Jul112024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mula sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Saya mempersilakan Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan. Betul sebutan saya itu?

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Betul.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, teruskan.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pekan ialah soalan nombor 1 yang berbunyi.

final • 10:00 AM

1. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah matlamat utama pelaksanaan Kampung Angkat Madani berbanding dasar sedia ada dan apakah kriteria yang menjadi keutamaan pemilihan sesebuah kampung sebagai kampung angkat serta kelebihan yang dinikmati terutamanya melibatkan prasarana, fasiliti dan pembangunan ekonomi.

final • 10:00 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan, Kampung Angkat Madani diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 bagi menentukan penanda aras terbaik dalam memastikan capaian liputan kemudahan asas air, elektrik, jalan, lampu jalan, kemudahan masyarakat dan capaian internet dapat dipertingkatkan melalui kaedah whole-of-government, dengan izin.

Objektif pelaksanaan Kampung Angkat Madani adalah untuk mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan projek kecil di kampung, merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar, melengkapkan kemudahan asas desa terpinggir secara holistik dan mengenal pasti kaedah terbaik penyelesaian masalah.

Kriteria yang diutamakan pemilihan sebuah kampung adalah kampung yang mempunyai liputan kemudahan di bawah 50 peratus atau mempunyai kemudahan asas daif dan tidak lengkap serta memerlukan perhatian khusus bagi melengkapkan keperluan kemudahan asas. Kampung yang terpilih akan dijadikan penanda aras terbaik dalam membantu kerajaan merapatkan jurang antara desa dan bandar.

final • 10:00 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini termasuklah memperkasakan ketua mukim atau jawatankuasa kampung dan komuniti setempat melalui pendekatan gotong-royong serta memudahkan tatacara perolehan dan kewangan untuk membantu melengkapkan projek infrastruktur di kampung-kampung yang terpilih.

Terdapat dua jenis penumpuan yang diberikan pada Kampung Angkat Madani iaitu berbentuk fizikal dan bukan fizikal. Projek fizikal adalah seperti menambah baik jalan kampung, lampu jalan kampung, bekalan air, bekalan elektrik, kemudahan capaian internet, gotong-royong membina atau membaiki titi dan jambatan, membina paip atau saliran air, membina pondok atau balai raya, menyediakan kemudahan asas bagi pendidikan dan kesihatan serta program bimbingan bagi menggalakkan mewujud sumber makanan dan sumber pendapatan.

Manakala projek bukan fizikal pula adalah seperti bantuan pengesahan di kawasan setempat seperti pendaftaran JKM, eKasih, STR, SARA, perkhidmatan bergerak kerajaan seperti saringan kesihatan, pergigian, bank bergerak, program MEKAR dan Budi Madani serta program bimbingan kanak-kanak dan remaja yang keciciran dalam pembelajaran.

Bagi program ini, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi 42 Kampung Angkat Madani di seluruh negara dengan agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta bagi setiap kampung. Daripada jumlah tersebut, sehingga 10 Julai 2024, MOF telah mengeluarkan RM86.3 juta kepada kementerian dan agensi yang terlibat meliputi 35 buah kampung yang dikenal pasti. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pekan, soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih atas pencerahan Menteri. Pekan mohon Menteri menyatakan, apakah kelonggaran perolehan yang telah diberikan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek di Kampung Angkat Madani?

Berapa lamakah tempoh pelaksanaan projek tersebut dan apakah langkah-langkah seterusnya selepas projek-projek ini disiapkan? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Dato' Yang di-Pertua, beberapa kelonggaran perolehan berbanding tatacara perolehan sedia ada telah disediakan khusus untuk memudah cara pelaksanaan Kampung Angkat Madani, iaitu:

(i) kebenaran pelaksanaan secara gotong-royong dengan had sehingga RM500,000 dilaksanakan oleh komuniti setempat dan disediakan secara pemberian terus.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

(ii) had nilai lantikan terus ditingkatkan sehingga RM200,000 dengan tumpuan kepada kontraktor tempatan G1 dan berdaftar dengan CIBD;

(iii) had nilai perolehan kerja requisition secara undian ditingkatkan sehingga RM200,000 dengan tumpuan kepada kontraktor tempatan G1 dan berdaftar dengan CIBD;

(iv) had nilai sebut harga ditingkatkan kepada melebihi RM200,000 sehingga RM1 juta dengan tumpuan kepada kontraktor tempatan bumiputera G2 dan G3 yang berdaftar dengan CIBD;

(v) pengecualian di bawah Arahan Perbendaharaan 182 diberikan kepada projek yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana selain

final • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

jabatan teknik. Pengecualian kepada pematuhan pre-approved plan dengan menggunakan IBS sekiranya berkaitan;

(vi) pengecualian penggunaan sistem ePerolehan; dan

(vii) pengecualian kepada penggunaan kontrak pusat atau kontrak panel berpusat dan kebenaran untuk mempakejkan perolehan tahunan.

Setiap ketua setiausaha, ketua perkhidmatan dan ketua pengarah yang diamanahkan kampung-kampung tersebut hendaklah memastikan kerja-kerja pelaksanaan penaiktarafan kemudahan asas disiapkan sepenuhnya dalam tahun ini.

Justeru, komitmen kerajaan negeri dalam memastikan usaha memelihara dan menyelenggara infrastruktur asas ini adalah amat diharapkan demi menjamin kelangsungan dan kemampatan manfaatnya dinikmati penduduk dan komuniti kampung secara berterusan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 10:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, tambahan bagi soalan satu. Rasanya dah banyak yang terjawab tetapi saya tambah sikit lagi. Yang Berhormat Menteri, apakah usaha proaktif kerajaan dengan kerjasama GLC dan GLIC untuk memastikan supaya ia tidak sekadar menumpukan kepada capaian liputan pembangunan pendidikan dan pembangunan keupayaan untuk masyarakat setempat?

Apakah perbezaan jika kita lihat sebelum ini ada perkampungan yang telah dibina oleh terutamanya di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah? Apakah perbezaan dengan Kampung Angkat Madani? Baik, terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, tidak dinafikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah merupakan peneraju utama bagi perkara yang berkaitan kemajuan desa. Setiap tahun kerajaan meluluskan peruntukan sehingga RM3 bilion bagi membina, menaik taraf infrastruktur asas melibatkan jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, jambatan luar bandar, pemasangan, selenggara lampu kampung serta menyediakan bekalan air dan elektrik secukupnya bagi keperluan masyarakat luar bandar.

Program Kampung Angkat Madani ini adalah untuk membantu pembangunan di kampung terpilih melalui pendekatan yang holistik dan berbeza. Konsep whole-of- government menjadi nadi pelaksanaan Kampung Angkat Madani dalam usaha menyediakan infrastruktur asas kampung digalas pelbagai pihak berkepentingan Kerajaan Persekutuan dan melengkapi fungsi antara agensi secara silang dengan bantuan kemampuan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan

(GLIC) dengan memangkinkan pembangunan luar bandar yang diterajui KKDW.

Projek yang dijalankan tidak terhad kepada pembangunan fizikal semata-mata, malah ia turut diperhebat dengan program sosial masyarakat luar bandar seperti pendaftaran program kebajikan, bantuan subsidi, pembangunan usahawan, saringan kesihatan dan sebagainya. Pendekatan turun padang seumpamanya dilihat berpotensi untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta dapat memahami denyut nadi masyarakat kampung serta lebih berkesan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Seterusnya dipersilakan Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Yang Berhormat Kuantan.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat pagi.

final • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kuantan. Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker, minta maaf. Boleh saya minta izin laluan sebentar sahaja? Kuantan?

final • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Boleh.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Ledang. Dia bagi laluan kepada Yang Berhormat Ledang.

final • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ya, terima kasih. Oleh kerana kehadiran Menteri Pendidikan juga, hari ini saya mohon kita alu-alukan kehadiran pelajar- pelajar daripada SMK Persisiran Perdana, Daerah Tangkak, Ledang. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuantan.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah prosedur terkait PAJSK berbeza bagi sekolah selain bawah kementerian susulan masalah pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di universiti pilihan pertama atau kemasukan ke SBP kerana markah PAJSK kosong; dan

(b) apa tindakan bagi kes seperti ini dan langkah-langkah penyelesaian daripada berulang.

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan data bagi skor PAJSK murid lepasan SPM di semua sekolah di bawah KPM dan semua sekolah swasta dan luar KPM yang berdaftar dengan KPM dapat disalurkan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi setiap tahun bagi tujuan tawaran penempatan murid ke institusi pengajian tinggi awam memandangkan merit 10 peratus bagi skor PAJSK murid merupakan syarat kemasukan ke IPTA.

Ini penting bagi menentukan peluang murid mendapat tawaran penempatan berdasarkan merit yang ditentukan oleh Unit Pusat Universiti (UPU). Begitu juga dengan permohonan kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh. Pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan luar KPM yang diperkenalkan pada tahun 2005 sebelum ini menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

(APDM). Pengisian data skor PAJSK murid adalah melalui akses pautan terus ke dalam sistem APDM yang disalurkan oleh JPN kepada sekolah luar KPM yang berdaftar dengan KPM.

Namun, bagi sesi persekolahan 2023-2024, pihak KPM telah membangunkan sebuah sistem yang bersepadu yang dikenali sebagai Pengurusan Pentaksiran Bersepadu MOEIS yang digunakan sepenuhnya bagi mengurus data skor PAJSK di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM Yang Berhormat, membangunkan sistem MOEIS ini bagi memastikan kawalan dan integriti data agar selamat dan tidak mudah dicerobohi dan sistem ini bertujuan untuk pentadbiran maklumat sekolah KPM.

Saya jelaskan sedikit, Yang Berhormat. Sebelum ini, semasa kita menggunakan sistem APDM, kita tidak ada kawalan Yang Berhormat, kepada integriti data. Jadi, kita bangunkan sebuah sistem yang bersepadu, ada integrasi bagi memastikan kawalan dan data ini tidak mudah dicerobohi dan kita dapat kawal data ini sepenuhnya, khususnya untuk sekolah-sekolah di bawah KPM.

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Sehubungan dengan itu, bagi sekolah di bawah selain daripada pentadbiran KPM, laporan dan pengumpulan skor PAJSK murid perlu dikemukakan secara offline melalui template seragam yang telah disediakan oleh KPM untuk dihantar kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tawaran ke IPTA.

Menyedari perubahan sistem semasa ini, KPM telah menyediakan template seragam khusus untuk sekolah swasta dan luar KPM yang perlu diisi dan dikemukakan secara offline bagi memastikan skor PAJSK murid sekolah swasta dapat disediakan dan disalurkan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA dan KPT bagi tujuan penawaran penempatan ke IPTA.

Jadi Yang Berhormat, buat sementara sebelum semua data dapat kita integrasikan dalam sistem, sekolah-sekolah selain daripada di bawah KPM ini akan membuat secara offline dan walaupun ada isu-isu yang berbangkit, KPM telah pun mengambil semua susul tindak dan kita komited untuk memastikan bahawa semua markah PAJSK anak-anak ini dapat dipenuhi dan tiada keciciran.

Dalam masa yang sama Yang Berhormat, KPM sedang memperbaiki dan menambah baik sistem integrasi data ini di sekolah swasta dan di luar KPM dan inisiatif tindakan ini akan menambah baik kaedah pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan luar KPM dengan menyediakan akses perekodan data PAJSK yang sama seperti sekolah bawah KPM.

final • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Selain itu, KPM juga telah bekerjasama dengan pihak KPT bagi menyelaras data Skor PAJSK agar isu ini tidak lagi berbangkit pada masa hadapan. Jaminan yang saya akan bagi pada Yang Berhormat berdasarkan soalan ini adalah, tiada murid yang tercicir Yang Berhormat daripada data kita, untuk masuk ke universiti. Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuantan.

final • 10:20 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri, panjang lebar dan lengkap. Jadi, sepertimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM diberikan templat untuk diisi dan dihantar kepada KPM sendiri. Jadi, mungkin ini lah punca yang terlibat seperti kes di maahad tahfiz negeri Pahang tempoh hari, proses ini berlaku dua kali.

Jadi, soalan saya, adakah sekolah swasta ini juga akan diberikan akses terus untuk mengisi maklumat PAJSK sama ada melalui portal idMe atau berkaitan dan bilakah ia berkuat kuasa? Saya juga ingin mendapatkan keperincian, berapa kes yang dilaporkan atau dikesan berkaitan keciciran markah PAJSK melibatkan permohonan ke SBP dan kemasukan ke universiti. Jika tidak dapat lisan pada hari ini, mohon YB berikan secara bertulis. Kenyataan media pada 7 KPM baru-baru KPM, KPM telah buat saringan semula keciciran markah PAJSK bagi calon SPM 2023 dan data tersebut dihantar kepada UPU untuk padanan semula.

Jadi soalan saya, berapa ramai yang mendapat tawaran di universiti pilihan pertama mereka selepas saringan tersebut. Jadi, sekiranya perkara ini masih berlaku di masa akan datang, apakah pihak KPM telah menetapkan satu prosedur dan panduan kepada pemohon untuk proses semakan dan rayuan?

Terakhirnya, saya ingin mencadangkan penambahbaikan dilakukan pada sistem permohonan UPU dan kemasukan ke SBP, paparkan markah PAJSK dalam sistem UPU Online supaya pemohon tahu termasuk pada salinan selepas penghantaran- submission dilengkapkan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

final • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan itu semua ada tujuh Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat, saya mengambil seluruh tanggungjawab berdasarkan soalan Yang Berhormat itu khususnya tentang jaminan mereka mendapat tempat berdasarkan pilihan pertama dan juga saringan yang telah pun kami buat.

Untuk soalan yang berkaitan dengan sekolah swasta, selepas ini Yang Berhormat, kita ambil tanggungjawab sepenuhnya dan telah membetulkan keadaan tersebut dengan susul tindak yang telah pun kita buat di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama dengan semua pihak Yang Berhormat.

Jadi, isu ini telah dapat kita selesaikan dan dalam data kita menunjukkan bahawa 4,710 orang murid telah menerima tawaran penempatan di IPTA dan 954 orang daripadanya telah ditawarkan tempat berdasarkan pilihan pertama permohonan dan seramai 2,838 orang murid akan disenaraikan dalam tawaran rayuan penempatan di IPTA berdasarkan merit yang di dalamnya terkandung markah 10 peratus PAJSK.

Yang Berhormat, begitu juga dengan persoalan Yang Berhormat berkaitan dengan apakah selepas ini akan markah anak-anak sekolah swasta ini akan dimasukkan dalam portal idMe dan sebagainya. Sepertimana yang saya maklumkan pada Yang Berhormat, ketika ini proses pembangunan sistem bersepadu ini masih berjalan dan kita akan membangunkan sistem yang khususlah untuk sekolah-sekolah swasta ini dan bagi memastikan daripada segi reputasi kawalan, reputasi integriti data, sama seperti yang kita sedang buat untuk sekolah-sekolah KPM.

Jadi, saya bagi jaminan Yang Berhormat yang perkara ini tidak akan berbangkit dan tidak akan berlaku lagi dan kita mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan bahawa kejadian ini tidak akan berulang lagi, terima kasih Speaker.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

final • 10:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum (PAJSK) ini sama pentingnya dengan aktiviti kokurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai pelengkap kepada pembentukan modal insan.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari dengan kepentingannya dan mengambil mudah serta beranggapan tidak membawa manfaat.

Justeru itu, saya ingin mengetahui apakah langkah kementerian untuk memupuk kesedaran akan kepentingan PAJSK ini kepada ibu bapa dan murid-murid di seluruh negara. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

final • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya fikir cadangan Yang Berhormat ini sangat penting dan signifikan ketika ini. Kita pun ada kehadiran anak-anak di dalam Dewan ini. Izinkan saya Yang Berhormat dan juga Timbalan Speaker untuk membuat penegasan bahawa selain daripada penegasan kita pada akademik, penegasan kita terhadap pembangunan keseluruhan holistik anak-anak ini mesti menjadi salah satu daripada hala tuju pendidikan.

Oleh sebab itu, saya ingin ulang Yang Berhormat bahawa falsafah pendidikan kebangsaan menekankan bahawa pembangunan anak-anak ini mesti secara holistik.

Maksudnya, ia mesti terbangun daripada pendidikan karakter yang kuat, dalam masa yang sama menghimpunkan seluruh pendidikan holistik itu. Jasmaninya, emosinya, rohaninya, spiritualnya dan inteleknya.

Jadi sebab itu, kesempatan ini saya gunakan untuk menegaskan bahawa tumpuan kita ketika ini adalah untuk pembangunan karakter, begitu juga dengan melihat kepada pembangunan pendidikan keseluruhan termasuk akademik dan juga memastikan

final • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

bahawa tiada anak-anak yang tercicir dan terpinggir dalam dunia pendidikan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya kita ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.

final • 10:20 AM

  1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Digital menyatakan:

(a) berapa jumlah pengguna yang telah mendaftar MyDigital ID dan apakah strategi kerajaan untuk menggalakkan pendaftaran di kalangan penjawat awam dan berapa ramai di kalangan orang ramai yang telah mempunyai MyDigital ID; dan

(b) berapa aplikasi kerajaan yang telah diintegrasikan di bawah MyDigital ID terutamanya Sistem PADU dan adakah terdapat perancangan kerajaan untuk memperluaskan penggunaan MyDigital ID kepada sektor perbankan dan kewangan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Digital untuk menjawab.

final • 10:20 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa soalan yang diungkit dalam dua soalan yang disebut tadi. Izinkan saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan MyDigital ID adalah satu disebut sebagai prakarsa kerajaan bagi memudahkan juga melancarkan dan merancakkan urusan dalam talian khususnya apabila kita merujuk kepada aplikasi-aplikasi kerajaan dengan memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi individu sentiasa terpelihara. Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, MyDigital ID bukan satu kemestian ataupun mandatori kepada rakyat Malaysia.

Sebaliknya, ia dijadikan satu pilihan yang akan diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi kerajaan dan juga swasta dalam masa hadapan. Berkaitan dengan soalan berapa jumlah pengguna yang telah mendaftar. Tuan Yang di-Pertua, sehingga jam 5.30 petang 10 Julai, sebanyak 465,924 orang pengguna telah pun mendaftar MyDigital ID dan jumlah ini adalah termasuk penjawat awam.

Kemudian berkaitan dengan aspek strategi kerajaan untuk menggalakkan pendaftaran di kalangan penjawat awam dan berapa ramai di kalangan yang telah mempunyai MyDigital ID. Tuan Yang di-Pertua, MIMOS Berhad selaku agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan sebagai agensi pelaksana bagi projek pembangunan MyDigital ID telah bekerjasama dengan pihak kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)- sebelum daripada ini dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, di bawah seliaan SKMM ataupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan pendaftaran dalam kalangan penjawat awam, kios-kios pendaftaran MyDigital ID telah ditempatkan di 199 buah cawangan JPN dan lima buah cawangan NADI seluruh negeri di Malaysia. Di samping daripada itu Tuan Yang di-Pertua, pihak MIMOS Berhad akan menyebarluaskan perlaksanaan MyDigital ID kepada pelbagai demografi rakyat Malaysia di bandar serta di luar bandar secara berfasa.

Soalan kedua yang dibangkitkan berkaitan dengan aplikasi, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa aplikasi kerajaan telah pun diintegrasikan oleh pasukan MyDigital ID di bawah MyDigital ID di antaranya dengan membangunkan use case aplikasi mudah alih- mobile apps sistem pengurusan maklumat sumber manusia

(HRMIS), aplikasi MySejahtera dan aplikasi mudah alih MyJPJ. Manakala integrasi MyDigital ID dengan sistem PADU sedang giat dijalankan dan Tuan Yang di-Pertua, kami jangka ia akan siap pada bulan depan tahun ini, Ogos 2024.

final • 10:20 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, perbincangan bagi mengintegrasikan MyDigital ID dengan pihak swasta seperti sistem Touch 'n Go, KWSP, i-Akaun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sektor perbankan telah pun dimulakan.

Sebelum daripada ini Tuan Yang di-Pertua, pasukan MyDigital juga telah pun mengadakan beberapa perbincangan dan sesi libat urus bersama dengan Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan perbankan dan juga pemegang-pemegang taruh yang berkaitan bagi kita dapat merancakkan serta memperluaskan penggunaan sistem MyDigital ID dalam sektor perbankan dan juga urusan-urusan yang melibatkan aspek kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, pengukuran kejayaan pelaksanaan MyDigital ID wajar dinilai melalui bilangan aplikasi-aplikasi yang telah pun menggunakan inisiatif MyDigital ID.

Pelaksanaan MyDigital ID boleh diperkasakan melalui integrasi dengan lebih banyak aplikasi-aplikasi kerajaan dan swasta yang secara langsung membantu meningkatkan bilangan-bilangan pengguna.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kadar peningkatan yang mendadak setelah integrasi MyDigital ID bersama aplikasi MyHRMIS Mobile berjaya menunjukkan sebenarnya trend pendaftaran adalah berdasarkan keperluan penggunaannya. Justeru itu, Kementerian Digital yakin bahawa apabila berlakunya integrasi MyDigital dengan aplikasi-aplikasi utama seperti MyJPJ, PADU dan lain-lain aplikasi kerajaan serta swasta ia akan sekaligus melonjakkan lagi bilangan pengguna MyDigital ID ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Bentong, soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih atas jawapan yang Yang Berhormat Menteri. Namun begitu, mengikut Pusat Bantuan Cyber999, kes kecurian data di Malaysia telah meningkat dari hanya dua angka pada tahun 2021 dan 2022 iaitu 91 kes dan 50 kes kepada 646 kes pada tahun 2023.

Soalan saya ialah MIMOS telah menyatakan tidak menyimpan sebarang data peribadi dan sijil digital pengguna. Malah beberapa buah negara seperti Singapore, Australia dan Kanada telah dijadikan sebagai model bagi pembangunan identiti digital ini.

Apa strategi dan jaminan keselamatan oleh pihak kementerian agar tidak berlaku sebarang kes kecurian identiti digital data. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sekarang dalam proses menggalakkan lebih orang ramai untuk menggunakan platform-platform digital yang sedia ada untuk mereka dapat melonjakkan, bukan saja perniagaan mereka tetapi pekerjaan dan juga kehidupan mereka. Jadi dalam keadaan tersebut, saya faham dan juga setuju bahawa aspek data ini perlu kita lihat dengan serius dan juga kerajaan sudah dalam mengambil langkah-langkah untuk mengetatkan lagi undang-undang yang sedia ada untuk kita mengawal aspek kecurian dan ketirisan data.

Tetapi berkaitan dengan model yang digunakan bagi membangunkan MyDigital ID Yang Berhormat, ia tidak menyimpan data peribadi pengguna dan ini adalah strategi utama Tuan Yang di-Pertua, kepada jaminan keselamatan untuk kita dapat mengelakkan sebarang ketirisan atau kecurian data ataupun kecurian identiti pengguna. Itu juga aspek yang penting. Kita tidak mahu identiti-identiti pengguna itu dicuri dan sebagainya.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, setiap pergerakan data pengguna dalam operasi MyDigital adalah dalam bentuk apa yang disebut dengan izin one-way hash yang menggunakan algoritma SHA3-256 yang tidak boleh dibaca sama sekali. Algoritma ini Tuan Yang di-Pertua, adalah algoritma yang diperakui, diiktiraf dan juga termasuk di dalam

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Senarai Algoritma Kriptografi Terpercaya Negara ataupun dalam kata ringkas MySEAL, Tuan Yang di-Pertua. Setakat itu saja jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kapar.

final • 10:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Adakah kerajaan telah mengkaji keperluan untuk memasukkan aspek perlindungan data peribadi daripada penyalahgunaan oleh pihak kerajaan atau agensi ke dalam Akta Omnibus yang akan dibentangkan kelak? Adakah terdapat penyelarasan daripada segi perkongsian data dan penyimpanan awan dalam sistem MyDigital ID merentas peringkat kerajaan, agensi dan sebagainya?

Dan adakah kerajaan turut mempertimbangkan langkah keselamatan tambahan seperti kewujudan sistem penangkis penggodam bagi menjamin keselamatan data peribadi termasuk PADU yang sebelum ini dilaporkan berdepan pelbagai cubaan menggodam seperti DDoS. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Izinkan saya jawab soalan tersebut Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua, pertamanya izinkan saya menjelaskan bahawa sistem MyDigital ID ini boleh digunakan sebagai kaedah log on masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk tersebut boleh digunakan untuk semua perkhidmatan Yang Berhormat dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan juga kata laluan selain daripada MyDigital ID. Jadi ia adalah sistem yang membolehkan seseorang itu menggunakan satu sistem log on dan ia ada akses kepada semua- aplikasi- aplikasi tanpa melalui proses log on berkali-kali dan sebagainya.

Soalan yang ditanya itu adalah soalan yang cukup baik. Akta yang disebut itu adalah Akta Omnibus. Akta itu sebut secara amnya Akta Omnibus, tapi dalam bulan Disember yang kita akan bentangkan adalah Akta Perkongsian Data. Dari sudut itu, soalan ini adalah tepat kerana bila kita nak kongsi data ini, kita kena pastikan ia selamat.

Jadi dalam aspek penggunaan MyDigital itu ia berbeza sedikit, tapi dari sudut kita nak pastikan bahawa berlakunya apa yang disebut sebagai aliran data di antara agensi-agensi kerajaan dan sebagainya supaya kita boleh menggunakan data ini untuk kita menggerakkan aplikasi-aplikasi seperti AI dan sebagainya.

Adalah sangat penting untuk kita mewujudkan undang-undang tersebut. Dalam keadaan tersebut, dalam undang-undang tersebut juga kita akan pastikan bahawa aspek keselamatan terjaga tetapi di luar daripada undang-undang tersebut Yang Berhormat juga wujudnya peruntukan-peruntukan lain yang memberi fokus kepada aspek keselamatan data.

Seperti apa yang kita lihat, saya bentangkan semalam pindaan kepada Akta Data Peribadi dan sebagainya. Aspek ini akan kita terus kaji dan kita terus perketatkan selagi kita menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menggunakan aplikasi-aplikasi kerajaan, kita akan memberi tumpuan khusus untuk meyakinkan mereka bahawa di dalam bersama- sama kita menerajui dunia digital yang baharu ini yang bersandarkan kepada aplikasi dan teknologi kerajaan sentiasa akan melihat kepada aspek keselamatan dan pastikan bahawa ia diberi keutamaan Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Setiausaha, bagi saya umum dulu ya. Baik.

Kita mulakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, dengan saya mempersilakan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 10:30 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Laksa Sarawak rasanya padu; Soalan saya nombor satu.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk memberi jawapan.

final • 10:30 AM

1. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, pelan kementerian untuk memperkasakan Institut Latihan Perindustrian

(ILP) di seluruh negara untuk memastikan tenaga kerja kita dilatih untuk memenuhi keperluan industri termasuk industri berkemahiran tinggi.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Pandangan saya soalan yang cukup baik diutarakan oleh Bandar Kuching. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Manusia mempunyai 32 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), yang terbahagi kepada 23 Institut Latihan Perindustrian. Lapan buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi

(ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMT). ILP menawarkan kursus-kursus TVET program Sijil SKM Tahap 3 manakala ADTEC menawarkan kursus di peringkat Diploma DKM Tahap 4 dan Diploma Lanjutan DKM Tahap 5.

JTM melalui pelan strategi JTM 2021 hingga 2025 telah menyenaraikan beberapa sektor utama untuk dibangunkan bersama pihak industri. Antara teknologi yang kita bangunkan yang dikenal pasti adalah Automasi Pertanian di ILP Kangar iaitu bagi sektor pertanian.

Kedua, tenaga boleh baharu seperti Smart Energy di ILP Kepala Batas dan hidrogen di ILP Miri bagi sektor utiliti.

Ketiga, pengangkutan rel ILP Kuantan. Dan di JTM telah mulakan penawaran program bagi sektor pengangkutan yang melibatkan teknologi kenderaan elektrik dan dron.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kementerian juga melalui JTM, sedang merancang gerak kerja bagi mewujudkan ILJTM Premium sebagai salah satu inisiatif kementerian bagi menjenamakan semula TVET di bawah KESUMA.

Inisiatif ini adalah satu usaha KESUMA untuk menawarkan program-program yang lebih fleksibel dan memenuhi keperluan industri dengan bekerjasama syarikat- syarikat berimpak tinggi dalam memperkasakan latihan TVET negara. Terima kasih Yang Berhormat, Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuching.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih sekali lagi. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengucapkan tahniah atas usaha KESUMA mewujudkan ILJTM yang premium ini dan

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

saya rasa ini usaha yang baik untuk kita menarik minat anak-anak muda untuk memasuki institut ini.

Cuma soalan saya, ada institut latihan yang kita tahu yang menawarkan bidang- bidang yang sama seolah-olah ada pertindihan. Jadi, apakah langkah-langkah Kementerian untuk mengelakkan pertindihan dalam bidang TVET ini? Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Persoalan ini sering dibangkitkan kerana kita mempunyai 12 kementerian sebenarnya yang mempunyai juga latihan-latihan seperti ini.

Bagi kita untuk mengelak pertindihan ini, KESUMA telah mengambil langkah iaitu telah meletakkan hanya satu peneraju sahaja. Contohnya di ILP ataupun di ADTEC, satu peneraju sahaja dalam bidang-bidang tertentu itu dan untuk JTM menetapkan 18 institut daripada 32 ILJTM untuk melaksanakan Program Pembangunan Teknologi Tinggi yang baru mengikut sektor-sektor pembangunan kepakaran pengajar berdasarkan kepada 10 cluster yang telah ditetapkan.

Pertindihan ini terdapat keperluan mengikut lokaliti menampung jumlah permohonan yang tinggi dan kita telah bersedia untuk melaksanakan kajian iaitu rasionalisasi program yang saya maksudkan tadi di bawah kemahiran JTM. Bagi mengoptimumkan yang ada ini, sebagai contoh saya ambil dari ILP Selandar yang mempunyai kadar permohonan yang rendah telah ditransformasikan kepada ILJTM TVET Tahfiz mulai 2024.

Ini salah satu langkah yang kita nak perkemaskan daripada segi TVET Tahfiz dan saya percaya kita akan dapat laksanakan dengan baik. Terima kasih Yang Berhormat Dr.

Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ringkas. Pertama, apakah mekanisme digunakan oleh pihak KESUMA untuk menjejak kemenjadian dan kebolehpasaran pelajar- pelajar di ILP ini?

Soalan yang kedua, adakah pihak KESUMA bercadang untuk mengkaji elaun pelajar ILP semasa kursus dan juga semasa latihan industri? Sebab berita tahun lepas ada pihak KESUMA, ada sebut nak naikkan elaun. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jawapan oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Dalam usaha meningkatkan ke pasaran ini, yang saya katakan tadi di bawah ILJTM ini sangat berdaya saing dan telah bekerjasama badan-badan terkawal selia iaitu badan pengiktirafan seperti SESCO, COMPTIA, Telekom Malaysia, NIOSH, EC- Council dan sebagainya.

Antara langkah JTM ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, bagi meningkatkan kecekapan latihan dan perkembangan kemahiran Malaysia ini bagi menyokong latihan yang kita sendiri namakan upskilling dan reskilling. Bagi melaksanakan program ini, kita menggalakkan sesi perkongsian teknologi yang tinggi di industri ini.

Ini kami berpendapat bahawa apabila teknologi tinggi ini boleh membawa kepada terbukanya ke pasaran pekerjaan kepada pelajar-pelajar tersebut. Sebab itu kita mengambil langkah dan saya sering kaitkan di dalam setiap kali perjumpaan ataupun

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

dalam post-Cab umpamanya, saya bercakap soal kita mesti menaik taraf daripada segi 32 buah institusi kita ini iaitu ILP dan ADTEC itu sendiri.

Sebagai contoh, mungkin penjenamaan semula daripada segi nama itu sendiri Yang Berhormat Yang di-Pertua dan ini boleh membawa kepada pasaran pada pelajar- pelajar itu sendiri. Kita nak galakkan supaya lebih ramai menyertai bersama kita di KESUMA ini. Untuk soalan kedua elaun itu, sebenarnya kita pun masih dalam kajian Yang Berhormat Padang Terap. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita- Majlis beralih ke soalan yang kedua. Mempersilakan Dato’ Seri Dr. Ronald Kiandee, Yang Berhormat Beluran.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan nombor dua seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Speaker tadi.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Ekonomi untuk jawab.

final • 10:40 AM

2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Ekonomi menyatakan, ketersediaan kerajaan daripada segi data dan mekanisme untuk melaksanakan penyasaran subsidi. Selain bahan api, adakah penyasaran ini juga melibatkan bahan keperluan lain termasuk beras.

final • 10:40 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Beluran. Fasa 1 PADU yang melibatkan penyediaan sistem pengintegrasian dan pengisian data individu dan pemastautin tetap telah tamat pada 31 Mac 2024. Pada masa kini, PADU berada dalam fasa 2 yang melibatkan proses menganalisis data bagi menentukan isi rumah, perbelanjaan asas kehidupan wajar dan pendapatan boleh guna bersih.

Untuk makluman Dewan, sehingga PADU dilaksanakan, negara kita tidak mempunyai sebarang pangkalan data yang berbentuk isi rumah. Apa yang kita ada hanyalah pangkalan data individu sebab itu segala program kerajaan sebelum ini dilaksanakan secara individu yang sebahagian daripada kesannya ialah mewujudkan exclusion dan inclusion error, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua.

Kerajaan juga sedang meneliti pembentukan use cases dan salah satu use cases utama itu ialah mekanisme penyaluran subsidi bersasar.

Penambahbaikan sistem PADU bagi menjamin keselamatan data dan ketersediaan sistem untuk dibuka semula turut dilaksanakan. Kita sedia maklum bahawa salah satu daripada objektif utama PADU ialah mempunyai satu- pangkalan data bersepadu yang dinamik sehingga dapat memenuhi ciri-ciri real-time yang tidak perlu dikemas kini secara pemutihan dan sebagainya. Jadi sudah tentu ia perlu melalui proses yang seterusnya, yang mana PADU dibuka untuk dikemas kini secara berterusan dan berkala.

Proses itu sekarang sedang berlaku termasuk modul-modul yang membolehkan perkara itu dilaksanakan. Ini juga termasuk pengintegrasian PADU dengan MyDigital ID seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Digital sebentar tadi, termasuk juga modul- modul untuk use cases yang telah dikenal pasti seperti modul semakan, modul rayuan serta perwujudan prosedur operasi standard perkongsian data dengan semua- agensi- agensi kerajaan yang ingin menggunakan data bersepadu ini.

Berkenaan soalan Beluran mengenai penyasaran semula subsidi RON95, sekiranya kerajaan membuat keputusan apa-apa bentuk dasar yang melibatkan penyasaran semula subsidi RON95 memang sudah ada keputusan data- keputusan dasar bahawa ia akan menggunakan sepenuhnya data PADU.

final • 10:40 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Walau bagaimanapun, seperti yang telah disebut sebelum ini kerajaan pada masa ini masih lagi memperhalusi mekanisme penyasaran memandangkan tumpuan kerajaan ialah untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel terutamanya untuk mengkaji kesan dasar itu kepada ekonomi negara dan rakyat.

Pada masa akan datang, kerajaan akan menggunakan data PADU bagi pelbagai use cases yang dibangunkan oleh pelbagai agensi dalam usaha untuk menambah baik perancangan program sosioekonomi terutamanya dalam mengoptimumkan sumber, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, sebentar Yang Berhormat Beluran. Anak- anak yang di galeri, bila masuk tu berhati-hati. Tadi hampir seorang jatuh ya. Saya tidak mahu kemalangan berlaku semasa persidangan Dewan ini. Petugas-petugas, ambil sedia maklum. Soalan tambahannya, Beluran.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. PADU dikatakan sebagai pangkalan data yang menyeluruh tapi dalam mengumumkan penyasaran diesel, istilah baru dan pendekatan baharu Budi Madani diumumkan, apa perbezaan dan mengapa PADU tidak dijadikan sebagai pangkalan data yang menyeluruh yang boleh digunakan oleh semua kementerian dalam semua pendekatan-pendekatan yang dibuat oleh kerajaan.

Adakah pengumuman-pengumuman seperti yang dibuat dalam pengumuman penyasaran diesel. Yang Berhormat katakan bahawa, you’re keeping it close to your chest dan dibuat secara mengejut, akan dapat membantu meringankan beban ke atas impak pengumuman-pengumuman ini, terhadap ekonomi negara dan rakyat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Beluran. PADU memang telah diputuskan sebagai pangkalan data bersepadu, sebab itu kita tumpukan kepada use cases, use cases yang berbeza-beza. Kalau kita ambil perbandingan antara pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel berbanding dengan RON 95, kaedah penyasaran semula subsidi diesel daripada segi kumpulan sasarnya sangat berbeza dengan RON 95.

RON 95 melibatkan 34 juta orang rakyat dalam negara kita. Di dalam penyasaran semula subsidi diesel, sasarannya adalah syarikat-syarikat yang berdaftar, yang sebahagian besarnya memang telah pun mendapat fleet card. Jadi, proses itu diuruskan di peringkat KPDN dan juga di peringkat MOF untuk memastikan semua- syarikat-syarikat yang layak mendapat fleet card di dalam SKDS-1 dan SKDS-2 ini telah pun berada di dalam skim itu.

Jadi, hanya ada satu kumpulan sahaja iaitu kumpulan yang melibatkan rakyat.

Iaitu kumpulan pengguna-pengguna kenderaan diesel, yang tidak mendaftar sebagai syarikat dan pendapatan mereka adalah RM100,000 ke bawah. Apabila dikenal pasti, jumlah kumpulan sasar ini hanyalah sekitar 400 ribu orang malah selepas dibuka lebih sebulan, jumlah pemohon adalah sekitar 130 ribu orang.

Jadi, sebab itu daripada awal dengan juga menggunakan data bersepadu yang ada dalam PADU itu memang telah dikenal pasti adalah lebih cepat dan lebih murah untuk dilaksanakan secara Budi Madani, yang melibatkan permohonan daripada individu- individu, kerana dia tidak melibatkan sehingga 30 juta orang rakyat dan tidak melibatkan isi rumah sepertimana yang kumpulan sasar, yang dilibatkan di dalam RON 95, tapi bezanya ialah bagi setiap program yang ingin dibangunkan oleh jabatan-jabatan kerajaan, termasuklah penyasaran semula subsidi diesel contohnya, memang sudah ada satu- pangkalan data rujukan iaitu PADU untuk membolehkan sesuatu program design itu

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, dapat dibuat dengan optimum. Bayangkan kalau contohnya kumpulan sasaran kita, hanyalah dalam 100 ribu orang pemohon sahaja, tetapi kita menggerakkan keseluruhan sumber melalui PADU untuk disasarkan kepada 100 ribu orang ini.

Itulah sebenarnya tujuan adanya pangkalan data bersepadu ini di masa-masa akan datang. Sudah tentu yang paling sukar ialah apa-apa program yang melibatkan keseluruhan 34 juta rakyat. Yang ini kalau kita nak buka pendaftaran dalam tempoh yang pendek untuk 34 juta rakyat, dia nak semak satu-satu sudah tentu memerlukan sumber yang banyak.

Sebab itu bagi program-program yang melibatkan keseluruhan isi rumah secara menyeluruh, ada yang lebih afdal dibuat secara sumber dan juga kewangannya melalui PADU. Kalau kementerian-kementerian lain, setelah disemak dengan PADU dan semak silang pemohon-pemohon itu dengan PADU, itu sebenarnya memudahkan lagi kalau dibuat mengikut keperluan program masing-masing.

Soalan Beluran mengenai kenapa keputusan, contohnya penyasaran semula subsidi dibuat secara tiba-tiba, kerana kita kena mengimbangi kesan sekiranya isyarat itu telah diberikan lebih awal kerana masalahnya ialah kenaikan harga barang itu ditetapkan oleh peniaga-peniaga. Jadi kalau contohnya, sudah diumumkan lebih awal berapa dan sebagainya, itu akan menyebabkan kenaikan harga barang itu boleh berlaku berkali-kali.

Dan sebab itu keputusan kerajaan ialah lebih baik sekiranya keputusan itu dibuat apabila semuanya telah selesai di peringkat kerajaan kerana itu akan mengurangkan risiko kenaikan yang berkali-kali, berbulan-bulan berlaku...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, gulungkan jawapan.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Apabila peniaga-peniaga menggunakan alasan untuk tempoh yang akan datang, akan ada beberapa siri kenaikan. Jadi, sebab itu keputusan itu sebaik-baiknya dikekalkan di peringkat pengetahuan kerajaan sahaja dan hanya diumumkan apabila kerajaan telah membuat keputusan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak panjang lebar. Saya nak bertanya pada Yang Berhormat tentang satu perkara. Yang Berhormat sebut PADU tu betul. Pangkalan data utama. Dan saya nak tahu correlation ataupun setakat manakah penggunaan maklumat dalam PADU itu dipadankan dengan BUDI MADANI kerana dikatakan sebagai *single...

[Tidak jelas]* , pertama. Bagaimana dengan parameter-parameter, dua parameter Yang Berhormat pernah sebut iaitu net disposable income dengan locality, adakah ia diguna pakai untuk BUDI MADANI ataupun belum lagi dipakai.

Untuk fasa dua ini, apa cadangan Yang Berhormat, sama ada kejutan untuk RON 95 akan dibuat pada benda yang sama atau saya rasa kena berwaspada kerana ini akan datangkan kesan kepada rakyat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Ayer Hitam. Untuk BUDI MADANI sebenarnya, proses semak silang pemohon-pemohon itu, dengan PADU memang berlaku. Sebelum, kalau bandingkan dengan sebelum ini, tanpa ada PADU contohnya ya, apabila sesuatu program bantuan diumumkan oleh kerajaan, permohonan berlaku.

Permohonan ini perlu disemak satu persatu. Maka, perlukan data daripada pelbagai jabatan, LHDN, daripada JPJ daripada yang sebagainya, jadi proses semakan itu

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

sebenarnya panjang dan kalau ada beratus-ratus ribu permohonan, itulah yang melambatkan.

Jadi sekarang ini permohonan berlaku untuk menyertai atau mendapatkan bantuan daripada Budi Madani. Di belakangnya itu, semak-silang itu memang disemak silang dengan PADU. Kemudian daripada soal parameter, parameter itu ditetapkan oleh MOF, sudah tentu, tetapi setelah mengambil kira data-data makro dan granula yang sekarang ini menjadi rujukan berpusat kerajaan. Jadi, setiap kementerian atau agensi yang ingin membangunkan program bantuan masing-masing, berbeza dengan sebelum ini yang masing-masing kena cari data dan ada parameter masing-masing.

Parameter itu adalah parameter yang menyeluruh daripada PADU, tetapi masih terpulang kepada kementerian dan agensi masing-masing untuk menetapkan parameter itu. Bagi tujuan diesel, ditetapkan sekitar 400 ribu orang ini yang mempunyai kenderaan diesel dan pendapatan tahunannya di bawah RM100 ribu ke bawah, mereka sepatutnya layak mendapat kerana di penilaiannya ialah sebahagian besar mereka adalah peniaga- peniaga kecil yang menggunakan pick-up truck untuk berniaga.

Jadi, proses itu akan juga berlaku dengan semua- jabatan-jabatan lain. Sebab itu sekarang ini, kita sedang memuktamadkan prosedur pengoperasian yang standard supaya setiap jabatan yang ingin membangunkan program mereka, bagaimana mereka mendapat data daripada PADU untuk menjadi, menentukan parameter ini untuk semak silang dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

[Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, kita beralih kepada soalan yang ketiga. Majlis mempersilakan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr.

Wan Ismail, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Dato’ Seri Speaker, soalan saya nombor 3.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab.

final • 10:50 AM

3. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, keberkesanan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kementerian mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah sejak 1 September 2015 dan penguatkuasaan setakat ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Aalihi Saidina Muhamad.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua , untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 yang digubal di bawah Perkara 74(1) dan Perkara 80(2) Perlembagaan Persekutuan telah pun diwartakan pada 30 Ogos 2007 dan telah berkuat kuasa mulai 1 September 2017 di tujuh buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Antara tujuan utama penggubalan Akta 672 adalah:

(i) memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi pengawalan dan pengawalseliaan perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam; dan

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

(ii) memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam.

Selaras dengan Akta 672 di bawah seksyen 74, orang awam harus melakukan pengasingan sisa pepejal di punca ataupun separation at source (SAS) yang bertujuan untuk:

(i) mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula;

(ii) mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan;

(iii) mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal;

(iv) mengurangkan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar seterusnya memelihara alam semula jadi; dan

(v) merupakan satu kesalahan di bawah Akta 672 jika pengasingan sisa ini tidak dilakukan dan boleh dikenakan kompaun.

Bagi tujuan pelaksanaan SAS ini, Tuan Yang di-Pertua, setiap isi rumah hendaklah mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan, iaitu:

(i) sisa baki yang terkait dengan sisa dapur, sisa makanan, bahan kotor dan juga pakaian lampin pakai buang;

(ii) sisa kitar semula plastik, kertas dan lain-lain; dan

(iii) sisa pukal ataupun sisa kebun dan taman.

Semua ini perlu diurus dengan baik, di mana barang kitar semula perlu diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan SAS.

Pihak kerajaan telah pun mewajibkan SAS ini dilaksanakan secara berperingkat demi peringkat. Sejak pelaksanaan inisiatif SAS pada 1 September 2015 sehingga kini, ada beberapa perkara yang kita boleh lihat keberkesanannya.

Pertama, peningkatan jumlah kutipan barangan kitar semula yang telah diasingkan dan dikitar semula telah pun berjaya diselamatkan daripada dilupuskan di tapak pelupusan. Sejumlah sekarang ini 29,123.73 tan berbanding yang awalnya hanya 498.

Keduanya, kita boleh melihat di sudut peningkatan bilangan premis yang disemak bagi pematuhan pelaksanaan SAS iaitu bagi premis bertanah, 45 peratus telah dipantau dan premis yang bertingkat adalah 30 peratus.

Ketiganya adalah di sudut notis pemberitahuan kesalahan. Sebanyak 605 Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan dan sejumlah 441 notis kompaun telah pun juga dikeluarkan.

Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Sama juga, berlaku peningkatan di sudut kadar kitar semula kebangsaan. Pada ketika ini, direkodkan 35.38 peratus. Sasaran kita pada tahun 2025 adalah kadar 40 peratus, Tuan Yang di-Pertua dan kita menyasarkan perkara itu boleh dicapai.

Kelimanya, kita berjaya memanjangkan jangka hayat sesuatu tapak pelupusan dengan mengambil kira 29,000 tadi, 123.73 tan telah pun berjaya dilencongkan ke tapak pelupusan.

Tuan Yang di-Pertua, ada banyak program yang sedang kita laksanakan di peringkat kementerian melalui SWCorp untuk memberi advokasi dan kempen-kempen supaya semua rakyat kita termasuklah isi rumah sedar terhadap kempen ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan. Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak tanya. Kerana apa yang telah dilakukan bagus, tetapi untuk membudayakan- sebab, saya petik daripada Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman ini kata, bahawa dari tahun 2022 memang meningkat terutamanya lepas PKP.

Apa yang digunakan macam pelitup muka semua adalah meningkat. Dan juga sisa-sisa ini tidak boleh dikitar semula. Juga, apabila kita ada perayaan, apa yang ada open house semua itu, meningkat lagi sisa apa yang dikeluarkan.

Jadi, apakah rancangan supaya kita dapat tanganinya? Sebab, kita nak tandatangani dengan kurang karbon semua itu. Namun, apa tindakan kita tidak nampak macam menyamai apa yang kita mahukan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada kita untuk mencapai hasrat ini, sebenarnya terdapat beberapa elemen penting dalam memastikan konsep kelestarian dan juga aliran proses pengurusan sisa pepejal ini dapat berjalan dengan sempurna, pertamanya, sama ada di peringkat penjanaan, pengasingan, penyimpanan, kutipan, pengangkutan, pemindahan rawatan dan juga perolehan serta pelupusan, tapi apa yang paling penting disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi, saya faham, bahawa sebenarnya- kita ada program yang bagus tetapi mungkin kesedaran.

Sebenarnya soalan ini pun adalah satu wake-up call dan dijawab di dalam Parlimen ini di Dewan Rakyat supaya kita boleh menyedari adanya satu program dan juga penguatkuasaan.

Cumanya, sekarang ini ia masih terpakai di tujuh buah negeri sahaja, Tuan Yang di-Pertua, yang menandatangani Akta 672. Termasuk Selangor pun belum. Jadi, saya kira ini ke hadapan adalah perkara-perkara yang mesti kita santuni, pada masa yang sama supaya kempen-kempen ini dapat disebarluaskan dan dapat difahami oleh semua peringkat.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:00 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah antara kesan dan implikasi kegiatan untuk kitar semula ini ialah aktiviti pengutip sampah di tapak-tapak pelupusan sampah yang kadangkala mengakibatkan kebakaran di beberapa lokasi tapak pelupusan sampah. Sebagai contohnya, di kawasan saya di tapak pelupusan sampah di Kok Bedullah itu dah empat bulan berlaku kebakaran dan kasihan kepada pihak bomba yang terpaksa bertungkus-lumus.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya, apakah inisiatif-inisiatif pihak kerajaan dalam memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan bantuan yang boleh diberikan kepada PBT untuk mengatasi masalah tersebut?

Kedua, kita sedar bahawa kita tak boleh mengatakan tak boleh kepada pengutip sampah. Macam mana pun, mereka tetap akan buat. Dalam hal ini, adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan kerjaya pengutip sampah ini satu program bagi pendidikan kitar semula kepada masyarakat? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawapan.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, kita telah pun membuat semakan. Difahami bahawa tapak pelupusan sampah yang disebutkan itu adalah satu tapak pelupusan sampah bukan

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

sanitari di atas tanah milikan kerajaan negeri dan dioperasikan oleh Majlis Daerah Tumpat sendiri. Ia berpunca daripada scavengers tadilah, yang disebutkan pengutip sampah dan kemudian menyebabkan berlakunya kebakaran di tempat tersebut. Di peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat bawah KPKT pun telah pun memadamkan 19 kali kebakaran di tempat yang sama.

Kerajaan MADANI komited untuk kita bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Untuk isu ini, Tuan Yang di-Pertua, kami ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk memohon bantuan untuk tapak ini dinaik taraf menjadi satu tapak pelupusan sanitari. Tetapi, ia pun tertakluk kepada Kementerian Ekonomi. Namun begitu, apabila kita telah menaik taraf, kerajaan negeri dan juga pihak PBT perlulah menguruskan tapak ini sebaiknya agar masalah yang sama tidak berulang.

Adapun cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi, kami anggap sebagai cadangan dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada soalan ini, Tuan Yang di-Pertua. Mudah-mudahan menjadi satu wake-up call kepada seluruh Ahli-ahli Parlimen kita dan boleh disebarluaskan ke seluruh negara.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Mempersilakan Tuan Zakri bin Hassan, Yang Berhormat Kangar.

final • 11:00 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan Kangar baharu dapat, Mohon Menteri jawab soalan empat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.

final • 11:00 AM

4. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, adakah usaha kementerian dalam mengembalikan program Rakan Muda dalam kalangan golongan belia kerana program ini dilihat memberi impak positif kepada belia.

final • 11:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya menerangkan beza Program Rakan Muda hari ini berbanding dengan Program Rakan Muda tahun 1994.

Pada zaman dulu, Kementerian Pendidikan menjadi kementerian yang penting untuk melaksanakan Program Rakan Muda kerana banyak aktiviti bertempat di sekolah.

Kali ini, kita buat di bawah Kementerian Belia dan Sukan, whole-of-ministry approach, dengan izin, dan kita mempunyai bajet.

Berbanding tahun 2022 di mana Rakan Muda pada masa itu dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS dengan bajet hanya RM3 juta, tetapi selepas pelancaran rasmi tahun lepas, tahun ini kita menerima RM20 juta, hampir empat kali ganda, dan melibatkan bukan sahaja Kementerian Belia dan Sukan ataupun Kementerian Pendidikan tetapi melibatkan semua agensi kerajaan, agensi berdaftar, persatuan tempatan, NGO dan swasta. Bezanya juga, kita mempunyai 10 gaya hidup baharu yang telah ditambah baik.

Untuk had umur, izinkan saya juga untuk menjelaskan bahawa Rakan Muda telah ditingkatkan penyertaannya kepada 30 tahun yang mana sebelum ini hanya dihadkan kepada belia berusia 15 hingga 25 tahun.

Tambahan itu juga, kementerian telah menurunkan had umur penyertaan Program Rakan Muda kepada 13 tahun atas permintaan Kementerian Pendidikan

final • 11:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Malaysia demi menggalakkan ramai lagi peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah untuk menyertai Program Rakan Muda.

final • 11:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Walau bagaimanapun, kementerian juga menawarkan beberapa program kolaborasi Rakan Muda yang melibatkan penyertaan daripada golongan kanak-kanak dan juga warga emas seperti Rakan Prihatin, di mana sukarelawan belia pergi melawat rumah warga emas dan itu adalah kolaborasi bersama peserta berlainan umur.

Pada tahun lepas, kementerian telah berjaya melaksanakan sebanyak 4,000 aktiviti ataupun program dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Program ini telah disertai seramai 1 juta orang belia. Kementerian telah menerima peruntukan RM20 juta tahun ini dan ini bertujuan memperkasakan pelaksanaan Rakan Muda untuk dimanfaatkan oleh belia secara menyeluruh. Ini termasuk pelaksanaan di peringkat daerah secara kolaborasi. Lebih 4,000 aktiviti dan seramai 2 juta orang belia disasarkan menyertai pelaksanaan program ini pada tahun ini.

Dalam pada itu, kerjasama strategik dengan agensi rakan pelaksana dan badan korporat turut diperkukuhkan. Izinkan saya memberikan beberapa contoh Tuan Yang di- Pertua, supaya senang difahami oleh Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat ini. Agensi seperti MOSTI bekerjasama dengan kita. Mereka juga menggunakan penggunaan logo Rakan Mahir dalam Minggu Sains Negara dan Malaysia...

[Tidak jelas] MOTAC untuk Festival Budaya Putrajaya, Rakan Ekspresi.

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu juga bekerjasama dengan kita melalui Program Rakan Prihatin, volunteerism, pelancongan Islamik dan untuk NGO-NGO yang lain, Rotary International District, Kiwanis Malaysia District, Lions Club International, Life Line Malaysia menjadi rakan strategik kita. Persatuan Bulan Sabit Merah, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia juga merupakan contoh rakan strategik bersama kita.

Antara rakan pelaksana lain yang juga terlibat dalam agihan RM20 juta ini, agensi Kementerian Belia dan Sukan seperti Sepang International Circuit, Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Sekretariat Rakan Muda IPT, Impact Integrated dan Majlis Belia Malaysia juga terlibat sama dalam pelaksanaan Program Rakan Muda.

Kementerian turut memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada Majlis Belia Malaysia dengan keahlian lebih daripada 1.2 juta orang belia bersama 41 badan gabungan yang lain. Majlis Belia Malaysia diharapkan mampu menjadi ejen pelaksana sehingga ke peringkat akar umbi.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sudah?

final • 11:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sudah.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kangar, soalan selanjutnya.

final • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Hebat jawapan Menteri. Jadi, terima kasih atas jawapan tersebut dan lagi sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas usaha menaik taraf trek motocross dan Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar. Jadi, soalan tambahan saya, sejauh manakah tahap keberhasilan Rakan Litar di bawah Rakan Muda ke arah mempromosi aktiviti sukan bermotor di kalangan anak muda?

Adakah pihak KBS mempunyai perancangan untuk mempergiatkan siri bengkel permotoran di Parlimen Kangar dan juga di parlimen-parlimen lain di seluruh negara, dan yang terakhir, adakah usaha KBS membantu Rakan Niaga, memandangkan pada hari ini peluang bekerja di sektor awam dan sektor swasta amat terhad? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ada tiga soalan tambahan di situ, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak boleh ingat semua tetapi saya nak jawab dulu mengenai Rakan Niaga.

Untuk Rakan Niaga, ini memang kerjasama yang kita lakukan dengan Kementerian Kewangan dan juga KUSKOP. Okey.

final • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 11:10 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

final • 11:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ini adalah hasil- Rakan Niaga adalah cadangan Yang Berhormat Pontian. Saya ingat lagi di mesyuarat. Jadi, Rakan Niaga kita kerjasama dengan kementerian yang mempunyai agensi spesifik yang boleh menurunkan kemahiran itu untuk membantu golongan belia. Yang keduanya mengenai Rakan Litar.

Rakan Litar, data yang saya ada bukan yang paling popular dalam 10 gaya hidup.

Yang paling popular Rakan Aktif dan diikuti dengan Rakan Demokrasi.

Kemudiannya, Rakan Ekspresi. Untuk Rakan Litar, tahun lepas sahaja kita mempunyai penglibatan lebih kurang sasaran kita 4,000 orang belia tetapi kita hanya ada 3,581 belia yang terlibat dalam Rakan Litar. Ini saya lihat kemungkinan adalah kerana kekurangan fasiliti litar untuk program-program seperti ini.

Jadi, Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil inisiatif untuk tengok bagaimana kita boleh memperbanyakkan lagi pembangunan fasiliti untuk motocross, seperti yang kita bangunkan di Perlis dan kita sedang menyediakan kertas sekarang untuk melibatkan semua exco negeri dan selepas kertas ini siap, kita akan bagi offer seperti yang kita lakukan untuk naik taraf padang untuk liga bola sepak bersama setiap negeri.

Jadi, yang itu saya kira selepas kita mempunyai fasiliti tersebut, jumlah yang akan terlibat dalam Rakan Litar akan bertambah, selepas setiap negeri mempunyai fasiliti khas.

Untuk Rakan Litar yang kereta lumba, yang itu semua memerlukan tapak tanah yang sangat besar dan kos yang sangat tinggi dan yang itu memang sukar untuk kita. Jadi, kita nak fokus untuk motocross dahulu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Dato’ Dr.

Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan soalan tambahan saya, izinkan untuk saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin masa depan daripada SMK Taman Ria Jaya Sungai Petani...

[Tepuk] Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya. Kalau kita lihat pelaksanaan Rakan Muda ini sudah pun mencapai sasarannya iaitu sejuta orang golongan belia dan apakah inisiatif yang penting sebenarnya untuk golongan belia luar bandar dan bagaimanakah distribusi daripada sejuta orang belia itu dengan belia luar bandar? Adakah sambutan belia luar bandar ini amat memberangsangkan dan apakah inisiatif pertama daripada Kementerian Belia dan Sukan, khususnya untuk belia-belia di luar bandar ini?

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jawapan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk belia di luar bandar, kita bergantung sangat kepada 113 Pejabat Belia dan Sukan di daerah dan kawasan masing-masing. Saya ada statistik ini di mana untuk di peringkat daerah, kita ada belia lebih kurang 354,000 orang belia yang terlibat dalam 4,886 program di peringkat daerah. Cuma, untuk kita sampai kepada mereka, kita kena gunakan pelbagai cara, bukan sahaja on the ground punya aktiviti.

Saya nak bagi satu contoh, di mana Kementerian Belia dan Sukan partner dengan Astro untuk membawa program realiti televisyen Rakan Muda, *Battleground Malaysia:

Road to Gold,* di mana itu merupakan satu pertandingan meliputi Rakan Aktif iaitu breakdance, breaking dan juga Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

final • 11:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Melalui program tersebut, kita dapat mencapai 11 juta orang penonton, terutamanya orang muda dalam platform digital Astro GO - Sooka, media sosial dan lain- lain serta televisyen 5.3 juta orang penonton. Jadi, walaupun belia itu tidak terlibat dalam aktiviti fizikal tetapi melalui Rakan Ekspresi, di mana mereka menonton dan rasa minat itu akan mula timbul dan mereka akan mula terlibat dalam program ini. Ini satu contoh untuk Battleground. Yang contoh kedua adalah saya fikir semua sudah tahu mengenai Zeppoyoungsterz. Zeppoyoungsterz juga melalui kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, di mana kita bagi mereka sedikit dana dan mereka melibatkan- mereka melaksanakan tujuh- bengkel Zeppo Community Class di sekitar Lembah Klang dahulu.

Kemudian, melalui penonton mereka dalam media sosial. Ramai lagi yang akan terlibat.

Saya bagi contoh Khenobu. Khenobu walaupun datang dari Sabah, tetapi beliau mempunyai pengikut di media sosial di kawasan Sabah dan di kawasan pedalaman.

Okey? Jadi, kita gunakan pelbagai cara untuk outreach belia di kawasan bandar dan juga di kawasan luar bandar. Okey.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Berikut, kita ke soalan yang seterusnya. Saya mempersilakan Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Yang Berhormat Sri Aman.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 5.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

final • 11:10 AM

5. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, keberkesanan strategi untuk mengurus- jika ada, dan cara meningkatkan sistem bekalan makanan Malaysia termasuk dalam pemantauan keselamatan makanan, pengurusan sisa makanan dan peningkatan produk makanan tempatan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Keberkesanan strategi dalam mengurus sistem bekalan makanan negara diterjemahkan menerusi prestasi sektor agromakanan yang menunjukkan pertumbuhan positif bagi suku tahun pertama 2024.

Nilai ditambah sektor agromakanan meliputi sektor pertanian, sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan bagi suku tahun pertama 2024, berkembang sebanyak 0.3 peratus kepada RM43.3 bilion. Nilai ditambah ini memberi sumbangan yang signifikan iaitu sebanyak 10.9 peratus kepada KDNK negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Prestasi ketiga-tiga sektor agromakanan merekodkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu 1.6 peratus bagi sektor pertanian, 0.5 peratus bagi sektor pembuatan dan 3.9 peratus bagi sektor perkhidmatan. KPKM melalui kolaborasi merentasi kementerian dan agensi di bawah Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan intervensi bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan makanan negara.

Antaranya melalui peningkatan pengeluaran hasil pertanian serta produk makanan tempatan, pemantauan keselamatan makanan, pengendalian kehilangan lepas tuai dan pengurusan sisa makanan.

Strategi bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian serta agromakanan dan produk makanan tempatan antaranya seperti memperluaskan program SMART Sawah

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Berskala Besar, memperkasa industri akuakultur, memperkasa Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur, memperkukuh industri lembu pedaging, memperkasa pengeluaran daging lembu dalam negara dan mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan pengkomersialan dan inovasi.

Bagi pemantauan keselamatan makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak sebagai competent authority atau regulatory authority dengan izin. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah melaksanakan program jaminan keselamatan makanan, mengiktiraf makanan organik dan memastikan produk selamat dari bahaya.

Manakala di peringkat ladang pula, KPKM melalui jabatan dan agensinya telah melaksanakan pengendalian kehilangan lepas tuai seperti memastikan pengurusan padi yang lebih komprehensif, meningkatkan kebolehpasaran dan mengurangkan kehilangan lepas tuai hasilan segar, membangunkan teknik pemanjangan hayat simpanan dan meningkatkan penggunaan teknologi baru.

Bagi pengurusan sisa makanan pula, ini diperkukuhkan di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui inisiatif seperti melaksanakan aktiviti pengkomposan, menerapkan konsep closed-loop treatment system dan melaksanakan inisiatif komuniti sifar sisa. Sekian dan terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sri Aman untuk soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya telah mendengar jawapan Menteri dengan teliti. Jadi, saya ingin terus bertanya kerana menurut laporan prestasi sumbangan sektor agromakanan tahun lepas iaitu tahun 2023 yang dikeluarkan oleh KPKM sebanyak RM78.7 bilion dagangan adalah import berbanding dengan RM46.4 bilion eksport. Jumlah ini Tuan Yang di-Pertua dilihat agak membimbangkan jika ia berterusan.

Jadi Yang Berhormat Menteri saya ingin bertanya, mungkin pihak Menteri boleh memberi penjelasan ataupun penerangan berkenaan dengan usaha yang diambil oleh pihak kementerian bagi melaksanakan ataupun bagi mengadakan strategi baru dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara dapat ditambah dan dijamin serta mampu menggantikan bekalan makanan yang terpaksa diimport dari luar negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jawapan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk kita address keadaan jumlah perdagangan negara kita dalam keadaan yang ada seperti ini, pada tahun ini KPKM telah memperkenalkan konsep Program Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) untuk melaksanakan pembudayaan inovasi dan reengineering dalam sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani di sepanjang rantaian pengeluaran dan nilai agromakanan.

Untuk kesinambungan keterjaminan makanan negara, pada tahun lalu kita telah melancarkan lima hala tuju untuk memperkasakan industri akuakultur, memperluaskan penternakan lembu fidlot dan pembiakbakaan, penanaman jagung bijian dan penglibatan golongan belia dan pemerkasaan Institut Latihan Pertanian untuk memastikan kita mempunyai cukup tenaga mahir untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara kita.

Pada tahun ini, kita tambah lagi empat buah industri fokus iaitu pemerkasaan untuk padi dan beras, industri bawang, ayam dan telur serta nanas. Jadi, ada dua kategori di sini. Kategori yang pertama adalah untuk meningkatkan pengeluaran hasil makanan di negara kita untuk meningkatkan SSR padi dan beras dan sebagainya, meningkatkan pengeluaran ayam dan telur dan sebagainya. Yang kedua adalah untuk meningkatkan lagi pendapatan negara supaya kita dapat mengimbangi jumlah perdagangan keadaan negara kita dan itu adalah melalui industri nanas dan juga durian. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Timbalan Speaker. Pertama, soalan tambahan saya adalah adakah pihak kementerian bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan khas bagi menambah baik kelompangan dalam sistem pemantauan berkaitan keselamatan makanan?

Apakah strategi kementerian bagi mewujudkan zon pertanian organik untuk tujuan pengeluaran makanan bagi keperluan negara? Kita mendengar, mengetahui bahawa Malaysia masih lagi mengimport makanan. Mohon senaraikan jenis dan jumlah perbelanjaan yang terlibat dan negara yang berkaitan untuk tahun 2023. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jawapan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Soalan daripada Yang Berhormat mempunyai ada dua. Yang pertama berkenaan dengan makanan organik dan juga pengkomposan. Itu berkaitan dengan makanan organik, competent authority adalah Kementerian Kesihatan dan untuk pengkomposan ia adalah di bawah Kementerian KPKT.

Walau bagaimanapun, kita duduk bersama dalam Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara dan kita akan bincang apa-apa langkah. Hasil daripada cadangan Yang Berhormat kita akan bawa cadangan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat nanti.

Kedua, berkaitan dengan butir perbelanjaan ataupun hasil pendapatan daripada setiap pengeluaran negara, saya akan dapatkan data itu dan jawab secara bertulis. Sekian dan terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Soalan, satu. Yang pertama tadi tentang Jawatankuasa Pemantauan Khas...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri boleh pilih untuk secara bertulis, ya. Baik, saya akan beransur ke soalan yang berikutnya.

Saya mempersilakan Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab.

final • 11:20 AM

6. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta

final • 11:20 AM

Menteri Ekonomi menyatakan

(a) inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera dan bagaimana untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan bumiputera khususnya dalam sektor berimpak tinggi; dan

(b) apa nisbah terkini bagi pendapatan penengah, nisbah gaji dan upah penengah bulanan isi rumah antara kaum bumiputera, Cina dan India.

final • 11:20 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Kuala Terengganu. Agenda Pemerkasaan Bumiputera akan menjadi agenda nasional ke arah mencapai hasil yang saksama untuk Bumiputera. Dalam hal ini kerajaan akan memberi fokus kepada usaha untuk menegakkan keadilan sosial melalui pemantapan fungsi agensi-agensi mandat bumiputera terlebih dahulu kemudian dikaitkan dan ditingkatkan dengan penyertaan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan, GLC dan GLIC serta rakan-rakan strategik daripada pihak swasta termasuklah daripada bukan Bumiputera dan juga syarikat-syarikat asing.

Kerajaan telah memberi arahan dan petunjuk dasar yang jelas bahawa tugas ini perlulah diperluaskan kepada peranan GLC dan GLIC supaya menjadi lebih proaktif dalam mempergiat serta menggerakkan agenda pemerkasaan dan ekonomi Bumiputera dengan tumpuan untuk melahirkan lebih ramai kelas pertengahan Bumiputera yang terlibat dalam menghasilkan nilai. Peningkatan bilangan golongan ini mampu membina perniagaan yang meningkatkan pendapatan dan menambah nilai kepada ekonomi serta tidak bergantung harap kepada gaji semata-mata.

Antara strategi-strategi utama yang telah pun dimasukkan sebagai dasar dan program yang telah dibangunkan yang pertama ialah untuk kita menambah baik dari segi mobilisasi kapital dengan izin, capital mobilization dengan melibatkan pihak-pihak swasta supaya kita beralih daripada dana kerajaan semata-mata tetapi menggunakan dana kerajaan itu sebagai leverage untuk kita menggerakkan dana swasta kepada perniagaan- perniagaan bumiputera yang berdaya maju.

final • 11:20 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ini perlu melangkaui bank semata-mata. Ia juga perlu melibatkan penyertaan terutamanya firma-firma VC dan PE. Sebab itu tumpuan kerajaan juga ialah untuk membangunkan sektor VC dan PE yang mampan di negara ini supaya capaian kapital kepada peniaga termasuklah bumiputera akan menjadi lebih baik.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Kedua ialah strateginya ialah untuk memadankan usahawan-usahawan bumiputera yang berpotensi dengan rantaian nilai melalui penambahbaikan program- program vendor yang berbeza pada zaman ini berbanding dengan program vendor sebelum ini. Kalau sebelum ini program vendor selalunya melibatkan GLC untuk menjadi pembekal kepada GLC.

Tumpuan kerajaan sekarang ialah untuk membangunkan usahawan-usahawan bumiputera untuk dimasukkan dalam rantaian nilai antarabangsa yang melibatkan program vendor yang ditambah baik dengan syarikat-syarikat multinasional supaya apabila mereka datang ke sini, dengan pelaburan asing yang besar, mereka turut melibatkan usahawan bumiputera di dalam membina sektor sokongan kepada industri mereka.

Puan Yang di-Pertua, semua- perkara-perkara ini sudah tentu telah dibincangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang lepas dan dapatan serta hasilnya itu sedang dirangkumkan dan insya-Allah akan diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai satu dokumen baharu yang mengikat dan memberi pengenalan kepada program-program khusus sebagai pemerkasaan bumiputera.

Terakhir berkenaan dengan soalan Kuala Terengganu tentang nisbah pendapatan penengah. Nisbah pendapatan penengah bulanan isi rumah bumiputera kepada Cina tahun 2022 adalah 0.71 kepada satu dan nisbah isi rumah bumiputera kepada India pada tahun 2022 adalah 0.87 kepada satu. Ini disasarkan contohnya nisbah pendapatan

final • 11:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

penengah isi rumah bumiputera kepada Cina disasarkan akan meningkat kepada 0.88 kepada satu menjelang tahun 2025. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Terengganu.

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan tiada lagi geran akan diberikan untuk bantuan usahawan bumiputera. Antara alasan yang diberikan termasuklah antara lain- antara penerima geran ini ada yang hilang dan sebagainya.

Sekiranya pemberian geran ini tidak mencapai objektif, tidakkah apa ini yang sepatutnya dilihat adalah tentang bagaimana untuk menambah baik pelaksanaan yang berkenaan.

Kerana sekiranya itu alasan yang digunakan, bagaimana dengan geran-geran lain yang diberikan kepada bumiputera untuk pertanian dan sebagainya. Adakah ini hala tuju Madani untuk juga melihat kepada geran-geran bumiputera yang lain atas alasan yang sama.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Kuala Terengganu. Nasihat saya sebelum buat ucapan di dalam Dewan, baca dan teliti ucapan-ucapan itu dengan penuh.

Dan bila Menteri ingin memberi jawapan, dengar dahulu dan hormati Dewan sebelum- sebab dia tahu bila kita nak bagi jawapan itu, dia akan dimalukan.

Pengumuman mengenai geran ialah...

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jawab je lah.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Supaya kita memastikan bahawa kumpulan- kumpulan usahawan bumiputera itu dilayan secara berlainan. Selama ini, kalau geran sebanyak RM5 juta percuma diberikan kepada seorang yang memang sudah hartawan, bukankah lebih baik geran RM5 juta itu diagihkan kepada lebih ramai penerima-penerima.

Kerajaan masih lagi meneruskan geran-geran, tetapi dikelaskan mengikut kumpulan penerima-penerima.

Contohnya bagi kumpulan penerima, untuk usahawan kecil yang baharu memulakan perniagaan, pinjaman dan geran berlaku seperti biasa di bawah MARA, di bawah TEKUN dan yang lain-lain, tetapi kalau geran itu seperti yang diteruskan semasa pentadbiran sahabat-sahabat di sana dan kita telah ada audit selama bertahun-tahun geran yang dilaksanakan. Contohnya melalui TERAJU ada yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang memang dah besar, dah hartawan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Dan bila mereka dapat wang ini, wang percuma, sedangkan wang itu lebih baik diberikan kepada lebih ramai. Jadi sebab itu, kita menukar bagi usahawan-usahawan saiz menengah yang memang sudah ada perniagaan yang baik, yang memang sudah pun ada perniagaan berjuta-juta seperti mana juga peniaga yang lain, kita menukar daripada geran, ia perlulah menjadi dalam bentuk pinjaman yang melibatkan juga institusi kewangan swasta yang lain.

Sebab itu dengan peruntukan RM200 juta setahun sahaja, dengan kita tidak memberikan geran percuma berjuta-juta kepada seorang begitu, kita telah berjaya melebarkan capaian modal itu sebanyak RM1 bilion dengan kerjasama institusi-institusi kewangan swasta supaya bagi setiap RM1 yang diletakkan oleh kerajaan, RM4 lagi akan diberikan oleh swasta dan itu akan menurunkan kos modal kepada syarikat-syarikat ini. Itu sebenarnya lebih baik kerana akan mendapat lebih banyak penerima.

Jadi perkara yang disebut oleh Kuala Terengganu itu sama ada tidak faham atau buat-buat tidak faham, tetapi telah pun ditanya di luar konteks kerana yang kita sebut ialah geran-geran yang diberikan kepada syarikat-syarikat besar kecualilah penerimanya termasuk daripada yang ada dekat depan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pulai.

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ini buruk sangka. Dia kata saya buat-buat tak tahu. Mana boleh buruk sangka macam ini.

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pulai.

final • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, ada satu pembentangan yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar yang mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan dasar peluang saksama dalam kongres tersebut. Satu polisi yang progresif...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan

final • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Untuk meningkatkan ekonomi bumiputera. So apa langkah-langkah ataupun pandangan kerajaan terhadap cadangan ini?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, sila ringkaskan jawapan juga.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kita menerima maklum cadangan tersebut yang memang telah disebut lama, tetapi sebenarnya sebarang akta yang melibatkan peluang saksama, dia akan melibatkan semua sektor awam dan sektor swasta. Jadi sebab itu ia perlu diperhalusi kerana kalau ia dikenakan kepada sektor swasta, maknanya ia juga perlu dikenakan kepada sektor awam dan itu akan meneruskan polemik yang berpanjangan.

Sebab itu sebelum apa-apa keputusan dibuat mengenai perkara seperti itu, ia perlulah diteliti dengan lebih jelas.

Pada pandangan saya, pada ketika ini, kita perlu memberi tumpuan untuk memperkasakan kemampuan dan kebolehan niaga kita terlebih dahulu sebelum kita melihat untuk menggunakan undang-undang untuk sebarang tindakan seperti Akta Peluang Saksama kepada sektor swasta. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu.

final • 11:30 AM

7. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, jumlah sebenar vaksin COVID-19 yang terpaksa dilupuskan kerana telah tamat tempoh dan berapa anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Menteri.

final • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelebu atas soalan yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap tata kelola khasnya dalam Kementerian Kesihatan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Jelebu dan juga Dewan yang mulia ini, sejak Program Imunisasi COVID-19 bermula rasminya 24 Februari 2021, Kerajaan Malaysia telah menerima sebanyak 84.5 juta dos vaksin COVID-19 ini sama ada daripada perolehan mahupun daripada sumbangan ya.

Sehingga 11 Jun 2024, sebanyak 9,159,151 dos dalam stok vaksin pelbagai jenama yang telah luput sama ada dalam fasiliti-fasiliti KKM mahupun dalam gudang- gudang kami ya, gudang simpanan yang merupakan kurang lebih 10.8 peratus daripada jumlah dos yang kita peroleh dan kita menerima sumbangan. Proses pelupusan dan pelaporan vaksin itu adalah dalam simpanan KKM itu dilaksanakan mengikut tatacara pengurusan aset dan tatacara pengurusan stok.

Adapun soalan kedua daripada soalan Yang Berhormat Jelebu, saya ingatkan diri saya kata pepatah Orang Putih, ‘Hindsight is always perfect. Vision 20/20’.

final • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Atas persoalan berapa kerugian. Saya tidak bermaksud untuk negatif terhadap predecessors ataupun Menteri-menteri terdahulu daripada saya. Apa pun soalan ini jarang-jarang juga mahu dijawab oleh Menteri-menteri atas perkara dikatakan sebagai obligasi kontraktual NDA. Saya bersedia untuk memberikan jawapan ini kurang lebih yang kita tanggung dari sudut kerugian itu adalah sebanyak RM185 juta equivalence of USD40 juta. Ini juga adalah termasuk hal-hal yang terkait dengan logistik. Logistik dari sudut simpanan stok, penstoran dan sebagainya.

Jadi, untuk saya sebutkan ringkasnya begitu dahulu. Tuan Yang di-Pertua, persoalannya adalah bagi Menteri-menteri terdahulu daripada saya mereka tidak punya apa pun yang dikatakan sebagai SOP’s atau best practice ataupun benchmarking kerana itu adalah pandemik untuk pertama kali. Jadi, dengan itu saya memahami kalaupun ada kelebihannya itu ia adalah terkait dengan ketika itu persaingan untuk mendapatkan perolehan vaksin itu adalah sangat sengit. Jadi, persoalan bagaimana lebihan dan sebagainya itu setelah kita mendepani pandemik ini pertama kali, kita punya sedikit sebanyak SOP’s dan juga best practice untuk pandemik yang ke depan ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelebu.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, way forward dengan izin. Saya nak sebut pada bulan April tahun 2024. AstraZeneca buat pertama kalinya mengaku dalam dokumen yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi United Kingdom bahawa vaksin mereka boleh dalam kes yang sangat jarang berlaku menyebabkan TTS ataupun pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Pendedahan AstraZeneca ini Dato’ Yang di-Pertua, sekali gus menjadi perdebatan di kalangan masyarakat dunia termasuk masyarakat di Malaysia. Way forward Datuk Yang Berhormat Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri itu perfect dah itu.

Jawapan yang sangat berhemah, is a perfect dengan izin.

Cumanya Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sebut kerajaan selain daripada apa yang saya sebut tadi. Yang Berhormat Menteri, pada Mei 2024 yang lalu juga mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan bertanggungjawab. Kerajaan akan bertanggungjawab terhadap mana-mana penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan termasuk yang dikeluarkan oleh AstraZeneca.

Soalan saya kepada pihak kementerian terutamanya pada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah kes yang telah dilaporkan berkaitan dengan kesan sampingan buruk yang dihidapi oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia? Apakah contoh-contoh kesan sampingan dan apakah langkah kerajaan seterusnya bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kesan sampingan ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Jelebu. Yang Berhormat Jelebu yang sentiasa saya katakan tadi peka atas perkara ini dan untuk pengetahuan semua, Yang Berhormat Jelebu dan juga Dewan yang mulia ini.

Sememangnya, kita pada awal lagi melalui bahagian Regulatori Farmasi Negara ataupun NPRA memantau berterusan sejak kita mulakan PIK ataupun yang dikatakan sebagai Program Imunisasi Kebangsaan itu.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah memberikan kurang lebih 72 juta dos yang kita jab in the arm of our rakyat, dengan izin dan dari situ saya bersedia untuk memberitahu bahawa atas pelbagai vaksin-vaksin jenama itu antara lain Comirnaty Pfizer, CoronaVac, Sinovac dan juga AstraZeneca itu adalah sebenarnya vaksin Vaxzevria dan juga yang lain CanSino dan Sinopharm seluruhnya.

Daripada segi apa yang dikatakan sebagai AEFI ataupun after effect- adverse effect following immunization itu, kurang lebih 368 kesan sampingan biasa ataupun yang the expected adalah berjumlah 368 daripada 1 juta which is 0.037 AEFI, tetapi yang serius itu adalah sebanyak 26 kes, 26 laporan pada setiap 1 juta yang kurang lebih is equivalent, dengan izin 0.0026 peratus yang dikatakan AEFI yang agak serius. AEFI yang agak serius

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

itu terkait dengan persoalan sama ada kemasukan dalam wad, pemanjangan tempoh di wad, membahayakan nyawa sebab seumpamanya anaphylaxis ataupun myocarditis ataupun juga vaccine-induced, thrombosis with thrombocytopenia seperti mana AstraZeneca itu.

Kami memang mengakui dan sangat sedar dan memang kita ada pemantauan yang berterusan yang dibuat oleh NPRA dan setiap satu kematian itu kita akan susuli dengan forensiknya untuk mengenal pasti apa yang dikatakan sebagai ...

*[Tidak jelas] ...

Relationship* ataupun terkait sebab musabab akan kes-kes yang serius itu yang sentiasa diambil tanggungjawab. Di sini juga kalau Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Jelebu, kita sebenarnya mengikuti akan AEFI ini ataupun laporan ringkas kesan adverse susulan imunisasi ini sehingga 30 November 2023 ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat boleh juga menelusuri ataupun mengamati terbitan laman sesawang kami NPRA www.npra.gov.my yang sebenarnya memaparkan adverse, adverse efek ini secara telus, secara terbuka dan setiap satu yang samar serius mahupun yang common, yang biasa dilaporkan dalam sesawang ini. Puan Yang di-Pertua, sekian dahulu terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang kita sedia maklum dalam keadaan wabak baru-baru ini, masa tidak mencukupi untuk syarikat-syarikat ini membuat kajian. Sebahagian kajian oleh vivo itu tidak selesai. Jadi, tidak tahu kesan sampingan sebenarnya yang dialami oleh penerima-penerima vaksin. Maka, timbullah kesan-kesan sampingan tadi dan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Berlebihan dan sebagainya.

Cuma soalan saya untuk mengatasi baharu-baharu ini pada masa hadapan, adakah kerajaan telah membuat kajian antaranya ialah kandungan antibodi hasil daripada vaksin tersebut kepada individu-individu yang terima? Adakah benar-benar vaksin tersebut dapat menghasilkan antibodi ataupun tidak? Sebab, kajian yang lengkap tidak dibuat.

Kedua, adakah kerajaan juga sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini ada mencadangkan untuk membuat pelan hala tuju pembangunan vaksin negara untuk persediaan menghadapi ancaman yang akan datang supaya negara kita sendiri, pakar- pakar kita sendiri boleh menghasilkan vaksin kita sendiri. Sejauh mana proses ini sedang berjalan di KKM? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus yang juga pengamal perubatan dan saya yakin Kuala Nerus tahu bahawa persoalan penggunaan vaksin ini satu yang sangat established. Satu kajian yang empirikal yang dilakukan berterusan dan kita tahu bahawa daripada hal yang dikatakan tadi sebagai antibodi. Semua itu adalah sudah sangat established.

Kalau- saya berikan sikit maklumat. Kalau kita mahu secara lebih, sama ada sehingga ke matter analysis, sama ada kajian-kajian peer-reviewed literature atas setiap satu jenis vaksin ini, kalau kita look into the literature semuanya itu sangat, apa yang dikatakan hal ini sebagai sarat literature medical atas vaksin dan kajian-kajian vaksin sehinggakan the golden standard of apa yang dikatakan sebagai trial yang sekarang ini dibuat sama ada dalam bentuknya clinical trial ataupun trial preclinical, itu adalah satu yang sangat established.

Jadi, sama ada isu yang dibawa oleh Kuala Nerus ini sebenarnya bahasa mudahnya banyak dalam literature medical dan kita hanya perlu untuk menyemak dan kita akan dapat satu persatu. Saya sendiri yang menelusuri banyak peer-reviewed papers sebelum membuat apa-apa komitmen untuk menyokong persoalan-persoalan penggunaan vaksin suatu ketika dahulu dan hari ini literature on vaccine especially AEFI dan sebagainya terlalu mewah dan terlalu the plethora of information, dengan izin.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Lambakan maklumat secara saintifik itu terlalu banyak dalam literature medical review dan jurnal-jurnal British- BMJ dan semuanya, Lancet.

Kita hanya perlu semak dan kita akan dapati persoalannya, persoalan apa yang dibangkitkan Kuala Nerus ini sudah banyak terjawab. Meskipun tidak dinafikan persoalan AEFI itu seperti mana berlaku pada AstraZeneca dan yang lain. Juga, kesan-kesan seperti myocarditis.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Itu memang kita tahu. Setiap satu bahan yang dikatakan sebagai drug ataupun vaksin ataupun biologic yang heterogeneous sifatnya, apabila kemasukan dalam tubuh badan manusia perlu- pastinya ada kesan sampingan. Namun persoalan besarnya adalah penggunaan vaksin ini manfaatnya jauh mengatasi mudaratnya. Saya boleh go into very detail. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Ya, sebelum nampak panjang.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus tak boleh tanya macam ini. Sila duduk.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang saya maksudkan, apa persiapan untuk kita menghadapi masa depan?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, ya, itu juga adalah penting.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sebagaimana yang dalam kajian ini...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Dan sebab...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak ada.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh tanya macam ini. Sila duduk.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kuala Nerus, sangat penting soalan tadi itu. Memang kita, itulah sebabnya juga kita mengambil pentasnya WHO untuk kita apa yang dikatakan sebagai the International Health Regulations (IHR) dan global preparedness itu juga menjadi satu kepentingan yang dikongsi seluruh dunia ini, Kuala Nerus. Terima kasih, itu adalah sangat penting untuk berdepan dengan future pandemic preparedness. Terima kasih Kuala Nerus. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

final • 11:50 AM

8. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan:

(a) hala tuju penanaman getah di Malaysia terutama melibatkan isu- isu seperti kebun terbiar, harga getah, dan kebajikan pekebun- pekebun kecil; dan

(b) status terkini Bangunan RISDA Mersing yang sudah siap dibina, tetapi masih belum diduduki.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih YB Mersing atas soalan.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha memperkasakan hala tuju penanaman getah Malaysia terutamanya berkaitan isu-isu berkait kebun terbiar, harga getah dan kebajikan pekebun-pekebun kecil. Kementerian melalui RISDA telah menyediakan pelbagai bantuan dan subsidi bagi menyokong ke arah usaha tersebut.

Berkaitan isu kebun terbiar, RISDA komited dan berusaha mengekalkan kawasan bertanam getah sebanyak 1.15 juta hektar seperti mana dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030. Untuk itu, satu dasar dan garis panduan iaitu Model Pengeluaran Getah Negara

(PETARA) telah diwujudkan bagi memastikan kebun terbiar diusahakan semula seterusnya bagi meningkatkan pengeluaran getah negara khususnya pengeluaran lateks negara. Bantuan yang disediakan dalam pelaksanaan PETARA adalah dalam bentuk pemberian peralatan menoreh, bahan input pertanian, bantuan sokongan pemasaran, insentif pengeluaran dan peningkatan produktiviti serta insentif tenaga kerja.

Antara program-program yang dilaksanakan bagi menjayakan PETARA. Pertama, pengeluaran hasil getah matang yang mana program ini memfokuskan kepada kebun getah matang iaitu telah sedia mengeluarkan hasil selepas lima tahun ditanam semula.

Kedua, program fasiliti pemasaran getah, yang mana program ini merupakan program pemasaran yang dilaksanakan dengan menyediakan infrastruktur pemasaran getah secara berkelompok, sistematik dan teratur.

Ketiga, program pemulihan kebun getah terbiar, yang mana program ini memulihkan kebun-kebun yang terbiar supaya diusahakan semula bagi mengeluarkan hasil. Pelaksanaan program boleh dijalankan secara individu iaitu pekebun kecil yang mampu mengusahakan ataupun melantik ejen mengurus daripada Kumpulan RISDA Holdings bagi menguruskan kebun berdasarkan perjanjian yang dipersetujui.

Berkaitan isu harga getah, penentuan harga komoditi getah adalah berkait rapat dengan permintaan dan penawaran pasaran getah dunia. Manakala kawalan dan penyelarasan harga komoditi getah peringkat domestik adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Getah Malaysia. Namun, bagi mendapatkan harga jualan getah yang terbaik, RISDA sentiasa menggalakkan pekebun kecil untuk menjual hasil jualan secara berkelompok di depot-depot RISDA.

RISDA juga sentiasa prihatin berkaitan dengan isu kebajikan pekebun kecil dengan menyediakan beberapa program termasuk program Aktiviti Ekonomi Tambahan

(AET) dan juga program keusahawanan. Begitu juga, RISDA juga memperkenalkan program hasil baharu yang memperuntukkan sejumlah RM28 juta kepada 1,375 orang pekebun kecil bagi menjalankan pertanian selain getah yang berbentuk tanaman jangka pendek dan juga penternakan. Begitu juga dari sudut kebajikan, Bantuan Musim Tengkujuh yang memperuntukkan sejumlah RM264 yang melibatkan 31,142 orang pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh. Berkaitan dengan status Bangunan RISDA Mersing...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ya. Soalan ini ada dua bahagian ya. Berkaitan dengan status Bangunan RISDA Mersing, ketika ini bangunan tersebut dalam proses akhir untuk mendapatkan sijil penyiapan dan pematuhan dan jangkaan diperoleh Ogos 2024.

Namun, proses pembinaan ini tidak mengganggu sistem pengoperasian Pejabat RISDA Daerah yang masih beroperasi di pejabat sedia ada sekarang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mersing.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, kalau bangunan dah siap nanti, saya jemputlah sahabat-sahabat saya Yang Berhormat Tenggara, Pengerusi RISDA untuk hadir merasmikan bangunan itu nanti. Insya-Allah.

final • 11:50 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Insya-Allah. Terima kasih

final • 11:50 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Jangan lupa jemput saya ya...

[Ketawa] Okey.

Soalan tambahan saya yang pertama, adakah kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih banyak geran bantuan pembangunan tanaman getah menerusi Program Tanam Semula Getah RISDA dan Program Tanam Semula Berkelompok terutama untuk membantu golongan pekebun kecil di Mersing yang mempunyai tanah kosong terbiar, tetapi tiada modal untuk diusahakan.

Sejauh manakah kepakaran RISDA dalam pengurusan dan pembangunan tanaman getah dapat dioptimumkan untuk memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dan pekebun kecil di Mersing? Misalnya dengan mengetengahkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian untuk menarik minat generasi muda menceburi bidang ini malah diperluas ke arah usaha melestarikan masyarakat setempat.

Kedua Yang di-Pertua, saya difahamkan Tabung Haji Plantation mempunyai lebih kurang 10,000 hektar kebun terbiar di Sabah yang tidak bertoreh. Jadi, apakah usaha kementerian untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Tabung Haji Plantation di Sabah ini? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, terima kasih YB Mersing atas soalan tambahan. Ada tiga soalan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh jawab secara bertulis.

final • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Untuk yang pertama, berkaitan dengan Program Tanam Semula RISDA di kawasan Mersing khususnya untuk tanah kosong terbiar. Terdapat peruntukan program tanam semula bagi Daerah Mersing pada tahun 2024 yang bernilai RM1.07 juta dengan keluasan kebun seluas 140 hektar. Ini termasuk pembangunan tanah kosong. Bagi kebun ataupun tanah kosong, RISDA melaksanakan perluasan skop bagi tanaman semula bagi tujuan supaya pekebun kecil yang memiliki tanah kosong atau tanah selain daripada bertanam untuk mendapat bantuan tanam semula dengan tanaman getah. Jadi, ada syarat-syarat bagaimana untuk memohonnya.

Kedua, soalan kedua tadi berkaitan dengan kepakaran dan teknologi. RISDA yang ditubuhkan sejak 50 tahun yang lalu berpengalaman luas dalam pembangunan tanaman getah di mana kebun getah dapat dibangunkan secara berkumpulan, secara- RISDA Plantation Sdn. Bhd. sebagai ejen pengurusan dalam pembangunan ladang di bawah pengurusan Kumpulan RISDA Holdings. RISDA juga sentiasa menggalakkan pekebun kecil getah mengadaptasi dan menggunakan teknologi terkini yang disyorkan oleh Lembaga Getah Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan menghasilkan teknologi baharu.

Begitu juga RISDA melaksanakan program bimbingan dan latihan yang berterusan untuk pekebun kecil seluruh negara termasuk Daerah Mersing melalui program-program seperti berikut:

(i) kempen-kempen dan bimbingan Pekebun Kecil Makmur;

(ii) kursus formal ataupun latihan teknikal melalui proses Amalan Pertanian Baik (GAP); dan

(iii) mewujudkan program kelab generasi muda RISDA, yang mana tenaga kerja pekebun kecil dan Program Pergerakan Wanita Pekebun Kecil dibuat untuk memastikan program-program dapat ditingkatkan dari semasa.

Untuk soalan yang ketiga, berkaitan dengan...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

final • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Saya jawab bertulis sebab saya tak ada maklumat berkaitan tanah kebun terbiar di negeri Sabah.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tabung Haji.

final • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, Tabung Haji.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan Nombor 9, Hulu Langat tak ada dalam Dewan. Jadi, saya jemput Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.

final • 12:00 PM

[Soalan No. 9 – YB. Tuan Mohd Sany bin Hamzan (Hulu Langat) tidak hadir]

10. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, statistik kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke luar negara sehingga Jun 2024.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Parit, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Bank Negara Malaysia mengunjurkan perdagangan negara pada tahun 2024 meningkat sebanyak 5.2 peratus manakala eksport dijangka berkembang sebanyak lima peratus. Peningkatan prestasi perdagangan Malaysia ini disokong oleh pertumbuhan positif kitaran teknologi ataupun tech upcycle di mana pasaran semikonduktor global dijangka meningkat sebanyak 16 peratus tahun ini menurut World Semiconductor Trade Statistics. Peningkatan ini merangkumi barangan semikonduktor, pengkomputeran, AI, automotif dan komunikasi terutama 5G.

Malaysia sebagai pengeksport global ke-10 terbesar bagi barangan E&E dan pengeksport keenam terbesar bagi semikonduktor pada tahun 2023 bakal dimanfaatkan oleh perkembangan ini. Pertumbuhan eksport pada tahun 2024 turut akan disokong oleh prospek positif bagi harga komoditi utama seperti minyak sawit serta petroleum mentah.

Puan Yang di-Pertua, statistik perdagangan luar Malaysia setakat ini adalah sehingga bulan Mei 2024. Data bulan Jun 2024 hanya akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 18 Julai 2024.

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2024, jumlah perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus kepada RM1.158 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023 iaitu berjumlah RM1.066 trilion. Eksport meningkat sebanyak 40.5 peratus kepada RM605.25 bilion dan import turut meningkat 13.7 peratus kepada RM553.24 bilion.

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2024, eksport jentera, kelengkapan dan peralatan meningkat 21.8 peratus kepada RM27.54 bilion. Ini didorong oleh kenaikan jentera dan perkakasan bagi pembuatan barangan semikonduktor untuk menyokong sektor E&E. Pada bulan Mei, perdagangan Malaysia kekal berdaya tahan dan kukuh dengan mencatat pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit.

final • 12:00 PM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Puan Yang di-Pertua, Peraturan 91.

Boleh? Okey, saya nak bertanya. Sebab, soalan Hulu Langat naik. Jadi kalau- adakah

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

dia? Sejak kita bersidang daripada berapa hari bulan sampai sekarang, kita tak nampak muka...

final • 12:00 PM

Seorang Ahli

24, 24.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ha, start 24 hari bulan sampai sekarang, dia tak datang, tapi tak apalah, dia tak datang.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Beliau di Mekah.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Adakah dia maklum dia tak sihat?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sebab apa...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dia pergi ke Mekah menjalankan ibadat agama.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak. Saya tahu. Saya tahu Jelutong tak ada kawan. Jadi, dia sunyi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pendang, saya bangun...

[Pembesar suara ditutup]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain, sila duduk.

Saya tak mahu bazir masa...

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya bukan tanya Jelutong. Jelutong ini macam dia Speaker. Patut orang tak lantik hang jadi menteri.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Parit untuk...

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak. Saya nak tanya ini.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu tanya. Ini bukan hal Yang Berhormat Pendang. Sila duduk.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

  1. Sepatutnya jangan naik soalan dia kalau dia maklum...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Kalau tak mahu duduk, sila keluar.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini soalan dia. Rugi kami tak dapat, Puan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang sedang bazirkan masa. Boleh keluar kalau tak mahu duduk.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak. Ini saya bawa peraturan mesyuarat.

Kalau tak betul...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata ini bukan hal Yang Berhormat Pendang. Sila duduk.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Eh, dulu- ini, kita ada. Masa Maran tak masuk, dibangkitkan oleh sebelah sana dulu.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Parit, sila tanya soalan.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Mencelah]

final • 12:00 PM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang mahu keluar?...

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Menteri atas jawapan yang komprehensif. Soalan saya, apakah strategi yang sedang diambil oleh pihak kementerian untuk terus meningkatkan kadar pertumbuhan eksport Malaysia pada masa hadapan? Dan juga, apakah sektor-sektor ekonomi yang paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan eksport sehingga Jun 2024 dan apakah inisiatif yang diambil untuk terus memajukan sektor-sektor ini? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Parit. Memang syer yang paling besar daripada segi eksport ialah sektor E&E. Syer sektor E&E menyumbang 37.7 peratus kepada jumlah eksport.

final • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Maka, seperti saya sebut tadi, oleh sebab tech upcycle, maka negara kita akan manfaatkan daripada tech upcycle dan sektor E&E, khususnya semikonduktor dan juga peralatan jentera dan perkakasan. Sektor ini akan menyaksikan lebih banyak eksport dalam tahun ini.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau.

final • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Puan Speaker. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri adalah, Menteri ada sebut bahawa E&E dan semikonduktor merupakan keutamaan sekarang yang menerajui eksport sehinggalah RM16 bilion, tapi seperti yang kita sedia maklum, sekarang E&E dan semikonduktor ini banyak tertumpu di Pulau Pinang.

So, adakah kerajaan ada rancangan untuk kita meluaskan industri E&E dan semikonduktor ini ke negeri lain di Malaysia khususnya di negeri Menteri sendiri di Johor memandangkan tak lama lagi kita akan mewujudkan Special Economic Zone di Johor?

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Sektor E&E kita tertumpu di Pulau Pinang dan Kulim, tetapi bukan terhad pada Kulim dan Pulau Pinang. Di Selangor dan juga di Johor, ada banyak juga industri-industri sokongan seperti metal fabrication dan lain-lain. Di Johor terutamanya, mereka menyokong industri semikonduktor di Singapura.

Maka, strategi kerajaan ialah untuk menaikkan taraf supaya kita beralih daripada back-end ke front-end dan di seluruh negara kalau kita boleh menaikkan tahap complexity kita di Pulau Pinang dan Kulim dan juga di tempat lain, kita akan ada dalam tahap yang lebih tinggi.

National Semiconductor Strategy atau Strategi Semikonduktor Kebangsaan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Mei tertumpu terhadap beberapa sektor. Satu, IC design; kedua, advance packaging; dan ketiga, untuk menambah lebih banyak di sektor equipment dan juga fabrication, kalau kita boleh dapat lebih banyak fabrication. So, ini lah strategi kita.

Dan juga tertera dalam KL20, kita telah menubuhkan IC design center di Selangor juga. So, ini lah strategi komprehensif kerajaan untuk membantu mengadakan tech upcycle yang secara menyeluruh. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 seperti di No. 1 dan No.

2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 15 Julai 2024.”

final • 12:09 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya mohon menyokong.

final • 12:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:09 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1). Saya masih menunggu jawapan iaitu berhubung dengan...

final • 12:09 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, sila duduk dahulu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Yang Berhormat Arau pada semalam, 10 Julai 2024.

Usul tersebut telah diterima selepas jam 10 pagi semalam dan tidak cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(2).

Maka, ia masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan kelak. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Usul ini adalah melibatkan keputusan Speaker...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, tak perlu baca.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Yang melanggar 49A(3).

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiausaha, sila teruskan. Yang Berhormat Arau, sila duduk.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] Hendak gaduh ke?

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Tak nak gaduh lah Arau.

final • 12:10 PM
USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1)
Pelajar Dengan Keputusan 10A Gagal Mendapat Tempat di Matrikulasi

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Itulah Usul 18(1) saya. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

“Bahawa Dewan ini merundingkan Isu Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) Dengan Keputusan 10A Ke Atas Yang Gagal Mendapatkan Tempat di Matrikulasi.” Pada 30 Jun 2024 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa semua lepasan SPM dengan 10A ke atas akan ditawar peluang ke matrikulasi. Namun, apabila keputusan pengambilan pelajar-pelajar...

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Stampin, saya suka Usul ini, tetapi saya hendak tanya bawah peraturan berapa dan dia boleh baca, saya tidak boleh baca, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, sambung.

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Arau, jangan ganggu saya.

Namun, apabila keputusan pengambilan pelajar-pelajar Matrikulasi diumumkan beberapa hari kemudian, banyak permohonan pelajar yang mendapat 10A dan ke atas dalam SPM masih ditolak dan hal ini telah menghancurkan harapan mereka terhadap sistem pentadbiran kerajaan kita. Kekecewaan ini melanda seluruh negara, bukan sahaja dalam kalangan pelajar yang mendapat 10A, tetapi juga ibu bapa mereka dan juga rakyat yang meletak kepercayaan mereka ke atas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Kenyataan beliau masih terngiang-ngiang di telinga semua orang tentang jaminan tempat di Matrikulasi kepada lepasan SPM dengan 10A ke atas. Namun, realitinya adalah sebaliknya.

Walaupun Menteri Pendidikan kemudiannya memberi jaminan bahawa janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dilaksanakan, jaminan secara lisan itu masih belum diterjemahkan kepada tindakan selaras dengan pengumuman dasar yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu. Kelewatan dalam menyelesaikan perkara ini merupakan satu keperitan atau penderitaan kepada pelajar berkenaan dan juga akan menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan terhadap kerajaan.

Ini lah perkara tertentu kerana ia berkenaan pengambilan lepasan SPM dengan 10A ke atas dalam Matrikulasi. Perkara ini juga perlu disegerakan kerana keputusan pengambilan Matrikulasi telah diumumkan dan pelajar-pelajar yang tidak diterima perlu membuat perancangan alternatif dengan segera jika mereka masih tidak dapat ditawarkan peluang ke Matrikulasi.

Perkara ini juga berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana ia berkenaan masa depan para pelajar dan ia juga akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan. Oleh itu, Parlimen haruslah merundingkan perkara ini dengan segera agar isu ini boleh diselesaikan dengan segera. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Stampin pada hari Selasa 9 Julai 2024.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat Stampin sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Syarat yang kedua, ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendak disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa A - tertentu.

Perkara ini lah perkara yang tertentu. B - berkepentingan orang, ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan C - berkehendak disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan.

Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua membenarkan Usul ini untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, sekadar hendak memaklumkan kepada Dewan. Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas yang berkaitan dengan pendidikan juga telah menulis kepada Yang Berhormat Menteri KPM. Sepatutnya kami bermesyuarat, ini antara isunya pada petang ini, tetapi kerana ada Kamar Khas, kami tangguhkan Mesyuarat itu dan insya-Allah Stampin pun Ahli dan sebahagian kami akan hadir dan membincangkan hal ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, saya ambil maklum. Terima kasih.

final • 12:10 PM
PENERANGAN DARIPADA MENTERI EKONOMI DI BAWAH P.M 14(1)(i)
Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani.

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua serta semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang turut serta dalam sesi penerangan kepada Dewan Rakyat berkaitan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada pagi ini. Saya ingin menjelaskan tentang...

[Ahli-Ahli Pembangkang keluar meninggalkan Dewan]

final • 12:16 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

....tak apalah, dia tak berminat benda-benda yang melibatkan pembangunan negara ini. Dia hanya berminat untuk buat kecoh sahaja. Jadi, saya pun mengalu-alukan mereka keluar Dewanlah supaya...

final • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, keluar Dewan dengan senyap, jangan buat bising.

final • 12:16 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kalau hendak keluar, cepat sikitlah.

final • 12:16 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Hanya mereka yang benar-benar berminat mengenai perkara-perkara untuk pembangunan negara yang kekal, baik.

Saya ingin menjelaskan tentang pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura dengan memberi latar belakang dan juga rentetan-rentetan keputusannya.

Sebenarnya, hubungan di antara Malaysia dan Johor dengan Singapura ini telah pun

final • 12:16 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

dimulakan lebih awal iaitu melalui penubuhan Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia ataupun JMCIM pada 15 Mei 2007. Ia telah diumumkan semasa rundingan tahunan Malaysia-Singapura pada tahun itu yang dihadiri oleh Perdana Menteri kedua- dua buah negara yang diadakan di Langkawi.

Objektif penubuhan JMCIM adalah untuk meningkatkan kerjasama kedua-kedua negara, khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan pembangunan di Wilayah Iskandar Malaysia. Pengerusi bersama JMCIM dipihak Malaysia adalah saya sendiri dan juga turut disertai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Manakala wakil bagi Kerajaan Singapura adalah Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Pengangkutan.

Jadi, sejak tahun 2007 sebenarnya sudah ada satu- platform iaitu JMCIM untuk merangka hala tuju strategi yang lebih menyeluruh, khususnya untuk mencari sinergi bersama mengukuhkan ekonomi dan menambah baik kesinambungan antara Malaysia dan Singapura.

Puan Yang di-Pertua, dalam JMCIM yang ke-16 iaitu pada 14 Julai 2023, saya telah mengutarakan bagi pihak Kerajaan Malaysia, hasrat Malaysia untuk memastikan bahawa perbincangan dua hala ini tidak lagi bertumpu kepada perkara-perkara yang berbentuk proportional. Kalau sebelum ini, pasukan yang mewakili Kerajaan Malaysia dan pasukan yang mewakili Kerajaan Singapura, tumpuan mereka itu adalah terlalu kepada perkara-perkara pentadbiran.

final • 12:16 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebahagiannya itu ada hasil yang besar contohnya perbincangan untuk memudahkan urusan keluar masuk secara berterusan. Yang itu ada kesan yang besar, tetapi ada juga kumpulan-kumpulan kerja yang diwakili oleh pimpinan tertinggi kementerian di peringkat Malaysia dengan Singapura ini selepas hampir 15 tahun, tumpuannya itu adalah kepada perkara-perkara yang bagi saya terlalu kecil.

Jadi bagi pihak Kerajaan Malaysia saya telah mengutarakan bahawa adalah lebih baik untuk kita mewujudkan satu kerangka kerjasama yang rasmi dan mengikat yang membolehkan sinergi di antara kedua-dua buah negara itu dapat diterokai dengan lebih baik mengambil kira beberapa perkara yang sedang berlaku sekarang ini.

Pertama, kita sedia maklum bahawa ekonomi Singapura turut menghadapi beberapa cabaran dan cabaran utamanya adalah kos kerana kos di Singapura itu adalah begitu tinggi dan itu menyebabkan cabaran-cabaran mereka dari segi kos sara hidup dan juga cabaran untuk mengekalkan tenaga kerja.

Satu lagi perkara yang memang kita sedia maklum, Singapura juga berdepan dengan kekangan sumber. Baik, bukan sahaja soal tanah sebenarnya, tetapi yang lebih penting ialah soal tenaga dengan kedudukan yang mereka ada dan juga dengan tuntutan dunia dan komitmen Kerajaan Singapura sendiri untuk memperbanyakkan tenaga boleh baharu demi mencapai matlamat sifar karbon. Itu bermakna kekangan-kekangan ini adalah satu perkara nasional yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Singapura.

Di peringkat kita pula, di peringkat Johor sebenarnya kita ada sumber-sumber ini dan kita juga sedia maklum bahawa setiap hari sekitar 300,000 orang rakyat Johor keluar masuk ke Singapura dan tenaga kerja di Singapura itu adalah sebahagian besarnya dari Johor. Jadi, kalaupun kita membina tambak yang baharu, RTS yang baharu, unjurannya ialah pada suatu ketika pada tempoh 10 tahun akan datang apa-apa kapasiti pengangkutan baharu pun yang dibina akan terus sesak balik kecualilah perkara ini dilihat dengan lebih menyeluruh dan tidak menggunakan model yang sedia ada. Sebab itu juga sebahagiannya kerajaan melalui NETR contohnya memberi tumpuan untuk membina kapasiti tenaga boleh baharu di Johor kerana kita tahu bahawa ini lah satu potensi yang besar yang boleh melonjakkan pembangunan ekonomi di Johor.

Perkara ketiga yang saya ingat satu dunia sedia maklum ialah kedudukan geopolitik antarabangsa sekarang menyebabkan syarikat-syarikat antarabangsa di seluruh dunia memerlukan strategi untuk mereka menangani risiko geopolitik ini. Selepas

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

COVID-19 kita telah melihat bagaimana rantaian nilai antarabangsa dengan izin, global supply chain adalah sangat sensitif kepada sebarang gangguan. Jadi, kalau sesuatu berlaku di sesebuah negara kesannya itu adalah kepada seluruh dunia. Jadi, dengan latar belakang geopolitik yang sedang berlaku ini adalah menjadi keutamaan kepada syarikat- syarikat besar di seluruh dunia untuk mencari jalan bagaimana membina satu rantaian nilai yang lebih mampan.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang sekarang ini diakui begitu tegas mempertahankan neutrality kita dan kedudukan Johor yang berdekatan dengan Singapura itu pula membolehkan Johor dan Singapura dilihat sebagai satu gabungan yang boleh menjadi tempat pelaburan-pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat antarabangsa yang ingin menangani risiko geopolitik mereka dengan memindahkan operasi mereka ke situ. Jadi perkara-perkara ini diterima baik oleh Kerajaan Singapura.

Jadi dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua kerajaan telah bersetuju dengan beberapa tindakan. Pertama ialah dengan mengkaji cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura. Bezanya sebelum ini ialah pembangunan itu dibuat 100 peratus di pihak Kerajaan Malaysia melalui Wilayah Iskandar dan tidak ada sebarang perjanjian yang mengikat langsung. Apabila hanya pembangunan yang bersifat infrastruktur sahaja ditumpukan, tetapi tidak melibatkan perkara-perkara yang lebih penting pada pandangan saya, contohnya soal visa, kemasukan keluar-masuk, soal bagaimana kita menyediakan tenaga kerja, soal bagaimana untuk Johor dan Singapura disatukan dengan lebih rapat sebagai satu unit ekonomi termasuk soal pengharmonian, peraturan, standard dan sebagainya.

Apabila perkara-perkara itu tidak dibuat sebelum ini dan tidak ada satu perjanjian khusus, maka pembangunan Iskandar akan terus dilihat sebagai satu pembangunan property semata-mata. Jadi, mesyuarat tersebut telah bersetuju dan satu pasukan petugas khas telah pun ditubuhkan. Pasukan petugas khas tersebut dipertanggungjawabkan untuk merangka terma rujukan bagi JS-SEZ. Di sebelah Kerajaan Malaysia ia diketuai oleh Kementerian Ekonomi dan di sebelah Kerajaan Singapura diketuai oleh Kementerian Perdagangan dan Industri, itu Julai 2023.

Seterusnya, Mesyuarat JMCIM yang seterusnya adalah pada 18 Disember 2023 dan mesyuarat tersebut telah pun bersetuju kepada langkah-langkah konkrit yang seterusnya. Pertama ialah supaya Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penubuhan JS-SEZ ini ditandatangani pada 11 Januari 2024. Kalau tidak kita bincang dan bincang dia tidak jadi apa-apa.

Maka kita bersetuju bahawa dengan izin, we need to escalate daripada perbincangan kepada MoU kepada perjanjian yang rasmi. Jadi, sebab itu kedua-dua pasukan petugas khas telah memuktamadkan kerja dan menyediakan draf MoU yang telah ditandatangani pada 11 Januari 2024. Saya menandatangani bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Menteri Perdagangan dan Industri bagi pihak Kerajaan Singapura dan disaksikan bersama oleh Perdana Menteri kedua-dua buah negara.

Puan Yang di-Pertua, peringkat sekarang ialah untuk kita menandatangani perjanjian rasmi. Lanjutan daripada pemeteraian MoU tersebut, maka beberapa siri mesyuarat pembangunan telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memastikan bahawa JS-SEZ ini dapat direalisasikan seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua buah negara iaitu perjanjiannya ditandatangani selewat- lewatnya akhir September 2024.

Peringkatnya telah sampai ke peringkat perincian maka kerajaan kedua-dua buah negara telah bersetuju dengan penubuhan enam kumpulan kerja di peringkat nasional, enam kumpulan kerja di sebelah kita berbincang dengan enam kumpulan kerja di peringkat Kerajaan Singapura dan kementerian-kementerian peneraju di sebelah Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:

(i) kumpulan kerja governance diterajui oleh Kementerian Ekonomi;

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

(ii) kumpulan kerja sektor ekonomi diterajui oleh Kementerian Ekonomi;

(iii) kumpulan kerja movement of people and goods diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri;

(iv) kumpulan kerja ease of doing business diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri;

(v) kumpulan kerja talent diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia;

(vi) kumpulan kerja infrastructure and utility diterajui oleh Kementerian Kerja Raya;

(vii) kumpulan kerja fiscal and non-fiscal incentive diterajui oleh Kementerian Kewangan; dan

(viii) bagi perkara-perkara berhubung dengan tanah diterajui oleh Kerajaan Negeri Johor.

Perbincangan-perbincangan di peringkat Kerajaan Malaysia yang melibatkan sehingga Kerajaan Johor telah pun berlaku dengan baik. Semua dapatan itu telah diselaraskan di dalam satu buah bengkel penyelarasan kumpulan kerja JS-SEZ yang berlaku pada 29 ke-30 April 2024. Daripada cadangan-cadangan dan juga apa yang disebut sebagai potensi daripada kumpulan-kumpulan kerja ini, ia telah diharmonikan dan diangkat ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan sebagai rangka kerja ataupun rangka rundingan dengan Kerajaan Singapura.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kerana penubuhan JS-SEZ ini bukan semata-mata soal mewujudkan, tetapi perjanjian itu nanti akan mengikat daripada segi komitmen dan juga tanggungjawab Kerajaan Malaysia, begitu juga komitmen dan tanggungjawab daripada Kerajaan Singapura.

Puan Yang di-Pertua, setakat ini saya boleh maklumkan kepada Dewan yang mulia beberapa- parameter utama JS-SEZ. Pertama mengenai operasinya. Kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan dan sektor yang mempunyai potensi untuk dibangunkan, untuk mengukuhkan sinergi Singapore dan Johor ini untuk menjadi perhatian pelabur dunia.

Daripada segi fizikalnya juga, telah pun dimuktamadkan iaitu lokasi dan liputan kawasan JS-SEZ. Daripada segi kesalinghubungan iaitu aspek-aspek yang mana hubungan ekonomi dan Singapore dan Johor boleh diperkukuhkan. Ini termasuklah seperti yang kita sedia maklum ialah aliran keluar masuk orang, aliran keluar masuk barang. Maksudnya, peraturan custom dan sebagainya, dan juga aliran keluar masuk perkhidmatan. Modaliti untuk menentukan modaliti JS-SEZ dan juga tadbir urusnya. Apa bentuk tadbir urus daripada segi dasar, peraturan dan prosedur yang sesuai untuk membangunkan JS-SEZ ini.

Beberapa perkara yang saya ingat sering menjadi pertanyaan setakat ini, bukan sahaja di Dewan, tetapi di kalangan pelabur-pelabur termasuklah penetapan lokasi sektor tumpuan dan sebagainya. Lokasi JS-SEZ akan meliputi seluruh kawasan Iskandar Malaysia dan juga termasuk kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pengerang dengan keseluruhan keluasan 3,505 kilometer persegi. Kawasan JS-SEZ ini akan merangkumi enam daripada pihak berkuasa tempatan di Johor seperti berikut. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Johor Bharu, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Pengerang dan sebahagian daripada Majlis Perbandaran Pontian.

Keutamaan pembangunan JS-SEZ di lokasi-lokasi tersebut akan bergantung kepada beberapa faktor, terutamanya ketersediaan tanah dan infrastruktur dan strategi

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

kerajaan ialah untuk memastikan bahawa ia adalah digerakkan oleh pelaburan swasta sebaik yang mungkin. Kerana, kita juga tidak mahu mengulangi beberapa pengajaran yang lepas, yang mana setiap kali ada zon industri yang baharu, sebahagian besar wang rakyat dibelanjakan untuk membina infrastruktur. Kemudian, selepas itu baharulah dibuka untuk mendapatkan pelaburan-pelaburan.

Proses itu bukan sahaja mengambil masa, mengambil wang, tetapi juga akan ada risiko yang mana kita mungkin tidak dapat menentukan daripada awal sebenarnya berapa peruntukan yang perlu dibelanjakan untuk infrastruktur dan fizikal. Jadi, lebih baik jika ia dipadankan dengan pelaburan terlebih dahulu, digerakkan oleh pelaburan swasta dan kerajaan mempunyai dana yang memang khusus untuk membangunkan infrastruktur setelah pelaburan swasta itu telah pun dimuktamadkan.

Lama mana lagi ini, Puan Yang di-Pertua- kita ada berapa minit lagi?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila sambung.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Oh, sila sambung. Takut orang nak pergi lunch.

Baik. Jadi, sekiranya perkara ini dilaksanakan- sebab itu, tumpuan kita ialah untuk memastikan kita dapat potensi daripada pelabur-pelabur antarabangsa ya. JS-SEZ ini tumpuannya bukan semata-mata kepada syarikat dari Singapura untuk datang ke Johor.

Akan ada syarikat dari Singapura yang datang ke Johor, tetapi potensi yang lebih besar ialah syarikat daripada seluruh dunia datang ke Johor dengan pandangan, dengan izin Puan Yang di-Pertua, they can have the best of both worlds. They can have the sophistication of Singapore, yet they can leverage on the resource and cost advantageous of Johore. Jadi, dia sangat menarik bagi syarikat-syarikat antarabangsa yang sekarang ini mencari jalan untuk menangani risiko geopolitik mereka dan perlu mendapat tapak di Asia Tenggara. Setakat ini, sebelum ini, destinasi yang menjadi tumpuan kepada syarikat- syarikat begini sebelum ini adalah Vietnam. Jadi, dengan adanya JS-SEZ ini, kita boleh meletakkan Malaysia sebagai pesaing untuk mengalihkan pelaburan-pelaburan yang sebelum ini pergi ke Vietnam, masuk ke Johor dan juga Singapore. Jadi sebab itu, tumpuan kita adalah kepada sektor-sektor yang selari dengan dasar-dasar semasa kerajaan, yang bersifat bernilai tinggi dan berteknologi, seperti yang digariskan di dalam NETR, di dalam NINP, di dalam Rancangan-rancangan Malaysia Kedua Belas.

Satu lagi perkara yang saya wajar untuk memberi laporan kepada Dewan yang mulia adalah mengenai inti pati tawaran Malaysia pada Singapura, yang telah diluluskan oleh Kabinet dan sekarang ini menjadi kerangka dan rundingan kita dengan Singapura ya.

Antaranya meliputi perkara-perkara berikut.

Pertama ialah untuk sama-sama membangunkan dan menawarkan potensi pelaburan Singapore-Johor ini, bukan sahaja kepada pelabur-pelabur dari Singapura, tetapi kepada pelabur dunia. Proses untuk memasarkan Johor-Singapore ini kepada dunia akan dijalankan secara bersama. Berbeza dengan sebelum ini, Singapore akan Singapura akan memasarkan Singapura,yang Malaysia akan memasarkan Malaysia. Sedangkan, permintaan daripada pelabur ialah kalau boleh, kami nak kedua-duanya sekali, Singapura dan Malaysia bersama-sama.

Keduanya adalah untuk memudahkan pergerakan personel dan juga barangan serta menambah baik kemudahan dan syarat pas dan visa sedia ada serta penambahbaikan ke atas infrastruktur berteknologi tinggi seperti mesin pengimbas bagi pelepasan keluar dan masuk barangan.

Maksudnya begini. Kita selalu ditanya tentang masalah, dengan izin, brain drain. Semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Sehingga ada yang berpendidikan tinggi pun, lebih sanggup menjadi tukang sapu di Singapura kerana gajinya lebih tinggi. Adalah lebih baik daripada kita bercakap tentang isu brain drain ini

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

daripada perspektif lama. Adalah lebih baik dengan membawa kemajuan industri itu ke sebelah Johor supaya jumlah kerja yang tawaran gajinya tinggi itu akan dapat mengekalkan rakyat kita di kawasan itu.

Untuk itu berlaku, ia memerlukan satu pendekatan yang menggabungkan Singapura dengan Johor itu seolah-olah satu unit ekonomi kerana sebenarnya, Tambak Johor itu satu kilometer sahaja. Jadi, tanpa- kalau boleh dipermudahkan daripada segi pergerakan orang, daripada segi pergerakan barang, ia tidak ubah seperti menghantar barangan daripada Petaling Jaya ke Ampang contohnya. Dan itu akan mengubah banyak senario ekonomi yang sekarang ini menjadi masalah nasional kepada kedua-dua buah negara.

Initpati-intipati lain, termasuklah contohnya sokongan pembangunan infrastruktur, pembiayaan bersama untuk projek-projek tertentu. Kami telah nyatakan kepada Kerajaan Singapura bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan memberi peruntukan untuk membangunkan infrastruktur itu secara membuta-tuli. Ia mestilah diadakan secara bersama dengan pelabur swasta dan kaedahnya ialah kita mempertimbangkan supaya ada dana infrastruktur yang boleh digunakan apabila telah ada pelaburan daripada pihak swasta.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Muar nak tanya Muar? Ah, bukan. Sebab tadi Muar bangun. Kemudian, kita juga akan memanfaatkan insentif cukai sedia ada dan proses ini sedang berlaku kerana...

final • 12:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Speaker boleh tanya tak?

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Pulai. Ya, ya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh, sila duduk.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sila duduk, tak boleh tanya?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh tanya sekarang. Habiskan penerangan dulu.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Okey, all right, baik. Kita sedang menyediakan insentif cukai- asasnya ialah insentif cukai sedia ada, tetapi sudah tentu ia perlu disesuaikan dengan tawaran-tawaran JS-SEZ. Rundingan ini sedang berlaku dan peringkat dalaman ia akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan, oleh Kementerian Ekonomi, oleh MIDA.

Apabila perjanjian itu dimuktamadkan dan ditandatangani sudah tentu pakej-pakej khas ini boleh diumumkan oleh kerajaan pada masa yang sesuai akan datang.

Untuk makluman Dewan, kerajaan juga sedia maklum bahawa soal kedaulatan negara adalah sangat penting kerana JS-SEZ itu sebenarnya berada di dalam kawasan Malaysia. Sementara kita mengadakan program-program untuk mempercepatkan integrasi ekonomi di antara Singapura dan Johor. Itu perlu dibuat dalam keadaan kita mempertahankan kedaulatan negara.

Untuk itu, daripada segi tadbir urusnya, ia akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar atau IRDA untuk memainkan peranan dan fungsi dan untuk tadbir yang seterusnya, sebarang perbincangan dengan Singapura akan diadakan di peringkat Jawatankuasa Peringkat Menteri dan kerangka kerja di bawah struktur JMCIM yang ada terma rujukan yang khusus.

Kita sedang menunggu permintaan-permintaan khusus dari Singapura. Kita telah pun mengemukakan tawaran Malaysia dan permintaan Malaysia dari Singapura, tetapi untuk menghormati proses rundingan di antara Malaysia dengan Singapura, sebaiknya saya tidak berkongsi permintaan-permintaan Malaysia pada Singapura setakat ini. Itu menjadi asas rundingan sedang berlaku.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berharap supaya JS-SEZ ini akan menjadi lonjakan baharu kepada ekonomi negara dan saya contohnya, telah bertemu lebih daripada 100 buah syarikat antarabangsa dan juga dana-dana kewangan antarabangsa dan beberapa model yang telah diguna pakai di negara-negara lain. Saya bagi contoh Suzhuo di China. Kita selalu sebut tentang Shenzhen, tapi sebenarnya, satu lagi pusat industri teknologi tinggi yang paling maju di dunia sebenarnya berada di Suzhuo Industrial Park. Ada lebih kurang 10 ribu buah syarikat di sana berteknologi tinggi.

Saya nak bagi gambaran ini. Di satu- kawasan sahaja Suzhou Industrial Park, mereka mempunyai 150 buah syarikat yang berada di dalam Fortune 500. Kita sebagai sebuah negara hanya ada satu dan itu kerana semasa mereka membangunkan Suzhou Industrial Park pada tahun 1994, kaedah yang digunakan itu adalah secara bekerjasama juga dengan Singapura dan model yang sama itu juga yang insya-Allah kita akan bangunkan JS-SEZ.

Setakat ini sambutan daripada sektor swasta seluruh dunia termasuk syarikat- syarikat besar, termasuk dana-dana PE dan juga VC menerima baik. Jadi, terpulang bagaimana kita dapat memastikan ia dapat dibangunkan dengan baik.

Akhir sekali, saya berharap supaya penubuhan JS-SEZ ini bukan sahaja akan membawa limpahan ekonomi, tetapi dapat menyelesaikan beberapa perkara nasional yang telah disebut lama termasuklah soal brain drain, soal rakyat Johor perlu bangun empat pagi untuk melintas dan sebagainya.

Jadi saya alu-alukan pandangan dan juga maklum balas daripada Dewan. Terima kasih atas peluang Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Ekonomi ini terbuka untuk Ahli- ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

final • 12:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

[Bangun] .

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Kluang.

final • 12:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

PJ minta satu ruang?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

PJ nak buat apa?

final • 12:40 PM

Seorang Ahli

Bagi dari Johorlah.

final • 12:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Okey, nanti-nanti.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Daripada Pembangkang tak ada. Muar?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada nama, tapi kalau nak bahas nanti saya bagi.

final • 12:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ya, boleh. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tebrau, lima minit.

final • 12:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Puan Speaker. Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia. Sebagai anak jati Johor, saya amat mengalu-alukanlah dengan pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura ini.

final • 12:45 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya ingin mula dengan mengatakan, walaupun saya berdiri di sini- saya dengan Kluang ini adalah wakil daripada kerajaan anak Johor, Ahli Parlimen Kerajaan, tapi saya rasa kesal kerana walaupun ada dua sahaja Ahli Parlimen Johor daripada Perikatan Nasional, tapi dua-dua pun tak nak hadir. Dua-dua tak nak bincang tentang isu pembangunan ekonomi Malaysia dan Johor khususnya.

Inilah perangai Perikatan Nasional- gaduh, tapi bila nak bincang isu- bahas isu ekonomi pembangunan negara dia tak nak hadir pula, tapi nasib baiklah Muar ada lah sebagai wakil Pembangkang. Tak lari hari ini ya Muar? Okey ya. Desaru sudah settle?

final • 12:45 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:45 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Puan Speaker, memang SEZ ini merupakan satu suntikan yang amat diperlukan. Sejak Zon Wilayah Iskandar diwujudkan pada 2006 sehingga hari ini hampir 20 tahun, memang ekonomi Johor ini memerlukan suntikan baharu, idea baharu untuk kita melonjak ke-satu tahap yang baharu tapi, saya ingin mulakan dulu dengan satu perkara yang sangat asas- asas sebab dia berkenaan dengan kawasan yang terlibat. Tadi Menteri ada sebut, kalau saya tangkap betul ia melibatkan enam PBT. Kawasannya hampir 3,505 kilometer persegi.

Bagi saya, itu hampir adalah lebih besar dari Wilayah Iskandar sekarang. So, saya panggil Iskandar plus lah. Menteri ada buat perbandingan yang cukup unik bila dia kata kejayaan Suzhou Industrial Park yang hanya besarnya adalah 278 square kilometers.

Lebih 11 kali lebih kecil daripada saiz Zon Ekonomi Bebas ini.

Saya nak kata ini Puan Speaker ialah pandangan saya kenapa kita perlukan satu kawasan yang begitu besar untuk kita mulakan dengan zon ini. Nama ini zon. Ia bukan wilayah, ia bukan region. Kalau kita mulakan 3,505 square kilometers seluruh Johor Bahru, seluruh Kulai, Pengerang lagi, sebahagian Pontian akan terus automatik masuk kepada SEZ ini. Ini termasuk rumah saya. Ini termasuk juga pejabat saya. So, maknanya macam mana kita nak fokus pembangunan satu tempat yang begitu luas.

Satu lagi isu ialah katalah sekarang kawasan seluas ini kita nak bangunkan. Ia perlukan banyak usaha dan juga resources, sumber. Orang yang sedia ada yang sudah di dalam kawasan ini macam mana mereka boleh dibezakan daripada pendatang ataupun pelabur lain yang akan masuk pada masa yang akan datang.

Saya rasa adalah lebih baik kalau zon ini kita kecilkan kepada saiz Suzhou Industrial Park supaya dia boleh membangun atau develop secara organik. Memang satu harapan yang kita nak ialah dengan ada SEZ ini. Satu, kita boleh membangun ekonomi Johor Selatan dan Johor secara keseluruhannya. Kedua, memang betul Menteri kata isu brain drain itu kita kena arrest. Johor Bahru, Johor Selatan dia dianggap oleh orang Singapura sebagai satu sekolah latihan. We are training school. Semua pekerjaan by right accountant, tailor, cuci mangkuk pun sama juga ataupun apa-apa industri. Dia belajar dua tahun di Johor Bahru lepas itu dia akan pergi ke Singapura kerja.

final • 12:45 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tebrau, boleh mencelah sikit?

final • 12:45 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya, boleh.

final • 12:45 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, saya berminat dengan isu ini kerana dia berada di kawasan Parlimen Pulai melibatkan dua Majlis Bandaran. Satu Bandaraya Johor Bahru dan juga Iskandar Puteri. Saya berminat dengan apa yang disebut oleh Menteri tadi berkenaan dengan brain drain tadi. Bermakna bahawa selepas ini kita akan dapat menawarkan gaji yang lebih baik, tetapi bekerja di negara kita. Itulah maksud yang saya fahamlah, tapi apakah kesan kepada perniagaan domestik nanti? Yang maknanya akan bersaing daripada segi gaji tu.

final • 12:45 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tentunya peniaga-peniaga domestik itu tidak mampu membayar gaji setanding dengan apa yang ditawarkan oleh zon ini. Jadi apa rancangan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Satu.

Yang kedua daripada segi apabila masuk baru akan adanya penghijrahan dari Singapura ke dalam kawasan di Selatan Johor ini. Dari segi kawalan keselamatan itu bagaimana kalau ada panduan yang boleh kita dapat pada waktu ini? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Pulai. Harap Menteri boleh jawab. Pertanyaan...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau masa telah tamat.

final • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Satu minit saja. Satu minit saja Puan.

Sekejap saja. Saya hanya nak cadangkan kedua selain daripada brain drain isu itu, betul lah. Saya harap dengan ada SEZ ni kita boleh naikkan lagi pendapatan rakyat secara organik dan lama-kelamaan semua industri juga di Johor Bahru akan ikut juga.

Satu lagi isu yang paling penting ease of doing business , saya cadang SEZ ini kena beri autonomi. Dia kena ada autonomi untuk mengendalikan cara-cara untuk kita buka kilang ataupun buka business. Sekarang saya dimaklumkan ada orang kata di Johor Bahru kalau nak buka satu- kilang dia perlu dua puluh buah agensi punya lesen, Federal, state, local council.

Saya harap satu OFC ataupun nama macam mana pun autonomi diberikan kepada zon ini untuk mereka menjalankan proses lebih cepat dan akhir sekali juga saya juga harap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk pelabur-pelabur khususnya yang bukan orang Singapura, tapi mungkin bertapak di Singapura. Kita berikan mereka satu entry pass, permit masuk khas yang lebih senang contohnya mereka tak perlu isi Malaysia Digital Card. So ini akan menggalakkan orang juga, bukan orang Singapura, tetapi mengenai China dari Amerika Syarikat untuk senang masuk ke Johor Bahru. Mungkin ofis dia di Singapura tapi dia nak membuka kilang di Johor Bahru dia akan menyenangkan proses itu.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.

final • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Speaker.

final • 12:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbahas mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura selepas Dewan yang mulia ini mendengar penjelasan, penerangan Yang Berhormat Menteri Ekonomi mengenai rancangan kerajaan terhadap kawasan ini yang lebih dikenali sebagai JS-SEZ dan saya setuju dengan Tebrau. Sangat kecewa lah isu ini isu kebangsaan namun wakil-wakil rakyat dari Perikatan Nasional langsung tidak hadir walaupun ada dua orang wakil rakyat juga berasal dari Johor.

Seolah-olah Perikatan Nasional sudah give up negeri Johor dah. So, sebagai bangsa Johor sudah pasti saya teruja dengan tumpuan kerajaan terhadap JS-SEZ dan potensinya besar terhadap pembangunan ekonomi negara terutamanya sekali di Johor.

Pada masa sama JS-SEZ ini dilihat sebagai pelengkap kepada Iskandar Malaysia yang ditubuhkan pada 2006.

Dan tadi Menteri pun sudah sebut berapa banyak kawasan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dicovered dalam kawasan ini. Jadi pandangan saya lain sikit dengan Tebrau, saya rasa kalau boleh lah manfaatkan lebih banyak kawasan lagi khasnya kawasan Kluang sebenarnya perlu masuk lagi. Jadi salah satu isu adalah bagaimana kita kurangkan jurang antara bandar utama dengan bandar sekunder.

final • 12:52 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Bukan sahaja kita selalu memberi tumpuan kepada bandar-bandar utama tu akhirnya semua- bakat-bakat kita, anak muda kita- semua pergi ke bandar utama.

Contohnya di negara kita, sekarang kalau anak muda belia kita nak cari kerja dari Sabah, Sarawak, Johor, Pantai Timur semua datang ke Lembah Klang kerana kampung sendiri tak ada peluang pekerjaan.

Jadi di sini sahaja ada pembangunan ada peluang pekerjaan, semua orang terpaksa datang sini. Jadi saya berharap bahawa apabila JS-SEZ ini dibangunkan sepenuhnya, jangan berlaku lagi. Bandar sekunder di Johor akhirnya tak dapat manfaat.

Saya sebagai wakil rakyat Kluang, bagi Bandar Kluang, saya pun dapat perasaan itu iaitu kawasan saya tidak dapat manfaat sebenarnya dengan projek ini.

Saya berharap bahawa kalau boleh Menteri bagi penerangan sikit bagaimana bandar sekunder iaitu kawasan seperti Bandar Kluang, Segamat, Labis, Muar, Batu Pahat dan khasnya semua kawasan ini ada industri masing-masing. Boleh dapat manfaat ataupun limpahan ekonomi dengan projek ini. Kalau tidak, saya rasa ini tidak akan bantu untuk seluruh negeri Johor dan saya faham lah pandangan Tebrau itu memang, kalau nak bangunkan seharusnya beri tumpuan.

Tapi sebagai wakil rakyat dari luar kawasan JS-SEZ saya mahu lihat bagaimana kita boleh, bukan setaraf lah tetapi bangunkan secara saksama bagi semua bandar di negeri Johor. Jadi, satu isu yang penting adalah tadi Menteri pun sentuh memastikan masalah hijrah cendekiawan ataupun brain drain dapat diatasi dan cabaran utama kerajaan adalah untuk mengekalkan golongan ini untuk terus bekerja di negara ini khususnya dalam JS-SEZ ini.

Justeru, penekanan terhadap 16 sektor ekonomi akan memacu JS-SEZ iaitu sektor elektrik dan elektronik, perubatan, farmaseutikal, penerbangan, kimia, logistik, kesihatan, pendidikan, kewangan dan perkhidmatan, perniagaan, tenaga, ekonomi digital, pelancongan, makanan, teknologi pertanian, industri kreatif, industri halal dan perkilangan perlu dilakukan dengan segera dengan menyediakan tenaga kerja tempatan yang berdaya saing.

Dan iaitu tadi saya sentuh bagaimana kita boleh bantu bandar sekunder di negeri Johor juga dapat manfaat contohnya teknologi pertanian. Sebenarnya bagi saya, pandangan saya adalah teknologi pertanian ini tak semestinya letak di bawah JS-SEZ.

Kawasan Kluang sebenarnya lebih sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat pertanian, teknologi pertanian kerana kita memang daerah pertanian. Jadi saya berharap...

final • 12:52 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Puan, boleh mencelah sikit?

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada masa. 37(2) saya tidak bagi..

final • 12:52 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Saya sangat setuju.

final • 12:52 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Sepuluh saat cepat.

final • 12:52 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Saya setuju bahawa kita perlu wujudkan lebih banyak taman industri ataupun zon ekonomi bebas seperti Suzhou. Ia bermula dengan Suzhou, tetapi bercambah lebih banyak industri baru diwujudkan di seluruh China. Saya ambil contoh. Jadi balik pada Malaysia adakah ini juga satu pendekatan kita mula di SelMalaysiaJohor kemudian boleh bercambah di tempat lain.

final • 12:52 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya, saya setuju iaitu kita sebenarnya perlu copy model ini dan bukan sahaja di satu- tempat iaitu untuk sama-sama kita membangunkan lebih banyak lagi bandar sekunder dMalaysiah Malaysia. Dengan ini, tetapi kita boleh copy dan lakukan di kawasan lain.

Point yang terakhir...

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:52 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya saya akan gulung.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa tak cukup lagi.

final • 12:52 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Jadi masalah yang penting adalah negara kita perlu bersedia dan Johor saya rasa lebih bersedia dalam hal ini iaitu menyediakan kemudahan dan daripada segi infrastruktur untuk menarik balik bakat-bakat kita, cendekiawan di luar sana untuk balik iaitu bagaimana kita synchronize gaji. Tadi Pulai pun sebut isu itu- itu akan jadi satu tekanan pada peniaga-peniaga dalam kawasan itu.

Bagaimana kita boleh mengimbangkan supaya mereka tak terasa tertekan.

Kerana sekarang orang biasa duduk dalam JB dapatlah orang yang bekerja di luar sana balik beli murah jadi mereka- kos sara hidup Johor Bahru lebih mahal, lebih tinggi dari Lembah Klang. Itu tekanan rakyat yang bekerja tempatan, belanja tempatan...

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kluang. Masa sudah tamat.

final • 12:52 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Gaji tempatan itu tak boleh menampung kos sara hidup di sana dah.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 12:52 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Jadi dengan ini Puan Yang di-Pertua saya menyokong. Terima kasih.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Muar.

final • 12:52 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kongsikan tiga perkara. Pertama sekali berkenaan isu kesesakan lalu lintas. Sebagai salah seorang yang dibesarkan dalam keluarga di mana ayahnya berulang alik dari Johor ke Singapura setiap hari, saya lihat isu kesesakan lalu lintas ini lah isu utama dan prioriti.

Kalau kita ingin bangunkan Johor-Singapura SEZ dengan berjayanya. Kita sudah dengar perkembangan yang baik dalam persediaan RTS tapi kalau kita lihat dengan RTS itu pun ia tidak akan berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas melebihi 10 peratus daripada trafik pada masa ini khususnya semasa peak hour. Dengan itu hanya dengan menggunakan RTS saja tidak mencukupi.

Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri, dengan kerajaan dapat memikirkan jalan-jalan lain yang lebih inovatif sebagai contohnya untuk kita memanfaatkan penggunaan feri-feri yang lebih banyak yang kini sudah ada beberapa buah tempat di Mersing, Kota Tinggi, dan juga ke Desaru contohnya, tetapi saya lihat boleh dimanfaatkan lagi. Bukan setakat feri yang besar tetapi yang kecil dan laju, supaya akhirnya ia tidak hanya tertumpu pada penggunaan darat.

final • 12:59 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kita juga ada cadangan-cadangan lain, sebagai contohnya other railing network yang lebih kecil. Yang penting Puan Yang di-Pertua, adalah untuk memastikan bahawa kita tidak hanya bergantung harap kepada penggunaan RTS untuk menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas kerana ia tidak dapat mengurangkan trafik sepenuhnya. Itu yang pertama.

Kedua adalah berkenaan isu infra, iaitu air. Kita lihat sekarang ini ada satu pengumuman yang baik oleh Menteri Besar Johor iaitu Johor berjaya menarik lebih 50 data center di negeri Johor. Ini adalah perkara yang baik, tetapi dengan adanya data center ini, dianggarkan bagi setiap satu data center, ia akan memakan dalam 3 juta, 3 million liters of water. Setiap hari dan dianggarkan ia akan mencecah ke tahap yang jauh lebih tinggi pada tahun 2050. Kini betul.

final • 1:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya lihat kajian yang dikeluarkan, walaupun sudah banyak bertapak tetapi hanya menggunakan kurang dari satu peratus penggunaan air tetapi kalau kita lihat salah satu kajian menunjukkan, by 2050 ia boleh makan dalam 20 peratus ya penggunaan air di negeri Johor. Saya berharap sambil kita bawa banyak perniagaan ke Johor, kita juga fokus dalam bab naik taraf infra. Itu yang kedua.

Ketiga iaitu berkenaan renewable energy (RE). Ini lah perkara yang sangat penting. Kita pun ada perkembangan yang sangat baik daripada kerajaan yang membenarkan eksport tenaga boleh baharu, tetapi dengan adanya eksport tenaga boleh baharu kita lihat Sarawak yang diposisikan sebagai negeri yang mendapat manfaat paling besar kerana mereka ada surplus dan mereka boleh eksport terus ke Singapura.

Saya berharap Johor memanfaatkan perkara ini, bekerjasama dengan syarikat- syarikat terbesar di Singapura, supaya pelaburan dapat dibawa masuk ke Johor khususnya bukan Johor Selatan sahaja. Saya berharap dapat jugalah ke Johor utara seperti di Muar untuk memastikan bahawa isu mini ataupun small hydro ataupun solar dapat dipasang dan dieksport ke Singapura kerana harganya jauh lebih tinggi. Akhirnya, win-win itu boleh ada bagi negeri Johor dan juga Singapura.

Tambah lagi satu perkara Puan Yang di-Pertua adalah posisi Muar. Saya setuju dengan YB Kluang. Kita tak boleh hanya fokus belah selatan, kerana kalau kita lihat Johor- Singapore Special Economic Zone ini banyak tumpuan diberikan ke selatan Johor, tetapi di utara Johor seperti tiada. Kalau betul-betul banyak impak diberikan kepada belah selatan, saya faham untuk tiba-tiba expand ke utara Johor agak mustahil, tetapi apa Kementerian Ekonomi boleh lakukan adalah untuk memastikan bahawa pertimbangan dapat diberikan melalui RMK, dana suntikan kerajaan untuk pastikan bahawa lebih banyak dana diberikan kepada belah utara Johor kerana sudah rancak ekonominya belah selatan dengan adanya Special Economic Zone belah selatan.

Yang terakhir Puan Yang di-Pertua adalah berkenaan isu offshoring. Saya nak kongsikan satu perkara. Saya pada bulan, 2 hari bulan Mac pergi ke Forest City. Ada satu pertandingan sukan peringkat antarabangsa dan saya pusing Forest City berkali-kali.

Saya lihat begitu cantik. Infranya semua sudah lengkap. Saya tidur di hotelnya begitu cantik. Saya lihat rumah-rumahnya begitu lengkap, tetapi malangnya agak kosong dan saya lihat ada banyak perancangan yang sudah diketengahkan.

Contohnya, in terms of setting up Forest City atau financial zone, tetapi salah satu perkara yang boleh kita buat adalah offshoring ataupun outsourcing of talent. Kerana ini kita lihat, untuk kita menetap di Singapura, bekerja di Singapura dengan kos sara hidup yang teramat tinggi, ramai lebih rela contohnya untuk tinggal di beberapa buah tempat yang sangat cantik, unik dengan kelengkapan yang cukupnya di Johor, contohnya, tetapi servis syarikat-syarikat di Singapura sambil dibayar gaji *in Sing. Dollar.

So*, bayangkan syarikat-syarikat besar di Singapura ini atau syarikat kecil dapat kurangkan kos kerana mereka tidak perlu menggajikan orang yang bekerja di Singapura dengan kos sara hidup yang sangat tinggi, tetapi mereka boleh menetap, contohnya di Forest City. Mungkin gaji lebih sikit jika dibandingkan jika orang itu menetap di Singapura, tetapi once you convert it into Malaysia Ringgit, gaji dia sangat tinggi dapat menetap di tempat yang sangat cantik, infra cukup. Segala-galanya cukup dengan keselesaan, kos sara hidup rendah. Saya berharap offshoring dan outsourcing strategi ini dapat kita manfaatkan dengan Johor-Singapore Special Economic Zone.

Saya rasa ini lah perkembangan yang baik. Saya puji usaha kerajaan. Saya berharap kita terus dapat rancakkan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

final • 1:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Speaker.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab. Masa 5 minit.

final • 1:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf. Saya kena- Puan. Saya perlu satu perkara. Minta maaf ya. Ada ketibaan 48 orang pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan enam guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajah Afzan, Pahang yang diketuai oleh Cikgu Zuraida binti Harun.

Semua ada di belakang...

[Tepuk] Untuk makluman, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama TAHA merupakan sekolah terbaik di Daerah Jerantut dan Ahli Parlimennya pun turut ada di sini. Saya perlu maklumkan. Minta maaf Puan Yang di-Pertua. Selamat datang ke Parlimen.

final • 1:00 PM

Seorang Ahli

YB Jerantut.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, 5 minit ya.

final • 1:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tebrau membangkitkan soal keperluan, kenapa perlu meliputi kawasan yang besar. Dia sebenarnya berbeza dengan beberapa industrial park di kawasan-kawasan lain kerana kalau kita nak bandingkan contohnya dengan Suzhou ataupun Bayan Lepas pun sebenarnya semasa ia dibangunkan ia dibangunkan sebagai green field. Jadi, kawasan itu green field. Kalau Suzhou itu dia padang park. Dia sawah padi, kan. Keadaan itu tak sama dengan Johor sekarang kerana memang sudah ada pembangunan sedia ada dan kita tidak ada tanah yang seluas itu, yang hanya boleh dikhususkan dan memang telah pun dikhususkan kepada industri-industri tertentu mengikut kawasan.

Jadi, kalau contohnya di Pengerang. Kalau kita keluarkan Pengerang, Pengerang adalah pusat kepada petrokimia yang baik. Jadi, mengambil kira perkara-perkara ini, sebab itu modelnya itu nanti perlulah diserahkan untuk digerakkan oleh swasta kerana mereka yang akan mengenal pasti kawasan yang paling baik. Cuma, dalam kawasan zon ini, daripada segi peraturan dan juga prosedur, permit dan sebagainya itu perlu diharmonikan supaya semuanya sama di dalam kawasan ini.

Saya bersetuju bahawa sebenarnya memang tujuan kerajaan ialah untuk beralih daripada pendekatan sebelum ini, yang terlalu memberi penekanan kepada perancangan berpusat. Ia perlu tumbuh secara organik oleh syarikat-syarikat sendiri. Jadi, sebab itu daripada segi pendekatan kita, kita lebih memberi tumpuan sebenarnya kepada dana- dana yang memiliki syarikat-syarikat ini.

Ini kerana faktor utama untuk memastikan ia boleh membangun secara organik ialah bukan infrastruktur. Ia sebenarnya dana yang datang ke situ. Jadi, mereka selalunya datang secara berkumpulan. Kalau satu dana yang nilainya RM1 trilion, mereka akan memastikan bahawa keseluruhan ekosistem itu dibina termasuklah dananya, syarikat sokongannya dan sebagainya.

Saya sangat setuju bahawa cabaran utama kita ialah untuk memastikan prestasi daripada segi kelulusan oleh keenam-enam pihak berkuasa tempatan itu dan juga agensi- agensi Persekutuan dapat diharmonikan supaya setara dengan kecekapan yang ditawarkan oleh Singapura. Memang itu sekarang sedang diselaraskan di peringkat Kerajaan Negeri Johor dibawa bersama dengan agensi-agensi Persekutuan di dalam satu one-stop center yang dipanggil Iskandar Malaysia Facilitation Center (IMFC).

Pulai dan juga Kluang ada membangkitkan tentang gaji. Saya ingat, sebenarnya gaji yang ditawarkan itu nanti sudah tentu akan menarik bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga mereka yang berada di luar negara untuk kembali. Satu sebab kenapa kita berlaku brain drain, dia bukan sebenarnya semata-mata fasal gaji sahaja, tetapi juga kerana peluang kerja yang pakar itu memang tak ada kerja di Malaysia.

final • 1:05 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi, kalau dalam pakar yang mereka cipta contohnya, bioteknologi memang makmalnya tak ada. Jadi, mereka terpaksa ke luar negara. Jadi, dengan membawa masuk syarikat-syarikat seperti ini, ia sudah tentu akan membawa pulang bakat-bakat ini.

Daripada segi kesan sampingan kepada pekerja jika kebimbangan bagaimana syarikat tempatan akan menawarkan gaji yang lebih baik, dia sebenarnya bergantung kepada peringkat kandungan kerja itu. Kemahiran yang diperlukan dan kemahiran yang diperlukan untuk contohnya, JS-SEZ ini disasarkan kepada kemahiran tinggi yang memang bukan dalam kelas syarikat-syarikat tempatan pun.

Jadi, bakat yang akan ditarik itu, tidak semestinya bakat yang sama yang sekarang ini digunakan oleh syarikat-syarikat tempatan. Pun begitu, saya percaya bila ada peningkatan tawaran gaji yang lebih baik daripada kawasan JS-SEZ, itu juga akan menambah kerancakan ekonomi yang membolehkan syarikat-syarikat tempatan yang berada di dalam sebahagian rantaian nilai ini untuk turut sama menawarkan gaji yang lebih baik.

Itulah sebenarnya harapan kita kepada bandar-bandar sekunder seperti Kluang, seperti Muar. Sebenarnya, limpahan itu akan sampai juga kerana mereka akan menjadi sebahagian daripada rantaian nilai yang akan membantu syarikat-syarikat ini.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, pandangan-pandangan yang diberikan oleh Muar tadi sebenarnya telah diambil kira dan menjadi sebahagian daripada perbincangan.

Sebab itu, saya sebut daripada awal kepada Kerajaan Singapura dan Kerajaan Malaysia pun bahawa soal trafik ini tidak...

[Dicelah]

final • 1:05 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat.

final • 1:05 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tak rasa Puan Yang di-Pertua bagi masa.

[Ketawa]

final • 1:05 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Boleh mencelah sikit?

final • 1:05 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya kena hormat kepada Puan Yang di-Pertua, Pasir Gudang boleh tanya saya di luar. Sebab itu, kalau kita melihat semata-mata kepada pembangunan infrastruktur, kita takkan dapat- tak kisahlah. Tambahlah feri ke, tambahlah bas terbang ke, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah trafik kerana sifat ekonomi Singapura dan Johor adalah dia sudah bergerak menjadi satu unit ekonomi.

Maka, ia perlu diselaraskan supaya pergerakan itu ialah pergerakan yang tidak dua buah negara yang berbeza. Jadi, soal data center, soal tenaga boleh baharu dan sebagainya itu, itu memang menjadi sebahagian daripada perbincangan. Saya ucapkan terima kasih atas tumpuan dan juga minat yang diberikan dan insya-Allah, September ini akan ditandatangani dan insya-Allah, Oktober akan diluncurkan oleh Perdana Menteri kedua-dua buah negara.

Jadi, saya harap semua Ahli Parlimen yang berkesempatan untuk turut hadir.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

final • 1:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.12 tengah hari. Saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

final • 1:05 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.12 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [10 Julai 2024]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Bangi untuk berucap. Lima minit.

final • 2:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini.

Puan Yang di-Pertua, saya sambut baik usaha kerajaan untuk memerangi penipuan atas talian yang sedang berleluasa pada ketika ini. Di Parlimen Bangi, Puan Yang di-Pertua, ada suatu NGO yang ditubuhkan oleh beberapa orang anak muda untuk memerangi penipuan atas talian ini. NGO ini dinamakan Persatuan Pencegah Jenayah Penipuan Siber yang sedang berusaha dengan tungkus-lumus untuk meningkatkan kesedaran tentang penipuan atas talian dan juga mendedahkan tentang scam, scam yang berleluasa. Ini menunjukkan bahawa sekarang ini bukan hanya di peringkat kerajaan tetapi juga di peringkat NGO dan juga di peringkat wakil rakyat, kita sebenarnya ada satu kesatuan mengenai ingin memerangi online scam yang sedang berleluasa.

Salah satu komponen yang penting dalam modus operandi penipuan atas talian ini, Puan Yang di-Pertua, adalah penggunaan akaun keldai atau, dengan izin, mule account. Puan Yang di-Pertua, saya pernah terlibat dalam satu kes di mana ada satu syarikat antarabangsa ini, dia telah ditipu apabila penipu atau scammer ini, dia menyerupai e-mel daripada salah seorang daripada vendor syarikat tersebut. Melalui e-mel itu, syarikat antarabangsa itu dimaklumkan kononnya vendor itu dah menukar bank dan kemudian telah memberi satu akaun bank yang lain.

Syarikat antarabangsa itu pun melihat kepada e-mel ini yang mana menyerupai e- mel vendor tersebut. Dia ingat betul, legitimate, dengan izin. Maka, dia pun masukkan duit ke dalam akaun bank tersebut. Rupa-rupanya, Puan Yang di-Pertua, akaun bank ini adalah salah satu a mule account yang mana wang itu yang diselewengkan itu dikeluarkan oleh scammer daripada akaun tersebut. Akhirnya, apabila tindakan diambil, yang tinggal cuma keldai tersebut dan penipu itu tidak dapat dikesan.

Jadi, Puan Yang di-Pertua, untuk mengatasi akal penipu-penipu ini- mereka banyak akal. Kita perlu memikirkan cara bagaimana kita nak tumpaskan mereka. Jadi, saya sambut baik tindakan proaktif kerajaan untuk membawa rang undang-undang ini dan juga rang undang-undang pindaan kepada Kanun Keseksaan yang mana kita telah luluskan pada hari semalam.

Rang undang-undang ini yang ada mencadangkan satu seksyen baharu iaitu seksyen 116D. Seksyen 116D ini, Puan Yang di-Pertua, memberi kuasa kepada pihak polis untuk merampas, dengan izin, cease atau menghalang apa-apa transaksi dalam mana- mana akaun. Cadangan juga untuk memberikan satu perintah bertulis untuk menyalurkan wang tersebut kepada mana-mana anggota polis.

final • 2:33 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Cadangan juga dalam rang undang-undang ini supaya mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan bertulis ini dikatakan akan melakukan satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa dan, jika sabit, dihukum.

Puan Yang di-Pertua, saya faham secara dasarnya memang saya sokong kuasa yang diberikan kepada polis untuk membuat perintah ini. Sebab, dalam kes seperti mule account ini, kita perlu satu tindakan pantas daripada pihak berkuasa. Kalau kita tunggu, mungkin mereka telah lari ataupun terdapatnya perubahan kepada akaun tersebut. Jadi, kepantasan itu penting, tetapi pada masa yang sama, Puan Yang di-Pertua, kekhuatiran saya adalah jika kita beri kuasa ini kepada pihak polis, ada segelintir- memang tak banyak, segelintir sahaja, tapi ada segelintir yang akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan ini. Ini kerana kuasa yang diberikan ini adalah kuasa yang luas dan kuasa yang besar.

Maka, saya fikir perlu ada safeguard, dengan izin. Sikit sahaja masa lagi.

Saya melihat bahawa melalui cadangan seksyen 116D(5), bahawa seorang Hakim Mahkamah Sesyen boleh membatalkan atau meminda perintah tersebut sekiranya dipohon. Untuk penambahbaikan, saya ingin mencadangkan, daripada kita meletakkan beban untuk memohon itu kepada pihak yang terkesan atau the aggrieved person, dengan izin, kita terbalikkan beban itu. Maknanya, kita buat macam perintah interim injunctions yang mana kalau peguam- dah tentu Timbalan Menteri pun tahu, dia sebelum ini seorang Peguam. Dia tahu bahawa kalau kita dapatkan suatu interim injunctions dalam kes sivil, interim injunctions itu akan terpakai hanya dalam dua minggu seperti itu.

Jadi, saya nak cadangkan bahawa kuasa yang diberikan kepada polis ini juga diberikan satu tarikh ataupun satu jangka masa dalam lebih kurang dua atau tiga minggu yang mana selepas itu, mereka perlu mendapatkan perintah daripada pihak mahkamah untuk mengekalkan perintah tersebut. Jadi, ini cadangan saya. Sebab- saya faham isu penipuan atas talian ini, polis boleh bertindak pantas, tetapi safeguard itu adalah penting.

Saya fikir ini akan mengimbangi keperluan operasi polis, pada masa yang sama mengelakkan kuasa ini daripada disalahgunakan.

Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, penipuan atas talian atau online scam ini, dengan izin, perlu kita perangi habis-habisan. Kita perlu bersama-sama menggembleng tenaga untuk memastikan bahawa penipu-penipu ini akhirnya ditumpaskan.

Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker. Sebenarnya saya sepatutnya bahas selepas Setiu, tapi saya bersedia. Siap siaga sentiasa. Jelutong siap siaga.

Saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini dan saya ingin mengulangi perkataan-perkataan dan saranan oleh Yang Berhormat Bangi tadi. Kita perlu memerangi habis-habisan menumpaskan pihak-pihak yang melakukan jenayah scamming.

final • 2:39 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada istilah yang digunakan dalam Jadual dalam undang-undang ini. Di mana saya cuma ingin bertanya, kalau untuk makluman Timbalan Menteri, kita lihat dalam fasal 2.

Perkataan yang digunakan adalah, “Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 116D yang dicadangkan ke dalam Akta 593 untuk memberi Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan, kuasa untuk menyita atau melarang urusan dalam apa-apa wang yang dipegang atau dan disyaki untuk dipegang dalam mana-mana

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

instrumen pembayaran atau mana-mana akaun di institusi kewangan dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.” Jelutong ingin mencadangkan, kenapakah perkataan ‘membeku’ tidak digunakan? Dalam istilahnya, fasal 2 hanya perkataan ‘menyita’ atau ‘melarang’.

Sepatutnya perkataan ‘membeku’ juga ditambah kepada Jadual tersebut. Kerana tujuan utama kita menggubal rang undang-undang ini adalah untuk memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia, bukan sahaja untuk menerima laporan polis daripada mana-mana pihak yang mendakwa bahawa mereka telah menjadi mangsa scam atau penipuan, tetapi pada masa yang sama, untuk serta-merta mengambil tindakan memastikan bahawa wang daripada akaun tersebut, daripada mangsa tersebut tidak mengalir keluar.

Jadi, kalau perkataan ‘menyita’ digunakan, ‘melarang’ digunakan, kenapa tidak perkataan ‘membeku’ digunakan? Sepatutnya perkataan ‘membeku’ digunakan kerana tujuannya adalah kalau kita lihat memang ‘melarang’ adalah sesuatu yang penting, tetapi ‘membeku’ adalah sesuatu yang lebih penting lagi. Timbalan Speaker, dengan izin, satu lagi perkara yang ingin saya bangkitkan mungkin tidak ada direct relevannya. Kalau kita lihat kepada perkara yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri, perkara ini adalah sesuatu yang melibatkan scam, penipuan, khususnya melibatkan kebanyakannya warga emas dan juga pihak-pihak- Warganegara Malaysia secara amnya, yang menyimpan wang dalam akaun simpanan mereka.

Pada masa yang sama, saya ingin menggunakan kesempatan yang ada untuk juga membincangkan pada masa yang sama, kuasa yang diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia. Saya terpanggil untuk memberi pendapat saya bahawa sepatutnya kuasa ini digunakan oleh mana-mana pegawai yang menyiasat, termasuklah Sarjan, Inspektor, ASP dan sebagainya, tetapi saya mengambil maklum bahawa dalam tafsiran fasal 2, perkataan, ayat-ayat yang digunakan adalah Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan. Saya setuju.

Namun demikian, pada masa yang sama saya ingin bertanyakan, apakah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas institusi kewangan kalau mereka tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan? Bolehkah tindakan diambil terhadap mereka?

Umpamanya, kalau saya membuat laporan polis, wang simpanan saya telah ditipu, telah di scam dan pihak Polis telah mengeluarkan notis itu kepada institusi kewangan dan institusi kewangan yang menerima notis itu tidak mengendahkan notis yang diterima dan membenarkan wang itu mengalir keluar. Adakah apa-apa tindakan boleh diambil terhadap institusi kewangan atau mana-mana pegawai yang bertanggungjawab sehingga tindakan undang-undang ataupun pertuduhan jenayah boleh dibawa terhadap pegawai-pegawai institusi kewangan?

Saya percaya ini adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana institusi kewangan seperti yang telah saya sarankan kelmarin Timbalan Speaker, institusi kewangan atau bank-bank juga perlu dipertanggungjawabkan untuk memastikan bahawa mereka juga memikul tanggungjawab untuk membanteras scam yang berleluasa di negara kita. Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bersama petang ini membahaskan RUU Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 dengan tujuan untuk kita terus memerangi penipuan kewangan dalam talian dan juga jenayah yang disebut akaun keldai ini.

Saya menyokong usaha kerajaan ini bagi menangani jenayah yang melibatkan kewangan, kerugian yang besar kepada rakyat. Menurut Bank Negara kerugian akibat

final • 2:44 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

penipuan kewangan dalam talian di Malaysia meningkat daripada RM2.2 bilion pada tahun 2020 kepada RM4.2 bilion pada tahun 2023. Jenayah akaun keldai juga menjadi masalah yang semakin serius dengan polis mencatatkan lebih daripada 10,000 kes pada tahun 2023.

Saya menyokong usaha memerangi jenayah ini. Namun, di sini saya ingin memberikan beberapa kritikan dan juga penambahbaikan akta ini bagi pengukuhan supaya akta ini dapat kita pastikan usaha membasmi jenayah penipuan kewangan dapat ditangani dengan sebaiknya. Pertamanya, seksyen baharu 116D dalam pindaan akta ini memberi kuasa kepada pegawai polis berpangkat sarjan ke atas untuk menyita wang dalam akaun bank yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah ini. Kuasa yang luas ini boleh disalahgunakan untuk menyita wang individu yang tidak bersalah. Jadi, perlu ada mekanisme pengawasan yang lebih ketat untuk memastikan kuasa ini digunakan secara bertanggungjawab.

Kedua, pindaan akta hari ini dan juga akta yang berkaitan yang kita pinda kelmarin, Akta Kanun Keseksaan tidak memberikan definisi yang jelas tentang akaun keldai ini. Apakah yang dimaksudkan dengan “akaun keldai”? Ini bermakna individu yang tidak bersalah boleh secara tidak sengaja terjebak dalam aktiviti jenayah dan akaun mereka akan disita. Definisi yang lebih jelas diperlukan untuk melindungi hak individu yang tidak bersalah. Sebagai contoh, seseorang yang meminjam kad kredit ataupun kad debit rakannya dengan persetujuannya boleh dianggap telah melakukan kesalahan di bawah akta ini.

Ketiga, pindaan ini tidak mengambil kira hak individu yang akaun banknya disita.

Individu berhak mengetahui alasan penyitaan dan diberi peluang untuk membela diri.

Pindaan ini perlu memasukkan perlindungan hak asasi individu tersebut yang lebih kuat.

Keempat, proses perbicaraan yang adil adalah asas kepada sistem keadilan jenayah.

Pindaan ini membenarkan pihak berkuasa untuk menyita wang dalam akaun bank sebelum pertuduhan dibuat. Ini bermakna, individu boleh kehilangan akses kepada wang mereka sebelum mereka mempunyai peluang untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Ini bertentangan dengan prinsip keadilan manusia itu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kerajaan untuk mengkaji beberapa akta dalam pindaan ini dan meneliti dan mengambil kira kebimbangan yang dinyatakan tadi. Sebagai rumusannya, saya mencadangkan perkara-perkara berikut dan saya ulangi iaitu pertama, definisi yang lebih jelas tentang akaun keldai. Yang kedua, mekanisme pengawasan lebih ketat diperkenalkan untuk memastikan kuasa penyitaan digunakan secara lebih bertanggungjawab. Yang ketiga, perlindungan hak individu yang lebih kuat dimasukkan dalam pindaan ini. Yang keempat, proses perbicaraan yang adil dijamin dengan membenarkan individu untuk membela diri sebelum akaun mereka disita.

Saya percaya bahawa dengan membawa perubahan-perubahan ini, kita boleh memastikan bahawa Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 adalah undang- undang yang adil dan efektif yang melindungi hak semua rakyat Malaysia. Saya percaya bahawa dengan pindaan RUU ini boleh menjadi alat yang berkesan untuk memerangi penipuan kewangan dalam talian ataupun penipuan yang lain yang dapat kita lindungi keseluruhan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

final • 2:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 2:44 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin terus menyentuh perkara berkenaan National Scam Response Centre (NSRC).

Mengikut statistik NSRC, pada tahun 2023 sebanyak 33,235 kes direkodkan dan RM1.34 bilion telah lesap ekoran penipuan scam. Ini bersamaan dengan 91 kes sehari ataupun kerugian sebanyak RM3.67 juta satu hari secara purata. Menurut kenyataan Pengarah

final • 2:49 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Siasatan Jenayah - Datuk Seri Ramli Mohamed, sebanyak RM3.8 bilion telah dipindah milik ke luar negara dari tahun 2021 hingga 2023. Pengeluaran dana ini telah mengalir ke 43 buah negara melalui 15 entiti perniagaan yang dipercayai berkaitan dengan scammer.

final • 2:49 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Perlu diperingatkan bahawa Puan Yang di-Pertua, ini adalah kes-kes yang direkodkan oleh NSRC sahaja yang mana banyak kes lagi yang ditutup atau tidak diketahui atas sebab-sebab tertentu. Dua tahun lepas, untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah menubuhkan satu kumpulan sokongan yang bernama Scam Victim Support dan mula mendedahkan helah penipuan online scammer, mendesak tindakan dari Bank Negara Malaysia dan kerajaan serta membantu meningkatkan kesedaran rakyat terhadap penipuan online.

Ekoran daripada desakan tersebut, kerajaan pada masa itu telah menubuhkan NSRC sebagai pusat sehenti untuk menangani penipuan online ini. Bukan itu sahaja, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan tahun ini telah menambah peruntukan sebanyak RM10 juta kepada NSRC untuk melawan penipuan online. Saya ingin ucapkan syabas kepada BNM dan Kerajaan MADANI yang bukan sahaja memandang serius terhadap sindiket penipuan ini sahaja, bukan cakap kosong sahaja malah juga mengambil tindakan yang sewajarnya.

Puan Yang di-Pertua, sepanjang dua tahun tersebut saya telah mendedahkan pelbagai jenis scam. Antaranya love scam, price scam, APP scam dan banyak lagi scam.

Ada yang menyamar sebagai Pegawai Polis atau pegawai LHDN untuk menipu dengan menggunakan jata mereka. Malah, ada yang bertopeng sebagai pegawai Bank Tabung Haji dan mempesonakan mangsa untuk menyerahkan harta mereka.

Bahkan sekarang, saya menerima aduan bahawa ada yang menyamar sebagai pegawai NSRC untuk cuba menggodam maklumat dan menipu. So, ini menunjukkan kreativiti dan inovasi sindiket penipuan, tetapi walaupun dengan pengoperasian NSRC, jumlah kerugian pula bertambah dari RM800 juta pada tahun 2022 kepada RM1.3 bilion tahun lepas. Ini bererti, peperangan dengan sindiket penipuan ini jauh dari selesai.

Puan Yang di-Pertua, saya menggunakan istilah ‘peperangan’ (war), dengan izin kerana ini lah satu pertempuran menentang kumpulan perompak-perompak yang merompak harta dan memusnahkan maruah serta jati diri jutaan rakyat kita dan akhirnya mengalihkan hasil titik peluh rakyat tidak berdosa ini keluar negara. Tiada siapa yang rugi melainkan negara Malaysia dan jutaan rakyat jelata kita. Peperangan memerlukan pemikiran yang bersifat menangani krisis. Jelas NSRC secara tunggal tidak dapat mengatasi helah si penipu yang semakin licik dan menjijikkan.

Dalam situasi Malaysia, tidak dinafikan bahawa bank-bank yang amat berkuasa di negara ini mengambil sikap yang suam-suam dalam situasi ramai pelanggan mereka menjadi mangsa. Saya setuju dengan Jelutong dan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat kes yang mana selepas siasatan polis dibuat, bank-bank komersial tidak lagi perkongsikan maklumat kewangan mangsa walaupun itu merupakan maklumat peribadi mangsa. Bila mangsa minta, mereka pun tak bagi.

Terdapat juga insiden yang mana bank sepatutnya memaklumkan kepada mangsa sekiranya transaksi dilakukan terlalu kerap, tetapi bank tidak berbuat demikian dengan alasan semasa itu adalah cuti perayaan. Ada juga insiden yang mana mangsa hanya dapat menghubungi talian panas bank selepas 30 minit, tunggu, tunggu dan tunggu. Malah, dimaklumkan oleh pihak bank bahawa isu ini tidak termasuk dalam bidang bank.

Di UK Puan Yang di-Pertua, kebanyakan bank telah memeterai kod industri yang mana memerlukan bank membayar balik kerugian kepada pelanggan mereka yang dijadikan mangsa dalam penipuan APP. Dari Mei 2019 sehingga tahun 2022, sebanyak GBP180 juta telah dipulangkan kepada pelanggan mereka. Bank-bank komersial di Malaysia tidak menguasai kod industri tersebut.

final • 2:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Di Singapura, selepas Money Authority Singapore berjanji akan memperketat lagi pemantauan terhadap sistem pengesanan penipuan, institusi kewangan utama di Singapura, pada 30 Januari 2022, bank OCBC setuju membayar ganti rugi kemurahan hati ataupun goodwill sebanyak RM44 juta kepada 790 pelanggannya yang menjadi mangsa dalam penipuan online. OCBC juga mengakui bahawa maklum balas mereka tidak memenuhi permintaan sendiri, maka, mengambil sikap yang berani dan bertanggungjawab untuk menghulurkan ganti rugi.

Adakah ini berlaku di kalangan bank-bank kita, Puan Yang di-Pertua? Tidak. Ini menunjukkan sikap tanggungjawab bank-bank di negara lain yang harus dijadikan teladan oleh bank-bank di Malaysia. Yang buat untung adalah bank, tetapi yang rugi hanyalah pelanggan mereka. Bila nak buat niaga, mereka adalah pelanggan customer, tetapi bila dikenakan penipuan, mereka umpama hantu yang tidak ada tuan. Adakah ini adil?

Puan Yang di-Pertua, maka di sini, saya ingin mengesyorkan kepada- kesimpulan ya. Mengesyorkan kepada kementerian supaya jangan mengambil tindakan kepada pemegang-pemegang akaun keldai sahaja. Saya mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan bank dan telco untuk menanggung sekurang-kurangnya 50 peratus dan maksimum 100 peratus kerugian dalam apa jua jenis penipuan melainkan ia didapati adalah palsu ataupun yang bersifat sengaja untuk mengambil kesempatan. Saya memohon maklum balas pihak kementerian dalam cadangan tersebut. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya turut berbahas dalam isu penipuan atas talian ini. Pindaan yang terdapat dalam kertas pindaan ini merangkumi seksyen 116D bagi memberikan kuasa kepada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan untuk menyita atau melarang urusan dalam apa wang yang dipegang atau disyaki untuk dipegang dalam mana-mana instrumen pembayaran atau mana-mana akaun di institusi kewangan dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

Puan Yang di-Pertua, dalam konteks pindaan dengan memasukkan seksyen baharu 116D ini, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak kementerian, apakah pihak kementerian telah menyediakan suatu latihan khusus bagi memastikan pegawai polis yang terlibat mempunyai suatu kepakaran yang lebih terkehadapan dalam menangani jenayah komersial atas talian yang semakin rencam ini? Kita sering kali mendengar perkembangan strategi licik scammer untuk menipu orang ramai dan setiap kali itu jugalah ramai yang terpengaruh dengan mereka. Oleh itu, latihan dan pendedahan yang berterusan ini seharusnya membantu meningkatkan kecekapan para pegawai yang terlibat menyelesaikan kes-kes penipuan yang berlaku.

Puan Yang di-Pertua, kalau kita lihat, warga emas juga antara yang terlibat dalam sindiket akaun keldai, menjadi hamba scammer sama ada mereka menjadi mangsa penipuan ataupun mereka sendiri yang terlibat dalam memberikan akaun mereka untuk dijadikan sebagai tempat cuci duit bagi setengah-setengah syarikat perjudian dan penipuan atau keldai akaun. Saya ingin tahu, apakah intervensi yang lebih efektif bagi memastikan golongan warga emas terhindar daripada terlibat dalam aktiviti jenayah sedemikian? Tak sepatutnyalah mereka terlibat. Apakah pendekatan yang lebih membumi serta bersifat turun ke lapangan yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu- isu sebegini?

Saya bimbang dengan peningkatan kes-kes jenayah scammer ini khususnya kepada warga emas yang mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran yang sekadar

final • 2:55 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

indah khabar daripada rupa. Hubung kait yang erat golongan warga emas dengan jenayah penipuan scammer ini ibaratnya tidak pernah berakhir. Tidak ada noktah di situ. Malah, semakin membimbangkan dari masa-ke semasa.

Puan Yang di-Pertua, tatacara pendakwaan bagi kes keldai akaun sama ada melibatkan seksyen 424A, 424B dan 424C Kanun Keseksaan sepertimana yang terkandung dalam Jadual Pertama ini sangat kompleks apatah lagi mahu membezakan sama ada pemilik sebenar akaun keldai ini terlibat secara langsung atau mereka menjadi mangsa juga. Justeru, saya ingin mengetahui apakah pelan tindakan yang khusus telah dirangka dengan kerjasama Bank Negara Malaysia mahupun pihak bank-bank yang ada di dalam negara ini supaya dapat membanteras jenayah sebegini daripada terus merebak?

Setakat penelitian saya, ada sesetengah bank yang terkehadapan dalam menyediakan pelan tindakan tersendiri bagi menghalang pelanggannya daripada terlibat dengan keldai akaun. Jadi, usaha-usaha sebegini seharusnya dilakukan secara bersepadu bagi memastikan jenayah scammer dapat dikurangkan dan berkubur dalam jangka masa yang panjang.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengetahui bentuk kempen kesedaran yang telah dilaksanakan bagi memastikan orang ramai tidak terus terpengaruh dengan jenayah scammer yang kelihatan begitu berleluasa baik dalam negara mahupun di luar.

final • 2:55 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Walaupun saya kira pindaan terhadap Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah ini memasukkan peruntukan bagi menangani kes keldai akaun, namun hakikat yang sedang berlaku di lapangan adalah kes-kes sebegini terus mencatatkan kerugian yang mencecah sehingga jutaan ringgit. Ertinya isu ini tidak pernah selesai, masih ramai di luar sana terpengaruh dengan mudah disebabkan habuan yang tinggi, masih ramai yang tertipu dengan skim pelbagai skim termasuklah menjadi keldai akaun, tipu pelaburan, Macau Scam, love scam dan sebagainya.

Jadi kita hari ini sangat mudah tertipu. Jujur sangat kena tipu, baik sangat kena pijak. Maka seharusnya kempen kesedaran ini berlaku dengan agresif seiring dengan pindaan demi pindaan yang dilakukan bagi membanteras jenayah scammer. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 3:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 ini memperkenalkan beberapa perubahan penting yang bertujuan untuk memperkuatkan lagi prosedur undang-undang dalam menangani jenayah khususnya yang berkaitan tentang penipuan dalam talian dan juga akaun keldai.

Jadi salah satu perubahan utama dalam pindaan ini adalah untuk memberikan kuasa kepada polis untuk menyita wang dalam akaun bank yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah. Ini bertujuan untuk menghalang penggunaan akaun bank ini untuk tujuan haram seperti penggubahan wang haram dan penipuan. Dengan kuasa sitaan ini, polis dapat bertindak dengan lebih cepat untuk menghentikan aliran wang yang diperoleh secara tidak sah sekali gus dapat mengurangkan kerugian kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Di negara seperti Amerika Syarikat, kuasa sitaan wang ini diberikan oleh agensi penguatkuasaan digunakan secara meluas dalam memerangi jenayah kewangan. Jadi contohnya dalam kes pengubahan wang haram ini, ia melibatkan kartel dadah. Pihak berkuasa sering menyita jutaan dolar yang dipercayai berasal daripada aktiviti haram.

final • 3:01 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Di Malaysia, dengan kuasa sitaan yang diberikan kepada polis langkah macam ini boleh diambil untuk mengekang jenayah kewangan yang semakin berleluasa, tetapi Bukit Bendera ingin tahu juga, bagaimana kerajaan dapat memastikan bahawa kuasa sitaan ini tidak disalahgunakan oleh pihak berkuasa untuk kepentingan peribadi.

Puan Timbalan Speaker, kes-kes di mana individu tidak sedar bahawa akaun bank mereka digunakan untuk aktiviti jenayah ini adalah biasa. Jadi contohnya mungkin seorang pelajar universiti mungkin diminta untuk membuka akaun bank oleh seseorang yang menawarkan pekerjaan palsu. Akaun ini kemudiannya digunakan untuk memindahkan wang hasil penipuan, jadi tindakan tegas boleh diambil terhadap mereka yang membenarkan akaun mereka disalahgunakan dengan tujuan yang macam inilah yang tak sah.

Jadi pindaan juga memperkenalkan peruntukan khusus untuk mengharamkan mana-mana individu daripada membenarkan instrumen pembayaran mereka digunakan oleh orang lain tanpa kuasa ataupun tujuan yang sah. Ini lah langkah penting dengan dalam menangani masalah akaun keldai di mana penjenayah menggunakan akaun bank pihak ketiga untuk menjalankan aktiviti jenayah. Langkah ini diharapkan dapat mengurangkan insiden penipuan dan juga meningkatkan kepercayaan awam terhadap sistem kewangan kita.

Puan Timbalan Speaker, cadangan pindaan ini juga bertujuan untuk memastikan bahawa undang-undang sedia ada selaras dengan perkembangan dan juga kecanggihan teknologi sedia semasa. Penjenayah semakin menggunakan teknologi yang canggih untuk menjalankan aktiviti haram mereka. Perkara ini kita tidak boleh nafikan. Mereka menggunakan akaun keldai untuk mencuci wang hasil aktiviti haram melalui penipuan kerja palsu, percintaan dalam talian, penghantaran pakej dan juga penawaran pelaburan palsu sepertinya dengan izin, Ponzi Scheme. Mereka memperdaya individu untuk membuka dan juga menggunakan akaun bank mereka sendiri untuk menerima dan juga untuk memindahkan wang haram menjadikan mereka mangsa ataupun keldai tanpa disedari. Jadi dengan teknik yang semakin canggih ini, undang-undang perlu dikemas kini untuk menangani ancaman ini dengan lebih berkesan.

Jadi sebagai kesimpulan, pindaan yang dicadangkan bukan sahaja perlu malah ia amat penting untuk melindungi kepentingan masyarakat dan juga kepentingan negara Malaysia. Dengan memberikan kuasa tambahan kepada polis dan juga memperkenalkan peruntukan khusus pindaan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang dan juga melindungi masyarakat daripada penipuan dan jenayah kewangan.

Dengan izin, by closing loopholes and strengthening procedural integrity, this is where we can prevent criminals from exploiting our system and also making a mockery of our nation. This is not merely about law enforcement, it is about upholding the dignity, the security and also the morale fabric of our society. Jadi dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

final • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

final • 3:01 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang perbahasan ini. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi di atas pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah ini. Ini kerana kes berkenaan dengan penipuan dalam talian ini sering berlaku terhadap rakyat di luar sana tanpa mengira latar belakang.

final • 3:06 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Mengikut CyberSecurity Malaysia sejak Januari hingga Mac lalu sahaja sebanyak 7,651 kes yang direkodkan melibatkan kerugian sebanyak RM332 juta. Ini bukan sahaja melibatkan kerugian terhadap ekonomi negara mahupun harta benda mangsa, akan tetapi menyebabkan tekanan emosi dan kemurungan terhadap mangsa yang terlibat. Dengan adanya pindaan ini, pihak polis kini boleh menyita akaun-akaun bank khususnya akaun keldai ini dan menghalang duit mangsa daripada dicuri dan dikeluarkan daripada akaun ini.

Cuma persoalan saya ialah bagi kes-kes yang mana wang telah dikeluarkan dari akaun mangsa ke akaun scammer setelah rampasan atau sitaan dibuat apakah mekanisme bagi mengembalikan semula wang ini kepada mangsa. Apakah telah ada proses-proses yang jelas dan mudah bagi membolehkan mangsa membuat tuntutan?

Pada tahun lalu, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan agar sebuah portal Fraud Kebangsaan akan diwujudkan dengan kerjasama institusi perbankan negara bagi menangani jenayah kewangan yang berleluasa ini.

Saya ingin bertanya, apakah status penubuhan portal ini? Saya berharap ia segera diwujudkan supaya pihak bank sendiri dapat mengesan dan dapat menjejak dana mangsa yang terlibat dengan lebih pantas sejurus sahaja aduan dibuat. Malah lebih baik lagi jika adanya teknologi terbaharu yang dapat diadaptasi agar mana-mana akaun yang dilihat mencurigakan boleh dibekukan lebih awal agar wang mangsa tidak hilang dan boleh dikembalikan semula kemudian.

Selain daripada penguatkuasaan, kerajaan juga boleh merangka strategi yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran awam supaya tidak terjebak sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja dalam menjadikan akaun mereka sebagai akaun keldai.

Masyarakat juga perlu dididik supaya lebih cakna dan tidak mudah tertipu dengan mana- mana iklan mencurigakan yang menawarkan keuntungan luar jangka. Sindiket-sindiket penipuan ini menjalankan penipuan mereka melalui iklan-iklan di sosial media dan ada juga yang hack nombor telefon akaun kenalan-kenalan kita dan menyamar untuk meminta bantuan kewangan dan sebagainya.

Ini sudah tentu memerlukan kerjasama bersepadu dengan agensi-agensi lain agar iklan-iklan scammer ini dapat diturunkan serta standard keselamatan siber dapat dipertingkatkan. Ada juga kes yang saya maklum bahawa mangsa tidak menyedari bahawa akaun mereka digunakan oleh scammer untuk menipu mangsa lain. Saya berharap agar ada SOP yang jelas dan berkesan agar dalam pada masa kita meningkatkan penguatkuasaan terhadap akaun keldai ini, kita tidak turut menghukum mereka yang mana akaun mereka telah digodam dan dijadikan medium untuk aktiviti jenayah atas talian ini.

Setakat Mei lalu, Pusat Respons Scam Kebangsaan telah menerima panggilan mangsa scam sebanyak 37,002 panggilan dengan kerugian sebanyak RM203.33 juta.

Malah sindiket-sindiket penipuan atas talian ini dengan liciknya menghubungi mangsa dan menyamar sebagai Pusat Respons Scam Kebangsaan. Mangsa akan disoal seolah-olah penyiasatan yang sebenar dengan dikehendaki memberikan butiran mangsa dan akhirnya menyerahkan butiran peribadi yang sensitif seperti maklumat bank untuk mengakses perbankan dalam talian mangsa.

final • 3:06 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya fikir perlu ada cara yang efektif bagi memberi kesedaran kepada orang awam dalam mengenal pasti panggilan yang sah dengan panggilan scam. Ini kerana jika kita tidak dibendung, ia menyukarkan rakyat dan juga kerajaan untuk membuat pemakluman berkenaan dengan program-program kerajaan yang bermanfaat untuk rakyat. Misalnya, jika kita ada bantuan-bantuan yang boleh disalurkan dan pejabat kerajaan atau agensi atau mana-mana pusat khidmat yang ingin menghubungi penerima, mereka tidak akan mempercayai panggilan-panggilan ini dan akan menganggap ini cubaan untuk menipu mereka.

final • 3:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Akhir sekali, saya berharap agar pindaan ini bukan sahaja dapat mengheret penipu atas talian ini ke muka pengadilan akan tetapi dapat menghalang kehilangan dan kerugian duit mangsa dan memudahkan proses tuntutan agar duit mangsa yang telah dicuri dapat dikembalikan semula. Sekian, itu sahaja. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

final • 3:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kanun Tatacara Jenayah

(Pindaan) 2024.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen yang hendak dipinda pada hari ini dalam Kanun Tatacara Jenayah ini adalah dimasukkan seksyen 116D iaitu power to seize or prohibit dealing in money. Kuasa untuk merampas atau menyita atau pun berurusan dengan wang.

Jika dilihat seksyen 116A dan 116B dalam Akta ibu, Akta 593 menyebut; “Pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor boleh membuat penggeledahan dan penyitaan tanpa waran atas sesuatu kesalahan jenayah yang dilakukan.” Dalam seksyen baharu 116D hanya menyebut, “Any Police Officer not below the rank of Sergeant.” Pegawai Polis berpangkat Sarjan diberi kuasa untuk merampas atau melarang penyitaan dengan wang may seize or prohibit dealing in money, dengan izin. Kesalahan ini pada saya bersifat jenayah komersial- commercial crime dengan izin, yang complicated.

Saya ingin tanya. Sesuai kah pegawai polis berpangkat Sarjan ke atas diberikan kuasa tersebut? Merujuk seksyen 116A dan 116B yang saya sebutkan tadi, kes-kes jenayah yang menyebabkan penggeledahan, rampasan dengan waran merujuk kepada Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas. Semalam, Dewan ini membahaskan isu transaksi wang melalui online melibatkan jenayah akaun keldai atau scammer dengan meletakkan hukuman yang tinggi bermula RM5,000 sehingga RM150,000, merujuk seksyen 424A, 424B,424C (1) dan 424C (2) Kanun Keseksaan. Semalam kita sudah bahas dan kita sudah terima.

Isu wang yang dipegang atau yang disyaki dipegang dalam mana-mana instrumen pembayaran atau mana-mana akaun di institusi kewangan bukan perkara kecil dan bukan perkara remeh. Sebaliknya, ia merupakan jenayah komersial yang berat dan perlu dipandang serius. Polis menjalankan tugas dengan terdedah kepada bahaya semasa menjalankan tugas mereka. Berhadapan dengan penjenayah, ancaman terhadap nyawa, kemalangan, ugutan, fitnah dan kehilangan harta kerajaan. Adakah memadai pegawai polis setaraf sarjan untuk memikul tugas yang berat ini?

Oleh itu, saya mencadangkan perkataan Sergeant itu digantikan dengan pegawai polis berpangkat Inspektor hingga ke atas untuk mengatasi kes jenayah yang bersifat berat ini. Itu pandangan saya. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 3:11 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 ini.

Timbalan Menteri, kalau kita lihat ini memang tepat pada masanya untuk kita luluskan rang undang-undang ini. Di mana kita lihat hari ini, sindiket penipuan ini ya, yang

final • 3:14 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

menjadi mangsa ialah semua lapisan. Tak kira tua kah muda, lelaki kah perempuan, berpendidikan atau pun tidak berpendidikan, semua menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini.

Rang ini ialah untuk kita hendak sita harta dalam akaun bank khususnya berkaitan dengan mule account. Dalam isu ini, saya hendak tanya kepada Menteri sama ada kita akan termasuk eWallet tak? Sebab dalam sini hanya menyatakan kita akan sita akaun bank, tetapi kalau kita lihat hari ini sindiket penipuan ini, mereka telah mengguna melalui eWallet. Di mana mereka akan menyamar sebagai satu syarikat dan mereka akan daftar dengan Lazada contohnya. Lepas itu mereka kata, mereka ada jual barang dalam.

Sedangkan tak ada transaksi jual beli, tetapi mereka akan gunakan taktik penipuan untuk dapatkan password daripada pemegang Touch 'n Go dan mereka akan transfer wang tersebut masuk ke mule account. Jadi, dalam isu ini kalau hanya sekadar akaun bank sahaja tidak mencukupi.

Sepatutnya juga merangkumi eWallet dan juga platform-platform yang lain dalam transaksi internet ini. Sebab kalau kita masih ingat, 15 tahun atau 20 tahun yang lepas, sindiket penipuan ini mereka gunakan gores dan menang. Lepas itu dia kata, “Pakcik, kamu sudah bertuah dapat satu katil ajaib. Lepas you tidur, boleh jadi kuat. Jadi muda”. Jual dengan harga RM20,000. Itu dahulu. Fizikal. Boleh nampak itu orang. Dia ada ofis.

Kita boleh pergi sana, tetapi sekarang semua ialah melalui internet transaction. Jadi, memang sukar untuk kita hendak kesan mereka.

Jadi, dalam isu ini. Saya lihat peranan yang dimainkan oleh bank adalah penting.

Saya masih ingat apabila saya sebagai pegawai bank. Apabila mereka hendak datang buka akaun, saving account juga perlu introducer. Ada orang recommend. Dia adalah account holder yang asal. Dia recommend, baharu boleh buka akaun di bank, tetapi hari ini sudah tidak. Siapa-siapa pergi ke bank, dia boleh buka akaun. Jadi, dalam isu ini saya rasa bank perlu memainkan peranan yang penting.

Seperti yang telah disebut oleh Jelutong semalam. Kalau ahli politik, Ahli Parlimen, Wakil Rakyat pergi buka akaun bank, perlu tunggu satu bulan. Sebab perlu buat penyiasatan, tetapi orang biasa, mereka pergi buka akaun, saving account, begitu mudah sahaja mereka dapat buka. Bank akan cuci tangan. Dia kata ini tidak ada kena mengena dengan mereka. Saya ada satu kes, Timbalan Menteri. Seorang warga tua ditipu hampir RM800,000. Setiap hari mereka akan withdraw daripada akaun dia RM10,000 sehingga akaun dia jadi kosong. Dalam isu ini, kita hendak tanya kepada bank. Sebab saya pernah kerja bank. Bank akan keluarkan batch report setiap hari kalau ada orang keluarkan daripada RM10,000 atau RM20,000 ke atas. Mereka akan ada nama tersebut.

Kalau akaun tersebut tiap-tiap hari keluar RM10,000 daripada akaun seorang warga tua, sepatutnya sudah prompt kepada pihak bank bahawa ada sesuatu yang tidak mengena, tetapi bank tidak mengambil apa-apa tindakan, tetapi apa yang mereka buat, selepas warga tua ini tahu yang akaunnya sudah jadi kosong, pergi ke bank dan bank suruh dia jangan buat laporan. Ini yang berlaku. Sebab itu dalam isu ini, saya rasa kita dalam kita cuba nak sita akaun supaya sindiket tak dapat keluarkan wang tersebut daripada akaun mule ini, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita hendak cegah?

Dalam hal ini saya rasa bank memainkan peranan yang penting. Kita hendak tanya dalam rang undang-undang ini ada mengatakan denda tidak lebih daripada RM10,000 akan dikenakan. Adakah dia termasuk juga bank? Kalau bank ada kecuaian, adakah kita juga akan kenakan RM10,000 tersebut? Kalau ya, saya rasa RM10,000 itu terlalu kecil. Sebab bagi bank, RM10,000 bagi mereka adalah satu amaun yang kecil sahaja. Kalau bank betul mereka ada salah, saya rasa kita harus kenakan denda yang lebih tinggi. Baharulah mereka akan berwaswas dalam mengendalikan akaun pelanggan.

Dengan itu, sekian terima kasih Timbalan Speaker.

final • 3:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

final • 3:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya sokong RUU ini tetapi saya minta dua perkara untuk pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri untuk memberikan satu panduan kepada orang awam, kepada pihak Polis, Peguam dan mahkamah tentang beberapa perkataan dalam seksyen baharu ini.

Perkara pertama ialah istilah dalam subseksyen (a) “The police officer has reasonable cause to suspect that an offence has been committed” dan perenggan (b) “The police officer has reasonable cause to suspect that the money has been used or is intended to be used to commit an offence.” Perkataan “reasonable cause to suspect” ini perlu diberikan satu garis panduan supaya ada dengan izin, safeguards against abuse iaitu reasonable cause mesti adalah objektif bukan subjektif kepada sarjan polis bahawa pihak polis hendak menunjukkan ada objective basis untuk mengadakan reasonable cause to believe and that, dengan izin, there must be an honest belief such that an ordinary, prudent, cautious man placed in the position of the sergeant would reasonably on probable grounds come to the conclusion that an offence has been probably been committed. Ini adalah penting supaya ini tidak digunakan sewenang-wenangnya.

Kedua ialah subseksyen (6) perenggan (b) “The provision of an allocation for reasonable subsistence and other expenses...” Di sini belanjaan yang perlu oleh individu itu juga perlu diperlindungkan dan di sini ini tidak lagi menjadi objektif assessment pihak polis atau objektif assessment oleh hakim di mahkamah, tetapi belanjaan yang biasa digunakan oleh individu itu kalau mereka duduk di dalam rumah dengan sewa RM10,000, mahkamah tidak boleh berkata “Reasonable expenses, you mesti pindah kepada rumah yang kecil dengan sewa RM2,000 seperti orang lain.” Ini akan menjadi satu penekanan kepada individu itu.

Apa yang perlu ialah melihat kepada belanjaan individu itu sebelum perintah diberikan kerana itulah status dan lifestyle beliau. Kalau dipaksa untuk mengadakan belanjaan yang lebih kecil ini menjadi satu penekanan kepada individu dan mereka akan mengaku salah untuk melepaskan akaunnya. Ini yang akan menjadi salah gunaan ke seksyen ini. So, saya meminta penjelasan supaya pihak Polis dan mahkamah ada garis panduan bagaimana istilah-istilah yang digunakan dalam seksyen ini dapat digunakan untuk objektif bahawa kita hendak mengenali masalah scam tetapi kita juga mesti melindungkan mereka yang akan menjadi- mereka yang akaun mereka dapat dibekukan.

Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 3:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut membahaskan Rang Undang- undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024.

Saya mengamati perbahasan daripada Yang Berhormat sebelum ini, rata-rata isi kandungannya adalah sama seperti mana yang saya cadang untuk bahaskan. Bagaimana pun saya dapat simpulkan betapa pentingnya kebertanggungjawaban pihak bank dalam usaha untuk turut sama membanteras penipuan atas talian ini. Pihak PDRM, kecekapan anggota-anggota polis dalam menangani kes-kes aduan seperti ini.

Di sini saya ingin menyatakan persetujuan saya dengan sahabat saya daripada Jerlun, Yang Berhormat Jerlun yang perlunya kecekapan diberikan kepada pegawai- pegawai PDRM dalam membuat penyiasatan kes seperti ini kerana apa yang kita tahu ini adalah jenayah yang dalam bentuk baharu dan meletup. Rata-rata Anggota Polis tidak

final • 3:24 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

ada pengalaman mengendalikan kes-kes seperti ini. Jadi kalau hendak diberikan latihan, mengambil masa dan polis-polis pun dah banyak- latihan-latihan kes-kes jenayah yang sedia ada sebelum ini mereka telah hadiri.

Jadi saya mencadangkan supaya di dalam PDRM ini diadakan jawatan baharu kepada pegawai-pegawai yang ada kepakaran untuk mengatasi jenayah seperti ini. Begitu juga dengan institusi perbankan. Di situ pun diadakan, diwujudkan satu jawatan yang khas untuk menangani kes-kes seperti ini.

Apa yang berlaku sekarang ini apabila ada kes seperti ini sebagai contohlah, ada yang mengadu kepada saya seorang kakitangan awam, pembantu hal ehwal murid.

Apabila dia hendak ambil gaji tiba-tiba akaun dia sudah blocked. Dia mengadu kepada bank dan bank bertanya kepada dia, pegawai bank itu. “Awak scammer ya?” Kata dia.

Soalan pegawai bank ini menunjukkan mereka tidak ada kepakaran dalam menyiasat. Kemudian bawa kepada pengurus bank. Pengurus bank pun bertanya begitu.

Jadi dia sudah jadi mangsa, kemudian pertanyaan-pertanyaan pula seperti menuduh dia bersalah, bagaimanakah dia hendak berikan penjelasan yang boleh membantu menyelesaikan masalah dia? Oleh itu, pihak bank juga sekiranya serius hendak menangani masalah ini perlu mewujudkan jawatan baharu yang lebih mampan untuk menyerap ataupun menyelesaikan masalah-masalah seperti ini.

Dia boleh menyiasat, bertanya kepada mangsa dengan akhirnya memberikan maklumat-maklumat yang pantas dan tepat dan boleh digunakan. Yang pertama, untuk menyita pergerakan wang ini daripada beralih kepada akaun lain, sempat di tahan dan yang paling baiknya boleh dikembalikan kepada mangsa sekiranya dia adalah mangsa.

Kadang-kadang ada mangsa ini yang dengan rela hati menyerahkan akaun dia untuk digunakan tujuan yang tidak baik ini. Pada mereka ini adalah suatu usaha dia dalam pelaburan. Dia tidak sedar yang itu adalah salah.

Akhirnya apabila dia menghadapi masalah barulah dia membuat aduan kepada bank, kepada polis dan didapati dia terlibat sama dalam jenayah siber ini. Saya ingin mencadangkan kepada semua supaya adalah NGO-NGO lebih banyak lagi diwujudkan untuk melawan sindiket penipuan atas talian ini. Kadang-kadang kita dapat maklumatnya melalui video TikTok dan sebagainya, pengendali jenayah siber itu bukannya orang yang hebat-hebat. Ada yang kalangan remaja sahaja tetapi ayat-ayat mereka itu boleh membuatkan mangsa terpesona.

Jadi dengan adanya NGO-NGO yang kita wujudkan dapat menyedarkan dan melawan jenayah baharu yang sangat menakutkan rakyat negara ini dalam keadaan negara yang rakyatnya terhimpit dengan kos hidup yang agak tinggi sekarang ini. Dengan jenayah yang begini berleluasa, jadi semua pihak patut mengambil peranan membanterasnya. Sabak Bernam mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:24 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin bawa satu cerita agak sensasi sikit ini. Jadi, Puan Yang di-Pertua harap dapat dengar baik-baik. Dua tahun lepas sekitar awal tahun 2022, saya dan isteri dihubungi oleh seorang kenalan, seorang ibu yang mana anaknya telah ditahan dan direman. Ditahan di rumah, dibawa ke balai polis di Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya dan isteri, apabila dengar berita itu, terus bergegas pergi ke sana dan mendapati si ibu ini sedang teresak-esak di luar balai. Bila kami tanya kenapa, dia kata anaknya ditahan dan sangat sedih kerana anaknya yang berusia belasan tahun merupakan seorang yang

final • 3:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

sangat baik. Tak pernah keluar rumah, tak campur sangat dengan orang. Kalau dia keluar pun, dia hanya pergi ke surau, azan, tetapi bagaimanakah anaknya ini boleh ditahan oleh PDRM?

Yang lebih sedihnya lagi, apabila tanya dengan pegawai PDRM, beliau menyatakan bahawa- beritahu kepada ibu tersebut- anaknya ini terlibat dalam aktiviti kegiatan online yang tidak bermoral. Tidak bermoral ini macam-macam cerita ini sebenarnya. Dia aktiviti yang tawarkan mungkin video ke ataupun chatting dan sebagainya yang berbentuk yang tidak bermoral, tetapi ada kena bayar. Jadi, dia kata, anaknya terlibat kerana akaun anaknya ini telah pun digunakan untuk urusan pembayaran.

Si ibu rasa lebih sedih lagi kerana anaknya akan dibawa pula ke Johor Bahru kerana kes itu dilaporkan di Johor Bahru. Jadi, memang biasanya kes-kes ini di mana ia dilaporkan, maka di situlah orang yang kena tahan akan dibawa untuk diperiksa, soal siasat dan sebagainya.

Jadi, Puan Yang di-Pertua, ini satu kes very classic example bagaimana mule account ataupun akaun keldai ini boleh berlaku dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan lebih malangnya apabila mungkin suri rumah, remaja dan seumpamanya yang boleh sahaja terpedaya ataupun secara tidak sengaja ataupun mungkin kerana mereka ingin nak mencuba-cuba, ada tawaran dengan keuntungan yang sedikit dan sebagainya.

Inilah yang menyebabkan apa yang disebutkan ataupun dilaporkan oleh pihak berkuasa kerugian yang boleh mencecah sehingga RM2 bilion yang dilaporkan di antara 2022 hingga 2024.

Kita tidak tahu berapa ramai lagi yang terlibat dalam kes seumpama ini yang ditipu ataupun yang sengaja membiarkan akaun mereka digunakan, ataupun sindiket-sindiket yang memang meminta individu yang tertentu untuk membuka akaun dengan harapan untuk mendapat keuntungan yang segera dan seumpamanya.

Oleh sebab itu, angka-angka yang besar ini, Puan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa wujud satu kebimbangan yang sangat besar adanya kelompangan dalam undang-undang sedia ada dalam negara kita. Oleh sebab itulah, apabila Kerajaan Madani hari ini membentangkan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 dan juga RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 adalah satu langkah yang proaktif dalam membendung kegiatan jenayah dalam siber, khususnya melibatkan akaun keldai ini.

Apabila RUU ini memasukkan satu seksyen baharu memberi kuasa kepada pihak polis untuk menyita akaun yang berupa akaun keldai ini, saya memang cukup yakin bahawa ini adalah antara langkah-langkah yang boleh mendorong untuk kita mencegah keadaan ini daripada berlaku dan seterusnya memerangi jenayah siber, jenayah online ini, tidak kiralah dia mule account ke, apa juga scam yang berlaku dengan sekeras- kerasnya. Memerangi jenayah akaun palsu, jenayah siber ini dengan sekerasnya.

Jelutong, memerangi ya, bukan memerang.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memerangi.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Memerangi. Memerang itu seekor haiwan yang berenang-renang. Dia ini pun jahat juga macam...

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Macam Jelutong.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Ketawa] Macam sindiket jenayah siber ini. Itu memerang tapi kita nak memerangi mereka sindiket yang menjalankan jenayah siber, scam dan seumpamanya ini.

Cuma, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian ataupun JPM, bagaimana kita nak pastikan bahawa mereka yang teraniaya, bukan membenarkan akaun mereka digunakan tetapi teraniaya, tertipu supaya mereka ini juga dapat dilindungi dan terpelihara dan tidak teraniaya sehingga menyebabkan mereka ini boleh didenda sebagaimana RUU yang telah dibentangkan sebelum ini?

final • 3:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Keduanya, apakah langkah-langkah seterusnya mencegah supaya mereka yang terlibat dalam sindiket ini dapat dijejak dan akaun mereka itu juga boleh disita? Kerana, sudah tentu berlaku pemindahan wang daripada mule account ini, akaun keldai ini kepada akaun yang lebih besar di mana di situlah wang-wang ini dikeluarkan untuk tujuan keuntungan mereka.

Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.

final • 3:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024. Segala cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat telah membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan perkara-perkara yang dibangkitkan. Terdapat beberapa soalan utama yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang akan saya jawab seperti yang berikut.

Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Bukit Bendera mengatakan mengenai penyalahgunaan kuasa dan safeguard terhadap kuasa Polis di bawah seksyen baharu ini. Penyalahgunaan kuasa boleh dapat dielakkan dengan prosedur siasatan yang digunakan oleh pegawai penyiasat dengan mempunyai akses kepada sistem atau data maklumat PDRM dengan akses menggunakan pengenalan diri

(ID) masing-masing untuk membuat permohonan, bagi tujuan siasatan termasuklah penyataan akaun dengan dikawal selia oleh Pegawai Polis yang lebih kanan. Pegawai penyiasat ini wajib melaporkan status siasatan kepada pegawai yang lebih kanan dari semasa ke semasa.

Selain itu, kuasa sitaan PDRM yang dicadangkan ini bukanlah satu kuasa yang mutlak. Sebagaimana subseksyen 116D(5), kuasa semak dan imbang diperuntukkan di mana permohonan boleh dibuat kepada mahkamah sesyen untuk mengubah atau membatalkan apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak polis atas permohonan yang dinamakan dan/atau dinyatakan dalam perintah bertulis di mana mahkamah antara lain akan mengambil kira amaun bagi kelangsungan hidup dan perbelanjaan lain yang sewajarnya bagi orang yang dinamakan dalam perintah.

final • 3:37 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Jelutong ada?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Jelutong ada?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Okey. Yang Berhormat Jelutong tanya.

Satu, kenapa turut gunakan perkataan “membeku” dalam seksyen 116D baharu yang dicadangkan? Kenapakah tidak turut gunakan perkataan tersebut? Perkataan prohibit the dealing- melarang urusan itu telah termasuk perbuatan membekukan wang kerana apabila individu yang disiasat tidak mempunyai akses dan tidak boleh melakukan

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

sebarang urusan terhadap wang tersebut. Bermakna, merangkumi the transaction. Dalam bahasa Inggeris to Bahasa Malaysia, merangkumi perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat.

Kedua, adakah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas institusi kewangan jika mereka tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan? Bolehkah tindakan diambil atas mereka? Institusi kewangan atau bank juga perlu dipertanggungjawabkan atas membanteras scam di seluruh negara. Di bawah pindaan di bawah rang undang- undang ini, mana-mana institusi kewangan yang gagal mematuhi dengan peraturan- peraturan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 116D(2) boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 116D(4).

Pihak Bank Negara telah menetapkan peraturan dan piawaian ke atas institusi kewangan bagi mengelakkan institusi tersebut disalah guna bagi tujuan jenayah kewangan, termasuk penipuan dan akaun keldai. Peraturan ini antara lain berkaitan kewajipan bank untuk melaksanakan usaha wajar pelanggan- customer due diligence

(CDD), usaha wajar pelanggan yang berterusan- ongoing customer due diligence

(OCDD), pemantauan transaksi- transaction monitoring, pengesahan penipuan- fraud detection dan keselamatan siber.

Justeru, sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan ini, terutama yang menyebabkan insiden pelanggaran tersebut berlaku, tindakan dan penguatkuasaan boleh diambil terhadap bank tersebut seperti pendakwaan, kompaun, penalti, surat amaran dan sebagainya.

Peraturan dan kuasa untuk mengambil tindakan ini diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan seperti Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Dari Aktiviti Haram 2001, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan sebagainya.

Di samping itu, mengikut peraturan yang sedia ada, bank-bank tidak boleh meletakkan tanggungjawab atas sebarang kerugian daripada penipuan perbankan atas talian ke atas pelanggan, kecuali pihak bank mempunyai bukti kukuh yang jelas menunjukkan bahawa pelanggan tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi butiran keselamatan peribadi pada setiap masa.

Secara amnya, setiap kes penipuan akan diteliti dan bagi kes disebabkan oleh kelemahan sistem dan amalan pengurusan risiko bank itu sendiri, pihak bank akan bertanggungjawab untuk menanggung kerugian tersebut. Jelutong, okey ya? Okey, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri, saya berpuas hati, penerangan yang baik.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Sik membangkitkan perkara berikut. Mekanisme untuk mengelak kuasa tidak disalah guna dan dua, perlindungan hak individu serta individu dapat membela diri sebelum akaun mereka disita.

Soalan pertama telah saya ulas ketika menjawab soalan dan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi sebelum ini. Hak kepada harta sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 13 tidak bersifat muktamad, dengan izin, absolute, di mana fasal 1 memperuntukkan bahawa harta seseorang boleh diambil daripada sekiranya dibenarkan di bawah undang-undang.

Seksyen baharu 116D yang dicadangkan ini memberikan kuasa sitaan, tetapi tidak membelakangkan hak rakyat kerana terdapat ruang bagi permohonan dibuat untuk di mana permohonan boleh dibuat pada Mahkamah Sesyen untuk mengubah atau membatalkan apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak polis atas permohonan orang yang dinamakan atau dinyatakan dalam perintah bertulis. Di mana mahkamah antara lain akan mengambil kira amaun bagi kelangsungan hidup dan perbelanjaan lain yang sewajarnya bagi orang yang dinamakan dalam perintah.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Petaling Jaya menanya, mencadangkan kerajaan mewajibkan bank dan telco untuk menanggung sekurang-kurangnya 50 peratus atau maksimum 100 peratus kerugian dalam apa juga jenis penipuan melainkan ia didapati palsu ataupun bersifat untuk mengambil kesempatan. Saya memohon maklum balas, ini ada soalan beliau. Jawapannya adalah, kementerian mengambil maklum dan akan membincangkan perkara ini dengan agensi kementerian yang terlibat, termasuk Bank Negara Malaysia.

Yang Berhormat Pokok Sena menanya, adakah kementerian akan menyediakan latihan khusus yang memastikan polis ada kepakaran yang lebih ke hadapan untuk menangani jenayah komersial dalam talian? Ya. Latihan sewajarnya akan diberikan dengan usaha sama dengan Kementerian Dalam Negeri adalah dalam perbincangan.

Nombor dua, adakah pendekatan yang lebih membumi dan bersifat turun ke lapangan yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu ini? Bagi jawapan ini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan piawaian pengesanan penipuan- fraud detection standards kepada institusi perbankan pada suku pertama 2024. Piawaian ini adalah langkah tambahan daripada langkah-langkah sedia ada bagi memastikan keupayaan pengesanan penipuan di institusi mereka dipertingkatkan.

Antara kandungan piawaian ini adalah meningkatkan pemantauan terhadap pelanggan yang lebih terdedah dan berisiko tinggi, termasuklah warga emas, berdasarkan sejarah transaksi dan tingkah laku ketika melakukan aktiviti perbankan. Selain itu, pasukan tindakan khas industri yang terdiri daripada pihak-pihak juga giat menyelaraskan usaha-usaha bank bagi meningkatkan langkah-langkah perlindungan terhadap pelanggan yang lebih terdedah dan berisiko tinggi, termasuklah warga emas seperti akaun tagging bagi membolehkan aktiviti pengesanan penipuan yang lebih bijak- lebih baik dapat dijalankan.

Yang Berhormat Jerlun menanya, apakah sesuai Pegawai Polis berpangkat Sarjan diberi kuasa tersebut? Saya telah terangkan semalam tetapi saya akan menambah hari ini. Pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang dilantik sebagai pegawai penyiasat sahaja mempunyai akses kepada sistem database PDRM dengan hak akses menggunakan pengenalan diri (ID) masing-masing untuk membuat permohonan bagi tujuan siasatan, termasuk penyitaan akaun, sitaan akaun dan dikawal selia oleh pegawai polis yang lebih kanan.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sarjan ini wajib melaporkan status siasatan kepada Pegawai Polis Kanan yang lebih kanan. Penempatan Pegawai Penyiasat di daerah-daerah adalah tidak semuanya berpangkat Inspektor. Ini Yang Berhormat, kita perlu faham. Saya difahamkan ada banyak- balai-balai di seluruh negara ini, yang di mana tidak ada Inspektor. Bila laporan dibuat bawa wang atau ia telah disalahgunakan, ia perlukan masa untuk membawa ke Inspektor yang terdekat dan lepas itu, IP itu perlu di-analysed dan sebagainya dan ini mengambil masa. Maka oleh sebab ini adalah sedikit luar biasa, maka Sarjan-Sarjan diberi kuasa pada masa sekarang, tetapi saya juga difahamkan, selain itu, kita jangan ingat Sarjan-Sarjan itu macam dulu 30 tahun, 50 tahun dulu.

Ramai di antara mereka, sarjan-sarjan although mereka naik pangkat daripada Konstabel dan sebagainya, ramai di antara ini telah dan ada Diploma dan sebagainya.

Jadi, ada di antara mereka juga graduan. Mereka fasih, mereka tahu dan ini ada sedikit luar biasa dan kerajaan percaya, PDRM percaya bahawa mereka ada kelebihan, di mana mereka patut diberi kuasa ini supaya bila ada aduan-aduan serta-merta tindakan diambil.

Kota Melaka, sama ada kuasa sitaan ini akan terpakai kepada wang yang disimpan dalam e-Wallet dan platform lain dalam transaksi Internet ini. Nombor dua, bagaimana kita nak cegah jenayah ini dan peranan bank dalam perkara ini yang sangat penting. Kenapakah amaun denda terhadap bank rendah? Yang Berhormat, sebelum ini adalah seorang pegawai bank patut membawa satu usul mengenai perkara ini supaya tindakan yang lebih boleh diambil terhadap pegawai-pegawai bank. Ini pandangan saya.

Kuasa sitaan. Dua minit Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya?

final • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sedikit. Saya terlepas pandang tadi.

Jika Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa kekurangan Anggota Polis yang berpangkat Inspektor dan ke atas di IPD ataupun balai polis, saranan Yang Berhormat Menteri untuk meminda seksyen 116D dengan mengekalkan Anggota Polis berpangkat Sarjan. Persoalan saya berbangkit, adakah setelah menyedari kekurangan pegawai, adakah kerajaan tidak bercadang untuk meminda Pegawai Polis berpangkat Inspektor dalam seksyen 116A(1) dan (2) itu dipinda, daripada Inspektor, tukar pada Sarjan? Ini lebih memudahkan akta baharu yang dipinda ini. Sekian.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Cadangan yang baik tapi untuk rang undang-undang ini adalah sedikit beza dari apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat.

Itu ada undang-undang yang tertentu mengenai kuasa untuk Inspektor, tetapi semasa Yang Berhormat membangkitkan perkara ini, saya tahu bahawa ada seksyen-seksyen tersebut yang mengatakan hanya Inspektor. Di sini, Sarjan. Ini bukan kerana kekurangan Inspektor sahaja, tetapi di balai-balai yang kecil macam di Perak, di Kuah, kampung yang kecil ada balai. Takkan kita akan adakan satu, Inspektor kita, adakan Sarjan OCS yang cukup. Itu saya rasa akan membanteras perkara ini. Dengan izin.

Kuasa sitaan di bawah pindaan bawah rang undang-undang ini akan merangkumi penggunaan mana-mana instrumen pembayaran, termasuk eWallet yang digunakan sebagai mule account. Definisi payment instrument di bawah seksyen 424D adalah selaras dengan definisi instrumen pembayaran yang ditetapkan sepertimana di bawah seksyen 31 Akta Perkhidmatan Kewangan dan perintah perkhidmatan kewangan instrumen pembayaran yang ditetapkan 2013 yang merangkumi kad debit, kad kredit, kad caj dan wang elektronik.

Pihak Bank Negara Malaysia telah menetapkan peraturan dan piawaian ke atas institusi kewangan bagi mengelakkan institusi tersebut disalah guna bagi tujuan jenayah kewangan termasuk penipuan dan akaun keldai. Peraturan ini antara lain berkaitan kewajipan bank untuk melaksanakan usaha wajar pelanggan- customer due diligence

(CDD), usaha wajar pelanggan yang berterusan- ongoing customer due diligence

(OCDD), pemantauan transaksi- transaction monitoring, pengesahan penipuan- fraud detection dan keselamatan siber.

Justeru, sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan ini terutama yang menyebabkan insiden pelanggaran tersebut berlaku. Tindakan dan penguatkuasaan boleh diambil terhadap bank tersebut seperti pendakwaan, kompaun, admin penalty, surat amaran dan sebagainya. Jumlah denda RM10,000 yang dicadangkan adalah kerana setakat ini kerjasama yang baik telah diberi oleh bank-bank bagi arahan penyataan, sitaan yang telah dikeluarkan oleh pihak penguatkuasaan dalam akta ini seperti Akta AMLA...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan dan sila gulung. Sila gulung.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya. Saya sebenarnya ada banyak lagi tapi khususnya saya nak bagi tahu bahawa rang undang-undang ini adalah diperlukan dan perlu disegerakan dan saya berterima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah membahas yang perkara-perkara yang telah dibangkitkan tetapi belum dijawab akan dijawab secara tulis. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 3:50 PM
Fasal-fasal 1 hingga 3 –

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan ‘Timbalan Speaker.’

final • 3:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

final • 3:58 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya merujuk kepada fasal 2.

Berhubung dengan seksyen baharu 116D Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau saya silap tolong betulkan. Seingat saya fakta dalam Kanun Tatacara Jenayah untuk Polis mengambil caution statement, percakapan beramaran siasatan di bawah seksyen 112, pegawai yang bertugas itu tidak boleh kurang daripada inspektor. Sarjan tak boleh.

Seingat sayalah, tetapi mengapa dalam rang undang-undang ini untuk sita wang duit yang disuspek jenayah itu, pegawai yang rendah daripada Inspektor. Sarjan pun dah boleh lakukan tugas itu. Berikutnya saya tanya, adakah rank Sarjan itu boleh dianggap Police Officer? Terima kasih.

final • 3:58 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya Yang Berhormat, bila kerajaan memberi kuasa kepada Sarjan seperti saya katakan, sifat dan peranan mereka sudah beza dari dulu. Dulu Inspektor adalah di beberapa- dia ada kelayakan-kelayakan yang tertentu. Sekarang dia hanya- walaupun dia Sarjan, dia no more orang biasa.

final • 3:58 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ada di antaranya Diploma holder dan Degree holder, tapi khusus kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, betul mengikut 112 memang hanya Inspektor yang ada kuasa, tapi Sarjan ada kuasa siasat seperti seksyen 108 dan 109 CPC. Jadi ini memberi kuasa kepada mereka untuk melanjutkan penyiasatan dan sebagainya.

[Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Majlis****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]

final • 4:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (Akta 676) yang sedia ada memperuntukkan mengenai perkara berhubungan dengan keterangan saksi kanak-kanak dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada Mac 2023 yang lalu, pindaan kepada Akta 676 telah dibuat untuk julung-julung kalinya setelah Akta 676 mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2007.

Untuk menambah baik perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur saksi kanak-kanak daripada 16 tahun kepada 18 tahun dengan memasukkan peruntukan yang berhubungan dengan pendengaran khas saksi kanak- kanak memberikan keterangan dan dengan melarang soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak.

Pindaan-pindaan ini telah mula berkuat kuasa pada 11 Julai 2023, namun didapati masih terdapat keperluan untuk menambah baik peruntukan keterangan saksi kanak- kanak yang sedia ada untuk antara lain memastikan layanan yang sama rata diberikan kepada kanak-kanak dalam sistem undang-undang negara agar selaras dengan izin, global standards. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan sedikit gambaran mengenai pengalaman yang perlu ditempuhi oleh seorang saksi kanak-kanak. Bayangkan seorang anak kecil berumur tujuh tahun dalam suatu keluarga yang dibelenggu isu keganasan rumah tangga atau seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada pembuli siber.

Kanak-kanak ingin menjadi saksi utama dalam perbicaraan di mahkamah dan perlu menceritakan pengalaman yang dilalui kepada hakim dalam persekitaran mahkamah yang tidak mesra kanak-kanak sambil berhadapan dengan para peguam yang berbicara dalam bahasa undang-undang dengan izin, legal jargon.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sistem perbicaraan dan proses pemberian keterangan di mahkamah adalah suatu pengalaman yang menggerunkan kepada orang dewasa, bayangkan ketakutan yang dialami oleh seorang kanak-kanak. Selain itu, cara penyoalan dalam mahkamah amat berbeza dengan cara kanak-kanak berkomunikasi. Prosedur seperti pemeriksaan balas dengan izin, cross-examination boleh menyukarkan dan mengganggu saksi kanak-kanak akibat caranya yang berkonfrontasi dan agresif.

Tambahan pula kedudukan Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak yang sedia ada bersifat diskriminasi dan lapuk termasuklah andaian undang-undang lapuk bahawa kanak-kanak terdedah kepada fantasi dan tidak boleh dipercayai. Maka faktor- faktor ini boleh menyebabkan kekurangan laporan dengan izin, underreporting dan ibu bapa tidak mahu terlibat dalam proses perbicaraan ataupun melibatkan kanak-kanak dalam prosedur mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dengan izin, Convention on the Rights of the Child (CRC) sejak 17 Februari 1995, kita hendaklah memastikan usaha berterusan dilaksanakan dan untuk melakukan yang terbaik untuk kanak-kanak di negara kita.

final • 4:03 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dalam hal ini dengan izin, General Comment Bil. 12 Tahun 2009 berkenaan hak seorang kanak-kanak untuk didengari dengan izin, The United Nations Committee on the Rights of the Child bahawa semua kanak-kanak berhak untuk memberi keterangan dalam prosiding kehakiman tanpa mengira umur.

Dengan izin The United Nations Guideline on the Justice in Matters Involving Child Victims and Witness of Crime juga menyatakan dengan jelas bahawa setiap kanak-kanak harus dianggap sebagai saksi yang berkebolehan dan keterangan mereka tidak boleh dianggap tidak sah atau tidak dipercayai hanya kerana usia kanak-kanak itu semata-mata.

Sebagai langkah ke hadapan bagi menggerakkan usaha berkenaan dengan pindaan fasa kedua ini, Bahagian Hal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan beberapa sesi libat urus berkaitan cadangan pindaan dasar yang berkaitan bersama dengan Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, pihak-pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, ahli-ahli akademik, pakar undang-undang keterangan, UNICEF dan Organisasi Masyarakat Sivil

(CSO), termasuk Child Rights, Innovation and Betterment dengan izin Yayasan CRIB, Voice of Children, Kemban Kolektif, Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Monsters Among Us (MAU), Firma Pakar Perundingan and Gender, Persatuan Wanita untuk Wanita Sarawak, Persatuan Peguam Wanita, Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) and All Women’s Action Society (AWAM) bagi membincangkan hala tuju serta mendapatkan input dan maklum balas penyediaan dasar dan membincangkan parameter cadangan pindaan kepada Akta 676.

Dengan mengambil kira semua maklum balas yang diberikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, cadangan-cadangan pertimbangan dasar telah disediakan secara khususnya yang melibatkan pindaan kepada Akta 646 serta akta-akta yang memperuntukkan mengenai keterangan saksi kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan rang undang-undang ini mengandungi lima fasal dan bertujuan untuk meminda Akta 676 dengan objektif utama untuk membuat peruntukan yang berhubungan dengan keterangan saksi kanak-kanak yang lebih baik.

Pada masa ini, Akta 676 mengandungi peruntukan berkenaan dengan cara saksi kanak-kanak, memberikan keterangan sementara peruntukan substantif yang berhubungan dengan ke kompeten saksi kanak-kanak dan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya serta peruntukan mengenai sokongan keterangan saksi kanak-kanak adalah dinyatakan dalam Akta Keterangan 1950 (Akta 56).

Selain Akta Keterangan 1950, perundangan lain iaitu Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792), Akta Sumpah dan Ikrar 1949 (Akta 194), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747) dan Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) juga mengandungi peruntukan mengenai keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak.

final • 4:03 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dengan pindaan kepada Akta 676 untuk mengadakan peruntukan bagi kedua- dua peruntukan substantif dan tatacara mengenai keterangan saksi kanak-kanak, Akta 676 akan menjadi perundangan utama yang memberikan tumpuan mengenai keterangan saksi kanak-kanak dan oleh itu pindaan berbangkit perlu dibuat kepada Akta Keterangan 1950, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Akta Sumpah dan Ikrar 1949, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, dan Akta Angkatan Tentera 1972 untuk meniadakan peruntukkan yang perlu mengenai keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan ini juga akan dilaksanakan dalam mesyuarat kali ini. Perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-

final • 4:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

fasal di bawah rang undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru dengan izin blue bill. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan penguat kuasa Akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan tajuk panjang Akta 676, supaya selaras dengan perluasan skop Akta 676 dengan memperuntukkan mengenai kedua-dua aspek tatacara dan substantif bagi keterangan saksi kanak-kanak.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 676 dalam takrif “Saksi Kanak- kanak” untuk memperbetulkan takrif itu dengan memotong rujukan mengenai “seorang tertuduh”.

Fasal 4, bertujuan untuk memasukkan ke dalam Akta 676 bahagian baru IA dan IB. Bahagian IA, mengandungi seksyen 2A, 2B, 2C, dan 2D yang berhubungan dengan kekompeten saksi kanak-kanak, keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.

Enquiry mengenai kekompeten saksi kanak-kanak, dan keupayaan saksi kanak- kanak untuk memahami sifat sumpah dan keterangan saksi kanak-kanak tanpa sokongan yang diberikan dengan sumpah atas selainnya masing-masing.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kehendak mandatori bagi sokongan keterangan saksi kanak-kanak telah pun ditiadakan bagi maksud pensabitan tertuduh bagi kesalahan bagi Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Dan mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual kepada akta itu serta pensabitan tertuduh bagi kesalahan keselamatan sebagai mana yang dinyatakan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012.

Prinsip keterangan sokongan dan penggunaan amaran tentang keterangan kanak-kanak adalah berdasarkan andaian undang-undang lapuk bahawa ada kanak- kanak terdedah kepada fantasi dan tidak boleh dipercayai.

Andaian lapuk ini adalah berdasarkan common law wisdom dan bukannya sains atau bukti. Kini tanggapan bahawa kanak-kanak lebih cenderung untuk berbohong, mudah dimanipulasi atau mengelirukan fakta dengan fantasi yang ditolak oleh penyelidikan dengan pembuktian dan sains.

Sebagai tindak balas kepada bukti ini, prinsip undang-undang keterangan sokongan mandatori dan keperluan untuk diberi amaran tidak lagi wujud di negara-negara lain dengan izin, the command law countries seperti United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand bermulanya pada tahun 1980-an.

Bahagian IB pula mengandungi seksyen baharu 2E, bertujuan untuk memberikan panduan kepada mahkamah, dalam memulakan pengurusan kes di bawah seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah untuk memberikan arahan berkenaan dengan cara saksi kanak- kanak memberikan keterangan dan bagaimana pemeriksaan saksi kanak-kanak akan dijalankan.

Pemberian arahan itu adalah mandatori apabila pengurusan kes itu adalah berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 atau kesalahan dinyatakan dalam Jadual kepada akta itu jika mangsa ialah kanak- kanak.

Seksyen ini selanjutnya memperuntukkan bahawa dalam memberikan arahan itu, mahkamah boleh mengambil kira antara lain umur saksi kanak-kanak itu dan keperluan khas saksi kanak-kanak itu.

Menjadikan matlamat peruntukan ini untuk memastikan pertimbangan awal dibuat mengenai langkah di bawah Akta 676 yang akan digunakan untuk membantu saksi kanak- kanak untuk memberikan keterangan supaya perkiraan yang sesuai boleh dibuat bagi memastikan perbicaraan berjalan dengan lancar.

final • 4:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sebagai tambahan pemberian arahan semasa pengurusan kes akan memberikan masa yang mencukupi kepada pihak-pihak untuk membuat persediaan sewajarnya dan mengurangkan bantahan dan gangguan semasa pemberian keterangan oleh saksi kanak- kanak yang akan mengganggu perasaan saksi kanak-kanak dan memanjangkan proses pemeriksaan.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 676 untuk memasukkan subseksyen (2A) yang membenarkan rakaman video keterangan saksi kanak-kanak diterima sebagai keterangan tanpa disertakan dengan transkrip bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu dan terjemahan bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu dengan syarat mahkamah berpuas hati bahawa penyediaan transkrip bahasa asal itu tidak boleh dilaksanakan.

Adalah diharapkan bahawa, melalui cadangan pindaan ini ibu bapa akan lebih yakin untuk melaporkan kesalahan dan lebih selesa untuk memberi kerjasama dalam prosiding jenayah jika mereka yakin kepentingan kanak-kanak yang terlibat akan dijaga.

Kanak-kanak juga boleh mendapat keadilan tanpa melalui trauma tambahan atau dengan izin secondary victimization dan mereka boleh memberi keterangan dengan lebih baik dan akan mendorong kepada perbicaraan yang lebih adil memandangkan keterangan oleh kanak-kanak akan diberi layanan yang sama seperti saksi-saksi lain.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebaik mana pun hasrat di sebalik pindaan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat pada setiap peringkat pelaksanaan undang-undang, baik Pegawai Polis, Peguam mahupun mahkamah supaya hasrat sebenar di sebalik undang-undang ini difahami sejelas, lantas dapat dikuatkuasakan sebaik yang mungkin. Dengan izin, it is not the enactment of the pieces of legislature per se but the implementation of the law that ultimately matters. Maka keberkesanan undang-undang bergantung kepada cara ianya dikuatkuasakan dan dilaksanakan bagi rakyat. Dalam hal ini terdapat keperluan bagi latihan yang sesuai dilaksanakan secara berterusan dan berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua pihak yang terlibat mengenai aspek undang-undang baru ini. Sememangnya cadangan pindaan ini menggambarkan iltizam politik, a political will dengan izin, Kerajaan Madani ke arah terus mereformasikan undang-undang negara kita selaras dengan arus perkembangan masa dan standard antarabangsa.

Dengan itu Pengerang menyokong. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Ada sesiapa menyokong?

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Saya mohon menyokong.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis adalah rang undang-undang bernama sesuatu akta untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Mengikut senarai ada di tangan saya seramai 15 orang Yang Berhormat akan berbahas. Bermula dengan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Rantau Panjang dan yang terakhir Yang Berhormat Kapar.

Dengan itu saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera untuk memulakan perbahasan.

final • 4:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker kerana memberi ruang dan juga peluang pada Bukit Bendera untuk membahas. Hari ini Bukit Bendera berdiri untuk menyokong pindaan rang undang-undang ini untuk memastikan perlindungan yang lebih baik bagi saksi kanak-kanak. Ini bukan sekadar formality undang-undang, tetapi langkah yang penting ke arah melindungi hak warga kita yang paling muda dan paling terdedah.

Kanak-kanak yang menyaksikan ataupun menjadi mangsa jenayah sering menghadapi tekanan psikologi yang teruk dan juga trauma ketakutan yang boleh kekal selama-lamanya. Tanpa perlindungan yang mencukupi, keupayaan mereka untuk memberi keterangan secara jujur dan tepat kadang-kadang terjejas, jadi pindaan ini adalah untuk memastikan kanak-kanak diberi persekitaran yang selamat supaya mereka rasa selamat untuk berkongsi pengalaman mereka tanpa dikacau ganggu.

Ini termasuk juga langkah-langkah seperti membenarkan keterangan diberi melalui pautan video dan juga menyediakan kehadiran orang sokongan dan juga memastikan kerahsiaan. Perlindungan sebegini bukan sahaja dapat membantu dan mengumpulkan keterangan yang boleh dipercayai, tetapi juga melindungi kanak-kanak daripada trauma selanjutnya, tetapi di sini, Bukit Bendera ingin tahu, bagaimanakah pelaksanaan langkah-langkah seperti keterangan melalui video dan juga kehadiran orang sokongan dapat meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan keterangan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak?

final • 4:18 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Dato’ Timbalan Speaker, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan suara kanak-kanak didengar dan juga diwakili. Kanak-kanak, kerana usia mereka sering tercicir dalam sistem undang-undang. Jadi, dengan melaksanakan pindaan yang mengutamakan perlindungan dan juga keselamatan mereka, kita memberi sebuah platform kepada kanak-kanak untuk bersuara dan yang penting, untuk didengari.

Melindungi saksi kanak-kanak ini bukan sahaja mengenai kes-kes individu. Ia adalah mengenai mengekalkan integriti keseluruhan sistem keadilan kita. Kanak-kanak yang menyaksikan jenayah sering memegang maklumat yang penting, yang juga membolehkan, membawa kepada penyelesaian kes-kes yang serius.

Jadi di sini, kegagalan kita akan menjahanamkan masa depan anak-anak kita yang tak berdosa. Jadi, melindungi mereka ini juga memerlukan garis panduan dan juga perundangan yang mantap dan komprehensif supaya boleh membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Sistem keadilan yang melindungi saksi paling terdedah menunjukkan komitmen kepada keadilan dan kemanusiaan. Ini meningkatkan kepercayaan awam dan juga memastikan bahawa keadilan dilaksanakan dengan cara yang penuh empati dan berkesan. Kesan psikologi menyaksikan jenayah boleh menjadi mendalam dan juga berpanjangan, terutamanya bagi kanak-kanak. Tanpa sokongan dan perlindungan yang sewajarnya, saksi muda ini mungkin mengalami kebimbangan, kemurungan dan juga gangguan tekanan pasca trauma, ataupun PTSD.

Jadi, Bukit Bendera ingin tahu, apa kesan psikologi jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh saksi kanak-kanak, jika mereka tidak diberikan perlindungan dan sokongan yang mencukupi?

Dato’ Timbalan Speaker, meminda rang undang-undang ini, memasukkan peruntukan bagi kaunseling psikologi dan juga sokongan untuk saksi kanak-kanak boleh membantu mengurangkan kesan-kesan buruk. Jadi, pendekatan holistik ini juga dapat menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang mereka dan juga membolehkan mereka membesar menjadi dewasa yang sihat dan yakin.

final • 4:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Maka, Bukit Bendera ingin juga tahu, bagaimanakah pindaan ini sejajar dengan standard antarabangsa dan amalan yang terbaik untuk perlindungan saksi kanak-kanak dalam sistem undang-undang kita?

Jadi, sebagai kesimpulan, meminda rang undang-undang untuk memastikan perlindungan yang lebih baik bagi saksi kanak-kanak adalah keperluan praktikal dan juga keperluan moral. Dengan izin, the onus is on each and everyone of us here today. To see justice served and children’s rights as regarded as important as adults. Jadi, marilah kita bersama-sama memastikan bahawa setiap saksi kanak-kanak, setiap kanak-kanak ini didengari, dilindungi dan juga diberi peluang untuk menyumbang kepada keadilan tanpa ketakutan. Jadi, di sini Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera.

Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 4:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita amat berdukacita dengan kes yang baharu berlaku semalam iaitu seorang adik yang bernama adik Muhammad Akil Syauqi yang telah meninggal dunia akibat keracunan makanan yang digantung oleh tuan tanah untuk mengelakkan ataupun untuk menghalau binatang liar daripada kebunnya.

Dalam hal ini, kita melihat bagaimana kanak-kanak ini belum dapat, belum sempat ditemu bual atau memberikan kesaksian dalam kes yang membabitkan jenayah yang tak sengaja yang telah dilakukan kepada beliau. Saya merujuk kepada seksyen 2A, di mana disebut, semua saksi kanak-kanak adalah dianggap kompeten, yang sepatutnya dia terus dimasukkan dengan perkataan ‘melainkan didapati tidak memenuhi syarat kompetensi itu’, di mana kita lihat dalam seksyen 2C(1) yang menyebut bahawa tentang kalau kanak- kanak ini nak tahu sama ada kompeten atau tidak, perlu ada inquiry. Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apa beza di antara guideline, inquiry dan juga test bagi menentukan kompetensi kanak-kanak dan bila disebut kanak-kanak 12 tahun ke atas, mereka boleh memberikan kenyataan bersumpah. Kanak- kanak 12 tahun ke bawah tidak boleh memberikan kenyataan bersumpah.

Jadi, apakah had umur paling awal seorang kanak-kanak itu dianggap kompeten kerana kepetahan kanak-kanak ataupun kefahaman kanak-kanak itu berbeza di antara satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain? Bagaimanakah pula dengan kanak- kanak yang boleh menerangkan dalam hal separuh-separuh? Separuhnya dengan keterangan, separuh lagi dengan perbuatan kerana ini juga merupakan sebahagian daripada nature kanak-kanak.

Dimaksudkan dalam hal ini bahawa penggunaan akta ini adalah untuk prosiding.

Bagaimana pula dengan soal siasat kerana kita percaya bahawa mana-mana kes yang dibawa ke mahkamah, kebiasaannya memakan masa yang lama. Proses aduan, siasat dan bicara akan ambil masa bertahun-tahun. Jadi, adakah semua proses ini akan mengalami ataupun mengikuti sebagaimana yang disebutkan dalam Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak ini?

Seksyen 2B menyatakan bahawa kanak-kanak yang telah berikan kenyataan bersumpah merupakan satu kenyataan yang diterima secara sebaik-baiknya. Jadi, saya nak tanya apakah perbezaan antara kenyataan orang dewasa dan kenyataan kanak- kanak umur 12 tahun bersumpah, dengan adanya pindaan pada hari ini?

Saya juga ingin bertanya dalam keadaan ini, seksyen 2C(3) yang mengatakan bahawa setiap prosiding ini mesti dihadiri oleh pihak-pihak kepada prosiding. Adakah ini bermaksud sekiranya kenyataan itu dirakam tanpa kehadiran pihak-pihak, adakah

final • 4:23 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

keterangan itu akan sendirinya tertolak dan berapakah pegawai dan Hakim yang telah dilantik dan telah dilatih oleh kerajaan untuk mengendalikan kes kanak-kanak di seluruh negara? Adakah kanak-kanak juga berhak untuk membuat kenyataan bertulis sebagaimana dalam afidavit, dengan adanya akta ini?

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah NGO dan CSO kanak-kanak di seluruh negara? Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, untuk memastikan bahawa 222 Kawasan Parlimen negara kita mempunyai suatu NGO kanak- kanak untuk membantu kerajaan bagi menerangkan tentang implikasi rang undang- undang ini dan juga undang-undang yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya mewujudkan suasana yang lebih child-friendly. Kita lihat bagaimana hari ini di negara-negara asing. Di Australia contohnya, kanak-kanak boleh masuk ke Parlimen untuk melihat persidangan dalam Parlimen tetapi negara kita tak boleh. Jadi, sepatutnya dalam kita mengusahakan memberikan kompetensi kepada kanak-kanak, dibuka lebih luas untuk kanak-kanak ini menyuarakan pandangan mereka dan juga, saya ingin mencadangkan supaya mahkamah kanak-kanak ini diluaskan dan dikembangkan fungsinya dan mencadangkan sekiranya dalam tempat- tempat yang tak mungkin dapat dibuat, mempunyai suatu mahkamah yang boleh bergerak- mobil mahkamah untuk membantu, mahkamah kanak-kanak yang boleh membantu prosiding untuk melibatkan kanak-kanak.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bila kita melihat kes kanak- kanak ini dikendalikan oleh D11. Kakitangan di D11 di negeri ini tak cukup. IO di daerah- daerah ataupun jajahan-jajahan perlu ditambah supaya mempunyai IO yang mahir dengan kanak-kanak dan juga menjadi pembantu khas kepada D11.

Adakah RUU ini juga terpakai untuk kes sivil dan apa-apa dan juga tribunal- tribunal yang membabitkan kanak-kanak dan saya juga ingin mencadangkan bahawa agar induksi untuk RUU ini diberikan kepada guru-guru dan pengasuh-pengasuh, termasuklah di taska.

Dalam kefahaman saya, DPP perlu memohon kepada pihak mahkamah untuk memohon rawatan pemulihan kepada kanak-kanak yang menjadi saksi dalam kes-kes jenayah. Saya cadangkan agar ini dijadikan SOP di mana tidak perlu kepada permohonan DPP tetapi mahkamah dengan sendirinya bila ada saksi kanak-kanak, terus mengingatkan tentang impact emotional dan psychological kepada mereka dan ia harus diberikan secara rawatan secara terus.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Bagi kanak-kanak yang menghadapi kes berkaitan dengan keluarga terdekat mereka ataupun yang mereka kenal, bagaimana prospek kemungkinan dan kebajikan kanak-kanak ini setelah mereka kembali semula kepada keluarga mereka, dan adakah proses exam-in-chief, cross-exam dan re- exam kepada kanak-kanak dijalankan seperti orang dewasa dan juga bagaimana dalam kes kanak-kanak yang terlibat dalam kes secara berkelompok? Adakah mereka akan diasingkan daripada segi keterangan ataupun mereka akan dijemput bersekali?

Sekiranya kita dapati dalam kes ini, kita nak juga tahu. Sejak undang-undang ini diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini, berapakah kes membabitkan saksi kanak-kanak dalam kes sivil dan juga kes jenayah, dan berapakah- kita nak tahu juga, kanak-kanak yang terbabit sebagai pemangsa atau menjadi suspek?

Yang terakhir, sekiranya kanak-kanak ini terlibat dalam kes-kes yang berulang, apa jaminan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan kerana mereka mungkin akan mengalami beberapa kali sebelum mereka ini mencapai umur dewasa, dan kerana kita mahu, kita melihat dan kita percaya bahawa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan ini untuk memastikan bahawa kanak-kanak akan terbela dan terlindung kerana insya-Allah, mereka akan menjadi penentu dan juga pemimpin pada masa hadapan. Terima kasih.

final • 4:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya masuk Peraturan Mesyuarat 13(1), kita tak cukup kuorumlah.

final • 4:30 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Allah.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Mencelah]

final • 4:30 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tak payahlah kira Yang Berhormat Pendang.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan kita kena ikutlah. Kita tak nak bulldoze tu. Bila saya kata tak cukup, biarlah keputusan Speaker, yang Seputeh dengan ni, jangan kalut.

final • 4:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dato’ Speaker... [Pembesar suara dimatikan]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat duduk. Bila peraturan telah dibangkitkan, tangan saya terikat.

Saya kena ikut apa yang ditafsirkan di dalam ini. Bentara dan juga Setiausaha- bilang, cukup bilang sama ada 26 Ahli berada di dalam Dewan.

[Ahli-ahli dikira]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, berapa?

Baik saya mendapat pengesahan daripada Setiausaha Majlis, jumlah hanya 22 orang.

Maka dengan itu, loceng akan dibunyikan selama 2 minit.

final • 4:30 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Speaker, berapa pembangkang?

berapa kerajaan?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Loceng.

[Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira – Lebih 26 Ahli hadir]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Majlis kuorum melebihi 26 orang. Maka saya persilakan Yang Berhormat Jelutong untuk meneruskan perbahasan...

[Tepuk]

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, terima kasih atas ruling yang dibuat, tapi pada masa yang sama, sebelum saya mula berbahas, minta masa diberhentikan. Saya ingin membangkitkan satu peraturan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, sebentar.

Masa Yang Berhormat Jelutong bagi penuh.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, 36(6) terhadap Yang Berhormat Pendang. Waktu kita berbahas sidang pada pagi tadi beliau telah membangkitkan satu isu peraturan berkenaan dengan Yang Berhormat Hulu Langat. Ini 36(6) membuat sangkaan jahat.

Di mana saya difahamkan Hulu Langat sekarang sedang menjalankan ibadat haji di Mekah. Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan peraturan Dewan mengatakan bahawa Hulu Langat tidak hadir. Saya kurang berpuas hati kerana Pendang datang daripada parti PAS. Yang Berhormat Hulu Langat menjalankan ibadat haji di Mekah,

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

membuat kenyataan-kenyataan ketika rakan saya berada di Mekah menjalankan ibadat haji adalah sesuatu yang memberikan imej buruk tentang parti beliau sendiri.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau PAS merupakan pembela agama Islam, PAS adalah parti Islam. Kenapakah membuat tuduhan kenyataan begitu terhadap Hulu Langat?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ya, Jelutong...

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mohon ruling dan teguran dibuat kepada beliau. Terima kasih, Timbalan Speaker.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kalau benda itu berlaku di depan mata saya, saya boleh membuat keputusan.

Baik, Yang Berhormat telah membangkitkan Peraturan 36 berdasarkan benda yang telah lepas. Dengan itu saya tidak ada opsyen selain Yang Berhormat usulkan perkara itu.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pembodek.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, berikutnya. Silakan teruskan Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak membodek, Yang Berhormat Pendang. Saya kurang berpuas hatilah.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, balik kepada tugas kita. Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya mohon waktu dikembalikan ke-5 minit sebelum saya mulakan ucapan.

Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Setiausaha balik 5 minit.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya terpanggil untuk pada asalnya saya mempunyai pendirian sendiri kerana saya merupakan seorang peguam berkenan rang undang-undang yang dibentangkan, tetapi apabila saya mendengar ucapan di mana undang-undang ini digubal dengan tujuan yang baik, ikhlas, iaitu untuk kita bersama-sama memberi layanan sama rata untuk menambah baik penyertaan dan perlindungan saksi kanak-kanak dalam proses kehakiman seperti yang telah diberi penerangan tadi.

Dalam hal ini, undang-undang yang bakal diluluskan oleh Dewan yang mulia ini akan memberi budi bicara kepada mahkamah untuk menilai kebolehpercayaan saksi kanak-kanak dan menentukan keberatan keterangan yang diberikan oleh saksi kanak- kanak berasaskan kes demi kes.

Saya ingin menyentuh satu kejadian yang sedang dibincangkan di dalam media sosial dan surat khabar baru-baru ini. Saya membayangkan kejadian yang menimpa seorang gadis India bernama Esha atau Rajeswary Appahu yang berusia 30 tahun yang menjadi mangsa siber buli yang telah meninggal dunia, yang telah membunuh diri. Yang Berhormat Menteri Penerangan juga ada di sini. Terima kasih atas lawatan yang telah dibuat ke atas keluarga dan simpati yang telah ditunjukkan.

final • 4:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Satu lagi kejadian yang berlaku adalah ke atas Shashikala Nadarajah berusia 44 tahun. Ibu kepada tiga orang anak yang juga membunuh diri di Subang Jaya, Selangor pada tahun 2022, juga seorang mangsa siber buli.

Bayangkan kalau benda ini berlaku kepada seorang kanak-kanak? Itu menjadi sebabnya kenapa saya bangun untuk menyokong undang-undang ini yang telah digubal, di mana undang-undang ini kalau digubal dan telah diputuskan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini akan menambah baik penyertaan dan perlindungan saksi kanak-kanak, bukan sahaja kepada jenayah-jenayah am tetapi kepada kejadian siber buli sekiranya berlaku ke atas mereka.

Saya kembali kepada isu yang melibatkan Rajeswary Appahu atau Esha yang meninggal dunia membunuh diri pada 7 Julai tahun ini akibat menjadi mangsa siber buli.

Saya menggunakan kesempatan ini Timbalan Speaker untuk berterima kasih kepada pihak PDRM yang telah mengambil tindakan pantas menangkap dua orang suspek yang terlibat. Saya difahamkan suspek-suspek ini yang mempunyai nama akaun Shalini Periasamy dan seorang lagi Dulal Brothers telah pun ditangkap, direman dan sedang disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia Cawangan Pejabat IPD Sentul.

Pada masa yang sama, saya juga ingin tanya kepada Menteri, sama ada di dalam menggubal undang-undang ini kita juga akan memberi perhatian kepada cara bagaimana kes-kes ini boleh dikendalikan dengan pantas, dengan cepat. Sama ada kita perlu mewujudkan mahkamah-mahkamah khas untuk kita memastikan bahawa perbicaraan yang melibatkan kanak-kanak ini dipercepatkan.

Di mana, walaupun kita tahu buat masa sekarang mahkamah-mahkamah kanak- kanak hanya terdapatnya di Putrajaya sahaja.

final • 4:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sarankan supaya di semua negeri di Malaysia, umpamanya di Pulau Pinang, kerajaan menubuhkan mahkamah-mahkamah khas seperti mahkamah rasuah. Di mana buat masa sekarang di sistem perundangan jenayah, terdapat mahkamah-mahkamah khas yang mendengar kes-kes rasuah sahaja.

Jadi dalam konteks yang sama, saya ingin tanya, adakah kerajaan mempunyai iltizam dan juga berhasrat untuk mewujudkan mahkamah khas kanak-kanak di setiap negeri di Malaysia untuk memastikan bahawa kes-kes yang melibatkan kes-kes seperti jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, cyberbully terhadap kanak-kanak ini didengar dengan pantas? Ini supaya mereka tidak perlu- Timbalan Speaker pernah menjadi seorang Pendakwa- Prosecutor yang hebat di mahkamah. Saya difahamkan.

Bayangkan kalau seorang kanak-kanak itu menjadi mangsa sebuah kes seksual, mangsa sebuah kes penderaan, mangsa sebuah kes buli. Bolehkah kita mewujudkan mahkamah yang khas untuk kanak-kanak di setiap negeri untuk memastikan kes yang melibatkan kanak-kanak itu didengar dengan cepat, di samping menggubal dan meluluskan undang-undang yang sedang kita bahaskan pada hari ini?

Saya mohon menyokong Timbalan Speaker. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Besut.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya terus kepada persoalan saya berkenaan dengan had umur saksi yang akan memberi keterangan, umur saksi kanak-kanak. Ini kerana dalam bawah Akta Kanak- kanak, umur dia 18 tahun. Tetapi dalam akta kita sekarang umur dia adalah 16 tahun. Jadi persoalan saya, sama ada kanak-kanak yang berumur 17 dan 18 tahun itu terkecuali

final • 4:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

daripada menerima keistimewaan yang ada dalam di bawah akta ini? Menggunakan pengadang ke dan sebagainya.

Seterusnya, saya terus kepada fasal 4 seksyen baru 2A. Kita sedia maklum bahawa ini berkenaan dengan kompeten ataupun tidak seorang saksi. Jadi, kita sedia maklum bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang sentiasa dianggap sukar untuk dipercayai kerana umur yang belum mencapai matang iaitu sekitar 12 tahun hingga 18 tahun. Jadi, apabila berada dalam sebuah prosiding mahkamah, jadi golongan kanak- kanak ini biasa menjadi saksi, sering dicabar kredibilitinya untuk memberi keterangan.

Jadi, kita boleh lihatlah kebiasaan saksi melibatkan kanak-kanak ini dalam kes rogol kah, sumbang mahram kah dan sebagainya, mereka yang menjadi mangsa itu ada yang melihat kejadian di depan mata dan kejadian seperti ini juga biasanya berlaku di tempat yang tertutup. Jadi, agak sukar untuk membuktikan kes. Jadi, saya amat menyokonglah pindaan ini kerana ia memperkenalkan satu peruntukan baru dan bersifat lebih moden iaitu mengenai kompetennya seorang saksi kanak-kanak itu.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada 2D. Pindaan- ini adalah sangat perlu daripada segi corroboration. Makna kita perlu dalam pindaan tidak ada lagi keperluan untuk di-corroborate. Kita lihat bahawa negara-negara lain semua dah mansuhkan tentang keperluan untuk keterangan sokongan.

Jadi, saya suka juga menyentuh berkenaan dengan kes gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak ini yang melalui online, jenayah seksual secara talian. Jadi, saya ingin tahu lebih kurang, mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai dengan strategi atau mekanisme yang baharu bagi memastikan pindaan berkaitan akta ini, akta saksi kanak-kanak ini juga mengatasi isu masalah gangguan dan jenayah seksual yang melalui talian. Ini kerana kita lihat dalam hal ini, kebiasaannya jenayah seksual ini atas talian sukar untuk dibuktikan kerana tidak melibatkan perlakuan secara fizikal.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan yang akhirnya, berkenaan dengan pengurusan kes. Saya lihat pengurusan kes ini adalah amat baik dilakukan oleh majistret diberi kuasa yang diberi budi bicara untuk menentukan, mengadakan inquiry dan sebagainya yang menentukan cara-cara macam mana untuk menyoal saksi dan sebagainya.

Cuma, kebimbangan saya satu daripada segi keterangan saksi kanak-kanak ini terutama yang bawah 12 tahun yang dahulu dipanggil tender years, sekarang dah diubah menjadi kanak-kanak di bawah 12 tahun. Dibimbangi, akan dipengaruhi oleh mereka- mereka yang berkepentingan dalam sesuatu kes sama ada ibu bapanya ataupun saudara maranya ataupun mereka-mereka lain yang mempunyai kepentingan. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri, bagaimanakah cara kita nak mengatasi masalah tersebut terus berlaku?

Saya masih ada sedikit. Ingin saya share cara untuk kita mendengar kes melibatkan saksi kanak-kanak. Saya pernah pengalaman saya di Kota Bharu. Saksi berkenaan pada masa memberi keterangan berumur enam tahun. Jadi, saya tidak duduk di atas dengan gaunnya, dengan kotnya, dengan apa, saya turun ke bawah dan duduk bersama-sama dengan saksi kanak-kanak tersebut.

Itulah yang pentingnya dalam pindaan ini. Makna cara kita nak bertanya soalan dan pihak peguam juga nak bertanya soalan dengan cara yang dipanggil bukan memujuk.

Dalam keadaan suasana yang dia rasa selesa. Kalau kita pakai kot duduk atas, nampak dia macam takut. Peguam macam Jelutong, suara jangan kuat. Oh, dah tak ada dah...

[Ketawa] Kalau macam Jelutong, suara dia kuat dalam masa perbicaraan. Kalau dia buat macam perjalanan biasa, akan mengganggu saksi yang tersebut.

Akhirnya, kes saya tersebut, saya mendapat keterangan oleh saksi tersebut dan akhirnya saya hantar ke penjara bapa tirinya yang melakukan kesalahan selama 20 tahun.

Dua kesalahan, 40 tahun. Itu sahaja pengalaman saya.

final • 4:41 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, selepas ini maknanya saya gesa kepada majistret, jangan tunjuk bahawa kita sebagai majistret dan nak duduk dengan kotnya dan sebagainya. Kalau boleh pakai selipar, pakailah selipar. Itu yang maksud saya cara kita nak mendapatkan keterangan saksi yang baik daripada kanak-kanak. Terima kasih.

final • 4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Seputeh.

final • 4:41 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua...

[Disampuk] Terima kasih atas pujian pada pakaian saya.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) di Jabatan Perdana Menteri atas usaha beliau untuk mempermudahkan mangsa dan saksi jenayah di mahkamah dengan membentangkan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 ini.

Pindaan ini menunjukkan Kerajaan Madani adalah kerajaan penyayang yang mesra dengan kanak-kanak, yang merupakan mangsa jenayah, khususnya jenayah seksual. Saya ingin membangkitkan kes jenayah seksual yang melibatkan seorang guru besar dan empat orang kanak-kanak di sekolah rendah di Butterworth, Pulau Pinang.

Pelaku ataupun perpetrator didakwa ke mahkamah atas kesalahan mencabuli penghormatan atau molestation dan sodomi terhadap empat orang murid di sekolahnya pada Januari tahun 2019.

Di antara empat orang kanak-kanak ini, seorang budak yang merupakan mangsa sodomi tidak berminat untuk meneruskan dakwaan terhadap Guru Besar dan kesnya digugurkan.

final • 4:48 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kes dua orang budak yang merupakan mangsa molestation dipindah di Mahkamah Bukit Mertajam dan status kes mereka masih berada dalam keadaan yang tidak pasti. Hanya seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang berumur 11 tahun menjadi saksi dalam pendakwaan di bawah seksyen 14A, Sexual Offences Against Children Act iaitu serangan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak.

Kes kanak-kanak berumur 11 tahun ini boleh diteruskan kerana ibunya tegas dan mempunyai bantuan daripada NGO dan Timbalan Pendakwa Raya yang berdedikasi.

Akhirnya, selepas perbicaraan di mahkamah seksyen dan Mahkamah Tinggi, peguam pelaku berjaya menggunakan cara soal siasat yang handal dan ketat terhadap mangsa kanak-kanak ini sehingga meyakinkan hakim membuangkan kes dakwaan kes serangan seksual Guru Besar terhadap kanak-kanak ini.

Dalam tempoh perbicaraan ini, ibu bapa mangsa kanak-kanak terpaksa pindah dia ke sekolah baru kerana tindakan undang-undang ini. Dua tahun kemudian, keluarga mangsa kanak-kanak ini terpaksa berpindah dari Pulau Pinang ke Baling, Kedah untuk mengeluarkan keluarga daripada keadaan dan suasana yang negatif kerana kes ini.

Kes ini menunjukkan memang tidak mudah bagi seorang pesalah dalam kes serangan seksual terhadap kanak-kanak dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kanak-kanak dan peguam ataupun pesalah bukan berada pada tahap yang sama. Ataupun kita yang kanak-kanak dan juga pihak pelaku dan peguam belanya bukan pada level playing field yang sama.

Kanak-kanak mempunyai penguasaan bahasa yang terhad. Mereka akan rasa takut bila berhadapan dengan hakim dan peguam bela pesalah yang menanya soalan secara bertubi-tubi kepada kanak-kanak di dalam mahkamah. Penyoalan dalam mahkamah ataupun courtroom style questioning adalah amat berbeza dengan cara kanak- kanak berkomunikasi. Dalam kes yang saya bangkitkan ini, mangsa kanak-kanak ini

final • 4:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

terpaksa berhadapan dengan guru besar sekolahnya yang kelihatan orang yang berkedudukan tinggi, garang dan powerful. Dato' Yang di-Pertua, perbicaraan jenayah memang sangat menakutkan bagi kanak-kanak dan ibu bapa mereka dan perbicaraan mahkamah selalunya mengambil masa yang panjang. Mangsa dan keluarganya terpaksa berhadapan dengan pengalaman pahit mereka diulang-ulangi oleh peguam dan saksi. Itulah sebab ramai mangsa dan keluarganya enggan membuat laporan polis dalam kes serangan seksual dan berlakunya underreporting. Kebanyakan ibu bapa pilih menarik anak mereka dalam kes serangan seksual keluar daripada proses mahkamah. Di bawah UN Convention on the Rights of the Child, kerajaan diminta memainkan tanggungjawab tambahan untuk memastikan kanak-kanak dilindungi daripada semua bentuk keganasan dan mempunyai sistem keadilan yang mesra dengan kanak-kanak ataupun child-friendly justice system. Saya ingin memuji Yang Berhormat Menteri dan pegawai di Jabatan Peguam Negara membuat pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak ini dengan kadar yang agak cepat selepas mendapati kelemahan dalam undang-undang asal tersebut memandangkan kes serangan seksual selalu dibicarakan dalam mahkamah rendah yang merangkumi mahkamah seksyen. Adalah penting bagi Jabatan Kehakiman dan Jabatan Peguam Negara untuk menyediakan arahan amalan bagi hakim untuk menangani perbicaraan dan menjatuhkan kehakiman.

Kanak-kanak sering dikatakan menjadi mangsa bimbingan ataupun coaching oleh orang dewasa dan dengan itu, kredibiliti mereka dipertikaikan, tetapi kita mesti faham, apabila kanak-kanak dilantik untuk membuat kenyataan palsu, keterangan mereka selalunya tidak begitu meyakinkan dan sukar bagi mereka untuk mengekalkan cerita rekaan sepanjang masa. Jadi kita harus yakin, kanak-kanak memang dapat beri testimoni yang paling baik di mahkamah. Kita harus yakin bahawa kanak-kanak akan telus dan jujur bila mereka menceritakan pengalaman pahit yang dialami oleh mereka.

Dato' Yang di-Pertua, saya memberi sokongan penuh kepada Rang Undang- undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih yang Seputeh. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Kesaksian merupakan salah satu kaedah pembuktian yang penting dalam sistem perundangan Islam mahupun sivil. Keterangan sebagai saksi mampu memberi kesan kepada keputusan kes yang dibicarakan di dalam mahkamah. Maka amat penting untuk memastikan kebenaran sesuatu kesaksian sebelum ia diterima. Hal ini penting demi memastikan kemenangan berpihak kepada pihak yang benar.

Pindaan RUU ini memfokuskan kepada kesaksian kanak-kanak kerana kesaksian mereka menjadi isu dan sering kali dipertikaikan oleh mahkamah. Jerlun ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sejauh manakah kebolehterimaan kesaksian kanak-kanak dalam perbicaraan di mahkamah. Saya mendapati kesaksian kanak-kanak mudah sangat ditolak oleh mahkamah kerana tidak disokong oleh keterangan lain dan dikhuatiri kanak-kanak tersebut terkeliru antara realiti dan fantasi.

Namun begitu, terdapat sesetengah kes mahkamah boleh menerima kesaksian kanak-kanak dengan mengambil kira terhadap tahap kecerdasan akal dan kematangan kanak-kanak tersebut setelah memastikan mereka benar-benar memahami perkara yang telah berlaku semasa memberikan keterangan.

final • 4:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dalam Islam, keterangan kesaksian disebut sebagai syahadah, memberikan kesaksian adalah suatu kewajipan. Ia terkandung dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 282 yang berbunyi...

[Membaca sepotong ayat al-Qu'ran] “Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil sebagai saksi”. Menurut fasal 4 seksyen 2A, kekompetenan saksi kanak-kanak yang menyebut semua saksi kanak-kanak hendaklah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding. Apakah maksud kompeten? Menurut kamus dewan kompeten bermaksud cekap, layak, dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Saya ingin menyentuh kekompetenan saksi termasuk kanak-kanak menurut perspektif Islam. Menurut Imam Nawawi, syarat-syarat seorang saksi mestilah beragama Islam, merdeka, mukallaf, adil, menjaga maruah dan tiada tohmahan. Menurut Imam Syafie pula, menerima kesaksian kanak-kanak apabila kanak-kanak itu telah pun baligh semasa kesaksian itu diberikan.

Kesaksian kanak-kanak di mahkamah syariah, saya merujuk seksyen 83(4) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang menyebut, “*Seseorang yang belum baligh atau tidak sempurna akal adalah berkompeten untuk memberi keterangan berbentuk baiyyinah, bukan berbentuk syahadah. Hal ini kerana baiyyinah lebih bersifat umum dan syahadah termasuk di bawah kategori baiyyinah.

Apabila syarat seorang saksi tidak dipenuhi, maka keterangannya boleh diambil sebagai baiyyinah. Keterangan seperti ini tidak wajar ditolak dan harus diterima pakai oleh mahkamah walaupun saksi itu terdiri daripada kanak-kanak”.* Kesaksian kanak-kanak di mahkamah sivil. Terdapat dua statut utama yang menyediakan peruntukan khusus kepada golongan kanak-kanak iaitu seksyen 118 dan seksyen 133A, Akta Keterangan 1950 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.

Seksyen 118 Akta Keterangan 1950 menyatakan, “Kanak-kanak boleh memberi keterangan di mahkamah dengan syarat dia mestilah memahami soalan dan boleh memberikan jawapan yang rasional”.

Seksyen 133A pula memperuntukkan mengenai saksi kanak-kanak yang memberi keterangan tanpa bersumpah.

final • 4:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Apabila seorang kanak-kanak yang masih muda dipanggil sebagai saksi di mahkamah dan pada pendapat mahkamah dia tidak faham apa sebenarnya maksud sumpah, keterangannya masih boleh diterima walaupun diberi dengan cara tidak mengangkat sumpah, dengan syarat sekiranya keterangan tersebut diberi bagi pihak pendakwaan. Tertuduh tidak boleh disabitkan atas kesalahan melainkan jika keterangan itu disokong dengan keterangan-keterangan material yang lain.

Merujuk fasal 4 seksyen 2B(1), seseorang saksi kanak-kanak hendaklah memberi keterangan dengan sumpah dalam suatu prosiding jika dia telah mencapai umur 12 tahun dan seterusnya. Baik, disebut perkataan “keterangan bersumpah” yang menyebut tentang persoalan sumpah kepada seseorang yang tertuduh.

Jika seseorang tertuduh itu dewasa, tidak ada saksi dewasa, yang ada hanya saksi kanak-kanak bagi pihaknya, adakah tertuduh dewasa itu boleh disabitkan bersalah hanya berdasarkan keterangan saksi kanak-kanak sahaja tanpa keterangan saksi dewasa? Bagaimana pula jaminan perlindungan dan keselamatan diri kanak-kanak apabila mereka menjadi saksi dalam kes mahkamah, lebih-lebih lagi jika tertuduh itu disabitkan bersalah?

Merujuk fasal 4 seksyen 2C, memasukkan inkuiri mengenai kekompetenan saksi- saksi kanak-kanak dijalankan oleh mahkamah terlebih dahulu sebelum kanak-kanak dibenarkan memberikan kesaksian. Persoalan saya, bagaimanakah kaedah inkuiri dijalankan oleh mahkamah? Yang kedua, jika seseorang kanak-kanak itu diwakili peguam, adakah peguam dibenarkan masuk dalam proses inkuiri...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 5:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Atau hanya melibatkan kanak-kanak itu sahaja? Yang ketiga, adakah kekompetenan saksi kanak-kanak boleh dipersoalkan semula sewaktu prosiding kes sedang berjalan apabila mahkamah menyedari ada keperluan berbuat demikian setelah mahkamah mendapati kesaksian yang diberikan itu melencong daripada fakta kes?

Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 5:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Saya melihat pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 ini bagus, bersifat progresif, maju ke hadapan. Tetapi, sebelum menyokong RUU ini, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri beberapa persoalan.

Yang pertama, adakah rang undang-undang pindaan ini telah dibincangkan dengan Majlis Peguam yang mewakili Badan Peguam-peguam Malaysia yang beribu-ribu orang itu? Adakah telah ada libat urus dengan mereka? Kalau sudah ada, apakah pendirian Majlis Peguam tersebut?

Yang kedua, soalan saya, ialah adakah pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak ini terpakai hanya untuk mahkamah jenayah sivil sahaja? Bagaimanakah dengan mahkamah sivil yang bukan jenayah? Sivil biasa itu.

Yang ketiga, kerana di negara kita ada dua sistem perundangan- Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah- saya ingin bertanya, sebagai perbandingan, bagaimana dengan pendirian negara-negara jiran kita Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina berhubung dengan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak mereka?

Yang kedua, adakah pihak kementerian, Bahagian Undang-undang ini, telah mengkaji tentang Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak ini yang kita hendak pinda ini di negara-negara Islam seperti Mesir, Arab Saudi, Qatar dan sebagainya? Bagaimana undang-undang mereka dalam soal kesaksian ini?

Soalan yang berikutnya, yang keempat, iaitu soal sokongan, corroboration.

Adakah penghapusan perlunya corroboration atau sokongan ini akan tidak terpakai lagi bukan hanya kes-kes seksual tetapi semua kes? Maknanya, keterangan kanak-kanak itu tidak perlu ada corroboration atau sokongan.

Yang terakhirnya, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh maklumkan, berkongsi...

final • 5:02 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

final • 5:02 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, Bangi.

final • 5:02 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Pasir Gudang, sedikit celahan ya. Yang Berhormat tadi ada sebut tentang sama ada terdapatnya sesi libat urus dengan Majlis Peguam. Saya melihat dan di sini saya hendak zahirkan kekecewaan saya jugalah kerana saya lihat bahawa Majlis Peguam ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang rang undang-undang ini, sama ada mereka menyokong ataupun tidak.

Saya ingat lagi dahulu semasa saya dalam Majlis Peguam, bila ada rang undang- undang yang penting, kita akan keluarkan kenyataan, memberi poin-poin dan sebagainya,

final • 5:02 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

atau tidak pun, memorandum. Jadi, saya lihat tidak ada tentang isu ini walaupun dah beberapa hari rang undang-undang ini dibentangkan.

Jadi, saya berharap bahawa dapat penjelasan sikit daripada Menteri, adakah ini disebabkan bahawa tidak ada sesi libat urus ataupun sememangnya Majlis Peguam ini seperti tidak berminat dengan rang undang-undang ini? Terima kasih.

final • 5:02 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi atas pencerahan yang telah dikemukakan tadi.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana sistem perbicaraan di negara kita, dengan izin, adversarial, berlawan- macam kita dekat Parlimen ini, ada kerajaan, ada pembangkang. Jadi, dekat mahkamah pun begitu. Bertentangan dua pihak. Jadi, dengan adanya pindaan ini, apa faedah yang proses kehakiman, perbicaraan dapat dari sudut mendapatkan the best evidence dalam perbicaraan yang melibatkan saksi kanak-kanak?

Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang.

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 5:02 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kuala Kedah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang pada Kuala Kedah untuk membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak- kanak (Pindaan) 2024.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Kedah ingin memfokuskan empat perkara utama dalam perbahasan rang undang-undang ini. Yang pertama, Kuala Kedah merujuk kepada seksyen 2A(1) pada Bahagian IA. Dalam hal ini, Kuala Kedah memahami bahawa seorang saksi kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan dengan sumpah dalam satu prosiding apabila dia telah mencapai umur 12 tahun dan mempunyai pemahaman yang mencukupi.

Peruntukan ini selaras dengan tafsiran saksi kanak-kanak pada seksyen 2 yang membawa tafsiran bagi seseorang yang di bawah umur 16 tahun yang dipanggil atau dicadangkan untuk dipanggil untuk memberi keterangan.

Persoalannya ialah siapakah yang kompeten untuk menentukan dan mengesahkan had umur saksi kanak-kanak sama ada 12 atau 16 tahun atau lain-lain had umur sebagai kayu ukur had kompetensi kanak-kanak itu memberikan keterangan sebagai saksi di mahkamah? Dan apakah indikator yang ditetapkan dalam penentuan ini?

Rasional Kuala Kedah mengetengahkan persoalan ini kerana Kuala Kedah merasakan bahawa had umur kematangan kanak-kanak memberikan kesaksian ini amat terkait dengan kesan psikologi. Sekiranya senario ini diambil ringan, ia dibimbangi akan mengganggu dan mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak berkenaan, seterusnya memberi kesan kepada kesaksian kanak-kanak ini pada masa panjang.

final • 5:08 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Datuk Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah seksyen 2B(2). Kuala Kedah mendapati seksyen ini menyatakan bahawa, “Bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun, mahkamah hendaklah memaklumkan kepada saksi kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai kewajipan bercakap benar dan berjanji bercakap benar”.

Kuala Kedah ingin mengetahui, apakah mekanisme atau piawai yang diguna pakai bagi memastikan saksi kanak-kanak ini bercakap benar? Ini kerana Kuala Kedah cenderung mengatakan bahawa saksi kanak-kanak tersebut tidak dapat memberikan

final • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

keterangan seperti yang dikehendaki oleh mahkamah kerana diselubungi dengan perasaan takut atau waswas sewaktu sesi pemeriksaan atau pemeriksaan balas saksi kanak-kanak.

Datuk Timbalan Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah Kuala Kedah merujuk kepada seksyen 2B(4). Seksyen ini menyatakan bahawa, “Keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan tanpa sumpah, jika diterima oleh mahkamah, hendaklah dilayan dengan cara yang sama seolah-olah keterangan itu diberikan dengan bersumpah.” Soalannya, apakah akan terdapat percanggahan atau ketidaksempurnaan keterangan yang dikehendaki demi menegakkan keadilan antara kesaksian bersumpah dan tidak bersumpah?

Kuala Kedah menekankan hal ini kerana Kuala Kedah berpandangan kompetensi saksi kanak-kanak lebih diakui berbanding dengan kesaksian tidak bersumpah. Selain itu, Kuala Kedah ingin mengetahui, sejauh mana pindaan ini dapat memberikan keadilan kepada kanak-kanak, terutamanya dalam prosiding melibatkan kes jenayah melibatkan saksi kanak-kanak OKU?

Datuk Timbalan Yang di-Pertua, yang terakhir. Kuala Kedah merujuk kepada seksyen 5 yang terkait dengan seksyen 6 Akta Ibu. Dalam seksyen ini, Kuala Kedah ingin membangkitkan persoalan, sejauh manakah kebolehterimaan kesaksian kanak-kanak yang mempunyai masalah kekurangan keupayaan pendengaran?

Apakah mekanisme rakaman ini juga terpakai ke atas kanak-kanak yang dikategorikan OKU pendengaran yang tentunya perlu bantuan penterjemah?

Bagaimanakah pula pihak mahkamah memastikan bahawa ketiadaan transkrip bagi sesuatu kes itu dapat membantu mahkamah untuk menentukan keterangan kanak-kanak itu terpakai? Demikian perbahasan Kuala Kedah. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.

final • 5:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya membahas pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak 2007. Pertama sekali, saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada pihak kerajaan yang berhasrat untuk mempertahankan golongan kanak-kanak menjadi mangsa proses keadilan jenayah.

Kita harus terima hakikatnya bahawa dalam sistem keadilan negara kita memang terdapat keperluan untuk kita menambah baik cara kanak-kanak disoal serta memberi layanan yang sama rata kepada saksi kanak-kanak dan saksi-saksi yang lain di muka keadilan.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa cadangan daripada saya yang mungkin bermanfaat kepada pihak kerajaan dalam hal ini. Saya berpendapat bahawa pindaan ini harus dibuka untuk dibicarakan daripada segi undang-undang jenayah.

Berdasarkan maklumat daripada naskhah biru, kita boleh katakan pindaan ini agak “berat sebelah.” Kita perlu faham bahawa antara sebab utama sebelum ini undang-undang kita tidak memberi kredibiliti atau weightage yang sama rata kepada saksi kanak-kanak dan saksi-saksi yang lain adalah kerana golongan kanak-kanak adalah lebih mudah untuk dieksploitasi dan dipengaruhi oleh tekanan daripada pihak ketiga. Bukan sebab kanak- kanak tidak cukup kompeten, tetapi sebab kekompetenan mereka lebih senang disalah guna.

Jadi, melalui pindaan seksyen 2, tambahan bahagian baharu IA dan IB ini, kemungkinan besar pada masa depan kita akan berdepan dengan banyak kejadian, di mana kanak-kanak dipengaruhi untuk menjadi saksi palsu tanpa kesedarannya.

final • 5:12 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Walaupun kuasa untuk menetapkan kredibilitinya masih di tangan mahkamah, kita harus faham bahawa dengan memberi kekompetenan sama rata kepada kanak-kanak, kita hanya menambah bebanan ke atas bahu sistem kehakiman kita untuk menetapkan kredibiliti seseorang saksi.

Maka, memang ada keperluan untuk kita membicarakan perkara ini daripada segi seorang peguam bela bagi pihak yang tertuduh dan pihak kehakiman yang bertanggungjawab untuk menetapkan kredibiliti seseorang saksi kanak-kanak. Kita faham bahawa umur seseorang saksi itu tidak lagi menentukan keupayaannya untuk memberi keterangan. Dewasa mahupun kanak-kanak. Kedua-dua pihak ini memang berupaya untuk memberi penyaksian yang tidak benar. Tetapi golongan kanak-kanak ini lebih mudah dipengaruhi dan disalah guna. Jadi, kemungkinan untuk pemalsuan saksi melalui kanak- kanak lebih tinggi.

Dalam pada itu Datuk Yang di-Pertua, saya difahamkan golongan ataupun yang telah memberi taklimat ini menyatakan mereka membandingkan negara seperti Amerika, Australia, United Kingdom dan sebagainya. Perlu juga kita sedar bahawa di negara- negara yang dikatakan itu adalah tahap pendidikan kanak-kanak dah mula seawal dua tahun lagi dah. Dua atau tiga tahun, kanak-kanak di situ, negara itu, sudah mula masuk sekolah. Sudah ada pendidikan awalan mereka, jauh lebih maju daripada kita.

Adakah Malaysia, negara kita, telah menawarkan pendidikan seawal begitu?

Adakah kita telah menyediakan seluruh negara? Bukan sahaja hanya di bandar sahaja.

Bagaimanakah pula kawasan luar bandar? Adakah anak-anak kita ini telah didedahkan dengan pendidikan ataupun expose kepada keadaan yang lebih terang yang mana mengetahui keadaan yang sebenar? Maka, cadangan adalah adakah kerajaan menubuhkan suatu Jawatankuasa pakar undang-undang jenayah yang merangkumi peguam-peguam bela yang biasa mempertahankan yang tertuduh dengan kerjasama Badan Peguam Malaysia?

Saya setuju dengan tadi- Pasir Gudang yang mana menyatakan stakeholder Majlis Peguam, adakah mereka telah dilibat urus bersama dengan mereka? Adakah pihak-pihak yang berkaitan, pakar-pakar undang-undang dan juga pakar-pakar kanak- kanak, pakar-pakar kanak-kanak ini perlu untuk mendapat nasihat daripada mereka.

Adakah pihak dari hospital untuk supaya mereka juga dilibatkan dari Jabatan Kesihatan? Tadi juga kita dengar, ada juga anak-anak yang terencat akal ataupun OKU.

Ada juga anak-anak yang terlibat dengan masalah berbagai. Sebab kita tahu ada juga anak-anak untuk mengenal pasti adakah mereka ini autisme, slow learner. Age gap ini tak mungkin kita tahu masa dia umur dua tahun, tiga tahun, empat tahun atau lima tahun. Kita hanya sedar apabila suatu umur jangka masa yang telah lalu, baru kita tahu.

Maka, saya pohon agar satu libat urus dengan pakar-pakar ini diadakan dahulu sebelum dibentangkan. Terima kasih.

final • 5:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar. Maaf, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 5:12 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024.

Saya telah lihat rang undang-undang ini dan keseluruhannya nampaknya berniat baik, tetapi saya ingin menimbulkan tiga perkara Tuan Yang di-Pertua, yang telah pun saya- saya ingin sekiranya mendapat jawapan yang boleh menimbulkan sedikit kebimbangan.

final • 5:18 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Pertamanya, berkenaan dengan apa yang dinyatakan di seksyen 2B(2) di mana dinyatakan di sana, saya petik dalam bahasa Inggeris, “A child witness who has not attained the age of twelve years and has no sufficient appreciation of the solemnity of the occasion and does not understand the duty of speaking the truth may give evidence not upon oath in a proceeding and the court shall, before the child gives evidence, inform the child that he has the duty to speak the truth”, tetapi dalam subseksyen (4) dinyatakan di sana, “The evidence of a child witness given not upon oath under subsection (2)”, yang telah pun saya baca tadi, “If admitted by the court, shall be treated in the same manner as if the evidence had been given on oath”.

Jadi, persoalan yang timbul di sini, adakah mahkamah mempunyai pilihan untuk reject ataupun menerima sesuatu keterangan daripada kanak-kanak yang telah pun layak ataupun has qualified di bawah subseksyen (2) tersebut, di bawah subseksyen (4)?

Sekiranya mahkamah boleh menolak keterangan tersebut, bukankah ini akan menimbulkan ketidakseimbangan ataupun inequality di dalam- antara proses pemutusan antara satu- mahkamah dengan mahkamah yang lain?

final • 5:18 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi, bukankah ini perlu menimbulkan keperluan ada guideline untuk menentukan keadaan-keadaan di mana mahkamah boleh menerima ataupun menolak keterangan kanak-kanak tersebut?

Keduanya, adalah berkenaan dengan seksyen 2C di mana dinyatakan- saya memetik semula dalam bahasa Inggeris, “Subject to subsection (2), where the competency of a child witness to give evidence or the ability of a child witness to understand the nature of the oath when giving evidence is called into question, the Court may conduct and inquiry...”.

Jadi, ini juga menimbulkan persoalan. If the child evidence is called into question, again, bolehkah mahkamah menolak inquiry tersebut dalam keadaan ini? Oleh kerana apa yang telah pun dibenarkan di sini adalah ‘court may’. Di sini timbulnya keperluan sekali lagi untuk ada ataupun mendapatkan guidelines untuk menentukan keadaan-keadaan di mana satu- mahkamah boleh menerima, satu- mahkamah akan menolak. Kita ingin mengelakkan inconsistency between decisions of court dalam keadaan tersebut.

Terakhirnya, adalah berkenaan dengan case management. Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 2 atau pun 41B. Kita mempunyai satu peruntukan yang baharu yang memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat kes management berkenaan dengan the manner of conduct of the- antara lain, the manner of conduct of the examinations of the child. Ini boleh menimbulkan satu kebimbangan yang serius. This is a serious matter.

Oleh kerana di bawah subseksyen 2E(3). Apa yang dinyatakan di sana adalah, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The directions referred to in subsection (1) may include the manner of questioning the child witness...” dan ini adalah penting. “...And questions that may or may not be asked in relation to a particular issue and phrasing of questions with child witness.”.

Ini boleh menimbulkan kemungkinannya mahkamah akan memerlukan pihak pembelaan mendedahkan pembelaannya. It could result in the defense having to disclose it’s defense. Ini merupakan sudah tentunya akan dicabar berkenaan dengan constitutionality-nya sekiranya defense has to disclose the questions that may or may not be asked kepada seorang child witness. Ini tidak timbul dengan seorang saksi dewasa di mana kalau pihak pembelaan menyoal balas seorang dewasa, pembelaan tidak diperlukan memberitahu apakah questions yang akan ditimbulkan dalam pembelaan tersebut. Ini memangnya satu kebimbangan yang patutnya di-review oleh pihak kerajaan.

Itu sahaja pembahasan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Terap.

final • 5:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Padang Terap untuk membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk membuat beberapa perubahan penting pada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676].

Pindaan ini bertujuan untuk meningkatkan perlindungan dan sokongan bagi kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding mahkamah serta untuk memastikan bahawa keterangan mereka dapat diberikan dengan cara yang adil dan tepat.

Saya terus merujuk kepada seksyen 2C yang menggariskan tatacara bagi mahkamah dalam menjalankan suatu inquiry untuk menentukan sama ada seorang saksi kanak-kanak kompeten untuk memberikan keterangan dalam satu prosiding dan sama ada saksi kanak-kanak memahami sifat sumpah apabila memberikan keterangan.

Walaupun terdapat peruntukan untuk mahkamah menjalankan suatu inquiry untuk tentukan kekompetenan saksi kanak-kanak tersebut.

Sejauh manakah keterangan saksi kanak-kanak tersebut boleh dipercayai?

Sebagai contohnya, kes-kes yang melibatkan ahli keluarga. Bagaimanakah mahkamah dapat memastikan keterangan saksi kanak-kanak tidak dipengaruhi oleh ahli-ahli keluarga mereka dan mampu memberikan keterangan secara bebas tanpa tekanan-tekanan daripada pihak luar?

Bagi memastikan perjalanan inquiry yang lancar dan lebih berkesan, apakah strategi pihak kerajaan bagi memastikan tahap pemeriksaan awal dijalankan secara rapi untuk menentukan tahap kefahaman atau kecerdasan seseorang saksi kanak-kanak?

Apakah penambahbaikan terhadap garis panduan yang sedia bagi tujuan ini?

Memandangkan sesi menyoal saksi dalam inkuiri inquiry ini di mana hanya mahkamah boleh menyoal saksi terbabit, apakah langkah untuk memastikan elemen ketelusan dan kehadiran semua pihak berkepentingan di samping keterlibatan saksi-saksi berkenaan dipanggil sekiranya difikirkan perlu oleh mahkamah dan pada masa yang sama memenuhi keperluan saksi kanak-kanak itu?

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada seksyen baharu 2E yang memberikan panduan kepada mahkamah apabila memulakan pengurusan kes yang lebih mesra untuk kanak-kanak supaya emosi mereka terjaga sepanjang prosiding mahkamah tersebut berlangsung termasuklah penggunaan alat bantuan untuk membantu keterangan tersebut. Namun, emosi kanak-kanak ini dilihat tetap terganggu sepanjang prosiding ini berlaku. Ini adalah disebabkan tiada peruntukan untuk melindungi kanak-kanak yang mengalami trauma seperti kaunseling wajib atau sokongan psikologi sebelum, semasa atau selepas memberikan keterangan.

Cuba bayangkan bagaimanakah perasaan kanak-kanak apabila menjadi saksi untuk memberikan keterangan yang melibatkan ahli keluarga mereka yang mereka sayangi? Selain itu, pindaan tidak menetapkan penglibatan pakar psikologi secara mandatori dalam proses mengambil keterangan kanak-kanak yang penting untuk memastikan kesahihan dan ketepatan keterangan mereka tanpa menyebabkan trauma tambahan.

Kesimpulannya, walaupun pindaan RUU Keterangan Saksi Kanak-kanak 2024 bertujuan untuk memperbaiki proses perundangan bagi kanak-kanak yang menjadi saksi terdapat beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki. Kritikan-kritikan ini menunjukkan perlunya perlindungan yang lebih menyeluruh, prosedur yang lebih dipermudahkan dan penguatkuasaan yang lebih kuat untuk memastikan hak kanak-kanak benar-benar terjamin dalam sistem kehakiman.

Tambahan pula, kita melihat trend peningkatan kes yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak. Statistik terkini dari tahun 2017 sehingga 2023 melaporkan trend

final • 5:23 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

peningkatan yang membimbangkan dengan jumlah mangsa kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan adalah seramai 6,990 mangsa dengan 1,570 kes pada tahun 2023. Oleh itu, saya berharap pihak Menteri dapat meneliti perkara-perkara yang telah saya utarakan sebentar tadi. Sekian, terima kasih.

final • 5:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 5:23 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Pindaan yang dicadangkan kepada RUU ini bertujuan untuk menjadikan sistem keadilan jenayah kita lebih mudah diakses dan adil bagi saksi kanak-kanak. Saya ingin menyentuh kepada pindaan seksyen 118 yang tidak lagi memasukkan competency inquiry untuk setiap saksi kanak-kanak yang mana saya bersetuju terhadap pindaan tersebut. Ini membantu menyangkal segelintir tanggapan awam yang kanak-kanak tidak kompeten untuk memberikan keterangan. Malah, ia turut- dituruti dengan cadangan penempatan umur 12 tahun sebagai usia standard yang kompetensi dalam memberikan keterangan.

Perubahan ini Dato’ Yang di-Pertua, mengiktiraf bahawa kanak-kanak seperti orang dewasa harus dinilai kredibilitinya berdasarkan merit kesaksian individu mereka dan bukannya tanggapan umum tentang usia mereka.

Saya ingin terus merujuk kepada satu kes yang berlaku di UK pada tahun 2017 melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang berjaya memberikan keterangan dalam perbicaraan penderaan. Malah, kes ini telah diteliti oleh NSPCC atau National Society for the Prevention of Cruelty to Children, dengan izin, dan pakar perlindungan kanak-kanak yang mengatakan bahawa pemangsa seksual kerap menyasarkan kanak-kanak kerana mereka berfikir tiada sesiapa yang akan mempercayai keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut.

Justeru, ia nya menunjukkan keperluan sistem kehakiman kita untuk menyesuaikan dan mengiktiraf kebolehpercayaan potensi saksi kanak-kanak- memastikan mereka mempunyai weight atau substance, dengan izin, memandangkan mereka dalam satu persekitaran yang lebih adult oriented. Selaras dengan pindaan subseksyen baharu 2B(1) dan (2), seksyen 4 Akta Sumpah India juga menyatakan bahawa apabila saksi adalah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak memahami sifat sumpah, ia nya tidak menjejaskan kapasiti mereka untuk menyatakan keterangan dan kebenaran yang terjadi. Jadi, mengapakah UK dan India sudah lama mengiktiraf bahawa saksi kanak-kanak juga sama kompeten dengan saksi dewasa sedangkan Malaysia masih ketinggalan?

final • 5:27 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Dato’ Yang di-Pertua, kedua pindaan untuk peraturan khas yang memerlukan pengesahan bagi kanak-kanak yang memberikan keterangan tidak bersumpah di bawah seksyen 133A bertujuan memastikan keadilan bagi mangsa kanak-kanak. Menurut laporan Department of Justice Canada terdapat peningkatan bilangan kanak-kanak memberi keterangan dalam tempoh 20 tahun berikutan peningkatan pemerkasaan daripada segi undang-undang.

Namun laporan tersebut juga menunjukkan kanak-kanak yang memberikan keterangan mengalami tekanan emosi disebabkan pemeriksaan yang menakutkan, bahasa mahkamah yang kompleks dan keperluan untuk berhadapan dengan yang tertuduh. Sesi perbicaraan yang cukup lama akan membuat kanak-kanak cenderung menghadapi situasi memori yang tidak jelas kerana berada dalam vision cycle yang memerlukan kanak-kanak memberi keterangan yang sama berulang-ulang.

Dato’ Yang di-Pertua, di Singapura pula pindaan terhadap Evidence Act 12 dan Criminal Procedure Code 13 sudah membenarkan keterangan diberikan melalui pautan

final • 5:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

video atau televisyen secara langsung. Kanak-kanak tidak perlu menghadapi tertuduh di mahkamah. Malaysia dan Singapura mengaplikasikan common law system, dengan izin yang sudah sebenarnya ketinggalan zaman, tetapi Singapura mengambil langkah ke depan dengan melakukan pindaan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, ketiga, saya ingin menyentuh pindaan untuk memperluas perbicaraan kes pra-perbicaraan (PTCM) yang sedia ada di bawah seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah untuk menyatakan perbincangan mengenai pengurusan keterangan kanak-kanak. PTCM dapat memastikan perbicaraan berjalan lancar dan mengurangkan tekanan yang dialami oleh saksi kanak-kanak.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua dan sekarang Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengambil maklum ada sesetengah pihak yang membuat tanggapan dengan menyatakan bahawa pindaan ini akan menambah beban kerja DBP dan mahkamah sekali gus. Namun saya percaya, beban kerja mahkamah tidak akan meningkat secara signifikan walaupun PTCM yang melibatkan kanak-kanak mungkin mengambil masa sedikit lebih lama. Mereka hanya memerlukan maklumat tambahan mengenai umur kanak-kanak, kebolehan komunikasi dan keperluan khas yang boleh diperoleh tanpa bertemu dengan kanak-kanak secara peribadi.

Makna kata judicial officer, prosecutor and defense counsel, dengan izin perlu menggunakan PTCM sebagai pemudah cara dalam memperhalusi soalan-soalan yang lebih sesuai dan bertepatan untuk digunakan, agar dapat mengurangkan bantahan semasa keterangan diberikan oleh kanak-kanak sewaktu perbicaraan mahkamah.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa apabila kita menuntut reformasi ke atas tata kelola dan tadbir urus negara, tindakan yang diambil perlu bersikap progresif dan ada kalanya perlu membuang sikap yang terlalu selamat dan berhati-hati agar kepentingan awam dapat dipelihara.

Justeru, saya menuntut agar kerajaan dan institusi-institusi penting negara perlu komited dan sentiasa terbuka untuk turut mereformasi sistem undang-undang negara agar lebih bersifat berperikemanusiaan dan adil demi kesejahteraan masyarakat. Sekian, sahaja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Mersing.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan mesyuarat Tan Sri.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat mana ya?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

99, okey.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, Point of Order 99. Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana peraturan mesyuarat atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad. Ini memang betul Tan Sri, kita tidak pertikaikan bahawa keputusan Tan Sri dalam mana-mana perkara yang terdapat dalam peraturan mesyuarat sama ada dia tersurat ataupun tidak ataupun dalam bentuk petua Tan Sri memang betul adalah kuasa Tan Sri, tetapi merujuk kepada Perkara 49A yang saya utuskan kepada Tan Sri tentang pemakluman di bawah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan 49A. Dia lebih daripada petua Tan Sri dan lebih daripada bidang kuasa Tan Sri di bawah Perkara 99 peraturan mesyuarat.

Ini kerana dalam Perkara 49A apabila Notis diterima, Tan Sri sebagaimana yang tercatat di dalam Perkara 49A(3), apabila Yang di-Pertua menerima satu Notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Rakyat mengenai berlakunya kekosongan luar jangka

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat di bawah perkara ini, Yang di-Pertua hendaklah memastikan, memastikan Tan Sri bahawa berlakunya kekosongan luar jangka tersebut, memastikan.

Perkara- Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 49A ini tidak memberi kuasa kepada Tan Sri selain daripada untuk “memastikan kekosongan” dan bukan untuk “membuat keputusan” Tan Sri, bukan untuk membuat keputusan, tetapi dalam dua utusan surat yang saya terima daripada Tan Sri, nyata sekali bahawa Tan Sri membuat keputusan malah Tan Sri membuat interpretasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Para 8 dalam surat jilid 6(23), Tan Sri dalam Perkara 8 secara jelas para lapan, menyatakan bahawa, *“Oleh itu setelah meneliti semua dokumen yang dikemukakan, saya mendapati arahan-arahan di bawah fasal 10(3) Perlembagaan BERSATU adalah bertentangan dan menafikan hak-hak kelima-lima Ahli Dewan Rakyat...”.

You are interpreting the* Perlembagaan Persekutuan bahawa perlembagaan BERSATU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam surat kedua Tan Sri, jilid 6(22) Tan Sri mengungkap perkara sub judice terhadap Ahli Parlimen Labuan bahawa perkara itu sub judice dan Tan Sri tidak membuat keputusan maka Tan Sri mengekalkan Kerusi tidak dikosongkan.

Kedua-dua surat Tan Sri ini melangkaui kuasa Tan Sri di bawah Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan. Kerana dalam Perkara 49(3) Tan Sri hanya diberi kuasa untuk memastikan kekosongan dan bukan untuk membuat keputusan.

Apatah lagi Tan Sri mempertikaikan pindaan perlembagaan ini- BERSATU, yang telah diluluskan oleh ROS secara rasminya pada kita...

[Tepuk] Jadi saya hendak- how do you reconcile Tan Sri. Tan Sri menggunakan kuasa Tan Sri seolah-olah perkara ini adalah petua Tan Sri, tetapi sebenarnya Tan Sri melangkaui kuasa Tan Sri di bawah Perkara 49.

Tan Sri saya tahu bahawa Tan Sri akan katakan kita boleh bawa pergi mahkamah dalam kes ini, tetapi itu perkara kedua Tan Sri.

Perkara utamanya adalah Tan Sri sebagai Tuan Yang di-Pertua harus melaksanakan tugas di bawah Perkara 49A itu secara adil, tertib dan berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dikuasakan oleh Tan Sri di bawah Perkara 49A. Tan Sri ketika berucap menyokong pindaan perwujudan Perkara 49A ini mengungkap bahawa kita tidak boleh biarkan penghijrahan Ahli Parlimen kerana ia akan menjahanamkan negara, tetapi keputusan Tan Sri...

[Tepuk] melalui dua surat ini sebenarnya telah menjahanamkan hasrat dan niat- inten and purposes of Perkara 49A seolah-olah Akta Anti Lompat ini tidak wujud disebabkan oleh tindakan dan keputusan Tan Sri. How do you reconcile this Tan Sri?

Kerana kami inginkan pencerahan. Saya hendak menyokong Tan Sri seperti Ahli Parlimen Tambun menyokong keputusan Tan Sri, tetapi perkara-perkara di bawah Perlembagaan harus dipegang dan diteliti dengan baik oleh Tan Sri sebelum membuat keputusan.

You are not empowered untuk membuat keputusan Tan Sri, tetapi semata-mata hanyalah untuk memastikan kekosongan berlaku. Terima kasih Tan Sri.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri atas peluang yang diberikan. Saya juga menyentuh perkara yang sama di bawah Standing Order 99.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk membuat interpretasi terhadap Perlembagaan ini dan juga mana-mana perlembagaan persatuan atau pertubuhan adalah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. Not even mahkamah yang lebih rendah daripada itu. Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dalam perkara ini.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sehubungan dengan itu juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Notis yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Tan Sri kepada Yang Berhormat Beluran mengenai Notis yang telah dikeluarkan berhubung dengan enam orang- Ahli Parlimen daripada Parti BERSATU yang telah dianggap terhenti- cease to be a member of Party BERSATU.

Saya ingin merujuk kepada Hansard yang dikeluarkan oleh Parlimen ini, ucapan penggulungan yang juga diberikan satu kredit oleh Yang Berhormat sendiri semasa Yang Berhormat duduk di sini. Saya rasa sebelah ini pada tahun 2022, 27 dan 28 Julai, tahun 2022.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat sekarang ini- Tun Wan Junaidi pada masa itu Menteri Undang- undang dan juga Parlimen. Semasa menggulung, saya quote di sini, semasa disoal oleh Yang Berhormat Seremban pada masa itu dan juga sekarang ini, Tuan Loke Siew Fook bertanya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Wan Junaidi pada masa itu. “Saya hendak tanya sebagai contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam keadaan “ceased” tadi iaitu kalau seseorang itu melanggar keputusan parti dan dalam Perlembagaan partinya mengatakan bahawa kalau dia melanggar keputusan parti, keanggotaannya akan terlucut ataupun ceased to be a member, adakah itu dianggap sebagai bertukar parti, sebab itu ada hubung kait dengan perbahasan saya.” Dijawab oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Wan Junaidi, “Ia adalah ya, benar. Itu adalah satu ceased to be a member dan dia nya adalah terlucut daripada keanggotaan Dewan Rakyat.” Saya juga hendak menyentuh satu pertanyaan daripada Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu pada masa itu, sekarang ini Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bertanya, “Terima kasih Yang di-Pertua, saya Yang Berhormat Menteri, saya betul-betul hendak dapat kepastian daripada sesi penggulungan Yang Berhormat Menteri ini. Saya buat analogi begini ya, satu gambaran. Seorang Ahli Parlimen yang membuat keputusan dalam Parlimen yang bertentangan dengan keputusan WHIP partinya dan perkara misalnya financial bills ataupun undi percaya, undi tak percaya. Maknanya mengikut rang undang-undang kita ini pada masa itu, seorang anggota itu tidak dianggap hopping atau melompat, tidak timbul isu hopping kecuali perlembagaan partinya itu ada tercatat perbuatan seperti itu dianggap keahliannya tergugur dengan sendiri barulah dia masuk dalam kategori hopping. Am I right?” Tanya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu pada masa itu.

Jawab Datuk Seri Dr. Wan Junaidi, “Ya, betul. Itu adalah hopping.” Jadi dalam hal ini Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan kepada surat yang dihantar oleh Yang Berhormat Tan Sri kepada Yang Berhormat Beluran, kami ingin mendapat petua, di bawah peruntukan mana kalau tidak perkara 49A(i)(a) dan (ii) yang mengatakan bahawa seseorang Ahli Parlimen yang telah terhenti daripada menjadi Ahli partinya adalah gugur ataupun dalam ini disebut dia tidak lagi menjadi anggota ahli politik itu ataupun cease to be a member of that particular party. Saya juga ingin merujuk Yang Berhormat- kami dan juga Yang Berhormat sendiri pada tahun 2022, ini bukan disumbat- diberi penjelasan oleh Bahagian Undang-undang, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU). Satu contoh saya sebut poin 7B. Contoh situasi, “Jika tindakan tidak mengikuti keputusan parti menyebabkan Ahli BERSATU...” Ini dia bagi contohlah. “ ....Parti BERSATU terhenti keanggotaannya berdasarkan perlembagaan parti tersebut, maka ahli-ahli tersebut dianggap telah bertukar parti dan perlu mengosongkan Kerusi mereka”. Begitu juga satu lagi contoh disebut di sini, “Sekiranya seorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai prinsip yang bertentangan dengan prinsip parti dan menyebabkan keanggotaan beliau digugurkan berdasarkan perlembagaan parti tersebut iaitu ceased to be a member, maka Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut telah dianggap bertukar parti dan perlu mengosongkan Kerusinya”.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itulah penjelasan kepada perkara 49A(1)(a)(ii) Yang Berhormat Tan Sri...

[Tepuk] Dewan ini, bukan hanya Dewan ini seluruh rakyat Malaysia ingin mendapat satu petua dengan penuh hormat dan takzimnya daripada Yang Berhormat Tan Sri selaku satu- satunya orang dan orang yang pertama Tan Sri. Congratulation. You are the first person to decide on this Article 49A of the Federal Constitution. Saya hendak tanya juga panduan ini kerana enam orang daripada BERSATU telah menyatakan sokongan, bukan bertukar. Saya hendak tanya, adakah ruling Yang Berhormat mengenai perkara enam orang rakan kami Ahli Parlimen itu menjadi satu binding precedent, duluan- yang mengikut kepada Yang Berhormat sekiranya selepas ini ada lagi cross the floor ataupun cross support yang berlaku, sama ada dari sini ke sana ataupun dari sana ke sini ataupun enam orang lagi...

[Tepuk] hendak datang kembali ke sini, adakah itu merupakan satu duluan mengikat, binding precedent kepada Yang Berhormat Tan Sri dalam kes-kes yang akan berlaku di masa akan datang. Mohon penjelasan, petua daripada Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi yang hendak berucap sebelah sini? Silakan Arau.

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Arau.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh ya, silakan.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Menyambung, Yang Berhormat.

Kita kawan, tetapi hari ini kita hendak berlainan sedikit Yang Berhormat iaitu berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Ketua WHIP tadi. Saya ingat saya tidak dengar ataupun saya hendak sambung ya, iaitu muka surat 85, 27 Julai- Yang Berhormat telah mengeluarkan kenyataan ini. “Inilah satu-satunya undang-undang yang boleh menyekat kita daripada terus menjahanamkan negara kita.” Yang Berhormat guna perkataan “menjahanam.” Rakyat Malaysia, orang muda tap screen guys, tap, tap screen guys...

final • 5:54 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“Inilah satu-satunya undang-undang yang boleh menyekat kita daripada terus menjahanamkan negara. Tidak kira sama ada sebelah sana, sini iaitu Yang Berhormat Pembangkang atau sebelah sana, tetapi ini harus dihentikan di sini.” Yang Berhormat, perkataan ini cukup bahaya. Ini doa Yang Berhormat. Doanya ialah orang yang melompat itu boleh menjahanamkan negara, tetapi hari ini Yang Berhormat menyokong kepada orang yang menjahanamkan negara...

[Tepuk] Betul tidak Yang Berhormat?...

[Tepuk] Ini satu perbuatan yang tidak wajar Yang Berhormat. Saya tidak mahu ini. Yang Berhormat kena ingat- ini doa, Yang Berhormat. Doa iaitu orang yang lompat ini akan menjahanamkan negara.

Hari ini di Parlimen, Yang Berhormat selaku- sebagai Speaker telah menyokong kepada orang yang menjahanamkan negara. Yang Berhormat, saya hendak cakap satu Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat kata dari segi- Yang Berhormat saya tahu. Saya tanya sebelah sana majoriti pihak kerajaan hendak dia orang ini digugurkan. Dia kata, “Kita lawanlah, ini Kerusi BERSATU. Kalau kita kalah, kalahlah.” Ini pendapat kebanyakan kawan-kawan di sana, tetapi dia kata ini daripada segi teknikal.

Yang Berhormat, daripada segi teknikal Yang Berhormat telah melakukan kesalahan. Kenapakah pindahkan dia orang ke sana? Kalau betul dia orang kami, kenapa dipindahkan berasing, kan? Ini enam jahanam, mana..?...

final • 5:54 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, dia orang ini dipindahkan berasing. Kalau dia betul orang kami, duduk sinilah. Kenapakah dipindah di sana? Daripada segi teknikal, telah menunjukkan bahawa mereka telah keluar daripada parti dan dengan itu mereka hilang kelayakan. Itu yang pertama, Yang Berhormat.

final • 5:54 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedua, saya minta maaf, Yang Berhormat. Saya hari ini terpaksa bawa satu Usul untuk merujuk Yang Berhormat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan 36(12) sebab Yang Berhormat telah mengelirukan Dewan dengan membuat tafsiran- tafsiran yang sepatutnya dibuat oleh Federal Court. Yang Berhormat buat tafsiran di Parlimen. Saya tahu orang nampak Shahidan ini suka buat Usul dan sebagainya. Kalau saya tidak bawa Usul- rakyat kena tahu, sesuatu yang tidak elok sedang berlaku di Parlimen ini, maka dengan itu, saya bawa Usul yang berkenaan- merujuk Yang Berhormat kepada 36(12) dan juga saya bawa pada 18(1) lagi sekali untuk Yang Berhormat bincang secara terbuka bahawa perbuatan Yang Berhormat ini adalah salah.

Yang Berhormat, kadang-kadang tidak seronok tau. Yang Berhormat duduk tang tu, kami di sini membincang kepada seorang yang saya cukup kira yang terbaiklah. Yang Berhormat patut jadi Speaker yang terbaik dalam dunialah. Orang lain sudah tidak boleh sudah sebab Yang Berhormat- kita lihat ada ketegasan kecuali kalau Yang Berhormat kalau ada tiga orang Menteri masuk Yang Berhormat lain sedikit- kalau tidak Yang Berhormat adil. PMX masuk, Yang Berhormat macam rendah sedikit, kalau Menteri Dalam Negeri masuk Yang Berhormat ini- jadi Yang Berhormat itu- kami kata kecuali yang tiga orang itu, Yang Berhormat akan jadi adil. Kalau tiga orang itu masuk, Yang Berhormat akan berapi-api dengan kami...

final • 5:54 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi rakyat Malaysia, Speaker yang kita kasihi hari ini telah membuat satu keputusan yang melanggar- pertama, perkataannya sendiri. Orang-orang yang melompat itu dianggap menjahanamkan negara, tetapi hari ini Yang Berhormat sendiri membuat keputusan menyokong orang-orang yang menjahanamkan negara.

Jadi, sekali lagi saya bersama-sama dengan kawan minta Yang Berhormat fikir balik. Ini masih ada ruang untuk Yang Berhormat fikir balik supaya perbetulkan apa yang berlaku. Kalau tidak, proses undang-undang yang berlaku Yang Berhormat- adalah satu yang tidak wajar dan kami di sini yang rasa dianiaya.

Peruntukan tak bagi, apa tak bagi. Kami ada doa Yang Berhormat. Doa tahun depan saya hendak pergi Mekah sekali, Yang Berhormat hendak ikut sekali, boleh. Kita berdoa di Arafah orang yang menzalimi kita supaya dia terbuka hatinya untuk tidak menzalimi orang. Rakyat Malaysia, orang muda inilah masa untuk kita menyokong supaya Nenggiri, BERSATU menang dengan hebatnya...

[Tepuk]

final • 5:54 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri, Tan Sri..*.

[Tepuk]*

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Putrajaya.

final • 5:50 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Yang di-Pertua terima kasih. Saya dengar tadi Beluran dan juga Kota Bharu setelah menyentuh perkara-perkara teknikal berkaitan dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa kita- semua kembali kepada semangat asas apabila rang undang-undang dibentangkan untuk meminda Perlembagaan atas alasan bahawa dengan adanya pindaan itu maka tidak ada lagi lompat parti.

Kita masih ingat pada waktu itu, berdegar-degar semua, hampir semua, termasuklah yang ada dalam kerajaan pada hari ini. Berdegar-degar menceritakan bahawa apa yang berlaku dalam konteks apa yang dipanggil Langkah Sheraton itu satu pengkhianatan kepada undi rakyat. Kita masih ingat sedangkan pada waktu itu, pada waktu disebut satu pengkhianatan, tidak ada rang undang-undang, tidak ada undang- undang yang tidak membenarkan mereka pindah kepada mana-mana parti. Tidak ada.

Pada waktu itu, semua dihina, semua dikutuk mereka yang melompat di kata macam-macam. Apakah yang sebelah Pakatan Harapan tak kata pada mereka?...

[Tepuk] Maka datanglah dengan semangat kononnya bahawa kita perlu menghormati undi yang

final • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

diberikan oleh rakyat dan enam orang ini diundi oleh rakyat kerana mereka bertanding atas tiket Perikatan Nasional...

[Tepuk] Mereka diundi atas tiket Perikatan Nasional dan kita perlu ingat, kita yang di sini bercakap kita bertanggungjawab.

Siapa yang pernah bercakap sekarang ini, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, semua quote apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Hari ini saya nak masukkan dalam Hansard supaya anak-anak muda, rakyat Malaysia tahu bertapa hipokritnya mereka dalam Pakatan Harapan!...

[Tepuk] Apabila sesuatu perkara itu menguntungkan mereka, hilang sudah prinsip-prinsip yang diperjuangkan...

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Apabila perkara itu tidak menguntungkan mereka, dipusing-pusing mencari apakah alasan.

final • 5:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Hakikatnya tugas dan tanggungjawab Speaker adalah secara teknikal sahaja. Spiritnya jelas bahawa apabila parti telah membuat keputusan, sekiranya seseorang itu cease to be a member, maka parti akan bawa kepada Speaker dan Speaker umumkan bahawa Kerusi tersebut telah kosong. Sebab itu saya menyeru pada sahabat-sahabat sebelah sana, berlakulah adil pada jiwa. Berlakulah adil pada akal. Berlakulah adil pada diri sendiri dan berlakulah adil pada rakyat bahawa spirit pindaan Perlembagaan adalah untuk mengelak siapa jua melompat parti, menjadi seperti mana yang berlaku pada enam orang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya bagi Bangi. Lepas itu, saya bagi Jelutong.

Silakan Bangi.

final • 5:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya juga. Saya penting.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hari ini kita, sebab kita punya perbahasan...

final • 5:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang juga Tan Sri.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Sampai kita habis undang-undang ini. Sampai pukul 12 malam pun okey. Okey, carry on.

final • 5:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, saya pun.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bangi dulu. Bangi dulu.

final • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi dulu. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya bangkit sebenarnya untuk mempertahankan Tan Sri Yang di-Pertua...

[Tepuk] Saya tak nak sentuh tentang keputusan yang telah dibuat sebab keputusan itu sudah tentu banyak interpretasi. Dibawa 50 orang lawyers dalam satu- bilik, 50 pendapat yang akan keluar, tapi akhirnya kita perlu ada seseorang yang memutuskan, apa interpretasi itu betul atau tidak. Dalam konteks yang kita ada sekarang, berkenaan dengan sama ada terdapatnya kekosongan enam orang Ahli dalam Dewan ini.

Persoalannya, siapakah yang patut putuskan? Kalau kita tengok Perlembagaan Persekutuan Tan Sri Yang di-Pertua, kalau boleh saya baca. Whenever the Speaker, maaf ini yang versi bahasa Inggeris...

final • 5:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 5:53 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Whenever the Speaker receives a written Notice from any Member of the House of Representative on the occurrent of a casual

final • 5:53 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

vacancy among the Members of the House of Representatives…” yang mana ini telah berlaku, satu Notis telah diberikan kepada Tan Sri Speaker. Under this article, the Speaker shall establish that there is such a casual vacancy and notify the Election Commission.

Maknanya Tan Sri Speaker, perlu memutuskan sama ada terdapat casual vacancy.

Maknanya apa? Maknanya Tan Sri Speaker ini bukan posmen. Bukan hanya terima, bagi dekat SPR. Tan Sri Speaker diberi kuasa untuk menentukan sama ada terdapatnya casual vacancy. Itu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jadi saya fikir Tan Sri Speaker, dalam hal ini, saya faham perasaan pihak sebelah sana, tetapi keputusan telah dibuat. Kita boleh persoalkan keputusan tersebut dan jika pihak sebelah sana tidak puas hati ada...

[Tidak jelas] dengan izin. Kalau tak puas hati, boleh pertimbangkan untuk bawa ke mahkamah walaupun saya tahu ada satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang mungkin tidak favour pihak mereka, tapi it is open, dengan izin, untuk sesiapa untuk bawa ke mahkamah, kalau tidak puas hati, tetapi dalam hal ini, kalau kita nak berbicara tentang keputusan ataupun kuasa Tan Sri Speaker, Tan Sri Yang di-Pertua dalam hal ini, saya fikir tidak ada persoalan lagi.

Jelas, terang lagi bersuluh dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah dirujuk oleh rakan-rakan saya di sebelah sana. Jadi saya tak nampak apa isu teknikal yang dibangkitkan oleh sebelah sana, Tan Sri Speaker...

final • 5:53 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Please continue. Terima kasih.

final • 5:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya nak bagi Jelutong. Lepas itu, saya akan putuskan.

final • 5:53 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak Tan Sri, saya tadi minta dulu. Saya bangun dulu daripada Jelutong.

final • 5:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya...

final • 5:53 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Oh, saya bangun dulu.

final • 5:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sebut dulu.

final • 5:53 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ha, tak apa.

final • 5:53 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, lepas itu okey, saya bagi Pendang. Selepas itu saya buat keputusan. Silakan.

final • 5:53 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya juga bangun untuk...

final • 5:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu kita akan sambung ya.

final • 5:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Mempertahankan Tan Sri Speaker atas keputusan yang betul. Saya bersependapat bersama-sama dengan Yang Berhormat Bangi disebabkan dua perkara.

Pindaan kepada Perlembagaan Parti BERSATU dibuat selepas pilihan raya umum yang telah diadakan. Nombor satu- dan pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan dibuat sebelum itu.

Pindaan Parti BERSATU pada Perlembagaan tidak boleh digunakan secara retrospektif...

final • 5:56 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak berfungsi dan saya berpendapat bahawa menurut Perlembagaan Persekutuan...

final • 5:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Bagi peluang, bagi peluang. Bagi peluang.

final • 5:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menurut Perlembagaan Persekutuan dan juga menurut peraturan-peraturan mesyuarat, apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh Tan Sri Speaker adalah keputusan yang muktamad. Tidak boleh

final • 5:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

dipersoalkan dan saya dengar dengan tekun penjelasan yang telah diberikan. Alasan yang telah diberikan. Syarat-syarat dan perkara-perkara yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Speaker, apabila mengumumkan keputusan atas Usul yang telah diterima daripada sebelah sana.

Pada hemat saya, perkara itu adalah sesuatu yang telah diputuskan dan tidak boleh dicabar kerana Tan Sri Speaker telah mengambil kira bahawa pindaan kepada Perlembagaan Parti BERSATU dibuat...

final • 5:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 5:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selepas...

final • 5:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 5:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya habiskan dulu.

final • 5:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 5:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya habiskan dulu!

final • 5:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beluran.

final • 5:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Dibuat selepas pilihan raya umum dan selepas keenam orang itu telah menyatakan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan ia berniat tidak ikhlas kerana mereka ingin menyekat keenam- enam orang itu selepas mereka mengisytiharkan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Tambun.

Jadi pada hemat saya, pindaan yang dibuat oleh Parti BERSATU tidak mengikat Tan Sri Speaker dan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Speaker adalah keputusan yang betul dan saya fikir bahawa kita perlu menyokong, mempertahankan Tan Sri Speaker atas keputusan yang telah diumumkan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 5:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Pendang.

final • 5:56 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan Perkara 90 yang dibangkitkan. Saya faham memang Tan Sri yang saya kenali seorang yang baik, tapi Tan Sri terikat dengan parti Tan Sri yang mencadangkan menjadi Speaker dekat sini. Jadi walau macam mana pun, undang-undang ini kita buat, tapi Tan Sri adalah terikat dengan parti ataupun ketua parti Tan Sri. Jadi saya nak menyentuh berkenaan dengan seorang yang pakar, mahir dalam undang-undang di Malaysia ini yang juga sekarang ini bersama dengan Tan Sri dalam kerajaan iaitu sahabat saya, Yang Berhormat Gobind Singh Deo pada ketika itu dia menjadi- sekarang Damansara, dulu Yang Berhormat Puchong- ketika perbahasan ini berlaku.

Dia menyebut, dengan izin Yang di-Pertua. “Yang Berhormat Menteri, isu berkenaan dengan keadaan di mana seseorang itu digugurkan keahlian beliau dalam parti menjadi penting buat tujuan pindaan-pindaan yang baharu ini.” Nampak tak? Bertentang dengan pandangan Jelutong tadi. Jelutong ini dulu dia macam lain. Sekarang dia macam lain. Dia ini, dia tak ada prinsip. Dia berubah-ubah ikut. Jadi oleh sebab itu...

final • 5:58 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya minta supaya jangan buat seranganlah. Saya tak pernah mengkhianati.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Di situ, soalan-soalan- saya akan sambung lagi.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan macam sebelah sana...

[Merujuk kepada blok pembangkang] Saya minta Pendang tarik balik kenyataan “tidak berprinsip”.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apa ini- tak apalah...

final • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Di situ…

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dia orang yang mengkhianati. Tan Sri Speaker, kalau mereka tidak tahu cara untuk berhujah secara berhemah- macam Putrajaya terasa sangat, saya minta mereka tarik balik kenyataan.

Kalau nak berhujah, hujah dengan eloklah Pendang.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 6:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, apa sentuh Putrajaya.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tadi Pendang serang Hulu Langat.

final • 6:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Apa sentuh Putrajaya, Jelutong. Kalau orang tak ada prinsip, tak payah sentuh orang lainlah. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Putrajaya, kamu tak ada prinsip! Kamu yang mula-mula mengkhianat!

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Putrajaya yang mengkhianat!

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, duduk Jelutong.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak sambung balik.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik perkataan “tak ada prinsip” itu.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, begini Tan Sri Yang di-Pertua...

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik perkataan “tak ada prinsip” itulah.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

“Dia tidak ada pegangan.” Saya tarik balik, “Dia tidak ada pegangan. Pegangan dia berubah-ubah.” Okey Tan Sri Yang di-Pertua, di situ- ini dia sambung balik kenyataan Yang Berhormat Puchong ataupun sekarang ini Damansara. Kita kena ingat ini. Ini dia sebut ini pindaan-pindaan yang baru. Jadi, tak terikat macam mana sebut itu. Sebab itu saya kata dia- nanti dia jadi bising pula. Dia seorang yang pengamal undang-undang, dia boleh bercakap macam itu untuk nak mengesahkan benda yang tak betul ini.

Di sini- di situ soalan-soalan yang dikemukakan tadi- ini kata Gobind Singh Deo.

Ada yang risau berkenaan dengan definition. Ini definition, tadi interpretation. Saya rujuk Yang Berhormat Menteri kepada perkara-perkara yang baharu iaitu 49A disebut tadi dan di situ “Tuan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan, saya hendak membuat rujukan kepada dua perkara. Kita melihat perbezaan antara perkataan yang digunakan dalam pindaan ini. Dua keadaannya iaitu 49A(1)(a) yang menyatakan seperti berikut. Setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota satu-satu parti politik. Satu, dia melepaskan keanggotaan parti politik dan kemudian perkataan yang berbeza. Kedua, dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu atau itu menunjukkan keadaan yang berbeza.”

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

“Pertama, bila membuat keputusan sendiri untuk melepaskan keahlian dan di situ saya rasa ada dimasukkan dua di mana berlaku satu keadaan di mana beliau tidak menjadi anggota parti politik itu mungkin kerana melanggar syarat perlembagaan parti atau sebab-sebab yang lain, tetapi ia adalah general dan am.” Dia melanggar.

“Seterusnya, itu boleh juga merangkumi keadaan-keadaan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Sekiranya perlembagaan parti tidak membenarkan sesuatu perkara dan di situ menyatakan sekiranya anggota itu melakukan perkara tersebut, keahlian beliau akan dilucutkan atau digugurkan. Maka, bukan di situ. Dua, terpakai Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan”. Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar menjawab, telah bersetuju dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Gobind Singh Deo itu, yang sekarang mewakili Damansara dan menjadi Menteri Digital.

Jadi, dia jawab apa lagi? Itu sebenarnya tujuan yang kedua tadi yang disebut tadi yang kedua itu. “Itu untuk mengatasi masalah situasi-situasi yang sebegini. Terima kasih”. Jadi, saya haraplah Tan Sri Yang di-Pertua, tolonglah kita menjahanamkan enam jahanam ini. Janganlah- patutnya...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya minta kenyataan itu juga ditarik balik.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Yang di-Pertua, sepatutnya...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta kenyataan “jahanamkan enam jahanam” ditarik balik walaupun mereka tidak hadir.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Malulah, parti PAS. Sama- sama orang agama Islam buat kenyataan macam itu. Malulah.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, minta dia tarik balik kenyataan “jahanamkan enam jahanam”.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tarik balik “PAS”.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan jahanamkan orang.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia sebut, “Parti PAS”...

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya rasa pun...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, Parti PAS lah.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Parti ultra kiasu ini.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apakah salahnya?

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa perkataan...

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak kata “parti aliran sesat” macam Pagoh.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk. Jelutong, Arau.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak kata “parti ajaran sesat” macam Pagoh. Saya kata “Parti PAS.” Apa salahnya...?

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, Arau. Jelutong, Arau.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ni DAP. DAP gelong-gelong.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, Arau, duduk, duduk, duduk. Kita- semua kawan- kawan di sini, semua kawan-kawan kita. Dahulu kita belah di sini... [Merujuk kepada Blok Pembangkang] Selepas itu mai sini. Mungkin pula satu hari- semua kawan-kawan. Untuk panggil “enam jahanam”, saya rasa a bit too much lah. A bit too much.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri, Tan Sri gunakan perkataan “menjahanamkan” negara…

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak boleh!

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia lain maksudnya.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ketika Tan Sri berucap dahulu.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

“Menjahanam” itu adalah sistem.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dan kita tidak- Speaker ketika itu tak halang Tan Sri menggunakan perkataan “jahanam”.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beluran, saya mintalah. You are my senior, fellow friends.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolonglah.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

You tahu undang-undang.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dalam konteks yang sama Tan Sri.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia konteks ini berbeza. Bila you panggil orang “enam jahanam” dengan “menjahanamkan sistem”- two different things, two different things.

Pendang, tolong tariklah, tarik balik.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab satu hari, kawan-kawan ini yang akan melawat kita apabila kita sakit.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat sebut “menjahanamkan negara” bukan sebut “enam jahanam” ya.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu hari, kawan-kawan inilah yang akan jumpa bila kita sakit, kita perlukan bantuan. Jadi, jangan putuskan tali silaturahim kita. Kita mungkin berbeza pendapat dalam politik. Do not go below the belt, please.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ambil “enam jahanam” ini saya ambil P. Ramlee, cerita P. Ramlee.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Come on lah, come on lah, don’t do that.

final • 6:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Orang yang khianat ini, P. Ramlee bunuh seorang, seorang.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Pendang.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya ingat- okey, saya nak buat keputusanlah. Duduk semualah.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sebelum keputusan Tan Sri- sekejap.

Saya minta dengan rendah diri untuk Tan Sri memanggil Pasir Gudang. Semalam, Pasir Gudang ada buat statement.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak boleh panggil.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dia kata, “Tan Sri tak hormat Parlimen...” Saya minta dia boleh berbahas untuk menyokong Tan Sri.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Itu pandangan. Itu pandangan Pasir Gudang. Don’t- jangan begitu sekali.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tan Sri, sebelum Tan Sri nak sebutlah apa perkataan, keputusan kah, apa sahaja yang Tan Sri nak sebut dalam Dewan ini, saya nak bertanyakan sesuatu. Saya adalah Setiausaha Agung parti. Siapa yang lebih tahu sama ada ahli itu melepaskan keanggotaannya atau dia tidak lagi menjadi anggota parti, sudah tentulah Setiausaha Agung, bukannya Yang di-Pertua...

[Tepuk] .

Saya nak beritahu, begitulah juga parti sebelah sana... [Merujuk kepada Blok Kerajaan] Mereka yang lebih tahu siapa anggota parti yang telah melepaskan keanggotaannya ataupun telah menjadi anggota parti atau cease to be a member. Sebab itu, bila Tan Sri buat keputusan seolah-olah Tan Sri lebih tahu daripada saya. Saya kata, “Eh! Masa bila Tan Sri jadi ahli BERSATU?” ini.

Saya persoalkan ini kerana yang membuat keputusan adalah parti. Saya menjalankan tugas mengikut keputusan parti. Parti juga mempunyai pegawai undang- undang. Parti bukan sengaja lakukan sesuatu itu dengan sesuka hati seperti apa yang ‘Jeludong, Jelu, Jelut’...

[Disampuk] Saya nak sebut ‘lotong’ pun saya terlupa. Saya minta maaf, ‘Jelotong’.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Larut, you want me to respond?

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

No, no, no. Wait first.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Awas Larut, I can respond also.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, wait.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

I’m warning you also.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oleh sebab itu, apa yang ada dalam undang-undang 49A ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak peringatkan, apa yang kita lakukan ini adalah kerana kita tidak mahu perkara yang ditimbulkan oleh Yang di-Pertua semasa menjadi pembangkang, menggunakan perkataan “jahanam” itu. Apa yang Jelutong kata, “Wah! Selepas dah buat, barulah kita ada undang-undang ini”. Tuan Yang di-Pertua, bila kita sebut melepaskan keanggotaan parti atau tidak lagi menjadi anggota parti, dia bukan kira selepas pilihan raya kah, sebelum pilihan raya kah, dia tak kira...

[Tepuk] Saya nak beritahu kepada semua yang ada di dalam Dewan bersama dengan Yang di-Pertua, mereka yang berubah tempat di sebelah sana, mengaku masih lagi menjadi ahli BERSATU. Maka bermakna, apabila parti yang membuat keputusan, you are ceased to be a member, itu adalah keputusan parti!...

[Tepuk] It’s not your duty to say whether they are ya *or no!...

[Tepuk] It is my duty* sebagai Setiausaha Agung.

Sebab itu saya nak peringatkan kalau begitulah caranya... [Menunjukkan kertas berkaitan] Ini adalah merupakan perjanjian persefahaman, kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan yang dikenali “Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi kestabilan pembaharuan perpaduan sosial dan inklusif.”

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya peringatkan dalam salah satu usul percaya dan Rang Undang-undang Perbekalan, ada sebut. Ini PH yang sebut, ini Gabungan yang sebut. “Setiap parti dan pihak-pihak hendaklah memastikan bahawa setiap Ahli Parlimen mereka mengundi menurut klausa 4A di atas. Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti tersebut.” Ini lepas pilihan raya, Jelutong. Apa cakap tak fikir...?

Sebab itu saya nak ingatkan kalau MoU pun dah bagi tahu hanya parti yang sepatutnya menentukan kerana parti, “Dan pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa Kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1).” Ini apa ini?...

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Larut, Sik nak tanya sikit boleh?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Perjanjian dah buat.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik nak tanya sikit boleh?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Perlembagaan dah ada. Jangan ikut sedap. Kalau kita ikut sedap, bukan hanya apa yang dikatakan oleh Tan Sri tempoh hari, saya nak bagi tahu, yang menjahanamkan adalah keputusan yang salah yang dibuatkan oleh Speaker sendiri!...

[Tepuk] Ini yang akan menjahanamkan Perlembagaan kita.

If you want us to fight in the court, I would like to tell you this. Sebenarnya, biarkan mereka fight me in the court sama ada mereka masih lagi member ataupun tidak. *It is not your duty to say!...

[Tepuk] It is my duty.* Speaker Kelantan betul. Dia memastikan ada kekosongan kemudian ahli itu *fight me in the court to say that I am not cease to be a member...

[Tepuk]* Itulah caranya, Speaker. Itulah kepastian yang harus diikut dalam Perlembagaan.

Tan Sri, you want to be the best Speaker and you’ll start it by creating this problem. Saya minta supaya Tan Sri faham keputusan Tan Sri merupakan satu keputusan yang salah. Terima kasih. Saya ingin tinggalkan Dewan, terima kasih. Kerana saya percaya apa pun keputusannya...

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Larut, Sik nak tanya sikit boleh, soalan?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

... Adalah keputusan yang dibuat kerana sepatutnya Speaker tidak mengikut perjanjian yang dibuat oleh gabungan- gabungan. Speaker, you got to be nonpartisan here. Terima kasih, terima kasih...

[Tepuk] [Ahli-Ahli Pembangkang keluar meninggalkan Dewan]

final • 6:10 PM

Seorang Ahli

Eh, dengarlah dulu...

final • 6:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no...

final • 6:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, kami tak puas hatilah. Mereka ...

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Duduk, duduk.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ha? Hei.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya...

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hei.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Keluarlah.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya ingin...

final • 6:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, duduk, duduk. Semua duduk, semua duduk, duduk.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan media yang telah pun dikeluarkan oleh Presiden Perikatan Nasional pada 10 Julai 2024 in response kepada surat saya pada 9 hari bulan di para 9, “Sehubungan itu BERSATU memutuskan untuk mengambil langkah- langkah susulan dengan melantik pakar-pakar perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan parti

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

BERSATU dan seterusnya mengambil pakar-pakar dan di samping itu apa yang disebut di sini, tindakan Speaker membuat tafsiran yang mencemar peruntukan Lompat Parti haruslah dicela.” Maknanya sikap yang Tan Sri mengambil terhadap saya ialah saya harus dicela.

Saya sebut begini bahawa, saya bukan posmen. Okey?...

[Tepuk] Bila saya menerima apa juga yang telah pun diberikan kepada saya, seperti yang telah pun disebutkan oleh Beluran tadi, saya akan memastikan. So, saya pasti, saya pasti, saya study semua sekali malah saya baca semua kenyataan dalam pembinaan amendment yang dibuat tentang 49 itu. Jadi, saya mengambil keputusan, keputusan saya kekal seperti yang telah pun saya maklumkan pada Beluran bahawa kekosongan tidak berlaku. Sekian, terima kasih...

[Tepuk] Baik, saya nak sambung. Mersing, silakan.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan dalam Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024.

Secara dasarnya, peruntukan dalam Akta 676 ini mengiktiraf dan menerima pakai keterangan kanak-kanak dalam perbicaraan di mahkamah. Dengan wujudnya pindaan dan peruntukan baru dalam Akta 676 ini akan menjadi perundangan utama yang memberi tumpuan sepenuhnya mengenai keterangan saksi kanak-kanak dan menyentuh pindaan- pindaan berbangkit pada perundangan lain kerana ia turut berkaitan.

Sememangnya perubahan kepada pindaan dalam Akta 676 ini akan mewujudkan satu persekitaran perbicaraan yang lebih mesra kanak-kanak dan jelas memberi keistimewaan serta perlindungan kepada saksi kanak-kanak supaya mereka dapat memberikan bukti keterangan yang terbaik tanpa perlu rasa takut atau menerima tekanan dari dalam dan luar mahkamah. Saya merujuk fasal 4 pada maksud mengadakan peruntukan baharu iaitu Bahagian 1A- Kekompetenan Saksi Kanak-kanak.

Soalan saya, sejauh mana pihak mahkamah boleh menentukan sama ada kanak- kanak itu cukup kompeten atau sebaliknya untuk memberi keterangan? Adakah mereka ini perlu melalui ujian atau pemeriksaan khusus untuk menilai tahap kompetensi? Adakah ia merupakan prasyarat sebelum menjadi saksi dalam sesuatu prosiding pensabitan kes?

Selain itu, bagaimanakah pula dengan saksi kanak-kanak yang hilang keupayaan tertentu seperti mana kanak-kanak OKU atau autisme? Bagaimanakah kedudukan kanak- kanak tersebut dalam konteks mengemukakan keterangan mengikut perundangan ini?

Adakah menjadi tugas mahkamah untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu layak memberikan keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau tidak layak langsung memberikan keterangan?

Perlu diketahui bahawa keterangan tidak bersumpah kanak-kanak adalah tidak mencukupi untuk mensabitkan pelaku. Adakah keterangan yang dikemukakan boleh dicabar oleh pihak tertuduh? Apakah implikasi terhadap proses perbicaraan kes sekiranya berlaku insiden sedemikian? Saya juga inginkan kepastian, apakah mekanisme penilaian yang diguna pakai untuk membezakan antara saksi kanak-kanak yang merupakan pemerhati kejadian dengan saksi kanak-kanak yang menjadi mangsa sebenar dalam kes gangguan seksual?

Tan Sri Yang di-Pertua, jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah bentuk kekejaman yang serius kerana ia boleh memberikan pelbagai kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada kanak-kanak. Dalam konteks ini, proses perbicaraan yang dijalankan hendaklah dilakukan tanpa memberi penekanan kepada kanak-kanak.

final • 6:15 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Maka, pengurusan kes pra perbicaraan adalah amat penting supaya kes berkaitan kanak-kanak perlu diberikan keutamaan dan hendaklah diselesaikan dalam tempoh singkat. Saya menyambut baik peruntukan fasal 4 yang menyatakan seksyen baru dalam RUU ini khususnya pada 2E yang bertujuan memberi panduan kepada mahkamah apabila memerlukan proses pengurusan kes.

Persoalan saya adalah, apakah asas pertimbangan yang dibuat oleh pihak mahkamah khususnya dalam proses pengurusan kes dengan mengambil kira faktor seperti umur saksi kanak-kanak dan juga keperluan khas saksi kanak-kanak sebelum mempertimbangkan langkah-langkah wajar yang perlu diambil bagi melindungi saksi kanak-kanak agar mereka dapat memberikan keterangan secara teratur serta memastikan prosiding yang lancar?

Pada masa yang sama, adakah usaha yang diambil untuk memastikan pemberian arahan semasa pengurusan kes yang berstatus mandatori dapat memperuntukkan masa yang mencukupi kepada pihak-pihak untuk membuat persediaan sewajarnya semasa memberi keterangan oleh saksi kanak-kanak agar tidak mengganggu pemikiran, emosi saksi kanak-kanak ataupun memanjangkan proses pemeriksaan?

Akhir sekali, menyentuh fasal 5 yang merujuk kepada pindaan terhadap seksyen 6 dalam akta ini, membenarkan rakaman video keterangan saksi kanak-kanak diterima sebagai satu keterangan. Dalam konteks ini, penggunaan sidang rakaman video semasa direkodkan keterangan merupakan amalan yang telah diguna pakai dalam prosedur mahkamah yang bertujuan memudahkan pihak mahkamah mengawal psikologi kanak- kanak.

Justeru, saya ingin tahu sejauh manakah pindaan ini dapat meningkatkan kadar penerimaan keterangan penuh saksi kanak-kanak yang diambil daripada rakaman video dalam prosedur pendengaran khas- special hearing. Sekian perbahasan saya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 6:15 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Sekarang saya jemput Beaufort.

final • 6:15 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas kesempatan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676].

Pindaan rang undang-undang ini adalah sangat signifikan dengan keadaan situasi semasa di mana kanak-kanak pada hari ini turut menjadi mangsa jenayah dan berdepan dengan keganasan yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini mengalami trauma dan menjejaskan masa depan mereka.

Namun, melihat daripada aspek perundangan negara, wujudnya diskriminasi terhadap kanak-kanak apabila undang-undang sedia ada dirangka untuk orang dewasa.

Ini menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesulitan apabila terlibat dalam sistem keadilan jenayah kerana ketidaksepadanan prosedur dan suasana mahkamah. Perkara ini jugalah yang menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mahu melaporkan salah laku jenayah terhadap anak mereka kerana prospek perbicaraan jenayah yang tidak bersesuaian dengan situasi kanak-kanak tersebut dan boleh mengganggu emosi kanak- kanak.

Tan Sri Yang di-Pertua, mengikut Laporan Polis Diraja Malaysia, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11), terdapat 2,722 kes dilaporkan dari tahun 2020 sehingga tahun 2024 bagi kes seksual kanak-kanak. Ini tidak termasuk lagi kes yang tidak dilaporkan, tetapi berlaku sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut hidup dalam keadaan trauma.

final • 6:20 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Apa yang lebih penting adalah usaha reformasi perundangan terhadap Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak ini akan memberi satu garis panduan cara menyoal kanak-kanak dan menjadikan kanak-kanak tersebut lebih selesa dan memberi keterangan tanpa diprovokasi secara agresif. Contohnya, pada hari ini, cara penyoalan dalam mahkamah amat berbeza dengan cara kanak-kanak berkomunikasi. Prosedur seperti pemeriksaan balas ataupun cross-examination, dengan izin, boleh menyukarkan dan mengganggu saksi kanak-kanak akibat caranya yang berkonfrontasi dan agresif.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pindaan undang-undang ini juga memperkenalkan peruntukan baharu dan bersifat lebih ke depan iaitu mengenai kekompetenan kanak- kanak untuk memberi keterangan bagi menggantikan peruntukan kanak-kanak masih mentah yang ada dan telah lapuk di bawah Akta 56.

Dalam pindaan rang undang-undang ini, selepas seksyen 2 memasukkan Bahagian IA- Kekompetenan Saksi Kanak-kanak, Keterangan Saksi Kanak-kanak yang Diberikan Dengan Sumpah atau Selainnya dan Sokongan Saksi Kanak-kanak. Semua saksi kanak-kanak hendaklah dianggap kompeten untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah. Kanak-kanak 12 tahun ke atas memberi keterangan dengan bersumpah dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun berjanji untuk bercakap benar.

Perkara ini adalah selari dengan undang-undang common law seperti United Kingdom iaitu seksyen 53, 56 Youth Justice and Criminal Evidence Act, undang-undang Australia iaitu seksyen 99C rujuk Evidence Act, undang-undang negara New Zealand iaitu seksyen 77 Evidence Act 2006 dan undang-undang negara Kanada iaitu seksyen 16.1.1 Evidence Act. Maka, saya yakin dan percaya sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, kanak-kanak dan ibu bapa akan lebih yakin untuk melaporkan kesalahan dan merasa selesa untuk memberi kerjasama dalam prosiding jenayah jika mereka yakin kepentingan kanak-kanak yang terlibat akan terjaga. Kanak-kanak juga boleh mendapat keadilan tanpa melalui trauma tambahan dan yang lebih penting, kanak-kanak tersebut akan diberi layanan yang sama seperti saksi-saksi lain yang akhirnya kanak-kanak tersebut dapat memberi keterangan dengan baik dan akan mendorong kepada perbicaraan yang adil.

Tan Sri Yang di-Pertua, atas dasar itu, usaha murni dalam mereformasi undang- undang negara dengan memberi keadilan dan hak yang sama kepada kanak-kanak adalah sangat perlu. Saya yakin dengan pindaan terhadap rang undang-undang ini akan memberi impak yang besar terhadap jaminan kehidupan kanak-kanak agar mereka juga dengan yakin boleh memberi keterangan tanpa di diskriminasi daripada aspek umur.

Dengan itu, Beaufort menyokong penuh rang undang-undang meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak [Akta 676] pindaan 2024. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Rantau Panjang. Rantau Panjang tidak ada. Saya jemput Kapar. Kapar juga tidak ada.

Oleh itu, saya jemput Menteri. Silakan. Sepuluh minit boleh, Menteri?

final • 6:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Insya-Allah.

final • 6:26 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 6:26 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, kritikan dan cadangan dalam sesi perbahasan Rang Undang- undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024.

final • 6:26 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat adalah Bukit Bendera, Tumpat, Jelutong, Besut, Seputeh, Jerlun, Pasir Gudang, Kuala Kedah, Klang, Padang Terap, Petaling Jaya, Mersing dan Beaufort. Yang lainnya, antara jadi dengan tak jadilah. Saya akan cuba menjawab. Yang mana saya tak mampu, saya akan jawab secara bertulis. Disebabkan masa yang diberikan Tan Sri.

Jadi, sebenarnya jawapan akan lebih kepada beberapa skop iaitu berkenaan dengan:

(i) kekompetenan kanak-kanak sebagai saksi;

(ii) pemansuhan keperluan undang-undang untuk keterangan sokongan mandatori;

(iii) pengurusan kes;

(iv) transkrip video kenyataan kanak-kanak; dan

(v) isu-isu lain seperti kesedaran melalui NGO dan sebagainya.

Kekompetenan pada kanak-kanak sebagai saksi. Ahli-ahli Yang Berhormat telah membawa dan saya fokus pada beberapa isu, terutama sekali daripada Yang Berhormat Tumpat, Kuala Kedah berkenaan dengan isu kompetensi.

Sebab, di sini, Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan had umur yang paling awal untuk seorang kanak-kanak memberikan keterangan, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tiada penetapan had umur minimum yang ditetapkan di bawah rang undang- undang ini kerana perkembangan awal kanak-kanak adalah berbeza bagi setiap kanak- kanak.

Semua saksi kanak-kanak hendaklah dianggap kompeten untuk memberi keterangan dalam mana-mana prosiding melainkan mahkamah mendapati saksi kanak- kanak tersebut tidak boleh memahami persoalan yang dikemukakan kepadanya atau memberikan jawapan yang rasional dalam prosiding itu. Perkara ini boleh ditentukan melalui inkuiri di bawah seksyen 2C baharu yang diperkenalkan melalui rang undang- undang ini.

Berkenaan dengan membangkitkan isu apakah peruntukan mengenai keterangan saksi kanak-kanak yang diperuntukkan di bawah akta ini juga terpakai bagi keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak dalam penyiasatan oleh pihak Polis.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak 2007, keterangan saksi kanak-kanak adalah berkaitan dengan keterangan yang diberikan dalam prosiding mahkamah. Semasa penyiasatan, keterangan yang diberikan semasa penyiasatan tersebut boleh dikemukakan ke mahkamah sebagai keterangan sekiranya memenuhi syarat-syarat tertentu. Apabila keterangan kanak-kanak semasa penyiasatan dirakam, rakaman video tersebut bolehlah diterima sebagai keterangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh akta ini.

Yang Berhormat Kuala Kedah pula telah menanyakan, siapa yang akan menentukan kanak-kanak kompeten untuk memberikan keterangan dan adakah boleh menentukan kanak-kanak kompeten berdasarkan umur tertentu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan tanggungjawab, memang sudah tentu diletakkan tanggungjawab kepada mahkamah untuk menentukan seorang saksi kanak-kanak itu berkompeten untuk memberikan keterangan di mahkamah ataupun tidak. Kekompetenan saksi kanak-kanak tidak bergantung pada umur kanak- kanak sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen baharu 2A yang dicadangkan.

Kanak-kanak adalah kompeten untuk memberikan keterangan sekiranya dia memahami soalan yang dikemukakan kepadanya dan boleh memberikan jawapan yang rasional kepada jawapan tersebut.

final • 6:26 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Keduanya, pemansuhan keperluan undang-undang untuk keterangan sokongan mandatori. Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan berhubung corroboration, dengan izin. Adakah penghapusan corroboration akan terpakai bagi semua kes dan bukan sahaja bagi kes seksual sahaja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, betul, selepas pindaan berkuat kuasa, mana-mana tertuduh yang dipertuduh bagi mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh disabitkan berasaskan keterangan kanak-kanak tanpa sokongan yang diberikan dengan bersumpah atau selainnya.

Yang Berhormat Tumpat pula bertanya tentang sama ada rang undang-undang ini terpakai kepada kes sivil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta 676 terpakai pada prosiding sivil dan jenayah. Namun, kemasukan seksyen baharu 2E di bawah rang undang-undang ini, sebagai permulaan, hanya terpakai bagi kes jenayah.

final • 6:26 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ini untuk memberikan panduan kepada mahkamah apabila memulakan pengurusan kes di bawah seksyen 172B, Kanun Tatacara Jenayah dan adalah mandatori apabila melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Dalam prosiding sivil, pengurusan kes di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 boleh digunakan pakai walaupun tiada diperuntukkan di bawah seksyen 2E yang baharu.

Yang Berhormat Seputeh pula telah membangkitkan keperluan bagi arahan amalan untuk hakim menangani pandangan atau perbicaraan. Bagi menjawab persoalan ini, ingin saya memaklumkan bahawa pada masa ini telah pun terdapat garis panduan khas untuk mengendalikan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada tahun 2017.

Sebagai mana saya maklumkan dalam ucapan tadi, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat pada setiap peringkat pelaksanaan undang- undang dan terdapat keperluan bagi latihan yang sesuai dilaksanakan secara berterusan dan berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua pihak yang terlibat mengenai semua aspek undang-undang yang baharu ini.

Berkenaan dengan Yang Berhormat Bukit Bendera tentang bagaimanakah pelaksanaan memberi keterangan melalui video dan orang sokongan boleh meningkatkan ketetapan keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak?

Ingin saya terangkan bahawa keterangan melalui video merupakan suatu kemudahan yang telah digunakan sekian lama sejak penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak untuk memberi keterangan dan ini dilihat sebagai lebih selesa tanpa berhadapan dengan tertuduh agar kanak-kanak tidak berada dalam keadaan yang trauma. Walau bagaimanapun, keterangan diberikan melalui video mempunyai kebolehterimaan keterangan saksi kanak-kanak adalah sama seperti memberi keterangan di mahkamah terbuka. Maknanya, tertakluklah kepada Hakim untuk membuat penentuan tersebut.

Yang Berhormat Bukit Bendera pula menanyakan bagaimana untuk mengurangkan kesan psikologi jangka panjang yang dihadapi oleh saksi kanak-kanak jika mereka tidak menerima sokongan yang mencukupi? Persoalan ini merupakan perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Namun, ingin dikongsikan bahawa pindaan di bawah rang undang-undang ini, saksi kanak-kanak akan diberikan perlindungan yang lebih baik.

Yang Berhormat Tumpat pula membangkitkan persoalan mengenai keperluan kewujudan NGO untuk menerangkan implikasi pindaan ini. Kerajaan mengambil maklum dan akan meneliti perkara ini lebih, termasuk implikasi kewangan seterusnya.

Yang Berhormat dari Bukit Gelugor telah menanyakan mengenai pengurusan kes di bawah subseksyen 2E(3) secara khususnya dengan persoalan dan soalan yang boleh

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

ditanya dan tidak boleh ditanya. Dikhuatiri pindaan ini akan menyebabkan ketidakadilan kepada pihak pembelaan. Mohonkan penjelasan. Dengan adanya peruntukan ini, mahkamah berfungsi untuk mengawal dan menyusun bagaimana soal jawab dijalankan.

Ini termasuk menetapkan soalan yang relevan dan mengelakkan soalan yang mungkin mengganggu perjalanan prosiding dengan adil. Perkara ini dilakukan bagi memastikan perbicaraan dijalankan dengan lancar dan efisien.

Salah satu isu utama yang timbul ialah bahawa pindaan ini mungkin memaksa pembelaan untuk mendedahkan strategi mereka lebih awal daripada yang mereka inginkan. Dalam perbicaraan tradisional, pembelaan biasanya akan mengekalkan elemen kejutan sebagai salah satu taktik untuk menang kes-kes pendakwaan. Dengan pengurusan kes yang lebih ketat dan peraturan soalan yang boleh dan tidak boleh ditanya, ini mungkin menyebabkan pembelaan kehilangan kelebihan tersebut.

Dalam hal ini, subseksyen 2E(3) memastikan bahawa semua pihak mempunyai akses kepada maklumat yang sama yang boleh meningkatkan ketelusan dalam perbicaraan. Apabila semua soalan dan persoalan telah ditetapkan terlebih dahulu, kedua- dua pihak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai batasan soalan yang boleh ditanya, mengurangkan unsur kejutan yang tidak adil.

Apabila pembelaan mengetahui soalan-soalan yang akan ditanya lebih awal, mereka boleh membuat persediaan yang lebih baik. Ini boleh termasuk penyediaan bukti yang relevan dan mengatur saksi dengan lebih berkesan. Persediaan yang lebih baik boleh membantu pembelaan untuk memberikan hujah yang lebih mantap dan berfokus.

Yang Berhormat Jerlun pula telah menanyakan tentang mengenai ‘kekompeten’ saksi kanak-kanak. Apa maksud ‘kekompeten’ di bawah rang undang-undang ini dan adakah ia mencukupi syarat?

Sebagaimana jawapan saya kepada Yang Berhormat Tumpat sebentar tadi.

Seorang kanak-kanak adalah tidak ‘kompeten’ sekiranya dia tidak boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya atau memberikan jawapan yang rasional kepada soalan yang dikemukakan.

Oleh yang demikian, selagi mana seorang kanak-kanak itu boleh memahami soalan yang dikemukakan kepadanya dan memberikan jawapan kepada jawapan yang rasional sewajarnya, maka kanak-kanak itu dianggap ‘kompeten’ untuk memberikan keterangan daripada segi undang-undang.

Yang Berhormat Besut juga telah membangkitkan persoalan mengenai bagaimana kerajaan memastikan tiada orang akan menyalahgunakan kanak-kanak itu untuk mempengaruhi kes.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara ini bukan isu yang baharu dan merupakan satu perkara yang sudah sedia ada, sudah pun dikendalikan oleh mahkamah jenayah bagi saksi dewasa dan saksi kanak-kanak. Dalam semua kes jenayah, terdapat risiko bahawa saksi dewasa atau kanak-kanak, telah pun mereka yang terlibat itu ataupun mereka dalam jenayah itu ataupun mereka telah dimanipulasikan untuk membuat dakwaan palsu terhadap orang yang kena tuduh.

Inilah sebabnya beban pembuktian yang terlibat adalah sangat tinggi. Dalam mahkamah dikehendaki meneliti keterangan bukti untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes di luar keraguan munasabah, dengan izin, beyond reasonable doubt. Kanak-kanak juga tidak mudah di manipulasi dan apabila mereka dilatih untuk membuat kenyataan palsu oleh orang dewasa, kenyataan mereka tidak meyakinkan. Adalah sukar bagi mereka meyakinkan mana-mana pihak, termasuk mahkamah dengan cerita rekaan.

Yang Berhormat Besut juga membangkitkan mengenai umur saksi kanak-kanak di bawah Akta 676 tidak selaras dengan umur kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak iaitu seorang yang berumur di bawah 16 tahun.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Keterangan Saksi 2007 telah dipinda melalui Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2023 dengan meminda takrif saksi kanak-kanak menjadikan umur saksi kepada umur kanak-kanak sekarang selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 iaitu di bawah 18 tahun.

Yang Berhormat Jelutong juga telah mencelah dan membangkitkan keperluan untuk kerajaan mewujudkan ‘mahkamah khas kanak-kanak’ di setiap negeri di Malaysia bagi memastikan kes yang berkaitan kanak-kanak didengari dengan cepat dan pantas.

Ingin saya maklumkan bahawa pada masa ini, semua Mahkamah Sesyen bersedia untuk mendengar kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Setakat ini, sebanyak 10 buah Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak telah diwujudkan di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak pula pada masa ini tiada mahkamah khas yang mendengar kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, infrastruktur, kelengkapan yang dibangunkan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah dan Kompleks Mahkamah Kuching, Sarawak boleh digunakan secara bersama oleh kesemua Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dan Mahkamah Kucing, Sarawak. Selain itu, terdapat 51 Mahkamah Sesyen Jenayah Am yang turut mendengar kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di seluruh negara bagi menampung keperluan lokasi dan sentiasa memastikan akses kepada keadilan tercapai.

Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Bangi menanya kerajaan berkenaan dengan konsultasi dengan Majlis Peguam Malaysia berkaitan dengan cadangan pindaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang.

Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan beberapa sesi libat urus berkaitan dengan cadangan pindaan dasar yang berkaitan bersama dengan Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pejabat Pesuruhjaya Kanak- kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), pihak berkepentingan yang terdiri daripada Majlis Peguam Malaysia bagi membincangkan hala tuju serta mendapat input dan maklum balas persediaan dasar dan membincangkan parameter, cadangan pindaan sejak cadangan pindaan fasal 1 iaitu awal tahun 2023 sehingga 18 Jun 2024.

Malah, pada 1 Ogos 2023, kerajaan juga telah memanggil pakar-pakar undang- undang keterangan daripada universiti tempatan sebagai individu bebas yang telah membentangkan kedudukan dan perkembangan global terkini untuk menerangkan rasional cadangan pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.

Baru-baru ini pada 11 Jun 2024 dan 19 Jun 2024, kerajaan telah mengadakan sesi libat urus sekali lagi dengan Majlis Peguam Malaysia berhubung dengan cadangan pindaan ini.

Yang Berhormat Bukit Gelugor juga menanyakan sama ada pihak peguam bela perlu mengemukakan soalan yang akan ditanya, dengan izin, disclosure of the defence yang boleh dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak terdapat apa-apa kewajipan di bawah cadangan pindaan yang mewajibkan peguam bela untuk berkongsi seolah-olah ia akan ditanya. Oleh itu, isu percanggahan dengan Perlembagaan tidak timbul sama sekali.

Sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dan saya akan memberi jawapan kepada semua yang tak sempat dijawab pada masa sekarang, beri jawapan secara bertulis dan semua input dan pandangan akan dikongsikan dengan semua- agensi-agensi yang terlibat.

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, saya berharap bahawa ini bukanlah pindaan yang pertama dan bukan pindaan yang terakhir dan selagilah ini adalah Kerajaan Madani, kita akan memberikan satu keadilan kepada semua mangsa jenayah, terutama jenayah

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

seksual terhadap kanak-kanak yang akan menjadi mereka yang mewarisi negara kita.

Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam Dewan ini.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, saya menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) untuk meminda fasal dalam peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024. Saya membenarkan pindaan ini dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2).

Susulan daripada itu, Kertas Pindaan dalam Jawatankuasa ialah kertas berwarna merah jambu telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Setiausaha.

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

final • 6:40 PM

Fasal 4 - Pindaan] – Tuan Pengerus

Silakan, Menteri.

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, saya mencadangkan untuk membuat pindaan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024. Cadangan pindaan pada fasal 4 rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda subseksyen baru 2B(1) dan (2) untuk menggantikan peruntukan yang kompleks dengan peruntukan yang lebih jelas mengenai kehendak saksi kanak- kanak dalam memberikan keterangan dengan sumpah atau selainnya.

Dengan pindaan ini adalah memadai untuk memperuntukkan bahawa seorang saksi kanak-kanak boleh memberikan keterangan dengan sumpah, jika dia telah mencapai umur 12 tahun dan memahami sifat sumpah. Saksi kanak-kanak yang belum mencapai 12 tahun atau tidak memahami sifat sumpah boleh memberikan keterangan tanpa sumpah dan mahkamah hendaklah memaklumkan saksi kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai kewajipan untuk bercakap benar dan menghendaki saksi kanak-kanak itu untuk berjanji untuk bercakap benar.

final • 6:41 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahaskan.

[Tiada perbahasan]

final • 6:41 PM

Tuan Pengerusi

Menteri...

final • 6:41 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan.

[****Pindaan** dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 4 seperti yang dipinda; diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson) dan diluluskan]

final • 6:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin 15 Julai 2024.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat malam.

final • 6:41 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.44 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026