Jul162024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat-Yang Berhormat, bagi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, saya mulakan dengan mempersilakan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Yang Berhormat Semporna.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta

final • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya menyatakan mengenai Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah

(a) apakah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kepada pihak kontraktor bagi memastikan pembinaan lebuh raya ini tidak menjadi punca kepada kejadian bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh; dan

(b) berapakah kos bagi pampasan tanah bagi Fasa 1B dan adakah kesemua pampasan telah diselesaikan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.

final • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Semporna. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Semporna, daripada keseluruhan 35 buah pakej kerja bagi Fasa 1 Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Sabah, sebanyak empat buah pakej kerja telah pun berjaya disiapkan dan dibuka untuk pengguna jalan raya. Manakala, baki 15 buah pakej kerja sedang di peringkat pembinaan dan 16 buah pakej kerja di peringkat perolehan. Surat setuju terima atau SST kepada kontraktor berjaya bagi kesemua 16 buah pakej kerja dalam perolehan dijadualkan dapat dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2024 ini.

Merujuk kepada pembinaan Projek LPB Sabah, reka bentuk jalan telah mengambil kira kesesuaian bentuk muka bumi, sistem perparitan dan saliran serta kadar taburan hujan di right of way (RoW) jalan Persekutuan. Penentuan kriteria, spesifikasi dan

final • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

piawaian yang diguna pakai adalah berdasarkan kepada penelitian bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ya di peringkat awal reka bentuk dan dimuktamadkan melalui Makmal Pengurusan Nilai, bersama kementerian dan agensi Persekutuan dan negeri Sabah.

Bagi- begitu juga apabila berlaku sebarang insiden tanah runtuh atau banjir di sepanjang kawasan pembinaan Projek LPB Sabah, pihak JKR bersama-sama dengan JPS dan pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan kesan yang lebih teruk, buruk kepada masyarakat setempat. Ini termasuklah menambah baik sistem saliran sedia ada di dalam sempadan kerja Projek LPB Sabah. Contohnya, menyediakan pembetung tambahan serta menaik taraf aliran sungai yang terlibat, sekiranya diperlukan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, standard operation procedure (SOP) pembinaan yang baik turut diterapkan kepada pihak kontraktor yang melaksanakan kerja- kerja di tapak bagi memastikan pelaksanaan Projek LPB Sabah ini berjaya mencapai objektif dan kualiti yang disasarkan. Sebelum memulakan sebarang kerja, pihak kontraktor perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu dan semasa kerja-kerja tersebut dilaksanakan.

Seterusnya, pihak JKR Sabah bersama-sama dengan konsultan yang dilantik akan sentiasa memantau dan membuat pemeriksaan dari masa-ke semasa bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor mematuhi skop dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Selain itu, flood simulation juga telah dibuat di kawasan berisiko tinggi dan hasil mendapati bahawa pembinaan Projek LPB Sabah ini tidak memberi kesan yang signifikan kepada kawasan-kawasan terbabit. Jadi, antara punca utama insiden banjir yang telah dikenal pasti, termasuklah taburan hujan luar biasa daripada taburan hujan purata, yang menyebabkan sungai berhampiran tidak mampu menampung kapasiti hujan yang luar biasa dan sistem perparitan di luar right of way jalan persekutuan yang kurang sempurna.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah flood prone area, sebelum kerja-kerja naik taraf jalan dan pembinaan Projek LPB Sabah bermula lagi.

Walau bagaimanapun, JKR Sabah dengan kerjasama pihak konsultan, pihak JPS dan PBT akan terus memantau dari semasa ke semasa, serta bersedia untuk berbincang dan meneliti sebarang cadangan penambahbaikan di kawasan yang terkesan dengan banjir atau tanah runtuh, bagi mengelakkan kejadian tersebut terus berulang. Kementerian ini bersama-sama pihak JKR juga sentiasa komited dalam memastikan semua jalan persekutuan serta aset di bawah tanggungjawab kementerian ini sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Semporna, proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek LPB Sabah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah, menerusi Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU). Jadi, proses tersebut dilaksanakan berdasarkan pelan pengambilan tanah ataupun land acquisition plan, seiring dengan keperluan semasa proses pembinaan.

Jadi, sehingga kini, anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B adalah berjumlah RM1.2 bilion. Proses penyaluran peruntukan pembayaran pampasan tanah dan pewartaan secara berperingkat, kini sedang giat dilaksanakan, terutamanya di jajaran Serusop ke Simpang Mengayau.

final • 10:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, kementerian ini komited untuk memastikan projek ini dilaksanakan mengikut perancangan menambah baik jaringan infrastruktur Jalan Raya Persekutuan di Sabah.

Projek LPV Sabah adalah projek berimpak tinggi yang merupakan projek keutamaan kementerian ini di mana projek ini dapat memberikan manfaat sepenuhnya, sekali gus menjadi pemangkin lonjakan baharu kepada demografi sosioekonomi rakyat Sabah.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Semporna. Soalan tambahan. Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan yang saya bangkitkan. Setelah mendengar penjelasan, terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Cuma, saya ingin mencadangkan dan juga ada soalan kedua.

Pertama ini, saya ingat kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya boleh temankan dia lawat ke kawasan-kawasan Penampang dan juga di Sepanggar yang baru- baru ini kena banjir. Soalan dia, apabila saya buat lawatan Dato’ Speaker, laluan sungai itu, dah ditutup dah di Penampang itu. Saya ingat Menteri Kerja Raya ada sini pun.

Saya sendiri nampak. Pan Borneo yang dibina ke laluan itu, maka itu, kita harus mindful keadaan cuaca yang semakin berubah, hujan akan turun lebih besar seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, tapi malangnya, there is no rectification dengan izin, on how to not only deepen the river, widen the river alternatively even build the bridge. Kadang-kadang itu, itu yang saya minta supaya Yang Berhormat lihat dengan secara teliti di dalam keadaan apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Penampang was very bad condition dia. Satu di Sepanggar itu, Kionsom area. Di situ juga ada hubung kait dengan pembinaan Pan Borneo.

Soalan yang kedua, iaitu pakej yang tadi itu, soalan pertama itu, saya tahu beberapa buah pakej. Dia ada empat yang dah siap. Cuma yang ke-15, 16 ini masih ongoing. Walaupun ia berjalan, tapi Yang Berhormat teliti syarikat-syarikat yang telah melaksanakan pakej dahulu dan sekarang, soalan kedua, yang telah dilakukan Pre-Q yang saya soal kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dahulu pun.

Saya beritahu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya sokong sistem Pre-Q dan open tender, tapi apabila saya teliti secara mendalam di mana Pre-Q, sejumlah 194 buah syarikat yang telah menyertai Pre-Q. Dari 194 buah syarikat yang menyertai, yang telah lulus, 113 ya, yang telah lulus untuk Pre-Q ini, tapi malangnya saya difahamkan bahawa syarikat-syarikat ini tidak ada open tender. Ia selected kepada empat buah pakej yang ada.

Pakej pertama, A, 300 juta nilai dia. Pakej B, 300 hingga 500 juta ya. Pakej C dari 500 sehingga satu bilion. Pakej D, 1 bilion above and this is the package. Masalahnya bila JKR, saya ingat Menteri dia ada sini, open tender dia cakap, tapi before open tender is opened, they already select the company. Syarikat itu dinasihatkan, dimaklumkan, please masuk pakej ini- A, B, C, D.

It doesn’t, it doesn’t- It’s not open tender Yang Berhormat. Saya ingat kita kena belajar daripada kesilapan apa yang berlaku. Berbilion-bilion duit yang ada, rakyat punya dan tertangguh projek ini Dato’ Speaker. Minta maaf, ini panjang sikit, fasal ini perkara yang cukup penting. Saya tak mahu nanti berulang-berulang, kesilapan demi kesilapan.

Ada di antara syarikat- saya tahu. Mungkin bukan nama mereka ya. Tapi, menggunakan syarikat yang lain untuk tender. Ada satu- syarikat, the owner, I know them. Tiga projek Pan Borneo yang dia dapat. Di Lahad Datu, di Sandakan, sebut, I think you know the company. I don’t want to mention that, tapi I’m very thorough on this Yang Berhormat. I know you know me how I do my job. Saya, I’m very thorough, tapi yang penting kepada kita, saya minta supaya kalau boleh, itu telah disebut, dijanjikan open tender from Pre-Q sampai penghujung, tapi nampaknya penghujung itu, selepas Pre-Q 113, it’s a selective tender. Can we redo tender again? Please, because kita nak kan, supaya ada syarikat-syarikat, dia nak tender Pakej A, Pakej B, Pakej C *but they can’t.

Because* kementerian JKR Sabah telah pun hantar surat kepada mereka beberapa...

[Tidak jelas] 15, 17 itu untuk mereka mesti masuk sana. Terima kasih banyak Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab dari belakang- dululah. Yang tadi jemputan daripada Yang Berhormat Semporna, memang saya dah rancang pun untuk pergi ke Sabah. Pada 28 saya akan sampai di Tawau, sebab 29 keesokan harinya ada satu- majlis penyerahan, satu projek hospital yang telah siap dibina dan saya berharap melihat kepada adanya pesawat nanti dari Tawau ke Kota Kinabalu, 29 petang itu dan saya berhasrat untuk berjumpa dengan JKR, kementerian JKR Sabah untuk ada taklimat.

Tadi pun saya sebelum sesi ini bermula, dah bincang dengan Yang Berhormat Menteri JKR Sarawak, Sabah dan lepas itu akan turun ke tapaklah, di lapangan yang tersebut iaitu di Penampang dan mungkin juga saya akan turun ke Sipitang. Sebab saya difahamkan di situ ada masalah juga. Nanti, terpulang kepada apa kita dapat masa kita.

Jadi, saya akan turun ya dalam masa dua minggulah. Tak sampai dua minggu. Itu satu.

Tentang mana yang apa kontraktor. Kita pastikan proses memang pada peringkat awal untuk kita mengelakkan apa terlalu terbuka. Sebab kalau terlalu terbuka, dia mungkin prinsipnya bagus, kena competitive bidding, tapi kita juga berpengalaman. Kalau terlalu terbuka, tanpa Pre-Q ya. Pre-Q ini penting sebab itu kita buat Pre-Q secara Pre-Qualified. Kalau terlalu terbuka akan ada manipulasi ya, di mana syarikat yang tidak berkemampuan, tidak berkelayakan masuk tender dan dia buat freak bidding nanti.

Jadi, kita bermasalah nak memilih siapa yang sepatutnya mendapat. Jadi, Pre-Q, kita jalankan Pre-Q dengan terbaik. Jadi, memang kita di peringkat KKR, kita serah kepada KKR Sabah dan JKR Sabah untuk buat. Peringkat awalnya, mereka buat tender terbuka di antara syarikat-syarikat yang disebut tadi ya untuk buat tender dalam kalangan mereka sendiri. Jadi, kalau disebut seolah-olah macam mereka ini sudah diatur, tapi mungkin ini juga kerana di Sabah memang berpengetahuan di manakah kemampuan syarikat-syarikat sebab kita ini nak pastikan. KKR nak, kami nak pastikan kita tidak mengulang masalah di mana kontraktor yang dilantik kerana tender, macam sekarang 1A ini, ada masalah kewangan.

Ada masalah macam-macam, tapi Pre-Q itu, sudah menyelesaikan isu itu, tapi lagipun kita buat- okey, mungkin tuan-tuan boleh tender di sebahagian ini. 300, had 500, terbuka kepada yang besar terus. 1 bilion lebih itu. Jadi, ini proseslah Yang Berhormat.

Kami yakin proses ini akan membantu kita memilih yang terbaiklah, kita berharap supaya sepertimana teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah. Janganlah kita mengulangi- kawan saya, Kota Belud ini, memang kita ambil tahu.

Juga, Kinabatangan. Kita tak nak mengulangi apa orang kata, kita melantik yang tidak mampu, yang tidak berkelayakan. Saya berharap dengan sistem yang kita guna sekali ini memang kita boleh pastikan. Saya yakin Yang Berhormat. Sebab itu kita guna sistem ini, ya.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Sebenarnya persoalan yang saya bangkitkan, pertama itu seperti yang saya nyatakan. Kalau ia, saya sokong Pre-Q. 100 percent. No problem. Ya. Open tender, I support fully 100 percent. Cuma, masalah dia, bila kita tengok stage, the second stage itu, second stage. I know apa Yang Berhormat katakan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Semporna.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Kebimbangan daripada segi kualiti projek, daripada kualiti kontrak. Masalah dia, pengalaman saya, ya, pengalaman di peringkat bawah...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Semporna...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Kontraktor yang dilantik, yang dicadangkan untuk pakej-pakej ini ialah kontraktor kemungkinan dari Keningau. Kementerian, ask them. Tender pakej di Lahad Datu.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Semporna.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Jadi, ini- Saya minta Dato’ Speaker kalau dapat di...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tidak beri laluan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Peruntukkan supaya recall back. Kalau tidak saya ingat ini akan berulang ini. Kesilapan yang dahulu.

final • 10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang di-Pertua, sekarang kita di peringkat, kita telah di peringkat kementerian KKR. Dah lalui minggu lepas iaitu proses Lembaga Perolehan (LP) dan langkah satu lagi apa kita dah senaraikan nanti akan kita hantar kepada Kementerian kewangan dan di situ juga Kementerian Kewangan akan melihat dari sudut viewpoint mereka lah. Siapa yang layak. Jadi, ini prosesnya, Tuan Yang di-Pertua, saya terangkan di sini.

final • 10:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, dengan masalah-masalah di lokasi-lokasi tertentu, saya akan berhubung dengan Yang Berhormat Semporna dan juga mungkin Yang Berhormat yang lain boleh membantu sebelum saya pergi ke Sabah di mana seharusnya kita buat tumpuan kepada lawatan itu nanti.

final • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sebab, saya faham bukan sekadar di Penampang. Banjir itu, Yang Berhormat, saya ingin menyatakan di sini, saya akan berhubung dengan- suruh pegawai saya untuk bersama dengan jabatan JPS untuk kita bersama membuat kajian, sama ada benar tidak, banjir ini kerana projek Pan Borneo ya.

Kalau benar, apa sepatutnya langkah untuk kita menyelesaikan masalah supaya banjir ini tidak akan berlaku lagi. Sebab, banjir ini, JPS dan juga- kerana dikatakan puncanya juga kerana Pan Borneo. Jadi, KKR ambil langkah sebagai- kami bersama akan buat kajian, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kapar.

final • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Sebelum saya baca soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bersama-sama dengan kita pada pagi ini...

[Tepuk] Terima kasih.

Mengenai SOP. Beberapa kes insiden melibatkan pembinaan lebuh raya di laluan awam menjadi seperti laluan maut sehingga ada kenderaan pengguna dihempap runtuhan pembinaan, kren dan sebagainya. Seperti yang berlaku di pembinaan Lebuhraya SUKE.

Oleh itu, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperkemaskan SOP khusus aspek keselamatan bagi projek pembinaan berhampiran dengan laluan awam? Ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius dan kehilangan nyawa pengguna.

Keduanya, selain itu, adakah pihak kerajaan bersedia untuk pastikan laporan siasatan berhubung insiden yang meragut nyawa pengguna didedahkan kepada umum?

Kerana, ia membabitkan kepentingan ramai, selain kontraktor binaan lain turut mempelajari kelemahan yang berlaku dan supaya ia tidak berulang. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

SOP ini memang sudah ditetapkan, tetapi kita sentiasa melihat kalau ada keperluan untuk ditambah baik. Jadi, itu tidak ada masalah, Yang Berhormat. Kita akan

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

sentiasa berusaha untuk menyesuaikan SOP ini supaya SOP ini benar-benar memberi impak untuk kita mengelakkan kesan buruk kepada proses ataupun pelaksanaan mana- mana projek.

SOP ini lah satu garis panduan supaya kita menggunakan cara yang terbaik.

Sebab itu ia dinamik. Ia bukan mati situ sahaja, ia bukan statik. Jadi, kalau Yang Berhormat ada cadangan, kemukakan kepada kami. Mungkin kita boleh lihat kalau itu boleh diambil sebagai penambahbaikan proses SOP kita.

Yang satu lagi, kalau ada kejadian, apakah laporan ini akan didedahkan kepada umum? Kita melihat kepada apa skalanya. Kalau ia terlalu jelas, ia kecil, kerosakannya tidak begitu, mungkin kita tak perlu, tapi kalau ada yang meragut nyawa dan sebagainya, yang berskala besar, mungkin itu tanggungjawab kita untuk kita mendedahkan kajian ataupun apa-apa dapatan daripada kajian kita. Ataupun siasatan kita kepada kes itu perlulah mungkin, it is a moral obligation, untuk kita maklumkan kepada awam. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang berikutnya. Dipersilakan Tuan Kalam bin Salan, Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 10:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 2.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk jawapan.

final • 10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Soalan tak dibaca? Soalan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, MQT kena baca. Lupa.

final • 10:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya terikut soalan yang pertama tadi tak baca...

[Ketawa]

final • 10:20 AM

2. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apa perancangan khusus Kementerian berhubung cadangan untuk membawa masuk tenaga pengajar bahasa Inggeris dari Singapura ke negara kita yang diumumkan baru- baru ini serta langkah untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran serta latihan untuk Guru Bahasa Inggeris tempatan.

final • 10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia prihatin dan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk terus memantapkan keupayaan guru bahasa Inggeris dalam melaksanakan pedagogi bermakna yang memanfaatkan pembelajaran murid dalam bahasa Inggeris.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil perbincangan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama-sama Perdana Menteri Singapura baru-baru ini mencadangkan agar diwujudkan skim bantuan atau sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi antara dua buah negara dan dibiayai oleh Kerajaan Singapura. Skim ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar, pinggir bandar dan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

KPM menyambut baik dan sedang meneliti cadangan sukarelawan ini terutama dari sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM agar perkara ini selari dengan dasar dan peraturan sedia ada. KPM juga akan mengenal pasti sukarelawan yang mempunyai kelayakan tertentu bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. Inisiatif seperti ini pernah dilaksanakan oleh KPM dengan melibatkan tenaga pengajar dari negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Korea.

final • 10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris, KPM melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pembangunan profesionalisme untuk guru yang mengajar bahasa Inggeris. Antaranya, kursus English for Preschool Teachers untuk guru prasekolah di bawah KPM. Program EPT ini telah diperluaskan kepada guru prasekolah daripada agensi lain seperti KEMAS dan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional.

Selain itu, KPM melaksanakan program Professional Upskilling of English Language Teachers bertujuan memastikan semua guru bahasa Inggeris di semua institusi pendidikan KPM mencapai tahap minimum C1 dalam Common European Framework of Reference for Languages. Guru yang belum mencapai tahap C1 perlu mengambil ujian penguasaan bahasa Inggeris mulai tahun 2019.

Di samping itu, KPM mewujudkan satu- pelantar latihan bahasa Inggeris Integrated Microlearning Programme with Robust Virtual Experience yang menawarkan kursus akses kendiri dalam talian untuk membantu pembangunan kemahiran dan pengetahuan Guru Bahasa Inggeris sebagai latihan dalam perkhidmatan secara berterusan.

Pada tahun 2024, KPM memperkenalkan Pelan Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai usaha untuk memperkasakan pendidikan bahasa Inggeris dan mengupayakan pedagogi berasaskan teknologi berdasarkan hala tuju Malaysia Madani.

Antara program yang dilaksanakan adalah seperti HIPMaX, Malaysian Folklore StoryFest, Critical Reading Strategies dan Oral Communication. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Reformasi Pendidikan 2024, sekolah pengajar diperkasakan sebagai satu- medium komuniti pembelajaran profesional yang bertujuan sebagai anjakan pembelajaran bermakna bagi pensyarah dan guru pelatih serta murid. Antara pengisian sekolah pengajar ialah program Sahabat Bahasa Inggeris.

Pemerkasaan sekolah pengajar ini berupaya membentuk insan sejahtera melalui nilai- nilai adab, santun komunikasi dan nilai perpaduan yang terkandung dalam pelaksanaan aktiviti PdP dan PLC. Selain itu, bagi memperkasakan pedagogi guru, KPM melaksanakan Program Guru Novis di bawah program Teach for Malaysia. KPM yakin inisiatif dan program yang dilaksanakan ini mampu memantapkan keupayaan Guru Bahasa Inggeris dalam PdP bagi meningkatkan kecekapan berbahasa semua murid di seluruh negara. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 10:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri dan saya suka memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu, “Mengadakan skim bantuan atau melantik seseorang sukarelawan yang dibayar oleh pemerintah Singapura untuk pergi ke kawasan miskin bandar, desa, pedalaman Sabah, Sarawak untuk mengajar bahasa Inggeris”.

Soalan saya. Siapakah yang akan memantau mereka menjalankan tugas sebagai guru bahasa Inggeris sukarelawan itu nanti? Adakah Kementerian Pendidikan melalui pegawai-pegawainya di Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan pentadbir sekolah akan memantau?

final • 10:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Dan mereka ini, guru-guru bahasa Inggeris sukarelawan dari Singapura ini, adakah juga terikat kepada peraturan-peraturan sepertimana guru-guru tempatan mengajar? Maksudnya, melibatkan diri dalam aktiviti yang di sekolah, termasuk di bawah Panitia Bahasa Inggeris ke, kerana sebelum ini ya, kita telah mengambil guru penutur jati di sekolah-sekolah untuk memperkasa pengajaran bahasa Inggeris, tetapi nampaknya guru penutur jati ini lebih kepada memantau, to observe guru-guru sahaja. Dia tidak masuk mengajar, jadi tak sampai kepada sasaran.

final • 10:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Kita hendak guru penutur jati dulu supaya murid-murid juga biasa bercakap bahasa Inggeris dengan mereka tetapi apa yang berlaku, guru penutur jati ini lebih suka belajar Bahasa Melayu pula. Dia macam rekreasi sahaja. Panitia pun tak ada kuasa nak menegur dia. Jadi, kita nak tanya ini, yang ini datang dalam keadaan sukarela. Sukarela ini, kalau suka, dia rela lah, kalau tak suka, dia tak relalah. Jadi, kita kena berhati-hati dalam hal ini. Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

final • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Timbalan Tan Sri Speaker dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Jawapan pendek saya Yang Berhormat, kepada semua persoalan Yang Berhormat itu, jawapannya ya lah, itu semua akan dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagaimana yang saya telah pun tegaskan dalam jawapan saya sebentar tadi Yang Berhormat, bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia, kita sambut baik dan kita akan teliti cadangan ini bagi memastikan semua- aspek-aspek yang terkait rapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu benar-benar dipantau kerana hasilnya itu yang kita mahu, Timbalan Speaker.

Hasilnya itu mesti mencapai apa yang kita hendak, sebagaimana hasrat perbincangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bersama Perdana Menteri Singapura untuk memastikan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita meningkat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya kepada Menteri. Ya, memang penting untuk demi daya saing negara, kita perlu menambah baik kefasihan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia. Saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk bekerjasama dengan Republik Singapura untuk mendapat sukarelawan dari sana ke Malaysia untuk mengajar bahasa Inggeris, tetapi pandangan peribadi saya Dato’, sebenarnya saya pun tak anggap orang Singapore fasih sangat dalam bahasa Inggeris pun. Malah, saya rasa kita banyak pakar. Lagi banyak orang di- yang juga fasih dalam bahasa Inggeris...

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Setuju, setuju.

final • 10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

So, bolehkah atau adakah kerajaan sebenarnya ada cuba engage atau carilah orang yang lebih fasih bahasa Inggeris di Malaysia? Contohnya, guru-guru yang bersara itu, kita ramai juga guru yang bersara, sekarang mereka pun tak ada kerja, kenapakah kita tak engage mereka? Bawalah mereka untuk ajar bahasa Inggeris. Singapura sukarelawan, okeylah kita terima, tapi jangan lupa orang Malaysia ya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

final • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Tebrau. Timbalan Yang di-Pertua, saya barangkali kalau boleh saya jawab begini. Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan, kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan, tidak ada masalah. Kerana ini sebenarnya telah pun berada dalam- sebenarnya penglibatan guru yang telah bersara ini telah pun banyak membantu dalam usaha KPM untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, Yang Berhormat.

Sebagai contoh, Program HIP Mentor yang telah diperkenalkan. Ini lah salah satu program yang kita jalankan bersama dengan guru yang telah bersara bagi membantu dalam menyediakan persekitaran bahasa Inggeris di sekolah melalui pelbagai pendekatan dan aktiviti bahasa Inggeris yang lebih menarik. Jadi, program ini membolehkan guru dan pensyarah bahasa Inggeris yang telah bersara, menyokong dan membantu dalam persekitaran bahasa Inggeris yang immersive di sekolah-sekolah, selaras dengan objektif kita untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Pesara yang terlibat digelar sebagai mentor. Penglibatan HIP Mentor adalah sebagai rakan gerak jangkau mewakili pihak committee yang menyumbang kepakaran

final • 10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

secara sukarela dalam membantu murid meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris secara lebih yakin dan menyeluruh. Jadi sebenarnya, tidak ada masalah untuk kita membuka ruang kepada pesara-pesara ini untuk bersama dengan kita dan menyumbang kepakaran mereka dan memberi cadangan-cadangan bagaimana untuk kita dapat menyediakan dan mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Tak ada masalah, Timbalan Speaker. Terima kasih. Assalamualaikum.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Speaker, boleh tanya sikit? Saya ada kemusykilan, Speaker. Saya nampak group kumpulan sebelah sana mengguna gelang putih besar, kecil, ada yang panjang... [Menunjukkan ke Blok Pembangkang] Ada musibah kah? Saya ada kemusykilan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Pertamanya, kalau ikut peraturan, nak diri, kena bangkitkan peraturan mana. Itu satu, tapi walau bagaimanapun, saya ambil maklum apa Yang Berhormat telah nyatakan. Ini pendirian saya ya, bukan pendirian Speaker. Selagi pakaian itu tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh peraturan Dewan, silakanlah..*.

[Tepuk]* Baik, itu keputusan saya.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, bagi pandangan mata Speaker, tidak salah lah?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tidak melanggar peraturan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Oh, tidak melanggar.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, terima kasih.

Bermakna, boleh jadi contohlah.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Speaker.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kinabatangan mahu satu? Saya dapat. Ada- mahu?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Kita beransur kepada aturan Mesyuarat ya. Saya mempersilakan Dato’ Mohd Isam...

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Speaker, saya mohon untuk mengalukan kedatangan. Boleh Yang Berhormat Speaker ya?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Baik, terima kasih Speaker.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk. Baik, saya teruskan dengan mempersilakan Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin untuk soalan yang ke-3.

final • 10:30 AM

3. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Kewangan menyatakan, keberkesanan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024, bilangan syarikat dan individu yang telah menyertainya serta nilai kutipan hasil yang berjaya diperoleh agar dapat dibelanjakan bagi tujuan kebaikan dan kebajikan rakyat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Menteri Kewangan untuk menjawab.

final • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Tampin. Dato’ Yang di-Pertua, Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 atau

final • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Voluntary Disclosure Programme (VDP) 2.0 merupakan inisiatif kerajaan yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2023 bagi tujuan memperluaskan jaringan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan seterusnya, meningkatkan kutipan hasil negara.

PKPS 2.0 telah dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan tawaran penalti pada kadar kosong peratus bagi pengakuan sukarela yang dibuat oleh individu dan syarikat dalam tempoh mulai 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. PKPS 2.0 di bawah LHDN memberi peluang kepada pembayar cukai baharu dan sedia ada untuk tampil secara sukarela bagi melaporkan pendapatan, pelupusan aset dan stamping document atau perjanjian yang telah disempurnakan, selaras dengan syarat yang ditetapkan.

PKPS 2.0 di bawah JKDM pula meliputi pengikraran sukarela ke atas cukai bertanggungan di bawah skop cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai barang dan perkhidmatan serta cukai pelancongan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Program ini telah memberi fasilitasi kepada pembayar cukai yang telah diluluskan penyertaannya untuk membuat bayaran secara sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

Sepanjang PKPS 2.0 berlangsung, permohonan yang diterima oleh LHDN dan JKDM menunjukkan sambutan yang menggalakkan daripada pembayar cukai. Sepanjang tempoh tersebut juga, LHDN telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan pengakuan sukarela yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain-lain kategori seperti pertubuhan.

Jumlah ini melibatkan taksiran cukai yang dilaporkan sebanyak RM1.29 bilion.

Jumlah taksiran yang dibangkitkan didapati telah melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion. Daripada jumlah taksiran tersebut, sebanyak RM512.6 juta telah berjaya dikutip. JKDM pula telah menerima sebanyak 1,542 permohonan pengakuan sukarela daripada pembayar cukai individu dan syarikat dengan jumlah cukai yang diikrarkan sebanyak RM229 juta.

final • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Jumlah ini juga telah melebihi sasaran yang dijangka iaitu sebanyak 500 orang pemohon dengan nilai kutipan cukai sejumlah RM200 juta. Hasil cukai yang dikutip oleh PKPS akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sepertimana lain-lain hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan.

Sudah pasti, ia digunakan semula untuk membiayai perbelanjaan negara yang diluluskan oleh Parlimen melalui belanjawan tahunan, termasuk projek pembangunan awam seperti sekolah, universiti, hospital, jalan raya dan seumpamanya. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Alor Setar, depa dah alu dah tadi tetapi walau bagaimanapun, sebab saya pun biasa belajar di Alor Setar dulu, silakan.

final • 10:40 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Dato’ Speaker. Tak sangka orang Alor Setar juga. Terima kasih. Saya ambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, bersama dengan seluruh barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah ke Dewan Rakyat pada pagi ini...

[Tepuk] Terima kasih, Dato’ Speaker.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Selamat tiba, mai dari Kedah nah. Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin untuk soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Saya fikir, keberhasilan

final • 10:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

PKPS amat baik dan memberangsangkan. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, adakah Kementerian Kewangan berhasrat untuk memperluaskan PKPS ini ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain agensi supaya dapat meningkatkan kesedaran syarikat pula untuk menjelaskan cukai?

Saya fikir, langkah tersebut amat sejajar dan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan e-Invoice sepenuhnya menjelang 2025, nanti. Tindakan ini juga sudah tentunya akan menjadi pemangkin kepada para usahawan kecil dan sederhana untuk terus berdaya saing serta mampu melatih mereka agar menjadi pembayar cukai yang berdisiplin. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Dato’ Speaker.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk jawapan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Dato’ Yang di-Pertua, setakat ini kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan program ini bagi satu tempoh yang lebih panjang.

final • 10:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tempoh PKPS 2.0 yang disediakan selama setahun ini adalah memadai untuk memberi peluang kepada pembayar cukai bagi melaporkan pendapatan atau tanggungan cukai untuk transaksi jualan atau perkhidmatan bagi tempoh yang terdahulu.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

final • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Walaupun PKPS 2.0 tidak diteruskan, kedua- dua agensi LHDN dan JKDM telah merangka strategi bagi meningkatkan pematuhan cukai. Pihak LHDN mengamalkan konsep dengan izin, awareness, education dan service, melalui pelbagai program kesedaran dan pendidikan cukai serta khidmat rundingan.

Pendekatan ini memberi peluang kepada individu dan perniagaan untuk mendapatkan nasihat dan panduan, termasuklah pengurusan cukai, pemahaman undang-undang dan penyelesaian isu-isu percukaian.

JKDM pula telah menyediakan satu strategi audit yang baharu bagi tempoh 2024 hingga 2026 yang bersifat preventif iaitu untuk mencegah dan mengesan ketirisan hasil.

Melalui strategi baharu ini, tumpuan audit adalah untuk mendekati entiti perniagaan terutama pendaftar, pelesen, pengimport dan pengeksport yang baharu bagi mengurangkan risiko berlaku kesilapan, ketidakpatuhan dan ketidakfahaman pada peringkat awal mereka didaftar atau dilesenkan. Strategi ini akan meningkatkan tahap kepatuhan entiti perniagaan terhadap ‘pengundangan’ cukai yang tidak langsung melalui pendekatan audit yang komprehensif dan bersifat mesra pelanggan, yang dinamakan Audit Verifikasi Pematuhan (AVIP).

Elemen program PKPS 2.0 akan diteruskan dalam AVIP ini di mana sekiranya hasil penemuan audit mendapati berlakunya ketirisan hasil, individu dan syarikat akan dinasihatkan untuk mengikrarkan dan membayar kekurangan cukai, duti atau levi melalui pengakuan sukarela. Inisiatif ini akan ditawarkan kepada- adalah dengan remisi penalti sebanyak 100 peratus atau 50 peratus bergantung pada tempoh bayaran oleh individu dan syarikat tersebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Langkawi.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum itu, izinkan saya juga bersama dengan Alor Setar untuk mengalu-alukan pahlawan-pahlawan dari negeri Kedah yang akan menjayakan *The Greater Kedah...

[Tepuk]* Tahniah.

Yang Berhormat Menteri, umum mengetahui bahawa hasil pungutan cukai di Malaysia ini adalah yang terendah, sekira dibandingkan dengan KDNK 11.8 peratus Thailand dan juga Singapura. Apakah strategi berterusan Yang Berhormat Menteri yang

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

akan dilaksanakan oleh Lembaga Hasil dan juga JKDM bagi meningkatkan cukai-cukai kutipan di masa akan datang?

Umum mengetahui bahawa kutipan GST bagi tempoh dari April 2015 sehingga pemansuhan GST pada Mei 2018 adalah RM184 bilion, di mana kutipan SST pula sebanyak RM150.4 bilion di antara September 2018 hingga 2023, berkurangan. Jadi, saya nak bertanya Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan berhasrat untuk mempraktikkan semula GST ini? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Langkawi kerana keprihatinan untuk menolong negara menjana hasil yang lebih. Dato’ Yang di- Pertua, LHDN dan JKDM sentiasa melaksanakan usaha berterusan dalam meningkatkan tahap pematuhan cukai.

Antara pendekatan utama yang dilaksanakan adalah dengan meningkatkan kesedaran awam dan memberi pendidikan mengenai kepentingan membayar cukai terhadap pembangunan negara. Bagi tujuan tersebut, antara strategi yang dilaksanakan oleh LHDN adalah seperti berikut.

Satu, menjalinkan kerjasama dengan influencer dan selebriti melalui program Rakan Strategik HASiL bagi membantu menyampaikan mesej percukaian secara ringkas, kreatif dan mudah difahami khususnya kepada pembayar cukai baharu dalam kalangan generasi muda. Kedua, memberi khidmat rundingan kepada individu dan perniagaan untuk mendapat nasihat dan panduan pengurusan cukai.

Ketiga, menjalankan aktiviti pemantauan secara berterusan di platform e-Dagang dan media sosial untuk mengenal pasti dan memastikan golongan yang terlibat dengan modal ekonomi digital turut mematuhi undang-undang percukaian dan menggunakan kaedah nudging seperti penghantaran mesej digital atau melalui e-mel secara pukal atau secara spesifik kepada pembayar cukai yang mempunyai risiko ketidakpatuhan cukai.

Dalam masa yang sama, JKDM juga telah terus meneruskan usaha memupuk pematuhan secara sukarela di kalangan individu dan syarikat, seperti memberi surat peringatan secara berkala, sesi hand-holding dengan pihak yang terlibat, pengauditan secara berkala serta libat urus dengan industri dan perunding cukai.

Dalam usaha melaksanakan pembaharuan fiskal, kerajaan mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar dan percukaian. Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan GST lagi kerana ia bersifat cukai berkepenggunaan yang berasaskan luas dan dengan itu, bukanlah masa yang sesuai untuk diperkenalkan semula memandang ada antara rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup.

Justeru, kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan, sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai penggunaan baharu seperti cukai barangan dan perkhidmatan.

Sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti melaksanakan semula GST perlu diteliti untuk memastikan ia bersifat progresif, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi serta pada masa yang sama, dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada pagi ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya mempersilakan Dato Henry Sum Agong, Yang Berhormat Lawas.

final • 10:50 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab.

final • 10:50 AM

1. Dato Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apa usaha kerajaan dalam menentukan garisan sempadan darat dan maritim di antara Malaysia, Brunei dan Indonesia.

final • 10:50 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lawas bertanya tentang persempadanan darat dan laut antara Malaysia, Indonesia dan juga Brunei.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan, kita telah pun menandatangani perjanjian ataupun MoU sempadan daratan Malaysia dan juga negara-negara jiran sebanyak 33 perjanjian ataupun MoU dan sembilan perjanjian ataupun treaty maritime dengan negara-negara jiran. Bagi sempadan Malaysia dan Indonesia Dato’ Yang di- Pertua, jarak sempadan yang telah dimuktamadkan adalah sepanjang 1,943.2 kilometer iaitu 94.2 daripada 2,064 kilometer melalui pematerian sejumlah 22 MoU perjanjian.

Manakala, bagi persempadanan maritim yang terbaharu kedua-dua negara telah memeterai Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi pada 8 Jun 2023 di Putrajaya. Triti- triti ini dikuatkuasakan dan dilaksanakan sepenuhnya setelah kedua-dua pihak menyempurnakan proses dalaman masing-masing. Bagi persempadanan darat yang melibatkan Malaysia dan Brunei Darussalam yang meliputi jarak sempadan sepanjang 528.45 kilometer. Kedua-dua negara Dato’ Yang di-Pertua sedang dalam proses rundingan bagi memuktamadkan sebarang perjanjian ataupun MoU.

Buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah berjaya dilaksanakan oleh kedua-dua negara yang meliputi jarak sepanjang 175.96 kilometer ataupun 33.3 peratus daripada keseluruhan jaraknya. Kedua-dua pihak sedang berusaha untuk menyelesaikan isu persempadanan berpandukan garis masa yang telah dipersetujui iaitu selewat-lewanya tahun 2034. Malaysia Dato’ Yang di-Pertua, akan terus berunding dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui mekanisme-mekanisme dua hala yang sedia ada bagi memuktamadkan persempadanan darat dan juga maritim.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Lawas.

final • 10:50 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Dengan perkembangan semasa di mana kawasan persempadanan benua dibangunkan dengan infrastruktur jalan dan lain-lain, maka adalah perlu untuk menentukan garis sempadan negara kita khusus dengan jiran Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia termasuk kawasan maritimnya agar pelaksanaan projek di kawasan tertentu berjalan dengan baik dan lancar.

Contoh di kawasan persempadanan Lawas, Sarawak dengan Temburong, Brunei di mana terdapat sebahagian jalan perhubungan di kawasan yang belum ditentukan garis persempadanan tidak dapat diselenggarakan dengan baik termasuk meratakan sebuah anak bukit di sana.

final • 10:50 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Kedua Tuan Yang di-Pertua, masalah queue panjang. Keluar masuknya kenderaan yang terpaksa menunggu clearance dengan izin, di CIQ Menkalab, sempadan dengan Brunei dan di Merapok dengan Sabah menyebabkan kegelisahan dan tidak senangnya para penumpang apabila terpaksa menunggu lama kadangkala sampai enam- jalan di jalan raya. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru agar kementerian dapat mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, kerajaan sentiasa mengambil perhatian dan akan terus berunding tetapi sebarang pemeteraian perjanjian persempadanan maritim ataupun darat hanya akan dilaksanakan setelah mengambil kira perkara-perkara yang menyentuh tentang sensitiviti dan juga negeri.

Ini sempadan baik darat ataupun maritim ini Dato’ Yang di-Pertua, dia merupakan isu kedaulatan. Isu kedaulatan ini amat sensitif dan kita akan terus mengambil jalan yang berhati-hati untuk kita sebelum menandatangani sebarang bentuk MoU, perjanjian ataupun triti maritim supaya semua pihak terutamanya pihak kerajaan negeri supaya dapat diurus dengan terbaik yang mungkin. Apabila semua telah bersetuju, kita akan duduk bersama-sama untuk menyelesaikan isu perkara tersebut.

Berkenaan dengan queue panjang itu Dato’ Yang di-Pertua, kita telah pun membawa perkara ini dalam mesyuarat dua hala antara Malaysia dan negara Brunei Darussalam bagaimana cara untuk kita dapat mengurus masalah imigresen. Terdapat banyak checkpoint yang perlu dilalui dan kadang-kadang kalau pergi keluar masuk, sampai lapan pihak imigresen yang perlu dilalui oleh mereka. Ini menyebabkan queue yang amat panjang untuk orang keluar masuk dari Lawas hendak pergi Brunei dan juga masalah-masalah yang lain Dato’ Yang di-Pertua.

Rundingan demi rundingan telah pun diadakan. Minggu depan insya-Allah Dato’ Yang di-Pertua, saya akan di Brunei untuk kita mengadakan mesyuarat Exchange of Letters dengan izin. Baru-baru ini pihak senior officers di kedua-dua pihak, pihak Kerajaan Malaysia dan juga Brunei telah pun mengadakan rundingan untuk kita dapat mencapai kata sepakat untuk kita terus memastikan persefahaman antara kedua-dua buah negara berkenaan dengan persempadanan daratan di antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Setiu.

final • 10:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya minta Menteri menyatakan perancangan jangka panjang kerajaan bagi menyelesaikan pertindihan tuntutan wilayah dengan negara jiran seperti Indonesia dan Brunei. Apakah perkembangan terkini tuntutan tersebut melibatkan pengantaraan badan antarabangsa seperti ECI dan ASEAN?

Adakah kerajaan turut merangka usaha proaktif untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi sempadan serantau antara Malaysia, Brunei dan Indonesia misalnya melalui platform Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East (BIMP-EAGA) dengan memberi tumpuan merentas sektor seperti ekonomi hijau, keselamatan dan pelancongan serta memudahkan pergerakan rentas sempadan? Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Memang usaha sentiasa dilakukan antara Malaysia dan negara-negara jiran untuk kita pastikan isu persempadanan sama ada darat ataupun maritim ini dapat diselesaikan, dilaksanakan, tetapi seperti yang saya sebut sebentar tadi, kita perlu berhati-hati dan amat teliti di dalam semasa kita berunding untuk menyelesaikan isu persempadanan ini kerana ia melibatkan

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

kedaulatan negara. Kedaulatan negara tidak boleh kita kompromi kan. Ini merupakan sesuatu perkara yang amat sensitif. Itu sebabnya kita telah selesai banyak sempadan kita antara Malaysia dan Indonesia di daratan.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Di Brunei Dato' Yang di-Pertua, tadi setakat 33 peratus. Ada lagi kawasan- kawasan yang sedang kita membuat penandaan, di mana dah buat penandaan nanti Jabatan Ukur dan Pemetaan akan berunding, duduk berunding dengan pihak rakan sejawat mereka dari Brunei dan di situ perundingan akan dimulakan.

Berkenaan dengan maritim pula Dato' Yang di-Pertua, ada perkara-perkara yang interpretasi Perundangan Laut Antarabangsa- International Law of the Sea Dato' Yang di- Pertua di bawah UNCLOS- The United Nations Convention on the Law of the Sea 1982. Ini interpretasi pihak kita lain, interpretasi mereka lain.

Kita berasaskan kebenaran terutamanya bila kita kata intertidal. Intertidal itu dalam interpretasi ataupun perundangan antarabangsa, dia adalah daratan, tapi negara jiran kata, dia kata laut. Jadi kita perlu duduk dan pastikan supaya isu-isu seperti ini yang amat sensitif kerana persempadanan dua buah negara ini merupakan perkara yang kadang- kadang jika tidak diurus dengan baik, boleh menyebabkan masalah kepada hubungan dua hala antara negara. Kita akan pastikan kita lakukan yang terbaik.

Tentang pembangunan, kita buat satu persatu. BIMP-EAGA ini di bawah Menteri Ekonomi. Memang di bawah radar kami untuk kita memastikan supaya hubungan dua hala negara ini lebih baik kita lakukan daripada segi pembangunan ekonomi seperti yang kita lakukan sekarang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bersama dengan rakan sejawat dari Singapura. Kita membangunkan apa yang dipanggil sebagai Zon Istimewa Ekonomi Johor-Singapura. Lepas ini nanti minggu depan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula akan bersama dengan Perdana Menteri negara Thailand untuk melihat bagaimana cara untuk kita pastikan pembangunan ekonomi belah utara dan selatan Thailand dapat dibangunkan kerana ini akan boleh merancakkan ekonomi kedua- dua buah negara.

Begitu juga BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei dan juga Filipina dan sedang diurus dengan sebaik mungkin supaya kita dapat melonjakkan pembangunan ekonomi di ketiga-tiga buah negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dato' Yang di-Pertua, minta izin kalau dapat?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Semporna, memandangkan Yang Berhormat Semporna...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Perkara ini cukup penting.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, bagi saya bercakap dulu. Melihat Yang Berhormat Semporna begitu ardent dan bertekad juga nak bertanya, saya menggunakan budi bicara saya membenarkan satu soalan saja...

[Tepuk]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana perkara ini cukup penting Yang Berhormat Menteri Luar, rakan lama. Apa yang telah disebutkan tadi berhubung kait dengan pindaan perjanjian di antara Malaysia dan juga Sulawesi.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada perkara ini telah pun dibincangkan dengan pihak kerajaan negeri yang ada kerana mengikut Artikel 2 Perlembagaan Malaysia, bahawa tidak akan ada perubahan boleh dilakukan oleh mana- mana pindaan di peringkat pusat tanpa ada rujukan. Ini Perjanjian Malaysia 1963, state Sabah dan juga Sarawak. Itu perkara yang cukup penting dalam Perlembagaan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Keduanya saya juga telah mengubah tahun 2019, semasa saya Ketua Menteri, Land Ordinance yang membabitkan tentang Continental Shelf yang ada di mana Kerajaan Persekutuan ataupun mana-mana wilayah tidak boleh menekankan tentang 12 kilometer ataupun tiga kilometer daripada tanah Sabah itu.

Jadi saya ingin bertanya sama ada perjanjian Sulawesi Yang Berhormat sebutkan tadi 8 Jun yang telah pun dipersetujui antara Malaysia dan juga Kerajaan Indonesia kerana perkara ini cukup penting. Dia membabitkan aset, harta, minyak, gas yang begitu banyak berhubung kait dengan Ambalat sama ada ini membabitkan tentang- kerana kawasan itu saya kenal. Dia kawasan-kawasan yang ada sempadan Sulawesi ini. Terima kasih banyak dan saya yakin selaku Ketua Pembangkang di peringkat Sabah dan tidak dibincangkan di Dewan Undangan Negeri kelulusan tentang Sulawesi dan juga Perjanjian Malaysia ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato' Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan tambahan itu, saya akan jawab secara jawapan bertulis kepada pihak yang bertanya, sahabat saya, tetapi untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, sebarang apa jua perjanjian berkenaan persempadanan baik daratan ataupun maritim, mestilah dirundingkan dengan kerajaan negeri kerana kerajaan negeri di bawah Perlembagaan, tanah dan yang lain-lain adalah di bawah list kerajaan negeri. Untuk jawapan lebih lanjut, saya akan jawab secara bertulis kepada pihak Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato’ Rosol bin Wahid, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 2.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Diminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

final • 11:00 AM

2. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, impak rasionalisasi subsidi diesel terhadap harga barangan dan peningkatan kos sara hidup rakyat, yang mana pada masa sama pengguna terpaksa menanggung kesan peningkatan kadar cukai perkhidmatan dan kenaikan tarif elektrik serta air.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismilahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu atas soalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada 21 Mei 2023 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel menggantikan pemberian diesel secara pukal di stesen minyak.

Keputusan ini adalah terpakai di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak ia tidak terpakai memandangkan kebanyakan isi rumah di sana menggunakan kenderaan yang menggunakan diesel.

Keputusan ini juga adalah bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel yang banyak merugikan negara, tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa harga barang tetap stabil dan kekal dan tanpa berlaku kenaikan yang tidak munasabah kepada pengguna akhir ataupun end user. Dato' Yang di-Pertua, pada minggu pertama penyasaran subsidi dilakukan, kita dapati bahawa ada penurunan 27 peratus jualan diesel secara runcit. Kita dapati juga ada kenaikan 44 peratus jualan diesel komersial dan kita dapati ada penurunan 24 peratus jualan diesel di sempadan. Manakala perbandingan 20 hari sebelum pelaksanaan penyasaran subsidi dan 20 hari selepas pelaksanaan penyasaran subsidi melalui data Ops

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tiris, kita dapati bahawa berlaku 78 peratus penurunan kes ketirisan dan juga penurunan 87 peratus ke atas rampasan diesel berbanding 20 hari sebelum dan 20 hari selepas.

Manakala daripada segi menangani impak penyasaran subsidi diesel ke atas kos sara hidup, kerajaan telah memperkenalkan BUDI MADANI di mana BUDI MADANI Individu ialah untuk pemberian subsidi diesel kepada individu-individu yang punya kenderaan diesel untuk pengangkutan kerana pengangkutan itu merupakan kos sara hidup. Kenderaan bas sekolah, bas ekspres, teksi juga sebagai pengangkutan menerima penyasaran subsidi ini.

Manakala untuk menangani impak penyasaran subsidi diesel ke atas kawalan harga barang, subsidi diesel kenderaan diberikan melalui Agri Madani kepada pesawah, pekebun dan petani. Subsidi diesel kenderaan pengangkutan barang diberikan kepada 23 jenis kenderaan untuk memastikan bahawa kenderaan logistik ini tidak menaikkan harga barang. Kita absorb melalui penyasaran subsidi kepada kenderaan pengangkutan barang perlu. Kita juga menggunakan Ops Kesan di mana bahagian penguat kuasa telah pun melaksanakan 14,195 pemeriksaan ke atas premis-premis untuk memastikan bahawa tiada berlaku pencatutan.

Manakala bahagian harga barang negara juga turut memantau 418 jenis barangan keperluan harian dan daripada data yang kita teliti setiap hari, kita dapati bahawa tiada turun naik yang luar biasa. Maksudnya turun naik yang biasa itu mungkin seperti biasa.

Tidaklah dikaitkan dengan subsidi Dato' Yang di-Pertua, subsidi diesel. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Speaker, terima kasih Timbalan Menteri dengan jawapan yang begitu teliti. Cuma Yang di-Pertua, tak tahulah Timbalan Menteri ini berada di planet lain barangkali. Diesel naik, SST naik, tarif elektrik naik. Yang turun telur, Alhamdulillah, turun tiga sen Yang di-Pertua. Ringgit turun, saham turun, pelabur lari, beras tempatan pun sampai sekarang ghaibul ghuyub Yang di-Pertua.

Dan saya melihat video Timbalan Menteri, mungkin video lama barangkali, dengan RM136 Timbalan Menteri boleh banyak beli barang.

final • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tapi saya yakin, dengan RM136 atau RM130 ini tak sebanyak apa yang Timbalan Menteri beli sebelum ini. Persoalan saya ialah dalam kerajaan apa, apakah tindakan kerajaan berhubung dengan laporan UNICEF? “Ranjau Rantau” ya “Rantau Sepanjang Jalan”, yang mendapati majoriti isi rumah terbeban dengan kenaikan harga makanan.

Lapan daripada 10 isi rumah bergelut untuk menjana pendapatan yang mencukupi bagi menampung keperluan asas hidup. 90 peratus isi rumah terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, terutamanya harga makanan dan kira-kira 50 peratus menganggap kedudukan kewangan mereka semakin merosot. Apakah tindakan kerajaan? Kerana rata- rata hari ini rakyat mengeluh dengan harga barang naik, hasil daripada diesel dan mungkin itu salah satu sebab juga Sungai Bakap kalah. Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 11:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya peliklah soalan Hulu Terengganu ni, dia- Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan SST ya, dia tak ada berkaitan dengan subsidi diesel. Berkaitan dengan tarif air dan elektrik, juga tak ada kena dengan subsidi diesel. Malah, laporan UNICEF itu, sebelum Sungai Bakap, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, saya tak tahu apa sebenarnya apa yang Hulu Terengganu cuba nak tanya ni? Berkenaan dengan kos sara hidup, kita tidak...

final • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu] mencela

Soalnya harga barang naik, bukan fasal diesel, harga barang naik rakyat riuh di sana. Harga barang naik.

final • 11:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Dato’, Dato’ Yang di-Pertua, saya dengar bukan saya tak dengar, saya dengar apa yang Hulu Terengganu cakap. Hulu Terengganu cuba kaitkan segalanya dengan subsidi diesel. Hulu Terengganu, dia ada banyak faktor luaran.

Dia ada faktor climate change, dia ada faktor perang, dia ada banyak faktor lain.

Hulu Terengganu pun pernah duduk dekat sini dulu dan saya rasa tak wajar soalan itu dan tak ada kena mengena pun dengan soalan asal. Soalan asal beliau dan ini adalah hanya soalan politik semasa, semata-mata ya Dato’ Yang di-Pertua. Saya minta maaf. Saya kira ini lah usaha Yang Berhormat Hulu Terengganu, semata-mata nak kaitkan laporan UNICEF.

Kita tidak nafikan bahawa kita berhadapan dengan apa tu kos sara hidup. Ya, sebab itu kita ada NACCOL, kita ada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara ya dan kita buat program-program seperti kita kawal harga barang yang perlu. Kita buat Jualan Rahmah dan sebagainya untuk mengawal kos sara hidup, tapi fakta-fakta yang diketengahkan oleh Hulu Terengganu tak ada kena mengena pun dengan soalan asal.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ya betul, tohmahan tu tak betul.

Inilah yang dikatakan “lembu kenyang”, Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Sila tekan Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Bintang, tak mahu...

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Bintang mohon bertanya.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tak dak boleh bagi Sik. Sik minta tak dapat.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Saya nampak Yang Berhormat dulu.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kementerian ada membuat semakan harian atau mingguan impak kenaikan harga barang-barang, berikutan langkah bersasar diesel. Oleh sebab banyak aduan didapat harga barang- barang naik di pasaran. Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih kepada soalan Bukit Bintang. Yang saya nak maklumkan pada Bukit Bintang, sebenarnya bermula pada 2 Mei ya, sebelum berlaku satu bulan, dekat satu bulan, sebelum penyasaran subsidi dilaksanakan, kita punya pegawai penguat kuasa sudah pun mula turun padang dan mengumpul maklumat berkenaan dengan harga barang.

Sehingga kini, mereka telah pun mengumpul sebanyak 14,729 SKU harga barang, supaya kita boleh buat perbandingan Dato’ Yang di-Pertua, kalau ada kenaikan dan ada penurunan. Kalau ada kenaikan atau penurunan, itu lah perkara biasa dalam pasaran ekonomi terbuka Dato’ Yang di-Pertua. Apa yang kita cari ialah kalau ada elemen pencatutan, elemen kenaikan harga yang tidak munasabah.

Maka, di dalam 243 kes yang kita dah periksa ya, daripada 14,195 kes premis yang kita periksa, kita telah pun, KPDN telah pun mengeluarkan 243- notis Dato’ Yang di-

final • 11:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Pertua, untuk mereka menjawab ya, kenapa kenaikan harga itu tidak munasabah dan beri penjelasan kenapa kenaikan harga itu tidak munasabah.

Maksudnya kita berbuat sesuatu, Yang Berhormat Bukit Bintang, Dato’ Yang di- Pertua dan kita sudah pun memanggil 17 buah syarikat ke kementerian ya, untuk memberi penerangan kenapa mereka menaikkan harga barang ya, tanpa sebab ya ataupun tanpa alasan munasabah.

Dan kita juga sudah pun membuka kes-kes siasatan ya Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi, inilah tindakan yang diambil. Maksudnya kita ada data. Kita ada 2,200 orang pegawai penguat kuasa, di mana yang di masa yang sama, kita ada 900 orang pegawai pemantau harga yang turun padang setiap hari untuk memantau dan mengumpul maklumat data- data SKU harga barang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Speaker, mohon soalan tambah satu lagi. Saya mohon soalan penting. Boleh ya Tuan Speaker?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat duduk! Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tak bagi eh...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Berikut, saya mempersilakan Tuan Tan Kok Wai.

final • 11:10 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk menjawab.

final • 11:10 AM

3. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan, status penggubalan Rang Undang undang Kebebasan Maklumat- Freedom of Information dan bila rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Parlimen.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kerajaan Madani berpegang pada prinsip kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mengiktiraf bahawa setiap rakyat Malaysia harus diberikan hak untuk mencari, menerima dan memberikan maklumat melalui apa-apa medium atau platform.

Pada tahun 1999, Malaysia juga telah mengiktiraf prinsip kebebasan maklumat Komanwel yang telah dicadangkan dan dipersetujui semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel CHOGM di Durban, South Africa.

Dalam mengorak langkah ke hadapan bagi memastikan komitmen Kerajaan Madani ini dipenuhi, sebagai mana kenyataan media Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertarikh 14 September 2023, bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) telah bersetuju secara prinsip terhadap cadangan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat di peringkat Persekutuan dan mewujudkan perimeter serta garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam, untuk mendapatkan maklumat daripada semua badan awam dan kerajaan.

Kewujudan Akta Kebebasan Maklumat akan mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan memberi setiap individu peluang untuk mengakses maklumat berkenaan dengan mana-mana kementerian, jabatan atau agensi kerajaan, melalui permohonan yang dikemukakan dengan pengecualian bagi maklumat-maklumat tertentu seperti maklumat data peribadi, maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam, keselamatan negara, pertahanan, perisikan dan hubungan diplomasi antarabangsa, seperti mana standard amalan pengecualian kepada kebebasan maklumat di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu kerajaan juga bersetuju supaya Akta

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Rahsia Rasmi dipinda dengan sewajarnya supaya kedua-dua akta yang berkaitan ini saling melengkapi.

Pada masa ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah selesai melaksanakan sesi libat urus secara menyeluruh di seluruh negara mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur, Zon Wilayah Sabah dan Zon Wilayah Sarawak. Sesi-sesi ini telah melibatkan seramai lebih dari 1,100 orang peserta dan kalangan wakil agensi kerajaan di peringkat negeri, pihak-pihak berkuasa negeri dan kuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan peguam dan ahli-ahli akademik.

Seterusnya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang akan mengadakan sesi libat urus di Zon Tengah pada akhir bulan Ogos 2024, dengan anggaran penyertaan seramai 500 orang peserta melibatkan wakil-wakil daripada kementerian, jabatan, agensi kerajaan di peringkat Persekutuan. Tujuan sesi-sesi libat urus ini adalah untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan mengenai penetapan skop dan perimeter perundangan isu-isu pelaksanaan dan implikasi kos serta perundangan yang bakal terlibat.

Usaha sesi libat urus Zon Tengah, cadangan ketetapan-ketetapan dasar bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat akan diangkat kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan dan rang undang-undang tersebut dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Cheras. Soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sepertimana yang dititikberatkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Akta Kebebasan Maklumat ini sememangnya satu undang-undang yang dinanti-nantikan kerana ia memastikan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.

final • 11:10 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, dalam proses penyediaan untuk pembentangan rang undang-undang ini, adakah terdapat tentangan daripada beberapa pihak dalam kerajaan atau daripada entiti yang berpengaruh yang bimbang tentang implikasi kecekapan dan ketelusan yang lebih besar. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

final • 11:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih pada soalan tersebut.

Yang Berhormat Cheras, sebenarnya setakat di Federal tidak ada bantahan dari mana- mana department dan sebagainya, tetapi dari negeri-negeri mereka ada pandangan yang tidak seimbang seperti Putrajaya. Banyak dari negeri-negeri yang mengatakan bahawa mereka ingin adakan Freedom of Information Act tersendiri supaya mereka dapat mengawal hal-hal berkaitan dengan negeri tersebut. Walaupun sedemikian, masih libat urus ini sedang dijalankan. Jadi ada banyak orang, ramai orang yang berpendapat bahawa kita perlu menyegerakan Freedom of Information Act, tetapi oleh sebab terlibat dengan banyak keadaan yang sedikit rumit, maka keperluan masa untuk mengimplementasikan perkara tersebut, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah penggubalan akta ini tidak bercanggah dengan akta yang bersifat melindungi pengguna seperti Akta Perlindungan Data Peribadi, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan sebagainya. Apakah komitmen kerajaan untuk memastikan supaya rakyat di lapangan diberikan ruang untuk memberi kritikan membina dan konstruktif terhadap mana-mana dasar ataupun polisi kerajaan tanpa dikenakan sebarang sekatan.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Adakah kerajaan bercadang untuk mengehadkan polisi ini kecuali terhadap perkara yang berpotensi menggugat keselamatan negara dan klasifikasinya hendaklah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Parlimen dan bukannya mengikut budi bicara Menteri seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PRU-15 Pakatan Harapan. Terima kasih Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 11:20 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih kepada soalan tersebut.

Sebenarnya pada asasnya Yang Berhormat, Kerajaan Madani ini yang sedang membuat inisiatif bahawa Freedom of Information Act, itu kita perlu faham, bukan seperti kerajaan- kerajaan sebelum ini yang tidak ada usaha untuk membuat sedemikian.

Kita ada lebih inisiatif supaya ada memberi maklumat yang diperlukan dan juga dalam akta ini, satu antara cadangan yang akan dibuat adalah satu- badan yang boleh dikatakan yang tidak ada kena mengena dengan kementerian, tetapi jika department membuat keputusan untuk tidak membenarkan akses kepada dokumen, ia boleh dirujuk kepada badan tersebut. Dan Ahli-ahlinya adalah yang merangkumi hakim-hakim bersara, orang-orang yang berpengalaman dan sebagainya. Jadi pada asasnya ini adalah yang akan dibuat oleh kerajaan supaya lebih berbuka, lebih baik untuk rakyat di negara ini.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut, saya mempersilakan Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.

final • 11:20 AM

5. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah komitmen DBKL dalam mengekalkan kawasan hijau melalui PTKL2040 selaras dengan janji YAB sendiri ketika perasmian Residensi Wilayah di Sungai Besi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

final • 11:20 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Tuan Speaker, Tuan Speaker, Padang Rengas. Sepatutnya soalan nombor empat, Padang Rengas.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak apa, nanti saya akan patah balik...

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kesilapan teknikal. Silakan.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik, terima kasih. Saya pun terkejut juga tadi, tak apa saya bersedia. Terima kasih Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan takrif dalam draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, draf PTKL2040, “tanah lapang” adalah terdiri dari kawasan lapang dan kawasan hijau seperti yang berikut.

Kita kena tahu apa itu tanah lapang ya.

Yang pertama, kawasan lapang meliputi keseluruhan zon guna tanah, Kawasan Lapang Awam 1 ataupun OS1, Kawasan Lapang Awam 2 (OS2), Kawasan Lapang Swasta 3 (OS3), Kawasan Lapang Awam Dalam Skim Persendirian (OS4) dan juga Hutan Simpan ataupun Forest Reserve, dengan izin.

Yang keduanya, selain itu tafsiran “tanah lapang” dalam zon guna tanah diperkukuhkan dengan penetapan kawasan hijau yang terdiri daripada sebahagian zon guna tanah seperti tanah perkuburan dan pengurusan mayat. Keduanya infrastruktur dan utiliti serta juga pengangkutan.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Justeru itu beberapa cadangan dan inisiatif pelaksanaan telah dinyatakan dalam draf PTKL2040 sebagai komitmen DBKL untuk memastikan sasaran tanah lapang dapat dicapai. Antaranya pertama, mengenal pasti tanah lapang sebagai kawasan pemeliharaan hijau. Antara kawasan pemeliharaan hijau berpotensi yang telah dikenal pasti menjadi kawasan penyelidikan semula jadi di Kuala Lumpur ini adalah seperti Taman Botani Perdana dengan keluasan 74.78 hektar, Taman Tasik Titiwangsa 46.27 hektar, Taman Tasik Permaisuri 55.42 hektar, Taman Metropolitan Kepong 80.28 hektar, dan juga Taman Metropolitan Batu 27.74 hektar.

Yang keduanya memperkasakan kawasan rekreasi taman dan juga kawasan hijau di Kuala Lumpur sebagai produk pelancongan semula jadi. Jadi ini seperti pelancongan kembara tanah tinggi, pelancongan berasaskan air, pelancongan kreatif taman tasik dan sebagainya.

Ketiga memperkasakan tanah lapang sedia ada. Bagi mengelakkan tanah lapang tersebut ditukar guna kepada aktiviti guna lain tanah dan antara usaha yang dilaksanakan adalah seperti mewartakan tanah lapang yang dikenal pasti berpotensi untuk menjadikan kawasan rekreasi awam, kemudian mengaktifkan penggunaan tanah lapang bagi mengelakkan pencerobohan dan salah guna, ketiga menaiktarafkan taman pocket dan juga plaza di kawasan tumpuan orang ramai dan keempatnya menyelenggarakan dan memantau tanah lapang secara berterusan bagi keselesaan penduduk setempat dan juga pengguna.

Yang keempatnya, DBKL juga mengenal pasti tasik dan kolam takungan banjir untuk dinaiktarafkan sebagai taman rekreasi bagi mengekalkan fungsi sebagai kolam takungan banjir dan membantu meningkatkan penyediaan kawasan hijau.

Terakhir, kita juga dalam usaha untuk mewujudkan sumbangan Dana Amanah Awam yang bertujuan untuk pengurusan dan penyelenggaraan kawasan lapang dan kawasan hijau bagi meningkatkan kesedaran dan juga sense of belonging dengan izin orang awam terhadap kawasan hijau dan kawasan lapang. Ini kita telah juga mengadakan libat urus dengan badan-badan profesional industri dan juga orang awam. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Batu.

final • 11:20 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Menteri atas jawapannya dan terdapat banyak pewartaan. Soalan saya adalah berkaitan dengan taman-taman awam dan hutan simpan di Kuala Lumpur dan berdasarkan amalan terbaik yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,

(WHO) dengan izin, apa strategi DBKL dalam menyasarkan nisbah 20 meter persegi, kawasan tanah lapang berpenduduk untuk jadikan sebagai kawasan hijau, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang di- Pertua. Dalam perancangan PTKL2040, sebenarnya piawaian amalan terbaik WHO dan juga SDG requirement dengan izin, telah juga diambil kira. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini seluas 2,393.79 hektar kawasan lapang di Kuala Lumpur ini telah pun diperuntukkan sebagai kawasan hijau.

Daripada keluasan tersebut, 977.55 hektar tanah telah pun diwartakan dan 1,416.235 hektar lagi tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses untuk diwartakan. Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Rekreasi Bukit Kerinchi, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Taman Tasik Pudu Hulu, Taman Tasik Titiwangsa juga merupakan kawasan lapang dan rekreasi Kuala Lumpur yang telah diwartakan bagi kegunaan orang ramai.

Jadi- manakala seluas 68.26 hektar kawasan hijau di Kuala Lumpur ini telah diwartakan sebagai hutan simpan. Iaitu Hutan Simpan Bukit Nanas, Hutan Simpan Bukit Sungai Putih, Hutan Simpan Bukit Sungai Besi, Hutan Simpan Bukit Lagong Tambahan.

Jadi kawasan lapang yang telah diwartakan ini tidak boleh digunakan Yang Berhormat

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

untuk sebarang aktiviti pembangunan bercampur dan mahupun tujuan kediaman dan bagi setiap pembangunan yang dicadangkan di Kuala Lumpur adalah diwajibkan supaya mematuhi syarat-syarat nyata DBKL iaitu perlu memperuntukkan 10 peratus kawasan lapang dan dua meter parameter hijau dalam lot pembangunan yang akan dilaksanakan.

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi kedua-dua langkah ini sebenarnya adalah secara langsung akan meningkatkan sehingga 100 peratus kawasan rekreasi sedia ada di samping kita mengekalkan juga hutan simpan di seluruh Kuala Lumpur menjelang 2040. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Dato’ Speaker.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih, Dato’ Speaker.

Kepada Menteri ini ada sedikit soalan tambahan. Apa usaha penambahbaikan DBKL terhadap pelan pengurusan pokok rendang serta garis panduan yang sedia ada, khususnya untuk memantau dan menyelenggara pokok-pokok teduhan yang berisiko tumbang di sekitar ibu negara?

Selain penyediaan kontraktor dan pakar pokok arboris bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok, adakah juga terdapat kajian penilaian semula terhadap aspek penanaman pokok teduhan seperti lokasi dan keluasan tanah yang bersesuaian serta tempoh pemantauan yang diperlukan? Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai.

Sebenarnya kalau Yang Berhormat Padang Serai mengikuti jawapan saya pada minggu- minggu yang sebelum ini, saya telah nyatakan sebenarnya pelan DBKL terhadap penanaman semula pokok-pokok teduh ini. Jadi sama ada Padang Serai boleh rujuk kembali kepada jawapan saya tersebut ataupun saya juga boleh memberikan jawapan bertulis terhadap dua soalan yang dikemukakan oleh Padang Serai. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.

final • 11:30 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih, Puan Speaker, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Menteri.

final • 11:30 AM

4. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, sama ada terdapat peluang dan ruang untuk mengangkat Parlimen Padang Rengas sebagai salah satu- tempat yang berpotensi dalam aktiviti pelancongan.

final • 11:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensi Tourism Malaysia sentiasa bekerjasama dengan semua pihak termasuklah kerajaan negeri dan penggiat industri dalam mengenal pasti, membangun dan mempromosikan produk pelancongan di negeri Perak termasuklah Padang Rengas.

Bagi kawasan Yang Berhormat, pelbagai program dan aktiviti promosi telah dan akan diadakan. Antaranya menganjurkan program pembangunan pakej di negeri Perak termasuk Padang Rengas dengan memfokuskan kepada produk-produk unik untuk pasaran domestik dan antarabangsa, mengadakan program lawatan produk di sekitar Padang Rengas dan Hulu Perak kepada frontliners sempena Tahun Melawat Perak 2024, menyertai MATTA Fair Perak yang akan diadakan pada 10 hingga 11 Ogos 2024 di Ipoh Convention Centre (ICC), Perak.

final • 11:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Bagaimanapun, saya ingin memohon agar Ahli Yang Berhormat dapat berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan negeri bagi memastikan segala program atau aktiviti pelancongan yang dicadangkan adalah seiring dengan keutamaan kerajaan negeri.

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Rengas.

final • 11:30 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terdapat peluang yang sangat besar untuk mengangkat kawasan-kawasan di dalam Parlimen Padang Rengas sebagai destinasi pelancongan yang amat berpotensi. Sebagai contoh kawasan air terjun Ulu Kongsor, Batu Hampar atau Bubu, Lata Perahu dan banyak inap desa yang makin bertambah kian hari.

Jadi soalan saya, dalam usaha merancakkan industri pelancongan di samping usaha mempromosikan budaya dan warisan kepada para pelancong, adakah pihak MOTAC bercadang untuk menyediakan sejumlah peruntukan dalam bentuk bantuan dan insentif untuk disalurkan kepada para pengendali pelancongan dan pengusaha inap desa, chalet dan campsite di kawasan Padang Rengas?

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di kawasan air terjun Ulu Kongsor sahaja sekarang terdapat 13 orang pengusaha campsite dan chalet.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 11:30 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Satu lagi, mengambil kira potensi Padang Rengas sebagai destinasi tarikan pelancong, apa inisiatif lain untuk membantu merangsang sektor ekonomi berasaskan pelancongan setempat seperti industri ekopelancongan melalui kerjasama pengusaha inap desa, chalet dan campsite ini termasuk menaik taraf kemudahan homestay dan kawasan-kawasan air terjun yang dinyatakan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain, sila tutup mic.

final • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila tutup mic.

final • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tutup mic.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Ketawa] Gopeng, Gopeng..

final • 11:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih ini mic pun sudah takut sama Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Buka semula mic, Menteri.

final • 11:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Mic sekarang sudah sedia. Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Macam tadi saya kata, kita MOTAC memang bersedia bekerjasama sama kerajaan negeri. Kalau boleh macam tadi saya kata saya mencadangkan, memohon Ahli Yang Berhormat dapat berbincang lebih dahulu dengan kerajaan negeri.

Kita memang sebut macam-macam produk kita ada tetapi kerajaan negeri mesti mahu setuju itu produk-produk boleh dilihat dan juga menaik taraf. Kita kalau dapat semua cadangan daripada kerajaan negeri ataupun UPEN, kita boleh masuklah kita punya rancangan berbincang dalam Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan dan salurkan kepada kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bentong.

final • 11:30 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih, Yang Berhormat.

Terima kasih, Puan Speaker. Baiklah soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat

final • 11:30 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Menteri ialah adakah kementerian merancang untuk menyediakan peruntukan untuk membangunkan infrastruktur pelancongan seperti di kawasan Bentong atau kawasan- kawasan pelancongan yang lain bagi persiapan Kempen Melawat Malaysia Tahun 2026 kelak?

final • 11:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa bekerjasama erat dengan kerajaan negeri melalui Pejabat Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri. Juga dalam masa sekarang kita berbincang sama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk berbincang macam mana kita hendak naik taraf lokasi dan fasiliti yang melibatkan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

Kalau mana-mana kita Yang Berhormat boleh dapat lagi mana-mana destinasi mahu diperlu dinaik taraf dalam infrastruktur ataupun lokasi yang baik, sila bercadang kepada kita dan kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan tambahan satu lagi? Soalan tambahan?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Mohd Aziz bin Abu Naim, Gua Musang.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih, Timbalan Speaker, soalan saya nombor 6.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Menteri.

final • 11:30 AM

6. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apa status permohonan Pengelasan dan Spesifikasi Tempat Duduk Bagi Bas Ekspres yang telah dibuat permohonan oleh Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) dan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA).

final • 11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan bas ekspres sebelum ini dibahagikan kepada tiga kategori perkhidmatan iaitu ekonomi, eksekutif dan perdana. Kategori perkhidmatan bas ekspres tersebut ditentukan mengikut kemudahan dan spesifikasi kenderaan termasuk jumlah tempat duduk yang disediakan.

Namun kategori dan spesifikasi perkhidmatan bas ekspres terbabit telah dipinda melalui peraturan-peraturan pengangkutan awam darat iaitu penetapan kategori perkhidmatan bas ekspres 2022 yang telah pun diwartakan pada 9 Jun 2022 di mana kategori perkhidmatan bas ekspres hanya dibahagikan kepada kategori ekonomi dan eksekutif sahaja.

Peraturan tersebut telah menetapkan jumlah tempat duduk bagi kategori ekonomi adalah tidak kurang daripada 38 buah tempat duduk bagi bas satu tingkat dan tidak kurang daripada 50 buah tempat duduk bagi bas dua tingkat. Manakala bagi kategori eksekutif penetapan jumlah tempat duduknya pula adalah tidak lebih daripada 37 buah tempat duduk bagi bas satu tingkat dan tidak lebih daripada 49 buah tempat duduk bagi bas dua tingkat serta mempunyai sekurang-kurangnya satu baris tempat duduk tunggal.

Pada 21 Disember 2023 dan 19 Januari 2024, pihak Persatuan PMBOA dan PEMBAWA telah membuat permohonan supaya penetapan tambahan dibuat dengan tidak membenarkan bas ekspres di bawah kategori ekonomi menyediakan tempat duduk tunggal bagi mengelakkan persaingan kepada perkhidmatan Kelas Eksekutif.

Permohonan bagi penambahan penetapan tersebut telah diteliti namun belum dapat dipertimbangkan pada masa ini memandangkan ia tidak membawa faedah besar kepada pengguna. Malah apabila pengusaha-pengusaha bas ekspres di bawah kategori ekonomi berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa pada kadar tambang yang lebih

final • 11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

rendah iaitu pada kadar tambang ekonomi, ini akan membawa manfaat kepada pengguna.

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gua Musang.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar. Okey, kita menghargai inisiatif kerajaan yang mencadangkan serta melaksanakan pelbagai kaedah serta transformasi bagi membendung peningkatan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas ekspres.

Dalam masa yang sama, kita harus juga memahami masalah yang kebelakangan ini dihadapi oleh pengusaha bas ekspres iaitu kenaikan kos bahan api dan juga kekurangan pemandu terlatih.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Jadi, soalan tambahan saya, selain pengenalan talian hotline iaitu hotline SPAD dan penggunaan kotak hitam serta kadang-kadang menugaskan Anggota JPJ untuk berada dalam sesetengah bas, apakah inisiatif dan perancangan kerajaan bagi membendung kadar kemalangan bas ekspres yang berpunca daripada kecuaian dan disiplin pemandu bas itu sendiri? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat, yang pertamanya berkenaan dengan kos bahan api. Adalah tidak benar mengatakan bahawa untuk bas ekspres ada peningkatan. Saya nak menegaskan bahawa untuk bas ekspres, mereka masih mempunyai ataupun diberikan subsidi bahan api khususnya subsidi diesel pada kadar RM1.88 untuk SKDS 1.0. Malah, untuk pengusaha-pengusaha bas ekspres, bukan sahaja kadar itu diberikan subsidi tetapi kuota penggunaan itu juga telah pun ditingkatkan daripada 2,880 liter untuk setiap bas setiap bulan telah ditingkatkan kepada 6,000 liter setiap bas setiap bulan. Ini dapat membantu untuk pengusaha-pengusaha bas ekspres untuk mengawal kos bahan api mereka ataupun kos operasi mereka.

Yang satu lagi, berkenaan penguatkuasaan tadi. Memang banyak penguatkuasaan sedang dijalankan. Malah, pada bulan ini, kita telah mengadakan satu operasi bersepadu di seluruh negara untuk bas-bas pelancong, bas-bas persiaran dan bas-bas ekspres. Penguatkuasaan sedang dijalankan secara berkala di semua perhentian bas dan juga di luar perhentian supaya memastikan kepatuhan kepada syarat-syarat. Ini adalah sangat penting. Kita melihat bahawa kepatuhan bas ekspres ini lebih baik daripada bas persiaran kerana kita melihat bahawa daripada segi ketidakpatuhan melibatkan bas persiaran itu jauh lebih tinggi daripada bas ekspres.

Namun begitu, kita memang menyedari bahawa syarat-syarat yang ditetapkan itu mestilah dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha bas ekspres. Terutamanya untuk pemandu- pemandu, kerana pemandu-pemandu bas ini ada yang terlibat dalam gejala dadah, ada yang tidak mempunyai rehat yang mencukupi, ada yang tidak menggunakan dua orang pemandu dan sebagainya. Memang daripada segi itu, kita sedang membuat operasi bersepadu dan pastikan kepatuhan kepada syarat-syarat ini dapat ditetapkan oleh pengusaha-pengusaha demi menjaga keselamatan orang ramai. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Melaka.

final • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Timbalan Speaker.

Menteri, saya nak tanya soalan tambahan berkaitan dengan perkhidmatan bas ekspres terutamanya, khususnya kepada operator di transport KLIA Terminal 2. Di mana, saya dapat aduan daripada pelancong negara asing di mana di negara mereka, mereka sudah tempah tiket bas ekspres melalui platform RedBus, tetapi apabila sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang KLIA2, telah dimaklumkan kepada mereka bahawa bas ekspres tersebut telah dibatalkan. Jadi, insiden sedemikian telah menjejaskan imej negara kita, apatah lagi pelancong yang datang sini telah mengalami satu pengalaman yang tidak baik.

Jadi, apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian supaya kita dapat mengatasi insiden-insiden sedemikian? Iaitu bas ekspres dengan tiba-tiba, tanpa

final • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

memaklumkan kepada penumpang, telah membatalkan trip mereka. Dengan itu, sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat, mungkin itu ialah kes yang terpencil.

Kalau ada apa-apa kes spesifik, bolehlah membuat aduan secara spesifik kepada pihak APAD ataupun kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Kita sudah tentu akan menyiasat apakah punca pengusaha tersebut membatalkan trip tersebut. Memang saya rasa itu sesuatu yang tidak patut berlaku dan sekiranya mereka tidak mematuhi SOP yang ditetapkan, tindakan penggantungan boleh diambil terhadap pengusaha bas ekspres tersebut, tetapi kita juga kena tahu apakah sebabnya. Adakah sebab bas rosak atau apa- apa masalah teknikal yang lain menyebabkan pembatalan trip tersebut.

Jadi, saya berharap perkara ini lah perkara yang terpencil dan saya tahu apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, kes tersebut, dan telah pun dilaporkan dalam media.

Saya berharap butir-butiran daripada pengadu tersebut boleh diberikan kepada pihak berkuasa APAD supaya satu siasatan lebih lanjut dapat dilaksanakan oleh APAD untuk mengambil tindakan sekiranya pengusaha bas itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Segamat.

final • 11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Salam sejahtera. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Segamat nombor 7.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Menteri.

final • 11:40 AM

7. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, bagaimana kementerian akan menyelaras semua insentif, program pelaburan, program pembiayaan serta pembangunan kapasiti berkaitan ekosistem startup agar lebih telus, cekap dan berkesan melalui platform Tetingkap Tunggal MYStartup- STARTUP/Single Window Initiative.

final • 11:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, YB Segamat.

Untuk menyelaras semua insentif program pelaburan, program pembiayaan serta pembangunan kapasiti berkaitan ekosistem startup agar lebih telus, cekap dan berkesan, MOSTI telah melaksanakan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030

(SUPER) dengan pendekatan yang menyeluruh.

Portal MyStartup telah dinaik taraf kepada platform Tetingkap Tunggal- Single Window MYStartup di bawah inisiatif KL20. Platform ini mengintegrasikan program- program merentas kementerian ataupun agensi termasuk program pembiayaan dan program pembangunan startup melalui koordinasi menyeluruh dan bersepadu untuk manfaat syarikat pemula, pelabur, pelabur mangkin dan pihak kerajaan.

Platform ini merupakan sistem penyampaian tunggal awam yang tangkas dan kolaboratif yang bakal menjadi titik utama kerjasama antara semua pemegang taruh dalam ekosistem startup negara. Antara insentif program pelaburan, pembiayaan dan pembangunan kapasiti yang diselaraskan susulan inisiatif KL20 adalah:

(i) Innovation Belt bagi mewujudkan hab inovasi yang menyatukan pemain ekosistem startup;

(ii) Startup Seed Grants iaitu inisiatif untuk syarikat pemula di peringkat awal perniagaan bagi mengakses pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan;

final • 11:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

(iii) AI Infrastructure Enablement iaitu penyediaan infrastruktur kecerdasan buatan bertaraf dunia kepada syarikat pemula untuk menjadikan Malaysia peneraju serantau dalam bidang AI;

(iv) VC Launch Fund iaitu inisiatif bagi VC (venture capital) tempatan baharu untuk meluaskan pilihan pembiayaan dan pelaburan untuk syarikat pemula di Malaysia;

(v) SwiftShift iaitu perkhidmatan sehenti untuk memudahkan bakat luar negara untuk berhijrah ke Malaysia; dan

(vi) MYStartup Single Window yang berperanan untuk menyelaras semua insentif program pelaburan, program pembiayaan serta pembangunan kapasiti berkaitan ekosistem startup.

MYStartup Single Window berperanan untuk mengintegrasikan program-program merentas 17 kementerian dan agensi termasuk program pembiayaan dan program pembangunan startup melalui koordinasi menyeluruh dan bersepadu. Platform ini akan meningkatkan prestasi dan visibility startup tempatan seperti berikut:

(i) bertindak sebagai sumber maklumat tunggal yang menyediakan inisiatif berkaitan program pembiayaan, bukan pembiayaan serta sokongan bagi ekosistem startup;

(ii) meningkatkan akses kepada kemudahan menjalankan perniagaan dan menyumbang kepada penciptaan startup dan pertumbuhannya merentasi kitaran hayat; dan

(iii) menyediakan gambaran holistik ekosistem startup yang dipacu oleh data sebagai panduan kepada penggubal dasar dan polisi.

Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Segamat.

final • 11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Cuma, saya ada soalan tambahan ini berkenaan dengan collaboration antara kementerian-kementerian tadi seperti yang Menteri cakap. Selain daripada kementerian, siapa lagi stakeholders yang sedang membuat kolaborasi ataupun akan ada collaboration, dan juga langkah-langkah yang diambil untuk memastikan ketelusan pengagihan insentif dan pembiayaan dan bagaimana kementerian memastikan akauntabiliti pengguna dana boleh menerima manfaat?

final • 11:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Segamat. Untuk kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, kami telah mewujudkan Jawatankuasa Pasukan Petugas MYStartup Single Window yang diwakili oleh semua kementerian dan agensi yang berkaitan termasuk:

(i) Kementerian Ekonomi;

(ii) Kementerian Kewangan;

(iii) MOSTI;

(iv) Kementerian Digital;

(v) Kementerian Dalam Negeri;

(vi) Kementerian Sumber Manusia;

(vii) Jabatan Imigresen Malaysia;

(viii) Jabatan Wilayah Persekutuan;

(ix) DBKL;

(x) Cradle Fund;

final • 11:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

(xi) MRANTI (Malaysia Research Accelerator for Technology and Innovation);

(xii) MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation);

(xiii) MyDIGITAL Corporation;

(xiv) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;

(xv) Khazanah Nasional Berhad;

(xvi) MAVCAP; dan

(xvii) TalentCorp Malaysia.

final • 11:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

Untuk memastikan supaya semua proses adalah telus, kita memang ada proses- proses yang sedia ada, di mana kita ada internal dengan external audit supaya kita boleh memastikan cara ataupun proses adalah telus dan saksama. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Terengganu.

final • 11:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Okey.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menurut Laporan Ekosistem Startup Global (GSER) 2024, ekosistem startup Kuala Lumpur telah ditempatkan dalam 30 terbaik bagi ekosistem membangun dan menjana nilai lebih daripada RM220 bilion dalam tempoh tiga tahun.

Sehubungan dengan itu, adakah kerajaan boleh melihat potensi yang besar untuk bandar- bandar lain selain dari Kuala Lumpur yang boleh dibangunkan menjadi hub kepada pengasas-pengasas syarikat pemula ini? Apakah bentuk jalinan kerjasama antara kerajaan negeri serta agensi yang berkaitan di dalam memupuk lebih banyak startup di seluruh negara?

Saya juga ingin bertanya tentang apa status berkaitan dengan garis panduan governance dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sudah memasuki fasa akhir pembangunan yang katanya patutnya dilancarkan pada April yang lalu? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Kuala Terengganu. Yang pertamanya selain KL, memang kami memberi tumpuan kepada negeri-negeri lain supaya lebih banyak startup ataupun syarikat pemula. Mereka mendapat bantuan dari kerajaan. Saya bagi contoh, Cradle Fund satu funding agency untuk membantu syarikat-syarikat pemula ini. Kita sedang mengadakan jelajah di seluruh negara supaya kita tidak sahaja memberikan tumpuan di KL sahaja. Walaupun hasrat ataupun matlamat kerajaan adalah menjadikan KL sebagai satu hub startup- hub top 20 menurut kita punya KL20 dan, tetapi kita tidak mengabaikan ataupun mengetepikan negeri-negeri lain, itu adalah pertama.

Keduanya, kami juga mengadakan banyak- aktiviti-aktiviti di luar daripada KL supaya lebih ramai bakat ataupun lebih ramai inovator yang mereka lebih memberikan minat dalam sektor inovasi ini. Seperti yang baru-baru ini kami adakan season kedua Innovathon. Kami adakan audition di semua negeri, di banyak negerilah, termasuk di Sabah Sarawak, termasuk negeri di Pulau Pinang, Johor dan lain-lain, itu adalah antara usaha kita. Soalan kedua adalah tentang AIGE- AI governance and ethics. Sekarang MOSTI tengah bekerjasama dengan Kementerian Digital untuk kita keluarkan- sebenarnya AIGE ini telah pun sampai ke tahap yang terakhirlah. Cuma kita hendak finalize dan fine tune sahaja dan dalam tahun ini kita akan lancarkan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah

final • 11:50 AM

8. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah punca kegagalan Syarikat Aerotree Defence & Services gagal membekalkan pesawat helikopter jenis UH-60A Black Hawk kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) mengikut waktu yang ditetapkan dan apakah tindakan susulan daripada pihak Kementerian Pertahanan bagi memastikan kepentingan TDM terpelihara.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan yang dikemukakan. Kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter Black Hawk untuk Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) telah dimeterai oleh kerajaan secara tender terbuka dengan syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. (ADSSB). Kontrak ini melibatkan skop perkhidmatan sewaan empat buah helikopter Black Hawk UH-06A digital glass cockpit dengan keupayaan misi penuh, dengan platform untuk mengendalikan helikopter pengangkutan tactical utility yang diperlukan oleh PUTD untuk tempoh lima tahun.

Syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar dua buah helikopter pada 30 Oktober 2023 dan dua buah lagi pada 30 Disember 2023. Namun demikian, syarikat telah memaklumkan bahawa terdapat beberapa kekangan dalam membuat penghantaran helikopter. Antara justifikasi yang diberikan adalah pertama, peperangan yang berlarutan di Ukraine telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan dan proses kelulusan pihak pengawal selia Amerika Syarikat telah diperketat bagi pemodenan spesifikasi teknikal dan integrasi sistem avionik ke atas pesawat Black Hawk UH-60A.

Kedua, garis masa timeline program kerja dan jangkaan penghantaran pesawat Black Hawk UH-60A ke Malaysia telah disemak semula dan diperbaharui oleh pihak Slovak Training Academy (SRO) dan semua yang terlibat berdasarkan kondisi rantaian bekalan terkini dan jangkaan masa kelulusan daripada pihak pengawal selia Amerika Syarikat. Kementerian Pertahanan amat memandang serius mengenai kelewatan ini kerana kita tahu di mana ia memberikan impak terhadap pengoperasian helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sebagaimana yang digariskan oleh kontrak.

Seterusnya, berlaku sebarang kelewatan dalam penghantaran helikopter ini, kerajaan telah mengambil langkah melalui kontrak ini akan mengenakan denda lewat ke atas kelewatan yang disebabkan oleh syarikat.

Namun demikian, sekiranya syarikat masih gagal membuat penghantaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan, kementerian juga boleh membatalkan perolehan ini dan menender semula sebagaimana yang disyaratkan oleh kontrak, itu sahaja jawapan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanah Merah.

final • 11:50 AM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menhan yang telah memberi penerangan. Bagi pandangan sayalah, satu kerugian yang besar kepada Tentera Darat Malaysia sekiranya keputusan pembelian pesawat jenis Black Hawk ini dibatalkan atau digantikan jenis pesawat lain. Ini kerana, pesawat ini terbukti sesuai dengan aspek penggunaan Tentera Darat Malaysia. Apatah lagi baharu minggu lepas, pesawat ini digunakan secara bersama dalam pelaksanaan Eksesais Keris Strike di Sabah. Pembelian ini Yang Berhormat Timbalan Menhan, boleh dilaksanakan secara terus antara G2G atau kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan pihak ketiga sebagai ejen, saya ringkaskan ya. Pembelian ini boleh didaftarkan di bawah Excess Defence Articles. Ia boleh dibincangkan antara Yang Berhormat Menhan bersama rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat iaitu Komander USINDOPACOM dalam agenda rundingan dua hala antara kedua-dua negara.

Soalan tambahan saya, kenapa MINDEF masih berkeras pembelian blok ini perlu melalui syarikat swasta sedangkan ada mekanisme pembelian antara G2G melalui platform Malaysia-United States Strategic Talks serta tidak perlu belanja yang besar berbanding melantik syarikat swasta sebagai ejen. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan tambahan. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, kerajaan dalam isu pembelian

final • 11:50 AM

Tuan Adly bin Zahari

Black Hawk ini ada dua penilaian kita. Pertama, kita tahu bahawa syarikat ini telah diberikan EOT mengikut tempoh kontrak yang telah kita sepakati dalam kontrak kita.

Kedua, memang syarikat ini ada memohon EOT kali kedua tetapi kita dalam proses penilaian kita kerana justifikasi kita untuk memberikan EOT adalah berdasarkan kepada penilaian-penilaian teknikal kita dan alasan-alasan yang diberikan oleh pihak syarikat itu sendiri.

Itu sebab kalau kita lihat dalam konteks ini, denda lewat sudah pasti akan kita kenakan kepada syarikat. Walaupun EOT kali kedua itu diberikan kerana kita juga mengambil kira faktor masa sekiranya kita tahu bahawa kesan daripada kita tender semula itu akan memberikan kesan jangka masa panjang yang lebih sukar bagi- terutamanya bagi Pasukan Udara Tentera Darat kita. Adapun persoalan yang dibangkitkan tentang G2G, kita harus juga melihat kepada negara yang mahu kita jalinkan kerjasama. Kerana kita tahu bahawa kalau syarikat-syarikat ini mempunyai pemilikan negara, ya, kita boleh lakukan G2G, tetapi kalau syarikat-syarikat yang mahu kita lakukan kerjasama ini, bukan jadi pemilikan negara, maka kita akhirnya akan pergi kembali kepada pihak swasta juga, itu sahaja jawapan saya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.

final • 11:50 AM

9. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sama ada pesakit yang menghidap penyakit kronik melemahkan (seperti penyakit Systemic Lupus Erythematosus) dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan sekiranya tidak, adakah pihak kementerian bercadang untuk meluaskan kategori OKU untuk memasukkan golongan ini.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Akta Orang Kurang Upaya 2008 ataupun Akta 685 antara lain menyatakan OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka di dalam masyarakat.

Seseorang individu yang ingin mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM perlu menjalani pemeriksaan oleh pegawai perubatan bagi mendapatkan pengesahan sebagai OKU.

Pemeriksaan dan penilaian oleh pegawai perubatan tersebut akan menentukan seseorang itu dikategorikan sebagai OKU berdasarkan kefungsian mereka merujuk kepada tafsiran OKU di bawah Akta 685.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Bagi situasi tertentu yang berkemungkinan seseorang individu menghadapi halangan atau menyekat penyertaan aktiviti dalam kehidupannya kerana anggota tubuh badan tidak dapat berfungsi sepenuhnya akibat penyakit yang dihadapinya. Pengesahan daripada pegawai perubatan atau pengamal perubatan atau pakar perubatan boleh dikemukakan sebagai dokumen atau maklumat tambahan kepada permohonan pendaftaran.

Di samping itu juga, menurut seksyen 24 Akta OKU 2008, pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada ketua pendaftar. Permohonan perlu disertakan dengan laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan. Sehingga kini terdapat tujuh kategori OKU yang didaftarkan:

(i) kurang upaya pendengaran;

(ii) kurang upaya penglihatan;

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

(iii) kurang upaya pertuturan;

(iv) kurang upaya fizikal;

(v) kurang upaya pembelajaran;

(vi) kurang upaya mental; dan

(vii) kurang upaya pelbagai.

Untuk makluman, sehingga Jun 2024, seramai 717,510 orang telah berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya melalui sistem maklumat Orang Kurang Upaya di seluruh Malaysia. Kementerian melalui Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) sentiasa terbuka menerima cadangan dan memperhalusi kesesuaian sebagai OKU bagi kategori-kategori lain di dalam Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bangi.

final • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Timbalan Menteri. Saya bangkitkan soalan ini disebabkan seorang warga dalam kawasan Parlimen saya yang menghidapi penyakit kronik melemahkan. Namanya Amira Sariyatul. Dia ada tulis buku.

Namanya buku tersebut Tanpa Label.

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah bagi mereka yang menghadapi penyakit kronik melemahkan ini yang terlantar dan tak boleh bangun, apa jenis sokongan dan bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan dan juga adakah pihak kementerian ada data setakat ini, berapa ramai mereka yang menghidapi penyakit kronik melemahkan yang terlantar ini yang ada menerima bantuan daripada JKM..?

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut YB Bangi dan terima kasih Puan Yang di-Pertua. Dia ada dua jenis bantuan yang selalu yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pertamanya, pemberian bantuan kewangan kebajikan bulanan. Ini kepada berpenyakit kronik yang terlantar seperti dalam soalan tambahan Yang Berhormat tadi yang diberikan dengan kadar RM500 sebulan tapi dia ada syarat-syarat dan kelayakan tertentulah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi tahun 2023, penerima Skim Bantuan Penjagaan OKU Terlantar ataupun pesakit kronik terlantar di seluruh negara adalah seramai 28,281 orang penerima dan peruntukan pula yang telah disalurkan adalah sebanyak RM165.2 juta. Itu yang pertama.

Keduanya pula, kita juga ada Program Khidmat Bantuan di Rumah- Home Help.

Maknanya individu yang mempunyai penyakit kronik dan terlantar ini, dia akan dibantu oleh sukarelawan Home Help menjalankan kerja-kerja sukarela di rumah OKU seperti pembersihan diri, membersihkan tempat, rakan berbual dan perkhidmatan fisioterapi.

Sehingga Januari 2024, terdapat 2,174 orang petugas yang memberikan khidmat sokongan sosial kepada 8,696 orang warga emas dan juga 1,998 OKU di seluruh negara.

Yang lain-lainnya Yang Berhormat, bagi SLE ini berbalik pada tadi jawapan asal saya mengenai perlunya doktor itu membantu dan menentukan sama ada individu tersebut OKU atau tidak. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mersing.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Speaker. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, kerajaan ada menyediakan bantuan-bantuan kebajikan khas untuk golongan pesakit terlantar.

Jadi soalan pertama saya, bagaimanakah pula dengan inisiatif lain yang berbentuk sokongan kepada golongan penjaga atau ibu bapa yang mempunyai anak terhadap penyakit ini? Adakah sebarang usaha boleh dibuat untuk membantu penjaga atau ibu bapa bagi bertukar pandangan, mendapat...

[Tidak jelas] maklumat atau

final • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

kumpulan sokongan dan yang keduanya tadi Yang Berhormat Timbalan Speaker juga- Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut berkaitan dengan Home Help. Jadi adakah terdapat usaha pihak kementerian untuk menambah elaun bagi petugas Home Help ini kerana setakat ini, petugas ini hanya datang sehari seminggu ke rumah pesakit- pesakit ini sama ada terlantar ataupun duduk berseorangan.

Jadi sekiranya elaun itu dapat ditambah, sekurang-kurangnya mereka dapat hadir lebih kerap berbanding sekarang ini hanya seminggu sekali ke rumah-rumah Home Help ini. Itu sahaja, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat dari Mersing atas soalan tambahan berkenaan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa berpegang kepada prinsip dan percaya bahawa keluarga ini lah unit ataupun unit asas sosial yang sangat- terpenting dalam masyarakat. Sebab itulah penyertaan aktif daripada pihak keluarga ataupun komuniti yang memberi sokongan kepada penjaga atau ibu bapa yang mempunyai anak yang sakit, yang menghidap penyakit kronik ini memang kita sangat alu-alukan dan kami merasakan bahawa ia sangat penting.

Untuk membantu penjaga bertukar pandangan dan sebagainya ini lah kita melihat ia sebagai satu mekanisme, sebenarnyalah menggalakkan mana-mana NGO ataupun kita dikenali sebagai pertubuhan sukarela kebajikan untuk memberikan perkhidmatan, perlindungan, pemulihan kepada kumpulan bersasar ini, Yang Berhormat. Inisiatif untuk menggalakkan perwujudan masyarakat penyayang ini lah tanggungjawab bersama dan sebagai tambahan pelaksanaan konsep kolaborasi strategik juga memang kita alu-alukan antara kementerian, antara private sector dengan NGO, sukarelawan dan pelbagainya dalam bentuk CSR.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, JKM ada bangunkan satu sistem e- Komuniti untuk menggalakkan pasukan NGO sukarelawan yang berkonsepkan kebajikan ini untuk berdaftar dengan JKM. Jadinya, sekiranya layak, dia ada satu- platform permohonan bantuan kewangan kerajaan kepada persatuan-persatuan inilah dan mengenai Home Help, yang itu adalah bergantung kepada availability dan juga kewangan semasa kerajaan, Yang Berhormat, tapi nanti dalam bajet mungkin Yang Berhormat boleh utarakan lagilah mengenai perkara tersebut. Terima kasih...

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Puan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.

final • 12:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

*[Bangun] Umat Islam Palestin sedang dibunuh, Pemimpin berkiblat Barat berpeluk tubuh, Demi Allah, hanya Islam sebagai penyuluh, Soalan saya nombor sepuluh...

[Tepuk]*

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 12:00 PM

10. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan, tindakan dalam menangani ideologi liberalisme dan pluralisme yang dilihat semakin agresif disebarkan dalam masyarakat dengan pelbagai medium termasuk dalam talian sekarang ini.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Izinkan saya untuk memberikan penjelasan dan menjawab soalan sebaiknya. Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

dengan ajaran Islam seperti liberalisme dan pluralisme agama, termasuk yang disebarkan melalui platform atas talian.

Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung perkara ini adalah seperti berikut- Mengeluarkan hukum, mewartakan fatwa dan perundangan, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa MKI. Antara lain telah menetapkan pandangan hukum bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segi akidah syariah dan akhlak.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (MKI) kali ke-74 juga telah memutuskan bahawa aliran pemikiran liberal adalah menyeleweng daripada syariat Islam. Enam buah negeri telah mengeluarkan fatwa mengenai pemikiran liberalisme iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Dua buah negeri iaitu Selangor dan Sabah telah mewartakan keputusan fatwa mengenai liberalisme tersebut. Tambahan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme agama sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Selain itu, pemantauan secara berkala dan tindakan penguatkuasaan di bawah akta, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah oleh pihak berkuasa agama negeri dan agensi di peringkat Persekutuan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui beberapa akta yang berkaitan juga dijalankan.

Jawatankuasa dan penyelarasan juga diuruskan dan diurussetiakan oleh JAKIM antaranya Panel Pakar Akidah JAKIM, Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah, Persidangan Ketua Jabatan Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia, Persidangan Pegawai Penguat kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan.

JAKIM dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri termasuk jabatan mufti negeri-negeri sentiasa melaksanakan program penjelasan kepada kumpulan sasar dalam pelbagai forum bagi membendung ideologi liberalisme dan pluralisme ini daripada terus berleluasa. Kerajaan akan terus melaksanakan langkah jangka panjang dengan mengukuhkan kurikulum pendidikan Islam secara formal dan informal dalam institusi pendidikan di Malaysia dan memperkemas undang-undang berkaitan bagi mencegah penyebaran ideologi pluralisme dan liberalisme terhadap masyarakat Islam. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jasin.

final • 12:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang tegas dan jelas. Soalan tambahan saya ialah apakah pendekatan baharu kerajaan dalam membendung penyebaran pandangan Islam liberal yang didapati berselindung di sebalik program wacana dan dialog? Ini termasuk jaminan supaya sebarang penganjuran wacana dan dialog tidak akan melibatkan individu yang mendukung fahaman Islam liberal di samping program penjelasan kepada golongan sasar melalui pelbagai platform formal dan informal bagi membendung gejala liberal ini daripada terus berleluasa.

Yang kedua, adakah terdapat usaha untuk memperkukuh kurikulum pendidikan Islam secara formal dan informal dalam institusi pendidikan serta undang-undang berkaitan bagi mencegah penyebaran agenda liberal atau seumpamanya secara menyeluruh terhadap masyarakat Islam. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, atas soalan yang diberikan. Soalan ini ada dua dan saya akan cuba menjawab sebaiknya kedua-dua soalan tersebut. Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab dan amanah untuk memastikan bahawa akidah, syariah dan akhlak adalah terkawal dan menepati kehendak syarak dan usaha-usaha telah dijalankan secara menyeluruh dan bersepadu.

final • 12:10 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Di antaranya untuk memastikan bahawa individu-individu, organisasi dan sebagainya dapat dikawal. Kerajaan melaksanakan saringan terhadap individu yang akan menyampaikan ajaran Islam di negara ini oleh pihak berkuasa agama dan juga agensi keselamatan negara serta penguatkuasaan tauliah mengajar agama.

Selain itu, kita juga melaksanakan tapisan terhadap bahan penerbitan dan kandungan media berunsur Islam berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa agama dan agensi yang berkaitan. Ada banyak lagi usaha yang dilakukan cuma menyentuh kepada aspek kurikulum mahupun pendidikan, sememangnya di bawah beberapa Jawatankuasa Pemandu menangani ancaman akidah dan perbincangan di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.

Sememangnya memainkan peranan yang penting untuk memastikan kurikulum bersepadu, kurikulum yang dapat menangani dan juga boleh memberikan satu kefahaman dan kesedaran akidah, syariah dan akhlak yang betul selandas dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Maka doakan, moga-moga negara kita ini insya-Allah akan terus terpelihara.

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Riduan bin Rubin, Tenom.

final • 12:10 PM

11. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Komunikasi menyatakan, apa perkembangan terkini kemajuan pembinaan projek menara telekomunikasi di Parlimen Tenom dan mengapa berlaku situasi menara telekomunikasi yang telah siap dipasang masih lagi gagal berfungsi untuk dimanfaatkan penggunaannya oleh penduduk setempat.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Setakat 30 April 2024, inisiatif yang telah dijalankan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Parlimen Tenom adalah termasuk pembinaan 17 buah menara komunikasi baharu yang telah siap dibina daripada 28 yang dirancang. Kesemua 68 buah menara juga telah siap dinaik taraf dan sebanyak 2,450 buah premis daripada 3,723 yang dirancang telah tersedia dengan capaian gentian optik. Kesemua inisiatif ini akan siap secara berperingkat pada suku ke-empat tahun 2025.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan menara komunikasi yang telah siap dipasang namun masih belum beroperasi antaranya ialah:

(i) kelewatan pihak pembina menara untuk membuat kerja-kerja menyiapkan menara sebelum menyerahkan kepada pihak pemberi perkhidmatan. Kelewatan ini akan dipantau dengan lebih terperinci demi memastikan penyerahan menara dapat dilaksanakan dengan lebih lancar;

(ii) terdapat beberapa buah menara yang belum dapat beroperasi kerana bergantung kepada ketersediaan menara utama.

Sekiranya menara utama ini belum siap beroperasi, menara- menara yang lain juga tidak akan dapat beroperasi;

(iii) proses mendapatkan kelulusan izin lalu bagi menara yang menggunakan backhaul gentian optik memerlukan masa yang lebih panjang dari Jabatan Kerja Raya. Hal ini juga berkaitan dengan projek pelebaran Jalan Salung-Pegalungan yang sedang dalam pelaksanaan; dan

(iv) proses pemasangan kabel gentian optik di kawasan pedalaman memerlukan tempoh masa yang agak panjang kerana faktor akses jalan yang tidak berturap dan sukar dilalui kenderaan berat yang membawa tiang konkrit dan gentian optik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau dan memastikan segala inisiatif di bawah JENDELA akan terus digiatkan bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat dinikmati oleh rakyat. Kerjasama daripada semua pihak

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

berkepentingan terutamanya daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), JKR serta Sabah Electricity Sdn Bhd amatlah diperlukan bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan. Sekian jawapan saya. Terima kasih Puan Speaker.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenom.

final • 12:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Puan Yang di-Pertua, sebelum Tenom mengemukakan soalan tambahan, izinkan saya memperkenalkan dan mengalu-alukan kedatangan rombongan lawatan Persatuan Guru Besar Daerah Kluang, barisan pendidik kita yang berkhidmat sepanjang masa dan kali pertama datang ke Parlimen. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenom.

final • 12:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan terperinci yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah pemantauan dibuat oleh pihak kementerian bagi memastikan para kontraktor yang mendapat tender pembinaan menara komunikasi ini mematuhi standard pemasangan yang ditetapkan? Dan apa bentuk tindakan yang diambil oleh pihak kementerian terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan tersebut serta apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak kementerian berhubung dengan pembinaan menara telekomunikasi ini, terutamanya daripada aspek birokrasi dengan jabatan-jabatan yang berkaitan? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat Tenom atas soalan tambahan tersebut. Pertama, untuk projek JENDELA ini sebenarnya ia bermula pada tahun 2022 dan sebenarnya ia sepatutnya siap dalam masa 18 bulan, tetapi apa yang kita mendapati bahawa memang EOT ataupun lanjutan masa sudah beberapa kali diminta oleh pihak kontraktor. Oleh sebab itu, daripada jumlah yang saya sebut tadi bagilah di bawah Parlimen Tenom. Sebenarnya kita rancangannya ialah 28 buah menara baharu. Yang siap, hanyalah 17.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Untuk Sabah secara keseluruhan, perancangan 651 buah menara baharu, tetapi yang siap hanyalah 294. Tidak dapat dinafikan bahawa prestasi kontraktor setakat ini kurang memuaskan. Oleh sebab itu, beberapa tindakan yang sedang dipertimbangkan termasuklah kita hendak kenakan liquidated damages (LD). Selain itu, mengambil performance bonds mereka dan selain daripada itu adalah penolakan tuntutan dan jugalah tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu [Akta 588].

Kita memang memerlukan semua kerjasama daripada semua agensi terlibat khasnya daripada PBT, daripada JKR, dari Sabah Electricity dan sebagainya untuk memastikan bahawa projek ini dapat dan dilaksanakan secara lancar.

JENDELA memang setakat ini khasnya di wilayah Sabah, prestasinya masih kurang memuaskan dan kementerian bersama dengan MCMC akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap kontraktor-kontraktor yang tidak dapat perform. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:20 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan, bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024, Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024 seperti di nombor 1 hingga 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 17 Julai 2024. Terima kasih.”

final • 12:22 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:22 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KASTAM (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying] dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 12:22 PM
RANG UNDANG-UNDANG EKSAIS (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:22 PM
RANG UNDANG-UNDANG ZON BEBAS (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:22 PM
RANG UNDANG-UNDANG AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:22 PM
RANG UNDANG-UNDANG AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 12:22 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI SUATU PORT PERSEKUTUAN (PEMANSUHAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan 1979; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:22 PM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELABUHAN BINTULU (PEMBUBARAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981, untuk membubarkan Lembaga Pelabuhan Bintulu yang ditubuhkan di bawah akta itu, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh kerajaan negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawakan ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat kali ini.

final • 12:22 PM
USUL
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 77(2) Memilih Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Puan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dipilih bagi menggantikan Yang Berhormat Puan Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelima Belas.

Terima kasih.

final • 12:26 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahaskan.

[Tiada perbahasan]

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan di nombor 1 itu tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:26 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tepuk]

final • 12:26 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [15 Julai 2024]

final • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

final • 12:26 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi pandangan dan sokongan dalam fasal rang undang-undang ini.

Bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh 21 Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu sesi perbahasan rang undang-undang ini, kementerian telah mengelompokkan isu-isu ini pada tujuh kluster. Pertama seperti berikut:

(i) isu integriti;

(ii) isu fungsi dan koordinasi;

(iii) isu kawalan sempadan;

(iv) isu sumber manusia dan implikasi kewangan;

(v) isu infrastruktur dan aset;

(vi) isu penggunaan teknologi tinggi; dan

(vii) isu-isu fasal rang undang-undang.

Berkaitan dengan integriti Tuan Yang di-Pertua, ia disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Bayan Baru, Rantau Panjang, Tebrau, Shah Alam.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, isu integriti di kalangan anggota penguat kuasa diakui merupakan isu yang diberi perhatian serius oleh kerajaan pada hari ini. Sebagai salah satu matlamat penubuhan MCBA, pengukuhan dan pemerkasaan

final • 12:27 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

integriti di kalangan pegawai-pegawai agensi menjadi isu pokok yang perlu ditangani dalam pengoperasian MCBA.

Ini selaras dengan matlamat Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024- 2028 dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Mei 2024 lalu.

Antara inisiatif awal yang telah dirangka oleh KDN untuk mencapai matlamat ini ialah dengan mewujudkan bahagian integriti di struktur asas di Pejabat MCBA yang akan diketuai oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Gred P54 yang akan mengendali hal-hal integriti dan tatakelakuan pegawai-pegawai di MCBA.

Pendekatan ini diambil bagi memastikan sebarang siasatan dan tindakan ke atas pegawai MCBA adalah telus dan berkecuali.

Selain itu, untuk makluman bahagian integriti ini akan pastikan enam- teras integriti yang diterapkan iaitu tadbir urus, urusan aduan, pengukuhan integriti, pematuhan, pengurusan aduan dan tatatertib dapat dilaksanakan dengan berkesan di MCBA.

Kewujudan bahagian integriti ini juga akan diperluas kepada struktur penjabat- pejabat wilayah MCBA apabila waran perjawatan agensi di peringkat wilayah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan kelak untuk memastikan kawal selia dan pengurusan integriti agensi yang lebih luas serta lebih fokus di pintu-pintu masuk seluruh negara.

final • 12:27 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, perwujudan Bahagian Integriti di Pejabat-pejabat Wilayah MCBA juga membolehkan audit silang antara Pejabat Wilayah Pelaksana dengan pelaporan secara berkala kepada pengurusan tertinggi agensi dan KDN. Bahagian- bahagian yang terlibat dengan operasi dan siasatan juga akan mempunyai penempatan pegawai-pegawai SPRM untuk memastikan kepatuhan dan integriti para pegawai.

Selain daripada perancangan tersebut, MCBA akan turut bekerjasama rapat dengan SPRM, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) serta Jabatan Audit Negara untuk pastikan rangka kerja pengukuhan integriti dan tadbir urus MCBA sentiasa diberi keutamaan dan dapat direalisasikan. Saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan berkaitan ini.

Soal isu fungsi dan koordinasi. Isu berkaitan dengan fungsi dan koordinasi telah disentuh oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Ketereh, Rantau Panjang, Padang Besar, Gerik, Tebrau, Padang Terap, Sungai Petani, Lumut, Kuala Pilah dan Machang.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan penubuhan MCBA, agensi ini akan mengambil alih keseluruhan fungsi-fungsi agensi kementerian di pintu masuk seperti JIM, JKDN kecuali fungsi pentaksiran dan kutipan duti atau cukai di pintu masuk yang kekal di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MAQIS, JPJ, PERHILITAN dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengambilalihan fungsi di pintu masuk ini, walau bagaimanapun tidak menjejaskan agensi atau kementerian di luar kawasan pintu masuk yang turut akan memainkan peranan sebagai entiti semak dan imbang kepada kemasukan orang, barangan dan kenderaan ke dalam negara yang telah melepasi peperiksaan kawalan oleh MCBA di pintu masuk. Kewujudan...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Speaker, boleh mencelah?

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya habiskan sedikit.

Semalam tidak datang. Hari ini ada isu. Kalau isu baharu, saya bagi jawapan bertulis, Yang Berhormat.

Kewujudan MCBA- sekejap, saya habiskan perenggan dahulu. Kewujudan MCBA, ini juga akan dapat pastikan elemen single-chain-of-command dilaksanakan sepenuhnya dalam pengoperasian MCBA di pintu masuk negara yang dapat membuka ruang kepada penyelarasan dan memperkemaskan prosedur operasi standard.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawab dalam pengoperan di pintu masuk, segala isu permasalahan yang berbangkit juga perlu diselesaikan oleh pengurusan MCBA dengan penyatuan dan pengoptimuman sumber daripada aspek kewangan, sumber manusia. Ia dijangka akan dapat membantu MCBA ke arah penyelesaian yang lebih holistik dan tersusun. Sila Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih. Menteri memang hebat. Duduk, Menteri.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jangan lama. Ada 14 minit lagi itu. Banyak isu.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya memang mengalu-alukan apa ini cadangan untuk memperkasakan border kita di seluruh negara. Sebab, mutakhir ini kita lihat bagaimana sempadan kita ini selalu diceroboh dengan smuggle-nya, dengan penyeludupan, dengan macam-macam perniagaan-perniagaan di bawah apa ini underworld dan sebagainya.

Jadi, mungkin dengan adanya perwujudan satu akta baharu ini, kita dapat mengekang dan mempertingkatkan kualiti di sempadan kita. Dan ini juga dapat memastikan bahawa pegawai-pegawai kita di sempadan itu juga berintegriti sebab mereka dalam satu- institusi yang diiktiraf oleh kerajaan.

Saya juga ingin menekankan supaya di border, border ini nanti- penjawat- penjawat awam di border, di sempadan ini, mereka perlu diberi latihan, kefahaman dan sebagainya. Tidak boleh diletakkan terlalu lama. Sebab apa? Bila lama akan menimbulkan pula satu- pakatan-pakatan dalaman yang tidak boleh kita banteras.

Jadi, Yang Berhormat mungkin mempunyai idea ilham yang baik dan saya yakin juga Pengarah baharu ini pun memang orang kata memang berkaliber. Jadi, mungkin boleh dilantik lagilah untuk dua, tiga tahun. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Kinabatangan, itulah semangat adanya MCBA. Sebahagian daripada pertanyaan itu ada dalam jawapan ini. Nanti saya sampai ke peringkat itu, Yang Berhormat. Terima kasih atas pandangan berkenaan.

Saya teruskan isu kawalan sempadan, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, isu-isu berkaitan kawalan sempadan juga telah disentuhkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas, Bayan Baru, Ledang, Rantau Panjang, Pasir Gudang, Padang Terap, Shah Alam, Rompin, Tebrau. Tadi Kinabatangan pun sentuh.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 30 Julai 2021 antara lain telah mengambil maklum dan bersetuju bahawa pengoperasian MCBA secara keseluruhan akan merangkumi dua fasa utama iaitu pengoperan di pintu-pintu masuk negara dan seterusnya pengambilalihan kawalan-kawalan sempadan negara. Justeru, untuk peringkat pertama ini, penggubalan Rang Undang-undang MCBA hanya berfokus kepada pelaksanaan fungsi MCBA di kawasan yang ditetapkan iaitu di pintu masuk.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pintu masuk aktif yang diwartakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia berjumlah 115 pintu masuk yang meliputi pintu masuk domain darat 30, 56 laut, 29 pintu masuk udara. Isu-isu laluan tidak sah seperti yang dibangkitkan oleh Pasir Mas, Ledang dan lain-lain semalam merupakan laluan tidak sah yang kadangkala turut disebut sebagai laluan tikus dan sebagainya. Laluan-laluan ini terletak di sepanjang garis sempadan dan tidak melibatkan pintu-pintu masuk yang diwartakan, yang diperuntukkan dalam rang undang-undang pengoperasian MCBA di fasa ini.

Walau bagaimanapun, KDN sebagai kementerian bertanggungjawab mengambil serius isu laluan tidak sah ini dengan mempertingkatkan kawalan bersepadu oleh agensi seperti Pasukan Gerakan Am PDRM, Rejimen Sempadan ATM serta menambah baik pos- pos kawalan yang operasi.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

MCBA turut akan melaksanakan konsep 3C iaitu coordinate, command and control bersama-sama dengan agensi penguat kuasa lain di sempadan terutamanya dengan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan lain- lain untuk kita pastikan isu-isu berkaitan dengan pembolosan, pencerobohan dan penyeludupan sempadan ditangani dengan baik dan lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, KDN menyasarkan untuk agensi ini mainkan peranan lebih aktif untuk terlibat dalam sebarang jawatankuasa berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan sempadan seperti Jawatankuasa Penyelarasan Gerakan Kebangsaan dan juga mesyuarat-mesyuarat peringkat bilateral termasuk dengan negara-negara lain.

Berkaitan isu sumber manusia dan implikasi kewangan, yang ini banyak dibangkitkan semalam yang telah disentuh juga oleh Pasir Mas, Ketereh, Rantau Panjang, Bukit Bendera, Kluang, Gerik, Sungai Petani, Lumut, Kuala Pilah dan Tuaran.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sebelum ke situ, Yang Berhormat. Boleh cerita sedikit fasal jalan tikus tadi.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sekejap, saya ada...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sebelum itu.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sekejap, saya habiskan perenggan ini.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey, boleh tanya balik selepas ini fasal jalan tikus itu.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sekejap, sekejap. Saya habiskan perenggan ini. Nanti tergantung. Sekejap sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MCBA beroperasi dengan perjawatan asas ibu pejabat yang diluluskan oleh JPA dan Kementerian Kewangan mulai 1 Januari 2024 dengan 104 perjawatan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 3 Januari 2024 berkenaan dasar MCBA.

Kerajaan antara lain telah bersetuju agar pewujudan dan pindah butir perjawatan serta peruntukkan kewangan akan ditentukan secara berasingan oleh MCBA bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan. Sila, Tuaran.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam perbahasan semalam saya telah sebut. KDN sendiri telah mengenal pasti 37 buah jalan tikus di Sabah- 37. Jadi, jika- sekiranya agensi yang ditubuhkan ini mahu menangani kebolehterimaan orang asing untuk masuk ke Sabah, tentunya 37 buah jalan tikus ini perlu ditangani dan bukan setakat mengatakan bahawa ini akan dibuat dengan cara ini dan cara ini. Sebab, sudah terbukti semasa COVID-19 dahulu Op Benteng, tempat-tempat ini memang 37 buah jalan tikus ini memang menjadi satu ancaman dalam pelbagai hal di Sabah.

Jadi, apa jaminan pihak kementerian yang 37 buah jalan tikus ini akan ditangani dengan baik, jika- sekiranya tidak ada langkah untuk mewartakan sebagai pos kawalan.

Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya sudah jawab soalan yang dibangkitkan tadi. Kita ambil perhatian kerana laluan-laluan berkenaan terletak di sepanjang garis sempadan, tidak melibatkan pintu-pintu masuk seperti yang diwartakan.

Walau bagaimanapun, KDN serius dan kita memang sentiasa membuktikan...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, kalau perhatian itu tidak memadai Yang Berhormat. Apakah tindakan yang konstruktif betul-betul memastikan bahawa Sabah itu selamat?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Baik. Untuk...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bukan itu saja YB, bukan itu saja. Saya mengatakan bahawa, jika- sekiranya sekarang ini yang diwartakan dalam rang undang-undang ini untuk Sabah hanya sembilan dan sembilan ini lah masuk rasmi lapangan terbang, lepas itu pelabuhan dan sebagainya, tetapi ancaman yang kita terima di Sabah ini lah PTI masuk, ini ancaman dia. Jadi, persoalan dia yang seperti saya kata semalam ialah kalau ini tidak diwartakan, 37 sebab jawapannya telah diberi oleh mantan Menteri KDN dahulu. Dia sudah sebut 37, dia sebut lagi di mana tempatnya.

Jadi, kenapa tidak mahu dimasukkan, diwartakan? Okey, kalau Pagalungan diwartakan, bagaimanakah pula tempat-tempat yang lain itu? Itu persoalannya yang saya bangkitkan semalam. Kalau itu tidak dibuat, sebab itulah saya mengatakan, tidak cukup ini setakat agensi, elok ditubuhkan satu Lembaga supaya pelbagai agensi dapat mencadangkan perkara-perkara ini cuba disampaikan. Itu yang saya cadangkan semalam.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Okey ringkas Yang Berhormat, saya banyak lagi ini. Baik, kita ambil pandangan itu, cuma saya sebutkan tadi untuk mengatasi semua isu yang dibangkitkan tadi. Walaupun laluan ini saya sebutkan tadi tidak melibatkan pintu masuk yang diwartakan seperti dalam peruntukan rang undang-undang itu untuk pasti MCBA pasal ini, tapi usaha-usaha untuk mempertingkat dan mengambil serius di laluan ini kita pertingkat kawalan bersepadu dengan semua- agensi-agensi di bawah KDN dan juga agensi-agensi lain, tapi pandangan Yang Berhormat tadi kita akan ambil kira untuk melihat seterusnya. Yang Berhormat saya ada lima minit...

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri apa masalah dia tidak boleh digazet? Cuba boleh bagikan kita sedikit keyakinan.

Apakah masalah?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, saya ada- saya bagi jawapan bertulis. Itu sebab saya ada panjang lagi, saya ada banyak isu lagi dibangkit. Tak adil saya tak boleh jawab Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, ini isu keselamatan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Ya, ya, ya betul, saya faham.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, kita kena clear sikit.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Ya,kita ambil pandangan serius semua isu yang dibangkitkan tadi. Cuma saya tak jawab di ruang ini. Saya nak selesaikan, ada lebih daripada 15, dalam masa lima minit, banyak- isu-isu yang dibangkitkan tadi Yang Berhormat. Saya percaya pegawai-pegawai saya di belakang akan ambil take note semua- isu-isu tadi untuk diberi perhatian serius.

Ini isu soal sumber manusia dan juga implikasi kewangan, banyak dibangkitkan semalam oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya nak maklumkan bahawa MCBA beroperasi dengan perjawatan yang saya luluskan dan diluluskan sebahagian yang disebutkan tadi. Cuma saya nak sebut konsep asas pengembangan struktur perjawatan SPA kelak ialah dengan memindahkan butiran perjawatan yang dikenal pasti di bawah agensi-agensi sedia ada di pintu-pintu masuk yang akan diambil alih fungsinya ke perjawatan MCBA.

Jadi, berdasarkan libat urus dan perbincangan yang telah diadakan, adalah dianggarkan sejumlah 13,720 perjawatan yang akan terlibat di seluruh pintu masuk negara yang aktif. Walau bagaimanapun, MCBA masih mendapat perincian butiran perjawatan daripada semua jabatan, agensi terlibat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai yang telah dikenal pasti ini lah pegawai-pegawai sedia ada yang cekap dan berpengalaman berkhidmat di

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

pintu masuk negara, selaras dengan cadangan Yang Berhormat Ketereh dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain yang minta supaya pegawai-pegawai yang cekap diserap masuk dalam agensi ini.

Bagi tujuan tersebut juga, untuk makluman, KDN telah mengemukakan beberapa cadangan berkaitan perjawatan MCBA kepada pihak JPA. Jadi berdasarkan cadangan tersebut adalah diakui bahawa implikasi kewangan akan wujud terutama dalam proses penawaran opsyen kepada pegawai-pegawai sedia ada untuk ditukar lantik ke skim baru MCBA, sekiranya diluluskan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak balik sikit dalam isu lain yang dibangkit soal infrastruktur dalam masa singkat ini. Soal infrastruktur dan aset ini banyak dibangkitkan oleh Miri, Yang Berhormat Ledang, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kluang, Gerik, Padang Terap. Saya nak sebut bahawa fasal 6(1)(d) rang undang-undang ini memperuntukkan fungsi MCBA untuk mengurus dan mentadbir mana-mana kompleks pintu masuk.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini pengurusan kompleks dan fasiliti yang dilaksanakan adalah berbeza mengikut domain. MCBA akan mengambil alih pengurusan 20 buah kompleks pintu masuk darat yang mana bertanggungjawab menyelaraskan pindahan ruang pejabat kepada semua agensi untuk urusan dan operasi pemeriksaan, pengurusan, penyelenggaraan dan kebersihan kompleks serta fasiliti.

Memastikan aspek kawalan keselamatan dan menyediakan bekalan aktiviti asas seperti air, elektrik, pembetungan.

Oleh demikian, isu dan masalah berkaitan reka bentuk bangunan ICQS Sungai Tujuh yang dibangkitkan semalam berkaitan kesesakan ICQS Pengkalan Hulu, Bukit Berapit dan aset-aset yang usang di ICQS Rantau Panjang akan diteliti selanjutnya oleh MCBA untuk dibuat tindakan penambahbaikan. Berdasarkan objektif penubuhan MCBA, dengan penyaluran peruntukan kerajaan di pintu masuk selepas ini, ia akan dioptimumkan.

KDN berhasrat untuk membuat perancangan menaik taraf fasiliti dan aset melibatkan penggantian aset usang, pembolehan aset berteknologi tinggi seperti dron, kamera badan serta pembekalan senjata api ringan kepada anggota penguat kuasa bagi kesiapsiagaan kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara. Isu berkaitan dengan satu minit lagi Yang Berhormat.

Sikit isu penggunaan teknologi tinggi seperti AI yang disentuh oleh Miri, Bayan Baru dan ramai lagi. Jadi, penggunaan teknologi AI dalam pemeriksaan barangan telah terbukti berkesan di beberapa buah negara seperti Singapura. Jadi, inisiatif on the fly clearance di Pelabuhan Tuas telah mempercepatkan proses pelepasan kargo menggunakan sistem pengesanan mudah alih dan teknologi AI untuk mengesan anomali dalam imej kargo yang diimbas. Proses ini bukan saja mengurangkan masa pemeriksaan tapi juga meningkatkan ketepatan pengesanan barang terlarang dan penyeludupan.

Jadi, kerajaan turut tidak ketinggalan untuk mengambil langkah bagi melabur dan menggunakan teknologi tinggi termasuk berteraskan pembuatan AI sebagai contoh, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mula menggunakan mesin pengimbas kastam yang dilengkapi dengan teknologi AI untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pemeriksaan dan penguatkuasaan. Jadi Jabatan Imigresen turut tidak ketinggalan untuk memperluaskan penggunaan teknologi seperti QRC, perluasan autogate di pintu masuk negara.

Dengan penubuhan MCBA sebagai agensi tunggal di pintu masuk, aset-aset pengimbasan, termasuklah mesin pengimbas ini akan diambil alih oleh MCBA. Jadi Yang Berhormat, sebagai strategi jangka panjang dan sederhana, kerajaan komited untuk mempertingkatkan teknologi pemeriksaan pintu masuk demi memastikan keselamatan, kelancaran dengan kecekapan orang ramai.

Jadi Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya tak sempat jawab secara keseluruhan. Jawapan-jawapan yang tak sempat jawab saya akan bagi secara bertulis.

Ini jaminan KDN. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

ucapan terima kasih kepada semua agensi dan kementerian teras, termasuk kerajaan di negeri Sabah dan Sarawak atas sokongan dan komitmen sepanjang proses penubuhan dan penggubalan Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

YB, YB.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya juga sekali lagi merakam ucapan setinggi penghargaan atas penglibatan aktif.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

...Dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas Rang Undang-undang Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 ini. Segala teguran dan cadangan penambahbaikan akan diambil perhatian untuk dilaksanakan rang undang-undang ini dengan terbaik dan penuh tanggungjawab demi negara kita, terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Penggulungan tidak menjawab perkara pokok yang telah dibangkitkan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 12:40 PM

Fasal-fasal 1 hingga 25 - Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Pasir Gudang.

final • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, Timbalan Pengerusi. Saya ingin membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa ini fasal 6 di bawah Bahagian III iaitu berkaitan dengan tafsiran di bawah seksyen 2(a) dan 2(b). Di mana, dalam tafsiran itu, kawasan yang ditetapkan dalam Jadual Pertama merangkumi lapangan terbang. Dalam seksyen 2(b) disebut merangkumi Pelabuhan Kastam, Lapangan Terbang Kastam. Ini semua berkaitan dengan Akta Imigresen 1959 iaitu Akta 155.

Tuan Pengerusi, jika rang undang-undang ini menjadi Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, saya berharap maka kerajaan teruskanlah dasar Malaysia yang kekal berprinsip yang mempertahankan Zone of Peace, Freedom and Neutrality

(ZOPFAN) yang diamalkan sejak zaman Allahyarham Tun Razak dan kekal hingga sekarang.

Pertama, pelabuhan-pelabuhan kita dan pangkalan-pangkalan laut kita tidak boleh digunakan oleh kuasa-kuasa besar mana juga. Maka, begitu juga lapangan- lapangan terbang kita yang ada sebanyak 38 buah tidak boleh digunakan oleh mana- mana pihak kuasa besar sama ada waktu aman atau perang. Maka, kita hendak pertahankan dasar kita yang bebas dan berkecuali itu.

final • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, saya berpendapat, jika pengurusan pelabuhan kita, naval base kita, pangkalan laut kita, kita uruskan sendiri, maka hal yang sama kita perlu amalkan dalam penjagaan pengurusan lapangan-lapangan terbang kita. Jangan diuruskan operasinya kepada syarikat asing yang jelas memihak kepada satu-satu kuasa besar dalam kancah geopolitik dunia sekarang. Jadi, saya berharap Malaysia tidak terjebak.

Tuan Pengerusi, saya memohon untuk rang undang-undang ini diberi makna yang sebenarnya yang baik jika akta ini nanti- saya berharap. Kerana, penjualan saham MAHB belum sampai final untuk dijual kepada syarikat antarabangsa GIP yang dikuasai oleh BlackRock. Masih ada masa lagi untuk kerajaan melakukan sesuatu. Saya berharap kerajaan batalkan penjualan tersebut itu. Kita tidak mahu Malaysia terletak di kancah perang.

Di sebelah utara ada blok semacam NATO. Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Filipina di sebelah utara. Di sebelah selatan, kita ada Perjanjian AUKUS- Amerika, United Kingdom dan Australia. Semua ini berlaku di Laut China Selatan. Ini adalah satu hotspot akan berlaku- kemungkinan, jika tidak diurus dengan baik- perang yang besar di negara kita ini.

Dengan tahun hadapan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, saya harap kepada kerajaan dan Perdana Menteri batalkan sebarang niat hendak swastakan jual syarikat mengendalikan operasi kapal terbang kita ini kepada syarikat-syarikat luar. Kita uruskanlah sendiri. Terima kasih, Tuan Pengerusi...

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuaran.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey, ada dua perkara.

final • 12:54 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan tentang Bahagian III – fungsi, kuasa dan pertindihan. Apa yang disebutkan oleh kawan saya tadi tentang betapa pentingnya perkara ini, kita ada penjelasan dia. Fungsi must be very clear.

Saya setuju, saya sokong rang undang-undang ini untuk memastikan supaya sempadan negara kita dapat dikawal dengan secara baik. Fungsinya, juga daripada segi bidang kuasanya dan pertindihan fungsi yang ada. Ini pengalaman kita di negara kita.

Banyak agensi keselamatan, bukan hanya Tentera Laut, Tentera Darat, Tentera Udara bahkan juga polis, bahkan juga ESSCOM, bahkan juga badan-badan yang lain, there must be clarity, dengan izin. Law. And once the law is very clear, it must be enforced. We cannot have law dalam undang-undang negara kita, kita luluskan hari ini but you cannot enforce. Kena ada, ada pertindihan dia.

Kadang itu, pengalaman kita bukan hanya pertindihan yang ada, the manpower is not there. We have that outfit yang ada, tetapi daripada segi tenaga tidak ada, peralatan tidak ada dan juga kewangan yang tidak mencukupi. Saya harap perkara ini juga dijelaskan. You set up something, outfit yang ada perlu kekuatan bukan hanya daripada segi tenaganya, daripada segi kewangan.

Pengalaman saya, ESKOM contohnya, di Sabah. Masa saya Ketua Menteri. Ada bot, speedboat, tetapi tidak ada minyak. I have to give RM1 million. State government give RM1 million to federal agency to ensure that security of the country is well maintained. Kita tidak mahu nanti outfit yang ada ini besok nanti daripada segi ketandusan bukan hanya tenaga, bukan hanya peralatan- dan saya berharap sungguh keadaan ini satu perkara yang perlu dilihat secara serius oleh pihak kerajaan kerana keselamatan sempadan ini bukan satu perkara yang ringan. Itu yang saya nyatakan, building a nation.

Di Perak itu, lengkap dengan pelbagai. Yang Berhormat punya kawasan.

Tenteranya, kapal perangnya, tetapi berapa kerap sangat kena lanun? You know, imbalance kind of- kita katakan bahawa bagaimana keselamatan negara ini dapat kita

final • 12:54 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

imbangi dengan keperluan sempadan-sempadan yang ada. Sempadan di Sabah ini kerap, oleh sebab masalah. Apa lagi berhadapan South China Sea yang ada.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat merujuk kepada fasal mana satu?

final • 12:54 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Ini spesifik daripada segi fungsi dia dan itu yang saya bagi tahu kuasa yang ada, pertindihan fungsi yang ada.

Kerana kawasan sempadan ini perlu bukan hanya dari segi- kita ini, sempadan, boundary dia, but how you empower that? Not only in terms of power- fungsi dia, but you cannot just say this is the fungsi but you cannot facilitate with, saya katakan tadi, peralatannya, manpower-nya, kewangan dia. Hendak panggil helikopter, kalau ada lanun di Tawau- Labuan. It is too far away. Naval base yang ada di Sepanggar, tetapi tidak cukup kita punya naval base. Imbalance, but make sure when we set up an outfit like this, we are very comprehensive, very thorough. Saya sokong ini, tak jadi masalah dengan saya. Cuma, saya nakkan dalam kita meluluskan di peringkat jawatankuasa spesifik on this matter, it must be adhered to daripada segi pelaksanaan, daripada segi keupayaan. Kalau tak, dah banyak agensi yang kita wujudkan, tetapi tak dapat dilaksanakan daripada segi untuk memastikan supaya kawalan perlindungan sempadan yang ada.

Sekarang ini tuntutan di South China Sea yang ada, bukan setakat- contohnya, daripada segi nelayan-nelayan kita. Hendak tangkap ikan, cannot be there. That’s why when I was there as government, I made sure that I tell them it is no longer Federal Government to issue deep sea licenses untuk deep sea fishing yang ada. It must be done in Sabah. Pasal dia tak tahu mana kawasan yang hendak ditangkap, mana satu deep sea fishing area. Kadang-kadang datang kapal laut dari China, datang dari Vietnam tangkap ikan dekat kawasan sempadan kita di Sabah.

Jadi, saya berharap sungguh sambil saya menyokong kerana saya yakin bahawa orang-orang yang akan ditempatkan ini orang yang ada pengalaman dia, tetapi yang pentingnya bukan hanya fungsinya, bukan hanya pertindihan dia. Saya tak hendak nanti macam sekarang- hendak gunakan jet fighter, kita tak ada jet fighter. Di Lahad Datu, you ingat Yang Berhormat Menteri, kes Tanduo. Kes-kes yang lain, surveillance kita gunakan AI, contohnya. Ini yang kita hendak perkasakan. Bukan hanya penting definisinya tetapi you can guna AI but you cannot intercept because you don’t have the means to intercept.

Mengawal sempadan ini, sempadan ini cukup penting. Terima kasih banyak.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuaran.

final • 12:54 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas pada seksyen 3, seksyen 6 dan seksyen 8.

Dalam perbahasan saya semalam, saya telah mengatakan bahawa agensi yang ditubuhkan ini daripada pelbagai agensi dan telah disebut di seksyen 8 tentang soal pertindihan. Jadi, pertanyaan yang telah saya tanyakan, apa yang lebih berkesan sekiranya agensi ini ditubuhkan satu Lembaga, di mana semua ketua agensi itu akan dijadikan Lembaga Pengarah dan dipengerusikan oleh Menteri KDN...? Itu persoalan saya.

final • 12:59 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tuaran, Tuaran boleh sambung selepas lunch break. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

final • 12:59 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Tuaran.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam seksyen 3 telah dinyatakan tentang nama dan perkhidmatan agensi ini.

Agensi ini dia jenama dia agensi, tetapi dia macam jabatan sahaja iaitu agensi ini hanya digunakan untuk berkhidmat di kawasan yang ditetapkan. Ini bererti bahawa hanya yang diwartakan, tempat-tempat diwartakan.

Oleh sebab itu, harapan kita pada mulanya di mana dengan rang undang-undang ini, dengan penubuhan agensi ini dapatlah kita menyelesaikan masalah-masalah sempadan yang ada kaitan dengan jalan-jalan tikus, rupanya meleset harapan kita. Sebab dia tidak- selagi dia tidak digazetkan- apabila kita tengok seksyen 6, dalam seksyen 6 ini ada lapan dia punya fungsi, panjang dia punya fungsi dan dilihat di Jadual 1, senarai tempat-tempat yang digazet. Saya tidak nampak Pelabuhan POIC Lahad Datu. Begitu juga Dermaga Lahad Datu.

Barangkali ini berlaku kerana belum ada CIQ di sana. Belum ada CIQ barangkali.

Saya perlu penjelasan daripada pihak Timbalan Menteri, kenapa Pelabuhan POIC Lahad Datu tidak disenaraikan, tetapi kalau begitulah kriteria dia keseluruhan, kalau ada CIQ dahulu baru diwartakan, ini bererti apa yang saya sebutkan yang 37 buah jalan tikus di Sabah, jalan-jalan tikus di Sabah itu tidak akan selesai dan bagi kita di Sabah, itulah yang paling kita khuatir, kebolosan. Ini sangat ketara semasa Ops Benteng semasa COVID-19 dahulu, di mana kita mahu pastikan supaya tidak ada kemasukan daripada jiran, daripada sempadan Indonesia, Philippines dan sebagainya.

Jadi, saya tidak berapa yakin dengan penjelasan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang macam mana jalan-jalan tikus ini dapat diatasi melalui daripada rang undang-undang ini, kecuali ada sedikit dinyatakan dalam seksyen 3 ini yang ditetapkan dan yang akan ditetapkan ataupun diwartakan. Tidak semesti dia memenuhi kesemua fungsi agensi yang dalam seksyen 6.

Terakhirnya, seksyen 5 iaitu Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai agensi yang perlu dalam kalangan anggota perkhidmatan awam bagi maksud melaksanakan peruntukan akta ini. Ini bererti bahawa kakitangan dilantik- adalah kakitangan yang sedia ada. Dalam hal ini, ini bererti bahawa pelbagai agensi akan diletakkan di sana.

Jadi, sekali lagi kita lihat bahawa apa perbezaannya dengan yang ada sekarang?

Bagaimanakah ia ditangani? Kesemua tempat-tempat diwartakan sekarang? Apakah perbezaannya dia setelah ada agensi ini dan yang ada sekarang? Kalau sekiranya kakitangan yang ada sekarang ini yang bertugas, apakah bezanya? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker...

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Memandangkan kita dalam peringkat Jawatankuasa, saya ingin merujuk terus kepada fasal 12 yang berbunyi seperti berikut, “Bertujuan untuk membolehkan agensi untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana orang atau pihak berkuasa berwibawa bagi apa-apa perkara yang diuruskan oleh agensi. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa agensi dan pihak berkuasa berwibawa hendaklah membuat penyelarasan, berunding dan berhubung secara rapat antara satu sama lain bagi maksud melaksanakan peruntukan akta ini”, iaitu Akta Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

Saya hendak menarik perhatian berkenaan perkara ini dan tanya. Bagaimana pihak-pihak berkuasa seperti agensi kawalan, pihak imigresen, polis dan juga pihak-pihak berkuasa lain akan mengawal selia kemasukan orang-orang asing ke dalam negara kita?

Saya hendak beri kesimpulan merujuk kepada fasal ini.

Kejadian melibatkan seorang warganegara Israel yang telah masuk ke negara kita dan ditangkap dan dituduh di mahkamah kerana memiliki pistol dan peluru. Dia saya difahamkan memiliki dua atau tiga- pasport. Satu Pasport Perancis, dua lagi mungkin Itali dan negara-negara lain.

Jadi, apakah cara kita ingin koordinasi untuk memastikan bahawa kita mengawal ketat orang-orang yang masuk ke negara kita? Ini lah insiden yang pertama yang mencetuskan panik. So, saya merayulah kepada kementerian supaya memberi perhatian kepada perkara ini dan lapangan terbang dan juga pelabuhan-pelabuhan kita perketat lagi dan meningkatkan lagi tahap keselamatan supaya kita jangan mengambil sikap sambil lewa. Kejadian ini lah kejadian yang serius.

Pertama kalinya dalam sejarah, ada seorang warganegara Israel ditahan di ibu kota, memiliki senjata dan peluru. So, saya minta supaya perkara ini diberi perhatian dan mohon Menteri menjelaskan bagaimana kita ingin mengkoordinasi dan menyelaraskan kawalan sempadan di negara kita? Terima kasih.

final • 2:36 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila jawab.

final • 2:36 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya hendak rujuk apa dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Bercakap soal kekalkan kedaulatan pintu dan pangkalan laut Malaysia. Rang undang-undang ini tidak berkait dengan- dan melibatkan pengurusan kompleks lapangan terbang. Pengoperasian MCBA di lapangan terbang melibatkan fungsi pemeriksaan orang dan barangan oleh sebab MCBA akan menjadi agensi tunggal yang akan menguatkuasakan kawalan dan pemeriksaan.

MCBA akan menguatkuasakan sepenuhnya peruntukan fasal 3(2) RUU ini bagi tujuan kawalan dan perlindungan sempadan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan. Itu jawapan apa dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 2:38 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Semporna tadi ada sebut, saya nak jawab bahawa kalau kita lihat fasal 8 berkaitan dengan pertindihan fungsi. Semua perkara yang berkaitan ini diselesaikan melalui Jawatankuasa Pemantapan Dasar dan Pengoperasian MCBA yang mana jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, dianggotai oleh semua pihak berkuasa berwibawa dan diurussetiakan sendiri oleh MCBA.

Jawatankuasa ini juga akan bertindak sebagai satu- platform punca kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa lain yang berbentuk teknikal atau operasi bagi maksud

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

melincinkan semua operasi. Maknanya perkara-perkara yang berkaitan yang berlaku pertindihan akan ditangani dalam jawatankuasa ini.

Kalau kita lihat fasal 12(1) dan 12(2) berkaitan dengan bantuan penyelarasan, memang dibolehkan untuk memohon bantuan-bantuan daripada agensi-agensi lain dalam menjalankan tugas dan fungsi MCBA. Daripada segi keperluan kewangan, sumber manusia dan aset untuk MCBA beroperasi ialah berdasarkan bidang butiran daripada agensi-agensi yang sedia yang telah pun saya jelaskan dalam jawapan saya pada awal tadi. Kita faham apa juga perkara-perkara yang dibangkitkan tadi, kita akan teliti sedalam- dalamnya untuk memastikan apa yang kita hendak laksanakan benar-benar berkesan dan baik.

Tuaran bangkitkan kenapa MCBA tidak ditubuhkan sebagai lembaga. Menurut pandangan beliau, penubuhan Lembaga membolehkan pelbagai pihak berkepentingan di Sabah dan Sarawak boleh dilantik sebagai ahli lembaga untuk memantau pengoperasian MCBA.

Kita mengadakan pelbagai libat urus, termasuk dengan Sabah dan Sarawak dan pada pandangan KDN bahawa sebagai sebuah agensi yang akan menjalankan pelbagai fungsi yang melibatkan pemeriksaan dan penguatkuasaan maka adalah lebih wajar ia dibentuk sebagai sebuah agensi kerajaan iaitu lebih baik berasaskan dapatan-dapatan kajian yang kita buat.

Bagi tadbir urus pengoperasian MCBA di Sabah dan Sarawak, KDN menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam sesi libat urus sebelum ini mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemantapan Dasar dan Pengoperasian MCBA di peringkat negeri berasingan dengan struktur di Semenanjung Malaysia. Yang Berhormat juga bangkitkan berkaitan dengan lorong-lorong tikus tadi.

Sebenarnya saya dah jelaskan pada waktu saya menggulung tadi. Rang undang- undang ini kalau kita teliti, ia digubal dengan penetapan kawasan pengoperasian MCBA adalah kawasan yang ditetapkan seperti di Jadual Pertama rang undang-undang.

Kawasan yang ditetapkan ini merujuk kawasan atau pintu masuk yang sedia ada diwartakan di bawah Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan MAQIS.

Hal ini adalah kerana pengoperasian MCBA fasa 1 diputuskan oleh kerajaan sejak 2021, hanyalah di pintu masuk. Kawalan dan penguatkuasaan di sempadan oleh MCBA akan dilaksanakan dalam fasa 2 kelak. Jadi buat masa sekarang, MCBA akan bekerjasama erat dengan pihak PGA, dengan Angkatan Tentera Malaysia melalui fasal 12 dan secara 3C yang saya maklumkan dalam jawapan awal tadi, bagi memastikan kawalan dan perlindungan sempadan akan lebih efisien. Isu-isu berkaitan kawalan sempadan memang kita beri perhatian yang cukup teliti bagi memastikan apa yang kita hendak capai benar-benar mencapai matlamatnya.

Sahabat saya Yang Berhormat Jelutong, fasal 12. Soal berkaitan dengan bantuan dan penyelarasan. Jabatan Imigresen sangat komited dalam penambahbaikan sistem imigresen sedia ada agar segala dasar yang merangkumi elemen-elemen dan memastikan supaya soal-soal untuk kawalan, screening, semua- isu-isu yang dibangkitkan tadi diberi perhatian. Jadi oleh sebab MCBA selaku agensi penguat kuasa di pintu masuk, akan memperoleh akses sistem. Ini bagi mengawal kemasukan orang yang dilarang dan disyaki.

Saya dah jawab banyak tadi bagaimana kita nak tingkatkan kawalan supaya isu- isu dibangkitkan tidak akan berlaku lagi dan saya rasa itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Saya harap apa juga perkara yang dibangkitkan tadi kita akan ambil perhatian untuk diteliti. Terima kasih.

[Fasal-fasal 1 hingga 25 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]

final • 2:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang. Terima kasih.

Puan Yang di-Pertua, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ataupun dikenali sebagai Akta 709 telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada tarikh 2 Jun 2010 dan mula dikuatkuasakan pada 15 November 2013. Tujuan Puan Yang di-Pertua, penggubalan akta ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Akta ini Puan Yang di-Pertua, adalah terpakai kepada mana-mana individu atau entiti yang memproses dan mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi yang diproses dalam transaksi komersial. Itu diberikan penekanan dalam transaksi komersial.

Di bawah seksyen 48 Akta 709, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi ataupun secara ringkas disebut sebagai “Pesuruhjaya” adalah bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta 709 dan semua perundangan subsidiari yang berkaitan serta diperlukan untuk menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya mengikut peruntukan yang sedia ada. Bagi mengimbangi kuasa yang diberikan Puan Yang di-Pertua, Pesuruhjaya juga mempunyai tanggungjawab kepada Menteri berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan yang dihuraikan dalam seksyen 59 akta tersebut dalam hal pelaksanaan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya.

Setelah lebih sedekad penguatkuasaannya Puan Yang di-Pertua, beberapa aspek perlindungan data peribadi di bawah akta ini perlu diteliti dan dikaji semula bagi menambah baik perundangan sedia ada supaya sejajar dengan perkembangan teknologi digital semasa serta perundangan perlindungan data peribadi global.

Puan Yang di-Pertua, keperluan untuk mengkaji semula Akta 709 telah saya nyatakan pada tahun 2018 semasa perasmian di Program The Future of Digital Advertising in a Privacy-First World serta semasa persidangan Impact of European Union General Data Protection Regulation (EU GDPR) di Malaysia dan non-EU countries pada tahun 2019. Maksud dia, ia telah pun dicadangkan dan diperbincangkan lama lagi.

final • 2:47 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Susulan daripada itu Puan Yang di-Pertua, kajian awal semakan semula Akta 709 telah pun kita mulakan dalam tahun 2018 di mana kita kenal pasti jurang yang wujud di antara Akta 709 dan keperluan semasa perundangan perlindungan data peribadi di peringkat antarabangsa. Hasil kajian awal Puan Yang di-Pertua jelas menunjukkan bahawa akta ini perlu ditambah baik dan ini untuk memastikan pelaksanaan akta adalah lebih efektif dan juga untuk memastikan ia setanding dengan perundangan perlindungan

final • 2:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

data peribadi di peringkat global serta seiring dengan perkembangan teknologi dan ekonomi digital.

Puan Yang di-Pertua, dalam rangka cadangan pindaan kepada akta ini, Kementerian Digital dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi ataupun singkatnya JPDP telah pun mengambil kira input dan juga pandangan yang diberikan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan melalui pelbagai sesi libat urus.

Untuk rekod, sebanyak 40 sesi libat urus dengan 719 orang pemegang taruh yang terdiri daripada sektor awam, sektor swasta, pihak berkuasa tempatan, badan kawal selia, pemain industri, persatuan yang mewakili industri dan juga pihak-pihak lain yang berkepentingan telah pun kami laksanakan.

Selain itu Puan Yang di-Pertua, pelbagai pandangan dan juga pendapat juga telah pun diperoleh daripada pakar-pakar melalui siri lawatan penandaarasan ke agensi dan juga suruhanjaya yang berkaitan di luar negara.

Puan Yang di-Pertua, pegawai-pegawai Kementerian Digital dan JPDP juga telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Ke-15, Bilangan 8, Tahun 2024 yang telah diadakan pada tarikh 9 Julai tahun ini, hari Selasa bagi memberikan taklimat kepada Ahli-ahli Jawatankuasa mengenai perkara-perkara pindaan yang terdapat di dalam Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk juga merakamkan penghargaan saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun hadir untuk memberikan pandangan pada sesi tersebut.

Selain itu, semua maklum balas serta input yang diterima hasil kajian awal dan rundingan awam telah pun diambil kira dalam mewujudkan peruntukan baharu pindaan kepada peruntukan sedia ada, penggubalan peraturan pekeliling, standard ataupun juga garis panduan yang baharu.

Puan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada statistik aduan yang terkumpul dari tahun 2016 sehingga bulan Jun tahun ini, pejabat Pesuruhjaya telah pun menerima sebanyak 5,181 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi. Angka statistik aduan yang diterima dalam tempoh sembilan tahun ini lah angka yang membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa isu pelanggaran data peribadi masih berlaku meskipun Akta 709 telah pun berkuat kuasa hampir sedekad lamanya. Kebimbangan ini disebabkan oleh peningkatan pelbagai jenayah lain seperti kes-kes penipuan dalam talian, termasuk penipuan identiti-identiti yang salah. Satu contohnya berpunca daripada insiden kecurian dan kebocoran data peribadi.

Puan Yang di-Pertua, menurut laporan statistik tahun lalu 2023 oleh Pusat Response Scam Kebangsaan sebanyak 34,479 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian lebih kurang RM1.218 bilion telah dilaporkan di seluruh negara. Berdasarkan kepada statistik tersebut, kes jenayah telekomunikasi seperti tipu peraduan SMS, tipu penyamaran di talian dan tipu panggilan telefon antara kes tertinggi yang direkodkan dengan sebanyak 10,348 kes yang melibatkan kerugian dalam anggaran RM352.9 juta.

Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini tidak melibatkan sebarang pindaan yang melibatkan pemakaian akta yang sama terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Buat masa kini, terdapat akta-akta dan peraturan lain yang mengawal selia pegawai-pegawai awam iaitu akta-akta seperti berikut, Akta Rahsia Rasmi [Akta 788] dan juga Peraturan-peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993 sekiranya pegawai awam disabitkan dengan isu ketirisan semasa mengendalikan data.

Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara sedang membangunkan satu akta baru mengenai perkongsian data dalam sektor awam yang kami jangka Puan Yang di-Pertua akan dan saya harap dapat dibentangkan seawal-awalnya pada sesi yang akan datang tahun ini. Elemen kawal selia perlindungan data peribadi turut dikaji dan diambil kira dalam akta yang baharu ini.

final • 2:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Oleh yang demikian, pindaan terhadap Akta 709 adalah bertujuan Puan Yang di- Pertua untuk meningkatkan serta memperkukuhkan lagi perlindungan data peribadi yang diproses di Malaysia. Selain itu, pindaan ini juga adalah pindaan yang pertama kali dilaksanakan sejak ia ataupun akta ini digubal dalam tahun 2010 bagi memastikan bahawa peruntukan akta ini adalah setaraf dengan undang-undang dan amalan yang diperlukan di peringkat antarabangsa.

Justeru itu Puan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan telah tiba masanya agar Malaysia mengikuti dan juga mempraktikkan amalan terbaik dengan izin, the best practices yang sedia ada seperti mana yang dipraktikkan di seluruh dunia dalam memastikan perlindungan data peribadi di Malaysia adalah yang terkini. RUU pindaan akta ini mengandungi 14 fasal yang melibatkan beberapa peruntukan utama. Fasal-fasal yang diperincikan adalah terhurai di dalam RUU yang telah pun dibentangkan dan ianya adalah seperti berikut.

Fasal 1 Puan Yang di-Pertua, ia mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am kepada Akta 709. Ini adalah untuk menggantikan perkataan “pengguna data” dengan perkataan “pengawal data”, daripada “pengguna data” digantikan dengan perkataan “pengawal data” termasuk dalam nota bahu kecuali dalam takrif daftar di bawah seksyen 4 dan seksyen 9 akta tersebut. Puan Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini adalah bagi memastikan keseragaman terma seperti yang diguna pakai oleh kebanyakan perundangan perlindungan data peribadi di peringkat antarabangsa termasuk EU GDPR.

Kemudian fasal 3 Puan Yang di-Pertua bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 709 untuk memasukkan takrif baru “data biometrik” dan “pelanggaran data peribadi” ke dalam akta tersebut untuk meminda takrif tertentu yang sedia ada.

[Batuk] Minta maaf.

Pindaan ini merangkumi pertamanya dalam takrif data peribadi sensitif dengan memasukkan selepas perkataan, “perlakuan apa-apa kesalahan olehnya” dengan perkataan “data biometrik” dengan menjadikan data biometrik sebagai data peribadi sensitif. Pengawal data perlu mendapatkan persetujuan yang nyata daripada subjek data sebelum data peribadinya dapat diproses.

Kemudian, kedua-dua data biometrik yang dimaksudkan adalah data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berhubungan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang itu. Ketiganya dengan memasukkan selepas takrif pegawai yang diberi kuasa takrif yang berikut. Pelanggaran data peribadi, ertinya apa-apa pelanggaran data peribadi, kehilangan data peribadi, salah guna data peribadi ataupun akses tanpa kebenaran kepada data peribadi.

Kemudian Puan Yang di-Pertua, fasal 4 bertujuan untuk meminda Akta 709 yang meliputi:

(i) perenggan 5(a) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang pemproses data hendaklah mematuhi prinsip keselamatan di bawah seksyen 9 akta tersebut;

(ii) perenggan 5(b) bertujuan untuk menaikkan kadar hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh pengawal data atau pemproses data yang melanggar prinsip pelindungan data peribadi masing- masing di bawah subseksyen 5(1) dan 5(1A) Akta 709; dan

(iii) melalui pindaan ini, pemproses data adalah turut bertanggungjawab untuk mematuhi prinsip keselamatan di bawah seksyen 9 akta yang sama.

Peruntukan sedia ada di dalam Akta 709 tiada sebarang tanggungjawab dikenakan terhadap pemproses data jika berlaku sebarang pelanggaran di bawah Akta 709. Justeru, tiada sebarang tindakan diambil, dijadikan hukuman boleh diambil terhadap pemproses data tersebut.

final • 2:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Selain itu Puan Yang di-Pertua, fasal 4 juga mencadangkan pindaan dibuat dengan menaikkan kadar hukuman sedia ada bagi sebarang pelanggaran prinsip perlindungan data peribadi. Peruntukan sedia ada Puan Yang di-Pertua memperuntukkan hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya.

final • 2:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Pindaan ini akan meningkatkan Tuan Yang di-Pertua, hukuman denda daripada RM300,000 sehingga RM1 juta dan daripada hukuman pemenjaraan tidak melebihi dua tahun kepada penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pindaan ini Yang di-Pertua, adalah sangat penting bagi mengurangkan lagi insiden pelanggaran data peribadi. Di samping memberikan mesej kepada semua pihak yang terlibat mengenai komitmen kerajaan dalam hal perkara melindungi data peribadi.

Penentuan peruntukan denda sehingga RM1 juta ini adalah berasaskan kepada nilai yang diperuntukkan dalam akta-akta yang lain, seperti akta negara-negara lain seperti Akta Perikanan 1985, Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 dan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2019.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 6 bertujuan untuk memasukkan penggal baharu 1A, akauntabiliti data peribadi di dalam Akta 709 yang terdiri daripada seksyen baharu 12A dan 12B. Pindaan ini akan memasukkan dua peruntukan baharu iaitu pertamanya, seksyen baharu 12A yang dicadangkan bertujuan untuk mengehendaki pengawal data untuk melantik seorang atau lebih pegawai perlindungan data dengan izin, data protection officers. Pegawai pelindung data adalah bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap Akta 709 oleh pengawal data dan pemproses data. Sekiranya pemproses data peribadi dijalankan bagi pihak pengawal data.

Keduanya, seksyen 12B yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara yang berhubungan dengan pemberitahuan pelanggaran data.

Seksyen baharu ini akan mewajibkan pengawal data untuk memberitahu Pesuruhjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengikut cara dan dalam bentuk yang akan ditentukan oleh Pesuruhjaya.

Ketidakpatuhan terhadap pemberitahuan mengenai insiden pelanggaran data peribadi ini merupakan satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM250,000 ataupun pemenjaraan tidak melebihi dua tahun ataupun Tuan Yang di-Pertua, kedua- duanya.

Kemudian, fasal 8 Dato' Yang di-Pertua, bertujuan untuk meminda seksyen 21 Akta 709 untuk membolehkan Pesuruhjaya menamakan bukan sahaja satu badan, tetapi juga seorang pengawal data sebagai forum pengawal data berkenaan dengan golongan pengawal data yang khusus.

Bergerak ke fasal 9 Yang di-Pertua, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 43A ke dalam Akta 709 untuk mengadakan peruntukan bagi hak kemudahalihan data kepada subjek data tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data.

Hak baharu subjek data ini akan membolehkan subjek data memohon supaya data peribadi ini dipindahkan daripada satu- pengawal data kepada pengawal data yang lain. Ini secara tidak langsung memberikan kemudahan kepada subjek data supaya tidak perlu memberikan data peribadi semula kepada pengawal data yang baharu.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 67 Akta 709 untuk memperuntukkan bahawa tatacara untuk membuka dan menyelenggara mana-mana akaun bank hendaklah dikendalikan mengikut cara yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya. Peruntukan seksyen 67 sedia ada hanya membenarkan pengendalian akaun Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi dengan cara penggunaan cek sahaja. Pindaan ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya untuk menentukan pengendalian akaun selain daripada penggunaan cek.

final • 3:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kita ada fasal 12. Fasal ini bertujuan untuk meminda seksyen 129 akta tersebut dan ia untuk memperuntukkan bahawa seseorang pengawal data boleh memindahkan mana-mana data peribadi subjek data ke mana-mana tempat di luar Malaysia, jika di tempat itu ada berkuat kuasa mana-mana undang yang sebahagian besarnya serupa dengan Akta 709 ataupun tempat itu memastikan satu tahap perlindungan yang mencukupi berhubung dengan pemprosesan data peribadi yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap perlindungan yang diberikan oleh Akta 709.

Pada masa ini Puan Yang di-Pertua, seksyen 129 Akta 709 menghendaki bahawa data peribadi hanya boleh dipindahkan ke-satu- tempat di luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan yang disiarkan dalam warta.

Puan Yang di-Pertua, peruntukan seksyen 129(1) Akta 709 sedia ada melarang pemindahan data peribadi ke luar Malaysia melainkan ke tempat yang diwartakan oleh Menteri atas syor Pesuruhjaya. Walau bagaimanapun, subseksyen 129(3) Akta 709 sedia ada membenarkan pemindahan data peribadi ke luar Malaysia berdasarkan pengecualian yang dinyatakan. Sebagai contohnya, pengawal data boleh memindahkan data peribadi sekiranya mendapat persetujuan daripada subjek data dan pemindahan itu perlu bagi pelaksanaan kontrak antara subjek data dan pengawal data.

Oleh yang demikian, pindaan ini menetapkan pemindahan data peribadi ke luar Malaysia dibenarkan berdasarkan peruntukan seksyen 129(2) dan subseksyen 129(3) Akta 709. Pengawal data mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tempat data yang dipindahkan ke luar ataupun di luar Malaysia mempunyai tahap perlindungan data yang setaraf. Kegagalan pegawai data untuk mematuhi peruntukan subseksyen 129(2) dan (3), ini akan menyebabkan pengawal data boleh dikenakan hukuman denda dan tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 136 Akta 709 untuk mengadakan peruntukan Yang di-Pertua, untuk menyampaikan satu- notis atau apa-apa dokumen lain kepada mana-mana orang, dilaksanakan melalui cara elektronik di bawah Akta 709.

Peruntukan seksyen 136 sedia ada hanya membenarkan penyampai notis atau dokumen dari Pesuruhjaya melalui serahan tangan, meninggalkan notis atau dokumen dalam sampul di alamat yang terakhir kediaman atau tempat penjagaan. Serahan ini perlu dibuat secara surat berdaftar akuan terima. Jadi, pindaan itu adalah to move at the times, khususnya dalam dunia digital ini.

Fasal 14 Puan Yang di-Pertua, memperketat peruntukan kecualian dan pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus adalah merupakan pindaan kecil yang berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang terkini Akta 709 adalah penting untuk mewujudkan ekosistem perniagaan dan ekonomi digital yang selamat dan juga yang boleh dipercayai.

Kesemua pindaan dalam RUU ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan dalam mengekang insiden ketirisan data peribadi yang makin berleluasa. Di samping itu, rang undang-undang ini juga adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan juga perundangan perlindungan data peribadi di peringkat global dalam usaha memantapkan jaminan keselamatan maklumat peribadi di Malaysia.

Saya percaya Puan Yang di-Pertua, dengan pindaan akta ini perlindungan data peribadi Malaysia dapat dipertingkatkan setara dengan perundangan lain di peringkat global sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia. Melalui pindaan ini juga, saya percaya bahawa kita dapat menarik pelaburan asing, meningkatkan daya saing dan juga menyokong pertubuhan perniagaan dan ekonomi digital ke arah status negara berpendapatan tinggi.

Puan Yang di-Pertua, saya memohon untuk mencadangkan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 3:00 PM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiap pembahas akan diberi lima minit. Saya baca senarai pembahas dahulu. YB Beruas, YB Alor Setar, YB Jelebu, YB Parit, YB Segamat, YB Langkawi, YB Kluang, YB Temerloh, YB Jelutong, YB Kuala Krau, YB Bukit Bendera, YB Hulu Selangor, YB Bangi, YB Pokok Sena, YB Bentong, YB Jerai, YB Betong, YB Kuala Krai, YB Bayan Baru, YB Kuala Kedah, YB Ipoh Timor, YB Padang Serai, YB Klang, YB Kepala Batas dan YB Tampin.

Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order, Timbalan Speaker sebelum kita start. Point of Order 94. “Tuan Yang di-Pertua, boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil apa-apa akhbar kerana menghadiri persidangan majlis mengikut apa-apa Peraturan yang dikeluarkan dari satu masa ke satu masa. Jika wakil itu melanggar Peraturan- peraturan, maka kebenaran akan ditarik balik.” Tadi wakil-wakil Perikatan Nasional telah buat satu sidang akhbar di Parlimen dan bawa ADUN Rembia, Muhamad Jailani Khamis dan umumkan secara umum bahawa dia telah lompat parti masuk parti PAS.

final • 3:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Puan Yang di-Pertua, ini satu penghinaan yang paling besar bagi Parlimen kerana Parlimen telah meluluskan Akta Lompat Parti dan mereka masih pakai reben putih. Ini satu tindakan yang paling hipokrit. Mereka- apabila ada Ahli Parlimen di kalangan mereka yang bagi sokongan, tak lompat parti, tetapi mereka bantah, nak pakai reben putih, tetapi sekarang dengan terbukanya mereka umumkan bahawa ada ahli yang telah lompat parti dengan terbuka dan- mereka kata tahun lepas lompat. Tahun lepas yang lompat, bukan hari ini.

Adakah rakyat Malaysia begitu bodoh akan terima apa yang mereka kata? Kalau sudah lompat, mengapakah tidak umum tahun lepas? Hari ini baru umum. Umumlah.

Tunggu satu tahun selepas itu datang Parlimen, buat satu umum- hendak bodohkan rakyat satu Malaysia.

Jadi, saya hendak tanya Puan Speaker, adakah mereka telah dapat apa-apa kebenaran untuk buat sidang media macam ini yang telah menghina Parlimen Malaysia?

Saya rasa ini kita tidak boleh benarkan. Kalau betul-betul tak mahu Akta Anti Lompat Parti, buka reben. Jangan pakai reben sambil kata nak umumkan ada ADUN yang lompat masuk Parti PAS. Apakah tindakan ini? Cakap tak serupa bikin. Hipokrit. Hipokrit yang paling besar...

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul, betul.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar...

final • 3:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya rasa kita tak boleh terima.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar boleh tanya penjelasan daripada Tan Sri Speaker nanti.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih, Puan Speaker.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024.

Puan Yang di-Pertua, niat Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 adalah baik iaitu memastikan data peribadi dikumpul, disimpan dan dikendalikan dengan baik dan tidak dizahirkan atau didedahkan tanpa persetujuan subjek data berkenaan, tetapi pada hakikatnya, perlindungan ini telah terhakis atau tidak wujud lagi bagi pelanggan- pelanggan sesetengah bank. Ini adalah kerana pihak bank dalam terma-terma berurusan dengannya menyatakan pihak pelanggan telah bersetuju untuk pihak bank mendedahkan data-data dan maklumat-maklumat mereka kepada pihak ketiga.

Saya bagi satu contoh. Di bawah privasi polisi Bank ABC- ini sebenarnya nama sebenar sebuah bank di Malaysia, tetapi saya guna ABC. Kerana kita hendak bincangkan secara umum semua bank-bank yang ada di Malaysia.

Di bawah terma use and sharing of information, dinyatakan pihak bank boleh berkongsi maklumat seperti yang dinyatakan dalam Personal Data Protection Act (Privacy Notice) dan antara perkara yang dinyatakan di bawah PDPA- Privacy Notice ini, dinyatakan pihak bank boleh mendedahkan maklumat peribadi atau maklumat peribadi sensitif jika berkenaan kepada syarikat-syarikat lain dalam kumpulan perbankan ABC, penyedia-penyedia perkhidmatan, peniaga-peniaga dan rakan-rakan kongsi strategik, pembekal-pembekal termasuk agensi-agensi pemungut hutang, penasihat-penasihat profesional, persatuan-persatuan berkaitan dengan industri atau kewangan, biro-biro kredit atau agensi-agensi pelaporan kredit dan pencegahan penipuan, agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen pekerja dan/atau mana-mana orang sama ada bertempat di dalam atau di luar Malaysia.

Data-data dan maklumat-maklumat pelanggan boleh dikongsikan secara meluas dan kepada begitu ramai orang. It is like a blanket consent. Ini yang saya hendak tekankan. Memang dalam terma-terma urusan perbankan ini, dinyatakan pihak pelanggan boleh mengehadkan pendedahan maklumat pelanggan, tetapi mesti memberikan notis secara bertulis kepada pihak bank.

Puan Yang di-Pertua, secara umumnya, kebanyakan pelanggan-pelanggan bank tidak akan membaca terma-terma perjanjian dengan bank yang mempunyai banyak muka surat semasa berurusan dengan bank. Dengan izin, we normally do not read all this fine print of the terms of the agreement when dealing with the bank. Basically, we sign a form with all the terms banks ask us to. Akibatnya, pelanggan tidak lagi mendapat perlindungan di bawah akta ini kerana telah bersetuju membenarkan pihak bank mendedahkan data dan maklumat kepada pihak ketiga secara sedar atau tidak. Kalau mereka tandatangani tanpa membaca kandungan, mereka pun tak sedar. Kalaupun mereka sedar tentang terma-terma itu, mereka tidak ada pilihan, tetapi bersetuju juga kerana hendak berurusan dengan pihak bank.

Saya ingin menimbulkan dua persoalan untuk respons pihak kerajaan. Nombor satu, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan termasuk pindaan tambahan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi supaya pihak bank tidak begitu senang mengeluarkan pelanggan-pelanggan daripada perlindungan akta ini?

Kedua, adakah persetujuan yang dinyatakan di atas menjejas atau membatalkan perlindungan kerahsiaan yang diberikan kepada pelanggan di bawah seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan- Financial Services Act 2013 dan seksyen 97 Akta Bank dan Institusi Kewangan- Banking and Financial Institutions Act 1989? Di bawah kedua-dua peruntukan ini, pegawai-pegawai bank tidak dibenarkan mendedahkan maklumat- maklumat pelanggan kepada pihak ketiga. Kalau mereka berbuat sedemikian, pegawai- pegawai ini boleh dikenakan denda yang tinggi dan hukuman penjara.

final • 3:11 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, sebenarnya niat baik akta melindungi data dan maklumat pelanggan, tetapi dengan adanya persetujuan ini, ia mungkin menjejaskan perlindungan yang begitu ketat sekali yang diberikan kepada pelanggan-pelanggan bank.

Oleh yang demikian, kalau boleh, saya harap akta ini dipinda dengan lebih teliti lagi supaya semua- pelanggan-pelanggan bank dapat perlindungan. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

final • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

final • 3:11 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang, Yang Berhormat Menteri dan semua- rakan-rakan sekalian.

Saya ada tiga perkara induk yang hendak dibangkitkan dalam ruang perbahasan ini. Pertama, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah pun membuat libat urus dan membawa rang undang-undang ini ke peringkat jawatankuasa.

Isu yang pertamanya ialah akta ini, perkataan “pengguna data” akan diubah kepada “pengawal data.” Ini dalam pindaan am yang dibuat. Namun, persoalannya, Yang di-Pertua, kenapakah dalam rang undang-undang ini tidak dimasukkan definisi ataupun tafsiran siapakah pengawal data yang dimaksudkan?

Kedua, adakah tidak ada definisi itu menjadikan kita mengguna pakai tafsiran pengawal data sebelum ini, yang sedia adanya ini iaitu pengguna data? “Pengguna data” ertinya seseorang yang sama ada berseorangan atau bersesama atau bersama dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi...” dan sehingga habis seksyen 16 seperti mana Akta Ibu. Ini menjadi persoalan kerana tidak didefinisikan siapakah pengawal data yang dimaksudkan ini.

Berkaitan dengan pengawal data ini juga, Yang di-Pertua, saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri, kenapa kita hendak memansuhkan ataupun hendak memadam perkataan “pengguna data” dan digantikan dengan “pengawal data”?

Sedangkan amalan di UK, dibezakan kedua-dua bidang kuasa ini. Pengguna data satu pihak lain, pengawal data satu pihak lain. Sedangkan kita hendak hapuskan pengguna data dan gantikan dengan pengawal data. Itu satu perkara yang perlukan penjelasan.

Kedua, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya merujuk kepada pindaan seksyen 129 yang hendak dicadangkan itu yang hendak memotong subseksyen (1). Kalau mengikut akta induk, akta ibu yang sedia ada, subseksyen (1) yang hendak dipotong itu ialah suatu kuasa yang diberi kepada Menteri atau Pesuruhjaya, dengan syor, dan juga disiarkan melalui warta. Maka, pemindahan data peribadi keluar Malaysia mesti melalui tiga proses ataupun tiga layers ini, Yang Berhormat Menteri, tetapi apabila kita hendak memansuhkan, memotong subseksyen (1) itu, adakah ini bermaksud kuasa Menteri itu sudah tidak ada?

final • 3:17 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Adakah ini bermaksud syor Pesuruhjaya juga sudah tidak ada kerana perenggan 48E akta ibu juga dipotong iaitu syor Pesuruhjaya itu juga sudah pun ditiadakan dan proses warta itu sudah tidak ada. Satu perkara yang lebih bimbang lagi Yang Berhormat Speaker ialah kuasa untuk memindahkan data peribadi keluar Malaysia ini dipindahkan daripada Yang Berhormat Menteri kepada pihak pengawal data itu tadi. Jadi, dalam keadaan kita tak tahu siapa pengawal data yang dimaksudkan, pihak mana? Tiba-tiba kita bagi absolute power, dengan izin. Kita bagi kuasa penuh, complete power kepada pengawal data. Ini membimbangkan kita- semua.

Dalam keadaan kita ada safety net, kita ada Menteri yang perlu memberi izin, kita ada syor Pesuruhjaya, kita ada proses pewartaan. Dalam keadaan kita ada lapisan-

final • 3:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

lapisan sekuriti ini pun data kita dicuri, data kita dikeluarkan tanpa pengetahuan pemilik data, apa tah lagi bila kita buang kuasa Menteri. Ini sudah tentulah kita punya sekuriti semakin hilang. Seolah-olah akta ini akta yang tidak ada taring kalau kita setuju pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua. Toothless legislative, dengan izin.

Pengawal data tadi yang diberi kuasa boleh memindahkan data-data peribadi yang ada dua kategori ini. Data peribadi, data komersial. Data peribadi sensitif yang berkaitan dengan segala macam hal maklumat kesihatan, keadaan fizikal, mental, pendapat politik, kepercayaan agama dan banyak lagi maklumat, kita bagikan kuasa penuh kepada pengawal data untuk bawa data kita keluar dari Malaysia tanpa dikawal oleh pihak Menteri. Itu apa yang saya faham berdasarkan RUU yang hendak dipinda ini.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya merujuk kepada suatu kes dalam Mahkamah Rayuan, Yang Berhormat Menteri seorang Peguam. Tahun 2023, muka surat 30 dalam CLJ- antara Ranjan Paramalingam vs Persatuan Penduduk Taman Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam kes ini pihak perayu mengambil tindakan sivil kepada persatuan penduduk kerana dikatakan telah menggunakan data peribadinya, tanpa izin. Baik. Yang saya hendak sebutkan lah Tuan Yang di-Pertua, judgement atau pun Hakim kena membuat penghakiman, dengan izin, the non-compliance of the PDPA cannot and should not be a cause of action in a civil suit. The plaintiff’s claim based on PDPA is not sustainable either on fact or law. Penghakiman ini memberi precedent case bahawasanya PDPA yang sedia ada ini tidak boleh digunakan untuk diambil tindakan sivil oleh mangsa kepada pihak yang menganiayai dia. Sepatutnya...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih.

Sepatutnya PDPA ini Yang Berhormat Menteri, kita perketatkan, kita tambah layer, layer sekuriti yang lain, bukannya kita melonggarkan dengan kita memansuhkan atau memotong kuasa Menteri. Ini boleh jadi kerana ada keputusan kes seperti inilah boleh jadi menyebabkan akta kita ini mudah dicuri, mudah digunakan oleh pihak lain kerana tidak boleh diambil tindakan sivil ke atas akta yang sedia ada- berdasarkan akta yang sedia ada. Jadi, itu saya rasa perkara yang patut Yang Berhormat Menteri pertimbangkan.

Saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri, walaupun telah dibuat libat urus.

Walaupun telah dibawa masuk jawatankuasa. Oleh sebab ada persoalan yang besar ini, melibatkan keselamatan data negara ini, semua pihak tidak mengambil kira parti politik, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk menarik balik semula RUU ini.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Sebelum saya mulakan sesi perbahasan saya, saya ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini. Seorang gadis yang hilang sejak hari Rabu yang lalu dan akhirnya mayat beliau dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor semalam. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan semoga pelaku jenayah kejam ini mendapat pembalasan yang sewajarnya. Kita sama-sama doakan keadilan untuk Allahyarham.

Dato’ Yang di-Pertua, saya secara peribadi menyokong penuh tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 pada hari ini. Selain meningkatkan keselamatan dalam memperbaiki kelompangan akta yang sedia ada, saya melihat pindaan ini juga dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap

final • 3:23 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

sistem kerajaan. Kita boleh lihat suatu ketika dahulu kerajaan memperkenalkan atau melancarkan MySejahtera, PADU dan sebagainya.

Kerajaan berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama penuh daripada rakyat untuk mengisi kedua-dua sistem ini. Ini kerana terdapat persepsi di kalangan rakyat bahawa data peribadi mereka berisiko untuk disalah guna oleh pihak ketiga, walaupun mereka mengisi maklumat tersebut dalam sistem milik kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin memetik laporan akhbar pada Disember 2023 yang mana CTOS- Data Systems Sdn. Bhd.

(CTOS) menerusi statistik daripada CTOS CQID mengesan 335,000 maklumat peribadi yang boleh dikenali di laman web gelap daripada 58,000 orang pengguna pada setiap tiga tahun. Saya mendapat maklum CTOS CQID ini sentiasa memantau lama web gelap dan memberi amaran kepada pengguna apabila maklumat sepadan ditemui. Maklumat yang dikesan ini membabitkan butiran kad kredit, membabitkan kad debit, maklumat pasport, alamat e-mel dan nombor telefon.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan rekod kementerian, berapakah sebenarnya jumlah pelanggaran akta data peribadi yang direkodkan dalam tempoh tiga tahun yang terakhir ini? Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan peruntukan baru seksyen 12A iaitu mewajibkan pelantikan pegawai perlindungan data yang bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap Akta 709.

Pertambahan seksyen baru ini untuk memastikan semua pemprosesan data peribadi oleh pengawal data dan pemproses data mematuhi prinsip perlindungan data peribadi yang telah ditetapkan pada 16 Januari 2024 yang lalu. Satu memorandum persefahaman (MOU) antara Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bersama-sama dengan sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan- Futuris Sdn. Bhd. telah dibuat dan antaranya, pengisiannya adalah berkaitan dengan Program Latihan dan Pensijilan Pegawai Perlindungan Data (DPO) seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

MOU yang dibuat ini baharu sahaja dilakukan pada bulan Januari dan sehingga hari ini berapakah jumlah individu yang telah mendapat sijil layak ataupun pensijilan DPO ini dan bagaimanakah fasa pelaksanaannya selepas pindaan ini diluluskan nanti?

Ataupun adakah DPO ini hanya bertindak sebagai pegawai pemantau proses sahaja ataupun beliau ini mempunyai akses untuk melihat data-data yang dikumpulkan. Jika DPO ini mempunyai akses terhadap data yang dikumpulkan, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan dan DPO ini tidak akan menyalahgunakan data-data yang berada dalam pemantauan mereka?

Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pindaan subseksyen 129(1) yang mana pindaan ini bertujuan untuk memansuhkan keperluan pewartaan tempat yang dibenarkan untuk pemindahan mana-mana data peribadi ke luar Malaysia.

Dalam akta sedia ada, ia nya melarang pemindahan data peribadi keluar Malaysia melainkan ke tempat yang diwartakan oleh Menteri atas syor Pesuruhjaya DPO. Saya faham pindaan ini perlu dilakukan untuk meningkatkan perkembangan ekonomi digital dan memudahkan penguatkuasaan supaya tidak perlu mengubah senarai dalam warta pada waktu akan datang, tetapi persoalan yang ingin saya timbulkan ialah bukankah dengan pemansuhan kawasan yang diwartakan ini akan membuka ruang yang lebih luas dan meningkatkan risiko untuk data peribadi ini dipindahkan tanpa sebarang kawalan?

Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh pihak kerajaan? Pemansuhan subseksyen ini tidak akan memberi bebanan kepada pihak berwajib untuk memantau pemindahan data peribadi pengguna ke luar negara? Saya berharap semua pindaan ini Dato’ Yang di-Pertua, dapat meningkatkan tahap keselamatan data peribadi pengguna di Malaysia, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap sistem kerajaan. Dato’ Yang di- Pertua, last point. Data peribadi ini Dato’ Yang di-Pertua, bocor setiap saat dan waktu.

Dato’ Yang di-Pertua pun pernah dihubungi oleh pihak scammer. Scammer ini Dato’ Yang

final • 3:23 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

di-Pertua, dia guna data peribadi kita. Saya hendak umum dalam Parlimen hari ini. Saya bertanggungjawab atas pengumuman saya.

Semalam, tiga panggilan terhadap talian handset peribadi saya. Nombornya 014- 2009 335, pegawai AMLA daripada Maybank Johor Bahru dan minta semua data peribadi- bukan minta, dia telah pun memberitahu pada saya, IC number saya- tepat, betul. Nombor akaun saya- tepat, betul dan cawangan mana bank saya dibuka. Bagaimanakah pihak ini boleh mendapatkan data peribadi seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya tidak boleh diperoleh pihak ketiga?

final • 3:23 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

So, Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya kena maknanya rakyat yang biasa ataupun rakyat sama ada golongan intelektual ataupun masyarakat biasa terdedah kepada pendedahan akta peribadi pada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya challenge dia supaya datang ke Parlimen untuk berjumpa dengan saya. Dia kata, bukan tugas beliau untuk berjumpa dengan saya di Parlimen. Tugas beliau adalah untuk memastikan segala urusan perbankan saya mengikut perkara yang tertentu. Saya kata okey, no problem, saya boleh masukkan berapa wang yang dia mahu dan dia kata segala perbualan sudah dirakam dan dihantar kepada IPK Johor dan IPK Johor akan mengeluarkan waran tangkap kepada saya dan saya challenge dia supaya waran tangkap ini dikeluarkan secepat mungkin ketika waktu Parlimen bersidang.

Bukan apa Dato’ Yang di-Pertua, ini berita betul ya. Saya disclose balik nombor telefon ini. Nombor telefon Datuk Menteri, saya bagi. Menteri, manakah Menteri KDN tadi?

Menteri KDN sudah berehat. Menteri KDN ada di sini. Why don’t you trace this number? Nombor ini lah nombor yang popular. Kenapakah tidak trace? Betul lah kita terikat kepada beberapa perkara yang melibatkan soal yang melibatkan data dan sebagainya, tetapi ia sangat penting untuk kita lihat supaya rakyat dan hasrat Menteri untuk meningkatkan sistem kita dapat dicapai dengan baik. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Parit.

final • 3:30 PM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua atas keizinan untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa ini lah suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Saya mempunyai beberapa persoalan berkaitan dengan RUU ini.

Pertamanya, RUU ini menyebut tentang pelantikan pegawai perlindungan data dalam seksyen 12A(1) iaitu, “Seorang pengawal data hendaklah melantik seorang atau lebih pegawai perlindungan data yang hendaklah bertanggungan kepada pengawal data bagi pematuhan akta ini.” Saya difahamkan dalam pindaan ini bahawa pengawal perlindungan data ini bertanggungjawab bukan sahaja terhadap integriti data. Namun juga perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlakunya kebocoran data di institusi atau syarikat di mana pengawal itu bertugas.

Persoalan saya, bagaimanakah seorang pengawal perlindungan data ini akan dilatih selayaknya bagi memastikan objektif pengawalan data ini tercapai? Adakah pegawai perlindungan data ini dilantik daripada kalangan pegawai syarikat yang mempunyai kandungan data peribadi ini? Jika pelantikan pengawal perlindungan data ini adalah daripada kakitangan syarikat yang memiliki data ini, bagaimanakah Jabatan Perlindungan Data Peribadi memastikan tiada konflik kepentingan wujud bagi memastikan pengawal data itu melaksanakan tugas dengan sempurna?

final • 3:31 PM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Puan Timbalan Yang di-Pertua, seksyen 12B(1) menyatakan, “Jika seorang pengawal data mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pelanggaran data peribadi telah berlaku, pengawal data itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, memberitahu Pesuruhjaya mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya”. Soalan saya, apakah bentuk komunikasi pemakluman oleh pengawal data terhadap Pesuruhjaya Perlindungan Data dalam melaporkan kes-kes pelanggaran data ini?

Yang kedua, sejauh manakah bentuk perlindungan dapat diusahakan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi memastikan data yang belum terdedah terus terjaga dalam setiap kes pelanggaran data?

Soalan saya yang ketiga, adakah JPDP memiliki perjawatan yang mencukupi bagi menyiasat dan membuat tindakan susulan bagi kes pelanggaran data ini?

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa perenggan 5(b) bertujuan untuk menaikkan kadar denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh pengawal data atau pemproses data yang melanggar prinsip perlindungan data peribadi masing- masing di bawah subseksyen 5(1) dan (1A), Akta 079 dengan kadar denda yang tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya.

Jika pindaan ini perlu untuk memberikan mesej kepada semua pihak yang terlibat mengenai komitmen kerajaan dalam melindungi data peribadi. Saya ingin mengetahui.

Adakah JPDP telah membuat kempen secara meluas berkenaan beratnya hukuman?

Kalau sebelum ini tidak silap saya RM300 ribu. Adakah kempen telah dibuat tentang meluasnya- dibuat secara meluas tentang beratnya hukuman dengan pelanggaran ini kepada semua pihak terutama kepada mereka yang berkenaan.

Yang kedua, adakah JPDP juga membuat kempen yang sama kepada pihak masyarakat umum dan individu yang mempunyai niat untuk melanggar data peribadi?

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon pencerahan dalam persoalan- persoalan yang telah saya kemukakan. Memandangkan masih banyak lagi persoalan- persoalan termasuklah yang berkaitan dengan pengawal data tadi, definisinya masih lagi belum jelas. Saya mohon ditakrifkan apakah yang dimaksudkan dengan pengawal data itu dan mengapakah pengawal data diberikan kuasa yang sangat besar, boleh untuk memindahkan data kita sehinggalah keluar negara. Jadi, saya mohon, saya mencadangkan supaya RUU ini ditangguhkan. Terima kasih.

final • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 3:31 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih juga atas peluang ini. Timbalan Minister, saya ingin mengucapkan tahniah kerana ini lah satu komitmen yang besar untuk kita membanteras kes-kes yang berlaku di negara kita berkenaan dengan data.

Terlebih dahulu saya ingin memetik bahawa APDP atau PDPA 2010 telah memainkan peranan penting dalam mengawal selia pemprosesan data. Mengikut akta yang kita telah pinda ini, ada cadangannya bahawa berkenaan dengan subseksyen pindaan seksyen 5(b) dalam subseksyen (2) menyatakan Dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan, “atau seseorang itu memproses data yang melanggar subseksyen (1A)”. Hukuman kita boleh gantikan RM300 ribu kepada RM1 juta.

Saya rasa ini adalah tidak cukup. Dia sepatutnya menaikkan kepada RM5 juta.

Kenapakah saya kata begitu? Kerana isu data ini bukan sahaja melibatkan wang ataupun maklumat peribadi. Ia juga akan ada kesan kepada nyawa manusia. Apakah maklumat-

final • 3:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

maklumat diberikan kepada salah seorang penjenayah yang akan membuat stalking akhirnya akan ada kes-kes jenayah yang terlibat dan akan mengancam nyawa mereka?

Apakah denda ini setimpal dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang?

Saya minta Yang Berhormat untuk pertimbangkan charges ini sebab saya ada satu contoh yang saya ingin memberikan di mana kita boleh lihat contoh dari negara lain yang telah berjaya memperkukuhkan undang-undang perlindungan data mereka. Sebagai contoh Kesatuan Eropah. European Union telah memperkenalkan GDPR atau General Data Protection Regulation yang telah menetapkan standard yang tinggi dalam perlindungan data peribadi. GDPR memperkenalkan penalti yang berat terhadap mana- mana pihak yang melanggar peraturan perlindungan data termasuk denda sehingga 20 juta euro atau empat peratus daripada pendapatan tahunan global syarikat atau mana yang lebih tinggi.

Saya rasa tindakan ini ataupun hukuman itu perlu berat kerana seperti yang Jelebu tadi kata sampai maklumat Ahli Parlimen pun tidak boleh di-protect, bagaimanakah dengan maklumat-maklumat rakyat biasa? Kita dengar dalam berita setiap hari akan ada scam di sana, scam di sini, love scam dan sebagainya. Perkara ini berterusan dan seperti yang Jelebu tadi kata saya memetik bahawa bagaimana dan apakah syarikat-syarikat ini, syarikat-syarikat telco tidak dapat mencari siapakah dalang di belakang ini? Apakah syarikat telco terlibat dalam leakage of data? Ini lah satu persoalan yang besar.

Saya minta juga untuk Menteri untuk collaborate dan adakah- saya ingin tanya, apakah kementerian akan ada prosecution power untuk menentukan satu-satu kes yang boleh didakwa terus di mahkamah tanpa melalui proses-proses biro yang lebih tinggi.

Prosecution power is very important for the Minister to decide the case on the how sure and how severe is the case dalam kes-kes ini. Saya juga ingin memetik dalam pindaan, perkenalan beberapa perubahan signifikan.

Saya ucapkan tahniah juga mengganti “pengguna data” pada “pengawal data.” Pengawal data saya rasa dia yang menguruskan semua perkara ini. Memasukkan takrif data biometrik dan tanggungjawab proses data di bawah prinsip keselamatan.

Pelantikan Pegawai Perlindungan Data (DPO), ini adalah perkara-perkara yang telah dipinda. Adalah satu perkara yang baik untuk memperkasakan PDPA ini.

Pemberitahuan perlanggaran data, had kepada ke mudah alihan data, menaikkan kadar hukuman. Saya rasa hukuman itu harus dipertingkatkan. Saya ingin bagi tahu kepada Menteri untuk pertimbangkan.

Timbalan Yang di-Pertua, untuk memastikan pindaan ini dilaksanakan dengan efektif, beberapa strategi, langkah yang perlu diambil.

final • 3:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Penguatkuasaan yang tegas, meningkatkan kapasiti agensi penguatkuasaan seperti Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi untuk menjalankan audit dan penguatkuasaan yang lebih kerap dan berkesan.

Satu perkara saya ingin juga bawa ke perhatian Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah kita mengawal maklumat daripada data server yang menetap di luar negara? Bagaimana kita contohnya syarikat-syarikat ataupun syarikat sosial media Facebook, Instagram, Twitter ini mereka menetap data server di luar negara.

Bagaimanakah mereka boleh memberi jaminan kepada kerajaan Malaysia bahawa data ini tidak akan keluar? Itu lah kerajaan perlu meneliti- bagaimana kita mahu mengawal data, database yang akan berada di luar negara dari dalam Malaysia.

Lagi satu perkara adalah berkenaan dengan seperti yang saya menyebut dengan langkah strategi yang kita perlu kerjasama antarabangsa, menjalin kerjasama dengan negara-negara lain berorganisasi antarabangsa untuk perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam perlindungan data peribadi. Khususnya syarikat-syarikat luar negara yang beroperasi di Malaysia ini bagaimana kita mengawal data mereka yang diperoleh untuk proses di negara.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Apakah jaminan syarikat-syarikat luar negara yang beroperasi di sini tidak akan memberi maklumat warga rakyat Malaysia kepada negara-negara luar? Penggunaan teknologi menggalakkan pengguna teknologi terkini seperti enkripsi, data encryption dengan sistem pengesan pelanggaran data untuk meningkatkan keselamatan peribadi.

Akhir sekali, kempen kesedaran ini adalah sangat penting. Rakyat Malaysia rata- ratanya yang menonton perlu ada kesedaran bahawa pentingnya bahawa untuk tidak memberi sebarang maklumat. Contohnya pergi pasar raya, apabila orang kata kamu akan dapat kereta, kamu akan dapat loteri kita terus bagi saja IC dan ini maklumat kita. Sebagai rakyat juga perlu ambil tanggungjawab supaya jangan memberikan maklumat sebarang kalau tidak kita akan menerima panggilan juga macam Yang Berhormat Jempol tadi...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Akhir sekali, saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk pertimbangkan cadangan-cadangan yang kita berikan supaya kita boleh memperkasakan undang-undang PDPA ini dengan pindaan, demi kesejahteraan dan keselamatan data peribadi Malaysia. Sekian, terima kasih peluang yang diberikan pada Segamat. Segamat mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kemajuan teknologi yang kita hadapi hari ini menuntut kepada tindakan- tindakan yang proaktif dalam berdepan dengan cabaran yang datang. Digitalisasi maklumat bermakna urusan rakyat dipermudahkan sebagai contoh, urusan perbankan, cukai jalan, dan insurans dan pembayaran bil hanya boleh diselesaikan di hujung jari.

Di Malaysia, kemajuan Internet dan keterhubungan, connectivity telah membawa kepada beberapa masalah. Antara yang sering kita dengar hari ini ialah scam, pencerobohan data dan kecurian identiti. Hampir saban hari kita mendengar isu ini berkait rapat dengan data kita yang disalahgunakan. Pindaan kali ini melibatkan beberapa pindaan takrifan di bawah seksyen 4 dengan beberapa perkataan digantikan dengan daftar pegawai data, data forum pengawal data, data biometrik, dan data peribadi sensitif.

Apakah rasional di sebalik pertukaran istilah-istilah ini yang mungkin hanya sekadar isu penterjemahan sahaja?

Jika ia sekadar isu penterjemahan, kerajaan perlulah memastikan terjemahan tindakan perundangan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu adalah tepat dan mencerminkan makna dan konteks yang dimaksudkan. Mungkin juga kerajaan boleh melibatkan ITBM dalam proses penterjemahan dan penggubalan akta perundangan.

Contoh lain ialah pindaan seksyen 16 yang mana perkataan pendaftar ditukar kepada perkataan Pesuruhjaya sedangkan dalam versi bahasa Inggeris ia memang disebut commissioner. Saya membangkitkan isu ini supaya kerajaan dapat mengelakkan pertikaian undang-undang dan salah tafsir di mahkamah kelak.

Dato’ Yang di-Pertua, penggubalan itu kini membawa kepada beberapa perkara baharu antaranya pelantikan Pegawai Perlindungan Data (DPO). Saya ingin bertanya dengan lebih jelas dan terperinci apakah skop tugas dan fungsi DPO memandangkan DPO ini dilantik pengawal data? Apakah kerajaan dalam proses pemilihan DPO ini tertakluk kepada pegawai data semata-mata atau ada garis panduan tetap yang akan diwujudkan?

Sebelum ini kita mendengar khabar berita mengenai pengawal isu syarikat komunikasi menjadi orang dalam yang membocor dan memberikan maklumat kepada pihak sindiket penipuan dalam talian. Bagaimanakah perwujudan DPO ini boleh membantu dalam mengekang perkara sedemikian?

final • 3:42 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Seterusnya, pindaan ini membabitkan pemberitahuan pelanggan data kepada pemilik data atau dikenali sebagai subjek data dalam rang udang-undang ini. Dalam hal ini, saya ingin bertanya apakah mekanisme pemberitahuan pelanggan data dan apakah yang sepatutnya dilakukan oleh pemilik data selepas menerima pemberitahuan ini? Dalam kedua-dua isu ini kerajaan merujuk kepada perundangan perlindungan data di peringkat antarabangsa seperti EU- GDPR; UK- DPA 2018; UK- DPA 2018; Singapore- PDPA 2012; Japan- APPI 2003; dan South Korea- PIPA 2011. Jadi kita ingin bertanya, apa amalan terbaik daripada perundangan negara-negara yang disebut ini dalam soal DPO dan pemberitahuan pelanggan data.

Pindaan ini juga membabitkan pindaan hukuman di bawah subseksyen 5(2) kepada kadar denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Langkah ini adalah suatu yang wajar diambil melibatkan keadaan pencerobohan data yang semakin banyak dibocorkan dan dilaporkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan baru-baru ini telah melancarkan dua buah pangkalan data yang hangat dibincangkan iaitu PADU dan BUDI MADANI yang bertujuan membantu kerajaan dalam menyasarkan subsidi. Jadi saya ingin bertanya, apakah kini data-data dalam PADU dan BUDI MADANI diletakkan di bawah PDPA? Ini kerana sebelum ini Menteri Ekonomi sendiri menyatakan bahawa PADU tidak tertakluk di bawah PDPA. Bagaimanakah pula dengan maklumat-maklumat pengguna yang disimpan dalam aplikasi yang dimiliki oleh agensi kerajaan?

Kita tahu banyak aplikasi diwujudkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk memudahkan urusan rakyat. Kita ada aplikasi majlis-majlis bandar raya, aplikasi daripada pihak kerajaan negeri dan sebagainya. Apakah ia tertakluk di bawah PDPA ini? Siapakah DPO untuk agensi-agensi kerajaan yang menguruskan data kelak?

Seterusnya subseksyen baru 43A memperuntukkan hak kepada kemudahalihan data yang mana subjek data itu berhak meminta pegawai data menghantar data peribadinya kepada pegawai data pilihannya. Saya ingin bertanya, mengenai kemudahan data yang merentasi sempadan. Bagaimana status ini memandangkan seksyen 129(1) Akta PDPA sekarang ini melarang pemindahan data peribadi luar dari Malaysia melainkan negara itu sudah ada dalam senarai putih Menteri. Saya ingin mencadangkan...

final • 3:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila gulung.

final • 3:42 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Agar senarai putih ini ditukarkan kepada senarai hitam. Ini bermakna pengawal peribadi data boleh secara umumnya- boleh memindahkan data ke negara luar kecuali negara yang disenaraihitamkan oleh kerajaan.

Di kesempatan ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah situasinya apabila data seorang individu itu diambil tanpa kerelaannya seperti yang didedahkan dan ada laporan polis dibuat terhadap Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN). Skim ini menggunakan data-data rakyat yang diambil tanpa pengetahuan individu sendiri. Saya membaca berita mengenai siasatan Jabatan Perlindungan Data Peribadi pada Ogos 2023 tetapi apakah perkembangannya sekarang?

Akhir sekali, dengan pindaan-pindaan ini bagaimana akta ini mampu mengelakkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh INSAN ini? Apa kuasa tambahan yang diberikan kepada JPDP untuk menyiasat kes-kes seperti ini pada masa depan. Jika pindaan ini tidak menangani atau address masalah yang dicetuskan oleh skim ansuran anjuran kerajaan Selangor ini, maka kita boleh mengatakan bahawa pindaan ini tempang dan kurang taringnya dalam menangani isu pencerobohan data. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 3:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.

final • 3:42 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 yang amat penting dalam era letakkan penggunaan media sosial serta teknologi maklumat ketika ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Digital kerana dengan segera memahami keresahan rakyat berikutan peningkatan penyalahgunaan data peribadi sehingga ada yang membawa kepada kehancuran hidup rakyat.

final • 3:49 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Pindaan ini juga membuktikan bahawa kerajaan memandang serius keperluan melindungi data peribadi rakyat yang memainkan peranan penting dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, AI. Selain itu pindaan ini juga akan dapat memastikan tiada data digunakan tanpa persetujuan pemilik data tersebut untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan data semasa penggunaan platform digital sedia ada dan yang bakal diwujudkan pada masa hadapan, tapi saya sangat-sangat setuju dengan jiran saya iaitu Beruas, Yang Berhormat Beruas iaitu perjanjian ataupun kontrak-kontrak yang biasa pengguna tandatangan tu terlalu banyak klausa dan akta-akta mahupun ayat yang panjang. Pengguna biasa tidak akan habis baca setiap- satu ayat. Jadi lebih baik kalau kita boleh wajibkan bahawa mereka mesti letak ataupun simplify-kan kesemua persetujuan, khasnya tentang kegunaan data mereka.

Seperti apa yang dilaksanakan iPhone sekarang apabila kita muat turun satu app, ada seketikanya ada satu message akan keluar minta pengguna tekan dan pilih ask apps not to track ataupun kena izinkan apps yang dimuat turun, boleh ikut atau trace-kan aktiviti kita dalam handphone itu. Saya berharap bahawa kementerian boleh meneliti ini supaya kesemua syarikat yang mengumpul data-data peribadi pengguna kita boleh ada satu- platform yang lebih jelas dan simplified kepada pengguna.

Dan dengan pindaan seksyen 5 meningkatkan jumlah daripada RM300 ribu kepada RM1 juta serta hukuman penjara daripada tidak melebihi 2 tahun kepada tidak melebih 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan yang dilakukan pengawal data atau pemproses data yang melanggar prinsip perlindungan data peribadi. Ini membuktikan betapa kerajaan serius bagi memastikan data peribadi rakyat sentiasa dilindungi.

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berdasarkan statistik berapa ramai individu yang bakal didakwa di bawah akta PDPA 2010 dan berapa peratus kejayaan pendakwaan untuk akta ini...? Statistik ini penting bagi membuktikan adakah hukuman penjara dan denda sebelum ini kurang berkesan kerana masih banyak kes yang kita lihat berlaku kebocoran data terhadap data-data peribadi.

Saya juga tertarik dengan pindaan akta PDPA yang memastikan pelantikan pegawai perlindungan data dilaksanakan oleh organisasi yang mengawal data, serta peruntukan data berkaitan perlindungan data dipatuhi. Sudah pasti pindaan itu akan mewujudkan tanggungjawab untuk setiap pengawal data untuk melaporkan sebarang insiden pelanggaran data peribadi dalam tempoh secepat yang boleh dilaksanakan.

Jika terdapat pelanggaran data itu mengakibatkan kemudaratan yang ketara kepada subjek data, pengawal data perlu bertindak dengan segera untuk membuat laporan dan kegagalan pengawal data untuk melaporkan sebarang insiden seperti mana yang dinyatakan boleh dihukum denda maksimum RM 250,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya. Sudah sampai masanya pengawal data dipertanggungjawabkan jika berlaku kebocoran data peribadi yang akan menyusahkan ramai pihak.

Kita lihat sahaja ada laman-laman web yang langsung tidak rasa bersalah memaparkan data peribadi yang telah digodam dan lebih teruk ada yang menjual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Ya lah, kita faham sebahagian besar mereka ada dark web tapi kerajaan mesti mengambil tindakan juga. Sesuatu yang pelik apabila kita menerima panggilan atau message daripada syarikat-syarikat pinjaman tidak berlesen

final • 3:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

atau lebih teruk lagi daripada aktiviti perjudian haram sedangkan kita tidak berkongsi dengan syarikat-syarikat ini dan juga ada scammer insurans.

Saya sendiri seperti Yang Berhormat Jelebu pun pernah terima panggilan sebegitu dan dia ada kesemua data saya, termasuk nombor insurans lagi. Jadi, persoalannya daripada mana kumpulan-kumpulan ini dapat data-data peribadi rakyat yang amat sensitif ini? Saya mahukan satu penyelesaian tuntas dalam perkara ini.

Banyak laporan yang didedahkan mengenai bagaimana data peribadi disalahgunakan akibat daripada kebocoran data peribadi hingga menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.

Pada masa...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Pada masa yang sama saya juga mahu Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, PDP mainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat betapa pentingnya supaya mereka berhati- hati dalam mendedahkan data peribadi kerana seperti kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubat”.

Sebelum saya landing, saya ingin minta pandangan dan juga nasihat kepada Yang Berhormat Menteri kerana kita tahu akta ini hanya cover pihak swasta sahaja, tetapi apa yang rakyat bimbang sebenarnya adalah kebocoran datang daripada laman-laman web kerajaan juga. Daripada public web juga, jadi bagaimana Kementerian Digital akan tambah baik ke atas semua apps kah atau laman web kerajaan supaya tiada sebarang kebocoran data peribadi rakyat Malaysia lagi.

Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya menjemput Yang Berhormat Temerloh.

final • 3:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pindaan Akta 2024 Perlindungan Data Peribadi sewajarnya diusahakan demi tindakan atas isu kecurian data peribadi yang kerap berlaku. Paling merisaukan data peribadi yang dicuri disalahgunakan penjenayah bagi tujuan penipuan, scam atau aktiviti jenayah lain. Perlindungan data peribadi termasuk sebahagian daripada hak asasi manusia.

Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, dianggarkan lebih 100 juta set data peribadi mengandungi nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor MyKad dan pelbagai maklumat peribadi di Malaysia dipercayai dicuri daripada syarikat atau agensi serta badan-badan di bawah bidang kuasa berbagai-bagai kementerian.

Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia, CSM, pelanggaran data adalah insiden keselamatan siber yang kedua tertinggi yang dilaporkan daripada keseluruhan 5,917 kes pada tahun 2023. Selepas jenayah penipuan mencatat 3,705 kes. CSM menjangkakan kes kecurian data akan terus meningkat jika tiada langkah menanganinya.

Cadangan pindaan tarif data peribadi sensitif kepada data geometri itu berkaitan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang. Adakah pindaan ini tidak melibatkan maklumat kesihatan atau keadaan fizikal atau mental peribadi seseorang, kecenderungan politiknya kepercayaan agamanya atau apa-apa data peribadi lain yang ditetapkan?

Apakah yang dimaksudkan dengan data peribadi berkaitan tingkah laku seseorang? Bagaimanakah proses mengesan tingkah laku dan apakah KPI yang digunakan untuk mengukur dan menetapkan tingkah laku seseorang?

final • 3:56 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Dalam cadangan peruntukan baharu perkara pindaan RUU PDP 2024 peruntukan seksyen 12B mewajibkan pengawal data mengemukakan pemberitahuan mengenai insiden pelanggaran data peribadi kepada Pesuruhjaya PDP dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Temerloh ingin penjelasan time frame ataupun masa yang ditetapkan untuk melaksanakan tindakan secepat yang dimaksudkan. Berapakah kes yang sudah diambil tindakan sebelum akta ini dipinda? Denda yang dikenakan RM250,000.00 atau 2 tahun penjara pasti melalui SOP yang ditetapkan. Apakah SOP yang mesti dilalui oleh subjek data bila menyedari data peribadinya telah dicuri atau disalah guna bagi pihak tertentu?

Temerloh ingin penjelasan tentang perkara pindaan yang keempat, pengendalian Akaun Kumpulan Wang Pelindungan Data Peribadi. Apakah yang dimaksudkan bahawa pindaan ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan Pesuruhjaya PDP dengan membolehkan penggunaan mana-mana kaedah mengikut perkembangan semasa?

Dalam perkara pindaan menaikkan kadar hukuman bagi ketidakpatuhan terhadap 7 prinsip perlindungan data peribadi kepada denda yang tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara dengan tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

final • 3:56 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Di akaun mana denda yang dikenakan akan dimasukkan dan apakah perancangan yang digariskan daripada kutipan denda ini. Adakah Akta Perlindungan Data Peribadi yang diluluskan boleh memberi kuasa kepada subjek data untuk mengambil tindakan sivil terhadap pihak memproses data yang membocorkan data peribadinya.

Temerloh mengharapkan tindakan diambil kepada semua pihak yang terlibat dengan pelanggaran tujuh prinsip ini kerana ia melibatkan keselamatan subjek yang mungkin terdiri daripada pekerja, pelajar dan juga pengguna.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Sudah pasti kita tidak mahu ada syarikat perniagaan yang mengambil peluang menggunakan data peribadi seseorang untuk menjual produk masing-masing terus kepada subjek data. Temerloh juga ingin mengetahui pelantikan Pegawai Perlindungan Data yang bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap Akta 709.

Temerloh ingin mengetahui apakah kriteria yang digariskan untuk layak menjadi pengawal data. Temerloh mengharapkan usaha kementerian untuk pindaan ini dapat mengatasi permasalahan kebocoran data peribadi demi memastikan subjek data tidak dilanda kerunsingan dan kerisauan melampau kerana keselamatan mereka turut terdedah dan terjejas. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker yang saya hormati. Saya bangun untuk bersama-sama menyokong rang undang- undang ini yang telah dibentangkan oleh Menteri dalam kementerian yang baru.

Pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada bukan sahaja menteri yang telah bertungkus-lumus tetapi juga kepada semua kakitangan kementerian yang telah pun menggubal undang-undang ini dengan tujuan untuk melindungi masyarakat, melindungi rakyat Malaysia.

final • 4:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita tahu rata-rata data ini digunakan bukan sahaja oleh pihak bank, ia juga digunakan oleh klinik swasta, digunakan oleh syarikat-syarikat di mana kita menempah kenderaan di mana butir-butir peribadi kita disalurkan kepada mereka bagi tujuan kita memperoleh pinjaman kewangan untuk membeli kenderaan.

Kita juga memberikan maklumat peribadi kepada klinik-klinik kesihatan berkenaan dengan umur kita, berkenaan dengan perkara-perkara yang begitu saya lihat perkara yang patut dilindungi, jenis darah, apa-apa masalah kesihatan yang kita ada dan sebagainya.

Bagi pihak saya, maklumat ini juga kadang-kadang disalurkan kepada pihak hospital. Ada mungkin pihak-pihak tertentu yang mungkin menyalahgunakannya.

Jadi saya melihat kesungguhan, iltizam, kementerian, menteri dan kakitangan dalam kementerian di dalam menggubal undang-undang ini untuk melindungi rakyat Malaysia. Jadi saya menyokong dan kita patut menyokong undang-undang ini. Saya tertarik dengan perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam undang-undang ini di mana kadangkala untuk makluman Menteri, kita sekarang mendapat panggilan telefon daripada syarikat-syarikat insurans.

Umpamanya bila kita memperbaharui insurans, syarikat insurans akan menghubungi kita melalui panggilan telefon dan meminta kita menjawab beberapa soalan melalui panggilan telefon untuk mengesahkan bahawa pembaharuan insurans itu dibuat oleh kita. Saya di sini mengambil kesempatan untuk merujuk kepada memainkan satu video klip dengan izin Tan Sri Timbalan Speaker di mana saya terkejut apabila pada asalnya saya melihat video ini, gambar Perdana Menteri kita ada. Suaranya mirip dan ini adalah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita.

[Memainkan video dari telefon bimbit] Ia adalah gambar Perdana Menteri kita ketika beliau sedang bercakap, suara beliau telah ditiru dan rakyat jelata, dipelawa untuk membuat pembelian saham-saham, untuk melabur dalam saham-saham. Jadi saya tertarik kepada rang undang-undang ini di mana timbalan menteri telah memberi keperincian kepada perkara ini juga.

Saya menarik perhatian Timbalan Speaker dengan merujuk kepada pindaan seksyen 4, 3(b) “data biometrik” ertinya apa-apa data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berhubung dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang. So saya melihat kesungguhan kementerian di dalam juga menangi perkara ini kerana kalau saya merupakan seorang orang kampung ataupun dalam kawasan-kawasan pedalaman dan saya melihat audio ini dan saya mendapat nombor-nombor akaun umpamanyalah saya akan melabur.

Mungkin wang yang saya telah menyimpan, wang saraan saya dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dan sebagainya. Jadi saya di sini terpanggil untuk menyatakan bahawa perkara-perkara ini adalah sesuatu yang perlu kita perhalusi, saya menerima baik rang undang-undang ini, yang rata-rata saya lihat bertujuan untuk melindungi rakyat Malaysia, terutamanya untuk memastikan bahawa maklumat-maklumat peribadi mereka terutamanya apabila mereka dihubungi melalui telefon oleh syarikat- syarikat insurans atau mana-mana pihak individu yang lain untuk memperoleh maklumat peribadi mereka.

Maklumat-maklumat yang disalurkan oleh mereka itu akan sentiasa dilindungi.

Dalam masa yang singkat Timbalan Speaker, saya juga mempunyai beberapa soalan.

Izinkan saya untuk bertanya sebelum saya berundur. Saya ingin tanya kepada Menteri untuk memohon pencerahan. Kalau Menteri boleh menjelaskan, apakah kemahiran pegawai perlindungan data?

Adakah beliau dikehendaki untuk mempunyai apa-apa ijazah dan soalan kedua saya adalah sekiranya berlaku apa-apa pembocoran maklumat, adakah subjek itu perlu dimaklumkan oleh pegawai yang melindungi data tersebut? Timbalan Speaker, terima kasih atas peluang yang telah diberikan. Saya mohon menyokong.

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 4:01 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Speaker dan yang hadir. Secara rohnya pindaan ini adalah untuk mengawal serta melindungi data peribadi. Itu semua orang maklum setiap pindaan itu ada hasrat.

Namun dia kata, maklumat peribadi seperti pengenalan diri, nombor telefon, alamat kediaman, maklumat kewangan adalah perkara penting dalam urusan seharian kita.

Oleh itu organisasi yang menyimpan dan memproses maklumat peribadi ini mestilah menjalankan amanah dengan penuh integriti dan amanah dan lebih penting kalau ia boleh terkait dengan balasan di akhirat selepas mati nanti. Dalam era teknologi maklumat, pengurusan data peribadi telah berkembang dengan pelbagai kaedah termasuk capaian secara digital melibatkan bukan sahaja agensi kerajaan dan pihak perbankan, tetapi syarikat penyediaan perkhidmatan terlibat.

Perlanggaran perlindungan data peribadi ini bukan semata-mata berkait keselamatan siber, tetapi turut menyebabkan kerugian kewangan yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Kemerosotan reputasi, masalah undang-undang, penghakisan kepercayaan pengguna kepada sistem pengurusan data sama ada di peringkat kerajaan mahupun di sesebuah organisasi. Apa yang saya hendak timbulkan di sini, tadi perbincangan saya lihat semua bersetuju secara datanya.

final • 4:08 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Cuma masih lagi menimbulkan keraguan-keraguan dan saya kira keraguan inilah yang perlu diambil perhatian oleh kementerian untuk melihat apakah sesuai ia dibentangkan pada hari ini dan diluluskan atau mengambil masa untuk kembali kita bincang lebih serius kerana ia membabitkan masa depan data peribadi masyarakat negara ini.

Sebagai contoh kita tengok ya, dari sudut denda ataupun kompaun yang dikenakan membabitkan RM1 juta pindaan ini. Sedangkan kalau kita melihat kepada contoh di peringkat antarabangsa, agensi pelaporan Credit Equifax Incorporation yang berpangkalan di USA sebenarnya membayar sekurang-kurangnya USD575 juta dalam penyelesaian dengan Federal Tax Commission dan Consumer Financial Protection kerana kebocoran maklumat peribadi dan kewangan melibatkan 150 juta orang pada tahun 2017. Meta Island disaman sebanyak EURO210 juta kerana perlanggaran di platform Facebook dan EURO180 juta bagi platform Instagram dan sebagainya.

Jadi saya ingin bertanya. Adakah keadaan ini mampu untuk mengekang sedangkan pihak-pihak yang terlibat dalam pencurian data ini kebanyakan membabitkan perniagaan, business yang jauh untung daripada apa yang akan dia kena akibat daripada perlanggaran itu.

Kedua, saya juga ingin mempersoalkan tentang pelantikan pegawai perlindungan? Sejauh manakah dan siapakah yang bertanggungjawab dalam menentukan siapa yang berhak dan layak untuk diletakkan di jawatan yang amat penting ini sehingga dia diberikan kuasa penuh untuk menyebarkan dan menghantar data kepada sesiapa dengan pelaksanaan dan hilangnya kuasa Menteri dalam apa yang disebut oleh Alor Setar tadi?

Begitu juga dalam seksyen 12B memperuntukkan berkaitan pemberitahuan pelanggan DBN oleh pegawai data. Soalan saya, bagaimanakah menentukan tempoh secepat yang dapat dilaksanakan? Dia dapat tahu dan dia kena lapor dengan perkataan secepat yang dapat dilaksanakan pada subseksyen ini. Adakah dalam tempoh 24 jam, tujuh hari bekerja? Bagaimanakah dalam menentukan secepat yang dapat dilaksanakan?

Mohon penjelasan.

Paling akhir, sekiranya kuasa yang begitu besar diberikan kepada pelindung data ini diberikan termasuklah perpindahan ke luar negara, pertama sekali tidakkah ada keperluan untuk mengadakan libat urus dengan negara-negara yang akan kita salurkan

final • 4:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

data ini supaya kalau sekiranya berlaku perlanggaran ini di negara luar, apakah ada undang-undang untuk kita mendakwa negara tersebut atas pembocoran fakta ini?

Paling akhir untuk peringatan semua. Kalau data kita ini boleh dicuri oleh manusia, inikan pula sudah tentu data kita juga pasti akan diketahui oleh Tuhan, Allah pencipta alam. Jadi, jaga perbuatan, perkataan supaya kita jangan diazab dengan kesilapan kita.

Kuala Krau berundur, *assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 4:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Bukit Bendera berasa cukup berbesar hati kerana diberi peluang untuk membahas satu rang undang-undang yang amat penting. Jadi Bukit Bendera menyokong penuh usaha kerajaan kerana pindaan-pindaan ini merupakan satu langkah untuk melindungi maklumat peribadi kita dalam satu dunia yang semakin digital.

Kita hidup dalam era di mana perlanggaran data semakin kerap berlaku dan akibatnya merugikan. Perlanggaran data mengakibatkan pencurian identiti seperti mana video yang telah ditunjukkan oleh rakan saya, Jelutong dan kerugian kewangan dan juga menjahanamkan reputasi seseorang. Ia juga mendedahkan maklumat sensitif seperti rekod kesihatan, butiran kewangan dan juga komunikasi peribadi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita pun telah menyaksikan pelbagai perlanggaran data berprofil tinggi yang menjejaskan jutaan individu. Insiden-insiden ini menunjukkan keperluan yang terdesak untuk langkah-langkah perlindungan yang lebih kukuh. Pada tahun 2017 dilaporkan bahawa butiran peribadi sebanyak 46.2 juta orang pelanggan telefon bimbit di Malaysia telah dikompromikan. Data yang bocor termasuklah nama, nombor telefon dan juga alamat individu dari pelbagai syarikat telekomunikasi, termasuklah Telekom Malaysia.

Pada Februari 2021, dilaporkan bahawa maklumat peribadi lebih dari 60,000 orang pelanggan ASTRO telah bocor dalam talian. Jadi, perlanggaran besar ini mendedahkan kelemahan syarikat telekomunikasi dan juga menekankan keperluan untuk langkah-langkah perlindungan data yang lebih ketat bagi melindungi maklumat bagi pelanggan.

Jadi, pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk memperkukuhkan rangka kerja sedia ada dengan memperkenalkan penalti yang lebih ketat untuk ketidakpatuhan, meningkatkan juga keperluan pemberitahuan perlanggaran data dan juga memperbaiki keseluruhan tadbir urus perlindungan data peribadi.

Pindaan ini juga mencadangkan denda yang lebih tinggi dan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat yang saya pasti dapat menghalang organisasi daripada mengabaikan tanggungjawab perlindungan data mereka. Jadi, peningkatan denda dari RM300,000 kepada RM1 juta akan memberi amaran yang tegas kepada pengawal data dan juga memproses data untuk mematuhi prinsip perlindungan data peribadi dengan lebih serius. Ini lah langkah yang penting untuk mengurangkan penyalahgunaan data yang semakin berleluasa.

Jadi, di sini Bukit Bendera ingin menyoal kepada kementerian iaitu soalan pertama. Mengapakah denda maksimum ditetapkan pada kadar RM1 juta dan apakah pertimbangan yang dibuat dalam menentukan jumlah tersebut? Adakah jumlah ini dianggap terlalu tinggi? Jadi, soalan seterusnya apakah rasional di sebalik keputusan kerajaan untuk meningkatkan kadar denda bagi perlanggaran prinsip perlindungan data peribadi di bawah subseksyen 5(ii)?

Dato’ Timbalan Speaker, pelantikan pegawai perlindungan data memainkan peranan yang kritikal dalam memastikan data peribadi dilindungi daripada ancaman seperti kebocoran data dan juga sebarang penyalahgunaan. Pegawai ini juga

final • 4:12 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan juga mengurus risiko berkaitan dengan pengendalian data peribadi.

Jadi dengan strategi berkesan, saya pasti pegawai ini dapat mengurangkan kemungkinan kebocoran data dan juga melindungi maklumat peribadi daripada penyalahgunaan. Jadi, di sini Bukit Bendera ingin tahu juga, bagaimana pelantikan pegawai ini dapat mengatasi isu-isu kebocoran data peribadi yang semakin meningkat dan juga kes penyalahgunaan data peribadi yang semakin berleluasa.

Dato’ Timbalan Speaker, dalam era digital masa kini data peribadi kita adalah sama harganya seperti aset lain yang kita miliki. Namun, ia sentiasa terancam oleh penjenayah siber dan kebocoran data. Jadi, pindaan ini lah perubahan yang besar. Ia dapat memperkukuhkan pertahanan kita terhadap ancaman ini dan juga memastikan maklumat peribadi kita kekal selamat. Ini bukan sekadar tentang melindungi data, ini tentang melindungi kepercayaan. Kepercayaan kepada sistem digital kita, kepada perniagaan kita dan juga komitmen kerajaan untuk menjaga privasi kita.

Jadi, sambil kita melihat ke hadapan, marilah kita ingat-ingat kata-kata Vinton Cerf, salah seorang yang digelar oleh Bapa Internet. Dengan izin, “Privacy is not something that I'm merely entitled to, it is an absolute prerequisite.” Jadi, perubahan ini bukan sahaja melindungi pengguna tetapi juga meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam keselamatan digital dan inovasi. Dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 4:12 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Peraturan Mesyuarat. Minta Peraturan Mesyuarat 99. Dato’ Speaker minta petua. Tadi Yang Berhormat Jelutong memainkan video dari telefon bimbit. Saya bukan bermaksud hendak menyanggah dia tetapi kaedah itu, adakah dibenarkan dalam perbahasan Ahli-ahli Dewan?

Sebab sebelum ini seingat saya, ada ahli Dewan yang memainkan sumber daripada telefon bimbit, tetapi tidak dibenarkan. Jadi, adakah sebentar tadi yang Jelutong buat itu dibenarkan? Mohon petua daripada Speaker.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Alor Setar.

final • 4:12 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kena tengok bila kita interpretasikan peraturan-peraturan, kita kena tengok senario yang berkaitan.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jika subject matter dengan izin, yang kita nak bahas itu ada kaitan dengan perkara tersebut, bagi saya, tidak menjadi masalah. Jadi, itu sebab saya benarkan. Terima kasih. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bangi.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Eh, Hulu Selangor dahulu. Kesian Hulu Selangor.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Eh ya, minta maaf. Hulu Selangor.

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi sedia tepi.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Dato' Yang di-Pertua memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri dan juga pegawai dalam menyediakan Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 yang agak menarik untuk dibahaskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat keperluan bagi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini dipinda bagi memperkasakan lagi peraturan dan mekanisme penguatkuasaan yang lebih jelas untuk memastikan keselamatan dan hak privasi peribadi.

Perkara pertama, saya nak menyentuh berkaitan prinsip am dalam perlindungan data peribadi iaitu penggunaan data tidak boleh memproses data peribadi tanpa persetujuan subjek data. Saya mengambil contoh berkaitan pendaftaran PADU secara automatik yang pernah dimaklumkan sebelum ini oleh kerajaan. Tidakkah ini bercanggah dengan Akta Perlindungan Data Peribadi dan saya melihat perlunya kerajaan menjelaskan kepada rakyat berkaitan perkara ini memandangkan isu keselamatan data bagi PADU ini masih dipertikaikan sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan isu yang pernah dibangkitkan berkaitan dengan dakwaan pendaftaran secara automatik untuk program insurans am percuma anjuran Kerajaan Negeri Selangor iaitu Skim INSAN. Jelas di sini kita perlukan satu undang-undang yang lebih ketat bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi dan semua pihak perlu membaca Akta 709 ini.

Dato' Yang di-Pertua, perkara yang kedua. Merujuk kepada peruntukan baharu iaitu seksyen 12A yang dibahaskan oleh sahabat-sahabat kita dan saya juga, yang mewajibkan pelantikan pegawai perlindungan data yang bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap Akta 709. Saya bersetuju dengan pembahas-pembahas lain bahawa peruntukan baharu ini perlulah diperjelaskan kaedah atau kriteria pelantikan pegawai perlindungan data ini dan sejauh manakah kuasa pegawai yang dilantik dalam membenarkan akses penggunaan data kepada pihak pemprosesan data.

final • 4:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dato' Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya mencelah.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Jiran.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tuan punya badan benarkan, proceed.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Jangan lama-lama.

final • 4:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat jiran saya, Hulu Selangor.

Kalau kita tengok pada perkara 12(2) untuk pengetahuan Menteri, di sini dilihat pengawal data ini melantik pegawai perlindungan data. Jadi timbul isu tentang konflik kepentingan kerana paymaster kepada pegawai perlindungan data adalah pengawal data itu sendiri. Jadi, mana mungkin kita nak report boss kita buat silap. Ada kebocoran, pembocoran maklumat dan dia nak laporkan sedangkan itu paymaster dia, yang membayar gaji dia.

Jadi, apakah Hulu Selangor boleh bersetuju dengan saya sekiranya PPD

(Pegawai Perlindungan Data) ini kita letakkan di bawah payroll kementerian itu sendiri dan mendapat direct reporting kepada Pesuruhjaya? Duit nak dapat mana, itu kita serahkan kepada kebijaksanaan kementerian. Barangkali duit dendaan RM1 juta itu boleh dibayar kepada mereka berbanding dengan kita meletakkan mereka di bawah pengawal data. Di sini jelas menunjukkan adanya konflik kepentingan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Dato' Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Jerantut dan mohon dimasukkan dalam perbahasan saya.

Dato' Yang di-Pertua, perkara ketiga iaitu peruntukan baharu seksyen 12B yang mewajibkan pengawal data untuk mengemukakan pemberitahuan mengenai insiden pelanggaran data peribadi kepada Pesuruhjaya PDP dengan secepat yang dapat dilaksanakan. Saya mohon perkara ini diperjelaskan kerana ayat “secepat yang dapat dilaksanakan” ini tidak boleh dijadikan penanda aras kerana tiada tempoh yang dinyatakan, tidak jelas.

Perlulah ada perincian sama ada laporan polis dibuat mengikut kepada jumlah kebocoran data dalam tempoh-tempoh tertentu dan sebagainya. Begitu juga dengan denda yang dikenakan. Saya melihat perlunya ada perincian mengenai tindakan yang diambil. Denda yang dikenakan perlulah mengikut kepada kesalahan yang sama, sama ada dengan tersebut boleh ditambah atau dikurangkan bergantung pada kesalahan yang dilakukan.

Dato' Yang di-Pertua, perkara yang keempat yang saya ingin sentuh ialah pindaan seksyen 67 yang memberikan kuasa kepada Pesuruhjaya PDP untuk menentukan cara pengendalian akaun selain penggunaan cek. Saya melihat dengan keadaan semasa sekarang, memang perlunya ada kaedah selain daripada penggunaan cek.

Namun saya memohon penjelasan, apakah syarat yang ditetapkan sebelum proses pengeluaran wang selain daripada cek ini dilakukan? Sekiranya secara dalam talian, siapakah yang diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk memastikan pengeluaran tersebut mengikut kepada syarat yang telah ditetapkan?

Terakhirnya Dato' Yang di-Pertua, minta izin sikit lagi masa. Iaitu pindaan seksyen 136 yang membenarkan penyampaian notis melalui kaedah elektronik selain daripada kaedah penyampaian sedia ada. Tidak dinafikan dengan teknologi digital yang semakin berkembang ini, kaedah penghantaran dokumen secara tangan melalui pos kurang digunakan. Namun, perlunya ada satu penetapan kaedah yang digunakan bagi memastikan maklumat tersebut sampai ke pihak yang sepatutnya sekiranya melalui kaedah elektronik.

Dato' Yang di-Pertua, melihat kepada pelonjakan kebocoran data yang dilaporkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM), perlunya akta yang lebih kukuh bagi memastikan pengendalian serta perlindungan data lebih selamat dan terkawal. Saya berharap, pihak kementerian dapat meneliti dan memperjelaskan perkara yang dibangkitkan bagi memperkasakan pindaan akta ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Dipersilakan, Yang Berhormat Bangi.

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini.

Sudah tentu, apabila saya melihat dan juga membaca rang undang-undang ini, saya melihat bahawa rang undang-undang ini adalah satu langkah ke hadapan yang diperlukan.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau Akta 709 ini Dato' Yang di-Pertua, digubal pada awalnya untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Buat pertama kalinya pada ketika itu pada tahun 2010, terdapatnya satu kebertanggungjawaban yang diletakkan pada entiti swasta yang memproses data peribadi. Maknanya Dato' Yang di-Pertua, ada sedikit kelegaan apabila kita berikan data peribadi kita kepada entiti swasta bahawa mereka tak boleh sewenang-wenangnya menggunakan data yang mereka terima dalam transaksi komersial.

final • 4:26 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini penting Dato' Yang di-Pertua. Maklumat peribadi adalah suatu yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Data peribadi kita tidak boleh diberikan kepada orang lain secara sewenang-wenangnya kerana data itu mempunyai maklumat peribadi kita yang boleh mendedahkan kita kepada pelbagai risiko. Contohnya, risiko penipuan. Risiko identity theft dengan izin, atau kecurian identiti dan juga menjejaskan keselamatan negara.

Tetapi Dato' Yang di-Pertua, kita juga tak dapat nafikan bahawa keberkesanan Akta 709 ini adalah terhad disebabkan beberapa kekangan yang ada dalam akta itu sendiri. Saya telah meneliti rang undang-undang ini dan secara amnya saya merasakan seperti saya katakan tadi bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan ini adalah pindaan- pindaan yang progresif dan amatlah diperlukan.

Dato' Yang di-Pertua, dalam beberapa tahun ini seperti yang telah dinyatakan oleh rakan saya Bukit Bendera tadi, kita sering mendengar mengenai insiden kebocoran data yang sering kali apabila ada kebocoran itu terdapatnya kebocoran data peribadi yang sensitif. Sebelum ini kita telah meluluskan akta ataupun Rang Undang-undang Keselamatan Siber. Ada sedikit mengembalikan keyakinan rakyat bahawa data yang disimpan dalam pangkalan-pangkalan data ini adalah selamat.

Cuma, rang undang-undang ini juga saya lihat mementingkan atau menekankan beberapa pentingnya keselamatan data, terutama sekali dengan cadangan pindaan untuk meletakkan obligasi pada pengawal data untuk memaklumkan mengenai apa-apa pelanggaran data peribadi. Ini Dato' Yang di-Pertua, tidak terhad kepada situasi kebocoran data maklumat sahaja tetapi juga dalam situasi yang mana data peribadi disalahgunakan. Sekiranya obligasi ini Dato' Yang di-Pertua tidak dipenuhi atau tidak dipatuhi, ia akan menjadi satu kesalahan jenayah.

final • 4:26 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini bermaksud Dato’ Yang di-Pertua, pengawal data tidak boleh berdiam diri sahaja sekiranya terdapat pelanggaran. Malahan jika pelanggaran itu berkemungkinan menyebabkan mudarat, maka pengawal data mesti memaklumkan kepada subjek data iaitu pemilik data itu tentang pelanggaran tersebut.

Kita tidak mahu Dato’ Yang di-Pertua, situasi seperti yang sebelum ini yang mana dikatakan bahawa data peribadi orang ramai yang disimpan dalam syarikat seperti syarikat telekomunikasi ataupun syarikat swasta lain mengalami insiden kebocoran dan hanya diketahui bahawa ada insiden tersebut apabila data tersebut diletakkan untuk dijual di-dark web. Dengan pindaan ini, pengawal data mesti, wajib, harus memaklumkan kepada individu sekiranya terdapat insiden kebocoran data.

Dalam RUU yang dicadangkan ini juga, satu peruntukan baharu untuk personal data protection officer atau DPO- data protection officer. Saya sambut baik Dato’ Yang di- Pertua, cadangan ini, tetapi soalan saya, apa rasional di sebalik keperluan untuk melantik officer ini secara khusus kerana akhirnya, tanggungjawab itu untuk mematuhi adalah pada entiti itu sendiri? Kenapa kita perlu ada satu lantikan untuk ini, walhal memang kalau kita tengok tanggungjawab itu adalah pada entiti yang mengambil data itu sendiri?

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun dengan cadangan-cadangan ini- saya pohon satu lagi minit Dato’ Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Walaupun dengan cadangan-cadangan dalam RUU ini, masih ada ruang untuk diperbaiki. Pertama, saya hendak cadangkan pada masa hadapan kita luaskan skop akta ini kepada Kerajaan Persekutuan dan begitu juga kerajaan negeri.

Kita tahu sekarang ini hanya terpakai kepada entiti swasta dan ada sebab mengapa kita tidak luaskan sebelum ini. Tetapi saya mohon supaya pihak kementerian melihat bagaimana kita boleh luaskan, pada masa yang sama kita juga beri kuasa kepada pihak persekutuan dan juga kerajaan negeri untuk mengawal data ini.

final • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kedua, saya juga hendak cadangan bahawa kita peruntukkan dalam undang- undang ini bahawa pelanggaran data- akta ini, maaf. Pelanggaran akta ini menjadi satu klausa tindakan atau cause of action yang membolehkan subjek data ini untuk mengambil tindakan saman melalui saman sivil. Ini kerana ada satu kes Mahkamah Rayuan Dato’ Yang di-Pertua, yang telah memutuskan bahawa the non-compliance with PDPA cannot be and should not be a cause of action in the civil suit. Ini yang dinyatakan dalam Mahkamah Rayuan.

Jadi saya berharap bahawa dengan adanya keputusan ini, kita perlu melihat sama ada kita boleh menjadikan ia satu tanggungjawab statutory atau statutory duty supaya sekiranya ada pelanggaran, kita bukan hanya bergantung kepada jenayah sahaja ataupun pendakwaan jenayah, tetapi kita juga boleh ambil tindakan sivil untuk menguatkuasakan akta ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi, tetapi buat masa ini, saya hanya mahu menyatakan bahawa saya menyokong rang undang-undang ini dan kita- saya berharap bahawa di masa hadapan lebih banyak penambahbaikan akan dibuat. Saya percaya bahawa Menteri kita yang ada sekarang ini sentiasa cakna pada cadangan- cadangan yang diberikan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kira pindaan yang dilakukan pada hari ini adalah bagi menangani peningkatan ancaman jenayah scammer yang turut berkait rapat dengan kebocoran data peribadi seperti yang berleluasa pada hari ini.

Apatah lagi jenayah scammer melalui rangkaian telekomunikasi seperti penipuan peraduan SMS, penyamaran dan panggilan telefon palsu merangkumi satu pertiga daripada keseluruhan- kes-kes penipuan atas talian yang berlaku dengan kerugian berjumlah melebihi angka RM300 juta. Jadi, satu jumlah yang sangat besar dan banyak duit rakyat kita yang hilang. Kucing Menteri hilang pun tak jumpa lagi ini.

Berkenaan dengan pindaan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai bagaimana pindaan pada fasal 4 iaitu pada seksyen 5 akta ibu ini dapat menangani insiden kebocoran data peribadi berdasarkan kepada prinsip keselamatan yang terkandung dalam seksyen 9 Akta 709 ini.

Kita- semua hanya mahukan pindaan yang boleh menyelesaikan permasalahan paling asas terhadap perlindungan data peribadi. Ia berbalik kepada persoalan bagaimana pindaan ini boleh melindungi data peribadi rakyat dan bagaimana ia juga boleh mengelakkan daripada data peribadi terus dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jadi persoalan saya yang pertama, apakah di sana juga terdapat rangka strategi keselamatan di bawah seksyen 9 yang lebih ampuh di pihak kementerian itu sendiri bagi melindungi data-data peribadi yang bersifat formal daripada sebarang pencerobohan oleh mana-mana penggodam serta penjenayah siber di luar sana?

Kedua, saya juga ingin tahu, adakah pihak pemproses data atau pengawal data dalam seksyen ini akan diberikan latihan yang khusus dan lebih terkehadapan dari sudut teknologinya dalam konteks penyimpanan data bagi memastikan pengamalan terbaik keselamatan siber, selain menerapkan elemen kesedaran terhadap ancaman keselamatan siber dan perlindungan data-data privasi? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira rakyat secara umumnya masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap keselamatan siber dan perlindungan data peribadi

final • 4:33 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

menyebabkan kita- semua tidak merasai kebimbangan dengan perkembangan ancaman dan implikasi kebocoran data peribadi pada hari ini.

Justeru, saya ingin bertanya, adakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan kempen advokasi bagi meningkatkan literasi perlindungan data peribadi khususnya melibatkan perkara paling asas terhadap pengumpulan, pengurusan dan penggunaan data seseorang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melanjutkan persoalan mengenai pencerobohan data lebih daripada 100 juta set data dalam tempoh 2017 hingga 2022 yang dicuri daripada syarikat-syarikat dan badan-badan di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian sebagaimana yang pernah didedahkan oleh seorang yang kini telah menjadi Menteri.

Persoalan saya, sejauh mana pengesahan terhadap statistik tersebut? Apakah benar data-data yang digodam daripada syarikat dan badan di bawah mana-mana kementerian? Apakah agensi yang terlibat dengan dakwaan tersebut? Bagaimana rancangan strategik kementerian melindungi data peribadi rakyat secara keseluruhan, khususnya yang melibatkan syarikat dan agensi di bawah kementerian-kementerian?

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat masih banyak persoalan-persoalan tentang RUU ini terutama persoalan tentang pengawal data yang tidak jelas. Justeru, saya bersetuju dengan rakan-rakan di sebelah sini untuk RUU ini ditarik balik bagi ditambah baik lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.

final • 4:33 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Dato’ Speaker.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih atas peluang penyertaan perbahasan ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana memandang serius aspek keselamatan data peribadi ini dengan cadangan pindaan yang dibuat. Ini kerana umum mengetahui kes kecurian dan kebocoran data telah pun banyak berlaku, selain penjenayah scam ataupun hacker yang dapat membocorkan data-data peribadi ini, terutamanya serangan yang dilakukan terhadap agensi-agensi kerajaan dan institusi bank seperti yang berlaku sebelum ini. Kesedaran tentang tatacara penggunaan dan perkongsian data yang selamat masih lemah di kalangan masyarakat.

Saya mulakan dengan menyentuh seksyen 4, berkenaan dengan memasukkan takrifan baharu bahawa tarif data peribadi diluaskan untuk turut termasuk data biometrik iaitu apa-apa data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berkaitan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi dan tingkah laku seseorang individu.

Saya ingin mencadangkan agar takrifan ini dikembangkan lagi dengan turut memasukkan identifikasi digital individu seperti geolokasi, pengenalan online seperti e- mel, ID peranti, ID aplikasi dan pengiklanan, alamat IP dan sebagainya agar termasuk dalam takrifan data peribadi yang unik yang perlu dilindungi.

final • 4:38 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ini penting agar dapat menyekat sebarang akses tanpa kebenaran oleh mana- mana syarikat, khususnya syarikat besar teknologi yang sering mempunyai akses yang berlebihan terhadap data-data ini.

Kemudian, saya melihat bahawa pindaan kali ini masih memberi fokus yang besar kepada aktiviti penggunaan dan pemprosesan data yang melibatkan kegunaan komersial.

final • 4:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya mencadangkan agar peruntukan dan penguatkuasaan turut memberi penekanan terhadap penggunaan data bukan komersial.

Ini kerana terdapat banyak juga penggunaan data oleh pihak-pihak atau organisasi nirlaba ataupun dengan izin, non-profit yang turut menggunakan dan memproses data peribadi masyarakat yang menggunakan khidmat mereka. Mereka juga harus memastikan tata kelola yang baik dalam memastikan data-data yang disimpan oleh mereka tidak sewenang-wenangnya dikongsi oleh pihak ketiga.

Walaupun akta ini tidak terpakai kepada pihak kerajaan dan Persekutuan, saya berharap agar aspek pengurusan, penyimpanan, pemprosesan dan perkongsian data antara agensi kerajaan dapat diperkukuhkan, dijalankan dengan cermat serta memenuhi standard keselamatan agar tidak berlaku sebarang kebocoran data.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan memperkenalkan Akta Omnibus bagi memastikan kelancaran perkongsian data agar mudah menguruskan bantuan dan program yang bermanfaat kepada rakyat. Selain aspek penyelarasan yang lebih efisien, aspek keselamatan dalam perkongsian data ini harus dititikberatkan.

Seterusnya, Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh tentang peruntukan baharu iaitu seksyen 12A berkaitan dengan mewajibkan pelantikan pegawai perlindungan data agar dapat memastikan kepatuhan syarikat atau individu yang memproses data agar mengikuti prinsip perlindungan data yang telah ditetapkan.

Persoalan saya ialah, apakah sebenarnya kemahiran dan kepakaran yang diperlukan oleh seseorang yang dilantik sebagai pegawai pelindungan data ini? Apakah akan wujud bebanan kewangan perlindungan data ini? Apakah akan wujud bebanan kewangan terhadap syarikat untuk melantik pegawai ini terutamanya bagi mereka, bagi syarikat-syarikat perusahaan kecil, mikro dan sederhana?

Jika kita lihat, kementerian juga telah meningkatkan hukuman bagi pelanggaran prinsip perlindungan data peribadi ini seperti yang tertakluk di bawah subseksyen 5(2) daripada denda tidak melebihi RM300,000, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dipinda kepada denda tidak melebihi RM1 juta dan boleh dipenjarakan dengan tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Saya berpendapat bahawa nilai ini munasabah sekiranya dikenakan terhadap syarikat-syarikat besar yang mempunyai nilai keuntungan tertentu. Namun, jumlah ini agak sangat besar dan tidak adil sekiranya dikenakan terhadap syarikat-syarikat kecil.

Jika kita melihat kepada model kesatuan melalui Digital Service Act, dengan izin, mereka mengenakan denda sebanyak enam percent daripada keseluruhan perolehan tahunan syarikat dan tambahan lima percent purata perolehan harian seluruh dunia oleh syarikat- syarikat gergasi bagi setiap hari yang mereka lewat dalam mematuhi prinsip perlindungan dalam akta tersebut.

Kementerian mungkin boleh mengecualikan syarikat-syarikat kecil dengan memberikan syarat-syarat tertentu dan proses-proses tertentu dalam memastikan kepatuhan mereka terhadap pindaan akta ini.

Yang terakhir, Dato’ Speaker, saya ingin mencadangkan agar Akta Perlindungan Data Peribadi ini dapat diperluaskan dan dibawa ke peringkat antarabangsa khususnya melalui platform ASEAN memandangkan Malaysia turut akan menjadi tuan rumah pada tahun hadapan. Ini bagi memastikan kepentingan perlindungan data ini mendapat input yang kolektif daripada negara-negara ASEAN lain agar turut menjadi suatu akta yang bersifat serantau seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah melalui GDPR, dengan izin, General Data Protection Regulation. Apabila wujudnya akta atau satu undang-undang yang bersifat serantau, banyak syarikat gergasi teknologi akan terpaksa mengubah standard pengamalan perniagaan mereka agar menepati saranan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka tidak lagi boleh memilih negara-negara kecil lain yang paling kurang regulasi bagi menjalankan perniagaan mereka secara sewenangnya apatah lagi melibatkan pengurusan penggunaan dan pemprosesan data rakyat.

final • 4:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Itu sahaja perbahasan saya. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Dipersilakan Yang Berhormat Jerai.

final • 4:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini.

Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 adalah satu usaha baik memastikan perundangan perlindungan data peribadi di Malaysia adalah selaras dengan piawaian, perubahan serta perkembangan undang-undang pada peringkat global.

Perundangan PDPA semasa negara ini dikatakan agak jauh ketinggalan berbanding negara maju lain seperti PDPA di Singapura dan Peraturan Umum Perlindungan Data Kesatuan Eropah.

Terdapat beberapa perkara yang ingin dibangkitkan berkenaan RUU ini.

Pertama, mengenai perenggan baharu 1A, Bahagian II – pelantikan Pegawai Perlindungan Data. Pegawai Perlindungan Data bertanggungjawab untuk memastikan bahawa organisasi menggunakan undang-undang yang melindungi data peribadi individu.

DPO ini mestilah bebas daripada mempunyai hubungan kait dengan pengawal dan pemproses data untuk mengelakkan pilih kasih. Seterusnya, DPO mestilah mempunyai akses kepada pengurusan tertinggi untuk melaporkan sebarang perlanggaran pengurusan data peribadi.

Soalan saya, apakah usaha kerajaan menjaga ketelusan dan kebebasan kepada pegawai perlindungan data ini? Perlu ada garis panduan yang khusus berkenaan dengan DPO. Sebagai contoh, di Jerman menetapkan keperluan memberi pelbagai perlindungan untuk DPO di sekitar skop dan tempoh untuk peranan itu termasuk perlindungan terhadap pemecatan kerana membawa masalah kepada perhatian pengurusan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, saya juga ingin menyentuh mengenai pindaan subseksyen 5(2) menaikkan kadar hukuman sedia ada. Ini satu pindaan yang wajar memandangkan bagi statistik pelanggaran data peribadi secara khususnya, trend meningkat secara ketara iaitu sebanyak 41 peratus pada 2024 berbanding 2023.

Namun begitu, saya ingin membangkitkan berkenaan soal kesedaran pada ancaman siber dan kes scammer. Menurut laporan statistik oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), sebanyak 34,497 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM1.218 bilion telah dilaporkan di seluruh negara tahun lepas.

Rakyat Malaysia hari ini perlu diberikan kesedaran, sebagai subjek data, untuk tidak berkongsi apa-apa maklumat kepada sembarangan tempat khususnya atas talian.

Selain itu, kerajaan juga wajar merangka strategi keselamatan data dan maklumat yang formal bagi melindungi diri daripada penggodam dan penjenayah siber.

Kebocoran data pada tempat sembarangan akan menimbulkan pelbagai isu.

Antaranya, imej dan reputasi data peribadi terutamanya data sensitif boleh digunakan untuk menjejaskan imej atau reputasi seseorang individu atau organisasi. Selain itu, kecurian kewangan juga kemungkinan berlaku apabila maklumat peribadi kita terdedah.

Mohon perhatian kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkenaan pelaksanaan PDPA 2010 termasuk pindaan hari ini tidak menyentuh kepada mana-mana Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Oleh itu, data peribadi yang disimpan dan diproses oleh mana-mana agensi kerajaan tidak akan tertakluk kepada obligasi untuk mematuhi prinsip perlindungan data peribadi.

Walaupun kerajaan dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi sentiasa memberi jaminan berkenaan keselamatan data yang diproses oleh kerajaan, namun

final • 4:44 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

masih terdapat cubaan dan kemungkinan sistem maklumat kerajaan ini digodam. Perkara ini boleh menimbulkan kegusaran awam mengenai keselamatan sebenar data peribadi.

Seperti contoh, proses pengisian data PADU pada awal tahun, Menteri Ekonomi menyatakan bahawa data ini tidak akan tertakluk di bawah PDPA 2010 kerana PADU adalah pusat pengumpulan data kerajaan. Jika tertakluk, maka kerajaan akan berdepan banyak halangan untuk melaksanakan pelbagai sokongan dan bantuan kepada rakyat.

Persoalannya, bagaimanakah kerajaan memastikan kelonggaran yang diberikan ini tidak memakan diri sendiri? Pengisian data PADU diibaratkan meletakkan semua telur dalam satu- bakul di mana semua data perlu diisi dalam satu- portal.

Pegawai-pegawai awam mungkin tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib). Namun, jika berlaku kebocoran atau portal kerajaan sendiri yang digodam, semua data peribadi akan terdedah kepada bahaya. Apakah pendirian kerajaan mengenai soal ini?

Sekian, Dato’ yang di-Pertua.

final • 4:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Jerai.

Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Betong.

final • 4:44 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Selamat petang. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut membahaskan RUU Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024.

final • 4:49 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, perlindungan data peribadi merupakan isu yang semakin penting dalam era digital ini. Rang undang-undang yang dicadangkan bertujuan untuk menyelaraskan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dengan piawaian antarabangsa terkini. Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan maklumat peribadi rakyat Malaysia. Persoalannya, dalam membahaskan pindaan RUU ini, Betong ingin mendapatkan beberapa maklumat yang saya lihat penting untuk diambil kira sebagai asas-asas pertimbangan.

Pertamanya, semasa Yang Berhormat Menteri membentangkan tadi telah menyatakan banyak- kes-kes kecurian dan penipuan data telah berlaku dan saya ingin bertanya, berapa banyak kes yang telah berjaya dibawa ke mahkamah dan berapa kes yang telah menjalani siasatan dan dakwaan serta dikenakan hukuman...?

Keduanya, adakah kementerian membuat kajian mengenai tahap kesedaran rakyat mengenai undang-undang ini dan hak-hak mereka di bawah undang-undang ini?

Ketiga, adakah kerajaan membuat kajian khusus mengenai tahap kesedaran rakyat, terutamanya yang berada di luar bandar dan pedalaman yang mempunyai kekangan daripada segi tahap celik IT, infrastruktur digital dan telekomunikasi yang ketinggalan dan juga akses kepada internet itu sendiri.

Tujuan utama Betong membangkitkan soalan ini adalah supaya semua rakyat tanpa mengira latar belakang sedar akan undang-undang ini dan hak-hak mereka di bawah undang-undang ini. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip kesaksamaan dan juga memastikan akses kepada semua.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada cadangan pindaan seksyen 129, Akta 709 yang bertujuan untuk memansuhkan keperluan pewartaan tempat yang dibenarkan untuk pemindahan mana-mana data peribadi ke luar Malaysia yang selaras dengan perkembangan ekonomi digital. Soalan saya, bagaimanakah kerajaan akan memastikan pengawasan yang berkesan terhadap pemindahan data antarabangsa?

final • 4:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Adakah akan ada audit berkala atau mekanisme pemantauan khusus?

Bagaimanakah pula dengan pematuhan kepada undang-undang negara asing?

Bagaimanakah pindaan ini akan menangani konflik antara undang-undang Malaysia dengan undang-undang negara penerima data? Apakah yang akan berlaku jika terdapat percanggahan? Adakah pengguna akan diberi hak untuk mengetahui ke mana data mereka dipindahkan dan untuk membantah pemindahan tersebut jika perlu?

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada cadangan pindaan seksyen 21, APDP 2010 ini yang akan membenarkan Pesuruhjaya PDP untuk menamakan mana-mana pengawal data atau suatu badan sebagai peneraju suatu forum pengawal data. Betong berpandangan bahawa akan terdapat beberapa kesamaran dan potensi masalah dalam aspek ini.

Pertamanya, proses pembuktian. Apakah kriteria yang akan digunakan untuk membuktikan bahawa sesebuah entiti adalah peneraju forum pengawal data? Adakah akan ada garis panduan yang jelas tentang bagaimana pembuktian ini harus dilakukan?

Siapakah yang akan diberi kuasa untuk mengesahkan bukti yang dikemukakan jika pengawal data tidak berpuas hati dengan keputusan?

Apakah mekanisme rayuan yang tersedia? Berapa lama proses rayuan ini akan mengambil masa? Adakah ia akan menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya PDP atau akan ada badan bebas yang ditubuhkan untuk tujuan ini? Apakah definisi tempat peneraju dalam konteks ini? Bagaimanakah jika terdapat beberapa entiti yang memainkan peranan penting dalam forum tersebut?

Seterusnya, beban pembuktian. Adakah beban pembuktian akan diletakkan sepenuhnya pada pengawal data? Atau adakah Pesuruhjaya PDP perlu memberikan justifikasi untuk penamaannya?

Terakhir, perlindungan terhadap salah guna kuasa. Apakah mekanisme yang akan diletakkan untuk memastikan kuasa penamaan ini tidak disalahgunakan?

Kesamaran dalam aspek-aspek ini boleh menimbulkan ketidakpastian undang-undang dan berpotensi membuka pintu kepada pertikaian. Adalah penting untuk memastikan bahawa pindaan ini disertai dengan peraturan dan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk menangani isu-isu ini.

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, saya ingin menegaskan bahawa pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi ini lah langkah yang tepat pada masanya dan amat diperlukan. Namun, seperti yang telah saya nyatakan tadi, beberapa aspek masih memerlukan penjelasan lanjut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Tahap kesedaran masyarakat juga perlu dipertingkatkan.

Pindaan akhir yang diluluskan hendaklah kukuh, bukan sahaja daripada segi pandangan, perundangan tetapi juga praktikal dalam pelaksanaannya, adil kepada semua pihak berkepentingan dan cukup fleksibel untuk menghadapi cabaran dan perubahan teknologi pada masa hadapan. Atas dasar itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi keizinan pada Kuala Krai untuk turut serta dalam perbahasan Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 pada kali ini. Dato' Yang di-Pertua, RUU ini merupakan langkah penting ke arah memperkuat perlindungan data peribadi rakyat Malaysia dan memastikan privasi mereka terpelihara pada era digital ini.

final • 4:55 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kebocoran data peribadi masih menjadi isu utama di Malaysia. Pada tahun 2023, beberapa siri kebocoran data peribadi yang besar telah dilaporkan melibatkan organisasi seperti syarikat penerbangan, agensi kerajaan, bank dan sebagainya. Jadi, adakah pindaan Akta 709 yang signifikan dapat mengatasi masalah penyalahgunaan data peribadi bagi tujuan penipuan atas talian?

Dato' Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 2 - mengadakan peruntukan bagi pindaan am kepada Akta 709 untuk menggantikan perkataan “pengguna data” dengan “pengawal data”. Apa pendekatan kerajaan, terutama dalam menangani isu perlanggaran data membabitkan ketirisan jumlah data peribadi yang besar sehingga berpotensi merumitkan aktiviti pemakluman serta pemulihan di sebalik ancaman keselamatan siber yang semakin berleluasa dengan penggunaan AI? Apakah strategi khusus yang dirangka untuk melindungi data peribadi mengikut jenis perlanggaran data yang dikenal pasti?

Dato' Yang di-Pertua, melalui seksyen 5A, bertujuan memperuntukkan bahawa seorang pemproses data hendaklah mematuhi prinsip keselamatan di bawah seksyen 9, Akta 709. Dengan pindaan ini, sejauh mana tindakan penguatkuasaan secara berkesan dapat diambil terhadap pemproses data, termasuk individu ataupun syarikat yang memproses data peribadi seperti vendor IT dan pengutip hutang bagi pihak pengguna data.

Saya mohon perincian mengenai bilangan kes melibatkan pemproses data yang didapati melakukan pelanggaran data, namun telah terlepas daripada hukuman yang telah dikenal pasti setakat ini serta tindakan susulan yang diambil. Adakah terdapat remedi alternatif mengambil kira akta semasa yang tidak memperuntukkan secara spesifik hak untuk menuntut ganti rugi serta remedi yang sedia ada adalah dalam bentuk kesalahan jenayah?

Dato' Yang di-Pertua, ada beberapa lagi persoalan yang perlu dipertimbangkan.

Antaranya ialah beban kepatuhan yang meningkat. Bagi organisasi, pindaan ini memperkenalkan beberapa keperluan baharu seperti pelantikan Pegawai Perlindungan Data (DPO) dan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran data.

Apakah mekanisme kriteria penilaian dalam proses pelantikan Pegawai Perlindungan Data (DPO) oleh setiap organisasi mengambil kira amalan antarabangsa?

Adakah kerajaan juga telah mengkaji keperluan untuk menaik taraf Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sebagai badan berkanun dalam mengukuhkan peranannya terhadap aspek perlindungan data peribadi dalam industri serta urus niaga komersial melalui pindaan Akta PDPA?

Mengambil kira cabaran Malaysia yang berdepan kekurangan pakar keselamatan siber sekitar 12,000 orang pakar berbanding sasaran 25,000 orang pakar menjelang 2025.

Apa pendekatan kerajaan, khususnya dalam aspek latihan mengenai keselamatan data peribadi? Bagi individu pula, kini mempunyai hak yang lebih luas untuk mengakses dan mengawal data mereka. Walaupun ini positif, ia boleh membebankan organisasi dengan permintaan yang lebih banyak untuk menyediakan dan memproses maklumat data peribadi.

Dato' Yang di-Pertua, kekurangan kesedaran dan pemahaman. Masih terdapat kekurangan kesedaran dan pemahaman yang menyeluruh mengenai undang-undang perlindungan data peribadi di kalangan individu dan organisasi di Malaysia. Pindaan ini mungkin menambahkan lagi kepada kekeliruan jika usaha pendidikan dan libat urus yang mencukupi tidak dilaksanakan.

Dato' Yang di-Pertua, bagaimanakah sistem dan data di dalam PADU dapat dipelihara daripada ancaman penyalahgunaan dan pencerobohan?

final • 4:55 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Adakah data yang diproses dan disimpan di dalam data PADU dikawal selia oleh Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709]? Dato’ Yang di-Pertua, yang paling penting sekali ialah sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya daripada Alor Setar tadi, adakah

final • 5:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

RUU Perlindungan Data Peribadi ini tidak membahayakan keselamatan negara? Adakah kuasa Menteri akan dihapuskan? Kuasa penuh diberi kepada pihak yang dinamakan pengawal data tanpa apa-apa definisi yang jelas.

Siapakah pengawal data tersebut? Bagaimana mungkin data kita boleh dipindahkan keluar negara tanpa perlu izin Menteri ataupun Pesuruhjaya kerana sebelum ini perlu mohon kuasa Menteri dengan syor Pesuruhjaya melalui proses warta akan tetapi RUU ini akan menghapuskan semua kuasa Menteri.

Oleh itu, data kita akan sewenang-wenangnya digunakan di negara lain oleh siapa sahaja dengan kuasa pengawal data yang diberikan kuasa penuh. Oleh itu dengan ini Dato’ Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya RUU ini ditangguhkan sehingga satu kajian yang lebih menyeluruh dapat dibuat oleh pihak kementerian. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua.

Bayan Baru bangkit untuk membahas Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi

(Pindaan) 2024 kerana Bayan Baru marah. Saya marah sebab di sini semua Ahli-ahli Yang Berhormat saya boleh kata majoriti, vast majority menjadi mangsa kepada data leak. Data peribadi kita semua telah dicuri termasuk tadi Jelebu, termasuk saya.

Telefon yang saya terima scammer datang, ada yang menyamar sebagai pegawai LHDN, ada yang menyamar sebagai pegawai mahkamah dan kita- semua terima, kita- semua termasuk Menteri juga, saya yakinlah Menteri.

Ini bermaksud bahawa apa yang PDPA ya, Akta PDPA 2010 itu telah gagal, gagal.

Itu sebab rakyat Malaysia kena scam, bukan saja kita. Kita yang celik IT ini kita tahu dan kita tahu kita baca surat khabar kita boleh elak semua ini tetapi yang di luar sana ramai auntie, auntie, cikgu-cikgu, terutamanya orang yang telah retired, yang telah bersara, mereka kena berjuta-juta ringgit.

Saya nak baca statistik di sini tahun 2023 sahaja, 34,500 kes scam. Jumlah yang telah dicuri, dirompak adalah RM1.22 bilion. Ini bermaksud bahawa setiap hari termasuk hari ini RM3.3 juta dicuri, dirompak dan ditipu. Jadi Menteri, ini serius ini.

Jadi, saya terpanggil kerana kita ini, we are fighting a losing war dan apa yang dicadangkan di sini saya setuju kerana at least we do something. Ini untuk meyakin, mengembalikan keyakinan rakyat terhadap akta kita supaya kita tahu bahawa boleh ambil tindakan, diberikan taring dan diberikan gigi, tetapi saya nampak bahawa ada cabaran yang sangat besar kerana PDPA ini tidak termasuk ke dalam kerajaan, Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri dan kita tahu bahawa kerajaan ini besar, Malaysia ini. Kerajaan besar, Kerajaan Pusat sangat besar, kerajaan negeri pun besar dan PBT juga.

Jadi, apa data-data itu dicuri melalui PBT, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat?

Bagaimanakah itu? We have to have a higher standard. Menteri, kita we cannot allow this to continue sebab the implication is too big dan yang mangsa-mangsa di luar itu mereka adalah simpanan titik peluh mereka dan mereka di-scammed dan akhirnya mereka kehilangan segala-galanya.

Jadi, saya nak cadangkan kepada Menteri. Nombor satu, PDPA ini harus dikenakan kepada kerajaan juga, tak kiralah kerajaan negeri ke, Kerajaan Pusat atau PDP. Segala data itu harus dipusatkan, dia tidak boleh bagi setiap kementerian ada collect data dan disimpan dalam hard, hard- I mean, desktop kah, laptop kah, mana-mana, tak boleh. It has to be decentralized data center.

final • 5:01 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya setuju dengan PADU kerana kita centralize kan, kita bagi access kepada kementerian-kementerian yang hanya memerlukan certain data saja dan mereka tidak boleh simpan data di server masing-masing kerana ini memberikan segala seorang yang mempunyai akses leak data, jual data.

Jadi, kalau kita ada centralized data, kita adakan security yang tinggi dan the whole, the person accountable dan saya nak minta juga selepas PADU membuat segala collection data dan synchronize, data PADU itu harus diletakkan di Kementerian Digital kerana Kementerian Digital mempunyai kepakaran dan mereka juga higher standard. This is the law, this is- PDPA ini your law. Ia harus dapatkan data supaya disimpan di sana.

Saya rasa itu akan jimatkan kos juga kerana sekarang kita tahu bahawa data kerajaan berterabur dan saya juga ingin tanya Menteri, sekarang kita menghadapi masalah yang future tech. Future tech ini seperti tadi AI ya, Perdana Menteri, dia punya segala percakapan, nadanya ditiru, diproses dan boleh menjadi scammer dan kita di sini tiap-tiap hari Ahli Parlimen berbahas suara kita di rekod, gambar kita di rekod, video kita di rekod, dia pun boleh jadi data point untuk percakapan dan kita boleh create, orang di luar sana boleh create video kita untuk menipu orang juga, menipu rakyat juga.

Jadi ini adalah- dan kita nampak bahawa di Amerika Syarikat dengan sekarang ada election di merata dunia termasuk India, termasuk UK, kita baca bahawa segala video fake, deepfake digunakan untuk menipu rakyat untuk mendapatkan undi. Jadi ini lah isu yang sangat serius dan kita harus ada determination dan juga untuk menguatkuasakan dan saya harap bahawa Menteri seriously do something untuk menyelamatkan Malaysia ini, terima kasih.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 5:01 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbicara mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) (Pindaan) 2024. Pada tahun 2019 Malaysia telah dinilai sebagai negara kelima terburuk daripada segi menjaga maklumat peribadi rakyatnya seperti yang dilaporkan dalam akhbar tahun 2019.

Pada tahun tersebut juga 178 kes telah dilaporkan berbanding 64 kes pada tahun 2018, ini menunjukkan berlakunya peningkatan hampir 200 peratus dalam kes pencerobohan data peribadi. Jumlah kes pencerobohan data peribadi diakui semakin meningkat menurut Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (CyberSecurity Malaysia).

Dalam tempoh tiga tahun terakhir, sebanyak 1,200 kes yang terkait dengan pelanggaran data peribadi telah dilaporkan. Satu peningkatan hampir lima kali- ganda dari tahun 2019. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini dan betapa pentingnya kita memastikan undang-undang yang ada berfungsi dengan baik untuk melindungi data peribadi rakyat kita.

Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan APDP dalam mengelak kecurian data peribadi? Kita harus akui bahawa masih terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang ini walaupun akta ini telah membantu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan data, kes-kes kecurian data peribadi masih berlaku. Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang yang perlu diatasi dalam sistem perlindungan kita.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah komprehensif perlu diambil untuk mengetatkan keselamatan dan mengelakkan kebocoran data. Ini termasuk meningkatkan teknologi keselamatan, memperkenalkan penalti yang lebih berat bagi mereka yang melanggar akta ini dan menggalakkan syarikat untuk melaksanakan amalan terbaik dalam

final • 5:07 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

pengurusan data. Kita juga perlu mempertimbangkan pindaan terhadap APDP, sebagai contoh pindaan seksyen 4 yang melibatkan data biometrik.

final • 5:07 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Data biometrik seperti cap jari dan pengecaman wajah semakin banyak digunakan dan kita perlu memastikan bahawa data ini dilindungi dengan baik daripada penyalahgunaan. Binaan ini harus menetapkan garis panduan yang lebih jelas tentang bagaimana data biometrik dikumpul, disimpan dan dilindungi.

Pindaan seksyen 9 juga perlu diberi perhatian. Seksyen ini merangkumi prinsip perlindungan data dan pindaan yang dicadangkan akan memperketat lagi peraturan bagi memastikan bahawa data peribadi hanya digunakan untuk tujuan yang sah dengan persetujuan individu.

Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin fokus kepada beberapa aspek penting dalam perenggan A(1) dalam seksyen 43(A) yang baru dicadangkan. Pertama, perenggan A(1) yang menggariskan prinsip akauntabiliti dalam pengurusan data peribadi.

Akauntabiliti ini sangat penting kerana ia memastikan bahawa setiap entiti yang mengendalikan data peribadi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan integriti data tersebut.

Menurut 12A(1), kriteria pemilihan pengawal data haruslah jelas dan ketat.

Pengawal data adalah individu atau entiti yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi dikendalikan dengan betul dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Persoalan saya, apakah kriteria pemilihan pengawal data yang bakal dilantik?

Pengawal data mestilah mempunyai rekod prestasi yang baik dalam pengurusan data dan kepakaran dalam melindungi data peribadi. Mereka harus menunjukkan tahap integriti yang tinggi dan kredibiliti dalam menjalankan tugas dan pengawal data mestilah memahami dan mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan data agar tidak ada kes penyalahgunaan data.

Seterusnya, 12A(2) membincangkan mekanisme pemantauan standard pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan data. Apakah mekanisme pemantauan standard pengawal data? Cadangan saya supaya melakukan audit secara berkala terhadap pengawal data untuk memastikan bahawa mereka mematuhi standard yang telah ditetapkan, mengadakan penilaian risiko secara berkala untuk mengenal pasti dan mengatasi sebarang kelemahan dalam pengurusan data dan pengawal data perlu untuk menyerahkan laporan berkala tentang status pengurusan data kepada pihak berkuasa ini bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa sewaktu bertugas.

Seksyen 43A perkenalkan piawaian keselamatan untuk ke mudah alihan data. Ini adalah penting dalam era digital di mana data sering dipindahkan antara sistem yang berbeza dan pihak yang berbeza. Persoalan saya, apakah piawai keselamatan pengalihan data? Data yang dipindahkan mestilah dipantau dari awal hingga akhir untuk memastikan bahawa ia tidak dapat diakses oleh pihak yang tidak berautoriti. Protokol pemindahan data yang selamat perlu diadakan untuk mengelakkan sebarang kebocoran semasa proses pemindahan, memastikan bahawa pihak yang terlibat dalam pemindahan data adalah sah dan berautoriti.

Demikian perbahasan saya, sekian terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Timor.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

Dengan pindaan yang telah dikemukakan oleh Kementerian Digital, saya ingin mohon ucapkan tahniah kerana ini adalah- walaupun kita dengar di sebelah sana ada ramai yang

final • 5:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

kritik, ada yang kata kena tarik, kena lebih engagement, tetapi pada waktu yang sama semua kritikan yang disampaikan itu sebenarnya menyatakan bahawa ada perubahan.

Saya pernah dengar ada seorang yang amat bijaksana menyatakan bahawa do not dengan izin, do not let perfection be the enemy of doing good. Inilah doing good, tetapi walaupun ia tidak sempurna. Saya sat lagi pun hendak sampaikan ada baiknya, ada yang mungkin ada ruang pembaikannya, tetapi biar saya huraikan sedikit, tetapi tidak payahlah sampai hendak tariklah. Ini baik, ini baik.

Jadi, antara kelebihan, kebaikan, penambahbaikan yang perlu kita ucapkan tahniah dan saya sekali lagi ucapkan tahniah adalah berkenaan dengan pemeringkatan keselamatan data peribadi. Ada tambah baik maksudnya ada tambah perlindungan.

Mananya hendak tolak ini? Apakah ke hal hendak tolak? Di mana pelantikan DPO memastikan pemprosesan data peribadi dilakukan mengikut prinsip perlindungan data dan dia mencapai atau lebih dekat dengan internasional standard. Tindakan penguatkuasaan tanpa pemproses data mengurangkan risiko pelanggaran data.

Keduanya, keserasian dengan piawaian antarabangsa. Sudah sebut dia lebih dekat. Walaupun tidak mungkin dia 100 peratus serasi atau setanding dengan internasional standard, tetapi dia selangkah, dua langkah, 10 langkah atau lima langkah dengan beberapa pindaan ini lebih dekat dengan internasional standard dan dia membuka peluang kerjasama antarabangsa dalam bidang perlindungan data khususnya menjelang ASEAN 2025 di mana Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN dan kami boleh memimpin agenda pemerkasaan ekonomi digital dengan sebuah akta perlindungan data yang lebih berstandard, bertaraf antarabangsa.

Ketiga, hak subjek data yang lebih kuat. Itu ramai di sebelah sini sudah huraikan.

Keempatnya berkenaan dengan peningkatan hukuman sebagai pencegahan. Mungkin rakan-rakan sebelah sana ini suka hukum orang sangat. Jadi, tambahnya hukum makanya baik. Maka, hendak tolak buat apa. Terimalah, terimalah. Adanya juga sedikit kebimbangan.

Kebimbangannya adalah berkenaan dengan beban tambahan kepada perniagaan kecil, sederhana dan mikro. Mungkin ini adalah rintihan di luar sana yang saya dengar dengan orang-orang di Ipoh Timor. Perniagaan kecil kata mungkin benda ini akan menjadi tambahan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memberi sedikit penjelasan, sama ada adakah ini akan menambah beban kerja, menambah beban birokrasi kepada peniaga-peniaga kecil, mikro dan sederhana.

Keduanya, apabila ada kita hendak tambah, hendak bawa reformasi, hendak bawa perubahan, kemungkinan ia akan membawa sedikit kebimbangan dan kekhuatiran mengenai kesiagaan atau kesiapsiagaan, kesediaan teknologi. Pelaksanaan hak kepada kemudahalihan data atau data portability yang disebut ia bergantung pada kesiapsiagaan dan keserasian teknologi antara pengawal data.

Ada pengawal data dengan pengawal data. Isu teknikal dalam pemindahan data boleh menyebabkan sedikit sebanyak masalah operational. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memberi sedikit penjelasan dan keyakinan kepada mereka yang khuatir.

Ketiga, penguatkuasaan dan pemantauan. Perlunya mekanisme penguatkuasaan yang efektif bagi memastikan pemproses data mematuhi peraturan yang baru. Mungkin ada peraturan baharu, tetapi yang kuat kuasa belum reti lagi, belum faham lagi. Kalau kita hendak dakwa atau bawa satu pendakwaan pada orang, mungkin pendakwa raya belum faham lagi atau pihak yang mendakwa daripada MCMC belum faham lagi. Jadi, adakah pembinaan kapasiti itu cukup untuk kita betul-betul bawa yang diperlukan.

Sebenarnya yang last sekali, kita tahu tadi rakan saya yang bijaksana, malah Yang Berhormat dari Bangi ada sebut dan rakan sebelah sana pun ada sebut. Ini saya setuju. Kerajaan Pusat tidak terdedah atau tidak terpakai. Undang-undang ini tidak terpakai untuk Kerajaan Pusat. Tidak guna, tidak terpakai untuk kerajaan negeri. Tidak terpakai untuk kerajaan-kerajaan tempatan. Kalau kita semak balik dan rujuk balik, saya mohon untuk 30 saat lagi.

final • 5:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kita rujuk kepada akta ibu dan kita pergilah sepanjang senarai yang applicable dengan izin. Ia termasuk unincorporated association. Maksudnya yang tidak terpakai itu unincorporated. Maka yang incorporated itu macam GLC, macam parti-parti politik yang punya banyaknya data yang mungkin dalam keadaan di mana ada di sebelah sana yang menuduh ada enam Ahli Yang Berhormat di sini yang bukan lagi Ahli Parlimen depa.

Malah dia orang tidak iktiraf mereka sebagai Ahli Parlimen. Hendak kosongkan kerusi deme.

Adakah parti sejarah depa ini punya hak untuk terus guna data peribadi mereka?

Data mereka, adakah mereka punya hak? Ini hendak tanya sahaja. Adakah parti-parti politik juga tidak terdedah kepada undang-undang ini? Adakah mereka masih- kalau dalam data mereka masih Ahli Parlimen atau bukan Ahli Parlimen atau masih Ahli Parlimen, tetapi bukan ahli mereka, adakah parti sejarah mereka punya hak untuk pegang dan kekal gunakan data biometrik ke data peribadi ke kepada Ahli Yang Berhormat enam orang ini?

Ada banyak soalan lagi. Mungkin saya akan huraikan soalan saya dalam jawapan Menteri nanti. Sekian sahaja daripada saya buat sementara waktu, Timbalan Speaker.

final • 5:13 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bagus soalan itu Ipoh Timor.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut saya mempersilakan. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 5:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Speaker kerana turut memberikan peluang kepada Padang Serai untuk mengambil bahagian berbahas pindaan perbahasan RUU ‘Pengawalan’ Data Peribadi 2024.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu yang amat membimbangkan berkaitan dengan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi yang dicadangkan oleh kerajaan. Kebimbangan ini semakin mendesak terutamanya dalam konteks potensi kebocoran data PADU yang menggugat keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan untuk melindungi maklumat peribadi mereka.

Sistem PADU bukan sahaja telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Semenanjung malah telah mencetuskan kebimbangan yang serius dalam kalangan kerajaan wilayah Sabah dan Sarawak. Kerisauan mereka terhadap keselamatan dan integriti data penduduk negeri masing-masing adalah wajar memandangkan sejarah panjang. Sensitiviti berkaitan autonomi dan hak istimewa kedua-dua negeri ini.

Kebocoran sebegini bukan sahaja mencabul privasi individu, tetapi juga berpotensi menjejaskan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak. Dalam konteks ini, pindaan yang dicadangkan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi seharusnya menangani secara langsung kelemahan- kelemahan yang telah dikenal pasti melalui potensi kebocoran data PADU.

Namun dengan kesal saya perlu menyatakan bahawa pindaan-pindaan yang dibentangkan masih jauh daripada mencukupi untuk menangani cabaran semasa dalam perlindungan data. Pindaan yang dicadangkan masih jauh untuk mencapai standard antarabangsa seperti EU GDPR UKDBA 2018 atau undang-undang perlindungan data di negara-negara maju seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan.

Ini menunjukkan satu kelemahan untuk melindungi data peribadi rakyat Malaysia.

Kerajaan perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana mereka akan memastikan perlindungan data yang setaraf dengan amalan terbaik global. Tanpa penjajaran dengan

final • 5:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

standard antarabangsa ini, kita berisiko ketinggalan. Dalam era digital global dan mungkin menghadapi cabaran dalam kerjasama antarabangsa berkaitan data.

Penghapusan keperluan pewartaan tempat yang membenarkan bagi pemindahan data peribadi keluar Malaysia adalah satu langkah yang amat membimbangkan. Ini berpotensi membuka ruang kepada penyalahgunaan dan pemindahan data yang tidak terkawal. Di mana ia boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap privasi dan keselamatan data rakyat Malaysia.

Saya minta pihak kerajaan terangkan dengan jelas mekanisme kawalan yang akan digunakan untuk mengawal selia pemindahan data antarabangsa tanpa pewartaan ini. Tanpa kawalan yang ketat, data peribadi rakyat Malaysia berisiko untuk disalahgunakan atau dijual di pasaran gelap data global.

Kewajipan untuk melaporkan insiden pelanggaran data peribadi kepada Pesuruhjaya PDP walaupun kelihatan positif pada permukaannya, masih kekurangan perincian serta penguatkuasaan. Tanpa mekanisme penguatkuasaan yang jelas dan tegas, peruntukan ini berpotensi untuk menjadi sekadar hiasan undang-undang tanpa impak yang sebenar.

Kerajaan perlu menjelaskan bagaimana mereka akan memastikan pematuhan yang ketat terhadap kewajipan ini termasuk hukuman yang akan dikenakan terhadap organisasi yang gagal melaporkan pelanggaran data dengan segera. Pindaan yang membenarkan Pesuruhjaya PDP ini menamakan Peneraju Forum Pengawal Data membuka ruang kepada potensi penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan.

Ini lah isu tadbir urus yang serius yang boleh menjejaskan integriti keseluruhan sistem perlindungan data. Apakah langkah-langkah yang bakal diambil untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam proses ini? Termasuk mekanisme semak dan imbang yang akan dilaksanakan untuk mencegah sebarang penyalahgunaan kuasa.

Yang paling membimbangkan pindaan-pindaan ini gagal menangani secara langsung isu kebocoran data yang boleh membawa kepada penipuan dan phishing yang merupakan ancaman serius terhadap keselamatan kewangan dan digital rakyat Malaysia.

Kerajaan perlu mengemukakan strategi yang jelas dan berkesan untuk mengurangkan risiko-risiko ini. Termasuk langkah-langkah proaktif untuk mengesan dan mencegah kebocoran data serta program pendidikan awam yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang keselamatan siber.

Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan ini masih jauh daripada mencukupi untuk melindungi data peribadi rakyat Malaysia.

Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih komprehensif dan proaktif dalam menangani isu-isu ini. Ini termasuklah:

(i) menyelaraskan undang-undang perlindungan data kita dengan standard antarabangsa terkini;

(ii) mewujudkan mekanisme kawalan yang ketat untuk pemindahan data antarabangsa;

(iii) melaksanakan sistem penguatkuasaan yang tegas dengan hukuman yang setimpal untuk pelanggaran undang-undang perlindungan data;

(iv) memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua aspek tadbir urus data;

(v) melabur dalam teknologi dan program pendidikan untuk mencegah kebocoran data dan meningkatkan keselamatan siber.

Kegagalan untuk mengambil tindakan yang menyeluruh dalam isu ini bukan sahaja akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan untuk melindungi privasi mereka, tetapi juga boleh memberikan kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital global. Kita berisiko kehilangan peluang

final • 5:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

pelaburan asing dan kerjasama antarabangsa jika sistem perlindungan data kita dianggap tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, insiden PADU kebocoran seharusnya menjadi satu wake- up call kepada kerajaan yang menunjukkan dengan jelas bahawa pendekatan semasa dalam perlindungan data adalah tidak mencukupi. Kita memerlukan reformasi yang menyeluruh dan mendalam. Dengan cara kita menguruskan dan melindungi data peribadi rakyat.

Pindaan-pindaan yang dicadangkan ini walaupun satu langkah ke hadapan masih gagal untuk menangani isu-isu asas yang telah terdedah melalui potensi besar kebocoran data PADU. Saya menggesa kerajaan untuk mengkaji semula pindaan-pindaan ini dengan teliti dan membuat penambahbaikan yang diperlukan.

Kita memerlukan rangka kerja perlindungan data yang kukuh, komprehensif dan mampan yang benar-benar melindungi kepentingan rakyat Malaysia dalam era digital ini.

Adalah tanggungjawab kita untuk memastikan hak privasi dan keselamatan data rakyat Malaysia dilindungi pada tahap yang tertinggi. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Klang.

final • 5:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Saya hendak ucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri kita yang duduk daripada awal lagi sampai sekarang dengar...

[Tepuk] Terima kasih Menteri. Satu-satunya Menteri saya nampak penggal ini bersama dengan kita. Terima kasih Menteri.

Menurut laporan daripada Berita Harian April 2024, kes kecurian data di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang ketara apabila melonjak daripada 646 insiden tahun lalu, berbanding hanya dua angka pada tahun sebelumnya. Jumlah insiden pelanggaran data membabitkan organisasi dan individu yang dilaporkan pada Pusat Bantuan Siber 999 pada 2023 meningkat berkali ganda iaitu pada tahun 2021 dan 2022.

Berdasarkan Statistik CyberSecurity Malaysia (CSM), pelanggaran data adalah insiden keselamatan siber kedua tertinggi yang dilaporkan daripada keseluruhan 5,917 kes pada 2023 selepas jenayah penipuan yang mencatatkan 3,705 kes. Trend sama dapat dilihat pada tiga bulan pertama tahun ini apabila sebanyak 142 insiden pelanggaran data dilaporkan dan berdasarkan trend itu, CSM menjangkakan kes kecurian data akan terus meningkat jika tiada langkah menanganinya diambil.

Maka, saya mewakili penduduk Klang ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Digital atas usahanya untuk mengemas kini undang-undang perlindungan data peribadi negara kita supaya ia selaras dengan keperluan dan peredaran zaman.

Terdapat dua- isi penting yang saya ingin sampaikan di Dewan yang mulia ini berkenaan pindaan Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi.

Pertama, adalah berkaitan kemasukan penggal 12A ke dalam Akta 709. Yang bertujuan untuk mengehendaki pengawal data untuk melantik seorang atau lebih pegawai perlindungan data. Subseksyen 3 membacakan bahawa pengawal data itu hendaklah memberitahu Pesuruhjaya tentang pelantikan pegawai perlindungan data mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

Persoalan di sini adalah adakah pihak Pesuruhjaya mahupun kementerian menetapkan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seorang individu untuk dilantik sebagai seorang pegawai perlindungan data peribadi?

final • 5:27 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Hal ini kerana, jawatan tersebut memikul tanggungjawab yang sangat berat. Jadi, pelantikannya harus dibuat dengan penuh teliti. Saya berpendapatan bahawa pihak kementerian harus menetapkan suatu senarai kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon pegawai pelindungan data. Mungkin mereka boleh diwajibkan untuk mengikuti suatu kursus khas bagi BPO dan memperoleh pengiktirafan atau sijil daripada kementerian supaya mereka faham betapa seriusnya tanggungjawab tersebut dan kesan terhadap dirinya jika terdapat melakukan sebarang salah guna kuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Perkara kedua yang saya ingin membangkitkan adalah melibatkan seksyen baharu 43A yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi hak kemudahan alihan data kepada subjek data tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data. Pindaan ini membenarkan seseorang subjek data untuk meminta pengawal data untuk menghantar data peribadinya kepada pengawal data pilihannya yang lain secara langsung dengan memberikan suatu notis secara bertulis melalui cara elektronik kepada pengawal data itu.

Persoalannya, adakah pengawal data yang lama itu diwajibkan untuk menghapuskan segala data kepunyaan subjek yang membuat pengalihan data ataupun mereka masih boleh menyimpan salinannya? Biasanya, seseorang subjek akan mengalihkan data peribadinya dari satu- pengawal kepada pengawal lain atas pelbagai sebab seperti ketidakpercayaan terhadap pengawal data yang sedia ada atau mengoptimumkan produktivitinya dengan mendayakan automasi penyegeraan dan penyepaduan.

Jadi, subjek tersebut harus diberi pilihan sama ada untuk mengarahkan pengawal data yang lama untuk menghapuskan datanya mahupun menyimpan salinan datanya untuk rujukan masa depan. Seperti penambahan seksyen yang memperuntukkan hak kemudahan alihan data, subjek data juga mungkin memerlukan suatu seksyen yang memperuntukkan hak untuk sama ada menghapuskan atau menyimpan salinan datanya.

Saya harap melalui pandangan saya telah beri- yang saya telah memberi setakat ini membantu pihak Kementerian Digital untuk meneliti dan menambah baik usaha mereka untuk melindungi data peribadi masyarakat kita. Itu saja daripada saya. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 5:30 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih diucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan.

Puan Yang di-Pertua, merujuk jawapan balas dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institut pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang lalu, jumlah kes penipuan atas talian dengan nilai yang terlibat sepanjang tahun 2020 hingga 2023 adalah sebanyak 107,716 kes dan kerugian sebanyak adalah sebanyak RM3.2 bilion. Melalui respons jawapan yang diberikan juga, pihak kerajaan melalui Bank Negara Malaysia juga telah merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi mengatasi jenayah penipuan atau dengan izin, scammer yang semakin berleluasa.

final • 5:32 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Puan Yang di-Pertua, berkaitan Akta 709 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 November 2013, pelaksanaan akta ini hanya melibatkan pemprosesan data peribadi dalam transaksi konvensional ataupun syarikat persendirian. Kepala Batas melihat sewajarnya Akta 709 turut diguna pakai ke atas kerajaan dan jabatan kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi memastikan data rakyat negara ini dapat dilindungi dengan sebaik mungkin.

Persoalannya, adakah terdapat agensi kerajaan yang akan turut dikawal selia akta ni? Adakah syarikat-syarikat dimiliki oleh kerajaan? Misalnya, seperti MHAB dan KWSP turut tertakluk di bawah Akta 709 ini. Bagaimana pula dengan pihak Jabatan Imigresen bertanggungjawab mengawal pintu masuk negara dan perlu mengurus dan mentadbir urusan keluar masuk pelancong tempatan dan luar negara.

Merujuk kepada laporan portal berita atas talian, Berita Harian Online bertarikh 4 Januari 2024, Menteri Ekonomi mengatakan bahawa PADU tidak tertakluk di bawah Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 kerana semua data dikawal selia oleh kementerian dan agensi berkaitan.

Menteri Ekonomi juga mengatakan bahawa akan berlaku banyak halangan untuk kerajaan melaksanakan pelbagai program sokongan dan bantuan kepada rakyat. Pada hemat Kepala Batas, tidak timbul isu bantuan dari kerajaan kepada rakyat tidak dapat diteruskan sekiranya Akta Pelindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 ini dilaksanakan ke atas kerajaan dan juga agensi. Ini kerana, yang penting adalah sistem operasi dan pentadbiran yang telus dapat dilaksanakan agar risiko kelompangan yang boleh berlaku ketika pemindahan data dibuat di antara agensi awam dan kerajaan dapat dikawal sebaik mungkin.

Kepala Batas mengambil maklum berkaitan makluman daripada Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh, bahawa Akta Omnibus yang digunakan untuk melindungi data peribadi pengguna. Memandangkan akta ini masih dalam proses, maka, Akta Pelindungan Data Peribadi adalah pilihan terbaik buat masa ini. Kecurian data adalah isu yang sangat sensitif.

Maka, seharusnya akta ini dapat dijadikan platform untuk mengawal ketirisan data dan penipuan data peribadi sama ada di peringkat swasta ataupun kerajaan. Misalnya, baru-baru ini senarai darjah kebesaran Pulau Pinang dikatakan bocor.

Persoalannya, adakah tidak- adakah terdapat remedi alternatif mengambil kira akta semasa yang tidak memperuntukkan secara spesifik hak untuk menuntut ganti rugi serta remedi yang sedia ada adalah dalam bentuk kesalahan jenayah?

Puan Yang di-Pertua, yang kedua terdapat cadangan tambahan bagi pindaan Pelindungan Data Peribadi 2024 dan memperkenalkan peruntukan baharu iaitu seksyen 12A. Melalui seksyen ini, syarikat-syarikat tertentu yang memenuhi kriteria wajib melantik pegawai perlindungan data bagi pematuhan Akta 709.

Pegawai ini mesti dilantik sekiranya syarikat tersebut memproses lebih daripada 20,000 data pengguna. Kepala Batas ada menerima makluman bahawa ada sesetengah pihak boleh mendapatkan data peribadi seseorang individu ataupun secara berkelompok melalui proses jual beli data pelanggan.

Penggunaan medium ini biasanya melibatkan pembelian data yang banyak merangkumi antaranya nama penuh, alamat rumah, nombor telefon dan lain-lain lagi bagi urusan proses jualan atas talian. Ada juga menjadikan data pelanggan ini sebagai rujukan untuk jemputan ke majlis ataupun program tertentu. Namun, yang turut menjadi kerisauan ialah seandainya nombor pengenalan juga turut boleh diperoleh dengan mudah oleh para scammer. Kepala Batas merasakan bahawa pelantikan pengawal data mestilah turut melibatkan syarikat yang memproses kurang daripada 20,000 data pengguna. Ini kerana, sesetengah syarikat biar pun hanya memproses kurang daripada 10,000 data pengguna, data-data para pelanggan yang berpotensi tinggi untuk kegunaan bagi syarikat lain, sebagai contoh syarikat-syarikat perumahan atau dengan izin, developer.

final • 5:32 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bagi syarikat yang baru bertapak, mungkin tidak banyak rumah yang dibina, namun, data para pelanggan atau pembeli unit rumah yang mereka peroleh berpotensi tinggi jika diukur dari taraf kemampuan kewangan serta latar belakang sosial.

Puan Yang di-Pertua, yang ketiga subseksyen 5(2) bagi meningkatkan kadar hukuman yang sedia ada. Kepala Batas melihat asas pindaan ini ialah menunjukkan komitmen kerajaan dalam melindungi data peribadi berikutan kenaikan sebanyak 41 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Kepala Batas ingin bertanya, berapakah jumlah kes yang telah direkodkan bagi tahun 2024 sehingga kini? Berapakah jumlah kerugian yang telah dicatatkan? Apakah perincian kesalahan pelanggaran data peribadi yang telah dilakukan? 30 saat, mohon izin.

Berbanding dengan jumlah kes yang telah direkodkan sehingga kini, berapakah jumlah pesalah yang telah direkodkan oleh kerajaan? Berapakah jumlah para pesalah yang telah diberkas diambil tindakan? Mungkin ini bukan di bawah tanggungjawab Kementerian Digital, tapi data peribadi ini seharusnya turut dipantau oleh pihak kementerian sebagai langkah berjaga-jaga dan pembendungan di peringkat awal.

Kepala Batas merasakan senarai nama para pesalah ini sepatutnya boleh diakses oleh orang awam dan majikan sebagai rujukan seperti yang dilaksanakan kebanyakan majikan ketika memproses permohonan kerja. Secara lazimnya, proses ini dikenali sebagai dengan izin, police vetting. Dengan itu, sekian, terima kasih.

final • 5:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

final • 5:32 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Pelindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024. Sebelum itu, Puan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan bakti YB Kluang dalam PAC...

[Tepuk] Sesungguhnya, ketiadaan Yang Berhormat Kluang amat dirasai kami di PAC...

[Tepuk] YB seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi dan berdedikasi. Terima kasih, Yang Berhormat Kluang...

[Ketawa]

final • 5:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada masa tambahan, ya.

final • 5:38 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 5:38 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Ketawa] Saya bangun untuk menyokong pindaan ini bagi membolehkan usaha-usaha kerajaan dalam melindungi data peribadi dapat terus diperhebat daripada masa ke semasa. Saya ulang, pindaan ini bagi membolehkan usaha-usaha kerajaan dalam melindungi data peribadi dan terus diperhebat daripada masa-ke semasa. Semoga dengan pindaan kali dalam mengendurkan dan menyelesaikan perkara-perkara yang terkait dengan kebocoran maklumat data peribadi yang semakin meruncing kebelakangan ini.

final • 5:38 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Puan Speaker, peruntukan baharu yang dicadangkan menerusi pindaan kali ini iaitu dengan meminda seksyen 5 dan memasukkan tanggungjawab dalam pemprosesan data, sememangnya merupakan langkah yang tepat. Hal ini kerana setakat ini, tiada lagi sebarang tindakan hukuman atau denda yang boleh dikenakan oleh kerajaan terhadap para pemproses data yang melakukan pelanggaran di bawah akta sedia ada.

Hakikatnya, terdapat kes-kes di mana para pemproses data yang tidak bertanggungjawab telah membuat keuntungan dengan menjual data tetapi terlepas begitu sahaja daripada hukuman dan denda. Disebabkan kelemahan inilah, wujudnya broker- broker atau sindiket-sindiket yang memperdagangkan data peribadi kepada pihak scammer dan judi dalam talian.

final • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dalam hal ini, saya agak kecewa dengan kementerian kerana perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyedari akan kelompangan akta sedia ada. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, berapakah bilangan terkumpul kes penjualan data yang telah dilakukan oleh pemproses data setakat ini? Berapa banyak data yang telah terlibat secara langsung dalam urusan perdagangan yang telah dilakukan oleh para pemproses data yang tidak bertanggungjawab tersebut? Masalah ini jika tidak disekat melalui pindaan kali ini, saya percaya, selagi itulah kes-kes penipuan akan terus berleluasa dalam negara kita.

Puan Speaker, perkara seterusnya ingin saya sentuh menerusi perbahasan kali ini adalah mengenai Pegawai Perlindungan Data. Merujuk kepada cadangan peruntukan baru iaitu seksyen 12A, pegawai perlindungan data yang bertanggungjawab wajib dilantik untuk memastikan pematuhan terhadap Akta 709. Saya difahamkan hanya pengawal data yang memenuhi kriteria sahaja yang layak untuk dilantik.

Persoalan saya berhubung perkara ini, pertamanya, apakah kriteria yang dimaksudkan oleh kementerian bagi membolehkan seseorang itu dilantik sebagai pegawai perlindungan data? Keduanya, adakah kewujudan perjawatan baharu ini telah dibincang terlebih dahulu bersama pihak-pihak yang bakal terlibat? Hal ini kerana pelantikan seorang pegawai perlindungan data yang dimaksudkan oleh kementerian sudah tentunya bakal melibatkan kos tertentu.

Bagaimanakah sekiranya sesebuah syarikat itu gagal untuk mematuhinya atas sebab yang munasabah? Saya berpendapat, bantuan atau insentif perlu diberikan oleh kementerian kepada pihak-pihak yang memerlukan khususnya terhadap perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS).

Puan Speaker, perkara akhir sekali, usaha murni hasrat kerajaan untuk melindungi data peribadi akan sukar dicapai tanpa kesedaran individu yang memberikan data. Umum mengetahui, dunia hari ini merupakan dunia tanpa sempadan yang mana kita bebas berkongsi maklumat peribadi di pelbagai platform, khususnya media sosial. Untuk perkara ini, program kesedaran hendaklah dilakukan secara berterusan, khususnya terhadap masyarakat di luar bandar.

Selain itu, kementerian juga perlu memainkan cara untuk mengatasi masalah data terbuka yang bukannya datang daripada kelemahan individu, tetapi juga daripada pihak syarikat atau majikan. Lihat sahaja keadaan pada masa ini, tidaklah sukar mendapatkan nombor IC seseorang memandangkan maklumat tersebut diperlukan oleh begitu banyak borang yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta. Maklumat tersebut juga mungkin tertera secara terang-terangan pada pas pekerja sebuah syarikat. Begitu juga dengan pas Parlimen kita pada ketika ini.

Sehubungan itu, saya menggesa supaya pembaharuan mestilah dilakukan dengan segera bagi melindungi data peribadi dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Hal ini kerana data peribadi merupakan hak mutlak individu dan tidak boleh sesekali digunakan tanpa kebenaran dan pengetahuan individu.

Puan Speaker, saya ikut masa yang tepat. Sekian sahaja daripada saya setakat ini, semoga segala perkara dan persoalan yang telah dibangkitkan, mendapat perhatian untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih Puan Speaker...

[Tepuk]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Masa 20 minit.

final • 5:40 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Speaker yang memberikan saya ruang untuk menjawab serba sedikit perkara- perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan sebentar tadi. Jumlah 25 keseluruhannya saya rasa.

final • 5:43 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Memang saya menyambut dengan baik cadangan-cadangan yang telah pun diketengahkan dan juga persoalan-persoalan berkaitan dengan isu data secara keseluruhan dan bagaimana kita perlu bergerak ke depan untuk memastikan bahawa keperluan kita untuk menggunakan data yang adalah sangat penting supaya kita dapat juga mengambil bahagian dengan dunia digital sekarang- ekonomi digital sekarang, tapi dalam masa yang sama, kita dapat imbangkan dengan perlunya kita ada satu sistem yang boleh sejauh mana yang perlu melindungi data yang kita gunakan itu.

Puan Yang di-Pertua, dalam aspek ini, saya nak buat beberapa penekanan yang saya rasa penting. Kita di Malaysia melihat sumbangan sebanyak 23.5 peratus kepada KDNK daripada ekonomi digital dalam tahun 2023. Kita jangkakan di dalam tahun 2025 pula, akhir 2025, angka itu akan meningkat kepada 25.5 peratus. Saya yakin bahawa ia akan bergerak jauh lebih daripada itu dan itu satu perkara yang saya rasa kita boleh capai.

Itu menunjukkan bahawa digital ataupun aspek ekonomi digital ini sangat penting, yakni satu perempat daripada KDNK kita.

Setelah kita meneliti angka-angka ini, kita lihat ke depan. Tahun depan kita akan mempengerusikan ASEAN Malaysia. Kita- semua tahu, ASEAN adalah apa yang disebut sebagai economic powerhouse dalam rantau ini. Di dalam semua negara ASEAN itu, kita ada lebih kurang 700 juta orang penduduk. Ada laporan yang menunjukkan bahawa bergerak ke tahun 2030, kita dapat melihat hasil dianggarkan lebih kurang USD2 trilion daripada perniagaan ekonomi digital di dalam kawasan ASEAN. Kita nak pastikan bahawa apabila berlaku pergerakan menghala ke ekonomi digital ini dalam lima tahun yang akan datang, negara kita bersedia. Bagaimanakah kita hendak menyediakan diri?

Pertama, kita kena pastikan bahawa infra kita itu adalah infra yang menyeluruh dan juga infra yang berkualiti. Kemudian, ia selamat dan rakyat kita tahu bagaimana nak gunakan infra itu. Ketiga itu, yang saya sebut tadi Yang di-Pertua, bila kita sebut berkenaan dengan infra yang disifatkan selamat, kita kena pastikan bahawa apabila rakyat kita menggunakan platform itu, maklumat yang mereka keluarkan dalam platform- platform tersebut adalah terlindung.

So, itu menjadi tempat kita bermula. We have got a huge opportunity ahead of us, dengan izin. Kita boleh buat keputusan sekarang, kita boleh pilih untuk kata, “Okey, tak perlu untuk kita bawa pindaan sekarang. Biar kita bincang dulu. Mungkin dalam dua tahun kemudian, kita boleh fikir berkenaan dengan apa yang dibentangkan hari ini sekarang”.

Kepada saya, saya faham kenapa dibawa cadangan tersebut, khususnya sahabat saya dari Kuala Krai. I understand ya, tapi masalah dia kita tidak boleh. Kuala Krau, minta maaf, tapi kepada saya, pindaan yang kita ada di hadapan kita adalah pindaan yang boleh kita luluskan sekarang. Itu tidak bermaksud bahawa kita tidak akan melihat kepada langkah-langkah seterusnya untuk kita memperbaiki bila kita bergerak ke depan.

Jadi dalam keadaan tersebut, soal-soal yang berbangkit dalam perbincangan ataupun perbahasan hari ini sangat penting untuk kita jawab untuk meyakinkan kita dulu bahawa hari ini kita teruskan dengan pindaan ini. Kita meyakinkan diri bahawa pindaan- pindaan ini adalah selamat, tidak ada masalah.

Itu menjadi tanggungjawab saya sekarang di dalam menggulung perbahasan yang telah pun dibawa oleh semua Ahli Yang Berhormat tadi. Izinkan saya membangkitkan isu mengikut topik kerana banyak isu yang berbangkit tapi kebanyakan ia melihat kepada topik yang sama.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya nak membuat penekanan kepada apa yang disebut dalam permulaan ataupun dia kata mukadimah dalam akta ini. Perkara itu cukup jelas dibangkitkan dalam kes Ranjan Paramalingam yang telah pun dirujuk oleh sahabat saya dari Alor Setar tadi yang dia kata adalah kes yang mengikat. Dalam keadaan ini, kita kena lihat kepada apa yang dinyatakan dalam kes tersebut.

Mahkamah dengan cukup jelas menyatakan bahawa Akta PDPA ini terpakai kepada transaksi komersial sahaja. That’s the starting point. So, apabila kita lihat kepada niat di sebalik akta ini, ia satu akta untuk mewujudkan satu sistem ataupun struktur yang

final • 5:43 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

boleh membantu kita dalam aspek penggunaan data apabila berkaitan dengan transaksi komersial. Jadi kalau kita faham pendekatan itu, maksudnya kita lihat kepada rangka undang-undang ini dan ia bukan undang-undang setakat satu atau dua seksyen sahaja.

Ia sampai beratus.

final • 5:43 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Kita dapat lihat structure dia. Structure dia, struktur akta ini digubal dalam cara untuk membuat peruntukan buat transaksi komersial. This is important. Kemudian, kita lihat kepada soal seksyen 3. Ramai Yang Berhormat bangkit dan tanya saya soalan berkenaan dengan kenapa ia tidak terpakai kepada kerajaan. Ini sangkut paut Kepala Batas dengan isu PADU yang dibangkitkan oleh sekian Ahli-ahli Parlimen dan saya rasa itulah satu perkara yang baik dibangkitkan supaya saya dapat menjelaskan.

Apabila undang-undang ini merujuk kepada transaksi komersial, ia tidak melibatkan kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan. Ia satu perkara yang kita lihat digubal untuk transaksi komersial sahaja. That’s the reason why ia tidak mengikat Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri, tetapi itu tidak bermaksud bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai tanggungjawab.

Ada undang-undang lain sepertimana saya sebut apabila saya membuat ucapan pembukaan saya tadi, seperti Akta Rahsia Rasmi dan juga pekeliling yang mengikat pegawai dan kakitangan kerajaan yang mengikat mereka dalam aspek bagaimana mereka mengendalikan data dan sebagainya. So, bukan sekadar keadaan kita kata memang tidak ada liabiliti langsung Tuan Yang di-Pertua, ada, tetapi ia di tempat yang berlainan. Undang-undang ini, structured in a way to provide for commercial transactions dan ia berbeza.

Jadi, itu menjawab soalan berkaitan dengan PADU kerana PADU ini adalah keadaan di mana data itu di peringkat kerajaan. Itu sebabnya kalau tanya soalan, adakah PADU terikat dengan PDPA, jawapannya tidak. Tetapi, itu tidak bermaksud bahawa pegawai yang menjaga data di bawah PADU itu tidak mempunyai sebarang tanggungjawab...

final • 5:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, Menteri. Penjelasan sedikit.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sebentar, sebentar. Tidak mempunyai sebarang tanggungjawab. Let me just go through this. Give the background dahulu. Kemudian, kita ada apa yang disebut sebagai DPO ataupun data protection officer.

Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai keadaan di mana kita anggarkan data yang akan melalui proses atau transaksi digital bergerak ke depan itu adalah mungkin dalam jumlah yang cukup besar. Ia akan berlaku di setiap peringkat transaksi komersial. It will be huge. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Ipoh Timor tadi. Saya juga setuju dengan apa yang disebut oleh Tampin berkaitan dengan apabila kita lihat pentingnya data tersebut, bagaimana kita nak pastikan bahawa syarikat-syarikat yang mengendalikan data ini mengendalikannya dengan selamat.

Dengan melihat kepada luasnya penggunaan data dalam masa yang akan datang khususnya dengan teknologi sebagai AI, GenAI dan sebagainya dan saya rasa ia akan bergerak laju ke depan selepas daripada ini dengan teknologi-teknologi yang baru, kita kena bersedia untuk satu keadaan di mana data itu yang sangat penting akan digunakan oleh pengguna data dengan cara yang cukup besar bergerak ke depan.

So, persoalan ini berbangkit sebagaimana kita nak pastikan bahawa ada pegawai di dalam setiap syarikat ataupun dengan setiap pengguna data ini untuk memastikan bahawa niat di sebalik undang-undang ini yang menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kecermatan itu diikuti. Saya bagi contoh, setiap Ahli-ahli Parlimen di sini yang ada syarikat.

Kuala Krai kita tahu kalau ada syarikat atau bukan atau biasanya kita kena buat bayaran income tax, kita ada pilihan. Kita boleh buat sendiri atau kita boleh melantik seseorang itu. Kalau kita melantik seseorang itu, ikutlah kita nak lantik apa, siapa dan

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

sebagainya, tetapi orang yang kita lantik itu perlu mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Itu keputusan kita. Kita yang buat keputusan itu. Di sini juga sama.

Apabila kita kata perlu ada DPO, ia bergerak ke arah itulah di mana kita perlukan supaya seorang pegawai dilantik supaya memberikan nasihat, panduan kepada sebuah syarikat itu berkaitan dengan cara macam mana dia nak pastikan bahawa segala keperluan undang-undang ini diikuti. Jangan lupa sekiranya ada kelonggaran, syarikat itu bertanggungjawab.

Maksudnya, syarikat itu kena berhati-hati. Orang yang dilantik itu adalah orang yang akan bantu, tetapi akhirnya yang bertanggungjawab itu masih syarikat. So, bila kita buat keputusan berkaitan dengan siapa yang kita nak lantik itu, kita kena pastikanlah kita lantik seorang yang mempunyai pengetahuan supaya keputusan yang diberikan kepada kita itu kita yakinlah bahawa ia mengikut undang-undang dan sebagainya. Itu pendekatan yang diambil. Sepertimana yang saya sebut tadi, kalau ada masalah, maka syarikat itu kena mengambil tanggungjawab. Itu juga menjawab soalan konflik yang telah pun dibangkitkan.

Saya rasa ramai daripada Ahli-ahli Parlimen dua-dua pihak bertanyakan berkenaan dengan aspek konflik. Dia kata bagaimana kalau kita nak lantik pegawai itu, tetapi kita bos bayar gaji dia, jadi ada konflik. Saya rasa tidak ada konflik kerana bos itu bertanggungjawab.

Menjadi satu keadaan di mana kalau ada masalah, bos itu kena jawab. Kenapa tidak diikuti langkah-langkah yang ditetapkan dan sebagainya. Ada DPO yang jelas dilantik untuk memastikan bahawa apakah keperluan undang-undang itu memang digunakan secara disebut dalam undang-undang itu. Maksudnya, tugas dia itu adalah sangat penting untuk pastikan bahawa keperluan undang-undang itu diguna pakai.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat daripada aspek ini, kita juga dapat faham bahawa dalam menangani masalah ini, jumlah pegawai-pegawai ataupun DPO ini akan menjadi jumlah yang cukup besar. Jadi, tadi ada saranan daripada Yang Berhormat dari Jerantut, bolehkah kita lihat supaya ia ataupun mereka, gaji mereka dibayar oleh kementerian? We are looking at a huge number of them.

Tetapi, saya setuju dengan Jerantut. Kita kena juga faham bahawa ada kalanya sesetengah daripada syarikat ini tidak mempunyai keupayaan untuk melantik dari segi kos dan sebagainya. Itu mungkin menjadi satu masalah. Tetapi di situlah sepertimana saya sebut tadi, kita tidak meletakkan keperluan supaya mereka ini mempunyai sijil, PhD dan sebagainya. Kita tidak meletakkan keperluan-keperluan sebegitu.

So, ini adalah menunjukkan langkah-langkah kita untuk meyakinkan rakyat bahawa apa yang kita hendakkan sebenarnya melalui pindaan undang-undang ini adalah untuk pastikan bahawa nasihat diterima dan juga kita ambil langkah-langkah untuk mengetahui sebenarnya apakah pentingnya perlindungan data dan bagaimana kita sebagai rakyat setiap hari kita menggunakan data dan syarikat-syarikat diperlukan untuk melihat dan ambil langkah-langkah seperti mana ditetapkan dalam undang-undang ini untuk memastikan bahawa data kita memang pada setiap masa terlindung.

Saya nak juga menyebutkan di sini. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat- lihat kepada struktur undang-undang ini, kita ada Pesuruhjaya tetapi tidak ada suruhanjaya. Ini Alor Setar saja yang faham. Ada Pesuruhjaya, tetapi suruhanjaya tak ada, tetapi ada jawatankuasa. Jadi, saya setuju apa yang disebut tadi pendekatan yang kita kena ambil first, masalah yang kita hadapi sekarang, teknologi akan bergerak dengan cukup cepat.

Penggunaan data itu akan berganda, berkali ganda dengan cepat bergerak kita dalam dua tiga tahun yang akan datang. So, kita kena perkukuhkan sekarang bagaimana kita dapat pastikan bahawa setiap rakyat di luar sana faham agar kepentingannya data.

Mereka mengambil langkah-langkah lantik pegawai untuk memberi bantuan dan sebagainya seperti mana dihuraikan di sini.

Kemudian, kita ada tahap kedua. Kita akan bergerak tengok bagaimana kita boleh mewujudkan suruhanjaya yang lebih besar dengan adanya kuasa pelaksanaan dan

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

sebagainya. Ini sangat penting. Tadi dibangkitkan oleh saya rasa Bangi kalau tidak silap.

Dia kata perlunya kita ada- pastikan bahawa kita ada undang-undang, tetapi dalam masa yang sama kuat kuasa dia. Kalau tak silap, Bangi saya rasa. Saya setuju, tetapi undang- undang itu patut kita teruskan hari ini. Kemudian, bergerak dalam keadaan di mana kita boleh bawa perundangan untuk kita mewujudkan badan berkuasa.

Cadangan dilontarkan daripada pihak sebelah sana tadi, saya minta maaf tak ingat siapa. Mungkin dari Kepala Batas juga. Aspek berkenaan dengan badan berkanun sangat penting. So, ini menunjukkan bahawa kerajaan sekarang serius berkenaan dengan apa yang kita lihat sebagai opportunities when it comes to digital economy moving ahead.

Soalan dari Ipoh Timor.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua bahagian soalan. Sebahagiannya saya dah bangkitkan dalam perbahasan saya berkenaan dengan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, kerajaan tempatan tak terpakai, tetapi, kita rujuk balik list, memang mungkin tak disebutkan sama ada parti-parti politik juga terdedah dalam sekatan-sekatan atau undang-undang ini.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Soalan tambahan kepadanya adalah berkenaan dengan- ya lah, ada rakan-rakan sebelah sana yang membangkitkan tentang penguatkuasaan, termasuk Bangi juga. Ada yang mungkin guna hujah di luar sana, kata Akta Anti Lompat Parti pun dah dibuat tapi penguatkuasaannya ada problem juga. Jadi, saya rasa perlu untuk kita menangkis sedikit sebanyak tohmahan atau ketidaktepatan hujah-hujah sebelah sana.

final • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh guna peluang ini untuk memberi sedikit penjelasan tentang tohmahan yang dilontarkan di sebelah sana.

final • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri, boleh saya sambung sikit? Boleh ya? Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya menyambut baik Yang Berhormat Menteri sebut kita akan bergerak ke arah menubuhkan suruhanjaya, tapi isunya di sini, Yang Berhormat Menteri, kita telah memotong subseksyen (1) di bawah 129 itu iaitu menghapuskan syor Pesuruhjaya. Jadi, satu sudut, kita hapuskan syor Pesuruhjaya, tapi Yang Berhormat Menteri kata kita nak tubuh suruhanjaya. So, dia agak contradict. So, minta sedikit penjelasan di situ, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, sedikit sahaja. Menteri.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sebentar. Terima kasih. Saya akan jawab Ipoh Timor in a while. Bagi saya jawab soalan Alor Setar dahulu.

Alor Setar, kalau kita lihat kepada seksyen 129, ia fokus kepada satu aspek iaitu soal data itu digunakan dan juga data itu merentas sempadan ke luar negara. Jadi, apabila pindaan dibuat kepada seksyen itu secara khusus, ia hanya pindaan yang memfokuskan kepada aspek suruhanjaya dari sudut data keluar daripada negara. Itu sahaja. Di mana, ia sekarang dikeluarkan dan dinyatakan secara spesifik di situ bahawa yang akan bertanggungjawab untuk aspek itu lah data controller. So, itu adalah satu pindaan yang hanya mempunyai kesan terhadap aspek itu, tetapi undang-undang ini ada banyak peruntukan lain yang melibatkan Pesuruhjaya.

Jadi, banyak lagi tugas yang perlu dilaksanakan oleh Pesuruhjaya yang mana beliau perlukan kepada sayalah, bantuan suruhanjaya, dan ini adalah satu perkara yang kita lihat. So, saya setuju, kalau kita lihat dari sudut seksyen 129 sahaja, memang mungkin nampak dia macam contradiction, tapi tidak ada sebenarnya, Alor Setar. Apa yang berlaku adalah 129 hanya merujuk kepada aspek itu sahaja.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Kita melaksanakan pindaan itu- biar saya jawab juga perkara ini. Kita melaksanakan perkara itu untuk memudah alihkan pergerakan. Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada seksyen 129, seksyen itu sangat jelas. Ia melibatkan atau ia terpakai kepada keadaan-keadaan di mana kita perlu mendapatkan consent, persetujuan daripada tuan punya data itu. So, pada asasnya, Tuan Yang di-Pertua, undang-undang ini berbalik kepada satu perkara yang sangat penting- that’s the anchor point. Anchor point dia persetujuan daripada tuan punya data sebelum ia digunakan. Itu menjadi sebab ia digubal dalam cara ini.

Jadi, kalau kita faham bahawa itu yang kita nak pastikan bahawa consent is given, kita lihat seksyen 129. Dua perkara. One, consent. And number two, ia ada banyak subseksyen yang kecil di situ. Semua subseksyen di situ merujuk kepada transaksi komersial. So, ada perjanjian kontrak, bagaimana kita nak pastikan bahawa ada bayaran dan sebagainya yang akan menjadikan bayaran yang merentasi sempadan dan sebagainya. *So, it’s very focused.

So*, kita nak pastikan bahawa kita ada satu struktur yang memudah alihkan pergerakan data. Kita tak mahu satu keadaan di mana transaksi-transaksi bergerak berjuta-juta sehari, kemudian kita ada keperluan untuk Menteri dan sebagainya. Kita tidak mahu. Kita mahu satu keadaan di mana ada kebebasan digunakan, tetapi dengan berbalik kepada adakah tuan punya memberi persetujuan. Itu cara yang kita bergerak. Dan kalau tidak ada persetujuan, maka ia menjadi satu kesalahan.

Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat juga tanya berkenaan dengan jumlah denda yang kita kenakan. Saya minta maaf. Di sini saya dalam keadaan di mana tadi di sebelah sini kata terlalu tinggi pula, di sebelah sana kata terlalu rendah pula. Di sini pula kata kenapa kita nak luluskan hari ini, kita bincang dahulu. Saya rasa tak apalah. Ada apa yang disebutkan sebagai hukuman. Kita ini menggandakan daripada RM300,000 ini sekarang, kita letak kepada RM1 juta. Ini menunjukkan bahawa kerajaan serius.

Tidak ada masalah. Kalau kita rasa bahawa kita nak letakkan macam negara lain, berjuta-juta and all that, kita boleh bincang, tapi saya rasa itu tidak menjadi sebab untuk kita tangguh pembentangan rang undang-undang hari ini. Ini sangat penting untuk kita- semua. Data itu lah satu perkara yang sangat penting kepada kita- semua. So, I approach this- as MP, kita- semua dalam Dewan ini mempunyai tanggungjawab yang sama. Keluar daripada Dewan ini, kita kena memberikan maklumat kepada rakyat di luar sana bahawa kita sekarang membuat apa yang perlu.

Puan Yang di-Pertua, kita lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau bergerak ke seluruh dunia meminta supaya rakyat ataupun syarikat-syarikat gergasi membuat atau memilih Malaysia sebagai destinasi untuk membuat pelaburan. Kita- semua dapat lihat kerja yang beliau buat. Kerja itu telah pun sekarang kita lihat menunjukkan hasil. Kita lihat Google, Microsoft, AWS, Byte dan sebagainya. Berbilion- bilion pelaburan dibawa. Itu hanya syarikat gergasi. Di samping itu, ada banyak lagi pelaburan yang datang.

So, kita lihat bahawa Malaysia sekarang menjadi satu- tempat di mana dilihat kita- progresif dari sudut undang-undang. Undang-undang yang dahulunya- saya setuju yang disebut tadi Bayan Baru. Dia kata semua orang marah. 2010, memang gagal undang- undang itu. Ya lah, sekarang 2024. 2010, tak ada AI. Kita pun tidak tahu bagaimana pantasnya akan bergerak aspek berkenaan dengan data ini. You’re absolutely right. Sekarang perlu untuk kita memberi lebih perhatian. Itu sebabnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buat keputusan untuk mendirikan Kementerian Digital.

Kerana kita tahu, bergerak ke depan, perbahasan di dalam Dewan ini akan berubah. Kita kena lihat kepada aspek-aspek teknologi baharu, bahaya yang dia bawa dan sebagainya.

Bagaimana kita boleh bergerak dengan pantas supaya kita boleh bagi tahu negara-negara lain bahawa bukan sahaja kita selari dengan mereka, kita lebih pantas daripada mereka.

So, ini yang hendak dicapai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sahabat saya Menteri Undang-undang, saya tahu kerja yang dia buat as well. We’re all looking into it. Kerana kita kena bergerak dengan cepat...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Masa sudah tamat pula, tapi itu- maaflah, bagi dua minit saya masa. Saya nak dua tiga aspek yang penting.

Definition. Berkaitan dengan apa yang disebut sebagai kes yang berbangkit. Saya rasa itu penting kerana kes yang berbangkit itu adalah dari mahkamah.

Puan Speaker, izinkan saya baca. Saya mengambil maklum poin yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Bangi dan juga Yang Berhormat dari Alor Setar. Kes Ranjan Paramalingam menentang Persatuan Penduduk Taman Bangsar Kuala Lumpur, responden kes Mahkamah Rayuan. Saya telah pun menghubungi peguam yang mengendalikan kes tersebut. Beliau memberitahu saya rayuan dibawa ke Mahkamah Persekutuan tetapi tidak mengubah keputusan ini.

Jadi, ia masih berkuat kuasalah, tapi saya nak bacakan apa yang tersebut dan dinyatakan di sini. Kalau saya boleh baca yang ini dalam bahasa Inggeris. Saya minta maaf, saya baca dalam bahasa Inggeris. “Next, on the issue of the breach of PDPA, the plaintiffs pleaded fact in paragraph 24 of the Statement of Claim is as follows...” and I won’t read all that. So, dia merujuk kepada Statement of Claim. Maksudnya, tuntutan ini spesifik.

Ia spesifik kepada apa yang dinyatakan dalam saman ataupun pernyataan tuntutan dia.

Apa yang mahkamah menyatakan bahawa- saya akan translate dengan ringkas.

Pokoknya, dia kata, seksyen yang dirujuk dalam Akta PDPA itu yang menjadi asas untuk tindakan sivil ini adalah seksyen yang membawa kepada hukuman jenayah. Maksudnya, mahkamah tidak mengatakan ini tidak penting. Mahkamah kata ia seharusnya menjadi kes jenayah.

Soalnya, bolehkah kita dalam kes sivil menyaman untuk kes jenayah? Itu memang tidak boleh kerana Perlembagaan Persekutuan sangat jelas. Kita tanya Pasir Gudang, dia tahu, Bangi dia tahu. Kuasa untuk mendakwa itu di tangan pendakwa raya, Artikel 145.

Jadi, soal untuk meminta mahkamah dalam kes sivil membuat keputusan berkenaan dengan aspek kesalahan, itu di luar bidang kuasa mereka. Kecuali, ia dibawa dalam bidang kuasa jenayah. Itu yang dinyatakan.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi apa yang disebut oleh Bangi dan saya sambut juga. Bangi menyatakan bahawa dia risau, khuatir Tuan Yang di-Pertua, kerana kita melihat aspek data ini sangat penting. Kuasa undang-undang jenayah ada tetapi nampaknya macam tidak ada kuasa untuk saman dan menyatakan dalam saman itu ada breach of statutory duty. Itu juga apa yang saya rasa niat Alor Setar. Saya setuju dan itu satu perkara yang saya akan lihat dan kita tengok bergerak ke depan bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini. Saya minta maaf, saya baru menerima. Saya akan mungkin kalau ada jawapan ataupun saya akan berikan dalam bentuk bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, aspek yang dibangkitkan oleh Ipoh Timur itu saya rasa- Tuan Yang di-Pertua, aspek sama ada ataupun tidak PDPA terpakai kepada parti politik.

Saya rujuk kepada bahagian tafsiran di dalam PDPA. Bahagian tafsiran itu sangat penting kerana ia mentafsirkan pihak-pihak yang boleh dikatakan pihak yang terlibat di dalam PDPA. So kalau kita lihat dekat tafsiran yang ada di situ, ia berkaitan kembali kepada data.

So saya tidak ingin masuk kepada detil sahaja, tetapi memang aspek itu dinyatakan dengan cukup jelas di situ.

Aspek berkenaan dengan apa yang disebut sebagai enam Ahli daripada Perikatan Nasional itu, itu satu aspek yang saya rasa saya tidak hendak masuk secara mendalam, but I will tell you this, Tuan Yang di-Pertua. Saya di dalam jawatankuasa yang telah pun menggubal undang-undang berkaitan dengan Anti-Lompat Parti bersama dengan sahabat saya dari Pengerang. Kita berdua di situ berkali-kali menyatakan kepada Larut, undang-undang yang kita hendak bentangkan itu perlu mengadakan dengan jelas klausa yang mengatakan sekiranya seseorang itu dikeluarkan daripada parti, maksudnya itu beliau perlu mengosongkan kerusi beliau.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Itu kita nyatakan dengan cukup jelas tetapi pihak sana yang tidak setuju. Mereka kata tidak setuju, mereka kata kita kena teruskan. So, jadi itu menjadi masalah sekarang.

Itu bukan masalah yang kita bawa, masalah itu lah satu perkara yang kita telah pun menyatakan dengan jelas. At least the both of us, Pengerang and me, tapi masih menjadi pendirian Perikatan Nasional. So, itu yang kita gubal.

Dan masalah dia, selepas penggubalan itu kita tahu. In fact Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan dalam Dewan ini, Ahli Parlimen Seremban ada membawa masalah itu ke depan dan di situ dinyatakan kalau perlembagaan parti dipinda pada masa itu, sebelum pilihan raya, maka ia akan diikat. Syaratnya yang dipakai adalah ini, Tuan Yang di- Pertua...

[Tepuk] Syarat yang dipakai, a constitution dalam satu parti politik, ianya bertingkat- bertindak sebagai kontrak.

Maksudnya bila saya menjadi ahli parti politik itu, saya baca perlembagaan dia.

Masa itu, perlembagaan itu tidak ada klausa yang menyatakan bahawa sekiranya saya tidak ikut perintah parti itu, saya akan kehilangan kerusi saya. Jadi saya setuju untuk bertanding untuk parti itu atas perlembagaan yang ada masa itu. Selepas daripada itu, kalau kita sekarang buat pindaan, kita tidak boleh kata pindaan itu mempunyai kesan retrospektif. Itu menjadi masalah, tetapi dalam parti DAP, saya minta maaf sebab saya nak sebut parti politik. Kita buat pindaan itu sebelum daripada itu.

Jadi semua ahli politik kita, dia tahu. Bila bertanding di atas tiket parti DAP, dia tahu perlembagaan kita sangat jelas. Kalau diberi arahan oleh Secretary General kita, Setiausaha Agung kita. Kalau tidak ikut, maksudnya kehilangan kerusi dan dalam keadaan tersebut, beliau ditakrif sebagai seorang yang tidak lagi menjadi ahli parti tersebut dan kalau tidak lagi menjadi ahli parti tersebut, maka beliau perlu mengosongkan kerusi dan itu menjadi masalah untuk beliau, tapi saya nak gulung dengan katakan bahawa saya nak cukup, nak jelaskan tak adil untuk menyalahkan Speaker buat keputusan itu...

final • 6:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo

[Tepuk]

final • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Speaker buat keputusan sepertimana diperlukan oleh undang-undang. Speaker pun terikat dengan undang-undang. Di Malaysia, kita ada undang-undang yang dikatakan undang-undang yang teratas, the supreme law of the land is the Federal Constitution. Pindaan yang dibuat adalah pindaan kepada Federal Constitution. The constitution binds all of us.

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, saya nak sebut ini, masalah ini saya telah lihat dalam tahun 2022. Sekarang berlaku. Mungkin kita kena bergerak ke depan dengan cari jalan untuk pinda Perlembagaan semula...

final • 6:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Apakah pendapat Menteri tentang DUN Kelantan?

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

...Untuk pastikan. Ia berlainan dari sudut fakta dia. Dia ada berlainan. I’m not going to go into that, I don’t have the facts, tetapi kalau kita nak pastikan bahawa ia tidak berulang, mungkin kita boleh tengok untuk kita meminda Perlembagaan Persekutuan supaya perkara ini dapat kita selesaikan.

final • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Saya lihat Perdana Menteri telah buat satu kenyataan.

Beliau kata bahawa...

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Puan Yang di-Pertua, dah lari topik dah ini.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

... Untuk mendengar cadangan untuk...

[Tidak jelas]

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Dah lari topik dah ini...

final • 6:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo

Ya?

final • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB. Menteri.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, bagaimana interpretasi...

final • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Memandangkan YB Menteri pun telah menjelaskan tentang apa yang telah berlaku dan sebagainya. Saya fikir kita pun nak sambut baik apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mungkin kita lihat bagaimana kita nak pinda Perlembagaan. Saya berharap mungkin pihak sebelah sana sekarang ini boleh sokonglah kalau kita nak bawa satu pindaan untuk kita memperkemaskan lagi apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan...

[Tepuk] Tak apa, kalau mereka nak U-turn pendirian mereka sebelum ini, kita sambut baik. Betul tak YB Menteri?

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Satu ayat sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila gulung.

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Satu ayat sahaja, satu ayat sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlulah, sila gulung Menteri...

final • 6:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri. Tak, saya nak dengar juga interpretasi daripada Dewan Undangan Negeri Kelantan. Apa perbezaannya dengan interpretasi yang dibuat oleh Tan Sri Speaker dan insya-Allah kami tak akan berpusing baliklah daripada ini.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Langkawi. Saya rasa Langkawi membangkitkan satu aspek yang penting. Langkawi kena lihat kepada pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan itu dibuat, dipinda dengan spesifik untuk keadaan-keadaan di mana Ahli Parlimen membuat keputusan yang menyebabkan keadaan sebegini. So, ia berbeza sedikit tapi saya akan membuat huraian yang terperinci dan saya akan berikan secara bertulis kemudian.

Puan Speaker telah pun memberikan saya signal yang cukup jelas, so saya tidak mahu test her patience, tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam aspek pindaan kepada akta hari ini.

Saya nak minta kepada semua. Apabila kita sebut berkenaan dengan data center, itu lah satu perkara yang saya lihat data commissioner dan sebagainya. So, jadi kalau ada pandangan, sila datang dan kita akan bincang bersama bagaimana kita hendak bergerak ke depan. End of the year, kita akan bentangkan Akta Kongsi Data. Itu juga akan berkaitan. Sebelum daripada itu, saya akan minta supaya mesyuarat diadakan dengan semua Ahli Parlimen supaya kita dapat bincang bagaimana kita nak bergerak ke depan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Terima kasih Puan Speaker...

[Tepuk]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]

final • 6:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG TIMBANG TARA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Ramai dah penat. So, saya cubalah secepat mungkin...

final • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sampai 10.00 malam, Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan supaya Rang Undang-undang Akta Timbang Tara

(Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali kedua sekarang.

Puan Yang di-Pertua, cadangan Rang Undang-undang Akta Timbang Tara

(Pindaan) 2024 ini adalah bertujuan untuk memperkasakan kedudukan Malaysia dalam aspek timbang tara antarabangsa.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] dan Akta Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Keputusan Timbang Tara Asing 1985 [Akta 320] telah dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] yang telah digubal berdasarkan model rang undang-undang yang diperkenalkan oleh United Nations Commission on International Trade Law.

Puan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan pada hari ini adalah juga selaras dengan penentuan hala tuju dan inisiatif penstrukturan semula bagi Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia Malaysia (AIAC) sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024.

Pelaksanaan inisiatif penstrukturan semula yang cukup bersejarah dalam tempoh 46 tahun sejak penubuhan AIAC pada tahun 1978 ini telah dipersetujui antara Kerajaan Malaysia sebagai tuan rumah dengan ASEAN-African Legal Consultative Organization

(AALCO) melalui pemeteraian perjanjian tambahan kepada perjanjian tuan rumah berkenaan dengan AIAC pada 20 Februari 2024.

Aspirasi kolektif pelaksanaan reformasi dan inisiatif penstrukturan semula ini adalah antara lain untuk menambah baik tata kelola AIAC melalui penerapan konsep pengasingan kuasa dan mekanisme semak dan imbang yang komprehensif dalam sistem pentadbiran AIAC sebagai yang diguna pakai oleh institut timbang tara terkemuka di persada global, termasuk International Chamber of Commerce (ICC), Singapore International Arbitration Centre (SIAC), Hong Kong International Arbitration Centre

(HKIAC) dan London Court of International Arbitration (LCIA).

Puan Yang di-Pertua, antara inisiatif yang dilaksanakan merangkumi penginstitusian Lembaga Penasihat AIAC pada Lembaga Pengarah AIAC, penubuhan

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Mahkamah Timbang Tara AIAC yang bertanggungjawab mengendalikan kes-kes penyelesaian pertikaian alternatif, dengan izin, alternate dispute resolution secara bebas serta komitmen pembangunan industri ADR secara menyeluruh, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Melalui pelaksanaan inisiatif ini lah dihasratkan bahawa ia dapat meningkatkan keyakinan komuniti global terhadap AIAC sebagai sebuah pusat timbang tara pilihan utama, selaras dengan statusnya sebagai sebuah badan antarabangsa di bawah naungan AALCO, sekali gus memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai hab global bagi penyelesaian pertikaian alternatif, dengan izin, global hub for alternative dispute resolution.

Puan Yang di-Pertua, bagi tujuan penggubalan pindaan kepada Akta 646 ini, rujukan dan kajian perbandingan telah dilaksanakan dengan rangka perundangan timbang tara di negara lain seperti Singapura, United Kingdom, Hong Kong, Germany dan India yang telah memperkasakan perundangan timbang tara di negara masing-masing.

Antara lain melalui abdikasi kepada UNICITRAL Model Law terkini.

Selaras dengan inisiatif tersebut, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri bersama dengan AIAC melalui satu pasukan petugas khas, dengan izin, task force telah mengadakan beberapa siri sesi libat urus yang holistik.

Sesi libat urus yang diadakan melibatkan agensi, kementerian, Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society (SLS), Advocate Association of Sarawak (AAS), Borneo International Centre for Arbitration and Mediation (BICAM), Malaysia International Mediation Centre (MIMC) dan pakar rujuk kepada institut kehakiman dan para profesional dalam bidang timbang tara di Malaysia.

Sesi-sesi libat urus yang telah dilaksanakan bermatlamat memastikan usaha pindaan yang dilakukan oleh kerajaan bersifat komprehensif, sejajar dengan piawaian kontemporari antarabangsa yang memenuhi keperluan industri timbang tara di Malaysia.

Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pindaan yang dicadangkan pada hari ini akan merangkumi tiga skop utama:

(i) meminda Akta 646 selaras dengan pelaksanaan inisiatif penstrukturan semula di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dengan AALCO pada 20 Februari 2024 yang mana telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024;

(ii) meminda peruntukan sedia ada dan memperkenalkan peruntukan baharu untuk menyelaraskan Akta 646 dengan Undang-undang Model UNICITRAL sebagai amalan terbaik antarabangsa bagi memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai destinasi timbang tara pilihan utama, dengan izin, preferred seed of arbitration; dan

(iii) membenarkan pembiayaan pihak ketiga dalam timbang tara dan prosiding mahkamah yang berkaitan dengan timbang tara serta merangka mekanisme perundangan bagi tujuan mengawal selia pembiayaan pihak ketiga.

Puan Yang di-Pertua, cadangan RUU ini mengandungi 12 fasal yang melibatkan pengenalan 10 seksyen baharu dan pindaan ke atas 2 seksyen sedia ada seperti yang diperincikan dalam salinan RUU, dengan izin, the blue bill yang telah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada 15 Julai 2024.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan tarikh yang kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 646 untuk memasukkan takrif “Presiden” di dalam Akta 646 yang merujuk kepada Presiden Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia yang akan menggantikan Pengarah Pusat

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Timbang Tara Antarabangsa Asia Malaysia. Ini adalah untuk menunjukkan inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia supaya selaras dengan pelaksanaan perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dengan AALCO yang berhubungan dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia bertarikh 20 Februari 2024 yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 646 mengenai pemakaian kepada timbang tara dan award berbangkit, dengan izin, consequential kepada kemasukan Bab II, Bahagian III yang baharu dicadangkan ke dalam Akta 646 mengenai pembiayaan pihak ketiga.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 9 yang berhubungan dengan bentuk perjanjian timbang tara. Dengan pindaan ini, perjanjian timbang tara adalah bertulis jika ia terkandung dalam pertukaran apa-apa dokumen lain dan bukan hanya dalam pertukaran penyata tuntutan dan penyataan pembelaan.

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 9A ke dalam Akta 646 untuk memperuntukkan bahawa jika pihak-pihak kepada timbang tara gagal untuk bersetuju dengan undang-undang yang terpakai untuk perjanjian timbang tara mereka, maka undang-undang yang terpakai bagi perjanjian timbang tara itu lah undang-undang tempat timbang tara, dengan izin, law of the seed of arbitration.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 13 mengenai pelantikan penimbang tara dengan memasukkan subseksyen baharu (3A) ke dalam Akta 646 yang memperuntukkan bahawa jika timbang tara terdiri daripada 3 orang penimbang tara dan terdapat berbilang pihak menuntut atau berbilang responden, semua pihak menuntut hendaklah secara bersama melantik seorang penimbang tara dan semua responden hendaklah secara bersama melantik seorang penimbang tara. Ini akan memberikan kejelasan berkenaan dengan pelantikan penimbang tara. Selain itu, fasal ini juga bertujuan untuk menggantikan istilah, “Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia” di mana jua terdapat istilah “Presiden” sebagaimana yang ditakrifkan dalam fasal 2.

Fasal 7 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 17(2) untuk memperuntukkan bahawa melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak jika mana-mana penimbang tara pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu boleh diulang mengikut budi bicara tribunal timbang tara.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 33 yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan award untuk memperuntukkan bahawa tandatangan penimbang tara pada satu award, termasuklah tandatangan digital dan elektronik pada award itu. Tandatangan digital mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Tandatangan Digital 1997, manakala tandatangan elektronik mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perdagangan Elektronik 2006.

Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 38(1) mengenai pengiktirafan dan penguatkuasaan award timbang tara yang dibuat berkenaan dengan satu timbang tara jika tempat timbang tara adalah di Malaysia atau award dari- suatu negara asing supaya peruntukan ini dapat diharmonikan dengan peruntukan Undang-undang Model UNICITRAL.

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dengan pindaan ini, award yang dibuat berkenaan dengan timbang tara itu hendaklah diiktiraf sebagai mengikat kepada awal-awal lagi tanpa memerlukan suatu permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi bagi pengiktirafannya.

Fasal 10 bertujuan untuk meminda Bahagian III Akta 646 mengenai peruntukan tambahan yang berhubungan dengan timbang tara dengan membahagikan Bahagian III kepada dua bab bagi membolehkan kemasukan peruntukan mengenai pembiayaan pihak ketiga bagi timbang tara.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 48 mengenai kekebalan institusi timbang tara dengan memotong sebutan mengenai Pengarah Pusat Timbang Tara

final • 6:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Antarabangsa. Dengan pindaan ini, seksyen ini akan memperuntukkan secara am bahawa mana-mana orang atau institusi yang bertindak atas sifat pihak berkuasa melantik yang dibenarkan oleh pihak hendaklah tidak bertanggungan dengan izin, be held accountable bagi apa-apa juga yang dilakukan atau ditinggalkan pada menunaikan fungsi ia melainkan perbuatan atau peninggalan dengan izin, omission itu adalah dengan niat jahat.

Fasal 12 memperkatakan tentang peruntukan kecuaian. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Madani sedang berusaha dengan sebaiknya dalam agenda reformasi institusi secara konsisten dan berterusan bagi memastikan pemeliharaan integriti dan ketulusan sistem keadilan sekali gus memperkasakan akses masyarakat kepada keadilan. Cadangan pindaan inilah manifestasi komitmen kerajaan untuk terus menambah baik aspek tata kelola dalam urusan pentadbiran kerajaan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai preferred seats of arbitration di rantau Asian mahupun di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mohon menyokong.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Tan Sri Speaker hanya membenarkan dua daripada Pembangkang, dua dari kerajaan. Jadi, senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Kota Belud, YB Jerlun, YB Kinabatangan dan YB Padang Rengas.

Setiap pembahas dibagi lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Puan Yang di-Pertua, perbahasan saya ini berkait juga dengan Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan ataupun saya singkatkan dengan CIPAA yang akan dibahaskan selepas RUU ini. Saya sekalikan kerana ia saling berkait dan perkara yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan. Saya mohon sedikit masa untuk perbahasan.

Asian International Arbitration Centre (AIAC) atau dahulu dikenali sebagai Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA) telah beroperasi di Malaysia lebih daripada 40 tahun. Ia berpusat di Kuala Lumpur dan merupakan satu-satunya pusat timbang tara yang ada di Malaysia. Setelah lebih dari empat dekad, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan kepada kerajaan Sabah agar AIAC ditubuhkan di Sabah namun kerajaan Sabah berpandangan adalah lebih baik Sabah menubuhkan pusat timbang tara yang dikenali hari ini sebagai Borneo International Centre for Arbitration and Mediation

(BICAM). BICAM yang mendapat peruntukan dan disokong oleh kerajaan Sabah ini beroperasi sebagai non-profit organization dan telah pun dilancarkan pada tahun lalu.

Pada masa ini, saya difahamkan BICAM telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah banyak syarikat besar di Borneo yang berminat untuk memulakan pertikaian mereka di bawah naungan BICAM. Tuan Yang di-Pertua, berbahas hari ini menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memperkasakan perkhidmatan timbang tara di Malaysia. Pada masa yang sama, saya selaku Ahli Parlimen dari Sabah, saya menyokong penubuhan BICAM di Borneo dan mahukan BICAM diiktiraf di dalam

final • 6:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

pindaan akta ini dan Akta CIPAA. Saya senaraikan mengapa Borneo perlu ada pusat timbang tara sendiri yang diiktiraf berdasarkan undang-undang.

Pertama, menyokong dasar kerajaan untuk membangunkan Wilayah Sabah dan Sarawak. Kewujudan BICAM secara langsung akan memberikan kesan kepada pertumbuhan dan pembangunan di Wilayah Borneo di samping merapatkan jurang pembangunan dengan Semenanjung Malaysia.

Kedua, membangunkan pasaran timbang tara tempatan. Penubuhan BICAM akan menggalakkan pertumbuhan pasaran timbang tara di Borneo yang ketika ini kurang berkembang. BICAM bukan sahaja dapat menarik perniagaan dan golongan profesional ke rantau ini malah akan merangsang ekonomi tempatan di Sabah.

Ketiga, membangunkan kepakaran tempatan. Dengan kewujudan BICAM, Sabah dapat melahirkan dan membangunkan lebih ramai pakar tempatan di dalam bidang timbang tara dan adjudikasi.

Keempat, memenuhi keperluan semasa Borneo. Seperti yang semua sedia maklum, industri pembinaan sedang berkembang pesat di Borneo, ditambah pula dengan perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara. Disebabkan itu, kewujudan BICAM amat diperlukan untuk menangani peningkatan jumlah pertikaian melibatkan industri pembinaan.

Kelima, accessibility dan kemudahan. Tidak perlu jauh ke Kuala Lumpur jika pertikaian berlaku di Borneo dan ini akan memudahkan dan mempercepatkan urusan semua pihak.

Keenam, melindungi bidang kuasa tempatan. Kewujudan BICAM dapat menghalang kes timbang tara di Borneo dipindahkan ke Kuala Lumpur dan ini dapat memperkukuhkan bidang kuasa tempatan.

Ketujuh, mempromosikan keadilan dan kesaksamaan. Proses adjudikasi akan lebih seimbang dan saksama apabila pertikaian dapat diselesaikan oleh autoriti yang lebih dekat daripada segi geografi dan budaya tempatan. Sebagai contoh di Sabah, pelbagai isu kompleks melibatkan tanah selalu menjadi pertikaian dan di sinilah peranan BICAM diperlukan.

Kelapan, memperkukuhkan kerangka undang-undang. Jika BICAM diintegrasikan dengan akta sedia ada, ini akan memperkuatkan kerangka undang-undang di Borneo sekali gus menjadikannya lebih kukuh dan mampu menangani pertikaian komersial yang kompleks.

Kesembilan, memberikan pilihan. Dengan kewujudan BICAM, ia akan memberikan alternatif di samping mewujudkan persekitaran yang kompetitif dan meningkatkan kualiti perkhidmatan timbang tara di negara ini.

Kesepuluh, selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan struktur kehakiman, penubuhan pusat timbang tara lain di Borneo adalah sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 kerana ia mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tiga wilayah yang ada di dalam Malaysia secara seimbang. Ini akan memastikan Borneo tidak terpinggir dan mempunyai akses yang adil kepada perkhidmatan timbang tara. Sepertimana kewujudan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, begitu jugalah dengan AIAC dan BICAM.

Separate legal system enhance, BICAM goes with the spirit. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dalam proses pindaan akta ini dan Akta CIPAA, kerajaan telah melibatkan BICAM dalam sesi libat urus yang diadakan sebelum ini namun saya agak kecewa kerana cadangan BICAM untuk kerajaan memasukkan BICAM sebagai pihak berkuasa pelantikan untuk timbang tara di dalam pindaan kedua- dua akta ini tidak dibuat.

Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya ingin tahu kenapa ya? Walaupun BICAM masih boleh beroperasi tanpa dinamakan sebagai badan pelantikan dalam perundangan secara formal melalui pindaan ini, namun BICAM akan menjadi tempang. Kekurangan

final • 6:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

pengiktirafan mengehadkan keupayaan BICAM untuk menarik kes dan dilihat sebagai pilihan yang tidak sah dan tidak berwibawa.

Pengiktirafan formal akan meningkatkan kredibiliti dan keupayaan operasi BICAM. Kalau alasan kerajaan mahukan hanya satu- pusat timbang tara yang diiktiraf dalam perundangan, ia bertentangan dengan prinsip Akta Persaingan yang dibuat bagi mempromosikan persaingan dan mencegah monopoli. Negara China sebagai contoh, terdapat lebih 250 badan- timbang tara di Tanah Besar China. Suruhanjaya Timbang Tara Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa China, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Beijing, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Shanghai dan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa Shenzhen adalah terkenal dengan jumlah kes antarabangsa yang besar.

Di India pula, di bawah Akta Timbang Tara dan Pendamaian 1996, Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi atau Ketua Hakim India melantik penimbang tara jika pihak- pihak gagal bersetuju bergantung pada sama ada timbang tara itu domestik atau antarabangsa.

final • 6:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Manakala di United Kingdom, Akta Timbang Tara 1996 membenarkan pihak-pihak untuk memohon kepada mahkamah untuk pelantikan penimbang tara jika mereka tidak dapat bersetuju pada seorang penimbang tara. Lagi pun Tuan Yang di-Pertua, sepanjang lebih empat dekad pusat timbang tara ditubuhkan di Kuala Lumpur, mengapa sepanjang tempoh tersebut, kerajaan tidak pernah memikirkan untuk menubuhkan pusat timbang tara di Sabah dan Sarawak?

Dalam kes Sabah, mengapa setelah kami menggunakan sumber dan inisiatif sendiri untuk menubuhkan BICAM dengan niat membantu kerajaan memperkasakan perkhidmatan timbang tara Malaysia, pengiktirafan BICAM di dalam pindaan akta ini tidak boleh dibuat? Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu lagi Kerajaan Persekutuan dituduh berterusan mengabaikan Sabah.

final • 6:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kita lihat penubuhan Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa (AIAC) yang tiada wakil dari Sabah. Begitu juga dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tiada wakil dari Sabah. Saya berpandangan, ini telah melanggar semangat perjanjian MA63 dan ini harus diperbetulkan.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 6:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Perlanggaran-perlanggaran seperti ini tidak seharusnya diteruskan dan sepatutnya di bawah kerajaan ini, proses desentralisasi ke Sabah dan Sarawak harus dipercepat dan dipermudahkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan memperkasakan perkhidmatan timbang tara di Malaysia dan pindaan terhadap RUU ini saya sokong sepenuhnya iaitu saya ingin declare di sini, tetapi saya mohon agar pindaan hari ini yang melibatkan dua akta iaitu Akta Timbang Tara dan Akta CIPAA dapat memasukkan BICAM sebagai pihak berkuasa pelantikan untuk timbang tara.

Kalau pindaan hari ini boleh dirujuk ke peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memberikan lebih ruang perbincangan tetapi yang paling penting adalah untuk memberikan peluang kepada kerajaan Sabah untuk mengesahkan pendiriannya secara bertulis mengenai keperluan dan kepentingan BICAM untuk dimasukkan di dalam pindaan akta ini. Untuk Sabah Puan Yang di-Pertua saya mohon dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

final • 6:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Jerlun juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Timbang Tara 2005 (Pindaan) 2024.

Terlebih dahulu Jerlun mengucapkan tahniah atas penubuhan Jawatankuasa Protem bagi merealisasikan hasrat penubuhan Mahkamah Timbang Tara iaitu Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia Malaysia (AIAC) selaras dengan aspirasi Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO).

Jawatankuasa ini terdiri di kalangan bekas-bekas hakim dalam negara kita dan di kalangan mereka yang berpengalaman luas, berkredibiliti dan terkemuka dalam bidang perundangan dan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Jawatankuasa ini turut berperanan untuk menerapkan elemen ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran Mahkamah Timbang Tara AIAC sebagai badan pembuat keputusan kes-kes yang dirujuk ke AIAC selaras dengan peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan AIAC.

Persoalan saya ialah, sejauh mana penstrukturan semula organisasi AIAC dapat memperkukuh fungsi AIAC sebagai institusi antarabangsa yang bebas di bawah naungan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO) susulan pelaksanaan perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dan pihak AALCO pada 20 Februari 2024 yang lalu.

Yang kedua, apa hasil dapatan Jawatankuasa Protem bagi Mahkamah Timbang Tara AIAC, termasuk penambahbaikan daripada segi rangka kerja dan tatacara pengoperasian Mahkamah Timbang Tara. AIAC sebagai suatu mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif yang berkesan.

Ketiga, saya pohon perincian mengenai implikasi kewangan yang terlibat memandangkan pindaan RUU ini juga akan melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan.

Pengharmonian undang-undang model UNCITRAL.

Merujuk fasal 2, seksyen 2 takrif presiden yang merujuk kepada presiden Mahkamah Timbang Tara AIAC menggantikan Pengarah AIAC Malaysia. Dengan pindaan ini persoalan saya, adakah terdapat perbezaan daripada segi skop, bidang kuasa atau penambahan punca kuasa kepada Presiden Mahkamah Timbang Tara AIAC?

Ini disebabkan seksyen 12(1), Akta 646 yakni Akta Ibu yang memperuntukkan semua pelantikan, keputusan atau apa-apa tindakan lain oleh Pengarah AIAC sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Presiden Mahkamah Timbang Tara AIAC dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga dibatalkan atau dipinda atau dimansuhkan atau diganti oleh Presiden Mahkamah Timbang Tara AIAC. Daripada segi kos pentadbiran, persoalan saya ialah:

(a) adakah terdapat perubahan bagi jadual fi timbang tara yang sedia ada merangkumi fi tribunal dan bayaran pentadbiran;

(b) apakah yang akan berlaku sekiranya diputuskan semasa prosiding timbang tara bahawa kuantum tuntutan adalah lebih banyak atau lebih sedikit daripada anggaran asal; dan

(c) adakah pindaan ini juga akan memberi kesan kepada kaedah- kaedah timbang tara pantas yang lazimnya melibatkan kes-kes pertikaian dalam industri pembinaan, komoditi, insurans, tenaga dan perdagangan.

Merujuk fasal 4, seksyen 9 berkaitan bentuk perjanjian timbang tara. Dengan pindaan ini, perjanjian timbang tara adalah bertulis jika ia terkandung dalam pertukaran

final • 6:41 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

apa-apa dokumen lain dan bukan hanya dalam pertukaran pernyataan tuntutan dan pernyataan pembelaan.

Merujuk fasal 5, seksyen 9A untuk memperuntukkan bahawa jika pihak-pihak kepada timbang tara gagal bersetuju mengenai undang-undang yang terpakai bagi perjanjian timbang tara mereka, undang-undang yang terpakai bagi perjanjian timbang tara itu ialah undang-undang tempat timbang tara.

Mengambil kira kebarangkalian pihak menyalahgunakan proses undang-undang timbang tara seperti isu tuntutan kes Sulu yang jelas menunjukkan risiko proses-proses timbang tara disalah guna sehingga mengancam negara-negara berdaulat. Persoalan saya ialah, apa bentuk mekanisme pengawasan dan pematuhan standard etika dan profesional oleh para penimbang tara.

Pada Mac lalu dilaporkan tuntutan sebanyak AS15 bilion atau RM70.2 bilion telah dikemukakan oleh United Tausug Citizens (UTC) ke atas wilayah Sabah rentetan daripada timbang tara palsu untuk mengancam kedaulatan Malaysia melibatkan tuntutan lapan orang individu yang mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu.

Dalam hal ini, adakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan suatu- kod etika yang lebih tegas untuk tujuan kawal selia penimbang tara memandangkan penyelesaian pertikaian alternatif ini adalah bersifat sukarela antara pihak yang berkepentingan.

final • 6:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:41 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Merujuk fasal 9 bertujuan menggantikan subseksyen 38(1) Akta 646 yakni Akta Ibu mengenai pengiktirafan dan penguatkuasaan award yang dibuat berkaitan suatu timbang tara jika tempat timbang tara adalah di Malaysia atau award dari suatu- negara asing supaya peruntukan ini dapat diharmonikan dengan peruntukan undang-undang moden UNICITRAL.

Dengan pindaan ini, award yang dibuat berkenaan timbang tara hendaklah diiktiraf sebagai mengikat atau binding pada awal-awal lagi tanpa memerlukan suatu permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi bagi pengiktirafannya. Ini termasuk langkah memastikan elemen ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran Mahkamah Timbang Tara AIAC sebagai badan pembuat keputusan bagi kes-kes yang dirujuk kepadanya di samping mengharmonikan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk peruntukan mengenai pembiayaan pihak ketiga.

Persoalan saya, pertama bagaimana peranan AIAC dapat diperkasakan sebagai hab penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) bukan sahaja di peringkat domestik, tetapi juga mempromosikan Malaysia sebagai pilihan penyelesaian timbang tara di peringkat serantau dan global.

Kedua, adakah wujud elemen ketidaktelusan dan terhakisnya prinsip akauntabiliti dalam pentadbiran Mahkamah Timbang Tara AIAC sebagai badan pembuat keputusan bagi kes-kes yang dirujuk kepadanya. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.

Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 6:41 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya ingin memperkukuhkan hujah daripada rakan saya dari Kota Belud iaitu Akta Timbang Tara ini dilihat sebagai satu akta monopoli.

final • 6:49 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Kenapa negara kita begitu rigid, hanya membenarkan AIAC yang diiktiraf sebagai timbang tara sedangkan melalui Perjanjian MA63 iaitu memberi kelonggaran dan

final • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

kebenaran dan penyelarasan kepada negeri Sabah untuk mewujudkan BICAM ataupun Borneo International Centre for Arbitration and Mediation?

Ini penting sebab kita lihat perkembangan di tanah Borneo pada hari ini di mana Kalimantan, negara Indonesia sedang berkembang untuk dibangunkan dan dijangka pertumbuhan ekonomi melimpah-limpah di kawasan itu. Justeru itu, untuk tidak kita terlalu rigid dan membebankan satu-satu pihak sahaja, adalah penting agar akta ini juga Sabah dimasukkan, BICAM dimasukkan dalam akta yang akan kita luluskan ini.

Yang Berhormat Menteri perlu maklum bahawa perkembangan hari ini berubah dengan perkembangan-perkembangan yang terdahulu. Kita telah banyak pelajaran yang telah kita lalui iaitu pertama, ledakan-ledakan ekonomi di persekitaran Borneo ini juga merupakan tarikan kepada kenapa kita mengesyorkan agar BICAM diiktiraf oleh kerajaan sebagai satu- organisasi.

Kita maklum bahawa organisasi ini bukanlah satu- badan yang mendapat keuntungan dari mana-mana pihak, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat merealisasikan pertama, tuntutan MA63 itu sendiri dan sekali gus ia akan mengehadkan hal-hal perundangan timbang tara di Borneo itu dibawa ke negara-negara lain. Ini merupakan pada saya, merupakan satu inisiatif yang perlu kita harus lihat secara big picture.

Kita tidak boleh melihat Kuala Lumpur sebagai satu- pusat untuk timbang tara sahaja, tetapi Sabah dan kemungkinan juga saya tidak berani bercakap dengan Sarawak, tetapi Sabah memerlukan institusi timbang tara seumpama ini diwujudkan di Sabah itu sendiri.

Banyak- faktor-faktor seperti- kita lihat bagaimana negara New Zealand, bagaimana United Kingdom dan negara-negara lain. Jangan sebut Chinalah, walaupun dia negara komunis, tetapi dia mempunyai beratus-ratus pusat timbang tara untuk mempermudah- mereka-mereka yang terlibat untuk diadili mendapat pencapaian yang cepat melalui penghakiman ditimbang tara. Oleh sebab itu, saya memang berhasrat agar BICAM akan dimasukkan dalam akta penting untuk mewujudkan landskap timbang tara yang lebih cemerlang, cekap, kompetitif di negara ini yang menangani keperluan unit Malaysia Timur mempromosi pertumbuhan ekonomi tempatan dan meningkatkan infrastruktur timbang tara negara.

Pengiktirafan formal dan kemasukan BICAM akan membawa kepada sistem timbang tara yang lebih berbagai, mudah diakses dan mantap memastikan Malaysia kekal sebagai pemain yang menonjol dalam arena timbang tara global.

Tuan Speaker, hab timbang tara global memasukkan BICAM mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab timbang tara antarabangsa menunjukkan komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan timbang tara yang kompetitif dan mudah diakses di seluruh negara. Status bukan untung dan sokongan kerajaan negeri, BICAM adalah organisasi kerajaan negeri. Sokongan ini menekankan kepentingan perkhidmatan timbang tara dan menyediakan pilihan alternatif untuk Malaysia Timur.

Konteks sejarah, BICAM ditubuhkan selepas AIAC pertama kali menghubungkan Sabah membuka pejabat sana. Kelemahan tanpa kemasukan dalam perundangan, walaupun BICAM masih boleh beroperasi tanpa sebarang- tanpa dinamakan sebagai badan pelantikan dalam perundangan tidak dimasukkan secara formal sangat merugikan.

Kekurangan pengiktirafan formal mengehadkan keupayaan BICAM untuk menarik kes yang dilihat mengancam peralihan tidak sengaja dalam tempat timbang tara. Menjaga bidang kuasa tempatan tanpa BICAM terdapat risiko bahawa tempat timbang tara secara sengaja boleh beralih ke tempat lain, merosakkan bidang kuasa tempatan dan beroperasi merugikan pihak-pihak yang berpusat di Pantai Timur.

Jadi dengan dukungan-dukungan yang sedemikian, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh kembali melihat betapa perlunya kita menyelaraskan beberapa- timbang tara ini termasuk di Sabah yang telah diwujudkan. Saya percaya Yang Berhormat Menteri maklum akan kehendak-kehendak dan tuntutan kita ini. Speaker, saya menyokong.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 6:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada Padang Rengas untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Timbang Tara

(Pindaan) 2024 pada hari ini.

Dalam perbahasan saya pada hari ini, saya ingin menyentuh berkenaan fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 646 mengenai pemakaian Akta 646 bagi timbang tara dan award berbangkit daripada kemasukan Bab II, Bahagian III yang baharu dicadangkan mengenai pembiayaan pihak ketiga. Di sebalik proses timbang tara, wujudnya risiko penyalahgunaan sistematik seperti tuntutan timbang tara palsu dan risiko pembiayaan pihak ketiga, third-party litigation funding (TPLF) dengan izin. Ini kerana TPLF sering dilihat lebih mengutamakan keuntungan berbanding keadilan, sekali gus berpotensi mencabar teras sistem perundangan negara yang sedia ada.

Puan Yang di-Pertua, misalnya situasi di mana pihak tertentu cuba menggunakan taktik ini untuk menerima sejumlah pembiayaan daripada dana litigasi dan pelabur yang menyokong usaha mereka dengan harapan jika penuntut berjaya dalam proses timbang tara ini, maka mereka akan mendapat laba sebagai komisen daripada perintah award.

Soalan saya, sejauh mana kemasukan seksyen baharu 46C(1), di mana rukun common law menentang maintenance dan champerty hendaklah terhenti terpakai berhubung pembiayaan pihak ketiga dapat membantu membendung usaha sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu seksyen baharu 46F(2)(c) di mana mengadakan peruntukan bagi penzahiran maklumat oleh suatu pihak bagi maksud mencari atau mendapatkan pembiayaan pihak ketiga yang dibuat kepada seorang profesional atau mana-mana penasihat lain bagi maksud memperoleh nasihat yang berhubungan pembiayaan pihak ketiga. Jadi, perincian mengenai istilah skop profesional yang digunakan termasuk golongan profesional yang dimaksudkan sama ada ia tidak terbatas kepada penasihat profesional.

Perkara seterusnya, tata amalan 46D(1). Menteri boleh mengeluarkan sesuatu tata amalan yang memperuntukkan mengenai amalan dan standard berkaitan pembiayaan pihak ketiga yang secara biasanya diharapkan akan dipatuhi oleh pembiaya pihak ketiga. Soalan saya, adakah implikasi tata amalan ini bersifat tidak mengikat, non- binding dengan izin, memandangkan tata amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding di hadapan mana-mana mahkamah atau tribunal timbang tara.

Puan Yang di-Pertua, perincian mengenai tatacara yang boleh diguna pakai untuk menangani konflik kepentingan kemungkinan sebenar atau tangkapan oleh seseorang pembiaya pihak ketiga dan penetapan kriteria bagi seseorang pembiaya pihak ketiga termasuk amaun modal minimum yang perlu dipenuhi serta promosi pembiayaan pihak ketiga.

Seperkara lagi adalah berkenaan pelantikan penimbang tara. Pertama, fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 13 Akta 646 dengan memasukkan subseksyen baharu

(3A) ke dalam Akta 646 untuk memperuntukkan bahawa jika timbang tara terdiri daripada tiga orang penimbang tara dan terdapat berbilang pihak menuntut atau berbilang responden, semua pihak menuntut hendaklah secara bersesama melantik seorang penimbang tara dan semua responden hendaklah secara bersesama melantik seorang penimbang tara.

final • 6:55 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Kedua, fasal 7 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 17(2) Akta 646 untuk memperuntukkan bahawa melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak jika mana-mana penimbang tara termasuk penimbang tara Pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu boleh diulang mengikut bicara tribunal timbang tara.

Soalan saya, bagaimana kedua-dua pindaan ini akan memberi kesan kepada keseluruhan proses prosiding timbang tara terutama dalam memberi kejelasan berkenaan pelantikan penimbang tara. Mengambil kira peruntukan undang-undang lazim antarabangsa yang sedia ada.

Akhir sekali, berkenaan kekebalan institusi. Puan Yang di-Pertua, fasal 11 yang bertujuan...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:00 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

...Meminda seksyen 48 Akta 646 mengenai kekebalan institusi timbang tara dengan memotong sebutan mengenai Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia Malaysia.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dengan pindaan ini, seksyen ini akan memperuntukkan secara am bahawa mana- mana orang atau institusi yang bertindak atas sifat pihak berkuasa melantik yang dibenarkan oleh pihak-pihak tidaklah bertanggungan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan pada menunaikan fungsi itu melainkan jika ditunjukkan bahawa perbualan atau peninggalan itu adalah dengan niat jahat.

Soalan saya yang terakhir, apakah implikasi kesan keluasan skop kekebalan institusi timbang tara yang terlibat? Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Menteri, 10 minit.

final • 7:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Memandangkan sudah pukul 7 lebih, saya akan cubalah. Mana saya tak mampu, saya jawab secara bertulis.

Saya ucapkan terima kasih kepada empat Ahli Parlimen– dua Pembangkang, dua- kerajaan kerana memberikan pandangan, sokongan, kritikan dan cadangan, ya.

Saya juga amat tertarik dengan hujah-hujah bernas mereka kerana saya melihat banyaknya minat dan memahami tentang elemen alternate dispute resolution (ADR), ya.

Kita tahu ini lah langkah ke depan sebab kita tahu kadang-kadang hendak pergi ke mahkamah tak semua orang mampu. Bukannya murah, mahal.

Keduanya, fi peguam makin lama makin tinggi dan akhir sekali, kadang-kadang penangguhan itu yang banyak orang tak larat ya, Tan Sri Yang di-Pertua. Itu sebabnya bagi Kerajaan Malaysia kalau kita tengok sejarah kepada Akta Timbang Tara ini daripada yang saya sebut dalam bacaan kali kedua saya. Saya memaklumkan bahawa kita ini mempunyai AIAC ini dari tahun 70-an.

Ini bukan pembawaan akta untuk mewujudkan satu- pusat timbang tara antarabangsa, tidak. Ini sudah wujud dari tahun 1978, 46 tahun yang lepas. Ini bermakna bahawa bagi pihak kerajaan di bawah Kerajaan Madani kita melihat bahawa sudah tiba masanya kita membuat perubahan anjakan kepada pemodenan yang berlaku. Bukan sahaja bila kita lihat tentang elemen teknologi maklumat, tetapi daripada segi cara dispute antarabangsa perlu diselesaikan. Jadi, saya akan potong perbahasan jawapan saya kepada dua aspek.

final • 7:02 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Pertama, saya ikatkan Kota Belud dengan Kinabatangan yang fokus banyak kepada BICAM dari Sabah dan Jerlun dan Padang Rengas itu, saya akan jawab pada point yang dibawa tertakluk kepada masa yang dibenarkan. Kalau tidak, jawapan secara bertulis. Sebenarnya, Yang Berhormat Kota Belud dengan Kinabatangan telah membangkitkan tentang penglibatan dan peranan Borneo International Centre For Arbitration and Mediation (BICAM).

Secara khusus, mengapa cadangan yang diberikan oleh pihak BICAM untuk memasukkan BICAM sebagai pihak berkuasa melantik untuk timbang tara dalam pindaan hari ini tidak dibuat dan juga sama ada kewujudan BICAM akan menjejaskan AIAC.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memberikan pertimbangan dan meneliti cadangan oleh BICAM tersebut dengan mengambil kira faktor- faktor penting seperti yang akan saya jelaskan. Jadi Yang Berhormat kena sabar, biar saya jelaskan.

Pertama sekali, AIAC merupakan institusi antarabangsa yang ditubuhkan melalui pematerian perjanjian tuan rumah antara Kerajaan Malaysia dan Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO) sejak tahun 1978. Di bawah perjanjian tuan rumah ini, AIAC diberi mandat untuk melaksanakan fungsi-fungsinya sebagai satu- institusi penyelesaian pertikaian alternatif ADR yang juga merangkumi timbang tara.

Selaras dengan hasrat kerajaan sejak tahun 1978, AIAC memainkan peranan sebagai pihak yang berkuasa melantik appointing authority di bawah Akta Timbang Tara 2005. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, peranan pihak berkuasa melantik the pointing authority di bawah Akta Timbang Tara 2005 hanya berbangkit apabila pihak- pihak gagal untuk mencapai persetujuan melantik penimbang tara dan seterusnya memohon kepada AIAC bagi tujuan pelantikan yang lazimnya dikenali sebagai pelantikan ad hoc. Jumlah kes-kes sebegini adalah terpencil. Note, purata dalam anggaran 20 kes setahun. Subseksyen 13(7) Akta Timbang Tara 2005 turut memperuntukkan bahawa sekiranya pihak berkuasa melantik tidak bertindak dalam masa 30 hari, maka pihak berkenaan juga boleh memohon pada Mahkamah Tinggi bagi tujuan pelantikan.

Maknanya tidak absolute ya, Tan Sri Yang di-Pertua. Perlu juga ditekankan bahawa menurut subseksyen 13(2) Akta Timbang Tara 2005 Akta 646 yang memperuntukkan bahawa pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai tatacara melantik penimbang tara ataupun penimbang tara Pengerusi. Oleh itu, pihak-pihak mempunyai autonomi tentang perkara ini.

Pindaan rang undang-undang ini juga terus memperkasakan peranan AIAC.

Antara lain melalui penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC di mana pelaksanaan kuasa ini oleh Presiden Mahkamah AIAC tidaklah secara berseorangan, dengan izin unilateral. Ini merupakan antara inisiatif kerajaan bagi meningkatkan martabat AIAC, sekali gus meningkatkan bilangan kes-kes ADR yang dirujuk ke Malaysia secara seluruhnya.

Kedua, AIAC ialah sebuah institusi yang mempunyai status antarabangsa dan bebas di bawah naungan AALCO sebagai mana yang termaktub dalam perjanjian tuan rumah antara kerajaan Malaysia dan AALCO. Elemen kebebasan untuk satu pihak berkuasa melantik adalah penting bagi memastikan keputusan pelantikan dan award prosiding timbang tara sentiasa mendapat pengiktirafan dan penguatkuasaan sewajarnya di bawah New York Convention 1958. Di sini, Borneo International Centre for Arbitration and Mediation Berhad (BICAM).

BICAM sebenarnya dipanggil BICAM Berhad iaitu sebuah syarikat berhad dengan jaminan company limited by guarantee yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 dengan 11 orang individu yang didaftarkan sebagai Pengarah BICAM Berhad setakat Mac 2024.

Dokumen penubuhan BICAM Berhad memperuntukkan bahawa objek institusi ini adalah untuk penubuhan dan pengoperasiannya di Sabah.

final • 7:02 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ketiga, ingin saya tekankan bahawa AIAC dimandatkan oleh Jemaah Menteri untuk bekerjasama dengan semua entiti yang dapat membangunkan ADR dalam negara kita termasuk di Sabah dan di Sarawak. Tidak ada langsung mengatakan halangan untuk bekerjasama.

AIAC juga dalam perancangan dan perbincangan bersama kerajaan Sarawak bagi menubuhkan AIAC Sarawak. Dalam masa terdekat bertujuan untuk mempromosi dan memudahkan akses kepada perkhidmatan timbang tara antarabangsa dan ADR di rantau Asia Tenggara yang luas. AIAC juga bakal memeterai perjanjian persefahaman MOU dengan BICAM dari Sabah. Malah dua Pengarah BICAM turut dilantik dalam Jawatankuasa Protem bagi Mahkamah Timbang Tara AIAC pada Jun 2024.

Dalam erti kata lain, AIAC Sarawak akan meliputi perkhidmatan ADR di Malaysia Timur, termasuk perkhidmatan timbang tara di bawah Akta Timbang Tara. Saya sendiri Tan Sri Yang di-Pertua, telah berjumpa dengan Pengerusi BICAM dan wakil-wakil BICAM yang turut dihadiri oleh wakil AIAC supaya hubungan kerjasama adalah dengan semua pihak berkepentingan dalam ADR terus terjalin.

Fokus utama kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab global penyelesaian pertikaian alternatif antarabangsa dan sebagai tempat pilihan utama untuk timbang tara. Tak ada isunya membezakan Sabah dan Sarawak, tetapi autoritinya datang dari Semenanjung. Disebabkan perjanjian dan hubungan yang mana dengan AALCO iaitu appointing authority. Keempat selanjutnya, sejak penguatkuasaannya pada 2005 AIAC telah mencatatkan prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta Timbang Tara dan prosedur AIAC.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang dihormati, statistik ADR ditadbir oleh AIAC secara seluruhnya ada sekitar 7,000 kes dari tahun 2003 hingga 2024 yang membuktikan rekod prestasi dalam pentadbiran kes ADR.

final • 7:02 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dengan pengalaman dan pengendalian prosiding timbang tara, AIAC sentiasa mengekalkan standard yang begitu tinggi dengan prosedur yang efisien dan teratur bagi penyelesaian pertikaian secara cekap bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Kelima, dengan izin, empanelment, penyenaraian sebagai panel. AIAC terdiri daripada penimbang tara domestik dan antarabangsa yang berpengalaman luas dan berkelayakan pakar dalam bidang perundangan, industri spesifik dalam bidang berkaitannya. Maknanya Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita bercakap tentang alternate dispute resolution, maknanya pihak-pihak yang bertelingkah kena bersetuju dengan orang ketiga untuk menyelesaikan masalah. Maknanya adanya tawaran, adanya penerimaan, dua-dua bersetuju. Ya lah mediasi macam itulah. Macam katakanlah kalau orang bercerai, dia ada sulh, maknanya adanya orang yang menjadi menimbang tara. Ini maksud dia.

Jadi, tidak boleh dipaksa.

Kalau dia tak nak, tak boleh, tetapi dalam perkara ini, apa yang AIAC telah berjaya melakukannya ialah membawa imej Malaysia, tetapi baru-baru ini kita mempunyai Premier Li daripada negara China turun ke Malaysia dan bercakap tentang perjanjian antarabangsa pelbagai hubungan diplomatik, perniagaan antarabangsa yang kita sebagai Malaysia akan bekerjasama. Ini bererti bahawa kewujudan alternate dispute resolution adalah salah satu daripada pemangkin untuk mengetatkan hubungan perniagaan antarabangsa.

Jadi, kalau adanya centre di Sabah dan juga di Sarawak di bawah naungan AIAC dan juga bekerjasama dengan AIAC, akan memberikan keyakinan lebih. Oleh sebab Sabah dan Sarawak juga akan menjadi rakan kongsi perniagaan antarabangsa pada semua negara. Pada tahun hadapan sebab kita menjadi tuan rumah kepada ASEAN, bererti bahawa Malaysia dalam pindaan ini akan menjadikan contoh pada negara-negara ASEAN lain terutama dalam bab berkenaan dengan third-party funding yang disebut oleh Padang Rengas tadi.

final • 7:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sebab ini membuktikan bahawa walaupun common law principle- saya nak curi sikit tentang ucapan bahas dari Kinabatangan dan Kota Belud. Third-party funding ini, Malaysia menjadi mangsa pada kes Sulu. Kita memahami sebab mereka sampai hari ini, kita tahu dia tidak berkemampuan, tetapi diberinya sokongan dari luar, orang yang membantu tak nak beritahu siapa mereka dan mereka boleh pergi kesemua mahkamah antarabangsa sebab banyaknya fulus- duit.

Itu sebabnya bagi Malaysia, kita nak menyatakan kalau nak ada prosiding antarabangsa timbang tara, kalau ada third-party funding untuk arbitrasi, tak ada masalah, tetapi kena ada full disclosure, kena ada code of conduct. Janganlah main bagi, bagi, bagi duit nak sokong selepas itu lari. Kita nak kan supaya sesiapa pun menyokong mereka yang tidak mampu pergi mahkamah di mana Kerajaan Malaysia tidak ada bantahan kepada third-party funding, tetapi kita nak kan third-party funding ini mempunyai nilai yang dihormati.

Kita mesti tahulah siapa yang melabur dengan kita tetapi saya tak tahulah.

Kadang-kadang politik ini yang tukang belakangnya ramai daripada mana-mana pihak...

[Ketawa] Kadang cakapnya ‘A’, yang belakang ini ‘B’, ‘C’, ‘D’, ‘E’, ‘F’, ‘G’- satu- parti tak apa. Ini lain-lain parti, kita pun tak tahu siapa dekat belakang.

Jadi, inilah sebenarnya di mahkamah kita di Malaysia nak menunjukkan bukti pada ASEAN, inilah nilai pengalaman Malaysia daripada kes Sulu bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan yang begitu banyak.

Jadi kita nak kan bila mereka datang ke Malaysia, kalau dia tidak mampu dalam perniagaan untuk mendapat arbitrasi, dia mendapat bantuan daripada pihak ketiga, tak ada masalah, tetapi biarlah ada full disclosure, tetapi untuk BICAM ini, saya nak bagi jaminan. Tidak ada halangannya.

Memang sebanyak ada centre yang disebut oleh Kota Belud tentang 200 yang wujud di China itu memang betul, tetapi autoriti itu kena ada satu. Kalau autoriti ini banyak, orang nanti pening kepala dan kelam kabut dan kita ini daripada 1978 telah membuktikan pendekatan kita sebagai sebuah kerajaan, inilah tawaran penyelesaian secara alternatif untuk memberi keyakinan.

Tan Sri Yang di-Pertua, banyak masalah yang kita berhadapan dengan orang yang mencari seek of arbitration. Dia nak cari pada tempat negara yang dia tengok sistem proses keadilannya tidak boleh dicampur-tangan oleh pihak-pihak yang tidak sepatutnya campur tangan.

Contohnya, dia meniaga dan dia saman syarikat dalam Malaysia. Dia seek of arbitration di AIAC, kemudian dia katakan boleh tak dia jamin dan dia yakin kalau Kerajaan Malaysia campur tangan atau tidak. Itu sebenarnya mesej yang kita nak bagi.

Direktor AIAC ini kita naikkan taraf kepada Presiden dan hari ini kita memilih atas keputusan kerajaan, bekas Hakim dari Mahkamah Persekutuan yang dikenali dalam bidang arbitrasi antarabangsa. Sebab inilah nilai yang kita nak tunjuk kepada negara luar bahawa Malaysia ini dalam reformasi institusi, dalam aspek timbang tara, akan menaikkan tahap dan taraf supaya masyarakat di luar sana menghormati cara Malaysia mengendalikan alternate dispute resolution. Jadi, disebabkan oleh masa, saya akan menjawab secara bertulis tentang poin yang dibawa oleh Yang Berhormat yang tak sempat saya jawab iaitu daripada Padang Rengas dan juga daripada Jerlun.

Dengan itu, Pengerang ingin memohon sokongan. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 7:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 12 – Tuan Pengerusi

Sila Pasir Gudang.

final • 7:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Saya ringkas sahaja.

Ada satu fasal yang menarik perhatian saya dan menyokong iaitu fasal 10 yang berbunyi antara lainnya Bahagian III Akta 646 mengenai peruntukan tambahan yang berhubungan dengan timbang tara dengan membahagikan Bahagian III kepada dua bab bagi membolehkan kemasukan peruntukan mengenai pembiayaan pihak ketiga bagi timbang tara ke dalam Akta 646 ini. Jadi, ini sangat positif iaitu rang undang-undang ini mahu menjadikan pusat timbang tara di Malaysia ini transparent dan ini menambahkan keyakinan dunia antarabangsa terhadap pusat timbang tara atau mahkamah timbang tara di Malaysia.

Hanya satu persoalan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ini isu juga terhadap kes tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia? Saya difahamkan bahawa sampai sekarang, kita tidak tahu siapakah sebenarnya pihak ketiga yang membiayai kes waris Kesultanan Sulu di pelbagai tindakan timbang tara: Sepanyol; Luxembourg; dan Perancis. Jadi, itulah pertanyaan saya. Terima kasih Tan Sri.

final • 7:16 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Sila Menteri.

final • 7:16 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Pasir Gudang. Sebenarnya, saya dah jawab tadi bahawa pindaan ini kita buat dan kita meletakkan satu bab untuk third-party funding sebab kita belajar daripada kejadian yang berlaku yang mana Malaysia menjadi mangsa kepada tuntutan pihak Sulu.

Memang betul, kita menyokong third-party funding dalam apa-apa prosiding antarabangsa timbang tara, tetapi kita nak kan proses full disclosure. Itu memang kita merasakan dalam bahasa legal term will be gentlemen strategy. Maknanya kita full disclosure, tak ada sembunyi-sembunyi. Sebab itu kita ada code of ethics.

Berkenaan yang mana Yang Berhormat tanya itu memang betul. Kita dah sebut banyak kali, pihak ketiga yang membiayai kes Sulu adalah Therium, satu- syarikat antarabangsa, tetapi masalahnya Yang Berhormat Pasir Gudang, kita dah tulis surat dengan peguam kita, antarabangsa tulis surat, dia tak nak jawab.

Dalam sistem yang berlaku yang saya telah sebut tentang doctrine of Chapter 3 yang common law principle itu, kita ini berhadapan dengan situasi bahawa kita tak boleh paksa mereka mengaku mereka membayar atau tidak. Kita mendapat makluman ini daripada siasatan yang kita lakukan. Sebab yang kita kena tunggu ialah bila kes Gonzalo Stampa itu dah diselesaikan sampai mahkamah yang paling tinggi di Spain dan kemudian kes yang pada bulan September keputusan mahkamah paling tinggi di Perancis, baharulah kita boleh bawa bersama kes-kes ini untuk buat tuntutan ganti rugi dan memaksa bahawa adanya tuntutan, bukan sahaja tuntutan jenayah kepada Stampa ini yang kita telah berjaya melakukan walaupun dia merayu, tetapi tuntutan ganti rugi kepada mereka yang membiayai kerana mereka tidak mahu memberikan full disclosure sebab kita nak tahu, apa sebenarnya objektif yang mereka membantu.

final • 7:16 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya tak yakin orang daripada Therium ini datang daripada keturunan orang Sulu.

I’m not convinced by that fact Tan Sri Yang di-Pertua, tetapi saya tahu bahawa ini merupakan strategi sebab mungkin mereka dah tolak campur.

final • 7:16 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Mereka menganggap kalaulah arbitrator, commercial arbitrator, Stampa itu beri award dan dia cepat-cepat pergi pada part bidang kuasa yang saya sudah sebutkan dalam Dewan ini banyak kali, sebab mereka mengharap bahawa order dari mahkamah timbang tara antarabangsa itu dia boleh jam-kan syarikat-syarikat antarabangsa kita yang mungkin berada di luar negara. Itu satu strategi sebab lain bidang kuasa negara, lain pemahaman mereka tentang undang-undang perintah di peringkat oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa. Itu strategi sebab dia memang pandai main strategi.

Jadi sebenarnya Yang Berhormat Pasir Gudang, kita tahu bahawa pindaan yang kita buat ini tidak boleh selesai kepada apa yang berlaku kepada Sulu, tetapi kita boleh memberi kepada negara ASEAN yang mana kita menjadi pengerusi kepada mesyuarat ASEAN tahun depan bahawa di Malaysia bila bercakap tentang timbang tara antarabangsa, kita adalah sebuah negara yang mempunyai nilai yang begitu tinggi. Be a gentleman. Kalau sponsor pihak ketiga, sponsor lah, tidak ada masalah. Beri tahulah kenapa dia sponsor. Berapa banyak dia sponsor. Kenapakah dia hendak lari? Kenapakah dia hendak sembunyi? Saya tak hendak kata dia ada niat mala fide, tidak boleh. Saya tidak ada bukti, tetapi macam ada yang tidak semestinya cantiklah. Probability and possibility itu mungkin kepada mala fide. Sama ada mala fide ataupun tidak, kita tidak tahu.

Jadi, apa pindaan yang kita buat dalam akta kita ini ialah hendak beritahu pada orang keyakinan di Malaysia, if there is a third-party funder di belakang mana-mana kes- kes yang begitu besar, tidak ada masalah, tetapi kita ada due process dan disclosure.

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

[Fasal-fasal 1 hingga 12 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson) dan diluluskan]

final • 7:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah bertujuan meminda Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 [Akta 746] untuk memperuntukkan mengenai perubahan nama Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (PTSKL) kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia dan supaya selaras dengan pelaksanaan perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dengan Pertubuhan Perunding Undang-

final • 7:23 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

undang Asia-Afrika yang berhubungan dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di Kuala Lumpur bertarikh 20 Februari 2024.

Untuk makluman semua, Akta 746 bertujuan untuk menawarkan satu mekanisme dan penyelesaian pertikaian pembayaran dalam industri pembinaan domestik secara efisien melalui proses adjudikasi dan telah mula berkuat kuasa sejak tahun 2014. Sejak permulaan kuat kuasa 10 tahun yang lalu, Akta 746 tidak pernah dipinda.

Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan ini meliputi tiga skop utama iaitu: satu, memperkenalkan penubuhan Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia; nombor dua, memperkenalkan peranan Presiden Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia; dan nombor tiga, memperkasakan peranan dan pengukuhan fungsi AIAC sebagai pihak berkuasa adjudikasi.

Rang undang-undang ini mengandungi 13 fasal yang melibatkan pewujudan satu takrif dalam peruntukan baharu. Pemotongan satu takrif serta sedia ada dan pindaan ke atas 10 seksyen sedia ada seperti yang diperincikan dalam salinan rang undang-undang, dengan izin, blue bill yang telah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada 15 Julai 2024. Pindaan kali ini tertumpu kepada pindaan berbangkit daripada Akta Timbang Tara 2005 di mana pindaan substantif kepada Akta 746 masih dalam peringkat penelitian dan dijangka akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang akan datang.

Fasal 1 mengandungi “Tajuk Ringkas” dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 746 bagi memperkenalkan takrif “presiden” ke dalam Akta 746 yang merujuk kepada Presiden Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa Asia yang akan menggantikan Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa- dahulunya dikenali sebagai Pengarah PTSKL.

Ini adalah untuk selaras dengan inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia supaya selaras dengan pelaksanaan perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dengan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika yang berhubungan dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di Kuala Lumpur. Fasal ini juga bertujuan untuk memotong takrif PTSKL berbangkit daripada perubahan nama KLRCA kepada “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.” Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 12(6), Akta 746 bagi menghendaki seseorang adjudikator untuk menyampaikan satu- salinan keputusan adjudikasi yang dibuat olehnya ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia sebagai satu badan adjudikasi yang hendaklah bertanggungjawab antara lain untuk menyediakan sokongan pentadbiran bagi menjalankan adjudikasi.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 16(2), Akta 746 dengan menggantikan istilah “Pengarah PTSKL” dengan istilah “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia” untuk menghendaki amaun menurut keputusan adjudikasi atau sebahagian daripadanya untuk didepositkan dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 19, Akta 746 yang berhubungan dengan fi dan perbelanjaan adjudikator dengan menggantikan istilah “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia” berbangkit daripada perubahan nama pusat itu. Fasal ini bertujuan untuk menggantikan istilah “Pengarah PTSKL” dengan istilah “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia” dalam subseksyen 19(4),(5),(6) Akta 746 untuk menghendaki fi dan perbelanjaan adjudikator didepositkan dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

Pindaan dalam fasal 3 hingga 5 adalah penting bagi memperkasakan peranan dan tanggungjawab Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia sebagai pihak berkuasa adjudikasi, dengan izin, adjudication authority yang diberikan amanah dan mandat menurut seksyen 32, Akta 746.

final • 7:23 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Seterusnya, fasal 6 dan 7 bertujuan untuk meminda perenggan 21(b) dan seksyen 23, Akta 746 masing-masing bagi menggantikan istilah “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Presiden” seperti yang ditakrifkan dalam fasal 2 selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 berkenaan dengan hala tuju Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia dan pemeteraian perjanjian tambahan kepada perjanjian tuan rumah antara Kerajaan Malaysia dan pihak AALCO.

final • 7:23 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Fasal 8 hingga 12 bertujuan untuk meminda seksyen 32, 33, 34, 39 dan 40 Akta 746 masing-masing untuk menggantikan istilah “PTSKL” dengan istilah “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia” berbangkit daripada penubuhan nama pusat itu.

Fasal 13 pula memperkatakan tentang peruntukan kecualian bagi memastikan penguatkuasaan akta secara perspektif.

Cadangan pindaan ini pasti akan memberi impak positif kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam industri pembinaan domestik dan meningkatkan kecekapan proses adjudikasi di bawah Akta 746 selaras dengan penubuhan Mahkamah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia sebagai badan pembuat keputusan kes-kes adjudikasi secara bebas, berkecuali, menekankan elemen ketelusan, integriti dan akauntabiliti daripada segi pentadbirannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, pada masa yang sama, saya ingin menekankan komitmen berterusan Kerajaan Madani terhadap pembangunan ADR terutamanya mekanisme adjudikasi di Malaysia.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 7:30 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Adly bin Zahari

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya menerima empat nama. Jadi, setiap pembahas saya boleh beri lima minit dan saya mulakan dengan Tuaran. Silakan, Tuaran.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut berbahas Rang Undang- undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024.

Secara prinsipnya, Tuaran menyokong RUU ini yang bertujuan meminda Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 [Akta 746] untuk memperuntukkan mengenai perubahan nama iaitu Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (PTSKL) atau KLRCA kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia atau Asian International Arbitration Centre (AIAC) iaitu selaras dengan pelaksanaan perjanjian tambahan antara Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika pada 20 Februari yang lalu seperti yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Walau bagaimanapun, Tuaran mencadangkan, seperti juga dengan rakan saya dari Kota Belud dan juga dari Kinabatangan, agar Pusat Timbang Tara dan Pengantaraan Antarabangsa Borneo (BICAM) turut disertakan dalam pindaan undang-undang ini.

Walaupun panjang lebar dijelaskan oleh Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, tapi saya Tuaran mencadangkan supaya BICAM itu dimasukkan dalam rang undang-undang ini.

final • 7:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Cadangan ini dibuat atas prinsip desentralisasi sebagai salah satu pendekatan untuk memperkukuhkan tata kelola, tata kelola, tata kelola yang sering dinyatakan dalam Kerajaan Madani. Pewujudan lebih daripada satu- badan berkuasa yang boleh melantik adjudicator merupakan amalan biasa di dunia. Ini amalan biasa. Walaupun panjang lebar tadi bila kita bercerita tentang ada di Sabah dan Sarawak ada saja yang mesti dipusatkan, mesti dipusatkan, mesti di Putrajaya dan sebagainya, itu biasa, tetapi di dunia, amalan di dunia- di negara China, terdapat 250 arbitration bodies- 250. Apakah salah? Di New Zealand ada lima, di United Kingdom ada lima. Apakah salahnya di Malaysia?

Dan lagipun, seperti mana yang dijelaskan oleh sahabat saya dari Kota Belud, untuk terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur untuk datang, bukan senang. Tambang dan sebagainya, tempat tinggal dan sebagainya. Kenapakah tak mudahkan urusan?

Dijelaskan tadi, AIAC akan dibuat cawangan di Kota Kinabalu dan di Sarawak.

Biasalah cerita begitu, tapi hari ini kita ada the High Court of Sabah dan Sarawak daripada segi legal framework dia. Memang pun. Dan BICAM ini adalah atas inisiatif mantan Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Bukan sembarangan orang. Dia tidak akan menurunkan martabat Malaysia. Jadi, apakah salahnya?

Selain daripada cadangan mengiktiraf dan memastikan BICAM sebagai pihak berkuasa pengadjudikasian di bawah CIPAA ini, takrifan “pihak berkuasa pengadjudikasi” dalam seksyen 4 (takrifan) sebagai badan-badan yang disenaraikan dalam Jadual dan masukkan dia dalam Jadual Bersama dengan AIAC. Itu permintaan kami. Itu permintaan kami.

Selalulah, Tan Sri- dulu pun Tan Sri bila di sebelah sini dulu bercerita tentang perlunya desentralisasi ini- tahun lepas Tan Sri, Kementerian Pendidikan membelanjakan RM2 bilion untuk membina tandas di seluruh negara. Semua dirancang di Putrajaya. Di kawasan saya, sebuah sekolah yang namanya SK Pekan Kiulu, kita sudah ada cantik hampir Lima Bintang punya tandas, ada lapan pintu. Dia pun dapat juga RM70,000 satu pintu ini. Sebab, Putrajaya cakap bagi. Sedangkan, kami tak perlukan itu. Ada lain lagi kita perlu. Sebab itu, kita yang lebih tahu apa yang berlaku di sana dan keadaannya berlainan.

Kenapakah panjang lebar menolak? Sedangkan kalau saya baca ini- saya baca ini, Tan Sri. Kami- saya ingat semua rakyat Malaysia pun bangga bila membaca berita ini pada 18 Januari 2024, tahun ini, Kota Kinabalu. Saya baca berita ini. Sedap saya baca, saya dengar, “An arbitration and mediation centre in Borneo is now Malaysia's most advanced centre for faster and more efficient dispute resolution. The Borneo International Centre for Arbitration and Mediation (BICAM) is now equipped with its brand-new hearing room with cutting-edge technology that makes it the most advanced in Malaysia. This state-of-the-art facility developed in partnership with transcription company Scribe Synergy Sdn. Bhd. (SCRIBE) includes real-time voice-to-text, seamless video conferencing, multi-angle camera coverage, high-quality recording and interactive document handling.” Saya boleh baca-baca lagi. Saya sangat berbangga sebagai rakyat Malaysia, tetapi kalau kita dengar penjelasan jawapan daripada Yang Berhormat Pengerang sebentar tadi, memang menidakkan. Dia tidak mahu. Mesti berpusat di Kuala Lumpur, mesti berpusat di Putrajaya. Dia tidak mahu ini decentralization. Sedangkan, the whole MADANI is decentralization-lah- decentralization. Kenapakah kita menolak?

Jadi, saya mohon- saya boleh cerita panjang lagi. Saya boleh sambung balik YB Kota Belud, YB Kinabatangan sebab-sebabnya kenapa kita perlu, tapi saya tak perlu, Tan Sri. Yang penting, prinsipnya. Prinsipnya ialah decentralization. Kita mahu penyertaan dari sana. Kita mahu percepatkan kes.

Saya sendiri Tan Sri, sudah terkena. Sebagai Pengerusi SESB, saya terkena. Ada pelabur ini meminta supaya arbitration center yang dia buat, dia gunakan di London. Saya cakap, kenapa tak boleh Kota Kinabalu, kenapakah mesti saya pergi London? Kita gunakan undang-undang di sini. Saya terkena. Hari ini, saya berbangga dari Kota Kinabalu, tapi kalau tidak diiktiraf, tidak dimasukkan juga di sini, alamak! Macam mana itu, Tan Sri?...

final • 7:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Bangun]

final • 7:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, Kota Belud...

final • 7:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya mohon mencelah.

final • 7:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Hari makin malam. Kalau boleh, cepat sikit.

final • 7:32 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

30 saat.

Saya hanya mohonlah sekali lagi.

Saya faham penerangan Yang Berhormat Menteri tadi, tapi saya pohon sekali lagilah kepada Kerajaan Pusat. Seperti mana yang Tuaran sudah cakap, Kinabatangan sudah sebut tadi, saya pohonlah supaya Kerajaan Persekutuan sekali lagi kalau boleh dapat mempertimbangkan meletakkan BICAM ini sebagai pihak berkuasa pelantikan untuk timbang tara juga. Diberikan juga kuasa untuk sebagai pihak berkuasa untuk pelantikan timbang tara. Saya mohon Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan. Terima kasih.

final • 7:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 7:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuaran...

[Ketawa] Kota Belud terima kasih.

final • 7:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Tuaran.

final • 7:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, ya. Terima kasih dan saya fikir prinsip itu, Tan Sri, itulah yang kita minta...

final • 7:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 7:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya memang menyokong, tapi kita minta yang itulah. Kita minta masukkan sebab dia punya yang pindaan ini simple saja, very short, pendek saja, tetapi apa lah sangat, masukkan di situ saja. Mereka yang telah menubuhkan, disebutkan tadi ini adalah syarikat yang limited by guarantee things like that, tetapi dalam lembaganya semua pun pengamal undang-undang, yang... [Tidak jelas] Jadi, itu saja Tan Sri. Saya mohon supaya dipertimbangkanlah supaya dimasukkan dalam pindaan ini. Kalau boleh masuk terus. Seksyen 40 masukkan di sana.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Tumpat.

final • 7:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri. Saya merujuk kepada cadangan pada hari ini, saya memohon kepada pihak kerajaan agar memasukkan ADR ataupun Penyelesaian Pertikaian Resolusi yang telah pun kita jadikan sebagai RUU pada hari ini sebagai sebahagian daripada silibus kepada pelajar-pelajar yang sedang chambering. Sebab sekarang ini kita nampak banyak penyelesaian kes dapat dibuat melalui adjudikasi dan juga arbitration. Itu yang pertama.

Kedua, saya mohon untuk mendapatkan definisi daripada akta ini berkenaan dengan apakah maksud “presiden”...? Apakah ada perluasan kuasa daripada pengarah sebelum ini daripada segi definisi? Ini kerana kita lihat dalam Akta Ibu pun tidak ada definisi tentang bidang kuasa pengarah dan juga tentang kerja pengarah itu sendiri dalam Akta Ibu. Jadi, kerana kita tahu bahawa dari tahun 2012 sehingga 2024, terdapat peningkatan kes yang difailkan melalui saluran perundangan ini.

final • 7:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya juga ingin mendapat pendapat kerajaan, kenapakah sifat ini hanya terhad kepada industri pembinaan? Adakah ia juga dibuka kepada industri-industri yang lain kerana kita lihat keberkesanannya dengan masa yang sangat singkat? Dalam akta ada sebut bahawa akan perlu disiapkan dalam tempoh 108 hari. Walau bagaimanapun, saya telah merujuk kepada pihak yang telah pun lazim dalam hal ini, mereka mengatakan bahawa kebanyakan pertikaian ini dapat diselesaikan dalam tempoh 60 hari sahaja.

Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, berapakah pendapatan negara daripada yang akan dikutip daripada pindaan RUU ini? Apakah penjimatan yang diperoleh? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan pertikaian yang dimaksudkan dalam- CIPAA ini hanya merujuk kepada pertikaian komersial untuk bangunan lebih daripada empat tingkat. Adakah kerajaan akan buka supaya pertikaian perumahan residential yang harga jumlahnya telah mencecah tinggi dapat dibuka dalam adjudikasi ini? Ini kerana kita percaya bahawa kontraktor yang ada di Malaysia ini sangat ramai. Kita ada lebih kurang kalau yang berdaftar tahun 2022, 130,833 di mana 40,517 merupakan Gred G1. Jadi, kita memerlukan banyak- ruang-ruang untuk mereka ini menyelesaikan kes dengan cepat.

Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan berkenaan, berapakah jumlah terkini adjudicator berdaftar di Malaysia? Berapakah di Sabah dan Sarawak? Berapakah jumlah adjudicator wanita kerana kita percaya bahawa CIPAA ini perlu mempunyai adjudicator mengikut negeri. Saya setuju dengan pandangan daripada rakan saya dari Sabah tadi yang menyebut tentang perlunya di Sabah mempunyai satu- tempat sendiri kerana kita percaya ini dapat diselesaikan dan mudahkan lagi urusan yang melibatkan rakyat kita.

Kita juga boleh percaya juga bahawa CIPAA ataupun adjudicator ini boleh memberikan profesion baharu yang boleh dikembangkan kepada rakyat kita untuk penyelesaian prosiding.

Saya juga ingin bertanya, adakah pihak kerajaan bersetuju untuk menubuhkan pusat-pusat adjudicator tersendiri di peringkat negeri kerana bilangan kes kian bertambah.

Difahamkan bahawa terdapat 5,800 kes yang telah selesai daripada adjudicator. Jadi, kalau kita ikut kepada purata seolah-olahnya ada 40 kes selesai setiap bulan. Berapa banyak promosi yang dibuat kepada rakyat untuk penggunaan adjudicator ini...? Saya bersetuju untuk meminta agar pihak kerajaan meninggikan atau pun menaikkan sedikit fi adjudicator sesuai dengan keadaan semasa kerana pindaan ini penting kerana tidak pernah dipinda selama 12 tahun.

Saya juga ingin bertanya, apakah masa depan dan hala tuju pekerja pembinaan yang bekerja di bawah kontraktor dalam industri pembinaan ini? Kita tahu tentang usaha yang dibuat oleh CIDB, PERKESO, tapi ramai lagi pekerja yang tidak berdaftar dan tidak dijamin kebajikan mereka kerana mereka ini merupakan orang yang bekerja secara sementara dengan mana-mana kontraktor. Jadi, cadangan saya agar pihak adjudicator ini membuka suatu ruang dengan HRDF dan SKM agar boleh memberi tauliah kepada mana- mana pekerja industri binaan untuk akhirnya mereka ini setelah tujuh ataupun 10 tahun dengan geran daripada pihak kerajaan dan training daripada pihak AIEC ini untuk mereka ini boleh menjadi adjudicator. Ini kerana dalam adjudicator ini kita perlukan profesional, perlukan experience. Jadi, kalau kita boleh bina satu silibus, kita percaya bahawa mereka akan mampu menjadi adjudicator yang terbaik kerana mereka merupakan orang yang mahir dalam bidang mereka. Saya juga ingin tahu, adakah saksi ataupun yang mengalami oral proceeding dalam adjudicator ini akan dibayar ataupun diberi pengecualian cuti- begitu juga dengan expert evidence. Ini kerana kita difahamkan dalam kes adjudicator ini kebanyakan kes selesai dengan exchange document, tetapi ada juga kes yang sampai kepada oral proceeding. Jadi, dalam hal ini adakah mereka juga akan sepina sebagaimana kes di mahkamah-mahkamah biasa?

Saya juga ingin tahu, apakah libat urus yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk membina RUU ini? CIDB dan juga persatuan kontraktor serta pihak profesional yang telah dirujuk bagi memastikan kesan pindaan RUU boleh memberi kesan positif kepada pekerja dan juga industri pembinaan.

final • 7:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ini kerana, kita percaya hari ini pindaan ini adalah pindaan consequential sedikit, tapi pindaan besar. Substantif akan dibuat tak lama lagi. Jadi, kita mohon supaya dalam pindaan yang akan dibuat untuk pihak kerajaan meletakkan road map dalam industri adjudicator ini kepada pekerja-pekerja binaan yang akan juga memasukan falsafah- falsafah yang penting yang boleh dijadikan sebagai suatu cara untuk kita memastikan bahawa industri pembinaan yang banyak ini boleh selesai dengan cara yang terbaik dan tak perlu menggunakan proses mahkamah.

Saya juga ingin tahu, apakah rasionalnya bila kita memerlukan nama dari Pusat Perkhidmatan Kuala Lumpur (PTSKL) pada Pusat Perkhidmatan Antarabangsa kerana CIPAA ini adalah bersifat tempatan? Bukan sebagaimana arbitration yang bersifat antarabangsa.

Jadi, apakah punca kuasa sekiranya presiden ini dikaitkan terus dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa? Ini kerana kita percaya bahawa perundingan ini telah pun dibuat akibat daripada perundingan penubuhan Pusat Perundingan Undang-undang Asia Afrika yang telah pun ditandatangani. Jadi, berapakah klien antarabangsa yang telah pun terlibat? Apakah punca kuasa yang diguna pakai?

Jadi, saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, adakah dengan adanya hari ini, disebut tadi, seorang mantan hakim akan menjadi presiden di arbitrator? Adakah juga mantan presiden ini ia juga akan jadi presiden bagi Pusat Adjudikasi ini? Adakah orang yang sama? Kalau dia merupakan orang yang sama, apakah kriteria-kriteria yang akan ditambah daripada segi bidang kuasa yang melibatkan presiden ini? Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Stampin.

final • 7:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Secara prinsipnya saya sokong apa yang dibentangkan dalam Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012.

Saya ingin sebutkan apa yang telah disebutkan oleh Tuaran dan juga Kota Belud kerana mereka merupakan wakil dari Sabah dan saya hanya seorang dari Sarawak yang sebutkan perkara ini iaitu- tadi pada masa penggulungan daripada Yang Berhormat Menteri, saya teliti apa yang disebut tentang BICAM, bahawa BICAM dimasukkan dalam Arbitration Act sebagai satu pihak berkuasa untuk melantik adjudicator. Apa yang disebutkan, sounds logical, tetapi saya rasa falsafah yang pentadbiran di belakang semua itu adalah terkeluar sikit. Ini kerana, ia masih pada zaman dahulu bahawa ia mesti decentralise di Kuala Lumpur. Apa yang disebutkan tadi adalah cawangan-cawangan boleh dibuka di Sarawak dan Sabah. Apa yang kita nak sebut sekarang adalah bahawa dengan trend decentralisation yang diamalkan oleh Kerajaan Madani, saya rasa kita perlu menyelaraskan semua segi pentadbiran. Apatah lagi di struktur kehakiman kita. Kita ada dua mahkamah tinggi: Mahkamah Tinggi Malaya- High Court of Malaya dan Mahkamah Sabah dan Sarawak. Arbitration merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman kerana ia merupakan alternative dispute resolution (ADR).

final • 7:47 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

So, ia sepatutnya diselaraskan dengan struktur kehakiman negara kita. Oleh itu, saya rasa bukan sahaja BICAM harus dimasukkan ke dalam itu Akta Timbang Tara, tetapi juga kalau masa depan diberitahu kepada saya adalah Sarawak juga di advocate association juga ada cadangan dalam proses untuk menubuhkan satu institute atau centre untuk alternative dispute resolution. Pada masa kelak kalau centre itu ditubuhkan, ia perlu juga dimasukkan kepada Akta Timbang Tara dan juga itu Akta Pembayaran dan Adjudication Industry Pembinaan 2012.

So, saya rasa itu juga merupakan satu syarat bahawa pada masa sekarang apa yang kita ada, merupakan satu monopoli di mana AIAC merupakan badan tunggal di mana semua dispute resolution, semua arbitration perlu diuruskan oleh AIAC. Ini bercanggah

final • 7:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

dengan prinsip akta persaingan di mana kita perlu lebih banyak choice atau pilihan untuk pengguna. So, saya seru kepada kerajaan bahawa janganlah meneruskan amalan dahulu di mana pusat akan menguruskan segala perkara dan semuanya di centralized di Putrajaya sahaja, di Kuala Lumpur sahaja. We are in a three region. Malaysia has a three region- Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak. Maka, di bidang urusan pengurusan timbang tara, saya rasa juga kita perlu mencerminkan itu equal partner status. Sekian, terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Terakhir saya jemput Padang Rengas.

final • 7:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan atas ruang yang diberikan kepada Padang Rengas turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024 pada hari ini. Saya ingin menyentuh berkenaan peranan adjudicator, fasal 3 di mana ia bertujuan meminda subseksyen 12(6) Akta 746 untuk menghendaki seseorang adjudicator untuk menyampaikan suatu salinan keputusan adjudikasi yang dibuat olehnya kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia sebagai satu badan adjudikasi yang hendaklah bertanggungjawab antara lain untuk menyediakan sokongan pentadbiran bagi perjalanan adjudikasi.

Jadi berdasarkan Arbitration Centre Asian International 2018 tempoh bagi menyelesaikan proses CIPAA Construction Industry Payment dan Adjudication Act ialah sekitar 45 hari.

Soalan saya, apakah usaha untuk menambah baik tempoh masa yang diperuntukkan kepada adjudicator bagi tujuan menilai dan memeriksa dokumen sokongan yang diserahkan oleh kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan adjudikasi?

Yang kedua, adakah kerajaan turut mengkaji keperluan untuk menambah baik proses pemilihan adjudicator khususnya di bawah CIPAA mengambil kira cabaran untuk memperoleh persetujuan bersama antara kedua-kedua pihak iaitu kontraktor dan klien.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengulas berkenaan pelantikan adjudicator memandangkan objektif utama CIPAA adalah untuk berfungsi sebagai platform untuk mendapatkan penyelesaian yang lebih cepat. Maka atas dasar itu, kepercayaan diletakan pada antara adjudicator yang berkaliber untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Persoalan saya, apakah usaha proaktif kerajaan bagi memastikan penyediaan latihan yang sewajarnya bagi melatih para adjudicator agar dilengkapi dengan kepakaran dan pengetahuan dalam bidang masing-masing sekali gus memastikan keberkesanan fungsinya dalam memastikan setiap langkah dan proses yang dijalankan secara teratur selaras dengan ketetapan yang dinyatakan dalam akta?

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya peruntukan kecualian fasal 13 berkenaan semua pelantikan yang dibuat oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (PTSKL) sebelum permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah- pada permulaan kuat kuasa akta ini disifatkan sebagai telah dibuat oleh Presiden Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara 14 Antarabangsa Asia dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga dibatalkan oleh Presiden Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

Soalan saya, apakah perincian mengenai implikasi peruntukan kecualian yang terlibat?

Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali berkenaan fi dan perbelanjaan adjudicator- fasal 5 bertujuan meminta meminda seksyen 19, Akta 746 berhubungan dengan fi dan perbelanjaan adjudicator dengan menggantikan istilah “PTSKL” dengan istilah “Timbang Tara Antarabangsa Asia”.

final • 7:52 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Fasal ini juga bertujuan untuk menggantikan istilah “Pengarah PTSKL” dengan istilah Pusat Tambang- “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia” dalam subseksyen 19(4), (5) dan (6) Akta 746 untuk mengehendaki fi dan perbelanjaan adjudicator depositkan dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

Soalan saya lagi, adakah kerajaan telah mengenal pasti kekangan utama yang dihadapi oleh kontraktor sewaktu menggunakan CIPAA serta cadangan strategi bagi meningkatkan penggunaan CIPAA di dalam industri pembinaan termasuk daripada segi pengenaan fi dan perbelanjaan adjudicator?

Ini kerana CIPAA lebih mengutamakan masalah kewangan antara kontraktor utama dan klien dan kontraktor yang memilih kaedah lain berbanding CIPAA di dalam- di mana pihak yang terlibat perlu menanggung kos sepanjang tempoh adjudikasi berlangsung menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam tempoh adjudikasi. Sekian, terima kasih.

final • 7:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri. Sila jawab.

final • 7:52 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di- Pertua...

final • 7:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, 10 minit Menteri.

final • 7:58 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh. Boleh. Sembilan minit saya boleh habis.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Stampin dan Padang Rengas yang telah membahas dan berhujah yang sangat relevan, perkara-perkara yang sangat relevan. Saya akan menjawab seberapa yang saya boleh jika sempat. Jika tidak, semua- soalan-soalan yang dibangkit jawapan tulis akan diberi.

Yang Berhormat Tuaran, ini Borneo International Centre for Arbitration and Mediation (BICAM), mana-mana pun tidak ada halangan mereka untuk beroperasi. We must understand. Jadi soalan yang dibangkitkan di mana mengatakan ada monopoli dan sebagainya oleh Ahli Parlimen-Ahli Parlimen ini, ini adalah salah faham. We must understand, there is no monopoly at all. Itu macam- bukan macam High Court of Borneo di mana hanya High Court of Borneo ada kuasa. This one, it doesn’t work like that. Yang ini BICAM ini dia boleh beroperasi.

Seperti yang dikatakan oleh Kota Belud, di China ada lebih 200 arbitrators sedemikian macam BICAM dan juga di India juga. Jadi kita mahu faham, itu asas dia. That is the basis yang kita perlu faham.

final • 7:58 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kedua, walaupun demikian, kita ada kerjasama yang baik dengan BICAM-AIAC dalam proses menandatangani MoU dengan merealisasikan objektif mereka dan perkara ini sedang dalam perbincangan. Bukan kita tidak mahu bincang dengan mereka langsung.

That must be understood. The doors are not closed. The doors are permanently open. For Sabah is special and Sarawak is much more special. Bagi menunjukkan manifestasi ini, komitmen kerajaan Yang Berhormat Menteri telah melantik dua orang ahli pengarah BICAM dalam Protem Committee AIAC. Jadi, kita sendiri telah mempelawa mereka untuk menjadi ahli di sini. So, there is collaboration, yang menjadi masalah adalah, di mana, adakah AIAC ini pun akan terlibat dalam hal ehwal berkaitan mediasi arbitration di Sabah? Yes. Because, dia ada international reputation.

Bila BICAM ada international reputation one day, it can then cooperate or coordinate or be competitive. Tidak ada salah langsung. Jangan kita salah faham. Itu nombor satu.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Nombor dua Yang Berhormat, ini Yang Berhormat Tumpat tanya, apakah sesi libat urus dengan pihak berkepentingan telah diadakan bagi pindaan yang dicadangkan?

Yes. Tidak- sudah ada libat urus dengan macam-macam pihak, antaranya: Advocates Association of Sarawak, di mana Yang Berhormat Stampin ada di sini; Borneo International Center for Arbitration Mediation (BICAM); Malaysia International Mediation Center; Majlis Peguam Malaysia; kementerian-kementerian; dan agensi-agensi.

Tumpat juga membangkitkan hal, apakah pemakaian Akta 746 terhad kepada industri pembinaan sahaja? Adakah Kerajaan Malaysia mempunyai sebarang rancangan untuk memperluaskan skop adjudikasi selain daripada industri pembinaan?

Jawapan, pemakaian CIPA adalah terhad kepada industri pembinaan buat masa ini. Namun begitu, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk meluaskan skop adjudikasi ini ke industri lain bergantung pada keperluan semasa. Yang Berhormat Tumpat ada sini? Tumpat tiada. Mungkin perkara-perkara yang dibangkit yang lain saya akan jawab secara tulis.

Ini AIAC sebagai organisasi antarabangsa. Kita perlu faham, bukan setakat Malaysia sahaja, Yang Berhormat. Dia telah beroperasi dari tahun 78. Kerajaan mengagihkan setiap tahun, wang untuk ia beroperasi dan yang maha mustahak adalah it is an organization of non-profit, berbanding dengan lain-lain organisasi yang ada elements of profit making. Di sini tidak ada. AIAC merupakan satu- organisasi antarabangsa yang menandatangani perjanjian host country dengan ELCO. AIAC lebih diberi mandat oleh kerajaan untuk memperkasakan alternate ADR di Rantau Asia.

AIAC di Sarawak. Stampin ada membangkit perkara ini. Yang Berhormat Stampin, sukacita ingin memberitahu bahawa banyak perbincangan telah dibuat dengan Kerajaan Negeri Sarawak- AIAC dan Yang Berhormat Menteri dalam perbincangan dengan Kerajaan Sarawak dan pihak-pihak berkaitan sedang dalam perbincangan untuk menubuhkan AIAC Sarawak berdasarkan kepada terma-terma yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak ini juga akan membantu dalam membangunkan industri ADR di Borneo sebagaimana mandat Jemaah Menteri.

Padang Rengas. Adakah latihan dan kursus akan dilaksanakan dalam masa terdekat? Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mana-mana orang sekalipun boleh menjadi adjudicator sekiranya mereka mempunyai pengalaman yang cukup dan lulus kursus adjudikasi yang dijalankan oleh AIAC- Certificate in Adjudication.

Tuan Yang di-Pertua, ini lah perkara-perkara yang khusus yang telah dibangkitkan. Ada banyak perkara yang lain yang mungkin saya boleh beri secara tulis untuk jawapan-jawapan.

Akhir sekali, saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah membangkitkan perkara-perkara- saya rasa sangat menarik dan harap YB-YB akan menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pertahanan (Tuan Adly bin Zahari) dan diluluskan.]

final • 8:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERUBATAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri. Pelan-pelan Menteri. Take your time. Jangan tumbang pula. Silakan Menteri.

final • 8:00 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Saya mohon mengemukakan rang undang- undang bernama suatu akta Perubatan (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Ambil nafas.

final • 8:08 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Nafas elok-elok. Nafas elok-elok.

final • 8:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 8:08 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Solat Tan Sri. Buka puasa juga, Tan Sri.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan memberikan sedikit latar belakang berkenaan Akta Perubatan 1971 [Akta 50] yang mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 1971.

Akta 50 ini bertujuan untuk mengawal selia pendaftaran dan pengamal perubatan di Malaysia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ketika ia digubal pada tahun 1971, tiada peruntukan khusus untuk membolehkan seorang pengamal perubatan mendaftar sebagai pakar perubatan. Keadaan ini telah menyebabkan terdapat pengamal perubatan yang mengaku statusnya sebagai pakar serta mengamal sebagai pakar. Tindakan ini boleh mengelirukan orang awam serta perkhidmatan yang ditawarkan boleh memudaratkan.

Justeru, pada tahun 2012, pindaan Akta 50 telah dibuat antara lain untuk memperkenalkan peruntukan baharu mengenai pendaftaran sebagai pakar dan pengiktirafan kepakaran dengan mewujudkan daftar pakar di bawah kawal selia Majlis Perubatan Malaysia (MMC), dengan izin, bagi pengamal perubatan yang mempunyai kelayakan kepakaran.

final • 8:08 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Akta Perubatan (Pindaan) 2012 [Akta A1443] berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Julai 2017. Makan lima tahun Tan Sri.

Tan Sri Yang di-Pertua. Seterusnya, izinkan saya memberi sedikit latar belakang mengenai latihan kepakaran perubatan di negara kita ini. Terdapat dua jenis latihan kepakaran perubatan di Malaysia ini. Pertama, Program Sarjana Perubatan yakni yang

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

latihan kepakaran perubatan yang di kendali oleh institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan.

Kedua, laluan parallel ataupun parallel pathway yang mana kelulusan kepakaran dianugerahkan oleh institusi-institusi luar negara dan latihan kepakaran dilaksanakan secara on-job-training supervised di fasiliti kesihatan oleh KKM. Sebelum Program Sarjana Perubatan diperkenalkan oleh institusi pendidikan tinggi sekitar tahun 1970-an, pengamal perubatan yang ingin menjadi pakar perubatan perlu menduduki peperiksaan profesional yang dikendalikan oleh institusi-institusi luar negara seperti Royal College of Physicians of United Kingdom untuk memperoleh kelulusan atau qualification membership of the Royal College of Physicians di United Kingdom atau MRCP(UK) dan sebagainya.

Pengamal perubatan perlu menjalani latihan dalam bidang kepakaran tersebut sama ada di dalam atau di luar negara. Mulai tahun 2014, program membership atau fellowship telah di struktur semula secara berfasa dan dijenamakan sebagai parallel pathway- latihan parallel. Laluan parallel dijalankan bagi membolehkan pengamal perubatan memperoleh kelulusan profesional yang di anugerah oleh institusi luar negara serta menjalani latihan kepakaran di laksana secara on-the-job training di hospital ataupun fasiliti KKM.

Penstrukturan semula ini dilaksanakan bagi memastikan pengamal perubatan yang mengikuti latihan ini mendapat pendedahan klinikal yang mencukupi seterusnya bagi memastikan pakar yang dihasilkan adalah berkualiti dan kompeten.

Tan Sri Yang di-Pertua, Program Sarjana Perubatan pula diperkenalkan pada tahun 1973, menawarkan bidang patologi, kesihatan awam atau public health dan psychological medicine. Pada tahun 1981, Sarjana Perubatan dalam bidang pembedahan am ataupun general surgery dan ortopedik pula diperkenalkan. Program Sarjana Perubatan ini terus berkembang dan buat masa ini terdapat 120 program latihan dalam 28 bidang kepakaran perubatan melibatkan sembilan buah institusi pendidikan tinggi tempatan.

Buat masa ini, Latihan Kepakaran Laluan Parallel dan Program Sarjana Perubatan kebanyakannya dijalankan di fasiliti milik KKM. Walaupun Program Sarjana Perubatan dilaksanakan oleh universiti awam, latihan yang dilalui oleh pengamal perubatan juga adalah kebanyakan dijalankan di fasiliti KKM khususnya bagi universiti yang belum mempunyai Hospital Pengajar sendiri.

Tan Sri Yang di-Pertua, beralih saya. KKM telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar bagi melatih doktor-doktor kita untuk menjadi pakar dalam pelbagai bidang kepakaran. Sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini, tahun 2019 sehingga 2023, sebanyak RM365.4 juta telah dibelanjakan bagi menaja Pegawai Perubatan di KKM bagi mengikuti latihan kepakaran, yang mana sebahagian besarnya 96 peratus daripada peruntukan tersebut telah dibelanjakan untuk menaja mereka yang mengikuti Program Sarjana Perubatan universiti awam.

Jadi, jelas prioritinya, penekannya itu dan jangan ada yang kata kita mengetepikan latihan sarjana perubatan. Manakala, selebihnya hanya empat peratus atau RM13 juta digunakan untuk penajaan Program Laluan Parrallel bagi tempoh yang sama.

Peruntukan besar ini merupakan satu komitmen berterusan KKM bagi meningkatkan bilangan pakar di fasiliti-fasiliti kita seterusnya meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan.

Komitmen ini diteruskan oleh Kerajaan Madani pada tahun ini, 2024. Peruntukan latihan kepakaran yang ditingkatkan kepada RM152.4 juta yang mana RM142.4 juta adalah untuk penajaan Program Sarjana Perubatan. Manakala, penajaan laluan parallel pathway adalah RM10 juta- RM140 juta setahun ini adalah dua kali ganda perbelanjaan yang pernah dilakukan dalam lima tahun yang lalu, yang kurang lebih puratanya adalah RM74 juta Tan Sri Yang di-Pertua.

Apabila Akta 50 dipinda pada tahun 2012 seperti mana yang saya telah sebutkan melalui Akta A1443 dan dikuatkuasakan lima tahun kemudiannya pada 1 Julai 2017, MMC

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

sebagai sebuah badan profesional diberi kuasa untuk mendaftar pengamal perubatan sebagai pakar perubatan dalam daftar pakar yang dikendalikan oleh MMC. Terdahulunya dikendalikan oleh the Academy of Medicine Malaysia, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor****) mempengerusikan Mesyuarat]** Peruntukan spesifik berhubung dengan pendaftaran sebagai pakar di bawah Akta 50 ialah seksyen 14A, 14B dan 14C. Itu Akta Ibunya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ketiga-tiga peruntukan seksyen ini telah dimasukkan ke dalam Akta A1443. Di situ lah mulanya sedikit pindaan dibuat.

Namun, saya ingin menyentuh dahulu mengenai perenggan 14B(c) Akta 50.

Perenggan 14B(c) memperuntukkan syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan seseorang pengamal perubatan itu mendaftar sebagai pakar. Pengamal perubatan itu perlu memperoleh suatu kelayakan kepakaran yang diiktiraf, Timbalan Speaker.

Bermaksud, kelayakan yang dianugerahkan oleh mana-mana institusi latihan yang diiktiraf. Saya tekankan institusi latihan yang diiktiraf.

Dalam hal ini, MMC telah mewujudkan secara pentadbiran suatu senarai kelayakan kepakaran yang diiktiraf yang mana ia dipaparkan di dalam website ataupun laman sesawang rasmi the Malaysian Medical Council (MMC). Namun begitu, fast forward terdapat isu berbangkit berhubung perenggan 14B di mana terdapat empat kelulusan kepakaran dari luar negara yang dijalankan di bawah laluan parallel yang dilaksanakan oleh KKM dikatakan tidak tersenarai, dikatakan tidak disenaraikan dalam senarai kelayakan kepakaran yang diiktiraf oleh MMC. Bermulanya ya, pertikaian dan permasalahan. The genesis of the problem, dengan izin.

Ini telah mengakibatkan pengamal perubatan yang telah dan juga sedang mengikuti latihan itu berhadapan dengan masalah tidak dapat didaftar sebagai pakar dalam daftar pakar di bawah MMC. Kelulusan yang dimaksudkan adalah seperti berikut.

Ada empat Timbalan Yang di-Pertua.

(i) pembedahan kardiotorasik daripada Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery;

(ii) pembedahan plastik Fellowship of the Royal College of Surgeons of Glasgow in Plastic Surgery;

(iii) perubatan keluarga Family Medicine Specialist (FMS) International Conjoint Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners; dan (iv) Perubatan Keluarga (FMS) Membership of the Irish College of General Practitioners. Timbalan Yang di-Pertua, terdapat pelbagai perbezaan pandangan mengenai pengiktirafan kelulusan kepakaran seperti yang saya sebutkan ini yang telah mencetuskan polemik dan kontroversi yang berterusan di kalangan profesional perubatan. Ada pandangan yang menyatakan bahawa pengiktirafan kelulusan yang terjejas ini perlu mendapat status akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia ataupun MQA sebelum ia boleh disenaraikan sebagai kelayakan kepakaran yang diiktiraf.

Ada pula pandangan yang menyatakan bahawa pengiktirafan kelulusan yang terjejas ini tidak perlu mendapat status akreditasi MQA dan boleh diiktiraf oleh MMC.

Berikutan polemik atau kemelut yang berterusan yang seolah-olah tiada penghujungnya, KKM dan KPT bersama dan bersekali melalui satu mesyuarat dua hala pada 6 Jun 2023 telah memutuskan agar perkara ini dirujuk pada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti daripada aspek perundangannya.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, pandangan Jabatan Peguam Negara yang diterima pada 25 Mac 2024 yang telah saya teliti sendiri telah menjadi asas kepada pindaan ke atas Akta Perubatan atau Akta 50 pada tahun 2024 ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, peruntukan seksyen 14B, Akta 50 memperuntukkan selain memegang kelayakan kepakaran diiktiraf, seorang adalah berhak untuk didaftarkan sebagai pakar perubatan sekiranya dia telah menghadiri latihan kepakaran ini di institut latihan yang diiktiraf.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Frasa institut latihan yang diiktiraf telah ditafsirkan dalam seksyen 2 [Akta 50] sebagai pemberi pendidikan tinggi – memberi pendidikan tinggi saya ulang. Sebagaimana ditakrif di bawah seksyen 2, Akta Agensi Kelayakan Malaysia yakni Akta 679 2007 bagi tujuan pendaftaran di bawah seksyen 4 [Akta 50].

Seksyen 4 [Akta 50] memperuntukkan fungsi MMC iaitu mendaftar pengamal perubatan dan mengawal selia amalan perubatan. Inilah ia rujukan silang ini- rujukan silang yang mana yang saya sebutkan tadi perlu dirujuk kepada MQA ataupun Akta Agensi Kelayakan Malaysia. Rujukan silang ini telah menjadikan suatu institut latihan yang diiktiraf di bawah Akta 50 perlu memenuhi ciri suatu pemberi pendidikan tinggi sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta 679. So, di sini mulanya permasalahan di mana ketika dibuat rujukan silang ataupun cross-referencing ini daripada Akta 50 kepada Akta 679.

Dalam hal ini, berdasarkan takrifan institut latihan yang diiktiraf yang hendaklah dibaca bersama takrifan pemberi pendidikan tinggi di bawah seksyen 2 [Akta 679] fasiliti KKM bukanlah suatu institut latihan yang diiktiraf dalam konteks pemberi pendidikan tinggi menurut Akta 679.

Berikutan itu, latihan kepakaran perubatan laluan parallel dan Program Sarjana Perubatan yang dijalankan universiti awam yang dibuat di fasiliti KKM tidak boleh dianggap telah dijalankan di institut latihan yang diiktiraf bagi maksud perenggan 14B [Akta 50] yang telah saya sebutkan lebih awal tadi.

Dalam erti kata lain, laluan parallel dan juga Sarjana Perubatan yang mana dijalankan oleh institut pendidikan tinggi tempatan yang latihan kepakaran dijalankan di hospital dan fasiliti KKM adalah tidak memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah perenggan 14B [Akta 50] kerana ia tidak dijalankan di institut latihan yang diiktiraf.

Akibatnya, pelatih laluan parallel dan pelatih Program Sarjana Perubatan yang menjalani latihan di hospital dan fasiliti KKM sebenarnya tidak punya kelayakan ataupun is denied hak untuk didaftar sebagai pakar di bawah Akta 50 berpotensi untuk berlaku sedemikian.

Inilah yang saya maksudnya dalam kenyataan saya sebelum ini di mana di dalam Dewan yang mulia ini pada 27, 2024. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat cuba ingatkan flashback yang lepas- yang mana semasa saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat berkenaan dengan ketidakaturan daripada segi perundangan bagi kedua-dua latihan kepakaran iaitu laluan parallel dan juga sekali gus Program Sarjana Perubatan. Saya ingin tegaskan di sini sekali lagi bahawa ketidakaturan ini melibatkan kedua-dua latihan kepakaran bukan sahaja melibatkan laluan parallel.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa implikasi yang mungkin timbul akibat daripada ketidakaturan ini. Pengamal perubatan yang telah didaftar sebagai pakar di bawah Akta 50 berisiko untuk namanya disingkirkan daripada daftar pakar walaupun isu ini telah kita tangani dan kita garap dalam saving clause yang akan disebutkan kemudian.

Kesan daripada pembatalan ini boleh menjejaskan keesahan apa pun tindakan dan kelayakan yang telah dibuat atau diterima atas kedudukannya sebagai pakar perubatan yang didaftar di bawah Akta 50. Itu risiko potensinya. Downside of this dengan izin.

Buat masa ini terdapat seramai 8,660 orang pengamal perubatan yang sedang menjalani latihan kepakaran perubatan dan terdapat 1,242 pengamal perubatan yang

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

telah lengkap menjalani latihan kepakaran perubatan di bawah laluan parallel Tuan Yang di-Pertua. Kesemua pengamal perubatan yang mengikut latihan kepakaran perubatan ini bakal berdepan dengan masalah untuk didaftarkan sebagai pakar perubatan dalam daftar pakar di bawah MMC kerana terjejas dengan peruntukan seksyen 14B [Akta 50] yang sebutkan lebih awal tadi.

Implikasi-implikasi tersebut merupakan implikasi yang besar dan atas sebab itulah KKM dan KPT bersetuju bersekali secara bilateral dengan pandangan Jabatan Peguam Negara agar pindaan ke atas Akta 50 ini harus dilaksanakan dengan seberapa segera.

Tuan Yang di-Pertua, kita beralih kepada Rang Undang-undang Perubatan

(Pindaan) 2024 ini. Secara keseluruhan Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024 ini mengandungi 12 fasal. Rang undang-undang ini bertujuan untuk menambah baik peruntukan yang berhubungan dengan pendaftaran pengamal perubatan sebagai pakar untuk melaksanakan proses pengiktirafan kelulusan dan latihan kepakaran yang sekali gus membawa satu naratif, membawa satu tujuan kedua-dua kualiti dan kuantiti kepakaran atau latihan atau pakar-pakar yang kita akan jana dan kita hasilkan dapat kita jamin.

Fasal 1 mengandungi tajuk akta yang dicadangkan bertujuan untuk memberikan kuasa kepada untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam akta yang dicadangkan seandainya perlu.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 [Akta 50] dengan memotong takrif institut latihan yang diiktiraf dan memasukkan takrif baharu institut pendidikan tinggi tempatan. Fasal ini juga bertujuan untuk memotong takrif kelayakan pakar yang diiktiraf kerana kelulusan kepakaran dinyatakan dalam Jadual Baharu Keempat yang dicadangkan, already taken care of dengan izin. Selanjutnya, fasal ini juga bertujuan untuk meminda takrif pengamal perubatan berdaftar untuk memasukan pakar sebagai sebahagian daripada pengamal perubatan berdaftar dalam akta ini.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3A [Akta 50] mengenai keanggotaan Majlis.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda perenggan 4A(2)(h) [Akta 50] untuk memberi kuasa kepada Majlis untuk mengiktiraf kelayakan dan latihan kepakaran bagi pendaftaran pengamal perubatan dan pakar. Fasal ini juga bertujuan untuk memberikan kuasa kepada Majlis untuk melantik mana-mana pengamal perubatan berdaftar untuk mewakili Majlis dalam apa jua jawatankuasa, panel atau institusi yang orang itu kemudiannya membuat syor kepada Majlis mengenai semua perkara yang berhubung dengan kelayakan pegawai perubatan atau pengawalseliaan amalan perubatan.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda perenggan 14(2A)(a) [Akta 50] untuk memperuntukkan bahawa mana-mana orang boleh berdaftar penuh di bawah seksyen 14 [Akta 50] jika orang itu berhasrat untuk mengajar, melakukan penyelidikan atau mengikuti kursus lepasan ijazah dalam bidang kepakaran di bawah apa-apa program latihan di mana-mana institut sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Fasal 6 bertujuan untuk menggantikan seksyen 14B yang sedia ada dalam Akta 50 bagi mengadakan syarat bagi pengamal perubatan untuk berdaftar sebagai pakar.

Fasal ini juga bertujuan untuk memperuntukkan latihan kepakaran sebagai satu kehendak untuk berhak didaftar sebagai pakar.

Fasal 7 bertujuan untuk menggantikan seksyen 14C [Akta 50] untuk memperuntukkan bahawa jika kehendak di bawah seksyen 14B telah dipenuhi dan serta permohonan telah dibuat untuk menjadi seorang pakar Majlis boleh meluluskan permohonan itu atau juga boleh menolak permohonan itu dengan alasan penolakan.

Fasal 8, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 14D ke dalam Akta 50 yang memperuntukkan bahawa seorang pakar yang telah didaftarkan boleh membuat permohonan untuk didaftarkan dalam sub-kepakaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima. Ini lagi satu jadual baharu di samping Jadual Keempat tadi Tuan

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yang di-Pertua dalam bentuk dan cara sebagaimana ditentukan oleh Majlis dan tertakluk pada apa-apa sekatan dan syarat yang sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Majlis.

Fasal 9 bertujuan untuk menghentikan perenggan 36(2)(u) [Akta 50] untuk mengadakan peruntukan bagi membolehkan peraturan-peraturan di buat berhubung dengan bentuk dan cara untuk mengiktiraf kelulusan. Fasal ini juga bertujuan untuk mengadakan perenggan 36(2)(dda) yang baharu bagi membolehkan peraturan-peraturan dibuat berhubung dengan semua perkara berhubung dengan latihan kepakaran.

Fasal 10 bertujuan memasukkan Jadual Keempat dan Jadual Kelima yang baharu ke dalam Akta 50 yang menyenaraikan kelulusan kepakaran yang boleh didaftarkan dan untuk mengadakan senarai sub-kepakaran.

Fasal 11 mengandungi peruntukkan peralihan dan kecualian yakni saving clause. Akhir sekali.

Fasal 12 mengandungi peruntukan untuk pengesahan, validation dengan izin.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

14B Akta 50 dipinda sebagaimana dalam fasal 6 rang undang-undang tersebut bagi memastikan keteraturan proses pendaftaran pakar dengan mengadakan syarat yang lebih jelas dalam peruntukan tersebut. Secara amnya terdapat beberapa syarat yang telah diperuntukkan dalam seksyen 14B(1) sebagaimana disebut dalam fasal 6 rang undang- undang ini sebelum seseorang itu layak berdaftar sebagai pakar dalam daftar pakar ataupun NSR di bawah MMC seperti berikut:

(i) seseorang itu perlu berdaftar sebagai seorang pengamal perubatan dahulu di bawah seksyen 14 Akta 50;

(ii) pengamal perubatan perlu memegang mana-mana kelulusan kepakaran yang boleh didaftar seperti yang disenaraikan dalam jadual baharu iaitu Jadual Keempat;

(iii) pengamal perubatan tersebut perlu menyempurnakan latihan kepakaran. Itu juga adalah penting Tuan Yang di-Pertua;

(iv) pengamal perubatan tersebut juga perlu menjalani pengalaman kerja yang diselia ataupun supervised work experience atau dia telah membuktikan pengalaman kerjayanya sehingga MMC berpuas hati. That would be a special route of the various experience and figura yang termasyhur atau tersohor kebolehannya; dan akhir sekali

(v) pengamal perubatan tersebut telah membuktikan sehingga MMC berpuas hati bahawa dia adalah kompeten dan mempunyai akhlak yang baik.

Dalam hal berkaitan dengan syarat memegang kelulusan kepakaran yang diiktiraf, satu jadual baru atau Jadual Keempat diwujudkan dalam rang undang-undang ini yang menyenaraikan semua kelulusan kepakaran yang boleh didaftarkan. Dengan adanya Jadual Keempat ini tata kelola penyenaraian kelulusan kepakaran perubatan dapat dilakukan dengan lebih teratur serta lebih jelas dan suatu proses perlu diwujudkan oleh MMC bagi mengemas kini senarai kelulusan dalam jadual ini dari semasa ke semasa.

Subseksyen 14B(4) dalam rang undang-undang ini telah memperuntukkan kuasa Menteri setelah berunding, pentingnya. Setelah berunding dengan MMC untuk meminda Jadual Keempat tersebut sebagaimana kuasa yang sedia ada diwujudkan dalam subseksyen 12(2) Akta 50 bagi meminda Jadual Kedua, sama saja iaitu in the same vein dengan izin, iaitu satu jadual yang menyenaraikan kelulusan yang boleh didaftar sebagai pengamal perubatan atau dengan izin, list of registrable qualifications. Ya, itu Jadual Kedua dulu.

Buat masa ini, terdapat 296 kelulusan disenaraikan dalam Jadual Keempat. 296 kelulusan disenaraikan dalam Jadual Keempat. Terdapat 115 kelulusan kepakaran- yang

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

disenaraikan adalah kelulusan dari institut pendidikan tinggi tempatan di Malaysia jauh lebih tinggi bilangannya mengatasi kelulusan yang disenaraikan dari negara-negara lain.

Namun kedua-duanya adalah penting untuk kita pastikan jumlah dan kuantitinya dapat kita jamin sementara kita tidak berkompromi dengan apa pun dari sudut kualiti.

Sebagai contoh hanya terdapat 68 kelulusan disenaraikan dari negara United Kingdom. Dari semasa ke semasa, KKM percaya lebih banyak kelulusan dari institusi pendidikan tinggi tempatan akan disenaraikan dalam Jadual Keempat.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi antara syarat yang melayakkan seseorang didaftarkan sebagai pakar dia perlu menyempurnakan latihan kepakaran. Dalam fasal 6 juga subseksyen 14B(3) telah dimasukkan yang mentafsirkan latihan kepakaran yang merujuk kepada suatu latihan yang diluluskan oleh MMC berhubungan suatu kepakaran yang disediakan oleh sama ada KKM atau institusi pendidikan tinggi tempatan atau mana-mana institusi lain di Malaysia sebagaimana yang diluluskan oleh MMC.

MMC akan diberi kuasa bagi meluluskan dan mengiktiraf mana-mana latihan kepakaran baharu yang dilaksanakan dalam negara tanpa perlu merujuk kepada mana- mana akta lain termasuk Akta Agensi Kelayakan Malaysia ya. Pendekatan ini adalah selari dengan amalan sedia ada yang terpakai dalam undang-undang yang mengawal selia badan-badan profesional yang lain yang tidak terikat kepada Agensi Kelayakan Malaysia termasuklah yang terkait dengan disiplin jurutera, arkitek dan pergigian- dental. Dengan adanya peruntukan di bawah perenggan 14B(3)(a) KKM diiktiraf sebagai salah satu- institusi yang boleh menyediakan latihan. Ini dia apa yang penambahbaikan yang kita sebutkan lebih awal tadi di mana KKM bukan diiktiraf sebagai pemberi pendidikan tinggi. Diiktiraf sebagai salah satu- institusi yang boleh menyediakan latihan kepakaran seperti mana institusi pendidikan tinggi tempatan.

Ini seterusnya dapat memastikan ketidakaturan pelaksanaan latihan kepakaran dalam negara kerana seperti yang saya maklumkan tadi kebanyakan latihan kepakaran dalam bidang perubatan adalah dilakukan di fasiliti KKM. Hampir lebih daripada 75-80 peratus. Latihan dikendalikan oleh pakar-pakar KKM. Pengamal perubatan yang menjalani laluan parallel sedia ada dalam pelbagai bidang boleh disahkan sebagai telah tamat latihan oleh KKM setelah mereka memenuhi semua keperluan latihan.

Tuan Yang di-Pertua, kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan KKM. Dengan adanya peruntukan dalam perenggan 14B(3)(a) semua latihan kepakaran baharu sama ada program sarjana perubatan atau laluan parallel perlu mendapat kelulusan dan pengiktirafan MMC.

Satu program latihan boleh diiktiraf atau diluluskan oleh MMC sekiranya ia memenuhi piawaian atau standard umum latihan kepakaran tersebut atau dikenali sebagai The Malaysian Standard for Medical Specialist Training dan piawai standard yang lebih spesifik mengikut bidang-bidang kepakaran tertentu atau The Specialty Specific Requirements atau SSR yang disediakan oleh MMC.

Proses pengiktirafan dan kelulusan latihan kepakaran baharu yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi tempatan akan diselaraskan selari dengan proses akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia agar proses tersebut dapat diperkemaskan atau streamlined dengan izin, agar tidak timbul duplikasi proses kerja yang tidak perlu.

Bagi institusi selain dari institusi pendidikan tinggi termasuklah KKM, permohonan pengiktirafan latihan kepakaran baharu perlu dibuat terus kepada MMC dan bukan melalui Agensi Kelayakan Malaysia. Namun begitu pengiktirafan dan kelulusan latihan kepakaran baharu tersebut perlu dibuat bersandarkan kepada piawaian atau standard yang sama.

Yang pentingnya panel penilai atau the panel of assessors dengan izin, yang sama yang dikenal pasti oleh MMC akan digunakan untuk melaksanakan penilaian terhadap mana-mana latihan kepakaran baharu pada masa akan datang. Sama ada ia disediakan oleh institusi pendidikan tinggi tempatan atau lain-lain institusi termasuklah KKM sendiri.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dengan adanya penjelasan ini tiada lagi timbul tanggapan akan terdapat layanan berbeza, double standard atau dua darjat dan sebagainya yang dikenakan ke atas institusi yang berbeza. Pegawai-pegawai di KKM dan KPT telah pun memulakan perbincangan awal yang memperhalusi proses kerja ini, the work flow. Tuan Yang di-Pertua, pengalaman kerja yang diselia juga dijadikan sebagai salah satu syarat ya untuk berdaftar sebagai pakar perubatan. Tempoh pengalaman kerja yang diselia ini adalah penting untuk memastikan proses pengiktirafan dan pendaftaran pakar ini dapat diselarikan dengan proses pelantikan pakar atau lebih dikenali sebagai proses pewartaan ataupun gazettement pakar yang dilaksanakan di sektor awam selama ini di bawah Perintah 27 Bab F Perintah-perintah Am. Ini terdahulu daripada wujudnya NSR setelah dilaksanakan pindaan pertama 2012 yang akhirnya menyaksikan pelaksanaannya di 2017.

Ya, terdahulu daripada itu semua pewartaan, pengiktirafan dan pendaftaran sebagai dalam apa yang dikatakan sebagai didaftar pakar itu dikendalikan mengikut punca kuasa Perintah 27 Bab F Perintah-perintah Am yang dikendalikan oleh The Academy of Medicine Malaysia daripada penilaian antara lainnya Jawatankuasa Khas Perubatan. Itu sudah menjadi pengetahuan umum agaknya sekarang ini.

Dalam proses pewartaan pakar ini, semua pengamal perubatan yang telah tamat latihan kepakaran perlu melalui satu tempoh pemerhatian dan penilaian sekurang- kurangnya enam bulan sebelum dia boleh dilantik sebagai pakar dalam sektor awam oleh Ketua Pengarah Kesihatan melalui nasihat Jawatankuasa Khas Perubatan. So, it’s not that when you’re qualified you can be immediately eligible for entry but you have got to go. Kita perlu melalui proses gazettement atau sekurang-kurangnya enam bulan hingga 12 atau 18 bulan mengikut keupayaan dan sebagainya, keperluan. Ini merupakan sebahagian daripada usaha KKM bagi memastikan perkhidmatan kepakaran yang diberikan kepada rakyat adalah berkualiti dan keselamatan pesakit juga terjamin.

Tidak ada yang menimbulkan persoalan kekhuatiran, anxiety over quality, ini antara perkara dan langkah yang kita turunkan dan kita cerakinkan dan kita susun.

Pelaksanaan pewartaan pakar ini akan diselarikan melalui pengalaman kerja yang diselia ini susulan daripada pindaan Akta 50 ini. Namun begitu, sekiranya seseorang perubatan itu boleh membuktikan, ini kalau laluannya agak special coming ya, individu dan figura- figura tertentu that do not want to go through this.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Namun begitu, sekiranya kalau seseorang pengamal perubatan itu boleh membuktikan dia mempunyai pengalaman kerja yang luas sehingga MMC berpuas hati, dia balik dari John Hopkins ke, dia balik daripada mana-mana pun ya, yang boleh membuktikan dan menunjukkan evidence bahawa dia punya kepakaran yang diiktiraf, dia well- world-renowned dan sebagainya, maka dia tidak perlu menjalani pengalaman kerja yang diselia sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Sebagai contoh, jika ada pengamal perubatan yang telah lama bekerja di luar negara dan mempunyai kepakaran yang luas dan ingin pulang berkhidmat di negara kita, dia tidak perlu menjalani satu tempoh pengalaman kerja yang diselia tersebut, tertakluk kepada penilaian dan pertimbangan wajar daripada MMC itu. Kita juga pada waktu yang sama, kita stringent, tetapi kita longgar pada tempat dan pada waktu dan kondisinya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Fasal 6 juga, subseksyen 14B(2) juga diperkenalkan yang mana ia memberi kuasa kepada MMC untuk membuat syor kepada Menteri bagi mendaftarkan mana-mana orang sebagai pakar- ini kurang lebih sama yang tadi. Sebagai pakar, sekiranya dia tidak memenuhi syarat dalam perenggan 14B(1)(b) atau (c)- dia atau ya- ia memegang suatu kelulusan kepakaran atau telah menyempurnakan latihan kepakaran, MMC boleh membuat syor sekiranya suatu kelulusan kepakaran atau latihan kepakaran yang telah dilalui adalah setanding. Seterusnya, kepakarannya mempunyai nilai khusus kepada negara.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ini memberikan kuasa, ya. Ini sekali gus memberi kuasa kepada MMC untuk menilai dan membuat syor bagi mengiktiraf seseorang pengamal perubatan, khususnya mereka yang dilatih dan mengamal di luar negara, yang mana pengalaman serta struktur latihan, serta kelulusan yang diperolehnya adalah berbeza dengan apa yang dilaksanakan dan diamalkan di negara kita. MMC juga boleh membuat syor kepada Menteri bagi mengenakan apa-apa syarat dan sekatan jika difikirkan patut dan perlu sebelum seseorang itu boleh berdaftar melalui cara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Fasal 6 rang undang-undang ini, seksyen 14D diperkenalkan bagi membolehkan MMC mendaftar mana-mana pakar yang telah didaftarkan di bawah Akta 50 untuk didaftarkan dalam satu- sub kepakaran. Ini satu yang baharu, Tuan Yang di-Pertua- Dato’ Yang di-Pertua kerana ia tidak pernah wujud terdahulu ini. Walaupun banyak sub kepakaran yang diiktiraf, ada juga yang diiktiraf tetapi tidak pernah dapat kita jadualkan dan kita masukkan dalam Akta Perubatan ini.

Dalam satu- sub kepakaran, sebagaimana yang dinyatakan dalam suatu jadual baharu yakni Jadual 5 ya, Dato’ Yang di-Pertua, MMC boleh menentukan bentuk dan cara untuk mendaftar pakar ini dan boleh mengenakan apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan wajar dan perlu.

Tuan Yang di-Pertua- Dato’ Yang di-Pertua, kita beralih kepada perkara seterusnya iaitu komposisi MMC. Mungkin ada yang mahu meneliti hal ini. Buat masa ini, MMC dianggotai oleh 33 orang Majlis termasuk Yang Dipertua Majlis, yang secara default- nya ia merupakan Ketua Pengarah Kesihatan, Director General of MOH, dengan izin.

17 daripada keseluruhan ahli Majlis merupkan pengamal perubatan berdaftar yang dipilih melalui pemilihan- elected atau pilihan raya yang mana 15 orang ahli adalah mewakili Semenanjung Malaysia dan seorang mewakili Sarawak dan seorang mewakili Sabah. Manakala, 15 daripada keseluruhan Ahli Majlis- ahli yang dilantik mewakili pelbagai sektor seperti sembilan orang wakil universiti dan kolej universiti tempatan, dan tiga orang wakil sektor swasta dan tiga orang wakil daripada perkhidmatan awam.

Mengambil kira bahawa MMC merupakan satu- agensi yang amat penting di bawah KKM, Yang Dipertua Majlis Perubatan Malaysia perlu dikekalkan, dipegang oleh Ketua Pengarah Kesihatan ataupun Director General sendiri. Ini bagi memastikan dasar- dasar yang diputuskan oleh kerajaan dalam sektor kesihatan khususnya yang terkait dengan amalan dan profesion perubatan harus diselarikan dengan pelaksanaan yang dibuat oleh MMC.

Perubahan terhadap komposisi MMC ini disebut dalam Fasal 3 rang undang- undang ini, seperti yang telah disepakati bersama KPT, ya. Yakni, KKM bersama KPT iaitu tujuh orang perwakilan yang mewakili perkhidmatan awam dan lima orang perwakilan yang mewakili universiti dan kolej universiti tempatan. Daripada tujuh orang perwakilan yang mewakili perkhidmatan awam, seorang perwakilan- seorang wakil akan diperuntukkan untuk pengamal dari Sarawak dan seorang perwakilan akan diperuntukkan untuk pengamal dari Sabah.

Selain itu, pihak KPT juga berhasrat untuk melantik lima orang wakil daripada universiti dan kolej universiti tempatan iaitu satu Pengerusi Majlis Dekan, wakil universiti awam, satu Semenanjung dan satu Sabah/Sarawak dan wakil universiti swasta, satu daripada Borneo yakni satu Semenanjung dan satu Sabah/Sarawak.

Dato’ Yang di-Pertua, Fasal 11 mengandungi semua peruntukan kecuali dan peralihan, the saving clause, Dato’ Yang di-Pertua. Peruntukan ini penting bagi memastikan keteraturan pendaftaran pengamal perubatan sebagai pakar perubatan antara 1 Julai 2017 iaitu tarikh Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dikuat kuasa dan sebelum Akta (Pindaan) 2024 ini berkuat kuasa. Ini the saving clause yang akan merangkumi julat waktu yang saya sebutkan antara 2017, 1st July dan berkuat kuasanya apabila kita telah luluskan ini, Akta Perubatan ini.

Ini berikutan ketidakaturan pelaksanaan latihan kepakaran perubatan bagi kedua- dua laluan, yakni program sarjana perubatan dan laluan parallel sebagaimana yang telah

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

saya sebutkan pada awal pembentangan saya tadi. Jadi, ini the saving clause. Peruntukan ini memastikan ketidakaturan itu diambil kira.

Pengamal perubatan yang telah menjalani satu latihan kepakaran yang disediakan oleh KKM atau institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan, yang latihan dijalankan di kemudahan KKM atau di mana-mana institusi di luar Malaysia dan memegang kelulusan yang diiktiraf oleh MMC yang mana pengamal ini telah pun didaftarkan sebagai pakar di bawah Akta 50 atau telah dilantik sebagai pakar oleh Ketua Pengarah hendaklah disifatkan, didaftarkan sebagai pakar di bawah akta ini. Deemed as- the subsume ataupun yang diperuntukkan dalam saving clause ini, kekal sebagai pakar di bawah akta ini.

Pengamal perubatan yang telah- kedua, pengamal perubatan yang telah menyempurnakan latihan kepakaran hendaklah disifatkan berhak untuk didaftarkan sebagai pakar di bawah akta ini. Manakala, pengamal perubatan yang sedang menjalani latihan kepakaran bagi maksud untuk berhak didaftarkan sebagai pakar hendaklah disifatkan juga sedang menjalani latihan kepakaran di bawah akta ini. Itu yang kedua, saving clause-nya.

Ketiga, mana-mana latihan dalam satu kepakaran sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini, yang disediakan oleh KKM ataupun institusi pendidikan tinggi tempatan ataupun mana-mana institusi yang lain di Malaysia bagi maksud pendaftaran pakar, hendaklah disifatkan juga- deemed sebagai latihan kepakaran di bawah akta ini. Ini bermakna, semua Program Sarjana Perubatan yang dilaksanakan oleh universiti- universiti pendidikan tempatan serta semua laluan parallel yang telah saya sebutkan pada awal pembentangan tadi, adalah disifatkan sebagai latihan kepakaran yang telah diiktiraf.

Dato’ Yang di-Pertua, dengan adanya beberapa pindaan serta kemasukan peruntukan baharu Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024 ini, termasuklah Fasal 11 ya, berkenaan saving clause, kecualian dan peralihan tadi, maka kita dapat memastikan keteraturan terhadap apa yang tidak teratur selama ini untuk kedua-dua jenis laluan latihan kepakaran perubatan, akan dapat kita selesai dan kita rungkaikan kemelut dan polemik ini.

Jadi, kemelut atau polemik berkenaan pendaftaran pengamal perubatan yang memegang beberapa kelulusan antarabangsa yang terjejas, dengan isu pengiktirafan ini, dapat kita selesaikan dengan tuntas dan sebaik mungkin. Inilah yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak bahawa kita telah meletakkan keteraturan dalam hal yang tidak teratur sekian lama ini, yang menjejaskan empat- yang meletakkan empat orang graduan daripada FRC, yang selain itu terjejas dari sudut eligibility untuk mendapatkan pendaftaran dalam NSR sedikit waktu dahulu.

Pada masa hadapan, kita tidak mahu ada pihak yang cuba mempersoalkan ketidakaturan ini lagi. Kita tidak mahu juga kerajaan terus terdedah dengan risiko perundangan sebenar atau real legal risk ya, yang berbangkit dengan daripada prinsip jangkaan sah ataupun legitimate expectation. Bermakna, graduan yang telah dihantar dengan Hadiah Latihan Persekutuan telah menjalani latihan sebaik selama empat, lima, enam tahun dan kembali untuk mendapatkan pendaftaran dalam NSR tetapi dinafikan.

Maka, ia adalah satu legitimate expectation daripada kalangan pengamal perubatan yang telah menjalani latihan kepakaran tersebut, yang di mana kita ada dan kita tahu bagaimana kerajaan di-issued by this, dengan izin ya. Didakwa dengan legitimate expectation yang daripada kalangan mereka yang telah melalui program-program, khasnya parallel pathway ini. Yang kita mahukan pakar-pakar yang selamat untuk mengamal sebagai pakar yang dapat menyediakan perkhidmatan terbaik, kepakaran yang berkualiti kepada rakyat.

final • 8:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato' Yang di-Pertua...

Rang undang-undang telah saya bentangkan,

final • 8:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

*Untuk kita semua bahaskan, Keteraturan kita wujudkan, Supaya esok tidak menjadi pertikaian.

Kerjasama harus kita galakkan, Semua pihak kita harmonikan, Keselamatan pesakit kita utamakan, Kualiti perkhidmatan kita pertingkatkan.

Profesion perubatan kita martabatkan, Hentikan segala perbalahan, Masa depan anak-anak kita fikirkan, Niat dan tujuan mari kita perbetulkan.

Transformasi kesihatan harus kita bincangkan, Kertas putih perlu kita realisasikan, Banyak perkara harus kita selesaikan, Masa terlalu singkat untuk kita kejarkan.* Ayuh! Kita bergerak ke hadapan. Demi negara, demi rakyat, demi pesakit yang memerlukan. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 8:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

[Ketawa]

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ada yang menyokong?

final • 8:50 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

[Ketawa] Saya mohon menyokong.

final • 8:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Beginilah adanya. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perubatan 1971 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Ini saya akan- bahawa ini adalah pindaan kepada akta. Bermakna, Peraturan Mesyuarat 36(1) berkuat kuasa.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ini adalah senarai yang saya akan baca 12 orang dahulu. Dia bermula dengan Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Betong dan Yang Berhormat Setiu. Ya, saya bacakan 12 nama dahulu. Ini kerana kekangan masa, saya bacakan 12 dahulu.

Dengan sedemikian, saya mempersilakan untuk membuka tirai, Yang Berhormat Bagan.

final • 8:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Perubatan (Pindaan) 2024. Umum diketahui, isu mengenai parallel pathway programme, dengan izin telah menggegarkan negara khususnya di sektor kesihatan sejak ia dibangkit dalam Dewan Negara oleh Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran dari DAP Pulau Pinang pada bulan Mac ini.

Pertama sekali, izinkan saya untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, Jabatan Peguam Negara, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua yang turut terlibat

final • 8:52 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

dalam menghasilkan Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024 yang pada pendapat saya sangat komprehensif dan digubal demi kepentingan negara.

Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa RUU ini telah disiapkan dalam masa kurang dari empat bulan sahaja untuk memastikan negara yang tercinta ini akan mempunyai bilangan doktor pakar yang mencukupi serta masa menunggu yang lebih singkat untuk perkhidmatan doktor pakar.

Baru-baru ini, saya telah bertemu dengan seorang pakar bedah hospital awam yang menzahirkan kekesalan beliau atas ramai pesakit beliau yang telah meninggal dunia sebelum tiba giliran mereka untuk menjalani pembedahan mereka. Lagi pedih dalam hospital tersebut, sudah ada dua orang yang telah pun lulus parallel pathway programme Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi masih lagi tidak diiktiraf sebagai seorang pakar bedah. Oleh yang demikian, tidak dapat melaksanakan tugas sebagai seorang pakar bedah.

Berapa ramai lagi pesakit yang harus meninggal dunia jika kita tidak meluluskan rang undang-undang ini...? Janganlah kita berpeluk tubuh dan buat tak kisah semata-mata kerana tidak sehaluan dalam ideologi politik. Ini bukan isu perbezaan pegangan politik tetapi dengan izin, it is a matter of life and death. Kita- semua sedia maklum bahawa terdapat empat program latihan kepakaran laluan parallel Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak diiktiraf oleh MMC buat masa sekarang. Program-program tersebut termasuk pembedahan kardiotorasik, plastik dan perubatan keluarga. Jawapan bertulis kepada saya dalam Parlimen daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan bahawa ada 16 orang pelatih kepakaran pembedahan kardiotorasik, tujuh orang pelatih kepakaran pembedahan plastik dan 1,403 orang pelatih perubatan keluarga sedang menjalani latihan kepakaran laluan parallel.

Saya turut dimaklumkan bahawa anggaran perbelanjaan untuk mereka ini mencecah sehingga RM103 juta. Bagi enam orang pakar pembedahan kardiotorasik, empat orang Pakar Pembedahan Plastik dan 102 orang Pakar Perubatan Keluarga yang telah habiskan latihan sebanyak hampir RM10 juta telah pun dibelanjakan. Bayangkan kerugian sebanyak RM113 juta yang bakal ditanggung kerajaan dan juga oleh pelatih tersebut sendiri jika kesemua mereka tidak dapat diiktiraf sebagai seorang pakar di negara kita. Lagi menyedihkan adalah- seramai 112 orang Pegawai Perubatan ini yang telah menamatkan latihan kepakaran laluan parallel yang tidak dapat didaftarkan sebagai pakar oleh MMC kerana tidak ada pindaan kepada Akta Perubatan 1971.

Saya difahamkan bahawa sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka telah menerima tawaran kerja di UK dan seorang lagi di Australia. Saya memang rasa pelik.

Kenapa Ijazah latihan kepakaran laluan parallel mereka diterima oleh negara asing yang maju tetapi tidak di Malaysia...? Kita kehilangan doktor-doktor pakar yang amat merugikan negara. Jika kita melihat tentang bilangan doktor-doktor yang akan kehilangan, kita kena ingat, sekurang-kurangnya 22 badan profesional telah menyokong pindaan ini termasuk badan-badan seperti MMA, College of Surgeons, College of Physicians, Academy of Malaysian Physician dan lain-lain.

Oleh itu, saya ingin menyatakan sokongan sepenuhnya ke atas syor Yang Berhormat Kesihatan untuk meminda Akta Perubatan di Parlimen hari ini supaya mengiktiraf doktor-doktor pakar di bawah Program Parallel Pathway ini. Kita kena ingat, sekiranya kita tidak meluluskan pindaan ini, akan kehilangan 1,538 orang doktor pakar di Malaysia. Berapa ramai akan kehilangan nyawa...? Kalau kita lihat brain drain penghijrahan orang yang berbakat ini lah kerugian yang begitu besar selain daripada perbelanjaan sebanyak RM113 juta yang telah pun dibelanjakan.

Oleh itu, saya harap bahawa Ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya di pihak pembangkang dapat membelakangkan sentimen tidak sihat dan sebaliknya menyokong rang undang-undang ini. Ini kerana untuk doktor yang berikan rawatan dan pesakit yang mengharapkan rawatan daripada doktor-doktor pakar, mereka tidak lihat warna kulit.

Semua sama kerana doktor hanya merawat manusia dan insan.

final • 8:52 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di sini, saya juga ingin bertanyakan tentang pengiktirafan daripada kolej-kolej antarabangsa yang saya rasa diterima, diiktiraf oleh seluruh dunia. Bolehkah kita perluaskan selain daripada tentu universiti di negara kita sendiri. Sebagai contohnya, ada yang mendapat sarjana muda perubatan, pergi ke Ukraine, pergi ke Rusia, diterima.

Mengapakah tidak kita juga terima universiti-universiti daripada universiti yang terkenal di negara Taiwan dan juga negara China yang diterima secara umum di peringkat antarabangsa selain juga beberapa buah universiti yang terkemuka daripada negara India? So, di sini kita harus perluaskan. Kalau satu dunia terima Sijil Perubatan atau Sarjana Muda mereka, mengapakah tidak kita dalam negara Malaysia?

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merujuk kepada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Doktor Azizan Abdul Aziz yang menyokong pindaan ini bahawa kita harus mengiktiraf program latihan kepakaran laluan parallel sebagai jalan keluar untuk mengatasi kekurangan kritikal doktor-doktor pakar di Malaysia.

final • 8:52 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Di samping manfaat utama ini, beliau juga menyebut tentang bertambahnya peluang latihan pelbagai yang boleh mengurangkan aliran keluar ke negara asing di kalangan doktor-doktor berbakat serta menambah baik perkhidmatan perubatan tempatan. Ini penting kerana kalau tidak bukan sahaja rugi dalam aspek kewangan tetapi kita akan kehilangan doktor-doktor pakar ini ke negara lain dan saya rasa amat penting kerana memang sudah saya tidak tahu berapa yang sudah meninggal dunia.

Mungkin ada angka-angka oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan tetapi haruslah kita segerakan tanpa membuang masa supaya mereka boleh dapat perkhidmatan yang terbaik. Sekali lagi saya menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 9:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam RUU pindaan Akta Perubatan 1971.

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada KKM. Saya kira dengan usaha kakitangan mereka bertungkus lumus untuk menyediakan satu rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada KKM yang menyediakan perkhidmatan hospital untuk menjadi penyedia latihan kepakaran di dalam negara kita.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada IPT-IPT di negara kita yang telah menjalankan program-program latihan kepakaran sehingga pada hari ini. Juga kepada pakar-pakar yang ada di dalam negara kita yang terutamanya yang berkhidmat di hospital-hospital KKM yang mana mereka ini telah dilatih tidak kiralah mereka ini keluaran daripada kepakaran institusi mana pun, mereka telah terlibat di dalam melatih pelatih-pelatih pakar kita selama ini untuk menjadi pakar-pakar di dalam negara kita.

Saya kira seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan bahawa isunya adalah apabila berlaku pindaan Akta Perubatan 1971 pada 2012 yang dikuasakan pada 2017 yang mana saya kira isu ini bermula dan ianya cukup besar apabila pada 21 Disember 2023 Majlis Perubatan Malaysia mengesahkan kelayakan FRCS Edinburgh Cardiothoracic Surgery tidak diiktiraf sehingga tidak memungkinkan pelatih- pelatih pakar kita yang telah lulus dalam latihan kepakaran mereka ini tidak dapat disenaraikan dalam NSR.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya melihat isu yang besar adalah disebabkan oleh ketidakpatuhan, tidak mengikuti melalui program-program yang diiktiraf sebagai high education provider dan juga tidak kepakaran yang ada itu, tidak kelayakan itu tidak disenaraikan dalam senarai kepakaran yang diiktiraf.

Dalam RUU pindaan ini saya ingin mengambil beberapa perkara untuk saya bahaskan di sini pertamanya adalah berkaitan dengan kuasa, saya kira kuasa ini dipusatkan kepada satu- badan iaitu Majlis Perubatan Malaysia ataupun Malaysian Medical Council (MMC). Kuasa pengiktirafan kelayakan pindaan digugurkan 42H yang memberikan kuasa pengiktirafan dan akreditasi kelayakan perubatan berdasarkan pada syor Jawatankuasa Tindakan Bersama yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679] bagi tujuan pendaftaran dan diganti dengan H mengiktiraf kelayakan bagi pendaftaran pengamal perubatan di bawah akta ini. Ini bermakna MMC diberikan kuasa menjalankan pengiktirafan kelayakan tanpa merujuk kepada Akta MQA.

Kedua, kuasa pengiktirafan institusi latihan. Apabila takrifan kelayakan pakar yang diiktiraf digugurkan, kuasa pengiktirafan institusi hanya dilakukan oleh MMC seperti yang dicadangkan pada seksyen 14, perenggan 14(2A)(a). Ini bermakna pengiktirafan institusi pendidikan latihan beralih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kepada MMC.

Ini lah satu perubahan besar dan perubahan dasar yang besar dalam pengajian tinggi dan mungkin akan melibatkan profesion lain. Adakah KPT sudah mengkaji impak pindaan ini ke atas program profesional-profesional yang lain?

Kemudian berkaitan dengan ‘C’- kuasa meluluskan program apabila tafsiran “latihan kepakaran” ditambah kuasa meluluskan program latihan dilakukan oleh MMC seperti yang diertikan suatu latihan kepakaran yang disebut dalam seksyen 14B(a)...

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, di sini, sini.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya tinggal 1 minit nanti Yang Berhormat boleh bahas.

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Hendak minta penjelasan sedikit sahaja.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya melihat bahawa pindaan ini bermakna MMC diberi kuasa untuk mengiktiraf institusi dan meluluskan program latihan dan mengiktiraf kelayakan. Ini bermakna tiada check and balance daripada segi kebebasan menjamin kualiti kerana majlis yang sama melaksanakan semua proses. Ini berbeza dengan proses yang dilalui oleh institusi pengajian tempatan yang memperoleh kelulusan menjalankan program daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan menjamin kualiti daripada MQA. Ini adalah proses yang menjamin keutuhan sistem kualiti yang diamalkan di peringkat antarabangsa.

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, hendak tanya satu soalan sahaja.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Memberi kuasa kepada suatu- badan iaitu MMC akan membuka ruang kepada salah guna kuasa. Jika RUU ini diluluskan, kita akan mendedahkan kualiti sistem kesihatan kepada risiko reputasi yang akan menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa. Kesan yang paling penting adalah kesan medical tourism.

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, hendak minta penjelasan pasal poin nombor 1 pasal MQA, boleh tidak?

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kemudian saya ingat saya...

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Minta pandangan sahaja. Satu soalan.

Bolehlah satu ayat Speaker.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, ada berapa minit lagi saya?

final • 9:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ini floor Yang Berhormat.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kalau diberikan masa yang agak...

final • 9:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terpulang kepada Yang Berhormat. Saya...

[Tidak jelas] .

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Satu soalan sahaja, senang. Yang Berhormat, saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat. Tadi disebutkan poin pertama tadi, Yang Berhormat merujuk kepada MQA berkenaan dengan punca kuasa MQA ada dan KKM tidak ada sebagai healthcare provider, tetapi adakah Yang Berhormat sedar dan tahu bahawasanya Perkara 3, Bahagian 2 dalam Akta MQA sendiri menyatakan secara sangat jelasnya bahawasanya kelayakan atau professional qualification MQA tak terpakai.

Jadi apa pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan specifically Perkara 3, Bahagian 2, Akta MQA? Terima kasih.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya faham. Saya ingat ramai yang faham. Sebab itu ini yang antara menjadi pertikaian sehinggalah KKM merujuk kepada AGC untuk mendapatkan takrifan yang sebenarnya dan saya kira inilah jalan penyelesaian yang disebutkan oleh Menteri sendiri. Tidak apa, saya jawab nanti Yang Berhormat itu. Okey, okey.

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Itulah pasal saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat sokong, kerana perkara ini menyelesaikan pertikaian itu..?

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kemudian orang yang berhak untuk didaftarkan sebagai pakar. Saya suka terus mengambil perkara di sini, pindaan ini memperkenalkan Jadual Keempat dan Kelima 14D yang tidak wujud, yang tidak pernah wujud dalam Akta Pindaan 2012, “Kelayakan yang terkandung jika Jadual hendak diluluskan mestilah melalui proses pengiktirafan oleh MMC dahulu.” Bagaimana kelayakan yang terkandung di dalam Jadual Empat dan Lima...

final • 9:01 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, bukan tak wujud dia ada selepas itu dipadam dan dia hilang.

final • 9:01 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Woi, duduklah. Apa ini bukan floor awak.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Adakah ia juga mengandungi kelayakan yang diragui.

final • 9:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 9:01 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bodoh betullah.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kedua-dua Jadual ini hendaklah dibentangkan dan dibahaskan dahulu sebelum kita menerima pindaan ini.

Kemasukan kelayakan yang diragui akan mencemar kesucian jadual kelayakan dan tidak dipercayai oleh orang ramai.

Berkaitan dengan pindaan yang menerima latihan yang disediakan di luar negara, kita mesti pastikan latihan dan kelayakan yang diberi diterima untuk didaftarkan di negara asal oleh pakar. Saranan ini mesti dimasukkan di dalam 3(b). Tentang kuasa Menteri dalam 14B(4), kedua-dua jadual patut dikaji dan jika perlu dipinda sekurang-kurangnya tempoh setiap lima tahun. Ini akan memastikan kelayakan yang dimasukkan adalah yang terkini daripada segi pengiktirafan sama ada di dalam ataupun di luar negara.

Contohnya bagi kepakaran surgeri selepas 2020 hanya inter-college examination diterima. Jika kita tidak mengkaji daripada semasa ke semasa, kita akan memenuhi...

final • 9:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat 30 saat.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Mengenai Jadual dan kelayakan yang sudah lapuk, kita mahu MMC buat kajian ini, Menteri tidak perlu, saya kira kuasa yang diberikan kepada Menteri itu sangat besar dan saya suka agar- supaya saya ingin mencadangkan dalam (4) itu Menteri boleh daripada semasa ke semasa dengan syor Majlis membuat tambahan kepada memotong dan meminda Jadual Keempat dan Jadual Kelima bagi perintah yang disiarkan dalam warta. Saya suka mengambil di sini juga...

final • 9:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat 15 saat lagi.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Mencadangkan agar berkaitan dengan...

final • 9:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masa 15 saat lagi. Saya sudah bagi 3 minit lebih ini.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey, saya mencadangkan beberapa cadangan di sini antaranya ialah cadangan empat kursus yang tidak diiktiraf boleh diselesaikan dengan menyerapkan mereka ke program kepakaran tempatan, pemindahan kredit dan juga pengecualian dan appeal yang mana ini dibenarkan melalui seksyen 74, Akta MQA.

final • 9:01 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya melihat juga dengan apa yang berlaku di negara kita hari ini, kita hanya ada satu sahaja institusi tempatan iaitu di UiTM yang menjalankan program latihan kepakaran kardiotorasik yang mereka ini sudah mendapat akreditasi sementara...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

...Dan saya mengharapkan- yang ini tidak masuk dalam jadual.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Lima.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kalau boleh- saya faham boleh dibincangkan di peringkat MMC dan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Empat, tiga, dua. Duduk, Yang Berhormat. Saya dah bagi banyak masa dah itu.

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Timor.

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih, Timbalan Speaker. Mohonlah jangan kacau yang dekat sana...

[Ketawa] Angka yang akan saya bawa menjadi asas kepada penghujahan saya. Dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada tahun 2023, yang dirujuk oleh HRPB kepada IJN pada tahun 2023 ialah seramai 58 orang pesakit, Hospital Pulau Pinang, tahun yang sama, ada 89 orang. Kepada UMMC pada tahun 2023- tak banyak sebab semua ini self-paid, dia bayar sendiri- 19 orang. Pada Serdang, jumlah pesakit hanya 30 orang.

Setakat semalam, latest, di Serdang, impatient waiting list, dengan izin, adalah seramai 51 orang yang mungkin dalam 50 lebih itu adanya yang datang atau dirujuk daripada HRPB Ipoh. Elective procedure waiting list, sekarang setakat semalam, 779 orang. Latest waiting list dekat Hospital Pulau Pinang, 1,400 patients tengah menunggu untuk dibedah dalam bidang kardiotorasik.

Perlu disebut di sini, dirakamkan di sini, kadar mortaliti setiap minggu di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan juga Serdang- dan betulkan saya sekiranya tak betul- adalah 1.5.

Maksudnya, ada di kalangan pesakit yang dok tunggu, tunggu, tunggu nak dibedah,

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

tunggu, tunggu, tak sampai-sampai tarikh bedah dah kembali ke Pencipta. Inilah masalah yang dihadapi oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh atau pesakit orang di sekeliling daerah Kinta atau Ipoh atau Perak secara amnya.

Saya diserang sebab- sebenarnya apa yang disebutkan oleh Bagan tadi, benda ini gegar Parlimen sejak bulan Mac. Sebenarnya pada tanggal 29 Februari pun telah saya bawa isu ini ke hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat. Juga, pada waktu yang sama, dalam soalan itu, Yang Berhormat Menteri juga jawab secara bernas.

Statistik yang mengagumkan dan menakutkan yang saya sebut tadi, tanpa sebarang kritikan kepada KKM dan pakar-pakar bedah dan juga frontliners kita, saya nak ucapkan tahniah dan syabas atas kehebatan frontliners kita, tetapi bila tak cukupnya pakar bedah, bila tak cukupnya cardiothoracic services specialist center-nya, itulah yang jadi.

Mana mahunya bila orang yang memang tak mampu, tak punya keupayaan kewangan nak travel ke Kuala Lumpur, ke Serdang, nak travel ke Pulau Pinang, ambil cuti lagi. Mana mahunya. Bukan tak sior. Tak mampu. Tak kuasa.

Jadi, di sinilah apabila adanya pihak-pihak yang menyerang, mengkritik sesiapa yang menyokong pindaan ini supaya kita boleh mempercepatkan menambah bilangan orang-orang Malaysia, doktor-doktor Malaysia, bakal pakar-pakar bedah Malaysia yang telah melalui ujian peperiksaan, latihan, ujian sekali lagi, yang betul-betul layak dalam melalui cara dan program latihan yang telah menghasilkan pakar-pakar bedah puluhan tahun ini, tiba-tiba kata nak main sentimen, sini sana kata bahaya. Sini sana kata tiba- tibanya yang telah latih puluhan tahun, puluhan pakar bedah kata tak selamat. Tang mana tuduhan, dakwaan dan tohmahan tak selamat itu?

Kalau nak kata tak selamat, kena ada angka, kena ada fakta, kena ada statistik kata berbanding dengan dulu, latihan ini menghasilkan kebahayaan atau mortality rate yang meningkat. Tak ada. Dia hanya main hantam kata bahaya. Lepas itu, siap dengan kata it is not easy to become a surgeon. Siapa tak tahu? Bila tak cukupnya surgeon, when it is not easy to be a surgeon, you do not make it even more difficult when you need more surgeons. Betul tak, Yang Berhormat Menteri?

Saya ini bukan nak gertak, bukan nak ugut tetapi sesiapa yang menghalang pindaan undang-undang ini, pindaan undang-undang ini yang bakal menyelamatkan lagi lebih ramai orang rakyat Malaysia yang perlukan pembedahan, siapa yang sekat kelayakan yang perlu diberi kepada mereka yang dah habis kelayakan, mereka sedang membunuh orang Ipoh, orang Perak yang perlukan pembedahan...

final • 9:10 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Apa pula, apa ini...?

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Setuju tak setuju? Tak setuju, maka nak membunuh orang Ipoh lah...

final • 9:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jadi, masa dah ...

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ipoh Timur, boleh?

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dah tak cukup masa. Ayat yang last, ayat yang last.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Boleh, boleh ya?

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ayat yang last. Okey, okey. Boleh, boleh.

Boleh Speaker bagi sikit tambahan, boleh? Sila.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey, terima kasih.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu soalan sahaja. Satu soalan sahaja.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya nak tanya Ipoh Timur.

Dengan kelulusan kalau dijangka ini, bilakah agak-agaknya kita boleh daftarkan mereka ini dalam NSR? Hari ini kita lihat kita dah luluskan, sebagai contoh, Akta Kawalan Merokok Demi Kesihatan Awam, tapi sampai hari ini pun, saya dengar-dengar bulan Ogos nanti.

Bermakna, lapan bulan. Pengalaman kita, kita luluskan pinda akta pada tahun 2012, tahun

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

2017 baru kita...

[Tidak jelas] Saya khuatir mereka ini terus menjadi mangsa. Kita tidak daftarkan. Sebab, kuat kuasaan itu akan luas.

Sebab itu saya mencadangkan di bawah MQA, seksyen 74A itu, dengan membuat kredit transfer, itu lagi memudahkan. Mungkin tak sampai lima bulan, enam bulan mereka boleh didaftarkan. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Ipoh Timor, sila habiskan.

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Saya terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat- Kuala Langat ya? Bukan Hulu Langat. Kuala Langat. Saya setuju. Saya pun nak secepat, sepantas mungkin kita melayakkan, menggazetkan mereka. Sebab, sekarang ini kita ada 14. Pada ketika ini, ada 14 orang pakar bedah kardiotorasik di Malaysia. Betul, Menteri? 14 orang. Tiga orang daripada 14 itu kontrak. Seorang lagi sat lagi mungkin nak letak jawatan ke- dia kontrak itu bila-bila boleh letak jawatan, bila-bila boleh tak sambung kontrak.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ada seorang lagi mungkin sat lagi nak letak jawatan. Maka mungkin pada hujung tahun ini, kita hanya baki tinggalnya 10 orang, tapi kalau kita mempercepatkan proses ini, dengan komitmen yang telah disebut, ditunjukkan, diajukan, diserahkan oleh Yang Berhormat Menteri kita yang rajin bekerja, mungkin pada hujung tahun ini tak turun daripada 14. Kita akan gazet pada tahun ini, sekarang juga kita hilang seorang pergi ke UK, ada tiga orang yang pada tahun ini boleh juga kita melayakkan. Jadi, bukan tak boleh.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Saya rasa saya yakin boleh, tapi keyakinan itu harus datangnya daripada Yang Berhormat Menteri pada ketika Menteri sendiri menggulung nanti. Jadi, dengan itunya, toksah lah kita main takut-takut, toksah lah kita main kata tak bolehlah, tak akan bolehlah, khuatirlah...

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kita bagi keyakinan kepada KKM, kita beri keyakinan kepada Yang Berhormat Menteri, kita sebagai wakil rakyat dalam Dewan yang mulia ini luluskan, luluskan undang-undang ini supaya kita boleh mempercepatkan, segerakan pindaan yang perlu untuk melayakkan lebih ramai pakar bedah untuk menyelamatkan nyawa rakyat Ipoh dan Perak dan Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor yang begitu semangat.

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus. Hai, dah lewat-lewat, gelap-gelap, macam-macam...

[Ketawa]

final • 9:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulillah. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua kerana lewat petang ini masih beri peluang pada Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024 ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, program parallel pathway yang telah bermula pada tahun 2014 telah didasarkan oleh memorandum of understanding (MoU), dengan izin, di antara akademik luar negara dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) dan pertubuhan pakar perubatan tempatan.

final • 9:19 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Namun parallel pathway ini tidak sepenuhnya mengikut tata kelola dan undang- undang Malaysia yang diperlukan walhal pematuhan undang-undang sedia ada yang digazetkan adalah untuk memastikan semua program pendidikan perubatan sama ada dari dalam negara ataupun luar negara terjamin kualitinya serta pakar-pakar perubatan yang dihasilkan berwibawa serta kompeten dan dijamin selamat.

Ketidakpatuhan program parallel pathway kepada Akta Perubatan 1971 (Pindaan) 2012 yang mana merupakan satu akta yang wajib dipatuhi oleh KKM adalah seperti berikut. Pertama mengendalikan program kepakaran walaupun KKM bukan pemberi pendidikan tinggi atau Higher Education Provider (HEP) dengan izin dengan memberi tugasan latihan kepakaran kepada persatuan akademik dan badan yang bukan HEP seperti Malaysia Association Thoracic and Cardiovascular (MATCVS), Malaysian Urological Association dengan izin dan Akademi Perubatan Malaysia yang mana telah melanggar seksyen 2, Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan seksyen 2, Akta Agensi Kelayakan Malaysia, Akta MQA.

Kedua menjalankan program kepakaran tanpa mematuhi seksyen 4A(2)(H), Akta Perubatan 1971 iaitu tidak melalui proses pengiktirafan program oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berdasarkan rekomendasi Jawatankuasa Teknikal Bersama yang telah ditubuhkan mengikut Akta MQA 2007 malah program parallel pathway dengan kelayakan luar negara ini tidak memenuhi syarat yang membolehkan pemegang kelayakan diiktiraf sebagai pakar oleh Majlis Perubatan negara asal.

Timbalan Yang di-Pertua, bagi menjustifikasikan pindaan akta tersebut, KKM telah membuat interpretasi bahawa latihan perubatan yang dijalankan di bawah program parallel pathway dan juga program sarjana kepakaran tempatan yang menggunakan fasiliti KKM sebagai pusat latihan adalah tidak teratur, sekali gus tidak memenuhi seksyen 14B, Akta Perubatan 1971 (Pindaan) 2012 disilangkan dengan MQA, Akta 679.

Bagi saya, interpretasi ini adalah kurang tepat kerana Akta 679, Akta MQA bagi pemberi pendidikan tinggi (HEP) adalah physical provider dengan izin yang boleh mempunyai beberapa buah tempat latihan. Dia boleh melantik tempat latihan kepakaran yang memenuhi akreditasi. Tidak wujud isu dan pengiktirafan kelayakan yang diberikan oleh MQA sebelum ini, MQA sebelum ini sebagai program kepakaran tempatan yang menggunakan fasiliti KKM kerana mereka mengikut lunas undang-undang yang telah digazetkan.

final • 9:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, boleh nak minta penjelasan sedikit?

final • 9:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sepatutnya jika pentadbir program parallel pathway berhasrat memenuhi proses akreditasi tempat latihan kepakaran dan KKM akan dinilai semasa proses....

final • 9:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Boleh minta penjelasan sikit? Sebab okeylah mungkin saya guna perintah tetap 36 Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 9:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Akreditasi...

final • 9:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduklah bagi orang bahas ini. Apalah!

final • 9:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

36(12).

final • 9:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Akan diterima sebagai tempat latihan kepakaran yang diiktiraf.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Ipoh Timor duduk. Yang Berhormat Ipoh Timor duduk.

final • 9:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

36(12) Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya overrule guna 37(2) duduk...

final • 9:20 PM

[Dewan riuh]

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih. Untuk makluman Tuan Pengerusi, panel penilai akreditasi ialah panel yang bebas dilantik oleh MQA berdasarkan pencalonan oleh Jawatankuasa Pendidikan Perubatan MMC yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli panel yang pakar dalam bidang dan paling penting bukan dari institusi yang dinilai. Laporan panel ini akan dibawa ke Jawatankuasa Teknikal Bersama bagi pengesahan dan keperluan akreditasi.

Ini bermakna tiada keperluan pindaan akta selagi mana proses akreditasi diteruskan dan tiada sebarang ketidakaturan oleh program kepakaran tempatan kerana sentiasa melalui proses akreditasi secara berkala.

Timbalan Yang di-Pertua, saya khuatir dengan pindaan akta yang dicadangkan iaitu saving clause dengan izin, bagi mereka yang lulus program parallel pathway untuk terus dimasukkan ke dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR). Pakar yang telah didaftarkan di bawah NSR nanti boleh bertugas di mana-mana hospital tanpa pemantauan.

Oleh itu, kemasukan terus mereka yang lulus program parallel pathway tanpa melalui proses latihan yang mencukupi dan matang dalam NSR seolah-olah memberi kuasa merawat pesakit tanpa pantauan kepada mereka yang belum pakar dan ini boleh memudaratkan pesakit serta akhirnya akan menambah beban KKM.

Oleh itu, saya berpandangan pindaan Akta 50 perlu ditangguhkan terlebih dahulu serta kajian terperinci dapat dijalankan supaya semua doktor yang telah lulus program parallel pathway dan yang sedang mengikuti program ini dapat didaftarkan dalam Daftar Pakar Kebangsaan tanpa perlu pindaan Akta 50...

[Tepuk] Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa penolakan terhadap pindaan Akta 50...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat sila gulung.

final • 9:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Ini bukan bertujuan untuk menyekat KKM daripada melahirkan lebih ramai pakar-pakar perubatan di negara kita namun kita tidak mahu oleh sebab desakan ingin mengeluarkan kuantiti pakar yang lebih ramai, maka kita berkompromi dengan kualiti dan kompetensi mereka yang akhirnya dibimbangi merisikokan keselamatan pesakit-pesakit yang dirawat...

[Tepuk] Kemelut ini tidak akan berlaku jika setiap agensi kerajaan seperti Kementerian Pengajian Tinggi...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

final • 9:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...MQA dan universiti, KKM dan persatuan, kolej pakar serta akademi perubatan memainkan peranan hakiki masing- masing. KPT sebagai pemberi pendidikan tinggi atau higher education provider dengan izin...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

final • 9:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Dan KKM dengan pemberi khidmat kesihatan atau health provider dengan izin. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya akan memanggil Yang Berhormat Pulai.

Selepas itu ada usul ya.

Sekarang Yang Berhormat Pulai, silakan.

final • 9:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya ucapkan terima kasih memberi ruang ini dan saya didatangi oleh ramai daripada NGO, daripada universiti di luar sana yang menyatakan pandangan-pandangan mereka untuk melihat bahawa saya kira mereka juga satu niat yang sama untuk melihat bahawa kita dapat memberikan perkhidmatan di hospital kita pada tahap yang sangat berkualiti. Walaupun pandangan-pandangan itu berbeza tapi saya kira niatnya adalah satu untuk memastikan bahawa kita memberikan perkhidmatan di hospital kita yang terbaik.

Jadi pindaan yang dibentangkan dan dibahaskan ini tujuannya adalah untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit daripada program kepakaran program sarjana dalam program parallel pathway dan objektifnya adalah untuk meningkatkan jumlah pakar perubatan seiring dengan kualiti mereka. Nisbah penduduk Malaysia dengan pakar perubatan ini adalah 10,000:4. Jumlahnya adalah lebih rendah berbanding dengan purata pertumbuhan kerjasama ekonomi dan pembangunan OECD iaitu 10,000:14.3.

Jika dilihat daripada jumlah pesakit kardiotorasik dalam waiting list ini ada 1,500 di hospital awam. Angka ini agak sangat besar seperti mana yang disebut tadi dan membimbangkan. Malah akan lagi membimbangkan jika pindaan RUU ini tidak dibuat dengan segera.

Saya sendiri dimaklumkan bahawa pakar-pakar kita ini mereka sering dimarahi oleh pesakit-pesakit atau keluarga mereka kerana kita tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit jantung ini. Ada yang kena marah, bila dah meninggal baharulah kita dapat menghubungi keluarga mereka ini. Jadi ini ialah yang menyebabkan kita perlukan jumlah pakar ini yang lebih ramai lagi dalam negara kita ini.

Seperti mana yang disebut oleh Menteri, kita ada dua latihan kepakaran ini. Yang pertama laluan daripada sarjana, yang kedua daripada parallel pathway ini ya. Laluan sarjana ini ada 120 program latihan yang dilaksanakan oleh sembilan buah institusi.

Parallel pathway ini ada 14 bidang dengan melibatkan 17 buah universiti di luar negara.

Bermaksud sebenarnya di dalam negara kita ini sudah ada doktor-doktor pakar yang telah melalui laluan parallel pathway dan terbukti mereka ini berkemampuan melaksanakan tugas dan fungsi mereka.

final • 9:26 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Betul, betul.

final • 9:26 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Menyelamatkan nyawa rakyat kita ya dan juga mereka sebenarnya mendapat penajaan daripada kerajaan untuk mereka belajar melalui parallel pathway ini, tetapi seperti mana disebut oleh Menteri, adanya ketidakteraturan dalam perkara ini.

final • 9:26 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bila ada ketidakaturan, sebagai kerajaan tanggungjawabnya adalah membetulkan keadaan itu. Membetulkan apa yang tidak teratur itu ya. Yang disebut kepada kita adalah isu standard itu. Ada dua standard yang berbeza di mana di peringkat sarjana di universiti ini diuruskan ataupun kelayakan itu diuruskan oleh MQA, tetapi parallel pathway ini seperti mana yang disebut oleh MQA tidak memerlukan syarat kelayakan daripada mereka, tapi bagaimana pula kita nak kedua-duanya ini dalam standard yang sama? Kita tak mahulah maknanya ada dua standard yang berbeza langsung, ia menjadi satu masalah pula kepada standard pakar-pakar dalam negara kita ini.

Maka di situ ruangnya diambil oleh MMC ini. MMC pun mendapatkan kualiti standard ini juga daripada MQA. Maknanya ia melalui proses kualiti, tetapi yang juga diberikan ruang dan dijelaskan oleh Menteri, di situ ada kesetaraan yang dilaksanakan iaitu dalam tempoh enam bulan pewartaan itu, itulah satu proses untuk mengikut standard yang sama daripada dua-dua ini ya. Kita tak mahulah pula nanti ada satu yang tinggi standardnya, satu lagi rendah. Jadi kesetaraan itu akan dilaksanakan melalui pewartaan ini.

final • 9:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi saya kira memang ada berbagai-bagai pendapat dalam perkara ini, tetapi kita kena memikirkan bahawa kelompok ataupun laluan parallel pathway ini telah banyak membantu kita untuk mengurangkan beban ataupun memberikan perkhidmatan kepada rakyat kita. Tak akanlah kita nak biarkan mereka ini tanpa hala tuju. Sedangkan mereka boleh membantu rakyat dalam negara kita tetapi tak akanlah kita nak biarkan ia begitu sahaja. Jadi kita sebagai kerajaan mesti mencari jalan untuk memastikan mereka juga boleh berkhidmat seperti mana yang lain. Jadi saya rasa itu saja. Sekian.

final • 9:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pulai menyokong.

final • 9:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai menyokong...

[Tepuk]

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 9:30 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato' Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan Usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 17 April 2024.”

final • 9:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang menyokong?

final • 9:32 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

final • 9:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 9:32 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sebelum saya menangguhkan Mesyuarat ini ada pengumuman.

Senarai-senarai pembahas untuk esok sebelum Menteri menjawab adalah sebagaimana yang saya akan nyatakan di sini. Pembahas yang akan mula besok adalah Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Seputeh dan akhirnya Yang Berhormat Tuaran sebelum Menteri menjawab.

Dengan sedemikian, saya tangguh Majlis pada malam ini. Eh esok.

final • 9:32 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.34 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026