Jun242024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
AKTA-AKTA YANG TELAH DIPERKENANKAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Perbekalan Tambahan (2023) 2024; 2. Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024; 3. Akta Polis (Pindaan) 2024; 4. Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024; 5. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024; 6. Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024; 7. Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024; 8. Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2024; 9. Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan)

(Pindaan) 2024; 10. Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024; 11. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024; 12. Akta Keselamatan Siber 2024; 13. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2024; dan 14. Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024.

draft • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat melainkan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 dengan sedikit pindaan dalam mesyuarat yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut; 1. (D.R.41/2023) Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.

  1. (D.R.4/2024) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan

(2023) 2024.

  1. (D.R.5/2024) Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

  2. (D.R.6/2024) Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024.

  3. (D.R.39/2023) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023.

  4. (D.R.40/2023) Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023.

  5. (D.R.38/2023) Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.

  6. (D.R.37/2023) Rang Undang-undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023; 9. (D.R.3/2024) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R.1/2024) Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024.

  2. (D.R. 9/2024) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan

(Pindaan) 2024.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. (D.R.10/2024) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024.

  2. (D.R. 8/2024) Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024.

  3. (D.R. 35/2023) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling

(Pindaan) 2023.

  1. (D.R. 2/2024) Rang Undang-undang Juruukur Tanah Berlesen

(Pindaan) 2024.

  1. (D.R. 28/2023) Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 (dengan pindaan di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Dewan Negara); dan 17. (D.R. 29/2023) Rang Undang-undang Bekalan Elektrik

(Pindaan) 2023.

Yang Ikhlas, t.t “DATUK MUTANG TAGAL” “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

draft • 10:00 AM
MENIMBANG SEMULA SUATU RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2023

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang dibacakan oleh Setiausaha sebentar tadi, berkenaan dengan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 yang telah dipersetujukan oleh Dewan Negara dengan pindaan kepada Fasal 1 Kertas Pindaan tersebut telah diletak di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya telah menimbangkan pindaan itu di bawah Peraturan Mesyuarat 73(1) dan saya mendapati bahawa pindaan itu adalah menepati tujuan Dewan ini dan hanya melibatkan pindaan satu fasal sahaja. Oleh yang demikian, saya dengan ini memaklumkan kepada Majlis akan hal itu dan memohon Majlis memerintahkan supaya pindaan itu terus dipertimbangkan. Saya memerintah perkara ini hendaklah ditimbangkan pada suatu hari yang akan ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

draft • 10:00 AM
PEMASYURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
• URUSAN DALAM MESYUARAT INI • UCAPAN TAKZIAH • TAKWIM MESYUARAT KETIGA DIUBAH

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bersidang mulai hari ini iaitu 24 Jun 2024 hingga 18 Julai 2024 selama 15 hari. Urusan-urusan yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ialah rang undang-undang serta usul-usul.

Seperti kita semua sedia maklum, Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara telah meninggal dunia pada pagi Jumaat, 10 Mei 2024. Mendiang juga merupakan mantan Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Bukit Mas pada tahun 1982 hingga 1990. Mendiang merupakan seorang pemimpin yang komited dalam usaha mereformasi institusi Parlimen Malaysia dan amat prihatin akan kebajikan rakyat Malaysia.

Kita turut kehilangan seorang lagi tokoh politik iaitu Tan Sri Joseph Kurup yang telah meninggal dunia pada Rabu, 17 April 2024. Mendiang merupakan mantan Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Pensiangan dan pernah menjadi Anggota Pentadbiran Persekutuan di beberapa kementerian. Mendiang adalah bapa kepada YB. Pensiangan sekarang.

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Yang Berhormat Senator Mutang Tagal dan Tan Sri Joseph Kurup. Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga kedua-dua mendiang terus tabah dalam menghadapi situasi ini.

Kepada semua Ahli Dewan, marilah kita berdiri dan bertafakur bagi memberikan penghormatan kepada kedua-dua mendiang yang telah banyak berjasa kepada negara tercinta ini.

[Ahli-ahli bangun bertafakur]

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat ― perhatian bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah bersetuju supaya takwim Mesyuarat Penggal Ketiga― minta maaf ya― supaya takwim Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat diubah kepada suatu tarikh baru iaitu mulai 14 Oktober 2024 hingga 12 Disember 2024 selama 35 hari selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Notis mengenai perubahan tersebut dihantar kepada semua Ahli Yang Berhormat pada Jumaat, 14 Jun 2024.

Saya ingin memaklumkan bahawa salinan jadual kementerian menjawab semasa Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan bagi Mesyuarat ini telah diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan sama ada Ahli Dewan Rakyat, baik yang bertanya dan anggota pentadbiran yang menjawab. Pematuhan ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan yang mulia ini.

Sebab itu saya minta Ahli Yang Berhormat sila patuh waktu. Banyak saya dapat kompelin daripada Yang Berhormat, kita tak dapat memperbanyakkan soalan- soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sebelum ini. Jadi, saya tidak akan membenarkan rembang-rembang, pusing-pusing, terus jawab kepada jawapan yang diminta. Untuk itu, sekian terima kasih. Setiausaha, silakan.

draft • 10:10 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kita mulakan pertanyaan hari ini dengan menjemput Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Serian. Silakan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Datuk Yang di- Pertua ― Tan Sri Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam perpaduan. “Salam Segulai Sejalai” dalam bahasa Iban, “Salam Indi Awang Indi Asung” dalam bahasa Bidayuh.

Bermaksud salam sehati sejiwa. Kepada masyarakat Dayak, Selamat Gawai Dayak.

“Gayu Guru, Gerai Nyamai” dalam bahasa Iban. Dalam bahasa Bidayuh, “Burak Bahen Agang Tirasun” yang bermaksud semoga sihat walafiat.

Kepada masyarakat Kadazan Dusun, selamat menyambut Hari Kaamatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Nasib baik berhenti dekat Dusun sahaja, kalau tidak kena sebut semua ya. Baik, terima kasih. Silakan, Menteri.

draft • 10:10 AM

1. Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan kementerian dalam mengawal masalah kenaikan harga keperluan asas.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

kasih kepada Yang Berhormat Serian di atas soalan. Saya mulakan dengan pantun.

Tuan Yang di-Pertua, Sidang Dewan kembali meriah, Paling bergaya YB. Serian, KPDN rasa cukup bertuah, Nombor satu giliran soalan. Tan Sri Yang di-Pertua, KPDN sejak ditubuhkan memang sentiasa mencari jalan dan memperkukuhkan ekosistem perdagangan dalam negeri dan mendaya upayakan pengguna untuk memastikan kepentingan rakyat dapat diutamakan tanpa mengetepikan keperluan industri. Ada beberapa mekanisme yang kita gunakan untuk menjawab soalan Yang Berhormat Serian, mekanisme untuk mengawal harga barang.

Tapi Yang Berhormat Serian, saya ingin mempertegaskan sekali lagi seperti yang saya biasa tegaskan di Dewan ini bahawa kita mengamalkan ekonomi pasaran bebas di mana perkara-perkara penawaran dan permintaan itu banyak menguasai harga barang yang kita tawarkan namun KPDN ada beberapa mekanisme. Yang pertama, kita ada mekanisme kawalan harga di mana kita meletakkan harga siling kepada barang-barang paling asas. Contoh, minyak masak peket, gula, telur gred A, B dan C, LPG iaitu minyak gas memasak. Itu antara barang-barang keperluan asas yang kita letakkan harga siling. Itu mekanisme yang pertama.

Mekanisme yang kedua, kita meletakkan harga siling pada musim perayaan iaitu ketika permintaan itu tinggi, kita meletakkan harga siling juga kepada barang- barang keperluan ketika itu. Kita juga memberikan subsidi kepada barang-barang seperti di kawasan Yang Berhormat, kita ada community drumming ya. Itu antara kawalan juga. Kita beri subsidi kepada produk seperti telur― kos pengeluaran telur, kita beri insentif juga untuk mengawal harga. Kita menggalakkan persaingan supaya tidak ada keadaan di mana mereka berpakat, industri berpakat untuk mengawal harga tapi kita menggalakkan competition.

Kita juga menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk memastikan bahawa tiada pencatutan dan kita memantau harga setiap hari. Kita sentiasa libat urus dengan agensi kita dan kementerian sentiasa libat urus dengan pemain industri untuk memastikan bahawa mereka tidak mengambil kesempatan di atas keadaan-keadaan di mana mereka boleh menaikkan harga. Akhir sekali, kita juga memperkasakan hak pengguna di mana kita juga membuat advokasi mendidik pengguna supaya pengguna faham tentang tanggungjawab mereka sebagai pengguna dan bagaimana pengguna sendiri boleh membantu di dalam memastikan

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

harga itu, harga barang-barang keperluan asas itu terkawal. Sekian Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Serian.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu hangat sekarang antaranya ialah subsidi diesel. Saya takut, saya takut dan jangkakan dengan subsidi diesel yang bersasar ini harga barang akan melambung lagi. Akan melambung naik lagi. Jadi soalan saya, walaupun ada mekanisme dan sebagainya, apakah langkah-langkah ataupun tindakan yang bakal diambil oleh kementerian agar harga barang ini tidak melambung naik dengan mendadak setelah subsidi diesel ini dilaksanakan? Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih di atas soalan tambahan tersebut, Yang Berhormat Serian. Tan Sri Yang di-Pertua, daripada 2 Mei iaitu sebulan sebelum kita melancarkan Ops Kesan sebelum kita bermula dengan penyasaran subsidi, KPDN telah pun memulakan operasi pra Ops Kesan, di mana kita telah mula turun padang dan mengutip maklumat ataupun data berkenaan dengan harga-harga barang. Ya, kita telah mengutip lebih kurang 1,772 SKU harga barang sebelum penyasaran subsidi itu bermula supaya kita boleh membandingkan apabila berlaku penyasaran subsidi.

Setakat ini kita– lepas penyasaran subsidi diumumkan, kita telah pun memeriksa lebih kurang 2,790 premis, tarikh pada 23 Jun kita telah mengeluarkan 210 notis bertulis dan membuka tujuh kes siasatan yang kita dapati bahawa beberapa hari yang pertama ada pihak yang mengambil kesempatan. Yang Berhormat Serian, Tan Sri Yang di-Pertua tetapi selepas kita mengeluarkan notis, kita panggil mereka, kita bagi notis dan kita minta mereka jawab kenapa ada harga naik? Sebab kita sudah ada data awal tadi, kita dapati data kita yang terkini kita dapati bahawa agak keadaan terkawal.

Ya, yang hendak ambil kesempatan itu mungkin berfikir banyak kalilah. Kalau sebelum itu mereka ingat mereka boleh ambil kesempatan tetapi selepas notis dikeluarkan, selepas kes siasatan kita buat, selepas kita panggil ke pejabat syarikat- syarikat yang kita rasa tidak wajar mengeluarkan notis kenaikan harga, harga perkhidmatan ataupun harga barang, kita lihat bahawa keadaan lebih terkawal.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Permatang Pauh.

draft • 10:20 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa isu kenaikan harga diesel ini satu perkara yang sedang dibincangkan oleh rakyat di bawah. Pergi mana-mana pun rakyat bincang tentang isu ini.

Cuma sekarang ini persoalan saya, sejauh manakah kajian terperinci telah dijalankan oleh pihak kerajaan khususnya ke atas kesan berantai mengikut sektor terutamanya sektor makan minum, pengangkutan dan sekarang ini banyak dibicarakan tentang sektor bahan binaan yang banyak kontraktor G1 sehingga G7 sangat terkesan ekoran kenaikan harga diesel secara mendadak yang mengambil kira implikasinya terhadap penyedia perkhidmatan, kos pengeluaran, sekali gus menjejaskan kuasa beli pengguna di samping prospek peningkatan inflasi.

Kedua, apa perancangan terperinci kerajaan berkaitan dengan unjuran garis masa dan mekanisme pelaksanaan bagi penyasaran subsidi RON95 sebab sekarang ini diperkatakan oleh rakyat di bawah ini serta jaminan kerajaan supaya ia tidak menambah beban rakyat? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih di atas soalan tambahan Permatang Pauh. Yang Berhormat, kita amat ambil berat supaya tidak ada berlaku kenaikan harga barang yang mendadak akibat daripada penyasaran subsidi sebab itu kita memberi tumpuan kepada sektor logistik kerana logistik ini merupakan penyumbang yang besar kepada kos harga barang.

Jadi apabila kita memberi fleet card kepada syarikat-syarikat logistik ataupun syarikat-syarikat lori yang membawa barang-barang keperluan itu, jadi daripada situ kita memastikan bahawa tiada kos pengangkutan barang-barang perlu itu, kos tambahan kepada barang-barang– pengangkutan barang-barang perlu. Namun seperti yang disebut tadi, pembinaan mungkin pada ketika ini belum ada penyasaran subsidi kepada sektor tersebut namun libat urus sentiasa berterusan dan kita boleh pergi kepada kementerian-kementerian yang berkaitan.

Kementerian-kementerian berkaitan, jadi kalau petani pergi kepada KPKM, kalau pembinaan pergi kepada KPKT dan sebagainya supaya libat urus itu dapat diteruskan dan Jawatankuasa Rayuan boleh meneliti keadaan tersebut.

Berkenaan dengan– saya rasa kajian ini terlalu awal kita hendak mengatakan, kita hendak beri kesannya, terlalu awal tetapi kita monitor setiap hari dan kita ada data setiap hari. Kita periksa lebih 480 item setiap hari dari segi harga, Tan Sri Yang di-Pertua. Berkenaan dengan RON95 saya serahkan kepada Kementerian Kewangan untuk menjawabnya. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Soalan tambahan lagi, Tan Sri Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua, penting fasal diesel.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang, Marang, silakan.

draft • 10:20 AM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya yang kedua.

draft • 10:20 AM

2. Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk menyemak semula dasar 'two-state solutions' atau penyelesaian dua negara bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Gaza.

draft • 10:20 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membuat penerangan dan jawapan kepada soalan daripada Yang Berhormat Marang dan soalan jawapan saya ini juga akan merangkumkan jawapan daripada Yang Berhormat Larut, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, sokongan Kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia bukan sahaja berseorangan tetapi seluruh dunia sekarang ini tentang kekejaman dan juga pembunuhan tanpa perikemanusiaan yang dilakukan bukan sahaja bermula daripada 7 Oktober. Banyak orang mengambil mengatakan ini 7 Oktober tetapi sebenarnya Tan Sri Yang di- Pertua, kekejaman ini telah pun berlaku lebih daripada tujuh dekad yang lalu.

Semenjak daripada 1948 berlakulah peristiwa pengusiran orang-orang Palestin daripada tanah air sendiri, keluar daripada tanah air, dihalau, dibunuh. Kalau tak nak keluar dibunuh sehinggalah pada hari ini Tuan Yang di-Pertua sudah hampir 40,000 orang yang telah pun mati, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan yang cedera melebihi 100,000 orang.

Malaysia membawa suara sokongan rakyat Malaysia ke pentas dunia. Setiap pentas dunia kita menyuarakan sokongan kita bahawa kekejaman ini mesti diberhentikan. Sekurang-kurangnya pembunuhan ini mesti diberhentikan. Selepas itu kita hendak cerita macam mana, Tan Sri Yang di-Pertua kita cerita tetapi pembunuhan ini perlu diberhentikan tetapi nampaknya bukan sahaja diberhentikan makin hari makin ramai dibunuh.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Walaupun kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan selamat, disuruh semua orang pergi daripada utara Gaza, utara Gaza dibom. Suruh pergi kawasan selamat di kawasan Rafah di Selatan Semenanjung Gaza dan di situ mereka pula dibom dan disuruh beralih ke kawasan yang selamat, tidak tahu mana lagi yang selamat kerana hospital, sekolah, masjid semuanya dibom. Daripada 36 hospital, 31 hospital telah musnah dan yang tinggal itu Tan Sri Yang di-Pertua, tidak boleh beroperasi sepenuhnya.

Inilah asas sokongan rakyat Malaysia terhadap penderitaan kekejaman pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sejak daripada lebih tujuh dekad dahulu. Makanya Tuan Yang di-Pertua segala dan sebarang usaha yang dicari dan yang hendak dicapai untuk kita memberhentikan dahulu pembunuhan ini. Stop the killing first, dengan izin, mesti kita sokong.

Tuan Yang di-Pertua, maka beberapa usaha telah dilakukan dan termasuklah cara untuk menyelesaikan kes ini telah pun ditaja oleh berbagai-bagai pihak, termasuklah beberapa resolusi demi resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk memastikan supaya isu Palestin ini dapat ditamatkan tetapi nampaknya tidak ada.

Tetapi, alhamdulillah Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini pada bulan Jun baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, satu cadangan penyelesaian gencatan senjata yang berfasa, Tuan Yang di-Pertua. Tiga fasa, yang ditaja oleh Amerika telah pun diluluskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan undi 14 menyokong dan 1 berkecuali.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Kita amat gembira Tan Sri Yang di-Pertua kerana selalunya jika Amerika membuat usul di Majlis Bangsa-bangsa Bersatu ataupun di Majlis Keselamatan, yang lain tak akan menyokong. Kalau yang lain bawa, Amerika tak akan menyokong, tetapi pada kali ini, 14 menyokong, termasuklah yang bukan anggota tetap, satu berkecuali. Pihak Rusia berkecuali, Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang ini kita hendak lihat cara mana Tan Sri Yang di-Pertua, untuk kita pastikan bahawa kekejaman, pembunuhan terhadap rakyat Palestin ini diberhentikan atas platform apa, itu Yang di-Pertua ya.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, soalan tak jawab, two-state solutions. Apa cerita two-state solutions. Masa panjang habis dah.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini Yang Berhormat, Menteri sedang jawab ini Yang Berhormat, dia sedang jawab, belum ada noktah lagi. Bagilah dia jawab dulu.

draft • 10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tapi masa dah habis, panjang sangat.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Atas apa jua platform, termasuklah kita menyokong penuh Tan Sri Yang di-Pertua, kita menyokong penuh usul yang telahpun dilakukan termasuk bermula daripada Oslo Accords 1993 di Washington dan juga di Taba, Mesir 1995 demi untuk kita selesaikan isu Palestin ini.

Kita akan terus menyokong apa jua usaha, termasuklah usaha iaitu menyelesaikan konflik ataupun masalah di Palestin ini melalui penyelesaian dua negara, two-state solutions dengan izin. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Marang. Kan dah jawapan itu, Marang silakan.

draft • 10:30 AM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Tan Sri Yang di- Pertua, soalan tambahan saya, penyelesaian two-state solutions ini ditolak secara terbuka oleh Israel, khusus selepas peristiwa Gaza yang kejam dan telah ada keputusan Mahkamah Antarabangsa. Nyata, kerana penyelesaian dua negara ini bercanggah dengan ideologi zionisme menubuhkan negara Israel agung kerana...

[Tidak jelas] ... hingga Ukraine, dari Laut Mediteranian hingga Laut Merah, tindakan beberapa orang pemimpin utama Israel membuat kenyataan terbuka menolak two- state solutions untuk merampas Tebing Barat.

Tindakan membawa pendatang Yahudi bersenjata dilindungi oleh tentera dan polis, isytihar Baitulmuqaddis ibu negara Israel diterima oleh Amerika dan negara Barat. Merampas kediaman Palestin, toko perniagaan, ladang dilindungi oleh negara Barat dengan menggalas senjata dan veto PBB dan sebagainya. Walaupun berpura- pura dengan bantuan kemanusiaan yang sedikit dibanding dengan bantuan senjata yang berkali-kali ganda kepada Israel.

Adakah tindakan alternatif perlu diambil oleh Malaysia dan negara OIC, negara Amerika Latin dah ada yang bertindak dengan berani, mengapa kita tidak mengambil tindakan mengkaji semula langkah normalisasi. Bukan sahaja politik, termasuk ekonomi.

Saya merujuk kenyataan Yang Berhormat Menteri, tak setuju dengan modus ekonomi, tidak setuju yang dikatakan ada sedikit sebanyak perlu dikaji semula dan apa perlu kita mengkaji juga pengiktirafan supaya menerima kumpulan Palestin yang diiktiraf oleh rakyat secara demokrasi seperti Hamas dan lain-lain. Bukan kumpulan yang menjadi patung kepada Barat dan Israel yang diwujudkan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri, itu soalannya. Panjang lebar tetapi faham maksudnya, silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

[Ketawa] Dato’ Yang di- Pertua, kita– itu sebabnya kita mengharapkan bahawa sekarang ini cadangan ataupun usul Amerika Syarikat untuk mengadakan– untuk menyelesaikan kes Gaza ini melalui tiga fasa, itu kita sokong. Semua negara sokong itu fasa.

Fasa pertama iaitu gencatan senjata yang kekal, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pembebasan tebusan. Nombor dua pertukaran tahanan warga Palestin dan pengunduran penuh tentera Israel dan Gaza. Ketiga ialah pembinaan semula Gaza. Pembinaan semula Gaza ini telah pun dibincangkan tempoh hari di Amman. Bangsa-bangsa Bersatu telah pun mengadakan sidang ataupun seminar ataupun perjumpaan tergempar, Malaysia sama. Saya berada di situ. Kita katakan, kita akan menyokong penuh, apa sahaja isu yang boleh menyelesaikan konflik ini dengan segera Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, isu dia sekarang ialah pembunuhan ini mesti diberhentikan dahulu ya, selepas itu kita cari jalan. Sekarang ini, usul yang dibawa oleh Amerika Syarikat tersebut, dia yang akan perlu...

[tidak jelas] . Saya berjumpa sendiri dengan Blinken di Amman. Tan Sri Yang di-Pertua, saya dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, saya katakan the ball is on your court now, this is your proposal and make sure it is working. Kita nak supaya usul dia diterima dan mereka memastikan supaya usul yang diterima oleh Bangsa-bangsa Bersatu ini dilaksanakan kerana sama ada tadi Marang kata Israel terima, tak terima, terpulang kepada Amerika kerana mereka bersekutu dan sekutu merekalah yang sepatutnya untuk pastikan supaya Israel, rejim Zionis Israel memenuhi dan juga mematuhi resolusi yang telah pun dibuat oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya lihat antara perkara utama yang ditumpukan buat waktu ini benar ialah ke arah penamatan peperangan dan juga bantuan kemanusiaan. Pada masa yang sama, saya percaya kita semua juga sedar bahawa banyak negara sekarang telah pun mengiktiraf negara Palestin. Yang terkini tidak silap saya ialah Armenia. Jadi, sudah tentu ia adalah usaha yang berterusan yang dilakukan supaya mendapat sokongan daripada pihak-pihak negara yang lain.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, dalam hal ini, apakah kerajaan melihat dalam soal penyelesaian masa depan bagi Palestin ini bergantung kepada apa pandangan rakyat Palestin sendiri. Palestin itu telah dijajah lama dan

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

rakyatnya yang sepatutnya menentukan masa depan mereka. Banyak daripada kalangan rakyat telah menolak berkenaan dengan penyelesaian-penyelesaian yang tidak– yang berat sebelah terutamanya berkenaan– sekarang pun two-state solutions. Mereka mahukan penyelesaian yang muktamad, yang benar-benar mengembalikan hak, tanah, rampasan harta dan sebagainya itu kembali kepada rakyat Palestin.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

...Bahawa keputusan penyelesaian ini terletak kepada rakyat Palestin, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, memang benar hak rakyat Palestin itu perlu kita dengar, tetapi apa yang pentingnya sekarang ialah pembunuhan mesti diberhentikan dulu. Jika ada satu pihak yang sentiasa sahaja membedel, mengebom dan tidak ada perikemanusiaan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tak berdosa, soal sama ada rakyat Palestin itu hendak membuat pilihan rayakah tidak, itu soal kedua dan ketiga.

What we must do now dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, is the killing must be stop now itu dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Ini kerana setiap hari orang dibunuh, beribu, tujuh ratus, lapan ratus orang dibunuh Dato’ Yang di-Pertua.

Jadinya, resolusi yang telah diterima oleh Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu mesti dikuatkuasakan dan Amerika yang menyusulkannya dan Amerika mempunyai tanggungjawab penuh.

Kita menyokong usul tersebut Dato’ Yang di-Pertua. Kita sokong supaya gencatan senjata dibuat dan pembebasan tahanan, pembebasan tebusan dan juga hak rakyat Palestin untuk kembali kepada tanah air mereka dengan sempadan pra 1967 dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin. Lepas itu dia hendak buat pilihan raya, terpulang dan kita akan iktiraf pihak mana yang akan mengurus negara Palestin yang merdeka selepas itu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.

draft • 10:30 AM

3. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan strategi dan persiapan kementerian untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026. Apakah halangan dan masalah yang dihadapi oleh kementerian dalam usaha penyiapan Tahun Melawat Malaysia ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, beberapa strategi telah dan akan dilaksanakan bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) seperti berikut– Terus mengadakan sesi libat urus dan kerjasama dengan pelbagai kementerian yang berkepentingan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan

(PBT) serta NGO industri pelancongan dan kebudayaan.

Kedua, memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dan kementerian, kerajaan negeri dan para penggiat industri melalui enam kluster utama iaitu kluster pengangkutan darat, kluster pengangkutan udara, kluster persatuan pelancongan, kluster pelancongan minat khas, kluster penginapan dan kluster budaya.

Ketiga, kementerian juga sedang mengemas kini kursus khas Mesra Malaysia bagi memperkasakan hospitaliti dan minda untuk menerima kehadiran pelancong dan dapat memberikan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Keempat, Tourism Malaysia akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti promosi serta menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa serta agensi-agensi pelancongan dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi unggul pelancongan di dunia yang melibatkan peningkatan jaringan kemudahsampaian udara ke negara ini untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.

Keenam, usaha-usaha publisiti dan promosi pelancongan serta kempen pengiklanan menerusi platform digital seiring dengan trend dan perkembangan semasa termasuk kerjasama pintar dan pihak swasta dan pemain industri pelancongan seperti Online Travel Agent (OTAs) dan ejen-ejen pelancongan di pasaran-pasaran sasaran serta promosi melalui platform dalam talian.

Keenam, MOTAC akan sentiasa proaktif dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi menarik lebih ramai pelancong yang berkualiti dan berbelanja lebih ke negara ini. Kementerian ini mengakui terdapat beberapa cabaran dalam menghadapi VM 2026 seperti isu kebersihan, keselamatan, penyelenggaraan dan kekurangan produk-produk yang baharu dan menarik. Namun begitu, kami sangat optimis isu-isu ini dapat dikawal dengan kerjasama semua pihak, khususnya kementerian, kerajaan negeri, pihak swasta dan NGO serta komitmen dan sokongan rakyat dalam menerima para pelancong sempena VMY 2026, nanti. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Seputeh.

draft • 10:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada kementerian dan juga Tourism Malaysia atas usaha mereka untuk mempromosi Malaysia untuk menyiap, menyediakan Tahun Melawat Malaysia 2026. Soalan saya ialah apakah kempen Tahun Melawat Malaysia kali ini berbeza dengan kempen Tahun Melawat Malaysia yang lepas. Jadi, apakah KPI bagi Tahun Melawat Malaysia dan juga apakah ROI-nya?

Saya juga ingin tanya, memandangkan Malaysia menghadapi persaingan yang sengit dengan negara-negara jiran untuk menarik kemasukan pelancong asing.

Jadi saya ingin tanya, ada sesetengah negeri yang melaksanakan dasar-dasar yang kurang mesra dengan pelancong asing seperti tidak boleh minum, tidak boleh pakai seluar pendek, kod pakaian yang agak ketat. Adakah ini menjejaskan usaha kementerian dan macam mana kementerian menarik lebih pelancong asing untuk melawat negeri-negeri yang melaksanakan dasar-dasar seperti ini.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Ada beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat.

Pertanyaan pertama adalah berkenaan dengan strategi jika dibandingkan Visit Malaysia ya tahun 2026 dengan yang terakhir iaitu 2014. Kita tahu pada tahun 2014, pengaruh digital belum lagi sehebat seperti masa kini dan sekarang kita melihat bagaimana kita boleh mengadaptasikan dan juga memaksimumkan pengaruh digital ini supaya jumlah para pelancong itu dapat dipertingkatkan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kedua juga, kalau kita lihat daripada data yang kita hadapi dan kita dapati pada masa kini, banyak peningkatan yang telah dicapai oleh pihak kementerian itu sendiri. Contohnya, yang paling mudah saya berikan data ketibaan pelancong. Pada tahun 2023 sehingga bulan April, kita telah menerima 5,930,000 pada tahun 2023. Pada tahun ini sehingga bulan April, kita telah menerima 7.56 orang pelancong yang hadir, yang melawat negara kita. Ini secara jelas strategi yang kita telah paparkan ataupun kita telah hidangkan, sedikit sebanyak memberi satu kesan yang cukup baik.

Beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh, saya secara jelas ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini. Setakat ini, apabila kita ke negeri-negeri, kita ada buat syor, kita telah berinteraksi dan membuat sesi libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh sebenarnya dalam keadaan yang cukup terkawal. Cukup terkawal dan cukup baik. Saya mohon

draft • 10:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

supaya kita tidak perlu memperlihatkan perkara-perkara yang sebenarnya tidaklah menjadi satu perkara yang cukup serius di negara kita.

[Tepuk] Keduanya juga, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Seputeh di mana bagaimana kita boleh membuat satu persaingan di antara negara-negara yang lain. Itu sebabnya kita memfokuskan beberapa niche sektor dan baru-baru ini apabila kita ke Pulau Langkawi, kita tahu untuk Pulau Langkawi bersaing hebat dengan pulau di negara jiran kita mungkin amat susah.

Itu sebabnya mungkin kita akan mengomposisikan Langkawi sebagai pulau preferred Muslim destination supaya ianya lebih ke arah kekeluargaan, lebih ke arah keriadahan ataupun kerohanian.

[Tepuk] Itu sebabnya perlu kita lihat, setiap negeri memainkan peranan masing-masing. Tidak perlu setiap negeri melakukan perkara yang sama kerana ia akan menjejaskan dari sudut kompetitif itu sendiri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Langkawi.

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya terpanggil bila Seputeh sebut seluar pendek ini. [Dewan ketawa] Tidak habis-habis dan alhamdulillah Timbalan Menteri telah menjawab dengan begitu baik sekali.

[Tepuk] dan saya juga hendak mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri yang sentiasa boleh dikatakan sebulan sekali di Langkawi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 10:40 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soalan, soalan.

Apa soalan?

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dan beliau begitu fokus dan kita sudah pun berbincang berhubung dengan berbagai-bagai masalah di Pulau Langkawi. Yang Berhormat Menteri, mungkin berita terbaharu ini belum Yang Berhormat Menteri dapat. Baru-baru ini kita mengumumkan bahawa Langkawi akan menjadi salah satu Pulau terbersih di dunia.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Manakah soalannya?

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Soalannya, sabarlah.

[Ketawa] Sabar. Sabar. Yang Berhormat Dato’ Speaker...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sekarang ini masalahnya di Langkawi adalah lautnya terlalu kotor. Kotor sekali. Kalau Yang Berhormat sekali ini pergi ke Pulau Langkawi, saya minta ke laut, khususnya di kawasan Bukit Malut. Kotor sekali lautnya. Jadi, saya pohon kepada -mereka yang selalu keluar ke laut untuk melihat sunset, mereka ini akan memerhati bahawa kotoran di Langkawi ini sudah out of control. Saya minta Yang Berhormat Menteri fokus kepada kebersihan laut dan saya pun tidak tahu kementerian mana yang mengutip laut ini.

Soalan saya, berapa banyak anggaran yang diberikan kepada Langkawi untuk kita hadapi Visit Malaysia Year ini. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri silakan.

draft • 10:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Yang Berhormat Langkawi, di bawah Kerajaan MADANI ini, kita tidak pernah anaktirikan mana-mana negeri. Itu sebabnya secara spesifik Yang Berhormat Menteri, saya sendiri telah mengarahkan kita perlu lihat dan angkat Pulau Langkawi ini sebagai salah satu pulau yang terunggul di negara kita.

Keduanya berkenaan dengan kebersihan pantai. Kebersihan pantai ini sebenarnya di bawah pihak kerajaan negeri. Tetapi, tetapi, tetapi, tetapi di bawah pihak kementerian kita, kita ada program kesukarelawan dan kita akan aktifkan program ini di Langkawi supaya pulaunya sentiasa di dalam keadaan yang tenang dan bersih. Saya tidak boleh datang Langkawi balik, balik. Nanti jadi isu besar.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Satu soalan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis berganjak ke soalan yang keempat. Saya mempersilakan Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 10:40 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Tanam pinang rapat-rapat, Soalan saya nombor empat.

draft • 10:40 AM

4. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik bilangan taska yang dikesan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sejauh manakah tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap TASKA berkenaan.

draft • 10:40 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) memandang serius berkaitan isu-isu melibatkan kes berkaitan kecuaian, pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang berlaku di taman asuhan kanak-kanak iaitu taska.

Menyedari kepentingan dan keperluan kawal selia inilah KPWKM sentiasa menekankan kepentingan sesebuah taska untuk berdaftar dan serta disusuli dengan elemen penguatkuasaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308].

draft • 10:40 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Taska yang berdaftar bukan sahaja boleh memastikan kualiti dan standard asas perkhidmatan yang disediakan oleh premis dan pengasuh tetapi juga dapat mengurangkan risiko berlakunya kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di taska.

Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 506 taska tidak berdaftar yang telah dikesan dan berada di bawah tindakan oleh JKM. Bagi taska yang tidak berdaftar ini, kita menggunakan pendekatan yang pelbagai termasuk notis peringatan serta tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan Akta 308 iaitu lak, kompaun serta pendakwaan. Berdasarkan keputusan terhadap kertas siasatan yang dibuka dan selesai dilengkapkan, sebanyak lapan buah taska telah dikenakan tindakan lak, 17 telah dikompaun dan dua kes telah didakwa di mahkamah, antara tahun 2020 hingga Mac 2024.

Tuan Yang di-Pertua, sementara itu, ada juga sesetengah taska yang sebenarnya menepati standard minimum pengoperasian taska seperti yang ditetapkan oleh JKM tetapi tidak berdaftar kerana pelbagai faktor. Antaranya adalah kesukaran menepati syarat dan produser ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

(PBT) yang berbeza antara satu kawasan PBT dengan yang lain.

Bagi taska yang berdepan dengan situasi sebegini, kita mengambil pendekatan untuk membantu mereka dengan memberi khidmat nasihat serta melaksanakan inisiatif memudahcarakan proses mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan serta PBT. Perkara ini dilakukan melalui pengaktifan one stop centre, dengan izin, iaitu OSC di peringkat negeri dan daerah. Antara

draft • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

September 2023 hingga 31 Mei 2024, sebanyak 189 taska telah berjaya dibantu sehingga lulus pendaftaran.

Antara inisiatif lain untuk menggalakkan pendaftaran taska adalah dengan melaksanakan pelaksanaan program advokasi di seluruh negara.

Pada masa yang sama, bagi memudahkan ibu bapa dan orang awam mendapatkan maklumat taska berdaftar, senarai taska berdaftar boleh dirujuk di laman web rasmi www.jkm.gov.my. Maklumat ini sentiasa dikemas kini apabila terdapat taska baharu yang mendapat perakuan di setiap negeri.

Selain itu, di laman web rasmi ini juga disediakan maklumat lengkap berkaitan proses permohonan, pendaftaran taska sebagai panduan dan rujukan mana-mana pihak yang berminat untuk mengoperasikan taska.

Diakui bahawa keupayaan untuk melakukan pemeriksaan ke atas setiap lorong di pelosok negara bagi mencari taska yang tidak berdaftar memang amatlah terhad. Justeru, saya menyeru kerjasama semua pihak, termasuklah ibu bapa dan orang awam untuk melaporkan kewujudan taska tidak berdaftar.

Keperluan pendaftaran ini bukanlah untuk menjana pendapatan negara melalui bayaran lesen atau sebagainya, tetapi demi memastikan taska beroperasi mengikut standard dan amalan terbaik bagi mengurangkan risiko kepada insiden yang tidak diingini serta keselesaan dan keselamatan anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih, Dato' Speaker.

Apakah usaha kementerian yang dilakukan untuk menambah nilai kepada pengusaha dan pengasuh taska dari sudut modal insan supaya golongan ini menjadi lebih baik dari semasa ke semasa?

Dan dalam masa yang sama juga, kerana kewujudan taska yang tidak mendaftar ini ialah kerana permintaan melebihi daripada penawaran, ertinya ibu bapa yang nak menghantar ke taska itu lebih ramai berbanding dengan kewujudan taska yang mendaftar, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kementerian dalam menangani hal ini?

Terima kasih, Dato' Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terlebih dahulu, saya menyatakan, untuk taska yang tidak berdaftar itu, kalau mereka ada memohon melalui kita dari awal dan masih dalam proses untuk dilulus, kita akan tahu berapa banyak yang masih belum mendaftar.

Namun begitu, dari segi inisiatif yang dirangka oleh kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha taman asuhan kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk membayar gaji pekerja, misalnya setelah pelaksanaan gaji minimum― ini contoh sahaja ya. Banyak lagi yang menjadi kita punya usaha untuk membantu mereka. Saya menyentuh mengenai gaji minimum yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 sebagai gaji pokok yang akan ditetapkan atau sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perintah Gaji Minimum di bawah seksyen 23 akta yang sama.

draft • 10:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Satu lagi ialah objektif dasar gaji minimum terbahagi kepada empat iaitu memastikan― ini cara kita nak membantu ya. Memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi.

Memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja.

Meningkatkan rantaian pengeluaran dengan melabur dalam teknologi intensif untuk meningkatkan produktiviti buruh dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing yang tidak mahir.

Banyak lagi perkara yang kita nak sentuh. Mungkin saya boleh bagi detil secara bertulis sebab soalan itu dibagi kepada pelbagai segmen tadi, kan? Jadi, saya berhenti di sini. Insya-Allah, saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan berikut. Dipersilakan Yang Berhormat Ampang.

draft • 10:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya tentang― tadi Yang Berhormat Menteri ada bercakap tentang adanya, wujudnya satu one stop centre bagi menyelesaikan ataupun menyelaraskan dengan mudah tentang penubuhan ataupun pelulusan taska-taska ini. Tetapi, saya rasa one stop centre ini telah pun diwujudkan agak lama juga. Boleh tak Menteri berkongsi dengan kita ataupun memaklumkan, apakah kekangan- kekangan yang selalunya menjadi masalah sehinggakan taska-taska ini kadang- kadang bertahun-tahun tidak didaftarkan? Itu pertama.

Keduanya, dengan adanya tertubuhnya Jabatan Pembangunan Kanak- kanak, apakah akan ada satu tambah baik fokus untuk memastikan taska-taska ini,

draft • 10:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

baik di rumah ataupun di institusi, dapat disegerakan pelaksanaan pendaftarannya?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Ampang.

Seperti yang diketahui, dari segi kelulusannya, bukan hanya kepada kita.

Sebab, sebelum kita meluluskan, mereka perlu melalui proses-proses tertentu iaitu melalui PBT dan juga Kementerian Kesihatan. Namun, apa yang menjadi masalah ataupun kekangan untuk membuka taska di kalangan mereka ialah mereka kebanyakannya terpaksa melalui proses di jabatan KPKT dan juga terutama sekali bomba. Itu merujukkan dari segi lebih kepada keselamatan.

Maka kalau mereka merujuk kepada kita untuk memohon bantuan untuk membantu mereka untuk mempercepatkan proses itu, insya-Allah, kita boleh bantu.

Sebab, ada beberapa perkara atau beberapa kes yang datang kepada kita kerana mereka merasa terlalu lama untuk menunggu kelulusan. Jadi, kita cuba tanya, kita sendiri bertanya dengan pejabat yang meluluskan itu supaya kita dapat membantu mereka untuk mengenal pasti perkara yang mungkin dia menjadi kekangan mereka untuk― Misalnya, di rumah. Kalau taska dibuka, kalau mereka membukakan di rumah, ada di kalangan mereka ada dapur. Itu tidak dibenarkan, dikatakan. Tapi, kita ada bertanya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab itu kerana kadang- kadang perkara seperti itu, itu tidaklah begitu utama untuk dijadikan satu kekangan, kan? Jadi, kita membantu apa proses-proses yang diperlukan.

draft • 10:50 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Mengenai JPKK tadi, ya memang ada pembaharuan. Misalnya, fasa ini kita masih lagi meminda undang-undang kerana sepatutnya JPKK akan menjadi satu jabatan independent, dengan izin, pada tahun 2026. Jadi, dengan itu, ada pelbagai perkara yang kita lihat pada masa ini menjadi kelemahan dan kita gunakan itu sebagai faktor yang akan kita perbaiki untuk membantu supaya― terutama sekali kanak-kanak dan juga prosedur untuk meluluskan taska ini boleh dipercepatkan juga.

Jadi, ini ada pelbagai usaha untuk kami bekerjasama dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab juga sebelum ia dapat diluluskan. Jadi, kita sentiasa mengadakan perbincangan bagi memastikan apa yang kita nak lakukan dan akan dicapai pada tahun 2026 itu dapat dicapai dengan baik ya. Jadi, ini di antara yang menjadi penambahbaikan kita dan, insya-Allah, ada juga dari segi garis panduan

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

yang juga telah kita wujudkan untuk memastikan kecekapan mereka yang mengendalikan taska ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Dato’ Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya, soalan yang kelima. Dipersilakan Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Yang Berhormat Ledang.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih.

Buah pinang buah delima, Soalan Ledang nombor lima.

draft • 10:50 AM

5. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) statistik dan punca kemalangan melibatkan kenderaan berat bagi suku pertama tahun 2024; dan

(b) tindakan kementerian dalam strategi mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kemalangan yang melibatkan kenderaan berat di Malaysia adalah berpunca dari:

(i) kecuaian pemandu yang mengantuk;

(ii) memandu lebih had laju yang dibenarkan kenderaan yang membawa lebih muatan; dan

(iii) kenderaan yang tidak disenggara dengan baik.

Statistik keseluruhan bagi kemalangan melibatkan pelbagai jenis kenderaan berat seperti lori kontena, lori kecil, bas ekspres bagi suku pertama tahun 2024 adalah 652 kemalangan dengan pecahan jenis kecederaan seperti yang berikut iaitu:

(i) 287 maut;

(ii) 95 cedera parah; dan

(iii) 270 cedera ringan.

Kementerian Pengangkutan melalui agensinya, Jabatan Pengangkutan Jalan sentiasa melaksanakan kajian dari masa ke semasa berhubung dengan strategi yang terbaik bagi menangani isu kenderaan berat yang tidak mematuhi peraturan sehingga menyebabkan kemalangan di jalan raya. Salah satu tindakan utama yang dilaksanakan bagi menangani isu ini adalah dengan menggiatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia melibatkan peraturan had muatan kenderaan dan had laju bagi kenderaan berat. Selain

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

mengoperasikan 53 buah stesen penguat kuasa atau stesen timbang di seluruh negara, pihak JPJ juga turut dibekalkan dengan 75 unit alat timbang mudah alih bagi tujuan penguatkuasaan tersebut.

Bagi tahun 2023, sejumlah 45,015 notis saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan bahaya dan lebih muatan. Manakala bagi tahun 2024 sehingga April, sejumlah 9,214 notis saman telah dikeluarkan. Di samping itu, Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses akhir untuk membangunkan Sistem High Speed Weigh-In-Motion (HSWIM).

Menerusi penggunaan sistem HSWIM ini, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara masa sebenar atau automatik tanpa memerlukan kenderaan tersebut perlu berhenti untuk ditimbang. Penggunaan sistem HSWIM juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia atau anggota penguatkuasaan yang tinggi. Anggota penguatkuasaan akan boleh melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di lokasi-lokasi lain yang tidak dipasang dengan HSWIM tersebut.

Akhirnya, sistem ini dijangka dapat memperluaskan capaian, meningkatkan pematuhan dan mengukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan ke atas peraturan had muatan kenderaan bermotor serta menjadi penyelesaian jangka masa panjang dalam menangani isu had muatan kenderaan berat. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Ledang.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.

Saya percaya kita sedar bahawa memang berdasarkan kepada maklumat awam sahaja yang dikumpulkan saya. Untuk minggu lepas sahaja kita dapati ada hampir 10 kemalangan yang melibatkan kenderaan berat, lori trailer, kren, bas dan lain-lain.

Lebih separuh daripada kemalangan ini melibatkan kecederaan parah mahupun kehilangan nyawa.

Malah, saya kongsi dengan rakan-rakan juga bahawa anggota keluarga petugas saya, adik kepada seorang petugas saya di kawasan saya maut akibat daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan berat. Jadi, pada masa yang sama juga Dato’ Yang di-Pertua, saya tahu kita pun sedar kalau kita lalu di lebuh raya selalu di tepi-tepi lebuh raya. Sepertimana rakan saya Kota Melaka syer dengan saya tadi, tepi-tepi lebuh raya, keluar dan masuk RnR penuh kenderaan-kenderaan berat yang beratur. Semua angguk, percaya, setuju.

Jadi, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan supaya undang-undang dipatuhi? Terutama di lebuh raya-lebuh raya

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

dan juga di jalan-jalan yang lain? Keduanya, apakah kempen lain yang boleh kita laksanakan, kita perkasakan? Contohnya kalau kenderaan, apakah perlu ada pelekat pantulan cahaya yang lebih jelas supaya dapat dilihat oleh pemandu- pemandu kenderaan? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Perkara ini tentang di RnR ini ya. Yang sebenarnya, saman memang dibuat, dilakukan ya tetapi ya lah, kerja ini tidak berterusan. Tindakan JPJ iaitu mengeluarkan notis saman bagi kesalahan parking di lokasi tidak dibenarkan, menghalang lalu lintas. Termasuk di RnR ini. Actually pihak kita pun ada berbincang ya. Di mana perkara ini tidak akan ada noktahnyalah, sentiasa. Kita saman pun masih juga- ada juga yang masih juga melakukannya.

Antaranya kita berharap iaitu kepada pihak LLM dan PLUS iaitu mungkin ya, ini salah satu yang kita lihat dalam jangka masa panjang, supaya mengadakan, membina lot parking lori ini lebih banyak lagi di kawasan RnR ini. Supaya mereka- di antaranya adalah disebabkan penuhlah ya.

Jadi, mereka ambil yang pintas ini di tepi-tepi. Jadi, kita berharap dalam jangka masa panjang, kita mengharapkan iaitu supaya pihak LLM ini tadi iaitu untuk maybe to increase the number of parking spaces lah untuk lori-lori ini. Jadi, mereka tidak adalah hendak parking tepi jalan. Kadang ya lah, persoalan kalau tidak ada lot parking, hendak letak mana? Tetapi tidak kiralah, itu tetap salah juga ya.

Jadi keduanya, tentang had-had untuk menangani hal muatan ini.

Sebenarnya, dalam tahun ini sahaja ya, di mana kita ada mempunyai akta di bawah APAD. Seksyen 80, APAD ya. Di mana hak lucut. Kita lucutkan hak lori-lori yang lebih muatan dan kita dapati inilah satu-satunya yang agak digeruni oleh industri lah yang melanggar- tidak mematuhi had-had muatan dan sebagainya ini.

Di mana di bawah- sekejap ya, ada data dia di sini. Di bawah JISA itu ialah pada tahun ini sahaja, untuk memperkasakan, untuk mereka ini supaya gerun lagilah.

Kalau saman mungkin dia orang boleh bayar tetapi iaitu pada tahun ini sahaja sehingga 30 April sebanyak 42 syarikat telah dikenakan tindakan gantung lesen pengendalian oleh APAD berikutan gagal dalam audit JISA . JISA ini ialah audit inspection and safety untuk kenderaan di bawah ICOP iaitu Tata Amalan Industri Keselamatan di bidang transportation ini. Jadi, inilah yang satu-satunya perundangan yang kita sekarang ini laksanakan. Di mana kalau melebihi muatan yang berbahaya dan sebagainya, mereka melebihi certain percentage yang

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

dibenarkan, mereka akan dibawa ke mahkamah, dikompaun dan terus dilucutkan hak.

Rasanya inilah tindakan drastik yang sekarang ini diambil oleh kementerian dan juga agensi pengangkutan jalan dan juga APAD. Inilah yang kita buat sebab kita menyedari perkara ini, kerja saman ini, kita penguatkuasaan ini berterusan. Tetapi yang buat itu masih juga tidak serik-serik juga. Tetapi insya-Allah, kerja ini tetap diteruskan. Mudah-mudahan atas pemerkasaan perundangan ini, penguatkuasaan ini, I think they have to think about it, untuk memikirkan daripada kena lucut hak dan kereta d sita dan tidak akan dipulangkan kepada industri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jerantut.

draft • 10:50 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Isu ini merupakan isu yang serius dan kita pun tidak nafi kepada negara maju masih lagi tidak selesai isu ini.

Khususnya kepada kawasan-kawasan Parlimen yang melibatkan industri pembalakan, perladangan, juga di Jerantut. Saya melihat kajian-kajian yang dilaksanakan oleh pihak kementerian seharusnya dan sewajarnya diteliti di dalam peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Pengangkutan supaya dapat kita bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain untuk memastikan statistik kematian ini akan berkurangan.

Cuma, persoalan saya ialah apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya, bagi melihat kewujudan tonto-tonto. Di mana tonto-tonto ini berleluasa dalam mereka mengawal selia lori-lori lebih muatan ataupun melindungi mereka-mereka, pesalah-pesalah ini daripada dikenakan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan? Jadi, kalau kita boleh tangkap root causenya iaitu tonto-tonto ini, barangkali ia akan mengurangkan secara banyak statistik kemalangan maut kepada rakyat. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih YB Jerantut. Mungkin bila menyentuh tentang tonto-tonto ini, kita juga memerlukan bantuanlah daripada agensi penguatkuasaan yang lain, keselamatan iaitu seperti PDRM lah ya sudah pastinya sebab ini melibatkan setengahnya itu macam-macam yang kita dengar, perkara yang di luar yang agak berbahaya, tindakan-tindakan yang ganas daripada tonto-tonto ini. Jadi, kita harap — perkara ini memang disedari dan laporan-laporan pun memang banyak kita terima dan aduan pun dibuat juga. Jadi, kita sama-samalah

draft • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

dengan semua agensi penguatkuasaan untuk sama-sama membantu dalam menangani hal tonto ini juga. Itulah harapan kitalah di sini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya saya mempersilakan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 11:10 AM

6. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah warga emas yang ditempatkan di rumah jagaan orang tua termasuk yang dikendalikan pihak swasta dan sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk memberikan elaun kepada anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka di rumah bagi mengelakkan pengabaian seperti yang dilaksanakan di negara maju.

draft • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Ya Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia terdapat pusat jagaan warga emas yang dikendalikan oleh kerajaan dan juga kendalian pihak swasta. Pusat jagaan warga emas kendalian kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE). RSK ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Manakala RE pula ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur dan terlantar, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.

Pada masa ini, terdapat 10 buah RSK yang dapat menampung kapasiti penghuni seramai 1,640 orang serta dua buah RE yang berkapasiti 255 orang.

Sehingga Mac 2024, seramai 1,066 orang telah ditempatkan di RSK dan 43 di RE.

Sementara itu, sehingga 30 April 2024, terdapat 409 pusat jagaan warga emas kendalian pihak swasta yang berdaftar dengan JKM memberi penempatan kepada lebih 8,500 orang warga emas di seluruh negara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menekankan prinsip penjagaan berasaskan keluarga dan konsep penuaan setempat iaitu “aging in place” dengan izin, di mana warga emas tinggal di rumah mereka sendiri. Melalui Dasar Warga Emas Negara, kerajaan berusaha menyokong anak- anak atau keluarga dalam menjaga ibu bapa di tempat mereka demi meningkatkan kualiti hidup warga emas.

Dalam hal ini, pada masa ini kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan skim bantuan kewangan secara bersasar iaitu khusus untuk golongan warga emas yang menepati kelayakan yang ditetapkan dan ini

draft • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

dilaksanakan dengan objektif agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bersama keluarga atau dalam komuniti. Skim bantuan kewangan tersebut ialah seperti Skim Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM500 sebulan kepada individu yang layak dan Skim Penjagaan OKU Terlantar iaitu pesakit kronik terlantar sebanyak RM500 sebulan untuk meringankan bebanan keluarga dan penjaga yang layak bagi membantu meringankan beban mereka untuk menjaga ahli keluarga yang sakit terlantar. Kerajaan telah membelanja lebih kurang RM165 juta sepajang 2023, memanfaat lebih 28,000 orang penerima. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat, silakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan kita ke arah negara tua menjelang 2035. Daripada laporan terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan ada berlaku peningkatan 20 peratus terhadap kes pengabaian dan juga penderaan ibu bapa yang dilakukan oleh golongan ahli keluarga sendiri. Soalan saya, apakah status Rang Undang-undang Warga Emas yang pernah diperbincangkan di kementerian sebelum ini? Bilakah ingin dibentangkan? Adakah kerajaan — dan saya ingin tahu, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengambil kira tentang potensi care economy yang hari ini sangat hebat diperkatakan supaya ianya dapat diperkenalkan, diperhebatkan dan juga dikawal selia serta dirangka melalui perundangan? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dari segi warga emas punya undang-undang, itu dalam proses. Kita ada juga dalam proses membuat Dasar Warga Emas juga.

Dari segi care industry, kita tak sebut care economy, sebab kita bukan tanggungjawab terhadap care economy, tetapi care industry untuk membantu care economy ini. Kami memang dalam proses ini, dalam masih memberi kursus lagi kepada pengasuh dan juga kepada orang luar yang nak mengikuti kursus tersebut.

Sekarang ini memang dalam proses sudah melebihi 60 — Berapa bulan lepas baru 61 dan kita targetkan kepada 385 untuk sehingga hujung tahun ini. Tetapi, itu hanya untuk mereka di bawah jagaan kita, di bawah institusi kita dan kita buka ruang juga kepada orang luar untuk mengikutinya. Pada masa ini juga, lab juga telah kita — kita juga mengendalikan lab untuk pengusaha-pengusaha di luar sana dan sekarang ini

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri]

masih dalam proses juga, kita bekerjasama dengan pihak Asia Foundation. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

draft • 11:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri di atas penjelasan dan juga keprihatinan kementerian dan kerajaan di atas masalah yang telah dibincangkan.

Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat di semua negeri? Kerana kita lihat bahawa di kebanyakan negeri, tempat-tempat menjaga warga emas selalunya dilaksanakan oleh pihak-pihak daripada syarikat swasta dan persendirian. Mereka menghadapi masalah rata-rata daripada pihak berkuasa tempatan, kadangkala Jabatan Bomba dan sebagainya ataupun jiran tetangga yang mengadu tentang perkara-perkara yang melibatkan tempat-tempat di mana warga emas dijaga.

Selalunya mereka menghadapi masalah di dalam memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, kadangkala ada pihak Jabatan Bomba yang mengatakan bahawa ciri-ciri keselamatan tidak dipatuhi terutamanya kerana ada warga emas yang terlantar dan mungkin tidak boleh dibawa keluar sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya. Jadi, selalunya ada permintaan sekiranya pihak kementerian boleh menjadi pengantara di antara pihak kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan untuk melonggarkan syarat-syarat demi membenarkan mereka meneruskan dengan usaha murni mereka dengan menjaga warga emas. Bolehkah Yang Berhormat Menteri membantu? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jelutong, memang this subject yang begitu dia punya favorite dengan izin. Ya, sebenarnya kita berada di seluruh negara.

Mungkin ia tidak mencukupi dan kami juga memerlukan sektor swasta untuk terlibat.

Cuma dari segi mereka untuk — terutama sekali pihak swasta untuk menubuhkan rumah bagi orang-orang yang dikatakan warga emas ini, memang kami akui memang banyak menghadapi masalah seperti juga fasal taska. Maka kalau kita — kalau kami, kementerian kami, ia bukan merupakan satu tugas hakiki, namun kami bantu juga.

Sebab itu kami sentiasa melayani mereka yang mempunyai masalah menghadapi mereka untuk mendapatkan kelulusan. Sebab apa yang kita hadapi yang kami lihat ialah kekangan utama adalah untuk mendapatkan kelulusan teknikal ini sebab setiap PBT berbeza dia punya keperluan dan juga kriteria mereka.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, sebab itu kami memang nak mengetahui apa masalah mereka. Bila itu menjadi masalah mereka, kami secara orang kata voluntarily selalunya membantu untuk meringankan masalah mereka ini. Kami memahami terutama sekali kalau orang luar, swasta, pihak swasta untuk menubuhkan ini mereka membuat pelan- pelan itu memerlukan belanja mereka terlalu tinggi, beribu-ribu dan boleh merugikan mereka kalau mereka terpaksa menunggu begitu lama sekali.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, sebab itu kami secara voluntarily memohon untuk membantu dan berbincang dengan pegawai-pegawai yang terbabit ataupun yang berkaitan dengan kelulusan ini supaya mereka memaklumkan kepada kita dan kita cuma menjelaskan dan cuba mencari jalan di mana kita dapat membantu agar mereka ini dapat diluluskan dengan cepat dan kerana ia juga membantu negara kita apabila orang tua dapat ditempatkan dengan baik, anak-anak nak pergi bekerja pun dapat hidup dengan ― dapat selesa pergi bekerja. Ini yang kami jadi end result dan kami mahu lihat dengan izin. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Speaker.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita beralih kepada soalan yang ketujuh. Saya mempersilakan Tuan William Leong Jee Keen, Yang Berhormat Selayang

draft • 11:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor 7.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

7. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Perdana Menteri menyatakan:

(i) Apakah status kemajuan terkini berkenaan dengan kes tuntutan kumpulan Sulu?; dan

(ii) Apakah garis masa yang boleh diberikan sebelum kes ini boleh dirumuskan?

draft • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sebagai mana semua rakyat Malaysia sedia maklum, Malaysia telah sejak 2019 menghadapi tuntutan daripada lapan warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu. Setakat ini, penuntut telah mengambil tindakan undang-

draft • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

undang terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda.

Sebagai mana semua sedia maklum juga, pada 15 April 2024, Mahkamah Provisional Madrid telah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Jenayah Madrid dan telah mengekalkan sabitan terhadap Dr. Stampa bagi kesalahan mengingkari perintah mahkamah. Dr. Stampa dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan dilarang daripada beramal sebagai penimbang tara antarabangsa selama satu tahun. Dr. Stampa telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung Sepanyol pada 24 Mei 2024 yang merupakan peluang terakhir untuk beliau rayu terhadap yang disabitkan ke atas beliau. Kerajaan Malaysia sedang menunggu arahan dan keputusan daripada mahkamah seterusnya.

Kerajaan Malaysia juga ingin menegaskan bahawa semua award yang telah dikeluarkan oleh beliau (Dr. Stampa) telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa dengan izin, international public policy khususnya kerana ia melibatkan perlanggaran prinsip dengan izin diplomatic immunity jurisdictional immunity and sovereignty dengan izin.

Manakala bagi permohonan rayuan oleh Kerajaan Malaysia terhadap perintah Mahkamah Perancis bertarikh 29 September 2021 pada 6 Jun 2023, Mahkamah Rayuan Perancis telah membuat keputusan yang memihak kepada Kerajaan Malaysia dengan membatalkan perintah Mahkamah Perancis bertarikh 29 September 2021 atas alasan penimbang tara telah bertindak di luar daripada bidang kuasanya.

Mahkamah juga berpendapat bahawa tiada peruntukan timbang tara yang sah dalam Perjanjian 1878 tersebut. Penuntut telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut dan Mahkamah Agung Perancis telah menetapkan 17 September 2024 sebagai tarikh pendengaran rayuan tersebut.

Di Luxembourg pula, bagi permohonan kerajaan untuk mencabar executor order bertarikh 18 Mei 2022 pada 6 September 2022, kerajaan telah memfailkan rayuan untuk mencabar dan Mahkamah Luxembourg telah menetapkan tarikh untuk pendengaran hujah daripada penuntut pada 26 Jun 2024.

Kemudian di Belanda pula, 27 Jun 2023 Mahkamah Rayuan, The Hague telah membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan dengan tidak mengiktiraf dan menguatkuasakan final award tersebut di Belanda. Penuntut telah merayu kepada Mahkamah Agung Belanda pada 27 September dan Mahkamah Agung dijangka akan membuat keputusan pada 25 Oktober 2024. Maknanya Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, mereka merayu pada tahap sampai akhir. Jadi, kita sebagai sebuah kerajaan menghormati dan mereka diberikan hak untuk merayu.

draft • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Berkenaan dengan garis masa, tiada garis masa khusus yang dapat dianggarkan memandangkan tindakan yang diambil oleh kerajaan melibatkan prosiding perundangan di negara-negara asing. Prosiding perundangan tersebut adalah tertakluk kepada peruntukan dan tatacara perundangan yang dipakai di negara masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Selayang.

draft • 11:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih. Dalam mengambil baik keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Dr. Gonzalo Stampa bersalah menghina institusi mahkamah, apakah status terkini bagi siasatan dan prosiding jenayah terhadap waris Kesultanan Sulu dan wakil mereka, Paul H. Cohen susulan laporan polis yang telah dibuat oleh kerajaan terhadap mereka? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang, sebagai rakyat Malaysia saya percaya semua Ahli Parlimen bipartisan pun memang berasa geram dan merasa marah tetapi kita kena menghormati prosiding rayuan. Perkara ini berlaku kerana Cohen dan syarikat litigasi funder Therium berikat dan mereka tidak mahu memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang kita tanya kecuali selepas rayuan itu dapat diselesaikan.

Saya percaya Insya-Allah kalau rayuan memihak kepada kita sampai ke peringkat yang akhir, segala tindakan seterusnya jenayah dan boleh diambil terhadap mereka yang terlibat dan juga kita boleh cuba mengambil balik kos yang telah kita belanjakan terhadap membela maruah Malaysia terutama sekali bagi rakyat negeri Sabah. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sipitang.

draft • 11:20 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, apakah langkah proaktif kerajaan agar tuntutan Sulu ini tidak berulang di masa hadapan dan adakah Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan kepada pihak yang menaja gerakan tuntutan kumpulan Sulu ini? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang bagi pihak kerajaan kalau tuntutan ini daripada orang luar, kita pun tak tahu selepas ini siapa lagi sebab ramai mengaku mereka adalah saudara-saudara dan adik-beradik. Mungkin kesultanan dulu kan 1878 itu mungkin banyak keluarga, saya tak tahulah. Tapi kita akan membela, pertama.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kedua, tentang litigasi seterusnya saya dah terangkan kepada Dewan Yang Mulia tapi ketiga saya nak tekan di sini kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang kita sedang dalam proses yang saya tidak dapat memberikan strategi sebenarnya adalah kita tahu adanya dalang dan adanya penderhaka daripada rakyat Malaysia yang menyokong dan membantu tuntutan mereka. Inilah sebenarnya yang akan kita lakukan sebab bagi luar negara itu, proses rayuan yang berpaksi kepada keputusan Dr. Stampa punya keputusan timbang tara itu kita akan selesaikan.

Tapi dalam negara ini, penderhaka daripada dalang ini, inilah yang kita dalam proses untuk melakukan dan mencari mereka sebab kita mendapat berita-berita yang menyatakan merekalah sebenarnya penggerak yang membantu kepada tuntutan- tuntutan sedemikian, yang memberi maklumat sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seterusnya daripada pembangkang.

draft • 11:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya menggunakan budi bicara dan saya ambil maklum. Saya akan beri juga sebelah sini.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya. Saya beri kepada Semporna.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Silakan ― oh. Baik, silakan Semporna.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih banyak atas...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya menggunakan budi bicara. Tadi saya kata, saya akan bagi sebelah sini [Tepuk] . Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

... walaupun saya rasa ini penting kerana saya salah seorang yang terkesan tentang perkara ini, dah berlarutan dah. Kalau dengar jawapan Yang Berhormat Menteri menyatakan ada rakyat Malaysia, namakan siapa dia. Kalau siasatan takkanlah lama sangat. Kita kena kenal pasti siapa dia, petualang yang di belakang sebalik ini.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sudah lama dah kes ini. Apakah langkah yang konkrit untuk memuktamadkan supaya kedaulatan Sabah ini sebagai sebuah wilayah tidak akan diambil tindakan seperti apa yang berlaku pada hari ini? Saya masih ingat Yang Berhormat, soalan saya ― saya masih ingat. Masa

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

saya di kementerian sana, kita bawa Ligitan dan Sipadan ke ICJ. Saya tahu itu tuntutan negara Indonesia. Ini individu yang ada. Berlainan sedikit. Tapi kita muktamadkan. Keputusan ICJ muktamad bahawa Sipadan, Ligitan adalah merupakan wilayah di bawah Sabah dan di Malaysia. Ini merupakan langkah yang telah diputuskan oleh ICJ. It’s international case and concluded by ICJ. Takkan itu menjadi bahan sehingga larutan kes satu demi satu individu.

Kerajaan ― saya ingin bertanya, dah lama dah ini. Apakah rancangan yang konkrit yang boleh memuktamadkan supaya masalah keselamatan, masalah gangguan, pelancong pun kadang-kadang tergugat, red line katanya, kawasan ini tergugat oleh kerana keselamatannya.

Saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, kalau tidak boleh dibawa, saya ingat susah nak dibawa kepada ICJ pasal-nya ia individu. Ia tuntutan kesultanan. Tapi ini juga membabitkan setiap pilihan raya Parlimen di Philipines, an issue raised by them and dahulu, Menteri Luar Filipina juga menyatakan “We will also demand that is part and parcel, so our territory. Takkan juga kita kerajaan contohnya Menteri Luar tak boleh bersuara untuk memastikan supaya intergovernmental kah dengan Kerajaan Filipina memutuskan perkara ini. Saya tahu kita denial, that is ― it doesn’t belong to them. Terima kasih banyak.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Semporna yang cukup sempurna eh, yang banyak pengalaman. Saya memang secara prinsip setuju eh, sepatutnya ada noktah kepada perkara ini sebab tuntutan ini tidak akan berhenti. Setakat ini mungkin kerana ada litigation funder, mereka mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Tapi disebabkan mereka itu telah menyaman kita membela dan kita kena tunggu sampai right to appeal seperti yang semua kita, sebahagian daripada kita seorang peguam dan kita tahu proses rayuan adalah hak kepada semua pihak.

Tapi yang mana Yang Berhormat Semporna cakap itu betul, dalam isu negara dan negara, saya pun kadang-kadang terfikir is there, dengan izin, is there something more we can do, eh? Tapi saya berpendapat dalam aspek ini sebab saya ini Menteri yang jaga undang-undang dalam negara. Luar negara itu mungkin Yang Berhormat Menteri Luar boleh jawab dan saya boleh maklum kepada beliau tapi ini bukan bidang kuasa saya tapi memang saya pun mempunyai frustration tersebut, frustration yang sama dengan izin sebab lepas ini, what’s next?

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kita tak tahu siapa lagi yang boleh kata mereka, bukan sahaja di Sabah ataupun di Sarawak, mungkin juga di Semenanjung. Banyak orang boleh menuntut sebab kita sebuah negara yang memang cukup banyak sejarah. Itu sebabnya kita kena betul-betul menentukan bahawa apa pun strategi mesti dilakukan dan hari ini bagi pihak kerajaan, kita mahu menentukan bahawa mereka yang telah menganiayai Kerajaan Malaysia ini perlu diberikan, di saman dan memberi balik bayaran setimpal kepada segala apa ini? Dengan izin, cost, cost yang telah dibiayai oleh kerajaan.

Kes ini seperti kata Yang Berhormat Semporna itu betul, mula daripada tahun 2019. Jadi kita sebagai kerajaan bertanggungjawab kita mewarisi dan kita mesti membela maruah negara dan hak kita ke atas hak kita iaitu negara Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tadi Dato’ Speaker, soalan saya, saya bertanya rakyat Malaysia dikatakan ada petualang. Saya nak bertanya, siapa dia itu?

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat, kita dalam proses bahawa ada petualang. Kalau kita sebut dalam Dewan, petualang lari macam mana, Yang Berhormat? Jadi, Yang Berhormat yang sempurna kena sabar sebab proses undang-undang pun tidak sempurna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Saya melihat semua soalan dari sebelah kanan. Saya ingin memberi ruang kepada sebelah kiri, pihak pembangkang jika ada soalan. Bersedia Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Silakan Sabak Bernam.

draft • 11:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih. Sejauh manakah perbincangan libat urus di peringkat serantau dan antarabangsa mengenai peraturan pembiayaan litigasi pihak ketiga mengambil kira kesulitan yang dihadapi oleh Malaysia dalam tuntutan kumpulan Sulu, sekali gus menangani prospek penyalahgunaan proses arbitrasi dalam tuntutan Sulu?

Sejauh manakah pindaan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dapat menjamin kedaulatan negara dan juga adakah wilayah-wilayah lain di negara kita yang terdedah kepada bahaya tuntutan-tuntutan seperti ini? Apakah status Pulau Pisang di perairan Pontian, yang di sana ada rumah api yang diselia oleh Singapura?

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat Sabak Bernam, yang mana saya mampu jawab, saya jawab secara bertulis eh? Yang mana saya tak mampu jawab saya akan beri kepada kementerian yang mampu jawab. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Kita beralih kepada soalan yang berikutnya. Saya mempersilakan Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bismillahi Rahmani Rahim.

Yang Amat Berhormat Bagan Datuk suka nombor 38, Soalan saya nombor 8.

draft • 11:30 AM

8. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan peratus terkini pembinaan kapal Littoral Combatant Ship

(LCS) no. 2 serta berapakah jumlah bayaran yang telah diselesaikan oleh Kementerian Pertahanan kepada pihak Lumut Naval Shipyard (LUNAS) untuk kapal LCS no. 2.

draft • 11:30 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah. Kementerian Pertahanan menaruh keyakinan bahawa projek pembinaan lima buah kapal LCS ataupun Littoral Combatant Ship dapat diserahkan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia mengikut tempoh masa yang telah dirancang kan secara berperingkat mulai Ogos 2026.

Pencapaian ini telah terbukti pada 23 Mei 2024 lalu di mana LCS pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Limbungan, LUNAS Lumut mengikut jadual kontrak dan menjawab persoalan Yang Berhormat Tanah Merah mengenai kemajuan pembinaan LCS 2. Untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini kemajuan pembinaan LCS 2 ialah sebanyak 64.6 peratus dan saya mengambil kesempatan untuk maklumkan bagi yang lain-lain LCS 3 - 56.48 peratus, LCS 4 - 51.10 peratus dan LCS 5 - 42.33 peratus.

Mengenai soal jumlah bayaran yang telah dibuat bagi pembinaan LCS 2 pula, berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani, kementerian tidak melaksanakan bayaran mengikut kemajuan setiap kapal secara individu. Sebaliknya, bayaran dilaksanakan mengikut kemajuan keseluruhan projek LCS seperti mana pandangan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

Selaras dengan perkara ini, kerajaan telah membayar RM7.15 bilion iaitu bersamaan 63.69 peratus berbanding perancangan asal pembayaran iaitu 68.43 peratus berdasarkan kontrak mengikut kemajuan semasa perolehan LCS kelima- lima kapal secara keseluruhannya.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih.

Walau bagaimana pun, saya jangkakan lah kapal LCS 2 Yang Berhormat MENHAN beritahu baru 64.6 peratus juga saya pasti akan mengambil masa yang agak lama untuk ditauliahkan bagi kegunaan TLDM. Apatah lagi tempoh masa bagi – tempoh masa bagi kapal LCS ini untuk turun ke permukaan air serta tindakan untuk memasang kelengkapan utama seperti persenjataan, ujian keselamatan kapal akan mengambil masa yang agak lama, sekurang-kurangnya setahun.

Jadi saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan yang mulia ini mengenai keputusan kementerian baru-baru ini yang mentauliah semula Kapal KD Sarawak dan KD Sri Sabah. Kapal-kapal ini sebenarnya dahulu telah dihibahkan atau dah sedekah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tetapi kini terpaksa dipulangkan semula kepada TLDM, mengambil kira betapa gentingnya situasi kekurangan kapal ronda bagi kegunaan TLDM walaupun kedua-dua kapal ini sebenarnya dah uzur dan dah tak praktikal digunakan lagi. Sepatutnya dua kapal tersebut diletakan di Muzium Samudera di Melaka, negeri Timbalan MENHAN sendiri.

Soalan tambahan saya, mengambil kira situasi genting kekurangan kapal untuk tujuan rondaan oleh TLDM serta masa yang agak panjang untuk kapal LCS 1 dan LCS 2, apakah kementerian berminat untuk mendapatkan kapal HMNZS dari Australia yang baru berusia lingkungan 25-26 tahun yang baru dilucutkan tauliah pada Mei lalu bagi kegunaan sementara TDLM?

Adakah dan apakah usaha-usaha yang dibuat sekurang-kurangnya mendapatkan Request for Information (RFI) daripada Kerajaan Australia?

Kemungkinan kapal HMNZS ini dapat digunakan oleh TLDM mengambil kira kini kita terpaksa mentauliahkan semula kapal KD Sri Sabah, KD Sarawak yang sudah berusia lebih 50 tahun. Saya dimaklumkan kapal HMNZS...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Saya dimaklumkan HMNZS ini mempunyai reka bentuk MEKO 200 dari Blohm Voss yang seakan sama dengan Kapal Kelas Kedah atau NGPV milik TLDM sedia ada. Sudah pasti ianya pilihan yang tepat bagi menyelesaikan masalah kelompangan kapal yang dihadapi TLDM daripada kita mentauliah semula kapal yang sudah berusia lebih separuh abad tadi. Jadi, saya ada menulis surat kepada MENHAN, perkara ini...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, panjang lagi ke?

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Mohon penjelasan kepada Yang Berhormat yang nampak kelihatan cool tapi masalah kita Laut Cina Selatan ini...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Nampaknya sangat peka dan mendalam mengenai perkara ini. Memang tidak dinafikan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia telah meneroka kajian-kajian perolehan kapal-kapal terpakai sebagai satu pendekatan gap filler apabila kita hadapi kelewatan LCS dalam pembinaannya.

draft • 11:30 AM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Setelah diteliti pihak TLDM telah merumuskan bahawa kapal-kapal yang dimaksudkan itu, HMAS Anzac ianya tidak bersesuaian berdasarkan kepada perkara-perkara seperti isu commonality peralatan selain daripada kos perolehan yang tidak menguntungkan kepada kerajaan. Lebih-lebih lagi jika kita lakukan perolehan terhadap kapal HMAS Anzac ini proses perolehan itu akan mengambil masa dijangkakan yang lama sehingga tahun 2027.

Pada tahun 2027 kita akan sudah dibekalkan dengan dua kapal LCS yang pertama dan yang kedua. Kapal LCS yang pertama, kedua akan diserahkan kepada TLDM dan mula beroperasi dalam tahun 2027. Baru-baru ini kita juga telah melakukan perolehan untuk membeli tiga kapal LMS daripada Turki dan kapal itu tiga-tiga akan siap menjelang akhir tahun 2027. Jadi, lima kapal akan mula berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Jadi, oleh kerana hampir keseluruhan kapal HMAS Anzac ini menggunakan peralatan yang berbeza maka kita membuat keputusan bahawa ia tidak sesuai dan bukan untuk kepentingan kerajaan dan rakyat Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 11:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, seingat saya apabila isu skandal Kapal Littoral Combat Ship (LCS) ini timbul, ada pihak yang telah didakwa dan dituduh di mahkamah. Bolehkah Yang Berhormat Menteri Pertahanan nyatakan apakah status kes pendakwaan tersebut? Adakah telah selesai? Jika selesai, apakah keputusan mahkamah yang berkenaan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Pasir Gudang, seorang peguam saya ingat dia lebih tahu. Saya ingat kes itu masih lagi belum muktamad. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, kita beransur ke soalan yang berikutnya. Saya mempersilakan Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Yang Berhormat Beaufort.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya nombor sembilan.

draft • 11:40 AM

9. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Komunikasi menyatakan perancangan kerajaan bagi membanteras budaya Dark Side. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian terhadap pengendali akaun yang menawarkan aktiviti pelacuran dalam talian seperti platform X dan Telegram.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, kegiatan pelacuran sama ada dalam atau luar talian adalah di bawah tindakan dan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). Peruntukan sedia ada seperti Kanun Keseksaan (Akta 574) adalah terpakai dalam melaksanakan penguatkuasaan dan tindakan perundangan terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Penglibatan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam hal ini adalah dengan memberikan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang berkaitan sepertilah penurunan kandungan media sosial dan juga sekatan laman sesawang serta pembekalan maklumat dan analisis forensik digital untuk mempercepat proses siasatan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Selain itu, MCMC melaksanakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan ada Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Akta 588) sekiranya kandungan yang dimuat naik adalah bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya.

Dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 1 Jun 2024, MCMC dengan kerjasama penyedia platform media sosial telah menurunkan 308 kandungan lucah dan 838 kandungan berunsur pelacuran di pelbagai platform media sosial termasuk platform

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

X dan Telegram yang melanggar piawaian komuniti pihak penyedia platform serta undang-undang sedia ada.

MCMC– bagi tempoh yang sama MCMC juga telah melaksanakan tindakan sekatan ke atas 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran. Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak tujuh kes masih di bawah siasatan MCMC yang melibatkan kandungan lucah. Tindakan ini akan diteruskan oleh MCMC dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan dan aduan yang diterima daripada pihak berkuasa ataupun orang awam.

Sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial juga giat dijalankan bagi mengukuhkan komitmen dan kerjasama untuk memastikan keberkesanan inisiatif pemantauan dan pengawalan kandungan yang memudaratkan dalam platform media sosial. Dalam hal ini YB Menteri Komunikasi sendiri akan mengadakan pertemuan dengan semua penyedia platform media sosial pada bulan Julai ini.

Sekian jawapan saya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Beaufort.

draft • 11:40 AM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

Isu berkenaan dengan Dark Side ini kita perlu melihat daripada sudut pandang lebih besar iaitu kerjasama antara SKMM, JAKIM dan agensi lain termasuk polis bagi membanteras pelacuran moden dengan penguatkuasaan undang-undang. Namun, penyumbang kepada Dark Side ini perlu dibanteras dengan menyekat apps dating yang mengandungi promosi seks.

Soalan tambahan saya apakah tindakan kementerian dalam mengenal pasti apps dating yang mudah diakses? Berapakah jumlah apps dating yang berjaya disekat oleh SKMM. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Beaufort. Tindakan akan diambil apabila khasnya tentanglah content- content ataupun kandungan-kandungan yang bersifat lucah ataupun pelacuran.

Apabila kami terima maklumat daripada PDRM jadi kami melalui MCMC akanlah meminta kerjasama daripada platform provider untuk menyekat sama ada laman sesawang ataupun kandungan ataupun apps tersebut.

Apa yang kami menghadapi– cabaran yang kami menghadapi sekarang sepertilah X kebelakangan ini telah membuat satu pengumuman bahawa mereka akan membenarkan pengguna mencipta, mengedar dan juga menggunakan

draft • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching

kandungan dewasa ataupun yang kita panggil adult content yang menggambarkan kebogelan dewasa dan juga tingkah laku seksual dalam platformnya.

Jadi, apabila kita nampak bahawa ini telah menjadi satu polisi baharu daripada X, jadi tindakan yang diambil oleh MCMC adalah kami telah juga menghantar surat rasmi, bantahan kepada pihak X pada bulan Jun ini dan memaklumkan mereka bahawa kita memandangkan kandungan ini memudaratkan dan bukan sahaja melanggar undang-undang negara tetapi juga bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukun Negara dan juga amalan budaya dan agama di negara ini.

Kami setakat ini masihlah menunggu maklum balas daripada pihak X. Untuk kita membuat keputusan apa tindakan yang akan diambil. Tetapi MCMC selalu bersedia untuk bekerjasama khasnya dengan PDRM, JAKIM dan juga agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan dalam isu ini untuk memastikan bahawa kandungan- kandungan dalam talian ini adalah bersesuaian dengan budaya negara kita. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Pokok Sena.

draft • 11:40 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya ialah apakah wujud keterlibatan badan bukan kerajaan (NGOs) dan masyarakat sivil dalam usaha untuk merangka satu garis panduan siber yang lebih ketat khususnya untuk mengatasi trend sisi gelap di media sosial ini. Kerana jika tiada tindakan pantas dan menyeluruh, kita bimbang bahaya tersebut akan merebak kepada mahasiswa, pelajar dan mungkin remaja di luar sana. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena atas soalan tambahan tersebut. Pihak Kementerian Komunikasi dan juga MCMC, kami bersedia untuk bekerja dengan semua badan-badan NGO dan juga civil society untuk memastikan bahawa usaha kita adalah menyeluruh.

draft • 11:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Saya sendiri telah mengadakan beberapa pertemuan dengan NGO-NGO yang menghantar surat permintaan kepada saya untuk mengadakan perbincangan supaya usaha kita bukan kita tak mahulah buat kerja secara silo tetapi kita juga boleh melibatkan masyarakat, khasnya NGO-NGO yang ada kepakaran dalam isu ini untuk pastikan bahawa apa-apa garis panduan yang dikemukakan oleh kementerian ataupun MCMC adalah bersesuaian dan akanlah menjadi lebih berkesan.

Di sini saya juga buat tawaran sama kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini tak kira dari kerajaan ataupun pembangkang. Isu ini semakin serius.

Oleh sebab itu kita perlu dapatlah sokongan daripada semua pihak untuk sama-sama

draft • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching

kita sumbangkan fikiran dan juga usaha untuk pastikan bahawa isu ini bolehlah ditangani dengan lebih baik. Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Silakan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], untuk membubarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan di bawah akta itu, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakan hak hartanya pada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788] dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:50 AM
PENERANGAN DARIPADA MENTERI KEWANGAN DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
PENYASARAN SEMULA SUBSIDI DIESEL

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Tan Sri Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati, pada sesi penerangan Menteri ini, izinkan saya memberi penerangan serta pencerahan berhubungan usaha kerajaan dalam melaksanakan program penyasaran semula subsidi diesel.

Ahli Yang Berhormat juga boleh merujuk dokumen penerangan yang disediakan melalui imbasan kod QR yang diletakkan di atas meja Yang Berhormat.

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, saya mulakan dengan memberikan konteks berhubungan tujuan utama kerajaan perlu melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel. Untuk makluman semua, perbelanjaan semula subsidi diesel negara telah meningkat 10 kali ganda iaitu dari RM1.4 bilion pada tahun 2019 kepada RM14.3 bilion pada tahun 2023. Trend kenaikan subsidi diesel ini tidak mampu lagi ditampung kerajaan secara berterusan.

Peningkatan belanja subsidi bukan hanya sebab kenaikan harga pasaran tetapi juga akibat peningkatan ketirisan diesel bersubsidi. Jumlah diesel bersubsidi yang digunakan telah naik mendadak sekitar 80 peratus iaitu daripada 6.1 bilion liter pada tahun 2019 kepada 10.8 bilion liter pada tahun 2023 walaupun tiada peningkatan kenderaan diesel baru yang ketara. Pada masa yang sama, jumlah jualan diesel komersial tanpa subsidi pula telah turun sebanyak dua bilion liter dalam tempoh yang sama.

Peningkatan penggunaan diesel bersubsidi yang amat ketara ini disebabkan jurang perbezaan harga yang besar antara harga komersial dengan harga runcit bersubsidi di pam Malaysia. Sebelum ini, harga diesel bersubsidi adalah RM2.15 seliter iaitu antara termurah di dunia, sedangkan harga komersial mencecah RM3.50 seliter. Harga runcit diesel kita sebelum ini juga jauh lebih murah berbanding harga diesel di negara jiran. Antaranya Thailand, sekitar RM4.20; Indonesia sekitar RM4.40; dan Singapura hampir mencecah RM9 seliter.

Jelaslah bahawa jurang harga ini besar, membolehkan sebilangan peniaga sektor komersial tempatan yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran,

draft • 11:52 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

telah mengambil kesempatan menikmati dan menyeleweng diesel bersubsidi secara tidak sah. Contohnya, mereka membeli diesel bersubsidi dari stesen minyak dan disalahgunakan untuk genset di kilang, apa-apa pembinaan atau ladang sawit.

Selain itu, isu yang lebih utama ialah akibat harga diesel kita yang amat murah, ia telah menyebabkan aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran sukar dibendung. Ini ditemui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semasa Ops Tiris dengan tangkapan kenderaan yang telah diubahsuai untuk menyeludup diesel, beroperasi terutamanya di kawasan sempadan. Oleh itu, satu-satu cara untuk mengekang ketirisan secara efisien adalah dengan merapatkan jurang perbezaan harga diesel tempatan dengan harga pasaran global.

Tan Sri Yang di-Pertua, program penyasaran semula subsidi diesel melibatkan langkah penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran yang turut dilaksanakan serentak dengan penambahbaikan bantuan diesel untuk golongan sasar khususnya bagi mengurangkan kesan kepada rakyat dan harga barang pengguna. Diesel bersubsidi diperluaskan kepada sektor logistik dan bantuan tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu serta petani kecil dan pekebun kecil.

Kerajaan telah menetapkan semula harga runcit bahan api diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.35 seliter bermula 10 Jun 2024 manakala harga runcit di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. Penetapan harga pada RM3.35 seliter adalah berdasarkan purata harga pasaran tanpa subsidi bagi bulan Mei 2024. Penetapan harga runcit diesel pada harga tanpa subsidi adalah untuk memastikan tiada jurang perbezaan dengan harga diesel komersial yang sudah tentu dapat membendung aktiviti penyeludupan dari stesen minyak. Dengan penetapan semula harga diesel di pasaran tempatan...

draft • 11:52 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

draft • 11:52 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Sebentar YB.

draft • 11:52 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan mesyuarat.

Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), penerangan daripada Menteri, saya ingin mendapat Petua daripada Tan Sri Yang di-Pertua, adakah sesi ini dibenarkan pencelahan daripada Ahli-ahli? Terima kasih.

draft • 11:52 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sebab14(1)(i) tidak memberikan kita peluang untuk perbahasan dan pengundian, mungkin saya memberikan seorang-seoranglah kut. Kerajaan seorang boleh bahas dan pembangkang juga supaya mendapatkan.

draft • 11:52 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seorang-seorang ya, one-one. Five minutes each, lima minit seorang ya. Okey, silakan Menteri, teruskan.

draft • 11:52 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Dengan penetapan semula harga diesel di pasaran tempatan, perbelanjaan subsidi yang sebelum ini secara pukal, kini disasarkan kepada sektor perniagaan dan individu yang layak.

Pertama, bagi memastikan kelangsungan sektor perniagaan serta mengelakkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Diesel bersubsidi disediakan khusus untuk sektor-sektor berikut:

draft • 11:52 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

(i) sektor pengangkutan awam darat melibatkan 10 jenis kenderaan seperti bas sekolah, bas ekspres, bas henti-henti, van jenazah, ambulans dan bomba kekal menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.88 seliter;

(ii) para nelayan kekal menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter; dan

(iii) sektor logistik melibatkan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan darat layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter, iaitu harga sebelum penyasaran semula dimulakan. Jenis kenderaan yang layak termasuklah lori rigid kargo am minimum botol, hasil pertanian, air, tepung, kandang haiwan, perkhidmatan bergerak dan sampah.

Semua sektor yang layak ini akan menikmati diesel pada harga bersubsidi melalui kaedah fleet card. Ini bermakna kenderaan mengangkut barangan termasuk hasil pertanian, buah-buahan, sayur-sayuran juga layak menikmati diesel bersubsidi.

Kaedah fleet card merupakan mekanisme yang lebih baik untuk menyasarkan subsidi kepada sektor ekonomi kerana pembelian diesel bersubsidi boleh dikawal, dipantau dan dikuatkuasakan mengikut jenis kenderaan serta kuota subsidi tertentu.

Kedua, bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan perubahan harga diesel di pasaran, kerajaan memperkenalkan BUDI MADANI iaitu bantuan tunai langsung kepada individu yang layak. BUDI MADANI melibatkan dua kategori bantuan tunai iaitu:-

(i) BUDI MADANI Individu kepada rakyat yang memiliki kenderaan diesel persendirian dengan syarat tertentu; dan

(ii) BUDI MADANI Agri-Komoditi kepada petani, penternak, pengusaha agriculture serta pekebun komoditi berskala kecil dengan syarat tertentu juga.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pemohon yang layak akan disalurkan bantuan berjumlah RM200 sebulan atau RM2,400 setahun. Berdasarkan data perbelanjaan isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DSOM), bantuan tunai RM200 sebulan memadai untuk menampung perbelanjaan tambahan untuk sekurang-kurangnya 80 peratus pengguna kenderaan diesel persendirian. Perkiraan ini mencukupi untuk pembiayaan perubahan harga diesel bagi perjalanan harian sebanyak 75 kilometer berdasarkan kegunaan kenderaan diesel biasa seumpamanya pickup truck seperti Toyota Hilux dan Ford Ranger. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, impak pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel adalah amat memberangsangkan dan berlangsung seperti mana dirancangkan. Seperti sebelum ini, kenderaan pengangkutan awam darat dan nelayan terus menikmati diesel bersubsidi masing-masing pada harga RM1.88 dan RM1.65 seliter. Untuk kategori logistik yang baru diperkenalkan, setakat 20 Jun 2024, sebanyak 75,000 syarikat melibatkan 223,000 kenderaan pengangkutan barangan darat telah membuat permohonan dan diluluskan untuk menikmati diesel pada harga RM2.15 seliter.

Untuk BUDI MADANI, setakat 19 Jun 2024, sebanyak 100,000 pemohon bawah BUDI MADANI Individu dan BUDI MADANI Agri-Komoditi telah diluluskan.

Dari jumlah tersebut, 76,000 pemohon telah menerima bantuan tunai bulanan RM200 mereka seawal 10 Jun yang lalu.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru juga pada rakyat Malaysia yang layak untuk segera mendaftar untuk mendapatkan bantuan tunai diesel bulan Jun. Bantuan tunai BUDI MADANI hanya bermula pada bulan permohonan dibuat.

Individu yang layak boleh mengetahui lebih lanjut dengan memohon di portal BUDI MADANI.

Untuk makluman semua, susulan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel, berdasarkan rekod, jumlah jualan runcit diesel di stesen minyak telah pun menurun sebanyak 8 juta liter sehari atau 30 peratus untuk minggu pertama selepas pengumuman penetapan semula harga diesel berbanding minggu sebelum pengumuman. Bagi tempoh yang sama, jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak 4 juta liter sehari yang memberi isyarat bahawa sebahagian penggunaan diesel runcit bersubsidi selama ini telah digunakan oleh sektor industri yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran. Ini bermakna trend peningkatan jualan diesel komersial menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi telah berkurang.

Antara maklumat yang diterima daripada salah satu syarikat minyak jualan diesel di sempadan menunjukkan penurunan 40 peratus. Ini mengesahkan bahawa

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

sebelum ini memang wujud aktiviti penyeludupan diesel ke negara sempadan kita.

Buat masa ini, badan-badan penguat kuasa giat bekerjasama dan mengatur gerak pelbagai operasi bagi membendung aktiviti penyeludupan dan juga sebarang unsur yang menjejaskan kestabilan bekalan barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatuan harga di pasaran.

Antaranya, KPDN telah melaksanakan Ops Tiris bermula 1 Mac 2023 bagi mengekang aktiviti ketirisan subsidi diesel. Pasukan petugas ini turut melibatkan badan penguat kuasa lain seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tahun lalu, sebanyak 877 kes telah dikendali di bawah Ops Tiris 1 dan 2 melibatkan jumlah sitaan sekitar 6.4 juta liter minyak diesel dengan anggaran nilai RM14.2 juta. Sitaan ini turut melibatkan aset dan peralatan seperti kenderaan, hos dan alatan menyedut minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM42.1 juta. Hasil tindakan ini telah berjaya menangkap 667 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan dan ketirisan subsidi diesel negara.

Pada 1 Januari 2024, operasi ini diteruskan di bawah rangka kerja Ops Tiris 3. Dan sehingga 22 Jun 2024, 570 kes telah dikendalikan melibatkan sitaan minyak diesel sebanyak lebih 5.1 juta liter dengan anggaran nilai hampir RM12 juta dan RM46 juta nilai rampasan aset serta peralatan serta 275 tangkapan telah dilaksana ke atas individu terbabit.

Susulan keputusan untuk menyasarkan subsidi diesel mulai 10 Jun lalu, KPDN juga telah mengerakkan Ops Kesan 2.0 seawal 2 Mei 2024 bagi memantau impak pelaksanaan serta memastikan tiada elemen pencatutan berlaku selaras dengan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Setakat 20 Jun 2024, sebanyak 2,100 premis telah diperiksa di seluruh negara. Dan antara jumlah tersebut, 210 notis bertulis di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga di seluruh negara.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sehingga kini, sebanyak tujuh kes telah dikenal pasti hasil pelaksanaan Ops Kesan 2.0. Analisis pencatuan akan disediakan bagi tujuan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatut terhadap notis-notis.

Selanjutnya, bermula 20 Januari 2024 juga, para pegawai penguat kuasa KPDN di negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan telah menjalankan pemeriksaan di lapan pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan

(ICQS) bagi memastikan pematuhan ke atas akta dan perundangan subsidiari yang berkuat kuasa. Hampir 30,000 pemeriksaan telah dijalankan dan telah mula dikenal

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

pasti kes yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki dan cuba membawa keluar barang kawalan bersubsidi ke negara jiran.

Dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel, diunjurkan bahawa kerajaan mampu meraih penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion.

Penjimatan ini tentunya dapat di manfaat untuk menambah baik mutu hidup rakyat melalui menyediakan infrastruktur awam berkualiti serta perlindungan sosial yang lebih menyeluruh. Perlu kita juga ditekankan bahawa berbanding dengan kos subsidi diesel RM14 bilion tahun 2023, penjimatan RM4 bilion setahun bermakna kerajaan masih menanggung subsidi diesel sebanyak RM10 bilion. Antaranya untuk menampung subsidi di Sabah, Sarawak, subsidi untuk pengangkutan awam dan sektor logistik Semenanjung, bantuan tunai untuk pemilik kenderaan individu dan pengusaha kecil agrokomoditi serta subsidi diesel nelayan.

Maknanya, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyasarkan subsidi bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan tetapi golongan yang memerlukan akan terus menerima bantuan dan subsidi diesel. Pendekatan penyasaran semula subsidi diesel yang diambil iaitu menyediakan diesel bersubsidi kepada sektor logistik dan bantuan tunai bulanan kepada individu akan mengurangkan tekanan ke atas harga barang pengguna dan impak kepada rakyat.

Dengan itu, walaupun terdapat perubahan harga runcit diesel yang ketara, namun dijangka tidak akan menjejaskan prestasi ekonomi atau menjejaskan kadar inflasi.

Kerajaan yakin bahawa dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel, ekonomi negara masih tetap mencapai unjuran rasmi kerajaan terhadap kadar inflasi 2024 iaitu antara dua hingga 3.5 peratus serta kadar pertumbuhan KDNK 2024 antara empat hingga lima peratus.

Tan Sri Yang di-Pertua, keputusan melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel bukanlah satu langkah yang mudah diambil. Kerajaan tidak terburu- buru, malah sentiasa memberi perhatian khusus untuk memastikan mekanisme terbaik digunakan untuk melindungi sektor perniagaan dan rakyat yang layak dibantu. Keputusan ini juga melibatkan kerjasama utuh semua pihak, sama ada jabatan kerajaan di bawah kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pengangkutan mahupun syarikat minyak dan pemain industri.

Mengakhiri sesi penerangan ini, sukacita saya mengharapkan agar semua Ahli Yang Berhormat dapat menyokong usaha kerajaan dalam memastikan penyasaran semula subsidi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ketirisan wang rakyat tidak boleh dikompromikan, perubahan segera dan sekarang tidak boleh

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

dielakkan. Semoga, kita dapat berganding bahu menjayakan pembaharuan fiskal dan memajukan ekonomi negara supaya akhirnya, kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waálaikumussalam. Baik, terima kasih Menteri.

Sekarang saya buka peluang. Ya, silakan dengan Putrajaya. Lima minit dari sekarang.

draft • 12:10 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri. Lima minit, boleh panjangkan sikit?

draft • 12:15 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang diberikan tadi. Kita- semua rakyat Malaysia di luar sana apabila diumumkan kenaikan harga diesel ini, perkara pertama yang tentunya diingat oleh semua rakyat Malaysia adalah, ‘Menang hari ini...’...

[Ketawa] Suka atau tidak, itulah hakikat.

draft • 12:15 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya ulang.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya ulang. Suka atau tidak, itulah hakikat.

Dikatakan bahawa, “Oh, mana adil bercakap tentang perkara ini kerana dah cakap 20 tahun.” Adakah Tambun lupa bahawa dalam Konvensyen PKR pada bulan Julai 2022, Tambun menyebut bahawa, “Oh, orang sindir saya, kenapakah harga minyak tak turun? Tak turun sebab saya tak jadi Perdana Menteri.” Jadi, pada waktu Tambun menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja tak turun, sebaliknya harga minyak naik.

Jadi saudara saudari, itu hakikat, itu fakta, tidak ada siapa boleh menafikan fakta dan hakikat tersebut. Puluhan tahun dibawa sebagai satu modal politik untuk memenangi pilihan raya, akhirnya bila menang, maka yang berlaku adalah sebaliknya...

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker...

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang kedua...

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap, sekejap, pencelahan...

draft • 12:15 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Putrajaya.

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pencelahan.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang kedua...

draft • 12:15 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak bagi, Putrajaya tak bagi.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Speaker, saya mendengar penuh teliti Yang Berhormat Menteri Kewangan II apabila menyatakan bahawa harga diesel akan naik sebanyak RM1.20 dan Menteri Kewangan II menjelaskan pada waktu itu bahawa kebanyakan logistik telah menerima fleet card, SKDS telah menerima fleet

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

card, maka tidak akan ada kenaikan harga. Saya ingatkan, banyak kali saya ingatkan, kerajaan must always be grounded, kena faham apa yang berlaku kat bawah sana. Menteri Kewangan perlu ingat, industri di luar sana pernah melalui- baru saja melalui bulan Mac tahun ini kenaikan SST, sektor-sektor tertentu meningkat daripada enam peratus ke-lapan peratus.

Sektor logistik meningkat daripada kosong tidak ada SST, meningkat pada enam peratus. Kesan daripada kenaikan kosong pada enam peratus ini masih lagi ditangani oleh sektor logistik dan itulah apabila saya dengar Menteri kata SKDS dah ada untuk cover sektor logistik, saya kata Menteri lupa bahawa apabila Menteri sebut- harga sayur, harga buah-buahan tak meningkat, Menteri lupa bahawa pertanian bukan bermula di peringkat logistik, pertanian bermula di ladang. Pertanian bermula di kebun. Pertanian bermula di sawah padi. Sebab itu Yang Berhormat Menteri, kita kena ingat apabila dikatakan adanya BUDI Agri-Komoditi ini, yang boleh terima mereka yang ada hasil komoditi ataupun hasil pertanian daripada RM50,000 ke RM300,000...

draft • 12:15 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Putrajaya.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

RM300,000 bagi 12, dapat RM25,000.

draft • 12:15 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Putrajaya, sedikit Bachok.

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Putrajaya, Bayan Baru juga.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Bagi Bachok.

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit, sikit.

draft • 12:15 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih YB Putrajaya, terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya nak tanya Putrajaya.

Adakah Putrajaya bersetuju bahawa kenaikan harga diesel yang mendadak ini boleh menyebabkan satu wabak baharu iaitu wabak inflasi yang kesannya kepada kenaikan harga barang, menyempitkan kos sara hidup rakyat dan juga meningkatkan hutang rakyat. Mohon YB Putrajaya tanya Yang Berhormat Menteri Kewangan II, mengapa BUDI Madani RM200 ini diberikan secara pukul rata, secara flat rate, sedangkan maklumat peribadi yang dikongsi itu adakah bersifat unik dan juga identical. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Putrajaya sikit.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh masukkan apa yang disebutkan oleh Bachok tadi. Saya nak sentuh...

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Putrajaya sikit. Sikit saja.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Speaker...

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Takut debat.

draft • 12:15 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Fakta salah...

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya nak sentuh...

draft • 12:15 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak bagi Bayan Baru.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bachok tadi berkaitan dengan inflasi. Sebab itu saya sebut tadi bahawa pertanian ini bermula di ladang, pertanian ini bermula di kebun. RM300,000 bagi 12, dapat RM25,000. Itu merupakan hasil, bukan keuntungan. Mengambil kira kenaikan harga baja, mengambil kira kenaikan harga racun dan sebagainya. Kita dapat lihat berapa sebenarnya margin yang diterima oleh petani-petani di bawah sana.

draft • 12:15 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jika kita lihat apabila diumumkan kenaikan ini, ramai di bawah sana petani- petani bercakap macam mana berkaitan dengan traktor mereka. Diesel traktor untuk membajak, diesel traktor untuk membuat batas, untuk mengutip hasil pertanian.

Bagaimana pula dengan jentera-jentera pertanian yang lain, enjin-enjin air untuk pengairan dan sebagainya? Ini telah memberi satu impak yang besar di luar sana dan sebab itu saya sentiasa sebut bahawa kerajaan yang ada pada hari ini tak dengar apa yang rakyat sebut di bawah...

[Tepuk] Ini kerajaan lembu kenyang. Ini kerajaan lembu kenyang. Apa dia buat...

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tarik balik. Tarik balik. Ini sangkaan jahat.

Tarik balik.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Mereka hanya syok berada di situ...

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Putrajaya tarik balik.

draft • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tarik balik. Tarik balik.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Cuba memikirkan apa yang mereka ingin sampaikan, tetapi...

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Putrajaya tarik balik.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Mereka tidak menyelami, apakah sebenarnya yang dilalui oleh rakyat.

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Beberapa kali Menteri Kewangan II - sebut tentang kebajikan rakyat. Kita boleh dengar berapa banyak perbincangan tentang kebajikan. Di luar sana, impaknya besar. Perkara ini bukan perkara yang boleh dimain-mainkan.

Bagaimanakah pula dengan BUDI dan juga PADU?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan, Putrajaya.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa- masa dah, dah...

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Putrajaya, minta laluan.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kalau dulu Menteri Ekonomi kata PADU akan digunakan...

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa dah habis.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Akhirnya, tiba-tiba nak kena isi BUDI pula.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Putrajaya.

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan. Pendang.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, Yang Berhormat Speaker, minta tolong sikit lagi. Ini rakyat menunggu di luar sana.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa dah habis. Masa dah habis dah.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Bagi ruang sedikit lagi pada saya untuk menjelaskan perkara ini.

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bagi laluan.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, lima minit. Silakan.

draft • 12:20 PM

Seorang Ahli

Seminit. Seminit lagi.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Seminit lagi boleh?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa dah habis dah.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ini- ini kerajaan saya kata tadi, ini kerajaan lembu kenyang ini. Tak nak dengar rintihan rakyat. Terima kasih Tan Sri Speaker...

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Putrajaya, cuba ulang lembu kenyang itu apa dia?

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Lembu kenyang ini kalau ore kelate kata, lembu bila kenyang ini dia duk relaks, dia buat tak tahu. Orang kacau dia, orang cakap apa, dia buat tak dengar. Itulah saya nak sampaikan bahawa rakyat di bawah sana bercakap tentang tekanan yang mereka hadapi, tentang kos yang mereka hadapi, tapi kerajaan tak bertindak. Apakah tindakan kepada petani-petani? Apa tindakan-tindakan kepada mereka yang bawa backhoe, excavator? Apakah kerajaan buat untuk mereka yang bawa RORO dan sebagainya?

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu maksud saya. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya dengar ucapan dari Putrajaya dan juga dengan Menteri. Kita tahu

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

bahawa ini isu yang amat-amat besar kerana diesel subsidi ini sudah mencecah RM14 bilion. Dua tiga tahun yang dulu, pada tahun 2019, 2020, diesel subsidi hanya lebih kurang RM8 bilion, sekarang dah RM14 bilion. Apa yang berlaku, kalau kita dengar dengan teliti, Yang Berhormat Menteri MKII telah membuktikan bahawa selepas sahaja diesel subsidi disasarkan semula, disasarkan semula- apa yang...

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru, minta laluan.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dia telah turun. Okey. Yang semua penyeludupan itu turun 40 peratus, 40 peratus. Tadi saya, Putrajaya tak bagi laluan.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru, minta laluan.

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bayan Baru, kawan saya. Bachok nak mencelah sikit.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Biar saya cakap dulu.

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

No, no. I mean...

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Duduk, duduk. Saya tak bagi laluan. Duduk.

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sebab angka, angka penyeludupan itu...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru. Bolehlah sikit.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Duduk, duduk.

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Angka penyeludupan itu kena ada...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok. Satu.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru.

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Berapa banyak, berapa lori?

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok. Dua.

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Berapa...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok. Dua.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tolong duduk. Tolong duduk. Tak bagi.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok. Tiga. Duduk. Semua duduk dulu.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Nak bahas, bahas nanti.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, isunya...

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru. Pendang minta laluan.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

The diesel subsidy is not sustainable.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita tahu bahawa kalau blanket subsidies ini tidak sustainable dan akan membankrapkan negara pada masa depan.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dak, dak. Dah lama dah, diesel.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Siapa-siapa yang jadi kerajaan akan berdepan dengan masalah ini dan kita telah buktikan...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bayan Baru nak bagi dekat Pendang?

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak bagi, tak bagi, tak bagi.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, tak bagi. Duduk.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita telah buktikan Perdana Menteri Keenam, Perdana Menteri Ketujuh, Kelapan, Kesembilan termasuk Pagoh di sini, pernah cakap bahawa ini not sustainable dan perlu disasarkan semula. Apa yang kerajaan buat sekarang adalah sasar semula. Diesel subsidi masih dibagi kepada golongan petani, orang yang susah, individu 400,000. Tak ada masalah.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru, minta laluan.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang sekarang dimainkan isu politik.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru, minta laluan.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Apa yang dimainkan adalah politik.

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Eh, masalah ekonomi rakyat. Poket rakyat.

draft • 12:22 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya dah kata dah. Ini bukan politik, ini untuk rakyat.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini bukan politik. Bila naik minyak, bukan isu politik. Ini isu rakyat yang menanggung.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Perdana Menteri dahulu, adakah pernah berjanji...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang. Satu.

draft • 12:22 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini isu rakyat, bukan politik.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dulu Pagoh pernah cakap juga nak sasar semula. Pagoh sendiri. Okey. Jadi, janganlah hipokrit. Janganlah hipokrit. Kita demi negara. Kita nak supaya bahawa negara ini atas landasan yang betul. Jangan hanya sekarang kerana nak menang sorak di lapangan, tetapi negara tergadai. Jadi...

draft • 12:22 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sekarang masalah menang dan tipu rakyat.

draft • 12:22 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Apakah bila janji nak turunkan harga minyak itu nak menang sorak? Sekian, terima kasih.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, saya nak respons tentang...

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Eh, Bayan Baru...

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya nak respons tentang apa yang...

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

You sokong naik harga minyak kah?

Rakyat susah tau.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kejap.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk, duduk.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya nak respons tentang Putrajaya kata Perdana Menteri tipu.

draft • 12:22 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya nak bagi tahu, apa yang kita janjikan ada dah dalam manifesto. Manifesto Pakatan Harapan, Manifesto Barisan Nasional, Manifesto GPS tak pernah cakap nak turunkan harga minyak. Tak ada. Tak ada...

draft • 12:22 PM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Eh, Perdana Menteri sekarang janji itu. Dia janji nak turun minyak kalau dia jadi Perdana Menteri.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Baca betul-betul. Baca betul-betul.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Eh, you tak tahu kah Bayan Baru?...

draft • 12:22 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekejap. Duduk.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik, baik.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang...

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Perdana Menteri sebelum ini tak pernah janji nak turun minyak.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang. Pendang. Pendang.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang pernah masuk dalam manifesto 2008.

draft • 12:22 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini dua kali tipu.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dalam manifesto 2008. Dah 15 tahun yang dulu dan keadaan telah berbeza. Kita kena- kita kena be realistic. Keadaan berbeza kerana apa yang situasi dulu sebelum berbanyak kes dan juga berbanyak...

draft • 12:22 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Bagi sikit, Bayan Baru.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penyeludupan dan sebagainya.

draft • 12:22 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini penipuan secara live.

draft • 12:22 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Bayan Baru, bagilah.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tunggu.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Putrajaya, kalau bangun sekali lagi...

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Putrajaya!

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Masa itu- masa itu kita...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Putrajaya, saya dah bagi peluang tadi. Not fair.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Masa itu...

draft • 12:22 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

PJ.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan. Teruskan.

draft • 12:22 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Pasir Gudang.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Masa itu kita masih negara pengeksport minyak. Sekarang kita telah net importer. Okey, net importer. Nak bagi tahu juga, apa yang kita producing sekarang, dulu 500,000 barrel per day. Okey, dulu.

draft • 12:22 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, Bayan Baru ini duduk di Planet Marikh.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekarang dah dropped kepada 300,000 barrel per day. Jadi, ini bermaksud bahawa reserve minyak Malaysia sudah kekurangan dan pendapatan negara semakin berkurang. Jadi, kalau kita teruskan segala ketirisan, ketirisan itu akhirnya...

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita, negara kita tidak dapat menampung segala ketirisan tersebut.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bayan Baru, sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri, saya nak tanya, berapa kalau satu barrel...

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kerajaan yang buat- tolong duduk.

draft • 12:22 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dengan dibandingkan 2018?

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pendang, tolong duduk. Saya tak bagi laluan. Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, apa yang kerajaan buat sekarang adalah cuba menyasar supaya orang golongan yang betul-betul perlu dapat, perlu dapat. Mereka memang yang layak dapat, memang layak dapat, masih dapat. Yang kita sasar semula supaya ketirisan tidak ada. Sebenarnya, apa yang berlaku adalah sebenarnya penyasaran semula supaya golongan petani, golongan logistik, orang-

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

orang diperlukan, golongan B40 boleh dapat diesel subsidy. Jangan tipu kata tak dapat.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang perlu adalah, kita membanteras apa yang opportunist- opportunist yang naikkan harga barang.

draft • 12:22 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Bayan Baru.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Itu kerajaan harus. Saya nak minta supaya Menteri buat penguatkuasaan terhadap golongan yang ambil kesempatan.

Itu sahaja. Saya harap bahawa pihak Pembangkang jangan politik lagi. Ini demi negara. Sebab...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:22 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta celah. Minta celah.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Satu hari kalau Pembangkang menjadi kerajaan, what you don’t want to inherit is a bankrupt country. What you don’t want to inherit is a country dengan hutang yang terlampau besar yang tidak dapat membayar gaji penjawat awam.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Masa dah.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak boleh bayar gaji...

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bayan Baru, masa dah habis.

draft • 12:22 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta celah. Celah.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dan juga semua perbelanjaan kerajaan.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila duduk.

draft • 12:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Itu sahaja. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 12:22 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Nak celah. Celah!

draft • 12:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Bangun]

draft • 12:22 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tan Sri Speaker, Pasir Gudang ingin mempertahankan kerajaan dalam soal ini. Bagi izin Pasir Gudang jelaskan mengapa keputusan kerajaan ini benar dan patut disokong.

draft • 12:22 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta maaf. Saya dah bagi tadi peluang, seorang-seorang sepatutnya celahan dibuat. Masa sudah habis. Sila duduk. Mohon duduk. Baik, Ahli Yang Berhormat. Menteri, silakan ya.

draft • 12:22 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Menteri kena jawab. Jawab Menteri.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Dengar, dengar. Dengar dahulu.

draft • 12:22 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Putrajaya, dengar baik-baik.

draft • 12:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Supaya apa juga yang nak minta celahan, minta dengan tertib. Apa juga. Kalau Menteri bagi, saya bagi. Beliau akan- silakan.

draft • 12:22 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya kerana menaikkan Dewan dengan cara yang hangat sekali, tapi saya tak suka bila kita bercakap, kita bercakap menaikkan emosi. Saya suka bercakap bila kita ada data, kita bercakap dengan cara yang betul, ya...

[Tepuk] Kita bercakap dengan cara yang rasional kerana ini bukan isu politik.

draft • 12:28 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 12:28 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 12:28 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini isu negara.

draft • 12:28 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta laluan.

draft • 12:28 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya jelaskan.

draft • 12:28 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, boleh minta laluan?

draft • 12:28 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tadi dah bagi dah. Biar saya jelaskan.

draft • 12:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Baru start lah. Tolonglah.

draft • 12:28 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Baru kah lama, saya minta laluan.

Kalau dia bagi, saya bercakaplah. Kalau dia tak bagi, saya duduk.

draft • 12:28 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak bagi, dia tak bagi, dia tak bagi.

draft • 12:28 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia bagi tak?

draft • 12:28 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak bagi.

draft • 12:28 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia tak bagi, saya duduklah...

[Ketawa]

draft • 12:28 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Pendang. Jadi, biar saya tekankan beberapa perkara kan. Yang pertama, kita kata inilah penyasaran subsidi.

Ini bukan pemansuhan subsidi.

draft • 12:28 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Yes. Itu pun dia tak faham...

[Tepuk]

draft • 12:28 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya. Ini bermakna, kita mengambil subsidi kepada mereka yang tak layak mendapat.

draft • 12:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Ya...

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Siapakah yang tak layak dapat subsidi dalam negara ini? Kita tak nak subsidi orang Thailand. Buat apa kita subsidi orang Thailand?...

[Tepuk] Kenapa kita menyokong penyeludupan yang berleluasa yang ada sekarang? Kalau nak bercakap pasal...

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, saya minta laluan. Isu ini, isu ini...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis. Bagi saya habis.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri kata bagi dia habis.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Biar habis tak boleh tanyalah sudah habis.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pendang, bagi saya habis.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Berapa kali cakap tak bagi? Susah betul Pendang ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau you nak tengok secara fakta, seperti yang dikatakan tadi kan, kalau kita tengok daripada segi volume di sempadan, dah jatuh 40 peratus. Manakah pergi minyak yang keluar itu? Dia pergi ke negara jiran.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Itu duit rakyat kita.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kenapa kita masih nak menolong penyeludup, rakyat yang bukan rakyat kita? Yang itu fakta.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini bukan emosi.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Betul.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya. Kalau kita tengok daripada segi retail station, penganjakan daripada retails station...

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Kepada commercial sector ya, dah turun.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya. Ini bermakna, mereka yang tak sepatutnya...

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini hak saya sebagai Ahli Parlimen.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya punya floor.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya kena minta.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya punya floor.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Saya minta laluan. Boleh atau tidak?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak bagi. Dia tak bagi.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hak saya bertanya untuk minta.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, dia tak bagi Pendang.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tolong...

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kalau dia tak bagi, saya duduk. Tidak ada masalah.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tolong- kita dengar baik-baik.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, baik.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, Menteri. Teruskan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kita dengar baik-baik. Ya. Kita bercakap pasal fakta. Penganjakan daripada retail sector ke commercial sector sangat jelas.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, Hulu Terengganu minta laluan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini bermakna, ada mereka dulu yang mengambil subsidi rakyat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, boleh?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis dulu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi dia habis dulu. Duduk, duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tadi kita bagi. Kalau kita tengok cara macam itu, apakah yang kita dapat? Kita dapat penjimatan. Kita dapat penjimatan dalam RM4 bilion. Untuk buat apa? Untuk meningkatkan kehidupan rakyat...

[Tepuk] Kita bina sekolah. Kita perbetulkan sekolah. Kita perbetulkan hospital yang ada.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

...Kami tak nampak pun...

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Penjimatan...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Tunggulah. Belum lagi.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Penjimatan baru mula.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Jadi, saya nak terangkan sebenarnya...

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, Speaker...

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

YB Menteri, Bachok.

Sikit saja.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

YB Menteri...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis. Tadi...

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Hujahan yang sama.

Hujahan yang sama tentang penjimatan RM4 bilion tadi...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Oleh kerana Menteri tak- Menteri nak bagi?

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

YB Menteri...

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bachok, kalau izin.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak bagi. Sila duduk. Menteri...

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Penjimatan RM4 bilion tadi itu, penyeludupan itu dibuat secara penguatkuasaan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bachok, duduk dulu. Duduk dulu, Bachok.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, saya mewakili Ketua Pembangkang. Soalan bagi fair. Bagi fair questions. Boleh ya? Okey.

Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Ya, ya. Isu yang sekarang ini...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Selepas ini, kita bagi Kota Bharu ya. Boleh?

Bagi dia habis dulu. Selepas itu, Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya. Tak. Benda yang telah disebut tadi...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Benda yang telah disebut tadi...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri minta jawab dulu. Menteri minta jawab, selepas itu Kota Bharu jawab. Teruskan Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Soalannya selepas ini, Menteri telah menyebut mengenai penguatkuasaan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi saya habis dulu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri minta jawab dulu. Sekejap ya.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

...Duduk, duduk dulu. Dengar. Dengar baik-baik.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri menyarankan kita mengikut peraturan. Jadi, saya tak bagi izin. Biar saya habis. Buat cara yang hemah, ya. So, saya katakan tadi, kita dapat penjimatan. Kita membelanjakan kepada kegunaan rakyat. Yang itulah usaha kerajaan untuk membaikkan negara.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini bukan hendak menyusahkan. Kalau kita tengok intervensi yang kita buat ya, kita buat apa? Kita bagi penyasaran duit kepada mereka yang layak, RM200 sebulan, ya. RM2,400 setahun ya untuk mereka yang layak. Kita menolong mereka dalam area itu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau kita tengok daripada segi pesawah, petani, dia ada bukan sahaja daripada segi pertolongan BUDI yang kita bagi. Ada juga insentif bantuan lain yang kita berikan. Saya nak ingatkan Dewan, dalam sesi pertama yang saya ada bulan Februari hari itu, STR. STR dalam negara ini merangkumi 9 juta orang yang mendapat. Tahun ini, kita menambahbaikkan. Tahun lalu, kita bagi miskin tegar.

Tahun ini, kita bagi yang miskin untuk menolong kehidupan mereka. Manakah datang duit itu kalau tidak daripada penjimatan daripada apa yang kerajaan usahakan?...

[Tepuk] Yang itulah cara yang kita buat.

Kita tak buat dengan menaikkan emosi. Kita buat dengan cara yang elok, dengan berhemah. Yang itulah usaha kerajaan pada masa depan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, mohon izin satu soalan.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Bharu. Kota Bharu, Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita, pendirian kita jelas. Kita memahami dan menghormati hasrat kerajaan. Tetapi, yang kita persoalkan ialah pelaksanaan hasrat itu. Saya hendak menekankan dari sudut penguatkuasaan mencegah penyeludupan.

Saya dapat maklum di negeri saya, di sempadan. Tindakan pihak penguat kuasa khususnya Kastam Diraja Malaysia yang mencegah penyeludupan di tengah laut, mereka ini telah diserang menggunakan senjata api. Jadi, nak tanya apa perancangan kerajaan untuk melindungi penguat kuasa kita ini supaya langkah untuk pencegahan itu dapat dijalankan dengan baik?

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

...Soalan bagus.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

YB Menteri, sehubungan dengan apa yang di...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya nak...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar Menteri jawab dulu.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

No. Ada kaitan. Ada kaitan dengan apa yang ditanya.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya jawab dulu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar Menteri jawab.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Persoalan saya Yang Berhormat Menteri- sebab ada kaitan. Sikit saja.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya jawab dulu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tidak, berkait. Berkait.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya jawab dulu. Kalau saya tak sambung, you nak sambung macam mana? Biar saya jawab dulu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu. Hulu Terengganu.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Menteri, berkaitan penyeludupan...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu satu. Hulu Terengganu dua. Hulu Terengganu, sila duduk.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Berkait.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk. Okey, Menteri jawab dulu. Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Bharu. Ya, memang benar ya. Isu yang kita tangani sekarang bukan sahaja daripada mekanisme-mekanisme yang kita buat sekarang, ya. Penyasaran diesel dengan harga yang diterapkan kepada harga pasaran akan mengurangkan kebolehan mereka untuk mendapatkan kewangan yang lebih daripada penyelewengan atau penyeludupan ya kerana sudah tak lucrative sangat, dia akan mengurangkan insiden-insiden begitu, tetapi kalau kita tengok lagi cara kerajaan membuat, dia bukan buat daripada satu agensi sahaja. Inilah gabungan kesemua agensi bawah kerajaan.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Satu soalan tambahan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Termasuk APMM, termasuk ATM, termasuk KDN, termasuk Kastam ya...

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, satu soalan tambahan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Untuk mengurangkan penyeludupan.

Kalau berlaku, kita akan cuba memantau ya. Apa kita nak, kita kurangkan attractiveness, dengan izin, mereka yang nak buat duit cara itu. Saya amat terharu dengan dedikasi penjawat awam yang berani membubuh nyawanya untuk menangkap, melawan isu-isu macam ini...

[Tepuk] Di Kelantan hari itu kan, 15 buah bot cuba nak bawa diesel dan petrol keluar daripada itu. Kastam cuba pantau.

Mereka melepaskan tiga das tembakan, tetapi alhamdulillah, pegawai penjawat awam kita tak terkesan. Kita keluar.

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta laluan, Menteri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta penjelasan, Yang di- Pertua.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Akan tetapi yang penting, kita cuba. Kita tahan. Daripada segi prosesnya, kita naikkan harga agar tak ada attractiveness. Daripada segi pemantauan, kita tingkatkan pemantauan. Lagi kita usaha, lagi kita buat, lagi elok untuk negara. Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri...

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Menteri. Ahli Yang Berhormat...

draft • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, dia bagi.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak, tak. Saya tak bagi. Masa tak ada dah.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak bagi? Tak bagi ya? Tak, penyeludupan ini tak berlaku di zon Sabah dan Sarawak ya. Sabah, Sarawak tak berlaku penyeludupan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, Yang di- Pertua Dewan Rakyat telah membenarkan permohonan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, di bawah Peraturan Mesyuarat 16(1)(c) untuk Yang Berhormat membuat penerangan Menteri di Kamar Khas berkenaan dengan status kajian empirikal, pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Saya rasa, ramai yang telah pun mengikuti Menteri untuk program ini dan penerangan Menteri akan dibuat di Kamar Khas ya, petang ini selepas usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 selesai. Silakan Setiausaha. Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat berapa?

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Saya ingin mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12), Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) dan juga Peraturan Mesyuarat 36(2). Ini yang perlu saya baca, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan Mesyuarat 36(12), Yang Berhormat. “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis, dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Peraturan Mesyuarat 23(1)(g), “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus mengelengcungkan perkara yang sedang

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

dibicarakan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan Mahkamah”.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dalam bahasa Inggeris, Yang Berhormat, “A question shall not be so drafted as to be likely to prejudice a case under trial or be asked to any matter which is sub judice.” Perkara 36(2) Yang Berhormat Speaker, “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya pada pertimbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan penting dalam bicara itu.” [Tidak jelas] ...23(1)(g) pertanyaan, 36(2) tidak boleh disebut perbahasan, bahas tidak boleh sebut perkara sub judice, pertanyaan juga tidak boleh disebut dalam perkara yang menyentuh sub judice.

Tetapi kalau kita lihat usul-usul ini Yang Berhormat Speaker, perenggan tiga dan empat daripada usul ini, perenggan tiga dan empat saya baca, Yang Berhormat.

“Bahawa perbuatan ini telah menunjukkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah dan boleh dianggap merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut.” Disebut itu Tan Sri, dalam tindakan mahkamah dan perkara sub judice disebut dalam usul ini. Be careful, be careful. Sebab itu saya katakan bahawa usul ini melanggar peraturan mesyuarat, melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12), melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) dan melanggar Peraturan Mesyuarat 36(2). You say it specifically dalam usul bahawa perkara ini sub judice, Tan Sri. You allow this, perkara ini sub judice and you allow dalam - dibawa dalam usul ini yang melanggar peraturan-peraturan 23(1)(g) dengan 36(2).

Jadi usul ini, kedua-dua usul ini Tan Sri. Berdasarkan kepada usul, isu penting utama iaitu ayat dalam perenggan tiga usul itu menyebut perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sebenarnya berkaitan isu prejudice yang disebut di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1) dan 36(2). Kedua-dua peraturan itu Speaker perlu menentukan, Speaker perlu tentukan sama ada terdapat isu sub judice atau tidak sebelum membenarkan 23(1)(g) atau perbahasan 36(2) dibenarkan. You have to decide first. Jadi jika soalan atau perbahasan itu pada pendapat Speaker bersifat sub judice maka ia perlu dihentikan. Dihentikan dan tidak diteruskan dalam Dewan atau di mana-mana Jawatankuasa Dewan ini. If it is sub judice, dalam Dewan tidak boleh bahas and you can’t bring the matter to any jawatankuasa yang akan dibentuk nanti di bawah Perkara 36(12). Tidak boleh, Tan Sri.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi jika usul ini diteruskan, jika Speaker berpendapat ada subjek, ada elemen sub judice dan diangkat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, you said it is sub judice, ia ada pelanggaran mahkamah dan you allowed it to be referred to 36(12), hak dan kebebasan. Maknanya Tan Sri, jawatankuasa itu akan melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) dan juga jawatankuasa itu akan melanggar Peraturan Mesyuarat 36(2). If you allow this, ada elemen sub judice, dibincang dalam jawatankuasa yang dibentuk di mahkamah, maknanya jawatankuasa itu tertakluk kepada perlanggaran kedua-dua peraturan mesyuarat ini...

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

Illegal.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Illegal, salah dari segi peraturan mesyuarat if you allow this motion. If you say now tidak ada elemen sub judice then usul ini redundant, Tan Sri. I said just now tadi you kena buat keputusan sama ada, ada sub judice atau tidak sub judice. If sub judice, jawatankuasa akan melanggar peraturan mesyuarat. Kalau Tan Sri katakan bahawa tidak ada elemen sub judice, tetapi Usul ini ada elemen sub judice, so maknanya kalau tidak ada elemen sub judice, this usul is redundant. Maknanya Tasek Gelugor tidak ada perlanggaran pun seperti yang disebut dalam tuduhan ini. So, usul ini melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12), 23(1)(g) dan 36(2).

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada lagi?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Second point, Tan Sri. Ada satu lagi, second point. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentuk di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12), tidak pernah menyiasat perkara sub judice, never kerana jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang melihat perkara-perkara yang menyentuh tentang privilege, not matter of sub judice boleh dibuat dalam jawatankuasa ini, Tan Sri.

Dia bukan sahaja Parlimen kita, Parlimen lain negara Komanwel, New Zealand umpamanya. Jawatankuasa di bawah Perkara 12 ini, hak dan kebebasan ini sebenarnya adalah sama dengan kita cuma menyentuh tentang perkara-perkara privilege dan bukan perkara yang jatuh dalam elemen unsur sub judice. Sebab itu Tan Sri, jika Tan Sri izinkan pembentukan Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan ini bererti Tan Sri akan melanggar, jawatankuasa ini akan melanggar peraturan mesyuarat di bawah perkara yang menyentuh tentang sub judice. Sebenarnya Tasek Gelugor Tan Sri, dia ada kemukakan butiran-butiran dalam Dewan ini. Dia minta agar Tan Sri wujudkan satu jawatankuasa di bawah Perkara 80A sebab Tasek Gelugor mempunyai bukti, bahan bukti rakaman percakapan yang berdurasi lebih satu jam dengan individu-individu tertentu tentang tawaran yang diberi kepada dia. Dia hendak kemukakan ini dalam jawatankuasa itu,

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri, bukan rujuk dia kepada hak dan kebebasan. Itu merupakan ruang yang terbaik untuk menyiasat perkara ini...

[Tepuk] Ruang yang terbaik.

Tan Sri tidak boleh membuat pretrial. Tan Sri mengutus surat kepada Tasek Gelugor meminta bahan bukti yang terperinci, Tasek Gelugor membuat keputusan untuk tidak menyerahkan semua bahan bukti and you took that sebagai tidak memberi kerjasama dan tidak ada bukti yang ditentukan, yang akan dikemukakan oleh Tasek Gelugor dan Tan Sri menghantar dia kepada hak dan kebebasan ini di bawah peraturan...

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Are you done?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

So, Tan Sri tidak boleh conduct pretrial dalam kes ini. What you suppose to do is to initiate penubuhan Perkara 80A, baru kita boleh kemukakan. Tasek Gelugor akan kemukakan bahan-bahan bukti dalam jawatankuasa itu.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Lagi Tan Sri, 36(12) you boleh chair, tidak ada orang akan chair jawatankuasa itu kerana itu dalam peraturan mesyuarat. You have already preset mind on this. You already made a pretrial, you have to recuse yourself. Dalam Peraturan Mesyuarat 36(12) Tan Sri have to chair, tidak ada lain orang pun boleh chair, tetapi dalam Peraturan Mesyuarat 80A, jawatankuasa yang dibentuk untuk menyiasat you can appoint anyone from us here. Yang Berhormat Tan Sri boleh appoint Pasir Gudang, boleh appoint Bukit Gelugor untuk menjadi pengerusi dan mengadakan satu jawatankuasa penyiasatan yang lebih adil untuk bicarakan bukti-bukti yang dikemukakan oleh Tasek Gelugor.

Saya merayu agar Tan Sri menimbang semula, tidak mengizinkan usul ini dibaca supaya kita menghormati dan meletakkan peraturan mesyuarat di kedudukan yang tinggi dan tidak menginterpretasikan peraturan mesyuarat mengikut kehendak kepartian kita. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat, perkara yang sama, Tan Sri.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.

draft • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak, penjelasan perkara yang sama.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sedikit, saya mahu mewakili pihak pembangkang, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak teruskan, Kota Bharu...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta maaf sebab saya hendak respons pada Beluran tadi ya. Beluran, untuk makluman Beluran, sebelum saya luluskan perkara ini dibawa ke sini saya, I have written to Tasek Gelugor. Saya sudah tulis malah dia minta masa. Katanya masa tidak cukup, I have written to him tetapi dia gagal. Itu menunjukkan bahawa saya tidak ada pilihan.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maknanya sekarang saya kata- sebab kita bukan menghukum Tasek Gelugor di sini. We are not- kita tak akan bagi judgment apa-apa pun. Cumanya kita minta dia explain kerana ada jawatankuasa dan akhirnya jawatankuasa yang akan buat keputusan, bukan saya. Jawatankuasa yang buat keputusan, dari itulah baru terbitnya hukuman.

Untuk itu, saya nak minta Menteri teruskan. Silakan, Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tan Sri Yang di- Pertua...

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no. I’m not going to entertain anymore.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri ini perkara penting, Tan Sri.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sat lagi You tanya Menteri kalau boleh. Silakan.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sorry.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri proceed. I am...

draft • 12:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tan Sri, saya rasa ada kenyataan...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, saya tidak akan benarkan lagi. Teruskan Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ada kenyataan Tan Sri yang tidak tepat. Ada kenyataan Tan Sri yang tidak tepat.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no.

draft • 12:50 PM
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
MERUJUK YB. TASEK GELUGOR KEPADA JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa pada hari Rabu...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Itu bukan isu Menteri...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, no...

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

28 Februari 2024 dan Khamis, 21 Mac 2024...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sama ada ini melanggar peraturan mesyuarat atau tidak...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak melanggar, tidak melanggar.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Melanggar.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

This is my power…

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

You are not address my question sama ada ianya melanggar peraturan mesyuarat.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak melanggar. Saya proceed Menteri, sila proceed.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadap Yang Berhormat Tasek Gelugor boleh dibatalkan dan digugurkan masing-masing seperti dalam Penyata Rasmi muka surat 41 pada 28 Februari 2024 dan Penyata Rasmi muka surat 38 dan 39 pada 21 Mac 2024.

Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di mana secara tersirat telah mendakwa bahawa ada individu yang konon bertindak bagi kerajaan boleh memanipulasi untuk membatal atau menggugur pertuduhan kes mahkamah terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Bahawa perbuatan ini telah menunjukkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah dan boleh dianggap merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Maka ini dipersetujui bahawa Yang Berhormat Tasek Gelugor hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat penentuan sama ada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor dalam Dewan itu mengelirukan Dewan dan merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut dan mengambil apa-apa keterangan yang difikirkan perlu dan selepas itu jawatankuasa ini hendaklah membuat syor dalam satu penyata untuk pertimbangan Dewan. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, ada yang sokong?

draft • 12:50 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya berdiri untuk menyokong Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya untuk berlaku adil, saya buka seorang sebelah Kerajaan dan seorang sebelah Pembangkang. Silakan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, sekejap saya minta penjelasan. Saya ada satu precedent. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-12 yang bertarikh 15 Mac 2010 sehingga 22 April 2010. Pada 22 April 2010, pada masa itu sebahagian daripada kita ada di sini, Damansara merupakan pemain utama dalam perkara ini. Pihak kerajaan, Barisan Nasional pada masa itu telah membuat usul yang sama terhadap Ketua Pembangkang iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh pada masa itu. Ia telah memberikan ruang yang cukup luas. Empat orang daripada kerajaan, tiga orang daripada pembangkang.

Damansara boleh mengesahkan kepada saya. Your name is everywhere here.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Kota Raja.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, Kota Raja pun ada masa itu tapi masa itu Kubang Kerian saya rasa. Ha? Tak tahulah. Jadi, saya minta Yang Berhormat to be fair to Tasek Gelugor sebagai orang yang dituduh di sini, diberikan peluang yang seluasnya kepada kedua-dua pihak to be fair. Kedua-dua pihak memberikan hujah dan juga mencelah dan sebagainya sebelum satu ruling dibuat. Perbahasan melibatkan question of law and question of procedure. Saya mohon ia dibenarkan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, saya bagi one each. That’s all.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tak tahu, Yang Berhormat Sungai Petani bercakap tidak, saya tak tahu ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Siapa ya Ahli...

draft • 12:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dan Tan Sri Speaker, saya nak buat pembetulan kenyataan Tan Sri Speaker tadi. Saya mohon

draft • 12:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

maaf Tan Sri, dengan penuh hormat. Tan Sri mengatakan bahawa Tan Sri memberi ruang kepada saya untuk membuat penjelasan mengenai isu ini sehingga bagi lanjutan masa. Perkara itu tidak pernah berlaku, Tan Sri.

Apa yang berlaku sebelum ini ialah saya membuat satu usul untuk merujuk rakan-rakan Yang Berhormat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan yang diminta oleh Tan Sri Speaker bukti-bukti untuk menyokong Usul yang saya bawa itu.

Tidak ada kena mengena langsung dengan usul yang dicadangkan oleh Pengerang hari ini. Jadi maksudnya apa yang disebutkan oleh Tan Sri tadi adalah tidak benar iaitu Tan Sri bagi ruang kepada saya untuk menjelaskan mengenai isu ini.

Yang diberi kepada saya dan saya pun dah balas surat Tan Sri mengenai isu yang jauh berbeza bukan mengenai isu menyentuh isu-isu mahkamah ini. Jadi saya rasa tidak adil apa yang disebutkan itu tadi dan saya minta Tan Sri tarik balik apa yang Tan Sri sebut kepada saya...

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila daripada kerajaan, seorang. Selepas itu, saya bagi seorang...

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri.

Peraturan Dewan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

That one...

[Tidak jelas]

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, peraturan Dewan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Berapa orangkah Tan Sri?

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seorang.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri, peraturan Dewan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

One each.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, peraturan Dewan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa?

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebelum diteruskan.

Saya ingin bertanya kepada Menteri sekarang. Peraturan mana yang digunakan dalam membentangkan usul ini? Peraturan mana? 36(2) ke ataupun 36(12)? Sebab, kalau 36(2), tak boleh rujuk kepada jawatankuasa. Kalau 36(12) baru boleh dirujuk iaitu mengelirukan Dewan. Bila yang mengelirukan Dewan saya nak tanya. Ada tak dalam senarai yang dinyatakan, mengelirukan Dewan? Yang pertama kalau kita tengok, perenggan pertama, jelas dia mengatakan bahawa Tasek Gelugor telah

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadap Yang Berhormat Tasek Gelugor boleh dibatalkan dan digugurkan sebagaimana Penyata Rasmi.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita dah stage sekarang ini dan Menteri dah baca...

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Itu soal isu lain. Sekarang ini saya nak tanya, nak bahas tidak bahas?

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Isu yang sama. Masalah sekarang...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, kalau ada sila bahas. Kalau tidak, saya nak teruskan pengundian.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri, saya pembahas daripada sebelah sini.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan Beluran. Saya bagi tiga minit bahas.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Lima minit, Tan Sri.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, saya bagi tiga sahaja.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri, berapa isu yang saya bawa tadi itu tapi tidak dijawab...

draft • 12:56 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri Speaker.

Tan Sri Speaker.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Isu yang saya bawa tadi tidak dijawab Tan Sri.

draft • 12:56 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Maaf Tan Sri Speaker.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Soal bahawa perkara ini adalah perkara sub judice yang tidak boleh dikendalikan oleh jawatankuasa. Jawatankuasa yang dibentuk oleh Parlimen ini *is an extension of Parliament, you cannot discus sub judice matter...

[Tepuk]* Tak boleh, Tan Sri you have not answer me on that. Jadi kalau usul ini dibuat di bawah Peraturan 36(12), jawatankuasa yang dibentuk itu jawatankuasa illegal yang bercanggah dengan peraturan mesyuarat.

draft • 12:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Beluran nak berucap kah atau mempersoal?

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Berucap.

draft • 12:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berucap? Okey.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tiga minit, tiga minit masih ada lagi Yang Berhormat Tan Sri.

draft • 12:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, teruskan.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri, 36(12) ini Tan Sri, 36(12) merupakan satu instrumen provision of the standing order yang paling penting. Paling penting. We cannot simply rujuk seseorang pergi Hak dan Kebebasan *just because you have majority. Just like what you are doing today...

[Tepuk]*

draft • 12:56 PM

Seorang Ahli

Ya.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

I kata, saya nak katakan bahawa ini *sub judice but you still want to refer just because you have majority over that side.

You* rujuk ahli kami kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sesenang hati, tak boleh. Apa dia 36(12) Tan Sri? Ada tiga elemen yang telah dirungkaikan oleh Tan Sri Speaker pada tahun 2009 ketika itu ketika mengendalikan kes Simpang Renggam. Tiga elemen penting sebelum seseorang dirujuk ke 36(12)- i. kenyataan itu bersikap menyeleweng atau misleading; ii. kenyataan itu hendaklah diketahui pada masa itu tidak tepat; dan iii. ada niat untuk menyeleweng.

Ketiga-tiga elemen ini penting. Bukan sahaja Parlimen ini yang di adapt oleh Tan Sri Pandikar ketika itu tahun 2009 but ada Parlimen in the Commonwealth country, New Zealand umpamanya menyebut perkara sama. Tiga perkara itu sama yang disebut sebagai elemen sebelum menghantar seseorang ke Hak dan Kebebasan. Not by menggunakan majoriti untuk menghantar seseorang. It raises this respecting the standing order. Yang nyata sekarang ini, usul ini sendiri, the wording of the usul is sub judice. You sendiri, Tan Sri Speaker sendiri, kerajaan sendiri, *the AG maybe allow this...

[Disampuk]* Ayat ketiga, bahawa perbuatan itu telah menunjukkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Efisien.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

You sendiri dalam usul ini you said that this is pertimbangan mahkamah. *Element of sub judice. Why you allow this?..

[Tepuk] You cannot allow this* usul dan you said majority to bulldoze matter yang bertentangan dengan peraturan mesyuarat...

[Tepuk] You cannot that one. Speaker adalah custodian of peraturan mesyuarat. You must uphold peraturan mesyuarat sama ada itu melibatkan kami di sini atau melibatkan saudara-saudara di sana. Jangan aniaya kami, Yang Berhormat Speaker. Usul ini defective, salah daripada segi peraturan mesyuarat.

Peratusan Mesyuarat 36(12) disanggah oleh usul ini. Peraturan Mesyuarat 23(1)(j) salah disanggah oleh usul ini. Peraturan Mesyuarat 36(2) disanggah oleh Usul ini. You must withdraw this. Don’t allow this just because we are minority here.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jangan victimize sahabat kami, Ahli Parlimen Dewan ini. Ahli Parlimen Malaysia bukan Ahli Parlimen pembangkang...

[Tepuk]

draft • 12:56 PM

Seorang Ahli

Ya.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Usul ini patut tidak diteruskan.

Itu hujahan saya, Tan Sri.

draft • 12:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

You are the Speaker, you must uphold Peraturan Mesyuarat. Jangan hina kami orang di sini. Don’t. Don’t use your majority to bulldoze second us. Kami ada peranan di Parlimen ini. Peranan kami sebagai Ahli Parlimen pembangkang untuk sama-sama menegakkan negara, memegang integriti peraturan mesyuarat ini, Perlembagaan Malaysia...

draft • 12:56 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh saya celah?

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Jangan dicabuli. Sekian, terima kasih.

draft • 12:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:56 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Adakah ini diktator?

draft • 12:56 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bangi.

draft • 12:56 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tan Sri Speaker. Ini mungkin usul yang paling sukar untuk saya bahaskan sebab, Tasek Gelugor rakan saya. Saya dah kenal dia lama. Saya pun tahu personal circumstances dia. Tetapi Tan Sri Speaker, kita sebagai Ahli Parlimen, kita ada satu keistimewaan. Apakah keistimewaan kita? Kita bercakap di sini, mahkamah tak boleh sentuh. This is the privilege that is given to us, dengan izin, sebagai Ahli Parlimen. Untuk apa? Untuk kita bangkitkan isu-isu berkenaan dengan rakyat, tetapi keistimewaan ini bukanlah satu keistimewaan yang mutlak. It is not an absolute privilege. Sekiranya kita bertutur, kita keluarkan apa-apa kenyataan, kita kena pastikan bahawa apa yang kita cakap itu kita bertanggungjawab.

draft • 1:01 PM

Seorang Ahli

Yes...

[Tepuk]

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya nak perbetulkan apa yang terkandung dalam usul ini. Usul ini bukan untuk menghukum Tasek Gelugor. Kalau Usul ini terus menghukum Tasek Gelugor, saya akan bantah, Tan Sri Speaker, tetapi tidak. There is due process. Proses…

draft • 1:01 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bangi, Bangi. Bangi, Bangi.

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tak bagi, maaf.

draft • 1:01 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bangi.

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Prosesnya adalah untuk merujuk Tasek Gelugor ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukannya...

draft • 1:01 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nak rujuk bawah mana ini? Bawah mana? 36(12) ataupun (2)? Sub judice.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut. Satu.

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tak bagi, saya tak bagi.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, Besut.

draft • 1:01 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masalah tak faham ini.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, dua.

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sub judice. Saya sentuh sub judice, sekejap. Jadi maknanya, dalam jawatankuasa itu Tan Sri Speaker, dalam itu bukan hanya di sebelah sini sahaja. Ada juga di sebelah sana dan saya percaya bahawa semua yang ada dalam jawatankuasa tersebut akan memberi ruang seluas-luasnya kepada Tasek Gelugor untuk mempertahankan diri dan dipengerusikan oleh Tan Sri Speaker.

draft • 1:01 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bangi, boleh saya sebut sedikit sahaja.

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebentar, sebentar. Maaf ya.

draft • 1:01 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tapi boleh, boleh mencelah ya?

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya hendak habiskan ini. Tentang isu sub judice, tentang isu sub judice. Isu sub judice ini adalah sebenarnya apa yang kita kata pada prima facie, pada zahirnya, apa yang disentuh oleh Tasek Gelugor.

Kita tak kata dia dah sentuh. Kita kata secara prima facie kita nampak. Itulah usul ini.

Jadi, sekarang ini isu ini adakah isu sub judice? Pada saya tidak. Sebab apa yang kita hendak buat ialah kita hendak refer dia supaya pihak jawatankuasa tentukan sama ada ia telah menyentuh atau tidak.

draft • 1:01 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bangi.

draft • 1:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

This is the process and we must follow due process. Saya percaya kalaulah benar apa yang Tasek Gelugor katakan, tidak ada masalah untuk dia mempertahankan diri dia, Tan Sri Speaker.

Jadi pada saya, persoalannya sekarang adalah adakah pada zahirnya kita merasakan bahawa Tasek Gelugor telah menyentuh perkara yang ada dalam mahkamah? Saya percaya bahawa usul ini adalah teratur dan saya dengan rendah diri dan maafkan saya Tasek Gelugor, saya menyokong Usul ini. Terima kasih.

draft • 1:01 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bagi saya mencelah sikitlah, Yang Berhormat Bangi.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Boleh Speaker?

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Masa sudah cukup. Masa sudah cukup.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Empat minit.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Saya ingin meminta jasa baik daripada Yang Berhormat Speaker. Oleh sebab Tasek Gelugor adalah kalau dalam mahkamah “The accuse person”. Dia berhak kepada “right to be heard”. Saya minta supaya...

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Ini Dewan Rakyat Yang Berhormat, ini bukan mahkamah.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, dia boleh jawab dalam jawatankuasa. Dia boleh...

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Speaker boleh?

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Apa guna...

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Tiga minit.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, dia boleh jawab dalam jawatankuasa.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu dibenarkan untuk membuat pengesahan di sini.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu zaman Permatang Pauh. Ini zaman saya.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Tiga minit Speaker.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

This is binding precedent Yang Berhormat, is binding precedent.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Speaker, tiga minit.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

No.

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya minta supaya direkodkan Yang Berhormat Speaker tidak membenarkan Tasek Gelugor...

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak...

draft • 1:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Sebagai orang yang dituduh untuk memberikan penjelasan hari ini. Rekod ini.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, dia boleh jawab dalam jawatankuasa. Very simple like that. Baik Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 1:01 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tetapi Tan Sri, undi nak dibuat sekarang. Bagaimana undi hendak dibuat tanpa mendengar pandangan daripada saya...

draft • 1:01 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya kemukakan Masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan nombor satu itu hendaklah disetujukan.

draft • 1:01 PM

Seorang Ahli

Semua keluar.

draft • 1:01 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini namanya tyranny of the majority.

draft • 1:01 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bulldoze. Majoriti *bulldoze.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan]*

draft • 1:01 PM

[Usul disetujukan]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Discriminate minority.

draft • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat sekalian, jam menunjukkan 1.03 minit. Kita tangguhkan Dewan hingga jam 2.30. Terima kasih.

draft • 1:01 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 2:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Standing Order, Speaker?

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya?

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baca dahulu kah Standing Order dahulu? Mohon laluan Yang Berhormat Menteri. Puan Speaker, saya telah menghantar Usul di bawah 18(1), 18(2) Jumaat yang lalu dan pada hari ini saya mendapat jawapan balas daripada Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya membaca usul tersebut?

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak perlu. Tidak boleh baca Usul.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya hendak tanya apakah cara lain saya boleh nyatakan berkenaan dengan usul ini? Ini Usul melibatkan kepentingan rakyat Puan Yang di-Pertua kerana...

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat boleh berjumpa dengan Speaker nanti.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ini isu melibatkan penjualan saham strategik negara MAHB kepada syarikat pro-Zionist BlackRock kenapa Dewan tidak boleh bagikan kami bahas.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang, sila duduk. Boleh tanya Speaker nanti, ya.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tidak faham. Jadi tolong Puan Yang di-Pertua, bagi kami laluan untuk membahas isu ini kerana rakyat menunggu di luar sana.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh ya?

Saya menunggu ataupun saya submit...

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila tunggu jawapan daripada Tan Sri Speaker.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya perlu masukkan usul baru?

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Buat Usul baru.

draft • 2:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Buat Usul baru, okey. Saya buat lagi. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Menteri.

draft • 2:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dibaca kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] yang ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan satu undang-undang yang memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan orang tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan iaitu Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan.

Akta ini terpakai kepada pekerja berstatus warganegara, pemastautin tetap atau sementara dan pekerja asing. Namun, pekerja asing hanya layak kepada Skim

draft • 2:35 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Bencana Kerja sahaja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini jua, Skim Keilatan akan diperluaskan kepada pekerja asing dalam tempoh terdekat selepas peraturan diwartakan.

Setakat Disember 2023, pekerja aktif di bawah akta ini adalah seramai 9.6 juta orang jika dibandingkan dengan jumlah pekerja di Malaysia seramai 12.3 juta yang juga termasuk penjawat awam yang tidak diliputi di bawah Akta 4. Kadar perlindungan adalah hampir 80 peratus. Melalui akta ini, mana-mana pekerja yang mengalami hilang upaya akibat daripada kemalangan semasa menjalankan pekerjaannya, boleh menikmati manfaat-manfaat yang disediakan.

PERKESO akan memberikan rawatan perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah tunai kepada pekerja tersebut tertakluk kepada terma dan syaratnya. Sekiranya pekerja meninggal dunia, maka orang tanggungan mereka akan turut menikmati faedah tunai dengan menerima pencen bulanan bagi membantu kelangsungan hidup.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini Akta 4 meliputi semua pekerja tanpa mengira jumlah gaji bulanan dan tertakluk kepada pekerja yang mempunyai hubungan, dengan izin, employer and employee. Walau bagaimanapun, siling caruman adalah tertakluk kepada siling gaji sehingga RM5,000 sebulan seperti ketetapan dalam Jadual Ketiga.

Bagi pekerja bergaji melebihi RM5,000 sebulan, pekerja tersebut akan mendapat perlindungan dan mencarum di bawah Akta 4, tetapi amaun caruman dan faedah akan dikira pada takat RM5,000 sahaja. Sejak mula dikuat kuasa pada tahun 1971, siling gaji untuk caruman di bawah Akta 4 telah dipinda sebanyak lima kali. Di mana kali terakhir dipinda pada tahun 2022.

Sebagaimana pengumuman Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023, kerajaan telah mencadangkan peningkatan siling gaji untuk caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000. Kenaikan siling gaji ini akan memberikan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus tambahan yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta orang pekerja dan orang tanggungan mereka. Sehubungan itu suatu pindaan ke atas Akta 4 perlu dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan siling gaji bulanan kepada RM6,000 akan mewujudkan caruman baru bagi lingkungan gaji bulanan dari RM5,000 sehingga RM6,000. Peningkatan ini seterusnya dapat menambah baik Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan meningkatkan faedah-faedah di bawah akta ini seperti faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, pencen ilat dan pencen penakat.

draft • 2:35 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Bagi menjelaskan lagi perkara ini, saya berikan contoh. Pada masa ini seorang pekerja yang bergaji melebihi RM5,000 dan layak menerima faedah hilang upaya kekal. Contohnya pengiraan bayaran kadar harian bagi pekerja tersebut adalah mengikut siling gaji sedia ada iaitu RM5,000 dengan jumlah RM148.50 sehari bersamaan dengan RM4,455 sebulan.

Dengan pindaan baru siling gaji kepada RM6,000, maka pekerja akan menerima pekerja yang sama, keadaan yang sama akan menerima bayaran kadar harian berjumlah RM178.50 iaitu bersamaan dengan RM5,355 sebulan.

draft • 2:35 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tadi, sebulan lebih kurang RM4,455, sebelum pindaan. Tetapi, selepas pindaan, faedah yang bakal dinikmati adalah sebanyak RM5,355 sebulan. Dalam hal ini, terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 20.2 peratus bagi faedah hilang upaya kekal yang diterima, sekiranya siling gaji baharu dilaksanakan.

Dalam proses menggubal pindaan ini, terdapat beberapa sesi libat urus telah dilaksanakan bersama-sama dengan pihak berkepentingan termasuk wakil majikan, wakil pekerja dan juga wakil-wakil agensi kerajaan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini melibatkan pindaan kepada seksyen 5, Jadual Ketiga dan Jadual Keempat akta ini. Peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Akta 4 yang dipinda melibatkan fasal-fasal yang berikut― Fasal subseksyen 5(2) – had siling gaji. Subseksyen 5(2) dipinda untuk menaikkan had maksimum, dengan izin, insurability ataupun kebolehinsurans amaun gaji pekerja di bawah Akta 4 daripada RM5,000 kepada RM6,000.

Keduanya, Jadual Ketiga – kadar caruman jenis pertama dan kedua. Jadual ini menyatakan kadar caruman bagi jenis pertama dan kedua yang dihitung berdasarkan gaji bulanan untuk caruman. Caruman jenis pertama adalah Skim Keilatan dan Skim Bencana Kerja yang dibayar oleh kedua-dua pihak majikan dan pekerja. Caruman jenis kedua adalah Skim Bencana Kerja yang dibayar oleh majikan sahaja. Peningkatan siling gaji bulanan untuk caruman RM6,000 ini melibatkan pindaan kepada Jadual Ketiga perenggan 2, Bahagian I (caruman jenis pertama) dan perenggan 4 Bahagian III (caruman jenis kedua).

Ketiganya, Jadual Keempat – faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan. Jadual ini menyatakan gaji bulanan anggapan bersamaan dengan caruman jenis pertama dan jenis kedua tadi untuk maksud pembayaran faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan mengikut mana yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan yang baharu melibatkan 11 butiran baharu dalam Jadual Ketiga, perenggan kedua. Peruntukan baharu ini

draft • 2:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

merupakan caruman baharu bagi gaji bulanan melebihi RM5,100 sehingga gaji bulanan melebihi RM6,000.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 ini akan dapat memberikan nilai impak yang disasarkan iaitu menjamin kesejahteraan sosial penerima manfaat dan meningkatkan lagi faedah-faedah kepada para pencarum. Selain itu, ia juga akan memastikan faedah dan manfaat di bawah skim ini akan terus dikekalkan kepada penerima tanpa menjejaskan pelaksanaannya.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja

(Pindaan) 2024 ini.

Cuba menyenduk baki di hujung, Periuk hitam penuh jelaga, Ayam berinduk sirih berjunjung, Tiap yang lemah harus dijaga. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Saya menyokong.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut― YB Pasir Gudang, YB Pendang, YB Bentong, YB Padang Besar, YB Bakri, YB Padang Terap, YB Bandar Kuching, YB Kuantan, YB Bukit Bendera, YB Besut, YB Sri Gading, YB Tangga Batu, YB Sungai Siput, YB Machang, YB Pekan, YB Padang Serai, YB Mas Gading, YB Jerantut, YB Miri, YB Kangar, YB Sri Aman dan YB Bayan Baru. Setiap pembahas diberi masa selama tujuh minit.

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 2:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada Puan Timbalan Yang di-Pertua dan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian.

Pada hemat saya, rang undang-undang untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri

draft • 2:44 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Sumber Manusia tadi adalah suatu rang undang-undang (RUU) yang sangat penting dan bersifat positif kerana menjaga kepentingan kaum pekerja. Saya mewakili kawasan yang ramai kaum pekerja di Pasir Gudang dan perbahasan saya ini tidak terhad kepada kawasan kami tetapi kepada keseluruhan 17.1 juta tenaga kerja di seluruh negara kita Malaysia ini.

Pentingnya perlindungan daripada PERKESO ini boleh saya gambarkan daripada― saya ada baca melalui akhbar Berita Harian bertarikh hari Rabu, 22 Mei 2024, sebulan yang lalu, iaitu satu huraian daripada Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO. Dalam laporan akhbar itu, yang juga tersiar pada hari yang sama dalam akhbar New Straits Times, menyatakan― disebut di sini, tiga daripada setiap 100 orang rakyat Malaysia meninggal dunia angkara kemalangan kenderaan yang membawa maut, sama ada ia berkaitan dengan pekerjaan atau sebaliknya. Ertinya, kemalangan ini berlaku hampir setiap hari.

Hakikatnya, Yang Berhormat Menteri sedia maklum, dari tahun 2011 hingga Mac 2024 tahun ini, PERKESO terpaksa menolak lebih 54,000 permohonan kes kemalangan. Ada kes kemalangan dia tolak. Kes kemalangan bukan pekerjaan yang membawa kepada kadar purata penolakan satu dalam setiap 20 permohonan setahun. Ertinya, tidak semestinya permohonan kepada PERKESO itu akan berjaya.

Ada ditolak.

Saya melihat peranan PERKESO ini ada menyediakan skim dipanggil pencen ilat (kecederaan yang kekal) dan pencen penakat (bencana). Saya boleh menjadi saksi kerana mengikuti kerja-kerja yang baik dilakukan oleh PERKESO terutama di kawasan kami di Pasir Gudang. Iaitu, memang saya lihat PERKESO boleh buat banyak perkara yang baik membantu kaum pekerja yang bermasalah ini.

Jadi, pindaan ini meningkatkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 ini sesuatu yang sangat baik.

Timbalan Yang di-Pertua yang saya hormati, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia pada tahun 2022, menyatakan hampir 46 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans kesihatan peribadi. Jadi, hampir separuh rakyat kita ini tidak ada insurans kesihatan peribadi, termasuklah Ahli Parlimen yang bercakap ini.

draft • 2:44 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ertinya, kalau berlaku kemalangan, terpaksalah pergi hospital kerajaan.

Penuh hospital kerajaan pun bagus kan? Tapi hakikatnya, kenapa tak ada insurans kesihatan peribadi swasta ini? Sebab kosnya tinggi. Kos premium yang tinggi. Tak mampu. Kadang-kadang pergi ada insurans sendiri itu, kalau sakitnya berminggu-

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

minggu, habis dah simpanan melalui insurans tersebut. Jadi, di sinilah peranannya PERKESO.

Jadi, saya berharap kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), kalau boleh laksanakanlah cepat apa yang kita panggil skim insurans sosial PERKESO.

Jadi, memang sekali gus tak bolehlah tapi perlahan-lahan kita perluaskan skim oleh PERKESO ini ke seluruh negara, meliputi seramai mungkin sebab kita tahu pekerja kita di negara kita, pendapatannya masih lagi bukan dalam pendapatan tinggi.

Akhir sekali Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, contoh yang nyata pernah berlaku. Seorang pekerja, dia dah bekerja berpuluh tahun, sampai umur 60 tahun. Dia cergas. Kemudian bila umur dia 60 tahun dan sambung lagi umur dia, dia masih bekerja di situ. Bila dia dah melepasi umur 60 tahun itu, dia bayar caruman, tiba-tiba dia mengalami kemalangan, kecederaan, terlantar, tak boleh bekerja lagi.

Jadi, kes ini pernah di depan mata kita. Mereka pergi ke SOCSO memohon pencen ilat, kecederaan yang kekal kerana waktu bekerja tapi ditolak oleh PERKESO. Bukan salah PERKESO tapi undang-undangnya situ iaitu umur dah lebih 60 tahun. Lebih itu memang betul tapi bukan 61 tahun, 62 tahun tapi hanya beberapa hari lebih sahaja. Tapi dia punya syarat itu ketat.

Jadi Yang Berhormat Menteri, tolong tengokkan ini ya, sebab hayat rakyat kita sekarang tinggi dah. Kesihatan baik, makanan baik. Mungkin orang umur 70 tahun pun masih boleh bekerja. Apatah lagi yang berumur 60 tahun. Jadi, itulah Timbalan Yang di-Pertua, dengan rendah hati saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pendang tak ada dalam Dewan.

Jadi, saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 2:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, atas peluang perbahasan ini. Bentong ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Sim Chee dan juga Timbalannya di atas tindakan meratifikasi Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1981 di dalam Persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa baru-baru ini.

Walaupun Malaysia telah pun lewat meratifikasi konvensyen ini selama 43 tahun, di bawah kepimpinan baharu, YBM Menteri KESUMA telah membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan martabat pekerja mengikut piawaian

draft • 2:53 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

perburuhan antarabangsa. Ini membolehkan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerja dikuatkuasakan sepenuhnya. Komitmen kerajaan ini sudah tentu dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja dan penyakit pekerjaan melalui SOP pencegahan kemalangan yang lebih berkesan.

Selain boleh memastikan kepatuhan majikan, ia turut mengukuhkan lagi suara pekerja dalam menyuarakan pandangan berkenaan risiko-risiko yang mereka hadapi dalam menjalani pekerjaan. Bentong juga bersetuju bahawa dalam pada kita memberikan komitmen terhadap piawaian antarabangsa ini, negara kuasa besar sering kali mengetepikan persefahaman ini dengan mencari laba yang hanya menguntungkan mereka dan merugikan negara-negara membangun.

Di bawah aspirasi dan prinsip MADANI, Malaysia telah ke hadapan dalam menawarkan model pembangunan ekonomi baharu yang lebih seimbang, lestari dan manusiawi dengan mengambil kira aspek keselamatan sosial dan kesihatan pekerja.

Sudah tentu pindaan seksyen 5, Akta 4 ini untuk menaikkan had maksimum gaji caruman seseorang pekerja daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan dapat menyebar luaskan manfaat sosial pekerja kepada 1.45 juta pekerja.

Bentong juga menyambut baik pelan strategik kementerian yang melibatkan tiga peringkat iaitu pelan jangka pendek iaitu memperkasakan dasar sedia ada perlindungan keselamatan sosial pekerja, pelan jangka sederhana yang meluaskan perlindungan keselamatan kepada pekerja gig dan juga ekonomi ihsan yang melibatkan suri rumah yang tidak bekerja dengan memberikan tumpuan menjaga dan membina institusi keluarga.

Terakhir sekali, pelan jangka panjang yang meliputi perlindungan keselamatan sosial pekerja secara 24 jam, yakni termasuk di luar waktu dan skop kerja. Ini sudah tentu merupakan dasar yang amat progresif dan memberikan hak- hak manusiawi pekerja secara menyeluruh dan sistematik.

Walau bagaimanapun, Bentong mempunyai beberapa persoalan kepada pihak kementerian. Pertama, apakah perancangan kementerian dalam menguatkuasakan undang-undang keselamatan sosial ini pekerja agar ia dapat dipatuhi oleh pihak majikan? Apakah penguatkuasaan sedia ada sudah mencukupi untuk memastikan majikan membuat caruman terhadap pekerja dengan dan memastikan keselamatan sosial mereka?

Bentong juga ingin bertanya, apakah strategi kementerian dalam meningkatkan kesedaran pekerja, khususnya sektor mereka yang telah bekerja sendiri untuk mencarum PERKESO? Ini kerana tahap kesedaran pekerja sendiri ini masih rendah. Ini termasuklah mereka yang pun mencarum, namun kurang

draft • 2:53 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

kesedaran tentang bagaimana untuk menuntut skim-skim ini sekiranya berlakunya kemalangan dan bencana di tempat kerja.

Menurut kementerian, hanya 14.16 peratus orang yang bekerja sendiri mencarum skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri iaitu SKSPS oleh pertubuhan keselamatan sosial. Daripada keseluruhan 3 juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri, ini sudah tentu agak membimbangkan dan menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang di ambang kemiskinan tegar di saat menghadapi kemalangan dan hilang punca pendapatan.

Oleh itu, peningkatan kes-kes penyakit pekerjaan dan kemalangan juga memberikan kesan yang besar kepada negara. Sejajar dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju, kehilangan pekerja berkemahiran tinggi akibat penyakit dan kemalangan ini akan menyukarkan usaha Malaysia dalam mengekalkan dan meningkatkan minat-minat pekerja mahir ini untuk terus bekerja di dalam sektor-sektor yang penting.

Akhir sekali, Bentong ingin mendukung semangat dan arah tuju kementerian ini yang menyatakan bahawa perlindungan keselamatan sosial ini bukanlah satu bebanan kewangan kepada majikan atau pekerja tetapi sebuah pelaburan jangka panjang yang akan menjamin kelangsungan hidup pekerja dan keberhasilan ekonomi. Bentong menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 2:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 2:53 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4].

Insya-Allah, saya akan laksanakan perbahasan ini tanpa prejudice dalam memberi pandangan, buah fikiran serta maklum balas untuk pindaan.

Pastikan pindaan RUU ini bertepatan dengan kehendak industri serta memberi kebaikan kepada golongan pekerja dalam negara kita buat masa ini. Di mana kita tahu peningkatan cost of living, dengan izin, menyebabkan pekerja-pekerja ataupun rakyat kita berpindah menjadi B40 meningkat.

Jadi, alhamdulillah dengan usaha yang dilaksanakan oleh PERKESO bagi meningkatkan pencaruman daripada gaji RM5,000 ke RM6,000 ini adalah satu tindakan yang saya rasa memberi keselesaan kepada pekerja-pekerja dalam negara kita buat masa ini. Jadi, saya berharap bukan sahaja mereka yang bergaji maksimum

draft • 2:58 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

RM6,000 sahaja boleh mencarum untuk mendapatkan tuntutan ataupun claim ini, saya harap juga tuntutan benefit kepada pekerja-pekerja yang mencarum ini juga akan ditingkatkan supaya mereka boleh mengurangkan bebanan ketika kita menghadapi inflasi ataupun peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

draft • 2:58 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, Puan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan sekalian, pindaan kali ini melibatkan tiga pindaan utama terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] iaitu pindaan seksyen 5(2), pindaan Jadual Ketiga, kadar caruman dan pindaan Jadual Keempat, faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan. Jadi, akta ini memang sangat dekat di hati saya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi pun kami makan tengah hari bersama. Jadi, kami bincang berkenaan bagaimana kita hendak beri keselesaan kepada pekerja-pekerja yang menghadapi musibah yang memang tidak semua minta kita mendapat kecelakaan, tetapi ini ditentukan. Jadi oleh sebab itu, PERKESO mengambil, memainkan peranan bagi meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah ini.

Pada hemat saya, pindaan ini secara dasarnya adalah untuk meningkatkan siling gaji bulanan bagi maksud caruman daripada RM5,000 ke RM6,000 untuk Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] ini. Ini adalah bertepatan dengan keperluan masa kini, mengambil kira kos sara hidup yang makin meninggi. Soalnya, berapa peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membayar faedah caruman kepada pencarum yang layak mendapat faedah mengikut kategori?

Saya percaya dengan yakin, saya percaya kenaikan siling ini akan memberi manfaat kepada lebih sejuta pekerja. Tadi saya difahamkan 1.5 juta manfaat kepada pekerja. Saya difahamkan masa tengah hari tadi, kami ada libat urus. Jadi, saya meletakkan sini satu juta. Jadi, bila disebut 1.5 juta itu satu penambahan kepada kebaikan pekerja-pekerja yang ada di Malaysia ini yang bergaji RM6,000 ke bawah.

Alhamdulillah.

Oleh sebab itu, saya percaya dengan kenaikan ini, pekerja mempunyai pendapatan yang lebih RM5,000 sehingga ke RM6,000 ini satu berita gembira yang dilakukan oleh PERKESO serta mekanisme penilaian kes-kes sehingga membawa faedah caruman ini. Saya kira kes terpencil apabila terdapat aduan yang mana proses berkenaan seakan-akan menyusahkan pencarum sehingga ada yang gagal dalam permohonan faedah caruman mereka.

Mudahkan tuntutan ini supaya mereka yang ditimpa kecelakaan atau musibah ini akan menjadi ubat untuk meringankan bebanan disebabkan oleh tuntutan yang lebih mudah tanpa kerenah birokrasi yang terlalu melampau. Meskipun

draft • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

ia terpencil, PERKESO harus menitik beratkan peranan ini dalam membantu memudahkan penyaluran bantuan serta faedah.

Saya mohon mendapat penerangan dengan lebih jelas daripada pihak Yang Berhormat Menteri berhubung dengan isu yang dibangkitkan ini, berkenaan dengan mekanisme supaya memudahkan mereka yang membuat tuntutan sebab mereka dalam kesusahan. Bila kita mudahkan lagi, mereka akan mengucapkan terima kasih dan berdoa supaya PERKESO ini panjang umur, Menteri pun hebat. Jadi, mereka seronoklah dengan apa yang dilakukan oleh PERKESO ini. Jadi, automatik Menteri mendapat nikmat, mendapat penghargaan yang sangat tinggi. Jadi, Yang Berhormat Sim kena senyumlah benda ini. Saya jack dia hari ini.

Oleh sebab itu, dalam konteks ini saya mendapatkan jumlah pemalsuan tuntutan faedah yang berlaku. Itu juga berlaku, tuntutan palsu. Saya ada banyak lagi.

Tuntutan palsu yang dibuat. Jadi, terus justified and clarified dengan izin, berkenaan dengan tuntutan palsu ini supaya benda ini kita tidak ambil kesempatan untuk menipu hak orang-orang yang ditimpa musibah.

Jadi, tuntutan palsu ini kita kena perincian semua-semua. Jadi, kita harap salah guna ataupun manipulasi atau salah laku harus dikenakan hukuman sewajarnya agar menjadi teladan serta menaikkan imej PERKESO sebagai institusi berintegriti tinggi, transparent dengan izin, supaya mereka dapat membantu orang yang benar-benar dalam kesusahan. Tidak ada ucapan saya yang sebaik hari ini, memuji PERKESO ini. Jadi KESUMA kena ucap terima kasih kat sayalah.

Dengan sebab itu, perkembangan mutakhir ini saya ingin tengok faedah- faedah yang dibangkitkan khususnya pekerja sektor e-hailing dan p-hailing dalam sektor gig. Adakah kerajaan ada mempertimbangkan faedah-faedah baharu untuk kumpulan ini? Jangan tengok yang itu sahaja. Kementerian ini kena tengok juga kumpulan-kumpulan yang mungkin dipanggil isolated growth dengan izin, untuk dipertimbangkan bagi memberi mereka satu kesedaran sepertimana OBS, orang bekerja sendiri yang mana mereka tiada majikan, tetapi mereka juga perlu perlindungan. Jadi, kita kena buat promosi supaya mereka dibela. Saya minta satu minit, Puan.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sila gulung. Saya gulung. Baiklah, yang last. Saya sedia maklum dengan skim pekerjaan sendiri di bawah PERKESO ini. Terdapat perlindungan khas untuk golongan ini. Namun, saya kira wajar ada pertimbangan untuk mereka dengan izin, revise balik dasar-dasar berkenaan bagi memberikan perlindungan jaringan keselamatan yang lebih sempurna untuk golongan yang saya sebutkan tadi iaitu e-hailing, p-hailing ataupun sektor gig ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita dapat lihat banyak isu-isu yang dibangkitkan. Contohnya, di mana mereka tidak mencarum dan tidak mendapat menikmati faedah caruman. Oleh yang demikian, PERKESO perlu giat menjalankan kerjasama atau engagement dengan kumpulan ini dan mendekati mereka dalam bentuk apa sahaja yang boleh kita gunakan dengan izin, compulsory contribution bagi menjamin jaringan keselamatan sosial yang lebih terangkum dan sempurna.

Yang terakhir sekali Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk kita hendak berbahas lama. Saya menyokong cadangan pindaan rang undang- undang untuk kebaikan pekerja di seluruh Malaysia ini. Tetapi kena lihat juga apa yang saya bangkitkan yang belum lagi mereka ini diberi protection sepertimana banyak lagi golongan pekerja di Malaysia ini, terutamanya mereka yang tidak ada majikan seperti mana petani-petani yang buat bendang sendiri.

Mereka juga terdedah kepada risiko kemalangan ataupun penanam- penanam kelapa sawit, penanam-penanam getah yang mereka ini bekerja sendiri.

Hak mereka sendiri, tetapi mereka juga terdedah kepada keselamatan dan juga terdedah kepada akibat-akibat daripada kemalangan ini.

Jadi, saya harap pihak kementerian, yang mana PERKESO adalah subsidiarinya, perlu memberi perhatian supaya kita hendak bela semua pekerja- pekerja di Malaysia. Itulah baru dinamakan kerajaan rakyat yang memerintah, memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat, bukan menyusahkan rakyat dengan menaikkan minyak diesel dan sebagainya, melibatkan rantaian sektor semua akan terlibat akibat daripada kenaikan harga minyak diesel ini.

Sekian, terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk berucap berkenaan dengan rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 3:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih pada Puan Yang di- Pertua kerana ruang dan peluang yang diberikan untuk saya berbahas pada hari ini untuk suatu akta yang meminda Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja

(Pindaan) 2024.

Akta Keselamatan Sosial Pekerja merupakan sistem perundangan yang telah diperkenalkan di Malaysia untuk melindungi pekerja dari risiko sosioekonomi sejak 1969 lagi. Undang-undang ini menyediakan perlindungan kepada pekerja dalam

draft • 3:08 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

pelbagai aspek termasuk kesihatan, kecelakaan dan kehilangan pendapatan akibat daripada kecacatan atau kematian.

Antara skop perlindungan undang-undang ini meliputi perlindungan bagi pekerja dalam hal kecelakaan pekerja, yakni perlindungan diberikan kepada kecederaan atau kematian disebabkan oleh kecelakaan semasa bekerja. Seterusnya penyakit industri, perlindungan yang diberikan pada pekerja yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan atau persekitaran tempat kerja.

Seterusnya kecacatan, perlindungan diberikan kepada pekerja yang mengalami kecacatan yang menyebabkan kehilangan kemampuan untuk bekerja.

Seterusnya kematian, perlindungan yang diberikan kepada keluarga pekerja dalam kes kematian pekerja semasa bekerja.

Saya mengucapkan tahniah kepada KESUMA, Yang Berhormat Menteri dan juga PERKESO atas pindaan undang-undang ini yang banyak akan membantu rakyat, insya-Allah. Pindaan fasal 2 seksyen 5 merujuk kepada siling gaji diinsuranskan Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000 tahun ini dan pindaan Jadual Keempat atau empat untuk memasukkan kadar caruman baharu dan gaji bulanan yang bersamaan bagi bulan itu apabila gaji seseorang pekerja melebihi RM5,000 dan RM6,000 sangat bersesuaian dengan kenaikan had siling gaji pada 2022 dari RM4,000 kepada RM5,000.

Namun begitu, sejauh manakah penilaian menyeluruh telah dijalankan dari sudut kewangan ke arah memastikan penggunaan dana yang lebih mampan tanpa meningkatkan kebergantungan kepada peruntukan tambahan fiskal kerajaan?

draft • 3:08 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Apakah status peruntukan RM200 juta kepada PERKESO bagi menambah jaringan perlindungan sosial seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024?

Terdapat satu sisi lain juga yang perlu dipertimbangkan iaitu bagi ekonomi tidak formal atau lebih dikenali sebagai pekerja gig.

Sebagaimana yang Pendang sebut tadi, mengambil kira kaedah pengesahan untuk menentukan kelayakan bantuan sosial, lazimnya lebih menjurus golongan pekerja dalam sektor formal, lantas menimbul cabaran dari segi pengesahan kelayakan bagi mereka yang bekerja sendiri dan pekerja dalam sektor yang tidak formal. Adakah mereka turut termasuk dalam pindaan ini?

Justeru, apakah usaha kerajaan bagi memastikan keberkesanan program- program ini untuk golongan pekerja sendiri atau dalam sektor yang tidak formal, seterusnya mekanisme untuk penerima keluar daripada Program Jaringan Keselamatan Sosial?

draft • 3:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Apakah status kerajaan untuk mencapai sasaran satu juta pencarum aktif dari kalangan pekerja sektor gig dan juga bekerja sendiri menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) pada tahun ini? Serta jumlah peruntukan daripada RM100 juta menerusi Belanjawan 2024 yang telah dimanfaatkan sehingga kini untuk menanggung kira-kira 90 peratus nilai caruman SKSPS.

Seterusnya, sejauh manakah usaha pembaharuan kerajaan dalam merintis perubahan dalam pengoperasian PERKESO, termasuk pelaksanaan inisiatif Program Sinergi Sosial di samping menggabungkan inisiatif-inisiatif perlindungan sosial pekerja yang sedia ada? Bagaimanakah dengan tahap keberkesanan fungsi sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi membantu menyelaraskan serta mengoptimumkan perlindungan sosial untuk golongan pekerja? Soalan terakhir saya daripada Padang Besar, adakah akhir ini lantikan baharu ke skim perkhidmatan penjawat awam juga secara kontrak dan tidak dilindungi dengan skim pencen?

Adakah kerajaan melihat kepada keperluan untuk membesarkan skop perlindungan akta ini kepada kakitangan kontrak penjawat awam?

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Padang Besar.

draft • 3:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Padang Besar, Padang Besar, minta.

draft • 3:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Sila.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar yang beri laluan kepada saya. Dalam isu perlindungan sosial yang dibuat oleh PERKESO ini adalah amat baik. Tetapi adakah Yang Berhormat sedar bahawa hanya menggunakan kaedah konvensional?

Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju jika pihak kerajaan dapat mewujudkan caruman patuh syariah agar manfaat yang akan diperoleh oleh pencarum nanti selamat bukan sahaja untuk selamat mereka mendapat manfaat di dunia ini, tetapi sebenarnya untuk selamat di akhirat nanti di hadapan Allah SWT.

Sebagaimana KWSP ada pilihan syariah dan juga konvensional, sekurang- kurangnya pencarum Muslim ada pilihan. Walaupun sepatutnya bagi orang Muslim perlu memastikan semua urusan kewangan mereka adalah patuh syariah. Saya mendapat aduan daripada beberapa institusi Islam sama ada NGO ataupun pusat- pusat yang dikendalikan oleh orang Islam ini yang tidak mahu mencarum kerana PERKESO tidak patuh syariah. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju dan pihak kerajaan boleh memberi respons yang baik terhadap isu ini? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Kuala Krai, sila masukkan dalam ucapan saya. Saya amat bersetuju untuk diaplikasikan dalam kewangan syariah sebagaimana yang bukan setakat KWSP sahaja ASB sendiri pun sudah mengamalkan sistem kewangan syariah.

Akhirnya saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga KESUMA, PERKESO atas inisiatif tersebut dan mungkin, mungkin juga Kementerian KESUMA boleh suarakan juga kepada Kementerian Kewangan terutama LHDN yang mana sekarang ini dengan kos ekonomi selepas kenaikan harga minyak ini dia akan jadi kesan domino juga walaupun cuba dinafikan. Tapi kita perlu kalau boleh pendapatan yang dikenakan cukai itu perlu dinaikkan juga sekarang ini. Pendapatan yang boleh dikenakan cukai kita harap LHDN boleh maklumlah benda itu dan KESUMA boleh bawa benda itu untuk peningkatan agar dapat lebihan kewangan kepada rakyat. Insya-Allah itu saja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 3:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada Padang Terap untuk membahaskan dan mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja

(Pindaan) 2024 pada hari ini.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua ada dua pindaan penting dalam RUU ini iaitu fasal 2 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] yang disebut Akta Ibu dalam akta ini dipinda dalam subseksyen 5(2) dengan menggantikan perkataan RM5,000 di mana-mana jua terdapat dengan perkataan RM6,000. Pindaan ini akan menaikkan had maksimum kebolehinsurans amaun gaji seseorang pekerja di bawah Akta 4 daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.

Yang penting yang kedua ialah kemudian fasal 3 pula adalah untuk meminda Jadual Ketiga dari Akta Ibu memasukkan kadar caruman baharu bagi Bahagian I dan Bahagian II bagi caruman jenis pertama bagi keilatan dan bencana kerja dan caruman jenis kedua bagi bencana kerja apabila gaji seseorang pekerja melebihi RM5,000 dan RM6,000. Secara asasnya Padang Terap bersetuju dengan pindaan tersebut kerana peningkatan had maksimum siling gaji bulanan daripada RM5,000 kepada RM6,000 bagi caruman akan menambah baik perlindungan di bawah PERKESO.

draft • 3:14 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sejak tahun 1971 yang saya diberikan taklimat sebentar tadi, kita melihat PERKESO telah menambah baik faedah keselamatan sosial sebanyak 25 kali.

Tujuan peningkatan ini melibatkan faedah bagi Akta Keselamatan Sosial 1969 seperti faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, pencen ilat dan pencen penakat. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dan diberikan perhatian oleh kerajaan Kementerian KESUMA dalam usaha meminda akta ini.

Kita lihat peningkatan faedah selepas pindaan ini meningkat, diunjurkan meningkat sebanyak 20.2 peratus seperti mana yang ditaklimatkan oleh Yang Berhormat Menteri. Pindaan akta ini akan menyebabkan penambahan kos daripada pihak majikan atau syarikat untuk mencarum pekerjanya yang mempunyai gaji melebihi RM5,000.

Jadi, apakah tindakan kerajaan terhadap isu tersebut iaitu kenaikan kos kepada pihak majikan syarikat dan adakah sudah terdapat perbincangan dengan pemegang taruh yang terlibat memandangkan ia melibatkan pertambahan kos bagi pihak majikan atau syarikat? Apatah lagi pihak industri dan majikan telah dikejutkan pada bulan Mac yang lalu kenaikan SST lapan peratus dan pada kali ini dengan penghapusan subsidi secara mendadak yang sudah tentu ada kesan berantai dalam kitaran ekonomi yang melibatkan sektor pekerjaan.

Adakah pihak kerajaan sedia memperkenalkan insentif bagi membantu majikan menyambut baik perkara ini ataupun menyambut baik pindaan ini? Kita bimbang pihak syarikat atau majikan memindahkan kenaikan kos yang mereka tanggung kepada pelanggan atau pengguna dengan menaikkan harga perkhidmatan atau produk jualan mereka. Saya juga ingin bertanya kepada pihak KESUMA, apakah kedudukan terkini Program Subsidi Upah yang dahulu pihak kerajaan telah spent sebanyak RM29.9 bilion yang melibatkan 357,900 majikan.

Seterusnya, menurut kerajaan tujuan pindaan gaji RM5,000 kepada RM6,000 dibuat untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Kerajaan telah pun melaksanakan pindaan RUU ini daripada RM4,000 kepada RM5,000 pada tahun 2022 hingga tahun 2024. Saya mohon pihak Kementerian KESUMA untuk memberikan data hasil dapatan daripada pindaan tersebut dan sejauh mana telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti pekerjaan.

Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, Ketua Eksekutif PERKESO pernah menyebut pada tahun lepas berdasarkan statistik yang dianggarkan terdapat seramai 600 juta penggiat e-hailing dan p-hailing di seluruh negara. Namun hanya kira-kira 230,000 orang sahaja yang telah mencarum PERKESO.

draft • 3:14 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Kita lihat sikap pengendali economy gig seperti penyedia platform e-hailing dan p-hailing yang enggan bekerjasama menyukarkan usaha pihak kerajaan menambah baik Sistem Perlindungan Keselamatan Sosial penggiat industri itu walaupun beberapa perbincangan dan pertemuan telah diadakan. Dengan pindaan ini, adakah pihak kerajaan mempunyai perancangan baharu yang lebih efektif untuk memastikan penggiat e-hailing dan p-hailing ini yang masih enggan mencarum mendaftar dengan PERKESO. Sekian, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

draft • 3:14 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Boleh sedikit.

draft • 3:14 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Boleh, boleh. Ada masa lagi sila Kuala Langat.

draft • 3:14 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Padang Terap. Saya kira dengan kelulusan pindaan yang akan berlaku apabila kita luluskan nanti, ia akan memberikan sedikit kekuatan kepada kewangan kepada PERKESO itu sendiri.

draft • 3:14 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Cuma, saya melihat faedah-faedah yang mungkin akan diberikan kepada pekerja-pekerja itu sendiri ya. Sebagai contoh, pekerja yang mengalami masalah buah pinggang yang akhirnya akan melibatkan rawatan hemodialisis sebagai contoh.

Sekarang ini dengan tajaan daripada PERKESO ke RM150 setiap rawatan, saya kira ia agak kecil kerana terlalu lama dengan jumlah RM150 setiap rawatan ini.

Adakah Padang Terap juga setuju, mungkin faedah-faedah yang diterima sebagai tajaan kepada pencarum-pencarum PERKESO apabila memerlukan rawatan seperti ini, termasuklah hemodialisis itu sendiri ditingkatkan sejajar mungkin.

Kalau JPA pada hari ini RM250 setiap rawatan dan ini juga akan berlaku kepada pencarum untuk mendapatkan faedah ini. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Okey, terima kasih Kuala Langat. Saya bersetujulah dengan kenyataan Kuala Langat supaya pihak kerajaan menaikkan faedah untuk tuntutan caruman, tuntutan faedah daripada pesakit-pesakit kritikal ini seperti buah pinggang sepertimana disebut oleh Kuala Langat. Masukkan ucapan Kuala Langat dalam ucapan saya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bakri untuk membahas.

draft • 3:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker.

Salam sejahtera dan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian kerana sekali lagi membawa pindaan terhadap akta ini dan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi had gaji bulanan yang boleh diinsuranskan.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya sentiasa berkongsi dengan – ramai mungkin pernah dengar kisah saya ini tetapi dalam Dewan yang mulia ini kali pertama ya. Saya boleh dikatakan, saya dibesarkan oleh PERKESO. Arwah ayah saya meninggal semasa saya umur 14. Nasib baik arwah ayah saya merupakan seorang pencarum PERKESO. Keluarga kami pada masa itu menerima pencen kematian.

Tidak banyak, RM400, lebih kurang RM400 kalau tidak silap saya. Masa itu saya masih kecil. Tetapi itu sangat bermakna kepada keluarga saya yang baharu kehilangan satu sumber pergantungan. Maka, saya lihat PERKESO ini dia ada sesuatu peranan yang penting dalam masyarakat. Ianya dapat membantu terutamanya golongan kelas pekerja yang berpendapatan rendah dan tiba-tiba keluarga tersebut telah hilang mata pencarian. Ini penting.

Tetapi masalahnya masih ramai yang tidak sedar perlindungan ataupun jaringan sosial yang dibekalkan, diberikan oleh PERKESO ini. Ramai tidak tahu.

Saya masih ingat lagi saya pernah jumpa dengan satu pekerja di satu kilang. Di mana beliau cedera tanpa apa-apa pampasan daripada pihak majikan, tidak ada PERKESO.

Menurutnya satu industri tidak- dia menjadi satu kebiasaan bahawa industri itu tidak mencarum PERKESO untuk pekerja mereka. Nasib baik itu berlaku 10 tahun lalu. Saya berharap perkara ini sudah tidak berlaku lagi tetapi kita perlu menerima satu hakikat bahawa kesedaran masyarakat kita secara umum terhadap PERKESO masih rendah.

Kami pernah berhadapan dengan kes-kes di mana yang datang, ibu tunggal yang datang untuk meminta bantuan daripada wakil rakyat daripada pusat khidmat kami. Rupanya suami mereka, pasangan mereka merupakan pencarum PERKESO.

Selama ini untuk belasan tahun, mereka tidak pernah menuntut apa-apa daripada PERKESO. Sehingga satu jumlah yang besar ya kerana belasan tahun tidak menuntut, amaun itu, jumlah itu mencecah sehingga ratus-ratusan ribu ringgit. Sekali gus dapat. Nampak memang lumayan tetapi untuk 10 tahun itu mereka hilang mata pencarian dan terpaksa bergantung kepada bantuan daripada masyarakat.

Sekiranya dari awal mereka sudah tahu dan sedar boleh terima pencen atau apa-apa bantuan daripada PERKESO, saya rasa perkara itu tidak akan berlaku.

draft • 3:21 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Nasib baik selepas belasan tahun, mereka jumpa dengan wakil rakyat, dapat tahu kesedaran itu, dapat ada bantuan dan ada pencen daripada PERKESO. Kalau tidak, sampai bila masalah tersebut akan selesai.

Maka, saya setuju peningkatan ini daripada sekarang ini RM5,000 dahulunya RM4,000 sekarang RM5,000. Naik kepada RM6,000. Cuma, saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Dalam era di mana kos sara hidup semakin meningkat sekarang, perbelanjaan harian sesebuah keluarga semakin tinggi. Adakah RM6,000 ini sebenarnya cukup? Memandangkan median gaji di bandar-bandar besar adalah lebih kurang RM6,500. Mengapa tidak gaji maksimum ini yang boleh diinsuranskan, kita tingkatkan kepada RM8,000 sebulan?

Saya harap pihak kementerian mengkaji perkara ini dan kalau boleh, mungkin kali ini tidak sempat. Dalam masa yang terdekat kita naikkan lagi kepada RM8,000 supaya keluarga – kita memang tidak mahu menerima bantuan itu, pencen itu tetapi sekiranya berlaku, keluarga yang menerima pencen tersebut bolehlah hidup secara bermaruah ya, dalam era masa di mana kos sara hidup semakin meningkat pada waktu sekarang ini.

Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, tadi ada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang cerita tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

(SKSPS). Di mana, kerajaan telah menaja 90 peratus daripada caruman tersebut dan pencarum hanya perlu membayar RM23.30 setahun untuk mendapat perlindungan bagi mereka yang bekerja sendiri. Maka, perkara yang sama saya harap perkara ini boleh kita lihat, adakah boleh kita naikkan ya faedah tersebut kepada setaraf dengan pendapatan sebanyak RM8,000 sebulan?

Isu yang sama, kesedaran masyarakat secara umum berkenaan dengan perkara ini sebab ramai yang tidak tahu lagi. Di sini saya mintalah Yang Berhormat- Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini uar-uarkanlah program-program seperti ini tanpa mengira latar belakang politik sebab ini baik dan penting untuk sesebuah keluarga yang kehilangan mata pencarian, yang kehilangan tulang belakang. Ini penting. Ini tidak kira kau pembangkang ke, kau sokong kerajaan ke.

Dari dahulu sampai sekarang saya, walau saya jadi pembangkang atau saya jadi Backbencher sekarang, saya tetap ingatkan orang kepentingan untuk mencarum PERKESO ini. Kepentingan untuk pergi ke pejabat PERKESO, ambil tahu sekiranya berlaku apa-apa malapetaka dalam keluarga sendiri. Tanyalah pegawai-pegawai yang ada di kaunter PERKESO, apakah bantuan atau faedah yang mereka layak terima supaya kita tidak perlu bergantung kepada orang lain. Supaya kita boleh hidup secara berdikari, secara bermaruah.

draft • 3:21 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ini penting Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua sebab sekarang ini ramai, masih ramai yang tidak tahu. Jadi, saya harap pihak kerajaan terutamanya daripada KESUMA, daripada PERKESO, tingkatkan lagilah kerja-kerja publisiti, kerja-kerja untuk menguar-uarkan program-program PERKESO ini supaya lebih ramai yang sedar bahawa dalam jaringan keselamatan sosial negara kita ada satu agensi yang namanya PERKESO yang sentiasa bersedia untuk membantu. Sekian, terima kasih.

draft • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Puan Yang di- Pertua atas peluang untuk berbahas pindaan RUU yang penting ini. Bandar Kuching menyokong penuh sebarang usaha untuk meningkatkan perlindungan sosial dan melalui pindaan hari ini, kita melihat niat murni kerajaan dan kementerian KESUMA untuk mengembangkan perlindungan sedia ada kepada lebih banyak golongan pekerja. Maka saya berdiri untuk menyokong pindaan hari ini berkenaan had gaji kerana ia baik untuk memperbaiki kesejahteraan pekerja di negara kita.

Namun Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa perhatian terhadap satu kelompongan yang masih ada iaitu pekerja yang tidak dilindungi di luar waktu kerja serta kelestarian perbelanjaan disebabkan kos-kos dari kemalangan yang semakin tinggi dan amat membimbangkan.

Perlindungan yang diberikan sekarang cuma merangkumi kemalangan yang berlaku semasa waktu atau kegiatan bekerja yang diklasifikasikan sebagai bencana kerja. Maka pekerja tidak dilindungi semasa di luar waktu ataupun tempat bekerja.

Saya cuma nak memberikan satu gambaran.

Pada tahun 2023, sejumlah 63,199 kes ilat dan penakat telah dilaporkan kepada PERKESO. Daripada itu, 50 peratus atau 31,000 disebabkan kemalangan di jalan raya ataupun di rumah. Di 2023, 82,876 kemalangan dilaporkan ke PERKESO.

Cuma 68,220 diterima sebagai bencana kerja. Bermaksud 18 peratus ataupun 14,000 daripada permohonan tersebut tidak diterima sebagai bencana kerja, maka pekerja tersebut tidak mendapat perlindungan dan juga bantuan yang amat diperlukan.

Bayangkan sebenarnya kesemua kes ini bukan bencana kerja jika ia dapat dibantu dan dilindungi oleh suatu Skim Perlindungan Pekerja Bukan Bencana Kerja yang menyeluruh setara dengan skim PERKESO yang sedia ada. Memang dalam suatu keadaan yang ideal ataupun yang idle dengan izin, kita mahu PERKESO

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

ataupun kerajaan untuk memberikan perlindungan yang menyeluruh untuk semua rakyat yang terbabit tetapi kita sebagai pembuat dasar, kita pun kena bertanggungjawab. Kita juga haruslah melihat kelestarian ataupun sustainability sesebuah dasar sosial insurans seperti ini untuk memberikan perlindungan sebaiknya 24 jam contohnya tetapi beban kewangan haruslah munasabah dan juga lestari.

Menurut Malaysia National Health Account, Health Expenditure Reports 2011–2021, perbelanjaan telah mencecah RM78.22 bilion dan sekiranya kita mendalami dokumen tersebut, anggaran perbelanjaan untuk kemalangan, perbelanjaan kes trauma yang mungkin dituntut oleh golongan pekerja sahaja boleh mencecah RM378 juta.

Manakala bagi perihal kebajikan pula, Kerajaan Madani memang memperuntukkan Skim Bantuan JKM EPOKU di mana skim ini merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan OKU yang bekerja sebanyak RM450 sebulan. Jadi keseluruhannya, kes EPOKU yang akan dibiayai oleh hasil cukai boleh mencecah RM217.5 juta setahun.

Jadi kebanyakan kos ini boleh disebabkan kemalangan yang dialami oleh golongan pekerja dan boleh dikatakan kedua-dua kos ini tanggungannya boleh mencecah RM595.6 juta. Ini belum lagi mengambil kira peningkatan kos invalidity disebabkan masalah kesihatan dan NCD yang kita tahu semakin tinggi. Perbelanjaan PERKESO untuk dialisis pada tahun lalu 2023 adalah RM356.31 juta dan kita melihat trend peningkatan setiap tahun.

Maka mungkin kita perlu melihat satu alternatif financial dengan izin atau model lain yang tidak terlalu membebankan pencarum tetapi memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada mereka. Kalau kita lihat trend global dalam pembayaran sistem perlindungan sosial kini berubah daripada kebergantungan kepada pembiayaan berasaskan cukai kepada skim insurans sosial. Perubahan ini mencerminkan penekanan yang semakin meningkat terhadap mekanisme pembiayaan yang lestari dan mampu membiayai sendiri dalam rangka kerja perlindungan sosial.

Sebagai contoh, Jerman, Jepun mempunyai sistem insurans sosial yang sudah lama di mana sumbangan daripada majikan dan pekerja membiayai penjagaan kesihatan, pencen dan faedah pengangguran. Baru-baru ini, negara seperti China dan Indonesia mula mengamalkan model yang serupa dan memastikan sumber pembiayaan yang lebih stabil yang boleh dijangka bagi program sosial mereka.

Mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), peralihan ini membantu mengurangkan tekanan fiskal ke atas kerajaan dan juga mempromosikan pengagihan kos perlindungan sosial yang lebih adil. Jadi saya berpendapat bahawa

draft • 3:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Malaysia juga perlu ke arah tersebut berdasarkan best practices yang ada dengan izin dan mungkin concept shared responsibility untuk membentuk satu sistem yang mampan bagi menangani kos-kos yang terbit daripada kemalangan contohnya.

Saya ingin memberikan satu contoh. Jika kita ingin nak mengembangkan perlindungan dari hanya waktu bekerja ke 24 jam kepada semua pencarum, mungkin sebagai contoh kita tambah sumbangan sebanyak 0.75 peratus. Bermaksud seorang pekerja yang bergaji RM2,000, sumbangan tambahan adalah RM15 sahaja.

Tapi jika berlaku kemalangan mana-mana sahaja, memang kita tahu malang tidak berbau, perlindungan yang diberikan oleh PERKESO sangat menyeluruh. Sama ada faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal di mana mereka boleh mendapat pencen RM1,072.50 setiap bulan. Faedah tanggungan, elaun kehadiran tetap, faedah pengebumian, faedah pemuliharaan, faedah pendidikan dan banyak lagi.

Jadi kita lihat memang ada sumbangan yang lebih tetapi perlindungan yang diberikan jauh lebih baik dan bermanfaat kepada pencarum jika terjadi apa-apa kemalangan di mana-mana sahaja. Malah dalam jangka masa panjang, kerajaan boleh menjimatkan wang kerana perbelanjaan hospital dan juga kebajikan pencarum ini dibiayai oleh PERKESO.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, masa tidak mengizinkan. Dalam alam pekerjaan sekarang ini telah berubah kerana dunia kerja tidak lagi ada sempadan, di mana pekerja boleh berada di sesuatu tempat sahaja. Pekerjaan sekarang di mana-mana sahaja. Dengan ini, perlindungan sosial juga haruslah dipertingkatkan dan ditambah baik untuk pengguna dan pencarum.

Saya tahu dan kita semua tahu bahawa kementerian KESUMA di bawah kepimpinan Menteri Bukit Mertajam dan juga Timbalan Menteri sangat telah- sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan satu dasar komprehensif bagi melindungi pekerja kita terutama sekali dalam menyediakan perlindungan sumber tenaga kerja ke arah the future of work dengan izin.

Ini perkara yang harus kita sokong dan seperti pindaan pada hari ini, saya menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mengembangkan perlindungan kepada lebih banyak golongan pekerja. Dengan itu, sekian terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Puan Speaker kerana memberi

draft • 3:37 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

ruang kepada Kuantan untuk membahaskan RUU Akta Keselamatan Sosial Pekerja

(Pindaan) 2024.

Secara dasarnya, kita wajar menyokong sebarang usaha dalam menjaga kebajikan pekerja dengan penambahbaikan liputan manfaat keselamatan sosial mereka. Pada tahun 2022, akta ini telah dipinda dengan menaikkan had maksimum tanggungan insurans pekerja daripada RM4,000 kepada RM5,000. Manakala pindaan pada kali ini had maksimum ditingkatkan kepada RM6,000 bagi gaji sebulan yang diterima oleh pekerja.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apabila pindaan ini perlu dilakukan, semestinya ada data jumlah mereka yang akan mendapat manfaatnya.

Tadi kami juga telah dimaklumkan, dalam sesi libat urus dimaklumkan bahawa RM1.5 juta anggaran yang akan mendapat manfaat daripada perubahan ini.

Pertanyaan saya seakan-akan juga pertanyaan Bakri ketika tadi iaitu adakah kerajaan mempunyai sasaran julat gaji maksimum yang boleh diinsuranskan pada masa hadapan. Contohnya disasarkan sehingga maksimum RM10,000 dan adakah kerajaan telah merangka pelan bagi tempoh tertentu dalam usaha mencapai sasaran tersebut. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO yang dilaporkan oleh media. Terdapat peningkatan bilangan majikan yang tidak mencarum bagi tahun 2023 kepada 21.73 peratus berbanding 2022 sebanyak 18.74 peratus.

Sebanyak 967 notis kompaun telah dikeluarkan kepada majikan yang gagal mematuhi perkara ini pada tahun 2023. Saban tahun masih banyak lagi majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka mencarum pekerja dengan skim PERKESO.

Selain itu terdapat juga laporan di mana pekerja kontrak atau pekerja sementara diabaikan caruman mereka atas alasan pekerja sementara.

draft • 3:37 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Keadaan ini menunjukkan seolah-olah sebahagian majikan tidak menyokong hasrat kerajaan dalam kebajikan keselamatan sosial pekerja. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah faktor yang menyebabkan ramai majikan yang gagal mencarum skim PERKESO kepada pekerja mereka. Selain daripada denda dan kompaun yang dikenakan kepada majikan yang gagal mematuhi akta ini, apakah tindakan lain yang telah diambil bagi memastikan pihak majikan memenuhi tanggungjawab mereka dalam aspek keselamatan sosial pekerja.

Puan Speaker, bagi pekerja yang mencarum di bawah Akta 4, manfaat caruman terhad sehingga umur 50 tahun sahaja. Terdapat kajian daripada Universiti Kuala Lumpur menyatakan bahawa jangka hayat penduduk Malaysia telah

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

bertambah sehingga 73 tahun. Saya banyak bertemu juga dengan mereka yang berusia selepas 60 tahun yang baru dihinggapi penyakit dan perlu diberi bantuan.

Bahkan kalau kita ingat pada sidang bulan Mac yang lepas, saya ada membangkitkan adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan had umur kepada usia yang lebih daripada 60 tahun dengan mengambil kira purata umur semasa rakyat Malaysia sekitar 73 tahun.

Saya membangkitkan perkara ini kerana tempoh selepas mereka bersara iaitu usia 55 ataupun 60 tahun, ada kes yang kita temui mereka sakit selepas umur 60 tahun tetapi tidak lagi layak untuk membuat tuntutan atau manfaat daripada caruman PERKESO. Oleh itu, saya mohon agar perkara ini dapat dipertimbangkan mungkin bukan secara keseluruhan tetapi boleh diberikan ruang bagi keadaan tertentu.

Contohnya, jumlah manfaat separuh apabila melebihi umur 60 tahun sekiranya mereka ini belum pernah membuat sebarang tuntutan. Jangan pada masa kita hendak mengenakan caj, kita segerakan RUU. Tetapi situasi yang sama untuk membuat pembayaran, kita lambat berbincang untuk perubahan peningkatan had umur seiring dengan fakta peningkatan had umur rakyat Malaysia.

Pada hujung minggu lepas, Pusat Khidmat Parlimen Kuantan ada menganjurkan taklimat caruman PERKESO bersama dengan PERKESO bagi pekerjaan sendiri serta Skim Suri Rumah. Banyak soalan yang diajukan kepada pegawai PERKESO dalam sesi taklimat tersebut. Walaupun ianya akta yang berbeza, namun saya ingin membangkitkan beberapa perkara bagi Skim Manfaat Pekerjaan Sendiri (SKSPS) ia itu agar dipertimbangkan manfaat caruman SKSPS turut melindungi penyakit kritikal serta membenarkan rawatan dialisis percuma.

Ramai yang keliru dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan beranggapan hanya suri rumah sahaja, sedangkan ia terbuka kepada semua wanita.

Molek juga jika ditukar kepada Skim Keselamatan Sosial Wanita untuk mengelakkan salah faham. Maksudnya tukar daripada suri rumah kepada Skim Keselamatan Sosial Wanita.

Namun, skim ini terhad bagi wanita berumur 55 tahun sahaja. Sedangkan tugasan suri rumah ataupun wanita ini tiada had umur. Jadi kami mencadangkan agar had umur dinaikkan kepada umur yang lebih panjang selaras juga dengan peningkatan usia rakyat Malaysia bagi memberi manfaat kepada lebih ramai wanita.

Puan Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan pusat rehabilitasi seliaan PERKESO. Fasiliti dan peralatan di pusat rehab sangat membantu pencarum PERKESO yang menghidapi masalah kesihatan seperti sakit sendi, saraf untuk menjalani pemulihan termasuk fisio dan terapi cara kerja.

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Pusat rehab utama terletak di Melaka dan beberapa satelit berada di sekitar Lembah Klang. Soalan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk membina pusat rehab di lokasi lain termasuk Pantai Timur, khususnya dalam Parlimen Kuantan ataupun di utara Semenanjung dan di Borneo agar liputan kemudahan ini boleh meluas dan memudahkan akses kepada pencarum.

Akhirnya, saya juga ingin mencadangkan agar PERKESO mencari jalan untuk perlindungan di kalangan pengendali Takaful yang patuh syariah dalam skim perlindungan tersebut agar umat Islam dapat mencarum dalam situasi patuh syariah.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 3:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian. Jadi Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja Malaysia (Pindaan) 2024 ini adalah cadangan perundangan yang bertujuan untuk memperbaharui rangka kerja keselamatan sosial sedia ada dengan memperkenalkan beberapa perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk pekerja-pekerja Malaysia.

Jadi perbahasan Bukit Bendera akan meneroka potensi manfaat rang undang-undang ini dengan mengkaji bagaimana pindaan-pindaan ini boleh meningkatkan kebajikan rakyat Malaysia dan juga menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Jadi, salah satu faedah utama RUU ini adalah untuk meningkatkan perlindungan kewangan yang ditawarkan kepada semua pekerja. Rang undang- undang ini mencadangkan untuk meningkatkan perlindungan dan juga faedah yang disediakan oleh PERKESO ini, termasuklah pampasan yang lebih tinggi untuk kecederaan dan juga hilang upaya di tempat kerja.

Dengan menaikkan kadar pampasan, rang undang-undang ini memastikan bahawa pekerja yang mengalami kemalangan di tempat kerja atau dengan izin occupational diseases menerima sokongan kewangan yang mencukupi. Ini juga membantu mereka dan keluarga mereka mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa tempoh ketidakupayaan.

Tambahan pula, RUU ini bertujuan untuk meluaskan skop pelindungan untuk memasukkan lebih banyak kategori pekerja seperti pekerja ekonomi gig dan juga

draft • 3:44 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

pekerja sambilan. Jadi kemasukan baharu ini adalah penting dalam era di mana pekerjaan bukan tradisional semakin berkembang dengan pesat.

Kerajaan harus peka dan juga prihatin terhadap cabaran dan juga pembaharuan yang berlaku supaya periuk nasi rakyat terus terjaga. Puan Yang di- Pertua, secara amnya pindaan-pindaan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial di Malaysia dan juga menjadikannya lebih berdaya tahan dan komprehensif.

Jadi, memandangkan Malaysia sekarang ini ke arah negara yang menua, jadi cadangan untuk meningkatkan faedah pencen untuk pesara adalah satu cadangan yang praktikal kerana ia memastikan golongan ini mendapati– mendapat minta maaf, mempunyai pendapatan yang mencukupi dan juga menyara diri mereka pada tahun- tahun yang akan datang.

Jadi dengan menyediakan sokongan kewangan yang lebih baik ya kepada pekerja yang cedera dan kurang upaya dan sebagainya, RUU ini boleh membantu mengurangkan tahap kemiskinan kerana individu dan juga keluarga mungkin yang mungkin jatuh miskin akibat kekurangan sokongan pendapatan akan menerima bantuan yang diperlukan untuk terus bertahan. Jadi, bila faedah keselamatan sosial dipertingkatkan, pekerja mempunyai lebih pendapatan boleh guna yang boleh membawa juga kepada peningkatan perbelanjaan pengguna.

Jadi perbelanjaan ini merangsangkan juga ekonomi dan juga membawa kepada permintaan yang lebih tinggi ya, misalnya untuk barangan dan juga berpotensi untuk mewujudkan lebih banyak lagi pekerjaan. Jadi fikir-fikirkanlah sekiranya ada yang masih meragui manfaat pindaan-pindaan ini. Dengan meluaskan liputan kepada pekerja ekonomi gig dan juga pekerjaan sambilan baru kita dapat memastikan bahawa semua pekerja tanpa mengira status pekerjaan mereka mempunyai akses kepada faedah keselamatan sosial.

Puan Yang di-Pertua, selepas mendengar taklimat yang dianjurkan tengah hari tadi dan juga mendengarkan perbahasan dari Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, berkemungkinan besar ya pindaan-pindaan ini juga dapat menggalakkan lebih ramai pekerja-pekerja tempatan orang Malaysia yang beralih daripada pekerjaan ke pekerjaan yang tidak formal dan sebaliknya. Inilah realiti semasa yang kita tidak boleh lari, jadi sekali lagi sebagai kerajaan ya kita sepatutnya menyahut cabaran-cabaran yang akan datang ini.

Dengan menyediakan faedah dan perlindungan yang lebih baik, rang undang-undang ini menunjukkan insentif untuk pekerja di mana faedah dijamin dan pada masa yang sama peralihan ini juga membawa kepada pasaran buruh yang lebih tersusun dan lebih terkawal.

draft • 3:44 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Puan Speaker, sebagai kesimpulan dan juga penggulungan perbahasan saya, Bukit Bendera menyuarakan sokongan terhadap pindaan-pindaan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja Malaysia kerana ia memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Ukuran sebenar...

draft • 3:44 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bukit Bendera, minta sedikit laluan.

draft • 3:44 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Saya nak habis dah.

draft • 3:44 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sikit je, nak menyokong apa yang disebut tadi.

draft • 3:44 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Okey, dipersilakan.

draft • 3:44 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Okey. Puan Yang di-Pertua, sebentar tadi rakan saya daripada Bukit Bendera menyebut sebagai suatu galakkan golongan menua ini untuk mendapat pampasan akibat kemalangan ataupun sebagainya.

draft • 3:44 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Adakah Bukit Bendera bersetuju kalau kerajaan membuat sumbangan sebagaimana i-Saraan kepada golongan yang tidak bekerja tetapi berminat untuk membuat caruman persendirian? Sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan kepada KWSP, kita juga bercadang untuk dibuat kaedah yang serupa kepada caruman PERKESO ini. Apa pandangan Bukit Bendera?

draft • 3:50 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun ya. Jadi, cadangan Yang Berhormat telah menyuarakan sebenarnya satu cadangan yang bagus dan juga memerlukan perbincangan ataupun discourse yang lebih terperinci. Jadi, mungkin selepas ini kita boleh berbincang secara face-to-face dengan lebih terperinci. Terima kasih.

Jadi, memandangkan masa pun tidak mengizinkan, jadi saya nak teruskan.

Jadi, dengan meningkatkan perlindungan kewangan, mengukuhkan juga jaringan keselamatan sosial, menyumbang kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan keadilan dan juga kesaksamaan sosial, jadi rang undang-undang ini berjanji untuk meningkatkan kebajikan pekerja-pekerja tempatan, pekerja-pekerja Malaysia dengan ketara.

Jadi, kita perlu sedar bahawa melindungi keselamatan pekerja bukan hanya kewajipan moral tetapi ia juga pelaburan kritikal dalam pertumbuhan dan juga kestabilan negara Malaysia tercinta kita ini.

Dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 3:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin terus merujuk kepada fasal 2, pindaan seksyen 5 ini. Kita sedia maklum bahawa akta ini sebenarnya pernah dipinda sebelum ini ya dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2022. Itu yang terakhir. Sebenarnya dah ada pindaan beberapa kali sebelum ini. Kalau mengikut tahun 1985, RM500 kepada RM1,000; tahun 1992, RM1,000 kepada RM2,000; tahun 2005 kepada RM3,000; tahun 2015 kepada RM4,000; tahun 2022 kepada RM5,000; dan sekarang kepada RM6,000.

Cuma, persoalan saya sedikit, apa justifikasinya pindaan ini? Kalau mengikut sebelum ini, tahun 2015, tahun 2022 baru dipinda, naik RM1,000. Sekarang, 2022 kepada 2024, RM1,000 lagi. Dulu jaraknya agak lama. Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, apa justifikasinya kenaikan sekarang, dua tahun dinaikkan RM1,000?

Kita sedia maklum bahawa dengan peningkatan had siling gaji bulanan ini daripada RM4,000 tahun 2022 dulu daripada pindaan Akta 4, ditingkatkan lagi had siling kepada RM6,000 sekarang, tertakluk kepada― yang kita kenal adalah prinsip sekali layak, terus layak. Itu prinsip yang ada.

Saya melihat pindaan akta ini sudah tentu melibatkan implikasi kewangan kerajaan. Yang saya merujuk kepada surat terakhir pindaan akta kita ini, jelas kerajaan menyatakan bahawa akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum ditentukan. Jadi, persoalan saya, berapakah anggaran sebenarnya perbelanjaan wang tambahan yang melibatkan akta ini?

Adakah pindaan akta ini melibatkan sebarang kos ke atas majikan?

Keduanya, adakah kenaikan tambahan faedah tunai di bawah skim ini kepada penerima faedah itu, faedah berkala, yang telah mencapai caruman maksimum RM5,000 sebelum pindaan ini berkuat kuasa? Jadi, saya ingin tahu berkenaan dengan sama ada penerima berkala itu telah mencapai caruman maksimum, ada kenaikan tambahan.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial, atau lebih dikenali sebagai PERKESO ini, yang mempunyai tiga jenis skim sebenarnya perlindungan dan salah satunya yang ingin saya tekan ialah skim keilatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 1971. Jadi, di dalam keilatan ini, seseorang itu dianggap menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan sama ada tidak boleh diubati atau tidak boleh sembuh sehingga menyebabkan keterbatasan untuk mencari nafkah. Skim ini memberikan

draft • 3:51 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

perlindungan 24 jam kepada pekerja daripada keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang berlaku di luar waktu kerja.

Jadi, kita sedia maklum, jika sebelum ini skim ini tidak disediakan ke atas pekerja asing tetapi saya difahamkan baru-baru ini, bulan Mei baru ini ya, kerajaan telah membenarkan skim keilatan kepada pekerja asing yang bekerja di negara ini.

Jadi, saya difahamkan terdapat enam faedah sebenarnya yang akan diperolehi oleh pekerja asing iaitu faedah ilat, pencen ilat, bantuan ilat, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani, pencen penakat dan kemudahan pengurusan mayat.

Jadi perkara ini perlu dilihat secara meluas dalam beberapa aspek.

Antaranya, justifikasi. Justifikasi skim ini diperluaskan ke atas pekerja asing dan cara pelaksanaannya agar pencarum rakyat tempatan tidak terabai. Sejauh manakah kajian atau libat urus dilaksanakan bersama-sama pakar dan juga pihak berkepentingan di luar sebelum kerajaan memperluaskan skim keilatan ke atas pekerja asing?

Saya berasa bimbang dengan nasib rakyat tempatan kita ya apabila ada kalangan pencarum yang ingin membuat tuntutan manfaat skim keilatan ini, terutamanya pencen ilat, ianya agak sukar untuk lulus dan ada kalanya alasan tidak lulus itu tidak munasabah langsung. Ada yang sebenarnya turun naik buat permohonan ini, pencen ilat ini, sampai lebih daripada sekali. Ada enam kali, saya akan nyatakan selepas ini.

Namun, akhirnya, tidak lulus meskipun mendapat pengesahan status kesihatan oleh doktor pakar. Saya rasa isu-isu seperti ini perlu disegerakan dan diselesaikan secara holistik dan konsisten oleh kerajaan sebelum skim ini diperluaskan kepada warga asing, pekerja asing.

Jadi, sistem yang mewujudkan rakyat untuk mendapat manfaat skim ini perlu diwujudkan tanpa karenah birokrasi terutama apabila pencarum melepasi syarat kelayakan yang digariskan oleh PERKESO.

Jadi, oleh itu, saya ingin meminta data berkaitan pencarum PERKESO yang gagal atau tidak lulus di dalam tuntutan skim ini dalam tempoh tiga tahun dan progress atau tindakan pihak kerajaan dalam memastikan pencarum yang tidak lulus tuntutan tersebut akhirnya mendapat manfaat. Saya juga ingin mengetahui statistik kes tuntutan pencen ilat ini dan pencen penakat yang dibuat oleh pencarum PERKESO dalam tempoh lima tahun terakhir.

Saya ingin merujuk kepada satu kes pada tahun 2023. “Buntu, pencen ilat telah ditolak enam kali”. Ia berlaku di Negeri Sembilan, di Ulu Gadong, Rembau.

Kalau mengikutkan ceritanya, dia mengalami― “Saya bersyukur isteri bersama

draft • 3:51 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

sabar menanggung ujian. Setakat ini, sudah setahun kami mendapat bantuan daripada JKM dan Baitulmal. Bagaimanapun, saya berharap permohonan pencen ilat PERKESO dapat diluluskan. Saya sememangnya memerlukan, lebih-lebih lagi empat daripada enam anak saya masih bersekolah.” Saya ingin mendapat penjelasan, sama ada kes ini telah mendapat ilat tersebut.

Akhirnya, saya ingin bertanya sikit berkenaan dengan keselamatan pekerja ini. Baru-baru ini rasanya Menteri ada menyatakan akan mengadakan latihan meliputi 200,000 pekerja, sama ada 25,000 latihan, tak silap, lebih kurang. Cuma, pertanyaan saya, adakah ia akan diluaskan kepada seluruh negara, tidak tertumpu hanya di Kuala Lumpur?

Itu sahaja setakat ini dan saya sokong. Terima kasih.

draft • 3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Puan Speaker yang telah memberikan Sri Gading untuk berbahas berkaitan dengan rang undang-undang yang telah dipinda ataupun yang akan dipinda daripada Kementerian Sumber Manusia.

Pertama sekali, Sri Gading mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri dan juga kepada kementerian yang berusaha untuk melihat bahawa kebajikan rakyat perlu diutamakan dan mudah-mudahan bukan sahaja kita boleh berbangga sebagai kerajaan yang membantu, sentiasa melihat kepentingan rakyat tetapi juga terus menjadikan Malaysia di antara negara yang boleh dianggap sebagai negara berkebajikan.

Puan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin membawa sedikit cerita berkaitan dengan kemalangan yang berlaku di dalam Parlimen saya. Di mana seorang ayah menghantar isterinya dan menghantar anaknya untuk pertama, isteri bekerja di warung. Lepas itu, dia hantar anak dia. Dia sama-sama kerja di warung.

Apa yang terjadi selepas diturunkan isterinya, dia hantar anaknya dalam keadaan hujan dan terbabas masuk dalam parit. Ayahnya meninggal iaitu suaminya meninggal. Anaknya dapat selamat kerana anaknya tadi tidak pakai tali pinggang, duduk belakang. Ayahnya pakai tali pinggang, mati, meninggal dalam paritlah.

Walaupun orang cuba terjun untuk selamatkan tetapi dah terlambat.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Apa yang saya hendak bawa cerita ini adalah bagaimana pegawai PERKESO di Daerah Batu Pahat yang mendapat maklumat itu daripada isu daripada FB. FB orang kampung yang keluar waktu itu cerita. Belum lagi keluar pada TV, belum keluar daripada surat khabar tapi pegawai PERKESO ini telah ada maklumat dan dia terus bertindak.

Di sinilah kalau kita lihat bahawa tindakan-tindakan pegawai kerajaan yang melihat sesuatu tanggungjawab dia dan dia terus bertindak dan dia terus melihat, mengkaji siapa orang ini. Adakah dia telah mencarum dalam PERKESO. Bila dia melihat bahawa ya isterinya adalah seorang pekerja warung, berdaftar dalam PERKESO bersama suaminya, maka tindakan selanjutnya tidak sampai sebulan dia telah dapat imbuhan.

Apa yang saya hendak ceritakan di sini bahawa bagaimana sepatutnya kerajaan melalui KESUMA ataupun PERKESO ini boleh menerangkan kepada rakyat supaya rakyat yang teramai. Kalaulah pekerja asing pun boleh ada dapat PERKESO, boleh dicarumkan, bagaimana pekerja yang kalau kita lihat memang ada pekerja sendiri dicarumkan, boleh mencarum. Cuma, adakah rakyat yang bekerja sendiri ini ada maklumat dan bagaimana cara untuk mereka dapat mencarum atau dapat mendaftar dalam PERKESO ini.

Di Parlimen Sri Gading, kami telah buat kerjasama dengan PERKESO dalam banyak perkara, dalam banyak program. Kami ada je program, kita akan panggil PERKESO untuk berikan penjelasan sama ada Suri ke dan sebagainya. Di sini kalau kita dapat melihat bahawa ramai sebenarnya rakyat di sana, di luar yang belum lagi mencarum sedangkan program pencaruman untuk kerja sendiri itu dah ada.

Persoalan saya kepada kementerian, dapatkan data berapa ramai rakyat Malaysia yang masih belum mencarum kerana mereka bukan ada majikan, dia tidak ada majikan. Yang ada majikan, kalau tidak mencarum, itu satu masalah lain yang kita boleh ambil tindakan kepada majikan. Tetapi yang tidak ada majikan ini, bekerja sendiri sedangkan kerajaan telah menyediakan kelebihan kepada mereka untuk mencarum. Ini yang pertama.

Yang kedua, kalau kita lihat juga tadi saya telah sentuh tentang pekerja asing yang boleh dicarumkan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, antaranya ada pasport, antaranya yang masuk secara sah, bukan secara legal. Secara legal, bukan cara illegal yang tidak sah. Jadi, ini perkara-perkara yang kalau kita lihat, kalau pekerja asing pun kita boleh berikan pencaruman, mengapa di kalangan pekerja- pekerja kontrak kerajaan, saya hendak tahulah, adakah ada dimasukkan dalam PERKESO dan juga KWSP? Sebab kalau itu tidak dibuat, maka kita macam seolah-

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

olahnya menganiaya rakyat kita sendiri yang bekerja sebagai kontrak dalam jabatan- jabatan kerajaan.

Saya mengharapkan supaya maklumat ini boleh disemak oleh KESUMA bahawa ini adalah kakitangan kerajaan juga, cuma kontrak. Saya harap makna mereka juga ada PERKESO sebab mereka juga melalui perjalanan hendak pergi kerja, mereka juga mungkin akan terlibat dalam perjalanan waktu bekerja, pergi dan balik dan di tempat kerja. Jadi, ini perkara yang kita perlu tengok juga.

Ketiga, saya ingin bertanya kepada KESUMA berkaitan dengan sektor yang paling ramai rakyat terlibat iaitu pertanian, perikanan dan penternakan. Ini bidang yang tidak dibuat- yang bekerja sendiri masalahnya. Kalau boleh, adalah pendekatan-pendekatan yang bijaksana daripada kementerian melalui PERKESO tadi supaya rakyat teramai ini dapat keistimewaan ataupun dapat kemudahan yang disediakan oleh rakyat.

Akhir sekali, ingin saya nyatakan juga bahawa berkaitan dengan kaedah penerangan yang mudah ataupun kaedah pendaftaran yang mudah supaya kalau katakan macam orang kampung kata hendak melalui online dan sebagainya mungkin mereka tidak biasa. Jadi, kalau boleh memanglah pegawai-pegawai yang berkenaan pergi bertemu, adakan pertemuan-pertemuan secara terbuka atau secara tertutup di tempat-tempat yang tertentu supaya mereka semuanya dapat diberikan pertolongan melalui skim yang telah disediakan oleh kerajaan.

Tahniah sekali lagi daripada Sri Gading yang telah menaikkan daripada 5,000 kepada 6,000 untuk insurans dan sebagainya. Ini adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong pindaan ini.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 4:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, mengizinkan Sungai Siput turut serta membahas rang undang-undang pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja. Sungai Siput mengalu-alukan langkah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan pekerja serta saya turut menyokong sepenuhnya pindaan akta mengenai siling gaji PERKESO dari RM5,000 kepada RM6,000. Saya percaya langkah ini amat penting untuk memberikan perlindungan menyeluruh kepada pencarum.

Inisiatif ini tidak bertujuan menambah beban majikan dan pekerja tetapi untuk meningkatkan faedah yang sedia ada kepada penerima faedah PERKESO sekarang dan pada masa akan datang. Saya yakin dengan langkah ini, faedah PERKESO

draft • 4:07 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

akan ditingkatkan, membantu mengurangkan kemiskinan di kalangan pekerja yang cedera. Sejurus dengan pindaan yang dirancang ini, penerima faedah yang layak akan menerima bayaran yang lebih tinggi.

Peningkatan siling gaji tahun ini juga akan memperbaiki faedah bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan menurut PERKESO. Peningkatan siling gaji adalah penting kerana ia mengambil kira kenaikan kos sara hidup, jangkaan inflasi negara dan garis kemiskinan. Selain itu, perlindungan sosial di luar waktu bekerja adalah penting untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan pekerja serta keluarga mereka.

Walaupun perlindungan semasa hanya waktu bekerja, perlindungan di luar waktu bekerja juga sama pentingnya. Puan Yang di-Pertua, pertama sekali, perlindungan sosial yang menyeluruh memberikan jaminan pendapatan kepada pekerja yang mengalami kecederaan di luar waktu bekerja. Ini penting kerana kehidupan pekerja tidak terhad kepada waktu bekerja sahaja. Tanpa perlindungan yang mencukupi, pekerja yang menghadapi kecederaan serius di luar waktu bekerja mungkin menghadapi kesukaran dalam menampung kos perubatan dan keperluan harian yang boleh menyebabkan kemiskinan.

Perlindungan sosial di luar waktu bekerja juga membantu meningkatkan produktiviti dan kesetiaan pekerja. Perlindungan sosial di luar waktu bekerja adalah penting untuk mencipta masyarakat yang adil dan sejahtera dengan memastikan semua individu tanpa mengira pekerjaan atau status sosioekonomi mempunyai akses kepada perlindungan sosial, kita dapat mengurangkan jurang kesenjangan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

draft • 4:07 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Oleh itu, adalah penting untuk kita terus memperkuat dan memperluaskan sistem perlindungan sosial kita untuk memastikan tiada individu terpinggir dalam usaha kita membina masa depan yang lebih cerah untuk semua pekerja. Pada tanggal 18 April 2024 dan juga pada 9 April 2023, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menyeru kerajaan untuk segera memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK). MTUC telah berulang kali menekankan perlunya perlindungan ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja di luar waktu kerja.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat KESUMA, bilakah PERKESO akan melaksanakan skim untuk melindungi pekerja terhadap kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja? Secara keseluruhannya, pengenalan skim pelindungan kemalangan di luar waktu kerja adalah langkah yang amat penting dan perlu segera dilakukan oleh kerajaan.

draft • 4:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Kerajaan perlu menjaga kebajikan pekerja dan memastikan semua pekerja di Malaysia mendapat perlindungan yang sewajarnya untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan membina masyarakat yang lebih adil dan sejahtera. Saya harap Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mengambil tindakan segera untuk merealisasikan skim ini demi kebaikan semua pekerja di negara ini.

Puan Yang di-Pertua, dengan ini Sungai Siput menyokong pindaan Akta Keselamatan Pekerja Sosial. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Pekan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani.

Pertama-tamanya, terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan (Pindaan) 2024, pindaan kepada seksyen 5 dalam subseksyen 5(2) iaitu dipinda daripada RM5,000 kepada RM6,000.

Skim keselamatan sosial pekerja adalah satu perlindungan yang sangat penting kepada pekerja dan juga orang tanggungan mereka. Kali terakhir kadar siling gaji bagi caruman dipinda pada 2022. Pindaan kali ini menyaksikan penambahbaikan iaitu peningkatan siling gaji diinsuranskan daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, sekali gus meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus.

Sehingga 31 Mac 2024, perangkaan PERKESO merekodkan 9.7 juta pekerja aktif dengan sekurang-kurangnya satu caruman dalam tempoh 12 bulan dan 1.55 juta majikan telah berdaftar dengan PERKESO. Jumlah yang aktif mencarum sekurang-kurangnya satu caruman dalam tempoh 12 bulan adalah sebanyak 600,819 majikan atau kira-kira 39 peratus sahaja.

Pada masa ini, pekerja yang berskala gaji kurang dari RM5,000 adalah seramai 8.38 juta orang. Manakala pekerja yang mempunyai gaji melebihi RM5,000 adalah seramai 1.4 juta orang. Pada hemat saya, pindaan ini akan memanfaatkan pertambahan 1.45 juta orang pekerja ke dalam skim tersebut dan secara tidak langsung melayakkan mereka menikmati faedah yang sebelum ini mereka terkecuali.

Pindaan ini merupakan satu perkara yang sangat baik dan wajar dilaksanakan. Ia melibatkan penambahbaikan bagi faedah-faedah tertentu kepada pekerja dan orang tanggungan mereka sekiranya berlaku sesuatu musibah yang menyebabkan mereka kehilangan upaya, antaranya dari aspek kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan.

draft • 4:12 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Puan Yang di-Pertua, peningkatan kos sara hidup pada masa ini tidak dinafikan sedikit sebanyak membebankan ramai pihak terutamanya bagi mereka yang kehilangan pencari nafkah di dalam sesebuah keluarga. Dengan pindaan ini, jika berlaku sebarang musibah kepada orang berinsurans, waris mereka selaku penerima faedah akan menikmati jumlah faedah yang lebih tinggi dan sedikit sebanyak membantu mereka dalam kelangsungan hidup. Apabila pindaan ini dilaksanakan, sudah pasti ia juga akan melibatkan pertambahan caruman yang perlu dicarum oleh pekerja dan juga majikan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Oleh itu saya ingin bertanya, apakah inisiatif kerajaan dalam memastikan kesediaan majikan untuk membayar tambahan caruman tersebut memandangkan ia akan melibatkan pertambahan kos operasi walaupun secara relatifnya jumlah ini tidaklah terlalu tinggi? Mohon nyatakan statistik semasa jumlah majikan yang tidak aktif atau culas namun masih beroperasi.

Apakah tindakan yang diambil bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dengan mencarum supaya pekerja mereka juga layak menerima faedah di bawah PERKESO? Selain daripada itu, apakah inisiatif dan strategi kerajaan dalam memberikan kesedaran dan meningkatkan lebih ramai pencarum sukarela untuk turut berdaftar dan mencarum dengan PERKESO?

Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui mengenai faedah ini sedangkan mereka selaku waris layak menerimanya. Ada kes yang mana waris hanya mengetahui mereka layak selepas berbelas tahun kematian orang berinsurans.

Pada masa itu, barulah mereka dapat menuntut faedah khairat kematian dan tunggakan jumlah pencen penakat yang seharusnya mereka terima sejak sekian lama. Apakah inisiatif kerajaan dalam memastikan setiap waris orang yang berinsurans mengetahui kelayakan mereka supaya mereka dapat menuntut faedah- faedah ini? Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar minimum pencen penakat selaras dengan kenaikan kos sara hidup pada masa ini?

Dato’ Yang di-Pertua, Pekan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 4:12 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang turut memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut sedikit berbahas berkenaan dengan RUU Keselamatan Sosial Pekerja pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan dua persoalan berkenaan kecukupan had RM6,000 yang dicadangkan dalam pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja ini serta implikasinya terhadap pekerja dalam ekonomi gig dalam sektor tidak formal. Pertamanya, had RM6,000 yang dicadangkan sebagai had maksimum gaji yang boleh diinsuranskan perlu dipersoalkan dalam konteks kos sara hidup semasa, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya.

Adakah had ini benar-benar mencukupi untuk melindungi kepentingan pekerja kelas menengah yang semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup?

Saya menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan had yang lebih tinggi, mungkin RM8,000 ataupun RM10,000 untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada golongan pekerja berpendapatan menengah.

Keduanya, pindaan ini nampaknya masih tidak menangani isu perlindungan sosial bagi pekerja dalam ekonomi gig dalam sektor tidak formal. Golongan pekerja ini semakin meningkat jumlahnya dalam pasaran kerja Malaysia, namun mereka sering terpinggir dalam sistem keselamatan sosial konvensional.

draft • 4:18 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memastikan golongan ini turut mendapat perlindungan yang setara? Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme caruman yang lebih fleksibel untuk pekerja gig dan tidak formal. Ini boleh termasuk skim caruman berdasarkan pendapatan yang berubah-ubah atau kerjasama dengan platform ekonomi gig untuk memudahkan caruman automatik.

Saya ingin memetik ataupun menyokong apa yang disebutkan oleh Pasir Gudang tadi tentang had umur untuk pencarum-pencarum PERKESO ini mendapat manfaat. Banyak daripada kalangan kita Ahli Parlimen yang berjumpa dengan kes dia sudah berumur 60 lebih kena penyakit khususnya untuk mendapatkan rawatan dialisis. Walaupun pada mudanya dia mencarum tetapi bila umurnya 62, 63 dia tidak layak untuk mendapatkan bantuan bagi menjalani rawatan dialisis.

Jadi, ini antara perkara-perkara yang saya fikir PERKESO perlu melihat semula undang-undang ataupun had umur ini supaya dapat meringankan beban

draft • 4:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

golongan rentan yang sudah pun berhenti kerja tetapi ada penyakit ataupun kecelakaan ataupun kemalangan yang boleh memudaratkan hidup.

Kita perlu memastikan sistem keselamatan sosial kita berkembang seiring dengan perubahan landskap pekerjaan. Pindaan ini memberikan peluang untuk kita memikirkan semula definisi kerja― definisi pekerja dalam konteks moden dan memastikan tiada golongan pekerja yang tercicir daripada jaringan keselamatan sosial.

Saya menggesa kerajaan untuk meneliti semula had RM6,000 yang dicadangkan dan mempertimbangkan langkah-langkah inovatif untuk merangkumi pekerja gig dan tidak formal dalam sistem keselamatan sosial kita. Ini bukan sahaja akan meningkatkan perlindungan sosial secara keseluruhan tetapi juga akan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 4:20 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Salam perpaduan, Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Speaker di atas ruang dan peluang untuk saya menyampaikan pendapat saya mengenai RUU Keselamatan Sosial Pekerja kali ini.

Ada beberapa perkara yang ingin saya ketengahkan berkenaan dengan usul RUU ini.

Saya sangat menyokong segala usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan liputan mutu dan kesejahteraan tenaga kerja negara. Walaupun secara jujur, saya berpendapat kadar caruman di bawah akta ini sama ada di pihak majikan mahupun di pihak pekerja masih agak rendah dan sudah tiba masanya untuk dinaikkan sedikit memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat, mengambil kira konteks ekonomi semasa dan juga menjajarkan kadar caruman dengan piawaian global bagi memastikan keselamatan sosial pekerja Malaysia terus berdaya saing dan teguh.

Saya berpendapat dengan meningkatkan kadar caruman dan di kedua-dua belah pihak iaitu pihak majikan dan pihak pekerja supaya faedah dan mutu yang diterima dan dinikmati oleh golongan pekerja yang layak dapat diperluaskan dan diperpanjangkan liputannya serta dipertingkatkan lagi kualiti faedah-faedah yang diterima oleh pekerja di bawah akta ini.

Walau bagaimanapun, berbalik kepada RUU ini perkara pertama saya ingin menyatakan sokongan saya dengan usul ini. Sebelum itu, saya ingin tahu berapakah

draft • 4:22 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

jumlah terkini pekerja yang menerima gaji di dalam lingkungan RM5,000 ke RM6,000 mengikut negeri?

Saya menyokong usul untuk melebarkan liputan keselamatan sosial pekerja dengan kenaikan siling gaji pekerja berinsurans dalam lingkungan RM5,000 ke RM6,000 bagi membantu meringankan beban dan memberikan jaminan bahawa kebajikan mereka juga turut terpelihara sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan semasa bekerja.

Bukan setakat pekerja gig, malahan mereka yang bergaji harian atau mereka yang bekerja dalam sektor informal juga perlu kita ambil kira kebajikan dan keselamatan mereka khasnya bagi tenaga kerja yang dikategorikan sebagai kemahiran rendah dan bersepara mahir seperti pekerja di restoran, pekerja pasar raya, pemandu Grab, penghantar makanan, pembantu mekanik, pencuci kenderaan, pekerja kilang dan sebagainya.

Saya juga ingin mencadangkan penambahbaikan dalam akta ini dengan menambah liputan faedah kepada pekerja dari segi liputan kesihatan. Pertama ialah perlindungan penyakit yang tidak berkaitan secara langsung dengan pekerjaan.

Contohnya, seperti penyakit kronik yang seperti kanser, diabetes, penyakit jantung dan penyakit mental yang memerlukan rawatan jangka masa yang panjang.

Seterusnya bagi memastikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan berkeluarga, saya mencadangkan agar perlindungan cuti bersalin kepada ibu turut dibiayai oleh PERKESO dengan memperluaskan cuti paterniti kepada bapa yang lebih panjang kepada 14 hari berbanding tujuh hari. Sudah tentu ini akan melibatkan pindaan kepada Akta Kerja 1955.

Kewujudan Pusat Rehabilitasi PERKESO sebagai kemudahan rehabilitasi kepada orang berinsurans dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan profesional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dengan keupayaan yang maksimum adalah sesuatu yang sangat terpuji. Saya menyahut baik saranan pihak kementerian untuk menambah baik pusat rehabilitasi ini ke setiap negeri dalam Malaysia.

Jadi saya ingin tanya, bilakah pusat rehabilitasi ini dapat dibina di Sarawak?

Saya juga ingin menyarankan agar lebih banyak usaha-usaha dipertingkatkan untuk mengenal pasti majikan-majikan yang tidak membayar caruman kepada pekerja- pekerja mereka. Untuk itu, saya ingin tahu, berapakah jumlah terkini kompaun yang telah dikenakan ke atas majikan yang melanggar akta ini?

Saya yakin masih ramai lagi pekerja-pekerja khasnya yang bekerja di kawasan pinggir dan luar bandar yang belum lagi didaftarkan di bawah keselamatan

draft • 4:22 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

sosial ini khasnya bagi mereka yang dikategorikan sebagai pekerja kurang berkemahiran ataupun separa mahir.

Saranan terakhir saya ialah agar lebih banyak usaha perlu dipergiatkan lagi untuk menyebarkan lagi maklumat-maklumat kepada golongan pekerja tentang hak mereka di bawah sistem ini khasnya bagi kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Dengan kemudahan teknologi moden dan kemudahan prasarana yang semakin baik, saya berharap lebih banyak lagi program-program kesedaran dapat dijalankan di luar dan di pinggir bandar.

Jadi, kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi pelaksana dan majikan perlu juga dipertingkatkan. Dengan ini Dato’ Speaker, saya akhiri perbahasan saya ini dengan menyatakan sokongan saya terhadap RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Untuk makluman Dewan, walaupun diberi tujuh minit, saya menaikkan untuk perbahasan 12 minit. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Jerantut.

draft • 4:22 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya, kepada Jerantut untuk membahaskan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 2024. Saya terus kepada pindaan seksyen 5 iaitu berkenaan dengan menaikkan had maksimum kebolehinsurans amaun gaji seseorang pekerja daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.

Pada tahun 2022, akta ini sudah dipinda pada waktu itu dengan kenaikan had maksimum kebolehinsurans daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan dan hanya selang dua tahun ia dipinda lagi kenaikan kepada had maksimum kebolehinsurans ini. Jadi, kita nak tanya pada pihak kerajaan apakah rasionalnya pindaan yang begitu cepat.

Kalau ia merupakan satu perkara yang keperluan kerana barangkali kerana kos sara hidup rakyat semakin tinggi dan sebagainya kenapa perlu melalui proses begini? Adakah ada proses yang lebih cepat untuk pihak kementerian laksanakan supaya ia boleh memberikan perlindungan kepada semua rentas kepada rakyat?

Berapakah anggaran wang terkumpul daripada kutipan kerana kenaikan had maksimum ini?

draft • 4:26 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Melalui kutipan pada pindaan sebelum ini, kita memohon pihak PERKESO untuk memberikan perincian kepada jumlah kes yang telah diurus oleh PERKESO dan jumlah pampasan yang telah diberikan kepada pencarum bagi menghadapi sebarang musibah sewaktu bekerja dan bagaimana pendapat pihak kerajaan kalau kita boleh extend perlindungan ini kepada bukan pada waktu bekerja sahaja kepada waktu 24 jam.

Sepertimana Ahli Parlimen lain, apa pula status peruntukan RM200 juta kepada PERKESO seperti mana yang diumumkan di dalam Belanjawan 2024? Kita mohon perincian kepada perancangan kerajaan dalam memanfaatkan sebaiknya peruntukan ini. Kalau kita ada jawapan bertulis pun tak apa.

Apakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan lagi jumlah caruman kepada kesemua 65 kumpulan gaji ini kerana seperti mana yang kita tahu kita akan pergi kepada aging nation by 2030, dengan izin. Maka, apakah pihak kerajaan berhasrat untuk menaikkan limit umur barangkali kepada usia lebih tinggi kerana statistik umur usia di dalam negara ini semakin bertambah, tidak lagi 55 lebih daripada 70 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan Jadual Ketiga dan Jadual Keempat iaitu berkenaan dengan caruman bagi keilatan dan bencana kerja dan faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan.

draft • 4:26 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Secara keseluruhannya, pindaan jadual ini berkait rapat dengan kenaikan had maksima kebolehinsurans. Namun, ada beberapa persoalan yang menarik minat Jerantut yang berkaitan dengan kenaikan had maksima ini.

Pertama, rentetan dari tiadanya pencen kepada penjawat awam bermula ambilan tahun ini, apakah kerajaan berhasrat untuk mewajibkan caruman ke atas penjawat awam lantikan tetap tidak berpencen? Yang kedua, apakah pula statistik pendaftaran semasa program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) iaitu caruman pekerja, caruman PERKESO kepada rakyat yang bekerja di dalam industri gig ekonomi?

Saya bertanyakan soalan ini kerana kita boleh mengenang kembali nasib keluarga mangsa nahas Elmina, di mana antara mereka ini adalah pekerja p-hailing, Foodpanda dan pemandu e-hailing yang walaupun sudah diwajibkan kepada semua untuk berdaftar di bawah PERKESO, namun mereka tidak mencarum.

Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk memperkasakan dan menguatkuasakan tindakan yang lebih keras kepada mana-mana majikan yang tidak bertanggungjawab, yang tidak mencarum pekerja-pekerja mereka khususnya dalam industri p-hailing dan juga e-hailing ini terhadap PERKESO? Apakah pihak kerajaan

draft • 4:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

akan lebih tegas dan proaktif dalam memastikan majikan atau penyelia perkhidmatan sektor ekonomi gig ini melaksanakan tanggungjawab mereka kepada caruman ini?

Seterusnya, apakah pula usaha kerajaan bagi meningkatkan keberkesanan program-program yang ditawarkan oleh PERKESO kepada golongan pekerja sendiri atau yang bekerja di dalam sektor tidak formal agar mereka juga menerima perlindungan keselamatan sosial daripada kerajaan?

Sebagai konklusinya Yang di-Pertua, saya yakin dengan pindaan ini, kerajaan sudah pun bersedia dengan implikasi kewangan yang bakal dihadapi dan sudah pun membuat analisis agar penggunaan dana PERKESO boleh terus kekal mampan tanpa bergantung kepada suntikan dana dari peruntukan tambahan fiskal kerajaan.

Sekiranya belum melihat implikasi kewangan, saya mohon sangat agar ia dikaji dengan teliti dahulu supaya pindaan ini tidak menjadi beban kepada para majikan ataupun kepada pekerja sendiri dan barangkali ia akan membuahkan hasil yang tidak baik kepada kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Dengan ini, saya mohon menyokong.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Miri.

draft • 4:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.

Saya ingin memulakan dengan ucapan setinggi-tinggi syabas, tahniah kepada Kerajaan Madani yang cukup prihatin dengan kebajikan rakyat dan terus mengambil jalan untuk menguatkan jaringan keselamatan sosial untuk rakyat kita.

Memandangkan kita sedang bahas tentang RUU pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan kepada KESUMA untuk menggunakan kerangka Akta 4 ini untuk memperkenalkan satu skim caruman sukarelawan kepada pekerja bagi mendapatkan faedah perubatan yang lebih luas.

Kita semua sedia maklum bahawa sistem kesihatan di sektor awam telah terlebih beban dan sesak akibat daripada pelbagai faktor. Sebagai usaha untuk mengatasi cabaran ini, satu Kertas Putih Kesihatan Malaysia telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun yang lalu.

Dalam kertas putih tersebut, terdapat juga cadangan supaya opsyen skim caruman progresif juga akan dikaji untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk kesihatan bagi memastikan kemampanan pembiayaan kesihatan. Di sini, saya

draft • 4:32 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

ingin mencadangkan kepada KESUMA untuk bekerjasama dengan KKM bagi memperkenalkan satu skim caruman secara sukarela di bawah kerangka Akta 4 ini.

Seperti yang dilakukan di United Kingdom, di bawah National Health Service dan seperti caruman PERKESO yang sedia ada sekarang, saya cadangkan supaya semua pekerja, sama ada yang masih berkhidmat atau yang sudah bersara, diberi opsyen untuk membuat caruman bulanan tambahan secara sukarela di bawah skim caruman ini. Pencarum ini tiada had umur dan akan terus layak mendapat faedah di bawah caruman, selagi mereka masih teruskan membuat caruman secara bulanan.

Seterusnya, pencarum-pencarum ini boleh mendapat faedah perubatan yang lebih luas. Apabila dalam keadaan memerlukan, sama ada disebabkan bencana kerja, seperti yang sedia ada ataupun bukan bencana kerja, pencarum tambahan ini boleh mendapat perkhidmatan perubatan di sektor kesihatan awam mahupun swasta yang didaftarkan dengan agensi yang mengendalikan skim ini seperti PERKESO.

Maka, segala kos perubatan ini pula akan dibiayai oleh agensi tersebut atau PERKESO di bawah skim caruman ini.

Dengan erti kata lain, fungsi skim caruman sukarelawan yang saya ingin cadangkan ini adalah serupa dengan insurans kad perubatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans swasta di pasaran. Perbezaannya adalah sudah tentu dan saya yakin, kos caruman atau premium untuk mendapatkan perlindungan insurans perubatan ini adalah lebih rendah dan dimampukan atas faktor seperti kalau dia diperkenalkan oleh kerajaan, sudah pasti dia bukan bermotifkan keuntungan.

Maka, margin keuntungan dapat dijimatkan dan kerajaan boleh melalui subsidi atau peruntukan sebagai usaha dalam meningkatkan belanjawan kesihatan bagi mengatasi cabaran kesesakan dan beban di fasiliti kesihatan awam yang sedia ada.

Seterusnya, melalui rundingan dan pantauan daripada agensi kerajaan, ini akan membolehkan kos perubatan yang perlu dibiayai di fasiliti kesihatan swasta dioptimumkan dan menjadi lebih kompetitif. Cabaran yang kita hadapi sekarang dan sememangnya saya telah menerima banyak aduan daripada rakyat secara umumnya adalah premium kad perubatan insurans swasta yang telah melonjak baru- baru ini dan akibat daripada pelbagai faktor, terutamanya apabila kita paling memerlukannya di usia persaraan.

Dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua, we are stuck in the situation where on one hand, public health facilities are over burden and congested, while on the other hand, private health facilities and the medical insurance are too expensive to be accessed by the people.

draft • 4:32 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Oleh itu, kita perlukan satu skim caruman seperti yang saya cadangkan tadi bagi menjamin kebajikan rakyat dan kemampanan dalam sistem kesihatan di negara kita. Dengan ini, saya sesungguhnya percaya bahawa kebajikan pekerja dari segi perubatan dan kesihatan dapat terjamin. Pada masa yang sama, kesesakan dan beban fasiliti kesihatan awam juga dapat dikurangkan.

Saya berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan untuk perbincangan yang seterusnya. Memandangkan masih ada masa lagi, saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa kepada seluruh kaum Dayak yang ada di negara ini.

Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Miri. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kangar.

draft • 4:32 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, pada petang ini Kangar ingin meneruskan perbahasan usul berkaitan dengan hak golongan pekerja di bawah PERKESO.

Jadi, kebajikan pekerja-pekerja amat perlu dijaga bagi mengekalkan keharmonian dalam sektor pekerjaan. Pindaan fasal 2 seksyen 5, siling gaji diinsuranskan PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000 dan pindaan Jadual Keempat, Akta 4 untuk memasukkan kadar caruman baharu dan gaji bulanan yang bersamaan bagi bulan itu apabila gaji seseorang pekerja melebihi RM5,000 dan RM6,000.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya akan fokus pada sektor tidak formal, terutamanya bagi golongan peniaga ataupun golongan bekerja sendiri ataupun pekerja gig. Soalan Kangar, apakah usaha dan pelaksanaan PERKESO di peringkat negeri bagi mencapai sasaran 1 juta pencarum aktif melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) dan mengapakah golongan bekerja sendiri kurang berminat dengan PERKESO?

Adakah majikan-majikan yang berskala kecil mempunyai kekangan masing- masing? Mungkin dari segi jualan, mungkin juga dari segi keuntungan mereka agak merosot teruk, kesan daripada kenaikan kos menyebabkan mereka kurang ataupun tidak mencarum lagi kepada PERKESO.

draft • 4:38 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Soalan kedua, adakah terdapat kekangan di pihak PERKESO sendiri dalam merekrut pencarum-pencarum baru terutamanya dalam kalangan peniaga-peniaga?

draft • 4:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kalau kita pergi ke pejabat-pejabat PERKESO di negeri-negeri yang saya pergi, saya dapati bilangan staf PERKESO amat sedikit dan mungkin ini akan mengganggu pergerakan ataupun tugas mereka untuk menjaga satu daerah ataupun satu negeri.

Jadi, pergerakan mereka nampak agak sedikit terbatas.

Soalan ketiga, adakah PERKESO mempunyai sistem mesra pencarum terutamanya bagi pencarum yang agak berusia umurnya bagi meneruskan caruman mereka terutamanya bagi pekerja-pekerja yang masih lagi bekerja tapi sudah berusia lebih daripada 60 tahun. Mungkin ada juga yang berusia 70 tahun tetapi masih bekerja dan mereka perlu mencarum. Jadi, adakah satu tindakan yang mesra pencarum dibuat oleh pihak PERKESO?

Soalan keempat, adakah sistem penalti Faedah Caruman Lewat Bayar

(FCLB) terlalu membebankan golongan peniaga dan tidak mesra? Sebab kalau kita pergi ke pejabat PERKESO, kita selalu dapati bahawa tengok-tengok kena denda, tengok-tengok kena denda. Itu berlaku kepada majikan-majikan terutamanya majikan-majikan orang-orang tua, orang lama-lama yang tak pandai komputer, tak pandai IT dan sebagainya. Jadi, ini menimbulkan masalah kepada mereka memandangkan anak-anak tidak ada untuk membantu mereka untuk mencarum dan sebagainya.

Soalan kelima, adakah wang caruman ini merupakan wang hangus? Setakat yang saya tahu, wang yang dicarum oleh pencarum itu adalah wang hangus.

Maksudnya, kalau pencarum itu sihat, dia tak dapat apa dah, dia takat mencarum sahaja. Jadi, dia tidak mendapat apa-apa faedah jika dia sihat kecuali dia tidak sihat ataupun dia kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Dato’ Yang di-Pertua, angka RM5,000, angka RM6,000 sebenarnya tidak mencerminkan tentang hak dan faedah yang akan diperolehi golongan pekerja terutamanya golongan yang bekerja sendiri. Terlalu ramai golongan peniaga yang mencarum tetapi tidak diberi info secukupnya oleh pihak PERKESO.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya, golongan yang mencarum ini ditinggalkan begitu sahaja terutamanya peniaga-peniaga yang berusia. Ini pun saya jumpa mereka, saya tanya. Jadi, mereka pun tak– bila dah mencarum sekali dan kemudian mereka terus ditinggalkan seolah-olah mereka kena bertindak sendiri sedangkan faktor usia juga boleh mengganggu ataupun membantutkan hasrat mereka untuk mencarum pada bulan-bulan ataupun tahun seterusnya.

Soalan seterusnya, adakah PERKESO bersedia untuk memberi sedikit imbuhan sekiranya pencarum itu sihat sehingga umur 60 tahun dan apakah pandangan PERKESO berkaitan dengan perkara ini? Pencarum aktif, ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya terlalu banyak ruang bagi membolehkan pekerja-pekerja mendapat faedah. Jadi, jika mengikut Akta 4, caruman kadar baru akan dibuat apabila gaji melebihi RM5,000, kerajaan akan dapat lebih daripada caruman itu. Maksudnya, kerajaan dapat income ataupun pendapatan yang lebih.

Jadi, seelok-eloknya bila pendapatan kerajaan bertambah, maka pekerja mendapat faedah yang jauh lebih baik, perlindungan yang lebih dan bantuan yang lebih baik sebab duit PERKESO kebanyakan adalah duit pencarum. Duit PERKESO kebanyakan adalah duit pencarum.

Jadi, banyak persoalan lain yang boleh timbul. Antaranya mengapakah kadar ketidakpatuhan majikan untuk mencarum begitu tinggi. Adakah dengan mengenakan penalti ataupun FCLB yang tinggi boleh meningkatkan kuantiti pencarum? Adakah PERKESO juga perlu mencari kaedah-kaedah baru bagi menggalakkan orang-orang baru untuk terus mencarum dengan PERKESO? Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk menyampaikan pandangan saya mengenai rang undang-undang bagi meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau lebih dikenali sebagai Akta 4. Sebagai pembahas yang kedua terakhir mengikut senarai yang diumumkan tadi, sudah tentu banyak perkara yang ingin saya utarakan telah pun dibangkitkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang telah berucap sebelum ini. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya bertekad juga untuk meneruskan perbahasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini sebenarnya quite simple lah, very straightforward, dengan izin. Cadangan pindaan di dalam akta ini pada pendapat saya adalah satu langkah yang amat positif dan penting ke arah memperkukuh keselamatan sosial bagi pekerja di negara kita selain memberi garis panduan kepada majikan dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka mewujudkan satu situasi kerja yang kondusif dari segi keselamatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya menyokonglah penuh pindaan ini.

Namun begitu, saya terpanggil juga untuk menyentuh beberapa aspek yang saya rasa perlu diberi penekanan dan perhatian lanjut.

draft • 4:45 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, menaikkan had maksimum kebolehinsuransan ataupun insurability amaun gaji daripada RM5,000 sebulan kepada RM6,000 sebulan adalah langkah baik, wajar dan relevan. Apatah lagi dengan keadaan semasa kita sekarang di mana kos sara hidup agak tinggi dan mungkin semakin- ataupun mungkin akan meningkat.

Selain itu pula, ianya juga menggalakkan pengagihan semula pendapatan dan perkongsian risiko yang lebih baik antara para pencarum termasuk para penerima faedah. Ini adalah langkah penting untuk memastikan keadilan sosial selain meningkatkan kesejahteraan pekerja.

Fasal 3 dan fasal 4 pula Tuan Yang di-Pertua, memperkenalkan kadar caruman baharu bagi kurang lebih 1.5 juta pekerja yang bergaji melebihi RM5,000 dan RM6,000. Ini bukan sahaja akan meningkatkan jumlah dana keselamatan sosial akan tetapi boleh memastikan kelestarian ataupun sustainability sistem ini.

Jadi, dengan dana yang lebih kukuh, SOCSO ataupun PERKESO akan dapat memberikan faedah yang lebih baik, stabil dan lestari kepada para pekerja. Saya juga dimaklumkan semasa taklimat pada tengah hari tadi, pihak kementerian telah pun memaklumkan tadi bahawa PERKESO juga telah memperkenalkan perkhidmatan keselamatan sosial yang menyokong pencegahan dan pemulihan daripada penyakit dan kemalangan kepada 9.6 juta pencarum setakat ini. Ini adalah langkah yang amat baik oleh PERKESO dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pencarum.

Tuan Yang di-Pertua, pada anggapan saya, kebaikan yang diperoleh daripada pindaan ini adalah jelas. Selain menyediakan perlindungan yang lebih luas kepada pekerja dengan gaji yang lebih tinggi, ia juga memastikan agar semua pekerja tanpa mengira tahap gaji mereka mendapat perlindungan yang adil dan mencukupi.

Kedua, peningkatan kadar caruman agar memperkukuh dana keselamatan sosial. Memastikan bahawa SOCSO juga mempunyai sumber yang mencukupi untuk memberi faedah yang diperlukan kepada pekerja dan secara tidak langsung boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan dan sejajar dengan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Saya juga beranggapan Tuan Yang di-Pertua, penyesuaian kadar caruman dan had gaji ini juga selaras dengan keadaan ekonomi semasa. Saya juga percaya dengan menyesuaikan skala perlindungan ataupun scale protection dengan izin, dengan perubahan kos hidup dan inflasi, kita akan boleh memastikan sistem keselamatan sosial kita kekal relevan dan efektif ya.

draft • 4:45 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Walau begitu Tuan Yang di-Pertua, ada juga beberapa cabaran yang perlu diatasi. Salah satu kebimbangan utama adalah peningkatan beban kos kepada majikan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana ataupun PKS. Peningkatan kadar caruman mungkin menambah tekanan kewangan kepada majikan yang boleh mengurangkan kemampuan mereka untuk menggaji lebih ramai pekerja atau mengekalkan pekerja yang sedia ada.

Untuk mengatasi isu ini, kita perlu mempertimbangkan langkah-langkah sokongan tambahan kepada PKS. Ini mungkin termasuk insentif cukai atau bantuan kewangan sementara untuk membantu majikan menyesuaikan diri dengan kadar caruman baru. Dengan pendekatan yang menyeluruh, kita dapat memastikan bahawa pindaan ini tidak membawa kesan negatif yang besar kepada sektor perniagaan di negara kita.

Selain itu pelaksanaan kadar caruman dan gaji anggapan yang baharu ini mungkin menambah complexity dalam menguruskan gaji dan caruman oleh majikan.

Untuk mengatasi isu ini, saya memohon agar pihak kementerian memastikan pihak SOCSO menyediakan panduan dan sokongan yang mencukupi kepada majikan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan.

Selain itu, keberkesanan penguatkuasaan undang-undang ini harus diberi perhatian atau diambil beratkan kerana tanpa penguatkuasaan yang tegas, maka kita akan berdepan dengan risiko sebilangan majikan mungkin tidak mematuhi kadar caruman baharu ini. Oleh itu, saya mencadangkanlah jika boleh supaya SOCSO perlu diberi kuasa dan sumber yang mencukupi untuk menjalankan penguatkuasaan agar boleh lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa setakat ini sahajalah pandangan saya dan saya menyokong pindaan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Aman. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bayan Baru bangun untuk menyokong rang undang-undang untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Saya terima kasih kepada Menteri kerana berusaha untuk menjaga keselamatan pekerja dan kebajikan pekerja dengan menaikkan siling daripada 5,000 kepada 6,000. Ini satu usaha yang harus diberikan

draft • 4:52 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

kerana keprihatinan Menteri terhadap pekerja kita. Syabas dan tahniah kepada Menteri dan juga KESUMA.

Saya ingin bangkitkan beberapa isu yang saya rasa adalah penting untuk diambil perhatian oleh KESUMA. Pertamanya adalah dari segi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ini peringkat dasar jadi saya ingin cadangkan kepada KESUMA supaya melihat skim ini. Saya rasa ini skim yang sangat-sangat penting untuk suri rumah dan kita tahu bahawa kita semua, sama ada ibu kita, sama ada isteri kita, suri rumah yang menyumbang bakti kepada keluarga kita sepanjang umur daripada selepas kahwin ada yang tidak kerja sampailah umur tua masih menjadi suri rumah yang komited kepada keluarga.

Ini adalah sumbangan suri rumah yang selalunya tidak diiktiraf, unsung hero yang dalam keluarga kita. Tetapi selalunya kebajikan mereka tidak terjaga dan saya nampak bahawa SKSSR ini dia memberi caruman kepada suri rumah daripada umur 18 hingga 55 tahun sahaja. Umur 55 tahun walaupun kebanyakan ada pekerja yang bersara pada umur 55, tetapi suri rumah tidak bersara mereka teruskan sumbangan kepada keluarga kerja pagi sampai malam, sampai lewat malam jaga anak, jaga suami, jaga ibu bapa tanpa penat lelah. Akan tetapi sosial sekuriti mereka stop 55.

Saya rasa ini satu ketidakadilan yang perlu dikaji. Bolehkah saya mohon dan cadangkan supaya had umur 55 itu dinaikkanlah selama yang mungkin. Kalau bolehlah sampai ke minta maaf, akhir hayat supaya suri rumah itu sebab mereka contribution to the family is forever. Kedua, adalah SKSSR ini diterapkan ke Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. SKSSR ini dia ada certain limit dan certain kriteria dan juga certain tahaplah.

Kalau boleh, bolehkah ia diterapkan jadi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Kalau kita boleh luaskan takrifan pekerjaan sendiri kepada gig economy, kepada e-hailing, kepada pelbagai sektor kenapa kita tidak boleh memberi kepada suri rumah di mana mereka pun consider satu career job, a career. Jadi, ini adalah saya harap boleh dipertimbangkan supaya segala kebajikan itu lebih meningkat.

Ketiga adalah saya juga ingin memperjuangkan untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diperluaskan kepada satu sektor yang sedang menaik tetapi kurang dipandang iaitu sektor YouTuber, TikToker dan juga social media influencer. Ini semakin mendapat perhatian daripada - mendapat sambutan.

Pekerjaan ini walaupun nampaknya tidak dan bukan formal tetapi sekarang mendapat banyak YouTuber, ramai orang muda sekarang masuk ke karier ini dan sememangnya dia mendapat sambutan yang sangat baik. Ini boleh dikatakan satu pekerjaan juga.

draft • 4:52 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya nampak bahawa ada certain YouTuber, TikToker mereka cuba mempromosikan sesuatu produk tetapi tercedera atau jatuh. Ada yang baru-baru ini di luar negara ada yang mati pula. Of course kita kena takrifkanlah apa pekerjaan bukan yang YouTuber, TikToker yang mengapi-apikan sentimen perkauman atau politik, itu bukan. Itu meraikan likes sahaja tetapi yang betul-betul bekerja untuk sara hidup, untuk produk dan sebagainya boleh diconsider tetapi yang cuba dapat likes, cuba jadi hero kepada isu-isu perkauman itu saya rasa tidak bolehlah. Jadi mungkin Arau tidak layaklah dari segi skim ini tetapi saya harap supaya ini boleh diperluaskan kepada TikToker, YouTuber dan juga social media influencer.

Poin yang terakhir yang saya ingin touch on adalah tentang sustainability of Tabung SOCSO kita, PERKESO kita, tabung kita. Sebab kita tahu bahawa kos untuk pelbagai bantuan meningkat. Contohnya pusat-pusat rehabilitasi, kos doktor dan sebagainya semakin meningkat tetapi kita tahu bahawa caruman pekerja dan juga majikan dia sudah ditetapkan sudah lama pada what do you called, kadar yang sangat-sangat munasabah.

Ada satu perbincangan secara private dengan beberapa pihak pengurusan PERKESO, mereka ada melahirkan supaya ada kekhuatiran bahawa mungkin Tabung SOCSO ini mungkin akan menghadapi masalah kalau kadar itu masih pada kadar yang tahun 80-an dan sebagainya.

draft • 4:52 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Of course, ini bukan isu yang popular, saya tahu. Sebab, ramai yang akan mengeluh, majikan juga akan complain. Kita mahu apa yang sesuatu itu sustainable supaya a long term, dia tidak akan berlaku krisis kepada satu tabung yang begitu penting untuk keselamatan pekerja. Itu sebab, I think it’s not― kita mahu, kalau bolehlah, saya pun mahukan kadar itu selama-lamanya pada kadar yang rendah untuk semua orang dan boleh selama-lamanya.

Tetapi, sememangnya kita tahu bahawa setiap tabung di negara lain, luar negara, social security crisis, contohnya di Amerika, mereka memang ada problem dengan social security system mereka sehingga dia burst, especially, terutamanya apabila kita menghadapi ageing society.

Apabila generasi kita ini semakin menua, tetapi generasi yang akan datang populasinya kurang pekerja, jadi mereka tidak mencarum, maka dia akan berlaku krisis. Jadi, harus ada perancangan yang forward planning supaya kita boleh ada satu tabung yang sustainable untuk bantu pekerja secara long-term dan juga pada kadar semunasabah yang boleh supaya kita ada satu sistem sekuriti yang lebih baik dan maju.

Sekian, terima kasih. Pandangan saya. Saya menyokong.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Bayan Baru. Berikut pembahas adalah Yang Berhormat Rasah.

Dipersilakan.

draft • 5:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya walaupun saya hanya mohon pada saat terakhir.

Ada tiga perkara saya hendak sebutkan berkenaan dengan pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja yang asalnya akta induk pada tahun 1969, akta ini.

Yang pertama adalah berkenaan dengan usaha kerajaan iaitu pindaan utama pada hari ini yang menaikkan had gaji siling daripada RM5,000 ke RM6,000. Satu usaha, satu inisiatif yang sangat baik daripada Kerajaan Malaysia Madani yang wajar kita sokong bersama.

Cuma, saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat pada pindaan berkenaan dengan had gaji siling ini yang RM5,000 ini, tidak silap saya mula berkuat kuasa pada tahun 2022, September. Maknanya dalam masa kurang dari dua tahun, kita naikkan dari RM5,000 ke RM6,000. Apakah ada keperluan dua tahun dari sekarang kita mungkin akan naik kepada RM7,000? Sebab kenaikan itu kita boleh jangkakan. Kenaikan gaji dan sebagainya. Keperluan untuk melindungi kelompok pekerja yang lebih ramai.

Cuma, saya hendak tanya, kenapa kerajaan tidak terus naik RM2,000?

Maknanya daripada RM5,000 kepada RM7,000. Supaya dua atau tiga tahun dari sekarang, kita tidak perlu untuk buat pindaan dan buat perbahasan yang macam hari ini semula dalam Dewan yang mulia ini. Saya hendak tanya daripada Yang Berhormat Menteri nanti.

Perkara kedua berkenaan dengan PERKESO ini, isu yang sering kali menjadi perbincangan hangat ataupun menjadi topik perbincangan khasnya kepada pekerja yang telah ditimpa musibah dan sebagainya, terutamanya di tempat kerja, adalah berkenaan dengan pencen keilatan, selepas hilang kemampuan untuk kerja. Seperti biasa, sama ada dia layak atau tidak, ditentukan oleh jemaah doktor. Ataupun sekiranya keputusan jemaah doktor tersebut tidak memberikan kelulusan, rayuan boleh dikemukakan oleh satu lagi jemaah― Jemaah Doktor Rayuan.

Saya hendak tanya di sini. Sering kali― ini saya rasa Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, pusat khidmat masing-masing sering kali ada penduduk, pengundi yang datang yang kata ada menghadapi masalah seperti ini. Ada tidak apa-apa penambahbaikan ataupun pertimbangan daripada pihak

draft • 5:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kementerian KESUMA sendiri untuk memperbaiki sistem sedia ada? Saya tidak kata sekarang ini tidak baik. Cuma, kita hendak tambah baik untuk memberikan kemudahan yang lebih tinggi kepada pekerja yang ditimpa musibah. Sebab, kita hendak jaga golongan ini. Mereka ini pencarum.

Cuma, dalam banyak kes di mana dikatakan layak, okey, tetapi jemaah doktor memberikan keputusan yang sebaliknya menyebabkan pemohon ini rasa macam dia ini apabila dia perlukan pertolongan, gagal diberikan oleh PERKESO. Jadi, ada tidak pihak kerajaan buat kajian berkenaan dengan perkara ini? Supaya perkara ini boleh kita tangani dengan cara yang lebih menyeluruh dan holistik.

Saya sebut di sini sebab saya nampak Yang Berhormat Menteri sendiri selama ini memang sangat cakna, sangat prihatin terhadap kebajikan pekerja sebelum Yang Berhormat menjadi Menteri untuk Kementerian ini. Jadi, saya harap dengan adanya menteri yang sebelum menjawat jawatan ini pun sudah menunjukkan keprihatinan yang cukup tinggi, boleh tidak dibuat kajian berkenaan dengan perkara ini yang akhirnya menyebabkan lebih ramai pekerja kita mendapat perlindungan ataupun mendapat manfaat daripada skim pencen keilatan, seandainya mereka ditimpa musibah?

Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan pada petang ini adalah berkaitan dengan skop perlindungan PERKESO. Ya, tadi saya dengar ada rakan- rakan menyebut bahawa ada keperluan untuk kita meluaskan skop perlindungan terhadap golongan kategori pencarum. Sebab, kita tahu alam pekerjaan sekarang berbeza dengan sebelumnya. Jenis-jenis pekerjaan yang wujud pada ketika ini banyak yang baru, bersesuaian dengan pembangunan teknologi semasa dan sebagainya. Jadi, menyebabkan golongan baru ini ada yang masih belum dilindungi.

Ada tidak kajian daripada kementerian sendiri ataupun daripada PERKESO sendiri untuk membolehkan golongan ini turut mencarum di dalam skim PERKESO dan akhirnya mereka, seandainya ditimpa kemalangan dan sebagainya, mereka boleh membuat tuntutan dan dilindungi? Supaya, selepas apa-apa yang terjadi, mereka tidak terpinggir daripada mendapat pelindungan yang disediakan kepada pekerja lain. Sebab, kita tahu dalam pasaran sekarang, jenis pekerjaan yang baru pun bertambah.

Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri selepas ini.

Sekian, terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya ingin membuka jika ada yang hendak berbahas. Last.

Jika tidak ada, saya akan memohon Menteri untuk menjawab. 30 minit.

draft • 5:01 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Bagi pihak KESUMA atau Kementerian Sumber Manusia, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024. Ini merupakan RUU pertama saya sejak diberi amanah sebagai Menteri KESUMA. Jadi, saya dan warga kementerian amat menghargai segala pandangan, saranan, cadangan mahupun kritikan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perkara ini.

Seramai lebih kurang 20 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan RUU Keselamatan Sosial dan saya boleh rangkumkan, simpulkan bahawa kesemuanya sebulat suara menyokong pindaan RUU ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menambah baik kebajikan rakyat khususnya warga pekerja.

Ada beberapa kes-kes spesifik yang telah dibangkitkan, contohnya oleh Yang Berhormat Besut dan lain-lain lagi. Saya minta supaya kes-kes spesifik ini mungkin boleh ditujukan kepada saya ataupun pejabat saya supaya kita boleh membuat follow-up yang lebih terperinci ya, saudara YB Besut. Yang lain-lain pula, saya rasa saya akan jawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan mengikut Ahli-ahli Parlimen yang telah membangkitkan isu-isu tersebut.

Pertama sekali, Yang Berhormat Pasir Gudang yang telah membangkitkan sebenarnya tentang memperluaskan skim perlindungan keselamatan sosial PERKESO untuk semua pekerja meliputi juga bencana di luar pekerjaan ataupun kemalangan yang bukan bencana kerja. Perkara ini turut disentuh oleh rakan saya Yang Berhormat Bandar Kuching, Sungai Siput dan juga Miri.

draft • 5:07 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sememangnya KESUMA ataupun sebelum ini Kementerian Sumber Manusia, telah pun membangkitkan cadangan untuk Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja. Sejak tahun 2022 lagi tetapi sehingga sekarang kita masih lagi belum berjaya melaksanakannya. Dengan adanya kenyataan-kenyataan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa KESUMA dan juga PERKESO mempunyai keyakinan yang lebih besar untuk akhirnya melaksanakan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja. Di mana faedah- faedah akan dipanjangkan kepada kecederaan dan juga kemalangan di luar waktu kerja.

Ini merupakan satu usaha ataupun satu pandangan yang amat baik sebab ia akan memperluaskan lagi faedah-faedah dan perlindungan sedia ada. Untuk

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

makluman, daripada pengiraan PERKESO, sebenarnya kalau kita hendak melaksanakan skim ini, kos bulanan yang perlu dicarum adalah antara RM11 hingga RM45 sebulan. Kalau dilihat secara relatifnya ataupun secara perbandingannya dengan manfaat dan faedah yang diberikan, saya rasa ini merupakan kos yang mampu dibiayai iaitu antara RM11 kepada RM45, bergantung pada gaji seorang pencarum itu. Jadi, saya harap jika kita membawa satu pindaan ataupun satu RUU untuk memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja, saya mohon sokongan seperti yang telah diberikan untuk skim ini.

Keduanya, Yang Berhormat Pasir Gudang juga telah pun dan juga beberapa orang YB lain telah membangkitkan cadangan melanjutkan Skim Keilatan melebihi 60 tahun terhadap para pekerja yang masih bekerja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk masa sekarang, tempoh had umur 60 tahun dikekalkan bagi keilatan di bawah Skim Keilatan sebab ini merupakan had umur persaraan negara kita dan juga mengambil kira keupayaan seseorang itu serta risiko kesihatan selepas melebihi 60 tahun.

Walau bagaimanapun, di bawah Akta 4 ini, Skim Bencana Kerja (SBK) masih terpakai kepada pekerja yang bekerja walaupun umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Jadi, dalam Akta 4 ini, apabila ianya dibincang, Skim Bencana Kerja, ia terpakai. So, kalau 60 tahun dan ke atas masih bekerja dan ada kemalangan bencana kerja, maka mereka boleh mendapat tuntutan faedah tetapi Skim Keilatan buat masa ini, hadnya 60 tahun.

Seterusnya, YB. Bentong telah membangkitkan tentang rancangan kerajaan untuk menguat kuasa undang-undang agar majikan mematuhi dan juga apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk menggalakkan lebih banyak lagi majikan mencarum dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, beberapa tindakan yang dilakukan oleh PERKESO selama ini termasuklah:

(i) pemeriksaan secara berjadual ke premis majikan oleh pegawai pemeriksa di seluruh negara;

(ii) mengguna kaedah, dengan izin, smart detection iaitu melaksanakan aktiviti pengesanan ke atas majikan dengan kerjasama agensi seperti KWSP;

(iii) operasi bersepadu one visit policy antara agensi dan jabatan di bawah KESUMA;

(iv) operasi mega bersepadu, contohnya Ops Banteras Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang bersama Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KWSP, PDRM, JKKP dan PERKESO;

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

(v) mengadakan publisiti dan promosi melalui media sosial, laman web, Facebook, YouTube, WhatsApp, Instagram dan sebagainya;

(vi) mengedarkan pamphlet, flyer, poster; dan

(vii) menjalankan program pendidikan seperti program seranta dan program bersama pemimpin setempat yang diadakan di seluruh negara melibatkan majikan dan pekerja.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk denda, kita telah ada undang- undang dan juga garis panduan. Tindakan pengkompaunan boleh diambil di bawah seksyen 95A, Akta 4 bagi kesalahan-kesalahan yang telah ditetapkan dan kadar kompaun yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi 50 peratus daripada amaun denda maksimum bagi sesuatu kesalahan itu. Tindakan pendakwaan juga boleh diambil oleh PERKESO sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam seksyen 94, akta ini.

Contohnya, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Tapi pendekatan yang diambil oleh PERKESO dan juga KESUMA, kita merasakan hukuman semata-mata tidak memadai. Sebab utamanya ialah kita mahu supaya pekerja kita dilindungi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja.

Justeru itu, contohnya tahun ini, mulai 15 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024, jadi ada sikit masa lagi dalam lebih kurang seminggu lagi Tuan Yang di-Pertua, Program Pemutihan telah pun dilaksanakan. Kita mengambil pendekatan berhemah.

Nak supaya majikan tampil dalam tempoh pemutihan ini, mendaftar dan mencarum untuk pekerja-pekerja mereka.

Dalam tempoh pemutihan ini, jika majikan tampil ke hadapan untuk mendaftar, kita tidak akan kenakan apa-apa hukuman. Sebab seperti yang saya terangkan tadi, matlamat utama PERKESO bukan nak hukum siapa-siapa tapi matlamat utama kita ialah untuk menyediakan dan memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat 24 Jun untuk bulan pemutihan tahun 2024, seramai 13,525 majikan baru telah berdaftar dengan pekerja di bawah mereka 240,467 orang pekerja. Saya rasa ini memang satu kejayaan di bawah PERKESO untuk mendaftarkan majikan-majikan tersebut.

Seterusnya, untuk YB. Bentong juga- sebentar ya, benda yang sama. Untuk YB. Pendang, kawan lama saya. Walaupun beliau tidak ada dalam Dewan tetapi memandangkan beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kementerian Sumber

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Manusia, saya jawab soalan yang telah dibangkitkan oleh beliau. Beliau telah bertanya tentang jumlah pemalsuan tuntutan faedah yang telah berlaku dan berapa laporan polis dan sebagainya.

Jumlah kes siasatan yang telah direkodkan sejak tahun 2017 sehingga kini adalah 654 kes, dengan jumlah tuntutan sebanyak RM59.6 juta. Jumlah yang digantung ataupun ditolak adalah RM43.36 juta. Pada tempoh yang sama, terdapat 48 laporan polis yang telah dibuat. Maka, penjimatan berikutan daripada siasatan dan juga langkah ini untuk masa hadapan ialah RM110.9 juta.

YB. Pendang juga bertanya tentang isu e-hailing dan p-hailing. Saya perasan bahawa- [Batuk] maafkan saya Datuk Speaker, saya kurang sihat sikit. MP memang tak cover under PERKESO, malangnya buat masa ini. Untuk YB Pendang dan juga beberapa Ahli Parlimen lain yang telah membangkitkan tentang pekerja di sektor tidak formal, pekerja gig seperti e-hailing dan p-hailing.

Ingin saya maklumkan bahawa Akta 4 ini yang kita bahaskan pada hari ini merupakan sistem keselamatan sosial untuk pekerja di sektor formal. Di mana 80 peratus daripada pekerja di bawah sektor formal ini telah pun dilindungi. Untuk e- hailing dan p-hailing dan sektor tidak formal, ia tidak termasuk dalam Akta 4. Dia termasuk dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, juga di bawah PERKESO.

Tapi walau bagaimanapun, saya menjawabnya sebagai menghormati isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Kita menyambut baik cadangan YB.

Pendang tentang faedah-faedah baru untuk dikemukakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja. Namun untuk masa ini, faedah-faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri adalah seperti berikut;

(i) hilang upaya sementara;

(ii) hilang upaya kekal;

(iii) faedah orang tanggungan;

(iv) faedah pengurusan mayat;

(v) faedah pendidikan;

(vi) faedah pemulihan; dan

(vii) faedah perubatan.

Sudah tentu kita akan melihat, menilai dan menambah baik faedah-faedah bagi pekerja, bukan sahaja untuk sektor pekerjaan sendiri, termasuk gig ini tetapi untuk pekerja-pekerja lain daripada masa ke semasa.

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Saya rasa antara isu yang lebih genting pada hari ini ialah sebab ini merupakan satu skim yang baharu kalau dibandingkan dengan skim Akta 4 sejak

draft • 5:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

  1. Akta itu 1969, kuat kuasa 1971. Akta untuk skim pekerjaan ini agak baharu.

Jadi, memang saya sedar dan juga saya iktiraf bahawa apa yang telah dibawa oleh beberapa orang Ahli Parlimen tentang kesedaran oleh pekerja-pekerja di bawah kategori bekerja sendiri termasuk gig ini agak rendah.

Justeru, tahun ini kita telah merancakkan usaha untuk menambahkan lagi caruman di bawah SKSPS iaitu skim pekerjaan sendiri. Contoh saya hendak bagi, untuk tahun 2023, tahun lepas, skim ini kita ada lebih kurang 668,000 pencarum. Itu untuk keseluruhan tahun 2023. Pada tahun ini setakat bulan Jun sahaja, atas usaha oleh KESUMA, oleh PERKESO dan juga sebenarnya aktiviti-aktiviti promosi, penerangan yang telah dijalankan oleh Ahli-ahli Parlimen dengan kerjasama PERKESO, maka sampai Jun ini sahaja kita nampak sudah mencecah lebih 645,000 orang pencarum. Kalau trend ini berterusan, maka kita akan ada dua kali ganda bilangan orang pencarum di bawah Skim Pekerjaan Sendiri tahun ini berbanding tahun lepas. Sudah tentu tidak memadai, tetapi saya rasa usaha ini sudah tentu menunjukkan iltizam ataupun tekad PERKESO dan KESUMA untuk memperluaskan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

YB Pendang juga bertanya tentang peruntukan untuk bayaran faedah mengikut kategori faedah yang diperuntukkan dan soalan ini juga dibangkitkan oleh YB Padang Besar. Untuk setakat tahun 2023 sehingga 31 Disember, di bawah Akta 4, faedah hilang upaya sementara RM312.8 juta, hilang upaya kekal RM674.7 juta, faedah orang tanggungan k RM405.9 juta, faedah pengurusan mayat RM41.7 juta, elaun layanan sentiasa RM47.6 juta, pencen ilat RM1.11 bilion, pencen penakat RM2.2 bilion, pemulihan jasmani dan vokasional RM312.7 juta, rawatan dialisis RM356.3 juta, faedah perubatan RM6.4 juta dan saringan kesihatan RM19.8 juta.

Yang Berhormat Padang Besar telah membangkitkan tentang penilaian PERKESO terhadap tambahan fiskal, terhadap peningkatan siling gaji ini. Saya mengambil maksud ini tambahan fiskal kepada kerajaanlah. Untuk makluman, bagi peningkatan siling gaji ini, ia akan menambahkan kos fiskal kepada kerajaan bagi membiayai syer majikan untuk pekerja awam yang berstatus kontrak dan sementara, anggarannya ialah lebih kurang RM6.3 juta.

Yang Berhormat Padang Besar juga, adakah ekonomi tidak formal pekerja gig diambil kira faedah pengesahan kelayakan dan turut termasuk dalam pindaan ini.

Saya sudah terangkan tadi, Akta 4 ini untuk pekerja sektor formal. Sektor gig ada skim yang lain.

Yang Berhormat Padang Besar, apakah usaha kerajaan memastikan skim pekerjaan sendiri dan pekerja sektor tidak formal mencarum. Pihak kerajaan sentiasa melihat kepada cara-cara untuk kita meningkatkan, memperluaskan, menambahkan

draft • 5:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

bilangan orang yang mencarum untuk skim pekerjaan sendiri. Saya hendak bagi beberapa contoh.

Kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan tahun ini, kita telah berjaya memberikan caruman kepada 50,000 pemandu teksi dan bas sekolah seluruh negara. Baru-baru ini juga kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan melalui sumbangan daripada syarikat Grab, kerajaan— PERKESO telah memperluaskan caruman SKSPS ini secara percuma kepada lebih 180,000 orang pemandu e-hailing dan p-hailing negara kita.

Jadi, kita menggunakan kaedah kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan sebab seperti yang saya katakan, ini merupakan skim baharu, mungkin penerangan dan sebagainya. Jadi, kita bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, tadi saya sebut dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi. Tahun ini juga kita telah memberikan melalui FINAS di bawah Kementerian Komunikasi, memberikan caruman ataupun perlindungan skim pekerjaan sendiri ini secara percuma kepada 5,000 orang penggiat seni tanah air.

Kita bekerjasama dengan agensi Kerajaan Negeri Melaka, dengan syarikat- syarikat GLC, TNB, TTM, REDtone dengan pimpinan-pimpinan politik dengan Ahli- ahli Parlimen. Tadi semasa sesi taklimat, tidak kiralah Ahli Parlimen dari belah kerajaan ataupun pembangkang telah membangkitkan bagaimana mereka turut mempromosikan skim pekerjaan sendiri dan juga skim suri rumah kepada masyarakat setempat di kawasan mereka dan kita alu-alukan kerjasama sebegini.

Kuala Krai telah mencelah YB Padang Besar untuk menyatakan PERKESO ini dia tidak mematuhi pandangan syariah dan keadaan ini menyebabkan ramai tidak mencarum. Saya rasa rata-rata yang tidak mencarum itu dia melanggar undang- undanglah. Saya rasa tidak ada yang mencarum atas alasan sebab dia bukan syariah. Saya harap mungkin parti Kuala Krai, Padang Besar dia ada PASTI di mana didapati tidak ada pencaruman. Jangan jadi alasan ini pula untuk tidak mencarum kepada pekerja-pekerja di bawah parti dan saya tidak melihat parti. Tidak kira parti politik mana, tidak kira syarikat kerajaan atau syarikat swasta harus mencarum kepada PERKESO.

Namun, untuk makluman saudara-saudari yang saya kasihi, PERKESO mengambil maklum tentang isu ini dan saya telah pun arahkan agar penilaian sewajarnya dilaksanakan untuk melihat kepada kebolehlaksanaan isu-isu syariah ini berkaitan dengan Kumpulan Wang PERKESO sebab dia ada perbezaan dari segi sistem takaful di bawah Islam dan juga sistem PERKESO, di mana sistem takaful adalah berdasarkan prinsip define contribution, manakala prinsip PERKESO adalah berdasarkan prinsip define benefit.

draft • 5:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Seterusnya kepada rakan saya dari Bakri yang telah membangkitkan — saya amat terharu dengan kenyataan beliau bahawa beliau dibesarkan oleh PERKESO dan ini menunjukkan betapa besarnya nilai PERKESO ini. Saya yakin kita dapat persetujuan dwipartisan dalam aspek ini. Beliau dan juga beberapa orang Ahli Parlimen lain juga telah menyebut adakah cukup RM5,000, naikkan kepada RM6,000.

Adakah tidak boleh untuk naikkan kepada RM8,000 ataupun RM10,000. Kita telah naikkan RM4,000 kepada RM5,000 pada tahun 2022, masa itu di bawah Pendang. Saya kata ketika itu saya sokong beliau, hari ini dia pula sokong saya.

Sebab ini benda yang baik, benda yang baik kita tidak harus berpolitik di sini.

Memang tidak mencukupi, tetapi kita ingin melakukan kaedah peningkatan yang lebih berhemah. Sebab jangan lupa, setiap peningkatan dari segi had siling gaji ini akan melibatkan peningkatan kos caruman.

Ada yang tanya, I think Besut yang tanya, fasal adakah kos ini kita akan memberikan insentif kepada syarikat dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi kenaikan yang kita kemukakan untuk pindaan ini, caruman majikan hanya akan naik lebih kurang RM1.70 kepada RM17.50 sebulan. Jadi untuk saya, ini satu kaedah yang lebih berhemah, tidak mendadak. Dalam kurungan antara RM1.70, bergantunglah kalau gajinya lebih sikit daripada RM5,000, maka caruman tambahan ialah RM1.70 sehinggalah kalau gajinya melebihi RM6,000, RM17.50.

Jadi, kita melihat kepada kewajaran untuk meningkatkan had siling gaji kerana kita hendak menambah baik manfaat terutamanya kepada mereka yang telah mengalami musibah, tetapi pada masa yang sama kita juga ingin memberikan— kita ingin memastikan bebanan tambahan kos caruman ini tidak kira sama ada untuk pekerja ataupun untuk majikan, tidak meningkat secara mendadak.

draft • 5:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Juga untuk YB Besut, walaupun ini tentang Bakri tadi saya jawab sebab dia berkaitan sikit. Tentang insentif juga. Bukan insentif saya rasa ini sebagai bantuan untuk tempoh enam bulan kita akan bagi peralihan selama enam bulan supaya tiada apa-apa denda faedah lewat dan sebagainya dikenakan ya. Caruman berhemah tambahan RM1.70 hingga RM17.50 dan diberi tempoh peralihan enam bulan supaya mereka boleh membuat penyesuaian.

YB Bandar Kuching ada sebut tentang, tadi saya dah jawab tentang skim kemalangan bukan bencana kerja. Dia sebut juga adakah cara-cara baharu untuk kurangkan bebanan.

[Batuk] Minta minum air sikit.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya.

[Meneguk air] Untuk kurangkan bebanan kepada rakyat, contohnya potongan cukai. Buat masa ini caruman PERKESO sememangnya boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan tahunan pekerja terhad kepada RM250 setahun dan sudah tentu kita akan menyemak had pengecualian ini dari semasa ke semasa mengikut kadar dan kesesuaian.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya?

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat panjang lagi tak?

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Agak panjang lagi.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau macam itu, masa dah 5.30. Boleh sambung besok?

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya, saya ikut fatwa Speaker.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Menteri. Kita sambung besok. Baki ada dalam lima minit lagi ya. Waktu tidak ada usul dah ditetap 5.30 petang. Kita kena tamatkan. Dengan sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 25 Jun 2024.

draft • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026