Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Puan Yeo Bee Yin, Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Puan Speaker. Soalan pertama.
1. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah rancangan kementerian berkenaan dengan syarikat UAE, Masdar yang telah menandatangani pelan pelaksanaan Malaysian Investment Development Authority
(MIDA) untuk pembangunan sehingga 10 GW projek tenaga boleh diperbaharui (TBB) di Malaysia. Pihak manakah yang akan off take TBB ini?
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.
Kerajaan sentiasa mengalu-alukan pelaburan dan juga usaha sama antara pelabur dengan entiti tempatan dan menerokai potensi dan pembangunan tenaga boleh baharu ataupun singkatannya TBB.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan usaha sama penggunaan sehingga 10 gigawatt Projek Tenaga Boleh Baharu di Malaysia yang telah ditandatangani antara syarikat UAE iaitu Masdar dengan Malaysian Investment Development Authority ataupun MIDA merupakan aturan komersial ataupun, dengan izin, commercial arrangement antara kedua-dua entiti.
Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan usaha sama ini akan ditentukan oleh kedua- dua pihak berkaitan. Walau bagaimanapun, kerajaan berpegang kepada ketetapan dasar bahawa kelulusan bagi pembangunan Projek TBB di negara ini perlulah dilaksanakan secara telus, adil dan berdasarkan ketetapan regulatory semasa. Oleh itu, pelaburan pihak Masdar sebagaimana syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain di negara ini perlu dilakukan menerusi penyertaan Program TBB sedia ada yang sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut;
(i) Program Large Scale Solar untuk pembangunan solar berskala utiliti;
(ii) Program Feed-in Tariff untuk pembangunan sumber bukan solar;
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
(iii) Program New Enhance Dispatch Arrangement, dengan izin, singkatannya NEDA untuk pembangunan sumber bukan solar; dan
(iv) Rooftop Solar Program untuk pemasangan solar di bumbung premis bangunan.
Pada masa yang sama, kerajaan juga sedang merancang dan merangka pelaksanaan akses pihak ketiga atau third-party access, singkatannya TPA, bagi membolehkan pemaju membekalkan tenaga elektrik TBB secara terus kepada pengguna menggunakan infrastruktur grid syarikat utiliti. Oleh itu, off taker TBB bagi syarikat pelabur ini akan ditetapkan berdasar jenis Program TBB yang disertai pihak syarikat.
Sekiranya syarikat menyertai Program Large Scale Solar, maka off taker tenaga adalah pihak utiliti atau TNB. Sekiranya pelabur menyertai Program Solar Di Bumbung, maka off taker tenaga di bawah program ini adalah pengguna elektrik sendiri. Sekiranya syarikat menyertai Program TPA kelak, maka pengguna corporate yang mempunyai ikatan kontrak dengan pemaju adalah off taker bagi TBB yang dijana.
Secara keseluruhannya, kemasukan kapasiti baharu oleh syarikat Masdar dan syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain perlu berdasarkan pada perancangan dan pembangunan penjanaan bekalan elektrik yang dipersetujui oleh kerajaan dan diperhalusi secara teliti dengan mengambil kira semua aspek ekonomi, teknikal dan juga kawal selia.
Pendekatan ini akan memastikan kemasukan sumber solar yang bersifat intermittent, dengan izin, tidak akan menjejaskan keupayaan dan keselamatan sistem dan infrastruktur gred.
Menyediakan peluang dan persaingan yang adil serta saksama di kalangan pemain industri TBB, menjaga kepentingan pemain industri TBB tempatan dan memastikan pembekalan elektrik, termasuk daripada sumber TBB adalah pada kadar kompetitif dan tarif yang munasabah pada keseluruhan pengguna elektrik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Puan Speaker. Saya banggalah dengar jawapan daripada kementerian. Bukan sahaja hari ini tetapi hari sebelumnya yang mengatakan komitmen kerajaan untuk memastikan bahawa LSS adalah dianugerahkan secara telus. Saya telah membaca National Energy Transition Roadmap (NETR) dengan teliti, di mana saya nak tanya kementerian berkenaan dengan– sebab banyak syarikat sekarang menggunakan NETR bahawa kata mereka akan bawa FDI dan ada MoU dengan MIDA, di mana mereka– macam mereka sudah dapat projek daripada kerajaan. Saya dapati bahawa daripada jawapan, tiada perlu melalui tender terbuka.
Saya ada dua soalan berkenaan dengan NETR. Satu adalah polisi berkenaan dengan co-generation, di mana tiada sebutan langsung berkenaan dengan polisi co- generation yang menggunakan combined heat and power cycle, di mana tenaga berlebihan daripada industri boleh menggunakan untuk menjana tenaga elektrik. Boleh mendapat lebih lanjut daripada Menteri?
Kedua adalah berkenaan dengan projek catalyst yang akan dibuat oleh TNB, berkenaan dengan 2.5 gigawatt hybrid hydro floating solar (PV). Ini adalah sangat interesting
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
dan saya nak mendapatkan maklumat lanjut daripada Menteri. Adakah feasibility studies telah dibuat dan bilakah projek ini akan dilaksanakan?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat atas dua soalan. Satu, coal generation on the heat and power cycle. Itu memang sebahagian daripada program yang kita buat iaitu di mana tenaga combined heat and power cycle adalah satu kaedah penuaian tenaga ataupun energy in harvesting dan conservating tenaga bagi mengurangkan jejak karbon. So, ini memang dalam pipeline kita. Cuma kalau bergantung dengan coal saja, end of the day, kita kena– tempohnya nanti, hayatnya habis, kita tidak akan menggunakan coal lagi, because kita akan beralih kepada...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker, itu cogeneration. Co bukan coal.
Cogeneration.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Tak, tak. Kita melihat bahawa ia nya memang dalam perancangan kita. It is part of the programme insya-Allah yang kita bawak kan bersama. On hybrid hydro, ini pun dengan ditelitikan oleh tenaga. Kita juga melihatkan sahaja hibrid hidro. Bahan bakar hibrid solar dan sebagainya, ini semua dalam energy mix yang kita lihat dalam NETR nanti. Sebab itu dalam kita punya TPES dan juga dalam segala perancangan dengan ST dan sebagainya.
Segala energy mix ini akan kita laksanakan as long as dia comply dengan satu kaedah pastikan bahawa ianya rendah karbon. End of the day ialah apa yang saya katakan tadi, keterjaminan bekalan tenaga yang mampu dibiayai oleh pengguna dan juga ianya selamat untuk the whole system kita dari segi transmission line dan sebagainya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Speaker. Kapar merujuk kepada Business Times 4 Disember 2023 di mana dia menyebut UAE's Masdar partners with two Malaysian companies at million US Dollar investment in renewable energy.
Soalan saya ialah apakah implikasi kos kepada kerajaan? Sebab ini solar farm ini akan besar dan akan melibatkan tanah yang besar dan sebagainya. Mungkin rumah orang.
Apakah sosial impak kepada rakyat?
Satu lagi ialah saya mahu tahu, apakah kesan projek ini kepada Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd. di Sementa Kapar iaitu sebuah subsidiary retail TNB. Anak syarikat kerajaan dan Malakoff, di mana ianya adalah second largest thermal power plant in Malaysia generating 2,200 megawatts. So, bila dah ada Masdar dia punya projek, apa jadi kepada Kapar Energy Ventures? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sepertimana saya katakan tadi di Masdar, dia berminat untuk melabur dalam tenaga boleh baharu (TBB) manakala di Kapar ialah berasaskan kepada coal iaitu yang akhirnya bila sampai hayat nanti, kita kena tamat hayat, kan. Maknanya, bila sampai tempoh, makna ia nya tidak akan berfungsi lagi disebabkan kita kena beralih sama ada menggunakan gas ataupun yang lain-lain. Malahan, perancangan kita
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
sekarang ialah yang di Kapar nanti akan dibina power plant yang baharu menggunakan gas ataupun yang lain-lain.
Untuk Masdar, mana-mana pelaburan dalam negara kita. Memang kita welcome tetapi sudah pasti kena mematuhi segala peraturan dasar dari segi termasuklah environment dan sebagainya perlu dipatuhi. Sebab untuk solar memang menggunakan tanah yang besar.
Sebab itu mereka kena mencari tanah, di mana tanah yang sesuai untuk dijadikan ladang solar.
Pelaburan untuk solar sebenarnya bukan murah. Secara umumnya, satu kilowatt kita kena belanja lebih kurang pada kadar sekarang RM4,000. Bayangkan kalau nak bekalkan 1,000 megawatt maknanya RM4 bilion akan dilaburkan untuk bekalan tenaga. Tetapi, solar hanya dapat membekalkan lebih kurang empat ke lima jam satu hari. Melainkan kemudian ianya kena ada bateri untuk restore ataupun preserve tenaga supaya ianya boleh dibekalkan secara konsisten, ke grid untuk pastikan grid itu nanti akan stable dan selamat.
Jadi, maknanya keseluruhan rantaian dari segi pelaburan luar mahupun dalam negeri boleh melibatkan TBB ini solar. Ianya akan mengambil kira keseluruhan aspek. Satu, dari segi aspek investment, commercial, technical dan juga dari segi sosial perspektif. Semua akan ambil kira. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih, Puan Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk mengkaji semula struktur percukaian semasa dengan mengambil kira keperluan perubahan ekonomi semasa.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, hasil Kerajaan Persekutuan pada 2024 diunjur meningkat kepada RM312,159 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024 disumbangkan oleh kutipan hasil cukai yang lebih tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Hasil cukai kekal sebagai penyumbang utama iaitu 79.5 peratus daripada jumlah hasil atau 12.57 peratus daripada KDNK manakala hasil bukan cukai mewakili 20.5 peratus atau 3.24 peratus daripada KDNK. Kutipan hasil akan disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh berserta langkah yang diambil untuk meningkatkan lagi mobilisasi hasil melalui perluasan asas cukai serta menambah baik pematuhan dan ketelusan cukai.
Kerajaan komited dan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara antaranya seperti berikut:
(i) langkah mobilisasi hasil termasuk meluaskan asas hasil cukai; dan
(ii) menambah baik dan menyemak semula struktur dan perundangan cukai serta pemberian insentif percukaian.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Langkah ini akan dibuat melalui pelaksanaan strategi hasil jangka sederhana, medium-term fiscal strategy (MTRS) dengan izin, bagi memastikan perancangan cukai jangka sederhana adalah lebih teratur dan sepadan dengan perbelanjaan. Di samping itu, kerajaan juga telah menggubal Akta Tanggungjawab Fiskal 2023 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 yang dijangka dapat mengukuhkan tadbir urus dan disiplin fiskal negara. Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan peluasan skop cukai perkhidmatan untuk merangkumi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke.
Di samping itu, kadar cukai perkhidmatan juga dinaikkan dari enam peratus kepada lapan peratus bagi semua perkhidmatan dan tidak termasuk perkhidmatan tertentu seperti makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan penyediaan ruang parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik.
Selain itu, kerajaan akan melaksanakan cukai barangan mewah, cukai keuntungan modal dan e-Invois pada tahun ini dalam usaha meluaskan asas hasil negara. Kerajaan akan terus kekal komited terhadap konsolidasi fiskal dalam jangka sederhana serta tumpuan khusus akan diberikan bagi memastikan kemampanan fiskal akan dapat dicapai melalui penjanaan hasil yang mampan dan keberkesanan perbelanjaan melalui peningkatan kecekapan, mengurangkan ketirisan dan pembaziran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih. Soalan tambahan saya.
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi menangani potensi penyelewengan atau penyalahgunaan atau mengisytiharkan cukai secara tidak jujur? Di dalam pelaksanaan struktur cukai yang sedia ada ataupun struktur cukai yang baharu termasuklah mengadakan sistem penguatkuasaan, pemantauan yang lebih ketat, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Soalan saya itu.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Kementerian berpandangan bahawa peruntukan undang-undang serta prosedur pentadbiran sedia secara umumnya adalah memadai untuk mengatasi masalah penyelewengan dan penyalahgunaan dalam pelaksanaan struktur percukaian sedia ada dan baharu.
Tambahan pula, selaras dengan Belanjawan 2024, kerajaan akan melaksanakan e- Invois secara berperingkat mulai tahun ini yang akan membolehkan pengesanan ketidakpatuhan cukai dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan kita akan memantau dari semasa ke semasa dan memastikan semua adalah dijalankan dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rasah. Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk soalan tambahan. Saya menyambut baik jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan struktur percukaian yang membolehkan pendapatan kerajaan meningkat. Itu kita menyambut baik supaya lebih banyak dana boleh digunakan untuk pembangunan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Cuma, soalan saya di sini adalah apakah ia akan membawa kesan kepada golongan yang terjejas yang perlu membayar cukai yang lebih? Jadi, apakah ada langkah-langkah mitigasi untuk membantu golongan ini?
Kedua, yang lebih mustahak adalah memastikan negara kita terus berdaya saing dalam globalisasi, dalam ekonomi perniagaan dunia globalisasi untuk menarik pelabur dan pastikan ekonomi kita sentiasa mampan. Jadi, mohon jawapan daripada Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Rasah. Jadi mengenai soalan ini. Sebentar ya. Okey sebentar. Kerajaan memang kita dalam– satu daripada cara untuk mengawal adalah melalui e-Invois. Kita nak pastikan semua yang telah– Satu daripada cara adalah untuk memastikan yang– mengurangkan kesan negatif.
Objektif reformasi struktur percukaian mungkin disebabkan oleh menjana tambahan hasil atau disebabkan oleh memberikan layanan khusus kepada sektor atau golongan tertentu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh atau spesifik untuk kawasan atau bidang tertentu.
Oleh yang itu, akan terdapat pihak yang mungkin terjejas misalnya yang perlu membayar cukai yang lebih. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada golongan B40 dan sebahagian golongan M40 jika golongan ini terjejas dan memberi kemudahan seperti bantuan tunai yang mengurangkan beban cukai tersebut.
Namun begitu, golongan selebihnya dijangka mempunyai keupayaan untuk menanggung beban tambahan tersebut kerana kerajaan tidak akan membuat percukaian yang terlalu drastik. Tambahan lagi hasil tambahan tersebut akan digunakan untuk membiayai perkhidmatan kerajaan yang diberikan kepada rakyat, antara lain meliputi bidang kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani, Salam Nuzul al- Qu'ran kepada semua yang beragama Islam. Soalan saya nombor tiga.
3. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan senarai inventori sungai, kolam, parit dan longkang bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran yang di dalam kawasan Parlimen Bangi, bersama dengan butiran seperti lokasi, panjang dan lebar.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem saliran kawasan bandar adalah di bawah tanggungjawab pelbagai pihak iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga pejabat tanah dan daerah.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Jun 1996 bersetuju bahawa semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan adalah di bawah tanggungjawab PBT. Manakala, sistem saliran asalnya semula jadi iaitu sungai dan anak sungai adalah di bawah JPS.
Tanggungjawab JPS juga termasuklah mengurus dan menyenggara semua sungai termasuklah sungai terletak di dalam kawasan PBT.
Selain itu seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu Akta 133 juga menyatakan, PBT hendaklah membina dan menyenggara parit dan alur air. Sungai adalah komponen utama dan pelaksanaan projek tebatan banjir. Rangkaian sungai dimodelkan untuk mengenal pasti dan merancang kerja naik taraf sungai– pembinaan ban, tembok penahan banjir, lencongan dan sebagainya.
Sungai utama di Parlimen Bangi adalah Sungai Langat dan Sungai Klang. Sungai Langat mengalir sejauh 43 kilometer bermula daripada sempadan Daerah Sepang sehingga Jalan Reko dan di sepanjang laluan ini terdapat 90 anak sungai dengan jumlah panjang lebih 350 kilometer. Antara anak sungai utama adalah Sungai Semenyih, Sungai Merab, Sungai Reko, Sungai Ramal, Sungai Siput dan juga Sungai Long. Manakala Sungai Klang pula adalah sepanjang 37.25 kilometer. Sungai ini mempunyai sembilan anak sungai dengan jumlah panjang 37 kilometer.
Antara anak sungai utama adalah Sungai Sering sepanjang 29.25 kilometer dan Sungai Ampang sepanjang lapan kilometer. Terdapat 98 buah kolam takungan banjir dengan jumlah luas 58.81 hektar. Daripada jumlah tersebut 18 kolam adalah seliaan JPS dan selebihnya di bawah PBT dan pelbagai agensi lain. Sebagai makluman, semua kolam-kolam ini berpotensi untuk di naik taraf dengan meningkatkan kapasiti sebagai komponen dalam mekanisme kawalan banjir. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atas jawapan yang saya fikir cukup komprehensif. Untuk soalan susulan saya, saya ingin mendapatkan maklumat sejauh mana kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan ke atas senarai inventori yang telah disebutkan tadi dan juga adakah pihak kementerian ada perancangan untuk meningkatkan keberkesanan dan pengurangan risiko banjir dalam kawasan Parlimen Bangi? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Kerja-kerja penyelenggaraan yang data yang saya ada ialah dalam tahun 2022. Saya kira ada beberapa program atau projek yang telah dilaksanakan. Ini termasuklah tiga kerja sebagai penyelesaian jangka pendek pada tahun 2022 dengan jumlah RM598,000 iaitu kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Long serta kerja-kerja berkaitan di G-Mart Sungai Long, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat.
Kedua kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Sering serta kerja-kerja berkaitan di Sunway Cheras, Mukim Cheras, daerah Hulu Langat. Ketiga kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Langat serta kerja-kerja berkaitan di Taman Sri Indah, Balakong Cheras. Kalau ada, biasanya– kalau ada kerja emergency, kita akan melaksanakan berdasarkan keperluan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Petra Jaya, ada beberapa persoalan saya di sini.
Pertama adakah terdapat kajian semula terhadap kapasiti reka bentuk sistem perparitan yang sedia ada di bawah seliaan JPS untuk menampung isi padu air, mengambil kira kepadatan pembangunan ataupun pocket development sehingga menyebabkan ia sering terdedah kepada risiko banjir.
Satu lagi ialah saya ingin tahu berkaitan dengan isu Projek Denai Sungai Kebangsaan yang diumumkan sebelum ini sepanjang 10,000 kilometer di seluruh negara. Persoalan saya berapakah projek yang sedang dijalankan di Kelantan khususnya di Kuala Krai? Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Puan Yang di-Pertua, kajian semula berkaitan dengan perparitan sepertimana yang saya katakan tadi, kalau perparitan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. JPS tanggungjawabnya ialah lebih kepada sungai ataupun aliran semula jadi. Itu di bawah bidang kuasa JPS.
Apa pun, kita akan ada jawatankuasa jugalah, sering kali bekerjasama dengan negeri sebab bidang kuasa dalam pengurusan perparitan dan juga sebahagian sungai adalah juga di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Di situlah kita mengadakan perbincangan untuk merancang perancangan yang lebih besar dalam kita menguruskan aliran air supaya tidak menjejaskan dari segi banjir dan sebagainya.
Berhubung kait dengan projek yang di Kelantan, ini satu soalan yang khusus. Sebab saya tak ada maklumat sekarang ini. Soalan ini lebih untuk cover kawasan Shah Alam. Jadi Insya-Allah, saya akan memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahi Rahmani Rahim. Ramadan Kareem. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor empat.
4. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah terdapat perancangan membuka taman asuhan kanak-kanak di bangunan kerajaan terutama di Kepala Batas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman mana-mana pihak yang ingin menubuhkan taska perlu mendaftarkan taska dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 iaitu Akta 308. Taska yang berdaftar ini tidak dioperasikan oleh JKM tetapi oleh pihak swasta.
Terdapat empat jenis taska yang boleh didaftarkan iaitu taska institusi, taska di tempat kerja, taska komuniti dan taska di rumah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa menyokong usaha agar pihak majikan menyediakan taman asuhan kanak-kanak iaitu taska di tempat kerja. Ini merupakan salah satu sistem sokongan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
kepada ibu bapa agar dapat bekerja dengan lebih komited, menghasilkan mutu perkhidmatan yang lebih baik. Seterusnya meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan mereka.
Berdasarkan statistik daripada JKM sehingga Disember 2023, terdapat 265 buah taska tempat kerja di seluruh negara. Jumlah ini meliputi 221 buah taska yang disediakan oleh majikan di sektor awam, manakala 44 buah lagi disediakan oleh sektor swasta.
Pada masa yang sama, terdapat 11 buah taska tempat kerja yang berdaftar di Pulau Pinang. 10 buah daripadanya adalah taska tempat kerja awam dan sebuah lagi merupakan taska tempat kerja swasta. Jumlah ini juga termasuk tiga buah taska tempat kerja awam di kawasan Parlimen Kepala Batas iaitu taska tempat kerja LPPKN, taska tempat kerja MRSM Kepala Batas dan taska tempat kerja Hospital Kepala Batas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
KPWKM melalui JKM sentiasa prihatin dan menggalakkan semua majikan, sama ada agensi kerajaan mahupun swasta untuk menubuhkan taska di tempat kerja masing-masing.
Justeru, mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang ingin membuka taska di tempat kerja boleh berhubung terus dengan JKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai proses dan prosedur yang perlu dilakukan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Terima kasih diucapkan kepada Menteri di atas jawapan yang diberikan sebagai soalan tambahan. Berapakah kos operasi bagi sesebuah taska untuk dilaksanakan dan bagaimanakah proses pemberian tender itu dilaksanakan?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau mengenai kos operasi itu, kalau biasanya pihak swasta itu terpulang kepada mereka.
Terpulang bergantung kepada apa perkhidmatan fasiliti yang dibagi. Apakah modul yang mereka nak gunakan? Jadi semuanya itu, soalan Yang Berhormat itu bergantung kepada operasi mereka yang nak menjadi operator untuk taska ini. Kalau yang kerajaan punya pun itu terpulang juga kepada operator dia juga. Ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, memandangkan kes dera kematian kanak-kanak semakin bertambah hari demi hari. Saya ingin tanya, apakah langkah proaktif yang sedang diambil oleh kerajaan bagi menyekat kes-kes penderaan dan kematian dari terus diulangkan? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat. Pertama kali pastikan taska itu berdaftar. Berdaftar dengan kita, iaitu JKM.
Kedua ialah kita juga memberi SOP, apabila kita mendengar banyak kes lagi maka kita tambah lagi SOP supaya SOP itu bukan menyusahkan tetapi ianya untuk membantu taska itu. Sebab itu kita pastikan juga adanya CCTV bagi membolehkan kita me-monitor dengan izin, apa berlaku dalam taska. Jadi, sebab itu kita pastikan keselamatan mereka agar terjamin dan pengasuh-pengasuh juga, pengasuh yang ada di situ juga mereka dipastikan, operator
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
itu memastikan mereka ini adalah orang yang mempunyai kelayakan untuk menjaga, mengasuh kanak-kanak.
Selain daripada itu, kalau kita di JKM sendiri, malah kita ada reminder kalau di bangunan kerajaan, ada reminder dengan izin. So, pastikan sama ada anak-anak itu sudah sampai, dan kalau kenapa anak itu tak sampai. Itu menjadi SOP, 30 minit dia tak sampai, itu SOP kita. Pada masa yang sama juga, kita akan bekerjasama dengan PDRM untuk pastikan kita akan scan dengan izin, ataupun nak scan through sama ada yang nak bekerja situ menjadi pengasuh, pelindung itu, mereka ada tak kes-kes jenayah sebelum itu. Jadi, itu adalah di antara inisiatif kita Yang Berhormat ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan nombor lima.
5. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status terkini projek rintis pelaksanaan agensi tunggal sempadan negara
(SBA) bagi mengawal selia 141 pintu masuk negara dan bilakah sasaran tarikh agensi baru ini dijangka mula beroperasi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih sahabat saya Jempol. Untuk makluman Dewan, Single Border Agency (SBA) kini dikenali sebagai Malaysian Checkpoint and Border Agency (MCBA). Penubuhan MCBA telah pun dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 18 Oktober 2023. Permohonan perjawatan MCBA telah diluluskan oleh JPA pada 29 Disember 2023 dan diikuti dengan Waran Perjawatan MCBA Bilangan K3 Tahun 2024 telah diluluskan oleh Perbendaharaan berkuat kuasa mulai 5 Januari 2024.
MCBA merupakan agensi kerajaan yang bertindak sebagai agensi barisan hadapan di pintu-pintu masuk negara, termasuk pelabuhan. MCBA bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan dan pemeriksaan secara bersepadu dan komprehensif di pintu masuk darat, laut dan udara termasuk pelabuhan bagi pergerakan orang, kenderaan dan barangan termasuk haiwan serta tumbuhan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 31 Januari 2024 lalu, Datuk Seri Hazani bin Razali dari Agensi Polis Diraja Malaysia telah dilantik sebagai Ketua Pengarah MCBA yang pertama.
Termasuk Ketua Pengarah, sebanyak 104 waran perjawatan baru telah diluluskan bagi pelaksanaan MCBA di peringkat ibu pejabat dan sembilan pintu masuk. Waran perjawatan yang melibatkan pelbagai skim perjawatan dan gred tersebut kini sedang dalam fasa pengisian. Untuk makluman, pasukan MCBA kini sedang giat menyelaraskan perbincangan dan libat urus bagi tujuan penggubalan rang undang-undang, RUU MCBA dan RUU pindaan akta-akta berkaitan.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak sekurang-kurangnya 31 akta akan terlibat dalam pindaan berbangkit ini. Berdasarkan perancangan, MCBA akan mula beroperasi sepenuhnya di lapangan selepas rang undang-undang pindaan akta berbangkit
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
diluluskan, yang mana disasarkan untuk dibentang dalam sesi Parlimen bulan Jun akan datang.
Selain daripada itu, penyelarasan dan libat urus bersama agensi-agensi sedia ada dan pihak berkepentingan lain juga sedang giat dilaksanakan bagi memastikan koordinasi yang baik dan harmoni di pintu masuk. Penyelarasan ini akan merangkumi perancangan operasi secara berfasa, pembangunan SOP bersepadu di lapangan serta mekanisme pelarasan dasar di antara pelbagai kementerian dan jabatan yang berbeza.
Dalam hal ini, kerjasama, komitmen dan sokongan semua jabatan, kementerian terhadap agenda nasional ini, saya yakin MCBA akan menjadi agensi tunggal di pintu masuk yang menyumbang kepada peningkatan kawalan keselamatan, penambahan kecekapan perkhidmatan kerajaan, mengurangkan birokrasi dan ketirisan dan memakmurkan ekonomi negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Tahniah diucapkan kepada pihak kerajaan kerana menubuhkan agensi tunggal sempadan negara untuk mengawal selia 141 pintu masuk ke negara kita. Jadi, soalan tambahan saya, apakah jaminan kerajaan dengan penubuhan agensi tunggal ini dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan di pintu masuk dan juga memantapkan integriti pegawai awam di pintu masuk khasnya laluan udara, laut dan darat?
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih sahabat saya Jempol. MCBA di Malaysia merupakan agensi kerajaan yang akan bertindak sebagai agensi kerajaan barisan hadapan di pintu-pintu masuk sempadan negara termasuk pelabuhan.
MCBA ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan, pemeriksaan secara bersepadu dan komprehensif di pintu masuk darat, laut, udara termasuk pelabuhan bagi pergerakan orang, kenderaan dan barangan, termasuk haiwan serta tumbuhan.
Untuk makluman, objektif pelaksanaan pertubuhan dan pengoperasian MCBA antara lain meliputi perkara-perkara seperti berikut, pertama kita nak meningkatkan penyampaian, perkhidmatan dan keberkesanan kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk dan pelabuhan- pelabuhan.
Kita nak optimumkan sumber manusia dan juga kewangan, misalnya pelaksanaan penubuhan dan pengoperasian MCBA akan dapat mengoptimumkan sumber manusia, khususnya bagi mengurangkan kadar turnover yang tinggi di kalangan anggota penguat kuasa di pintu-pintu masuk sehingga 30 hingga 40 peratus.
Selain daripada itu, kita juga memastikan pengurusan dan pengoperasian yang lebih selaras melalui prosedur operasi standard (SOP) yang seragam, yang selama ini bertindak secara bersendirian tapi selepas ini akan diseragamkan di bawah satu arahan dan juga satu imej yang lebih tersusun dan baik.
Selain daripada itu, sudah tentulah kita akan perkukuhkan integriti di kalangan pegawai, anggota penguat kuasa di pintu-pintu masuk melalui penambahbaikan aspek penguasaan dan kawalan yang lebih cekap dan terkini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti kita maklum, sebelum ini kita ada AKSEM, Agensi Kawalan Sempadan yang diwujudkan 2017 dan dibubarkan pada 2021.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Soalan saya, bagaimanakah penubuhan entiti baru SBA ini dijangka dapat membantu memantapkan penugasan pangkalan operasi hadapan terutama dalam usaha membanteras insiden jenayah rentas sempadan? Ini termasuk punca kuasa SBA dari sudut perundangan untuk mengendalikan hal ehwal sempadan negara dan dasar berkaitan keselamatan sempadan melalui koordinasi antara agensi penguat kuasa seperti, polis, kastam dan imigresen.
Soalan seterusnya, adakah terdapat perancangan daripada kerajaan untuk merasionalisasi bilangan anggota penguat kuasa di sempadan selaras dengan keperluan masa? Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas penubuhan SBA ini.
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat.
Untuk makluman Yang Berhormat, untuk pengetahuan semua, bahawa dari segi perjawatan, dianggarkan 13,700 perjawatan diperlukan dalam MCBA. Ia perjawatan yang diserap daripada agensi-agensi yang sedia ada.
Untuk lebih tersusun dan lengkap sebagaimana saya sebutkan tadi, perancangan kita yang seterusnya adalah untuk menggubal rang undang-undang yang melibatkan sekurang-kurangnya 31 akta. Dengan adanya rang undang-undang ini, maka penyelarasan akan lebih tersusun dan kita jangka akan bentang pada sesi akan datang. Agensi yang terlibat dalam MCBA ini adalah Jabatan Imigresen sendiri, kastam, Kementerian Kesihatan Malaysia, JPJ, PERHILITAN juga MAQIS.
Saya percaya, dengan adanya penyelarasan di bawah satu bumbung ini, imej kita akan lebih tersusun dan terancang. Perjawatan sebenarnya adalah melibatkan apa yang disebut sebagai tukar lantik. Maknanya, jawatan sedia ada dilantik dengan imej yang baru dan dengan cara ini, ia akan lebih memberi kesan baik kepada kawalan pintu sempadan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah penerima dan berapa peruntukan yang telah disalurkan oleh kementerian melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2024, kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
yang paling terkesan dengan gelombang kos sara hidup. Program ini yang dilaksana secara berperingkat mulai 22 Januari 2024 untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah:
(i) memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
(ii) meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan,
(iii) penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023 iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.
Bagi penerimaan program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang. Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 melalui perkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Setakat 26 Mac 2024, sejumlah RM210 juta telah disalurkan kepada 700,000 penerima SARA seluruh negara. Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa termasuk sekiranya pelaksanaan subsidi bersasar dilancarkan dalam memastikan bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan rentan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan. Saya mempunyai dua soalan ataupun lebih kepada cadangan iaitu berkenaan dengan peningkatan bantuan kepada isi rumah. Saya mencadangkan supaya lebih realiti bantuan ini. Saya cadangkan ialah bantuan diberikan berdasarkan kepada jumlah tanggungan isi rumah.
Jumlah tanggungan isi rumah ini lebih kepada kalau keluarga itu mempunyai ramai tanggungan, saya minta supaya jumlah bantuan itu dinaikkan lagi. Bukan setakat sebanyak RM1,200 sahaja.
Kedua iaitu memperluaskan pasar raya ataupun kedai terpilih di kawasan-kawasan yang lebih pedalaman ataupun lebih remote supaya penerima itu ataupun penerima bantuan ini akan dapat akses kepada kedai itu. Ini kerana kalau kedai itu jauh dari tempat mereka
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
diami terutamanya di Jeli kawasan saya itu kawasan pedalaman, untuk sampai ke pasar raya ataupun ke kedai terpilih itu untuk mendapatkan keperluan barang, memerlukan kos pengangkutan. Jadi, maka sebab itu saya cadangkan supaya diperbanyak, diperluaskan lagi kedai itu supaya sampai kepada di tempat-tempat ke pedalaman. Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada cadangan YB Jeli.
Program SARA atau mana-mana program bantuan bersifat tunai dan tanpa tunai akan memberi impak yang tinggi kepada golongan B40 dan turut mengambil kira penambahbaikan bantuan berdasarkan jumlah tanggungan dalam isi rumah di mana kadar bantuan isi rumah adalah lebih daripada kategori bujang.
Sehingga kini, SARA mempunyai lebih 500 lokasi pasar raya dan kedai runcit yang menjadi rakan runcit bagi program SARA. Kerajaan mengalu-alukan mana-mana pasar raya dan kedai runcit yang berminat untuk menyertai program SARA dan memberi impak kitaran ekonomi ke atas peniaga kecil atau PKS yang menerima kesan perbelanjaan daripada golongan ini. Duit berkenaan bukan sahaja bagi membantu penerima SARA malahan juga kesan gandaan kepada industri yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Bayan Baru ingin bertanya tentang– Bayan Baru ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana bertekad untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar dan ini adalah antara program yang telah dijalankan.
Walau bagaimanapun, kita pun masih tahu bahawa ada ura-ura di luar sana bahawa ramai yang masih belum menerima SARA dan walaupun dalam kategori miskin tegar. Jadi, apakah kerajaan ingin buat dan juga apakah peranan Ahli Parlimen? Bagaimana kita boleh kerjasama dengan lebih erat lagi untuk mengatasi masalah ini? Kita pun tahu bahawa di Sabah, Sarawak memang ada– walaupun diberi secara tunai tetapi keadaan pedalaman dan sebagainya, saya harap ada penyelesaian daripada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Rakyat yang merasakan pendapatan isi rumah mereka berada di bawah paras garis kemiskinan, PGK nasional digalakkan untuk mendaftar dalam sistem eKasih di bawah seliaan ICU JPM bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada inisiatif bantuan kerajaan.
Dalam masa yang sama, permohonan STR juga dibuka sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada penerima berkelayakan untuk dipertimbangkan semula memandangkan kelayakan SARA adalah terhad kepada penerima lulus STR yang berstatus miskin atau miskin tegar daripada sumber eKasih ICU, JPM. Saluran aduan atau pertanyaan juga dibuka kepada rakyat melalui agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, LHDN.
Berkenaan dengan Sabah dan Sarawak, kaedah SARA berbeza mengikut negeri. Di Semenanjung Malaysia, penerima akan menerima bantuan keperluan asas tanpa tunai
(cashless) berjumlah RM100 atau RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Puan Lim Hui Ying
Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya, kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. Di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran RM600 dan RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui perkreditan ke akaun bank ataupun secara tunai sama seperti kaedah pembayaran STR.
Puan Lim Hui Ying
Berdasarkan pelaksanaan SARA sejak 2023 dan maklum balas yang diterima daripada pemegang taruh dan penerima itu sendiri, SARA banyak memberi manfaat dan faedah memandangkan ia adalah bantuan bersasar kepada golongan miskin dan miskin tegar bagi mendapatkan barangan yang telah diperuntukkan. Ini berbeza daripada subsidi pukal. SARA akan mengelakkan ketirisan dan diberi kepada penerima yang dikenali dan layak sahaja.
Bantuan SARA tidak boleh digunakan untuk barangan yang tidak patut seperti rokok dan alkohol. Konsep SARA memang satu konsep yang sesuai dan boleh dipertimbangkan untuk bantuan kaedah lain di masa depan. Tapi, pada masa yang sama, kita akan selalu menambahbaikkan kaedah yang digunakan sekarang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hamzan. Kalau James Bond, 007.
Zero, zero, seven. Soalan saya nombor 7. Terima kasih.
7. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan kementerian bagi memperkasa pembelajaran secara digital dengan akses percuma dan terbuka sebagai persiapan menghadapi ledakan ilmu pengetahuan secara maya yang dapat dipimpin supaya manfaat maksimum dapat dicapai.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di-Pertua, saya pohon untuk menjawab soalan nombor 7.
Puan Yang di-Pertua, Dasar Pendidikan Digital merupakan penyataan komitmen KPM bagi memacu perubahan landskap pendidikan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing. Bagi mencapai tujuan tersebut, penekanan diberikan kepada pemerkasaan ekosistem pendidikan digital yang meliputi enam teras strategik iaitu:
(i) murid fasih digital;
(ii) pendidik kompeten digital;
(iii) budaya kepimpinan digital berwawasan;
(iv) pengupayaan infrastruktur dan infostruktur;
(v) kandungan digital yang berkualiti; dan
(vi) rakan strategik yang komited.
Dasar ini turut menggariskan 18 strategi dan 41 inisiatif di bawah pelan tindakan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Ini bertujuan untuk memastikan ekosistem pendidikan digital kekal relevan dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa bagi tempoh pelaksanaan bermula dari tahun 2023 sehingga 2030.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
KPM telah menyediakan pelantar Digital Education Learning Initiatives Malaysia atau dinamakan sebagai DELIMa yang dapat diakses oleh semua murid secara percuma. DELIMa mengandungi pelbagai perkhidmatan aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi terkini. Sumber pendidikan dalam DELIMa menyediakan pelbagai bahan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan serta dapat memperluas peluang murid untuk belajar serta meningkatkan motivasi, prestasi dan potensi murid masing-masing. Sepanjang tahun 2023, seramai 42 peratus bersamaan dengan 2.1 juta murid telah menggunakan DELIMa secara aktif.
Di samping itu, KPM turut menganjurkan aktiviti dan pertandingan TV Pusat Sumber Pendidikan (TV PSS) di peringkat negeri dan kebangsaan. Murid dilatih untuk mengendalikan saluran televisyen digital sekolah dalam menerbitkan rancangan termasuk membuat liputan aktiviti sekolah, menulis skrip, bertindak sebagai pengacara ataupun kru penerbitan. Melalui aktiviti ini, murid dapat melaksanakan pembelajaran yang berpusatkan murid, berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, di samping mengaplikasikan sepenuhnya ciri-ciri murid fasih digital.
Pada masa yang sama, bagi memperkasakan PdP yang berteraskan teknologi, KPM telah menyediakan capaian jalur lebar internet dengan kelajuan 30 Mbps sehingga 300 Mbps di semua sekolah di bawah KPM, sama ada di bandar ataupun di luar bandar. Dari segi teknologi, sebanyak 48 peratus sekolah disediakan dengan talian fiber optik, 46 peratus sekolah disediakan dengan talian broadband dan enam peratus sekolah disediakan dengan talian satelit.
Selain itu, KPM juga telah mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Special Task Force) Pendidikan Digital untuk mempergiatkan dan memperkasakan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital bagi memastikan ekosistem pembudayaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. KPM komited untuk memperkasakan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan berteraskan teknologi digital seiring dengan perkembangan pesat teknologi global dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, beretika dan berdaya saing. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Menteri di atas jawapan yang padu dan padatlah. Cuma, Menteri dengar saya punya soalan ini betul-betul. Menteri, dengar.
Kita bercakap soalan berkaitan dengan pendidikan secara digital. Cuma, menjadi kerisauan, kebimbangan kita, ketakutan kita adalah soal berkaitan dengan capaian internet, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar. Kita bercakap berdegar ini soal berkaitan dengan pendidikan secara digital, tetapi akses capaian internet kita khususnya di luar bandar macam mana?
Kemudian, yang keduanya, saya diminta untuk tanya soal berkaitan dengan guru- guru PASTI ini, walaupun saya tahu dia di luar KPM. Cuma, saya nak tanya dengan Kementerian Pendidikan ini sebab Yang Berhormat Paya Besar minta saya tanya. KPM boleh tak tolong selesaikan masalah guru-guru PASTI ini yang tak dapat gaji minimum? Terima kasih Tuan Speaker. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Saya dan KPM dengar dengan teliti soalan daripada Yang Berhormat Hulu Langat.
Berkenaan dengan kerisauan dan juga kebimbangan, itu merupakan sesuatu juga yang dititikberatkan oleh pihak KPM. Dan sememangnya, seperti yang saya jawab tadi, kesemua sekolah di bawah KPM, mahupun di bandar ataupun di luar bandar, telah dilengkapi dengan capaian jalur lebar internet dengan kelajuan masing-masing.
Dari segi jumlah sekolah yang terbabit― bagi sekolah di luar bandar, sebanyak 960 sekolah telah disediakan dengan fiber optik, 2,775 sekolah disediakan dengan talian jalur lebar, 589 sekolah disediakan dengan talian satelit.
Dan khas untuk bagi tujuan penyediaan infrastruktur untuk sekolah-sekolah di luar bandar, KPM juga memperkasakan pusat kegiatan guru di seluruh negara. Jumlahnya, kita ada 367 buah pusat kegiatan guru. Dalam pusat kegiatan guru ini, kita membekalkan peralatan digital maker hubs dan studio digital dan ini akan membantu supaya kesemua pusat ini difokuskan di luar bandar dan guru-guru dan murid-murid boleh pergi ke hab-hab ataupun pusat ini untuk memastikan bahawa kerja-kerja ataupun persiapan untuk pendidikan digital dapat dilaksanakan.
Berkenaan dengan soalan yang tidak berkaitan tetapi persoalan berkenaan dengan PASTI. Nombor satu, PASTI tidak didaftarkan di bawah KPM. Itu nombor satu. Dan nombor dua, kita ada Akta Kerja 1955 dan saya percaya bahawa akta ini haruslah dipatuhi oleh kesemua pihak untuk menjaga kepentingan pekerja masing-masing. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang dimaklumkan bahawa bermula 2021, KPM telah mewujudkan pelantar atas talian Digital Educational Learning Initiative Malaysia ataupun DELIMa. Soalan tambahan saya, adakah kementerian pernah mengkaji keberkesanan pelantar ini? Apakah langkah- langkah proaktif yang diambil oleh kementerian bagi memastikan para pelajar minat dan dapat mengikuti pembelajaran secara digital agar sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara? Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Kedah berkenaan dengan soalan berkenaan dengan DELIMa.
Sememangnya, Puan Yang di-Pertua, apabila saya masuk ke KPM bulan Disember yang lepas, saya ada masuk ke dalam pelantar DELIMa dan meninjau dengan sendiri bagaimana pelantar DELIMa ini beroperasi. Apa yang saya boleh nampak adalah pelantar DELIMa yang dibangunkan in house, dengan izin, oleh KPM ini merupakan suatu pelantar ataupun platform yang begitu lengkap dengan info-info dan begitu berjaya.
Berbanding dengan satu lagi projek yang sebelum ini, projek 1BestariNet yang telah pun mula pada tahun 2011 dan selepas itu apabila Covid melanda negara kita dan sistem pendidikan terjejas oleh PKP, sistem 1BestariNet tidak dapat membantu. Tapi, sistem pelantar DELIMa ini memang dapat membantu.
Tuan Wong Kah Woh
Dan seperti yang saya jawab tadi, nombor satu, penggunaan dari segi murid adalah lebih kurang 42 peratus pada tahun 2023. Seperti yang saya jawab tadi, nombor satu, penggunaan dari segi murid adalah lebih kurang 42 peratus pada tahun 2023 dan sememangnya KPM dari masa ke semasa menggalakkan murid untuk menggunakan platform DELIMa ini untuk tujuan rujukan dan pembelajaran. Nombor dua, berkenaan dengan penggunaan guru adalah amat tinggi iaitu— penggunaan aktif iaitu dari segi log in dan guna.
Ia adalah begitu tinggi iaitu pada 92 peratus.
Sebelum saya akhiri, sememangnya bagi pelantar platform DELIMa ini, sebelum ini juga telah pernah menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak, termasuk Recognition of Excellence 2023, dengan izin, daripada Urban Golf Asia Special Mention the Interagency Award oleh Golf Insider dan Learning Pioneer Country Award 2024/2025 daripada UNICEF.
So, platform ataupun pelantar DELIMa ini membuktikan komitmen KPM dalam menyediakan sumber pendidikan berkualiti melalui DELIMa dan pada masa yang sama, kita— dari masa ke semasa menggalakkan guru-guru kita dan murid-murid untuk menggunakan platform ini dengan semaksimanya. Terima kasih.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Azman bin Nasrudin, Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang di-Pertua. Hari ini hari bulan 27, esok 28. Soalan saya nombor 8.
[Ketawa]
8. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan usaha penambahbaikan kementerian untuk memperkasakan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang ditubuhkan di seluruh negara serta menggalakkan penyertaan golongan muda dalam aktiviti kesukarelawanan di Rukun Tetangga.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, susulan peristiwa hitam iaitu insiden 13 Mei tahun 1969, Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak pada 29 Ogos 1975 untuk menjamin keselamatan penduduk setempat.
Penubuhan kawasan Rukun Tetangga yang pertama pada tahun 1975 ialah di Kampung Kasipillay di Kuala Lumpur. Sejak penubuhan Rukun Tetangga pada tahun 1975, kelestariannya sebagai pemacu agenda perpaduan dan keselamatan komuniti telah terbukti memberi impak yang signifikan kepada negara.
Bermula tahun 1983, kerajaan telah memperkenalkan konsep kejiranan untuk menjadi Rukun Tetangga sebagai tapak atau platform integrasi kepada kehidupan bermasyarakat, khususnya di kawasan bandar dan perumahan. Seterusnya pada tahun 2000, konsep pembangunan komuniti telah diterapkan dalam Rukun Tetangga yang memberi fokus kepada pembelajaran sepanjang hayat dan mendaya upayakan komuniti untuk mendepani perubahan-perubahan sosial yang berlaku.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Justeru pada tahun 2021, kementerian telah menyediakan gerak kerja Rukun Tetangga yang lebih jelas, komprehensif dan inklusif dengan memfokuskan peranan Rukun Tetangga kepada empat gerak kerja iaitu:
(i) Gerak Kerja KRT Sejahtera;
(ii) Gerak Kerja KRT Selamat;
(iii) Gerak Kerja KRT Sihat; dan
(iv) Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah.
Inisiatif ini bertujuan untuk mendukung hasrat kerajaan menjadikan Rukun Tetangga sebagai entiti yang inklusif. Sehingga kini, terdapat 8,438 KRT yang telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keanggotaan jawatankuasa seramai 210,000 orang dan liputan penduduk seramai 12.5 juta orang. Pada tahun 2024, fokus utama kementerian dan jabatan ialah untuk menggerakkan inisiatif pemerkasaan Rukun Tetangga sebagai penggerak komuniti progresif. Kementerian telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan RT sebagai penggerak komuniti progresif melalui lapan bidang tumpuan iaitu:
(i) ekonomi dan sara hidup;
(ii) keselamatan dan ketahanan diri;
(iii) kepimpinan;
(iv) kesejahteraan komuniti;
(v) pembelajaran sepanjang hayat;
(vi) alam sekitar;
(vii) warisan dan budaya; dan
(viii) daya cipta.
Melalui Belanjawan 2024, kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk memperkasakan RT sebagai rujukan sosial dalam menyediakan perkhidmatan bagi memupuk perpaduan dalam komuniti. Melalui peruntukan yang diluluskan, kementerian telah mengambil tindakan— pelbagai tindakan. Bagi menggalakkan dan menarik penglibatan golongan muda dalam KRT, beberapa aktiviti telah dirangka melalui lapan bidang tumpuan komuniti progresif dengan mengambil kira minat dan keperluan semasa golongan muda yang merangkumi aspek ekonomi, ekonomi digital, kepimpinan, penggunaan teknologi dan pemerkasaan Jiran Muda melalui pembelajaran sepanjang hayat. Antara aktiviti yang digariskan adalah:
(i) Program YES (young, effective and smart);
(ii) Dua tim sukarelawan atau Jiran Muda;
(iii) eUsahawan; (iv) eUsahawan boot camp;
(v) Pasukan Inovasi Jiran Muda;
(vi) Konvensyen Inovasi Komuniti;
(vii) Skuad Uniti;
(viii) Kios KRT;
(ix) RT Mart;
(x) RT Mall; dan
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
(xi) Pemerkasaan Jiran Muda melalui aktiviti pembelajaran sepanjang hayat.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Menteri, terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Apakah status terkini semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 dan bagaimanakah ia dapat memperkasakan fungsi KRT seiring dengan keperluan dan cabaran semasa? Saya mengucapkan salam Nuzul Quran, selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Pemindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 dalam semakan. Cadangan akta sedang dikemas kini dan akan dibawa ke Kabinet nanti. Itu adalah jawapan berkenaan dengan status kedudukan pemindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012. Kami harap setelah cadangan pemindaan yang dicadangkan untuk Akta Rukun Tetangga 2012, ia akan memberi lebih fokus kepada inisiatif-inisiatif Rukun Tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang ataupun boleh memperkasakan lagi fungsi Rukun Tetangga untuk komuniti dan untuk setempat, mengambil kira bidang tumpuan yang sedang diberi keutamaan oleh Jabatan Perpaduan Negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Kebanyakan KRT tidak mempunyai premis pejabat ataupun pusat aktiviti masing-masing.
Yang ada hanya menumpang di Tabika Perpaduan. Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk memberi kemudahan pejabat, premis ataupun pusat aktiviti kepada setiap KRT yang ada di dalam negara kita? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Setiap satu KRT diberi dana sebanyak RM6,000 setahun untuk menyewa dan menjalankan aktiviti ataupun fungsi pejabat masing-masing di kawasan KRT. Pada setakat ini, kementerian tidak mempunyai sebarang peruntukan khas untuk dikongsikan dengan (RT) Rukun Tetangga untuk membeli ataupun menyewa premis selain daripada RM6,000 yang dikongsikan.
Tetapi kita mempunyai dana untuk menjalankan aktiviti KRT iaitu semasa sekiranya mereka ingin menjalankan apa-apa aktiviti, kementerian dalam proses untuk memberi— kementerian memberi bantuan dari segi dana untuk menjalankan aktiviti. Bukannya untuk premis ataupun sewa. Tetapi kementerian dalam proses pembinaan premis RT dan juga kabin untuk tujuan operasi KRT. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih. Soalan saya soalan nombor sembilan.
9. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan keberkesanan inisiatif Program Pembangunan Pembekal Bumiputera (Bumiputera Vendor Development Program) dan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan bahawa proses tender kerajaan dapat dilaksanakan dengan adik dan saksama.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited melaksanakan program bagi memperkasakan Syarikat Vendor Bumiputera dalam meningkatkan sumbangan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam keluaran dalam negeri kasar (KDNK) nilai eksport dan pegangan pasaran milik bumiputera.
Dalam hubungan ini, KUSKOP bukannya kementerian yang melaksanakan Program Pembangunan Pembekal Bumiputera (Bumiputera Vendor Development Program) sejak penubuhan semula kementerian pada 2018.
Walau bagaimanapun, KUSKOP telah melaksanakan Program Pembangunan Vendor (PPV) yang khusus untuk membantu memperkasakan syarikat bumiputera tempatan melalui inisiatif-inisiatif yang berikut iaitu Geran Penyelidikan dan Pengkomersilan Vendor
(GPPV) yang bertujuan meningkatkan penyertaan vendor bumiputera dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (RDCNI), research, development, commercialization and innovation dengan izin. Bagi tempoh 2021 hingga 2023, sebanyak 43 syarikat vendor bumiputera PPV telah menerima manfaat dengan peruntukan sebanyak RM22.5 juta.
Kedua, Program Pembangunan Kapasiti Vendor (PPKV) yang bertujuan meningkatkan keupayaan vendor bumiputera melalui pensijilan akreditasi, penarafan dan pembangunan kapasiti. Pada tahun 2021 hingga 2023, sebanyak 64 Syarikat Vendor Bumiputera (PPV) telah menerima manfaat dengan peruntukan RM10.5 juta.
Ketiga, inisiatif potongan cukai dua kali, double deduction taxes incentive (DDTI) dengan izin, kepada syarikat anchor PPV bagi perbelanjaan untuk pembangunan program vendor bumiputera sehingga RM500,000.
Mengenai langkah kerajaan dalam memastikan bahawa proses tender kerajaan dilaksanakan dengan adil dan saksama, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah memaklumkan bahawa proses perolehan kerajaan dilaksanakan berteraskan kepada lima prinsip utama iaitu akauntabiliti awam diuruskan secara telus, memberi nilai faedah terbaik, mewujudkan saingan terbuka serta adil dan saksama.
Perolehan yang diguna pakai oleh kerajaan adalah berdasarkan amalan terbaik perolehan awam di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, kerajaan sentiasa menyemak isu-isu semasa dan mengemas kini peraturan berkaitan perolehan kerajaan agar kekal relevan selaras dengan dasar semasa kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih. Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang ada. Soalan tambahan saya ialah apakah strategi atau pendekatan baru dalam Program Pembangunan Pembekal Bumiputera (Bumiputera Vendor Development Program) yang di mana beberapa syarikat telah dipilih untuk menyertainya.
Adakah syarikat ini telah dipilih atas merit dan apa cara mereka dapat dipilih supaya mereka akan mendapat menjadi syarikat bumiputera yang meningkatkan pertumbuhan, yang membina daya saing yang mampan berasaskan mesra pasaran berasaskan merit supaya dapat berdaya saing dengan perniagaan yang global? Terima kasih.
Dato' Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, seperti yang saya telah katakan tadi Yang Berhormat, bahawa Program Pembangunan Pembekal Bumiputera (Bumiputera Vendor Development Program) ini bukannya di bawah kementerian KUSKOP tetapi berdasarkan program yang kami telah menjalankan di bawah KUSKOP iaitu program PPV. Kami telah ada beberapa company yang telah diberikan bantuan.
Antara companies tersebut, saya akan nyatakan di sini sektor mana yang telah mendapat bantuan contohnya kalau kita ambil sektor automotif lebih daripada 100 buah syarikat telah diberikan PPV iaitu pengangkutan 60, minyak dan gas 28, tenaga dan utiliti 400, telekomunikasi 100, farmaseutikal dan peranti perubatan 80, harta tanah dan perladangan 322, perkhidmatan 201,makanan dan minuman 12 yang membawa jumlahnya agak-agak 1,303.
Setiap permohonan vendor perlu melalui proses pemilihan dan pitching melalui KUSKOP. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang program ini. Saya nak tahu berapakah jumlah mereka yang telah mendapat manfaat di atas program Bumiputera Vendor Development Program serta berapa tender yang telah mereka peroleh serta tadi Menteri sebut juga tentang KUSKOP.
Bagaimanakah KUSKOP melaksanakan pengumpulan data bersepadu yang merangkumi data kuantitatif seperti maklumat kewangan, bilangan pekerja dan yang lainnya dalam memenuhi syarat bagi memenangi tender-tender tersebut? Terima kasih.
Dato' Ramanan Ramakrishnan
Sekali lagi Yang Berhormat, program Pembangunan Pembekal Bumiputera (Bumiputera Vendor Development Program) ini bukannya di bawah KUSKOP dan kami semenjak ditubuhkan pada 2018, tidak pernah mengadakan atau melaksanakan program tersebut. Yang dilaksanakan adalah PPV. Kalau kita angkat daripada PPV, kita ada 33 syarikat vendor.
Untuk menjawab soalan yang kedua, syarikat anchor yang kita peroleh adalah syarikat anchor seperti Sime Darby, TNB, PETRONAS, Uzma Engineering, PERODUA, Sime Darby Plantation, PROTON, Pharmaniaga dan mereka mempunyai Jawatankuasa Pemantauan Kredit untuk membuat keputusan di mana syarikat yang layak akan diberikan tender tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.
10. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak kementerian telah mengenal pasti kadar keciciran murid terutama dalam kalangan pelajar miskin bandar, luar bandar dan pinggir bandar, kanak-kanak Orang Asli dan tidak berdokumen, serta apakah strategi dan usaha pembaharuan kementerian untuk mengurangkan jurang pendidikan termasuk dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan soalan 10 daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, KPM merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan, bersekolah tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Berdasarkan statistik KPM, kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan dari tahun 2017 berbanding dengan tahun 2023.
Kadar keciciran murid di peringkat rendah menurun daripada 0.29 peratus pada tahun 2017 kepada 0.06 peratus pada tahun 2023, itu di peringkat rendah. Pada peringkat menengah pula, kadar keciciran menurun dari 1.36 peratus pada tahun 2017 kepada 0.83 peratus pada tahun 2023.
Sekiranya kita membandingkan antara sekolah rendah di bandar dan luar bandar, bagi sekolah rendah di bandar, kadar murid yang keluar daripada sekolah KPM adalah sebanyak 0.37 peratus manakala sekolah rendah di luar bandar adalah 0.1 peratus. Untuk peringkat menengah pula, kadar murid yang keluar daripada sekolah KPM adalah 3.13 peratus di bandar dan 4.67 peratus di luar bandar. Kadar ini mengambil kira keseluruhan murid yang bersekolah di Malaysia.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, strategi dan usaha pembaharuan kementerian untuk mengurangkan jurang pendidikan termasuk nombor satu, menyediakan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan bagi tahun 2023 yang mana 13 jenis bantuan khusus dan lima jenis bantuan umum. Bantuan ini turut diagihkan untuk murid yang tercicir akibat daripada kemiskinan.
Pada masa yang sama, KPM juga melaksanakan Sekolah Modul Khas Komprehensif 9 (K9) supaya semua murid dapat kekal bersekolah terutamanya murid di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Selain itu KPM juga memperluaskan konsep K9 kepada konsep Komprehensif 11
(K11) yang dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari Tingkatan 3 ke Tingkatan 4. Selain daripada itu, KPM telah mewujudkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan beroperasi di Chow Kit, Kuala Lumpur dengan
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
tujuan memberikan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan dan terpinggir di sekitar Kuala Lumpur.
KPM turut menjalankan program outreach murid cicir di semua PPD dengan kerjasama komuniti setempat. Pada tahun 2023, program ini telah berjaya mengembalikan seramai 1,269 orang murid sekolah rendah dan 2,006 orang murid sekolah menengah kembali ke sekolah. Selain itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan program pendidikan kerjaya di sekolah juga merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid semasa sesi persekolahan dan meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan pelajar menduduki peperiksaan dan mengembangkan potensi sikap dan hala tuju kerjaya turut dilaksanakan oleh KPM.
KPM yakin bahawa semua usaha serta inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan ini dapat menangani keciciran murid dan memastikan mereka kekal dalam sistem pendidikan negara sehingga tamat tempoh persekolahan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada YB Timbalan Menteri kerana jawapan yang begitu lengkap. Baik, soalan tambahan saya untuk soalan 10. Pelbagai faktor keciciran terutamanya kanak-kanak Orang Asli contohnya di Gua Musang. Walaupun ada Program Jom Belajar di mana pada tahun 2023 dapat menarik lebih kurang 373 kanak-kanak Orang Asli.
Antara faktor-faktor keciciran Orang Asli ataupun sekolah-sekolah biasa salah satunya ialah sekolah yang terlalu jauh, tidak berminat, sudah bekerja, ada juga yang sudah berkahwin, tiada dokumen. Apakah tindakan segera yang diambil oleh KPM untuk atasi isu- isu dan juga sekolah yang tadi Yang Berhormat kata Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih terutamanya di kawasan bandar dapat mengurangkan keciciran.
Seterusnya, ramai pelajar-pelajar yang tiada dokumen dan mendapat keputusan yang cemerlang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Apakah usaha Kementerian Pendidikan tangani isu ini di mana KPM pernah menggunakan permohonan istimewa untuk ke IPTA untuk kanak-kanak yang tiada dokumen. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Ada empat soalan saya cuba untuk jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rumuskan jawapan.
Tuan Wong Kah Woh
Rumuskan. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Nombor satu berkenaan dengan program-program di KPM. KPM ada melaksanakan seperti Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sedia maklum. KPM ada melaksanakan Program Jom Belajar iaitu Program Khas Murid Orang Asli (PROKHAS) dan Chup Badui Sikulah (CBS) khusus untuk memberikan akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak bersekolah.
Sehingga Februari 2024 sejumlah 373 orang kanak-kanak Orang Asli telah berjaya dipujuk dan telah mula bersekolah di 15 sekolah di seluruh negara. Manakala sekolah model khas adalah sekolah yang menggabungkan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung. Berkenaan dengan isu Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) seperti yang
Tuan Wong Kah Woh
saya maklum tadi dimulakan di Chow Kit dan program ini sebelum ini telah diperluaskan ke negeri Sabah bermula pada 23 Oktober 2023 dan di SK Sembulan, Kota Kinabalu dan memberikan fokus kepada kanak-kanak yang tercicir berpanjangan dari pendidikan arus perdana.
Perancangan bagi KPM adalah berkenaan dengan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, KPM telah melaksanakan sesi libat urus yang melibatkan 11 negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Pahang, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak bagi mengenal pasti keperluan perluasan program SBJK di negeri-negeri tersebut.
Walau bagaimanapun, kita akan meninjau berkenaan dengan hasil daripada sesi libat urus tersebut sebelum keputusan akhir dibuat oleh pihak KPM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat di sekolah luar bandar mungkin keciciran itu disebabkan oleh infrastruktur dan akses ke sekolah tapi menjadi kebimbangan juga di kawasan-kawasan bandar yang mana pelajar-pelajar hari ini lebih memilih shortcut way untuk mendapatkan wang ringgit dengan adanya gig economy dan sebagainya.
Jadi bagaimana kerajaan ingin menangani perkara tersebut dan kalau saya baca ada sekarang ini adanya pentaksiran bilik darjah yang dibuat secara awal. Saya ingin bertanya seberapa efektif kah pentaksiran bilik darjah ini di sekolah-sekolah dan bagaimanakah kerjasama antara pihak sekolah dan juga pihak ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak tercicir dalam pelajaran? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat dari Sungai Petani. Puan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya bagi mengelakkan isu keciciran murid-murid kita dari peringkat prasekolah sampailah ke peringkat menengah. Di peringkat prasekolah itu merupakan– isu keciciran merupakan salah satu sebab kenapa penyelarasan prasekolah sedang giat dilaksanakan oleh pihak KPM. Di sekolah rendah dan sekolah menengah seperti yang saya nyatakan tadi, kita telah pun memperluaskan usaha kita untuk menubuhkan lebih banyak Sekolah Komprehensif 9 dan memperluaskan kepada Komprehensif 11.
Kita mengambil maklum bahawa anak-anak kita ada sebahagian yang mengambil shortcut seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani untuk yang mereka mungkin berpendapat bahawa boleh mendapat keuntungan ataupun pendapatan yang lebih tinggi sekiranya tidak sambung belajar. Isu ini adalah berkenaan dengan isu pembelajaran dan juga kesedaran.
KPM melalui warga pendidik kita di kesemua institusi KPM, kami sentiasa berusaha untuk memastikan dan memberikan galakan dan juga satu panduan hala tuju yang tepat kepada anak-anak kita dalam sekolah masing-masing. Pada masa yang sama, pihak PIBG, ibu bapa juga memainkan satu peranan yang penting untuk memastikan bahawa anak-anak kita faham bagaimana pendidikan itu boleh mengubah kehidupan sekeluarga pada masa hadapan.
Maka, saya mengajak supaya rakan-rakan sekalian untuk membantu kita menyebarkan dan mempromosikan kesedaran ini supaya bersama-sama dengan usaha
Tuan Wong Kah Woh
daripada pihak KPM dalam menangani isu keciciran ini kita dapat mencapai sesuatu prestasi yang baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Soalan saya nombor 11.
11. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah inisiatif penting yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam agenda KPT 2024.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Puan Yang di-Pertua, bagi menghadapi tahun 2024 Kementerian Pendidikan Tinggi telah menggariskan lima fokus utama yang merangkumi 20 landasan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.
Fokus pertama adalah penyediaan bakat terbaik negara. Dalam konteks ini, kementerian sentiasa komited untuk melahirkan graduan IPT yang dilengkapi dengan ilmu dan kompetensi yang selari dengan keperluan pemegang taruh khususnya pihak industri berciri holistik dan bersemangat nasionalisme yang tinggi.
Antara inisiatif yang disenaraikan pada tahun 2024 adalah untuk menyediakan sumber manusia berkepakaran dan berprestasi tinggi bagi pengukuhan ekosistem TVET KPT dalam menyokong dasar-dasar dan polisi Kerajaan Madani. Susulan daripada pelaksanaan transformasi politeknik dan kolej komuniti serta hala tuju baharu MTUN yang bermula pada tahun 2023, pelbagai strategi dan pendekatan baharu dalam memperkukuh ekosistem TVET KPT terus dipergiatkan. Menyokong usaha tersebut, fokus yang akan diberikan termasuklah perluasan akses kemasukan pelajar, strategik konsortium antara institusi dalam dan luar negara, program anjal berkemahiran tinggi (Hi-TVET) serta perluasan kampus MTUN.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Usaha-usaha ini seterusnya dapat meningkatkan enrolment sehingga 300,000 pelajar TVET KPT menjelang tahun 2030 bagi merealisasikan hasrat KPT untuk muncul sebagai pengeluar utama tenaga mahir negara yang disasarkan sebanyak 35 peratus menjelang 2030.
Fokus kedua adalah pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi di mana KPT berhasrat untuk menjadikan penyelidikan dan inovasi IPT yang mempunyai nilai kesarjanaan yang tinggi dapat dimanfaatkan bagi menangani permasalahan utama negara ini dan kesejahteraan dunia menyumbang kepada keluasan dan kedalaman ilmu serta di dukung oleh bakat yang unggul dan berintegriti..
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan mesyuarat****] KPT telah memperuntukkan sejumlah RM431 juta pada tahun 2024 dan memperkenalkan buat pertama kali Geran Penyelidik Muda, Early Career Researcher Grant
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
kepada universiti bukan universiti penyelidikan dengan izin non RU research university dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta.
Fokus ketiga adalah pelaksanaan pendekatan baru program pemindahan dan perkongsian ilmu knowledge sharing and transfer program dengan izin KSTP. IPT menjadi nukleus dan pemangkin kepada pembangunan masyarakat, industri dan negara yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat. Bagi memastikan kesemua perancangan dapat dilaksanakan secara lestari, kementerian akan membangunkan dasar KSTP dan memperuntukkan sejumlah RM19 juta untuk melaksanakan tiga inisiatif utama KSTP iaitu Initiative Public Private Research Network sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk Program Inovasi Sosial dan RM5 juta diperuntukkan untuk mengupayakan kolej komuniti sebagai hab KSTP yang berfungsi sebagai pusat latihan komuniti setempat.
Fokus keempat, pengantarabangsaan pendidikan tinggi. Fokus ini adalah untuk menjadikan sistem dan institusi pendidikan tinggi berkualiti dan setanding di peringkat antarabangsa dengan bidang tujahan yang diiktiraf dunia. Penyerlahan dan kepelbagaian global Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa dan menjadi tarikan bakat-bakat serantau dan global.
Selari dengan usaha tersebut, Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2024–2030 akan dilancarkan untuk menjadi panduan kepada semua IPT bagi mencapai sasaran bilangan pelajar antarabangsa yang kita jangka sehingga 300,000 menjelang 2030.
Akhirnya untuk menyokong empat fokus utama di atas, fokus kelima adalah pemantapan ekosistem pemboleh daya iaitu mewujudkan ekosistem pemboleh daya pendidikan tinggi yang komprehensif, kondusif dan berinovatif di dokong kecekapan urus tadbir, kemapanan, kewangan, peluasan digitalisasi dan kebitaraan serta kesejahteraan warga. Sebagai langkah bertindak atas saranan ini KPT akan memberikan lebih kelonggaran kepada kepimpinan IPT bagi menangani kerenah birokrasi dengan melakukan anjakan paradigma bagi mendepani dunia pasca norma, post-normal times dengan izin. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Batang Sadong soalan tambahan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Tadi, saya ada Menteri mendengar Timbalan Menteri ada menyebut fokus baru iaitu pemindahan dan perkongsian ilmu. So, soalan tambahan saya adalah, apakah inisiatif KPT dalam memastikan pemindahan dan perkongsian ilmu dalam konteks pengantarabangsaan, pendidikan tinggi dapat dicapai? Sebagai contoh Kerajaan Sarawak menghantar young officer ataupun daripada kerajaan ataupun senior officer to Harvard University untuk knowledge improvement, knowledge sharing exposure ataupun walking experience dengan izin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih atas soalan tambahan ya MP Batang Sadong. Memang kita di peringkat KPT kita meneruskan polisi yang sudah agak sekian lama dibuat iaitu kita akan memastikan bahawa mobiliti pelajar-pelajar kita ini akan diberi pendedahan ke peringkat antarabangsa. Ini berlaku di peringkat universiti dan juga di peringkat kementerian sendiri di mana kita akan menggalakkan agar universiti-universiti menghantar, mendedahkan pelajar-pelajar mereka sama ada universiti awam dan juga swasta ke universiti-universiti di luar negara untuk memberi pendedahan kepada mereka dan juga ada interaksi antara pelajar-pelajar untuk mematangkan pemikiran mereka dan juga menambah pengalaman mereka sebagai mahasiswa. Okay, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Speaker.
Soalan saya, apakah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dalam melahirkan lebih ramai lagi pakar-pakar perubatan kardiotorasik jantung terutamanya yang sangat diperlukan oleh negara kita dan sangat berkurangan di dalam negara kita ini. Manakah universiti pada masa ini yang mempunyai kursus yang kita bolehkan establish pada hari ini?
Apakah perbandingan dengan program parallel yang berlaku di dalam negara kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih atas soalan tambahan. Ini sebenarnya sudah agak menjadi isu yang agak lama tentang bagaimana kita menambah bilangan pakar- pakar perubatan kita di negara ini. Secara spesifik mana-mana universiti yang mengeluarkan pakar-pakar ini saya akan jawab secara bertulis. Namun, kita juga sedang dalam usaha untuk yang menangani isu parallel pathway yang memungkinkan doktor-doktor kita, pakar perubatan untuk dapat diiktiraf. Itu sedang cuba ditangani oleh pihak kementerian dan juga universiti. Namun, untuk yang detail persoalan tadi Yang Berhormat saya akan jawab secara bertulis. Okey sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Soalan terakhir bagi sesi ini, soalan ke-12. Saya mempersilakan Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih Datuk Speaker. Hari ini hari last, soalan ini soalan last, nombor 12.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Hebat.
12. Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan penyelesaian isu penduduk Bagan Serai dengan JKP yang sudah berlanjutan selama lebih 10 tahun dan apakah tindakan kerajaan terhadap isu salah laku dalam kes ini dan penyelesaian isu pampasan terhadap penduduk.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Datuk Yang di- Pertua. Berhubung projek pembangunan di Kampung Bagan Serai JKPSB telah mengemukakan Pelan Kelulusan Kebenaran Merancang sejak 29 Julai 2013. Walau
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
bagaimanapun, pihak kerajaan negeri telah menangguhkan kelulusan pelan tersebut dan hanya diluluskan secara rasmi pada 1 April 2021. Selanjutnya JKPSB telah melantik pihak konsultan untuk menjalankan kajian kedayahidupan terhadap kelulusan pelan tersebut bagi melihat manfaat dan pulangan ke atas projek berkenaan.
Kini, memandangkan Pelan Kebenaran Merancang yang diluluskan adalah berdasarkan pelan lama yang dihantar pada tahun 2013, JKPSB sedang meneliti kembali komponen pembinaan di kawasan tersebut secara keseluruhannya. Ini termasuklah inisiatif JKPSB untuk membuat tawaran request for proposal dengan izin RFP bagi melihat cadangan baru daripada pihak luar terhadap pembangunan di kawasan tersebut bagi memaksimumkan komponen pembinaan serta menampung unit ganti yang perlu diberikan kepada penduduk terlibat.
Sepanjang proses untuk mendapatkan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang berkenaan, JKPSB juga telah mengambil tindakan untuk memindahkan penduduk iaitu sejak tahun 2012 dengan memberi imbuhan sewaan rumah sebanyak RM350 sebulan serta komitmen untuk memberi gantian seunit rumah kos rendah sebaik sahaja projek perumahan di tapak tersebut siap sepenuhnya.
Setakat ini JKPSB masih menanggung kos imbuhan sewaan rumah bagi seramai 117 keluarga yang menelan perbelanjaan sebanyak RM40,950 sebulan. Malah, sejak tahun 2012 sehingga tahun 2023, jumlah bayaran imbuhan yang telah dibayar oleh JKPSB kepada penduduk yang terlibat adalah lebih daripada RM10 juta.
Pembayaran yang dibuat oleh JKPSB ini adalah berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui dan ditandatangani. Oleh itu, isu salah laku mahupun ketidakpuasan hati terhadap pampasan bagi projek berkenaan adalah tidak terbangkit. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik. Soalan saya, apakah solusi alternatif yang lain yang setimpal dan layak dituntut oleh penduduk yang terlibat selain daripada pampasan kewangan mengambil kira tempoh penyelesaian yang panjang serta tindakan susulan yang diambil bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bagaimana kerajaan mahu membantu penduduk dari sudut beban sewaan rumah mereka sekarang kerana mereka menyewa rumah di sekitar kawasan Permatang Pauh yang harga rumah sekarang RM600 ke atas sedangkan bantuan yang diterima oleh mereka RM350 sahaja. Jadi, ini agak membebankan. Mohon jawapan Timbalan Menteri. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jawapan Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.
Bayaran sewaan sebanyak RM350 ini daripada pihak JKPSB adalah tetap seperti mana bajet
Puan Lim Hui Ying
yang telah dibuat untuk projek ini. Sebarang perubahan pada bayaran sewaan akan menjejaskan kedayahidupan projek ini.
Walau bagaimanapun, pihak JKPSB bersedia untuk membantu penduduk dengan membuat perbincangan lanjutan bersama Lembaga Perumahan Pulau Pinang yang mana pihak lembaga perumahan menyediakan unit-unit yang boleh disewa pada kadar yang lebih rendah daripada pasaran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat sebelah backbenchers? Tidak ada? Tidak ada. Yang Berhormat sebelah, soalan– tidak ada juga? Baik. Selalunya berebut.
[Ketawa] Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk dulu, duduk dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada berapa orang itu? Tiga orang? Sorang-sorang, ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ada tiga 18(1). Semua dijawab oleh Speaker.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Saya juga, 18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, sebentar.
Satu-satu. Ada saja, maknanya empat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, nampak. Okey, okey. Okey, saya macam ini, jawapan Speaker ialah, “Dia dimaklumkan oleh KDN...”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ini berkaitan apa Yang Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berkaitan apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini berhubung dengan memperjuangkan kedaulatan maritim negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, jawapan Speaker dia telah dimaklumkan oleh APMM dan juga ATM, mereka membuat rondaan. Soalan saya ialah pencerobohan bukan rondaan. Jadi, bagaimana harus kita buat? Hari ini hari penghabis, Yang Berhormat. Apa harus saya buat? Saya Ahli Parlimen. Inilah saluran-saluran saya. Jadi, apakah– kita nak minta penjelasan daripada APMM dan juga ATM. Saya tanya pencerobohan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
kepada harta negara. Dia jawab meronda. Ronda bukan pencerobohan. Yang Berhormat sedia maklum yang saya bangkitkan ini ialah pencerobohan negara asing kepada harta negara, kedaulatan negara. Jadi, apa harus saya buat Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Kalau– mungkin interpretasi Yang Berhormat dengan interpretasi pihak Parlimen agak, mungkin berlainan. Jadi, Yang Berhormat usulkan balik semula. Rujukkan balik yang berkaitan apa yang Yang Berhormat Arau katakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh buat hari ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Boleh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh. Alhamdulillah. Keduanya, 18(1), hat yang ini berhubung dengan penutupan kawasan Aliran Bebas di Wang Kelian. Jawapannya ialah ini perintah imigresen. Imigresen beritahu itu keselamatan.
Zaman dahulukala, keselamatan. Zaman sekarang tak ada keselamatan dah. Tak ada keselamatan, Thailand tak bangun dengan hebat di sana, dah jadi satu bandar yang besar tapi di Malaysia merupakan hutan tercorot.
Jadi, jawapannya kata ini perintah imigresen. Jadi imigresen, ini perintah yang tak pernah di-review dan mungkin imigresen pun tak pergi tengok apa yang berlaku di sana. Saya duduk di sana, hari-hari Tan Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat.
Usulkan juga yang itu. Tak jadi masalah. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Buat hari ini lagi. Kemudian, akhir sekali ialah ini Yang Berhormat, dikatakan saya bagi tempoh tak cukup 24 jam. Terkurang satu jam mungkin. Jadi Yang Berhormat, esok cukup 24 jam tapi di mana saya esok? Esok Parlimen dah tiada lagi, Yang Berhormat. Jadi, apakah harus saya buat? Saya minta supaya– saya tau Speaker dia jawab untuk– tetapi ini kebanyakannya tanggungjawab Menteri untuk jawab. Boleh tak saya nak minta Menteri menjawab yang ini? Sebab ini penting untuk rakyat Malaysia yang sedang memerhatikan kita dan Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Peraturan 24 itu jelas. Dia ada tempoh yang kena yang Yang Berhormat.....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nampaknya peraturan ini kena ubah Yang Berhormat sebab kalau tidak– ini zaman dahulu, tak sama dengan sekarang. Saya ingat saya salah seorang berada di zaman dulu, di zaman sekarang. Saya mengetahui yang dahulu tak sesuai lagi sekarang sebab sekarang Parlimen kita moving forward, dinamik. Tiba-tiba kita ikut cara yang lama, yang tak wajar. Kurang sejam tak boleh. Tolonglah bagi perhatian.
Kurang sejam itu sebab kita ambil cara yang lain untuk– sebab Yang Berhormat pun jawab ngam-ngam saja kurang sejam. Kalau boleh tolong pertimbangkan balik. Kalau boleh hantar hari ini, saya nak hantar hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau katakan dia peraturan, itu kena ikut 24 jam. Itu tak boleh dinafikan. Itu dah terjelas di situ. Apa yang saya cadangkan ialah esok dah tak ada Parlimen, pada yang akan datang ini, pada bulan Jun ini usulkan balik semula. Tidak menjadi masalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bimbang.....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Cadangan Yang Berhormat peraturan-peraturan ini perlu dikaji semula, boleh dicadangkan juga dalam jawatankuasa yang berkaitan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat ialah seorang yang cukup bagus, arif bulan puasa ini. Saya nak beritahu Yang Berhormat, saya takut soalan saya ini sebelum datang– yang akan datang pencerobohan dah berlaku. Saya bimbang ini keselamatan yang cukup serius tapi masing- masing tak ambil tahu. Tidak ada seorang Menteri pun, Timbalan Menteri....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
....Yang pernah pergi Beting Patinggi Ali. Tapi depa jawab soalan di Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih. Baik.
Yang mana tadi? Siapa pula?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat. Ada empat orang. Biar saya atur satu-satu ya. Yang Berhormat Machang. Siapa pula? Yang Berhormat Machang Indera Mahkota dulu?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Indera Mahkota dulu. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Indera Mahkota. Apa isunya?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan permohonan saya supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri menarik semula kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat pada 11 Mac 2024 yang saya anggap mengelirukan Dewan.
Saya telah mendapat jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak puas hati dengan jawapan itu kerana mengikut Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri menjelaskan kenyataan tersebut adalah memfokuskan kepada penubuhan sebuah Palestin yang merdeka dan berdaulat selaras dengan perjanjian two-state solution, dengan izin. Semasa Perdana Menteri ke-9, kita sudah silent tentang two-state solution dan mula mengkaji tentang two-state solution kerana Israel memang jelas tidak menghormati the two-state solution. Dalam kenyataan Timbalan Menteri dia kata, “Itu premisnya”. Saya rasa “premis” dia itu sudah ketinggalan zaman.
Kedua, dia mengatakan bahawa itu syarat utama sekiranya berlaku perdamaian dan sebagainya, ini adalah syarat utama yang diberikan oleh Palestin. Syarat utama diberikan oleh Palestin ini bila? Palestin mana? Palestin sekarang ini, di Gaza ini– sebab itu saya kata ayat dan perenggan yang digunakan oleh Timbalan Menteri ini boleh menimbulkan kesan yang tidak begitu manis. Syarat dia ini, dia kata syarat utama yang diberikan oleh Palestin.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Kamar Khas. Ini rakyat Palestin mana yang dia rujuk ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Jadi, saya masih mengatakan bahawa– dan kalaupun kerajaan hari ini masih nak guna two-state solution, saya ada reservation. Saya akan tidak bersetuju. Tapi tak perlu guna ayat ini, “Kita hanya akan mengiktiraf Israel sekiranya Israel...” Lepas itu, “Mungkin kita akan dapat mengiktiraf...”, itu yang ayat yang saya tak boleh benarkan berlaku daripada seorang Timbalan Menteri.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Indera Mahkota. I got the point, dengan izin. Yang Berhormat memberitahu apa yang hendak dihajatkan itu dan saya faham your predicament. Baik, kalau kita balik kepada peraturan because apa yang saya lihat yang Speaker telah membuat keputusan. Walau bagaimanapun, my advice is kalau kita lihat pada 43, keputusan adalah muktamad tapi selepas keputusan ini, ada 48 jam. So, you please usulkan balik semula. Walaupun esok tidak ada lagi Parlimen, benda ini boleh dibawa ke depan. On the next yang bulan Jun. Tolong Yang Berhormat.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Petua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Itu cadangan saya.
So that you– tapi benda itu kena bertindak dalam tempoh 48 jam ya. You look at 43. Baik.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan Usul 36(12) terhadap Menteri Dalam Negeri. Kenyataan beliau yang saya nak minta dia tarik balik juga kerana mengelirukan Dewan, menuduh Yang Berhormat Pagoh ketika menjadi Perdana Menteri tidak menghulurkan sebarang peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen ketika itu sedangkan kita, yakni Yang Berhormat Pagoh telah menghulurkan bantuan bakul makanan berjumlah RM300,000 di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri bukan sahaja kepada Ahli Dewan Rakyat tapi kepada semua Ahli Dewan Negara ketika itu. Pembangkang mahupun kerajaan tanpa sebarang rundingan ataupun CSA.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi, kenapa Menteri Dalam Negeri menuduh, mentohmah Yang Berhormat Pagoh berbuat yang demikian, sedangkan bukti sebaliknya?...
[Tepuk] Jadi, kejap lagi kalau dia bentang pindaan Perlembagaan tentang hak kewarganegaraan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
...Saya minta dia tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di- Pertua, mudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, get to the point dan bukan untuk Yang Berhormat berbahas. Yang Berhormat nak tanya saya keputusan ini, kan?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dan apa petua saya.
Betul?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
I have got― saya ada dia punya teks itu dan sebagainya yang sebagaimana Yang Berhormat nyatakan itu.
Baik. Yang Berhormat ada dengar apa saya nasihat Yang Berhormat Indera Mahkota tadi?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jadi, it is the same.
Yang Berhormat, Speaker telah buat keputusan, terikat dengan 43. You still got 48 hours.
Tolong buat usul ketidakpuasan itu. Benda itu, insya-Allah, boleh dibawa tetapi dalam tempoh 48 jam sahaja ya. Itu saya punya pandangan dan keputusanlah. Petua saya. Baik?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Baik, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Stampin. Yes.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Dato’ Yang di-Pertua, saya ada kemukakan satu usul 18(1) mohon Dewan ini bincang tentang satu penipuan, money scam yang dilakukan oleh platform e-dagang aplikasi dBazzar. Di mana ramai pengguna dia telah tertipu berjuta-juta ringgit yang terperangkap dalam scam itu dan mereka sekarang telah buat laporan polis.
Saya kemukakan usul saya untuk dibincang dan dibahas dalam Dewan ini supaya satu penyelesaian boleh dibuat oleh kerajaan. Tetapi, apa yang saya terima pada hari ini daripada Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa usul saya ditolak kerana usul saya tidak sebut dengan jelas itu satu perkara yang tertentu dan juga ia tidak berkenaan kepentingan orang ramai dan tidak perlu disegerakan. Itu alasan yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua untuk menolak usul saya. Langsung tak logik dan tak masuk akal.
Kerana saya tengok dalam usul saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Stampin, saya faham. Benda usul Yang Berhormat itu ada dengan saya pun.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya. Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey. Boleh tidak Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Indera Mahkota, dengar ini ya.
Peraturan 43. Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab ke atas menjaga supaya Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa diendahkan, dan keputusan berkenaan dengan apa- apa perkara Peraturan Mesyuarat tidak boleh diminta timbangkan semula dan tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul persendirian iaitu usul demikian itu hendaklah dikeluarkan pemberitahu tidak lebih daripada dua hari terlebih dahulu.
So, dengan izin, once Yang Berhormat-Yang Berhormat telah dapat balik jawapan daripada Speaker atau pun daripada Parlimen ini berkaitan usul-usul Yang Berhormat, Yang Berhormat ada 48 jam. Even though esok tidak ada Parlimen, the issue boleh dibawa ke bulan enam punya nanti, the next seating. Please.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Dato’ Yang di-Pertua, perkara saya itu berkenaan satu penipuan, scam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
I agree.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Apa yang saya rasa perlu disegerakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Kerana penipu itu kalau wangnya dikeluarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat. I quite understand. Saya faham Bahasa Kebangsaan, Melayu, saya faham juga bahasa Inggeris dan saya juga faham bahasa Orang Asli. Jadi, duduk. I quite understand your predicament. Saya dah bagi dah solution-nya.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Ya. Boleh saya buat permohonan sekarang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Cannot.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
...Dalam Dewan ini supaya di-reinstate...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
...Supaya itu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Please. Yang Berhormat, you got to put it black and white ya. What is recorded here is as reference, dengan izin ya. Jadi, Yang Berhormat empat orang ini telah bangkitkan.
Please buat secara hitam putih dan saya percaya kalau ikut Peraturan, dalam tempoh yang berkenaan, the issue boleh di-raise pada persidangan yang akan datang pada bulan enam nanti, insya-Allah.
Okey, kita proceed kepada agenda seterusnya.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada sesiapa menyokong? Sebentar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo
Tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat beri penerangan berkaitan perkara itu.
Tuan Gobind Singh Deo
Boleh saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mendepani cabaran era teknologi dan pendigitalan masa kini dan bagi kami semua merealisasikan aspirasi Malaysia untuk bersaing dengan lebih efisien di pasaran global, semua pihak perlulah memanfaatkan teknologi dan pendigitalan khususnya di dalam semua sektor yang memberi impak signifikan kepada kemajuan negara yang lebih pesat.
Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan pelbagai pihak telah melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi memperluas penggunaan teknologi dan aplikasi yang berteraskan digital dalam bidang penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan kepada pelanggan.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan itu, kerajaan telah meletakkan komitmen yang tinggi dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu information and communication technology (ICT) bagi menyokong inisiatif negara ke arah ekonomi digital dan industri 4.0 melalui teknologi memuncul― itu disebut sebagai emerging technologies― seperti teknologi generasi kelima (5G), internet of things dan artificial intelligence (AI).
Selanjutnya, Tuan Yang di-Pertua, MyDIGITAL merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi satu negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam bidang ekonomi digital.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengunjurkan ekonomi digital negara yang menyumbang sebanyak 25.5 peratus menjelang tahun 2025 kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding 23.2 peratus pada masa ini. Ini menunjukkan bahawa ekonomi digital negara adalah antara tonggak utama ekonomi Malaysia.
Peningkatan prasarana teknologi dan digital ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada ancaman-ancaman siber yang mana rangkaian infrastruktur digital tersambung kepada semua pengguna sama ada kerajaan, entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, organisasi swasta, industri dan orang ramai. Persekitaran rangkaian bekalan, atau pun
Tuan Gobind Singh Deo
disebut sebagai supply chain, Tuan Yang di-Pertua, ini melibatkan keselamatan data, keselamatan sistem dan infrastruktur.
Salah satu faktor yang memberikan keyakinan kepada pelabur untuk memilih Malaysia atau pun sebuah negara sebagai destinasi pilihan mereka adalah ekosistem digital dan keselamatan siber yang selamat dan lestari. Tambahan pula, ancaman keselamatan siber kini semakin kompleks, Tuan Yang di-Pertua, melalui penggunaan teknologi terkini dan canggih.
Hal ini sudah tentu menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera kerajaan untuk kami bersama-sama menangani ancaman ini. Perihal ini menjadi keutamaan bukan sahaja di dalam negara tetapi turut, Tuan Yang di-Pertua, mencakupi ruang lingkup yang lebih besar di peringkat serantau dan global kerana alam siber dan komunikasi digital, Tuan Yang di- Pertua, meresapi pelbagai aspek dalam kehidupan.
Menurut Forum Ekonomi Dunia, The World Economic Forum, dalam Laporan Prospek Keselamatan Siber Global Tahun 2024, Tuan Yang di-Pertua, menggariskan bahawa 45 peratus organisasi mempunyai keupayaan keselamatan siber yang terhad bagi mengesan dan mengenal pasti kerentanan atau kelemahan siber dalam rangkaian bekalan mereka.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 41 peratus organisasi yang mengalami insiden keselamatan siber dalam tahun 2023 adalah disebabkan oleh pihak-pihak ketiga.
Laporan daripada Forbes pula menyaksikan peningkatan ketara dalam serangan siber di peringkat global mengakibatkan, Tuan Yang di-Pertua, lebih 343 juta mangsa. Antara tahun 2021 dan 2023, pelanggaran data meningkat sebanyak 72 peratus mengatasi rekod sebelumnya.
Tuan Gobind Singh Deo
Manakala IBM dalam laporan berhubungan kos ketirisan data menggariskan bahawa purata sebanyak USD4.45 juta ditanggung organisasi akibat ketirisan data pada tahun 2023.
Ini menyaksikan peningkatan sebanyak 15 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Statistik daripada Agensi Keselamatan Siber Negara ataupun dikenali secara singkat sebagai NACSA iaitu agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
(MKN JPM) menunjukkan trend serangan siber seperti penafian perkhidmatan tersebar, distributed denial-of-service (DDoS), pencerobohan jangkitan perisian hasad (intrusion malware infection), penghosan perisian hasad (malware at hosting) and advance persistent threats yang meningkat dari 2016 sehingga tahun 2022.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2022, sejumlah 7,192 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada NACSA berbanding dengan 5,575 pada tahun 2021 dan 4,194 pada tahun yang sebelumnya. Walau bagaimanapun, terdapat perkembangan yang positif kerana insiden keselamatan siber pada tahun 2023 setakat 31 Disember 2023 telah menurun dengan ketara kepada jumlah 3,232 kes. Penurunan ini Tuan Yang di-Pertua, mencerminkan keberkesanan langkah proaktif yang dilaksanakan untuk melindungi ruang siber kita.
Justeru itu, langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan perlu diperluaskan secara terselaras bagi memastikan tempoh pengesanan dan juga tindak balas terhadap insiden-
Tuan Gobind Singh Deo
insiden keselamatan siber dapat disingkatkan melalui proses yang sistematik, penggunaan teknologi yang bersesuaian dan modal insan berkepakaran tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, serangan siber yang semakin berleluasa pada masa kini bukan sahaja mampu melumpuhkan perkhidmatan sesebuah organisasi tetapi menggugat ekonomi negara, malah turut mengancam keselamatan dan kedaulatan negara jika langkah pencegahan yang sewajarnya tidak dilaksanakan. Oleh yang sedemikian, bagi memperkukuhkan keselamatan siber negara, kerajaan telah pun memutuskan supaya mekanisme dan sistem pengurusan keselamatan siber negara perlu diberi anjakan paradigma atau ditransformasikan supaya mampu menghadapi sebarang bentuk ancaman siber pada masa kini dan juga masa akan datang.
Pengurusan keselamatan siber negara yang proaktif, terselaras dan berkesan memerlukan Tuan Yang di-Pertua, satu atau sebuah institusi yang mempunyai mandat, keupayaan dan kuasa-kuasa yang jelas. NACSA yang merupakan agensi peneraju dalam bidang keselamatan siber perlu diperkukuhkan untuk melaksanakan fungsinya, terutamanya Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek kawal selia serta penguatkuasaan dasar dan juga strategi pengurusan keselamatan siber negara.
Pengukuhan kuasa dan fungsi yang jelas amat diperlukan oleh NACSA secara undang-undang spesifik dalam menjalankan peranannya secara lebih berkesan dan holistik bagi menangani masalah ataupun ancaman keselamatan siber negara. Penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 yang memberi tumpuan kepada perlindungan keselamatan siber Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, apa-apa jua pencerobohan atau serangan ke atas infrastruktur kritikal ini boleh membawa dan memberikan impak yang cukup besar kepada negara dan rakyatnya, khususnya dalam aspek- aspek keselamatan ekonomi, kesihatan dan juga sosial.
Melalui Rang Undang-undang Keselamatan 2024 ini Tuan Yang di-Pertua, aspek keselamatan siber bagi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara akan dapat kita pertingkatkan melalui rangka kerja yang telah diwujudkan dalam rang undang-undang ini yang termasuk pertamanya, penetapan dasar-dasar dan strategi berkaitan keselamatan siber serta aspek pemantauan perlaksanaannya oleh Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara ataupun dalam singkat JKSN, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi awam dan juga swasta.
Kedua, perlaksanaan dan pematuhan kehendak yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini dan juga tata amalan yang berkaitan dengan keselamatan siber oleh ketua sektor-sektor dan pemilik ataupun pengendali komputer dan sistem komputer yang merupakan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, penyelarasan tindakan berkaitan keselamatan siber dan penguatkuasaan peruntukan rang undang-undang ini oleh NACSA. Keempat, soal atau aspek perlesenan pemberi khidmat keselamatan siber.
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan JKSN di bawah rang undang-undang ini adalah perlu walaupun ia telah pun ditubuhkan di bawah Arahan MKN 26. Pengurusan keselamatan negara kerana rang undang-undang ini merupakan rang undang-undang khusus bagi
Tuan Gobind Singh Deo
menangani isu keselamatan siber. Apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan kelak, Arahan MKN26 akan disemak semula untuk tujuan penyelarasan . Walau bagaimanapun, apa-apa ketetapan yang telah pun dibuat oleh JKSN di MKN 26 yang berhubung dengan langkah-langkah standard dan proses berhubung dengan keselamatan siber Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara akan terus terpakai selagi mana ia nya tidak bertentangan dengan rang undang-undang ini.
Kerajaan juga telah menjalankan kajian dan mengenal pasti perundangan sedia ada, in relevant seperti Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dan juga Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) bagi memastikan tidak ada sebarang kelompangan, percanggahan ataupun pertindihan di antara undang-undang sedia ada dengan rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, bagi maksud menggubal rang undang-undang ini, NACSA telah pun mengadakan sebanyak 13 sesi perbincangan kumpulan fokus ataupun focus group discussions bersama 11 ketua sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara. Selepas 11 sesi libat urus bersama agensi keselamatan negara yang luar seperti Australia, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Russia dan Singapura serta 30 mesyuarat bersama dengan semua kementerian, agensi, pejabat setiausaha kerajaan negeri dan juga pemegang taruh yang berkenaan, rang undang-undang ini akan mengikat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Ini boleh dilihat apabila entiti kerajaan Tuan Yang di-Pertua, yang ditakrifkan di bawah rang undang-undang ini, termasuklah kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang boleh dilantik sebagai ketua sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara ataupun ditetapkan sebagai entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan mempunyai kewajipan tertentu di bawah rang undang-undang ini.
Di antara kewajipan tersebut termasuklah Tuan Yang di-Pertua, untuk memberikan maklumat mengenai Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara yang dimiliki dan dikendalikannya.
Kewajipan untuk melaksanakan tata amalan ataupun code of practise. Kewajipan Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan penilaian risiko keselamatan siber dan juga audit, kewajipan melaporkan insiden keselamatan siber dan latihan keselamatan siber (the cyber security exercises). Tuan Yang di-Pertua, kegagalan mematuhi kewajipan yang dinyatakan di atas merupakan kesalahan di bawah rang undang-undang ini. Namun begitu, tidak ada tindakan pendakwaan yang boleh diambil ke atas Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi apa- apa kegagalan untuk mematuhi peruntukan rang undang-undang ini di dalam undang-undang ini.
Dari segi pentadbiran kerajaan, pematuhan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis akan sentiasa dipantau dan dititikberatkan. Kerajaan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk pastikan peruntukan rang undang-undang ini dipatuhi sepenuhnya oleh agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi di bawah kerajaan negeri. Oleh itu, walaupun rang undang-undang ini memperuntukkan pengecualian kepada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri daripada didakwa bagi mana-mana
Tuan Gobind Singh Deo
kesalahan di bawah rang undang-undang ini, ini tidak bermaksud Tuan Yang di-Pertua, bahawa kelonggaran diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam soal melaksanakan peruntukan rang undang-undang ini.
Tuan Gobind Singh Deo
Peruntukan yang serupa juga dapat di dalam undang-undang yang berkaitan keselamatan siber di negara Australia iaitu Security of Critical Infrastructure Act 2018 dan juga di Singapura melalui CybersecurityAct 2018. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 meliputi elemen-elemen utama seperti berikut – Bahagian I, fasal 1 sehingga 4 memperkatakan tentang soal-soal permulaan.
Bahagian II, fasal 5 sehingga 9 memperuntukkan berkenaan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, fungsi mesyuarat dan sebagainya. Bahagian ini juga menyatakan bahawa Ketua Eksekutif NACSA hendaklah menjadi setiausaha kepada jawatankuasa tersebut.
Bahagian III, fasal 10 sehingga 14 memperuntukkan mengenai kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif NACSA termasuk peruntukan bagi penubuhan dan penyenggaraan sistem pusat penyelarasan dan kawalan siber negara serta kuasa-kuasa untuk melantik mana-mana pakar yang berkelayakan di dalam keselamatan siber.
Bahagian IV, fasal 15 sehingga 24 memperuntukkan antara lain Tuan Yang di-Pertua tentang pelantikan dan fungsi Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan penetapan serta pembatalan dan kewajipan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara.
Ketua Eksekutif NACSA juga diberikan kuasa Tuan Yang di-Pertua, untuk menjalankan latihan keselamatan siber.
Seterusnya, Bahagian V yang merangkumi fasal 25 sehingga 26. Fasal-fasal yang memperuntukkan tentang penyediaan dan juga pengendorsan tata amalan serta penjelasan berhubung dengan tata amalan tersebut.
Kemudian Bahagian VI, fasal 27 sehingga 34. Fasal-fasal yang memperuntukkan berhubung pelesenan, kelayakan, kelulusan, pembaharuan syarat kewajipan serta pembatalan dan juga pergantungan lesen pemberi perkhidmatan keselamatan siber. Ia juga Tuan Yang di-Pertua, memperuntukkan larangan pemindah milikan atau penyerah hak kan lesen melainkan jika diberi kuas oleh Ketua Eksekutif NACSA.
Seterusnya Bahagian VII, fasal 35 memperuntukkan berhubung dengan penyiasatan insiden keselamatan siber dan Kuasa Eksekutif untuk mengeluarkan arahan tentang langkah- langkah yang perlu untuk bertindak balas terhadap ataupun langkah-langkah yang perlu untuk baik pulih serta mencegah daripada insiden keselamatan siber.
Kemudian Bahagian VIII, fasal 36 sehingga 52 yang membuat peruntukan Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penguatkuasaan termasuk pemberian kuasa oleh Menteri kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan serta kuasa penyiasatan kepada pegawai yang diberi kuasa.
Kemudian yang terakhir, fasal 53 sehingga 64 yang membuat peruntukan berkenaan perkara-perkara am.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 ini dapat membantu kerajaan untuk memastikan ketidaklaksanaan dan kecekapan fungsi infrastruktur maklumat kritikal negara dalam hal menangani insiden keselamatan siber. Hal ini dapat memastikan tahap keselamatan negara tidak dikompromi selain menjadi pemangkin daripada ataupun kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh dan mampan terutama dengan menyediakan persekitaran yang kondusif yang boleh memupuk keyakinan dan menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi digital negara.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, mekanisme kawalan yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini perlu dilaksanakan dengan seberapa segera kerana ancaman siber boleh berlaku pada bila-bila masa dan tanpa dijangka.
Kerajaan berharap supaya rang undang-undang ini akan mendapat sokongan bipartisan daripada semua ahli di dalam Dewan ini tanpa mengira parti dengan meletakkan hal dan soal keselamatan negara sebagai pertimbangan yang utama. Tuan di-Pertua, saya memohon untuk mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli Yang Berhormat yang menyokong?
Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara. Kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara, fungsi dan kewajipan Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara dan pengurusan ancaman keselamatan siber dan insiden keselamatan siber terhadap infrastruktur maklumat kritikal negara untuk mengawal selia pemberi perkhidmatan keselamatan siber melalui pelesenan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Yang Berhormat, terdapat — Yang Berhormat-Yang Berhormat terdapat seramai 20 orang Yang Berhormat akan berbahas. Saya akan membacakan senarai. Minta Yang Berhormat yang berkenaan bersedia ikut turutan.
Mereka yang akan berbahas adalah Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Ipoh Timor dan akhirnya, Yang Berhormat Puchong.
Bagi membuka tirai, saya mempersilakan Yang Berhormat Bangi untuk berucap. 10 minit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan dan jadi pembahas pertama bagi Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 ini.
Dato’ Yang di-Pertua, maklumat peribadi adalah satu perkara yang dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia. Data peribadi kita tidak boleh diberikan kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya. We safeguard dengan izin, our personal information zealously. Ini kerana data ini mempunyai data peribadi yang boleh mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko termasuk risiko penipuan, kecurian identiti dan juga boleh menjejaskan keselamatan negara.
Tetapi suka atau tidak, pelbagai entiti menyimpan jutaan maklumat peribadi rakyat Malaysia. Ini termasuk badan awam seperti JPN, Suruhanjaya Pilihan Raya, PADU dan sebagainya dan juga termasuk entiti korporat seperti syarikat telekomunikasi, bank dan juga platform e-Dagang seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.
Bila kita berikan maklumat peribadi ini kepada badan-badan dan entiti-entiti ini, ada satu jangkaan atau dengan izin, expectation bahawa data ini akan disimpan dengan selamat tetapi malangnya, negara kita ini sering digemparkan dengan berita tentang kebocoran data peribadi rakyat melalui insiden pencerobohan keselamatan siber atau cyber security breach, dengan izin.
Antaranya yang saya boleh ingat pada tahun 2017, dakwaan terdapat kebocoran data melibatkan nombor telefon 46 juta rakyat Malaysia berkait dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kemudian di bulan Februari 2021, dakwaan kebocoran data pelanggan platform eBay. Oktober 2021 pula, kebocoran data MySejahtera yang menurut laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 telah menjejaskan tiga juta pengguna. Bulan Mei 2022 dakwaan kebocoran data JPN melibatkan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ogos 2022, insiden keselamatan siber melibatkan payment gateway iPay. Bulan November 2022, dakwaan bahawa pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya telah digodam.
Dato’ Yang di-Pertua , menurut satu laporan pada bulan Oktober 2023 oleh CyberSecurity Malaysia untuk separuh pertama tahun 2023 sektor kerajaan paling banyak mengalami kebocoran data diikuti dengan sektor telekomunikasi. Dua sektor ini Dato’ Yang di-Pertua, adalah sektor yang begitu kritikal dan banyak menyimpan maklumat peribadi orang ramai.
Menurut laporan itu juga, kementerian dan agensi kerajaan adalah terdedah dengan izin significant cyber risk including vulnerable software, weak access controls, data exposure and other critical issues. Kemudian kita ada satu laporan daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang mana untuk tahun 2023 terdapat kenaikan empat kali ganda kes-kes pencerobohan data dan ini merupakan yang paling tinggi dalam sejarah dan kadangkala kita melihat bahawa data peribadi ini Dato’ Yang di-Pertua dijual di forum maya atau di dark web dengan izin.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bayangkan, maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat, gambar, berapa saman kita pernah bayar, berapa isteri kita ada– semua terdedah untuk dibeli oleh mereka yang ada duit. Jadi isu keselamatan siber dan keselamatan maklumat kritikal dalam negara ini Dato’ Yang di-Pertua, sudah sampai tahap yang pada saya kritikal. Malahan tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa sekarang ini kita dah patut tekan butang panik itu berkali-kali Dato’ Yang di-Pertua. Setiap kali ada insiden atau dakwaan insiden, kebocoran dan godam dan sebagainya, ia akan menghakis keyakinan orang ramai terhadap keselamatan maklumat peribadi yang disimpan di pangkalan data entiti-entiti ini.
Oleh itu Dato’ Yang di-Pertua, pembentangan rang undang-undang ini adalah tepat pada masanya dan penting untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keutuhan infrastruktur keselamatan siber negara. Terutama sekali yang disimpan oleh data badan awam, pangkalan data badan awam. Saya melihat dan saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Digital YB Damansara atas pembentangan rang undang- undang ini, tetapi saya ada sedikit kemusykilan Dato’ Yang di-Pertua. Kerana saya lihat bahawa Agensi Keselamatan Siber Negara atau NASCA pada ketika ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jadi soalan saya kementerian manakah yang akan bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan akta ini kelak dan saya merujuk kepada Fasal 2 atau Fasal 3 takrifan Menteri, yang mana dikatakan di situ Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab keselamatan siber. Jadi saya anggap dan saya mohon supaya ini dicerahkan bahawa ini adalah Menteri Digital yang akan bertanggungjawab. Saya juga merujuk kepada fasal yang sama, takrifan infrastruktur maklumat kritikal negara. Saya ingin mendapat kepastian bahawa ini bukan hanya terhad kepada entiti kerajaan sahaja tetapi juga boleh merangkumi entiti korporat dan swasta seperti bank, syarikat telekomunikasi dan sebagainya.
Kerana saya fikir ini penting kerana yang memegang maklumat kritikal bukan hanya entiti kerajaan sahaja, tetapi juga entiti swasta dan bukan kerajaan.
Seterusnya berkenaan dengan Fasal 23 insiden keselamatan siber yang mana di bawah Fasal 23 ada satu kewajipan pada entiti infrastruktur maklumat kritikal negara untuk memaklumkan kepada Ketua Eksekutif NASCA dan kuasa menyiasat ada di bawah Fasal 35.
Saya menyambut baik fasal ini yang mana kita dapat pastikan bahawa setiap insiden keselamatan siber itu tidak boleh disembunyikan dan harus dimaklumkan kepada Ketua Eksekutif dan lepas ini tidak boleh ada, kalau ada sebelum ini ada apa-apa cover-up jika ada insiden seperti ini. Tetapi saya juga melihat bahawa Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara harus terlebih dahulu menetapkan satu entiti itu sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara sebelum kewajipan ini berbangkit.
Jadi saya ingin tahu adakah ini bermakna sekiranya entiti itu tidak ditetapkan sebagai satu entiti bawah Fasal 17, maka tiada kewajipan untuk memaklumkan kepada Ketua Eksekutif dan pada masa yang sama, Ketua Eksekutif juga tidak punya kuasa untuk mengarahkan siasatan. Dalam erti kata lain perlu ditetapkan dahulu bahawa ini ialah entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, barulah fasal-fasal yang berbangkit boleh berkuat kuasa. Jika ini tafsirannya, saya fikir bahawa kuasa untuk menyiasat itu tidak wajar terhad
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
kepada hanya entiti yang ditetapkan sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara sahaja tetapi harus diluaskan.
Saya secara prinsipnya, saya sambut baik Fasal 35 ini kerana ia bukan hanya memberi kuasa untuk menyiasat insiden keselamatan siber untuk menentukan punca, cara- cara mengatasi dan yang paling penting langkah-langkah untuk memastikan insiden itu tidak berlaku lagi.
Saya kemudian ingin pergi kepada Bahagian VI mengenai pemberi perkhidmatan keselamatan siber. Jadi selepas ini, mana-mana cyber security service provider dengan izin, harus mendapat lesen terlebih dahulu daripada pihak kerajaan.
Saya ingin mendapatkan data berapa banyak cyber security service provider yang ada dalam negara sekarang dan juga saya ingin tahu adakah kementerian mempunyai data berapa banyak insiden keselamatan siber yang telah terjadi atau berlaku akibat kegagalan cyber security service provider ini? Saya tanya kerana saya ingin tahu apa justifikasi untuk kini mengehendaki bahawa service provider ini dilesenkan.
Seterusnya, saya pergi kepada Fasal 36 pemberikuasaan pegawai awam. Saya ingin tahu apabila dikatakan pegawai yang akan diberi kuasa ini, siapa yang akan diberi kuasa di bawah akta ini? Adakah ini kakitangan NASCA, SKMM atau polis? Sedikit sahaja lagi Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Akhir sekali, Fasal 59. Fasal ini memperuntukkan bahawa seseorang adalah bertanggungjawab dan boleh dihukum atas kelakuan ejen atau pekerjanya. Kalau apa yang saya baca itu betul, saya fikir fasal ini perlu dilihat semula seperti kita tahu kerana sebelum ini kita faham tentang vicarious liability dan sebagainya. Tetapi ini adalah liabiliti jenayah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas seseorang yang secara actus reus-nya tidak menjalankan, membuat kelakuan tersebut. Jadi saya fikir mungkin perlu dilihat semula kalau tafsiran ini betul.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, itu sahaja perbahasan saya. Saya berharap bahawa kita semua dapat menyokong rang undang-undang yang begitu penting ini kerana saya fikir bahawa negara kita seperti saya nyatakan tadi sudah sampai satu tahap di mana kita perlukan satu rang undang-undang komprehensif seperti ini untuk menjamin keselamatan siber infrastruktur dalam negara kita. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Silakan berikutnya Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 pada tengah hari ini. Internet kini telah berubah daripada medium komunikasi kepada medium perdagangan dan sumber ekonomi. Kajian penggunaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
capaian isi rumah kepada Internet meningkat kepada 90.1 peratus pada tahun 2019 berbanding 87.0 peratus pada 2018.
Selain itu, peratusan penggunaan Internet di Malaysia turut meningkat kepada 84.2 peratus bagi tahun 2019 berbanding 81.2 peratus tahun 2018. Peratusan capaian telefon bimbit di seluruh Malaysia adalah pada 98.2 peratus bagi tahun 2019 dan data yang saya tampilkan ini ialah pada tahun 2019 pun kita sudah berada pada tahap 98.2 peratus.
Bayangkan pada hari ini mungkin telah pun kita boleh nyatakan bahawa capaian telefon bimbit telah pun mencapai kepada 100 peratus. Jadi, ini menunjukkan kepada keperluan kepada dikemukakan Rang Undang-undang Keselamatan Siber seperti hari ini.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Digital yang telah pun berjaya untuk membawa rang undang-undang ini walaupun hanya beberapa bulan sahaja menjawat jawatan sebagai Menteri Digital setelah kementerian ini diwujudkan. Saya sambut baik dengan pewujudan Kementerian Digital ini dalam keadaan cabaran yang teramat besar pada hari ini.
Sebab itulah saya sebut semalam di antara perkara yang saya nyatakan semalam ketika mengambil bahagian perbahasan bahawa Kementerian Digital hendaklah menampilkan prestasi yang tip top ataupun yang sempurna dari sudut pendigitalannya.
Semalam saya akses laman web CyberSecurity, tidak dapat diakses dan alhamdulillah, hari ini laman web itu berjaya dapat diakses dengan baik.
Sebab itulah yang saya rasakan bahawa keperluan kepada Rang Undang-undang Keselamatan Siber yang hari ini kita telah bertransformasi dari sudut penggunaan komputer, daripada floppy disk 1.22 megabait kepada floppy disk 1.44 megabait 20 tahun lepas. Word processing Windows 3.1, Windows 98 sehinggalah hari ini kita berubah kepada teknologi pendrive, bluetooth dan entah apa lagi masa depan yang akan kita hadapi.
Tetapi saya nak mengambil poin yang disebut oleh Bangi sebentar tadi, bagaimana serangan-serangan siber ini telah menyebabkan rakyat rasa kurang yakin untuk berkongsi data-data peribadi mereka. Itulah sebenarnya perkara yang menjadi kebimbangan kepada rakyat apabila mereka bimbang untuk mendaftar di dalam program seperti PADU yang diuar- uarkan oleh kerajaan.
Sebab itulah di antara perkara saya sebut semalam ialah isunya ialah bukanlah trust deficit yang saya maksudkan itu kepada kerajaan tetapi trust deficit kepada sistem keselamatan itu sendiri. Bayangkan bagaimana Menteri sendiri menyebut semalam bahawa dalam masa satu hari, berjuta-juta serangan siber yang bertujuan untuk penetrate masuk ke dalam sistem PADU dan bagaimanakah rakyat boleh yakin untuk mendaftar yang memasukkan semua maklumat mereka? Berapakah bidang tanah yang mereka ada, hartanah dan pelaburan yang mereka ada. Inilah yang menyebabkan rakyat mungkin masih rasa bimbang untuk membuat pendaftaran di dalam program-program seperti ini.
So saya ingin bertanya kepada kerajaan, apa kesudahan projek Be Cyber Smart...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kempen keselamatan siber dan Protect 360 yang dilancarkan pada tahun lepas? Silakan Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua. Berkaitan dengan trust deficit itu, bersetuju tak Pasir Mas isu PADU ini bukan trust deficit kepada kerajaan tetapi trust deficit kepada Menteri PADU yang banyak formulanya telah gagal?
Setuju atau tidak?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya tak boleh nak jawab setuju atau tidak [Ketawa] sebab hari ini hari terakhir dan kita pun nak beraya lepas ini. Ramai lagi Menteri-menteri yang tidak memberikan cenderahati kepada kita Ahli Parlimen ini. [Dewan ketawa] Hanya beberapa orang saja Menteri yang beri [Ketawa] . Jadi peluang masih lagi ada untuk kami membawa balik cenderahati daripada Menteri-menteri.
Tiga prinsip yang perlu menjadi keutamaan kerajaan dan tidak boleh diabaikan sama sekali dalam mengendalikan ancaman siber. Pertama ialah mengutamakan kedaulatan negara. Kedua, pendekatan yang berdasarkan risiko atau risk-based approach. Ketiga, ketelusan dan accountability. Sebarang polisi dan peraturan yang dibuat perlu menjalani proses yang telus dan melibatkan semua pemegang taruh yang berkepentingan.
Saya ingin menyentuh fasal 17 dan 21, entiti infrastruktur dan maklumat kritikal negara. Yang Berhormat Menteri, sektor tenaga, kewangan dan kesihatan antara sektor kritikal yang memerlukan perlindungan yang ampuh daripada sebarang bentuk ancaman serangan siber. Tindakan penalti perlu dikenakan kepada entiti infrastruktur maklumat kritikal negara. Kalau tidak ada langkah dan inisiatif menangani ancaman keselamatan siber, kerajaan harus bersikap proaktif dalam memastikan agensi dan syarikat berkait dengan kerajaan pun sudah pun membangunkan sistem dan infrastruktur yang tidak dapat dicerobohi.
Fasal ke 24 iaitu latihan keselamatan siber. Dalam subseksyen 2 dinyatakan bahawa ketua eksekutif hendaklah mengeluarkan notis bertulis sebelum menjalankan apa-apa latihan keselamatan siber. Sepatutnya, sebarang bentuk latihan dan ujian terhadap entiti infrastruktur maklumat kritikal negara perlu dijalankan secara mengejut tanpa notis bertulis sebagaimana serangan siber dalam situasi sebenar.
Kalau kita telah pun nyatakan di dalam subseksyen ini hendaklah dikeluarkan notis bertulis, sudah pastilah latihan itu tidak akan bersifat praktikal dan tidak menjadi suatu latihan yang real berdepan dengan serangan yang sebenar. Kerana serangan siber ini apabila ia berlaku, ia boleh merosakkan seluruh sistem data peribadi itu dalam masa tidak sampai satu saat sahaja, Yang Berhormat Menteri. Jadi saya cadangkan supaya kewajipan untuk mengeluarkan notis bertulis ini perlu untuk dikeluarkan dan tidak diwajibkan kepada ketua eksekutif untuk mengeluarkan notis bertulis.
Fasal 27, lesen pemberi perkhidmatan keselamatan siber. Proses pemilihan pemberi perkhidmatan keselamatan siber ini perlu dijalankan dengan telus dan teliti, mengambil kira
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
reputasi, kepakaran teknikal dan sumber yang mencukupi. Mereka juga perlu menunjukkan kebolehan untuk bertindak balas terhadap sebarang insiden dengan cekap.
Fasal 35, insiden keselamatan siber. Saya ingin merujuk kepada peningkatan aplikasi teknologi AI dalam kalangan pemain industri termasuk juga semakin diterima pakai dalam sistem agensi kerajaan, memerlukan kita mengambil langkah berjaga-jaga. Lima hari lepas, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lepas, sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau AI.
Jadi saya ingin bertanya, apakah Malaysia juga akan mengambil langkah yang sama proaktif menyambut resolusi yang telah diluluskan oleh PBB ini? Kerana teknologi AI ini perlu dilatih menggunakan set data yang amat besar bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan sistem AI berfungsi. Ini akan membuka ruang kepada risiko pencerobohan data sensitif, akses tanpa kebenaran, mengorbankan privasi pengguna terutamanya kepada rakyat. Jadi saya ingin bertanya, bagaimana rang undang-undang ini dapat berperanan di dalam mengawal sistem yang mengaplikasikan teknologi AI ini?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli Parlimen kita pada hari ini. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas peluang untuk Ledang membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 pada hari ini, hari terakhir sidang kita.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu berkenaan dengan kesan ancaman siber ini boleh kepada individu, kepada perniagaan, kepada kerajaan, kepada negara. Kita juga tahu antara kesan utama adalah tiga kesan utama iaitu pertama ialah kesan kerugian kewangan. Kedua ialah kesan pelanggaran maklumat peribadi dan yang ketiga ialah gangguan perkhidmatan- perkhidmatan penting ataupun yang disebut sebagai kritikal. Jadi memang amat tepat pada masanya untuk rang undang-undang ini dibawa ke Dewan pada hari ini.
Kalau kita lihat dari segi kemajuan teknologi, dia memang bergerak sangat laju dan tak ada sempadan. Saya masih ingat dengan jelas 20 lebih tahun dulu di mana pada ketika itu anak-anak saya kalau tengok handphone dia sangat teruja dengan handphone yang boleh buka lipatannya. Tetapi dua kali ganda saiz daripada telefon sekaranglah. Pada masa itu dalam era 90-an, kita belum ada aplikasi WhatsApp tapi medium yang adalah e-mel, kemudian ialah dari segi laman web ataupun dengan izin, web browser dan itu menjadi trend pada ketika itu.
Dalam era ini, pelaku jenayah siber ini dia menggunakan medium e-mel untuk menghantar perisian hasad ataupun malicious malware untuk memusnahkan sistem komputer lain ataupun untuk memancing (phishing) dengan izin data untuk tujuan penipuan.
Perkara itu telah pun berlaku pada waktu itu. Dengan kemajuan dan juga kebijakan teknologi,
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
kepantasan perpindahan data dan juga maklumat, kewujudan internet benda atau Internet of Things, pengenalan teknologi realiti terimbuh ataupun augmented reality dan kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence serta juga pertumbuhan analisis data raya ataupun big data analytics. Kelicikan pelaku jenayah siber ini juga semakin berleluasa dan menggusarkan. Jadi kalau kita nak ada pakar yang boleh memastikan tidak ada berlakunya ancaman kepada siber, kita juga perlu ada pakar yang tahu selok belok penipuan. Itu maksudnya.
Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) dalam statistik laporan insiden melibatkan jenayah siber, memaklumkan bahawa bagi tempoh dua bulan, dalam tahun 2024, 1,027 kes dicatatkan dengan jenayah penipuan siber mendominasi senarai jenayah siber yang ada.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Kita ambil kira jenayah siber ini tidak secara langsung mendatangkan kecederaan atau kerosakan fizikal seperti jenayah-jenayah yang lain. Tetapi angka ini sangat membimbangkan. Kenapa? Sebab menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, kerugian akibat daripada jenayah siber atau jenayah dalam talian pada tahun 2023 dinilai melebihi RM700 juta. RM700, lebih RM700 juta ringgit. Hampir-hampir ke RM1 bilion.
Satu kerugian yang sangat besar bagi sektor kewangan negara. Justeru, pada dasarnya usaha daripada Kerajaan Madani yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri untuk melaksanakan Undang-undang Keselamatan Siber ini adalah perlu, tepat pada waktunya.
Malah, ancaman keselamatan siber ini bukanlah hanya bersifat tempatan tetapi juga dari luar.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga masih ingat pada pertengahan tahun 2021, sewaktu rejim Zionis Israel menghentam bumi Gaza dengan serangan udara, dengan macam-macam cara. Rakyat Malaysia pada ketika itu bangkit untuk menyertai perjuangan membela Gaza secara dalam talian. Kalau kita ingat, Netizen Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bawang Rangers menghujani ruangan komen-komen laman Facebook rasmi pasukan keselamatan Israel (IDF) mengecam dan memperlekeh tindakan bacul rejim Zionis Israel tersebut.
Kelantangan Bawang Rangers ini malah membuatkan ada askar rejim Zionis Israel yang bersuara membalas serangan Bawang Rangers. Hebat tak hebatnya. Mengapa saya bawakan cerita ini? Kelantangan rakyat Malaysia dan peranan serta kekuatan desakan Kerajaan Malaysia dalam isu-isu kemanusiaan macam di Palestin berkemungkinan untuk membuka ruang serangan siber bertahap antarabangsa ke atas Malaysia. Kelicikan rejim Zionis Israel dan sekutu-sekutunya bukan perkara yang asing, bukan perkara yang mengejutkan.
Jadi, saya bukan berniat untuk menakut-nakutkan. Tetapi saya percaya dengan tekad kerajaan dan juga komitmen Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara ini yang ada di dalam rang undang-undang ini, maka pelaksanaan langkah dan polisi strategik mengukuh keselamatan negara terutama keselamatan siber amat-amat wajar untuk dilihat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk melontarkan buah fikiran untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan beberapa perkara. Pertamanya, saya tadi dengar daripada Bangi yang bertanya juga berkenaan
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
dengan tafsiran Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara. Apakah ia hanya melingkungi kerajaan dan agensi-agensinya? Saya lihat dalam Jadual seksyen 4 muka surat 50 memang ada tersenarai di sini sektor infrastruktur maklumat kritikal negara ada 11 sektor kerajaan termasuk perbankan, kewangan, pengangkutan, pertahanan, keselamatan negara, maklumat komunikasi dan digital, perkhidmatan jagaan kesihatan, air, pembetungan, pengurusan sisa, tenaga, pertanian dan perladangan, perdagangan industri dan ekonomi, juga sains, teknologi dan inovasi. Maksudnya, ada huraian yang amat jelas. Namun, boleh lagi ditekankan oleh pihak Yang Berhormat Menteri.
Keduanya, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan unjuran implikasi kewangan dalam aspek pengukuhan keselamatan siber terutamanya dalam pelaksanaan butiran rang undang-undang ini. Saya sebutkan ini kerana memang dalam blue bill, kita ada keluarkan implikasi kewangan yang disebutkan dalamnya amaun belum dapat ditentukan. Mungkin kerana perlukan lebih banyak kajian ya. Tetapi saya percaya boleh dijelaskan berapa unjuran implikasi kewangan yang timbul daripada ini.
Saya sebutkan ini kerana Amerika Syarikat, negara yang dikatakan menerajui arus keselamatan siber ini dilihat telah meningkatkan perancangan perbelanjaan fiskal 2025 berkaitan keselamatan siber sehingga USD13 bilion. Jumlah yang sangat besar. Terus, saya mohon mendapatkan pandangan pihak kementerian dalam keperluan kewangan untuk perang melawan jenayah siber ini.
Keduanya, berpaut kepada prinsip semak dan imbang. Saya juga ingin mendapatkan pencerahan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme semak dan imbang dalam penguatkuasaan undang-undang ini terutamanya pelaksanaan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara dan juga terkait juga dengan perkara ataupun fasal 40 khususnya yang berkaitan dengan penggeledahan dan penyitaan tanpa waran. Jadi, ini ada terkandung dalam itu. Apakah ia mungkin boleh terbuka kepada salah guna? Jadi, perkara ini perlu ada jaminan daripada pihak Yang Berhormat Menteri untuk tidak ada berlakunya salah guna kuasa terutamanya dalam menguatkuasakan keselamatan siber.
Seterusnya, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Apakah pihak kementerian bercadang untuk melibatkan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Komunikasi sebagai salah satu daripada platform untuk kita mewujudkan sifat ataupun ciri-ciri semak dan imbang?
Seterusnya ialah saya juga ingin mendapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan perancangan Kementerian Digital dalam menggerakkan agensi-agensi sedia ada, pemegang taruh dalam kerajaan, sektor swasta dan pakar-pakar yang ada sebagai pelengkap ekosistem keselamatan siber ini. Contohnya, bagaimanakah kaitan kementerian dengan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber ataupun CCOE yang baru ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Adakah soal latihan dan kemahiran sumber manusia dalam bidang keselamatan siber dirancang selari dengan penggubalan rang undang-undang ini?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Dato’ Yang di-Pertua, saya berpendapat melihat kepada amalan-amalan negara lain dalam isu keselamatan siber kerana ini dapat dilaksanakan dengan proaktif dan dengan kadar cost efficiency yang lebih baik. Jadi, alhamdulillah saya ucapkan terima kasih.
Lengkaplah perbahasan pada tengah hari ini. Saya menyokong usul Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024.
Sayidina Umar R.A pernah menyebutkan, [Bercakap dalam bahasa Arab] , yang bermaksud, “Didik anak-anak kamu mengikut zaman mereka bukan mengikut zaman kamu”. Daripada apa yang disebutkan, dari zaman perbezaan antara zaman generasi sekarang dengan generasi terdahulu ialah berkait dengan penggunaan ICT, internet dan teknologi maklumat.
Dengan jumlah rakyat Malaysia 33 juta, dengan nisbah 97.4 peratus adalah pengguna internet. Maka, kemahiran teknologi dan maklumat serta komunikasi menunjukkan peningkatan salah satu daripada pembangunan yang meningkat dari sudut penggunaan teknologi maklumat. Tetapi sudut yang melibatkan keruntuhan kepada pembangunan mampan dari segi penggunaan komputer, telefon pintar dan lain-lain juga mesti diberikan perhatian dan fokus. Di sinilah berlakunya jenayah siber, serangan siber dan keganasan siber. Oleh itu, isu keselamatan siber merupakan isu utama terkini kerana ia melibatkan seluruh struktur masyarakat dan negara.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Keselamatan siber ialah amalan melindungi sistem ketersambungan internet yang melibatkan hardware, dengan izin, perkakasan, software, perisian, dan data keselamatan siber mesti menjadi fokus yang diberikan keutamaan supaya dapat meletakkan bahawa apabila perlindungan penting diberikan kepada tiga perkara yang melibatkan jenayah siber, serangan siber dan keganasan siber.
Tuan Yang di-Pertua, jenayah siber. Pada tahun lepas, kes penipuan dalam talian telah meningkat 23 peratus membabitkan nilai kerugian sebanyak RM687 juta. Tidak cukup dengan memangsakan golongan profesional seperti pensyarah dan jurutera dan lain-lain, kegiatan penipuan ini juga menyasarkan warga emas dan pesara sebagai mangsa.
Bayangkan mangsa-mangsa yang telah puluhan tahun bersusah-payah mencari rezeki untuk persediaan usia senja, malangnya setelah tiba usia tersebut, mereka menjadi mangsa scammer yang melicinkan tabung simpanan mereka.
Maka, sebagai penggubal undang-undang, di atas bahu kita terletak amanah yang besar untuk melindungi rakyat daripada terus terbelenggu dengan insiden penipuan seperti ini.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Antara faktor utama berleluasanya jenayah siber ini adalah kebocoran data yang berpunca daripada kepincangan sistem penyimpanan rekod. Dalam fasal 32 akta ini, pemegang lesen diwajibkan menyimpan dan menyenggara rekod berkaitan perkhidmatan keselamatan siber yang diberikannya. Perkara (a) subseksyen (2) fasal ini menuntut agar rekod tersebut disimpan dan disenggara mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, saya mencadangkan agar National Cyber Security Baseline yang perlu dipatuhi turut merangkumi penyimpanan rekod menggunakan teknologi blockchain. Ciri blockchain yang tidak berubah atau immutable, dengan izin, akan meninggalkan jejak audit yang mampu membantu analisis forensik dan pengenalpastian insiden keselamatan siber.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, serangan siber. Fasal 12 bertujuan memberi Ketua Eksekutif kuasa untuk melantik mana-mana pakar yang berkelayakan dalam keselamatan siber sebagai pakar keselamatan siber. Walaupun diakui masih banyak yang perlu kita belajar dari segi kepakaran teknologi, saya ingin menekankan bahawa penggubalan undang-undang ini mestilah menyasarkan kedaulatan digital negara kita sebagai end game, dengan izin.
Oleh yang demikian, kuasa melantik pakar keselamatan siber seharusnya turut memperincikan kriteria yang lebih ketat dan tidak boleh secara sembarangan, selain kelayakan dari segi kepakaran pakar yang ingin dilantik dalam mana-mana posisi penting melibatkan keselamatan seharusnya diwajibkan dalam kalangan warganegara sahaja.
Adalah tidak bertanggungjawab untuk kita menggunakan khidmat luar atau outsource, dengan izin, apa-apa perkara yang melibatkan kedaulatan negara kita.
Cadangan ini merupakan langkah berjaga-jaga yang realistik terutamanya mengambil kira serangan siber terhadap pangkalan data LPPKN baru-baru ini. Serangan siber tersebut dibuat oleh ROOTK1T, sebuah kumpulan penggodam (hacktivist) yang sehingga hari ini, pada laporan 20 Februari 2024, LPPKN masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesahihan dakwaan kumpulan ini. Pohon penjelasan.
Yang ketiganya ialah keganasan siber. Yang kita lihat apa yang telah berlaku― kerana serangan keganasan berlaku dalam dua keadaan. Satu, serangan keganasan secara fizikal, yang kedua ialah secara siber. Seperti mana yang telah kita lihat bagaimana serangan pesawat MH17 yang ditembak yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke KL pada 17 Julai 2014 adalah secara fizikal, tetapi bagaimana melibatkan MH370 yang berlaku juga dalam tahun 2014, 8 Mac? Sehingga hari ini, kehilangan pesawat MAS masih menjadi satu misteri.
Apakah berlaku serangan keganasan siber dalam sistem yang ada dalam pesawat tersebut?
Kerana, ia menjadi misteri yang tidak dirungkaikan sehingga hari ini. Pohon penjelasan.
Kemudian yang akhir ialah dalam sektor infrastruktur maklumat kritikal negara. Di antara keganasan siber juga ialah melibatkan bullying, buli dan juga melibatkan kumpulan luar negara yang menyalahi undang-undang negara, menjadi pengganas yang ingin untuk merekrut warganegara. Jadi, di bawah sektor infrastruktur maklumat kritikal manakah dimasukkan, jika ada melibatkan buli dan juga melibatkan perlanggaran undang-undang merekrut warganegara Malaysia untuk menyertai kumpulan keganasan mereka? Kerana apa
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
yang saya lihat― pohon kalau boleh dimasukkan juga melibatkan pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Berikutnya adalah Yang Berhormat Batang Sadong, tetapi ingin saya maklumkan, tepat pukul 1.00 saya akan berhentikan sesi kerana tidak ada usul. Jadi, Yang Berhormat Batang Sadong hendak meneruskan satu minit dan berhenti ataupun teruskan?
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Batang Sadong, silakan. Tepat pukul 1.00, saya berhenti, pukul 2.30 sambung balik. Boleh?
Silakan. Silakan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Dato’ Speaker, saya hendak confirm-kan, nanti bersambung pukul berapa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya? Saya kurang dengar.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
2.30?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Batang Sadong hendak sambung pukul 2.30?
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
2.30, 2.30.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
2.30 ya. Baik, Yang Berhormat Batang Sadong, duduk. Jadi, saya ada 30 saat lagi.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat sudah hampir setahun di Dewan ini. Ramai di antara kita sudah matang. Jadi, saya mencadangkan kalau ada masa itu, telaahkan inilah.
[Sambil menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] Fasal banyak benda yang saya lihat melanggar peraturan.
Dan kita― sebagai ingatanlah. Saya sebagai Timbalan Speaker di sini. Kalau dia luar itu, banyak orang bertanya. Jadi, kita kurangkanlah, bagaimana yang dinyatakan, berpolitik di dalam ini. Kita tumpukan kepada kepentingan kawasan dan masyarakat.
Hendak politik, di luar. Jadi, kita ruangkan masa untuk pentadbiran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya mendengar tadi Timbalan Speaker kata ada masa lagi. Jadi, saya ambil kesempatan hendak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Timbalan Speaker.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut Nuzul Quran. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Majlis, sekarang tepat pukul 1.00...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Timbalan Speaker, sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pukul 2.30 nantilah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tidak, sedikit sahaja hendak tanya. Out of curiosity. Kenapa yang hari ini berhenti pukul 1.00 ini? Sedangkan urusan kerajaan hari ini hari terakhir. Ada urusan kerajaan yang belum selesai lagi, pindaan Perlembagaan pun ada ini.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ada apa-apakah?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Apa rahsianya?
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya di sini hanya melaksanakan tugas sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan Mesyuarat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Rahsianya, yang bertanya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, soalan Kota Bharu bersangka jahat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, Yang Berhormat...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Minta maaf balik.
Minta maaf balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Bagi sebelum saya ketuk ini.
[Ketawa] Jadi, Yang Berhormat, bila tidak ada usul, kita tetap balik kepada peraturan. Dia menyatakan pukul 1.00.
Jadi, dengan yang sedemikian, Yang Berhormat, saya tangguh Mesyuarat ke pukul 2.30.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismilllahi Rahmani Rahim. Saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Sadong tapi sebelum itu, saya masukkanlah Peraturan Mesyuarat 35(7). Maka, dihadkan ke tujuh minit. Silakan Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Penggubalan RUU Keselamatan Siber adalah bertepatan dengan situasi perkembangan teknologi semasa dan juga amat penting kerana terdapat beberapa lompong signifikan dalam
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
akta sedia ada yang membuka ruang untuk jenayah siber berleluasa. RUU Keselamatan Siber adalah suatu inisiatif penting dalam meningkatkan keselamatan siber negara.
Ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengawal selia dan menguruskan ancaman keselamatan siber dengan lebih berkesan seperti isu perlanggaran data, kebocoran maklumat, jenayah siber rentas sempadan dan perisian berbahaya. Namun, tafsiran jelas berhubung keselamatan siber perlu juga diambil kira dalam penggubalan ini.
Ancaman siber di Malaysia dijangka meningkat pada tahun 2024, terutamanya dalam industri kewangan dan telekomunikasi. Kaspersky telah menggagalkan berjuta-juta serangan internet, purata dalam 74,000 serangan setiap hari. Penggunaan kecerdasan buatan ataupun AI oleh penjenayah siber mendorong peningkatan jenayah siber dan perlanggaran data.
PDRM mencatatkan peningkatan 23 peratus dalam kes jenayah siber pada 2023 dengan kerugian RM687 juta. Penipuan dalam talian adalah serangan paling tinggi dicatatkan dengan 3,087 kes dilaporkan daripada 4,898 insiden siber yang direkodkan oleh Cyber999 pada 2023. Batang Sadong menyokong penggubalan RUU Keselamatan Siber 2024 ini.
Walau bagaimanapun, beberapa perkara dalam akta ini perlu penjelasan daripada pihak kementerian.
Pertama, dalam Bahagian II, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku perlanggaran data.
Bahagian II, fasal 5(2), YAB Perdana Menteri hendaklah dilantik sebagai Pengerusi Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara. Penubuhan jawatankuasa dalam RUU ini penting dalam pengawalan, pengurusan dan pelaksanaan Dasar Keselamatan Siber Negara.
Fasal 6(1), fungsi jawatankuasa mempunyai kuasa untuk menetapkan jenis perkhidmatan keselamatan siber yang perlu dilesenkan. Memberikan arahan kepada pegawai awam untuk menguatkuasakan RUU Keselamatan Siber, menentukan polisi, pendekatan dan strategi keselamatan siber negara serta mengawasi pelaksanaan Akta Keselamatan Siber. Persoalannya, apakah mekanisme yang digunakan untuk mengukur tahap keberkesanan jawatankuasa ini?
Kedua, dalam Bahagian III, fasal 12, ketua eksekutif boleh melantik pakar yang berkelayakan dalam keselamatan siber sebagai pakar keselamatan siber bagi tempoh masa yang tertentu. Jadi, persoalannya apakah kriteria pemilihan dan entiti ataupun badan mana yang bertanggungjawab memilih pakar tersebut?
Ketiga, dalam Bahagian VI, pemberi perkhidmatan keselamatan siber di bawah fasal 27 dan 28. Mohon kementerian menjelaskan kaedah pemberian lesen khas bagi syarikat yang memerlukan khidmat keselamatan siber bagi memastikan syarikat yang mendapatkan perkhidmatan akan menitikberatkan perlindungan data pengguna dalam perkhidmatan mereka, sekali gus memudahkan pemantauan dan kawal selia terhadap syarikat berkenaan.
Hal ini kerana dengan adanya peraturan yang ditetapkan dalam RUU Keselamatan Siber, ia dapat membantu dalam mengurangkan risiko kebocoran maklumat dengan menguatkuasakan standard keselamatan yang lebih tinggi bagi pemberi perkhidmatan keselamatan siber.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Keempat, Bahagian VII, Insiden Keselamatan Siber. Fasal 35 mengambil contoh negara seperti Amerika Syarikat, UK, Australia, Singapore dan Kesatuan Eropah adalah mitra penting bagi Malaysia dalam menangani jenayah siber rentas sempadan. Ini kerana kekuatan negara tersebut dalam aspek teknologi maklumat, undang-undang keselamatan siber dan kerjasama antarabangsa yang telah lama wujud.
Dengan bekerjasama dengan pertukaran maklumat secara cepat dan efisien, pihak berkuasa di peringkat antarabangsa mampu menangani jenayah siber secara lebih komprehensif. Lantas persoalannya, apakah inisiatif atau langkah kerajaan untuk bekerjasama dengan negara tersebut dalam menangani jenayah siber rentas sempadan?
Kelima, Bahagian VIII, penguatkuasaan fasal 36. Penguatkuasaan dinyatakan bahawa Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah akta ini. Persoalannya, adakah pihak bertanggungjawab akan menubuhkan satu badan khusus untuk melantik pegawai penguat kuasa ataupun pegawai penguatkuasaan yang sedia ada sekarang akan ditugaskan secara bergilir untuk menjalankan penguatkuasaan dan pihak manakah yang akan bertanggungjawab untuk menubuhkan badan penguasaan ini?
Dan yang terakhir, dari perspektif Sarawak. Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) komited dalam meningkatkan keselamatan siber melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 melalui penubuhan Unit Keselamatan Siber bagi menangani penularan jenayah siber di Sarawak yang semakin meningkat.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Oleh itu, bagaimanakah Kerajaan Pusat berkolaborasi bagi merealisasikan ataupun to align dengan hasrat Kerajaan Sarawak dalam rangka kerja keselamatan siber tersebut, yang mana Akta RUU ini mengikat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Minta penjelasan kementerian dalam hal ini. Sekian, itu saja daripada Batang Sadong. Batang Sadong mohon menyokong RUU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum dan selamat petang.
Terima kasih diucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua. Parit ingin terus merujuk kepada pindaan 5(1), “Satu jawatankuasa dengan nama Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara ditubuhkan”. Saya difahamkan bahawa tugas jawatankuasa ini antaranya untuk merancang, merumus dan memutuskan dasar yang berhubung dengan keselamatan siber negara, juga untuk memutuskan mengenai pendekatan dan strategi dalam menangani perkara yang berhubungan dengan keselamatan siber negara.
Persoalan saya, sejauh manakah kerenah birokrasi dipermudahkan dalam urusan keselamatan siber dengan penubuhan jawatankuasa ini? Adakah keanggotaan jawatankuasa yang ramai ini adalah perlu bagi mencapai objektifnya?
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Bahagian III yang menggariskan kepada kewajipan dan kuasa untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan dasar, strategi
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
dan langkah strategik mengenai keselamatan siber negara oleh Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara yang akan menyelaras dan mengawasi pelaksanaan dasar, strategi dan langkah strategik mengenai keselamatan siber negara oleh Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara.
Persoalan saya adalah adakah ketua eksekutif ini merupakan penjawat awam yang dilantik secara tetap ataupun kontrak? Adakah ketua eksekutif mempunyai kebebasan dan autonomi untuk mengemudi sistem pusat penyelarasan dan kawalan siber negara tanpa sebarang campur tangan politik?
Dato' Yang di-Pertua, saya mengambil maklum berkenaan penubuhan sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara bagi menguruskan ancaman keselamatan siber dan insiden keselamatan siber. Persoalan saya, sehingga kini adakah sudah wujud pusat yang berfungsi sedemikian pada waktu ini? Adakah sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara ini ditubuhkan dengan peruntukan kewangan juga dibekalkan dengan aset-aset yang canggih bagi menjalankan tugas mereka? Sejauh manakah sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara ini mampu melindungi data sensitif melibatkan urusan kerajaan mahupun peribadi rakyat?
Dato' Yang di-Pertua, saya mendapat tahu bahawa wujud klausa penguatkuasaan dalam pindaan ini. Soalan saya, apakah bentuk penguatkuasaan yang bakal dilaksanakan selepas ini? Apakah bentuk semak dan imbang yang bakal dibuat bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan berjalan mengikut lunas undang-undang? Itu saja daripada saya. Saya mohon pencerahan dan mohon menyokong RUU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Parit Buntar – Yang Berhormat Parit. Rang Undang-undang ini bukan pindaan, ya. Rang Undang- undang baru, ya. Ambil maklum. Baik, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam mutiara. Terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Keselamatan Siber. Jadi, keselamatan siber ini kita tahu penting untuk Malaysia atas beberapa sebab.
Pertama, Malaysia terus menggerakkan ekonomi dan masyarakatnya ke arah digital.
Jadi, terdapat keperluan yang meningkat untuk melindungi infrastruktur penting sistem kerajaan dan juga data peribadi daripada ancaman siber. Ini penting untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan digital dan juga memastikan ekonomi berfungsi dengan lancar. Jadi, masyarakat kita semakin bergantung dengan sistem digital untuk komunikasi, perdagangan dan infrastruktur kritikal. Kepentingan keselamatan siber kita tidak boleh dipertikaikan.
Jadi, Bukit Bendera menyokong Rang Undang-undang Keselamatan Siber, khususnya dengan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang disebutkan dalam bahagian II. Jawatankuasa ini diperuntukkan untuk merancang, memutuskan dan juga
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
mengawasi pelaksanaan dasar serta memberi nasihat yang mampu menangani isu keselamatan siber sepertimana yang telah dinyatakan di dalam fasal 6.
Jadi, kita faham perundangan memainkan yang penting dalam keselamatan siber untuk mewujudkan rangka kerja undang-undang yang mentakrifkan jenayah siber.
Menetapkan juga penalti bagi pesalah dan mengawal selia penggunaan teknologi untuk meningkatkan keselamatan.
Jadi, tanpa perundangan yang sesuai tidak ada garis panduan yang jelas untuk mendakwa penjenayah siber dan juga mangsa yang akan mempunyai jalan yang terhad untuk mendapatkan keadilan. Jadi, kegagalan menangani isu keselamatan siber juga boleh membawa kepada akibat yang meluas. Penipuan dalam talian, kecurian identiti dan juga pelanggaran data boleh mengakibatkan kerugian kewangan, kerosakan reputasi dan juga liabiliti undang-undang.
Jadi, Bukit Bendera juga ingin memetik artikel dari The Star yang menyatakan, “Malaysia has ranked eighth of the most breached country in Q3 of last year”, dengan izin.
Jadi, itu mengungkapkan satu persepsi, satu label yang amat memudaratkan. Jadi, balik kepada Malaysia. Lokasi strategik Malaysia menjadikan negara kita satu sasaran utama bagi serangan siber. Jadi, posisi Malaysia sebagai pusat penting untuk perdagangan dan juga pelaburan. Bermakna, rangkaian dan sistemnya sentiasa terdedah kepada ancaman siber, dari pelaku, dalam ataupun luar negara.
Jadi, kita tak boleh nafikan menangani cabaran keselamatan siber ini memerlukan pendekatan yang merangkumi dasar dan juga peraturan keselamatan yang teguh. Pelaburan, pendidikan dan juga latihan keselamatan siber. Kita tahu memang amat penting. Jadi, bahagian 8 akta ini menyatakan bahawa hal-hal penting mengenai penguatkuasaan dan juga tindakan. Jadi, keadaan keselamatan siber yang semakin teruk di Malaysia memerlukan usaha bersepadu untuk mengukuhkan pertahanan siber dan juga meningkatkan kesedaran keselamatan orang ramai.
Jadi, salah satu cabaran utama untuk memerangi ancaman siber adalah evolusi teknologi yang pesat yang sering mengatasi pembangunan langkah keselamatan siber.
Kadang-kadang penjenayah siber ini sentiasa berinovasi dan juga mengeksploitasi kelemahan dalam perisaian dan juga perkasaan untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada sistem dan juga data. Jadi, saya bagi contoh malware, dengan izin. Serangan pancingan data ataupun phishing dengan izin, ransomware dan sebagainya yang merupakan antara ancaman-ancaman yang sedia ada.
Jadi, untuk memerangi ancaman siber secara berkesan ditegaskan bahawa kerjasama dan juga perkongsian maklumat di kalangan kerajaan, peniaga, pakar-pakar memang penting. Jadi, sebuah – saya nak kongsi jugalah satu laporan iaitu menunjukkan 48 peratus organisasi di Malaysia merasakan kurang kelengkapan dalam mengekangkan keperluan yang mendesak untuk memperkukuhkan keupayaan keselamatan siber. Pada masa yang sama, lebih membimbangkan adalah 75 peratus organisasi mengabaikan penilaian risiko yang biasa. Jadi, menghalang pengesanan ancaman yang tepat pada masanya.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, tinjauan ini juga mendedahkan bahawa lebih 50 peratus perniagaan bergelut dengan keletihan berjaga-jaga ataupun istilah dikenali sebagai alert fatigue, dengan izin. Jadi, menghadapi purata sebanyak 221 insiden setiap hari. Jadi, hal-hal ini memang ternyata dan membuktikan bahawa keperluan untuk RUU ini, memang sangat memerlukan untuk menangani isu mengenai keselamatan siber.
Jadi, selain itu pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan keselamatan siber juga penting untuk membangunkan dan mencarikan penyelesaian yang inovatif kepada ancaman yang muncul dan juga meningkatkan daya tahan infrastruktur digital. Jadi, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan standard keselamatan siber dan pada masa yang sama kerjasama dengan negara-negara lain untuk memerangi jenayah siber. Ia penting juga untuk membina kepercayaan dan juga kerjasama untuk semua.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi secara kesimpulannya, keselamatan siber bukan hanya tentang melindungi sistem dan juga data, ia juga tentang melindungi cara hidup kita dalam dunia yang semakin digital. Jadi ketika kita merangkul digitalisasi, marilah kita ingat-ingat kata Satya Nadella, CEO Microsoft, “the transformative power of technology is its ability to democratize as well as to make the impossible, possible” dengan izin. Jadi, dengan melabur dalam langkah-langkah keselamatan siber, Malaysia dapat melindungi aset kritikalnya dan meningkatkan daya saing dan membina ekonomi digital yang lebih selamat, yang lebih lestari, yang boleh memanfaatkan semua rakyat Malaysia. Jadi dengan ini, Bukit Bendera menyokong RUU Keselamatan Siber. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama, saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Digital pertama di Malaysia kerana membentangkan RUU yang memang sangat diperlukan buat masa ini.
Kita semua tahu bahawa perkembangan teknologi digital ini dengan izin inevitable, dia tidak boleh disekat dan hanya ada satu cara sahaja untuk meladeni-nya iaitu dengan menguasainya. Tetapi menguasainya dengan penuh kefahaman, supaya kita menjadi pengguna dan pencipta teknologi digital dan hidup dalam dunia siber secara yang dapat dielakkan atau dilindungi daripada dengan izin the unintended consequences. Dengan kata lain, kita hidup dalam dunia siber secara yang manusiawi.
Kedua, apabila kita menggunakan teknologi ini pun, ada pelbagai ragamnya.
Sebahagian kita baru belajar, sebahagian kita sudah mahir dan sebahagian kita sudah cemerlang. Di kalangan kita yang pelbagai itu, ada yang menggunakan teknologi sebagai golongan profesional. Ada yang menggunakannya demi pekerjaan, ada yang menggunakannya demi perniagaan dan kalau kita dalam Dewan ini menggunakannya mungkin untuk politik lebih daripada yang lain.
Yang ketiganya Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada rakyat kita sekarang ini hidup dalam dua alam. Ini tak termasuk cerita– Pokok Sena ini bukan soal halal, haram boleh
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
makan ini. Maksud saya, kita hidup dalam alam fizikal dan kita hidup dalam alam siber, komuniti fizikal dan komuniti siber. Saya orang Indera Mahkota, secara fizikalnya saya di Indera Mahkota tetapi saya juga menganggotai pelbagai komuniti siber dalam pelbagai platform yang saya menjadi anggotanya. Ada orang yang fizikalnya bukan di Indera Mahkota, tetapi dia juga hidup di Indera Mahkota tetapi dalam alam sibernya, kerana dia menganggotai pula pelbagai platform yang mewakili kepentingan mereka yang secara fizikalnya, hidup di Indera Mahkota.
Sebab itu sebahagian besar rakyat Malaysia, kalaupun tidak semuanya sudah pun hidup dalam alam siber dan saya yakin Yang Berhormat Menteri dan kerajaan, saya fikir siapa pun mahu supaya ada keseimbangan antara memberikan kebebasan dan bersikap terbuka dengan kehidupan siber ini. Tetapi pada waktu yang sama, harus juga ada unsur-unsur kawalan kerana hendak mengelakkan apa-apa bencana dan bahaya. Di sinilah relevannya saya fikir perbincangan berkenaan dengan ancaman-ancaman terhadap keselamatan siber dan mengapa kita harus ada rang undang-undang ini.
Yang Berhormat Menteri menyebut tentang keperluan diadakan latihan tadi. Saya ingin melanjutkan supaya latihan itu juga dilihat dari sudut, bukan sahaja sektor-sektor entiti infrastruktur maklumat kritikal negara tetapi juga ibu bapa. Kalau orang tertentu, dia boleh mengikut undang-undang ini membuat aduan tetapi kalau kanak-kanak Yang Berhormat, dia tak tahu menahu apa yang sedang dihadapi dan bahaya yang terpaksa dia lalui melainkan ibu bapanya atau gurunya, bermula dari tadika. Jadi, mungkin ada latihan-latihan yang sedemikian juga. Walaupun bunyinya kecil tetapi saya fikir kalau kita tak atasi dari awal, tak tangani dari awal ia boleh menimbulkan kesan yang besar.
Begitu juga, saya ingin bertanya, apakah perkembangan cadangan untuk diwujudkan akta anti buli. Suatu ketika dulu Kementerian yang berkaitan telah melantik sekumpulan pensyarah dari MMU, Malaysian Multimedia University untuk membuat kajian tentang keperluannya atau tidaknya sama ada perlu akta baru yang dipanggil akta anti buli atau undang-undang lain yang boleh dipinda untuk mengelakkan berlakunya buli secara atas talian.
Perkara yang terakhir yang ingin saya timbulkan ialah soal pelantikan pakar keselamatan siber. Ini termasuk di bawah kuasa, sama ada Kuasa Menteri atau Kuasa Ketua Eksekutif yang bakal dilantik. Ada dua perkara di bawah poin saya yang terakhir Yang Berhormat. Pertama ialah kita harus sangat berhati-hati apabila kita melantik pakar-pakar keselamatan ini, terutamanya yang melibatkan entiti-entiti infrastruktur maklumat kritikal negara.
Kerana kita nak mengelakkan daripada berlaku apa yang disebut “harapkan pegar, pegar makan padi”. Sehubungan dengan itu, perkara yang kedua saya ingin bertanya apakah kedudukan peranan CyberSecurity Malaysia in this context? Dalam konteks RUU ini, di mana kedudukan CyberSecurity Malaysia? Bolehkah CyberSecurity Malaysia ini dilantik sebagai agensi teknologi utama untuk membantu NACSA?
Kerana seingat saya, pada suatu ketika dahulu atau mungkin sebelum rang undang- undang ini, kita ada NACSA, melakukan dasar dan di peringkat operasinya itu kalau tak
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
semua itu, sebahagian besar daripadanya dilakukan oleh CyberSecurity Malaysia. Jadi, soal pelantikan ejen teknologi khusus untuk membantu jawatankuasa yang ingin ditubuhkan ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan untuk mengeluarkan RUU Keselamatan Siber 2024 pada hari ini. Ini adalah satu rang undang-undang yang sangat penting pada waktu ini memandangkan banyak jenayah siber telah berlaku tetapi kita menghadapi masalah kekurangan dari segi sistem kita dan juga undang-undang kita. Di sini, saya ingin memberi pandangan dan cadangan terhadap RUU yang baharu ini.
Satu, kerajaan harus mewujudkan panel penasihat rayuan ataupun appeals advisory panel. Saya ingin mencadangkan kerajaan, untuk menubuhkan satu panel penasihat rayuan, sama seperti undang-undang di Singapura. Panel penasihat yang ternyata dalam seksyen 18 Akta Keselamatan Siber Singapura 2018 tetapi panel penasihat tidak disebut dalam rang undang-undang ini.
Fungsi panel ini adalah untuk memberi kemahiran teknikal atau pengetahuan khusus untuk membantu Menteri mempertimbangkan rayuan yang dibentangkan kepada beliau.
Kewujudan panel penasihat rayuan dapat mengelakkan atau mengurangkan ketidakpuasan terhadap keputusan Menteri dan memperlindungi Menteri daripada dituduh bahawa beliau tidak mahir dari segi kepakaran teknikal sehingga beliau tidak dapat membuat keputusan yang baik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Selain itu, kewujudan panel ini juga akan mengurangkan pihak yang tidak puas hati untuk membawa aduan mereka ke mahkamah untuk menyemak keputusan Menteri.
Kedua, kerajaan harus meningkatkan kemahiran ICT dan forensik digital pegawai PDRM. Saya ingin merujuk kepada tafsiran di seksyen 4 dalam rang undang-undang ini yang berbunyi, “Pegawai diberi kuasa. Ertinya mana-mana pegawai polis dari apa jua pangkat atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 36”. Saya ingin minta Menteri meminda tafsiran dalam seksyen 4 dalam RUU dengan menggantikan pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya kepada mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada pangkat inspektor. Perkataan apa jua pangkat haruslah dipadamkan.
Cadangan ini adalah untuk memastikan pegawai polis yang layak dan cekap ditugaskan untuk menjalankan siasatan keselamatan siber. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan. Satu, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai polis dalam forensik digital, pengumpulan risikan siber, penyiasatan dan memprofilan media sosial dan cara menjalankan penyiasatan, web dalam.
Kedua kerajaan harus menghantar lebih pegawai polis untuk dilatih dalam bidang ICT dan siasatan jenayah siber untuk menangani jenayah seperti penipuan dalam talian dan ancaman keselamatan siber negara. Ketiga kementerian dan PDRM haruslah menetapkan SOP bagi polis dan pegawai penyiasat untuk memastikan bukti digital ataupun digital evidence
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
yang dikumpul dalam bentuk komputer, laptop dan telefon bergerak dapat dikekalkan integriti dan nilai bukti atau dalam bahasa Inggeris evidential integrity and value dalam urusan mereka.
Keempat demi memastikan bukti digital tidak akan ditukar ataupun dirosakkan.
Kesemua cadangan tersebut adalah penting bagi menghadapi kemajuan teknologi dalam talian yang digunakan oleh penjenayah dalam talian ataupun online criminals seperti generative artificial intelligence ataupun generatif AI, realiti maya ataupun virtual reality dan mata wang kripto.
Ketiga, Menteri harus menjelaskan siapakah pegawai awam dalam seksyen 36 dalam rang undang-undang ini. Seksyen 36 dalam rang undang-undang ini menyatakan Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah akta ini. Saya ingin beri satu senario. Video palsu mendalam ataupun kita panggil deep fake video yang dihasilkan oleh artificial intelligence menggunakan suara dan wajah seorang tokoh negara adalah disiarkan dalam penggodam ataupun hacker melalui Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara ataupun Critical National Information Infrastructure. Jadi, pihak mana yang harus menjalankan siasatan selain daripada polis? Tapi ini tidak dinyatakan dalam seksyen 36, dalam rang undang-undang ini.
Jadi adalah penting bagi Menteri menjelaskan siapakah pegawai awam dalam seksyen 36 dalam rang undang-undang ini kerana nombor satu untuk mengelakkan kekeliruan dalam penagihan tugas dan menambah baik tempoh tindak balas ataupun response time. Kedua, perlu ada pasukan penyiasat keselamatan siber yang khusus untuk menangani perlanggaran keselamatan siber untuk melakukan respons pemulihan dan penyiasatan dengan serta merta. Ketiga, masa adalah penting dalam menjalankan siasatan keselamatan siber supaya pelaku dapat dihentikan dan ditangkap secepat mungkin, juga untuk memastikan bukti digital tidak dipadamkan oleh pelaku. Kesemua cadangan di atas haruslah ditangani dalam tata amalan ataupun code of practice seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 25 dalam rang undang-undang ini.
Keempat yang juga yang terakhir, saya ingin minta penerangan tentang perinci berkenaan Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara. Seksyen 11 dalam rang undang-undang ini sebut tentang Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara tetapi bahagian ini tidak menerangkan secara terperinci dan secara khusus tentang fungsi, kuasa dan tujuan tentang sistem ini. Jadi adalah penting bagi kerajaan untuk menambahbaikkan bahagian ini dan memberi penerangan yang terperinci tentang Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara ini. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismilahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 pada hari ini.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, keselamatan siber menjadi isu utama dalam dunia digital yang kian berkembang pesat pada masa kini. Walaupun teknologi semakin canggih, namun risiko- risiko yang berkaitan dengan keselamatan data dan privacy juga semakin terancam. Rang Undang-undang Keselamatan Siber merupakan suatu akta yang meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara, fungsi dan kewajipan Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara dan pengurusan ancaman keselamatan siber dan insiden keselamatan siber terhadap Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara untuk mengawal selia pemberi perkhidmatan keselamatan siber melalui perlesenan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal 4 iaitu takrifan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara. Salah satu tujuan penggubalan RUU ini adalah untuk menguatkan dan mengukuhkan lagi peranan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Salah satu peranan NACSA ini adalah untuk melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara.
Berdasarkan fasal 4 ini, tafsirannya ialah suatu komputer atau sistem komputer yang gangguan pada kemusnahan komputer atau sistem komputer itu boleh membawa kesan, memudaratkan terhadap penyampaian apa-apa perkhidmatan yang perlu bagi keselamatan pertahanan, hubungan luar negara, ekonomi, kesihatan awam, kesejahteraan awam dan atau ketenteraman awam Malaysia atau terhadap keupayaan Kerajaan Persekutuan atau mana- mana kerajaan negeri untuk menjalankan fungsinya secara berkesan.
Isu yang saya nak bawa dalam fasal 4 ini ialah kita lihat ramai rakyat Malaysia khususnya terlibat dalam ekonomi digital seperti mata wang crypto. Berdasarkan berita akhbar harian pada tarikh 17 Oktober 2021, telah mengetengahkan satu kajian, Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus membabitkan lebih 3,000 responden seluruh negara, menunjukkan lebih separuh atau 63 peratus belia mahu atau tertarik untuk melabur dalam crypto dan kemungkinan jumlah akan bertambah berganda-ganda.
Tambahan pula pasaran mata wang crypto mencatatkan pemulihan pada tahun lepas dengan pelabur Malaysia dianggarkan meraih untung USD180 juta ataupun RM846.63 juta demikian mengikut data chainalysis. Persoalannya adakah mata wang digital ini merupakan sebahagian daripada sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara ini. Saya lihat dalam dada akhbar banyak tangkapan yang melibatkan penggodam yang melombong mata wang crypto ini.
Jadi Yang Berhormat Menteri, bolehkah memberi penjelasan berapa banyakkah tangkapan yang melibatkan jenayah crypto ataupun penggodam melombong mata wang crypto menggunakan sumber yang tidak mereka miliki sejak tahun 2023 sehingga kini.
Saya juga minta penjelasan Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan dalam menangani jenayah mata wang crypto ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh fasal 35(1). Apabila diterima pemberitahuan mengenai insiden keselamatan siber daripada entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara di bawah seksyen 23 atau jika sampai kepada pengetahuan ketua eksekutif bahawa insiden
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
keselamatan siber berkenaan satu Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara telah atau mungkin telah berlaku. Ketua eksekutif hendaklah mengarahkan pegawai diberi kuasa untuk menyiasat perkara itu.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Apa yang ingin saya bangkitkan ialah apakah garis panduan yang dirangka bagi memastikan ketelusan dari segi pelaporan serta kebertanggungjawaban setiap entiti atau syarikat termasuk syarikat swasta untuk melaporkan sebarang kejadian-kejadian jenayah siber yang pernah berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh fasal 35(2)(b) iaitu insiden keselamatan siber berkaitan langkah-langkah yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap atau pulih daripada insiden keselamatan siber itu dan mencegah insiden keselamatan siber itu daripada berlaku pada masa yang akan datang. Saya ingin merujuk insiden yang berlaku pada tahun 2022 apabila sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka dari organisasi keselamatan siber “grey hat” mendakwa telah menceroboh Sistem Penyata Gaji atau pun e-Penyata Gaji penjawat awam bagi menunjukkan terdapat kelemahan pada sistem tersebut.
Dilaporkan mereka berjaya mengakses sejuta baris identiti melalui pangkalan data sistem e-Penyata Gaji tersebut. Mereka dapat nombor penuh, nombor kad pengenalan, jawatan, jabatan, nombor slip gaji, nombor telefon dan lebih daripada itu mereka dapat mengekstrak dua juta slip gaji dan borang cukai dalam format PDF. Mereka juga mempamerkan tangkap layar slip gaji beberapa orang Menteri pada ketika itu. Insiden keselamatan siber ini sangat mengerikan kepada semua penjawat awam apabila sistem e- Penyata Gaji di bawah Jabatan Akauntan Negara digodam, diugut dan diremehkan.
Daripada contoh insiden ini, saya ingin membangkitkan persoalan kepada pihak kementerian. Mengapakah insiden keselamatan siber sebegini boleh berlaku kepada sebuah jabatan yang sangat penting? Adakah ada sabotaj dalaman atau kroni dalam isu keselamatan siber? Apakah pelan strategik kerajaan untuk memastikan tiada pengulangan kepada insiden keselamatan siber yang telah disahkan berlaku?
Akhir sekali, Padang Terap menyokong RUU Keselamatan Siber 2024. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pihak Menteri kerana baru sahaja menerajui kementerian dan bersama kementerian juga kerana berjaya membawa RUU ini, membentangkan RUU ini dan ia adalah satu yang sangat baik.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga Ogos tahun lalu, sebanyak 3,837 kes keselamatan siber yang dicatat oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber, Cyber999 CyberSecurity Malaysia dengan empat kategori kes tertinggi melibatkan penipuan,
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
pencerobohan, berkaitan kandungan dan kod berniat jahat. Malah, menurut firma keselamatan siber global, Kaspersky pada tahun 2023, sistem pengesanannya telah menyekat sebanyak 26.85 juta serangan bawaan Internet di Malaysia mewakili 74,000 serangan setiap hari.
Fakta ini sudah tentu sangat membimbangkan kerana di saat negara kita dipacu ke arah transformasi digital, kita masih lagi berdepan dengan kadar kesedaran masyarakat yang rendah terhadap keselamatan digital. Masih ramai yang terdedah kepada sindiket penipuan atas talian yang berupa laman web palsu, link-link yang mencurigakan sehingga ada yang boleh tertipu dengan menyerahkan maklumat-maklumat peribadi yang membolehkan data peribadi digodam dan menyebabkan kerugian dan kehilangan wang sehingga RM1.34 bilion pada tahun lalu.
Kita juga dapat melihat beberapa kes yang melibatkan kebocoran data yang berlaku kepada syarikat. Misalnya, yang berlaku kepada Malaysia Airlines di mana data-data peribadi ahli program penerbangan kerap iaitu Enrich telah bocor yang mendedahkan nama, tarikh lahir, nombor telefon dan sebagainya. Kita juga jangan lupa tentang dakwaan kebocoran sehingga 13 juta pengguna melibatkan Maybank, Astro dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya yang turut mendedahkan ID pengguna, nama penuh, tarikh lahir dan juga nombor IC.
Kebocoran ini benar-benar menunjukkan terdapat kelemahan yang sangat besar dalam pengamalan keselamatan siber kita bukan sahaja melibatkan data kerajaan, malah turut melibatkan industri swasta, khususnya sektor perbankan.
Oleh sebab itu, saya amat menyokong RUU Keselamatan Siber 2024 ini dalam memperkukuhkan daya tahan negara dalam berdepan dengan ancaman dan jenayah siber yang menggugat keselamatan negara. Saya juga ingin meminta penjelasan Menteri berkenaan dengan pemakaian akta ini sama ada ia di luar wilayah bagi mana-mana kesalahan yang dibuat oleh mana-mana orang tidak kira kewarganegaraannya sama ada di dalam atau luar negara.
Adakah terdapat kerjasama yang telah dilakukan bersama negara-negara lain dalam membantu pihak berkuasa untuk membuat siasatan, pendakwaan dan penangkapan sekiranya orang yang disyaki melakukan kesalahan adalah bukan warganegara dan kesalahan ini dibuat di luar Malaysia? Ini kerana kita sedia maklum banyak serangan siber ini juga datang dari luar negara.
Seterusnya, kalau kita lihat kepada keselamatan siber negara adalah ia adalah satu yang usaha yang amat baik. Selain ia melibatkan kerjasama di antara agensi dan kementerian, ia juga melihat kepada kedudukan pengalaman dan keselamatan siber itu sendiri. Ini kalau kita lihat dalam seksyen 12 iaitu memperkukuhkan dengan kuasa eksekutif dalam seksyen 12 ini untuk melantik pakar keselamatan siber dalam melaksanakan akta ini.
Kita sememangnya memerlukan khidmat kepakaran mereka yang terlibat dalam industri keselamatan siber ini lebih-lebih lagi dengan perkembangan jenayah siber yang turut dilengkapi dengan teknologi AI yang mempermudah dan memperancakkan lagi serangan dan penipuan atas talian.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Dalam seksyen 21, berkenaan dengan tata amalan. Saya berharap agar prosedur- prosedur keselamatan siber ini diperincikan, dijadikan sebuah standard amalan bagi semua jabatan kerajaan dalam memastikan maklumat data selamat daripada digodam. Kita bukan sekadar mahu menjaga maklumat-maklumat kritikal negara, malah semua maklumat rakyat di dalam sistem kerajaan adalah kritikal dan perlu dilindungi dari dibocorkan. Ini mengambil kira usaha kerajaan untuk menggalakkan pendaftaran rakyat untuk mendaftar sistem PADU.
Sekiranya dahulu penggodam perlu menyasarkan kementerian tertentu, kini penggodam hanya perlu menumpukan sepenuhnya kepakarannya dengan menembusi satu sahaja sistem pangkalan iaitu PADU untuk mendapatkan keseluruhan maklumat berkenaan sesiapa sahaja yang mendaftar.
Maka, dengan itu berkenaan dengan latihan keselamatan siber ini sangat perlu dipertingkatkan di seluruh jabatan dan agensi kerajaan. Ini kerana kita sedia maklum bahawa ramai di antara kita yang semua berkhidmat dalam kerajaan. Masih ada yang belum mahir sepenuhnya dan perlu mereka memahami dengan lebih mendalam lagi dengan isu keselamatan siber ini.
Kita perlu lebih banyak pendedahan dan latihan daripada pakar-pakar tentang apakah prosedur terbaik dalam penggunaan peranti dan penyimpanan data. Contoh yang mudah ialah sudut penggunaan kata laluan dan kod akses. Ramai antara kita sebenarnya meletakkan kod akses yang sangat mudah, yang mudah digodam dan ini memberikan penggodam mendapat maklumat dengan sangat senang.
Juga saya ingin menyeru agar kerajaan turut menjalankan kempen kesedaran ini secara besar-besaran. Ia bagi mendidik masyarakat dengan menggunakan peranti dan melayari sistem atas talian dengan selamat. Ini penting bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat di luar bandar khususnya dengan program-program komuniti yang disertakan dengan kempen literasi digital. Saya berharap Portal Fraud Kebangsaan atau National Fraud Portal (NFP) yang dibangunkan oleh BNM dapat siap menjelang tahun ini seperti yang dirancang bagi mempercepatkan tempoh pengesanan dan pembekuan dana yang ditipu.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh seksyen 27 berkenaan dengan lesen terhadap pemberi perkhidmatan keselamatan siber. Saya minta pihak kementerian memperincikan lagi tentang syarat-syarat lesen, kadar pembayaran fi serta tempoh lesen bagi pemberi perkhidmatan keselamatan siber ini dan memperketatkan syarat lesen serta hukuman bagi memastikan pemegang lesen ini tidak membocorkan rekod dan maklumat orang yang mengambil sistem pemegang lesen.
Saya juga ingin merujuk kepada seksyen 2(2) yang menyatakan bahawa tiada apa- apa jua dalam akta ini boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri didakwa bagi mana-mana kesalahan di bawah akta ini. Sekiranya tiada dakwaan boleh dilakukan ke atas Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, apakah langkah-langkah yang boleh menjamin bahawa entiti CNII iaitu Infrastruktur Maklumat Nasional Kritikal yang juga merupakan sebahagian daripada badan kerajaan komited dalam pelaksanaan Akta Keselamatan Siber ini?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terakhir sekali, saya ingin menyentuh iaitu sedikit seksyen 40 berkenaan dengan penggeledahan dan penyitaan tanpa waran. Saya memahami keperluan untuk membuat penyiasatan dengan segera tanpa menunggu waran sekiranya pegawai yang diberikan kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana premis tertentu telah menjadi tempat kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, saya meminta agar prosedur penggeledahan dan penyitaan tanpa waran ini dapat betul-betul dijalankan dengan telus dan tidak terdedah dengan penyalahgunaan yang boleh menyebabkan kerugian kepada pihak yang dituduh.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Ini kerana dalam seksyen 46, pegawai yang diberikan kuasa akan diberikan akses kepada data berkomputer termasuk kata laluan bagi maksud penyiasatan. Dalam mana kita mahu memperketatkan undang-undang dan mempertingkatkan penguatkuasaan mencegah jenayah siber, kita juga tidak mahu ada penyalahgunaan kuasa yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
Sekian, terima kasih. Bentong menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Hanya sebagai panduan. Undang-undang yang masih belum menjadi undang-undang atau pindaan, kita panggil fasal. Yang dah jadi undang-undang― seksyen.
Perlembagaan― Perkara. Bezakan ya. Macam Yang Berhormat Parit tadi ya. Ini undang- undang baru, bukan pindaan, ya.
Baik, seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama- sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, isu jenayah siber di Malaysia melibatkan pelbagai cabaran termasuk penipuan dalam talian, serangan siber ke atas institusi penting, pencurian data peribadi, penyebaran maklumat palsu atau berbahaya dalam talian dan ancaman siber terhadap keselamatan negara. Banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan jenayah siber termasuk peningkatan penggunaan teknologi, kelemahan dalam perlindungan data serta kurangnya kesedaran dan kecekapan dalam aspek keselamatan siber di kalangan pengguna dan juga organisasi.
Dato’ Yang di-Pertua, bagaimanakah RUU Keselamatan Siber 2024 menyelesaikan dan membendung isu scam ataupun penipuan dalam talian, jenayah atas talian dan jenayah siber? Seperti yang kita ketahui, pihak yang terbabit dengan jenayah siber ini kebiasaannya mempunyai teknologi yang lebih canggih dan cepat serta dapat mencapai data yang tidak sah untuk melakukan jenayah dan penipuan.
Adakah pandangan dan cadangan pihak berkepentingan telah diambil kira sebelum dan semasa RUU Keselamatan Siber 2024 digubal? Dan bilakah RUU ini akan mula berkuat kuasa? Apakah kadar keberkesanan terkini kerajaan menangani ancaman serangan siber
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi? Dan apakah inisiatif terbaru yang dirangka bagi mempertingkatkan kadar keselamatan siber di negara ini?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam isu punca kuasa Menteri, iaitu saya merujuk kepada fasal 61, 62 dan 63, rasional dan justifikasi peruntukan bidang kuasa yang luas kepada Menteri termasuk kuasa pengecualian seseorang individu daripada pemakaian RUU serta menetapkan sebarang peraturan di bawah RUU serta keperluan mewujudkan mekanisme kawal selia sebagai semak dan imbang. Di bawah seksyen 47(3) Akta Keselamatan Siber Singapura 2018 misalnya, sebarang pindaan kepada jadual dikehendaki untuk dibentangkan kepada Parlimen sejurus disiarkan ke dalam warta.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam isu penetapan entiti infrastruktur maklumat kritikal― saya merujuk kepada fasal 17, penetapan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara (NCII)― apakah asas pertimbangan kerajaan dalam penetapan entiti NCII secara khusus serta implikasi yang terlibat termasuk kewajipan entiti berkenaan untuk mengambil penilaian risiko keselamatan siber dan audit serta melaksanakan tata amalan?
Dalam isu pakar keselamatan siber, Yang Berhormat Yang di-Pertua, tahun lalu dilaporkan Malaysia masih kekurangan sekitar 12,000 pakar keselamatan siber dalam pelbagai bidang bagi menangani isu serangan siber. Persoalannya, apakah perancangan terperinci pihak kerajaan bagi meningkatkan kepakaran tenaga mahir tempatan sejajar dengan keperluan industri keselamatan siber? Adakah pihak kementerian bercadang menjalin kolaborasi merentas agensi dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara bagi menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian serta penyediaan biasiswa selari dengan keperluan semasa?
Terakhir, Yang Berhormat Yang di-Pertua, ialah isu berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber iaitu fasal 6(1). Persoalannya, apakah pendekatan khusus kerajaan dalam usaha mengharmonikan kerangka kerja dalam ruang lingkup ekosistem keselamatan siber yang sedia ada termasuk Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024 dan Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara serta rangka kerja yang sedang dibangunkan seperti Cybersecurity 2024-2029 bagi memastikan keberkesanan kawal selia dan tindakan penguatkuasaan mengambil kira kelompangan undang-undang keselamatan siber serta ancaman siber baharu di sebalik teknologi yang pesat?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi ruang kepada Tenggara untuk bahas Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 ini.
Saya mulakan dengan beberapa perkara dan data ini. Siapakah mereka yang terdedah kepada jenayah siber ini? Data yang ada dekat tangan saya ini ada 11.8 juta berusia 15 tahun ke atas, rakyat kita. Ini adalah pengguna data alih akses internet. Mereka ini
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
terdedah. Ada enam platform media sosial. Ini penggunanya. Facebook― 12.3 juta; Instagram― 6.3 juta; Telegram― 3.7 juta; Twitter― 1.9 juta; LinkedIn― 800,000; dan lain- lain― 200,000. Mereka ini juga rakyat Malaysia dan mereka juga terdedah.
Mereka-mereka yang menggunakan perkhidmatan― menurut kajian Visa ini― yang menggunakan pembayaran tanpa tunai juga terdedah. 93 peratus pengguna bank di Asia Tenggara adalah pengguna pembayaran tanpa tunai termasuklah kad debit, wave, e-wallet dan QR Code. Singapura― 97 peratus; Malaysia― 96 peratus; Indonesia― 95 peratus; Vietnam― 95 peratus. Yang Malaysia itu 96 peratus. Urus niaga perbankan dalam talian, berdasarkan data, 2019― RM1.7 bilion; 2020― RM2.8 bilion, naik 49 peratus. Zaman-zaman PKP itu. Dan Tenggara kira-kira pada tempoh masa sekarang ini, jumlahnya lebih tinggi lagi.
Bila disebut tentang mereka ini terdedah dengan ancaman siber ini, apakah yang mereka— yang kita ini semualah berdepan. Nombor satu ialah penipuan dalam talian melibatkan penjenayah siber, pengguna e-mel, laman web dan sebagainya. Kedua, penipuan e-dagang. Penipuan paling ketara melibatkan transaksi yang berkaitan dengan industri penerbangan, peruncitan, elektronik. Kemudian, virus Trojan Horse. Kemudian, ada berkaitan dengan perisian tebusan. Perisian hasad ini boleh mengubah atau menyekat data dalam komputer kita.
Kemudian, serangan penafian perkhidmatan (DDoS). Serangan DDoS menggunakan beratus-ratus ribu komputer dan sambungan internet yang digodam untuk membanjiri akses sistem. Kemudian, kita ada bootnet. Boot adalah sejenis perisian hasad yang membolehkan penyerang merampas kawalan atas komputer kita. Kemudian, ada pancing data, pencurian identiti dan sebagainya.
Jadi, apabila dicadangkan tentang Rang Undang-undang Keselamatan Siber ini, ia adalah satu yang sangat signifikan dan sesuai pada masa ini kerana kita boleh kata ancaman keselamatan siber semakin serius, antara kebimbangan utama masyarakat dunia, seiring dengan perkembangan dunia siber inilah yang seperti saya sebut tadi. Teknologi yang pesat membangun juga memberikan peluang dan ruang kepada mereka-mereka yang hendak menggunakan teknologi ini untuk mengambil peluanglah.
Jadi, penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber ini membolehkan tindakan untuk mengawal selia, memperkukuhkan serta mengambil tindakan proaktif dalam menangani cabaran keselamatan siber negara dan mempertingkatkan usaha memerangi isu jenayah siber sebagaimana saya sebutkan tadi itu dan sindiket-sindiket terutamanya penipuan, scam, judi dalam talian dan yang terutamanya meligan lah. Meligan maksudnya dia menghenyak generasi muda kita para belia.
Contohnya saya nak sebut di sini, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penipuan dalam talian ini, statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Sebanyak 19,224 kes jenayah dalam talian tempoh dari Januari hingga September 2023. Peningkatan 23 peratus berbanding 15,659 kes pada tahun 2022. Nilai kerugian yang dicatatkan adalah RM687 juta iaitu 29 peratus berbanding tempoh sama 2022.
Pusat tindak balas insiden siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia merekodkan 4,899 insiden keselamatan siber Januari hingga Oktober 2023. Di tangga
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
teratas adalah penipuan dalam talian (scam) iaitu sebanyak 3,087 kes. Jadi, statistik-statistik ini menunjukkan betapa pentingnyalah tentang pewujudan undang-undang berkaitan dengan keselamatan siber ini.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Selain daripada itu juga, di sini juga dinyatakan berkaitan dengan― sedikitlah, gesaanlah. Sebab, apa yang berlaku ini termasuk insiden scam ini melibatkan unsolicited SMS. Kita tak undang pun, tiba-tiba dia masuk saja dekat kita punya handphone, kita pun terklik dan kita pun terlibat dengan kerugian-kerugian yang nyata. Ini kita laluilah. Jadi, menggesalah dengan adanya akta ini, kerajaan dimintalah meningkatkan kemampuan anggota keselamatan kita termasuk Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bank Negara, even kalau tentera pun perlu terlibat, libatkanlah. Kita beri latihan peningkatan kemahiran bidang forensik komputer, laksanakan penyiasatan dan analisis yang lebih canggih supaya pendakwaan ke atas penjenayah-penjenayah siber yang licik ini boleh dilakukan dengan lebih berkesan.
Tenggara juga mencadangkan agar kita ini kena ada pasukan elit siberlah termasuk agaknya nama-namanya itu komando siber, risik siber untuk benar-benar kita handle jenayah siber ini. Dengan pelaksanaan undang-undang ini, mungkin kita kena rekrut dalam kalangan scammer juga. Kerajaan melalui, tak tahulah PDRM kah tentera, cari dan kenal pasti scammers kita, ambil dia masukkan dalam pasukan kita. So that kita boleh ada kelebihan selangkah ataupun dua langkah ke depan untuk kita menangani jenayah siber ini.
Terakhirnya adalah berkaitan dengan judi dalam talian ini. Perkembangan pesat teknologi digital juga merangsang pertumbuhan ekonomi tapi dia juga, macam saya sebutlah, mewujudkan juga judi dalam talian ini. Yang terlibat ramailah anak-anak muda kita ini.
Jadi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian, 212,399 talian telefon mudah alih tetap menghantar spam khidmat pesanan ringkas yang meragukan dan mempromosikan judi dalam talian. Tahniah, MCMC.
Tindakan mempromosikan perjudian ini kadang-kadang dilakukan juga oleh instafamous ya dan juga pempengaruh-pempengaruh yang akan memberikan kesan impak kepada orang muda. Jadi, dengan adanya penggubalan akta ini, saya harap ia dapatlah mengekang kerosakan yang lebih besar lagi kepada generasi muda melibatkan perjudian ini.
Secara umumnya, Tenggara menyokong akta ini kerana kita sedar bahawa perkara- perkara yang dimainkan dalam internet, dalam media maya ini, dalam capaian-capaian elektronik ini juga kalau tidak dikendalikan dengan betul-betul teliti, ia juga boleh menggegarkan kedaulatan negara kita dan hubungan antara negara kita dengan pihak-pihak yang lain. Jadi, Tenggara menyokonglah tentang RUU ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alice mengambil tempat saya dan saya memanggil Yang Berhormat seterusnya, saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada silap kata, terkasar
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
bahasa, tersalah laku yang disengajakan atau tidak disengajakan terhadap Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Tepuk] Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang merayakannya. Mohon ampun dan maaf serta halalkanlah makan dan minum. Hati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga Syawal pada kali ini akan memberi seribu makna kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
*Cameron Highlands ladangnya teh, Taman bunga di puncak bukit, Kalau memandu terasa letih, Jangan lupa berehat sikit.
[Tepuk] Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati mengharum hati, Mesej dikirim pengganti diri, Memohon maaf setulus hati.
[Tepuk]* Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Machang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Digital kerana membentangkan rang undang-undang ini yang saya anggap amat penting dan saya menyokong sepenuhnya apa yang cuba ingin digubalkan pada hari ini. Cuma, mungkin ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik dari segi komen-komen yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen tadi dan juga oleh Malaysian Bar yang saya yakin Yang Berhormat Menteri sudah dapat memorandumnya.
Tuan Yang di-Pertua, Leon Panetta, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pernah membuat satu komentar bahawasanya Amerika perlu bersiap sedia dengan insiden yang disifatkan sebagai Pearl Harbor siber, yakni satu metaphor, perlambangan merujuk kepada insiden Pearl Harbor dahulu pada zaman Perang Dunia Kedua tapi dalam konteks siber, di mana dampak ataupun serangan yang dimulakan ke atas infrastruktur kritikal negara adalah melalui alam siber.
Jadi, apa yang kita lihat semalam, jatuhnya Jambatan Baltimore di Amerika. Ya, spekulasi sudah pun dibuat dalam internet, kemungkinan besar ia berlaku kerana serangan siber. Kapal kontena yang tidak boleh terkawal dan akhirnya langgar tiang Jambatan Baltimore itu. Kita tunggulah laporan forensik daripada siasatan tragedi tersebut.
Tetapi, spekulasi sebegini tidak boleh kita nafikan sama sekali, sepertimana yang dibangkitkan oleh sahabat saya Dungun tadi tentang kehilangan MH370, kapal terbang yang mempunyai sistem avionik. Dalam hal ini, saya rasa Kemaman lebih arif lagi pakar untuk bercerita dalam Dewan ini tentang ancaman siber ke atas bidang pengangkutan udara.
Jadi, apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah memang penting dan kita perlu luluskan rang undang-undang ini. Cuma, saya yakin Yang Berhormat Menteri selaku
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
pengamal undang-undang yang lebih berintegriti memahami dalam kita cuba menjaga keselamatan siber, kita sebenarnya sedang mengimbangi antara kepentingan awam dan juga hak peribadi privasi itu sendiri.
Kita pun tahu, Yang Berhormat Menteri, pendedahan yang dibuat 10 tahun lalu oleh Edward Snowden berkenaan dengan kemampuan agensi-agensi CyberSecurity, khususnya yang ada di Amerika Syarikat seperti NSA itu sendiri sudah pun sebenarnya melanggari banyak ruang-ruang peribadi yang boleh dipertikaikan oleh undang-undang.
Saya ambil contoh satu perisian yang dipanggil MonsterMind. Ini pendedahan daripada Edward Snowden. Bagaimana perisian ini untuk dia mengesan serangan siber daripada negara asing, diguna pakai oleh NSA untuk dia mengintip semua laluan trafik dalam talian. Tapi, masalahnya untuk dia membezakan ancaman dan bukan ancaman, dia kena tap, dengan izin, dia kena intip semua saluran komunikasi dan capaian internet yang ada.
Lebih malang, kita tak dapat pastikan secara precise, secara khusus di mana lokasi sebenar ancaman ini bermula. Sebabnya, dalam serangan siber, kita tahu ada istilah dipanggil spoof ataupun helah, tipu helah. Kononnya katanya dibuat di China tapi rupa- rupanya dilancarkan di Rusia. Jadi, kita menyerang Rusia walaupun sebenarnya musuh utama dalangnya adalah China. Ini hipotetikal dari segi senario.
Jadi, NSA mengambil pendekatan untuk menggunakan perisian ini untuk dia mengintip masuk dalam ruang-ruang peribadi sehingga terjejas semua data-data yang dikatakan sepatutnya dijaga oleh negara tapi telah terdedah kepada pengintipan yang tidak selari dengan undang-undang.
Jadi, hal ini bukan baru. Malah kalau kita ambil insiden― saya ulang sekali lagi dalam Dewan ini― Stuxnet. Stuxnet ini kerja agensi perisik Amerika dan Israel. Nak jahanamkan centrifuge Natanz nuclear generator, jana kuasa nuklear di Iran. Dilancarkan melalui server yang ada di Malaysia. Siapa yang bawa masuk thumb drive untuk cucuk ke server komputer di Malaysia ini, kita tak tahu sampai hari ini, bukan?
Jadi, saya setujulah perlu ada undang-undang untuk membendungnya. Perlu ada yang boleh mampu tangkap, semak, sita objek-objek ini. Cuma, janganlah nanti kalau dah diluluskan undang-undang ini, disalahgunakan oleh kerajaan untuk mengambil, menzalimi khususnya pembangkang. Macam buat undang-undang AMLA dululah, kan? Nak tangkap orang gubah wang haram tapi yang kena Pagoh, yang kena Tasek Gelugor, kan? Jadi, benda macam ini kita harap Menteri Digital yang arif tentang undang-undang boleh perbaiki dari segi integriti pelaksanaannya nanti.
Terakhir, saya nak sentuh sedikitlah, Yang Berhormat Menteri dan Puan Yang di- Pertua, berkenaan dengan― ya, mungkin masih awal tapi sebagai persediaan, kita juga perlu bersiap sedia dari segi terma agensi ini ialah berkenaan dengan ancaman ketunggalan teknologi, singularity.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Puan Yang di-Pertua, saya minat Arnold Schwarzenegger, Terminator ya. Saya rasa Skynet itu tak jauh lah. It will happen anytime soon. Khususnya era bila mana kita sudah pun merasai, melihat kemampuan generatif AI dalam teknologi IT kita. Dengan ada nya Sora,
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
adanya Devin, ini semua program perisian yang mampu melahirkan lebih banyak kemampuan-kemampuan kecerdasan buatan (AI). Jadi, sudah akan tiba masanya nanti, manusia dan mesin-mesin ini akan bersatu.
Malah, mesin juga akan berfikir seperti manusia, sentient being. Jadi, kalau kita tak ada undang-undang yang lebih menyeluruh susulan daripada undang-undang ini, saya khuatir kalau kita menjadi juara data center dan sebagainya, kita juga akan berdepan dengan ancaman yang lebih berbahaya dari segi apa yang saya sebutkan tadi iaitu ketunggalan teknologi yang bakal berlangsung dengan AI.
Jadi Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, yang terakhir saya ingin cadangkan, mungkinlah untuk memastikan PADU ini terselamat, terkawal dan dipercayai rakyat Malaysia, saya cadangkan PADU dipindahkan di bawah Menteri Digital. Kerana apa?
Saya khuatir- saya bersetuju dengan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Walaupun saya tak setuju dengan dia banyak-banyak perkara sebab saya rasa rakyat tak percaya dengan Yang Berhormat Pandan. Sebab dia ini dulu saudagar data, dia kerja- buat kerja dekat Invoke. Jadi, dia pun- kita pun tahu apa dia buat di Julau dalam pemilihan PKR dahulu ya. Jadi, saya yakin kalau Yang Berhormat Menteri Digital yang pegang PADU, rakyat akan lebih ramai menyertainya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian bagi membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 pada hari ini. Puan Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengehendaki pematuhan terhadap langkah-langkah standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber dan insiden keselamatan siber terhadap Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara. Jadi, disebabkan oleh penggunaan yang amat meluas sistem serta peranti teknologi maklumat dan komunikasi dalam melaksanakan pelbagai fungsi dan urusan sektor awam dan sektor swasta.
Penggubalan RUU Keselamatan Siber ini amat bertepatan dengan situasi perkembangan teknologi digital semasa, lebih-lebih lagi bagi menampung kelompangan akta berkaitan sedia ada. Namun demikian, Betong mengucapkan tahniah kepada Menteri di atas pembentangan RUU ini. Dalam kita menghadapi cabaran alam sekitar dan teknologi yang berkembang pesat dan pantas, ketahanan siber bukan lagi sekadar isu teknikal tetapi telah menjadi isu keselamatan nasional yang memerlukan tindakan segera. Aspek keselamatan dan jenayah siber bukan sahaja berkait dengan aktiviti penggodaman, kebocoran data dan penipuan siber tetapi turut merentasi penggunaan platform media sosial dan soal integriti.
Sebagai contoh, di platform media sosial berhubung buli siber yang menimbulkan suasana tidak selamat dalam dunia siber itu sendiri.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Puan Yang di-Pertua, keselamatan siber bukan hanya dilihat dari sudut penggodaman dan eksploitasi sistem tapi juga merentasi integriti dalam aspek siber.
Contohnya, orang yang diberi tanggungjawab mengelola sistem IT teknologi maklumat dalam organisasi menjual data kepada pihak ketiga. RUU ini akan memberi Agensi Keselamatan Siber Negara ataupun NACSA punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber serta menambah baik keberkesanan fungsi NACSA.
Puan Yang di-Pertua, setelah meneliti cadangan akta ini, Betong ingin menyentuh beberapa perkara yang perlu penjelasan daripada Menteri seperti berikut. Merujuk kepada yang pertamanya, merujuk kepada Bahagian Kedua, Fasal 5 iaitu berhubung Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara. Mohon mencadangkan supaya jawatankuasa terdiri daripada Menteri yang dipertanggungkan dengan perkara berkaitan ekonomi kerana dalam Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara juga disebutkan elemen ekonomi. Ini kerana data-data yang diperoleh juga turut disimpan oleh agensi seperti Jabatan Perangkaan dan Kementerian Ekonomi yang menyelia pangkalan data seperti PADU yang terkait dengan keselamatan yang mana jika berlaku ancaman keselamatan siber, boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan.
Seterusnya, terkait dengan Fasal 5 juga, Betong juga mohon mencadangkan supaya ditambah wakil daripada wilayah Sabah dan Sarawak untuk dilantik pada jawatankuasa ini, memandangkan di Sarawak juga yang telah menubuhkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.
Seterusnya, kepada Bahagian Ketiga iaitu Fasal 12, pelantikan pakar keselamatan siber hendaklah di bawa kepada pertimbangan oleh jawatankuasa kecil yang membuat pertimbangan ke atas pelantikan mana-mana individu iaitu jawatankuasa pemilihan ataupun nomination committee, dengan izin, sebelum Ketua Eksekutif boleh secara bertulis melantik mana-mana individu tersebut. Perlu juga justifikasi kukuh pemilihan mana-mana individu dan untuk memastikan proses pelantikan yang telus dan berintegriti.
Seterusnya, merujuk kepada Fasal 14, Sub-Fasal 6 dan 7 perlu juga diwujudkan juga denda minimum sebagai amaran supaya mana-mana individu yang dikehendaki mengemukakan maklumat yang diperlukan, memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
Seterusnya, saya beralih kepada Fasal 22, subfasal 3, dicadangkan supaya entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara mengambil langkah korektif berdasarkan Laporan Penilaian Risiko Keselamatan Siber sebelum mengarahkan entiti untuk menilai semula risiko keselamatan siber. Fasal 22, subfasal (7) dan subfasal (8), wujudkan denda minimum kerana ia memberikan panduan dan kejelasan kepada hakim, peguam dan orang awam mengenai akibat pelanggaran undang-undang. Seterusnya, Fasal 24 berkaitan latihan keselamatan siber perlu juga ada empati dalam undang-undang.
Saya merujuk kepada subfasal (2), (3) dan (4), walaupun Ketua Eksekutif diberikan kuasa sedemikian, entiti perlu diberikan ruang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sekiranya pada waktu dan masa yang dihasratkan tidak dapat
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
dipenuhi oleh entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara, namun tertakluk kepada persetujuan Ketua Eksekutif setelah meneliti dan mempertimbangkan rayuan tersebut.
Akhirnya, pada Fasal 30 yang berkaitan pembaharuan lesen, subfasal (3) iaitu bagaimana pula dengan permohonan yang ditolak? Adakah fee yang diterima semasa permohonan tadi akan dikembalikan kepada pemohon atau akan diterima dan direkodkan sebagai hasil kerajaan selepas memproses permohonan tersebut walaupun selepas permohonan itu ditolak?
Puan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, kerajaan perlukan sesuatu kuasa yang bersifat legislatif supaya tindakan dan arahan berhubung keselamatan siber mengikat semua agensi kerajaan dan syarikat swasta, khususnya yang dikategorikan sebagai Infrastruktur Maklumat Nasional Kritikal (NCII). Di mana NCII ini adalah aset nyata dan maya, sistem serta fungsi penting kepada negara. Di mana kelumpuhan atau kemusnahannya, berisiko menggugat ekonomi, pertahanan, imej negara, kesihatan serta keselamatan awam dan keupayaan kerajaan untuk berfungsi. Itu sahaja daripada Betong dan saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Sebagai kita melihat rang undang-undang ini adalah Undang-undang Keselamatan Siber 2024. Syarikat siber... [Tidak jelas] telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke lapan paling banyak dilanggar pada quarter ketiga 2023 dengan 494,699 akaun bocor. Kadar pelanggaran adalah sekitar 144 peratus lebih tinggi pada quarter ketiga 2023 berbanding quarter kedua 2023. Sekitar empat akaun pengguna Malaysia dibocorkan setiap minit pada quarter ketiga 2023.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ini mengikut kepada satu kenyataan. Dia juga menambah bahawa Malaysia berada di kedudukan nombor lima daripada segi ketumpatan perlanggaran di mana 5,436 akaun dilanggar setiap hari. Ketumpatan pelanggaran ini diukur dengan bilangan pengguna dalam internet ini. Jadi dalam hal ini, saya ingin merujuk kepada pihak kerajaan tentang perkara yang mungkin dikelirukan ataupun terkeliru di kalangan rakyat, berkenaan dengan keselamatan sistem digital dan keselamatan siber.
Keselamatan digital merujuk kepada dikaitkan dengan risiko yang wujud dalam produk digital perkhidmatan dan proses sokongan, manakala keselamatan siber merujuk kepada pelbagai komponen digital, rangkaian data dan sistem komputer daripada capaian data-data yang tidak dibenarkan.
Dalam hal ini, saya ingin merujuk kepada fasal 2, di mana disebut tidak boleh didakwa kerajaan negeri ataupun negara. Dalam hal ini, adakah pihak yang menggodam atau menjadi penjenayah siber ini mempunyai kesalahan-kesalahan dalam akta-akta lain yang boleh kita hukum mereka? Kalau kita lihat dalam ini, disebut tentang hanya kompaun. Jadi, saya tak
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
tahu kat mana yang ada berkenaan dengan penjenayah siber yang boleh dihukum di bawah akta ini.
Kedua, kita lihat keselamatan siber ini bukan hanya berlaku di pejabat-pejabat kerajaan tetapi juga berada di sekolah. Banyak kita dengar kes-kes di mana berlaku pemecahan ataupun maklumat daripada sistem soalan utama peperiksaan besar-besar yang berlaku di sekolah ataupun di JPN sendiri.
Jadi dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang apakah jaminan untuk yang bekerja daripada rumah tentang pemilikan aset-aset yang mungkin juga ada kaitan dengan sistem komputer yang lebih besar, yang merupakan komputer milik peribadi seseorang pegawai. Di manakah ia nya dilindungi?
Di bawah fasal 4, menyebut tentang infrastruktur maklumat kita dalam negara. Detil tentang negara tetapi tak detilkan tentang negeri. Jadi, adakah juga pemilikan aset di peringkat negeri juga dilindungi di bawah akta ini dan di bawah fasal 24, latihan keselamatan.
Saya setuju dengan Bentong supaya ada satu syllabus yang terperinci, bagaimanakah latihan keselamatan siber ini perlu dibuat? Bagaimanakah kekerapan yang akan dilakukan? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berkenaan dengan jenis- jenis serangan siber. Kita percaya bahawa dalam serangan siber ini ada serangan siber biasa, ada yang malicious ware, ransomware dan juga black code security.
Dalam hal ini, berapakah universiti yang menyediakan fakulti tentang siber dan siber sibergogi kepada komuniti kerana perkara ini perkara baru. Bila kita lihat kepada syarat-syarat pencegahan untuk siber ini, kita lihat banyak benda yang berkaitan. Daripada segi password, data, kesalahan perlindungan, memantau vendor, data sensitif, latihan kakitangan, antivirus, cloud security, keselamatan WiFi, software, jaringan yang dijamin menyaring e-mel dan juga kita lihat daripada segi aktiviti phishing.
Jadi dalam hal ini, kita rasa banyak benda yang rakyat perlu belajar yang perlu kepada syllabus yang detil daripada kementerian kepada komuniti. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada warga Malaysia kerana saya melihat dalam satu penulisan di Jerusalem Post bertarikh 5 Julai 2021, di mana disebut tentang cyber attack daripada ‘Malaysian Troll Army’ yang melibatkan lebih daripada setengah juta followers. Jadi, dalam hal ini kita lihat para netizen Malaysia telah terbukti secara sukarela menjadi aparatus penerangan dan mengetuai usaha kaunter propaganda Israel sehingga memaksa IDF melakukan postmortem kenapa mereka kalah dalam perang naratif dan siber pada tahun 2021 yang lepas dengan #Israelkoyak.
Dalam hal ini, apakah SOP yang ada di bahagian kita khususnya keselamatan siber ini untuk kerajaan lebih bersedia untuk absorb serangan daripada hacker pihak yang pro Israel? Berapakah yang kerajaan akan invest untuk memperkasakan keselamatan siber negara? Berhubung dengan fasal 22, Laporan Penilaian Risiko. Disebut dalam hal ini, dalam tempoh 20 hari. Jadi, pihak yang berkenaan bertanya kenapa 20 hari? Kenapa 30 hari?
Sangat lama. Kebanyakan data itu akan telah pun hilang. Kalau boleh dipendekkan kerana kita percaya more time, less possible action akan berlaku kerana ia akan menyebabkan banyak data lagi mungkin lebih hilang.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Fasal 36 menyebut tentang pegawai awam. Siapakah mereka dan apakah kelayakan mereka berkaitan dengan siber? Sebagai contohnya dalam proses sita. Bila disita ini, komputer sepatunya ketika penyertaan itu berlaku, kena ada pihak pakar yang bersama- sama dalam proses sita. Sebagai contohnya, pendrive yang ditarik secara tidak proper mungkin akan menyebabkan data-data tersebut hilang. So, dalam hal ini, adakah kehadiran pegawai yang memang pakar itu wajib ketika berlaku proses penyitaan? Dalam fasal 46, akses kepada data berkomputer. Kita percaya bahawa digital ini bukan hanya komputer tapi juga banyak data-data yang lain.
So, dalam hal ini, apakah data-data lain yang kita dapat lihat daripada iPad dan sebagainya yang mungkin bukan hanya diketahui sebagai komputer sahaja. Seterusnya berkaitan dengan institusi pendidikan. Berapakah kadar enrolmen untuk biasiswa Kursus Keselamatan Siber melalui NACSA seperti fantastic agent dan sebagainya.
Seterusnya berkenaan dengan electronic life time health record sebagai mana yang disebut Menteri Kesihatan semalam. Andai kata kesan siber dikompromi, sistem kesihatan juga mungkin akan terganggu dan goyah. Jadi, bagaimana kita nak berkompromi di antara ataupun hendak selaras di antara kementerian dengan kementerian, khususnya untuk penguatkuasaan akta ini?
Kita percaya ini adalah merupakan sistem awal ataupun undang-undang awal untuk keselamatan siber. Adakah pihak kerajaan boleh memberikan jaminan kita tidak akan melaksanakan sistem kredit sosial sebagai mana yang diamalkan oleh negara China? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang forensik siber.
Saya membaca keseluruhan RUU ini, saya tak jumpa perkataan atau frasa forensik siber dalam RUU Keselamatan Siber ini. Jadi, mungkin ada tapi saya tak nampak. Saya harap pihak kementerian boleh memberi jawapan.
Saya juga berharap dengan lulusnya akta ini, pihak kerajaan juga akan mengadakan satu lagi akta iaitu Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian sebagaimana yang telah dibuat oleh Singapura yang telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2024 untuk membanteras kegiatan scammer dan human trafficking. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Speaker.
Saya berterima kasih di atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk turut membahas Rang Undang-undang Keselamatan Siber.
Saya mengambil kesempatan ini untuk pertamanya memuji Menteri dan juga kementerian. Dalam masa tiga ke empat bulan beliau diberi amanah, beliau telah berjaya menggubal undang-undang ini di mana saya merasakan undang-undang ini cukup sempurna kerana di antara peruntukan-peruntukan, ianya tidaklah bersifat kuku besi.
Saya akan merujuk kepada peruntukan-peruntukannya kemudian. Saya percaya bahawa ancaman siber makin berleluasa dan kita selalu mendengar bahawa ancaman siber ini memang berlaku setiap hari tetapi saya mendengar dengan teliti ucapan yang dibuat oleh
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri bahawa ia nya memfokuskan undang-undang ini terhadap empat isu. Pertamanya, keselamatan. Kedua, ekonomi, ketiga kesihatan dan keempat sosial.
Kita selalu mendengar bahawa semasa pilihan raya umum, berlakunya ancaman siber dan saya membaca di sini beberapa liputan surat khabar umpamanya surat akhbar The New Straits Times dengan izin, dengan tajuk Puan Speaker, “Personal information of 800,000 voters compromised by alleged breach of EC database”, dalam pilihan raya. Peranti yang kita ada dalam definisi undang-undang ini yang paling berbahaya adalah telefon.
Bayangkan semasa pilihan raya, kalau ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang begitu berbahaya tentang mana-mana parti politik ataupun kita tidak dapat berhubung di antara satu sama lain semasa pilihan raya yang selalunya berleluasa, yang selalunya berlaku.
Pada masa yang telah berlalu, masa yang silam, beberapa tahun yang lalu. Menteri Komunikasi sendiri pun pernah mengadu. Saya baca, ini adalah liputan daripada The New Straits Times dengan izin Timbalan Speaker. “Lembah Pantai PKR’s candidate Fahmi Fadzil also said his mobile phone was flooded with calls since 7 a.m. from unidentified numbers from the US”. Data breach ataupun cyber attack ini adalah sesuatu yang begitu berbahaya terutamanya semasa pilihan raya.
Kita tahu bahawa ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi apabila kita juga ada mendengar tentang artificial intelligence di mana gambar-gambar seseorang itu boleh dirakam seolah-olah beliau bercakap, seolah-olah beliau beraksi.
Bayangkan kalau kita ada gambar-gambar yang dimasukkan dalam hand phone seperti yang berlaku di Sheraton di Sandakan pada satu masa yang lalu di mana salah seorang ahli parti politik terlibat dalam aksi-aksi yang tak begitu baiklah, aksi-aksi lucah. Ia juga boleh menyebabkan - this also a kind of dengan izin, *cyber attack.
So*, saya di sini terpanggil untuk juga menyentuh beberapa peruntukan dan saya ingin memuji Menteri yang mempunyai pengetahuan undang-undang yang begitu baik yang pernah menjadi peguam bela yang tersohor berkenaan dengan peruntukan-peruntukan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Seumpamanya seksyen 50 saya menyentuh di mana seksyen 50 ada peruntukan, peguam bela yang mewakili mana-mana pihak yang dituduh di mahkamah mempunyai hak untuk menuntut kenyataan mana-mana saksi itu dikemukakan bagi tujuan mencabar saksi tersebut.
Saya percaya sebab itu saya katakan tadi dalam mukadimah saya, Timbalan Speaker bahawa ini bukanlah undang-undang yang bersifat kuku besi. Satu undang-undang siber yang begitu sempurna tetapi pada masa yang sama memberi ruang untuk mana-mana pihak yang dituduh dengan akta ini untuk mengemukakan pembelaan the benefit of the doubt dengan izin, untuk membela beliau sendiri di mahkamah.
Pada masa yang sama, saya juga ingin memuji Menteri dan kementerian di atas peruntukan seksyen 58, peruntukan 58(a), (b), subseksyen (i) dan subseksyen (ii) di mana kalau seseorang itu dihadapkan ke mahkamah dengan melakukan kesalahan siber di bawah akta ini dan beliau menunjukkan bahawa perkara itu telah dilakukan tanpa persetujuan, tanpa
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
pembiaran ataupun beliau telah pun mengambil langkah-langkah yang sepatutnya, yang sewajarnya, yang semunasabahnya untuk menjalankan usaha untuk menghalang kelakuan kesalahan itu, maka beliau tidak boleh dipersalahkan dan tidak boleh didapati bersalah.
Saya di sini ingin menyentuh juga beberapa perkara melibatkan data breach ataupun cyber attacks yang berlaku dewasa ini melibatkan bank. Pihak Maybank pada suatu ketika yang dahulu telah pun melaporkan bahawa maklumat-maklumat peribadi termasuklah nombor akaun pihak-pihak yang terlibat yang menyimpan duit dalam bank tersebut telah pun digodam dan jumlah wang, beberapa jumlah wang yang begitu besar telah pun dikeluarkan daripada akaun-akaun tersebut tanpa pengetahuan bank dan juga pengetahuan pemilik- pemilik akaun.
Di sini saya juga ingin tanya kepada Menteri, kalaulah berlakunya perkara itu sekali lagi, di mana kita lihat bahawa penyimpan– individu-individu yang menyimpan duit dalam bank kehilangan wang mereka disebabkan oleh maklumat peribadi mereka telah pun digodam, dikongsi, di mana wang itu telah pun dikeluarkan. Bolehkah kita mempertanggungjawabkan institusi kewangan tersebut di bawah undang-undang ini?
Apabila kita sedang membahaskan undang-undang ini telah pun jadi viral. Saya lihat tadi satu berita yang disiarkan dalam Facebook, di mana ada pemakluman oleh JKR Malaysia, notis pemakluman. Ini adalah makluman yang telah disiarkan dalam Facebook, semua pihak dinasihatkan untuk tidak memberi maklum balas terhadap sebarang hantaran melalui akaun tersebut. Pengemaskinian akhir akaun rasmi Facebook JKR telah pun digodam. Ini adalah makluman yang kita terima.
Jadi Timbalan Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk memuji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun, Yang Berhormat Damansara, kementerian dan kerajaan yang ada sekarang di atas undang-undang ini. Sekian, terima kasih. Jelutong mohon menyokong.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkara pertama yang saya ingin bangkitkan berkenaan fasal 6 inisiatif sedia ada oleh kerajaan kepada mangsa sindiket penipuan. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah dilakukan antaranya dengan menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) dengan izin Dato' Yang di-Pertua, yang bertindak sebagai pusat hentian setempat (one stop centre) yang mengkoordinasikan respons pantas terhadap laporan mengenai aktiviti jenayah penipuan atas talian menerusi panggilan pantas 997.
Namun yang menjadi isu di sini adalah taktik scammer yang turut menggunakan nama NSRC bagi mendapat keyakinan daripada mangsa. Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi memastikan agensi-agensi ditubuhkan oleh kerajaan tidak menjadi tempat penjanaan
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
wang bagi scammer-scammer sedangkan agensi tersebut antara tempat untuk rakyat mendapatkan perlindungan.
Seterusnya pada fasal yang sama berkenaan keselamatan siber serantau. Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan pelbagai hala, multilateral dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di antara negara-negara ASEAN untuk mempertingkatkan keselamatan siber di negara masing-masing selain menggunakan medium tersebut untuk mencari solusi bersama membanteras jenayah siber secara dalam talian khususnya.
Sebagai contoh negara Thailand dan Kemboja telah menjalinkan kerjasama dengan menubuhkan pasukan petugas bersama bagi menyelaraskan dan menangani masalah penipuan dalam talian dengan lebih cekap dan berkesan. Oleh itu sehingga kini adakah kerjasama ini telah dibuat dan sejauh manakah kerjasama rentas negara yang telah dijalankan?
Tuan Yang di-Pertua, saya kira akta ini amat diperlukan bagi membela nasib rakyat yang menjadi mangsa tipu sama ada pekerja, pesara, belia dan juga pelajar. Mengikut statistik kes jenayah scammer ini direkodkan sebanyak 107,716 kes dalam masa hanya tiga tahun bermula 2020 hingga 2023 dengan nilai kerugian keseluruhan RM3.2 bilion. Tidak dinafikan Bank Negara Malaysia telah membuat penambahbaikan dasar tambahan untuk mengendalikan scam kewangan. Tahap keselamatan siber perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa menggunakan teknologi terkini terutama dengan adanya Revolusi Industri 4.0 dan Revolusi Industri 5.0.
Justeru pihak bank perlu bersedia menampung kos diperlukan selepas mereka meraih laba daripada peningkatan transaksi secara digital daripada pelanggan. Oleh itu saya minta penjelasan daripada kementerian terhadap mekanisme yang akan digunakan bagi memastikan institusi perbankan khususnya untuk bersama-sama bertanggungjawab jika berlaku kecuaian yang berlaku adalah di pihak bank seperti mana yang diamalkan di negara Singapura. Sejauh manakah kerjasama kerajaan dengan kesemua institusi perbankan bagi memastikan keselamatan siber khususnya yang menimbulkan institusi perbankan ini dapat dipertingkatkan?
Tuan Yang di-Pertua, perkara akhir pada fasal 60 RUU ini– kekurangan ilmu kefahaman tentang undang-undang siber terutama yang melibatkan perkara sensitif telah menimbulkan banyak ketegangan dalam masyarakat. Sebagai contoh pada 23 Mac yang lalu, Harian Metro melaporkan seorang juruteknik aplikasi sosial didakwa akibat membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah bahkan beliau mendakwa beliau tidak tahu perkataan Allah itu sensitif sehingga menyebabkan kemarahan para pengguna maya sekali gus tercetusnya ketegangan akibat kekurangan pengetahuan tentang undang-undang siber ini.
Oleh itu sejauh manakah kadar kompaun yang akan dikenakan boleh memberi pendidikan kepada pelaku dan bagaimana kaedah yang telah ditetapkan dalam menentukan kadar kompaun bagi memastikan akta ini mampu benar-benar mendidik masyarakat untuk bertanggungjawab sepenuhnya walaupun hanya di alam maya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Timbalan Speaker. Tangan kiri kita keselamatan siber yang kukuh amat penting untuk melindungi kepentingan nasional.
Pada masa yang sama tangan kanan kena melindungi hak individu, mendorong inovasi dan pelihara ketelusan dan accountability. Tetapi kekerapan ancaman dan kecanggihannya sekarang meningkat saban tahun– negara, koperasi, individu-individu seperti kita semuanya terkesan.
Serangan ransomware WannaCry pada tahun 2017 impaknya global. 150 negara, ratusan ribu komputer dalam sistem kesihatan, kerajaan, koperasi semuanya habis terjejas.
Pembatalan temu janji hospital, pembedahan merugikan berbilion-bilion dolar, belum masuk lagi kemungkinan nyawa pun tergadai. Di USA, pada tahun 2017 kalau tidak silap pecah data Equaifax mendedahkan maklumat peribadi sensitif sekitar 147 juta orang. Risiko pencurian identiti dan penipuan antara kesan sosial yang kita hendak elakkan jadi di Malaysia.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Serangan Ransomware NotPetya 2017 juga impaknya global. NotPetya pada mulanya disasarkan dekat Ukraine tetapi cepat merebak ke seluruh dunia menyebabkan kerugian berbilion-bilion dolar kepada syarikat-syarikat multinasional yang paling kuat, paling berkapital pun terjejas termasuk syarikat-syarikat logistik macam MAERSK dan MERK.
Kesan sosialnya kurang langsung tetapi menonjolkan kerentanan data peribadi. Secara ekonomi ia adalah satu insiden siber yang paling mahal sekali dengan syarikat menghabiskan jutaan untuk pemulihan. Dari segi politiknya pun ada kesan di mana ia telah meningkatkan ketegangan antara Russia dan Ukraine sebab kononnya tuduhan dan dakwaannya adalah Russia telah dipersalahkan dalam serangan ini. Betuk ke tidak, itu terserah.
Dalam negara kita ada juga insiden-insiden yang melibatkan Malaysia Medical Council. Ini sebenarnya senarai yang panjang. Semua serangan siber atau cyberattack yang telah dialami oleh Malaysia. MMC sendiri pernah kena. ASTRO IPTV kena dan pelbagai mobile service providers dengan izin sampai 46 juta data telah tercicir ke, terhilang ke, tergodam ke, tercuri. AirAsia lima juta pada tahun 2022 data tercicir, terhilang, tergodam.
Bulan Februari tahun lepas sembilan entiti kerajaan kita sendiri telah kena dengan 28 juta ketirisan maklumat. Kira-kira 33 gigabyte. Bulan Jun sekali lagi kononnya enam entiti kerajaan, 417 gigabyte yang kena terhilang, tergodam. Banyak lagi. Setakat tahun 2023 pula Oktober lepas kerajaan sahaja merangkumi 28.67 peratus daripada keseluruhan kebocoran data ekoran daripada penggodaman dan cybersecurity issues.
Insiden-insiden ini menggambarkan kesan multifaceted ancaman keselamatan siber.
Ia mempengaruhi kepercayaan sosial, kestabilan ekonomi dan hubungan politik antara negara dalam negara dan global. Impaknya menuntut kita untuk bersedia memperkukuh negara melalui sebuah tindakan, sebuah pendekatan prompt komprehensif seperti RUU ini.
Itulah sebabnya Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 suatu rang undang-undang yang pada hemat saya amat penting, wajib untuk melindungi infrastruktur maklumat kritikal
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
dan keselamatan nasional, keselamatan negara yang mungkin akan timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya syarikat teknologi dan pengguna-pengguna teknologi yang merangkumi kita semua dalam Dewan ini mahupun di luar sana.
Itulah sebabnya tuan-tuan dan puan-puan – bukan tuan-tuan dan puan-puan, Ahli- ahli Yang Berhormat. Saya kena terasa wajib dipanggil bukan sahaja dia Timbalan Pengerusi parti saya, kerana Menteri kita. Yang Berhormat Menteri kita pada waktu awal dia masuk sebagai Kementerian Digital, sebuah kementerian yang umurnya empat bulan, tiga bulan sahaja. Hanya dua agensi dalam tangan, enam akta dalam tangan. Hendak buat kerja apa?
Tetapi tetap dia pusing satu dunia kembali ke tanah air libat urus dengan semua kementerian, akhirnya adanya akta yang kita tengah buat, tengah menggubal ini dan harap-harap dengan sokongan semua termasuk di sini dan sana kita bagi tepukan meja dan sokongan yang padu untuk meluluskan rang undang-undang ini. Boleh?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Boleh ya. Boleh. Tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja saya hendak puji. Bukan sahaja hendak puji. Ada kekhuatiran juga...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Ipoh Timor puasa kot.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa? Apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Bulan puasa. Saya puasa. Puasa makan sahajalah. Bukan sahaja puji, ada juga sedikit kekhuatiran dan kebimbangan yang saya rasa terpanggil untuk bawa kepada mata dan telinga Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita berdepan dan bermain dengan kebimbangan. Apabila hendak perkenalkan suatu perkara yang baharu dengan akta yang baharu, dengan kuasa yang baharu rata-ratanya kebimbangan kita adalah tentang bagaimana RUU ini bersilang dengan hak privasi dan undang-undang perlindungan data. Kuasa yang luas sangat ini untuk kumpul, untuk analisa data ini boleh bawa kepada potensi melampaui batas, mungkin.
Masyarakat sivil di luar sana perlukan jaminan dan mekanisme pengawasan untuk cegah salah guna data-data tersebut. Dari segi aspek kebebasan bersuara bagaimana caranya rang undang-undang ini memantau dan mengendali ancaman siber boleh membawa kepada censorship. Bagaimana kita hendak mengekang supaya tidak ada kesan censorship akan di rasa oleh syarikat-syarikat teknologi, sekatan untuk bersuara dalam talian dan sebagainya.
Satu lagi kebimbangan tentang ketelusan akauntabiliti oleh Agensi Keselamatan Siber Nasional dan Ketua Eksekutifnya yang dalam undang-undang ini memang memberi kuasa yang cukup besar dan luas. Beban regulasi atau peraturan dan tata kelola di mana syarikat teknologi mungkin berdepan dengan keperluan lesennya, syarikat-syarikat penyediaan perkhidmatanlah, amalan atau standard yang baru. Adakah ini mungkin boleh dan berupaya untuk mengekang inovasi? Kalau regulasi peraturan terlampau banyak mungkin dia boleh mengekang inovasi. Jadi syarikat-syarikat teknologi kecil mungkin akan kurang sumber untuk patuh atau compliance, mungkin sahaja tidak dapat hendak bertapak.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ada dua, tiga lagilah. Tapi akhirnya sekali saya hendak mohon mencadangkan kepada kementerian, kepada Menteri sendiri bahawasanya pada tahun 2025 Malaysia akan menjadi Pengerusi kepada ASEAN. Sebagai seorang yang ada sedikit insight dengan izin dalam konteks kerja-kerja ASEAN atau Malaysia dalam konteks ASEAN dan di global geopolitiknya, saya rasa wajar dan perlu sedangkan kalau kita tahu dan kita kaji dan kita tengok desired outcome dalam ASEAN Digital Masterplan, ada perlunya untuk kita meningkatkan usaha negara untuk menerajui agenda cybersecurity untuk bukan sahaja Malaysia tetapi khusus pada tahun 2025 di mana Malaysia menjadi pengerusi kepada ASEAN untuk menerajui dan memimpin agenda cybersecurity dan saya rasa, saya tahu, saya bangga, saya yakin dengan rang undang-undang ini, Malaysia akan memimpin agenda cybersecurity dan kita bina tembok keselamatan. There is a partner, bina tembok dan tonggak utama cybersecurity dengan akta ini memimpin Malaysia masuk sebagai pemimpin ASEAN pada tahun 2025 bila Malaysia jadi ASEAN Chairman nanti.
Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya Ipoh Timor pernah terlanjur kata, memang kerap berlaku, saya ingin mohon maaf. Kepada yang masih puasa, selamat berpuasa untuk berapa hari lagi. Sekian, terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ipoh Timor menyokong sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh timur. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Puan Speaker kerana telah izinkan Puchong untuk membahas Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024. Pertama sekali Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Digital kerana dalam tiga bulan sahaja menjadi Menteri telah berjaya membentangkan RUU yang begitu penting untuk negara dalam era yang moden ini.
Puan Speaker saya telah pun, Puchong telah pun tengok, membaca trend terkini dalam keselamatan siber. Apabila saya membaca RUU ini dan saya hendak tengok sama ada trend ini ataupun rang undang-undang in cukup komprehensif supaya negara kita boleh mendepani trend cybersecurity. Saya hendak menghuraikan di sini hendak menarik perhatian Dewan Negara, Dewan ini. Pertama, risiko keselamatan siber dengan trend work from home yang semakin meningkat pasca COVID-19. Pandemik COVID-19 telah pun mengubah way of life untuk pekerja di mana ramai di antara kita sekarang telah pun mengalirkan tenaga kerja pergi ke luar daripada office.
Apakah impaknya atau implikasinya ialah di mana peralatan peribadi iaitu komputer peribadi ataupun mobile phone kita telah pun digunakan untuk kerja. Bayangkan kakitangan bank menggunakan komputer peribadi untuk menyelesaikan ataupun membuat kerja mereka di bank di mana ada maklumat yang sensitif digunakan. Kalau kita kerja di pejabat ataupun office kita ada satu team IT untuk keselamatan siber. Ia akan menggunakan antivirus, firewall, router dan semua ada pengurusan yang sangat rumit. Tetapi bayangkan kalau kita work from
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
home. Apabila kita menggunakan peralatan peribadi, adakah keselamatan siber itu akan diancam kerana way of life kita?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Trend yang kedua saya nampak adalah trend penggunaan Internet of Things yang semakin meningkat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Internet of Things merujuk kepada peranti fizikal selain daripada komputer, telefon ataupun server yang bersambung ke Internet dan berkongsi data. Contoh peranti IoT termasuk penjejak kecergasan boleh pakai, peti sejuk pintar, jam tangan pintar dan juga pembantu suara seperti Amazon Echo dan Google Home. Menjelang 2026, adalah dianggarkan bahawa peranti IoT yang dipasang di seluruh dunia akan mencecah 64 bilion dan ini trend semakin meningkat. Penambahan peranti yang pesat ini akan mengubah dinamik dan juga saiz cyberattacks surface iaitu bilangan titik masuk yang berpotensi untuk tindakan berniat jahat di siber. Berbanding dengan komputer riba dan juga telefon pintar, kebanyakan peranti IoT mempunyai keupayaan pemprosesan dan juga storan yang lebih sedikit. Ia boleh menyukarkan penggunaan firewall, antivirus dan juga aplikasi keselamatan lain untuk melindunginya. Akibatnya, serangan IoT adalah antara trend serangan siber yang perlu mendapat perhatian daripada kerajaan.
Puan Speaker, trend ketiga yang saya ingin mendapat perhatian Dewan yang mulia ini ialah kebangkitan ransomware. Ransomware bukanlah satu ancaman yang baru. Ia telah pun wujud 20 tahun tetapi ia semakin berkembang. Kenapa? Kerana ransomware adalah cara yang agak mudah untuk hackers mendapat ganjaran kewangan. Sebagai contoh, ransomware boleh gunakan untuk mencuri data syarikat ataupun organisasi dan kemudiannya membuat encryption. Ransomware dia buat encryption. Maksudnya, selepas dia membuat encryption, organisasi tersebut yang memiliki data tersebut tidak boleh akses kepada data. Selepas itu, penjenayah siber akan memeras ugut organisasi supaya untuk membayar pampasan wang tebusan supaya data mereka dipulangkan kepada mereka. Ini adalah ransomware. Untuk maklum Dewan yang mulia ini, ransomware telah pun mencipta sejarah pada tahun 2020 dengan menyumbang kepada kematian pertama yang dilaporkan berkaitan dengan serangan siber. Dalam kejadian ini, sebuah hospital di Jerman telah pun terkunci daripada sistemnya menyebabkan ia tidak dapat merawat satu pesakit. Seorang wanita yang memerlukan rawatan segera perlu dibawa ke hospital yang jauh daripadanya. Akhirnya, tidak dapat diselamatkan. Persoalan saya kepada Dewan yang mulia ini, adakah RUU ini, hukuman yang dalam RUU ini– adakah ia setimpal dengan kalau jenayah itu ataupun jenayah siber itu melibatkan nyawa? Ini saya akan berbincang dengan lebih panjang lagi di jawatankuasa.
Selain daripada ransomware, ancaman keselamatan siber juga termasuk malware di mana program komputer ditulis dengan sengaja untuk membahayakan sistem komputer dan juga network. Selain itu, phishing digunakan dan juga kita ada juga DDoS attack di mana ia sentiasa digunakan untuk server dan website dan juga network yang membebankan dengan trafik, biasanya daripada botnet.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker, tujuan saya menghuraikan secara panjang trend ini adalah saya membaca RUU ini dengan teliti. Saya membaca trend dengan teliti. Saya tanya sama ada RUU ini cukup dan komprehensif untuk menangani dan mendepani trend-trend ini. Saya rasa jawapannya ialah walaupun ini adalah langkah pertama yang baik tapi saya rasa perlu ada langkah-langkah untuk memperbaiki lagi RUU ini sama ada daripada pindaan pada akan datang ataupun melalui peraturan yang boleh diberi oleh Menteri.
Selain daripada itu, saya juga tengok dari segi apakah jenis keselamatan siber yang dimasukkan, dirangkumi oleh RUU ini. Kalau kita tengok secara general, jenis keselamatan siber termasuk critical infrastructure security, network security, endpoint security, application security, cloud security dan information security. Tetapi apabila kita tengok RUU ini, hanya critical infrastructure security yang dirangkumi dalam RUU ini. Saya sangat percaya bahawa Menteri akan membuat pembaikan lagi untuk RUU ini tapi saya nak menarik perhatian, ada banyak lagi tempat, area yang kita boleh memperketatkan lagi untuk keselamatan siber di Malaysia.
Isu yang seterusnya yang ingin saya bangkitkan dengan secara pendek ialah berkenaan dengan talent. Saya nak tanya kepada kementerian sama ada kementerian telah pun membuat unjuran permintaan talents untuk siber sekuriti, jumlah berapa dan sama ada jumlah graduan yang dihasilkan oleh IPTA dan IPTS itu boleh memenuhi permintaan ini? Itu sahaja. Puchong ingin menyokong RUU Keselamatan Siber.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Pembahas terakhir saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor. Lima minit sahaja.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya lima minit untuk membahas RUU ini tapi saya tidak memerlukan lima minit. Ucapan saya pendek. Oleh kerana kebanyakan isu telah pun disentuhi dan diliputi oleh Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah. Kalau saya lihat Puan Yang di-Pertua, nampaknya RUU ini memang disambut baik oleh kedua-dua pihak dari sini dan juga sana. Memang ini merupakan satu inisiatif, satu usaha dari pihak kerajaan yang baik dan perlu disambut. It should be welcome, dengan izin dan saya mengucapkan tahniah kepada kementerian dalam menggubal RUU yang penting ini terutamanya dalam era siber di dalam masa kami hari ini.
Hanya beberapa perkara yang ingin saya menimbulkan berkenaan dengan beberapa fasal di dalam RUU ini. Pertamanya, berkenaan dengan fasal 58(b), Puan Yang di-Pertua.
Kalau kita lihat kepada fasal 58(b) dinyatakan di sana, “Tanggungan pengarah dan sebagainya bagi syarikat dan sebagainya”. Puan Yang di-Pertua, ini adalah merupakan fasal yang memperuntukkan liability, dengan izin, terhadap seorang pengarah syarikat dan sebagainya terhadap kelakuan agen-agennya di dalam syarikat tersebut. Walaupun ianya memberi satu presumption ataupun mengandaikan bahawa pengarah itu adalah liable atas kelakuan, perbuatan agen-agennya, ini boleh diterima, boleh difahami, boleh dijustifikasi oleh
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
kerana ini merupakan satu fasal yang memperuntukkan in offence of strict liability dengan izin, Puan Yang di-Pertua.
Apa yang penting adalah bahawa pengarah tersebut diberi peluang untuk membela dirinya seperti yang dinyatakan di dalam fasal tersebut. Boleh saya lihat kepada fasal tersebut– boleh saya rujuk kepada bahasa Inggeris di dalam RUU yang sama, “Liability of director et cetera, of company et cetera”, di mana fasal (b) menyatakan, “If the company limited liability partnership and so on, he is found guilty of the offence, he shall be deem to be guilty of the offence and shall be liable unless having regards to the nature of his function if there capacity and to all circumstances” dan ini adalah satu perkara yang ingin saya tanya, Puan Yang di-Pertua.
“He proves…”, pertamanya, “That the offence was committed without his knowledge”, dan perkataan yang seterusnya adalah “and”, ataupun “dan”. Dua, “That the offence was committed without his consent or connivant they taken all reasonable precautions and exercise due diligence to prevent the commission of the offence”. Ini merupakan dengan segala hormatnya satu beban yang agak tinggi dikenakan terhadap seorang yang dituduh di bawah akta ini.
Oleh kerana kalau kita lihat kepada kedua-dua peruntukan (i) dan (ii), nampaknya macam seorang yang dituduh di bawah undang-undang ini perlu membuktikan dua perkara.
Oleh kerana perkataan “and” itu digunakan iaitu pertamanya dia kena membuktikan dia tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh agennya.
Keduanya, beliau juga perlu membuktikan bahawa dia tidak memberi kebenaran dan telah pun exercise due diligence dan sebagainya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi, memandangkan ini merupakan satu beban yang agak tinggi, saya ingin memberi satu cadangan agar perkataan “and” atau pun “dan” itu digantikan dengan “or”. Ini akan membolehkan seorang itu membela dirinya dengan hanya membuktikan satu daripada dua perkara di dalam perkara (i) dan (ii), iaitu sekiranya dia tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan, itu sudah memadai atau pun mencukupi untuk menjadi satu pembelaan. Tak perlu dia juga membuktikan bahawa dia telah pun exercise due diligence dan sebagainya.
Dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya akur kepada apa yang dikatakan oleh Puan Speaker. Terima kasih. Saya menyokong RUU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
[Tepuk] Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan warga Parlimen yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin.
Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab dalam masa 30 minit.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 20 yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 iaitu Yang Berhormat daripada Bangi, Yang Berhormat dari Pasir Mas, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat daripada Parit, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat daripada Machang, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat daripada Jelutong, Yang Berhormat daripada Setiu, Yang Berhormat Ipoh Timor dan juga Yang Berhormat Puchong dan yang last, Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tan Sri Yang di-Pertua, ramai yang sebut dan juga nyatakan sokongan terhadap Rang Undang-undang Keselamatan Siber yang dibentangkan hari ini. Ini menunjukkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat memandang serius berkenaan dengan soal keselamatan siber di dalam negara kita, kerana keselamatan siber ini adalah perkara yang memang penting khususnya bergerak ke depan dengan apa yang disebut sebagai cabaran- cabaran di dalam dunia digital.
Dalam masa yang sama, ramai yang telah pun mengucapkan tahniah kepada Menteri dan kementerian atas usaha untuk membentangkan rang undang-undang ini. Tetapi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini dan juga merakamkan penghargaan saya kepada seluruh team atau pun wakil-wakil daripada NACSA dan juga daripada Jabatan Peguam Negara, Kementerian Digital dan juga agensi-agensi di bawah kawalan kementerian kerana mereka yang banyak bertugas, bekerja keras supaya kita dapat membentangkan bill atau pun Rang Undang-undang Keselamatan Siber di Parlimen, Dewan Rakyat pada hari ini.
Jadi, ucapan terima kasih daripada saya kepada mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, undang-undang di hadapan Dewan pada hari ini, kita lihat undang-undang yang seharusnya dibentangkan lebih awal. Kita ada sebanyak sembilan bahagian dan keseluruhannya 64 fasal. Ia menyentuh berkenaan dengan penubuhan Jawatankuasa, dan Jawatankuasa diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga ianya terdiri daripada menteri-menteri seperti mana disenaraikan di situ. Dan juga kita ada tempat untuk pakar dilantik, juga satu Timbalan Pengerusi dan juga, kalau kita lihat, Ketua Eksekutif akan menjadi Setiausaha Jawatankuasa tersebut. Ramai yang tanya di sini berkenaan dengan bagaimana kita boleh pastikan bahawa tugas-tugas yang disandang oleh Ketua Eksekutif akan kita dapat pastikan dilaksanakan dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada seksyen 6 atau pun fasal 6 di dalam rang undang-undang ini, jelas nyata disebutkan di situ bahawa satu daripada fungsi
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Jawatankuasa adalah untuk menyelia pelaksanaan yang berkesan akta ini. Jadi, di dalam soal itu, memang sudah tentu bahawa soal penyeliaan dan pelaksanaan rang undang- undang ini akan diterajui sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga semua ahli-ahli daripada Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini, ianya memberi fokus kepada apa yang kita sebut sebagai infrastruktur maklumat kritikal negara. Jadi, fokusnya kepada infrastruktur tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan infrastruktur maklumat kritikal negara? Ianya adalah ditakrifkan di dalam seksyen atau pun fasal 4 rang undang-undang ini. Saya baca apa yang disebut di situ supaya kita dapat fokus kepada sebenarnya apakah hasrat di sebalik penggubalan undang-undang ini dan pembentangannya dan permohonan sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia pada petang ini.
Saya bacakan. Fasal 4 berkenaan perkara infrastruktur maklumat kritikal negara.
Ertinya, Tuan Yang di-Pertua, “Suatu komputer atau sistem komputer yang gangguan pada atau kemusnahan komputer atau sistem komputer itu boleh membawa kesan yang memudaratkan terhadap penyampaian apa-apa perkhidmatan...”― ini penting. Apabila kita ada― saya ulangi. “Kemusnahan komputer atau sistem komputer itu boleh membawa kesan yang memudaratkan terhadap penyampaian apa-apa perkhidmatan yang perlu bagi keselamatan, pertahanan, hubungan luar negara, ekonomi, kesihatan awam, kesejahteraan awam atau ketenteraman awam di Malaysia, atau terhadap keupayaan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri untuk menjalankan fungsinya secara berkesan.” Jadi, kalau kita menumpu perhatian kepada apa yang disebut dalam takrifan itu, kita boleh faham kenapa rang undang-undang ini digubal dalam cara ianya dibentangkan pada hari ini. Kita lihat kepada sektor-sektor tertentu. Sektor-sektor yang kita boleh menyatakan yang mempunyai infrastruktur yang termasuk dalam takrifan itu iaitu infrastruktur yang mempunyai maklumat kritikal negara yang mana sekiranya ada masalah, akan memudaratkan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dalam akta ini, sektor-sektor tersebut disenaraikan. Saya mohon kebenaran untuk rujuk kepada jadual di akhir rang undang- undang ini yang kita lihat di muka surat 50. Jadual di bawah seksyen 4. Dinyatakan di sini dengan cukup jelas, Tuan Yang di-Pertua, sektor infrastruktur maklumat kritikal negara maksud dia:
(i) kerajaan;
(ii) perbankan dan kewangan;
(iii) pengangkutan;
(iv) pertahanan dan keselamatan negara;
(v) maklumat, komunikasi dan digital;
(vi) perkhidmatan jagaan kesihatan;
(vii) air, pembetungan dan pengurusan sisa;
(viii) tenaga;
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
(ix) pertanian dan perladangan;
(x) perdagangan, industri dan ekonomi; dan
(xi) sains, teknologi dan inovasi.
Jadi, cukup jelas. Apabila kita baca takrifan yang saya baca tadi dan kita rujuk kepada apa yang disenaraikan di sini, kita dapat melihat bagaimana sektor-sektor ini sudah tentu sektor-sektor yang akan menyimpan data yang sangat penting dan sekiranya ada ancaman atau serangan siber yang di dalam mana juga keadaan dapat memusnahkan sektor-sektor ini, ianya akan mempunyai kesan terhadap negara kita.
Itu sebab, Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat kepada rang undang-undang ini, ianya memberikan fokus kepada beberapa perkara. Pelantikan Ketua Eksekutif, Tuan Yang di-Pertua, ianya diberikan tugas― Ketua Eksekutif adalah daripada NACSA. Ianya juga dalam takrifan. Beliau ada tugas-tugas yang jelas dinyatakan di dalam undang-undang ini dan ianya juga terbentang di dalam seksyen-seksyen tertentu.
Saya merujuk dengan spesifiknya kepada seksyen 11. Seksyen 11 menyatakan dengan jelas bahawa Ketua Eksekutif hendaklah menubuhkan dan menyenggara satu sistem keselamatan siber negara yang dikenali sebagai Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
...Bagi maksud menguruskan ancaman keselamatan siber dan insiden-insiden keselamatan siber.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Tuan Gobind Singh Deo
Sebelum daripada itu. Biar saya habiskan, Machang.
Daripada situ, Tuan Yang di-Pertua, kita dapat melihat struktur dia, di mana Menteri diberi kuasa untuk melantik mana-mana entiti kerajaan atau pun mana-mana orang sebagai ketua sektor-sektor infrastruktur maklumat kritikal negara dan selepas daripada itu, ada fungsi-fungsi mereka tertentu dan itulah fungsi-fungsi di mana kita boleh memastikan bahawa infrastruktur yang kita ada itu boleh diperkukuhkan supaya tidak boleh berlaku satu serangan siber atau pun ancaman yang berjaya terhadap sektor-sektor atau infrastruktur di dalam sektor-sektor tersebut. Ya, Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ada dua. Tumpat dan Machang.
Tuan Gobind Singh Deo
Baik, sila– Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah.
Machang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Machang dulu. Lepas itu, Tumpat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak dapatkan penjelasan lanjut berkenaan dengan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara tentang pengangkutan. Adakah ia mencakupi dengan infrastruktur kereta elektrik yang bakal kita demokrasikan di Malaysia ini
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
dari segi gridnya, dari segi kegunaan kereta tersebut? Sebab kita tahu dalam insiden di banyak tempat di Amerika, terdapat gangguan siber ke atas program-program yang ada dalam kereta elektrik ini. Jadi, apakah jawapan Menteri?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada Fasal 5 dan juga kepada Fasal Jadual seksyen 4, di mana di dalam penubuhan Jawatankuasa ini disebut tentang beberapa kementerian tapi tidak ada kementerian berkaitan dengan kebajikan. Dalam hal keselamatan negara, mungkin orang tak nampak kebajikan ini sebagai keselamatan. Sebagai contohnya, ketika berlaku bencana, yang akan terlibat dalam isu ini juga melibatkan bahagian kebajikan.
Jadi sebagai contohnya, dalam sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara, negeri tidak ada.
Saya bagi contoh, satu sistem e-Bencana dalam negeri Kelantan untuk banjir telah pun digodam oleh penggodam. So dalam hal ini, apakah perlindungan kepada kerajaan negeri, khususnya di bawah portfolio yang berada di bawah concurrent list? Sebab ini negeri, tidak disebut secara spesifik. Walaupun di dalam seksyen 2 ada menyebut negeri juga terlindung daripada sebarang dakwaan. Jadi, adakah bila disebut kritikal negara ini juga meliputi negeri, khususnya kepada agensi-agensi dan juga portfolio yang berkaitan dengan concurrent list? Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Untuk menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat Tumpat. Saya buat rujukan kembali kepada takrifan. Tadi apabila kita lihat seksyen 4, di situ cukup jelas, termasuk juga kerajaan negeri, di mana di bawah di situ terhadap keupayaan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri untuk menjalankan fungsinya secara berkesan dan di situ kita lihat kepada sektor-sektor yang dinyatakan di situ yang menyentuh kepada aspek-aspek keselamatan, pertahanan, hubungan luar negara, ekonomi, kesihatan awam, kesejahteraan awam atau ketenteraman awam dan sebagainya. So, cukup jelas dalam takrifan itu yang ia nya terangkum juga aspek kerajaan negeri. So, saya rasa ia cukup jelas.
Kemudian jawab kepada soalan Machang. Ia nya terpulang. Kita perlu kaji apa sebenarnya rangkaian dan sebagainya, because at this point in time, kita sebut berkenaan dengan banyak teknologi baru. So, apa yang akan berlaku sebenarnya, rangkaian dicadangkan, apa yang sebenarnya kita lihat dan sebagainya, kita akan kaji. Ini sebab kita lihat bagaimana kita ada sektor-sektor yang diasingkan. Kerana bergerak ke depan Yang Berhormat Machang, kita semua tahu teknologi ini dia tidak akan menunggu siapa-siapa. Hari ini kita lihat ada ciptaan baru. Dalam masa kita cuba faham apa ciptaan baru itu, esok ada ciptaan lain.
Jadi, dalam keadaan tersebut, baik kita ada Ketua Sektor dan sektor-sektor yang dikhususkan supaya ada selidikan dibuat, sebenarnya apa yang perlu dan kita kena fokus kepada seksyen 4, di mana kita fokus kepada infrastruktur. How do we strengthen it, make sure it’s safe. Itu soal yang dibangkitkan. Itu sebab kita ada apa yang disebut sebagai tata amalan dan sebagainya, yang perlu kita pastikan selamat dan at all times, dengan izin, up to date. Ini yang kita hendak wujudkan melalui undang-undang ini dan sekiranya ditetapkan tata amalan tersebut dan sebagainya tapi tidak ada tindakan untuk diangkat tata amalan tersebut, ia nya boleh menjadi satu masalah untuk entiti tersebut.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tuan Yang di- Pertua, saya amat berpuas hati dengan jawapan Menteri. Saya syorkan PADU diletak di bawah Kementerian Digital. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Gobind Singh Deo
[Ketawa] Saya menyambut baiklah kepercayaan yang diletakkan oleh Machang tetapi saya rasa Pandan memang berkeupayaan untuk menguruskan PADU dengan cukup baik. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat masa tidak mencukupi. Jadi, saya hendak- sejauh mana yang saya boleh jawab soalan-soalan tapi banyak soalan yang timbul. So, saya akan cuba sejauh mana yang boleh. Yang tidak boleh, saya minta maaf. Saya akan berikan secara bertulis dan Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan berbangkit bunyinya begini.
Ahli Yang Berhormat daripada Bangi tanya berkenaan dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap Agensi Keselamatan Negara ataupun disebut sebagai NACSA, bukan ‘NASCA’ seperti mana yang disebut oleh beberapa Ahli Parlimen. NACSA pada ketika ini yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri serta kementerian yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan akta ini. Tuan Yang di-Pertua, NACSA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Agensi yang akan bertanggungjawab ke atas rang undang-undang ini adalah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang merupakan agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan keselamatan siber pada masa ini adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kemudian, soalan-soalan daripada Ledang. Bangi, dia ada dua tiga soalan lain yang berlapis dengan soalan yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat lain. Saya akan kemukakan jawapan as we go along. Soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat daripada Ledang, berkaitan dengan takrifan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara. Adakah NCII terhad kepada entiti kerajaan sahaja? Atau juga Tuan Yang di-Pertua, termasuk entiti korporat dan swasta yang lain seperti bank? Saya telah pun tadi merujuk kepada Jadual. Kalau kita lihat kepada Jadual, Yang Berhormat Ledang. Kita dapat melihat dengan jelas ia nya lebih luas daripada entiti kerajaan sahaja. Sebenarnya ia boleh Tuan Yang di-Pertua, termasuk entiti swasta seperti bank, syarikat telekomunikasi dan sebagainya.
Ketiganya, soal berkenaan sama ada entiti yang tidak ditetapkan di bawah Fasal 17, sama ada, ada kewajipan ataupun tidak untuk memaklumkan kepada Ketua Eksekutif berhubung insiden-insiden siber dan Ketua Eksekutif juga tidak punya kuasa untuk mengarahkan satu siasatan. Ini soalan yang penting. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya satu entiti tidak ditetapkan sebagai entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara, rang undang- undang ini tidak mewajibkan entiti tersebut untuk maklumkan insiden keselamatan siber kepada Ketua Eksekutif NACSA dan Ketua Eksekutif juga tidak punya kuasa untuk mengarahkan siasatan. Ini kerana- dan itu sebab saya mulakan dengan menerangkan sebagaimana skop structure rang undang-undang ini. Ini kerana undang-undang ini tidak meliputi entiti-entiti yang tidak ditetapkan sebagai entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara.
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat, kalau sesuatu entiti itu adalah entiti infrastruktur yang terangkum dalam definisi undang-undang ini, ia terikat. Tetapi sekiranya
Tuan Gobind Singh Deo
tidak, ia nya tidak terikat dengan undang-undang ini. Tapi mungkin berdasarkan kepada masalah yang kita hadapi itu, undang-undang lain akan terpakai. Kemudian Bahagian 6, mengenai pemberian perkhidmatan keselamatan siber. Soalan yang dibangkitkan, adakah selepas ini mana-mana cybersecurity service provider harus mendapat lesen terlebih dahulu?
Berapakah jumlah cybersecurity service provider yang ada dan kini wujud di dalam negara?
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini data yang ada pada pihak saya menunjukkan terdapat seramai 73 pemberi perkhidmatan keselamatan siber. Namun, data ini hanya dapat dimuktamadkan selepas RUU ini berkuat kuasa dan bila proses pendaftaran dan perlesenan bermula. Kemudian soalan adakah kementerian mempunyai data berapa banyak insiden keselamatan siber yang terjadi akibat kegagalan cybersecurity service provider? Apakah justifikasi untuk kini mengehendaki bahawa cybersecurity service provider dilesenkan?
Tuan Yang di-Pertua, NACSA tidak mempunyai data berkenaan dengan berapa banyak insiden keselamatan siber yang terjadi akibat kegagalan cybersecurity service provider. Saya nak jelaskan, make it clear. Tidak mempunyai data berkenaan dengan berapa banyak insiden keselamatan siber yang terjadi akibat kegagalan cybersecurity service provider. Justifikasi menghendaki pemberi perkhidmatan keselamatan siber adalah bagi memastikan perkhidmatan keselamatan siber yang diberikan, terutama kepada entiti adalah supaya Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara adalah mencapai standard yang diterima pakai di peringkat antarabangsa dalam memastikan keselamatan siber dan keselamatan maklumat dalam persekitaran ICT terjamin dan dalam ketersediaan integriti dan kerahsiaan atau, dengan izin, dari sudut apa disebut sebagai confidentiality, integrity dan reliability.
Tuan Gobind Singh Deo
Kemudian soal berkenaan siapakah pegawai yang akan diberi kuasa, adakah dari kalangan kakitangan NACSA SKMM atau polis? Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengenal pasti pegawai-pegawai NACSA yang akan diberi kuasa sebagai pegawai yang dinamakan ataupun dinyatakan tersebut. Kemudian kita ada soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas, soalan berkenaan dengan fasal 24, latihan. Soalan yang dibangkitkan ataupun dilontarkan latihan sepatutnya dijalankan secara mengejut tanpa notis bertulis dari Ketua Eksekutif sebagaimana serangan siber dalam situasi sebenar.
Adalah tidak praktikal jika notis berbentuk bertulis kerana serangan boleh berlaku dalam masa sesaat sahaja. Kewajipan notis bertulis sebelum latihan siber perlu dikeluarkan daripada fasal 21 tidak diwajibkan kepada Ketua Eksekutif. Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada seksyen, fasal 24 dan fasal 24 ini menyatakan bahawa Ketua Eksekutif menjalankan satu latihan keselamatan siber bagi maksud menilaikan kesediaan mana-mana entiti infrastruktur maklumat kritikal negara untuk bertindak balas terhadap apa-apa ancaman keselamatan siber atau insiden keselamatan siber.
Jadi, kuasa diberikan kepada Ketua Eksekutif supaya beliau dapat menjalankan latihan keselamatan untuk maksud tertentu untuk menilai ketersediaan mana-mana entiti infrastruktur maklumat kritikal negara untuk bertidak balas terhadap apa-apa ancaman keselamatan siber atau insiden keselamatan siber. Dalam konteks ini, ianya diperlukan notis, itu sebab fasal 24(2) menyatakan, “Ketua Eksekutif hendaklah, sebelum menjalankan apa-
Tuan Gobind Singh Deo
apa latihan keselamatan tersebut mengeluarkan notis secara bertulis kepada entiti tersebut, berkenaan untuk memberitahu niatnya untuk menjalankan latihan keselamatan siber berkenaan dengan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara.” Ini bermaksud bahawa memang kita ada entiti tersebut, dan ketua eksekutif hendak menilai ketersediaan entiti-entiti tersebut untuk bertindak balas terhadap ancaman. Oleh itu, sebelum kita membuat penilaian tersebut, notis perlu diberikan. Soalan kemudian ditanya apakah Malaysia akan mengambil langkah sama untuk menyambut resolusi yang ini penting Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan AI yang dibuat pada Khamis lepas kerana PBB telah menerima sebulat suara resolusi pertama mengenai kecerdasan buatan AI.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai salah sebuah negara yang telah beri komitmen bagi memaksimumkan penggunaan teknologi digital termasuk teknologi baru muncul ataupun imagine tecnology, Malaysia telah menyambut dan bersedia menerima resolusi ini. Malahan, Malaysia merupakan salah satu daripada co-sponsor dengan izin bersama 123 negara anggota PBB kepada United Nations General Assembly, resolution yang ke 78/265 yang berjudul “Seizing the opportunity of safe secure and trustworthy artificial intelligence systems for sustainable development” Tan Sri Yang di-Pertua. Kemudian, soal berbangkit soalan yang susulan daripada itu juga berkenaan dengan kecerdasan buatan atau AI. Bagaimana RUU ini dapat mengawal sistem yang mengaplikasikan teknologi AI.
Tuan di-Pertua, rang undang-undang ini meletakkan kewajipan kepada NCII untuk melindungi aset infrastruktur dan sistem kritikal negara dengan melaksanakan penilaian risiko secara sistematik bagi mempertingkatkan cybersecurity baseline dan dengan izin dalam meletakkan kawalan perlindungan terhadap sebarang teknologi yang digunakan termasuk AI.
Penilaian risiko yang dilaksanakan Tan Sri Yang di-Pertua boleh diaudit dalam memastikan adaptasi teknologi AI oleh NCII telah dipertimbangkan dan dinilaikan dari sudut risiko.
Kemudian, soalan berkenaan dengan unjuran aplikasi kewangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Ledang.
Apakah unjuran implikasi kewangan bagi pengukuhan keselamatan siber timbul daripada RUU ini? Tuan Yang di-Pertua Penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 ini akan melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan khususnya pertama, bagi tujuan meningkatkan keupayaan NACSA melalui penambahan perjawatan bagi menampung keperluan sumber manusia bagi maksud melaksanakan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita dengar ucapan perbahasan semua Ahli Yang Berhormat tadi, kita dapat melihat range masalah yang kita boleh hadapi di masa depan khususnya berkenaan dengan serangan dan ancaman siber.
Banyak perkara yang dibangkitkan dan saya juga ingin menyentuh apa yang disebut oleh Indera Mahkota pernah menjadi Menteri, dan beliau faham di dalam bidang ini bergerak ke depan, memang sudah tentu keupayaan sesuatu agensi itu perlu diperkukuhkan. Dan di situ lah memang sudah tentu wujudnya perbelanjaan yang diperlukan dan sebagainya. Tapi, tahap sehingga mana dan sebagainya kita akan uruskan as we go along Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Gobind Singh Deo
Kedua, bagi tujuan meningkatkan keupayaan NACSA dengan teknologi dan sistem perlindungan terkini. Ini sangat penting bila kita sebut berkenaan teknologi baru kita kena lihat dengan teknologi dengan sistem perlindungan terkini yang mampu mengesan serangan siber yang makin kompleks dan memantau keselamatan aset-aset kerajaan dan infrastruktur maklumat kritikal negara selaras dengan meningkatkan risiko ancaman siber semasa.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua perlu lah untuk kami memperkasa dan meningkatkan tahap kesedaran setiap lapisan masyarakat dan organisasi berhubung ancaman keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa kepada jenayah siber.
Ini berhubung kait dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong tadi soal bagaimana kita boleh pastikan bahawa masyarakat di luar sana juga bersedia untuk cabaran- cabaran yang akan datang, sudah tentu langkah-langkah perlu diambil dan di situ juga kita perlu melihat kepada kos yang terpakai. Tuan Yang di-Pertua, perincian mengenainya, ini perkara yang perlu dibincangkan dan akan dibincangkan secara berasingan dengan Kementerian Kewangan dan agensi dan jabatan yang berkenaan.
Di dalam Strategi Keselamatan Siber Malaysia atau Malaysia Cyber Security Strategy (MCSS), kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion iaitu untuk tahun 2020 sehingga 2024 dalam projek pembangunan bagi memperkukuhkan keselamatan siber yang merangkumi pengukuhan tadbir urus penggubalan dan penyemakan undang- undang berkaitan termasuk rang undang-undang ini.
Pendidikan dan pembangunan industri keselamatan siber pendidikan dan program kesedaran serta kerjasama serantau dan antarabangsa dalam aspek keselamatan siber. Ini juga menyentuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Tumpat sebentar tadi berkenaan dengan perlunya untuk kita bersiap siaga. Pendekatan kerajaan dalam hal ini Tan Sri Yang di-Pertua, adalah berpandukan kepada pendekatan yang telah diambil dalam pelaksanaan Strategi Keselamatan Siber Malaysia atau dikenali sebagai Malaysia Cyber Security Strategy (MCSS) yang dilaksanakan secara whole of society, whole of government dengan izin melalui pelaksanaan RUU ini.
Kerajaan akan terus bekerjasama dengan semua pemegang taruh daripada agensi- agensi kerajaan, swasta dan juga pihak akademia, ini sangat penting ya dan juga badan bukan kerajaan termasuk lah Jawatankuasa Pilihan Khas jika terdapat keperluan dan selaras dengan fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan mekanisme semak dan imbang dalam penguat kuasa undang-undang terutamanya Penubuhan Jabatan Keselamatan Siber Negara ataupun JKSN dan fasal 40 berkenaan penggeledahan dan penyitaan tanpa waran adakah fasal ini boleh terbuka kepada salah guna kuasa.
Tuan di-Pertua, saya ingin merujuk kepada rang undang-undang ini untuk membuat penekanan kepada beberapa perkara. Kalau kita lihat kepada fasal 40. Fasal 40 itu ia menyatakan bahawa penggeledahan dan penyitaan itu boleh dibuat tanpa waran tetapi saya rasa elok juga kita lihat kepada fasal 39 sebelum 40 yang menyatakan bahawa penggeledahan dan penyitaan dengan waran. Maksudnya, dalam keadaan biasa ia perlu
Tuan Gobind Singh Deo
dilaksanakan menurut peruntukan fasal 39 tapi ada kalanya di mana oleh sebab kelengahan dalam memperolehi waran geledah di bawah fasal 39, penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan mungkin diganggu,dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan.
Kemudian, pegawai diberi kuasa untuk masuki premis itu dan jalankan tugas beliau tidak ada dengan perlunya waran. So, itu spesifik, di dalam keadaan-keadaan di mana seseorang pegawai menunjukkan ada kelengahan ataupun oleh sebab kelengahan dalam mempunyai waran geledah tersebut, masa dan sebagainya boleh berlaku penjejasan terhadap siasatan dari sudut keterangan itu akan dipindahkan rosak atau dimusnahkan. Jadi dalam keadaan tersebut, kita kena lihat bahawa walaupun disebut dalam Fasal 40, sesuatu penggeledahan boleh berlaku tanpa waran tetapi ada konteksnya dan juga ada syarat-syarat yang perlu ditunjukkan sebelum ia boleh diguna pakai.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan prosedur. Yang Berhormat Jelutong telah pun memetik apa yang disebut sebagai Seksyen 50(2). Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 50 berkenaan dengan kebolehgunaan atau kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan.
Ini adalah apa yang berlaku dalam mahkamah. Proses dia apabila kita ke mahkamah, pihak pendakwaan mulakan kes dengan memanggil saksi. Saksi-saksi tersebut kebiasaannya telah pun memberi statement atau pun pernyataan kepada polis atau pihak berkuasa semasa siasatan.
Mereka akan ikut kekerapannya apa yang terkandung di dalam statement tersebut.
Kebiasaan statement itu tidak boleh dibekalkan kepada pihak pembelaan tetapi kalau kita lihat kepada seksyen 50 subseksyen 2 ini, cukup jelas bahawa dinyatakan bahawa apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwaan atau bagi pihak pembelaan. Maksudnya, seluruh kes selain tertuduh, mahkamah hendaklah atas permintaan orang tertuduh itu atau pendakwa, so ia applies both ways, untuk merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam menjalankan penyiasatan dan ini boleh kemudian dijadikan bahan di dalam kes yang digunakan.
Ini penting kerana kita nak pastikan bahawa apa yang dikemukakan semasa perbicaraan itu– sama ada ia termasuk perkara penggeledahan ataupun tidak, ia konsisten dan kalau difikirkan bahawa seorang saksi itu tidak menyatakan yang benar, maka sekarang ada kuasa pada pihak mahkamah untuk minta supaya kita boleh periksa kenyataan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, saya ingat yang lain-lain tu bolehlah Menteri jawab secara bertulis sebab Menteri ada pindaan ni.
Tuan Gobind Singh Deo
Ya. Saya akan ambil masa...
Tuan Yang di-Pertua
Please.
Tuan Gobind Singh Deo
...Sangat lama.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo
Sebab ramai yang tanya soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Betul tapi yang lain tulis lah ya. Jawab secara bertulis lah.
Because we short of time.
Tuan Gobind Singh Deo
Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi jaminan saya kepada semua Yang Berhormat di sini bahawa soalan-soalan yang telah pun dibangkitkan akan saya jawab. Sekiranya tidak dibangkitkan semasa perbahasan, kalau ada soalan boleh juga kemukakan kepada saya dan sekiranya ada apa-apa cadangan supaya akta-akta ini ataupun peraturan yang akan kita gubal selepas ini, boleh diperkukuhkan sila beritahu kepada kementerian saya.
Saya ucapkan terima kasih kerana saya lihat semua di sini faham kepentingan untuk kita bersama-sama bawa rang undang-undang ini dan Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara- perkara lain saya minta izin supaya saya boleh berikan jawapan secara bertulis kepada semua Yang Berhormat. Hanya perkara yang last, isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi. Ada usul berkenaan dengan pindaan perkataan tersebut tapi saya akan...
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan handle itu.
Tuan Gobind Singh Deo
....berikan kepada Tan Sri Yang di-Pertua untuk buat pengumuman itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Speaker, saya nak sentuh ada dua fasal saja.
Tuan Pengerusi
Okey. Silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Speaker. Ada 64 fasal dalam RUU ini. Memang bagus disokong, ada pujian. Tapi ada dua sahaja yang ada kemusykilan bagi saya. Pertama ialah Fasal 2(2). Saya baca di sini. “Tiada ada apa-apa pun jua dalam akta ini boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri didakwa bagi mana-mana kesalahan di bawah akta ini.” Saya rasa ini tidak sesuai Tuan Pengerusi ya. Ini seolah-olah kita membagi keadaan yang kebal kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri [Tepuk] . Sedangkan kita hendakkan satu keadaan yang transparent, bertanggungjawab. Bila kerajaan isytiharkan darurat misalnya, Baginda Agong yang lakukan proklamasi. Itu pun boleh dicabar di
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
mahkamah. Mengapa pula yang undang-undang keselamatan siber ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri dibagi imuniti pula. Jadi, tolong tengok ini kepada Yang Berhormat Menteri.
Kedua, berkenaan Fasal 59. Saya baca di sini secara ringkas, Tuan Pengerusi. Fasal 59 ini tanggungan seseorang bagi perbuatan orang lain. Maknanya, “Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah akta ini, bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja, oleh ejen, oleh pekerja-pekerja lain, maka orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti.” Jadi, Yang Berhormat Menteri yang mempunyai latar belakang undang-undang yang luas dan arif, ini tak boleh. Kesalahan di bawah akta undang-undang keselamatan ini nanti bukan kesalahan tort. Ini jenayah di bawah Kanun Keseksaan, Penal Code. Maknanya yang akan mendakwa nanti ialah prosecutor– pendakwa, timbalan pendakwa raya, ya, prosecution. Jadi, sedikit lah ya. Kalau kesalahan ini dibuat oleh pekerja ejen, dia punya mens rea, apa pemikirannya itu dan dia punya actus reus dia, perbuatan dia itu dilakukan oleh ejen atau pekerjanya. Takkanlah pegawai yang di atas itu yang akan bertanggungjawab?
Jadi, saya bimbang Yang Berhormat Menteri, perkara ini boleh dicabar di mahkamah.
Soal undang-undang ini dalam seksyen yang tertentu itu tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan seksyen itu bersifat ultra vires dan bercanggah dengan Evidence Act, bercanggah dengan CPC Kanun Acara Jenayah. Jadi, saya mohon kalau boleh dipinda, pindalah. Kalau boleh dibuang, dibuanglah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, sila Menteri.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tuan Pengerusi. Sorry.
Tuan Gobind Singh Deo
Sorry. Yes, minta maaf. Silakan...
Tuan Pengerusi
Saya minta, oh ya. Okey.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ini saya nak minta penjelasan pendek sahaja daripada Menteri sebab ini soal lantikan-lantikan. Fasal 22, juruaudit. Fasal 28, ada prasyarat. Kemudian, Fasal 38 ada berkaitan dengan seorang pegawai, kuasa penyiasatan. Jadi, soal lantikan ini teknikal. Saya berbalik kepada soalan saya tadi. Siapa yang provide the technical assistance dan yang saya tanya tadi dengan peranan Cyber Security Malaysia. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Puchong sekali ya.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya hanya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri berkenaan dengan Fasal 35(4) di mana kita tengok insiden. Apakah insiden keselamatan siber? Mengikut apa yang saya fahami daripada fasal ini adalah di mana pemilik ataupun mereka yang mengendali infrastruktur maklumat kritikal. Jika mereka tidak mengambil langkah yang disyorkan oleh kerajaan, maka ia adalah satu kesalahan dan di mana dendanya ialah tidak melebihi RM200,000 dan juga dipenjara selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Soalan pertama, adakah hanya pemilik infrastruktur yang akan ada kesalahan hackers yang hack ke – ke infrastruktur itu tak ada kesalahan? Kedua tadi di perbahasan saya perbahasan dasar saya telah pun katakan bahawa actually cyber security boleh melibatkan nyawa. Adakah hukuman di 35(5) itu setimpal kalau melibatkan nyawa?
Tuan Pengerusi
Silakan menteri. Sekalikan jawab.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Minta maaf Puchong, rujuk kepada fasal berapa? Kerana ada banyak fasal.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
35 – 35(4).
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
35(4).
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dan 5.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua saya akan beri jawapan bertulis berkenaan dengan perkara ini sebenarnya jawapan dia di dalam seksyen tersebut tapi saya akan berikan konteks dia. Tidak ada masalah. Dua perkara yang dibangkitkan sebenarnya soalan yang ditanya oleh Indera Mahkota itu saya ada dalam ucapan saya. Tadi dia bangkitkan Yang Berhormat bangkitkan juga. I will give it to you in writing as well it’s quite long and its technical. Berbalik kepada Pasir Gudang, dua perkara.
Pertama sekali berkenaan dengan aspek seksyen 59.
Yang Berhormat Pasir Gudang saya faham khuatir dengan perasan Yang Berhormat kerana peruntukan ini. Tapi Yang Berhormat bila sebut dengan tort dan jenayah dan jenayah kita kena berbalik kepada Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan di situ lah kuasa untuk mendakwa dan sebagainya. Sekiranya ada pendakwaan maksudnya ada pertuduhan dan sebagainya. Kita berbalik kepada keadaan di mana fakta-fakta akan menunjukkan kepada satu keadaan yang membolehkan satu kes dibawa. So, bukan sekadar tort seperti mana yang dinyatakan. Kalau kita-- saya faham apa yang disebut tadi ianya berkenaan dengan kuasa jenayah. In the criminal trial. So, we come back to Article 145 dan sebelum suatu keputusan dibuat untuk mendakwa dan sebagainya, siasatan akan dibuat dan ia keputusan akan dibuat berkenaan sama ada ataupun tidak ia adalah satu kes yang terangkum dalam seksyen 59.
So, we still have to go through that process. Yang Berhormat Pasir Gudang. Kedua, Yang Berhormat Pasir Gudang kalau kita lihat pada seksyen 22 – seksyen 22 itu tidak memberikan imuniti keseluruhan. Seksyen 22 itu menyatakan dengan cukup jelas tidak boleh didakwa di bawah akta ini – di bawah akta ini. Maksudnya ada peruntukan lain yang boleh terpakai. Seperti mana saya sebutkan dalam ucapan pembukaan awal pagi tadi, saya ulang.
It’s not very long Tuan Yang di-Pertua. Dari segi pentadbiran kerajaan, pematuhan mana- mana peruntukan undang-undang bertulis akan sentiasa dipantau dan dititik beratkan.
Kerajaan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk pastikan bahawa peruntukan rang undang-undang ini dipatuhi sepenuhnya oleh agensi-agensi bawah Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Oleh itu walaupun rang undang-undang ini memperuntukkan pengecualian kepada kerajaan dan persekutuan dan negeri daripada didakwa di mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini – ini tidak bermakna bahawa kelonggaran diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam melaksanakan peruntukkan rang undang-undang ini, peruntukan yang serupa juga wujud di dalam akta rang undang-undang yang lain. So, ini satu perkara yang memang dibangkitkan kita telah pun kaji. There are other provisions that apply but dari sudut pelaksanaan itu bukan di bawah peruntukan akta ini. Tapi ada peruntukan lain yang terpakai kepada penjawat awam dan sebagainya yang sekiranya dilanggar boleh diguna pakai. Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey terima kasih Menteri.
[Fasal-fasal 1 hingga 57 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Fasal 58 - Pindaan] – Tuan Yang di-Pertu
Okey. Saya baru menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Digital untuk meminda fasal dalam peringkat Jawatankuasa bagi Rang undang-undang Keselamatan Siber 2024. Saya membenarkan pindaan ini dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2). Selain daripada itu, kertas pindaan dalam Jawatankuasa itu kertas berwarna merah jambu telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Menteri.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih. Izinkan saya Tan Sri Yang di-Pertua sub-perenggan 58(b)(i). Rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perkataan di hujung iaitu ‘dan’ perkataan ‘dan’ di hujung perenggan sub-perenggan itu dengan perkataan ‘atau’. Fasal 58 rang undang-undang dipinda dalam sub-perenggan 58(b)(i) untuk menjelaskan lagi peruntukan yang berhubungan dengan fakta yang perlu dibuktikan oleh seorang pengarah pegawai pematuhan pengongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi satu syarikat perkongsian liabiliti terhad, firma pertubuhan atau kumpulan orang yang lain dalam hal keadaan apabila syarikat perkongsian lialibiliti terhad firma pertubuhan, atau kumpulan orang yang lain didapati bersalah atas satu kesalahan di bawah rang undang-undang ini. Itu cadangan pindaan Tan Sri Yang di-Pertua Tan Sri Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kita cuma ada satu pindaan kecil sahaja dari ‘dan’ kepada ‘atau’. Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri dipinda dalam Kertas Pindaan tadi hendaklah disetujukan.
[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 58 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Jadual jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Tuan Yang di-Pertua
[Fasal-fasal 59 hingga 64 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Digital (Datuk Ugak anak Kumbong) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya memohon mencadangkan “Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], agar Majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM15,149 juta atau RM15.149 bilion di bawah subseksyen 3(1) akta yang sama iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin Malaysian Government Investment Issue (MGII) sebanyak RM149 juta atau RM0.149 bilion bagi Disember 2023 dan RM15,000 juta atau RM15 bilion bagi tempoh Januari hingga Februari 2024 ke Kumpulan Wang Pembangunan”.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan pindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issues (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP) mengikut keperluan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275].
Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, MGII sebanyak RM15,149 juta iaitu sebanyak RM149 juta bagi Disember 2023 dan RM15,000 juta bagi tempoh Januari hingga Februari 2024 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindahan ini dilaksanakan untuk membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan.
Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek pembangunan. Sumber dana Kumpulan Wang Pembangunan diperoleh melalui pindahan dari Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, terimaan balik pinjaman dan terimaan pelbagai untuk pembangunan.
Secara umumnya, pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan pula terdiri daripada terimaan Terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Securities (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
dengan izin, Malaysian Government Investment Issues (MGII), bil Perbendaharaan dan pinjaman luar negeri.
Subseksyen 4(b) Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issues hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekuriti pinjaman berasaskan prinsip syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta 275. Antara tujuan utama terbitan berasaskan prinsip syariah ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam.
Tan Sri Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebanyak RM15,149 juta iaitu sebanyak RM149 juta bagi Disember 2023 dan RM15,000 juta bagi tempoh Januari hingga Februari 2024 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul hari ini di nombor 2 hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Aturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Pasir Gudang mengemukakan peraturan mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat berapa itu Yang Berhormat?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
54(1)(2) dan juga 26(1)(j) iaitu mohon supaya D.R 13/2024 RUU meminda Perlembagaan ini dirujuk terlebih dahulu ke Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum diluluskan...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dan pagi tadi saya telah menghantar secara notis ini kepada Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah terima notis Yang Berhormat dan mengikut peraturan mesyuarat kita, pertimbangan akan dibuat selepas Menteri membaca kali kedua.
Lepas itu, kita akan pertimbangkan untuk diputuskan oleh Majlis.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Baik, sila Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, boleh saya bangun bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(l).
Tuan Yang di-Pertua
Apa? Baca isu apa itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isu yang saya bawa.
Tuan Yang di-Pertua
Isu apa itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang ini saya bawa penerangan sendiri ya. 14(1)(l).
Tuan Yang di-Pertua
Isu apa itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isu yang saya bawa itu banyak tak dipertimbangkan. Jadi saya nak bawa bawah penerangan sendiri, 14(1)(l).
Tuan Yang di-Pertua
Oh, tak boleh dah. Tak boleh. Ini– sekarang saya dah panggil Menteri untuk– silakan Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, tak bolehlah?
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Selamat berpuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Menteri.
[Dewan ketawa]
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Parlimen, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ramadan Karim.
Saya mohon izin untuk memberikan latar belakang tentang pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai kewarganegaraan. Ia bermula dengan kerajaan memberikan reaksi terhadap satu kes mahkamah Suriani Kempe yang mewakili kaum ibu yang pasangan mereka adalah warganegara asing dan melahirkan anak di luar negara. Mengikut Perlembagaan sekarang, anak itu akan mengikut warganegara bapa. Suriani Kempe membawa kes ini ke mahkamah berdasarkan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan lelaki dan perempuan itu adalah sama dari segi hak.
Jadi, keputusan Mahkamah Tinggi telah memihak kepada Suriani Kempe. Ini bermaksud, anak yang lahir di luar negara yang bapanya warganegara asing juga boleh menjadi warganegara Malaysia. Namun, kerajaan ketika itu telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan mengatakan bapa adalah bapa, ibu adalah ibu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi kerajaan sedia faham bahawa satu undang-undang itu bukannya statik. Ia dinamik dan harus mengambil kira kepentingan semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua, rentetan daripada kes tersebut, satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Jemaah Menteri supaya keputusan dasar dapat dibuat bagi tujuan meminda Perlembagaan. Satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh saya dan rakan-rakan, beberapa Ahli Jemaah Menteri yang lain telah ditubuhkan. Sebelum proses selanjutnya dilakukan, Jemaah Menteri perlulah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja menurut Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan dan persetujuan bagi pihak kerajaan Sabah dan Sarawak menurut Perkara 161E(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Semua proses itu telah dilakukan. Majlis Raja-Raja bersetuju dengan cadangan ini semasa pembentangan pertama dibuat dan turut menyarankan supaya satu kajian secara lengkap dan menyeluruh perlu dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa pemberian taraf warganegara adalah anugerah tertinggi yang diperuntukkan dengan jelas oleh undang- undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Oleh demikian, Majlis Raja-Raja menzahirkan supaya elemen kawalan di dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan kewarganegaraan. Jawatankuasa teknikal dibentuk untuk membuat kajian yang merangkumi perbandingan perundangan negara- negara luar, sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan seperti NGO, ahli-ahli akademik, ahli-ahli perundangan dan Ahli-ahli Parlimen.
Untuk satu-satu pindaan ke atas Perlembagaan dibuat, kerajaan harus juga melihat semua undang-undang yang sedia ada. Di negara kita, ada 848 akta buat masa ini. Pindaan Perlembagaan ini juga akan melibatkan pindaan berbangkit kepada beberapa akta yang berkaitan yang harus dibaca bersama dengan peruntukan mengenai permohonan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan. Antaranya:
(i) Citizenship Rules 1964;
(ii) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957;
(iii) Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951;
(iv) Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak 1951;
(v) Registration of Birth and Death Rules;
(vi) Akta Pendaftaran Negara 1959;
(vii) Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976;
(viii) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri;
(ix) Akta Kesahtarafan 1961;
(x) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;
(xi) Akta Pengangkatan 1952;
(xii) Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah);
(xiii) Ordinan Pengangkatan 1942 (Sarawak);
(xiv) Akta Imigresen 1959;
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, sekarang waktu 5.30. Saya ada kuasa memberikan Menteri 15 minit lagi max. Boleh ya?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Saya mohon sebab kena sempurnakan spesifik tentang fasal-fasal.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan. 15 minit saya beri masa.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta Pasport 1966. Kita juga melihat amalan ataupun good practices yang dilaksanakan oleh beberapa negara lain.
Alhamdulillah, proses itu telah kita selesaikan dan kemudiannya kita angkat kepada Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-265 pada 21 dan 22 Februari tahun ini yang telah bersetuju menimbang dan telah memperkenankan cadangan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 dengan memberi perkenan dengan penzahiran agar pemberian taraf warganegara perlulah disertai dengan syarat-syarat yang lebih ketat, bertanggungjawab.
Langkah pindaan ini dibuat dengan tujuan menambah baik kaedah pemberian taraf warganegara, bukan sekali-kali menafikan hak kemanusiaan. Ini kerana terdapat keperluan ia dibuat secara lebih berhati-hati kerana cabaran serta keadaan keselamatan negara juga harus menjadi pertimbangan. Sementara kita mahu menjaga aspek kemanusiaan dan memelihara kebajikan rakyat dan negara dari sebarang ancaman keselamatan luar yang sekiranya tidak ditadbir urus dengan cekap, ketat dan berhemah, ia boleh sahaja melumpuhkan sistem pentadbiran negara.
Penilaian dan keseimbangan dari segi aspek keselamatan dan kemanusiaan dibuat ke atas beberapa cadangan pindaan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak. Pewujudan dikotomi ini bersesuaian dengan objektif Kementerian Dalam Negeri untuk mengekalkan keamanan, keselamatan negara, membanteras segala bentuk ancaman berunsur subversif, ekstremis, espionage, sabotaj, kekerasan, keganasan dan seterusnya mahu memastikan keharmonian rakyat Malaysia terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara pihak kepada Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak, Malaysia tidak pernah menafikan pemberian warganegara kepada kanak- kanak terdampar di negara ini. Masih terdapat jalur perolehan kewarganegaraan untuk kanak-kanak kategori ini. Harus juga diketahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara pihak kepada Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada tahun 1995.
Perkara 7 konvensyen menyatakan kanak-kanak hendaklah didaftarkan sebaik selepas dilahirkan, hendaklah mempunyai hak sejak lahir, mempunyai hak terhadap suatu nama, hak untuk memperoleh kerakyatan dan seboleh-bolehnya hak untuk mengetahui dan dijaga oleh ibu bapanya.
Kedua, negara-negara pihak hendaklah memastikan pelaksanaan hak ini mengikut undang-undang negara mereka dan obligasi mereka di bawah surat cara antarabangsa yang berkaitan dalam bidang ini, terutama jika kanak-kanak itu selainnya menjadi tanpa kewarganegaraan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, mulai hari pertama saya masuk ke pejabat sehingga sekarang, saya telah menimbangkan keputusan terhadap 3,000 permohonan di bawah Perkara 15(2) iaitu anak-anak yang dilahirkan di luar negara. Saya mempunyai komitmen untuk menyelesaikan semua permohonan yang tertunggak di bawah Perkara 15A― anak terdampar, anak tidak sah taraf dan anak angkat. Yang berbaki sekarang di atas meja saya ada 14,000 komitmen yang saya berikan kepada Ahli Yang Berhormat dalam Dewan. Komitmen ini, Ahli Yang Berhormat boleh menjadikan saya bertanggungjawab, accountable to it pada 31 Disember 2024. Sebelum tarikh itu sampai, kesemua 14,000 kes tertunggak ini akan kita buat keputusan.
[Tepuk]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 ini menjurus kepada tujuh pindaan, tiga pewujudan dan tiga pemansuhan bagi memenuhi keperluan semasa dalam menentukan keselamatan dan kedaulatan negara selain memastikan kesejahteraan, keharmonian, kemanusiaan, ihsan bagi masyarakat dalam negara ini terjaga.
Pindaan Perlembagaan yang agak besar kali ini ke atas Bahagian III – Kewarganegaraan dilakukan iaitu pada 9 Ogos 1965 apabila Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia. Secara keseluruhannya, Rang undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) 2024 mengandungi 12 Fasal.
Tan Sri, saya mohon untuk melanjutkan pembentangan fasal ini.
Fasal 1 rang undang-undang memperuntukkan tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi Yang di-Pertuan Agong kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan akta yang dicadangkan.
Fasal 2 rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Fasal (1) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut― Pertama, mengenakan syarat tambahan untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu kepada mana-mana perempuan bersuami taraf warganegara yang membuat permohonan warganegara secara pendaftaran. Amalan ini juga adalah menjadi amalan sebahagian besar negara-negara maju dalam dunia hari ini iaitu pengetahuan mencukupi tentang bahasa.
Kedua, meminda Fasal (2) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, menurunkan had umur untuk memohon warganegara melalui pendaftaran daripada umur 21 kepada 18 supaya selaras dengan umur mengundi di Malaysia dan takrif kanak-kanak yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-kanak 2001 dan umur dewasa yang diperuntukkan dalam Akta Umur Dewasa 1971. Berbangkit daripada ini, pindaan dibuat kepada peruntukan lain dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, iaitu dalam fasal 3, 6, 7, 9 dan 11 rang undang- undang ini.
Ketiga, memotong Fasal (3) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan ini tidak lagi terpakai pada masa ini.
Fasal 4 rang undang-undang ini bertujuan untuk memotong Perkara 16A Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan ini juga tidak lagi terpakai pada masa ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Fasal 5 rang undang-undang bertujuan untuk memasukkan Fasal baharu (1A) ke dalam Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan untuk menghendaki mana-mana orang yang di bawah umur 18 yang memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran untuk mengangkat sumpah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama selepas mencapai umur 18 tahun. Jika dia gagal untuk mengangkat sumpah dalam tempoh 48 bulan selepas mencapai umur 18, dia dengan sendirinya terhenti menjadi warganegara.
Fasal 7 rang undang-undang bertujuan untuk meminda Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan keadaan tambahan bagi Kerajaan Persekutuan untuk menahan pendaftaran akuan pelepasan warganegara mana-mana orang jika pelepasan itu memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan, ketenteraman awam atau kepentingan awam.
Buat masa sekarang, amalannya adalah seseorang yang berniat untuk melepaskan warganegara Malaysia, dia hanya perlu memaklumkan sahaja. Dengan pindaan ini, sekali dia membuat permohonan, kita akan semak kalau-kalau dia masih ada lagi tersangkut dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ada kes-kes mahkamah ke atasnya. Jadi, ada elemen untuk kita tapis dan pastikan bahawa pelucutan warganegara itu bukan dengan sebab untuk mengelak daripada undang-undang.
Fasal 8 rang undang-undang bertujuan untuk meminda Fasal (2) Perkara 26 Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan mana-mana perempuan warga asing yang bersuami yang mendapat kewarganegaraan melalui Fasal (1) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan, jika perkahwinan yang disebabkan olehnya perempuan itu didaftarkan, terbubar dalam tempoh dua tahun mulai dari tarikh perempuan itu mendapat kewarganegaraan, sebagai menggantikan tempoh dua tahun mulai dari tarikh perkahwinan.
Fasal 10 rang undang-undang bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Perlembagaan Persekutuan yang berhubung dengan sumpah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual supaya selaras dengan pindaan yang dibuat dalam fasal 5 dan 11 rang undang- undang.
Fasal 11 rang undang-undang bertujuan meminda perkara seperti berikut― Bahagian II Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan dengan meminda perenggan (a) seksyen 1 untuk memperuntukkan bahawa hanya kanak-kanak yang lahir dalam Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya seorang warganegara pada masa kelahiran itu layak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, seseorang kanak-kanak yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu bermastautin secara tetap di Persekutuan tidak lagi layak untuk mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
Peruntukan asal berkenaan pemastautin tetap telah dinyatakan dalam Penyata Rasmi Dewan Negara Volume III Nombor 6 bertarikh 2 Februari 1963. Pada ketika ini, dengan lambakan warga asing seramai anggaran 3.5 juta, maka pindaan ini dilihat tidak lagi boleh ditangguhkan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kementerian Dalam Negeri ingin menjelaskan bahawa individu yang menjadi penduduk tetap atau pemastautin tetap negara ini bukan warganegara Malaysia. Mereka masih lagi memegang warganegara asing.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dalam hal ini, anak-anak kepada penduduk tetap yang lahir di Malaysia memiliki kewarganegaraan mengikut ibu bapa mereka. Jadi, tidak timbul isu anak-anak kepada penduduk tetap akan menjadi orang tanpa negara. Meminda Bahagian II, Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan hak yang sama kepada kanak- kanak yang lahir di luar Persekutuan yang ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperolehi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
Sebelum pindaan ini, kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan hanya boleh memperolehi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang jika bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara. Pindaan kepada perenggan (b), seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan, kelahiran kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan hendaklah didaftarkan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan di suatu Konsulat Persekutuan atau dengan Kerajaan Persekutuan. Kehendak bagi pendaftaran adalah selaras dengan perenggan (c), seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan.
Fasal ini juga bertujuan memotong sebutan kepada “Brunei” di bawah perenggan (c), seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan supaya selaras dengan kehendak pendaftaran kelahiran kanak-kanak di luar Persekutuan di suatu Konsulat Persekutuan. Fasal ini juga bertujuan untuk meminda Bahagian III, Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan dengan memotong perenggan (c), seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan ini tidak lagi relevan pada masa ini.
Fasal ini juga bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 3 ke dalam Bahagian II, Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan untuk menghendaki mana-mana orang yang di bawah umur 18 tahun, yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang mengikut perenggan (b) atau (c), seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan untuk mengangkat sumpah sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Pertama selepas mencapai umur 18 tahun. Jika dia gagal untuk mengangkat sumpah dalam tempoh dinyatakan, dia terhenti menjadi warganegara.
Fasal ini juga bertujuan meminda seksyen 19B, Bahagian III, Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah lahir di tempat itu dan ibunya ialah seorang warganegara.
Fasal 12 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan pengecualian dan pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini merupakan pindaan kecil dan berbangkit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ulangi komitmen kerajaan hari ini bahawa isu warganegara perlu ditangani dengan cermat. Kes-kes permohonan yang merupakan legasi lama yang membawa kepada pemohon terpaksa menunggu berlama-lama, era itu seharusnya berlalu*.
[Tepuk]* Kita harus selesaikan dengan berani dan bertanggungjawab.
Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memberikan pertimbangan terhadap perkara ini, keseimbangan yang kerajaan nak cari ialah di antara persoalan keselamatan, kedaulatan undang-undang dan juga sikap perikemanusiaan yang patut kita berikan kepada anak-anak, khususnya yang sudah menunggu lama untuk pindaan ini dilakukan*.
[Tepuk]* Dengan itu, saya akhiri dan Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Baik, oleh kerana...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun] Hendak bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Masa ya, Yang Berhormat. Saya ada cuma 15 minit sahaja. Saya akan baca ucapan penutup, selepas itu, minta maaf sebab saya terikat dengan ini.
[Menunjukkan buku peraturan mesyuarat] Baik, saya hendak baca ucapan penutup saya.
Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima belas telah berlangsung selama 19 hari mulai hari Isnin, 26 Februari 2024 hingga Rabu, 27 Mac 2024. Mesyuarat Pertama ini menyaksikan Dewan Rakyat telah meluluskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja dan 14 rang undang-undang serta tiga usul dari Menteri Kewangan. Mesyuarat kali ini menyaksikan hampir setiap hari persidangan, kita tidak berhasil rehat bagi memberi peluang lebih ramai Ahli Yang Berhormat menyertai perbahasan.
Selain itu, Mesyuarat Pertama ini juga berlangsung dalam bulan Ramadan mulai 12 Mac 2024. Ahli Yang Berhormat, saya dan Timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Tidak saya lupakan juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan kali ini.
[Tepuk] Saya mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat wal’afiat di samping keluarga tersayang. Akhir kata, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran pada esok hari dan selamat puasa serta beribadah untuk tempoh berbaki dalam bulan Ramadan ini. Saya juga ingin merakamkan Selamat Aidilfitri kepada semua umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia, semoga sambutan ini bakal disambut dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.47 petang]