Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:
(i) Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024; dan
(ii) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ini dengan saya menjemput Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor. Silakan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Tan Sri Speaker.
1. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) dasar dan hala tuju Malaysia susulan hasrat untuk menyertai BRICS; dan
(b) bagaimana penyertaan ini akan membantu perkembangan ekonomi negara khususnya dalam meningkatkan potensi eksport tempatan ke negara BRICS.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ipoh Timor. Sepertimana yang kita tahu, negara Malaysia adalah satu negara perdagangan dan negara perdagangan itu harus membina rangkaian supaya hubungan kita itu dapat membantu rakyat dan juga negara dari sudut pelaburan dan perdagangan.
Maka, selain daripada hubungan dan kerjasama yang dilakukan sekarang yang menampakkan hasil, ada kebijaksanaan untuk kita membuka ruang baru terutama dalam konteks global south, Agenda Selatan Global kerana ini telah menunjukkan kesediaan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
negara-negara untuk bangkit mempertahankan kepentingan kawasan yang tidak hanya terikat kepada satu kekuatan ekonomi. Sebab itu BRICS, seumpamanya telah menunjukkan kesediaan Brazil, Rusia, India, China dan sekarang Afrika Selatan dan beberapa negara baharu, termasuk Emirates atau UAE yang bersama.
Jadi, kita– beberapa negara ASEAN juga telah menunjukkan minat. Malaysia telah juga menjurus ke arah yang sama. Dan ini di samping kita memperkuatkan umpamanya Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang terus akan dijaga, kemudian, Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif (CPTPP) dan Indo-Pasifik yang akan diteruskan kerana ini semua akan memberikan jalur baru atau memperkuatkan jalur yang sedia ada.
Beberapa negara termasuk Thailand dan Indonesia juga telah menghubungi dan memohon penyertaan dalam OECD. Malaysia sedang mengkaji kemungkinan bersama dengan negara-negara jiran untuk juga mengembangkan hubungan kita termasuk dagang dan pelaburan selain daripada yang sedia ada, APEC umpamanya, BRICS dan OECD. Kita percaya rangkaian ini akan memberikan kekuatan baharu kerana KDNK negara anggota BRICS itu sendiri sudah mencecah USD26.6 trilion iaitu 26.2 peratus daripada KDNK dunia.
Maka, kalau kita membuka jalur ini, kita yakin akan memberi manfaat untuk syarikat-syarikat dan ekonomi negara kita.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawasanya dengan tambahan enam ahli pada awal tahun ini, dengan 23-24 lagi yang dah secara formal memasukkan permohonan untuk memasuki BRICS, dengan 40 lebih lagi termasuk Malaysia yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai BRICS.
Barangkalinya, sebab tiba-tibanya tambah besar sangat ini, mungkin ada kemungkinan untuk moratorium untuk kemasukan ahli-ahli baru. Saya mohon tanya pendirian Yang Amat Berhormat serta kerajaan sama ada, ada tak langkah lain atau dalam keadaan di mana mungkin tak boleh nak masuk dalam tempoh yang terdekat ini, apakah mekanisme- mekanisme lain yang sedia ada atau boleh kita terokai untuk betul-betul kita manfaat rangkaian dan jaringan (network) ini tanpa kemasukan ahli penuh ke dalam rangkaian BRICS?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar ada kemungkinan permohonan kita itu mengambil sedikit masa tetapi oleh kerana hubungan kita dengan negara BRICS yang ada sekarang itu sangat baik, maka, ada kemungkinan dia jadi country partner dalam konteks yang segera ataupun yang disebut BRICS, partner country model ataupun new partner country sebelum kita memuktamadkan penyertaan. Tetapi, dari segi perbincangan, baik Kementerian Luar, MITI dan oleh Jemaah Menteri, kita rasa memang ada kebijaksanaan dan keperluan untuk kita bersama dalam kerangka BRICS yang baharu ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang di-Pertua. Sebelum keputusan untuk menyertai BRICS dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Jun 2024 yang lalu, pendirian pihak kerajaan yang dinyatakan dua bulan sebelumnya, 26 Mac 2024 adalah masih tiada niat dan perancangan berkenaan partisipasi di dalam BRICS.
Persoalan saya, apakah faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian ini memandangkan keputusan ini adalah perkara yang besar melibatkan polisi luar negeri Kerajaan Malaysia? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kapar. Sebenarnya dia tidak sangat bercanggah dengan dasar luar kita. Kita mengambil pendekatan sebagai negara yang bebas dan merdeka untuk menjalin hubungan dengan semua pihak. Oleh sebab itu, saya katakan kita akan terus dengan APEC dan juga CTPP yang telah pun dimeterai oleh kerajaan- kerajaan pentadbiran sebelum ini.
Tetapi kita juga lihat kenyataan ataupun economic realities sekarang, di mana kekuatan ekonomi tidak lagi unipolar, bergantung hanya pada satu negara besar Amerika Syarikat tetapi telah muncul beberapa kekuatan-kekuatan baharu termasuk China, India dan lain-lain. Kedua, kita merasakan negara-negara selatan, global, global south ini harus punya mempunyai sikap dan pendirian kerana ini akan membantu dalam rundingan kita.
Umpamanya dalam WTO, dalam isu COP28 dan 29 dan dalam beberapa isu perdagangan.
Harus ada pendirian yang mempertahankan kepentingan negara-negara berkembang dan Malaysia termasuk dalam jaringan itu. Akhirnya ialah kerana kita lihat penyertaan dalam BRICS ini, tidak semestinya menjadi suatu permasalahan kerana negara- negara yang menyertai BRICS ini juga menyertai dan mempunyai hubungan dagang yang baik dengan Eropah, Amerika dan dengan negara-negara lain.
Jadi, ini bagi saya, untuk pengetahuan Yang Berhormat, hanya perkembangan dari masa dan keadaan sekarang nampaknya menuntut kita secara tegas membawa— Menjamin jaringan supaya kepentingan perdagangan kita, yang bagi saya penting sekali ialah perdagangan pelaburan dan ekonomi negara kita.
Mengapa kita harus terikat dengan satu blok. Now, sekarang ini bila dah ada satu perkembangan, ada blok baru yang akan memberikan saingan dan juga bidang kerjasama, kita juga terus menjalin hubungan dengan kedua-dua atau kalau boleh ketiga, keempat dan sebab itu saya katakan bila Indonesia dan Thailand memaklumkan minat dan malah mereka telah bersama memohon untuk OECD, kita pun mengambil sikap dan pendekatan yang sama. Global south, dengan Europe, dengan Amerika. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kita kerana telah memberi penerangan dan
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
penjelasan, terutama sekali dengan dasar dan hala tuju, termasuk juga ekonomi negara kita dalam menyertai BRICS.
Cumanya, memandangkan Yang Amat Berhormat, ramai di luar sana termasuk saya sendiri yang agak khuatir, masih risau akan penyertaan Malaysia ke dalam BRICS, maka, ada beberapa soalan yang ingin saya kemukakan pada Yang Amat Berhormat iaitu sejauh manakah ataupun sedalam manakah atau sebaik manakah pihak kerajaan telah meneliti implikasi penyertaan Malaysia dalam BRICS, ke atas hubungan dan kerjasama negara kita dengan satu, negara-negara anggota BRICS yang terdiri daripada negara-negara yang mempunyai latar belakang ekonomi, politik dan sosial yang agak berbeza?
Bagaimanakah Malaysia boleh memastikan keselarasan dalam matlamat bersama dan begitu juga dengan negara-negara bukan anggota BRICS, khususnya kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Apatah lagi dengan isu de-dollarisation yang akan diketengahkan oleh BRICS? Mohon penjelasan. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Sri Aman. Soalan yang agak baik untuk rakyat memahami ya. Dalam hubungan kita dengan negara-negara yang ada, termasuk barat, termasuk APEC sekarang pun, kita tak setuju dalam semua hal. Malah ada pertentangan, perbezaan besar kita dalam isu Gaza umpamanya, dalam isu negara berkembang, dalam isu persaingan perdagangan dalam WTO.
Tapi, itu tidak menyebabkan kita harus memutuskan hubungan terutama bila keutamaan itu perdagangan. Sama dengan BRICS. BRICS ini walaupun sistem negara, katalah China itu, Rusia itu berbeda, tetapi dalam hubungan dagangan dan kerjasama, mereka merupakan negara-negara yang rapat dengan kita. Tetapi, ada juga negara-negara yang dalam BRICS termasuk Afrika Selatan atau India yang mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dekat dengan kita. Ini juga tidak menghalang hubungan mereka dalam BRICS dengan kita.
Di samping itu, negara-negara seperti UAE, India, Afrika Selatan itu juga ada hubungan yang baik dan hubungan dagang, kerjasama ekonomi dengan umpamanya Eropah, Amerika Syarikat. Negara-negara ini tidak bersama dalam BRICS. Oleh itu, tidak ada sebab mengapa kita dan beberapa rakan negara ASEAN yang sekarang telah memohon untuk bersama BRICS harus merasakan bimbang kerana ketetapan kita bukan mencampuri urusan domestik politik negara masing-masing.
Tetapi menekankan keutamaan perdagangan ekonomi dan memperluaskan jaringan supaya negara dan rakyat terutama pedagang, peniaga, pelabur memperoleh manfaat. Itu sebab yang dikaji dan diteliti. Saya setuju dengan Sri Aman, kita mengambil agak sedikit masa untuk meneliti kemungkinan dan implikasi. Maka, bila kita lihat negara-negara ini juga dalam APEC, juga dalam BRICS, ada dengan OECD, juga dalam BRICS, maka tidak ada sebab mengapa Malaysia harus terkecuali daripada pertimbangan yang sedemikian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita maju ke soalan nombor dua. Saya jemput Datuk Awang bin Hashim, Pendang.
2. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan:
(i) apakah fokus kerajaan dalam usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan, selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028; dan
(ii) pelaksanaan reformasi institusi agar SPRM dapat berfungsi secara adil, telus dan bebas daripada campur tangan pihak eksekutif.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pendang. Soalan yang agak kemas. Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional ini telah diluncurkan dan esok insya-Allah, akan dibentangkan dengan izin Yang di-Pertua kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini adalah satu kesinambungan daripada yang lalu tetapi dimantapkan dengan secara yang lebih spesifik lagi. Apa-apa isu tentang dasar dan strategi pelaksanaan.
Kita lihat umpamanya, masalahnya ialah penguatkuasaan. Sebab itu dalam strategi yang disebut dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional ditekankan umpamanya beberapa teras, lima strategi teras dan ada sub strategi dan juga strategi penguatkuasaan.
Ini termasuk pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat, penguatkuasaan dan insentif untuk dapat membanteras rasuah ini.
Tapi, SPRM juga akan kekalkan mana-mana pemantau, termasuk jawatankuasa yang sedia ada iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen. Setakat ini, tiga dari kerajaan dan dua dari pembangkang. Saya akan pastikan supaya perubahan ini berlaku kerana belum ada perubahan peranan pembangkang kerana pembangkang dulu dah jadi kerajaan dan kerajaan dulu jadi pembangkang. Jadi, kena tukar sikit, dia punya itu.
Baik, kemudian untuk tunjukkan serius kita, SPRM juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pengendalian Sokongan Oleh Anggota Pentadbir Dalam Urusan Kerajaan. Kerana ada permasalahan bila— Katalah saya di Tambun semalam, saya dapat puluhan surat-surat pelbagai hal dan dulu dilarang sama sekali mencatat apa-apa.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tetapi sekarang dalam peraturan dibenarkan, diizinkan untuk memberikan rujukan kepada KSU atau Menteri berkenaan tetapi tidak boleh menyatakan sokongan. Umpamanya kalau ada surat daripada– macam saya kata tadi dari Manjoi. Saya tulis sila beri perhatian, sila teliti, sila pertimbangkan tetapi tidak boleh menyokong. Ini dalam, disebut Garis Panduan Pengendalian Sokongan oleh Anggota Pentadbiran dalam Urusan Kerajaan. Ini untuk mengelakkan salah guna, di mana seorang Menteri atau setiausaha politik atau pun pegawai- pegawai kanan menulis surat dengan mengatakan sokongan, padahal proses harus dipatuhi.
Keduanya ialah tatakelola Syarikat Berkepentingan Kerajaan dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan SBK dan CLBG. Ini kerana saya lihat langkah-langkah yang kita ambil, termasuk Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentang di Parlimen. Makna dan arahan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
kita kepada Ketua Audit Negara, jalankan dengan telus tanpa mengira mana syarikat ataupun jabatan ataupun kedudukan seseorang itu dan ini akan dibentangkan.
Saya lihat ini kali pertama dibuat secara yang paling telus dan dimohon supaya ada perbahasan, sama ada tahun di mana pentadbirannya dijalankan oleh kerajaan terdahulu atau pun menyinggung kerajaan yang ada sekarang. Kalau ada, itu dibentangkan dan secara telus.
Kemudian, dalam isu ini juga kita ambil tindakan untuk meminda Akta Ketua Audit Negara, membolehkan Ketua Audit itu melakukan siasatan kepada syarikat kerajaan dan juga syarikat-syarikat di bawah lembaga tersebut kerana sekarang ini umpamanya, beberapa syarikat dia ada lembaga, ada satu syarikat. Di bawahnya itu bukan bidang kuasa Ketua Audit Negara. Ini sepertimana Yang Berhormat bahaskan telah diluluskan. Ini menunjukkan bahawa kita tidak mahu melindungi*...
[Tidak jelas]* kerajaan di peringkat yang bawah.
Akhirnya, tentang PSA. Oleh sebab kita mahu memberikan kuasa kepada Parlimen lebih dalam hal-hal memantau. Maka, harus didahului dengan Akta Perkhidmatan Parlimen kerana ini akan membebaskan dari perjalanan Parlimen dan pengurusan dan pegawai dan penjawat awam, supaya ada satu unit yang bebas daripada sistem struktur kerajaan yang ada.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Jawapan yang sangat mantap daripada Yang Amat Berhormat Tambun dan saya komited Tan Sri Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya. Saya seperti, masih lagi seperti dahulu, idola saya masa zaman jadi pembangkang. Saya bersama dengan Yang Berhormat Tambun dan mereka yang bersama dengan Yang Berhormat Tambun sekarang menjadi kerajaan dulu pernah menzalimi Yang Berhormat Tambun. Kena ingat yang itu. Oleh sebab itu, saya mintalah soalan.
[Disampuk] Dak, betul. Dulu mereka menzalimi Yang Berhormat Tambun. Kami yang membela.
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tanya Tan Sri Speaker. Soalan saya. Saya sekarang ini sangat komited. Masih komited dengan Yang Berhormat Tambun, prinsip perjuangan dahulu. Saya kata sebelum– tak boleh buat semua, jangan tinggal semua lah.
Kita tahu hendak ubah dalam masa yang sangat cepat ini bukan perkara yang mudah tetapi mulalah dahulu reformasi tatakelola ini dengan memberi peruntukan semua sepertimana yang dijanjikan dahulu kepada Ahli-ahli Parlimen itu.
Ini soalan saya. kita sambut baik usaha kerajaan. Saya akan menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun untuk memerangi rasuah. Saya memang tak suka benda ini rasuah. Insya-Allah, negara kita akan hancur kerana rasuah kalau kita tak mula daripada sekarang.
Oleh sebab itu, pencegahan rasuah ini kita meningkatkan kesedaran tentang nilai integriti dan kehidupan dalam masyarakat Malaysia ini supaya negara kita akan maju kalau
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
kita berjaya membanteraskan rasuah. Oleh sebab itu, saya dengan Kota Raja dahulu pun perang benda-benda ini membela Yang Amat Berhormat Tambun. Kota Raja dok ada di sini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Soalan, soalan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Sebab itu adakah kerajaan melihat normalisasi budaya pilihan raya sebagai sebahagian daripada permulaan reformasi tatakelola Madani seperti yang berlaku di PRK Sungai Bakap. Rakyat sudah memberi satu signal, bukan kepada kami sahaja, kepada semua eksekutif dalam kerajaan ini supaya kita membuat perubahan dalam pentadbiran. Jadi, yang bila ini buatlah, mula lah dengan mana yang patut dahulu terutamanya peruntukan kepada pembangkang ini dan juga kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Oleh sebab itu, kita tengok bila sedang berlaku di PRK Sungai Bakap dan juga Kuala Kubu Bharu sedangkan Yang Amat Berhormat Tambun pernah lantang menentangnya ketika menjadi pembangkang. Saya kata tadi komited saya masih lagi bersama...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan, soalan. Tanya soalan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Amat Berhormat Tambun. Seterusnya, contohnya pengumuman Timbalan Perdana Menteri berkaitan dengan dua projek bakal dilaksanakan jika PH menang PRK Sungai Bakap. Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas dan pembinaan sekolah Tamil, SJKT. Apakah ini budaya yang kita nak jalankan bila kita hendak memerangi rasuah? Jadi, itu soalan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Tambun. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berdebat terus, untuk bertanya terus kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pendang. Saya sambut baik kesediaan untuk memberikan kerjasama penuh dalam soal membanteras rasuah. Percayalah bahawa ini bukan soal yang mudah. Saya sendiri mengikut pengalaman saya, memikir ia lebih mudah semasa saya menuntut masa pembangkang tetapi dalam keadaan sekarang, nampak, lihat jaringan itu terlalu kuat. Sebab itu saya kata, dalam beberapa bidang rasuah di negara kita agak systemic. Kalau kita tidak gunakan kuasa kita untuk perangi habis-habisan, ia akan menjadi budaya yang akan menyebabkan seperti barah yang parah.
Ini kita lihat umpamanya beberapa tindakan yang diambil SPRM termasuk di bawah pengawasan saya seperti kastam baru-baru ini atau bawah imigresen. Walaupun dia jumlah kecil tetapi jumlah kecil itu sudah bertapak dengan begitu lama sepertimana di pelabuhan, di lapangan terbang dan ia memerlukan dukungan penuh kepada SPRM dan badan-badan penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan apa sahaja dan kita pertahankan. Itu sebagai satu contoh.
Tentang peruntukan, saya dah beri penjelasan ini berulang kali. Walaupun saya terus diserang kata kita zalimi, tidak beri peruntukan. Semua proses peruntukan kepada Ahli
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Parlimen pembangkang di semua negara demokrasi mengikut prosesnya, rundingan. Saya beri mandat penuh kepada TPM II untuk mengadakan perbincangan. Tidak ada dalam syarat dia katakan mesti sokong Perdana Menteri. Tak ada. Tidak ada syarat itu. Saya tidak pernah kenakan syarat itu tetapi perbincangan, seperti kami lakukan semasa di Bera, dengan Bera sebagai Perdana Menteri, juga diwakili oleh kedua-kedua pihak.
Ada rundingan lima, enam kali kemudian bila tersangkut satu, dua isu maka saya selaku Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri Bera berbincang dan kemudian kita putuskan dan memuktamadkan.
Jadi, saya menyeru kepada saudara Yang Berhormat Pendang. Kalau boleh sampaikan kepada semua wakil-wakil parti dan segerakanlah perbincangan supaya hal ini, isu ini tidak jadi lagi isu yang memanaskan suhu di Dewan ini. Tak payah berlari ke berjoging.
Tak payah. Jadi, runding sahaja. Bincang sahaja, selesai.
Keduanya, tentang pilihan raya. Kita dalam Jemaah Menteri dah putuskan sebaik hari penamaan calon, Menteri atau penjawat awam atau mana-mana agensi tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan jentera kerajaan dalam kempen ya. Baik, baik. Itu keputusan yang saya dah buat. Yang diumum kalau sebelumnya soal lain. Saya baru pergi Sungai Bakap tahun lalu. Itu sebelum pilihan raya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Belum lagi. Saya dah umum RM9 juta untuk Masjid Sungai Bakap, RM6 juta oleh kerajaan negeri dan RM2 juta yang dikutip oleh orang ramai tetapi itu jauh sebelumnya. Tetapi pandangan Yang Berhormat Pendang, saya setuju bahawa sebaik sahaja penamaan calon, tidak boleh digunakannya. Kalau ada bukti yang disampaikan, tentunya kita akan ambil apa-apa tindakan yang wajar. Saya tidak berdolak- dalik. Dua-dua TPM ada sebelah saya.
Sekiranya ada bukti di mana Menteri-menteri atau pun agensi kerajaan gunakan jentera kerajaan semasa kempen, itu telah melanggar keputusan Jemaah Menteri. Oleh yang demikian, tindakan disiplin harus diambil. Itu sebab saya boleh bagi jaminan kepada Yang Berhormat kerana bagi saya dia ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa ini, budaya rasuah.
Jadi, kita tidak mahu ini diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum penamaan calon itu, saya tidak fikir dibangkitkan kerana kita keputusan Jemaah Menteri itu sebaik sahaja penamaan calon tidak boleh. Keputusan Yang Berhormat, saya tidak berdolak-dalik. Memang itu keputusannya. Kalau ada pelanggaran ini, tentunya Jemaah Menteri harus mengambil tindakan disiplin kerana telah melanggar keputusan Jemaah Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Tambun ketika melancarkan NACS
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
pada bulan Mei yang lepas yang memetik Gunnar Myrdal dalam nukilannya yang berjudul Asian Drama yang mengatakan bahawa korupsi atau rasuah itu merupakan salah satu yang menghambat ekonomi. Ini terbukti bahawa kerugian KDNK disebabkan isu rasuah 2019 hingga 2023 adalah sebanyak RM277 bilion. Ini merisaukan.
Di dalam kerangka strategi poin kedua daripada lima strategi yang ditetapkan dalam NACS adalah kebertanggungjawaban awam. Kalau kita lihat dalam usaha SPRM ingin mendakwa dan membongkar kes-kes rasuah, ada pihak-pihak tertentu yang menghasut orang ramai yang mengatakan bahawa, “Ini adalah pendakwaan terpilih”, “Kerajaan ini adalah pendendam”. Ini adalah suatu ketidak― kebertanggungjawaban itu tidak ada.
Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Bagaimanakah keberkesanan di peringkat lapangan itu sendiri bahawa segala kerangka dan strategi yang dinyatakan itu, keberkesanannya bagaimana, untuk memastikan pembanterasan rasuah itu secara total dan memastikan tata kelola yang baik di dalam negara kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Sungai Petani. Sepertimana yang kita tahu, tindakan SPRM ini harus didukung. Dan saya selalu menggesa SPRM supaya bertindak lebih pantas, lebih berani kalau― kerana kita sudah terima kenyataan ia systemic. Sebab itulah setiap langkah yang diambil SPRM itu, saya berikan sokongan.
Tetapi, andaian bahawa kita campur, itu andaian, Kerana kita warisi sistem yang lama. Kita lalui, seperti mana Yang Berhormat Pendang sebelumnya, Tan Sri Yang di-Pertua sendiri sedia maklum, memang ini jadi isu besar. Bila jentera kerajaan, termasuk SPRM, dijadikan jalan atau diperalatkan oleh politik untuk mendera musuh. Ini yang kita warisi.
Tapi saya hendak beritahu di sini― ya, SPRM dari semasa ke semasa memaklumkan, tapi saya tidak campur, saya tidak mengarahkan. Soal hendak tohmah, silakan. Ya, saya pun tahu kalau masa kempen, semua ditohmah ya. Mungkin bukanlah Kubang Kerian atau ketua-ketuanya tapi yang perkakasannya dalam kempen― babilah, dajallah ya, zalim. Itu soal lain.
Tapi, saya hendak bagi tahu, kalau SPRM, sepertimana Sungai Petani tanya, saya tidak mengarahkan atau campur. Malah, sama ada melibatkan sebelah pembangkang atau kerajaan. Tapi, kes-kes yang sebenarnya melibatkan orang politik ini tidak banyak. Yang banyak itu ialah banyak daripada syarikat-syarikat dan penjawat awam juga banyak. Sama ada SPRM memilih untuk menyuarakan atau melaporkan, itu soal mereka. Tapi kalau saya jumpa, saya terus gesa ambil tindakan kerana kalau tidak dalam setahun dua ini kita bagi mesej yang jelas supaya bersihkan, ia akan menjadi parah.
Saya tidak nafikan, Sungai Petani, sepertimana yang ditanya sebelum ini bahawa memang sukar. Kita terpaksa pantau dengan sangat teliti. Sebab itu saya kata kalau Jemaah Menteri tahu, tidak boleh lagi dalam soal rundingan terus, tidak boleh campur dalam urusan tender. Boleh bagi pandangan tetapi tender proses itu mesti dihormati sepenuhnya. Ini yang sedaya upaya yang kita lakukan yang saya sebutkan islah mastata’tu. Jadi, itu yang upaya kita.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tapi, saya setuju supaya kalau boleh seluruh kekuatan kita itu mendukung usaha pembanterasan rasuah. Saya percaya dalam satu, dua tahun, kita akan dapat kesan yang lebih membanggakan, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya terima baik jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu untuk peruntukan yang adil dan saksama, perlunya proses rundingan. Dan saya setuju bahawa tidak boleh ada mana-mana Ahli Parlimen atau pimpinan politik yang ego, sombong, tidak ingin berunding untuk bantuan kebajikan bagi kawasan Parlimen dan rakyatnya. Saya berharap apa yang telah berlaku sebelum ini di bawah Bera akan diteruskan bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan insya-Allah, dapat diteruskan sebagai standard politik yang baik pada masa-masa pemerintahan yang akan datang.
Cuma, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya perlukan sedikit petua, kerana saya telah pun berunding dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kongsikan perkara ini pada tahun lepas.
Sebanyak dua kali secara fizikal dan melalui utusan surat sebanyak tiga kali. Tetapi, saya dimaklumkan perlu mendapat pengesahan daripada Kabinet dan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Jikalau saya boleh diberikan petua, walaupun bukan dalam mesyuarat ini, walaupun secara bertulis di luar, ini akan banyak membantu. Itu sahaja. Saya hanya perlu petua. Even though is not in this House, di luar pun tak apa. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Muar. Baik Muar ini. Saya dimaklumkan oleh TPM II bahawa Yang Berhormat Muar ada menyampaikan pandangan.
Tetapi, pandangan kita ialah bukan perundingan pembangkang secara berasingan. Kita lakukan sepertimana kita lakukan dulu.
[Disampuk] Yalah, daripada awal. Maknanya bahawa parameter dijelaskan dulu. Sebenarnya tidak susah pun.
Saya ingat ini ada sikap yang kurang positif. Saya pun jadi Ketua Pembangkang dan masa itu kuat juga, masa itu pembangkang jumlahnya lebih kuat, tetapi tidak ada rasa rendah diri ataupun complex untuk menemui Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan bincang, kemudian menugaskan, semasa itu, tiga daripada pembangkang dan tiga daripada kerajaan masa itu. Tiga-tiga ke, lima-lima? LO?
[Merujuk kepada seorang Menteri] Lima-lima ya. Itu. Jadi, berundinglah.
Saya tidak faham mengapa proses ini jadi rumit. Tetap tarikh, runding. Dan syarat- syarat yang dikatakan syarat-syarat dalam proses biasa dalam mana-mana negara demokrasi. Perjalanan tentang dasar-dasar utama. Kemudian, kalaupun tak bersetuju, tak apa, patah balik. Kita dalam mesyuarat dulu pun yang saya faham― saya tidak terlibat di dalam mesyuarat. Tetapi bila dilaporkan kepada saya dan Yang Amat Berhormat Bera pada
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
masa itu, kita teliti dan ada beberapa perkara yang kita setuju, ada beberapa perkara yang terpaksa kita meterai pada peringkat akhir.
Jadi, sekali lagi, saya ingat berulang kali telah saya sebutkan kesediaan kita tapi biar ikut proses dalam amalan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di tempat-tempat semua.
Pembangkang, mulai dari Ketua Pembangkang, wakil-wakil parti harus menetapkan wakil berbincang dengan TPM II yang kita tugaskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu- waktu pertanyaan menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan perkembangan terkini bagi program Solar for Rakyat Incentive Scheme
(SolaRIS):
(a) bagaimana pelaksanaan program ini bakal membantu kerajaan dalam mencapai sasaran penjanaan tenaga boleh baharu (TBB); dan
(b) bagaimana ia boleh membantu rakyat menjimatkan penggunaan tenaga seterusnya mengurangkan beban kos sara hidup.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua.
Sejak program Solar for Rakyat Incentive Scheme atau pun lebih dikenali sebagai SolaRIS diperkenalkan pada 1 April 2024, lebih daripada 667 pengguna NEM Rakyat telah berjaya menyiapkan pemasangan sistem solar dan menerima rebet SolaRIS dengan majoriti menerima RM4,000 setiap pengguna.
Secara konsepnya, pelaksanaan SolaRIS berupaya menurunkan kos pemasangan sistem solar bagi pengguna domestik kerana wujudnya economy of scale, dengan izin, dan membolehkan pemasangan sistem solar untuk rakyat menjadi lebih mampu bayar. Langkah ini sekali gus akan meningkatkan uptake pemasangan solar di kalangan pengguna domestik dan secara tidak langsung akan menyumbang pada sasaran peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan Pelan Tindakan Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Analisa terhadap trend permohonan menunjukkan bahawa purata bilangan permohonan NEM Rakyat telah meningkat dari kira-kira 100 permohonan sehari sebelum ini kepada 150 permohonan sehari selepas skim SolaRIS diluncurkan.
Selain itu, usaha berterusan turut dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga melalui inisiatif penjimatan tenaga dan pengurusan permintaan tenaga secara lebih efektif. PETRA menetapkan sasaran untuk mengurangkan permintaan tenaga elektrik sebanyak lapan peratus iaitu bersamaan dengan jangkaan penjimatan kira-kira 50,000 gigawatt jam serta pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 38 juta tan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
CO2 sepanjang tempoh 10 tahun di bawah pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2016-2025.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dalam hubungan ini, PETRA telah melancarkan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency ataupun dikenali lebih sebagai SAVE 4.0 pada 10 Disember 2023. Dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. Program SAVE 4.0 ini memberikan rebat bernilai sehingga RM400 kepada pengguna domestik untuk pembelian penyaman udara dan peti sejuk berlabel empat dan lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelaksanaan Program SAVE akan membolehkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga pada harga yang lebih murah dan mendapat manfaat melalui penjimatan dalam bil elektrik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri PETRA. Baru-baru ini kerajaan ataupun kementerian telah pun memperkenalkan satu lagi program baharu iaitu Program Solar Boleh dalam menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan tenaga solar di kediaman mereka.
Jadi, bolehkan Menteri menjelaskan apakah terdapat perbezaan di antara kedua-duanya dan bagaimanakah kementerian merancang di masa hadapan supaya pemasangan program solar ini juga boleh dilaksanakan oleh penghuni rumah mampu milik.
Yang ketiganya ialah adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan satu panduan berkenaan dengan license SEDA yang membolehkan lesen ini dipindah milik, sekiranya pemilik rumah itu menjual rumahnya kerana peraturan yang sekarang ada pada sekarang ini tidak membenarkan pemindahan milik itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Untuk Program NEM, dia dipecahkan kepada tiga sebenarnya 3 skim. Iaitu NEM untuk rakyat, NEM NOVA. NOVA ini adalah untuk industri dan juga NEM Kerajaan GOV yang mana untuk rakyat, NEM rakyat ialah 350 megawatt yang kita tetapkan dari segi kuotanya. Untuk government 150 megawatt dan untuk NOVA industri 1,100 megawatt.
Program inilah yang kita bekalkan di bawah SolaRIS dan sebagainya, yang mana kalau kita melihat daripada program ini, dia sebenarnya dapat menyumbang kepada bukan sahaja untuk kita reduce-kan ataupun kurangkan pelepasan karbon tapi juga untuk penjimatan dari segi penggunaan oleh pengguna.
Sebab kalau dijangkakan kalau setiap kilowatt sebulan, kalau kita kalikan dengan empat jam, 30 hari kita akan dapat melakukan satu kilowatt solar itu ialah 120 kilowatt jam sebulan. Kalau kita terjemahkan pada tarif 40 sen penjimatan ialah lebih kurang RM48 dengan sasaran. Saranan daripada Yang Berhormat supaya lesen boleh dipindah milik kalau ada berlaku penjualan ataupun pindah milik rumah yang ini kita akan bawa untuk
dibincangkan di peringkat SEDA dan satu dasar akan kita keluarkan nanti. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, peruntukan bagi rebat seperti yang dinyatakan dalam website TNB adalah bersifat first come, first serve basis. Soalan saya, apakah langkah-langkah tambahan yang dilakukan kerajaan dalam memastikan semua individu yang mendapat yang memohon mendapat akses yang adil terhadap insentif yang disediakan?
Keduanya, adakah kerajaan telah menjalankan analisis kos-faedah untuk pemasangan panel solar di unit kediaman untuk golongan berkemampuan, mengambil kira sebahagian besar projek-projek solar bumbung yang dilaksanakan di projek perumahan komersial berskala besar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Untuk SAVE sememangnya dasarnya ialah first come, first serve sebab pelan kita bukakan selagi mana peruntukan itu ada. Setakat ini ia masih berjalan dan kita galakkanlah lebih ramai rakyat untuk mengambil peluang di bawah Program SAVE 2.0 ini. Daripada RM50 juta yang diperuntukkan, masih ada peruntukan yang apa dan kalau peruntukan dah habis nanti kita akan tengok dan kaji bagaimana kita dapat lanjutkan program ini tertakluk kepada dana yang ada.
Berhubung kait dengan solar kepada rumah yang mampu milik dan sebagainya, dengan adanya Program SolaRIS ataupun Solar Untuk Rakyat yang kita telah kemukakan, sebenarnya kos untuk pemasangan makin menurun. Jadi, diharapkan dengan itu lebih banyak nanti cost− economies of scale itu bila kos turun lebih ramailah yang akan dapat memasang solar di kediaman mereka dan diharapkan mengurangkan dari segi bayaran bil elektrik mereka. Memang itu sasaran kita dan sudah pasti program ini kita akan kaji dan bagaimana kita nak perbaiki untuk tempoh yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker, boleh tambah lagi satu soalan Tan Sri Speaker?
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.
2. Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) setiap negeri bagi mengatasi masalah ketiadaan saliran dan longkang yang terancang untuk mengelakkan banjir kilat apabila berlaku hujan yang berpanjangan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sistem saliran dan perparitan diuruskan oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, pihak berkuasa tempatan
(PBT), pejabat daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuklah jugalah lain-lain agensi dan pemaju berkaitan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ingin menekankan bahawa merujuk pada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ataupun [Akta 133] tanggungjawab untuk membina dan menyelenggara parit adalah di bawah PBT.
Walau bagaimanapun, kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan agensi terbabit dalam memastikan sistem saliran dapat berfungsi dengan baik bagi tujuan pelarasan di peringkat institusi Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah menggariskan pembahagian tanggungjawab di antara PBT dan JPS. Semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan ataupun perbandaran adalah di bawah tanggungjawab PBT. Manakala sistem saliran semula jadi melibatkan sungai dan anak sungai adalah di bawah tanggungjawab JPS.
Sejumlah RM410 juta telah diperuntukkan untuk memulihara sungai bagi mengurangkan risiko banjir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 kepada setiap negeri.
Selain itu, JPS juga memperuntukkan sebanyak RM540 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi kerja-kerja kecemasan luar jangka bertujuan memulihara struktur- struktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara. Walau bagaimanapun, agihan peruntukan adalah berdasarkan kepada keperluan semasa setiap negeri. Secara keseluruhannya, sebanyak RM950 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi kerja-kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan kerja kecemasan luar jangka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan jawapan yang diberikan tadi. Cuma persoalan yang berbangkit di peringkat bawah iaitu apabila sampai kepada tahap pelaksanaan di antara agensi-agensi ini walaupun sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi sudah ada satu rentas kementerian tetapi kalau boleh diwujudkan high- level committee antara kementerian ini, yang mungkin boleh menyelaraskan kawasan- kawasan hotspot.
Yang kita tahu ini dah masuk musim hujan dan kawasan-kawasan yang mungkin tak terlibat dengan kawasan pengairan di bawah JPS tetapi boleh diselesaikan oleh pihak kementerian dengan satu dana peruntukan kecemasan supaya kita dapat mengelak banjir yang kilat ini berlaku dan kemusnahannya tetap sama daripada jumlah bajet yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk bagi bantuan pemulihan dan sebagainya.
Lebih baik kita habiskan lebih awal peruntukan itu untuk menyelesaikan supaya longkang tersumbat yang melibatkan antara bidang kuasa PBT dan JPS ini dapat diselesaikan lebih awal Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya di peringkat Kerajaan Persekutuan, ada beberapa majlis yang dah ditubuhkan. Misal kata, Jawatankuasa Kabinet untuk Bencana yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I yang melibatkan agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Di sini, yang kita salurkan dari segi keutamaan dan sebagainya. Di peringkat Persekutuan, ada juga majlis apa yang diperkatakan Majlis Fizikal Negara. Majlis Fizikal Negara akan melihat keseluruhan pembangunan termasuk garis panduan. Setiap kementerian sebenarnya ada majlis-majlis yang melibatkan kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Di bawah KPKT, dia ada majlis dia sendiri yang sebenarnya memperincikan segala perkara ini.
Yang lebih penting ialah bagaimana kita nak memantau dan memastikan pelaksanaan termasuklah dari segi penyelenggaraan, pembersihan dan juga― dengan syarat, keseluruhan peruntukan itu ada lah. Itu yang menjadi cabaran kita. Sebab, keadaan sekarang ini ialah cuaca yang tidak menentu yang agak luar biasa, kadang-kadang apa yang kita rancangkan tidak mampu untuk menampung. Peruntukan yang ada itu untuk menampung segala kemungkinan berlaku bencana yang lebih besar lagi pada masa akan datang.
Tapi, dari segi dasar, semua perancangan ini memang dibuat di antara Persekutuan dan juga melibatkan kerajaan negeri, termasuk kerajaan tempatan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Miri memohon Yang Amat Berhormat Menteri, sama ada kerajaan dapat meluluskan peruntukan kepada JPS khususnya kepada rakyat Sarawak dan Sabah bagi menangani masalah banjir ekoran daripada hakisan pantai dan limpahan air laut seperti yang berlaku di jalan raya dan kawasan sekitar Pantai Lutong bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat dapat dicegah.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih, Yang Berhormat Miri.
Sebenarnya memang dah ada peruntukan yang besar diluluskan untuk negeri Sarawak sejumlah RM316.3 juta melibatkan 17 lokasi iaitu enam bahagian di negeri Sarawak iaitu Kuching, Betong, Mukah, Miri, Limbang dan Samarahan. Projek ini sebenarnya dalam proses perolehan. Kita masih menunggu dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan segala proses perolehan tersebut. Diharapkan dengan projek ini, walaupun mungkin tidak keseluruhan diselesaikan tetapi sebahagian besar akan dapat mengurangkan dengan projek ini bila dilaksanakan nanti. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya dijemput Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem, Serian.
3. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah untuk memperketatkan keselamatan di balai-balai polis di Malaysia, ekoran daripada insiden di Balai Polis Ulu Tiram baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Serian. Saya memohon Tan Sri untuk menjawab
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
bersekali dengan soalan Tampin, Kepong pada 15 Julai, Tebrau, Jerlun pada 18 Julai kerana ianya menyinggung perkara yang sama.
Insiden ceroboh serang dan membunuh anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram jelas adalah satu perbuatan yang sangat serius dan wajar untuk dikutuk oleh sekalian rakyat yang cintakan keamanan dan ketenteraman awam kerana polis adalah agensi penguat kuasa terbesar dalam negara kita.
Ekoran daripada peristiwa tersebut, Tan Sri Yang di-Pertua, secara dalamannya, mengikut kehendak soalan, saya ingin menjelaskan bahawa tindakan segera oleh kepimpinan polis adalah memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan IPD dan juga balai dan semua premis utama pasukan polis. Dikeluarkan arahan-arahan pentadbiran yang berkaitan supaya diteliti kembali prosedur operasi standard dengan beberapa arahan yang sangat jelas.
Kedua adalah― masih mengeluarkan arahan pentadbiran. Kali ini merujuk kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara. Seumpama kekerapan mengadakan rondaan di kawasan premis yang menjadi sasaran utama yang dianggap sebagai kawasan keselamatan ini. Di sana juga ada keperluan untuk melihat kembali dari segi keadaan logistik bagi setiap balai polis sama ada dari segi lampunya, pagarnya dan sebagainya. Jadi, kita keluarkan arahan supaya segera diberikan maklumat dan ianya akan melalui proses untuk kita tambah baik.
Begitu juga yang kita masukkan juga adalah arahan supaya balai polis ini pintu pagarnya itu ditutup selepas 10 malam. Ini kita kena imbangi antara balai polis tempat rakyat mengadu, pada masa yang sama juga, balai polis menjadi sasaran. Jadi, kita imbangkan antara dua keperluan itu. Insiden di Ulu Tiram, misalnya. Saat itu, ada dua orang yang sudah pun sedang berurusan dengan anggota polis dan ketika itulah serangan itu berlaku.
Jadi, terima kasih Serian di atas soalan yang sangat menunjukkan rasa prihatin dan itu adalah sebahagian daripada apa yang saya istilahkan sebagai ikhtiar pasukan polis untuk memastikan kesemua kawasan keselamatan kita ini terlindung atau terpelihara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Serian.
Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Serian turut berdukacita di atas kehilangan dua orang anggota polis di Ulu Tiram. Serian juga turut mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga.
Soalan tambahan soalan saya agak spesifik iaitu mengenai Balai Polis Tebedu. Balai Polis Tebedu terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia dan di situ ada CIQS Tebedu. Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun 1963, Balai Polis Tebedu pada ketika itu telah diserang juga dan seorang anggota, kalau tidak silap saya, berpangkat koperal telah terkorban. Sekarang, Balai Polis Tebedu antara balai polis yang canggih, cantik dan tersergam indah.
Malangnya, Tan Sri Yang di-Pertua, Balai Polis Tebedu understrength, kekurangan anggota. Balai Polis Tebedu yang sepatutnya dianggotai oleh 35 orang anggota hanya mempunyai 12 orang anggota. Tak separuh pun. Dan Balai Polis Tebedu yang sepatutnya
Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
diketuai oleh seorang subinspektor, sekarang hanya diketuai oleh seorang yang berpangkat sarjan.
Jadi, soalan saya, Yang Berhormat Menteri, bilakah agaknya jawatan untuk mengisi anggota-anggota di Balai Polis Tebedu ini dapat dilaksanakan? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, di seluruh negara, kita ada 810 balai polis dan kita ada 157 ibu pejabat polis daerah ataupun disebut IPD. Kalau daripada maklumat Serian, kalau ia sekarang diketuai oleh sarjan, maknanya balai polis itu masuk dalam kategori D, iaitu perjawatan sepatutnya antara 38 hingga 66.
Balai ini, kita ada A, B, C, D, E. A diketuai oleh inspektor atau ASP. Jadi, kalau di Serian itu cuma diketuai oleh sarjan, maknanya kategorinya adalah D, yang sepatutnya subinspektor. Kalau C, perjawatannya adalah 67 hingga 98.
Isu di sini adalah perjawatan satu bab, pengisian itu satu isu yang lain. Jadi, sememangnya Polis Diraja Malaysia terus dan tak pernah henti daripada berusaha untuk memenuhi ataupun melakukan pengisian. Ini semua kementerian dan agensi, satu perjawatan yang diluluskan dengan pengisian yang dibenarkan, dia selalunya ada pengurangan dari segi realitinya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tetapi saya ambil maklum, saya akan segera semak Balai Polis Tebedu yang dimaksudkan oleh Serian dan saya akan segera memberi maklum balas, apakah perancangan yang segera yang sudah pun ada dalam perancangan kami untuk makluman dan pengetahuan Serian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Menyentuh tentang insiden yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram itu, ia sedikit sebanyak menyentuh tentang IPD-IPD yang berada di tempat yang terpencil. Jadi, soalan saya adakah terdapat penambahbaikan dari sudut keselamatan IPD-IPD yang terpencil ini dengan menambah bilangan anggota? Sebab sekarang ini kalau kita lihat dalam satu-satu balai polis itu ada balai polis yang bertugas di dalam balai, membuat rondaan, ada juga yang berada di luar.
Jadi, yang keduanya adakah kerajaan berusaha untuk menangkis ancaman bentuk baharu, keganasan yang wujud di kalangan kumpulan-kumpulan pengganas di dalam negara kita dan yang terakhir, apakah status siasatan atau perkembangan kes berkaitan pemandu e-hailing OKU yang dipukul oleh pegawai pengiring orang kenamaan di lobi hotel di Brickfields pada 28 Mei 2024 yang lalu? Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Soalan tambahan itu ada tiga bahagian terus, Jerlun. IPD lain, balai lain. Soalan yang kita hendak sebut ini adalah balai. Jadi tak apa saya terima baik. Isunya yang Jerlun lahirkan adalah soal keperluan untuk Polis Diraja Malaysia meningkatkan keupayaan anggota bagi memastikan bahawa tahap keselamatan
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
premis seperti ini penting sebab di situlah tempat di mana rakyat meletakkan harapan. Saya terima baik cadangan itu.
Bahagian yang kedua iaitu apa berlaku kepada insiden di sebuah hotel di Kuala Lumpur berkaitan dengan pemandu e-hailing. Ianya saya serahkan tanpa sebarang campur tangan apa-apa untuk pihak polis menyegerakan siasatan. Kemudian kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Kemudian ditentukan, apakah ia punya asas untuk diteruskan pendakwaan atau diminta untuk polis kembali melengkapkan siasatan. Itu proses, due process yang berlaku.
Soal ancaman, apakah langkah kerajaan untuk menghadapi ancaman pengganas dan sebagainya. Kalau kes Ulu Tiram ini, Yang Berhormat, insiden itu awal pagi dan memang segera pihak polis pergi ke kediamannya. Ada maknya, ada ayah dia, ada abang dia dan ada dua adik perempuan dia dan memang kita jumpa senjata buatan sendiri.
Kita pun jumpa kitab, kitabnya ialah kitab membaiki tajwid al-Quran, bagus. Kitab yang kedua adalah jihad ‘fisabiluna’. Jadi nampak dia betulkan mengaji al-Quran tajwidnya, makhrajnya sebut bagus selepas itu terus kitab rujukannya jihad, ini masalah.
Kemudian bila kita soal siasat keluarga dia, jiran dia, mak ayah dia ini ada keluarga juga. Keluarga ini memang mak ayah dia meninggal pun dia tak pergi sebab dia kata kafir.
Sebab apa kafir sebab sembahyang masjid kerajaan. Penyerang ini dan adik beradik dia tidak pergi sekolah. Sebab apa tidak pergi sekolah, sekolah kerajaan, kafir.
Jadi bila kefahaman dia begitu, dia menganggap bahawa akidah dia sahaja sempurna, orang lain itu sebagai kafir, maka tidak peliklah keluarga ini dia mewajarkan tindakan seperti itu. Dia tidak bercampur masyarakat, surau dia tak pergi, masjid dia tak pergi, adik beradik dia tak pergi, mak ayah dia meninggal pun dia tak melawat dan keadaan inilah yang sebenarnya harus kita bendung. Perbuatan untuk kafir mengkafir ini sebenarnya sangat membahayakan dalam kehidupan di negara kita.
Kerana itu, insiden ini sudah tentu kalau ditanya apakah polis ada keupayaan untuk mengurus, tentu polis ini 216 tahun umur dia dan dia punya pengalaman yang luas. Jadi berdasarkan kepada insiden seperti ini maka polis kita bangunkan profil lengkap. Bagaimana cara kita hendak mitigate elemen-elemen seperti ini supaya dia tidak berkembang subur.
Jadi, tangkapan dibuat dan mereka sudah pun didakwa di mahkamah terbuka dan sehingga tarikh perbicaraan ditentukan, maka pihak polis akan sentiasa mengambil langkah dan tindakan sewajarnya bagi membendung agar fahaman seperti ini tidak tersebar luar.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sawit Malaysia memang lestari, Buahnya pula padu dan mampan, Menteri Komoditi memang sangat bijak bestari, Mohon jawab soalan nombor 4.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri yang bijak bestari.
4. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sejauh manakah kemajuan yang telah dicapai oleh industri buluh negara sesuai dengan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021 - 2030.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Lain macam.
[Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, industri buluh ini dalam negara kita masih kecil.
Oleh itu, kementerian bagi memastikan industri buluh negara terus dipertingkatkan, kementerian melalui Lembaga Industri Perkayuan Negara (MTIB) telah menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021 – 2030 sebagai hala tuju. Pelan tindakan ini memberi tumpuan kepada lima teras strategik pembangunan iaitu:
(i) mengukuhkan dasar dan keluasan sumber;
(ii) meningkatkan modal insan, kepakaran dan kapasiti soal-soal buluh ini;
(iii) pengukuhan inovasi, teknologi dan R&D, research and development dan juga commercialization;
(iv) memperkasakan rantaian dan jaminan kualiti buluh-buluh yang dikeluarkan; dan
(v) pengukuhan strategi pemasaran dan perkongsian yang strategik di antara pemain-pemain upstream, midstream dan downstream.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, apakah kerajaan berhasrat memperkukuhkan jalinan kerjasama dan membina ekosistem buluh di peringkat global walaupun kita kecil? Sebab kalau kita lihat di Eropah sendiri di lima buah negara, mereka telah berjaya membina a new generation of farmers, dengan izin, ecologist dan landscape designers yang mereka menjadikan buluh sebagai asas kepada industri mereka.
Contohnya antaranya ialah La Bambouseraie di France, Bambuparque di Portugal, Labirinto Della Masone di Itali dan Oprins nursery, Belgium, Scottish Bamboo di Scotland.
Kedua, kalau kita lihat bamboo ini dia punya keistimewaan sebab buluh ini merupakan highly productive renewable and ecofriendly resource, di mana dia boleh menghasilkan sebanyak 158 tan per hektar karbon setahun dan boleh absorb 60 tan karbon dioksida setahun. Apakah kerajaan punya niat untuk menjadikan bamboo ini sebagai carbon credit projek? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. So, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa industri buluh ini dia sangat besar kalau kita tengok di luar Malaysia. Kalau pada tahun 2023, industri buluh ini bernilai hampir USD70.6 bilion tetapi di luar negara kita. Kemudian, dijangkakan sekitar tahun 2028, industri ini akan berkembang sebanyak 35 peratus boleh mencecah sehingga USD100 bilion.
Isu utama dalam membangunkan industri buluh dalam negara kita ini ialah soal isu tanah. Buluh ini kalau kita hendak tanam dia mesti ada, kalau kita hendak mengadakan satu
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
konsep penanaman komersial, dia memerlukan minimum tanah 2,000 hektar. Jadi kita dapat orang panggil sustainable punya pengeluaran buluh dan menyebabkan industri hiliran atau midstream dan downstream akan diwujudkan secara automatik.
Tetapi kalau kita buat secara kecil-kecilan, dia agak sukar. Sebab itu kalau kita tengok sepuluh tahun sebelum ini kita buat industri buluh ini kita hanya dapat mengeksport cuma hanya RM13.7 bilion. Tahun lepas 2023, kita mengeksport RM20.7 juta berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ini, isu tanah ini ialah kerana kita sukar nak dapat tanah. Kalau kita tengok daripada segi industri sawit, kita ada 5.7 juta hektar. Kalau getah, kita ada 1.1 juta hektar tetapi buluh ini setakat hari ini baru 4,000 hektar. Jadi, jauh perbezaannya. Setiap kali bila kita nak dapatkan tanah untuk buat komersial penanaman buluh ini, sukar nak dapat tanah-tanah daripada kerajaan negeri. Kita juga berdepan dengan masalah saiz yang kita nak beri kepada small holders ini juga terlalu kecil. Itulah yang menyebabkan pengeluaran buluh dalam negara kita ini agak berkurangan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita masih mengimport buluh. 108 juta, tahun lepas. Masih mengimport untuk industri-industri hiliran seperti kita punya kraf tangan, ada 528 syarikat. Kemudian kita punya industri perabot, ada tujuh syarikat terlibat. Kita punya tekstil, ada tiga syarikat terlibat. Kemudian daripada sektor pembinaan, ada 17 syarikat terlibat tetapi mereka ini terpaksa dibenarkan import kerana banyak sustainability of supply, still kita jauh daripada apa yang kita impikan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan kekurangan tanah tetapi adakah kementerian mengambil inisiatif berbincang dengan kerajaan negeri sebab kita tahu produk itu memang berpotensi tetapi tiada kerajaan negeri yang sanggup untuk menawarkan tanah-tanah untuk tanaman tersebut. Banyak permintaan daripada syarikat-syarikat besar.
Jadi, apakah kementerian berusaha untuk berbincang dengan kerajaan negeri supaya produk ini ataupun tanaman ini boleh diteruskan.
Kedua, apakah langkah-langkah kementerian mengambil inisiatif ataupun galakan terutama membantu kepada pengusaha kecil daripada segi pasaran dan pulangan kepada mereka ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat Tanjong Piai, sebenarnya betullah, kita perlukan tanah tetapi banyak daripada kerajaan-kerajaan negeri ini dia tak prepare nak beri tanah untuk tanam buluh kerana walaupun penerangan telah pun diberikan tetapi mereka masih berminat kalau ada tanah nak beri, kelapa sawit. Dalam masa tiga tahun setengah, dia dah boleh dapat hasil.
Kemudian, kita punya kelapa sawit ini dia lebih tertarik kepada banyak kerajaan negeri kerana dia punya ekosistem itu dah perfect. Daripada upstream, midstream,
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
downstream perfect dan export value besar. Lebih RM100 bilion, lepas itu banyak produk hiliran yang mempunyai margin yang begitu tinggi termasuk oleochemical tetapi daripada segi buluh ini, dia masih lagi kelihatan kecil. Jadi baru-baru ini, kalau saya boleh bacakan, kerajaan negeri yang paling nampak potensi buluh ini adalah Kerajaan Negeri Sarawak. Dia paling besar, dia telah memperuntukkan tanah 3,339 hektar untuk menanam buluh.
Jadi, proses ini berlaku tetapi kita juga ada masalah. Masalahnya ialah apabila kita teroka hutan ini, dia dah masuk dalam isu deforestation. Jadi menyebabkan kita punya forest cover ini nanti akan jatuh below 50 percent, tak boleh. Jadi, inilah isu yang berlaku. Kadang- kadang bila kita jumpa dengan pemilik-pemilik tanah yang tanam getah, tanam kelapa sawit yang dia orang tak boleh kendalikan, bila kita minta nak tanam buluh, semua tak mahu bagi.
Jadi isu inilah yang kita berdepan dan I think saya setuju dengan Yang Berhormat punya soalan tadi ialah kita akan terus berusahalah untuk meyakinkan mereka bahawa permintaan dan juga hasil daripada buluh-buluh ini boleh memanfaatkan negara pada masa akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya tanya soalan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Honorable Mr. Senthil Thondaman, The Governor of the Eastern Province from Sri Lanka ke Parlimen Dewan Rakyat.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Welcome.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Tan Sri, soalan saya soalan lima.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
5. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang supaya pihak bank dipertanggungjawabkan untuk menanggung kerugian (sebahagian/kesemuanya) mangsa- mangsa bank scam yang kerap kali berlaku.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pada masa ini, peraturan dan undang-undang yang sedia ada telah mengambil kira keperluan untuk melindungi orang ramai dalam hal penipuan kewangan. Namun demikian, saya memahami kebimbangan rakyat.
Ingin saya jelaskan, mengikut peraturan yang sedia ada, pihak bank tidak boleh meletakkan tanggungjawab atas sebarang kerugian daripada penipuan perbankan atas talian ke atas pelanggan kecuali pihak bank mempunyai bukti kukuh yang jelas menunjukkan bahawa pelanggan tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi butiran keselamatan peribadi pada setiap masa.
Secara amnya, setiap kes penipuan akan diteliti dan bagi kes yang disebabkan oleh kelemahan sistem atau amalan pengurusan risiko bank itu sendiri, pihak bank akan bertanggungjawab untuk menanggung kerugian tersebut. Walau bagaimanapun, jika bukti jelas menunjukkan bahawa butiran keselamatan telah dikompromi kerana kecuaian pemilik
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
akaun itu sendiri, bank perlu membuat pertimbangan untuk menawarkan pampasan yang sewajarnya kepada mangsa berdasarkan perincian berkaitan kes tersebut.
Sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan atau tawaran pampasan yang dikemukakan oleh pihak bank, pihak pemilik akaun berhak untuk mengemukakan pertikaian berkaitan keputusan ini kepada pihak ombudsman perkhidmatan kewangan atau ombudsmen for financial services (OFS), dengan izin.
Bagi memperkukuhkan perlindungan terhadap hak pengguna, Bank Negara Malaysia juga telah menambah baik dasar berkenaan pengendalian transaksi perbankan elektronik tanpa kebenaran baru-baru ini. Ini termasuk memastikan institusi kewangan menjalankan penyiasatan yang lebih menyeluruh dan telus dalam tempoh masa yang munasabah serta melaksanakan kawalan pencegahan yang lebih berkesan.
Dengan penambahbaikan ini, sebarang pampasan perlu mengambil kira terlebih dahulu keberkesanan kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh institusi kewangan dalam menangani penipuan kewangan. Dasar ini juga memperjelaskan tanggungjawab pengguna dan bank bagi menangani penipuan kewangan secara dalam talian. Dalam usaha memuktamadkan dasar ini, Bank Negara Malaysia telah mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan.
Selain daripada itu, sejak Jun 2023, semua bank utama juga telah melaksanakan langkah-langkah berikut:
(i) memastikan setiap transaksi perbankan mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan transaksi pelanggan dan memberi notifikasi transaksi kepada pelanggan,
(ii) memperkukuh peraturan pengesahan penipuan untuk mengenal pasti transaksi mencurigakan,
(iii) mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian untuk mencegah penyalahgunaan akaun oleh pihak ketiga,
(iv) mempercepatkan peralihan daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja atau one time password (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pengesahan yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta pertukaran maklumat peribadi dan penetapan akaun, dan;
(v) menyediakan talian hotline khusus bagi mangsa untuk melaporkan kes penipuan dalam talian Selain itu, akhirnya Bank Negara Malaysia telah menguatkuasakan mekanisme kill switch yang membolehkan pengguna membekukan akaun mereka sendiri sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan, termasuk jika mereka mendapati yang akaun mereka mungkin diakses atau diguna tanpa kebenaran. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri telah kata ada peraturan bahawa pihak bank perlu beri pampasan kepada mangsa-mangsa bank scam tetapi hakikatnya, bank-bank yang mengaut keuntungan ratusan juta setiap tahun itu tak buat sedemikian.
Yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa bank mesti menanggung kerugian sekiranya ada kelemahan dalam sistem bank mereka.
Kedengarannya manis tetapi hakikatnya sebagai seorang mangsa bank scam, seorang layman, bagaimana dia hendak membuktikan ada kelemahan dalam sistem bank itu?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa walaupun kecuaian adalah oleh pemilik akaun itu sendiri, bank pun perlu membuat pertimbangan untuk membayar pampasan yang sewajarnya. Itu pun langsung tidak dilakukan. Oleh itu, soalan saya dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan peraturan dan polisi yang disebutkan oleh Bank Negara, saya ingin tahu apakah statistik di mana mangsa-mangsa bank scam mendapat pampasan daripada bank.
Berapa aduan dibuat tahun lalu dan sebelumnya atau tahun ini dan apakah amaun masing-masing dan apakah bank yang terlibat dan antaranya berapa yang telah diberi pampasan− mangsa itu diberi pampasan oleh bank? Itulah soalan saya secara umum.
Secara spesifik, sebelum ini saya juga pernah serahkan kepada MOF sepuluh kes di mana akaun pelanggan bank dikeluarkan duit tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka dan kesemua kes itu telah diserahkan kepada MOF sejak Januari 2023.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Stampin ringkaskan soalan.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Saya ingin tahu bolehkah saya serahkan satu kali lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk diaplikasikan polisi-polisi dan peraturan yang disebutkan oleh Timbalan Menteri dan kita tengok berapa antara mereka akan dibayar pampasan oleh bank. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Okey, bagi tahun 2020 hingga pertengahan tahun 2023 jumlah kes aduan atau pertikaian yang diterima berkaitan dengan penipuan kewangan oleh industri perbankan yang dibawa ke OFS untuk penyelesaian pertikaian ialah 11 peratus daripada jumlah kes pertikaian keseluruhan industri perbankan.
Bermaksud jumlah kes yang diterima adalah sebanyak− dalam tahun 2020 hingga 2023 adalah sebanyak 18,238 kes. Daripadanya 11 peratus iaitu lebih kurang 2,000 kes telah dibawa kepada OFS dan antara 2,000 kes itu, kita ada fakta yang 75 peratus daripada kes itu telah pun diselesaikan.
Yang itu bermaksud saya juga ingin tekankan di sini beban untuk melakukan penyiasatan terperinci untuk membuktikan kesalahan kepada transaksi perbankan tanpa kebenaran adalah terletak ke atas pihak bank dan bukan kepada mangsa scam. Mangsa
Puan Lim Hui Ying
scam memang tidak perlu buktikan yang itu transaksi tidak benar tetapi adalah bank untuk membuktikan.
Sebarang pampasan yang diberikan oleh pihak bank akan mengambil kira siasatan terperinci yang dijalankan bagi setiap kes dan keberkesanan kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak bank yang menangani penipuan kewangan. Jika kerugian penipuan kewangan adalah berpunca semata-mata daripada kecuaian atau kelemahan pihak bank, maka pihak bank perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian tersebut.
Sekiranya mangsa scam tidak bersetuju dengan keputusan atau tawaran pampasan yang dikemukakan oleh pihak bank, pemilik akaun berhak untuk mengemukakan pertikaian berkaitan keputusan kepada OFS. Jadi, saya tahu YB Stampin perlukan berapa dengan terperinci data-data. Pada masa ini saya tidak ada, saya akan jawab secara bertulis dan juga berkaitan dengan sepuluh kes tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat, boleh berikan itu kes-kes kepada saya untuk tindakan lanjutan, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kaedah penipuan ataupun modus operandi yang diguna pakai oleh penjenayah berkaitan kewangan sentiasa berubah-ubah dan ada sahaja taktik terbaharu untuk memerangkap mangsa walaupun pihak Bank Negara telah menetapkan garis panduan lima.
Antaranya ialah OTP melalui SMS, tetapi modus operandi mereka ini sentiasa berubah-ubah.
Jadi apakah mekanisme pihak kerajaan untuk mengekang modus operandi yang sentiasa berubah ini dan kedua, penggunaan imbas kad– sekarang, ini mendedahkan kepada salah guna kad oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab seperti yang berlaku di stesen minyak dan sebagainya.
Kemudian yang seterusnya ialah sejauh manakah pindaan bagi Akta Kanun Keseksaan Akta 574 dan Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 yang dicadangkan akan dapat memperkukuh tindakan penguatkuasaan ke atas sindiket rekrut keldai ataupun akaun keldai serta keldai akaun yang membenarkan akaun mereka digunakan pihak lain serta remedy yang ditawarkan, selain meminta bank untuk menyahaktifkan akaun buat sementara waktu.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pada masa sekarang bank akan selalu memantau atau libat urusan dengan semua pihak yang berkepentingan untuk mengubahsuai dan memajukan lagi kawalan selia bagaimana hendak kawal. Sebab sekarang scam ini lebih maju lagi. Jadi kita akan mengikut langkah, kita akan selalu menambahbaikkan.
Tentang akaun keldai itu. Okey, Bank Negara sebenarnya telah mengeluarkan satu garis panduan kepada institusi kewangan bagi mengelakkan pembukaan dan penyalahgunaan akaun keldai. Penilaian tahap risiko menerusi usaha wajar pelanggan atau customer due diligence semasa pembukaan akaun bank dan usaha wajar pelanggan secara berterusan atau ongoing due diligence dengan izin bagi akaun-akaun bank yang sedia ada.
Puan Lim Hui Ying
Berdasarkan keputusan ini, institusi kewangan boleh membuat keputusan untuk meneruskan transaksi atau urusan perniagaan dengan pemegang akaun tersebut. Bagi pemegang akaun yang menunjukkan corak transaksi seperti akaun keldai, bagi pihak bank boleh menyekat transaksi ke dalam akaun tersebut bagi tujuan pengesahan dan mendapatkan maklumat lanjutan.
Bank Negara Malaysia juga telah mengemas kini polisi Electronic Know-Your- Customer dengan izin pada April 2024 untuk memastikan proses pendaftaran pelanggan lebih selamat dan mengelakkan pembukaan akaun keldai serta meningkatkan keselamatan teknologi biometrik yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan dan pengubahan wang haram.
Saya ambil maklum perkara ini akan dibahaskan dengan lebih lanjut dalam sidang Parlimen kali ini di bawah Rang undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah. Juga untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia akan mengadakan pameran mengenai penipuan kewangan semasa Sidang Parlimen Kedua iaitu pada 16, 17 dan 18 Julai ini.
Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Ahli-ahli Parlimen, Ahli- ahli Yang Berhormat berkenaan kepentingan meningkatkan kesedaran awam dalam melindungi diri daripada penipuan kewangan. Pameran ini juga akan memberi keterangan berkaitan pelbagai jenis jenayah penipuan kewangan, cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam serta tindakan yang boleh diambil sekiranya didapati menjadi mangsa scam. Pameran ini juga akan diadakan yang berbentuk interaktif seperti video, kuiz dan simulasi yang menarik. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Kuala Nerus.
6. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan :
(a) jumlah insentif kewangan bagi konservasi, biodiversiti dan hutan melalui Dasar Ecological Fiscal Transfer (EFT) yang diagihkan mengikut negeri di Malaysia dari tahun 2013 hingga 2023; dan
(b) perancangan kementerian untuk mewujudkan lebih banyak inisiatif sokongan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan usaha- usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan atau biasa dipanggil sebagai Ecological Fiscal Transfers Biodiversity Conservation (EFT) yang mula diperkenalkan pada tahun 2019. Dan ia diagihkan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan dan hutan sistem kekal yang baharu.
Antara 2019 sehingga 2024 peruntukan bagi EFT adalah berjumlah RM550 juta. Ia bermula dengan RM60 juta pada tahun 2019, bagi tahun 2021-2022 ia naik kepada RM70 juta setiap tahun dan pada apabila di bawah Kerajaan Perpaduan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menaikkan kepada RM150 juta untuk tahun 2023 dan RM200 juta untuk tahun ini. Jadi jumlah yang telah kita salurkan RM550 juta dan sebanyak RM466,967, 933 telah diagihkan kepada negeri-negeri di seluruh negara daripada Perlis sehingga ke Sabah.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Untuk makluman, selain daripada insentif EFT ini, kementerian juga telah memperkenalkan Kerangka Kewangan REDD Plus ataupun REDD Plus Finance Framework
(RFF) bagi meningkatkan kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan negeri di dalam menyalurkan dana kepada aktiviti pemeliharaan dan pengurusan hutan. Pelaksanaan mekanisme REDD Plus akan menjadi imbuhan kewangan, insentif kepada kerajaan negeri bagi memelihara, melindungi serta mengurus sumber hutan.
Inisiatif RFF ini dilaksanakan oleh Malaysia Forest Fund iaitu sebuah syarikat CLBG yang ditubuhkan dengan kerjasama kementerian ini bersama dengan Kementerian Kewangan ataupun MOF. MFF berperanan untuk membangun dan melaksana model operasi RFF yang efektif dan mampan serta menjana sumber kewangan melalui dua cadangan instrumen iaitu Sijil Konservasi Hutan ataupun Forest Conservation Certificate (FCC) dan Offset Karbon Hutan, Forest Carbon Offset (FCO).
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Instrumen FCC telah pun dilancarkan semasa penganjuran Global Forum on Islamic Finance and Economics oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia pada bulan Mei yang lalu. Ini merupakan satu instrumen bukan berasaskan pasaran yang membolehkan penyertaan pihak swasta bagi membiayai dan menyumbang usaha konservasi dan juga pengurusan hutan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, soalan tambahan Yang Berhormat.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kuala Nerus. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan yang agak detail. Cuma apa yang saya ingin penjelasan di sini ialah berkenaan dengan REDD Plus ini.
Mekanisme yang di pengagihan ini, adakah mengikut keluasan hutan ataupun bagaimana?
Yang keduanya, saya mohon perincian mengenai penerbitan sukuk biodiversiti sehingga RM1 bilion yang telah diumumkan dalam bajet perbelanjaan belanjawan yang lalu.
Bagaimanakah negeri-negeri khususnya yang mempunyai kawasan hutan yang lebih daripada 50 peratus? Ini termasuk negeri Terengganu kerana hutan, kawasan perhutanan
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
kita lebih daripada 50 peratus, boleh mendapat manfaat daripada sukuk biodiversiti tersebut.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, terima kasih. Tentang mekanisme REDD Plus, ia bergantung kepada penyertaan negeri-negeri ataupun projek-projek di bawah kerangka REDD Plus ini. Jadi, dia bukan berdasarkan keluasan hutan sesebuah negeri tetapi kalau dimasukkan ataupun pihak negeri boleh berhubung dengan Malaysia Forest Fund untuk turut serta masuk ke dalam Kerangka REDD Plus dan maka akan dapat, mereka dapat memperoleh manfaat daripada kewangan yang kita dapat jana menerusi Kerangka REDD Plus ini.
Tentang soal sukuk biodiversiti, sememangnya telah pun diumumkan tentang sukuk biodiversiti sebanyak RM1 bilion di dalam belanjawan tahun lepas dan cuma kita masih lagi memperhalusi kerana ada beberapa kekangan daripada kerangka perbelanjaan sedia ada untuk kita merealisasikan perkara tersebut.
Di pihak NRES, kita sememangnya ya mahu mengoperasikan sebab kita tahu jumlah pemuliharaan hutan ini adalah– jumlah yang diperlukan untuk memulihara hutan ini adalah satu jumlah yang besar terutamanya bagi negeri-negeri yang masih lagi memerlukan pembangunan ekonomi.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sekadar berkongsi negeri yang mendapat peruntukan terbanyak kalau mengikut EFT daripada 2019 sehingga 2024, penyaluran pertama setakat ini, nombor satu ialah Sabah RM85.3 juta, Sarawak RM55.4 juta, Pahang RM53.3 juta, Terengganu RM47.4 juta, Perak nombor lima RM38.3 juta dan keenam ialah Kelantan RM36.4 juta.
Jadi, sebab itu juga kita nak tekankan usaha pemuliharaan dan konservasi ini sangat penting. Kalau kita lihat bagi negeri-negeri yang ada Forest Management Certificate di bawah FMU, kita telah lihat tujuh negeri memiliki sijil ini iaitu Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kedah tetapi bagi negeri Kelantan, apabila didapati bahawa FMU di Kelantan ini telah ditukar daripada hutan simpan kekal kepada menjadi ladang getah dan ladang hutan maka mereka telah kehilangan FMU. Ini menjejaskan jualan hasil ke negara- negara seperti di Kesatuan Eropah dan banyak lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan, silakan Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua persoalan. Pertamanya kita bagi EFT ini kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya mereka ada inisiatif tetapi bagaimana kerangka yang lebih luas supaya rakyat di negeri tersebut Yang Berhormat Menteri, lebih terkehadapan dalam isu biodiversiti dan hutan ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kerana bagi saya, ia melibatkan pembuat polisi pada masa yang akan datang.
Sekiranya duit tersebut, projek itu hanya bukan tertumpu kepada perkara-perkara yang melibatkan fizikal tetapi pembangunan modal insan juga perlu diberi penekanan supaya duit tersebut dapat digunakan.
Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi di akhir part jawapan tambahan kepada soalan asal FMU, saya lihat bagaimana kita nak memastikan keseluruhan negeri-negeri dalam negara kita ini memiliki FMU ini? Kerana apabila tidak ada FMU ia juga akan melibatkan dengan perdagangan antarabangsa yang akhirnya akan merencatkan ekonomi negara kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sebenarnya kalau kita lihat bagi perbelanjaan EFT, wang yang kita peruntukan menerusi EFT ini, ia tidak boleh dibelanjakan sesuka hati. Jadi hasrat dia memang makna kalau kita dah, negeri itu layak kita salurkan, dia ada beberapa perkara yang mereka boleh belanjakan. Hanya ada enam skop dan ini merangkumi yang disebut oleh Yang Berhormat tadi:
(i) pemeliharaan kawasan perlindungan, protected areas serta usaha ke arah menambah kawasan baharu;
(ii) pemuliharaan restorasi dan pengayaan bagi pengekalan kawasan perlindungan;
(iii) penyediaan pengurusan kemudahan di kawasan perlindungan dan juga tetapi juga – tetapi juga disebut tentang apa, sebagaimana yang disebut pembinaan kapasiti;
(iv) pelaksanaan operasi risikan dan penguatkuasaan bagi pengawalan sumber ekosistem flora dan fauna;
(v) pelaksanaan program penglibatan komuniti dan pembangunan kapasiti; dan
(vi) pelaksanaan program bagi menggalakkan amalan pengurusan hutan secara berkekalan.
Jadi, dia bukan terhad. Ada negeri yang sebenarnya dia pun terkejut sebab bila banyak sangat naik EFT daripada contohnya ada satu negeri ini dulu EFT dia RM2.6 juta, sekarang dia dah dapat hampir RM7 juta ya yang terbaru. Jadi dia dah tidak tahu, negeri dia negeri kecillah. Jadi, kita katakan sebab you boleh develop kapasiti, boleh kuat, tingkatkan penguatkuasaan. Jadi, ada saja jalan yang boleh diambil untuk membelanjakan wang ini selaras dengan skop yang kita sebut dalam EFT.
Terakhir tentang soal FMU. Saya sangat bersetuju dan ini memerlukan, saya pun ada perbincangan dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi sebab kalau kami ini di peringkat sumber asli, hutan tetapi bila dah di abstrak menjadi balak, itu terletak di bawah KPK kita tahu untuk kita menjual standard yang diletak di seluruh dunia sekarang semakin
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
tinggi kerana aspek ESG dan sebagainya. Kita memang dalam usaha untuk membantu negeri-negeri lain juga dapat memenuhi piawaian tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Mempersilakan Puan Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Ayam pansuh dalam buluh, Soalan saya nombor tujuh.
7. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) apakah hala tuju Tingkatan Enam termasuk kekuatan subjek, fasiliti dan infrastruktur memandangkan mereka bukan dalam lingkungan sekolah lagi; dan
(b) adakah kementerian merancang untuk mentransformasikan pembelajaran Tingkatan Enam dalam masa terdekat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong atas soalan yang diajukan. Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan Tingkatan Enam merupakan salah satu daripada laluan pendidikan lepas menengah yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan pendidikan lepas menengah sebagai pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikut pendidikan menengah atas tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
KPM telah melaksanakan penjenamaan semula pendidikan Tingkatan Enam melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2025. Penjenamaan ini menyaksikan beberapa perubahan dari segi imej, tadbir urus, infrastruktur serta mode pembelajaran. KPM juga pada masa ini sedang melaksanakan usaha ke arah memperkasakan lagi pendidikan Tingkatan Enam melalui Pelan Hala Tuju Pendidikan Tingkatan Enam 2024 sehingga 2030 yang turut memberikan tumpuan kepada kemudahan dan infrastruktur pusat pendidikan enam, pusat Tingkatan Enam serta pemerkasaan kepada sukatan pelajaran peperiksaan STPM.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Pelan ini digarap dengan objektif seperti berikut;
(i) menjadikan Tingkatan Enam sebagai laluan dan pilihan utama selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian;
(ii) memperkasakan sistem pengajian Tingkatan Enam agar lebih menarik dan setara dengan pendidikan pra-universiti yang lain;
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
(iii) meningkatkan nilai kebolehpasaran lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di dalam dan juga di luar negara;
(iv) menyediakan lebih banyak ruang dan peluang kerjaya kepada lulusan STPM;
(v) meningkatkan nilai kepimpinan dalam diri murid Tingkatan Enam;
(vi) membangunkan profesionalisme guru Tingkatan Enam, dan
(vii) menambah baik prasarana di pusat Tingkatan Enam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembelajaran di Tingkatan Enam adalah berpandukan kepada sukatan pelajaran peperiksaan STPM yang diiktiraf oleh University of Cambridge. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) selaku agensi yang bertanggungjawab menguruskan STPM turut bekerjasama dengan Cambridge Assessment United Kingdom dalam bentuk khidmat nasihat dan penetapan standard STPM.
Bagi memastikan pembelajaran yang diikuti sentiasa relevan, semakan kepada SPP akan dilaksanakan setiap lima tahun sekali oleh KPM. KPM sentiasa komited untuk memperkasa dan memartabatkan pendidikan Tingkatan Enam dari semasa ke semasa dengan mengambil kira semua aspek agar laluan ini kekal menjadi salah satu pilihan utama lepasan SPM bagi meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Di Parlimen Batang Sadong, Tingkatan Enam dalam mod tiga, bukan mod satu, bukan mod dua. Mod tiga. Yang beroperasi bersekali dengan aliran perdana di SMK Simunjan No 1. Ditempatkan sementara di blok kabin yang dalam keadaan daif iaitu siling runtuh, lantai berlubang dan telah beroperasi hampir 13 tahun di blok sementara, blok kabin. Persoalannya, apakah perancangan kementerian dan saya harapkan kementerian dapat mempertimbangkan ataupun meneliti keperluan Kolej Tingkatan Enam memandangkan ia satu-satunya sekolah yang menawarkan Tingkatan Enam di Parlimen Batang Sadong. Di mana setiap tahun permohonan pelajarnya yang semakin meningkat dan sangat terhad.
Persoalannya, ada lagi Timbalan Menteri. Bagaimana kementerian memastikan fasiliti dan infrastruktur di semua yang menawarkan Tingkatan Enam setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Di Parlimen Batang Sadong terdapat satu pusat Tingkatan Enam seperti yang disebut tadi, SMK Simunjan No. 1 yang mana daripada rekod yang saya ada, bagi semester tiga sehingga sekarang, kita mempunyai 59 orang murid iaitu ada tiga kelas, 18 orang, 21 orang dan 20 orang.
Pakej yang ditawarkan adalah bidang sains sosial. Seperti yang disebut juga, pusat Tingkatan Enam ini dilaksanakan dalam mod tiga dan di seluruh negara kita mempunyai 517
Tuan Wong Kah Woh
buah pusat Tingkatan Enam dalam mod tiga iaitu menggunakan bangunan yang sama dengan sekolah arus perdana, bersama-sama dengan sekolah arus perdana.
Berkenaan dengan isu penyelenggaraan, mungkin dari segi penyelenggaraan bagi kabin-kabin yang telah pun diletak di sekolah, maka saya minta supaya Yang Berhormat Batang Sadong untuk memberikan perincian pada kami dan juga membuat laporan kepada PPD supaya pihak KPM dapat menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang bersesuaian.
Sememangnya adalah dalam– di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Tingkatan Enam 2024/2030. KPM juga mempunyai rancangan untuk membuat perluasan bagi Kolej Tingkatan Enam di kawasan-kawasan yang berkeperluan di seluruh negara. Pada masa kini, untuk mod satu iaitu untuk Kolej Tingkatan Enam, kita mempunyai sebanyak 27 buah dan pada dua tahun lagi, pada tahun 2026, ada sebuah Kolej Tingkatan Enam baharu iaitu di Ketereh juga akan mula beroperasi kita jangka, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada tiga mod. Mod satu, mod dua dan juga mod tiga. Persoalan saya sama sepertimana Batang Sadong tadi iaitu mod satu sekurang-kurangnya mempunyai 12 buah kelas yang menempatkan murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru yang khusus untuk Tingkatan Enam. Soalan saya, apakah perancangan kementerian dalam mendirikan lebih banyak Kolej Tingkatan Enam mod satu di seluruh negara bagi menarik minat dan juga jenama kepada pelajar lepasan SPM?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Berkenaan dengan usaha-usaha pihak KPM untuk menarik minat pelajar-pelajar, bukan sahaja pelajar- pelajar tetapi untuk juga menaikkan semangat guru-guru yang kita ada.
Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Tingkatan Enam 2024/2030 yang mana kita mempunyai empat inisiatif yang mana antaranya bagi kita untuk memastikan bahawa selain daripada kita memastikan prestasi ataupun standard Kolej Tingkatan Enam atau pun pusat Tingkatan Enam yang kita ada. Pada masa yang sama, dalam Pelan Pendidikan Tingkatan Enam ini juga kita sedang mengkaji untuk penetapan kadar bantuan geran per kapita mata pelajaran STPM yang lebih tinggi.
Kita juga dalam cadangan dan kajian untuk pemberian elaun sara hidup murid kepada anak-anak kita dan pemberian elaun guru Penolong Kanan Tingkatan Enam. Namun demikian, kesemua cadangan ini masih dalam peringkat permulaan yang mana Pelan Pendidikan Tingkatan Enam ini baru sahaja kami putuskan pada bulan Mei yang lepas dan kami akan teruskan untuk memastikan Tingkatan Enam ini menjadi pilihan utama oleh anak- anak kita.
Tuan Wong Kah Woh
Kolej Tingkatan Enam tadi saya sebut kita ada sebanyak 27 buah di negara ini. Mod dua, Kolej Tingkatan Enam adalah mod satu. Mod dua kita mempunyai 94 buah dan mod tiga ada 517 buah. Seperti yang saya sebut juga, pihak KPM akan terus untuk melaksanakan pemantauan di mana perlunya adanya Kolej Tingkatan Enam mod satu hendak didirikan atau boleh mengguna pakai bangunan-bangunan lain yang tidak digunakan oleh sekolah-sekolah.
Pihak KPM akan meneliti dari semasa ke semasa dan sekiranya Yang Berhormat ada apa-apa cadangan, adalah dialu-alukan untuk sampaikan kepada pihak KPM, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Seterusnya, Majlis menjemput Tuan Sabri bin Azit, Yang Berhormat Jerai.
8. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan status terkini pelaksanaan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih atas soalan. Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2021/2025 yang telah dilancarkan pada 16 Oktober 2021 merupakan satu dokumen strategik yang menjadi rujukan dan panduan kepada institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui strategi dan inisiatif yang dirangka secara komprehensif dengan matlamat untuk menghasilkan graduan yang kalis masa hadapan, holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global.
Pelan ini dibangunkan secara kolaboratif melalui sesi libat urus yang melibatkan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan. Pegawai fokul universiti, kementerian dan jabatan lain, agensi, badan berkanun serta industri yang berkaitan. Empat strategi utama pelan ini adalah:
(i) pengukuhan kecemerlangan bakat;
(ii) perluasan kerjaya pelajar;
(iii) pemantapan pengajaran dan pembelajaran, dan
(iv) pemerkasaan hubungan industri.
Keberhasilan empat strategi di bawah pelan ini diukur melalui 13 inisiatif dan 31 aktiviti yang telah dirancang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan sehingga tahun 2025.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Sehingga kini, pelaksanaan inisiatif di bawah PSKG oleh semua IPT ini dapat dilihat secara langsung melalui peningkatan kadar kebolehpasaran graduan dari 84.4 peratus pada tahun 2020 kepada 89.8 peratus pada tahun 2023. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus komited untuk memastikan bahawa Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 ini dilaksanakan seperti yang telah dirancang serta sasaran yang ditetapkan dapat dicapai melalui mekanisme pemantauan yang berterusan dan sistematik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya terima baik peningkatan kebolehpasaran graduan yang disebutkan tadi sehingga 89 peratus. Cuma berlaku kecenderungan penghijrahan bakat graduan yang semakin meruncing.
Ini dapat dilihat anggaran peningkatan permintaan pekerja berkemahiran tinggi seramai 7,200 hingga 7,900 jurutera dalam sektor elektronik dan elektrik. Sedangkan penghasilan graduan di bidang berkaitan hanya dalam sekitar 6,600 orang siswazah kejuruteraan.
Negara kekurangan 600 hingga 1,300 orang bakat jurutera dalam sektor tersebut.
Apakah langkah untuk mengatasi kekurangan dan apakah langkah proaktif untuk kukuhkan jalinan akademia dan industri agar lebih banyak program amali dan mentorship seperti yang berlaku di luar negara? Contohnya, Sweden dan Australia. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jerai. Ya, memang itu adalah satu masalah. Kita akui berlaku kekurangan yang daripada graduan kita dan juga permintaan industri dan pelbagai inisiatif telah dibuat di pihak kementerian untuk kita kurangkan gap ini dan memang kita bekerjasama dengan pihak industri. Antara program-program yang kita cuba buat dan sedang juga dilaksanakan yang kita panggil sebagai Program Industri Universiti. Kita kena pastikan bahawa kita perlu berusaha untuk melahirkan bakat-bakat yang memenuhi keperluan industri.
Pada masa yang sama juga, kita membuat yang kita panggil 2u2i yang mana kita mahu supaya pelajar-pelajar kita dapat berkemahiran dan didedahkan dengan industri dengan dua tahun universiti dan dua tahun di industri. Kita juga pastikan bahawa Structured Internship Programme ini dapat diselaraskan dengan permintaan-permintaan industri.
Sebenarnya banyak lagi program-program, saya ambil kira teguran daripada Yang Berhormat Jerai bahawa memang kita akur bahawa memang kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Apatah lagi kita sedang menarik banyak pelaburan dari luar negara dan kita akan pastikan bahawa kita akan dapat melahirkan bakat-bakat tempatan kita untuk mengisi keperluan-keperluan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, salah satu daripada perkara yang juga menjadi perhatian saya percaya kepada graduan ialah dari segi gaji ataupun upah. Apakah pandangan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan dengan tarikan gaji itu sebagai kebolehpasaran graduan?
Maknanya, apakah ada perbincangan di antara pihak kementerian dengan industri dan pihak-pihak berkepentingan supaya kadar gaji itu satu yang menarik supaya mereka keluar dan boleh sama-sama mendapat gaji dan upah yang menarik? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Memang ini juga antara isu yang sedang kita bicarakan dan memang Kerajaan Madani amat prihatin dengan isu ini. Tahun lepas saja, kita- itulah yang kita cuba bincangkan yang kita panggil gaji progresif sebab kita mahu supaya bakat-bakat tempatan kita ini dapat dibayar dengan gaji yang berpatutan.
Semasa kita di Kementerian Sumber Manusia dulu, kita cuba lari daripada yang kita panggil gaji minimum ini. Bila gaji minimum, kita dapati bahawa pihak industri cuba menggunakan gaji minimum itu untuk membayar gaji bakat-bakat tempatan kita yang punya sijil.
Jadi, itu yang kita antara inisiatifnya ialah untuk kita memperkenalkan gaji progresif dan kita juga mahu pastikan bahawa bakat-bakat tempatan kita ini akan dibayar gaji yang berpatutan dan perbincangan dengan pihak industri juga dijalankan dan dilibat uruskan dalam usaha ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya, dipersilakan Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjong Piai.
9. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Pendidikan menyatakan pandangan kementerian mengenai Laporan Bank Dunia yang mendapati pelajar Malaysia menghabiskan purata 12.5 tahun di sekolah tetapi pembelajaran hanya bersamaan dengan 8.9 tahun dan apakah kesediaan kementerian untuk menilai semula tahap kualiti serta tempoh sistem pendidikan di Malaysia.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan lima pertanyaan yang lain oleh Yang Berhormat Kluang pada hari ini 9 Julai 2024, Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Miri 15 Julai 2024, Yang Berhormat Pulai dan Yang Berhormat Ayer Hitam 18 Julai 2024 pada Aturan Urusan Mesyuarat Kedua kali ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa dalam Laporan Bank Dunia berkaitan sistem pendidikan Malaysia adalah berlandaskan keputusan kajian Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) 2019 yang melibatkan murid tahun lima sahaja. Laporan Kebangsaan SEA-PLM 2019 ini mencatatkan 37 peratus murid Tahun 5 mencapai aras penguatkuasaan tiga hingga lima proficient dalam literasi bacaan.
58 peratus murid Tahun 5 berada pada aras penguasaan- 58 peratus murid Tahun 5 di Malaysia telah mencapai aras enam dan hanya lima peratus murid Tahun 5 berada pada aras penguasaan dua dan ke bawah. Sehubungan dengan itu, isu yang dibangkitkan dalam laporan telah dan sedang ditangani di peringkat kementerian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kabinet sedang melaksanakan transformasi pendidikan bermula dari tahun 2013 melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
(PPPM) 2013-2025 yang menggariskan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid. Pelan ini sedang berada dalam gelombang terakhir dan telah pun menunjukkan pencapaian yang positif sepanjang 11 tahun pelaksanaan.
Bagi memperkukuhkan pelaksanaan PPPM 2013-2025, KPM telah melaksanakan reformasi pendidikan dengan menubuhkan enam pasukan petugas khas (task force) untuk memastikan keberhasilan yang berkualiti yang dicapai iaitu:
(i) prasekolah;
(ii) intervensi kokurikulum;
(iii) STEM;
(iv) TVET;
(v) pendidikan digital; dan
(vi) Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Selain itu, KPM sedang dalam proses transisi daripada PPPM 2013-2025 kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu. Susulan dari proses tersebut, KPM telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi meneraju perancangan hala tuju dan pembangunan pendidikan untuk tempoh 10 tahun yang akan datang mulai tahun 2026.
Ketika ini KPM sedang menganalisis pencapaian PPPM dan mengenal pasti jurang dan ruang penambahbaikan yang perlu diberikan perhatian dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu. KPM juga sedang merangka kokurikulum pendidikan menggunakan pendekatan baharu yang bakal dilaksanakan pada tahun 2027 dan ini merupakan salah satu usaha untuk menambah baik sistem pendidikan di Malaysia.
Reka bentuk kokurikulum baharu ini akan menggabung kokurikulum berasaskan standard dan kokurikulum berorientasikan kompetensi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penaksiran yang authentic dan bermakna.
Akhirnya, KPM beriltizam untuk terus komited dalam memastikan reformasi pendidikan dan pelaksanaan PPPM 2013-2025 mencapai aspirasi dan juga matlamatnya.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Soalan tambahan saya ialah, kementerian memang berusaha untuk transformasi dalam pendidikan. Jadi sejauh manakah kesediaan kementerian untuk menghapuskan silibus mata pelajaran sekolah yang dilihat tidak relevan dengan keperluan semasa dan apakah pemerkasaan silibus mata pelajaran sekolah yang sedang dipertimbangkan oleh kementerian buat masa kini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Yang di-Petua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Seperti yang saya maklum tadi pihak KPM sedang dalam usaha untuk merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia baharu iaitu selepas tahun 2026 dan segala sesi libat urus telah pun dimulakan dari zon tengah, zon utara dan pada minggu hadapan kami akan sampai ke wilayah Sarawak. Pada masa yang sama lebih kurang dua yang lepas, pihak KPM turut juga telah mengeluarkan kenyataan media untuk mengajak supaya rakan-rakan di luar sana ataupun siapa-siapa yang mempunyai pandangan terhadap isu pendidikan di negara ini untuk memberikan pandangan masing-masing.
Berkenaan dengan kurikulum yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, kurikulum pendidikan kita sedang merangka kurikulum pendidikan untuk dilaksanakan selepas tahun 2027 iaitu beranjak daripada kurikulum yang sedia ada dan sememangnya dalam kurikulum yang sedia ada ini kita memberikan penitikberatan kepada pendidikan digital, pendidikan STEM yang diberikan penekanan oleh pihak KPM.
Dan saya percaya bahawa dengan usaha daripada kesemua kita dari KPM dan juga pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing, kita mampu untuk mencapai aspirasi kita dan juga mengangkat prestasi pendidikan negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Timbalan Menteri. Jadi masalah keciciran dan kurang kemampuan tetap berlaku kepada murid-murid yang mempunyai IQ yang agak rendah dan pada tahun lepas lebih 260,000 orang murid belum mampu untuk menguasai kemahiran 3M. Di sekolah menengah pula, terdapat murid-murid yang lemah daripada segi IQ, tapi mungkin daripada segi EQ, daripada segi SQ mungkin mereka ada kelebihan. Soalan saya, adakah terdapat langkah-langkah lain kementerian yang boleh membantu murid-murid memperoleh kemahiran lain bagi meneruskan survival mereka ketika mereka sudah meningkat remaja?
Maksud saya, kalau tengok di sekolah murid-murid kelas belakang ini memang banyaklah. Kalau satu sekolah itu ada dua, tiga kelas belakang, kalau ada sepuluh sekolah, kalau ada seratus sekolah, kalau seluruh Malaysia kita akan dapati ramai murid-murid yang agak ketinggalan dan mereka ini tak boleh daripada segi teori, tak pandai. Daripada segi dokumentasi daripada segi peperiksaan mereka ini tak boleh dan mereka mungkin ada kebolehan-kebolehan yang lain. Jadi saya nak minta Timbalan Menteri untuk mencari idea untuk menyelesaikan masalah ini.
Kedua, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri membuat lawatan ke pusat-pusat Mod 2 Tingkatan 6 di negeri Perlis. Ini saya nak mintalah secara live untuk Timbalan Menteri ke Perlis. Dan untuk Tingkatan 6 di negeri Perlis kita mengalami kekurangan prasarana seperti bilik kuliah, LCD dan lain-lain. Di Perlis hanya ada tiga sahaja Mod 2..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat pendekkan soalan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey last, last. SMK Syed Alwi di Parlimen Kangar, SMK Tengku Suleiman di Padang Besar dan SMK Syed Sirajuddin di Arau. Jadi mohon Timbalan Menteri untuk mengambil perhatian kerana isu sekarang ialah kekurangan guru-guru Tingkatan 6 kerana ramai guru-guru tua yang telah berpencen, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Timbalan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kangar, terima kasih Dato’ Yang di-Petua. Mungkin saya memetik soalan daripada Yang Berhormat Kangar berkenaan dengan penambahbaikan literasi membaca, menulis dan juga prestasi anak-anak kita dan juga secara alternatif apa yang remaja kita boleh buat sekiranya mereka mempunyai kemahiran yang lain.
Nombor satu, berkenaan dengan pembangunan literasi membaca dan juga menulis dan prestasi anak-anak kita di peringkat sekolah. Bagi KPM, kami telah pun menubuhkan tadi saya ada sebut enam task force, enam pasukan petugas khas. Antaranya ada dua yang relevan di sini:
(i) task force untuk pra sekolah. KPM melalui task force ini merangka hala tuju kita untuk memastikan pra sekolah kita diselaraskan dan juga memberikan tahap ataupun standard pendidikan yang setimpal kepada anak-anak kita;
(ii) berkenaan dengan intervensi kurikulum. KPM selalu melaksanakan intervensi kurikulum terhadap anak-anak kita yang kurang berkemampuan dan anak-anak kita yang mungkin tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas. Dan kita tahu bahawa KPM perlu sentiasa berusaha untuk memastikan murid mendapatkan pendidikan berkualiti dan kemahiran asas dia membaca dan menulis merupakan elemen utama. Dan di peringkat pra sekolah Yang Berhormat, kita memberikan kebebasan kepada guru untuk melaksanakan kaedah yang bersesuaian dengan tahap perkembangan pembelajaran murid sebagai persediaan untuk mengikuti pembelajaran pada Tahun 1; dan
(iii) KPM juga memperkenalkan inisiatif pengesanan awal literasi. Kita mengesan kedudukan dan prestasi anak-anak kita daripada peringkat awal lagi melalui inisiatif pengesanan awal literasi dan numerasi untuk murid Tahun 1. Pengesanan awal ini bertujuan untuk mengenal pasti murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan juga mengira dan program ini dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan dan sekiranya masih tidak dapat menguasai lagi tempoh tiga bulan ini juga akan dilanjutkan. Dan sekiranya apabila
Tuan Wong Kah Woh
anak-anak kita sampai ke peringkat remaja Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan mempunyai kemahiran masing-masing.
Pihak KPM turut pada hari ini memberikan penekanan yang serius dan penting kepada pendidikan dan juga Latihan Teknikal Vokasional iaitu TVET. TVET di bawah hala tuju KPM yang ada sekarang kami nak pastikan bahawa pendidikan TVET ini merupakan sebahagian daripada pendidikan arus perdana yang juga membolehkan anak-anak kita membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan mereka. So, maka kita ada kolej vokasional di seluruh negara dan juga kita menawarkan pendidikan TVET di sekolah-sekolah Dan dengan usaha-usaha sebegini kita berharap bahawa kita dapat menampung keperluan anak-anak kita yang mempunyai latar belakang yang berlainan dan juga yang mempunyai kemahiran yang berlainan dan juga kemahiran masing-masing. Terima kasih Dato’ Yang di-Petua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini, terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Setiausaha.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pada jam 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 10 Julai 2024.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi oleh Menteri hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan 1950; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Sumpah dan Ikrar 1949; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibawa kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang
dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibawa kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan fungsi dan kuasanya yang berhubungan dengan kawalan dan perlindungan sempadan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [4 Julai 2024]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. Mengikut senarai, baki dibawa ke hadapan dari hari Khamis yang lepas, ada tiga pembahas sebelum Menteri menjawab. Dengan itu, di sini saya baca balik senarai tiga orang itu. Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Sibu.
Berikut dipersilakan Yang Berhormat Beruas untuk membuka tirai pada hari ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan Rang Undang-undang meminda Akta Penagih Dadah, Rawatan dan Pemulihan 1983. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan beberapa perkara dalam hal ini.
Pertama, dalam isu penagihan dadah atau badan psikotropik. Pendekatan prevention is better than cure, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Hendaklah sentiasa ditekankan. Kalau sudah ketagih, memang susah untuk diubati.
Kedua, saya bersetuju dengan cadangan yang diambil oleh kerajaan dalam pindaan ini kerana penagih dadah yang sedang menjalankan pemulihan boleh ditempatkan dalam komuniti, tetapi masih di bawah penyeliaan dan kawalan Pegawai Pemulihan. Ini akan mengurangkan masalah kesesakan dalam penjara-penjara kita.
Ada sesetengah pihak yang ingin kerajaan menyahjenayahkan, dengan izin, decriminalize penagih dadah atau bahan psikotropik. Bagi saya, ini satu idea yang perlu kita perincikan lebih mendalam kerana daripada beberapa buah negara yang telah melaksanakan, dengan izin, decriminalization of drug addiction ini, banyak masalah yang lebih teruk telah timbul.
Saya bagi dua contoh. Di British Columbia, Kanada, mereka telah, dengan izin, decriminalize drug addiction pada Januari 2023 iaitu tahun lepas dan selepas satu tahun didapati keadaan amat teruk sekali iaitu terdapat 2500 orang yang telah meninggal dunia kerana, dengan izin, overdose terlalu banyak mengambil dadah dan ini merupakan satu angka yang tinggi dalam sejarah negeri itu.
Begitu juga di Oregon Amerika Syarikat. Pada Februari 2021, mereka telah, dengan izin, decriminalize penagihan dadah. Tiga tahun kemudian, majoriti rakyat di sana hendak dipulihkan keadaan sebelum penagihan dadah dinyahjenayahkan. Ini adalah kerana kalau
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
mereka bebas kerana kalau tidak menjadi satu kesalahan mereka bebas mengambil dadah dan mereka akan - di tempat-tempat kawasan awam mereka berselerak dan keadaan yang amat hodoh akan timbul dan ini menyebabkan rakyat jelata tidak selesa dengan keadaan itu.
Lawatan baru-baru ini, saya ke Kanada dan Amerika Syarikat pun saya dapati memang keadaannya amat teruk dengan pekan-pekan, ramai orang duduk di tempat-tempat awam, tidur di sana dan memang memberikan gambaran yang amat buruk kepada negara dan kawasan itu.
Ketiga, pertindihan dan percanggahan antara Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan pindaan rang undang-undang ini. Ini adalah kerana ia masih satu jenayah, tetapi kalau kita bawa seseorang itu untuk pemulihan, katalah kita Ahli Parlimen membawa seseorang itu untuk pemulihan, tetapi akhirnya polis masih menangkap dan mendakwa orang itu, kita akan dituduh mengkhianati orang yang hendak kan pertolongan kita. Jadi, isu ini memang masih criminal in nature dapati juga ada pemulihan. Pertindihan dan percanggahan ini hendaklah kita selesaikan.
Keempat, pusat pemulihan persendirian. Banyak pusat pemulihan persendirian adalah dikendalikan oleh badan sukarelawan yang tidak berlandaskan keuntungan. Non- profit organization (NGO) yang menjalan pusat pemulihan ini. Beberapa persoalan timbul.
Adakah mana-mana orang yang cuba secara persendirian menolong seseorang penagih dadah untuk pulih daripada penagihan dadahnya dianggap menjalankan pusat pemulihan tanpa lesen?
Kedua, adakah syarat-syarat yang dikenakan akan terlalu ketat seperti keperluan seorang doktor yang ada kepakaran perubatan dan syarat-syarat lain yang menyebabkan semua pusat pemulihan NGO ini perlu ditutup.
Ketiga, soalan ketiga hukuman yang dicadangkan, mereka yang beroperasi tanpa lesen boleh dihukum sampai RM500 ribu dan penjara sampai lima tahun. Kalau mereka diberikan lesen dan kalau mereka melanggar mana-mana satu syarat, mereka boleh didenda sekurang-kurangnya RM50 ribu. Bagi saya budi bicara ini mesti diberikan kepada mahkamah memandangkan keadaan sesuatu kes.
Soalan yang timbul keempat ialah sudah kah kerajaan bersedia menubuhkan lebih banyak pusat-pusat pemulihan dadah, jika pusat-pusat pemulihan sukarelawan ini ditutup.
Akhir sekali, poin yang akhir sekali. Pegawai Pemulihan bukannya seorang yang ada kepakaran kedoktoran atau perubatan. Malaysia Medical Association telah mengutarakan kebimbangan mereka iaitu Pegawai Pemulihan yang tidak ada, dengan izin, knowledge of medical knowledge tentang penagihan dadah ini, cadangan mereka untuk pemulihan untuk seseorang itu mungkin tidak tepat dan mungkin membuat keputusan yang silap.
Oleh yang demikian, saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan semua isu ini sebelum kita melaksanakan apa-apa pindaan. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Dato’ Speaker. Mas Gading menyambut baik usaha untuk meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Menurut daripada Agensi Antidadah Kebangsaan setakat Mac 2024, seramai 121,170 orang telah pun dikenal pasti terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pindaan dengan cadangan ini bukan sahaja perubahan kosmetik, tetapi juga mewakili satu perubahan fundamental dalam cara kita memahami, merawat dan memulihkan individu-individu yang mengalami ketagihan dan penyalahgunaan dadah serta bahan.
Pertama sekali kita perlu mengiktiraf kepentingan mengemas kini istilah yang digunakan dalam akta-akta ini. Pindaan ini meluaskan skop daripada hanya menangani penagih dadah kepada penagih dadah atau bahan penyalahgunaan dadah atau bahan.
Perubahan ini mengakui pelbagai jenis bahan yang boleh membawa kepada ketagihan dan penyalahgunaan yang mencerminkan realiti semasa masalah ketagihan yang melangkaui narkotik tradisional. Definisi yang lebih luas ini adalah penting untuk mencipta program rawatan dan pemulihan yang lebih progresif dan holistik.
Perkara kedua pula adalah mengenai salah satu aspek penting dalam pindaan ini iaitu mengenai pengukuhan peranan kehakiman dalam proses rawatan. Di bawah seksyen 6 yang baharu dan pengenalan seksyen 6A di mana majistret diberikan garis panduan yang jelas untuk memerintahkan individu menjalani rawatan dan pemulihan berdasarkan syor Pegawai Pemulihan.
Dato’ Speaker, masalah penagihan dadah ini bukanlah masalah disiplin ataupun salah laku semata-mata, tetapi sudah menjadi masalah kesihatan yang memerlukan bantuan dalam aspek perubatan. Ya, penyalahgunaan dadah itu berpunca daripada salah laku yang didorong oleh pelbagai faktor persekitaran dan rakan sebaya, tetapi bila penyalahgunaan dadah ini atau bahan ini dilakukan berulang kali, dengan sengaja atau pun dengan alasan suka-suka. Inilah yang akan mendorong kepada masalah kesihatan iaitu ketagihan.
Maka, khidmat Pegawai Perubatan yang terlatih diperlukan untuk menilai dan merancang program ataupun kaedah yang sesuai untuk membantu individu-individu yang mengalami masalah kesihatan ketagihan.
Perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah mengenai seksyen 8. Pindaan seksyen 8 yang menggariskan prosedur untuk rawatan dan pemulihan secara sukarela. Yang merupakan langkah progresif ke arah menggalakkan individu mendapatkan bantuan secara proaktif. Apa yang penting dalam pindaan ini adalah tentang individu bawah umur.
Di mana penagih bawah umur ini menerima penjagaan yang sesuai daripada ibu bapa atau penjaga mereka terlibat secara aktif dalam proses pemulihan mereka. Kalau kita
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
hendak mengharapkan penagih dadah ini untuk tampil secara sukarela mungkin sukar untuk berlaku, tetapi jika ibu bapa penjaga yang tampil menghantar anak-anak mereka secara sukarela itu mungkin boleh berlaku.
Oleh itu, kita perlu wujudkan sebuah keadaan ataupun ruang yang boleh meyakinkan ibu bapa penjaga ini untuk menghantar anak-anak mereka secara sukarela. Saya percaya pendekatan ini bukanlah perkara baharu maka saya ingin tahu apakah inisiatif ataupun program ataupun kaedah yang pernah diguna pakai oleh kerajaan untuk membantu dalam usaha ini?
Seterusnya berkenaan dengan pusat pemulihan persendirian di bawah seksyen 16 serta meningkatkan kapasiti infrastruktur pemulihan yang ada. Dengan membenarkan entiti persendirian mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan pemulihan di bawah peraturan ketat, kita boleh meningkatkan ketersediaan pilihan rawatan dan mengurangkan beban pada kemudahan awam.
Saya ingin mengambil contoh sebuah pertubuhan yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bernama Organization for Addiction Prevention, Treatment and Rehabilitation (OAPTAR) yang diketuai oleh Dr. Cindy Biding yang berdaftar di Kuching yang kini giat melakukan aktiviti serta program pemulihan penagihan dadah dan program kesedaran belia di sekolah-sekolah terutama di kawasan Mas Gading.
Mas Gading ingin bertanya, adakah dengan penguatkuasaan seksyen 16 yang baru ini nanti adakah mana-mana pertubuhan berdaftar dengan ROS perlu memohon kelulusan khas daripada Menteri untuk menjalankan operasi mereka? Serta apakah syarat-syarat utama untuk menubuhkan pusat pemulihan persendirian ini?
Selain itu, apakah inisiatif kementerian untuk membuka atau menambah jumlah pusat perkhidmatan pemulihan persendirian serta mempergiatkan dan menambah baik pusat pemulihan persendirian yang sedia ada di negara kita?
Saya percaya penubuhan pusat khidmat sama-sama dengan pusat pemulihan seperti yang dinyatakan dalam pindaan kepada seksyen 10 mampu menyediakan perkhidmatan penjagaan dan sokongan khusus dan memenuhi pelbagai keperluan penagih dan penyalahgunaan dadah atau bahan.
Rawatan dan pemulihan efektif boleh mengurangkan kos jangka panjang yang berkaitan dengan ketagihan dadah dan bahan termasuk kos penjagaan kesihatan, kehilangan produktiviti dan kos sosial jenayah serta penjaraan. Meskipun demikian, dalam membahaskan aspek rawatan dan pemulihan tiada yang lebih bermakna selain daripada pencegahan dan mencegah penagihan dadah atau bahan daripada berlaku.
Mas Gading ingin menegaskan pentingnya kawalan akses dadah serta bahan terlarang di Internet, kawalan sempadan, mempergiatkan Op Tapis Khas, kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan juga kuat kuasa undang-undang berkaitan bagi menumpaskan sindiket pengedaran dadah mahupun bahan terlarang ini. Pendek kata prevention is better than cure.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini tentang aktiviti penyeludupan dadah yang kian berleluasa terutamanya di kawasan Sempadan Malaysia-Indonesia.
Kawasan saya sendiri di Mas Gading sudah ramai penduduk-penduduk kampung yang datang dan mengadu kepada saya tentang kemasukan kenderaan-kenderaan terutamanya lori dan kereta pacuan empat-roda yang keluar masuk melalui kampung mereka ke sempadan tanpa melalui pusat kawasan sempadan yang sah.
Saya khuatir aktiviti penyalahgunaan dadah ini akan menjadi tidak terkawal khususnya di kalangan belia sekiranya kita tidak mengawal dan membendung kemasukan barangan terlarang ini. Natijahnya, pindaan Akta Penagih Dadah ini mewakili pendekatan yang komprehensif dan berwawasan untuk menangani ketagihan dadah dan bahan dengan mengemas kini istilah memperkukuhkan pengawasan kehakiman, menggalakkan rawatan sukarela, melibatkan keluarga dalam proses pemulihan, memperluas infrastruktur rawatan, meningkatkan profesionalisme Pegawai Pemulihan dan memperkenalkan hukuman yang lebih berat untuk ketidakpatuhan.
Besar harapan Mas Gading untuk melihat kerangka kerja yang lebih kukuh untuk menyokong individu dalam perjalanan pemulihan mereka. Mas Gading dengan ini menyokong RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Mas Gading. Dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya dengan ini mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Kampung Pagi, Jerantut yang merupakan sempadan kepada Taman Negara Kuala Tahan di sini yang diketuai oleh Tok Pat Mi Hamidi bin Nipah. Selamat datang ke Dewan Rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikut pembahas yang terakhir saya mempersilakan Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) ini.
Pertama, banyak- di Sibu ada dua NGO yang mengendalikan pusat pemulihan. Satu ialah Victory Home dan satu ialah ‘eLink’- Pusat Pemulihan ‘eLink’. Mereka sekarang memang tidak berdaftar dengan apa-apa agensi untuk menjalankan pusat pemulihan mereka. AADK juga menggalakkan mereka supaya tidak perlu berdaftar dan mereka boleh dianggap sebagai trainee center untuk remaja dan kes-kes yang bukan penagih dadah juga boleh dimasukkan kepada pusat mereka untuk menjalankan pemulihan sedemikian.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, sekarang apabila rang undang-undang ini dilaksanakan. Jadi soalan dia adakah pusat-pusat ini juga akan dikenakan tindakan kalau mereka tidak berdaftar dengan pihak berkaitan? Jadi bagaimana operasi? Adakah mereka boleh teruskan operasi mereka? Kerana dua-dua pusat ini sekarang memang mendapat sambutan yang sangat baik oleh penduduk di Sibu kerana mereka mengendalikan pusat pemulihan yang sangat baik dengan melalui ajaran-ajaran agama dan bukan dengan cara konvensional.
Mereka tahu apabila mereka sudah berdaftar dengan kementerian, mereka akan terikat dengan syarat-syarat kementerian dan ini akan menjejaskan operasi mereka pada masa sekarang. Dengan adanya rang undang-undang penagihan dadah dan pemulihan ini, saya rasa peranan AADK juga akan menjadi semakin penting, tetapi ada beberapa masalah harus diselesaikan dan ditangani oleh pihak kementerian untuk membantu pejabat AADK di Sarawak kerana mata wang, pewartaan pejabat AADK seluruh Sarawak masih ada yang perlu diluluskan seperti AADK daerah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu dan Limbang. Ini perlu diluluskan.
Mereka yang belum diwartakan menghadapi masalah seperti perjawatan, pegawai dan kakitangan yang kritikal di pejabat yang belum di warta. Jadi, ini merupakan satu masalah yang harus ditangani oleh pihak kementerian. Bagi pejabat yang telah diwartakan adalah seperti AADK Daerah Kuching, Miri dan Sibu, tetapi di AADK Daerah Sibu isu kekurangan pegawai dan anggota AADK pelaku juga.
Di mana hanya dua orang pegawai dan 14 orang anggota Unit Pencegahan, Rawatan dan Penguatkuasaan dan tiga kakitangan pentadbiran. Jika berbanding dengan pegawai anggota dan lain-lain kakitangan di AADK Daerah di Semenanjung, ia sebanyak 25 sampai 27 orang di satu AADK daerah.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, kawasan pentadbiran hanyalah sesebuah daerah yang- jadi, kawasan pentadbiran kalau berbanding di Semenanjung, Sibu merupakan satu kawasan yang besar.
AADK Sibu hanya menjaga tiga daerah besar sampai menjaga bahagian di Kapit. Jadi, mereka kerja dia dan kawasan dia adalah lebih banyak dan kawasan yang dijaga adalah lebih besar. Jadi, sampai sekarang di kawasan bahagian Kapit belum ada lagi pejabat AADK dan ini merupakan satu masalah kalau rang undang-undang ini dilaksanakan. Pejabat AADK masih belum wujud di bahagian Kapit dan siapa akan- hanya ini merupakan satu masalah yang harus ditangani.
Dan juga, saya rasa banyak lagi masalah yang dihadapi oleh AADK sekarang seperti penggunaan vape berperisa magic mushroom yang sekarang menular di sekolah. Pada masa sekarang, masih belum ada apa-apa ujian saringan yang boleh digunakan untuk menjalankan ujian terhadap vape berperisa magic mushroom ini. Ini juga merupakan satu masalah yang mengikat ataupun menjejas pelaksanaan untuk menjalankan bagaimana menangani masalah penagihan dadah di sekolah-sekolah.
Jadi, akhirnya, saya ingin menyentuh tentang proses pengesahan penagih.
Penagihan dadah memang merupakan satu proses yang sangat komprehensif. Saya telah
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
melihat SOP untuk menjalankan pengesahan penagih dadah oleh kementerian. Proses itu memang komprehensif melibatkan pakar-pakar perubatan. Kalau hanya kita membenarkan Pegawai Pemulihan untuk menjalankan pengesahan penagih dadah, saya rasa tidak cukup dan ini akan- mereka tidak ada kepakaran perubatan ini dan ini akan mengakibatkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa di antara Pegawai Pemulihan.
Jadi saya harap proses pengesahan penagih dadah lama perlu dikekalkan. Jadi, kita masih memberikan pengesahan penagih dadah ini kepada KKM untuk menjalankan pengesahan ini, bukan hanya diberikan kepada Pegawai Pemulihan sahaja. Itu sahaja.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Sibu. Maka, kalau dilihat dari hari mula perbahasan, seramai 36 orang pembahas telah berbahas. Yang Berhormat Menteri perlu berapa lama untuk menjawab?
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik. Saya silakan. Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah...
[Membaca sepotong doa]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang yang diberi kepada saya untuk menggulung perbahasan 36 rakan-rakan Ahli Yang Berhormat terhadap Rang Undang- undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
Saya hulurkan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua 36 Ahli Yang Berhormat. Dalam penggulungan ini, saya akan, bahagian pertama, sampaikan dulu beberapa penjelasan. Pada akhir nanti, saya akan membuat satu syor. Jadi, saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberi izin kepada saya untuk memberikan penjelasan kementerian. Nantinya, insya-Allah, saya akan cuba beri ruang kalau ada celahan.
Pertama, sejak dadah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu dalam negara kita, pejam celik, pejam celik, isu ini sebenarnya sudah hampir empat dekad lamanya. Biar saya berkongsi di mana kita sekarang.
Pertama, angka tahun 2023. Saya petik daripada buku Maklumat Dadah. Saya anggap ini sebagai data paling credible kerana data ini dikumpulkan oleh Polis Diraja Malaysia, oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, penjara dan pusat pemulihan dadah persendirian. Angkanya ialah 145,000 orang tahun lepas. Ianya bukan sekadar angka. Bila kita analisis data ini, kita dapati 71 peratus daripadanya mengambil dadah sintetik iaitu methamphetamine. Dadah sintetik ini memberi kesan yang jauh lebih serius berbanding dadah konvensional yang biasa. Pengambilan ini bermaksud
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
penyalahgunaan bahan. Di sinilah pentingnya Akta Penagih Dadah ini kita teliti untuk tujuan pindaan. Pertama.
Kedua, saya ingin berkongsi penemuan awal oleh penyelidik dari Hospital Universiti Sains Malaysia yang telah membentangkan dalam Majlis Tindakan Dadah Negeri Kelantan baru-baru ini. Penemuannya jauh lebih menggerunkan. Hospital Universiti Sains telah membuat kajian ke atas 152 orang pelajar sekolah. Jumlah 65 peratus daripadanya dikesan, disahkan terlibat dalam salah guna bahan iaitu mereka ambil vape yang dicampur dengan magic mushroom. Ini lebih teruk daripada methamphetamine dan syabu. Methamphetamine itu teruk dah. Yang ini, magic mushroom ini lebih dahsyat lagi kesannya terhadap emosi, terhadap fizikal dan segala macam.
Baik, saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Kelantan. Pada akhir pembentangan itu, Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk memberikan geran supaya Hospital Universiti Sains meneruskan lagi penyelidikan mereka. Ini langkah yang terpuji yang patut dicontohi kerana memerangi dadah ini, dia tak kenal batas politik. Ini masalah kita semua.
Baik, sepanjang penglibatan AADK menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Dadah Negeri-negeri, maklum balas daripada pengarah pendidikan negeri, mereka katakan bahawa di sekolah, kita dah tak bercakap lagi pelajar merokok. Sekarang kita bercakap tentang pelajar sekolah ambil vape dan magic mushroom. Ini kalau buat urine test, tak dapat dikesan, tetapi sebenarnya mereka sedang terlibat dengan penyalahgunaan bahan.
Baik, yang ketiga. Mari kita tinjau penjara kita sekarang. Sebanyak 63 peratus daripada penghuni penjara sekarang melibatkan kesalahan dadah- 63 peratus. Sebanyak 100 penghuni, 63 adalah penyalahgunaan dadah atau berkaitan dadah. Di bawah Akta Dadah Bahayalah...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Makna lima- nanti sekejap, Pendang.
Bagi saya habiskan ini dahulu.
15(1), 12(2), seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya. Baik.
Manakala kalau kita ambil penghuni yang sudah disabit- penghuni penjara ini ada dua. Sabitan, reman. Kita ambil sabitan. 57,000 yang dah sabit sekarang ini. 36,000 adalah dadah. Yang bukan dadah, 21,000. Baik. Maksudnya, ini entry point kepada mereka terlibat dengan jenayah yang lain. Itu PDRM established. Mula dengan dadah, kemudian dia terlibat dengan rompak. Mula dengan dadah, samun bersenjata. Mula dengan dadah, dia terkait sebagai entry point kepada jenayah indeks yang lain.
Baik, yang ketiga. Saya sebut tadi dalam penjara ada yang sabitan, convicted, ada yang reman. Dalam reman itu pula, 85 peratus adalah yang boleh diikat jamin, bailable. 85 peratus direman sebenarnya boleh diikat jamin, tapi kalau ianya berkaitan dengan kesalahan dadah, ini B40. Kita profilkan mereka ini pendapatan bawah RM1,000 atau pendapatan bawah RM2,000 di kalangan pesalah dadah yang direman- reman ini belum jatuh hukum.
Belum sabit lagi, tapi mereka direman. Bila kita profil mereka ini, pendapatan RM2,000 ke
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
bawah itu lebih separuh. Baik. Mereka tunggu di dalam untuk laporan patologi dan sehingga mahkamah menetapkan tarikh. Baik, itu perkara ketiga.
Perkara yang keempat, Dato’ Yang di-Pertua, ialah yang kita bincang sekarang adalah Akta Penagih Dadah. Yang ini, hasrat asal kita ini tidak lagi melihat penagih ataupun penyalahgunaan bahan. Dia salah guna bahan. Bezanya apa? Penagih dadah, dia ambil dadah dan dia tunjuk simptom ketagihan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kalau dia salah guna bahan, dia ambil satu bahan yang sifatnya dadah, tetapi tidak melalui prescriptions, itu salah guna bahan. Baik. Bila akta ini diluluskan, insya-Allah dengan wisdom Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tengok mereka sebagai pesakit. Tidak tengok sebagai penagih. Sebab konotasi dia lain. Stigma dia juga lain. Jadi, kita alihkan dia dari penjara, kita alih pada Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN). AADK sekarang ada 30 PUSPEN dan ada 56 buah pusat pemulihan swasta yang kita hendak regulate. Semuanya ada jasa. Semuanya ada kelebihan. AADK atau pun pusat pemulihan swasta. Ada peranannya dalam akta ini.
Baik. Itu yang pertama.
Kedua, dalam Akta Penagih Dadah ini, dia ada seksyen 6. Itu penagih. Seksyen 6A, itu penyalahgunaan bahan. Seksyen 8, dia hadir ke PUSPEN secara sukarela. Saya baru ini ada di Bukit Mertajam. Ada satu PUSPEN sukarela. Pegawai bagi tahu saya, ada yang datang daripada Langkawi. Subuh-subuh datang ke PUSPEN. Dia kata, “Saya terlibat dengan pengambilan dadah, tetapi saya belum sampai tahap parah. Tolong lah rawat saya.” Maknanya, sukarela. Seksyen 8 ini sukarela, okey. Kalau ikut aturan sekarang Dato’, Pegawai PUSPEN akan ambil maklumat, kemudian kita akan minta rujuk kepada Pegawai Perubatan.
Dia ambil lah masa tiga atau empat hari. Doktor akan semak. Doktor akan buat verifikasi.
Kalau seksyen 8 ini kita benarkan, Pegawai Pemulihan akan buat verifikasi. Pegawai Pemulihan Dato’ Yang di-Pertua, berbeza dengan tanggapan biasa kita. Pegawai Pemulihan ini, AADK ini dah 40 tahun usia dia. Mereka ini makan, minum, tidur, baring, pejam, celik dengan isu rawatan, pemulihan dan pencegahan dadah. Itu core business mereka. Pegawai- pegawai ini sebenarnya melalui pelbagai latihan. Bukan latihan jenis syok sendiri ini. Latihan yang mendapat akreditasi, international accreditations organizations. Mereka ada pakar bidang rawatan dan pemulihan. Mereka ada Pegawai Pemulihan yang terlatih. Mereka ambil program yang bersifat namanya certified psychoeducation practitioner. Mereka ambil sijil amalan rawatan dan pemulihan. Semuanya certified dan diberi akreditasi oleh international organizations. Ini yang kita ada. Lagipun, 40 tahun lebih mereka terlibat, Dato’ Yang di- Pertua.
Jadi, Pegawai Pemulihan dalam kes yang saya sebut tadi, setelah kalau kita luluskan pindaan ini, mereka boleh memberi verifikasi untuk budak daripada Langkawi itu terus masuk di situ. Baik, tetapi dua minggu pertama, Pegawai Pemulihan akan melakukan pelbagai ujian mengikut standard antarabangsa. Ujian itu kalau dikesan bahawa dia ada mempunyai masalah kesihatan yang di luar daripada keupayaan Pegawai Pemulihan, dia akan segera dirujuk pada Pegawai Perubatan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Akta Penagih Dadah ini masih ada peranan besar Pegawai Perubatan. Sila.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Salah satu perkara yang telah pun ditimbulkan semasa debate pada tempoh lalu adalah berkenaan dengan kelayakan Pegawai Pemulihan atau pun the Rehabilitation Officers, dengan izin Tuan Speaker. Jadi, boleh kah Yang Berhormat Menteri memberi sedikit pencerahan atau pun penjelasan berkenaan dengan kelayakan atau pun qualifications pegawai-pegawai tersebut? Memandangkan bahawa tiada sebarang kelayakan dinyatakan dalam seksyen penakrifan atau pun definisi Pegawai-pegawai Pemulihan tersebut dalam rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih rakan saya dari Bukit Gelugor ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Namanya Pegawai Pemulihan, mereka punya kelayakan dan kepakaran dalam bidang psikologi, psikologi kaunseling, kaunseling, psikologi klinikal. Mereka juga punya kelayakan akademik dalam bidang Sarjana Penyalahgunaan Bahan, Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Bahan dan Sarjana Psikologi Klinikal. Pegawai Pemulihan sekarang yang menjadi kebanggaan AADK yang nama Pegawai Pemulihan terlatih ini jumlahnya 1,000 orang. Yang bergelar pakar dalam bidang rawatan dan pemulihan, mereka hadir kursus profesional dalam dan luar negara. Mereka hadir semua seminar antarabangsa dalam dan luar negara berkenaan dengan rawatan dan pemulihan.
Hal yang berlaku Dato’, hal ini kita tak uar-uarkan. Hebahannya tak meluas sehingga kita membina satu tanggapan Pegawai Pemulihan ini dipertikai daripada segi kompetensi mereka. Hari ini mereka terlibat menguruskan 70,000 klien di peringkat komuniti. Mereka sedang menguruskan 7,000 klien dalam pusat pemulihan institusi. Jumlah yang besar yang kita sebenarnya terlepas pandang selama ini. 40 tahun mereka berjasa dan success rate, peratus pulih itu sudah 75 peratus. Modulnya itu turut memberikan perhatian tentang jasmani, tentang akal dan tentang roh.
Saya pergi di pusat di PUSPEN Bukit Mertajam. Saya terkejut ya. Dalam masa rawatan beberapa bulan, ada yang dah hafal beberapa surah. Surah Waqi’ah dia hafal. Surah As-Sajdah dia hafal dan mereka ini sukarela datang tempat kita. “Tolong rawat saya.” Saya silap langkah. Saya datang sukarela.” Kadang ibu bapa dia hantar. Jadi, meminda akta ini ertinya kita facilitate dia. Kita tengok dia sebagai satu klien yang mahu untuk berubah dan kita ada modul, kita ada pegawai, kita ada premis. Berbeza premisnya, bersih Dato’. Sangat bersih ya. Dia ada semua sistem yang melayakkan dia itu comply dengan standard antarabangsa yang ada. Jadi, success rate tinggi. Mereka punya kepakaran, kelulusan dalam bidang yang menjawab Bukit Gelugor tadi, saya terangkan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Angka yang sedang mereka uruskan itu pun hampir 80,000. Harapan kita, bila kita luluskan Akta Penagih ini, dia akan menggalakkan lebih ramai datang secara sukarela. Jadi, kalau setahun kita ada 145,000, kalau nanti kita mudahkan. Kita kata, kalau you tagih- penagih dadah, you salah guna bahan. Itu tidak melibatkan lagi isu jenayah, tetapi kalau memiliki, yang itu masih lagi kita kata, kita tak keluarkan daripada jenayah. Itu khilaf sebahagian daripada kita lah. Sebahagiannya mahu melihat total decriminalize. Memiliki, menagih, menyalah gunaan bahan patut dinyahjenayahkan. Pandangan kerajaan sekarang adalah penyalahgunaan bahan itu kita nama nyahjenayah. Pengambilan- penagih dadah ya.
Itu kita nyahjenayah. Sebab kita tengok dia sebagai pesakit, tetapi kalau dia memiliki, kemudian dia jual, dia edar, mudarat lebih besar. Itu kita tak nyahjenayah lagi. Macam Portugal, dia bagi semua sekali. Sebahagian rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, sahabat saya yang berbahas melihat ini sebagai satu total decriminalize. Buat kita, dua daripada tiga. Sila Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih sahabat Yang Berhormat Senator. Saya memang teruja berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan kita hendak menguruskan mereka yang terlibat dengan dadah, tetapi Dato’ Yang di-Pertua, kita tengok undang-undang ini sepatutnya kita table dulu. Kita pinda dulu RUU. Macam mana kita hendak menyekat kartel-kartel dadah ini yang mana menyebabkan penyebaran. Kita sekarang ini sedang buat satu rang undang-undang untuk hendak meletakkan AADK ini sebagai satu badan macam hospital untuk memulihkan mereka.
Saya dahulu- saya terlibat juga lah dengan AADK peringkat pusat dan di kawasan saya pun ada satu. Saya melawat di kawasan AADK di Pendang ini. Bila kita hendak ambil mereka yang hampir pulih ini untuk bekerja di – sebagai parol dahulu, daripada keluar penjara, pergi AADK, yang terlibat dengan dadah. Mereka ini kita ambil bekerja di syarikat- syarikat elektronik yang ada di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang ini. Hampir ramai juga.
Jadi, bila saya berbincang dengan Pegawai-pegawai AADK ini. Pertamanya, mereka tidak ada kemampuan untuk hendak merawat satu kes yang sangat besar dan banyak ini.
Peruntukan untuk AADK ini susah sebab sehingga terpaksa kena minta kepada Ahli-ahli Parlimen pada ketika itu untuk membantu mereka mencari- mendapatkan equipment- equipment bagi merawat mereka.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi saya haraplah kita tak naklah rang undang-undang ini kita pindahkan tanggungjawab sepatutnya dari hospital kepada apa ini- kepada AADK ini, mereka macam disebut tadi lah oleh Yang Berhormat daripada sahabat saya daripada...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bukit Gelugor.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bukit Gelugor tadi memang tidak ada, tidak cukup kepakaran bagaimana nak menjaga, bagaimana nak- memanglah ada yang ada sekarang ini hanya untuk cater untuk kita apa ini- apa ini- merawat mereka secara general.
Jadi, terima kasih. Yang itu saya minta pandangan daripada Yang Berhormat apa yang saya bangkitkan ini supaya kita boleh bantu AADK ini supaya tidak..
[Tidak Jelas] .
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pendang...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan yang berkaitan?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
YB, terima kasih. Belum- belum. Saya jawab satu-satu dulu ya. Pendang, rang undang-undang ini Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah. Kita ada satu lagi Akta Dadah Berbahaya. Dalam ekosistem tajuk dadah ini dia ada supply, yang itu Pengarah Narkotik Bukit Aman dan team narkotiklah. Depa ada akta depa pula, tapi oleh sebab sekarang ini maudu’ perbincangan kita ini Akta Penagih, kita nak cakap fasal rawatan dan pemulihan. Kita tak cakap fasal supply.
Jadi sebab itu yang saya nak sebut ini adalah apakah ada keupayaan? Saya kata ada. Sebab dah 40 tahun. Ada tak kekurangan? Tentu ada. Ada tak keterbatasan? Ada, tetapi kalau setelah 40 tahun, kita memberi kepercayaan kepada Pegawai-pegawai Pemulihan, kita masukkan dalam akta ini, mereka ada peranan dan keupayaan dan mereka sendiri lakukan verifikasi di samping peranan Pegawai Perubatan masih ada. Jadi mereka ini akan menjadi satu force kerjasama yang baik, isu ini isu dia.
Ketika kita bercakap ini, di Jerantut ada Pusat PUSPEN sukarela, di Bukit Mertajam ada, di Sungai Besi ada, di Kota Bharu ada. Ahli Yang Berhormat boleh mai melawat, tengok sendiri bagaimana modul yang dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan ini begitu berjaya sekali. Jadi kita berharap kalau peluang ini dapat diberikan, saya percaya bahawa Ahli rakan Yang Berhormat dalam begitu passionate dalam mengambil bahagian betul-betul nak tengok benda ini bagi berjaya dan kita nak atasi masalah pemulihan di kalangan penagih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Saya nak tanya tentang seksyen 8. Saya rasa banyak perbahasan yang kita dengar dalam sini, luar sana berkenaan dengan seksyen 8 yang mana dicadangkan supaya Pegawai Pemulihan itu diberi kuasa untuk memperakui bahawa seseorang itu penagih dadah. Jadi, saya difahamkan bahawa cadangan peruntukan pindaan ini disebabkan bahawa sebelum ini mereka yang datang secara sukarela ini dia memerlukan masa yang panjang untuk menentu sahkan bahawa dia itu penagih dadah.
Jadi pindaan ini untuk mempercepatkan proses bagi mereka yang sukarela datang.
Jadi, saya nak tahu kalau sebelum ini ataupun pada masa sekarang berapa lama diperlukan untuk menentu sahkan bahawa seseorang itu seorang penagih dadah kalau dia datang secara sukarela kepada pusat pemulihan? Terima kasih YB Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta izin Yang Berhormat Menteri. Ini satu soalan yang berkaitan dengan Bangi. Boleh saya tanya?
Berkenaan dengan mereka yang datang secara sukarela Tuan Yang di-Pertua, mereka datang secara sukarela kemungkinan mereka ada self-administrate drugs upon themselves dengan izin, they have drugs in their body. Ini merupakan satu kesalahan di bawah umpamanya seksyen 15 di bawah Akta Dadah Berbahaya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
It is an offence. We call it urine case dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Ini lazimnya berlaku di bawah seksyen 15 ADB, Akta Dadah Berbahaya. Jadi sekiranya seorang itu datang secara sukarela dan menyerah diri dan berkata saya ada, “I have drugs in my body”. Bukankah dia akan ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya? So, ini merupakan- menunjukkan terdapat percanggahan antara akta ini dengan Akta Dadah Berbahaya Jadi persoalan yang timbul ataupun tertimbul sekarang, adakah Akta Dadah Berbahaya itu akan juga dipinda? Bukan sahaja seksyen 15, tetapi ada beberapa peruntukan yang lain yang telah pun saya bangkitkan semasa debat saya dulu. Adakah peruntukan- peruntukan tersebut yang bercanggah dengan niat akta ini akan- di bawah Akta Dadah Berbahaya itu juga akan dipinda memandangkan the spirit of this new act? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dato’ terima kasih banyak. Bangi. Saya sebut tadi ya, kalau di PUSPEN itu ada Doktor lokum lah ya, proses dia cepatlah. Okey. Kalau lokasi PUSPEN kita itu dekat je macam Bukit Mertajam, dekat je dengan hospital, itu cepatlah, tetapi fikirkan juga keberadaan PUSPEN yang jauh yang bila dia datang sukarela, bila kita bagi dia tolong jumpa Doktor sekian-sekian di hospital sekian-sekian, ya- kalau dia tak patah semangat, dia pergilah. Kalau dia patah semangat, apalah susah aku datang untuk serah diri, rawatlah aku. Aku dah ada keinsafan. Itu cerita dia sebenarnya.
Kita nak permudahkan okey ya. Kenapakah mesti persulitkan? Okey. Apakah Peranan Pegawai Perubatan ada? Yes, jawapannya ada. Bold lagi, yes. Sebab apabila Pegawai Pemulihan memberikan penentusahkan, dua minggu itu dia ada tempoh di mana mereka diawasi, diteliti. Ada pelbagai ujian yang dilakukan oleh pakar-pakar kita di AADK dan Pegawai Pemulihan yang dilatih. Punya ilmu-ilmu yang mengesannya.
Ada juga berlaku Dato’ Yang di-Pertua, apabila dirujuk begitu, Pegawai Perubatan kata, tak layak untuk masuk ke pusat rawatan dan parent atau keluarga yang datang dia kata, “Kenapa, anak saya kami dah pujuk dan dia dah setuju.” Itu pun kekangan juga. Jadi, kerana itu spirit atau semangat di sebalik akta ini yang merayu sangat-sangat pada Ahli-ahli Parlimen memberikan sokongan, itu sebenarnya realiti di bawah.
Baik, 15(1) Bukit Gelugor masih terus kekal sebagai satu seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya. Itu kuasa Polis. Memasukkan dadah dalam badan, itu tak ada masalah apa-apa. Jadi, umpamanya kalau ditemui setelah dia bagi tahu kata dia sukarela- dia sukarela dan kalau kita tengok bahawa ada elemen seperti itu. Jabatan Peguam Negara- ketika percanggahan ini wujud, kita melalui proses masa Bukit Gelugor sebagai Timbalan Menteri Undang-undang pun sedia maklum, engagement kita termasuk pandangan-pandangan dari Jabatan Peguam Negara, betul.
Jadi ada dua akta yang sepintas lalu dapati semacam ada pertentangan, tetapi saya nak sebut bahawa meluluskan akta penagih dadah ini yang kita maksudkan seksyen 6- seksyen 6A, seksyen 8 dan seksyen 9 yang melibatkan kanak-kanak bawah umur. Itu di bawah Akta Penagih Dadah- 15(1), 12(2) dan 39(c) khususnya yang berulang, tegar, yang ini
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
tak ada lagi proses mahkamah dah. Dikesan sahaja lebih tiga kali, terus lima tahunlah. Jadi akan wujud keadaan begitu.
Jadi point yang kita nak masukkan adalah, beri ruang kepada kita untuk laksanakan memandangkan kepada hal yang saya berikan gambaran dalam mukadimah saya tadi.
Kerana itu isu libat urus dibangkitkan sebahagian besar.
Libat urus ini Dato’ bukan bermula sejak saya ambil alih di sini. Sebenarnya keputusan dasar yang pertama dibuat pada tahun 2019. Libat urus berlaku sejak tahun 2016 lagi. Libat urus tentang apa? Penagih ini kita nak tengok sebagai penagih ataupun pesakit.
Nun 2016 lagi, siapakah yang bagi maklum balas? NGO rawatan dan pemulihan, NGO pencegahan, tokoh-tokoh profesional, pakar-pakar perubatan, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan.
Libat urus ini sudah pun dibuat dan mereka mengangkat cadangan ini. 2019 semasa Pagoh menjadi Menteri Dalam Negeri, suatu Kertas Jemaah Menteri dibuat. 2020, satu lagi Kertas Jemaah Menteri dibuat sebagai keputusan politik, keputusan dasar iaitu pengalihan jangan penjarakan, tapi alih kepada rawatan dan pemulihan. Jadi, dua keputusan politik ini kekal yang menjadi panduan kepada kerajaan hari ini sehingga terhasilnya pindaan rang undang-undang yang sedang dibahaskan.
Tahun 2019 kita ada satu keputusan, decriminalize. 2020 kita ada satu keputusan, alih supaya kesalahan penagih ini kalau dah decriminalized, jangan penjara tempatnya.
Penjara dah penuh, PUSPEN masih ada ruang. PUSPEN komuniti masih ada ruang lagi.
Kalau kita nak ikhtiar atasi masalah ini, kita ulangi tindakan yang sama, pendekatan yang sama, cara yang sama, 40 tahun, tapi mengharap hasil berbeza. Kita tak dapat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Beri ruang kepada kita untuk explore, guna pakai peruntukan ini dan kita tengok nanti hasilnya. Apakah ia tidak langsung ada tempat kepada Pegawai-pegawai Perubatan?
Jawapannya tidak. Di PUSPEN kita ada Penolong Pegawai Perubatan. Dia akan pakai baju hijau pucuk pisang, uniform dia. Kerja merekalah meneliti, menelaah, menilai, menganalisis kalau-kalau sebarang tempoh itu.
Sekarang ini Dato' kalau kita pinda nanti, enam bulan mereka yang sukarela ini melalui modul pemulihan di dalam PUSPEN, enam bulan. Selepas itu selepas enam bulan barulah satu laporan diberikan sama ada dia boleh kembali asal, itu success rate yang kita hendak harapkan atau kalau ikut kaedah lama 14 bulan dia di dalam PUSPEN. Selepas 14 bulan dia masuk pula kepada pemulihan dalam komuniti, tetapi yang ini setelah kita lalui di empat, lima PUSPEN ini kita dapati bahawa tempoh enam bulan tempoh yang munasabah dia lalui rutin itu. Kalau yang Muslim solat waktunya berjemaah dan dia ada hafazannya, ayat lazim.
Saya pergi baru ini saya test pun ayat lazim semua. Dia jawab dengan tenang, fasih.
Ada orang Kuala Nerang, ada orang Kulim, ada orang Pokok Sena, ada orang Parit Buntar, ada orang Sungai Petani, orang Cameron Highlands sahaja tidak ada Dato’, fasal ini di Bukit Mertajam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya berbual dengan mereka dan saya dapat tengok bagaimana selesanya mereka dan saya tengok kalaulah kita di sini tengok, mempersulitkan saya rasa sangat tidak bijaksana. Saya tidak kata begitulah ya, tetapi saya percaya bahawa komitmen rakan-rakan juga ke arah itu. Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan yang terakhir ya, satu minit lagi. Silakan.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih jawapan dan kita memahami niat suci di kementerian untuk mengurangkan kadar banduan yang terlibat dadah yang di penjara yang disebut tadi lebih 63 peratus. Sekiranya perkara ini terlaksana dengan kemampuan yang ada pada AADK tadi ini, mampukah sekali gus jumlah ini diserapkan, satu.
Keduanya, tidakkah boleh ditingkatkan kerjasama ini terutama dalam pengesahan penagih tadi yang tidak diserahkan kepada AADK tetapi memperkukuhkan dan memberikan satu kerjasama yang lebih mantap di antara KKM yang kekal dengan kuasa dan menentukan siapa yang perlu. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Beruas.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Beruas, sila.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak utarakan apa yang telah saya bangkitkan tadi. Bagaimana kerajaan hendak menyelesaikan masalah pertindihan dan percanggahan di antara Akta Dadah Berbahaya dengan pindaan rang undang-undang ini di mana kalau- apakah kita masih menjadikannya satu jenayah dan dalam keadaan apakah ia tidak akan dijadikan satu jenayah kerana daripada pengalaman saya sebagai seorang Peguam, saya tidak hendak tengok mana-mana Pegawai Polis yang salah gunakan kuasa kerana kalau ada dua undang-undang yang boleh dipilih- mohon maaflah bukan semua Polis, tetapi ada yang salah gunakan akan tangkap seseorang itu kemudian kata kalau anda bagi saya sekian-sekian duit saya akan, I treat you more leniently untuk rehab dan tidak akan didakwa di mahkamah. Oleh sebab kita hendak gubal undang-undang jadi semua mesti jelas supaya tidak ada kesamaran dalam keadaan ini dan tidak ada siapa-siapa yang salah gunakan kuasa. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dato’, saya cuba repack dalam dua minit terakhir ini ya.
Kuala Krau, terima kasih banyak. Angka yang saya sebut dalam penjara sekarang, kita ada 41 penjara tahu. Kita ada 80,000 penghuni. Saya kata, 63 peratus daripadanya diam di dalam penjara adalah terkait dengan dadah. Dadah ini kalau Akta Dadah Berbahaya dia ada 15(1), dia ada 12(2)- memiliki, di ada 39(A), 39(B). (B) gantung mandatori. Dia ada 39(C) kalau berulang, itu dekat situlah.
Jadi kalau Kuala Krau kata kenapa tidak boleh dan ada tidak keupayaan alihkan semua 39(B), 39(A) kita tidak alih pergi Pusat Serentilah, itu kira kes tegar punya itu. Kalau di luar dibicarakan bersabit itu kira gantung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi 63 itu angka sekarang di mana penghuni di dalamnya pernah ada kaitan dengan kesalahan dadah. Makna besarlah serius, tetapi kalau kita kata bahawa hal yang kita hendak decriminalize-kan dia penagih, tetapi bukan parah. Dia salah guna bahan macam tadilah saya sebut yang magic mushroom itu yang Kelantan, 65 peratus umur 13 hingga 17 tahun, budak- budak sekolah ini. Itu yang Menteri Besar Kelantan pada akhir mesyuarat terus umumkan geran USM teruskan penyelidikan hendak selamatkan anak-anak kita di bawah sana.
Jadi yang kita sasarkan ini sukarela, penagih yang tidak sampai taraf parah bila kita pulihkan mereka, rawat mereka, mereka tidak sampai tahap keparahan dan yang ketiga adalah yang terlibat dengan salah guna bahan. Itu target sebenarnya, inti pati utama dia tetapi khilaf di kalangan kita kompetensi Pegawai Pemulihan. Saya kata ya, 40 tahun ada kepakaran itu.
Daripada segi percanggahan, Akta Dadah Berbahaya 15(1) Polis, Beruas, masih memerlukan seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, masih, sebab kriteria yang dicadangkan bagi klasifikasi individu untuk tindakan seksyen 15(1) ini. Dia ditangkap memiliki dadah, ditangkap terlibat jenayah, aduan daripada keluarga dan masyarakat setempat dan jika rawatan dan pemulihan yang diberi oleh AADK gagal. Kita invoke 15(1) macam yang Bukit Gelugor tanya tadi.
Sebab dalam libat urus kita ini yang melibatkan juga Polis untungnya kerana kita di bawah bumbung yang sama, Kementerian Dalam Negeri, pengalaman Polis dengan pengalaman AADK. Fokus AADK rawat, pulih, cegah. Kita ada outreach program. Polis itu kawalan terhadap bekalan sebab itu angka menunjukkan di negara kita Dato’ untuk tempoh tiga, empat tahun lepas, bekalan dadah paling kurang ketika PKP ketika semua orang tidak boleh keluar rumah, masa itulah. Sekarang dia meriah balik, yang itu di bawah Akta Dadah Berbahaya, polis, jadi 15(1) kekal.
Jabatan Peguam Negara ketika kita berbincang perkara ini, dia menyebut bahawa ia boleh bergerak selari dengan rang undang-undang ini. Of course ada khilaf di kalangan para peguam dan pengamal undang-undang, tetapi dalam Dewan ini saya jelaskan pandangan Peguam Negara ketika 15(1) itu ada, tetapi rang undang-undang ini boleh bergerak selari.
Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Persoalannya ialah bagaimana...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas, duduk. Cukup masa sudah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi saya hendak tutup begini, Dato’.
Ayat saya ialah- baik kalau ikut hasrat kehendak di hati Dato’, saya impikan bahawa pada akhir penggulungan ini Dato’ akan buka kepada pengundian. Okey, sama ada lebih suara setuju kah belah bahagi, tetapi saya fikir balik walau sekemas mana pun kita rasa kerja kita, tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat yang punya pandangan, memberikan teguran, syor yang saya fikir harus juga kementerian berikan weightage.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, saya dengar, saya baca semua sekali perbahasan dan tadi saya dengar tiga yang terakhir. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut bahawa kami di KDN, AADK dan Polis kami menyambut baik semua pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat. Okey, bagi maksud kita hendak hasilkan rang undang-undang ini sebagai yang terbaik, yang bila kita lulus kita hendak laksanakan supaya hasilnya juga terbaik.
Maka saya bercadang, saya mohon mencadangkan bahawa berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat kita, Peraturan Mesyuarat 62 saya berhasrat untuk menangguhkan bacaan yang seterusnya bagi Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dan kementerian akan mendapatkan pandangan yang selanjutnya daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan. Di situ nanti kedua-dua Jawatankuasa Pilihan Khas seingat saya Simpang Pulai mempengerusikan Kesihatan dan Ranau mempengerusikan Keselamatan kalau tak silap saya.
Di situ nanti kita akan jemput semua pihak yang berkepentingan Ahli Parlimen, pakar perundangan, pakar NGO, semualah kita selesaikan lagi, perhalusi lagi dan kemudian barulah kita buat keputusan di peringkat Majlis. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menutup penggulungan dengan cadangannya begitu. Terima kasih.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Menteri.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terbaik Menteri, terbaik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang telah Yang Berhormat Menteri nyatakan, Majlis mengambil kira dan teruskan sebagaimana yang dipohon.
Dengan itu, Majlis Mesyuarat ketika ini ditempohkan sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.10 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Puan Yang di-Pertua...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.
Saya tengok sekarang ini belum cukup lagi kuorum untuk kita mulakan. Kita minta bagi cukup dulu? Minta maaf Yang Berhormat Menteri, sebab kita tak cukup.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Speaker tengah kira.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha, bunyikan loceng.
[Loceng dibunyikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, sudah cukup bilang. Silakan Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
“Menyedari bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah dibentang di hadapan Dewan Rakyat pada 4 Julai 2024 seperti berikut:
i. LKAN 2/2024 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan, yang melaporkan sembilan aktiviti melibatkan 11 kementerian di peringkat Persekutuan; dan ii. LKAN 2/2024 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan yang mengandungi hasil pengauditan terhadap lapan syarikat.
Memahami bahawa LKAN membabitkan isu-isu ketidakteraturan serius yang berlaku dalam perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan wang awam serta pengurusan aktiviti kerajaan dan syarikat kerajaan yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan, agensi dan syarikat kerajaan yang diaudit.
Memperakui bahawa pentingnya reformasi tatakelola bagi menangani pembaziran wang awam dan ketirisan serta memastikan perkhidmatan kerajaan benar-benar membantu rakyat. Kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN dan seterusnya mengambil tindakan menambahbaikkan dan pencegahan bagi mengelakkan kelemahan yang sama dibangkitkan semula pada masa hadapan.
Bahawa LKAN wajar dibahaskan secara terperinci di Dewan Rakyat supaya perhatian dan pengamatan yang mendalam oleh semua pihak dapat diberikan bagi mendukung hasrat kerajaan mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik selain penelitian hanya di peringkat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Ia sekali gus dapat memberikan isyarat jelas kepada keseluruhan jentera pentadbiran kerajaan akan kesungguhan untuk memerangi kecurangan dan salah laku serta memartabatkan tata kelola yang unggul seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Usaha murni ini juga seiring dengan inisiatif mentransformasikan Dewan Rakyat yang berperanan untuk semak dan imbang kuasa eksekutif.” Puan Yang di-Pertua, dua naskhah LKAN telah dibentangkan di hadapan Dewan yang mulia ini pada 4 Julai 2024 iaitu pertama, LKAN mengenai Aktiviti Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dan kedua, LKAN Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan. Untuk maklumat semua Ahli Yang Berhormat, LKAN aktiviti memfokuskan kepada pencapaian objektif program, aktiviti dan projek yang dilaksanakan oleh kementerian, jabatan atau badan berkanun Persekutuan dengan menekan kepada konsep 3E iaitu Keekonomian, Kecekapan dan Keberkesanan.
LKAN pengurusan syarikat kerajaan pula menilai pencapaian objektif penubuhan syarikat melalui tiga aspek utama iaitu pengurusan aktiviti, tadbir urus korporat dan kedudukan kewangan bagi tempoh tiga tahun.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tanggungjawab Ketua Audit Negara adalah untuk mengaudit dan melaporkan secara profesional berasaskan standard pengauditan antarabangsa untuk menentukan sama ada sumber awam diurus dengan teratur, berhemat dan mematuhi peraturan ditetapkan. Buat masa ini, pemantauan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN telah atau sedang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara melalui Papan Pemuka Ketua Audit Negara dengan izin, Auditor General Dashboard (AGD). Sistem AGD ini dibangunkan bagi memaparkan status tindakan terkini terhadap isu yang dilaporkan dalam LKAN.
Portal AGD boleh diakses oleh semua pihak termasuk orang awam dan pihak berkepentingan untuk mengetahui tindakan yang telah atau sedang diambil oleh Audit terhadap isu utama yang dibangkitkan dalam LKAN.
Selain daripada sistem AGD, Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Audit Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan juga telah bermesyuarat secara berkala bagi menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap isu-isu primitif yang dibangkitkan dalam LKAN serta membincangkan jalan penyelesaian supaya isu yang sama tidak berulang.
Puan Yang di-Pertua, secara lazimnya selama ini, isu-isu berbangkit mengenai penggunaan dana awam hanya diteliti oleh Parlimen melalui PAC yang dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen dengan memeriksa:
(i) Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;
(ii) apa-apa kira-kira badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan- pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Majlis;
(iii) Penyata-penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut Perkara 107 dalam Perlembagaan; dan
(iv) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa itu Melangkah ke hadapan sebagai satu usaha reformasi yang berterusan dalam meningkatkan kecekapan, ketulusan dan keberkesanan entiti awam, Kerajaan Madani yang ada pada hari ini dengan iltizam politik, political will, dengan izin, meneruskan usaha yang telah pun dimulakan oleh kerajaan ini untuk membahaskan LKAN di Dewan Rakyat supaya perhatian dan pengamatan yang mendalam oleh semua pihak dapat diberikan bagi mendukung hasrat kerajaan mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik, selain penelitian hanya di bawah PAC.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Perbahasan LKAN di Parlimen akan memberikan kesan positif dalam aspek-aspek berikut:
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
(i) memberi isyarat jelas kepada kesemua pentadbir dana awam termasuk pihak yang dilantik untuk mengurus badan berkanun, pihak berkuasa awam dan syarikat kerajaan bahawa Dewan yang mulia ini serius memerangi kecurangan, kebocoran dan kelemahan tata kelola yang boleh membawa kepada ketirisan yang merugikan kerajaan;
(ii) menjadi faktor pencetus pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan wajar dan seterusnya mempercepatkan penyelesaian isu yang dibangkitkan oleh LKAN; dan
(iii) memupuk budaya kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua aspek pentadbiran awam seiring dengan usaha mentransformasikan Dewan Rakyat yang berperanan untuk semak dan imbang kuasa eksekutif.
Usaha murni kerajaan ini akan memberi ruang-ruang dan peluang-peluang secara langsung kepada lebih banyak Ahli-ahli Parlimen mengambil bahagian dalam proses memastikan dana kerajaan digunakan secara berhemah demi kepentingan awam yang sewajarnya. Perbahasan juga diharap menjadi medan diskusi berhubung langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan teguran yang dibangkitkan diberi perhatian serius oleh pihak terlibat sebelum tindakan penyelesaian yang berkesan dapat diambil bagi mengatasi kelemahan yang telah dibangkitkan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan bahawa semua Menteri yang bertanggungjawab selaras dengan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa mesti meneliti setiap teguran yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dalam LKAN tahun 2024 terutama membabitkan perkara berulang yang masih belum ditangani secara tuntas oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu Puan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.
Terdapat 52 orang pembahas. YB Kota Melaka, YB Pendang, YB Shah Alam, YB Tasek Gelugor, YB Kluang, YB Kubang Kerian, YB Ledang, YB Jerlun, YB Miri, YB Kuala Terengganu, YB Bukit Bendera, YB Bagan Serai, YB Pasir Gudang, YB Kuantan, YB Puchong, YB Kuala Krai, YB Kepong, YB Muar, YB Bayan Baru. YB Pasir Mas, YB Rasah, YB Bentong, YB Machang, YB Kota Belud, YB Batang Lupar, YB Jerantut, YB Lubok Antu, YB Bakri.
YB Maran, YB Tebrau, YB Selayang, YB Tanah Merah, YB Raub, YB Wangsa Maju, YB Kubang Pasu, YB Batu Pahat, YB Mas Gading, YB Arau, YB Betong, YB Jelebu, YB
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Rengas, YB Ipoh Timur, YB Sandakan, YB Rompin. YB Jelutong, YB Tuaran, YB Tumpat, YB Selangau, YB Petaling Jaya, YB Padang Serai, YB Bangi dan YB Tampin...
[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka, lima minit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.
Timbalan Speaker, saya ingin mengucapkan, saya hendak beri pujian kepada Ketua Audit Negara dan juga pasukannya kerana telah menyediakan satu laporan yang begitu baik sekali, satu pujian kepada mereka.
Ini bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan di mana pada Rabu yang lepas, 3 hari bulan Julai telah meluluskan satu pindaan terhadap Rang Undang-undang Audit di mana kita memperkasakan kuasa kepada Ketua Audit Negara supaya fungsi semak dan imbang dapat dijalankan dan untuk memperluaskan skop pengauditan terhadap pengurusan wang awam dengan lebih komprehensif dan juga menyeluruh. Tahniah kepada Kerajaan Perpaduan.
Kalau kita lihat kepada laporan yang telah dibuat, saya sekali lagi hendak puji Ketua Audit Negara dan juga Jabatan Ketua Audit atas usaha mereka susulan daripada laporan audit 2020 hingga 2022. Mereka berjaya mengutip balik sebanyak RM100 juta dalam bentuk tuntutan penalti, dalam bentuk sewa tertunggak dan juga dalam bentuk kutipan liquidated ascertained damages (LAD), satu usaha atas usaha mereka sebab itu kerajaan dapat kutip balik RM100 juta. Tahniah kepada Ketua Audit Negara dengan pasukannya.
Dalam laporan kali ini kita boleh lihat mereka telah buat sembilan pengauditan terhadap 11 kementerian dengan nilai projek yang diaudit adalah lebih kurang RM42 bilion di mana mereka memantau projek yang telah dijalankan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kedua Belas dan daripada laporan tersebut kita lihat terdapat kelemahan. Antaranya ialah kurang pemantauan, ketiadaan penyelarasan antara agensi ataupun jabatan dan juga kelemahan dalam polisi atau prosedur kerja.
Akibat daripada kelemahan tersebut, kita telah melihat keburukannya ialah kerja tidak dapat disiapkan dan kualiti kerja yang tidak memuaskan akibat juga menyebabkan kos meningkat dan ini telah menyebabkan kita terpaksa menghadapi tidak dapat nilai faedah wang yang dibelanjakan. Jadi, bagaimanakah kita hendak memastikan supaya semua ini tidak akan berulang? Itu yang selalu saya tekan. Maka sudah pasti kita perlu reformasi dalam urus tadbir negara supaya melalui reformasi tersebut kita dapat meningkat kecekapan tata kelola agensi dapat dipertingkatkan.
Jadi melalui laporan yang telah disediakan oleh Ketua Audit, apakah langkah ataupun tindakan yang telah diambil? Saya minta supaya Ketua Audit boleh bagi tahu kepada kita apakah langkah yang telah diambil? Langkah tatatertib yang telah diambil kepada mereka
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
yang cuai, yang tidak bertanggungjawab, yang salah guna kuasa? Adakah mereka telah di– Kita perlukan angka tersebut.
Berapa kakitangan telah diambil tindakan dan kita jangan takut kepada- jikalau ada ahli politik yang terlibat, kita juga harus mengambil tindakan. Saya hendak beri saranan dan kita hendak memberi jaminan kepada Ketua Audit Negara di mana kita akan menyokong mereka. Kalau mereka hendak siasat ahli politik apabila mereka menjadi Menteri, mereka buat salah, ambil tindakan. Kita akan sokong mereka.
Dalam isu ini saya rasa ini adalah penting kerana kalau kita lihat kepada ucapan Perdana Menteri kita pada November tahun lepas dalam satu majlis di mana Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tambun berjumpa dengan warga Jabatan Perdana Menteri, dia telah menekankan supaya semua ketua jabatan, Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha meminitkan segala perbincangan yang membabitkan Laporan Ketua Audit Negara sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Perdana Menteri mengatakan supaya tidak diulang masalah yang sama.
Jadi dalam isu ini sudah pasti Perdana Menteri inginkan pemantauan supaya yang lemah dan yang tidak baik itu dapat diatasi. Jadi untuk memastikan pencapaian tersebut, saya rasa tindakan tatatertib mesti diambil.
Saya merujuk kepada laporan kali ini dalam Audit Report ini, sedikit masa Timbalan Speaker. Saya merujuk kepada Kementerian Pertahanan, di mana kita- semua tahu Tentera Laut Diraja Malaysia tugas mereka ialah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah dan juga keselamatan nyawa dan harta benda. Selalu apabila sampainya Hari Pahlawan, kita- semua memuji terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh askar kita, tetapi kita sebagai kerajaan, kita sebagai kakitangan kerajaan, kita perlu memastikan supaya askar-askar kita yang mengorbankan diri, membahayakan nyawa mereka sendiri di laut sana kita perlu jaga mereka, tetapi melalui laporan ini kita lihat ada kelemahan di mana perolehan kapal baru tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
Penyelenggaraan, selenggara kapal tidak mengikut jadual dan alat ganti bernilai RM384 juta tidak digunakan. Semua ini adalah penemuan daripada Audit. Akibatnya ialah apa? Akibatnya ialah ia membahayakan askar kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, dalam isu ini, kita lihat kekurangan kapal. Sepatutnya dapat kapal yang baharu, sepatutnya 18, tetapi hanya dapat empat. Ada pula tidak diservis. Ini semua bahaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Akan tetapi, kita harus bangga dengan askar kita. Di mana, sungguhpun kapal yang lama sepatutnya ditukar, tetapi mereka masih lagi menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Di mana, pelaksanaan operasi, sasarannya ialah 849 operasi, tetapi mereka dapat menjalankan 1,184. Sungguhpun
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
membahayakan diri sendiri, tetapi mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan begitu baik. Tahniah kepada tentera laut kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, dalam hal ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sedikit sahaja, Timbalan Speaker.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sokong Kota Melaka.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Last. Last point. Jadi, saya harap ya, PAC- minggu lepas juga ada mengemukakan laporan mereka. Saya harap Ketua Audit Negara juga akan menyiasat terutamanya tentang HRD Corp di mana apa yang berlaku pada tahun 2020 hingga 2022 semasa Kerajaan Perikatan Nasional- Perikatan Nasional menjadi kerajaan. Apa sudah berlaku?...
[Tepuk] Banyak penyelewengan dalam HRD Corp ini. Kita nak tahu, arahan siapa? Siapa yang memberi arahan kepada mereka sehingga mereka begitu berani membuat salah?
Antaranya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Bangunan Pejabat Tapah ya. Bangunan Pejabat Tapah. Kenapa nak buat di Parlimen Tapah? Jawapannya, that particular time, the Minister was from Tapah. Jadi, ini satu kenyataan yang harus kita siasat ya. Menteri pada ketika itu, adakah dia buat kesalahan, salah guna kuasa?
Akhir sekali, Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih tiga minit.
Sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Last point saya nak bangkit ialah berkaitan dengan National Integrated Immigration System ataupun yang dikenali sebagai NIISe, di mana dalam projek ini kerajaan terpaksa bayar RM106 juta telah dibayar. Jadi, saya ingin supaya disiasat dalam hal ini sebab kerajaan sudah bayar begitu banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Di mana, dalam kes itu melibatkan anak menantu Pagoh. Anak menantu Pagoh yang disiasat. SPRM sudah nak tangkap dia, nak dakwa dia pergi ke mahkamah, tetapi dia melarikan diri ke luar negara. Pepatah apa yang kita kata, “Berani kerana benar, takut kerana salah.” Sudah pasti dalam isu ini, anak menantu Pagoh dia salah, sebab itu dia melarikan diri pergi ke luar negara...
[Tepuk] Ini berlaku semasa pemerintahan Perikatan Nasional menjadi kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, saya harap supaya Ketua Audit Negara menyiasat kes ini. Dengan itu, sekian, terima kasih, Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua yang ku kasihi.
Puan Yang di-Pertua yang dikasihi kerana memberi peluang saya untuk berucap.
Saya nak terus kepada ucap terima kasih kerana skop yang diluluskan pada fasal 2 seksyen 5 Akta 62 yang semakin diluaskan skopnya kepada Ketua Audit Negara.
Alhamdulillah, saya nak cadangkan selepas ini, yang pertamanya, berilah membuat satu audit di Malaysia Airports Berhad yang mana melibatkan GIP yang mana BlackRock ada 100 peratus saham dalam GIP. Itu yang pertama.
Keduanya, saya nak tanya juga supaya Ketua Audit Negara boleh melihat balik audit yang ada 47 kes DNAA- dismissal not amounting to acquittal supaya- sebab, dia cuma dilepaskan tanpa dibebaskan. Jadi maknanya kalau ada bukti baharu yang boleh kita caj balik, minta Peguam Negara caj balik. Jadi, 47 kes ini, diminta Ketua Audit Negara masuk balik untuk siasat kes yang 47 kes yang dilepaskan tanpa dibebaskan. Itu pandangan- pandangan saya.
Jadi, kita haraplah supaya audit yang dibuat ke atas MAHB ini akan mendapat satu dapatan yang mana tidak perlu kita membuat tawaran saham MAHB ini yang untung besar, yang difahamkan ada 1.843 cashflow, cash-nya dalam akaun dan juga keuntungan pada tahun lepas RM543 juta. Jadi, syarikat ini untung. Jadi, kenapa kita nak bagi dekat hak untung lebih dekat orang lain?...
[Ketawa] Bagilah dekat syarikat dalam negara banyak, yang boleh kita tawarkan. Sebab, saham di antara KWSP dengan LHDN ini 71 peratus.
Yang selebihnya saham yang ada lebih kurang 950 syarikat lebih yang ada satu percent, dua percent yang di pasaran, di board security yang mana bila mendapat tawaran harga yang mahal, mereka akan jual. Sebab, ini keuntungan jangka masa pendek. Untuk yang 71 percent ini, adakah kerajaan nak reduce- GIP yang ada tujuh percent sekarang untuk dijadikan 30 percent- 30 percent ini perlu 23 percent dari Lembaga Hasil ataupun daripada KWSP, yang mana kita tahu dah, ini satu syarikat negara, syarikat rakyat yang memberi keuntungan kepada semua penglibatan MAHB.
Jadi, saya harap benda-benda macam ini, kawan-kawan saya sebelah sana pun kena ambil berat. Walaupun tak nama BlackRock, tapi GIP ini mempunyai saham 100 peratus BlackRock dalam GIP ini. Itu satu teknikallah yang nak disembunyikan BlackRock itu. Itu yang sebab itu bila hari itu, Ipoh Timor kah ataupun Gopeng, yang tanya saya tak faham itu. Saya faham. Saya bab-bab ini saya faham juga.
Oleh sebab itu, saya haraplah Ketua Audit Negara masuk menyiasat balik- yang pertama, DNAA 47 kes; yang kedua, MAHB yang untung, kenapa kita nak offer dekat syarikat
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
asing yang lain? Sebab, kita dah lulus akta yang saya sebut tadi. Jadi, kuasa kepada Ketua Audit Negara ini lebih luas termasuk GLC-GLC, GLIC also perlu dibuat audit.
Jadi, oleh sebab itu, saya harap ada satu...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Standing Order 36(12).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Standing Order 36(12), Ahli tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa keliru pula?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Apa yang kelirukan? Tak ada kelirulah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Janganlah kacau.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa yang disebutkan Yang Berhormat tadi kata 100 peratus dimilik oleh BlackRock. Sila tunjuk bukti.
Seorang Ahli
Ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sila tunjuk bukti. Sebab, itu fakta yang palsu dan fakta yang tak betul.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
100 peratus. Tak apalah. Dia...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak, tak, tak. Bukan tak apa. Kena tarik balik sebab itu fakta yang palsu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak tarik balik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang disebutkan GIP milik 100 peratus oleh BlackRock- yang ini palsu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini saya dah check. 100 peratus.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ini tipu. Ini kelentong.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
100 peratus saham BlackRock dalam GIP.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tarik balik. Tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak ada tarik punya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tarik balik. Itu palsu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak nak tarik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mengganggu ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Speaker, sila buat petua. Itu adalah kenyataan yang palsu, yang tak betul. Kita ketahui umum benda ini palsu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey. Dato' Yang di-Pertua...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jadi, jangan nak bina naratif dengan fakta yang mengelirukan Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sungai Bakap kalah!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa kena mengena dengan Sungai Bakap?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Namun, tidak ada kelemahan dalam pengurusan. Saya nak cakap berkenaan dengan secara keseluruhan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pendang, Pendang.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ini pasal dia tipu. Dia tipu guna fakta yang tak ada, tak wujud.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
TLDM berjaya melaksanakan operasinya melebihi sasaran yang ditetapkan walaupun...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sila tarik balik. Speaker, sila mohon buat petua. Ini adalah benda yang mengelirukan Dewan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Halau dia keluar, Tuan Speaker.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sila betulkan fakta.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bukan dia minta kebenaran. Saya tak bagi pun.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak. Ini Standing Order. Saya tak perlukan Pendang untuk bagi kebenaran.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Standing Order pun tak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ini adalah Standing Order.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Masa saya nak start balik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tarik balik. 36(12). Tarik balik. Mengelirukan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker, Point of Order 37(1). Ini mengganggu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
36(12). Arau duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini adalah satu perbuatan kurang ajar.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Arau duduk. Speaker belum buat... [Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
37(1). Dia mengganggu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Hei, 36(12) lah, Arau. Arau orang lama kena faham. 36(12), mengelirukan Dewan....
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, boleh tunjukkan apa yang disebut?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, saya dah buktikan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Buktinya mana?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya dah buktikan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Buktinya mana?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya dah masuk dalam Google.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Buktinya mana?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
BlackRock ada saham...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Buktinya mana? Sila tunjuk bukti. Kalau tidak, tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak akan tarik balik sebab saya yakin.
Saya tak akan tarik balik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tunjuk buktilah kalau yakin. Tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
You buat usullah. You buat Usullah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalau tarik itu, tunjuk bukti.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya buat esok.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalau tak ada bukti itu, tunjuk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini, Pendang. Nak tunjuk bukti, dia siapa- dia Perdana Menteri kah?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Buktinya mana?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Nak pakai Wikipedia?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Nanti sekejap. Nantilah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Nak pakai soya kah cincau?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini tak suka belakang-belakang benda ini.
Okey, saya ada, “BlackRock agrees to acquire Global Infrastructure Partners, creating a world leading infrastructure private market investment platform 100 percent…”
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
“Agrees to acquire.” Has it been acquired?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
100 percent...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Has it been acquired? Has it been acquired?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Ipoh Timor.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, macam mana? Saya dah jawab.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Has it been acquired? Please, answer the question. You are trying to prove yourself. I am giving you… [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Ipoh Timor.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia hendak ganggu saya, dia hendak ganggu saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Parlimen dia orang punya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia pun tidak tahu sebenarnya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami hendak dengar, kenapa dibenarkan mengganggu? Ini mengganggu, 36(1)...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ini bukan mengganggu...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya hendak dia betulkan kelentong dia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini- kami tak berhak untuk jawab kepada ini, kami jawab kepada Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ipoh Timor, bila jadi jurucakap?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan] Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timor boleh buat Usul untuk minta petua.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Buat Usul.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Speaker, Speaker, mohon dia tarik balik buat sementara waktu. Sebab diketahui umum faktanya, penjualan itu tidak berlaku, belum berlaku dan dia tidak memiliki. Jangan menggunakan apa yang ada dalam kuasa Dewan ini untuk tipu, mengelirukan Dewan dan orang di luar sana.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Kurang jelas]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sudahlah, PM sudah jawab.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Inilah taktik dia orang, inilah... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timor boleh buat Usul dan untuk Yang Berhormat Pendang, saya bagi satu minit untuk gulung. Tinggal satu minit sahaja...
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak kan dia nak lawan Perdana Menteri dia.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tadi Speaker bagi lima minit Kota Melaka, tambah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tadi Kota Melaka sampai lima minit, 10 minit...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik, terima kasih. Saya hendak menyentuh berkenaan dengan Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, yang saya kasihi.
Saya tengok secara keseluruhannya, saya hendak sentuh berkenaan dengan TLDM seperti mana yang disebut Kota Melaka tadi. Saya hendak sokong yang itu. Saya sangat setuju di mana kita tengok sumber kewangan dan kekurangan kapal yang ada di sini dibelanjakan, tetapi kapal kurang. Bagi menjayakan operasi tersebut, TLDM telah menggunakan kapal yang melebihi usia guna dan secara high tempo. Jadi, kita tak mahulah bagi nyawa tentera kita terancam. Namun, kelemahan dan pengurusan kapal itu diperoleh- perolehan kapal baharu tidak dilaksanakan mengikut perancangan. Penyelenggaraan kapal tidak dilaksanakan mengikut jadual dan alat ganti bernilai RM384.49 juta tidak digunakan.
Jadi, kita tengok yang ini, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, TLDM- dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas juga adalah rendah. Laporan Ketua Audit telah
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
mengemukakan prestasi perolehan dan penerimaan kapal TLDM di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dan Rancangan Malaysia Kedua Belas adalah rendah berbanding sasaran yang ditetapkan. Di mana TLDM menyasarkan perolehan sebanyak 18 buah kapal, namun hanya empat buah kapal yang diterima iaitu 22.02 peratus. Kota Melaka kena sokong saya yang ini, saya sokong kamu.
Jadi oleh sebab itu, inisiatif pembaharuan terhadap program- soal saya berkenaan dengan transformasi TLDM, termasuk dalam aspek perolehan kapal baharu serta rancangan baharu pelupusan kapal yang dijangka dilaksanakan mulai 2033, menggantikan pelan pelupusan asal iaitu phased in and phased out plan. Jadi, saya hendak harap yang ini- saya sangat berharap dengan kelulusan akta ini, Ketua Audit Negara boleh masuk sekali lagi bila-bila masa, mungkin ada kaitan dengan kes 47 DNAA ini. Mungkin ada kan, sebab semua dulu 87 kes, tetapi di- tidak ada bukti kepada 40 kes, tinggal 47 kes. Sebanyak 47 kes ini juga DNAA. Jadi, saya tengok yang ini, saya haraplah- apakah sebenarnya penambahbaikan dari segi aspek pengoperasian apabila 1,184 operasi dilaksanakan, berbanding sasaran 849 operasi dengan menggunakan 26 buah kapal yang telah melebihi usia guna dan kapal yang beroperasi ini melebihi norma yang ditetapkan iaitu dipanggil high tempo antara lima hingga 156 hari.
Itu belum lagi mengambil kira kebajikan anggota TLDM yang bertugas lebih hari demi masa menjaga perairan Malaysia. Saya gusar memikirkan kesiapsiagaan anggota TLDM ini dan juga keadaan kapal yang digunakan. Saya harap juga PAC yang membuat satu semak- imbang ataupun investigation, dengan izin, terhadap pembangunan LCS ini perlu membentangkan Laporan LCS supaya mudah Audit Negara- Ketua Audit Negara untuk masuk dalam Parlimen ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Table dalam Parlimen ini. Jadi oleh sebab itu, saya minta sekali lagi PAC bagi memastikan pelaksanaan LCS dapat dilengkapkan, mengambil kira kapal pertama dijangka diterima pada bulan Ogos 2026 berdasarkan kontrak tambahan keenam dan empat buah kapal berikutnya yang dijangka diterima mengikut jadual yang ditetapkan sehingga 2029. Jadi Puan Yang di-Pertua, yang saya kasihi, sekali lagi saya sebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Sudah lebih daripada 10 tahun, 12 tahun isu LCS ini tidak ada- tidak diselesaikan. Jadi, saya harap dengan tahun 20- yang pertama kita terima pada Ogos 2026 ini, saya haraplah tidak akan berlaku lagi lanjutan jadual supaya teknikal-teknikal ini disebut dalam Parlimen ini bahawa kita ada masalah teknikal, saya tak nak macam itu.
Sebab kita sudah bagi masa terlalu lama LCS punya kes ini dan diganti penambahan peruntukan wang negara sebanyak RM11.2 bilion. Setelah RM6 bilion itu hilang dahulu ini, ia tambah lagi RM11.2 bilion untuk pembangunan kapal-kapal LCS ini. Jadi, saya harap pihak Audit Negara akan di beri kebebasan sepenuhnya dengan kelulusan undang-undang ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, saya tidak ada hendak sebut banyak, saya ada lagi dua muka surat. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua yang saya kasihi, yang memberi peluang kepada saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kerana bagi saya peluang untuk saya membahaskan Laporan Ketua Audit Negara
(LKAN) Siri Kedua 2024 di Dewan yang mulia ini.
Sebelum saya masuk ke- untuk menarik perhatian Dewan Rakyat ini terhadap tiga isu yang saya hendak sentuh. Saya ingin maklum balas pada Pendang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Dewan yang mulia ini. Sebenarnya, PAC masih follow- up tentang perkembangan pembinaan LCS. Kita masih- kami masih menjalankan siasatan- bukan siasatanlah, follow-up lagi dan dari semasa ke semasa, PAC akan bentangkan laporan untuk maklumkan Dewan yang mulia ini. Kerana kami masih menjalankan tugas. Jadi Pendang, tak yah lah bimbang sangat, kerana kawan-kawan yang duduk dalam PAC juga ada lima orang Ahli yang mewakili Pembangkang.
YB Masjid Tanah yang mengetuai PAC dan YB Sik, YB Kubang Pasu, YB Kapar, semua ada. Jadi, janganlah bimbang YB Pendang. Yang paling penting- sekali Puan Yang di-Pertua, ini kalau tidak silap, ini kali pertama Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membahaskan LKAN dalam Dewan yang mulia ini. Ini bukti bahawa Kerajaan Madani berani kerana benar, kita mengizinkan LKAN dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Iaitu walaupun ada kekurangan, saya akui mesti ada kekurangan, tiada kerajaan yang perfect, tidak ada 100 peratus. Mesti ada kekurangan, ada kelemahan lagi. Mungkin ada masalah yang perlu diperbaiki lagi.
Akan tetapi tidak mengapa, kami izinkan untuk bahas di sini supaya rakyat marhaen di luar sana dapat saksikan perbahasan tentang LKAN dan kami boleh berunding macam mana boleh tambah baik, itu yang sangat penting untuk kerajaan sekarang dan kerajaan yang akan datang lagi. Ini adalah untuk kepentingan rakyat seluruh negara.
Jadi, saya ingin masuk tiga isu yang saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Isu pertama adalah mengenai pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar atau ringkasnya dikenali sebagai BALB, Sabah Sarawak di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaporkan dalam LKAN Siri Kedua 2024.
Aktiviti kementerian, jabatan Persekutuan dan badan-badan berkanun.
Isu ini bukan perkara baharu dalam LKAN, malah LKAN 2015 Siri Satu turut melaporkan isu yang sama kecuali ketika itu, pengauditan hanya tertumpu pada Sabah sahaja dan PAC Parlimen Penggal Ketiga Belas telah membentangkan laporan mengenai isu ini. Selepas habis 10 tahun, Jabatan Audit Negara kembali melakukan pengauditan kepada aktiviti ini, tetapi skopnya kini turut termasuk Sarawak dan dengan tujuan untuk menyediakan
Puan Wong Shu Qi - Kluang
bekalan air bersih untuk Sabah dan Sarawak, membabitkan kos RM1.647 bilion untuk Sarawak dan RM1.735 bilion bagi Sabah.
Dalam LKAN terdapat lapan penemuan yang dinyatakan, tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah penyaluran peruntukan bukan kepada agensi pelaksana. Amat memelikkan apabila KKDW menggunakan RISDA sebagai agensi pelaksana BALB di Sabah dan Sarawak, sedangkan pihak berkuasa ini tidak dilantik sebagai agensi pelaksana.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Walaupun KKDW dalam maklum balasnya kepada JAN menyatakan bahawa kuasa melantik agensi pelaksana adalah dalam bidang kuasa pegawai kementerian itu, KSU.
Namun hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika KKDW mahu menggunakan RISDA sebagai agensi pelaksana BALB di Sabah dan Sarawak, seharusnya pelantikan RISDA dibuat mengikut tata kelola yang ditetapkan, bukannya sekadar, dengan izin, afterthought oleh KKDW.
Ini semua mencerminkan sikap sambil lewa dan tadbir urus di pihak KKDW.
Sehubungan itu, saya mahu meminta penjelasan Menteri apakah rasional pelantikan RISDA sebagai agensi pelaksana BALB di Sabah dan Sarawak? Adakah agensi Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dilantik sebagai agensi pelaksana?
Isu kedua yang saya ingin sentuh juga mengenai pengurusan air negara, aktiviti di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC) dengan peruntukan keseluruhannya yang diaudit berjumlah RM19.989 bilion membabitkan 712 projek pembangunan infrastruktur air dengan peruntukan berjumlah RM4.204 bilion bagi pembinaan dan projek menaik taraf 27 buah loji rawatan air telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang RMKe-11.
Namun, saya amat kecewa apabila mendapati pembinaan bina baru Loji Rawatan Air Layang 2 berjumlah RM170.17 bilion, maaf juta, yang sepatutnya siap pada 2 Jun tahun 2022 kini lewat selama 668 hari iaitu lebih dua tahun dengan sebanyak enam kali extension of time. Yang terakhir pada 31 Mac tahun ini telah diberikan kepada kontraktor. Apa sebenarnya yang telah berlaku?...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan dan sila gulung. Ringkas.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya akan cuba ringkaskan. So, maklum balas yang diberikan kepada JAN adalah disebabkan kesukaran untuk kerja-kerja pembinaan muka sauk. Bagi saya, ini adalah satu alasan yang lemah memandangkan sepatutnya skala kesukaran dalam pembinaan telah diketahui terlebih dahulu sebelum tender diberikan. Adakah ini bermakna perancangan asal untuk menyiapkan projek tidak realistik langsung?
Dan Puan Yang di-Pertua, adalah mengenai prestasi pencapaian bekalan air terawat di bawah isu yang sama juga di mana semakan audit kepada sampel lima negeri mendapati pengeluaran sebenar air terawat mengalami defisit bagi negeri Kelantan dan Kedah antara minus 0.9 peratus dan minus 16.8 peratus bagi tahun 2021 dan 2022.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyatakan reserve margin air terawat tidak dapat mencapai sasaran adalah disebabkan oleh kelewatan pelaksanaan projek naik taraf lima loji rawatan di Kedah. Malah SADA memaklumkan isu ini adalah luar bidang kuasa mereka. Jadi, kalau bukan di bawah bidang kuasa SADA, di bawah bidang kuasa agensi mana yang memantau hal ini untuk negeri Kedah? Mohon penjelasan kementerian untuk isu ini supaya tiada tuding jari antara agensi, berbagai-bagai agensi dan masalah dapat diatasi secepat mungkin.
Dan berkenaan isu kualiti air terawat tidak mencapai standard QAP. Jabatan Air Negeri Sabah memaklumkan bahawa masalah adalah diakibatkan oleh komponen proses rawatan air serta alatan mekanikal dan elektrikal yang uzur perlu diganti. Malah Air Kelantan Sendirian Berhad pula menyatakan bahawa sistem rawatan air di loji masih belum dibaiki.
Adakah JAN SPAN- Air Kelantan Sendirian Berhad sudah mengambil tindakan untuk menyelesaikan ini selepas ditegur oleh Ketua Audit Negara?
Mungkin maklum balas JAN dan SPAN tentang isu ini diterima pada Ogos 2023, tahun lepas. Manakala maklum balas Air Kelantan Sendirian Berhad hanya diterima oleh Jabatan Audit Negara pada 27 Mac tahun ini, lewat tujuh bulan. Air Kelantan Sendirian Berhad lewat maklum balas kepada JAN tentang isu yang sama tujuh bulan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Jadi, adakah ini bermakna isu yang sama masih wujud sehingga hari ini? Dan kenapa sangat-sangat lewat memberi maklum balas? Saya mohon penjelasan mengenai perkara ini.
Dan sebenarnya saya ada satu isu berkenaan Majlis Profesor Negara lagi iaitu saya hanya ingin minta Menteri untuk menjelaskan sama ada Majlis Profesor Negara lebih sesuai diletak di bawah KPT dan apa tugasan utama bagi Majlis Profesor Negara? Dan yang paling penting, saya minta kalau perlu SPRM seharusnya ambil tindakan untuk siasat tentang isu ini. Tiga isu sahaja, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di- Pertua. Pertama sekali saya mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Muslimat Parlimen Temerloh yang hadir ke Dewan...
[Tepuk] Saya minta maaflah, masuk-masuk Dewan tengok situasi yang macam tadi. Ia bukan selalu macam ini. Apabila kawan saya ada, dia jadi panas sedikit kadang-kadang...
[Ketawa] tapi macam mana pun Yang di-Pertua saya ...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya tidak pernah panas dengan Tasek Gelugor. Kita kawan baik.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dah, dahlah tu. Kacau pula. Anyway, Yang di-Pertua, saya nak mulakan dengan merakamkan juga penghargaan
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
saya kepada Dewan ini kerana diberi ruang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Ini bagi saya satu amalan yang baik yang perlu diteruskan pada masa hadapan insya-Allah.
Yang di-Pertua, saya nak mengulas beberapa perkara. Yang pertama ialah mengenai yang audit dijalankan kepada Kementerian Komunikasi. Pertamanya, Program Pengurusan, pengurusan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi
(Jalur Lebar) di bawah Kementerian Komunikasi.
Laporan audit ini Yang di-Pertua menyatakan bahawa penyediaan infrastruktur rangkaian 5G dalam negara kita berjalan dengan baik dan banyak manfaat yang diperoleh terutamanya daripada segi penyediaan infrastruktur untuk jejak rangkaian 5G dalam negara kita. Kalau dilihat Laporan Audit ini kita lihat daripada segi pemerkasaan jaringan dan infrastruktur fizikal, physical infrastructure, kita berada di landasan yang betul melalui program JENDELA. JENDELA ini diilhamkan semasa pentadbiran Yang Amat Berhormat Tan Sri Pagoh sebagai Perdana Menteri.
Cuma, kalau sekiranya kita ada infrastruktur fizikal yang baik, infrastruktur fizikal yang tersedia dengan baik, kalau sekiranya infrastruktur fizikal baik sekalipun tetapi the network, rangkaiannya tidak disediakan dengan baik maka tidak ada manfaat kepada rakyat. Peranan untuk memastikan rangkaian 5G dalam negara kita tersedia dengan baik, sekarang ini dijalankan oleh agensi yang namanya DNB, Digital Nasional Berhad dan tidak lama lagi kita akan ada satu lagi operator rangkaian 5G ini.
Soalan saya Yang di-Pertua, kerajaan telah memulakan proses untuk melantik penyedia rangkaian 5G kedua dengan mengumumkan pengeluaran AIP- Applicant Information Package. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti mobile network operator yang akan menjalankan rangkaian kedua ini, tapi tidak ada perincian mengenai AIP ini ataupun kriteria-kriteria yang dikehendaki untuk membolehkan mereka menjadi pengendali yang kedua.
Jadi soalan saya, apa kriteria pemilihan sebenar yang kerajaan gunakan dan kenapa ia tidak diuar-uarkan secara terbuka? Keterbukaan ini bagi saya adalah satu perkara yang penting untuk kita memastikan ketelusan dalam proses award of the second network.
Yang kedua, kebanyakan syarikat yang menjadi, yang akan menjadi pesaing kepada DNB selepas syarikat kedua diwujudkan nanti, sekarang ini mereka adalah pemegang saham dan menjadi ahli lembaga pengarah dalam DNB itu sendiri. Saya puji Menteri Komunikasi.
Yang ini bila baik, kita kena puji. Saya puji Menteri Komunikasi sebab dia selalu kata bahawa dalam penyediaan rangkaian 5G ini kena ada persaingan.
Saya sokong, tetapi yang saya bimbangnya dan soalan saya, bukankah sekiranya pesaing-pesaing ini ada dalam DNB sekarang, mereka jadi ahli lembaga pengarah, mereka jadi pemegang saham, bukankah itu akan memberi unfair advantage kepada mereka untuk mengetahui banyak perkara dalam DNB sekarang. Kemudian, mereka akan keluar dan jadi pesaing kepada DNB dan ini akan menyebabkan DNB sendiri ada unfair disadvantage daripada skim yang dijalankan oleh kerajaan sekarang. Jadi saya minta perkara ini
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
diperjelaskan supaya kita tidak sengaja membunuh DNB untuk membolehkan syarikat kedua nanti hidup.
Perkara kedua. Masa pun tidak banyak, jadi saya terus pergi kedua. Saya pun nak sentuh sedikit mengenai TLDM tadi sebab ada banyak perkara yang menarik yang ditimbulkan dalam laporan audit ini. Saya pun nak puji juga seperti mana disebut oleh Kota Melaka tadi dan disebut oleh Pendang. Saya nak puji juga TLDM kerana berjaya menjalankan operasinya melebihi sasaran yang ditetapkan walaupun macam-macam kekangan ada. Saya nak fokus kepada kekangan ini Yang di-Pertua.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
TLDM didapati telah menggunakan kapal yang melebihi usia. Banyak tahun melebihi usia dan penggunaan juga secara high tempo. Audit ini menggunakan ada kelemahan daripada segi pengurusan perolehan kapal baru yang tidak dilaksanakan mengikut perancangan, penyelenggaraan dan juga adalah alat-alat ganti yang tidak digunakan, banyak juga jumlahnya dinyatakan dalam laporan.
Jadi soalan saya Yang di-Pertua, apa perancangan terkini kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini? Sebab ini satu masalah besar membabitkan kebajikan tentera laut dan keselamatan mereka membahayakan nyawa mereka.
Saya juga nak tanya, jika mereka perluaskan lagi skop penjagaan keselamatan bukan TLDM semata-mata, tapi kita tahu TLDM juga dibantu oleh pasukan lain APMM, oleh PDRM yang ada juga pasukan udaranya. Banyak lagi pasukan-pasukan keselamatan yang kita baca dalam media dari hari ke hari mengalami masalah peralatan mereka dah agak usang dan saya bagi contoh, contohnya PDRM menghadapi masalah yang sama pasukan udara mereka pesawat PC-6 contohnya berada pada tahap kesiapsiagaan hanya 35 peratus, Cessna 208 pula hanya 50 peratus. Itu dua tahun lepas, sekarang mungkin dah jauh rendah daripada itu. Dengarnya pesawat-pesawat ini akan ditukar.
Jadi soalan saya, adakah benar kerajaan akan menggantikan semua ini? Adakah proses yang nak dijalankan itu pembelian secara terus atau secara leasing kerana bila kita baca laporan berita, kita rasa Ahli-ahli Yang Berhormat pun maklum, bila buat leasing yang dicadangkan 15 tahun sehingga RM15 bilion. Ianya satu kos yang tinggi. Kenapa ini method yang mungkin yang dipertimbangkan sedangkan pembelian secara terus dan maintenance secara regular, berkala mungkin kosnya lebih rendah. Kalau sekiranya PDRM buat begitu, adakah ia memberi kesan juga kepada TLDM yang kita dengar akan ada peralatan-peralatan baru yang dibeli secara perolehan tak lama lagi?...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, saya rasa masa pun dah habis Yang di-Pertua, saya berhenti di situ. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Laporan Ketua Audit Negara yang amat penuh dengan content sekiranya nak dijadikan isulah, tapi kita berbincang dan berbahas secara membina.
Saya nak mula dengan beri fokus kepada levi HRD Corp atau HRD Corp atau HRDF secara umumnya. Kita kena faham sejarah wujudnya HRDF ini, kalau kita rujuk kepada sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Council of Technology Transfer oleh MOSTI pada tahun 1992. Saya baca recommendation number 27, “establish a skill development fund to be joined, dengan izin, jointly managed by the private sector and government race through collection of one percent cess of the payroll of money factoring establishment to finance industry training programmed” Kalau kita dengarnya memang ceritanya sebiji dengan apa yang ada pada hari ini iaitu HRDF atau apa yang dikendalikan oleh HRD Corp iaitu satu Payroll Tax kerjasama antara industri dengan kerajaan untuk memastikan technology transfer atau pemindahan teknologi boleh berlaku antara industri dengan bakat-bakat yang bakal memasuki tenaga kerja.
30 tahun dah lalu, sekarang ini kita pada tahun 2024, kita kalau betul-betul kaji, dengar, baca semua laporan yang ada dalam LKAN ini, kita dengar ada levi yang lama-lama tunggu, begitu lama pun tak jadi-jadi lulus levi digunakan untuk latihan. Pula saya boleh ceritakan di kawasan saya saja, ada Pusat Latihan Bertauliah HRD yang sebenarnya apa yang berlaku kat dalam nampak macam latihan, tapi sebenarnya bukan latihan. Ada yang syok-syok menari, ada yang tengah buat entah apa kat dalam, ada yang makan minum punya kursus tiga hari dua malam pun ada.
Dan bila kita buat laporan pula, ya kita nampak akan tukar nama penganjur, tapi tempat Pusat Latihan Bertauliah (PLB) itu akan terus kekal berjalan juga. Ini berlaku pada dua tiga tahun yang lepas, tapi sekarang saya nak ucapkan tahniahlah. Di mana tahniah itu perlu diajukan saya hulurkan. Tahniah kepada Yang Berhormat Batu Gajah waktu beliau menjadi Menteri, tahniah kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam selaku Menteri la ni kerana telah memberi, dan membuat, mengorak langkah membawa perubahan yang cukup mendadak supaya benda ini tak berlaku. Walaupun masih berlaku, tetapi nampak kesan khususnya di Ipoh Timor, benda-benda yang tak senonoh, tak patut yang tak betul dah kurang berlaku dah.
Baik, bagaimana kita nak mengorak langkah ke depan? Sekarang, kalau kita boleh mengorak, kita kembali ke tahun 1992 waktu itu hasrat adalah menjadikan atau mewujudkan satu cess atau satu payroll tax untuk mempercepatkan atau memfatilitasi latihan industri atau kesepadanan tenaga kerja kepada industri khususnya dengan yuran-yuran TVET kepada orang-orang, budak-budak, pelajar-pelajar kita yang memang perlu lebih duit atau lebih yuran atau peruntukan kewangan untuk masuk ke TVET kolej. Yang tak ada duit mereka perlu
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
dibantu melalui apa yang telah dikumpul melalui HRDF, tetapi sekarang jalan nak dapat peruntukan untuk membantu golongan ini agak sukar.
Maka saya rasa daripada Laporan Ketua Audit Negara, kita perlu ambil iktibar, kita perlu mengambil ajaran daripada apa yang berlaku dan mengambil ajaran daripada hasrat murni asal wujudnya HRDF supaya kita boleh bantu adik-adik kita sekarang yang nak masuk TVET tak ada duit. Ada kursus, HRD ada, kita persenangkan, kita percepatkan, kita fasilitasikan HRDF ini digunakan bagi maksud pelajar-pelajar kita masuk ke jurusan TVET.
Itu saja sebab saya nak masuk satu lagi tapi masa tak cukup. Hari ini memang masa tak cukup tapi nanti saya akan cuba celah-celah nak bawa benda-benda yang lain berkaitan dengan LKAN ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian bahawa pada petang ini bersama-sama dengan kita adalah tetamu kita daripada Jepun.
Saya dengan hormatnya mengalu-alukan kehadiran Tuan Yamaguchi Natsuo, Chief Representative of Komeito and the Members of House of Counselor dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Kepada kesemua ahli delegasi, saya berharap agar lawatan ini merupakan salah satu usaha dalam mengukuhkan hubungan bilateral sedia ada antara Malaysia dan Jepun. Semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan dan berkembang dalam pelbagai bidang dan aspek.
Honorable members, I would like to inform that we have our esteem guest from Japan with us in this August House. I would like to welcome the Honorable Yamaguchi Natsuo, Chief Representative of Komeito and the member of House of Councillors and his delegations to the Dewan Rakyat. To the delegations, we hope that are our existing bilateral relationship will further enhanced our cooperation in many aspect and fields. Your presence in this August House is one of the manifestation of our close relationship. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memulakan perbahasan saya merujuk kepada laporan audit berkenaan dengan Kajian Terhadap Simpanan ataupun Empangan Air Bawah Tanah di bawah Inisiatif 17, Pelan Kelestarian Alam Sekitar 2020-2030, NRECC.
Negara kita ada waktu musim banjir, kita ada lebihan air, waktu kemarau kita dalam keadaan yang tak cukup air. Jadi perlunya suatu kajian dibuat bagi reserve air bawah tanah.
Saya dapati bahawa negara kita masih lagi sangat minima penggunaan air bawah tanah berbanding beberapa buah negara maju. Hingga setakat ini, dua hingga tiga peratus saja.
Kalau kita bandingkan dengan penggunaan air bawah tanah di negara Jepun sebagai contoh,
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
mereka mengguna 20.1 peratus untuk domestik, 27.3 peratus untuk tujuan perindustrian, dan penggunaan bagi sektor pertanian pula 5.4 peratus.
Jadi,saya lihat bahawa ada keperluan yang mendesak supaya kita manfaatkan reserve air bawah tanah kita yang sangat minima, yang kita baru guna tiga peratus. Laporan audit ini sangat membantu supaya kerajaan beri perhatian serius pada isu ini.
Saya juga menumpukan isu sumber air bersih. Kalau kita lihat laporan audit menunjukkan pada kita bahawa ternakan babi merupakan punca pencemaran pepejal terampai atau total suspended solid sebanyak 476.64 tan sehari dan dia merupakan punca pencemaran yang paling besar berbanding dengan sistem kumbahan industri berasaskan pertanian dan industri pembuatan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Persoalan saya ialah apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan berdasarkan Laporan Audit ini supaya pencemaran pepejal terampai dapat kita atasi khususnya daripada ternakan khinzir.
Saya ingin juga menyentuh tentang Laporan Audit berkenaan dengan institusi pendidikan ulung negara kita iaitu UIA. Laporan mendapati sumber pendapatan UIA bergantung pada geran kerajaan iaitu sebanyak RM1.166 bilion pada tahun 2022 ataupun 86 peratus daripada punca pendapatan UIA. Kalau kita lihat laporan pelajar yang mendaftar di akhir tahun 2030 hingga Julai 2023, seramai 27,640 orang berbanding 43,130 tempat yang ditawarkan. Bermakna kita ada kekosongan 15,490 yang boleh diisi oleh pelajar, dalam keadaan pelajar kita bersesak mendapat- mengisi di universiti swasta, kekurangan tempat di universiti awam.
Persoalan saya, apakah langkah yang diambil oleh UIA dan KPT bagi mengisi kekosongan ini? Adakah UIA telah pun mengkaji dan memastikan bahawa UIA dapat terus menjadi pilihan pelajar pada masa akan datang. Kalau kita lihat kepada unjuran tentang pelajar luar negara, kita dapati bahawa hanya 44 peratus pelajar luar negara yang ditawarkan di peringkat Ijazah Pertama berbanding dengan Ijazah Kedoktoran dan Sarjana. Maka, saya lihat ada kekosongan yang besar di peringkat ini bagi kita menambahkan kemasukan pelajar luar negara sesuai dengan imej yang ada pada UIAM.
Penubuhan Hospital Pengajar UIA ataupun Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang adalah pelengkap kepada keperluan pendidikan dan juga penyelidikan perubatan UIA. Hospital ini telah pun mula beroperasi pada tahun 2016 dengan kapasiti 106 katil. Namun, dalam Laporan Audit Negara dimaklumkan bahawa kemudahan tersebut tidak digunakan sepenuhnya termasuk kemudahan Dewan Bedah, Bilik ICU dan Klinik Pakar Kanak-kanak yang menyebabkan 306 peralatan perubatan berjumlah RM12.34 juta tidak digunakan.
Kalau ikut laporan juga, hingga 31 Disember 2023, 11 daripada 20 Dewan Bedah atau 55 peratus tidak dapat digunakan kerana tidak dilesenkan berikutan kekangan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Akta 586 yakni Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kesihatan Swasta. Ia adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia mengganggu kecekapan pengajaran di UIA.
Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Dalam keadaan Hospital Kuantan yang bersesak, bagaimana mungkin kemudahan pakar yang dibiayai oleh kerajaan di Hospital UIA ini tidak dapat digunakan secara optimum. Apakah status terkini semua baki Dewan Bedah yang tidak dapat digunakan?
Saya juga ingin pastikan keperluan kepada tenaga kerja bagi menampung fasiliti yang akan berfungsi dengan sepenuhnya. Oleh itu, saya ingin dapat penjelasan daripada pihak KPT dan KKM.
Akhirnya, saya ingin menyentuh soal- saya ada dua isu, tetapi saya akan ambil satu sahaja kerana masa tidak mengizinkan ialah tentang Majlis Profesor Negara. Ini laporan audit, mendapati kalau kita lihat Laporan Audit menyatakan bahawa Majlis Profesor Negara tidak diurus dengan baik di mana penyalahgunaan dana dan bayaran tidak teratur berjumlah RM1.29 juta meliputi penyalahgunaan dana MPN sebanyak RM370,516 pada dua syarikat di mana Ahli Lembaga Pemegang Amanah punyai konflik kepentingan terhadap syarikat tersebut.
Yang kedua, pembayaran elaun tetap pada pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207 ribu tanpa kelulusan Menteri. Yang ketiga, pembayaran berjumlah RM610 ribu tanpa kelulusan Lembaga Pemegang Amanah dan pembayaran kad kredit korporat berjumlah RM98,076 tanpa dokumen sokongan. Saya mohon supaya apa-apa dibangkitkan itu dapat dijelaskan pada Dewan yang mulia tentang apakah tindakan yang telah pun diambil berhubung Laporan Ketua Audit Negara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahaja. Terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas peluang untuk Ledang membahaskan Laporan Ketua Audit Negara bagi 2024 hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat peranan Dewan hari ini membahaskan Laporan Ketua Audit Negara adalah satu momen yang penting dan saya ingin betulkan tadi rakan saya Kluang kata ini kali pertama Laporan Ketua Audit dibahaskan. Sebenarnya ini kali yang kedua sebab saya masih ingat tahun yang lalu, perbahasan Laporan Audit tetap kita jalankan.
Walaupun di sebelah sana kosong pada ketika itu. Semua keluar Dewan, tetapi ini penting, ruang perbahasan ini ialah tanda komitmen, tanda kebertanggungjawaban, accountability, dengan izin, juga tanda kesungguhan serta satu tekad politik yang sangat penting untuk terus dilaksanakan pada masa akan datang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta laluan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ruang perbahasan ini- tidak panjang lah Pendang. Sorry.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tidak, hendak jawab yang fasal kata kita keluar tahun lepas itu fasal tidak lulus lagi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tak apa, tak apa. Saya hendak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, tidak bagi laluan. Sila duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tahun ini fasal sudah lulus kita- tahun lepas tidak pernah lagi dalam sejarah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ruang perbahasan ini adalah manifestasi satu gagasan tatakelola, tadbir urus yang baik di bawah pihak kerajaan dan ini digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hampir dalam setiap bicara beliau.
Tata kelola, tata kelola dan tata kelola. Walaupun seperti membuka pekong di dada, namun ianya adalah satu proses bedah siasat audit dan ini amat penting selaras dengan teras keyakinan di bawah falsafah Malaysia Madani yang menuntut untuk kita pertanggungjawaban untuk moral, duniawi dan ukhrawi.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang berkait dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, saya ambil maklum akan syor laporan ini yang menyebut bahawa walaupun Jabatan Bomba telah mencapai matlamat utamanya, audit menekankan keperluan untuk penambahbaikan dalam aspek pengurusan khusus untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan berterusan dalam perkhidmatan memadam kebakaran. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri berkenaan dengan tahap kesiapsiagaan Jabatan Bomba dalam menguruskan bencana.
Pertama ialah minta untuk menjelaskan tahap kesiapsagaan daripada segi aspek jentera, mesin dan juga kapasiti anggota bomba di seluruh negara kini.
Kedua, minta penjelasan untuk apakah mekanisme yang diguna pakai oleh KPKT dalam menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan jentera, mesin dan peralatan Jabatan Bomba sentiasa berada dalam tahap yang optimum.
Ketiga, berkenaan peruntukan kewangan yang digariskan oleh pihak KPKT bagi mengurus jentera dan peralatan ini. Apakah peruntukan sedia ada mencukupi atau KPKT ada melihat kaedah untuk memastikan aspek kewangan ini tidak menjadi penghalang?
Keempat, saya juga ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan tahap kesiapsagaan jentera, mesin dan peralatan serta anggota-anggota Jabatan Bomba di kawasan Parlimen Ledang yang menempatkan dua Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Balai Tangkak dan Balai Bukit Gambir.
Saya sebutkan ini Tuan Yang di-Pertua kerana saya percaya mesin, aset adalah sangat penting bukan kerana anggota bomba sahaja, tetapi sebenarnya demi kepentingan rakyat yang apabila ada kebakaran, ada bencana, memerlukan mesin dan aset yang baik
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
dan terselenggara. Jadi, ini sangat penting dan saya rasa ini mesti diberikan perhatian baik terutama dalam aspek mengaudit perkara-perkara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan persoalan yang terkait dengan pengurusan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar.
Saya ingin terus fokus kepada JENDELA. Di mana dalam perbahasan saya sejak belanjawan tahun 2021 lagi, saya sudah pun menggagaskan bahawa pelan ini penting untuk batu asas dalam mengemudi cabaran digital dan teknologi yang pesat.
Cuma, berdasarkan analisis-analisis audit yang terkandung dalam bahagian ini, saya mohon pihak Menteri Komunikasi untuk beri penjelasan yang tuntas berkenaan pertama, apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk merealisasikan syor-syor yang diutarakan dalam laporan ini berkaitan perolehan hasil daripada projek yang telah berjalan?
Kedua, apakah perancangan kementerian untuk pastikan kekhilafan memanfaatkan pulangan kepada program JENDELA ini tidak menjadi lebih kritikal pada masa akan datang?
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada pengumuman yang pernah dibuat oleh Mantan Perdana Menteri Yang Berhormat Pagoh, 40 peratus daripada RM21 bilion yang diperuntukkan untuk JENDELA adalah daripada Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun USP.
Saya mohon Menteri menjelaskan berapa peratus dan jumlah penggunaan dana USP untuk JENDELA sehingga setakat ini. Walaupun saya faham USP bukan sebahagian daripada kerajaan, belanjawan, tetapi ia perlu dilaksanakan, dimaklumkan secara telus dan saya yakin pihak kementerian boleh meletakkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, sebagai menutup perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ini, saya percaya bahawa kita dah pernah tengok, ada yang dah pernah tengok cerita filem Sheriff ya. Zul Ariffin dalam filem Sheriff itu ada sebut, dia kata, “Ini Malaysia, Anas. Perdana Menteri pun boleh masuk penjara”. Itu kata dialah.
Jadi, saya percaya walaupun gagasan tata kelola yang baik ini terkadang dipandang enteng, namun negara bertuah ini akan terus bergerak ke hadapan dengan tata kelola yang baik. Soal pentingnya ialah pencegahan, soal pentingnya ialah kebertanggungjawaban dan ia adalah peranan semua, rentas Dewan, rentas parti. Kita sama-sama mesti pastikan supaya ianya tidak boleh berulang pada masa yang akan datang.
Jadi, saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Ledang. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, Jerlun ingin turut serta
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 berkaitan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan pada Julai 2024.
Saya merujuk satu sahaja iaitu di bawah tajuk Majlis Profesor Negara (MPN). MPN ditubuhkan pada 3 Februari 2010 sebagai sebuah organisasi yang diluluskan oleh kerajaan untuk menggerakkan kepakaran tenaga akademik bagi membantu usaha kerajaan membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. Kerajaan telah memberi peruntukan dalam bentuk geran berjumlah RM28.06 juta sejak tahun 2015 sehingga 2018. Pada tahun 2022 dan 2023 pula, MPN menerima geran masing-masing berjumlah RM3.38 juta dan RM4.40 juta.
Dalam laporan yang dibentangkan ini, terdapat penemuan audit dan saya hendak ulas sedikit dan sedikit penambahan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi ya secara lebih spesifik.
Pertama, dua orang ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat persendirian.
Kedua, penyalahgunaan dana MPN bagi pembiayaan operasi kepada dua syarikat tersebut berjumlah RM373,516, mewujudkan konflik kepentingan.
Ketiga, pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan Menteri yang bertanggungjawab.
Keempat, honorarium felo penyelidik berjumlah RM399,000.
Kelima, penyelarasan gaji pengurusan tertinggi berjumlah RM62,000, pembayaran kad kredit berjumlah RM98,076 dan wang pendahuluan berjumlah RM20,000 tanpa dokumen sokongan.
Persoalan saya yang pertama sekali. Bila banyak berlaku penyalahgunaan wang yang diperuntukkan dalam bentuk geran oleh kerajaan kepada MPN, pertama sekali saya check dari sudut pelaksanaan mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Jika dirujuk pada tahun 2020, hanya sekali. Dibuat pada 28 Februari 2020. Tahun 2022, sekali juga iaitu pada 26 Julai 2022. Pada tahun 2023, ada dua. 30 Mac 2023 dan yang keduanya pada 28 Disember 2023. Pada tahun ini, sekali sahaja iaitu 29 April 2024.
Persoalan saya di sini, berapa kalikah MPN menetapkan mesyuarat LPA pada setiap tahun? Kedua, jika tidak ada mesyuarat yang begitu penting, adakah Pengerusi atau Timbalan Pengerusi hanya membuat keputusan-keputusan besar melibatkan kewangan atau sebagainya hanya berdasarkan resolusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah?
Selanjutnya, semakan audit mendapati MPN tidak menubuhkan jawatankuasa audit dalam. Saya rasa ini satu benda yang cukup pelik. Mana mungkin sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan tidak ada jawatankuasa audit dalam. Setiap kementerian, setiap jabatan, setiap badan berkanun semua ada jawatankuasa audit dalam untuk memantau perjalanan sesuatu agensi dari segi tadbir urus, pelaksanaan program, pematuhan kewangan mengikut piawaian yang ditetapkan dan sebagainya lagi.
Selanjutnya, tentang jumlah ahli MPN. Disebut di sini, sehingga 31 Januari 2024, seramai 8,582 orang yang terdiri daripada 3,088 orang profesor dan 5,494 orang profesor
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
madya. Persoalan saya, adakah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan kepada MPN itu digunakan untuk membayar upah atau sagu hati atau emolumen kepada profesor dan profesor madya yang jumlahnya begitu?
Di mana, mereka ini menyumbangkan kepakaran dan disiplin ilmu masing-masing untuk kerajaan dan juga rakyat. Jika ya, berapakah jumlah yang dibayar oleh MPN kepada mereka? Sebab, dalam laporan ini tidak disebutkan secara spesifik. Jumlah sahaja disebut spesifik tetapi emolumen bayaran, hasil sumbangan mereka kepada kerajaan dan rakyat tidak dinyatakan.
Itu sahaja perbahasan saya tentang Laporan Ketua Audit Negara ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya akan membahaskan tentang isu Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sabah dan Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Puan Yang di-Pertua, bekalan air bersih dan terawat merupakan perkara yang sudah menjadi kebiasaan untuk kita hidup di bandar atau kebanyakan kawasan di negeri-negeri di Semenanjung baik bandar ataupun luar bandar.
Untuk menyediakan kemudahan air bersih dan terawat agar taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar dapat dipertingkatkan, projek Bekalan Air Luar Bandar
(BALB) telah diperkenalkan. Tetapi, saya amat kecewa apabila mendapati bahawa 36 projek air luar bandar di Sabah dan Sarawak lewat hingga tujuh tahun walaupun telah mendapat kelulusan antara tahun 2016 hingga 2018. Kesan daripada itu, kira-kira 32,000 isi rumah tidak mendapat bekalan air bersih dan terawat walaupun perunding sudah dilantik bagi semua projek tersebut.
Saya turut terkejut dengan analisis audit terhadap 35 projek BALB Sarawak yang mendapat pencapaian sebenar projek sehingga Oktober 2023 hanya sebanyak 51.9 peratus.
Ini bermakna terdapat 70,745 penduduk bagi 35 projek ini masih belum mendapat akses bekalan air bersih dan terawat disebabkan projek tidak mengikut perancangan dan tidak siap dalam tempoh yang ditetapkan.
Untuk Sabah pula, pencapaian sebenar projek sehingga Oktober 2023 hanya sebanyak 34.4 peratus dan terdapat 149,550 penduduk bagi 32 projek masih belum mendapat akses bekalan air bersih dan terawat.
Menurut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2019, bekalan air paip di kawasan luar bandar di Sarawak hanyalah sekitar 69.8 peratus. Maknanya, masih banyak lagi di kawasan luar bandar yang tidak mendapat air bersih dan terawat. Ada yang mungkin kata bahawa hanya lewat lima, enam, tujuh tahun, tidak apa. Tetapi, air bersih dan terawat ini memang merupakan hak asasi manusia untuk kita semua.
Seorang Ahli
Sokong, sokong.
[Tepuk]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Kalau kita di kawasan bandar ini sekitar dua, tiga hari gangguan bekalan air pun sudah tidak tahan, apatah lagi mereka yang hidup di kawasan luar bandar berpuluh-puluh tahun tidak ada bekalan air yang bersih dan terawat untuk mereka.
Seorang Ahli
Sungai Bakap, 10 tahun.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Saya faham terdapat pelbagai cabaran seperti yang dijelaskan oleh kementerian berkenaan dalam laporan tersebut. Tetapi, negara kita sudah merdeka lebih daripada 60 tahun.
Bukankah ini satu kezaliman, sekiranya benda yang begitu asas sekali kepada kehidupan seseorang pun kita tidak boleh sediakan untuk mereka?
[Tepuk]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Oleh itu, saya menyeru dan berharap kepada Kerajaan Persekutuan supaya dapat bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri, supaya dapat memandang serius kepada perkara ini dan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih dan terawat, khususnya bagi kawasan di luar bandar Sarawak dan Sabah. Saya juga berkongsi...
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Miri, saya minta sikit...
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Saya juga berkongsi...
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Apa pandangan Miri sebab bila kerajaan- apabila negeri migrasi dengan Kerajaan Persekutuan, semua bekalan air luar bandar adalah geran Persekutuan tetapi apa yang berlaku ialah Sabah Sarawak tidak menyertai migrasi. Pandangan saya, isu dibangkitkan tadi boleh dilihat dari sudut penyertaan negeri Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Saya fikir ini sebab sebagai jalan. Saya minta pandangan.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih atas pandangan yang diberikan dan sesungguhnya saya difahamkan Kerajaan Sarawak juga mempunyai beberapa perancangan untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, saya menyeru kepada KKDW untuk bersama dengan kerajaan negeri, khususnya di Sarawak dan Sabah untuk sama-sama kita menyelesaikan masalah ini dan untuk kepentingan rakyat kita di kawasan luar bandar.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2024. Saya ingin merakamkan ucapan
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
terima kasih kepada semua pegawai Jabatan Audit Negara yang telah berusaha gigih serta memberi sepenuh komitmen untuk menyiapkan laporan ini.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh isu LCS. Projek LCS ini dimulakan tahun 2011, bertujuan membina enam buah kapal tempur pesisir pantai untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Sepatutnya siap dan diserahkan antara tahun 2019 dan 2023.
Namun begitu, sehingga kini tidak ada satu pun kapal yang telah diserahkan sepenuhnya.
Difahamkan antara sebab kenapa pembayaran sebanyak RM6 bilion daripada bajet siling sebanyak RM9 bilion telah dibuat oleh kerajaan, walhal satu kapal pun tidak siap adalah kerana faktor terma kontrak yang kelihatan seolah sengaja di-design, direka bentuk untuk memenangkan sebelah pihak sahaja, yakni kontraktor.
Persoalannya, adakah kerajaan pentadbiran baru kini bersetuju dengan pandangan ini bahawa cara kontrak tersebut ditulis seolah-olah memberi ruang yang mudah bagi kontraktor membuat claim? Walaupun dari aspek delivery-nya, projek masih jauh daripada kemajuan sebenar, sesuai dengan jadual asal pembinaan kapal ini.
Selain itu, pada Ogos 2022, beberapa pegawai kanan Boustead Naval Ship Yard, kini diberi nama LUNAS, telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah kes pembinaan LCS ini. Hingga kini, dah dua tahun berlalu, kes menjadi senyap dan diperhatikan seolah-olah pendakwaan terhenti. Persoalannya, apa dah jadi dengan pendakwaan tersebut?
Adakah ia telah diselesaikan oleh mahkamah? Sesuai laporan berita di media utama, Kementerian Pertahanan kelihatan begitu optimis, kapal pertama akan mula beroperasi pada 2026.
Dipercayai keyakinan ini semestinya berdasarkan taklimat yang diberikan oleh LUNAS ini. Sebelum kenyataan tarikh penyiapan baru dibuat, adakah MINDEF, Kementerian Pertahanan telah secara tegas mengarahkan syarikat supaya satu kajian terperinci teknikal
(detailed technical study) terlebih dahulu disiapkan? Di atas kertas, tempoh dua tahun kelihatan secara teknikalnya mudah dicapai, terutamanya dalam aspek yang melibatkan kerja kejuruteraan marin, mekanikal.
Namun, berdasarkan pengalaman lalu yang biasa dihadapi oleh kebanyakan Projek TLDM, cabaran paling utama adalah pembinaan kapal perang ialah aspek integrasi keseluruhan sistem combat-nya yang melibatkan buatan pelbagai original equipment manufactures (OEM) daripada pelbagai negara dan pembekal. Apakah faktor ini telah diambil kira oleh MinDef?
Kedua, saya ingin menyentuh mengenai projek river of life. Sebuah projek kerajaan untuk bertujuan menghidupkan semula sungai-sungai utama di ibu kota, termasuklah Sungai Klang di Kuala Lumpur. Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa walaupun banyak dana telah disalurkan, hasil yang dicapai masih belum memenuhi sasaran yang telah ditetapkan sebelumnya.
Terdapat masalah dalam pelaksanaan projek seperti kegagalan dalam penyelarasan antara agensi, pelanggaran spesifikasi teknikal dan kelewatan di dalam pelaksanaan projek.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sebagai contoh, terdapat tiga projek pembetungan yang perlu disiapkan dalam projek River of Life ini yang telah mengalami kelewatan sehingga melebihi lapan tahun.
Kelewatan penyiapan projek-projek ini menyebabkan peningkatan kos dengan anggaran sehingga RM234 juta. Soalan saya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan keberkesanan projek River of Life ini? Bagaimana kerajaan bercadang untuk meningkatkan penyelarasan antara agensi yang terlibat dan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan di dalam projek River of Life ini memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat setempat?
Yang ketiga, saya ingin menyentuh berkenaan ekonomi ECER, Zon Ekonomi Pantai Timur yang terdiri daripada negeri-negeri Pantai Timur. Semakan Audit mendapati sasaran prestasi bagi pelaburan direalisasi, peluang pekerjaan dan bilangan usahawan bagi projek dan program seperti ini ditetapkan ke dalam EMP 1.0 tidak tercapai.
Pencapaian pelaksanaan sosioekonomi projek dan Program Majlis Pembangunan ECER juga tidak dapat diukur kerana tiada pangkalan data terhadap maklumat pendapatan isi rumah, garis kemiskinan kumpulan sasar dalam Wilayah ECER. Persoalannya, apakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sasaran prestasi bagi pelaburan direalisasi peluang pekerjaan dan bilangan usahawan tercapai.
Berkenaan ketiadaan pangkalan data, saya merasa pelik kerana PADU sudah lama dilaksanakan. Jadi, mengapa tidak diselaraskan data-data yang ada ini? Hasil semakan audit ini jelas menunjukkan kegagalan tadbir urus Kerajaan Madani yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dalam usaha untuk merapatkan jurang sosioekonomi antara negeri Pantai Timur dan Pantai Barat.
Masih terngiang-ngiang ucapan Perdana Menteri nak menokhtahkan kemiskinan tegar di Terengganu dalam tempoh dua bulan. Kalau kadar kemiskinan di Terengganu pun tak boleh nak diukur, macam mana nak nokhtahkan? Apalagi mahu dihapuskan. Selain itu, pendek je, sikit lagi.
Selain itu, dalam jawapan Menteri ada menyebut bahawa sektor pembuatan akan terus menjadi tumpuan utama di dalam memacu pertumbuhan wilayah ECER, terutama pelaburan dalam industri tenaga boleh diperbaharui, produk kimia, kenderaan elektrik dan kenderaan rekreasi. Justeru itu, apakah perancangan kerajaan dalam usaha untuk menarik pelaburan berkualiti bagi ECER?
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi ruang dan juga peluang kepada Bukit Bendera untuk membahas.
Memandangkan kita cuma ada 5 minit, jadi saya akan terus ke perbahasan saya. Jadi,
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Laporan Ketua Audit Negara telah pun mendedahkan beberapa ketidakseragaman yang berlaku dalam HRD Corp.
Contoh, 4.81 juta baki geran kerajaan tidak digunakan dan belum lagi dikembalikan.
Contoh kedua, hutang 205 juta dalam levi dan seterusnya nama-nama pemohon Skim Gerak Insan Gemilang yang meragukan. Jadi, ini merupakan contoh-contoh yang cukup membimbangkan.
Ini juga menunjukkan pengawasan kewangan yang mungkin lemah dan juga strategi pemulihan hutang nampaknya tak berapa berkesan. Tambahan pula Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan beberapa pelaburan berisiko tinggi yang telah pun dibuat, termasuklah pelaburan yang mungkin tidak tipikal untuk institusi bukan pelaburan.
Tapi pada masa yang sama, perluasan mandate HRD Corp di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2021, telahpun memperluaskan tanggungjawab dan di sini barangkali tanggungjawab baru lebih membebankan juga menyebabkan beberapa isu pengawasan. Tetapi pelaburan berisiko tinggi walaupun kadang-kadang tidak ideal, besar kemungkinannya mampu juga memberikan beberapa pulangan yang bermanfaat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, Bukit Bendera ingin tahu, apakah tindakan yang diambil untuk memastikan pematuhan dengan Akta Tabung Pembangunan Sumber Manusia 2001, khususnya mengenai pelantikan wakil Bank Negara Malaysia. Bukit Bendera berpendapat bahawa pelantikan wakil Bank Negara boleh meningkatkan lagi ketelusan dalam tadbir urus dan ia menjadi tanggungjawab untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dipatuhi setiap masa.
Organisasi seperti ini sebenarnya mempunyai aset yang substantial, termasuklah tunai, bon, sukuk, ekuiti dan sebagainya dan menunjukkan asas kewangan yang kukuh. Jadi, sumber-sumber ini jika diuruskan dengan betul boleh juga menyediakan sokongan yang signifikan untuk inisiatif latihan dan pembangunan, contohnya dalam TVET dan juga memberi manfaat kepada majikan dan pekerja.
Fokus sekarang adalah untuk meningkatkan tadbir urus yang telus, pengurusan kewangan yang cekap untuk memastikan dana ini dapat digunakan dengan lebih berkesan.
Bukit Bendera ingin tahu juga, apakah langkah yang diambil untuk memastikan penggunaan aset yang substantial dengan efektif untuk membangunkan tenaga kerja.
Seterusnya, Laporan Ketua Audit Negara mengenai HRD Corp menimbulkan isu kritikal tentang pengurusan kewangan tadbir urus dan juga impak kepada semua pihak yang berkepentingan iaitu rakyat Malaysia. Jadi, apakah pengajaran yang kita boleh perolehi daripada Laporan Ketua Audit Negara dan juga bagaimanakah ia akan mempengaruhi dasar dan juga amalan HRD Corp pada masa hadapan?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Walaupun terdapat kebimbangan yang sahih mengenai pengurusan yang lemah ataupun isu ketelusan dan sebagainya, jelas juga bahawa HRD Corp mempunyai asas kewangan yang kukuh dan juga potensi untuk memainkan peranan yang penting dalam pembangunan tenaga kerja. Di sini Bukit Bendera ingin tahu, bagaimana HRD Corp dapat memulihkan keyakinan dan juga menunjukkan komitmen terhadap tadbir urus dan juga pengurusan kewangan yang berkesan.
Fokus harusnya pada meningkatkan amalan tadbir urus yang telus dan juga memperbaiki pengawasan kewangan yang cekap dan juga memastikan organisasi memenuhi mandatnya dengan berkesan. Jadi, ia memang ternyata tanggungjawab kerajaan dan juga kita untuk melindungi pekerja dan juga memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakat dijaga dengan adil. Jadi sebagai penutup, Bukit Bendera akan membaca pantun sebagai penutup.
Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni, Kesatuan kita serasi, Rakyat dilindungi negara harmoni. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.
/
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas peluang memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2024. Laporan Ketua Audit Negara melaporkan sembilan pengauditan yang melibatkan 11 kementerian dengan nilai kos keseluruhan program, projek, aktiviti yang diaudit berjumlah RM41.970 bilion.
Skop pengauditan meliputi projek-projek yang telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan hingga Rancangan Malaysia Kedua Belas. Hasil pengauditan Jabatan Audit Negara, terdapat beberapa kelemahan dalam perlaksanaan aktiviti, projek, program kerajaan yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti yang pertama, kurang pemantauan, penyeliaan oleh pihak berkaitan. Kedua, ketiadaan penyelarasan antara agensi berkenaan.
Ketiga, ketiadaan pangkalan data yang lengkap dan yang keempat, kelemahan dalam polisi prosedur kerja.
Kelemahan ini menyebabkan pertama, program, aktiviti, projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kedua, kualiti kerja tidak memuaskan dan yang ketiga kos meningkat dan kerajaan tidak mendapat nilai faedah wang yang dibelanjakan. Saya hendak membahas berkenaan dengan Majlis Profesor Negara. Jujur saya amat terperanjat dengan Laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan Majlis Profesor Negara kerana Majlis Profesor ini dikenali sebagai satu pihak yang terdiri daripada golongan yang bijak pandai, yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi di negara ini.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
MPN sepatutnya menjadi harapan seluruh rakyat di negara ini untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang masih mampu membangun bukan sahaja dari segi aspek fizikal dan material bahkan sentiasa maju dari sudut moral dan juga integriti. Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa penilaian terhadap tadbir urus korporat MPN dari tahun 2019 hingga 2023 menunjukkan beberapa kelemahan serius, termasuk dua ahli lembaga pemegang amanah yang gagal mengisytiharkan kepentingan mereka sebagai pemilik saham dalam dua syarikat persendirian.
Penyalahgunaan dana sebanyak RM373,516 untuk membiayai operasi syarikat- syarikat tersebut merupakan konflik kepentingan yang tidak boleh diterima. Tambahan pula pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan Menteri yang dipertanggungjawabkan, menunjukkan kelemahan dalam kawalan dan pemantauan dalaman.
Kedua, saya ingin menyentuh mengenai pengurusan kewangan MPN yang dilihat tidak cekap. Pengiktirafan geran tertunda tanpa dokumen sokongan berjumlah RM2.43 juta serta perbelanjaan yang tidak mengikut tujuan geran sebanyak RM0.92 juta mencerminkan kelemahan dalam pengurusan dan penggunaan dana awam. Pembayaran kad kredit korporat serta pembayaran wang pendahuluan tanpa dokumen sokongan menunjukkan ketidakpatuhan terhadap prosedur kewangan yang asas.
Daripada dapatan yang diperolehi melalui laporan ini, saya mencadangkan agar setiap sen duit pembayar cukai yang diberikan kepada sebuah syarikat perlulah mengambil kira secara serius dua perkara utama iaitu penetapan rancangan strategik dan KPI syarikat tersebut. Tambahan pula sama ada MPN beroperasi sebagai entiti bebas ataupun tidak, status MPN sebagai kumpulan insan yang terhormat dalam masyarakat memerlukan ia bebas daripada sebarang ketidakaturan pengurusan dalam aspek operasi dan kewangannya.
Pindaan artikel pertubuhan pada tahun 2019 yang mengakibatkan objektif MPN tidak lagi selari dengan matlamat asal penubuhannya adalah satu perkara yang serius. Kita perlu memastikan bahawa objektif dan tujuan penubuhan badan seperti MPN sentiasa konsisten dan relevan dengan keperluan semasa negara memandangkan ia didanai oleh dana awam kepunyaan rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, rumusannya ialah kesempatan ini saya ingin memberikan cadangan tambahan baik seperti berikut:
(i) Jabatan Audit Negara dinaik taraf menjadi Suruhanjaya Audit Malaysia yang menjadikannya satu badan yang lebih bebas di bawah Yang di-Pertuan Agong;
(ii) meletakkan pegawai audit dari Jabatan Audit Negara di syarikat- syarikat berkaitan kerajaan sebagaimana telah dipraktikkan di kementerian dan juga badan berkanun kerajaan sekarang; dan
(iii) bagi projek-projek yang berimpak tinggi dan nilai yang besar sebagai contoh RM1 bilion ke atas, disarankan Jabatan Audit Negara membuat audit secara berkala di kementerian, jabatan dan syarikat
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
berkaitan kerajaan tersebut sebagaimana pengauditan secara sukuan tahun yang diamalkan oleh syarikat senarai awam di Bursa, di kementerian, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan tersebut.
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Wabillahitaufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Saya akan membahaskan satu perkara sahaja Dato’ Yang di-Pertua iaitu mengenai HRD Corp (Human Resource Development Corporation) yang pelaburannya melibatkan RM3.77 bilion, pendedahan pelaburan berkenaan levi itu. Kita, kerajaan melaksanakan subsidi bersasar untuk menjimatkan kira-kira RM4 bilion, tapi satu agensi kerajaan sahaja, HRD Corp salah melabur melibatkan wang hampir RM4 bilion, RM3.77 bilion.
Saya mengucapkan terima kasih, tahniah kepada Menteri Sumber Manusia yang cepat bertindak iaitu membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), tapi saya melihat tidak cukup bagi Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Sumber Manusia melapor kepada SPRM. Kerana kesalahan yang dilakukan oleh HRD Corporation iaitu pengurusannya, bukan hanya setakat rasuah, tetapi juga melibatkan CBT
(criminal breach of trust), pecah amanah jenayah. Mengapa saya berkata begitu? Izinkan saya membaca jilid pertama Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada muka surat 198 dan 199. Ini adalah rumusan PAC Parlimen.
Pada muka surat 198, saya merujuk kepada perenggan 7.3, “Pemindahan unutilized levy tidak dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp walaupun telah diminta oleh ahli lembaga pengarah”. Kemudian muka surat berikutnya pada perenggan 7.6, saya baca, “Panel pelaburan HRD Corp tidak melaporkan aktiviti pelaburan yang sepatutnya kepada ALP (anggota lembaga pengarah) disebabkan justifikasi pihak pengurusan bahawa pengerusi panel pelaburan merupakan pengerusi ahli lembaga pengarah”.
Jadi daripada rumusan yang dibuat oleh PAC itu, saya nampak maknanya telah melaporkan kepada SPRM itu okey, boleh, tetapi kena juga dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia sebab daripada cadangan Ketua Audit Negara, minta supaya penyelewengan ini dilaporkan kepada agensi penguat kuasa, dia tak sebut SPRM sahaja. Dalam hal ini, penguat kuasa undang-undang ada dua iaitu SPRM dan polis.
Jadi, saya nampak perlu dilihat elemen pecah amanah jenayah. Dengan yang demikian Dato’ Speaker, saya mencadangkan kepada Menteri, ambil tindakan segera.
Gantung kerja atau tamatkan pihak pengurusan iaitu CEO yang berkaitan sebab beliau
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
memegang dua jawatan. Berada dalam lembaga pengarah dan juga dalam investment panel.
Jadi, tidak cukup hanya pada SPRM.
Saya ulang semula Yang Berhormat Bukit Mertajam, Menteri Sumber Manusia. Satu agensi ini, 11 agensi yang dikaji, dilaporkan oleh Ketua Audit Negara punah ranah wang rakyat. Rakyat terpaksa berkorban, terpaksa ikat perut dan sebagainya, tetapi orang yang kita amanahkan ini tidak laksanakan tugasnya.
Dengan jawatan yang besar, elaun yang besar, gaji yang besar, tetapi merosakkan wang negara. Rakyat terpaksa bayar diesel dengan mahal, rakyat terpaksa tanggung apa semua, subsidi ditarik dan sebagainya, tetapi mereka senang-senang rosakkan ekonomi ini.
[Tepuk] Jadi, bawa perkara ini. Selain SPRM, bawa kepada Polis Diraja Malaysia supaya disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. You got a point there. Patut report kepada PDRM, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial punya kerja. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada Kuantan membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2024. Yang pertama, saya ingin menyentuh berkaitan pengurusan air negara. Merujuk Jadual 3, Status Pelaksanaan Projek Pembangunan Kualiti Air. Terdapat 11 projek lewat berbanding 34 projek di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Salah satu projek tersebut ialah Projek Pembetungan Kuantan. Projek ini telah bermula 2018 dan jangkaan awal disiapkan tempoh empat tahun. Saya pernah membangkitkan kelewatan projek ini dalam Kamar Khas pada Oktober 2023 agar diberi perhatian serius oleh kementerian dan JPP. Persoalannya ialah bila projek ini akan disiapkan sepenuhnya? Adakah kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan disebabkan kelewatan projek ini?
Seterusnya berkaitan sistem agihan air. Semakan audit bagi lima negeri mendapati 362 sistem tangki dan 192 rumah pam daripada keseluruhan tidak beroperasi. Berdasarkan pemeriksaan fizikal di lokasi, punca utama tidak digunakan kerana kerosakan seperti kebocoran dan tekanan air rendah. Tangki ini penting sebagai simpanan kecemasan khususnya ketika ada gangguan. Jika tangki tidak digunakan, maka ia akan menjadi masalah sama seperti di kawasan saya sendiri, Kuantan.
Di tempat yang kita pergi pilihan raya baru ini, Sungai Bakap, masalah tekanan air berlaku. Ini menyebabkan gangguan bekalan air. Menurut garis panduan teknikal oleh SPAN, tekanan bekalan air mestilah pada kadar minimum 10 meter bagi unit kediaman dan minimum tujuh meter bagi bangunan komersial. Jadi, masalah tekanan air rendah telah berlarutan di Kuantan iaitu 10 tahun. Kerap kali saya bawa perkara ini dalam Dewan, menyampaikan
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
aduan rakyat secara terus kepada pihak operator air, tetapi sehingga hari ini masih belum lagi selesai. Mohon Menteri respons terhadap perkara ini.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan kebombaan, berkaitan perkhidmatan bomba. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah mencapai KPI, peratus masa respons bawah 10 minit bagi tempoh 2020 hingga 2023. Purata respons bagi tahun 2023 ialah sekitar 8.44 minit. Saya percaya sasaran ini tercapai kerana komitmen yang tinggi daripada semua anggota JBPM. Pada tahun 2023, sasaran yang ditetapkan 63 peratus dan pencapaian direkodkan adalah 66.7 peratus.
Dato’ Yang di-Pertua, jumlah balai bomba di seluruh negara sehingga Disember 2023 ialah sebanyak 337 balai. Merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada Mac 2023, sebanyak 500 balai bomba dan penyelamat disasarkan menjelang 2030. Bagi menjamin kesejahteraan rakyat, beliau menyatakan 21 kriteria bagi pembinaan balai bomba dan turut mengambil kira bilangan penduduk, jumlah bangunan komersial dan kawasan industri serta frekuensi panggilan di sesebuah kawasan.
Manakala pada bulan Mei tahun ini, Yang Berhormat Menteri KPKT ada membuat kenyataan, negara memerlukan 84 buah balai bomba baru. Merujuk kepada Jadual 4, bagi projek pembangunan bagi tahun 2021 hingga 2023, hanya lima balai bomba baharu yang dinyatakan.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan senarai projek pembinaan balai bomba dan penyelamat baharu bagi tahun 2024.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Adakah sasaran 500 balai bomba pada 2030 akan tercapai? Saya ingin bertanya, adakah kerajaan telah menyenaraikan lokasi berpotensi untuk dibina balai bomba baharu yang akan dibina pada 2025. Sekiranya ada, senaraikan bagi tempoh 2026 sehingga 2030.
Seterusnya berkaitan kenderaan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Berdasarkan laporan audit, sebanyak 1,667 unit atau 72.2 peratus boleh digunakan, manakala 23 peratus dalam proses pembaikan dan 6.8 peratus dalam proses pelupusan.
Data ini menunjukkan jumlah kenderaan jabatan bomba dalam proses baik pulih sangat banyak, iaitu 546 unit. Persoalannya, adakah semua unit kenderaan diselenggara secara berkala dan adakah peruntukan bagi penyelenggaraan kenderaan ini tidak mencukupi?
Tuan Yang di-Pertua, kebakaran hutan sering berlaku pada musim panas bermula April. Pada April 2024 yang lepas, kebakaran hutan paya gambut di Inderapura Kuantan dengan keluasan 200 hektar dan berlarutan hampir dua minggu, iaitu dari pertengahan Ramadan hingga awal Hari Raya Puasa. Operasi memadam kebakaran hanya melibatkan jentera bertangki air daripada beberapa buah balai.
Soalan saya, dalam kes kebakaran hutan berskala besar, adakah pihak bomba mempunyai kenderaan udara bagi operasi memadam kebakaran. Apakah SOP yang membolehkan kenderaan udara digunakan untuk memadam kebakaran hutan sama ada
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
melibatkan jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat atau agensi yang berkaitan. Jadi cukup sekadar itu, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan, dipersilakan Yang Berhormat Puchong.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dato’ Yang di-Pertua, dalam senarai Jelebu rasanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya? Kalau ikut di sini, Puchong.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu Dato’ Yang di-Pertua. Senarai saya Jelebu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Senarai yang diisytiharkan oleh Timbalan Speaker tadi berada di tangan saya. Jadi, kena ikut...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Puchong tidak ada, saya ambillah Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Puchong tak ada di Dewan, saya ingat Puchong ikut senarai saya ni. Boleh ikut saya je?
[Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua selalu memberi pertimbangan yang tepat apabila membuat keputusan. Boleh saya ambil alih Puchong, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat ni potong queue ni.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Eh, tak. Dato’ Yang di-Pertua, senarai saya ada. Saya daripada sejak mula tadi ada senarai Dato’ Yang di-Pertua.
*[Bentara memberikan senarai pembahas kepada Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr.
Ramli bin Dato’ Mohd Nor)* Ha, cuba tengok. Dato’, Bentara tolong bagi...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dato’, dalam list saya pun memang selepas Kuantan, Jelebu. Saya boleh sahkan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dato’, Bentara bagi yang terkini kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, begini, begini. Sebentar Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh saya terus atau duduk dulu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat, duduk. Saya bagi, sekejap, sekejap sahaja.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ya, ya terima kasih.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi saya semak kecelaruan ini ya. Mana SUDR? Mana satu ini? Atas meja saya ada dua.
[Ketawa] Satu, sebentar ya. Saya tidak mahu cacamerba. Nanti kang tak teratur. Bukan cara saya. Saya jenis nak bendanya teratur. Mana SUDR? Sebentar, kita tunggu. Apa yang diberikan kepada saya dan apa yang ada di atas meja untuk diikuti, lain. Mana satu ini? Baik, kalau sedemikian, saya terpaksa buat keputusan untuk tidak membazirkan waktu. Saya mempersilakan ikut senarai ini, Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, sesekali kita ikut senarai kedua itu lebih baik daripada yang pertama. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak sambung perbahasan, saya nak sambung yang Kuantan ya Dáto’ Yang di-Pertua, fasal Kuantan ni dah ambil tajuk saya yang awal. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba kerana dah capai KPI Dato’ Yang di- Pertua.
Cuma saya hendak timbulkan dalam perbahasan dalam masa yang singkat ini. KPI sepuluh minit ini adalah purata Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah kementerian dalam mencapai sepuluh minit response time dengan izin bagi kawasan luar bandar. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, kawasan luar bandar ini terutamanya kawasan bagi masyarakat Orang Asli di Parlimen Jelebu, Kampung Rangoi, Kampung Sungai Sampo, Kampung Parit Gong hampir 30 kilometer, betul tidak...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sedikit. Tidak bergerak, nanti saya pun tidak bergerak nanti lepas ini. Kalau boleh tak bergerak, saya pun tak bergerak juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Setiausaha...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana tidak menggerakkan jam.
[Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua, betul tak, kampung masyarakat Orang Asli ini selalu yang kita tinggalkan Dato’ Yang di-Pertua, yang jaraknya hampir 30 kilometer daripada balai bomba yang terdekat. Apakah langkah pihak kementerian untuk melengkapkan 10 minute response time dengan izin bagi kawasan-kawasan yang berkenaan.
Saya ingin mencadangkan kepada kementerian Dato’ Yang di-Pertua, bagi kawasan- kawasan luar ini, eloklah kalau boleh kita wujudkan pasukan bomba sukarela, sukarelawan di semua tempat, banyak tidak apa. Asalkan hak, soal yang berkaitan dengan keselamatan masyarakat Orang Asli dan masyarakat luar bandar yang mempunyai jarak lebih 20 kilometer pada balai bomba ini dapat kita selamatkan, pertama.
Yang keduanya Kuantan sebut balai raya seluruh Malaysia 337 balai bomba.
Daripada 337 ini ada pembinaan baru Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak sebut juga, kalau Kuantan minta senarai pada pihak kementerian, saya nak minta supaya salah satu daripada
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
senarai balai bomba baru itu adalah balai bomba bagi kawasan Simpang Durian, kawasan Parlimen Jelebu, yang sangat memerlukan tentang perkhidmatan balai bomba ini apabila berlaku kebakaran.
Dato’ Yang di-Pertua, saya masuk kepada balai bomba kepada satu tajuk yang baru, yakni ingin merujuk kepada perenggan 5.22 Dato’ Yang di-Pertua, tentang kelewatan pembekalan compact fire rescue tender (CFRT). Mengikut perjanjian asal Dato’ Yang di- Pertua, kontraktor sepatutnya membekalkan 150 CFRT dalam 27 fasa, bermula pada 20 Julai 2023 sehingga 8 Oktober 2025. Sepatutnya bagi tahun 2023, 21 CFRT yang bernilai RM20.41 juta perlu dibekalkan yang melibatkan lima fasa pembekalan. Bagaimanapun sehingga 31 Disember mengikut rekod Dato’ Yang di-Pertua, kesemua 21 CFRT ini masih belum dibekalkan, dengan kelewatan antara 23 ke 164 hari.
Saya nak sebut perkara ini kerana perkara ini perlu dijelaskan oleh jabatan bomba.
Sembilan buah CFRT telah berjaya dibekalkan sehingga 30 April 2024. What happened dengan izin. Apakah punca kelewatan ini? Kalau daripada pihak pembekal, ketidakcekapan syarikat yang dilantik, saya bersetuju dengan beberapa rakan Ahli Parlimen supaya keputusan perlu diambil untuk menamatkan kontraktor ini ataupun pembekal ini supaya hak ataupun yang berkaitan dengan kepentingan rakyat tidak dinafikan.
Dato’ Yang di-Pertua, CFRT ini sangat berguna untuk bagi kawasan-kawasan, semua kawasan, terutamanya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kependudukan yang besar, yang tinggi. Tetapi CFRT ini Dato’ Yang di-Pertua, dia sesuai juga bagi kawasan yang penempatannya yang mempunyai jarak ataupun kawasan yang kecil bagi kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang memerlukan jentera yang lebih ringan daripada apa yang ada hari ini.
Kawasan-kawasan Parlimen seperti saya mungkin, kawasan-kawasan Parlimen seperti kawasan Parlimen rakan-rakan yang agak jauh dari kawasan penempatan kependudukan yang padat dan besar, memerlukan CFRT yang lebih baik Dato’ Yang di- Pertua. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian, supaya CFRT ini dibekalkan juga bagi kawasan-kawasan luar bandar, kawasan-kawasan Parlimen yang lebih memerlukan jentera seperti CFRT.
Perkara kedua Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sebut ialah berkaitan dengan purata kelajuan jalur lebar pada tahun 2019 hingga tahun 2022. Kelajuan purata internet ini Dato’ Yang di-Pertua, yang disebutkan dalam laporan adalah hanya pada 25 Mbps ataupun megabits per second. Laporan yang dikeluarkan, purata kelajuan internet terkini Dato’ Yang di-Pertua pada tahun 2022 sahaja yakni 116.03 megabits per second. Peningkatan 100 peratus ataupun dalam tempoh tiga tahun Dato’ Yang di-Pertua. Cumanya Dato’ Yang di- Pertua, dia tidak wujud keseimbangan, dia ambil purata tetapi keseimbangan di kalangan kawasan-kawasan bandar dan luar bandar.
Kawasan Dato’ Yang di-Pertua, di Cameron Highlands saya fikir lebih lambat kelajuannya, berbanding dengan kawasan Parlimen yang ada di Kuantan umpamanya. Di Jelebu mungkin lebih lambat daripada Cameron Highlands lah kerana itu saya sebut di
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dewan Rakyat. Saya nak sebut Dato’ Yang di-Pertua ya, pada bulan Disember tahun 2022, Putrajaya mencatatkan kelajuan tertinggi 253.95 megabits per second. Selangor 150.37, Kuala Lumpur 149.64 megabits per second.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Negeri Sembilan ini Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sebut kerana Dato’ Yang di- Pertua pun daripada Negeri Sembilan. Negeri Sembilan Dato’ Di-Pertua, dia jatuh tempat ketujuh, yakni 112.5 megabits per second dan 112 ini Dato’ di-Pertua, bukan merangkumi ataupun merentasi kawasan-kawasan luar bandar. Kawasan umpamanya di Simpang Pertang, kawasan umpamanya di Sungai Lui, umpamanya di kawasan Tampin, umpamanya di kawasan Juasseh mempunyai megabits per second yang sangat rendah berbanding dengan purata di Negeri Sembilan 112.5.
Saya nak beritahu Dato’ Yang di-Pertua, Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah dan juga di Pahang ini lebih rendah, dia 50 megabits per second saja termasuk Pahanglah, termasuk Cameron Highlands. Tetapi, saya nak beritahu Dato’ Yang di-Pertua, walaupun tidak wujud keseimbangan ini Dato’ Yang di-Pertua, kita harus ingat keperluan usahawan dan keperluan generasi muda dan yang penting sekali generasi anak-anak yang nak menggunakan kelajuan internet yang stabil dengan izin untuk menjalani kaedah-kaedah pembelajaran yang terkini.
Saya cuma nak minta supaya kementerian yang berkaitan dalam soal JENDELA Digital ini dapat kita berikan keselarasan dan juga orang kata keadilan di semua kawasan yang perlukan kelajuan internet yang stabil Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak cadangkan umpamanya JENDELA sekarang ini dah banyak buat ini tetapi keselarasan ini tidak berlaku.
Di kawasan Parlimen saya Dato’ Yang di-Pertua, di DUN Klawang salah satu kawasan Parlimen saya DUN Klawang. Dato’ Yang di-Pertua faham sangat itu. Lima JENDELA dibina di kawasan– tower di kawasan DUN Klawang tetapi DUN Pertang tidak ada.
Di Chennah tidak ada, di Lui belum lagi.
Jadi, penyelarasan ini harus kita lakukan, harus dilihat semula oleh pihak kementerian supaya usahawan yang melibatkan diri dalam perniagaan atas talian, pelajar yang memerlukan kelajuan internet yang stabil dan juga yang penting sekali ialah boleh memberikan keutamaan kepada semua generasi yang berkaitan dengan kelajuan internet di seluruh kawasan Dato’ Yang di-Pertua.
Kita harus berlaku kesamarataan di semua kelompok masyarakat, kerana masyarakat kampung juga pada hari ini memerlukan kelajuan internet untuk memenuhi kehidupan mereka Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, pandai dia cari makan Yang Berhormat Jelebu. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama- sama mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada kali ini.
Dato' Yang di-Pertua, laporan audit yang dibentangkan ini adalah terhadap beberapa kementerian dan juga agensi termasuk GLC. Bagaimana dengan kementerian dan agensi lain? Adakah di sana tiada teguran audit?
Saya ingin tekankan di dalam perbahasan ini bahawa perlu diterapkan elemen agama, dosa dan pahala kepada semua pihak, termasuk Menteri dan kakitangan kerajaan dalam menguruskan harta negara yang merupakan harta awam agar tiada penyelewengan, tiada berlaku rasuah dan salah guna kuasa.
Jangan hanya takut kepada audit kerana walaupun audit tidak masuk tetapi audit Raqib dan ‘Atid lebih menyeluruh dan dicatatkan semua. Hanya tunggu untuk dibentangkan nanti. Di waktu itu hanya pembentangan dan hukuman sahaja dan tiada pembelaan dan perbahasan. Perlu ditekankan bahawa kita perlu bekerja atas konsep ubudiyah iaitu perhambaan yang akan mendapat pahala ataupun dosa dan juga mas’uliyah iaitu dipertanggungjawabkan nanti.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian berkaitan laporan audit terhadap Majlis Profesor Negara. Bagaimana MPN boleh menyanggah laporan ini kerana mereka mengatakan bahawa MPN telah dibubarkan pada 23 Mei 2018 dan kembali beroperasi bermula Januari 2022? Sedangkan laporan ini bagi tempoh 2019 sehingga 2023 dan tempoh tersebut mereka menggunakan dana sendiri. Jadi, bagaimana LKAN boleh membuat audit terhadap sebuah organisasi yang tidak wujud ataupun apa sebenarnya berlaku?
Dato' Yang di-Pertua, isu bekalan air di Kelantan. Selain keperluan kepada pembinaan LRA yang baru di beberapa tempat di Kelantan, isu penukaran paip utama yang uzur dan pembaikan paip komunikasi dengan lebih efisien. Ini bagi memastikan kadar kehilangan air ataupun NRW terawat dapat dikurangkan dan dapat meningkatkan bil AKSB.
Berapa buah kah projek menaik taraf LRA dan projek pembinaan baharu yang sedang dalam- yang sedang berjalan, termasuk projek di bawah KKW dan juga NRAS dan berapakah geran serta pinjaman yang diluluskan? Saya difahamkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2023 telah meluluskan peruntukan berjumlah RM500 juta bagi penyelesaian isu bekalan air negeri Kelantan daripada sejumlah RM1.75 juta – RM7.5 bilion, RM1,750,000,000 yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Isu Bekalan Air Negeri Kelantan. Peruntukan yang diluluskan ini akan diselaraskan melalui pinjaman PAB.
Tetapi, dalam masa yang sama, saya difahamkan bahawa dalam Mesyuarat Menteri- menteri Besar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengatasi isu bekalan air bersih di negeri Kelantan dengan anggaran peruntukan awal sebanyak RM500 juta.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Oleh itu, Kerajaan Negeri Kelantan beranggapan bantuan peruntukan ini adalah secara geran, bukan pinjaman. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan, adakah peruntukan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sebanyak RM500 juta ini akan diberikan dalam bentuk pinjaman ataupun geran? Kerana beberapa kali dalam jawapan dalam Dewan ini bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak memberi jawapan terhadap tawaran ini, sedangkan kerajaan perlu jelaskan terlebih dahulu sama ada geran ataupun pinjaman.
Dato' Yang di-Pertua, berkaitan laporan audit kepada Pengurusan Syarikat Kerajaan.
Saya ingin menyentuh berkenaan Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd. Mengikut laporan ini, RHSM telah menetapkan sasaran pelantikan dua francaisi bagi tempoh tahun 2022 sehingga 2026 sebagai salah satu sasaran pelan strategik yang perlu dicapai termasuk yang terkini, HSM Bayan Baru bermula 1 Februari 2024.
Bagaimanapun, untuk melantik francaisi yang baru, RHSM menghadapi kekangan kewangan untuk membuat kerja pengubahsuaian dan perlu memohon dana daripada MOTAC ataupun pembiayaan luar. Jadi, saya mencadangkan agar pihak kerajaan khususnya MOF, Kementerian Kewangan dapat menyediakan geran bagi membantu RHSM untuk menyelesaikan beberapa perkara yang menjadi kesulitan kepada pihak pengurusan untuk RHSM terus berdaya maju dan menjadi sebuah rangkaian hotel terkemuka dan digemari oleh pihak pelancong.
Saya ingin baca rumusan keseluruhan audit Dato' Yang di-Pertua. Saya minta masa sedikit kerana Jelebu mengambil masa yang panjang tadi. Dalam rumusan keseluruhan audit muka surat 55, “RHSM kurang berdaya saing dalam industri perhotelan tempatan kerana keadaan aset yang uzur dan memerlukan suntikan modal bagi membaik pulih keseluruhan rangkaian hotel.” Tetapi dalam masa yang sama, pihak audit memberi pujian terhadap beberapa isu antaranya kedudukan kewangan RHSM di bawah pengurusan baharu semakin stabil dan keuntungan selepas cukai berjumlah RM0.96 juta pada tahun 2021 dan RM1.73 juta bagi tahun 2022. RHSM mencatatkan pengurangan kerugian terkumpul daripada RM2.72 juta kepada RM6,879 pada tahun 2022 berbanding pada tahun 2020, amalan urus tadbir korporat HSM adalah memuaskan.
Jadi, dengan dan dalam masa yang sama saya difahamkan RHSM yang berdaya saing walaupun tanpa bantuan kerajaan, walaupun COVID-19 melanda negara dan banyak syarikat termasuk hotel-hotel terpaksa ditutup dan memberhentikan kakitangan tetapi tidak kepada RHSM.
Dan kedudukan hotel RHSM di lokasi yang strategik di seluruh negara perlu dimanfaatkan oleh pihak kerajaan walaupun di Kelantan tidak ada, di Sabah tidak ada tapi di negeri lain semua ada, maka jangan biarkan RHSM dalam keadaan terkapai-kapai. Dan oleh itu, dengan laporan audit ini saya amat berharap pihak MOF dan juga MOTAC dapat membantu dengan sebaiknya.
Yang terakhir Dato' Yang di-Pertua ialah biasa kita dengar sakau diulang-ulang.
Adakah maksud sakau itu dalam pentadbiran hari ini? Jika ya, adakah ini menunjukkan
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
kegagalan kerajaan hari ini walaupun sudah hampir dua tahun mentadbir? Kita menyokong semua bentuk usaha memerangi rasuah tanpa sebarang kompromi.
Oleh itu, ambillah tindakan yang sewajarnya. Jangan sebelah kaki memerangi rasuah tetapi sebelah kaki lagi membiarkannya. Contoh terbaru Dato' Yang di-Pertua ialah pada PRK Sungai Bakap. Pelbagai janji ditaburkan, jika PHBN memenangi PRK tersebut. Adakah ini tidak rasuah dan salah guna kuasa?
Akhirnya, saya ingin mencadangkan kepada Jabatan Audit Negara untuk juga melihat dan mengaudit penjualan saham MAHB kepada GIP yang dikaitkan dengan syarikat BlackRock. Ini bukan kecil tetapi malah ia adalah sangat penting kerana ia melibatkan sebuah syarikat yang terlibat dengan pembinaan senjata untuk Israel, yang sedang melaksanakan genocide terhadap rakyat Palestin.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga berminat jika pihak audit dapat maklumkan kepada kita tentang gaji PMX. Kita diberitahu bahawa PMX masih tidak mengambil gaji sehingga sekarang, persoalannya berapakah nilai gaji Perdana Menteri yang terkumpul dan ke manakah duit tersebut dibelanjakan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Wassalamualaikum warahmatullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya cuma hendak bangkit isu projek Sungai Nadi Kehidupan atau lebih dikenali sebagai River of Life yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini. Saya hendak mengatakan projek Sungai Nadi Kehidupan sudah masuk longkang. River of life went down the drain. Sejak dilancarkan pada tahun 2011, projek River of Life telah membelanjakan RM3.915 bilion daripada kos siling projek RM4.363 bilion iaitu sebanyak 89.7 peratus telah dihabiskan.
Namun demikian, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, keseluruhan projek River of Life dijangkakan tidak akan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu pada tahun ini. Ini kerana pengauditan mendapati bahawa kesemua objektif projek River of Life masih belum dicapai. Sepanjang proses projek ini sejak tahun 2011, sebanyak lima Perdana Menteri, enam Menteri Wilayah Persekutuan dan enam Datuk Bandar Kuala Lumpur telah terlibat dan memantau projek ini. Akan tetapi, satu objektif pun tidak dicapai walaupun hampir 90 peratus kos projek iaitu RM4 bilion duit rakyat telah habis dipakai.
Tuan Yang di-Pertua, menurut banci pada tahun 2020, jumlah penduduk Kuala Lumpur adalah 1.9 juta orang. Jika RM4 bilion kos yang dihabiskan dalam projek ini dibahagi kepada 1.9 juta orang, setiap warga Kuala Lumpur boleh mendapat kira-kira RM2,105.
Soalan saya, siapa Menteri dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam kelulusan projek River of Life ini dan mengapa mereka tidak disiasat oleh Polis Di Raja Malaysia dan SPRM?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Soalan seterusnya saya, laporan audit juga mendedahkan bahawa hanya 50 daripada 296 loji rawatan kumbahan telah berjaya dirasionalisasikan atau dinaik taraf.
Adakah ini bermaksud sisa air kumbahan telah melimpah masuk ke longkang-longkang dan sungai-sungai di ibu kota Kuala Lumpur? Adakah air di Kuala Lumpur toksik dan berbahaya kepada manusia? Laporan audit juga menyatakan bahawa model perniagaan yang tidak komprehensif telah menyebabkan penyelenggaraan dan aktiviti River Of Life masih bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.
Objektif asal River of Life adalah untuk memberikan pulangan sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan, tetapi sebaliknya projek ini merugikan kerajaan sebanyak RM4 bilion dan projek masih gagal disiapkan. Pada mulanya kerajaan tidak seharusnya terlibat secara langsung dalam perniagaan kerana pegawai kerajaan dan Menteri tiada pengalaman dalam perniagaan, kecuali mungkin Yang Berhormat Titiwangsa dan juga Yang Berhormat Menteri MITI.
Laporan audit turut mendapati bahawa beberapa contoh penyelewengan dan penyalahgunaan dana kerajaan dalam projek ini. Antaranya termasuk pembayaran kos sebanyak RM19 juta untuk menyediakan lima reka bentuk yang tidak digunakan serta pelantikan perunding kejuruteraan awam dan sivil untuk skop kontrak yang melibatkan 45 peratus sehingga 65 peratus komponen mekanikal dan elektrikal. Ini umpama melantik guru sukan untuk mengajar subjek kimia di sekolah.
Saya hairan mengapa Jabatan Wilayah Persekutuan tidak membuat laporan SPRM atau laporan polis. Adakah dasar ketulusan dan akauntabiliti sekadar slogan manis? Syor saya kepada kerajaan ialah menamatkan keseluruhan projek River of Life dengan serta- merta untuk mengelakkan lagi pembaziran duit rakyat kerana kebanyakan spesifikasi projek River of Life ini dibuat pada tahun 2011 dan sudah lapuk. Syor saya yang kedua kepada kerajaan ialah memberikan model perniagaan River of Life ini kepada pihak swasta melalui proses tender kerana kerajaan tidak pandai meniaga dan tidak patut terbabit secara langsung dalam perniagaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepong, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam ucapan saya, saya ingin fokus kepada laporan audit yang melibatkan Kementerian Pertahanan. Lima minit singkat, saya fokus satu. Isu ini dekat dengan hati saya kerana arwah atuk saya mendedikasikan hidupnya berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai pegawai waran dan isu ini dekat dengan hati saya.
Malaysia sebagai negara maritim dikelilingi dengan laut yang terbuka, khususnya Laut China Selatan dan juga Selat Melaka yang merupakan access point utama bagi perdagangan dunia. Kalau kita lihat perkembangan terkini geopolitik, khususnya di benua kita teramat sensitif. Baru minggu lepas sahaja negara jiran yang kita ada hubungan yang rapat
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
iaitu Filipina telah memfailkan ke UN ataupun PBB pemilikan mereka ke atas sebahagian perairan Sabah.
Bukan itu sahaja, setalah sekian lama Laut China Selatan ada pelbagai jenis kemelut khususnya negara dagang besar iaitu China, claim ke atas Nine-dash line di Laut China Selatan. Dengan perkembangan terkini, Tentera Laut Diraja Malaysia merupakan benteng utama bagi negara tercinta kita. Malangnya kelengkapan mereka begitu uzur dan tidak ikut perubahan arus masa dan ini dibuktikan secara jelas dalam laporan audit.
Beberapa perkara saya hendak ketengahkan dan cadangan. Kalau kita lihat dalam laporan audit, TLDM telah menggunakan kapal yang melebihi usia. Terdapat kelemahan dalam pengurusan kapal itu, khususnya perolehan kapal baharu yang tidak dilaksanakan mengikut perancangan, penyelenggaraan pula tidak dilaksanakan mengikut jadual sampai ke satu tahap, alat ganti yang berjumlah RM384 juta tidak diguna pakai dan ini adalah pembaziran berskala besar. Walhal kita lihat sudah ada pelan yang menyeluruh yang dikeluarkan oleh TLDM.
Menjelang tahun 2050, sasaran pegangan kapal TLDM ialah 55 kapal yang terdiri 18 daripadanya adalah NGPV, 12 LCS, enam kapal selam, 18 LMS dan juga tiga MRSS. Tetapi kita semua telah dimaklumkan jumlah LCS telah pun dikurangkan kepada lima dan bukan setakat dikurangkan, tetapi penangguhan lebih 10 tahun dan kerisauan saya adalah bukan setakat ia telah dikurangkan, tetapi dengan penangguhan yang begitu lama, kerisauan apabila kapal itu akhirnya TLDM terima, teknologinya tidak lagi mengikut arus masa.
Dalam semakan audit ia mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal TLDM di bawah RMKe-11 dan RMKe-12 adalah rendah berbanding sasaran yang ditetapkan. TLDM menyaksikan perolehan sebanyak 18 kapal, namun hanya empat kapal yang diterima, prestasi 22.2 peratus. Ini kalau di sekolah gagal. TLDM sepatutnya membuat perolehan 10 LMS di bawah RMKe-11 dan RMKe-12 namun hanya empat kapal LMS telah selesai dibuat perolehan dan diterima setakat 31 Disember 2022.
TLDM juga sepatutnya menerima dua kapal MRSS di bawah RMKe-12, tetapi perolehan hanya akan dilaksanakan di bawah RMKe-13 kerana kekangan peruntukan.
Keadaan ini menyebabkan TLDM masih menggunakan kapal yang melebihi usia guna bagi tujuan operasi dan ini sangat mencemaskan dan merisaukan khususnya dengan keadaan geopolitik semasa di mana perairan negara, kedaulatan negara sentiasa diuji dan dicabar.
Sepatutnya kita tidak boleh hanya bertindak apabila sudah terlalu lambat. Apabila negara jiran boleh memfailkan claim di PBB dan UN ataupun apabila ada soft power intrusion sedikit sebanyak daripada tahun ke tahun baru kita ingin respond.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Pada masa tersebut sudah terlalu lewat, khususnya bagi TLDM dan peralatannya kerana untuk membina sebuah kapal, ia akan memakan masa kadangkala lima tahun. Ini berbeza contohnya dengan Tentera Darat yang boleh kita membeli kelengkapan untuk mendapatkan kelengkapannya jauh lebih cepat jika nak dibandingkan dengan kelengkapan bagi TLDM.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Cadangan saya, dua. Pertama sekali adalah untuk memastikan bahawa kesilapan yang lepas tidak berulang lagi. Saya tak nak hanya meletakkan kesalahan ke atas kerajaan ini. Ini banyak perkara yang lepas. Tetapi untuk memastikan bagi belanjawan yang akan datang, untuk menaikkan jumlah dana yang akan diperuntukkan bagi TLDM khususnya.
MINDEF penting tetapi bagi TLDM khususnya, apabila kita ambil kira Malaysia sebagai negara maritim.
Keduanya, untuk memastikan bahawa kesilapan yang sama tidak berulang khususnya jikalau ada unsur jenayah supaya tindakan yang tegas diambil ke atas pelaku jenayah ini. Jangan kita cepat-cepat tutup mata mengikut kepentingan politik kerana jikalau perkara ini berterusan, trend itu akan berterusan kerana dengan izin, the precedent has been set. Ini dua cadangan saya.
Untuk akhirkan ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya berharap, kita mengambil kira Laporan Audit ini begitu penting kerana melibatkan situasi kedaulatan negara dan Malaysia sebagai negara maritim, wajib memberikan penekanan yang utama untuk memastikan bahawa tentera laut kita dapat kelengkapan yang secukupnya. Jangan izinkan negara kita diceroboh dan hanya apabila sudah diceroboh, baru kita ingin membeli kapal.
Sudah terlalu lambat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara untuk Tahun 2023. Ini adalah julung-julung kalinya LKAN ini dibahaskan secara komprehensif oleh Dewan yang mulia ini. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Audit Negara dan juga Parlimen dan juga kerajaan kerana keterbukaan untuk membiarkan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Ini adalah satu keterbukaan dan kejayaan untuk kita semua yang inginkan akauntabiliti dan juga ketelusan (transparency and accountability) daripada kerajaan.
Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini - saya nak masuk kepada Laporan Ketua Audit Negara tentang isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRD Corp. Isu ini harus diperhalusi kerana ini adalah isu yang besar. Ini kerana ia melibatkan berjuta-juta pencarum, pekerja-pekerja yang begitu susah sekali mereka dapat gaji dan satu peratus daripada gaji tersebut dicarumkan untuk buat latihan. Tujuan HRD Corp ini amat baik sekali untuk melatih. Ini adalah satu-satu negara yang betul-betul ingin melatih pekerja. Saya ucapkan tahniah dan juga syabas kepada kerajaan mempunyai idea tersebut.
Walau bagaimanapun, HRD Corp mempunyai tanggungjawab dan pengurusannya mempunyai fiduciary duty yang sangat serba besar untuk memastikan kejayaan program
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
tersebut. Ini telah menunjukkan kelemahan yang sangat amat lemah sekali dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bukan sahaja LKAN sahaja tetapi juga ada Laporan PAC. PAC juga telah melakukan satu siasatan terhadap HRD Corp dan pada hari yang sama, kedua-dua laporan ini dikemukakan. Kita telah menampakkan bahawa - saya harap bahawa Laporan PAC, HRD Corp akan dibahaskan. Kalau bolehlah minggu depan.
Walau bagaimanapun, saya nak tumpukan kepada LKAN dulu. Kita nampak bahawa kelemahan yang sama, lebih kurang sama tetapi dijumpai di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Contohnya, sasaran indikator. Ada KPI tetapi KPI diturunkan ya. KPI diturunkan, tidak maklum kepada board, tidak mendapat kelulusan daripada board supaya dia boleh mencapai KPI. Pada tahun 2023, tak ada KPI dah kerana dia tidak dapat mencapai KPI yang dulu, maka langsung tak ada KPI. Itu yang menyebabkan Ketua Audit Negara tegur.
Kedua, isunya adalah pemakluman kepada Menteri. Saya nak baca. Dia tentang pelaburan ya, satu syarikat A yang sepatutnya kelulusan pembaharuan pelaburan ekuiti terhadap syarikat A tidak teratur, tajuknya. Analisa kedudukan kewangan syarikat A oleh Jabatan Perbendaharaan HRD Corp mencadangkan kepada - analisanya adalah syarikat A mengalami trend menurun dan tidak dapat memenuhi pembayaran faedah. Sebenarnya negatif.
Tetapi apabila disurat kepada Menteri untuk mendapat kelulusan Menteri pula mengatakan syarikat A mempunyai potensi yang kukuh untuk terus membesar. Ada perbezaan daripada internal punya laporan, negatif. Tetapi kepada Minister, jadi positif.
Adakah Menteri diberitahu tentang the truth nothing but the truth? Adakah Minister is being misled? Ini persoalannya.
Kedua, dari segi investment. Kita tahu bahawa HRD Corp mempunyainya RM3.77 bilion. Tetapi apa yang kita dapati bahawa syarikat pelaburan tidak teratur dan sebenarnya mendapat pulangan yang negatif, menyebabkan kerugian. Jadi timbul isu crisis of confidence dan juga isu adakah ini adalah criminal breach of trust. Jadi saya tadi setuju dengan apa yang dibahaskan oleh Pasir Gudang.
Saya nak bagi tahu bahawa ini julung-julung kali saya nampak laporan syor LKAN bahawa harus ada- “Kementerian perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan PSMB bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan”. Bermaksud bahawa Ketua Audit Negara mencadangkan bahawa HRD Corp dirujuk kepada SPRM dan juga polis. Ini kira saya rasa first time lah untuk saya baca tentang cadangan LKAN begini ya. Jadi ini menunjukkan ada seriuslah, masalah yang serius.
Jadi dua isu yang harus diambil perhatian adalah tentang adakah Minister is being misled? Adakah board tidak diberitahu dan juga Menteri tidak diberitahu tentang keadaan sebenar? Okey.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini menyebabkan satu crisis of confidence terhadap rakyat, terhadap HRD Corp dan kerana isu ini amat besar, saya ingin mencadangkan supaya - kerana ini adalah isu pengurusan daripada top management, saya ingin, saya nak cadangkanlah ya. Ini nothing personal but saya rasa perlu ada tindakan supaya Ketua Eksekutif ambil garden leave sempena siasatan ya.
Garden leave dulu ya kerana kita tahu bahawa ini kita ingin memulihkan keyakinan rakyat dan juga pencarum-pencarum terhadap HRD Corp. Haruslah ada tindakan supaya siasatan dilaksanakan. Kalau betul-betul top management atau KE (Ketua Eksekutif) tidak bersalah, it’s okay. Boleh kembali tetapi buat sekarang adalah baik untuk biar agensi-agensi penguatkuasaan untuk melaksanakan tugas mereka.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Saya ucapkan tahniah kerana laporan ini dapat kita bahaskan selepas pindaan terhadap akta yang telah di bentang di Parlimen pada minggu lepas. Saya dengar tadi bagaimana hujah rakan-rakan Ahli Parlimen menyatakan bahawa ini bukti bahawa kerajaan bertindak terbuka. Ya, ini satu tindakan yang bagus tetapi itulah sifat semula jadi kerajaan. Kita bergerak ke depan untuk membuat yang lebih. Kalau tidak apa guna kita bersidang.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sudah tentu kerajaan melakukan yang terbaik, lebih baik daripada apa yang sebelumnya. Sebagaimana contoh kalau melibatkan- ini contoh peruntukan Ahli Parlimen.
Dahulu tidak ada untuk pembangkang. Tahun 2018 Ahli Parlimen pembangkang mendapat RM100,000 peruntukan.
Kemudian, bila Pagoh jadi Perdana Menteri, diberikan RM300,000 tanpa sebarang perbincangan untuk Bakul Makanan pada Ahli Parlimen pembangkang. Berikutnya, bila Bera menjadi Perdana Menteri dan perkembangan-perkembangan berikutnya, kecuali sekarang inilah, nampaknya kita melangkah ke belakang.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu Majlis Profesor Negara. Kenapa perlu diaudit? Kerana ia tidak pernah diaudit oleh Jabatan Audit Negara sejak diperbadankan pada tahun 2014 dan MPN ini telah menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta. Sebagaimana yang disebut oleh kawan-kawan tadi, ia satu tempoh yang agak lama. 10 tahun, malah melibatkan peruntukan kerajaan.
Saya ingin bertanya, adakah ada lagi syarikat atau agensi berkaitan kerajaan yang belum pernah diaudit untuk tempoh yang lama? Di sini Jabatan Audit Negara saya cadangkan supaya membuat suatu due diligent ataupun penelitian dan masuk untuk menyiasat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tertariknya apabila saya membaca bagaimana jawapan daripada MPN sendiri, mereka tidak menerima dana kerajaan sejak dibubarkan tahun 2018.
Ini perlu respons daripada pihak audit. Apakah yang diaudit itu, adakah sejak dibubarkan ini benar atau tidak, dana kerajaan itu masuk kepada Majlis Profesor Negara?
Bahkan kalau kita rujuk kenyataan akhbar 23 Mei 2018. Ketika itu Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir telah mengumumkan pembubaran Majlis Profesor Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada masa itu. Jadi, isunya adakah MPN ini benar-benar dibubarkan atau tidak dibubarkan? Itu persoalannya.
Kedua, saya ingin menyentuh tentang HRD Corp. Saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang turut mengambil Laporan Ketua Audit ini untuk menjadi asas di dalam prosiding mereka. Sebab itu saya hendak cadangkan Dato’ Yang di- Pertua, Ahli-ahli PAC ini mereka perlu diberikan elaun tetap dalam bentuk bulanan dan sebagainya. Sebab hendak mesyuarat hendak buat prosiding ini bukan satu perkara yang mudah. Hendak keluarkan satu prosiding seperti ini word by word, diteliti satu persatu.
Nampak Shah Alam setuju itu dengan saya.
Tahniah saya ucapkan kepada Ahli-ahli PAC daripada kawan-kawan kerajaan dan juga pembangkang. Itu merupakan tanggungjawab PAC dan perlu untuk diberikan elaun dan peruntukan yang khusus untuk mereka. Tidak hanya kadar elaun mesyuarat semata-mata.
Saya pergi kepada HRD Corp ini. Bagaimana Dato’ Yang di-Pertua kegagalan kelewatan untuk melantik Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah menyebabkan HDR Corp ini tidak dapat memuktamadkan KPI pada tahun 2023. Sukar untuk mereka untuk menilai pencapaian mereka sendiri jika KPI yang menjadi rujukan operasi mereka tidak ada.
Selain itu, menyedari ketiadaan Pengerusi, pihak Menteri Sumber Manusia harus mengambil langkah segera berdasarkan Akta PSMB 2001. Tetapi kelewatan ini menyebabkan kita melihat bagaimana apa yang berlaku pada hari ini dilaporkan. Jumlah levi yang disalurkan pada majikan bagi tahun 2020 hingga 2023 adalah antara 31.7 peratus hingga 71.2 peratus berbanding jumlah levi yang sepatutnya dikutip.
Kegagalan ini menyebabkan telah melibatkan jumlah di antara RM268 juta sehingga RM1.5 bilion setahun. Ini baru satu agensi. Kita belum lagi melihat agensi-agensi yang lain.
Sebab itulah saya melihat bahawa kegagalan ini walaupun saya setuju tidak bolehlah diletakkan di atas pihak kerajaan 100 peratus. Tetapi agensi-agensi di bawah ini perlu melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Kita tidak boleh hanya bercakap sahaja. Saya dengar tadi Perdana Menteri menyebut bagaimana isu surat sokongan dan sebagainya akan diteliti semula. Dalam pada kita bercakap tentang ketelusan, kita juga perlu untuk dilihat melaksanakannya. Saya ingin menimbulkan contoh.
Satu surat sokongan daripada Setiausaha Politik Kanan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertarikh 6 Mei 2024 diberikan kepada, ditujukan kepada Yang Berusaha Setiausaha Politik pada Menteri Kesihatan. Surat ini bertajuk Pra Kelayakan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kontrak dan Tender Terpilih Bagi Kerja-kerja Membina Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor dikepilkan enam buah syarikat pra kelayakan untuk kontraktor tender terpilih.
Sebuah, sekeping surat sokongan.
Kalau Perdana Menteri kata amalan surat sokongan ini sudah tidak ada, sepatutnya ini yang perlu diambil tindakan. Tetapi rakyat tidak melihat apa tindakan yang diambil. Kita bercakap sahaja. Kita contohnya tidak boleh umum peruntukan projek ketika PRK tetapi Timbalan Perdana Menteri sendiri menjanjikan dua projek akan dilaksanakan jika Pakatan Harapan menang.
Saya hairan bagaimana Perdana Menteri boleh bercakap dalam keadaan orang yang menyebut demikian ada di sebelah? Jadi ini isunya. Saya sangat-sangat hormat apabila Perdana Menteri menyebut begitu, begini dan sebagainya. Tetapi soal pelaksanaan inilah yang rakyat tidak melihat kerajaan serius untuk melaksanakan. Sebab itulah kerajaan telah ditunjukkan jalan ataupun ditunjukkan protes dalam PRK yang lepas, dalam PRK Sungai Bakap.
Walaupun Perikatan Nasional telah menutup duanya, dua bilik gerakan kita telah tutup. Menteri Ekonomi kata kami telah tutup dua bilik gerakan. Saya hendak kata bukan dua bilik gerakan, semua bilik gerakan kami tutup. Tetapi, ya lah walaupun sudah tutup tetapi menang juga. Cuma, tutup ketika waktu solat.
Sebab itulah mungkinlah Menteri silap tengok. Jadi sebab itulah saya hendak nyatakan bahawa bagaimana dalam isu-si seperti ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...perlu untuk kita dilihat melaksanakan apa yang kita sebut, bukan hanya sebut semata-mata. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2024 pada hari ini.
Pertama, saya hendak ucapkan tahniah kepada kerajaan yang bukan sahaja membentangkan, memberikan Laporan Ketua Audit Negara kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini tetapi kami turut diberikan peluang untuk berbahas sepertimana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia Madani sejak tahun lepas.
Ia satu amalan yang baik dan perlu diteruskan untuk membolehkan semua Ahli Yang Berhormat tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang sama-sama meluahkan pandangan dan juga pendapat yang berbeza dan akhirnya agensi yang ada, boleh diperbaiki.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya juga mengambil kesempatan pada hari ini berharap supaya Jabatan Audit Negara selaras dengan pindaan pada Akta Audit 1954 [Akta Induk] [Akta 62] pada 3 Julai yang lepas dengan menambahkan bidang kuasa yang ada supaya - terutamanya berkenaan dengan seksyen 5(1)(d), (iii) dan (iv) yang berkaitan dengan financial guarantee dan juga in receive for public money yang mana yang menerima pendanaan daripada kerajaan, Jabatan Audit boleh mengaudit.
Ia satu langkah yang baik, ia seolah-olah menambahkan taring kepada Jabatan Audit untuk melakukan sesuatu yang lebih. Cuma, satu saya hendak buat teguran. Kenapa pada laporan ini hanya melibatkan, saya nampak bukan semua kementerian. Ada sebahagian kementerian sahaja yang terlibat tetapi bukan semua kementerian. Saya harap pada tahun- tahun akan datang, Jabatan Audit bukan sahaja diperkasakan tetapi audit dibuat secara lebih menyeluruh dengan melibatkan semua kementerian dan juga agensi yang terbabit. Itu yang kita harapkan.
Saya hendak buat teguran berkenaan dengan satu perkara yang saya rasa tak pernah diaudit ataupun sudah lama tidak diaudit iaitu berkenaan dengan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) yang tidak disenaraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara pada kali ini.
Saya berharap pada audit yang akan datang, agensi ini boleh diaudit sebab ia adalah satu agensi yang penting, agensi yang mana yang menerima banyak bayaran daripada mereka yang ingin atau pun calon-calon yang ingin ambil peperiksaan COP. Saya mohon supaya ia juga dibentangkan dalam laporan audit yang seterusnya.
Dato’ Yang di-Pertua, dengan masa yang ada saya hendak fokus kepada satu perkara. Sebab saya nampak ada dua kementerian yang terlibat dengan masalah air. Saya memetik kata-kata dalam Laporan Ketua Audit pada kali ini yang antaranya menyebut bahawa prestasi pengeluaran air terawat berbanding permintaan adalah rendah.
Menyebabkan berlakunya defisit terhadap permintaan air terawat di samping penggunaan per kapita yang tinggi melebihi sasaran.
Kedua, kadar NRW yang tinggi melebihi sasaran yang ditetapkan, Ketiga, kualiti air terawat tidak mematuhi standard QAP yang telah ditetapkan. Ia sesuatu yang saya rasa patut merunsingkan kita. Patut menyebabkan kita seolah-olah terpanggil untuk melakukan satu reformasi yang lebih menyeluruh. Masalah air ini perkara asas.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Semua orang gunakan air. Tidak kira untuk minum, untuk menyediakan makanan dan sebagainya. Ia perkara asas. Kalau perkara asas pun kita tidak dapat hendak lakukan yang terbaik untuk rakyat kita, tidak guna kita cerita fasal teknologi terkini dan sebagainya.
Sebab itu saya rasa perkara ini perlu diberikan perhatian khusus khasnya kepada dua kementerian yang terbabit supaya apa sahaja yang telah dinyatakan dalam audit kali ini tidak berulang pada audit yang akan datang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya juga hendak sebut berkenaan dengan Jadual 13 yang menyatakan bahawa pencapaian liputan bekalan air terawat seluruh negara sehingga tahun 2022. Saya tengok ada dua buah negeri. Yang lain itu mencapai 99 hingga 100 peratus. Okey, itu bagus. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada negeri berkenaan. Terengganu, 96 dan Kelantan 73.9.
Apa jadinya? Saya bukan hendak sebut sebab dua buah negeri ini di bawah kerajaan yang berbeza tetapi ini fakta dalam laporan audit. Sesuatu perlu dilakukan. Manakah silapnya?
Kalau ada keperluan untuk bantu, kena bantu. Kalau ada silapnya, kena betulkan kesilapan tersebut. Sama juga keadaannya kualiti air terawat. Walaupun secara keseluruhannya mencapai sasaran tetapi ada tiga buah negeri dinyatakan dengan jelas.
Perlis, Sabah, Kelantan tidak mencapai standard QAP atau Quality Assurance Programme yang telah ditetapkan. Kualiti air ini, ini perkara yang sangat mustahak untuk kegunaan rakyat kita.
Saya hendak sebut secara jelas. Saya tidak gunakan panggilan teh tarik ke, air teh ke dan sebagainya. Walaupun ia pernah berlaku. Tetapi hakikatnya jauh lebih penting adalah kualiti air itu sendiri, benda yang sangat asas dan ia seterusnya boleh menjejaskan kesihatan rakyat kita. Sekiranya itu berlaku, saya tidak tahu berlaku tidak. Ia akan menyebabkan kos untuk kesihatan meningkat. Akhirnya kerajaan yang akan tanggung. Terpaksa berikan dana yang lebih kepada kesihatan untuk merawat rakyat kita yang sakit.
Jadi, saya mohon supaya perkara ini diambil perhatian. Berkenaan dengan air juga, non-revenue water (NRW). Walaupun secara keseluruhan di semenanjung mencapai 34.4 peratus yang dikatakan mencapai sasaran. Syabas kepada semua negeri termasuk Selangor saya nampak 27.8 peratus tetapi ada beberapa negeri yang menjadi sasaran audit. NRW lebih 50 peratus, secara terus terang saya kena sebut ini adalah pembaziran. Ini adalah sesuatu bagi saya tidak logik, tidak masuk akal.
Macam mana air yang kita bazirkan itu lebih daripada air yang digunakan? Itu sesuatu yang tidak boleh kita terima. Jadi, apa silapnya? Sama ada sistem kita silap, pengebilan kita silap ataupun ada kebocoran paip ataupun perkakas yang sudah lama. Kalau perlu tukar, tukar lah. Lakukan yang terbaik.
Perkara terakhir Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan perkara ini adalah pencapaian rizab margin. Dikatakan, kita capai 15.7 peratus lebih daripada sasaran 13.5 peratus. Bagus tetapi ada negeri yang kosong. Kedah, kosong. Kelantan, 3.9. Tidak boleh ada rizab margin yang kosong. Macam mana simpanan air untuk rakyat kita? Sebab itu perlu ada simpanan supaya apa-apa berlaku, musim kemarau ke apa ke, kita masih mempunyai sumber air ataupun bekalan air yang mencukupi.
Jadi, saya mohon perkara-perkara begini jangan kita pandang rendah. Jangan anggap air ini benda asas, biasa-biasa sahaja. Perlu diberikan perhatian sebelum kita mengorak langkah ke arah untuk teknologi yang baharu dan seterusnya.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon supaya Jabatan Audit gunakan terbaik pindaan yang telah kita luluskan pada 3 Julai yang lepas, terutamanya seksyen 9A baharu yang memberikan kuasa atau menyatakan secara jelas kuasa Jabatan Audit Negara untuk
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
membuat audit susulan terhadap perkara-perkara yang telah diaudit dan telah diberikan cadangan supaya akhirnya perkara yang sama tidak berulang demi kebaikan, kesejahteraan rakyat kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut, Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang perbahasan ini.
Antara inisiatif Kerajaan Madani yang wajar dipuji dalam usaha untuk melakukan reformasi adalah dengan membawa usul untuk membahaskan laporan audit negara pertama kali di sidang Parlimen pada Jun yang lalu. Pada sidang kali ini pula, Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dibahaskan buat kali pertama di Parlimen.
Reformasi institusi ini dipertingkatkan lagi dengan pindaan terhadap Akta Audit 1957 yang memperkukuhkan peranan Jabatan Audit Negara bagi memastikan pengauditan yang bebas dan telus terhadap mana-mana badan yang menguruskan dana awam.
Saya terus pergi kepada isu pertama yang ingin saya bangkitkan iaitu berkenaan pengurusan air negara. Daripada kos keseluruhan projek yang diaudit bernilai RM19.899 bilion melibatkan 712 projek pembangunan infrastruktur air. Sebanyak 145 projek yakni sebanyak 20.4 peratus telah lewat daripada jadual asal dengan kos berjumlah RM6.150 bilion. Antara punca-punca kelewatan yang disebutkan adalah masalah pampasan tanah, jajaran paip sedia ada, masalah jenis tangki, kekurangan bahan mentah dan kelewatan pembekalan bahan binaan.
Kelewatan projek yang berlaku seperti ini akan mengganggu sasaran kementerian untuk menyasarkan 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Saya berharap agar syor audit, agar pemantauan yang lebih berkesan dapat dilakukan dalam menaik taraf sumber air, bekalan air terawat dan kualiti air. Jika kita dapat lihat kadar air tidak berhasil iaitu non-revenue water (NRW), seluruh negara masih lagi tinggi.
Bagi lima buah negeri sample yang dilawati, ia tidak mencapai sasaran NRW kebangsaan iaitu pada kadar 51.5 peratus sehingga 61.5 peratus pada tahun 2022.
Tinjauan terhadap lima operator air di lima negeri, sebanyak 385,437 insiden paip pecah telah berlaku antara tahun 2020 hingga 2022. Ini kerana kebanyakan rangkaian paip untuk agihan kepada pengguna adalah paip-paip lama yang pendek jangka hayatnya, tidak berdaya tahan serta mudah pecah. Contoh yang terdekat saya ingin berikan ialah di Kampung Janda Baik di Bentong, kawasan saya sendiri. Di mana, sepatutnya pada tahun ini sudah selesai isu-isu penggantian paip tetapi akhirnya di bawa pada tahun hadapan dan akan siap pada tahun 2026.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Kalau kita lihat Kampung Janda Baik ini adalah kampung pelancongan. Namun, kerana tiada lagi penggantian paip pada ketika ini, di kampung tersebut hampir setiap minggu berlakunya paip pecah kerana paip lama yang berada di tengah jalan utama.
Apabila dilalui oleh kenderaan berat dan sebagainya maka paip pecah dan menyusahkan bukan sekadar kepada penduduk kampung malah kepada pengunjung- pengunjung yang datang untuk melancong ke Kampung Janda Baik. Itu juga terjadi di mana kampung-kampung Orang Asli di Daerah Bentong yang masih lagi ada kampung-kampung yang belum mendapat bekalan air bersih.
Jadi, saya berharap agar peruntukan sebanyak RM1.9 bilion bagi Program Pengurangan NRW Kebangsaan ini benar-benar dapat dimanfaatkan dan dipantau pelaksanaannya agar bekalan air bersih sentiasa mencukupi khusus dalam menghadapi cabaran musim kemarau serta bencana alam yang boleh mengganggu rantaian bekalan untuk kegunaan domestik, pertanian dan industri.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada masalah iaitu berkenaan dengan pengurusan MRT. Semakan audit menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelanggan bagi kedua-dua laluan MRT1 dan MRT2 meningkat dari tahun 2022 ke tahun 2023. Namun begitu, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan daripada aspek kemudahan parkir di dalam kawasan MRT.
Kemudahan parkir yang tidak mencukupi menyebabkan pengguna meletakkan kenderaan di bahu jalan yang kadangkala sehingga menghalang laluan Bomba dan kawasan OKU. Ia juga kita boleh lihat kerap tular di sosial media, di mana apabila kenderaan diletakkan di bahu jalan dan sebagainya, bas tidak boleh lalu, kenderaan bomba tidak boleh lalu dan juga kenderaan-kenderaan lain.
Keadaan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan usaha menyelamat terganggu sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan pihak MRT juga harus meningkatkan kadar penyelenggaraan agar isu-isu seperti lampu yang tidak menyala di kawasan parkir, air bertakung, tumbuhan menjalar serta paparan maklumat train yang tidak berfungsi dapat dielakkan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna.
Jadi, saya berpendapat bahawa kerajaan seharusnya memberikan penekanan yang lebih terhadap pengalaman penggunaan pengangkutan awam yang lebih efektif bagi melibatkan kemudahan akses terhadap bas, laluan pejalan kaki berbumbung dan mod pengangkutan lain. Kebanyakan pengguna tidak dapat merancang perjalanan yang lebih baik kerana berdepan dengan jadual bas yang tidak tepat, kesesakan lalu lintas di luar jangka, kekurangan hentian bas berbumbung dan sebagainya. Ini semua adalah masalah klasik, first mile, last mile yang menjadi dilema kepada masalah pengangkutan awam kita.
Saya berakhir di sini sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyambut baik laporan daripada Jabatan Audit Negara berhubung dengan pelbagai isu yang ditimbulkan.
Saya nak sentuh, yang pertamanya, berkenaan dengan permasalahan di TLDM― pengurusan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia. Kita saban hari, saban tahun dah berapa tahun kita disediakan, disajikan dengan laporan audit yang sama ceritanya iaitu bagaimana prestasi perolehan kapal yang TLDM buat masih rendah. Antara perkara berbangkit yang diulang-ulang dalam laporan audit ini tak lain tak bukan adalah kelewatan penyiapan kapal LCS.
Malah, kini berlaku pengurangan satu kapal LCS seperti yang dirancang dan juga masalah perolehan LMS tidak mengikut perancangan dan banyak lagi isu-isu yang melibatkan bekalan unit alat ganti yang tidak digunakan berjumlah RM384.49 juta. Semua ini wang rakyat. Ini menunjukkan adanya tata kelola dan tadbir urus yang amat lemah di TLDM termasuklah Kementerian Pertahanan.
Soalnya, kenapa sampai hari ini siasat-siasat tak sampai-sampai juga orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Jadi, saya nak tanya kepada Dewan yang mulia ini.
Saya nak ingatkan balik apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri. Dia kata apa?
“Jangan cuba lari dari tanggungjawab. Ahmad Zahid luluskan projek LCS”. Dia kata dekat Bagan Datuk. Bukan itu saja. Keratan akhbar mantan supremo DAP, “Zahid perlu berundur sebagai Presiden UMNO kerana skandal LCS”.
Tadi Yang Amat Berhormat Tambun kata, “Saya akan lawan rasuah, tidak ada sebarang pilih bulu” dan sebagainya. Tapi dalam soal ini, LCS ini, sampai hari ini kita tidak jumpa lagi orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk dipanggil siasat. Kerana apa? Apakah sudah ada pilih kasih dalam Dewan ini, dalam kerajaan pada hari ini?
Sedangkan rakyat dan tentera, pesara tentera menunggu-nunggu siapa sepatutnya dipertanggungjawabkan.
Dan ini menimbulkan tanda tanya. Bila musuh di luar sana melihat Malaysia keadaan macam ini di TLDM kita, sebab itulah isu-isu berbangkit di Laut China Selatan, di sempadan Sabah dengan Sulu, tuntutan yang dibuat, membuatkan kita rasa tidak berapa yakin selagi mana masalah yang berlaku di TLDM ini akibat tata kelola yang lemah tidak diselesaikan dengan baik.
Ini menimbul tanda tanya yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, yang juga dibangkitkan oleh mantan Ahli Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP, Former CEC Member, Dr. John Brian Anthony yang juga pernah menjawat sebagai Pengerusi Port of Bintulu. Beliau melahirkan kebimbangan, Tuan Yang di-Pertua, kalau mana negara kita ini sudah hilang kawalan dan pengaruh terhadap lapangan terbang dan pelabuhan kita.
Ini kerana apa, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kalau mana kita tidak bersiap siaga dari segi keselamatan TLDM kita, maka kita khuatir infra-infra perhubungan kita yang lain
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
juga akan menjadi sasaran oleh pihak musuh. Dan ini dikaitkan oleh Dr. John Brian Anthony, pemimpin DAP, tentang kebimbangan beliau penjualan saham MAHB kepada GIP yang akan dimiliki oleh BlackRock 100 peratus pada hujung tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak cadangkan kepada Jabatan Audit Negaralah, mungkin boleh bagi nasihat pada Kerajaan MADANI ini. Nak bangunkan lapangan terbang kita ini sebenarnya tak perlu cari mat saleh. Tak perlu. Saya cadangkan kepada Kerajaan Madani, ini...
[Sambil menunjukkan senaskhah buku] Baca buku berkenaan dengan biografi mendiang Sim Kee Boon.
Ini bapa kepada kejayaan Lapangan Terbang Changi yang mendiang Lee Kuan Yew beri kepercayaan kepada beliau untuk menguruskannya. Dan resipi dia apa, Tuan Yang di- Pertua? Bukan GIP, bukan BlackRock. Satu saja dia kata. Apa? Dia kata mantan Presiden Singapore, Perdana Menteri Singapore. “It took a bold vision and much blood, sweat and tears to bring about Changi’s success.” Maknanya apa? Maknanya mendiang Sim Kee Boon ini dia nak bangunkan Changi, dia hands-on begitu, menggunakan pengalaman secara langsung menguruskan lapangan terbang tanpa bawa konsultan ataupun orang luar untuk bangunkan Changi yang menjadi world class.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Machang. Boleh nak tanya tak?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di- Pertua, saya tak bagi. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sim bukan orang Singapore ke? Orang luar ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduklah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di- Pertua, ini menunjukkan sebenarnya kerajaan pada hari ini ada penyelesaian. Kalau dulu kita boleh bagi Allahyarham Tan Sri Azizan, bapa kepada Menteri Kewangan II, menguruskan PETRONAS di kalangan penjawat awam, kenapa sekarang ini kita ambil jalan mudah menjual saham MAHB kepada GIP, akan milik BlackRock, semata-mata nak buat duit atas kerana kelemahan ringgit yang ada, kita bagi aset kita buah-buah kepada orang asing?
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya minta Jabatan Audit Negara beri teguran kepada Khazanah, kepada KWSP, kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, jangan ambil jalan mudah kerana kita bimbang, seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin DAP ini, kalau kita buat demikian, Malaysia bukan lagi neutral dan kita akan terdedah kepada ancaman mengambil pendirian yang bertentangan dasar luar kita dan akan menggadaikan negara kita kerana kita memilih GIP dan BlackRock menjadi rakan sekutu kita menguruskan lapangan terbang, pintu masuk kedaulatan negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya terus pergi ke KKDW, muka surat 3-5 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Penetapan output projek BALB Sabah dipinda dari 38,000 rumah dibekalkan dengan air bersih dan terawat kepada penyediaan akses kepada 6,300 rumah. Begitu juga dengan keberhasilan projek BALB dipinda dari menyediakan kemudahan asas daripada 190,000 isi rumah kepada 31,500 penduduk mendapat akses bekalan air bersih dan terawat.
Saya mahu tanya. Siapa bah yang buat keputusan ini? Kaedah pengukuran apa yang dibuat dan bagaimana sasaran ditetapkan?
Merujuk pada maklum balas KKDW seperti di muka surat 3-6. Kaedah pengukuran tidak dapat dikenal pasti dan disahkan kerana penetapan sasaran adalah untuk keseluruhan Malaysia. Macam mana kita tetapkan sasaran tapi kita tiada formula untuk capai sasaran itu?
Mengapa sasaran ini dipinda dengan begitu jauh sekali bezanya dengan pengurangan sebanyak enam kali ganda?
Seterusnya, saya pergi ke muka surat 3-9 mengenai prestasi pencapaian projek BALB di Sabah. Saya quote. “Sebanyak 24 projek dengan kos berjumlah RM758.84 juta masih dalam perancangan walaupun telah mendapat kelulusan projek pada tahun 2016, 2017 dan 2018. Sehingga Oktober 2023, tempoh kelewatan antara lima hingga tujuh tahun daripada tahun kelulusan menyebabkan 22,621 bilangan rumah masih belum menerima akses bekalan air bersih dan terawat.” Pergi pula di muka surat 3-13 yang mana saya agak keliru apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Jabatan Audit Negara kepada rakyat dan apa yang KKDW lakukan.
Kita lihat di perenggan (d). Apabila sasaran telah diselaraskan semula pada 3 Mei 2023, pencapaian rumah dan penduduk yang mendapat akses bekalan air bersih terawat adalah 330 peratus. Di perenggan (e) pula, pencapaian sebenar projek hanya 34.4 peratus. Saya tidak faham. Saya minta penjelasan daripada Jabatan Audit dan juga KKDW.
Saya rujuk maklum balas KKDW pada 4 September 2023 menyatakan alasan kelewatan. Isu pengambilan tanah ini merupakan satu isu yang kerap kali dijadikan alasan oleh mana-mana kementerian apabila berlaku kelewatan takeoff projek di Sabah. Saya ingin tanya, kalau kita sudah tahu isu tanah ini akan jadi masalah, kenapa kita tidak selesaikan lebih awal? Atau sebenarnya proses di peringkat negeri yang menjadi punca kelewatan?
Saya mohon penjelasan.
Pergi pula muka surat 3-15. Hanya 36.1 peratus iaitu 1,382 daripada 3,824 rumah yang telah membuat penyambungan meter dan paip dari meter stand ke rumah yang melibatkan Daerah Sandakan, Keningau, Semporna, Kuala Penyu dan Ranau. Puncanya, penduduk tidak mampu menanggung kos antara RM750 hingga RM1,000.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya ingin tanya KKDW. Jika lihat pada peratusan yang saya sebutkan tadi, kita memang tahu yang mereka ini orang susah dan menyediakan sumber air adalah tanggungjawab kerajaan. Mengapa tidak dari awal kita masukkan kos ini dalam perancangan projek?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Salah satu kaedah yang boleh diguna pakai adalah dengan absorb kos tersebut di dalam bil bulanan mereka dan dibayar secara ansuran supaya kurang beban. Saya pergi kepada Jadual 4, muka surat 3-17. Laporan Audit ini telah mengesahkan kajian saya sebelum ini. Apa yang diumumkan semasa belanjawan tahunan Persekutuan bagi projek Sabah adalah tidak sama, malah jauh lebih rendah. Dalam Jadual, kita lihat ada peruntukan asal, peruntukan dipinda dan perbelanjaan. Contohnya, tahun 2017 daripada RM236 juta peruntukan asal, ia telah dipinda kepada RM84 juta. Maksudnya di sini, kalau ubah peruntukan nampak cantiklah perbelanjaan, 98.3 peratus tetapi kalau ikut peruntukan asal, hanya 34 peratus saja yang dibelanjakan. Kenapa bah, amalan umum peruntukan besar dan kemudian ubah peruntukan ini diteruskan? Kita memang minta peruntukan lebih seperti mana hak kita tetapi tiada guna umum peruntukan besar, lebih, kalau kita tidak dapat laksanakan bah. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Petra. Saya rujuk muka surat 47, Projek Pembinaan Empangan Air bagi Skim Bekalan Air Tawau Fasa 3 bernilai RM470 juta diberi tempoh pelanjutan masa selama 341 hari. Jadual 2 pula menunjukkan Projek Penambahan Kapasiti LRA Telibong 2 Sabah mengalami kelewatan 1,076 hari. Sistem bekalan air Lahad Datu lewat 737 hari. Puncanya empat sebab, pampasan tanah, jajaran paip, perubahan reka bentuk dan kekurangan bahan mentah. Saya ingin tanya kepada Petra, daripada empat sebab yang dinyatakan, manakah satu yang menjadi penyumbang besar kepada kelewatan? Prosedur dari peringkat Persekutuan atau di negeri yang menyebabkan kelewatan?
Seterusnya, saya rujuk Rajah 4, muka surat 4-14 iaitu mengenai unjuran permintaan berbanding pengeluaran sebenar air terawat di lima negeri bagi tahun 2021 dan 2022 seolah- olah tiada defisit air yang berlaku di Sabah. Realiti di lapangan, hari-hari orang mengeluh bah pasal air, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jangan bilang– Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu minit. Jangan bilang Kota Belud, KK pun teruk bah. Saya mohon Petra jelaskan data ini. Sedangkan di Pulau Banggi, orang jual air bah. RM100 untuk satu tangki, RM150 untuk satu tangki. Jadual 11 di muka surat 4-19, melaporkan kualiti air berbanding peratus standard QAP bagi tempoh 2016 hingga 2022. Parameter QAP yang ditetapkan ada lima iaitu residual chlorine, E-coli, residual chlorine and E-coli, kekeruhan dan aluminium. Mengejutkan bahawa setiap tahun dari 2016 sehingga 2022, Sabah tidak memenuhi empat daripada lima standard QAP yang sepatutnya. Malah, Kementerian Kesihatan juga mengkategorikan sebagai poor dan alasan yang diberikan Jabatan Air Negeri
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Sabah adalah disebabkan komponen proses rawatan air serta alatan mekanikal dan elektrik yang uzur dan perlu diganti.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Persoalan saya kepada Petra, apakah Petra mendapat maklumat-maklumat ini daripada Jabatan Air Negeri Sabah sebelum ini? Adakah peruntukan bagi menggantikan komponen yang uzur ini telah dimohon oleh negeri? Ini bukan setahun, dua, Tuan Yang di-Pertua, tujuh tahun bah rakyat Sabah minum air yang tiada standard, yang berisiko ke atas kesihatan mereka. Pada saya, ini sangat tidak adil. When you really love Sabah, you just want her to get everything she deserves. You will never want to just make money from Sabah, but you will want to grow and prosper together with Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk turut serta dalam membahaskan Laporan Ketua Audit Siri II untuk tahun 2024, khususnya mengenai aktiviti kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan badan- badan berkanun Persekutuan. Ada tiga.
Pertamanya adalah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus membangkit mengenai penemuan-penemuan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit kali ini, terutamanya yang melibatkan Projek Bekalan Air Luar Bandar
(BALB) di Sabah dan Sarawak yang secara keseluruhannya tidak mencapai objektif yang ditetapkan. Umum mengetahui bahawa akses kepada bekalan air bersih adalah amat penting ke arah meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup di kawasan luar bandar. Namun demikian, wujud kesenjangan dalam pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak, di mana terdapat banyak projek yang lewat dilaksanakan kerana kerenah birokrasi dan prosedur yang panjang di peringkat Persekutuan.
Akibatnya, Kerajaan Sarawak juga turut menerima tempias daripada kelewatan tersebut.
Difahamkan melalui laporan ini bahawa terdapat 12 projek yang diluluskan di antara tahun 2016 sehingga 2018 dengan kos berjumlah RM888.32 juta yang mengalami tempoh kelewatan antara lima hingga tujuh tahun. Kelewatan tersebut mengakibatkan sebanyak 9,608 rumah di Sarawak tidak menerima akses bekalan air bersih dan terawat. Antara projek adalah Projek Sistem Retikulasi Tahun 2016 Negeri Sarawak Zon 4 di Sri Aman yang telah mengalami kelewatan selama tujuh tahun. Pastinya, ia turut memberikan kesan kepada penduduk di sekitar Sri Aman, termasuk di Parlimen Batang Lupar. Saya sering menerima aduan mengenai masalah bekalan air daripada penduduk di kawasan Linggar dan sekitarnya.
Isu kelewatan pelaksanaan projek ini telah menyebabkan projek yang dirancang tidak dapat
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
dilaksanakan mengikut jadual seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak. Ini seterusnya juga telah memberi kesan kepada rakyat Sarawak, terutama penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan stabil.
Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan wajar mengambil kira saranan oleh Yang Berhormat Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak supaya peruntukan Projek BALB di bawah KKDW disalurkan terus kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai agensi pelaksana dengan mengguna pakai tatacara dan prosedur pelaksanaan projek Kerajaan Sarawak.
Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, menyentuh sedikit mengenai hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Saya juga memohon pencerahan sama ada daripada pihak KKDW, Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan berkenaan adakah JBALB dikategorikan sebagai salah sebuah jabatan teknik di bawah arahan Perbendaharaan 182 seperti mana yang telah diberikan kepada Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran? Kedua-dua JKR dan JPS ini, kini masing-masing mempunyai kuasa mentadbir projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Sarawak di bawah nilai RM50 juta hasil daripada rundingan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak dalam Majlis Khas MA63.
Saya percaya sekiranya JBALB dapat diiktiraf sebagai sebuah jabatan teknikal seperti JKR dan JPS, ia akan dapat mengurangkan kerenah birokrasi. Sekali gus mempercepatkan pelaksanaan projek agar lebih ramai rakyat Sarawak, terutamanya yang tinggal di luar bandar dan pedalaman dapat menikmati akses kepada bekalan air mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Kedua, Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar.
Seterusnya, saya juga ingin menyentuh berkenaan program tersebut. Tuan Yang di- Pertua, saya telah beberapa kali membangkit dalam Dewan ini mengenai isu kualiti capaian internet yang lemah di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak, termasuk di Parlimen Batang Lupar seperti Daerah Pusar, Sebuyau, Lingga dan Seduku, Stumbin dan juga Tanjung Bijat. Semalam, saya sendiri telah membuat speed test internet, dengan izin, di kawasan saya di Kampung Pusar dan didapati bahawa kelajuan internet hanya pada kadar 15.3 Mbps sahaja. Amat jauh sekali bezanya dengan purata di peringkat negeri Sarawak iaitu pada kadar 85.10 Mbps pada Disember 2022. Apatah lagi hendak dibandingkan dengan purata kelajuan sejauh 250 Mbps di Putrajaya.
Oleh yang demikian, saya menyambut baik tindakan tegas yang diambil oleh Kementerian Komunikasi dan untuk mengenakan penalti ke atas beberapa kontraktor Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di pedalaman Sabah dan Sarawak yang gagal menyiapkan kerja mereka mengikut tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi pada 29 Jun 2024.
Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk menggesa supaya perhatian khusus juga diberikan atas kualiti perkhidmatan internet agar ia dapat dipertingkatkan. Justeru, saya
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
ingin mencadangkan supaya penalti juga dapat dikenakan ke atas ke atas syarikat penyedia perkhidmatan yang gagal menyediakan perkhidmatan internet yang stabil kepada pengguna.
Ini bagi memberi keadilan kepada pelanggan yang terpaksa membayar bil internet setiap bulan walaupun perkhidmatan yang disampaikan ada kalanya tidak stabil dan kurang memuaskan.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua,...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
...pengurusan perkhidmatan kebombaan. Tuan Yang di-Pertua, adalah amat penting untuk kita memastikan bahawa kualiti perkhidmatan bomba yang disampaikan kepada masyarakat adalah seragam di semua tempat, tanpa mengira di kawasan bandar mahupun luar bandar. Menurut Laporan Audit kali ini, secara keseluruhannya JBPM telah mencapai KPI purata masa respons kebangsaan direkodkan di bawah 10 minit bagi tahun 2023 iaitu selama 8 minit 44 saat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Tetapi, jika dilihat pada sampel pengauditan ini Puan Yang di-Pertua, kebanyakan sampel balai bomba yang terlibat adalah terletak di negeri-negeri yang boleh dikatakan maju seperti Selangor, Johor dan Putrajaya. Seolah-olah berlaku selective sampling, dengan izin, yang berpotensi menimbulkan biased dan mungkin tidak menggambarkan realiti sebenar di negeri-negeri lain seperti di Sabah, Sarawak malah di pantai timur dan sebagainya. Di Parlimen Batang Lupar misalnya, masa yang diambil oleh pihak bomba untuk tiba ke sesuatu lokasi kebakaran ada kalanya mengambil masa lebih sejam kerana terpaksa menggunakan khidmat feri dan sebagainya.
Apabila saya memohon untuk membina sebuah balai bomba penyelamat, antara alasan yang diberikan adalah belum mencapai kriteria yang ditetapkan. Seharusnya aspek seperti kekangan geografi juga harus diambil kira dalam menentukan pembinaan balai bomba dan penyelamat dan bukan sekadar jumlah insiden semata-mata. Saya juga ingin memohon kepada pihak KPKT untuk mempergiatkan lagi usaha untuk membaik pulih dan menaik taraf pili-pili bomba sedia ada yang telah berusia selain menambah pili-pili di kawasan kampung dan rumah panjang yang berisiko tinggi untuk musnah apabila berlaku kebakaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Sikit lagi Tuan Yang di- Pertua. Penutup.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Untuk penutup. Sikit lagi.
Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pembentangan Laporan Ketua Audit Siri 2 tahun 2024 di Parlimen dan menyokong agar ianya dapat terus dilaksanakan agar kami sebagai wakil rakyat dapat memainkan peranan sebagai sebahagian daripada mekanisme check and balance yang wujud dalam sistem pentadbiran negara ini.
Akhir sekali, saya ingin menggesa supaya pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
dapat menyegerakan pelaksanaan projek-projek penting di Sarawak agar rakyat di wilayah ini tidak ketinggalan daripada menikmati perkara asas seperti bekalan air bersih, jaringan telekomunikasi yang stabil dan khidmat kebombaan yang efisien. Sekian, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Tiga perkara yang ingin saya sentuh berkenaan dengan laporan LKAN ini. Pertama, berkenaan dengan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. RM57.6 bilion kerugian terkumpul yang sedang dialami oleh MRT Corp. Penemuan audit mendapati bahawa MRT Corp mengalami kelemahan dalam pengurusan projek dan kawalan kos yang mengakibatkan pembaziran sumber dan kelewatan dalam pelaksanaan projek. Apakah strategi khusus kerajaan untuk memperkukuh kedudukan kewangan MRT Corp yang mampan berbanding dengan kebergantungan kepada pembiayaan daripada pihak kerajaan?
Menurut laporan ini juga, bagi tempoh 2022-2023, MRT2 tidak dapat mencapai sasaran penumpang ataupun ridership di mana peratus pencapaian purata penumpang harian hanyalah 20 peratus bagi tahun 2022 dan 45.6 peratus bagi tahun 2023. Persoalan saya, sebagai bentuk continuous improvement, sebagaimana dalam pendapat audit dalam laporan ini, apakah langkah pembaikan dan pemulihan yang berada di dalam perancangan kerajaan dalam meningkatkan ridership pengangkutan awam khususnya MRT1 dan MRT2?
Kedua, adakah kerajaan berpendapat dengan adanya MRT3 akan secara langsung meningkatkan ridership KVMRT secara keseluruhannya kerana cadangan trek MRT3 yang bersifat Circle Line Project itu akan lebih banyak interchange station di dalam KVMRT?
Sekiranya ya, apakah indikator kepada dana yang bakal dilaburkan untuk pembinaan MRT ini berbaloi ataupun tidak? Mohon juga pihak MOT menjelaskan sedikit status berkenaan dengan MRT3 yang difahamkan pihak MRTC memohon adanya extension (EOT) kali keempat sejak pertengahan tahun 2023.
Seterusnya, Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan RTS Link. Yang menjadi kerisauan saya ialah berkenaan dengan kos pembinaan yang meningkat sebanyak RM1.207 bilion setakat 2023. Jadi, persoalan saya adalah dengan kos pembinaan yang akan terus naik, apakah kerajaan mempunyai perancangan bagi menampung kenaikan kos infrastruktur ini sama ada waktu fasa pembinaan ataupun operasi? Ini juga berkait dengan perkara yang sering saya bangkitkan di dalam siri-siri perbahasan saya di dalam skop Kementerian Pengangkutan. Ya, sewaktu proses pembinaan ianya boleh dilaksanakan secara PPP ataupun PFI di mana bebanan kewangan boleh dialihkan kepada pihak swasta.
Akan tetapi, hakikatnya apabila projek infrastruktur ini masuk ke fasa operasi ianya menjadi komitmen kewangan yang besar pada pihak kerajaan seperti mana yang terjadi
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
kepada MRTC yang telah menanggung beban kerugian sebanyak RM57.62 bilion sebentar tadi. Ia amat tidak stabil dan memerlukan kepada suntikan daripada dana kerajaan. Jadi, persoalan saya ialah apakah perancangan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang pihak kerajaan? Pertama, memastikan MRTC selaku pemaju dan pemilik aset infrastruktur ini boleh mengurangkan kebergantungannya kepada pihak kerajaan. Kedua, memastikan penjanaan dana yang meningkat daripada pihak Kementerian Pengangkutan ataupun Kerajaan MADANI supaya dapat menampung keperluan operasi pengangkutan awam.
Puan Yang di-Pertua, tentang pengurusan air negara. Saya menyeru dan memohon kepada pihak kerajaan untuk melihat kembali mana-mana tender yang diberikan untuk pembinaan LRA sebelum COVID-19 kerana kebanyakan tender-tender ini mengira keadaan ekonomi pada waktu itu. Namun, apabila ia dilaksanakan pasca COVID-19, ia berlaku peningkatan kos material dan kos pembinaan. Maka, sewajarnya kerajaan boleh dengan belas ihsan memberikan peruntukan tambahan kepada syarikat-syarikat air negeri untuk membolehkan projek-projek LRA yang dikira sakit ini dapat diselamatkan dengan menambahkan perbelanjaan ataupun kewangan kepada lembaga air di peringkat negeri.
Terakhir Puan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit berkenaan dengan MARA Incorporated Sdn Bhd. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, MARA hanya menerima dividen daripada MARA Incorporated pada tahun 2012 dan 2013 sahaja. Maksudnya, selama ini MARA Incorporated tidak mampu memberikan dividen kepada MARA kerana kerugian terkumpul yang berpunca daripada kesilapan pelaburan yang melampau. Jadi, persoalan saya, pertama, saya faham individu yang terkait sudah pun didakwa dan sekarang siasatan sedang dijalankan. Namun, kenapa pada tahun 2021 baru didakwa sedangkan isu ini sudah berlanjutan dari 2013?
Kedua, saya juga sedia maklum MARA Incorporated sudah kembali pulih zaman pasca COVID iaitu ketika zaman pemerintahan Pagoh dan Bera sebagai Perdana Menteri.
Jadi, apakah dasar yang digariskan oleh kerajaan agar perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan? Ketiga, apa pula perancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan agar krisis kewangan MARA Incorporated ini dan MARA secara keseluruhannya dapat dipulihkan agar mereka mampu berdiri sendiri tanpa suntikan daripada dana kerajaan malahan menjadi agen menambah dana kerajaan?
Keempat, yang terakhir. Selingan sedikit. Apakah langkah yang dibolehkan untuk saya sebagai Ahli Parlimen Jerantut memohon supaya diwujudkan satu MRSM di Jerantut kerana prestasi pendidikan anak-anak di Jerantut ini cukup membanggakan dan membolehkan diadakan satu MRSM di Jerantut? Maka, dengan itu saya menyokong laporan audit ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana telah mengizinkan Lubok Antu untuk turut serta dalam perbahasan ke atas Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 tahun 2024 yang telah menyentuh beberapa penemuan penting berkenaan urus tadbir negara yang saya lihat wajar untuk diperbahas di Dewan yang mulia ini. Memandangkan tempoh masa perbahasan yang agak singkat, maka saya akan memfokuskan perbahasan saya hari ini kepada beberapa tajuk penting iaitu Projek Pembekalan Air Luar Bandar, Pengurusan Perkhidmatan Kebombaan dan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar.
Pertama Puan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengenai apakah rasional tindakan kementerian dalam menetapkan semula sasaran output Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak daripada 40,000 buah rumah kepada 6,100 buah rumah sahaja. Jelas, ianya melibatkan perbezaan jumlah yang amat ketara Puan Yang di-Pertua. Hasil daripada perubahan kepada sasaran output tersebut, output projek BALB KKDW telah pun mencapai 250 peratus. Satu pencapaian yang amat cemerlang sekiranya ianya benar.
Akan tetapi, realitinya kita masih tahu bahawa masih banyak penduduk di luar bandar dan pedalaman Sarawak yang belum mendapat akses kepada bekalan air termasuk di kawasan saya sendiri seperti di sekitar Engkilili, Skrang Tengah, Ulu Skrang, Hulu Lemanak, Ulu Engkari dan Ulu Batang Ai.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Selain itu, saya juga difahamkan bahawa terdapat jurang dalam segi pelaksanaan dan penyampaian projek bekalan air di luar bandar Sarawak antara pihak KKDW dan pihak Kerajaan Sarawak. Menurut laporan audit siri 2 tahun 2024, status pencapaian prestasi projek BALB Sarawak adalah sebanyak 75 projek siap iaitu 78.1 peratus dan 18 projek yang masih belum siap, 18.8 peratus. Daripada jumlah tersebut, 11 daripada 19 projek yang diaudit didapati lewat antara 75 hingga 460 hari. Akibat daripada kelewatan tersebut, 8,056 buah rumah di Sarawak telah lewat menerima akses bekalan air bersih dan terawat dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala analisa audit ke atas 35 projek BALB retikulasi dan naik taraf serta bina baru loji mendapat bahawa setakat Oktober 2023, hanya sebanyak 51.9 persen telah siap. Ini bermakna 14,149 rumah atau 70,745 penduduk masih belum mendapat akses bekalan air bersih dan terawat disebabkan projek yg tidak siap dalam tempoh yang ditetapkan.
Seperti mana yang telah diutarakan oleh YB Kluang, saya juga ingin mempersoalkan berkenaan isu peruntukan projek BALB Retikulasi Sarawak untuk tahun 2017 di mana didapati bahawa sejumlah RM12 juta telah disalurkan kepada RISDA iaitu sebagai agensi pembayar yang — projek tersebut lewat. Persoalan saya, mengapa peruntukan tersebut tidak disalur terus kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak? Saya mohon penjelasan dari pihak kementerian.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Puan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan saranan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak agar supaya peruntukan kepada projek BALB di bawah KKDW disalurkan terus kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan prosedur yang melambatkan pelaksanaan projek bekalan air. Oleh itu, saya menyokong cadangan yang dikemukakan oleh sahabat saya sebentar tadi, YB Batang Lupar supaya JBALB ini dapat diiktirafkan sebagai salah satu sebuah jabatan teknikal sama seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Arahan Perbendaharaan 185 susulan perbincangan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak dalam mesyuarat khas mengenai MA63. Saya percaya juga selaras dengan hasrat YB Primer Sarawak untuk melihat lebih banyak usaha ke arah desentralisasi bagi memberi lebih kuasa kepada agensi pembangunan tempatan di wilayah Sarawak untuk melaksanakan projek- projek penting untuk rakyat.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin membangkitkan mengenai pengauditan ke atas pengurusan perkhidmatan bomba di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Senada dengan sahabat saya Batang Lupar, saya berharap agar pengaudit di masa akan datang dapat menggunakan sampel yang lebih realistik, representative dan mengambil kira realiti dan kekangan yang wujud di negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak yang berhadapan dengan isu kekurangan balai bomba dan penyelamat untuk menampung keperluan penduduk di sesebuah kawasan. Dalam hal ini Yang di-Pertua, penyampaian perkhidmatan kebombaan di Sarawak harus terus diperbaiki terutama di kawasan luar bandar dan Sarawak.
Seperti yang dibangkitkan Batang Lupar, purata masa respons Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah sekitar lapan minit, 44 saat peringkat kebangsaan pada tahun 2023.
Namun di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak, realitinya amat jauh berbeza. Di Parlimen Lubok Antu misalnya, ada kala kita terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk pihak jabatan bomba dan penyelamat tiba ke lokasi daripada BBP yang terdekat di Betong ataupun Sri Aman, apatah lagi kampung dan rumah panjang yang terletak di hulu sungai. Setakat ini, saya difahamkan bahawa rancangan untuk membina BBP di Engkilili dan Pekan Lubok Antu yang masih lagi menunggu kelulusan pihak Kerajaan Pusat walaupun permohonan telah dibuat semenjak 2021. Maka saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah status permohonan pembinaan kedua-dua BBP ini setakat ini?
Akhir sekali Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan mengenai pengauditan ke atas program pemerkasaan jaringan infrastruktur telekomunikasi jalur lebar yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi. Menurut kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi pada 29 Julai 2024, Kementerian Komunikasi akan menggunakan penalti ke atas kontraktor yang masih gagal untuk menyiapkan projek di bawah JENDELA Fasa 1. Saya menyambut baik tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan dalam isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Satu minit Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Baik. Saya dimaklumkan oleh jawapan pihak kementerian pada 30 Ogos 2023 yang lalu, setakat suku tahun 2023, hanya dua daripada tiga menara telah siap dan beroperasi. Justeru itu, saya memohon mendapat penjelasan apakah status terkini pembinaan menara telekomunikasi di Parlimen Lubok Antu dari pihak kementerian.
Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar pihak kementerian dapat menerima baik pandangan dan saranan yang telah dibangkitkan dalam pembentangan laporan audit ini. Saya juga ingin menggesa kementerian yang terlibat untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada agar projek-projek penting yang melibatkan bekalan air, infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan kebombaan tidak lagi dilewatkan demi kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kerana sekali lagi di bawah Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun telah kali kedua membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Kalau dulu laporan ni hanya dibentangkan, di bawah Kerajaan Perpaduan dah dua kali untuk dibahaskan. Saya harap tradisi ini dapat diteruskan dan menjadi satu precedent untuk Parlimen akan datang.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mengemukakan laporan lengkap mengenai prestasi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru. Yang Amat Berhormat Tambun turut menyatakan bahawa beliau berharap untuk mendapatkan laporan lengkap bagi membetulkan kelemahan dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap sebarang ketidakpatuhan dan ketidakwajaran yang ditemui.
Minggu lepas, Parlimen baru sahaja meluluskan RUU Audit (Pindaan) 2024, memperluaskan tugas dan kuasa Ketua Audit Negara. Berikutan kelulusan itu, Ketua Audit Negara kini boleh memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun-akaun mana-mana badan lain termasuk syarikat yang didaftar mengikut Akta Syarikat 2016 yang menerima jaminan kewangan Kerajaan Persekutuan atau negeri. Ini memberikan satu isyarat yang kuat bahawa jika ada perkara di mana penyalahgunaan kuasa, tiada sesiapa yang dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Tebrau, ini floor saya. Saya harap bagi saya berbahas dengan tenang.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Boleh-boleh, saya bagi you, tak apa Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun menunjukkan kelemahan, kecuaian dan kerugian yang berlaku di pelbagai jabatan atau agensi kerajaan. Walaupun laporan tersebut mengandungi cadangan, ia tidak semestinya diterima dan dilaksanakan dan Laporan Ketua Audit Negara tidak terus mengemas kini kemajuan atau keadaan terkini terhadap masalah yang dibangkitkan pada tahun-tahun sebelum ini. Ini menyebabkan rakyat merasa bahawa walaupun Ketua Audit Negara menemui banyak masalah, akhirnya tiada tindakan yang jelas diambil untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Ini menyebabkan rakyat tidak dapat sepenuhnya mempercayai bahawa kerajaan benar-benar komited dalam melawan rasuah ataupun mengatasi segala ketirisan yang berlaku dalam sistem urus tadbir negara.
Ada pengundi yang memberitahu saya bahawa apabila beliau mengetahui laporan terbaru Ketua Audit Negara masih seperti tahun-tahun sebelumnya, mendedahkan banyak agensi kerajaan yang menyalahgunakan dana, kerugian dan salah laku, beliau berasa marah pada mulanya dan kini berasa kecewa kerana tiada apa-apa tindakan yang telah diambil.
Kerajaan terpaksa menyusun semula subsidi dan menaikkan cukai kerana tekanan fiskal negara, tetapi terdapat agensi-agensi kerajaan yang didedahkan telah menyalahgunakan dan membazirkan dana awam. Akhirnya, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya.
Ini adalah sangat penting. Saya masih ingat lagi Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua, sebelum ini banyak kes-kes telah dilaporkan. Barangan dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya sendiri ada pengalaman seperti begini. Saya memberikan peruntukan sebanyak RM1,700 kepada pihak sekolah untuk membeli alat-alat tulis. Tetapi, apa yang mereka dapat adalah sebuah laminator yang harga pasaran kurang daripada RM150 dan tak ditambah dengan satu paper shredder yang harganya kurang daripada RM150. Maknanya, peruntukan sebanyak RM1,700 itu hanya diberikan barangan yang nilainya kurang daripada satu per lima daripada peruntukan yang diberikan kepada sekolah tersebut. Apabila saya berurusan dengan pejabat daerah ataupun agensi yang menguruskan peruntukan ini, bermacam-macam-macam alasan diberikan termasuklah kontraktor yang bertauliah atau kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan barulah boleh dilantik untuk membekalkan barangan kepada sekolah atau barangan untuk menggunakan peruntukan daripada kerajaan ataupun daripada Ahli Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kes yang terbaru. Ini penting. Saya harap dapat saya habiskan kes yang terbaru ini. Saya telah berikan pada tahun lepas, berikan peruntukan sebanyak RM230,000 kepada satu agensi kerajaan untuk membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux yang mana ditambah dengan kelengkapan- kelengkapan peralatan lain yang diperlukan. Di mana kami lihat daripada website Toyota sebuah kereta 4 by 4 itu harga jualan mengikut website itu adalah RM187,200. Tetapi, apabila
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
kontraktor datang berjumpa dengan agensi itu, agensi kerajaan tersebut mereka dimaklumkan bahawa duit yang saya peruntukan ini tidak cukup untuk membeli sesebuah kereta itu.
Saya nak timbulkan satu persoalan, apakah piawaian ataupun apakah standard yang ditentukan oleh kerajaan apabila membenarkan seseorang kontraktor, sesebuah syarikat kontraktor itu boleh layak membekalkan barangan kepada kerajaan atau melayak membekalkan menggunakan peruntukan kerajaan sedangkan untuk harga yang dipaparkan dalam lama web tersebut mereka dah buat untung dan kini mereka minta dapat 30 peratus keuntungan daripada peruntukan itu. Ini saya lihat merupakan satu kerugian. Bayangkanlah kalau daripada peruntukan sebanyak RM3.5 juta setiap tahun yang diberikan kepada semua Ahli Parlimen, 30 peratus maksudnya lebih kurang RM1 juta hilang begitu sahaja. Makna setiap tahun di sini sahaja...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Di sini sahaja, kita telah hilang RM200 juta. Ini boleh membenarkan kita buat banyak lagi projek-projek. Buat banyak lagi perkara-perkara yang boleh memanfaatkan rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 dan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara.
Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya kita terlalu banyak membuang masa membahaskan Laporan Audit Negara ini dan kita ada 222 Ahli Parlimen. Kalau kita kira lima minit seorang, berapa banyak masa yang telah kita buangkan. Oleh itu, saya berharap pada kerajaan kementerian dan agensi-agensi dan semua yang terlibat supaya mengambil isu-isu, pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh kita, Ahli Parlimen yang saya kira tidak kurang bernasnya untuk diaplikasikan di kementerian, jabatan dan sebagainya.
Sebelum itu Dato’ Yang di-Pertua, saya nak mengambil kesempatan hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Abang Bidin daripada Perikatan Nasional yang telah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada hari─ pada sabtu yang lalu sempena menyambut tahun Awal Muharam baru-baru ini.
[Tepuk] Calon Abang Joo, Cikgu Joo adalah calon baik Dato’ Yang di-Pertua yang dimiliki yang diletakkan di bawah Pakatan Harapan. Tetapi, oleh sebab kerajaan sendiri menyalah prinsip dan undang-undang dengan menabur janji untuk memenangi pilihan raya kecil ini juga menabur bermacam-macam umpan, dedak dan bantuan pada rakyat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, balik kepada laporan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...menyebabkan ia ditolak. Saya ada isu saya ini. Yang Berhormat bagilah saya peluang. Saya ada isu saya ini. Introduction dahulu. Sebab itulah, namun demikian saya ucapkan tahniah kepada Abang Joo kerana dia telah diselamatkan oleh pengundi-pengundi di Sungai Bakap dan tidak dipilih kerana kalau dia menang, dipilih bermakna dia telah bersama dengan pelaksanaan tidak betul yang dilakukan oleh kerajaan dalam kempen pilihan raya itu.
Jadi, saya menyeru kepada Cikgu Joo, Abang Joo dan juga yang lain supaya kembalilah ke pangkal jalan. Satu lagi saya nak minta sempena dengan Laporan Audit ini, supaya Jabatan Audit juga membuat auditan secara khusus kepada program-program, projek-projek yang dilakukan oleh kerajaan sempena menghadapi pilihan raya. Apakah ini wajar dilakukan kerana projek-projek atau program-program ini hanya dilakukan di kawasan- kawasan yang ada pilihan raya. Kalau kita lihat sedangkan kerajaan menekankan antirasuah, Rasuah Buster telah memandang hina kecil pada usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini.
Sebab itu, saya minta supaya Jabatan Audit meneliti perkara ini dan masukkan dalam peraturan. Bukan sahaja laporan tentang pelaksanaan perbelanjaan pelaksanaan projek yang dilakukan oleh kementerian, jabatan dan agensi seperti biasa.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Maran, minta laluan sikit.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Tak ada masa lah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sikit sahaja.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak payah, tak payah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak bagi laluan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau negeri ada pilihan raya kecil, adakah kita nak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato’ Yang di-Pertua,
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila duduk. Tidak bagi laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kedua...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...hentikan, adakah kita nak hentikan semua projek- projek yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya nak sebut ialah tentang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pada keseluruhannya laporan pelaksanaan projek-projek ataupun kerja-kerja yang dilakukan Jabatan Bomba ini berjaya dan amat baik.
Ada beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian.
Pertama ialah pembinaan balai-balai bomba baru di seluruh negara. Saya nak sebut satu Dato’ Yang di-Pertua kerana di Maran ini di Kampung Awah satu balai bomba telah pun dipersetujui untuk dibina. Tetapi, hari ini cadangan pembinaan itu tidak ada lagi dan saya baru-baru ini mendengar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
beberapa balai bomba baru yang hendak dilakukan, dibina sempena menghadapi pilihan raya di Sabah dan sebagainya.
Kedua ialah kedudukan masa depan bomba ini. Kecemerlangan prestasi sebuah agensi kementerian atau jabatan terletak pada pegawai dan kakitangan. Sebab itu, saya mencadangkan supaya kerajaan melihat apakah kedudukan pegawai-pegawai di kementerian bomba sekarang, di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada hari ini.
Apakah jawatan lebih tinggi yang perlu diwujudkan di jabatan berkenaan? Apakah mereka tidak perlu dinaikkan pangkat kerana bomba ialah jabatan tertutup yang perlu diberikan insentif, galakan supaya pegawai-pegawai bomba ini dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada negara, masyarakat dan sebagainya.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Maran. Maran, pencelahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Berikut...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pencelahan, Pasir Salak. Belakang.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey. Sikit, sikit sahaja. Jangan banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak cukup masa ya.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Fasal bomba. Setuju kah Maran tentang banyak kejadian berlaku kebakaran tidak ada punca air dan sepatutnya pihak bomba ataupun kerajaan negeri menyediakan paip-paip bomba di kawasan kampung. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Pasir Salak. Masukkan dalam ucapan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Nantilah. Ini penting untuk rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, masuk ke dalam dan sila gulung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Nanti kalau terbakar, tak ada bomba esok mampuslah, mati kita semua.
[Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua, sikit sahaja. Masuk dalam ucapan saya dan saya minta supaya beri perhatian pada bomba berapa pili-pili bomba yang masih lagi perlu dibina di negara kita.
Akhir sekali Yang di-Pertua ialah kenderaan balai bomba dan penyelamat yang telah banyak usang dan perlu dibaiki. Mengikut laporan yang diberikan, dibuat oleh audit Mei dan Jun 2000 di bahagian kejuruteraan JPN negeri Selangor dan Johor mendapati sebanyak 51 kenderaan operasi telah mengalami kerosakan dan masih belum dibaiki. Berdasarkan kepada pengiraan audit, tempoh kerosakan adalah antara enam hingga 1,497 hari bermula pada tarikh laporan kerosakan. Begitu juga, semakan audit mendapati 15.7 peratus kenderaan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang rosak sebab berusia lebih 10 tahun, 20 tahun dan sebagainya dan saya mencadangkan supaya kerajaan berikan perhatian kepada Jabatan Bomba kerana semakin canggih perkhidmatan diberikan oleh bomba
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
semakin cepat kita memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa terutama kebakaran dan sebagainya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mulakan dengan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana untuk dua tahun turut-turutnya kerajaan telah berjaya bukan sahaja membentangkan Laporan Ketua Audit Negara tetapi membenarkan Dewan yang mulia ini untuk bahaskan kandungan laporan ini. Tahun lepas saya juga berdiri sini untuk membahas Laporan Ketua Audit Negara tetapi tahun ini ada beza sedikit dengan tahun lepas.
Sebab tahun lepas bila saya bahas depan saya kosong sahaja. Masa itu kawan- kawan saya di sebelah sana mereka walkout tak mahu terlibat dalam perbahasan. Saya pun tidak tahulah kenapa tiba-tiba mereka hari ini rasa mereka hendak terlibat. Mungkin ada boleh beri pencerahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudah bertaubat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mungkin bertaubat ataupun mungkin balik kampung pengundi tanya kenapa tidak terlibat dalam benda yang penting.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Insaf.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Insaf juga ya, Jelutong. Tetapi tidak apalah benda yang baik, amalan yang baik kita teruskan. Saya harap untuk tahun depan sila masuk ke dalam perbahasan juga.
Puan Speaker, banyak di antara kawan-kawan sini Ahli-ahli Yang Berhormat telah membincangkan isu air terutamanya daripada kawan-kawan, Yang Berhormat-yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak. Tetapi isu air ini bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, Semenanjung juga ada malah di Johor juga ada.
Saya ingin merujuk Puan Yang di-Pertua kepada salah satu isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan pembinaan Loji Rawatan Air Layang 2 di Johor. Kalau daripada laporan tersebut, jelas dinampakkan telah EOT enam kali. Bukan satu kali, bukan dua kali, bukan tiga kali, enam kali kelewatan 668 hari.
Untuk pengetahuan Puan Speaker di selatan Johor, setiap hari kerajaan mampu ataupun operator mampu mengeluarkan hampir 1,068 juta liter air sehari. Kalau dengar banyak sebenarnya tidak banyak sebab penggunaan di selatan Johor adalah hampir 1,000 juta liter sehari. Saya bukan kata Johor secara keseluruhan tetapi hanya selatan Johor. Ini bermakna margin reserve kita hampir satu percent atau negatif dan bila masa kemarau ataupun bila ada gangguan air sering kali di Johor selatan di Kulai dan Johor Bharu termasuk di kawasan Tebrau kita terpaksa beli air daripada jiran kita, Singapura.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kita jual air mentah 0.03 sen 1,000 gelen bila kita kena hendak beli balik air terawat daripada Singapura kita beli 0.50 sen 1,000 gelen. Saya rasa sebagai anak Johor dan juga anak Malaysia saya rasa kita patut berdikari dan mempunyai water supply independent dan itulah kenapa pembinaan LRA Layang 2 itu begitu penting sebab pembinaan ini mampu menambah kalau berdasarkan kepada statement, pernyataan CEO PAAB, Abdul Hadi Ali yang diberi pada 2023, sekiranya siap ia mampu menambah hampir 300 juta liter air sehari di Johor selatan.
Ini bermakna kemarau kah, bila ada gangguan air rakyat Johor tidak payah susah sangat. Isu ini penting sebab Johor ini tengah bangun dan dengan ada Special Economy Zone, Johor-Singapore yang bakal diumumkan pada hujung tahun ini lebih banyak pembangunan akan ditetapkan di Johor. Di Johor juga kita ada satu fenomena lagi. Apa fenomena? Fenomena data center. Baru-baru sahaja Menteri Besar Johor telah menyatakan empat hari lepas dalam dua tahun ini Johor telah berjaya menarik lebih 50 data center ke Johor. Data center ini Puan Speaker it takes a lot electricity and water supply. Kalaulah kita hendak membangunkan industri data center di Johor kita perlukan lebih banyak bekalan air.
Itulah kenapa bagi saya kelewatan ini tidak boleh diterima dan saya harap kerajaan boleh menegur ataupun saya hendak tahu sebenarnya apa alasan utama yang diberikan oleh kontraktor? Kalaulah kata dia punya intake atau muka suap itu tidak dapat dikesankah, tidak dapat dibuat saya rasa itu bukan satu yang munasabah dan adakah kerajaan atau PAAB mengambil tindakan undang-undang, LAD terhadap kontraktor ataupun tukar kontraktor.
Bagi saya itu sangat penting.
Isu kedua sedikit sahaja Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, masa sudah tamat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sangat ringkas, sangat ringkas. Isu yang banyak disebut juga oleh kawan-kawan di sini isu Majlis Profesor Negara. Banyak hendak diceritakanlah ada penyalahgunaan wang lah, ada kad kredit yang tidak disokong oleh dokumen, ada conflict of interest. Bagi saya ini jelas menunjukkan tadbir urus MPN ini ada masalah.
Itulah kenapa adalah benar dan betul saya sokong keputusan Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 untuk kita keluarkan Majlis Profesor Negara ini daripada kerajaan.
Sebab kita ada harapan yang tinggi kepada profesor-profesor akademik ini tetapi bila benda sebegini dikeluarkan tentulah kita rasa terkilan dan kita amat sedih. So, saya nampak syor audit juga minta Jabatan Perdana Menteri kaji status.
Bagi saya senang sahaja kita cakap baik-baik, kita tutup sahaja, kita bubar sahaja MPN ini biarlah kita jimat duit itu untuk rakyat sebab rakyat tengok kita susah. Kita hendak naikkan SST, kita hendak penyelarasan subsidi semua ini kita buat tetapi ada kebocoran, ketirisan yang kita tidak handle dengan baik. Begitu juga alasan yang sama dengan HRD, kerajaan kena tunjuk ketegasan untuk menunjukkan we are serious dalam institution reform tutup ketirisan, tutup kebocoran. Sekian, terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Menteri dan kerajaan untuk memberikan peluang kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk membahas Laporan Ketua Audit Negara dan dengan ini saya berharap bahawa dengan teguran yang akan diberikan oleh Ahli-ahli Dewan ini kita akan melihat bahawa kelemahan, ketirisan, ketidakaturan akan dibetulkan dan penambahbaikan akan dibuat.
Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah Projek Sungai Nadi Kehidupan.
Soalan pertama ialah perbelanjaan yang tidak seimbang dengan kemajuan. Saya meminta kerajaan untuk memberikan penjelasan bagaimana bayaran boleh dibuat yang tidak seimbang dan tidak selaras dengan pencapaian kemajuan untuk projek ini. Peruntukan untuk projek ini adalah RM4.363 bilion dan perbelanjaan yang dibayar pada ketika ini adalah RM3.915 bilion atau 89.7 peratus tetapi kemajuan projek jauh rendah daripada peratusan bayaran.
Soalan kedua ialah tentang kelewatan yang lampau. Saya meminta penjelasan bagaimana projek ini diuruskan kerana mengikut Laporan Ketua Audit Negara rancangan pelan tidak lengkap dan kurang memuaskan. Apakah sebab kelemahan pentadbiran yang berlarutan ini tidak dapat dibetulkan sehingga pada ketika ini projek tidak akan dapat diselesaikan pada 2024 dan lewat lapan tahun?
Soalan yang ketiga adalah tentang pengurusan projek adalah berkompeten atau tidak? Saya minta kerajaan untuk memberitahu sama ada pengurusan projek ini mendapat nasihat daripada perunding dan pakar yang berkompeten. Pengauditan mendapati kesemua objektif ROL masih belum berjaya dicapai. Salah satu objektif ROL untuk meningkatkan kualiti air sungai ke kelas 2B sukar untuk dicapai kerana kelemahan dalam aspek perancangan, pelaksanaan projek, tahap operasi aset rendah serta tahap pemantauan efluen dan kesedaran penjagaan sungai yang masih rendah.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Soalan yang keempat ialah mengapa business model tidak sempurna mengikut pengauditan bahawa hasrat kerajaan untuk mendapat pulangan sehingga RM4 bilion bagi membiayai kos pelaksanaan RoL dan menggalakkan penggunaan dana awam juga tidak tercapai kerana hasil penjualan tanah adalah tertakluk kepada pemilik masing-masing dan hanya tujuh daripada 59 lot dapat dijual. Pengauditan mendapat business model untuk projek ini tidak komprehensif dan menyebabkan penyelenggaraan dan aktiviti RoL masih bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan. Kekurangan ini juga menyebabkan aset RoL tidak diselenggarakan sewajarnya, terbiar, rosak dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula projek pengurusan Sungai Nadi Kehidupan untuk menyelamatkan projek ini dengan tukar sasaran kepada satu objektif yang realistik, yang mampu dicapai dan mendapatkan pulangan kepada RM4 bilion yang telah dibelanjakan.
Perkara kedua ialah tentang Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Saya mencadangkan bahawa masa telah tiba untuk kerajaan mengkaji semula untuk memansuhkan levi yang dikutip dari setiap majikan oleh pembangunan sumber manusia. Ini ialah sebab objektif ialah untuk memberikan latihan kepada pekerja bukan untuk membuat pelaburan dan ini telah memberikan ruang dan peluang untuk ketirisan dan korupsi untuk dilakukan. Oleh sebab itu, penting untuk kerajaan mengkaji semula. Biarkan majikan melakukan latihan sendiri. Mereka adalah yang terbaik untuk mengetahui apakah kemahiran, berapa pelatih dan apa yang perlu dibuat. Kerajaan hanya perlu memberikan insentif kepada majikan untuk menggalakkan latihan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
*Bismilllahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di- Pertua. Perbahasan saya hanya akan menyentuh mengenai isu berkaitan Kementerian Pertahanan iaitu pengurusan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/2024. Mohon Dato' Yang di-Pertua sedikit extra time kerana ini isu keselamatan negara, isu keselamatan Laut China Selatan dan isu Selat Melaka.
Yang di-Pertua dan rakan-rakan, semua dah tahu projek LCS (littoral combat ship) milik TLDM mengalami masalah kelewatan yang sangat parah iaitu dah lewat enam tahun.
Perkara ini sudah tidak lagi menjadi rahsia dan kesekian kalinya turut ditekan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 selain daripada Laporan PAC.
Disebabkan berlakunya kelewatan berkenaan, maka alat ganti yang telah dibeli terlebih dahulu juga tidak dapat digunakan memandangkan kontrak perolehan kapal LCS dilaksanakan secara progress payment basis. Saya melihat terma progress payment basis ini adalah untuk membolehkan syarikat pelaksana ketika itu iaitu Boustead Naval Shipyard yang kini dijenamakan sebagai Lumut Naval Shipyard mendapat bayaran secara pukal lebih awal dari Kementerian Pertahanan berbanding jika kapal LCS siap baru bayaran dibuat.
Persoalan saya kepada MINDEF sementara kita menunggu LCS 1, LCS 2 dan seterusnya siap dibina dan ditauliahkan untuk digunakan TLDM, apakah sesuai sekiranya alat-alat ganti yang dikhususkan kepada kapal-kapal LCS ini untuk dilupuskan terlebih dahulu mengambil kira tempoh masa semua kapal siap terutama alat-alat ganti atau peralatan yang sudah dikhususkan kepada LCS 2 dan seterusnya akan mengalami masalah keusangan dan sudah tidak sesuai lagi digunakan atau dipasang di atas kapal-kapal berkenaan menjelang ia siap dibina?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Dalam soalan lisan yang saya kemukakan kepada MINDEF di Dewan ini pada 24 Jun yang lalu mengenai status semasa pelaksanaan kapal LCS 2, Yang Berhormat MENHAN telah menjawab bahawa kapal LCS 2 masih pada peringkat 64.66 peratus dan LCS 3 dan hingga 5 pada peratusan yang lebih rendah.
Status ini mungkin akan membawa kita sehingga ke tahun 2026 untuk melihat kapal LCS 2 siap dan turun ke permukaan air namun dijangka tambahan setahun lagi untuk kapal selesai diuji sebelum ia dapat ditauliahkan untuk digunakan oleh TLDM. Menjelang kapal LCS 2 berkenaan siap, saya percaya lebih daripada separuh peralatan yang telah dibeli sebelum ini bagi tujuan dipasang atas kapal LCS 2 dan seterusnya akan menjadi usang dan tidak sesuai lagi untuk digunakan oleh TLDM.
Saya mengesyorkan supaya MINDEF dapat mempertimbangkan beberapa jenis peralatan yang sudah berada dalam inventori yang sedia ada tetapi tidak digunakan yang bernilai RM384.49 juta ― tadi disebutkan oleh YB. Muar, sekiranya peralatan ini sesuai untuk dilupuskan kepada Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) atau dijual kepada tentera laut negara lain bagi mengelakkan kerugian kepada kerajaan dari aspek susut nilai peralatan.
Selain daripada itu juga, soalan tambahan saya pada 24 Jun yang lalu, saya juga ada bertanya kepada Yang Berhormat MENHAN mengenai kesesuaian atau apakah ada pertimbangan menyeluruh daripada MINDEF untuk TLDM menggunakan kapal peronda greyhound terpakai dari negara rakan seperti Australia sebagai langkah sementara mengisi kelompangan aset TLDM yang masih menunggu kapal LCS 1 siap untuk kegunaan TLDM.
Pada sesi tersebut, Yang Berhormat MENHAN ada menjawab bahawa kapal Kelas Anzac daripada Tentera Laut Diraja Australia ada dipertimbangkan tetapi tidak sesuai untuk digunakan TLDM mengambil kira implikasi kos yang tinggi bagi proses pindah milik selain daripada tidak selari dengan aspek commandability aset sedia ada TLDM. Saya ingin bertanya kepada MINDEF, apakah rasional keputusan dan tindakan seperti mentauliahkan semula kapal peronda usang seperti KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak yang sudah berusia separuh abad lamanya untuk digunakan bagi tempoh 15 tahun yang akan datang yang pastinya memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi?
Jika dikira secara keseluruhan, tidak termasuk risiko ancaman nyawa terhadap anak- anak kapal yang beroperasi kapal ini tetapi sikap negatif MINDEF untuk tidak mahu menggunakan kapal-kapal terpakai dari negara rakan yang secara relatifnya masih baru berbanding KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak yang separuh abad lama usianya dengan alasan proses pindah milik kapal-kapal peronda daripada negara rakan seperti Australia ini lebih mahal dan tidak sesuai dengan doktrin sedia ada yang digunakan oleh TLDM. Apakah aspek pertimbangan daripada MINDEF untuk mencapai konklusi menggunakan kapal usang yang sudah berusia 50 tahun lebih baik daripada menggunakan kapal moden dari negara rakan? Boleh satu minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya gulung ya. Okey.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 ini jelas menggariskan ada 26 kapal milik TLDM yang sudah melebihi jangka hayat tapi masih kekal digunakan. Tapi saya kurang jelas dan faham sikap TLDM kita ini yang tidak mahu menggunakan kapal yang lebih baru daripada negara rakan tetapi kekal memilih untuk menggunakan kapal usang secara high tempo. Saya juga mohon penjelasan di sini, apakah ada pandangan atau reservation dari kalangan kepimpinan TLDM sendiri dalam aspek penggunaan kapal peronda greyhound yang menggunakan enjin kuasa turbin berbanding diesel sehingga menyebabkan kapal-kapal terpakai dari negara rakan tidak mahu dipertimbangkan.
Okeylah Yang Berhormat, saya rasa sebenarnya saya panjang lagi tapi saya nampak tak boleh siap tapi saya nak katalah kepada semualah dan khususnya kepada MINDEF lah.
Barang-barang yang ada dalam inventori ini dah usang, dah lama. Dah enam tahun lepas.
Contohlah TV, handphone yang kita beli hari ini, enam tahun akan datang pasti dah obsolete, dah outdated. Jadi, sebab itulah saya syorkan barang-barang yang tersebut yang dalam inventori itu dijual kerana kalau kita tak jual, by the time nak pasang di kapal kita dah tak boleh pakai dah, dah banyak yang dah rosak dan tidak boleh digunakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Puan Speaker atas peluang untuk perbahasan Laporan Ketua Audit Negara. Saya ditarik perhatian kepada Perkara 5.2.2.3 iaitu Tekanan Bekalan Air Bagi Operator Air Negeri-negeri. Masalah tekanan air yang rendah pada pendapat audit akan menyebabkan gangguan air kepada pengguna dalam aktiviti harian.
Dapatan dalam laporan tersebut ialah tekanan air Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di negeri Pahang adalah mencapai sasaran di mana sasaran adalah 93 peratus dan pencapaian adalah 95 peratus. Perbezaan positif dua peratus sahaja.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Nombor atas buku adalah cantik tetapi pada hakikatnya, penduduk-penduduk Pahang khususnya Raub masih mengalami gangguan air setiap kali selepas hujan lebat.
Saya cadangkan Ketua Audit Negara meluaskan skop kajian atau audit terhadap projek- projek pressed tank di Raub kerana projek pressed tank merupakan langkah penyelesaian yang terus terhadap kekerapan gangguan air di sesuatu kawasan.
Pada tahun 2017, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Projek Sabo Dam di Loji Sungai Bilut dan peruntukannya adalah sebanyak RM5 juta tetapi gagal menangani masalah gangguan air.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Pada tahun 2020, terdapat tiga projek lagi yang berkaitan dengan bekalan air Raub iaitu projek-projek pressed tank di Loji Sungai Bilut, Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Klau yang diberi peruntukan jumlah RM18 juta.
Pertama, projek kerja-kerja ini bagi tujuan mengatasi masalah kekeruhan air yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Bilut iaitu projek pressed tank yang dijadualkan akan siap pada 28hb Oktober 2023. Tetapi tiga kali lanjutan masa telah diberikan. Sampai hari ini pun belum siap.
Bagi projek kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Semantan, projek telah melewati tarikh siap iaitu pada 10 Jun 2023.
Ketiga, projek di Loji Rawatan Air Sungai Klau. Walaupun projek telah siap sepenuhnya tetapi keadaan gangguan air masih berterusan.
Tuan Speaker, saya menegaskan bahawa setiap kali pelanjutan masa, pelewatan masa, akan membawa kesusahan yang melampau terhadap penduduk tempatan.
Berdasarkan jawapan pertanyaan bertulis oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, hanya dalam tahun 2022 hingga Ogos 2023 sahaja loji rawatan air Raub sudah berhenti berfungsi sebanyak 145 kali.
Setiap kali hujan lebat melanda, gangguan bekalan air mesti akan berlaku selama satu hingga tiga hari minimum. Keadaan akan menjadi lebih merunsingkan semasa musim perayaan atau musim hujan di mana sumber air akan menjadi lebih keruh. Gangguan air boleh berlarutan selama tujuh hari. Hal ini telah memberi impak yang serius kepada penduduk tempatan.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan bahawa Laporan Audit Negara terhadap tekanan air bekalan adalah tidak komprehensif ataupun tidak cukup holistik serta tidak mampu mencerminkan kesusahan dan cabaran yang dihadapi oleh penduduk kawasan yang menghadapi gangguan air termasuk kawasan Raub.
Saya ingin menarik perhatian Dewan ini bahawa bagi loji-loji yang saya nyatakan tadi, beberapa kelulusan penundaan telah diberi oleh pihak kerajaan. Persoalan saya adalah bagi kontraktor gagal mematuhi jadual projek, tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan dan tukar kontraktor tersebut. Kualiti kontraktor lemah sehingga kepentingan orang awam diabaikan tetapi kontraktor tersebut masih dapat disambung kontrak. Persoalan saya masih tidak terjawab. Walaupun beratus-ratus ribu telah dilaburkan dalam projek-projek tersebut, sayanginya rakyat masih terus menghadapi masalah gangguan bekalan air. Rakyat selalu kecewa atas ketidakcekapan dan kegagalan kerajaan dalam menjaga kemudahan asas yang begitu penting iaitu bekalan air.
Tuan Speaker, rakyat juga ingin mengambil tahu mengapa Raub menjual air kepada negeri Selangor tetapi Raub sebagai pembekal, tiada air pula. Rakyat ingin tahu, apakah masalah dalam pelaksanaan projek-projek tersebut dan kenapa walaupun peruntukan yang begitu banyak diberi tetapi gangguan air masih berlaku dengan kerap?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya juga mencadangkan dan mengalu-alukan lawatan fizikal audit dijalankan di kawasan Raub untuk meneliti kenapa projek sudah siap ataupun lewat tetapi masalah gangguan air masih berterusan.
Saya juga menarik perhatian Tuan Speaker ke Perkara 5.1.3. Masa sudah tamat dan saya sekali lagi menyeru bahawa kerajaan perlu mengambil berat syor daripada laporan ini dan mengambil langkah yang tegas terhadap kontraktor yang melambatkan projek bekalan air. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Speaker. Laporan Ketua Audit Negara telah menyaksikan sekali lagi beberapa pendapatan audit yang dibentangkan pada Khamis yang lepas, 4 Julai 2024 yang tidak memberangsangkan. Kalau ikut nafsu dan hati, saya ingin membahaskan pelbagai isu tetapi bagi menghormati Dewan dalam masa yang diberikan, insya-Allah saya tetapkan pada lima minit yang diberikan.
Pertamanya, isu pengurusan air negara. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Audit Negara yang telah menjalankan audit terhadap isu air ini dengan satu pendekatan yang tepat iaitu melihat isu air ini dengan menyeluruh. Yakni, dari sumber air ataupun punca air mentah kepada peringkat rawatan air terawat, diikuti dengan air kumbahan. Pengurusan air pada setiap tahap peringkat ini adalah penting.
Kecacatan pada setiap peringkat dan tahap ini, akan menjejaskan tahap yang berikutnya.
Yakni, kelemahan dalam pengurusan air mentah akan menjejaskan pengurusan air terawat dan itu juga akan menjejaskan peringkat pengurusan air kumbahan. Kalaulah daripada Laporan Ketua Audit Negara ini menggambarkan bahawa kecacatan itu berlaku di semua peringkat, sudah pastinya kesannya begitu berlipat kali ganda.
Tan Sri Yang di-Pertua, kesimpulan dalam laporan tersebut, pencapaian prestasi penyiapan projek fizikal untuk sumber air, bekalan air terawat dan kualiti air tidak mencapai objektif pembinaan kerana lewat daripada tempoh jadual yang ditetapkan. Peruntukan begitu besar. Sebanyak RM5.39 bilion bagi pengurusan air sumber. RM4.2 bilion bekalan air terawat, RM10.3 bilion untuk pengurusan kualiti air. Jumlah keseluruhannya adalah RM19.899 bilion yang melibatkan 712 projek pembangunan infrastruktur air adalah besar.
Kalau kita lihat daripada satu sudut sahaja pun, yakni NRW iaitu air tidak berhasil - apa maksud NRW itu? Mari kita betul-betul faham, kita betul-betul sedar kesannya NRW ini.
Kalau kita ambil sebagai contoh, satu loji itu mengeluarkan air terawat sebanyak 500 juta liter sehari, andaikanlah NRW itu adalah 50 peratus, itu membawa erti, 250 juta liter sehari hilang begitu sahaja. Sungguhpun kita telah rawat air mentah itu, sungguhpun terkeluar sebanyak itu tetapi 250 juta liter air yang hilang begitu sahaja.
Kalau kita convert, dengan izin 250 juta liter air ini dari segi ringgit dan sen, ia bersamaan dengan kalau kiraan yang saya buat, sejumlah 250 juta liter air sehari itu, kita
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
kehilangan RM465,000 sehari. Ini bersamaan dengan RM167.4 juta setahun. Itu kalau 250 juta liter air sehari yang kita hilang. Itu kesan dia. Kita belanjakan begitu banyak duit, kewangan, dana rakyat, duit rakyat tetapi duit hilang begitu sahaja. Ini perlu perhatian yang lebih serius.
Kita dapat lihat, tujuh negeri di Semenanjung daripada laporan yang dikeluarkan oleh SPAN, tujuh negeri berterusan daripada 2018 hingga 2022, tujuh negeri berterusan peratusan NRW itu bertambah tahun demi tahun. Itu menunjukkan tidak ada satu pendekatan, tidak ada satu tindakan yang serius untuk menangani isu NRW ini. Keseluruhan negara kita pun Malaysia adalah 34.4 peratus NRW. Bandingkanlah dengan negara-negara lain. Di Singapura jiran kita, NRW berapa peratus? Lima peratus. Germany tujuh peratus, Jepun tujuh peratus, Tunisia 18 peratus, England dan Wales 19 peratus. Di negara kita, 34.4 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan rumuskan isu ini kerana saya kira ini satu isu yang besar, yang boleh kita tangani. Ia tidak memerlukan roket sains, ia tidak memerlukan space shuttle punya sains.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Ia ada satu pendekatan yang boleh kita buat, kaedah kita tahu. Hanya adalah komitmen yang perlu kita ada pada semua pihak, semua pemegang taruh, semua stakeholders untuk menangani isu ini. Ya dengan itu Tan Sri Speaker, terima kasih. Saya pohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertama, saya nak ucapkan tahniah pada Jabatan Audit Negara khususnya Ketua Audit Negara atas Laporan Audit yang kemukakan. Akhir-akhir ini kita Ahli- ahli Parlimen mendengar banyak isu-isu pembaziran, ketirisan wang awam, kelemahan tata kelola, tadbir urus dan ketidakteraturan yang serius hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Setakat ini, PAC membentangkan 12 laporan kepada Parlimen dalam tempoh satu tahun. Umpamanya Laporan HRDF, FELCRA Properties, LCS dan sebagainya. Baharu ini, Dewan yang mulia ini telah meluluskan Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024. Pindaan ini memberi kuasa yang lebih luas kepada Ketua Audit Negara. Ini termasuk mengaudit badan-badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan, follow the public money audit dan membuat susulan audit terhadap apa-apa syor, ulasan atau pandangan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara.
Semua ini menunjukkan langkah positif untuk memperkasakan aktiviti audit terhadap wang awam, tata tadbir urus dan tata kelola kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta syarikat-syarikat kerajaan. Peranan kita Ahli-ahli Parlimen dalam menyemak dan menimbang
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
kuasa eksekutif amat penting dalam menentukan wang awam dibelanjakan dengan lebih berhemah.
Berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara, saya ingin memberikan fokus kepada laporan projek dan program-program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur ataupun ECER di bawah kelolaan Kementerian Ekonomi. ECER adalah wilayah timur merangkumi Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Antara fungsinya adalah untuk memudahkan cara pembangunan wilayah menerusi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam melaksanakan projek- projek strategik berimpak tinggi dan pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di wilayah itu. Antara dapatan penting yang dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2024 yang dijalankan pada Januari sehingga Jun 2023 ialah daripada jumlah 109 projek dan program yang dirancang di bawah ECER, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga ke Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak 99 ataupun 90 peratus projek dan program telah diteruskan. Manakala 10 projek lagi tidak dilaksanakan.
Daripada 99 projek dan program yang diteruskan, 77 peratus ataupun 77 peratus projek dan program telah disiapkan. Manakala 22 peratus dalam pelaksanaan.
Daripada 77 projek dan program yang telah siap, sebanyak 67 atau pun 87 peratus siap mengikut tempoh yang ditetapkan. Manakala 13 peratus tidak mengikut tempoh yang ditetapkan, 10 projek bernilai RM1.7 bilion, siap lewat tempoh ditetapkan dan mendapati 39 perlanjutan masa EOT antara 12 hingga 178 hari. Tiga daripada 22 baki projek dan program peringkat perancangan, 11 projek dalam peringkat reka bentuk manakala lapan projek di peringkat pembinaan, antara 4.6 sehingga 97.3 peratus.
Seterusnya pencapaian pelaburan komited, pelaburan direalisasi, peluang pekerjaan dan bilangan usahawan daripada sasar pelaburan RM66 bilion, hanya RM53 bilion sahaja yang tercapai iaitu lebih daripada 50 peratus. Peluang pekerjaan pula daripada sasaran 20,000, hanya ‘130 - 33,000’ saja yang tercapai. Sasaran bilangan usahawan pula hanya mencapai 29,000.
Rumusan, prestasi Pelan Induk ECER tidak tercapai. Kelemahan pengurusan projek seperti lot perindustrian tidak diisi dan infrastruktur-infrastruktur projek yang telah siap tidak digunakan dan rosak. Pelan perindustrian tidak diisi dengan pelaburan, 37 daripada 43 lot tidak diisi dengan pelabur. Taman Industri Kuantan Malaysia-China, hanya satu lot telah diisi daripada 18 lot yang masih kosong.
Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali hanya satu lot perindustrian diisi dan 13 lot lagi masih kosong semenjak diserahkan kepada LKIM pada tahun 2017. Projek-projek dan program-program yang diberikan amanah kepada ECER melaksanakan menggunakan wang yang begitu besar iaitu RM8.015 bilion setakat 31 Disember 2022, RM6.78 bilion telah dibelanjakan.
Supaya kerja-kerja Jabatan Audit Negara menjadi lebih berkesan, Kubang Pasu ingin mencadangkan supaya Jabatan Audit- Ketua Audit Negara melaksanakan perkara-perkara berikut. Melaksanakan lebih banyak audit terhadap agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
GLC supaya ketidakteraturan, ketirisan wang awam, kelemahan tata kelola dapat didedahkan demi menyelamatkan wang awam yang nilainya berbilion-bilion ringgit. Pada pandangan Kubang Pasu, hanya yang dilaporkan itu hanyalah sebagai the tips of the iceberg ataupun sejentik di atas gunung ais.
Syarikat-syarikat milik kerajaan negeri atau Persekutuan harus ada sistem pengauditan audit dalaman atau audit luar ataupun external audit. Cadangan ini juga harus dipanjangkan kepada anak-anak syarikat, kepada syarikat-syarikat kerajaan seperti IPTA, MOF dan juga syarikat-syarikat di bawah kelolaan kementerian seperti HRDF, FELCRA dan sebagainya. Kubang Pasu menyebut perkara ini atas pemerhatiannya sendiri dalam prosiding PAC yang dilakukan.
Akhir sekali Tan Sri di-Pertua, Kubang Pasu menyokong Laporan Ketua Audit Negara ini. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahi Rahmani Rahim. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Batu Pahat ingin membahaskan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, 2024. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi laluan. Syabas kepada kerajaan kerana Kerajaan Madani berani memberi peluang untuk Ahli-ahli Parlimen untuk membahaskannya dan tahniah kepada Kerajaan Madani kerana berintegriti dan telus dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Tan Sri Speaker, Laporan Ketua Audit Negara ini mencetuskan pelbagai polemik daripada masyarakat terutama daripada segi pengurusan wang dan dana rakyat. Jadi, Batu Pahat ingin membangkitkan perkara yang disentuh mengenai kegagalan dan pembaziran yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Contohnya mengenai pengurusan Universiti Islam Antarabangsa yang dikesan tidak mengamalkan amalan tadbir urus yang bagus sehingga hanya tujuh dari sembilan elemen amalan terbaik sahaja yang telah dipatuhi.
Bukan itu sahaja, kita juga mendapat maklumat bahawa pelajar antarabangsa tanpa tajaan telah berhutang dengan UIAM hampir sebanyak RM9.17 juta melalui yuran yang melibatkan lebih 5,000 orang. Tiada sebarang tindakan diambil UIAM kepada pelajar-pelajar ini. Manakala pelajar antarabangsa dengan tajaan seramai 531 orang, tunggakan berjumlah RM1.12 juta.
Jadi, saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku. Saya percaya, Kementerian Pendidikan Tinggi perlu menyoal siasat pihak pentadbiran dan perlu memberi penjelasan bukan hanya kepada kerajaan, tetapi juga kepada rakyat.
Tan Sri Speaker, dalam sistem pengurusan ekonomi Malaysia, kerajaan memang mempunyai syarikat subsidiari yang menjadi antara tunjang yang membawa dasar dan polisi kerajaan kepada rakyat, tetapi Laporan Ketua Audit Negara membangkitkan pelbagai masalah mengenai syarikat subsidiari ini. Contohnya macam MARA Corp dan MARA Inc yang diuruskan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Berdasarkan laporan tersebut menyatakan bahawa pemantauan yang lemah kepada prestasi syarikat telah menyebabkan pembaziran berlaku dalam pengurusan dan penggunaan sumber syarikat. Jadi, dalam rangka pentadbiran Madani, kita mahu setiap sen yang digunakan perlu membawa impak yang sama nilai atau lebih besar kepada rakyat kerana kita ingin menjadi contoh kepada pentadbiran yang lain bahawa duit rakyat perlu diuruskan dengan bijak dan strategik.
Mungkin bagi sesetengah pihak merasakan perkara ini hanya perkara kecil dan tidak perlu diberikan perhatian tapi kita perlu ingat bahawa apa yang terjadi kepada negara ini adalah tanggungjawab kita sebagai pihak kerajaan dan rakyat sedang menilai prestasi kita.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Saya mohon kepada kerajaan agar mewujudkan sistem pemantauan yang lebih tegas dalam pengurusan duit rakyat. Kita hendak pastikan dasar Ekonomi MADANI dapat dijayakan di bawah pentadbiran ini agar nikmatnya dapat dirasai oleh rakyat di bawah.
Tan Sri Speaker, selain itu, saya juga ingin bercakap mengenai prestasi syarikat Kerajaan Persekutuan. Laporan ini menyatakan bahawa terdapat syarikat yang tidak mencapai objektif penubuhannya dengan efektif.
Perkara yang saya perlu penjelasan adalah mengenai bahawa terdapat pembayaran kepada perunding untuk tujuan reka bentuk tidak digunakan kerana perubahan keputusan.
Sangat pelik kerana Batu Pahat percaya setiap bajet diperoleh adalah berdasarkan Kertas Cadangan yang diberi. Bagaimana perkara atau keputusan boleh berubah?
Jadi, perkara lain yang saya mahu penjelasan adalah mengenai program ataupun projek yang dijalankan oleh kerajaan. Contohnya, pembelian alat ganti kapal tidak digunakan disebabkan ditukar kepada jenama lain. Bagaimana satu perubahan keputusan boleh diluluskan? Adakah keputusan yang berlaku mengikut prosedur yang betul? Perkara ini sangat merisaukan bahawa tiada pemantauan tegas pada mana-mana perubahan yang berlaku sehingga akhirnya duit rakyat dibazirkan begitu sahaja.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada kerajaan, adakah prosedur yang perlu diikuti dalam merubah apa-apa keputusan asal? Adakah sistem sedia ada menyediakan orang ketiga dalam menentukan kebaikan dan keburukan atas apa-apa perubahan yang berlaku?
Adakah juga orang ketiga ini mempunyai kuasa untuk menahan mana-mana keputusan yang dinilai mempunyai impak negatif? Saya percaya perkara ini perlu diselesaikan melalui reformasi sistem pengurusan dalam memastikan pentadbiran yang baik dapat diwujudkan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah pada Jabatan Audit Negara atas usaha dan komitmen dalam menyiapkan laporan ini. Ada beberapa cadangan yang ingin diberikan kepada kerajaan. Pertama, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan dasar cekap dan berimpak sepertimana yang diamalkan di institusi perniagaan. Setiap jawatan di bawah kementerian, agensi dan syarikat mesti berdasarkan merit.
Tadi ada beberapa orang pembahas tadi daripada pembangkang, saya rasa dia orang tidak reti bahasa. Bahawa MAHB tidak menjual saham. Faktanya, MAHB ingin menambah dan membeli saham. Itu sahaja, Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana telah membuka peluang kali ini untuk saya terlibat sama dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2024.
Sebelum itu, saya ingin turut berterima kasih dan syabas diucapkan kepada Ketua Audit Negara kerana telah mengambil inisiatif ini agar kita semua sama ada di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang dan semua pihak-pihak yang berkepentingan untuk bersama-sama melihat keadaan sebenar perjalanan pembangunan negara melalui laporan ini dan agar kita sama-sama dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik sebagai check and balance kepada pengurusan negara kita.
Saya juga menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi ketelusan dan kesungguhan Kerajaan Madani untuk memperbaiki corak pengurusan perbelanjaan kerajaan dan dalam masa yang sama berusaha untuk membendung pembaziran dan ketirisan. Saya juga turut bersetuju dengan Ketua Audit Negara agar suatu dokumen atau buku ringkasan Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan dan diberikan kepada setiap Ahli Parlimen.
Saya juga ingin menyeru dan mencadangkan agar laporan yang lebih terperinci tentang projek, program atau aktiviti dan semua inisiatif Kerajaan Persekutuan mengikut kawasan Parlimen turut dibukukan dan diberikan dalam bentuk laporan kepada setiap Ahli Parlimen setiap tahun. Saya pernah membangkitkan isu di persidangan yang lalu laporan tentang segala projek, program dan inisiatif kerajaan mengikut kawasan perlu diberikan kepada Ahli Parlimen agar kita dapat memantau semua projek, program dan aktiviti Kerajaan Persekutuan di kawasan masing-masing.
Tidak perlu saya bagi contoh yang jauh. Di kawasan saya sendiri pun, kadang- kadang program dijalankan tanpa pengetahuan saya. Saya bukan ingin mengemis hormat, tetapi kadang-kadang saya ditanya kenapa saya tidak terlibat atau tidak dijemput ke program Kerajaan Persekutuan di kawasan saya sendiri. Jadi, apa saya hendak jawab? Tak fasal- fasal saya dituduh tidak menjalankan tanggungjawab saya.
Bukan setakat itu. Projek-projek Kerajaan Persekutuan di kawasan saya sendiri pun saya tidak dimaklumkan. Biasanya penduduk kawasan terbabit yang akan memaklumkan kepada saya. Saya terpaksa melalui pelbagai karenah birokrasi. Hendak kena tulis surat, hendak kena buat appointment, hendak kena tunggu ini, tunggu itu. Sampai bila? Hendak bertemu dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab itu pun ada banyak alasan.
Biasanya mereka akan menghantar wakil sahaja yang tidak boleh dan tidak berani menjawab bagi pihak jabatan. Hanya semata-mata ingin mendapat perkembangan terkini tentang projek Persekutuan di kawasan saya sendiri, saya kena lalui semua ini.
Oleh sebab masalah ini jugalah saya pernah membawa isu tentang kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, di mana kerjasama ini perlu kita tingkatkan
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
dan perbaiki secara profesional demi kelancaran segala projek, program dan aktiviti pembangunan Kerajaan Persekutuan dan demi kesejahteraan rakyat.
Apa yang kita harapkan di sini adalah transparency iaitu ketelusan, tidak kiralah di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Kami sebagai Wakil Rakyat perlu dimaklumkan tentang apa-apa projek kerajaan di kawasan kami agar kami boleh membantu pihak kerajaan untuk memantau projek tersebut. Hinggakan Primer Sarawak sendiri baharu ini mengeluarkan kenyataan tentang proses pengurusan projek yang tidak efisien dan peruntukan tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Oleh sebab faktor ini juga, saya sering membawa isu-isu projek Persekutuan di kawasan saya yang telah lama diluluskan, tetapi sampai sekarang masih belum terlaksana.
Sebab, kalau penduduk kawasan saya tidak maklumkan kepada saya, apabila mana ada masalah berbangkit tentang projek Persekutuan, sampai bila-bila pun saya tidak tahu perkembangan terkini projek-projek berkaitan. Saya hanya boleh mendapatkan maklumat dengan bertanya setiap kali berlakunya sidang Dewan Rakyat.
Projek-projek seperti Jambatan Selampit dan Jalan Kendaie memang tidak lari daripada setiap perbahasan saya. Projek yang sudah sekian lama diluluskan daripada RMKe-9, namun sehingga kini penduduk masih lagi bergantung dengan perahu tambang atau guna jalan ladang untuk ke rumah masing-masing. Sampai sekarang saya ditanya oleh penduduk kampung tentang projek-projek yang terbengkalai ini.
Selanjutnya, sebagai sebuah kawasan yang masih dikategorikan sebagai luar bandar, secara automatiknya saya akan menyentuh tentang laporan berkenaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang berkaitan dengan pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak.
Meneliti pada laporan ini, khasnya di bawah kementerian ini, walaupun berat, saya akur bahawa semua penemuan yang dilaporkan ini adalah masalah yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Sasaran objektif gagal dicapai, pembaziran dan kelemahan pengurusan menjadi tunggak utama kelemahan yang telah dikenal pasti.
Sudah menjadi sinonim, bahkan bahan olokan setiap kali musim PRU ataupun PRN, bukan calon yang turun padang, tetapi tangki dan paip air yang akan turun padang untuk memancing undi. Apa yang lebih menyedihkan lagi, banyak tangki air ini tidak diguna pakai dan terbiar begitu sahaja dan kehidupan rakyat luar bandar masih lagi di takuk yang lama.
Saya ingin menyentuh tentang bekalan air alternatif khasnya bekalan air graviti. Di kawasan saya sendiri, masih banyak lagi kawasan atau pun kampung-kampung yang masih bergantung dengan bekalan air alternatif atau bekalan air graviti yang dibina oleh Jabatan Kesihatan puluhan tahun yang lalu. Banyak juga sistem bekalan air alternatif ini tidak diselenggarakan dengan baik dan oleh sebab penduduk kampung tidak mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk menyelenggarakan sistem ini, mereka cuba agak-agak di dalam menyelenggarakan sistem tersebut. Sistem bekalan air graviti ini di bawah Kementerian Kesihatan yang dibina puluhan tahun yang lalu sudah tidak mampu lagi untuk
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
menampung jumlah penduduk yang telah meningkat. Selain air graviti, air hujan turut digunakan sebagai bekalan air alternatif.
Ada juga sesetengah kampung yang sudah ada bekalan air terawat di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar. Namun begitu, masalah dan rungutan yang sering saya terima daripada orang kampung ialah paip ada, meter ada, tetapi air tidak ada. Selain itu, bayaran pemasangan meter air yang berjumlah di antara RM700 ke RM1,000 juga sangat berat bagi penduduk di luar bandar. Walaupun ada segelintir yang mampu, namun dengan masalah meter ada, tetapi air tidak ada, siapalah yang sanggup membayar jumlah RM700 ke RM1,000 inilah?
Oleh sebab faktor-faktor inilah, setiap tahun saya terpaksa menyediakan peruntukan untuk membeli air mineral dan menyewa lori tangki air untuk menghantar bekalan air ke kampung-kampung yang terjejas teruk akibat cuaca teruk, tidak kiralah sama ada musim kemarau mahupun musim banjir dan musim hujan.
Setiap bulan juga saya menerima permohonan yang berkaitan dengan masalah air ini. Daripada permohonan paip dan tangki bagi menggantikan paip dan tangki yang pecah hinggalah kepada permohonan sistem bekalan air graviti yang baharu. Peruntukan saya sangat terhad untuk membantu menyelesaikan masalah ini kerana harga paip, tangki dan pembinaan sistem baharu sangatlah mahal.
Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini pada usaha yang telah saya lakukan tahun ini untuk mengatasi masalah bekalan air luar bandar di kawasan saya. Tahun lepas, saya telah memperuntukkan lebih kurang RM500,000 untuk membantu tiga buah kampung iaitu Kampung Pasir Tengah, Kampung Kendaie dan Kampung Sebiris. Jumlah ini sebenarnya amatlah kecil. Kita tidak ada pilihan selain terpaksa membina sistem air graviti ini secara gotong-royong untuk membantu penduduk kampung akibat kelewatan dan salah guna peruntukan dana bagi bekalan air luar bandar.
Yang menariknya, dengan kerjasama pihak-pihak yang berpengalaman dalam sistem ini, latihan seperti cara pemasangan paip, cara membina empangan yang lebih mampan dan cara menyelenggarakan sistem air graviti turut diberikan kepada penduduk kampung yang terlibat. Secara tidak langsung, kita telah membina satu komuniti yang mampan yang boleh membina dan menyelenggarakan sendiri sistem bekalan air mereka.
Saya juga ingin turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua penduduk Kampung Pasir Tengah, Kampung Sebiris dan Kampung Kendaie atas kerjasama mereka. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak daripada Kementerian Kesihatan dan Batalion 10 Rejimen Sempadan Kem Puncak Permai kerana turut sama menyumbangkan tenaga untuk membantu kerja gotong-royong bersama dengan penduduk Kampung Kendaie baharu ini.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Saya tidak mampu lagi dengan hanya setakat berharap tapi saya ingin memohon dan mendesak agar Kerajaan Perpaduan akan terus memperbaiki dan meningkatkan lagi usaha untuk menambah baik sistem pengurusan projek, program dan aktiviti Kerajaan Persekutuan
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
dengan memberikan penekanan yang lebih khusus kepada sistem pemantauan yang lebih telus dan efektif.
Budaya rasuah dan budaya menjual penderitaan rakyat luar bandar sebagai sumber pendapatan yang lumayan juga perlu kita ambil kira dalam usaha untuk mencegah pembaziran. Saya juga bersetuju dengan saranan yang dikemukakan di dalam LKAN ini agar kita perlu menambah baik garis panduan sedia ada agar lebih komprehensif dengan mengambil kira koordinasi dengan kerajaan negeri dalam aspek perbincangan isu penguatkuasaan dan penyenggaraan dan dari mula hinggalah selepas penyerahan projek.
Pada masa yang sama, saya ingin menyeru agar kerajaan memberikan perhatian kepada bekalan air alternatif, khususnya sistem bekalan air graviti sementara menunggu sistem bekalan air terawat bagi kawasan-kawasan yang masih lagi belum mempunyai sistem air terawat, terutamanya bagi setiap kampung yang masih belum menikmati bekalan air terawat.
Sistem ini juga sekiranya dijaga dengan baik dan dipantau dengan baik oleh penduduk kampung, sistem bekalan air ini juga boleh disalurkan ke kawasan pertanian pada masa hadapan. Ini sudah pasti akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
Dengan ini, sekian terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Mas Gading. Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Alhaj, Menteri-menteri, Timbalan Menteri. Walaupun Menteri dan juga Timbalan Menteri yang jaga Audit tidak dapat hadir tapi saya ingat ini Laporan Audit ialah untuk perhatian semua ya. Jadi, yang pertama sekali kita nak menyatakan, kita menyokong Laporan Audit. Tahun sudah kita tak berbahas sebab tidak diputuskan. Jadi, tahun ini kita berbahas ya.
Jadi, yang pertama sekali memendekkan cerita Yang Berhormat ialah berhubung dengan ECERDC iaitu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. EMP ataupun ECER Master Plan 1.0. Audit punya teguran tak tercapai, terutamanya bila EMP dia tidak ada cara untuk mengukur peluang pekerjaan dan juga bilangan usahawan yang boleh diwujudkan di kawasan ECER. Dia tidak ada garis panduan.
Jadi, di peringkat pertama, Audit kata gagal dan tempat-tempat, plot-plot perindustrian banyak tidak diisi dan infrastruktur yang dibuat telah rosak. Kemudian EMP yang kedua, tak dapat diaudit iaitu ianya ialah bermula 2018 sampai 2025. Jadi, 2025 baharu kita dapat audit 2.0. 1.0 kita lihat tak tercapai, gagal dan kita lihat daripada segi peluang pekerjaan. Saya dengar cerita. Saya tak tahu. Sebab apa? Tidak dimaklumkan. Nak melawat kawasan mereka membina pun agak susah.
Dengar cerita, peluang pekerjaannya dibagi kepada kontraktor. Kontraktor bawa warganegara mereka untuk bekerja di sana. Jadi saya nak tanya, nak tanya. Tak tahu siapa
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
nak jawab ini ya? Berapa peluang pekerjaan dibagi pada orang tempatan? Cukup takat itu ya? Jadi, teguran saya ialah Laporan Audit ini mesti diambil serius oleh pelbagai pihak.
Keduanya ialah kapal-kapal TLDM. Tan Sri tegur saya, dia kata banyak kali ucapan saya berulang. Tan Sri tahu pasal apa berulang? Jawapan mereka pun berulang. Jawapan mereka, pegawai pun copy yang tahun lepas jawab, dia berulang, tapi tindakan tak diambil.
Saya sering menyebut, sampai orang Sarawak sukalah, tapi orang tempat lain mungkin dia kata Shahidan itu tak ada kerja lain, Beting Patinggi Ali, Beting Patinggi Ali.
Hari ini ternyata apa yang saya sebutkan ini menjadi kenyataan. Bila TLDM sendiri menyatakan bahawa kekurangan kemampuan mereka kerana kapal yang ditempah itu tak dapat. Rancangan Malaysia Ke-11 dan juga Rancangan Malaysia Ke-12, sasaran kita ialah 18 kapal, tapi dapat empat kapal. Heh, Tampin. Kita nak perang dengan orang, nak suruh tunggu sekejap. “Tunggu sekejap, perang tak boleh buat...” Sebab apa? “Kapal belum siap...” Baharu empat biji dapat daripada 18. Ini tak termasuk LCS, Yang Berhormat.
Jadi, saya nak cadangkan di sini, TLDM tak dapat belanja duit 2020, RM76 juta, 2021, RM340 juta. Mungkin ini di masa COVID-19 ya. 2022 RM102 juta. Ini tak dapat belanja. Saya cadangkan, saya tak pasti berapa jumlah sebab saya terpaksa kira sebab dia tulis banyak KD-KD di sini. Mungkin 50 lebih kapal.
Saya mencadangkan sekurang-kurangnya ditempah lebih awal sebab kapal nak siap mengambil masa tiga, empat tahun. Jadi, tempah sekarang dan kita mengambil masa untuk mendapatkan kapal. Yang LCS kita tempah pun tak dapat. Saya cadangkan tempah sekarang. Saya cadangkan 25 biji. Tempah sekarang. Buatlah rundingan terus pun tak apa ataupun laluan hijau pun tak apa. Kami akan sokong. Ini masalah keselamatan. Sepatutnya masalah keselamatan ini, jumlah kapal Malaysia tak patut di cerita dalam secara terbuka begini. Ini keselamatan, tapi dah nak cerita, ceritalah, tapi tak patutnya di cerita. Kalau orang tahu kita ada 50 biji kapal, kemudian saya nak tanya, kapal ini tempoh hayatnya berapa tahun? Kalau ikut kalau di Jepun, dia punya tempoh hayat kapal ialah 30 tahun.
Itu sebab bila kapal dia berumur 28 tahun, dia sedekah kat Malaysia dua iaitu KM Arau dan juga KM Pekan. Sekarang di bawah APMM. Sedang berlayar sekarang. Sekarang jumlah mungkin umurnya dah jadi 35 tahun, tetapi kapal kita yang sedang berlayar itu ada yang sudah berumur 50 tahun. Itu yang paling tualah. Jadi, 30 tahun itu mungkin perkara biasa.
Jadi, saya minta supaya sementara melihat kapal-kapal kita yang agak lama ini, saya cadang ditempah serta-merta supaya bila kita dapat kapal ini, kita dapatkan gantikan kapal- kapal yang baharu. Kita nak tanya ini tentang audit. Saya ingat audit tak dapat siasat ini.
Tentang kawasan kawalan kita di Laut China Selatan. Yang kita tahu menempuh pelbagai cabaran, termasuk Beting Patinggi Ali.
Saya nak tanya, berapa biji kapal kita yang memerhati kapal pegawai China di sana?
Yang saya tahu ialah satu kapal TLDM yang agak uzur. Keduanya, sebiji-sebiji kapal kecil APMM. Jadi, saya nak tanya sekarang ini, bila orang datang masuk ke kawasan kita, ini bukan kawasan tuntutan bertindih, ini ialah pencerobohan. Sepatutnya ada dua kapal TLDM dan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sekurang-kurangnya tiga kapal APMM. Minta maaf Tan Sri, sikit lagi ya. Jadi, saya minta ini bukan nak menentang, ini nak menyokong supaya dibeli serta-merta, ditempah serta-merta.
Kemudian yang akhir sekali Tan Sri, sebab saya tak mahu mengambil masa kawan- kawan sebab hari ini hari yang hebatlah dalam sejarah ini, kita dapat 52 orang, 53 orang.
Kalau boleh 54 orang pun lagi bagus ya. Jadi, kepada MARA Incorporated, kepada MARA ya. Saya minta Pengerusi MARA janganlah duk fikir kalah di Sungai Bakap je kan. Ini fikir tentang MARA Incorporated. Kita dapat modal RM301 juta. Kemudian pinjaman RM199 juta dan kita menyebut bahawa antara kerugiannya daripada 2014 lagi ialah pembelian hartanah di UK dan juga di Australia. Jadi, saya minta tolong bagi perhatian.
Menteri Luar Bandar yang juga Presiden UMNO, jangan duk fikir awak tak nak kawan dengan orang. Orang pun tak nak kawan dengan kamu...
[Ketawa] Tak ada masalah. Jangan duk fikirlah masalah orang. Kami tak pernah bermusuh dengan orang. Kami pegang kepada perpaduan ummah. Kami berkawan dengan semua orang. Sesama Islam kita bersaudara. Ini bermusuh. Cap apakah perjuangan ini ya? Bagi perhatian kepada MARA Incorporated. Tak payah duk buat komen-komen pasal kami. Kami pun belum komen lagi. Walaupun kami menang di Sungai Bakap dengan hebat, Tan Sri...
[Ketawa] Tetapi kami tak menonjol-nonjol.
Tak. Kalau kalah, tak apa kalah...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Arau, Arau, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab apa di antaranya kerana orang UMNO sokong kami. Terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Masa 2012, 2014 itu Arau pun sebahagian daripada kerajaan, kan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Masa itu tak nampak pula ya...
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau daripada kerajaan, tapi Arau baik.
Yang terbaik, 2013 sama 2014. Yang mana saya pegang, baik. Saya pegang ialah- saya pegang NADMA. NADMA dibuat pada zaman saya bersama dengan Timbalan Perdana Menterilah pada masa itu kan? Pada zaman itu dan NADMA sekarang menjadi punca kehebatan negara, Yang Berhormat. Jadi, banyak orang yang mentadbir zaman itu, ada yang bagus. Sekarang ini, masuk PN dan juga PAS lagi bagus, Yang Berhormat. Ya, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya menyokong...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Pembentangan dan perbahasan ke atas LKAN adalah penting kerana ia akan menjadi asas kepada tadbir urus dan tata kelola yang baik dalam perkhidmatan awam pada masa hadapan. Laporan Ketua Audit Negara bukan sekadar dokumen tahunan, tetapi ia
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
merupakan cerminan integriti pentadbiran negara kita. Namun, kita seolah-olah masih gagal mengambil iktibar daripada laporan-laporan terdahulu.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tan Sri Yang di-Pertua, pertamanya saya akan beri perhatian kepada Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak dan Sabah yang banyak diperkatakan oleh rakan-rakan yang terdahulu dan isu ini bukan sekadar statistik dalam laporan, tetapi ia menyentuh nadi kehidupan rakyat di kawasan luar bandar wilayah-wilayah tersebut.
Pertamanya kegagalan mencapai objektif. Laporan audit mendedahkan bahawa secara keseluruhannya objektif projek BALB Sarawak dan Sabah tidak tercapai. Ini bukan sekadar kegagalan pentadbiran, Tan Sri Yang di-Pertua, ia adalah pengkhianatan terhadap harapan rakyat yang telah lama menanti akses kepada keperluan masa- asas ini. Setiap hari tanpa bekalan air bersih adalah satu hari terlalu lama bagi rakyat.
Kedua, kelemahan fungsi dan pelaksanaan. Kelemahan terhadap fungsi dan pelaksanaan projek yang tidak selari dengan objektif BALB menunjukkan jurang yang besar antara perancangan di Putrajaya dan realiti di lapangan. Kita tidak boleh lagi merancang projek tanpa memahami konteks tempatan, aspek peningkatan taraf kesihatan dan kualiti hidup yang tidak dapat diukur dengan tepat menunjukkan kita telah gagal dalam menetapkan penanda aras yang bermakna untuk projek-projek pembangunan kita. Sasaran pencapaian tidak konsisten, penurunan sasaran pencapaian projek dan penetapan asal tanpa justifikasi yang kukuh bukan sahaja mencerminkan kelemahan dalam perancangan, tetapi juga menunjukkan sikap sambil lewa terhadap kepentingan rakyat.
Adakah kita sanggup menurunkan harapan rakyat hanya kerana kita gagal mencapai standard yang kita tetapkan sendiri? Projek siap, tetapi tidak digunakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, bayangkan kekecewaan rakyat apabila melihat infrastruktur yang siap dibina, tetapi tidak dapat digunakan. Ini bukan sahaja pembaziran sumber negara, tetapi juga satu penghinaan terhadap aspirasi rakyat luar bandar. Setiap paip yang kering, setiap tangki yang kosong adalah lambang kegagalan kita sebagai pemerintah. Isu peruntukan dan pembayaran. Peruntukan yang disalurkan, tetapi tidak dibayar pada tahun semasa bukan sekadar isu teknikal yang mencerminkan kelemahan sistemik dalam pengurusan kewangan kita. Kelewatan pembayaran bukan saja menjejaskan aliran tunai kontraktor, tetapi juga boleh mengakibatkan kelewatan projek seterusnya melambatkan akses rakyat kepada kemudahan asas yang sangat diperlukan.
Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan dapatan yang membimbangkan ini saya ingin mengajukan beberapa persoalan. Pertamanya, apakah langkah-langkah segera yang akan diambil untuk memastikan projek BALB yang telah siap, tetapi tidak digunakan dapat dimanfaatkan oleh rakyat? Adakah kerajaan bersedia untuk mengumumkan pelan tindakan 100 hari untuk mengatasi masalah ini? Bolehkah kerajaan mempertimbangkan penubuhan pasukan petugas khas yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, wakil masyarakat dan pakar teknikal untuk menyelesaikan isu ini?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Kedua, bagaimanakah kerajaan akan memastikan sasaran dan objektif projek BALB ini ditetapkan secara holistik dan dicapai? Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan kajian semula menyeluruh terhadap metodologi penetapan sasaran projek pembangunan luar bandar? Bolehkah kerajaan mempertimbangkan penglibatan pakar bebas dan wakil masyarakat dalam proses penetapan sasaran untuk memastikan ia realistik dan bermakna.
Ketiga, apakah mekanisme yang akan dilaksanakan untuk memastikan peruntukan yang disalurkan digunakan dengan berkesan dan tepat pada masanya? Adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan sistem pemantauan kewangan secara masa nyata dengan izin, real-time untuk projek-projek pembangunan kritikal seperti BALB?
Seterusnya melihat kepada impak projek BALB tentang kesihatan awam. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani isu kesihatan yang timbul akibat kekurangan akses kepada air bersih di kawasan yang terjejas? Memandangkan projek ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, apakah langkah- langkah yang akan diambil untuk meningkatkan koordinasi dan mengelakkan pertindihan tanggungjawab yang boleh menjejaskan pelaksanaan projek?
Tan Sri Yang di-Pertua, Betong ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan prestasi pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB).
(i) semakan semula mekanisme pelaksanaan yang melibatkan pengajian menyeluruh terhadap proses pelaksanaan projek serta penglibatan aktif komuniti setempat;
(ii) pemantauan yang lebih ketat dengan mewujudkan sistem pemantauan yang lebih efisien dan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan;
(iii) penambahbaikan pengurusan kewangan melalui pengukuhan proses peruntukan dan pembayaran serta pelaksanaan audit berkala; dan
(iv) peningkatan kapasiti dengan memberi tumpuan kepada latihan pegawai dalam aspek pengurusan projek dan kewangan serta peningkatan keupayaan teknikal kontraktor tempatan.
Kesemua langkah ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan projek yang lebih cekap, telus dan memberi impak positif kepada masyarakat luar bandar. Bagi Sarawak, saya merasa berterima kasih kerana kerajaan telah berjaya melantik Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak sebagai jabatan teknikal untuk melaksanakan projek di bawah RM50 juta dan ini bukan sekadar pemindahan dana, tetapi perubahan pendekatan ini akan mengurangkan lapisan birokrasi yang tidak perlu dan memendekkan tempoh pelaksanaan projek serta memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang mereka perlukan dengan lebih cepat. Dengan pendekatan ini, proses dapat dipercepatkan, kos dijimatkan dan memberi manfaat kepada rakyat dengan lebih cepat. Kesemua langkah ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan projek lebih cekap, telus dan memberi impak positif kepada masyarakat luar bandar.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon satu minit lagi untuk satu perkara iaitu Betong ingin menyinggung sedikit berhubung Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar (JENDELA) yang masih belum mencapai matlamat utamanya di sebalik peruntukan yang besar untuk pelaksanaan 28 daripada 87 jajaran jalur lebar bernilai RM53.6 juta tidak dilanggan dan tidak digunakan sejak tempoh siap antara 2013 dan 2017.
Ini mewakili pembaziran besar-besaran wang rakyat, bayangkan berapa banyak sekolah, klinik atau jalan raya yang boleh dibina dengan wang sebanyak itu. Lebih membimbangkan lagi sebahagian infrastruktur ini dilaporkan terbiar dengan sambungan talian kabel yang terputus dan peralatan yang rosak. Ini bukan saja pembaziran, tetapi juga kecuaian yang tidak boleh diterima.
Beralih kepada isu di sekolah-sekolah daripada 597 sampel sekolah yang diperiksa, 337 masih menggunakan teknologi jalur lebar ataupun satelit dengan kelajuan terhad walaupun teknologi fiber telah disediakan di bawah projek Point of Presence (PoP) Fasa 1.
Ini menunjukkan kelemahan serius dalam pelaksanaan projek yang sepatutnya meningkatkan kelajuan Internet di sekolah-sekolah. Dalam era digital ini, kita tidak boleh membiarkan anak-anak kita ketinggalan walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia sedang memuktamadkan garis panduan baharu dan berbincang dengan Kementerian Komunikasi untuk menangani isu-isu ini, namun saya ingin bertanya mengapa ini tidak dilakukan lebih awal? Berapa lama lagikah anak-anak terutama yang di luar bandar harus menunggu jika kita mengambil kira kos peluang pendidikan yang hilang akibat kelewatan ini, berapakah anggaran kerugian sebenar pada negara daripada segi modal insan dan daya saing ekonomi dalam jangka masa panjang?
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup, Betong ingin menekankan pentingnya kerjasama antara semua pihak berkaitan untuk memastikan kejayaan program, aktiviti dan projek kerajaan, perancangan, pemantauan dan penyelarasan perlu diperbaiki agar setiap usaha yang dilakukan benar-benar memberi manfaat dan tidak membazir dengan pendekatan yang lebih teliti dan efisien, hasil yang lebih baik boleh dicapai. Sekian saya mohon menyokong laporan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara. Tan Sri Speaker, Puchong telah pun membaca kedua-dua Laporan Audit Negara dan mendapati bahawa- saya buat rumusan di sini. Antara sembilan aktiviti dan lapan syarikat Persekutuan yang telah pun diaudit oleh Ketua Audit Negara untuk kali ini, lebih daripada separuh iaitu lima aktiviti dan lima syarikat persekutuan tidak mencapai sasaran ataupun objektif yang ditetapkan oleh kerajaan.
Selain itu, Puchong juga dapati bahawa kebanyakan yang lain hanya setakat mencapai objektif sahaja dan Ketua Audit Negara jarang menggunakan perkataan, “Baik”
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
dalam rumusan audit beliau untuk setiap audit yang dijalankan dalam kedua-dua laporan ini.
Ini adalah sangat menyedihkan. Malaysians deserve the best from their government, not just mediocrity. Rakyat Malaysia berhak mendapatkan yang terbaik daripada kerajaan mereka bukan sekadar okey, okey sahaja.
Sekarang kita tengok Laporan Ketua Audit Negara semua mencapai objektif sahaja, baik pun jarang nampak. Dengan ini Puchong ingin menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan untuk menyuntik spirit of pursuit of excellence iaitu semangat untuk mengejar kecemerlangan di seluruh jentera kerajaan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri Speaker, antara aktiviti yang tidak mencapai objektif termasuk pengurusan River of Life, pengurusan projek dan program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECER), Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sabah, pengurusan kediaman berstrata di Wilayah Persekutuan bagi pengeluaran serentak pemilikan kosong
(VP) dan hak milik strata dan akhirnya pengurusan air negara.
Antara syarikat Persekutuan yang tidak mencapai objektif termasuk Majlis Profesor Negara, rangkaian Hotel Sri Malaysia, MARA Inc, Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(HRD Corp) dan juga i2M Ventures Sdn. Bhd. Soalan Puchong ialah selepas teguran audit yang kata tidak mencapai objektif, tadbir urus tidak baik dan lain-lain, adakah kementerian yang terlibat ini akan mengambil tindakan-tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.
Dengan pendek kata will any had role, dengan izin. Ataupun selepas perbahasan dan penggulungan, everything is business as usual, dengan izin.
Seterusnya, Puchong ada beberapa soalan spesifik berkenaan dengan isu-isu yang berbangkit di dua laporan ini. Pertama adalah untuk projek River of Life. Ketua Audit Negara telah pun melaporkan hanya 50 daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasikan ataupun di naik taraf. Puchong ingin tanya apakah rancangan daripada kementerian PETRA untuk loji-loji rawatan kumbahan yang sepatutnya dinaiktarafkan, tetapi sekarang tidak?
Kedua ialah walaupun pengurusan program infrastruktur jalur lebar oleh Kementerian Komunikasi telah pun mencapai sasaran kerajaan, Ketua Audit Negara melaporkan bahawa pengurusan langganan Point Of Presence (PoP) sekolah antara Kementerian Komunikasi dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak diselaraskan. Di mana, 99 peratus daripada 599 sekolah masih belum melanggan rangkaian internet projek PoP dan 337 iaitu 56.4 peratus daripada 597 sekolah tidak menggunakan teknologi fiber walaupun infrastruktur PoP telah pun disediakan. Apakah tindakan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya sekolah-sekolah ini boleh memanfaatkan jaringan jalur lebar kerajaan.
Tan Sri Speaker, seterusnya Puchong juga ingin bersama dengan ramai Ahli-ahli yang lain ingin membangkitkan isu spesifik, soalan spesifik untuk berkenaan dengan HRD Corp. Yang satu, Ketua Audit Negara telah pun melaporkan HRD Corp ada lebihan daripada levi yang dikutip sejumlah RM3.7 bilion untuk dilaporkan, tetapi pada masa yang sama saya
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
tengok bagi tahun 2020 sehingga 2023, HRD Corp sebenarnya juga menerima geran peruntukan daripada MoF dan KESUMA yang berjumlah kira-kira RM400 juta untuk pelaksanaan 13 program latihan dengan tujuan penggalakan dan pembangunan sumber manusia. Persoalannya ialah jika HRD Corp sudah ada lebihan berbilion untuk pelaburan, kenapa kerajaan perlu lagi memberi peruntukan untuk latihan dan pembangunan sumber manusia.
Soalan kedua, apakah tindakan HRD Corp bagi levi tunggakan yang berjumlah RM205 juta itu. Ketiga, bagaimana pula dengan dana yang dibazirkan dengan seramai 3,726 peserta yang telah pun mengikuti latihan melebihi sekali di bawah skim yang sama yang melibatkan bayaran kos kira-kira RM52 juta dan juga 234 permohonan yang meragukan bagi Skim Gerak Insan Gemilang bagi tempoh tahun 2020 hingga 2023. Mereka menggunakan nama yang sama ataupun nombor kad pengenalan yang sama.
Keempat, HRD Corp perlu jelas kenapa proses pembayaran deposit bagi pembelian hartanah Menara Ikhlas yang berjumlah bukan jumlah yang kecil, tetapi berjumlah RM120 juta tidak teratur dan tidak selaras dengan klausa perjanjian.
Secara keseluruhannya Tan Sri Speaker, Ketua Audit Negara telah melaporkan dan saya memetik di sini word by word ya yang berkenaan dengan HRD Corp. “Amalan tadbir urus korporat PSMB iaitu HRD Corp adalah tidak memuaskan. Terdapat tindakan dan keputusan yang diambil oleh pengurusan PSMB tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan PSMB dalam mencapai fungsi penubuhannya...”. Soalan terakhir saya kepada kerajaan ialah kenapa pengurusan HRD Corp masih boleh bertugas lagi dengan pendedahan Ketua Audit Negara yang begitu terang. Mereka yang bertanggungjawab sepatutnya digantung ataupun sekurang-kurangnya dicutikan sementara menunggu siasatan dijalankan. Sekian sahaja perbahasan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Puchong. Saya jemput Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk Padang Rengas turut serta dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2024 pada hari ini.
Penemuan audit yang mengatakan bahawa semua objektif untuk mencapai River of Life (RoL) belum berjaya termasuk meningkatkan kualiti air sungai ke kelas 2B dan hanya 79.4 peratus kerja pengindahan sungai telah disiapkan menimbulkan beberapa isu yang perlu dipertimbangkan secara mendalam.
Pertama, tidak tercapai objektif RoL menunjukkan adanya ketidakmampuan sistem atau entiti terlibat dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan sumber daya, kurangnya kesedaran akan kepentingan mencapai RoL atau kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan program.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Kedua, ketidakmampuan meningkatkan kualiti air sungai ke kelas 2B menyoroti tantangan dalam menjaga dan meningkatkan kualiti alam sekitar. Kualiti air yang rendah boleh mengakibatkan impak negatif terhadap kesihatan manusia, ekosistem sungai dan kelestarian sumber air.
Ketiga, hanya 79.4 peratus kerja pengindahan sungai yang telah diselesaikan menunjukkan bahawa terdapat ketidaktepatan atau kelewatan dalam pelaksanaan projek.
Hal ini dapat mengarah kepada penundaan hasil yang diharapkan atau bahkan mengurangi aktivitas keseluruhan program.
Persoalannya, apakah perancangan baharu yang dirangka bagi komponen pembersihan sungai termasuk pembinaan loji rawatan kumbahan berpusat baharu selain langkah interim iaitu pembinaan sistem inter-sector di sepanjang sungai. Apakah usaha untuk menyegerakan penyiapan projek pembetungan yang mana kelewatan penyiapan empat projek pembetungan yang telah memberi kesan kepada peningkatan kos dianggarkan sehingga RM234.72 juta dan manfaat projek lewat diterima melebihi lapan tahun.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara Bil. 2 2024, muka surat 1-54, Aktiviti Kementerian atau Jabatan dan Badan Berkanun.
Di mana, tertulis antara sebab agensi pelaksanaan lewat mengambil tindakan pembaikan adalah termasuk kekurangan peruntukan penyelenggaraan. Semakan Audit terhadap permohonan peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2018 sehingga 2022 mendapati peruntukan penyelenggaraan pengurusan projek sungai yang diterima ialah antara 17 persen hingga 83.1 peratus sahaja berbanding jumlah yang diperlukan.
Dalam konteks ini, saya yakin dan percaya semua yang berada di Dewan ini cakna akan impak yang berkemungkinan berlaku sekiranya pihak pelaksana lewat mengambil tindakan terhadap pengurusan projek sungai dalam isu pembersihan ini dan peruntukan yang disalurkan tidak mencukupi. Seperti yang diketahui, kelewatan ini bakal mengakibatkan impak yang besar sekiranya melibatkan orang ramai.
Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali kerosakan alam sekitar. Kelewatan dalam tindakan pembersihan sungai boleh mengakibatkan penompokan sisa dan pencemaran yang lebih teruk kepada alam sekitar malah lebih buruk lagi boleh menyebabkan bertambahnya risiko banjir, menyusutnya kehidupan akuatik serta memburuknya kualiti air. Saya amat menekankan perkara ini kerana terdapat beberapa tempat hotspot di kawasan saya Parlimen Padang Rengas untuk menghadapi masalah banjir saban tahun dan mangsa banjir yang terlibat adalah penduduk yang sama dan sepertinya tiada penyelesaian. Yang terbaharu berlaku dua bulan lepas yang mana lebih 200 buah rumah terlibat dan terjejas akibat banjir kilat.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Impak kedua kesan terhadap kesihatan awam. Sungai yang kotor boleh membawa kepada penyebaran penyakit dan bakteria yang berbahaya. Kepada penduduk tempatan yang bergantung kepada sungai tersebut untuk bekalan air minum atau kegunaan harian mereka.
Kita tidak mahu kesihatan penduduk setempat menjadi percaturan atas kesilapan dan juga kelewatan ini. Jadi soalan saya, bagaimana pihak kementerian merencana untuk memastikan peruntukan yang mencukupi untuk mengatasi kekurangan dalam pengurusan projek pembersihan sungai khususnya dalam kawasan Parlimen Padang Rengas?
Bagaimana peruntukan yang disalurkan akan dipantau dan di evaluasi untuk memastikan mencukupi untuk menyelesaikan projek pembersihan sungai?
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya saranan saya supaya pihak kementerian dapat mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan projek-projek seperti ini dilaksanakan dengan tepat pada masanya dan dapat meluluskan amaun selenggara seperti yang tertakluk dalam permohonan dengan cara yang paling efektif.
Ini adalah bagi memastikan projek selenggara dapat berjalan dengan baik dan dapat mengurangkan kesan buruk pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan dan Salam Malaysia Madani. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2024. Tahniah atas laporan yang telah pun dikemukakan.
Hari ini sekali lagi Dewan yang mulia ini membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan dan Madani di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar-benar mengangkat agenda reformasi institusi kerana Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ini merupakan satu perbahasan yang penting yang menunjukkan ketelusan kerajaan dan keberanian Ahli Jemaah Kabinet untuk menjawab segala isu-isu yang berkait dengan kementerian mereka masing-masing.
Antara isu signifikan yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara melibatkan Pengurusan Projek Sungai Nadi Kehidupan ataupun River of Life (ROL). Pengurusan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar dan Pengurusan Projek dan Program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Kenapa ia signifikan? Kenapa ia nya penting?
Kerana ketiga-tiga program ini melibatkan satu jumlah yang besar. ECER RM8.015 bilion. Pengurusan Pemerkasaan Jaringan Telekomunikasi Jalur Lebar RM4.175 bilion. River of Life RM4.363 bilion. Ia nya merupakan satu projek yang berimpak besar, bernilai besar dan memberikan manfaat yang juga besar kepada negara, kepada rakyat sekiranya ia
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
dilaksanakan dengan betul mencapai sasaran, mencapai matlamat siap pada waktunya dan menepati apa juga hasrat murni yang ditentukan oleh kerajaan pada masa itu.
Tidak kiralah kerajaan mana pun, tetapi semua hasrat yang dikemukakan adalah merupakan hasrat yang sangat murni. Cuma yang menjadi masalahnya ialah dari sudut pelaksanaannya. Dari sudut pengurusan projek, project management. Kerana inilah yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara berkenaan dengan Pengurusan Projek River of Life.
Business model yang disediakan hanya merangkumi kawasan pengindahan sungai dan tidak berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap peruntukan kewangan kerajaan.
Pewartaan rizab sungai ROL belum selesai walaupun kontrak juruukur dengan kos RM0.93 juta telah tamat pada bulan Oktober 2017. Sekarang ini 2024 Dato’ Yang di-Pertua.
Ini merupakan satu perkara yang pada saya sangat serius. Kerana sepatutnya projek ini dibiayai oleh pulangan hasil daripada business model yang betul, perbelanjaan yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM4 bilion itu sepatutnya dapat dipulangkan dengan penjanaan pembangunan-pembangunan yang dilaksanakan di tepi sungai.
Begitu juga dengan Program Pengurusan Pemeriksaan Jaringan Telekomunikasi Jalur Lebar yang menunjukkan bahawa banyak infrastruktur yang telah pun siap, tetapi tidak digunakan. Ia seumpama gajah putih kalau kita boleh lihat, tetapi program-program POP telah pun tidak dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah yang sepatutnya mereka itu terlibat dengan program itu.
Begitu juga dengan ECER. Yang mana kelemahan-kelemahan pengurusan projek seperti plot perindustrian tidak diisi dan infrastruktur projek yang telah siap, tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Kita lihat tiga projek yang disebutkan iaitu Taman Industri Kuantan Malaysia-China, Taman Biopolimer Kerteh, Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali yang hanya melihatkan beberapa buah plot sahaja yang digunakan berbanding dengan keseluruhan projek yang telah pun dilaksanakan.
Satu aspek lagi Dato’ Yang di-Pertua yang saya lihat menjadi masalah kepada pengurusan projek dalam apa juga inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan yang sangat berkait rapat ialah berhubung dengan pengurusan kontrak. Kita lihat banyak program yang dilakukan oleh anak syarikat ataupun badan berkanun ini yang telah pun mencapai status projek 75 peratus malah ada hampir siap, tetapi pengurusan kontraknya tidak dimeterai. Contoh saya boleh berikan Desamall di bawah KUSKOP, Skills Passport HRD Corp di bawah KESUMA, FWCMS di bawah KDN.
Semuanya ini Dato’ Yang di-Pertua akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada kerajaan. Rakyat tidak mendapat manfaat begitu banyak masa diluangkan dan kalau pengurusan projek, pengurusan kontrak ini tidak dilaksanakan dengan betul, istilahnya kalau kita di sektor swasta ialah projek-projek yang merugikan. Kalau rugi ini biasanya akan ada orang yang boleh hilang pekerjaan. Diberhentikan ataupun dipindahkan. Itu kebertanggungjawaban yang sepatutnya kita laksanakan ataupun kita praktis kan di dalam kerajaan ini. Mesti ada orang yang bertanggungjawab sepenuhnya kerana ia merugikan negara, merugikan wang rakyat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Lalu saya ingin bertanya kepada kementerian-kementerian yang saya sebutkan tadi, apakah recovery plan? Apakah rancangan pemulihan yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa peruntukan wang negara yang telah dibelanjakan itu dapat diraih semula untuk kepentingan rakyat seterusnya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyokong Laporan Ketua Audit Negara 2/2024.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas tentang Laporan Ketua Audit Negara
(LKAN). Jadi saya fikir rakan-rakan saya di Parlimen sudah akan tahu apa isu Sandakan akan fokuskan dalam perbahasan ini iaitu air. Jadi mengapakah isu bekalan air di Sabah tidak ada pengakhirannya?
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Saya ingin mempersoalkan sebab penangguhan Projek Bekalan Air Luar Bandar
(BALB) untuk sekurang-kurangnya lima hingga tujuh tahun di Borneo khususnya di Sabah.
Jadi, pertama sekali, saya ingin mengetahui sebab-sebab utama di sebalik penangguhan ini.
Adakah masalah ini berpunca daripada isu birokrasi, kekurangan peruntukan kewangan ataupun masalah teknikal yang dihadapi oleh kontraktor? Jadi, penjelasan yang telus dan jelas daripada pihak yang bertanggungjawab amat diperlukan untuk memastikan ini tidak berlaku lagi dalam pelaksanaan projek. Penangguhan selama tujuh tahun adalah tidak boleh diterima sekali.
Jadi, selain isu-isu tersebut, kita juga menghadapi masalah air yang tidak berhasil- non-revenue water. Purata NRW untuk Sabah bagi tahun 2016 ke-2019 adalah TM- ‘Tiada Maklumat’ dan 54.6 pada tahun 2020, 52.4 peratus pada tahun 2021 dan 55 peratus pada tahun 2022. Jadi, salah satu sebab tidak mencapai sasaran NRW yang ditetapkan bagi tempoh 2016 sehingga 2022 adalah kerana rangkaian pup paip untuk agihan yang digunakan adalah mempunyai jangka hayat terhad berketahanan rendah dan mudah pecah. Jadi, untuk Sabah sahaja, pada tahun 2017, 3,415 paip yang ada masalah. Tahun 2018, 6,111 dan sehingga tahun 2022, 12,719.
Jadi, Dato’ Speaker, setiap kali paip bocor, rakyat sengsara kerana bekalan air akan ditutup untuk kerja penyelenggaraan. Jadi, sejumlah 57,652 dalam tempoh enam tahun. Jadi, berapa lama lagi rakyat Sabah perlu sengsara? Setiap minggu saya akan dimaklumkan paip air bocor di kawasan saya.
Jadi, pada minggu yang lalu, bekalan air di Sandakan terjejas dengan teruk di mana kawasan bandar saya tidak dapat bekalan air selama seminggu. Jadi, saya pun perlu maklumkan kepada jabatan air di kawasan saya walaupun saya tahu mereka telah terima maklumat. Pada masa yang sama, saya mengongsikan apa yang telah dipaparkan dalam laman web Facebook. Jadi, balas WhatsApp yang saya dapatkan adalah daripada pegawai
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
kerajaan adalah dengan izin, dia kongsikan, he said, “Don’t need to send me this bullshit statement”, dengan izin. “YB, tahu kah kami setengah mati buat kerja. Staf pun kurang. Ingat gaji kami besar kah? Kalau orang-orang complaint macam ini, then kalau mereka berani, kerja sama jabatan air lah”. Jadi, apabila saya baca maklum balas tersebut, saya berasa sangat marah, tetapi untuk selepas beberapa minit selepas saya calm down – I come myself down, saya berasa sangat sakit hati kerana pegawai kerajaan yang bertugas untuk jabatan air stres sekali.
Jadi, selaku kerajaan, kami akan bertanya, “Have we done enough for them?”. Punca masalah di mana? Kalau dana tidak cukup, kami salurkanlah. Kalau kontraktor tidak bagus, kami tukarkan. Kalau gaji penjawat awam tidak secukupnya, kami naikkan, tetapi kami hanya keep the good officers. Yang tidak menjalankan tugas dengan bagus, kami tukarkan.
Jadi, selain itu, semakan audit mendapati liputan bekalan air terawat di negeri Kelantan adalah terendah iaitu 73.9 peratus. Seterusnya adalah Sabah 81 peratus dan Sarawak 83.6 peratus. Jadi maklum balas daripada UPEN Sabah yang diterima pada 20 Julai 2023 ialah maklumat mengenai perancangan liputan air akan dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada kapasiti JANS dan ketersediaan dana.
Jadi, kualiti air ini tidak boleh ditangguhkan Dato’ Speaker. Ia akan menjejaskan kesihatan rakyat dengan secara langsung dan membebankan rakyat untuk membelikan air sebab tiada keyakinan untuk menggunakan air di Sabah.
Jadi, Dato’ Speaker. Sandakan dari dua tahun lalu sudah terkenal dengan masalah air masin di bekalan air kami. Sehingga kini, masalah ini masih kami hadapi. Jadi, warga Sandakan memang sangat sengsara. Mereka akan tanya “What is the government doing?”, dengan izin. Jadi, jawapan tanpa timeline, tiada KPI. Ketua Audit Negara ataupun Dato’ Speaker kami jangan terima jawapan seumpama ini sebab jawapan seumpama ini macam tidak jawab sebab mereka akan cakap kami tiada dana, kami tidak cukup kakitangan. We are accountable to the people especially for water, dengan izin.
Jadi, saya ingin mencadangkan satu jawatankuasa dibentuk untuk menyiasat punca penangguhan projek-projek. Bukan hanya dari BLAB, tetapi semua projek yang melibatkan bekalan air terawat ini dan seterusnya memastikan semua projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien pada masa depan. Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, kontraktor serta semua pihak berkepentingan lain dan bagi memastikan setiap aspek projek ini dapat dipantau dan dikawal dengan rapi.
Jadi, untuk kesimpulannya kemudahan air bersih dan terawat agar taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat di kawasan luar bandar mesti dipertingkatkan terutamanya di Sabah, di Sandakan dan untuk memastikan kesaksamaan akses kepada kesemua kemudahan asas bagi semua rakyat.
Jadi, untuk mencapai tujuan tersebut, kita perlu mengambil perkara ini dengan serius dan ambil tindakan dengan secepat mungkin. Tidak boleh ditangguhkan lagi. Jadi, saya berterima kasih kepada Kerajaan Madani kerana memberi peluang kepada Ahli Parlimen
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara buat kali pertama dalam sejarah. Jadi, dengan itu Sandakan mengakhiri perbahasan saya pada hari ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang telah memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2024. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2024 di bawah pengurusan air negara, pengurangan peratusan air tidak berhasil, tidak dicapai kerana kadar NRW masih tinggi. Negeri Selangor mencapai sasaran NRW. Manakala, negeri lain tidak mencapai sasaran pada kadar antara 51.5 peratus hingga 61.5 peratus. Semakan audit mendapati empat negeri yang tidak mencapai sasaran NRW yang ditetapkan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2022.
Berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh lima operator air di negeri yang dilawati, sebanyak 385,437 insiden paip pecah telah berlaku bagi tempoh 2016 hingga 2022. Oleh itu, apakah tindakan yang diambil oleh agensi berkaitan bagi menangani masalah ketirisan air bagi mengelakkan pembaziran air?
Kedua, berapa lama kah tempoh tindakan yang diambil setelah aduan dibuat kerana perkara ini telah berlaku sekian lama dan sepatutnya terdapat mekanisme tertentu bagi mengatasi masalah ini? Adakah pihak operator mempunyai skala tempoh masa dan pelan pemulihan tertentu bagi menangani isu ini?
Seterusnya, yang kedua Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan perkara di muka surat tujuh iaitu prestasi projek pembangunan bagi bekalan air terawat. Seperti Jadual 2, terdapat senarai empat projek pembangunan bekalan air lewat jadual asal sehingga 31 Disember 2023. Pertama, projek penambahan kapasiti LRA Telibong 2, Sabah. EOT lima kali Dato’ Yang di-Pertua. Lewat 1,076 hari. Hampir tiga tahun lewat. EOT keenam masih lagi dalam penilaian jawatankuasa.
Kedua, Projek Sistem Bekalan Air Lahad Datu, Sabah. EOT dua kali. Lewat sehingga 737 hari. Manakala, projek ketiga bina baharu LRA Layang 2, Johor. EOT enam kali. Lewat 668 hari. Manakala, yang keempat menaik taraf LRA Lubuk Buntar Lama, Kedah. EOT dua kali. Lewat 324 hari.
Antara punca kelewatan yang dikenal pasti ialah pertama LRA Telibong 2. Perubahan kepada reka bentuk dan penjajaran semula saluran paip melibatkan laluan Pan-Borneo.
Kedua, untuk Lahad Datu. Masalah jajaran dan kekurangan bahan; ketiga, LRA Lubuk Buntar Lama, Kedah. Masalah memuktamadkan jenis tangki dan masalah pengambilan tanah.
Manakala, LRA Layang 2 disebabkan oleh kesukaran untuk kerja-kerja pembinaan muka sauk.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Soalan saya, adakah sebelum projek ini dibuat, ia tidak mengambil kira penilaian teknikal? Dato' Yang di-Pertua, kalau kita melihat projek di Johor, kerana tangki, masalah tidak dapat memuktamadkan tangki dan masalah pengambilan tanah yang tak dapat diselesaikan, adakah pihak kerajaan sepatutnya menyelesaikan dahulu masalah pengambilan tanah, barulah award kepada kontraktor?
Kedua, sepatutnyalah ― yang kedua, saya ingin bertanya, adakah pemberian EOT ini diberi sehingga siap kerja? Sebab EOT sampai lima kali, enam kali seolah-olah selagi tak siap, selagi itu bagi EOT. Sedangkan, kalau kita melihat bahawa EOT ini diberi hanya kepada masalah-masalah tertentu sahaja. Antaranya hujan, banjir, bencana dan masalah kos harga barang. Akhir sekali, saya ingin bertanya, adakah kelewatan ini akan melibatkan perkiraan semula harga kepada kontrak?
Dato' Yang di-Pertua, akhir sekali, saya berharap agar projek-projek yang dilaksanakan siap dalam tempoh masa yang ditentukan agar ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Dipersilakan, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Timbalan Speaker. Saya juga ingin menyentuh perkara-perkara yang melibatkan Laporan Ketua Audit Negara terutamanya yang melibatkan HRD Corp. Saya baca daripada berita Malaysiakini yang diterbitkan beberapa minit yang lalu bahawa pejabat SPRM telah pun membuat serbuan ke pejabat HRD Corp, di mana banyak juga dokumen-dokumen yang telah pun dibawa oleh pihak SPRM bagi tujuan siasatan.
Daripada laporan yang kita lihat, saya cuma ingin tanya, HRD Corp ini pada asalnya, tugasnya, objektifnya adalah untuk membantu menjalankan program-program memberi latihan untuk kita mencungkil bakat-bakat, memberi latihan kepada pemuda-pemudi kita untuk kita memberikan mereka peluang untuk bekerja dan juga pelbagai perkara-perkara lain.
Tetapi, apakah yang saya terkejut apabila melihat kepada laporan yang telah dibentangkan oleh Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dalam muka surat 110, HRD Corp telah membelanjakan wang sebanyak RM202.5 juta sebagai satu pelaburan walaupun tidak memperoleh sebarang persetujuan ataupun kelulusan daripada Menteri berkenaan untuk membeli Menara Ikhlas, Crystal Clear Technology untuk jumlah RM202.5 juta.
Kedua, membeli Blok A, Sutera Avenue di Kota Kinabalu untuk RM16 juta. Juga tidak ada sebarang kelulusan diperoleh daripada Menteri berkenaan. Ketiga, membeli sebuah bangunan Bangsar South Kerinchi untuk jumlah RM154 juta. Keempat, sebuah bangunan pejabat di Tapah. Tidak ada maklumat kenapa ia dibeli di Tapah tetapi dimaklumkan bangunan itu telah dibeli dan diubahsuai untuk RM1.5 juta.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin tanya Timbalan Speaker, kalau kita menjalankan siasatan SPRM dan kita mempunyai seorang pegawai CEO dan saya ingin menyatakan nama beliau, Shahul Hameed Dawood di mana beliau dilantik pada tahun 2020. Kenapakah kerajaan atau Menteri tidak dengan serta-merta memberhentikan beliau ataupun menggantungkan tugas beliau? Kalau kita membenarkan beliau terus bertugas, bukankah terdapat risiko, dokumen-dokumen penting yang melibatkan dengan siasatan SPRM ini boleh dimusnahkan?
So, kenapa tidak Menteri sekarang walaupun saya fikir beliau bukanlah ― menteri sekarang bukanlah menteri yang melantik CEO ini, CEO ini dilantik ketika Kerajaan Perikatan Nasional dahulu, tahun 2020. Ketika itu Yang Berhormat Pendang merupakan seorang Timbalan Menteri.
Jadi, saya mencadangkan, memandangkan menteri sekarang telah pun berani untuk ― Menteri yang ada sekarang, Menteri KESUMA sekarang telah berani untuk membuat satu laporan SPRM, saya mencadangkan supaya mantan menteri dan timbalan menteri termasuklah Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Tapah juga membuat laporan kepada SPRM kalau mereka tidak terlibat dalam apa-apa salah guna kuasa.
Saya juga mencadangkan, perkara ini adalah perkara serius. Saya mengambil iktibar di sebelah sana. Kita sama-sama menyokong. Kita lihat di sebelah sana pun menyokong, merujuk kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ingin memberhentikan ataupun menghalang, menoktahkan salah guna kuasa dan rasuah.
Kalau kita tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap seorang CEO yang bernama Shahul Hameed, menggantungkan kerja, memulakan siasatan terhadap tindak tanduk beliau, mengeluarkan kertas tunjuk sebab, ini adalah prosedur-prosedur yang asas.
Maka, apakah kerajaan sekarang tidak berani untuk mengambil tindakan? Ini adalah persoalan yang bermain di minda saya.
So, Timbalan Speaker, saya sekali lagi ingin menyokong perbahasan-perbahasan daripada semua pihak dan menyeru juga termasuklah apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi supaya tindakan segera diambil terhadap CEO sekurang- kurangnya menggantungkan kerja beliau supaya tindakan-tindakan yang sewajarnya dapat diambil untuk menyiasat.
Bayangkan, harta-harta yang dibeli― Timbalan Speaker, sebelum saya mengakhiri, saya ulangi, Menara Ikhlas, Crystal Clear Technology, RM202.5 juta; Blok A, Sutera Avenue di Kota Kinabalu, RM16 juta; bangunan Bangsar South, RM154 juta termasuklah bangunan pejabat di Tapah untuk RM1.5 juta. Apakah gunanya bangunan-bangunan ini? Adakah ia memberi manfaat kepada rakyat di negara kita? Sekian, terima kasih Timbalan Speaker di atas peluang yang telah diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 iaitu pengauditan terhadap sembilan program projek aktiviti di 11 kementerian sepanjang Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu sekitar 2006 hingga 2010 hingga ke Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu pada tempoh 2016 sehingga 2021 meliputi pengurusan program, aktiviti dan projek sama ada telah mencapai objektif serta isu-isu yang terkait.
Tuan Yang di-Pertua, menurut Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, seperti mana yang dinyatakan pada poin 3, pendahuluan laporan ini menyatakan bahawa secara umumnya program, aktiviti, projek Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan mengikut tujuan yang ditetapkan. Namun demikian, masih banyak kelemahan seperti sasaran objektif tidak tercapai, terdapat kes pembaziran akibat projek yang siap tidak digunakan, kos bayaran perundingan dan baki reka bentuk yang tidak digunakan kerana perubahan keputusan, kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kesan kewangan yang signifikan kepada kerajaan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang berbahas diberikan hanya lima minit, Tuaran mahu tumpukan perbahasan hanya pada pengauditan terhadap pengurusan projek-projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah dan Sarawak dan menumpukan pada Sabah bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya program BALB ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bermula pada Rancangan Malaysia Ke-2 iaitu bagi tempoh 1971 sehingga 1975 dan pada ketika itu dilaksanakan di bawah rural water supply dan pembiayaan 80 peratus pinjaman dan hanya 10 peratus geran Kerajaan Persekutuan kepada pihak berkuasa air negeri.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Namun demikian, bermula Rancangan Malaysia Kelapan iaitu sekitar 2001 hingga 2005, kerajaan membiayai 100 peratus by grant daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi bagi Tuaran, bagi pihak Sabah, kita mahu mengucapkan terima kasihlah kerana air ini adalah hal negeri menurut Perlembagaan Persekutuan. Malah, peruntukan-peruntukan yang diberikan daripada Kementerian Sumber Asli kepada Sabah untuk menangani hal-hal air, diberikan secara pinjaman sehingga pada hari ini. Walau bagaimanapun, dalam hal yang berkaitan dengan bekalan air luar bandar, diberi, dibiayai secara 100 peratus geran daripada Kerajaan Persekutuan dan kita mengucapkan terima kasihlah di atas langkah ini.
Dalam laporan ini, Laporan Ketua Audit Negara ini, di Sabah sebanyak 474 projek iaitu 361 BALB, 316 BALB naik taraf atau bina loji baru dan 100 lagi BALB alternatif dengan jumlah kos RM1.735 bilion. Ini adalah satu peruntukan yang sangat besar dan sepatutnya kesan dia besar juga dari segi menyelesaikan masalah bekalan air terawat luar bandar di Sabah.
Walau bagaimanapun, apabila kita mendengar dan melihat, membaca laporan audit ini, maka kita nampak dari segi penemuan dia, kita nampak kelemahan fungsi dan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
pelaksanaan projek yang tidak selari dengan objektif bekalan air luar bandar, sasaran pencapaian projek tidak konsisten kerana diturunkan dari penetapan asal tanpa justifikasi.
Lepas itu peruntukan disalurkan tidak dibuat pembayaran pada tahun semasa ya dan projek yang siap tidak digunakan dan tidak diselenggara.
Jadi, apabila kita lihat isu-isu yang berbangkit dalam laporan ini ya, sebanyak 24 projek BALB Sabah dengan kos RM758.80 juta masih dalam perancangan yang sepatutnya telah bermula atau sudah siap tetapi masih lagi dalam perancangan. Lepas itu, 63.9 peratus daripada 3,824 isi rumah tidak membuat penyambungan meter air atas sebab penduduk tidak mampu kerana kos penyambungan dalam kos RM750 hingga RM1,000.
Pencapaian projek siap rendah iaitu hanya 34.4 peratus. Komponen aset projek rosak, pencapaian KPI kementerian hanya tercapai selepas membuat penyelarasan penurunan sasaran sebanyak 83.4 peratus ya. Penyaluran peruntukan bukan kepada agensi pelaksana, RISDA ya. Dia diletak pula pada agensi yang RISDA, yang tidak ada kena mengena dengan air. Dalam hal ini, sebanyak RM97 juta disalurkan melalui RISDA.
Pertanyaan saya ialah begini, di Sabah ini ada cawangan kementerian. Ada cawangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tetapi kenapa disalurkan kepada satu agensi seperti RISDA untuk melaksanakan bekalan air luar bandar?
Begitu juga ada projek- ini sudah beberapa kali saya sebut dalam Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu, dahulu. Perumahan di Mengkabong.
Yang melaksana FELCRA. Apa kena mengena FELCRA dengan perumahan sehinggakan 21 tangki bekalan air di Mengkabong itu sehingga pada hari ini tidak boleh digunakan dan telah diserahkan kepada pejabat daerah dan sebagainya. Saya pun malas sudah mahu balik- balik sebut ini, tiada apa-apa yang dibuat kerana dia disalurkan kepada agensi yang berlainan.
Pertanyaan saya di sini ialah bagaimanakah? Bagaimanakah kementerian ini membuat koordinasi di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri? Di mana yang berbincang? Berbincang dengan siapa? Dengan Kementerian Kerja Raya Sabah? Dengan jabatan air? Dengan siapa? Kenapa sewenang-wenang dilantik agensi seperti RISDA begitu saja.
Selain daripada itu, sekarang ini kita ada Unit Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri. Apa fungsi unit ini? Kita tahu bahawa Sabah dan Sarawak ini adalah dua negeri yang tidak menandatangani, tidak berhijrah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan tentunya ada keperluan untuk membincang hal-hal air.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Hal air ya tetapi koordinasi.
Jadi saya mohon jawapan ya. Saya juga Yang Berhormat, saya ingin tahu semasa exit conference di antara Jabatan Audit dengan kementerian, saya mahu ingin tahu, apakah jawapan kementerian terhadap semua isu-isu yang telah dibangkitkan ini, termasuklah hal- hal agensi tadi, termasuklah hal-hal penyelarasan semula? Dia ubah dia punya matlamat, dia
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
punya sasaran, dia punya objektif. Kalau dia tidak ubah, dia tidak capai KPI. Saya ingin tahu apa dia semasa exit conference, apa yang ditulis, apa jawapannya?
Jadi, sekali lagi saya mengucapkan tahniah. Terima kasih kepada kerajaan kerana membolehkan Laporan Ketua Audit Negara ini dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat, pembahas yang terakhir. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara, di mana saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya meneliti beberapa bidang yang kritikal, dapat dibuat audit bukan hanya secara tahunan tetapi dibuat secara audit setiap enam bulan sekali. Sebagai contohnya di Singapura, mereka membuat audit keselamatan dan kesihatan, dibuat setiap enam bulan. Di Sweden, penjagaan kesihatan orang tua dibuat setiap enam bulan. Di Australia, audit keselamatan di tempat kerja dibuat enam bulan sekali.
Jadi mungkin ada beberapa projek yang kritikal, yang memerlukan suatu tindakan daripada pihak Audit Negara untuk melakukan audit bukan hanya setahun sekali tetapi melakukan audit dalam tempoh enam bulan untuk mengelakkan dan memastikan bahawa pemantauan lebih kerap dan peningkatan akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan untuk pengurusan risiko yang lebih baik kepada agensi ataupun syarikat yang berkenaan. Itu yang pertama.
Kedua, dalam kes ECER, kita lihat ia melibatkan empat kluster iaitu Pertanian perniagaan tani, logistik perkhidmatan, pembuatan dan pembangunan modal insan melibatkan tiga negeri. Dalam hal ini, saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya melibatkan bukan hanya pegawai, bukan hanya pentadbir tetapi juga membuat libat urus bersama dengan Ahli-ahli Parlimen, termasuk daripada pembangkang supaya kita boleh memantau, kita boleh melihat, kita boleh mengetahui tentang perkembangan projek-projek yang dilakukan.
Kita dapati dalam kes-kes ECER, di mana banyak perkara-perkara yang tak dapat dicapai membabitkan kegagalan, tiada pangkalan data diwujudkan untuk mengukur pencapaian sosioekonomi kumpulan sasar dalam wilayah ECER. Jadi, kita agak keliru kerana kita dimaklumkan oleh pihak JPP pada 20 Jun 2024, ada 12,270 ketua isi rumah yang telah dikeluarkan daripada paras garis kemiskinan. Dalam masa yang sama, Ketua Audit Negara mendapati bahawa tiada pangkalan data diwujudkan bagi mengukur pencapaian sosioekonomi kumpulan sasar dalam wilayah ECER.
Jadi, terdapat seolah-olah pertentangan. Satu kata ada maklumat, satu kata tiada pangkalan data. Jadi dalam hal ini, kita memohon agar pihak kerajaan dalam meneliti Laporan
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ketua Audit Negara ini memastikan bahawa segala data yang perlu ada dan perlu dilibatkan kolaborasi di antara negeri dan juga Pusat perlu dibuat dalam tindakan segera.
Jadi saya ingin bertanya pihak kerajaan, apakah tindakan yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan khasnya untuk memastikan bahawa pangkalan data ini dapat diwujudkan?
Adakah ia boleh melibatkan sebagai contohnya PADU dan sebagainya yang telah pun dibuat? Ini kerana kita percaya, tanpa pangkalan data yang diwujudkan ini, ia akan menyebabkan tidak ada program dan penambahbaikan dapat dibuat dengan masa yang segera.
Seterusnya dalam Laporan Ketua Audit Negara memberitahu bahawa tiada penetapan sasaran pembangunan modal insan, di mana semakan audit mendapati, tiada penetapan sasaran dibuat untuk program pembangunan modal insan melibatkan tiga program teras iaitu pembangunan modal insan, program empower ECER, akademik, latihan dan kemahiran usahawan, entrepreneur ECER dan ECER Talent Enhancement Programme
(ETEP). Jadi dalam hal ini, kalau tidak ada sasaran, penetapan sasaran dibuat, bagaimana kita dapat membantu?
Kita dapati dalam pelan kemampanan agropolitan di kawasan Kelantan Selatan di mana ia membabitkan dua program. Satunya, Program Taman Pengeluaran dan Perusahaan Ayam Bersepadu Gua Musang, di mana telah dibelanjakan RM1.3 juta tak dapat diteruskan kerana laporan tidak mencapai keperluan minimum yang dinyatakan oleh pihak ECER. Jadi persoalan saya, apakah program gantian ataupun alternatif kerana ini membabitkan keselamatan makanan pada masa depan?
Begitu juga dengan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali yang telah pun dikenal pasti sebagai projek pembangunan dan naik taraf industri perikanan di Tok Bali. Jadi dalam hal ini, kalaulah kita tengok, dah diserahkan kepada LKIM pada 2017 tetapi hanya satu plot [Tidak jelas] diisi manakala 13 plot lagi tidak diisi. Jadi, apakah tindakan segera yang akan dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan dapat membantu rakyat Kelantan, khususnya melalui ECER ini?
Di bawah jaminan sumber air, kita juga melihat bahawa antara program ataupun antara kekangan yang dialami oleh Kelantan merupakan negeri yang rizab margin air terawat yang mencapai hanya 3.9 peratus, berbanding rizab kebangsaan 13.5 dengan liputan terendah 73.9 dan peratusan terendah LRA dengan kemudahan rawatan enap cemar iaitu 26.8 peratus. Dalam usaha ini, kita mengharapkan sekiranya telah– LKAN telah ada laporan daripada pihak LKAN ini supaya kerajaan mempertimbangkan bukan lagi memberikan pinjaman tetapi menukar kepada geran untuk memastikan rakyat Kelantan mendapat bekalan air terawat yang lebih baik.
Begitu juga dengan kita lihat di dalam laporan daripada jalur lebar ataupun program JENDELA, banyak kita lihat projek-projek yang ada sebagai contohnya purata kelajuan mudah alih di Kelantan adalah rendah iaitu 43.89 Mbps berbanding Putrajaya, 253.96. Jadi kalau tadi air, masalah perikanan, masalah ayam, ini masalah jalur lebar pun kita juga menghadapi benda yang sama. Jadi, saya mengharapkan agar laporan ini dapat membantu
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dalam menambah baik perkhidmatan kepada rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Kita ada satu, dua, tiga, empat, lima, enam orang pembahas lagi terpaksa diunjurkan ke esok kerana kuasa saya hanya sampai pukul 8.15 malam. Oleh yang demikian, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 10 Julai.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.12 malam]