarawak. Memang perkara ini saya rasa kita sama- sama menyokong usaha itu. Lain-lain itu saya rasa tak perlu dijawab. Ada yang luar tajuk dan sebagainya. Itu perkara kita boleh bereskan dekat luar.

Saya ingin mengambil peluang ini secara kesimpulannya untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah pun memberikan komitmen dan sokongan kepada usaha ini. Juga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II yang menyelaraskan Perjanjian Malaysia 1963. Banyak perundingan dan perbincangan juga di peringkat MA63 yang dipengerusikan oleh beliau.

final • 7:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas, juga kepada pegawai- pegawai Kementerian Pengangkutan khususnya Bahagian Maritim dan juga Penasihat Undang-undang yang telah pun berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tugasan ini dalam satu kadar masa yang cukup terhad kerana exercise ini tak mudah. Ia melibatkan banyak perkara tetapi komitmen daripada pegawai-pegawai amat tinggi dalam perkara ini untuk menyelesaikan segala isu dan supaya kita dapat bawa rang undang- undang ini.

Rang undang-undang ini untuk makluman hanya dibawa ke Kabinet minggu lepas.

Sempat dibawa ke Kabinet minggu lepas pada Jumaat dan sejurus selepas Jemaah Menteri meluluskan kedua-dua rang undang-undang ini, saya dapatkan komitmen daripada PUU, terus hantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kita cetak blue bill dan dibentangkan pada semalam. Dalam tempoh masa 24 jam, kita bentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dan diluluskan pada hari ini...

[Tepuk] Jadi saya ucapkan terima kasih juga kepada pihak Jabatan Peguam Negara yang telah pun memberikan kerjasama yang cukup baik untuk kita laksanakan tugasan ini dan juga meluluskan dua rang undang-undang ini.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat dari Sarawak yang telah membahaskan rang undang-undang ini dan memberikan sokongan dan ini merupakan satu bukti bahawa apabila kita bekerjasama, kita menjalinkan kerjasama yang erat, yang jujur, yang ikhlas, banyak pencapaian yang boleh kita capai.

Saya yakin bahawa ini antara pencapaian dalam Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan yang telah kita buktikan pada hari ini. Banyak lagi pencapaian yang saya yakin akan dapat kita capai dalam masa akan datang supaya kita terus mempertahankan kestabilan politik yang ada pada hari ini dan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan kita harap banyak lagi kejayaan yang akan dapat kita peroleh untuk negara kita supaya rakyat Malaysia akan terus maju ke hadapan. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...

[Tepuk]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah) dan diluluskan]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 18 Julai 2024.

final • 7:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.41 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026