Jun272024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sesi Majlis pada pagi ini Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri, saya mempersilakan Tuan Haji Aminolhuda bin Hasan, Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah potensi yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia dengan pengukuhan semula hubungan negara kita dengan negara-negara Asia Tengah seperti Republik Kyrgyz, Kazakhstan dan juga Uzbekistan melalui lawatan YAB Perdana Menteri pada pertengahan bulan Mei yang lalu.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Sri Gading yang ingin mengetahui apakah potensi-potensi yang boleh didapati oleh negara kita dengan lawatan yang diadakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke tiga-tiga negara iaitu Republik Kyrgyz, Republik Kazakhstan dan juga Republik Uzbezkistan, daripada 15 sehingga 19 Mei yang lalu, Dato' Yang di-Pertua.

Dato' Yang di-Pertua, pada 12, 13, 14 Mei, Perdana Menteri telah pun berada di Qatar untuk menghadiri dan menjadi sebagai tetamu jemputan daripada Emir Qatar untuk menghadiri apa yang dipanggil sebagai Qatar Economic Forum, berada di Qatar. Sementelahan berada di Qatar Dato' Yang di-Pertua, jemputan daripada ketiga-tiga Presiden daripada negara Central Asia Republic ini, dengan izin Dato' Yang di-Pertua, iaitu daripada Kyrgystan daripada Presidennya, Sadyr Japarov; Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dan Presiden Shavkat Mirziyoyev,

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Uzbezkistan, menjemput pemimpin negara kita untuk datang melawat negara mereka.

Utusan daripada negara-negara ini, Menteri-menteri Luar mereka telah pun datang ke Malaysia membawa jemputan daripada Presiden masing-masing. Maka, apabila berada di Qatar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun langsung ke sana. Dato' Yang di-Pertua, negara-negara di Kyrgystan, Kazakhstan dan juga Uzbezkistan merupakan negara yang merdeka daripada cengkaman rejim komunis Soviet Union pada 1992, Dato' Yang di-Pertua. Mereka merdeka dan mereka sekarang ini menjadi negara yang merdeka tetapi masih lagi mengamalkan sistem yang banyak dipengaruhi oleh era Soviet Union dahulu, Dato' Yang di-Pertua.

Jadi, kedatangan Yang Amat Berhormat ke sana disambut dengan baik dan hubungan akrab kedua-dua negara ataupun Malaysia dengan Kyrgystan, Malaysia dengan Kazakhstan, Malaysia–Uzbezkistan ini memang telah pun wujud lama, Dato' Yang di-Pertua dan pernah kita punya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum-sebelum ini, ketua negara kita melawat negara-negara ini terakhirnya pada 2015 di Kazakhstan, 1995 dan juga 1999.

Dato' Yang di-Pertua, potensi seperti yang ditanya ataupun yang ingin diketahui oleh Sri Gading, banyak potensinya, Dato' Yang di-Pertua. Negaranya negara yang kaya-kaya. Ketiga-tiga negara ini kaya, Dato' Yang di-Pertua. Kaya dengan hasil galian, Dato' Yang di-Pertua. Macam di Kyrgstan ini mempunyai deposit bahan galian yang amat banyak. Ada galian emas, bijih timah, copper dan lain-lain Dato' Yang di-Pertua dan kalau di Kazakhstan dan juga Uzbezkistan ini, mereka juga ada. Ada petroleum ataupun minyak dan juga gas.

Jadi, semasa lawatan tersebut Dato' Yang di-Pertua, berbagai-bagai cadangan, berbagai perbincangan dua hala yang telah diadakan. Saya dengan saya punya rakan sejawat, Menteri Perdagangan dan Pelaburan dengan rakan sejawat masing-masing dan juga pelancongan serta Menteri Pelajaran juga ada Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Tinggi bersama-sama untuk mencungkil lebih banyak lagi apakah yang boleh dilakukan untuk kita meningkatkan hubungan dua hala dan juga potensi untuk mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara ini.

Pelaburan Dato' Yang di-Pertua dan juga perdagangan kita dengan Kyrgystan, dengan Kazakhstan dan juga Uzbezkistan ini semuanya menyebelahi kepada kita.

draft • 10:00 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Kita banyak mengeksport barangan ke Kyrgyzstan, ke Kazakhstan dan juga Uzbekistan, Dato' Yang di-Pertua. Mereka mengimport banyak barang kita dan ketiga-tiga negara ini merupakan kalau nak dilihat secara keseluruhannya Dato' Yang

draft • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

di-Pertua, dia boleh kita jadikan sebagai pintu kepada untuk kita menerokai kawasan yang lebih besar lagi di kawasan Asia Tengah termasuklah negara Turkmenistan, Tajikistan dan yang lain-lain Dato' Yang di-Pertua. Mereka ini merupakan lima negara yang dua (T), dua (K) dan satu (U) iaitu (K) nya Kyrgyzstan, Kazakhstan dan (T) nya ialah Turkmenistan dan juga Tajikistan dan (U) nya adalah Uzbekistan.

Merupakan negara blok lima negara dia panggil, 5C dia panggil dan mereka mencadangkan supaya ASEAN Dato' Yang di-Pertua, mengadakan hubungan blok dengan blok mereka. Mereka telah ada hubungan blok dengan China, dengan Rusia, dengan EU dan macam-macam lagi dan kita sedang meneliti.

Rakan sejawat saya akan datang juga minggu depan untuk kita melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana usaha untuk kita meneroka lebih banyak lagi. Kita punya ahli-ahli perdagangan kita perlu aktif pergi ke sana Dato' Yang di-Pertua, kerana mereka, negara ini kaya dengan bahan galian dan mereka ada, yang telah ada ini banyak yang datang tetapi mereka tidak mahu terdedah sangat dengan satu pihak sahaja.

Mereka menjemput kita. Mereka menjemput kita punya ahli-ahli perniagaan yang khususnya yang ada kemahiran dan mempunyai kemampuan untuk menjadi sebagai syarikat yang boleh menerokai bidang bahan galian yang amat banyak dia punya jumlah Dato' Yang di-Pertua dan boleh menerokai di kawasan tersebut.

Jadi, ini merupakan satu peluang untuk negara kita untuk mempertingkatkan dagangan kita dengan negara-negara ini dan juga untuk kita punya usahawan- usahawan untuk pergi ke sana dan menjadi sebagai peneroka kepada negara yang banyak dan hasil galiannya yang begitu banyak, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Machang? Ada apa itu?

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Soalan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya akan benarkan selepas soalan tambahan Sri Gading.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, okey.

Baik.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Sri Gading, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey. Terima kasih kepada Timbalan Dato’ Speaker. Jawapan yang sangat jelas dan sangat baik. Apa yang kalau kita lihat daripada segi Malaysia akan jadi Pengerusi ASEAN tahun depan dan juga kalau kita lihat bahawa negara-negara yang dilawati oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah negara yang kaya dalam bidang sepertimana

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

yang disebut tadi, tentang galian dan sebagainya. Memandangkan ini lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pertama secara rasmi, apakah Yang Berhormat Menteri Luar dapat rumuskan sebagai persepsi negara-negara ini terhadap tampuk pemerintahan kita, Kerajaan MADANI. Itu yang pertama.

Apakah selain daripada apa yang disebut tadi, tentang galian dan sebagainya. Daripada segi ekonomi dan juga pendidikan serta pertanian dan juga keselamatan ketenteraan. Apa yang boleh kita dapat belajar dari jalin hubungan yang baik antara kita dengan negara di peringkat Asia Tengah ini? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Penghormatan terhadap kepimpinan negara kita kepada Perdana Menteri kita semasa mengadakan lawatan ketiga-tiga negara tersebut amat tinggi. Saya tak pernah lihatlah Dato' Yang di-Pertua, Perdana Menteri datang, yang menyambutnya Perdana Menteri. Yang menyambutnya Perdana Menteri datang menyambut di ketiga-tiga negara ini semasa ketibaan di lapangan terbang.

Itu merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Selalunya kita akan ada Menteri pengiring ataupun Minister in attendance dengan izin tetapi mereka datang menyambut sendiri dan sambutan itu amat mesra sekali. Mereka melihat kita sebagai negara yang boleh dijadikan sebagai contoh, negara model.

Mereka memandang tinggi kepada negara kita, Dato' Yang di-Pertua dan mereka melihat bagaimana negara kita, Malaysia khususnya Uzbeks dan Kazakhstan. Kyrgyzstan itu memang jauhlah, ya. Dia punya GDP pun tak sampai RM50 bilion tetapi negara-negara macam negara Kazakhstan dan Uzbekistan mempunyai penduduk yang hampir sama tetapi dia punya Keluaran Dalam Negara Kasarnya jauh tinggal terbelakang daripada Malaysia dan per capita income kepada penduduknya pun jauh melainkan Kazakhstan, dia hampir RM11,000 Dato' Yang di- Pertua, kita hampir RM14,000. Yang lain-lain itu jauh ke bawah.

Mereka ingin belajar daripada Malaysia, apakah cara, bagaimana cara mereka untuk dapat bersama-sama untuk membangunkan negara yang baru merdeka daripada cengkaman Soviet Union. Mereka sekarang dan merdeka.

Walaupun dah merdeka tapi masih lagi mengamalkan cara lama. Jadi, banyak telah pun kami bincangkan, terutamanya di Kyrgyzstan sehinggakan mereka mahu supaya Malaysia menghantar seorang penasihat ke Kyrgyzstan.

Jadi kita telah pun, pihak Kementerian Luar telah pun memberikan cadangan beberapa nama kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita pastikan supaya permohonan mereka untuk kita menghantar seorang penasihat untuk membantu mereka merancang untuk ekonomi, pembangunan itu dapat dilaksanakan dengan segera.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato' Yang di-Pertua, dalam masa yang sama kita mempunyai satu program di Kementerian Luar di mana kita melatih ramai pegawai-pegawai mereka. Ramai pegawai mereka yang datang kita latih di sini di bawah apa yang dipanggil dengan izin, Malaysian Technical Cooperation Programme, Dato' Yang di-Pertua. Kita melatih the young diplomat, kita melatih pegawai-pegawai kerajaan mereka.

Ramai, Dato' Yang di-Pertua dan yang penting sekali ialah mereka membuka pintu negara mereka seluas-luasnya kepada Malaysia. Sehingga di Kyrgyzstan, mereka telah menawarkan dalam masa perbincangan, penerbangan daripada syarikat Malaysia sama ada MAS ataupun AirAsia ataupun Batik boleh diberikan taraf free freedom iaitu boleh mengambil penumpang dan pergi ke destinasi lain, Dato' Yang di-Pertua.

Begitu sekali dan kita diminta untuk mempertingkatkan lagi jumlah penerbangan seminggu di Kazakhstan dan juga di Uzbekistan, Dato' Yang di-Pertua.

Jadi ini merupakan suatu perkara yang baik. Ramai pelajar daripada Uzbeks, ramai pelajar daripada Kazakhstan yang belajar di sini, Kementerian Pengajian Tinggi menerima ramai pelajar.

Jumlahnya lebih beribu-ribu orang datang ke sini Dato' Yang di-Pertua kerana mereka melihat Malaysia ini sebagai satu contoh negara Islam yang boleh mereka menghantar anak-anak mereka belajar di sini dan daripada sini, mereka boleh mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi lagi ke negara- negara lain tetapi ramai pelajar daripada khususnya Uzbeks dan juga Kazakhstan ini melanjutkan pelajaran di peringkat pra sarjana, Dato' Yang di-Pertua.

Jadi ini merupakan satu perkara yang amat baik bagi negara kita. Mereka melihat kita dengan suatu– sebagai satu negara contoh, negara Islam yang mengamalkan sikap yang amat baik, mengamalkan sikap kesederhanaan di peringkat antarabangsa dan mereka menyokong dasar luar kita berkenaan dengan Palestin dan yang lain-lain. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Machang.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dan rakan- rakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional menghargai usaha kerajaan untuk menguatkan hubungan dua hala dengan negara-negara ini. Cuma saya nak tambah sedikit Yang Berhormat Menteri, seperti mana di Afrika, kita ada Francafrique. Bekas-bekas negara Kolonial Perancis, negara-negara ini yang disebut tadi juga adalah sebahagian daripada apa yang Rusia sebut near abroad. Walaupun mereka sudah keluar daripada Soviet tetapi pengaruh Rusia, Kremlin dan Moscow itu masih ada.

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi saya nampak, saya baru pulang daripada Saint Petersburg, Yang Berhormat Menteri dan saya berjumpa dengan Menteri yang bertanggungjawab dengan Eurasian Economic Integration. Jadi, negara-negara yang disebut tadi itu sebenarnya di bawah Eurasian Economic Union juga dan mereka menyatakan, berhasrat kepada saya sebab tak ada wakil kerajaan pergi yang hubungan antara Central Asia ini dengan Eurasian Union dengan ASEAN perlu dipertingkatkan.

Jadi, saya nak tanya pada Yang Berhormat Menteri, cara terbaik untuk kita mengukuhkan lagi ialah dengan adanya lawatan kunjungan rasmi Perdana Menteri ke Moscow, berjumpa dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Bila nak pergi? Itu soalan saya yang pertama.

Kerana jemputan sudah dihantar banyak kali, ini yang diberitahu kepada saya ya. Dah banyak kali dihantar tetapi tak ada maklum balas daripada Putrajaya dan yang terakhir Yang Berhormat Menteri, sebagai bekas tokoh korporat yang disegani, kami Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional amat menghargai jawapan tegas Yang Berhormat Menteri tempoh hari berkenaan dengan penjualan saham MAHB kepada BlackRock GIP.

[Tepuk]

draft • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bagi kami, pandangan Yang Berhormat Rembau adalah pandangan majoriti ahli-ahli UMNO. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasihlah. Apa soalannya tadi?

[Ketawa]

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bila hendak pergi Rusia? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bila hendak pergi Rusia?

Dato’ Yang di-Pertua, hubungan dua hala ini, kita perlu berhati-hati. Walaupun kita mempunyai hubungan baik, tetapi dalam keadaan geopolitik yang begitu tidak tentu arah sekarang ini, very fluid, dengan izin, kehadiran ataupun lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu perlu dirancang dengan baik.

Kita tidak boleh dapat terima jemputan, kita hendak pergi. Dapat terima jemputan― banyak jemputan yang kita terima, Dato’ Yang di-Pertua. Jemputan kepada Yang Amat Berhormat dan jemputan kepada kami banyak. Tetapi, kita perlu berhati-hati untuk kita memposisikan negara kita ini. Kerana lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun lawatan saya selaku Menteri Luar nanti sebagai suatu yang dianggap sebagai pengiktirafan kepada kita punya hubungan luar negara kita.

Jadi, banyak jemputan, banyak cadangan tetapi nasihat daripada Kementerian Luar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah supaya kita meneliti setiap satu jemputan tersebut dengan berhati-hati kerana kita tidak mahu

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

terjerumus pula nanti dengan politik dunia yang lebih kompleks yang boleh nanti memberikan masalah kepada hubungan kita dengan negara-negara lain.

Jadi, setakat hari ini, hubungan kita baik dengan Rusia, hubungan kita baik dengan negara China, hubungan kita baik dengan negara-negara lain. Kementerian Luar, melalui perbincangan-perbincangan, kita hendak memposisikan Malaysia ini sebagai the middle-state, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. We don’t want to be seen as leaning towards anybody. Kita tidak mahu dilihat sebagai condong ke mana-mana.

Kita sebuah negara berdagang, ekonomi kita ekonomi perdagangan. Jadi, kita tidak mampu nanti untuk tidak, orang kata― ataupun dilihat sebagai condong sangat kepada kanan, condong sangat kepada kiri. Kita mahu bersahabat dengan semua orang.

Jadi, ini merupakan asas dasar luar negara kita. Asas dasar luar negara kita sekarang bukan sahaja diplomatik biasa tetapi diplomatik perdagangan. Diplomatik perdagangan yang mana perdagangan ini menjadi keutamaan kami. Saya dengan rakan sejawat saya daripada MITI sentiasa sahaja melihat potensi-potensi kawasan- kawasan yang mana kita mempunyai potensi untuk kita memperluaskan ataupun untuk kita mempertingkatkan perdagangan, di situ nanti kita boleh membawa banyak keuntungan kepada negara kita.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sedikit pencelahan, Yang Berhormat Menteri. Boleh? Sedikit sahaja.

Saya faham Yang Berhormat Menteri bercakap dalam lenggok diplomasi.

Saya faham it is not too direct to the point. Cuma, bagi saya, sebabkan Yang Amat Berhormat Tambun sudah menyatakan hasrat hendak menyertai BRICS, pintu utama hendak diketuk ialah Moscow, bukan Brazil. Jadi, kena ada perjumpaan di side level pun tidak apa. Next year, ASEAN, we are the chairman. Panggil Rusia datang ataupun Eurasian Economic Union datang, kita bincang sama-sama. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, kita ada jumpa, tetapi secara tidak rasmilah. Jumpa sideline meeting ataupun pull-aside meeting. Secara bilateralnya ataupun secaranya rasminya itu belum lagi.

Ya, betul kita hendak masuk kepada BRICS kerana BRICS ini merupakan suatu blok yang longgar, blok bukannya berasaskan pertahanan ataupun sekuriti tetapi satu blok yang longgar untuk memastikan negara ini tidak menjadi sebagai unipolar world. Tidak ada satu kuasa yang besar yang menguasai dunia. Kita tidak mahu itu berlaku. Kita hendak lihat supaya dunia ini macam dahulu lagi.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Nampak sekarang ini, Dato’ Yang di-Pertua, we are slowly but surely, dengan izin, masuk ke era cold war, perang dingin semula. Sama ada you are with us or you are not with us. Itu tidak boleh. Kita tidak boleh melakukan perkara itu. Itu sebabnya Malaysia mahu melihat supaya dunia ini multipolar.

Itu sebenarnya BRICS merupakan satu asas landasan untuk kita melihat bahawa dunia ini jangan terlalu condong kepada ataupun diurus oleh satu pihak sahaja. Maka BRICS, satu gabungan negara besar, mempunyai GDP yang besar, penduduk sampai tiga lebih bilion, kita hendak menyertai. BRICS bukan kepada apa, tetapi kita hendak supaya kita memasuki satu blok yang longgar, satu blok yang boleh membawa suara kita yang boleh membawa suara dunia. Ini yang hendak kita lakukan agar Malaysia dapat bersuara di banyak pentas. BRICS merupakan satu pentas yang besar dan ini merupakan satu yang baik.

Ya, sekarang ini Rusia sebagai dia punya Presiden, tetapi tahun hadapan dengan Brazil. Kita hendak masuk semasa kita jadi ASEAN, jadi kita berunding dengan Brazil dahululah. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, saya pujilah. Ini pemimpin UMNO yang bagus. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Machang. Untuk berlaku adil, soalan Menteri yang berikutnya, saya akan tambah satu soalan sebelah kerajaan juga. Sebab, di sini saya sudah bagi dua.

[Merujuk pada blok pembangkang] Untuk berlaku adil, saya akan tambah dua soalan tambahan bagi pihak sebelah kerajaan.

Berikutnya, untuk soalan kedua MQT, saya mempersilakan Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 10:20 AM

2. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) apakah perbezaan program latihan kepakaran daripada universiti tempatan dan program latihan kepakaran luar negara

(parallel pathway) secara umum dan khusus bagi bidang kardiotorasik; dan

(b) berapa anggaran kos yang dibelanjakan untuk latihan kepakaran tajaan kerajaan.

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam madani. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Langat yang bertanya akan soalan yang agak topical mutakhir ini.

Dato’ Yang di-Pertua, latihan kepakaran perubatan di Malaysia terdiri dari dua program. Program Sarjana Perubatan dan latihan kepakaran laluan paralel atau,

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

dengan izin, parallel pathway. Latihan kepakaran laluan parallel ini latihan kepakaran yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan dengan menggunakan kelulusan kepakaran profesional yang dianugerahkan oleh institusi antarabangsa. Manakala latihan kepakaran laluan sarjana perubatan merupakan latihan kepakaran yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi tempatan yang mana pelatih akan mendapat kelulusan yang dianugerahkan oleh institusi tersebut.

Kedua-dua program ini ditawarkan penajaan kepada pegawai-pegawai perubatan lantikan tetap dan juga kontrak. Bagi tawaran kepada pegawai perubatan lantikan kontrak, ia bermula sejak tahun 2022.

Buat masa ini, terdapat 120 program sarjana perubatan yang ditawarkan oleh sembilan institusi pendidikan tempatan, manakala terdapat 14 bidang kepakaran yang dikendalikan oleh latihan kepakaran laluan parallel ataupun parallel pathway.

Pada masa ini, terdapat seramai 6,933 pegawai perubatan yang mendapat tajaan untuk menjalani latihan kepakaran perubatan, yang mana 6,142 pegawai perubatan menjalani program perubatan sarjana ataupun program sarjana perubatan dan 791 pegawai perubatan menjalani latihan kepakaran laluan parallel. Selain dari itu, terdapat seramai 2,622 lagi pegawai perubatan yang sedang menjalani latihan kepakaran laluan parallel tanpa tajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan bidang pembedahan kardiotorasik, kelayakan yang digunakan oleh latihan kepakaran laluan parallel adalah the Fellowship of the Royal Colleges of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery yang dianugerahkan oleh Royal Colleges of Surgeons of Edinburgh, dengan izin.

Tempoh latihan bagi program ini adalah enam tahun latihan dan lima tahun dalam negara dan satu tahun di luar negara dengan latihan klinikal dijalankan secara kombinasi di pusat-pusat jantung di Kementerian Kesihatan dan juga Institut Jantung Negara serta latihan sangkutan di luar negara iaitu di United Kingdom. Latihan kepakaran laluan parallel bagi bidang ini telah pun dilaksanakan sejak 2016, Dato’ Yang di-Pertua.

Manakala bagi institusi pendidikan tinggi tempatan, latihan kepakaran pembedahan kardiotorasik dikendalikan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan calon yang berjaya latihan tersebut akan dianugerahkan dengan kelulusan Sarjana Sains Surgeri Kardiotorasik dan Kedoktoran Surgeri Kardiotorasik oleh universiti tersebut. Latihan kepakaran pembedahan kardiotorasik oleh UiTM ini mula pada tahun 2020.

draft • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar untuk program latihan kepakaran, khususnya untuk Program Sarjana Perubatan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi tempatan. Anggaran kos

draft • 10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

perbelanjaan bagi setahun untuk penajaan Program Sarjana Perubatan adalah RM142.4 juta manakala penajaan bagi Latihan Kepakaran Laluan Parallel Pathway adalah sejumlah RM10 juta. Demikian dulu Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Kuala Langat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perbelanjaan yang besar, duit pembayar cukai dibelanjakan untuk melahirkan pakar yang kompeten dan selamat (competent and safe) untuk negara kita. Adakah peruntukan tahun ini menggunakan peruntukan tahunan KKM?

Saya kira ini adalah satu tanggungjawab yang cukup besar kepada stakeholder terbesar rakyat Malaysia, lebih daripada 30 juta orang. Apakah jaminan kualiti pakar yang mengikuti program PPP anjuran Persatuan MATCVS, AAM dan KKM yang bukan entiti pemberi pendidikan tinggi (high education provider) tanpa ada akreditasi daripada MQA? Adakah tidak menjadi kesalahan program yang melanggar Akta Perubatan dan Akta MQA ini? Kalau dia melanggar kesalahan, kenapa seolah- olah tidak ada tindakan-tindakan sehingga kini?

Saya dimaklumkan ada kertas cadangan kumpulan Penyelidik G70

(Kesihatan) sebelum ini dan ekoran daripada itu, satu jawatankuasa bebas telah ditubuhkan atas arahan Yang Berhormat Menteri KPT pada Ogos 2023 bagi mengkaji masalah ini dan membuat syor kepada kedua-dua kementerian, KPT dan juga KKM yang dipengerusikan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Apakah laporan dan syor yang dicadangkan oleh jawatankuasa itu? Saya juga ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, apakah Menteri Kesihatan juga boleh menerima supaya cadangan pembentangan RUU Pindaan Akta Perubatan ini ditangguhkan...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terakhir Tuan Timbalan Speaker. Ditangguhkan dan dirujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan agar kita dapat sama-sama melihat supaya akhirnya ia dilihat sebagai keterlibatan libat urus dengan semua stakeholder yang bertanggungjawab termasuklah jawatankuasa yang saya sebutkan tadi, jawatankuasa bebas. Begitu juga dengan mungkin MMC dan MQA...

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan, bukan perbahasan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ya, ini soalan yang terakhir. Supaya akhirnya kita dapat melihat bahawa satu input yang terbaik dan mungkin boleh juga satu kertas putih dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Kuala Langat yang begitu passionate menanyakan perkara-perkara yang terkait dengan persoalan parallel pathway ataupun apa yang dikatakan latihan kepakaran yang telah pun kita tahu mengalami sedikit dialog, debate dan polemik di media-media awam, in a public spear, dengan izin.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Apa yang nak saya sebutkan, saya juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan saya yakin dengan apa yang telah sehingga kini saya menangani isu ini Dato' Yang di- Pertua. Bukan sebulan dua ini, sejak saya terdahulu daripada mengambil tugas ini pun. Semasa saya menjadi Pengerusi IJNH, saya telah pun mengendali, meneliti perkara parallel pathway cardiothoracic surgery ini, Edinburgh ini dan terus ketika saya kembali sebagai Menteri menanganinya dan telah pun mengadakan pelbagai libat urus.

Akhirnya, apa yang saya mulakan libat urus itu, yang akhirnya melibatkan Jabatan Peguam Negara. Setelah berbincang hampir semua, boleh saya sifatkan hampir semua yang penting, everyone worth the sort orang kata dengan izin telah saya libat uruskan dan kita adakan perbincangan, diskusi dan pelbagai.

Saya memahami bahawa polemik ini, ia terbelah antara dua pihak tetapi saya sebagai Menteri tetap akan mengambil stand yang neutral sehinggalah ke saat ini di mana draf yang telah dibuat, pindaan Akta Perubatan [Akta 50] itu telah sampai satu peringkat di mana libat urus dengan MMC, libat urus dengan MMA, libat urus dengan dekan-dekan, Majlis Dekan Perubatan dan juga hampir semua.

Kita dalam proses, telah pun saya serahkan, setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk pindaan ini dibuat, maka draf itu telah pun kita siapkan dan telah pun diberikan kepada Jabatan Peguam Negara. Lalu Peguam Negara telah membuat semakan dan blue bill pindaan Akta 50, Akta Perubatan itu sudah siap seluruhnya dan bakal insya-Allah, kita adakan beberapa libat urus lagi.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Antara lainnya untuk kita bentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan juga yang telah pun ada juga

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

beberapa libat urus di sana. Nah, itu adalah round yang terakhir sebelum Dewan yang mulia ini menyaksikan blue bill itu diletakkan pada hujung minggu ketiga Dato’ Yang di-Pertua, supaya dapat kita bahaskan...

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...di hujung minggu yang keempat untuk kita bentang, bahas dan kita luluskan kerana umum menantikan, rakyat menantikan satu apa yang saya istilahkan sebagai ketidakaturan yang terkait dengan bukan sahaja parallel pathway bahkan juga dengan program-program sarjana perubatan itu akan dapat kita urus dan kita murnikan supaya keteraturan itu akan dapat kita capai dan ketidakaturan itu akan dapat kita tangani. Dengan kata lain, ke depan nanti, moving forward dengan izin ya, keteraturan sarjana perubatan bersekali dengan keteraturan program parallel pathway, laluan parallel ini akan dapat kita tentukan dan kita luluskan.

Dengan itu, kualiti dan juga kuantiti latihan kardiotorasik bahkan 120 program sarjana dan juga 14 program parallel pathway, semuanya akan dapat kita regularize dengan izin, the irregularity, meletakkan keteraturan itu Dato’ Yang di-Pertua kepada yang tidak teratur sebelum daripada ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Kuala Langat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk buat satu soalan tambahan atas satu isu yang begitu penting kerana dapat menyelamatkan nyawa. Di sini saya hendak tanya, kita sokong tentang usaha untuk meminda Akta Perubatan supaya parallel pathway dapatlah dijadikan sesuatu yang diperakukan secara sahih di bawah undang-undang.

Tetapi dari aspek ini, bolehkah yang tunggu ini dapatlah pengiktirafan oleh MMC kerana sekiranya tidak Tuan Yang di-Pertua, ada banyak pesakit yang tunggu untuk pembedahan dan kita takut tentang nyawa mereka. So, sekarang ini berapakah yang sedang tunggu? Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri.

Kedua, untuk memastikan itu latihan kepakaran tempatan daripada universiti tempatan dapat mendapat pengiktirafan daripada universiti ataupun pertubuhan antarabangsa, international acknowledge. Apakah usaha yang diambil supaya yang latihan kepakaran tempatan ini bukan hanya laku di negara kita tetapi di peringkat antarabangsa supaya kita dapat jaminkan keselamatan nyawa-nyawa pesakit- pesakit yang saya rasa semua setuju, tidak lihat warna kulit dan latar belakang.

Mereka semua pesakit yang harus menerima rawatan yang terbaik oleh doktor- doktor. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Bagan ya. Dato’ Yang di-Pertua, untuk saya rangkumkan dan ringkaskan ya, inilah dia pindaan yang dinanti-nantikan bagi untuk kita segerakan, merelaikan dan menangani segala dakwa dakwi yang disebutkan oleh kedua-dua, Kuala Langat dan juga Bagan sebentar tadi. Selagi kita hanya menyelesaikan secara runcit-runcit, piece meal, dengan izin maka, terus- terusan kebejatan ataupun permasalahan ini akan terus berlaku.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dalam pindaan ini, kita telah meletakkan segala yang tidak teratur yang saya sebutkan dulu. Mungkin saya tidak dapat menyebutkan mana-mana pindaan-pindaan secara khusus tetapi kita telah siapkan seluruhnya dan nantikan. Insya-Allah, kalau saya perhatikan minggu ketiga nanti untuk JKPP kita telah jadualkan 9 Julai untuk kita meneliti draf bersama dengan jawatankuasa pilihan khas.

Tetapi kita akan adakan juga sedikit libat urus dengan kedua-dua Yang Berhormat MP belah sana dan belah sini supaya apa yang disebutkan oleh Bagan khususnya, segala dakwa dakwi itu telah kami rangkumkan, telah kami relaikan dan kami address the issue of particular on FRCS cardiothoracic Edinburgh contohnya.

All along, kita perlu tahu bahawa daripada 88 cardiothoracic surgeon, kita dapati 35 surgeon itu mempunyai FRCS daripada FRCS Edinburgh. All along ya.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Apa pun yang telah berlaku tentang perkara-perkara yang terkait dengan persoalan kesilapan editorial semasa perpindahan senarai itu, semua saya tidak mahu go into detail, tetapi inilah dia pindaan yang semua nantikan supaya dapat kita bahaskan dan kita boleh bangkitkan segala apa yang kita tidak berpuas hati dalam laluan perbahasan itu, di luar sana dalam Dewan yang mulia ini.

Saya yakin Dato’ Yang di-Pertua, ini adalah penyelesaian tuntasnya dan bukan penyelesaian runcit-runcitnya. Because we have tackles from all angels dan kita telah libat urus semua ya, pihak-pihak yang punya kepentingan dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan kita telah pun menyiapkan pindaan ini untuk kita bentangkan Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi pada semua sahabat- sahabat yang sedia menanti untuk kita perbahaskan RUU bill ya, Akta Pindaan Perubatan (Akta 50) ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 10:40 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya sangat tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri apabila disebut ia bukan isu keselamatan, tetapi ketidakaturan yang tidak selaras secara sepenuhnya dengan apa yang perlu dengan kedua-dua kursus, kedua-dua parallel dan juga masters.

Kita dengar ada naratif di luar sana dan malah sebenarnya dibawa oleh Kuala Langat sendiri bahawasanya ketidakaturan itu membawa isu keselamatan sampai ada yang keluar statement, keluar– semua menyatakan ada kekhuatiran keselamatan. Saya hendak tanya dan minta ruang yang sebesar-besarnya dan jawapan yang seterang-terang, sejelas-jelasnya oleh Yang Berhormat Menteri, adakah ia wujud sebarang kekhuatiran keselamatan untuk parallel mahupun untuk masters itu soalan pertama.

Soalan keduanya, apabila tidak adanya kekhuatiran keselamatan apa ke hei- nya ada orang yang hendak ungkit-ungkit hendak bako-bako, hendak buat-buat hei, yang tidak ada hei ini fasal dia ada isu keselamatan. Sudah berpuluh tahun parallel wujud, tiba-tiba hendak buat hei macam ini, hendak buat kata tidak selamat ke apa semua ini.

Ketiganya, setelah kesemua ini sudah selesai, setelah ketidakaturan ini kembali teratur, maka tahun ini juga kita akan tambah adanya NSR Registered Cardiothoracic Surgeon yang memang sangat kurang, khususnya di Ipoh Timor...

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

...Untuk Hospital Raja Permaisuri Bainun adakah rancangan yang belum ada untuk kita selesaikan masalah Cardiothoracic Services Specialist Centre di HRPB akan dikemas kini dan akan diwujudkan satu Specialist Cardiothoracic Services Centre di HRPB dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Jangan sampai kalau apa pun kepentingan kita, kita memperkaitkan, kita mengaitkan persoalan kualiti dan keselamatan. Itu sangat tidak bertanggungjawab.

Perlu saya ingatkan parallel pathway dengan kelulusan FRCS adalah majoriti cardiothoracic surgeon di negara kita ini. Telah saya sebutkan sebentar tadi dan baru-baru ini sahaja ya, apa yang dikatakan program sarjana itu kita mulakan 2022 di UiTM. Selama ini Dato’ Yang di-Pertua, inilah dia our specialist, our cardiothoracic surgeon are from– majoritinya saya telah sebutkan tadi 35 surgeon, pakar bedah kardiotorasik datangnya daripada FRCS Edinburgh.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Selama hari ini, inilah mereka yang menjalankan bidang surgery procedure dalam kardiotorasik, tidak ada pertikaian keselamatan. Yang paling penting untuk saya pastikan Dato’ Yang di-Pertua, seluruhnya akan kita– akan dan sememangnya bukan akan, telah pun ya– semuanya mendapat pengiktirafan terlebih dahulu oleh Malaysian Medical Council (MMC) sebagai mengawal selia persoalan kualiti dan sebagainya, very stringent.

Jadi, tiba-tiba timbul ataupun pertanyaan dan timbul tanda tanya, timbul lontaran-lontaran yang saya rasa tidak bertanggungjawab. These are the pakar- pakar yang sedang berkhidmat, sama ada dalam perkhidmatan awam mahupun swasta. Tiba-tiba we are now questioning over their safety and quality dan keupayaan mereka. Saya ingat tidak bertanggungjawab sama sekali untuk kita membuat innuendos, membuat insinuasi seperti ini. Yang lebih penting adalah untuk kita pastikan moving forward. Dalam pindaan ini apakah kita akan dapat menjamin persoalan kualiti dan pastinya untuk kita mendapatkan kuantiti yang munasabah untuk kita pastikan dalam bidang kardiotorasik surgeri dan juga kardiologi sebagai satu services– satu bidang lain bidang yang terkait akan terus-terusan di samping yang lain Dato’ Yang di- Pertua. 14 program parallel pathway yang lain dan 120 program sarjana perubatan yang lain juga, semuanya akan kita kendalikan dalam sederap pindaan ini akan kita letakkan keteraturan itu bagi apa yang dulunya tidak regular dari beberapa segi.

Jadi, ini adalah apa yang perlu kita capai bersama dengan Jabatan Peguam Negara dan semua libat urus yang telah kita lakukan dan saya lakukan sejak mengambil alih, khususnya dalam beberapa bulan yang lalu Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih semuanya, insya-Allah kita nantikan perbahasan ini.

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Speaker...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat...

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

...Boleh satu lagi?

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk.

draft • 10:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Ketawa] Agak penting.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang berikut kita terus ke soalan yang ketiga saya mempersilakan Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:40 AM

3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan jumlah pelaburan oleh BlackRock atau syarikat yang kaitan dengannya dalam Malaysia, sebutkan dalam negeri mana dan apakah impak kepada ekonomi negara sekiranya semua pelaburan BlackRock berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini digugurkan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, silakan.

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Izinkan saya memberi penjelasan dan maklum balas daripada Kementerian MITI ataupun Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai persoalan Ahli Yang Berhormat Bagan berkenaan pelaburan BlackRock di Malaysia.

Terlebih dahulu izinkan saya menekankan kembali beberapa fakta yang penting berkenaan BlackRock seperti yang diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sesi waktu pertanyaan Perdana Menteri pada 25 Jun baru- baru ini.

Pertamanya BlackRock ialah pengurus aset terbesar di dunia dan setakat 31 Mac 2024, aset di bawah pengurusan syarikat tersebut bernilai lebih kurang RM49.35 trilion ataupun USD10.5 trilion. Ia memegang saham dalam hampir semua syarikat tersenarai awam di seluruh dunia dan dana-dana berdaulat bagi negara-negara seperti Saudi Arabia, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Bahrain dan juga Indonesia.

Keduanya, BlackRock telah berada di Malaysia sejak tahun 1990-an.

Menurut data yang diperoleh secara terbuka setakat Mei 2024 BlackRock sebagai sebuah firma pelaburan global sudah memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi sektor industri dengan tiga entiti terbesar merupakan institusi perbankan di negara ini. Jadi, secara keseluruhannya mereka memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 bilion di Malaysia. Sebanyak RM20.5 bilion di Bursa dan sebanyak RM7 bilion di dalam bon kerajaan dan korporat di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga memperincikan maklum balas kementerian kepada persoalan Ahli Yang Berhormat Bagan menerusi beberapa penghuraian yang berdasarkan kepada konteks berikut.

Pertamanya, senarai pelaburan BlackRock dalam pasaran saham dan bon, pada berdasarkan semakan di antara pelaburan BlackRock di dalam pasaran bon terbitan kerajaan adalah di Malaysia Sukuk Global Berhad, EXIM Bank, Malaysia Wakala, Petroleum Nasional Malaysia, Malaysia Sovereign Sukuk Berhad dan juga turut di...

Keduanya maklumat syarikat yang telah melabur di Malaysia, ini bagi dari segi FDI ataupun foreign investment dengan pegangan saham BlackRock.

BlackRock merupakan pemegang saham bagi beberapa syarikat multinasional besar

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

yang beroperasi di Malaysia termasuk Microsoft, Boeing, Intel dan Texas Instruments.

Ketiga, maklumat pelaburan syarikat-syarikat yang berkenaan mengikut negeri dan klasifikasi industri. Syarikat-syarikat seperti Microsoft, Boeing, Intel dan Texas Instruments mempunyai pemilikan saham oleh BlackRock ini menyumbang kepada pembangunan industri dan negeri melalui projek pelaburan yang dijalankan di Malaysia.

Ini termasuk Intel yang menyumbang kepada pertumbuhan sub semikonduktor di Pulau Pinang, Infineon di Melaka dan di Kedah. Texas Instruments di Melaka juga dan di Kuala Lumpur dan subsidiari Boeing iaitu Aerospace Composites Malaysia dalam industri aeroangkasa di Kedah. Microsoft yang baru- baru ini mengumumkan pelaburan pula akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur pusat data di lokasi baharu yang akan ditentukan kemudian.

Keempatnya, maklumat dari segi pekerjaan dan nilai pelaburan bagi syarikat- syarikat yang berkenaan. Syarikat-syarikat saya nyatakan sebentar tadi merupakan pelaburan asing yang telah membuat pelaburan yang signifikan di Malaysia serta mewujudkan peluang pekerjaan.

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Contohnya Intel, pelaburan sebanyak RM32 bilion dan menggaji lebih daripada 10,000 orang pekerja; Texas Instruments RM13 bilion, 2,000 pekerja; Boeing RM300 juta, 900 juta pekerja dan sebagainyalah. ROHM di Kelantan juga RM3 bilion dan menggaji 2,000 orang pekerja.

Untuk eksport pula bagi syarikat-syarikat yang berkenaan contohnya Intel, telah menyumbang RM50 bilion nilai eksport, Texas Instruments RM20 bilion, Microsoft RM15 bilion dan sebagainya. Jadi saya harap penjelasan tadi untuk Yang Berhormat Bagan, kalau ada pengguguran pelaburan BlackRock dari Malaysia sekiranyalah berlaku, jelas sekali akan mendatangkan implikasi dan kesan negatif kepada usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara. Itu jawapan saya pada Yang Berhormat Bagan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Bagan.

draft • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan lengkap yang diberikan. Saya nak tanya, kalau kita lihat pelaburan daripada BlackRock dalam Malaysia sejak tahun 90-an adalah berdasarkan semata-mata urusan perniagaan dan juga pulangan yang mereka boleh dapat daripada itu, pelaburan mereka.

Adakah pada mana-mana— ketiga, adakah BlackRock pernah menggunakan pelaburan mereka untuk mempengaruhi dasar-dasar negara? Dasar-dasar berkaitan

draft • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

dengan isu-isu tertentu sepertimana yang diuar-uarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana ini semata-mata adalah dari unsur pelaburan sahaja.

Pada masa yang sama, sekiranya ada pihak tertentu yang hendak mengharamkan itu pelaburan, institusi-institusi besar seperti BlackRock, adakah ia juga akan menjejaskan pelaburan yang kita ada bukan sahaja di rantau ASEAN kerana semua ini ada linkages, ada kaitan, tapi juga di peringkat antarabangsa? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dari sudut kementerian kita, memang kita tidak ada berurusan dengan BlackRocklah. Jadi, urusan kita bersama-sama dengan syarikat yang seperti Microsoft, Intel dan sebagainya. Kita tidak ada urusan dengan pemegang saham termasuklah BlackRock. Jadi, tidak terbangkit isu yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Baganlah.

So, soalan kedua tadi?

draft • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oleh kerana BlackRock juga ada pelaburan dalam negara-negara lain, so sekiranya kita tak benarkan pelaburan BlackRock, kita pun ada kesan tentang hubungan dari segi perdagangan dengan negara-negara lain juga.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tapi isu itu Yang Berhormat Bagan tak terbangkit kerana tidak ada polisi atau dasar yang kita menghalang syarikat-syarikat seperti BlackRock, Vanguard ataupun mana-mana syarikat lain yang ada kepentingan dalam syarikat-syarikat global ini ataupun kepentingan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Malaysia. Kita tidak ada penglibatan ataupun tidak ada polisi yang menghalang mereka buat masa kini.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Persilakan Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Isu BlackRock ini semakin panas.

Sebenarnya dulu ini yang nak beli MAHB ini, GIP. Tapi bila BlackRock mengambil alih GIP, pembelian 12 Januari 2024 dengan nilai USD12.5 bilion, dia menjadi satu isu besar sebab BlackRock ini banyak masalah. Ertinya sekarang ini GIP dimiliki sepenuhnya oleh BlackRock, bukan lagi GIP.

Lapangan terbang negara melalui MAHB, bukan aset yang biasa boleh kita jual sewenang-wenangnya oleh kerajaan. Dia adalah satu aset strategik yang menuntut perhatian yang amat serius hampir semua pihak terutamanya pihak-pihak

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

yang di atas di peringkat kerajaan. Lapangan terbang bukan seperti restoran atau supermarket kata “Dr Muzaffar Shah”, bekas Timbalan Presiden PKR. Saya nak quote apa dia kata dengan izin, “BlackRock affair is a matter of serious concern because it is airports, not a restaurants or supermarkets”. Walaupun dikatakan mungkin GIP-BlackRock ada kepakaran teknikal yang kita tidak ada, tapi BlackRock kita kena ingat memiliki saham yang agak besar substantial...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Dalam Lockheed syarikat senjata yang...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat, dengar apa saya nak cakap. Saya dah banyak kali tegur dah. Soalan adalah soalan dan cuba sebaik mungkin. Kalau nak masukkan, interject- kan syarahankah apa, cut it short within the main. Please Yang Berhormat Kubang Pasu direct to the soalan, dengan izin.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ini bukan syarahan atau bahas, nak bagi latar belakang Yang di-Pertua.

[Ketawa] Saya pun nak tanya Menteri, bukan senang nak jumpa Menteri dan benda ini benda penting ya. Saya minta kita lebih bertamadun, kita Kerajaan Madani kena bertamadun sikit ya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, Yang Berhormat Kubang Pasu...

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Nak terus tanya soalan. Nak terus tanya soalan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kubang Pasu kata saya tak bertamadunkah?

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Eh tak, tak eh. Saya tak kata Yang di-Pertua.

[Ketawa] Saya dok kata depa dok kacau saya itu.

Yang di-Pertua saya hormat fasal pernah belajar di Kedah.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Ketawa] Baik. Yang Berhormat macam inilah.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang di- Pertua pernah mengaji di Kedah.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Ketawa] Baik. Kita macam inilah.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya kena hormat dia, cakap kena pandai.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Macam inilah. Cuba pendekkan.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Lani nak soalankah?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Teruslah.

[Ketawa] Lagi bagus macam itu.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya sedihlah pasal latar belakang ini penting ini kan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bukan apa. Sat, sat, sat.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Depa dok banding...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sat, sat, sat.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Pelaburan dalam Intel dan sebagainya ini sebagai satu pelaburan yang ini, ini pelaburan yang biasa. Ini MAHB, aset strategik negara.

[Tepuk] Okey, saya pi kepada — sehubungan dengan ini, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, macam itu.

[Ketawa] Teruslah macam itu, senang sikit.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Yang juga bekas Menteri Kewangan dan bekas CEO CIMB, kawan lama saya. Ada credential background yang amat-amat tinggi seperti berikut. Adakah pelaburan BlackRock dalam MAHB satu keputusan yang betul dari segi menjaga dan memelihara aset strategik negara, MAHB?

Keduanya, adakah perjanjian pembelian saham oleh BlackRock-GIP ini dalam MAHB sudah dimeterai? Jika sudah, berapakah jumlah saham yang dibeli oleh konsortium antarabangsa Abu Dhabi Investment Authority dan GIP atau BlackRock ini dan sebagainya? Dari jumlah itu, berapakah saham yang dibeli oleh GIP ataupun BlackRock? Berapakah jumlah yang dibeli oleh Abu Dhabi Investment?

Ketiganya, adakah keputusan ini dibincang dan diputuskan dalam Kabinet?

YB Rembau tak ada? Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negara. Dia kata tak dibawa ke dalam perbincangan dalam Kabinet dan beliau tidak setuju MAHB dijual sahamnya kepada BlackRock, tetapi ketua dia kata yang itu dia sendiri punya, yang ini kerajaan punya. Yang ini saya pun tak tahu yang mana kerajaan, yang mana peribadi ya.

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Jadi saya nak tanya, tiga soalan itu Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Cuba macam itu kan bagus.

[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu kerana soalan tersebut. Baru berjumpa sebenarnya. Mengenai penswastaan Malaysia Airports, perkara ini sebenarnya telah dijawab secara jelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Selasa lepas semasa PMQT. Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai kebaikan transaksi tersebut dan bagaimana ia memberi manfaat.

Jadi, saya rasa tak perlulah saya ulas lagi. Cuma soalan mengenai Kabinet tadi, mungkin saya boleh beri sedikit penjelasan. Dari segi tata urus ataupun governance, memang keputusan itu dibuat di peringkat Khazanah. Jadi, saya sebagai Ahli Jemaah Menteri hanya dimaklumkan semasa Mesyuarat Kabinet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, semasa itu keputusan telah pun dibuat ya.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Speaker, satu soalan lagi boleh Tuan Speaker?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Gudang, saya...

draft • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Speaker, saya tanya ini saham yang dibeli oleh BlackRock dan saham dibeli oleh Sime Darby.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

La, hang awat macam itu?

[Ketawa] Yang Berhormat faham, Yang Berhormat jangan dok mencelah. Sat na, ikut pada peraturan na. Baik.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Boleh?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Gudang, sebentar Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya, soalan sepatutnya pada dasarnya saya bagi dua, dua, dua. Tapi dah saya bagi satu soalan lebih sini, saya bagilah satu soalan kedua. Soalan ketiga ini kalau ada soalan keempat, saya benarkan. Jadi, minta Yang Berhormat Pasir Gudang untuk...

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya faham, saya faham.

Tapi ini satu perkara yang serius, yang penting tentang negara kita.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Boleh satu saja? Ringkas sahaja.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kami sokong bagi kepada Pasir Gudang. Pembangkang sokong.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, yang putuskan saya.

[Ketawa]

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya kata saya sokong.

Kalau bagi, saya sokong.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Saya dah putuskan saya tidak membenarkan.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tapi, saya ada — Alhamdulillah, ada ruang untuk saya menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat ini. Kalau dalam jawapan Menteri-menteri jika didapati tidak memuaskan hati atau benda ada kelompangan dan sebagainya, saya unjurkan ada tiga cara jika dalam menjawab itu ada yang rasa alamak, Menteri ini tak menjawab benda macam ini semua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dia ada tiga jalan lagi dalam buku peraturan kita ini. Mungkin Yang Berhormat saya telaahkan, pendekkanlah ya. Jalan pertama, usul bawah 17 Kamar Khas. Jalan kedua, Usul 18 melalui permohonan keputusan Speaker. Usul yang ketiga adalah melalui Peraturan 27(3) ya.

Walau bagaimanapun, semua ini subjected kepada Peraturan 43, 99, 99A dan 100. Ambil maklum ya. Baik, setiausaha, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 11:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya akan mulakan sesi pertanyaan waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Soalan pertama, saya mempersilakan Tuan Lo Su Fui, Yang Berhormat Tawau.

draft • 11:00 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera Malaysia, salam Sabah maju jaya. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Datuk Haji Armizan bin Mohd Ali kerana berjaya menunaikan ibadah haji.

Semoga sentiasa menjadi orang yang soleh dan manfaat kepada Sabah dan Malaysia.

[Tepuk]

draft • 11:00 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Sabah derita berbeza harga, Harap Menteri dapat bantu, Harga seragam Sabahan lega, Soalan saya nombor satu. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

1. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan:

(a) perancangan untuk menyeragamkan harga barangan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak; dan

(b) mekanisme untuk menangani masalah penyeludupan barangan keperluan yang bersubsidi di Tawau dan Sabah.

draft • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Mula-mula ucap tahniah, lepas itu derita.

Tuan Yang di-Pertua, dua komponen soalan yang menuntut kepada jawapan yang agak panjang, saya cuba ringkaskan dan maklumat lanjut akan saya serahkan kepada Yang Berhormat Tawau.

Untuk komponen yang pertama kerajaan telah dan sedang melaksanakan beberapa bentuk perancangan dan tindakan dalam menangani isu jurang perbezaan harga di antara Sabah, Sarawak, Labuan dengan Semenanjung Malaysia yang telah berlaku sejak sekian lama. Ini melibatkan dasar dan program merentasi pelbagai kementerian dan agensi meliputi aspek mekanisme subsidi barangan, bahan makanan, pengangkutan dan lain-lain.

Di KPDN dua program utama dan spesifik di bawah tanggungjawab langsung KPDN iaitu Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL) ataupun Port to Port yang melibatkan peruntukan tahunan RM40 juta dan Program Pengedaran Barang Perlu (LPG) dan community drumming ataupun PoS to PoS iaitu point of source to point of sales dengan peruntukan RM225 juta setahun.

Pada masa yang sama kerajaan juga melaksanakan program berbentuk intervensi dan mitigasi melalui pemberian subsidi untuk memastikan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan mendapat akses kepada barang-barang keperluan asas dan bahan makanan tertentu. Sebagai contoh antara program yang dilaksanakan merentasi kementerian untuk Sabah Sarawak selain daripada program– dua program utama di KPDN tadi adalah sebagaimana yang kita maklum keputusan kerajaan buat masa ini untuk mengecualikan penyesaran subsidi diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang juga salah satu faktor pertimbangannya

draft • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

adalah disebabkan jurang perbezaan harga yang agak ketara di antara wilayah- wilayah terlibat. Pemberian subsidi diesel untuk Sabah, Sarawak dan Labuan ini melibatkan subsidi berjumlah RM3.6 bilion setahun.

Begitu juga kita tahu kerajaan juga memberikan subsidi bahan makanan tertentu bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang contohnya subsidi telur. Tahun lepas sahaja melibatkan peruntukan RM96 juta di ketiga-tiga wilayah ini. Berbeza dengan Semenanjung Malaysia kalau kita lihat di bawah kerajaan pada hari ini kita juga memberikan subsidi beras import, beras putih import kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira kekangan ataupun sumber yang terhad di Sabah, Sarawak dan Labuan maka diberikan subsidi untuk beras putih import bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bermula pada Oktober tahun lalu untuk tiga bulan pertama pelaksanaan sahaja peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM92.84 juta dan dianggarkan program ini telah diteruskan untuk tahun 2024. Dianggarkan peruntukannya akan mencecah sehingga RM500 juta.

Untuk sebagai langkah panjang Tuan Yang di-Pertua, kita tahu isu ini sering disebut secara umum di bawah pentadbiran kerajaan pada hari ini juga kita telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II dan diletakkan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Jawatankuasa ini berperanan untuk meneliti isu, cabaran dan melaksanakan kajian berhubung masalah harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam merangka strategi dan mekanisme dalam menstabilkan harga yang lebih mampan di wilayah-wilayah terlibat.

Selain daripada kementerian dan agensi Persekutuan, jawatankuasa ini juga dianggotai oleh perwakilan daripada kerajaan Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Antaranya pada awal tahun ini jawatankuasa ini telah memutuskan supaya satu kajian menyeluruh dilaksanakan untuk kita mengetahui apakah jenis-jenis barangan yang harganya tinggi dan perbezaannya, jurangnya amat tinggi antara Sabah dan Sarawak dan juga Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan juga perkara-perkara lain.

Seterusnya mengemukakan cadangan mekanisme jangka panjang yang boleh dilaksanakan. Kajian ini sedang bermula bulan Mei 2024, sedang dilaksanakan oleh UMS bagi Sabah dan juga Labuan dan UNIMAS bagi negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, untuk komponen yang kedua kerajaan sentiasa komited dalam menangani isu penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi

draft • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

terutamanya di kawasan sempadan negara termasuk Sabah dan Sarawak. Strategi menangani isu ini melibatkan pemantauan dan penguatkuasaan di pelbagai peringkat termasuk lokasi sumber bekalan di dalam negara dan kawasan sempadan darat serta perairan.

Atas sebab itu cabaran menangani isu ini kita lihat melibatkan tanggungjawab yang berbeza masing-masing dengan bidang tugas perundangan, pelbagai agensi selain KPDN yang bertanggungjawab berkaitan penyelarasan isu-isu yang melibatkan penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.

Tanggungjawab ini juga dipikul oleh agensi-agensi lain iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), ESSCOM, ATM, PDRM, khususnya PGA dan Police Marine, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga (JPDS), Jabatan Imigresen Malaysia, APMM dan agensi yang baharu ditubuhkan iaitu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan sendiri.

Atas sebab itu bahawa mekanisme untuk menangani masalah penyeludupan barangan ini menuntut kepada penyelarasan dan kerjasama semua agensi yang terlibat. Kita juga mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada masyarakat melalui penyaluran aduan-aduan yang boleh dikemukakan untuk kita menambah baik sebarang pelan tindakan dan perancangan bagi menangani isu ini.

Yang Berhormat Tawau, saya ada jawapan yang panjang. Saya akan serahkan maklumat ini kepada Yang Berhormat untuk mengetahui butiran terperinci tindakan-tindakan yang diambil oleh KPDN bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan lain dalam kita mengekang isu penyeludupan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Tawau.

draft • 11:00 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas penerangan berkaitan usaha dalam menangani jurang harga di antara Sabah, Sarawak dan Labuan. Soalan tambahan saya juga berkaitan terdapat kerisauan bahawa penyesaran subsidi diesel yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia juga akan memberikan kesan dengan melebarkan lagi jurang harga di Sabah, Sarawak dan Labuan disebabkan peningkatan kos pengangkutan. Adakah langkah- langkah yang diambil untuk mengekang risiko ini daripada berlaku? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Armizan bin Mohd Ali Terima kasih Yang Berhormat Tawau. KPDN mengambil maklum terdapat kekhuatiran pihak-pihak tertentu bahawa penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia ini juga memberikan

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

impak melebarkan lagi jurang yang sememang sedia ada dari segi barangan di antara Sabah, Sarawak, Labuan dengan Semenanjung Malaysia.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Namun, kita sentiasa memantau Yang Berhormat. Melalui Ops Kesan 2.0 ini, bukan hanya penguatkuasaan ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia tetapi juga melihat kepada wilayah di Sabah, Sarawak dan Labuan. Namun secara prinsipnya, kita tahu penyesaran subsidi diesel ini bukanlah kita laksanakan tergesa-gesa. Kalau kita lihat dalam tempoh, walaupun ia diumumkan dalam Belanjawan 2024, namun kita hanya boleh laksanakan pada 9 Jun. Antara penambahbaikan yang kita laksanakan dalam ucapan Belanjawan 2024 itu diumumkan SKDS hanyalah layak sembilan kenderaan jenis barangan. Namun melalui series engagement dan kajian yang dilaksanakan maka telah ditambah pada bulan Mei kepada 14 jenis barangan lagi.

Jadi, secara prinsipnya untuk Sabah, Sarawak dan Labuan kita tidak melihat ia akan boleh menyebabkan implikasi kenaikan harga barangan kerana dua faktor.

Pertama, kalau kita lihat rantaian pengedaran barangan yang dihantar ke Sabah dari segi pengangkutan darat, jenis-jenis pengangkutan darat barangan yang terlibat itu termasuk dalam senarai layak SKDS. Maksudnya, barang pengangkutan yang terlibat masih menerima subsidi diesel pada harga RM2.15 tersebut.

Keduanya, kalau kita lihat pengangkutan air pula untuk membawa ke pelabuhan di Sabah, Sarawak dan Labuan kita tahu jenis pengangkutan laut ataupun vessel ini bukan menggunakan, pertama tidak pernah menerima subsidi diesel sebelum ini sejak sekian lama. Yang kedua, vessel ini juga tidak menggunakan diesel yang dijual runcit di stesen-stesen minyak, tetapi jenis bahan api khusus iaitu marine fuel oil (MFO) dan juga marine gas oil (MGO).

Jadi kita melihat berdasarkan prinsip tersebut, kelayakan pengangkutan darat sedia ada yang membawa rantaian pengedaran ke pelabuhan dan pengangkutan laut sedia ada yang membawa barangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan tersebut tidak menggunakan subsidi diesel yang disasarkan tersebut.

Namun, apa pun kita sentiasa memantau dan kita mengharap maklum balas dan juga aduan, termasuklah daripada Yang Berhormat Tawau sendiri sekiranya ada barang-barang yang dilihat naik harganya sebagai implikasi kesan daripada penyesaran subsidi ini, maklumkan kepada kementerian dan kita akan membuat siasatan segera untuk kita menangani permasalahan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri jawapan yang begitu panjang dan teliti. Soalan saya juga berkait dengan penyasaran subsidi diesel ataupun subsidi diesel yang telah ditarik balik di Semenanjung. Alasan yang diberi oleh kerajaan ialah penyasaran ini disebabkan oleh penyeludupan.

Persoalan saya, apakah penyeludupan itu berlaku di Semenanjung saja, tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Itu persoalan saya kerana mengatakan bahawa dengan adanya penyeludupan tersebut kita nak mendenda penyeludup akhirnya rakyat yang terkesan. Yang riuh di luar sana rakyat yang memakai diesel atau yang mengguna diesel terkesan dengan penyesaran sebegini. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai mana yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Perdana Menteri yang sememangnya antara rasional dilaksanakan penyasaran semula subsidi diesel ini bukan hanya aspek penyeludupan tetapi juga penyelewengan iaitu penjualan diesel bersubsidi ini kepada industri. Dan itu antara faktor-faktor dilaksanakan penyasaran subsidi dan kita melihat penyasaran ini juga merupakan satu aspek pengurusan risiko penyeludupan tersebut.

Walaupun ada pihak mempertikaikan sekiranya kelemahan daripada aspek penguatkuasaan, mengapa tidak di-enhance penguatkuasaan tersebut dan bukan rakyat dipersalahkan atau mendatangkan kesan. Tetapi kita melihat bahawa penyasaran semula subsidi ini juga salah satu mekanisme untuk kita mengurus risiko apabila margin ataupun jurang harga yang terlalu tinggi di antara penjualan diesel komersial dalam negara dan juga diesel yang dijual di negara sempadan, maka ini telah menyebabkan faktor-faktor penyeludupan dan penyelewengan tersebut berlaku.

Namun insya-Allah Yang Berhormat, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam kita melaksanakan penyesaran semula subsidi ini faktor penting yang kita lihat adalah kesan kepada rakyat. Jadi, kita mengharapkan daripada semua pihak termasuk rakan-rakan di sebelah sana sekiranya ada barang-barang tertentu secara spesifik yang dilihat terdapat kenaikan implikasi barangan itu, maklumkan kepada kita dan kita akan melaksanakan siasatan di bawah AKHAP sama ada kenaikan harga tersebut adalah munasabah, ataupun sejajar, ataupun bertentangan dengan perundangan yang berkaitan pencatutan tersebut.

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi, kita berharap supaya bukan hanya daripada aspek perundangan, kerajaan juga sentiasa terbuka sebagai mana saya maklumkan tadi kalau peringkat awal SKDS hanya sembilan jenis pengangkutan barangan, sekarang telah ditambah pada bulan Mei kepada tambahan 14, menjadikan keseluruhan 33 jenis pengangkutan darat, barangan dan awam ini dilibatkan dalam SKDS. Kita juga terbuka contohnya isu-isu para pekebun kita di Cameron Highlands, begitu juga contohnya di Pangkor.

Kita mendapat maklum balas bahawa tidak ada stesen minyak kalangan lima stesen minyak utama yang terlibat membekalkan SKDS, maka kita telah berusaha melalui series of engagement apakah kaedah supaya pemandu teksi dan kereta sewa di Pangkor juga boleh mendapat manfaat daripada diesel bersubsidi.

Jadi, kita mengambil perhatian ke atas keresahan dan juga concern daripada semua pihak termasuk Yang Berhormat Hulu Terengganu dan kita mengharapkan sebarang cadangan untuk kita menambah baik supaya kesan itu dapat kita pastikan kesan negatif itu dapat kita tangani untuk kepentingan bersama. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik saya ke soalan yang kedua. Dipersilakan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin Yang Berhormat Pagoh untuk soalan yang kedua.

draft • 11:10 AM

2. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status dan perkembangan terkini mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang untuk mengkaji kes Nik Elin serta Jawatankuasa bagi mengkaji isu berhubung kalimah Allah.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Izinkan saya untuk memberikan penjelasan dan menjawab soalan sebaiknya.

Kerajaan sentiasa berusaha dan mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha memartabatkan undang-undang Islam menurut kerangka yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang isu kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kertas Makluman Gerak Kerja Jawatankuasa Khas ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) ke-71 pada 15

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Februari 2024 dan juga pre-council Majlis Raja-Raja pada 20 Februari 2024.

Mesyuarat jawatankuasa khas ini diadakan secara berkala dan setakat ini sebanyak 22 kali mesyuarat telah dilaksanakan. Jawatankuasa khas ini akan menyediakan laporan hasil kajian dan pandangan terhadap semua isu berbangkit dalam tempoh tidak melebihi satu tahun. Insya-Allah sebelum akhir tahun akan siap laporan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan dibuat dari semasa ke semasa. Setakat ini antara sesi libat urus yang dibuat melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Negeri Sarawak dan Pakar Perundangan dan Perlembagaan.

Jawatankuasa khas juga akan mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Ketua Hakim Syarie yang dijadualkan pada 19 Julai 2024. Sesi libat urus bersama pihak lain juga akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Mengenai isu kalimah Allah, kertas cadangan penentuan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah pun dibentangkan dalam MKI pada 28 Ogos 2023 dan telah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja pada 25 Oktober 2023. Dalam masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri juga dalam tindakan untuk menggubal suatu perundangan yang baharu berhubung perkara ini selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja menurut kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Untuk makluman Ahli Berhormat, pada masa ini 11 negeri kecuali Perlis, Melaka dan Sarawak telah mewartakan fatwa mengenai larangan penggunaan kalimah suci Islam seperti Allah, solat, Kaabah dan Baitullah. Di samping itu, larangan penggunaan kalimah suci Islam juga telah diperuntukkan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di kalangan orang Islam yang dibuat melalui punca kuasa di bawah fasal 4, Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini, sebanyak 10 negeri telah menguatkuasakan enakmen tersebut kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Pagoh.

draft • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah sama ada dalam jawatankuasa yang telah pun disebutkan tadi ada termasuk kemungkinan iaitu

draft • 11:20 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan? Ini ialah untuk memperjelaskan kuasa-kuasa negeri untuk menggubal undang-undang jenayah Islam seperti yang ada pada hari ini supaya tidak timbul lagi isu pertindihan dengan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan undang-undang jenayah. Jika ya, saya nak tahu agak bila? Jika tidak, kenapa? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, silakan.

draft • 11:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan untuk menyelesaikan dan memberikan cadangan penyelesaian terhadap sekurang- kurangnya tiga perkara iaitu:

(i) kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam;

(ii) bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut butiran 1, senarai 2, senarai negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan; dan

(iii) tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Setelah 22 kali bersidang, ada banyak perkara yang telah pun diperbincangkan. Untuk makluman Dewan yang mulia, buat pertama kalinya Jawatankuasa Khas ini akan membincangkan semua isu-isu yang berkaitan, bukan sahaja berkenaan dengan isu pertindihan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah tetapi isu-isu yang berkaitan. Ini telah dibincangkan dari semasa ke semasa dan ianya melibatkan banyak libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan.

Merujuk kepada soalan berkenaan dengan pindaan Perlembagaan, ianya juga berada di dalam skop perbincangan oleh Jawatankuasa Khas ini. Namun begitu, ianya masih lagi di peringkat perbincangan dan ingin mendapatkan lagi juga input- input dan saranan daripada pakar-pakar, kita akan cuba usahakan untuk memberikan penyelesaian yang baik. Insya-Allah sebelum akhir tahun, cadangan penyelesaian ini akan dibentangkan di MKI dan juga di Majlis Raja-Raja. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat tekan. Sila tekan. Tak nampak.

draft • 11:20 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya mengenai...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft • 11:20 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

...apakah terdapat susulan tindakan untuk mencabar kes-kes seperti Nik Elin di negeri-negeri lain? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih atas soalan yang diberikan. Buat masa ini, kita lihat sudah ada perkembangan dan usaha-usaha yang telah dijalankan.

Umpamanya, Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan telah pun membincangkan pertindihan-pertindihan bidang kuasa kesalahan jenayah syariah yang melibatkan pertindihan, yang telah berkaitan dengan kes Nik Elin.

Namun begitu, buat masa ini kita lihat belum ada lagi kes-kes seterusnya.

Namun, ada perkembangan yang kita lihat bahawa di negeri Kelantan sebagai contoh. Mereka melalui usul yang dibuat di DUN Kelantan pada Mac dan telah pun mereka telah melaksanakan konvensyen. Kita melihat bahawa mungkin sudah ada Jawatankuasa Khas juga ditubuhkan di peringkat negeri Kelantan.

Namun, setelah melihat kepada perkembangan ini, perkembangan, perbincangan, kita juga telah membuat perbincangan konvensyen dengan negeri- negeri, dengan libat urus bersama dengan Ketua Penguat Kuasa Syarie dan juga Ketua Pendakwa Syarie berkenaan dengan aspek ini.

Apa yang kita boleh rumuskan kepada semua Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini, alhamdulillah semua pihak mengambil perhatian bahawa kajian yang terperinci sedang dijalankan dan kita inginkan saranan dan input tambahan agar cadangan penyelesaian ini akan buat pertama kalinya dapat menyelesaikan kesemua soalan, kesemua permasalahan yang telah menjadi legasi dan barangkali mungkin jawatankuasa ini boleh menyelesaikan satu persatu sepertimana yang diaspirasikan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis beransur ke soalan yang ketiga.

draft • 11:20 AM

Mempersilakan Tuan Tan Hong Pin, Yang Berhormat Bakri. Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Sudah haus gali telaga, Soalan saya, soalan ketiga.

draft • 11:20 AM

3. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil kerajaan untuk mereformasi dan menambah baik Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP), yang dikatakan peperiksaan yang paling susah di dunia, supaya setaraf dan selari dengan peperiksaan serupa di peringkat antarabangsa, seperti Bar Training Course di United Kingdom.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bakri, Peperiksaan Sijil Amalan Guaman, Certificate in Legal Practice (CLP) iaitu satu peperiksaan kelayakan profesional yang ditadbir oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, Legal Profession Qualifying Board Malaysia (LPQB) yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166]. Lulusan yang memperoleh CLP akan menjadi orang berkelayakan di bawah Akta 166, di mana hanya orang yang berkelayakan sahaja boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Malaysia.

Berhubung penyataan bahawa CLP dikatakan merupakan peperiksaan yang paling susah di dunia, Legal Profession Qualifying Board sentiasa memastikan skop dan standard kertas soalan peperiksaan CLP menemui kehendak semasa profesion undang-undang di Malaysia. Setiap kertas soalan yang disediakan akan melalui proses moderasi (moderation) oleh moderator kertas soalan yang dilantik.

Selanjutnya, berdasarkan rekod keputusan peperiksaan CLP bagi tahun 2022 dan 2023, terdapat kenaikan peratusan kelulusan calon-calon peperiksaan CLP sebanyak 16.46 peratus, 291 calon iaitu daripada 29.87 peratus, 310 calon yang lulus pada tahun 2022 kepada 46.33 peratus iaitu 601 calon yang lulus pada tahun 2023.

Berhubung usaha mereformasi dan menambah baik peperiksaan CLP pula, langkah penambahbaikan yang sedang dipertimbangkan oleh LPQB adalah untuk mengubah kaedah penilaian peperiksaan CLP yang dibuat secara pemeriksaan bertulis (written examination) sepenuhnya pada masa ini dengan menambah komponen penilaian yang berbentuk kemahiran dan lantik praktikal seperti kepeguaman advokasi dan perbicaraan olok-olok (mock trial).

Selain itu, usaha pembaikan peperiksaan CLP yang sedang dipertimbangkan juga sememangnya merangkumi untuk mengadakan satu Common Bar Course atau Common Bar Examination yang lebih komprehensif supaya selari dengan peperiksaan Bar di peringkat antarabangsa sebagai mana kursus latihan Bar Training Course yang diadakan di United Kingdom.

Dalam hal ini, Legal Profession Qualifying Board telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa CBC bagi mengkaji pelaksanaan CBC dan CBE.

Antara aspek yang akan dikaji termasuk kandungan silibus dan kurikulum, kaedah penilaian tenaga pengajar (trainers), pentadbiran dan pengurusan dan kewangan yang diperlukan untuk melaksanakan CBC, CBE.

Jawatankuasa CBC ini akan mengadakan sesi libat urus bersama dengan kesemua pihak-pihak yang berkepentingan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

isu-isu yang berbangkit. Seterusnya, pandangan-pandangan yang diterima daripada pihak-pihak yang berkepentingan tersebut akan juga dipertimbangkan oleh Jawatankuasa CBC sebelum hasil keseluruhan kajian pelaksanaan CBC, CBE diangkat kepada Legal Profession Qualifying Board. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Bakri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang saya nampak begitu komprehensif. With due respect, cadangan pelaksanaan CBC atau CBE ini telah lama dicadangkan dan diperbincangkan oleh pelbagai pihak. Malah, Yang Berhormat sendiri semasa Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen pembangkang dahulu pun pernah ada cadangan seperti ini.

Namun, sehingga sekarang saya tak lihat ada apa-apa perkembangan ataupun tiada apa-apa pelan tindakan pelaksanaan yang kukuh yang berkenaan dengan perkara ini. Maka, adalah sangat jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak ada komitmen yang serius dan sehingga kini untuk memartabatkan profesion untuk undang-undang di Malaysia.

Memandangkan Yang Berhormat sekarang menjadi Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas perkara ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat.

Pertama, apakah garis masa yang telah ditetapkan oleh LPQB untuk jawatankuasa CBC ini selesai menjalankan kajiannya dan untuk pelaksanaan CBC atau CBE ini dan kedua, sementara jawatankuasa CBC yang dicadangkan ini ditubuhkan dan menjalankan mandatnya, adakah LPQB bercadang untuk melaksanakan apa-apa interim reforms iaitu reformasi jangka pendek kepada peperiksaan CLP?

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Soalan yang tepat. Berkenaan garis untuk melaksanakan kajian oleh jawatankuasa CBC dan pelaksanaan CBC, CBE yang difahamkan pada masa ini tiada garis masa kajian mahupun pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh Legal Profession Qualifying Board bagi tujuan ini.

Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa adalah amat penting untuk menetapkan satu garis masa dalam hal ini. Saya cadangkan dan semua perkara ini patut diselesaikan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan dari tarikh jawatankuasa tersebut mula menjalankan kajian.

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Berhubung reformasi kepada peperiksaan CLP, saya telah pun membangkitkan kepada Legal Profession Qualifying Board keperluan untuk beberapa pembaharuan dilakukan kepada CLP memandangkan CBC dan CBE merupakan satu usaha jangka masa panjang yang pastinya akan mengambil waktu, masa. Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah menerima maklum balas dari Legal Profession Qualifying Board bahawa Legal Profession Qualifying Board telah pada 13 Jun 2024 memutuskan bahawa semakan semula atau review skrip peperiksaan CLP yang tidak dibenarkan pada masa ini boleh dipertimbangkan, di mana rayuan dapat dibuat kepada Legal Profession Qualifying Board untuk skrip jawapan calon dikemukakan kepada external examiners untuk semakan semula.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya dimaklumkan bahawa Pengarah Peperiksaan CLP telah diarahkan untuk mengkaji mekanisme pelaksanaan rayuan tersebut. Akhir sekali, cadangan untuk tidak dinyatakan di akhir nombor giliran seseorang calon beberapa kali calon tersebut telah menduduki peperiksaan CLP untuk mengelakkan prejudis terhadap calon tersebut boleh dipertimbangkan dan Pengarah Peperiksaan yang ada di dalam Dewan ini telah diarahkan untuk mengkaji mekanisme pelaksanaan cadangan tersebut. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Kita faham bahawa CLP ialah satu peperiksaan untuk memastikan lulusan undang-undang Malaysia bagi memastikan kualiti peguam terjaga. Baik, soalan tambahan saya. Ada yang mendesak supaya sesi praktikal dimasukkan ke dalam CLP sebagai syarat lulus untuk menjalani latihan, hukum, seminar dan ceramah. Adakah ia telah diguna pakai dan juga ramai juga yang mendakwa bahawa yuran yang tinggi dikenakan kepada untuk mengambil peperiksaan ini. Mohon jawapan.

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua perkara. Satu praktikalnya ya betul. Sebenarnya, saya telah menulis satu surat kepada Director Legal Profession Qualifying Board dan mereka telah menjawab seperti yang saya jawab sebelum ini bahawa perkara itu akan diambil kira. Seperti di UK sekarang, di mana ada mock trial dan sebagainya dibuat. Saya percaya ini telah dibuat di UK lebih kurang 30, 40 tahun dahulu tetapi sekarang saya difahamkan bahawa perkara itu akan dikaji dan dilaksanakan di negara ini.

draft • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya setuju bahawa yuran itu tinggi. Dahulu saya difahamkan adalah di antara RM3,000 untuk setiap calon. Sekarang telah dinaikkan ke RM4,000. Mungkin ia dapat dikaji. Tetapi, masalahnya adalah di mana pensyarah-pensyarah swasta, DPP dan sebagainya yang terlibat dalam memberi, menganalisis jawapan-jawapan yang diberi oleh calon-calon dan ini bukan sahaja memakan masa tetapi juga perlu pembayaran kepada mereka. Tetapi, cadangan YB akan diambil kira dan saya harap Director dan Legal Profession Qualifying Board ini akan mengkaji balik adakah kenaikan yang dibuat itu tidak berpatutan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Peraturan Dewan. Tuan Speaker 24(3), saya pohon budi bicara untuk satu soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.

draft • 11:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor empat.

draft • 11:30 AM

4. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Luar Negeri menyatakan peranan yang dimainkan oleh Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi sesi 2022-2024 khususnya dalam memperkukuh dasar solidariti bagi Palestin rentetan keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di- Pertua, sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 hingga 2024.

Malaysia terus memberikan sokongan padu dan berterusan kepada mekanisme- mekanisme di bawah Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti Suruhanjaya Siasatan atau dengan izin, Commission of Inquiry yang mempunyai mandat khusus untuk mengheret Israel ke muka pengadilan antarabangsa.

Malah, Malaysia merupakan antara negara yang lantang menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan tersebut dan memastikan PBB memperuntukkan sumber kewangan dan tenaga kerja yang mencukupi bagi memastikan suruhanjaya tersebut dapat melaksanakan mandatnya dengan berkesan.

Selain itu, Malaysia sentiasa menggesa Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi hak asasi manusia untuk merekod segala bentuk penindasan dan pencabulan hak asasi rakyat Palestin oleh Israel.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Malaysia juga menerajui beberapa resolusi di Majlis Hak Asasi Manusia berkaitan Palestin bersama-sama dengan negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam

(OIC). Resolusi-resolusi tersebut ialah dengan izin:

(i) Human rights situation in the Occupied Palestinian Territory, including East Jerusalem and the obligation to ensure accountability and justice; (ii) Rights of the Palestinian people to self-determination; dan (iii) Israeli settlements in the Occupied Palestinian Territory, including East Jerusalem and the occupied Syrian Golan. Pada 5 April 2024, Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah meluluskan resolusi yang bertajuk, “Human Rights Situation in The Occupied Palestinian Territory, Including East Jerusalem and The Obligation To Ensure Accountability and Justice.” Resolusi tersebut telah dibentangkan oleh OIC dan ditaja serta disokong oleh Malaysia. Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB tersebut menyeru semua negara untuk menghentikan penjualan, pemindahan dan pengalihan senjata, peluru dan lain-lain peralatan ketenteraan kepada Israel.

Resolusi tersebut juga menyeru gencatan senjata serta-merta, mengutuk penggunaan kebuluran sebagai kaedah peperangan oleh Israel di Gaza dan memberi amaran terhadap sebarang operasi ketenteraan berskala besar oleh Israel di Rafah. Penerimaan resolusi tersebut oleh Majlis Hak Asasi Manusia juga selaras dengan seruan masyarakat antarabangsa untuk memastikan Israel memenuhi obligasinya di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai iaitu genosid dan mematuhi sepenuhnya langkah- langkah sementara yang dikeluarkan oleh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau dengan izin, International Court of Justice pada 24 Mei 2024 yang menuntut agar serangan tentera di Rafah diberhentikan serta-merta.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Malaysia sentiasa menyuarakan pendirian yang tegas, konsisten dan lantang di Majlis Hak Asasi Manusia supaya rakyat Palestin diberikan perlindungan daripada pendudukan haram berpanjangan, dasar aparteid dan perlanggaran hak asasi manusia termasuk jenayah kemanusiaan, pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel.

Malaysia terus bertekad untuk memperjuangkan isu Palestin menerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan akan terus berusaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara dan supaya Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB.

Sekian dan terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih. Soalan tambahan ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar.

Ucapan Menteri Luar termasuk di Persidangan Keselamatan PBB pada 24 Januari yang lalu, ia tegas dan dilihat konsisten untuk kita terus mengatakan kezaliman Israel itu perlu dihentikan dan perlanggaran hak asasi manusia oleh Zionis ini tidak boleh lagi dikompromi.

Namun demikian― itu di luar ya, di pentas dunia. Tetapi, kita di Malaysia, ada kejanggalan, kepelikan dan langkah tersembunyi, langkah rahsia khusus dalam tindakan ekonomi domestik kita dalam penjualan saham dan aset strategik yang nampaknya sekarang ini telah menjadi perkara besar dalam negara kita ini. Saya yakin ini sudah pun bertentangan dengan pendirian tegas kita, polisi kita untuk tidak ada langsung hubungan dagang dengan Israel.

Jadi, penjualan saham MAHB kepada GIP...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Adalah suatu perkara yang sangat melanggari konsistensi kita untuk perjuangan Palestin.

Jadi, soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pihak MAHB dan Khazanah merujuk Kementerian Luar Negeri ketika mana langkah mereka menjual saham kepada GIP, BlackRock ini? Kalau ada rujukan itu, minta diberi perincian termasuk bagaimana...

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Okey, okey. Baik.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Kementerian Luar Negeri menangani persepsi buruk di peringkat antarabangsa. Kita telah pun melanggari...

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Baik, baik, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Konsistensi kita memperjuangkan isu Palestin ini. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Majlis Hak Asasi Manusia PBB ini merupakan satu platform yang penting. It is another international platform untuk kita gunakan.

draft • 11:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Bagaimana mereka boleh memainkan peranan supaya penindasan, pencabulan hak asasi manusia terhadap Palestin ini diberhentikan.

Itu sebabnya apabila Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Hak Asasi Manusia membuat lawatan ke Kuala Lumpur dan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pertemuan dengan Menteri Luar, kita telah menyampaikan pendirian kita dengan pandangan kita betapa platform itu harus digunakan sebaik-baiknya untuk memastikan resolusi yang telah pun

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

diluluskan oleh Majlis Hak Asasi Manusia dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, iaitu memastikan penindasan, pencabulan hak, kemudian gencatan senjata itu diberhentikan serta-merta.

Puan Yang di-Pertua, saya juga sewaktu menghadiri segmen tertinggi mengenai Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland baru-baru ini, juga ambil kesempatan bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB tersebut, Volker Turk dan menyampaikan pandangan kita bahawa Malaysia sentiasa konsisten dan meminta Majlis Hak Asasi Manusia itu memainkan peranan yang secara serius bagaimana untuk memastikan pelaksanaan resolusi terhadap gencatan senjata dan lain-lain itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Timbalan...

draft • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tak jawab soalan saya, Menteri.

Mohon jawab bertulis ya. Mohon menjawab.

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjawab dalam ini dan saya tidak berhasrat untuk menambah lagi jawapan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

UMNO kena bantah.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, pihak kerajaan, pihak pembangkang dan kementerian yang sentiasa konsisten dalam memperjuangkan nasib serta hak rakyat Palestin.

Demi kesejahteraan saudara kita di sana, Palestin mesti diterima sebagai anggota penuh PBB supaya mereka dapat menjadi pemegang taruh dalam proses pembuatan keputusan yang bakal mempengaruhi masa depan mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mengetahui, apakah usaha yang telah dilakukan setakat ini dan usaha yang telah dilakukan oleh negara bagi menyokong usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh PBB?

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sebelum saya jawab soalan Tampin. Yang Berhormat Sik, MAHB itu adalah commercial deal. Bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri ya.

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Tampin. International pressure harus kita teruskan. Tekanan-tekanan antarabangsa harus kita teruskan untuk memastikan Palestin itu diterima sebagai anggota penuh PBB.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Keduanya, kita akan terus menggunakan platform-platform antarabangsa yang sedia ada bagaimana untuk menyuarakan dan pentingnya Palestin itu diterima sebagai anggota penuh dalam PBB.

Umpamanya, contohnya, Yang Berhormat Menteri Luar pada 23 Januari lepas telah membuat kenyataan negara di Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Timur Tengah termasuk isu Palestin. Beliau telah mengungkapkan betapa pentingnya Palestin itu diterima sebagai anggota penuh PBB.

Saya sendiri, Yang Berhormat Tampin, ketika menghadiri segmen peringkat tinggi Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland juga menyuarakan rasa yang jitu pandangan kita bahawa penting kita menilai semula permohonan Palestin supaya diterima sebagai anggota tetap PBB. Banyak lagi platform antarabangsa yang kita gunakan.

Saya hadir di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Kampala, Uganda. Saya suarakan juga pandangan itu. Kemudian, saya telah suarakan juga di mesyuarat tergempar mengenai Palestin di Jeddah pada 5 Mac 2024 yang lalu. Saya suarakan juga pandangan itu bahawa penting Palestin itu diterima sebagai anggota tetap PBB.

Alhamdulillah, melalui suatu resolusi yang telah diluluskan semasa Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mei tahun ini, bahawa resolusi itu telah disokong oleh 143 buah negara menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali. Jadi, harapan kita ialah kita akan meneruskan suara kita di platform-platform antarabangsa sampai akhirnya Palestin itu diterima sebagai anggota tetap PBB, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Standing order, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Puan Yang di-Pertua, sebelum Machang. Just sikit. Boleh saya minta izin Puan Yang di-Pertua untuk saya mengalu-alukan rombongan pelajar daripada SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor.

[Tepuk] Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

36(12).

“Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.”

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata soal MAHB, BlackRock itu commercial deal. Bagi saya, itu mengelirukan.

Kerana apa? Kerana apa?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang, kalau rasa ini mengelirukan Dewan, sila buat usul. Untuk hantar.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

Sebabnya, UN Human Rights kata BlackRock adalah antara penyumbang utama genosid di Gaza.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang...

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Pendirian Wisma Putra amat penting...

draft • 11:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Cukup-cukuplah itu, Machang.

Cukup-cukuplah itu.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Eh, betul.

Ini pendirian UN. Penting.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Kalau nak, buat usul.

draft • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh buat usul.

Seterusnya, saya jemput Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.

draft • 11:40 AM

5. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) adakah kerajaan akan melaksanakan cadangan UNICEF tentang elaun penjagaan kanak-kanak sejagat bagi menyokong perkembangan mereka?; dan

(b) apakah strategi kerajaan untuk memperkasakan wanita dalam peluang ekonomi masa hadapan yang berpotensi tinggi?

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Paya Besar.

Bagi memastikan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mendapat perlindungan keselamatan sosial yang sewajarnya, kerajaan telah melaksanakan Skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) secara bersasar berdasarkan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

saringan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bagi memastikan bantuan yang disampaikan adalah kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Semasa pengumuman Belanjawan Negara 2021, kerajaan telah menaikkan kadar bantuan bulanan skim BKK. Kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun layak menerima RM200 seorang, manakala kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas layak menerima bantuan sebanyak RM150 seorang.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Untuk pertama kalinya juga, kadar bantuan maksimum kanak-kanak dinaikkan daripada RM450 sekeluarga kepada RM1,000 sekeluarga sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Sebanyak RM318,285,884 BKK telah diagihkan pada tahun 2023 kepada seramai 62,066 kes penerima kanak-kanak.

Cadangan UNICEF berkaitan pelaksanaan elaun penjagaan kanak-kanak sejagat ini memerlukan penelitian yang rapi bagi melihat kesesuaian kedudukan fiskal kerajaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyambut baik cadangan ini dan akan terus meneliti kesesuaian pelaksanaannya seiring dengan program-program sedia ada.

Puan Yang di-Pertua, bagi memperkasakan wanita pula di dalam bidang ekonomi, Dasar Keusahawanan Nasional merupakan strategi jangka panjang negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan menjelang tahun 2030. Susulan itu, pada tahun 2023, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Keusahawanan Wanita bertujuan untuk menyokong pembangunan keusahawanan wanita dalam pelbagai kategori perniagaan termasuk sektor tidak formal.

Jawatankuasa ini sebenarnya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, terdiri daripada wakil- wakil daripada kementerian yang berkaitan, agensi koperasi dan juga NGO wanita.

Usaha memperkasakan ekonomi wanita di bawah KPWKM secara khusus antaranya adalah di bawah Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita iaitu meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi termasuk dalam industri kemahiran tinggi seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik serta bidang baharu seperti teknologi hijau dan tenaga.

KPWKM melalui agensinya, Jabatan Pembangunan Wanita pula melaksanakan program pembangunan kapasiti dan latihan keusahawanan di mana dia merangkumi program-program advokasi penjanaan pendapatan ekonomi dan kemahiran serta literasi kewangan bagi golongan wanita. Inisiatif lain yang dilaksanakan adalah program di bawah Yayasan Kebajikan Negara iaitu program MyKasih Kapital, bantuan asas modal perniagaan yang diberikan secara one-off sebanyak RM500 bagi menggalakkan wanita berniaga secara kecil-kecilan

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Lebih banyak usaha berterusan, insya-Allah, akan dilaksanakan oleh KPWKM bersama-sama pelbagai pihak berkepentingan dalam menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam ekonomi yang seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Paya Besar.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil sedikit masa untuk bertanya soalan tambahan ini kerana wanita dan kanak-kanak merupakan aset yang terpenting dan isu melibatkan...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Struktur dan dasar ini perlu kita selesaikan secara sebaik mungkin.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini sudah bazir masa.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, daya saing negara terkait dengan produktiviti. Produktiviti terkait dengan jumlah guna tenaga dan kecekapan rakyat Malaysia. TFR Malaysia, 1.8,amat rendah dan ini menunjukkan ramai kelahiran kita tidak ada dan kebanyakan anak yang ramai datang daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Jadi, KRI 2018, report menyatakan 8.7 peratus isi rumah yang ada kanak- kanak yang hidup dalam miskin tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, hanya satu peratus daripada jumlah keseluruhan kanak- kanak dapat bantuan BKK. Jadi, apakah kerajaan nak lakukan untuk pastikan 8.7 peratus dapat dibantu oleh kerajaan?

Isu kedua Puan Yang di-Pertua adalah isu stunting, bantut ini. 2022, kajian, 21.2 peratus kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah di Malaysia hadapi bantut dan kajian Bank Dunia mengatakan bahawasanya kalau kita tidak uruskan baik isu bantut Puan Yang di-Pertua, tujuh peratus GDP per kapita akan mengalami kerugian. Lagi teruk Yang Berhormat Timbalan Menteri, sembilan ke-10 peratus GDP per kapita di Asia akan melibatkan kerugian.

Laporan UNICEF Puan Yang di-Pertua, Living on the Edge yang baru sahaja dikeluarkan tempoh hari mengatakan 725— 755 rumah yang di-survey bagi dua tahun, dua fasa berikut. Tahun 2020 dan 2023, satu daripada tiga- satu daripada dua, kanak-kanak hanya ada makan kurang daripada tiga kali sehari Puan Yang di- Pertua.

Jadi, kalau isu ini tidak dapat kita atasi saya yakin dan percaya, isu bantut ini akan menyebabkan produktiviti akhirnya memberi kesan kepada Dasar Saing

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Negara dan akhirnya ekonomi kita juga akan jadi masalah. Mencegah lebih baik daripada merawat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat.

KPWKM memang sentiasa prihatin dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak. Ini adalah selaras dengan konvensyen mengenai hak kanak- kanak. Saya hendak kongsi juga statistik JKM sehingga April 2024. Ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Paya Besar.

Kerajaan sebenarnya telah membelanjakan RM863 juta kepada seramai 540,000 lebihlah penerima bantuan kebajikan dan daripada jumlah tersebut, RM103 juta diperuntukkan- diberikan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Walau bagaimanapun, kami percaya bantuan ini adalah bersifat sementara dan bantuan yang diberikan melalui kerajaan ini bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Untuk makluman Yang Berhormat, macam-macam bantuan yang diberikan oleh kerajaan iaitu melalui kementerian kami, melalui Kementerian Kesihatan, KKDW, Kementerian Perpaduan dan ada diwujudkan satu Majlis Kebangsaan bagi kanak-kanak yang di mana anggota dia adalah pelbagai kementerian, pelbagai agensi, pakar kanak-kanak pun ada. Malah, kanak-kanak itu sendiri pun menjadi ahli Majlis Kebangsaan ini. Semua Yang Berhormat nyatakan tadi, yang cadangkan tadi, kita akan panjangkan ke mesyuarat dan Majlis ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri KPWKM sendiri. Kita akan panjangkan ke Majlis ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

draft • 11:50 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan, saya mengucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian kerana telah menaikkan bantuan BKK kanak-kanak sehingga maksimum RM1,000 sebulan satu keluarga.

Sebenarnya, kenaikan ini bermula tahun 2021 semasa Pagoh, Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri.

Soalan tambahan saya, bagaimana kerajaan merancang untuk mengintegrasikan cadangan UNICEF ini ke dalam dasar-dasar sedia ada untuk memastikan setiap kanak-kanak di negara kita mendapat penjagaan yang berkualiti dan menyokong perkembangan mereka secara holistik walaupun kos sara hidup terus meningkat dan drastik dan bolehkah Menteri kongsikan langkah-langkah konkrit yang sedang diambil untuk meningkatkan akses wanita kepada pendidikan, latihan kemahiran dan sokongan keusahawanan seperti yang digariskan. Kalau di Kelantan, di bawah Dasar Wanita Solehah Kelantan. Minta penjelasan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat dari Rantau Panjang atas soalan tambahan berkenaan. Saya ingin

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

mengucapkan tahniah jugalah kepada negeri-negeri yang membangunkan dasar yang berkaitan- yang selari dengan dasar yang dibuat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga.

Dasar ini adalah satu dasar yang menyeluruh meliputi semua kanak-kanak di Malaysia dan matlamat utama dia adalah untuk memastikan supaya kanak-kanak di Malaysia ini memiliki tahap kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan yang turut merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, keselamatan dan kebajikan yang lebih terjamin.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPWKM sebenarnya sedang membangunkan sebagai tambahan dan penambahbaikan pelan tindakan Dasar Kanak-kanak Negara dan pelan ini mengambil kira semua aspek. Saya percaya Yang Berhormat dulu adalah Timbalan Menteri di sini dan juga arif mengenai perkara ini. Dia mengambil kira aspek pencegahan, pembangunan dan yang paling penting adalah dianya selari dengan konvensyen mengenai hak kanak-kanak. Cadangan Yang Berhormat Paya Besar nyatakan tadi juga memerlukan penelitian yang rapi.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dalam konteks kesejahteraan kanak-kanak di negara ini, kerajaan sebenarnya mahu memberi yang terbaik demi kepentingan kanak-kanak tersebut.

Langkah konkrit Yang Berhormat tanyakan tadi, kita nak maklumkan kementerian memang sentiasa komited Yang Berhormat untuk meningkatkan akses kepada wanita tak kiralah daripada segi sosial, pendidikan dan juga ekonominya.

Perkara ini diterjemahkan melalui penggubalan dasar wanita seperti yang saya katakan dalam jawapan saya sebentar tadi. Dasar ini kita sasarkan untuk melahirkan wanita yang berilmu, berwawasan dan mempunyai daya kreativiti dan inovasi seperti yang kita hendakkan tidak kira sama ada mereka ini di bandar ataupun di luar bandar.

Sebenarnya banyak usaha berterusan yang dilaksanakan di bawah kementerian dengan pelbagai pihak. Sebab itu kita perlukan bantuan dan juga kerjasama dan penglibatan dan komitmen daripada semua kementerian, semua agensi, dari negeri-negeri dan juga daripada pihak swasta. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Komander Nordin bin Ahmad Ismail, Lumut.

draft • 12:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Soalan saya nombor 6.

draft • 12:00 PM

6. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Komunikasi menyatakan, tindakan yang diambil dengan tersiarnya video dan gambar lucah di dalam platform media sosial seperti Facebook dan Telegram yang kebanyakannya untuk mempromosikan produk berkaitan seks dan ubat kuat seks.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa komited dalam memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan selesa untuk semua pengguna internet. MCMC tegas melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti telah melanggar peruntukan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ataupun Akta 588 iaitu sekiranya kandungan tersebut bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik. Tindakan yang diambil adalah berdasarkan pemantauan proaktif serta aduan yang diterima daripada orang awam.

Dari 1 Januari 2024 sehingga 1 Jun 2024, tindakan penguatkuasaan berbentuk sekatan laman sesawang telah dilaksanakan oleh MCMC ke atas 549 laman sesawang bersifat lucah dan juga terdapat satu laman sesawang bersifat sumbang. Selain daripada tindakan sekatan laman sesawang, MCMC turut mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan tindakan penurunan kandungan dengan kerjasama platform media sosial seperti Tumblr, X, Telegram, Facebook, Instagram, WhatsApp, TikTok dan lain-lain. Dalam tempoh yang sama, 308 kandungan berunsur lucah dan 29 kandungan media sosial yang berunsur sumbang telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang telah dilakukan.

Untuk pengiklanan produk makanan mengelirukan, pengiklanan dan jualan ubat tidak berdaftar, MCMC bekerjasama dengan KKM untuk tindakan penurunan kandungan dan sekatan laman sesawang. Kesemua permohonan yang diterima adalah berdasarkan kesalahan di bawah bidang kuasa pihak KKM. Akta yang berkaitan dengan ubat-ubat adalah Akta Racun 1952, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Ubat, Iklan dan Jualan 1956.

MCMC tidak mempunyai maklumat spesifik berhubung permohonan yang dibuat oleh pihak KKM berkaitan dengan ubat kuat. Namun, secara umumnya, bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 1 Jun tahun ini, sebanyak 19 laman sesawang telah disekat dan juga 23 kandungan telah diturunkan berdasarkan permohonan dari KKM.

Untuk makluman semua, keputusan untuk menurunkan sesuatu kandungan adalah berdasarkan penelitian terhadap terma dan syarat perkhidmatan serta standard komuniti yang dibangunkan oleh penyedia platform. Penyedia platform yang berpangkalan di luar negara tidak tertakluk dengan nilai norma masyarakat dan undang-undang Malaysia serta tidak semestinya memahami konteks tempatan dalam kerja penyederhanaan kandungan mereka.

Pengguna media sosial perlu memahami bahawa algorithm media sosial menganalisis tingkah laku pengguna, kesesuaian kandungan, hantaran terkini,

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

metrik penglibatan dan hubungan antara pengguna. Maklumat ini digunakan untuk menentukan apa kandungan yang akan dibekalkan dalam suapan berita atau laman utama pengguna. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lumut.

draft • 12:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Kita sedia maklum dengan isu-isu sumbang mahram dan buang bayi ini.

Soalan saya itu lebih kepada video pornografi ini walaupun tindakan oleh kementerian kata dah buat dah diturunkan tapi kalau dibuka benda itu contoh dalam Facebook, masih lagi berleluasa. Pornografi percuma sahaja tengok benda itu. Tekan ubat kuat, keluar benda itu. Itu yang berbahaya kepada gejala yang menjadi cabarannya adalah punca gejala sosial yang semakin membarah. So semoga Allah SWT menjauhi kita daripada gejala ini. Nauzubillahiminzalik. Soalan saya, sejauh mana usaha advokasi berbentuk pencegahan dan pemulihan secara bersepadu yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam membendung gejala sosial seperti jenayah siberlah. Misalnya untuk masyarakat Islam menerusi pelan tindakan sosial Islam. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama, Kementerian Komunikasi melaluilah MCMC, kami sentiasa mengadakan...

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching

...Sesi libat urus dengan penyedia platform supaya mereka memahami norma sosial masyarakat kita, ajaran di Malaysia dan sebagainya. Supaya bahawa apabila mereka buat content moderation, dengan izin, mereka lebih memahami undang-undang di Malaysia, tetapi pada masa yang- saya nak tunjuk sikit data dengan Yang Berhormat. Sebenarnya untuklah content-content, kita cakaplah penurunan kandungan media sosial yang berunsur lucah, sejaklah 2022 hinggalah- tahun 2022, kandungan yang telah diturunkan adalah 186. Tahun 2023, kandungan yang telah diturunkan adalah sebanyak 636. Tahun ini setakat 1 Jun sahaja, kandungan yang telah diturunkan adalah 308.

Jadi MCMC akan ambil tindakan apabila kita terima aduan sama ada daripada penguat kuasa ataupun daripada orang awam. Jadi ini adalah hakikatnya.

Maksudnya, tak semestinya mereka yang duduk di pejabat MCMC walaupun mereka buat pantauan secara proaktif, tak semestinya kandungan tersebut wujud dalam social media mereka. Oleh sebab itu, kami juga bergantung kepada aduan daripada orang awam untuk pastikan bahawa kandungan yang tidak sesuai itu bolehlah ditapis secepat mungkin.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Kami faham dan kami setuju bahawa usaha daripada penyedia platform setakat ini masih kurang memuaskan. Kami akan teruslah mengadakan dialog, adakan mesyuarat dengan mereka. Sebenarnya, Menteri Komunikasi sendiri akan pergi ke Singapore pada bulan Julai untuklah bertemu dengan penyedia platform supaya kita bolehlah lebih berkesan apabila kita nak mengatasi masalah sepertilah kandungan yang berunsur lucah ataupun penipuan dan sebagainya. Sekian jawapan saya. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelutong.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mendengar soalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat dari Lumut dan jawapan. Seperti pepatah Melayu “Melentur buluh dari rebungnya.” Walaupun tindakan-tindakan diambil oleh pihak MCMC untuk menghalang video-video lucah, video-video sumbang yang tidak elok ditonton, kita perlu sedar bahawa kita sendiri perlu ada disiplin. Kalau kita sendiri pergi cari benda itu maka memang ia akan wujudlah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelutong, soalan.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Soalan saya, apakah sebabnya, alasannya yang menyebabkan soalan ini datangnya daripada sebelah sana...

[Merujuk kepada Blok Pembangkang] Tapi saya ingin tahu, kenapa kita tidak boleh menyarankan supaya kita sendiri boleh ada disiplin. Tak pergi cari benda itu, tak pergi tekanlah. Kalau kita tak tekan, memang benda itu takkan wujud.

So adakah MCMC akan memberi kuliah dan sebagainya, kalau perlu di sebelah sana juga...

[Merujuk kepada Blok Pembangkang]

draft • 12:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Kepada Ahli-ahli Parlimenlah terutamanya daripada sebelah sana supaya jangan pergi cari benda- benda ini dan untuk...

draft • 12:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Jelutong, ini bukan cari ya, dia keluar sendiri.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Ubat kuat seks dan sebagainya.

draft • 12:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Kita *tarak.

Facebook you* buka, saya tunjuk you.

draft • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak ada. Facebook saya tak ada...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk semua...

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan saya, Facebook yang saya cari memang tak ada.

draft • 12:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Saya tak ada masalah seks.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Facebook yang saya cari, yang saya buka tidak ada. Bagaimanakah Facebook yang Lumut cari, ada?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

YB, YB Yang di- Pertua, saya mohon Jelutong tarik baliklah. Dia menuduh saya macam mencari-cari benda seks itu buat apa. Kita Ahli Parlimen yang...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien

Sila duduklah.

Jangan bazir masa.

draft • 12:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Ini bukan bazir masa, memalukan saya.

draft • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jelutong, terima kasih Puan Speaker. Seperti yang saya telah sebut dalam jawapan pokok saya, sebenarnya memang pengguna media sosial perlu fahami bahawa media sosial ada algorithm sendiri. Mereka ikutlah algorithm, mereka akan membuat analisis terhadap tindak laku seseorang pengguna dan mereka akan push content yang mereka rasa bahawa content itu, pengguna itu berminat. Akan tetapi yang paling penting ialah pada zaman ini Puan Speaker, saya rasa itu penting. Itu perkara yang serius Jelutong.

Saya rasa pada zaman ini yang paling penting ialah memang ada content yang kita – kandungan yang kita tidak berminat ataupun tidak kita suka yang di-push oleh sosial media kepada kami.

Jadi yang paling penting pertama, untuk generasi muda bagaimana kami mendidik mereka supaya mereka tahu bagaimana buat tapisan. Sebagai orang dewasa, itu juga merupakan tanggungjawab kita sendiri untuk pastikan bahawa apabila kita nampak kandungan yang tidak seronok ini, biarlah kita buat laporan dan juga tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak kita supaya lebih cilik digital.

Sekian jawapan saya. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.

draft • 12:10 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan Wangsa Maju nombor 7.

draft • 12:10 PM

7. Tuan Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan:

(i) data insiden kecederaan dan kemalangan maut serta kos yang terlibat disebabkan pokok tumbang di Kuala Lumpur dalam tempoh tujuh tahun lepas; dan

(ii) tindakan untuk memastikan pokok di bawah seliaan DBKL dan premis persendirian mematuhi garis panduan untuk mengelakkan ancaman bahaya kepada orang awam.

draft • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Puan Yang di-Pertua, saya mohon supaya pertanyaan daripada Wangsa Maju ini saya jawab bersekali dengan pertanyaan nombor 25 dan 39 dari Bukit Bintang dan juga YB Bandar Tun Razak pada tarikh hari ini dan pertanyaan 85, Yang Berhormat Batu Pahat pada 3 Julai yang lepas kerana dia menyentuh isu yang sama.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 12:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pembangunan fizikal berjalan sejajar dengan perlindungan alam sekitar di samping memberikan nilai estetik melalui kehijauan pokok, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL menitikberatkan tanggungjawab pengurusan pokok rendang di bandar raya Kuala Lumpur ini untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini dan mudarat berlaku kepada orang awam.

Jadi untuk menjawab isu pertama mengenai kemampuan DBKL dalam menguruskan pokok-pokok besar dan tua ini, sebenarnya dalam hal ini DBKL sudah pun menjalankan penilaian pokok-pokok yang berusia bermula pada 1 Januari 2019 lagi dengan melantik kontraktor penilaian pokok berisiko atau tree risk assessment dan penilaian ekonomi pokok di sekitar Kuala Lumpur ini. Sebanyak 1,488 pokok telah pun diperiksa dan dikenal pasti sebanyak 173 daripadanya dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan telah pun selesai ditebang. Dalam masa yang sama, DBKL meneruskan pemeriksaan pokok-pokok yang berusia. Bagi tujuan ini, kerja kepada kontraktor untuk membuat pemeriksaan ke atas 240 lagi pokok yang telah dikeluarkan dan dijangka insya-Allah, akan selesai juga pada Ogos tahun ini.

Bagi isu yang berkenaan dengan risiko pokok berisiko tinggi di atas tanah persendirian. Jadi kita perlu faham bahawa pengurusan dan penyelenggaraan pokok ini adalah di bawah tanggungjawab dan kewajipan pemilik tanah persendirian ataupun pihak pengurusan skim kemajuan berstrata iaitu pemaju, JMB atau MC atau

draft • 12:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

sub MC bagi mengelakkan dari berlakunya risiko kemalangan pokok tumbang ini.

Jadi, perkara ini sebenarnya dijelaskan di bawah seksyen 101(cc)(i), Akta Kerajaan Tempatan iaitu Akta 171 dan Akta Pengurusan Strata 2013.

Hasil daripada aduan yang disalurkan oleh orang awam mengenai pokok- pokok berisiko ini di bawah kawasan persendirian sejak tahun 2021 sehingga Mei 2024, sebenarnya DBKL telah pun mengeluarkan sebanyak 65 surat pemberitahuan kepada pemilik mengenai pokok-pokok berisiko tinggi ini di kawasan persendirian dan 2,807 surat peringatan juga ataupun notis telah kita keluarkan kepada pihak pengurusan yang aktif bagi skim pemajuan berstrata berkenaan tanggungjawab dan peranan mereka termasuklah isu pengurusan dan penyelenggaraan pokok sehingga bulan April 2024.

Yang di-Pertua, sedikit lagi. Isu ketiga yang dijelaskan adalah- dijelaskan bahawa DBKL menginsuranskan pokok-pokok di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan ke atas orang awam yang disebabkan oleh pokok di bawah seliaan DBKL, orang awam adalah dilindungi di bawah polisi tanggungan awam ataupun public liberty policy. Semenjak tahun 2017 sehingga 2024, kita ada 14 kes kemalangan yang disebabkan oleh pokok tumbang di Kuala Lumpur ini dan melibatkan sembilan kes kecederaan serta lima kes kematian. Daripada jumlah ini, tiga kes masih dalam siasatan dan prosiding mahkamah. Manakala enam kes ditolak kerana kes kemalangan tersebut berlaku di kawasan luar seliaan DBKL. Baki lima kes lagi telah pun selesai dibayar oleh pihak insurans.

Sebagai maklum balas keseluruhan bagi ketiga-tiga isu yang berkaitan dengan pokok yang berisiko tinggi di Wilayah Persekutuan ini, saya ingin kongsikan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pandu Task Force Pengurusan Pokok Berisiko Tinggi di Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 25 Jun yang lalu. Ini melibatkan beberapa kluster keanggotaan. Kita melibatkan ramai stakeholders di sini termasuklah academician, kluster profesional, wakil-wakil daripada agensi kerajaan juga ada dan insya-Allah kita akan kembangkan kepada NGO dalam masa yg terdekat ini. Jadi, task force ini sebenarnya untuk- kita pernah juga berbincang untuk meneroka perkara-perkara baru seperti tabung dana amanah kawasan hijau bagi menggalakkan kerjasama antara awam dengan swasta termasuklah juga sumbangan orang ramai dalam pendekatan kita whole of nation dalam meningkatkan kompetensi landskap hijau di Kuala Lumpur ini.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, bagi mencerminkan komitmen kita, DBKL khususnya, kita telah melantik seramai 21 orang kontraktor mulai 15 Jun 2024 bagi penyelenggaraan pokok rendang ini secara yang berkala dan kita pastikan setiap kontraktor perlu menyediakan arborist. Ini mereka yang pakar dalam hal-hal pokok ini

draft • 12:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

untuk menilai tahap kesihatan dan juga tindakan mitigasi ke atas pokok. Jadi sehingga 2024- bagi tahun ini sehingga bulan Jun saja kita telah menyelenggarakan pokok-pokok ini sejumlah 22,283 batang pokok. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Wangsa Maju.

draft • 12:10 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih atas jawapan yang jelas dan meyakinkan. Juga tahniah dan syabas atas tindakan pantas untuk menubuhkan Task Force Pengurusan Pokok Berisiko. Apa yang diharapkan tindakan tidak lagi bersifat bermusim. Apa yang dimaksudkan bermusim di sini yakni apabila incident itu berlaku, ramai orang yang bercakap, viral dalam sosial media, baru nak bergerak. Jadi lantaran itu, soalan susulan saya, apakah terma rujukan Task Force Pengurusan Pokok Berisiko ini termasuk kekerapan mesyuaratnya? YB Menteri juga telah menyatakan tadi bahawa puluhan pokok yang berisiko tinggi telah ditebang.

Bagaimana pelaksanaan arahan PMX untuk menggantikan 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang memandangkan di Kuala Lumpur ini, kawasan lapang semakin hari semakin berkurangan? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju, terima kasih Yang di-Pertua. Sebenarnya masalah incident pokok tumbang ini bukan hanya berlaku di Kuala Lumpur. Kalau kita lihat dalam cuaca yang tidak menentu ini, dia berlaku juga di banyak negeri termasuk Penang, di Melaka, di Negeri Sembilan dan sebagainya. Tetapi tak apalah, saya faham Kuala Lumpur ini menjadi keutamaan kita sebab dia adalah ibu negara.

Jadi sebab itu saya berusaha juga untuk menubuhkan task force ini dan task force ini alhamdulillah, kita telah dapat menubuhkan secara rasminya pada 25 Jun yang lepas. Struktur ini kita ada tiga Yang Berhormat iaitu dia ada Jawatankuasa Pandu. Jawatankuasa Pandu ini saya sendiri yang mempengerusikan ataupun mungkin kalau saya tidak ada, Datuk Bandar akan mengambil alih tugas itu. Kita akan bersidang setiap tiga bulan sekali. Kemudian Jawatankuasa Teknikal yang kedua.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ataupun Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek dan bersidang dua bulan sekali.

Jawatankuasa yang ketiga adalah Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL dan itu akan bersidang Yang Berhormat, satu bulan sekali.

draft • 12:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Fungsi task force ini adalah untuk mewujudkan kolaborasi antara dalam aset penyelidikan. Sebab itu kita ada academician sekali dalam task force ini.

Pengetahuan juga dari sudut teknologi terkini mungkin dan kepakaran dalam bidang pengurusan pokok teduhan. Keduanya, fungsinya adalah untuk pembangunan dan pengurusan pemuliharaan dan juga pemeliharaan hutan bandar. Ketiganya,

draft • 12:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

penubuhan Urban Forestry atau Arboriculture Field Center untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran ke arah membantu pelaksanaan amalan baik dan penyelenggaraan pokok bandaran. Keempat, berfungsi untuk pemetaan pokok rendang, liar, matang dan berisiko di Kuala Lumpur.

Kita juga ada e-Pokok ya sebenarnya. Sistem itu untuk kita memantau pokok- pokok khususnya yang ditanam di sekitar Kuala Lumpur ini. Jadi, menjawab tentang soalan yang berkenaan dengan Seratus Pokok...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 12:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya. Telah diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Memang kita mengambil keutamaan dalam hal ini dan insya-Allah dalam perkara ini kita sudah cadangan penanaman penggantian pokok ini dan kita juga ada program khas yang dinamakan Program Menanam Satu Juta Pokok di Wilayah Persekutuan ini menjelang 2025. Jadi, insya-Allah ini juga akan dipantau oleh task force tersebut. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sabak Bernam.

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya setuju dengan Menteri bahawa fenomena pokok tumbang ini akibat hujan lebat dan ribut ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Ada pokok, ada hujan lebat...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ada ribut, akan berlaku perkara ini. Saya merujuk kepada yang berlaku di Kuala Lumpur. Apakah sudah ada satu garis panduan khas pemuliharaan pokok-pokok di sekitar ibu kota negara kita ini?

Seperti merekodkan data peribadi mereka ini supaya lebih kemas secara pendigitalan. Bila kita tahu usia dia, kita tahu kesihatan dia dipantau oleh pakar-pakar pokok. Bekerjasama dengan UPM kah, institusi-institusi yang pakar lah pokok ini sebab kita apabila berlaku macam 17 Mei di Jalan Sultan Ismail.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan. Masa sudah tamat.

draft • 12:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ulasannya ialah pokok ini memang sudah nak ditebang, tetapi dah terlebih dahulu tumbang. Apakah ada garis panduan khas pemuliharaan pokok-pokok yang saya sebutkan tadi? Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Ya.

memang betul. Kita ada garis panduan tersebut tetapi kita menubuhkan task force yang baharu ini untuk melihat dari sudut yang lebih komprehensif ya. Sebab sekarang seperti kita tahu memang masalah climate change itu memang sangat

draft • 12:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

memberi kesan kepada pertumbuhan pokok. Jadi, kita akan libatkan juga tentang perkara-perkara baharu ini dalam kita melihat garis panduan terkini.

Kemudian, tentang pemantauan pokok ini memang kita ada. Kita ada juga yang saya sebut tadi sistem yang dinamakan e-Pokok ya. Setakat ini kita memantau lebih daripada 230,000 pokok telah kita tanam di sekitar Kuala Lumpur ini. Cumanya yang di bawah pemilikan persendirian ini kita tidak ada. Jadi, yang kita ada ini mana yang kita tanam lah Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.

draft • 12:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Semua sedia maklum, Digital Nasional Berhad.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, hanya sebut soalan nombor berapa.

draft • 12:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Okey. Saya tanya soalan lain Yang di-Pertua. Okey.

Isu BlackRock hangat diperbahaskan, Semuanya demi masa depan, Buat Kementerian Digital di depan, Jawabkan soalan saya nombor lapan.

draft • 12:20 PM

8. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Digital menyatakan, sejauh mana Digital Nasional Berhad dan juga kementerian merencana dan mempromosikan 5G di kawasan luar bandar terutamanya di kampung-kampung sekitar Parlimen Padang Besar.

draft • 12:20 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat daripada Padang Besar. Soalan berkenaan dengan 5G dan DNB. Tuan Yang di-Pertua, setakat penghujung bulan Mei tahun ini liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara telah pun mencapai 81.7 peratus liputan. Penyediaan rangkaian 5G ini tidak hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang berkepadatan tinggi dan bandar sahaja.

Memandangkan kira-kira 54 peratus daripada keseluruhan tapak rangkaian 5G yang telah dibangunkan pada ketika in turut juga meliputi kawasan separa bandar dan luar bandar.

Bagi negeri Perlis Puan Yang di-Pertua, pencapaian 5G telah pun mencecah 91.4 peratus liputan di kawasan berpenduduk. Bagi kawasan Parlimen Padang Besar pula telah pun mencecah sebanyak 82 peratus. Manakala di kawasan- kawasan luar bandar yang lain seperti di Sarawak, Kapit-Belaga dan sebagainya,

draft • 12:20 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

proses pemasangan peralatan 5G masih sedang dijalankan dan perkhidmatan 5G di lokaliti ini dijangka dapat dinikmati pada bulan depan tahun ini.

Puan Yang di-Pertua, Kementerian Digital melalui agensinya Digital Nasional Berhad (DNB) sedang berkolaborasi dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak industri supaya dapat kita mempromosikan dan juga meningkatkan kepenggunaan 5G.

Antara program-program yang telah pun dijalankan ialah DNB x Shopee yang disokong oleh rangkaian 5G dan menerima lebih daripada 8,000 live viewers.

Selain daripada itu, DNB juga melalui kerjasama dengan industri telah pun mengadakan beberapa bengkel seperti Bengkel *Connected Industries Day:

Transforming Manufacturing with 5G and AI,* dengan izin. Ia nya bertujuan untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian digital- digital solutions dalam sektor pembuatan dan telah dihadiri oleh lebih daripada 200 orang peserta. Bengkel ini turut diperluaskan pelaksanaannya di negeri-negeri yang lain.

Puan Yang di-Pertua selain daripada DNB, kita juga ada usaha-usaha melalui MDEC dalam Kementerian Digital seperti program eUsahawan. Program ini adalah satu program yang dilaksanakan secara fizikal dan online dan program ini menjurus kepada melatih individu, pelajar dan juga usahawan mikro dalam perkara keusahawanan digital untuk menjana pendapatan, mempromosi produk dan juga meningkatkan jualan. Sejak program ini dilaksanakan Puan Yang di-Pertua, pada tahun 2015 lagi, MDEC telah berjaya melatih seramai 563,000 usahawan di seluruh negara dan menjana jualan terkumpul yang melebihi RM1.24 bilion.

Untuk sasaran program eUsahawan pada tahun ini, MDEC akan melatih seramai 30,000 usahawan-usahawan mikro dan juga kita tumpukan kepada pelajar- pelajar IPT dan TVET dengan sasaran jualan berjumlah RM35 juta. Bagi tahun 2022 sehingga 2023 Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 199 pusat dan juga institusi komuniti telah diwujudkan di seluruh negara dan saya ada pecahan negeri, tetapi saya boleh memberikan secara bertulis kemudian.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya bagi tahun ini dijangka 100 hab eUsahawan baharu akan diwujudkan di lokasi-lokasi strategik seperti universiti-universiti serta pusat komuniti yang lain di seluruh negara. Itu termasuk di dalam kawasan padat kependudukan dan juga kawasan luar bandar bagi membolehkan usahawan- usahawan tempatan menggunakan teknologi yang sedia ada walaupun 5G atau pun yang lain untuk mendapat pendedahan yang lebih mengenai teknik-teknik pemasaran digital yang boleh membantu mereka untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan mereka. Itulah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Digital buat masa sekarang. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 12:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang cukup padat dan mantap. Soalan seterusnya berapakah banyak penyedia 5G yang telah diberikan hak kepenggunaan dan adakah terdapat syarat khas kepada penyedia untuk agenda khusus menerobos kawasan bukan bandar? Adakah Digital Nasional Berhad telah bersedia untuk merungkai jaringan 5G kepada bukan sekadar segmen telekomunikasi kepenggunaan sahaja tetapi kepada bidang-bidang lain yang terdapat dalam IR 4.0 seperti real-time simulations dan IoT mahupun Autonomous Robotic. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih diucapkan kepada sahabat Padang Besar. Soalan yang cukup tepat pada tempatnya. Tuan Yang di-Pertua, soal berkenaan dengan berapa banyak penyedia 5G yang telah diberi hak kepenggunaan itu menjurus kepada MNO yang sedia ada. Pada ketika ini, kita ada lima syarikat yang menyedia perkhidmatan telekomunikasi dan mereka semua telah pun memeterai perjanjian dengan DNB untuk akses kepada 5G. Dan mereka telah pun menawarkan perkhidmatan rangkaian ini kepada pengguna mereka.

draft • 12:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Puan Yang di-Pertua, setakat bulan April tahun ini data menunjukkan bahawa kira-kira 13 juta pelanggan perkhidmatan 5G di seluruh negara dan kita ada apa yang disebut sebagai adoption rate ataupun kadar penembusan setakat 39.2 peratus.

draft • 12:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Berdiri]

draft • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Juga untuk pengetahuan Yang Berhormat daripada Padang Besar, sejumlah 3,826 tapak daripada keseluruhan 7,114 tapak 5G yang telah pun disiapkan adalah terletak di kawasan-kawasan pinggir bandar dan juga luar bandar.

Berkaitan dengan sama ada ataupun tidak DNB akan menawarkan perkhidmatan yang luar daripada perkhidmatan talian. Itu adalah satu soalan yang cukup baik. Yang Berhormat, kita- semua tahu bahawa 5G ini ada keupayaan untuk meningkatkan kadar kita melihat ataupun perkembangan industri-industri kita. So, it should be industry focused and di situ lah kita lihat nilai sebenarnya.

Jadi, apa yang kita buat sekarang adalah kita buat penumpuan bagaimana kita boleh memastikan bahawa setiap kawasan industri yang kita ada di dalam negara ini mempunyai akses kepada 5G supaya perniagaan-perniagaan baru yang bergerak ke depan dalam negara ini boleh memastikan bahawa infrastruktur yang mereka gunakan itu ialah infrastruktur yang boleh mengguna pakai teknologi- teknologi baru khususnya 5G dan mereka boleh memastikan bahawa syarikat- syarikat atau kilang-kilang mereka itu mempunyai jentera yang memang teknologi baru.

draft • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Dalam keadaan tersebut saya rasa kita dapat lihat pengeluaran yang lebih dan juga ini akan mempunyai impak yang terus kepada kadar KDNK negara kita dan kita harap bahawa bergerak ke depan. Walaupun kementerian saya telah pun mengeluarkan data tahun 2022 kita mencecah 23.5 peratus KDNK, sasaran kita untuk hujung tahun 2025 adalah untuk 25.5 peratus. Tapi saya yakin bahawa kalau ada adoption ataupun apa yang disebut penembusan yang lebih tinggi oleh industri- industri kita boleh lihat sasaran itu terlepas dan lebih tinggi.

Yang perlu adalah untuk kita pastikan bahawa kita sediakan infra, kita juga pastikan bahawa kos infra ataupun kos yang digunakan untuk memakai teknologi baru ini 5G ini adalah kos yang munasabah. Kita boleh meyakinkan dan juga mempelawa semua industri untuk melihat bagaimana mereka boleh pastikan bahawa perniagaan mereka adalah technology ready supaya mereka boleh menggunakan teknologi baru dan itu akan meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

So, DNB memang merancang bersama dengan SKMM plan bagaimana kita boleh pastikan kita lihat kepada semua industri yang memerlukan akses kepada 5G ini dan kita akan mengambil langkah-langkah supaya kita menyediakan negara kita untuk apa yang disebut sebagai revolusi industri dan cabaran-cabaran teknologi masa depan. Saya harap itu jawab soalan Padang Besar. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya faham soalan asal yang dikemukakan oleh Padang Besar adalah soalan yang agak spesifik, because ianya berkenaan perancangan 5G di kawasan beliau. Namun, saya ingin juga bertanya apakah ataupun adakah contoh-contoh program untuk membantu golongan luar bandar?

Apakah status kejayaan program-program tersebut? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang saya sebut tadi, apabila kita ada perkhidmatan- perkhidmatan 5G dan sebagainya adalah sangat penting untuk kita pastikan bahawa rakyat menggunakan teknologi ini. Jadi, satu perkara yang penting adalah untuk kita memastikan bahawa kita membawa ke depan apakah program-program yang sedia ada supaya rakyat dapat melihat bagaimana sebenarnya teknologi baru ini boleh membantu mereka.

Dalam keadaan tersebut saya rasa soalan dari Sri Aman cukup tepat sekali.

We have the technology, we must make sure dengan izin there is adoption as well.

draft • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Jadi untuk kita menjayakan misi ini, kita adakan beberapa program. Seperti mana saya sebut tadi eUsahawan di mana kita membawa ke depan kita melatih industri untuk menggunakan teknologi baru supaya mereka boleh menggunakan teknologi untuk memasarkan produk-produk mereka dan sebagainya.

Program-program latihan ini adalah program yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. So, memang MDEC dan juga agensi-agensi di bawah kementerian saya, mereka menguruskan program-program ini di dalam kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar dan juga online supaya ianya boleh merentasi seluruh negara dan boleh sampai kepada semua rakyat Malaysia.

Selain daripada itu Puan Yang di-Pertua, kita juga ada program yang dikenali sebagai Jelajah Saya Digital. Program ini adalah satu program di mana MDEC akan mengadakan perjumpaan dengan masyarakat di tempat-tempat luar bandar. Ianya telah pun menarik perhatian ramai peserta. Saya dimaklumkan Puan Yang di-Pertua, daripada angka yang saya ada, ada setakat bulan Mei tahun ini, kita telah pun mengadakan beberapa program yang telah pun menarik perhatian 20,000 – 25 lebih kurang 25,000 peserta dan bila kita lihat juga secara atas talian lebih daripada 2.5 juta peserta.

Dalam keadaan tersebut kita lihat bahawa jumlah jualan yang telah pun direkodkan oleh peserta-peserta memang adalah satu pada tahap yang tinggi, lebih daripada 1 bilion. Jadi, soalan yang dibawa itu adalah soalan yang kena kita lihat daripada beberapa segmen. Satu, kita ada program-program fizikal Yang Berhormat di mana kita pastikan bahawa kita ada pegawai yang turun ke kawasan atau ke kawasan luar bandar dan sebagainya dan di mana kita membawa ke depan apakah sebenarnya teknologi itu dan kita memberikan latihan supaya rakyat boleh menggunakan teknologi itu.

Kemudian, kita juga ada program-program atas talian. Saya rasa program atas talian itu sangat penting kerana ianya menjimatkan masa dan ianya lebih menumpukan kepada jenis perniagaan yang diperlukan, apakah sebenarnya teknologi yang sedia ada, bagaimana ianya boleh membantu dan saya lihat bahawa ramai yang tertarik dengan program-program itu. Kepada saya, bergerak ke depan inilah cara baru kita harus fikir berkenaan dengan perniagaan kita. We cannot look at ways we did business before, dengan izin.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Kita perlu lihat kepada bagaimana kita boleh pastikan bahawa rakyat Malaysia sedia untuk menggunakan teknologi untuk bergerak ke depan. Sekian. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamat lah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Standing Order, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selepas ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sekejap sahaja. Nak tanya, sikit saja. Boleh?

draft • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang...

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi Menteri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Baca rang undang-undang.

draft • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, silakan.

draft • 12:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG AUDIT (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Audit 1957; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 12:30 PM
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) 2021 DAN TAHUN 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa Dewan ini,

draft • 12:38 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

membuat ketetapan bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 (Kertas Statut ST.86 Tahun 2024 dan ST.87 Tahun 2024) untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam kedua-dua Laporan Tahunan ini; memperakui bahawa aspirasi dan komitmen kerajaan yang telus dan berintegriti dalam usaha melindungi, memenuhi tanggungjawab dan menghormati isu hak asasi manusia telah mengangkat dan menjadikan SUHAKAM sebagai satu badan bebas yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga diberi pengiktirafan status ‘A’ di bawah Prinsip-prinsip Paris (Paris Principles), dengan izin, selain mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) demi melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di Malaysia; menyedari bahawa di dalam era dunia digital ini dengan kemudahan memperoleh maklumat dari Internet dan media sosial menyebabkan pentingnya isu hak asasi manusia untuk diberi penjelasan dan pencerahan oleh pihak SUHAKAM dan kerajaan bagi memastikan agenda kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat difahami dengan baik dan ditangani dengan sewajarnya selain keperluan kerajaan untuk membantu bekerjasama rapat dengan SUHAKAM dalam memperkukuhkan lagi usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menjaga serta menangani pelbagai isu sosial, ekonomi, kebudayaan serta politik dalam kalangan rakyat;

draft • 12:38 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh SUHAKAM dalam menjalankan mandat dan tanggungjawab memerlukan perhatian daripada pihak berkaitan, selain pertimbangan bagi melaksanakan dengan berkesan syor-syor utama yang terkandung dalam laporan tersebut serta memahami keperluan kerajaan menandatangani dan menyertai, meratifikasi triti dan konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia bagi memperkasakan lagi hala tuju dan memupuk dan mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia; menyokong kepentingan perbahasan laporan tahunan ini bagi mencerminkan kesungguhan yang berterusan oleh kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; dan Bahawa dalam SUHAKAM melaksanakan mandatnya mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan bersatu hati dan menyokong kerajaan agar pelaksanaan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan.” Tuan Yang di-Pertua, sudah segenap setahun Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 dibahaskan pada 25 Mei 2023 di Dewan yang mulia ini. Pada hari ini, Kerajaan Madani dengan komitmen yang sama dan berterusan, dengan adanya iltizam politik, dengan izin, political will telah membawa usul bagi membahaskan Laporan Tahunan

draft • 12:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2021 dan tahun 2022.

Komitmen yang diberikan ini adalah untuk menjadikan wadah kepada semua wakil rakyat bagi membahaskan isu-isu berkaitan hak asasi manusia yang melibatkan masyarakat setempat yang diwakili dan seterusnya membolehkan kerajaan mengambil langkah-langkah terbaik bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan tersebut secara holistik. Kerajaan Madani sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan hak-hak asasi rakyat Malaysia dilindungi dan dipertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2021 dan tahun 2022 telah dibentangkan late, dengan izin, di Dewan yang mulia ini pada hari Isnin 24 Jun 2024.

Merujuk kepada dasar rukun MADANI yang keempat iaitu hormat yang memberikan tumpuan khusus kepada hak asasi dan maruah, peranan SUHAKAM sebagai Institut Hak Asasi Manusia Kebangsaan, National Human Rights Institutions, dengan izin, adalah penting dalam mengangkat isu-isu hak asasi manusia. Bukan sahaja dalam memberikan nasihat kepada kerajaan supaya undang-undang dan dasar selari dengan piawaian antarabangsa tetapi juga menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan perlanggaran hak asasi manusia.

Dalam mengiktiraf kepentingan SUHAKAM, sebagai barisan ke hadapan hak asasi manusia dalam negara kita, Kerajaan Madani sentiasa berusaha untuk memperkasakan SUHAKAM selaku badan berkanun yang boleh terus memainkan peranan dalam memastikan sistem semak dan imbang, dengan izin, check and balance berjalan dengan baik. Dalam hal ini, Kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai reformasi melalui semua gerak kerja yang berkaitan semenjak awal tahun 2023 sehingga kini.

Antaranya ialah pemansuhan hukuman mati mandatori buat kali pertama dalam sistem keadilan jenayah Malaysia, menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak daripada kesalahan jenayah seksual, mewujudkan kesalahan menghendap, dengan izin, stalking offense, pemansuhan percubaan membunuh diri dan juga beberapa perubahan-perubahan lain yang bermakna. Usaha yang paling signifikan yang telah diambil oleh kerajaan pada April tahun ini adalah dengan membuat pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 untuk memperkasa badan yang bertanggungjawab dalam memelihara dan mempertahan hak asasi manusia di Malaysia.

Pindaan ini merangkumi perkara-perkara substensif, termasuklah fungsi SUHAKAM, lawatan ke pusat tahanan, bilangan anggota SUHAKAM, pemberian keterangan kepada suruhanjaya, perbahasan Laporan SUHAKAM di Parlimen bagi

draft • 12:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

menjamin ketelusan suruhanjaya tersebut dan tambahan jadual baharu bagi menetapkan kriteria-kriteria pelantikan anggota SUHAKAM. Satu lagi aspek yang ditambah baik melalui pindaan ini adalah dengan penginstitusian Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak melalui pengukuhan peranan dan fungsi Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi menjaga hampir 9.13 juta kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Kerajaan baru-baru ini melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei 2024 juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan. Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri akan bekerjasama dalam membentuk Jawatankuasa Tindakan. Seterusnya, memastikan semua pelapor isu-isu berkenaan hak asasi manusia ke peringkat antarabangsa di selaras dengan lebih kemas dan tersusun.

Usaha koordinasi antara agensi adalah amat penting memandangkan isu-isu hak asasi manusia merupakan satu perkara yang merentasi, dengan izin, cross-cutting di antara satu agensi dengan agensi yang lain.

Justeru itu, penyelarasan yang bersepadu perlu dibuat dalam kalangan semua kementerian, semua jabatan, semua agensi kerajaan bagi memastikan semua isu hak asasi manusia di Malaysia akan dapat ditangani.

Tuan Yang di-Pertua, perlindungan hak asasi manusia merupakan satu tanggungjawab bersama, dengan izin, joint responsibility, yang harus dikongsi oleh setiap rakyat, kerajaan, organisasi bukan kerajaan, ahli perniagaan serta semua kumpulan masyarakat dan bukan merupakan tanggungjawab mana-mana kumpulan ataupun golongan yang tertentu sahaja.

Saya juga ingin menghargai kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan CSO, dengan izin, dalam memahami kompleksiti isu-isu perundangan yang terlibat dalam aspek hak asasi manusia dan terus memberikan sokongan yang sewajarnya terhadap usaha kerajaan dalam menyelesaikannya mengikut proses undang-undang yang sedia ada. Di pentas antarabangsa, Malaysia merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia yang aktif dan sentiasa memainkan peranan yang konstruktif dalam majlis tersebut. Malaysia telah dipilih menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia untuk tiga penggal iaitu tahun 2006 hingga 2009, 2010 hingga 2013 dan tahun 2022 hingga 2024.

Pada 4 Jun 2024, Volker Türk, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memupuk kerjasama dengan PBB bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah ke atas kejayaan Malaysia memperbaiki kedudukan negara ke tahap tier dua

draft • 12:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (TIP Report) bagi tahun 2024 yang telah diumumkan pada 24 Jun 2024. Saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri akan membuat penerangan Menteri dalam Dewan yang mulia ini pada minggu hadapan. Insya-Allah.

Justeru itu, tahniah sekali lagi diucapkan pada semua agensi-agensi terlibat, terutama sekali Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang terlibat dalam memperbaiki kedudukan imej negara kita. Semoga kedudukan ini dapat ditambah baik pada tahun-tahun berikutnya dan isu pemerdagangan orang dapat dibanteras.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya usaha-usaha sedemikian yang di bawah reformasi institusi yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan mula memberikan impak yang positif dalam memartabatkan hak asasi manusia dalam negara kita.

Kerajaan pada hari ini yakin sesi perbahasan yang akan berlaku sebentar lagi sehingga minggu depan akan menjadi platform kepada semua Ahli Parlimen untuk berdiskusi secara matang dalam terus memperkukuhkan pemeliharaan hak asasi manusia. Saya amat berharap agar semua pandangan yang dilontarkan dibuat atas dasar dan semangat yang tinggi untuk memastikan hak asasi di Malaysia terpelihara dan seterusnya dapat mencapai visi untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang adil, saling menghormati, berdedikasi, mempunyai nilai yang saksama dan berintegriti yang tinggi.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 12:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya menyokong.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah Usul YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.

Saya akan baca senarai pembahas. Terdapat 34 pembahas untuk Usul ini.

YB Pasir Gudang, YB Besut, YB Shah Alam, YB Kubang Kerian, YB Kota Melaka, YB Tumpat, YB Tampin, YB Pasir Puteh, YB Rasah, YB Setiu, YB Puchong, YB Jelutong, YB Jerai, YB Bentong, YB Pengkalan Chepa, YB Bakri, YB Temerloh, YB Raub, YB Pasir Salak, YB Bangi, YB Dungun, YB Seputeh, YB Tangga Batu, YB Kepong, YB Miri, YB Hulu Selangor, YB Jelebu, YB Kuala Nerus, YB Kuala Langat, YB Sibu, YB Selayang, YB Segamat dan YB Bukit Bendera.

Sebelum saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang, Machang?

draft • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Saya cuma nak tanya, dapatkan petua daripada Puan Yang di-Pertua. Usul saya dan rakan-rakan ditolak berkenaan dengan perbahasan usul tergempar MAHB BlackRock. Bagaimanakah kami nak meminta Kamar Khas untuk perbahasan ini?

Adakah ruang untuk kami dapatkan Kamar Khas?

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya dimaklumkan bahawa ucapan Kamar Khas sudah penuh.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sudah penuh? So, tak ada lagi?

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh tanya dengan Setiausaha nanti.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa] Baik, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Setiap pembahas diberi enam minit.

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan sekarang yang sedang melakukan sedikit reformasi di mana Laporan Tahunan SUHAKAM dibahaskan di Dewan Rakyat. Kerajaan-kerajaan sebelum ini hanya sekadar meletakkan Laporan Tahunan SUHAKAM di atas meja Ahli-ahli Parlimen. Itu sahaja tanpa dibahaskan.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya mengulas secara agak kritis laporan tahunan SUHAKAM bagi tahun 2021, 2022. Saya melihat SUHAKAM banyak bersikap diam, tidak menyatakan pendirian, tiada statement dikeluarkan terhadap isu-isu diskriminasi perkauman serta isu-isu kebebasan beragama yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada pandangan saya, adalah tanggungjawab SUHAKAM iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk bersuara dalam semua perkara hak asasi manusia.

SUHAKAM bukan parti politik yang perlu menimbang-nimbang kesan hilang undi atau kalah pilihan raya. SUHAKAM mesti menegaskan hak kesamaan yang diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan dan menghormati semua hak-hak manusia yang fundamental.

Kegagalan SUHAKAM dalam soal ini berterusan hingga sekarang. Sebagai contoh, banyak laporan polis telah dibuat terhadap individu bernama Firdaus Wong

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

atas tindakannya melakukan penukaran agama kanak-kanak. Saya ulang semula.

Tindakan penukaran agama kanak-kanak bukan Muslim kepada Islam tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Saya seorang Islam, memandang perkara ini dengan serius demi keharmonian negara kita. Tindakan individu ini telah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran di kalangan masyarakat bukan Muslim di Malaysia.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Gudang, boleh saya mencelah sikit? Boleh saya minta penjelasan?

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, ya. Sila, sila.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Merujuk kepada kes yang disebut oleh Pasir Gudang tadi, kita faham bahawa isu tersebut telah dibuka kertas siasatan oleh pihak polis. Dia masih berada di dalam grey area yang tidak diketahui apakah kedudukan kes yang sebenar. Jadi, pada pandangan saya, adalah mustahil untuk SUHAKAM menentukan pendirian dalam isu-isu seperti ini, yang polis telah mulakan kertas siasatan. Terima kasih, Pasir Gudang.

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih atas pencelahan dari Pasir Mas tetapi izinkan saya meneruskan isu ini. Saya ulang, tindakan individu tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran di kalangan masyarakat bukan Muslim di Malaysia.

Soalan saya, mengapakah tidak ada respons daripada SUHAKAM dalam perkara ini? SUHAKAM tentu lebih maklum, lebih memahami bahawa kebebasan beragama adalah hak universal bagi semua rakyat di negara ini, sama ada Muslim dan bukan Muslim.

Seterusnya, isu berikutnya, laporan penyiasatan mengenai hak-hak ke atas tanah Orang Asli, Native Land Rights. Telah lebih 10 tahun selepas national enquiry atau penyiasatan peringkat nasional telah dilakukan ke atas hak-hak tanah Orang Asli dan banyak recommendation atau syor telah dikemukakan, tetapi kemajuan atau progress-nya sangatlah terhad. Begitu juga penyusunan semula Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga masih belum berlaku. Soalan saya, mengapa?

Hari Selasa lalu, saya menghadiri taklimat daripada masyarakat Orang Asli, sebahagiannya dari Gua Musang, tentang masalah kehidupan mereka. Misalnya, isu gajah liar yang mengancam perkampungan mereka dan kehidupan mereka termasuk bercucuk tanam dan keselamatan nyawa keluarga mereka terancam.

Akhirnya Puan Timbalan Yang di-Pertua, bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang baik yang dilaporkan dalam Penyata SUHAKAM bagi tahun 2021 dan 2022. Contohnya, usaha SUHAKAM dan Kementerian Dalam Negeri untuk memulakan Custodial Health Unit iaitu Unit Kesihatan Para Tahanan bagi tahun 2022 telah menunjukkan kejayaan.

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

SUHAKAM dan Kementerian Dalam Negeri sewajarnya memperluaskan program yang baik ini supaya terdapat personel atau Pegawai Kesihatan itu boleh diakses di semua lokap balai polis di negara kita ini. Ini penting kerana kerap berlaku kejadian tahanan mati di dalam lokap polis.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, demikian sahaja ucapan saya. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Pertamanya, ingin saya menyentuh berkenaan dengan isu jawatan pengerusi. Sehingga ke hari ini, belum dilantik pun. Mula dari bulan- 31 Ogos itu hari lagi. Jadi sebenarnya, pelantikan ini sesuatu yang boleh mempengaruhi operasi dan fungsi SUHAKAM itu sendiri.

Jadi, kegagalan dalam melantik pengerusi baharu boleh menyebabkan kelewatan dalam pengambilan keputusan penting dalam pelaksanaan program- program penting SUHAKAM. Sebagai badan yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi ini, kehadiran seorang pengerusi yang berkelayakan dan berpengalaman adalah kritikal untuk memastikan kelancaran kerja SUHAKAM ini.

Jadi, pengerusi baharu perlu memiliki keupayaan untuk memimpin dan menguruskan suruhanjaya dengan cekap, serta mempunyai integriti yang tinggi untuk menangani isu-isu sensitif yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Permasalahan ini mungkin menimbulkan pertanyaan tentang proses pelantikan. Jadi, kecekapan kepada badan yang bertanggungjawab dalam melantiknya dan kesan jangka panjangnya terhadap kredibiliti dan keberkesanan SUHAKAM ini sebagai badan hak asasi manusia di Malaysia. Saya mengharapkan lantikan Pengerusi SUHAKAM ini dipercepatkan tanpa ada campur tangan luar.

Saya ingin sarankan di sini bahawa SUHAKAM ini perlu memperluaskan lagi definisi kepada hak-hak asasi sebab dalam laporan, hanya pada perkara-perkara yang tertentu sahaja. Tidak meluas ya.

Pertama, kita lihat kepada apa yang berlaku diskriminasi kepada Parlimen, Ahli Parlimen pembangkang. Kita lihat, okey. Poin utama saya, ingin sentuh dalam laporan Suruhanjaya SUHAKAM ini tentang hak peruntukan pihak pembangkang kerana ia melibatkan hak asasi manusia dan juga keadilan.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita sedia maklum bahawa SUHAKAM ini merupakan badan yang diwujudkan untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia.

Jadi, sepatutnya peruntukan pembangkang ini tidak perlu rundingan. Jadi, perbincangan atau menetapkan syarat-syarat tertentu perlu disalurkan secara adil mengikut Perlembagaan.

draft • 12:57 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Besut. Besut, saya nak tanya sikit, Besut.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini kerana Parlimen- minta maaf. Saya tak cukup masa.

draft • 12:57 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak bagi, Besut?

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maaf, saya tak cukup masa. Okey?

draft • 12:57 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ala, Besut. Tak boleh ya?

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, ini kerana Parlimen pembangkang itu rakyatnya adalah rakyat Malaysia, yang sudah jelas berhak menerima peruntukan. Bukan macam isu Ambalat itu hari. Jadi, kita lihatlah ya.

Semasa PN jadi kerajaan dahulu, semua ada. Pembangkang dapat.

Jadi, sekiranya politik negara kita ini nak maju ke depan, kerajaan seharusnya memberi peruntukan yang seimbang kepada semua ahli politik tanpa mengira blok kerajaan ataupun pembangkang dan penguatkuasaan yang ketat perlu dilaksanakan bagi memantau ahli-ahli politik. Bagi, tetapi pantau yang menerima peruntukan agar digunakan dengan sebaik mungkin.

Jadi, untuk pembangunan dan juga kesejahteraan rakyat. Ini yang saya kata, sebagai hak asasi rakyat. Oleh itu, bercakap tentang peruntukan ini...

draft • 12:57 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Peraturan Dewan.

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apakah masalah ini?

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan 36(12), di mana Ahli-ahli yang berbahas tidak boleh mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan. Timbalan Speaker, tadi kita dengar bahawa Yang Berhormat Besut telah mengatakan ketika Perikatan Nasional menjadi kerajaan, peruntukan diberi kepada semua Ahli Parlimen. Itu tak betul.

Ketika Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, tidak ada peruntukan. Yang Berhormat Timbalan Speaker pun tahu. Ketika Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri, baru kita dapat peruntukan diberikan kepada Ahli- ahli Parlimen pembangkang. Jadi, saya minta kenyataan itu diperbetulkan, Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, saya percaya tahu dan sedar perkara ini kerana ketika itu Timbalan Speaker juga merupakan Ahli Parlimen. Terima kasih.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya kata, diberi peruntukan, tak kira berapa banyak. Itu yang maksud saya. Semasa Pagoh pun, ada bagi.

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Masa Pagoh tak ada.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini dia menafikan. Ada bagi RM300,000. Ada bagi.

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak ada, tak ada.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini you punya apalah tetapi saya cakap, ada bagi. Ini you cakap tak bagi...

[Tidak jelas] Tak tahu.

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta ruling.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Kita bercakap tentang peruntukan pembangkang tadi...

draft • 12:57 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Maaf, Puan Yang di-Pertua. Saya pun nak bangkitkan 36(12), Standing Order Parliament. Ini adalah berkenaan dengan apa yang dibahaskan oleh Besut tadi.

Besut telah mengatakan tentang peruntukan dan hak asasi manusia tetapi kalau kita tengok dalam konteks Akta SUHAKAM itu, tafsiran seksyen 2, Akta SUHAKAM adalah bahawa hak asasi manusia ini merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan.

Saya percaya, apa yang dibangkitkan oleh Besut itu tidak termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan. Jadi, saya mohon supaya Besut jangan mengelirukan Dewan dan tarik balik apa yang dikatakan bahawa ini merupakan satu isu hak asasi manusia.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya kata- yang saya kata, perlu diperluaskan makna definisinya.

draft • 12:57 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya tetapi definisinya tak ada.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu saya kata. Saya tak kata pun apa yang termaktub dalam- ini pun, yang itu hari tak ikut aturan pun, tak bercakap. Menteri bawa itu hari.

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apalah. Saya tunggu Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, ingin saya katakan bahawa akhirnya...

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang akhir, sila gulung.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berkenaan dengan royalti, mencabuli hak asasi manusia Terengganu, negeri Terengganu ya sebab kita lihat, isu royalti ini belum dikembalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebenarnya, ada perjanjian tahun 1974 antara kerajaan Terengganu dengan PETRONAS.

Jadi, kalau kita lihat Butiran 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, hasil perlombongan dan juga galian adalah hak negeri. Jadi, sebenarnya kerajaan Terengganu berhak untuk mendapatnya.

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, isu peraturan juga tentang royalti.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan apa lagi?

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker tahu, 2018 ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan, royalti dibayar tetapi wang itu digunakan untuk beli Mercedes. Itu adalah fakta.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini Terengganu. Saya bercakap pasal Terengganu. You cakap, jangan cakap pasal Kelantan.

draft • 12:57 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tetapi royalti dibayar.

Royalti memang dibayar.

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat sila duduk dulu. Biar Yang Berhormat Menteri jawab nanti. Sila gulung.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa panas, panas kah..?

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apakah ini?

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Boleh gulung?

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya lah. Masalahnya sekarang, Jelutong kacau saya. Dia saja tak nak bagi saya bercakap.

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okeylah. Jadi, masa sudah tamat. Sila duduk.

draft • 12:57 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bagi saya gulung. Jadi, hak kerajaan Terengganu ini adalah sebenarnya perlu diberi. Jadi, kalau tidak diberi, ini melanggar prinsip keadilan dan juga hak asasi manusia telah dinafikan. Terima kasih.

draft • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Besut.

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam sudah menunjuk pukul 1.05 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.

draft • 12:57 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat, kita sambung balik pembahas tadi. Dijemput, Yang Berhormat Shah Alam. Silakan.

draft • 2:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Izin saya membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2021 dengan mengucapkan penghargaan kepada pihak SUHAKAM atas segala inisiatif mereka dalam mengangkat agenda hak asasi manusia di Malaysia ini.

Agenda mengangkat hak asasi manusia yang dibawa oleh SUHAKAM ini umumnya memang selari dengan prinsip Islam dan juga maqasid syariah untuk memelihara kemuliaan insan dan memenuhi tuntutan agama. Secara asasnya, maqasid syariah itu terdiri daripada lima komponen utama iaitu hifz ad-din

(memelihara agama), hifz an-nafs (memelihara nyawa), hifz al-aql (memelihara akal), hifz nasab (memelihara keturunan) dan hifz al-mal (memelihara harta). Kelima-lima ini adalah komponen utama dalam maqasid syariah dalam sudut maslahah iaitu maslahah dharuriyah, yakni kemestian yang ada kepada setiap jiwa yang bergelar insan. Penjagaan hak asasi manusia ini adalah merupakan satu maslahat dharuriyah kerana kita mengangkat prinsip kemuliaan insan iaitu karamatul insaniah.

Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada Jadual 9 Laporan SUHAKAM 2021 dan Jadual 7 Laporan SUHAKAM 2022, terdapat trend kenaikan khususnya pada Perkara 12 iaitu hak kepada kewarganegaraan. Pada tahun 2021, sebanyak 76 aduan dicatat dan pada tahun 2022, sebanyak 104 aduan yang telah pun dilaporkan.

Secara kasarnya, hampir 36 peratus kenaikan berlaku dalam aduan terhadap isu hak kepada kewarganegaraan ini. Maka, isu hak kewarganegaraan ini memang sudah acap kali diberi perhatian oleh pihak SUHAKAM, terutamanya yang terkait dengan kanak-kanak tanpa warganegara.

Saya percaya bahawa pihak KDN memang telah mengambil langkah yang proaktif dengan sesi libat urus sehingga terhasilnya RUU pindaan Perlembagaan yang telah dibaca kali pertama pada sidang Parlimen yang lepas. Ia satu permulaan

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

yang sangat baik kepada penyelesaian masalah yang boleh memberi akses pendidikan dan kesihatan awam bagi menjamin hak asasi golongan ini.

Jika kita lihat, hak kewarganegaraan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan juga kesejahteraan individu serta kesejahteraan maruah seseorang itu. Tanpa kewarganegaraan, seseorang itu kehilangan maruahnya.

Malah seseorang itu juga mungkin tidak dapat mengakses kemudahan kesihatan yang boleh menjejaskan jiwa dan nyawa mereka yang menyebabkan hak mereka dalam maqasid hifz an-nafs yakni yang memelihara jiwa itu dinafikan.

Begitu juga dengan aspek pendidikan, yakni memenuhi tuntutan memelihara akal (hifz al-aql). Saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pendidikan, apakah perancangan pihak kementerian dalam memudahcara bagi membuka akses kepada pendidikan untuk kanak-kanak yang masih belum mempunyai dokumen warganegara yang sah?

Betul, mereka boleh mendapat pendidikan tapi mendapat pendidikan swasta.

Kena bayar dan kena bayar lebih banyak. Kalau kena bayar ini, maksudnya ini sudah merupakan satu maslahah dari segi sudut hajiyyah. Maksudnya, dari segi sudut keperluan sahaja, bukannya kemestian asas. Kemestian asas adalah merupakan dharuriyah yang mesti diperoleh oleh setiap kanak-kanak yang sedang membesar.

Begitu juga dengan aspek kesihatan mereka. Mereka mesti juga mendapat akses kesihatan yang percuma sebagaimana yang dimiliki oleh setiap warganegara yang ada dalam negara kita ini.

Saya mohon pihak kementerian yang baru-baru ini telah membuka ruang seluas-luasnya kepada semua pusat khidmat. Saya juga menerima banyak puluhan warga yang datang ke pejabat saya untuk memohon surat sokongan bagi mendapatkan hak kewarganegaraan ini. Saya mohon pihak Kementerian Dalam Negeri menyatakan statistik terkini bagi isu kewarganegaraan ini mengikut permohonan yang telah pun dikemukakan. Dan sepanjang Kerajaan Madani ini mentadbir, berapakah yang telah pun diluluskan sehingga ini, khususnya bagi tahun 2024?

SUHAKAM juga melaporkan hal berkaitan dengan pemeliharaan kestabilan sistem kehidupan manusia iaitu pemeliharaan alam sekitar. Bumi dan segala isinya adalah merupakan satu anugerah dan harta yang tidak ternilai, merupakan khazanah terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT. Ia adalah merupakan satu kemestian yang perlu kita beri perhatian yang serius kerana ia menyentuh bab hifz al-mal iaitu harta.

Seperti laporan SUHAKAM, kemerosotan alam sekitar dan perubahan iklim bukan sahaja memberi impak kepada kehidupan masyarakat terutamanya golongan

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

rentan seperti Orang Asal, warga emas, orang kurang upaya, wanita dan kanak- kanak serta pelarian, malah ia juga memberi kesan terhadap ekonomi negara kita.

Pada tahun 2018, kita digemparkan dengan penemuan kontena-kontena yang penuh dengan sisa plastik. Tahun 2022, beberapa kontena sisa plastik tercemar dikesan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menemui 106 kontena mengandungi sisa bahan elektrik dan elektronik (e-waste) yang diseludup masuk ke negara ini berselindung dengan pengimportan barangan logam. Ia hasil daripada usaha bersepadu menahan 301 kontena bersama Jabatan Kastam bagi tempoh 21 Mac hingga 19 Jun 2022.

Antara syor, Dato’ Yang di-Pertua, yang dikemukakan oleh Laporan SUHAKAM 2021 berkenaan dengan perkara ini adalah kerajaan harus memenuhi piawaian Konvensyen Basel dan meningkatkan penyertaan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk menangani perdagangan sisa haram.

Jadi, saya mohon pihak kementerian untuk menjelaskan apakah statusnya setakat ini langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani perihal perdagangan sisa haram ini.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Akhirnya, saya ingin sentuh Dato' Yang di-Pertua berkenaan dengan UNHCR yang berkait rapat dengan isu di depot tahanan dan juga imigresen. Jika diteliti dalam kedua-dua Laporan Tahunan SUHAKAM ini, terdapat lambakan tahanan dalam kalangan pencari suaka dan juga pelarian di depot-depot tahanan imigresen sehingga berlakunya dan tersebarnya penyakit berjangkit malah ianya menyebabkan penahanan yang berpanjangan.

Antara yang ditekankan oleh pihak SUHAKAM adalah berkaitan dengan penafian akses UNHCR memasuki depot tahanan Imigresen menyebabkan mereka tidak berjaya membebaskan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR Malaysia, termasuklah pelarian Rohingya.

Oleh sebab itu, saya ingin mohon penjelasan daripada pihak KDN, mengapakah isu ini masih lagi berlaku dan apakah halangan-halangan yang ada jika akses berkenaan diberikan kepada pihak UNHCR dan akhirnya, terdapat beberapa percanggahan berkenaan dengan data yang dikemukakan oleh UNHCR dengan yang dikemukakan oleh pihak KDN. Jadi, saya mohon pihak KDN menjelaskan apakah ada solusi bersama, kerjasama di antara pihak kementerian dan UNHCR untuk menyeragamkan angka-angka dan statistik perihal pelarian dan pencari suaka di negara kita ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2021 dan tahun 2022. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Laporan SUHAKAM 2021 dan 2022 pada hari ini.

Saya mulakan perbahasan saya dengan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Satu tindakan genosid yang dilakukan negara haram Israel ke atas rakyat Palestin, sekatan penuh yang melucutkan akses penduduk Rafah dan Palestin, termasuk sekatan bekalan makanan, perubatan dan pendidikan adalah pelanggaran yang paling serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Saya juga menggesa kerajaan dan SUHAKAM bersama-sama dengan semua pihak antarabangsa agar terus menekan rejim Zionis Israel yang secara terang-terangan melanggar prinsip hak asasi manusia dan mengabaikan hak rakyat Palestin dalam semua forum antarabangsa, termasuk dianjurkan oleh pelbagai pihak yang ada.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian tentang cadangan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 yang dicadangkan oleh SUHAKAM dalam laporan 2022. Dalam pindaan tersebut adalah dicadangkan SUHAKAM mempunyai mandat berkanun untuk melawat tempat tahanan tanpa notis awal bagi memastikan tempat-tempat ini mematuhi prinsip hak asasi manusia.

Saya ingin menyatakan sokongan terhadap beberapa item dalam cadangan pindaan akta ini tetapi terdapat juga beberapa item yang perlu dikaji semula. Ini berikutan siasatan SUHAKAM ke atas tiga kes kematian dalam tahanan pada tahun 2022 iaitu dua kes berlaku di penjara dan satu kes berlaku di depot Imigresen.

Pada tahun lalu pula, kita mempunyai kes kematian dalam tahanan seperti yang berlaku di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. Walaupun jumlah kematian individu dalam tahanan polis yang direkodkan pada tahun 2022 menurun sebanyak 48 peratus kepada 24 kes berbanding 46 kes sebelumnya, saya melihat sudah sampai masanya untuk kita memberi sedikit kuasa kepada SUHAKAM bagi memerhati segala perkara yang berlaku dalam tahanan,

draft • 2:42 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

khususnya termasuk juga soal risiko kepada tahanan-tahanan yang mempunyai jangkitan penyakit berjangkit yang serius seperti HIV dan sebagainya.

Sebab dalam tempoh tahanan sama ada lokap polis ataupun tahanan Imigresen, mereka ini sebenarnya terdedah kepada jangkitan sebab pemeriksaan belum dibuat secara detil terhadap kesan-kesan jangkitan penyakit. Ini saya fikir perlu diberi perhatian oleh pihak SUHAKAM.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga mengambil maklum bahawa SUHAKAM menekankan akses kepada persekitaran yang bersih sebagaimana yang disebut oleh rakan saya daripada Shah Alam tadi. Sebagai contoh, pada tahun 2021, SUHAKAM telah menerima sebanyak 617 aduan berkaitan dengan alam sekitar dan kita juga menghadapi isu import sisa plastik sebagaimana yang dibangkitkan. Negara kita menjadi destinasi utama untuk eksport sisa plastik dunia daripada negara- negara maju khususnya.

Dalam laporan 2021 menyatakan sejak Januari hingga Julai 2018, Malaysia telah mengimport lebih kurang daripada 750,000 tan sisa plastik seperti yang dilaporkan. Kerajaan telah berjaya menurunkan hampir separuh sisa plastik kepada 350,000 tan pada tahun 2022. Namun, masalah ini dilihat seperti sudah sebati masyarakat.

Kempen kesedaran dan advokasi perlu terus dipertingkatkan agar kesedaran masyarakat berkenaan penggunaan plastik ini meningkat kesedarannya bagi mencegah dan menjaga kelestarian alam sekitar. Apa yang mendukacitakan dan mengejutkan kita dalam laporan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan tenaga daripada UK yakni Utility Biden, Malaysia menjadi antara negara yang mencemar lautan pada kadar 2.29 kilogram plastik per kapita setiap tahun dan lautan kita menjadi lautan yang nombor lima paling cemar di dunia dengan plastik. Ini sangat serius dan perlu diberi perhatian serius. Sebab itu beberapa tindakan perlu dibuat oleh pihak SUHAKAM dan pelbagai agensi termasuk pihak kementerian bagi memastikan laut kita ini tidak tercemar dengan sisa plastik.

Selain daripada itu, saya melihat SUHAKAM juga harus memainkan peranan penting dalam memastikan hak asasi manusia untuk hidup dalam persekitaran yang selamat. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science and Technology mencatatkan bahawa Malaysia menduduki tempat pertama daripada 109 negara dalam penggunaan mikroplastik dan tempat kesembilan paling banyak menyedut zarah mikroplastik. Secara purata, setiap penduduk Malaysia mengambil 502.3 miligram mikroplastik setiap hari menyamai 37 keping kad kredit setahun. Ini yang disedut oleh rakyat Malaysia setiap hari. Selain daripada itu, Malaysia turut menyedut hampir menyamai 300 keping setahun yakni lebih 50 peratus daripada pengambilan ini

draft • 2:42 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

datang daripada makanan-makanan yang kita makan di lautan seperti ikan, sotong dan sebagainya.

Selain daripada itu, Malaysia turut menyedut hampir 500,000 partikel mikroplastik setiap hari per kapita. Ini berpotensi memberi kesan kepada penyakit pernafasan, kanser dan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dan berdaya saing perlu diberi perhatian supaya kita tidak mengorbankan isu kesihatan rakyat kita.

Selain daripada itu, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang penyalahgunaan kad UNHCR. Mutakhir ini, kita dapati ramai pemegang kad ini menyalahgunakan kad tersebut. Sama ada mekanisme pemberian kad perlu diberi perhatian supaya penyalahgunaannya tidak dapat dibendung dan dapat dikawal.

Sebelum saya menutup, ada dua perkara. Yang pertama sekali, kita dapat aduan terhadap penyalahgunaan anggota pasukan keselamatan dalam siri-siri kempen pilihan raya termasuk yang sedang berlaku di Sungai Bakap. Ramai anggota polis diarahkan pergi ke tempat-tempat ceramah merakam. Kadang sampai 10 rakaman dibuat bahkan pemantauan sampai dibuat di bilik-bilik gerakan parti-parti pembangkang sekalipun. Saya fikir ini telah melampaui dan mengganggu hak asasi, hak berpolitik yang dijamin dalam Perlembagaan.

draft • 2:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kubang Pasu, saya minta laluan. Sikit sahaja. Kalau boleh diberikan.

draft • 2:42 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kubang Kerian, Kubang Kerian.

draft • 2:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, terima kasih.

Kubang Kerian, minta maaf. Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Kubang Kerian. Setuju bahawa kehadiran anggota-anggota ini, pertama soalan saya adalah untuk memastikan bahawa semuanya berjalan dengan lancar. Keselamatan terjamin sewaktu kempen pilihan raya, bagi menjamin pihak sebelah sana juga. Keduanya, untuk memastikan bahawa tidak ada ucapan-ucapan kebencian dibuat seperti yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah mengatakan bahawa tidak ada bekalan air di Sungai Bakap...

draft • 2:42 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey, okey.

draft • 2:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...semata-mata kerana penduduknya ramai orang Melayu. Setuju tidak?

draft • 2:42 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey. Terima kasih, terima kasih.

draft • 2:42 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu merupakan ucapan kebencian oleh Menteri Besar Kedah.

draft • 2:42 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya tengok, saya akui bahawa perlu ada rakaman tetapi takkan sampai 10 agensi, beratus-ratus agensi dikawal seolah-olahnya kawalan dibuat ataupun pemerhatian dibuat melebihi apa yang sepatutnya yang berlaku. Saya akui bahawa pihak keselamatan ada hak untuk buat rakaman tetapi sampai peringkat bilik gerakan, masuk dalam bilik gerakan, memantau semua sekali seolah-olahnya kebebasan kita dalam konteks politik ini terganggu. Bahkan saya nak sebut pengalaman peribadi saya di dalam DUN saya juga. Setiap kali saya turun pun ada pihak polis mengiringi ambil gambar apa yang saya sumbang pada rakyat, ya.

draft • 2:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Gambar beras pun diambil, gambar sumbangan diambil. Siapa yang saya jemput pun diambil, seolahnya pasukan keselamatan disalahgunakan kepada untuk mengawal keselamatan parti pemerintah bukan lagi kepada hak rakyat untuk berpolitik. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa setiap organisasi memerlukan nakhoda bagi menggerakkannya dengan untuk memberi kesan...

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya minta maaf, Speaker. Saya...

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Hal ini tidak terkecuali bagi SUHAKAM...

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, peraturan Dewan, Speaker.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

Mengenai ucapan Yang Berhormat tadi yang mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia disalahgunakan. Saya merujuk pada peruntukan 36(6). Jangan kita membuat tuduhan terhadap Polis Diraja Malaysia yang tidak mampu mempertahankan diri di Dewan yang mulia ini.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di- Pertua, saya- dia salah faham. Jangan miss- jangan menyalahkan- faham apa yang saya sebut.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tapi, tapi kenyataan itu dibuat oleh Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kubang Kerian bagi saya dengar dahulu.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenyataan Yang Berhormat menyatakan bahawa setiap kali kita berkempen atau pergi ke kawasan, Polis Diraja Malaysia dikerahkan oleh kerajaan sekarang untuk seolah-olah ingin mengganggu-gugat ketenteraman ataupun mengganggu-gugat kita, tidak. So, saya minta Timbalan Speaker buat ruling, jangan kita sahaja pakai hentam sahaja Polis Diraja Malaysia. Mereka hanya menjalankan tugas dan mereka tak mampu mempertahankan diri di Dewan yang mulia ini supaya waswas bila kita berucap nanti.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Saya...

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di- Pertua, saya jelaskan dulu.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar.

Sebentar, Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan 36(6), “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas apa-apa...”

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker pun dulu seorang bekas anggota polis kanan yang tegas. Tidak boleh kita hentam polis macam itu sahaja.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat saya tengah buat ruling ini ya. “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain”. Baik, dalam konteks ucapan Yang Berhormat Kubang Kerian, saya mengambil kira sebagai satu analogi yang tidak ada kaitan bagi saya yang mentafsirkan 36(6). Teruskan, Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya harap kita jelas ya.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, tolong gulung, masa cukup.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya hendak gulung. Baik, terima kasih. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa setiap organisasi memerlukan nakhoda bagi menggerakkannya supaya ia lebih berkesan. Hal ini juga tidak terkecuali bagi SUHAKAM yang masih lagi tiada nakhodanya selepas peletakan jawatan Pengerusi SUHAKAM sebelum ini, Datuk Rahmat Mohamad pada 31 Ogos 2023.

Saya melihat sampai masanya pihak kerajaan untuk meneliti jawatan ini dan mengisi kekosongan yang ada supaya SUHAKAM dapat berfungsi dengan sebaik mungkin dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada SUHAKAM.

draft • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu ucapan saya petang ini terima kasih di atas ruang yang diberi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya untuk ambil bahagian untuk membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2021 dan 2022. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB Menteri Undang-undang dan juga Kerajaan Perpaduan atas komitmen untuk memastikan bahawa laporan SUHAKAM bukan sahaja di bentang di Dewan ini tetapi juga adanya peluang untuk membahas laporan tersebut secara mantap dan menyeluruh.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa di bawah Kerajaan Madani, Parlimen Malaysia sedang menetapkan sebuah standard amalan Parlimen yang baharu yang lebih demokrasi dan lebih bermutu. Maka di sini saya ada beberapa cadangan.

Pertama, untuk memastikan amalan-amalan positif ini kekal dan akan terus dipraktik di masa hadapan, kewajipan untuk membahas laporan-laporan SUHAKAM ini di Parlimen mestilah diperuntukkan secara spesifik di dalam Akta SUHAKAM dan juga Peraturan Mesyuarat Dewan ini.

Sebagai contoh mungkin pindaan-pindaan boleh dibuat kepada undang- undang dan peraturan berkenaan untuk mewajibkan laporan SUHAKAM dibentangkan untuk dibahas di Dewan Rakyat melalui usul yang digerakkan oleh Menteri berkenaan dalam tempoh masa tertentu dari tarikh penyerahan laporan tersebut kepada Dewan. Saya mengesyorkan sedemikian kepada YB Menteri dan juga kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Cadangan kedua saya adalah agar satu Jawatankuasa Parlimen Tetap dikanunkan di dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dengan mantap untuk memantau dan menyemak hak asasi manusia di Malaysia.

Dato’ Timbalan Speaker, pada hakikatnya mana-mana jawatankuasa Parlimen boleh dimantapkan untuk meneliti isu-isu hak asasi manusia dalam skop kerja mereka. Akan tetapi penubuhan jawatankuasa Parlimen dengan mantap, eksklusif ke atas hak asasi manusia akan menggalakkan pengkhususan dan juga kepakaran.

draft • 2:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Memang pada masa ini ada sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dengan mantap ke atas perkara-perkara hak asasi manusia iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi dan saya sebagai ahli jawatankuasa tersebut, kita telah menyaksikan dan merasai sendiri keberkesanan dan kebergunaan sebuah jawatankuasa yang diberi mandat khusus untuk menjaga hak asasi rakyat Malaysia.

Adalah tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa sekarang ini jawatankuasa kami telah pun menjadi satu platform yang penting kepada komuniti pemegang taruh SUHAKAM dan juga kepada badan-badan kerajaan. Maka memandangkan betapa pentingnya peranan jawatankuasa kami pada masa ini, saya rasa adalah wajar dan wajib bahawa kita mesti memastikan jawatankuasa yang serupa akan terus wujud kepada generasi-generasi masa hadapan.

Saya harap YB Menteri akan menyokong cadangan saya bahawa Dewan yang mulia ini menginstitusikan sebuah Jawatankuasa Hak Asasi Manusia di dalam peraturan-peraturan mesyuarat yang akan diberikan kedudukan tetap dan mantap khusus sepertimana dengan PAC iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Dato’ Timbalan Speaker, cadangan ketiga saya ialah saya ingin mencadangkan kepada Menteri supaya Menteri boleh mengadakan pertemuan dengan CSO ataupun NGO secara berjadual dengan konsisten. Barangkali setiap dua bulan berjumpa dengan CSO dan juga NGO agar supaya suara mereka dan juga pandangan mereka dapat didengari, dibincang supaya kita dapat menunaikan atau mencapai hasrat kita untuk mencapai satu negara yang mempertahankan hak asasi manusia.

Ya, memang benar hari ini kita ada APPG iaitu seperti pertubuhan APPG, yang mana kita mungkin boleh berhubung dengan jabatan yang berkenaan tetapi saya rasa adalah lebih berkesan kalau Menteri sendiri boleh berjumpa dengan CSO dan NGO mengikut jadual. Begitu juga cadangan keempat saya ialah untuk kita mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya kita melantik pemimpin pergerakan hak asasi sebagai Senator di Dewan Negara.

Contohnya kita boleh lantik Pengerusi BERSIH, Pertubuhan BERSIH kita lantik beliau menjadi senator supaya dia ada satu lagi satu platform untuk mereka menyuarakan dan memberi cadangan yang baik kepada pihak kerajaan untuk kita mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia. Saya rasa kalau kita dapat melantik mereka sudah pasti dia menunjukkan keterbukaan Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Satu lagi cadangan Dato’ Timbalan Speaker, saya minta sedikit masa iaitu bagi saya asas yang terutama untuk kita mempertahankan hak asasi manusia ialah

draft • 2:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

melalui pilihan raya. Maka sudah pasti proses pilihan raya itu adalah penting untuk kita memastikan perjalanan satu pilihan raya yang bersih untuk kita memilih wakil rakyat.

draft • 2:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Maka dalam hal ini, saya ingin menyeru ya kepada pihak kerajaan supaya apabila ada pelantikan, sama ada pengerusi ataupun anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), haruslah merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Pilihan Raya dan juga institusi reform di mana pengerusi jawatankuasa saya telah ya, mengemukakan supaya kita boleh bantu pihak kerajaan untuk meneliti, menyemak, memberi pandangan, cadangan tentang calon-calon Pengerusi SPR ini.

Jadi, apa yang saya lihat apabila pengumuman semalam mengatakan sudah seorang calon telah dilantik sebagai Pengerusi SPR, tetapi tanpa merujuk kepada jawatankuasa pilihan khas tersebut, saya rasa kecewa. Saya rasa kita sebagai satu kerajaan yang inginkan reformasi sepatutnya kita lakukan dengan lebih baik, merujuknya kepada jawatankuasa pilihan khas. Kita bukan nak campur tangan atau pun nak ambil alih kuasa Perdana Menteri, tetapi kita nak bantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kita dapat memilih, menamakan satu calon yang benar-benar boleh bantu untuk kita mereformasikan sistem pilihan raya yang ada di negara kita.

Akhir sekali Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin membangkitkan satu isu yang berlaku pada 28 Mei 2024 di mana dalam insiden tersebut, seorang pengiring keselamatan yang didakwa telah memukul pemandu e-hailing yang juga merupakan seorang kurang upaya (OKU). Dalam insiden tersebut, kita lihat ada golongan polis yang cuba meminta supaya mangsa menarik balik laporan polis. Jadi dalam hal ini, kita harap supaya satu siasatan menyeluruh...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Dapat dijalankan dan perlu ambil tindakan undang-undang sekiranya ada anggota polis yang salah guna kuasa, supaya kita mengembalikan keadilan terutamanya kepada mangsa dalam insiden ini.

Jadi dalam hal ini, saya harap supaya SUHAKAM dapat bertindak menyiasat isu ini dan barangkali sudah tiba masanya untuk kita mempertimbangkan semula tentang kita nak tubuhkan IPCMC.

Dengan itu Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin ucapkan terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Soalan pertama saya berkenaan dengan SUHAKAM ini, kenapakah digabungkan laporan tahun 2021 dan 2022?

Adakah ini bercanggah dengan kehendak akta dan laporan bahawa ini harus dibentangkan secara tahunan? Itu yang pertama.

Yang kedua, penjagaan SUHAKAM bukan hanya hak asasi manusia sebagai individu, tetapi juga sebagai sebuah negeri dan juga sebuah negara di mana antara perkara yang dialami di Kelantan ialah kegagalan Kerajaan Pusat untuk menyediakan dalam membantu infra dan fasiliti, terutama membabitkan infra yang berkaitan dengan air.

Kita difahamkan bahawa sekitar 48.5 peratus merupakan kadar NRW tertinggi di Malaysia dan kita difahamkan daripada jawapan Menteri bahawa satu tawaran telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan di mana Kerajaan Negeri Kelantan belum menjawab. Bila kita refer kepada pihak yang berkenaan, dimaklumkan bahawa surat tawaran pinjaman RM500 juta belum lagi diterima oleh kerajaan negeri.

Jadi, saya mohon kepada pihak kerajaan dalam menimbangkan hak asasi manusia ini memastikan bahawa hak asasi orang Kelantan untuk dapatkan air ini benda yang penting. Jadi kalau maklum hantar, mesti hantar sungguh-sungguh.

Kalau belum hantar, tolong hantar dengan segera. Kerana sekarang ini masalah kemarau, kerosakan infrastruktur menyebabkan kita tidak mampu untuk mempunyai bekalan air yang mencukupi. Jadi, ini penting.

Yang seterusnya berkaitan dengan melihat kepada federal, kepada Perlembagaan Malaysia. Sudah sampai masanya dengan izin, kita revisit federalist, state list dan juga concurrence list yang kita lihat hari ini kebanyakan dasar-dasar ataupun perkara yang dibuat lebih kepada federal centric. Jadi, ini menyebabkan banyak masalah kepada negeri-negeri di mana kelewatan dalam mendapatkan peruntukan boleh menyebabkan penangguhan dan meningkatkan risiko kepada rakyat sama ada risiko air, risiko kemarau, risiko banjir dan sebagainya.

Sebagai contohnya, kita lihat kepada program ataupun projek PLSB Sungai Kelantan yang baru mencapai 87.74 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap pada April tahun depan. Jadi kalau ini berlaku, menyebabkan bila datang banjir akan lagi risiko. Sekarang ini bila kemarau, berdebu. Bila hujan, keadaan sangat berselut. Jadi, akan menzalimi penduduk yang berada di sekitar dengan tebatan tersebut.

Saya juga ingin melihat kepada pihak SUHAKAM supaya melihat kepada kekurangan tanah pertanian di Malaysia yang telah pun berkurang sebanyak 30,000

draft • 3:03 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

hektar daripada tahun 2017 hingga 2020. Perkara ini akan memberikan kesan kepada negara dalam tempoh 10 tahun kerana polisi pertanian negara dan juga keadaan semasa tidak menyebabkan satu penggantian kepada tanah-tanah pembangunan yang digunakan untuk tanah pertanian.

Jadi, ini penting kepada kita kerana kita mahu mengurangkan kebergantungan makanan import oleh Malaysia dan juga penguasaan kartel. Jadi, hari ini kita dimaklumkan bahawa bilangan import telah pun meningkat daripada RM51 bilion kepada RM55 bilion. Jadi, ini akan menyebabkan lagi tekanan kepada kita kerana perancangan negara, hak asasi manusia untuk makanan yang betul perlu dilihat dan ia bermula dengan tanah, bukan hanya dengan menanam tersebut.

Saya juga ingin merujuk kepada keadaan yang berlaku. Hari ini kita lihat antara golongan yang selalu dikatakan miskin adalah golongan nelayan. Kita lihat di Tumpat sebagai contohnya, peningkatan hasil nelayan adalah sangat rendah. Jadi, kita mohon kepada pihak kerajaan untuk memberikan suatu hala tuju yang lebih jelas supaya boleh membantu nelayan-nelayan kita menggunakan teknologi terkini dengan kepakaran terkini supaya dapat menghasilkan hasil yang terbaik perikanan kepada negara dan juga sumber protein.

Begitu juga kita lihat dalam negara kita tidak ada skala ataupun ladang tenusu berskala besar yang menyebabkan kebergantungan kita kepada import dan ini menyebabkan kadar terbantut negara kita juga tinggi. Begitu juga dengan hasil buah dan sayur yang kita lihat hari ini kekurangan perkara ini, harga yang mahal dengan keadaan semasa menyebabkan rakyat tidak makan dan ini akan menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit yang lebih mengakibatkan kerugian kepada negara.

Begitu juga dengan harga. Kita dimaklumkan semalam bahawa harga besi akan meningkat kepada RM4,000. Jadi dalam hal ini, saya mohon kepada pihak kerajaan dari segi hak asasi manusia untuk mendapat perumahan. Jadi apabila harga besi tinggi, ada pula perbincangan, rundingan di antara pihak developer dengan bank hari ini menyebabkan kita tengok harga rumah sewa pun tinggi, harga rumah pun tinggi. Jadi, ini perlu dilihat sebagai hak asasi manusia.

Yang seterusnya berkenaan dengan isu yang selalu kita bangkitkan berkenaan dengan pakaian, pakaian pramugari dalam MAS, dalam AirAsia dan dalam beberapa penerbangan yang mana ke Jeddah boleh pakai tudung, tidak ke Jeddah, tak boleh pakai tudung. Ini double standard, ini hak asasi manusia kerana ramai di kalangan mereka ini orang yang solat. Jadi kasihan kepada mereka yang terpaksa buka tudung, pakai tudung, buka tudung, pakai tudung. Ini benda yang sepatutnya dijaga oleh pihak SUHAKAM dan perkara ini sangat mudah sebenarnya.

Kita juga harus melihat kepada hak kita sebagai contoh, kita orang Melayu berhak untuk mengetahui sejarah, dilihat kembali pemeliharaan sejarah tamadun

draft • 3:03 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Melayu kerana kesantunan Melayu hari ini merupakan bukti emperikal ketinggian dan kesopanan Melayu yang asal. Jadi kalau hari ini kita perlu lihat bagaimana bahasa, pakaian, identiti, budaya itu perlu ditingkatkan kembali. Kalau perlu ditulis semula, ditulis semula.

Saya juga ingin merujuk kepada program-program pengangkutan seperti program ECRL, LPT3 yang merupakan antara perkara yang diingini dan diimpikan oleh rakyat Kelantan, terutamanya di kawasan Tumpat kerana hari ini ECRL berhenti di Kota Bharu. Apa salahnya untuk memberikan setelah kita 70 tahun merdeka ini supaya sampai kepada akhir. Mula di Johor, berakhirlah di Kelantan dan berakhir bukan di tengah-tengah, tetapi berakhirlah di sempadan supaya kita dapat memastikan gerakan ekonomi yang lebih baik.

Saya juga ingin merujuk kepada satu lagi perkara yang berkeperluan di mana dalam kes di Hospital Tumpat, hospitalnya digunakan pelbagai jenis penyakit tetapi tidak ada prasarana untuk bilik bedah serta kekurangan alat peralatan kritikal. Yang ini menyebabkan masalah kepada rakyat kita di sana kerana jumlah rakyat di Tumpat meningkat kepada 200,000.

Dan yang terakhir, berkaitan dengan kanak-kanak. Sekarang ini kita lihat satu agenda baru yang dibawa oleh masyarakat...

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

36(12), mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis. Tadi Yang Berhormat ada sebutkan tentang harga besi yang naik RM4,000.

Sebenarnya kerajaan telah umumkan semalam, itu adalah fake news, berita tahun 2021. Jadi, minta tarik balik.

draft • 3:03 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Apa itu?

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Harga besi, harga RM4,000 lebih itu adalah fake news.

draft • 3:03 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tak, sekarang ini isunya ialah kalau harga itu ada, kita kena kawal kerana keperluan rakyat.

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tapi disebut harga RM4,000 itu.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 3:03 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Sekarang ini isunya...

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rantau Panjang, nanti dulu. Saya bagi floor ini kepada

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

yang bangkit peraturan. Saya nak tahu apa dia punya allegation, tuduhan dia.

Selepas itu Yang Berhormat bolehlah jelaskan. Kalau jadi cacamerba ini susahlah saya ya. Silakan, jelaskan bahagian mana, apa benda, baru boleh. Sila teruskan.

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tadi Yang Berhormat ada menyebutkan dalam menyebutkan harga besi naik RM4,100. Dalam kerajaan semalam, Kementerian Komunikasi mengatakan harga besi adalah fake news tahun 2021. Jadi, saya minta Yang Berhormat tarik baliklah. Itu saja.

draft • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu saja?

Okey, baik. Duduk Yang Berhormat Batu Pahat. Sekarang, Yang Berhormat Rantau Panjang bagi penjelasan.

draft • 3:03 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya mengatakan isu yang kita bangkitkan sini apa pun harga barang tidak kiralah besi ke apa, sebab saya kata ini akan menyebabkan harga rumah meningkat, harga sewa meningkat jadi kerajaan kena control. Ini adalah perkara yang perlu kepada manusia untuk hak asasi.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Itu tidak timbul, tetapi kenyataan tadi, tarik balik. RM4,200 itu.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya tidak sebut RM4,200 pun.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Batu Pahat. Saya tidak panggil Yang Berhormat Batu Pahat berdiri pun.

Baik, selesaikan dahulu, saya diganggu tadi. Cakap apa dia?

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Isu yang saya bawa adalah berkenaan dengan isu kenaikan harga barang membabitkan besi atau sebagainya.

Saya bukan merujuk kepada perkara yang sama ada RM3,000 ke RM5,000 bukan isunya. Sekarang ini kita bimbang kerana bila harga rumah itu naik, harga sewa meningkat dan sekarang ini apabila ada perbincangan di kalangan developer, dengan pemaju, dengan banker menyebabkan rakyat susah. Ini hak asasi manusia, itu yang pentingnya. Sekarang kita tidak kisah berapa, ini kerajaan kena control. Bagi saya ini bukan saya hendak sebut tentang highlight harga itu, sekarang kita kena ada tindakan bahawa kita kena faham hak asasi manusia perumahan. Itu sahaja.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, okey. Baik, baik. Faham-faham. Saya faham. Yang hendak buat keputusan itu saya, tidak payah cerita dengan dia.

[Ketawa] Baik, sekarang saya hendak tanya nombor satu, maklumat itu Yang Berhormat perolehi dari mana? Pasal allegation tuduhan

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

oleh Yang Berhormat Batu Pahat kata Yang Berhormat menyatakan benda itu daripada fake news. Sila jawab.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita tengok dari media, saya tidak tahu jawapan daripada Menteri sebab saya tidak dengar yang itu. Itu sahajalah.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi, tidak ada asas ya?

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ada asas sebab saya baca dalam media. Bagi saya, saya tidak kiralah harga berapa.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Media ya?

Media mana?

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dalam FB, FB.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya?

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dalam FB.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dalam FB?

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Aa ha.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagi saya kalau data itu, maklumat itu tidak benar, tidak boleh di-confirm-kan oleh YB sendiri yang bercakap dalam Dewan ini, jadi sila tarik baliklah bahagian itu ya.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yalah saya isu RM4,000 itu saya tarik balik, tetapi isu kerajaan kena tengok perkara itu kena dibuat. Itu yang saya rasa penting hendak hujahkan berkaitan.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, saya teruskan. Yang terakhir...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekejap, sekejap saya tidak habis lagi. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat apa yang diterangkan dalam majlis ini dikeluarkan, memang di luar kita subject kepada civil law boleh di-sue, di dalam sini yang akan menentukan pengerusi. Jadi berhati-hatilah supaya sedia maklum kita bercakap dalam hal ini live, kalau kita berpandu setakat Facebook, TikTok yang tidak di-confirm Yang Berhormat boleh ditegur. Baik, faham ya. Baik, saya bagi lagi balance dia, habiskan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Seterusnya berkenaan dengan agenda yang berlaku adalah childfree. Saya kira ini perkara yang SUHAKAM juga perlu beri perhatian supaya tidak menjadi agenda yang lebih besar di mana berkahwin tetapi tidak mahu mendapatkan anak. Ini akan memberikan kesan kepada negara untuk dasar pendudukan pada masa akan datang.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dan saya juga ingin menyebut bahawa dalam perbincangan dalam JKPK antara perkara yang di-highlight ialah keperluan untuk media melaporkan perkara yang bertanggungjawab dalam isu kanak-kanak dan mana-mana pihak yang melaporkan hal ini perlulah dipantau dan kita cadangkan supaya OCC diberi tanggungjawab ini bekerjasama dengan unit khas di KDN dan juga komunikasi bagi memastikan hak kanak-kanak ini terjaga. Dan saya juga ingin bertanya kepada pihak SUHAKAM tentang apakah SOP yang diguna pakai untuk kanak-kanak yang diletakkan ataupun ditempatkan di Serenti.

Kita ingin tahu, berapakah bilangan kanak-kanak yang berada di tempat tersebut dan yang seterusnya berkenaan dengan apakah tindakan kerajaan untuk memastikan penerusan pelajaran akademik kepada kanak-kanak yang berada di Sekolah Tunas Bakti kerana kita difahamkan bahawa terdapat kesukaran dan tekanan psikologi untuk kanak-kanak tersebut menyambung pelajaran di sekolah berdekatan berbanding dalam Henry Gurney, di mana pendidikan dibuat di sekolah berkenaan.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat sila gulung.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dan yang terakhir berkenaan dengan suatu petition yang dihantar oleh pihak penulis berkenaan dengan dakwaan buku-buku yang dihasilkan yang merupakan buku-buku lucah dan mengandungi kandungan erotik yang dijual di pesta buku kepada pelajar sekolah. Jadi, saya mohon untuk perkara ini dibuat tindakan oleh pihak KDN dan KPM kerana ini membahayakan kanak-kanak pada masa depan kerana mereka terdedah kepada budaya yang tidak sihat. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:14 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, maafkan saya. Boleh Timbalan Speaker maklumkan senarai sebab tertukar tadi kerana tadi dimaklumkan saya selepas. Jadi, saya cuma ingin mengetahui senarai.

Saya minta maaf.

draft • 3:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, atas permohonan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tampin sebentar ya. Baik selepas Yang Berhormat Tampin kalau ikut senarai yang rasmi ini Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat

draft • 3:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Puchong, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kepong.

Ada lagi ini, banyak ini. Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Jelebu, selepas itu Yang Berhormat Bukit Bendera. Boleh nampak ya? Baik, silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 3:14 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Mula balik, mula balik. Masa itu betulkan balik.

draft • 3:14 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tampin masa habis.

draft • 3:14 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua memberikan kesempatan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2021-2022.

Jika kita menelusuri sejarah perjuangan orang Melayu di dalam negara, terdapat tiga perhimpunan paling besar yang pernah berlaku. Perhimpunan melawan Malayan Union 1946, Perhimpunan Menyambut Kemerdekaan 1957 dan Perhimpunan Menentang Ratifikasi ICERD 2018.

Antara ketiga-tiga perhimpunan tersebut, Perhimpunan Menentang Ratifikasi ICERD telah menjadi perhimpunan terbesar yang pernah dihadiri oleh orang Melayu daripada seluruh pelosok negara. Oleh kerana perhimpunan itulah cadangan dan keputusan kerajaan untuk meratifikasi ICERD telah ditarik semula. Melihat kepada laporan tahunan SUHAKAM, saya dapati ICERD telah menjadi salah satu agenda utama yang diperjuangkan, normalisasi dan pendedahan kepada para pelajar IPT mengenai ICERD juga telah dilakukan menerusi ceramah dalam talian. Untuk apa sebenarnya?

Pendirian peribadi saya, Malaysia sama sekali tidak memerlukan ICERD kerana telah terbukti bahawa kita tidak mengamalkan amalan diskriminasi.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menjamin hak bagi setiap warganegaranya tanpa mengira agama dan bangsa. Tidak timbul soal menzalimi, menindas, mendiskriminasi dan mencabul hak asasi manusia di negara ini.

Hakikatnya kita lebih ke hadapan dalam menangani diskriminasi. ICERD diwujudkan pada tahun 1965 dan dikuatkuasakan pada 1969. Kita telah merdeka

draft • 3:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

sejak 1957 dan sudah mengambil kira soal diskriminasi menerusi Perlembagaan Persekutuan. Kami umat Islam Melayu Bumiputera di Malaysia bukan untuk mengambil hak orang lain, tetapi semata-mata mempertahankan hak kami seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Yang kedua Timbalan Yang di-Pertua perkara yang kedua yang menarik perhatian saya dalam laporan tahunan SUHAKAM adalah mengenai teks khutbah Jumaat. Izinkan saya memetik ayat yang dituliskan dalam Laporan Tahunan SUHAKAM muka surat 14. SUHAKAM menerusi usaha untuk menghasilkan teks khutbah Jumaat yang memfokuskan nilai hak asasi manusia dalam kehidupan seharian umat Islam sebagaimana yang diajar oleh Islam.

SUHAKAM meneruskan usaha untuk menghasilkan teks khutbah Jumaat yang memfokuskan nilai-nilai hak asasi manusia dalam kehidupan seharian umat Islam sebagaimana yang diajar oleh Islam. Setelah membaca kenyataan ini, saya terpaksa membacanya berulang-ulang untuk memahami perkara yang ingin disampaikan kerana telah menimbulkan banyak persoalan. SUHAKAM ini siapa?

SUHAKAM ini apakah kepakaran dan bidangnya? Siapa yang perlu merujuk siapa mengenai perihal ajaran Islam ini? Adakah Islam tidak memartabatkan hak asasi manusia?

Hakikatnya sejarah Islam itu sendiri telah membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang mengangkat martabat kemanusiaan. Buktinya semasa zaman jahiliah dan zaman kegelapan menghapuskan sikap assabiyah perkauman, menghapuskan diskriminasi golongan kaya terhadap yang miskin, menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dan sebagainya. Perkara lain yang menjadi kebimbangan saya mengenai teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh SUHAKAM ini adalah dari sudut pandangan yang berbeza terhadap hak asasi manusia antara Islam dan Barat.

Umum mengetahui, perjuangan hak asasi manusia pada masa ini banyak dipengaruhi oleh elemen Barat yang bermatlamatkan untuk memenuhi tuntutan manusia di dunia semata-mata. Sedangkan menurut Islam hak asasi manusia melangkaui semua itu, bukan sahaja sekadar untuk menjamin kemasyarakatan manusia di dunia tetapi juga turut mengambil kira kesejahteraan di akhirat.

draft • 3:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sentuh mengenai amalan gaya hidup terbaharu yang cuba dinormalisasikan dalam masyarakat kita iaitu tidak mahu memiliki anak atau childfree. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kerana kesan jangka panjangnya bakal mengubah struktur sosial di dalam negara dan turut memberi kesan kepada peringkat global.

draft • 3:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sehingga kini trend ini tidak lagi hanya sekadar pilihan untuk tidak memiliki anak, tetapi merupakan sebuah gaya hidup yang mengajarkan kebebasan bahawa tubuh sendiri adalah hak sendiri.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar kesuburan negara telah menurun dengan mendadak pada tahun 2022 dan berada pada paras terendah sejak lima dekad yang lalu. Kita juga dijangka berhadapan dengan krisis kadar kelahiran yang rendah dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya tiada usaha dibuat oleh kerajaan untuk mengatasinya.

Saya mengerti bahawa Islam tidak mewajibkan pasangan untuk memiliki anak dan juga tidak melarang untuk memiliki anak. Walau bagaimanapun, perkahwinan dan memiliki anak adalah satu fitrah dan memiliki tujuan tersebut. Jika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak atas sebab tertentu seperti kemudaratan, keuzuran dan boleh menyebabkan kematian, kita memahami perkara itu dan hukumnya juga adalah harus.

Namun, jika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak kerana terpengaruh dengan kefahaman childfree dan menjadikannya sebagai amalan gaya hidup terbaik, sudah tentunya perkara tersebut bertentangan dengan fitrah manusia dan tujuan utama perkahwinan serta tidak berketepatan dengan sunah untuk meramaikan umat Islam.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada saya setakat ini, saya harap segala pandangan yang diberikan sebentar tadi mendapat perhatian pihak kerajaan, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tampin, dipersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Laporan SUHAKAM bagi tahun 2021/2022.

Pertamanya, saya ingin menyebut bahawa kewujudan SUHAKAM di dalam negara kita ini merupakan satu usaha yang sangat baik dan SUHAKAM ini perlu diperkasakan. SUHAKAM tidak boleh berdiri sebagaimana yang wujud pada hari ini.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu diseimbangkan dengan SUHAKAM ini.

Sebagai contoh, SUHAKAM memerlukan kepada proses perlindungan undang-undang yang memberi kuasa kepada suruhanjaya hak asasi ini sebagaimana suruhanjaya SPRM dan suruhanjaya-suruhanjaya yang lain yang mempunyai kuasa bukan sekadar SUHAKAM ini memberi pandangan kepada kerajaan. Kerajaan hendak terima, terima. Kerajaan nak tolak, dia boleh tolak. Begitu

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

juga kepada pembangkang, kalau hendak terima, terima. Tolak, tolak. Ini tidak seharusnya berlaku di dalam negara kita pada hari ini.

Jadi, saya mengesyorkan supaya, SUHAKAM ini diperkasakan melalui peruntukan undang-undang di dalam negara kita. Ini kerana, negara kita kalau kita lihat pada hari ini, kalau kita bincang hak asasi manusia, benda paling besar sebagai contoh bila datang pilihan raya umum. Macam-macam bakal Perdana Menteri ini bercakap, ada yang bercakap harga minyak akan turun. Ada yang bercakap itu, bercakap ini.

Hak rakyat dia akan menilai aspek ini. Bila dia dilantik menjadi pemimpin, rakyat ini ditipu, bukan sahaja rakyat, kadang-kadang Ahli Parlimen. Dahulu, sahabat saya Jelutong dia pernah tegur Bagan Datuk ini nak bercakap dalam Parlimen dia kata tak layak bercakap kerana ini, ini. Hari ini dia cium, dia cium hari ini.

Jadi, ini membabitkan hak asasi manusia kerana yang berlaku pada hari ini kalau kita tengok isu ekonomi, ekonomi apabila Malaysia...

draft • 3:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pasir Puteh.

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya.

draft • 3:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memandangkan Pasir Puteh sudah sebut, boleh saya minta laluan?

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Boleh, boleh.

draft • 3:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Pasir Puteh. Seorang pemimpin Islam tersohor. Saya hendak tanya...

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Jelutong.

draft • 3:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, terima kasih. Saya pun hendak tanya, bukankah Islam mengajar tentang perpaduan? Kalau kita hendak memerintah sebuah negara, rakyat berbilang kaum, berbilang bangsa dapat bersatu.

Apabila dijemput Yang Berhormat di sana, Pagoh dan Marang yang enggan datang bersama-sama.

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Cukup.

draft • 3:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa salahnya?

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Cukup, saya dah faham, cukup, cukup. Saya tidak benar.

draft • 3:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau PAS hendak bergaduh sampai bila-bila dengan UMNO...

draft • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Jelutong...

draft • 3:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Islam tak mengajar perpaduan?

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Jelutong kena masuk mengaji di pondok dulu, masuk belajar di pondok, masuk belajar di sekolah agama baru faham, baru faham erti perpaduan dalam Islam semua sekali, baru faham, insya-Allah. Jadi, saya hendak sebut bahawa sebagai contoh isu ekonomi. Isu ekonomi yang melanda negara kita ini perlu ada check and balance daripada SUHAKAM, ini saya sebut SUHAKAM ini perlu diperluaskan bidang kuasa dia dan biar dia ini betul- betul menjadi badan yang berkuasa dalam negara kita yang boleh melakukan check and balance di antara kerajaan dengan rakyat itu sendiri.

Jadi, lantaran daripada itu, suka juga saya ingin menyebut bagaimana Islam — ini Jelutong dengar. Islam ini dia ada dharurotul khams. Dia ada lima perkara asasi yang menjadi hak kepada manusia:

(i) agama;

(ii) tanah air;

(iii) akal;

(iv) harta benda; dan

(v) keturunan.

Agama dilindungi oleh Perlembagaan negara kita. Semua agama ini dia bebas diamalkan. Agama Islam menjadi agama Persekutuan, lantaran itu SUHAKAM dia boleh pantau, jangan sekali-kali mana-mana agama ini dia mencaci agama- agama yang lain, tidak boleh.

Akan tetapi, kalau dalam kajian perbandingan dan seumpamanya secara profesional, itu bab lain. Pengajian-pengajian yang diajar, itu adalah perkara lain.

Sebab itu, agama menjadi tunggak, menjadi tunggak. Kalau orang Buddhist berpegang betul-betul dengan ajaran Buddhist dia, dia baca betul-betul Tripitaka dia, agama Hindu dia jaga agama dia betul-betul, dia baca buku dia, dia tidak jadi celopar, dia tidak jadi bercakap ikut hala, tidak. Dia—orang yang berpegang dengan agama ini dia akan jadi orang yang baik.

Oleh sebab itu, saya harap SUHAKAM ini mencari acuan yang betul, ambil acuan daripada agama, daripada fitrah semula jadi manusia. Kalau diambil daripada barat, sebagaimana kita saksikan pada hari ini di mana hak asasi manusia, apabila barat, sekutu-sekutu kuasa besar dunia menyembelih umat Islam di Palestin. Dia langgar semua sekali peraturan antarabangsa, undang-undang antarabangsa.

Jadi, biar kita SUHAKAM di Malaysia ini paling unik, SUHAKAM yang dihormati di mata dunia, di peringkat antarabangsa supaya tidak berlaku perkara- perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita.

draft • 3:21 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Kerajaan perlu ada check and balance yang akan dibuat melalui SUHAKAM supaya hak-hak asasi dalam kalangan kita semua ini terjaga di dalam negara kita sebagaimana yang disebut oleh sahabat-sahabat tadi, kita ini federalisme. Jangan berlaku benda-benda tidak bertamadun. Kawasan pembangkang, royalti Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan ditarik balik. Kadang-kadang disebut royalti, kadang-kadang tidak. Peruntukan, kadang-kadang diberi, kadang-kadang tidak diberi.

Ini adalah negara ketiga yang— kita bukan second class, tetapi third class yang sangat tidak bertamadun. Jadi, oleh sebab SUHAKAM ini dia tidak ada kuasa yang besar, tidak ada peruntukan undang-undang, maka SUHAKAM just— kalau dia bercakap pun bercakap sebagaimana orang kampung cakap.

Jadi, saya hendak supaya dia bercakap sebagaimana Yang di-Pertua Dewan bercakap. Ada dia punya peranan, dia ada dia punya power dia dalam Dewan, Yang di-Pertua Dewan. Di luar daripada Dewan benda yang check and balance sini supaya SUHAKAM ini boleh bercakap dan percakapan dia ini ada kuasa di belakang dia.

Ada peruntukan undang-undang di belakang dia.

Jadi, insya-Allah dalam perbahasan kita yang ringkas dan masa saya pun sudah tamat, mudah-mudahan perbahasan kita ini akan menjadi realiti di masa depan insya-Allah. Sekian, terima kasih.

draft • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:21 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Laporan SUHAKAM tahun 2021 dan 2022. Ikutkan rekod ini kali ketiga saya mendapat peluang untuk membahaskan Laporan SUHAKAM dalam Dewan yang mulia ini.

draft • 3:29 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kali pertama pada 5 Disember 2019. Untuk laporan SUHAKAM pada tahun 2018 ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan seterusnya pada 13 Jun 2023 ketika Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI dibentuk. Jadi, kali ini kali yang ketiga dengan dua laporan tahunan dibentangkan. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan yang kita ada pada ketika ini.

Perkara pertama yang saya nak sebutkan dalam perbahasan saya, adalah berkenaan dengan jawatan pengerusi SUHAKAM yang masih kosong, sejak mantan pengerusinya meletakkan jawatan berkuat kuasa pada 31 Ogos tahun 2023. Ya, kita tahu di bawah Akta Kuasa Melantik di bawah seksyen 5 Akta SUHAKAM, kuasa

draft • 3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

lantikan di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendaklah berunding dengan sebuah jawatankuasa yang telah ditetapkan di bawah seksyen 11A dalam Akta SUHAKAM. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

Cuma saya mohon kemukakan di sini bahawa sebelum Yang Amat Berhormat berunding dengan jawatankuasa tersebut, mohon kerajaan merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi yang dibentuk dalam Dewan ini yang bersempena dengan reformasi institusi yang kita ada. Rujuk kepada JKPK, jangan seperti dibuat dengan lantikan kepada Pengerusi SPR semalam tanpa rujukan kepada JKPK yang berkenaan. Sebab sekiranya kerajaan tidak merujuk perkara- perkara penting yang mustahak dan mustahak kepada JKPK, apa gunanya ada JKPK yang dibentuk selaras dengan reformasi institusi yang kita harapkan. Itu satu.

Kedua, saya nak tanya kenapa berlaku kelewatan sebegini? Hampir 10 bulan. Sebab kita nak SUHAKAM berfungsi dengan baik dalam keadaan struktur organisasinya ada pengerusi, ada pesuruhjaya dan sebagainya dalam melaksanakan tugas. Jadi kerajaan, saya mohon bila nak lantik lagi? Takkan nak tunggu genap setahun kekosongan itu berlaku baru kita nak lantik?

Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan dana.

Saya meneliti laporan SUHAKAM tahun 2022 yang mengatakan bahawa ketika itu kerajaan memperuntukkan RM12.45 juta kepada SUHAKAM pada tahun 2022. Pada asalnya SUHAKAM mohon RM15 juta, kurang sedikit, dengan jumlah belanja tahunan RM13.794 juta. Ada berlaku defisit. Saya nak tanya, bagaimana defisit ini diisi ataupun diselesaikan ketika itu.

Dalam keadaan sebegini, apabila dana daripada kerajaan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan emolumen dan sebagainya, urusan harian program oleh SUHAKAM, jadi boleh tak SUHAKAM mendapat dana daripada pihak lain?

Sebelum ini saya merujuk laporan tersebut ada mengatakan bahawa SUHAKAM ada terima dana asing untuk program-program tertentu dan ada pendapat mengatakan bahawa sekiranya SUHAKAM dibenarkan menerima dana daripada pihak asing, kita takut SUHAKAM tidak menjaga kepentingan ataupun hak asasi kita dan terpengaruh.

Ini bukan saya sebut, ada kata begitu. Terpengaruh dengan warga asing. Jadi, saya nak mohon pendirian kerajaan, boleh atau tidak SUHAKAM mendapat dana asing?

Apakah pendirian kerajaan dalam hal ini?

Seterusnya Dato' Yang di-Pertua, dalam dua minit terakhir saya nak sebutkan secara spesifik berkenaan dengan hak kanak-kanak. Kalau kita tengok pada tahun 2022, statistik dalam laporan menunjukkan bahawa di Semenanjung, daripada kesemua 295 jenis pecahan aduan yang diterima, 46 berkenaan dengan hak kanak-

draft • 3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kanak. Hak kanak-kanak telah dikhususkan kepada Pejabat Pesuruhjaya Kanak- kanak SUHAKAM ataupun OCC. OCC telah menggariskan empat strategi. Saya menyambut baik dan saya berharap ia ditambah baik dari tahun ke tahun untuk membaiki keadaan yang berlaku ketika ini.

Cuma saya nak sebutkan isu utamanya adalah berkenaan dengan kewarganegaraan. Saya nampak usaha daripada Kerajaan Malaysia MADANI ketika ini, khasnya daripada Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri KDN kita telah melakukan beberapa usaha libat urus yang berkaitan dengan pindaan Perlembagaan untuk membolehkan lebih ramai anak- anak yang dikategorikan sebagai stateless tanpa kewarganegaraan tetapi lahir di Malaysia, yang sepatutnya telah diberikan hak kewarganegaraan yang terabai sebelum ini akan mendapat peluang dan usaha dan komitmen daripada KDN itu amat dihargai.

Cuma saya nak sebut, sementara kita menyebut berkenaan dengan isu kewarganegaraan, kita tahu isu kewarganegaraan perlu ditangani dengan penuh berhati-hati, tak boleh sewenang-wenangnya kita berikan. Kena tapis satu per satu.

Ada isu lain yang bersangkutan. Isu pendidikan Dato' Yang di-Pertua. Saya nak sebutkan secara spesifik Dato' Yang di-Pertua. Satu kes yang berlaku di kawasan saya dan saya yakin ia bukannya satu-satu kes. Mungkin di kawasan Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini ada berlaku. Isunya seorang lelaki iaitu ayah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak itu berusia tujuh tahun.

Sepatutnya tahun ini sudah masuk ke sekolah rendah Tahun 1 tetapi sehingga hari ini, bulan Jun masih duduk di rumah. Kenapa? Sebab ayahnya Encik Gumis Singh lahir di Malaysia hanya mendapat status pemastautin bukan warganegara Malaysia. Beliau berkahwin dengan warganegara keturunan dari negara India. Jadi, lahir anak perempuan yang berusia tujuh tahun ketika ini. Anak ini nak pergi ke sekolah tak dapat. Mereka bukan dari keluarga yang kaya yang boleh pergi ke sekolah antarabangsa (international school) sekolah swasta dan sebagainya.

Mereka telah merujuk ― saya telah membantu mereka sebagai Ahli Parlimen kawasan merujuk kes ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah Seremban. Dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan dirujuk juga kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya sebab Encik Gumis Singh sendiri dalam proses untuk memohon kewarganegaraan. Beliau asalnya memang lahir di Malaysia.

Sepanjang hidup beliau memang hanya tinggal di Malaysia, lahir dan tinggal di Malaysia. Disebabkan kerana masalah dokumentasi ketika itu, beliau masih belum menjadi rakyat Malaysia dan kini yang menerima kesan dan masalah adalah pada anak beliau yang tidak berdosa.

draft • 3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, saya mohon kepada kerajaan yang kita ada hari ini, Kementerian Pendidikan khususnya, macam mana kita nak menangani kes macam ini? Takkan kita nak biarkan anak ini stay at home, duduk di rumah saja. Ini satu bagi saya― saya minta maaf, saya gunakan perkataan kezaliman. Tidak sepatutnya berlaku. Tak kira siapa berada di kerajaan. Ini adalah isu asas yang kita perlu tangani. Tak guna kita uar-uarkan tentang hak asasi manusia dan sebagainya. Apa saja yang kita buat tetapi akhirnya isu pendidikan asas gagal kita berikan kepada anak-anak yang lahir di bumi Malaysia, yang sepatutnya diberikan hak yang paling minimum iaitu hak pendidikan, hak mendapat pendidikan di bumi Malaysia.

Jadi, saya mohon Kementerian Pendidikan khususnya, memberikan penjelasan berkenaan dengan kes ini dan semoga anak ini boleh masuk ke sekolah bersama dengan anak-anak lain. Kalau― tak kira dari kawasan mana sekalipun, kalau ada anak-anak yang menghadapi masalah yang sama, mereka sepatutnya diberikan hak untuk masuk ke dalam sekolah yang kita ada di bawah KPM.

Dato' Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan sedikit masa tambahan untuk saya menghuraikan isu ini dan saya berharap laporan sebegini apabila dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini, ia akan membawa kita ke arah hak asasi yang lebih baik untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Setiu.

draft • 3:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perkara pertama saya ingin bangkitkan berkenaan kajian yang dijalankan oleh SUHAKAM pada Mac hingga November 2022 mengenai kajian Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender in Malaysia dengan izin Dato' Yang di-Pertua. Satu kajian yang seolah-olah Malaysia ke arah mengiktiraf gender ketiga.

Tindakan ini telah melanggar Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, seksyen 4 yang menyatakan bahawa usaha menegakkan Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan gender ketiga adalah bertentangan dan tidak bersesuaian dengan fitrah manusia, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia malah bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Oleh itu apakah relevansi kajian ini dijalankan? Kerana Perlembagaan Malaysia tidak mengiktiraf gender ketiga ini.

draft • 3:38 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Dato' Yang di-Pertua, menurut Laporan SUHAKAM 2022, pihaknya turut membangunkan modul, latihan dan kaji selidik amalan terbaik hak asasi manusia di sekolah. Modul ini dijalankan sejak 2009 lagi bagi memastikan hak asasi para pelajar di sekolah terjamin, termasuklah keperluan tandas yang bersih, bilik darjah yang selesa, guru-guru penyayang dan sebagainya.

draft • 3:38 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Saya kira ini adalah suatu usaha yang baik. Namun, yang menjadi persoalan saya adalah, sejauh manakah penekanan berkenaan amaran ini diberikan kepada sekolah-sekolah luar bandar yang sering kali terpinggir, lebih-lebih lagi di Daerah Setiu? Adakah terdapat kaji selidik khusus berkait dengan hak asasi pelajar luar bandar dan sejauh manakah pendedahan kepada ibu bapa, khususnya tentang terdapatnya sistem aduan kepada SUHAKAM berkait hak asasi pelajar di sekolah?

Saya kira medium ini wajar diuar-uarkan secara meluas kepada ibu bapa di seluruh negara.

Dato’ Yang di-Petua, kebelakangan ini banyak kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak sama ada meragut nyawa ataupun tidak. Keselamatan kanak-kanak pula pada hari ini semakin terhakis dan membimbangkan kita. Sebagai contoh, sebelum ini Malaysia kecoh dengan kematian adik Zayn Rayyan dan bahkan, banyak lagi kes yang melibatkan pengeksploitasian kanak-kanak berlaku dalam negara kita. Justeru, apakah mekanisme terbaik yang diguna pakai dalam menangkis isu yang berkait dengan keselamatan kanak-kanak ini? Adakah undang- undang sedia ada perlu dipinda agar kejadian-kejadian yang melibatkan keselamatan kanak-kanak dapat ditangani sebaik mungkin?

Dato’ Yang di-Petua, perkara terakhir yang saya ingin bangkitkan ialah hak asasi kanak-kanak Palestin yang seharusnya kita perjuangkan bersama.

Pembunuhan kanak-kanak Palestin amat menyedihkan. Bahkan Rafah yang merupakan tempat perlindungan terakhir dan hampir separuh daripada penduduk Rafah terdiri daripada kanak-kanak turut diserang tanpa belas kasihan.

Nasib kanak-kanak di Palestin sangat kritikal dengan bantuan makanan disekat, ditambah pula dengan beberapa bulan yang lepas, UNICEF mengeluarkan amaran bahawa 600,000 kanak-kanak di Rafah berdepan malapetaka dan musibah.

Dan semalam Utusan Malaysia melaporkan bahawa kanak-kanak di Palestin mati akibat keracunan makanan kerana makanan di dalam tin yang telah bertarikh luput.

Di manakah kita? Di mana kita Malaysia dalam membantu kanak-kanak ini?

Oleh itu, saya berharap agar gesaan dari SUHAKAM sebelum ini, agar kerajaan lebih tegas dalam usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin dipandang serius oleh pihak kerajaan dan kerajaan sewajarnya mengambil tindakan lebih agresif dalam membantu kanak-kanak di Palestin. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya ada menerima permohonan daripada Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud? Untuk makluman Yang Berhormat, senarai ini jika habis, tidak sambung pada hari Isnin. Saya percaya ini akan habis pada hari ini. Jadi, saya letak nama Yang Berhormat Kota Belud yang terakhir ya. Tak boleh nak carry forward, because Aturan Urusan Mesyuarat akan habis pada hari ini juga atas fakta rang undang-undang yang kita bahas ini berkaitan Laporan SUHAKAM ini, untuk makluman.

draft • 3:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Speaker, kalau macam itu it’s okay lah.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tidak perlu ya?

draft • 3:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sebab saya tidak sempat.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik terima kasih. Kalau- dengan izin, it will be finished by today. Baik, selain daripada itu, saya nak betulkan sikit tentang senarai ini. Yang Berhormat Segamat, nak berbahas atau tidak? Tidak ada dan saya keluarkan daripada senarai ini, fasal apa, sini ada nota sini. Baik, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya persilakan Yang Berhormat Puchong.

draft • 3:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Dato’ Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2021 dan 2022. Puchong ingin mengambil kesempatan ini untuk membahas berkenaan dengan isu yang berkenaan Orang Asli dan juga kanak-kanak yang dilaporkan oleh SUHAKAM dalam laporan-laporan tahunan ini.

Dato’ Speaker, Puchong adalah Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat. Kedua-dua segmen ini adalah di bawah pemantauan JKPK dan segmen ini jarang dibahas, isu-isu yang berkenaan dengan Orang Asli ataupun kanak-kanak. Oleh itu, Puchong sangat nak minta jasa baik daripada Dato’ Speaker supaya saya boleh habiskan poin saya hari ini.

draft • 3:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Yang pertama adalah berkenaan dengan...

draft • 3:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya.

draft • 3:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Saya pun nak bertanya juga.

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya. Saya akan beri.

draft • 3:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, teruskan.

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Pertama adalah berkenaan aduan tentang bantahan empangan negeri Kelantan di muka surat 169 hingga 171 - Laporan Tahunan SUHAKAM 2021.

draft • 3:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengan izin, 169 to 70 kan?

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Muka surat...

draft • 3:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

169 to 70?

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

169 to 171.

draft • 3:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, teruskan.

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Laporan Tahunan SUHAKAM 2021. Puchong telah mendapatkan maklum balas daripada kumpulan yang bernama Jaringan Orang Asli Kelantan sama ada syor-syor SUHAKAM berhubung isu empangan negeri di Gua Musang Kelantan telah pun dilaksanakan. Ini adalah maklum balas daripada mereka, Dato’ Speaker. Bagi syor pertama, Orang Asli mesti dilibatkan dan dirujuk secara berterusan. Syor kedua, pemindahan dan penempatan semula mesti menepati hak dan keperluan budaya komuniti Orang Asli.

Maklum balas daripada mereka ialah tiada proses prior informed consent yang telus dan tidak melibatkan semua komuniti Orang Asli yang terjejas.

Perbincangan hanya melibatkan komuniti Orang Asli Pos Pulat dan Pos Tohoi yang akan dipindahkan. Tetapi kampung-kampung Orang Asli, di mana mereka ini yang ditempatkan semula, tidak dilibatkan iaitu Kampung Orang Asli Depak dan juga Bokbanis. Ini telah menyebabkan ketegangan dan krisis di kalangan di antara komuniti-komuniti Orang Asli yang berbeza ini dan berlakunya perebutan sumber untuk makanan, adat, budaya dan juga tradisi.

Selain itu, ada banyak lagi komuniti Orang Asli yang akan terjejas oleh pembinaan empangan ini. Sebahagiannya sama ada sebahagian kampung akan ditenggelami ataupun akses perjalanan mereka akan terjejas, tidak dilibatkan. Antara mereka ialah komuniti Orang Asli Bok Uyas, Pasik, Pok Beris, Simpor dan komuniti Orang Asli Kop.

Bagi syor ketiga SUHAKAM, bayaran pampasan kepada Orang Asli mestilah dipenuhi kepada komuniti. Mengikut jaringan Orang Asli Kelantan, pembayaran pampasan pihak TNB hanya membayar pampasan mengikut harga setiap pokok

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

tanpa mekanisme yang jelas. Bayaran pampasan sepatutnya mengikut kes-kes tanah Orang Asli yang telah pun dipersetujui oleh mahkamah seperti Kes Sagong Tasi dan juga kes Adong Kuwau, di mana pampasan adalah mengikuti harga pasaran tanah semasa.

Puchong berharap bahawa apabila negara kita sedang membangun, keperluan asas, kebajikan dan pemeliharaan adat dan tradisi komuniti-komuniti Orang Asli boleh dijaga oleh Kerajaan MADANI. Harap Menteri boleh membuat siasatan sama ada maklum balas-maklum balas ini adalah benar dan mengambil langkah yang sesuai.

Seterusnya Dato’ Speaker, Puchong ingin menyentuh kedua-dua bab ya. Bab keempat yang merangkumi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak, Office of Child Commisioner (OCC) secara ringkas. Di Laporan SUHAKAM 2021 dan 2022 iaitu muka surat 128 hingga 166 dalam Laporan Tahunan 2021 dan muka surat 166 hingga 211 dalam Laporan Tahunan 2022. Pertama sekali, bagi pihak kanak-kanak di Malaysia, Puchong ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kerana pada September 2019 iaitu semasa beliau menjadi Menteri KPWKM, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) telah pun ditubuhkan di bawah SUHAKAM dengan geran RM500,000.

Puchong juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri BHEUU, Ahli Parlimen Pengerang kerana telah membawa pindaan RUU SUHAKAM 2023 di Parlimen supaya OCC diperkasakan melalui undang-undang. Perwujudan dan pemerkasaan OCC adalah sangat penting dalam melindungi dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia, syabas dan tahniah ucapkan kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Pengerang. Dato’ Speaker, Puchong telah pun membaca bab OCC ini dengan teliti dan ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan.

Pertama, saya ingin bangkitkan dan bahas fungsi dan peranan OCC secara keseluruhannya. Saya baca laporan dan mendapati OCC melaksanakan banyak tanggungjawab.

Pertama, mengadakan program-program kesedaran dan latihan berkenaan dengan isu hak kanak-kanak dari segi pendidikan, kesihatan, kehidupan dan lain-lain kepada pelbagai organisasi seperti mahkamah, sekolah tahfiz dan agensi-agensi kerajaan.

Kedua, menyertai sesi libat urus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan yang melibatkan hak kanak-kanak seperti pindaan akta, perubahan polisi dan lain-lain;

draft • 3:44 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ketiga, menjalankan siasatan kepada aduan yang diterima, 51 pada tahun 2021 dan 46 pada tahun 2022. Siasatan-siasatan ini kadangkala melibatkan beberapa lawatan yang mengambil masa yang panjang dan akhirnya mereka juga

draft • 3:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

perlu memantau kes mahkamah iaitu watching brief ya yang melibatkan kanak- kanak. Tujuh kes pada tahun 2021 dan sembilan kes pada tahun 2022.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua kerja ini dilaksanakan oleh empat pegawai OCC dan satu kakitangan sokongan. Lima staf sahaja dalam OCC dengan kos operasi sekitar RM670,000 setahun sahaja.

Dato’ Speaker, Dewan yang mulia ini perlu faham bahawa tanggungjawab OCC adalah sangat besar iaitu mempromosi, memperkasa dan memelihara hak asasi 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, Puchong sangat berharap bahawa OCC dapat diperkasakan dan diberi sumber yang lebih baik.

Secara spesifik Dato’ Speaker, Puchong berharap bahawa kerajaan boleh menyegerakan pelantik Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak sepenuh masa yang ditempatkan di pejabat SUHAKAM KL dan juga dua lagi Pesuruhjaya Kanak-kanak Sabah dan juga Sarawak. Puchong juga berharap kerajaan boleh memenuhi hasrat OCC dengan sumber tambahan iaitu meningkatkan kos operasi ke RM3.2 juta dan menambahkan sekurang-kurangnya 20 kakitangan. Akhirnya, Puchong menggesa kerajaan untuk berusaha ke arah penubuhan satu suruhanjaya bebas kanak-kanak.

Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 9.13 kanak-kanak di Malaysia iaitu hampir satu pertiga populasi di Malaysia adalah kanak-kanak tetapi kerana mereka tidak boleh undi mereka tidak ada suara langsung di Parlimen. Oleh itu, adalah penting Parlimen ini dan juga Kerajaan Madani memperkasakan OCC sebagai langkah pertama dalam memperkasa dan mengangkat hak asasi kanak- kanak, semua kanak-kanak di Malaysia untuk pendidikan, kesihatan, kebajikan, penjagaan, maruah dan lain-lain mengikut Convention on the Rights of the Children. Dato’ Speaker, bagi saya dua minit lagi. Saya hendak membangkitkan kes- kes spesifik yang telah pun di-highlight di laporan ini, terutamanya mereka yang melibatkan pusat penahanan kanak-kanak dan pusat-pusat alternatif kepada penahanan kanak-kanak. Jika kita tengok laporan ini, saya amat terkejut ya Dato’ Speaker apabila saya baca muka surat 150 laporan tahun 2021 di mana terdapat laporan dan juga aduan.

Saya quote di sini, “Kanak-kanak dilaporkan telah didera dan dibuli oleh seorang warden yang memaksa mereka minum muntah sesama sendiri, membersihkan mangkuk tandas menggunakan berus gigi masing-masing. Kemudian menggunakan ia semula untuk memberus gigi.” Aduan yang kedua seterusnya juga diterima oleh OCC di Sekolah Tunas Bakti Jerantut ini di mana 12 orang kanak-kanak lelaki dipukul oleh seorang kakitangan, seorang kanak-kanak telah pun mengalami kecederaan di kepala tetapi tidak dihantar ke hospital.

Dato’ Speaker, saya sangat terkejut dan saya sangat sedih di mana bukan sahaja – ini suatu contoh sahaja kerana kesuntukan masa. Kita ada contoh di Rumah

draft • 3:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Kanak-kanak Taman Seri Puteri Rembau di muka surat 153. Muka surat 156 di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh. Kita juga ada banyak lagi di – dua lagi di muka surat untuk laporan tahunan 2022, di muka surat 193 dan juga di muka surat 203 di Sekolah Henry Gurney. Semua ini ada banyak lagi isu-isu yang berkenaan dengan pelanggaran hak asasi kanak-kanak di bawah penahanan ataupun di pusat-pusat alternatif. OCC juga telah membangkitkan isu yang berkaitan dengan kekurangan guru yang bertauliah di pusat tahanan ataupun di pusat alternatif.

Dato’ Speaker, nampaknya kita perlu membuat sesuatu. Dengan ini Puchong sangat berharap KPWKM dan juga KDN boleh memberi penjelasan tentang langkah- langkah yang telah pun diambil selepas teguran OCC di pusat-pusat ini yang di bawah pengendalian mereka. Puchong juga ingin berharap bahawa kerajaan boleh membuat satu audit yang menyeluruh kepada semua pusat penahanan kanak-kanak ataupun di pusat-pusat alternatif ini supaya hak asasi kanak-kanak di bawah pertahanan, di bawah perintah mahkamah juga boleh dipelihara.

Dato’ Speaker, akhirnya saya hendak kata walaupun kanak-kanak ini sedang menjalani perintah mahkamah dan telah pun membuat satu yang salah dari segi undang-undang tetapi jika kita sebagai masyarakat kita boleh mendidik dan membimbing mereka dengan baik and give them a second chance dengan izin.

Puchong sangat percaya bahawa ramai di antara mereka masih boleh menjadi insan yang baik pada masa depan. Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Sekian, terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya memang kalau bab melindungi mereka yang tidak mampu bersuara saya akan menyokong penuh. Terima kasih Yang Berhormat.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker di atas peluang yang telah diberikan kepada Jelutong untuk turut membahas. Saya pada hari ini ingin menyentuh perkara-perkara yang melibatkan laporan yang telah dibentangkan. Semua Ahli-ahli Parlimen telah berbahas tentang hak mungkin dikatakan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Saya pula ingin menyentuh berkenaan dengan hak peguam-peguam di bawah Laporan SUHAKAM.

Baru-baru ini telah berlaku sebuah kejadian, di mana dua peguam yang membela anak guam-anak guam mereka. Saya ingin menyebut nama mereka Lai Chee Hoe dan Irwin Lo. Mereka ini tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah seperti rasuah. Hanya mempertahankan pihak pengurusan bangunan dalam satu

draft • 3:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kes yang sedang saya percaya berlangsung di mahkamah. Kes itu saya difahamkan melibatkan dengan izin Timbalan Speaker, strata management.

Saya difahamkan bahawa kedua-dua peguam ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lebih kurang empat atau lima hari dan disiasat, ditanya soalan-soalan berkenaan dengan yuran yang dibayar, dokumen-dokumen yang telah diserahkan kepada mereka oleh anak-anak guam mereka yang melanggar dengan izin, solicitor client privilege. Selepas mereka dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menasihatkan mereka supaya tidak mengadakan apa-apa sidang akhbar untuk menghentam SPRM ataupun mengadakan apa-apa percubaan untuk memulakan apa-apa tindakan guaman terhadap SPRM.

Saya ingin menggunakan kesempatan ini sebagai seorang peguam ingin saya mengisytiharkan hak saya ataupun kepentingan saya kerana di luar sana peguam-peguam dan Badan Peguam Malaysia juga menyelar, sungguh hampa dengan tindakan SPRM ini yang keterlaluan menyalahgunakan kuasa. Kalau peguam-peguam ini melakukan salah laku seperti apa-apa yang dilarang di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memang saya menyokong kerana tindakan menangkap, menyiasat itu adalah hak SPRM.

Tetapi kalau mereka ingin menggunakan taktik menakutkan peguam- peguam, menahan mereka, menyoal siasat mereka, memaksa mereka memakai pakaian SPRM, menggari mereka. Membawa mereka ke mahkamah, semata-mata kerana ada aduan oleh pihak-pihak yang bertelagah, ini merupakan satu penyalahgunaan yang patut disiasat, Timbalan Speaker.

Jadi, saya di sini menuntut penjelasan daripada Menteri yang terlibat kerana dengan izin perkara ini telah pun diuar-uarkan dan telah pun dinyatakan dengan begitu terbuka bahawa tindakan yang diambil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang keterlaluan boleh dikatakan dalam sejarah kita ini adalah kali pertama dua orang peguam yang melaksanakan tugas membela anak guam mereka itu ditangkap dengan taktik intimidasi boleh dikatakan, intimidation. Just to intimidate them, Timbalan Speaker.

Saya ingin menyatakan bahawa apabila kita sebagai peguam menerima arahan daripada anak guam, kita harus melakukan yang terbaik untuk membela anak guam kita, tidak kiralah kes itu kes sivil ataupun kes itu adalah kes jenayah.

draft • 3:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tetapi, kalau ada pihak-pihak yang membuat laporan-laporan palsu kepada SPRM semata-mata kerana ingin memfitnahkan peguam itu, menakutkan peguam itu, ini adalah perkara yang keterlaluan dan perlu disiasat, Timbalan Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Perkara kedua yang ingin saya sentuh, sebelum saya berundur diri, adalah saya lihat dalam muka surat 27 laporan SUHAKAM, terdapat satu laporan mengatakan bahawa SUHAKAM juga telah pun menyediakan video animasi tentang ucapan kebencian bertujuan mendidik orang ramai tentang definisi ucapan kebencian, batasan, kebebasan bersuara dan peranan pihak berkepentingan dalam menangani ucapan kebencian di Malaysia.

Ucapan kebencian adalah sesuatu yang kita lihat sudah pun menjadi amalan biasa dalam media sosial. Baru-baru ini, kita lihat di pilihan raya kecil di Sungai Bakap, dalam ucapan pembukaan melancarkan operasi Perikatan Nasional, Menteri Besar Kedah datang ke situ membuat tuduhan bahawa di Pulau Pinang, di Sungai Bakap tidak ada air semata-mata kerana kawasan itu kebanyakannya adalah orang- orang Melayu.

Ini merupakan satu ucapan kebencian. Seorang Menteri Besar yang datang...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong, balik kepada laporan.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, ya. Laporan ini, Timbalan Speaker. Laporan ini.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Muka surat 27 merujuk kepada ucapan kebencian. Bagaimana kita ingin memastikan bahawa ucapan kebencian itu tidak berlaku.

Jadi, saya di sini ingin meminta supaya SUHAKAM juga memantau orang- orang kenamaan, bukan sahaja orang-orang biasa. Menteri Besar Kedah yang datang ke Sungai Bakap melontar tuduhan terhadap Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Kerajaan Perpaduan, mengatakan Ketua Menteri di situ, Yang Berhormat Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Tanjong tidak mengendahkan masalah di Sungai Bakap, semata-mata kerana penduduk di situ ramainya orang Melayu.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Kawan.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, saya― tadi Timbalan Speaker telah memberi masa kepada pembahas-pembahas lain. Jadi, saya minta masa sedikit juga untuk saya menggulung. Timbalan Speaker, dengan izin.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung. Sila gulung.

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, saya mohon supaya perkara-perkara ini diberi perhatian dan janganlah menjadikan medan-

draft • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

medan politik tempat-tempat untuk kita memfitnah, mencaci, membuat tuduhan- tuduhan di mana perkara-perkara ini juga sepatutnya dipantau oleh SUHAKAM dan tindakan-tindakan sewajarnya diambil oleh mereka walaupun beliau merupakan seorang Menteri Besar daripada Kedah.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Merujuk modul hak asasi untuk Polis Diraja Malaysia di muka surat 36 Laporan SUHAKAM 2022. Kejadian pemandu e-hailing OKU yang mendakwa dipukul oleh pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di Brickfields, Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024 lalu, OKU tersebut telah membuat laporan polis.

Kenyataan akhbar PDRM menyebut OKU tersebut telah menarik balik laporan polis yang dibuat tidak sampai 24 jam dengan alasan untuk menyelesaikan kes secara baik.

Persoalan saya, adakah wujud arahan tertentu daripada mana-mana pihak agar pihak OKU tersebut menarik balik laporan tersebut? Apakah perkembangan kes, jika telah pun didakwa di mahkamah, melibatkan OKU tersebut? Adakah modul hak asasi untuk PDRM hanya sekadar bengkel dan perbincangan sahaja tetapi isu- isu berkaitan dengan salah laku mereka masih lagi berlaku?

Kedua, merujuk modul hak asasi untuk penguatkuasaan berkaitan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagaimana dilaporkan di muka surat 37.

Di Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjadi sebuah agensi yang penting dalam membasmi dadah melalui bidang rawatan dan pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan dan keselamatan.

Laporan ini melaporkan siri bengkel hak asasi manusia kepada pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan dan melibatkan AADK di negeri dan daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Objektif bengkel ini untuk mendedahkan pegawai AADK kepada piawaian hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugasan mereka seperti tangkapan dan penahanan.

Saya ingin merujuk Jurnal Antidadah Malaysia yang bertajuk, “Penerimaan Masyarakat Terhadap Penguatkuasaan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia”, menjelaskan terdapat dapatan kajian berdasarkan sembilan tema yang menjadi topik analisa data tersebut. Saya nak petik dua tema sahaja iaitu dapatan kajian berkaitan

draft • 4:02 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

dengan tangkapan tokan-tokan dadah, dan kedua, memberi kuasa tangkapan kepada penguat kuasa AADK.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada SUHAKAM memastikan AADK, melalui penguat kuasa, membuat tangkapan tokan-tokan dadah secara besar-besaran melalui kolaborasi agensi penguat kuasa yang ada di dalam pelbagai jabatan dan agensi kerajaan agar jenayah pengedaran dadah dapat dilumpuhkan dengan serta- merta.

Kedua, memastikan AADK mewartakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas) 1985 bagi memberi kuasa tangkapan kepada penguat kuasa AADK dalam isu pengedaran dadah. Setakat ini, kuasa tangkapan hanya berada di pihak polis.

Ketiga, merujuk hak kepada taraf kehidupan yang mencukupi menyentuh tentang makanan, pakaian, perumahan, penjagaan kesihatan di muka surat 150 laporan ini. Saya nak merujuk kepada isu penempatan nelayan-nelayan yang berada di dalam negara kita. Kebanyakan nelayan di kuala-kuala di seluruh negeri di Malaysia membina rumah mereka di atas tanah rizab kerajaan. Agak sedikit yang mempunyai hak milik tanah ataupun geran sendiri. Rumah mereka dibina mengikut keluasan tapak yang diukur sendiri atas persetujuan sesama penduduk dan kadang- kadang dibuat tanpa sebarang persetujuan. Ikut suka hati.

Dalam hal ini, saya mencadangkan supaya SUHAKAM mencari suatu kaedah penyelesaian untuk menyusun penempatan semula nelayan di seluruh kuala-kuala di Malaysia ini agar nelayan itu duduk dalam suasana kehidupan yang teratur dan selesa.

Terakhir, merujuk pelanggaran hak asasi manusia yang melibatkan kematian pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang di muka surat 164.

Laporan ini menyebut seorang PPS ditemui jatuh dari bangunan kediamannya didakwa mengalami tekanan perasaan akibat dibuli semasa menjalani latihan PPS di Hospital Pulau Pinang. Kita semua sering mendengar bahawa terdapat PPS yang meninggalkan houseman, latihan perubatan, sebelum tamat tempoh dua tahun.

Hal ini berpunca daripada beberapa isu. Antaranya, PPS menghadapi tekanan semasa bertugas seperti sistem tagging, tiada waktu rehat, tiada waktu untuk menunaikan solat dan bebanan kerja yang tinggi. Berlakunya diskriminasi terhadap PPS seperti penggunaan selain dari bahasa rasmi, bahasa Melayu, kadang-kadang diguna bahasa Inggeris, untuk memberi tunjuk ajar dan perbezaan layanan berdasarkan kepada institusi pendidikan yang diperolehi oleh PPS tersebut.

Kemudian, layanan menjatuhkan maruah seperti penggunaan kata-kata kesat, kata- kata yang berunsur sedikit lucah kepada PPS dan sering dikasari secara verbal ataupun secara fizikal.

draft • 4:02 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Persoalan saya...

draft • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun, sila gulung.

draft • 4:02 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Persoalan saya, apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang yang diperoleh oleh SUHAKAM hasil penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan, Healthcare Work Culture Improvement Taskforce, dengan izin, berkaitan PPS yang meninggal dunia tersebut?

Kedua, bagi mencegah penularan gejala buli, tekanan perasaan kepada PPS yang baru menjalani houseman di seluruh hospital dalam negara kita ini, adakah taskforce itu diwujudkan di semua hospital yang ada bagi mencegah agar kejadian kematian PPS yang saya sebutkan ini tidak berulang lagi?

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 4:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua atas peluang penyertaan perbahasan ini. Isu hak asasi manusia merupakan isu asas yang menjadi tunjang kepada pembinaan sesebuah masyarakat progresif yang menghargai nilai-nilai dan prinsip kebersamaan tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa dan juga agama. Kerajaan sejak penubuhan SUHAKAM telah secara aktif mengambil serius dan mempertimbangkan syor-syor yang dibentangkan oleh SUHAKAM di dalam laporannya.

Walaupun beberapa cadangan dan reformasi institusi yang dicadangkan itu mengambil masa beberapa tahun, akan tetapi penglibatan daripada pelbagai pihak melalui beberapa sesi libat urus telah menatijahkan sebuah bentuk kesedaran yang menyeluruh terhadap isu-isu hak asasi manusia.

Komitmen kerajaan ditunjukkan dengan jelas melalui ratifikasi Protokol Buruh Antarabangsa, Protokol Organisasi 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa 2022, pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri pada Mei 2023 serta pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Ini termasuklah tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa bagi memperkukuhkan garis panduan untuk memastikan persekitaran kerja yang kondusif untuk keselamatan dan kesihatan pekerja.

draft • 4:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Puan Yang di-Pertua, antara isu yang sering menjadi perdebatan ialah isu hak kewarganegaraan khususnya kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Untuk isu kewarganegaraan, Bentong bersetuju dengan syor SUHAKAM agar kerajaan dapat mempertingkatkan kelancaran proses permohonan kewarganegaraan yang kebanyakannya permohonannya memakan masa begitu lama. Permohonan perlu diberitahu sebab-sebab mengapa permohonan mereka ditolak serta diberitahu apakah dokumen-dokumen yang perlu mereka hantar dan berapa lamakah proses permohonan mereka akan diproses?

Ini kerana kebanyakan aduan yang kami terima di Parlimen bukan hanya kerana permohonan mereka ditolak atau tiada maklum balas. Akan tetapi, mereka tidak mendapat panduan yang jelas bagi memastikan permohonan mereka diterima.

Walau bagaimanapun, Bentong memuji tindakan Kementerian Dalam Negeri yang telah mencapai sasaran untuk menyelesaikan sebanyak 10,000 permohonan kewarganegaraan pada penghujung 2023 dengan angka terkini mencecah 15,000 permohonan yang telah diluluskan yang kebanyakannya melibatkan kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Bentong juga ingin mendukung syor SUHAKAM agar pelbagai program kesedaran dan kerjasama dengan pihak JPN dapat dipertingkatkan kepada kawasan luar bandar dan di pedalaman yang selalu berlaku isu lewat mendaftar kelahiran anak. Ini melibatkan pelbagai faktor seperti kurangnya kesedaran dan isu kemiskinan yang menyebabkan pendaftaran kelahiran anak mereka tertangguh dan mengundang masalah untuk pergi ke sekolah dan mendapatkan rawatan kesihatan di klinik-klinik.

Berkaitan isu tahanan, Bentong memuji tindakan kerjasama yang dilakukan oleh SUHAKAM bersama pihak PDRM dalam penubuhan Unit Perubatan Tahanan

(CHUD) lokap polis. Setakat ini, empat CHU telah mula beroperasi di Jinjang, Bayan Baru, Indera Mahkota dan Kepayan bagi mengatasi masalah kesihatan dan mengelak terjadinya lagi kes kematian dalam tahanan. CHU ini perlu diperluaskan lagi di lokap-lokap seluruh negara dengan mengambil kira syor SUHAKAM untuk menambah baik fasiliti dan juga supaya aduan dan dakwaan tindakan kekerasan terhadap OKT dapat dimaklumkan kepada SUHAKAM.

Komitmen kerajaan dalam mendekriminalisasi penyalahgunaan dadah melalui RUU Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan (Pindaan) 2024 yang akan dibentangkan nanti juga akan mengurangkan beban tugas polis serta mengurangkan kesesakan di penjara. Ini akan memberi ruang kepada pihak polis untuk membuat penyeliaan OKT yang lebih manusiawi. Bentong juga ingin membangkitkan hak tanah Orang Asli yang melibatkan pencerobohan dan penerokaan wilayah tanah adat bagi tujuan pembangunan, pertanian dan sebagainya.

draft • 4:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ia melibatkan isu pewartaan kawasan atau rizab Orang Asli di bawah seksyen 6 dan 7 Akta Orang Asli 1954. Bentong berharap akan ada kerjasama menyeluruh melibatkan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu ini. Ini kerana semakin lama kita membiarkan, melewatkan pendaftaran tanah adat Orang Asli sama ada diwarta ataupun dirizabkan, maka akan semakin kecil atau hilanglah tanah adat Orang Asli ini.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) ada membangkitkan beberapa isu hak kanak-kanak seperti keciciran pendidikan, buli di sekolah, keganasan dan eksploitasi serta kes pencabulan kanak-kanak. Siasatan terhadap kes liwat pelajar sekolah di Perak menunjukkan ada kelemahan dalam pengurusan kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di bawah umur yang memerlukan kerjasama bersepadu daripada pihak polis dan hospital. Malah, menurut siasatan OCC, Pegawai JKM sendiri tidak dimaklumkan tentang hal ini dan hanya mengetahui tentang kes ini melalui berita dan akhbar tempatan.

Bentong bersetuju dengan syor SUHAKAM agar peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memastikan persekitaran yang selamat buat mangsa. Ini termasuklah memberikan rawatan kaunseling ataupun psikologi secara sukarela kepada mangsa kanak-kanak serta perlu intervensi daripada JKM untuk mendapatkan perintah mahkamah.

Bentong juga inginkan mendapatkan penjelasan iaitu SUHAKAM telah diberikan akreditasi oleh GANHRI sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan dengan Gred A. Namun, walau bagaimanapun jika ia dibandingkan dengan institusi hak asasi manusia kebangsaan dengan Gred A yang lain, adakah aduan yang diterima SUHAKAM tidak sebanyak institusi yang lain? Contohnya seperti Korea Selatan. Adakah sistem aduan SUHAKAM sedia ada tidak efektif atau kurang keberkesanannya?

Sedikit sahaja Puan Yang di-Pertua, akhir sekali seperti rakan yang lain juga, Bentong ingin bertanya, mengapakah sehingga kini Pengerusi SUHAKAM yang baru masih belum dilantik? Ketiadaan kepimpinan SUHAKAM yang baru menjadikan hala tuju SUHAKAM bergerak perlahan, apatah lagi keahlian SUHAKAM ini di dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) akan berakhir pada tahun ini. Kerajaan haruslah segera membuat pelantikan ini bagi menunjukkan komitmen kita dalam mendepani isu-isu kemanusiaan yang telah dibangkitkan dalam kedua-dua laporan ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.

draft • 4:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kerana memberikan Jerai peluang untuk bersama- sama mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Dewan yang mulia ini kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk Laporan SUHAKAM ini dibahas dan dibentangkan.

Di bawah muka surat 12, pemerkasaan pegawai SUHAKAM dibuat untuk memastikan pencapaian bersama Pelan Strategik SUHAKAM. Sebuah suruhanjaya memerlukan pemimpin yang sesuai dan tidak bias untuk membantu kerajaan. Soalan saya, yang pertama adalah apakah status terkini Pengerusi SUHAKAM?

Sepertimana sahabat-sahabat, Ahli Parlimen yang lain bertanya, yang masih belum diisi lantikan yang baru sejak Pengerusi terdahulu meletak jawatan pada Ogos 2023.

Pemilihan orang yang tepat dengan hikmah lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong amat penting untuk memastikan SUHAKAM mampu menjalankan tugasnya sebagai penegak kepada hak asasi manusia selaras seksyen 4(1)(b) Akta 597, memperuntukkan bahawa SUHAKAM boleh menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil..

Kemudian, Pelan Strategik SUHAKAM 2021/2025 antaranya memperkukuh peranan dan kepimpinan SUHAKAM sebagai institusi badan bebas untuk perlindungan dan pemerkasaan hak asasi manusia di Malaysia. Saya ingin mengetahui, bagaimana pihak kerajaan memastikan penyiasatan secara telus dibuat jika berlaku kesalahan dari dalam SUHAKAM sendiri?

Contohnya, kes tahun 2023. Ada pegawai SUHAKAM yang melakukan diskriminasi kaum dan salah guna kuasa di agensi yang berkenaan. Dikatakan hanya sekadar ingin melakukan siasatan dalaman dan tidak terbuka. Ini bertujuan untuk memberi jaminan kepada orang ramai memastikan SUHAKAM yang bertindak sebagai penjaga hak asasi kekal relevan sebagai organisasi yang progresif.

Penyelesaian yang tidak telus atau dilihat bias kepada mana-mana kelompok akan merencatkan kepercayaan rakyat terhadap SUHAKAM.

draft • 4:17 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan hak pendidikan untuk kanak-kanak. Pendidikan adalah salah satu daripada hak asasi manusia daripada lima hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang tersenarai dalam pengisytiharan hak asasi manusia sejagat. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu berusaha untuk membawa nilai pendidikan untuk semua yang diperjuangkan oleh SUHAKAM.

draft • 4:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Konsep pendidikan manusiawi di bawah Kerajaan Madani perlu diberi penekanan dan fokus terhadap memastikan tiada yang tertinggal. Tahun 2021 merupakan fasa pasca pandemik COVID-19 dan kita menyaksikan jurang yang melebar untuk kanak-kanak mendapat pendidikan sewajarnya. Menuju hampir lima tahun selepas pandemik berlalu, keciciran pelajar masih sukar untuk dibendung.

Buktinya, Menteri KPM sendiri menyatakan lebih 435,000 pelajar yang mengalami masalah keciciran di sekolah rendah dan menengah.

Bukti ini dikuatkan lagi dengan laporan Bank Dunia yang menyatakan bahawa hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5. Jauh lebih teruk daripada rakan serantau 34 peratus berjuang dalam ekonomi yang serupa. Oleh itu, saya ingin mengetahui berkenaan usaha intervensi kurikulum menangani isu keciciran pembelajaran yang diumumkan oleh KPM dan apakah ada penambahan strategi memandangkan strategi yang ada memfokuskan kepada sains dan matematik semata-mata.

Perbelanjaan yang besar telah diperuntukkan dalam pendidikan iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, pembelajaran pelajar masih ketinggalan berbanding jangkaan.

Seterusnya, saya ingin juga mengetahui status terkini penggantian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Saya mengharapkan pelan yang baharu tidak dibuat bersifat separuh masak dan mestilah merangkumi semua peringkat kumpulan pendidikan agar menghapuskan terus golongan pelajar yang tercicir. Sekurang-kurangnya kepada penguasaan 3M di peringkat sekolah rendah.

Usaha ini selaras dengan pembawakan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak

(OCC) yang akan terus menyokong pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang memberikan kemudahan pada semua golongan.

Puan Yang di-Pertua, pada muka surat 190 laporan SUHAKAM tahun 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan 26 peratus daripada jumlah keseluruhan 15.3 juta tenaga buruh Malaysia bekerja dalam ekonomi gig bersamaan dengan empat juta individu yang bekerja sebagai pekerja bebas di Malaysia. Pasca pandemik COVID telah menyaksikan ramai pekerja beralih kepada ekonomi ini ketimbang berada dalam syarikat yang ketika itu sedang melakukan penjimatan.

Oleh itu, saya menggesa pihak kerajaan untuk menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig dengan fokus memastikan kadar upah minimum, perlindungan keselamatan sosial dan kesihatan pekerjaan serta Pangkalan Data Bersepadu bagi pendaftaran pekerja gig dan penyedia platform. Saranan ini selari dengan tuntutan Perdana Menteri yang minta untuk disegerakan penubuhan suruhanjaya ini setelah gagal menunaikan janji kepada penghantar p-hailing

draft • 4:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

berkenaan isu penurunan kadar upah. Sekurang-kurangnya usaha ini dapat membantu membela pekerja-pekerja ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 4:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bagi tahun 2021 dan 2022.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, kedua-dua laporan tahunan tersebut ada sebut tentang satu kajian yang dijalankan dengan melantik Penolong Profesor Dr. Melati Nungsari daripada Asia School of Business bagi menjalankan satu kajian terperinci tentang hak asasi dan kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia. Kajian tersebut telah menilai rangka undang-undang dasar pentadbiran dan institusi secara komprehensif serta proses atau amalan yang memberi kesan akses kepada kewarganegaraan di Malaysia.

Kajian tersebut bertujuan mengenal pasti punca sekatan, halangan dan faktor risiko. Kajian tersebut juga telah meneliti kesan kepada orang tanpa kewarganegaraan serta pelanggaran hak asasi manusia terutamanya berkenaan dengan ekonomi, sosial dan kebudayaan kepada pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain perkara asas.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, hasil daripada kajian tersebut, sebanyak enam syor telah diutarakan merangkumi pelbagai aspek daripada kerangka undang-undang sehinggalah penambahbaikan kaedah tata kelola pentadbiran. Soalan saya, apakah tindakan susulan kerajaan, terutamanya Kementerian Dalam Negeri berhubung dengan syor-syor tersebut? Apakah hasil yang dicapai selepas dua tahun syor-syor tersebut dibuat dan pelaksanaan syor-syor tersebut?

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, orang tanpa kewarganegaraan di Malaysia menghadapi kesulitan yang besar dalam akses kepada hak-hak dasar seperti pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan sosial kerana mereka tidak diakui secara rasmi oleh negara kita. Tanpa pengakuan kewarganegaraan, mereka menjadi rentang terhadap eksploitasi diskriminasi dan pelanggaran hak asasi manusia serta sering kali terpinggir daripada masyarakat.

Saya sedar bahawa ada kekangan dan sensitiviti yang perlu diambil kira dalam menangani isu kewarganegaraan. Bagaimanapun, sementara kita menunggu satu ubat ajaib sebagai penawar kepada semua masyarakat— semua masalah yang

draft • 4:23 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

timbul ini, kita wajar mengambil langkah-langkah berkesan bagi merealisasikan sebahagian hak-hak asasi orang tanpa kewarganegaraan ini.

Pendek kata, jika kita berasa keberatan untuk memberikan kewarganegaraan kepada kumpulan ini kerana ia merupakan sesuatu yang memerlukan pertimbangan yang rapi dan kerangka kerja jangka masa panjang, kita perlu merangka strategi jangka masa pendek untuk memelihara sebahagian besar hak asasi orang tanpa kewarganegaraan ini.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, orang-orang ini mereka tidak ada pilihan lain untuk pergi ke mana-mana tempat yang lain selain daripada Malaysia. Ini disebabkan mereka ini dilahirkan di sini, dibesarkan di sini dan di sinilah Malaysia lah satu-satunya tanah air bagi mereka. Menafikan hak asasi mereka hanya akan menambah masalah sosial yang lebih besar pada masa akan datang.

Sementara kita menunggu isu hak, isu kewarganegaraan diselesaikan sepenuhnya, kerajaan wajar memperkenalkan satu mekanisme bagi membenarkan orang tanpa kewarganegaraan ini memiliki dokumen pengenalan sementara bagi mereka- membolehkan mereka akses kepada hak-hak asasi seperti pendidikan, rawatan kesihatan dan yang paling penting, peluang pekerjaan.

Kita boleh menunggu tetapi setiap saat yang kita tunggu adalah sangat penting kepada mereka. Setiap saat itu merupakan satu peluang untuk mendapatkan pendidikan. Setiap saat yang kita lengah-lengahkan di sini merupakan satu peluang untuk mendapat pekerjaan supaya mereka boleh hidup berdikari di masyarakat.

Jadi, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, berbuat demikian bukan sahaja dapat menyelesaikan kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kumpulan ini tetapi juga dapat mengisi sebahagian besar kekurangan dalam pasaran tenaga kerja di negara kita dan sekali gus meningkatkan lagi produktiviti masyarakat dan daya saing negara kita.

draft • 4:23 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan ataupun SUHAKAM sendiri menubuhkan satu pasukan petugas khas atau dengan izin, task force bagi menggerakkan dan memantau pelaksanaan reformasi dalam isu orang tanpa kewarganegaraan. Langkah ini penting bukan sahaja untuk memastikan bahawa enam syor daripada Kajian Hak Asasi dan Tanpa Kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia ini dilaksanakan sebagai penyelesaian jangka panjang, malah ia juga untuk menggerakkan penyelesaian jangka masa pendek yang sesuai bagi mengurangkan masalah sosial yang mungkin timbul sementara kita menunggu pelaksanaan langkah-langkah jangka panjang.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bunga kemboja di tepi telaga, Hiasan indah di taman desa; Hak asasi perjuangkan bersama, Tiada lagi yang terpinggir di tanah air tercinta. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang di-Pertua.

Temerloh mohon SUHAKAM menetapkan hala tuju yang jelas supaya memperjuangkan hak asasi manusia yang selari dengan syariat Islam. Islam sudah menggariskan hak asasi yang selaras dengan fitrah insan ataupun manusia merangkumi hak agama, akal, harta, keturunan.

Perjuangan hak LGBTQ sangat bertentangan dengan fitrah manusia yang dimasukkan dalam perjuangan SUHAKAM. Pesuruhjaya SUHAKAN perlu mencorak naratif hak asasi mengikut acuan kita di mana Islam agama Persekutuan dan bukan mengikut naratif hak asasi yang digariskan oleh barat ataupun PBB. Bila merujuk kepada Islam, bagaimana hak yang dipraktikkan oleh tentera Hamas di Palestin dalam peperangan, mereka tidak membunuh orang awam, tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan paderi. Berbeza dengan Israel Zionis yang terus membunuh orang awam, wanita, kanak-kanak dan bayi. Berlaku kezaliman yang tidak berperikemanusiaan.

Ucapan Pengerusi SUHAKAM, Profesor Dato’ Dr. Rahmat Mohamad 2022, Kerajaan Perpaduan berjanji untuk memberi perhatian isu-isu hak asasi manusia, hak pendidikan, hak kewarganegaraan, pengukuhan ekonomi dan jaminan menjaga hak rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Fokus menjaga hak rakyat, semua rakyat berusia berumur 18 tahun ke atas berhak mengundi dan memilih dalam pilihan raya. Tiada majikan yang boleh menafikan hak-hak pekerjanya. Tetapi dalam sebuah negara demokrasi di negara kita, selepas rakyat menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin mereka, negara seolah-olah tidak mengiktiraf pilihan mereka.

Apakah SUHAKAM menyedari Kerajaan Madani sebenarnya menafikan hak pilihan rakyat? Apakah buktinya? Kita lihat bahawa pilihan rakyat kepada dalam PRU Ke-15 lepas, kepimpinan PN, ADUN dan juga ahli Parlimen menyebabkan kita lihat satu, menafikan peruntukan yang diberikan. Diskriminasi berlaku dalam Kerajaan Madani.

Wakil rakyat daripada Ahli Parlimen khususnya daripada PN, tidak diberi peluang dan dihalang untuk bersama rakyat dalam jabatan-jabatan kerajaan. Apakah

draft • 4:31 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

SUHAKAM bersetuju dengan tindakan ini? Sebaliknya, Ketua Bahagian UMNO merasmikan mesyuarat PIBG dan program-program di sekolah termasuk sukan dan lain-lain. Contohnya pada hari ini, 27 Jun, Ketua Bahagian UMNO Temerloh masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar. Apakah sebenarnya peranan mereka? Mereka tidak dipilih oleh rakyat. Apakah kita lihat perkara ini dinafikan dan mengiktiraf hak rakyat memilih pemimpin?

Kita merujuk pula kepada kemiskinan rakyat. Membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2025 sepatutnya tercapai. Adakah kenaikan harga barang di pasaran tidak menjejaskan capaian ini? Bagaimana Kerajaan Madani dapat menoktahkan kemiskinan tegar dalam situasi rakyat hidup dengan himpitan purata harga barang yang terus meningkat dan ditambah kenaikan harga petrol?

Hakikatnya, rakyat terus tertekan dengan harga keperluan asas yang terus meningkat termasuk harga rumah yang semakin tinggi dan mengurangkan peluang rakyat B40 untuk membeli rumah sebagai hak asasi perlindungan mereka.

Hak orang asal. Hak mengecapi pembangunan tidak dinikmati secara keseluruhan oleh golongan asal. Mereka terus hidup di tanah yang tidak menjadi hak mereka walaupun lebih 30 tahun tinggal di perkampungan ini. Hak ataupun geran langsung tidak diberikan. Kehidupan mereka tidak banyak berubah dari segi ekonomi dan pendidikan. Mereka terus hidup dalam situasi yang memerlukan kemudahan infrastruktur yang sempurna.

Masih ramai rakyat, anak-anak mereka yang dikategorikan keciciran dalam pendidikan. Hampir 50 peratus murid Orang Asli berhenti sekolah selepas Tahun 6.

Hanya 30 peratus murid Orang Asli menamatkan pendidikan sekolah menengah.

Temerloh mengharapkan SUHAKAM mengambil tanggungjawab isu pendidikan orang asal yang masih tertinggal dan tercicir.

Orang asal yang berhak mendapat bimbingan agama Islam bila mereka memilih Islam sebagai agama, ramai yang ditinggalkan tanpa tunjuk ajar bila mereka secara sukarela memilih Islam sebagai agama. Temerloh mengharapkan JAKIM melihat semula bilangan pegawai agama ataupun guru agama yang ditempatkan di kawasan orang asal supaya lebih mencukupi dan diberi elaun yang sepatutnya.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan. Tetapi, agama lain tidak boleh disebarkan sebebasnya termasuk di kawasan perkampungan orang asal. Ini berlaku di perkampungan orang asal tertentu, khususnya di Temerloh. Maka, perkara ini perlu diambil tindakan sebaiknya dari pihak berwajib.

Saya juga suka merujuk kepada program-program yang dianjurkan oleh SUHAKAM supaya lebih berfokus kepada hala tuju SUHAKAM yang memberikan kesedaran tentang hak yang seharusnya dimiliki. Hak melindungi, melindungi hak

draft • 4:31 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

wanita, melindungi hak pekerja, melindungi hak golongan kurang berupaya, melindungi hak pengguna, melindungi hak kanak-kanak. Terima kasih.

draft • 4:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Raub.

draft • 4:31 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Puan Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani kerana membentangkan laporan SUHAKAM bagi tahun 2021 dan 2022 di Dewan yang mulia ini. Ini adalah langkah penting bagi menunjukkan kerajaan komited dalam mempertahankan hak asasi manusia.

Puan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai beberapa isu.

Pertama, Akta Kesalahan Keselamatan atau dikenali sebagi SOSMA. Saya mengalu- alukan pendirian SUHAKAM yang konsisten dalam isu SOSMA selama ini. Saya juga setuju bahawa SOSMA ini bersifat draconian dan juga bertentangan dengan prinsip utama hak asasi manusia.

Antara beberapa peruntukan SOSMA yang bermasalah adalah seksyen 4 yang membenarkan tangkapan dan pelanjutan tempoh penahanan selama 28 hari tanpa pemantauan kehakiman. Seksyen 13 pula menolak sebarang ikat jamin kecuali mereka di bawah umur 18 tahun, wanita dan seseorang yang sakit atau uzur.

Kedua-dua seksyen ini bercanggah kepada prinsip rule of law atau prinsip natural justice kerana ia memberi kuasa kepada pihak penguat kuasa untuk memenjarakan seseorang walaupun seseorang belum didapati bersalah di mahkamah.

Kebanyakan kes penyeksaan dan pengakuan paksaan berlaku sewaktu penahanan 28 hari pertama. Terdapat juga OKT terpaksa mengakui bersalah supaya mendapat hukuman yang lebih ringan. Mereka terpaksa duduk di penjara sehingga perbicaraan atau rayuan selesai di mahkamah walaupun kemungkinan akhirnya mereka tidak didapati bersalah.

SUHAKAM juga pernah menghasilkan satu laporan bertema, “Kesan Sosioekonomi Akibat Penahanan SOSMA di Malaysia". Antara fakta yang mengejutkan adalah wanita dan kanak-kanak menjadi secondary victim akibat penahanan SOSMA. Hal ini kerana kebanyakan OKT merupakan pencari nafkah tunggal di keluarga. Pendapatan keluarga terkesan ketika OKT ditahan di bawah SOSMA.

draft • 4:37 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Malah, kualiti kehidupan dan pendidikan kanak-kanak turut terjejas. Majoriti kanak-kanak mengalami tekanan dan ketidakstabilan emosi. Oleh itu, saya minta kerajaan memberi perhatian terhadap isu-isu terbangkit dalam SOSMA dan membuat pindaan seksyen 4 dan seksyen 13 SOSMA dengan secepat mungkin.

draft • 4:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Saya juga menyeru SUHAKAM teruskan kajian perbincangan mengenai SOSMA dan mencadangkan langkah-langkah seterusnya bagi pemansuhan SOSMA.

Saya tegaskan bahawa keselamatan negara masih boleh terjamin tanpa penggunaan SOSMA. Jangan kita lupa, bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah pernah mengeluarkan satu pernyataan selepas subseksyen 4(5) SOSMA luput pada tahun 2022. Beliau berkata bahawa pihak polis boleh menggunakan kaedah lain atau undang-undang sedia ada seperti Kanun Prosedur Jenayah untuk menjalankan siasatan. Dalam erti lain, kita masih boleh menggunakan undang- undang selain SOSMA untuk membanteras jenayah.

Puan Speaker, saya selanjutnya mencadangkan bahawa SUHAKAM memperluaskan skop pemantauannya dan memberikan perhatian kepada isu hak tanah bagi pekebun-pekebun di Malaysia. Maksudnya, banyak kerajaan negeri sanggup memberi milik tanah atau pajakan tanah yang luas kepada korporat swasta besar tetapi mengabaikan pekebun-pekebun tempatan yang telah lama mengusahakan tanah yang sama.

Saya memberi contoh. Sejak tahun 1970-an, kerajaan telah menggalakkan pekebun-pekebun di Raub untuk meneroka dan bercucuk tanam atas tanah terbiar bagi menyokong kehidupan mereka. Pekebun-pekebun selepas ini tidak henti untuk memohon permit ataupun geran dengan saluran formal tetapi ditolak ataupun diabaikan oleh pihak berkuasa.

Akibatnya, ramai pekebun terpaksa meneruskan penanaman mereka tanpa permit ataupun geran demi kehidupan mereka. Apa yang lagi mengecewakan, kerajaan negeri selepas itu memberi geran ataupun pajakan kepada korporat swasta bagi tanah yang sama. Saya percaya isu ini bukan sahaja berlaku di Raub tetapi juga di Cameron Highlands mahupun di negeri Perak.

Puan Speaker, pekebun-pekebun ini merupakan mangsa kepada dasar pengagihan tanah yang tidak berkeadilan. Walaupun mereka digalakkan oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti pertanian dan berusaha mengharumkan nama Musang King Malaysia di antarabangsa, namun sumbangan mereka tidak diiktirafkan oleh kerajaan. SUHAKAM perlu meninjau isu ini dalam pendekatan hak asasi manusia. Manusia berhak mempunyai kehidupan yang bermaruah termasuk akses yang munasabah terhadap tanah dan hak untuk bekerja.

Akhirnya, isu akhir yang saya nak bangkitkan adalah saya juga bersetuju ucapan Ahli Parlimen Pasir Gudang, saudara Hassan Karim pada pagi hari ini bahawa SUHAKAM perlu bersuara berhubung isu Firdaus Wong yang cuba menasihatkan seorang lelaki mengenai cara menangani permintaan remaja bawah umur bukan Muslim untuk convert kepada Muslim.

draft • 4:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

SUHAKAM dilihat lebih banyak berdiam diri dan tidak menyatakan pendirian berhubung isu-isu seperti kebebasan beragama di negara. Hal ini mengecewakan rakyat. Oleh itu, saya harap SUHAKAM perlu lebih berani tampil ke depan untuk mempertahankan hak kebebasan beragama tanpa mengira kaum dan juga agama.

Sekian, terima kasih Puan Speaker.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 4:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahi rahmani rahim.

[Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Speaker.

[Membaca Surah al-Baqarah: Ayat 128] Maksudnya, “*Wahai Tuhan kami!

Jadikanlah kami berdua: orang (yang berserah diri) kepada-Mu dan jadikanlah keturunan kami umat (yang berserah diri) kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani”. Sadaqallahul ‘Azim.* Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak sangat bersetuju dengan cadangan Senator Datuk Ras Adiba Radzi agar kerajaan membentuk sebuah suruhanjaya bebas yang dipertanggungjawabkan kepada Parlimen untuk memantau pelaksanaan perkara berkaitan pembangunan orang kurang upaya termasuk Akta Orang Kurang Upaya 2008. Soalan Pasir Salak ialah apakah perancangan terperinci kementerian bagi memastikan kanak-kanak orang kurang upaya mendapat pendidikan arus perdana seiring dengan Dasar Zero Defect Policy, dengan izin yang sedia ada selain keperluan untuk memperhalusi syarat kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA)?

Puan Yang di-Pertua, pendidikan agama Islam amatlah penting diajar kepada golongan orang kurang upaya ini. Nilai-nilai hidup Islam yang murni harus diterapkan selaras dengan mengamalkan ajaran Islam yang baik bagi menjana kehidupan golongan orang kurang upaya yang beragama Islam. Persoalan Pasir Salak ialah sejauh manakah kerajaan telah mengkaji keperluan untuk memperkasa pengajaran ilmu Pendidikan Islam kepada golongan orang kurang upaya, terutamanya pendengaran termasuk menambah guru-guru KAFA dan fardu ain yang boleh berbahasa isyarat dengan insentif tambahan serta Sijil Kemahiran Malaysia yakni SKM Pendidikan Islam bagi golongan orang kurang upaya?

Puan Yang di-Pertua, seterusnya dari segi bidang pekerjaan juga, golongan ini selalu dikesampingkan. Bidang-bidang pekerjaan yang sesuai juga harus diberikan peluang yang lebih luas, sesuai dengan kemahiran golongan ini. Soalan

draft • 4:43 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak ialah apakah tindakan yang diambil kerajaan terhadap sesetengah majikan yang didapati masih mengamalkan sikap diskriminasi terhadap orang kurang upaya dalam pengambilan pekerja?

Puan Yang di-Pertua, usaha proaktif kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke arah memantapkan program pembangunan kapasiti orang kurang upaya sekali gus meningkatkan kemahiran, keyakinan diri dan tahap kebolehgajian calon orang kurang upaya. Baru-baru ini Pasir Salak mendapat aduan seorang orang kurang upaya bernama Mikazar bin Abdul Majid dari Kampung Parit 6, Sungai Manik yang memohon supaya kerajaan menaikkan elaun golongan orang kurang upaya dari RM450 kepada RM1,000 sebulan. Beliau berjumpa dengan saya baru-baru ini dan telah memohon rumah dan juga motor roda tiga tetapi permohonannya tidak diluluskan. Mohon kementerian memberi perhatian.

Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak mendapati bahawa tahap kesedaran tentang kepentingan fasiliti mesra orang kurang upaya di tempat-tempat ibadat juga masih rendah. Soalan Pasir Salak ialah sejauh manakah perbincangan dan libat urus diadakan dengan komuniti orang kurang upaya, kumpulan keagamaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan peningkatan akses dan penambahbaikan fasiliti mesra orang kurang upaya di tempat-tempat strategi termasuk tempat ibadat dalam usaha mempromosikan hak orang kurang upaya.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak juga memohon kepada kerajaan untuk meluluskan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang juga kerana ini adalah salah satu hak asasi seorang Ahli Parlimen. Sekian, terima kasih.

draft • 4:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 4:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani.

Pertamanya, syabas kepada Menteri Undang-undang dan juga Kerajaan MADANI kerana sekali lagi telah membawa usul untuk membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM.

Ini merupakan kali kedua Kerajaan MADANI ini membentangkan ataupun membenarkan usul ini dibahas dalam Dewan ini dan merupakan hanya kali ketiga Laporan Tahunan SUHAKAM dibahas dalam Dewan Rakyat.

Keterbukaan Kerajaan MADANI untuk membenarkan perbahasan ini adalah suatu yang saya fikir harus dipuji dan sebagai seorang yang datang daripada civil

draft • 4:49 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

society, dengan izin atau masyarakat MADANI, kita memang sebelum ini selalu menggesa supaya laporan ini dapat dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

draft • 4:49 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Puan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh satu sahaja iaitu berkenaan dengan kewarganegaraan. Baru-baru ini timbul polemik mengenai satu taklimat yang telah dibuat oleh seorang ADUN mengenai permohonan kewarganegaraan. Ada yang memberi gambaran kononnya program tersebut adalah untuk memberikan kewarganegaraan kepada warga asing sehingga berduyun-duyun polemik yang telah dimainkan di luar sana, juga mempunyai sudut perkauman. Kononnya warga yang memohon ini adalah warga asing yang datangnya daripada negara China.

Saya ingin mengambil kesempatan ini Puan Yang di-Pertua, untuk membangkitkan tentang isu mengenai orang tanpa warganegara atau dengan izin stateless person yang juga disentuh dalam Laporan Tahunan SUHAKAM tahun 2021 dan juga tahun 2022.

Puan Yang di-Pertua, pusat khidmat saya seperti pusat-pusat khidmat lain sering menerima permohonan pertolongan berkenaan dengan kewarganegaraan ini.

Dan bukan seperti digembar-gemburkan di luar sana, pemohon bukan warga negara asing yang mahu mohon kerakyatan Malaysia tetapi mereka adalah individu yang selalunya lahir, membesar dan akan mati dalam negara ini tetapi mereka tidak ada kewarganegaraan.

Mereka tidak kenal negara lain kecuali Malaysia sebagai negara mereka. Ada pelbagai jenis. Contohnya mereka yang bermastautin di Malaysia sekian lama sebelum Hari Merdeka ataupun kanak-kanak terbiar ataupun foundling ataupun anak- anak angkat ataupun mereka yang lahir sebelum perkahwinan didaftarkan atau mereka yang merupakan anak tidak sah taraf.

Mereka ini bukan seperti pemain bola yang menjadi warganegara Malaysia melalui naturalisasi tetapi individu yang selalunya sejak lahir tinggal di Malaysia.

Individu tanpa kewarganegaraan ini, Puan Yang di-Pertua akan mengalami kesukaran untuk mendapat akses dan menikmati hak-hak asasi yang asas.

Kita sering terlupa sebenarnya bila seseorang itu menjadi warganegara, dia diberi beberapa hak dan kebebasan seperti hak pendidikan, seperti hak untuk pergi ke hospital dan sebagainya. Akan tetapi kalau tak ada warganegara Puan Yang di- Pertua, mereka mengalami kesukaran. Nak kahwin susah, nak dapat pendidikan susah, nak cari kerja susah, nak mati pun susah, Puan Yang di-Pertua.

Jadi, sebab itu perkara ini juga memberi tekanan mental kepada individu tanpa kewarganegaraan ini. Bayangkan seorang kanak-kanak yang belum dapat taraf kewarganegaraan, bayangkan ketidaktentuan masa hadapan anak itu terpaksa lalui, Puan Yang di-Pertua. Ini disentuh secara khusus dalam Laporan SUHAKAM

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

tahun 2022 yang membuat rujukan kepada suatu laporan yang disediakan oleh Assistant Professor Dr. Melati Nungsari dengan tujuan untuk mengkaji isu dan kebimbangan oleh orang tanpa kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia yang mana ini juga telah dirujuk oleh sahabat saya, Bakri.

Puan Yang di-Pertua, saya nak baca satu rantaian tweets di platform X mengenai isu ini yang mana orang ini berkongsikan kesengsaraan kakaknya yang tak ada kewarganegaraan. Ini adalah tweet daripada @sushi0_0. “*Yes, definitely true.

Kakak saya bukti hidup. Penderitaan dia bukan setakat setahun dua. Dia depressed.

Kehidupan dia sepatutnya lebih baik dari sekarang tapi status warganegara dia, cita- cita dia musnah macam itu saja.

Dia merana sebab status kewarganegaraan. Dia bukan warga asing tapi sanggup orang politikkan. Korang takkan rasa penderitaan itu macam mana dahsyatnya. Kakak I pernah ada cubaan untuk tamatkan hidup dia sebagai orang- orang yang dia jumpa bagi kata-kata yang tidak patut untuk mental dia. Akaun bank dia yang ada duit tapi tak boleh buat apa-apa sebab IC tak bagi renew tapi tak bagi penyelesaian lagi sampai sekarang.

Stop politikkan isu warganegara. Individu yang terjejas macam kakak saya bukan warga asing. Ada pelajaran, ada kepakaran. Bahasa Melayu sempurna, Rukun Negara, lagu Negaraku sempurna. Kakak saya buat design untuk PRU dan print bahan-bahan kempen setiap parti pun selama ini. Tapi nasib dia tak terbela pun*”.

Jadi, dalam masa yang ada sedikit saya mohon sedikit masa sahaja untuk saya wrap up, Puan Yang di-Pertua. Isu kewarganegaraan ini bukan isu yang remeh.

Ribuan yang terpaksa melalui penderitaan. Jadi, saya nak mohon dekat sini dalam Dewan ini, jangan politikkan isu kewarganegaraan ini. Kita harus sama-sama membantu untuk memastikan bahawa mereka yang layak ini boleh dapat kelayakan, boleh lalu proses yang sebenarnya sebab ada ramai yang tak tahu dokumen apa yang diperlukan dan sebagainya.

Jadi, saya berharap bahawa pihak kerajaan akan terus memastikan bahawa proses ini berlangsung dan mempercepatkan sekiranya ada permohonan lagi yang masih ada backlog dan pihak SUHAKAM juga harus terus memberikan penerangan mengenai kewarganegaraan ini. Mari kita sama-sama tak kira di sini atau di sana, kita sama-sama letak tepi berkenaan isu kewarganegaraan ini untuk kita selesaikan mereka yang tidak ada kewarganegaraan ini supaya mereka juga dapat hidup sebagainya manusia biasa, Puan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Saya mulakan dengan Ayat 59 Surah Maryam, [Membaca sepotong ayat Al- Qu'ran] yang bermaksud, “Dan datang selepas mereka satu generasi yang mengabaikan sembahyang yakni agama dan mengikuti nafsu syahwat. Maka mereka akan bertemu dengan masalah-masalah yang tiada jalan penyelesaian”.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin untuk kita melihat kepada persoalan yang penting iaitu berkait dengan generasi kerana generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara ini datang daripada generasi yang melalui proses pendidikan dan pembelajaran lebih kurang selama 25 tahun.

Oleh itu penting untuk kita melihat kepada kepentingan generasi ini di mana di antara yang perlu kita berikan perhatian, memastikan bahawa generasi yang akan datang ini adalah generasi yang selamat, yang hidup dan membangun mengikut majoriti kehendak bangsa-bangsa yang ada dalam negara kita.

Saya sebutkan ini supaya kita memberikan perhatian kepada soal LGBT.

Dalam laporan berkenaan Webinar Hak Asasi Manusia untuk pensyarah dan kakitangan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun 2021, SUHAKAM mendakwa tidak pernah mempromosi hak perkahwinan sejenis. Namun percaya bahawa setiap individu tanpa mengira orientasi seks atau identiti gender mempunyai hak asasi sebagai manusia.

draft • 4:56 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Walaupun kita tidaklah menafikan golongan yang mengalami kecelaruan jantina ini untuk hak asasi mereka sebagai manusia dan tidak juga mempromosikan penindasan ke atas mereka, itu bukan lah bermakna SUHAKAM harus menjadi enabler dengan izin, terhadap kecenderungan mereka yang songsang dan ditegah agama. Masyarakat kita adalah masyarakat Timur, masyarakat Asia dan masyarakat beragama. Golongan ini seharusnya disantuni dengan matlamat mengembalikan mereka ke pangkal jalan.

Kita mesti raikan majoriti yang hidup secara yang sempurna dari generasi sebelumnya. Maka tentulah dalam generasi ini dan generasi akan datang, pastikan bahawa kehidupan sempurna golongan majoriti ini dapat diteruskan. Oleh itu, penting untuk kita melihat kepada isu-isu utama yang ada sekarang ini di kalangan majoriti rakyat termasuk juga dari majoriti kalangan yang melalui sistem pendidikan.

Saya beri satu contoh. Kalau memasuki pusat-pusat serenti yang melibatkan kes-kes dadah, biasanya ia melibatkan tanggungan secara percuma dibiayai daripada kewangan kerajaan. Tetapi bagaimana kalau pelajar-pelajar universiti yang

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

mereka yang akan memberi pulangan dan hasil kepada negara setelah keluar daripada pusat-pusat pengajian tinggi?

Mereka terpaksa meminjam, terpaksa berhutang. Menunjukkan bahawa mereka tidak mendapat hak asasi utama iaitu pendidikan dalam negara. Oleh itu, penting untuk kita melihat kepada semua perkara yang melibatkan kepentingan majoriti rakyat termasuk majoriti pelajar-pelajar dalam sistem pendidikan negara kita.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membenarkan Laporan SUHAKAM 2022 dan 2023 dibahas oleh Ahli-ahli Berhormat di Dewan yang mulia ini. Ini adalah langkah yang menunjukkan kerajaan mementingkan isu-isu berkenaan dengan hak asasi manusia.

Daripada laporan SUHAKAM yang dibentangkan di Dewan Rakyat, saya boleh lihat SUHAKAM memang telah bekerja kuat untuk mendidik banyak pihak tentang hak asasi manusia dan telah menjalankan banyak lawatan di lokap ataupun pusat tahanan imigresen yang dilaporkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia. Syabas dan tahniah kepada anggota-anggota SUHAKAM.

Puan Yang di-Pertua, isu-isu yang ingin saya bangkitkan adalah seperti di bawah. Nombor satu, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 5(1) Akta SUHAKAM 1999, SUHAKAM boleh mempunyai sehingga 20 orang pesuruhjaya.

Rakan-rakan sebelum saya telah membangkitkan soalan kenapakah jawatan Pengerusi SUHAKAM tidak dilantik sejak beliau meletakkan jawatan pada bulan Ogos pada tahun lepas sehingga hari ini? Macam mana satu-satu organisasi di kerajaan yang mempertahankan hak asasi manusia berfungsi tanpa pengerusi hampir satu tahun.

Selain itu, pada masa ini SUHAKAM hanya mempunyai sembilan orang pesuruhjaya iaitu empat orang wanita dan lima orang lelaki sahaja. Kenapakah 11 kekosongan Pesuruhjaya SUHAKAM ini tidak diisi dengan pelantikan daripada golongan minoriti seperti Orang Asli, seperti orang kurang upaya,wakil masyarakat MADANI ataupun civil society dan dari bidang-bidang profesional supaya komposisi Pesuruhjaya SUHAKAM lebih kepelbagaian atau pun diversified demi mempertahankan kepentingan hak asasi manusia?

Isu yang kedua. Saya ingin minta kerajaan mempertimbangkan penubuhan mahkamah hak asasi manusia untuk mendengar kes-kes pencabulan hak asasi

draft • 5:03 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

manusia yang berunsur jenayah seperti apa yang ditubuhkan di Indonesia sejak tahun 2011 di mana hak― Mahkamah Hak Asasi Manusia di Indonesia ditubuhkan untuk membicarakan pelanggaran hak asasi manusia di Timor-Leste sekitar tahun 1999. Penubuhan hak mahkamah yang mendengar pelanggaran hak asasi manusia akan memastikan wujudnya forum untuk keadilan bagi mangsa-mangsa pelanggaran hak asasi manusia. Ia pasti akan memartabatkan kedudukan hak asasi manusia di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dalam tempoh Pesuruhjaya SUHAKAM yang lepas, banyak pendengaran terbuka telah pun dilakukan seperti pendengaran tentang kehilangan Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Teoh Beng Hock dan lain-lain.

Tetapi sekarang, kita jarang dengar apa-apa pendengaran terbuka tentang aduan pencabulan hak asasi manusia sekarang. Keadaan ini berlaku adalah berkaitan dengan style kepimpinan ataupun leadership style Pesuruhjaya SUHAKAM apatah lagi SUHAKAM sekarang tiada pengerusi dan terdapat 11 kekosongan yang masih belum diisi.

Ketiga, pemilihan dan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM. Memandangkan wujudnya Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Parlimen. Saya cadangkan pemilihan dan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM dilakukan oleh Jawatankuasa pilihan khas tersebut supaya calon yang dipilih sebagai pesuruhjaya dilakukan dengan cara yang lebih telus dan ini juga sejajar dengan hala tuju kerajaan untuk menjalankan reformasi institusi.

Isu yang keempat. Elaun Pesuruhjaya SUHAKAM. Mengikut iklan pencalonan anggota SUHAKAM oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM, elaun yang diperoleh oleh Pesuruhjaya SUHAKAM adalah elaun tetap RM6,000 satu bulan, elaun keraian RM1,000 sebulan dan elaun perumahan RM450 sebulan.

Kita haruslah pilih anggota SUHAKAM yang boleh kerja sepenuh masa dan bukannya part time. Tetapi tangga elaun Pesuruhjaya SUHAKAM ini memang terlalu rendah. Saya cadang kerajaan meningkatkan elaun anggota SUHAKAM kepada dua kali ganda atau pun tiga kali ganda daripada kadar sekarang. Mereka dikehendaki melibatkan diri dalam urusan penyebaran dan pendidikan hak asasi manusia secara sepenuh masa.

Isu kelima. Dalam muka surat 178 hingga 180 dalam Laporan SUHAKAM 2021, ia menyatakan sejak Ogos 2019, Ketua Pengarah Imigresen menafikan akses UNHCR memasuki depot tahanan imigresen menyebabkan UNHCR tidak berjaya membebaskan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR Malaysia termasuklah pelarian Rohingya.

Soalan saya kepada kerajaan adalah apakah pendirian kerajaan atau pun pihak imigresen terhadap peranan UNHCR sekarang? Adakah itu benar depot

draft • 5:03 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

imigresen mengurus 10,000 orang pelarian Rohingya sekarang? Berapa di antara mereka telah mati dalam tahanan? Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap golongan Rohingya ini?

Golongan Rohingya ini adalah pelarian. Mereka akan menghadapi risiko dibunuh atau pun ditahan sekiranya mereka dihantar balik ke Myammar. Selain itu, kumpulan pelarian Myammar ini sudah mempunyai generasi ketiga dan malah keempat di negara kita tetapi mereka tidak dibenarkan untuk belajar di sekolah dan tidak dibenarkan untuk bekerja secara rasmi sedangkan kita menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Layanan kita terhadap pelarian negara-negara seperti Myammar ini adalah bercanggah dengan hak asasi manusia sejagat. Soalan saya adalah bilakah kerajaan akan membenarkan pelarian yang mempunyai kad UNHCR untuk bekerja di negara kita? Saya berpendapat adalah lebih baik bagi kerajaan untuk bekerjasama dengan UNHCR untuk menangani masalah berhubung dengan pelarian.

draft • 5:03 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Isu keenam, kenapakah kerajaan tidak menandatangani...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan dan sila gulung.

draft • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Convention against Torture and Other Cruel Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT) sehingga hari ini? Kebanyakan anggota negara OIC telah menandatangani UNCAT kecuali Malaysia dan Brunei. Yang isu ketujuh, memandangkan wujudnya pihak-pihak tertentu di masyarakat kita asyik memainkan isu perkauman dan agama. Saya menyeru SUHAKAM haruslah mengambil pendirian untuk mengeluarkan kenyataan tentang isu- untuk mengkritik orang yang memainkan isu-isu perkauman tersebut kerana memainkan isu-isu perkauman seperti ini telah mencabuli hak asasi manusia.

Saya ingin gulung, Puan Pengerusi.

Akhirnya, memandangkan kerajaan amat mementingkan perbahasan Laporan SUHAKAM dengan membenarkan ramai Ahli Yang Berhormat untuk berbahas dan meminta semua Menteri Kabinet untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Saya ingin mencadangkan supaya hardcopy Laporan SUHAKAM diedarkan kepada kami di Dewan Rakyat untuk memudahkan kami, Ahli Yang Berhormat untuk membaca isi kandungan Laporan SUHAKAM. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan membaca ayat Al-Quran Surah Ar-Rum ayat 41.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut; dengan sebab yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu merujuk kepada Perkara 4 - Alam Sekitar dan Hak Asasi Manusia dan 4.1 - Perbincangan Meja Bulat mengenai COP26, Perubahan Iklim di muka surat 109. Di dalam Laporan SUHAKAM tahun 2022, Malaysia mengiktiraf akses terhadap persekitaran yang bersih, sihat, lestari sebagai hak asasi manusia.

Akses kepada persekitaran yang bersih, selamat dan sihat dan lestari merupakan hak asasi manusia yang perlu dilindungi. Kemerosotan alam sekitar dan perubahan iklim bukan sahaja memberikan impak terhadap kehidupan masyarakat, terutamanya golongan rentan seperti orang asal, warga emas, orang kurang upaya, wanita dan kanak-kanak serta pelarian, malah ia juga memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Perubahan iklim bukan sahaja satu isu politik tetapi juga isu hak asasi manusia. Sejauh mana isu perubahan iklim ditangani di peringkat nasional memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada negara tersebut mengutamakan norma dan piawaian hak asasi manusia.

Malaysia mengiktiraf pendirian ini melalui penajaan resolusi di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 8 Oktober 2021 di Geneva.

Resolusi ini merupakan julung-julung kalinya bagi MPHAM dalam mewujudkan kaitan secara jelas dan langsung antara persekitaran yang bersih, sihat dan lestari dengan hak asasi manusia.

Malaysia menyedari bahawa kemerosotan alam sekitar, perubahan iklim dan pembangunan yang tidak mampan merupakan antara ancaman-ancaman yang paling mendesak dan serius terhadap kemampuan generasi sekarang dan masa hadapan untuk menikmati hak asasi manusia. Termasuk hak untuk hidup serta hak ke atas kesihatan, pembangunan, perumahan, air dan makanan.

Sebagai contoh, projek penimbunan laut di Melaka telah memberikan kesan yang buruk kepada komuniti nelayan dan pemegang taruh lainnya yang bergantung kepada laut sebagai sumber makanan dan sumber pendapatan, khususnya di sepanjang Pantai Klebang, Tanjung Kling dan Pantai Puteri.

draft • 5:11 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Projek ini bukan sahaja merosakkan ekosistem, biological system, tempat pembiakan ikan, perubahan aliran arus laut yang menyebabkan berlakunya hakisan pantai yang semakin membimbangkan. Bahkan, telah menyebabkan kawasan penangkapan ikan dan hasil laut menjadi kecil dan berkonflik dengan pelabuhan dan kapal-kapal yang berlabuh di sekitar Pelabuhan Tanjung Beruas dan Pelabuhan Petronas.

Dalam masa lima tahun, jumlah tangkapan ikan semakin berkurang sebanyak 43 peratus, walaupun bilangan nelayan meningkat. Data menunjukkan tangkapan ikan pada tahun 2018 sebanyak 410,000 kilogram dan berkurang kepada 226,000 kilogram pada tahun 2022. Kemusnahan ekosistem dan konflik antara nelayan, pelabuhan dan kapal-kapal akan menjadi lebih runcing lagi apabila satu lagi projek di bawah Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Walaupun ada perancangan kerajaan negeri untuk meletakkan tukun bagi pembiakan ikan tetapi ia nya mengambil masa yang lama. Kesan dari pengorekan dan penimbunan pasir dan pencemaran minyak dari kapal-kapal akan menyebabkan ikan-ikan berhijrah ke kawasan yang lain. Selama ini hanya NGO-NGO sahaja yang menunjukkan kesungguhan untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan sudah sampai waktunya SUHAKAM turut memainkan peranan dalam bantu menyelesaikan isu ini kerana ia jelas menjejaskan hak asasi manusia dari segi alam sekitar yang sihat, bersih dan lestari.

Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu tertarik dengan Program Parol dan Perkhidmatan Komuniti di muka surat 155. Kita memang seharusnya tidak boleh menyisihkan para banduan dan mereka mempunyai hak yang sama dalam menjalani kehidupan, lebih-lebih lagi setelah mereka dibebaskan. Merujuk kepada Program Corporate Smart Internship 2016.

Pertama, Tangga Batu ingin penjelasan dari institusi-institusi yang berkaitan.

Sejauh manakah pencapaian program ini? Berapa ramai kah banduan yang telah menjalani program ini dan terus kekal di dalam industri yang telah mereka pilih setelah mereka dibebaskan?

Dari segi komitmen syarikat pula, adakah penilaian telah dibuat dalam memastikan bahawa semua tanggungjawab sosial, termasuk gaji memenuhi syarat dan tidak ada pelanggaran Akta Gaji Minimum? Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa negara menghadapi kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan.

Tangga Batu mencadangkan agar pihak penjara dapat bekerjasama dengan Institut Perladangan Komoditi Malaysia (IMPAC) di bawah Kementerian Perladangan dan Komuniti bagi melahirkan banduan-banduan berkemahiran bagi mengisi

draft • 5:11 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

kekosongan dan menampung kekurangan tenaga kerja di– tenaga kerja mahir di sektor perladangan.

Sektor perladangan biasanya mempunyai fasiliti yang sangat baik dari segi perumahan, fasiliti kesihatan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

draft • 5:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Sibu.

draft • 5:11 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang disentuh dalam Laporan SUHAKAM ini. Pertamanya ialah pindaan agama kepada kad pengenalan di Sarawak. Hak agama merupakan kuasa negeri tetapi dalam Laporan SUHAKAM ini menerangkan bahawa JPN negeri tiada kuasa untuk membuat apa-apa pindaan terhadap agama pada kad pengenalan mengikut Peraturan 14 – Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara. Permohonan untuk meminda agama pada kad pengenalan harus dihantar ke JPN di Putrajaya untuk diproses dan mengambil masa yang panjang sehingga enam bulan.

Jadi, saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk membuat pindaan kepada Peraturan 14 ini supaya kuasa pindaan agama kepada kad pengenalan harus diberikan kepada JPN Negeri Sarawak supaya proses untuk buat pindaan terhadap agama pada kad pengenalan boleh dicepatkan. Satu lagi perkara saya ingin bangkitkan ialah tentang PPR Seduan di Sibu Jaya. Saya rasa ini merupakan satu perkara yang harus dibangkitkan dalam kesempatan ini kerana ini di Sibu, tidak pernah ada PPR yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan setakat ini.

Ini merupakan- PPR Seduan, merupakan salah satunya PPR yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Sibu dan ia telah- projek ini sudah tertunggak untuk lama dan seharusnya habis dalam bulan April ini tapi sampai sekarang masih belum dihabiskan dan ia akan membina 461 rumah PPR. Saya rasa ini sudah mencabul hak untuk orang Sibu yang pendapatan mereka rendah untuk memiliki tempat kediaman mereka dan projek ini harus diselamatkan oleh KPKT secepat mungkin dan ini juga merupakan salah satu projek yang menunjukkan kegagalan kerajaan terdahulu yang tidak mampu untuk menyiapkan projek ini di Sibu.

Di dalam Laporan SUHAKAM ini saya juga tengok, teliti banyak isu tentang hak– isu tentang kewarganegaraan di kalangan Orang Asli.

draft • 5:17 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya harap masalah tentang kewarganegaraan ini perlu diambil berat oleh Kerajaan Persekutuan kerana sejak lama kita membangkitkan masalah ini di Dewan yang mulia ini tetapi sampai masa sekarang masih banyak Orang Asli di Sarawak

draft • 5:20 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

perlu mendapatkan IC mereka dan kewarganegaraan mereka. Saya berharap kerajaan boleh mempercepatkan usaha mereka supaya kebanyakan mereka yang tunggu IC mereka ini boleh mendapatkan IC mereka secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, memberikan ruang kepada saya untuk bersama-sama membahas Laporan Tahunan SUHAKAM 2021-2022.

Puan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pihak SUHAKAM yang sentiasa berusaha untuk melindungi dan memperkasa hak asasi manusia. Memacu hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, golongan rentan serta memerangi racism, diskriminasi kaum dan xenofobia.

Perkara pertama, saya nak menyentuh isu hak kewarganegaraan. Saya melihat laporan SUHAKAM. Kajian telah dilaksanakan bermula Julai 2021 sehingga April 2022 mengenai hak asasi manusia. Saya amat bersetuju dengan perkara yang dicadangkan dalam kajian tersebut iaitu kementerian, agensi perlu membuat penambahbaikan kepada proses permohonan kewarganegaraan.

Saya ingin mengambil contoh di kawasan saya sendiri, ada individu yang telah tinggal 30 tahun di Malaysia. Namun, masih belum dapatkan kelulusan untuk proses kewarganegaraan. Saya mohon perkara ini diambil serius oleh SUHAKAM untuk dibincangkan dengan kementerian yang terlibat dengan kadar segera, terutamanya permohonan yang dibuat oleh mereka yang telah berumur dan tinggal lama di Malaysia ini. Ada yang masih berusaha untuk memohon hak kewarganegaraan kerana tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan hak yang sepatutnya boleh mereka terima.

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua berkaitan dengan pendidikan.

Sebagaimana yang termaktub di bawah seksyen 4(1)(a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], antara tujuan utama penubuhan SUHAKAM adalah untuk mempromosi kesedaran dan menyediakan pendidikan hak asasi manusia kepada masyarakat. Antara perkara khusus yang dijalankan dengan kerjasama KPM iaitu Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di sekolah.

Hasil dapatan daripada kajian yang telah dilaksanakan ke atas Program ATHAM pada tahun 2021 menunjukkan keperluan bagi program ini diperluaskan

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

kesemua sekolah di seluruh Malaysia. Jadi, saya mohon pihak SUHAKAM mengusahakan bagi mempertingkatkan penglibatan semua sekolah di seluruh Malaysia dalam program ATHAM di masa akan datang.

Puan Yang di-Pertua, perkara ketiga. Saya ingin menyentuh berkaitan hak asasi manusia iaitu hak rakyat yang dinafikan. Selama satu tahun tujuh bulan sembilan hari, kami Ahli Parlimen Pembangkang masih dinafikan hak peruntukan dan hakikatnya dana tersebut adalah untuk membantu rakyat. Ketika kita memperjuangkan hak asasi manusia menentang kezaliman dan sikap tidak berperikemanusiaan, namun tidak kah pihak SUHAKAM melihat akan perkara ini?

Tidakkah ini bertentangan dengan hak asasi manusia?

Saya harap perkara ini juga boleh diambil perhatian oleh SUHAKAM sebagai salah satu hak yang perlu diambil serius bagi melindungi dan memenuhi hak asasi manusia untuk semua di Malaysia, berasaskan kesaksamaan dan tanpa diskriminasi.

Puan Yang di-Pertua, perkara yang keempat iaitu isu pewartaan tanah Orang Asli perlu diselesaikan. Saya bersetuju dengan pendapat pihak SUHAKAM bahawa usaha-usaha perlu digiatkan lagi untuk memastikan pelaksanaan syor-syor inkuiri nasional terutamanya melibatkan isu pewartaan tanah Orang Asli di bawah Akta 134.

Ini hak keistimewaan peribumi yang perlu diberikan perhatian. Kawasan yang tidak diwartakan mengundang risiko kemungkinan tanah mereka diambil untuk tujuan pembangunan. Saya harap semua agensi dan pihak yang terlibat mengambil serius akan perkara ini bagi memastikan hak dan kebajikan Orang Asli lebih terjamin bagi tempoh masa yang panjang.

Puan Yang di-Pertua, yang terakhir saya ingin kaitkan dengan media sosial.

Kita tidak boleh menafikan kerjasama media dalam membuat liputan mengenai hak asasi manusia. Media sosial adalah satu media perkongsian dalam memberikan gambaran tentang keadaan semasa malahan boleh membantu untuk membawa isu- isu yang berkaitan kepada pihak yang bertanggungjawab agar kehidupan lebih terbela. Namun, jika kita lihat sekarang Malaysia jatuh 34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 sekali gus menempatkan negara pada kedudukan ke- 107 berbanding 73 pada tahun yang lalu.

Kita menerima hakikat bahawa isu ini juga perlu diambil serius oleh SUHAKAM kerana ia hak kebebasan bersuara. Kebebasan media tidak sepatutnya dikongkong kerana sekarang semua orang ada akses kepada internet dan juga media. Media sosial ini juga lah yang jelas banyak membantu dalam pendedahan berkaitan isu-isu kepentingan dan hak orang awam. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Selayang.

draft • 6:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih memberikan saya peluang untuk membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2021 dan 2022. Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah isu tanpa kewarganegaraan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan kementerian membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengatasi beberapa isu kewarganegaraan tertentu.

Namun begitu, saya meminta Menteri memberikan tumpuan juga kepada isu- isu yang lain yang dihadapi oleh mereka sebagai orang tanpa kewarganegaraan terutamanya mereka yang adalah kategori tanpa kewarganegaraan in situ. Seorang yang tidak dianggap sebagai warganegara menjadi golongan rentang yang terdedah kepada pelanggaran hak asasi manusia secara kumulatif.

Walaupun dia lahir dan tinggal di negara sepanjang hayat, mereka berhadapan kesukaran untuk mengakses hak asasi mereka untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan, perumahan, jaminan sosial, pemilikan harta, kebebasan bergerak dan sebagainya.

Mereka berdepan risiko tinggi untuk dieksploitasi, ditangkap serta ditahan dan diusir sewenang-wenangnya. Mengikut laporan SUHAKAM, lapan kategori orang tanpa kewarganegaraan ialah:

(i) orang yang telah lama bermastautin sejak sebelum kemerdekaan keturunan mereka;

(ii) kanak-kanak terbiar yang lahir di Malaysia;

(iii) anak angkat di Malaysia;

(iv) kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah atau sebelum perkahwinan didaftarkan;

(v) kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia kepada ibu warganegara dan bapa bukan warganegara Malaysia;

(vi) Orang Asli;

(vii) pelarian tanpa negara; dan

(viii) orang tanpa dokumen.

Daripada lapan kategori ini, tujuh merupakan tanpa kewarganegaraan in situ.

Tanpa kewarganegaraan in situ ditakrif sebagai orang tanpa kewarganegaraan yang berada di negara sendiri yang bermaksud negara yang mempunyai hubungan penting dan stable. Antaranya melalui kelahiran dan penetapan untuk jangka panjang. Mereka adalah orang yang dilahirkan dan telah tinggal sepanjang hidup mereka di negara ini tetapi tidak dapat memperoleh kewarganegaraan kerana kurang dokumentasi yang

draft • 5:26 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

diperlukan. Tanpa kewarganegaraan ini sering berlaku akibat daripada pembentukan dan pelaksanaan undang-undang kewarganegaraan.

Oleh itu, saya setuju dengan syor-syor SUHAKAM untuk mengatasi masalah tanpa kewarganegaraan in situ dengan mengkaji semula amalan pelaksanaan, peruntukan dan cara pentadbiran. Mendapat untuk mengurangkan kes-kes tanpa kewarganegaraan. Saya meminta kerajaan memberikan tumpuan kepada syor seperti yang berikut, mengkaji dengan teliti.

Malaysia meratifikasi Konvensyen 1954, Konvensyen 1961, Konvensyen 1951, Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Hak Politik (ICCPR) dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi

(ICERD) sebagai asas untuk kerajaan mencegah dan mengurangkan tanpa kewarganegaraan.

draft • 5:26 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kedua, Kementerian Dalam Negeri perlu menyemak semula undang-undang kewarganegaraan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta yang berkaitan untuk meminda undang-undang kewarganegaraan bagi mencegah dan mengurangkan segala bentuk tanpa kewarganegaraan.

Saya maklum bahawa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan kementerian telah mengambil tindakan untuk menambahbaikkan proses. Tetapi, saya perlu meminta lebih fokus diberikan untuk menambahbaikkan proses permohonan. Antaranya, memendekkan masa menunggu, menyediakan akses mudah untuk menyemak status permohonan, mengadakan garis masa terperinci untuk proses permohonan dan, penting sekali, memaklumkan kepada pemohon sebab-sebab tertentu permohonan mereka ditolak supaya mereka boleh membetulkan permohonan mereka.

Perkara yang kedua ialah tentang diskriminasi kaum, perkauman dan xenofobia. Perkara kedua yang saya hendak sentuh ialah diskriminasi kaum, perkauman dan xenofobia yang telah dibangkitkan dalam laporan SUHAKAM. Fokus perlu diberikan ke arah mencapai keharmonian masyarakat melalui pembasmian diskriminasi kaum, sifat perkauman dan xenofobia dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama di Malaysia.

Diskriminasi kaum merupakan isu yang telah lama berlarutan. Kerajaan perlu memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk memupuk sikap bertoleransi sesama manusia dan menghindari segala prasangka perkauman kerana perkauman adalah salah dari segi moral dan hak asasi manusia. Sudah tiba masanya untuk masyarakat di negara ini maju ke hadapan melangkaui aras perpaduan dan membasmi diskriminasi kaum yang telah berdekad menjadi sistemik.

draft • 5:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Sekian, saya mengucapkan terima kasih. Saya menyokong Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2021 dan 2022 serta syor-syor mereka diluluskan. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 1 Julai 2024.

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026