Katalog Hansard
Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Wong Chen, Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor satu.
1. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan garis panduan untuk membenarkan pemandu OKU dengan lesen A/A1 untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing dan rancangan kerajaan untuk mengubah garis panduan bagi membenarkan pemandu OKU untuk mendapatkan lesen PSV.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar semasa pelesenan pemandu kenderaan perkhidmatan awam hanya membenarkan pemegang Lesen Memandu Malaysia Kelas D, DA untuk memohon [Mengah] [Mengurut dada] - sekejap ya. Maaf.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Loke Siew Fook
Untuk memohon lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam (PSV) e-hailing.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Relaks dulu YB. YB kena check hospital itu, bahaya-bahaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Menteri, you relaks dulu saya jawab the soalan ini, tambahan Menteri. Please.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar semasa pelesenan pemandu kenderaan perkhidmatan awam hanya membenarkan pemegang Lesen Memandu Malaysia
(LMM) Kelas D dan DA untuk memandu lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam PSV e-hailing. Pemegang LMM Kelas A dan A1 pula tidak dibenarkan untuk memohon lesen vokasional bagi apa-apa kelas.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Perkara ini telah dinyatakan di bawah seksyen 30, Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mensyaratkan seorang pemohon perlu membuat akuan dalam borang yang ditetapkan, sama ada atau tidak dia menghidap apa-apa penyakit atau ketidakdayaan jasmani yang mungkin menyebabkan pemanduannya menjadi suatu punca bahaya kepada orang lain.
Selain itu perundangan subsidiari di bawah Kaedah 4, Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959 pula telah menggariskan bahawa pemohon yang memohon suatu lesen vokasional perlu memiliki suatu sijil perubatan yang menunjukkan dia tidak mengalami apa-apa penyakit atau kecacatan fizikal yang berkemungkinan mengganggu keberkesanannya dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang pemandu atau menyebabkan pemanduannya bagi sesuatu kenderaan perkhidmatan awam menjadi sumber bahaya kepada orang awam.
Walau bagaimanapun, dasar semasa tidak menghalang orang kurang upaya dari kategori pendengaran dan atau pertuturan yang memiliki kad OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan memegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas D dan DA untuk memohon Lesen Vokasional PSV e-hailing dengan pengesahan kesihatan daripada pengamal perubatan berdaftar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Speaker. Menteri, saya tahu soalan tambahan ini bukan di bawah perkara Kementerian Pengangkutan tetapi mempunyai kepentingan awam iaitu kes pemandu Grab yang kurang upaya yang kononnya ditumbuk oleh bodyguard berkait dengan TMJ pada 28 Mei 2024.
Apakah status kes ini dan adakah kementerian berjumpa dengan mangsa OKU dan juga NGO DAWN, Malaysian Deaf Advocacy and Well-Being untuk merangka dasar yang lebih prihatin terhadap keperluan orang kurang upaya. Kalau belum lagi jumpa boleh tak diberi undertaking to follow-up kes ini yang penting dan juga jumpa dengan DAWN. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Okey. Berkenaan dengan kes yang dikatakan oleh Yang Berhormat Wong Chen tadi, Yang Berhormat Subang tadi, itu adalah kes di bawah polis.
Tetapi untuk pemandu OKU, khususnya pemandu pekak, kita telah ada dasar untuk membenarkan mereka memandu dan banyak juga pemandu-pemandu pekak ini telah pun diberikan kelulusan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, mengambil kira kesukaran yang dihadapi oleh golongan OKU ini terutama dalam mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan bagi lesen PSV ini, adakah terdapat pengecualian tertentu untuk golongan OKU agar mereka dibenarkan terus terlibat terutama dalam sektor ekonomi e-hailing ini. Apakah ada satu polisi mesra OKU yang bersifat jangka panjang yang dirangka khas untuk mereka untuk membolehkan mereka memberi sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara. Minta penjelasan.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Rantau Panjang, seperti yang saya katakan tadi memang ada pengecualian diberikan kepada pemandu-pemandu OKU ini. Banyak yang
Tuan Loke Siew Fook
telahpun diberikan pengecualian tetapi untuk Kelas A dan A1, kecacatan fizikal. Ini perlu dilihat apa jenis kecacatan fizikal yang mereka alami. Ada yang mungkin tak boleh nak diberikan pengecualian.
Tuan Loke Siew Fook
Tetapi sebagaimana dalam dasar kita, kita memang pro kepada pemandu OKU sebab kita melihat bahawa OKU ini juga mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat dan mereka mampu menjadi pemandu yang berhemah dan berkhidmat dalam perkhidmatan e-hailing ini.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, bagi kita selagi mereka dapat membuktikan bahawa dari segi fizikalnya mereka boleh memandu, kita cuba memberikan pengecualian. Cuma, dalam borang pendaftaran itu ataupun borang– mereka memerlukan pengecualian daripada Kementerian Kesihatan. Jadi, dalam perkara ini memang kita akan lihat dan cuba yang terbaik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Larut.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor dua.
2. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan :
(a) mekanisme pelaksanaan dasar penyasaran minyak di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi membolehkan orang ramai, peniaga kecil dan penjaja menikmati subsidi bersasar; dan
(b) jaminan kerajaan bahawa penyasaran minyak ini tidak memberi kesan kepada rantaian ekonomi keseluruhannya yang boleh mendorong melonjakkan lagi harga barang dengan kesannya rakyat terbanyak terutama golongan M40 dan B40.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Larut atas keprihatinan untuk bersama-sama meneliti isu yang terkait secara langsung dengan isu kos sara hidup dan sebenarnya semalam, kami di KPDN juga telah duduk hampir dua jam bersama-sama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Select Committee) Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Rasah.
Jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Tenggara yang meluangkan masa untuk hadir, sekali gus bukan sahaja mendapatkan penerangan daripada KPDN tetapi memberikan, mengemukakan isu- isu spesifik untuk kita sama-sama teliti dan susuli.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Berhubungan dengan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut, secara ringkasnya penggunaan mekanisme ini untuk pemberian subsidi diesel telah dimulakan sejak tahun 2013 melalui SKDS1.0 dengan membangunkan sistem MySubsidi Diesel dengan menggunakan, mengguna pakai fleet card untuk 10 jenis pengangkutan darat awam dengan kadar harga bersubsidi RM1.88 seliter.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023, kerajaan telah membentangkan syor pelaksanaan pendekatan penyasaran subsidi bahan api diesel untuk memastikan peruntukan subsidi kerajaan benar-benar sampai kepada golongan sasar, sekali gus menangani isu ketirisan.
Antara kaedah yang diputuskan adalah memperluaskan mekanisme SKDS untuk meneruskan pemberian subsidi kepada sektor pengangkutan darat barangan pada harga sedia ada iaitu RM2.15 seliter sebagai alternatif kepada kaedah pemberian subsidi secara pukal di stesen-stesen minyak.
Perancangan awal adalah untuk memperluaskan mekanisme SKDS kepada hanya sembilan jenis pengangkutan barangan sahaja. Namun begitu, setelah diperhalusi secara lebih mendalam melalui pelbagai bengkel dan sesi libat urus merentasi kementerian dan agensi serta para pemegang taruh termasuklah industri dan kumpulan pengguna, kerajaan telah memutuskan perluasan mekanisme SKDS dan pemberian subsidi kepada tambahan 14 jenis pengangkutan barangan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jenis pengangkutan darat awam dan barangan yang terus diberikan subsidi pada kadar RM2.15 meliputi 33 jenis pengangkutan.
Pertambahan ini dibuat untuk memastikan semua jenis pengangkutan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan keperluan harian penting pengguna, dengan izin, essential consumers good and services for daily consumption, terus mendapat subsidi. Ini sekali gus untuk menangani impak pelaksanaan pendekatan subsidi bersasar diesel kepada rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut.
Perkara-perkara lain juga kita laksanakan untuk mengekang kesan ini melalui penguatkuasaan, melalui omnipresence para penguat kuasa kita di lapangan dan juga pematuhan perundangan oleh para peniaga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Larut.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Bila mana kerajaan telah mengumumkan tentang dasar yang baharu, kerajaan juga memberi jaminan supaya harga-harga barangan tidak akan naik. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya selepas sahaja pengumuman dibuat, harga barangan terutamanya makanan, essential goods di pasaran, pasar-pasar, banyak barang-barang tersebut harganya naik seperti ikan, cili, banyak lagi. Tetapi yang paling penting tadi yang saya dengar adalah apabila kita naikkan SKDS – jenis-jenis SKDS yang ingin kita perbesarkan sehingga 33 jenis pengangkutan semuanya, itu baik.
Cuma, masalahnya pernah tak kita lihat kembali tentang masalah di lapangan?
Contohnya, sawah. Kita juga turun ke bawah, check. Kita tengok masalah membajak sebagai
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
contoh, naik sehingga jumlah untuk mereka menambah harga diesel tersebut sudah naik sehingga RM8,000 daripada jumlah asal.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Maka sebab itu, saya ingin tanyakan.
Kalau ini caranya, RM200 sebulan yang kita beri, hanya RM2,400. Jumlah yang sebenarnya naik sehingga RM8,000. Tak cukup RM6,000. Bagaimana caranya untuk kita mengekalkan supaya the value chain nanti, penjualan akhirnya nanti beras itu tidak naik begitu tinggi harganya? Itu saya mahu Menteri menjawab.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih, Yang Berhormat. Pertama, berkaitan dengan kenaikan harga. Saya tidak mahu mengambil pendekatan in denial dan sebenarnya, sebagaimana Yang Berhormat lebih arif, lebih lama di KPDN, saya fikir ia bergantung kepada mekanisme pasaran, dan memang ada harga yang sebenarnya sebelum penyasaran subsidi diesel pun, ada kenaikan dan kemudiannya turun.
Memang unjuran sebelum pelaksanaan subsidi diesel ini pun, unjuran inflasi pada tahun ini yang bersandarkan kepada IHP, memang diunjurkan ada sedikit kenaikan dalam – tetapi masih dalam keadaan yang stabil, di antara 2 hingga 3.5 peratus. Namun apa-apa pun, dari segi rantaian pengedaran itu, kita akan pantau dan sekiranya terdapat sebarang kenaikan, kita akan panggil untuk mendapatkan justifikasi, apakah punca kepada kenaikan tersebut.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Yang kedua, dari segi pelaksanaan. Walaupun hanya 33 setakat ini Yang Berhormat, tetapi sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita mempunyai Jawatankuasa Rayuan. Selain daripada Budi Madani, kita juga mempertimbangkan kes-kes khas sebagaimana Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Tenggara membangkitkan tentang keperluan memberikan, melihat, menyantuni kepada aspek lori pengangkut roro di kawasan-kawasan petani-petani dan juga pekebun-pekebun kecil kelapa sawit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Insya-Allah ya. Kita telah mengemukakan kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi supaya mereka membuat engagement dengan stakeholders masing-masing. Begitu juga Kementerian Pertanian dan membawa apakah cadang dan insya-Allah, sekiranya ia terkait dengan yang saya sebutkan tadi, essential goods and services yang digunakan oleh public at large, insya-Allah kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan pelan mitigasi dan juga intervensi.
Saya amat mengalu-alukan, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Any specific case, dengan izin. Sekiranya, instead of just general statement tetapi any specific case yang boleh kita santuni dan cari kaedah supaya kita dapat mengekang, bukan hanya golongan tersebut tetapi golongan sasar rakyat secara keseluruhan Terima kasih.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya kepada Menteri, ia berkaitan dengan proses kita laksanakan skim ini di mana sistem SKDS ini, di mana fleet card tersebut yang dikeluarkan itu, ramai lagi belum dapat.
Sungguhpun Kementerian KPDN telah memberikan kelulusan bulan 3, bulan 4, April-Mac dah bagi kelulusan tetapi syarikat minyak sampai hari ini, masih lagi ramai yang belum dapat fleet card tersebut.
Ini telah menimbulkan banyak masalah kepada mereka. Sungguhpun mereka boleh claim, reimburse semula tetapi itu kerja yang seharusnya dapat dielak. Jadi, apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk kita atasi masalah ini? Terima kasih, Menteri.
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi, sememangnya di peringkat kelulusan sistem MySubsidi Diesel di KPDN tidak ada masalah. Kita boleh sebenarnya meluluskan serta-merta, sebaik sahaja dokumen lengkap dimasukkan kerana sistem kita telah pun diintegrasi dengan JPJ.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Memang saya akui ada masalah dari segi kelewatan pengeluaran fleet card oleh syarikat-syarikat minyak dan kita meneruskan engagement dengan syarikat-syarikat oil company ini untuk memastikan lebih cepat dikeluarkan. Selain daripada reimbursement yang juga disebut, kita dan Kementerian Kewangan juga mempermudahkan prosesnya. Kita juga meminta supaya oil company sekarang melaksanakan penggunaan cash card sementara menunggu fleet card itu dikeluarkan.
Insya-Allah, kita ambil maklum kekhuatiran Yang Berhormat dan juga sedikit kerumitan yang dihadapi oleh para pengguna disebabkan isu fleet card ini dan kita akan terus bekerjasama rapat dengan kelima-lima syarikat minyak ini untuk expediate dengan izin, mempercepatkan pengeluaran fleet card ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya yang seterusnya nombor tiga.
3. Dato’ Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Luar Negeri menyatakan persediaan kerajaan untuk menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Apakah perkara- perkara utama yang ingin dicapai dalam tempoh Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Gombak yang bertanya tentang ASEAN.
ASEAN ini adalah merupakan Dato’ Yang di-Pertua, satu gabungan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang telah lama ditubuhkan iaitu ditubuhkan pada bulan Ogos 1967, 57 tahun ASEAN telah pun ditubuhkan. ASEAN telah pun menjadi sebagai satu blok yang amat besar maknanya pada rantau Asia Tenggara ini. Bermula daripada lima buah
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
negara, sekarang sudah ada 10 buah dan ada satu negara yang sedang berstatus observer ataupun pemerhati.
Dato’ di-Pertua, kita akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Banyak yang telah pun kita siap sediakan. Kita ada Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di mana semua kementerian terlibat. Semua Menteri-menteri terlibat yang menjadi anggotanya dan kita ada juga jawatankuasa di peringkat Menteri-menteri.
Ada tiga tonggak utama Dato’ di-Pertua. Tonggak yang pertama iaitu tonggak keselamatan dan politik, tonggak ekonomi yang kedua dan tonggak sosiobudaya yang ketiga.
Kementerian Luar Negara merupakan peneraju kepada tonggak politik dan juga keselamatan. Setakat bulan Jun Dato’ Yang di-Pertua, kita telah pun mengumpulkan daripada ketiga-tiga tonggak ini sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin negara, peringkat Menteri dan juga peringkat pegawai-pegawai akan diadakan pada tahun 2025.
Kita telah pun mengenal pasti tempat-tempat dan kita akan taburkan mesyuarat- mesyuarat ini bukan sahaja bertumpu di Kuala Lumpur tetapi di merata tempat di seluruh negara termasuklah akan ada di Kota Kinabalu, di Kuching, di Johor, di Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Langkawi dan beberapa tempat lagi, Dato’ Yang di-Pertua, memandangkan banyak sangat dia punya mesyuarat yang akan diadakan pada tahun depan.
Ini telah pun diuruskan dan kita ada satu sekretariat yang dipanggil sebagai SILA. Sekretariat yang akan terus memantau iaitu Sekretariat Induk Logistik ASEAN 2025.
Dato’ Yang di-Pertua, ini merupakan sebagai dia punya sekretariat utama yang akan menguruskan dari segi logistik dan juga substantif, yang penting adalah logistik ini perlu dilihat daripada sekarang Dato’ Yang di-Pertua, kita pastikan kedatangan tetamu kita yang ramai daripada seluruh dunia. ASEAN kita mesyuarat, ada juga ASEAN Plus Dialogue Partner, ada 11 dialogue partner negara-negara utama dan juga kita akan ada ASEAN Plus dan macam- macam lagi, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, ini merupakan suatu penghormatan kepada Malaysia yang akan menjadi pengerusi tahun hadapan dan berbagai-bagai acara, atur cara yang telah pun kita siapkan di samping mesyuarat-mesyuarat di peringkat pegawai, Menteri-menteri dan yang lain-lain. Ini kita minta supaya setiap kementerian dan juga negeri-negeri di mana tempat-tempatnya akan kita adakan mesyuarat, untuk sama-sama mengadakan sambutan dan juga menyiapkan tempat-tempat yang mereka akan menerima tetamu daripada luar negara, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri atas jawapan yang lengkap. Secara asasnya apabila dilihat jawapan daripada Menteri, kebanyakan aktiviti adalah merujuk kepada aktiviti G2G iaitu melibatkan pegawai-pegawai, pimpinan-pimpinan di kalangan negara-negara ASEAN.
Justeru, saya tertarik dengan beberapa tonggak, tonggak khususnya tonggak sosioekonomi atau sosiobudaya yang disebut oleh Menteri sebentar tadi. Apakah program-
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
program dan apakah langkah-langkah dan strategi difikirkan ataupun yang akan dilaksanakan sementara kita menjadi Pengerusi ASEAN supaya wujudnya hubungan di antara P2P ataupun rakyat kepada rakyat ataupun people to people kerana hal ini akan mengukuhkan lagi semangat ASEAN dan juga akan mengukuhkan lagi kefahaman masyarakat berkenaan dengan ASEAN dan justeru, mampu untuk meningkatkan nilai dagang dan pelbagai pasaran yang saya rasa mempunyai lebih 600 juta komuniti dan rakyat di dalam wilayah ASEAN ini.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Memang itulah hasrat kita untuk kita semasa menjadi kepengerusian ASEAN ini untuk kita mempamerkan dan juga kita melihat betapa nanti faedah daripada kita – kepengerusian kita ini akan dapat limpahannya kepada pihak usahawan, dagangan dan juga kepada negeri-negeri agar kedatangan tetamu yang ramai ini nanti dijadikan sebagai suatu asas untuk kita memperlihatkan kekayaan budaya negara kita, memperlihatkan betapa kita punya sektor ekonomi kita sebagai satu sektor ekonomi yang besar di ASEAN. Dato’ Yang di-Pertua, ini kita telah pun sampaikan hasrat ini kepada negeri-negeri, kepada PBT-PBT.
Dari segi ekonominya pula, kita ada apa yang dipanggil sebagai asas yang akan diperkasakan oleh pihak swasta ataupun pihak usahawan sendiri yang mana ia akan diuruskan oleh ASEAN Business Advisory Council yang chapter Malaysia (Malaysian Chapter) Dato’ Yang di-Pertua, yang mana kita akan ada conference, akan ada seminar, akan ada kita punya business to business punya engagement. Ini akan kita jadikan sebagai pengisi kepada substantif yang saya katakan tadi semasa kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Apakah hala tuju Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang akan datang untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam aspek keterjaminan makanan dan agromakanan?
Keduanya, apakah hasil daripada ASEAN Leaders Declaration on Strengthening Food Security and Nutrition in Response to Crisis 2023 terhadap sektor pertanian dan keterjaminan makanan dan sejauh manakah Malaysia memperolehi manfaat daripada deklarasi tersebut? Terima kasih Speaker.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Pertanian ada di sebelah saya. Itu patutnya dia jawab [Ketawa] tetapi saya akan jawab soalan itu, Dato’ Yang di-Pertua.
Di dalam kita punya ASEAN, perbincangan-perbincangan, banyak tajuk. Dia bukan tajuk tentang ekonomi, tajuk pertanian juga sebagai suatu salah satu daripada tajuk yang akan dibincangkan khususnya memang tidak lekang kita menyebut di dalam ASEAN berkenaan dengan kebolehsaingan kita berkenaan dengan food security. Kita melihat kesalinghubungan, kita melihatnya, kita hendak adakan connectivity kerana tidak semua negara mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan makanan secukupnya.
Tetapi ada negara dalam ASEAN mempunyai kapasiti yang boleh mengeluarkan makanan yang boleh menjamin keterjaminan makanan untuk rantau Asia Tenggara. Ini yang kita hendak buat. Ini yang nak kita sedang lakukan agar kita bersama-sama sebagai satu blok
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
negara yang kebolehbergantungan di antara satu sama lain, terutamanya sekarang kita bercakap tentang Dato’ Yang di-Pertua, tentang energy. Kita akan ada ASEAN Grid di mana ada negara yang boleh mengeluarkan banyak tenaga yang melebihi keperluan masing- masing, boleh mereka eksport ataupun boleh mereka jual kepada negara yang kurang kemampuan untuk mengeluarkan tenaganya sendiri.
Ini kita lakukan dan termasuk jugalah tentang keterjaminan makanan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Memang insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.
4. Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan:
(a) berapa jumlah kes penipuan umrah dan haji sejak 2019-2024; dan
(b) apakah tindakan yang dikenakan kepada agensi pengendali umrah yang telah menipu para jemaah yang telah membayar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan menjawab, saya mohon untuk soalan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pada hari ini untuk dijawab bersekali dengan soalan Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Tanah Merah bertarikh 16 Julai 2024 kerana menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, perbuatan menipu iaitu memperdaya atau mendorong secara tidak jujur agar seseorang itu untuk menyerahkan hartanya adalah ditafsirkan di bawah seksyen 415 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang mana ia adalah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh PDRM dari tahun 2019 sehingga Mei 2024, sebanyak 252 kertas siasatan telah dibuka untuk kes penipuan umrah yang melibatkan kerugian sebanyak RM9.81 juta.
Manakala bagi tuntutan tebus rugi bagi pembelian barang dan perkhidmatan berjumlah tidak melebihi RM50,000 dalam masa tiga tahun adalah di bawah bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) seperti mana diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599]. Berdasarkan statistik TTPM yang dikongsi dari tahun 2019 sehingga Mei 2024, TTPM mencatatkan 1,549 kes dengan jumlah tuntutan RM29.58 juta dan award RM16.37 juta.
Bagi tahun 2023 sehingga Mei 2024, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) telah menerima sebanyak 349 aduan umrah dengan kerugian sebanyak RM14.09 juta di mana MOTAC telah menasihatkan pengadu untuk membuat tuntutan dengan TTPM bagi tebus rugi dan membuat laporan polis bagi kes penipuan.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Sehubungan dengan itu, MOTAC telah membuka 19 kertas siasatan berkaitan umrah dengan lapan kes telah dikompaun sebanyak RM241,000. Yang lain masih dalam siasatan ke atas agensi pengendali umrah.
Selain itu, MOTAC juga telah menggantung dan membatalkan lesen bagi dua agensi pengendali umrah berhubung dengan kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
MOTAC mengambil langkah pencegahan dalam memantau syarikat tidak berlesen atas talian yang berkemungkinan melakukan penipuan dengan mengemas kini senarai amaran entiti yang melanggar Akta Industri Pelancongan 1992 di laman sesawang dan media sosial MOTAC. Kami sering bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat dan menyahaktifkan akaun laman sosial entiti tidak berlesen.
Sehingga Mei 2024, terdapat sebanyak 272 entiti yang tidak berlesen dan didapati menjual pakej pelancongan. Senarai tersebut boleh memberikan kesedaran dan sikap berhati-hati rakyat Malaysia Madani sementara MOTAC membuat pemeriksaan premis dan siasatan lanjut sewajarnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik. Jadi kalau kita lihat daripada jawapan itu, nampak gaya ia adalah satu angka yang sangat besar tentang masalah penipuan ini.
Jadi, soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas ataupun taskforce merentas kementerian sebab dia ada melibatkan beberapa kementerian untuk meneliti aduan penipuan pakej umrah serta mengkaji keperluan untuk menambah baik syarat perlesenan perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri bagi umrah dan ziarah?
Kedua, apakah usaha yang diambil untuk membantu mangsa? Kerana, mangsa sangat-sangat tertekan bila ditipu seumpama ini. Jadi, apa usaha yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu mangsa penipuan pakej pelancongan yang mungkin tak berani untuk membuat aduan? Supaya siasatan lanjut dapat dijalankan terhadap syarikat yang mengendalikan pakej pelancongan terbabit. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh, kita telah melakukan beberapa siri libat urus sejak tahun lalu sehingga tahun ini. Berdasarkan siri libat urus itu, kita akan mengakreditasikan syarikat-syarikat umrah supaya ia lebih tersusun dan lebih teratur dari sudut untuk kita mengekang kes-kes penipuan seperti yang telah saya laporkan tadi.
Jumlahnya agak tidak signifikan tetapi masih memberikan satu petunjuk yang tidak sihat kepada industri umrah itu sendiri.
Kriteria yang akan diumumkan pada bulan Ogos akan dipastikan supaya syarikat- syarikat pengendali umrah ini benar-benar melakukan perniagaan secara yang telah
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
dijanjikan oleh mereka dan seperti mana yang kita mahukan juga, pakej yang telah dihidangkan oleh syarikat-syarikat itu mestinya dipenuhi seperti yang telah ditawarkan.
Keduanya juga, seperti mana Yang Berhormat Permatang Pauh tahu, untuk kita melakukan pengawasan setiap masa, ia bergantung kepada aduan yang telah kita terima. Itu pertama. Keduanya juga, kita tahu dari sudut kekangan, dengan izin, enforcement officer kita di pihak kementerian yang tidak mungkin untuk kita melihat setiap kejadian itu secara tuntas.
Akan tetapi, insya-Allah, dengan pembetulan ataupun Akta Industri Pelancongan yang akan diperkasakan kerana akta ini agak lama tidak pernah diperbaharui ataupun diangkat sebagai satu akta yang lebih hebat, kita akan memastikan akta ini dapat dilihat supaya akta ini lebih ada sudut penguatkuasaan yang lebih tinggi, insya-Allah. Terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ada beberapa soalan kepada Timbalan Menteri MOTAC. Di antaranya adalah kita tahu bahawa outbound, jumlah mereka daripada warganegara Malaysia keluar negara untuk melancong dan jumlah yang paling besar adalah daripada mereka yang mengerjakan umrah dan haji. Cumanya, haji ini di bawah JPM, bawah PMO, dan umrah di bawah MOTAC.
Adakah ada usaha untuk membawa haji itu ataupun urusan haji ke bawah MOTAC ataupun umrah itu di bawah jabatan agama ataupun bawah Kementerian Agama?
Keduanya ialah saya rasa dulu ada beberapa langkah-langkah yang dibuat untuk mencegah untuk memberi penerangan kepada selalunya orang kampung...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Selalunya orang kampung yang tidak faham tentang umrah ini dan mudah tertipu. Dulu kita banyak guna FB, guna Instagram dan juga guna TikTok untuk mereka― daripada mereka ditipu oleh syarikat-syarikat ini. Jadi, saya harap Timbalan Menteri dapat menjawab soalan saya.
Cuma, yang terakhir ini, apakah pandangan ataupun stand MOTAC terhadap mereka yang pergi umrah secara DIY ataupun FIT? Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tidak ada perancangan supaya haji itu dikendalikan oleh pihak kementerian dan tidak ada juga cadangan di mana umrah ini dikembalikan ataupun dimohon supaya pihak Tabung Haji untuk mengendalikan umrah secara total. Keduanya juga, kita tahu dengan kewujudan media sosial seperti Facebook, Instagram, banyak pakej-pakej yang sebenarnya bukankah satu pakej yang tulen telah dipromosikan di laman sesawang ataupun melalui media sosial itu sendiri. Itu sebabnya kita telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pihak SKMM untuk kita melihat bagaimana kita boleh meminimakan dan juga mengekang pakej-pakej yang dianggap sebagai satu pakej yang mustahil sekali boleh ditawarkan dalam keadaan harga yang sebegitu rupa.
Akhir sekali, juga kita tahu banyak pengendali-pengendali umrah ini sebenarnya cuba untuk melakukan― bukannya secara terus penipuan tetapi untuk melihat mereka boleh menawarkan pakej dengan begitu murah. Itu sebabnya di dalam kriteria-kriteria baharu yang bakal kita umumkan pada bulan Ogos ini, ia merangkumi semua aspek supaya tidak
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
berlakunya kes-kes yang tidak memuaskan hati para pengguna ataupun para jemaah umrah kita pada masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Cha Kee Chin, Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan kelima.
5. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pendapatan daripada wang pembayaran kemasukan (yuran pendaftaran) yang telah diterima untuk Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) dan berapakah jumlah kos pentadbiran yang telah dibelanjakan untuk CLP sejak tahun 1984 sehingga kini. Mohon kemukakan butiran dan angka yang terperinci.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rasah, kadar yuran pendaftaran Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) yang dikenakan bermula dari tahun 2020 adalah seperti di Lampiran A. Jumlah yuran yang diterima bagi peperiksaan CLP setiap tahun akan berbeza mengikut calon-calon yang berdaftar bagi tahun-tahun tersebut. Jumlah pendapatan dari yuran pendaftaran peperiksaan Certificate in Legal Practice dari tahun 2017 ke 2024 iaitu sepanjang tujuh tahun yang lepas adalah sebanyak lebih dari RM37 juta, dengan pecahan jumlah ini mengikut tahun Lampiran B.
Berhubung kos pentadbiran pula, jumlah yang telah dibelanjakan untuk peperiksaan Certificate in Legal Practice melibatkan perbelanjaan utama yang berikut:
(i) kos penyediaan dan syllabus peperiksaan;
(ii) kos penyedia kertas soalan;
(iii) kos moderator;
(iv) kos penterjemahan;
(v) kos pemeriksaan;
(vi) kos cetakan kertas soalan;
(vii) kos cetakan buku statute;
(viii) kos penyewaan dewan peperiksaan;
(ix) kos pengawas peperiksaan (invigilator); dan
(x) kos kawalan keselamatan dan perubatan.
Jumlah kos pentadbiran yang telah dibelanjakan untuk peperiksaan Certificate in Legal Practice dari tahun 2017 ke 2023 iaitu sepanjang tujuh tahun yang lepas adalah sebanyak RM5,355,174.60, dengan pecahan jumlah itu mengikut tahun seperti Lampiran C yang saya telah edarkan.
Kos pentadbiran Certificate in Legal Practice di atas tidak merangkumi kos perbelanjaan operasi lembaga kelayakan yang lain seperti pembayaran gaji dan caruman pekerja, sewaan lot pejabat, bil utiliti, kos majlis convocation dalam Certificate in Legal
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Practice, kemudahan perubatan kakitangan, pembelian dan penyelenggaraan aset pejabat, fi guaman dan lain-lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan. Cuma walaupun Timbalan Menteri ini sahabat saya tapi saya kena buat teguran sikit. Soalan asal saya, saya sebut dengan jelas sejak tahun 1984 tapi Timbalan Menteri hanya jawab setakat 2017 hingga yang terkini. Saya tidak tahu mungkin pegawai ataupun ada sebab daripada qualifying board yang tidak nak mendedahkan semua maklumat ini. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebab benda ini penting. CLP ini saya nak– untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya menduduki CLP tahun 2005, 19 tahun yang dulu. Saya difahamkan yuran sekarang telah naik berganda berbanding dengan 19 tahun dulu. Zaman saya RM2,000. Sekarang saya difahamkan RM4,000 lebih. Setiap kali kalau daftar sekali itu, diberikan empat kali cubaan. Ada tak benda itu dipraktikkan ataupun sekarang ini dia boleh seberapa banyak tanpa ada had?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tanya ini bukan sebab saya hendak ambil. Saya dulu, sekali sahaja cubaan saya lepas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Bukan tunjuk saya pandai. Itu fakta. Tapi saya tahu sebab benda ini sangat dekat dengan saya. Saya tahu ramai yang terasa. Ramai yang jadi mangsa CLP. Sebab itu saya hendak tahu apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk betulkan keadaan?
Yang pertama, kita kena betulkan berkenaan dengan akaun dia. Tidak pernah dibentangkan. Bila saya tanya soalan dalam Dewan pun bagi tujuh tahun sahaja. Saya tanya sejak tahun 1984, 40 tahun dulu. Takkan itu pun time barred? Jadi, saya mohon Timbalan Menteri supaya berikan penjelasan kenapa hanya tujuh tahun, yang pertama.
Yang kedua, ada tak akaun dia dibentangkan? Saya tengok banyak untung tadi, RM37 juta kutipan. Untuk peperiksaan hanya RM5 juta lebih. Jadi, mana belanja yang lain?
Kenapa tidak dibentangkan? Boleh tidak dibentangkan dalam Parlimen akan datang? Saya minta maaf kepada sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pagi ini keras sikit ya, minta maaf. Minta maaf Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, syabaslah Yang Berhormat telah lulus peperiksaan dalam first goal. Ini hairan sikitlah tapi bagus.
[Tepuk] Mengenai soalan kenapa dari tahun 2017 sahaja saya memberi angka-angka tersebut.
Kerana itulah yang diberi oleh lembaga. Saya telah memohon agar ia dimulakan dari soalan Yang Berhormat tanya, yang ada asas kenapa dari tahun 1984 hingga 2017, mana itu angka, mana itu pendapatan, macam mana ia dibelanjakan? Saya telah memohon, kita ada diskusi dua hari ini. Saya difahamkan in a simple term, tidak ada apa-apa angka mengenai perkara tersebut. Saya hairan. Teguran Yang Berhormat pun saya rasa adalah teguran yang bagus.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya pohon satu penyiasatan dibuat dan laporan dibuat supaya perkara itu dapat diberitahu kepada Yang Berhormat.
Yang kedua, mengenai kenaikan yuran ini saya berpendapat it’s very unfair kerana kita ada lebih kurang RM30 juta. Tidak masuk akal kenapa yuran perlu dinaikkan. Itu perkara yang kedua. Mengikut akta Legal Profession Act, tidak ada apa-apa yang menyatakan keperluan untuk memberi report mana-mana pun. Saya hairan. If you check the Legal Profession Act is very shocking. Lawyers are drafted, but somehow itulah saya rasa perlu dikaji balik supaya usaha dibuat atau pindaan dibuat supaya laporan bukan sahaja dibuat kepada the board, Legal Profession Qualifying Board tetapi juga diberi kepada Parlimen supaya kita tahu berapakah wang yang telah diterima, berapakah yang dibelanjakan.
Sekarang nampaknya hanya mereka sahaja mengendalikan perkara tersebut. I didn’t know sehingga soalan yang bijak, yang ditanya oleh Yang Berhormat Rasah, because you first time you passed. You should be an excellent student. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih my learned friend kerana jawapan kepada soalan CLP ini. Soalan tambahan saya, kita tahu bahawa Program Peperiksaan Sijil Amalan Guaman ataupun Certificate in Legal Practice (CLP) ini adalah satu program yang amat baik, yang boleh meningkatkan pengetahuan (knowledge) dan juga kepakaran graduan-graduan undang- undang yang khususnya daripada luar negara ataupun yang dapat ijazah daripada universiti luar negara yang beroperasi di Malaysia, mereka terpaksa mengambil CLP. Cuma saya hendak bangkitkan kepada kerajaan, adakah kerajaan mengkaji bagaimana syarat-syarat lulus untuk CLP ini amat-amat ketat? Mereka perlu belajar 12 subjek dikatakan, 12 mata pelajaran. Kemudian, perlu menjalani CLP ini selama sembilan bulan. Tahun 2020 mengikut rekod yang saya ada, full passes, passing mark dia less than 20 percent - 219 orang sahaja.
Conditional passes - 227 lebih daripada 1,000 orang. Lepas itu, fees kepada CLP ini amat- amat mahal, sekitar RM20,000.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya boleh confirmed, saya adalah pembayar, salah seorang pembayar. I declare my interest. Sehinggakan seorang pelajar daripada University of London, nama dia Suresh Kumar. Terpaksa bawa kes ke Mahkamah Tinggi kerana dia tidak dibenarkan menduduki exam disebabkan dikatakan dia tidak cukup syarat. Apabila diselidiki, ijazah dia ini disebut sebagai LLB Second Class Lower compensated pass. Saya pun tidak tahu ‘compensated pass’. Universiti bagi ‘compensated pass’. Tapi dia lulus, second class lower. Tidak dibenarkan duduk exam CLP. Pergi ke mahkamah, mahkamah menolak permohonan dia untuk dibenarkan duduk di sini. Jadi soalan saya, apa peranan kerajaan untuk mengimbangi di antara keperluan undang-undang, requirement of law dan juga mercy (ihsan) kepada pelajar-pelajar ini? Mereka belajar luar negeri empat tahun, teruk. Belanjanya banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Balik ke sini, tidak boleh duduk CLP pula. Jadi, saya hendak tanya, apa langkah, tindakan kerajaan untuk mengimbangi antara keperluan undang-undang ini dan juga belas ihsan kepada graduan undang-undang?
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang berhormat, soalan yang cantik. Yang Berhormat, mengenai angka yuran itu saya perlu, saya ada bagi tahu angka peperiksaan hanya RM4,000, yuran peperiksaan RM1,800 untuk lima subjek. Hanya lima subjek in the final examination.
Jika gagal, perlu hanya membayar RM1,800 dan kalau resit RM1,000. Itu angka yang diberi oleh board, Legal Profession Qualifying Board. Mengenai student yang diberitahu oleh Yang Berhormat, “Suresh, I dont know”. Tapi perkara itu boleh disemak balik dan is there a conditional pass, saya percaya normally as a lawyer, you know, you’ll be given satu subjek untuk menentukan peperiksaan tersebut. Tapi saya setuju bahawa angka kejayaan peperiksaan ini sangat korup.
Saya telah jawab dua minggu dulu, di mana yang pada tahun dulu, lebih kurang 49 peratus yang telah lulus peperiksaan tersebut. Tapi Yang Berhormat, kita perlu tahu perbezaan certificate in legal practice dan kalau mempelajari di universiti. Di universiti is full- time. Ramai di antara yang membuat certificate in legal practice ini adalah sambilan. Either they are lawyer, they are Ahli Parlimen ke atau clerk dan sebagainya yang tidak menumpukan masa yang penuh. Jadi saya difahamkan bahawa ramai di antara mereka ini they are not really examination orientated seperti yang dari universiti.
Walaupun sedemikian, there is no compromizing on standard. Standard yang sedia ada adalah dia perlu mendapat markah yang terbaik supaya dia dapat menjalankan tugas dia sebagai peguam. Itu adalah jawapan yang saya dapat, terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, full-time student pun kena buat CLP. Dapat 2nd class upper pun kena CLP juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu sila duduk.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
No, no, CLP tu hanya untuk pelajar-pelajar yang tidak melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, yang tidak. Kalau tidak, kalau dalam universiti tempatan jurusan undang-undang, they are qualified internally. Yang external, dia hanya ada beberapa universiti yang diiktiraf. Kalau sudah habis belajar basic degree, dia membuat certificate in legal practice . Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, soalan no.6.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur serta tindakan yang diambil terhadap pemaju projek.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan daripada Yang Berhormat Arau yang merupakan mantan kepada jawatan saya, disandang sekarang ini Yang Berhormat, bagaikan peribahasa menyebut Yang Berhormat, “sudah gaharu cendana pula, sudah pun tahu bertanya pula”.
Sehubungan dengan itu, pertanyaan ini akan saya jawab dengan ringkas kerana saya percaya kebanyakan perkara sudah pun dalam pengetahuan Yang Berhormat Arau, tapi apa pun saya berterima kasih kepada Arau kerana mengemukakan soalan ini dan alhamdulillah saya dapat pula melakukan penjelasan di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, projek pembangunan semula kawasan Sungai Baru Kuala Lumpur, yang telah tertangguh ini, merupakan isu legasi yang diwarisi menerusi beberapa pentadbiran kerajaan, daripada latar belakang pelbagai parti ya, yang berbeza-beza. Projek pembangunan semula ini memerlukan bagi saya tekad politik yang besar jika mahu diselesaikan dengan segera dan hala tuju kepada projek ini memerlukan keputusan yang objektif, bukannya keputusan yang populis semata-mata.
Sebagaimana yang sering dicanangkan oleh beberapa mantan yang lain sebelum ini.
Dengan pendekatan yang disebutkan ini, dalam masa 6 bulan semenjak saya mengambil alih dan menerajui Wilayah Persekutuan ini, projek pembangunan semula yang sudah terbengkalai setelah sekian lama ini, sudah pun mengajak ke tahun yang kelapan kini ya.
Akhirnya, insya-Allah akan bakal dapat dimulakan sedikit masa lagi.
Jika tiada aral melintang, projek ini akan pecah tanah, dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini. Manakala pelaksanaan pembinaan boleh dimulakan pada suku tahun depan, 2025 setelah mendapat kelulusan perintah pembangunan atau DO daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat mengenai status terkini pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur ini, polemik yang timbul adalah sebenarnya terdapat dua pihak berkepentingan yang tidak sependapat ya. Yang pertama, yang dilabelkan sebagai pihak majoriti adalah pihak yang bersetuju dengan tawaran JV pihak pemaju dan telah pun memberikan kerjasama sepenuhnya.
Manakala sebahagian yang lain ialah pihak yang kedua ataupun yang minoriti, tidak menerima tawaran JV ini oleh pihak pemaju dan tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diterima setelah tanah mereka diambil melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 dan enggan mengosongkan premis. Dan nisbah antara yang majoriti dengan minoriti inilah 66.77 peratus, berbanding dengan 32.23 peratus. Saya berkesempatan bertemu dengan kedua- dua pihak, di bangunan pejabat Perbadanan Kampong Bharu dan mendengar sendiri dengan telilti setiap penjelasan serta harapan yang mereka suarakan.
Walau bagaimanapun, setelah dipertimbangkan, saya berpandangan kerajaan harus berlaku adil pada pihak yang majoriti, yang bersetuju dan akur sejak awal dengan projek pembangunan semula di Kampung Sungai Baru ini. Antara asas pertimbangannya adalah apabila diperhatikan urusan pengambilan tanah yang dibuat adalah mengikut penilaian oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) adalah berasaskan Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah dan pemberian tambahan pampasan diberikan antara 10 hingga 15 peratus oleh JKPTG.
Malahan golongan minoriti ini telah memberikan penempatan sementara dan juga pernah diberikan peluang yang sama dengan golongan majoriti, iaitu balasan rumah dengan keluasan yang lebih besar dan guaranteed value yang akan meningkat pada masa akan datang melalui perjanjian JV dengan pihak pemaju. Tetapi apabila pihak yang satu lagi atau minoriti masih ada yang berkeras ya, tidak mahu mengosongkan premis, perkara ini juga telah menimbulkan beberapa perkara seperti kacau ganggu mungkin, terhadap pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di tapak dan pembinaan papan dinding dan juga kerja meroboh bangunan secara berperingkat, yang sedang dilaksanakan oleh pemaju.
Sedangkan dalam perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan termasuklah Ahli Parlimen Titiwangsa contohnya, kita dapat tahu terdapat isu-isu keselamatan yang diakibatkan oleh rumah-rumah yang tinggal dan tidak selamat diduduki dan juga telah dicerobohi oleh penagih dadah contohnya dan juga warga asing ya. Jadi, saya berharap semua pihak termasuk orang awam dapat memahami proses. Mengapa proses peruntuhan perlu diteruskan dan tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran yang dibuat di media sosial.
Jadi, saya rasa cukup-cukuplah untuk kita mungkin berlakon, kemudian bercakap dengan tidak fakta. Jadi, kita kena bercakap dengan sesuatu yang berfakta dan kita cuba cari penyelesaian terbaik dan insya-Allah Yang Berhormat, saya pun sudi berkawan dengan Yang Berhormat, jangan risau. Kita boleh, nanti kita minum teh untuk kita bercerita lebih panjang lagi sebab ini memerlukan masa yang lebih lama untuk saya menjawab.
Tapi, bagi mempercepatkan proses...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan, masa sudah tamat.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, sikit lagi. Bagi mempercepatkan proses ini, dari masa ke semasa, kerajaan sentiasa menggesa pemaju untuk mengadakan libat urus ya, dengan DBKL, TNB, SYABAS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia, di mana saya sendiri pernah mempengerusikan mesyuarat bersama stakeholders ini ya.
Jadi, akhir sekali saya menegaskan kembali komitmen yang pernah saya utarakan ketika menjawab pertanyaan YB Pasir Salak dahulu, pada mesyuarat yang lepas iaitu Kampong Bharu akan kekal sebagai simbol kemajuan orang Melayu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dan akan menjadi ikon komersial orang Melayu pada masa hadapan.
Jadi, kita tahu bahawa pembangunan ini akan menjadi catalyst ya kepada pembangunan Kampong Baharu keseluruhannya. Bagi tujuan ini, saya akan memastikan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 akan dilaksanakan secara telus dan mampan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker, Ahli Parlimen Titiwangsa, Menteri Komoditi dan Perladangan, ni keluarkan kenyataan bahawa
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
pemaju diminta serah balik tanah yang berkenaan kalau tak boleh maju. Itu sebab menyebabkan saya tanya soalan. Walaupun sudah gaharu Yang Berhormat kata, tapi tidak Yang Berhormat. Sejak kerajaan baru ambil alih, saya tak dapat maklumat kerana kerajaan sekarang lebih bersikap angkuh, sombong, tak nak kawan dengan orang.
[Ketawa] Jadi, soalan saya ialah Yang Berhormat, berapakah pampasan yang telah diterima sehingga kini dan saya nak tanya, adakah pengiraan itu berdasarkan pada jumlah tanah.
Luasnya ialah sembilan ekar Yang Berhormat, ataupun dikira berdasarkan keluasan rumah- rumah. Kalau berdasarkan keluasan rumah-rumah, dia tak termasuk harga jalan.
Jadi, saya minta, apakah perkiraan itu didasarkan kepada keseluruhan, kemudian dibahagi ikut keluasan rumah iaitu sebagai contohnya kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...luas tanah ialah 5,000 kaki, makna kata dia kena bayar RM180 juta. Maaf, kalau 500 kaki, RM180 juta. Kalau 700 kaki, RM252 juta. Apakah dia bayar secara keseluruhan? Kalau tidak, sudah pasti kos ini dibayar kepada bandar raya. Saya minta supaya bandar raya, kos development yang dikenakan kepada pemaju dibayar kepada tuan-tuan punya tanah. Inilah tanah mereka yang ada, tidak ada lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Keduanya Yang Berhormat, dahulu saya masih ingat, mereka ini sewajarnya dipindahkan ke Sungai Udang. Sungai Udang tempat baru yang cukup cantik. Berdasarkan keluasan rumah, dia pergi ke sana. Saya tidak dengar cerita apa berlaku, di mana mereka dipindahkan.
Apakah Yang Berhormat setuju dengan Menteri kalau mereka ini gagal, serah balik kepada Perbadanan Kampong Bharu sebab Sungai Baru ini ialah Sungai Baru, Kampong Bharu, Kuala Lumpur sebab saya lupa masuk perkataan Kampong Bharu, Yang Berhormat.
Kalau Yang Berhormat tidak boleh jawab cara sekarang, jawab secara bertulis. Tiada masalah sebab kami orang yang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Walaupun kami menang di Sungai Bakap, kami tak angkuh macam tuan-tuan ya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau saya angkuh saya tak menjawab dan tak ajak Yang Berhormat untuk pergi ‘mengeteh’.
Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat kepada harga pampasan yang dibayar, sebenarnya JKPTG membuat nilaian hartanah, kos selenggaraan, penambahbaikan, kos pindah, kos sewa sementara, kos kehilangan pendapatan, kos hadir bicara, fi dan lain-lain.
Maksudnya, ia mengambil kira semua perkara. Kalau kita lihat sebenarnya pampasan yang diberikan kepada contohnya, flat ada yang menerima sehingga RM198,000 dan maksimumnya sehingga RM350,000, agak besar angkanya. Kemudian, rumah teres, RM800,000 hingga RM2.9 juta, ada yang menerimanya. Jadi, ini adalah satu penilaian yang telah dibuat oleh badan penilai ataupun agensi yang sah.
Kemudian berkaitan dengan Sungai Udang, insya-Allah saya diberi makluman sebenarnya ada juga yang kita— bukan kitalah, maknanya pemaju yang memberi tawaran kepada mereka yang hendak berpindah ke Sungai Udang tetapi yang detail-nya, insya-Allah
Dr. Zaliha binti Mustafa
saya akan boleh juga jawab secara bertulis. Kalau kita hendak jumpa, nanti kita boleh jumpa juga untuk berbincang panjang Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berapa ringgit sekaki, Yang Berhormat? Saya tanya soalan tadi, berapa ringgit sekaki?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bintang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawab secara bertulis, no problem.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya ada di sini tetapi kalau hendak bertulis pun saya boleh jawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, kalau mencari penyelesaian kes pampasan tanah Kampung Sungai Baru yang tidak setara, apakah kerajaan berhasrat diminta mana-mana pemaju yang ingin mengambil alih projek tersebut menawarkan harga pampasan yang berpatutan supaya projek dapat diteruskan? Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat Bukit Bintang, terima kasih kepada soalan tersebut. Sebenarnya, kalau kita lihat kepada rentetan peristiwa daripada kes ataupun isu Kampung Sungai Baru ini, memang telah pun juga ada keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Jadi, dalam hal itu, saya ingat kita boleh rujuk juga tentang keputusan mahkamah tersebut. Jika ada pihak-pihak yang masih tidak berpuas hati terhadap bayaran pampasan itu, saya fikir memang ada juga tempoh hari yang tidak bersetuju dan boleh semula kemukakan kepada pihak mahkamah untuk prosiding yang lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri, Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Komunikasi menyatakan penilaian terkini tentang keberkesanan kursus keusahawanan digital yang diperkenalkan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Sarawak, dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan aksesibiliti dan kualiti kursus keusahawanan digital dapat ditingkatkan.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, mulai 1 Mac 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah dijenamakan semula sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Penjenamaan ini dilakukan berikutan dengan perkembangan fungsi NADI yang dahulunya memfokuskan kepada usahawan namun kini berperanan sebagai Pusat Sebaran bagi inisiatif-inisiatif dan bantuan-bantuan kerajaan kepada komuniti setempat.
Selain itu, fungsi NADI juga telah berkembang untuk memperkasakan komuniti melalui program-program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi komuniti setempat. NADI telah menjalankan pelbagai latihan
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
keusahawanan sebagai salah satu langkah untuk membantu memperkasakan sosioekonomi komuniti setempat.
Antara latihan yang dijalankan adalah seperti pembangunan laman sesawang, pemasaran melalui media sosial, pembungkusan dan sebagainya. Latihan-latihan ini melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, MYNIC Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd. Dan Aeon Co.
Malaysia Berhad. Sehingga kini, NADI telah membantu dan melatih lebih daripada 3,850 usahawan NADI di Sarawak dari segi pemasaran melalui platform dalam talian seperti Shopee dan platform lain.
Menerusi latihan pemasaran ini, usahawan-usahawan tersebut telah berjaya merekodkan hasil jualan lebih dari RM2.56 juta bagi tempoh Jun 2021 hingga Disember 2023.
Antara kisah kejayaan anak Sarawak adalah Cik Ramtiniwaiti binti Ramli daripada NADI Kampung Gedong, di daerah Simunjang, Parlimen Batang Sadong yang telah berjaya menembusi pasaran global seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Sepanyol, India, China, Jepun, Indonesia dan beberapa negara Asia Tenggara lain. MCMC juga telah menerbangkan beliau dan produk beliau iaitu tenunan songket Maskota ke Persidangan Mudah Alih Dunia (Mobile World Congress) di Barcelona, Sepanyol pada awal 2024 sebagai bukti kejayaan NADI sebagai pemangkin dalam meningkatkan sosioekonomi anak-anak Sarawak.
Menyedari kepentingan dan peranan NADI dalam membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat, MCMC mengambil langkah untuk menambah bilangan NADI di Sarawak untuk memberi peluang dan ruang kepada komuniti lain untuk memanfaatkan latihan-latihan yang disediakan oleh NADI. Setakat ini terdapat 133 buah NADI yang sedang beroperasi di Sarawak dan di bawah inisiatif “1 DUN 1 NADI”, sebanyak 23 NADI baharu akan diwujudkan sebelum hujung 2024, menjadikan keseluruhan NADI di Sarawak sebanyak 156 buah.
Bagi memastikan program keusahawanan menjadi lebih dinamik, holistik dan mampan, NADI telah merombak semula program keusahawanan sedia ada. Antara program pengukuhan untuk usahawan yang sedia ada adalah seperti pengurusan kewangan, tadbir urus perniagaan, penggunaan teknologi dalam ekosistem perniagaan, teknologi pembungkusan dan sebagainya. Ini termasuk menyasarkan program penerapan minat keusahawanan untuk golongan muda dan pelajar yang akan dikelolakan oleh golongan profesional. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan mengenai soalan yang diutarakan tadi. Seperti yang kita sedia maklum, semasa pembentangan Belanjawan 2024 yang lepas, sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan bagi memperkasakan PEDi dan sekarang dipanggil NADI di setiap DUN.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga melalui ucapan beliau semasa Persidangan PEDi MADANI 2023 mahukan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk lebih proaktif dalam memacu pendigitalan ekonomi komuniti setempat melalui PEDi. Beliau mahu syarikat-syarikat telekomunikasi....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
...Mewujudkan lebih banyak bakat yang mempunyai kepakaran dan pengkhususan yang seterusnya dapat membantu komuniti menjana pendapatan bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
Maka soalan saya ialah berapakah jumlah syarikat telekomunikasi yang telah terlibat secara aktif dalam program ini di Sarawak? Adakah kementerian mempunyai sasaran khusus untuk bilangan bakat tempatan yang perlu dilatih untuk syarikat-syarikat telekomunikasi ini melalui PEDi ini? Jika ya, apakah sasaran tersebut dan bagaimanakah pencapaiannya setakat ini? Sekian terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, pada waktu ini, NADI yang dikelolakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.
Sebagai contoh, Telekom Malaysia, Maxis, semua syarikat-syarikat telekomunikasi yang beroperasi diberikan peluang untuk mengendalikan NADI tetapi terdapat empat yang menguruskan. Ini kerana untuk mengendalikan NADI, ada proses tender yang dimasuk, yang disertai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi ini. Jadi, ia semua bergantung kepada keputusan proses tender itu dan itulah yang akan— syarikat-syarikat yang akan menguruskan bagi sesuatu tempoh yang telah dipersetujui.
Dari segi yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, memang pada waktu ini kita sedang mengusahakan untuk menukar sedikit sebanyak fungsi NADI daripada salah satu perkara yang dimaklumkan kepada MCMC tentang NADI ialah kumpulan yang paling ramai mendapat manfaat daripada NADI adalah mereka yang berada dalam lingkungan tiga ke empat kilometer dari NADI tersebut secara fizikal.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tapi masa yang sama, kita semua sedia maklum, setengah DUN kawasannya besar.
Jadi kita sedang berusaha untuk membawa keluar NADI masuk ke dalam komuniti. Dan ini semestinya akan memerlukan bantuan daripada sama ada NGO, agensi-agensi yang lain.
Dan perkara ini sedang diuruskan oleh MCMC. Insya-Allah bila ada beberapa perkara lagi telah diuruskan, saya akan mengutuskan surat kepada Yang Berhormat untuk memperincikan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sejauh manakah pelaksanaan Projek Point-of-Presence
(PoP) khususnya bagi menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan internet gentian optik untuk kawasan sekitar sekolah dan perniagaan serta usaha kerajaan mewujudkan lebih banyak Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI dalam merapatkan jurang digital di kalangan manfaat dan untuk manfaat komuniti setempat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Dan saya dimaklumkan pemasangan projek JENDELA di negara khususnya di Terengganu berlaku kelambatan. Apakah sebab dan langkah kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, walaupun soalan mengenai Projek Point-of-Presence dan juga JENDELA bukan dalam soalan asal tapi saya akan jawab secara ringkas tapi boleh di insya-Allah dijawab dengan lebih penuh sewaktu penggulungan Laporan Ketua Audit Negara nanti.
Tapi dari segi keseluruhannya, pada waktu ini Projek PoP bagi Fasa 1 hampir selesai dan Fasa 2 sedang berjalan. Manakala bagi JENDELA kebanyakan daripada masalah yang dihadapi berkait dengan beberapa proses permit dan kebenaran yang diperlukan melibatkan PBT. Perkara ini telah dibangkitkan kepada Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri melalui Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan insya-Allah akan diteruskan.
Berkenaan dengan NADI, setakat ini ada 911 yang beroperasi manakala 186 yang dalam proses untuk dibangunkan. Insya-Allah, kesemua 186 NADI yang baharu di DUN-DUN yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang NADI pun akan selesai sebelum hujung tahun ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lapan.
8. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah gejala sosial yang semakin meningkat di dalam negara terutamanya dalam kalangan remaja.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Puan Yang di-Pertua, isu sosial dalam kalangan remaja seperti buli, jenayah berkaitan kanak-kanak, rogol dan pembuangan bayi berkait rapat dengan pembentukan keperibadian insaniah dalam diri remaja. Dalam usaha melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berkeperibadian tinggi, kerajaan menggunakan pendekatan secara menyeluruh ataupun the whole-of- government approach dengan izin menerusi inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi.
Berhubung perkara ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis Sosial Negara ataupun MSN pada tahun 2013 sebagai jentera pelaksana Dasar Sosial Negara yang merupakan dasar payung merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Majlis yang diurusetiakan oleh KPWKM ini dianggotai oleh Menteri-menteri dan pegawai kanan kementerian-kementerian yang berportfolio sosial berkaitan bagi memastikan isu yang dibincangkan dan tindakan susulan dapat diambil oleh kementerian atau agensi yang sewajarnya.
Fungsi dan peranan utama MSN adalah untuk membuat keputusan dasar tentang hala tuju pembangunan sosial, mengenal pasti dan membuat keputusan bagi menangani isu-
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
isu yang berkaitan pembangunan sosial dan menilai program ataupun strategi pembangunan sosial.
Selain itu, KPWKM menerusi jabatan dan agensinya telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti berikut,
(i) membangunkan dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ataupun PEKERTI yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran semua pihak termasuklah remaja dan kanak- kanak berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif serta melahirkan masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab dan resilience serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sederhana;
(ii) membangunkan Modul Cakna Diri Remaja dan Modul ACE ataupun Accurate Comprehensive and Effective untuk mendidik remaja berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial;
(iii) mendirikan 18 buah pusat remaja KafeTEEN, satu buah trak KafeTEEN dan aplikasi maya myKafeTEEN yang berkonsepkan mesra remaja;
(iv) menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat ataupun PSSS yang menawarkan perkhidmatan psikososial seperti bimbangan dan kaunseling;
(v) melaksanakan program kasih kanak-kanak iaitu program advokasi yang ditujukan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun sebagai usaha pencegahan sosial; DAN
(vi) menyediakan institusi pemulihan kepada remaja yang berkonflik dengan undang-undang.
Justeru, melalui kolaborasi strategik dan komitmen semua pihak melibatkan agensi kerajaan, swasta, NGO serta masyarakat adalah diperlukan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dan seterusnya membendung peningkatan kes gejala sosial dalam kalangan remaja di Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas. Soalan tambahan saya, yang pertama apakah usaha kerajaan untuk memperluas khidmat kaunselor profesional dalam menangani masalah sosial termasuk tawaran khusus kursus dan latihan kepada lebih ramai kaunselor dan pengamal kaunseling bertauliah bagi menampung jumlah kekurangan kaunselor profesional berdaftar, sekali gus membantu menangani pelbagai isu sosial dalam kalangan masyarakat.
Soalan saya yang kedua, adakah terdapat penekanan khusus untuk membendung gejala sosial seperti jenayah siber untuk masyarakat Islam misalnya usaha advokasi berbentuk pencegahan dan pemulihan secara lebih bersepadu dalam membendung gejala sosial menerusi Pelan Tindakan Sosial Islam. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya nak maklumkan mengenai statistik mengenai Lembaga
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kaunselor. Sebenarnya sehingga Julai 2024, kementerian melalui Lembaga Kaunselor telah berjaya mendaftarkan seramai 11,670 kaunselor yang berdaftar.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kalau nak ikutkan nisbah dia adalah satu setiap 2,913. Kalau kita bandingkan tahun 2024 dengan tahun 2021, terdapat pengecilan nisbah kaunselor tersebut sebab tahun 2021 dia punya nisbah dia satu per 3,327. Walau bagaimanapun, kementerian di bawah Lembaga Kaunselor sentiasa terus mempertingkatkan usaha untuk menambah bilangan kaunselor berdaftar.
Saya nak kongsikan antara usaha yang dilaksanakan oleh kementerian. Antaranya adalah penggubalan Dasar Kaunseling Negara dan Pelan Tindakan Kaunseling di Malaysia.
Yang ini sedang kita laksanakan dan akan berakhir insya-Allah bulan Ogos 2024. Kemudian kita menggalakkan penambahan penawaran program latihan kaunselor di peringkat ijazah pertama dan ijazah sarjana sama ada di IPTA ataupun di IPTS. Dan kemudian ada juga sukarelawan kaunselor. Jadinya, kita telah membuat pendaftaran seramai 2,500 kaunselor sukarelawan kaunselor yang berdaftar.
Bagi yang kedua pula yang berkaitan advokasi, sudah semestinya ada beberapa program dan advokasi dan juga pencegahan yang kita laksanakan untuk mengurangkan masalah sosial dan membantu remaja. Antaranya dia ada beberapa perkara tetapi saya akan jawab secara yang bertulis Yang Berhormat. Tapi antaranya adalah memperkasakan komuniti serta kanak-kanak melalui satu Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak ataupun Kasih Kanak-kanak. Kemudian, ada Pasukan Kebajikan Kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Lepas itu kita ada khidmat nasihat, pemerkasaan program. Tetapi yang kami di kementerian percaya adalah usaha untuk mengurangkan risiko dan bilangan kes eksploitasi kanak-kanak ini adalah tanggungjawab bersama, dia bukan sahaja pihak kementerian tetapi komuniti dan juga individu supaya mengambil tahu, mengambil cakna dan dapat membantu melihat keadaan kanak-kanak supaya kanak-kanak berada dalam keadaan selamat dan sihat. Di samping itu dapat mengeratkan perpaduan rakyat, terima kasih. Yang lain saya akan berikan secara bertulis Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, memandangkan tinglah laku negatif remaja yang sering dilaporkan di media ataupun yang terpapar di dada akhbar ialah berkenaan dengan perhubungan seks sebelum berkahwin, pelacuran, pembuangan bayi, lumba haram, judi termasuk juga penyalahgunaan dadah.
Jadi semalam juga Menteri KDN telah pun mengejutkan Dewan yang mulia ini berkenaan dengan hasil kajian penyelidik mendapati 65 peratus daripada 122 pelajar berumur di antara 13 hingga 17 tahun terlibat dalam penyalahgunaan bahan dikenali sebagai magic mushroom. Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kerja kaji selidik pernah
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
dilakukan oleh pihak kementerian bagi menentukan penyebab yang mendorong tingkah laku tersebut dan adakah pihak kementerian yakin dengan usaha atau mekanisme yang sedia ada boleh menangani masalah gejala sosial yang kian meningkat, terutama sekali di kalangan remaja kita. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Sri Aman di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya terdapat satu kaji selidik yang telah dilaksanakan oleh LPPKN. Dia nama kaji selidik ini kajian faktor risiko dan pelindung terhadap kesihatan seksual dan reproduktif remaja di Malaysia dan ada beberapa faktor risiko yang telah dikenal pasti. Antaranya seperti Yang Berhormat sendiri maklumkan tadi terlibat dengan penyalahgunaan dadah, remaja yang di luar institusi pendidikan, struktur keluarga yang tidak lengkap, akses yang mudah kepada media elektronik dan juga mengamalkan gaya hidup berisiko. Manakala daripada kajian ini juga didapati faktor pelindung bagi remaja adalah hubungan kekeluargaan yang rapat, persekitaran kejiranan yang prihatin, pengetahuan kesihatan reproduktif yang tinggi.
Sebab itulah di pihak kementerian, kami yakin bahawa apa juga yang dilaksanakan ini akan membuahkan hasil terutamanya melalui kolaborasi strategik dan komitmen semua pihak seperti jawapan saya di dalam soalan tambahan yang pertama tadi, komitmen pihak agensi kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat setempat terutamanya dalam buat program Pelan Tindakan PEKERTI. PEKERTI ini adalah pendidikan kesihatan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
... reproduktif dan sosial secara tak langsung akan meningkatkan kesedaran masyarakat dan dapat membantu membendung peningkatan kes gejala sosial daripada kalangan remaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih.
Kapal angkasa di atas awan, Pohon jawab soalan kesembilan.
9. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bagaimana MOSTI berperanan dalam membantu negara berkenaan keselamatan dan keterjaminan makanan, khususnya dari sudut aplikasi teknologi dan inovasi.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya atas soalannya. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, usaha-usaha untuk memastikan keselamatan dan keterjaminan makanan negara melibatkan kerjasama strategik. Beberapa pihak berkepentingan yang diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula membantu kerajaan dalam aspek melibatkan pengaplikasian teknologi dan inovasi. Antara peranan dan inisiatif yang telah dilakukan oleh MOSTI adalah seperti berikut;
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
(i) inisiatif memperkasakan bioteknologi negara melalui Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) 2022-2030 yang memberikan tumpuan kepada tiga tunjang utama. Pertama, bioteknologi pertanian dan jaminan makanan, kedua, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dan ketiga, bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran;
(ii) program pembangunan PKS yang memberi bantuan fasilitasi berkenaan pembangunan dan pensijilan produk serta sokongan akses pasaran melalui Bioeconomy Corporation (BEC) iaitu agensi di bawah MOSTI. Program-program tersebut bertujuan untuk memastikan PKS dapat mengubah idea mereka menjadi produk atau perkhidmatan berinovasi melalui penggunaan teknologi serta mampu membantu mempercepatkan aktiviti pengkomersialan, meningkatkan daya saing serta mendapat akses pasaran yang lebih baik;
(iii) membangunkan teknologi berasaskan nano technology yang dipanggil Nano Booster bagi penyelesaian pembaikpulihan tanah bagi membantu negara untuk meningkatkan tahap kebergantungan atau kendiri ataupun self-sufficiency level dengan izin untuk penanaman padi. Teknologi ini telah dibangunkan oleh Nono Malaysia Bhd (NNB) yang merupakan syarikat CLG di bawah MOSTI;
(iv) mengadaptasi teknologi dan inovasi teknologi angkasa melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan menghasilkan beberapa inovasi dalam sektor pertanian melalui penggunaan imej satelit beresolusi tinggi dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). MYSA telah mengadakan kerjasama strategik bersama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam membangun dan mengoperasikan satu sistem aplikasi teknologi angkasa iaitu Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi). Sistem ini telah dioperasikan sepenuhnya di 12 jelapang padi seluas 206,000 hektar di seluruh Malaysia;
(v) membangunkan aplikasi teknologi biak baka bermutasi melalui Agensi Nuklear Malaysia. Nuklear Malaysia telah berjaya menghasilkan varieti baka baru, tanaman yang berdaya tahan tinggi terhadap penyakit serta ancaman cuaca dan serangga, benih padi NMR 152 yang telah digunakan oleh pesawah;
(vi) melaksanakan pelbagai program untuk merancakkan usaha pembangunan dan pengkomersialan produk inovasi merangkumi penawaran geran-geran dan dana, penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator serta pemindahan teknologi kepada
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
komuniti. Inisiatif yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia
(YIM) ini dapat membantu negara secara tidak langsung berkenaan keselamatan dan keterjaminan makanan khususnya dari sudut aplikasi teknologi dan inovasi. Aplikasi teknologi dan inovasi yang telah dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar secara langsung memberi nilai tambah dalam formulasi penghasilan baja dan pembaik tanah dan pembuatan makanan ternakan;
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, ringkaskan.
(vii) MOSTI telah melancarkan Sandbox Keselamatan Makanan yang merupakan kerjasama antara Program Sandbox Teknologi dan Inovasi Negara (NTIS) dan pihak berkuasa pelaksanaan Koridor Utara
(NCIA). Program Sandbox ini ditawarkan kepada syarikat baru dalam sektor keselamatan makanan seperti teknologi makanan, pertanian, drone, teknologi kadar boleh ubah, sistem kedudukan global, Sistem Maklumat Geografi (GIS) atau internet kebendaan (IOT). Melalui usaha dan inisiatif yang disebutkan tadi sememangnya peranan MOSTI adalah penting dalam menyokong negara mencapai objektif keselamatan dan keterjaminan makanan sekali gus mencapai matlamat yang disasarkan secara berkesan dan efisien.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tahniah saya ucapkan kepada MOSTI.
Soalan saya adalah sejauh manakah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bekerjasama dengan MOSTI dalam penggunaan teknologi seperti block chain dan AI Dalam bidang keterjaminan makanan?
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Satu soalan tambahan yang agak menarik jugalah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan mana-mana agensi lain khususnya dalam aspek melibatkan pengaplikasian teknologi dan inovasi dalam bidang keterjaminan negara.
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani isu-isu ini dengan penyelesaian berlandaskan Sains, Teknologi dan Inovasi
(STI). MOSTI telah menubuhkan Pusat Kolaborasi Teknologi (PKT) sebelum dikenali dengan Bilik Gerakan Penyelesaian Teknologi dan mengenal pasti 27 penyelesaian teknologi untuk dilaksanakan segera melalui roll out dalam membantu menyelesaikan isu-isu negara seperti isu bekalan makanan dengan mengetengahkan penyelesaian berlandaskan teknologi.
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Senarai ini juga telah dikongsikan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan pihak KPKM telah memasukkannya dalam direktori mereka.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Menerusi PKT ini juga, antara penyelesaian teknologi untuk diketengahkan adalah penggunaan automasi sistem fertigasi pertanian menegak atau vertical farming dengan izin, akuaponik yang boleh digandingkan bersama aplikasi kecergasan buatan. Berkenaan teknologi blockchain, MOSTI dan KPKM sedang bekerjasama melalui projek rintis sistem pengesahan logo produk halal bagi menangani isu kegiatan daging kartel, penyeludupan daging sejuk beku dari sumber yang tidak dapat disahkan status halalnya.
Teknologi blockchain ini juga merupakan teknologi yang paling sesuai digunakan bagi menangani isu pengurusan rangkaian rantaian makanan. Sehubungan dengan itu, pembangunan projek ini telah dilaksanakan sejak 2021 dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025.
Sebagai contoh, di bawah National Technology & Innovation Sandbox, Singgahsana Teknologi Sdn. Bhd. menerapkan teknologi blockchain untuk menyediakan platform kolaborasi bagi pelbagai pihak memastikan ketelusan dalam rantaian bekalan daging lembu dari ladang ke rumah penyembelihan dan ke pasar raya. Ini termasuk memantau status halal tarikh pemprosesan, tarikh luput dan maklumat relevan lainnya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebahagian daripada jelapang padi negeri Selangor adalah terletak di Sabak Bernam dan di situ kita dapat lihat di Sekinchan berjaya menghasilkan tuaian yang sangat baik dan menguntungkan petani sementara di Sungai Besar sebaliknya. Penghasilan padi sering kali berpenyakit dan tidak ada daya tahan penyakit dan hasilnya padi di Sungai Besar lebih rendah daripada Sekinchan.
Adakah MOSTI dengan fasiliti dan makmal aplikasi teknologi Agensi Nuklear Malaysia telah membuat kajian di kedua-dua kawasan ini supaya hasilnya sama-sama dapat dinikmati dengan lebih baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas soalan yang diajukan. Kajian telah dibuat di Sungai Besar untuk makluman untuk kita juga mengembangkan lagi teknologi yang sedia ada di bawah Agensi Nuklear kita yang mana kita sentiasa memantau juga dan melihat kepada keperluan ini untuk kita lebarkan
Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal
penggunaannya supaya di negara kita ini dapat kita membantu mengembangkan lagi ataupun meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran hasil padi termasuklah juga sebagai cara kita mempertingkatkan cara untuk kita mengawal daripada serangan penyakit ataupun serangga dan sepertinya.
Saya selaku Timbalan Menteri di MOSTI memang maklum tentang keperluan yang kita perlu usahakan ini dan insya-Allah kita akan lihat kepada soalan Yang Berhormat tadi untuk kita pastikan ia akan dapat digunakan secara menyeluruh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Soalan terakhir bagi pertanyaan-pertanyaan lisan pada pagi ini, soalan yang kesepuluh. Saya mempersilakan Tuan Zahari bin Kechik, Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab.
10. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah status terkini bagi pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan telah bersetuju supaya Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan dengan konsep dan format yang baru. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah memuktamadkan proses menyedia dan merangka modul latihan yang akan dilakukan secara berfasa.
PLKN akan diperkenankan di peringkat sekolah yang dipanggil fasa pra PLKN sebagai persiapan mereka menjalani Latihan Khidmat Negara selepas berusia 17 tahun.
Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar di Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum.
Pada fasa seterusnya fasa PLKN asas, remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas akan dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 buah kem Askar Wataniah di seluruh negara, 20 buah universiti awam dan beberapa politeknik. Fasa latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus.
Modul asas kenegaraan dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi mengandungi Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri, Modul Kenegaraan Elemen Cinta Negara dan Modul Kenegaraan Elemen Perpaduan.
Manakala modul asas ketenteraan pula dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan. Pelatih akan dilatih untuk mempraktikkan budaya kehidupan tentera seperti disiplin, ketepatan masa, tersusun (organize) dengan izin, dan mandiri (independent). Pelatih PLKN juga diberi peluang untuk menjalani latihan lanjutan mengikuti bidang yang mereka minati.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Modul bagi setiap latihan khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan. Latihan tersebut berbentuk intensif, lapangan dan juga praktikal. Untuk makluman, daripada segi pelaksanaan PLKN 3.0 ini dicadangkan akan dimulakan berdasarkan ketetapan seperti berikut– Bagi fasa pra PLKN di peringkat sekolah, ia akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan Modul Generasi MADANI oleh KPM dan dijangka bermula pada Jun-Julai tahun hadapan. Bagi fasa PLKN asas yang melibatkan peserta 17 tahun dan ke atas di kem-kem Askar Wataniah selama 45 hari, ia dijangka akan dimulakan pada April 2026.
Walau bagaimanapun, projek rintis akan bermula pada Jun-Julai 2025 yang akan melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta. Manakala bagi fasa PLKN asas di IPTA, ia akan bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026-2027. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jeli, soalan tambahan.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Apakah perancangan kerajaan terhadap peserta-peserta yang telah tamat ataupun yang telah melepasi fasa terakhir latihan terutamanya daripada segi kerjaya selepas mereka tamat latihan untuk masa depan mereka.
Saya mencadangkan agar semasa dalam latihan di samping kita hendak menerapkan aspek ketenteraan, semangat cintakan negara, pembinaan karakter dan sebagainya, kita melaksanakan satu Modul Pelaksanaan Kerjaya yang melibatkan agensi beruniform seperti tentera, polis, bomba, penyelamat seperti APMM dan sebagainya untuk menarik minat mereka ini menyertai agensi ini selepas daripada mereka menamatkan latihan di pusat ataupun di PLKN tadi. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk jawapan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat Jeli.
Memang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu meliputi peserta-peserta yang ingin menjalani fasa peringkat latihan lanjutan dan memang kita ada bincang sama ada kita perlu melihat kepada soal peluang dibuka termasuklah daripada segi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional kepada mereka yang telah mengikuti latihan PLKN ini. Perkara ini saya percaya memang sangat positif dan insya-Allah, mungkin akan dimuktamadkan.
■1140
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Tampin untuk soalan tambahan yang kedua.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berdasarkan satu tinjauan umum yang dilaksanakan oleh Architects of Diversity Malaysia pada Januari lalu berhubung pelaksanaan semula PLKN, terdapat sebilangan besar responden telah memberi pandangan yang sangat merisaukan berhubung gangguan seksual terhadap peserta PLKN. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, apakah persiapan dan persediaan kementerian untuk memastikan kejadian yang tidak diingini seperti gangguan
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
seksual ini tidak berlaku? Adakah kementerian berhasrat untuk menjalankan projek rintis terlebih dahulu supaya dapat meningkatkan keberkesanan program PLKN serta memperbaiki defisit kepercayaan awam?
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan guru-guru SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan.
[Tepuk] .
Semoga pelajar-pelajar terus cemerlang untuk menaikkan nama Tampin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Pandai Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tampin. Memang dalam kita menjayakan PLKN 3.0 ini, kita akan mengambil rujukan dan melihat kepada segala kelemahan dan cabaran-cabaran yang pernah dilalui semasa kita menjayakan PLKN 1.0, PLKN 2.0 yang seperti kita sedia maklum, telah berlalu bermula tahun 2004 hingga tahun 2015 bagi PLKN 1.0 dan 2016 hingga 2018 bagi PLKN 2.0.
Memang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin itu, cabaran-cabaran memang kita akan pastikan ia tidak berulang ataupun pastikan supaya ia dapat diatasi apabila kita melaksanakan PLKN 3.0. Seperti yang telah dikatakan sama ada akan dibuat projek rintis dan sebagainya, saya telah pun nyatakan bagi peringkat Kementerian Pertahanan, kita akan mulakan projek rintis pada tahun hadapan yang hanya melibatkan dua kem wataniah daripada 13 kem yang kita ada dan ia hanya akan melibatkan penyertaan seramai 1,000 peserta. Memang adapun cadangan supaya tidak dicampur satu kem, kita hanya akan hadkan satu jantina sahaja. Jadi kita memang — ini untuk Kementerian Pertahanan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, Jeli bebas, tak boleh ke tambah satu belah sini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, ini pun saya sudah langgar dah. Maaf ya. The maksimum yang dengan izin, saya boleh extend hanya 15 minit. Baik, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat dalam Majlis.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 11 Julai 2024.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi oleh Menteri hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Digital [Tuan Gobind Singh Deo]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membahas Laporan Ketua Audit Negara” *"*****Menyedari bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada 4 Julai 2024 seperti berikut:
i. LKAN 2/2024 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan, yang melaporkan 9 aktiviti melibatkan 11 kementerian di peringkat Persekutuan; dan ii. LKAN 2/2024 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan yang mengandungi hasil pengauditan terhadap 8 syarikat.
Memahami bahawa LKAN membangkitkan isu-isu ketakteraturan serius yang berlaku dalam perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam serta pengurusan aktiviti Kerajaan dan syarikat Kerajaan yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan, agensi dan syarikat Kerajaan yang diaudit.
Memperakui bahawa pentingnya reformasi tatakelola bagi menangani pembaziran wang awam dan ketirisan serta memastikan perkhidmatan Kerajaan benar-benar membantu rakyat. Kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN, dan seterusnya mengambil tindakan penambahbaikan dan pencegahan bagi mengelakkan kelemahan yang sama dibangkitkan semula pada masa hadapan.
Bahawa LKAN wajar dibahaskan secara terperinci di Dewan Rakyat supaya perhatian dan pengamatan yang mendalam oleh semua pihak dapat diberikan bagi mendukung hasrat Kerajaan mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik selain penelitian hanya di peringkat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Ia sekaligus dapat memberikan isyarat jelas kepada keseluruhan jentera pentadbiran Kerajaan akan kesungguhan untuk memerangi kecurangan dan salah laku serta memartabatkan tatakelola yang unggul seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri. Usaha murni ini juga seiring dengan inisiatif mentransformasikan Dewan Rakyat yang berperanan untuk ‘semak dan imbang’ kuasa eksekutif." [9 Julai 2024]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Standing order Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya Yang Berhormat Machang, bahagian mana?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Standing Order 62.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
62
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, apa dia isunya?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bacakankah? Baca ya, “Ahli yang menjaga sesuatu rang undang-undang boleh berdiri di tempatnya dan meminta menarik balik rang undang-undang itu atau hendak menangguhkan peringkat satu lagi rang
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
undang-undang itu sama ada sebelum dimulakan Urusan Mesyuarat atau apabila sampai pada perkara rang undang-undang itu dalam Aturan Urusan Mesyuarat”.’ Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya dan meminta petua daripada Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan beberapa isu melibatkan rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan ini. Semalam Menteri minta ditangguhkan Rang Undang-undang Anti Penagih Dadah untuk dibawa ke Select Committee dengan izin, dan pada hari ini kami dimaklumkan daripada awalnya ada Rang Undang-undang Mufti, juga tidak ada di atas meja pada hari ini.
Saya nampak kalau kerajaan boleh elok berbincang dengan kami, hendak bentang apa-apa, be serious-lah, kita boleh runding, tak ada masalah. Jangan bentang first reading, tarik balik ataupun tiba-tiba letak dekat bawah sehingga menimbulkan polemik di luar sana Tuan Yang di-Pertua.
Kami bangkitkan hari itu berkenaan dengan MAVCOM, bawalah dulu kepada Select Committee fasal MAHB ini, tetapi tak nak dibawa. Kenapa hal ini boleh pula tentang Rang Undang-undang Antidadah, tetapi hal-hal lain tidak boleh dirunding bersama? Jadi, saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan ketidakcekapan kerajaan dalam membawa rang undang-undang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Machang. Buku peraturan ada kan depan tu?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Buka Peraturan 15, jelas. Kalau kita lihat di sini. “Pada tiap-tiap hari persidangan Mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain”. Jadi, kalau you continue-kan sampai ke Perkara 5, apa-apa yang berlaku di dalam Dewan ini, the priority dengan izin, adalah urusan kerajaan. Jadi, itu saya percaya telah menjawab apa yang diminta oleh Yang Berhormat Machang dan itu adalah petua saya berpandukan kepada Peraturan 15. Duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua, saya faham, saya faham peraturan mesyuarat ini. Cuma bagi saya, saya hendak tanya tadi, saya minta kerajaan dalam hal-hal yang sensitif macam Rang Undang-undang Mufti ini ada polemik yang besar di luar sana. Mungkin kerajaan perlu berunding dahulu dengan pembangkang untuk kita pastikan tiada polemik yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam di luar sana. Ini pandangan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Itu mungkin minta pandangan Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Machang, sebagaimana saya nyatakan, apa yang berjalan di dalam ini semuanya termaktub dalam peraturan. Kalau isu yang dibangkitkan Yang Berhormat itu berlandaskan Peraturan 15, perkara-perkara yang keutamaan adalah apa yang dilaksanakan oleh pihak
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
kerajaan, baru dibawa. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu ada ubat dia, lihat Peraturan 17, lihat 18 dan 27(3), Yang Berhormat boleh usulkan supaya perkara itu dibawa dan Speaker Dewan akan memutuskan. Baik ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan?
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Sama, sambung 62.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ini standing order sebelum tahun 2018 dan sejak 2018, kita di sana dan di sini berbicara soal reformasi Parlimen. Mohon saya mencadangkan dalam konteks reformasi Parlimen, kita ambil kira pandangan Machang dan kita bincang. Mungkin ini di jawatankuasa-jawatankuasa yang ada di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita perbaiki sistem ini. Peranan Ketua Pembangkang, peranan Select Committee dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Indera Putera, maaf Indera Mahkota, itu satu pendapat dan pandangan Yang Berhormat yang bernas bagi diri saya. Itu patut dilaksanakan.
[Tepuk] Parlimen ini satu mekanisme pemerintahan dalam urusan kerajaan yang hidup. Kena berubah mengikut masa-masa, waktu dan keperluan. Saya cadangkan apa Yang Berhormat sebelah pembangkang bercadang untuk dipinda dan sebagainya, boleh dibawa dan diusulkan. Itu pandangan saya sebagai Timbalan Speaker. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah keputusan Speaker.
Baik ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik kita balik pada urusan kita Majlis. Panjang ini.
[Ketawa] Kalau kita lihat disenaraikan seramai 53 pembahas, kita telah selesai dalam perkara ini seramai 47 orang dan baki enam. Kita akan mulakan untuk menghabiskan enam pembahas ini sebelum Menteri-menteri menjawab mengikut sektor-sektor mereka. Saya menjemput Yang Berhormat Tampin.
Yang Berhormat pandai ya. Orang Tampin ada sini, dia berucap.
[Ketawa]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Minta maaf PJ, Selangau, saya awal dulu. Beri laluan kepada saya sebab saya nak menghormati tetamu saya daripada Tampin.
[Ketawa] [Tepuk] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato' Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024. Saya bangun untuk menyokong sikap keterbukaan kerajaan yang membenarkan supaya laporan ini dibahaskan buat julung kalinya di dalam Dewan ini. Selain penelitian hanya dibuat di peringkat jawatankuasa PAC sebelum ini. Tindakan ini bukan saja mencerminkan
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
kesungguhan kerajaan untuk memerangi salah laku dan kecurangan yang berlaku di sektor awam malah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan Dewan Rakyat.
Dato' Speaker, jika kita mengimbas kembali sejarah penubuhan MARA cetusan idea tersebut telah bermula ketika persidangan pertama Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 yang dibuka secara rasminya oleh Tunku Abdul Rahman. Kemudiannya, MARA digazetkan sebagai badan berkanun pada 1 Mac 1966 bagi mengangkat martabat bangsa dan menerajui bidang keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan penguasaan ekuiti Bumiputera. Tidak boleh dinafikan MARA telah memainkan peranan penting selama puluhan tahun terhadap pembangunan sosioekonomi negara sepanjang penubuhannya. MARA juga telah memperkasa jutaan Bumiputera melalui keusahawanan, pendidikan dan pelaburan berimpak tinggi atau lebih tepat lagi MARA telah membesar bersama-sama rakyat Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan .
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh terhadap MARA, perkara yang telah berlaku kepada MARA Incorporated adalah amat memeranjatkan dan tidak boleh dikompromi. Kerugian terkumpul sejumlah RM286 juta sejak tahun 2012 hingga 2022 akibat pembelian tujuh aset luar yang meragukan pada tahun 2012 hingga 2014 tidak sepatutnya boleh berlaku. Persoalan saya berhubung perkara ini, bagaimanakah boleh berlakunya pembelian aset di luar negara pada harga yang melampau sehingga MARA Incorporated terpaksa menanggung kerugian. Sedangkan secara logik akalnya tidak ada man-mana urus niaga harta tanah yang mencatatkan susut nilai.
Persoalan saya yang kedua, apakah wujud salah laku dan penyelewengan dalam urus niaga sedemikian? Adakah tadbir urus MARA Incorporated selama ini sehingga berlakunya kecurangan sebegini rupa? Apa pun penjelasan yang bakal diberikan selepas ini, besarlah harapan saya agar perkara ini dapat diuruskan dengan baik oleh kepimpinan pada hari ini. Perkara ini perlu dipandang serius dan harus diuruskan dengan sebaik mungkin supaya imej baik MARA dapat dipulihkan kembali di kaca mata rakyat.
Dato' Speaker, perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan pengurusan projek sungai nadi kehidupan atau River of Life. Umum mengetahui River of Life telah tersenarai sebagai antara tempat terbaik di dunia dalam kategori waterfront district sejak tahun 2018 dan ketika itu status pencapaian River of Life sedang berada dalam keadaan yang baik. Keadaan kualiti air semakin jernih dan tidak berbau serta lampu LED juga semakin cantik pada semasa ke semasa.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tampin minta laluan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sekejap lagi. Saya habiskan dulu. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan yang dikeluarkan secara keseluruhannya projek River of Life tidak akan berjaya disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan begitu pada tahun ini.
Sehingga bulan Julai 2023, terdapat lapan projek masih dalam peringkat pelaksanaan dan kemajuan di tapak antara 21 peratus hingga 97.3 peratus...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tampin sekejap, Tampin
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
...dan kontraktor. Sekejaplah, saya habiskan kertas saya. Karang saya tak habis. Sabar, sabar, sabar. Kontraktor penyiap juga
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
masih belum dilantik untuk dua projek yang telah ditamatkan serta 12 projek lagi masih belum dimulakan.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah pandemik COVID- 19 peralihan pentadbiran kerajaan dan ketidakstabilan politik sebelum ini telah memberi kesan kepada kelewatan projek-projek yang dimaksudkan? Sekiranya keadaan tersebut memberi kesan yang besar dan mendalam terhadap kelangsungan projek River of Life, pada pandangan peribadi saya adalah amat tidak adil sekiranya kita menyifatkan projek River of Life tidak mempunyai business model yang komprehensif. Jika business model tersebut tidak baik, mana mungkin tempat tersebut mendapat perhatian daripada pelancong asing dan menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, saya berharap perkara ini dapat dijelaskan dengan sebaiknya supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Pada kesempatan ini, saya juga ingin menyeru...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tampin, boleh Tampin?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
...kepada kerajaan supaya projek River of Life diteruskan dan diberi keutamaan supaya terus menjadi destinasi pelancongan yang menarik buat para pelancong. Hulu Terengganu, apa masalah itu?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas sahaja Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Speaker. Ringkas saja.
Berkaitan dengan MARA tadi.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ya?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ada cadangan untuk nak memasukkan selain daripada orang Melayu ke dalam UITM MARA. Apa pandangan Tampin? Bersetuju atau tidak dengan pandangan tersebut? Terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sudah. Sudah semestinyalah saya tidak akan bersetuju dan MARA pun tidak akan membawa bangsa lain untuk masuk. Itu adalah hak istimewa orang Melayu, Hulu Terengganu. Jangan nak pertikaikan dengan itu dan jangan nak jadikan itu polemik politik.
[Ketawa] Dato' Speaker, terima kasihlah. Cuba lagi Hulu Terengganu. Terima kasih Dato' Speaker.
[Ketawa] Sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga persoalan dan perkara yang telah dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih pelajar-pelajar SMK Dato’ Taha. Mungkin satu hari nanti, anda akan menggantikan saya di sini. Terima kasih Dato' Speaker.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seperti yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini, satu isu yang amat kritikal dan mendesak
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
adalah berkenaan projek bekalan air luar bandar di Sabah dan Sarawak. Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan menegaskan bahawa akses kepada air bersih dan selamat bukanlah satu kemewahan tetapi merupakan hak asasi manusia yang paling asas.
Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan beberapa isu yang amat serius berkaitan dengan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Kelewatan pelaksanaan telah ditekankan oleh Laporan Ketua Audit Negara dan yang lebih mengejutkan 12 projek bekalan air luar bandar yang telah diluluskan antara tahun 2016 dan 2018 hampir enam hingga lapan tahun yang lalu masih belum bermula pembinaannya.
Bayangkan selama enam hingga lapan tahun, rakyat di kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah masih menunggu untuk mendapatkan akses kepada bekalan air bersih dan selamat.
Punca utama kelewatan ini adalah disebabkan oleh birokrasi dan prosedur yang panjang di peringkat Persekutuan. Semua proses pra kontrak termasuk pelantikan perunding value management lab, jemputan tender, penilaian tender, pemberian kontrak dan pelantikan kontraktor diuruskan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Proses yang sepatutnya mempercepatkan dan memudahkan pelaksanaan projek telah menjadi satu penghalang kepada kemajuan. Kelewatan ini bukan sahaja menjejaskan individu dan keluarga tetapi juga mengganggu keseluruhan perancangan pembangunan negeri Sarawak dan Sabah.
Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian dalam pembahagian tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sabah hanya terlibat dengan pengawasan projek, manakala proses pra kontrak dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan pembahagian kuasa ini walaupun mungkin bertujuan baik telah mengakibatkan kelewatan dan ketidakcekapan.
Dato' Yang di-Pertua, isu-isu ini bukan sahaja menunjukkan kelemahan dalam pelaksanaan projek tetapi juga memberi gambaran yang lebih besar tentang cabaran dalam hubungan Persekutuan dan negeri dan kecekapan pentadbiran awam kita. Isu bekalan air luar bandar ini adalah amat mendesak terutamanya kawasan Parlimen Selangau. Kawasan saya sendiri iaitu projek bekalan air bersih di Selangau dan di Stapang. Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf loji bekalan air di Selangau dan di Stapang dengan peruntukan sebanyak RM200 juta telah diluluskan.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Persoalannya sekarang, mengapakah projek-projek seperti ini masih belum dilaksanakan dengan sepenuhnya? RM200 juta bukanlah jumlah yang kecil. Ia sepatutnya dapat memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat di kawasan-kawasan terlibat.
Namun, kita masih berhadapan dengan kelewatan dan ketidakcekapan dalam pelaksanaan ini.
Kes Selangau dan Setapang hanyalah contoh kepada masalah yang lebih besar dihadapi di seluruh Sabah dan Sarawak. Ia menunjukkan bahawa walaupun peruntukan telah diluluskan, pelaksanaan di peringkat akar umbi masih menjadi satu cabaran besar.
Dato’ Yang di-Pertua, Selangau ingin mencadangkan beberapa langkah menangani isu-isu ini. Pertama, saya menyokong penuh seruan seorang daripada menteri Sarawak,
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
menteri utiliti dan juga inisiatif Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II agar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mempercepatkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sabah dan Sarawak.
Sasaran yang jelas dan jadual waktu yang ketat perlu ditetapkan untuk menyiapkan projek-projek yang tertangguh ini. Saya mencadangkan agar satu pasukan petugas khas ditubuhkan yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian, jabatan bekalan air luar bandar Sabah dan Sarawak dan pakar-pakar industri.
Kedua, kerenah birokrasi perlu dikurangkan secara drastik, manakala prosedur dipermudahkan. Ketiga, audit menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap semua prosedur yang berkaitan dengan projek bekalan air luar bandar. Matlamat audit ini harus jelas iaitu untuk mengenal pasti dan menghapuskan langkah-langkah yang tidak perlu, menggabungkan proses yang bertindih dan memperkenalkan teknologi yang mempercepatkan proses di mana mungkin.
Keempat, saya menyokong sepenuhnya cadangan agar peruntukan untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di bawah kementerian disalurkan terus kepada jabatan bekalan air luar bandar Sabah atau Sarawak sebagai agensi pelaksana menggunakan prosedur dan protokol pelaksanaan projek kerajaan negeri masing-masing. Langkah ini bukan sahaja untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, tetapi juga mengiktiraf kepakaran dan pengetahuan tempatan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Koordinasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak harus ditingkatkan. Satu Jawatankuasa Bersama Persekutuan dan negeri khususnya untuk projek infrastruktur di kedua-dua negeri ini harus ditubuhkan. Ahli-ahli Parlimen yang berkenaan juga perlu dilibatkan bagi membolehkan mereka mengetahui perkembangan terkini projek-projek dan menyampaikannya kepada rakyat.
Keenam, mekanisme pengawasan berkala yang melibatkan kedua-dua pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri hendaklah diwujudkan.
Dato’ Yang di-Pertua, kesimpulan isu bekalan air luar bandar di Sabah dan Sarawak bukanlah sekadar masalah teknikal dan pentadbiran. Ia adalah satu isu keadilan sosial pembangunan lestari dan mengotakan janji kepada rakyat kedua-dua negeri ini. Kes Selangau dan Setapang yang saya sebutkan tadi harus menjadi peringatan kepada kita- semua dan sekadar contoh kepada penemuan-penemuan lain seperti mana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Setiap penemuan dan laporan ini menggambarkan potensi pembaziran sumber awam dan kelemahan dalam sistem yang boleh membuka pintu kepada penyelewengan.
Oleh itu, ia memerlukan tindak balas yang pantas dan berkesan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Akhirnya, laporan ini harus dilihat sebagai peluang untuk memperbaiki tadbir urus negara dan bukannya sebagai alat politik semata-mata. Dengan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan berdasarkan penemuan ini, kita dapat meningkatkan kecekapan pengurusan awam, mengurangkan pembaziran dan akhirnya memberi matlamat kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian Dato’, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menekankan beberapa perkara yang memerlukan perhatian tuntas oleh semua pihak kerana laporan audit yang diterbitkan sebahagian dapatannya telah menghakis kepercayaan orang awam kepada institusi-institusi penting negara.
Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang Majlis Profesor Negara yang didapati tidak memenuhi matlamat penubuhan secara jelas serta mempunyai isu tadbir urus yang tidak memuaskan. Tujuan MPN ditubuhkan adalah untuk menggerakkan kepakaran tenaga akademik bagi membantu usaha kerajaan membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat.
MPN telah menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018 dan 2022 hingga 2023. Banyak telah disebut oleh rakan- rakan saya Dato’ Yang di-Pertua. Banyak dana telah pun disalahgunakan, terdapat juga isu- isu yang mana mempunyai pegangan saham di syarikat tersebut dan tidak membuat pengisytiharan. Ini jelas menunjukkan kelemahan urus tadbir MPN serta konflik kepentingan yang tidak dikawal selia sehingga melibatkan kepincangan terhadap pengurusan objektif dan dana awam.
Dato’ Yang di-Pertua, profesor di menara gading merupakan satu profesion yang amat disanjungi oleh masyarakat. Apabila majlis yang melibatkan profesor juga dilihat serius melanggar tatakelola, rakyat tertanya-tanya apatah lagi dengan agensi-agensi yang lain. Atas isu integriti yang sama, saya ingin membawa perhatian kepada isu mutu penyelidikan.
Dato’ Yang di-Pertua pada awal Januari 2024, Serge Jardin, French historian telah membuat kenyataan bahawa dua ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia telah mengubah atau mengelirukan sejarah maritim Melayu dengan fakta asal menerusi terbitan akademik jurnal mereka bertajuk “The Jongs and The Galleys: Traditional Ships of The Past Malay Maritime Civilizations”. Hal ini menyebabkan beberapa pihak telah mempersoalkan kredibiliti dan integriti akademik jurnal tersebut.
Persoalan saya adalah adakah tindakan telah diambil terhadap pensyarah- pensyarah yang didakwa melakukan plagiarism? Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ianya melibatkan institusi pembelajaran tertinggi kita.
Dato’ Yang di-Pertua, kedua tentang HRD Corp. Laporan Audit mendapati terdapat kepincangan pengurusan tadbir urus korporat dan kewangan daripada isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya. Ramai juga rakan-rakan yang terlibat dalam perbahasan telah pun menyentuh sedikit sebanyak tentang levi yang dikutip kemudian pada asalnya harus digunakan untuk kegunaan latihan, tetapi disalurkan untuk tujuan pelaburan. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah pun mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi tersebut dilaburkan dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang adanya meragukan, adanya berisiko tinggi dan banyak lagi.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Di sini, saya ingin memuji usaha KESUMA di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri ke atas pelaksanaan dasar Inisiatif Strategik di mana ianya diwujudkan untuk mengasingkan akaun amanah levi. Ini bagi memastikan agar levi digunakan sepenuhnya bagi tujuan latihan, kemahiran dan pengurusan sumber manusia, tetapi rakyat juga tanya adakah ini cukup?
Di sini, saya ingin bersetuju dengan rakan saya, Selayang bahawa dari satu sisi yang lain saya ingin mengesyorkan kajian harus dilakukan untuk menilai sama ada HRD Corp perlu ditutupkan sahaja. Ini adalah kerana dinamik latihan telah berubah Dato’ Yang di-Pertua daripada offline kepada online dan daripada latihan umum kepada latihan yang khusus.
Bagaimanakah pula sekiranya HRD Corp ditutup? Ramai yang tanya. Perkara ini boleh dicapai melalui tiga cadangan penyelesaian. Pertama, pekerja boleh mendaftar program latihan secara bersendirian dan diberikan pengecualian cukai. Kedua, memperkasa syarikat-syarikat untuk menyediakan in-house training kepada pekerja-pekerja syarikat tersebut. Ketiga, memperkasa industri association seperti dewan perniagaan, seperti FMM, seperti persatuan-persatuan industri untuk melaksanakan program latihan dan meningkatkan kemahiran sumber manusia mengikut kluster industri masing-masing. Ini bermakna, kita tidak perlu lagi pusat sehenti bagi pembangunan latihan, kemahiran dan sumber manusia dan ini diamalkan di banyak negara.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Di Malaysia pun Persatuan Arkitek Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia mempunyai program Continuing Professional Development mereka. Di Germany pula Association of German Engineers, German Electrical and Electronic Manufacturers Association, German Association of Energy and Water Industries dan sebagainya melaksanakan program kursus latihan, seminar dan sebagainya bagi memastikan pekerja sentiasa memenuhi taraf keperluan pasaran industri dan buruh.
Kesimpulannya, dengan itu syarikat di Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing melalui latihan yang lebih bertepatan mengikut keperluan di samping mengurangkan kos operasi mereka. Secara keseluruhan, saya berpandangan isu-isu berkenaan tadbir urus dan pengurusan kewangan HRD Corp perlu disemak dan dinilai secara lebih fundamental dan bukan dilepaskan kepada SPRM sahaja.
Rakyat tengah menunggu, berkali-kali kita membahaskan Laporan Ketua Audit Negara, tetapi the head must rule, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Pengurusan tertinggi perlu direhatkan sementara siasatan dan bagi satu reformasi yang lebih struktur, lebih fundamental diperlukan untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada institusi awam kita.
Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Pagi ini saya turut ingin membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Jadi Yang di- Pertua Speaker, saya ingin menyentuh tentang dua perkara iaitu MRT Corp dan pengurusan air negara. Dato’ Yang di-Pertua Speaker, saya bangkit untuk mempersoalkan pengurusan projek MRT dan RTS Link yang menimbulkan satu keraguan terhadap kerajaan dalam merancang dan melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan awam negara.
Keraguan ini bukan sahaja membazirkan berbilion Ringgit wang rakyat, tetapi juga adakah akan tercapai objektif utama untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di negara kita. Pertamanya, mengenai MRT Corp. Laporan Audit mendedahkan satu kelemahan dalam pengurusan projek dan kawalan kos MRT Corp, dinyatakan terdapat satu pembaziran besar sehingga kerugian terkumpul mencecah RM57.6 bilion. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kerugian ini?
Yang kedua, adakah sebarang strategi yang jelas daripada pihak kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan MRT Corp atau adakah kerajaan akan terus bergantung kepada wang rakyat untuk menampal kelemahan pengurusan syarikat ini?
Kedua berkenaan dengan RTS Link. Kos infrastruktur projek RTS Link telah meningkat sebanyak 29.9 peratus atau RM1.207 bilion. Saya hairan bagaimana kerajaan boleh membenarkan peningkatan kos yang begitu tinggi dalam masa yang singkat.
Anggaran kos infrastruktur projek Rapid Transit System (RTS) Link meningkat sebanyak 29.9 peratus ataupun RM1.207 bilion kepada RM5.24 bilion setakat 31 Disember 2023 berbanding RM4.03 bilion anggaran kos asal daripada- pada Januari 2018. Apakah implikasi kewangan jangka panjang kepada rakyat Malaysia akibat peningkatan kos ini?
Adakah berbalik kepada rakyat semula yang akan membebankan kos tambang- kos tambahan ini melalui kenaikan kos tambang ataupun kos cukai?
Yang ketiga dan yang paling membimbangkan adalah kegagalan MRT1 dan MRT2 untuk mencapai sasaran penumpang. MRT1 hanya mencapai 10.8 peratus hingga 37.4 peratus daripada sasaran penumpang harian sejak 2017. MRT2 pula hanya mencapai 20 peratus daripada sasaran penumpang. Ini adalah satu masalah yang serius yang perlu diambil berat. Dari sini kita minta jelaskan apa sahaja langkah atau kaedah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan penggunaan MRT. Adakah kerajaan telah menjalankan kajian menyeluruh untuk memahami mengapa penggunaan MRT begitu rendah dalam kalangan masyarakat?
Pengangkutan awam yang efisien dan mesra pengguna adalah tulang belakang kepada sebuah bandar raya moden yang dinamik. Namun dengan kos pembinaan yang tinggi dan kadar penggunaan yang masih rendah kita perlu bertanya bagaimanakah kerajaan merancang untuk memaksimumkan potensi projek-projek mereka ini? Adalah lebih baik untuk kita menggunakan sebahagian dana ini untuk meningkatkan kesalinghubungan sistem pengangkutan awam sedia ada, memperbaiki pengalaman pengguna dan melaksanakan kempen kesedaran yang lebih agresif.
Langkah-langkah ini bukan sahaja akan menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam, tetapi juga memastikan pelaburan besar ini memberikan
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
pulangan yang setimpal daripada segi pengurangan kesesakan lalu lintas, peningkatan kualiti udara dan peningkatan produktiviti ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, jika berlaku kegagalan dalam projek pengurusan MRT dan RTS Link ini ia bukan sahaja memberi impak kepada pembaziran wang rakyat, tetapi ia juga menunjukkan satu kegagalan dalam mencapai objektif untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat. Kerajaan perlu bertanggungjawab atas masalah ini dan memberikan penyelesaian yang terperinci kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan pengurusan sumber air negara. Baru-baru ini antara isu yang dibangkitkan oleh rakyat di Sungai Bakap adalah kekurangan ataupun ketiadaan bekalan air yang terputus sepanjang masa. Perkara ini telah pun berlaku selama lebih kurang enam tahun dan dalam keadaan itu negeri Kedah ataupun Menteri Besar telah menawarkan untuk PBA Pulau Pinang berunding dengan SADA bagi membeli air, membeli bekalan terawat daripada Loji Rawatan Air Lubok Buntar baharu yang akan siap pada 2023, demi kemaslahatan rakyat di seluruh negara khususnya di sempadan Bandar Baharu dan Sungai Bakap.
Loji Rawatan Air Bandar Baharu yang berkapasiti lima, akan siap 25 – 55 MLD boleh menampung unjuran lima tahun untuk penggunaan pengguna air di kawasan sekitar Nibong Tebal khususnya di Sungai Bakap, tapi apa yang dilaporkan dalam media, Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Nibong Tebal ataupun di selatan Pulau Pinang ini, Seberang Perai Selatan. Kerajaan mengumumkan satu projek untuk membekalkan air, mengambil air daripada air Sungai Perak untuk disalurkan ke kawasan Kerian berjumlah RM4 bilion.
Di sini saya ingin mengemukakan simpati saya kepada rakan-rakan di Sabah, di Sarawak, Ahli-ahli Parlimen yang hari ini banyak menyebut tentang pengurusan sumber air, yang mana bekalan air yang tidak stabil, tidak ada dan sebagainya. Kalau lah RM4 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini boleh disalurkan segera untuk dilaksanakan pembekalan air yang lebih baik, terawat, yang lebih sihat kepada rakyat di Sabah dan Sarawak khususnya, insya-Allah ia lebih baik untuk kita belanja duit rakyat.
RM4 bilion ini bukan satu jumlah yang kecil Yang di-Pertua. Jadi saya minta kerajaan berhati-hati bila nak mengumumkan sesuatu peruntukan projek yang begitu besar mengambil kira semua keseluruhan negara. Itu sahaja yang saya ingin sampaikan pada pagi ini Yang di- Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Saya terus masuk kepada isu yang saya nak bangkitkan iaitu mengenai River of Life atau RoL ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya benar-benarkan kecewa melihat kegagalan projek ini seperti yang telah dinyatakan dalam Laporan LKAN ini sebab pada saya niat projek ini amat baik iaitu
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
mengindahkan dan membersihkan sungai di Kuala Lumpur ini. Kalau kita baca laporan ini komponen pembersihan sungai ada tiga yang lewat, yang mana kelewatan itu sampai lapan tahun.
Ada satu projek pembetungan yang mana ditamatkan terus kontraknya. Manakala bagi komponen pengindahan sungai 2.0 kilometer kerja pengindahan tidak dilaksanakan dan satu projek collapsible weirs telah ditamatkan. Kemudian ada juga kemudahan-kemudahan Dato’ Yang di-Pertua yang telah disiapkan, tetapi tidak dimanfaatkan. Contohnya confluence guiding gallery siap tahun 2021, kos sebanyak RM4.34 juta, tetapi tidak dimanfaatkan. Ada tiga guiding gallery siap 2021, kos RM6.02 juta, tetapi juga tidak dimanfaatkan.
Kemudian ada juga kemudahan bike repair dan juga kiosk dengan kos RM0.71 juta siap tahun 2021 juga tidak dimanfaatkan. Kalau kita tengok Dato’ Yang di-Pertua, gambar- gambar kemudahan-kemudahan ini amat menyedihkan bila kita tidak manfaatkan apa yang telah dibina, dia jadi usang kerana tidak diselenggarakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dato’ Yang di-Pertua, pihak kerajaan harus mengambil kira dengan serius kegagalan River of Life ini dan mencari apakah punca gagal seperti ini dan semua kemudahan-kemudahan yang siap ini haruslah dimanfaatkan. Jangan jadikan kemudahan- kemudahan ini sebagai satu, dengan izin, monument kegagalan projek ini. Saya difahamkan, kalau kita baca, RM3.9 bilion telah dibelanjakan daripada kos siling RM4.3 bilion iaitu lebih kurang dalam 89.7 peratus setakat tahun lepas, tetapi projek masih tidak berjaya.
Saya fikir, Dato’ Yang di-Pertua, ada keperluan pihak berkuasa untuk memulakan siasatan terhadap projek ini. Saya tak kata ada kesalahan jenayah tetapi kegagalan seperti yang kita lihat dalam audit ini, pada saya merupakan satu red flag, dengan izin, sekurang- kurangnya untuk pihak berkuasa memulakan siasatan. Kalau semua teratur, tak ada elemen jenayah, bagus, tetapi pada saya, sekurang-kurangnya kita harus mengambil serius, tetapi pada masa yang sama, saya juga setuju dengan apa yang YB Tampin nyatakan bahawa projek ini masih perlu diteruskan.
Selepas satu audit ataupun selepas menyemak semula keberkesanan projek ini dan juga memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada, saya fikir ada keperluan untuk meneruskan projek ini kerana niatnya amat baik dan apa yang kita telah lihat daripada segi apa yang telah disiapkan semuanya ada. Cuma, disebabkan faktor-faktor yang tertentu, ia tidak dapat disiapkan dan menjadi satu projek yang dilihat gagal.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam Parlimen kali ini, kita telah meluluskan pindaan ke atas Akta Audit yang mana telah meluaskan lagi skop Jabatan Audit Negara. Ini merupakan satu reformasi institusi yang saya fikir cukup baik dan cukup penting. Kali ini, hari ini juga kita membahaskan Laporan Ketua Audit Negara dan ini sebenarnya kali kedua kita membahaskan LKAN ini yang mana saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua kakitangan Jabatan Audit Negara serta Ketua Audit Negara kerana telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu baik sekali.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebagai seorang Ahli PAC, saya boleh mengesahkan, Dato’ Yang di-Pertua, audit yang mereka jalankan adalah begitu rapi dan begitu menyeluruh. Jadi, syabas buat Jabatan Audit Negara dan Ketua Audit Negara kerana khidmat bakti yang telah ditaburkan oleh mereka.
Seperti yang telah saya nyatakan, ini kali kedua. Tahun lepas, kita juga bahaskan LKAN ini. Tahun lepas, pihak sebelah sana tidak melibatkan diri untuk apa-apa sebab, tetapi saya sambut baik U-turn mereka untuk bersama-sama dengan kita membahaskan LKAN ini.
Ini kerana saya fikir kita perlu membangkitkan isu-isu ketidakaturan yang serius yang ada dalam perakaunan atau penjagaan wang awam dalam Dewan ini. Oleh sebab itu, ia harus dibahaskan dengan terperinci dan pihak kementerian-kementerian yang terlibat juga diberi peluang untuk menjawab kepada isu-isu yang telah dibangkitkan.
Sikit lagi, Dato’ Yang di-Pertua. Semak dan imbang ini bukan hanya kami bangkitkan sahaja, tetapi yang penting, seperti yang saya nyatakan tadi, jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian adalah penting juga untuk menjadi semak dan imbang. Dari situ, kita boleh tahu adakah kerajaan serius dalam melaksanakan apa yang telah disyorkan oleh pihak LKAN.
Reformasi tatakelola dengan meminda Akta Audit, dengan membahaskan LKAN ini adalah begitu penting untuk memastikan, Dato’ Yang di-Pertua, setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan amanah, berhemah dan penuh tanggungjawab. Jadi, saya fikir kita perlu berlaku adil pada kerajaan ini. Ya, kerajaan ini tidak sempurna, tetapi tuduhan bahawa kerajaan ini tidak serius tentang tatakelola yang baik atau reformasi sudah mati, saya fikir ini adalah tuduhan yang langsung tidak adil sebab sebenarnya kita tengok banyak reformasi institusi yang telah dilaksanakan.
Jadi, akhir sekali, Dato' Yang di-Pertua, marilah kita sama-sama menyokong usaha kerajaan ini untuk mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik supaya tak kiralah siapa yang jadi kerajaan- kali ini kita jadi kerajaan. Mungkin lepas ini, dalam 20 tahun lagi, mereka pula jadi kerajaan, tetapi yang penting adalah tak kiralah siapa yang jadi kerajaan...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
20 tahun lagi. Tak kiralah siapa yang jadi kerajaan, our institutions, dengan izin, remain strong dan tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa. Sekian, terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Bangi mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bangi. Yang Berhormat Bangi. Yang Berhormat adalah Ahli PAC, betul tak? Sebagaimana Yang Berhormat nyatakan tadi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Pada penggal yang lepas, saya juga Ahli PAC. Ada tak kalau kita boleh cadangkan Ketua Audit Negara apabila melaporkan sesuatu laporan mendapati ada perilaku jenayah, beliau mandatori membuat laporan polis atau SPRM? Tidak perlulah tunggu kementerian berkaitan untuk melaporkan. Apa pendapat Yang Berhormat?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya fikir itu adalah satu cadangan yang wajar dipertimbangkan. Sebab, kadangkala apa yang berlaku adalah bila ada ketidakaturan ataupun mungkin ada red flag, pihak yang berkenaan itu mungkin tidak mahu membuat laporan polis. Bukan semua. Seperti YB KESUMA kita yang telah mengarahkan untuk membuat laporan polis. Jadi, ini satu cadangan yang saya fikir wajar dipertimbangkan dan diperhalusi oleh pihak kerajaan supaya kita dapat memperkasakan institusi Ketua Audit Negara itu. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikutnya, saya mempersilakan pembahas yang terakhir iaitu Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya terus ke perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/ 2024.
Pertama, audit terhadap program pembangunan keusahawanan e-Dagang yang melibatkan kos keseluruhan RM587.68 juta menunjukkan bahawa tujuh program latihan dan penerimagunaan e-Dagang telah mencapai objektif hasil kerjasama beberapa kementerian termasuklah KKDW dan KUSKOP.
Salah satu program khusus untuk usahawan luar bandar adalah Desamall. Namun, audit telah mendapati bahawa tiada maklumat pendaftaran SSM bagi usahawan yang terlibat.
Terdapat 50.9 peratus usahawan yang tidak mengemukakan maklumat SSM pada tahun 2022. Ini dikenal pasti kerana usahawan dari negeri Sabah dan Sarawak yang masih belum mempunyai pendedahan atau kesedaran bagi mendaftarkan perniagaan mereka dengan Ordinan Perniagaan Sabah dan Sarawak. Respons KKDW mengatakan perlu ada elemen budi bicara bagi usahawan dari luar bandar ini tidak terpinggir daripada pasaran digital.
Dalam masa yang sama, mereka juga perlu didaftarkan mengikut lunas peraturan supaya hak mereka terjamin.
Batang Sadong ingin bertanya, apakah langkah drastik kerajaan untuk meninggikan literasi digital agar usahawan luar bandar utama di Sabah dan Sarawak dapat menyertai perusahaan digital on equal footing dan menjana pendapatan untuk keluarga mereka?
Perkara kedua. Audit mendapati banyak jajaran projek BBGP tidak digunakan dengan 28 daripada 87 jajaran bernilai RM53.6 juta tidak dilanggan oleh penyedia internet, penguatkuasaan kontrak tidak dipatuhi dan dipantau serta tiada bukti hasil dibayar oleh syarikat telekomunikasi kepada kerajaan bagi projek HSBB2 atau High Speed Broadband Fasa 2 untuk tahun 2022 dan 2023 walaupun kerajaan mungkin layak mendapat bayaran perkongsian hasil.
Pengurusan langganan PoP sekolah antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak diselaraskan dengan 337 daripada 597 buah sekolah tidak menggunakan teknologi fiber walaupun infrastruktur PoP telah disediakan. Dan 597 daripada 599 ataupun 99.66 peratus sekolah masih belum melanggan projek PoP.
Adakah sekolah di Batang Sadong termasuk dalam kategori ini?
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Perkara ketiga. Umum mengetahui bahawa objektif Projek Bekalan Air Luar Bandar
(BLAB) Sarawak dan Sabah adalah tidak tercapai yang telah menyebabkan ribuan isi rumah di kedua-dua negeri masih tidak mendapat bekalan air yang bersih dan selamat. Penetapan penurunan objektif output dan keberhasilan bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak di bawah RMKe-11 diselaraskan semula pada 3 Mei 2023 secara drastik melibatkan perolehan yang sama tanpa justifikasi kukuh yang telah dilaporkan kepada kementerian.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Penetapan semula output Projek BALB Sarawak melibatkan penurunan ketara dari 40,000 rumah dibekalkan dengan bekalan air bersih dan terawat kepada penyediaan akses bekalan air bersih dan terawat diturunkan kepada 6,100 rumah sahaja. Ini bermakna, telah berlaku penurunan output sebanyak 84.75 peratus isi rumah yang ditetapkan. Keberhasilan Projek BALB Sarawak juga dipinda daripada menyediakan akses kepada kemudahan air bersih dan terawat untuk dinikmati oleh semua rakyat, diturunkan kepada 30,500 penduduk sahaja. Batang Sadong ingin bertanya, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku dan kawasan manakah yang terjejas dengan penurunan output yang drastik ini?
Keempat, semakan Audit selanjutnya terhadap laporan bajet program dan prestasi KKDW bagi Projek BALB Sarawak mendapati baki peruntukan Projek BALB Retikulasi Sarawak pada tahun 2017 hanya berjumlah RM1.24 juta. Tidak menggambarkan jumlah baki yang sebenar pada tahun tersebut. Sekiranya peruntukan tersebut tidak disalurkan ke RISDA, jumlah sebenar baki peruntukan bagi Projek BALB Retikulasi Sarawak pada tahun 2017 sepatutnya berjumlah RM13.24 juta.
Ini menunjukkan perbelanjaan telah direkodkan lebih tinggi daripada yang sebenar dan baki pula direkodkan pada jumlah yang lebih rendah bermula tahun 2017 bagi BALB Sarawak. Terdapat jurang yang ketara di mana status pelaksanaan BALB Sarawak hanyalah 78.1 peratus. Satu jumlah yang tidak proportionate dengan perbelanjaan yang telah pun dikeluarkan.
Terakhir, perkara kelima. Semakan Audit mendapati tangki perkhidmatan bernilai RM9.20 juta di Projek Saluran Paip Utama dari Loji Batu Kitang ke Tangki Bukit Entingan dan ke Tangki Batu 9, Samarahan tidak pun digunakan oleh pihak Lembaga Air Kuching sejak projek siap pada Mac 2018. Audit juga melaporkan kelewatan projek yang menyebabkan EOT selama lima ke-tujuh tahun juga berpunca daripada kelewatan pre-implementation stage iaitu seperti penyediaan reka bentuk, kelulusan, bantahan tapak projek dan sebagainya.
Lazimnya, elemen ini adalah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum kontrak dimajukan untuk tujuan memohon perolehan. EOT lima ke-tujuh tahun bukan masa yang singkat. Tentu sekali akan memberi kesan kepada ribuan isi rumah di kawasan Sarawak. Batang Sadong ingin bertanya, apakah langkah mitigasi kerajaan atau pun mitigation strategies bagi membekalkan air bersih kepada ribuan penduduk yang terkesan?
Tuan Yang di-Pertua, saya kira pengurusan Projek Bekalan Air Bersih yang merupakan infrastruktur utama ini adalah serius dan kritikal. Saya menyambut baik syor daripada Audit untuk memperhalusi koordinasi dengan kerajaan negeri. Adalah lebih baik jika peruntukan disalurkan terus ke Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai agensi
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
pelaksana dengan menggunakan tatacara dan prosedur pelaksanaan projek Kerajaan Sarawak. Ia dapat memotong redtape, sekali gus dapat mempercepatkan pelaksanaan projek.
Ketirisan yang dilaporkan tidak harus berlaku lagi. Batang Sadong memohon dapatan LKAN untuk terus diteliti dengan dalam untuk memahami permasalahan dihadapi yang melibatkan wang negara. Syor-syor ini juga perlu ditangani dengan tegas supaya ia nya mencapai matlamat untuk kebaikan sejagat. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Dengan...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Timbalan Speaker. Boleh saya buat pengumuman sedikit sebentar, sebelum sambung? Kita sama-sama boleh mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dan guru dan serta pengetua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Ledang, Tangkak. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Kita teruskan urusan Majlis. Setelah tamat perbahasan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berkaitan dengan topik yang dibahaskan iaitu berkaitan Laporan Audit. Kini, masa Menteri- menteri untuk menjawab. Disenaraikan 14 kementerian untuk menjawab dan Menteri atau Timbalan Menterinya akan menjawab bagi tempoh masa seperti berikut. Saya akan bacakan susunan giliran. Walau bagaimanapun, ia tertakluk dengan keadaan pindaan semasa ke semasa. Baik.
Inilah senarai-senarainya. Dimulakan dengan Kementerian Kewangan. Kemudian, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
Dibuka tirai untuk menjawab soalan-soalan Yang Berhormat beberapa hari ini.
Saya mempersilakan Kementerian Kewangan, Menteri, untuk menjawab 10 minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, izinkan saya menzahirkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat iaitu seramai 53 orang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan yang mulia ini pada 9 dan 10 Julai 2024.
Daripada jumlah itu, seramai empat orang Ahli Yang Berhormat. Tambah tadi. Lima orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh portfolio Kementerian Kewangan. Semua pandangan, teguran dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara yang telah dibangkitkan berkaitan Kementerian Kewangan amat lah dihargai.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Izinkan saya memberikan penjelasan ke atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan. Antara isu-isu yang akan saya sentuh pada hari ini adalah merangkumi perkara-perkara auditan berkaitan syarikat-syarikat berikut. Rangkaian Hotel Seri Malaysia
(RHSM) Sdn. Bhd., I2M Ventures Sdn. Bhd. dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd.
(MRT Corporation). YB Kuala Krai dan Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan mengenai isu berkaitan Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RHSM merupakan sebuah syarikat milik majoriti Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan dikawal selia oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang ditubuhkan pada 5 April 1994. Bertujuan untuk memangkin penglibatan usahawan bumiputera dalam industri perhotelan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan usahawan bumiputera dalam bidang perindustrian dan perdagangan.
Pada masa ini, terdapat 20 buah Hotel Seri Malaysia yang beroperasi dan daripada jumlah tersebut, dua buah Hotel Seri Malaysia diuruskan oleh aturan francais iaitu Hotel Seri Malaysia Kangar dan Hotel Seri Malaysia Bayan Baru. Kerajaan melalui MOTAC telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.8 juta pada tahun 2023 bagi kerja-kerja menaik taraf Hotel Seri Malaysia Genting Highlands dan Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Selain itu, RHSM juga akan meneliti model perniagaannya pada masa akan datang supaya perbelanjaan modal bagi pembaikan hotel boleh dilaksanakan melalui model yang bersesuaian bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana daripada kerajaan.
Bagi menjawab persoalan YB Puchong, sama ada kementerian akan mengambil tindakan ke atas teguran Audit. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai mana yang dilaporkan di dalam LKAN, sepanjang 30 tahun penubuhan RHSM, seramai 25 usahawan bumiputera telah dilatih dan dibimbing dalam industri perhotelan. Enam iaitu 24 peratus daripada 25 usahawan bumiputera yang dibimbing oleh RHSM masih meneruskan perniagaan dalam aktiviti perhotelan. Sehingga tahun 2012, RHSM telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya dengan 18 daripada 21 hotel telah difrancaiskan iaitu 85.7 peratus, manakala tiga hotel selebihnya adalah merupakan hotel flagship yang tidak difrancaiskan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Pada masa ini, program francais telah dihentikan buat sementara waktu memandangkan terdapat perancangan untuk menstrukturkan semula RHSM yang memerlukan kerjasama semua pemegang saham. Selain itu, di bawah kepimpinan pengurusan yang baharu, RHSM telah menunjukkan prestasi kewangan yang lebih baik dan telah mencatatkan keuntungan pada tahun 2022 dan 2023 berbanding beberapa tahun ke belakang.
Pengurusan RHSM juga sedang giat memperbaiki struktur syarikat bagi memastikan tata kelola yang baik dapat diterapkan oleh syarikat pada masa hadapan. Isu audit yang dibangkitkan di dalam LKAN juga bukanlah isu salah laku bahkan merupakan isu operasi dan tadbir urus yang akan diambil tindakan oleh pihak pengurusan dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kedua, bagi isu yang sama dibangkitkan oleh YB Puchong berkaitan i2M Ventures Sdn. Bhd., pihak Khazanah tidak berhasrat untuk menambah bilangan pelaburan, pelabur baharu di bawah i2M Ventures dan fungsi i2M Ventures akan diteruskan sehingga tamat perjanjiannya bersama 12 pelabur aktif. Ketika ini, masih terdapat lapan pelabur aktif di bawah perjanjian sokongan kewangan dan empat pelabur aktif di bawah perjanjian fasilitasi.
Pelabur terakhir yang akan tamat perjanjian adalah pada tahun 2027.
i2M Ventures tidak menjana sebarang pendapatan operasi dan melaksanakan fungsinya melalui peruntukan kewangan yang diberikan secara langsung oleh Khazanah Nasional. Pada tahun 2020, keputusan telah dimuktamadkan untuk mengintegrasi operasi i2M Ventures bersama dengan Iskandar Investment Berhad (IIB) dan mengubah i2M Ventures daripada sebuah syarikat yang aktif, dengan izin, active operating company kepada syarikat yang tidak aktif, non-operating company, dengan izin.
i2M Ventures telah memeterai perjanjian tahap perkhidmatan atau service level agreement dengan IIB untuk menjalankan dan mengambil alih fungsi pentadbiran i2M Ventures untuk terus memajukan ekosistem di Iskandar Puteri. i2M Ventures melalui IIB akan terus memantau pencapaian KPI dan menyalurkan dana kepada pelabur-pelabur yang masih aktif. IIB sebagai pemaju induk atau master developer kepada Iskandar Puteri akan terus menggiatkan usaha untuk memajukan ekosistem Iskandar Puteri.
Ini selaras dengan usaha IIB untuk mempromosi Iskandar Puteri yang memastikan KPI program yang ditetapkan dapat dicapai. Selaras dengan syor Audit, Khazanah akan mengkaji semula i2M Ventures setelah melunaskan semua komitmen dan perjanjian dengan pelabur pada tahun 2025.
YB Jerantut yang telah membangkitkan beberapa perkara mengenai MRT. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan khusus untuk membina infrastruktur rel bandar serta memiliki aset, MRT Corp. menerima sumbangan kewangan daripada kerajaan untuk memenuhi tujuan ini. Kerugian yang dinyatakan dalam LKAN adalah kos yang telah dibelanjakan untuk pembinaan infrastruktur MRT 1 dan MRT 2.
Kos-kos ini telah diaudit oleh juruaudit luar syarikat setiap tahun dan perkara ini didapati bukan disebabkan oleh salah urus oleh pihak pengurusan syarikat.
Sebagai makluman, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merupakan pengendali operasi yang dilantik oleh kerajaan bagi MRT 1 dan MRT 2. Sehubungan itu, hasil tambang dikutip oleh pihak Prasarana dan digunakan untuk menampung perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan harian Prasarana. Bilangan penumpang harian laluan MRT 1 telah mencapai 250,000 hingga 270,000 penumpang sehari. Sebagai contoh, pada 20 Mei 2024, bilangan penumpang laluan MRT 1 telah mencapai bilangan seramai 274,302 penumpang.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus daripada kadar penumpang sebelum COVID-19.
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi jumlah penumpang, pihak Prasarana dalam proses menambah bilangan bas baharu untuk memantapkan lagi ketersambungan batuan awal dan akhir atau dengan izin, first and last mile connectivity. Untuk Projek RTS Link, fasa pembinaan projek dijangka pada bulan Disember 2024 kecuali kerja-kerja pembinaan fasa di
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Stesen Bukit Cagar yang akan diteruskan sehingga tahun 2026, semua kontrak-kontrak kerja yang telah dianugerahkan.
Memandangkan projek kini di fasa akhir pembinaan, kerajaan tidak menjangkakan sebarang peningkatan kos yang ketara sehingga tamat tempoh pembinaan. Operasi RTS Link akan dikendalikan secara komersial oleh RTSO Pte. Ltd. yang merupakan sebuah syarikat usahawan JV di antara Prasarana dan SMRT Singapura. Oleh itu, untuk memastikan kemampuan bagi menampung keperluan operasi laluan, tambang untuk perjalanan RTS perlu ditetapkan pada kadar yang munasabah dan berpatutan tertakluk kepada kemampuan pengguna.
MRT Corp. merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan khusus bagi melaksanakan projek infrastruktur rel. Justeru, kos pembinaan struktur sivil lazimnya akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan sedang meneliti kaedah pajakan untuk komponen sistem rel termasuk stok kereta api. Kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat rel untuk mencari dana sampingan daripada sumber pembangunan berorientasikan transit, dengan izin, transit oriented development (TOD), aktiviti-aktiviti komersial termasuklah pengiklanan dan penyewaan aset- aset gentian fiber serta penjanaan tenaga lestari.
YB Bentong juga turut membangkitkan mengenai tahap kepuasan pelanggan bagi kedua-dua laluan MRT 1 dan MRT 2 yang meningkat dari tahun 2022 ke-2023. Namun begitu, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan daripada aspek kemudahan parkir dalam kawasan MRT.
Untuk makluman semua, masalah kekurangan parkir di laluan Putrajaya disebabkan oleh langkah penjimatan yang telah diambil pada tahun 2018–2019 bagi mengurangkan kos projek. Pihak MRT Corp. pada masa ini sedang meneliti cadangan untuk membina kembali beberapa parkir bertingkat yang pada awalnya telah ditangguhkan dan parkir tambahan di lokasi-lokasi baharu.
MRT Corp. mensasarkan untuk menambah 2,300 kotak parkir daripada jumlah sedia ada, sebanyak iaitu 6,400 petak. Rapid Rail di bawah Prasarana Malaysia Berhad selaku pengendali laluan MRT, LRT dan juga monorel sentiasa melakukan pemantauan bersama- sama pihak berkuasa tempatan atau polis di sekitar kawasan stesen bagi memastikan tiada pengguna meletak kenderaan di bahu jalan dan menghalang lalu lintas.
Tindakan telah pun diambil untuk menyelenggarakan tapak-tapak parkir dan perkara ini akan dipantau dari semasa ke semasa. Rapid Rail juga sentiasa melalukan penyelenggaraan ke atas semua fasiliti-fasiliti di stesen terutamanya lampu dalam premis di bawah kendalian Rapid Rail. Status peratusan ketersediaan penyelenggaraan ini dihebahkan kepada orang ramai secara mingguan melalui laman sesawang Rapid KL. Setakat ini, status kesediaan lampu di premis kendalian Rapid Rail adalah 99.7 peratus. Dato' Yang di-Pertua, sedikit lagi ya.
Rapid Bus di bawah Prasarana Malaysia Berhad merupakan pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengendali operasi bas perantara MRT dengan jumlah 228 buah bas yang melibatkan 106 laluan. Jadual bas juga diselaraskan dengan perkhidmatan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
LRT, MRT dan monorel untuk memastikan perpindahan yang mudah dan cepat antara pelbagai mod pengangkutan.
Maklumat mengenai jadual bas termasuk masa ketibaan dan keberangkatan tersedia melalui papan tanda elektronik di hentian bas dan aplikasi mudah alih PULSE. Kekerapan bas akan ditingkatkan dengan rancangan pembelian 560 buah baharu oleh Prasarana dan juga pembelian 150 van DRT dengan izin, demand, response, transit yang akan diterima secara berperingkat pada tahun 2025 sehingga 2026. Pihak Rapid Bus sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan khususnya DBKL untuk mewujudkan lebih banyak lagi laluan khas bas setelah kejayaan laluan khas bas tersebut dibuktikan di koridor Jalan Ampang.
Hentian bas berbumbung adalah dalam bidang tanggungjawab kerajaan tempatan dan Kerajaan Persekutuan. Mengambil maklum akan keperluan untuk meningkatkan bilangan hentian bas berbumbung, Prasarana sedang merancang untuk menambah baik infrastruktur ini melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Pelaksanaan projek ini dalam tempoh masa dua tahun dan melibatkan penambahbaikan 344 hentian bas di sekitar Lembah Klang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan antaranya MBSJ, MBSA, MBKJ dan MBPJ.
Setakat ini sahaja. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Menteri di Kementerian Sumber Manusia, 15 minit.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Dr. Yang di-Pertua. Tahniah kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Thank you.
Tuan Sim Chee Keong]
Tuan Speaker kita atas penganugerahan usaha mendapat *doctorate academic.
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, saya telah menelaah Laporan Ketua Audit Negara dengan teliti dan walaupun sesi ini bukan untuk membahaskan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, saya juga ingin merakamkan atau menyatakan bahawa saya turut meneliti laporan tersebut.
Ketika diberi amanah menerajui Kementerian Sumber Manusia pada Disember 2023 yang lalu, saya telah dimaklumkan tentang siasatan-siasatan ini. Lantas, saya telah memberikan arahan kepada KESUMA dan HRD Corp untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada dua badan ini. Dalam bahasa Inggerisnya, no holds barred.
Sebenarnya, memandangkan teguran dalam laporan-laporan tersebut adalah berkisar tentang operasi HRD Corp ketika zaman Perikatan Nasional, saya boleh memilih cara mudah untuk berpeluk tubuh, mencuci tangan dan menuding jari kepada bekas Menteri dan pengurusan terdahulu. Namun bagi saya, Parlimen bukan forum berpolitik sebegini.
Saya tidak ingin menuding jari mahupun melindungi siapa-siapa. Rakyat berhak tahu fakta dan kebenaran di sebalik pengurusan kerajaan. Justeru, KESUMA mengambil serius
Tuan Sim Chee Keong]
teguran dalam laporan-laporan tersebut. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam laporan-laporan tersebut dibentangkan di Dewan yang mulia ini, tiga wakil kepimpinan tertinggi KESUMA telah mengeluarkan kenyataan balas sebagai langkah akauntabiliti kepada rakyat.
Yang mengeluarkan kenyataan ialah termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Abu Huraira, KSU KESUMA, Dato’ Sri Khairul Dzaimee dan saya sendiri sebagai Menteri KESUMA. KESUMA mengambil langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini, yakni tak sampai 24 jam laporan tersebut dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, saya telah mengarahkan kedua-dua KSU KESUMA dan Ketua Eksekutif HRD Corp untuk membuat Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan lanjut.
SPRM juga tangkas dan cepat melaksanakan tugas mereka dan pasukan khas SPRM untuk isu ini, telah melawat KESUMA dan HRD Corp semalam dalam proses siasatan mereka. Lanjutan daripada itu, saya juga telah mengarahkan satu audit bebas dengan izin
(independent audit) ke atas HRD Corp. Ini langkah yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Demi menjamin ketelusan, juruaudit profesional pihak ketiga akan dilantik oleh KESUMA dan audit bebas akan meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta sebarang garis panduan dalam isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Audit dan juga PAC.
Satu pasukan petugas khas (special task force) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KESUMA, Dato’ Sri Khairul Dzaimee telah ditubuhkan untuk memudah cara siasatan-siasatan yang sedang berjalan, meneliti laporan-laporan Jabatan Audit Negara dan PAC, termasuk juga hasil siasatan nanti oleh SPRM dan juga audit bebas dan pasukan petugas khas ini seterusnya akan memastikan tindakan susulan, termasuk penambahbaikan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Saya ingin menegaskan bahawa sebelum siasatan PAC dan Jabatan Audit Negara ini selesai, di bawah projek rekayasa KESUMA, Kementerian Sumber Manusia telah pun melaksanakan beberapa pembaharuan merentasi keseluruhan kementerian bukan takat di HRD Corp. Namun di peringkat HRD Corp, langkah-langkah berikut telah dilaksanakan sejak Januari 2024, yakni sebelum selesainya Laporan PAC dan juga Jabatan Audit Negara.
(i) pemansuhan projek Skills Passport tanpa sebarang kerugian kepada pihak kerajaan;
(ii) pengasingan penubuhan sebuah jawatankuasa baru, Jawatankuasa Risiko dan sebuah lagi Jawatankuasa Audit yang dianggotai oleh ahli lembaga pengarah bebas, individu yang berbeza bagi memantapkan lagi pengurusan kewangan di bawah HRD Corp;
(iii) pengenalan Akaun Inisiatif Strategik yang berasingan daripada Akaun Amanah Levi yang dikutip daripada majikan bagi memberikan ketelusan dan keyakinan kepada para pemegang taruh. Walaupun sebelum ini memang wang levi tidak digunakan untuk tujuan lain selain oleh majikan bagi memberikan latihan kepada pekerja mereka, namun dengan pengasingan akaun ini ia
Tuan Sim Chee Keong]
akan memberikan satu keyakinan daripada segi tatakelola yang lebih amanah dan telus;
(iv) kita juga telah memperketatkan proses dalaman bagi mendapatkan kelulusan panel pelaburan dalam sebarang keputusan membuat pelaburan;
(v) HRD Corp juga memudah cara penggunaan levi oleh majikan melalui pelbagai program baru sebab kita tidak ingin simpan levi ini lama-lama. Tujuan levi ini adalah untuk membolehkan majikan menyediakan ataupun memberikan latihan kemahiran reskilling, upskilling, cross-skilling kepada pekerja mereka. Jadi kita telah memperkenalkan dasar-dasar baru untuk memudah cara penggunaan levi oleh majikan;
(vi) kita juga telah mempertingkatkan kecekapan pemprosesan kelulusan dan pembayaran daripada tujuh hari kepada sekarang hanya 24 jam. Sekali lagi, kita ingin memastikan proses kepada pemegang taruh kita adalah dengan lebih cepat, lebih cekap dan lebih telus; dan akhirnya
(vii) kita juga telah melakukan pemantauan ataupun sistem baru ke atas permohonan latihan melalui geran kerajaan agar pemohon hanya boleh memohon sekali apabila kita melaksanakan kursus latihan menggunakan pakai geran kerajaan.
Proses rekayasa KESUMA, rekayasa maksudnya engineering, reengineering akan terus ...
[Dicelah]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
YB. Menteri, boleh mencelah YB.
Menteri?
Tuan Sim Chee Keong
Saya akan habiskan dahulu. Akan terus dilaksanakan demi untuk penambah baik operasi kementerian mahupun agensi seperti HRD Corp. Namun di sini, saya ingin mengambil peluang untuk memperbetulkan beberapa pandangan.
Pertama, tentang aset HRD Corp, RM3.77 bilion. Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara, seksyen 26 dan seksyen 27 dalam Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 sebenarnya memberi kuasa kepada HRD Corp untuk dan saya petik akta ini, “Melaburkan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia atau mana-mana bahagian kumpulan wang yang tidak merupakan wang yang dikehendaki dengan serta- merta”.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 84 peratus adalah pelaburan dalam bentuk tunai, deposit, bon, sukuk dan akaun amanah dan kita tahu ini merupakan pelaburan yang berisiko amat rendah. Selebihnya adalah pelaburan dalam ekuiti. Bezanya di sini ialah, panel pelaburan HRD Corp telah meletakkan instrumen put and call options sebagai ring friends dengan izin, ataupun sebagai insurans terhadap risiko naik turunnya harga saham bagi memastikan pemeliharaan modal ataupun dengan izin capital preservation. Justeru,
Tuan Sim Chee Keong
keuntungan daripada pelaburan ini bukan keuntungan keseluruhan organisasi, keuntungan daripada pelaburan adalah seperti berikut termasuk nilai pasaran;
(i) tahun 2020, RM82 juta. Target nya hanya RM73 juta:
(ii) tahun 2021, RM71 juta;
(iii) tahun 2022, RM90 juta;
(iv) tahun 2023, RM176 juta; dan
(v) tahun 2024, belum lagi tetapi target kita RM180 juta. Setakat 30 Jun, sudah mencecah RM91 juta.
Keuntungan sebelum cukai untuk HRD Corp secara keseluruhan pula ialah seperti berikut:
(i) RM25.8 juta pada tahun 2020;
(ii) RM12.1 juta pada tahun 2021;
(iii) RM29.8 juta pada tahun 2022; dan
(iv) RM97.5 juta pada tahun 2023.
Saya juga ingin mengiktirafkan peranan yang telah dimainkan oleh mantan Menteri saudara Tuan Sivakumar, Ahli Tronoh dalam mempertingkatkan tatakelola HRD Corp. Saya takut masa tak cukup tapi saya silakan rakan saya dari Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih YB. Menteri.
Penjelasan yang membantu. Dengan izin Dato’ Speaker. Kita telah membaca Laporan Ketua Audit Negara, dalam masa yang sama saya juga membaca laporan daripada PAC. Ada dua laporan disediakan termasuk rumusan daripada PAC.
Soalan saya mudah sahaja. Adakah Kementerian Sumber Manusia selain daripada membuat laporan kepada SPRM, juga akan membuat laporan kepada polis kerana saya melihat ada unsur-unsur elemen yang bersifat jenayah pecah amanah. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih kepada Pasir Gudang. Kita mengambil input itu sebagai satu cadangan untuk pertimbangan tetapi setakat ini kita telah melakukan ataupun membuat laporan SPRM iaitu badan pencegahan rasuah paling tinggi di negara kita, satu.
Keduanya, kita juga akan melakukan proses audit bebas (independent audit) yang sebelum ini saya rasa tidak pernah dilakukan berikutan PAC ataupun Laporan Audit Negara ke atas agensi tersebut.
Tuan Sim Chee Keong
Isu kedua yang saya nak memperbetulkan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
...sedikit pemahamannya — Masa.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sedikit.
Tuan Sim Chee Keong
Isu kedua yang saya ingin memperbetulkan pemahamannya ialah tentang 3,726 peserta yang telah mengikuti latihan melebihi sekali untuk Program Skim Gerak Insan Gemilang untuk tempoh antara 12 bulan dari Jun 2020 hingga Mei 2021. Program ini sebenarnya melibatkan 85,000 peserta. Jadi, 3,700 lebih ini adalah kalangan antara 85,000 peserta yang mengikuti pelbagai program latihan yang melibatkan 850 syarikat penyedia latihan.
Tuan Sim Chee Keong
Ada yang katakan bahawa kononnya RM51.69 juta telah dibelanjakan kepada satu syarikat yang mempunyai 3,726 peserta berulang. Saya ingin memperbetulkan pemahaman ini. Sebenarnya RM51.69 juta ini melibatkan 315 buah syarikat penyedia latihan, satu.
Keduanya, 84 peratus daripada 3,726 peserta itu iaitu lebih kurang 3,132 peserta mengikut kursus berulang, ya sebanyak dua hingga tiga kali sahaja dalam tempoh setahun, dalam keadaan pandemik.
Walaupun seperti yang saya katakan, ini semua program di bawah kerajaan terdahulu. Saya boleh berpeluk tubuh, menuding jari. Tetapi, saya ingin memperjelaskan apa yang mungkin ada kesilapan faham. Dalam keadaan pandemik, saya kira tidak melampau sekiranya ada rakyat yang ingin mengikuti kursus latihan percuma untuk reskilling, upskilling dan cross-skilling bagi diri mereka. Dalam pada itu, ada 17 orang peserta daripada 85,000 orang peserta, 17 orang yang telah menyertai program latihan lebih 10 kali dalam tempoh 12 bulan ini.
Laporan kemajuan telah pun diserahkan oleh HRD Corp pada 2022 kepada LAKSANA, kepada MOF dan sebagainya menyatakan tentang pertindihan tersebut. Namun, kita sedar bahawa perlu ada sistem yang lebih cekap dan lebih baik. Justeru, pada masa kini HRD Corp melaksanakan pemprosesan secara digital di mana sistem akan secara automatik menolak peserta yang bertindih bagi program kursus latihan kemahiran di bawah geran kerajaan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem ini kini diguna pakai untuk Program Latihan MADANI yang mendapat geran di bawah Belanjawan 2024. Jadi sekarang, kita melakukan penambahbaikan untuk mengelakkan isu-isu pertindihan nama dan penambah kebaikan itu adalah melalui sistem di mana dia akan secara automatiknya menolak peserta yang bertindih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, sedikit Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Seperti yang saya katakan di mula ucapan saya, bukan menjadi hasrat saya menuding jari mahupun melindungi siapa-siapa, jauh lagi mereka yang bersalah. Kesemua memandang serius teguran audit dan PAC. Justeru, kita mengambil langkah yang tidak pernah diambil sebelum ini yakni dalam masa 24 jam melapor kepada SPRM yakni untuk membuat audit bebas, independent audit pihak ketiga oleh juru audit profesional ke atas agensi ini.
Sekiranya siasatan yang dijalankan menjurus kepada mana-mana individu tertentu bersalah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Tidak kiralah berpangkat Menteri, Timbalan Menteri, pengurusan tertinggi ataupun sesiapa sekalipun. Ini komitmen dan iltizam kita dan kita telah buktikan iltizam itu dengan melaksanakan langkah- langkah secara telus dan menjawab kepada pihak awam. Tetapi jangan pula “kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dato’ Speaker.
Tuan Sim Chee Keong
Di bawah Kerajaan Madani...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Nak minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ikut peraturan, saya benarkan.
Tuan Sim Chee Keong
...KESUMA akan memastikan HRD Corp akan terus mencapai mandat pembangunan modal insan melalui tatakelola baik di tahap yang paling tinggi. Untuk makluman, pada bulan lepas dari 24 hingga 30 Jun, HRD Corp telah menganjurkan contoh, National Training Week di mana lebih 330,000 rakyat Malaysia di pelbagai peringkat umur— dalam rekod saya ada orang yang berumur empat tahun sehingga 73 tahun di seluruh Malaysia, 330,000 rakyat Malaysia telah berpeluang mengikuti kursus latihan kemahiran secara percuma. Dalam kalangan itu, sebanyak 65,000 kursus latihan percuma telah ditawarkan di setiap daerah di seluruh negara.
Sepanjang minggu itu, negara kita menjadi sebuah universiti terbuka. Kursus kemahiran seperti kursus seni kraf tangan resin di rumah panjang di Kapit, kursus anyaman Orang Asli di Tapah, kursus Al-Quran berasaskan Braille bahasa isyarat di Sabah, Silat Gayong Kelantan, Muay Thai Perak, Silambam Johor, Latihan Keselamatan Prime Mover di Pelabuhan Tanjung Pelepas, AutoCAD modeling di Melaka menggunakan bot dengan teknologi baru untuk komuniti nelayan di Pulau Pinang, Program Persaraan dan Pengurusan Kewangan oleh KWAP di Sarawak, kursus AI, Phyton programming, Sig Sigma, ESG dan sebagainya. Saya sempat juga menjadi lecturer dalam tempoh itu bersama dengan tiga orang rakan Menteri iaitu Dato’ Dr. Zambry, Dato’ Seri Hajah Nancy dan juga YB Datuk Seri Utama Tengku Zafrul.
Sepanjang— kenapa saya beri contoh ini? Sebab saya hendak katakan bahawa, I am not here to protect anyone who is guilty and I am not going to defend anyone, dengan izin. Banyak isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya telah dijawab dalam laporan audit itu sendiri. Tetapi saya mengambil peluang ini untuk menyatakan how we move forward, number one.
Nombor dua, untuk memperbetulkan sedikit mungkin kesilapan faham dari segi penyampaian dan sebagainya terutamanya tentang isu pelaburan dan juga isu pertindihan peserta itu. Namun, kita sedar bahawa perlu ada penambahbaikan. Itulah sebabnya saya sebut di bawah Kerajaan Madani, terutamanya melalui proses rekayasa KESUMA, kita akan terus memantapkan bukan sahaja HRD Corp, tetapi seluruh Kementerian Sumber Manusia merancakkan lagi pembangunan modal insan di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pasir Gudang, apa pendapat Yang Berhormat Pasir Gudang jika kita mandatorikan dengan undang-undang Ketua Audit Negara bila dah membuat laporan, immediately lodge a police report dan juga SPRM report?
Selain daripada itu, bila Menteri menerima, terus juga dalam satu akta, make official record. Kerana apa Yang Berhormat, pengalaman saya 34 tahun, 15 tahun dalam commercial crime, bila lambat, lambat, lambat, then enforcement masuk, dokumen bahan bukti sudah mula hilang. What is your opinion?
Tuan Sim Chee Keong
Kita buat 24 jam Speaker, within 24 hours.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
I mean to say mandatory, it is a law, dengan izin.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Untuk kebaikan negara, kebaikan rakyat, maka adalah bagus dibuat aduan kepada kedua-dua agensi penyiasatan ini. Tiada ruginya kerajaan, yang untungnya rakyat dan negara. Terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Boleh saya Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sedikit saja, saya dah habis...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...menyatakan idea itu sangat bernas, saya fikir itu harus kita timbang. Saya sokong kepada prinsipnya. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Speaker, Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, memandangkan waktu rehat, kita akan sambung dan tangguh majlis kita ke 2.30 petang.
Tuan Sim Chee Keong
Maksudnya, langkah KESUMA ini telah mendapat satu, menetapkan satu petua kepada proses akan datang. Saya rasa bangga dengan langkah ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
[Tepuk]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.08 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab. Masa 15 minit.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismilllahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan Rakyat yang saya hormati sekalian, sebelum saya meneruskan penggulungan perbahasan ini, terlebih dahulu saya ingin nak mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di atas penglibatan di dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 di Dewan yang mulia ini.
Sesungguhnya, usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dan juga institusi Parlimen menangani kelemahan tatakelola yang boleh membawa kepada ketirisan yang merugikan kerajaan dan mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2, 2024 yang telah berlangsung semalam dan hari ini seramai 16 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Puchong, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Mas Gading.
Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Selangau dan juga Yang Berhormat Batang Sadong telah berbahas dan mengajukan pertanyaan isu cadangan serta pandangan berkenaan dengan hal bekalan air luar bandar dan MARA yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerantut, Bayan Baru, Arau, Puchong dan Tampin membangkitkan isu mengenai tadbir urus MARA Incorporated Sdn Bhd. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa komited dalam memastikan tatakelola serta tadbir urus korporat MARA dan anak syarikat yang baik diamalkan dari semasa ke semasa.
Seperti Laporan Ketua Audit Negara, kerugian terkumpul MARA Inc ini terkait dengan pembelian tujuh aset luar negara oleh MARA Inc iaitu anak syarikat MARA Corperation Sdn Bhd, khususnya di Australia dan United Kingdom antara tahun 2012 hingga 2014. Pembelian membabitkan harga lebih tinggi daripada nilai pasaran sehingga ada yang mencecah 45 peratus menyebabkan akaun MARA Inc mencatat kerugian terkumpul apabila penilaian semula dibuat ke atas aset-aset dan perubahan kepada kaedah pelaporan perakaunan.
SPRM telah memulakan siasatan sejak tahun 2015 dan pendakwaan telah dibuat pada tahun 2021 di mana proses perbicaraan sedang berjalan. MARA dan MARA Inc telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dijalankan. Antara dasar yang dilaksanakan oleh kementerian dalam meningkatkan kawal selia dan pemantauan terhadap semua anak syarikat termasuk MARA Inc adalah:
(i) menubuhkan unit audit dalam serta unit integrity governance;
(ii) semua syarikat termasuk MARA Inc telah mewujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi dan kebanyakannya telah memperolehi pensijilan Anti-Bribery Management System;
(iii) memastikan syarikat melaksanakan enterprise risk management dalam setiap cadangan pelaburan;
(iv) menambah baik shareholders, reserve matters dalam perlembagaan syarikat bagi memastikan kepentingan pemegang saham terpelihara;
(v) mewujudkan piagam dan kod etika ahli lembaga pengarah serta had kuasa; dan
(vi) penetapan dan pembentangan KPI syarikat kepada kementerian setiap setengah tahun bagi memantau prestasi setiap anak syarikat.
MARA Inc telah merangka pelan strategik bagi meningkatkan prestasi syarikat dan mengurangkan kerugian terkumpul dengan memberi tumpuan kepada dua strategi utama iaitu pengembangan perniagaan dan penstrukturan semula penyata kewangan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Pengembangan perniagaan jangka pendek dan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti dalam sektor pengurusan hartanah, tenaga boleh baharu dan hospitaliti.
Bagi pengembangan perniagaan jangka panjang, MARA Inc terlebih dahulu telah menandatangani perjanjian penyelesaian hutang, Debt Settlement Agreement dengan MARA dan seterusnya akan menumpukan kepada projek pembangunan hartanah dan penstrukturan semula penyata kewangan syarikat. Menjelang 2029, MARA Inc dijangka mencatat keuntungan terkumpul serta membaiki kedudukan kewangan kumpulan MARA Inc.
Kementerian melalui MARA sentiasa komited dalam memastikan tatakelola dan tadbir urus MARA dan anak syarikat yang baik diamalkan dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Jerantut juga membangkitkan isu mengenai pembinaan MRSM baru di Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat, penumpuan perancangan kementerian buat masa ini adalah untuk menangani isu-isu kritikal bagi pengoperasian MRSM baharu yang telah beroperasi seperti pengukuhan perjawatan di MRSM baru yang hanya mendapat contract of service dan permohonan peruntukan bagi menampung kos pengoperasian di MRSM baru yang telah beroperasi serta yang akan memulakan operasi pada tahun hadapan.
Di samping itu, kementerian juga komited untuk memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan penambahbaikan infrastructure, kemudahan fasiliti di Institut Pendidikan MARA di seluruh negara, termasuk MRSM dan keutamaan diberi kepada institusi yang melebihi usia 15 tahun ke atas agar memastikan kemudahan pembelajaran yang disediakan adalah kondusif dan selamat serta memenuhi standard piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa serta pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Miri, Batang Lupar, Mas Gading, Lubok Antu, Betong, Kota Belud, Tuaran, Sandakan, Selangau dan Batang Sadong membangkitkan isu berkaitan kelewatan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar dan kerjasama Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri dalam pelaksanaan projek BALB.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian mengambil maklum akan Laporan Ketua Audit Negara berhubung kelewatan penyiapan projek BALB di Sabah dan Sarawak.
Kementerian juga sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah dalam melaksanakan projek Bekalan Air Luar Bandar.
Projek Bekalan Air Luar Bandar dilaksanakan di bawah Skim Accelerated Rural Water Supply dalam Rancangan Malaysia Kedua dan diteruskan sehingga kini.
Program ini bertujuan untuk meluaskan liputan bekalan air ke rumah-rumah penduduk luar bandar yang masih belum menerima bekalan air bersih dan terawat.
Pelaksanaan projek BALB di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah adalah tertakluk kepada dasar dan peruntukan yang telah ditetapkan oleh agensi pusat iaitu Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan dan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah garis panduan pelaksanaan program BALB KKDW.
Bidang kuasa berhubung bekalan dan perkhidmatan air adalah terletak di bawah senarai bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Tiga buah agensi utama
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
yang menjalan fungsi tersebut mengikut bidang tugas masing-masing iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, KKDW dan pihak berkuasa air negeri.
Peranan dan matlamat KKDW adalah untuk membantu mempercepatkan liputan dan merapatkan jurang bekalan air di kawasan luar bandar melalui penyambungan paip-paip retikulasi dari paip utama ke rumah-rumah, ke kawasan luar bandar yang belum mendapat bekalan air bersih dan terawat dan menyediakan sistem alternatif bagi kampung yang tidak ekonomik untuk penyambungan paip retikulasi.
Setelah sesebuah projek BALB siap dan menerima sijil perakuan siap, aset dan komponen yang dibina di bawah projek tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa air negeri bagi tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan serta kutipan tarif air.
Penyambungan meter adalah berdasarkan permohonan penduduk kepada pihak berkuasa air negeri. Seterusnya, kutipan tarif air oleh pihak berkuasa air negeri dan bukannya dibiayai melalui peruntukan projek tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi permohonan projek di bawah program BALB, kementerian menerima senarai keutamaan projek daripada kerajaan negeri melalui unit perancang negeri masing-masing. Permohonan diangkat dan turut meliputi skop dan kos projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri. Senarai berkenaan seterusnya akan diteliti oleh pihak kementerian sebelum diangkat kepada Kementerian Ekonomi bagi kelulusan di bawah rolling plan rancangan Malaysia.
Kelewatan pelaksanaan projek BALB di Sabah dan Sarawak yang masih dalam perancangan adalah disebabkan isu seperti yang tercatat dalam Laporan Audit. Antaranya, pelantikan perunding yang memerlukan tempoh masa, penyediaan reka bentuk projek dan kelulusan yang mengambil masa yang lama, bantahan dan pencerobohan di tapak-tapak projek serta lain-lain isu yang dinyatakan dalam Laporan Audit.
Isu kelewatan pengambilan balik tanah sering menjadi punca kelewatan projek BALB disebabkan proses pengambilan balik tanah yang panjang serta bantahan pemilik-pemilik asal tanah yang sering berlaku di tapak-tapak projek di kedua-dua negeri. Terdapat juga beberapa kes di mana brief project yang dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah tidak lengkap dan kurang tepat permohonan projek kepada kementerian menyebabkan perancangan projek turut terjejas.
Oleh itu, perunding yang dilantik perlu mengkaji semula secara keseluruhannya sistem bekalan air yang hendak dibina termasuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang benar-benar belum mendapat bekalan air terawat di Sabah termasuk sumber air berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa air negeri untuk memastikan sumber air adalah mencukupi semasa mengemukakan permohonan projek kepada kementerian ini bagi mengelakkan isu sedemikian timbul ketika pelaksanaan projek di kemudian hari.
Kementerian amat komited dalam pelaksanaan projek agar lebih efisien dan sedang mengambil tindakan penambahbaikan dari sudut tatacara pelaksanaan projek BALB secara lebih komprehensif, mempertimbangkan pelaksanaan projek secara kaedah design and built serta mengadakan libat urus dengan semua agensi yang berkaitan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
KKDW kini berusaha untuk menambah baik garis panduan pelaksanaan program BALB bagi memastikan objektif projek tercapai dan dapat memberi manfaat kepada golongan sasar yang terlibat. Antaranya, bagi mempercepatkan proses pelaksanaan adalah memohon agar proses makmal kajian nilai dikecualikan untuk projek-projek yang bernilai kurang daripada RM70 juta.
Setakat ini, kita cuma dapat pengecualian untuk RM50 juta ke bawah. Alhamdulillah yang ini telah pun mendapat endorsement daripada Kementerian Ekonomi melalui pekeliling yang baharu kita terima Bilangan 1/2024 bertarikh 31 Mei. Jadi projek bawah RM70 juta tidak memerlukan makmal kajian nilai yang mana telah memainkan masa dalam proses pelaksanaan perancangan projek kita.
Selain daripada itu, strategi dan inisiatif telah diambil oleh kementerian dalam menyegerakan pelaksanaan projek adalah mengiktiraf JKR dan JPS Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknik. Dengan pengiktirafan ini, Kerajaan Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk memuktamadkan proses perolehan projek yang bernilai RM50 juta ke bawah.
Pada masa ini juga, kementerian komited dan sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak supaya proses pelaksanaan projek infrastruktur luar bandar termasuk BALB seperti urusan pengambilan tanah, pengalihan utiliti dapat ditambah baik demi kelancaran pelaksanaan projek.
Sesi libat urus bagi pemantauan prestasi pelaksanaan projek telah dibuat dan kementerian telah pun mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa tertinggi bersama di kedua-dua negeri. Di negeri Sarawak, dipengerusikan oleh YAB Menteri bersama dengan Timbalan Premier Sarawak 1 dan manakala bagi negeri Sabah, dipengerusi bersama oleh YAB Menteri bersama dengan Ketua Menteri Sabah.
Di samping itu juga, kita memperkasakan lagi jawatankuasa teknikal bersama perancangan dan pemantauan projek KKDW bersama- kedua-dua negeri, yang mana mereka telah mengadakan libat urus melebihi dalam tempoh tiga bulan sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah tamat. Yang belum sempat dijawab, boleh jawab secara bertulis.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Okey. Jadi, Untuk makluman – sekejap, satu minit, boleh ya? Untuk makluman Yang Berhormat Batang Lupar, tidak ada? Sistem retikulasi 2016 di Sri Aman telah pun dikeluarkan SST pada 17 April 2024.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Batang Lupar juga, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bukan jabatan teknik, belum lagi di-endorse sebab pengiktirafan status jabatan teknik adalah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF).
Namun begitu, JBALB telah dilantik oleh KKDW sebagai agensi pelaksana bermula 2023 bagi melaksanakan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak yang bernilai kurang daripada RM50 juta.
Tuan Yang di-Pertua, untuk yang lain kemungkinan saya boleh jawab bertulis. Akan tetapi, sebagai penutupnya – sebagai pengakhiran, sesungguhnya segala cadangan, teguran
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
dan pendapat, idea yang disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian amat kita hargai.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Dalam usaha kita menyantuni nasib ataupun keselesaan warga pedesaan dan KKW di bawah pentadbiran YB Menteri dan juga saya, Timbalan Menteri dan KSU akan memastikan tatakelola serta tadbir urus kementerian yang baik dan tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku dan ketirisan selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menjadi dukungan utama Kerajaan Perpaduan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab dalam masa 15 minit.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua 53 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara ini. Ingin saya tekankan bahawa amalan ini merupakan satu amalan baharu Kerajaan Madani yang harus diteruskan bagi menyuburkan amalan demokrasi dan menggalakkan amalan semak dan imbang yang lebih sistematik dan terbuka.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengambil serius isu- isu berkaitan skop dan bidang tugas PETRA yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang merangkumi antaranya perkara berikut:
(i) status projek-projek sumber air, bekalan air dan pembetungan;
(ii) prestasi pencapaian bekalan air terawat, non-revenue water (NRW) ataupun air tidak berhasil;
(iii) status kajian air bawah tanah; dan
(iv) rizab margin air terawat.
Saya akan cuba menjawab berdasarkan giliran perbahasan yang telah berlangsung selama dua hari, yang mana seramai...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat yang tak ada dalam Dewan boleh menjawab secara bertulis.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Rata-rata memang tidak ada. Saya dah scan tapi saya rasa untuk pemakluman semua jugalah.
[Ketawa] Sebab yang pertama Yang Berhormat Kluang dan Tebrau membangkitkan perkara mengenai status pembinaan projek LRA Layang 2.
Projek ini SST nya keluar pada tahun 2020, 3 Jun, yang mana merangkumi cadangan membina, menyiap dan mentauliah muka saut rumah pam air mentah, pemasangan paip air mentah Loji Rawatan Air Sultan Iskandar berkapasiti 160 juta liter sehari. Kelewatan yang dilaporkan itu berpunca daripada:
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
(i) pelaksanaan PKP dan juga pandemik COVID-19;
(ii) kenaikan kos bahan binaan;
(iii) kekurangan tenaga kerja dan buruh binaan; dan
(iv) berlaku perubahan skop kerja (variation order).
Saya sendiri sebenarnya telah pun melawat projek ini di awal tahun, susulan isu yang dibangkitkan soal VO itu. Sememangnya bila kerja-kerja pembinaan mula berlaku maka didapati ada kekangan dari segi kedudukan cadangan muka sauk yang mulanya buat di pinggiran tetapi terpaksa dipindahkan kepada ruang yang lebih di tengah empangan. Jadi sebenarnya status projek ini telah pun siap pada Mac 2024 dan telah pun beroperasi sepenuhnya.
Perkara seterusnya yang dibangkitkan adalah soal pembangunan lima loji rawatan air di Kedah yang membelanjakan ataupun dengan peruntukan sejumlah RM931 juta. Isu ini yang mana Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2021 telah mengemukakan permohonan agar mereka sendiri menguruskan projek ini secara keseluruhan bermula daripada proses pelantikan kontraktor, pemantauan projek sehinggalah projek ini selesai.
Projek-projek ini sehingga hari ini sebenarnya masih belum siap maka sebab itu antara isu yang dibangkitkan soal rizab margin di sana, saya rasa memang tak boleh nak bahas Speaker, sebelah sana semua meninggalkan Dewan. Tapi saya teruskan. Saya teruskan menggulung yang mana. Rantau Panjang tak dapat mesej ya? Baru dapat terima.
Okey.
[Ketawa] Yang mana untuk lima projek ini bila berlaku kelewatan, pihak kementerian walaupun bukanlah bertanggungjawab untuk memantau sebab perkara itu telah pun diserahkan kuasanya kepada negeri tetapi bila berlaku kelewatan yang agak ketara, semakan yang kami buat, saya juga turun ke tapak melihat keadaan semasa di sana.
Ketika ini telah pun dimaklumkan oleh SO di sana bahawa EOT yang terkini telah diberikan maka jangkaan projek-projek berkenaan seperti di Sungai Limau dan Bukit Selambau dijangkakan akan siap tahun hadapan. Maka sebab itu, untuk menguruskan masalah rizab margin di Kedah ini, selagi projek-projek berkenaan tidak siap, kalau ikut rekod sebenarnya bulan lagi kosong, sebenarnya dah negatif. Tetapi kalau kita melaporkan negatif seolah-olah air itu disedut pula ke loji tetapi hakikatnya ketika ini rizab margin adalah kosong peratus di negeri Kedah.
Seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan. Tidak ada dalam Dewan. Beliau bangkitkan soal projek loji rawatan kumbahan dan saya rasa ini peluang yang terbaik sebenarnya kalau Kuantan ada dalam Dewan untuk mengetahui update yang terkini.
Projek ini memang dah mula tahun 2018 tetapi apa yang berlaku, pada tahun 2023 terdapat satu injunksi ataupun injunction yang telah dikeluarkan ataupun dikenakan kerana ada pertikaian daripada pembangunan bersebelahan.
Namun, injunction ini telah pun dibatalkan pada 24 Jun 2024 iaitu pada minggu lepas dan insya-Allah projek ataupun pihak kontraktor akan kembali memulakan semula kerja pembinaan pada awal bulan ini ataupun pertengahan bulan ini. Jangkaan terbaharu projek ini akan siap pada 26 Jun 2025 dengan jumlah kos projek sedia ada.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Yang Berhormat juga telah bangkitkan mengenai masalah tekanan air rendah di Kuantan yang beliau mengatakan sudah 10 tahun masih tidak selesai. Sebagai gambaran ataupun latar belakang, daerah Kuantan merupakan salah satu daripada 11 daerah di negeri Pahang dan mempunyai jumlah pengguna paling ramai iaitu kira-kira 515,000 orang.
Jumlah akuan berdaftar sehingga Februari 2024 adalah sebanyak 166,504 iaitu 144,767 akaun domestik dan 21,737 akaun bukan domestik. Ketika ini terdapat enam loji rawatan air dengan jumlah kapasiti 529 juta liter sehari yang membekalkan air terawat ke seluruh daerah Kuantan bagi menampung permintaan bekalan air kepada pengguna.
Pada masa ini, bila terdapat peningkatan permintaan bekalan air yang mendadak dan penggunaan air yang tinggi dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kadar permintaan biasa daripada 402 juta liter sehari telah meningkat kepada 603 juta liter sehari. Kesemua LRA ini secara umumnya tidak lagi mampu untuk menampung permintaan sedia ada. Maka sebab itu, bagi menjelaskan isu bekalan ataupun tekanan air rendah, bila dalam kuantiti yang sudah tidak mencukupi dan pengguna yang mungkin berada di penghujung sistem agihan bekalan air akan menghadapi masalah tekanan air.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, tindakan segera dan perancangan jangka masa pendek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad
(PAIP) adalah kerja-kerja pembaikan aset dan baik pulih sistem agihan bekalan air di daerah Kuantan melibatkan peruntukan dalam PAIP berjumlah RM3.2 juta. Perincian ini, saya tidak perlu sebutlah. Kuantan tak ada.
Cuma untuk rancangan yang jangka sederhana, kekangan yang dihadapi oleh Pahang apabila mereka menyertai Water Services Industry Act (WSIA) terdapat satu klausa yang mengikat bahawa mereka tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman ataupun pilihan daripada negeri untuk tidak membuat pinjaman selagi tarif air negeri Pahang tidak dirombak.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Sejarahnya, kita tahu air Pahang tidak naikkan tarif selama 40 tahun. Tetapi isu itu bila telah berlaku penstrukturan tarif air yang baru, Kerajaan Negeri Pahang ataupun PAIP, telah pun mengemukakan pelan untuk pembinaan loji rawatan air yang baru dan di peringkat kita, kita telah beri kelulusan iaitu untuk pembinaan Loji Rawatan Air Panching Fasa 2 di Kuantan. Anggaran kosnya sekitar RM272 juta ataupun 160 juta liter sehari dan juga LRA Sepayang di Rompin berjumlah RM76 juta ataupun 36.4 juta liter sehari. Kuala Krai saya skip. Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah ada.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Rasah ada?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ada. Sentiasa ada.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Baik, Rasah memang ada, saya dah scan tadi, betul Rasah ada. Yang Berhormat Rasah membangkitkan soal standard kualiti air yang tidak mencapai requirement ataupun syarat yang ditetapkan. Bagi latar belakang, untuk kualiti air ini sebenarnya dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaksanakan untuk menyemak sama ada capai ataupun tidak.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, untuk di negeri Perlis dan Kelantan, skor Quality Assurance Program iaitu pelanggaran pematuhan melibatkan semua parameter sebenarnya. Daripada lima parameter yang ada, lima-lima itu berlaku pelanggaran. Tetapi apa yang berlaku kerana syarat yang kita tetapkan itu adalah pada tahap yang paling baiklah yang kita memang tetapkan.
Jadi, bila telah berlaku pelanggaran di pihak kawal selia ataupun di pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kita telah pun mengenal pasti dan menyemak di manakah punca ketidakpatuhan yang sebenarnya tertumpu kepada loji-loji rawatan yang bermasalah, yang kita telah pun namakan iaitu LRA Perol, LRA Sungai Ketil, LRA Wakaf Bunut, LRA Bendang Nyior, LRA Ayer Lanas dan LRA Gemang.
Jadi, arahan telah pun dikeluarkan daripada pihak SPAN kepada operator air untuk mengambil tindakan sama ada baik pulih dan menaik taraf loji-loji berkenaan. Komitmen yang diberikan oleh syarikat-syarikat air di negeri tersebut adalah untuk projek ini diselesaikan pada penghujung tahun 2025. Jadi, perkara ini SPAN akan terus susuli. Seterusnya Yang di- Pertua, adalah isu berkaitan dengan kadar NRW. Yang ini ramai pihak bangkitkan. Rasah bangkit, Wangsa Maju bangkit.
Untuk isu kadar NRW yang tinggi, secara dasarnya ataupun asasnya, puncanya adalah kerana paip-paip, terutamanya jenis AC yang dipasang 30 ataupun 50 tahun yang lalu telah melangkaui jangka hayatnya. Sebagai gambaran yang berlaku ketika ini, pengamatan kita mendapati dalam sistem atau data yang sedia ada memang masih terdapat sebanyak 39,752 kilometer ataupun bersamaan 28.7 peratus daripada jumlah paip keseluruhan ini masih menggunakan AC.
Kalau ikut dari segi tanggungjawab itu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan juga pengawalan NRW ini terletak di bahu syarikat operator air. Tetapi di peringkat Persekutuan, kita tidak boleh semata-mata lepaskan tangan. Maka, kerana itu di peringkat Persekutuan, kita ada pakej yang dipanggil Pendekatan 1 dan Pendekatan 2 bagi membantu negeri-negeri mengurangkan kadar NRW.
Untuk secara geran, memang kalau antara negeri yang telah ataupun memiliki NRW lebih daripada 40 peratus, mereka mendapat ruang untuk mengguna pakai Pendekatan 1 iaitu negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Pahang di sebelah Semenanjung, Sabah Sarawak dan juga Labuan. Sementara negeri-negeri lain perlu mengambil geran sepadanan iaitu Pendekatan 2 dan perlu membelanjakan dahulu, itu termasuk negeri-negeri yang lainlah.
Jadi, berdasarkan Laporan Audit, walaupun kita meletakkan sasaran 31 peratus untuk tercapai, pihak Audit seperti mana laporan yang kita adapun bahawa negeri yang mampu memenuhi syarat tersebut adalah Selangor, berdasarkan yang telah diaudit oleh Ketua Audit Negara. Maka di sini, untuk cabaran dia, walaupun yang digambarkan memang nampak mudah tetapi saya rasa beban terbesar adalah di peringkat kos.
Cuma sebagai penutuplah, untuk menggambarkan berapa sebenarnya secara keseluruhan bila ada NRW yang tinggi. Kadar kehilangan air yang kita tanggung ketika ini adalah sebanyak 4,882 juta liter sehari. Rekod tahun 2023 dan kalau kita bandingkan dengan kadar purata tarif yang ada, kerugian yang kita alami akibat NRW ini adalah sebanyak RM2 bilion setahun. Jadi, ini gambaran yang saya boleh sampaikan. Cuma, di sini sebagai
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
rumusan di pihak sama ada...
[Yang Berhormat Rasah bangun] Timbalan Speaker, nak benarkan ke, tidak?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Datuk Speaker, boleh benarkan tak saya tanya soalan singkat saja yang berkaitan dengan NRW? Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan satu fakta yang saya rasa sangat merisaukan kita. Kerugian disebabkan NRW RM2 bilion setahun, satu jumlah yang sangat besar dan saya mohon begitu.
Tadi dikatakan ada dua pendekatan, 1 dan 2. Untuk yang peratusan NRW lebih 40 peratus – Pendekatan 1, manakala negeri yang lain, termasuk negeri yang macam Selangor, macam negeri saya, Negeri Sembilan yang dalam kadar 34-35 peratus - Pendekatan 2, yang operator air kena keluarkan belanja dulu. Boleh tak threshold 40 peratus itu diturunkan supaya negeri-negeri yang dalam Pendekatan 2 itu boleh menikmati bantuan direct daripada kerajaan? Sebab saya rasa ia sebagai langkah yang keseluruhan untuk kita kurangkan kerugian air yang RM2 bilion, satu yang sangat besar. Terima kasih Datuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung ya.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi menjawab sedikit persoalan daripada Yang Berhormat Rasah. Sememangnya di peringkat kementerian, kita sedang teliti bagaimana pakej yang lebih menyeluruh untuk membantu negeri-negeri mengurangkan kadar NRW.
Seperti yang digambarkan tadi, bebanan itu sebenarnya memang terpaksa ditanggung dari segi projek pembangunan. Kita terus membina loji-loji yang baru. Tetapi sekiranya paip-paip ini tidak ditukar ganti, maka kehilangan air yang tidak terhasil ini kekal tinggi. Jadi sebab itu, sebagai rumusan sekali lagi. Pihak PETRA sememangnya mengambil pandangan ataupun cadangan daripada semua Yang Berhormat yang telah membahasakan perbahasan ini.
Cuma pada masa yang sama, untuk kita menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan tadi sememangnya memerlukan pendekatan yang menyeluruhlah, bukan hanya di pihak pelaksanaan tetapi dari segi dasar dan pembawaan kita untuk mengurangkan cabaran berkenaan isu berkaitan dengan air. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menjawab. Masa diberi lima minit.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dewan yang mulia ini di sebabkan sedikit gangguan pada awal pagi tadi semasa sesi menjawab soalan. Saya pohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana tidak dapat menjawab soalan dengan sempurna disebabkan saya bergegas pada awal pagi tadi dan tidak dapat bernafas dengan seperti biasa. Jadi, terpaksalah ada sedikit gangguan, saya pohon maaf.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan tiga orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Padang Serai, yang telah membahaskan dan menyentuh
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan iaitu berkaitan MRT Corporation sepertimana yang telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2024.
MOT sentiasa komited dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, cekap dan berkesinambungan di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kualiti hidup dan menyokong ekonomi yang komparatif. Menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut berhubung Projek MRT3.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Kerajaan masih lagi berhasrat untuk melaksanakan Projek MRT3 kerana ia nya diperlukan untuk melengkapkan rangkaian metro rail di Lembah Klang. Dengan adanya laluan MRT3 dijangkakan bilangan pengguna akan terus bertambah. Tumpuan yang diberikan pada tahun ini dan tahun hadapan adalah untuk pengambilalihan tanah MRT3 yang dijangkakan mengambil masa 24 bulan. Kerajaan juga akan memfokuskan dana untuk meningkatkan ketersambungan batuan pertama dan akhir- first and last mile connectivity dalam masa dua tahun ini.
Isu-isu lain berkaitan MRT Corp yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut, Bentong dan Padang Serai telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi. Oleh itu, jawapan penggulungan saya hari ini adalah bagi pihak Kementerian Pengangkutan sahaja di peringkat Kementerian Pengangkutan dan apa- apa yang telah dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan itu adalah berhubung dengan prestasi kewangan. Namun begitu, saya nak bertambah sedikit sahaja berkenaan dengan isu ridership MRT1.
Saya ingin juga memberikan sedikit konteks kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau kita lihat daripada segi perkhidmatan MRT1. Memang MRT1 mengalami pelbagai gangguan perkhidmatan dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, tetapi memang ada perkembangan yang positif pada tahun ini. Kalau kita lihat jumlah gangguan perkhidmatan untuk MRT1 telah berkurangan daripada 46 insiden pada tahun 2022 kepada 38 insiden pada tahun 2023 dan hanya sembilan insiden gangguan setakat bulan Mei tahun ini.
Jadi, ini merupakan satu improvement daripada segi perkhidmatan MRT1. Daripada segi kekerapan pula, kekerapan purata waktu puncak juga telah ditambah baik dari enam minit pada tahun 2022 kepada 5.4 minit pada tahun 2023 dan 4.2 minit pada masa kini.
Daripada segi ridership, MRT1 telah merekodkan purata jumlah penumpang pada hari bekerja sebanyak 239,000 setakat Mei untuk tahun 2024 berbanding 61,000 pada tahun 2021, 139,000 pada tahun 2022 dan 204,000 pada tahun 2023.
Memang lah pada tahun-tahun semasa pandemik COVID disebabkan PKP, memang la tak ada banyak ridership, tetapi setakat ini kita lihat trend jumlah penumpang untuk MRT1 memang sentiasa bertambah, memang dalam trend peningkatan sekarang ini. Walaupun belum mencapai sasaran yang dihasratkan, namun begitu setakat ini kita lihat bahawa trend penggunaan MRT1 dan juga laluan-laluan lain seperti MRT2 dan LRT adalah dalam trend meningkat. Ini merupakan satu petanda yang positif kepada sektor pengangkutan awam.
Puan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kedudukan kewangan. Seperti yang saya katakan, telah dijawab tadi. Daripada segi RTS Link. Yang Berhormat Jerantut juga ada
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
membangkitkan berkenaan dengan RTS Link. Operasi RTS Link akan dikendalikan secara komersial oleh RTSO yang merupakan sebuah syarikat usaha sama antara Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Singapura. Oleh itu, untuk memastikan kemampuan bagi menampung keperluan operasi laluan, tambang untuk perjalanan RTS perlu ditetapkan pada kadar yang munasabah dan berpatutan, tertakluk kepada kemampuan pengguna. Untuk Projek RTS Link. Fasa pembinaan projek dijangka selesai pada bulan Disember 2024, kecuali kerja-kerja pembinaan fasad di Stesen Bukit Chagar yang akan diteruskan sehingga tahun 2026.
Semua ontrak kerja juga telah dianugerahkan. Memandangkan projek ini kini di fasa akhir pembinaan. Kerajaan tidak menjangkakan sebarang peningkatan kos pembinaan yang ketara sehingga tamat tempoh pembinaan. Peningkatan kos sebelum ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti peningkatan kos binaan, kos tanah dan sebagainya. Kos pembinaan struktur lazimnya akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan sedang meneliti kaedah pajakan untuk komponen sistem rel, termasuk stok kereta api.
Kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat rel untuk mencari dana sampingan daripada sumber pembangunan TOD, aktiviti-aktiviti komersial, termasuklah pengiklanan dan penyewaan aset-aset gantian fiber serta penjanaan tenaga lestari untuk menyokong kos operasi RTS Link ini. Kita yakin bahawa dengan model seperti ini, ia akan memberikan satu kedudukan kewangan yang lebih stabil dan lebih kukuh kepada pengendali pengangkutan awam ini. Jadi Puan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya nak jawab kerana tak banyak isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka, saya ucapkan terima kasih kepada yang telah mengambil bahagian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab dalam masa 10 minit.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada Puan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan. Saya bercakap dengan Dewan yang kosong pada hari ini dan ketiga-tiga Ahli Dewan yang bertanya mengenai...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, minta diperbetulkan.
Kosong sebelah pembangkang.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya. Kerajaan masih ada, Menteri. Kami ada.
Kami ada. Backbenchers ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Backbenchers Kerajaan Perpaduan mesti ada. Tetap ada. Dulu, kini dan selamanya...
[Tepuk]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jangan lah jolok. Nanti dia masuk balik.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dia tak ada. Dia tak ada.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, saya minta izin Puan Yang di-Pertua, untuk terus menjawab, walaupun yang bertanya itu tak ada ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dalam masa 10 minit sahaja.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Dalam masa 10 minit. Baik. Laporan Ketua Audit Negara yang berkaitan dengan agensi di bawah kawalan saya ialah Pihak Berkuasa Koridor ECER untuk sedikit latar belakang ya. Audit yang dijalankan ini ialah bagi aktiviti dalam tahun- hah, boleh ada seorang. Okey. Tahun 2008 sehingga 2022 yang merentasi projek-projek daripada Rancangan Malaysia ke-9 hingga ke-12. Pihak berkuasa koridor ada lima dalam negara kita dan yang diaudit untuk pusingan ini ialah Pihak Berkuasa Koridor Pantai Timur ECER. Untuk makluman Dewan, pihak-pihak berkuasa koridor ini diberi mandat di bawah akta masing-masing dan kebanyakannya akta digubal dalam tahun 2007 ke-2008.
Kemudian, untuk koridor di Sabah dan Sarawak. Ia ditubuhkan di bawah ordinan kerajaan negeri masing-masing. Fungsi mereka sebelum ini ialah untuk merancang dan membangunkan sosioekonomi yang merentasi pelbagai bidang, bukan sahaja pelaburan.
Oleh sebab itu, sebelum kot pun Laporan Ketua Audit Negara ini keluar, pentadbiran sekarang sedia maklum bahawa ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu timbul isu-isu pertindihan tugas dan juga pertindihan peruntukan. Ini kerana ada sebahagian kerja itu walaupun sebenarnya terletak di bawah kementerian-kementerian di peringkat Persekutuan, tetapi oleh sebab akta memberi kuasa kepada PBK untuk turut melaksanakannya, jadi ada yang dilaksanakan di bawah kementerian masing-masing, tetapi ada juga yang di bawah PBK.
Ini juga menimbulkan suasana yang kadang-kadang PBK menjadi tempat untuk mendapatkan peruntukan-peruntukan lain yang tidak melalui kementerian-kementerian yang hakiki. Oleh sebab itu, pentadbiran MADANI yang ada sekarang telah pun membuat keputusan bahawa PBK selepas ini akan diselaraskan dan hanya akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk merealisasikan pelaburan-pelaburan yang telah diluluskan. Ini bermakna fungsi-fungsi yang sebelum ini dibuat, termasuklah yang melibatkan infrastruktur, air atau pun sosioekonomi kemiskinan, yang itu akan dipusatkan kembali kepada agensi- agensi Persekutuan yang lain supaya tidak ada pertindihan.
Kementerian Ekonomi sekarang sedang dalam proses menyelaraskan dan menyemak fungsi ini. Proses di peringkat pentadbiran sedang berlaku dan insya-Allah sebahagian daripada pindaan-pindaan kepada akta yang diperlukan untuk menyelaraskan fungsi tersebut akan dibawa ke Parlimen dalam sidang-sidang yang akan datang.
Seterusnya, ada tiga sahaja Ahli Parlimen yang menyentuh mengenai ECER iaitu Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahli Parlimen Arau dan juga Tumpat. Perkara pertama yang disentuh...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Ahli Parlimen Kubang Pasu sama, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tak ada dalam rekod.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Ada.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ada?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya bercakap lebih daripada lima minit.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Okey.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Panjang lebar.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya. Tak apa. Kalau saya tak sentuh, Kubang Pasu boleh tanya balik masa ini ya kerana kalau ikut rekod yang perbahasan tadi tidak ada dari Kubang Pasu, tetapi saya sedia mengambil soalan tambahan dari Kubang Pasu kalau dibenarkan oleh Puan Yang di-Pertua.
Soalan yang pertama merujuk – Ini ditimbulkan oleh Kuala Terengganu dan Tumpat.
Dia merujuk kepada muka surat 2-15 dalam laporan, kerana laporan di perenggan 5.1.5(b) menyebut, “Pihak Audit mendapati tiada pangkalan data diwujudkan bagi mengukur pencapaian sosioekonomi kumpulan sasar dalam wilayah ECER. Oleh itu, pencapaian objektif bagi projek dan program yang dilaksanakan tidak dapat diukur”.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kuala Terengganu menimbulkan bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan PADU contohnya, telah dilancarkan dan beroperasi. Saya ingin menarik kembali kepada latar belakang awal yang saya berikan tadi bahawa audit ini adalah untuk tahun 2008 hingga 2022, dengan izin, field work ataupun audit lapangan dijalankan dalam bulan Januari 2023 ke Jun 2023. PADU dilancarkan Januari 2024. Jadi, soalan-soalan dari Kuala Terengganu dan juga Tumpat boleh terjawab dengan sendiri sekiranya mereka membaca dengan tepat dan teliti Laporan Ketua Audit Negara yang memberikan tempoh masa yang jelas bahawa ketika laporan ini dibuat, sebenarnya memang belum ada lagi satu pangkalan data utama yang bersepadu.
Pun begitu, saya juga wajar memaklumkan kepada Dewan, konteks yang dimaksudkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan ini. Bagi setiap projek dan juga program pembasmian kemiskinan dan sosioekonomi yang dijalankan oleh isi- semasa tempoh 2008 hingga 2022 ini, sebenarnya memang sudah ada kayu ukur khusus dan pangkalan data khusus. Contohnya, kalau program itu untuk membasmi kemiskinan, sumber peserta-peserta yang dipilih itu datangnya daripada eKasih, contohnya. Jadi, di peringkat program, memang sudah ada pangkalan data.
Cuma yang ditimbulkan oleh Ketua Audit Negara ialah perlunya PBK seperti ECER ini kerana ia bertanggungjawab menguruskan dan membangunkan pelan sosioekonomi di peringat wilayah, perlu juga mempunyai satu pangkalan data berbentuk makro di peringkat daerah dan negeri. Pangkalan data itu sebenarnya sudah wujud, tetapi di bawah DOSM. Jadi, DOSM mempunyai maklumat di peringkat daerah, isi rumah berapa, miskin berapa, di peringkat negeri dan perkara itu saya ingat boleh diselesaikan apabila PADU menjadi rujukan utama sebagai pangkalan data semua -agensi kerajaan kerana padu telah menggabungkan bukan sahaja data granular daripada agensi-agensi, tetapi juga data makro daripada DOSM.
Jadi, isu itu saya ingat insya-Allah tidak akan berbangkit pada masa hadapan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan Menteri. Boleh saya sebut sikit apa yang saya sebut? Saya ulang apa yang saya sebut
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
kelmarin ya. Saya pun hairan macam mana orang tak mencatatkan apa yang saya sebutkan.
Puan Yang di-Pertua. Saya sebutkan hanya sebagai ringkasan mengenai rumusan Laporan Ketua Audit Negara iaitu penilaian daripada 2008 sehingga 2017, yang kedua itu saya ingin bawa 2022, belum lagi siap.
Saya sebut mengenai kelemahan pengurusan projek seperti lot perindustrian, tidak diisi dan infrastruktur projek yang telah siap, tetapi tidak digunakan atau rosak. Umpamanya, plot perindustrian tidak diisi dengan pelabur. 37 daripada 43 lot tidak diisi dengan pelabur.
Kemudian, bagi Taman Industri Kuantan Malaysia-China, hanya satu lot telah diisi daripada jumlah 18 lot. Ini, banyak duit yang kita telah belanjakan untuk buat semua ini.
Kemudian, Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di Kelantan, satu lot perindustrian diisi dan 13 lot lagi masih belum diisi semenjak diserahkan kepada LKIM pada tahun 2017.
Saya katakan bahawa semua program ini, dia menelan belanja sehingga RM8 bilion lebih bagi jangka masa tersebut, tetapi yang kita tengok banyak kelemahan yang timbul daripada project management.
Itu sahaja Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih. Saya akan ulas yang Kubang Pasu sebut itu bersama-sama dengan perkara yang ditimbulkan oleh Tumpat kerana Tumpat juga timbulkan perkara yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan kerana masa sudah tamat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Boleh minta empat minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Satu minit. Garang betul. Arau tanya berapa jumlah pekerja tempatan yang dapat kerja daripada yang diwujudkan di bawah program-program ECER. Mengikut pantauan terperinci kerana setiap projek itu datang dengan jumlah kerja yang diberikan, sekitar 80 peratus.
Terakhir, yang Kubang Pasu dan Tumpat tanya mengenai projek-projek- prestasi projek-projek. Sebab itu, sebelum Kubang Pasu masuk dan Ahli Dewan yang lain masuk tadi, saya bagi latar belakang bahawa pentadbiran ini telah pun meneliti beberapa perkara yang perlu dikemas kini berkaitan dengan pihak-pihak berkuasa koridor.
Salah satunya ialah daripada segi fungsi dan pendekatan. Oleh sebab sebelum ini PBK-PBK beroperasi sebagai, dengan izin, co-sign national agency, jadi, kuasa dan tanggungjawab mereka itu mirip kepada kementerian-kementerian yang sedia ada. Jadi, infrastruktur pun dia buat lah, estet ataupun taman perindustrian pun dia buat lah, basmi kemiskinan pun dia buat lah. Maka, sebab itu salah satu perkara yang telah pun diambil tindakan tahun lepas pun ialah kita telah membuat keputusan untuk memastikan fokus PBK- PBK selepas ini hanyalah untuk merealisasikan pelaburan-pelaburan yang masuk, tidak lagi terlibat dengan projek-projek seperti yang telah diaudit ini.
Pun begitu, saya ingat kita juga perlu berlaku sedikit adil kerana walaupun jumlah projek itu dinyatakan sedemikian rupa, tetapi itu berlaku secara fasa ke fasa. Kalau plot-plot itu ada plot yang telah disiapkan sehingga fasa 2018 dan ada plot-plot baru yang sedang
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
dibangunkan untuk tempoh 2025. Pun begitu, saya telah mendapat laporan terkini ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Contohnya, apabila ia diserahkan kepada agensi-agensi lain dan apabila diserahkan terutamanya kepada agensi yang tidak berjaya mendapat penglibatan pihak swasta, maka sebab itulah plot-plot ini tidak dapat dibangunkan ataupun tidak dapat peserta daripada pihak swasta dengan lebih cepat.
Insya-Allah, mengikut laporan terkini, intervensi-intervensi telah pun dibuat dan itu juga bermakna bahawa usaha untuk membawa pelaburan ini tidak boleh dilihat semata-mata daripada segi pembinaan infrastruktur semata-mata. Ia sebenarnya memerlukan, dengan izin, feasibility yang baik, kebolehlaksanaan yang baik secara komersial. Sebab itu pendekatan sebelum ini lebih kepada melihat untuk mendapatkan peruntukan untuk membina infrastruktur-infrastruktur yang tidak semestinya ada kebolehlaksanaan komersial yang baik.
Itu perkara-perkara yang telah pun dibincangkan dan insya-Allah dalam projek-projek dan juga pelan yang akan datang akan di laksanakan.
Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, sebab itu, untuk masa akan datang, dengan fokus PBK ialah semata-mata untuk merealisasikan pelaburan yang telah diluluskan, tumpuan kerajaan ialah untuk memastikan industri-industri strategik dapat dibangunkan dengan besar di Wilayah Pantai Timur dan Wilayah Timur. Kalau di Johor contohnya, ia akan mendapat limpahan daripada Johor-Singapore Special Economic Zone. Di sebelah Pantai Timur, usaha kerajaan sekarang ialah untuk membangunkan industri pemerangkapan dan penstoran karbon (CCUS) yang akan menjadi satu lonjakan tambahan kepada industri minyak dan gas. Lebih penting lagi, ia akan dapat menarik minat industri-industri berat yang memerlukan fasiliti CCUS ini untuk beroperasi demi mencapai sasaran nett zero mereka.
Dengan tumpuan kepada industri-industri strategik begini, kami percaya bahawa pembangunan pelaburan di Wilayah Timur itu akan dapat mencapai kebolehlaksanaan komersial yang lebih tinggi tanpa memerlukan pelaburan-pelaburan dalam projek-projek yang sukar untuk direalisasikan seperti yang telah berlaku di antara tahun 2018 dan 2022 seperti yang diaudit dalam laporan ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab. Masa 10 minit.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik perbahasan Laporan Ketua Audit Negara
(LKAN) yang telah pun dimulakan oleh Kerajaan MADANI pada tahun 2023. Perbahasan LKAN ini menunjukkan satu komitmen dalam mentransformasi, dalam menambah baik dan penyampaian perkhidmatan awam bagi memenuhi harapan rakyat yang semakin tinggi.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Terdapat dua isu utama di bawah KPKT yang telah pun ditekankan dan diutarakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan kebombaan di mana tujuh isu telah pun dipaparkan di dalam AG Dashboard dan dua telah pun selesai diambil tindakan.
Manakala, lima lagi memerlukan tindakan yang lebih lanjut. Kedua, adalah berkaitan dengan pengurusan kediaman berstrata di mana lapan isu dipaparkan di dalam AG Dashboard di mana lima daripadanya telah pun selesai diambil tindakan dan tiga lagi memerlukan tindakan lanjut.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk penggulungan perbahasan pada hari ini, saya mewakili Yang Berhormat Menteri KPKT akan memfokuskan jawapan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan di bawah LKAN sahaja. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan tersebut yang kesemuanya berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan kebombaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian adalah seperti berikut.
Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Pasir Salak sebagai satu pencelahan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa fokus dan komited memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara terus terjamin. Yang Berhormat Kuantan telah pun memohon penjelasan sekiranya KPKT mampu mencapai sasaran 500 buah balai bomba dan penyelamat menjelang tahun 2030. Yang Berhormat Maran pula telah meminta pembinaan balai bomba dan penyelamat di seluruh negara diberikan perhatian.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan analisis penilaian risiko kebakaran menggunakan Smartmap Fire Risk Analysis, keperluan semasa balai bomba dan penyelamat adalah sebanyak 440 buah termasuk 339 yang sedang beroperasi. Pada masa kini, sebanyak 17 buah balai bomba baharu sedang dalam pembinaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 manakala tambahan sebanyak 84 buah balai bomba lagi diperlukan di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, untuk makluman, sasaran 500 seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuantan kelmarin sebenarnya adalah di bawah Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara 2021-2030 di mana KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun menyasarkan untuk menubuhkan 500 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di seluruh negara. Sehingga kini, terdapat 369 pasukan bomba sukarela telah pun bergiat aktif di seluruh negara ataupun lebih kurang 73.8 peratus daripada sasaran.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Lupar memohon kriteria yang seragam bagi pembinaan balai bomba baharu dengan mengambil kira faktor geografi di kawasan pedalaman terutamanya Sabah, Sarawak dan Pantai Timur. Beliau turut memohon agar KPKT mempergiatkan usaha untuk membaik pulih pili bomba yang telah pun rosak dan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
usang. Sementara Yang Berhormat Pasir Salak pula telah pun meminta pembinaan pili bomba baru terutamanya di kawasan kampung.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam menentukan kewujudan sesuatu balai bomba baru di kawasan yang berisiko, kementerian masih berpegang dan merujuk kepada keputusan Smartmap Fire Risk Analysis. Kementerian menyambut baik pandangan Ahli Yang Berhormat berhubung penambahan pili bomba baru dengan menekankan keperluan semasa adalah sebanyak 655 unit pili bomba lagi. Bilangan pili bomba di seluruh negara yang sedia ada kini adalah sebanyak 427,660 unit.
Kementerian ini sedang membuat perolehan pemasangan pili bomba baru sebanyak 200 unit dengan peruntukan RM1.4 juta di seluruh negara pada tahun 2024. Kerajaan komited memastikan penambahan balai-balai bomba di seluruh negara. Namun, bergantung kepada keutamaan lokasi, risiko berdasarkan fire cover dan juga kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Dalam masa yang sama, kami juga ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa perkhidmatan kebombaan turut diperkasakan oleh kerajaan melalui penubuhan Pasukan Bomba Sukarela di mana kita ada seramai 369 Pasukan Bomba Sukarela setakat ini dengan keanggotaan sejumlah 8,421 orang dan juga Pasukan Bomba Komuniti kita ada 495 pasukan dengan keahlian 9,167 orang.
Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Kuantan juga telah membangkitkan isu berhubung pertama, tahap kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memadam kebakaran dan menangani bencana dalam aspek kapasiti aset seperti mana kenderaan, pemadam api udara. Kedua, adakah peruntukan aset mencukupi dan apakah mekanisme penyelenggaraan aset. Ketiga, keupayaan sumber manusia dalam melaksanakan tugas-tugas menyelamat.
Yang Berhormat Jelebu pula memohon penjelasan mengenai langkah Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam memastikan response time di bawah 10 minit dapat dicapai di kawasan luar bandar dan mencadangkan penubuhan pasukan bomba sukarelawan di kawasan luar bandar.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa memastikan perkhidmatan kebombaan yang terbaik diberikan kepada rakyat melalui capaian response time di bawah 10 minit di kawasan bandar selari dengan standard yang diguna pakai di peringkat antarabangsa. Justeru, antara perkara yang perlu difokuskan adalah kepada keupayaan:
(i) sumber manusia;
(ii) kesiapsiagaan jentera; dan
(iii) pengoperasian balai bomba penyelamat yang optimum.
Dalam aspek sumber manusia Tuan Yang di-Pertua, untuk menghadapi bencana, mekanisme yang telah diinstitusikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuklah:
(i) pembekuan cuti anggota bomba;
(ii) pertukaran syif yang lebih efisien; dan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
(iii) deployment daerah ataupun negeri lain melalui Rapid Response Team ataupun Pasukan Gerak Cepat (Red Team). Ya, Kuantan? Saya kira saya hendak selesaikan dahulu. Saya ada sedikit masa lagi.
Setakat ini Jabatan Bomba dan Penyelamat mempunyai perjawatan sebanyak 14,750 orang dengan pengisian sebanyak 13,400 dan Kerajaan MADANI telah pun meluluskan perjawatan baharu sebanyak 509 jawatan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 melibatkan pelbagai gred.
Pengoperasian Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun turut dibantu dan disokong oleh 2,069 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang ditempatkan di balai-balai bomba terpilih di seluruh negara.
Daripada aspek kesiapsiagaan jentera yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Maran. Secara keseluruhannya, sehingga 9 Julai 2024, Jabatan Bomba dan Penyelamat memiliki 584 buah jentera yang mencakupi FRT, CFRT dan EMRS dengan tahap kesiapsiagaan 88 peratus. Manakala, baki 70 jentera dalam proses pembaikan dan diselenggarakan pada tahun semasa.
Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membuat perolehan 150 unit CFRT dan refurbish 30 unit jentera bomba. Bagi memperkasakan perkhidmatan kebombaan, KPKT juga melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat telah memohon peruntukan bagi refurbishment 82 unit jentera dan 200 kenderaan ringan operasi 4x4 di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Sehingga kini, Jabatan Bomba dan Penyelamat memiliki sebanyak enam buah helikopter...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Yang mampu melaksanakan kaedah waterbombing bagi sebarang kebakaran hutan yang berskala besar bergantung pada jenis hutan, tanah, lokasi dan ketersediaan sumber air. Prosedur Operasi Standard dalam mendapatkan perkhidmatan tersebut adalah melalui permohonan secara dalam talian eUdara oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri di mana response time yang telah ditetapkan adalah dalam tempoh dua jam.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Boleh? Ledang. Takut masa dah tak banyak. Tadi, Kuantan dah bangun. Ledang pun nak sentuh sikit juga. Mencelah.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuantan pun nak juga itu.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sila. Kuantan dahulu, tadi dah bangun.
Boleh?
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Cepat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya dahulu?
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Nanti dahulu. Ya.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Okey. Ya. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham tentang kedudukan kewangan dan juga bilangan jentera serta kesiapsiagaan pihak bomba. Disebut tadi 584 jentera.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya rasa daripada segi jumlah itu besar, cuma saya difahamkan sebenarnya jentera ini kena tengok daripada segi lebih terperinci contohnya kalau jentera. Jentera bomba, tetapi pam, sistem pam airnya, jentera tersebut tidak berfungsi. Ataupun tangga ya, tangga jentera bomba itu, tangga itu ada di atas jentera bomba, tetapi tangga itu tidak berfungsi. So perkara- perkara macam ni, saya percaya mesti ada penilaian yang lebih. Itu saya harap pihak kementerian boleh buat spot-check. Penyelenggaraan mungkin ada, peruntukan ada, tetapi ada dan saya boleh kongsi dengan pihak kementerian, di mana adanya balai bomba yang keadaan jenteranya begitu. Minta perhatian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, masa sudah tamat.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih, jadi saya sedikit sahaja berkaitan SOP itu tadi. Kita di Kuantan mengalami kebakaran hampir setiap tahun, jadi baru ni sehingga dua minggu dan melibatkan jumlah anggota yang ramai dan sehinggakan hari raya pun mereka masih lagi memadamkan kebakaran. Jadi daripada segi SOP tadi kita, yang dinyatakan tadi kalau boleh kita tengok balik sebab menyebabkan ahli-ahli ataupun anggota bomba terpaksa....
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Yang mana satu nanti nak tengok balik tu?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang melibatkan penggunaan helikopter. Jadi penggunaan udara, sebab apabila kawasan yang luas mereka tidak mampu masuk ke dalam di tanah-tanah gambut itu tadi. Jadi apabila keluasan dia sehingga ke-200 ekar tanah terbakar itu tadi, jadi kalau boleh SOP untuk udara tadi tengok balik mengikut keperluan. Contohnya pada Ramadan, mereka terpaksa memadam kebakaran seperti mana yang biasa. Jadi kalau yang tindakan udara mungkin lebih cepat padam kebakaran.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Jadi maksudnya, Yang Berhormat Kuantan mahu supaya bila berlaku kebakaran helikopter digunakan?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bukan, kalau berlaku dengan keadaan yang macam itu tadi sehingga dua minggu tidak mampu memadamkan kebakaran, mungkin pada masa yang itu tindakan helikopter atau yang udara diperlukan.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Jadi betullah tu yang saya sebutkan tadi.
Maknanya tidak boleh menggunakan dengan kadar yang biasa, tetapi memerlukan
helikopter. Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ya betul. Cuma situasi yang sekarang ni tak berlaku lagi. Jadi kita harapkan selepas pada ini tindakan itu dapat dilakukan. Terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Okey yang Yang di-Pertua, ada beberapa yang mungkin tidak dapat saya menjawab dan mungkin saya bagi secara bertulis, mohon pegawai- pegawai kita untuk mengambil perhatian. Cuma apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang tadi, saya amat mengalu-alukan sekiranya ada maklumat-maklumat yang mengatakan ada jentera-jentera bomba, yang didapati gagal berfungsi kerana pada masa ini pemeriksaan adalah dilakukan.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Dan seperti mana yang kita sebutkan tadi ada jumlah-jumlah tertentu yang memang dalam penyelenggaraan, tidak boleh dinafikanlah tapi dari semasa ke semasa Jabatan Bomba dan Penyelamat ini akan melakukan yang terbaik dan akan melihat dari semasa ke semasa juga apa-apa bangkitan-bangkitan daripada ahli-ahli yang berhormat.
Terima Kasih tuan Yang di-Pertua. Yang lain-lain saya sampaikan secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh, terima kasih. Saya menjemput Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab masa 5 minit sahaja.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Salam sejahtera, salam Malaysia madani. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat Shah Alam yang telah mengambil bahagian membahaskan perkara berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP sepanjang tempoh perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 mengenai aktiviti Kementerian/ Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan pada sidang Dewan kali ini.
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman yang berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah memperkenalkan platform MyMall pada April 2022 yang merupakan sebuah platform ekosistem keusahawanan digital dengan menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana, PNKS dan koperasi tempatan.
Sehingga Mei 2024, seramai 2,345 orang peniaga telah berdaftar di MyMall dengan melibatkan lebih banyak 1,979 produk dan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM8.8 juta.
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat jugak, matlamat penubuhan MyMall ialah pada hakikatnya merentasi fungsi sebagai sebuah platform e-dagang atau pemasaran produk- produk usahawan. MyMall merupakan inisiatif KUSKOP agar pembangunan usahawan di negara ini dilaksanakan secara holistik dan berterusan.
Melalui MyMall, usahawan turut ditawarkan akses terhadap alat-alat bantuan perniagaan dengan izin, business development tools. Latihan keusahawanan serta peluang mendapatkan pembiayaan perniagaan. Hasrat KUSKOP untuk jangka masa panjang supaya platform ini dapat dimanfaatkan sebagai pusat maklumat usahawan dan bakal usahawan mendapatkan informasi berhubung program-program dan bantuan keusahawanan.
Yang Berhormat Shah Alam telah membangkitkan mengenai perjanjian MyMall yang belum lagi dimuktamadkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perjanjian MyMall telah ditandatangani dan dikemukakan ke Jabatan Audit Negara (JAN) pada 30 April 2024.
Walau bagaimanapun, ketika perjanjian dikemukakan kepada JAN ianya masih dalam permohonan pengecualian, dengan izin, stamping exemption di LHDN. Salinan sijil pengecualian stamping telah diperoleh pada 17 Mei 2024 dan Laporan Ketua Audit Negara telah pun dimuktamadkan. KUSKOP telah dikemukakan sijil pengecualian tersebut kepada
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan
JAN dan telah diminta untuk mengemas kini maklumat tersebut dalam sistem pemantauan JAN kelak.
Puan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 2/2024. Sebagai penutup saya ingin menegaskan, di sini bahawa...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa ada lagi boleh saya bertanya sedikit? Saya bangkitkan isu-isu biasanya menjadi kelemahan di peringkat kementerian ataupun anak syarikat ialah berkenaan dengan pengurusan projek dan dalam pengurusan projek itu biasanya ada urusan kontrak. Yang ini apabila tidak diuruskan dengan betul ia boleh menyebabkan kerugian pada kerajaan sekiranya terma-terma yang hanya dimuktamadkan di peringkat akhir tidak dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sehingga menyebabkan urusan seperti saman dan tuntutan dan sebagainya. Jadi bagi pihak ini saya ucapkan tahniah lah kepada pihak KUSKOP kerana telah memeterai perjanjian itu.
Cuma pada masa-masa akan datang, apakah langkah-langkah yang diambil supaya kelemahan ini dapat diatasi? Terima kasih.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih yang berhormat, kalau kita lihat di sini memang KUSKOP hendaklah menambah baik pengurusan koperasi dengan memastikan syarikat yang dilantik sebagai pengendali gerbang pembayar merupakan syarikat yang berlesen dengan BNM dan pengasingan itu dibuat dengan terimaan dan pembayaran akaun MyMall.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Sorry yang berhormat? Syarikat yang dilantik IBSB telah bekerjasama dengan pengendali iaitu PayPal atau ToyyibPay di mana PayPal adalah penyedia yang berdaftar dengan BNM. KUSKOP akan mengambil maklum dengan teguran Audit dan akan mengambil langkah penambahbaikan selepas kontrak IBSB tamat pada Ogos 2025.
Buat masa itu, itu sahaja penjelasan yang dapat saya berikan di sini bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga akan terus berusaha untuk menggalakkan pendigitalan dalam kalangan usahawan dan koperasi di negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab, 5 minit.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di Pertua dan terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Sepanjang tempoh mengikuti perbahasan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2024, sesungguhnya NRES menyokong penuh Laporan Ketua Audit Negara ini dibahaskan di Dewan yang mulia ini agar setiap teguran yang dibangkitkan dapat diteliti dibincangkan, dibuat langkah penambahbaikan bagi mewujudkan tatakelola sektor awam yang lebih baik.
Saya menjawab dan memberikan pandangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan kali ini.
Yang berhormat Kubang Kerian mencadangkan kerajaan untuk menjalankan kajian mengenai rizab air bawah tanah supaya dapat menjamin sumber bekalan air bersih negara.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia sedang melaksanakan Projek Pemetaan dan Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah Negara (PABT) sejak awal Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Antara objektif projek ini adalah melaksanakan pemetaan sumber air bawah tanah- hidrogeologi di negeri-negeri terlibat secara komprehensif bagi menilai dan menentusahkan punca sumber air bawah tanah, seterusnya diusahahasilkan sebagai kawasan medan telaga- potential reserve and safe yield. Sehingga ini- sehingga kini, sejumlah dua (2) Projek PABT telah diluluskan pada RMKe-12 seperti butiran berikut.
Pertama, Projek PABT Kedah dengan kos RM16 juta, tempoh pelaksanaan 2021 hingga 2025. Kedua, Projek PABT Melaka Fasa 1- Survei Geofizik dengan kos RM3.8 juta, tempoh pelaksanaan 2024 hingga 2025.
Jangkaan output Projek PABT antaranya adalah seperti berikut. Pertama, penghasilan peta hidrogeologi dan potensi sumber air bawah tanah; kedua, penghasilan peta sempadan kawasan imbuhan air bawah tanah dan kawasan medan telaga- wellfield; dan ketiga, penghasilan permodelan dan simulasi sumber air bawah tanah untuk penentuan rizab dan kadar luahan selamat- safe yield berdasarkan potensi sistem akuifer.
Hasil akhir Projek PABT ini akan menghasilkan satu kerangka pelan pembangunan sumber air bawah tanah selaras dengan keperluan pembangunan fiskal negeri-negeri terlibat berdasarkan input teknikal dapatan Projek PABT. Sumber air bawah tanah adalah tidak mudah tercemar dan kurang terkesan dengan perubahan iklim atau bencana. Pembangunan sumber air bawah tanah dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air permukaan yang kadangkala terjejas disebabkan oleh pencemaran.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia percaya dan yakin Projek PABT ini dapat memberikan input/data potensi punca air bawah tanah yang boleh dibangunkan secara komprehensif dan lestari sebagai sumber air bersih terutamanya pada musim kemarau.
Seterusnya, Yang Berhormat Kubang Kerian juga memohon penjelasan mengenai langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah pencemaran pepejal terampai pada sumber air yang berpunca dari ladang ternakan babi.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan kawalan pencemaran air adalah melibatkan pelbagai agensi termasuklah agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Punca pencemaran air adalah disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang dikategorikan sebagai punca tetap dan punca tidak tetap. Berdasarkan kepada punca yang berpotensi menyebabkan pencemaran air, terdapat punca-punca yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga di bawah bidang kuasa agensi lain termasuklah dari ladang ternakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Masih banyak mahu dijawab?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Lagi ada banyak lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh bagi jawapan bertulis.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Okey, boleh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tuan Yang di-Pertua, boleh? Nanti saya cakap boleh ini, kasi habiskan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli, terima kasih Ahli-ahli yang dihormati. Bagi mengakhiri sesi penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang dikongsikan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini.
Saya juga berharap daripada penjelasan tersebut dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh saya pada kali ini, akan dijawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Masa 5 minit, lima ya.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Mas 5 minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, betul.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
[Ketawa] Kalau boleh tambahlah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang tidak sempat dijawab boleh bagi jawapan bertulis.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Okey, okey. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani.
Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara yang berada di bawah tanggungjawab kementerian semasa sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian telah mengutarakan tentang langkah diambil oleh Universiti Islam Antarabangsa untuk mengisi kekosongan tempat yang boleh diisi oleh pelajar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui UIA melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan bagi meningkatkan pengambilan pelajar UIA. Antaranya adalah meningkatkan unjuran prospek bagi melebihi kapasiti tempat kerana berdasarkan data, 60 hingga 70 peratus calon adalah calon yang ditawarkan.
Untuk makluman, yang mendaftar mengikut rekod UIAM, yang mendaftar berbanding dengan kapasiti adalah melebihi 90 peratus setiap tahun. Pengambilan semester dua melalui sistem dalaman UIA di samping tawaran semasa semester satu melalui UPU dan kita juga bekerjasama dengan agensi pendanaan antarabangsa untuk menaja pelajar-pelajar yang berkelayakan dari luar negara. Kita juga buat pemindahan kredit untuk calon lepasan diploma yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Kita beri juga potongan harga sebanyak 20 peratus bagi alumni UIA yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah.
Puan Yang di-Pertua, merujuk kepada persoalan sama ada UIA ada melaksanakan kajian untuk memastikan UIA akan terus menjadi pilihan pelajar, pihak UIA telah melaksanakan kajian tracer study, dengan izin, iaitu kajian selepas pelajar bergraduasi dan kajian kebolehpasaran, employability survey. Hasil kajian akan membantu pihak UIA untuk mengatur strategi bagi menarik minat pelajar untuk menjadikan UIA sebagai pilihan utama.
Untuk makluman semua Dewan yang mulia ini, melalui permohonan UPU, UIA masih lagi menjadi pilihan utama calon-calon.
Seterusnya, Yang Berhormat Kubang Kerian memohon penjelasan berkenaan strategi UIA untuk menambah kemasukan pelajar antarabangsa. Antara yang kita laksanakan ialah satunya, memperkukuhkan strategi promosi di luar negara; menjalinkan kerjasama antarabangsa; mengadakan promosi bahawa UIA yang dinobatkan sebagai universiti Islam kedua terbaik melalui data Uni Rank 2024 dan juga melibatkan alumni antarabangsa sebagai tarikan pelajar antarabangsa; mempelbagaikan kaedah pemasaran termasuk penggunaan media sosial yang memaparkan keunikan UIA.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian juga mempersoalkan fasiliti di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat serta Ahli Dewan sekalian, UIA ditubuhkan di bawah AUKU dan dibiayai penuh oleh kerajaan dan ditadbir di bawah syarikat awam yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat. Namun begitu, UIA telah ditafsirkan sebagai sebuah entiti swasta dan pengoperasian Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah telah dikategorikan sebagai pusat perubatan swasta yang memerlukan pematuhan Akta 586.
Terkini pada 21 Mei 2024, pihak UIA telah menghantar semula Borong 3 bagi tujuan kelulusan pelesenan di bawah akta dan dipertimbangkan untuk pengecualian pematuhan akta bagi isu-isu yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini seperti yang telah diminitkan di dalam Mesyuarat Harmonisasi bertarikh 29 Mac.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberi penjelasan tentang perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tentang tunggakan hutang pelajar antarabangsa tanpa tajaan di UIA sebanyak RM9.17 juta dan tindakan sudah diambil.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Untuk makluman, tunggakan hutang ini sebanyak RM9.17 juta adalah disebabkan pandemik COVID-19 dan kesan pasca COVID-19.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terkini, jumlah kutipan sehingga 30 Jun 2024 adalah berjumlah RM2.33 juta iaitu 25 peratus daripada jumlah hutang. Baki terkini sebanyak RM6.84 juta adalah disebabkan oleh pandemik tadi dan RM3.5 juta daripada hutang berjumlah RM9.1 juta ini adalah dari kategori pelajar yang tidak tamat pengajian dan jumlah ini dalam proses hapus kira oleh pihak UIA dan antara tindakan pihak UIA untuk mengutip hutang adalah seperti berikut;
(i) penubuhan kawalan kredit;
(ii) memperkenalkan flexible payment plan;
(iii) melancarkan Easy Pay;
(iv) mengadakan aplikasi kutipan hutang; dan juga
(v) synchronization application yang juga diperkenalkan.
Isu seterusnya, Yang Berhormat Batu Pahat juga berkenaan tunggakan pelajar antarabangsa dengan tajaan sebanyak RM1.12 juta. Berdasarkan rekod, sebanyak RM588,000 daripada RM1.12 juta adalah tunggakan daripada penaja Afghanistan dan seperti yang kita sedia maklum, negara Afghanistan sedang menghadapi sekatan ekonomi dan kewangan dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengakses dana yang penting, tetapi sehingga 30 Jun 2024, jumlah tunggakan telah berkurangan kepada RM614,000 yang merangkumi daripada penaja Afghanistan dan pelbagai penaja yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan Yang Berhormat.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Isu terakhir yang dibangkitkan oleh YB Petaling Jaya tentang Majlis Profesor Negara walaupun bukan di bawah bidang KPT, tetapi disebut tentang pensyarah Universiti Putra Malaysia yang dikatakan melaksanakan plagiat dalam artikel.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu ini telah pun dijawab oleh pihak kementerian di dalam Mesyuarat Pertama pada 12 Mac 2024 dan secara lisan pada Dewan ini pada 18 Mac 2024.
Kesimpulan, bagi seminit? Secara kesimpulannya, KPT akan terus memastikan kegemilangan UIA. Dalam hal ini, saya suka kongsikan bahawa sejak penubuhannya selamat 40 tahun, UIA telah melahirkan lebih 100,000 alumni dan graduan. Seperti yang kita sedia maklum, UIA ini amat dekat dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga ramai antara tokoh-tokoh kita yang terlibat dalam memperkasa UIA ini termasuk juga Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ramai di antara mereka yang menjadi pemimpin hebat di peringkat antarabangsa dan tempatan. Sebagai contoh di peringkat antarabangsa, Hamza Abdi Barre, Perdana Menteri Somalia sekarang ini, Ibrahim Kalin, Director of the National Intelligence Organization, Profesor Sano Koutoub, Secretary General Islamic Fiqh Academy Jeddah, beberapa duta seperti di Bosnia dan peneraju industri perbankan antaranya seperti di Indonesia, Maldives, Dubai, Turki, Nigeria dan Fiji.
Di peringkat tempatan pula, ramai di antara kita di sini, Menteri, Timbalan Menteri dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia ini adalah produk daripada UIA dan YB. Menteri
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Pendidikan Tinggi juga daripada UIA sebagai batch yang pertama dan juga ahli-ahli akademik dan profesional di seluruh dunia. Jadi, kita akan terus mempertahankan dan memperkasakan UIA dan itu sahaja ulasan dan terima kasih atas masa tambahan. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Puan Yang di- Pertua, ringkas, Puan Yang di-Pertua.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Habis sudah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Mahu sembang sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi untuk menjawab. Masa 10 minit.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi sepanjang sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.
Puan Yang di-Pertua, projek Point of Presence (POP) Fasa 1 melibatkan penyediaan dan pemasangan sebanyak 630 POP di sekolah dan juga 47 POP di kawasan perindustrian menjadikan jumlahnya sebanyak 677 POP mulai November 2021 sehingga November 2022 dan untuk jumlah nilai sebanyak RM673.2 juta. Status sehingga 10 Julai 2024, sebanyak 671 daripada 677 POP telah siap dilaksanakan dan berbaki sebanyak enam daripada 127 POP di Zon Selatan. Syarikat pelaksana projek POP di Zon Selatan telah diberikan pelanjutan tempoh pelaksanaan ataupun EoT kali pertama pada Disember 2022 sehingga Oktober 2023.
Pihak syarikat telah memohon EoT kali kedua sehingga akhir Februari 2024. Walau bagaimanapun, sehingga kini syarikat tersebut masih gagal menyiapkan baki POP yang terlibat.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kementerian telah mengemukakan dua kali notis peringatan kepada syarikat tersebut berhubung kelewatan melaksanakan projek POP tersebut. Selanjutnya, kementerian akan mempertimbangkan mengenakan LAD kepada syarikat tersebut bagi baki POP yang belum siap dilaksanakan. Bukan itu sahaja, POP Fasa 2 bernilai RM3.9 bilion. Surat setuju terima bagi POP Fasa 2 ditandatangani dan diserah kepada enam kontraktor terpilih pada 6 Oktober 2022 iaitu lima hari sebelum Parlimen Ke-14 dibubarkan. Jadi, Kementerian Komunikasi bersedia untuk bekerjasama dengan pihak SPRM untuk segala siasatan yang ingin dijalankan oleh pihak SPRM.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Batang Sadong menyentuh isu ketersediaan perkhidmatan internet melalui Point of Presence, tetapi tidak dimanfaatkan ataupun dilanggan
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat penyediaan Projek POP dimaklumkan secara berperingkat kepada KPM. Walau bagaimanapun, KPM juga perlu mengambil kira kontrak sedia ada yang masih berkuat kuasa. Sejak Januari 2024, beberapa sesi libat urus mengenai pakej langganan jalur lebar juga telah diadakan bersama dengan KPM.
Persetujuan mengenai harga pakej telah dimuktamadkan semasa mesyuarat pada 8 hingga 10 Mei tahun ini yang melibatkan Kementerian Komunikasi, KPM dan juga syarikat telekomunikasi dengan pengurangan sebanyak 10 peratus berbanding dengan harga pakej yang dilanggan oleh KPM. Surat penawaran cadangan pakej perkhidmatan jalur lebar projek POP berserta senarai sekolah terlibat telah pun dikemukakan kepada KPM pada 17 Mei tahun ini untuk tindakan penyelarasan perolehan pakej internet ke sekolah-sekolah selanjutnya oleh KPM...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Ya, sila.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Minta laluan Timbalan Menteri. Saya nak tanya berkaitan dengan penggunaan internet ini juga. Berkait rapat dengan DNB dan 5G. Adakah ada jawapan bakal dijawab?
Puan Teo Nie Ching
Ada, di belakang. Boleh tunggu?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey, saya tunggu dulu.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Baik.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Betong turut membangkitkan isu 28 jajaran Broadband To General Population
(BBGP) yang tidak dilanggan. Untuk makluman semua, business modem dengan izin, bagi projek BBGP yang dilaksanakan antara tahun 2013 hingga 2017 adalah design, build, on dan operate (DBOO), dengan izin. Skop pelaksanaan yang melibatkan terma pembayaran adalah pembinaan, pemasangan dan pentauliahan jajaran gentian optik berdasarkan lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Skop penyelenggaraan dan langganan bukan sebahagian daripada terma dalam kontrak perjanjian.
Mengambil pengajaran daripada pelaksanaan projek BBGP, business modem ini telah ditambah baik pada terma projek jajaran POP dengan memasukkan syarat untuk syarikat mendapatkan langganan dengan menetapkan melalui provision contract mengikut pecahan quantum pembayaran berasaskan langganan sekali gus meningkatkan premis tersedia dengan gentian optik dan kadar penembusan jalur lebar negara termasuk terma penyelenggaraan bagi memastikan jajaran gentian optik yang dibina sentiasa dalam keadaan optimum dan tersedia untuk digunakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, YB. Ledang bertanyakan mengenai langkah yang akan diambil untuk merealisasikan syor-syor audit daripada segi perolehan hasil daripada projek yang dilaksanakan dan perancangan kementerian dalam memastikan memanfaatkan pulangan daripada projek JENDELA. Untuk makluman, formula pengiraan perkongsian hasil terpakai apabila peratus langganan mencapai nilai ambang 80 peratus. Pengiraan
Puan Teo Nie Ching
pembayaran perkongsian hasil sedang diselaraskan dengan pihak syarikat dan akan dimuktamadkan pada penghujung tempoh kontrak setelah mengambil kira kos dan jumlah keseluruhan port yang telah dipasang.
Puan Teo Nie Ching
Penyelarasan ini juga mengambil kira kemungkinan lebihan pulangan kepada kerajaan. Kementerian Komunikasi akan memantau kadar langganan ini sehingga penghujung kontrak iaitu pada Disember tahun ini. Sekiranya mencapai nilai ambang 80 peratus, pembayaran perkongsian hasil akan dilaksanakan sewajarnya.
Bagi memanfaatkan pulangan daripada pelaksanaan projek JENDELA dalam aspek pembangunan prasarana ataupun infrastruktur, Kementerian Komunikasi akan memastikan persefahaman dan penyelarasan dasar dengan kementerian dan agensi yang terlibat bagi memanfaatkan pulangan terbaik dan best value daripada pelaksanaan projek-projek di bawah JENDELA.
YB Jelebu, YB Batang Lupar dan YB Tumpat membangkitkan isu ketidakseimbangan kelajuan Internet antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Tan Sri Yang di-Pertua, melalui pelan JENDELA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersama penyedia perkhidmatan dalam pelaksanaan menyediakan perkhidmatan jalur lebar melalui pembinaan menara-menara 4G baharu dan menaik taraf stesen pemancar sedia ada. Ianya tidak hanya tertumpu di kawasan bandar malah termasuk kawasan-kawasan luar bandar.
Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan internet yang memuaskan dan berkualiti, MCMC menjalankan audit kualiti secara berkala di seluruh negara bagi memastikan pemantauan berterusan oleh syarikat pemberi perkhidmatan terhadap Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah ditetapkan. Standard mandatori ini bertujuan untuk memastikan bahawa pengguna menerima tahap perkhidmatan memuaskan yang memenuhi standard minima serta untuk melindungi dan meningkatkan hak-hak pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti. MCMC turut melakukan intervensi kepada aduan-aduan orang awam yang diterima bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil oleh pemberi perkhidmatan.
Arahan suruhanjaya akan dikeluarkan terhadap mana-mana pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi standard mandatori dan diwajibkan untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan. MCMC akan memastikan pematuhan terhadap arahan yang dikeluarkan dengan penyedia perkhidmatan, menambah baik kualiti perkhidmatan di kawasan yang terlibat.
Sekiranya pemberi perkhidmatan gagal untuk menambah baik kualiti perkhidmatan seperti yang diarahkan, penalti sivil akan dikeluarkan terhadap mereka di bawah seksyen 109, Akta Komunikasi Multimedia dengan nilai penalti tidak melebihi RM200,000. MCMC telah mengeluarkan Penentuan Suruhanjaya No. 2/ 2023 pada 29 Disember 2023 bagi memperkemas lagi standard mandatori bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang telah berkuat kuasa pada 1 April tahun ini. Antara petunjuk kualiti utama yang ditetapkan adalah purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 Mbps sehingga penghujung tahun ini dan 10 Mbps bermula pada tahun 2025.
Puan Teo Nie Ching
YB Lubok Antu tanya tentang menara yang telah dibina di kawasan beliau. YB berada dalam Dewan ini?
Seorang Ahli
Tak ada.
Puan Teo Nie Ching
Kalau tak ada, boleh tak saya bagi dia jawapan bertulis? Okey, terima kasih. YB Ledang ada di dalam Parlimen? Okey. YB Ledang- boleh saya teruskan Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, berapa minit lagi?
Puan Teo Nie Ching
Sebenarnya ada dua isu lagi, kalau dipersetujui mungkin dua minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, dua minit.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Speaker. YB Ledang menyentuh mengenai peruntukan USP Fund yang telah digunakan bagi pelaksanaan program JENDELA. Penggunaan dana Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun Universal Service Provision Fund, dana USP adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Dana USP ini adalah diselia oleh MCMC. Sehingga tahun 2022, perbelanjaan menggunakan dana USP mencapai RM2 bilion di bawah inisiatif JENDELA yang melibatkan projek-projek pembinaan menara baharu, menaik taraf pemancar, penyediaan pra prasarana gentian optik serta penyediaan perkhidmatan jalur lebar satelit BWA di kawasan pedalaman.
Nilai ini adalah berdasarkan kepada penyata kewangan bagi tahun 2021 dan tahun 2022 yang telah diaudit.
Untuk makluman, Laporan Tahun 2022 telah dikemukakan pada 13 Disember. Untuk makluman bagi tahun 2023, audit perbelanjaan dana USP sedang dimuktamadkan oleh pihak suruhanjaya.
Isu terakhir yang disentuh oleh YB Tasek Gelugor menyentuh isu pelaksanaan 5G dual rangkaian iaitu perincian dan kriteria Applicant Information Package (AIP). Untuk makluman dokumen Applicant Information Package (AIP) atau pakej maklumat pemohon telah dikeluarkan oleh MCMC pada 1 Julai tahun ini kepada syarikat-syarikat terlibat.
Perincian mengenai kriteria dan keperluan pemilihan syarikat untuk menyediakan rangkaian kedua 5G adalah seperti yang diperincikan dalam AIP tersebut. Walau bagaimanapun, oleh sebab proses tender sedang berjalan maka maklumat lebih lanjut mengenai AIP tersebut tidak dapat saya kongsi buat macam ini. Sekian jawapan saya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Machang, masa dah habis Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sikit, sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Machang, masa dah habis.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tadi dia janji Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Machang, masa dah habis.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kepentingan rakyat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Semua kepentingan rakyat, semua kepentingan rakyat. Dia dah duduk dah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya nak jawapan bertulis ya, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Hah, jawapan. Baik saya jemput Menteri Pertahanan, 10 minit.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Adly bin Zahari
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk membuat penggulungan jawapan bagi perbahasan Laporan Ketua Audit.
Tan Sri Yang di-Pertua bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih dan juga kepada sembilan Ahli Yang Berhormat kerana mengambil berat isu-isu yang terkait dengan Kementerian Pertahanan semasa membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bil. 2/2024 di Dewan yang mulia ini.
Antara Yang Berhormat yang memberikan perbahasan, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Arau. Kesemua Ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan lima perkara yang kita gariskan.
Yang pertama adalah prestasi perolehan dan penerimaan kapal di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Yang kedua adalah tahap kesiagaan kapal TLD. Yang ketiga adalah pelaksanaan operasi kapal TLDM. Yang keempat adalah penyelenggaraan kapal iaitu refit yang tidak dilaksanakan mengikut jadual dan yang terakhir adalah berkaitan dengan stok alat ganti kapal bernilai RM384.49 juta, tidak digunakan dengan rekod pengeluaran terakhir di antara tahun 1969 sehingga tahun 2021.
Kementerian Pertahanan memberikan perhatian yang serius terhadap semua penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Tan Sri Yang di-Pertua bagi isu yang pertama, prestasi perolehan dan penerimaan kapal di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dan yang ke-12, yang rendah, kesemua Ahli Yang Berhormat telah menyentuh secara umum mengenai isu prestasi perolehan dan sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat yang terkait dengan perolehan Littoral Combat Ship (LCS).
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan di Dewan yang mulia ini pada 24 Jun yang lalu, kerja-kerja pembinaan telah disambung semula mulai tahun kontrak tambahan yang keenam. Ditandatangani pada 26 Mei 2023 dengan Lumut
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Adly bin Zahari
Naval Shipyard (LUNAS) yang sebelum ini dikenali sebagai Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB).
Melalui perancangan perbatuan yang terkandung dalam perjanjian kontrak tambahan yang keenam ini, kementerian percaya bahawa projek pembinaan lima buah kapal ini dapat diserahkan kepada TLDM mengikut tempoh masa yang telah dirancang kan secara berperingkat mulai Ogos 2026. Pencapaian ini telah terbukti pada 23 Mei 2024 yang lalu di mana LCS yang pertama iaitu LCS 1 telah berjaya diluncurkan ke permukaan air, downslip di Limbungan LUNAS, Lumut mengikut jadual kontrak.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Adly bin Zahari
Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu, kajian teknikal terperinci telah pun dilaksanakan dengan mengambil kira aspek syarikat daripada OEM. Berpandukan kontrak, tempoh integrasi dan ujian penerimaan adalah selama 22 bulan yang merangkumi sama ada Harbour Acceptance Trial mahupun Sea Acceptance Test dan sebelum proses penyerahan sepenuhnya dilakukan pada tahun 2026.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan memantau secara teliti pelaksanaan projek LCS ini dan laporan perkembangan dan laporan terkini juga dibentangkan secara berkala kepada pemegang- pemegang taruh seperti Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan seperti untuk makluman semua sehingga kini pihak kementerian telah melaporkan sebanyak empat kali mengenai projek LCS dalam PAC dan terkini adalah pada 1 Julai 2024.
Merujuk kepada perolehan Littoral Mission Ship batch yang kedua, LMS batch yang kedua, perjanjian bagi perolehan tiga buah kapal LMS telah dimeterai secara kaedah government to government (G2G) dengan negara Turkiye pada Jun 2024 yang lalu.
Perolehan bagi baki tiga buah LMS lagi akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga belas.
Manakala bagi kapal multi-role support ship (MRSS), rancangan awal adalah di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas namun kementerian ini telah di saran untuk menilai semula perolehan ini di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, mengambil kira kekangan kewangan. Dalam masa yang sama kapal-kapal sedia ada akan terus digunakan dengan penyelenggaraan yang rapi.
Bagi isu yang kedua yang berhubung dengan tahap kesiagaan pelaksanaan operasi kapal-kapal TLDM, kesemua Ahli Yang Berhormat turut menyentuh tentang perkara ini dan sepertimana yang kita tahu penjajaran semula telah dilaksanakan dengan tujuan agar TLDM berupaya untuk terus menunaikan tanggungjawabnya dalam melaksanakan operasi dan tugasan penting bagi mempertahankan kedaulatan serta kepentingan maritim negara.
Perubahan landskap geopolitik, kekangan peruntukan kewangan dan cabaran dalam sektor industri turut menjadi faktor penjajaran semula Pelan Transformasi TLDM 15-to-5 ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, penjajaran ini dilaksanakan sebagai inisiatif penyelesaian isu perolehan seperti disasarkan sehingga tahun 2050 dan pihak TLDM telah menyusun semula perolehan 31 buah platform berdasarkan keutamaan bermula dari Rancangan Malaysia Kedua Belas sehingga Rancangan Malaysia Kelima Belas iaitu sehingga tahun 2040.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Adly bin Zahari
Penjajaran pelan ini juga mengambil kira keperluan operasi, peningkatan keupayaan, penjimatan pengurusan armada supaya armada yang lebih efektif dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, melalui peruntukan kewangan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan juga yang Kedua Belas, TLDM berjaya memperoleh empat buah kapal LMS batch yang pertama, tiga buah helikopter operasi maritim dan 19 buah bot fast interceptor craft (FIC) yang mana 10 buah FIC telah diserahkan kepada TLDM dan beroperasi manakala baki sebanyak sembilan buah FIC lagi dijangka diterima pada tahun hadapan iaitu 2025. Selain itu, di bawah pelan ini juga TLDM telah memperoleh sebanyak 18 buah unmanned aerial system (UAS) atau drone yang dioperasikan oleh Skuadron 601 di Kota Kinabalu.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga belas pula, usaha memperkasakan Armada TLDM ini diteruskan dengan termeterainya perjanjian perolehan bagi tiga buah kapal LMS batch yang kedua dengan negara Turkiye ini dan TLDM telah merancang perolehan dua buah kapal MRSS, tiga buah kapal LMS batch yang ketiga dan empat buah helikopter anti kapal selam dan enam buah unmanned aerial vehicle (UAV).
Untuk makluman semua dan Tan Sri Yang di-Pertua, proses perolehan bagi aset- aset baharu ini dijangka berlangsung sehingga tahun 2030 dan kesemua perolehan aset TLDM ini dianggarkan berjumlah antara RM10 hingga RM11 bilion, bergantung kepada keadaan ekonomi semasa kerajaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang ketiga adalah tentang penyelenggaraan kapal iaitu refit yang tidak dilaksanakan mengikut jadual. Yang Berhormat Kota Melaka, Pendang dan juga Tanah Merah telah membangkitkan isu yang berkaitan dengan refit. Sebagai langkah penambahbaikan pihak TLDM telah mewujudkan terms of reference (TOR) melibatkan tatacara dan kuasa melaksanakan pengurusan senggaraan berjadual seperti refit kapal TLDM telah dibangunkan agar proses penganugerahan bagi program refit lebih cepat dan berkesan serta garis panduan pelaksanaan refit lebih jelas bagi memastikan potensi kelewatan projek dapat kita atasi.
Dalam masa yang sama pihak TLDM juga telah mewujudkan project management review bagi kontrak refit sejak tahun 2022 melalui kaedah mesyuarat. Ini membolehkan pemantauan projek refit serta kawalan dilaksanakan secara berkala dan sistematik.
Menjawab pertanyaan Yang Berhormat Arau mengenai tempoh hayat kapal.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Adly bin Zahari
Secara umumnya tempoh hayat sesebuah kapal adalah di antara 24 hingga 30 tahun, tertakluk kepada jenis skuadron kapal. Manakala tempoh hayat bagi kapal selam adalah selama 35 tahun.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, Timbalan Menteri minta laluan.
Tuan Adly bin Zahari
Nanti saya selesaikan sedikit lagi. Tentang isu yang terakhir ya? Iaitu tentang banyak dibangkitkan Yang Berhormat Pendang, Tasek Gelugor, Machang,
Tuan Adly bin Zahari
Tanah Merah, Batu Pahat, terkait dengan stok alat ganti dan saya fikir ini antara yang utama juga. Saya mohon sedikit masa lagi Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa minit lagi, Menteri?
Tuan Adly bin Zahari
Isu yang terakhir, tiga minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga minit, okey saya bagi empat minit.
Tuan Adly bin Zahari
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Alhamdulillah. Tahu mintak empat dapat lima.
[Ketawa] Sebagai makluman, alat ganti bernilai RM384.49 juta yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah stok pegangan di Depot Bekalan Armada Barat iaitu sebanyak RM381.69 juta dan Depot Bekalan Armada Timur sebanyak RM2.8 juta yang merupakan stok aktif untuk kegunaan Armada TLDM.
Stok alat ganti ini bukanlah untuk kegunaan kapal LCS seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Tanah Merah. Ini dua perkara yang berbeza kerana LCS tidak meletakkan stok alat ganti selagi ianya tidak disiapkan sepenuhnya. Statistik telah menunjukkan bahawa stok pegangan alat ganti ini telah berkurangan kepada RM203.9 juta pada 30 Jun 2024 ini.
Ini bermakna bukan semua alat ganti ini tidak boleh digunakan kerana pengeluaran alat ganti daripada inventori pegangan semasa masih berlaku bagi memenuhi keperluan kapal-kapal TLDM. Namun pegangan stok bernilai RM203.9 juta ini meliputi tiga kategori yang telah kita gariskan iaitu stok aktif, stok tidak aktif dan juga stok tidak bergerak.
Beberapa faktor yang menjadi punca alat ganti ini tidak digunakan adalah yang pertama antaranya ialah pemindahan Pangkalan TLDM dari Woodlands, Singapura ke Pangkalan TLDM Lumut pada tahun 1984 yang tidak sistematik berikutan ketiadaan sistem pangkalan data secara berkomputer. Sepertimana yang kita tahu bahawa pengauditan ini dilakukan dengan rekod pengeluaran terakhir di antara tahun 1969 hingga tahun 2021.
Kedua ialah sejak pemindahan berkenaan tiada aktiviti semak dan pengambilan stok dilaksanakan secara menyeluruh disebabkan ketiadaan sistem pangkalan data inventori yang sistematik pada awal perpindahan di Pangkalan TLDM Lumut iaitu pada tahun 1984. Kalau kita lihat perolehan kapal baharu TLDM pada awal tahun 80-an juga menetapkan dasar bagi perolehan alat ganti pangkalan sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun dan pembelian alat ganti dibuat secara minimum order quantity yang mengakibatkan berlakunya stok berlebihan.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi menangani perkara ini Kementerian Pertahanan telah melaksanakan tindakan penambahbaikan seperti berikut, melaksanakan konsep just in time, just in case dalam perancangan perolehan alat ganti. Melaksanakan kategori alat ganti berdasarkan kepada keperluan pembaikan berjadual. Mengemas kini senarai peralatan dan sistem senggaraan kapal berdasarkan penerimaan peralatan induk dan sub peralatan dan perolehan baharu dan penggantian alatan di atas kapal dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pemodenan Peralatan TLDM dan Lembaga Keupayaan TLDM yang dipengerusikan oleh Panglima Tentera Laut.
Verifikasi stok secara menyeluruh dilaksanakan untuk mengklasifikasikan dan menurunkan kategori stok aktif kepada stok tidak aktif, stok tidak bergerak, serta
Tuan Adly bin Zahari
melaksanakan tindakan pelupusan melalui kaedah-kaedah pelupusan yang diluluskan oleh kerajaan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Adly bin Zahari
Boleh saya benarkan?
Tuan Yang di-Pertua
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Adly bin Zahari
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya hendak tanya Timbalan Menteri. Benda ini telah berulang banyak kali. Kita semua tahu dalam Dewan inilah.
Nampaknya tidak ada remedy, dengan izin, yang mujarab untuk kita mengekang benda ini daripada berlaku saban tahun. Maknanya apa? Maknanya, macam HRD Corp. punya kes, apabila teruk dilondehkan dalam Dewan ini, baru SPRM hendak siasat.
Jadi, isu LCS dan perolehan-perolehan di TLDM ini, apakah kementerian, Pejabat Menteri bercadang untuk hantar SPRM siasat ke akar umbi, lubang cacing, pelaku-pelaku yang bersubahat mengkhianati pertahanan negara ini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri. Jawab dan terus landing.
Tuan Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Machang di atas persoalan yang dikemukakan. Sepertimana yang kita tahu bahawa kita di Kementerian Pertahanan dalam setiap isu yang berlaku kepada Kementerian Pertahanan itu dan bila audit ini dilakukan, kita boleh melihat bahawa kesan daripada kelewatan itu adalah keusangan kepada peralatan-peralatan kita.
Akan tetapi, kita di peringkat Kementerian Pertahanan, sepertimana yang dilakukan audit pada tahun 2019, penemuan-penemuan daripada audit itu, kita mengambil tindakan.
Termasuk kalau kita lihat apa yang saya sebutkan tadi, bukan sahaja pelaksanaan itu atau progress kepada projek-projek itu dibentangkan kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang telah kita bentuk itu, tetapi saya fikir PAC boleh memainkan juga peranan sebagai semak dan imbang.
Oleh sebab itu, kalau kita lihat dalam projek LCS ini, ada empat kali penemuan antara Kementerian Pertahanan semenjak tahun lalu sehingga awal bulan lepas. Kita boleh melihat bahawa semak dan imbang ini sebenarnya pun boleh memastikan bahawa projek-projek yang sedang dilaksanakan dan isu-isu yang berbangkit, sama ada yang melibatkan kewangan, sama ada yang melibatkan teknikal, sama ada yang melibatkan OEM itu boleh kita selesaikan dari semasa ke semasa. Itu untuk makluman Machang.
Tan Sri Yang di-Pertua, nak landing dah ini. Sebelum mengakhiri penggulungan ini, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan.
Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada pasukan Ketua Audit Negara yang sentiasa prihatin dan telah memberikan teguran serta cadangan yang membina bagi menambah baik tadbir urus dan pelaksanaan operasi Kementerian Pertahanan, khususnya
Tuan Adly bin Zahari
pihak TLDM. Semoga segala usaha dan ikhtiar ini berupaya memastikan kedaulatan dan keamanan tanah air tercinta ini kekal terpelihara.
Saya fikir, Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan kepada laporan audit ini, kita juga― bukan sahaja saya, tetapi saya fikir Dewan ini juga harus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kita kepada pihak TLDM kerana telah berjaya melaksanakan operasi secara high tempo dengan aset-aset yang sedia ada. Seterusnya, terima kasih juga kepada setiap warga kementerian dan ATM yang sentiasa komited dan kekal memberikan fokus demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tercinta.
Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih, Menteri. Sekarang saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Silakan, 10 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Sepuluh minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Banyak-banyak ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada 14 orang Ahli Yang Berhormat iaitu YB Pasir Mas, YB Kubang Kerian, YB Kluang, YB Bagan Serai, YB Puchong, YB Petaling Jaya, YB Jerlun, YB Kuala Terengganu, YB Kepong, YB Selayang, YB Padang Rengas.
YB Shah Alam, YB Tampin dan juga YB Bangi yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan LKAN Bilangan 2 2024 dan menyentuh dua isu yang berkaitan dengan agensi Jabatan Perdana Menteri di bawah tanggungjawab saya, Yang di-Pertua, iaitu tentang, pertama, Majlis Profesor Negara (MPN) di bawah pentadbiran am JPM dan keduanya, Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan
(JWP).
Saya berhasrat untuk menjawab pertanyaan yang menyentuh isu MPN terlebih dahulu, diikuti pertanyaan ke atas projek ROL dan seterusnya saya akan memberi maklum balas kepada kedua-dua isu secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, YB Pasir Mas, YB Kubang Kerian, YB Kluang, YB Bagan Serai, YB Puchong, YB Petaling Jaya dan juga YB Jerlun telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan MPN ini. Saya senaraikan lebih kurang ada tujuh isu yang dibangkitkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 1 April 2010, MPN telah pun dilancarkan sebagai program khas di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan tujuan asal penubuhannya adalah untuk memberi input dan kepakaran akademik dalam pelbagai bidang bagi pembangunan dan kemajuan masyarakat serta negara.
MPN kemudiannya telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] pada 16 Disember 2014 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (CLBG) dan diletakkan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri pada mulai 21 Mac 2014. Dalam
Dr. Zaliha binti Mustafa
masa yang sama, status sebagai CLBG mensyaratkan pelaporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) juga.
Peralihan daripada KPT ke JPM dibuat supaya fungsi utama MPN tidak dianggap hanya dalam bidang pendidikan tetapi sebagai penasihat dalam pelbagai bidang. Tugas utama MPN pula adalah untuk, pertamanya, menggembleng kepakaran akademik dan profesionalisme untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat, membantu dan menyelaraskan pembangunan penyelidikan strategik negara, memberi khidmat nasihat dalam penggubalan dasar negara, memimpin advokasi sosial dan kelimanya, menerajui kegiatan keilmuan serantau.
Untuk makluman YB Jerlun, sehingga kini, MPN disertai oleh kumpulan profesor dan profesor madya daripada universiti awam dan universiti swasta negara. Setakat 31 Januari 2024, jumlah keseluruhan ahli MPN adalah seramai 8,582 yang terdiri daripada 3,088 orang profesor dan 5,494 profesor madya.
Menyentuh isu sama ada MPN akan dibubarkan, adalah dijelaskan pada 24 Mei 2018, kerajaan telah membuat keputusan untuk membubarkan MPN berkuat kuasa serta- merta. Walau bagaimanapun, proses pembubaran MPN tidak dapat dilaksanakan mengikut status MPN sebagai syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) tidak membenarkan MPN dibubarkan oleh pihak lain kecuali atas kehendak ahli penganjurnya.
Justeru itu, keputusan pembubaran tersebut telah dipinda kepada dikeluarkan daripada JPM dan MPN bebas untuk meneruskan perjalanan sebagai sebuah badan bebas yang tidak lagi bernaung di bawah JPM. Isu ini dibangkitkan oleh YB Pasir Mas.
Walau bagaimanapun, pada 25 Oktober 2021, kerajaan telah bersetuju untuk memberi pengiktirafan semula (reinstatement) sebagai badan yang mewakili para profesor yang bernaung di bawah JPM dan MPN juga telah diberi peruntukan berjumlah RM3.38 juta bagi tahun 2022.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sekejap. Saya hendak rujuk kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Profesor dan Profesor Madya yang saya bangkitkan itu. Saya difahamkan Profesor, Profesor Madya yang menganggotai MPN ini dia kena bayar yuran. Profesor kena RM200, Profesor Madya RM100. Mereka ini apabila membuat kajian di lapangan dalam bentuk geran kerajaan yang disalurkan melalui MPN, tidak dibayar kepada mereka.
Jadi, saya ingin persoalkan, adakah geran itu disalurkan kepada satu bentuk yang lain ataupun kepada mana-mana pensyarah yang membuat kajian di lapangan? Sekian.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang Berhormat. Boleh saya jawab kemudian, Yang Berhormat, yang itu? Ya, terima kasih.
Saya teruskan dahulu. JPM telah mengambil perhatian serius selepas LKAN ini dibentangkan pada 4 Julai 2024. Kajian sedang dilaksanakan bagi menilai dan mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dengan mengambil kira matlamat penubuhannya. Tertakluk kepada keputusan kajian yang dibuat, syor LKAN supaya Artikel Pertubuhan MPN perlu dipinda dan wakil kerajaan dilantik sebagai ahli dalam lembaga
Dr. Zaliha binti Mustafa
pemegang amanah (LPA) bagi memantau operasi dan kewangannya secara terus boleh dipertimbangkan.
Menjawab YB Jerlun dan YB Bagan Serai. Merujuk kepada Artikel Pertubuhan MPN, Fasal 10.4, mesyuarat LPA MPN boleh dilakukan bilamana dirasakan perlu, sekurang- kurangnya setahun sekali. Mulai April 2024, menerusi Mesyuarat LPA Bilangan 1 2024, ahli LPA telah memutuskan agar mesyuarat diadakan empat kali setahun bagi memperkemaskan isu pengoperasian dan tatakelolanya.
Bermula tahun 2024, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak akan membuat keputusan sendiri, sebaliknya secara konsesi dengan ahli LPA lain sama ada secara perbincangan mahupun resolusi edaran.
Sejak MPN dikeluarkan daripada kerajaan pada tahun 2018 hingga 2021, MPN bergerak sebagai sebuah NGO dengan dana operasi sendiri dan tidak mempunyai kemampuan untuk mewujudkan unit audit dalam.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Walau bagaimanapun, setelah MPN diiktiraf semula oleh kerajaan pada tahun 2022, MPN mulai menstruktur semula Bahagian Kewangan dengan menubuhkan Jawatankuasa Audit MPN melalui Mesyuarat LPA Bilangan 2/2023 yang telah diadakan pada 1 September 2023. Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai.
MPN tidak pernah membayar gaji, emolumen atau elaun kepada Ahli MPN sama ada Profesor ataupun Profesor Madya tetapi pembiayaan program yang melibatkan kepakaran mereka kepada program yang dilaksanakan oleh MPN seperti bengkel, perbincangan meja bulat, minda profesor dan lain-lain program pemikir. Pembayaran emolumen berjumlah RM1.08 juta pada 2022 dan RM1.84 juta pada 2023 dibayar kepada sekretariat dan pengurusan MPN sahaja. Ini juga telah disentuh oleh YB Jerlun.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan sebab masa terlalu pendek. Untuk Projek RoL sebenarnya saya- boleh dapatkan lebih sikit?
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan dulu.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Teruskan dulu, baik. Tuan Yang di-Pertua, YB Kuala Terengganu, YB Kepong, Selayang, YB Puchong, YB Padang Rengas, YB Shah Alam, YB Tampin dan juga YB Bangi telah membangkitkan isu-isu berkaitan Projek RoL dan ada 19 isu yang telah dibangkitkan. Jadi, saya tak rasa dua minit boleh menjawab semua, Yang di- Pertua. Saya jawab sedikit dahulu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek RoL ini sebenarnya salah satu entry point project (EPP) di bawah National Key Economic Areas (NKEA), Greater KL/KV dan telah dilancarkan pada Julai 2011. Pelaksanaannya diluluskan melalui Memorandum bersama daripada Perdana Menteri dan juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, No.M522/2011 pada 6 Julai 2011 serta dilanjutkan hingga tahun 2024 melalui Memorandum Jemaah Menteri pada 6 Disember 2019.
Jabatan Wilayah Persekutuan bertanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan keseluruhan pembangunan Projek RoL ini, manakala agensi pelaksana terdiri daripada enam kementerian iaitu:
Dr. Zaliha binti Mustafa
(i) Jabatan Perdana Menteri;
(ii) PETRA;
(iii) NRESS;
(iv) Kementerian Kewangan;
(v) Kementerian Ekonomi; dan
(vi) KPKT.
Ada 27 agensi pelaksanaan antaranya adalah:
(vii) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS);
(viii) Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP); dan
(ix) Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Tiga pihak berkuasa tempatan ialah:
(x) DBKL;
(xi) Majlis Perbandaran Ampang Jaya; dan
(xii) Majlis Perbandaran Selayang.
JWP juga menjalankan kerjasama bersama Kerajaan Selangor untuk memastikan pelaksanaan RoL ini tercapai. Projek RoL atau Greater KL/KV ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu:
(xiii) tentang pembersihan sungai;
(xiv) pengindahan sungai; dan
(xv) pembangunan tanah.
Kos keseluruhan RoL ialah RM4.36 bilion, di mana RM3.3 bilion diperuntukkan untuk komponen pembersihan, manakala RM1.06 bilion pula untuk komponen pengindahan sungai.
Keseluruhan Projek RoL ini telah pun dirancang, ada 160 projek semuanya. Di mana 139 adalah di bawah komponen pembersihan, 13 projek di bawah komponen pengindahan dan 8 projek di bawah kontrak pengurusan. Sehingga 30 Jun 2024, yang ini penting ya. Status pelaksanaan adalah seperti berikut;
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, perlu berapa minit lagi?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kalau ikutkan, 10 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan lagu tu.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tapi tak apa, saya boleh baca yang penting dulu, kemudian saya buat...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya beri lima minit lagi. Sementara itu, saya minta technician pastikan MP-MP dalam gelap ini, bahaya ini.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tan Sri, dia seolah-olah nak suruh kita tidur ni, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Itulah. Saya minta technical people, tolong rectify-kan problem ini secepat mungkin. Silakan Menteri, saya bagi lima minit lagi.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Tan Sri Speaker, boleh tanya?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya terpaksa habiskan dulu, minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi Menteri jawab dulu.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya jawab dulu. Baik. Jadi, projek yang- status pelaksanaannya. 130 projek telah pun disiapkan iaitu 81 peratus sebenarnya telah disiapkan, enam projek masih dalam pelaksanaan, tiga projek telah pun ditamatkan kontrak dan akan di tender semula, tujuh projek lagi dalam pra pelaksanaan dan enam projek lagi telah pun dibatalkan.
Jadi, komponen pembersihan sungai ini sebenarnya melibatkan lapan batang sungai di sepanjang 110 kilometer lembangan sungai dalam Kuala Lumpur dan Selangor dan skop yang terlibat di bawah komponen ini antaranya merangkumi kerja-kerja pembinaan loji rawatan kumbahan, pembinaan rangkaian paip pembetungan dan penyambungan paip pembetungan dari premis persendirian ke paip pembetungan awam.
Komponen pengindahan sungai melibatkan kerja pengindahan di sepanjang 10.7 kilometer koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak. Skop kerja di bawah komponen ini antaranya adalah pengindahan di sepanjang sungai di dalam bandar raya, membangunkan fasiliti laluan pejalan kaki dan basikal, menyediakan kemudahan awam dan reruang awam untuk rekreasi dan sebagainya. Ini baru nak jawab soalan.
Reka bentuk untuk tiga pakej iaitu Pakej RoL 1E, 1F dan 1G telah disediakan oleh perunding untuk penyediaan dokumen tender. Ketiga-tiga pakej ini pada asalnya telah dikeluarkan dari Projek RoL melalui keputusan kerajaan pada Jun 2015. Walau bagaimanapun, keputusan kerajaan pada September 2023 telah mengarahkan agar tiga Projek RoL ini dilaksanakan semula dan ini telah disentuh oleh YB Kepong.
Jadi, bagi pakej RoL Taman Tasik Titiwangsa, reka bentuk juga telah disediakan oleh perunding projek. Walau bagaimanapun, reka bentuk tersebut tidak digunakan susulan keputusan kerajaan pada ketika itu dan pada masa ini hanya 50 sahaja loji yang telah di rasionalisasi, manakala baki loji selebihnya akan dirasionalisasi selepas tiga projek loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan yang masih dalam pembinaan disiapkan. Jadi, untuk makluman YB Kepong sekali lagi dan YB Puchong, loji-loji yang sedia ada masih lagi berfungsi untuk merawat air kumbahan. Okey, banyak lagi ini, Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Masih lagi dua minit dua puluh tiga...
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya rasa...
Tuan Yang di-Pertua
Pilihlah yang mana elok.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, saya rasa yang pentingnya- sebenarnya sebab 19 isu, saya boleh jawab secara bertulis, Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Dengan itu, saya rasa saya bacakan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Tan Sri Yang di-Pertua, saya cuma ada satu soalan.
Satu soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri yang mana? Siapa?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya nak minta Menteri, mengapa tidak buat laporan polis atau laporan SPRM tentang projek River Of Life ini? Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih. Jadi, itu yang saya nak sebut Yang di-Pertua, sebagai penutup. Sekiranya ada isu yang masih belum saya jawab, insya-Allah saya akan jawab secara bertulis. Jadi, yang pertama mengenai RoL. Suka diingatkan kembali bahawa RoL ini merupakan projek pemuliharaan sungai di dalam kawasan bandar yang paling kompleks dan kosnya yang tertinggi pernah dilaksanakan di Malaysia iaitu RM4.363 bilion.
Walaupun status projek belum mencapai 100 peratus dan status kini telah saya sebut tadi 81 peratus. Namun, Sungai Klang dan Sungai Gombak telah berjaya mencapai status sebagai ikon waterfront yang dinamik dan berdaya huni dengan nilai ekonomi yang tinggi sebagaimana yang diidamkan ketika projek ini diilhamkan dahulu. Perkara ini boleh dilihat melalui pelbagai pengiktirafan yang diterima, yang telah saya- yang insya-Allah saya akan jawab secara bertulis ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Pengiktirafan itu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ini penting juga. Ini soalan saya dan juga Tampin iaitu adakah projek River Of Life ini akan diteruskan buat masa ini ataupun kita akan berhenti atau macam mana? Itu status kita nak tahu.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya nak jawab itu dalam penutup saya ini, insya-Allah. Untuk makluman Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat, penilaian semula nilai tanah yang telah dilaksanakan pada 3 April 2023 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan mendapati bahawa nilaian kegunaan tertinggi dan terbaik tanah-tanah RoL adalah sebanyak RM11.4 bilion berbanding nilaian pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM6.1 bilion.
Ini menunjukkan telah berlaku peningkatan sebanyak RM5.3 bilion atau 87 peratus kenaikan bagi keseluruhan tanah RoL. Jadi, hasil kajian oleh CH William, Talha & Wong pada 2015 merupakan rujukan dan asas kepada pelan pembangunan RoL yang mana perbincangan yang bersama semua agensi kementerian atau jabatan pemilik (KJP) yang terlibat akan diadakan selepas projek siap sepenuhnya untuk penetapan hala tuju baharu, Yang Berhormat Bangi.
Hala tuju baharu komponen pembangunan tanah, ingin ditegaskan bahawa sebarang keputusan muktamad berkaitan pembangunan lot-lot tanah adalah di bawah bidang kuasa pegawai-pegawai KJP, pemilik tanah dan tertakluk juga kepada kemampuan kewangan dan dasar semasa kerajaan.
Jadi sebagai pengakhirnya, saya nak sebut di sini, bagi menjayakan pemuliharaan sungai secara tuntas ini, komitmen whole of nation ini penting, sangat diperlukan dan komitmen juga diperlukan, bukan sahaja oleh kerajaan, malah juga oleh warga kota, kontraktor, NGO, pihak swasta dan juga orang ramai demi merealisasikan hasrat untuk meningkatkan kualiti air sungai di Kuala Lumpur ini.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, kerjasama dan tindakan proaktif orang awam dalam menjaga kebersihan sungai perlu dititikberatkan demi kelestarian alam.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
YB Menteri. YB Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, saya sedar. Akhirnya saya sedar, terdapat...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Last, last.
Dr. Zaliha binti Mustafa
...kelemahan tatakelola dan juga tadbir urus dalam isu MPN dan juga isu ROI ini yang menyumbang kepada penemuan-penemuan audit yang telah diangkat. Jadi, saya turut dimaklumkan penemuan LKAN ke atas MPN contohnya, sudah pun mendapat perhatian yang khusus daripada agensi penguat kuasa yang berkaitan dan saya juga percaya Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional iaitu JKKTN yang telah ditubuhkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
YB Menteri, last, last.
Dr. Zaliha binti Mustafa
...pada tahun lalu juga memainkan peranan dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya sudahi dengan ucapan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Penggulungan terakhir, saya jemput Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi). 15 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bagi pihak kerajaan dan Jabatan Audit Negara, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini atas usul Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 iaitu Yang Berhormat Kota Melaka, Kluang, Kuala Krai, Pasir Mas, Rasah, Batang Lupar, Lubok Antu dan Raub.
Saya telah mendengar pandangan dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Terdapat beberapa soalan-soalan utama yang ditimbulkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang akan saya jawab mengikut isu. Satu di antaranya adalah Timbalan Speaker dan Ahli Parlimen telah membangkitkan mengenai kuasa dan jurisdiksi Ketua Audit Negara di mana dikatakan jika ada perkara-perkara dari pengetahuan dalam penyiasatan, Ketua Audit Negara patut mengambil tindakan melaporkan kepada pihak polis supaya tindakan diambil, supaya evidence tidak hilang.
Tetapi, saya difahamkan bahawa tangan Ketua Audit Negara terikat pasal mengikut Akta Audit, Audit Act 1957 dengan izin, section 9 (4) yang kata, “If at anytime it appears to the Auditor General that any serious irregularities have occurred in the accounting or custody the public moneys or public stores under his audit, he shall immediately bring the method to the notice of the Secretary General to the Treasury”.
Bermakna, as they’re all government servant, dia patut ke her superior untuk tindakan selanjutnya. Bukan dia tidak mahu buat. Dari penyiasatan saya, if Auditor General melaporkan pihak-pihak ini dengan serta-merta kepada pihak polis, for the next few years, she will be in the police station, nothing else will done. There will be report, our report and then there will be investigation, dengan izin.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya mulakan dengan Yang Berhormat Kota Melaka yang bertanya apa tindakan yang telah diambil terhadap pegawai-pegawai yang menyebabkan kecuaian berlaku. Apakah tindakan tatatertib yang telah diambil dan statistik pegawai yang telah diambil tindakan.
Jawapannya, berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Awam, setakat 4 Jun 2024 status tindakan susulan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015 hingga 2022, seramai 311 penjawat awam telah dikenakan hukuman tatatertib di mana pecahannya adalah seperti berikut:
| JENIS HUKUMAN | JUMLAH (ORANG) | |||
|---|---|---|---|---|
| Amaran | 183 | |||
| Denda | 12 | |||
| Tangguh Kenaikan Gaji | 37 | |||
| Turun Gaji | 10 | |||
| Turun Pangkat | 1 | |||
| Denda dan Amaran | 9 | |||
| Denda dan Surcaj | 2 | |||
| Surcaj dan Amaran | 9 | |||
| Tangguh Pergerakan Gaji dan Amaran | 3 | |||
| Turun Gaji dan Amaran | 7 | |||
| Turun Gaji dan Denda | 1 | |||
| Turun Pangkat dan Amaran | 1 | |||
| Buang Kerja | 3 | |||
| Surcaj | 31 | Dijatuhkan Hukuman oleh Mahkamah SPRM | 2 |
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri. Saya...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Untuk makluman.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya juga ada membahaskan.
Nak minta peluang untuk saya...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tidak berbahas langsung kah Jelutong?
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada. Berkenaan dengan CEO Shahul.
[Dewan ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan dengan CEO Shahul. Saya telah bangkitkan juga, kenapa tindakan tidak diambil, dalam perbahasan saya kelmarin. Saya telah menyatakan bahawa sepatutnya Shahul Dawood ini yang merupakan CEO yang begitu berkuasa. Tadi saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri beri penjelasan, kakitangan kerajaan yang dipecat jawatan, yang diambil tindakan, yang digantung kerja. Apakah CEO ini kebal tindakan? Is he immuned from action being taken? Itu soalan saya. CEO ini dilantik ketika pemerintahan Pagoh. Saya lihat kelmarin, saya telah beritahu penjelasan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Jelutong. Jelutong jangan berucap lagi. Dah point taken.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, jadi soalan...
Tuan Yang di-Pertua
I think, proceed lah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan ya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...dan saya juga telah cabar bahawa sepatutnya Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tapah membuat laporan kepada SPRM.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya, yang terus kepada soalan adalah kenapa tidak ada sebarang tindakan? Kenapa tidak ada kerajaan berani mengambil tindakan terhadap Shahul ini?
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Suspend him immediately.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, sebenarnya Ketua Audit Negara telah pun memberitahu ada beberapa perkara yang baharu perlu diambil tindakan.
Ada asas dia kata dan ini sebenarnya sekarang mengalih ke Menteri berkenaan supaya tindakan susulan diambil. Saya do the round-up, saya tak boleh menyentuh mengenai perkara sedemikian. Tapi, saya setujulah bahawa mungkin Tapah dan Pendang boleh mengambil tindakan susulan dalam hal ini.
Saya merujuk kepada perkara Kota Melaka, Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur surcaj adalah satu kaedah bagi kerajaan mengutip balik segala kehilangan atau kerugian di pihak kerajaan yang telah dilakukan oleh pegawai atas sebab- sebab berikut:
(i) gagal memungut wang yang mesti dibayar;
(ii) pembayaran wang yang tidak sepatutnya;
(iii) kehilangan, kekurangan dan kerosakan harta kerajaan;
(iv) kegagalan, penyelenggaraan, menyimpan rekod dengan sempurna; dan
(v) gagal, melewatkan pembayaran (delay) pembayaran yang sepatutnya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Selain itu, sembilan kes pula berada dalam prosiding tatatertib, manakala sebanyak 64 kes telah disiasat oleh SPRM dan sebanyak 24 kes disiasat oleh Polis Diraja Malaysia.
Yang Berhormat Kluang bertanya sama ada SPRM akan membuat siasatan terhadap Majlis Profesor Negara (MPN) berdasarkan isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menerima maklumat terhadap Majlis Profesor Negara pada 5 Julai 2024. Pada masa ini, SPRM sedang dalam membuat pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen dan mengenal pasti saksi-saksi yang terlibat untuk dipanggil dan dirakam keterangan.
Majlis Profesor Negara telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat pada 2016— pada 16 Disember 2014 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan. Pada awalnya, Majlis Profesor Negara ditubuhkan pada 3 Februari 2010 sebagai sebuah organisasi yang diluluskan oleh kerajaan untuk menggerakkan kepakaran tenaga akademik bagi membantu usaha kerajaan membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat dan sebagainya. Bagaimanapun, pada 23 Mei 2018, Majlis Profesor Negara telah diarahkan oleh kerajaan untuk dibubarkan. Namun, terus beroperasi secara bersendirian dan pembiayaan sendiri.
Kos pengoperasian dua buah syarikat persendirian di mana dua Ahli Pengarah Majlis Profesor Negara merupakan pemilik saham bagi syarikat-syarikat berkenaan dan tidak mengisytiharkan kepentingan mereka ini berjumlah RM373,516 yang dibiayai oleh dana Majlis Profesor Negara telah mewujudkan konflik kepentingan.
Nombor dua, pembayaran elaun tetap pengerusi dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000 dibuat tanpa kelulusan Menteri yang dipertanggungjawabkan. Pembayaran melibatkan honorarium Felo Penyelidik berjumlah RM399,000. Ini adalah untuk pemasangan lif dan pengubahsuaian pejabat; RM82,500, penyelarasan gaji pengurus tertinggi, RM62,500 serta pembayaran elaun tetap presiden dan ketua eksekutif, RM66,000 yang dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pengurusan geran tidak cekap melibatkan pengiktirafan geran tertunda sebagai hasil berjumlah RM2.43 juta tanpa dokumen sokongan. RM92 juta dibelanjakan tidak mengikut tujuan geran diluluskan serta RM475,000 peruntukan tidak digunakan. Pembayaran kad kredit korporat berjumlah RM98,076 dan wang pendahuluan berjumlah RM20,000 juga dibuat tanpa dokumen sokongan. Penetapan kadar kenaikan gaji tahunan pengurusan tertinggi sebanyak 10 percent tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan jadual penyelarasan gaji tahunan 2022 serta 2023 hanya diluluskan oleh Presiden dan diperakui pengerusi MPN.
Sejumlah RM62,500 telah dibayar bagi tempoh April 2022 hingga Januari 2024 tanpa kelulusan Lembaga Profesor kepada Presiden dan Ketua Pengarah Operasi masing-masing, berjumlah RM46,000 dan RM16,500.
Pasir Mas bertanya, apakah terdapat lagi syarikat atau agensi berkaitan kerajaan yang tidak diaudit dalam tempoh yang lama dan Yang Berhormat Rasah bertanya mengapa Jabatan Audit Negara tidak mengaudit semula semua kementerian? Berdasarkan Perintah Audit 2022, sebanyak 925 syarikat telah diwartakan, yang tertakluk kepada pengauditan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ketua Audit Negara. Bilangan syarikat yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara sehingga kini ialah sebanyak 449 syarikat.
Sehubungan itu, sebanyak 476 syarikat belum diaudit. Tertakluk kepada kelulusan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024 di Dewan Negara dan penguatkuasaannya kelak, Jabatan Audit Negara akan mengaudit secara menyeluruh. Semua syarikat yang diwartakan mulai tahun 2025 melalui mekanisme self-assessment audit baharu yang akan diperkenalkan. Pengauditan yang dilaksanakan mengambil kira pelbagai faktor utama seperti kepentingan awam, risiko pengurusan, materiality kewangan dan impak sosial.
Yang Berhormat Rasah mohon Jabatan Audit Negara menggunakan pindaan Akta Audit yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, seksyen 9A yang baru yang memberikan kuasa kepada Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit susulan terhadap perkara yang telah dibangkitkan dan juga syor audit supaya perkara yang sama tidak berulang demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Rasah ada tak? Ada. Kamu ada nampak tak?
[Disampuk]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sentiasa ada.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Semua isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akan disusul oleh Jabatan Audit Negara sehingga selesai melalui papan pemuka Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard) dan boleh dilayari serta dipantau oleh pihak awam.
Yang Berhormat Batang Lupar dan Yang Berhormat Lubok Antu bertanya apakah kaedah pemilihan sampel yang digunakan oleh pengauditan pengurusan perkhidmatan kebombaan dan mencadangkan pemilihan sampel audit dibuat dengan lebih realistik, mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh penduduk kawasan luar bandar. Tiga negeri wilayah telah dipilih untuk pengauditan pada kali ini iaitu Johor, Selangor dan Putrajaya.
Pemilihan ini berdasarkan kriteria jumlah panggilan kecemasan, peratus masa respons dan bilangan premis yang perlu diberi pengakuan bomba.
Yang Berhormat, akhir sekali, Yang Berhormat Raub mencadangkan pelepasan skop kajian di Raub bagi projek reserve tank dan bank bahawa LKAN bagi tekanan air tidak komprehensif dan holistik dan tidak menggambarkan kesusahan rakyat di Raub. Pemilihan lima negeri sampel audit Kedah, Perlis, Selangor, Sabah dan Kelantan adalah berdasarkan impak sosial, risiko dan materiality iaitu faktor kadar air tidak berhasil (non-revenue water), jumlah akaun pengguna air terawat dan penggunaan sumber air alternatif.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya dah habis. Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen...
[Disampuk]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Menteri. Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang berbahas. Yang saya tidak jawab, tidak perlu dijawab kerana tidak dibangkit. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tadi tentang soalan. Semalam saya ada tanya tentang kes yang melibatkan anak menantu Pagoh, di mana adakah...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak habis-habis ulang benda yang sama.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab anak menantu Pagoh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kami nak tahu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebenarnya SPRM nak dakwa dia di mahkamah tetapi dia melarikan diri ke luar negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tindakan mahkamah tidak dapat dilaksanakan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ini soalan penting.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Adakah Ketua Audit Negara bersedia untuk menyiasat syarikat-syarikat yang terlibat? Sebab dia telah menggunakan wang awam dalam kes tersebut. Sebab kita tak boleh tunggu dia. Kalau dia tak mahu balik? Sebab dia tahu dia salah. Dia takut sebab dia salah. Sebab itu dia melarikan ke luar negara.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Menteri jawab, lepas itu landing terus. Saya tak bagi extra overtime dah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Landing. Landing habis.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Speaker...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tolong wakilkan saya. Saya ingat semalam Yang Berhormat...
[Disampuk]
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
36(6) Speaker.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya dah dengar Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Kota Melaka sebut tadi anak menantu Pagoh jahat.
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Belum dibukti di mahkamah lagi, dia dah kata jahat dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia dah larikan diri.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tak. Tadi dia sebut jahat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu bukti jahat lah. Dia larikan diri.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Dia sebut jahat.
Tuan Yang di-Pertua
Tengok. Tengok. Tengok.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Jadi, saya minta...
[Disampuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia jahat. Dia larikan diri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Sat lah Jelutong. Makan nasi sekejap lagi. Sat lagi kita makan sekali.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pepatah ialah...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Kota Melaka kena tarik balik Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Dia kata jahat tadi. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
“Berani kerana benar”.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
“Takut kerana salah”.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya kata begitu. Saya kata...
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
“Takut kerana salah”.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka. Kota Melaka ada keluarkan perkataan jahat tak tadi? Ada tak? Tak ada?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
I kata salah bukan jahat. Salah. Salah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Dia tak kata jahat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
“Takut kerana salah”.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dia salah sebab itu dia takut. Dia melarikan diri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik. Baik. Maka, duduk.
[Disampuk]
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Dia sebut jahat tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Alor Setar. Saya minta Menteri landing please.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya. Terima kasih. Yang Berhormat Kota Melaka, perkara yang dibangkit ini adalah untuk public interest. Perkara yang mustahak. Saya setuju kalau ia ada penyelewengan kewangan berlaku di syarikat-syarikat tersebut dan ia merangkumi syarikat-syarikat, di mana dibenarkan untuk penyiasatan, Ketua Audit Negara akan menyiasat perkara tersebut. Itu nombor satu.
Nombor dua, saya dipercayai SPRM sedang mencari beliau tetapi di dalam radar mereka, dia tak tahu di mana sekarang untuk tangkap beliau. Kalau Yang Berhormat Alor Setar atau Yang Berhormat Kota Melaka boleh memberi tahu di mana, tindakan susulan akan diambil. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Mungkin Pagoh tahu. Saya tak tahu tetapi mungkin Pagoh tahu.
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik. Kota Melaka. Ahli Yang Berhormat...
[Disampuk]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini sangkaan jahat.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang saya kemukakan...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Pengerusi, sangkaan jahat daripada Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua
Dah. Dah. Dah. Habis dah. Cukup dah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Macam mana...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya kata mungkin.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cakap macam itu...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya tak kata dia tahu. Saya kata mungkin Pagoh tahu.
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah tanya dah...
[Tidak jelas]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jangan biarkan dia cakap kurang ajar ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya kata mungkin.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Mungkin.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia kurang ajar dia panggil ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bapa mertua. Kemungkinan besar mesti tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta semua duduk. Semua duduk. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri nombor satu itu tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574). Antara
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
lainnya untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang berhubungan dengan instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan sebagai langkah untuk menangani peningkatan fraud kewangan dalam talian yang membimbangkan rakyat dalam negara kita.
Hanya dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, jumlah kerugian bagi jenayah penipuan dalam talian telah pun mencapai RM2,651,398,000.034.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia dalam mengekang sindiket penipuan dalam talian seperti ini termasuklah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan dalam talian.
Kebanyakan aktiviti-aktiviti penipuan dalam talian dengan izin, online scams digerakkan dengan menggunakan akaun keldai dengan izin, mule accounts di mana scammers menggunakan akaun-akaun milik orang lain sebagai lubuk ataupun tempat persinggahan untuk menyimpan wang milik mangsa sebelum ianya berpindah kepada akaun- akaun yang lain.
Apabila siasatan dijalankan terhadap pemilik akaun-akaun ini, didapati akaun mereka telah disewakan ataupun diberi akses kepada orang lain secara sukarela atau sebaliknya.
Tambahan pula, perkara yang menyukarkan pihak berkuasa ialah proses siasatan adalah pemilik-pemilik akaun ini kebiasaannya tidak mengenali pihak ketiga yang telah menyalahgunakan akaun bank mereka sebagai medium transit wang mangsa.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berdasarkan kepada data daripada PDRM bagi tahun 2020 hingga 2024, Jun, terdapat 266,230 kes penipuan dalam talian telah dilaporkan oleh mangsa yang mana kes-kes ini didapati melibatkan akaun keldai.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa ini perundangan yang sedia ada tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan bagi tindakan pemilik-pemilik akaun yang membenarkan akaun milikan mereka digunakan oleh orang lain.
Disebabkan itu, kelompangan perundangan ini dan juga keperluan mendesak untuk melindungi semua lapisan rakyat Malaysia daripada mangsa kepada jenayah penipuan dalam talian ini, kerajaan mengemukakan cadangan pindaan kepada Kanun Keseksaan [Akta 574] bagi membanteras penjenayahan, penipuan dalam talian yang berkaitan dengan akaun keldai secara komprehensif dan berkesan.
Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan kepada Kanun Keseksaan meliputi dua skop utama. Pertama, peruntukan baharu bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan akaun keldai. Kedua, tafsiran financial instrument dan payment instrument. Cadangan rang undang-undang ini mengandungi dua fasal yang melibatkan pewujudan empat seksyen baharu.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan peruntukan kesalahan-kesalahan baharu berkaitan dengan akaun keldai secara khususnya dengan memasukkan seksyen baharu 424A, 424B, 424C ke dalam Akta 574. Seksyen baharu 424A yang dicadangkan bertujuan
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah ataupun maksud yang sah.
Seksyen baharu 424B yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pemberian pemilikan atau kawalan terhadap instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan kepada mana-mana orang lain tanpa kuasa yang sah ataupun maksud yang sah.
Subseksyen baharu 424C(1) yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi seseorang yang terlibat dalam mana-mana transaksi menggunakan instrumen pembayarannya atau akaunnya di institusi kewangan tanpa maksud yang sah. Subseksyen baharu 424C(2) yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi seseorang yang terlibat dalam mana-mana transaksi, menggunakan mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah ataupun maksud yang sah.
Fasal 2 ini juga bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 424D yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi takrif dengan izin, financial institutory dan payment instrument dalam konteks seksyen-seksyen baharu 424A, 424B, 424C yang dicadangkan. Takrifan financial institution dimasukkan untuk merangkumi apa-apa bank ataupun bank islamik yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islamik 2013 [Akta 759] serta institusi-institusi yang telah ditetapkan ataupun dengan izin, prescribe di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618].
Takrifan payment instrument dimasukkan untuk merangkumi apa-apa instrumen pembayaran yang telah ditetapkan ataupun dengan izin, prescribe di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]. Pemasukan takrifan-takrifan ini bertujuan untuk memastikan pemakaian seksyen ini merangkumi akaun-akaun yang telah didaftarkan di institusi kewangan serta instrumen pembayaran seperti kad debit dan termasuk juga e-wallet. Cadangan pindaan kepada Akta 574 pastinya akan memberi impak positif kepada masyarakat umum dan dapat mengekang jenayah dalam talian yang menggunakan kaedah akaun keldai sebagai modus operandi mereka. Kerajaan Madani berharap bahawa usaha ini dapat sokongan bipartisan kedua-dua pihak dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat negara kita adalah lebih terjamin. Dengan itu, saya memohon sokongan daripada Ahli-ahli semua. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Yang di-Pertua
Saya menerima senarai yang panjang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas, saya akan baca semua nama-nama ini dan Yang Berhormat diberi lima minit untuk berbahas. Dimulakan dengan Kepong, Pengkalan Chepa, Jelutong, Jerlun, Pasir Gudang, Dungun, Sri Gading, Jempol, Permatang Pauh, Tenom, Bukit Bendera, Sabak Bernam, Jelebu, Tuaran, Kangar, Ampang, Gopeng, Rantau Panjang, Selayang, Rasah dan Padang Rengas.
Saya jemput Kepong, lima minit.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tan Sri Speaker. Dasar tujuan RUU pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan ini saya sokong dan setuju. Akan tetapi, RUU ini tidak sebut dalang sindiket penipuan dalam talian kena diambil tindakan. Jadi saya nak menyeru kerajaan, dalang sindiket penipuan yang menggunakan akaun keldai kena diambil tindakan, kena didakwa di mahkamah.
Kebanyakan kes akaun keldai atau mule account, cuma pemilik akaun bank yang didakwa di mahkamah dan dalang sindiket penipuan (the mastermind) tidak disiasat oleh pihak polis kerana pihak polis anggap kes sudah selesai apabila suspek ditangkap— account holder, akaun keldai, pemilik akaun keldai ditangkap dan didakwa, pihak polis anggap dah close case. Keadaan ini akan menambah teruk dengan RUU Seksyen 424 ini kerana pemilik akaun keldai menghadapi RM100,000 denda dan tujuh tahun penjara walaupun mereka adalah innocent, tidak bersalah. Kerajaan kena pinda RUU ini dan akta lain untuk mewajibkan dalang sindiket penipuan dalam talian yang melibatkan akaun-akaun keldai juga ditangkap serta didakwa di mahkamah.
Dalam usaha untuk menghukum akaun keldai, terdapat risiko sabitan kesalahan individu yang mungkin terlibat dengan tidak sengaja (innocent). Contohnya, seseorang mungkin tidak sedar bahawa akaun mereka digunakan oleh penipu sebagai akaun keldai.
Oleh itu, adalah penting hukuman yang dikenakan adalah adil dan pertimbangkannya serta tahap penglibatan dalam kesalahan tersebut.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya ingin berkongsi sebuah kes yang dilaporkan oleh Malaysiakini di mana seorang pemilik syarikat dan suaminya menjalankan perniagaan perdagangan mata wang crypto.
Setahun setengah kemudian, mereka dituduh terlibat dalam penipuan apabila salah seorang pembeli Bitcoin dari mereka telah menggunakan akaun syarikat mereka untuk menipu seorang mangsa di platform dagang online yang lain.
Walaupun pemilik syarikat telah menunjukkan bukti bahawa mereka tidak terlibat dalam penipuan tersebut, pihak polis tidak peduli mereka tetap ditangkap dan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 420 Penipuan Kanun Keseksaan. Mereka terpaksa melalui proses mahkamah yang panjang dan menanggung kos guaman yang tinggi walaupun akhirnya mereka dibebaskan.
Tuan Yang di-Pertua – Tan Sri Yang di-Pertua, kes ini menunjukkan risiko besar menyabit individu yang tidak bersalah yang mungkin tidak sedar akaun mereka
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
disalahgunakan oleh penipu. Pindaan RUU yang dicadangkan ini perlu pertimbangkan implikasi ini dan memastikan bahawa pelaksanaan undang-undang adalah adil dan tidak membawa kepada sabitan kesalahan jenayah pihak yang innocent dan bona fide dengan izin.
Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri telah pun membentangkan RUU ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah pun berusaha untuk mengawal satu perkara yang menjadi kegusaran dalam masyarakat kita iaitu penipuan kewangan dalam talian ini yang semua kelompok dan golongan masyarakat menjadi mangsa termasuk di kalangan ahli-ahli politik. Barangkali kerana beberapa kelemahan dari sudut pengawalan data peribadi oleh agensi-agensi yang mengumpulkan data.
Sebab itu saya ingin menegaskan bahawa kerajaan harus mempertingkatkan lagi terhadap keselamatan data-data peribadi kerana daripada situlah yang akan menyumbang kepada mereka memperoleh data secara mudah dan boleh menghubungi kita dalam naratif yang agak munasabah apabila mereka nyatakan kita ada hutang, kita ada pinjaman dan kita ada perkara-perkara yang perlu diselesaikan yang melibatkan kos dan juga kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, penipuan dalam talian merupakan satu cabaran yang signifikan dan semakin meningkat dalam era digital. Penipuan kewangan dalam talian mempunyai kesan yang buruk kepada individu dan institusi. Mangsa yang ditipu berhadapan dengan kerugian kewangan yang ketara, tekanan emosi dan terjejas dalam rekod kewangan mereka.
Bagi institusi kewangan, aktiviti penipuan akan membawa kepada kerugian kewangan secara langsung. Penipuan kewangan dalam talian di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dengan 14,490 kes dilaporkan dalam enam bulan pertama 2024 mengakibatkan kerugian setengah bilion RM581 juta.
Statistik peningkatan dalam penipuan dalam talian ini yang melibatkan telekomunikasi e-kewangan, love scam, e-dagang, tipu pelaburan yang tidak wujud dan pinjaman yang tidak wujud telah meningkat dari tahun 2018 sehingga 2023 sebanyak 15,415 kes dicatatkan pada tahun–– meningkat daripada 15,415 kes kepada 34,495 kes bagi tahun 2023. Malah sejumlah kerugian, jumlah kerugian dalam talian dan juga meningkat, menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari tahun 2018 sehingga 2023. Kalau kita merujuk kepada pindaan ini ataupun seksyen baharu 424(A)–– kesalahan memiliki barang berharga seperti kad ATM, kad debit, dan kad kredit orang lain yang membolehkan pemilik akaun keldai menyalahgunakan akaun tersebut.
Ini perlu diteliti kadang-kadang kita dalam urusan keluarga sendiri kadang kad kita pun kita bagi kepada isteri dan anak kita. Tambah pula kita ini seorang suami yang mithali kita bukan bagi duit, kita bagi kad terus kepada anak isteri kita. Seksyen baharu 42 ––kalau itu jadi kesalahan, masalah Speaker. Kita tengah bersidang isteri minta duit kita kena keluar dan mencari ATM dan kita bagi kad terus. Dia nak ambil berapa, dia punya fasal.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Seksyen baharu 424C(2), seksyen ini menunjukkan memperuntukkan kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah.
Melalui pindaan ini, pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menghukum mana- mana individu yang terlibat dengan jenayah penipuan dalam talian dengan hukuman yang berat dan penguatkuasaan yang tegas boleh dilaksanakan dengan menambahkan kuasa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana transaksi yang mencurigakan. Apa yang menjadi harapan rakyat daripada pindaan ini, bagaimana mangsa- mangsa yang melibatkan kerugian kewangan ratusan ribu bahkan malah mungkin juta.
Bagaimana kerajaan perlu menyediakan jaminan pulangan semula wang mereka?
Sama ada secara insurans ataupun digunakan kaedah yang boleh memastikan setiap mangsa yang benar-benar tertipu ini mereka sekurang-kurangnya dapat melegakan kewangan mereka dengan dapat sebahagian ataupun sepenuhnya.
Saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM. Saya follow satu unit itu memang dia satu unit yang menghalang kerja-kerja scammer ini di kalangan pegawai- pegawai polis dan juga PDRM. Dalam mengawal jenayah scam melalui penubuhan khas yang menyiasat kes jenayah siber Unit Siasatan Forensik Digital, Analisis Peranti Digital, Unit National Scam Response dan juga Unit Taktikal Siber yang boleh mengesan penjenayah ini.
Kita mengharapkan dengan RUU ini ia akan bukan sahaja memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan segera, cekap dan berkesan malah statistik penipuan kewangan dalam talian dapat dikurangkan dan kerajaan melalui Bank Negara perlu meningkatkan ciri-ciri keselamatan bagi setiap apps perbankan.
Sebagai langkah untuk memerangi jenayah penipuan kempen pendidikan dan kesedaran penipuan juga perlu kerap dilakukan oleh semua institusi kewangan sebagai satu langkah bagi mendidik rakyat daripada scammer dan juga skim Ponzi, e-dagang dan sebagainya. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Sebelum saya meneruskan dengan ucapan saya, saya telah diminta oleh Yang Berhormat Lipis untuk mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada pensyarah dan pelatih daripada Institut Perguruan Guru Tengku Ampuan Afzan dari Lipis yang hadir di Dewan yang mulia ini.
Tan Sri Speaker, saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini. Tahniah kepada Menteri dan juga kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun di mana kita lihat terdapat kesungguhan untuk kita mengatasi gejala masalah scam ini yang telah berleluasa.
Tiap-tiap hari kita baca dalam Free Malaysia Today, Malaysiakini, dalam liputan akhbar ada sahaja mangsa yang telah tertipu disebabkan oleh scam. Baru-baru ini kita lihat seorang pesara yang telah menyimpan duit lebih kurang RM3 juta atau RM4 juta. Mungkin itu adalah wang disimpan oleh beliau untuk mendidik anak beliau, untuk menyara hidup
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
semasa beliau telah bersara, mungkin untuk membayar untuk masalah-masalah lain, termasuklah pinjaman rumah, pinjaman kereta, membiayai juga bayaran-bayaran perkhidmatan lain termasuklah untuk kesihatan beliau telah lesap begitu sahaja.
Apabila beliau menerima panggilan mengatakan bahawa beliau disyaki terlibat dalam satu kesalahan melibatkan undang-undang lalu lintas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ini adalah satu penipuan yang telah dilakukan. Saya menyokong rang undang-undang ini tapi pada masa yang sama saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan, bukankah kita juga ingin mempertanggungjawabkan institusi kewangan? Kerana institusi kewangan itu yang menyemak seorang pemohon.
Umpamanya kalau saya sendiri pergi membuat permohonan untuk membuka akaun.
Maklumat saya diperiksa, diteliti oleh sebuah bank institusi kewangan. Mereka perlu mengesahkan sama ada tujuan saya membuka akaun itu adalah tujuan yang tulen.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah saya benar-benar merupakan seorang ahli perniagaan ataupun apakah tujuan yang saya membuka akaun itu? Sekiranya akaun itu kemudian didapati telah disalahgunakan oleh individu tersebut, bukankah kita juga pada masa yang sama perlu mempertanggungjawabkan institusi kewangan?
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat yang telah berbahas tadi bahawa kalau kita hanya mengambil tindakan terhadap akaun-akaun keldai ini tanpa kita mempertanggungjawabkan institusi kewangan, ia adalah amat tidak adil. Kerana pada masa yang sama bukan sahaja kita ingin menjamin supaya gejala ini tidak berleluasa dan berterusan tetapi pada masa yang sama kita ingin juga memastikan institusi kewangan itu dipertanggungjawabkan bersama-sama dengan mana-mana pihak yang membuka akaun.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketiga, kita juga ingin memastikan bahawa mana-mana individu yang membuka akaun dan mengalami kerugian akibat kehilangan wang itu akan dijamin wang itu akan dikembalikannya. Bagaimana kita ingin menjamin wang itu dikembalikan sekiranya kita hanya menyalahkan orang-orang yang membuka akuan itu sahaja? Kerana mungkin beliau tidak mempunyai kemampuan untuk membayar balik wang tersebut.
So, kita di sini – saya di sini ingin bertanyakan, kalaulah pada masa yang sama kita juga mempertanggungjawabkan – kalau peruntukan undang-undang ini yang sedang digubal dan sedang dibahas dan sedang dibicarakan di Dewan yang mulia ini, boleh pada masa yang sama mempertanggungjawabkan pihak institusi kewangan bank-bank yang bertanggungjawab untuk membuka akuan di mana mereka akan memeriksa maklumat peribadi mana-mana individu yang membuka akaun.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jelutong boleh dapat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jelutong boleh dapat penjelasan? Jelutong, terutamanya dalam keadaan di mana transaksi-transaksi itu is extra ordinary. Ada banyak kes dalam satu minit tujuh, lapan transaksi, jumlah besar dan wang yang diluluskan melebihi maksimum limit setiap hari account holder tersebut.
Jadi ini menunjukkan bank tidak ada safeguard yang mencukupi daripada akaun, wang dalam akaun itu diambil oleh orang-orang yang tidak dibenarkan ataupun oleh scammer ini. Dalam keadaan ini, kerajaan mesti memastikan pihak bank yang tidak ada safeguard ini bertanggungjawab ke atas kehilangan itu. Setuju tak atau tidak Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, saya setuju.
Saya akan landing Timbalan Speaker. Sebab itu saya katakan pada hemat saya ini adalah undang-undang yang baik, saya menyokong. Kita lihat kesungguhan kerajaan di dalam menggubal undang-undang ini untuk membanteras gejala scam. Pada masa yang sama, kalau transaksi itu adalah jumlah yang begitu besar, jutaan ringgit dalam masa yang terdekat, saya memohon juga pada masa yang sama peruntukan ini digunakan untuk kita mempertanggungjawabkan bank atau institusi kewangan yang turut bersalah. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengulangi teguran saya sebelum ini sebagai mana juga dengan Kubang Kerian tentang bill ini.
Kalau bill ini kalau ditengok ia ada satu versi, versi bahasa Inggeris sahaja.
Sedangkan kalau Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak ini ia ada dua versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jadi saya minta supaya tidak diulangi lagi untuk memudahkan kita berbahas.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini banyak keldai akaun atau scammer yang menghubungi pemegang akaun. Menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman walaupun di senarai hitam, blacklist dibuat secara panggilan telefon tanpa perlu bertemu secara fizikal dan secara atas talian, online dengan izin.
Sebelum itu, aktiviti pinjaman tanpa lesen atau along dengan izin sangat merunsingkan peminjam. Pinjaman along adalah pinjaman lulus segera tanpa syarat yang ketat seperti pinjaman bank. Ia bukan setakat mengancam diri peminjam bahkan ahli keluarga dihubungi dengan cara diugut, rumah disimbah cat dan dibakar, dicari tempat peminjam atau ahli keluarga peminjam bekerja dan sebagainya.
Saya bersetuju cadangan penambahan tiga seksyen baharu iaitu seksyen 424A, 424B dan 424C kanun keseksaan ini. Saya mendapati penambahan seksyen 424A, B dan C ini hampir sama dari aspek jenis-jenis kesalahan dengan seksyen 18, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram ataupun Akta AMLA, Akta 613 di bawah tajuk nota bahu pembukaan akuan atau
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
perjalanan hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul. Hampir sama aktivitinya.
Jika dilihat pada aspek hukuman seksyen 86A, Akta AMLA ini memperuntukkan kesalahan yang dilakukan itu dendanya tidak melebihi RM3 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun. Jadi nampak kesalahan atas jenis perniagaan yang dilakukan di bawah AMLA ini lebih berat berbanding dengan pindaan seksyen 424A, B dan C. Tidak kah pindaan kanun keseksaan ini dilihat bertindih, redundant dengan izin atau bahaya berganda dengan izin double jeopardy dengan seksyen 18 yang sudah sedia wujud ini.
Kalau dilihat dalam seksyen 424A, pemilikan ataupun kawalan atau instrumen pembayaran atau akaun iaitu disebut “Possession or control of payment instrument or account”. Dendanya tak melebihi RM50,000, penjara tidak melebihi lima tahun. Seksyen 424B, dendanya tak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebih tujuh tahun. Seksyen 424C, dendanya tidak melebihi RM100,000. 424C(1) tak melebihi RM100,000 dengan penjara tidak melebihi 10 tahun. Begitu juga dengan 424C(2), denda tidak melebihi RM105,000, penjara tidak melebihi 10 tahun.
Kita sebut di sini pindaan-pindaan yang disebut ini, kalau kita lihat dari segi jenis kesalahan yang dilakukan ada perkataan yang disebut perkataan directly or indirectly, secara langsung atau secara tidak langsung. Perkataan indirectly ini pada saya tidak sesuai. Ia lebih sesuai dalam bentuk wilfully, dengan sengaja. Sebab kadang-kadang peminjam ataupun yang memberi peminjam itu ada unsur sukarela. Bila ada unsur sukarela, ia sudah tentu tidak mewujudkan penganiayaan kepada kedua-dua pihak sebab ada unsur sengaja. Jadi saya rasa perkataan directly dan wilfully lebih sesuai dimasukkan di dalam seksyen ini.
Kemudian kalau kita lihat
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
...Seksyen 424A...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey saya gulung. Ada seksyen 424A, “His possession or control any payment instrument of other person or any account”. Okey itu any account. Denda dia RM5000 hingga ke RM10,000. Penjara enam bulan ke lima tahun.
Ini mana-mana akaun pihak yang ketiga. Seksyen 424B, “Give possession or control of his payment instrument or his account of other person of and at financial institution”. His account, akaun dia sendiri. Dendanya RM10,000 hingga RM100,000.
Kalau kita lihat perbandingan di sini orang yang dikenakan ataupun orang yang minta di buat pinjaman ataupun disebut sebagai take possession. Dia ambil duit. Bila dia ambil duit sudah tentulah hukuman dia lebih tinggi daripada orang yang bagi duit.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sebab orang yang bagi duit ini orang yang ditipu, orang yang diadukan dengan pelbagai pujuk rayu dan sebagainya. Jadi, hukuman orang yang minta patut lebih tinggi berbanding dengan orang yang memberi. Jadi, seksyen 424A itu RM50,000. Hat itu “any account” sedangkan 424B “his account” sampai RM100,000. Ini perlu dipinda dan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang akhir sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey, akhir. Akhir sekali, mengapa kerajaan tidak mengambil pendekatan mengenakan hukuman denda seperti denda yang terkandung dalam enakmen dalam Akta AMLA tadi? Disebut situ RM3 juta, penjara tidak lebih lima tahun. Di sini penjara tidak lebih daripada tujuh tahun sebab nilai jutaan ringgit sekarang ini ia tidak memberi satu keadaan yang sukar.
Kalau RM100,000 atau RM150,000 orang boleh bayar cash. Jadi, saya harap pertimbangan yang wajar diberikan dari sudut denda dalam bentuk nilai wang ringgit daripada angka ratusan ribu kepada jutaan ringgit. Barulah pihak institusi kewangan, pihak scammer, pihak orang yang hendak bagi pinjaman akan fikir banyak kali.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jadi, sekian terima kasih. Saya menyokong RUU ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya ingin membahaskan satu seksyen yang baru, 424B. Izinkan saya membacanya.
“Whoever, directly or indirectly, without lawful authority or lawful purpose, gives possession or control of his payment instrument or his account at a financial institution to any other person, shall be punished with fine of not less than ten thousand ringgit but not exceeding one hundred thousand ringgit or with imprisonment for a term of not less than one year but not exceeding seven years or with both.” Saya ingin bertanya adakah seksyen ini mempunyai persamaan dengan keadaan yang pernah berlaku di mana ada seorang yang very, very important person (VVIP) sibuk dengan tugasnya maka VVIP ini memberikan kebenaran kepada wakilnya untuk menguruskan akaun dia dengan bank sehingga berlaku ada wang dari luar negara masuk ke dalam akaun VVIP ini?
Dimaklumkan tanpa disedarinya. Million, million, juta-juta ringgit masuk. Saya ingin bertanya adakah senario ini yang saya ceritakan ini pada waktu sekarang tidak merupakan satu kesalahan tetapi di bawah akta akaun keldai ini, khususnya seksyen 424B ini merupakan satu kesalahan?
Jadi soalan yang kedua, sekiranya akta ini diluluskan, adakah kuat kuasanya ke hadapan atau retrospektif ke belakang? Ketiga, saya menyokong keseluruhan pindaan ini, memang baik untuk mengatasi masalah scammer, penyelewengan, penipuan online itu.
Hanya khusus kepada seksyen yang saya bangkitkan ini, denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000, makna tidak kurang RM10,000. Kalau yang lakukan ini orang yang kaya, masalah RM10,000 atau RM100,000 itu tidaklah jadi masalah tetapi kalau pesalah ini
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
rakyat biasa yang pendapatannya rendah, jumlah denda tidak kurang itu, RM10,000 itu satu jumlah yang besar.
Begitu juga dengan penjara. Penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun. Jadi, ini berlaku kalau yang bersalah ini kerana dia tidak menyedari, tiada pengetahuan undang-undangnya, tanpa ada lawful authority, memberikan urusan bank dia ini kepada pihak yang lain itu, jadi penaltinya saya lihat amat besar. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh semaklah. Itu sahaja Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Timbalan Yang di-Pertua, pohon Menteri jelaskan sebab-sebab mengapa Malaysia menjadi lubuk akaun keldai sehingga ada keperluan meminda Akta 574 ini? Berasaskan kepada penerangan Menteri bahawa peningkatan fraud kewangan dalam talian yang sangat membimbangkan dalam negara kita.
Oleh itu, pohon jelaskan sebab-sebab mengapa Malaysia menjadi lubuk akaun keldai sehingga keperluan meminda Akta 574 ini.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, pemerkasaan teknologi baharu cegah akaun keldai.
Seksyen baru 424A memperuntukkan bahawa pemilikan atau kawalan terhadap instrumen pembayaran atau akaun orang lain tanpa kuasa atau maksud yang sah merupakan kesalahan. Dalam konteks jenayah terancang, golongan yang dimaksudkan dalam seksyen ini juga iaitu mereka yang merekrut dan menguruskan sejumlah keldai atau mule.
Membanteras kegiatan mereka melalui seksyen baharu ini memerlukan mekanisme yang efektif untuk mengesan akaun-akaun mencurigakan yang digunakan oleh mereka.
Selain bergantung kepada laporan transaksi mencurigakan atau suspicious transaction reporting (STR) yang diserahkan oleh institusi kewangan, adakah terdapat inovasi kaedah penguatkuasaan bagi mencapai matlamat ini? Persoalan ini adalah penting, mengambil kira hakikat bahawa penjenayah sentiasa beradaptasi dengan teknologi baru bagi menjalankan kegiatan mereka.
Sebagai contoh, pakar memberikan amaran tentang inovasi penjenayah siber yang mula manfaatkan potensi kecerdasan buatan janaan atau generative artificial intelligence dengan izin, generative AI. Kini berbekalkan teknologi tersebut, penjenayah siber mampu menyamarkan wang haram melalui rangkaian transaksi yang menyerupai aliran wang yang sah, menjadikan pengesahan akaun keldai oleh pihak berkuasa dan pengesanan akaun keldai oleh pihak berkuasa jauh lebih mencabar.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Oleh yang demikian, saya pohon agar kerajaan proaktif meneroka aplikasi teknologi baharu untuk memperkasakan pihak berkuasa kita supaya mereka sentiasa ahead of the curve, dengan izin, dan tidak hanya reaktif terhadap inovasi modus operandi penjenayah.
Seterusnya, Timbalan Yang di-Pertua, pembelaan pemilik akaun yang teraniaya.
Sementara seksyen 424A menyasarkan golongan mereka yang merekrut orang-orang yang
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
dijadikan mule atau keldai, seksyen 424B pula menumpukan kepada keldai iaitu mereka yang merelakan akaun mereka digunakan untuk tujuan yang salah. Walaupun seksyen ini adalah wajar bagi mencegah orang ramai bersubahat untuk pembukaan akaun keldai mereka oleh penjenayah, perlulah diingat bahawa terdapat juga pemilik akaun yang menjadi keldai tanpa pengetahuan dan kerelaan mereka disebabkan oleh kejayaan scammer memperoleh maklumat sensitif perbankan mereka. Ada di antara mereka yang disenaraihitamkan daripada membuka akaun baharu dengan mana-mana bank bagi tempoh masa yang tidak ditentukan walaupun mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa.
Bagi menangani permasalahan ini, adakah terdapat penambahbaikan mekanisme pengenalpastian akaun keldai bagi membezakan antara keldai yang sukarela dengan keldai yang teraniaya? Pohon penjelasan. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Pertama sekali, melihat kepada jumlah kerugian yang dinyatakan oleh pihak kementerian pada sesi taklimat yang lalu mencecah RM2 bilion bagi kerugian melibatkan laporan kes akaun keldai ini antara tahun 2022 hingga 2024, ini adalah satu angka yang besar. Malah, peningkatan dari tahun 2022 kepada 2023 juga mencecah hampir 40 peratus.
Maka, dengan adanya pindaan ini, kita mengharapkan agar keadilan dapat ditegakkan untuk setiap mangsa yang telah mengalami kerugian dan juga menghalang lebih banyak kes yang sama berulang.
Jika diteliti kepada pindaan Akta 574, Kanun Keseksaan ini, terdapat empat pindaan iaitu kemasukan seksyen baharu untuk memperuntukkan beberapa perkara khusus berkaitan dengan jenayah akaun keldai ini. Iaitu seksyen baharu 424A mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah. Seksyen baharu 424B bertujuan untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pemberian pemilikan atau kawalan terhadap instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan kepada mana-mana orang tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah.
Seksyen baharu 424C(1) bertujuan untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi seseorang yang terlibat dalam mana-mana transaksi menggunakan instrumen pembayarannya atau akaunnya di institusi kewangan tanpa maksud yang sah. Seksyen baharu 424C(2) bertujuan untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi seseorang yang terlibat dalam mana-mana transaksi menggunakan mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah. Seksyen baharu 424D bertujuan untuk mengadakan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
peruntukan bagi takrif institusi kewangan dan instrumen pembayaran dalam konteks seksyen baharu 424A, 424B dan 424C yang dicadangkan.
Sri Gading yakin ia akan membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan juga berharap agar hukuman yang setimpal dapat dikenakan kepada pelaku penjenayah ini. Dengan percambahan teknologi maklumat pada masa kini, langkah ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan keyakinan dan menjamin keselamatan para pengguna khususnya daripada jenayah siber akaun keldai ini.
Oleh yang demikian, Sri Gading ingin mendapatkan beberapa penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan isu jenayah akaun keldai ini.
Pertama, jika diteliti kesemua kes yang telah dilaporkan, bolehkah pihak kementerian nyatakan statistik mangsa mengikut kategori umur? Hal ini kerana jika dilihat pada kes-kes jenayah scammer yang lain, kebanyakan yang menjadi mangsa adalah warga emas atau golongan pesara kerana mereka ini adalah golongan yang berwang.
Seterusnya, adakah wujud peruntukan lain dalam undang-undang sedia ada untuk mengembalikan semula wang yang telah diambil dan dimasukkan dalam akaun-akaun penjenayah siber ini kepada mangsa semula? Jika dilihat kes-kes jenayah siber ini, jumlah kerugian bagi seseorang individu berkenaan bukan sedikit. Malah, jumlahnya besar. Ada yang kehilangan hampir keseluruhan wang persaraan mereka. Jadi, bagaimanakah perancangan dan juga tindakan kerajaan melalui undang-undang sedia ada untuk memastikan bahawa hak mereka dapat dikembalikan semula?
Apakah polisi pembukaan akaun yang ada sekarang di institusi kewangan atau perbankan terlalu longgar sehinggakan dapat dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Keempat, saya mohon pihak kementerian jelaskan, adakah pemilik akaun keldai ini menggunakan nama yang sebenar pemilik akaun atau mereka memalsukan dokumen individu lain untuk dijadikan akaun keldai berkenaan?
Setakat Jun 2024, adakah pihak berkuasa mempunyai maklumat dan data berkenaan dalang di sebalik kes akaun keldai ini yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa? Apakah mereka ini dikategorikan sebagai pesalah laku yang berulang-ulang?
Akhir, Tuan Yang di-Pertua, apakah yang akan terjadi sekiranya seseorang individu itu tidak mengetahui bahawa maklumat peribadinya dijadikan sebagai dokumen palsu untuk membuka akaun keldai oleh pihak ketiga? Dan bagaimanakah undang-undang sedia ada memberi pembelaan terhadap individu yang turut menjadi mangsa keadaan penjenayah ini?
Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat petang. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol melihat kepada Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024, Akta 574 adalah bertujuan mengadakan peruntukan khusus bagi kesalahan penipuan yang berhubungan dengan penggunaan akaun keldai yang sering berlaku dalam zaman teknologi perbankan atas talian ini. Jempol difahamkan dari tahun 2022 hingga 2024, jumlah kerugian yang telah direkodkan daripada kes-kes penipuan ini berjumlah RM2.65 bilion.
Jempol merujuk cadangan pindaan seksyen 424A Akta 574 yang memperuntukkan individu yang mempunyai kawalan terhadap akaun bank milik orang lain secara tak sah boleh dihukum dengan denda tidak kurang RM5,000 atau tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih lima tahun. Jempol melihat peruntukan kesalahan ini adalah ditujukan kepada scammer yang mengawal akaun bank orang lain yang akan digunakan untuk tujuan penipuan dan penggubahan wang haram.
Jempol menyambut baik pindaan ini. Namun, hukuman denda tidak lebih RM50,000 adalah tidak setimpal berbanding kesan penipuan yang dilakukan. Seperti yang dinyatakan tadi, sejumlah RM2.65 bilion kerugian dilaporkan akibat kes penipuan dalam tempoh dua tahun.
Jempol percaya scammer ini tidak bertindak sendirian. Namun, mereka bergerak secara sindiket berkumpulan dan mengaut ratusan juta hasil penipuan menggunakan ribuan akaun keldai.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Oleh yang demikian, Jempol menggesa kerajaan bertindak lebih keras dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi kepada golongan scammer ini. Persoalan Jempol, apakah tindakan pihak berkuasa bagi mengesan identiti scammer? Ini kerana biasanya mereka pandai menyembunyikan jejak dan akhirnya, pemilik akaun iaitu akaun keldai sahaja yang ditahan polis.
Jempol merujuk cadangan pindaan seksyen 424B (Akta 574) yang memperuntukkan, “Mana-mana individu yang memberikan atau membenarkan akaun bank untuk digunakan oleh individu lain tanpa kuasa atau maksud yang sah sebagai satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum dengan denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM100,000 atau hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun”. Persoalan Jempol, mengapa hukuman kepada pemilik akaun keldai adalah lebih tinggi daripada scammer sedangkan scammer adalah mastermind sebenar dalam aktiviti penipuan ini?.
Jempol merujuk laporan akhbar Kosmo pada Februari 2022, insiden di Kelantan yang mana berlaku sindiket penipuan. Dia datang ke rumah warga emas dengan menyamar sebagai Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sindiket ini meminta kad bank mangsa untuk memudahkan urusan memasukkan bantuan JKM kepada mereka. Sebaliknya, penipu ini menggunakan akaun bank mangsa untuk dijadikan sebagai akaun sementara dalam kegiatan penipuan yang dijalankan sindiket berkenaan. Ini adalah contoh Timbalan Yang di-Pertua, sindiket memperalatkan akaun bank golongan rentan yang tidak mahir dalam perbankan internet untuk dijadikan akaun keldai.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam peruntukan seksyen 424B (Akta 574) ini dalam teks asal menyatakan, dengan izin, “Whoever directly or indirectly without lawful authority or lawful
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
purpose gives obsession or control of his payment instrument or his account to any other person, shall be punish”. Pindaan peruntukan ini mencadangkan mana-mana individu yang menyerahkan akaun bank menjadi akaun keldai secara tidak langsung juga boleh dikenakan hukuman di bawah cadangan pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) ini. Timbalan Yang di- Pertua, persoalan Jempol, bagaimana kerajaan dapat memastikan pelaksanaan peruntukan ini tidak menganiaya individu yang menyerahkan akaun bank menjadi akaun keldai tanpa disedari? Persoalan seterusnya, bagaimana pihak berkuasa yang nak memastikan keadilan dalam penyiasatan kes melibatkan akaun keldai, terutamanya untuk membezakan individu yang terlibat secara aktif dalam jenayah atau mangsa penipuan? Apakah terdapat pengecualian undang-undang bagi mereka yang tidak mengetahui bahawa akaun mereka digunakan untuk tujuan jenayah?
Selanjutnya, Jempol difahamkan negara luar seperti Australia misalnya, melalui agensi Australian Transaction Reports and Analysis Centre bekerja rapat dengan institusi kewangan mereka untuk mengenal pasti dan melindungi individu yang berisiko daripada penipuan melibatkan penggunaan akaun keldai. Persoalan Jempol, apakah tindakan kerajaan bagi melindungi golongan rentan, termasuk warga emas daripada menjadi mangsa penipuan dan diperalatkan untuk penggunaan akaun keldai?
Timbalan Yang di-Pertua, Jempol percaya bahawa cadangan pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) ini, ia berkenaan pengenalan kesalahan berkaitan akaun keldai adalah bertepatan pada masanya. Namun, dalam meminta Akta 574 ini, Jempol ingin menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan serius berkenaan nasib mangsa yang akaun mereka dijadikan akaun keldai tanpa disedari. Jempol mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Permatang Pauh untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU kali ini. Sebelum saya memulakan perbahasan, masih belum terlewat untuk saya sekali lagi mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Parlimen daripada PN yang turut membantu berkempen di PRK Sungai Bakap tempoh hari.
Allah taála berfirman, [Membaca sepotong ayat al-Quran] . “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya, Allah sentiasa mengasihani kamu”, Surah An-Nisa, ayat 29.
Pertamanya, saya menyokong dan menghargai sebarang usaha dan tindakan kerajaan dalam memberi pembelaan kepada rakyat yang teraniaya dan mengekang aktiviti scammer yang kian membarah dalam negara kita. Kedua, saya juga menyeru pada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Permatang Pauh untuk sama-sama kita menghayati ayat
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
29, Surah An-Nisa yang saya bacakan tadi. Selain itu, kita semua sama-samalah menghindari diri daripada sebarang aktiviti jenayah scam dan menipu untuk mendapatkan harta dunia yang hanya sementara ini.
Tuan Yang di-Pertua, langkah pindaan Kanun Keseksaan dengan memasukkan subseksyen A, B, C, D ke dalam seksyen 424 dengan mengenakan hukuman maksimum sehingga 10 tahun penjara dan RM100,000 denda atau kedua-duanya sekali merupakan langkah tepat yang diambil kerajaan. Memandangkan ada segelintir individu yang mengambil jalan pintas dalam mendapatkan wang menerusi komplot dengan sindiket penipuan. Faktor yang merancakkan sindiket penipuan sehingga melibatkan kerugian berbilion Ringgit ini adalah antaranya kewujudan akaun keldai yang dibeli dengan tawaran hanya RM500 kadang-kadang kepada pemilik asal akaun. Hanya amount yang sedikit, sanggup membenarkan akaun bank menjadi highway kepada aktiviti sindiket penipuan.
Tuan Yang di-Pertua, tindakan segelintir individu yang sanggup menjadi keldai akaun adalah kerana sifat materialistik yang kian membarah yang dihadapi oleh sebahagian rakyat dalam negara kita. Terlibat dengan keldai akaun adalah satu kesan materialistik yang tebal.
Selain daripada itu, gejala seperti rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penipuan dalam perniagaan, menggadaikan harga diri dengan menyediakan perkhidmatan sundal, menjadi influencer dengan membuat content negatif dan berbaur lucah dan juga pelbagai penyakit sosial yang lain. Ini semua adalah kesan daripada wabak materialistik sehingga mengabaikan dosa, pahala dan juga undang-undang dalam mendapatkan harta dunia.
Sifat materialistik inilah antara faktor semakin ramai individu mengambil jalan pintas mengejar kekayaan. Selari dengan pindaan ini, saya mencadangkan agar seawal di peringkat pendidikan rendah dan menengah, kerajaan memberikan lebih penekanan terhadap bahaya penyakit materialistik ini. Kini, tidak sedikit anak remaja kita yang meletakkan influencer, gamers, founder cosmetic dan juga yang lain-lain sebagai kerjaya idaman mereka. Betul, ia jalan pintas yang legal di sisi undang-undang. Namun, harus diketahui bahawa ia merupakan ukuran untuk mengetahui bagaimana mereka memahami tujuan hidup mereka.
Tuan Yang di-Pertua, garis pemisah untuk membezakan individu yang menjadi mangsa penipuan sindiket dan individu yang berkomplot menjadi keldai akaun kepada sindiket ini sangat nipis, sukar untuk dibezakan. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan khidmat guaman kepada individu-individu yang menjadi mangsa keldai akaun agar mereka tidak teraniaya? Cadangan ini saya dapat daripada satu group Facebook iaitu group Sokongan Mangsa Keldai Akaun ataupun Mule Account, yang mana ditubuhkan oleh beberapa peguam yang memberikan khidmat kepada golongan yang menjadi mangsa keldai akaun ini.
Ahli group Facebook ini hampir 6,000 orang. Boleh tahan meriah persoalan dan situasi yang mereka luahkan dalam group tersebut, walaupun bukan semuanya mangsa.
Inisiatif yang diambil peguam-peguam ini wajar diambil teladan oleh kerajaan agar tiada mangsa teraniaya kerana ditipu sindiket penipuan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membendung aktiviti scammer dan golongan yang terlibat dengan akaun ini, saya percaya ada di kalangan mereka yang masih bernasib baik
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
dan tidak tertangkap. Barangkali, ada di kalangan mereka yang sedar dan ingin bertaubat atas perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Namun, mereka hanya sekadar berhenti daripada perbuatan tersebut, adapun wang dan hasil daripada perbuatan scam itu tidak dikembalikan pada mangsa. Jadi, persoalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan satu platform kepada pelaku scammer yang insaf ini, khususnya dalam menghubungkan mereka dengan mangsa bagi memohon maaf dan menggantikan semula wang-wang mangsa tersebut? Kerajaan boleh bekerjasama dengan Majlis Agama Islam bagi yang beragama Islam ataupun mana-mana agensi yang lain dalam mengendalikan golongan ini dan pada masa yang sama, boleh memberikan khidmat nasihat dan juga sokongan moral Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Kita sedia maklum, biasanya mangsa scammer ini akan membuat aduan kepada pihak polis dan sesetengah kes akan mendapat pampasan.
Dalam mengurangkan mangsa sindiket penipuan ini, soalan saya, adakah kerajaan bercadang agar individu yang diberikan pampasan ini, mereka diberikan tugasan khas untuk memberikan kesedaran kepada rakyat berkaitan dengan scammer dan keldai akaun ini? Tak kiralah modus operandinya kah, cara mengenalinya ataupun sebagainya.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terakhir sekali, saya ingin bertanya, adakah kerajaan juga akan memberikan fokus kepada dalang-dalang scammer seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong sebentar tadi? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun di atas kejayaan menunaikan reformasi undang-undang ini seperti mana yang telah diucapkan di Belanjawan 2024 bagi mengatasi sindiket akaun keldai yang banyak digunakan scammer, perjudian, pelacuran, dadah, gengsterisme dan lain-lain.
Langkah bagi menangani sindiket akaun keldai ini turut dilaksanakan oleh negara jiran kita iaitu Singapura menerusi pindaan terhadap Akta Rasuah, pengedaran dadah dan jenayah berat lain dan Akta Penyalahgunaan Komputer yang telah diluluskan pada 9 Mei 2023. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya pindaan perlu dibuat kepada RUU ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya memahami bahawa prinsip perundangan secara asasnya bersifat untuk menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli masyarakat dengan cara menetapkan standard serta batasan dalam setiap aktiviti. Namun demikian, undang-undang tersebut seharusnya mempunyai elemen untuk mewujudkan perasaan gerun dan gentar bagi menghalang individu tersebut melakukan kesalahan terbabit. Justeru itu, melihat kepada hukuman dan denda yang telah ditetapkan menerusi seksyen baharu iaitu seksyen 424A, 424B dan 424C adalah terlalu ringan sekiranya hendak dibandingkan dengan kemudaratan yang dibawa oleh pesalah terhadap perkara tersebut.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Tuan Speaker, kesalahan yang dilakukan kerana akaun keldai ini yang kebanyakannya digunakan untuk tujuan mencuci keuntungan yang diperolehi daripada aktiviti jenayah seperti scammer, perjudian, pelacuran, dadah, gengsterisme dan lain-lain. Sebagai contoh, berdasarkan statistik kes penipuan atas talian yang telah mencatatkan sejumlah 34,497 kes yang membabitkan kerugian sejumlah RM1.218 bilion yang dilaporkan di seluruh negara tahun 2023 adalah satu kerugian yang amat besar kepada negara kita. Bahkan, kita dapat lihat banyak kes yang dilaporkan di dada akhbar menunjukkan penjenayah seperti ini terlepas daripada hukuman dan hanya dikenakan denda yang sudah pasti mampu dibayar oleh mereka kerana denda yang dikenakan itu tidak seberapa dengan keuntungan yang diperolehi oleh mereka. Justeru itu, saya mohon agar aspek ini dikaji semula bagi denda dan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada para pesalah yang terlibat.
Tenom juga bersetuju dengan Kepong agar sindiket utama dalang akaun keldai ini harus dibanteras secara besar-besaran. Sebagai contoh, saya memahami perbahasan daripada Jempol tadi bahawa jika ada seseorang individu memperalatkan seperti contoh, seorang ayah ataupun penjaga kepada OKU, kepada anak-anak OKU, mereka menggunakan nama OKU itu untuk sebagai akaun keldai tersebut.
Tenom juga bersetuju dengan Jelutong agar institusi kewangan turut dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, pemindahan wang akaun besar-besaran dalam satu masa sehingga melebihi pengeluaran maksimum. Sudah pasti, pemindahan wang tersebut dalam sejumlah yang besar sekali gus mendapat kebenaran bank tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan RUU ini, ia harus digandingkan dengan penerapan teknologi yang terkini seperti AI, big data analytics bagi membolehkan pengesanan awal terhadap aktiviti kewangan dan transaksi yang mencurigakan sekali gus boleh memantau corak transaksi secara real time dan mengenal pasti transaksi yang mencurigakan berdasarkan algoritma yang canggih. Sebagai contoh, teknologi blockchain yang dapat meningkatkan ketelusan dan keselamatan transaksi kewangan.
Kedua, teknologi biometrik seperti pengenalan wajah dan cap jari digunakan untuk memperketat proses verifikasi identiti. Ini memastikan hanya individu yang sah boleh membuka dan mengendalikan akaun bank bagi mengurangkan risiko akaun keldai tersebut.
Sedikit masa Tuan Yang di-Pertua.
Ketiga, behavioral biometrics atau tingkah laku biometrik juga boleh diterapkan kepada institusi kewangan bagi menganalisis tingkah laku individu yang ingin membuka akaun seperti cara menaip, penggunaan peranti dan corak interaksi menerusi penggunaan sistem yang akan mengenal pasti aktiviti yang tidak konsisten dalam profil pengguna sah dan seterusnya dapat menghalang akses yang tidak sah.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, bagi meningkatkan tahap kesedaran kepada orang awam mengenai isu ini, satu kempen kesedaran awam yang komprehensif perlu dilaksanakan dengan lebih aktif menerusi penggunaan media massa, media sosial, program pendidikan di sekolah dan universiti bagi menerangkan implikasi sekiranya mereka terlibat dengan kesalahan ini.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Selain itu, kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan, institusi kewangan dan pihak berkuasa antarabangsa dalam berkongsi maklumat dan strategi. Ini termasuk penubuhan jawatankuasa khas atau task force yang fokus kepada isu jenayah kewangan serta penyertaan dalam forum antarabangsa seperti Financial Action Task Force. Secara keseluruhan, langkah-langkah yang diambil menerusi pindaan RUU ini dalam menangani masalah akaun keldai merupakan pendekatan yang komprehensif dan bersepadu dan memastikan sistem kewangan kita kekal kukuh, telus dan terjamin.
Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Jadi, kita sedar bahawa penipuan dalam talian dan juga penggunaan akaun keldai ini adalah ancaman yang serius yang mengancam kestabilan dan juga kepercayaan masyarakat Malaysia.
Jadi, pindaan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan yang dibentang merupakan satu langkah yang tepat pada masanya. Kes penipuan dalam talian dan juga jenayah kewangan makin meningkat. Maka pindaan-pindaan yang menegaskan hukuman berat adalah langkah penting yang harus disokong penuh.
Hukuman seperti penjara hingga tujuh tahun dan juga denda sehingga RM100,000 menunjukkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu dan juga memberikan mesej yang jelas iaitu kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan jenayah kewangan. Dengan adanya hukuman yang berat, penjenayah akan berfikir dua kali sebelum terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan juga penipuan dalam talian.
Tetapi, hukuman berat boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa untuk menekan individu yang mungkin tidak bersalah. Jadi, mekanisme semak dan imbang perlu diperkukuhkan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Jadi, di sini Bukit Bendera ingin mendapatkan penjelasan, apakah mekanisme dengan izin, check and balance yang akan diguna pakai? Ini bukan sekadar hukuman tetapi satu langkah pencegahan yang berkesan.
Puan Timbalan Speaker, pindaan ini juga bertujuan untuk melindungi individu yang mungkin terpedaya atau ditekan untuk menjadi keldai akaun. Sindiket penipuan sering memanfaatkan kelemahan dan juga ketidakpedulian individu untuk kepentingan mereka sendiri. Dengan adanya hukuman yang berat, orang ramai akan lebih berhati-hati dan juga sedar tentang risiko yang terlibat. Ini dapat mengurangkan bilangan mangsa yang terjebak dalam kancah penipuan kewangan dan juga melindungi mereka daripada tekanan sindiket jenayah.
Dengan peruntukan undang-undang yang jelas dan juga hukuman yang berat, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang pantas dan juga tegas terhadap penjenayah sindiket. Ini memastikan bahawa penjenayah dapat dikenal pasti dan juga dihentikan dengan segera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Kecekapan penguatkuasaan yang meningkat juga membantu dalam mengekang aktiviti penjenayah yang semakin berkembang. Tetapi terdapat juga risiko bahawa undang- undang ini mungkin tidak dilaksanakan dengan secara konsisten. Individu yang berkuasa ataupun berpengaruh mungkin terlepas daripada hukuman yang sepatutnya, mungkin. Jadi di sini Bukit Bendera ingin juga bertanya apakah langkah yang diambil untuk memastikan pelaksanaan undang-undang ini dilakukan secara konsisten tanpa mengira status ataupun pengaruh individu.
Salah satu manfaat utama daripada pengurangan kes akaun keldai adalah peningkatan kepercayaan terhadap sistem perbankan negara. Apabila kes penipuan dan juga pengubahan wang haram dapat dikurangkan, keyakinan pelabur dan juga pengguna terhadap sistem kewangan akan bertambah baik. Ini penting untuk memastikan kestabilan ekonomi dan juga menarik lebih banyak pelaburan ke negara Malaysia. Kepercayaan yang kukuh terhadap sistem kewangan juga membantu dalam memperbaiki dan juga mengukuhkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Puan Timbalan Speaker, liputan media pula mengenai pindaan ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya akaun keldai dan juga penipuan dalam talian. Dengan maklumat yang tepat dan juga menyeluruh, orang ramai dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa. Kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat juga boleh membantu dalam memupuk satu budaya pencegahan dan juga kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani jenayah sebegini.
Tetapi masih terdapat juga ramai individu yang mungkin tidak sedar tentang risiko.
Maka usaha untuk menggalakkan kesedaran awam perlu dipertingkatkan lagi untuk memastikan pemahaman yang lebih baik dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Jadi dalam era digital ini, internet dan segala yang online ibarat dengan izin, “Wild-wild West” yang baharu. Trust if fragile jadi pengguna yang berpendidikan adalah satu pertahanan yang terbaik terhadap penipuan dalam talian dan jenayah kewangan.
Jadi dalam usaha untuk berterusan, kita boleh membina masyarakat yang lebih selamat dan yang penting sekali berintegriti tinggi. Dengan ini Bukit Bendera menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Puan Timbalan Speaker.
Sabak Bernam bangun pada kali ini untuk menyokong Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024. Bagaimanapun pindaan-pindaan yang kita lakukan ini adalah kesedaran kerajaan hasil daripada aduan orang ramai yang menjadi mangsa kepada jenayah siber ataupun scammer.
Sepanjang saya menjadi wakil rakyat saya pun banyak mendapat aduan daripada orang ramai yang menjadi mangsa kepada scammer. Sesetengahnya sudah empat kali
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
jumpa saya kerana mengadu menjadi mangsa scammer. Kali pertama beliau kerugian RM400 oleh kerana ketika itu musim persekolahan saya pun bersimpati saya bagi RM200 lah.
Kali kedua musim menanam padi dengan harga benih padi yang mahal dia kena scammer lagi saya pun bagi RM100 lah. Kali ketiga saya tak berapa ingat apa kesnya tetapi saya bagi RM100. Kali keempat saya mula bertanya siapa yang kena scammer ini? [Dewan ketawa] Dia ataupun saya?
Jadi kita dapati mangsa scammer ini bukan sahaja kepada golongan yang pencen, yang ada simpanan banyak, yang ada duit banyak...
Seorang Ahli
Wakil rakyat.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Ketawa] Tetapi semua menjadi mangsa kerana scammer ini dia sangat gigih, teliti dan usaha tangga kejayaan pada dia. Sedangkan kita sering kali terlena dan kita lupa kerana kita pun banyak kerja hendak dibuat akhirnya kita menjadi mangsa scammer. Jadi di sinilah pentingnya didikan ditekankan di peringkat sekolah oleh guru-guru, wakil rakyat, pemimpin-pemimpin masyarakat yang buat program-program rakyat, mesra rakyat dan sebagainya tegaskan kepada mereka pentingnya berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa scammer. Kami pembangkang jaranglah buat program mesra rakyat sebab tidak ada bajet tetapi macam mana pun kita cakap juga supaya lebih berhati-hati dan kepada penjenayah- penjenayah siber yang mengaut keuntungan, sedarlah kita ada anak, ada isteri, ada keluarga, jangan-jangan anda bergiat mencari duit secara tidak sah mangsanya adalah anak ataupun saudara mara anda sendiri. Sedarlah tidak ada orang baik yang tidak ada kisah lalu dan tidak ada orang jahat yang tidak ada masa depan. Jadi pintu taubat masih terbuka.
Timbalan Speaker, saya melihat ada kelompongan perundangan sedia ada dan modus operandi akaun keldai ini. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 424A, 424B, 424C dan 424D ke Akta 574. Sejauh manakah pindaan bagi Akta Kanun Keseksaan 574 bersekali dengan Kanun Tatacara Jenayah 593 yang dicadangkan dapat mengisi kelompongan perundangan sedia ada dan khususnya dalam menangani akaun keldai serta memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan ke atas sindiket ‘red root’ keldai akaun ini yang membenarkan akaun mereka disalahgunakan oleh pihak lain.
Berapakah kertas siasatan melibatkan keldai akaun yang telah dibuka serta bilangan kes telah berjaya dituduh ke mahkamah setakat ini? Apakah penambahbaikan dari segi proses pendakwaan terhadap akaun keldai serta beban pembuktian misalnya Singapura baru-baru ini memansuhkan keperluan untuk pihak pendakwaan menunjukkan kaitan langsung antara perbuatan jenayah berkenaan dengan dana wang haram?
Juga apakah remedi kepada mangsa penipuan dan kebertanggungjawaban industri perbankan iaitu usaha-usaha pemulihan yang dilakukan oleh pihak kerajaan kepada mangsa- mangsa penipuan jenayah siber ini? Terima kasih Timbalan Speaker. Sabak Bernam mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Timbalan Speaker. Minta Timbalan Speaker makan ubat nampak tidak berapa sihat sudah. Saya bangun Jelebu, Timbalan Speaker sekali lagi hendak bahas bersama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen. Ini bukan bahas kosong Timbalan Speaker. Kita dengar ada RM2.6 bilion, kita dengar ada 2.65 yang kena scam termasuk Sabak Bernam umpamanya. Kita lost hampir lima tahun belanja mengurus Kerajaan Negeri Sembilan, scammer buat.
Topik ini bukan topik baru Timbalan Speaker, sudah lama sudah topik ini. Saya hendak ucap tahniah kepada kerajaan kerana kita pinda Akta 574 pada hari ini untuk kita cari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Masalah perceraian, masalah bankruptcy, masalah bunuh diri, masalah pelbagai masalah keluarga puncanya kepada masalah scammer kerana kerugian penipuan yang dibuat atas talian.
Bukannya dia bagi duit dia hantar orang datang pergi minta duit daripada Sabak Bernam, tidak tetapi atas talian. Taliannya di kontrol oleh MCMC. Kita ada PDRM, kita ada penguat kuasa dan kita ada autoriti di bawah kementerian, di bawah kerajaan yang harus mempunyai daya tambah dan penambahbaikan dari tahun ke tahun.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya hendak minta daripada pihak kerajaan, apakah tindakan pihak kerajaan untuk menambah baik dalam soal enforcement? Kita buat pinda Akta 574, hari ini kita lulus. Saya percaya belah sana akan sokong 100 peratus, tidak ada undi belah bahagi. Apabila kita sokong dan Dato' Yang di-Pertua, tetapi apakah enforcement dan tindakan penguatkuasaan kita ditambah baik untuk mengatasi masalah ini? Ada tidak tindakan kolaborasi ataupun tindakan secara bersepadu di antara kementerian dengan kementerian untuk pastikan supaya scammer ataupun masalah yang berkaitan kita bincang ini dapat diselesaikan?
Speaker, jangan lupa makan ubat ya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang kedua Dato’ Speaker, hasil daripada itu, apabila kita telah mengalami kerugian ribuan ringgit, kita mengalami kerugian melibatkan ramai, ratusan dan ribuan mangsa, saya nak rujuk kepada perkara yang melibatkan perubahan subseksyen 424C(1). Dalam peruntukan subseksyen ini, “Mana-mana individu yang melakukan transaksi melalui instrumen pembayaran atau akaun miliknya sendiri di institusi kewangan tanpa maksud yang sah sebagai satu kesalahan jenayah”. Saya nak bawa kepada makluman Dewan terutamanya Dato' Yang di-Pertua, supaya apakah yang dikatakan sebagai ‘tanpa maksud yang sah’ kerana kita harus ingat, dengan kelompangan dan juga dengan ruang kosong yang membawa maksud ‘tanpa maksud yang sah’ ini akan digunakan sepenuhnya oleh pihak scammer untuk sekali lagi menggunakan kelemahan ini sebagai satu instrumen untuk menipu rakyat.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jadi kerana itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah mengutip dana awam bagi tujuan kutipan bencana, kesihatan, pelaburan dan lain-lain lagi bagi pihak ketiga termasuk dalam definisi ‘tanpa maksud yang sah’? Baru-baru ini kita lihat dalam beberapa akaun media sosial di Facebook dan Telegram yang membuat pembongkaran terhadap aktiviti scammer walaupun dia dapat daripada pelbagai sumber sama ada sumber itu benar atau tidak, tetapi pembongkaran yang dibuat oleh sebagai contoh Dato’ Speaker, saya bawa sebagai contoh di Facebook umpamanya, PW Community ataupun Scam No One yang telah membongkar secara konsisten tentang aktiviti haram ataupun aktiviti scammer.
Baru-baru ini, pada pagi ini juga kita lihat hasil daripada laporan yang dikemukakan oleh kedua-dua ini, maka pihak polis telah melakukan beberapa tangkapan yang pada saya beranggapan bahawa pendedahan dan pembongkaran itu mempunyai asas untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Kerana itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya pihak kerajaan ataupun entiti dan taskforce committee yang saya cadangkan tadi dapat mengadakan pelbagai pendekatan dan engagement dengan pihak-pihak yang berkaitan.
Yang kedua Dato’ Sri Speaker, pengenalan subseksyen 424D yang menyebutkan tafsiran bagi perkataan ‘instrumen pembayaran’ ataupun ‘payment instrument’ dan ‘institusi kewangan’, ‘financial institution’ supaya ia akan merangkumi semua jenis akaun institusi kewangan termasuk e-wallet. Ketika ini banyak institusi kewangan yang muncul sebagai syarikat pelaburan yang mengutip duit daripada orang awam dengan menjanjikan pulangan semula yang tinggi dalam tempoh masa yang tertentu. Maknanya dia double up, triple up apa yang dia perolehi berbanding dengan pelaburan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Bank Negara Malaysia sendiri sering mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan sejak tahun 2012. Ada 200 syarikat yang telah disenaraikan, 500 syarikat yang telah disenaraikan dan kali terakhir, Bank Negara Malaysia buat penyenaraian pada 24 Jun.
Mengikut untuk rekod Dewan, pada 24 Jun 2024, syarikat terkini syarikat yang tersenarai, 500 buah syarikat Dato' Yang di-Pertua. Saya nak tanya kepada pihak kementerian, sejauh mana pemantauan yang dibuat terhadap institusi kewangan yang tersenarai dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan oleh Bank Negara Malaysia?
Daripada tahun 2012, saya lihat senarai itu Dato' Yang di-Pertua, daripada tahun 2012 syarikat itu ada dan sampai 24 Jun, syarikat yang sama masih ada. Apakah tindakan pihak kementerian terhadap syarikat yang telah pun disenaraikan dan masih lagi menjalankan atau menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penipuan atas talian?
Adakah dengan pindaan akta ini akan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan? Saya melihat perkara ini sangat penting Dato' Yang di-Pertua, kerana sebahagian daripada syarikat yang tersenarai ini masih aktif melakukan kutipan pelaburan di kalangan rakyat di luar sana dan harus kita ingat bahawa amaran yang diberikan oleh Bank Negara kepada rakyat ini tidak memberi kesan semaksimum yang kita harapkan.
Sekali lagi Dato' Yang di-Pertua, jika benar pelaburan ini mengandungi unsur penipuan, rakyat perlu disedarkan dengan pelbagai kaedah. Tetapi apa pun pindaan akta,
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
apa pun perubahan undang-undang dan tindakan hukuman yang bakal dikenakan oleh pihak kerajaan, saya lebih percaya kepada enforcement dengan izin. Tindakan penguatkuasaan oleh pihak authority, PDRM sekali lagi saya ulang, MCMC sekali lagi saya ulang dan taskforce committee yang bakal diwujudkan supaya rakyat dapat merasai sedikit keamanan daripada kesalahan yang dilakukan oleh culprits ini Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Tuaran ingin mengucapkan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024. RUU ini khususnya langkah memasukkan Seksyen 424A sudah lama kita tunggu-tunggu memandangkan begitu ramai rakyat yang terkena dan menjadi mangsa scammer seperti yang disebut oleh rakan- rakan sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, pada era digitalisasi ini, saban hari aktiviti rakyat dijalankan secara maya termasuklah hal pembayaran secara atas talian. Penjenayah pula menjadi maya juga. Apabila teknologi bertambah canggih, penjenayah juga tidak ketinggalan, malah turut bertambah canggih. Sebab itu kesedaran siber dan pendidikan alam siber dalam era digitalisasi ini adalah sangat-sangat kritikal. Peranan pelbagai agensi di semua kementerian perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk menangani cabaran yang sangat besar ini kerana agensi seperti Cybersecurity Malaysia sangat kritikal bukan sahaja untuk memperkasakan National Critical Information Infrastructure (NCII) atau Infrastruktur Kritikal Negara, tetapi juga dalam kapasiti berinovasi untuk memperkasakan pertahanan siber negara.
Ini juga bererti pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan keupayaan dari segi ilmu, skil teknologi dan peralatan. Tuaran yakin pihak PDRM dan law enforcement agencies yang lain will utilized various technologies to catch scammers and prevent fraud for example, digital forensic, cyber surveillance, communications interception, advance analytics, blockchain analysis, physical recognition and biometrics, online surveillance tools, collaboration and information sharing, sting operation, legal tools, digital identity verification, public awareness campaign dan sebagainya.
By leveraging this technologies dengan izin, polis and law enforcement agencies can effectively identify track and apprehend scammers well, also preventing potential fraud.
Dalam hal ini, Tuaran menyokong dan meminta kerajaan memberi keutamaan penyediaan bajet yang secukupnya kepada PDRM dan semua agensi yang terlibat khususnya dalam bidang keselamatan siber. Kalau perlu PDRM mendapatkan bakat-bakat baru yang mempunyai skill set ataupun kemahiran untuk mengendalikan perkara ini, berilah keutamaan. Ini adalah sangat penting. Terkait juga Tuan Yang di-Pertua, saya ambil contoh di Sabah dalam struktur perjawatan dalam pasukan PDRM, difahamkan masih belum lengkap sepenuhnya. Terdapat beberapa IPD di Sabah contohnya ada OCPD, namun tidak memiliki jawatan Timbalan Ketua OCPD. Menerusi tinjauan saya di Sabah, ada beberapa daerah yang
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
belum lagi ada Timbalan OCPD. Contohnya di Tuaran, di Kota Belud, di Kudat, di Papar, di Beluran, di Kota Marudu dan Kinabatangan. Semuanya IPD ini mempunyai OCPD berpangkat superintendent, namun tidak mempunyai jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah.
Tuaran mencadangkan supaya jawatan-jawatan berkenaan diwujudkan dan diisi dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, ketiadaan Timbalan Ketua Polis Daerah di IPD tersebut mungkin memberikan bebanan lebih kepada Ketua Polis Daerah berkenaan khasnya dalam bidang pentadbiran kerana terpaksa menanggung sepenuhnya keseluruhan tugasan tanpa seorang timbalan. Bukan itu sahaja, dari segi perjawatan barangkali di bahagian-bahagian lain di seluruh negara juga perlu diambil perhatian yang khusus oleh pihak PDRM.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sehubungan dengan itu Tuaran ingin bertanya kepada kerajaan adakah KDN mempunyai perancangan untuk mengisi kekosongan jawatan semua dalam masa terdekat bagi memantapkan lagi struktur perjawatan PDRM di ibu pejabat polis daerah yang saya maksudkan tadi. Ini penting bagi memastikan untuk [Tidak jelas] PDRM dalam menjaga dan mengelakkan keselamatan serta ketenteraman awam termasuk hal-hal keselamatan siber yang terjamin dan dilaksanakan dengan lebih efisien. Dato’ Yang di-Pertua, saya akhiri dengan dua rangkap pantun.
Bangun pagi berus gigi, Cari kekasih di alam maya, Tersenyum-senyum seorang diri, Mahu mengurat scammer lah pula.
Perancis kalah ramai yang nangis, Euro kali ini England juara, Usah berharap janji yang manis, Ingatlah semua scammers ada di sana. Oleh itu Akta Kanun Keselamatan (Pindaan) 2024 adalah wajar dan lebih tepat pada masanya dalam usaha kita memerangi jenayah siber alam maya secara habis-habisan..
Sekian Tuaran mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan.
Petang ini saya ingin mengambil peluang untuk berbahas Kanun Keseksaan Akta 574.
Umumnya undang-undang yang dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku manusia.
Undang-undang ini berkembang mengikut zaman dan ianya bermula sejak zaman tamadun awal dunia. Hingga kini undang-undang negara terus berubah menyesuaikan diri dengan situasi semasa.
Tuan Yang di-Pertua, seksyen 424 mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya atau dengan tipuan, fasal 2 dengan memasukkan seksyen baru 424A, 424B, 424C
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
dan 424D ke dalam Akta 574. Apa-apa pindaan yang membawa kepada kebaikan dan kemakmuran rakyat Malaysia, Kangar menyokong sepenuhnya. Tahniah YB Menteri kerana membawa pindaan undang-undang ini untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini terlalu banyak scammer mencerobohi data-data peribadi. Pada masa sekarang seolah-olah muncul satu kerjaya baru dalam dunia penipuan bagi meraih kekayaan mudah malah mereka bebas mengeksploit kelemahan-kelemahan individu baik di Malaysia mahupun di luar negara. Myawaddy di Myanmar umpamanya merupakan tempat berkumpulnya scammer dari negara Malaysia. Jadi kepada semua rakyat Malaysia kita perlu berhati-hati dan penipuan ini tidak mengenali sesiapa. Berhati-hati pada masa terakhir ini terdapat banyak jemputan-jemputan majlis perkahwinan di mana kita terpaksa membuka link di mana apabila kita membuka link kita akhirnya akan terperangkap.
Jadi setakat hari ini saya masih lagi selamat, tetapi untuk depan-depan tak pasti sebab kadang-kadang kita akan lalai seketika.
Tuan Yang di-Pertua, seksyen 424A yang dicadangkan untuk mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap mana-mana instrument pembayaran orang lain dan dot,dot,dot – saya menyokong kerana ini akan mengatasi kelompongan undang-undang seperti kata YB menteri. Jadi kelompongan ini akan berlaku setiap masa. Kalau sepuluh tahun lagi dia akan berlaku kelompongan mengikut situasi semasa. Namun begitu, sebelum sabitan boleh dilakukan, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa pemegang akaun terlibat secara aktif dengan pihak ketiga lagi menipu mangsa. Kalau tidak ia akan menjadi penganiayaan kepada pemegang-pemegang akaun yang tiba-tiba rasa kenapa aku didakwa sedangkan aku tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Dalam erti kata lain golongan cerdik pandai penipuan, mereka mengeksploit golongan yang lemah, jadi orang yang bijak pandai menipu mereka akan mengeksploit golongan-golongan lemah. Hukuman akan terkena kepada golongan yang lemah. Jadi apakah tindakan kerajaan di dalam perkara ini? Saya setuju dengan Jelebu di mana penguatkuasaan itu adalah lebih penting berbanding dengan akta yang dipinda.
Tuan Yang di-Pertua, banyak kisah berkaitan dengan scammer ini. Persoalannya sekarang setakat manakah undang-undang yang akan dipinda akan menjadi lebih berkesan dan kita harapkan bahawa pindaan ini akan melemahkan scammer dan mereka yang terlibat dengannya. Semoga rakyat Malaysia dapat hidup dengan tenang dan aman tanpa gangguan scammer selepas ini. Terima kasih, Kangar menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kangar, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Timbalan Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim, Ampang ingin mengambil bahagian dengan memulakan mengucapkan sekalung tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Undang- undang di bawah Jabatan Perdana Menteri atas komitmen dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan tanpa mengenal erti penat dan jemu melaksanakan reformasi politik.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya dapati harapan ini bukan sahaja sekadar ucapan, tetapi kita dapati bahawa dengan adanya perkara ataupun rang undang-undang ini, kelompongan dan juga kekurangan dalam perundangan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah dalam talian terutamanya fraud kewangan yang berkaitan dengan akaun keldai dapat kita selesaikan dengan wujudnya dua perkara penting yang akan dibincangkan dalam tempoh persidangan ini.
Pertama, berkaitan dengan kesalahan jenayah dan keduanya kuasa sitaan. Saya teringat baru-baru ini kita membaca laporan dalam masa tempoh satu malam sahaja jumlah kewangan sebanyak RM2.5 juta tidak silap saya hilang begitu sahaja dari bank-bank pemunya-pemunya akaun yang dilakukan – Bank itu berada ataupun pemilik itu berada di kawasan Semenanjung tetapi pelakunya berlaku di Kota Kinabalu dan sebagainya.
Jadi saya rasa, ataupun Ampang merasakan amat-amat mengalu-alukan kemasukan kesemua peruntukan baru yang saya nampak cukup lengkap dalam tafsiran bagi beberapa terma spesifik, kesalahan jenayah dan juga bentuk hukuman ataupun kuasa sitaan ke dalam dua Akta Ibu yang disebut yang saya tidak akan bacakan, tetapi bagi saya seksyen 424A, B, C, bahagian (1) dan (2) termasuk juga seksyen 424D ditafsirkan dengan baik. Tetapi saya ingin juga menyatakan apakah ia mencukupi kalau kita lihat jumlah wang yang terlibat kadang-kadang jutaan ringgit yang telah pun kehilangan. Oleh itu saya rasa kalau boleh dipertimbangkan perlu ada kesalahan hukuman yang lebih berat untuk kita refer ataupun kita rujuk mengikuti nilaian kewangan yang ditransaksikan.
Timbalan Yang di-Pertua, bagaimanapun Ampang ada sedikit kemusykilan dalam perkara-perkara yang disebut tadi ada lima perkara yang dimusykilkan. Pertama, mengenai nasib pemilik akaun. Di institusi kewangan yang ada pada awalnya disyaki dan disalahgunakan oleh penjenayah kewangan dalam talian contohnya dia mempergunakan nama si A dan si A ini ditangkap dan akhirnya berdepan dengan beberapa kesulitan dalam kehidupan seharian. Contohnya disita, pembekuan akaun terutama bagi mereka yang berniaga secara kecilan dan juga yang makan gaji tidak kiralah apa latar belakangnya, maka soalan daripada Ampang, apakah dengan izin, legal resource bagi mereka yang senasib ini.
Bukan salah dia, orang lain guna akaun dia. Jadi tiba-tiba benda ini berlaku. Jadi pertama iaitu soalan daripada Ampang.
Keduanya berapa peratuskah agaknya sasaran pengurangan terhadap jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian. Bila kita wujudkan rang undang-undang yang baru ini kerana kita lihat setahun sahaja, dia melibatkan RM1.22 bilion pada 2023. Saya yakin ianya lebih banyak. Jadi saya harap ia boleh dilihat supaya kita boleh lihat banyak perkara yang boleh kita jimatkan atau kita selamatkan.
Ketiganya adakah tafsiran institusi kewangan di dalam rang undang-undang ini sudah mengambil kira kewujudan bank digital. Setakat ini Malaysia mempunyai lima pemegang lesen di bawah Bank Negara Malaysia. Ada lima Timbalan Yang di-Pertua, bank digital ini. Biasa yang kita dengar ini, tetapi yang lima ini ada yang saya dapati daripada Financial Services Act 2013, tiga adalah bank konvensional yang contoh namanya Boost Holdings Sdn Bhd dan juga konsortium ini bersama dengan RHB Bhd, konsortium GSX Pte.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ltd., Kuok Brothers Sdn Bhd dan ada dua Islamic Financial Act iaitu dua bank Islam iaitu Aeon Financial Services dan juga KAF Investment Bank.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, apakah kelima-lima bank digital ini juga termaktub di dalam apa yang kita bincangkan?
Keempatnya, sejauh manakah dan sepantas mana perundangan. Alhamdulillah kita ada undang-undang tetapi apakah ianya dapat kita perhebatkan, perkasakan lagi? Bagi saya, undang-undang baru tidak mencukupi kalau perundangan, enforcement ini juga tidak diperketatkan. Jadi persoalan saya, saya ingin tahu penguatkuasaan baru yang akan dilaksanakan sejajar dengan perkara yang ada.
Akhirnya, kemungkinan peruntukan baru yang akan diperkenalkan dengan hukuman yang amat berat melebihi apa yang terkandung terhadap perkara ini iaitu saya mencadangkan juga sebagaimana Jelutong supaya institusi kewangan yang tidak memperketatkan dan memperhebatkan sekuriti ataupun keselamatan kepada pemilik-pemilik akaun ini, kita harap ada penguatkuasaan ataupun satu reference untuk memastikan mereka juga memperkuatkan ataupun memperkemaskan lagi security bagi memastikan pemilik kewangan selamat dalam menyimpan wang mereka.
Jadi dengan itu Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Ampang dengan ini menyokong Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana izinkan saya terlibat dalam perbahasan pindaan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024.
Bagi saya menyambut baik usaha kerajaan dalam membina satu kerangka perundangan yang menyeluruh, yang telah pun kita laksanakan Akta Keselamatan Siber, pindaan Kanun Keseksaan, pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi yang bakal dibentangkan. Tambahan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk memartabatkan National Scam Response Centre (NSRC) dan kesemua dasar dan pindaan ini adalah bertujuan untuk membanteras fraud kewangan dalam talian ataupun jenayah komersial siber di dalam negara kita.
Kita sedar bahawa aktiviti mule account ini agak sukar ditangani kerana ia bukan melalui akaun sendiri tetapi melalui penggunaan akaun milik individu lain bagi mengeluarkan wang hasil penipuan. Jadi, bagi saya pindaan dalam seksyen 424A dan juga 424C(2) itu adalah sudah tentu tidak perlu disoalkan sebab mereka benar-benar berlaku kesalahan dan mereka adalah sedar dan maklum melakukan kesalahan jenayah komersial online secara intentionally. Namun, saya ingin memohon penjelasan daripada Menteri untuk melihat seksyen 424B yang memperuntukkan bahawanya mana-mana individu yang memberikan,
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
membenarkan atau menjual instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan untuk digunakan oleh individu lain. Persoalannya di sini adalah, apakah tafsiran memberikan, membenarkan? Sebab saya lihat keadaan berlaku di lapangan, mangsa-mangsa scammer ini ada dua senario. Yang pertamanya adalah individual yang sedar dan maklum, dia buat secara intentionally dengan ganjaran bayaran yang agak lumayan ataupun secara bulanan diberikan bayaran dan ganjaran kepada mereka yang sewakan akaun kepada scammer. Itu pertama.
Yang keduanya yang saya bimbang adalah individual itu tidak sedar dan tidak maklum dan mereka hanya maklum apabila dikejar dan dipanggil oleh pihak berkuasa PDRM.
Dalam konteks ini, mereka adalah menjadi mangsa penggodaman, hacking ataupun remote hacking yang boleh dilakukan tanpa disedari oleh mangsa tersebut. Adakah kecuaian atau kelalaian mangsa dalam menjaga data peribadi diri itu akan memenuhi definisi tafsiran kebenaran yang disebutkan dalam seksyen 424B itu.
Contohnya apabila seseorang individual tertekan butang dalam satu aplikasi atau popup massage atau dalam sebarang pembelian atas talian, dikemukakan butiran peribadi, maklumat bank dan sebagainya dan akhirnya penggodam-penggodam dapat menggunakan akaun individu itu bagi tujuan jenayah komersial secara online.
Saya ingin kongsi kan kebimbangan saya sebab saya lihat kedudukan negara kita dalam keselamatan siber ini. Kita lihat dalam angka-angka yang sedia ada, negara kita banyak mengalami insiden serangan siber paling ketara di dalam rantau Asia Pasifik dengan kira-kira satu per empat syarikat tempatan pernah mengalami sedemikian. Turut saya juga bimbang apabila melihat kepada laporan Gogolook 2023, sebanyak 73 peratus ataupun 21 juta nombor telefon bimbit yang dikatakan telah mengalami kebocoran maklumat sulit utama dan rata-ratanya kata laluan, log masuk dan nama itu telah pun terbocor dan tersebar di dalam pasaran black market.
Saya setuju sangat-sangat untuk mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang maklum dan kerja ini secara intentionally. Tetapi apakah jaminan kerajaan kepada mangsa-mangsa ini yang mereka tidak sedar dan digunakan oleh penggodam atas sebab hacker, atas sebab remote hacking yang menyebabkan maklumat mereka tersebar di dalam black market. Perkara ini amat membimbangkan saya sebab dalam perkara ini ada tiga pihak yang kita kena carikan tanggungjawab. Pertamanya, sudah tentu adalah dalang di sebalik segala scammer-scammer, kerja-kerja scammer ini. Yang keduanya adalah mule account yang mereka mungkin secara intentional ataupun unintentional membenarkan akaun mereka untuk menjalankan transaksi tersebut dan ketiga, sudah tentu adalah institusi kewangan yang perlu juga kita memberikan tanggungjawab atas segala kesalahan yang berlaku, berleluasa kebelakangan ini.
Akhir kata, apabila kita menuju ke arah menetapkan kerangka perundangan yang lebih ketat dalam membanteras fraud kewangan dalam talian, namun persoalan saya adalah adakah siber sekuriti framework negara kita dalam tahap ketersediaan yang mantap bagi
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
mengatasi masalah penggodaman atau remote hacking yang sekarang telah menjadi ugutan besar yang tengah kita hadapi tiap-tiap hari. Sekian saja, saya ingin menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya menyerulah kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang terlibat dengan jenayah scammer ini ataupun keldai dadah, keldai scammer ini supaya agar bertaubat dan jangan biarkan diri anda dijadikan keldai, scammer. Hendaklah kita ingat bahawa wang yang kita ambil yang bukan hak kita itu ibarat kita merompak secara talian. Walaupun mungkin ada di kalangan kita secara tidak sedar tetapi ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, setiap daging yang tumbuh daripada makanan ataupun wang ataupun daripada makanan yang haram, maka nerakalah baginya. Besar akibatnya.
Saya menyokong rang undang-undang yang sangat penting ini dalam usaha kita memerangi jenayah scammer yang semakin berleluasa dalam negara. Masalah scammer ini menggunakan pelbagai taktik yang licik untuk menipu mangsa termasuk melalui panggilan telefon, mesej, text, e-mel, melalui media sosial. Jadi, mereka menyamar dengan pelbagai bentuk sama ada individu atau organisasi atau pun agensi untuk memperdayakan mangsa dan menyerahkan wang ataupun maklumat peribadi. Ini adalah satu perkara yang sangat membimbangkan kita.
Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana pindaan undang-undang ini dijamin berkesan untuk menangani segala isu jenayah scammer ini?
Apakah kelemahan yang telah dikenal pasti sebelum ini untuk mengekang jenayah scammer ini selain daripada kelemahan undang-undang yang sedang kita pinda sekarang ini? Sejauh mana secara perbandingan kalau kita lihat dari sudut sekuriti siber negara kita berbanding dengan negara lain dari sudut jenayah ini berlaku. Saya ingin statistik bagaimana jenayah ini berlaku juga dalam negara lain?
Apakah program kawalan yang kita buat selain daripada kesedaran undang-undang ialah kawalan dari segi teknologi untuk memastikan tidak ramai lagi yang akan terus menjadi mangsa. Begitu juga saya mengharapkan supaya program kesedaran kepada masyarakat dipertingkatkan supaya tidak ramai lagi yang terus menjadi mangsa.
Saya ingin penjelasan sejauh manakah definisi instrumen pembayaran dan akaun bank untuk kita jelaskan lagi supaya perkara-perkara ini tidak disalah fahami. Begitu juga, adakah cadangan untuk tingkatkan lagi hukuman yang ada untuk memastikan supaya menjadi satu kegerunan ataupun satu hal kekangan kepada penjenayah ini. Di sini kita dapati tiada peruntukan untuk perlindungan saksi.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, saya mencadangkan supaya dimasukkan peruntukan untuk perlindungan identiti, keselamatan fizikal dan bantuan kewangan supaya saksi ini dapat dilindungi. Begitu juga saya menyarankan supaya institusi kewangan juga untuk meningkatkan langkah keselamatan untuk menjaga keselamatan pelanggan-pelanggan mereka. Jadi, kita tidak mahu mereka hanya berlepas tangan, sedangkan pelanggan mereka kehilangan berjuta ringgit.
Jadi, saya mengharapkan supaya pindaan yang penting ini tidak memberi kesan negatif kepada individu yang tidak bersalah dan kerajaan perlu menyediakan sumber daya yang mencukupi kepada agensi penguat kuasa undang-undang dan juga kerajaan perlu meningkatkan kesedaran awam tentang jenayah scammer ini. Sekian dulu Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya sokong pindaan ini.
Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang hukuman kesalahan baharu. Mengapa tempoh penjara dan amaun denda dalam empat seksyen ini berbeza?
Pandangan saya ialah kerugian kepada mangsa yang tertipu adalah sama, wang simpanan hidup hayat telah dicuri dan mangsa akan mengalami kesusahan yang rumit. Kesalahan individu yang membenarkan akaunnya digunakan oleh scammer dengan niat atau pengetahuan scammer akan menipu mangsa adalah sama berat dengan penipu dan harus dijatuhkan hukuman yang sama berat. Pada saya ini adalah joint and several liability. Perkara yang kedua ialah penjual data peribadi. Berapa penjual atau pencuri data peribadi telah didakwa dan disabit? Apakah pemindaan dari segi undang-undang yang perlu dibuat untuk menangani isu ini?
Perkara yang ketiga ialah tanggungjawab dan peranan bank dan institusi kewangan.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong bahawa tanggungjawab dan peranan bank dan institusi kewangan perlu diambil kira dalam Internet scam. Mereka perlu memastikan bahawa wang pelanggan dalam akaun dalam bank adalah selamat dan IT sistem mereka dapat memberikan perlindungan daripada penipuan scammer. Bank tidak boleh lepas tanggungjawab dan cuci tangan bila scam berlaku kerana wang pelanggan di bawah jagaan bank dikeluarkan daripada akaun bank kepada scammer. Bank ada obligasi dengan izin the bank owes a duty of care to the customer to keep the money in the bank safe and secured. Pelanggan tidak minta bank meminda daripada sistem tradisi menggunakan cek dan bayaran tunai melalui kaunter kepada sistem atas talian. Bank yang memaksa pelanggan menggunakan Internet banking. Oleh yang demikian, mereka mengadakan tanggungjawab untuk memastikan sistem IT mereka selamat daripada penipuan scammer.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Sistem yang diadakan perlu juga ditambahbaikkan dengan mengikut dengan izin best available technology, ini bermakna bank ada obligasi untuk penambahbaikan sistem dan meningkatkan perlindungan seluruh masa, it is a continuous obligation to upgrade the system against fraud. Pada ketika masa ini, ada bank dan syarikat kredit kad yang meminta verifikasi melalui telefon di mana pelanggan diminta memberikan maklumat peribadi kepada pegawai secara authentication masih diteruskan walaupun sudah diketahui bahawa scammer menggunakan cara ini untuk melakukan penipuan.
Oleh yang demikian, bank dan syarikat kredit kad adalah cuai dan perlu membayar pampasan kepada mangsa bila meneruskan cara verifikasi secara ini. Saya cadang pindaan undang-undang atau peraturan diadakan untuk memastikan bank dan institusi kewangan memikul beban dan tanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mangsa bila sistem tidak mengikut piawaian dan dengan izin tidak ikut international standard dan best practices to prevent Internet scam. Bank ada kemampuan untuk sistem sekuriti dan teknologi untuk mengelakkan penipuan atas talian seperti Multi-Factor Authentication Encryption, advanced security features to prevent scammer to gain unauthorized access to customer account. Undang- undang dan peraturan perlu didakan untuk diwajibkan pemantauan akaun-akaun untuk dengan izin suspicious activity or transaction of scammer mule behavior. Kalau ada bank-bank yang tidak mampu memastikan sistem IT mereka selamat, mereka tidak layak untuk melakukan banking business dengan IT dan Bank Negara Malaysia harus berhentikan IT banking mereka. It is the duty of the bank to ensured that their customer money in their custody is safe. If they cannot ensure this, they have no business to be in the banking business. Sekian, terima kasih, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Selayang, saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Akta Kanun Keseksaan
(Pindaan) 2024 iaitu untuk memasukkan empat seksyen baharu ke akta induk Akta 574 Kanun Keseksaan.
Pindaan ini bagi saya tepat pada masanya, ada keperluan dan wajar disokong oleh semua yang ada. Saya dengar rakan-rakan yang bahas tadi, rata-rata menyokong sebab ada kelompangan dari segi perundangan, ada lacuna yang perlu diisi supaya sistem kita dilengkapi dari segi substantive sebab Kanun Keseksaan ini berkenaan dengan substantive law. Selepas ini kiat akan bahaskan CPC procedural law untuk menangani untuk kita memerangi scammer yang ada.
Cuma saya ada beberapa perkara yang berkaitan dikatakan bahawa akaun keldai ataupun amaun akaun tersebut. Ya, kita tahu, pemegang akaun itu individu yang mudah dikesan, dijejaki. Akan tetapi, bagaimana dengan mastermind ataupun mereka yang menjadi
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
dalang utama di sebalik akaun tersebut tetapi yang mengawal keseluruhan transaksi yang tak betul tersebut.
Saya nampak ada keperluan, sebab apa? Ikut data lebih RM800 juta kehilangan pada tahun 2022, melonjak kepada RM1.2 bilion pada tahun lepas dan setakat enam bulan telah hampir RM600 juta. Memang ada keperluan. Cuma saya hendak tanya, perkara pertama, saya nampak dengan adanya empat klausa baharu ini di bawah Kanun Keseksaan, apakah ia mewujudkan strict liability offences. Liabiliti kalau untuk siapa yang terlibat dengan undang- undang, yang mana kesalahan itu hanya perlu dibuktikan ada actus reus tanpa pembuktian mens rea.
Saya hendak mohon ya jawapan daripada Yang Berhormat Menteri menggulung nanti. Adakah ini merupakan strict liability offences yang baharu, itu yang pertama. Yang saya rasa perlu dimaklumkan kepada semua rakyat Malaysia.
Saya hendak berikan satu contoh, empat orang A, B, C, D. A adalah pemegang akaun, B adalah dalang ataupun mastermind, C adalah konco ataupun runner ataupun ejen kepada B. B itu mastermind dalang, C ini kerja untuk B, D adalah mangsa ataupun pihak ketiga yang memasukkan wang ke dalam akaun A sebab A adalah pemegang akaun yang dikatakan mule akaun tadi, yang dalam subjek ini. Ikut undang-undang ini, apa yang terjadi adalah, kita boleh trace akaun A, A akan sangkut. Macam mana dengan B? A tidak pernah berhubung dengan B, A hanya berhubung dengan C, C yang melakukan pelbagai muslihat untuk A menyerahkan kontrol terhadap akaunnya. A mungkin kenal C mungkin setakat kenal, kenal nama samaran sahaja, mungkin kenal dan boleh kita jejaki. Bagaimana dengan B?
Saya nampak pindaan ini tidak memberikan suatu kapasiti, satu platform untuk kita menjejaki dalang sebenar. Ketua-ketua ataupun mastermind kepada sindiket yang mendalangi semua aktiviti jahat, scammer ini tetapi mereka yang biasanya dapat untung.
Saya berikan contoh, kes yang pernah datang kepada saya beberapa tahun dahulu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Seorang wanita mengeluarkan RM70,000 secara tunai di kaunter bank. Dia serahkan kepada ejen tadi, runner C tadi. Tapi, dia pun tak dapat nak trace C selepas itu. Apabila polis menerima laporan daripada D― D itu mangsalah. Dia masukkan duit. Jadi, macam mana kita nak kenakan ataupun untuk kesan dan ambil tindakan untuk memerangi B? B itu mastermind, dalang. Saya tak nampak ada satu rangkaian yang membolehkan kita benar-benar menjejaki pihak yang wajar diperangi habis-habisan. Tetapi, yang jual akaun― betullah jual akaun, saya tahu. Dia keluarkan RM70,000. Dia dapat RM500 saja. RM69,500 diambil secara tunai.
Sindiket ini pandai. Dia tak mahu tinggalkan apa-apa transaksi rekod atas nama sendiri supaya pihak berkuasa, polis dan sebagainya gagal menjejaki mereka.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak JPM, pihak Menteri. Sekiranya perlu, mungkin kita kena buat pindaan susulan selepas ini untuk kita membolehkan dari segi substantif dia, macam mana kita nak mengaitkan orang yang pegang akaun, mule account itu, ada pengaruh ataupun control, kawalan daripada dalang yang sebenar. Saya rasa itu yang paling mustahak. Sebab, kalau dalang itu kita biarkan dia terus berleluasa, apa yang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
terjadi adalah scam ini akan berterusan dan akan ada akaun yang seterusnya yang jadi mangsa. Itu yang saya rasa kita kena tangani.
Terakhir, Dato' Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa. Berkenaan dengan dua seksyen yang A itu, yang tadi. Seksyen 424A itu, penalti yang dikenakan adalah kurang berbanding dengan seksyen 424B. Bagi saya, B itu lebih berat. Sebab, B itu yang apa kata orang― tak. B yang dikenakan penalti lebih berat. A itu yang sepatutnya. A itu mungkin dalang. A itu yang kawal B. B itu jual saja. Jual ini ada yang mungkin dia― tadi ada sebut OKU kah, ada yang kurang― dia khilaf kah. Mereka yang mungkin kurang level pengetahuan dia. Dia pun mangsa sebenarnya.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti berkenaan dengan isu yang dibangkitkan. Memang, secara keseluruhan, saya menyambut baik. Saya anggap ini sebagai satu langkah ke hadapan yang wajar dan amat diperlukan dan amat dialu-alukan pada ketika ini.
Saya memohon menyokong, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Pembahas yang terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas ruang dan peluang untuk Padang Rengas turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 pada hari ini.
Dato’ Yang di-Pertua, isu mangsa penipuan akaun keldai adalah satu ancaman yang semakin meningkat dalam era digital ini. Penjenayah menggunakan pelbagai taktik untuk menipu individu dengan cara mendapatkan maklumat perbankan mereka atau akses ke akaun mereka.
Dalam situasi ini, penipu menggalakkan mangsa untuk memberikan butiran peribadi atau akaun mereka sering kali dengan berpura-pura sebagai entiti yang dipercayai seperti bank atau institusi kewangan lain. Kesannya, mangsa boleh kehilangan wang mereka atau didatangi dengan komplikasi kewangan yang serius.
Oleh yang demikian, apabila seseorang individu jatuh kepada penipuan ini, langkah- langkah remedi segera menjadi perkara yang amat penting untuk mengurangkan kerugian dan memulihkan keselamatan kewangan mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, jadi persoalan saya, adakah bentuk remedi yang ditawarkan kepada mangsa penipuan akaun keldai selain meminta bank untuk menyahaktif akaun buat sementara waktu? Kedua, sejauh manakah penggunaan ciri kill switch, dengan izin, turut diguna pakai sebagai langkah intervensi segera untuk menyekat pergerakan wang mangsa menerusi akaun keldai yang digunakan, selain usaha untuk mempercepat proses pemulangan wang kepada mangsa terbabit?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, pada pengamatan saya, kerjasama antara Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan adalah kritikal dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penipuan akaun keldai serta memudahkan proses pelaporan.
Kolaborasi ini bukan sahaja penting untuk memperkenalkan kaedah-kaedah baharu dalam pencegahan penipuan tetapi juga untuk memastikan terdapat saluran pelaporan yang berkesan dan mudah diakses.
Dengan memperkuatkan sinergi antara Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan, masyarakat dapat diberi latihan dan sumber maklumat yang diperlukan untuk mengenali pertunjuk penipuan serta dibimbing dalam proses melaporkan kejadian secara tepat dan segera. Ini tidak hanya meningkatkan perlindungan terhadap pengguna tetapi juga membina persekitaran di mana kesedaran dan tindakan proaktif dapat menangani ancaman penipuan dengan lebih efektif.
Dato’ Yang di-Pertua, persoalan saya. Satu, sejauh manakah usaha kolaborasi dengan Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk memudah cara kaedah dari segi pelaporan supaya lebih ramai mangsa tampil untuk membuat aduan segera? Ini kerana segelintir mangsa mungkin tidak sedar akaun bank mereka digunakan oleh pihak ketiga, bahkan tidak memperoleh apa-apa manfaat atas kerugian yang ditanggung oleh pengadu.
Kedua, pada masa yang sama, bagaimanakah kerajaan memastikan kebertanggungjawaban setiap institusi perbankan supaya lebih cakna terhadap aktiviti pemindahan wang daripada individu ke dalam akaun syarikat yang dipercayai keldai akaun bagi menjenayah pelaburan tidak wujud termasuk proses pelaksanaan verifikasi yang lebih ketat terhadap syarikat terbabit sebelum akaun bank dibuka?
Dato’ Yang di-Pertua, kesimpulannya, perkara yang saya ajukan ini adalah amat penting kerana ia menekankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh mangsa dan pihak yang terlibat untuk menguruskan kes-kes penipuan akaun keldai dengan lebih berkesan. Ini tidak hanya melibatkan aspek pemulihan kewangan tetapi juga aspek pencegahan dan perlindungan bagi mangsa pada masa akan datang.
Padang Rengas menyokong pindaan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Padang Rengas. Terdapat seramai 21 orang pembahas telah membahas rang undang-undang pindaan ini.
Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya ada satu kemusykilan dan saya menjemput Yang Berhormat Jelutong pohon bagi pendapat ya. Pertama, kalau kita lihat di bawah Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969, a registrable offence. Saya ingin mengetahui, apa pendapat Yang Berhormat Jelutong, dengan izin, whether kesalahan-kesalahan ini perlu kita letakkan di bawah the Register Act? Kalau kita lihat di mahkamah, hakim ada discretion. Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah. Kesalahan macam mana pun, dia boleh melepaskan. Just question and a bond for certain number of years, dengan izin. Jika itu pun didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak Diingini, what is your opinion, apa pendapat Yang Berhormat sebagai peguam yang banyak handled kes jenayah?
Kita tak hendak jadi undang-undang, kena punish, lepas itu doing the same thing. Apa pendapat Yang Berhormat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Dr. Tan Sri Timbalan Speaker. Saya terharu kerana dipanggil untuk memberi pendapat.
Saya setuju, kalaulah peruntukan itu digunakan dan ada pihak-pihak mungkin disabitkan di bawah undang-undang ini disenaraihitamkan. Ada kegunaannya di mana ia boleh digunakan sebagai rujukan, umpamanya oleh pihak bank, di mana sebelum seseorang itu memohon dan dibenarkan untuk membuka akaun, pihak bank juga boleh, selain daripada merujuk kepada CTOS umpamanya, boleh merujuk juga kepada pendaftaran jenayah.
Kalaulah seseorang individu itu dikatakan pernah terlibat dalam kes-kes seperti penipuan, kes-kes CBT, pecah amanah dan sebagainya, mungkin pada hemat saya pihak bank boleh menolak permohonan individu itu untuk membenarkan permohonannya untuk membuka akaun.
Dr. Tan Sri Timbalan Speaker, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, kalau kita daftarkan kesalahan-kesalahan di bawah 424A, 424B, 424C ini sebagai registrable offence. Do you agree?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Sepatutnya kalau- sepatutnya boleh didaftarkan. Ia boleh didaftarkan dan memandangkan ini adalah undang- undang baru, mungkin perkara itu boleh kita tambah baik dan sekiranya berlaku apa-apa kesalahan pada masa yang akan datang, di mana seseorang itu didapati bersalah di bawah peruntukan-peruntukan baru ini, maka saya percaya ia boleh digunakan sebagai rujukan oleh institusi kewangan atau bank, Timbalan Speaker.
Sebelum seseorang individu itu, seperti yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat daripada Selayang. Pihak bank mempunyai banyak kemudahan, fasiliti, komputer, maklumat teknologi dan sebagainya. Kalau mereka tidak dipertanggungjawabkan untuk melakukan langkah-langkah ataupun tindakan-tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk memastikan individu yang memohon untuk membuka akaun itu mempunyai latar belakang yang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maka, saya percaya rujukan ini seperti yang disarankan oleh Dr. Tan Sri Timbalan Speaker, boleh diambil kira. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bukan apa Yang Berhormat Menteri, because I have been dalam mahkamah sesyen court dengan magistrate court as a prosecutor. Bila nak jatuh hukum, hakim atau majistret akan tengok kesalahan lalu.
Even 294 CPC yang hakim lepas pun we are under bond, is still recorded as a registered offence. Ini maybe Yang Berhormat boleh jawablah ya. Baik, ini pendapat saja ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, berikutannya saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 21 orang atas persoalan Yang Berhormat-Yang Berhormat berkenaan, fifteen minutes. Silakan Yang Berhormat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua 21 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024. Segala cadangan dan pandangan Ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Dato’ Yang di-Pertua, pelbagai kes penipuan atau jenayah atas talian yang direkodkan di Malaysia seperti jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, jenayah love scam, jenayah e-dagangan, pinjaman tidak wujud serta pelaburan tidak wujud. Jumlah kes- kes tersebut yang direkodkan di Malaysia sejak tahun 2022 hingga kini adalah berjumlah 74,464 kes. Jumlah kerugian yang telah direkodkan dari kes-kes penipuan ini dalam tempoh tersebut adalah berjumlah RM2.65 bilion.
Berdasarkan statistik penipuan jenayah dalam talian keseluruhan, terdapat kenaikan kes sebanyak 35.39 peratus dari tahun 2022 iaitu sebanyak 25,479 kes kepada 34,495 kes bagi tahun 2023. Manakala bagi tahun 2024 Januari hingga 15 Jun ini, kes adalah sebanyak 14,490. Bagi jumlah kerugian mangsa pula, juga dilihat terdapat peningkatan secara keseluruhannya jenayah dalam talian iaitu sebanyak 43.20 peratus. Bagi tahun 2022 iaitu sebanyak RM851,121,636.62 kepada RM1,218,839,783.59 bilion bagi tahun 2023. Manakala kerugian bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM581,359,978.13.
Yang Berhormat Kepong membangkitkan perkara bahawa cadangan pindaan ini tidak menghukum dalang ataupun, dengan izin, mastermind di sebalik jenayah penipuan dalam talian. Dalam menjawab persoalan ini, mastermind boleh dikenakan di bawah peruntukan baru ini memandangkan pemakaian seksyen 424B dan 424C adalah juga terhadap mana-mana pihak yang secara tidak langsung terlibat dalam kerugian ini. Maka, mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan-peruntukan ini.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa membangkitkan dua persoalan, bagaimana mangsa-mangsa yang melibatkan ratusan kerugian? Bagaimana kerajaan memberi jaminan untuk pulang semula wang mereka sama ada secara insurans atau kaedah yang memastikan melegakan kewangan mereka? Dan soalan kedua ini juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, Jelutong ada tak dalam Dewan? Sit down, sit down.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sentiasa ada.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya jawab dulu. Susah la, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dulu kini dan selamanya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Cakap nama saja, dia bangun. Ini peraturan apa ini? Bagaimana perlindungan penggunaan kad atau instrumen kewangan oleh
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
ahli keluarga sendiri seperti isteri dan anak? Namun bagi persoalan pertama, mengikut peraturan yang sedia ada, pihak bank tidak boleh meletakkan tanggungjawab atas sebarang kerugian daripada penipuan perbankan atas talian ke atas pelanggan, kecuali pihak bank mempunyai bukti kukuh yang jelas menunjukkan bahawa pelanggan tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi butiran keselamatan peribadi pada setiap masa.
Sitaan wang yang akan dicadangkan di dalam pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah melalui Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang akan dibahaskan sebentar lagi, akan membenarkan PDRM untuk menghalang wang mangsa scammers daripada dikeluarkan atau digunakan dan ini akan memudahkan pihak PDRM untuk melakukan, dengan izin, money tracing bagi mengenal pasti wang yang telah disalurkan oleh mangsa. Secara tidak langsung, ianya akan membuka ruang untuk pemulangan wang-wang ini kepada mangsa penipuan dalam talian.
Nombor dua. Bagi untuk soalan kedua pula, berdasarkan cadangan pindaan di bawah rang undang-undang ini, ianya akan menjadi kesalahan sekiranya seorang itu memiliki instrumen pembayaran orang lain ataupun memberi milikan instrumen tersebut kepada orang lain tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah.
Jadi, sekiranya dalam siasatan, seseorang itu dapat membuktikan bahawa peminjaman atau pemberian instrumen pembayaran itu adalah dengan tujuan yang sah, maka tidak akan berlaku sebarang pendakwaan. Yang Berhormat Jelutong, ada juga? Ada, okey. Ada kemukakan dua lagi soalan, beliau bertanya nombor satu, keperluan untuk mempertanggungjawabkan institusi kewangan melalui transaksi yang besar, yang telah membuat pemeriksaan terhadap pemilik akaun.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Nombor dua, berkenaan dengan jaminan wang penipuan dikembalikan, telah dijawab dalam jawapan saya kepada persoalan sebelum ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia telah mengemas kini polisi electronic know your customer (e-KYC) pada April 2024 untuk memastikan proses pendaftaran pelanggan lebih selamat dan mengelakkan pembukaan akaun serta meningkatkan keselamatan teknologi biometrik yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan dan pengubahan wang haram.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Sejak Jun 2023, semua bank utama juga telah melaksanakan langkah-langkah berikut:
(i) memastikan setiap transaksi perbankan mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan transaksi pelanggan dan memberi notifikasi transaksi kepada pelanggan;
(ii) memperkukuh peraturan pengesanan penipuan untuk mengenal pasti transaksi yang mencurigakan termasuk yang mungkin menunjukkan aktiviti akaun keldai;
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
(iii) mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti iaitu device untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian untuk mencegah penyalahgunaan akaun oleh pihak ketiga;
(iv) mempercepatkan peralihan daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja, one-time password (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pengesahan yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun pemindahan dana dan pembayaran serta pertukaran maklumat peribadi dan penetapan akaun (account settings); dan
(v) menyediakan talian hotline khusus bagi mangsa untuk melaporkan kes penipuan dalam talian.
Selain itu, Bank Negara Malaysia telah menguatkuasakan mekanisme kill switch yang membolehkan pengguna membekukan akaun mereka sendiri sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan termasuk jika mereka mendapati yang akaun mereka mungkin diakses atau diguna tanpa kebenaran.
Ya, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Menteri di atas penerangan yang agak mendalam dan merangkumi semua perkara yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan saya. Ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Selayang dan beberapa Yang Berhormat lain yang bersetuju bahawa pihak bank atau institusi kewangan juga dipertanggungjawabkan.
Jadi, persoalan saya dengan ringkasnya adalah bolehkah kita menggunakan undang-undang yang sedang dibincangkan, dibahaskan ini untuk turut mempertanggungjawabkan pihak bank atau institusi kewangan sekiranya kita mendapati bahawa mereka tidak mematuhi; nombor satu, perkara-perkara yang sepatutnya dipatuhi apabila akaun itu dibuka, atau nombor dua, mereka membenarkan transaksi-transaksi yang mencurigakan.
Umpamanya, memindahkan RM100,000 daripada satu akaun walaupun pada asalnya pemohon hanya menyatakan akaun itu dibuka bagi tujuan mungkin menyimpan wang simpanan atau pun menggunakan akaun itu untuk tujuan-tujuan membayar hutang peribadi.
Sekiranya permohonan itu adalah untuk perkara lain dan tiba-tiba wang itu dimasukkan dan dikeluarkan dalam masa dua, tiga hari dan kita mendapati pihak bank tidak mematuhi syarat- syarat tertentu dan membenarkan transaksi tersebut.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, pemindahan yang dibuat dicadangkan sekarang akan menyenangkan kepada pihak-pihak yang diperdayakan. Tetapi untuk banker, dia perlu mengubah akta-akta yang tertentu. Tetapi seperti Yang Berhormat tahu, dalam kes-kes jenayah, dia ada actus reus and mens rea. Kalau mens rea tertentu, spesifik adalah menyalahgunakan atau memperdayakan, saya berpendapat, ya, tindakan boleh diambil terhadap bank. Itu perlu dibuktikan. So, it’s a very higher standard. Itu adalah pandangan saya.
Yang Berhormat Jerlun...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan? Tentang higher standard ataupun ada tanggungjawab untuk memastikan wang penyimpan itu tidak disalurkan keluar dengan sistem ataupun safe guard yang mencukupi.
Tadi yang saya bagi satu contoh di mana kalau dalam satu minit, ada 10 transaksi.
Setiap transaksinya jumlah besar, jauh melebihi had maksimum account holder itu yang boleh bertransaksi maksimum dalam satu hari. Katakan kalau maksimumnya RM10,000 sehari, tiba-tiba kita dapati ada transaksi dalam satu minit. 10 transaksi, satu transaksi RM30,000.
Jumlahnya RM300,000 dalam satu minit. Dalam keadaan itu, siapa yang mesti bertanggungjawab?
Bagi saya, bank sudah menyatakan had maksimumnya RM10,000. Kalau satu-satu transaksi melebihi RM10,000, bank mesti berhentikan transaksi tersebut. Jadi, kalau-kalau keadaan ini, siapa yang bagi pemegang akaun, bank mesti bertanggungjawab untuk melindungi wang dalam akaun tersebut. Bolehkah kerajaan buat satu undang-undang menjelaskan dalam keadaan di mana wang tidak terjaga ini oleh bank, bank mesti membuat— absorb the loss, dengan izin. Bank mesti membayar kerugian itu.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh tambah?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Setuju atau tidak bahawa bank boleh memainkan satu peranan yang lebih berkesan kalau ada peraturan untuk memastikan mereka akan mengikuti best practices, international practices kerana ini adalah masalah sedunia dan ini bukan hanya di Malaysia. Kalau bank mengikut best practices yang sedia ada, ini akan mengurangkan keperluan untuk mengadakan scam.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Selayang.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum itu Menteri, Menteri perlukan berapa banyak masa?
How much time you need?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Another 30 minutes? Banyak ini nak jawab.
Tuan Yang di-Pertua
30 minit tak bolehlah. Can you do it in 10 minutes?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
I will try.
Tuan Yang di-Pertua
10 minutes?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Mungkin dalam 10 minit. Lain itu, saya bagi dalam jawapan...
Tuan Yang di-Pertua
Jawab bertulis ya? Okey. 10 minit dari sekarang.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri, kedua-dua Ahli Parlimen. Saya rasa semua Ahli Parlimen sini pun berasa bahawa yang kita patut salahkan adalah bank kerana mereka nampaknya yang at the first instance, patut mereka mengabaikan dan ini berlarutan. Pada sesi yang dahulu, saya ada jawab perkara yang dibangkitkan seperti ini di mana saya katakan bahawa bank perlu bertanggungjawab dan kebolehan mengambil
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
tindakan. Kita telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara dan pihak PDRM dan sebagainya. That is not the easy step untuk mereka— to be made liable.
Tetapi, seperti saya kata kepada Yang Berhormat Jelutong, jika ada very clear mala fide dan sebagainya, semestinya dengan pemindahan yang sedang dibuat, ia membuka ruang yang sedikit untuk tindakan susulan diambil. Tetapi, ini bukan yang akan settle semua.
Saya percaya bahawa Akta Bank perlu dipinda supaya tanggungjawab dilepas dengan mereka di mana mereka perlu membuat bayaran pampasan dan sebagainya. Seperti yang dikatakan oleh Beruas, kalau ada transaksi 10, 20 dalam satu minit. Macam mana bank tak tahu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya rasa itu adalah satu di antara triggering effect yang saya rasa mungkin kita boleh fikir apa yang nak buat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Mungkin – sekejap. Mungkin apa yang saya boleh cadang. Kita boleh organize satu pertemuan dengan Bank Negara. Saya boleh arrange di Parlimen ini supaya kita berjumpa dengan mereka dan memberitahu kepada mereka bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat adalah masalah saya juga. Dalam kawasan pun kita dapat. Ramai di antara innocent people yang terlibat dalam perkara ini dan di mana kalau betul-betul kita tengok kalau bank mengambil tindakan at the first instance, perkara ini dapat diatasi.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kedua, jika ada kesalahan, ada insurans dan sebagainya – that is run around. We all know that. Run around, selepas itu kita complaint kepada Bank Negara, Biro Bantuan Awam dan sebagainya. Mengambil banyak masa yang tidak habis-habis. If you all agreeable, I will organize with the Bank Negara.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh. Bagus, bagus.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bangi, dia object?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak, tak, tak. Sokong, sokong.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oh, sokong. Oh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tak pernah object.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Menteri, Menteri. Ampang. Sikit sahaja. Saya sangat amat bersetuju kalau kita ambil langkah begitu. Tetapi, saya rasa saya yakin Bank Negara sekarang pun telah ada data tentang apakah jenis-jenis bank yang sebenarnya paling banyak ada perlakuan-perlakuan scammer atau kehilangan kewangan ini yang dipergunakan.
Jadi, dengan data yang ada contohnya bank-bank sama ada digital atau biasa ini, dari sana kita boleh mulakan dah usaha untuk kita pastikan, untuk kita scrutinize mana-mana bank yang agak longgar sekuriti dia untuk diperhebatkan. Itu cadangan saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
YB Menteri, YB Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Minta maaf. I’ll just answer. Selepas itu, Jelutong you can have your whole day. No problem.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Ampang, saya sependapat dengan Yang Berhormatlah. Saya rasa saya yang berdiri di sini, I can give an official answer. Tapi, that is not going to settle the root of the problem. Mungkin, minggu hadapan saya akan mempelawa Bank Negara dan PDRM duduk dengan kita, mungkin semasa lunch time whatever it is. Supaya kita tegaskan kepada mereka bahawa sesuatu yang perlu dibuat.
Pada masa ini, the most important yang kita semua peguam. Kita percaya bahawa pemindaan ini, saya pun tidak tahu bahawa ini tidak ada dalam Penal Code. Saya rasa polis ada kuasa-kuasa selain dari ini to freeze and to disburse the money. Tetapi, ini perlu dipercepatkan. Saya akan usaha untuk memanggil mereka dan mempelawa semua Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk hadir termasuk Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker punya kawasan seluruh Malaysia.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Timbalan Menteri, boleh saya minta satu penjelasan?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Boleh, Beruas. Sekejap. Ini Jelutong. Saya tahu dia marah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, ya. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dia akan membuat aduan terhadap saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
YB Menteri, saya tanya soal ini Tan Sri Speaker kerana saya beri contoh, kalau kita pergi bank esok nak buka akaun, kalau Tan Sri Speaker merupakan seorang ahli politik, begitu banyak soalan yang ditanya.
Kita ditafsirkan sebagai orang risiko berprofil tinggi. Macam-macam soalan, ada lebih kurang lima, enam muka surat kita kena isi. Sampai beranak di mana, pergi darjah mana, sekolah mana, semua kena isi. Berapa bank akaun kita ada, berapa isteri kita ada, semua kena isi.
Jadi, kalau pihak bank nak semua maklumat itu, kita berikan maklumat, mereka juga perlu dipertanggungjawabkan. Bukan dapat lesen, buka akaun, buka bank, dapat duit, bila wang itu lesap, menyalahkan orang lain. Tak boleh. Sejak 1MDB berlaku, nak buka akaun, nak hantar duit kepada anak di luar negara untuk belajar, punya banyak soalan mereka tanya.
Universiti mana? Bila exam? Bila duduk peperiksaan? Semua maklumat mereka tanya. Jadi, sebab itu saya katakan*, the banks must be made responsible.
[Tepuk]* Mereka perlu dipertanggungjawabkan. Apabila mereka kita berikan semua maklumat ini, mereka juga perlu mengambil tanggungjawab bila berlaku apa-apa kehilangan dalam akaun itu, mereka juga perlu dipertanggungjawabkan dan undang-undang ini digunakan ke atas mereka. Kalau mangsa itu adalah mangsa, seorang pesara yang hilang duit, dia pergi Maybank, Maybank must pay back the money to the retiree. Thank you.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya setuju 100 peratus Yang di-Pertua.
Minggu hadapan bila kita buat perbincangan, tengok macam mana kita mengatasi masalah tersebut.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tan Sri Yang di-Pertua, boleh?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya? Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya lagi satu hal ialah untuk pemegang akaun ini untuk saman bank, amat sukar dan susah untuk dapat bukti dalaman bank. Kita kadang- kadang pun tak tahu macam mana transaksi dalam bank itu berlaku. Jadi sebagai peguam untuk memfailkan saman agak sukar untuk buktikan kadang-kadang. Saya cadangkan masa sekarang ini, ada Ombudsman Financial Services (OFS) yang kadang-kadang membuat keputusan secara nasihat kepada bank tetapi bank enggan juga untuk membayar.
Saya cadangkan kepada kerajaan, memandangkan Ombudsman Financial Services ini merupakan orang dalam perbankan. Bolehkah kita memberi kuasa kepada mereka seperti tribunal kalau mereka secara preliminary membuat sesuatu keputusan untuk bank membayar, haruslah bank akur kepada arahan itu. Memang itu tidak menidakkan hak pemegang akaun untuk pergi ke mahkamah kalau perlu. Maksud saya, proses ke mahkamah ini susah sangat. Jadi kalau orang OFS ini, saya cadangkan kalau kerajaan boleh memberikan lebih we call peranan yang inverted commerce, compulsive order to the bank to pay. Thank you very much.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Cadangan Yang Berhormat Beruas akan diambil kira dan harap ia dapat menyelesaikan perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Beruas dan lain-lain Yang Berhormat. Saya ingin bagi tahu bahawa sekarang saya dapat satu maklumat bahawa pada 16 Julai iaitu minggu hadapan, Bank Negara akan adakan satu booth di sini. Mungkin kita boleh mempelawa pegawai-pegawai atasan mereka untuk bergaul dengan kita dan tengok macam mana cari jalan untuk menyelesaikan perkara ini. Okey.
Yeah, yang ini they’ve given undertaking. Yang Berhormat, saya setujulah kita semua menghadapi masalah ini. Saya sendiri, Tan Sri pun I’m sure perkara yang sama dan ke semua rasa bank has been very easily– dia macam dia tak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia cuci tangan.
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Because it’s like insulated. Dia tak boleh reach to them. Bila kita nak jumpa mereka, kita perlu tulis surat, buat aduan, not easy. Untuk Ahli Parlimen pun susah, macam mana orang biasa? Orang biasa mari jumpa sama kita. Jadi, 16 Julai 100 percent kita semua pergi. Okey? Okey tak? Bangi object?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh. Saya sokong.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, mereka datang bukan untuk bergaul dengan kita.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Mereka datang untuk berjumpa dengan kita.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Urusan rasmi, urusan rasmi.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Silakan, teruskan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Satu sahaja. Selepas itu, semua yang lain itu saya akan bagi sebagai jawapan bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Landing please, landing. Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Jerlun membangkitkan beberapa perkara. Adakah terdapat pertindihan akta ini berbanding Akta AMLA? Mengapa denda akta ini rendah dan tidak disamakan dengan Akta AMLA? Tiada pertindihan antara seksyen 424A sehingga seksyen 424C dengan seksyen 18 AMLA kerana seksyen 18 AMLA berkaitan dengan proses pembukaan akaun sedangkan seksyen ini adalah berkaitan dengan penyerahan payment instrument kepada orang ketiga tanpa kuasa yang sah.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, mohon laluan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Apabila disebut Akta AMLA itu, kesalahan dia sehingga RM3 juta kerana membuka akaun. Hat yang Kanun Keseksaan ini bukan setakat buka akaun, dia dah transaksi dan pindah akaun. Jadi kalau yang buka akaun itu RM3 juta dia punya hukuman, tak akan lah jenayah komersial berkaitan dengan transaksi ini RM150,000. Itu yang saya nak tanya itu. Sekian.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Satu perkara yang saya rasa quite serious lah. Yang itu saya setuju bahawa semestinya ada tindakan. Tetapi, nampaknya dengan pemindahan akta ini ia akan merangkumi perkara-perkara tersebut. Dapat menyelesaikan. Biar saya habis ini. Dalam konteks rang undang-undang ini, hukuman yang ditetapkan adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan. Hukuman yang diperuntukkan adalah memadai untuk deterrence factors. Tan Sri Yang di-Pertua, nampaknya ini sahaja saya boleh jawab dengan masa yang diberi. Maka lain-lain perkara yang dibangkit, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat- Yang Berhormat telah berusaha untuk membangkitkan perkara-perkara yang mustahak. Itu semua akan dijawab secara bertulis, satu.
Kedua pada 16 Julai, kita akan berjumpa dengan PDRM dan dengan Bank Negara.
Mungkin pada masa itu kita boleh menyoal dan mendapat jawapan daripada mereka untuk mengatasi kerumitan yang dihadapi dari kawasan dan sebagainya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 dan 2 - Tuan Pengerusi
Besut, nak cakap?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit sahaja Yang di-Pertua.
[Disampuk] Pengerusi. Minta maaf. Cuma saya nak tahu sedikit fasal hukuman ini. Kalau 424A itu hukuman penjara itu sehingga lima tahun enam bulan, kurang — makna tak boleh kurang daripada enam bulan dan 424B tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun.
Jadi persoalan saya, apa justifikasi tentang hukuman dan juga kekerapan?
Adakah 424A ini lebih kerap berlaku ataupun 424B ini yang kerap berlaku? Sebab yang pertama, 424A pemilikan. Pemilikan akaun orang lain, pemilikan instrumen pembayaran orang lain. Tapi 424B hanya pemberian milikan, makna yang memberi milik lebih teruk dia punya hukuman. Yang memiliki hak orang lain lebih kurang hukuman, makna kurang daripada enam bulan, yang itu kurang daripada setahun. Tidak lebih daripada— tidak kurang daripada setahun. Jadi saya nak justifikasi dan juga kekerapan yang berlaku sehingga hukuman yang sebegini. Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Besut. Sebenarnya pada apa itu, libat urus dengan beberapa organisasi dan pandangan mereka dan peguam-peguam, nampaknya ini adalah berpatutan dan perbezaan itu diperlukan kerana satu adalah di mana kerap kali berlaku dan yang kedua, yang lebih kurang itu ialah di mana tidak beberapa konsisten now, selalu berlaku. Itu sebab ini dimulakan dengan pindaan ini.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Pengerusi. Pengerusi.
Pengerusi, saya tak berapa faham tadi. Dia kata kekerapan berlaku, dia kata ada kekerapan berlaku...
Tuan Pengerusi
Itu...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cuma yang saya nak tahu lebih kurang, maknanya banyak yang berlaku kepada yang memberi daripada yang memiliki kah macam mana?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang sebenarnya kedua-duanya pun adalah demikian.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu lah...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tapi yang...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu lah. Jawapan tak ada, susah jadi.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
No, itu sebab ada sebab-sebab tertentu PDRM berpendapat bahawa ini perlu dibezakan sedikit. There is no...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya lah, sepatut memiliki hak orang lain lebih berat hukuman daripada yang memberi milik kepada orang lain.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tapi dari analisa mereka, pengetahuan mereka, nampaknya sebaliknya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebaliknya pula. Tak apa lah.
Tuan Pengerusi
Okey...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih.
[****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sebenarnya saya belum dapat teks lagi.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Dia malam makin larut ini.
[Ketawa] Jadi, pegawai-pegawai tolong ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Criminal Procedure Code, dengan izin Tan Sri. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, make sure Menteri baca yang betul ya.
[Ketawa] . D.R.24/2024. Okey.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
[Ketawa] Bolehlah Yang Berhormat, kalau tanpa pun kita practitioner, we can also boleh juga. Not very difficult.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Not an impossible task.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila proceed, proceed.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang...
Seorang Ahli
Hebat. Hebat.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis — Aik, bukan ini.
[Ketawa]
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Kita tangguhlah dulu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kita tangguh esok saja.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dah keliru dah itu, tangguh, tangguh.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tuan Pengerusi, Tan Sri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dia telah memberi untuk akhir sekali punya, bukan yang permulaan. Tan Sri ini adalah — saya tidak ada, tapi saya jalankan. Tan Sri, ini adalah satu pemindaan yang diperlukan disebabkan kerana akta jenayah keseksaan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Maka berkaitan dengan ini, prosedur-prosedur yang
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
berkaitan adalah diperlukan. Maka, akta ini yang dicadangkan sekarang di — itu seperti — sekarang, saya dapat yang berbeza pula.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya minta Yang Berhormat pembangkang jangan ganggu Timbalan Speakerlah — jangan ganggu Timbalan Menteri. Mereka selalu mengganggu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Duduklah Jelutong.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Besut kacau, Besut kacau.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Besut tak ganggu. Tak ada ganggu pun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Selalu pembangkang tak hadir. Hari ini hadir, mereka ganggu Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Salah sendiri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sama saja kacau orang selalu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kenyataan-kenyataan ini teruk ini.
Tuan Yang di-Pertua
Kita nak balik awal ini. Kita nak balik awal.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak, sebabnya Timbalan Speaker, Timbalan — ini pembangkang selalu kacau Timbalan Menteri. Saya minta mereka jangan mengganggulah. Ia akan memberi kesan konsentrasi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(12), mengelirukan Dewan.
Mengelirukan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya minta pembangkang jangan ganggu Timbalan Menteri. Tolonglah, jangan ganggu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mengelirukan Dewan ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Jelutong suka kacau orang juga.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Besut selalu kacau. Besut.
Tuan Yang di-Pertua
Kantin di luar masih buka lagi. Saya pergi minum dulu.
Duduklah.
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri, seperti yang saya kata, ini adalah suatu akta untuk meminda procedural part of it, meminda Kanun Tatacara Jenayah. Akta ini ada seksyen baharu iaitu 116D dengan izin, saya — saya mohon — no, bukan.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dengan memberi kuasa kepada pihak polis untuk menyita wang-wang yang disimpan di dalam mana-mana institusi kewangan ataupun mana-mana instrumen pembayaran seperti e-wallet sekiranya wang tersebut disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah, dipercayai berkait dengan jenayah pengubahan wang haram, jenayah pembiayaan keganasan ataupun hasil daripada aktiviti haram.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Oleh itu terdapat keperluan untuk memperkenalkan peruntukan baharu ini yang akan memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengeluarkan arahan bertulis kepada institusi- institusi kewangan untuk menyita wang mangsa yang telah disalurkan kepada akaun keldai.
Sitaan wang-wang ini juga akan membenarkan pihak polis untuk menghalang wang mangsa daripada dikeluarkan atau digunakan dan ini akan memudahkan pihak polis untuk melakukan pengenalan aset ataupun dengan izin money tracing bagi mengenal pasti wang yang telah disalurkan oleh mangsa. Ini secara tidak langsung akan membuka ruang untuk pemulangan wang-wang ini kepada mangsa.
Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Cadangan pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] ini meliputi dua skop utama iaitu;
(i) peruntukan kuasa penyitaan kepada pihak polis bagi wang-wang yang disimpan di dalam institusi kewangan dan instrumen pembayaran sekiranya ia disyaki terlibat dengan jenayah; dan
(ii) peruntukan permohonan kepada mahkamah untuk rayuan terhadap perintah penyitaan tersebut sebagai mekanisme dengan izin check and balance.
Cadangan rang undang-undang ini mengandungi tiga fasal yang melibatkan pewujudan satu seksyen baru.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru 116D (1), (2), (3), (4), (5), (6) dan (7) bagi kuasa untuk pihak polis menyita wang yang disyaki terlibat dengan jenayah yang telah disimpan di dalam institusi kewangan.
Subseksyen 116D (1), (2) dan (3) yang dicadangkan bertujuan untuk memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengeluarkan arahan bertulis kepada mana-mana institusi kewangan untuk menyita wang yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah atau arahan melarang apa-apa urusan bagi wang tersebut. Ini juga termasuk memberi arahan berkaitan dengan wang yang disimpan di dalam eWallet. Apa-apa faedah atau pendapatan yang terjana daripada wang yang disita selepas arahan penyitaan ini dibuat akan juga tertakluk kepada arahan penyitaan ini.
Subseksyen 116D(4) bertujuan untuk memperuntukkan hukuman kepada mana- mana institusi kewangan yang gagal untuk mematuhi arahan sitaan atau arahan larangan urusan yang dikeluarkan oleh pihak polis di bawah subseksyen 116D(2).
Subseksyen baru 116D(5) dan (6) bertujuan untuk memperuntukkan permohonan oleh pihak yang dinamakan di dalam arahan bertulis di bawah subseksyen 116D(2) kepada mahkamah sesyen untuk tujuan arahan bertulis tersebut diubah atau dibatalkan. Ini juga dihasratkan sebagai mekanisme dengan izin check and balance terhadap kuasa sitaan yang diberi kepada pihak polis. Subseksyen baru 116D(7) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 116D(2) akan tamat sekiranya tidak
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
ada apa-apa tindakan undang-undang diambil berkenaan dengan harta yang telah disita atau dilarang urusnya.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 953 yang berbangkit daripada kemasukan seksyen-seksyen baru 424A, 424B dan 424C yang dicadangkan di dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]. Cadangan pindaan ini pasti akan memberi impak positif kepada masyarakat umum dan Kerajaan MADANI berharap bahawa usaha ini akan disokong sepenuhnya oleh semua pihak bagi memastikan proses penguatkuasaan dan penyiasatan oleh pihak berkuasa berjalan dengan lancar. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan?
Tuan Yang di-Pertua
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta yang meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya mempunyai senarai panjang.
Saya hendak baca dulu. Lepas itu perbahasan akan berlaku.
Baik. Kita akan mulakan dengan Bangi, lepas itu diikuti dengan Setiu, Jelutong, Sik, Petaling Jaya, Pokok Sena, Bukit Bendera, Bentong, Jerlun, Shah Alam, Selayang, Sabak Bernam dan Kota Melaka.
Oleh sebab sekarang waktu 8.05, Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 11 Julai 2024. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.06 malam]