Jul012024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Chow Yu Hui, Raub.

draft • 10:00 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Puan Speaker, soalan saya nombor satu.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha kementerian untuk mempercepatkan proses pengeksportan durian-durian segar ke negara China dan memberi satu jangka masa bila pengeksportan tersebut boleh bermula. Nyatakan kekangan atau masalah yang dihadapi oleh kementerian dalam proses ini dan apakah cara penyelesaian kementerian untuk mengatasi kekangan atau masalah tersebut.

draft • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian (DOA) sentiasa memastikan buah-buahan tempatan yang bernilai tinggi dapat dieksport ke pasaran luar negara. Usaha untuk mengeksport buah durian segar dari Malaysia ke China telah bermula sejak 3 Mac 2023 setelah akses pasaran buah nangka segar berjaya diperolehi daripada General Administration of Customs of the People Republic of China (GACC).

Dalam usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China, PKPM dan DOA telah mengambil inisiatif seperti berikut:

(i) mengadakan rundingan secara berterusan dengan GACC;

(ii) menandatangani kenyataan bersama antara KPKM dengan pihak GACC pada 6 Oktober 2023 untuk mengukuhkan komitmen supaya mempercepatkan akses pasaran produk pertanian termasuk buah durian segar ke China;

draft • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

(iii) menganjurkan lawatan awal oleh GACC ke ladang durian di Melaka pada 7 Oktober 2023;

(iv) menerima lawatan pasukan Analisis Risiko Perosak (Pest Risk Analysis) GACC ketiga ladang durian terpilih di Tapah, Perak serta Batu Pahat dan Tangkak serta tiga fasiliti pembungkusan terpilih di Raub dan Bentong, Pahang dan Batu Pahat, Johor 22 hingga 26 Januari 2024;

(v) menandatangani Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China antara KPKM dan GACC pada 19 Jun yang lalu semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Republik Rakyat China, Premier Li Qiang ke Malaysia bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia–China.

Dengan termaterainya protokol tersebut, telah membolehkan buah durian segar dieksport ke China. Susulan itu, KPKM melalui DOA sedang memuktamadkan format Sijil Fitosanitari bersama GACC serta mengemukakan senarai ladang dan fasiliti pembungkusan sedia ada yang telah mengeksport ke China kepada pihak GACC untuk kelulusan eksport durian segar dari GACC.

Hanya ladang dan fasiliti pembungkusan buah durian yang memohon dan berdaftar dengan DOA mematuhi piawaian MyGAP Amalan Pertanian Baik dan mendapat kelulusan daripada pihak GACC menerusi pematuhan kepada syarat- syarat yang ditetapkan dalam protokol dibenarkan mengeksport buah durian segar ke China.

KPKM menjangkakan proses kelulusan pendaftaran dengan GACC ini memerlukan tempoh dua hingga tiga bulan dan eksport buah durian segar dijangka bermula pada suku tahun ketiga tahun ini. Ada durian? Baik, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Raub.

draft • 10:00 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan. Terima kasih atas usaha Menteri atas isu durian segar dieksport ke China. Untuk selari dengan dasar eksport durian baru ini, saya pun difahami bahawa Menteri Pertanian menggalakkan pekebun menanam durian secara besar-besaran.

Soalan tambahan saya adalah, adakah Menteri sedar bahawa sekitar 2,000 orang pekebun durian di Raub, Pahang telah menanam Musang King selama beberapa dekad di kawasan seluas lebih daripada 5,000 ekar. Mereka jugalah pekebun yang paling awal menghasilkan durian Musang King Malaysia terkenal di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka tidak pernah mendapat kelulusan untuk pajak tanah daripada kerajaan, walaupun telah memohon sepanjang tahun ini.

draft • 10:00 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Sebaliknya, tanah tersebut dipajakkan kepada syarikat besar. Syarikat besar tersebut menetapkan syarat yang ketat kepada pekebun, termasuk membeli durian pada harga yang rendah daripada pasaran dan memonopoli semua durian pekebun.

Bagaimana Kerajaan Persekutuan dapat mempertahankan hak-hak pekebun dan melindungi pekebun-pekebun tersebut tidak ditindas oleh syarikat besar tersebut?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan Ahli Parlimen Raub. Memang sebagai kementerian yang bertanggungjawab pada sektor agromakanan, PKPM sentiasa membantu dan menyokong industri agromakanan mengikut lunas undang- undang. Hal tanah adalah di bawah kerajaan negeri.

[Tepuk] Jadi, sebarang masalah hal tanah ini kita harapkan berlaku perundingan antara mereka yang meneroka ataupun menanam itu dengan kerajaan negeri. Inilah yang kita mengharapkan sebab kita tahu yang terlibat menanam secara sah, 8,782 dan bilangan yang meneroka itu adalah 186 dan sekitar dua persen.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Walau bagaimanapun, mereka telah berusaha dan mengeluarkan hasil. Kita sebut tadi soal kelulusan tanah dan sebagainya di bawah kerajaan negeri. Tambahan pula, kalau sesuatu kes itu telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah telah membuat keputusan. Kita harap mereka yang terlibat itu, pihak-pihak di peringkat negeri terus membantu untuk mereka mendapat tanah yang disahkan oleh kerajaan negeri sama ada sewa, pajak ataupun apa cara sekalipun, mesti mengikut peraturan yang sedia ada di bawah kerajaan negeri. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih.

Saya ada dua soalan ringkas tentang isu ini. Pertama sekali, penyertaan Malaysia dalam Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) adalah peluang terbaik untuk Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara.

Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, sejauh mana kerajaan mengambil kesempatan dengan penyertaan dalam RCEP untuk mencari pasaran selain daripada China? Sebab saya tengok sekarang ini Thailand pun fokus China, Vietnam pun fokus China, Malaysia fokus China. Kalau ada apa-apa berlaku dengan hubungan dagang dengan China atau ada masalah, kita akan berdepan dengan lambakan durian.

Kedua, tentang peningkatan penggunaan racun serangga dalam ribuan hektar ladang-ladang ini memberikan kesan kepada alam sekitar dan sungai-sungai kita. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah mekanisme kerajaan bagi mengawal penggunaan racun serangga yang mendadak meningkat— meningkat

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

secara mendadak ini untuk memastikan alam sekitar kita dan sungai-sungai kita terjamin? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kenapa China? Sebab China makan durian.

draft • 10:10 AM

[Dewan tepuk]

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Negara-negara Arab belum makan durian lagi. Bahkan, mereka bau pun tak berapa boleh. Begitu juga Eropah. Kita memang ada orang- orang Eropah yang ada kedutaan di sini makan durian tapi secara umumnya, mereka belum mahu makan durian. China makan durian secara besar-besaran. Mereka ada ratusan juta rakyat yang mampu berbelanja. Sebab itu kalau nak dihantar ke negeri lain, ada pasaran tapi tidak seperti di negeri China. Durian ini amat digemari di negeri China.

Soal pest control dan sebagainya itu, itu dalam soalan yang lain. Walau bagaimanapun, kita akan berusaha memasarkan barangan kita di seluruh dunia, terutama mereka yang memerlukan. Kalau misalnya, Kubang Kerian soal ikan, ha itu boleh banyak tempat lagi yang perlu- diperlukan untuk kita hantar dan mereka memerlukan ikan.

Nanas masih banyak lagi yang mereka memohon dan kita tidak dapat lagi menyediakan yang secukupnya permintaan di peringkat antarabangsa. Tapi bagi durian ini memang China menjadi fokus. Bayangkanlah kalau 10 peratus rakyatnya makan durian. Barangkali banyak mana kita tanam di sini pun, belum lagi cukup untuk kita dagang dengan rakyat China. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ingatkan Menteri datang berdepan, Nombor dua mohon jawapan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Ekonomi menyatakan negeri-negeri seterusnya yang disasarkan oleh kerajaan untuk mencapai sifar miskin tegar serta pelan tindakannya.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kerajaan terus komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar tanpa mengira latar belakang dan wilayah atau negeri selaras dengan matlamat pembangunan inklusif supaya tiada yang tertinggal dan terpinggir dari arus pembangunan sosioekonomi.

Dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara, tumpuan ditumpukan kepada negeri-negeri dan wilayah yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang lebih tinggi, melebihi paras nasional iaitu di Sabah (1.2

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

peratus), Kelantan (0.8 peratus), Sarawak (0.4 peratus) dan Kedah (0.3 peratus).

Kerajaan memastikan penglibatan lebih ramai golongan sasar miskin tegar menyertai Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelan tindakan ini, keutamaan akan diberikan untuk memantapkan penyediaan infrastruktur, mengoptimumkan potensi ekonomi, menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial, mempertingkatkan pembangunan inklusif dan memperkukuhkan kerjasama antara agensi Persekutuan dan kerajaan negeri. Ini dilaksanakan untuk meningkatkan akses dan peluang pertumbuhan, yang seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan, keusahawanan dan taraf hidup.

Kerajaan turut memperuntukkan sejumlah besar dana bagi melaksanakan program menangani kemiskinan di bawah pelbagai kementerian dan agensi, antaranya meliputi program-program keusahawanan, modal insan, program peningkatan pendapatan lain untuk ketua isi rumah (KIR) miskin tegar.

Antaranya adalah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Kementerian Ekonomi, Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Usaha Kasih Madani di bawah unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Sebagai contoh, bagi negeri Kelantan, Program IPR telah memberi manfaat kepada 315 isi rumah miskin tegar, miskin dan B40 melalui Program Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan pendekatan basmi miskin tegar (BMT).

Terdapat peserta yang telah berjaya meraih hasil jualan bulanan berjumlah RM21,900 pada bulan Januari 2024, melibatkan mesin layan diri yang beroperasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang. Pelaksanaan Program IPR ini juga akan turut dikembangkan dengan pelaksanaan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di negeri Kelantan. Dalam perhubungan ini, kerjasama kerajaan negeri adalah dimohon untuk memberi pajakan tanah dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun bagi pelaksanaan program pertanian di bawah INTAN.

Tumpuan juga diberikan kepada ahli isi rumah (AIR) sebagai kaedah dalam membantu keluarga mereka keluar daripada belenggu kemiskinan serta mengurangkan masalah kemiskinan bergenerasi. Antaranya AIR diberikan latihan dalam kerja serta latihan kemahiran yang bersesuaian bagi memastikan kemahiran mereka menepati keperluan pasaran semasa.

Sebagai contoh, kerajaan melaksanakan Program Padanan Pekerja dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai usaha untuk memastikan golongan sasar miskin tegar mendapat pekerjaan, sekali gus keluar daripada kepompongan kemiskinan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Kerajaan turut menyalurkan bantuan tunai khas secara bulanan kepada isi rumah yang tidak berkemampuan untuk menjana pendapatan bagi memastikan mereka beredar dari miskin tegar seperti yang dilaksanakan di bawah Skim Bantuan Kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kesimpulannya, kerajaan akan terus melipatgandakan usaha untuk membantu golongan miskin tegar untuk beredar daripada kesukaran kemiskinan melalui pembangunan modal insan, pewujudan pelbagai peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan pengukuhan perlindungan sosial. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Mas.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup baik tetapi saya agak keliru dengan beberapa angka dan fakta yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri. Ini kerana kalau kita melihat kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada tahun lepas, menyatakan bahawa beberapa negeri sudah mencapai sifar miskin tegar. Dan juga beberapa negeri telah mengisytiharkan di negeri masing-masing, bahawa sudah tidak ada lagi miskin tegar. Terbaharu, di Pahang juga menyatakan sudah tidak ada lagi miskin tegar.

Tetapi saya merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh ICU JPM pada 15 Jun 2024 iaitu baru dalam dua minggu lepas bahawa miskin tegar di Malaysia pada hari ini masih lagi ramai dan ketua isi rumah miskin tegar hari ini ialah 40,861.

Bahkan, kalau kita lihat dalam data ini, di Pulau Pinang miskin tegar 2,470, Kelantan

(1,613). Ini salah satu contoh dan...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan?

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Itu— soalannya ialah kenapa data ini berbeza? Di JPM ini berbeza dengan data yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi? Adakah data ini tidak betul atau di Kementerian Ekonomi tidak betul atau dua-dua tidak betul?

Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah respons Kementerian Ekonomi terhadap dapatan utama ranjau sepanjang jalan oleh Tabung Kanak-kanak PBB pada Mei lepas yang menyatakan bahawa 95 peratus kanak-kanak daripada isi rumah B40 di Kuala Lumpur dilaporkan hidup masih dalam kemiskinan dan insiden kemiskinan ini dikatakan lebih teruk, berbanding dengan pada musim COVID-19 yang lepas. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang Berhormat. Waktu sekarang saya hanya mempunyai maklumat di bawah ICU JPM di hadapan saya dan saya akan rujuk kepada pihak DOSM, apakah dari segi perbezaan antaranya ia mungkin dari segi berfakta mengikuti kaitan dengan yang terlibat sekali untuk memberikan pengukuran. Untuk dari segi hal hidup dalam kemiskinan untuk kanak-

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

kanak, insya-Allah kita akan maklumkan kemudian untuk mengesahkan apakah keadaan yang sebenarnya dan bagaimana kita cuba untuk menyelesaikan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 10:20 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya, apakah mekanisme digunakan oleh kementerian untuk mendapatkan statistik sebenar Yang Berhormat, golongan miskin tegar ini di Malaysia? Bagaimana kementerian memastikan data dan angka ini tepat dan benar-benar mencerminkan situasi sebenar negara dan adakah golongan gelandangan juga dikategorikan sebagai miskin tegar dan apakah bentuk bantuan dan sokongan yang diberikan kepada golongan ini? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, waktu sekarang dari segi apa yang disukatkan oleh DOSM dan ICU adalah sebagai satu rangka. Seperti DOSM, dia melihatkan secara kesusahan dalam waktu yang besar. Jikalau dari segi ICU, mengikuti dari segi terperinci kepada daerah-daerah yang tersebut tetapi dari segi maklumat untuk keseluruhannya bukan– masa ini belum dapat serangkumi kepada semua yang diperlukan dan insya-Allah kita akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Saya jemput Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Soalan Bayan Baru nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan senarai 18 lokasi yang akan membina loji 'Waste to Energy' di seluruh negara, termasuk di Pulau Pinang.

draft • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam Malaysia Madani Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Selaras dengan nilai teras Malaysia Madani yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam, serta selaras dengan Pelan Tindakan dan Dasar Peralihan Tenaga 2030.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) sentiasa fokus dan komited untuk memperkasa sektor sisa pepejal negara melalui konsep from trash-to-cash serta from waste to energy, dengan izin. Melalui pelan transformasi ini, pengurusan sisa pepejal negara akan turut menyumbang kepada sasaran Malaysia untuk mencapai

draft • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

tenaga boleh baharu kapasiti terpasang sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2050 dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Mengikut kaji selidik JPSPN, pembangunan loji WTE dalam negara kita mampu menjana tenaga boleh baharu sebanyak 600 megawatt. Konsep WTE, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat telah digunakan dengan meluas di seluruh dunia kerana keberkesanannya untuk merawat sisa pepejal dan mengurangkan jumlah sisa pepejal yang perlu dilupuskan ke tapak pelupusan sehingga 85 peratus.

Teknologi WTE yang terkini berpotensi mengurangkan sehingga 100 peratus sisa pepejal ke tapak pelupusan. Konsep ini juga adalah selamat kerana loji WTE beroperasi pada suhu yang konsisten dan tinggi iaitu sekurang-kurangnya 850 degree Celsius dan dilengkapi dengan sistem rawatan flue gas yang telah terbukti mampu merawat gas-gas berbahaya daripada dilepaskan ke alam sekitar.

Tambahan pula, teknologi terkini tidak memerlukan keluasan tanah yang besar, tidak menghasilkan air larut resap, licin, bau busuk dan gas metana yang memberi impak negatif kepada kesihatan masyarakat dan alam sekitar. Sehubungan itu, konsep WTE adalah antara pilihan yang terbaik untuk persekitaran alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT akan mengenal pasti teknologi yang terbaik yang mampu bersaing di peringkat global serta lestari alam untuk digunakan dalam membangunkan projek loji WTE.

Antara teknologi yang boleh digunakan adalah incinerator, anaerobic digester, mechanical and biological treatment dan sebagainya selaras dengan konsep ekonomi kitaran bagi pengurusan sisa pepejal yang mampan. Justeru, KPKT melalui JPSPN telah merancang untuk membangunkan 18 buah loji WTE di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2040 bagi mencapai hasrat kerajaan tersebut. Pada waktu ini KPKT kekal komited untuk menjalankan kaji selidik dan akan melaksanakan kajian perbandingan dengan negara-negara maju lain yang telah mengguna pakai teknologi WTE yang terbukti berkesan.

Mengikut perancangan JPSPN, pembangunan loji WTE di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut. Negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta 672.

Untuk negeri Kedah, tapak yang telah dikenal pasti dalam perancangan adalah:

(i) Jabi, Alor Setar dan Padang China, Kulim;

(ii) Johor di Bukit Payung, Batu Pahat, Seelong, Kulai dan Sedili, Kota Tinggi;

(iii) Untuk negeri Pahang, Jabur, Jerangau, Kuantan dan Belengu, Temerloh;

(iv) Melaka, Sungai Udang; dan

(v) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rawang.

draft • 10:20 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Untuk negeri-negeri yang masih belum menerima pakai Akta 672.

(i) Selangor, Jeram, Kuala Selangor, Tanjung Dua Belas, Kuala Langat dan Rawang 2;

(ii) untuk negeri Pulau Pinang, Pulau Burung;

(iii) negeri Perak, Lahat, Ipoh, Taiping dan Manjung;

(iv) Terengganu, di Tertak Batu, Marang; dan

(v) Kelantan, di Chedok, Tanah Merah.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini pembinaan WTE yang tersebut di atas masih di peringkat perancangan dan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kemampuan, kedudukan fiskal kewangan kerajaan serta kemapanan model WTE yang ditawarkan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bayan Baru.

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri yang memberi keterangan yang begitu teliti dan baik. Saya rasa ini harus dipujilah kepada Menteri. Saya rasa dari segi WTE, dia ada dua aspek yang perlu diperhalusi. Nombor satu adalah the economics kerana kita tahu bahawa WTE loji-loji ini amat mahal sekali dan ia ada, kosnya amat tinggi berbanding dengan landfill. Kita tahu landfill ada pelbagai masalah. Jadi, dari segi tipping fee tersebut, WTE ini jauh lebih mahal bersama dengan landfill. Maka, orang pengumpul sampah, mereka reluctant untuk hantar ke WTE.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan?

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, soalan kedua adalah rakyat masih- masih ragu-ragu ya. Jadi, bagaimana kerajaan meyakinkan rakyat bahawa ini adalah satu sistem yang selamat diguna pakai demi kesejahteraan rakyat? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru yang bertanya soalan yang amat membina. Di mana pertama, berkaitan dengan model WTE. Ya, memang kosnya lebih tinggi tetapi daripada perbandingan kita dengan kelestarian alam. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, satu landfill tapak pelupusan sampah menerima pakai puluhan ribu ekar tanah dan kawasan sekitarnya lima sampai 10 kilometer tidak dapat dibangunkan kerana ada tapak pelupusan sampah berskala besar.

Oleh kerana itu, itu adalah satu imbangan antara kelestarian alam dan juga kemampanan modul kewangan. Dengan pemodenan teknologi WTE yang amat canggih sekarang hari ini, kita akan mengambil teknologi yang telah pun ada track record dan terbukti berkesan sebelum diterima pakai di bumi tanah air kita yang tercinta ini.

Oleh kerana itu, kita akan terus memberikan kesedaran kepada orang awam supaya orang awam dapat menyokong usaha murni kerajaan untuk menjaga

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

kelestarian alam dan memastikan tidak ada pencemaran akibat bau busuk atau pun leachate atau pun gas metana yang terlepas daripada landfill. Kos landfill sebenarnya pun mahal juga. Sekiranya kita nak tutup satu landfill, biasanya RM20 juta terpaksa diperuntukkan. Itu memang memakan sumber kerajaan yang besar.

Oleh kerana itu, KPKT akan terus mencari model yang terbaik supaya pelaksanaannya berkesan dan memberikan pulangan yang terbaik kepada negara.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuantan.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah terdapat kajian perbandingan dengan negara-negara yang memiliki kapasiti tinggi Waste to Energy serta pembangunan industri pengurusan sisa pepejal seperti negara Jepun, Jerman, Perancis dan mengambil kira risiko pengoperasian incinerator seperti masalah pelupusan sampah basah secara sempurna serta pengurangan pelepasan gas dan bahan kimia berbahaya atau cecair larut resap.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Adakah kementerian telah mengkaji keperluan untuk memperluas pusat pengkomposan berpusat dalam menggalakkan komuniti mengumpul sisa dapur sebelum dihantar ke pusat ini untuk dijadikan sebagai baja kompos ataupun mengumpul sisa makanan dari peniaga restoran diedarkan kepada kebun komuniti?

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan. Ada dua soalan. Pertama, KPKT memang sentiasa menjalankan kaji selidik yang komprehensif untuk berbanding dengan negara-negara lain. Untuk makluman semua, WTE telah pun mula diguna pakai di dunia ini sejak tahun 1980-an.

Berbanding dengan negara jiran kita, pulau, negara Singapura sahaja mempunyai lima WTE. Vietnam, China, Eropah memang WTE telah pun terbukti berkesan untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui.

Maka, Malaysia, walaupun kita bermula lebih lambat tetapi, dengan izin, this maybe a blessing in disguise kerana kita boleh belajar kesilapan masa silam oleh negara-negara lain. Kita akan menerima pakai modul teknologi yang terkini selaras dengan prinsip KPKT, ‘Zero waste, zero toxic, zero landfill’. Itu adalah dasar kerajaan.

Kedua, tentang kadar kitar semula serta pusat pemusatan sisa pepejal.

Memang untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT tahun ini akan mewujudkan 100 drive-through recycling centre, di mana mana-mana pengguna boleh kutip surat khabar ataupun the used cooking oil― masuk shopping mall, turun, hantar― terus dibayar cash. Selaras dengan prinsip kita, ‘From cash to trash’. Model ini telah pun terbukti berkesan di negeri Kedah, di mana kita sudah buat dekat Alor Setar dan kita

draft • 10:30 AM

Tuan Nga Kor Ming

akan terus perluaskan supaya semua pusat bandar, khususnya pusat membeli belah, akan mempunyai drive-through recycling centre. Usaha Yang Berhormat membantu kita memberikan kesedaran kepada public, kepada orang ramai memang dialu-alukan untuk meningkatkan kadar kitar semula negara dari 33 peratus menjadi 40 peratus menjelang tahun 2025. Segala usaha murni untuk menjaga bumi bertuah kita ini sentiasa kami dukung dan sokong bersama demi pertiwi yang dicintai. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Kemaman.

draft • 10:30 AM

4. Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar [Kemaman] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan sejauh mana Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 berjaya melaksanakan empat misi yang ditetapkan sejak ia dilancarkan hampir setahun yang lalu (Julai 2023) iaitu dalam memajukan ekonomi, meningkatkan produktiviti, menangani perubahan iklim serta menjamin keselamatan rantaian bekalan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kemaman.

Sejak dilancar pada 1 September 2023, MITI telah menyelaras pelaksanaan pelan-pelan tindakan seperti yang digariskan di bawah New Industrial Master Plan atau Pelan Perindustrian Baharu 2030. Bagi tahun 2024, MITI telah mengenal pasti 10 pelan tindakan sebagai aktiviti utama yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun merangkumi Misi 1 hingga Misi 4 di bawah NIMP 2030.

Bagi Misi 1 iaitu untuk memajukan kompleksiti ekonomi, Strategi Semikonduktor Nasional telah dilancar pada Mei 2024 dalam usaha untuk membangunkan keseluruhan ekosistem industri semikonduktor dan elektronik serta menyokong pelan tindakan untuk mewujudkan pemain utama tempatan dalam IC design atau reka bentuk integrated circuit selain menarik pelabur luar untuk membangunkan wafer fabrication di Malaysia. Di samping itu, Chemical Industry Roadmap juga telah dilancar pada Ogos 2023 untuk menyokong pembangunan subsektor bahan kimia khusus di dalam industri pembuatan.

Di bawah Misi ke-2 NIMP 2023, program readiness assessment di bawah Dasar Industry4WRD sedang ditambah baik dalam usaha untuk mencapai sasaran pewujudan 3,000 kilang pintar menjelang tahun 2030. Pada masa ini, MITI sedang memuktamadkan program Tech Up bersama-sama SIRIM, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan institusi kewangan bagi melaksanakan pelan tindakan tersebut.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Bagi Misi ke-3 NIMP 2030 iaitu untuk mencapai net zero, empat program ataupun usaha telah dilakukan. Pertama, rangka kerja IESG atau IESG’s Framework untuk pemain industri telah dilancar pada Oktober 2023 dan program peralihan atau just transition sedang dilaksanakan bagi membantu industri menyediakan sekurang- kurangnya laporan kelestarian (sustainability reporting) dalam tempoh just transition tersebut sebagai langkah ke arah meningkatkan daya saing dengan mematuhi atau memenuhi aspek ESG.

Di samping itu, usaha kedua ialah pelan tindakan untuk membangunkan laluan penyahkarbon di peringkat sectorial. Satu kajian berhubung perkara tersebut telah dilaksanakan oleh MITI dan disasarkan selesai pada November 2024.

Usaha ketiga ialah carbon capture, utilization and storage dan ini akan dibangunkan bersama dengan Kementerian Ekonomi.

Keempat ialah untuk sektor pembuatan untuk menyokong peralihan proses pembuatan yang lebih mampan dengan menggalakkan penggunaan sumber yang optimum, kerangka dasar dijangka dilancarkan kepada suku ketiga 2024.

Bagi menyokong pelan tindakan Misi 4 iaitu menjamin sekuriti ekonomi dan keterangkuman, MITI sedang dalam fasa akhir memuktamadkan pemetaan rantaian bekalan (supply chain mapping) bagi enam sektor utama iaitu farmaseutikal, peranti perubatan, elektrikal dan elektronik, automotif, pemprosesan makanan dan peralatan perlindungan diri (PPE) dalam usaha untuk mewujudkan rantaian bekalan yang mampan dan berdaya tahan.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kemaman.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya percaya kejayaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 ini adalah amat penting kepada semua stakeholders, kepada rakyat negeri-negeri yang ada dalam negara kita ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

Soalan tambahan saya. Sebentar tadi yang Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang carbon capture, utilization and storage (CCUS) yang merupakan salah satu potensi yang besar yang perlu untuk direncanakan dengan penuh teliti untuk memajukan industri ini. Negeri Terengganu adalah merupakan salah sebuah yang paling strategik untuk menjadi pelopor bagi industri CCUS ini di kompleks petroleum yang sedia ada di negeri Terengganu.

Soalan saya adalah, saya ingin mengetahui apakah status rangka kerja peraturan dan undang-undang berkaitan CCUS yang sebelum ini pernah

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman

dibincangkan dan bagaimana pula Terengganu boleh memainkan peranan dalam pembangunan industri ini. Termasuklah untuk memperkasakan sektor perusahaan mikro, kredit dan sederhana (PMKS) supaya mereka juga turut beroleh manfaat ekonomi dalam membekalkan kandungan tempatan, menyokong rantaian nilai dan eksport. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Akta CCUS ataupun pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon, akta ini akan digubal oleh Kementerian Ekonomi dan dijangka dibentang dalam Parlimen pada penghujung tahun ini. MITI terlibat dalam kumpulan kerja (working group) untuk memastikan pembangunan industri dan pelaburan dan juga teknologi.

Point kedua ialah PETRONAS di Kerteh memang telah dilantik oleh MITI sebagai salah satu mission-based champion dalam sektor CCUS dan ini juga telah juga dilakukan dan akan membawa manfaat kepada Terengganu dan juga seluruh negara.

Point ketiga ialah, saya rasa memang Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri boleh memastikan dari segi tanah, dari segi pelesenan...

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

…Dan dari segi infrastruktur boleh disediakan supaya kita dapat memastikan apabila akta telah diterima oleh Parlimen, kita boleh laksanakan projek-projek CCUS di Terengganu secepat mungkin. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semporna.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang dasar dan enforcement of it, dari segi you have policy but how far can you enforce the policy yang ada? Sama ada pihak kerajaan cukup jelas dari segi pelaburan, bukan hanya duit yang kita alu-alukan, bukan hanya produktiviti, bukan hanya selected industry yang ada, tapi juga dari segi dasar yang jelas, transfer technology yang ada. Kadang itu, kita melihat bila ada pelaburan RM3 bilion, tapi dia bawa pekerja dia 1,000.

Sebahagian kecil sahaja daripada pekerja, rakyat kita yang mungkin cuma ada clerical work ataupun lower grade kind of management. Kita nakkan supaya how far yang ada– ini pengalaman saya di Sabah kerana saya dapati pelaburan datang but unfortunately, bukan hanya jumlahnya pelabur itu membawa pekerja dia, sehingga makanan dia pun dia bawa.

Contoh pelancongan di Semporna, bila ada bas pun guna transaction Alipay yang ada, there is no effort to ensure that esok nanti the demand for currency is not there. Itu yang ringgit tak– because it is basically about demand and supply. Saya

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

bertanya, sama ada dasar yang jelas dan sama ada dasar itu dilaksanakan or it is enforceable or not? Terima kasih banyak.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Semporna. Saya sangat setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa FDI yang masuk ke dalam negara kita mesti menjana manfaat kepada industri dan business di Malaysia dan juga pekerja di Malaysia supaya ekonomi kita boleh dapat naik ke tahap lebih tinggi.

Dalam NIMP 2030, National Investment Aspiration (NIA) yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu dimasukkan dalam NIMP bersama dengan 12 indicators supaya kita bukan lagi hanya tumpu terhadap angka, berapa banyak pelaburan masuk tetapi juga indicator-indicator termasuk localization, termasuk transfer of technology, termasuk keterjaminan supply chain atau rantaian bekalan.

Ini adalah indicators yang baru dan saya harap seluruh Parlimen dan juga media kita selepas ini lebih tumpu bukan sahaja angka pelaburan berapa banyak masuk tetapi terhadap apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Semporna dan juga indicator-indicator yang telah diterangkumi dalam NIMP 2030. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun, Port Dickson.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Datuk Yang di-Pertua, soalan nombor 5. Port Dickson nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status terkini mengenai projek lebuh raya bertingkat dari Tol Senawang PLUS ke susur keluar Lebuhraya Lekas kerana sehingga kini masih tidak nampak pelaksanaan kerja-kerja projek tersebut. Mohon penjelasan status kemajuan terkini.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson yang bertanyakan soalan ini. Cadangan jajaran Lebuhraya PSL iaitu Paroi-Senawang Link bermula daripada persimpangan bertingkat Senawang dan dirancang dibina secara bertingkat di atas jalan persekutuan sehingga ke sebelum persimpangan bertingkat Jalan Seremban-Kuala Pilah. Cadangan Lebuhraya PSL dengan penyediaan laluan dua lorong, dua hala akan dapat menyediakan rangkaian laluan alternatif dan menghubungkan antara Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya LEKAS.

Cadangan PSL ini juga akan membantu mengurangkan kesesakan dengan mengasingkan trafik setempat di jalan persekutuan melalui pembahagian trafik yang berkesan. Sebagai perbandingan, sekiranya pengguna menggunakan jalan sedia ada, perjalanan sejauh 6.6 kilometer lazimnya akan mengambil masa sekitar 30 minit

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

atas faktor laluan yang perlu menempuhi sepuluh buah persimpangan yang dikawal dengan lampu isyarat.

Sekiranya cadangan PSL ini dilaksanakan, pengguna akan dapat menikmati kemudahan laluan yang lebih selesa, selain memendekkan tempoh perjalanan daripada 30 minit kepada enam minit sahaja dengan laluan baru bertingkat di atas jalan sedia ada.

Untuk makluman, cadangan PSL ini telah mendapat kelulusan prinsip daripada kerajaan pada September 2022 dan telah melalui proses makmal kejuruteraan nilai (value engineering) pada Mac 2023 dengan anggaran kos sekitar RM969 juta. Berikutan perubahan reka bentuk lebuh raya yang lebih baik daripada cadangan asal, terdapat peningkatan kos sebagaimana yang saya sebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan sedang meneliti kaedah terbaik bagi mendapatkan pembiayaan kos pembangunan dan pelaksanaan projek lebuh raya ini termasuklah request for proposal (RFP) atau kaedah pembiayaan perkongsian

(public private partnership, PPP) atau pembiayaan sepenuhnya oleh pihak swasta secara build, operate, transfer (BOT). Projek PSL ini sekarang di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta, JPM. Sekiranya pelaksanaan projek ini tidak viable secara penswastaan, kaedah biasa projek jalan persekutuan akan digunakan dengan memohon peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 atau Ke-13. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Port Dickson.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat. Rakyat Negeri Sembilan khususnya yang telah menunggu jalan raya bertingkat ini sejak sekian lama untuk mengatasi kesesakan lalu lintas sepanjang laluan ini. Jadi, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan tempoh ataupun bilakah projek jalan raya bertingkat ini dijangka dimulakan?

Termasuklah projek Lebuhraya Seremban-Serting atau lebih dikenali Lebuhraya Madani yang kerana sehingga kini masih tiada pelaksanaannya. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan status kemajuan terkini Lebuhraya Madani juga. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Port Dickson. Sebelum ini, cadangannya, PSL ini cadangannya separuh bertingkat dan separuh tidak bertingkat. Bererti dia tidak seamless, bertingkat lepas itu turun, lepas itu naik balik bertingkat, lepas itu turun tetapi apabila kita melalui, proses value engineering (VE), cadangannya diubah kepada sepenuhnya bertingkat. Ini juga bertujuan untuk mengurangkan impak sosial kepada masyarakat yang di kiri dan kanan cadangan lebuh raya itu penuh dengan taman- taman perumahan. Jika Taman Perumahan A ingin pergi ke Taman Perumahan B,

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

kemungkinan di sebelahnya ada masjid, ada surau, akan ada terganggu jika kita membuat cadangan asal.

Oleh itu, cadangannya ialah supaya semuanya bertingkat dan kosnya itu meningkat jadi RM969 juta. Saya ingin memaklumkan kepada Ahi Yang Berhormat bahawa UKAS sudah membuat keputusan dan antara cadangan yang utama ialah request for proposal (RFP), kemudian diangkat ke Kabinet. Jawatankuasa diwujudkan dengan dokumen untuk RFP itu. Selain daripada itu, Yang Berhormat sebut tadi mengenai Lebuhraya Madani. Ia adalah untuk menyambung Jalan Bukit Putus sampailah ke Serting atau Keratong, seterusnya ke tempat yang lain.

Tetapi, cadangan yang ada di tangan saya sekarang ini ialah bagaimana kita ingin menyelesaikan kawasan yang cukup jammed. Sebahagian daripada kita selalu menggunakan jalan ini Ulu Bendul, Terachi, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Di situ ada banyak jualan, macam-macam di tepi-tepi jalan, jalannya amat jammed.

Maka, cadangan yang diangkat oleh kerajaan pada saat ketika ini adalah supaya kita menyelesaikan satu seksyen daripada Tanjung Ipoh ke Kampung Getam Tengah, 10.6 kilometer dengan kos RM839 juta. Ini kita telah pohon dalam RP5 ya supaya daripada Tanjung Ipoh ke Kuala Pilah itu tidaklah terlalu jammed apabila kita ada satu jalan alternatif.

Mengenai Lebuhraya Madani itu, kerajaan sedang meneliti. Siapa-siapa yang ingin membuat cadangan ini dia perlu melalui Bahagian Pengurusan Jalan,JKR, kemudian kena melalui Lembaga Lebuh Raya, barulah boleh lepas apabila tiba ke Kabinet. Terima kasih

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan tambahan saya untuk nombor lima. Dialog Pemandu.

Timbalan Menteri, Dialog Pemandu. Di mana-mana sahaja ada jammed. Itu keluhan pengguna lebuh raya antara Juru dan Sungai Dua.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Soalan saya, adakah kementerian bercadang menyegerakan lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua bagi menyelesaikan isu ini dan apakah status terkini pelaksanaan sistem kutipan tol secara aliran bebas pelbagai lorong (MLFF). Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Kulim-Bandar Baharu. Dalam satu pertemuan saya dan Ketua Menteri, kita telah membuat satu pengumuman dan komitmen bahawa JSD, istilah kami gunakan Juru-Sungai Dua, sebahagian daripada kita melalui jalan itu amat-amatlah sesak. Kita faham. Bukan hanya ditimbulkan di sini tapi sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri. PLUS

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

sudah mengangkat satu cadangan kepada JPM dan supaya apa yang ingin kita lakukan ini adalah satu lebuh raya bertingkat di atas lebuh raya yang sedia antara Juru-Sungai Dua. Kosnya hampir RM1.8 bilion. Ia sedang diteliti oleh UKAS sebelum diangkat ke Kabinet.

Mengenai MLFF, kita memberi masa sehingga bulan Disember kepada pihak yang membuat cadangan. Bulan Disember ini. Pada ketika yang sama kita juga telah membuat satu pengumuman supaya diadakan RFP sebagai plan B supaya MLFF itu boleh dikurangkan kosnya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.

draft • 10:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya mulakan dengan pantun.

Selamat hadapi musibah kerana khianat, Durjananya enam jahanam, Kafarah dihadapi kerana menidakkan amanat, Soalan saya nombor enam.

draft • 10:50 AM

6. Datuk Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah kemalangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

(KKP) yang telah direkodkan dan apakah pendekatan terkini yang diambil dalam meningkatkan kesedaran berkaitan KKP dalam kalangan majikan termasuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Pertamanya saya ingin mengalu-alukan kehadiran perwakilan dari Parlimen Tawau. Salam daripada Parlimen Tawau.

[Tepuk] Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah merekodkan sejumlah 34,216 kes kecederaan dengan kadar kecederaan pekerjaan negara bagi Malaysia pada tahun 2022 adalah 2.22 per seribu pekerja iaitu yang terendah jika dibandingkan dengan beberapa negara yang lain seperti Jepun, United Kingdom dan Australia.

KESUMA melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sentiasa mengambil tindakan proaktif bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini dapat dipertingkatkan. Pelbagai inisiatif telah dibangunkan dan akan terus dilaksanakan seiring dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 yang telah mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2024.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Antara program yang telah dan sedang dilaksanakan berkaitan PKS adalah,

(a) program OSH-Compliance Support. Program ini telah bermula sejak tahun 2009 lagi bagi meningkatkan tahap KKP di sektor PKS. Pelaksanaan program pengurusan KKP yang bersistematik iaitu verifikasi dan peningkatan aras KKP secara berperingkat untuk perusahaan kecil dan sederhana iaitu Stepwise OSH Level Verification & Enhancement for Small and Medium Enterprise (SOLVE4SME) untuk meningkatkan tahap pengurusan KKP di PKS.

Satu program SOLVE4SME ini telah mensasarkan penyertaan sebanyak 1,000 tempat kerja PKS dalam tempoh lim tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2025.

Sehingga Mei 2024, sebanyak 1,167 tempat kerja PKS seluruh Malaysia telah menyertai program ini yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada 70,824 orang pekerja di PKS.

Secara keseluruhan, pencapaian program SOLVE4SME ini berbanding objektif yang ditetapkan boleh dirumuskan iaitu satu objektif berkaitan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 tempat kerja PKS dalam program ini telah dicapai iaitu sehingga Mei 2024, jumlah PKS yang menyertai SOLVE4SME adalah 1,167. Objektif berkaitan peratus pencapaian tahap program pengurusan KKP yang memuaskan gred C dan ke atas, sekurang-kurangnya 75 peratus juga tercapai. Pencapaian tahap pengurusan KKP PKS yang menyertai program adalah 83.79 peratus.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 melalui seksyen 29A juga telah menetapkan keperluan untuk melantik penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH Coordinator) bagi semua tempat kerja yang punyai bilangan pekerja seramai lima orang atau lebih bagi membantu dan menasihati majikan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pelantikan OSH Coordinator yang mempunyai pengetahuan berkenaan KKP dijangka dapat meningkatkan pematuhan perundangan oleh pihak majikan dan seterusnya mencegah berlakunya kemalangan dan penyakit pekerjaan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 10:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan soalan yang begitu panjang dan agak baik. Saya menyambut baik usaha-usaha yang telah dilakukan. Tapi walau bagaimanapun, masih ada lagi kelompongan dari segi pemantauan. Mungkin kita sedar tak cukup kakitangan dan sebagainya.

Kita tengok baru-baru ini berkenaan dengan yang dilaporkan seorang pemandu daripada syarikat travel agency yang membawa pelancong tidak ada lesen. Ini juga KKP perlu memberi perhatian untuk kita link dengan travel agency ataupun syarikat-syarikat pelancongan ini supaya mereka mematuhi SOP KKP.

draft • 10:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi dalam hal pematuhan dan peraturan dan syarat KKP ini, saya rasa aspek pematuhan juga perlu dikaitkan, digiatkan dan ditingkatkan bagi memastikan pihak majikan sentiasa mengutamakan KKP. Soalnya kita tengok kekuatan kakitangan yang ada sekarang ini mungkin tidak mencukupi. Itu mungkin boleh difikirkan bagaimana untuk kita nak atasi perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dan sekuriti negara ini.

Adakah tugas pemantauan dan pemeriksaan boleh diberikan kepada syarikat konsultan luar yang bertauliah ataupun pemeriksa swasta sebagai usaha ke arah penswastaan? Adakah pihak kementerian ada mempertimbangkan dasar sedemikian untuk melancarkan proses pemantauan dan juga pemeriksaan kerana kita selalu dijawab dengan tidak cukup kakitangan.

Jadi, ini adalah satu cadangan atau kaedah untuk kita mengatasi bagaimana kita tidak meremehkan soal keselamatan dan juga sekuriti negara yang boleh mencemarkan imej negara seperti mana yang berlaku di Genting Highlands baru- baru ini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Setakat Mei 2024 kita mempunyai kakitangan seramai 1,231 dan daripada 1,352 iaitu bersamaan kita mempunyai 91 peratus pegawai teknikal di agensi ini.

Walau bagaimanapun sebagaimana Yang Berhormat nyatakan sebentar tadi dan Yang Berhormat pun memang mengetahui hal ini, Yang Berhormat bekas Timbalan Menteri KESUMA juga, sudah pasti perkara ini yang dibangkitkan berkenaan dengan aktiviti termasuk pemeriksaan jentera, penguasaan siasatan kemalangan dan pekerjaan-pekerjaan di dalam tindakan undang-undang.

Oleh itu, jadi kita fungsi pemeriksaan jentera perakuan sahaja dibenarkan oleh kita pihak swasta. Kita bercadang sebenarnya perakuan ini melalui kaedah penyumberan luaran (outsourcing) dan pelaksanaan menurut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) di bawah seksyen 7A dan akan dilakukan oleh orang yang berlesen (OBL). Perkara ini dalam tindakan KESUMA Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Pengambilan tugas pemeriksaan jentera berperakuan loji yang mengehendaki perakuan berkelayakan yang dilaksanakan oleh JKP pada orang berlesen sahaja. Contohnya, Yang Berhormat Yang di-Pertua scaffolding—sorry ini yang berjentera. Maknanya maksud saya seperti lif, eskalator dan sky lift dan sebagainya. Itu maksud saya.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Pengambilalihan ini juga merangkumi aspek pengurusan yang berkaitan pendaftaran dan pemeriksaan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih pada Timbalan Speaker. Kalau kita lihat tentang keselamatan dan juga kesihatan pekerja Malaysia. Kadang-kadang kalau kita lihat dari segi, saya selalu menggunakan lebuh raya. Kita dapat melihat kenderaan berat yang terbabas, yang terbalik dan sebagainya. Jadi persoalan saya, baru-baru ini pada Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112, Menteri telah pun menghantar instrumen ratifikasi berkaitan Konvensyen 155, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1981.

Apakah kesan yang bakal diterima hasil daripada ratifikasi konvensyen berkenaan terhadap landskap keselamatan dan juga kesihatan pekerja Malaysia.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan yang pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, saya tidak pasti sama ada yang dimaksudkan itu kerana jentera berat tidak boleh berada di atas jalan raya. Maknanya kalau yang boleh hanya beroda, bukan berantai. Kalau berlaku kemalangan, itu di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan. Ini saya punya, daripada andaian saya yang bertanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Tetapi walau bagaimanapun dalam soalan yang kedua, statistik rasmi pekerja negara yang melibatkan daripada 15,391,700 pekerja di Malaysia hanya seramai 317 orang pekerja sahaja yang terlibat dengan kemalangan maut. Sebab itu, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Pendang sebentar tadi banyak berkait kepada yang meliputi kemalangan seperti yang dibangkitkan oleh Pendang dan itulah sebenarnya yang kita sedang rangkakan, yang mana kadar ini sangat rendah lagi sebenarnya. Daripada 100,000 hanya dua orang sahaja yang berlaku kemalangan. Itu statistik dan kita adalah...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan. Ringkaskan jawapan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

...dan kita adalah─ sebenarnya nak turun dah. Kita sebenarnya hanya note terletak, yang terbaik di dalam Asia dan kita nombor yang kedua terbaik dalam Asia dari segi keselamatan.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

7. Dato’ Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein [Sembrong] minta Menteri Ekonomi menyatakan sejauh manakah kadar inflasi Malaysia suku tahun pertama 2024. 1.8 peratus mencerminkan realiti ekonomi dan peningkatan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh majoriti rakyat dan pengguna.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Pada suku pertama 2024 kadar inflasi telah mencatatkan peningkatan dengan kadar yang sederhana iaitu sebanyak 1.7 peratus. Memandangkan kadar inflasi pada suku keempat 2023 adalah 1.6 peratus, kadar inflasi negara kekal di bawah paras 2.0 peratus bagi tempoh dua sukuan berturut-turut. Ini bermakna peningkatan kadar harga barangan dan perkhidmatan adalah menyederhana.

Secara amnya, kadar inflasi di paras dua hingga tiga peratus dapat menjamin keseimbangan terhadap ekonomi sesebuah negara. Kerajaan sedar rakyat terkesan akibat kenaikan harga barangan keperluan.

Antara faktor utama yang menjadi penyumbang kepada peningkatan harga barangan adalah peningkatan kos pengeluaran yang disebabkan oleh kenaikan kos operasi, ketidaktentuan bekalan akibat isu geopolitik dan kadar pertukaran mata wang asing yang melibatkan pelbagai kementerian antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Ekonomi.

Kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan keperluan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dapat dipenuhi. Pelbagai program dan inisiatif telah dikenal pasti dan mula dilaksanakan terutamanya melibatkan program jangka panjang.

Antaranya dengan pertama, meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat Malaysia menerusi pelbagai program pertanian oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 dengan kos sebanyak RM400 juta bagi pelaksanaan aktiviti, pemantapan, rantaian makanan dan pengukuhan pemasaran agromakanan.

Program Pemerkasaan Industri Akuakultur dengan kos sebanyak RM30 juta yang antaranya menyasarkan peningkatan pengeluaran akuakultur sehingga 630,000 tan metrik menjelang 2025, dan dana teknologi dan automasi di rantaian nilai agromakanan dengan kos sebanyak RM50 juta. Bertujuan membantu usahawan pertanian untuk memperoleh peralatan dan perkhidmatan berteraskan automasi dan teknologi 4IR, bioteknologi dan teknologi hijau.

Kedua, membangunkan indikator kos sara hidup oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.

Indikator ini bertujuan untuk membantu kerajaan dalam merangka pelaksanaan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

program lebih tepat dan berkesan serta membincangkan secara terperinci khususnya isu harga dan ketersediaan bekalan dalam negara.

Ketiga, melaksanakan kajian penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertujuan untuk mengenal pasti isu semasa, di samping mengesyorkan tindakan susulan bagi menstabilkan harga barangan di Wilayah Borneo. Kajian ini dijangka akan dibentangkan pada bulan Ogos 2024.

Keempat, meningkatkan pemantauan dan menguatkuasakan bagi memastikan harga yang berpatutan dan mengelakkan aktiviti mengaut keuntungan secara berlebihan. Sebagai contoh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melaksanakan pra Operasi Kesan dengan mengutip maklumat berkenaan harga barangan dan perkhidmatan bermula 2 Mei 2024.

Ini bertujuan membuat perbandingan harga barang sekali gus menyekat pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan penyesaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sembrong.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong

Terima kasih Yang Berhormat. Kebelakangan ini banyak telah pun diperkatakan berhubung kait dengan usaha kerajaan melaksanakan penyesaran subsidi dan rasionalisasi subsidi dan jelas dan khusus kepada subsidi diesel dan kemungkinan RON95. Kita tunggu dan lihat sama ada apa yang telah pun diumumkan akan membawa impak dan kesan kepada inflasi negara dan juga kos sara hidup orang ramai.

Saya dalam soalan tambahan ini tidak mahu melihat kepada langkah-langkah yang saya anggap bagus senarai-senarai yang telah pun disenaraikan oleh Yang Berhormat tadi, langkah-langkah pendek dan sederhana. Tetapi untuk menyentuh perkara yang mungkin melibatkan tindakan-tindakan yang lebih proaktif untuk jangka masa yang lebih panjang.

Semua tahu bahawa tidak...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan, terus kepada soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong

Ya, ini soalannya sekarang. Semua tahu bahawa ketidaktentuan geopolitik dunia, krisis sama ada di Ukraine atau di Timur Tengah berhubung kait dengan Palestin, ada kemungkinan ia akan menyebabkan harga minyak mentah global meningkat. Saya harap bahawa senarai Yang Berhormat tadi dapat dilaksanakan secara serius sampai ke akar umbi untuk keperluan domestik.

Tetapi, perkara yang mungkin out of our control harga minyak global due to geopolitics yang menular sekarang, ia mungkin akan membawa kesan kepada inflasi

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong

dan juga beban kepada kos sara hidup rakyat pada masa yang akan datang. Saya harap pihak kerajaan akan ambil maklum.

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang Berhormat. Memberikan maklumat tentang kesan geopolitik...

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

...kita untuk melindungi ekonomi, pendekatan yang diambil oleh kerajaan adalah untuk melonjakkan industri yang mempunyai tubuhan dan nilai yang tinggi, HGHV antaranya industri berasaskan peralihan tenaga, industri berasaskan teknologi dan digital, industri E&E yang bernilai tinggi, industri nadir bumi serta industri pertanian dan industri asas tani.

Kita ingin menggalakkan industri membangunkan produk dan perkhidmatan kompleks serta mewujudkan pekerjaan kemahiran dan berpendapatan tinggi.

Sementara itu bagi memastikan rakyat tidak terbeban, kerajaan telah melaksanakan beberapa strategi antaranya melibatkan pengenalan harga diesel pada kadar RM2.15 pada 23 jenis kenderaan logistik dan juga untuk kenderaan logistik antaranya lori kargo am, lori luton kotak, lori tangki air, window van dan panel van melalui sistem kawalan diesel bersubsidi.

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Pengangkutan awam darat lain termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba pada harga RM1.88 seliter, manakala diesel bersubsidi untuk nelayan juga kekal pada harga RM1.65 seliter. Jikalaunya minyak naik secara mendadak, kerajaan melalui Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Ekonomi akan membuat penelitian semula mengikut keperluan semasa. Terima kasih dari segi maklumat tambahan dan nasihat Yang Berhormat.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Maran.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semenjak penyasaran harga subsidi diesel dan harga diesel dinaikkan, semua antara kita dalam negara ini menghadapi tekanan hidup yang cukup tinggi, terutama orang miskin. Juga tidak kurang orang yang maha kaya kerana kerajaan jangan lupa, orang yang maha kaya juga memberikan sumbangan kepada negara melalui ekonomi dan juga pekerjaan yang diberikan oleh mereka.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Buletin suku pertama 2024 Bank Negara Malaysia mengunjurkan bahawa inflasi keseluruhan bagi tahun 2024 dijangka naik sekitar dua hingga 3.5 peratus. Jadi saya ingin bertanya, apakah kerajaan akan juga melakukan penyasaran subsidi dan menaikkan harga RON95?

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Apakah jangkaan faedah kepada negara yang difikirkan oleh kerajaan? Apakah pula kesan negatif yang akan diterima oleh rakyat, termasuklah kesan peningkatan inflasi di negara kita? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, Yang Berhormat, itu adalah satu soalan cepu yang saya tak dapat jawab kerana ia adalah sesuatu yang perlu berbincang antara Kabinet. Saya harap bahawa apakah yang dari segi impact yang akan laksana, jikalau dilaksanakan adalah sepaling minimalnya demi kepentingan rakyat. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.

draft • 11:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan Kuala Kedah nombor 8.

draft • 11:10 AM

8. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bentuk kemudahan yang dinikmati oleh nelayan kecil bertujuan meningkatkan pendapatan melepasi purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) 2022.

draft • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kedah yang bertanya soalan. Dalam memastikan nelayan kecil dapat meningkatkan pendapatan melepasi purata pendapatan garis kemiskinan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian Malaysia, LKIM telah menyediakan beberapa kemudahan untuk meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi golongan nelayan. Antaranya seperti berikut.

Pertama, RM5.13 juta telah disalurkan kepada Pejabat Perikanan Negeri untuk pembangunan keusahawanan perikanan kumpulan sasar di seluruh negara melalui Program myKomuniti Perikanan dan myAgroPreneur Perikanan. Seramai 1,114 orang nelayan dari seluruh Malaysia menerima manfaat di bawah inisiatif ini bagi projek pemprosesan produk perikanan, pusat pengumpulan dan pemasaran agropelancongan serta akuakultur.

Ada lagi satu Yang Berhormat sekarang ini, SejaTi MADANI. So, komuniti nelayan boleh cuba untuk memohon bantuan daripada SejaTi MADANI ini. Ini di bawah ICU dan peruntukannya antara RM50 hingga RM100,000. So, kalau ada tempat-tempat di perkampungan nelayan ada Komuniti MADANI, boleh cuba untuk memohon di bawah ICU ini kerana peruntukannya agak tinggi.

Kedua, menyediakan Geran Agropreneur Muda bagi meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksimum RM20,000 untuk setiap individu yang layak. Secara

draft • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

keseluruhan sehingga Mei 2024, seramai 302 peserta telah menerima Geran Agropreneur Muda di seluruh Malaysia dengan nilai sebanyak RM6.4 juta.

Ketiga, menyediakan kemudahan dan infrastruktur nelayan seperti Pasar Nelayan bertujuan untuk berbagai — sebagai saluran pasaran. Kalau di Kuala Kedah ada dua. Satu di seberang kota, satu lagi di Kubang Kerian. Kawasan nelayan itu nampak mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat di situ. Kalau nak beli ikan kembung fresh, pergilah di situ. Yang ditangkap waktu pagi, dijual di waktu tengah hari.

Keempat, sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan pada tahun 2024 untuk membantu peningkatan pendapatan golongan nelayan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan melalui Program Peningkatan Pendapatan, Insentif dan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan dengan nilai bantuan maksimum RM15,000 bagi setiap penerima. Kedah, RM225,000 telah pun diambil dan digunakan dan 15 orang daripada Kedah mendapat enjin dan bantuan pukat.

Sejak 1983 sehingga 2023, sebanyak 1,048 tapak unjam bernilai RM101 juta telah dilaburkan dalam usaha membantu meningkatkan sosioekonomi dan keterjaminan makanan. Selalunya unjam ini dibuat tidak jauh daripada pantai, dalam lingkungan tidak berapa jauhlah. Selalunya kalau pukat tunda masuk ke kawasan ini, kadangkalanya mereka terlibat dan pukat mereka pecah kalau kena unjam-unjam itu.

LKIM telah menerima peruntukan sebanyak RM1.68 juta bagi projek pembesaran unjam-unjam komuniti nelayan yang merangkumi tujuh lokasi di seluruh Malaysia bagi tahun 2024. Di Kedah, 92 tapak unjam di Kedah dan tukun di Kedah sebanyak 563, jumlah RM9.7 juta. Jadi, kita sentiasalah bagaimana hendak berusaha untuk meningkatkan pendapatan nelayan dan keluarganya supaya mereka sentiasa berada di atas daripada paras kemiskinan. Insya-Allah.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

draft • 11:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih,Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang panjang lebar berhubung dengan komuniti nelayan kecil. Soalan tambahan saya ialah apakah pihak kementerian merancang untuk menyemak semula syarat- syarat pemberian lesen kategori nelayan kecil bertujuan untuk memudahkan perolehan lesen kepada mereka, serta berapakah jumlah lesen nelayan kecil yang telah diluluskan antara tahun 2021 hingga 2024? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jumlah berapakah itu perlu kepada angka dan saya minta jawab secara bertulis. Saya bila secara bertulis, saya akan jawab insya-Allah. Nelayan, kita akan pinda akta nelayan secara menyeluruh. Akta

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

nelayan ini telah lama, lebih daripada 20 tahun, akan dipinda menyeluruh pada sesi Parlimen yang akan datang.

draft • 11:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini semua merangkumilah hal nelayan kecil dan juga nelayan-nelayan yang berpukat besar dan sebagainya dan daerah penangkapan dan sebagainya supaya tindakan dapat diambil dengan baik dan membawa— kita cuba memberi keadilan kepada semua pihak. Lesen sampan baharu yang diluluskan, 6,000 daripada 2021 hingga 2024.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Nak beritahu Speaker ke?

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pemutihan lesen sampan dijalankan setiap tahun termasuk di antaranya kerana ada nelayan yang meninggal dunia. Kita juga, di antaranya kita bincang dalam Kabinet baru ini iaitu tentang tekong. Tekong bot ini lagi tua, lagi berpengalaman. Kadang-kadang 60 tahun kita suruh dia bersara.

Tekong kalau dia lagi lama di laut, berpengalaman. Kita perlu tekong-tekong yang berpengalaman. Jadi, lesen ini berdasarkan kepada pemutihan yang sedang dibuat.

Saya kata tadi, akta menyeluruh akan dipinda pada mesyuarat yang akan datang.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bendera.

draft • 11:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Speaker. Jadi, soalan saya ini dia lebih ke arah penggunaan teknologi bagi abad ke- 21. Baru-baru ini, terdapat satu acara anjuran Jabatan Laut iaitu dengan izin, Seafarers and Lighthouse Carnival tahun 2024 yang telah berlangsung di Parlimen Bukit Bendera.

draft • 11:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, acara dua hari ini juga mempamerkan produk-produk yang menggunakan solar dan juga GPS. Jadi, alat-alat seperti ini jika diberikan kepada nelayan saya rasa pasti boleh mengubah kaedah memancing. Juga membantu mereka mencari ikan dengan lebih efisien. Jadi, apabila kita melihat idea ini...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan, ringkaskan.

draft • 11:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Baik. Ia merupakan salah satu cara untuk membantu memperkasakan nelayan kita. Jadi soalan saya, apakah perancangan kementerian dalam memperkenalkan teknologi supaya ia boleh di akses oleh semua nelayan dan juga apakah sokongan dan latihan yang akan diberikan untuk memastikan bahawa mereka menggunakan alat ini dengan lebih berkesan?

draft • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sambung sedikit Bukit Bendera, Timbalan Speaker? Saya cuma– terima kasih Timbalan Speaker. Saya cuma nak mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan pelajar SMK Tunku Besar Tampin ke Parlimen. Semoga pelajar-pelajar terus cemerlang untuk menaikkan nama Tampin.

Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ingat Tampin nak tanya soalan.

Tampin hanya nak memberitahu beliau berada dalam Parlimen.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bolehkah ini macam, Speaker?

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Jangan jealous.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Itu baguslah sebab orang menganggap kadang itu Ahli Parlimennya tak ada dalam Parlimen. Hari ini Tampin lihat sendiri Ahli Parlimennya berada dalam Parlimen.

[Tepuk] Soal pemodenan tangkapan ini sentiasa kita alu-alukan.

Masalah yang ditimbulkan oleh Kuala Kedah. Saya faham masalahnya ialah bagaimana nak meningkatkan pendapatan, terutamanya nelayan perahu kecil.

Mereka ini pergi di sekitar lima kilometer daripada pantai dan mereka pergi balik hari.

Selepas subuh pergi dan pukul 11, 12 balik. Ini yang perlu kita tumpukan bagaimana untuk meningkatkan penangkapan ikan.

Tentang laut dalam dan ke tengah, memang kita alu-alukan sebarang bentuk teknologi baharu untuk mendapat tahu di mana ikan berada. Tapi saya sebut tadi tekong yang berpengalaman– saya biasa naik pukat jerut ke tengah laut, melihat bagaimana tekong berpengalaman dia pakai lihat dengan mata tapi itu cara lama.

Tapi cara baharu yang dicadangkan oleh Bukit Bendera itu kita amat alu-alukan.

Kita ada untuk echo sounder, cara nak dapatkan bunyi bagaimana, kita tahulah. Kalau kita selam dalam sungai, kalau ada ikan baung, kita tahu bunyi ia macam mana. Ada ikan keli, bunyi macam mana. Ini kena ada pengalaman. Saya memang suka menjala ikan dan kalau dalam kita selam– kita dengar, kalau ada ikan baung, kita tahu, “Ah, ini ada ikan baung bunyinya di dalam air”.

draft • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Macam mana bunyi, Datuk Mat?

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak boleh tiru.

[Ketawa] Tak boleh tiru gayanya itu tapi saya tahu. VMS (vessel monitoring sounder), ini semua jenis peralatan baharu yang dilengkapkan di bot-bot yang pergi ke lebih ke tengah.

Semua peralatan moden ini kita terima. Kita bukan jenis menentang segala bentuk pemodenan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.

draft • 11:20 AM

9. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah faktor tiada pengambilan doktor pelatih di hospital daerah seluruh negara, sebaliknya mereka ditempatkan di hospital negeri dan hospital utama sahaja. Apakah nisbah semasa doktor dan pesakit pada masa ini dan usaha agresif dalam menangani kekurangan pegawai perubatan yang kritikal?

draft • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pekan.

Untuk makluman, Program Pegawai Perubatan Siswazah atau PPS hanya dijalankan di hospital-hospital latihan siswazah atau HLS yang mana terdapat 49 seluruhnya buah hospital di seluruh negara dan terdiri daripada 14 hospital negeri, general hospital (hospital umum) kita, 26 hospital berpakar major, lima hospital berpakar minor dan tiga hospital pengajar universiti - HUKM, PPUM dan juga HUSM dan satu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Hospital daerah yang bukan hospital berpakar bukanlah merupakan hospital latihan siswazah. Jawapan ringkasnya.

Selanjutnya, untuk makluman Yang Berhormat, bermula tahun 2016 semua PPS telah dilantik secara kontrak, memang semua HO dilantik secara kontrak.

Jumlah lantikan PPS telah menunjukkan trend penurunan sebanyak 50 peratus sejak pandemik melanda negara dan kekerapan lantikan yang dibuat ini adalah seperti mana yang disebutkan di sini.

Antara lainnya pada tahun 2018 jumlahnya adalah 4,924 dan pada tahun 2020 seramai 5,113 orang PPS telah dilantik. Walau bagaimanapun, selepas pandemik pada tahun 2022, hanya 3,245 graduan perubatan yang telah dilantik dan diikuti dengan pelantik seramai 3,265 graduan perubatan dilantik pada tahun 2023, menunjukkan trend penurunan.

Berdasarkan statistik ini, menunjukkan trend penurunan. Maka, sangat mustahak untuk diatur semula dari segi meletakkan mereka di HLS. Untuk persoalan yang terkait dengan– masa pendek sangat ini. Berdasarkan petunjuk kesihatan tahun 2023 yang dikeluarkan, nisbah doktor kepada penduduk adalah satu kepada 412 penduduk.

Berbanding nisbah tahun 2012 Datuk Tuan Yang di-Pertua, adalah satu doktor 758 penduduk. Meskipun kita telah menunjukkan satu peningkatan yang sangat baik, namun KKM terus komited bersama dengan hospital-hospital KPT dan juga ATM untuk meningkatkan lagi nisbah kepada satu kepada 400 penduduk.

Sebagai sebuah negara apa yang dikatakan sebagai negara berpendapatan sederhana atas (upper middle-income economy), kita seharusnya mencapai kurang lebih begitu. Berbandingkan dengan contohnya Singapura atau kita tengok US, kita

draft • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

tengok UK, satu doktor nisbahnya 357. Di US pun nisbah satu doktor kepada 385.

Not too bad, walaupun kita masih ada ruang untuk perbaiki.

Ya, di Singapura kita tahu nisbahnya satu doktor kepada 270, negara yang kecil. Walaupun– apa yang nak saya sebutkan di sini, kita akan terus perbaiki dan cara untuk kita menarik ataupun mendapat pull factor untuk siswazah kita tingkatkan.

Hari ini– pertamanya untuk meningkatkan slot latihan siswazah ini.

Dulunya 2013, kita ada 10,835. Slot itu ditingkatkan kepada 12,198 pada tahun 2024. Antara lainnya, pendekatan kita adalah pertama, untuk memberikan skim perubatan, scheme remuneration, gred gaji yang lebih baik. We are about the best dalam SPA dari segi perbandingan yang lain, PTD dan sebagainya.

Juga elaun yang terdapat hanya– elaun-elaun lain dalam skim perubatan seperti bayaran insentif pakar, elaun lokum, elaun tugas panggilan active calls, passive calls dan sebagainya dan juga peluang yang menarik untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat kepakaran, sama ada mereka tetap mahupun kontrak, Datuk Tuan Yang di-Pertua.

Akhir sekali, kami sedang melakukan apa yang dikatakan sebagai menyusun semula ataupun membuat reappraisal untuk kita perhalusi polisi-polisi baharu bagi untuk kita reform sumber manusia. Persoalan masalah, rumitan sama ada shortage atau maldistribution itu ataupun ketidaktaburan yang baik itu dalam satu polisi reformasi-reformasi sumber manusia yang kita akan kaji semula, Datuk Yang di- Pertua.

Apa pun, saya mengucapkan– saya yakin Ahli Yang Berhormat semua bersedia untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota kesihatan yang memberikan komitmen mereka, berdepan dengan pelbagai kekangan dan rintangan. Datuk Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pekan.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih atas penjelasan yang begitu panjang lebar daripada Menteri. Nyatakan inisiatif yang dilaksanakan dalam memperkukuhkan lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan bagi mengelakkan isu kekurangan petugas yang menyebabkan ada petugas terpaksa dikerah bertugas lebih masa demi menampung kekurangan ini. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

draft • 11:20 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pekan, sangat peka dengan persoalan kebajikan, wellbeing

draft • 11:20 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

healthcare workers kita. Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, persoalan besar adalah sama ada kita mengalami kekurangan ataupun, dengan izin, acute shortage. Apa yang telah saya sebutkan tadi, nisbah doktor kepada penduduk kita sudah mencapai 412. Dengan kata lain, kalau kita bandingkan apple to apple, perbandingan yang sah. Dari sudut jumlah doktor, kita punya satu jumlah yang agak munasabah sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi, upper middle-income economy.

draft • 11:20 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Namun mungkin sedang saya halusi dan cermati dengan satu kajian yang lebih menyeluruh dari sudut demand supply dan juga kita dibantu dengan satu kajian yang dibuat oleh World Bank. Inilah ketika mana ada di mana hospital-hospital terkadang kali apabila taburan atau agihan yang terkadang kali berlaku, ketidakseimbangan itu dari sudut jumlah MOs, nisbah kepada pakar, nisbah kepada nurses atau jururawat.

Di situlah berlaku, sesekali kita dapati isu burnout, isu lebihan burden of work dan inilah yang sedang saya perhatikan dengan bersungguh untuk kita pastikan bahawa mild distribution dengan izin atau ketidakaturan, ketidakseimbangan agihan- agihan sama ada MOs yang punya sedikit kepakaran seumpama cardio MO dan sebagainya itu, dipastikan supaya tidak berlaku excessive ataupun beban kerja yang berlebihan sementara yang lain itu tidaklah sebeban itu.

Jadi persoalannya adalah persoalan juga mild distribution pada beberapa episod dan pada beberapa hospital yang sedang saya lakukan. Yang Berhormat Pekan, itu adalah komitmen saya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya di sebelah sini, saya mempersilakan Kuala Nerus.

draft • 11:30 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dimaklumkan semasa lawatan JKPK Kesihatan ke Sarawak baru-baru ini bagi meninjau perkhidmatan dan fasiliti kesihatan di sana. Antara isu yang ditimbulkan ialah kekurangan doktor dan fasiliti kesihatan. Sebagai contoh, untuk beli fasiliti digital X-ray yang juga mereka memerlukan sumbangan dari Ahli Parlimen Mas Gading yang telah memberi sumbangan RM200,000 kerana tiada peruntukan daripada KKM.

Soalan saya, apakah perancangan khusus KKM bagi menangani fenomena ini dan juga fenomena penghijrahan bakat? Adakah KKM akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang tanggungjawab ini iaitu perkhidmatan kesihatan negara dan tidak terlibat dalam latihan kepakaran yang mana KKM bukan pun entiti high education provider dengan izin, yang sepatutnya diserahkan kepada KPT.

draft • 11:30 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Untuk makluman Dewan ini, dalam soal jawab MQT baru-baru ini, latihan kepakaran di bawah KKM melibatkan RM150 juta setahun sepertimana jawapan kepada Kuala Langat. Bagi saya alangkah baiknya jika peruntukan tersebut diberi keutamaan untuk meningkatkan kemudahan fasiliti kesihatan di seluruh negara terutamanya di negeri-negeri yang kemudahannya masih daif di Sarawak, berbanding dengan kita menumpukan kepada pendidikan ataupun untuk melatih kepakaran di bawah KKM itu sendiri. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Kita sedia maklum bahawa dalam menjadi kementerian yang dikatakan sebagai dengan izin custodian, mengawal selia dan meregulasi seluruhnya sektor kesihatan, bukan sahaja di KKM bahkan seluruh negara. Bahkan dalam konteks sektor swasta juga kita punya tanggungjawab, fiduciary duty untuk mengawal selia apa yang dikatakan sebagai the system and delivery ataupun sistem dan juga penghantaran healthcare. Lalu dengan itu, tidak mudah-mudah juga kita mengambil satu sikap untuk membuat binary option sama ada nak pergi kepada kesihatan facilities ataupun nak membekalkan fasiliti ke ataupun pendidikan ke ataupun kepakaran ke atau undergraduate ke. Tidak ada semudah itu dalam kita melaksanakan dalam konteks mengawal selia seluruhnya, mengurus seluruhnya hantaran kesihatan ataupun servis perkhidmatan ini.

Jadi oleh kerana itu, cara kita menangani semua ini adalah untuk menentukan beberapa, apa yang dikatakan sebagai strategic deliverable, perkara-perkara yang kita anggap sebagai penting untuk kita bekalkan bagi kita meningkatkan lagi apa yang dikatakan sistem dan juga penghantaran.

Pilihan-pilihan sepertimana yang disebut oleh Kuala Nerus itu tidak semudah itu. Jangan kita bila kita letakkan– tidak semudah itu membuat pilihan antara option one or two. Kesemua mesti digarap dalam sederap perangkaan, kegiatan mencerakinkan pelaburan (investment) dan perbelanjaan itu, semua mesti digarap.

Semuanya penting cumanya ada perkara yang dikatakan yang lebih penting daripada yang penting itu.

Di situlah penentuannya Menteri untuk meletakkan belanjawan kepada tempatnya. Itulah yang dikatakan sebagai fiqh aulawiyat... [Membaca dalam bahasa Arab] meletakkan perkara-perkara yang lebih penting daripada banyak perkara yang penting. Di situ cabarannya Menteri dan juga kementeriannya. Jadi, itulah yang sedang kami garap untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan sistem hantaran

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

kesihatan di negara ini, seluruhnya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Kuala Nerus.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dato’ Speaker?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya membenarkan soalan yang terakhir sebelum saya beransur kepada yang lain.

Silakan Yang Berhormat Semporna.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Speaker memberi ruang perkara ini cukup penting, bila mendengar apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang penempatan pelatih doktor, sama ada dia pakar atau pelatih yang ada selepas itu. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang bukan hanya dasar, malahkan pelaksanaan amalan Kementerian Kesihatan selama ini.

Saya dapati bahawa pendekatan untuk menempatkan pakar ataupun yang terlatih ataupun specialist khususnya tidak begitu jelas. Contohnya di kawasan- kawasan yang memerlukan, persoalan dia. Sama ada dia ada penyakit jantung, di kawasan-kawasan seperti apa yang disebutkan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi iaitu di Sarawak, di Sabah.

Kita berhadapan dengan masalah yang cukup besar. Ada diabetesnya tinggi, ada masalah jantungnya. Sekarang ini ada peningkatan pesakit di Sabah, kidney problem Yang Berhormat, oleh kerana masalah air di Sabah. Cukup ketara dan saya dapati bila saya berhubung dengan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan di Sabah, there is an increase. Jadi, adakah kementerian mempunyai dasar yang jelas dan juga amalan untuk memastikan – Kita di Sabah tidak banyak private hospital. Tidak ada. Kalau adapun ada private. Mampu tidak? Mereka yang begitu miskin terbanyak di Sabah.

Jadi adakah pihak kerajaan ataupun Yang Berhormat Menteri mengambil langkah yang drastik? It’s not yang dijanjikan seperti kita tambah pakar jantung. Dahulu saya bising, satu pakar jantung sahaja di Kota Kinabalu tapi sekarang tambah dua sahaja iaitu tiga pakar jantung.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Semporna yang pastinya peka dengan persoalan kebajikan dan well- being warga Sabah khasnya. Dari sudut penentuan sama ada dalam sudut-sudut menyusun pengagihan, human resources ataupun sama ada kepakarannya. Saya bermesyuarat hampir setiap minggu dalam post-cab meeting dan juga sentiasa membuat laporan dan mendapatkan laporan-laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan juga di peringkat pengurusan tertinggi.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Inilah perkara yang kita sentiasa. Apabila kita menyebut sentiasa akan menilai, sentiasa akan reappraise dan review untuk kita capai apa yang dikatakan sebagai the universal health coverage dengan tidak meninggalkan sesiapa pun.

Living no one behind. Satu bold statement of WHO tetapi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Semporna, saya pasti dan saya sangat insaf dan sedar akan keperluan untuk segera mengatasi apa yang dikatakan ketidakseimbangan agihan pakar dan sebagainya itu kerana itu adalah akhirnya untuk kita sampai kepada cita- cita murni universal health coverage, memberikan segala keadilan dan keseimbangan.

Inilah yang menjadi cabaran kepada saya dan saya akan terus membuat penilaian dan membuat apa pun keperluan, pendekatan dan juga dari sudut agihan sumber dan resources dan juga termasuklah sumber manusia itu sendiri. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Semporna, itu jawapan ringkas saya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat yang berada dalam Dewan. Baik, Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan laluan.

draft • 11:30 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Ya, tapi mereka tak masuk lagi. Minta maaf.

[Ketawa]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh, baik- baik. Kalau sedemikian, silakan Setiausaha.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) 2021 DAN TAHUN 2022

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, “****Bahawa Dewan ini,** membuat ketetapan bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 (Kertas Statut ST.86 Tahun 2024 dan ST.87

draft • 11:30 AM

Tahun 2024) untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam kedua-dua Laporan Tahunan ini; memperakui bahawa aspirasi dan komitmen kerajaan yang telus dan berintegriti dalam usaha melindungi, memenuhi tanggungjawab dan menghormati isu hak asasi manusia telah mengangkat dan menjadikan SUHAKAM sebagai satu badan bebas yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga diberi pengiktirafan status ‘A’ di bawah Prinsip-prinsip Paris (Paris Principles), dengan izin, selain mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) demi melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di Malaysia; menyedari bahawa di dalam era dunia digital ini dengan kemudahan memperoleh maklumat dari Internet dan media sosial menyebabkan pentingnya isu hak asasi manusia untuk diberi penjelasan dan pencerahan oleh pihak SUHAKAM dan kerajaan bagi memastikan agenda kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat difahami dengan baik dan ditangani dengan sewajarnya selain keperluan kerajaan untuk membantu bekerjasama rapat dengan SUHAKAM dalam memperkukuhkan lagi usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menjaga serta menangani pelbagai isu sosial, ekonomi, kebudayaan serta politik dalam kalangan rakyat. mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh SUHAKAM dalam menjalankan mandat dan tanggungjawab memerlukan perhatian daripada pihak berkaitan, selain pertimbangan bagi melaksanakan dengan berkesan syor-syor utama yang terkandung dalam laporan tersebut serta memahami keperluan kerajaan menandatangani dan menyertai, meratifikasi triti dan konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia bagi memperkasakan lagi hala tuju dan memupuk dan mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia; menyokong kepentingan perbahasan laporan tahunan ini bagi mencerminkan kesungguhan yang berterusan oleh kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; dan Bahawa dalam SUHAKAM melaksanakan mandatnya mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan bersatu hati dan menyokong kerajaan agar pelaksanaan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan****.” [27 Jun 2024]**

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Sebagaimana disiarkan oleh Setiausaha Majlis – sebelum itu saya ingin mengingatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat kepada Peraturan 38(1) ya.

“Perbahasan atas apa-apa usul, selain daripada usul hendak menangguhkan Majlis Mesyuarat, dan perbahasan atas apa-apa rang undang-undang atau pindaan, hendaklah berkaitan dengan usul atau rang undang-undang atau pindaan itu” sahaja.

Ini dia punya borderline dan panduan ya.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, sebelum berikutannya, saya akan memanggil senarai yang akan berbahas atas usul ini. Dimulakan oleh Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud semalam memohon untuk awal. Baik, pada hari ini, dibenarkan ya. Yang Berhormat Kota Belud nombor 7.

Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Ipoh Timor, Yang Berhormat Muar.

Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Arau. Seramai 24 orang. Masa yang ditetapkan ketika ini adalah lima minit. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada waktu yang ada dan budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Kepong untuk memulakan tirai perbahasan.

draft • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker memberi peluang saya untuk berbahas tentang Laporan SUHAKAM baru-baru ini. Saya ada empat soalan tentang Laporan SUHAKAM ini.

Pertama, mengapakah kerajaan masih belum melantik Pengerusi SUHAKAM yang telah kosong sejak 1 September tahun lalu? Dalam pada itu, saya minta kerajaan jangan lagi melantik pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara kepada jawatan yang penting, memberi peluang kepada pegawai kerajaan yang berumur 40, berumur 50. Praktis melantik semula pegawai kerajaan yang telah bersara, seolah- olah menghantar satu mesej kepada kalangan kakitangan kerajaan yang sedia ada, satu mesej, “You are not good enough”. Padahal mereka ada ramai yang qualified, dengan izin.

Soalan yang kedua, berapakah bilangan kematian dalam tahanan di penjara dan depot imigresen pada tahun 2022 dan tahun lalu?

Soalan yang ketiga, apakah perancangan kerajaan berkenaan hampir 1,000 orang tahanan kaum Rohingya yang masih berada di depot-depot imigresen di Semenanjung Malaysia?

Soalan yang keempat, apakah status terkini berkenaan cadangan kerajaan untuk membenarkan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR untuk bekerja di Malaysia?

draft • 11:42 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Izinkan juga saya memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan. Pertama, Malaysia perlu meratifikasikan Konvensyen Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang belum ditandatangani dan memastikan undang-undang tempatan diperkukuhkan.

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas akan melindungi semua individu daripada penindasan.

Kedua, proses permohonan visa dan permit kerja haruslah dipermudahkan dan terus. Pegawai imigresen perlu diberi latihan mengenai hak asasi manusia untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa terhadap warga asing. Dalam pada hal ini, permohonan visa – izinkan Timbalan Yang di-Pertua untuk saya menyentuh tentang polisi baru MM2H yang baru diumumkan.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, pada pendapat saya, MM2H baru ini is bound to fail, ditentukan akan gagal. Saya minta kerajaan – syarat baru MM2H yang mewajibkan pemohon untuk memberi dan memegang hartanah di Malaysia selama 10 tahun ini dibatalkan sebab syarat baru ini adalah counterproductive. Seterusnya cadangan yang ketiga, kerajaan perlu menguatkuasakan undang- undang buruh yang ketat, memastikan majikan membayar gaji yang adil, menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan memberi akses kepada pekerja asing untuk mendapatkan bantuan undang-undang.

Cadangan yang seterusnya, kerajaan perlu memastikan pelarian dan pencari suaka tidak dihantar pulang ke negara asal yang membahaya. Akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan pekerjaan juga perlu diberikan kepada mereka.

Cadangan yang keenam, menambah baik keadaan di pusat tahanan dan penjara. Keadaan di pusat tahanan dan penjara di Malaysia perlu diperbaiki untuk memastikan hak asasi mereka yang ditahan, dihormati. Ini termasuk menyediakan kemudahan kesihatan yang mencukupi, memastikan akses kepada peguam dan melindungi tahanan daripada penderaan dan layanan buruk.

Akhirnya, kerajaan perlu memastikan bahawa SUHAKAM mempunyai sumber dan kuasa yang mencukupi untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Ini termasuk memberikan dana yang mencukupi, memastikan kebebasan operational dan memperkuat mandat SUHAKAM untuk menyiasat kes-kes pelanggaran hak asasi manusia.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:42 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Machang.

draft • 11:42 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh berhubung dengan hak asasi manusia dan perniagaan seperti mana yang termaktub dalam United Nations Guiding Principles on Business and Human Rights. Negara kita di bawah SUHAKAM telah pun melakukan dan kerajaan sendiri meluluskan National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR) pada masa Kerajaan Pakatan Harapan Jun 2019.

Saya nak ingatkan lagi pada Kerajaan Madani pada hari ini, penjualan saham MAHB yang kepada GIP dan BlackRock, adalah salah satu pelanggaran hak asasi manusia [Tepuk] . Kenapa saya kata begini? Kerana laporan yang dikeluarkan oleh United Nations Human Rights office of the High Commissioner, “States and companies must end arms transfers to Israel immediately or risk responsibility for human rights violations: UN experts”. Digariskan dalam laporan ini, “Financial institutions investing in these arms companies are also called to account”. Antaranya BlackRock–UN menamakan [Sambil menunjukkan sekeping kertas] BlackRock sebagai salah satu penyumbang genosid!

[Tepuk] Saya nak ingatkan kepada Kerajaan Madani, yang kononnya menuduh kami terpaling Palestin, lebih Hamas daripada Hamas, ini satu penghinaan oleh Tambun kepada kami dan rakyat Malaysia.

[Tepuk] Kerana apa saya kata begini? Kerana dana pencen Norway, KLP. Walaupun bukan sebuah negara Islam, beliau dan mereka semua, Kerajaan Norway telah meminta KLP divest keluar dana mereka daripada melabur dengan syarikat Caterpillar, yang kita tahu jentolak yang merobohkan puluhan ribu rumah-rumah rakyat Palestin.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau Norway boleh buat, kenapa Madani tak boleh buat? Adakah ini merupakan satu penanda aras hak asasi manusia yang Kerajaan Madani ingin bawa?

Saya mendapat satu surat layang daripada orang dalam KWSP yang cuba menjelaskan kepada rakyat Malaysia siapa dalang sebenarnya, selain daripada Khazanah dan KWSP, yang benar-benar push the deal berkenaan MAHB ini.

Difahamkan nama yang disebut dalam surat layang tersebut, nama dia Shahazwan Harris ataupun Juan. Kenapa? Kerana dalam Linkedln Juan ini, dia menunjukkan dia terlibat dalam penjualan saham MAHB kepada GIP BlackRock.

Saya nak bagi tahu kepada SUHAKAM ya, Juan ini difahamkan dalam surat layang yang diberikan, dia ini mempunyai karakter pembuli dan ramai staf-staf KWSP, mereka tak berani bersuara. Jadi, mereka minta kami dalam pembangkang di Parlimen ini bersuara menyatakan kebimbangan mereka. Mereka tak nak

draft • 11:46 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

bersubahat dengan keputusan Kerajaan Madani untuk menjual saham dan dana KWSP terlibat dalam deal GIP-BlackRock ini.

draft • 11:46 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, itu bukan sahaja benda yang kita risaukan.

Malah saya difahamkan― berkenaan dengan hak asasi manusia ini. Dikhabarkan― saya hendak minta penjelasan Menteri Pertahanan― LTAT akan melantik firma jururunding asset manager Rothschild...

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Syarikat Yahudi ini untuk penjualan aset strategik LTAT iaitu BHP kepada Aramco.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Machang, mohon mencelah boleh?

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, saya hendak tanya, Tuan Yang di-Pertua...

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Machang, saya mohon mencelah.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Macam mana Kerajaan Madani boleh biarkan perkara ini berlaku dalam saat kita berjuang mempertahankan rakyat Palestin?

[Tepuk] Ini menunjukkan tata kelola di bawah Kerajaan Madani berkenaan human rights, hak asasi manusia adalah tempang.

Kita boleh cakap dalam banyak perkara lain berhubung dengan hal ini.

Cakap tentang Teoh Beng Hock. Mana kes yang tidak diselesaikan lagi? Cakap tentang Akta Hasutan. Dahulu puak di belah sana, daripada DAP, cukup menentang Akta Hasutan ini tetapi dalam soal BlackRock ini, malah video-video kami termasuk Khairy Jamaluddin diturunkan oleh SKMM atas alasan apa? Kononnya violation of community guideline. Biar betul? Kita bercakap fakta pun dinafikan hak kebebasan bersuara, Tuan Yang di-Pertua.

Kenapa Kerajaan Madani takut sangat berkenaan dengan BlackRock ini?

Kalau mereka jujur dan berani...

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Machang, Machang. Sekali lagi, Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Biarkan rakyat faham isu sebenar berkenaan penjualan MAHB ini melanggari hak asasi manusia...

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of Order 36. Machang, Point of Order 36(12), Tuan Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Dan melanggari perjuangan Palestin yang.*..

[Pembesar suara dimatikan]*

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat Machang.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan perkataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.” Tadi Machang cakap video Khairy diturunkan sebab diberi― SKMM keluarkan keputusan tetapi Menteri telah nafikan. Itu tidak ada apa-apa kena mengena kepada Menteri ataupun Timbalan ataupun SKMM. Jadi, itu keputusan TikTok. Jadi, saya harap Machang boleh tarik balik perkataan itu. Itu bukan daripada SKMM. Bukan arahan.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, kami taklah bodoh sangat, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, Machang. Sebentar.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, kami dulu dalam kerajaan, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Saya bagi ruang untuk Yang Berhormat membangkitkan peraturan. Jadi, saya bagi ruang untuk Yang Berhormat jawab. Selepas itu saya buat keputusan.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, TikTok ataupun Facebook ataupun Meta tidak akan sesuka hati menurunkan video-video tanpa ada aduan daripada SKMM.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Machang, itu fitnahlah.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kami yakin ada aduan daripada Menteri SKMM untuk menggelapkan berita BlackRock-MAHB ini kerana kerajaan takut dengan rakyat Malaysia!

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Machang, TikTok dan Facebook bukan dalam*...

[Pembesar suara dimatikan]*

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar, ini floor Yang Berhormat Machang. Please, dengan izin, duduk ya. Okey, jalan.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya mengakhiri perbahasan saya pada hari ini...

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Machang, Machang, boleh saya celah sedikit?

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tidak boleh. I am concluding my point.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas, Machang.

draft • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Machang.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat..

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Silakan, Putrajaya.

draft • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Minta sedikit, Machang.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Oh, Pasir Mas? Minta maaf, minta maaf.

[Ketawa]

draft • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dalam masa yang singkat ini, Machang, kalau saya tengok penjelasan Machang tadi, kalau kita tengok urus niaga penjualan satu blok besar, satu blok besar 30 peratus saham MAHB ini kepada konsortium yang disertai GIP, dari sudut ekonominya tidak ada asas, dari sudut kewangannya tidak ada asas, dari sudut kemanusiaan pun tidak ada asas. Jadi, apa asas yang digunakan oleh kerajaan untuk membenarkan penjualan satu blok besar 30 peratus tersebut?

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Masukkan ucapan Putrajaya ke dalam ucapan saya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat, gulung.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas sekejap.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Pasir Mas. Silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Machang.

Soal penafian tadi...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tak benarkan. Duduk. Jalan. 30 saat, gulung.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maka, saya ingin mengulangi penyataan saya tadi, tolong siasat dalang penjualan saham MAHB ini dalam Khazanah dan KWSP. Saya memanggil dan menyeru PAC panggil mereka semua untuk terangkan kepada kami kenapa jual saham ini kepada BlackRock dan GIP. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pengerusi PAC daripada PN-lah. Sila cakap dengan pengerusi...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, jangan mencelah. Baca 37 itu. 35, 36. Saya ingin memberitahu dan

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

maklum kepada Yang Berhormat. Dengan izin, I will enforce 37(2) strictly jika saya duduk sini. Satu, dua, tiga, saya akan halau keluar. No two way about it.

Okey, berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Miri.

draft • 11:50 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya akan sentuh isu akses pendidikan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di bawah Bab 4, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya berkenaan tentang beberapa kes yang saya temui di kawasan. Saya telah menjumpai beberapa kanak-kanak yang comel dan bersopan-santun. Walaupun mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, mereka tetap memiliki cita-cita yang tinggi. Ada yang hendak jadi guru, ada yang hendak jadi usahawan.

Adalah kebiasaan untuk setiap kanak-kanak mempunyai impian yang mereka ingin capai apabila dewasa kelak. Tetapi, keadaan amat berbeza bagi kanak-kanak ini. Mereka tidak menyedari bahawa untuk mencapai impian mereka adalah amat sukar berbanding kanak-kanak lain. Ini kerana mereka tidak dapat bersekolah akibat masalah dalam dokumen kewarganegaraan walaupun bapa mereka adalah rakyat Malaysia.

Kita boleh salahkan keadaan mereka yang dilahirkan ataupun persoalkan peranan dan kesedaran ibu bapa mereka, tetapi what is done is done, dengan izin.

Mereka telah dilahirkan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka dan akan mengalami kesan seumur hidup. Dalam era teknologi ini, kita semua sedia maklum bahawa betapa pentingnya pendidikan kepada seseorang. Oleh itu, saya memang amat risau tentang masa depan kanak-kanak ini.

Selalunya apabila kita bicarakan tentang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang dapat masuk ke sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) sering kali dipertanggungjawabkan. Untuk mengatasi masalah ini, kita seharusnya memahami di mana wujudnya jurang tersebut dan apa pertimbangan di pihak KPM. Kita perlu mengkaji garis panduan dan prosedur kemasukan kanak- kanak tanpa kewarganegaraan ke sekolah. Kita perlu memahami sepenuhnya sebab di sebalik mengapa dalam kes tertentu, permohonan kemasukan kanak-kanak ini ke sekolah tidak berjaya. We need to find out where is the gap, dengan izin.

Berdasarkan pemahaman saya dan kes-kes yang ditemui, isu kewarganegaraan yang melibatkan kanak-kanak yang melibatkan anak kepada seseorang warganegara boleh dikategorikan seperti di bawah:

(i) kanak-kanak bukan warganegara walaupun bapa adalah warganegara. Disebabkan bapa tidak mempunyai

draft • 11:54 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

perkahwinan sah mengikut undang-undang dengan ibunya yang bukan warganegara;

(ii) kanak-kanak tanpa kewarganegaraan ataupun kewarganegaraannya belum ditentukan. Selalunya disebabkan identiti ibu tidak dapat disahkan atau kewarganegaraan ibu tidak dapat ditentukan; dan

(iii) kanak-kanak tanpa dokumen walaupun salah seorang atau kedua-dua ibu bapa merupakan warganegara. Ini disebabkan oleh ibu bapa tidak melengkapkan dokumen kelahiran anak semasa anak dilahirkan.

Sesungguhnya garis panduan bagi kemasukan kanak-kanak dalam ketiga- tiga kategori ini telah disediakan oleh KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/2009 dan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2018. Sekiranya tatacara dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapi, kanak-kanak ini juga boleh diterima masuk ke sekolah. Saya mohon penjelasan yang lebih terperinci daripada Menteri terhadap perkara ini.

Walau bagaimanapun, saya melihat di lapangan masih terdapat beberapa cabaran di mana, pertama sekali, kurang kesedaran ibu bapa kepada anak yang tergolong dalam tiga kategori di atas, dan keduanya, kekangan dalam melengkapkan dokumen yang diperlukan seperti dokumen tentang penjagaan kanak-kanak. Maka, wujudlah jurang di antara kanak-kanak ini dengan sekolah.

Di sini saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPM dan khasnya Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan PPD Miri yang telah banyak membantu kanak-kanak ini di Sarawak.

Untuk menangani cabaran ini secara lebih menyeluruh dan menutup jurang yang saya bangkitkan tadi, saya ingin mencadangkan agar KPM menubuhkan pasukan petugas khas yang merangkumi pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Malaysia dan Biro Bantuan Guaman bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang cara dan kaedah permohonan kemasukan anak mereka ke sekolah dan membimbing mereka tentang kaedah mendapatkan dokumen sokongan yang diperlukan.

Saya menyeru agar kita semua bersama-sama merealisasikan hak kanak- kanak di negara kita untuk mendapatkan akses kepada pendidikan. Ini adalah selaras dengan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak dan Matlamat 4 dalam SDG iaitu memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Atas semangat prinsip leaving no one behind, dengan izin, marilah kita berusaha sebaik mungkin

draft • 11:54 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

untuk memastikan tiada kanak-kanak yang tertinggal daripada mendapatkan pendidikan yang mencukupi.

draft • 11:54 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Dengan usaha dan komitmen kita bersama, kita boleh membuat perubahan yang signifikan dalam kehidupan kanak-kanak ini dan menjamin masa hadapan yang lebih cerah untuk mereka. Tiada sesiapa yang akan tertinggal. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang pada Kuala Nerus untuk turut sama dalam perbahasan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2021-2022.

Pertama, suka saya menyentuh hak asasi golongan OKU dan kanak-kanak autisme. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Laporan SUHAKAM 2021 dan 2022 ada menyebut secara terperinci mengenai golongan kurang upaya khususnya dari sudut cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut untuk berfungsi dalam masyarakat.

Namun, daripada penelitian saya, dalam laporan SUHAKAM tersebut tidak menyentuh cara mendalam tentang satu golongan yang hampir dengan OKU ini iaitu golongan kanak-kanak autisme. Meskipun kanak-kanak autisme ini berlainan daripada golongan OKU, namun kelainan spektrum yang dimiliki mereka berbanding orang normal menyebabkan mereka perlu kepada suatu sistem yang sesuai dan tepat untuk melatih dan membangunkan potensi yang ada pada diri mereka.

Selain itu, aspek lain yang tidak kurang penting untuk diberi perhatian ialah sistem sokongan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak autisme ini yang mana kita boleh jangka bagaimana mereka ini kadang-kadang burn out, dengan izin, dengan tantrum dan kerenah anak-kanak syurga mereka yang tidak mengenal waktu dan ketika. Saya bimbang sekiranya tiada usaha ke arah membangunkan sistem sokongan yang tepat untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga kanak-kanak autisme ini, maka hak mereka untuk didengari keluhan dan rintihan akan kesukaran mereka untuk membesarkan anak-anak autisme ini tidak akan dipenuhi dan mungkin akan menyebabkan masalah-masalah lain yang timbul seperti masalah kesihatan mental, fizikal yang terjejas, stress, depression dan sebagainya.

Kedua, saya suka hendak menyentuh tentang hak asasi manusia dan Pegawai Perubatan Siswazah. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Laporan SUHAKAM

draft • 12:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

2022 diperincikan mengenai pelanggaran Hak Asasi Manusia melibatkan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang mana dilaporkan PPS ini tidak mendapat maklumat jelas tentang hak dan kemudahan yang boleh digunakan dalam tempoh latihan.

Kebajikan dan kemudahan seperti cuti tahunan, cuti sakit dinafikan serta menerima tekanan yang melampau dalam tugasan, tiada waktu untuk menunaikan solat. Ini perkara yang amat menyedihkan kita serta bebanan kerja yang tinggi.

Selain itu, diskriminasi yang dihadapi serta layanan yang menjatuhkan maruah seperti penggunaan kata-kata kesat turut menjejaskan moral dan semangat PPS ini sehingga akhirnya ada yang mengambil keputusan untuk commit suicide, dengan izin, akibat daripada tekanan perasaan yang dihadapi oleh mereka.

Oleh itu, saya mohon pencerahan kerajaan rentetan daripada peristiwa ini, apa penambahbaikan budaya kerja yang telah dilaksanakan di peringkat KKM khususnya yang melibatkan pegawai perubatan siswazah yang sedang menjalani latihan housemanship, dengan izin dan apakah hasilnya?

Isu buli dalam kalangan PPS bukan isu baru, bahkan telah berpuluh-puluh tahun dahulu berakar umbi dalam bidang kedoktoran ini. Namun, seiring peredaran zaman dan waktu, saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan buli ke atas PPS yang sedang menjalani latihan ini waima atas nama untuk mendidik, mengajar atau apa sebab sekalipun.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, juga saya ingin menyentuh sedikit tentang asasi manusia dan alam sekitar. Saya ingin menyentuh mengenai sampah daripada sisa elektrik dan elektronik atau e-waste, dengan izin, yang tidak disebut dalam laporan SUHAKAM ini. Berita muka hadapan salah satu- akhbar harus perdana pada minggu lepas melaporkan bahawa sampah elektronik yang diuruskan oleh salah sebuah syarikat pengurusan dan pelupusan sampah di negara ini mengalahkan berat 30,000 buah bas, menunjukkan betapa banyaknya kuantiti sisa sampah elektrik dan elektronik di dalam negara kita.

Tidak dinafikan bahawa gaya hidup masyarakat hari ini amat bergantung kepada peralatan barang elektrik dan elektronik kerana sangat memudahkan urusan harian kita. Namun begitu, pelupusan e-waste secara salah akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada rakyat termasuk kerosakan pada sistem saraf, buah pinggang, hati serta pengaruh negatif pada perkembangan otak kanak-kanak.

Saya maklum bahawa kerajaan dalam usaha memperbanyakkan pembinaan loji insinerator untuk tujuan pelupusan e-waste ini. Namun, sejauh mana keseriusan kerajaan untuk membangunkan lebih banyak loji insinerator di setiap negeri seluruh Malaysia dengan lebih cepat dan agresif...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 12:00 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Satu perenggan lagi. Hal ini kerana dapatan kajian terbaru daripada pihak pengurusan e-waste Malaysia bahawa Malaysia bakal menghasilkan 24.5 juta unit e-waste menjelang tahun 2025. Ini adalah suatu perkara yang sangat membimbangkan kita. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Berikut, mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 12:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Speaker. Jadi, memandangkan kesuntukan masa, saya akan teruskan dengan perbahasan laporan tahunan SUHAKAM.

Jadi, seperti mana yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain pada perbahasan ini, saya juga ingin bangkitkan persoalan mengapakah kerajaan masih belum lagi melantik pengerusi SUHAKAM yang telah kosong sejak 1 September 2023? Jadi dalam konteks global yang semakin kompleks dan juga kehadiran kepimpinan yang baik di SUHAKAM ini adalah amat kritikal. Jadi, seorang Pengerusi yang berwibawa dan juga berpengalaman dan komited terhadap prinsip- prinsip hak asasi manusia akan dapat memandu SUHAKAM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Jadi, ini termasuklah memantau hak asasi manusia, memberikan saranan kepada kerajaan serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya hak asasi manusia. Oleh itu, adalah amat penting bagi kerajaan untuk segerakan melantik seorang pengerusi baharu yang mempunyai visi yang jelas dan komitmen yang teguh terhadap perlindungan hak asasi manusia.

Jadi, perwakilan yang saksama atau equal representation, dengan izin, adalah lebih daripada sekadar dasar yang mencerminkan komitmen kita terhadap keadilan dan kemanusiaan. Jadi, di sini SUHAKAM perlu juga melantik seorang ahli daripada golongan OKU untuk memastikan hak dan suara mereka didengari.

Langkah melibatkan wakil OKU ini dapat mengetengahkan cabaran-cabaran unik yang dihadapi oleh komuniti OKU dan juga memacu perubahan bermakna untuk membaiki kehidupan mereka.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu yang amat penting dan mendesak iaitu perlindungan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak ini adalah golongan yang paling terdedah kepada pelbagai bentuk eksploitasi dan juga penganiayaan. Jadi saya bagi contoh, baru-baru ini, media telah melaporkan pasukan antipemerdagangan manusia negara

draft • 12:06 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

telah menyelamatkan enam orang remaja warga asing Myanmar yang telah digunakan sebagai buruh kanak-kanak di sebuah bengkel dan juga kedai membasuh kenderaan. Jadi, semua mangsa berusia dari 13 tahun hinggalah ke-17 tahun diselamatkan, hasil serbuan dalam OPS Pintas yang telah dijalankan oleh Bahagian D3 (Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sebuah premis di Subang Jaya dan Shah Alam baru-baru ini.

Jadi, kanak-kanak ini tanpa mengira latar belakang memerlukan perlindungan untuk memastikan bahawa mereka dapat dibesarkan dan juga selamat dan sihat. Jadi, kerajaan mestilah terus proaktif dalam memperkukuhkan undang- undang dan juga mekanisme penguatkuasaan untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak di negara Malaysia ini dilindungi dan juga daripada sebarang bentuk penganiayaan dan juga eksploitasi.

Jadi, dalam usaha- dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak perlu juga sentiasa dipertingkatkan. Jadi, ini juga termasuklah menyediakan sokongan daripada segi psikososial, pendidikan dan juga perlindungan undang- undang yang memadai. Jadi, di sinilah, ini lah merupakan salah satu sebab mengapa kita perlu memperkasakan, contohnya Pesuruhjaya Kanak-kanak dan juga menyediakan pegawai-pegawai yang terlatih yang dapat mengendali kes-kes seumpama ini. Jadi, dalam masa yang sama, ia dapat meringankan juga bebanan dan tanggungjawab yang ditanggung oleh ahli-ahli pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

draft • 12:06 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, kerajaan juga perlu proaktif dalam menangani gejala-gejala ‘penyelenggaraan’ hak asasi manusia dengan lebih berkesan. Jadi dalam menghadapi isu-isu ini, penting untuk kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berprinsip untuk terus mengutamakan hak asasi manusia dalam segala tindakan dan dasar kita. Jadi dengan ini, kita dapat membina sebuah negara yang adil, makmur dan juga berperikemanusiaan. Jadi, saya rasa juga sesi perbahasan seumpama ini dapat juga memberi ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakat supaya suara mereka dapat didengar melalui Wakil Rakyat masing- masing. Jadi dengan ini, Bukit Bendera mengucapkan terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebelum itu Bukit Bendera, ada masa. Saya nak mohon mencelah, boleh?

draft • 12:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Boleh lagi, ada masa.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh. Bukit Bendera, setuju tak Bukit Bendera jika saya katakan bahawa pembentangan Usul untuk membahaskan

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

laporan SUHAKAM ini menunjukkan bahawa Kerajaan Madani ini adalah satu kerajaan reformis? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jawapannya, ya.

Saya sokong. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Kali ini saya mengambil satu isu yang berkaitan dengan orang yang kurang berpeluang untuk bersuara seperti mana juga Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Isu masyarakat Orang Asli. Ruang yang sangat terhad di dalam Dewan ini kalau Datuk Timbalan Yang di-Pertua untuk bersuara. Saya suka merujuk kepada Laporan Tahunan SUHAKAM 2021 muka surat 168, 5.1 – Orang Asli dan Orang Asal dan bagaimana harapan daripada SUHAKAM untuk masa hadapan. Hak tanah adat Orang Asli kekal sebagai salah satu isu utama yang sukar diselesaikan di Malaysia.

SUHAKAM akan sentiasa mengekalkan pendekatan dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan pengiktirafan yang lebih baik dalam isu ini. Diharapkan semoga komuniti ini akan menikmati hak seperti mengekalkan dan mengamalkan budaya menduduki tanah turun temurun mereka dengan penentuan kendiri corak pembangunan mereka. Laporan SUHAKAM 2022, muka surat 165 – Aduan dan Pemantauan Terhadap Pelanggaran Hak Asasi Manusia. Perkara 12 Hak Orang Asal. SUHAKAM telah menerima tiga aduan hak Orang Asal berkaitan isu tanah di Perak dan Pahang serta pencerobohan di kawasan wilayah tanah adat Orang Asal bagi aktiviti pembalakan tanpa mengadakan proses Izin, Maklum Awal, Bebas dan Telus (IMABT).

Tuan Yang di-Pertua, saya kira kita tidak menafikan bahawa pembangunan itu penting tetapi pembangunan itu harus dilihat dengan sebaik mungkin terutamanya apabila melibatkan tanah ataupun kawasan Orang Asal. Kalau kita melihat kepada Akta Orang Asal 1954 berkaitan dengan Kawasan Orang Asal Seksyen 6 dan juga Rizab Orang Asal seksyen 7, saya kira di situ...

draft • 12:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya betulkan, ya. Tidak ada “Orang Asal”, “Orang Asli.” Tolong.

Teruskan.

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Minta maaf Timbalan Yang di-Pertua. Orang Asli. Saya suka menarik perhatian kepada apa yang berlaku

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

di kawasan saya sebagai contoh. Orang Asli di Kuala Langat khususnya Orang Asli di kawasan saya ini yang mana saya boleh mengambil pengiktibaran daripada apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku di masa akan datang. Pertamanya adalah berkaitan dengan perkampungan Orang Asli Bukit Kemandol, Perkampungan Orang Asli Bukit Cheding iaitu Kampung Orang Asli Bukit Cheding, Kampung Orang Asli Pulau Kempas dan Kampung Orang Asli Busut Baru dan juga Perkampungan Orang Asli di Pulau Carey. Ada beberapa buah kampung Orang Asli di situ.

Saya nak membawa bahawa bagaimana Perkampungan Orang Asli Bukit Kemandol sebagai contoh. Apabila kerajaan memutuskan untuk membuat satu tunnel city di kawasan Kuala Langat Utara ini, maka perkampungan Orang Asli ini telah dipindahkan. Penduduk mereka dipindahkan kepada satu Taman Desa Kemandol yang bersifat rumah banglo yang sehingga pada hari ini saya lihat mereka juga masih tidak dapat menyesuaikan dengan sebaik mungkin kerana dibina juga rumah-rumah tradisi mereka di sebelah dengan banglo-banglo yang sedia ada, tetapi saya kira satu perkara yang sangat penting adalah bagaimana kawasan rayaunya itu dipindahkan.

Kawasan rayau mereka dipindahkan dari Kampung Orang Asli Bukit Kemandol ke negeri Pahang dan juga ke Negeri Sembilan. Bagaimana mereka nak menyesuaikan dengan keadaan kehidupan mereka dengan kawasan rayau yang begitu jauh dari Selangor ataupun tempat mereka.

draft • 12:12 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kemudian, saya juga ingin menyebutkan di sini. Sebagai contoh, adalah berkaitan Perkampungan Orang Asli di Bukit Cheding yang mana sebahagian daripada mereka ini, perkampungan ini asalnya adalah daripada yang tinggal di kawasan pembangunan KLIA dan hari ini mereka telah berpindah di situ dan saya kira agak malang tempoh hari apabila kerajaan di negeri Selangor ingin membangunkan Kuala Langat Utara sebagai satu kawasan pembangunan bercampur walaupun yang akhirnya tidak dapat dilakukan sebab penentangan daripada pelbagai pihak termasuklah Orang Asli. Alhamdulillah, saya kira ini juga harus difikirkan dalam pembangunan-pembangunan yang akan berlaku...

draft • 12:12 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau.

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terakhirnya, saya nak menyebutkan bahawa bagaimana pembangunan Pulau Carey yang melibatkan beberapa kampung Orang Asli di Pulau Carey yang mana kalau kita lihat daripada sudut pembangunan Kampung Orang Asli Sungai Kurau akan terpadam daripada peta Pulau Carey kerana kawasan itu akan terlibat secara langsung dalam pembangunan Pelabuhan Pulau Carey ataupun Pelabuhan Tiga...

draft • 12:12 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Langat.

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Hari ini pun...

draft • 12:12 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Sikit, sikit.

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Masa dah terlalu...

draft • 12:12 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Sikit sahaja.

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey, sila.

draft • 12:12 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Okey. Setuju tak Kuala Langat sekiranya dalam pembangunan tanah adat Orang Asli ini lebih banyak melibatkan masyarakat setempat dalam apa juga pembangunan yang melibatkan kampung mereka.

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih. Saya sangat setuju dan masukkan dalam ucapan saya.

Hari ini pun masyarakat Orang Asli Kaum Mah Meri terutamanya di Pulau Carey ini, mereka sudah agak terjejas dengan aktiviti- yang sebahagian besar daripada mereka ini nelayan. Hampir 80 peratus mereka ini membuat aktiviti nelayan dan sebahagian besar dari kawasan ini sekarang ini sudah digazetkan sebagai port limit. Mereka sentiasa dalam keadaan ketakutan apabila mereka mahu mengambil mata pencarian kerana sudah tentulah pihak yang berkuasa sebagai tanggungjawab mereka akan melihat dari sudut keselamatan dan akhirnya mereka juga terganggu.

Kaum Orang Asli ini terganggu dari sudut mata pencarian.

Saya mengharapkan bahawa apa juga yang akan ada pembangunan nanti melihat semula supaya kumpulan masyarakat Orang Asli ini dapat dipertimbangkan dengan sebaik mungkin terutamanya yang melibatkan kawasan-kawasan penempatan dan juga kawasan rayau mereka. Saya melihat bahawa Orang Asli ini bukan satu kumpulan yang saya kira tidak boleh dibangunkan, cuma peluang kepada mereka.

Walaupun di Pulau Carey ini adalah satu buah kawasan yang agak luar bandar, tetapi saya melihat satu ketika dahulu di Kuala Langat ini ada asrama untuk pelajar-pelajar di peringat sekolah menengah dan hasil daripada itu, saya melihat ramai daripada keluaran-keluaran Orang Asli yang diletakkan di asrama ini mendapat pendidikan yang terbaik. Mereka ini pada hari ini menjadi orang-orang yang mempunyai kepentingan di dalam negara kita.

Sebab itu saya melihat bahawa dari sudut pendidikan ini juga, Orang Asli ini harus mendapat peluang yang sama dengan masyarakat yang lain dan saya melihat di Pulau Carey ini sebagai contoh baru-baru ini, tak kiralah sama ada Orang Asli ataupun bukan Orang Asli di Pulau Carey yang agak jauh dari sudut pembangunan dan mereka berada- boleh saya katakan di luar bandar.

draft • 12:12 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ada seorang pelajar yang boleh berjaya mendapat 9A. Mengambil mata pelajaran yang tidak menjadi mata pelajaran asas yang dididik di sekolah-sekolah menengah Pulau Carey ini. Matematik Tambahan yang dia belajar daripada Guru Matematik biasa dan mendapat keputusan A. Inilah saya kira kalau peluang ini diberikan kepada masyarakat daripada soal hak mereka mendapatkan pendidikan seperti mana pencapaian yang terbaik oleh Adik Nor Aliya Batrisya bin Safarin yang kematian ayah semasa berusia kurang daripada setahun, hari ini boleh mendapat keputusan yang terbaik sebegini dengan ibunya sebagai seorang suri rumah. Saya kira peluang ini harus juga diberikan kepada semua rakyat di dalam negara kita.

Jadi, saya mencadangkan supaya SUHAKAM dan juga Kerajaan Malaysia nanti akan mengadakan satu taskforce yang benar-benar boleh memberikan peluang yang terbaik apabila berlaku pembangunan, consideration ataupun pertimbangan berkaitan dengan tapak kawasan Orang Asli ini harus dipertimbangkan dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak akan terus menjadi mangsa disebabkan oleh pembangunan yang berlaku. Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 12:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.

Ingin saya mengingati Majlis bahawa terminologi yang sebenarnya mengikut Perlembagaan Persekutuan adalah “Orang Asli.” Orang Asal hanya di-refer-kan kepada di Borneo. Itu satu perkara. Perkara ini boleh dilihat di Perkara 160 – Definisi Orang Asli dan di dalam Perlembagaan, dua kali disebut “Orang Asli” dan tidak ada Orang Asal.

draft • 12:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selain daripada itu, untuk makluman Majlis, pada dan ketika ini dua libat urus sedang berjalan melibatkan pindaan Perlembagaan yang saya sendiri inisiatifkan dan akan bila selesai setakat ini empat tempat. Bila selesai nanti, akan saya angkatkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I dan kemudiannya dengan izin Timbalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri I, akan diangkat kepada Perdana Menteri. Jika diizinkan, diluluskan oleh Kabinet, akan diangkatkan kepada Majlis Raja-Raja, tetapi benda libat urus ini tengah berjalan.

Selain daripada itu juga, pindaan kepada Akta Orang Asli 134 juga akan berjalan oleh konsultan dan cadangan-cadangan akan dibentangkan kepada masyarakat Orang Asli dan majmuk untuk tatapan dan kelulusan, baru diangkat kepada prosedur seperti mana yang saya nyatakan tadi, kepada Kabinet, kepada Majlis Raja-Raja dan baru dibentangkan di dalam Dewan.

Dengan ruang ini juga, saya memohon bila jika sedemikian perkara ini berlaku kerana ruang untuk dua pertiga Dewan ini hanya wujud dua kali saja.

Pertama, masa pemerintahan- masa Perdana Menteri Pak Lah dulu dan sekarang

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

lebih kepada 148 yang menyokong. Saya berharap sebelah Pembangkang juga memberi ruang ini untuk menyokong pindaan kepada Perlembagaan jika diluluskan oleh Kabinet dan Majlis Raja-Raja.

Berikutnya, kita beransur balik kepada Majlis. Saya terpaksa mengambil ruang ini kerana di bawah itu tidak ada Orang Asli. Berterima kasih juga pada Kuala Langat. Saya tak sangka pun sebelah sini boleh prihatin...

[Tepuk] So, bila diluluskan nanti, dibawa ke dalam Dewan, saya pohonlah Ketua Pembangkang- ketua di sebelah sini menyokonglah. Itu harapan saya.

Baik, berikutnya saya mempersilakan- sebentar Kota Belud, Bukit Bendera tadi nak mengucapkan kehadiran.

draft • 12:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker jadi- kerana memberi ruang pada Bukit Bendera untuk mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan rombongan dari Parlimen Bukit Bendera, depa dah masuk dah...

[Tepuk] Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud, saya pada hari itu ingat setakat itu saja, rupanya disambung pada ketika ini.

Pohon maaf ya.

Silakan Kota Belud.

draft • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tak apa Tuan Speaker, yang penting dapat peluang untuk bercakap. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin menyatakan solidariti saya bersama kawan-kawan di Penampang atas tragedi banjir yang menimpa kawan-kawan kami di sana kelmarin yang telah pun diisytiharkan bencana.

Saya quote jawapan Dewan Undangan Negeri Sabah kepada Yang Berhormat Moyog pada April 2024 yang menyatakan bahawa,”Jabatan Pengairan dan Saliran tidak mempunyai aset kerajaan untuk melakukan pembersihan selepas kejadian banjir lumpur. Sekiranya kerja-kerja pembersihan selepas kejadian banjir lumpur diperlukan, ia akan dijalankan di bawah program kerja-kerja kecemasan dengan kaedah outsourcing kepada vendor yang berada di kawasan berkenaan”. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kita harus ada aset-aset kerajaan yang ready to deploy dengan izin, sekiranya bencana berlaku especially di Sabah, jauh daripada Persekutuan. Mungkin semalam ataupun kelmarin adalah Penampang, kita tidak

draft • 12:22 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

tahu esok-esok lusa bagaimana ya. Kelmarin kejadian di Penampang, banjir itu was very massive Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ingin menyatakan sokongan kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong minggu lalu berkenaan fungsi dan peranan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) selain daripada memperkasakan dan memberikan sumber yang lebih baik kepada OCC. Saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Puchong mengenai pelantikan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak sepenuh masa di Sabah dan di Sarawak juga amatlah penting dan oleh itu Kota Belud menyokong 100 peratus. Keperluan berbeza, latar belakang berbeza, kemudahan yang jauh berbeza.

Saya harap kerajaan mendengar saranan daripada kami ini.

Kedua, mengenai isu warganegara di Sabah. Seperti mana yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan SUHAKAM, majoriti aduan yang diterima di Sabah adalah berkaitan dengan isu hak kepada kewarganegaraan. Tahun 2022, daripada 170 aduan, 104 aduan adalah berkenaan hal ini. Begitu juga tahun 2021, daripada 157 kes, 76 kes daripadanya adalah berkenaan hak kewarganegaraan. Ya, diakui isu kewarganegaraan di Sabah ini sangat rumit. Sehingga hari ini masalah belum menemui titik penyelesaian walaupun Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing di Sabah telah selesai menyiasat dan menyediakan syor-syor yang berkaitan. Ini adalah berkaitan dengan kerakyatan daripada pendatang dan pelarian yang menetap di Sabah.

Namun Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sabah sendiri khususnya di pedalaman Sabah masih berhadapan dengan kekangan, dengan cabaran mengesahkan kewarganegaraan. Justeru, saya mohon pihak kerajaan supaya mengambil cadangan dan syor saya sebelum ini iaitu mewujudkan fast red lane dalam mempercepatkan pendaftaran MyKad lewat untuk rakyat Sabah di kawasan pedalaman. Kerajaan perlu serius dan segera mengambil tindakan ini kerana mereka ini rakyat Malaysia.

Awal bulan lalu, negara ini diberitakan mengenai tindakan yang diambil oleh penguat kuasa ke atas penempatan Palau’ di Semporna. Palau’ ini adalah the Sea Gypsy. Selaku Ahli Parlimen Kota Belud, saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Keningau selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Presiden saya, Yang Berhormat Semporna mengenai komuniti ini yang telah hidup lama di perairan Sabah dan sekitar. Tugas kita sebagai pemimpin juga is to educate the people ya, mohon izin. Orang kena sedar bahawa ada perbezaan antara PTI dan juga stateless. PTI adalah pendatang tanpa izin yang datang ke sesebuah negara tanpa dokumen dan melalui proses yang betul, kemasukan yang betul. Manakala stateless adalah orang yang tidak mempunyai warganegara.

draft • 12:22 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Perbincangan mengenai topik sensitif yang menemukan kedua-dua tokoh ini adalah satu permulaan yang baik sebab isu kewarganegaraan ini menjadi satu isu yang begitu sensitif sehinggakan kadang-kadang tiada politician di Sabah yang mahu bercakap berkenaan perkara ini. I really hope kita embrace perkara ini. Yes, PTI di Sabah masih belum selesai. Yes, di Sabah kita ada stateless. Kita boleh berbeza daripada segi ideologi ataupun pendekatan, tetapi ada isu yang kita kena sama-sama berbincang dan harungi bersama-sama sebab otherwise, isu ini tidak pernah akan selesai. Kita boleh bercanggah dengan bagaimana cara kita mengurus, but we have to start the discussion.

Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri harus bekerjasama erat dan mengambil tindakan yang lebih serius bagi mencari pendekatan yang seimbang antara hak asasi komuniti ini di samping menekankan mengenai isu-isu keselamatan negara. Masalah tidak akan selesai kalau antara kita asyik bercakap dan menuduh antara satu sama lain.

Oleh itu, saya ingin cadangkan kepada pihak SUHAKAM supaya menganjurkan lebih banyak sesi diskusi terbuka ataupun open forum di Sabah untuk membincangkan isu ini. Jemput wakil daripada komuniti-komuniti di Sabah, para pemimpin Sabah, para pakar-pakar sejarah. Saya pasti, ia akan memberikan hasil yang baik dalam mewujudkan Sabah yang lebih harmoni dan bersatu padu.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu kewarganegaraan, hak asasi rakyat Sabah masih lagi tidak dipedulikan, tidak dipenuhi. Hari ini saya tidak mahu sentuh mengenai hak-hak kami yang telah dijanjikan semasa Malaysia dibentuk, tetapi hari ini dan perkara ketiga- mengenai hak-hak kami di Sabah mendapatkan keperluan asas seperti bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Antara bidang fokus utama SUHAKAM adalah setiap orang mendapat hak kepada air bersih atau right to clean water. Namun, saya lihat fokus utama bagi hak mendapatkan bekalan elektrik tidak menjadi fokus utama. Saya juga baca kedua-dua laporan ini seolah-olah sangat jarang berlaku masalah yang melibatkan bekalan elektrik di Sabah...

draft • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat gulung, gulung.

draft • 12:22 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kejap, betulkan jika saya salah Tuan Yang di-Pertua.

Sedikit lagi saya minta tambahan masa, tetapi ingin saya tekankan di sini, selagi ada daripada kita tidak kisah sama ada di Sabah mahupun setiap penjuru di Malaysia ini yang masih lagi mengalami gangguan bekalan elektrik yang teruk di Sabah, SUHAKAM perlu sepatutnya memperjuangkan hak asas ini. Saya quote laporan tahunan SUHAKAM muka surat 233, “Isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung adalah isu kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air bersih di mana

draft • 12:22 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

mereka masih lagi bergantung kepada air hujan yang ditadah dan disimpan untuk kegunaan seharian termasuklah minum, mandi, mencuci pakaian dan memasak”. Tuan Yang di-Pertua, ini lah salah satu kes daripada beribu-ribu kes yang kita hadapi oleh rakyat Sabah setiap hari. Kalaupun kami diberikan akses kepada bekalan air bersih, selalunya bekalan air bersih kami terganggu. Kekerapan gangguan masalah air di Sabah juga mengatasi wilayah ataupun negeri lain di Malaysia.

draft • 12:22 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya juga sarankan kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan ...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masa 30 saat lagi.

draft • 12:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

...Tegas kepada pencuri-pencuri air supaya ada kesedaran, ada disiplin dan juga tanggungjawab di kalangan pengguna. Jangan pula kita pergi tangkap mahasiswa ataupun mahasiswa UMS ataupun individu yang buat demo hari itu sebab itu lah hak mereka. Mereka minta hak mereka Tuan Yang di-Pertua. I don’t think this is right. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan peranan dan fungsi SUHAKAM dan saya percaya SUHAKAM telah memainkan peranan dan tanggungjawab, tetapi tidak menjadi sebarang makna dan hasil jika aduan-aduan dan laporan yang dibuat tidak diambil serius oleh pemimpin tertinggi negara, jabatan-jabatan dan juga agensi yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Kota Belud. Berikut saya mempersilakan Kuala Krai.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Kuala Krai untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan SUHAKAM 2021- 2022 bagi tahun 2024 kali ini.

Dato’ Yang di-Pertua, peranan dan fungsi SUHAKAM sebagai badan bebas.

Apakah pendekatan kerajaan bagi memastikan SUHAKAM kekal sebagai institusi yang bebas daripada sebarang tekanan politik atau mana-mana pihak atau NGO yang cuba mengetengahkan tuntutan-tuntutan tidak munasabah yang tidak selari dengan konteks acuan tempatan atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan seperti isu LGBT dan ICERD?

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Oleh sebab SUHAKAM bertanggungjawab terus kepada Parlimen, adakah proses pelantikan pesuruhjayanya juga melalui Jawatankuasa Khas Parlimen bagi meneliti latar belakang serta kesesuaian calon berkenaan.

Dato’ Yang di-Pertua, apa sahaja perjuangan hak asasi manusia, mesti selari dengan kehendak syariah, khususnya bagi orang Islam. Di Malaysia agama rasmi adalah agama Islam, maka sudah tentu hak asasi manusia perlu dilihat kepada batas dan ketetapan syariah.

Saya mengambil maklum laporan dua tahun SUHAKAM yang dibentangkan ini dan untuk masa depan saya mengharapkan agar elemen penyelarasan dengan kehendak syariah juga perlu dimasukkan. Ini kerana saya bimbang hanya perjuangan hak asasi manusia menurut barat sahaja diambil kira.

Dato’ Yang di-Pertua, hak melaksanakan syariah adalah hak asasi manusia, kerana ia tuntutan agama bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji, tetapi merangkumi keseluruhan hidup. SUHAKAM perlu melihat isu ini dengan sebaiknya jika pihak kerajaan berlengah-lengah, maka SUHAKAM perlu memainkan peranannya agar hak asasi manusia ini tidak terabai.

Jika kita bandingkan dengan isu muamalat ataupun kewangan Islam yang sekarang amatlah berkembang, bukan sahaja kini menjadi pilihan orang Islam, tetapi orang bukan Islam. Dahulu bank-bank konvensional hanya membuka kaunter sahaja, tetapi kini semuanya menjadi Islamic bank. Jadi, mengapa undang-undang syariah tidak boleh, apa yang hendak ditakutkan. Jadi, saya yakin jika undang- undang Islam dapat dilaksanakan akan menjadi pilihan semua termasuk orang bukan Islam kerana Islam itu adil.

Jadi, SUHAKAM boleh berperanan mendesak kerajaan agar meminda senarai negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang syariah dan bagi mengelakkan kes cabaran peruntukan undang-undang negeri bagi menjaga hak asasi dan kemaslahatan umum orang Islam.

Dato’ Yang di-Pertua, SUHAKAM juga menyeru kerajaan untuk menginstitusikan rangka kerja kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat di negara ini serta menyokong penubuhan Majlis Media Malaysia. Apakah status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia serta garis masa pelaksanaannya seperti yang diumumkan sebelum ini? Sejauh mana komitmen dan tindakan susulan kerajaan, ekoran kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media yang merudum 34 anak tangga kepada kedudukan 107 pada tahun ini, malah dipintasi oleh Thailand buat kali pertama dalam tiga tahun ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Malah antara Jun hingga Disember 2023, TikTok mendedahkan Kerajaan Malaysia membuat permohonan alih keluar tertinggi ke platform sebanyak 1,862 permintaan diikuti Australia sebanyak 651 permintaan.

Dato’ Yang di-Pertua, bagaimana pula dengan hak-hak asasi rakyat Kelantan khususnya dalam isu pembayaran royalti petroleum yang dipilih- kerajaan yang dipilih secara suara oleh rakyat. Kenapakah Kerajaan Persekutuan menafikannya?

SUHAKAM boleh turut mendesak kerajaan agar jangan melanggar hak asasi ini, bahkan telah melanggar perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan negeri.

Jika kerajaan hari ini melunaskan royalti petrol ini, sudah pasti akan dikenang rakyat Kelantan sebagi sebuah kerajaan yang adil dan prihatin, apatah lagi suatu masa dahulu yang Amat Berhormat Tambun pernah berjanji di hadapan ratusan ribu- rakyat Kelantan akan membayar royalti apabila dapat menjadi Perdana Menteri. Tak akan lah zaman Tun Dr. Mahathir boleh dapat 400 juta, buat malu pejuang reformasi sahaja.

Dato’ Yang di-Pertua, sudah tentu hari ini adalah hari yang digemparkan dengan larian sahabat saya dari Muar yang sampai ke Parlimen dengan larian 200 kilometer pada hari ini dan ini juga merupakan hak asasi rakyat yang memilih Wakil Rakyat secara sah, tetapi telah menafikan peruntukan tahunan dengan pelbagai alasan yang diberikan. Jadi, apa alasan pihak kerajaan dan ini merupakan hak asasi yang perlu di tuntas oleh pihak kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, apakah kerajaan kekal dengan pendirian terhadap Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan termasuk peruntukan yang membabitkan status kanak-kanak terdampar serta kesan langsung kepada kanak- kanak? Ini mengambil kira syor SUHAKAM supaya suatu kajian lebih komprehensif diadakan supaya isu tanpa kewarganegaraan dapat ditangani secara holistik, mengambil kira peruntukan kewarganegaraan dalam Perlembagaan berbanding budi bicara Menteri. Apakah kesudahan RUU yang telah dibentangkan pada hari terakhir sidang lepas dan berakhir tanpa ada perbahasan?

Yang terakhir Dato’ Yang di-Pertua ialah pendidikan hak asasi. Berdasarkan pemerhatian dan dialog SUHAKAM dengan pihak berkepentingan, pelbagai latar belakang negara ini, percanggahan pendapat yang kuat biasanya timbul dalam perbincangan berkaitan antara lain ialah isu murtad, perkahwinan kanak-kanak serta hak asasi manusia, komuniti LGBT. Apakah usaha terkini SUHAKAM melalui program literasi hak asasi manusia dengan kerjasama Jabatan Mufti dan Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (OIC) serta libat urus yang didakan bersama Majlis Agama Islam Negeri dan NGO Islam berdasarkan fahaman hak asasi manusia dalam perspektif Islam?

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bagaimana SUHAKAM mengimbangi antara keperluan memenuhi obligasi sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan bertaraf ‘A’ di peringkat antarabangsa dengan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan serta kerangka agama dan budaya masyarakat setempat?

Adakah langkah proaktif yang diambil untuk meredakan kegusaran masyarakat Islam mengenai agenda dan tindakan segelintir gerakan NGO dan kempen antarabangsa untuk menormalisasi budaya LGBT dengan cara yang tidak wajar, sehingga menimbulkan ancaman ataupun meruntuhkan institusi kekeluargaan.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat sila gulung.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Apa pendekatan kerajaan dalam aspek menyebarluaskan pendidikan hak asasi manusia supaya sebarang tuntutan tidak munasabah atas nama hak asasi manusia termasuk gerakan mendesak supaya Malaysia meratifikasi triti antarabangsa yang semua kandungannya bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan seperti ICERD atau Statut Rom yang berpotensi mencabar kedaulatan negara.

Yang terakhir dan penutup Dato’ Yang di-Pertua ialah, sesungguhnya syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT telah pun lengkap sebagai manual dalam menjamin hak-hak kemanusiaan seorang manusia. Islam datang bukan sekadar membuat akidah semata-mata, tetapi menawarkan suatu transformasi menyeluruh terhadap sudut pandang manusia kepada alam. Kebebasan menurut fitrah sekali- kali tidak akan bercanggah dengan sifat perhambaan manusia kepada Allah SWT, bahkan dengan memperhambakan diri kepada Allah SWT, maka ia semakin mengangkat tinggi fitrah kemanusiaan.

Ketika pahlawan Islam Rib’i ibn ‘Amir berhadapan dengan Rustum...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat ....

[Kurang jelas]

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ya, yang terakhir Dato’.

Panglima tentera Parsi dalam peperangan al-Qadisiyyah beliau telah mengungkapkan satu kalimah hebat yang padat, jelas lagi tegas dalam memaknakan erti kemanusiaan sebenar beliau mengatakan, “Allah SWT telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia yang Dia kehendaki daripada penyembahan terhadap hamba kepada penyembahan terhadap Allah semata-mata, daripada kesempitan dunia menuju ke lapangan akhirat dan daripada kezaliman agama-agama kepada agama Islam...’’ Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Kuala Krai. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.

Yang Berhormat Tuaran, tidak ada. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 12:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk berbahas berkenaan dengan Laporan SUHAKAM bagi tahun 2021-2022.

Yang pertamanya ialah fungsi dan peranan SUHAKAM. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Laporan SUHAKAM terutama apabila membaca bahagian kenyataan media bagi tahun 2021 hingga 2024. Saya melihat satu paten yang agak sedikit membimbangkan.

Jika diteliti pada tahun 2021 dan 2022, ketika mana Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional, SUHAKAM dilihat agak tegas dalam menegur dan memberikan cadangan kepada pihak kerajaan.

draft • 12:39 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Ia dapat dilihat secara zahir melalui perkataan yang digunakan seperti ‘kerajaan digesa’, ‘SUHAKAM menyeru kerajaan’ dan seumpamanya, dengannya ini dalam beberapa siri kenyataan media yang dikeluarkan. Perkara ini adalah suatu yang sangat baik dan menunjukkan bahawa kerajaan pada ketika itu sangat terbuka dan menerima perbagai cadangan dan komentar daripada pihak ketiga. Namun begitu, situasi seperti ini jarang sekali dilihat pada era Kerajaan PH-BN pada hari ini.

Nada dan paten SUHAKAM seperti tahun sebelumnya kelihatan tidak selagi segarang dan setegas seperti yang sepatutnya. Setakat pemerhatian saya, SUHAKAM dilihat agak berhati-hati dalam menegur dan memberi cadangan kepada Kerajaan PH-BN dalam pelbagai perkara.

Justeru, saya menyeru agar SUHAKAM dapat kembali berfungsi dan memainkan peranan yang sepatutnya dalam menjadikan semak dan imbang kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Dalam kesempatan ini saya mengharapkan Pengerusi SUHAKAM dapat dilantik dengan segera setelah kerusi itu kosong sejak Ogos 2023.

Kedua ialah berkenaan dengan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Isu berkaitan perkahwinan di bawah umur ini sentiasa menjadi tajuk penting yang dibincangkan di dalam negara kita. Saya memuji tindakan beberapa pihak- kementerian yang terlibat yang diketuai oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah menghasilkan satu tindakan berstrategi iaitu Pelan Strategi Kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur.

draft • 12:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Persoalan saya, sejauh manakah pelan ini telah berjaya dilaksanakan? Dan apakah cabaran serta halangan utama yang dihadapi dalam melaksanakan agenda di dalam pelan ini secara menyeluruh? Namun secara terperinci, apabila kita membaca atau meneliti berkenaan dengan isu perkahwinan kanak-kanak ini, kita sering membayangkan anak-anak Muslim yang berkahwin. Walhal, dalam masa yang sama statistik menunjukkan kanak-kanak bukan beragama Islam turut mencatatkan bilangan yang ramai.

Dalam pelan yang saya sebutkan tadi telah diperincikan perbagai usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam menaikkan umur minimum sesebuah perkahwinan.

Perbincangan melalui Majlis Raja-raja mencadangkan pindaan dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri dan sebagainya. Saya memuji segala usaha ini sebagai satu langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada perkahwinan di usia yang awal.

Namun begitu, jika diperhatikan dengan lebih teliti usaha ini, hanya menumpukan kanak-kanak yang beragama Islam. Saya memahami peruntukan undang-undang yang hanya memerlukan kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam urusan perkahwinan kanak-kanak bukan beragama Islam.

Namun, usaha untuk meminda suatu undang-undang berkaitan golongan ini dilihat sangat kecil dan sedikit berbanding kanak-kanak beragama Islam. Apa yang menjadi kebimbangan saya, sejauh mana pemerhatian diberikan kepada kanak- kanak bukan beragama Islam ini untuk membantu mereka dalam usaha ataupun dalam isu berkaitan perkahwinan di bawah umur. Adakah mereka cukup mendapat perhatian yang sewajarnya sama seperti rakan-rakan mereka yang beragama Islam?

Isu yang ketiga, kajian SUHAKAM berkenaan dengan gender ketiga. Isu berkenaan dengan jantina ketiga ini pernah menjadi viral pada suatu ketika dahulu apabila SUHAKAM secara terbuka mencari penyelidik untuk sebuah kajian mengenai jantina ketiga ini.

Sehingga ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak SUHAKAM berkenaan dengan kajian tersebut dan sejauh manakah ia telah dijalankan? Adakah ia masih diteruskan ataupun ditarik balik? Walaupun tindakan ini cuba untuk dinormalisasikan oleh beberapa pihak atas nama untuk tujuan penyelidikan dan hak asasi manusia.

Namun, jika diperhalusi dengan lebih mendalam, kajian tersebut dilihat sebagai usaha untuk mengiktiraf golongan jantina ketiga dan ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan serta menimbulkan kegelisahan umat Islam di negara ini.

Akhir sekali ialah seperti mana yang sedia maklum, larian yang dibuatkan oleh YB Muar pada hari ini. Dalam soal tuntutan berkenaan dengan peruntukan Ahli Parlimen. Saya baharu sahaja melihat satu- video yang dirakamkan berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,

draft • 12:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Datuk Dr. Mohammad Abdul Hamid ketika kempen di Pulau Pinang. Yang mana beliau telah menyebut bahawasanya perlu memilih calon daripada kerajaan.

Yang pertama, peruntukan dapat sebanyak RM300,000 untuk pembekalan dan juga infrastruktur. Manakala, sebulannya pula RM20,000 untuk gaji-gaji staf berbanding dengan calon daripada pembangkang kalau menang hanyalah dapat RM60,000 sahaja untuk perbekalan dan infrastruktur dan juga RM6,000 sahaja untuk pusat khidmat.

Maka, ini satu kenyataan yang saya rasakan pihak SUHAKAM kena ambil tindakan...

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

...Dan perlu untuk pergi menyiasat terhadap apa yang berlaku dalam siri-siri kempen PRK Sungai Bakap ini. Sungai Bakap, kita kekal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Segamat.

draft • 12:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Perbahasan Parlimen Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2020, sebelum saya meneruskan, saya ingin ucapkan salam takziah kepada seorang lelaki Orang Asli menjadi mangsa dipijak gajah, di mana di Gerik, Kampung Kemar seminggu yang lepas.

Oleh itu, saya ingin membuka tirai dengan isu dan hak tanah Orang Asli yang menjadi isu tumpuan dan kita harus sama-sama, termasuklah pihak pembangkang dan pihak kerajaan bersama-sama membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan Orang Asli dan harap isu-isu berkenaan dengan Orang Asli di kawasan masing- masing boleh kerap diangkat dalam Parlimen supaya kita mencari penyelesaian memartabatkan Orang Asli.

Kalau kita lihat masalah adalah kemajuan yang perlahan dan proses menggazet tanah Orang Asli dan pematuhan Akta Orang Asli 1954 ini harus kita memberi tumpuan. Kerana saya yakin baharu-baharu ini saya ada- kita mendapat jumpa pejuang-pejuang, aktivis-aktivis yang perjuangkan hak Orang Asli. Mereka tiba ke Parlimen memberi dan juga mengeluh isu-isu yang mereka dihadapi. Kenapakah gajah boleh ada di bandar dan kampung? Sedangkan hutan itu kita lupa dan tidak menjaga ekosistem perhutanan di negara ini. Ya, kita memerlukan pembangunan tetapi ekosistem perhutanan ini harus dibela, dijaga. Antara orang yang kerap atau

draft • 12:46 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

orang yang sentiasa cinta dan menjaga ekosistem ini adalah Orang Asli di seluruh negara ini.

Oleh itu, kerajaan perlu lebih bertanggungjawab dalam melindungi hak tanah Orang Asli dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk memartabatkan, menjaga Orang-orang Asli di seluruh negara dan mempercepatkan proses penggazetan dan memastikan pelaksanaan Akta Orang Asli dipatuhi.

Seterusnya adalah berkenaan dengan isu kewarganegaraan tanpa status kerakyatan yang kita dapat dengar setiap hari dalam akhbar bahawa kurang ketelusan dalam proses permohonan kewarganegaraan, terutamanya bagi individu tanpa kerakyatan di Sabah. Cadangan- kita perlu dasar yang lebih jelas, mempercepatkan tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan itu adalah sangat penting.

Pindaan memudahkan proses bagi individu tanpa kerakyatan, terutamanya kanak-kanak supaya mereka dapat hak sebagai warganegara dan kita dapat tahu banyak anak-anak muda, khususnya kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk masuk ke sekolah dan sebagainya. Ini juga akan memberi impak kepada masa hadapan dan isu ini terbelenggu sekian lama. Harap perkara-perkara ini juga diberi perhatian.

Isu kewarganegaraan kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan sah oleh bapa kandungan warganegara Malaysia adalah salah satu masalah utama yang dibangkitkan dalam laporan ini. Kelewatan dalam melaksanakan pindaan Perenggan B, Fasal 1, Perkara 14, Perlembagaan Persekutuan telah menyebabkan kanak- kanak ini terkesan dan status kewarganegaraan mereka tergantung. Saya menyeru agar kerajaan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu ini demi masa depan kanak-kanak tersebut.

Seterusnya, saya juga menyentuh berkenaan dengan dana SUHAKAM yang diperoleh terus daripada Parlimen. Ini adalah cadangan bahawa kerajaan harus pertimbangkan cadangan bahawa dana SUHAKAM diperoleh terus daripada Parlimen selepas menyemak cadangan belanjawan tahunan juga. Merupakan langkah penting untuk memastikan kebebasan kewangan SUHAKAM. Ini adalah mengelakkan sebarang konflik atau kepentingan mana-mana pihak yang boleh memegang ataupun beroperasi menghalang atau mana-mana proses-proses SUHAKAM secara telus dan bebas.

draft • 12:46 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Seterusnya adalah berkenaan dengan isu yang saya nak bangkitkan adalah hak kanak-kanak yang sentiasa menjadi isu besar adalah isu kewarganegaraan bagi kanak-kanak dan perlindungan kepentingan terbaik mereka dalam konflik undang- undang. Cadangan adalah memperkuatkan undang-undang untuk melindungi hak

draft • 12:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

kanak-kanak termasuk dalam kes penjagaan dan pengangkatan. Mengutamakan hak kanak-kanak dalam undang-undang keluarga dan imigresen.

Kita kerap juga ada isu berkenaan dengan tahanan dalam penjara ini. Apa yang kita dapat lihat beberapa perkara sentiasa dibangkitkan di mana tahanan dalam penjara ini juga perlu diberi kebebasan dan hak untuk SUHAKAM mendekati mereka.

Ya, semua yang ditahan adalah bukannya menjadi penjenayah, mungkin ada kes- kes yang tertentu sahaja.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang perubahan iklim dan hak asasi manusia. Ya, kerajaan harus lebih tumpu kepada climate change in Malaysia kerana kesan perubahan iklim terhadap hak asasi manusia terutamanya komuniti yang terpinggir. Ya, komitmen Malaysia terhadap perjanjian iklim antarabangsa dan pembangunan lestari perlu dikuat kuasa dan pindaan adalah mengintegrasikan pertimbangan hak asasi manusia dalam dasar alam sekitar.

Jadi segala adalah berkaitan dengan semua yang saya bahaskan termasuk daripada komuniti dan Orang Asli, termasuk hak kebebasan kanak-kanak dan kerakyatan. Perkara-perkara ini kita harus sentiasa memberi perhatian. Oleh itu saya akhiri ucapan saya. Sekian, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Ingin saya menambah sedikit berkaitan isu tanah Orang Asli ini.

draft • 12:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kemelut yang wujud sekarang ini berpunca daripada isu punca kuasa. Kalau kita lihat Jadual Pertama- Jadual Sembilan, menjaga kebajikan Orang Asli adalah Pusat. Menjaga isu-isu tanah adalah kerajaan negeri. Jadi dua-dua ini mempunyai tanggungjawab masing-masing. Yang apa akan dicadangkan adalah tanggungjawab ini, menjaga Orang Asli ini dipindahkan ke Senarai Ketiga- tanggungjawab negeri dan Pusat.

Jadi isu tanah ini boleh katakan punca kuasa dapat diselesaikan. Kalau dengan senario sekarang, tanah negeri, kebajikan Orang Asli, pertelingkahan itu akan berlaku selain daripada ke mahkamah dan sebagainya.

Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 12:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan.

Saya nak cakap sedikit, berhubung sedikit sebanyak mengenai penubuhan SUHAKAM sebab saya semasa itu bertugas di Kementerian Luar Negeri sebagai

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Setiausaha Politik Menteri dan seterusnya penubuhan SUHAKAM ini digerakkan oleh Kementerian Luar Negeri.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan pada tahun 1999 di bawah Akta 597 diletakkan di bawah Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Datuk Musa Hitam, kini Tun, telah dilantik sebagai pengerusi yang pertama pada 3 April tahun 2000, kini usia SUHAKAM sudah menjangkau 25 tahun.

Seksyen 2 akta mentakrifkan hak asasi manusia sebagai merujuk kepada kebebasan asas seperti yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia, fungsi seperti dinyatakan dalam seksyen 4(1) ialah untuk pertamanya, menggalakkan kesedaran dan menyediakan pendidikan berkaitan dengan hak asasi manusia.

Keduanya, menasihati dan membantu kerajaan dalam menggubal undang- undang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil. Ada empat kesemuanya. Syarat yang dikenakan oleh seksyen 12 akta. Seksyen 12 ini memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk bertindak atas usulnya sendiri untuk menyiasat dakwaan perlanggaran hak asasi manusia. Selain daripada bertindak atas aduan yang dikemukakan kepadanya.

Berhubung dengan kes aduan laporan 2022 menunjukkan aduan menurun daripada 1,180 pada 2018 kepada 738 pada 2022. Mengikut laporan 2022, SUHAKAM menerima 738 aduan, setelah diteliti 211 aduan ada di luar bidang kuasa SUHAKAM. Jadi tinggal 527 aduan yang dibuat siasatan. Daripada jumlah 527 aduan, hanya 137 sahaja selesai disiasat, 390 kes masih dalam siasatan. Mohon dinyatakan apakah kes 390 sudah selesai disiasat? Perlu nyatakan.

Pada tahun 2021 pula, jumlah siasatan berjumlah 619. Kemudian yang disiasat ialah 463. Daripada 463 hanya 90 kes sahaja yang diselesaikan dan bakinya masih dalam siasatan. Ini cerita sama dengan 2022. Sila nyatakan adakah baki 373 kes telah selesai disiasat, setelah siasatan selesai maka kedua-duanya bagi tahun 2021, 2022, apakah tindakan yang diambil terhadap pesalah? Tidak disebutkan dalam laporan.

Saya ingin merujuk kepada fungsi SUHAKAM yang pertama iaitu menggalakkan kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berkaitan hak asasi manusia. Fungsi ini amat penting sekali bagi kita menjayakan agenda hak asasi manusia. Setakat ini, apakah kejayaan yang telah dicapai oleh SUHAKAM dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia berhubung dengan asasi manusia? Apakah kayu pengukur ataupun measurement yang digunakan menilai kejayaan yang dicapai?

Berdasarkan pada pemerhatian saya bab ini tidak begitu berjaya sungguhpun SUHAKAM sudah berusia 25 tahun. Kubang Pasu mencadangkan agar agenda

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

mengenai kesedaran dan menyediakan pendidikan perlu diperhebat supaya rakyat Malaysia lebih memahami tentang peranan dan tanggungjawab SUHAKAM dan mengapakah hak asasi manusia itu penting bagi negara kita Malaysia.

Seterusnya Pelan Strategik SUHAKAM 2021-2025, bidang keutamaan pertama dalam pelan strategik SUHAKAM ialah memperkukuhkan peranan dan kepimpinan SUHAKAM sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan yang bebas. Strategi yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini termasuklah meningkatkan keupayaan SUHAKAM bagi memastikan pelaksanaan NHRI yang cekap, melibatkan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan memantau situasi hak asasi manusia yang umum dan spesifik.

Persoalannya ialah setakat manakah pencapaian SUHAKAM dalam mencapai objektif ini dan juga empat objektif yang lain? Dalam Laporan SUHAKAM 2021-2022 tidak disebut langsung mengenai pencapaian Pelan Strategik 2021-2024.

Kubang Pasu berharap agar Laporan 2023 dapat dilaporkan mengenai kemajuan yang dicapai terhadap Pelan Strategik 2021-2024.

Persoalan seterusnya ialah mengapakah Laporan 2021-2022 lewat dikemukakan? Sepatutnya SUHAKAM perlu harus lebih efisien dengan menyedia dan menyemukakan laporan dengan lebih baik, lebih punctual, tepat masa.

Umpamanya Laporan 2021 dikemukakan pertengahan tahun 2022. Laporan 2022 dikemukakan pertengahan 2023 dan sebagainya.

Akhir sekali, Malaysia tidak perlu mengikut rentak tuntutan kuasa besar Barat dalam hal hak asasi manusia kerana mereka bukan satu benchmark...

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Ke aras yang baik.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ya?

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada dua minit lagi.

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Habis dah.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bagi dua minit lagi.

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Oh, alhamdulillah. Terima kasih.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak mahu kah?...

[Ketawa]

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Eh, kali ini Dato' Yang di-Pertua baik hati betullah...

[Ketawa] Saya kali ini, saya syoklah Timbalan Yang di-Pertua ini. Dia kadang-kadang dia dah habis...

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jangan duk kalutlah...

[Ketawa]

draft • 12:52 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey. Awai kena kalut, la ni dia jadi tak kalut pula...

[Ketawa] Akhir sekali, Malaysia saya sebut sekali lagi, tidak perlu ikut rentak tuntutan kuasa besar Barat mengenai hal hak asasi manusia kerana mereka bukannya satu benchmark tanda aras yang baik. Lihat saja apa yang berlaku di Palestin, di manakah hak asasi manusia? Kenapakah kuasa-kuasa Barat menyokong Israel dalam pembunuhan yang begitu ramai rakyat Palestin selama ini? Sebenarnya merekalah yang mengkhianati hak asasi manusia. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.

Sekarang lagi beberapa second pukul 1. Tepat pukul 1 saya akan tangguhkan Dewan ini dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang nanti dan akan dimulakan oleh Yang Berhormat Betong ya selepas ini.

Dengan ini saya tangguh Mesyuarat ini ke 2.30 petang.

draft • 12:52 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Batu untuk sambung perbahasan.

draft • 2:30 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Tadi kata Betong. Tapi tak apa, Batu sedia untuk berbahas. Terima kasih Timbalan Speaker untuk bagi ruang kepada Batu ambil bahagian.

Beberapa isu― Timbalan Speaker, tadi saya belum mula ucap, kenapa saya ada dua minit sahaja? Sebelum rehat, saya tak ucap langsung. So, saya mohon kembali kepada lima minit. Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya ingin bangkitkan beberapa perkara walaupun ada sahabat Ahli Parlimen yang telah pun membangkitkan. Pertamanya, isu berkaitan dengan Perlembagaan negara di mana Perlembagaan negara telah memberi jaminan kebebasan untuk menganuti agama dan mengamalkan agama tersebut. Pun begitu, garis panduan telah diberikan bagi isu-isu yang melibatkan pertukaran agama. Saya bersyukur kerana garis panduan ini secara tidak langsung dapat memastikan keterjaminan dalam membina sebuah negara harmoni.

Berkenaan isu yang sama, saya ingin membangkitkan di sini berkaitan isu yang telah di-viral-kan. Baru-baru ini, kenyataan seorang pendakwah bebas yang lantang menyatakan bahawa untuk mengislamkan seseorang remaja bawah 18 harus dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan ibu bapa remaja tersebut. Hal ini amat membimbangkan saya dan seluruh masyarakat terutamanya kami yang beragama bukan Islam. Bagaimana kami ingin memastikan keterjaminan tersebut dapat dilaksana dengan baik?

Dari sudut hak asasi manusia, seseorang individu itu layak menentukan pilihan mereka. Pun begitu, garis panduan tetap disediakan. Sebagai contoh, kita boleh melihat seperti garis panduan pembelian rokok yang dikeluarkan oleh KKM.

Seorang remaja yang berusia 18 tahun ke bawah dilarang untuk membeli, memiliki dan menggunakan rokok walaupun hak milik adalah hak individu berkenaan.

Jadi, isu berkaitan pengislaman pelajar berusia kurang daripada 18 tahun juga harusnya tidak menjadikan isu oleh pendakwah bebas berkenaan. Garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam seharusnya diberi keutamaan oleh pendakwah berkenaan.

Dari sudut undang-undang, saya melihat pendakwah bebas berkenaan seolah-olah mencabar Perlembagaan negara dan garis panduan yang telah menyediakan. Oleh itu, saya mohon SUHAKAM juga harus menjelaskan tatatertib dan hak untuk bersuara agar rakyat tidak sewenang-wenangnya menyentuh perkara- perkara sensitif seperti 3R yang pasti melanggar Perlembagaan hanya dengan menggunakan alasan kebebasan bersuara.

Timbalan Speaker, saya juga ingin bangkitkan perkara yang dimaklumkan oleh kerajaan semalam. Saya ingin memuji Perdana Menteri kita yang selama ini menjadi satu isu― berkaitan dengan matrikulasi. Tadi saya dengar sahabat saya ada membangkitkan berkaitan dengan hak asasi orang Sabah. Tadi ada sahabat saya lain membangkitkan hak asasi Orang Asli. Saya juga ingin membangkitkan hak masyarakat India dari segi pendidikan.

Seperti mana Perdana Menteri mengumumkan semalam, itu adalah satu contoh yang paling baik bahawa kerajaan tengah mereformasikan sistem pendidikan

draft • 2:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

dan juga memberi satu kepentingan bukan Islam, di mana semalam Perdana Menteri cakap 10A dan ke atas akan dapat kerusi matrikulasi. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan untuk memberi satu harapan yang besar kepada masyarakat India, masyarakat Cina, pastikan pelajar-pelajar yang dapat markah yang tinggi 10A dan ke atas dapat kerusi matriculation untuk sambung ke IPTA.

Tapi, ada juga soalan-soalan yang saya ingin bangkitkan di mana apa akan berlaku dengan pelajar-pelajar yang ada straight A, 7A, straight 8A? So, saya mencadangkan kerajaan mengeluarkan― apa garis panduan ataupun maklumat terperinci? Supaya kita boleh berkongsi dengan remaja-remaja yang baru habis SPM supaya mereka dapat duduk dalam matrikulasi.

Berkaitan dengan kuota matrikulasi, kami daripada masyarakat India, masyarakat Cina tidak pernah bersoal berkaitan dengan kuota bumiputera. Tapi, saya rasa saya perlu suarakan sebab kuota untuk kaum India tidak mencukupi, walaupun secara prinsipnya ada ninety and ten, dengan izin. Tahun lepas, keseluruhan kuota matrikulasi untuk kaum India hanya 1,100 sahaja. Saya rasa perlu ada pertambah baik supaya graduasi-graduasi daripada kalangan masyarakat India boleh ditambah baik di negara ini.

Dan juga berkaitan dengan sekolah-sekolah Tamil. Saya rasa ini adalah satu hak di mana pendidikan itu ada kualiti yang tinggi dalam semua sekolah termasuk vernakular dan sekolah kerajaan. Tapi kalau kita tengok sekolah bantuan kerajaan

(SBK) di kalangan sekolah Tamil, ada banyak sekolah yang melalui masalah dana.

Contoh di kawasan saya.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Contoh di kawasan saya.

Satu minit. Sekolah SK St. Joseph, di mana sekolah itu adalah di bawah tanah gereja dan sekolah itu dah lebih kurang 100 tahun tapi tidak ada satu makmal sains. Macam mana murid-murid sekolah itu akan belajar berkaitan dengan sains menggunakan apparatus dan lain-lain lagi? Walaupun saya sebagai Ahli Parlimen telah memberi peruntukan untuk membantu sekolah tapi tak ada cukup― no space, dengan izin, tak ada tanah untuk mereka membangunkan science lab dan bilik-bilik lain. So, saya harap SUHAKAM bolehlah berpandangan untuk bantu ataupun memberi fokus kepada pendidikan.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 2:32 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk berbahas. Saya berminat untuk menyentuh mengenai topik kebebasan beragama yang dinyatakan dalam Laporan SUHAKAM 2021 bermula muka surat 195 hingga 205.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin isu kebebasan beragama ini masih menjadi topik perdebatan dalam kalangan rakyat di negara ini. Tadi pun ada disentuh oleh Yang Berhormat Batu.

draft • 2:39 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Seharusnya Islam menjadi pemandu arah kepada hak asasi terhadap seseorang manusia, bukan sebaliknya. Agama dipergunakan untuk memenuhi kepentingan, kemahuan hak asasi yang tidak terbatas. Dalam konteks kebebasan beragama di Malaysia, kita perlu jelas bahawa Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan telah memberi kebebasan mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam Negara ini.

Bahkan ini juga yang diberi oleh Islam.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] "Tidak ada paksaan dalam agama”. Namun, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak. Ini kerana kebebasan beragama turut diikat dengan Perkara 11(4) iaitu mengenai larangan penyebaran dakyah agama selain Islam kepada masyarakat Islam dalam negara ini. Tambahan lagi, sekatan ini juga berkait dengan perkara yang berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral berdasarkan Perkara 11(5).

Puan Yang di-Pertua, saya mengharapkan agar SUHAKAM menjadi badan yang meletakkan kepentingan syariah dan perundangan negara sebagai tunjang dalam membahaskan mengenai kebebasan beragama. Biarlah hak asasi manusia menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Allah. Ini bermaksud, apabila bercakap soal kebebasan beragama maka prinsip syariat dalam Islam harus sentiasa dijadikan rujukan dan perlu dijunjung dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Apa yang menjadi titik pertikaian apabila ada pihak yang cuba membawa naratif songsang iaitu kebebasan beragama sampai ke peringkat menghalalkan berlakunya murtad. Ia juga menjadi perjuangan segelintir pihak di negara ini yang gagal untuk memahami nilai hikmah agama melarang seseorang itu murtad. Naratif sedemikian harus diketepikan pengamalannya dalam negara kerana soal murtad telah jelas tidak dibenarkan dalam Islam.

Puan Yang di-Pertua, perbahasan mengenai kebebasan beragama dalam negara kita juga tidak dapat lari daripada isu murtad serta permohonan keluar

draft • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

daripada Islam. Isu murtad dan keluar daripada Islam harus dinilai dengan penuh hikmah dan terdapat garis halus yang memisahkan situasi antara murtad dengan keluar Islam. Kedua-dua perkara ini mempunyai garis pemisah walaupun daripada sudut istilah tidak begitu jelas perbezaannya.

Saya berpandangan keputusan penghakiman dalam kes-kes terdahulu telah memberikan suatu precedent implikasi perundangan yang jelas kepada mahkamah syariah yang mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk mengisytiharkan seseorang Muslim keluar daripada agamanya. Ertinya di sini, tidak timbul soal pertindihan bidang kuasa mahkamah kerana pengurniaan bidang kuasa ini adalah jelas diberikan secara tersirat. Apatah lagi, jika sebahagian enakmen negeri mempunyai peruntukan yang tersurat mengenai seseorang yang keluar Islam.

Dalam hal ini, selain soal keselarasan enakmen negeri yang terangkum di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing. Isu yang harus kita bahaskan adalah apakah langkah memperkukuhkan pengislaman seseorang mualaf dalam negara. Ada yang memeluk Islam kerana perkahwinan dan kemudian ditinggalkan oleh pasangan yang Muslim tadi dalam keadaan si mualaf langsung tidak dibimbing mengenai Islam mahupun tidak pernah diajar asas-asas syariat dan Islam sehingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk kembali kepada ajaran asal mereka. Ini sebahagian realiti terhadap permohonan kembali kepada ajaran asal yang tidak dapat dipisahkan daripada berlaku. Namun, ada pula yang telah mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, juga mengambil keputusan untuk murtad.

Puan Yang di-Pertua, oleh sebab itu, isu ini harus di bahas secara mendalam.

Saya mohon seminit lagi. Saya menyokong usaha menyeragamkan enakmen negeri- negeri dalam konteks murtad dan keluar Islam supaya kita mempunyai intervensi yang lebih menyeluruh dan proaktif terhadap kes-kes yang berlaku.

Puan Yang di-Pertua, dalam isu ini saya ingin memohon maklumat lanjut daripada Kementerian mengenai perkara berikut. Pertama, saya mohon statistik pengisytiharan keluar Islam sejak tahun 2018 mengikut negeri serta faktor yang menyebabkan mereka memohon keluar daripada Islam. Kedua, saya mohon kerajaan menjelaskan usaha yang dijalankan secara bersepadu bersama-sama PERKIM mahupun NGO bagi memastikan kebajikan golongan mualaf khususnya dalam konteks penghayatan terhadap syariat Islam.

Ketiga, saya mohon supaya kerajaan turut memperjelaskan usaha bagi memperkukuh aspek perundangan termasuklah rundingan dengan Majlis Agama Islam Negeri dan badan perundangan yang lain bagi memastikan aspek perundangan juga ditegakkan dalam konteks menangani isu-isu murtad.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 2:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang bagi turut membahas laporan tahunan SUHAKAM. Timbalan Yang di-Pertua saya ingin merujuk terus kepada bahagian aduan dan pemantauan dalam laporan ini. Bagi tahun 2022, sebanyak 738 aduan telah diterima, yang mana 83 daripadanya berkait dengan Sarawak. Daripada 83 aduan tersebut, hanya 62 sahaja yang di bawah bidang kuasa SUHAKAM. Tujuh aduan selesai manakala 55 masih dalam siasatan.

Jika diteliti lagi pecahan kes, hak kepada kewarganegaraan mencatatkan aduan tertinggi sebanyak 26 kes, manakala aduan berkenaan hak tanah adat anak negeri hanya satu aduan sahaja bagi tahun tersebut. Jumlah aduan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar di lapangan. Pertamanya, saya percaya bahawa ramai di kalangan masyarakat terutamanya di luar bandar dan pedalaman masih tidak sedar akan kewujudan SUHAKAM dan peranannya dalam mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia.

Menurut satu kajian, tahap kesedaran mengenai SUHAKAM dalam kalangan masyarakat luar bandar adalah sangat rendah. Ini menyukarkan mereka untuk mengetahui cara-cara mengakses perkhidmatan yang disediakan oleh SUHAKAM untuk melaporkan sebarang pelanggaran hak asasi manusia. Keduanya, penduduk di kawasan pedalaman seperti kita di Wilayah Sabah dan Sarawak menghadapi kekangan geografi dan infrastruktur yang amat menyukarkan mereka untuk membuat aduan kepada SUHAKAM.

Akses kepada internet dan kemudahan komunikasi yang terhad menyebabkan maklumat mengenai hak-hak mereka dan saluran aduan sukar diperoleh. Ketiganya, kurangnya pendidikan dan kesedaran mengenai hak asasi manusia juga menyumbang kepada isu ini. Banyak masyarakat tidak menyedari hak- hak mereka dan bagaimana mereka boleh mempertahankannya. Pendidikan mengenai hak asasi manusia perlu dipertingkatkan terutamanya dalam kurikulum sekolah dan melalui program-program komuniti. Maka, bagi mengatasi masalah- masalah ini, SUHAKAM perlu mengadakan lebih banyak lagi sesi libat urus bersama komuniti dan pemimpin tempatan bagi menyampaikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Timbalan Yang di-Pertua, antara isu yang ingin saya bangkitkan di sini adalah isu penduduk tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri semasa lawatan kerja beliau ke Sarawak pada 2023 pernah menyebut

draft • 2:45 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

bahawa sejumlah 9,314 penduduk di Sarawak tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Ramai penduduk di kawasan luar bandar terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak masih menghadapi kesukaran dalam mendapatkan dokumen pengenalan seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran. Ketiadaan dokumen pengenalan ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan akses kepada pendidikan, kesihatan dan pelbagai bantuan kerajaan yang lain.

Walaupun banyak inisiatif telah dilaksanakan untuk menangani isu ini, namun usaha perlu dipertingkatkan di mana kerajaan perlu memperluaskan program mobile outreach, dengan izin untuk memudahkan pengeluaran dokumen pengenalan di kawasan pedalaman. Pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara perlu kerap turun padang untuk membantu penduduk luar bandar mendapatkan dokumen penting ini.

Selain itu, kempen kesedaran juga perlu diadakan untuk memastikan semua rakyat tahu akan hak mereka terhadap dokumen pengenalan. Jadi, persoalannya apakah perkembangan Unit Gerakan Khas untuk memudahkan masyarakat luar bandar untuk urusan pendaftaran telah dicadangkan sebelum ini? Keduanya, apakah perkembangan cadangan One Stop Centre untuk semua jabatan yang terlibat dalam proses permohonan kewarganegaraan ini yang telah dicadangkan sebelum ini?

Timbalan Yang di-Pertua, akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti masih menjadi cabaran besar di kawasan pedalaman Sarawak. SUHAKAM telah menekankan perlunya kerajaan meningkatkan kualiti dan akses kepada kemudahan asas ini untuk memastikan komuniti luar bandar terutamanya kita orang Dayak tidak terus ketinggalan dalam pembangunan negara.

draft • 2:45 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Masalah kekurangan sekolah, guru dan kemudahan perubatan sering menjadi isu utama yang dihadapi oleh komuniti ini, Betong berpandangan bahawa perlunya pelaburan dalam infrastruktur pendidikan ditingkatkan di kawasan pendalaman Sarawak selaras dengan Dasar Pendidikan Digital. Murid-murid di pedalaman juga seharusnya miliki akses yang sama dengan apa yang dinikmati oleh murid-murid di bandar. Infostruktur dan infrastruktur perlu ditambah baik terutamanya keupayaan rangkaian Internet dan infrastruktur.

Timbalan Yang di-Pertua, memandangkan masa yang amat singkat maka saya terus pergi ke kesimpulan dan sebagai kesimpulannya isu-isu yang dibangkitkan memerlukan tindakan segera dan komitmen jangka panjang dari semua pihak. Kita perlu memastikan bahawa hak rakyat terpelihara, alam sekitar dijaga dan setiap individu mendapat peluang yang sama untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.

Rakyat juga mengharapkan agar SUHAKAM beroperasi dengan tahap tadbir urus dan tata kelola yang tinggi. Ini bukan sahaja akan meningkatkan kepercayaan

draft • 2:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

masyarakat kepada SUHAKAM tetapi juga memastikan bahawa hak asasi manusia di Malaysia dilindungi dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Laporan SUHAKAM tahun 2021/2022. Saya ingin memuji pihak SUHAKAM yang proaktif dalam menjalankan pelbagai program dan latihan dan membangunkan modul hak asasi manusia untuk PDRM dan warga pendidik.

Latihan berkenaan hak asasi manusia untuk tenaga pengajar perlu dilaksanakan secara berkala untuk setiap bahagian PDRM yang berkenaan dalam usaha untuk menyelaraskan pemahaman dan pengamalan berkaitan hak asasi manusia sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap institusi polis negara.

Selain memberikan latihan, SUHAKAM juga perlu dari masa ke semasa melakukan pemantauan dan penelitian terhadap amalan pemeriksaan, tangkapan, penahanan dan soal siasat agar setiap proses siasatan dilakukan oleh PDRM mematuhi prinsip hak asasi manusia.

Berhubung dengan pindaan lima Perlembagaan Persekutuan hak kepada udara bersih, saya turut ingin mencadangkan kepada SUHAKAM untuk turut diminta oleh beberapa pertubuhan di mana SUHAKAM telah diminta oleh beberapa pertubuhan berkaitan alam sekitar untuk campur tangan dalam menangani masalah jerebu di negara ini. Saya menyokong cadangan untuk meminda Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan hak kepada udara bersih sebagai sebahagian daripada hak asasi yang dijamin oleh negara.

Rentetan daripada itu langkah perundangan dan penguatkuasaan yang lebih konkrit dapat dilaksanakan bagi menghukum sesiapa sahaja yang menyebabkan pencemaran udara dan fenomena jerebu. Berhubungan dengan beberapa konvensyen termasuk I-C-E-R-D atau ICERD, negara masih bergelut dengan isu tanpa kewarganegaraan yang melibatkan beberapa kategori populasi kanak-kanak terbiar, Orang Asli dan pelarian tanpa negara.

Persoalan yang perlu diajukan kepada SUHAKAM dan pihak kerajaan, adakah syor untuk ratifikasi konvensyen ini masih lagi relevan? Ini kerana kita tahu bahawa kerajaan dalam usaha untuk membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan isu kewarganegaraan ini yang sampai ke hari ini masih lagi menjadi tanda tanya ke manakah hala tujunya.

draft • 2:51 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga ingin menyentuh hak rakyat secara keseluruhannya. Di antaranya ialah hak rakyat untuk mendapatkan sebuah keadilan daripada kerajaan yang telah membentangkan manifestonya sebelum pilihan raya. Kita tahu bahawa sebelum pilihan raya ini, rakyat telah dihidangkan dengan manifesto yang kita boleh yang merupakan manifesto yang dicanang oleh Pakatan Harapan di dalam PRU yang lepas. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Tetapi apabila menjadi kerajaan, kita tidak melihat bagaimana seriusnya kerajaan untuk menunaikan manifesto ini.

Ini telah pun mencabul hak rakyat untuk mendapat suatu kerajaan yang menunaikan janji. Saya ambil contoh beberapa poin yang ada dalam manifesto ini.

Mengkaji semula konsesi lebuh raya di mana Harapan menunjukkan komitmen untuk mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya hingga mencapai pengurangan 18 peratus kadar tol. Sehingga ke hari ini, masih belum nampak lagi mana hala tuju kajian terhadap konsesi lebuh raya ini. Apa yang kita tahu bahawa harga barang semakin naik, tol naik, minyak naik. Itu dialog yang diikuti dengan B-ut. But.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, pencalonan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam manifesto ini perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Dwipartisan tetapi kita melihat bahawa pelantikan Ketua Pengarah SPRM baru-baru ini tidak pun melalui daripada Parlimen seperti yang dijanjikan. Ini persoalannya? Mana janji yang ditaburkan sebelum pilihan raya?

Saya dengar juga kadang-kadang mereka terbawa, “Oh, itu manifesto Pakatan Harapan bukan manifesto, semua hari ini Kerajaan Perpaduan.” Buktikan bahawa Barisan Nasional menolak janji ini? Buktikan bahawa parti-parti lain yang ada komponen kerajaan tolak janji ini? Tidak tolak pun.

Sedangkan Barisan Nasional sudah sudi memansuhkan MAVCOM yang mereka sendiri bentangkan. Saya yakin bahawa kalaulah PMX pada hari ini begitu komitmen untuk hendak laksanakan janji, saya yakin bahawa kerajaan yang ada tidak ada masalah tetapi mereka memilih untuk tidak melaksanakan janji.

Peruntukan kawasan sama rata, Harapan bakal menyediakan dana pembangunan kawasan pilihan raya Parlimen sama rata. Tak laksana sama sekali.

Saya ucapkan tahniah Yang Berhormat Muar baru masuk Dewan, tahniah larian 200 kilometer [Tepuk] daripada Muar ke Parlimen satu perkara yang tak dapat kita bayangkan boleh dilaksanakan oleh Muar.

draft • 2:51 PM

Seorang Ahli

Steady Muar!

draft • 2:51 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tetapi itulah satu usaha kecil untuk menyedarkan dunia bahawa kerajaan pada hari ini merupakan kerajaan yang tidak adil kepada rakyat.

[Tepuk]

draft • 2:51 PM

Seorang Ahli

Zalim*.

[Tepuk]*

draft • 2:51 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Peruntukan ini telah dijanjikan semua wakil rakyat tanpa mengira parti, tanpa mengira apa-apa background politik, peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen dan bukan Pejabat Perdana Menteri, tak laksana sampai ke hari ini walaupun rundingan dibuat. Perolehan awam untuk permintaan sebut harga dan bekalan perlu dibuat dengan Jawatankuasa Pilihan Khas yang diketuai anggota Blok Pembangkang pun tak laksana, yang ada Cuma direct award procurement ataupun ringkasannya ialah DAP.

Jadi, ini yang berlaku pada hari ini.

draft • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:51 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, saya─ terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Jadi sebagai kesimpulannya bahawa hak rakyat untuk mendapatkan kerajaan yang melaksanakan janji yang ditabur sebelum pilihan raya hari ini sudah diabaikan dan kita minta SUHAKAM dan apa jua pergerakan NGO berkenaan dapat bangkit dan menyedari apa yang telah berlaku pada hari ini. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 2:51 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua atas kesempatan kepada Beaufort untuk membahaskan berkenaan Laporan SUHAKAM dalam Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada SUHAKAM atas segala gerak kerja yang telah dilaksanakan untuk melindungi dan memperkasa hak asasi manusia memacu hak ekonomi, sosial dan kebudayaan golongan rentan dan memerangi racism, diskriminasi kaum dan xenophobia.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk berkenaan laporan SUHAKAM pada tahun 2021 dalam Jadual 12 Bilangan 1 iaitu hak kewarganegaraan iaitu sijil lahir, IC, MyKad, MyPR, sijil banci, sijil burung-burung yang mengikut laporan SUHAKAM Pejabat Sabah menerima aduan tertinggi berkaitan dengan surat beranak terutama sijil kelahiran daripada penduduk yang tinggal di pedalaman Sabah.

Ini kerana kebanyakan anak-anak yang lahir di pedalaman gagal didaftarkan semasa lahir. Isu perkahwinan yang melibatkan bapa warganegara dan ibu bukan warganegara dan lambakan kes daftar lewat ini dilihat di Mahkamah Majistret yang

draft • 2:57 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

perlu didaftarkan sebelum permohonan kewarganegaraan diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Saya melihat isu ini perlu diselesaikan segera kerana yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak tersebut yang akan menjejaskan akses mereka untuk mendapatkan peluang pendidikan, kesihatan dan juga kewarganegaraan. Di negeri Sabah terdapat ramai pelajar yang terpaksa diberhentikan daripada sekolah kerajaan kerana tidak memiliki dokumen lengkap dan juga isu terhadap kewarganegaraan. Ada di antara mereka yang memiliki keputusan yang cemerlang, prestasi yang baik dalam sukan tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran disebabkan permasalahan ini.

Akhirnya, golongan ini menjadi penyumbang terhadap masalah literasi dan sosial dalam masyarakat kita. Maka, saya minta kepada pihak yang berkepentingan untuk menyelesaikan segera masalah anak-anak yang lahir di Malaysia untuk mengenal pasti kewarganegaraan mereka. Ini bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua, menurut laporan Institute For Development Studies ataupun IDS Sabah daripada 3.9 juta penduduk Sabah, 1.2 juta adalah orang asing.

draft • 2:57 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Angka ini sangat membimbangkan dan saya melihat isu ini perlu ditangani secara segera kerana ia melibatkan hak asasi manusia, bukan sahaja kepada mereka yang menjadi orang asing di Sabah, tetapi kepada rakyat negeri Sabah yang menerima tempias dalam isu keselamatan dan juga sosial dan juga ekonomi.

Timbalan Yang di-Pertua, pada 7 September 2023, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia

(Komnas HAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) telah memperbaharui memorandum persefahaman iaitu MoU untuk mencari penyelesaian jangka panjang kepada isu tanpa kewarganegaraan di Sabah. MoU yang sebelum ini dikenali sebagai MoU Mengenai Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun dari 2023 hingga 2028.

Apa yang saya harapkan, komitmen semua pihak untuk mempergiatkan kerjasama sedia ada melalui kolaborasi dengan kerajaan dan semua pihak yang berkepentingan dalam mencari penyelesaian yang kukuh ke arah penambahbaikan situasi hak asasi manusia, orang tanpa kewarganegaraan dan orang yang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan di Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua, ada di antara mereka yang tidak mempunyai dokumentasi ini telah dieksploitasi bagi aktiviti yang tidak bermoral dan jenayah seperti pelacuran, pengedaran dadah, rompakan dan juga menjadi buruh paksaan di

draft • 3:00 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

kawasan perladangan dan pembinaan. Ia juga akan memberi ancaman keselamatan kepada rakyat Sabah apabila situasi ini tidak dibendung.

Saya menyambut baik usaha Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Negeri Sabah yang telah memutuskan pendaftaran semula dibuat terhadap warga asing merangkumi pengambilan biometrik dan gambar. Begitu juga dengan satu dokumen pengenalan diri tunggal di aplikasi bagi memudahkan pengurusan pelarian Filipina di Sabah. Perkara ini sangat penting untuk memudahkan kerajaan mengenal pasti golongan ini yang terlibat dengan aktiviti jenayah yang dapat dikesan keberadaan mereka dengan petunjuk data dari biometrik dan pengenalan yang telah didaftarkan.

Timbalan Yang di-Pertua, saya minta masa lagi ya.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:00 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Ya, ya. Sikit lagi. Saya juga ingin menyentuh berkenaan isu housemanship di hospital. Dewasa ini, kita sering kali mendengar penderaan mental dan budaya persekitaran yang tidak sihat terhadap doktor pelatih di hospital-hospital kerajaan. Perkara ini seharusnya tidak berlaku dalam bidang profesional. Jadi, sebagai gulungan ataupun yang saya minta kepada Timbalan Yang di-Pertua, secara tuntasnya, saya amat yakin kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Malaysia, selaku badan bebas dalam menangani sebarang perlanggaran hak asasi manusia. Oleh itu, saya mengharapkan agar kesemua isu yang saya bangkitkan kali ini dapat ditangani oleh SUHAKAM dan juga kementerian yang berkaitan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya bersama juga pada petang ini untuk membahaskan laporan SUHAKAM 2021-2022 dan beberapa perkara yang penting termasuklah hak orang tanpa kewarganegaraan, pelarian dan pindaan terhadap Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam laporan tersebut, SUHAKAM mencadangkan pindaan terhadap Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan hak kepada kehidupan yang merangkumi hak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat, bersih dan mampan. Ini adalah langkah yang sangat signifikan kerana ia bukan sahaja memastikan keselamatan fizikal, tapi juga menjamin hak untuk hidup dalam persekitaran yang sihat dan lestari.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Di sini saya juga ingin mempersoalkan tentang keengganan untuk mempercepatkan pembangunan kerangka undang-undang bagi hak orang tanpa kewarganegaraan dan pelarian. Walaupun laporan SUHAKAM telah menekankan kepentingan ini, mengapa kita masih melihat kurangnya kemajuan? Adakah kita begitu takut dengan reaksi politik sehingga hak asasi manusia diabaikan? Kita harus ingat bahawa melindungi golongan terpinggir adalah tanggungjawab moral dan tanggungjawab agama serta dilindungi oleh undang-undang kita.

Sesi konsultasi yang dianjurkan SUHAKAM mengenai dengan izin, national baseline assessment juga perlu diberi perhatian serius. Walaupun usaha ini penting, apakah langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh kerajaan selepas sesi ini?

Kita sering mendengar tentang sesi konsultasi dan perbincangan, tetapi hasil yang nyata dan tindakan konkrit amat jarang dilihat. Apakah kerajaan benar-benar mendengar suara-suara ini atau sekadar memenuhi formaliti?

Setakat ini terdapat 26,720 pelarian dan pencari suaka dari 50 negara yang melarikan diri daripada peperangan dan penganiayaan. Meskipun pihak UNHCR masih tidak diberi akses ke depot-depot imigresen untuk memproses dan mengesahkan status pelarian yang ditahan, kita melihat cuma hanya sedikit kemajuan dalam proses untuk menguruskan pelarian Rohingya yang mempunyai kad UNHCR secara berperingkat.

Namun, saya mengkritik kerajaan kerana terus menghalang akses penuh UNHCR untuk membuat ataupun bersama dengan pihak berkuasa di depot-depot bagi mengenal pasti pelarian-pelarian yang benar-benar boleh didaftarkan di negara ini. Mengapa kita masih menahan pelarian yang mempunyai kad pelarian yang sah?

Tidakkah ini telah melanggar hak asasi manusia, tetapi juga menunjukkan kurangnya komitmen kita terhadap tanggungjawab antarabangsa?

Tuan Yang di-Pertua, tingkat hak asasi manusia yang tertinggi ialah menjaga nyawa dan kita tidak boleh membunuh manusia lain tanpa hak. Isu berkaitan dengan membenarkan syarikat BlackRock melalui anak syarikat milik penuh GIP memperoleh 25 hingga 30 pegangan saham dalam MAHB adalah sangat membimbangkan dan ini sangat bercanggah dengan pendirian Malaysia sebelum ini yang sentiasa komited untuk menjaga hak asasi manusia khususnya kepada rakyat Palestin yang sedang dibunuh dan ditindas. Laporan untuk tahun ini sudah sewajarnya...

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, minta penjelasan sikit.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Minta maaf Ipoh Timor.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Tadi Yang Berhormat ada sebut BlackRock milik GIP. Tak betul itu. Dua-dua, satu belum memiliki sama lain.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

GIP milik BlackRock juga. Sama sahaja.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Belum milik. Belum milik, belum jadi.

Tak jadi pun. Sila perbetulkan fakta dan jangan saja jual sahaja naratif. Kena betul.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Fakta yang dibuat oleh Ipoh Timor itu yang tak betul.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Apa Yang Berhormat sebut tadi tak betul. Boleh perbetulkan tak?

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang betulnya, MAHB telah pun menjual sahamnya kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock. Itu semua jelas, tak perlu lagi nak berselindung.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Fakta itu salah. Salah! Salah!. Tak ada siapa yang memiliki BlackRock. Faham tak? Yang Berhormat tak faham.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, saya tak benarkan.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

GIP tak dimiliki oleh MAHB, belum beli lagi dan GIP tak memiliki BlackRock.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Saya rasa Yang Berhormat tak faham.

Itulah kekhuatiran saya. Apabila Yang Berhormat tak faham sesuatu isu, nak jual sentimen sahaja, nak bakar semangat kebencian, itulah jadinya dalam Dewan yang mulia ini. Tak boleh macam itu Yang Berhormat.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bila Ipoh Timor menjadi jurucakap BlackRock?

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Tak betul. Ini Dewan yang mulia, tak boleh sebegitu sewenang-wenang...

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya tanya, bila Ipoh Timor menjadi jurucakap BlackRock?

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

...Nak jual dan cakap benda yang palsu, yang tak betul. Tak boleh, tarik balik!

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ipoh Timor boleh buat usul kalau mendapati bahawa Yang Berhormat Sik mengelirukan Dewan.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Silakan.

draft • 3:03 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Baik. Terima kasih.

draft • 3:03 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Speaker, Timbalan Speaker.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya nak teruskan Tuan Speaker.

draft • 3:03 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Atas isu peraturan.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Peraturan mana?

draft • 3:03 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36(12), kenyataan yang mengelirukan Dewan.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Saya sudah kata kalau rasa Ahli Yang Berhormat...

draft • 3:03 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedikit, sedikit sahaja Timbalan Speaker.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya nak teruskan Tuan Speaker.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh buat usul kalau rasa itu mengelirukan Dewan.

draft • 3:03 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya tahu. Itu telah diberikan, tetapi pertanyaan saya kepada Timbalan Speaker, minggu lalu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hadir memberikan penjelasan tentang perkara ini, Ketua Pembangkang tidak hadir, Pagoh tidak hadir, Marang pun tidak hadir. Kalau ada apa-apa penjelasan yang diperlukan ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi penjelasan, sepatutnya Ketua Pembangkang dan barisan hadapan perlu hadir untuk bertanya soalan mengenai perkara ini. So, kalau...

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pembangkang di Mekah lagi waktu itu.

draft • 3:03 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Mereka berpuas hati, saya rasa perkara ini tidak perlu dibangkitkan berulang kali Timbalan Speaker. Terima kasih.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung Yang Berhormat Sik.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Baik Timbalan Speaker. Saya teruskan. Proses yang sedang berlaku ataupun yang telah berlaku ini, soal saham MAHB ini dan melibatkan BlackRock ini telah melanggar hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh SUHAKAM sama ada kita yang menjadi penyokong atau pembela kepada Palestin dan rakyat Palestin itu sendiri.

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus merujuk berkaitan dengan...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, saya gulungkan isu yang terakhir iaitu bagaimana Malaysia telah meratifikasi Convention on The Right of The Chart pada tahun 1995 namun laporan tertunggak kepada Jawatankuasa CRC itu masih belum dapat dibentangkan. Ini menunjukkan sikap sambil lewa kerajaan

draft • 3:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

dalam memenuhi komitmen antarabangsa tambahan pula Akta Kanak-kanak 2001 memerlukan pindaan segera untuk menangani isu-isu seperti perkahwinan kanak- kanak, peranan pelindung dan penubuhan jabatan kanak-kanak. Kegagalan untuk meminda akta ini menunjukkan ketidakseriusan kerajaan dalam hal berkaitan hak asasi kanak-kanak dan perlindungan kepada kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Dua isu yang saya hendak bangkitkan dalam perbahasan hari ini.

Pertama sekali berkenaan peruntukan yang adil dan saksama. Saya tidak hendak bicarakan tentang soal manifesto janji, saya rasa banyak telah diulas. Cuma, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tidaklah rasa dia ini orang yang jahat dan zalim, tetapi dalam bab ini saya rasa sikap perikemanusiaan itu perlu kita tonjolkan dan ketengahkan kerana ini bukanlah perkara yang berkait rapat dengan parti politik semata-mata ataupun isu politik, tetapi ini merupakan isu kemanusiaan dan isu kebajikan kerana penafian peruntukan ini bukan hanya akan menyebabkan kesan negatif kepada Ahli Parlimen, tetapi orang susah di kawasan Parlimen pembangkang.

Apa contoh-contohnya? Saya lihat jawapan-jawapan rasmi. Hari ini saya dapat lagi satu daripada Jabatan Perdana Menteri typical formal answer yang mereka dahulu bangkang tetapi kini beri jawapan yang sama seperti zaman Barisan Nasional. Ada beberapa perkara. Pertama sekali mereka katakan tidak apa, kita masih berikan peruntukan pembangunan melalui kementerian. Mungkin mereka tidak fahami ada perbezaan yang sangat ketara di antara peruntukan pembangunan kementerian dengan peruntukan kebajikan.

Saya beri contohnya di Muar saya dapat jawapan rasmi bahawa Jabatan Perdana Menteri berikan RM200 juta. Bunyi syok, gah. Saya minta list, senarai.

Saya dapat senarai projek akhirnya dalam RM200 juta tersebut, 90 peratus rupanya ke Pagoh dan semasa Tan Sri Muhiddin Yassin merupakan Perdana Menteri. Ini bukan peruntukan yang baru. Pada masa yang sama, peruntukan yang ke Muar pun adalah peruntukan yang telah diluluskan sejak tahun 2018, tidak ada yang baru pun.

Tetapi yang lebih mencemaskan ― saya beri contoh, apabila orang kawasan ― saya lihat ramai Ahli Parlimen pembangkang ada di sini datang minta “Oh mereka mahukan bakul makanan, mereka perlukan kerusi roda, perlukan susu formula, perlukan pampers”. Mana mereka hendak pergi? Mereka pergi ke Jabatan

draft • 3:11 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kebajikan, Jabatan Kebajikan tidak ada, kata tidak ada peruntukan, pergi jumpa Ahli Parlimen. Ahli Parlimen kata tidak ada peruntukan.

Ini masalah yang akhirnya akan berterusan apabila kerajaan dan Perdana Menteri meletakkan sasaran untuk basmikan kemiskinan tetapi pada masa yang sama sasaran itu dilemahkan apabila mereka melemahkan kawasan-kawasan pembangkang dan menghukum rakyat di kawasan pembangkang hanya kerana pilihan politik mereka. Saya rasa tindakan itu adalah tindakan yang zalim dan tindakan itulah yang perlu kita lawan berhabis-habisan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menasihati sahabat-sahabat di meja kerajaan. Ini teguran yang ikhlas, ini datang seorang yang pernah kerajaan- pembangkang, kerajaan-pembangkang. Saya rasa pelik sedikit kerana selalu orang lompat daripada kerajaan ke ― minta maaf, pembangkang ke kerajaan saya dua kali daripada kerajaan ke pembangkang. Nasihat saya adalah ini, dalam politik itu ia seperti kerusi roda. Kerusi roda pula. Ia seperti roda, atau impian. Roda impian saya boleh katakan.

Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Apabila kita ada kuasa, kita perlu layan pembangkang cara sama seperti kita mahu kerajaan pada masa hadapan untuk layan kita jikalau kita di kerusi pembangkang dan kita tidak boleh lupakan perkara tersebut. Kalau ikut trend-trend undian ― saya tidak hendak kata panjanglah tetapi kalau ditakdirkan kalian tewas tetapi berada di kerusi pembangkang, adakah kalian akan bangun dan kata ini kejam, zalim, tidak adil tetapi apabila kalian berada di kerusi kerajaan, kalian tidak lakukan apa-apa pun. Itu merupakan perkara yang hipokrit yang perlu kita tentang dan lawan bersama Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Isu kedua yang saya hendak bangkitkan adalah isu kebebasan bersuara dan ekspresi. Kita sudah dengar dalam Dewan ini Akta Hasutan akan dikekalkan tetapi ia hanya akan dikekalkan jikalau ia berkait rapat dengan isu 3R. Tetapi lensa dan skop 3R ini dari hari ke hari makin lama makin melebar luas. Saya beri contoh, baru- baru ini ada salah seorang aktivis politik di Sabah dan dia ini saya kenal sebagai orang yang sangat baik, orang yang banyak buat kerja, berada di lapangan, orang ini dia tidak sokong mana-mana parti politiklah, dia kritik semua. Tetapi apabila beliau berkongsikan tentang masalah komuniti Bajau Laut di Sabah dan berkongsikan beberapa gambar dan video, terus kerajaan ambil tindakan dan siasatnya bawah Akta Hasutan. Persoalan saya mana konsistensi dalam pelaksanaan dasar kerajaan?

Bagi mereka yang mengkritik kerajaan walaupun tidak kena mengena dengan 3R boleh disiasat di bawah Akta Hasutan. Saya hendak ingatkan lagi sekali, kalian bayangkan kalau lima tahun ― tidak payah cakap lima tahun, tiga tahun yang

draft • 3:11 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

akan datang kalian berada di kerusi pembangkang pada masa tersebut, peruntukan dinafikan, kawan-kawan kalian disiasat guna akta-akta yang zalim dan tidak adil pada masa yang sama orang-orang baik di kawasan kalian dihukum juga kerana pilihan politik masing-masing, masa itu baru hendak sedar. Sepatutnya kita bertindak sekarang sebelum terlalu lambat.

Yang terakhir 30 saat sahaja Puan Yang di-Pertua, tambahan iaitu berkenaan indeks kebebasan media dan ekspresi. Kita dikejutkan ― ini bukan kali pertama tetapi pelbagai jenis indeks yang menunjukkan kemerosotan daripada sudut indeks kebebasan media dan ekspresi. Tetapi yang lebih mengejutkan baru-baru ini dan saya mahukan penjelasan yang tuntas bukan penjelasan yang asyik lari daripada tanggungjawab, salahkan orang lain bukan diri sendiri iaitu apabila video pengkritik kerajaan ― ini bukan pengkritiklah. Dia kritik kerajaan pembangkang juga, kita semua pernah kena kritik iaitu Khairy Jamaluddin iaitu video berkenaan isu Black Rock yang telah pun dinaikkan dan dibicarakan menggunakan fakta dan data. Fakta dan data ini bukan perkara yang ingin mainkan emosi, fakta dan data. Tetapi video itu diturunkan selepas itu.

Lagi sekali, apa standard yang kerajaan ingin guna pakai apabila mereka ingin menyekat suara rakyat? Menteri kata “Oh, ini bukan salah kerajaan, ini Tik Tok yang turunkan”. Siapa yang ugut Tik Tok kata ada kill switch? Siapa yang ingin melesenkan syarikat media sosial yang dahulu mereka kata mereka hendak mansuhkan Printing and Publication Act kali ini mereka hendak luaskan skop itu?

Dato’ minta maaf, mantan Ahli Parlimen Pekan pun tidak buat perkara tersebut, mereka hendak lakukan. Saya rasa memang pelik bin ajaib Puan Yang di-Pertua.

Perkara yang dijanjikan mereka lupakan, perkara biasa yang sebelum ini orang tidak kacau, mereka hendak kacau juga.

Rumusan saya mudah. Saya berharap apabila kalian berada di kerusi kerajaan, ada kuasa, layanlah pembangkang, layanlah penyokong pembangkang sama seperti kalian mahu dilayan apabila kalian ditakdirkan untuk duduk di kerusi pembangkang pada masa akan datang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 3:11 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Bagi tempoh tahun 2019 hingga tahun 2024, penjenayah atau pesalah, penjenayah kanak-kanak berjumlah di Malaysia 4,609 orang dan daripada 4,600 lebih itu yang bersalah atau didapati disabit kesalahan adalah 3,475 atas kesalahan seksual, gangguan seksual, amang seksual dan rogol. Ini adalah sesuatu yang amat

draft • 3:18 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

mengejutkan, merisaukan dan amat bermasalah. Akan tetapi kerana mereka ini kanak-kanak, kita perlu tahu dan kita perlu juga berinsaf bahawasanya apabila kanak-kanak berlaku salah atau melakukan jenayah, ada sesuatu yang tidak kena dan ada sesuatu yang tidak betul. Cara yang paling cepat dan paling berkesan untuk melahirkan penjenayah adalah untuk menafikan hak-hak seorang individu apatah lagi kanak-kanak.

Kita hari ini sedang membincangkan laporan tahunan (annual report) untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan kanak-kanak jugalah adalah manusia. Apabila kita bicarakan tentang hak asasi, apa kata hak asasi. Sering kita dengar hak asasi ini untuk manusia dia adalah hak untuk ada makanan, ada pakaian, ada perumahan dan penjagaan kesihatan. Tetapi kenapa pula kita tidak luaskan walaupun dalam laporan tersebut memang ada sebut dan laporan yang sangat mendalam berkenaan dengan pendidikan, hak pekerjaan, hak kesalinghubungan atau communication dan juga banyak, banyak, banyak lagi hak-hak.

draft • 3:18 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Apabila kita bicarakan tentang hak asasi manusia, khususnya hak kanak- kanak, kita sudah dengar hari itu, kalau tidak silapnya Puchong yang bicarakan tentang SUHAKAM tidak cukup duit. Disebabkan tidak cukup, tidak cukup sumber, tidak cukup tenaga kerja, maka Suruhanjaya Kanak-kanak masih duk bawah SUHAKAM dan bukannya yang sepatutnya, yang telah pun dibincangkan lama iaitu untuk wujudkan satu pejabat Suruhanjaya Kanak-kanak yang independent daripada SUHAKAM. Supaya diperkasakan, semak dan imbang yang diperlukan untuk mengangkat dan memartabatkan dan perkasakan hak asasi untuk kanak-kanak.

Kita perlu tahu apabila sudah tidak cukup duitnya, sudah tidak cukup sumbernya, sudah pasti libat urus bersama dengan kementerian. Sebab kita tahu hak asasi ini, manusia ke, untuk kanak-kanak, dia cross cutting. Dia memerlukan and all of government approach, dengan izin, yang melibatkan semua setiap satu kementerian. Saya ambil contoh kesalinghubungan, connectivity. Dia merupakan sesuatu yang perlukan infrastruktur. Infrastruktur yang mungkin kita akan kata mungkin ini adalah bawah Kementerian Komunikasi tetapi sebenarnya Kementerian Digital yang dipertanggungjawabkan dengan menjaga D&B, infrastruktur 5G. Ini adalah sebahagian daripada hak asasi kanak-kanak dan hak asasi manusia.

Kita pula saling hubungan itu bukan sahaja connectivity dari segi telefon lah, sosial media lah dan juga maklumat teknologi maklumat, juga fizikal connectivity dan kesalinghubungan dengan kenderaan, dengan public transport, dengan pengangkutan awam. Kita perlu meminta penjelasan dan juga pandangan daripada Kementerian Pengangkutan berkenaan dengan hak asasi kesalinghubungan fizikal dan pengangkutan. KBS, dari segi pendidikan, bukan sahaja dalam Pendidikan

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jasmani, bukan sahaja daripada aktiviti jasmani, aktiviti riadah, bukan sahaja dari pendidikan KPM dan KPT dan sebagainya. Tetapi pendidikan di luar lapangan yang melibatkan NGO-NGO dan pertubuhan-pertubuhan bawah ROI.

Bagaimana mereka boleh diperkasakan untuk memartabatkan, meningkatkan hak asasi kanak-kanak? Inilah semua soalan-soalan yang perlu dijawab, yang telah kita sedari setelah membaca laporan tahunan tersebut. Last sekali, ini amat penting. Hak asasi manusia. Ini hak bukan hak asasi orang Malaysia, bukan hak asasi manusia Malaysia, bukan hak asasi warganegara Malaysia tetapi hak asasi manusia yang berada di Malaysia, yang termasuk mereka yang tidak punyai kewarganegaraan. Saya menyambut baik dan ucapkan tahniah atas azam dan tekad yang telah ditunjukkan oleh kerajaan kerana akan bakal kita Ahli-ahli Yang Berhormat mengundi, memilih dengan mengangkat hak warganegara semua yang di lahir di tanah air kita yang tercinta ini.

Akan tetapi ada banyak perkara lagi yang kalau kita baca dalam laporan muka surat 104, tentang statelessness. SUHAKAM telah buat kajian yang sangat menyeluruh dan mendalam dengan melibatkan Assistant Professor Dr. Melati Nungsari sejak tahun 2021 lagi. Di mana telah disyorkan dan saya setuju dengan Sik. Bila Sik tadi sebut kita perlu mengangkat standard antarabangsa.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Boleh, boleh Speaker. Telah disyorkan kita hendak ratifikasikan Konvensyen 1956, Konvensyen 1951, Konvensyen 1961, International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). Tentang CRC, SIDOR, CRPD dan ICERD. Dengan semua ini, ia akan betul-betul membawa Malaysia dan keadaan hak asasi manusia di Malaysia ke peringkat dan persada dan taraf dunia dan antarabangsa. Saya harap dengan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan sahaja kita akan bahas pada sidang ini, bahas tahun depan tetapi kita akan benar- benar mengangkat dan melaksanakan syor-syor, khususnya dengan hak-hak, dengan pindaan Perlembagaan yang bakal kita pinda nanti. Mengangkat semua international standards dan convention-convention yang telah disyorkan dalam laporan tahun kita ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Puan Speaker. Isu hak manusia untuk makluman Dewan yang mulia ya. Isu hak manusia ini adalah isu global yang berlaku di semua negara di dunia. Yang membezakan Malaysia dengan negara lain adalah bagaimana kita urus isu yang berkaitan dengan hal ehwal

draft • 3:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

berkaitan dengan kemanusiaan. Kesilapan dalam kita mengurus soal hak kemanusiaan ini Dato’ Yang di-Pertua, serta laporan yang kurang tepat boleh memburukkan Malaysia daripada kalangan negara-negara luar. Tetapi Alhamdulillah setakat ini nama Malaysia masih lagi baik dan cemerlang di mata dunia dalam soal pengurusan hal ehwal berkaitan dengan hak manusia ini.

Apabila kita teliti Dato’ Yang di-Pertua ya, Laporan SUHAKAM setiap tahun.

Salah satu topik penting yang menjadi perjuangan pihak SUHAKAM adalah berkenaan dengan pembelaan terhadap pelarian atau pencari suaka seperti yang disebut oleh rakan-rakan tadi. Yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pelarian, yakni UNHCR. Jika kita ikut sejarah ya, UNHCR ini di Malaysia bermula krisis susulan perang saudara di Vietnam sejak tahun 1975. Justeru itu, Malaysia membenarkan UNHCR membuka pejabat dan menjadi agensi utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan pelarian Vietnam dan penempatan mereka di negara ketiga.

Ini bermaksud Dato’ Yang di-Pertua, sudah hampir 50 tahun UNHCR bertapak di Malaysia. Jika diikutkan antara juga tugasan utama UNHCR ini ialah berusaha untuk menempatkan pelarian itu ke negara ketiga. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah sebenar dan terkini pelarian UNHCR di Malaysia yang telah berjaya dihantar ke negara ketiga? Apakah proses ini berjalan secara berterusan? Kalau kita ikut melihat kepada Laporan SUHAKAM yang telah dibentangkan ini pada tahun 2021 mengikut rekod ya, jumlah pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia adalah seramai 178,450 orang. Manakala bagi tahun 2022, jumlah yang berdaftar ini telah meningkat daripada 185,920 orang, ia nya adalah satu peningkatan sebanyak 7,740 orang bagi tempoh satu tahun.

Angka yang saya sebutkan tadi adalah hanya angka yang berdaftar. Saya pasti beberapa jumlah dan ribuan lagi yang masih tidak berdaftar. Saya bukan hendak menafikan perjuangan SUHAKAM tetapi ini adalah pandangan saya dan isu pelarian ini perlu kita urus sebaik mungkin. Sebagai seorang manusia, kita bersimpati dengan nasib mereka yang mencari kawasan- daripada kawasan bergolak, mencari satu kawasan untuk menyelamatkan diri. Tetapi satu dasar yang jelas dan penyelesaian yang tuntas perlu dirangka oleh pihak kerajaan. Bagaimana kita hendak urus pelarian ini, Dato’ Yang di-Pertua?

Kalau kita tengok mengikut rekod ya, selain daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelaan kepada pelarian ini, banyak kawasan-kawasan yang didiami oleh pelarian UNHCR mendatangkan masalah sampingan kepada rakyat negara kita. Mereka telah melakukan pelbagai perkara yang berkaitan dengan jenayah sama ada jenayah sosial, jenayah seksual, termasuk jenayah yang berkaitan dengan hubung kait berkaitan dengan keselamatan masyarakat kita di sini.

draft • 3:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bagaimana soal ketenteraman awam dan keselamatan yang terancam di setengah kawasan yang mempunyai ramai pelarian? Berapa banyak pasar-pasar borong yang ada di negara kita, rumah-rumah kedai yang sudah dimonopoli, sudah di control oleh golongan pelarian ini? Kalau kita tengok rekod, daripada 185,920 pelarian berdaftar pada tahun 2022, 105,710 adalah pelarian etnik Rohingya yang ia nya hampir 57 peratus.

Saya bacakan rekod, Dato’ Yang di-Pertua ya. Saya sebutkan beberapa kes melibatkan etnik Rohingya ini yang pernah berlaku di Malaysia. Antaranya ialah pada bulan November 2023, seorang lelaki Rohingya berusia 21 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan amang seksual fizikal. Pada tahun 2024 yang baharu berlaku, 131 etnik Rohingya dan juga Myanmar merusuh dan melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor. Pada tahun Mac 2024, Balai Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket yang menjalankan kegiatan pemalsuan sebagai dokumen, terutamanya kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian selepas menahan 4 individu dan juga 11 etnik Rohingya.

Saya hendak syorkan kepada pihak SUHAKAM supaya Laporan Tahun 2024 ini selain sebutkan tentang penindasan yang dihadapi oleh pelarian-pelarian ini, jangan lupa juga masukkan tentang statistik jenayah yang dilakukan oleh pelarian ini.

draft • 3:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Isu pelarian ini jika kita biarkan berterusan Dato’ Yang di-Pertua dan kita tidak urus dengan sebaiknya, dia akan menjadi bom jangka kepada Malaysia pada masa akan datang.

Sebagai kesimpulan Dato’ Yang di-Pertua, sebahagian daripada pelarian merasakan yang sekarang ini, sebahagian daripada pelarian ini merasakan apabila dia pegang kad UNHCR ini, mereka merasa kebal daripada tindakan, sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Ini adalah satu perkara yang sangat bahaya, untouchable dengan izin.

Saya berpandangan kerajaan perlu melihat semula ruang dan bentuk kebebasan yang kita berikan kepada UNHCR dalam soal mengurus takbir pelarian di Malaysia. Saya ingin bertanya kepada – akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh Jabatan Imigresen dan juga Polis Diraja Malaysia dalam mengesahkan kad-kad pelarian yang dikeluarkan oleh UNHCR ini?

Ketika ini Malaysia bukan penandatangan ikut rekod, Malaysia bukan penandatangan dan sebahagian daripada negara yang meratifikasi Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967. Adakah terdapat sebarang

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

perancangan daripada pihak kerajaan untuk meratifikasi dan menandatangani kedua-dua konvensyen ini pada masa yang akan datang?

Kedua, dan sejauh manakah masalah pelarian di Malaysia ini akan dapat diselesaikan jika kita meratifikasi mana-mana konvensyen berkaitan dengan pelarian dan sebelum saya akhiri, poin yang akhir, sebelum saya akhir perbahasan ini, ingin saya tegaskan pada petang ini, saya sentiasa menyokong penuh apa sahaja usaha untuk menegakkan hak kemanusiaan, tetapi jangan pula demi pelarian, hak rakyat Malaysia kita terganggu dan juga kita ketepikan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu, saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan inti pati Laporan Tahunan SUHAKAM 2021 dan 2022 yang mana SUHAKAM ini telah ditubuhkan sejak tahun 1999 dan beroperasi pada tahun 2000 di mana usianya sudah 24 tahun.

Saya tertarik apa yang disebutkan oleh Jelebu tadi bahawa kedudukan hak asasi manusia di Malaysia ini agak baik, memang agak baik. Namun demikian Jelebu, banyak pihak dalam dan luar negara mengkritik Malaysia kerana menyekat hak asasi rakyat Malaysia sendiri.

Dato’ Yang di-Pertua, SUHAKAM penting kalau kita ingin membela hak asasi manusia di negara ini. Kini badan yang dianggap penting ini tidak mempunyai kepala ataupun ketua, bila lagi pengerusi SUHAKAM akan dilantik? Ini seolah-olah kerajaan hari ini memandang SUHAKAM tidak penting dan tidak banyak, tidak perlu.

Saya juga ingin tahu, apakah SUHAKAM berhadapan dengan tekanan daripada pihak kerajaan sendiri dan mereka tidak dianggap penting? Hak asasi manusia bermakna hak kepada semua kita yang bernama manusia tanpa mengira siapa mereka, bangsa, tanpa mengira keturunan, bahasa, agama, tugas, jawatan dan sebagainya.

Saya merasa kecewa dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan hari ini ke atas individu-individu yang menyatakan pandangan dan teguran dan rasa tidak puas hati kepada kerajaan. Tindakan yang tidak adil yang dilakukan oleh kerajaan. Yang diperjuangkan oleh individu tersebut. Suara-suara NGO dan individu yang diambil yang apabila menegur tindakan kerajaan, lantas mereka ditahan, disoal siasat dan diugut atau ditakutkan. Apakah ini adanya hak asasi manusia di negara kita?

draft • 3:32 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Kenapa ini terjadi? Apakah kerajaan merasa semua yang mereka buat semuanya benar? Kata benci rasuah tetapi bila keputusan kepentingan diri dan orang yang terlibat dengan rasuah dan sekongkol dengan mereka dibela dan dipelihara. Malah apabila berhadapan dengan pilihan raya kerajaan yang memberi rasuah dan gula-gula kepada rakyat, walaupun itu dipandang salah dari segi peraturan.

Di mana SUHAKAM? Apakah SUHAKAM ini juga ditekan dan diugut jika ia, usahlah kita bela SUHAKAM. Akan tetapi, buat sahaja apa yang kita hendak lalukan.

Demi kepentingan diri dan peribadi atau kroni-kroni menjadi keutamaan daripada mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia di negara kita.

Jika kita buat undang-undang tetapi kerajaan yang tidak ikut dan cabul undang-undang, begitu juga badan-badan penguatkuasaan. Jika kita kerajaan yang tidak boleh lakukan – laksanakan undang-undang, hapuskan sahajalah undang- undang ini. Biar lantaklah manusia dan rakyat negara ini hendak buat apa sahaja yang mereka suka. Ini kerana kita sebagai kerajaan tidak boleh melaksanakan undang-undang yang kita buat dan akhirnya melakukan tindakan yang tidak adil dan tidak kesamarataan ataupun tidak membela hak asasi manusia di negara kita ini.

draft • 3:32 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat...

draft • 3:32 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dato’ Yang di-Pertua, ada satu perkara yang hendak saya bawa ialah tentang pembelaan terhadap masyarakat Orang Asli di negara kita ini. Kita ada lebih kurang 120,000 orang masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada 18 suku kaum. Walaupun ada akta di bawah membela masyarakat Orang Asli iaitu Akta 134 tetapi hari ini kalau kita lihat Orang Asli masih ketinggalan walaupun telah berpuluh tahun akta ini diwujudkan.

Umpamanya, mereka ketinggalan dari segi pendidikan, mereka ketinggalan daripada kesihatan, mereka juga ketinggalan daripada aspek-aspek kehidupan yang menyeluruh.

Saya ingin bertanya, apakah di antara pembelaan yang telah dilakukan oleh SUHAKAM terhadap masyarakat Orang Asli ini? Apakah pencapaian dan prestasi ataupun kejayaan yang telah berjaya diperjuangkan oleh SUHAKAM terhadap masyarakat Orang Asli? Di antara isu pengeksploitasian yang dilakukan terhadap masyarakat Orang Asli ialah terdapat pihak-pihak yang telah mempengaruhi dan memiliki tanah Orang Asli untuk kepentingan mereka. Ini satu bentuk penganiayaan ataupun pengeksploitasian yang dilakukan oleh kita, oleh masyarakat manusia terhadap masyarakat Orang Asli.

Begitu juga saya ingin bertanya, apakah JAKOA ataupun SUHAKAM mempunyai maklumat berapakah sebenarnya gaji ataupun bayaran upah yang dibayar kepada pekerja-pekerja yang terdiri daripada Orang Asli ini? Saya

draft • 3:32 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

difahamkan – kita tahu bahawa mereka ini bekerja di pendalaman, kerja dengan hutan, kerja dengan perusahaan buluh dan sebagainya. Hari ini gaji minimum kita RM1,500 apakah mereka layak mendapat gaji seperti ini dan kalau tidak, apakah perjuangan dan langkah yang telah diambil oleh SUHAKAM untuk memastikan bahawa kehidupan Orang Asli ini dibela dan sama rata seperti mana juga masyarakat-masyarakat lain di negara kita.

Seperti mana yang disebutkan oleh Jelebu tadi, kalau – janganlah orang asing, orang luar, pendatang asing diutamakan tetapi rakyat di negara kita dibiarkan hidup sengsara ataupun terpinggir. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran, saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 3:32 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Dalam Laporan SUHAKAM terutamanya tahun 2022 hampir semua thematic adalah tentang isu kewarganegaraan sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Saya kira situasi ini adalah kritikal terutama kerana menurut SUHAKAM 2022 pada muka surat 107 terdapat jurang yang besar antara bilangan kelahiran yang didaftarkan dengan jumlah kanak-kanak di Malaysia.

Pada tahun 2018, daripada 2,595,300 orang kanak-kanak hanya 513,586 kelahiran yang didaftarkan. Ini bermakna seramai 2,081,714 orang kanak-kanak yang mana kelahiran mereka tidak didaftarkan. Mereka ini kemudiannya berisiko untuk menjadi orang tanpa kewarganegaraan, tambahan pula terdapat peningkatan yang tinggi dalam bilangan kanak-kanak bukan warganegara dalam tempoh 10 kebelakangan ini.

Sering kali apabila kita bahas tentang kewarganegaraan, yang timbul dalam fikiran adalah warganegara China, Bangladesh atau mana-mana negara luar yang memohon kewarganegaraan di negara kita. Namun, hakikatnya bukannya – pemohon adalah terdiri daripada – sebagai contoh kanak-kanak yang terbiar yang lahir di Malaysia, anak angkat di Malaysia, kanak-kanak yang dilahirkan di luar nikah ataupun sebelum perkahwinan didaftarkan ataupun kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia kepada warganegara Malaysia dan bapa bukan warganegara Malaysia. Manakala di Sabah dan Sarawak, isunya pula adalah berkaitan dengan yang tinggal di persempadanan. Walaupun hampir sama, namun ia adalah dalam konteks yang berbeza.

draft • 3:38 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Di sempadan Sarawak, berdekatan Indonesia, laporan mendapati isu warganegara banyak timbul apabila tiadanya pendaftaran perkahwinan bapa warganegara dengan wanita bukan warganegara sama ada perkahwinan sivil atau adat. Di sempadan dan pedalaman Sarawak pula, mereka tidak mendaftarkan kelahiran anak kerana kurangnya literasi tentang pendokumentasian dan juga kekangan kewangan dan juga geografi untuk mendaftarkan anak mereka terutama dengan cut of date yang diguna pakai oleh kerajaan iaitu selama 60 hari.

Batang Sadong ingin bertanya, adakah kerajaan sudah mempunyai granular data tentang kategori orang tanpa warganegara dan juga cadangan pathway permohonan menjadi warganegara apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda kelak?

Batang Sadong juga bersetuju bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan nanti tidak harus memangsakan lagi golongan marginal kerana pelaksanaan yang lompong akan berisiko untuk mendedahkan mereka kepada eksploitasi dan menjadi rantaian masalah daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengambil langkah yang sama dengan Sarawak dengan mengeluarkan dokumen sementara kepada kanak-kanak tanpa warganegara bagi memberikan akses kepada sekolah kerajaan dan perkhidmatan perubatan dengan kadar bayaran yang sama seperti warganegara Malaysia.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, analisa kandungan menunjukkan bahawa kanak-kanak adalah kata kunci atau golongan yang paling banyak disebut dalam kedua-dua laporan SUHAKAM 2022 dan 2021. Tidak kiralah sama ada isu kewarganegaraan, perkahwinan, penderaan, pembulian, buruh kanak-kanak, ia menjadi titik utama isu yang telah direkodkan.

Dalam sebuah kajian World Mission Middle East and Eastern Europe ada menyatakan kesaksamaan gender dan kesejahteraan kanak-kanak adalah saling berkait rapat. Apabila wanita diberi ruang untuk mencapai potensi penuh mereka, anak-anak mereka juga berkembang dengan baik. Namun, apabila wanita dihalang dan dinafikan peluang yang sama dalam masyarakat, anak-anak merekalah yang menanggung akibatnya.

Sebagai contoh, Yang di-Pertua, dalam satu laporan UNICEF yang bertajuk Women’s and Children’s Right in Human Rights-Based Approach to Development ada menyatakan bahawa reformasi undang-undang mengenai hak kanak-kanak untuk memperoleh kewarganegaraan dan hak wanita untuk mewarisi harta adalah kritikal untuk penjagaan dan perkembangan kanak-kanak.

Laporan SUHAKAM 2022 mengklasifikasikan wanita sebagai salah satu kumpulan rentan adalah langkah tepat kerana isu ketidaksamaan gender antara

draft • 3:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

lelaki dan wanita masih ketara di Malaysia. Ambil saja contoh mudah bagaimana warganegara lelaki secara automatiknya boleh memindahkan kewarganegaraan mereka kepada anak-anak, namun tidak bagi warganegara wanita walaupun kita telah lebih 60 tahun merdeka. Malaysia adalah salah satu daripada 25 negara di dunia yang tidak memberikan wanita hak untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka secara sama rata dengan lelaki warganegara Malaysia.

Batang Sadong menyokong gesaan SUHAKAM untuk memahami dinamik diskriminasi gender di setiap peringkat masyarakat. Baru-baru ini, seorang wanita dibunuh oleh suaminya kerana meminta fasakh menunjukkan kes femicide yang masih berlaku tanpa data atau perhatian khusus. Mangsa yang dibunuh meninggalkan anak yang masih kecil. Siapakah yang akan membela nasibnya?

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Last statement daripada saya, Yang di-Pertua Speaker. Saya menggesa SUHAKAM untuk meneliti kes-kes yang melibatkan diskriminasi dan penganiayaan wanita dalam struktur kuasa masyarakat dan budaya, tidak kiralah sama ada di ruang peribadi iaitu perkahwinan atau keluarga ataupun di ruang awam, iaitu pekerjaan, kepimpinan dan kaitannya dengan kemelesetan isu dan hak kanak-kanak di Malaysia.

Akhir sekali, Batang Sadong minta kementerian dan agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan di empat institusi kanak-kanak di Sarawak seperti yang disenaraikan dalam Laporan SUHAKAM 2022, perkara 11 muka surat 192 sehingga 198. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Rakyat Malaysia, orang muda.

Pertama sekali, saya nak komen sikit tentang pandangan Batu yang merujuk kepada seorang penceramah bebas dan dia menyentuh tentang agama Islam. Ini penceramah bebas. Agama Islam ialah hak berkuasa negeri yang diketuai oleh raja- raja dan juga sultan-sultan. Ini hak negeri. Penceramah bebas itu daripada negeri mana? Kalau penceramah bebas, kita nak quote itu kita kait dengan agama, itu tidak boleh. Jadi, sekali gus Batu telah melanggar 3R. Berhati-hati ya.

Yang keduanya, UNHCR. Saya sokong Jelebu. Walaupun Jelebu mungkin termasuk separuh UMDAP, sebab tidak mari hari itu, tidak mengundi, tapi saya sokong Jelebu.

draft • 3:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tentang UNHCR. Negara anggota UNHCR ialah Cambodia dan Philippines.

Kenapa orang tidak pergi ke sana? Orang datang ke Malaysia. Malah, kad UNHCR yang dikeluarkan di Philippines, di Cambodia, di Indonesia dibawa ke sini. Di sini ada beberapa jenis kad. Satu, kad daripada luar dibawa ke sini. Yang kedua, kad yang dikeluarkan oleh UNHCR. Yang ketiga, kad yang dikeluarkan oleh Chow Kit Road di mana orang boleh beli kad palsu di sana.

Jadi, sekarang ini kita minta kerajaan perbetulkan hubungan kita dengan UNHCR. Sebab, kita minta supaya UNHCR pindahkan orang ini ke negara ketiga.

Berapa orang? Tapi, sebaliknya, mereka punya pendekatan ialah asimilasi dengan penduduk tempatan. Makna kata dia lebih comfortable, dengan izin, untuk assimilate mereka ini dengan orang tempatan dan masalah telah berbangkit tadi.

Yang ketiganya, kita punya harapan tinggi menggunung kepada SUHAKAM.

Semua orang cakap SUHAKAM tapi orang tidak tahu siapa SUHAKAM. SUHAKAM dianggotai oleh 95 orang. 50 pegawai dan lain-lain adalah pegawai biasa. 95 orang termasuk Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM14 juta. Yang Berhormat Speaker, RM14 juta, kita lambakkan permasalahan dunia kepada SUHAKAM.

Mampukah dia buat?

Saya minta supaya SUHAKAM dibagi tambah anggota kepada 200 orang dengan peruntukan RM28 juta. Ini orang tidak pernah tanya. Sebab apa? Kita susah nak cari dekat mana dia muncul dalam bajet. Saya ini teringat masa saya jadi menteri dulu ada perkataan RM14 juta itu di mana-mana. Jadi, saya minta kerajaan perbetulkan benda ini. Kalau nak SUHAKAM berfungsi dengan baik, tambahkan pegawai daripada 50 orang pegawai sekarang ini kepada 100 dan juga kakitangan tambahan.

Yang ketiganya ialah― yang keempat. Maaf, yang keempat. Kerajaan sekarang ini mewujudkan keadaan fear factor. Fear factor ini kita tengok macam orang bermain-main fear factor bagi orang takut. Tetapi sekarang ini fear factor real, bagi orang takut. Diugut. Kerajaan yang dulunya pernah memperjuangkan hak asasi manusia tapi merekalah yang mengongkong hak asasi manusia. Nak bercakap tak boleh. Malah Menteri Komunikasi kata, “Berhati-hati, nanti polis datang”.

Tuan-tuan, ini apa cerita ini? Kerajaan yang memperjuangkan hak asasi manusia. Menteri Kerajaan Tempatan, dulu you di antara orang yang perjuangkan hak asasi manusia tapi sekarang inilah kerajaan yang paling kuat mengongkong hak asasi manusia. Masa dulu, masa Tun Mahathir, dia dianggap kuku besi, you all boleh berguling-guling atas jalan raya. Tetapi sekarang, kami tidak berguling. Boleh terajang kereta polis tapi sekarang kita tidak buat.

draft • 3:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Maka saya menyeru orang muda. Syed Saddiq― mana hero saya ini?― telah berjaya untuk mencari peruntukan, berjalan kaki dan menceritakan betapa kami tidak dapat peruntukan. Orang muda di Sungai Bakap, bangunlah semua.

Lihat apa yang mereka buat kepada kami. Terima kasih, Syed Saddiq, orang muda.

Orang muda di atas sana semua orang muda, balik beritahu Sungai Bakap, sokong kami untuk kami memperjuangkan nasib rakyat.

draft • 3:45 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang muda. Ini Ahli Parlimen MUDA yang patut dapat peruntukan, tak dapat.

Kesian kepada mereka. Bangun orang muda, bangun Sungai Bakap. Sokong kami.

Tak payah sokong mereka, barang naik, semua naik, hak asasi manusia tidak diberi perhatian. Kami Ahli Parlimen, Yang Berhormat pernah jadi Ahli Parlimen. Dulu pembangkang, sekarang duduk atas sana.

Sebenarnya, tentang nak kira tentang penderaan kepada kaum ini, kamilah.

Kami kaum minoriti. Sekarang jadi pembangkang. Ha, ini minoriti. Dia orang kerajaan. Tapi bila duduk dalam kerajaan, kot nak perhati kumpulan majoriti. Rakyat Malaysia, kami majoriti. Tapi, kami tidak diberi perhatian ya.

Akhir sekali Yang Berhormat Speaker, bagi ruang kepada saya sebab saya tengok orang lain landing sampai tiga minit eh.

[Ketawa] Tentang– tadi ada orang pertikai apabila Sik berucap. Memang betul, sekarang ini nak dijual kepada BlackRock Incorporated yang melalui GIP iaitu Global Infrastructure Partners, dia jual pegangan saham KWSP. Tadi dia sebut tentang ada keangkuhan pegawai-pegawai di sana sehingga benda ini telah di-bulldozed-kan.

Okey. Rakyat Malaysia, saya nak bagi tahu. Di Norway, penduduk Islam hanya 1.4 juta, saya tak pasti ataupun tiga persen, tiga juta. Syarikat– maaf, wang pencen ataupun dipanggil KLP, mereka melabur bersama dengan Caterpillars di Amerika Syarikat. Tapi mereka tarik balik kerana didapati Caterpillars ada aktiviti- aktiviti yang menyokong Israel.

Di Malaysia tuan-tuan, BlackRock Incorporated ini, Financial Times, London kata ini ialah little Israel tetapi kita sanggup jual pegangan besar. Walaupun beberapa persen, tapi pegangan ini pegangan besar, 25 persen, bukan dalam pasaran.

Menjual kepada BlackRock Incorporated melalui GIP yang dianggap sebagai little Israel dan terdapat pegawai-pegawai yang cuba bulldozed, dengan izin di KWSP, termasuk Menteri Pertanian.

Saya juga nak suruh tengok tentang ada terdapat seorang dua pegawai yang cuba menghalang usaha-usaha untuk membetulkan kedudukan beras tempatan.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya tahu. Tapi boleh saya landing, seminit lagi boleh?

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh. Sila duduk.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tak boleh, saya nak bagi tahu bahawa inilah masanya pihak kerajaan betulkan kedudukan mereka.

SUHAKAM tengok segala ini, di Sungai Bakap ini macam-macam janji yang dibuat.

Di Sungai Bakap, pelanggaran hak asasi manusia. Kerajaan pergi umum peruntukan. Ini Menteri KPKT, dulu dekat Kuala Kubu Bharu, pergi umum peruntukan. Ini bukankah melanggar hak asasi manusia untuk mengundi? Terima kasih Speaker. Saya nak bagi tahu bahawa...

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker ini bukan ceramah Sungai Bakap.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Shut up!

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini perbahasan SUHAKAM.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Shut up!

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, ini bukan perbahasan.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hey!

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini perbahasan.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini orang yang bangun bercakap.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan ceramah Sungai Bakap.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, masa sudah tamat.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini melanggar hak asasi Parlimen.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan ceramah Sungai Bakap.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei, ini Jelutong melanggar hak asasi berucap di Parlimen. Saya tengah berucap awak bangun.

[Tepuk] Lawyer ‘cop awak mana’?

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Sila duduk. Sekarang saya akan menjemput...

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang akan menjemput Menteri atau Timbalan Menteri untuk menjawab. Terdapat 17 Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri akan menjawab. Kita mula dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Selepas itu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Diikuti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Saya akan mulakan menjemput Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 3:50 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih.

draft • 3:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa 10 minit.

draft • 3:54 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab dan memberikan pandangan terhadap isu-isu dibangkitkan pada sesi perbahasan kali ini dengan bermula daripada Yang Berhormat Tumpat berhubung kait dengan surat tawaran pinjaman RM500 juta untuk membantu mengatasi isu air di negeri Kelantan yang masih belum diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Untuk makluman, sebenarnya program ini telah dipersetujui pada 24 Oktober 2023. Secara dasar, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan dan mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri Kelantan dengan anggaran peruntukan awal kira-kira RM500 juta sebagai permulaan pada pelaksanaan projek tersebut. Kerajaan negeri juga dalam pada masa yang sama boleh mengemukakan cadangan projek air yang mendesak sekiranya ada, untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, Jemaah Menteri dalam Mesyuarat pada 27 September 2023 telah bersetuju dengan peruntukan berjumlah RM500 juta yang diselaraskan melalui pinjaman kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri Kelantan. Peruntukan ini adalah bagi tujuan

draft • 3:54 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

pembinaan loji rawatan air ataupun singkatannya LRA Machang yang akan merawat air mentah daripada Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang. Surat setuju terima perunding dijangka pada Ogos 2024 dan projek ini dijangka siap pada April 2029. Itu sasarannya.

Kementerian telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama Kerajaan Negeri Kelantan pada Februari 2024 bagi membincangkan pelaksanaan projek-projek bekalan air di negeri Kelantan. Mesyuarat telah bersetuju agar Kerajaan Negeri Kelantan memberikan maklum balas rasmi mengenai kesediaan untuk menerima peruntukan berjumlah RM500 juta secara pinjaman sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Kelantan.

Seterusnya, Kerajaan Negeri Kelantan melalui surat bertarikh 3 April 2024 telah mengemukakan permohonan untuk menukar status pinjaman RM500 juta yang telah diluluskan Kabinet kepada peruntukan secara geran.

Justeru, kementerian melalui surat balas bertarikh 7 Mei 2024 telah memaklumkan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan telah diteliti, namun tidak dipertimbangkan memandangkan ia tidak selari dengan dasar semasa kerajaan iaitu skim penstrukturan industri bekalan air yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada 14 September 2016, di mana projek bekalan air seperti pembinaan LRA perlu dilaksanakan secara pinjaman di bawah PAAB.

Namun begitu, pemantauan perancangan keseluruhan bekalan air dan pelaksanaan pembangunan infrastruktur bekalan air negeri Kelantan dipantau oleh kementerian bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan secara rapi melalui task force bekalan air negeri Kelantan. Selain itu, kajian pembangunan sumber air negeri Kelantan dengan keseluruhan kos RM20 juta sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam bulan Oktober 2024.

Saya beralih kepada Yang Berhormat Puchong, berhubung kait dengan bayaran pampasan pada Orang Asli berikutan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh KMB.

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Amat Berhormat, tentang– saya nak menanya, tambahan sikit tentang Kerajaan Kelantan. Jadi, persoalan sekarang ini, adakah bajet tersebut telah pun sampai atau tidak? Itu persoalannya.

draft • 3:54 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dia kena dapat persetujuan dulu, sama ada Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju mengambil pinjaman. Bila dapat pengesahan itu, kita akan salurkan projek itu dengan jumlah RM500 juta tersebut.

Untuk Yang Berhormat Puchong, berkaitan dengan pampasan kepada Orang Asli untuk projek jana kuasa di negeri Kelantan iaitu pembinaan loji jana kuasa hidroelektrik negeri di Gua Musang, Kelantan yang berkapasiti 300 megawatt yang

draft • 3:54 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

telah dimulakan pada 1 Mac 2022 dan dijangka akan siap dan mula beroperasi mulai 1 Jun 2027.

Kerja pembinaan untuk penempatan semula masyarakat Orang Asli dari Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias juga sedang giat dilaksanakan di atas dua tapak yang berkeluasan 2,000 ekar. Masyarakat Orang Asli ini dijangka akan dipindahkan ke penempatan baharu pada pertengahan tahun 2026.

Dalam memastikan kepentingan masyarakat setempat tetap terpelihara, pihak TNB telah melaksanakan pelbagai program libat urus dan tanggungjawab sosial bersama komuniti di sekitar tapak cadangan projek khususnya bersama masyarakat Orang Asli sejak tahun 2014. Lebih 30 sesi libat urus dilaksanakan termasuklah sesi-sesi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

(SUHAKAM).

Setakat hari ini, daripada 280 ketua isi rumah yang telah dikenal pasti, 88 peratus iaitu 250 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula dan dalam proses menandatangani perjanjian.

draft • 3:54 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan mesyuarat****]

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Manakala 30 ketua isi rumah iaitu 12 peratus masih dalam proses perundingan. Pakej pampasan dan penempatan semula yang ditawarkan ini merangkumi perumahan yang selesa dengan infrastruktur dan kemudahan moden yang serba lengkap.

Pembangunan ladang getah dan tapak dusun sebagai sumber pendapatan penduduk. Bantuan elaun dan logistik perpindahan serta bantuan sara hidup bulanan sementara ladang getah belum berhasil. Semua bayaran tunai termasuk pampasan pokok tanaman dijangka akan mula dibayar selewat-lewatnya pada tahun 2026 iaitu sebelum masyarakat Orang Asli berpindah ke kawasan penempatan yang baru.

Untuk makluman Ahli Berhormat juga, selain daripada perkampungan Orang Asli di Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias yang terkesan secara langsung dari pembinaan projek ini. Pihak TNB juga telah mengenal pasti beberapa buah perkampungan Orang Asli seperti Kampung Depak, Kampung Bering, Kampung Lama Gemalah, Kampung Tijing dan Kampung Guling yang tidak terkesan secara langsung kerana sebahagian kecil sahaja kawasan tanaman yang terjejas dan tidak perlu dipindahkan.

Pihak TNB telah melaksanakan proses awal bancian kerugian sejak penghujung tahun 2023 dan dijangka proses untuk pengurusan pampasan akan dilaksanakan selepas bulan Julai 2024. Yang Berhormat Kota Belud berhubung kait dengan aset kerajaan bagi pengurusan pemberi aset pembersihan selepas kejadian

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

banjir lumpur di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan ketika ini pihak kementerian bersedia menggerakkan dua pam bergerak yang kini berada di Daerah Penampang.

Selain itu, terdapat lima buah bot di seluruh negeri Sabah, di mana sebuah bot berada di Daerah Tuaran manakala Daerah Penampang dan Ranau masing- masing memiliki dua buah bot. Kerajaan Persekutuan untuk keperluan asas bekalan air bersih dan elektrik di Sabah dikatakan tidak mendapat perhatian. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM300 juta secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah yang merangkumi empat projek baru dalam Rolling Plan yang keempat dalam tahun 2024, di dalam Rancangan Malaysia yang Ke-12 seperti berikut:

Pertama, projek pengeluaran kadar kehilangan air terhasil iaitu penggantian dan naik taraf paip di kawasan Kota Kinabalu dengan nilai RM137.5 juta.

Kedua, penggantian pam penggalak, pembinaan rumah pam penggalak, penggantian pam air bagi muka sauk dan loji rawatan air di Daerah Kota Kinabalu dan kota raya Telipuk, jumlah RM86 juta; dan Ketiga projek peningkatan kapasiti bagi muka sauk dan loji rawatan air Sabah dengan jumlah RM73.5 juta dan keempat penggantian alat jana kuasa di loji rawatan air Merotai, Tawau dan juga Beaufort jumlah RM3 juta. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM163.55 juta di bawah Rolling Plan yang Kedua Belas bagi projek sambungan dari negeri Sabah daripada keseluruhan RM2.408 bilion bagi peruntukan bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Untuk makluman Ahli Berhormat, penyerahan kuasa kawal selia kepada pembekalan elektrik negeri Sabah kepada negeri Sabah fasa 1 telah dimuktamadkan dan berkuat kuasa pada 3 Januari 2024. Manakala bagi penyerahan Sabah Electricity Sdn. Bhd. yang akan dilaksanakan melalui fasa yang kedua yang dijangka akan selesai pada tahun 2030. Dengan itu, segala perancangan untuk pelan pembangunan penjana elektrik perolehan, pemantauan dan penyelidik, penyeliaan projek serta penyelesaian isu-isu dan masalah berkaitan bekalan elektrik Sabah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah sepenuhnya.

Justeru itu, Yang Berhormat boleh memanjangkan isu tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri untuk dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Untuk makluman, Tan Sri Yang di-Pertua minta sedikit sahaja lagi untuk selesaikan.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, silakan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak ECOSS iaitu Energy Commission of Sabah selaku badan kawal selia pembekalan elektrik di

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sabah. Berapa projek penjanaan yang besar sedang dirancang. Antaranya ialah pembelian tenaga elektrik di Sarawak pada tahun 2025, pembangunan loji jana kuasa baharu berkapasiti 100 mega watt pada tahun 2026 dan 2027, serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100 mega watt pada tahun 2026.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah juga akan mengemas kini perancangan ini melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Sabah pada setiap tahun melalui Mesyuarat Majlis Tenaga Sabah yang dijangka akan diadakan pada suku kedua tahun 2024. Kerajaan Negeri Sabah turut memaklumkan bahawa akan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan potensi penjana elektrik melalui sumber hidro di negeri Sabah melalui hasil kajian pelan pembangunan hidro yang sedang dibangunkan oleh pihak ECOSS.

Manakala perancangan talian penghantaran melalui sambungan Sabah dan Kalimantan Utara penuhkan teknologi dan sumber penjana yang baru seperti geoterma, angin dan hidrogen. Perancangan-perancangan tersebut juga akan diperhalusi dan dibincangkan dalam Majlis Tenaga Sabah. Dengan pendekatan strategi oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui ECOSS dan SESB bagi meningkatkan kapasiti penjanaan dan mengurangkan permintaan tenaga semasa waktu puncak, Kerajaan Persekutuan percaya bahawa masalah penjanaan bekalan tenaga elektrik dapat dikurangkan dan sehingga mencapai tahap minimum menjelang akhir tahun 2024.

Di pihak kami di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah agar rakyat dapat manfaat serta sistem bekalan elektrik menjadi lebih stabil dan terjamin. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengambil bahagian dan insya-Allah apa-apa sahaja yang perlu dibangkitkan kita boleh bawa bincang cari penyelesaian bersama untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara kita. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam. Terima kasih Menteri. Saya jemput sekarang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, 10 minit.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Sebelum saya meneruskan penggulungan perbahasan, terlebih dahulu saya ingin nak mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di atas penglibatan dalam perbahasan laporan tahunan dan penyata

draft • 4:06 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

kewangan SUHAKAM Hak Asasi Manusia Malaysia bagi tahun 2021 dan 2022 di Dewan yang mulia ini.

Sesungguhnya usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dan Institusi Parlimen dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Semasa perbahasan laporan tahunan dan penyata kewangan SUHAKAM bagi tahun 2021/2022 yang telah berjalan selama dua hari seramai sembilan ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Puchong, YB Bentong, YB Temerloh, YB Ulu Selangor, YB Kuala Langat, Yang Berhormat Segamat dan akhir sekali, YB Maran yang telah berbahas dan mengajukan pertanyaan isu cadangan dan pandangan berkenaan hal Orang Asli yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Segamat membangkitkan mengenai isu pewartaan tanah masyarakat Orang Asli.

Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA sentiasa komited dalam memastikan hak-hak masyarakat Orang Asli terbela, terutama sekali dari sudut tanah dengan melaksanakan kerja-kerja ukur perimeter dan halus bagi tujuan pewartaan kawasan Orang Asli di bawah Seksyen 6 Akta Orang Asli, Akta134 atau rizab Orang Asli di bawah Seksyen 7 Akta 134 bagi kawasan-kawasan Orang Asli dengan rizab lain. Pihak JAKOA secara berterusan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi merizabkan kawasan tersebut di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965, Akta 828.

Sehingga kini sebanyak 295 daripada 853 kampung Orang Asli telah diwartakan di bawah Akta 134, Akta 828 dan perundangan terdahulu dengan saiz kawasan yang diwartakan seluas 40,412.9 hektar tanah di seluruh Semenanjung Malaysia. Dalam hal ini, JAKOA memberi fokus untuk menyelesaikan pengukuran dan pewartaan kepada kawasan penempatan masyarakat Orang Asli terlebih dahulu bagi membolehkan pembangunan dinikmati masyarakat di kawasan tersebut. Bagi mempercepatkan pelaksanaan kerja ukur, pihak JAKOA telah memperuntukkan pembangunan bagi melantik juruukur tanah berlesen, memandangkan kekangan pihak JUPEM untuk melaksanakan pengukuran.

draft • 4:06 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Dalam hal ini, sebanyak RM5 juta setahun telah diluluskan kepada pihak JAKOA bagi melaksanakan pengukuran. Peruntukan sejumlah RM18 juta telah diluluskan untuk kerja ukur bagi tahun 2022 hingga 2024 yang melibatkan 67 buah kampung Orang Asli.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Usaha pengukuran telah dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan hak masyarakat Orang Asli dilindungi. Namun begitu, prerogatif pewartaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini, sebanyak 272 kampung Orang Asli telah dilaksanakan pengukuran yang melibatkan kawasan seluas 80,677.59 hektar telah disukat, dipohon untuk diwartakan. Namun begitu, masih belum mendapat kelulusan kerajaan negeri. Justeru itu, pihak JAKOA amat berharap agar pihak kerajaan negeri dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada permohonan tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan mengenai status penyusunan semula JAKOA. Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA telah mengemukakan permohonan penstrukturan semula JAKOA kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, pihak JPA memutuskan agar permohonan tersebut dikaji semula kerana melibatkan implikasi kewangan yang besar.

Namun begitu, JAKOA telah menyusun pelan tindakan melalui pengukuhan perjawatan bagi menguatkan barisan tenaga kerja di jabatan antaranya dengan menambah pegawai teknikal. Kaedah ini diambil berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang memerlukan pewujudan jawatan baru berstatus tetap dengan kaedah tukar ganti (trade-off) untuk mewujudkan dan menambah perjawatan tersebut walaupun mempunyai keperluan kritikal.

Susulan keperluan kritikal tersebut, JAKOA telah memohon pewujudan perjawatan baru dengan menukar 11 perjawatan antara gred 11 dan 19 kepada tujuh perjawatan Penolong Jurutera gred J29, 30. Perjawatan ini telah diluluskan oleh JPA dan kementerian MOF pada bulan Januari 2021. Selain daripada itu juga, JAKOA telah melantik lima pegawai MySTEP berkaitan teknikal dan telah mengiklankan empat kekosongan bagi pengambilan dalam masa terdekat.

JAKOA juga telah melantik 255 perjawatan kontrak dengan pengisian seramai 244 yang melibatkan 216 pegawai daripadanya adalah terdiri daripada kalangan Orang Asli agar dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, terutamanya melibatkan aspek komunikasi.

Mulai tahun 2022 juga, JAKOA telah memulakan tindakan pengukuhan perjawatan dengan menggunakan perjawatan sedia ada dilaksanakan secara berperingkat mulai dengan pelaksanaan pengagihan semula perjawatan ke penempatan kritikal.

Pada tahun ini, tindakan pengukuhan perjawatan diteruskan dengan mewujudkan perjawatan yang amat kritikal berdasarkan kepada pewujudan fungsi- fungsi dan fasiliti baru serta keperluan kepakaran JAKOA seperti permohonan pewujudan sembilan jawatan baharu untuk ditempatkan di Orang Asli One Stop

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Centre, Bawong, Sg. Siput, Perak agar pengoperasiannya dapat dilaksanakan secara optimum demi memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli di kawasan sekitar.

Selain daripada itu, berdasarkan fungsi JAKOA juga banyak melibatkan isu- isu perundangan, terutamanya melibatkan urusan berkaitan dengan tanah masyarakat Orang Asli. Jabatan ini melihat terhadap keperluan mewujudkan jawatan penasihat undang-undang di dalam JAKOA. Sehingga hari ini, segala urusan berkaitan perundangan melibatkan JAKOA diurus oleh penasihat undang-undang daripada KKDW. Sehubungan itu, permohonan perwujudan jawatan ini dijangka akan diangkat kepada JPA melalui KKDW tahun ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Temerloh dan juga Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan isu berkaitan keciciran murid Orang Asli di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak JAKOA bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung isu berkenaan. Pihak JAKOA telah melaksanakan program seperti pengangkutan murid ke sekolah, wang saku, uniform sekolah dan yuran bagi menggalakkan kehadiran murid Orang Asli dan juga mengurangkan keciciran.

Di bawah Skim Galakan Pendidikan iaitu peningkatan masyarakat Orang Asli berilmu, pihak JAKOA menyediakan bantuan pendidikan kepada murid Orang Asli, sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institut pengajian tinggi.

Antara bantuan yang disediakan adalah bantuan pakaian seragam, keperluan diri, asrama, yuran pelbagai, penyediaan pengangkutan ke sekolah, makanan murid di pedalaman dan wang saku.

Bagi menggalakkan kehadiran murid Orang Asli ke sekolah, bayaran insentif wang saku RM4 sehari kepada murid Orang Asli di peringkat sekolah menengah diberikan bertujuan memberi galakan mereka di samping meringankan beban ibu bapa murid berkenaan. Seterusnya, bagi makanan murid Orang Asli di pedalaman, sebanyak RM4.5 juta telah diperuntukkan untuk menarik minat Orang Asli hadir ke sekolah setiap hari.

Selain daripada itu, seterusnya JAKOA dan MARA telah memperkenalkan Program JAKOA Plus bagi memberi pendedahan kepada murid Orang Asli untuk mengenali pengajian peringkat tertinggi, khasnya di MRSM yang memberi peluang untuk menimba ilmu, meningkat motivasi bagi mencapai kecemerlangan.

Setakat ini, program melibatkan 226 orang murid Orang Asli dari kelas empat, lima dan enam di seluruh Semenanjung Malaysia telah hadir bagi siri satu dan program berkenaan diadakan pada 28 hingga 30 Jun di Dewan MRSM Lenggong, Perak. Program ini telah pun mendapat respons yang baik daripada para pelajar dan

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

mohon program ini bukan dilaksanakan tiga hari, dia orang nak lebih panjang lagi, sekurang-kurangnya satu minggu.

draft • 4:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tan Sri Speaker.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tan Sri Speaker, celah sikit.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Saya minta pandangan kementerian tentang timeline tentang pewartaan tanah Orang Asli, adakah satu pelan ataupun rancangan diadakan supaya kita ada satu tarikh yang lebih nyata?

Terima kasih Tan Sri.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Terima kasih YB.

draft • 4:10 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Petaling Jaya.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Petaling Jaya. Pada masa ini, tarikh tetap ataupun tarikh yang ditetapkan untuk kita melaksanakan kerja ini belum di-fixed-kan dengan lebih tepat memandangkan kita masih dalam usaha meminda Akta 134 yang mana kita masih orang kata, melantik konsultan dan juga memikirkan TOR (terms of reference) untuk memastikan pewartaan tanah itu mendapat persetujuan yang lebih mudah daripada kerajaan negeri. Okey.

Tan Sri Yang di-Pertua, ada dua tiga perkara lagi, nak saya teruskan ataupun jawab bertulis?

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat jawab bertulis, banyak kementerian lain.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

draft • 4:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Speaker.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Last Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Speaker.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

YB Puchong berkaitan dengan taman negeri tadi, yang ini telah dijawab oleh kementerian PETRA tadi. Rasa saya tak perlu diulas lagi dan untuk...

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Langat tadi ada berucap tak?

draft • 4:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Macam mana?

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi berucap tak?

draft • 4:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Berucap tadi.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berucap.

draft • 4:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Cuma kalau tak ada jawapan pun, saya minta kalau ada jawapan bertulis berkaitan dengan pembangunan Pelabuhan Pulau Carey yang saya kira akan melibatkan Kampung Sungai Kurau di Pelabuhan Carey ini.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cadangkan kita jawab bertulislah ya. Jawapan bertulis.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Maksudnya di sini kita ada dua lagi, YB Kuala Langat dan YB Maran. Yang ini saya akan jawab secara bertulis.

Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, sekali lagi kementerian kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat ataupun Ahli Parlimen yang telah pun berbahas berkenaan dengan Orang Asli, khasnya dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM. KKDW melalui JAKOA akan memastikan hak Orang Asli sentiasa terbela, dihormati seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Asli 1954.

draft • 4:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

KKDW juga beriltizam memastikan Orang Asli sejahtera dalam pelbagai kehidupan meliputi sosial, ekonomi dan budaya selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menjadikan dukungan utama Kerajaan Perpaduan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri Dalam Negeri, 30 minit.

draft • 4:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua. Point of Order 13 ― 36(12). Saya telah membuat satu usul untuk merujuk Ahli Parlimen Kepala Batas dalam sesi yang lepas, untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas satu ucapan yang telah mengelirukan Dewan sepertimana yang tercatat atau yang disebut dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 36(12), di mana beliau telah menyatakan bahawa ada 1.2 juta pelancong daripada negara China yang berada di Malaysia tinggal di sini tetapi tidak kembali dan pulang ke negara China.

Ini telah dinyatakan dengan jelas bahawa adalah satu maklumat yang palsu.

Bukan sahaja oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sekarang tetapi juga oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri Kerajaan Perikatan Nasional dulu, yang sekarang menjadi Ketua Pembangkang. Oleh sebab itu, saya harap bahawa selagi beliau tidak menarik balik dan meminta maaf, harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya minta Yang Berhormat Tan Sri untuk ambil tindakan.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya telah menulis surat kepada Yang Berhormat atau belum jawapan itu?

draft • 4:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya. Ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat appeal dulu.

draft • 4:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Buat appeal dulu. Kemudian, saya akan tengok sendiri surat itu. Lepas itu saya akan buat keputusan.

draft • 4:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Baik. Terima kasih. Terima kasih Tan Sri.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan, Menteri. 30 minit.

draft • 4:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Berapa?

draft • 4:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

draft • 4:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang untuk saya bangun memberi reaksi terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2021 dan 2022.

Sehingga hari Khamis lepas, 26 Ahli Parlimen telah mengambil bahagian, manakala setakat petang ini tambahan lagi empat, menjadikan 30 sekurang- kurangnya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian yang membangkitkan pelbagai perkara yang akan saya jelaskan berdasarkan kepada topik dan isu. Pertama tentang kewarganegaraan dan pendaftaran. Kedua tentang keselamatan dan ketenteraman awam. Ketiga tentang tahanan dan yang keempat tentang keimigresenan, warganegara.

Tan Sri Yang di-Pertua, jika tidak ada sebarang aral melintang, KDN akan menunggu susunan oleh Setiausaha Dewan, memasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk perbahasan kali kedua dimulakan. Sementara itu berlaku di mana Ahli Yang Berhormat berpeluang untuk mengambil bahagian dengan lebih ruang, saya suka menyebut beberapa perkara asas dalam memahami isu kewarganegaraan.

Kementerian Dalam Negeri dalam menjalankan tugas ini berpandukan kepada undang-undang yang sangat jelas, sama ada di bawah Perlembagaan Persekutuan ataupun sekurang-kurangnya 14 akta yang diluluskan oleh Parlimen.

Akta Perkahwinan, Akta Pendaftaran Kelahiran dan segala macam, 14 jumlahnya.

Kemudian, diikuti dengan kaedah-kaedah warganegara. Ketiga-tiga perkara ini akan menjadi panduan utama dalam KDN menguruskan perkara tentang permohonan warganegara.

Perkara kedua yang saya nak letak sebagai asas memahami isu ini ialah sekurang-kurangnya ada tiga jalur untuk mendapatkan warganegara. Pertama, secara kuat kuasa undang-undang, yang itu sememangnya sangat jelas. Istilah orang biasa kita kata automatik dapat jadi warganegara. Kedua adalah secara

draft • 4:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

pendaftaran dan yang ketiga adalah secara proses naturalisasi, dia kena mohon.

KDN akan memproses mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Yang di-Pertua, pembahas ada bertanyakan tentang apakah perkara- perkara yang membawa kepada penolakan? Berpandukan kepada undang-undang atau akta-akta yang sedia ada, KDN dalam memproses permohonan itu akan memberikan keutamaan kepada dokumen-dokumen yang lengkap, semua bentuk dokumen pendaftaran, dokumen pendaftaran perkahwinan, dokumen kelahiran yang semuanya itu tersenarai dengan jelas di dalam akta ataupun kaedah-kaedah warganegara. Selama dokumen itu lengkap, dokumen itu akan segera diproses.

Begitulah jika sebaliknya. Dokumen yang tidak lengkap, maka proses terhenti di situ.

Kedua adalah semakan rekod keselamatan. Pemohon warganegara tidak boleh punya rekod jenayah. Itu juga telah dinyatakan dengan jelas di dalam peruntukan perlembagaan kita. Ada juga jenis permohonan yang memerlukan pemohon lulus dari segi penguasaan bahasa.

draft • 4:21 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 4:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ini juga adalah perkara yang mesti Kementerian Dalam Negeri dalam menjalankan tugas kami memastikan ianya dapat dipatuhi.

draft • 4:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, ada Beruas.

draft • 4:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua – sekejap saya habiskan dulu. Sikit lagi, ya.

Tan Sri Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, apabila saya turun sendiri mengikuti sesi interview atau temu duga penguasaan bahasa, untuk rekod kita, pemohon yang berumur 70 tahun ke atas, hari ini dalam rekod KDN ada 1,041.

Mereka ini adalah termasuk kategori yang memerlukan, boleh berbahasa Melayu.

Tetapi, hari ini kita permudahkan. Proses interview ini tak lagi menggunakan bahasa surat. Bahasa surat ini dia berbunyi begini Tan Sri Yang di-Pertua, “Puan, bolehkah Puan terangkan latar belakang Puan?”. Dia jadi confuse sekejap.

Jadi, hari ini panel interview kita bersembang saja dengan dia, “Puan, pagi ini dah makan?”, “Puan datang dengan siapa?”. Kemudian, kita tunjuk gambar. Gambar KLCC, gambar perayaan Deepavali, gambar tarian singa, gambar muruku, gambar sate, asal dia boleh sebut itu, “Yang ini, muruku ini makan masa Deepavali”, dia tahulah itu. Jadi, begitulah kita permudahkan untuk kategori umur yang 70 tahun ke atas. Ada umur 80, ada umur 90, berapa jumlahnya? 1,041. Ini kerana undang- undang menghendaki ujian bahasa dibuat. Maka, kita permudahkan.

Daripada ini, 1,041 ada terdapat 144 yang gagal bahasa. Itu pun kita bagi dia proses ulang lagi. Begitulah kita nak tanya sebab bila kita tanya, “Kenapa mohon nak dapat kad pengenalan?”, “Senang dapat bantuan”, dia kata. Bantuan kebajikan

draft • 4:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

masyarakat, bantuan ― niat dia yang itu saja. Ayat lain dia kata dia nak mati sebagai warganegara. Umur 87, umur 93. Ini jumlah 1,041.

Baik, tahun ini KDN meletakkan sasaran untuk kita buat keputusan permohonan ini sehingga 17,000. Sedang saya bercakap ini, kita sudah pun membuat keputusan terhadap 8,805 permohonan. Tahun lepas, sasaran kami adalah 10,000. Kami capai sasaran itu. Kebanyakan Tan Sri Yang di-Pertua, keputusan warganegara ini kami berikan kepada anak-anak tidak sah taraf.

Mak, bapak belum daftar perkahwinan, belum ada ikatan perkahwinan yang sah. Anak lahir dulu, maka anak tidak sah taraf ini mewakili segmen yang ramai dalam permohonan warganegara. Kita tak boleh korbankan masa depan anak-anak ini untuk mendapat pelajaran dan juga mendapat rawatan kesihatan. Saya fikir ini perkara yang paling manusiawi yang boleh kita buat melalui mempermudah urusan ini.

Kedua, adalah anak angkat. Ibu bapa yang berkahwin lama, tak ada rezeki, kemudian ambil anak angkat. Daftar proses pengangkatan, kemukakan permohonan. Ini juga jumlah yang sangat besar. Anak-anak jagaan, diambil daripada pusat jagaan dan sebagainya. Baik. Ada juga warganegara kita yang jodohnya dengan warga asing. Lelaki orang Malaysia, isteri orang Vietnam, isteri orang Indonesia, isteri orang Singapura, isteri orang China. Jumlah permohonan dalam kategori ini 3,656.

draft • 4:21 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Undang-undang negara kita mengatakan lima tahun pertama mereka akan dapat pas pasangan. Masuk tahun yang keenam dan ketujuh, mereka boleh mohon permit masuk. Berikutnya, mereka boleh mohon warganegara. Inilah akta yang mengawal KDN dalam memproses. Ada atau tidak isteri warga asing mendapat warganegara? Jawapannya, ada. Kerana undang-undang membenarkan. Sebab mereka bertemu jodoh, mereka tinggal di sini, anak-anak mereka lahir di sini, mereka daftar perkahwinan di sini. Ya.

Saya juga banyak terima permohonan, termasuk yang terbaharu dari rakan saya Ahli Parlimen Tumpat. Ya, kerana saya tahu Tumpat dekat dengan Siam. Jadi, banyak juga kes yang sampai, yang sedang saya bantu proses untuk memudahkan mereka ini.

Jadi, ada juga dengan analisa data permohonan yang kami bagi, yang kami tunjukkan. Barulah apabila pembahas-pembahas membangkitkan soal ada atau tidak panduan yang jelas dalam permohonan. Jawapannya, ada. Ada atau tidak proses permohonan warganegara ini tidak dipolitikkan? Itu yang saya suka sekali.

Biarlah kita ahli politik, Ahli Parlimen, di pusat khidmat kita ramai orang datang minta tolong. Tak semua orang tahu proses permohonan macam kita yang terdedah pada

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

maklumat. Jadi, kerja kita adalah facilitate. Permudahkan mereka. Jika permohonan itu cukup syarat, kita akan proses secara penuh tanggungjawab.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kita tak boleh buat sweeping statement.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, kita tak boleh sweeping statement seumpama kerja membuat keputusan tentang warganegara ini macam “pukul borong” begitu sahaja. Itu saya fikir sangat tidak bertanggungjawab, bukan sahaja kepada KDN tapi pegawai-pegawai kerajaan yang sangat komited menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan, akta-akta dan kaedah-kaedah.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri. Boleh? Pasir Mas?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya bagi dulu sahabat saya daripada Beruas.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Beruas.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Silakan.

draft • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya memang nak memuji Menteri Dalam Negeri kali ini kerana saya mendapat maklum balas memang banyak kes telah diproses. Tidak seperti dulu, bertahun-tahun tak dapat apa-apa jawapan. Saya ada dua persoalan. Kita tahu memang kalau seseorang itu menjadi warganegara, berkuat kuasa undang-undang by operation of law, itu memang secara automatik.

Tapi selain daripada kategori itu, lain-lain kategori yang dinyatakan oleh Menteri tadi, ada elemen sungguhpun semua syarat-syarat asas yang ditentukan oleh perlembagaan telah dipenuhi. Akhirnya, ada budi bicara Menteri Dalam Negeri ataupun kerajaan untuk meluluskan atau tidak. Itu yang menjadi tanda tanya kepada ramai orang kerana mereka tak tahu kenapa permohonan mereka ditolak sungguhpun syarat-syarat asas telah dipenuhi. Jadi, saya nak tanya sama ada kementerian ada satu garis panduan atau polisi tetap supaya kita sebagai wakil rakyat boleh menjelaskan kepada mereka, sungguhpun mereka layak tetapi ditolak permohonan mereka.

Kedua, tadi dikatakan pasangan ataupun isteri dari luar negara yang lain diperlukan untuk mendapat pas pasangan tahunan selama lima tahun. Saya pun telah memberikan pandangan saya dan ia juga telah disokong oleh Professor Shad Faruqi bahawa peraturan ini adalah melanggari perlembagaan kita kerana

draft • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

perlembagaan kita menyatakan pasangan warga asing yang berkahwin dengan orang Malaysia, selepas dua tahun boleh memohon untuk warganegara Malaysia.

Dengan satu syarat lagi ialah good behaviour atau good character. Jadi, isunya saya nak dapat panduanlah supaya kita ada rule of law sini. Semua orang tertakluk kepada polisi, garis panduan yang sama dan kita menghormati Perlembagaan kita supaya tak ada tuduhan minister arbitrarily. Kita negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang dan peraturan undang-undang. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Menteri. Oh, sila Pasir Mas.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Pasir Mas.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Menteri.

Saya memuji kesungguhan pihak Menteri dan KDN dalam menyelesaikan isu kewarganegaraan ini. Tetapi bolehkah Menteri bersetuju dengan saya bahawa sebarang taklimat daripada ahli politik kepada mana-mana pihak, terutamanya rakyatnya sendiri dalam isu kewarganegaraan ini perlu turut dihadiri oleh JPN itu sendiri? Dalam isu yang berlaku di Johor Bahru beberapa ketika lepas, JPN sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak terlibat dalam program taklimat dan penerangan warganegara yang dianjurkan oleh seorang ahli politik di sana.

Jadi, ia menimbulkan satu persoalan dan kemusykilan. Seharusnya apa jua taklimat seperti ini, JPN lah yang perlu untuk dilibatkan dan mudah sahaja sebagai seorang wakil rakyat buat taklimat, jemput JPN sebagai pemegang taruh yang paling utama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Pasir Mas. Ada dua kaedah lah. Tujuan akhir, nak bantu rakyat yang datang ke pusat khidmat kita dalam perkara dia memohon warganegara. Keterlibatan JPN akan memberikan lebih legitimasi, trust (kepercayaan). Semua perkara tanya, boleh jawab on the spot. Tapi kita Ahli Yang Berhormat yang terdedah kepada maklumat dan semua undang-undang yang saya sebut, boleh sahaja menganjurkan di peringkat kita. Bagi taklimat bahawa permohonan warganegara ini dipandu oleh oleh Perlembagaan Persekutuan, Perkara 14, Perkara 15(a), 15(1), 15(2), Perkara 16, Perkara 19. Boleh sebut.

Ada tiga cara untuk dapat. Warga asing pula, kalau isteri, perlu tunggu lima tahun. Kita boleh sampaikan. Itu kaedah yang pertama. Tapi ada juga orang yang rasa perlukan penglibatan JPN, boleh sahaja kedua-duanya. Tak ada masalah.

Tujuan akhir, apa dia? Nak meluaskan maklumat. Supaya rakyat faham.

[Tepuk] Itu saya fikir langkah yang lebih molek dan terpuji sebab akhirnya kita nak tolong rakyat selesaikan isu warganegara.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya yakin di Pasir Mas, kalau di Tumpat, sebelah jiran Pasir Mas pun banyak permohonan yang saya terima daripada sahabat saya, Ahli Parlimen. Mustahil Ahli Yang Berhormat di Pasir Mas tak menerima permohonan yang sama. Sudah tentu ada. Jadi Ahli Yang Berhormat, tolong bantu mereka. Ada ore Pasir Mas, ore Tendong ko, ore Lemal ko, ore Chicha Tinggi ko. Nikah ore alik Siam, pah beranok ke sini. Tak dok warganegara mok nyo. Tak dok hal. Bereh. Mari jupo ambo. Kita selesai blako kes itu. Itu sahaja cerita dia.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tapi saya...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Itu sahaja. Saya pun tak tahu Hansard nak catit macam mana.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya salurkan kepada JPN di Pasir Mas Dalam Negeri. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Okey. Itu Insya-Allah, saya bantu. Ya. Baik, saya setuju lah Beruas ya. Pandangan Shad Faruqi kah, pandangan Beruas tentang apakah seorang isteri warga asing perlu tunggu dua tahun atau lima tahun. Saya sebut sekarang amalan yang kita guna pakai, lima tahun spouse visa itu pun mengikut undang-undang. Bercanggah atau tidak mengikut perlembagaan, tugas Ahli Yang Berhormat untuk bangkitkan, point out dekat situ, angkat syor dan kerja kita adalah meminda undang-undang. Itu kerja kita dalam Parlimen.

Baik, apakah ada SOP yang jelas? Jawapannya, ada. Saya sebut ya, berkenaan dokumen yang lengkap. Dokumen mesti original. Dia tak boleh ada klinik kelahiran keluarkan sijil lahir palsu. Kemudian, buat untuk tujuan mohon warganegara. Memang tak boleh ataupun dia memang ada rekod jenayah. Tak boleh. Jadi, kalau kita sebut dengan dia, “Permohonan anda ditolak kerana keterlibatan dalam elemen jenayah begini”. Ya. Kalau kita perlu hebahkan, disadvantage juga pada dia.

So, ada pros and cons tujuan kita untuk menyampaikannya. Tapi beri peluang kepada kami di KDN dengan berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan, termasuklah yang akan kita pinda nanti. Mudah-mudahan mendapat sokongan daripada semua. Akta-akta yang ada, ada 14 akta sahaja, Yang Berhormat. 14 akta.

Itu tak termasuk kaedah-kaedah. Ini semua janji saya pada Ahli Yang Berhormat pada sidang yang lepas, adalah kita akan kemukakan satu SOP yang lebih jelas.

Semua boleh tengok dan kalau ada kekurangan pada SOP itu, kita akan perbetul sama-sama.

Tan Sri Yang di-Pertua, masa berbaki saya mengalih kepada soalan sahabat saya dari Pasir Gudang. Ini soal Custodial Health Unit. Untuk makluman Pasir Gudang, di peringkat penjara berpusat memang kita buat. Sekarang ini peringkat

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

projek rintis ada tiga IPD dan selesai nanti barulah proses perolehan berikutnya kita buat. Kita memang ke arah itu. Ya. Maknanya, kalau ada seorang yang ditahan Tan Sri Yang di-Pertua, pemeriksaan kesihatan dibuat dulu. Kemudian, barulah dia direman atau masuk lokap bagi mengelakkan kalau ada insiden kematian, nanti dikatakan bahawa ada salah laku yang lain.

Sekali gus, perkara tahanan ini ikut mahu diketahui oleh Ahli Yang Berhormat tentang angka kematian. Saya minta pegawai-pegawai saya dari imigresen. Rekod orang yang ditahan dalam depot ini meninggal daripada 1 Januari tahun ini sehingga 18 Jun, ada 20 insiden kematian. 20. Ya.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terdiri daripada orang Bangladesh, India, Iraq, Myanmar, Filipina, Thailand, Indonesia, 20. Melalui laporan kesihatan, pemeriksaan bedah siasat, kesemuanya adalah berkaitan dengan kes masalah kesihatan diikuti dengan Polis Diraja Malaysia bagi tahun 2022 sehingga 20 Mei 2024, kita mencatatkan 24 kematian. Ada kematian COVID-19, kematian tibi, serangan jantung, bunuh diri tak ada, gantung diri tak ada, dicederakan oleh polis juga kosong.

Jadi, punca kematian ini dan senarai paru-paru berair, bleeding duodenal ulcer dan segala macam adalah daripada sakit, masalah penyakit. Kebanyakan ini adalah penagih dadah tegar yang dimasukkan dalam lokap, jadi 24.

Penjara pula– bagi tahu saya, penjara ni sekarang ada lebih kurang 84,000 termasuk yang berada di luar dan di dalam ya. Jadi, di dalam lebih kurang 80,000.

Angka kematian setakat ini adalah 40 kes. Jadi 40 di penjara, 20 depoh imigresen dan juga polis adalah seramai 20 dan kebanyakannya adalah kes masalah kesihatan.

Saya nak beralih kepada soalan Pasir Gudang juga tentang Firdaus Wong.

Polis menerima enam laporan polis dan siasatan telah dibuat dengan telefon bimbitnya diambil. Ada lapan saksi dikenal pasti, enam telah dirakam percakapan, bahan bukti telah dibawa ke makmal forensik untuk tujuan analisis, polis juga akan membuat semakan dengan beberapa agensi yang lain termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana majlis itu adalah Majlis Buku Kebangsaan, permit oleh DBKL. Siasatan di bawah seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, seksyen 298 Kanun Keseksaan, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Jadi ringkasnya siasatan masih lagi berjalan tentang perkara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengulas ataupun memberi respons terhadap perkara dibangkitkan oleh Shah Alam tentang UNHCR atau sebelum itu saya tengok Seputeh ada kat sini. Seputeh tanya adakah Malaysia bercadang untuk ratify United Nations Convention Against Torture (UNCAT). Buat masa ini tidak.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, apa alasan kita? Kalau kita ratify UNCAT, ada seksyen tertentu yang jelas menyebut bahawa undang-undang negara kita tak boleh yang ada elemen menyebabkan severe pain contohnya. Severe pain pun tak boleh, sedangkan akta kita ada sebatan. Mahkamah Syariah pun ada sebatan. Akta biasa kita pun ada sebatan. Sebatan ni pain lah. Kalau sakit itu pun dah tak boleh maka kalau kita sign UNCAT, maknanya akta yang sedia ada kita kena pinda, banyak. Jadi buat masa ni, tidak. Negara jiran kita Singapura, Brunei pun tidak menandatangani lagi, itu soalan spesifik oleh Seputeh, rakan saya.

UNHCR dibangkitkan oleh Shah Alam. Tan Sri, UNHCR ini Tan Sri, dia wujud di negara kita masa Perang Vietnam dahulu bila pelarian Vietnam kita letakkan di bawah program pelarian ini, maka UNHCR wujud. Kemudiannya kerja dia adalah untuk mendaftar kelahiran akibat daripada kegawatan masalah di negara mereka. Itu push factor lah. Maka dia datang tempat kita. UNHCR daftar lepas daftar, UNHCR kena cari negara ketiga untuk mereka ini ditempatkan. Baik.

Walaupun Perang Vietnam dah tamat tapi polisi kerajaan dalam UNHCR masih boleh beroperasi. Jadi UNHCR, mereka teruskan kerja mendaftar kemudian mereka terus usaha menempatkan pelarian ini ke negara ketiga. Isu yang dibangkit oleh Shah Alam, apakah Kementerian Dalam Negeri yang jaga imigresen kah, semua ni, depoh imigresen membenarkan UNHCR datang melawat? Polisi kita, ya.

Dia tulis kepada kita, dia kata dia ada maklumat bahawa nama-nama sekian ada ditahan di depoh imigresen, dia kena bagi maklumat itu dan kita akan membuat pengesanan, kemudian kita akan bawa dia masuk, kita benarkan polisi, tak ada masalah dari segi itu.

Cuma, kalau yang dia nak minta kita bebaskan itu adalah pemegang kad UNHCR yang terlibat dengan jenayah. Kalau dia terlibat dengan kesalahan Akta Imigresen tak apa, masuk tanpa dokumen kah, itu tak apa lagi, Akta Imigresen. Kalau dia kenal pasti mereka ni di bawah Akta Imigresen, itu kita boleh keluarkan dengan menghormati kad UNHCR dia. Tetapi, kalau dia terlibat dalam kes jenayah, jenayah rogol kah, rompakan bersenjata kah, selesai dia menjalani hukuman, dia akan ditempatkan di depoh imigresen. Kes macam ni, kalau UNHCR masuk untuk minta kita lepaskan, tidaklah.

Yang kita minta tolong dengan UNHCR adalah tolong cari negara ketiga yang sudi menerima mereka ini yang terlibat dengan kes jenayah. Selesai menjalani hukuman penjara tempat kita, UNHCR kata nak dihantar ke negara ketiga, silakan kita facilitate. Jadi, itu konteks hubungan kerja kita dengan UNHCR.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, terima kasih sahabat saya.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bagi saya sebut dulu, saya bagi jalan.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak minta, boleh tak?

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, sila.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta sebab dia tunjuk kat saya tadi, saya pun cakap teruslah, maknanya dia dah bagilah dari segi signal.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak usah syarah, teruih je.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dah, okey, baik. Yang Berhormat Menteri, kita dulu pernah mendapat tekanan masa kita bersama masa Yang Berhormat Menteri bertanding DUN Lunas dulu. Kita menentang tekanan-tekanan daripada pasukan pihak keselamatan ni. Jadi saya nak cerita sikit dekat Yang Berhormat Menteri. Baru ni saya ceramah di Sungai Bakap dalam PRK, penuh polis dengan rakam dengan apa, penuh dengan SB yang pakai baju ni, jadi saya pun sentuhlah.

Kami parti yang berdaftar dalam negara kita yang legal, bukan illegal. Jadi, hak asasi kami ni sebagai parti dalam negara kita ni perlulah dihormati. Sampai ke bilik mesyuarat, minit mesyuarat kami, apa semua, keputusan-keputusan strategi kami pun nak diketahui oleh pihak polis ini, jadi kita harap– kita bersama dulu.

Saya pernah bersama dengan Yang Berhormat Menteri KDN, bagaimana kita menghadapi tekanan, water cannon. Kita disembur dengan gas dengan apa semua, akhirnya kita, bila kita dapat kuasa, kita nak tahu orang tu ada macam mana perangai dia bila dapat kuasa, kita tengoklah. Baru kita tahu, perangai dia baik kah, tak baik.

Jadi, saya minta Menteri Dalam Negeri supaya perkara-perkara ini kita atasi, kita tak nak lagi perkara ini berlaku dalam zaman yang semakin moden ini. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini tiada kaitan dengan UNHCR.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Zaman itu Pendang, Akta Polis seksyen 27 nak ceramah kena ada permit, kena minta zaman tu. Lepas itu kita desak dan kita desak, akhirnya Parlimen ini pinda, tak dak lagi seksyen 27, kita buat pula Akta Perhimpunan Aman. Ada tanggungjawab polis, tanggungjawab penganjur perhimpunan dan tanggungjawab peserta perhimpunan. Zaman dah berubah dah.

Jadi bila saya dok di sini, saya kuatkuasakan Akta Perhimpunan Aman. Baru dua, tiga hari lepas berhimpun nuh dekat rumah PM tuh, tak dak siapa kena jentik, apa pun tak ada.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Itu lain, ini sampai dalam bilik mesyuarat kami pun nak masuk ni.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak dak. Pendang tak usah risaulah, tak dak apa rahsia pun belah sana, strategi hak menggugat kami tak dak

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

*apa eh.

[Dicelah]* Kami tak seriau apa pun. Semua strategi belah sana itu istilahnya so predictable, boleh dijangka dah, lepas ni nak buat apa, lepas ni nak buat apa. Tak gaduh hantar polis dah. Jadi Akta Perhimpunan...

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Tugas polis ni sebagai agensi penguat kuasa yang terbesar dalam negara. Bila berlangsung pilihan raya, SPR tubuh pasukan pemantau.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ada wakil-wakil parti, ada wakil- wakil agensi kawal selia, dia pi lah. Bila dia pantau, saya sebut awai lagi, untuk Sungai Bakap kita hantaq tidak kurang 600 anggota polis untuk mengawasi. Ya, tujuannya mengawasi keselamatan. Kalau setakat Pendang nak ceramah kah apa, semua, ceramahlah. Nak tahu strategi apa yang sulit sangat Pendang, tak ada apa lah tu.

draft • 4:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, 20 orang. Saya ni bukannya pemimpin besaq!

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Seolah-olah satu gambaran bahawa...

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Pendang ni perlu diawasi, tak dak lah, usah risaulah bab itu.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri ada dua...

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Kita baik jaga nuh, dok serang Ulu Tiram tu, lagi baik kita jaga. Pendang ni jalanlah pi mana pun, tak gaduh...

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tan Sri Speaker.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak usah risaulah bab tu, ya..

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, ni saya bagi jaminan di sini lah, tak usah risaulah. Mana dia nak pi, pi lah tak kacau apa eh.

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tan Sri Speaker.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Nak syarah kata apa pun, katalah.

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Cuma nak tambah...

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Asai jangan masuk dalam kategori 3R itu aja. Hat tu polis pi tanya habaq lah, itu aja. Hat lain tak gaduh.

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Menteri, Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Cuma nak tambah.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya...

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Cuma nak tambah.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimP - Arau

Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sila PJ.

draft • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sila, PJ.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Cuma nak tambah, sambung Pendang. Semalam ada satu pertandingan lawan bola di Sungai Bakap dihadiri juga oleh Menteri Besar Kedah. Tak ada masalah pun. Semua berjalan dengan baik.

Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Berapa keputusan dia? Siapa menang?

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Siapa menang? Siapa menang?

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Perpaduan menang tiga, Perikatan Nasional dua.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Macam di Sungai Bakap nanti.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kalah. Barangkali 6 hari bulan ini pun kalah barangkali ya.

draft • 4:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Pilihan raya pun kalahlah.

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, Tan Sri.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fasal UNHCR. Sikit saja.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya nak hormati betul-betul satu minit 30 saat ini.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, UNHCR.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, ada juga rakan Ahli Yang Berhormat kita...

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab Seputeh minta saya timbulkan.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Seputeh, saya dah bagi dah tadi.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, tak. UNHCR, Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak apa. Saya dah jelaskan tadi.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab ini penting. Beberapa kenyataan yang saya minta Yang Berhormat bagi penjelasan sebab ini penting.

Bukan ada apa. UNHCR.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Speaker, 30 minit bagi ini?

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, silakan.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pertama, Yang Berhormat, UNHCR ini ada kad tipu yang boleh kita dapat di Chow Kit Road. Yang keduanya, Malaysia bukan negara anggota. Yang negara anggota ialah Cambodia dengan Philippines. Tapi, semua orang datang ke sini. Jadi, apakah kad UNHCR daripada Cambodia, Philippines dan juga Indonesia diterima di Malaysia? Malaysia ini patutnya kad UNHCR Malaysia.

Yang ketiga, Yang Berhormat, di Jalan Bellamy, pejabat UNHCR. Di sebelah rumah Ketua Turus Angkatan Tentera. Orang pergi daftar di sana, orang yang bukan warganegara. Apakah orang yang bukan warganegara boleh naik teksi pergi ke sana mendaftar? Dia tak ada dokumen apa. Jadi, saya ingin bertanya, apakah pihak polis tidak mengambil apa-apa sekatan sebelum mereka masuk ke pejabat UNHCR?

Akhir sekali, Yang Berhormat, kenapa bila mereka nak keluarkan kad, mereka tak minta kebenaran polis? Mereka keluarkan ikut sesuka hati mereka. Padahal hak warganegara dan hak lain-lain ialah hak Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Menteri, Sik.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi Menteri lima minit. Menteri, saya bagi tambahan lima minit lagi.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sama, sama. Sama kaitan dengan Arau.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jawapan terhadap soalan Arau ini saya pernah bagi masa gulung sesi yang lepas. Dia terakam dalam Hansard.

Jadi, saya kekalkan jawapan yang sama. Dia soalan yang sama sebenarnya yang dalam Hansard.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon sikit lagi.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang terakhir sekali...

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik mohon sikit lagi. Penjelasan.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang terakhir sekali...

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ini Sik. Sik. Depan ini. Depan.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, sila.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Saya ingin merujuk ada laporan maknanya mengatakan Yang Berhormat Menteri telah membuat perbincangan dengan Pesuruhjaya UNHCR di Parlimen sendiri pada bulan April lalu berkaitan dengan data sharing, dengan izin ya, perkongsian data untuk― saya yakin KDN sedang bergerak untuk kita mengambil alih pendaftaran pelarian ini.

Jadi, setakat mana perbincangan itu dan proses untuk kita mengatakan kita juga ada kemampuan daripada segi pegawai-pegawai dan latihan-latihan yang kita telah buat? Ketika mana UNHCR, kita tidak boleh menafikan, dia telah pun menguruskan hal ini lebih daripada berpuluh-puluh tahun ya. Jadi, perlu diberi perhatian oleh kementerian sendiri.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih, Sik. Di peringkat saya, sudah tiga pusingan rundingan dengan UNHCR. Yang pertama, bulan sembilan tahun lepas di New York, diikuti dua kali di Kuala Lumpur. Jadi, semua parameter perbincangan asas ataupun indikator yang bentuk kerjasama perkongsian data bagaimana yang kita perlukan telah pun kita sampaikan. Begitu juga maklum balas daripada mereka.

Misalnya, mereka kata kalau kita mahu data itu, pegawai-pegawai kita harus melalui beberapa proses latihan. Dia punya tasawur tentang human right mestilah sepertimana perspektif United Nations. Dia ada lah. Tapi, kita lihat perlu ada modifikasi pula sebelah kita. Tasawur tentang human right dia, acuan dia harus perlu juga kita tengok daripada perspektif kita. Jadi, kita sedang harmonikan perkara- perkara itu. Tapi, hasil akhir apa dia? Ke arah perkongsian data.

Sementara itu, belum lagi berhasil, rundingan diteruskan. Maka KDN, kita sendiri telah pun diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan proses pendaftaran pelarian ini. Kita telah pun mendapat― punca kuasa dah jelas. Jadi, kita sudah pun membangunkan sistemnya. Kita akan selesaikan proses perolehan sebelum sistem itu diguna pakai.

Pada masa yang sama, Majlis Keselamatan Negara juga sudah pun secara dasarnya membuat ketetapan. Apa dia? Negara kita ini dalam menguruskan pelarian, ada tiga perkara yang kita ke arah itu. Apa dia? Yang pertama, mereka dah ada di sini. 70,000 kah, 100,000 kah, mereka dah ada di sini.

Dalam profil awal yang kita analisa, KDN analisa, pelarian ini datang daripada 48 negara. Tentulah yang paling ramai adalah Rohingya kerana push factor di negara mereka dan mereka pilih kita sebagai destiny. Tetapi, total negara yang kita analyzed daripada data awal setakat ini, datang daripada 48 negara. Ada negara yang tiga orang, ada negara satu orang. Ada negara sampai 100,000.

Jadi, kita sekarang ke arah apa? Membuat pendaftaran. Kerana daripada segi polisi Majlis Keselamatan Negara bawah Jabatan Perdana Menteri, mereka dah

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

buat satu keputusan. Apa dia? Kalau mereka dah ada di sini, mereka manusia biasa terutama mereka yang datang kerana pergolakan di negara mereka― masjid dibakar, kampung dibakar. Anak-anak dibunuh, orang tua dibunuh.

Mereka pilih tempat kita. Jadi, mereka ini, semakin mereka berada di sini, kita perlu juga ada aspek kebajikan dan kemanusiaan di samping isu keselamatan juga harus kita pertimbangkan. Jadi, kita sedang mencari perimbangan antara dua perkara ini.

Kita ke arah komitmen apa? Kalau mereka dah di sini, alangkah baiknya kalau kita boleh facilitate mereka untuk mendapat pekerjaan di ladang, di kebun daripada mereka bina warung di tepi jalan jual tembikai, jual jagung macam belah Pokok Sena sana. Jadi, lebih baik kita uruskan mereka. Ada ladang di sana, ladang PKNK misalnya, yang sedang perlukan pekerja untuk petik buah sawit. Kita bawa mereka ke situ daripada biarkan mereka buka warung tepi jalan, contoh. Tapi, pada masa yang sama, mereka juga manusia biasa. Ada masa sihat, ada masa sakit. Jadi, akses kepada kesihatan harus kerajaan bantu.

Jadi, Ahli Yang Berhormat Sik, saya tahu Ahli Yang Berhormat sangat passionate soal ini. Banyak menghadiri perbincangan libat urus, bengkel dalam dan luar negara. Bantu kami memberikan idea-idea yang praktikal sebab kita punya kesungguhan politik untuk menguruskan soal ini.

Tolak soal sentimen, emosi, memainkan sentimen bahawa pelarian ini mengambil tempat, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan” dan sebagainya. Yang itu, syok kita bersyarah. Tapi isu dia, mereka ada di sini. Mereka manusia dan sebagai manusia, mereka ada hak sepertimana kita sedang bincang tentang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya akhiri di situ. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya baru nak sebut yang lain-lain itu jawapan secara bertulislah.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lepas ini kita ambil orang Palestin pula datang sini ya.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Menteri Ekonomi. 10 minit. Silakan.

draft • 4:50 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Tan Sri Yang di-Pertua, anggota Dewan yang saya kasihi. Terima kasih di atas penyertaan anggota Dewan yang membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata SUHAKAM bagi tahun 2021 dan 2022 ini. Saya bernasib baik kerana hanya ada seorang sahaja yang membangkitkan isu

draft • 4:57 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

di bawah kawalan kementerian saya iaitu yang bersabit dengan kemiskinan iaitu Yang Berhormat Temerloh.

draft • 4:57 PM

Seorang Ahli

Satu sahaja?

draft • 4:57 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Satu sahaja. Satu sahaja. Yang Berhormat Temerloh membangkitkan soal kemiskinan tegar menjelang tahun 2025 dan kesan inflasi dan apakah usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini akan menjadi sia-sia dalam keadaan harga barang yang naik.

Oleh itu, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingat kita perlu bermula daripada memahami pengelasan miskin. Kerana saya juga memantau banyak perbahasan di dalam Dewan ini dan juga di luar, selalunya bertukar-tukar apabila kita bercakap tentang kemiskinan. Apabila Yang Amat Berhormat Tambun menyebut bahawa Kerajaan Madani berhasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar, perkara itu kadang-kadang bertukar-tukar di antara kemiskinan tegar, kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif dan sebagainya.

Kerajaan mengukur kemiskinan ini melalui satu kaedah yang standard dan metodologi ini telah dibangunkan dan digunakan sejak tahun 1977 lagi. Bertukarlah kerajaan macam mana pun, metodologinya itu tetap sama. Tahun 1977, metodologi untuk menetapkan garis kemiskinan dan pengelasan keluarga, sama ada miskin tegar atau miskin mutlak atau miskin relatif, itu tetap sama sehingga sekarang.

draft • 4:57 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Semakan terakhir kepada metodologi ini adalah dalam tahun 2005 yang dibangunkan bersama-sama dengan United Nations Development Program. Jadi, miskin tegar, miskin mutlak ataupun miskin relatif ini bergantung kepada satu parameter yang dipanggil Paras Pendapatan Garis Kemiskinan ataupun PGK. PGK, pada sesuatu masa merujuk kepada jumlah pendapatan bulanan setiap satu isi rumah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan minimum sesuatu perkara.

Jadi, kalau kita merujuk kepada miskin tegar, maksudnya ialah jumlah pendapatan satu isi rumah bulanan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan minimum kalori makanan dan minuman. Kalau disebut miskin mutlak, ia adalah pendapatan garis kemiskinan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan makanan dan minuman minimum dan juga keperluan-keperluan perbelanjaan bukan makanan termasuklah pengangkutan, termasuklah juga kesihatan dan sebagainya.

Bagaimana kerajaan menetapkan garis kemiskinan daripada satu tahun ke satu tahun? Ini juga menyentuh perkara yang ditimbulkan oleh Temerloh. Paras Garis Kemiskinan (PGK) ini selalunya diukur dan dikemas kini setiap dua tahun sekali kerana setiap dua tahun sekali kerajaan melalui Jabatan Perangkaan Negara

(DOSM) akan mengadakan survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. Angka terkini yang kita ada ialah untuk tahun 2022 dan angka seterusnya akan diterbitkan

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

pada tahun 2025 kerana survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah itu sekarang ini sedang berjalan.

Berdasarkan PGK inilah kerajaan menetapkan sasaran-sasaran untuk membasmi kemiskinan. Sebagai contohnya, PGK berdasarkan tahun 2022 menetapkan PGK makanan yang mengukur kemiskinan tegar adalah pada RM1,198 sebulan setiap satu isi rumah. Untuk PGK miskin mutlak iaitu PGK makanan dan PGK bukan makanan, PGK nya adalah sebanyak RM2,589 satu keluarga.

Jadi, sudah tentu PGK ini akan bertambah. Dia akan naik bila kita dapatkan angka yang terkini dan akan diterbitkan dalam tahun 2025. Setiap kali PGK ini dikemas kini, maka keseluruhan program kerajaan, pengelasan sosioekonomi juga akan berubah dengan itu. Kemudian, kita juga untuk pengetahuan Dewan, ada satu lagi pengelasan kemiskinan yang sebenarnya tidak sangat dipakai dalam menentukan kelayakan untuk mendapat bantuan tetapi salah satu daripada kayu ukur untuk penggubalan dasar-dasar sosioekonomi mikro iaitu kemiskinan relatif.

Kemiskinan relatif ini merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada separuh pendapatan penengah negara. Jadi, contohnya, bagi tahun 2022, pendapatan isi rumah penengah negara adalah sebanyak RM3,169. Maksudnya, 50 peratus daripada isi rumah negara ini pendapatannya di atas RM3,169. Jadi, sesiapa keluarga yang di bawah itu dia dikira miskin relatif.

Baik, dari itu saya hendak kembali sedikit tentang kemajuan...

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ya, Pasir Mas.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri. Terima kasih.

Saya– terima kasih Menteri. Walaupun saya tak bahas tetapi memberi peluang kepada saya. Soalnya dalam isu statistik kemiskinan ini, kalaulah Menteri kata bahawa yang terakhir dibuat survey 2022, berikutnya 2025, jadi apakah sumber yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Februari lepas menyatakan usaha basmi kemiskinan tegar di KL, Melaka, Negeri Sembilan telah dicapai 100 peratus? Apakah kayu ukur dan parameter yang digunakan?

Saya hendak tarik perhatian Menteri di statistik yang dikeluarkan oleh ICU, JPM pada 15 Jun 2024 bahawa miskin tegar dalam negara kita ini masih lagi berjumlah 40,861 dan saya yakin ia dibawa– di dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri. Apa beza di antara statistik di ICU, JPM ini dengan statistik yang ada di Kementerian Ekonomi? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Pasir Mas, kalaulah semua perbahasan kita ialah berbentuk begini, insya-Allah mudah kita nak buat kerja ya. Baik. Statistik pelaporan rasmi kemiskinan negara adalah yang berdasarkan kepada kajian survey pendapatan perbelanjaan dan isi rumah. Ia memang tak boleh buat tiap-tiap tahun.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Satu, dia membazir wang. Keduanya ialah kerana kita dari segi kemajuan pendapatan dan perbelanjaan itu, tempoh masa dua tahun itu dikira tempoh masa yang sesuai.

Jadi, sekarang ini sedang berlaku 2024, 2025 akan jadi kayu ukur. Yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai menoktahkan kemiskinan tegar termasuklah kemiskinan tegar di beberapa buah negeri-negeri telah pun menjadi sifar, itu adalah selari dengan kayu ukur-kayu ukur ini. Saya bagi data-datanya.

Kalau mengikut pelaporan rasmi negara, memang insiden kemiskinan tegar ialah sekitar 18,400 isi rumah iaitu sebanyak 0.2 peratus daripada jumlah isi rumah.

Yang menjadi pertikaian sebelum ini ialah kerana data eKasih. Tetapi kita kena bezakan di antara data eKasih dengan pelaporan rasmi yang menjadi kayu ukur negara. Data eKasih ini adalah senarai penerima-penerima bantuan yang telah diwujudkan sejak tahun 2007 lagi.

Jadi, kita semua sedia maklum dan sahabat-sahabat di seberang sana pun pernah menjadi kerajaan, bahawa cabaran utama dalam melaksanakan pembasmian kemiskinan ialah pemutihan data dan data yang tidak dinamik.

Maksudnya, dia masuk dalam senarai penerima tahun 2010, sampai kiamat dia tak nak keluar. Untuk kerajaan terus menerus turun ke bawah untuk mengemas kini, bagaimana selepas 10 tahun, 15 tahun, perkara yang dilakukan secara manual itu, sebelum ini menjadi cabaran.

Sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang mengarahkan ICU dan semua jabatan-jabatan lain supaya saling bekerjasama untuk meneliti apakah benar pada ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan tentang menoktahkan kemiskinan tegar, bagaimana ada dua angka yang berbeza ini. Pelaporan rasmi mengatakan ada 18,400 isi rumah, yang itu dibuat secara saintifik melalui survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tetapi dalam senarai kerajaan, penerima eKasih ini masih lagi pada ketika itu dalam 126,000.

Tan Sri Yang di-Pertua, minta dua-tiga minit lagi ya. Jadi akhirnya, jabatan- jabatan yang terbabit, termasuk juga Lembaga Zakat dan juga semua jabatan- jabatan di peringkat negeri masing-masing, telah mula bekerjasama untuk kita memadankan data-data sumbangan yang diberikan kepada keluarga-keluarga yang telah berada di dalam eKasih. Ada beberapa keadaan. Satunya, sebenarnya dia memang sudah keluar lama sudah tetapi nama dia ada di situ.

Satu lagi ialah dia mendapat bantuan daripada pelbagai sumber. JKM pun dia dapat, STR pun dia dapat, SARA pun dia dapat, zakat pun dia dapat, bantuan sekolah pun dia dapat tetapi tidak disatukan di dalam data eKasih. Yang nampak di eKasih, dia masih lagi kekal sebagai miskin. Proses itulah yang telah dibuat dan telah

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

berlaku lebih setahun. Angkanya sekarang, setakat 18 Jun 2024, lebih kurang dua minggu yang lalu, angkanya itu sekarang semakin mirip dan hampir kepada pelaporan rasmi negara iaitu jumlah miskin tegar, insidennya adalah sebanyak 0.2 peratus dan jumlah keseluruhannya ialah sekitar 18,800 isi rumah.

draft • 5:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya bacakannya satu persatu. Negeri Sembilan, kosong daripada 3,626.

Maksudnya, yang telah keluar, dikeluarkan yang telah mendapat bantuan melebihi dikeluarkan. Kalau ada di dalam senarai 3,626 pada 31 Januari 2023, mereka inilah yang kemudiannya dibantu terus oleh kerajaan supaya mereka melepasi PGK miskin tegar iaitu RM1,168 sebulan. Tan Sri Yang di-Pertua, Temerloh hendak tanya boleh ke tidak?

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tan Sri, Menteri satu jer. Kita hendak...

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat beginilah...

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Sedikit sahaja.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi Temerloh sudah berucap, kan?

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tidak, semalam.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, semalam?

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Aah. Sebab ini satu isu sahaja yang hendak bangkitkan. Minta sedikit sahaja.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, cepat.

draft • 5:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Menteri, Speaker. Satu sahaja untuk Menteri. Tadi kita membicarakan tentang eKasih dan data-data yang kita nampak itu ada yang tidak hendak keluar dan sebagainya.

Cuma, saya melihat bahawa ada sebahagian daripada keluarga ini tidak berdaftar dan pendaftaran tersebut hanya disahkan oleh kita lihat Ketua Kampung, Tok Empat dan sebagainya.

Jadi, saya mengharapkan supaya dia juga boleh diberikan peluang untuk pengesahan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana mereka juga mengenali anak buah mereka menyebabkan akhirnya kita lihat sebahagian mereka yang tidak berdaftar ini tinggal terus tidak mendapat apa-apa bantuan. Jadi, saya mohon perkara ini.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta Menteri jawab dan landing terus. Okey, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Okey baik. Sebelum itu saya tutup sedikit yang Pasir Mas tanya. Sebab itu setakat 18 Jun 2024, setelah kita melalui proses-proses yang saya sebut tadi dari satu negeri ke satu negeri. Jumlah isi rumah miskin tegar

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

setakat dua minggu lepas ialah sebanyak 16,859 dan memang betul sebahagian besarnya kini adalah di Sabah dan Sarawak yang perlu diberi tumpuan dan jumlah 16,859 itu adalah mirip kepada Pelaporan Rasmi Negara sebanyak 18,400. Sudah tentu apabila kita ada PGK yang baru setiap dua tahun, jumlah itu akan berubah balik.

PGK seterusnya sudah tentu lebih tinggi daripada 1,168 dan perkara ini akan berterusan dan itulah yang saya hendak tutup dengan menjawab kepada Temerloh.

Sebab itulah Temerloh, kerajaan daripada tahun lepas membuat keputusan untuk melaksanakan PADU supaya kita tidak boleh lagi ada lapis-lapis pengesahan yang berbeza, kemudian sukar untuk dikeluarkan kerana kita telah tahu pendekatan sebegini akan menyebabkan keciciran orang miskin.

Aspirasi daripada PADU setelah kita melalui proses pemutihan untuk membasmi miskin tegar ini ialah secara idealnya kerajaan perlu mempunyai data yang dinamik, yang menggabungkan segala maklumat sosioekonomi dan bantuan- bantuan yang diberikan oleh semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan ataupun negeri. Jika ini berlaku, kita tidak perlu lagi pengesahan ataupun hendak memohon kerana kerajaan memang tahu setiap isi rumah, ini jumlahnya, ini pendapatan yang diperlukan untuk lokasi itu supaya tidak menjadi miskin tegar dan bantuan boleh terus disalurkan.

Jadi, insya-Allah saya ucap terima kasih dan perkara ini akan terus dilaporkan dari semasa ke semasa dan usaha untuk membasmi kemiskinan dan menoktahkan miskin tegar ini bukanlah usaha yang terhenti kerana setiap masa garis kemiskinan akan terus berbeza-beza dan itu memerlukan kerajaan terus campur tangan.

Bezanya ialah kalaulah kita mempunyai data yang dinamik setiap masa itu membolehkan bantuan disalurkan terus tanpa berfikir hendak mohon dekat Ketua Kampung kah, pejabat daerah kah, wakil rakyat dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullah.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam. Baik, sekarang saya menjemput Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 10 minit.

draft • 5:10 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam Malaysia Madani Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik perbahasan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2002 dan 2022 yang julung-julung kali diadakan di Dewan yang mulia dari 27 Jun hingga 1 Julai.

draft • 5:14 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Perbahasan ini menunjukkan terbukti Kerajaan Madani adalah kerajaan yang sentiasa fokus dan komited untuk melakukan reformasi. Dahulu tiada Prime Minister Question Time, sekarang ada. Dahulu Laporan SUHAKAM dibentang tetapi tidak pernah dibahas, kini dibenarkan bahas secara menyeluruh. Ini kesemua mencerminkan aspirasi Kerajaan Madani sebagai suatu ikhtiar yang holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih bersifat manusiawi. Di samping itu, perbahasan ini juga dapat memupuk kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat yang menjadi asas ketelusan dan kerjasama dalam memajukan negara.

Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu melibatkan hak asasi manusia di bawah bidang kuasa KPKT iaitu perumahan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian adalah Yang Berhormat Temerloh, Sibu dan Jerlun. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, bagi tahun ini KPKT telah menggariskan lapan bidang fokus utama yang turut menyentuh hak asasi manusia seperti berikut:

(i) perancangan perumahan lebih komprehensif dan berdaya saing;

(ii) pemerkasaan komuniti tanpa mengira kaum mahupun agama;

(iii) pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efektif dan efisien bagi menghasilkan pelaksanaan ke arah ekonomi kitaran;

(iv) memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar ke arah pembandaran baharu;

(v) memperkukuh kesiapsagaan, kebombaan dan penyelamatan yang sejahtera; dan

(vi) mengesahkan pembinaan sekurang-kurangnya 100 Taman Rekreasi Awam Madani di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, KPKT akan sentiasa fokus dan komited dalam memastikan pembangunan yang mampan dan seimbang dapat dicapai di semua negeri Malaysia dalam semua bidang fokus di bawah kementerian ini. Perkara ini juga adalah selaras dengan konsep Madani Inklusif yang menekankan prinsip “Tiada Yang Terpinggir, Tiada Yang Tertinggal”.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Jerlun dalam perbahasan telah membangkitkan berhubung dengan isu harga rumah yang semakin tinggi kononnya dan mengurangkan peluang golongan berpendapatan rendah B40 untuk memiliki rumah sebagai hak asasi perlindungan mereka.

draft • 5:14 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Madani sentiasa memberikan komitmen yang berterusan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan ataupun sewa selaras dengan konsep ‘Shelter for All’ dengan izin. Ini adalah selaras dengan teras Malaysia Madani untuk memastikan kesejahteraan sosial dan masyarakat serta hasrat ekonomi Madanibagi meningkatkan darjat hidup rakyat.

Dalam hubungan ini, KPKT melalui dasar perumahan negara sentiasa memberikan komitmen yang berterusan bagi memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal melalui penyediaan rumah yang berkualiti, dan mampu dimiliki selaras dengan slogan kita, “Rumahku Syurgaku”. KPKT juga telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi tujuan penyediaan dan pelaporan rumah mampu milik yang dilaksanakan oleh agensi penyedia perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, negeri dan pemaju swasta.

Pencapaian sasaran ini akan dipantau melalui Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang telah pun diaktifkan semula dan dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi penyediaan rumah mampu milik di bawah Rancang Malaysia Kedua Belas untuk tempoh sehingga 31hb Mac tahun ini, sebanyak 288,968 unit rumah mampu milik telah siap dibina dan dalam fasa pembinaan.

Jumlah ini menyumbang kepada 57.8 peratus daripada 500,000 unit rumah mampu milik yang disasarkan. Selain itu pada tahun 2022, kerajaan telah bersetuju dengan hala tuju baru pelaksanaan PPR pada tahun lepas dengan penetapan saiz keluasan baru iaitu seluas 750 kaki persegi secara minimum selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan daya huni penduduk PPR.

Kerajaan Madani sangat prihatin dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir dari mendapat tempat tinggal yang merupakan hak asasi setiap manusia.

KPKT komited untuk menyediakan Rumah Mampu Milik melalui PPR dan Rumah Mesra Rakyat untuk golongan B40 serta kediaman SPMB dan PR1MA untuk golongan yang berpendapatan sederhana.

Bagi membantu golongan B40 memiliki atau menyewa rumah terdapat dua Program Social Housing yang sedang dilaksanakan oleh KPKT iaitu pertama, Program Perumahan Rakyat (PPR Dimiliki atau Disewa) sejak diperkenalkan pada tahun 1982 sehingga kini terdapat 202 projek PPR dengan keseluruhan 115,039 unit rumah telah diluluskan pelaksanaan di seluruh negara.

draft • 5:14 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 164 projek melibatkan 101,516 unit rumah telah siap dibina sepenuhnya, 19 projek dengan jumlah 7,517 unit masih

draft • 5:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

dalam pembinaan serta 19 projek dengan 6,006 unit rumah masih dalam perancangan.

Mulai tahun lepas, KPKT telah menetapkan harga jualan PPR dimiliki yang baru pada RM45,000 seunit di seluruh negara, manakala bagi PPR disewa yang baru, kadar sewa telah ditetapkan pada RM200 seunit bagi rumah atas tanah dan RM250 seunit bagi rumah berstrata termasuk yuran penyelenggaraan.

Harga dan kadar ini...

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, boleh tanya sikit?

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tapi Yang Berhormat tak bahas.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tak, saya memang bahas, Temerloh.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey, dipersilakan.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, bila kita menyentuh tentang harga rumah, tadi disebut harga rumah yang terbaru adalah RM45,000 mampu milik, baru disebut. Jadi, saya ingin membangkitkan satu kes yang berlaku di Temerloh, Taman Sri Kemuning di mana mereka sudah pun membeli rumah. Dalam perjanjian asal pembelian rumah, pada akhirnya pada tahun lepas, tahun ini dan tahun lepas sudah bermula bahawa berlaku pula kenaikan harga.

Sebenarnya macam mana benda itu boleh berlaku? Saya ingin supaya perkara ini disiasat dan dapatkan maklumatkan untuk memberikan pencerahan kepada penduduk di sana. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sekiranya ada kontrak jual beli perjanjian, maka the sanctity of contract dengan izin, wajib dihormati.

Sekiranya ada kes khusus seperti itu, Yang Berhormat sila berikan kepada saya.

Saya akan arahkan Jabatan Perumahan Negara siasat dan dapatkan kebenaran.

Terima kasih Yang Berhormat.

Di mana selain daripada PPR, kita juga ada Rumah Mesra Rakyat. Program ini dilaksanakan oleh SPNB dan mampu memberi manfaat kepada golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberikan kebenaran. Sehingga kini, terdapat keseluruhan 67,405 unit RMR telah diluluskan pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, 65,610 unit telah siap dibina, 1,442 unit sedang dalam pembinaan dan 531 unit masih dalam peringkat perancangan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Madani menanggung subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit Rumah Mesra Rakyat supaya kos yang perlu ditampung oleh pemilik rumah adalah lebih rendah daripada harga pasaran serta kos pembinaan dan ia boleh dimanfaatkan oleh rakyat dalam golongan B40.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Bagi membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah, terdapat juga dua lagi program yang sedang dilaksanakan oleh KPKT iaitu pertama, Kediaman SPNB. Program ini dilaksanakan oleh SPNB dan merupakan program perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan M40. Sehingga 31 Mei tahun ini, terdapat 53 projek dengan keseluruhan 31,069 unit rumah telah diluluskan pelaksanaannya di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 projek melibatkan 29,256 unit rumah telah siap dibina, dua projek dengan jumlah 351 unit rumah masih dalam pembinaan.

Program kedua ialah program perumahan PR1MA. Program ini merupakan program rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan dalam kategori B40 yang dilaksanakan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya terdapat sebanyak 88 projek perumahan PR1MA melibatkan sebanyak 54,137 unit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 projek melibatkan 39,123 unit telah siap dibina, 18 projek dengan 10,870 unit dalam pembinaan dan 11 projek lagi dengan 4,144 unit masih dalam peringkat perancangan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, di mana bagi mengawal harga rumah, KPKT telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara yang menetapkan harga siling rumah mampu milik pada RM300,000.

Walau bagaimanapun, harga siling rumah mampu milik turut tertakluk kepada dasar perumahan di peringkat kerajaan negeri masing-masing. KPKT sedang melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah yang diperolehi daripada tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Tahun 2022.

Kaedah ini mengambil kira median pendapatan rakyat mengikut lokaliti ataupun daerah berdasarkan kepada kaedah gandaan medium, medium multiple method. Pemetaan ini bertujuan sebagai panduan kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi penetapan harga jualan rumah di satu-satu lokaliti.

Kerajaan menggalakkan supaya pemaju perumahan sentiasa melaksanakan kajian kebolehlaksanaan, feasibility studies sebelum suatu pemajuan dilaksanakan untuk memastikan rumah yang dibina adalah berdasarkan kepada kemampuan dan cita rasa rakyat serta dapat dijual.

Selain itu, bagi meningkatkan penawaran rumah mampu milik dalam pasaran, KPKT kini melihat peluang kerjasama bagi pembangunan projek rumah mampu milik melalui pertama, penyediaan tanah oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri serah tanah percuma ataupun dengan kaedah nominal, Kerajaan Persekutuan bawa projek perumahan rakyat ke negeri tersebut. Kedua, pelaksanaan

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

projek secara kerjasama dengan pemaju swasta sama ada land swap, request for proposal ataupun cross subsidy. Isu industri perumahan ini...

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, Menteri perlukan berapa minit lagi?

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, lebih kurang nak landing.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila landing.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sebentar lagi dua tiga minit.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Industri perumahan ini bukan hanya digerak oleh pihak kerajaan, namun turut digerak oleh pemaju swasta yang melaksanakan pembangunan projek perumahan yang berkualiti dan mampan. Dalam hal penyediaan rumah mampu milik, Kerajaan Madani memberi galakan kepada pemaju swasta untuk membangun rumah mampu milik melalui pemberian insentif seperti berikut.

Pertama, memberi kemudahan bayaran deposit kepada pemaju perumahan yang membina rumah mampu milik iaitu pemaju perumahan hanya perlu bayar deposit sebanyak RM200,000 ke dalam housing development account berbanding dengan pemaju yang tidak membangunkan rumah mampu milik, mereka perlu bayar tiga peratus daripada kos pembinaan.

Kedua, menyediakan fast lane untuk kelulusan kebenaran merancang (KM) ataupun pelan bangunan dan insentif-insentif lain di bawah kerajaan negeri dan PBT yang dapat membantu pemaju untuk membangunkan rumah mampu milik termasuk memberi pengecualian sepenuhnya caj pematuhan dan caj pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, setakat hari ini di mana kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia telah mencapai hampir 77 peratus melebihi tahap pemilikan di beberapa negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Korea, Australia mahupun Jerman. Kerajaan Madani akan terus giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan rakyat mendapat akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kalam, Kerajaan Madani amat prihatin dalam memastikan hak-hak asasi rakyat Malaysia terpelihara. Perkara ini terbukti melalui Indeks Kemakmuran Dunia yang direkodkan pada tahun 2023 di mana Malaysia telah mencatat tempat ke 43 negara paling makmur berbanding 167 negara. Akhir kata, Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua. Saya akhiri penggulungan saya dengan serangkap pantun.

Kerajaan Madani sentiasa dihati, Tidak jemu-jemu menabur bukti; KPKT sentiasa berkhidmat dan berbakti, Demi kesejahteraan rakyat yang dikasihi.

draft • 5:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri Luar Negeri, 10 minit.

draft • 5:20 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dalam sesi perbahasan dan penggulungan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) tahun 2021 dan tahun 2022.

Tan Sri Yang di-Pertua, perbahasan mengenai laporan tahunan SUHAKAM ini adalah selari dengan komitmen kerajaan untuk bekerjasama secara konstruktif dengan semua pemegang taruh, termasuk Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan seperti SUHAKAM dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemajuan dan penghayatan hak asasi manusia di Malaysia.

Yang di-Pertua, bagi menjawab isu-isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Ipoh Timor berkaitan dengan penyertaan Malaysia kepada instrumen-instrumen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia, saya ingin tekankan di sini bahawa kerajaan sentiasa memandang serius terhadap tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi semua rakyat Malaysia.

Keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen negara dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak asasi manusia diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di mana Malaysia telah dipilih untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 hingga 2024.

draft • 5:28 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Selain daripada itu, pada awal bulan Jun tahun ini, Malaysia telah menerima lawatan kerja daripada Tuan Yang Terutama Volker Türk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia. Semasa lawatan kerja tersebut, Tuan Yang Terutama Volker Türk telah melahirkan rasa terujanya melihat kemajuan hak asasi manusia yang telah dicapai oleh Malaysia sehingga hari ini. Lawatan kerja ini telah menunjukkan keterbukaan kerajaan untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi mempromosi dan melindungi hak asasi rakyat Malaysia.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya yakin Dewan yang mulia ini telah pun sedia maklum bahawa Malaysia telah menyertai tiga triti teras hak asasi manusia iaitu dengan izin Convention on Rights of Child (CRC), Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women dan Convention on the Rights of Persons

draft • 5:30 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

with Disabilities. Malaysia telah menyertai CRC yakni Convention on the Rights of the Child pada 17 Februari 1995, CEDAW pada 5 Julai 1995 dan CRPD pada 19 Julai 2010.

Bagi enam triti teras hak asasi manusia yang masih belum diratifikasi oleh Malaysia sedang dalam kajian, penelitian dan pertimbangan kementerian- kementerian yang berkaitan. Adalah penting untuk Malaysia memastikan bahawa segala peruntukan yang terkandung dalam instrumen-instrumen antarabangsa tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan termasuk perundangan sivil, syariah dan juga undang-undang adat.

Hal ini adalah penting bagi memelihara kepentingan negara dan memastikan Malaysia dapat memenuhi segala peruntukan yang terkandung dalam instrumen- instrumen antarabangsa tersebut. Kementerian Luar Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab dalam isu berkaitan dasar luar negara akan terus memainkan peranannya sebagai pemudah cara dan dengan izin point of contact antara pihak kerajaan dan PBB.

Kementerian ini juga akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan PBB dan meneroka usaha-usaha yang boleh dibangunkan bersama PBB dan pemegang taruh yang berkaitan dalam meningkatkan kemajuan hak asasi rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, Kementerian Luar Negeri telah bekerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi hak asasi manusia untuk menterjemahkan sembilan triti teras hak asasi manusia ke dalam Bahasa Malaysia. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat dan semua pemegang taruh yang berkaitan mengenai hak asasi manusia. Inisiatif ini selari dengan komitmen yang telah diutarakan oleh Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 hingga 2024.

Kementerian Luar Negeri akan terus mengamalkan pendekatan dengan izin whole of society bagi mendengar, menghormati dan tidak membelakangi pandangan rakyat dan pemegang taruh yang berkaitan. Kementerian ini juga akan memperluaskan sesi libat urus dengan berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan pihak swasta dan perniagaan dalam isu-isu berkaitan. Dalam hal ini, saya ingin tegaskan tentang kepentingan dan keperluan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya sebelum meratifikasikan sebarang triti hak asasi manusia.

Sesi libat urus yang berterusan adalah wajar dan penting bagi membolehkan kerajaan mendapatkan input dan pandangan termasuk mengenai cadangan meratifikasikan mana-mana triti hak asasi manusia dengan mengambil kira juga pandangan wakil-wakil akar umbi, masyarakat sivil dan akademia.

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh tanya?

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya Seputeh, sila.

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Tadi sebenarnya saya mahu dengar itu penggulungan daripada Menteri Dalam Negeri, lepas itu Pendang kacau, Arau kacau, semua kacau topik ini pun lari.

Saya hendak tanya tentang hubungan kita dengan pihak UNCHR yang tadi Yang Berhormat kata pihak Kementerian Luar Negeri ada berjumpa dengan pihak UNHCR dan― kerana kalau saya baca Laporan SUHAKAM, ia menyatakan bahawa kerajaan melarang mereka masuk menziarahi pelarian Rohingya di dalam tempoh imigresen.

Itu sebab saya sekarang hendak tahu kononnya ada 10,000 orang pelarian Rohingya di dalam depot imigresen. Apakah ini benar? Memandangkan keadaan Myanmar adalah begitu kecoh sekarang, adakah kerajaan bercadang hantar semua orang Rohingya balik ke negara asal mereka?

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Untuk pembetulan, baru-baru ini kita menerima lawatan daripada Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Majlis Hak Asasi Manusia, bukan UNHCR. UNHRC berbeza dengan UNHCR, jangan tersilap. UNHCR yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh itu lebih di bawah Kementerian Dalam Negeri, sepatutnya ditanyakan semasa Menteri KDN menjawablah.

[Ketawa] Arau kacau dia kata, dia tak sempat tanya.

Akan tetapi tidak mengapa, Kementerian Luar Negeri akan sentiasa menjadi fasilitator. Kita akan fasilitet apa juga urusan-urusan yang dihadapi oleh mana-mana kementerian dan agensi termasuk juga berurusan dengan UNHCR. Kalau KDN rujuk kepada kita, kita akan bagi pandangan dan juga nasihat kepada KDN bagaimana untuk berurusan dengan ― dan juga menangani isu-isu berkaitan dengan UNHCR YB, terima kasih.

Lebih kepada KDN, saya jawab secara general. Peranan, peranan KLN dalam isu ini lebih kepada KDN, UNHCR. Kita akan menjadi pemudah cara, to facilitate urusan-urusan dan juga apa-apa yang dihadapi oleh mana-mana kementerian dan agensi termasuk juga KDN dalam menangani isu-isu Rohingya, terutamanya.

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Di bawah KDN. Bukan di bawah KLN ya YB.

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh saya minta Tan Sri Speaker meminta pihak Kementerian Dalam Negeri jawab isu-isu yang saya bangkitkan berkenaan dengan UNHCR.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sudah lepas tadi kan?

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kerana Pendang tadi kacau, Arau juga kacau sehingga semua lari. Jadi, saya rasa rakyat perlu jawapan. SUHAKAM

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

juga hendak tahu kerana ini kompelin yang termasuk dalam Laporan SUHAKAM, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kalau Menteri ada lebih kurang dalam 30 saat lagi, KLN boleh jawab secara bertulis tak?

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Saya akan jawab – Arau, Arau tak ada bahas.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, saya hendak bagi tahu, ini – saya bekas menteri yang jaga MKN, UNHCR masuk bawah MKN. Saya tanya Yang Berhormat, dalam Jawatankuasa UNHCR untuk menentukan hala tuju berhubung dengan pendaftaran ini, yang ada adalah Kementerian Dalam Negeri dan juga KDN, macam mana Yang Berhormat kata KDN, Kementerian Dalam Negeri dan juga KDN.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Kementerian Dalam Negeri itu KDN lah.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Maaf, Kementerian Luar Negeri dan juga KDN.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Ya. Kita akan fasilitet. Saya kata peranan KLN dalam isu ini kita akan fasilitet mana-mana isu yang mungkin dihadapi oleh mana- mana kementerian. Dalam isu UNHCR ini adalah di bawah kendalian KDN.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Yang Berhormat jawab betul.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Jadi, kita bersedia untuk membantu KDN daripada untuk berurusan...

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

...Tentang isu-isu berkaitan dengan Rohingya dan juga UNHCR YB.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat poin itu jelas sudah.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat jawab betul, yang tak betul Seputeh.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Okey YB.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila gulung Menteri.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Okey. Untuk yang akhirnya Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian ada juga menyentuh soal memohon gesaan kepada kerajaan berkenaan konflik yang berlaku di Palestin termasuk isu-isu yang telah mengakibatkan kematian kanak-kanak dan juga para wanita yang begitu tinggi di Palestin.

Malaysia sentiasa lantang dan konsisten menzahirkan kebimbangan dan mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Israel di Gaza [Tepuk] menerusi pelbagai platform antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Majlis

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Dengan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mematuhi langkah-langkah sementara tambahan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau dengan izin, International Court of Justice (ICJ) pada 24 Mei yang baru lalu.

draft • 5:30 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tekanan tersebut mengarahkan Israel supaya menamatkan penindasan ke atas rakyat Palestin, termasuk gencatan senjata serta-merta, menentang perpindahan berterusan rakyat Palestin secara paksa dan menegaskan kepentingan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa sebarang halangan dan sekatan ke Semenanjung Gaza.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia baru-baru ini telah menyokong dan menaja bersama inisiatif seruan bertindak atau, dengan izin, called to action for Palestinian Children in The West Bank and Gaza di platform PBB di New York. Malaysia juga tegas dalam pendiriannya bagi menyokong penubuhan negara Palestin yang aman, bebas dan merdeka berdasarkan sempadan Pra 1997 dengan ibu negara Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya dan Palestin mesti diterima sebagai anggota penuh PBB.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sekian dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, perkataan penghabisan itu Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada Menteri sudah kata sekian tadi.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebut penindasan.

draft • 5:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Habis sudah.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta ditukar kepada perkataan ‘pembunuhan’, bukan ‘penindasan’ kepada rakyat Palestin.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pembunuhan.

draft • 5:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Maksud, maksud...

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat cakap tadi saya nampak macam retorik, tidak sangka. Berapa kali...

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft • 5:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Tiada mana ada retorik ini ya. Ini soal Gaza, kita mesti serius. Ini bukan penindasan.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ha, tepuk meja.

[Tidak jelas] BlackRock pun boleh- hendak jual saham dekat BlackRock.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau...

draft • 5:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Arau duduk, duduk, duduk. Tidak ada kena mengena dengan kes lain. Tanya kementerian lain. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput...

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi jual saham dekat BlackRock. Orang yang terlibat pembunuh rakyat Palestin.

draft • 5:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Speaker.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Arau, Arau duduk. Sila Menteri, terima kasih.

Saya jemput Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan, 30 minit.

draft • 5:40 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order.

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, pukul berapa Parlimen habis hari ini?

draft • 5:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ada 15 minit lagi, ada empat minit dari sekarang.

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM selama dua hari iaitu hari Khamis, 27 Jun hingga hari Isnin, 1 Julai 2024.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat inginkan penjelasan berkenaan tindakan kerajaan untuk memastikan penerusan pelajaran akademik kepada kanak-kanak yang berada di sekolah tunas bakti (STB).

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini terdapat sembilan buah STB di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. STB merupakan institusi pemulihan bagi kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan diwartakan sebagai sekolah diluluskan di bawah seksyen 65 [Akta Kanak-kanak 2001] . Kanak-kanak di STB berpeluang untuk bersekolah di sekolah aliran perdana.

Walau bagaimanapun, terdapat penghuni yang memerlukan intervensi sebelum

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

bersedia untuk meneruskan persekolahan di sekolah aliran perdana. Contohnya, ada yang tidak pernah bersekolah atau terlalu lama meninggalkan sekolah sehingga hilang minat. Malah, ada juga yang berdepan dengan cabaran tidak mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Selain itu, penilaian kes dan risiko penghuni turut diambil kira bagi menentukan kesediaan mereka untuk menghadiri sekolah aliran perdana. Sehingga Jun 2024, seramai 55 orang penghuni STB di seluruh negara yang mendapat pendidikan berdasarkan mata pelajaran pendidikan kebangsaan, sama ada di sekolah aliran perdana mahupun di dalam institusi STB sendiri.

Bagi menepati syarat, mereka turut berpeluang untuk menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Suka saya kongsikan sedikit pencapaian penghuni STB ini. Bagi tahun 2023, seramai 44 orang telah menduduki SPM. Yang mana seramai lapan orang telah memperoleh sekurang- kurangnya satu A.

Penghuni terbaik telah memperoleh pencapaian enam A. Seorang telah memperoleh dua A. Manakala terdapat enam orang lagi telah memperoleh satu A.

Penghuni di STB sentiasa diberi peluang dan sokongan untuk meneruskan pembelajaran sama ada akademik mahupun latihan kemahiran.

Antara kaedah pemulihan dan pemerkasaan potensi kanak-kanak, institusi turut menyediakan latihan kemahiran dalam bidang seperti masakan, jahitan, kimpalan, elektrik, automatif dan sebagainya. Program ini dilaksanakan melalui latihan di dalam dan juga di luar institusi melalui kerjasama pelbagai penyedia latihan kemahiran.

draft • 5:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, boleh kita sambung besok? Sebab waktu sekarang sudah pukul 5.45. Saya sudah bagi masa.

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Okey.

draft • 5:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tiada kuasa ya. Sambung esok ya.

draft • 5:41 PM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih.

draft • 5:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Selasa, 2 Julai 2024. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:41 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 5.45 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026