Mar252024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ini dengan menjemput Tuan Edwin anak Banta, Selangau. Silakan.

final • 10:00 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya, soalan nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah pelan tindakan alternatif meningkatkan akses jalur lebar dapat sampai ke kawasan luar bandar dengan terhadnya perlaksanaan strategi dan pelan sekarang.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:00 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, usaha menaik taraf pelan jalur lebar di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman sedang giat diperluas secara berperingkat melalui Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA.

Secara keseluruhan, setakat 31 Januari 2024, sebanyak 2,393 menara yang baru daripada 3,884 yang dirancang telah siap dan beroperasi. Sebanyak 39,983 stesen pemancar, siap dinaik taraf daripada 40,214 yang dirancang dan sebanyak 3.32 juta premis telah sedia dengan gentian— dengan rangkaian gentian optik daripada 4.19 juta yang dirancang. Kesemua inisiatif yang dirancang dijangka siap dan akan beroperasi secara berperingkat pada penghujung 2025.

Kerajaan turut melaksanakan projek penyediaan perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit ataupun dengan izin, broadband wireless access (BWA) yang siap di 839 lokasi di kawasan pedalaman seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut melaksana penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence ataupun (POP) hab gentian optik.

Projek ini melibatkan penyediaan infrastruktur gentian optik berhampiran sekolah dan dapat dinikmati oleh premis kediaman, industri dan perniagaan yang terletak sekitar sekolah tersebut. Sehingga 15 Mac 2024, sebanyak 658 POP daripada 677 bagi fasa 1 dan 335 POP daripada 3,693 bagi fasa 2, telah disiapkan di seluruh negara. Ini menjadikan 124,810 premis tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggani oleh komuniti setempat.

Sebagai langkah alternatif, perkhidmatan internet melalui satelit seperti Starlink juga telah tersedia di Malaysia. Perkhidmatan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengguna boleh melanggan secara terus dengan pihak Starlink atau ejen-ejen yang

final • 10:00 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

berdaftar. Perkhidmatan internet melalui satelit ini sesuai digunakan di kawasan yang belum mempunyai akses perkhidmatan internet daripada teknologi cellular mahupun gentian optik. Kerajaan melalui MCMC sentiasa komited dalam mengenal pasti keperluan dan penambahbaikan perkhidmatan internet di seluruh negara.

Sukacita saya sebut juga, ada beberapa teknologi baharu ataupun baru muncul ataupun dengan izin, emergence technologies yang sedang diteliti oleh pihak MCMC melalui dengan izin, proof of concept. Ini termasuklah penggunaan Satelit LEO (low-earth orbit satellite) seperti Starlink untuk menyediakan backhaul kepada menara-menara di beberapa lokasi di seluruh negara. Kedua, adalah penggunaan fixed wireless broadband untuk membantu dari segi backhaul bagi menara-menara yang mungkin sedikit jauh daripada kawasan yang mempunyai gentian optik.

Ketiga adalah teknologi yang agak menarik dan belum lagi digunakan tapi ia dinamakan direct to cell ataupun direct to device. Ini sangat bersesuaian kerana ia bermakna kita tidak bergantung harap kepada menara-menara untuk memancarkan signal tetapi kita boleh menggunakan phone kita untuk berkomunikasi terus dengan satelit dan itulah— satelit itulah yang seolah-olah menjadi menara. Ini teknologi baru yang mungkin akan dilaksanakan sekitar 2025.

Akhir sekali, kita juga memanfaatkan teknologi seperti Starlink untuk mengguna pakai teknologi ataupun kemudahan mesh WiFi yang dapat meningkatkan dengan izin, the range of the technology. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Selangau.

final • 10:00 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

YB Menteri, soalan tambahan saya ialah khusus untuk Parlimen Selangau, di mana terdapat banyak menara pemancar telekomunikasi yang telah didirikan dan sudah siap. Namun, mengapakah masih belum ada service provider, khususnya seperti Celcom dan Maxis yang ingin memasang antena pemancar pada menara tersebut. Jadi, apakah pelan tindakan atau strategi kerajaan untuk menangani perkara ini?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang Berhormat, saya sedia dengan dossier yang cukup besar.

[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Jadi, mana-mana Ahli Parlimen yang nak dapat maklumat, boleh berjumpa dengan saya.

Bagi Parlimen Selangau, setakat ini dalam pelaksanaan ada 40 menara yang— inilah adalah struktur pemancar baru dan empat telah siap dan ada sejumlah lokasi yang memanfaatkan sambungan gentian optik. Dalam pelaksanaan, ada 3,456 dan yang telah siap 682.

Banyak daripada masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Selangau, dia melibatkan isu sebagai contoh, Menara Smart 600 yang diusahakan oleh SDEC dan Sarawak Multimedia Authority. Sukacita saya beri sedikit perkembangan terkini mengenai usaha ini. Pada Oktober lalu, saya telah umumkan bahawa pihak kerajaan bersedia untuk bersama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi membelanjakan sekitar RM43 juta bagi tahun pertama, RM38.2 juta bagi tahun kedua dan RM38.2 juta pada tahun ketiga untuk membantu memasang ‘kuali’ di menara-menara yang bukan tersadai ataupun dengan izin, naked tower ini.

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Setakat ini, daripada jumlah stesen pemancar yang diusahakan, sebanyak seratus― biar saya dapatkan angkanya. Ada sejumlah menara yang telah disiapkan tapi banyak lagi yang sedang diusahakan. Ia melibatkan kebiasaannya isu contractual agreement di antara syarikat telekomunikasi dengan yang menyediakan perkhidmatan ataupun yang menjaga dari segi maintenance untuk menara-menara tersebut.

Daripada 600 itu, sejumlah telah mula dimanfaatkan oleh kesemua syarikat telco tapi secara khusus, saya akan dapatkan maklumat terperinci untuk kawasan Selangor.

Nanti saya akan maklumkan. Baik, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Kuantan.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jadi tadi kita dengar Menteri bercerita berkaitan dengan rangkaian Starlink. Jadi, sejauh manakah keberhasilan dan kadar penggunaan rangkaian Starlink sehingga kini terutama dalam menyelesaikan isu liputan telekomunikasi dan kualiti internet yang masih sering berlaku di luar bandar dan pedalaman?

Seterusnya, apakah cabaran utama yang dikenal pasti pihak kementerian, termasuk dari segi kos pemasangan dan pakej langganan Starlink dan bagaimana dia dapat ditambah baik melalui pelaksanaan JENDELA dan MyDIGITAL yang sedia ada?

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Kuantan. Ini soalan yang baik. Saya perlu ingatkan bahawa Starlink adalah inisiatif swasta. Dia tidak melibatkan sebarang dana kerajaan dari segi penyediaan satelit-satelit, penyediaan peranti dari segi― yang bagi tujuan untuk menjual. Kita tidak mempunyai saham dalam syarikat tersebut.

Saya tidak mempunyai maklumat terperinci seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat. Tapi, insya-Allah, kita boleh berhubung dengan pihak Starlink untuk mendapatkannya dan saya akan jawab secara bertulis.

Cuma, kita lihat ada beberapa syarikat lain yang turut boleh dimanfaatkan dari segi teknologi satelit. Sebelum ini kita ada perkhidmatan CONNECTme melalui MEASAT dan ia bermaksud, ada sejumlah penyedia perkhidmatan internet satelit yang boleh dimanfaatkan. Ini bukan monopoli dan kita raikan competition, dengan izin, supaya rakyat dapat memilih perkhidmatan yang terbaik dan suai manfaat serta mungkin paling kos efektif untuk mereka.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Datuk Wira Mas Ermieyati binti Haji Sulaiman, Masjid...

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Samsudin.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Haji Samsudin, Masjid Tanah. Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tan Sri. Masjid Tanah, soalan nombor 2. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah jaminan pihak kerajaan untuk memastikan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, minyak peket dan beras tempatan kembali pulih seperti sebelum PRU15 yang lalu.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah di atas soalan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Masjid Tanah kawan saya. Cuma, saya nak ingatkan Masjid Tanah bahawa soalan Masjid Tanah ini agak misleading kerana cara Masjid Tanah bertanya soalan ini, seolah-olah ianya satu kenyataan yang menyatakan bahawa bekalan sebelum PRU-15 lebih baik daripada selepas PRU-15 ya.

Jadi, saya hendak beritahu di sini bahawa kita harus bercakap berpandukan data dan fakta. Pada tahun 2022, Tan Sri Yang di-Pertua, pengeluaran gula, jumlahnya ialah 437,290 metrik tan, manakala pengedaran gula pula ialah 430,713 metrik tan keseluruhannya. Berbanding dengan tahun 2023, pengeluaran gula ialah 489,451 metrik tan keseluruhannya dan pengedaran pula berjumlah 471,241 metrik tan.

Maksudnya, dari segi pengeluaran dan dari segi pengedaran, memang jumlahnya lebih pada tahun 2023, berbanding tahun 2022. Maksudnya, tidak benarlah mengatakan bahawa sebelum PRU-15 itu lebih baik dari segi pengedaran barang-barang yang bersubsidi ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya juga nak bercakap berkenaan dengan minyak masak. Minyak masak paket yang kita beri subsidi ini. Secara puratanya pengeluaran pada tahun 2022, purata ialah 55,000 metrik tan bulanan ya, manakala pada tahun 2023, maksimum pengeluaran iaitu 60,000 metrik tan, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, pengeluaran 2023 lebih banyak daripada pengeluaran pada tahun 2022.

Maka, tidak benarlah yang mengatakan sebelum PRU itu barang-barang ini lebih terkawal berbanding dengan selepas PRU. Data menunjukkan ianya tidak begitu.

Manakala bagi beras tempatan pula, saya nak maklumkan Yang Berhormat Masjid Tanah bahawa beras ini di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras di bawah KPKM sepenuhnya. Jadi, kita tahu bahawa ianya 60 peratus SSL ya― beras tempatan. Akan tetapi, saya tak dapat nak memberikan lebih banyak detil kerana ianya memang di bawah kawalan sepenuhnya daripada A sampai Z.

Kalau orang mengadu tak ada beras tempatan di pasaran, kita tak ada punca kuasa. KPDN tak ada punca kuasa. Kita cuma salurkan dan bekerjasama dengan KPKM di dalam melaksanakan, memastikan― kita melihat dan meneliti aduan-aduan tersebut.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin

Tan Sri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Majlis Tanah.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tak menjawab soalan saya sepenuhnya sebab kita melihat pada hari ini, keadaan apa yang berlaku di luar sana, lebih-lebih lagi apabila nak raya ini, macam-macam yang telah pun dialami oleh peniaga dan kita melihat hari ini kenaikan barangan di luar mencanak-canak naik.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah jaminan ataupun apakah perancangan khusus daripada pihak kerajaan untuk mengenal pasti supaya penguatkuasaan yang ada di pihak kementerian supaya dapat menangani isu ini? Terutama sekali apabila ada pengumuman untuk ditamatkan tepung yang mana telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini.

Boleh tak beritahu, apakah perancangan khusus daripada pihak kerajaan berhubung dengan subsidi tepung gandum kegunaan am yang terpaksa ditamatkan?

Adakah tindakan yang telah diambil itu mengambil kira unjuran kenaikan harga makanan berasaskan tepung di kala keadaan ekonomi yang tidak menentu? Terima kasih Yang Berhormat. Jawab teruslah.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat. Saya kena jawab juga apa yang Yang Berhormat nak cakap. Yang Berhormat lupa ke? Sebelum PRU-15, telur langsung tak ada dalam pasaran. Sebelum PRU-15....

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebelum PRU-15 itu...

final • 10:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat dalam soalan Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dia 13, 14. So, banyak. Maksudnya, jawablah soalan. Tak payahlah nak berpolitik dalam Dewan, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Telur tak ada dua bulan sebelum pilihan raya lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masjid Tanah. Masjid Tanah. Bukan cara dia macam ini.

Masjid Tanah...

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tahu. Saya tahu, Yang Berhormat Speaker.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masjid Tanah pernah jadi kerajaan.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tahu.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Biar dia jawab dahulu. Kalau sudah jawab, baru bangkit.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Baik. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong duduk. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sebab itu saya kata, Yang Berhormat Masjid Tanah kena ingat, Oktober 2022, telur langsung tak ada dalam pasaran. Minyak lima kilo waktu sebelum PRU, RM35. Sekarang lima kilo, RM25. Yang Berhormat cakap fasal― kena bercakap berfakta.

Berkenaan dengan tepung, Tan Sri Yang di-Pertua, beri saya peluang untuk menjawab. Pada Bajet 2023, ada Butiran 040600 iaitu subsidi tepung gandum kegunaan am, RM40 juta. Pada Bajet 2024, butiran ini tiada dan ditanya dalam Dewan ini daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebab itu saya menggulung peringkat Jawatankuasa. Check Hansard. Sebab saya ada jawab. RM40― saya ingat Rasah yang bertanya.

final • 10:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, betul.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

RM40 juta itu ada tetapi di bawah Butiran Payung Rahmah. RM200 juta Payung Rahmah itu termasuk RM40 juta untuk tepung. Itu ulasan daripada MOF.

Saya nak beritahu Tan Sri Yang di-Pertua, tepung kegunaan am ini, RM40 juta ini, bajet itu ada kita asingkan tapi tak pernah dituntut. Dah beberapa tahun tak pernah dituntut, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Kerana apa? Kerana tak ada kilang yang nak buat tepung kegunaan am ini. Ya, dan rakyat pun tak pernah minta tepung kegunaan am dan tak ada kilang nak dibuat. Yang keluar tepung cap kunci, tepung cap ros. Tak ada tepung kegunaan am ini, tak ada kilang yang buat, Tan Sri Yang di-Pertua.

Itu yang saya nak maklumkan. Terima kasih

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Rasah.

final • 10:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, menunjukkan bahawa Kerajaan Madani yang ada pada hari ini jelas telah menambahkan bekalan di pasaran. Memang betul harga sekarang― saya nak sebut secara tegas bahawa harga dan bekalan sekarang lebih stabil dan lebih mencukupi berbanding dengan sebelum PRU ke-15.

[Tepuk] Ini fakta.

Bukan sepertimana yang disebutkan dalam soalan asal. Itu auta.

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan bekalan gula tadi, saya nak tanya. Bagaimana kerajaan mengawal bekalan gula di pasaran terutamanya untuk bulan Ramadan ini? Kita tahu dua minggu lebih lagi kita akan sambut raya. Untuk mengelakkan insiden di mana, terutamanya di Kelantan dan Terengganu, yang menghadapi masalah pengagihan gula sebab ramai balik kampung.

Sepertimana yang pernah berlaku tahun-tahun sebelum ini daripada berulang pada raya kali ini. Terima kasih Tan Sri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Rasah. Tan Sri Yang di-Pertua, kita akui bahawa kita import 100 peratus daripada gula mentah kita dan setiap kilo gula yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang kita, mereka rugi 88 sen dengan setiap kilo gula yang mereka keluarkan.

Namun begitu, pihak kementerian tetap mengeluarkan arahan pengawal bekalan bertarikh 31.5.2023, di mana arahan itu mengatakan bahawa 42,000 metrik tan mesti wajib dikeluarkan oleh kedua-dua pengilang gula kita. Maksudnya, 18,000 CSR, 24,000 metrik tan MSM untuk memastikan bahawa cukup bekalan gula di pasaran. Sebab itu kita tak ada masalah dari segi jumlah gula yang dikeluarkan.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Namun kita tahu, mereka tetap rugi walaupun kita wajibkan begitu. Maka, sebab itulah baru-baru ini ada insentif yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memastikan kesinambungan industri gula itu sendiri ini– juga dijawab baru-baru ini oleh Menteri Kewangan (II) dalam Dewan ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput seterusnya Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu.

final • 10:20 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

final • 10:20 AM

3. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Pertahanan menyatakan senarai terperinci langkah-langkah yang telah dilaksanakan seperti digariskan di bawah Kertas Putih Pertahanan dari tahun 2019 hingga 2023.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibu di atas persoalan yang dikemukakan. Tan Sri Yang di-Pertua, Kertas Putih Pertahanan menggariskan tiga tonggak strategi pertahanan iaitu:

(i) cegah, rintang, berpadu;

(ii) pertahanan menyeluruh; dan

(iii) perkongsian berwibawa.

Yang dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun daripada tahun 2021 sehingga tahun 2030.

Bagi Strategi Cegah, Rintang, Berpadu; Kementerian Pertahanan komited untuk membangunkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia berdasarkan 10 keutamaan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan menerusi perolehan-perolehan yang telah dirancang dalam tempoh 2021 sehingga tahun 2030 iaitu merentasi Rancangan Malaysia Ke-12 untuk jangka masa pendek dan sederhana serta Rancangan Malaysia Ke-13 bagi jangka masa panjang. Ia merangkumi semua wilayah kita, Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak dan perolehan-perolehan aset-aset baharu seperti:

(i) maritime patrol aircraft;

(ii) unmanned aerial system;

(iii) light combat aircraft; dan

(iv) littoral mission ship batch ke-2. Telah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Manakala perolehan aset-aset lain akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

Di bawah strategi yang kedua iaitu Pertahanan Menyeluruh. Kementerian Pertahanan dan ATM akan mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat mengenai pertahanan komprehensif. Ia akan dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kerjasama awam-tentera, civil-military cooperation ataupun singkatannya CIMIC, secara berterusan di sepanjang tempoh pelaksanaan KPP ini. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan termasuklah:

(i) memperkasakan program bersama komuniti;

(ii) memperluas pengambilan pasukan simpanan sukarela; dan

(iii) mewujudkan kolaborasi dengan agensi kerajaan dan juga swasta.

Selain itu, kementerian juga sedang dalam persiapan untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan belia kita.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Terakhirnya, di bawah strategi ketiga iaitu Perkongsian Berwibawa. Kementerian dan ATM memperkukuhkan perkongsian sedia ada dan mewujudkan perkongsian baharu dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara, luar rantau dan juga seantero dunia. Antara negara-negara rakan yang telah terlibat dalam kerjasama ini adalah termasuk:

(i) Amerika Syarikat;

(ii) Australia;

(iii) China;

(iv) Jepun;

(v) Jerman;

(vi) Korea Selatan; dan

(vii) Vietnam.

Dalam jangka masa terdekat, kementerian telah menumpukan usaha untuk terus memperkukuhkan kerjasama ASEAN-FPDA dan inisiatif-inisiatif sub-regional seperti melalui:

(i) Malacca Straits Patrol (MSP); dan

(ii) Trilateral Cooperative Arrangement. Itu sahaja jawapan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sibu.

final • 10:20 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ya, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh kementerian. Dalam satu kenyataan, kementerian menyatakan bahawa Kajian Separuh Penggal untuk Kertas Putih ini akan berjalan pada tahun ini dan ia akan mengambil masa satu tahun untuk menjalankan Kajian Separuh Penggal ini.

Jadi soalan saya, adakah ia juga akan melibatkan Ahli-ahli Parlimen dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan Parlimen dan juga hal ehwal dalam negeri serta ahli akademik dalam proses kajian itu? Akhirnya, adakah ia akan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Sibu di atas soalan tambahan itu. Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana yang kita sedia maklum bahawa kita telah mengadakan majlis kick-off kita, Kajian Separuh Penggal bagi KPP ini pada 13 Februari 2024 yang lalu. Di mana ada banyak pengukuran yang kita lakukan kerana kita tahu di kala kita melaksanakan ataupun kita membincangkan Kertas Putih Pertahanan di dalam Dewan yang mulia ini, ada beberapa faktor yang kalau kita lihat di luar daripada jangkaan kita sepertimana COVID-19.

Begitulah juga kita melihat beberapa aspek penting juga, terutamanya yang terkait tentang pertahanan siber kita dan juga kalau kita lihat tentang AI itu sendiri dan juga beberapa perkara yang berhubung dengan climate change dan seumpamanya.

Sebab itu tadi bila ditanya tentang libat urus. Saya tak nafikan bahawa memang dalam kita membuat penilaian ini, semua pihak diambil kira pandangan-pandangan mereka. Saya fikir juga ada beberapa pendekatan yang kita lakukan sebelum kita membentangkan hasil kajian kita itu di Parlimen, termasuk kita membawa kepada peringkat Jawatankuasa.

Saya fikir bahawa macam tadi disebut, apakah ia melibatkan pihak-pihak lain seperti mana universiti dan juga ahli akademik? Saya fikir dalam kita membicarakan Kertas Putih Pertahanan, saya fikir di peringkat universiti juga termasuk. Kalau kita lihat Universiti Pertahanan juga biasanya kita libatkan kerana kita tahu bahawa dalam kita merangka masa depan pertahanan negara, banyak input harus kita libatkan untuk memastikan Kertas Putih itu benar-benar dapat kita laksanakan sepertimana yang telah kita rancang.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ketereh.

final • 10:20 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri yang menjawab. Saya nak tanya fasal PLKN yang Menteri sebut tadi. Sepanjang yang kita bincang dalam Select Committee Pertahanan dan Keselamatan, ia melibatkan budak-budak sekolah. Maknanya, belia daripada persekolahan.

Tetapi baru-baru ini saya ada dengar daripada Yang Berhormat Menteri menyatakan ia menyebabkan melibatkan belia ataupun bukan lagi melibatkan anggota- anggota daripada sekolah. Jadi, kita tak bincang pun dalam kita punya Select Committee Pertahanan, yang kita tahu, yang kita bincang, yang kita putuskan hari itu adalah melibatkan student. Jadi, saya minta penjelasan sikit daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh di atas persoalan yang dikemukakan, terkait dengan PLKN 3.0 ini. Tan Sri Yang di-Pertua, suka saya menyebut bahawa rangka PLKN kita seperti mana yang kita rancang. Buat masa ini kita sedang memuktamadkan libat urus kita dan juga modul sama ada dari segi kokurikulum dia dan begitulah juga dengan beberapa modul latihan.

Kalau kita melihat sepertimana yang disebut, ia melibatkan pelajar kita di peringkat sekolah menengah dan juga kalau kita lihat di peringkat universiti juga. Sebab itu kadang-kadang kalau kita lihat ada di kalangan pelajar-pelajar kita yang tidak memasuki universiti itu, mereka itu kita golongkan di kalangan mereka yang belia, yang terlibat dengan PLKN ini.

Itu sebab kalau kita lihat kepada modul-modul kita ini dan saya fikir bila kita muktamadkan nanti, latihan-latihan ini bukan sahaja melibatkan pelajar di peringkat menengah itu dan ia juga melibatkan pelajar-pelajar yang memasuki universiti mahupun tidak memasuki universiti. Sebab itu kalau kita lihat, kita ada tempoh masa dan tempoh tahap umurnya bagi memastikan bahawa program ini dapat kita laksanakan sebaik mungkin. Itu sahaja jawapan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Labuan.

final • 10:20 AM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

final • 10:20 AM

4. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Perdana Menteri menyatakan berkenaan bantuan tangki yang telah diluluskan sebanyak 1000 biji melalui Perbadanan Labuan. Adakah pemberian/agihan tangki ini hanya untuk orang-orang tertentu sahaja atau merentasi dan melangkaui penduduk yang berlainan fahaman politik.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Labuan, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak 1,000 unit tangki air kepada Wilayah Persekutuan Labuan untuk diagihkan kepada penduduk-penduduk yang terjejas teruk dengan masalah bekalan air. Daripada jumlah 1,000 itu, 750 unit tangki air telah pun siap diagihkan kepada 17 buah kampung, manakala 250 tangki lagi kita jangka akan selesai diagihkan pada bulan April tahun ini.

Bagi kerja-kerja agihan tangki ini, kerajaan telah pun sebenarnya menetapkan matlamat asasnya iaitu untuk membantu penduduk kampung yang terjejas tanpa melihat latar belakang dan fahaman politik. Perbadanan Labuan bersama Bahagian Bekalan Air Labuan telah menentukan beberapa kriteria asas sebagaimana panduan kepada ketua kampung untuk melaksanakan kerja-kerja agihan di kawasan masing-masing.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, antara kriteria-kriteria yang kita gariskan sebagai keutamaan kepada penerima yang layak ialah yang pertamanya, kita berikan kepada penduduk yang tinggal jauh dan paling akhir menerima bekalan air dari saluran paip utama. Kemudian, yang keduanya, mereka ataupun penduduk yang tinggal di lokasi yang agak tinggi ataupun di atas bukit yang mengalami tekanan air yang rendah. Itu juga kita beri keutamaan.

Ketiganya ialah penduduk di kalangan B40 sendiri, yang tidak berkemampuan untuk memiliki tangki takungan sendiri.

Ada satu lagi tambahan, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman semua, bagi mengatasi isu bekalan air ini juga, kita laksanakan di institusi pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Jabatan Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan telah melaksanakan perolehan segera sebanyak 10 unit tangki yang berkapasiti lebih besar iaitu 1,200 gelen yang bersamaan 4,542 liter yang ditempatkan di Kolej Matrikulasi Labuan dan juga Sekolah Menengah Sains Labuan. Jadi, agihan telah kita laksanakan pada 14 Januari yang lepas.

Dalam pada itu, Perbadanan Labuan juga telah mengambil langkah untuk menilai kesempurnaan proses pengagihan yang telah dilaksanakan. Jadi bagi penduduk yang layak, tetapi masih lagi tidak menerima, kita mohon supaya memaklumkan kepada Perbadanan Labuan dan insya-Allah kita bantu sebanyak mana yang- mana yang wajar.

Insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Labuan.

final • 10:30 AM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kos yang ditanggung oleh Unit Penyelarasan Persekutuan ataupun ICU dalam menyediakan 1,000 tangki air ini adalah sangat tinggi kerana masalah logistik di Labuan?

Jumlah peruntukan yang sama jika di tanah besar negeri Sabah mungkin boleh dapat 2,000 hingga ke 3,000 tangki air. Perkara yang sama juga berlaku dalam pengagihan lain- lain peruntukan ke Labuan.

Sebagai contoh, disebabkan kos pembinaan satu blok sekolah, bersamaan empat blok sekolah jika dibangunkan di Semenanjung. Maka, projek di Labuan sering tidak menjadi keutamaan atas alasan cost-benefit analysis. Soalan saya, tidakkah Yang Berhormat Menteri berpandangan jika ada jambatan Labuan ke Sabah misalnya, kos pembangunan di Labuan dan kos sara hidup di Labuan akan menjadi jauh lebih rendah?

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Dari tangki air ke jambatan ya. Silakan.

final • 10:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan.

Memang isu jambatan Labuan-Sabah ini memang menjadi satu topik yang saya kira memang menjadi keutamaanlah. Topik keutamaan bagi penduduk-penduduk di Labuan Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi saya– baiklah, saya jawab ini dengan secara ringkasnya ya.

Perkara ini juga telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bahawa keutamaan kerajaan untuk menyelesaikan isu infrastruktur di atas Wilayah Persekutuan Labuan ini memang kita kena utamakan. Jadi walau bagaimanapun, mengambil kira dinamik ekonomi semasa dan juga rancangan memperkasakan Labuan ini, terutamanya Pelabuhan Labuan, cadangan pembinaan jambatan Labuan-Sabah ini saya sendiri mengambil keutamaanlah Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, apa yang telah kita laksanakan sebenarnya sebelum ini telah ada kajian- kajian yang dilakukan tetapi kajian ini agak lama. Tahun 2010 lagi telah dilaksanakan oleh UMS atau UNIMAS. Sekarang ini apa yang perlu kita lakukan bagi pihak saya sendiri, saya telah mengarahkan untuk kita JWP sendiri dan juga Perbadanan Labuan (PL) untuk kita adakan satu task force khas hanya untuk melihat dari sudut penubuhan jambatan ini.

Jadi, itu perlu dilihat dari sudut kebolehlaksanaan. Kemudian daripada mungkin dari sudut teknikalnya sebab kajian teknikal juga belum sedia ada, belum ada. Kemudian nak lihat juga dari sudut pemulangan ekonominya juga bagaimana dan of course dari sudut perundangan juga kita kena lihat serta mungkin boleh juga lihat dari sudut business

final • 10:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

model ataupun model perniagaan yang mampu berdaya tahan untuk dalam kita nak membina jambatan Labuan ini.

Antara juga perkara yang kita nak tengok ialah kos dialah. Kos sebenar. Sebab ada yang kata kos dia, ada yang kata RM4 bilion, RM6 bilion, macam-macam. Tetapi kita kena ada kajian yang lebih terperinci, khususnya kajian teknikal dan yang saya sebut tadilah, model. Mungkin kita boleh lihat juga daripada business model. Contohnya mungkin PFI, PPP dan sebagainya.

Jadi, sebenarnya kita telah ada– task force ini telah ada mesyuarat yang pertama pada 14 Februari yang lalu. Insya-Allah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah sendiri. Saya minta beliau mengambil leadership dalam kita melihat keperluan ini. Tetapi walau macam mana pun kita ada juga tindakan-tindakan alternatif. Macam contohnya, ada aduan-aduan yang mengatakan tanpa disebabkan oleh masalah connectivity antara Labuan dan Sabah contohnya.

Penyakit-penyakit kronik, mereka yang mengalami penyakit kronik terpaksa dihantar ke Sabah, KK untuk rawatan, memerlukan kos yang sangat tinggi. Jadi, kita juga sedang melihatkan alternatif ini. Mungkin untuk lihat dari sudut perhaps, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, menggunakan air ambulance dan sebagainya dan kita boleh kerjasama dengan KPKT dan bomba contohnya.

Saya juga sendiri telah berbincang juga dengan YBMK, Menteri Kesihatan untuk melihat mungkin kita boleh memperbaiki atau menambah baik specialties yang boleh kita bantu pesakit-pesakit di Labuan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sabak Bernam.

final • 10:30 AM

Tuan Kalam bin Salam - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, status pecahan peruntukan RM1.1 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ini termasuk Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Machang fasa 1.

Adakah kerajaan telah mengkaji keperluan untuk menyediakan sejumlah peruntukan bagi menambah bantuan lori tangki air dan pemasangan tangki statik bagi menampung keperluan air pada musim cuaca panas dan musim perayaan Aidilfitri yang tak lama lagi mengambil kira permintaan air yang meningkat serta mengenal pasti kawasan hotspot yang berdepan masalah gangguan bekalan air yang kritikal? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri. Saya tak pasti ini— boleh kita cuba.

final • 10:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Itulah. Saya pun juga agak keliru sebab disebut tentang Machang dan sebagainya, kan. Sebab kita berbincang tentang Labuan. Tapi apa pun, memang kalau di Labuan juga kalau ada permasalahan dari sudut bekalan air di waktu- waktu yang kritikal macam contohnya cuaca panas dan sebagainya tidak mencukupi, of course, itu di antara perkara-perkara yang kita lakukan untuk memastikan bekalan air cukup untuk penduduk yang memerlukan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik silakan. Saya difahamkan Puncak Borneo tidak berada dalam Dewan ya. Baik, saya jemput Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Kubang Kerian.

final • 10:30 AM

[Soalan No. 5 –Datuk Willie anak Mongin (Puncak Borneo) tidak hadir]

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tan Sri.

Saya soalan nombor 6.

final • 10:30 AM

6. Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha untuk memastikan jumlah pembinaan rumah mampu milik meningkat terutama di kawasan luar bandar bagi memenuhi permintaan, mengambil kira laporan Indeks dan Survei Hartanah IQI Suku Keempat Malaysia 2023 harga jualan rumah dan sewa akan meningkat lebih tinggi tahun ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni bin Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani.

[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, industri perumahan adalah industri dinamik dan merupakan antara penyumbang kepada pembangunan negara seterusnya memberikan kesan limpahan kepada industri-industri berkaitan.

Justeru, bagi memastikan industri perumahan kekal kompetitif dan mampu memenuhi keperluan rakyat, maka KPKT melalui Dasar Perumahan Negara 2018-2025 sentiasa memberikan komitmen yang berterusan dalam menyediakan rumah mampu milik yang bertujuan memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan ataupun sewaan, shelter for all.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni bin Sabu

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah pun menetapkan sasaran pembinaan 500 ribu unit rumah mampu milik sehingga 30 September 2023 sejumlah 274,258 unit rumah mampu milik, telah pun siap dibina dalam fasa pembinaan dan dalam fasa pembinaan. Jumlah ini menyumbang kepada 54.8 peratus daripada 500 unit rumah yang disasarkan. Penyediaan rumah mampu milik ini dilaksanakan oleh agensi penyediaan perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga pemajuan swasta.

Bagi memastikan sasaran ini dapat dipenuhi, KPKT turut melaksanakan beberapa program perumahan rumah mampu milik seperti mana:

(i) Program Perumahan Rakyat PPR yang dilaksanakan oleh KPKT;

(ii) Program Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB);

(iii) Kediaman SPNB oleh SPNB; dan

(iv) Program Perumahan PR1MA oleh Perbadanan PR1MA Malaysia

(PR1MA).

KPKT juga sentiasa melihat peluang kerjasama bagi pembangunan projek baru melalui kerjasama dengan kerajaan negeri dan juga pemaju swasta dalam menyediakan perumahan mampu milik ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada KPKT, terdapat juga agensi-agensi penyedia perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri yang telah turut menyediakan perumahan mampu milik, termasuklah di kawasan luar bandar, yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, ketika bertanya. Antaranya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta agensi-agensi di bawahnya sepertimana Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

(KEJORA) dan juga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Kerajaan negeri juga telah turut menyediakan perumahan mampu milik di setiap negeri melalui program perumahan mampu milik masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, program perumahan yang dibangunkan kebiasaannya telah mengambil kira kumpulan sasar serta keperluan perumahan di negeri-negeri tersebut.

Kerajaan turut menggalakkan pemaju swasta untuk membangunkan rumah mampu milik, melalui pemberian insentif kepada pemaju yang terlibat. KPKT akan terus giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan setiap rakyat mempunyai kebolehupayaan untuk mendapat rumah masing-masing. Insya-Allah. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Kubang krian.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih atas jawapan tersebut. Soalan saya dua perkara. Yang pertama, tentang definisi rumah mampu milik sebab berapa sebenarnya? Sebab sebahagian apa yang dirangka sebagai mampu milik, sebenarnya mampu tengok je oleh rakyat.

Sebagai contoh, Selangor menetapkan RM300 ribu sebagai rumah mampu milik sedangkan Laporan Ketua Audit Negara mendapati bahawa PR1MA ini yang RM300 ribu ini pun gagal dijual. Maknanya rakyat tidak mampu dengan dasar polisi mampu milik. Itu soalan pertama saya. Berapa sebenarnya nisbah atau kadar yang diletakkan oleh kerajaan tentang istilah rumah mampu milik?

Yang kedua, kalau kita ikut laporan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan, Arman si Hang Nadim menjangka tahun ini kemungkinan harga kos rumah hartanah ini meningkat antara sepuluh ke dua puluh peratus.

Demikian juga, sewa rumah akan meningkat antara sepuluh ke dua puluh peratus.

Persoalan saya ialah institusi kewangan kita ini kadang-kadang dia mengambil pendekatan yang sangat membebankan pengguna. Sebagai contoh ya, hutang isi rumah ini kadang-kadang dia ambil keuntungan untuk dia ambil potongan keuntungan jauh lebih besar daripada bayaran pokok menyebabkan kalau pengguna ataupun peminjam berhutang sepuluh dua puluh tahun.

Bila cek balik, hutang pokok masih seolah-olah macam tak bergerak. Jadi, saya ingin dapatkan penjelasan, apakah kaedah atau mekanisme yang pihak kerajaan boleh laksanakan supaya lebih adil? Pinjaman perumahan tersebut potongan yang dibayar oleh peminjam lebih adil kepada peminjam daripada institusi kewangan, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, ada banyak soalan, kurang lebih empat saya tengok sebenarnya. Cuma yang mungkin saya jawab, sedikit demi sedikit Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya adalah tentang apa itu definisi rumah mampu milik? Sebenarnya, rumah mampu milik adalah rumah yang berharga di bawah RM300 ribu dan ke bawah iaitu KPKT telah pun memperkenalkan satu dasar, melalui dasar perumahan mampu milik negara ni telah pun memperkenalkan ataupun menetapkan siling harga rumah mampu milik ini pada kadar RM300 ribu.

Walau bagaimanapun, harga siling rumah mampu milik ini sebenarnya adalah juga terletak kepada kerajaan negeri, sama ada mereka bersedia ataupun tidak. Adapun ada beberapa soalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi panjang, saya kira saya bagikan jawapan secara bertulis, Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Beufort.

final • 10:40 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan pemaju swasta menyediakan rumah mampu milik? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ada kurang lebih tiga insentif yang telah diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan pemajuan rumah mampu milik. Antaranya, pertama adalah memberikan kemudahan bayaran deposit kepada pemaju perumahan yang membina rumah mampu milik, iaitu pemaju perumahan yang membina rumah mampu milik hanya perlu membayar deposit sebanyak RM200 ribu ke dalam housing development account (HDA) berbanding pemaju yang tidak membangunkan rumah mampu milik, perlu membayar sejumlah tiga peratus daripada kos pembinaan.

Yang kedua, memberikan pengecualian ke atas caj pematuhan dan caj pembangunan.

Dan yang ketiganya adalah penyediaan fast lane. Ini yang paling digemari oleh para pemaju Tuan Yang di-Pertua. Penyediaan fast lane untuk kelulusan kebenaran

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

merancang, pelan bangunan dan juga insentif-insentif lain yang juga ada di bawah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk membantu pemaju bagi membangunkan rumah mampu milik Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik seterusnya, saya menjemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

final • 10:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, soalan saya nombor tujuh.

final • 10:40 AM

7. Tuan Kesavan A/L Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perancangan program-program pembangunan selaras dengan peruntukan perbelanjaan tahun 2024 kepada ekosistem syarikat pemula atau startup bagi Malaysia mencapai kedudukan atau ranking antara 20 ekosistem startup terbaik di dunia menjelang tahun 2030.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menggunakan pelan hala tuju Ekosistem Startup Malaysia Super 2021-2030. Antara visi super 2021-2023 adalah untuk meletakkan Malaysia di kedudukan 20 teratas di dalam Ekosistem Startup global menjelang tahun 2030 dengan fokus utama untuk mewujudkan 5 ribu syarikat pemula Startup dan lima Startup berstatus unicorn menjelang 2025.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Program-program Pembangunan bagi Ekosistem Startup merangkumi Program-program Pembiayaan Pelaburan Pembangunan Kapasiti Pinjaman Akses Pasaran serta Pembangunan Bakat.

Melalui super 2021-2023, program-program bersasar dilaksanakan untuk memecutkan excel rate start-up yang dikenal pasti untuk mencapai taraf unicorn dan membantu meningkatkan skala dan daya saing, termasuk melalui aktiviti promosi, penjenamaan akses kepada mentor yang mempunyai kepakaran teknikal, rangkaian perniagaan, menghubungkan syarikat start-up kepada para pelabur serantau dan antarabangsa serta perluasan pasaran.

Untuk tahun 2024 Cradle menyasarkan 109 syarikat start-up dibiayai melalui Program Grant CIP Spark dan CIP Sprint kepada syarikat-syarikat start-up di peringkat permulaan pre-CIP dan CIP dalam pembangunan prototaip dan mengkomersialkan produk.

Pada tahun 2023, Cradle telah membiayai sebanyak 77 syarikat start-up di seluruh negara. Peningkatan jumlah pembiayaan ini menunjukkan komitmen kementerian dalam menyokong serta membangunkan ekosistem start-up negara. Dalam usaha membantu start-up tempatan berkembang, MOSTI melalui agensi pembiayaan seperti Cradle Fund, Kumpulan Model Perdana (KMP), Malaysia Venture Capital Management

(MAVCAP), Malaysia Debt Ventures (MDV), The Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) turut menyediakan insentif pembiayaan dan pendanaan bermula dari pembiayaan peringkat pre-CIP, CIP pertumbuhan sehingga ke tawaran awam permulaan IPO melalui Program Fund...

[Tidak jelas] Sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan bagi program pembiayaan geran pembangunan kapasiti pinjaman serta pelaburan untuk memperkasakan ekosistem start- up. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Sungai Siput.

final • 10:40 AM

Tuan Kesavan A/L Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, bagaimanakah kementerian Yang Berhormat dan kerajaan akan menyelaras semua insentif program pelaburan, program pembiayaan serta pembangunan kapasiti berkaitan ekosistem start- up agar lebih tulus, cekap dan berkesan? Terima kasih Tan Sri.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, bagi menyelaras semua insentif dan program berkaitan ekosistem start-up, inisiatif ekosistem tetingkap tunggal, single window bagi Ekosistem Start-up Malaysia sedang dilaksanakan oleh MOSTI bersama Kementerian Ekonomi dan Mydigital Corporation.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Portal MyStartup sedia ada yang dibangunkan MOSTI melalui Cradle sedang dinaik taraf dengan platform single window yang akan mengintegrasikan program- program merentas kementerian dan agensi termasuk program pembiayaan dan program pembangunan start-up melalui koordinasi menyeluruh dan bersepadu untuk manfaat syarikat start-up, pelabur mangkin dan pihak kerajaan.

Platform ini bermatlamat untuk menjadikan pangkalan data raya bagi ekosistem start-up Malaysia bagi membolehkan kerajaan melaksanakan rancangan strategik yang lebih mampan seperti disebutkan sebentar tadi perwujudan platform tunggal ini diharapkan akan menjadi gerbang utama bagi pemain ekosistem tempatan mengembangkan potensi perniagaan dan meningkatkan pengkomersialan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kuantan.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, soalan saya apakah langkah kementerian dalam memastikan kesinambungan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2023 yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini termasuklah aspek pendanaan serta inovasi dan bakat untuk memberi nilai tambah kepada ekosistem syarikat pemula tempatan selain menjalin kolaborasi strategik dalam bidang R&D dengan pemain industri di seluruh negara.

Satu lagi apakah status peruntukan RM1.5 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 kepada GLC dan GLIC untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PMKS bumiputera menceburi industri masa hadapan seperti ekonomi digital, teknologi angkasa serta E&E. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Berhubung dengan kesinambungan hala tuju SUPER, kita di pihak kementerian MOSTI senantiasa mengambil tindakan-tindakan yang mana kita menggunakan pelbagai cara termasuklah dengan sebanyak 16 intervensi telah kita rancang dan sekarang ini dalam pelaksanaan di peringkat kementerian kita untuk mencapai sasaran 2030 itu.

Berhubung dengan peruntukan yang disebut tadi ia dalam proses pengagihan kepada seluruh agensi di bawah MOSTI ini dan sekarang juga dalam proses pelaksanaan di peringkat agensi dan juga kementerian kita. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

final • 10:50 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

final • 10:50 AM

8. Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah kementerian tidak berhasrat untuk membina litar permotoran di Pulau Pinang.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian Belia dan Sukan kita tidak ada perancangan untuk bina litar permotoran di Pulau Pinang memandangkan kos pembinaan dan penyelenggaraan litar permotoran ini adalah tinggi.

Ia tidak boleh sekadar kita rancang untuk bina dan tanpa ada sebarang penelitian terhadap aspek-aspek yang disebut tadi.

Maka, tumpuan kementerian pada masa ini adalah untuk kita naik taraf infrastruktur sukan sedia ada khususnya yang dimiliki dan diselenggara oleh kementerian.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Maka, sebarang permohonan untuk pembinaan infrastruktur sukan ini haruslah meneliti ataupun tertakluk kepada cadangan penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2024 dan Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021– 2025.

Garis panduan ini menetapkan bahawa sebarang tapak ataupun tanah perlu didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan memperoleh pengesahan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Tapak berkenaan perlu bebas bebanan dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu seperti setinggan, bantahan penduduk dan lokasi yang tidak sesuai. Selain itu, sebenarnya sebarang permohonan juga perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum diangkat kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Jadi, dalam contohnya litar permotoran dan sebagainya di Pulau Pinang, sekarang kita ada dua litar iaitu Litar Motocross Padang Ibu di Bukit Mertajam, Seberang Tengah dan Litar Motocross Ekor Kucing, Kepala Batas di Seberang Perai Utara. Kedua- duanya bukanlah milik Kementerian Belia dan Sukan, sebaliknya adalah milik persendirian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Permatang Pauh.

final • 10:50 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat baik. Cuma sedikit persoalan saya, apa perancangan kementerian khususnya berkaitan dengan penaiktarafan Stadium Negeri Batu Kawan sebagai litar lumba bagi tujuan permotoran termasuk kegunaan untuk PETRONAS Malaysian Cup Prix serta trek litar lumba sementara yang ada? Itu yang pertama.

Yang kedua, adakah kementerian bercadang untuk meluaskan klinik permotoran ke kawasan-kawasan yang lain dengan membuat kerjasama dengan kelab-kelab seperti Kelab Permotoran Sukan Negeri Pulau Pinang dan juga kelab-kelab yang lain? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih, Yang Berhormat. Betul, kalau di Batu Kawan untuk sebarang penganjuran Cup Prix akan diadakan di laman Stadium Batu Kawan, yang mana pada setiap tahun mendapat sanction daripada MAM ini kita panggil makeshift track, trek yang boleh alih. Kalau ada sebarang keperluan contohnya untuk kita bantu surface dan sebagainya itu boleh dimohon oleh kerajaan negeri namun untuk bina litar tetap di situ itu tertakluk kepada Stadium Batu Kawan sebenarnya.

Kedua adalah soal woksyop ataupun bengkel-bengkel permotoran, itu memang diadakan. Untuk pengetahuan, dua program yang diadakan di bawah kelulusan Geran Padanan Sukan (GPS) tahun 2023, antara lainnya di Pulau Pinang ialah MBG Motorcycle Workshop 2023 tahun lepas dengan kos yang diluluskan sebanyak RM34,000. Ini memang diadakan dan untuk tahun ini juga kita ada satu lagi iaitu perlumbaan SuperTurismo dan juga Superbike 2024, yang mana telah pun diluluskan sebanyak RM166,000. Ini adalah program-program pembangunan motorsport yang telah pun kita peruntukkan untuk negeri Pulau Pinang buat masa sekarang. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Petani.

final • 10:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Speaker.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya kalau kita lihat sekarang ini anak- anak muda sangat berminat dengan sukan permotoran dan kalau kita tengok adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan atau membina litar permotoran ini di setiap negeri mungkin tidak perlu kos yang besar, kos yang kecil tetapi itu akan jadi tempat atau platform untuk anak-anak muda kita berlumba. Kita boleh mencungkil bakat-bakat baru.

Yang keduanya, saya ingin berkongsi di Kedah kita pernah diumumkan Kedah bakal ada litar lumba bertaraf antarabangsa yang bernilai RM75 juta. Sekarang ini sudah tujuh tahun kami menunggu di Sungai Petani, litar itu belum siap lagi. Jadi, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri bersama dengan Kerajaan Persekutuan boleh berbincang dengan kerajaan negeri juga sebenarnya apa update terkini dan bagaimana kita boleh

final • 10:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

memperkasakan litar lumba yang kononnya bertaraf antarabangsa di Kedah ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Untuk litar Sungai Petani kita akan susulkan dengan jawapan bertulis bagi memenuhi keperluan jawapan Sungai Petani. Itu memang ada beberapa isu yang mana sebenarnya tidak hanya melibatkan KBS, sebaliknya kerajaan negeri.

Kedua adalah rancangan untuk membina litar-litar perlumbaan di setiap negeri, ada beberapa cadangan sebelum ini seperti litar rakyat dan sebagainya. Litar-litar ini tentu sekali menelan belanja yang tinggi kecuali kalau kita buat seperti yang diadakan di Kuala Selangor.

Ini kita akan sentiasa perhatikan, setakat sekarang kita cuma ada dua litar yang di bawah kendalian KBS iaitu Litar Sepang serta Litar Tangkak. Litar Tangkak kita sedang siasat ataupun untuk kita naik taraf balik kerana ada beberapa kerosakan perlu kita baiki yang ini boleh digunakan oleh masyarakat ramai. Kemudian, kita akan pastikan sama ada keperluan ataupun rancangan-rancangan di bawa oleh terutama sekali pihak-pihak persendirian.

Ada engagement yang kita buat sebelum ini dan memang kita akan tengok potensi-potensi tempat-tempat yang boleh kita bangunkan sesuai dengan keperluan semasa cuma seperti saya sebut untuk kita bina litar khusus litar yang spesifik itu menelan belanja yang tinggi.

Saya ingat di Terengganu juga dibina satu litar Gong Badak. Itu juga menelan belanja yang tinggi dan penyelenggaraannya bukan mudah, ia memerlukan kerjasama banyak pihak bukan hanya kerajaan atau kerajaan negeri sebaliknya juga memerlukan, terutama sekali daripada PBT dan juga persatuan-persatuan yang menjadi pelanggan.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya difahamkan Sipitang tidak berada di dalam Dewan. Maka, saya jemput Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.

final • 10:50 AM

[Soalan No. 9 – Datuk Matbali bin Musah (Sipitang) tidak hadir]

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, soalan Tanjong Karang nombor 10.

final • 10:50 AM

10. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan adakah harga pasaran barangan keperluan asas ditentukan sepenuhnya oleh supply and demand:

(a) keperluan menggunakan mekanisme pengawalan harga di bawah KPDN bagi mengekang kenaikan yang melampau dan menekan rakyat serta memastikan industri tidak rugi atau mati; dan

(b) sama ada memberikan subsidi kepada penjual/peniaga atau bantuan kepada pembeli B40.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Tan Sri Yang di-Pertua, secara amnya Kerajaan Malaysia mengadaptasi sistem ekonomi

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

pasaran bebas, di mana harga barang biasanya ditentukan berdasarkan penawaran dan permintaan ataupun supply and demand, dengan izin.

Faktor yang menentukan penawaran pula Tan Sri Yang di-Pertua, selalunya– terutamanya bahan mentah ya Yang Berhormat Tanjong Karang, ia terkait dengan faktor perubahan iklim. Ia berkait dengan faktor geopolitik seperti perang ataupun dasar negara pengeluar seperti India yang menyekat eksport bawang dan eksport beras contohnya dan juga tukaran asing. Jadi, itu antara faktor-faktor yang menentukan penawaran itu.

Manakala bagi soalan Tanjong Karang berkenaan dengan mekanisme pengawalan harga, kita ada dua akta yang kita guna pakai. Kita ada punca kuasa untuk melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, di mana kita boleh tengok sama ada, ada pencatutan berlaku ke atas harga yang dikenakan oleh peniaga dan kita juga ada Akta Kawalan Bekalan di mana kita boleh pastikan bahawa tidak ada aktiviti menyorok bekalan dan sebagainya.

Di bawah, bagaimana kita mengawal harga? Kita juga ada mekanisme kawalan harga tanpa subsidi di mana gula dan minyak masak botol itu adalah kawalan harga tanpa subsidi. Manakala kawalan harga dengan subsidi, termasuklah minyak masak peket, LPG, RON95, diesel dan telur gred A,B dan C.

Tan Sri Yang di-Pertua, manakala skim harga maksimum musim perayaan juga digunakan sebagai salah satu mekanisme pengawalan harga, di mana sewaktu musim perayaan, kita meletakkan harga maksimum untuk memastikan penawaran tidak meningkat apabila permintaan itu meningkat tinggi. Jadi, kita gunakan skim harga maksimum musim perayaan. Itu semua mekanisme pengawalan harga.

Berkenaan dengan subsidi kepada penjual atau peniaga ataupun pembeli, kita laksanakan pertamanya Tan Sri Yang di-Pertua, Jualan Rahmah di mana kita menawarkan 10 peratus hingga 30 peratus diskaun kepada barang-barang keperluan asas dan untuk Ramadhan, kita tambah lagi Jualan Rahmah Ramadan, dua kali satu Parlimen sepanjang Ramadan ini. Berkenaan dengan penawaran lagi, kita tawarkan subsidi kepada Bazar Ramadan Rahmah, di mana bazar Ramadan Rahmah kita ada 64 di seluruh negara.

Kita beri pelbagai insentif contohnya di Presint 14 Bazar Ramadan Rahmah.

Selalunya sewa RM1,000 satu tapak, untuk Bazar Ramadan Rahmah, kita beri sewa RM850. Kita runding dengan dia punya persatuan. Kemudian di situ ada ditawarkan Menu Rahmah. Sekurang-kurangnya, 40 peratus peniaga tawarkan Menu Rahmah. Kita beri juga e-wallet kepada pengunjung, Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya tengok Tan Sri Yang di-Pertua, e-wallet RM20 di satu Bazar Ramadan Rahmah di Sungai Besar, dalam masa satu jam RM800 e-wallet habis, Tan Sri Yang di- Pertua. Jadi, ini antara insentif-insentif yang kita berikan kepada peniaga, kita berikan kepada pembeli sebagai untuk mengawal harga. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Tanjong Karang.

final • 11:00 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan yang begitu panjang lebar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jika diperhatikan melalui penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, seperti kedua-dua langkah tersebut telah dipraktikkan sepenuhnya di dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, sebagai contoh dalam isu beras negara, masih lagi mempunyai tanda tanya di mana silapnya apabila bekalan dan harga beras putih tempatan seakan-akan dilihat kurang cermat dikawal pada masa kini. Adakah faktor kartel berperanan di sini? Mohon pencerahan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih di atas soalan tambahan. Tan Sri Yang di-Pertua, tadi saya terangkan. Beberapa kali dah saya terangkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Akta Kawalan Padi dan Beras di bawah KPKM sepenuhnya. Jadi kartel ke, harga ke, bekalan ke, KPDN membantu menyalurkan aduan sekiranya ada dan

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

KPDN juga membantu turun padang sekiranya diperlukan oleh KPKM ya. Jadi, saya harap Tanjong Karang boleh salurkan soalan itu kepada Menteri yang berkenaan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Ayer Hitam.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya perhatikan jawapan tadi memang agak menarik lah. Ada dua aspek yang Yang Berhormat sebut. Pertama, tentang gula. Saya ingin bertanya kepada kementerian memandangkan setiap bulan kita beri insentif kewangan RM42 juta kepada pengilang gula. Bagaimana kementerian ini dapat memastikan subsidi ini dinikmati ataupun penggunaan insentif yang akhirnya memanfaatkan rakyat kerana ada gula premium dan kita tidak dapat bezakan antara satu sama lain. Bagaimana ia dipastikan.

Kedua, telur. Ya, betul harga kawalan 41, 43, 45 sen dan setahun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia dah kata kos pengeluaran telur adalah 45 sen. Ini satu ujian kepada mekanisme kawalan harga. Macam mana dalam keadaan kita sendiri mengaku kos pengeluaran lebih tinggi tetapi kita tetap lagi kawal pada harga 41, 43, 45 sen. Bagaimana kementerian bertindak kerana demand and supply. Saya nak tanya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih di atas soalan tersebut Ayer Hitam. Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan gula. Saya dah perkatakan tadi dan beberapa kali juga berkenaan dengan kerugian pihak pengeluar, pengilang gula dengan setiap kilo yang mereka keluarkan. Maka saya juga terangkan bahawa apabila kita paksa, kita keluarkan arahan mengawal bekalan untuk mengeluarkan sekian-sekian, 42,000 metrik tan sebulan itu.

Maka tentu sekali kita juga tahu bahawa syarikat pengilang itu mengalami kerugian. Maka insentif ini Yang Berhormat, ia bukan satu langkah jangka panjang. Ia bukan berbentuk subsidi tetapi ianya untuk membantu sementara kita dapat keputusan yang lebih baik, penyelesaian yang lebih baik hasil daripada libat urus kita dengan industri, hasil daripada libat urus kita dengan peniaga-peniaga mikro, industri-industri dan sebagainya.

Kerana Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terangkan sedikit sahaja. Apa yang kita paling khuatir bukan penggunaan domestik Yang Berhormat, yang kita paling khuatir ialah kegunaan industri kecil, mikro. Sebabnya industri mikro ini yang kita paling khuatir.

Yang buat kuih baulu, yang jual air balang, yang jual apam balik, yang jual kuih bakar, akok dan sebagainya ini. Inilah yang banyak guna gula.

Jadi apabila– kalau domestik ini, kita boleh kawal lagi kerana mereka tak guna banyak gula. Mereka hanya guna dalam dua kilo lebih sahaja sebulan per household dengan izin, Tan Sri. Tapi kalau sekiranya harga gula itu tidak terkawal, maka dia akan ada kesan kepada inflasi, dia akan ada kesan kepada rantaian yang lain-lain ini seperti harga makanan, air dan sebagainya. Sebab itu runding, libat urus itu harus berterusan sehingga kita dapat penyelesaian yang tuntas.

Jadi sebab itu pada awalnya Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya. Gula premium ini adalah untuk membantu industri pengilang itu untuk cross-subsidy kerugian mereka.

Tapi kita dapati bahawa gula premium ini juga sukar untuk menyelesaikan masalah cross- subsidy itu. Jadi sebab itu kita balik semula kepada rundingan dan untuk mencari penyelesaian kepada PMKS ini.

Sebab kalau kita tak dapat penyelesaian, kita mungkin akan berhadapan dengan keadaan makanan, minuman yang gerai semua akan naik harga dan ini akan kesan kepada inflasi, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebab itu insentif itu, langkah sementara insentif itu untuk memastikan kesinambungan pengeluaran gula sementara kita cari jalan penyelesaian yang lebih kemas, lebih tuntas dan lebih sustainable Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya sebut Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.

final • 11:00 AM

11. Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini pembinaan bangunan baharu mahkamah di Sri Aman yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2024.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Atas dasar kepentingan orang ramai, orang awam khususnya di Sri Aman, Sarawak, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak lebih RM64 juta di bawah bajet pembangunan bagi pelaksanaan projek pembangunan kompleks mahkamah baharu di Sri Aman dalam Rolling Plan Keempat Tahun 2024 Rancangan Malaysia Ke-12.

Kompleks bangunan mahkamah baharu Sri Aman ini akan dibina di Jalan Bayu, Simanggang Town District. Pada masa ini, projek ini sedang dalam peringkat pra pembinaan melibatkan kerja-kerja awalan di tapak projek dan pelaksanaan pengurusan nilai projek. Kerja-kerja pembinaan di tapak dijangka akan dimulakan dilaksanakan selepas kerja-kerja di bawah aktiviti pra pembinaan projek selesai.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Mahkamah Sri Aman sedia ada, ada pada masa ini beroperasi dengan menumpang di Wisma Persekutuan Sri Aman. Perkongsian ruang dengan agensi kerajaan yang lain adalah tidak kondusif bagi fungsi serta operasi mahkamah yang unik dan berbeza, berbanding agensi lain khususnya daripada aspek kawalan keselamatan dan kerahsiaan.

Bangunan mahkamah mempunyai keperluan reka bentuk yang khusus dengan penekanan ke atas pengasingan laluan mengikut kategori pengguna mahkamah. Konsep ini merupakan elemen penting dalam pengoperasian mahkamah bagi memastikan keselamatan terjamin dan integriti perbicaraan terpelihara.

Sehubungan itu, sebagai kerajaan yang sentiasa peka dan prihatin ke atas keperluan menyediakan infrastruktur yang lengkap dan menepati keperluan pengoperasian semasa bangunan mahkamah selaras dengan peranan badan kehakiman dalam memastikan prinsip access to justice kepada semua lapisan masyarakat.

Pembinaan bangunan mahkamah baru ini dilaksanakan untuk menjamin menyampaikan perkhidmatan perundangan dan kehakiman yang cekap kepada orang awam tercapai melalui menyediakan prasarana yang terbaik. Kerajaan yakin kompleks mahkamah baru Sri Aman ini dapat menemui keperluan mahkamah serta dapat memberi keselesaan...

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Keselesaan.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

...yang kondusif kepada semua pengguna mahkamah apabila siap kelak, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sri Aman.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada pihak Menteri kerana telah menjawab ataupun memberikan penerangan yang amat menggembirakan saya. Jadi, syukurlah kerana pembinaan bangunan baru Mahkamah Sri Aman akan dibina pada tahun ini. Jadi, memandangkan betapa pentingnya pembinaan bangunan ini kerana kes mahkamah di Sri Aman semakin hari semakin meningkat.

Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah pembinaan bangunan mahkamah itu nanti akan dibina mengikut piawaian dan keperluan bagi menjaga imej kehakiman itu sendiri dan kondusif juga untuk orang awam? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Saya setuju. Itu adalah satu di antara pandangan kementerian dan saya ingin bagi tahu, bahawa bangunan yang akan dibina di Sri Aman itu akan meliputi satu Mahkamah Tinggi, dua Mahkamah Sesyen dan dua Mahkamah Majistret. Saya juga difahamkan ada sembilan Mahkamah Tinggi yang sedia

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

ada di Sarawak, ada 13 Mahkamah Sesyen di Sarawak dan juga 31 Mahkamah Majistret.

Saya difahamkan Mahkamah Sri Aman akan dibina siap atau akan mula pembinaan pada tahun 2025 dan dijangka siap tiga tahun selepas itu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Besut.

final • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bangunan dah baru. Okey. Gaji, gaji hakim. Gaji hakim bila agak-agak nak disemak semula, sebab dia mula semak dahulu 2015. Bila agak-agak nak disemak semula sebab selaras dengan apa yang disebut oleh PM, nak selaras gaji kakitangan awam?

Kedua penting, pelantikan Pengerusi SPA, daripada Julai dulu lagi belum dilantik.

Dia juga pengerusi kepada Jabatan Kehakiman dan Perundangan. Commission dia itu ada sekali, jadi tidak boleh nak diadakan meeting yang setiap tiga suku. Jadi banyaklah perkara yang tak boleh dibuat, pelantikan, pegawai-pegawai, untuk kenaikan pangkat dan sebagainya. Sebab ada sekarang ini kenaikan pangkat pegawai 14 tahun Tan Sri, masih lagi 44. Bayangkan. Zaman saya dulu enam tahun dah 48, cepat dulu tetapi sekarang slow. Bila tak dilantik pengerusi, sejak Julai tak lantik, jadi kesan kepada mereka. Satu lagi...

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Banyak sangat disebut.

final • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, ini last. Agak-agak saraan-saraan Ahli Parlimen, agak-agak Tan Sri nak buat ini juga ke agak-agak, semak semula?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dah lama dah, 2015 juga. Ini baik untuk Tan Sri.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun tak faham soalan itu. Walau bagaimanapun, silakan Menteri.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Sebagai peguam, saya faham.

final • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Semak semula, semak semula yang untuk Ahli Parlimen.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh.

final • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tadi mahkamah, ini Ahli Parlimen. Boleh?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, sila. Ada perolehan? Sebab itu bangunan bawa ke hal-hal lain, terpulang kepada Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, mengenai kenaikan gaji khususnya untuk hakim-hakim, itu adalah satu pesanan yang bagus.

Perkara itu akan diambil untuk perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya setuju bahawa kalau nak bawa bakat-bakat yang bagus dalam kehakiman, kita perlu membayar dengan hakikatnya gaji-gaji yang lumayan dan tinggi.

Kalau kita beza dengan Singapore, we are very far behind dengan Singapore. Kita mahu yang terbaik dalam yang menerajui sebagai hakim-hakim, kerana bakat-bakat yang bagus dalam swasta dan sebagainya, di mana mereka mendapat pendapatan yang lumayan.

Kedua mengenai SPA, pengerusinya. Perkara itu saya akan bawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sebenarnya saya difahamkan ada usaha-usaha yang sedang dibuat untuk pelantikan berapa lama dari sekarang dan itu adalah di bidang kuasa Yang Berhormat Wilayah Persekutuan. Maka, perhatian boleh diberi kepada mereka untuk menjawab perkara yang khusus ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya menjemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah.

Tuan Yang di-Pertua, salam Ramadan Kareem. Soalan saya nombor 12.

final • 11:10 AM

12. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Luar Negeri menyatakan perancangan susulan pihak kerajaan dalam membantu dan menyokong tuduhan pembunuhan beramai-ramai tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin yang dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) oleh Kerajaan Afrika Selatan.

final • 11:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Sik di atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa tegas dan berprinsip terlibat secara aktif dalam menyuarakan pendirian tegas negara mengenai konflik yang berlaku di Palestin. Ini termasuk kekejaman, keganasan dan genocide oleh rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang berlaku di Semenanjung Gaza, terutamanya sejak bulan Oktober 2023 ini.

Malaysia juga tegas dan lantang menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan. Atas prinsip ini Malaysia memberi sokongan penuh kepada usaha Afrika Selatan untuk mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 29 Disember 2023 berhubung pencabulan Israel terhadap kewajipannya di bawah Convention Genocide 1948.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tan Sri Yang di-Pertua, Convention Genocide yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 9 Disember 1948 untuk ditandatangani dan diratifikasi oleh negara-negara anggota PBB, Malaysia telah menyertai Convention Genocide ini pada tahun 1994.

Sehingga April 2022, sebanyak 153 negara telah meratifikasi ataupun menyertai konvensyen ini. Konvensyen ini antara lain menjelaskan, apakah jenayah yang dikategorikan sebagai genocide dan meletakkan obligasi oleh negara-negara anggota untuk mencegah jenayah tersebut.

Pada 6 Disember 2023, Malaysia menyokong usaha Setiausaha Agung PBB mengguna pakai Artikel 99 Piagam PBB yang membenarkan Setiausaha Agung PBB membawa perkara yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa ke Majlis Keselamatan PBB. Kali terakhir artikel ini digunakan Tan Sri Yang di-Pertua ialah pada tahun 1989.

Malaysia sentiasa menggesa genjatan senjata dan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa sekatan bagi menamatkan bencana kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza dan juga di Tebing Barat. Justeru, keputusan ICJ pada 26 Januari 2024 yang mengarahkan Israel menghentikan genocide di Gaza adalah selari dengan pendirian dan perjuangan Malaysia dalam isu Palestin.

Dalam hal ini juga Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia bukan sahaja menggesa Israel supaya menghentikan kekejamannya, malah menyeru masyarakat antarabangsa untuk mendesak Israel untuk mematuhi keputusan ICJ tersebut.

final • 11:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia juga telah memperjuangkan isu Palestin dari sudut perundangan dengan menyertai prosiding bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin dengan mengemukakan kenyataan bertulis kepada ICJ pada 25 Julai 2023, dan seterusnya, saya sendiri telah membentangkan kenyataan lisan Malaysia di sesi pendengaran awam berkaitan ICJ di The Hague pada 22 Februari 2024 baru-baru ini, yang antara lain menggesa bahawa dasar dan amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin ataupun Occupied Palestine Territory yang telah melanggar undang-undang antarabangsa, di samping mencabul hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri. Malaysia juga menyeru agar semua negara tidak berkompromi dengan tindakan dan pendudukan haram Israel ke atas wilayah

final • 11:20 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Palestin, di samping menekankan kewajipan PBB untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelesaikan isu Palestin.

Tan Sri Yang di-Pertua, penyertaan dalam prosiding bagi mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ ini adalah penting bagi Malaysia untuk berganding bahu bersama-sama negara sepemikiran ataupun like-minded countries dalam mempertahankan hak kemanusiaan Palestin, di samping memperjuangkan supaya Palestin mendapat menjadi negara yang merdeka dan berdaulat berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Datuk Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Sik.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan.

Dalam situasi mutakhir, nampak Israel terus berdegil dengan tindakan-tindakan yang terus ganas, termasuk semalam dilaporkan terus menyerang Hospital Al-Syifa dan dilaporkan telah ada tenteranya yang merogol wanita di hospital itu.

Jadi, soalan saya berkaitan dengan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri ialah bagaimana Malaysia merancang untuk memperkuatkan kerjasama dengan negara-negara lain yang turut terlibat dalam proses Pendapat Nasihat ICJ yang disertai bersama oleh Yang Berhormat Menteri sendiri bagi memastikan penekanan yang konsisten dan berkesan terhadap pentingnya kepatuhan Israel terhadap undang-undang ataupun yang telah diputuskan oleh ICC sendiri dan ICJ itu sendiri? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih, Tuan Ahmad Tarmizi.

Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa memberi penekanan dengan tegas dan lantang menggunakan segala platform yang ada, pentas-pentas yang ada di dunia, di seluruh dunia dengan kita mengemukakan pandangan berprinsip kita sejak daripada awal bahawa Malaysia mengecam dan menggesa supaya Israel menghentikan keganasan dan kita mahu supaya, seperti yang saya sebutkan tadi, Israel ini diberikan hak bernegara sendiri yang berdaulat dan rakyatnya balik kepada kawasan kampung halaman mereka semula...

final • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mungkin pembetulan. Palestin mungkin, bukan Israel kut yang disebut oleh Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Sorry. Palestin ya, balik semula ke dalam kawasan asal mereka dan mereka menjadi ahli Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai negara yang berdaulat. Segala pentas dunia kita gunakan. Segala hubungan diplomasi kita gunakan, Tan Sri Yang di-Pertua.

Dan baru-baru ini, dengan tegas dan lantang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Australia dan juga semasa bersoal jawab dua hala dengan Jerman dan Malaysia dan semasa sesi menjawab soalan daripada media, dengan lantang membawa suara Malaysia bahawa kita mengutuk, mengecam perbuatan kejam pembunuhan beramai-ramai, genosid terhadap penduduk Palestin.

Maka, kita mahu supaya gencatan senjata kekal dilakukan segera. Ini perlu dilakukan secara konsisten. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Luar Negeri telah pun mewakili kementerian untuk menghadiri Sidang Kemuncak Menteri-menteri Luar OIC Sidang Tergempar untuk kita membuat resolusi menggesa gencatan senjata dan pemberhentian pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh kekejaman Israel, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Ledang.

final • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Yang Berhormat Menteri, kita tahu bahawa sebenarnya ICJ telah pun perintah Israel untuk ambil langkah-langkah menghentikan tindakan genosid di Gaza, dan di samping itu juga, untuk ambil langkah-langkah segera dan efektif untuk pastikan penyaluran bantuan kemanusiaan untuk orang awam di Gaza. Kedua-dua ini perintah daripada ICJ. Tetapi, seperti mana yang disebut oleh Sik, Israel tetap berdegil malah terus menembak dan menyerang sebenarnya bantuan-bantuan kemanusiaan itu sendiri.

Jadi, saya nak tegaskan lagi sekali soalan ialah apakah Malaysia boleh memimpin negara-negara lain untuk kita mendesak pihak Israel menyokong supaya akhirnya bukan hanya bantuan kemanusiaan itu masuk tetapi gencatan senjata kekal itu menjadi syarat paling utama?

Yang kedua ialah apakah juga Malaysia merancang untuk memastikan supaya ada tindakan-tindakan menggunakan platform Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang sudah juga difailkan oleh beberapa organisasi yang lain, supaya kita boleh juga mengambil tindakan ke atas Netanyahu di atas jenayah genosid, jenayah perang dan juga jenayah kemanusiaan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih, Ledang. Tan Sri Yang di-Pertua, memang saya sebutkan tadi bahawa Malaysia menggunakan semua pentas dunia, menggunakan semua bentuk rundingan dan juga menggunakan rundingan dua hala, berbagai hala dan juga di peringkat PBB, di peringkat Majlis Keselamatan, di peringkat ICJ dan segala pentas yang ada untuk kita mendesak dan menggesa. Kita menyertai dengan aktif dalam Sidang Negara-negara Arab, Sidang Arab dan juga Sidang Negara-negara Islam sebagai suara yang tegas dan lantang agar Israel menghentikan kekejamannya.

Tetapi, Israel tidak mempedulikan apa jua keputusan. Tiga, empat resolusi daripada perhimpunan agung, mereka tak peduli. ICJ telah pun mengeluarkan perintah sementara iaitu enam perkara― menghentikan genosid, menghentikan supaya tidak menghilangkan bukti-bukti dan macam-macam lagi, Tan Sri Yang di-Pertua― tetapi mereka tak peduli.

Jadi, inilah satu yang Malaysia mengatakan bahawa― baru-baru ini, dua hari lepas, Sidang Tergempar Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu untuk ke-9 kalinya tahun ini telah pun gagal mencapai kata sepakat kerana masing-masing mempunyai agenda masing-masing.

Jadi, itu sebab Malaysia pada baru-baru ini, wakil tetap kita ke Bangsa-Bangsa Bersatu telah pun mengemukakan― sekian lama Malaysia telah buat ini tetapi sekali lagi mengemukakan supaya hak veto ahli tetap Bangsa-Bangsa Bersatu ini dibatalkan.

Tetapi, untuk kita tunggu sampai ke saat itu berlaku, kita telah mencadangkan supaya hak veto ahli tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu ini ditapis dan dihadkan.

Tidak boleh gunakan kuasa veto jika ia bersangkut-paut dengan genosid, bersangkut-paut dengan crimes against humanity ataupun war crimes, Datuk Yang di- Pertua. Yes, the veto nak kita hapuskan susah tetapi kita minta supaya dihadkan. Veto ini tidak boleh digunakan untuk keganasan, untuk war crimes, untuk crimes against humanity dan untuk genosid. Ini sedang kita perjuangkan dalam bentuk yang lain, dalam platform yang lain kerana kita tahu Israel akan memekakkan telinga, tidak peduli apa sahaja keputusan ataupun resolusi-resolusi.

Maka, kita nak kekang negara yang menyokong mereka supaya kuasa yang ada pada anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu itu dihadkan dan tidak boleh diguna pakai dalam perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

final • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Nombor saya adalah 13.

final • 11:20 AM

13. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah peraturan dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan semua subsidi minyak masak, petrol, telur dan lain-lain tidak dinikmati oleh bukan warganegara Malaysia.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai di atas soalan.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum, apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih pada Disember 2022, dasar kerajaan sebelum itu ialah berkenaan dengan subsidi pukal.

Pada hari ini, Kerajaan Madani pada hari ini memberi tumpuan kepada penyasaran subsidi. Rasional penyasaran subsidi disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa subsidi ketika ini turut dinikmati oleh warga asing yang berjumlah 3.5 juta.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Jadi penyasaran subsidi ini dalam proses Tan Sri Yang di-Pertua dan kita akan melihat kepada mekanisme penyasaran subsidi ini. Ia langkah yang ditanya oleh Yang Berhormat Pulai itu, langkah dia berbeza-beza Yang Berhormat Pulai berdasarkan barang itu sendiri.

Contoh ya − saya bagi contoh, kalau RON95 dan diesel, apa yang kita telah lakukan ialah kita telah mengeluarkan arahan Pengawal Bekalan iaitu Arahan Larangan Jualan Barang Kawalan Kepada Kenderaan Warga Asing yang berkuat kuasa adalah melalui larangan pembelian petrol dan diesel bersubsidi kepada semua stesen minyak.

Jualan petrol RON95 kepada kenderaan nombor pendaftaran asing adalah tidak dibenarkan. Arahan larangan ini terpakai di seluruh negara dan kenderaan asing hanya boleh mengisi petrol RON97 di stesen minyak.

Manakala untuk diesel bersubsidi, kenderaan asing hanya boleh mengisi tidak lebih daripada 20 liter bagi stesen minyak dalam jarak 50 kilometer dari sempadan Singapura dan Thailand. Manakala bagi sempadan Indonesia dan Brunei, ukuran 30 kilometer digunakan. Walau bagaimanapun, jualan kepada kenderaan tempatan turut dipantau dan dikuat kuasa bagi memastikan tiada aktiviti penyelewengan berlaku.

Jadi untuk produk-produk barang yang lain seperti telur, minyak, masak, LPG dan sebagainya, kita perlu langkah yang berbeza. Contoh ya saya bagi contoh. Kalau sekiranya kita menyekat LPG itu dijual kepada warga asing, maka warga asing mungkin terpaksa guna dapur elektrik ataupun dapur kayu. Jadi itu implikasi dia. Sebab itu kita perlu berhati-hati kerana produk-produk ini dia bebas dibeli di pasaran.

Namun, kita menggalakkan langkah self-regulatory Tan Sri Yang di-Pertua, self- regulatory measures, dengan izin iaitu kawalan kendiri. Kerana kalau peruncit-peruncit mengamalkan kawalan kendiri sementara kita mengeluarkan mana-mana satu perintah ya − kerana kita nak keluarkan perintah itu, kita perlu lihat dia punya kesan sampingan macam yang saya katakan tadi ya.

Tapi ke arah itu, ke arah penyasaran subsidi. Itu adalah secara umumnya dasar kerajaan pada hari ini Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Pulai.

final • 11:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kalau kita lihat penjualan minyak paket contohnya ya untuk halau warga asing, sukar juga kita nak halang itu sebab peruncit mahu menyegerakan stok itu habis dengan segerakan. Bila dia datang, susah juga dia nak tolak benda itu ya. Jadi mengikut maklumat kita ini, berapa jangkaan subsidi ini yang telah terlepas kepada warga asing? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tan Sri Yang di-Pertua, kita ada sistem kita, sistem eCOSS kita di mana kita boleh trace daripada repacker kepada pemborong dan

final • 11:30 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

kepada peruncit. Tetapi daripada peruncit kepada pembeli itu, kita masih membangunkan satu aplikasi. Jadi saya − buat ketika ini kita tidak ada maklumat itu sebab peruncit kita, kedai kita di seluruh negara ini mustahil kita dapat kesan banyak mana yang digunakan oleh warga asing, yang dibeli oleh warga asing.

Namun, apabila kita ada sistem yang kita panjangkan ini, kita harap dan apabila kita boleh kenal pasti mekanisme yang paling berkesan untuk melaksanakan penyasaran subsidi untuk minyak masak paket ini. Insya-Allah ketika itu, warga asing tidak lagi boleh menikmati subsidi minyak masak paket ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Kulim-Bandar Baharu. Satu soalan sahaja.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kenapa saya selalu disekat?

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dak, dak, dak. Peraturan mesyuarat kata satu sahaja.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Oh. Saya dengar tadi...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau ada dua, rangkulkan menjadi satu.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Oh.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau ada tiga juga, rangkulkan jadi satu. Silakan.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya akur. Baik, terima kasih. Satu sahaja walaupun ada tiga.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya pilih yang pendek sekali.

Apakah perancangan terkini kerajaan terhadap Projek Rintis Stesen Minyak Tanpa Subsidi untuk jualan kepada warga asing bagi mengurangkan ketirisan bahan api subsidi?

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cantik soalan itu. Silakan Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, stesen minyak tanpa subsidi kita dah ada dua di Perlis dan di situ tak ada – kita menawarkan harga tanpa subsidi dan kita dapati bahawa kenderaan-kenderaan asing memang masih lagi beli di situ kerana ia tetap lebih murah daripada negara mereka sendiri.

Untuk masa kini, kita belum lagi menetapkan dasar berkenaan bagaimana kita nak menyebarluaskan atau kita nak menambah dan sebagainya ya. Ia masih lagi kita kaji.

Akan tetapi ada permohonan-permohonan juga kita sedang kaji, Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib, Maran. Selamat datang. Selamat kembali.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua yang baik hati dan kasihan belas. Soalan nombor 14.

final • 11:30 AM

14. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib [Maran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa kos muktamad pembiayaan ECRL dan apakah tindakan yang sewajarnya diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah sebahagian tanah pemilik yang terlibat dengan pengambilalihan tanah kerana tanah tersebut tidak lagi boleh digunakan kesan daripada pembinaan ECRL.

final • 11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Salam sejahtera dan selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan projek infrastruktur untuk rakyat yang direka bentuk bagi menyediakan jaringan pengangkutan rel bagi menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan kawasan Pantai Barat Semenanjung. Pada masa yang sama, ia turut mengambil kira potensi pertumbuhan sektor industri, perdagangan dan pelancongan di kawasan-

final • 11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

kawasan yang terlibat. Projek ECRL juga menyediakan kemudahan pengangkutan rel bagi penumpang dan kargo.

Berdasarkan Perjanjian Tambahan Nombor 6 yang telah ditandatangani pada 2 Jun 2022, kos bagi pembinaan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ke Pelabuhan Klang, Selangor, dengan jajaran sepanjang 665 kilometer serta 20 stesen penumpang dan kargo di empat buah negeri, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, kekal dengan jumlah RM50.27 bilion.

Dalam pada itu, pihak Malaysia Rail Link selaku pemilik projek ECRL akan tertakluk kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tanah-tanah yang terlibat dengan projek ECRL. Berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960, pihak berkuasa negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan bagi tujuan pembangunan kepada orang awam. Pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bersama-sama dengan pihak MRL akan mengenal pasti mana-mana baki tanah yang tidak ekonomik kesan daripada pengambilan tanah oleh projek ECRL.

Sekiranya baki tanah tersebut kurang daripada 0.25 hektar, daripada pewartaan seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960, tanah tersebut akan diambil secara keseluruhan. Pembayaran pampasan yang dinamakan sebagai dengan izin, injurious affection and severance juga akan diberikan kepada pemilik tanah bagi tanah-tanah yang tidak lagi memberi nilai keuntungan akibat pemisahan tanah ataupun keadaan saiz dan bentuk tanah yang tinggal selepas pengambilan dilakukan.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta akan menjalankan kajian terperinci ke atas kerugian yang dituntut disebabkan oleh injurious affection and severance dan menasihati JKPTG mengenai jumlah pampasan yang wajar.

Seterusnya pihak JKPTG akan menawarkan jumlah pampasan yang akan diterima pada hari perbicaraan. Bayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas pihak MRL menerima jumlah tawaran pampasan yang disyorkan oleh JKPTG.

Pemilik tanah boleh membuat bantahan terhadap jumlah pampasan yang ditawarkan dengan mengemukakan rayuan bertulis kepada Mahkamah Tinggi dalam masa enam minggu selepas pengeluaran tawaran pampasan bertulis. Pihak Malaysia Rail Link sentiasa komited bagi meminimumkan impak terhadap tanah-tanah yang terlibat dengan proses pengambilan tanah bagi projek ECRL.

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Maran.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Menteri.

Saya ingin bertanya, sejauh mana setakat ini kerajaan telah memikirkan − bantu pemilik-pemilik tanah di sekitar laluan ECRL ini bagi mengenal pasti projek-projek ataupun peluang-peluang perniagaan yang boleh menambahkan nilai tanah mereka apabila ECRL ini siap dilaksanakan? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Memang adalah harapan kerajaan supaya apabila projek ECRL ini siap kelak, ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di sepanjang jajaran tersebut. Bukan sahaja di kawasan- kawasan berdekatan dengan stesen-stesen ECRL ini tetapi ada juga beberapa kawasan yang telah pun dikenal pasti sebagai tapak untuk taman-taman perindustrian.

Sudah tentu pihak MRL sekarang ini sedang memuktamadkan beberapa perancangan ini dan memang kita ada juga kerjasama dan juga menerima input daripada kerajaan negeri. Umpamanya di Pahang, sudah tentunya kawasan berdekatan dengan Kuantan akan diadakan Kuantan Industrial Park yang kedua − MCKIP yang kedua ini dan juga di kawasan Temerloh.

final • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Saya yakin bahawa di sepanjang jajaran, banyak peluang-peluang dapat dijana.

Ini juga kita ingin mendapatkan input daripada pihak swasta, kalau mana-mana pihak pemilik tanah yang berada di jajaran kita, boleh dibangunkan bersama dengan pihak MRL dan kita terbuka. Umpamanya, kawasan-kawasan yang berdekatan dengan stesen, kalau ada mana-mana pemilik tanah swasta yang ingin adakan usaha sama dengan pihak MRL umpamanya, boleh kita terima cadangan mereka. Saya yakin bahawa usaha sama ataupun joint venture dan sebagainya boleh diadakan untuk memaksimumkan nilai tanah di sepanjang jajaran ECRL. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Menteri.

final • 11:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.”

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong? Ada yang menyokong?

final • 11:41 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Saya menyokong.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:41 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ya Tanjong Karang, ada apa?

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat?

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12).

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Bacakan.

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang ingin– telah mengemukakan usul untuk merujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12) Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Yang Berhormat Tan Sri Dato', saya Ahli Parlimen Tanjong Karang dengan ini memberi pemberitahuan di bawah aturan...

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ha Tanjong Karang, kejap. Tanjong Karang dah hantar surat kepada saya kan?

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Ya, saya dah hantar.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah terima kan?

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Dah terima.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Duduk kejap, saya jelaskan.

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Okey. Terima kasih.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau dah hantar dan saya dah terima tetapi saya belum jawab lagi kan? Baik.

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Dah jawab, saya dah terima jawapan.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah terima dah?

final • 11:41 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Ya.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, baik. Beluran?

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, Yang Berhormat. Usul Tanjong Karang. Pada hari Khamis lalu Yang Berhormat, Ahli Parlimen daripada Tasek Gelugor telah membuat aduan di dalam Dewan ini di hadapan Speaker yang preside Dewan ketika itu untuk memperkuatkuasakan Peraturan Mesyuarat 80A.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Penubuhan jawatankuasa.

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Penubuhan satu jawatankuasa. Saya dimaklumkan ia telah pun dihantar secara official mengikut keputusan yang dibuat oleh Timbalan Speaker, Speaker yang mempengerusikan Mesyuarat. Saya melihat apa yang hendak dibuat oleh Yang Berhormat Tanjong Karang ini adalah merupakan satu cubaan ataupun satu pernyataan untuk membela diri ataupun membuat satu penafian daripada apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Lazimnya di dalam peraturan mesyuarat Yang Berhormat, 18A, 18 – 18(5), usul yang diterima awal ataupun aduan yang diterima awal oleh mana-mana Ahli akan di-deal oleh Yang Berhormat Speaker. Untuk permohonan di bawah 80A ini, Tasek Gelugor telah membuat aduan secara rasmi di dalam Dewan ini. Tindakan– daripada precedent yang lalu, tindakan yang diambil oleh kerajaan dan Parlimen adalah untuk seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor adalah untuk menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat aduan yang dibuat oleh Tasek Gelugor.

Jadi, dalam kes ini Yang Berhormat, aduan– inti pati daripada aduan yang dibuat– penting yang dibuat oleh Tasek Gelugor adalah satu aduan yang mesti dibuat oleh– dibuat penubuhan jawatankuasa oleh Parlimen ini. Usul 36(12) yang dibuat oleh Tanjong Karang adalah merupakan susulan daripada aduan yang dibuat oleh Tasek Gelugor dan is a mere penafian ataupun pembelaan. Jadi, apa juga hujahan yang dibuat oleh Tanjong Karang di bawah 36(12) bolehlah dikemukakan dalam prosiding jika Parlimen membuat keputusan untuk mengemukakan usul di bawah 80A, Peraturan Mesyuarat 80A. Jadi, perkara utama yang harus di-deal oleh Parlimen ini adalah aduan yang dibuat oleh Tasek Gelugor di bawah 80A. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Secara kebetulan saya rasa Beluran juga faham semasa apa yang berlaku kepada Bukit Gelugor waktu itu. Saya juga berada dalam Dewan. So, I understand the whole process. Baik. Tanjong Karang dan – saya telah menerima usul sebenarnya, Tanjong Karang dan juga usul daripada Gua Musang pada Jumaat yang lalu dan isi kandungannya saya faham, yang Yang Berhormat amat kecewa atas tuduhan yang telah dilemparkan oleh Tasek Gelugor terhadap Yang Berhormat berdua pada dalam ucapan beliau pada 21 Mac yang lalu ya. Yang Berhormat menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah belaka. Namun, setelah membaca Hansard dan meneliti apa yang disebut oleh Tasek Gelugor, bagi saya mengucapkan itu amat serius terhadap apa yang– terhadap Yang Berhormat berdua dan juga Menteri dan Perdana Menteri dan kerajaan.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

So, saya hendak maklumkan di sini bahawa Dewan ini bukan mahkamah. Dewan ini bukan mahkamah. Namun, kita berjalan atas- berfungsi kepada panduan peraturan mesyuarat yang sama-sama kita bina dan persetujui dan Perlembagaan Persekutuan.

Jadinya, keputusan mesti dibuat dan tindakan mesti diambil sama ada terhadap Yang Berhormat berdua mahupun Tasek Gelugor kerana perkara-perkara yang di hadapan kita amat berat, yang melibatkan maruah dan kredibiliti Yang Berhormat, kerajaan, Perdana Menteri dan Parlimen.

Saya mempunyai dua opsyen yang sebenarnya ya. Satu ialah setelah mendengar dan mendapat semua penjelasan dari semua yang terlibat dari kedua-dua belah pihak, saya boleh gunakan Peraturan 36(12) ya, menghadapkan Yang Berhormat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan keputusan dan hukuman akan ditentukan oleh jawatankuasa ini atau saya boleh tubuhkan satu jawatankuasa baru seperti dibenarkan oleh Peraturan 80A. I have two choices. Straight menghadapkan Yang Berhormat dan Yang Berhormat-Yang Berhormat ke Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat ataupun saya boleh tubuhkan jawatankuasa di kalangan Ahli di dalam Dewan ini.

Jadi, ingat Yang Berhormat ya. Hukuman sekali ini akan berat. Pasti saya akan kenakan hukuman berat kerana telah saya berkali-kali memberi amaran dan ingatan agar semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan, dipertarungkan di atas pentas di luar iaitu pentas politik, bukan di Dewan ini. Itu juga saya telah memaklumkan, jangan gunakan masa kita di sini untuk main politik dan kepartian. Masa Dewan yang mulia ini hendaklah kita gunakan untuk berbincang, bahas, berunding isu negara dan isu rakyat terbanyak.

Baik. Seperti yang Beluran katakan tadi, very clear. Saya akan deal one by one.

Apa pun jua, kita mempunyai mekanisme yang cukup jelas ya. Jadi, saya akan gunakan itu semua dan apa pun juga keputusan, bukan keputusan saya. Keputusan yang dibuat itu ialah oleh jawatankuasa, saya cuma melafazkan keputusan itu di sini.

Jadi untuk itu, kita ada tiga hari lagi. Insya-Allah saya akan meneliti apa juga– malah, saya telah membaca word by word daripada Hansard oleh Tasek Gelugor dan saya telah pun menulis kepada beliau untuk mendapatkan fakta-fakta yang telah pun beliau sebut itu dengan membuktikan bukti-bukti yang jelas agar saya dapat deal yang itu.

Selepas itu, saya akan call Yang Berhormat Gua Musang dan Tanjong Karang untuk tindakan selanjutnya. Kalau didapati Tanjong Karang juga bersalah dan juga Gua Musang juga bersalah, kedua-dua juga akan dihadapkan ke jawatankuasa. So, let me deal one by one first. Ya, Yang Berhormat?

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker. Saya terima bahawa Yang Berhormat akan mengambil tindakan dan lazimnya satu usul akan dibuat oleh kerajaan di bawah 80.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah akan bawa.

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Semua keterangan-keterangan itu akan dikemukakan.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yes.

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Keterangan Tasek Gelugor, keterangan Tanjong Karang.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pasti.

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Keterangan-keterangan Gua Musang. Saya– semua yang nama-nama yang terlibat itu boleh dipanggil menghadap dan prosiding boleh dibuat.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya. Akan saya buat.

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saksi juga boleh dipanggil.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan panggil.

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, kita berdoa agar Yang Berhormat dan kerajaan akan mengemukakan usul di bawah 80A.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah saya akan buat.

final • 11:41 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita akan invoke Perkara 9G, Akta 387 seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan buat, Insya-Allah. Thank you. Terima kasih.

final • 11:41 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tan Sri Yang di-Pertua, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1), 27(1), 36(12) juga.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tulis kepada saya?

final • 11:41 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sudah tulis.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah respons?

final • 11:41 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sudah respons.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kalau dah respons, saya tidak benarkan. Minta maaf.

final • 11:41 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tetapi Tan Sri, disebabkan Menteri Dalam Negeri ada dalam ini.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no.

final • 11:41 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kalau boleh selesaikan di sini, tidak ada masalah.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh, tidak boleh. Kalau tidak puas hati, tulis balik kepada saya, saya tidak akan benarkan sebab kita ada banyak agenda hari ini.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita cuma ada tiga hari saja. Saya tak benarkan. Silakan, Indera Mahkota.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Nak bertanya usul saya tentang Timbalan Menteri...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa kita dah jawab kan benda ini?

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Belum terima.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, belum terima lagi? Minta maaf. Kita dah jawab. Insya- Allah, Yang Berhormat akan terima. Baik, silakan Setiausaha.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang sama.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sini Kota Bharu. Saya ingin membangkitkan satu persoalan kepada Yang Berhormat Menteri yang membentangkan...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Bharu...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Usul atau?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Usul kah atau.....

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya nak minta penjelasan sebelum– ikut peraturan sebelum disokong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Setiausaha.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dengan hormatnya, Tuan Yang di-Pertua....

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

Sebentar, Yang Berhormat. Benda bertaburan lagi ini. Duduk sekejap, duduk sekejap.

Baik, sebelum saya mulakan prosiding Dewan ini. Yang Berhormat Menteri, sebentar ya. Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Untuk tujuan rekod, saya mungkin merujuk kepada 14(1)(i)....

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

14(1)(i).

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

....Yang ada kaitan dengan ini. Dengan hormatnya Tuan Yang di-Pertua, sekejap tadi sahabat saya telah bangun untuk membentangkan bagi bacaan kali pertama Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) 2024 yang baru diletakkan di atas meja pada pagi ini.

Sebagaimana semua maklum bahawa sebelum rang undang-undang ini dibentangkan, Kementerian Dalam Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan taklimat, libat urus dan juga perbincangan dengan semua pihak termasuklah pihak kami daripada pihak pembangkang telah diberikan taklimat. Untuk rekod, for the purpose of the record of this Dewan, pihak pembangkang hampir bersetuju sepenuhnya. Hampir sepenuhnya. Taklimat yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sendiri dan juga Kementerian Dalam Negeri mengenai proposal atau cadangan pindaan Perlembagaan ini yang melibatkan banyak sekali peruntukan.

Tetapi malangnya, apabila kami mendapat blue bill ini pada hari ini, terdapat beberapa peruntukan yang penting telah tidak terdapat di dalam bill biru ini, rang undang- undang biru ini. Ini merupakan satu tindakan yang bagi kami satu caught by surprise.

Sepatutnya kami dipanggil kembali untuk diberikan penerangan kenapa tidak seperti mana yang telah diberikan taklimat itu. Itu satu.

Keduanya, sepatutnya peraturan mesyuarat 14(1)(i) boleh digunakan oleh Yang Berhormat Menteri. Kalau Lembaga Penapisan Filem pun boleh diberikan penerangan, ini Perlembagaan, cadangan pindaan Perlembagaan. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penerangan Menteri kepada Dewan ini sebelum apa-apa tindakan yang besar ini. Ini pindaan Perlembagaan, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya mohon mendapat penjelasanlah perkara ini sebelum disokong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Kota Bharu. Saya bagi dua. Pertama, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, usulkan, satu, the avenue to solve your predicament. Nombor dua, Yang Berhormat Kota Bharu boleh bangkit isu semasa perbahasan bacaan kali kedua RUU

(Pindaan) Perlembagaan. Either way. Itu saja. Selain daripada itu kita teruskan dengan urusan....

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, sikit saja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Begini. Kalau dah perkara tak ada di dalam rang undang-undang ini, macam mana nak dibahaskan? Isunya ialah the proposed amendment atau cadangan pindaan yang telah diberi taklimat dengan jelas dan terang, perkara yang besar, tiba-tiba tidak ada di dalam bill ini. So, Yang Berhormat Yang di-Pertua meminta kami membahaskan benda yang tidak ada. Nanti dikatakan tidak relevan dan sebagainya. Itu yang kita nak dapat penjelasan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Boleh saya celah sikit? Saya boleh beri....

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat– sebentar Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya dah bagi opsyen dua tadi. Kalau katakan apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat itu sesuainya jatuh kepada dua perkara. Itu saya punya keputusanlah. Kalau Yang Berhormat tak puas hati, 43 ada. Kita selain daripada itu kita jalankan urusan ini.

Baik, Majlis bersidang.

Yang Berhormat Menteri, bacaan kali kedua bila?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dato’ Yang di-Pertua, rencananya bacaan kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang sama.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SIBER 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara, fungsi dan kewajipan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara dan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara dan pengurusan ancaman keselamatan siber dan insiden keselamatan siber terhadap infrastruktur maklumat kritikal negara, untuk mengawal selia pemberi perkhidmatan keselamatan siber melalui pelesenan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Digital [Tuan Gobind Singh Deo]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan II [Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan II [Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [21 Mac 2024]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Ahli Dewan. Senarai ada pada saya seramai 16 orang. Tiga orang telah selesai membahaskan. Jadi, pada sesi ini saya akan bacakan balik semula senarai akan dimulakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu, diikuti Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kuala Langat. Bagi pembukaan tirai pada pagi ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas RUU Akta Kualiti Alam Sekeliling. Tangga Batu merujuk kepada Pindaan seksyen 2 mengenai takrif pembakaran terbuka. Apakah dengan adanya penambahan ini, pelupusan tandan sawit kosong atau EFB yang dilakukan melalui proses pembakaran the incinerator dan asapnya dihalakan ke udara melalui cerobong diperbolehkan?

Tuan Yang di-Pertua, RUU Akta Kualiti Alam Sekitar ini penting dalam melindungi hak asasi manusia dan melindungi rakyat Malaysia daripada kesan buruk alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia.

final • 11:59 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak 75 peratus daripada sungai di Malaysia dikategorikan sebagai tidak sihat untuk tujuan penggunaan manusia.

Pencemaran air ini disebabkan oleh pelepasan bahan kimia beracun, limbah industri dan pembuangan sisa yang tidak terkawal.

Tangga Batu mendapati hampir keseluruhan pindaan dibuat tertumpu kepada kenaikan denda dan penalti. Menumpukan perhatian kepada penalti adalah tidak memadai. Kriteria pencegahan dan pemantauan pencemaran alam sekitar juga perlu dititikberatkan di dalam RUU ini.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Syarikat-syarikat besar yang mempunyai dana yang besar lebih-lebih lagi sekiranya laba bakal mereka peroleh daripada suatu projek yang dilaksanakan itu jauh lebih tinggi daripada denda yang dikenakan walaupun tinggi ini membimbangkan kita.

Akhirnya, pindaan undang-undang dengan menaikkan kadar denda yang dibuat tetap tidak memberi kesan terhadap tujuan asalnya ia dipinda iaitu untuk lebih menakutkan para pesalah.

Sebagai contoh apa yang berlaku di Melaka iaitu projek penambakan pantai. Hari ini jumlah tangkapan ikan di Melaka jauh merosot jika dibandingkan sebelum projek penambahan laut ini dibuat. Jumlah tangkapan udang geragau telah merudum daripada 200 tan, hari ini cuma lima hingga enam tan sahaja.

Kualiti air laut telah merosot menjejaskan kehidupan flora dan fauna serta kemusnahan tempat pembiakan ikan dan hidupan laut lainnya terjejas teruk. Hakisan pantai semakin menjadi-jadi terutama di Pantai Puteri hingga ke Pangkalan Balak.

Kami pernah berdiskusi dengan pakar-pakar dalam isu alam sekitar dan prosedur berkaitan EIA. Apa yang dimaklumkan apabila sesuatu tambakan air laut itu mahu dilakukan mereka perlu memasang pelbagai alat termasuk alat-alat tertentu bagi mengesan atau menghalang sekiranya berlaku perubahan dalam aliran ombak yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pantai.

Malangnya menurut pakar dengan pemasangan semua struktur yang diperlukan ia pasti dapat mengelakkan daripada berlakunya kesan seperti hakisan pada pantai-pantai berdekatan. Sekiranya berlaku juga hakisan pada pantai-pantai berhampiran sudah pasti membawa maksud bahawa ada sesuatu yang dilanggar ataupun tidak dipatuhi oleh pemaju.

Walaupun kita boleh menjangkakan bahawa pemaju kemungkinan telah melanggar atau tidak melakukan langkah-langkah pencegahan diperlukan. Namun orang ramai terutama penduduk yang terkesan tidak mampu membuktikan apa-apa.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 22 mengenai pencemaran udara bau. Hari ini di Tangga Batu berlaku – hari ini mereka membuat demonstrasi di depan Balai Polis Tanjung Kling di mana ada sebuah syarikat telah menjadikan satu kawasan di sana sebagai transit kepada mereka nak buat shipment palm kernel shell. Perkara ini telah diadukan daripada tahun lepas tetapi tidak selesai hingga hari ini yang menyebabkan berlakunya pencemaran bau yang mengganggu dan juga habuk-habuk daripada PKS yang diletakkan di kawasan terbuka sebelum melakukan shipment. Tangga Batu tertarik dengan saranan daripada NGO Greenpeace tentang garis panduan EIA iaitu garis panduan harus dipertingkatkan untuk memastikan ia boleh dikuatkuasakan adil, telus dan melibatkan orang awam. Kini amalan garis panduan EIA melibatkan pemaju swasta mengupah perunding untuk menjalankan EIA bagi projek mereka dan menyediakan laporan penilaian.

Telah diperhatikan bahawa majoriti laporan ini cenderung untuk menutup kesalahan dan memihak kepada pemaju yang membayar mereka untuk memastikan keadilan dan menghapuskan potensi berat sebelah, kami amat mengesyorkan perkara berikut.

Pertama, tanggungjawab untuk mengambil perunding untuk menjalankan EIA harus terletak kepada Jabatan Alam Sekitar dan bukan pemaju. Sebaliknya pemaju mesti menanggung kos yang berkaitan dengan perkhidmatan perundingan ini.

Meningkatkan ketelusan dan menjadikan proses EIA boleh diakses oleh orang awam, NGO alam sekitar dan juga kumpulan berkepentingan dan wakil rakyat. Ubah suai kaedah paparan awam untuk memupuk peningkatan penglibatan orang awam dan penyertaan yang lebih besar daripada pihak yang berkepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, terakhir Tangga Batu ingin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan dana untuk menyokong kemajuan tadbir urus alam sekitar yang berkesan.

Dana yang diperoleh daripada penalti yang dikenakan untuk kesalahan alam sekitar harus diperuntukkan untuk pemuliharaan, pemulihan atau penambahbaikan alam sekitar serta mendidik generasi baharu.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan kepentingan terhadap pemuliharaan alam sekitar perlu dimulakan daripada peringkat awal persekolahan agar negara dapat melahirkan generasi celik dan cakna kepada alam sekitar yang membudaya dalam kehidupan mereka.

Akhir kata, Tangga Batu menyokong pindaan Rang Undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling ini dengan beberapa cadangan yang telah diberikan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu. Dipersilakan, Yang Berhormat Bentong.

final • 12:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih, Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Bentong untuk membahas dalam RUU Kualiti Alam Sekeliling ini.

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Menteri dan kementerian kerana dapat membuat satu perubahan yang baik dalam RUU Kualiti Alam Sekeliling kerana ia amat penting untuk memastikan alam sekitar kita dijaga dengan baik.

Tapi, saya juga ingin merujuk kepada pindaan kepada seksyen 16 dan seksyen 18 yang melibatkan peningkatan kadar denda dan tempoh maksimum penjara bagi kesalahan di bawah kedua-dua seksyen berkenaan pelanggaran terhadap syarat lesen.

Saya ingin meminta penjelasan kepada pihak kementerian, setakat ini berapakah jumlah syarikat ataupun individu yang telah melanggar syarat lesen? Berapa ramai kah yang telah pun didakwa dan dihukum di bawah akta ini?

Ini kerana kalau kita mengetahui selain kilang-kilang haram, terdapat juga kilang- kilang yang berlesen yang melakukan pencemaran ini. Berapakah pula kilang yang telah digantung lesen dan dibenarkan untuk beroperasi semula?

Seterusnya juga saya melihat bahawa terdapat peningkatan kadar hukuman denda dan hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 22 iaitu pencemaran udara, seksyen 23 pencemaran bunyi, seksyen 24 pencemaran tanah-tani, seksyen 25 pencemaran perairan dan daratan, seksyen 27 melepaskan minyak ke perairan Malaysia dan seksyen 29 melepaskan buangan ke perairan Malaysia.

Persoalan saya ini apakah peningkatan kadar hukuman ini benar-benar dapat mengekang kesalahan-kesalahan yang dibuat di bawah akta ini sekiranya penguatkuasaan tidak ditingkatkan?

Saya minta penjelasan pihak Menteri berkenaan dengan kapasiti ejen penguatkuasaan terkini dan apakah ia mencukupi dalam mengawal selia punca pencemaran yang berlaku? Apakah cabaran-cabaran lain yang menghalang atau membantutkan penguatkuasaan ini dilakukan?

Seterusnya saya merujuk kepada seksyen 29A dan 29AA berkenaan dengan larangan pembakaran terbuka kecuali apa-apa aktiviti kebakaran, pembakaran dan pembaraan yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai bukan pembakaran terbuka.

Saya fikir dalam seksyen ini Menteri dan juga Ketua Pengarah diberikan kuasa yang agak luas dalam menentukan takrifan pembakaran terbuka yang boleh dijadikan kesalahan yang mengakibatkan denda dan hukuman penjara.

Saya mencadangkan agar diperuntukkan perkataan Menteri selepas berunding dengan Majlis boleh dengan perintah seperti seksyen 18 supaya mengurangkan kuasa wewenang Menteri dan Ketua Pengarah agar sentiasa berbincang, berunding dan merujuk pandangan daripada Majlis sebelum membuat apa-apa pengisytiharan berkenaan larangan pembakaran terbuka ini.

final • 12:05 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya juga ingin meminta penjelasan apakah kadar hukuman denda dan penjara yang diperuntukkan bagi kesalahan dalam seksyen 29A dan 29AA ini terpakai untuk kedua-dua individu dan juga syarikat atau mana-mana entiti berdaftar? Ini kerana pembakaran terbuka juga sering dilakukan oleh individu-individu di kawasan perumahan ataupun perkampungan. Saya fikir tidak adil sekiranya rakyat biasa di perumahan yang membakar sampah secara terbuka di halaman dikenakan hukuman sama berat dengan pesalah dari syarikat-syarikat besar ataupun mana-mana entiti berdaftar atau tidak berdaftar.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada seksyen 45. Pindaan yang dicadangkan ialah menaikkan kadar kompaun kesalahan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada suatu jumlah wang yang tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Saya secara umumnya bersetuju dengan perkara ini namun ingin meminta Menteri memberikan sedikit penjelasan. Adakah Ketua Pengarah yang mewakilkan kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai awam, mana-mana jabatan kerajaan, mana- mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana perbadanan dapat mengurangkan beban petugas penguat kuasa kementerian dalam menyiasat, mengawal selia dan mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan yang dibuat oleh mana-mana individu atau syarikat yang terlibat?Ini kerana Pegawai Penguatkuasa di bawah Jabatan Alam Sekitar sahaja tidak mencukupi untuk mengawal selia pencemaran di seluruh negara.

Dato’ Yang di-Pertua, setakat ini sahaja perbahasan saya setakat ini. Terima kasih.

final • 12:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:05 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih pada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya amat menyokong kerana ini adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia, membabitkan hukuman yang berat terhadap jenayah alam sekitar ini. Kadang-kadang kes jenayah pencemaran ini lebih bahaya daripada bunuh orang sebab kes jenayah ini boleh membunuh orang ramai dan generasi yang berpanjangan disebabkan oleh kerana pencemaran alam sekitar ini.

Denda yang tinggi dan hukuman yang amat berat amat-amat dipersetujui.

Kalaupun bukan setakat denda, kalau boleh tutup sahaja industri ini kerana puak penjenayah lintah darat ini mereka sudah sediakan wang untuk bayar denda. Mereka sudah kira untung rugi dengan jenayah pencemaran yang mereka lakukan. Kadang- kadang mereka mampu senyum dengan bayaran denda yang diberikan.

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bertujuan untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekitar. Pindaan terakhir yang di buat akta ini ialah pada tahun 2012. Penguatkuasaan akta ini pada masa sekarang diterajui oleh Jabatan Alam Sekitar yang merupakan polis alam sekitar yang menjalankan tugas dan kewajipan di bawah akta ini. Di dalam rang undang-undang ini sejumlah 30 klausa pindaan di buat dan majoriti pindaan ini berkaitan dengan denda terhadap pelanggaran seksyen di bawah akta ini. Terdapat 25 klausa yang berkaitan dengan pindaan denda.

Pindaan akta yang membabitkan soal seksyen 16 subseksyen 2 menyatakan bahawa penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 1 ialah denda di antara RM25,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Kalau dulu RM25,000 sahaja. Seksyen 29A pembakaran terbuka menyatakan penalti bagi kesalahan di bawah seksyen ini satu atau tiga ialah denda di antara RM25,000 hingga RM1 juta atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya atau denda tambahan tidak lebih RM500,000. Kalau dulu hanyalah RM500,000.

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Seksyen 34B ini yang paling penting, buangan terjadual. Subseksyen 4 menyatakan bawah penalti bagi kesalahan di bawah seksyen ini ialah penjara tidak lebih daripada lima tahun dan denda antara RM100,000 hingga RM10 juta. Kalau dulu tidak lebih daripada RM500,000. Tragedi sisa toksik, pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim yang berlaku pada 7 hingga 20 Mac 2019 membabitkan seramai 5,039 mangsa dengan 1,228 terpaksa di rujuk ke hospital dan 26 daripadanya di rawat di unit rawatan rapi (ICU). Malahan seorang mangsanya budak sekolah pelajar tingkatan empat MRSM Irfan Wafiy Idham Wazir umur 16 tahun kini disahkan menderita penyakit myokymia yang bukan sahaja tiada ubat malahan penyakit yang tidak pernah direkodkan di negara ini.

Sejenis penyakit yang menyebabkan anggota menggelentar serta lemah dan terpaksa bergantung kepada tongkat. Keputusan kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman baru selepas mendapati ia berpotensi untuk memberi impak yang sangat ketara kepada alam sekitar amat-amat disokong.

Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga berkenaan dengan – selain daripada itu, Bagan Serai ingin mempersoalkan merujuk kes pencemaran yang berlaku akibat daripada tambakan laut PSR (Penang South Reclamation) yang diluluskan EIA. Pada 11 April 2023 apabila telah terdapat kenyataan oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN MUTIARA) dalam laporan Berita Harian 12 Mac 2024 yang lalu, Pengerusi PEN MUTIARA menyatakan kesan daripada tambakan satu pulau PSR menyebabkan tapak projek dipenuhi selut yang memberi kesan terhadap pantai dan pangkalan nelayan berdekatan.

Seperti mana yang disebut oleh Tangga Batu tadi, lalu aktiviti ini secara langsung akan menjejaskan pendapatan nelayan selatan Pulau Pinang secara ketara. Apakah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang berkemampuan untuk menyelia pematuhan parameter suspended solid dengan izin, bagi mengelakkan kesan selut yang menjejaskan nelayan? Bagan Serai mohon tindakan segera bagi membela nasib nelayan yang terjejas akibat daripada kualiti alam sekitar daripada tambakan PSR tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua sikit lagi iaitu berkenaan dengan kes tragedi rampasan kapal korek pasir di perairan Kerian 7 Mac 2024 yang membabitkan muatan 1,500 tan metrik.

Ini kawasan saya, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau duk korek-korek nanti, takdak Parlimen Bagai Serai pun takdak, Parlimen Parit Buntar pun takdak. Takdak dalam peta dah kalau duk mari korek dengan pasir dekat dengan perairan Kerian ini. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah? Jika tiada saya ke Yang Berhormat seterusnya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu?

final • 12:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya membahaskan akta ini, saya sudi untuk mengucapkan Selamat Hari Polis Ke-217 kepada semua anggota keselamatan di negara kita.

Baik terima kasih kepada Yang di-Pertua. Izinkan saya membahas usul pindaan Rang Undang-undang Akta 127 Alam Sekeliling. Tuan Yang di-Pertua pindaan seksyen 25 ibu di pinda dengan menggantikan seksyen 3 di mana disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih lima tahun dan denda RM50,000 hingga RM10 juta.

Hukuman dan denda ini amat wajar kerana sesuatu pencemaran yang berlaku boleh merosakkan, merugikan dan memerlukan kos untuk dipulihkan.

Contohnya pada tahun 2019 seperti mana yang dikatakan oleh Bagan Serai tadi, iaitu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor hampir lebih daripada 1,000 yang mana di paksa dimasukkan ke hospital dan kos untuk membaik pulih ataupun mengembalikan sungai itu menjangkau RM6.4 juta bagi menyelenggara kembali sungai Kim Kim. Adalah lebih baik kos ini juga boleh juga pihak mahkamah hendaklah dipertanggungjawabkan kepada yang melakukan kesalahan.

final • 12:17 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Sebagai pengetahuan kementerian juga, setakat 2023 terdapat lebih 29 sungai tercemar teruk dan diklasifikasikan sebagai kelas keempat dan kelima yang berpunca daripada pelbagai aktiviti, industri, kumbahan, penternakan serta sikap masyarakat yang membuang sampah di merata-rata. Persoalannya adakah dengan meminda akta ini dapat mengatasi isu-isu yang tuntas dan berkesan?

Bagi pindaan seksyen 2 berkaitan pembakaran terbuka. Isu pembakaran terbuka ini amat sukar di kawal. Ia banyak berpunca daripada pembakaran sisa tanaman.

Contohnya pembakar jerami padi untuk suburkan tanah dan proses penanaman semula padi terutama kawasan kampung atau pembakaran hutan. Bagi petani, membakar jerami adalah untuk menjadikan baja semula jadi, melambatkan pertumbuhan rumput serta bertujuan untuk mengawal penyakit dan perosak. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah kaedah yang sesuai bagi mengelakkan jerami di bakar? Jika kita denda petani sudah tentu mereka tidak mampu membayar. Mungkin untuk mengelak pembakaran, jerami boleh dijadikan bentuk bendala di jual kepada penternak haiwan ataupun sungkupan iaitu untuk memelihara kelembapan tanah.

final • 12:17 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bagi seksyen 22, 23, 24, 25, 27 dan 29, Akta 127 adalah menaikkan penalti yang mengadakan peruntukan bagi denda minimum dan maksimum. Ini amatlah bersesuaian kerana ada sesetengah pihak tidak menghiraukan denda ataupun kompaun yang dikenakan, dan mereka sanggup membayar. Oleh itu, pindaan seksyen ini bagi menaikkan penalti dan denda amatlah wajar bagi membendung pencemaran alam sekeliling.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meminimumkan pencemaran alam sekitar ini juga, pihak kerajaan perlulah menambah kelengkapan alatan terkini bagi memudahkan penguat kuasa mengesan, mencegah pencemaran alam sekitar contohnya air, udara dan kebakaran.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menguat kuasa lagi Akta Kualiti Alam Sekitar ini supaya lebih berkesan dan meminimumkan kes yang timbul, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan untuk menambah penguat kuasa-penguat kuasa bagi mencegah berlakunya kes-kes jenayah dan alam sekitar yang lebih serius. Saya juga turut ingin bertanya kepada kementerian adakah bercadang untuk menambah Pasukan elit Cegah Jenayah Alam Sekitar yang sedia ada kerana pasukan elit ini pada kebiasaannya akan disokong dengan sumber logistik, kepakaran forensik dan risikan, kekuatan anggota serta pemantapan undang-undang dan bidang kuasa bagi menangani masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi seksyen 3(1) di mana memerlukan pakaian seragam bagi pegawai yang dilantik di bawah seksyen 2, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kementerian yang telah menukar uniform rasmi penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar setelah 40 tahun. Harapan saya, ini akan dapat memberi semangat kepada penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar yang sedang bertugas di negara kita. Tuan Yang di- Pertua, sekian, terima kasih saya mohon mencadang.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Batu.

final • 12:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Dato’ Speaker.

Batu terpanggil untuk membawa dua perkara, yang pertama melibatkan tafsiran pembakaran terbuka. Dengan memasukkan tafsiran pembakaran terbuka, ia membawa maksud apa-apa jenis kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas atau yang dilepaskan melalui serombong.

Hal ini amat membimbangkan terutamanya kepada kumpulan pesawah, saya juga setuju dengan sahabat saya Kulim-Bandar Baharu tadi berkaitan dengan jerami padi yang dilakukan – pembakaran jerami padi dilakukan oleh pesawah bagi memastikan tanah sawah kekal subur. Hal ini demikian, kerana apabila proses pembakaran dilakukan, bakteria padi boleh dihapuskan secara total dan akan mengurangkan risiko kerosakan

final • 12:22 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

bagi aktiviti penanaman berikutnya. Jika tafsiran pembayaran terbuka ini diluluskan tanpa memberi pengecualian kepada sebahagian sektor ekonomi, secara tidak langsungnya telah menggugat sistem keterjaminan makanan jika ramai pesawah harus menggulung tikar atau ia akan menambah kos operasi jika pesawah harus menggunakan kaedah- kaedah berteknologi tinggi bagi mengatasi masalah ini.

Dato’ Speaker, topik seterusnya berkaitan dengan pencemaran perairan. Batu melihat perkara ini adalah satu masalah yang telah berlarutan saban tahun. Pelbagai usaha telah saya lakukan tetapi perkara ini masih tidak dapat diselesaikan secara total malahan masalah sama tetap berlaku. Apabila sebuah pindaan yang dilihat cukup tegas ingin dilaksanakan di mana ia melibatkan penjara mandatori dan jumlah denda ditingkatkan ke RM10 juta. Saya bersetuju kerana ia akan melibatkan kawalan dan seliaan yang kuat. Sebagai perkongsian, perkara ini bukan kali pertama saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini.

Batu menghadapi dan berdepan dengan masalah pencemaran di Kolam Nanyang, Kolam Delima, Kolam Wahyu dan Kolam Batu. Hal ini disebabkan sifat sambil lewa yang diambil sama ada oleh penduduk mahupun peniaga di sekitar pasar borong di dalam Batu. Mereka membuang sampah seperti tidak melakukan sebarang kesalahan walau telah diperingatkan saban kali, aktiviti membuang sampah secara haram tetap dilakukan. Apabila hujan, laluan saliran yang sempit ini telah tersangkut dengan sampah- sampah ini dan ia akan dibawa arus secara perlahan dan seterusnya ia berkumpul di kolam takungan.

Hal ini telah menjadi punca kepada masalah lain seperti pembiakan nyamuk aedes, pencemaran bau malahan ia juga menyebabkan banjir kilat. Penduduk berhampiran menjadi mangsa kerakusan oleh sesetengah pihak manakala pejabat saya sering kali terlibat dalam aktiviti pembersihan kolam takungan. Sampai bila perkara ini harus berlanjutan? Jadi, dengan pindaan ini Batu berharap agar satu penguatkuasaan yang ketat dapat dilakukan oleh penguatkuasaan manakala ia akan menjadi asbab kepada semua untuk tidak menjadi penderma kepada masalah-masalah yang telah berlarutan ini.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada Menteri yang telah melawat antara satu kolam tahun lepas kalau tak silap saya, so saya dengan rela menyokong pindaan ini.

Terima kasih Dato’ Speaker.

final • 12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Dipersilakan Yang Berhormat Mersing.

final • 12:22 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya berbahas pada Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 peringkat dasar pada hari ini. Pada hemat saya, RUU yang dibentangkan pada kali ini adalah bertujuan untuk memperkukuh, memantapkan serta menumpukan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih tegas dalam konteks tindakan struktural penghukuman untuk membendung ancaman jenayah alam sekitar.

Rang undang-undang ini juga merupakan satu langkah signifikan dalam memastikan tiada mana-mana pihak atau individu yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah pencemaran, pembakaran terbuka dan sebagainya.

Pada masa yang sama, saya berpandangan bahawa pindaan-pindaan dalam akta ini sememangnya akan memberi manfaat kepada Jabatan Alam Sekitar untuk menggunakan kuasa dan peruntukan yang perlu bagi memantau kesan alam sekitar dengan lebih komprehensif dan lestari.

Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk cadangan bagi tindakan penguatkuasaan dan pemantauan insiden pembakaran terbuka. Dalam fasal 2 pindaan pada seksyen 2 menyatakan takrifan bagi pembakaran terbuka. Maksud takrifan tersebut adalah merujuk kepada apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong.

final • 12:26 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Soalan saya adalah apakah usaha produktif yang telah diambil oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama PBT pejabat daerah dan para pemilik tanah ladang dan kebun dalam mencari jalan penyelesaian supaya masalah kebakaran terbuka timbunan sampah sarap haram terutama di tapak-tapak tanah yang dijadikan tapak pembuangan sampah haram dapat ditangani secara berkesan serta memastikan kerja pembersihan sampah di tapak itu mengikut SOP yang ditetapkan.

Sementara itu, saya ingin tahu sejauh manakah kekerapan tahap pemantauan insiden pembakaran terbuka dan api tanah gambut ketika ini dengan mengambil kira fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dan dijangka akan berlarutan sehingga bulan April. Ini termasuk paya gambut ..

[Tidak jelas] di Mersing.

Seterusnya adakah pihak kementerian juga bercadang supaya program advokasi diperluas di mana ketua-ketua balai dan pegawai penguat kuasa digerakkan secara lebih kerap ke lapangan untuk mendekati ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat di kawasan pedalaman dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesan kebakaran terbuka ini.

Dato’ Yang di-Pertua, isu pencemaran sungai sering kali menimbulkan kebimbangan semua pihak. Hal ini kerana sungai merupakan antara sistem semula jadi utama yang mempunyai peranan bagi mengurangkan kesan pencemaran bukan semula jadi yang dibawa oleh industri pembuatan, pertanian, sistem pemulihan loji-loji kumbahan dan sebagainya. Sebagai contoh insiden pencemaran sisa kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada Mac 2019 memberi kesan buruk kepada masyarakat dan membuka mata semua pihak.

Saya menyambut baik usaha kementerian untuk terus komited mengadakan libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan dan pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pihak penggerak projek pembangunan, pihak industri dan persatuan penduduk supaya mengambil peranan yang menyeluruh dalam menyekat jenayah pencemaran secara kolektif.

Saya menyarankan agar Jabatan Alam Sekitar dapat terus memperhebatkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan khasnya membabitkan kilang- kilang yang berpotensi dan berisiko tinggi menyumbang kepada pencemaran. Saya menyeru agar pendekatan forensik alam sekitar perlu dilaksanakan dan diperkasakan.

final • 12:26 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan pusat penyelidikan forensik alam sekitar bagi proses analisis yang mendalam tentang pencemaran dan mengenal pasti kitaran bahan pencemar melalui penggunaan kaedah saintifik. Saya yakin dan percaya sekiranya pendekatan tersebut dirangkumkan secara bersama, kerja-kerja pengumpulan data dan hasil analisis ke atas pencemaran akan lebih signifikan seterusnya menjadi dokumentasi penting dalam proses pendakwaan di mahkamah.

Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA). Saya ingin bangkitkan khasnya dalam aspek jaminan kualiti laporan EIA. Seperti kita sedia maklum, laporan EIA berupaya mempengaruhi perkembangan dan status pembangunan sesuatu projek sama ada akan dilaksanakan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, pengukuhan garis panduan laporan EIA harus dipertingkatkan dan mesti bersifat adil, telus dan melibatkan orang awam.

Dalam seksyen 34A pada Bahagian IV menjelaskan bahawa kepentingan mengemukakan laporan penilaian impak alam sekitar kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar. Walaupun begitu, walaupun JAS ada menerbitkan garis panduan untuk penyediaan laporan EIA berkenaan, namun terdapat kemungkinan berlaku perlanggaran etika penyediaan laporan daripada pihak pemaju. Dalam hal ini, saya ingin mengetahui, adakah ada usaha untuk menambah baik penyediaan laporan EIA dan apakah langkah- langkah untuk memperbaiki proses pengulasan dalam laporan EIA bagi menghasilkan suatu projek laporan yang lebih komprehensif?

Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].

Dato' Yang di-Pertua, menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2022, peratus bilangan sungai tercemar telah berlaku sedikit peningkatan daripada tiga peratus pada tahun 2021 kepada empat peratus pada tahun 2022. Sejumlah 495, yakni 74 peratus, sungai daripada 672 sungai yang dipantau telah menunjukkan indeks kualiti air bersih, 148 ataupun 22 peratus adalah sederhana tercemar, manakala 29 ataupun empat peratus adalah tercemar.

Apabila kita membicarakan tentang pencemaran sungai ini, saya ingin menyinggung berkaitan dengan isu sampah sarap yang menimbun dalam sungai-sungai dalam negara kita. Dalam tahun 2022, sebuah kumpulan muzik ternama antarabangsa, mungkin sensitif tetapi saya sebut juga, iaitu Coldplay pernah menaja sebuah mesin memerangkap sampah sungai yang disebut sebagai Interceptor 005 di Sungai Klang.

Mesin ini dianggar bernilai RM3.2 juta. Kita sangat beruntung khususnya rakyat negeri Selangor dan amnya rakyat Malaysia dengan tajaan ini kerana impaknya terhadap Sungai Klang amat besar. Hampir 500 tan sampah dapat dikurangkan dengan penggunaan jentera ini sekali gus ia membebaskan punca daripada pencemaran di laut itu yang hasilnya daripada pengaliran sampah melalui Sungai Klang ini.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan akan memberikan fokus kepada penguatkuasaan bagi kesalahan membuang sampah ke sungai-sungai ini?

Kerana kita tahu bahawa tindakan seperti memerangkap sungai di bahagian hujung ini, seperti Interceptor ini, adalah merupakan tindakan yang reaktif dan ia tidak berdaya tahan.

Sebab itu, peningkatan denda yang dilakukan oleh kerajaan terhadap pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling ini pada saya merupakan satu perkara yang bukan sahaja tepat pada masanya tetapi kena pada tempatnya.

Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, setakat manakah kita sedang berusaha untuk mengaplikasikan teknologi digital― kerana sekarang ini kita sedang bergerak ke arah transformasi digital. Kerana terdapat pelbagai aplikasi AI yang boleh membantu kita untuk mengesan lebih awal lagi tentang pencemaran-pencemaran yang berlaku dalam sungai-sungai kita ini. Selalu kita berbincang tentang preventive maintenance ataupun preventative maintenance, tetapi dengan teknologi AI, kita sekarang sudah bergerak ke arah predictive maintenance. Maksudnya, kita sudah menganggarkan atau menjangkakan apa yang boleh berlaku kepada sungai-sungai kita ini.

Sebab itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, setakat manakah kementerian berusaha untuk mengaplikasikan teknologi-teknologi digital seperti AI ini dalam usaha kita untuk membendung pencemaran terhadap sungai yang berlaku dalam negara kita?

Kes-kes pencemaran sungai juga diakibatkan oleh tumpahan bahan kimia daripada industri. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan impak yang lebih besar menyebabkan gangguan bekalan air yang tidak berjadual. Sebagai contohnya, di Selangor sejak tahun 2020, beberapa siri gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku dan sangat mengganggu pengguna. Ramai orang salahkan Pengurusan Air Selangor tetapi hakikat yang sebenarnya Pengurusan Air Selangor telah pun berusaha dengan sebaik-baiknya melakukan pembaikan, pemberhentian bekalan air secara berjadual.

Tetapi apabila berlakunya pencemaran sungai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini, inilah sebenarnya yang menyebabkan kerisauan, gangguan kepada rakyat di negeri Selangor ataupun di Lembah Klang secara umumnya.

final • 12:31 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Begitu juga dengan pencemaran Sungai Kim Kim yang juga disebutkan oleh Bagan Serai tadi, di mana pada tahun 2019 telah menjejaskan 2,000 orang dengan 947 menerima rawatan di hospital ketika itu. Pada ketika itu, ada laporan-laporan yang menyatakan bahawa penggunaan Akta 127 ini tidak memadai untuk menghukum pesalah berkenaan dengan bencana yang berlaku. Oleh itu, tindakan kita sekarang ini, Kerajaan Madani mengusahakan pindaan kepada akta ini sangat-sangat merupakan satu perkara yang patut kita sokong dan kita hargai.

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar.

final • 12:31 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum saya membahas, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Polis ke-217 kepada semua anggota polis dan bekas anggota polis...

[Tepuk] Termasuk Timbalan Speaker yang diadakan pada 25 Mac dengan tema, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. Semoga segala pengorbanan anggota polis diberkati oleh Allah SWT, dilimpahkan rezeki lagi-lagi di bulan Ramadan ini.

Terima kasih Speaker kerana memberi peluang untuk Kapar membahaskan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].

Secara dasarnya, Kapar setuju kerajaan mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan penalti yang lebih tinggi bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut masing- masing dan mengadakan peruntukan bagi denda minimum dan maksimum.

Poin yang Kapar mahu utarakan. Saya mahu pencerahan istilah “mana-mana orang” sebab ia tulis banyak dalam pindaan-pindaan kebanyakan seksyen. Contohnya di antara seksyen 30A, pindaan seksyen 13, subseksyen 31A. Soalan saya, siapakah yang dimaksudkan “mana-mana orang” ini? Adakah ia merangkumi syarikat, tuan punya kilang atau premis?

Contoh, sekiranya sampah atau sisa kilang dilonggok di tapak haram oleh mana- mana syarikat atau kilang atau industri, yang ditangkap melakukan pembakaran adalah pekerja yang diupahkan dan biasanya mereka ini B40 yang hanya mendapat arahan.

Soalan saya, siapakah yang akan diambil tindakan menurut akta ini?

Contoh yang saya selalu ulangkan di dalam Parlimen ini, masalah kebakaran berulang-ulang di tapak pelupusan haram yang terbesar di Asia Tenggara di Batu 14, Jalan Kapar. Telah dapat liputan luas media dan menarik perhatian NGO alam sekitar dalam dan luar negara. Contohnya, awal Disember 2023, banyak kali dah berulang- ulang― “300,000 penduduk derita bau sampah haram”, kata Sinar dan Kosmo.

Tujuan kita adakan akta ini dan meminda akta ini adalah untuk pastikan tiada pembakaran terbuka dan usaha untuk memastikan kualiti alam sekitar kita sihat untuk rakyat. Yang saya mahu tahu adalah adakah kerajaan akan mampu mengenal pasti, dengan izin, culprit sebenarnya dan akta ini menjadi effective deterrent, dengan izin, bukan semata-mata academic exercise.

final • 12:37 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Nampak canggih tapi susah nak buat dan tak mampu nak tangkap orang yang sebenar. Jadi khususnya, apakah loophole, dengan izin, yang ada dalam undang-undang ini yang boleh diambil peluang oleh industri atau kilang-kilang yang mahu mengutamakan pengurangan kos pelupusan sampah yang menyebabkan mereka enggan menghantarkan sisa, termasuk yang toksik ke tempat tapak pelupusan sampah yang lebih sempurna.

Saya difahamkan Kapar mempunyai beribu kilang dan kebanyakannya haram.

Saya minta penjelasan daripada Menteri berkaitan. Sebenarnya dekat Kapar ini berapa yang sebenarnya legal daripada segi undang-undang? Saya mewakili rakyat Kapar juga mohon sangat kerajaan kaji isu besar ini, yang rumit ini, yang kronik ini, secara tuntas.

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kementerian dalam menjaga alam sekitar perlu bersinergi dengan KPKT, PTG, Penerangan, PDRM, termasuklah pihak tempatan. Semua perlu bekerjasama menangani ini dan apakah insentif kerajaan supaya pemberi maklumat tampil memberi maklumat yang tepat dan bagaimanakah kerajaan menjaminkan keselamatan mereka?

Bagaimanakah kerajaan akan melindungi mereka?

Tuan Yang di-Pertua, whistleblower ini sangat penting. Jadi, pihak kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada mereka ini supaya apa yang disebut oleh semua sahabat- sahabat kita, pembahas-pembahas tadi, mereka yang sebenarnya melihat dan boleh mengambil bukti, ambil gambar, ambil video dan sebagainya. Kadang-kadang benda ini berlaku waktu malam, waktu mungkin pegawai kerajaan pun tak bekerja dan sebagainya.

Jadi, mereka ini adalah rakan strategik kementerian. Jadi, berikanlah peluang bagi mereka.

Ini saya nak tanya ini, pindaan seksyen 45, akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut. “(1) Ketua Pengarah atau mana-mana Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam mana-mana jabatan kerajaan, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana perbadanan yang kepadanya Ketua Pengarah telah mewakilkan kuasa itu secara bertulis boleh dengan keizinan bertulis Pendakwa raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah akta ini atau peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan oleh Menteri sebagai kesalahan yang boleh di kompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah yang telah melakukan...” panjang lagi.

Yang saya hendak tanya, who are the lowest rank in the government yang layak diberikan this kuasa ini untuk mengkompaun? Kerana kalau kita boleh kenal pasti semua ini, kita insya-Allah boleh mengatasi loopholes yang ada. Maka, mereka yang menjadi punca kepada masalah kebakaran dan punca memusnahkan kualiti alam sekitar ini akan kita boleh atasi. Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.

final • 12:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 pada hari ini. Tuan Yang di- Pertua, pindaan RUU ini bertujuan untuk memperkasakan fungsi Jabatan Alam Sekitar yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ianya bagi mewujudkan denda yang lebih tinggi bagi mengekang dan menghukum penjenayah alam sekitar.

Di samping itu, bagi memberi isyarat yang jelas bahawa kerajaan serius untuk mengawal pencemaran alam sekitar. Betong berpandangan bahawa Rang Undang- undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 ini adalah sedikit lewat, mengambil kira beberapa kes berprofil tinggi yang pernah menggemparkan negara, seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada tahun 2019.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada kementerian kerana membentangkan RUU pada kali ini. Selaras dengan hasrat kementerian yang mahu memberikan isyarat jelas bahawa kerajaan serius untuk mengawal pencemaran alam sekitar, maka Betong melihat denda minimum dikenakan bagi seksyen-seksyen berikut iaitu seksyen 37, 41, 48A, 48AD sebanyak RM5,000 wajar diteliti semula oleh pihak kementerian.

Peningkatan hukuman denda maksimum sebanyak RM10 juta pula jelas bahawa kerajaan adalah serius. Justifikasi pindaan ini ialah bila Lembaga Urus Air Selangor membelanjakan sebanyak RM10 juta atau purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM167,000 sepanjang tempoh 2016-2020 bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pembersihan sungai yang telah dirosakkan akibat pencemaran.

Dato' Yang di-Pertua, Betong berpendapat ada juga keperluan meneliti sekiranya pesalah adalah repeat offenders, dengan izin, boleh dipertimbangkan untuk memasukkan klausa yang lebih tegas ke atas repeat offender ini untuk cegah ataupun sebagai deterrent

final • 12:43 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

kesalahan berulang. Menetapkan hukuman penjara mandatori juga diharapkan dapat mencegah daripada berlakunya kes-kes pencemaran atau penjenayah alam sekeliling di masa hadapan. Dato' Yang di-Pertua...

final • 12:43 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon laluan sikit. Sikit sahaja. Kubang Kerian.

final • 12:43 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Ya.

final • 12:43 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Apakah Betong setuju supaya kerajaan menambahkan lagi ibu pejabat ataupun pusat-pusat bagi pejabat Jabatan Alam Sekitar, khususnya di Sabah dan Sarawak yang sangat kurang, yang menyebabkan bila operasi berlaku, pegawai lambat nak sampai ke tempat berlaku kes dan pembuktian gagal dibawa untuk ke mahkamah. Yang ini saya nak minta pandangan.

final • 12:43 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Kubang Kerian.

Ya, saya sangat setuju bahawa seperti yang kita tahu, di Sabah Sarawak memang ada keperluan untuk menambah pejabat-pejabat Jabatan Alam Sekitar bagi menjalankan kerja-kerja tersebut. Terima kasih Kubang Kerian. Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada seksyen 27 dan 29, di mana takrifan pengairan Malaysia di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 masih merujuk kepada Ordinan No.7 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969.

Ini perlu juga diselaraskan semula mengikut Territorial Sea Act 2012 [Akta 750].

Begitu juga seksyen 27 dan 29, perlu diselaras dengan konvensyen-konvensyen berkaitan seperti International Convention for the Prevention of Pollution from Ships, 1973 as modified by the Protocol of 1978 relating thereto The United Nations Convention on the Law of The Sea (UNCLOS) 1982 dan International Convention on Oil Pollution Preparedness, Response and Co-operation 1990 (OPRC). Dato’ Yang di-Pertua, bagi memperkasakan lagi RUU ini supaya ianya lebih menyeluruh dan komprehensif dan bukan semata-mata bergantung pada penalti dan denda, Betong ingin mengemukakan beberapa persoalan. Antaranya yang pertama, adakah kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan untuk agensi penguatkuasaan alam sekitar untuk meningkatkan seperti latihan kakitangan, peralatan dan kemampuan teknologi? Seterusnya, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan unit khusus yang ditugaskan untuk menyiasat dan mendakwa jenayah alam sekitar?

Seterusnya, adakah kerajaan bercadang untuk pertimbangkan tubuhkan mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan jenayah alam sekitar? Adakah kerajaan bercadang untuk pertimbangkan untuk mewajibkan penyertaan awam dalam proses pembuatan keputusan alam sekitar, memastikan keterlibatan masyarakat dalam isu-isu alam sekitar yang berkaitan?

Menyediakan latihan dan program peningkatan kapasiti untuk komuniti, pertubuhan, masyarakat sivil dan pihak berkuasa tempatan untuk terlibat secara berkesan dalam proses pembuatan keputusan alam sekitar dan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan mekanisme perlindungan kepada pemberi maklumat untuk menggalakkan pelaporan bagi sebarang aktiviti perlanggaran alam sekitar?

Seterusnya, perlu menekankan prinsip-prinsip pembangunan lestari dalam pelbagai bidang, termasuk dalam pengurusan alam sekitar, perancangan bandar dan pembangunan ekonomi dan mempromosikan pembangunan lestari melalui penambahbaikan dalam peraturan dan insentif untuk amalan-amalan hijau.

Sebagai kesimpulannya Dato' Yang di-Pertua, kerajaan perlu pertimbangkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur bersesuaian bagi pembuangan bahan-bahan berjadual dan selain daripada pindaan undang-undang, penting juga untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan awam mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan akibat negatif pencemaran. Ini termasuk program-program pendidikan dan kempen-kempen kesedaran untuk memastikan bahawa masyarakat faham akan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar dan akibat perlanggaran undang-undang.

Itu sahaja dari Betong dan saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Besut.

final • 12:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Sebenarnya RUU Alam Sekitar ini sebenarnya telah dibentangkan sebelum ini, pada kerajaan lama. Tapi tak tahu, lepas itu ditarik balik. Hampir sama, saling tak tumpah dengan rang undang-undang yang telah dibentangkan sebelum ini.

Jadi secara umumnya, pindaan RUU ini lebih fokus sebenarnya kepada peningkatan had hukuman denda dan juga kompaun terhadap penjenayah alam sekitar.

Jadi, kita sedia maklum bahawa ramai pihak telah lama mencadangkan peningkatan hukuman dalam RUU ini terhadap penjenayah alam sekitar dan juga memandangkan pencemaran melibatkan alam sekitar ini semakin kritikal. Ia memberi implikasi besar terhadap nyawa manusia.

Namun begitu, suka untuk saya ingatkan dalam Dewan ini bahawa hukuman yang lebih tinggi melibatkan jenayah alam sekitar ini semata-mata, tidak cukup dalam untuk kita menoktahkan isu pencemaran di negara ini. Penguatkuasaan dan juga pemantauan undang-undang serta piawaian dalam mencegah dan juga mengawal pencemaran alam sekitar ini perlu ditingkatkan selari dengan peredaran zaman. Selain itu, saya melihat peruntukan mengikut Kanun Keseksaan sebenarnya wajar diguna pakai dalam menghukum penjenayah alam sekitar ini.

Hal ini kerana tidak semua kesan pencemaran alam sekitar ini terhadap status kesihatan masyarakat sekeliling berlaku serta-merta. Ia makan masa yang lama. Ada kesan pencemaran yang mengambil masa yang lama khususnya membabitkan sakit kronik seperti kanser. Contoh juga saya bagi, ada penyakit minamata yang mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Pernah berlaku di Jepun pada tahun 1956, ada 17 orang meninggal kerana mengambil makanan laut.

Yang di-Pertua suka makan makanan laut tidak? Dia gout, bahaya. Tetapi ini lagi bahaya. Dia ada raksa, pelepasan raksa oleh satu syarikat. Jadi, inilah yang perlu kita ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan. Jadi, saya melihat Kanun Keseksaan ini amat wajar diguna pakai bagi memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak melakukan pencemaran alam sekitar yang membawa mudarat kepada kesihatan awam.

Jadi, sudah tiba masanya kerajaan memberikan hukuman sebat kepada penjenayah alam sekitar ini jika perbuatan mereka dibuktikan melalui laporan perubatan yang menimbulkan kesan kesihatan yang significant seperti hilang upaya kekal dan juga kepada mangsa pencemaran itu sendiri.

Jadi, saya bersetujulah dengan pendapat pakar undang-undang dari Universiti Kebangsaan yang menyatakan bahawa perkataan melibatkan kecuaian, leka dan bertindak tidak wajar dalam melakukan kesalahan, mencemarkan alam sekitar ini perlu dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan supaya tiada alasan lagi untuk pelaku itu melepaskan diri.

Seterusnya dalam pindaan seksyen 3, yang dimasukkan 3(1)(p) ke dalam Akta 127 ini bagi memberi Ketua Pengarah kuasa untuk menentukan pakaian seragam pegawai, yang mana selain imej baru uniform ini ditukar agar masyarakat ini nampak gerun sedikit seperti pakaian seragam pasukan polis yang bertemakan warna biru tua.

Saya melihat bilangan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) ini termasuk anggota forensik alam sekitar juga perlu ditingkatkan, terutama bagi kawasan yang hot spot berlaku pencemaran termasuk Sabah dan Sarawak supaya penguatkuasaan pindaan akta ini dapat dilakukan dengan lebih efisien. Jadi, kerajaan juga perlu memastikan perjawatan anggota JAS ini perlu ditambah. Kalau sekarang ini 1,100, kita tambah kepada 3,000.

Seterusnya, seksyen 25 berkaitan dengan sekatan mengenai dengan pencemaran perairan daratan yang dinaikkan denda RM50 ribu kepada RM10 juta. Saya

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

ingin bertanya, sekiranya berlaku pencemaran ini, adakah juga termasuk kos berbentuk pampasan kepada yang menerima akibat daripada pencemaran tersebut? Kos berkaitan pembiayaan kesihatan dan juga pampasan yang setimpal kepada mangsa juga perlu diambil kira semasa menjatuhkan hukum ataupun denda dan sebagainya.

Seterusnya, saya ingin sebut terma tiada had berkaitan masa atau tempoh perlu juga dimasukkan dalam bagi mereka yang terkesan, berdasarkan kepada laporan perubatan untuk menuntut pampasan. Kadang-kadang ada tiga tahun, enam tahun, 12 tahun. Ini kita tak perlu, sebab kadang-kadang kesan itu mengambil masa yang lama, berbelas tahun kadang-kadang.

Jadi akhir kata, ingin saya ingatkan bahawa perbuatan mencemar alam sekitar ini adalah suatu kesalahan yang amat serius kerana ia mencabul hak asasi seseorang manusia. Jadi saya, Besut menyokong RUU ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana telah sekali lagi membentangkan RUU ini yang merupakan bagi saya satu langkah yang progresif dalam memperkukuhkan undang-undang bagi melawan jenayah terhadap alam sekitar.

Saya memberikan sokongan penuh terhadap usaha ini, di mana peningkatan denda sehingga RM10 juta itu dan pengenalan hukuman penjara secara mandatori merupakan satu langkah yang tegas bagi mengatasi, terutamanya pencemaran air serta melibatkan kos pembersihan sungai dan sumber air mentah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, data menunjukkan bahawa kos pembersihan dan pelupusan bahan pencemar dalam insiden Sungai Kim Kim adalah sebanyak RM6.4 juta. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga telah membelanja hampir RM10 juta sepanjang 2016 hingga 2020 untuk membersihkan sungai-sungai yang tercemar. Namun demikian, akta ini masih tidak menyediakan satu mekanisme tuntutan untuk melindungi hak asasi pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran.

Ini sering berlaku secara tiba-tiba dan memberikan kesan kepada kehidupan seharian pengguna, terutamanya rakyat jelata. Maka, saya lihat sekarang adanya keperluan supaya kita mewujudkan satu mekanisme yang efektif dalam menjamin hak- hak pengguna, terutamanya pengguna biasa selain daripada tindakan sivil terhadap syarikat atau individu yang bertanggungjawab atas pencemaran air.

Saya mencadangkan supaya kerajaan meminda juga Akta Industri Perkhidmatan Air 2026 ataupun Akta 655, khususnya seksyen 121 dan seksyen 122 agar hukumannya diselaraskan dengan pindaan RUU kali ini. Saya juga mencadangkan supaya penambahan kesalahan baru dalam akta yang menghukum setiap perbuatan yang menyebabkan gangguan bekalan air.

Ini membolehkan pengguna dan pemegang lesen menuntut ganti rugi untuk kos yang dikeluarkan dalam memulihkan sistem bekalan air yang telah tercemar. Pembelaan hak-hak pengguna haruslah diberikan penekanan. Bukannya hanya fokus kepada penghukuman pencemar dan hanya dengan pendekatan inilah sistem kita akan berfungsi dengan secara tuntas dan adil untuk semua pihak.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas usaha untuk meningkatkan hukuman terhadap kesalahan pembakaran terbuka. Namun, saya perlu menekankan bahawa tindakan peningkatan hukuman sahaja tidak mencukupi sekiranya penguatkuasaannya tidak dilaksanakan secara efektif. Ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat telah menekankan isu ini.

final • 12:55 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Berdasarkan aduan yang diterima, pembakaran terbuka masih kerap berlaku, menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam sistem penguatkuasaan yang sedia ada.

final • 12:55 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Oleh itu, saya ingin mempersoalkan bahawa adakah langkah-langkah yang berkesan telah diambil oleh pihak kementerian bagi mengatasi isu kekurangan tenaga penguatkuasaan ini? Saya mengalu-alukan cadangan, di mana kementerian bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain, terutamanya dengan kementerian pembangunan kerajaan tempatan bagi meningkatkan keberkesanan dalam menangani gangguan akibat kebakaran terbuka.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Usaha ini boleh dilakukan melalui operasi bersepadu dengan memberikan kuasa mengikut akta ini kepada pihak berkuasa tempatan supaya Pegawai Penguatkuasa dari PBT turut boleh menjalankan penguatkuasaan, selaras dengan amalan yang berjaya di Majlis Perbandaran Kulai pada tahun 2019.

Usaha-usaha pemerkasaan tenaga penguatkuasaan di peringkat PBT juga perlu dijalankan supaya pihak berkuasa tempatan dapat melatih tenaga penguatkuasaan yang profesional dan peka kepada isu-isu alam sekitar.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 1:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat– terganggu sedikit dah. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, pembakaran terbuka juga sering dikaitkan dengan wujudnya tapak pelupusan sampah haram, terutamanya di kawasan bandar. Ini merupakan masalah yang rumit, yang perlu mengadakan kerjasama rentas jabatan dengan pelbagai agensi, termasuk Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan, SW Corp dan pejabat tanah.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah usaha rentas jabatan yang telah dan akan dilaksanakan untuk mengatasi isu tapak pelupusan sampah haram yang telah menghantui masyarakat bandar kita?

Yang Berhormat Puan Speaker, ada satu isu lagi. Saya harap saya dapat habiskan dalam perbahasan saya iaitu inisiatif kerajaan dalam menambah baik peruntukan bagi pembakaran terbuka dan tafsiran seksyen 29A, RUU ini. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam usaha membanteras pembakaran terbuka.

Namun, saya merasakan bahawa komitmen ini masih belum menyeluruh.

Sekiranya kerajaan tidak- pada masa yang sama mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan Akta Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

Pada sesi Parlimen yang lalu, saya pernah membangkitkan isu ini. Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai jabatan, kementerian, pakar, NGO serta ahli panel penasihat dan konsultasi telah ditubuhkan untuk mengkaji penggubalan RUU Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

Kini, proses ini masih dalam fasa pengumpulan maklum balas dan ini telah mengambil masa yang lama. Jadi, di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan tiga cadangan yang telah dikemukakan oleh pertubuhan bukan kerajaan, iaitu Greenpeace.

Yang pertama, wujudkan rangka kerja undang-undang serantau yang dapat memastikan syarikat-syarikat bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan.

Yang kedua, semua syarikat yang dikenali kerana aktiviti penebangan hutan harus mendedahkan dan menerbitkan portal konsesi mereka secara terbuka serta memastikan ianya dapat diakses oleh semua negara anggota ASEAN.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 1:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang ketiga dan terakhir, piawaian kualiti udara di negara-negara anggota ASEAN, haruslah diseragamkan dengan tujuan untuk memantau dan ‘mendeteksi’, mengenal pasti pencemaran udara menggunakan metodologi yang sama. Sekian, terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 1:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Pembahas terakhir bahas RUU...

final • 1:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada satu pembahas lagi.

final • 1:05 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Ada lagi? Bahas RUU Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, di mana kita sedia maklum 2018, WHO ada melaporkan dan menyatakan bahawa sembilan daripada 10 penduduk di atas muka bumi ini menghidu udara yang tercemar dan pencemaran ini boleh daripada pelbagai sumber, termasuklah pencemaran ini daripada air, udara yang saya kira pada hari ini sangat serius.

Air yang menjadi sumber air bersih kepada kita dan udara yang menyebabkan kesihatan kepada masyarakat ataupun rakyat di seluruh negara.

Pertamanya, saya nak merujuk kepada pindaan seksyen 2 yang memberikan takrifan ‘pembakaran terbuka’. Ertinya apa-apa kebakaran, pembakaran dan pembaraan yang berlaku di udara bebas dan seterusnya.

Cuma, saya juga melihat bagaimana yang berlaku terutamanya yang agak banyak di kawasan saya. Longgokan-longgokan e-waste yang saya kira istilahnya terbakar tetapi tidak menunjukkan sebarang daripada sudut wujudnya api ataupun bara itu sendiri. Tetapi, terbakar, mengeluarkan sedikit asap-asap yang kecil.

Tetapi, ternyata terbakar dan sebab dia mencair. Adakah ini juga termasuk di dalam pentakrifan ataupun tidak? Ataupun mungkin terletak pada keterangkuman pada penggantian subseksyen 29A(3) dan saya kira ini sangat penting sebagai pembuktian- pembuktian apabila ia menjadi kes.

Isu e-waste yang saya nak sebutkan di kawasan Kuala Langat ini, baru-baru ini pada 20 Mac 2024, serbuan Ops Lusuh, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Bukti Aman ke atas premis industri e-waste haram di Teluk Panglima Garang.

Mereka ini ekstrak emas, plumbum dan juga uranium dan kemudiannya bahannya ini akan– saya tidak tahu ke mana dibuangnya tetapi ternyata di Kuala Langat ini, sejak beberapa tahun yang lalu, banyak longgokan-longgokan e-waste yang dibuang di bahu- bahu jalan, di tanah-tanah persendirian ataupun di kawasan-kawasan pembangunan, perkilangan dan ia terbakar.

Saya kira, ini sesuatu yang sangat serius. Setahu saya di Kuala Langat ini tidak ada satu kilang e-waste pun yang secara sah dan kalau kita lihat pada tahun 2022, laporan Disember, kilang e-waste di Kuala Langat yang melakukan pembakaran secara terbuka, Majlis Perbandaran Kuala Langat terpaksa membersihkan, memasang CCTV dan melihat keseriusannya, merampas 55 kenderaan daripada sembilan tapak pelupusan e-waste ini.

Saya merasakan bahawa satu denda yang lebih berat, walaupun hari ini ada pindaan sehingga RM10 juta, spesifik ataupun terutamanya kepada pencemaran pembakaran e-waste ini. Saya juga melihat bahawa bukan sahaja kita meningkatkan kadar denda ataupun penjara secara mandatori, tetapi remedinya sebab pengalaman- pengalaman, terutamanya di Selangor, pencemaran air dan sebagainya. Apabila kita nak memulihkan perbelanjaan yang kita gunakan itu melebihi daripada apa yang kita denda kepada mereka. Sebab itu, saya merasakan mungkin kepada pencemar-pencemar ini, kita boleh berikan remedi supaya dia juga memulihkan apa juga yang mereka cemarkan.

final • 1:05 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Selain daripada itu, saya nak mohon maklum balas juga ataupun mungkin secara bertulis daripada pihak Menteri, berkaitan kebakaran ricik tayar yang terbakar di Bandar Carey Lama beberapa tahun yang lalu, yang mana saya dimaklumkan lebih kurang dalam 2,000 tan metrik ricik tayar ini terbakar yang mana di kawasan ini, sebenarnya mereka tidak mempunyai kelulusan untuk aktiviti tayar ricik ini, yang digunakan– yang saya dimaklumkan, dihantar ke Langkawi untuk proses perkilangan ataupun industri simen di sana.

Begitu juga dengan berkaitan tujuan pembakaran, terutamanya berkaitan dengan kawasan-kawasan pertanian. Spesifiknya, saya nak sebut di kawasan Johan Setia, yang saya kira Yang Berhormat Menteri juga turun di kawasan-kawasan Revolusi Hijau, Johan Setia. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengarah Alam Sekitar, pada Ogos 2023 ada 33 kes dan tidak ada sebarang ketidakpatuhan di bawah kesalahan seksyen 29, Alam Sekitar.

Jadi, kalau memang nyata berlaku kebakaran tetapi kita tidak boleh mengaitkan dengan kes kebakaran itu, saya ingat ini sangat merugikan.

final • 1:05 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Begitu juga sehingga Februari 2024 melaporkan 283 kes di rekod di Selangor dan saya nak tahu berapakah yang telah disabitkan di atas kesalahan ini. Saya juga nak dapat maklumat daripada Menteri, berlaku di kilang kitar semula di Kuala Langat yang ada juga sistem waste-to-energy (WTE) dan itu digunakan untuk dalaman.

Tetapi dalam laporan mereka bahawa prasyarat pemeriksaan kandungan dioxin, walaupun mereka kata anticipatedly dijangkakan memang ada dioxin tetapi keperluan untuk mereka membuat laporan dioxin ini hanyalah sekali setahun yang saya kira ini sangat tidak praktikal. Sebab itu saya merasakan harus dilihat juga prasyarat-prasyarat seperti ini untuk kita mengawal alam sekitar kita.

Terakhir, saya nak minta mohon supaya Yang Berhormat Menteri juga melihat pencemaran bau yang berlaku di kawasan industri Kampung Batu 9 Kebun Baru. Ini kawasan perindustrian itu banyak industri-industri yang akhirnya effluent ataupun buangan mereka disalirkan kepada parit utama ataupun anak sungai yang memberikan bau yang keterlaluan sudah beberapa tahun, lebih daripada 15 tahun tetapi tidak ada penyelesaian.

Saya juga nak bertanyakan bilakah integrated treatment plant ini boleh dilaksanakan, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai kawasan industri, terutama kawasan industri lama, yang baru mungkin– apabila mereka buka mereka akan ada integrated treatment plant mereka sendiri. Terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 1:10 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Balik Pulau untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling di Dewan yang mulia ini.

Terdapat beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan. Lewat ini kita sering berhadapan isu tempatan seperti pembuangan sisa kimia ke dalam sungai, sampah dibuang merata- rata, pelepasan asap kilang tanpa tapisan, pencerobohan hutan secara berleluasa, pembakaran terbuka, pembangunan tidak terkawal dan seumpamanya.

Perkara ini secara langsung memberi impak yang buruk kepada alam sekeliling seperti pencemaran sumber air, pencemaran udara akibat jerebu, peningkatan suhu bumi, banjir kilat, tanah runtuh, kepupusan flora dan fauna serta perubahan cuaca yang tidak menentu. Saya percaya kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan perancangan dan pembangunan dilaksanakan secara mampan dan lestari untuk memelihara dan memulihara alam sekeliling.

final • 1:12 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Puan Yang di-Pertua, lebih daripada 30 sungai di Malaysia semakin nazak dan telah pun diklasifikasikan sebagai kelas 3, kelas 4 dan kelas 5, berikutan tercemar berpunca daripada pelbagai aktiviti industri kumbahan, penternakan serta sikap membuang sampah sarap. Dalam sungai pun orang buang katil atau tilam. Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, sebanyak 75 peratus daripada sungai di Malaysia dikategorikan sebagai tidak sihat untuk tujuan penggunaan manusia. Pencemaran air ini disebabkan oleh pelepasan bahan kimia beracun, limbah industri dan pembuangan sisa yang tidak terkawal.

Air sumber industri ini biasanya mengandungi pelbagai bahan cemar kimia, pepejal terlarut, pepejal terampai, sebatian organik dan mineral, logam, pelarut, garam, DOD, COD antara komponen lain yang berpotensi dalam pelbagai tahap ketoksikan.

Tambahan pula, menurut data Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, 11 bandar utama di Malaysia juga menghadapi masalah pencemaran udara yang melampau had yang ditetapkan oleh piawai kualiti udara Malaysia.

Menurut data, sektor industri perkilangan adalah antara penyumbang terbesar kepada emisi (emissions) karbon dioksida, CO2 global yang merupakan gas rumah hijau utama yang menyumbang kepada perubahan iklim.

Puan Yang di-Pertua, alam sekeliling merupakan denyut nadi hidup manusia.

Sejauh mana teknologi kita bergerak jauh, kita harus ingat alam sekeliling tetap menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita, bahkan untuk generasi yang akan datang. Pada masa yang sama, RUU ini penting untuk meningkatkan langkah pencegahan termasuk mengenakan denda yang lebih tinggi terhadap mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar. Penguatkuasaan yang lebih tersusun, peningkatan kadar denda dapat menjamin kesungguhan pematuhan undang-undang.

Berkenaan dengan penguatkuasaan undang-undang, saya menyeru kerajaan supaya memperkasakan fungsi dan kuasa Jabatan Alam Sekitar. Punca kuasa bagi melaksanakan penetapan dan dasar berkaitan alam sekitar harus lebih jelas. Saya mohon Menteri jelaskan status permohonan Jabatan Alam Sekitar untuk menambah jumlah penguat kuasa. Hal ini kerana peranan Jabatan Alam Sekitar adalah lebih luas meliputi kawalan pencemaran udara dan air, pengurusan buangan toksik serta kualiti air sungai dan air marin yang memerlukan lebih ramai anggota pemantauan dan penguat kuasa.

Saya berharap kementerian mengambil tindakan segera bagi memastikan kualiti dan prestasi Jabatan Alam Sekitar lebih menyeluruh dan efisien serta memastikan tugas pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih baik. Berikutan dengan peningkatan kadar denda. Cadangan penalti maksimum ini baik kerana inisiatif ini mengambil kira kos pembersihan sungai sekiranya berlaku pencemaran. Sebagai contoh insiden pembuangan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim yang menjejaskan kira-kira 6,000 penduduk dan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pembersihan sungai dan pelupusan buangan sebanyak RM6.4 juta.

Oleh itu, saya mohon Menteri menjelaskan, adakah kes pencemaran melibatkan sisa buangan yang sudah dikenakan tindakan tetapi tetap berulang itu berkaitan rapat dengan faktor denda yang rendah? Seterusnya, adakah kes pencemaran yang melibatkan sisa buangan di sungai sebagai contoh– ataupun Menteri boleh memberi pencerahan bahawa adakah wujudnya aspek dalam pelaksanaan denda ini tidak bersifat punitif sehinggakan kalau kadar denda dinaikkan ke jumlah mana pun, kesalahan akan tetap berulang. Saya percaya melihat perkara ini secara menyeluruh dan terperinci adalah penting dan tidak mahu akhirnya walaupun denda sudah dinaikkan, kes pencemaran tetap berleluasa.

Justeru, seperti saya bangkitkan tadi dengan penguatkuasaan yang lebih efektif kemampuan dan kebolehan agensi berkaitan yang ditingkatkan serta kadar denda dinaikkan, saya yakin kita boleh melihat perkembangan positif dalam usaha kementerian untuk menggerakkan dasar-dasar yang digariskan. Sekian saja, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 1:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.

final • 1:12 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada 17 pembahas-pembahas yang telah turut serta untuk membahaskan...

final • 1:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

  1. 16 saja.

final • 1:17 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Oh, 16. Minta maaf. 16 pembahas-pembahas yang membahaskan pindaan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 di peringkat dasar.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pindaan Akta127 kali ini merupakan pindaan kali ketujuh yang akan memberi keutamaan kepada peningkatan kadar hukuman serta perwujudan denda minimum dan maksimum, hukuman penjara mandatori serta pengkompaunan kesalahan-kesalahan di bawah akta ini. Untuk makluman, pada tahun 2017 mengikut anggaran United Nations Environment Programme (UNEP), nilai kewangan jenayah alam sekitar ialah sehingga USD260 bilion setiap tahun dan dianggarkan merupakan aktiviti jenayah keempat terbesar selepas dadah, cetak rompak dan pemerdagangan manusia. Jadi, soal jenayah alam sekitar ini adalah satu jenayah yang cukup serius.

Sebagai makluman juga, walaupun sebelum ini kita tidak– belum lagi meminda undang-undang ini, sebenarnya kita telah dapat melihat keberkesanan penguat kuasa- penguat kuasa di peringkat Jabatan Alam Sekitar. Kalau tahun 2016 ada 2,020 kompaun yang telah dikeluarkan dan kutipan dia mencecah lebih RM2.2 juta. 2017 kompaun keluar, kutipan RM3.17 juta. 2018, 2,297 kompaun keluar dan kutipan RM2.5 juta. 2019, 4,247– satu peningkatan ketara dengan jumlah kutipan kompaun RM5.6 juta. 2020, 10,222 kompaun keluar dan jumlah kutipan RM12.5 juta, paling tinggi dalam rekod yang kita ada.

2021, 8,766 kompaun keluar RM10.2 juta jumlah kompaun.

Jadi, walaupun dalam kerangka perundangan yang ada sebelum ini, kita telah meningkatkan jumlah kompaun yang telah dikutip.

final • 1:17 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Gopeng ada bertanya tentang soal fasiliti dan tenaga penguat kuasa yang tidak mencukupi dan juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong dan Besut. Kita mengakui ya, memang bagi perkara ini masih boleh diperbaiki lagi daripada segi fasiliti dan juga daripada segi penguatkuasaan dan keadaan pencemaran semasa juga semakin kompleks. Permohonan belanjawan bagi menaiktarafkan peralatan sentiasa dipohon oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga termasuk juga jumlah perjawatan untuk ditambah.

Kita juga sedang meneliti keperluan pertambahan perjawatan bagi mewujudkan pejabat JAS di setiap daerah. Kita akan dalam perbincangan kita dengan Kementerian Kewangan dan juga dengan pihak JPA misalnya, kita akan tunjuk keberkesanan yang saya sebut tadi bagaimana mereka melakukan kerja untuk menjadi salah satu justifikasi untuk tingkatkan fasiliti dan juga untuk tingkatkan perjawatan.

Yang Berhormat Gopeng bertanya tentang sama ada cukup atau tidak kelengkapan dan peralatan semasa. Untuk buat masa ini, JAS melaksanakan pemantauan kualiti udara melalui 68 stesen di bawah Program EQMP dan ini adalah satu program public-private partnership (PPP) dengan izin antara kerajaan dengan pihak swasta iaitu Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. dengan nilai keseluruhan RM846 juta selama 15 tahun, daripada 2017 sehingga 2032. Ini termasuk juga selain daripada udara, kualiti air sungai dan kualiti air marin di seluruh negara. Kita akan terus memperkasakan EQMP dengan menambah baik beberapa aspek program tersebut.

final • 1:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tentang untuk mengkaji peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling berkaitan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan juga (Buangan Terjadual), peraturan 2014 dan 2005, JAS telah Melaksanakan Kajian Penetapan Kadar Caj Alam Sekitar Lesen Pelanggaran Pengeluaran Bendasing Udara. Hasil kajian ini antara lain jadikan asas bagi semakan semula Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Udara Bersih) 2014 yang telah dilaksanakan sejak 2021.

Dengan mengambil kira perkembangan industri dan teknologi baru, peraturan ini sedang disemak semula dan antara lain melibatkan penelitian semula nilai batas pelepasan, tambahan parameter baru dan juga elemen baru, termasuk kompaun dan caj alam sekitar. JAS juga sedang melaksanakan semakan semula dan pindaan terhadap Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Ini adalah selaras dengan apa yang kita sebut untuk pindaan Akta 127. Akta ini untuk fasa kedua. Ini yang kita buat hari ini ialah fasa pertama.

Yang Berhormat Kuala Nerus menyebut tentang pencemaran air sumber minuman akibat perlombongan, pertanian dan pasir dan dikaitkan dengan menyebabkan tarif air dinaikkan. Saya rasa ini sebenarnya dua perkara yang berbeza, sebab waktu kita buat tariff setting mechanism itu saya masih lagi menjaga air – tanggungjawab terhadap isu air. Banyak soal-soal lain juga yang perlu diambil kira, untuk penetapan tarif air yang ada tidak naik sehingga 40 tahun untuk negeri-negeri tertentu. Jadi, itu yang menjadi perkiraan. Sememangnya di peringkat JAS, semua pemantauan dibuat di bawah EQMP.

final • 1:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 1:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Apa yang saya maksudkan ialah jikalau sekiranya sumber air tidak dijaga, suatu masa kos rawatan air itu akan meningkat.

Maka itu akan effect-nya akan menyebabkan syarikat pengurusan air akan naik tarif air.

Jadi, kita kena selalu menjaga supaya mencegah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku kepada rakyat. Itu yang saya maksudkan. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, saya faham. Memang saya faham maksud Yang Berhormat tadi. Jadi, yang saya kata dalam untuk membersihkan air ini, ada bahan- bahan yang tetap kena digunakan. Ada bahan-bahan yang kena digunakan dengan lebih apabila lebih tercemar tetapi itu hanya salah satu daripada elemen kos untuk tarif. Ia ada juga elemen bekalan elektrik, ada juga elemen kos pemprosesan dan sebagainya. Itu yang juga kena diambil kira.

Tetapi yang untuk saya tekankan ialah bagi kita hendak meningkatkan penggunaan data dan maklumat pengawasan kualiti air sungai untuk merancang dan menyusun strategi penguatkuasaan. Tadi saya ingat Yang Berhormat Shah Alam ada sebut tentang predictive bukan hanya preventive dan itu yang sepatutnya dengan teknologi, kita bergerak ke tahap tersebut.

Salah satu lagi elemen ialah memang ia memerlukan satu kerjasama yang baik di antara Jabatan Alam Sekitar, di antara pihak berkuasa negeri dan juga dengan pihak berkuasa tempatan. Jadi, ini juga kadang-kadang ya sebab di peringkat Jabatan Alam Sekitar dalam soal sungai ini mereka hanya melihat dari aspek pencemaran. Tetapi kawal selia dan sebagainya tidak jatuh di bawah kuasa Jabatan Alam Sekitar. Jadi ini, sebab itu kita cuba untuk melakukan tindakan secara bersepadu.

Baru-baru ini dalam Majlis Air Negara pada tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengarahkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas tentang soal kebersihan ataupun pencemaran sungai yang ada di negara kita secara menyeluruh.

Tentang soal– ya, kita tidak nafikan bahawa tentang aspek– betul, denda dan hukuman dinaikkan tetapi akan ada mereka yang tetap tidak serik melakukan kesalahan.

Itu kita sedari dan selain daripada meningkatkan penguatkuasaan di peringkat kerajaan, kita juga membuat program libat urus dan juga communication, education and public awareness (CEPA) untuk mendidik rakyat tentang pemuliharaan alam sekitar ini.

final • 1:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Kuala Nerus juga bertanya tentang pindaan seksyen 2, siapakah yang akan dikenakan hukuman sekiranya individu melakukan pembakaran terbuka di atas tanah bukan milik sendiri. Adakah pelaku ataupun tuan tanah? Jika di tanah milik kerajaan atau agensi kerajaan, siapa yang bertanggungjawab dan begitu juga dengan kebakaran yang berlaku akibat cuaca panas.

Kalau kita ikut seksyen 29A, Akta 127 telah memperuntukkan bahawa larangan atas pembakaran terbuka adalah terletak ke atas mana-mana orang atau mana-mana pihak yang membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis tidak kira di atas tanah milik sendiri, orang lain atau tanah milik kerajaan. Jadi, ia sebenarnya dapat merangkumi ketiga-tiga aspek yang ditanya sebentar tadi.

Melalui RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) ini, mana-mana pihak yang melakukan pembakaran terbuka, jika disabit kesalahan di bawah seksyen 29A, pesalah termasuk pemilik tanah boleh dikenakan denda minimum RM25,000 dan denda maksimum RM1 juta ataupun penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum RM500,000 juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan.

Seterusnya soalan 4 tentang alternatif untuk mengelak pesawah untuk membakar jerami padi. Ini juga ditanya oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu sebentar tadi. Ini kita akan adakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Pada masa yang sama, kita akan juga membuat lebih banyak libat urus dengan golongan-golongan pesawah supaya mereka sedar tentang perkara ini.

Seterusnya, pindaan seksyen 3 apakah SOP sewaktu operasi dan adakah penguat kuasa JAS dilengkapi dengan pakaian perlindungan dan sebagainya untuk mempertahankan diri. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan, selain berpandukan akta dan peraturan, JAS juga membangunkan SOP serta garis panduan sebagai panduan dan rujukan kepada pegawai-pegawai JAS. Ini adalah termasuk prosedur pengambilan sampel, terutama sampel buangan berbahaya yang memerlukan pegawai memakai PPE. Bagi kelengkapan senjata tahanan diri, cadangan ini ada dalam perancangan kementerian dan kita akan teliti sekiranya perlu dibuat dalam fasa 2 nanti.

Yang Berhormat Bangi telah membangkitkan tentang tapak pelupusan sampah haram di Twin Palm, Sungai Long yang menyebabkan kebakaran di cerun. Operasi penutupan telah dijalankan pada tahun 2022 selama 39 hari dan terdapat tiga tangkapan yang telah dibuat. Saya juga telah turun ke kawasan tersebut. Bagi kes pembakaran terbuka tapak pelupusan ini, pihak JAS telah memfailkan kertas siasatan dan ia masih dalam prosiding mahkamah.

Tentang soal pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras, bagi kes ini JAS sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat apabila ia lengkap. Tentang soal pencemaran air di Sungai Gong yang telah menyebabkan penutupan loji rawatan air dan menjejaskan 5 juta pengguna dan bagaimana untuk mengelak perkara ini berulang.

Kes ini masih dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayang dan kes sambung bicara telah ditetapkan pada bulan Mei dan Julai 2024. Kita telah ada beberapa peraturan pindaan tentang soal air dan juga soal di bawah AKAS ini yang kita berharap dapat lebih kuat deterrent terhadap penjenayah-penjenayah alam sekitar ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Tangga Batu bertanya tentang dengan pindaan seksyen 2, adakah adanya penambahan ini pelupusan tandan sawit kosong yang dilakukan oleh proses pembakaran di insinerator dan asapnya diarahkan ke udara melalui cerobong diperbolehkan.

final • 1:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Untuk makluman, pelupusan tandan sawit kosong melalui insinerator adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan semua pembinaan insinerator bagi tujuan pembakaran tandan sawit kosong hendaklah tersedia bersama alat kawalan pencemaran udara. Ini antara syarat yang telah diletakkan dan ada threshold ataupun nilai batas yang ditetapkan di bawah peraturan ini.

final • 1:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya, ditanya tentang projek penambakan pantai di Melaka. Untuk makluman, projek ini melibatkan pelbagai kelulusan projek tambakan laut dengan penggerak projek yang berbeza-beza dan semua mengemukakan laporan EIA masing- masing. Dalam hal ini, kita merasakan bahawa laporan EIA yang berasingan bagi setiap projek di Melaka ini tidak akan dapat menilai kesan keseluruhan pembangunan dan kita lebih menggalakkan selepas ini, bergerak ke depan, satu kajian EIA yang makro dan komprehensif untuk melihat keseluruhan impak-impak projek penambakan yang berlaku di negeri Melaka.

Seterusnya, ditanya juga tentang garis panduan EIA hendaklah dipertingkatkan agar boleh dikuatkuasakan secara telus seperti melantik perunding di bawah JAS, juga supaya boleh diakses dan boleh diubahsuai kaedah pameran awam. Kita menyambut baik tentang perkara ini dan kita akan lihat dalam fasa 2 tentang perkara tersebut.

Seterusnya tentang cadangan penubuhan dana untuk tujuan pemulihan alam sekitar. Di bawah seksyen 36E berkaitan dengan tujuan penggunaan di bawah Kumpulan Wang Alam Sekeliling boleh digunakan untuk memulihkan, menghilangkan, menyuraikan, mengurangkan, memusnahkan, membersihkan, melupuskan ataupun mengurangkan pencemaran.

Seterusnya, Yang Berhormat Bentong bercakap tentang...

final • 1:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, minta sikit. Sikit.

final • 1:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tadi saya ada bangkitkan isu.

Sekarang ini tengah hangat di Tanjung Kling ya di mana ada sebuah syarikat mengeksport kernel shells tapi dia letakkan di tempat terbuka hingga melakukan pencemaran bau dan habuk kepada masyarakat. Benda ini dah berlarutan tapi tak ada penyelesaian. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau boleh diberi butiran alamat dan syarikat tersebut kepada pihak pejabat saya dan kita akan terus turun ke kawasan tersebut ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya, Yang Berhormat Bentong bertanya tentang seksyen 16 dan 18, pelanggaran syarat lesen, jumlah syarikat dan individu yang melanggar dan jumlah dakwaan, jumlah kilang yang digantung lesen dan dibenarkan beroperasi semula. Statistik menunjukkan kes yang disabitkan di mahkamah pada tahun 2019 berjumlah 289 kes. Ia telah meningkat kepada 409 kes pada tahun 2023. Sepanjang 2019 sehingga tahun 2023, sebanyak 82 premis telah digantung lesen.

Seterusnya, Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan tentang kes tambakan laut Penang South Reclamation Project yang menyebabkan tapak projek dipenuhi selut dan menjejaskan nelayan, apakah tindakan kita. Pertama sekali ialah mereka telah submit EIA untuk projek ini dalam satu proses yang agak panjang dan secara detailed. Laporan EMP ataupun environmental management plan untuk projek ini telah dikemukakan dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Walaupun diluluskan untuk tiga buah pulau untuk PSR ini, selepas perbincangan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Ketua Menteri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk dikecilkan kepada hanya satu pulau untuk projek PSR tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Pencemaran sungai yang diklasifikasi sebagai kelas empat dan lima disebabkan oleh pertanian, sisa kumbahan dan individu, adakah pindaan ini boleh mengatasi isu-isu ini. Jadi dengan pindaan ini, satu, mempertingkatkan denda dan kita berharap ini salah satu deterrent-lah. Tetapi, kedua, tindakan kerajaan menaikkan kadar hukuman ini juga adalah salah satu inisiatif untuk kita memberi kesedaran supaya tidak ada pihak sewenang-wenangnya mencemarkan alam sekitar.

Pada masa yang sama, kita melihat undang-undang yang ada sekarang kerana banyak― kadang-kadang hukuman denda yang terlalu rendah itulah yang dikatakan oleh beberapa Yang Berhormat bahawa mereka lagi baik bayar sahaja. Tak payah pergi

final • 1:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

mahkamah dan sebagainya. Lebih murah untuk bayar. Sedangkan kalau kos pencemaran tersebut yang dialami oleh rakyat adalah jauh lebih dahsyat. Jadi, sebab itu kita buat pindaan ini.

Ya, Yang Berhormat juga telah memberikan kredit tentang soal baju seragam.

Bagi kita, ini satu benda yang akan menaikkan semangat penguat-penguat kuasa kita di bawah.

Yang Berhormat Batu juga membangkitkan tentang soal pencemaran di kolam- kolam akibat pembuangan sampah yang mengakibatkan denggi dan juga pencemaran bau dan banjir kilat. Untuk makluman, kita ada turun tahun lepas ke kawasan-kawasan ini untuk mengambil tindakan. Saya setuju ini juga antara aspek yang mungkin kita nak ambil kira dalam pindaan fasa dua, soal plastik.

Pencemaran plastik yang saya tengok di kolam takungan di Batu itu cukup serius sehingga ia menyebabkan berlakunya banjir. Kita tidak tahu betapa negatifnya impak plastik sehingga kita turun tengok ke kawasan-kawasan banjir seperti juga saya pergi ke kawasan Bukit Raja. Begitu juga kita tengok kesan plastik di sana.

Yang Berhormat Mersing bercakap tentang soal Sungai Kim Kim. Memang kita mengambil pandangan serius terhadap jenayah pembuangan sisa toksik haram ke alam sekitar. Untuk meningkatkan penguatkuasaan, kita juga akan membuatkan banyak libat urus dengan pemegang taruh untuk memberi pembangunan kapasiti agar pemegang taruh cakna dengan pengurusan sisa toksik mereka.

Takrifan “pembakaran terbuka” dan apakah usaha proaktif JAS dan PBT dalam soal ini termasuk soal tapak pelupusan sampah haram. Tapak pelupusan sampah haram adalah di bawah bidang kuasa KPKT tetapi kita sememangnya ada kerjasama dengan pihak mereka untuk mencegah pencemaran khususnya pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram.

Kekerapan tahap pemantauan tanah gambut sebab cuaca panas, kita sememangnya membuat penguatkuasaan secara bersepadu sama ada rondaan darat ataupun pemantauan menggunakan dron dan ini kita telah aktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan, Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Tetap Operasi Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut untuk mengatasi jerebu di Malaysia sejak 16 Februari 2024 yang lepas.

Seterusnya, tentang kualiti laporan EIA, adakah usaha penambahbaikan dalam penyediaan laporan EIA supaya lebih komprehensif. Jadi, ini antara perkara-perkara yang kita akan lihat lebih mendalam dalam fasa dua. Tetapi, usaha yang dilakukan hari ini ialah melibatkan pakar panel dalam bidang tertentu bersesuaian dengan pelaksanaan projek, melibatkan badan bukan kerajaan di dalam memberi ulasan berkaitan dengan laporan, memastikan hanya orang yang layak dalam tempoh yang sah melaksanakan kajian EIA, memberikan ruang kepada orang awam untuk mengemukakan ulasan kepada laporan EIA dan menambah baik prosedur kualiti EIA melalui penambahbaikan garis panduan EIA.

Yang Berhormat Shah Alam bercakap tentang soal sampah yang menimbun di dalam sungai dan saya juga ada turun di Sungai Klang untuk melihat interceptor tersebut.

Untuk makluman, di peringkat kerajaan, kita sudah memperluaskan kerjasama dengan Ocean Cleanup, NGO yang menjalankan interceptor ini untuk diperluaskan ke seluruh negara. Tahun lepas, kita telah signed satu MOA dengan mereka yang kita akan perluaskan operasi Interceptor. Antara langkah-langkah yang kita guna daripada segi teknologi termasuklah Electronic Scheduled Waste Information Systems (eSWIS), Online Environmental Reporting (OER), sistem Environmental Mainstream Tools (eMAINS), Integrated Remote Monitoring System (iREMOTE) dan Continuous Emission Monitoring System (CEMS).

Jadi, memang teknologi adalah komponen penting untuk penguatkuasaan kita.

Yang Berhormat Kapar ada bertanya tentang istilah “mana-mana orang” di bawah 30A dan juga 31A. Siapakah “mana-mana orang”. Adakah syarikat, tuan punya premis ataupun pekerja B40. Dalam keadaan ini, “mana-mana orang” yang dimaksudkan, termasuklah pengarah-pengarah syarikat, pemilik atau orang yang memberikan arahan

final • 1:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

kepada pelaku bergantung kepada keadaan dan keterangan setiap kes. Ya, sememangnya kita tidak mahu hanya pekerja-pekerja yang menjadi mangsa sedangkan tauke yang memperbolehkan atau mengarahkan perkara itu berlaku dilepaskan.

Pembakaran terbuka di Batu 14. Kita belum dapat culprit tentang perkara tersebut, tetapi apa yang dibuat ialah Jabatan Alam Sekitar akan ambil tindakan ke atas pemilik tanah tempat kejadian.

final • 1:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sebagaimana saya sebut, peruntukan undang-undang membolehkan kita mengambil tindakan kepada pemilik tanah. Tentang soal kilang haram di Kapar. Saya pun ada turun bersama Yang Berhormat Kapar untuk menangani isu ini. Semua agensi memang perlu bekerjasama, kita selalu melaksanakan ops bersepadu bersama agensi berkaitan bagi mengatasi pencemaran yang diakibatkan oleh kilang-kilang haram.

Di bawah akta sedia ada, terdapat peruntukan di bawah seksyen 49B iaitu ganjaran kepada pemberi maklumat sehingga yang menyalurkan maklumat sahih yang membolehkan penjenayah disabitkan di mahkamah. Jadi, peruntukan untuk whistleblower ini ada dan dia juga dilindungi di bawah seksyen 50A akta sedia ada.

Tentang pangkat yang paling rendah untuk memberi kompaun adalah penolong jurutera yang diberikan kuasa untuk menawarkan kompaun di bawah seksyen 45. Itu pangkat yang paling rendah. Seterusnya, Yang Berhormat Betong bertanya tentang keperluan tentang soal adakah kerajaan bercadang menambah peruntukan kepada agensi penguat kuasa alam sekitar? Itu saya dah sebut tentang request kita yang kita akan buat.

Adakah kerajaan mewujudkan unit khusus untuk menyiasat dan mendakwa jenayah alam sekitar? Sememangnya kita ada memasukkan fungsi ini di bawah penguatkuasaan sedia ada di bawah JAS, Jabatan Bio Keselamatan dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Seterusnya, tentang melibatkan penyertaan orang awam dalam membuat keputusan berkaitan alam sekitar. Sedikit lagi Yang Berhormat. Dalam aspek perancangan pembangunan EIA sebagai mana yang kita tahu ada aspek pameran awam dan ulasan awam dan semasa di bawah peringkat penilaian Laporan EIA. Kita- beberapa penambahbaikan terhadap pelaksanaan EIA telah dan sedang dilaksanakan bagi memantapkan prosedur ini, termasuklah mentransformasikan kaedah libat urus bersama pihak berkepentingan dan pameran awam, termasuk atas talian dan juga media sosial dan penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, sektor swasta ataupun NGO.

Seterusnya, Yang Berhormat Besut, kos pembiayaan ataupun pampasan perlu diambil kira semasa menjatuhkan hukum. Di bawah seksyen 46E, berkaitan dengan pampasan bagi kerugian atau kerosakan kepada harta, mahkamah juga boleh memerintahkan pesalah yang disabitkan untuk membayar pampasan yang wajar ke atas kerugian orang yang terjejas. Yang Berhormat Bakri meminta untuk Akta Industri Perkhidmatan Air, Akta 655 dipinda selaras dengan RUU AKAS.

Akta ini di bawah PETRA dan dalam proses penelitian untuk dipinda bagi membendung pencemaran terhadap sumber air. Seterusnya, tindakan peningkatan hukuman pembakaran terbuka tidak guna tanpa ada penguatkuasaan. Ini memang saya setuju sebab itu kita berhasrat– kita tahu elemen penguatkuasaan itu sangat penting.

Akhir sekali Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tentang soal RUU Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan. Kita telah adakan town hall pada hujung tahun lepas untuk dapat pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen, daripada agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak korporat tentang soal bagaimana strategi terbaik mengatasi jerebu rentas sempadan.

Greenpeace juga adalah antara agensi yang hadir. Kita akan melaksanakan seterusnya focus group meeting ataupun mesyuarat kumpulan sasar. Jadi, kita turut melihat beberapa aspek sama ada perundangan yang dibuat di negara kita, Akta Jerebu Rentas Sempadan sebagai mana yang dibuat di Singapura ataupun kita nak menggunakan pendekatan bilateral antara Malaysia dengan Indonesia misalnya, ataupun

final • 1:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

kita nak menggunakan perjanjian pencemaran jerebu rentas sempadan yang ada di peringkat ASEAN.

Tetapi kita tahu perjanjian tersebut dari segi penguatkuasaan agak bermasalah.

Jadi, sebab itu kita nak lihat, adakah kita boleh pertingkatkan. Ini antara perkara yang kita sedang kaji untuk pertingkatkan penguatkuasaan perundangan tersebut. Jadi, sebagai mana yang saya katakan, kita juga telah adakan kerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk melihat pendekatan-pendekatan terbaik untuk dimainkan oleh syarikat-syarikat perladangan yang beroperasi di sana dalam soal untuk atasi kebakaran ladang, tanah gambut dan jerebu di sana.

Tentang persoalan last sekali, mungkin saya nak- sebab yang lain telah dijawab, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Adakah longgokkan e-waste yang terbakar termasuk dalam takrifan seksyen 29A3? Ya, kalau ikut takrifan, ikut ini sememangnya termasuk di bawah 29A3. Tentang yang lain, saya akan beri secara– ada berapa soalan tentang kawasan dan sebagainya. Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat-yang Berhormat sedemikian.

Saya berharap kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih. Saya tengok ada sokongan yang kuat daripada kedua-dua belah pihak. Untuk makluman, kenapa undang-undang ini tidak dilepaskan sebelum ini ialah kerana pembubaran Parlimen. Ia telah lulus di Dewan Rakyat pada penggal Parlimen yang lepas. Lepas itu, Parlimen bubar. Maka, prosesnya kita kena buat balik daripada mula.

Jadi, inilah proses tersebut dan saya berharap juga sokongan yang sama apabila kita bergerak ke fasa kedua untuk melihat roh ataupun spirit Akta Kualiti Alam Sekeliling itu dapat dibawa ke tahun 2024 ini. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 30 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]

final • 1:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membentangkan RUU Juruukur Tanah Berlesen

(Pindaan) 2024 ini. Untuk makluman semua, Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 atau Akta 458 telah dikuatkuasakan sejak 1 Mei 1958, setahun- tak sampai setahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Bagi melesenkan dan mengawal selia Juruukur Tanah Berlesen atau JTB serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Namun begitu, sejak dikuatkuasakan, akta ini tidak pernah dipinda walaupun bidang ukur geomatik telah mengalami perkembangan teknologi yang pesat dan banyak istilah baharu berkaitan bidang ini telah diperkenalkan serta diguna pakai secara universal.

Sehubungan itu, Rang Undang-undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 ini bertujuan menambah baik dan memperkasakan akta sedia ada agar selari dengan peredaran masa dan kemajuan negara. Dari segi definisi secara ringkas, geomatik adalah berasal daripada perkataan geo dan matik yang masing-masing bermaksud permukaan bumi dan pengukuran.

final • 1:48 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ia adalah satu istilah moden yang telah diguna pakai antarabangsa dan sesuai dengan perkembangan terkini. Ukur geomatik ataupun geomatic survey melibatkan pelbagai disiplin pengukuran termasuk ukur geodetik, fotogrametri, ukur topografi, pemetaan terrestrial, pangkalan data, geospatial, ukur pengesanan utiliti bawah tanah dan sebagainya.

JTB dan juga juruukur kerajaan merupakan golongan profesional yang memiliki kepakaran dalam bidang ukur hak milik tanah dan ukur geomatik. Mereka perlu memiliki kelulusan dalam bidang ukur tanah atau ukur geomatik yang merupakan asas yang untuk menjadi seorang juruukur tanah.

Lembaga Juruukur Tanah (LJT) pula adalah sebuah badan profesional yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta 458 dan bertanggungjawab mengawal selia JTB di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan serta memastikan kerja-kerja ukur hak milik yang dijalankan oleh JTB adalah teratur dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ada.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pindaan ini meliputi empat skop utama iaitu:

(i) pengukuhan akta melalui peruntukan baharu selaras dengan keperluan dan kehendak semasa serta perkembangan profesion JTB;

(ii) peluasan skop kerja JTB dan kuasa Lembaga Juruukur Tanah dalam bidang ukur geomatik selain daripada bidang ukur hak milik;

(iii) penambahan kadar denda bagi kesalahan tatalaku profesional JTB dan bagi kesalahan jenayah mana-mana individu bukan JTB; dan

(iv) pemansuhan istilah-istilah lama, penambahan definisi dan tafsiran baharu serta pindaan-pindaan kecil yang signifikan.

final • 1:50 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

RUU ini mengandungi 15 fasal yang melibatkan pewujudan dua seksyen baharu, pindaan ke atas sembilan seksyen sedia ada dan satu jadual penggantian ke atas satu seksyen serta satu peruntukan peralihan.

Skop satu, pengukuhan akta melalui peruntukan baharu selaras dengan keperluan dan kehendak semasa serta perkembangan profesion JTB. Fasal 2 memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 1A yang memperuntukkan secara nyata mengenai pemakaian Akta 458 bagi Wilayah Persekutuan Labuan. Pada masa ini, pemakaian akta ini di Labuan adalah dibuat melalui perintah Wilayah Persekutuan Labuan, pemerluasan dan ubah suaian Akta Juruukur Tanah Berlesen 2009 yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2010. Dengan kemasukan seksyen 1A dalam akta ini serta pindaan-pindaan berbangkit lain yang berkaitan perintah berkenaan akan dibatalkan berkuat kuasa serentak dengan tarikh kuat kuasa RUU ini.

Bagi meningkatkan profesionalisme dan pembangunan kerjaya JTB, fasal 6 antara lain bertujuan mengiktiraf penggunaan singkatan LSR yang bermaksud land bagi seorang juruukur tanah berdaftar. Penggunaan singkatan LSR akan dikawal selia oleh LJT dan peranan JTB diiktiraf sebagaimana kumpulan profesional lain yang berdaftar dengan badan kawal selia masing-masing seperti jurutera (IR), perancang bandar (TPR), juruukur bahan (SR) dan arkitek (AR). Perluasan skop kerja juruukur tanah berlesen dan kuasa Lembaga Juruukur Tanah dalam bidang ukur geomatik selain daripada bidang ukur hak milik.

Di bawah skop kedua, iaitu perluasan skop kerja JTB dan kuasa LJT dalam bidang ukur geomatik, fasal 7 bertujuan memperuntukkan kuasa bagi seseorang JTB berkenaan ukur geomatik. Ini membolehkan JTB melaksanakan pelbagai kerja pengukuran dalam disiplin ukur geomatik yang berasaskan kepada teknik pengukuran tepat (survey accurate technique) mengikut datum asas rujukan pengukuran yang diiktiraf oleh JUPEM. Ini akan memastikan standard dan kualiti kerja yang dihasilkan oleh JTB adalah pada tahap yang terbaik.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 14 Akta 458 dengan membuat penyusunan semula seksyen tersebut serta membuat penggantian perkataan dan istilah dibuat antaranya perkataan Government Survey Department yang digantikan dengan Survey and Mapping Department Malaysia, serta perkataan field books, calculation sheets and survey data, dengan izin, yang digantikan dengan terma yang generik dan lebih sesuai dengan era teknologi digital iaitu survey records and data. Seksyen ini juga ditambah dengan subseksyen baharu 14(2) bagi memperuntukkan mengenai pendepositan dan penyimpanan pelan ukur geomatik di JUPEM apabila kerja ukur geomatik ini selesai.

Fasal 9 bertujuan menyelaraskan keperluan kelulusan pelan ukur di bawah Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan pelan ukur hanya boleh ditandatangani oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan.

Fasal 10 pula memperkenalkan mengenai keperluan JTB untuk mengambil tindakan pembetulan sekiranya terdapat kesilapan dalam ukur geomatik sebagaimana pembetulan perlu dibuat oleh JTB ke atas kesilapan dalam ukur hak milik. Peruntukan ini juga memperuntukkan keengganan atau kelalaian JTB untuk membuat pembetulan dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah salah satu kesalahan tatatertib.

Pindaan ini juga menyelaraskan semula kuasa Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Pengarah Ukur dan Pemetaan serta Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan sebagaimana di bawah Kanun Tanah Negara untuk membuat pembetulan ukur hak milik apabila mana-mana JTB enggan atau lalai untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, penambahan kadar denda bagi kesalahan tatalaku profesional JTB dan kesalahan jenayah mana-mana individu bukan JTB. Fasal 11 meminda kadar denda yang boleh dikenakan oleh LJT ke atas JTB bagi kesalahan tatalaku profesional tidak lebih daripada sebelum ini pada tahun 1958 tidak lebih RM500 kepada tidak lebih RM100,000. Ini kerana kadar sedia ada iaitu RM500 adalah terlalu rendah untuk mencegah JTB daripada melakukan kesalahan profesional.

final • 1:50 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Dalam keadaan tertentu, kesan kesalahan profesional JTB menyebabkan implikasi yang sangat besar kepada pengguna perkhidmatan mereka. Ia juga tidak setara dengan kadar denda yang dikenakan oleh badan-badan profesional yang lain.

Peningkatan ini akan– kadar denda ini akan memastikan JTB melaksanakan tugas dengan profesional dan tidak melanggar akta atau mana-mana peraturan yang berkaitan.

Pada masa yang sama, pindaan bagi menekan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman tatatertib ke atas JTB yang didapati bersalah.

Fasal 12 memperuntukkan pindaan ke seksyen 19 yang memperincikan kesalahan-kesalahan sedia ada serta memasukkan kesalahan baharu oleh mana-mana individu bukan JTB yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun ataupun kedua-duanya sekali. Kesalahan tersebut antaranya adalah memperdaya dengan menggunakan nama atau gelaran sebagai JTB atau juruukur kerajaan, melaksanakan kerja ukur hak milik dan geomatik secara tidak sah atau tanpa lesen serta menggunakan pelan pra hitungan, apa-apa pelan atau dokumen berkaitan ukur hak milik atau ukur geomatik tanpa kebenaran.

Seterusnya, selaras dengan teknologi yang ada pada hari ini, fasal 13 memperkenalkan satu seksyen baharu iaitu seksyen 19A untuk membolehkan apa-apa rekod data ukur atau dokumen yang dikehendaki di bawah akta ini dikemukakan melalui perantara elektronik atau dihantar secara elektronik. Pindaan ini adalah signifikan dengan perkembangan semasa dan juga menjadikan pengurusan masa dan sumber lebih cekap.

Fasal 14 bertujuan mengemas kini perakuan yang perlu dibuat oleh orang yang ingin didaftarkan di bawah seksyen 9 Akta 458 meliputi perakuan untuk menjalankan kerja-kerja ukur hak milik dan ukur geomatik dengan betul dan dibuat dengan patuh pada peraturan-peraturan dan arahan-arahan LJT.

Akhir sekali, fasal 15 adalah berkaitan dengan peruntukan peralihan iaitu dalam tempoh enam bulan daripada kuat kuasa akta ini, mana-mana orang lain selain daripada JTB atau juruukur kerajaan yang sedang menjalankan kerja apa-apa ukur geomatik hendaklah mendaftar dengan LJT dan memohon lesen bagi menjalankan amalan sebagai JTB.

Seterusnya, skop keempat pemansuhan istilah lama dan penambahan definisi baharu serta pindaan-pindaan kecil yang signifikan. Dalam tempoh 66 tahun sejak akta ini dikuatkuasakan, bidang ukur geomatik telah berkembang dengan cukup pesat dengan pelbagai teknologi baharu dan juga istilah-istilah baharu. Di bawah skop keempat pindaan ini, Akta 458 telah diteliti semula untuk melihat dan istilah serta definisi lama telah dimansuhkan atau digantikan dengan yang baharu.

Selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang geomatik serta gelaran jawatan yang sedang digunakan pakai oleh JUPEM pada masa ini, beberapa pindaan turut dibuat ke atas seksyen 2 bagi menyelaraskan penggunaan gelaran jawatan serta meminda takrifan berkaitan. Ini termasuklah jawatan Director General of Survey dengan izin yang digantikan kepada Director General of Survey and Mapping, dan Director of Survey kepada Director of Survey and Mapping. Selain itu pindaan ini turut mentakrifkan beberapa istilah baharu seperti ‘ukur geomatik (geomatic survey)’ dan ‘pelan ukur geomatik (geomatic survey plan)’ yang dihasilkan daripada kerja-kerja ukur geomatik yang dilaksanakan oleh juruukur kerajaan dan JTB.

Kesimpulannya, RUU Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 secara jelas akan memperluaskan skop kerja Juruukur Tanah Berlesen (JTB) dalam melaksanakan kerja- kerja ukur geomatik yang selama ini dilaksanakan tanpa kawalan dan perundangan selain daripada bidang yang berkaitan dengan ukur hak milik. Selain itu, ia juga dapat memperkasakan peranan LJT dalam mengawal selia aktiviti pengukuran oleh JTB.

Pindaan akta ini juga dijangka memberi impak positif melalui peningkatan profesionalisme dan kemajuan kerjaya JTB, meningkatkan perlindungan ke atas hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan serta memastikan perundangan berkaitan bidang ukur geomatik, selari dengan peredaran semasa dan kemajuan teknologi di peringkat global.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 1:50 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut – YB Seputeh, YB Pasir Salak, YB Ampang, YB Kuantan, YB Klang dan YB Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

final • 1:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya akan memberi satu ucapan yang tidak panjang kerana poin-poin yang saya bangkitkan ini adalah selepas saya berbincang dengan mereka dalam bidang profesional khususnya juruukur.

Puan Yang di-Pertua, bagi pandangan juruukur yang saya hubungi, mereka rasa memanglah penting dan menepati perkembangan semasa di mana profesion Juruukur Tanah Berlesen bagi kerajaan untuk mengakui dan mengiktiraf skop kerja Juruukur Tanah Berlesen supaya meliputi bukan sahaja pengukuran hak milik tetapi juga semua bidang ukur tanah dan pemetaan yang berkaitan atau geomatik termasuk kejuruteraan, hidrografi, pemetaan utiliti bawah tanah, fotogrametri dan lain-lain.

Undang-undang baharu menampung dan meliputi semua bidang kerja geomatik khasnya bidang yang melibatkan teknologi baharu. Undang-undang baharu pasti akan melindungi kepentingan kerajaan dan orang awam dengan membangunkan standard dan garis panduan yang sewajarnya untuk memastikan profesion juruukur tanah dan geomatik mengekalkan dan menjaga disiplin profesional.

Puan Yang di-Pertua, bagi seksyen 3. Definisi geomatics survey. Apakah yang dimaksudkan dengan using survey accurate techniques? Kaedah pengukuran melibatkan penggunaan peralatan yang sesuai, kalibrasi, prosedur, rujukan kepada sistem koordinat yang ditentukan dan lain-lain. Adakah pita ukur dan distometer, alat penentuan laser, alat aras dan sebagainya yang digunakan oleh kontraktor juga termasuk dalam definisi ini?

Bagi seksyen 14(2) yang mana memerlukan semua rekod atau data ukur termasuk geomatic survey disimpan oleh JUPEN. Ini menjadikan JUPEN sebagai penjaga ataupun custodian semua data geomatik. Adakah ini perlu dan sesuai?

Setahu saya tidak semua data geomatik pihak kerajaan mempunyai kepentingan.

Beberapa banyak penambahan kakitangan juruukur kerajaan, pakar IT, sistem komputer dari segi perkakasan dan perisian diperlukan? Mungkin data center baharu diperlukan di setiap negeri untuk menampung data ukur geomatik yang sangat besar termasuklah points club, imej dan video. Adakah peruntukan baharu diperlukan dan juga berapa? Bagi seksyen 17C(2) yang mana menyatakan denda kurang daripada RM100,000 adalah terlalu berat. Jadi, pihak juruukur yang saya hubungi, mereka minta kerajaan kurangkannya denda ini kepada kurang daripada RM50,000.

Bagi seksyen 19C tentang kesalahan yang mana ia menyatakan penggunaan pelan-pelan ukur tanpa kebenaran memerlukan definisi yang tepat dan jelas kerana dokumen awam ini sepatutnya dibaca, diguna dan dirujuk oleh orang awam termasuklah perunding projek dan pegawai kerajaan pada bila-bila masa.

Jadi, masa, kita tahu masa itu emas. Proses menunggu kebenaran pihak ketiga mahupun agensi kerajaan ataupun swasta mengambil masa yang panjang dan rumit.

Pada masa ini, orang ramai memberi pelan-pelan ukur di JUPEN termasuk tuan punya tanah, perancang bandar, arkitek, jurutera dan lain-lain yang menggunakan data tersebut

final • 2:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

untuk menghasilkan pelan perancangan dan reka bentuk masing-masing dan kemudiannya dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan.

Bilangan Juruukur Tanah Berlesen kini masih tak sampai 500 orang di negara kita. Ramai daripada mereka adalah warga emas. Jadi, cadangan untuk menggalakkan lebih ramai pemuda mempelajari bidang geomatik. Lembaga Juruukur Tanah berlesen perlu berusaha kuat untuk menambah bilangan profesional ukur dan geomatik dengan segera khasnya daripada pihak swasta. Sekian, terima kasih.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih kepada Puan Pengerusi yang memberikan peluang...

final • 2:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang di-Pertua, bukan Pengerusi.

final • 2:05 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Puan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk terlibat di dalam ucapan perbahasan RUU Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024. Bismillahi Rahmani Rahim [Membaca sepotong doa] . Puan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita maklum, kerjaya juruukur ini kurang dikenali oleh generasi hari ini. Namun, sumbangannya untuk pembangunan negara sangatlah besar dan kita sangat kagumi. Jika tidak kerana kelebihan yang Allah berikan kepada mereka ini, nescaya kita berada di atas muka bumi ini penuh dengan kebimbangan. Bahkan kestabilan kedudukan bangunan dan cerapan hilal di bulan Ramadan ini juga antara sumbangan juruukur-juruukur ini. Oleh yang demikian, Pasir Salak ingin meneruskan kepada isu utama untuk membuka ruang minda dan mengajak generasi muda di luar sana untuk menceburi bidang ini.

Puan Yang di-Pertua, berbalik kepada perbahasan kita pada hari ini berkaitan Rang Undang-undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024. Pasir Salak sangat menyokong rasional pemindaan rang undang-undang ini memandangkan sudah sekian lama seperti yang disebutkan tadi. Tidak diubah dan dipinda mengikut kesesuaian.

Keadaan kita pada hari ini terutamanya seperti memasukkan seksyen baharu 19A ke dalam Akta 458 yang membenarkan apa-apa rekod dan data ukur dan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk dikemukakan atau diberikan di bawah Akta 458 atau peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta 458 supaya dikemukakan atau diberikan melalui perantara elektronik atau secara penghantaran elektronik. Ia sangat bersesuaian dengan perkembangan teknologi hari ini.

Puan yang di-Pertua, seterusnya berkenaan beberapa pindaan kenaikan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh JTB seperti mana yang dinyatakan di dalam seksyen 17 dan 18, Akta 458. Ia juga sangat relevan agar kualiti kerja yang dilakukan lebih teliti dan semakin baik. Akan tetapi, persoalan di sini apakah rasional meminda perenggan 17(C), Akta 458 iaitu untuk menaikkan denda yang boleh dikenakan ke atas Juruukur Tanah Berlesen sebagai satu hukuman tatatertib daripada amaun tidak melebihi RM500 kepada amaun tidak melebihi RM1,000. Maksudnya, penurunan RM400.

Mohon pencerahan.

Puan yang di-Pertua, seterusnya akhir sekali. Bidang yang selama ini telah dijalankan oleh juruukur tanah berlesen tetapi tidak dimasukkan dalam akta dan tidak dikawal untuk menjaga kepentingan rakyat. Cadangan Pasir Salak ialah hukuman yang lebih berat kepada praktis yang tidak betul tetapi merangkumi non-land surveyor yang menjalankan kerja-kerja dan land surveyor yang melanggar etika.

final • 2:05 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Akhir sekali, Pasir Salak percaya rasional di atas pindaan yang dibuat ada dinyatakan dalam preamble atau sinopsis ringkas dalam kertas cadangan pindaan

final • 2:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

beberapa peruntukan dalam akta tersebut. Seperti yang dinyatakan, ianya tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan mahupun rakyat. Oleh yang demikian memadailah dengan hanya menjelaskan tujuan utama antaranya untuk memberikan penekanan terhadap interpretasi atau skop kerja ukur geomatik dan pemetaan yang lebih spesifik yang akan di kawal selia di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen dengan izin, I stand corrected sudah lama dan sangat ketinggalan. Jadi Pasir Salak menyokong pindaan RUU Juruukur Tanah Berlesen Pindaan 2024. Sekian, terima kasih.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

final • 2:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih YB Yang di-Pertua. Saya sebenarnya pertamanya saya nak ucapkan syabas dan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam atas cadangan pindaan ini, memandangkan sudah 66 tahun ya ianya semenjak dikuatkuasakan tidak ada apa-apa pindaan yang dilakukan.

Untuk itu, Yang di-Pertua, Ampang mengalu-alukan beberapa pindaan dalam akta ibu terhadap seksyen 13 yang mana skop kerja JTB ataupun Juruukur Tanah Berlesen ini bukan hanya tertumpu pada pelbagai kerja pengukuran hak milik malah diperluaskan kepada disiplin ukur geometrik dan berteraskan teknik pengukuran tepat ataupun survey accurate technique menurut data pengukuran yang diiktiraf oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia iaitu JUPEM.

Soalannya, saya ingin bertanya apakah dengan teknologi-teknologi yang terkini termasuklah pengukuran semua perkara-perkara ini, apakah teknologi yang pantas ini juga telah diambil kira dan pihak kerajaan, apakah ada ianya dimasukkan sekali penguatkuasaan terhadap perkakasan dan alat-alat yang akan digunakan? Bukan sahaja kaedah– bukan sahaja survey ataupun pengukuran itu dipentingkan, tetapi perkakasan- perkakasan yang digunakan juga mungkin perlu ada sedikit tumpuan dalam penguatkuasaan ini.

Bagi Seksyen 14 pula, dengan menambah subseksyen baharu 14(2) yang memperuntukkan penyimpanan pelan ukur geomatik di JUPEM seusai semua kerja ukuran geomatik, saya Ampang ingin bertanya kepada pihak Menteri apakah– saya yakin ya saya yakin sebenarnya perkara ini dibuat termasuk mendigitalkan sepenuhnya exercise ini. Jadi apakah, soalan saya apakah tumpuan ini berlaku seiring? Ia bukan sekadar hanya memperbetulkan penomboran, tapi kita mengharapkan juga pendigitalan exercise ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Yang seterusnya, Ampang ingin mengucapkan syabas juga memandangkan Seksyen 9 dalam akta pindaan ini telah pun mengiktiraf penggunaan abreviasi “LSr” ataupun bermaksud dengan izin land surveyor. Kalau kita cakap IR kita ada untuk engineer, SR untuk juruukur bahan, AR untuk arkitek tapi insya-Allah dengan pindaan ini nanti juruukur kita akan dapat title LSr. Jadi tahniah, jadi kita mengharapkan pengiktirafan ini boleh menaikkan lagi martabat dan kita harap bilangan kemasukan ramai lagi yang berlesen dalam perkara ini. Seperti mana yang nyatakan tadi kita tak banyak ya, baru 500 lebih yang berdaftar. Seterusnya, Ampang merasakan meskipun ukur halus adalah satu proses untuk mendapatkan hak milik tetap yakni lengkap dengan ukuran muktamad keluasan bagi mana-mana tanah bergeran awal dengan hak milik sementara.

Jadi peruntukan di bawah Akta 828, Ampang ingin bertanya dan juga berpandangan bahawa RUU JTB Pindaan 2024 ini wajar menghuraikan serba sedikit isu- isu terkait ukur halus. Kerana saya yakin daripada pemilik-pemilik mendapat hak milik tanah tetapi bertaraf sementara ke– ke taraf ataupun ke peringkat mereka mendapat hak milik kekal ataupun hak milik geran yang kekal itu sementara menunggu.

Kita dapati sekarang ini masa menunggu untuk mendapat ukur halus itu amat- amat lama, panjang. Jadi kita harap pihak kementerian juga melihat perkara ini dan juga yang ketiga ini mengharapkan juga memandangkan ianya begitu mustahak, apakah sekiranya wujud rancangan pembangunan di atas tanah berkenaan demi memastikan apa

final • 2:11 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

jua struktur dan bangunan yang didirikan berada betul-betul dalam sempadan lot. Kerana kita lihat kadang-kadang kita dapat hak milik tanah ya– rakyat dapat hak milik tanah bila diukur semula, tiba-tiba bila diukur halus tiba-tiba tanah dia itu termasuk dalam tanah orang lain ataupun orang lain mencerobohi tanah dia.

Jadi yang akhirnya, saya ingin ataupun dua perkara yang terakhir, saya ingin cadangkan di sini. Ampang menyambut baik sebenarnya penggantian seksyen 17 dan 19 dalam pindaan ini. Tapi saya juga berpandangan bahawa kadar denda maksimum bagi salah laku profesion, profesional dan juga individu saya rasa macam ada yang tidak kena di sini. Contohnya, seksyen 17 salah laku profesional. Kita lihat dendanya daripada RM500 dinaikkan kepada RM100,000. Bagi salah laku individu tanpa lesen yang sah di seksyen 19 dari RM500 ke RM250,000. Ini satu perkara yang dua kedudukan yang berbeza.

Bagi juruukur yang berlesen, pada saya mereka ini adalah golongan profesion– profesional yang dah tahu betul, benar dan sebagainya. Malah kita kena bagikan dia caj yang lebih tinggi ya. Kalau tidak pun sama, caj yang lebih tinggi daripada pihak individu.

Individu ini memanglah, mereka ini mungkin dia menyamar tetapi bagi mereka yang ada profesion lagi-lagi nanti bergelar LSr membuat perlakuan ini sebenarnya tidak boleh ya, kompromi dalam perkara ini.

Jadi saya mencadangkan ataupun saya berpandangan bahawa pihak profesional lebih wajar perlu diberi kuat kuasaan. Mungkin kita boleh tukar yang profesional itu dikenakan tindakan yang lebih, yang individu itu mungkin dikurangkan. Jadi saya pihak– saya mengharapkan pihak kerajaan melihat perkara ini dan saya ingin bertanya lah sebenarnya, apakah rasional Menteri bila pertimbangan ini di buat pada asalnya masa pindaan ini dilakukan.

Seterusnya saya juga merasakan kesimpulan daripada RUU ini kalau kita luluskan nanti saya yakin ada beberapa skop yang dinyatakan tadi, kita akan insya-Allah memperkukuhkan Akta 458, kita akan memperluaskan skop kerja, memperkenalkan proses-proses yang lebih baik dan dokumentasi yang lebih sempurna termasuk dalam bidang elektronik serta memperketatkan hukuman tatatertib, malah kita juga memansuhkan istilah-istilah yang lama yang ada ini. Jadi saya sebenarnya begitu orang kata begitu mengambil baik ataupun menyokong penuh rang undang-undang ini dan saya harap ia dapat diluluskan dan seterusnya pelaksanaannya dapat disegerakan. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 2:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

final • 2:11 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Sebelum itu, saya mewakili warga Parlimen Kuantan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Yang Ke-217. Polis dan masyarakat berpisah tiada*.

[Tepuk] .* Puan Yang di-Pertua, secara dasarnya, kita melihat pindaan kali ini menambah baik peruntukan Akta 458 dengan memasukkan kerja-kerja berkaitan pemetaan iaitu tinjauan geomatik, pengurusan data dan rekod menggunakan sistem elektronik serta peningkatan kadar denda terhadap salah laku. Pindaan pada seksyen 4, mewajibkan ahli lembaga pengarah berdaftar menurut seksyen 9. Saya melihat pindaan ini berusaha memastikan ahli lembaga terdiri daripada mereka yang kompeten dan terlibat secara langsung dalam bidang juruukur termasuk Ketua Pengarah.

Pada seksyen 9, memasukkan subseksyen baharu (3) untuk menggunakan singkatan “LSr” bagi ahli berdaftar. Kita sedia maklum perkara ini telah dipraktikkan di luar sana. Namun pindaan ini mengesahkan praktikal tersebut secara formal di negara kita.

Soalan saya, adakah dengan pindaan ini akan mempengaruhi kadar yuran bagi pendaftaran ahli atau peperiksaan yang berkaitan?

Puan Yang di-Pertua, seksyen baharu 19A memperuntukkan keperluan agar rekod tinjauan dan data atau apa-apa dokumen yang berkaitan yang diperlukan untuk di

final • 2:17 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

serah atau dihantar menggunakan medium elektronik. Pada masa ini, kita tidak boleh lari daripada keperluan teknologi termasuk pengurusan data secara elektronik. Oleh itu, saya amat bersetuju pada pindaan dan kaedah ini.

Namun ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian di atas perubahan ini. Saya difahamkan dokumen berkaitan perlu diserahkan atau submit secara atas talian dan berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan surveyor, serahan melalui medium elektronik telah digunakan. Namun hanya melibatkan title survey atau yang berkaitan dengan ukuran hak milik, tidak terpakai kepada geomatic survey. Diharapkan dengan Seksyen 19A, ianya turut terpakai kepada geomatic survey untuk dihantar menggunakan medium elektronik. Saya ingin bertanya adakah kaedah ini iaitu menggunakan medium elektronik diwajibkan sepenuhnya untuk atau bersifat pilihan?

final • 2:17 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sekiranya ia bersifat wajib secara keseluruhan, apakah tahap kesediaan sistem daripada pihak kerajaan termasuk Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)? Pada nota kaki RUU ini tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan.

Sekiranya sistem pelayan dengan izin, server dan pangkalan data sistem kerajaan belum bersedia, maka ia perlu diperingatkan, di-upgrade. Maka, sudah semestinya memerlukan kos tambahan. Soalan saya, berapa peratus tahap kesediaan sistem kerajaan berkaitan sistem secara elektronik?

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak rekod survei yang ada dalam simpanan pangkalan data LJBM sehingga masa kini, dan apakah langkah-langkah pelan luar jangka atau backup sekiranya medium elektronik ini mengalami masalah dan gagal diakses? Saya mohon Yang Berhormat Menteri kongsikan dengan mengaplikasikan medium elektronik dan digital seberapa cepat atau suatu proses dokumentasi atau kelulusan diambil berbanding kaedah manual sedia ada.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya pindaan seksyen 19 yang menaikkan kadar denda kepada mereka yang tidak berautoriti, termasuk tidak mempunyai lesen ditingkatkan daripada RM500 kepada RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Asasnya, saya bersetuju dengan pindaan ini, untuk memperketatkan hukuman kepada pesalah yang memalsukan lesen.

Pindaan seksyen 17 turut menaikkan kadar denda kepada juruukur bertauliah daripada RM500 kepada RM100,000 yang melakukan kesalahan. Namun, pada seksyen ini, tiada hukuman penjara dinyatakan. Soalan saya, apakah rasional perbezaan seksyen 19 yang mengenakan hukuman penjara kepada mereka yang tiada lesen tetapi tiada hukuman penjara bagi seksyen 17 yang melibatkan juruukur bertauliah?

Saya ingin mendapatkan penjelasan juga daripada Yang Berhormat Menteri, adakah lesen juruukur bertauliah boleh ditarik balik sekiranya melakukan kesalahan yang serius atau didapati melakukan kesalahan secara berulang?

Puan Yang di-Pertua, yang terakhirnya ingin menyentuh berkenaan arahan pada peruntukan peralihan yang menetapkan tempoh enam bulan kepada mana-mana orang yang belum mempunyai lesen untuk memohon kepada lembaga supaya dimasukkan dalam daftar. Adakah tempoh enam bulan mencukupi bagi meluluskan proses permohonan yang melibatkan beberapa syarat seperti dalam seksyen 9? Adakah bukan warganegara boleh memohon lesen juruukur bahan di negara kita?

Pada perenggan kedua seksyen 10, subseksyen 1 menyatakan tidak boleh dikeluarkan lesen melainkan dengan kelulusan Menteri. Sekiranya ia dibenarkan, apakah justifikasi kepada kebenaran tersebut dan adakah mereka iaitu juruukur bukan warganegara terikat dengan undang-undang kerahsiaan negara? Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 2:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Saya mulakan dengan membaca ayat Al-Quran. Bismillahi Rahmani Rahim [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud; *“Allah mentadbirkan makhluk- makhluk-Nya bagi melaksanakan tadbirNya itu, ia menurunkan segala sebab dan peraturan daripada langit ke bumi, kemudian diangkat kepada pengetahuanNya segala yang berlaku daripada pentadbiranNya untuk dihakimi, pada satu masa yang dirasai oleh orang-orang yang bersalah, banyak bilangan tahunnya mengikut hitungan masa yang kamu biasa”.

[Berucap dalam Bahasa Arab]* Dalam meraikan atau dalam kita meminda Akta Juruukur Tanah Berlesen, saya ingin mengucapkan terutamanya Selamat Hari Juruukur Sedunia kepada semua juruukur- juruukur kita yang telah pun berlangsung pada 21 Mac 2024 yang lepas. Ukur merupakan benda asas dalam pembinaan sebuah negara kerana ia melibatkan tanah iaitu kaedah pengukuran dalam Kanun Tanah Negara membabitkan tanah yang merupakan aset negara yang tidak akan berkembang atau bertambah, melainkan dibuat penebusan tanah.

Dalam sumber..

[Tidak jelas] negara kita, kita akan lihat ada peruntukan dan unit ukur termasuklah di bawah Rejimen Askar Jurutera Diraja pun ada juruukur, sebagai had pertahanan negara. Satu bidang penting dalam penentuan dan mengukur sempadan, ditambah dengan perkembangan AI dan teknologi geospatial terkini.

Selama ini, semuanya dah di-include dan kita melihat penambahan ini sangat bermakna bagi kerja-kerja untuk pengukuran kerana kita melihat ia merangkumi geomatic survey. Selama ini, dalam kerja-kerja membabitkan Kanun Tanah Negara, ia memang dibuat oleh pihak JUPEM dan Juruukur Tanah Berlesen.

Soalan saya ialah jadi bila kita sebut, kenapa dalam hal-hal profesional lain, disebut sebagai peguam atau akauntan atau doktor tetapi bila sampai pada juruukur tanah ini, disebut juruukur tanah berlesen? Ertinya, macam ada juruukur tanah tak berlesen.

Jadi, bagi saya, kalau disebut juruukur tanah pun dah memadai. Makna ertinya, memang dah covered sebagai land surveyor. Sebab itu dalam yang disebut – yang dicadangkan pun, land surveyor. Bukan land surveyor registered, sebab ini nampaknya pelik. Kenapa nak kena sebut perkataan “berlesen”? Jadi, kita kena tanya berapakah jumlah yang berlesen dan yang tak berlesen sebenarnya yang berada dalam negara kita.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah dalam pengiraan ataupun dalam pindaan kali ini mengambil kira kerana kita dimaklumkan bahawa Juruukur Tanah Berlesen (JTB) ini risau. Ada kerja-kerja yang selama ini tidak dikira sebagai title survey seperti contohnya, utility survey iaitu ukuran sub surface seperti cabling, piping yang termasuk dalam takrifan geomatic survey, juga telah dijalankan di kalangan orang- orang yang bukan termasuk dalam JTB.

Jadi, sebab istilah yang diterangkan dalam libat urus ukuran hak milik dengan ukuran geomatic ini berbeza. Ada 14. Yang sini ada empat. Jadi, adakah ini termasuk – dan juga kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah semua kerja-kerja dalam geomatic survey ini patut di-certified oleh land surveyor sahaja? Geomatic surveyor pada pendapat JTB meliputi juga hydrographic survey, utility survey dan juga aerial mapping kerana bidang ukur ini termasuk dalam pembelajaran dan takrifannya, dan juga takrifan geomatic survey. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah universiti yang menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan geomatic survey ini kerana pada keperluan ini, kita nampak keperluannya akan menjadi lagi banyak dan kita lihat juga semasa kita sekolah, kita belajar tentang – termasuk dalam hal pelayaran. Saya difahamkan dalam mapping ini, termasuk juga pengiraan kepada ukuran dalam – melibatkan lautan. Jadi, adakah pembelajaran untuk kaedah geomatic ini akan dimasukkan dalam silibus pendidikan dan bila mana, LSR ini diperbanyak dan dirasmikan, adakah ia akan mengubah daripada Persatuan Juruukur Berlesen kepada Majlis Juruukur Berlesen?

final • 2:23 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Juga, kita ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan untuk kawasan pembangunan yang kecil, ia sepatutnya dibuat lebih mengelakkan orang awam terpaksa membayar dua kali kos profesional di sini. Jadi, adakah – sepatutnya kawasan pembangunan kecil ini pecah lot, tidak memerlukan pengesahan perancang bandar bertauliah. Cukup dengan juruukur tanah berlesen sahaja.

Jadi, dalam hal ini, kita ingin bertanya apakah cukup tenaga profesional dalam negara kita setakat ini? Dari segi praktis dan pengalaman juruukur sedia ada dalam perkara yang dibentangkan? Yang kedua, apakah mekanisme dan silibus pendidikan untuk geomatic survey di IPT- IPT? Peralatan, pendedahan kepada mahasiswa kita yang sedang belajar di IPT dalam kos ini. Cukupkah untuk bersedia, untuk memenuhi kehendak pindaan pada hari ini, dan berapakah institusi pendidikan yang mengadakan latihan untuk ukur dan geomatic, dan juga devices, peralatan-peralatan yang dibekalkan kepada semua juruukur-juruukur, bakal-bakal juruukur untuk mereka belajar tentang perkara ini?

Jadi, harapan kita agar satu perkara yang besar iaitu berkenaan dengan pindaan dan klarifikasi dalam hal ini, apakah akan menyelesaikan batas sempadan maritim Malaysia dapat dimuktamadkan dan dinoktahkan? Indonesia sudah lama nak menuntut melalui Deklarasi Djuanda,13 Disember 1957.

Konsistensi dan [Tidak jelas] mereka menyebabkan PBB pada tahun 1992 mengiktiraf Pulau Natuna sebagai sebahagian dari Indonesia. Jadi, dalam hal ini kita memohon dengan pindaan pada hari ini, kita akan menoktahkan sempadan maritim kita supaya dapat kita sahkan dan selesaikan isu-isu ini, dan juga kita ingin bertanya pada pihak kerajaan, adakah pindaan ini akan juga merujuk kepada aplikasi MyLOT, MyGeoMap , I-Plan yang tertakluk pada pindaan ini?

Saya juga ingin bertanya, sejauh manakah pihak kerajaan akan memastikan bahawa e-Tanah yang berada di semua negeri-negeri dapat kita selaraskan kerana kita percaya dengan pindaan kepada tadi, RUU Alam Sekitar. Sekarang ini, Juruukur Tanah Berlesen. Ia ada kaitan dengan SDG, bandar tradisional dan juga food security dan lain- lain sekuriti kerana ini membabitkan tanah yang merupakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi, sejauh manakah pindaan ini boleh memberi kesan kepada perkembangan dari segi perancang bandar dan juga ukur-ukur supaya kedua-dua negeri dan negara dapat situasi win-win? Jadi, saya mengharapkan supaya penyelarasan dalam e-tanah dapat dibuat dengan secara segera sebagai kita menyahut – kita ini e-government. Sepatutnya, semua dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan perintah saling dapat dikemukakan di antara negeri-negeri. Terima kasih.

final • 2:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.

final • 2:23 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada enam Yang Berhormat yang telah...

final • 2:29 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lima.

final • 2:29 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Lima Yang Berhormat yang telah turut serta untuk membahaskan pindaan Rang Undang-undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.

final • 2:29 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tujuan kita meminda, sebagaimana saya telah sebut, ialah untuk kita menambah baik dan memperkasakan akta sedia ada agar selari dengan peredaran masa dan juga kemajuan negara kita.

Yang Berhormat Seputeh ada bertanya tentang maksud “survey-accurate techniques” sebentar tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, “survey-accurate

final • 2:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

techniques” adalah merupakan istilah teknikal yang merujuk kepada kaedah pengukuran tepat menggunakan peralatan pengukuran seperti GPS, total station dan sebagainya yang mempunyai kejituan yang tinggi dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh JUPEM.

Seterusnya, beliau membangkitkan seksyen 14(2) berhubung kepentingan data geomatik yang disimpan oleh JUPEM. Data center untuk menampung data ukur geomatik adalah terhad kepada data-data tertentu yang diperlukan oleh kerajaan seperti data utiliti bawah tanah dan data-data geospatial bagi projek pembangunan utama negara. Kita tahu dalam soal data utiliti ini, antara permasalahan yang sering dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan, oleh syarikat-syarikat utiliti dan sebagainya dalam mereka menyediakan infrastruktur. Dalam erti kata yang lain, bukan semua data ukur geomatik perlu dihantar ke JUPEM untuk disimpan. Sebaliknya, apa yang diperlukan oleh pihak berkuasa yang perlu dihantar kepada JUPEM.

Seksyen 17(c)(ii) tentang kadar denda kepada JTB. Pindaan ini ialah untuk membolehkan Lembaga mengenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman tatatertib ke atas JTB yang telah didapati bersalah atas salah laku profesional atau telah disabitkan atas kesalahan jenayah yang didapati oleh LJT bahawa JTB berkenaan tidak layak untuk menjalankan amalan profesionalnya. Di bawah pindaan ini juga, kadar denda yang boleh dikenakan ke atas JTB dinaikkan daripada tidak lebih RM500 kepada melebihi RM100,000.

Ini ialah kadar denda yang tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1958 apabila perundangan ini digubal, dan adalah terlalu rendah untuk mencegah JTB daripada melakukan kesalahan profesional dalam kerja-kerja ukur hak milik dan ukur geomatik.

Kadar denda yang rendah pada masa ini juga adalah tidak setara dengan apa yang dikenakan oleh badan-badan profesional lain seperti Lembaga Arkitek, Lembaga Jurutera dan Lembaga Perancang Bandar. Selain itu, peningkatan kadar denda ini juga untuk memastikan JTB melaksanakan tugas dengan profesional dan tidak melanggar akta atau mana-mana peraturan berkaitan.

Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Salak bertanya apakah rasional untuk kita naikkan denda― sebagaimana yang saya telah sebut, kerana tempoh yang terlalu lama daripada ia digubal― dan mencadangkan hukuman yang lebih berat kepada pihak orang awam selain daripada JTB yang melaksanakan kerja-kerja JTB. Kesalahan ini telah ditentukan di bawah seksyen 19 iaitu berkaitan kesalahan yang melibatkan penyamaran, penipuan atau melaksanakan kerja-kerja ukur geomatik tanpa kuasa yang boleh memberikan kesan buruk kepada rakyat. Dalam hal ini, kenaikan ini adalah selaras dengan peruntukan kesalahan jenayah di bawah akta yang lain.

Seterusnya, Yang Berhormat Ampang ada bertanya tentang seksyen 14(2) tentang― selaras dengan pendigitalan. Sebagaimana yang disebutkan tadi, bukan semua rekod data geomatik yang perlu didepositkan di JUPEM dan ia hanya melibatkan data-data yang berkaitan dengan keperluan kerajaan.

Tentang kadar denda yang tidak setara antara JTB dan non JTB ialah kerana kadar denda yang berbeza ini ialah tentang JTB ataupun juruukur tanah berlesen boleh dikenakan penggantungan ataupun pembatalan lesennya yang mana mereka tidak boleh menjalankan amalan profesional. Makna mereka dah tak boleh mencari makan sebagai juruukur.

Tetapi, bagi individu yang tidak berlesen, sebaliknya ia melibatkan mereka yang melakukan kesalahan jenayah di sini. Jadi, berbanding dengan kesalahan profesional yang kita takrifkan untuk JTB, apabila ia kesalahan jenayah, sebab itu kuantum ataupun denda dia melibatkan juga penjara berbanding dengan kesalahan profesional.

Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat bertanya tentang jumlah universiti yang menawarkan kursus dalam geomatic surveys. Terdapat dua universiti awam utama yang menawarkan kursus ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala dua universiti swasta iaitu Kolej Universiti Geomatika di Setiawangsa dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Itu empat institusi― dua awam dan dua swasta― yang menyediakan kursus dalam geomatic surveys.

final • 2:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya, dibangkitkan tentang soal sempadan maritim. Ya, kita ambil maklum tetapi itu sebenarnya bukan berkaitan dengan perbahasan ini secara khusus. Saya ambil maklum dan itu memang kerja berterusanlah yang mana di bawah Wisma Putra untuk soal menoktahkan persempadanan kita dengan negara-negara jiran.

Sekiranya ada apa-apa yang tertinggal, Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis kerana ada beberapa itu butiran yang kami dalam proses untuk dapatkan.

Tetapi, secara umumnya, saya berharap bahawa semua Yang Berhormat dapat menyokong pindaan ini yang kita rasa perlu untuk update perundangan ini dengan keperluan semasa dan juga pembangunan negara dan perkembangan teknologi. Kita juga berharap dengan ini, ia dapat memperkasakan peranan LJT dalam mengawal selia aktiviti pengukuran oleh juruukur tanah berlesen dan dapat meningkatkan profesionalisme mereka.

Terima kasih.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal 1 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Dato’ Sri Huang Tiong Sii) dan diluluskan]

final • 2:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato' Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta bagi menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024 [Akta A1697] untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2024 dan bagi peruntukan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dibaca kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, penyusunan semula fungsi kementerian adalah selaras dengan penyusunan semula Jemaah Menteri baharu pada 12 Disember 2023 yang bertujuan untuk memperkemaskan lagi organisasi dan fungsi kementerian-kementerian terutama dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara selaras dengan konsep Malaysia Madani.

final • 2:39 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Melalui penyusunan semula ini, terdapat dua maksud bekalan baru diwujudkan iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang diberi kod maksud bekalan baru dalam rang undang-undang ini iaitu B.33 dan Kementerian Digital dengan Maksud Bekalan B.50.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang telah distruktur dan dijenamakan semula sebagai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengekalkan Maksud Bekalan B.23. Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah distruktur dan dijenamakan semula sebagai Kementerian Komunikasi dan mengekal Maksud Bekalan B.47.

Selain daripada itu, penyusunan semula fungsi kementerian ini turut melibatkan beberapa pemindahan fungsi dan program daripada kementerian asal kepada kementerian penerima tugas. Antaranya seperti pemindahan fungsi dan program akademi kenegaraan dari Kementerian Belia Sukan ke Jabatan Perdana Menteri. Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perpaduan Negara dan fungsi francais dipindahkan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tuan Yang di-Pertua, penyusunan semula ini melibatkan perpindahan program dan agensi di antara kementerian dan bagi program-program yang disusun semula di bawah maksud bekalan yang baru, baki peruntukan program-program terlibat di kementerian asal perlu dipindahkan kepada maksud bekalan yang baru. Oleh itu, perkara ini perlu dibentangkan ke Dewan yang mulia ini untuk diluluskan penyesuaiannya, peruntukan tahunan 2024 tersebut tanpa menjejaskan jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk tahun 2024 di bawah Akta Pembekalan 2024 yang berjumlah RM214.6 bilion.

Tindakan ini hanya merupakan pengubahsuaian kedudukan program-program dalam maksud bekalan tertentu sahaja. Selaras dengan Perkara 100, Perlembagaan Persekutuan, maka penguntukan semula peruntukan perbelanjaan ini, bagi maksud- maksud yang terlibat dibentangkan melalui Akta Perbekalan ini.

Bagi program yang dipindah daripada kementerian asal ke kementerian baru, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan waran sekatan terhadap peruntukan yang belum dibelanjakan di kementerian asal bagi program dan aktiviti yang terlibat. Sekatan ini dilakukan di bawah perenggan 13(3)(b), Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).

Jumlah Peruntukan Perbelanjaan Mengurus 2024 yang disekat adalah sebanyak RM668,537,400.00. Jumlah yang sama juga telah dicadangkan untuk diperuntukkan semula kepada kementerian-kementerian yang menerima program-program tersebut.

Perincian Peruntukan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2024 yang disekat adalah seperti berikut;

Kementerian/JabatanPeruntukan Perbelanjaan (RM)
Jabatan Perdana Menteri172563800
Kementerian Ekonomi7510000
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam340087300
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup783700
Kementerian Belia dan Sukan64912200Kementerian Komunikasi62680400
final • 2:40 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tuan Yang di-Pertua, perincian dalam cadangan anggaran peruntukan semula, Peruntukan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2024 sebanyak RM648,537,400.00 yang dipohon untuk diluluskan di bawah Fasal 2 rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

(i) peruntukan sebanyak RM64,912,200 bagi Maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri untuk menampung perbelanjaan bagi Program Akademi Kenegaraan yang dipindahkan daripada Kementerian Belia dan Sukan;

(ii) peruntukan sebanyak RM21,673,00.00 di bawah Maksud B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perbelanjaan Program Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) yang dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri;

(iii) peruntukan sebanyak RM1,433,200.00 untuk Maksud B.14 Kementerian Perpaduan Negara untuk menampung perbelanjaan bagi Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) yang telah dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri;

(iv) peruntukan sebanyak RM783,700.00 untuk Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menampung perbelanjaan bagi fungsi francais yang dipindahkan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;

(v) peruntukan sebanyak RM340,870,300.00 di bawah Maksud B.33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menampung perbelanjaan bagi program dan aktiviti yang telah dipindahkan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Antaranya seperti Program Pengurusan Tenaga, Program Pengairan dan Saliran serta Program Perkhidmatan Pembetungan;

(vi) peruntukan sebanyak RM37,382,400.00 untuk Maksud B.47 Kementerian Komunikasi untuk menampung perbelanjaan bagi Program Malaysia Government Call Centre dan Jabatan Komunikasi Komuniti yang telah dipindahkan kepada Jabatan Perdana Menteri; dan

(vii) peruntukan sebanyak RM182,265,600.00 di bawah Maksud B.50 Kementerian Digital adalah dikehendaki untuk menampung perbelanjaan bagi program dan aktiviti yang telah dipindahkan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital. Antaranya Program Digital Negara dan Program Perlindungan Data Peribadi.

Dato’ Yang di-Pertua, sekarang izinkan saya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024. Sebagaimana penyesuaian perbelanjaan mengurus yang dinyatakan sebentar tadi, penyusunan semula kementerian turut melibatkan perpindahan program dan projek pembangunan di antara kementerian. Jumlah anggaran peruntukan pembangunan yang terlibat ialah RM6,561,616,300.00. Jumlah ini telah disekat daripada kementerian asal ke kementerian baru. Perincian peruntukan perbelanjaan pembangunan tahun 2024 yang disekat adalah seperti berikut;

Kementerian/JabatanPeruntukan Perbelanjaan (RM)
Jabatan Perdana Menteri762997500
Kementerian Ekonomi18550000Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam4589917800
final • 2:40 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup2,000,000.00
Kementerian Belia dan Sukan3665700Kementerian Komunikasi1184485300
final • 2:40 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Perincian kepada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2024 adalah seperti berikut:

(i) peruntukan sebanyak RM3,665,700.00 di bawah maksud P.6 Jabatan Perdana Menteri untuk membiayai Projek Pembangunan Akademi Kenegaraan yang dipindahkan daripada Kementerian Belia dan Sukan;

(ii) peruntukan sebanyak RM100 juta bagi maksud P.14 Kementerian Perpaduan Negara untuk membiayai Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (MITRA) yang dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri;

(iii) peruntukan sebanyak RM2 juta bagi maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk membiayai Projek Pembangunan Francais yang dipindahkan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;

(iv) peruntukan sebanyak RM4,589,917,800.00 bagi maksud P.33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk membiayai projek-projek yang dipindahkan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim seperti projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran serta projek di bawah Jabatan Pembetungan Negara;

(v) peruntukan sebanyak RM15 juta bagi maksud P.47 Kementerian Komunikasi bagi membiayai projek Kerajaan Elektronik yang dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri; dan

(vi) peruntukan sebanyak RM1,851,032,800.00 bagi maksud P.50 Kementerian Digital untuk membiayai projek-projek yang dipindahkan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital seperti projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan projek Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999.

Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2024 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 tahun 2024 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7A tahun 2024.

Saya akan mengemukakan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2024 selepas ucapan ini. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 2:50 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong.

final • 2:50 PM
USUL
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Usul di atas nama Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah Majlis:

*“BAHAWASANYA, berikutan penyusunan semula Kabinet pada 12 Disember 2023 telah disusun semula dan dinamakan semula. Beberapa kementerian baharu telah pun ditubuhkan dan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian-kementerian lain:

DAN BAHAWASANYA Perbelanjaan Pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu serta kementerian yang dibubarkan telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024; DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian:

DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan itu akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] :

DAN BAHAWASANYA menurut subseksyen 4(2), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian- kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula, dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dilakukan melalui suatu Usul yang diluluskan oleh Dewan ini:

BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang sebanyak enam bilion lima ratus enam puluh satu juta enam ratus enam belas ribu tiga ratus ringgit (RM6,561,616,300.00) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan, 2024 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 Tahun 2024 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang ketujuh dan kelapan Penyata tersebut dan Usul ini disifatkan telah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.”]* Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 2:50 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta bagi menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024 [Akta A1697] untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2024 dan bagi peruntukan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di Nombor 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahaskan.

Mengikut dalam senarai ini terdapat 11 orang Yang Berhormat akan berbahas.

Senarainya adalah seperti berikut – bermula dengan Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Rasah.

Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin untuk membuka tirai.

final • 2:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahi Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang telah diberikan kepada saya. Saya bangun untuk menyokong RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 yang telah dibentangkan sebentar tadi.

Tahniah saya ucapkan buat Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri yang telah melakukan penstrukturan semula dengan menubuhkan empat kementerian baharu dan beberapa perubahan portfolio. Semoga pembaharuan dan pembukaan lembaran baharu ini dapat memantapkan lagi pentadbiran dan memberikan sumbangan yang positif kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menolak tawaran untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026. Keputusan yang diambil adalah selari dengan Titah Tuanku tempoh hari yang mahukan agar setiap perbelanjaan wang negara hanya digunakan untuk perkara yang benar-benar diperlukan sahaja.

final • 2:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sesungguhnya pembangunan sukan dan atlet secara dalaman adalah lebih mustahak. Begitu juga dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di luar sana pada masa ini berbanding menjadi hos sukan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua, menerusi rombakan Kabinet yang lalu, portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan telah diwujudkan iaitu setelah setahun Kementerian Wilayah Persekutuan distrukturkan semula sebagai sebuah jabatan di bawah JPM. Sedangkan sejak tahun 2004, kementerian tersebut tidak pernah diturunkan statusnya dan menyaksikan tumpuan khusus telah diberikan kepada Kemajuan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Terima kasihlah Menteri sebelum ini.

Persoalan saya, apakah keperluan lantikan tersebut? Adakah terdapat sebarang masalah atau isu berbangkit yang menyebabkan lantikan tersebut terpaksa dibuat?

Mengapakah mengambil masa yang lama untuk melantik seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi menguruskan perkara berkaitan Wilayah Persekutuan?

Mengapakah Kementerian Wilayah Persekutuan tidak diwujudkan semula sahaja seperti pentadbir sebelum ini? Jika bercakap soal penjimatan, berapakah kos yang berjaya dijimatkan oleh kerajaan?

Saya mohon supaya perkara ini dijelaskan sebaiknya agar tidak menimbulkan kekeliruan dan menjadi bahan serangan politik kepada kerajaan hari ini khususnya terhadap Perdana Menteri.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Oleh Arau.

final • 3:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Timbalan Yang di-Pertua, saya menyambut baik tindakan kerajaan yang mengembalikan francais ke tempat asal penubuhannya iaitu di bawah KUSKOP secara tunggal. Pertindihan dua kementerian sebelum ini telah menyebabkan kecelaruan dan kerenah birokrasi kerana laporan atau sebarang tindakan memerlukan pengesahan daripada kedua-dua kementerian terlebih dahulu.

Berhubung pembangunan francais, saya ingin mengetahui apakah perancangan terkini kerajaan untuk memperkasa agensi Pernas agar dapat meningkat bilangan penglibatan usahawan bumiputera? Merujuk kepada klausa 19 Akta Francais 1998, saya ingin juga mengetahui, apakah tindakan kerajaan terhadap francaisor yang mengenakan fi pada kadar yang melampau? Hal ini kerana kadar fi ratusan ribu ringgit yang dikenakan oleh francaisor adalah tidak munasabah dan membebankan tindakan kos sebenar adalah tidak tinggi. Bagi saya ini merupakan satu penganiayaan dan membantutkan hasrat para usahawan bumiputera di luar sana untuk berkecimpung di dalam dunia francais.

Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha pemisahan Kementerian Komunikasi dan Digital kepada dua kementerian yang berbeza. Tindakan tersebut adalah sejajar dengan peredaran masa dan landskap komunikasi hari ini.

Sehubungan itu, maka besarlah harapan saya untuk melihat segala isu yang berkait dengan komunikasi dan digital seperti kebocoran data peribadi, penipuan dalam talian, keselamatan siber dan sebagainya dapat ditangani. Mengenai kebocoran data peribadi, saya ingin mengetahui apakah perancangan terkini kerajaan untuk mengatasinya dengan lebih berkesan? Isu-isu seperti penghantaran mesej spam menerusi SMS, WhatsApp, Telegram, e-mel dan panggilan telefon oleh pelbagai sindiket masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

Persoalan saya, bagaimanakah sindiket terbabit berjaya mendapatkan data-data dan maklumat peribadi serta nombor telefon kita ini? Adakah kajian atau siasatan secara terperinci dan menyeluruh pernah dijalankan oleh kerajaan untuk mengenal pasti punca kebocoran maklumat ini? Hal ini kerana saya tidak mahu ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan membuat keuntungan menerusi urusan jual beli data pengguna telefon khususnya dari peringkat dalaman. Justeru itu, saya mohon agar kerajaan lebih proaktif untuk mengatasi perkara ini supaya tidak terus berlarutan dan menjadi punca kepada permasalahan yang lebih besar.

Perkara akhir yang ingin saya sentuh ialah berhubung pemindahan Institusi Akademi Kenegaraan ataupun i-LEAD daripada KBS kepada JPM. Saya turut menyokong pemindahan tersebut sebab selagi mana ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat terus diperkasakan. Persoalan saya, apakah perancangan baharu kerajaan terhadap Akademi Kenegaraan ini? Apakah strategi terkini bagi menyemarakkan kembali semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat?

Soalan yang terakhir, apakah yang dimaksudkan dengan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI? Apakah objektif ataupun matlamat yang ingin dicapai menerusi pelaksanaan program tersebut?

Timbalan Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian dan penjelasan. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:00 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Pertamanya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang telah membuat penstrukturan semula kementerian-kementerian untuk menambahkan kecekapan, menambahkan keberkesanan kementerian-kementerian seperti yang pernah

final • 3:04 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

dilakukan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini membuktikan bahawa itu bukanlah suatu pembaziran dan sebagainya.

Pertamanya Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan peruntukan semula yang ditetapkan kepada Kementerian Digital yakni sebanyak RM182.62 juta bagi tahun 2024. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, sejumlah besar atau boleh dikatakan majoriti masyarakat kita gemar menggunakan media sosial dan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan informasi.

Namun, selalunya mereka terlalu mudah terpedaya untuk mengakses link yang curiga tanpa meneliti terlebih dahulu keaslian sumbernya. Tindakan ini secara tidak sengaja membuka peluang kepada ancaman siber seperti hacking dan phishing yang semakin berleluasa di platform media sosial dan aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp, Telegram dan Messenger.

Ramai sudah rakyat kita menjadi mangsa atas sindiket penipuan ini. Jumlah penipuan dari ratusan ringgit hinggalah mencecah ribuan ringgit atas setiap individu yang menjadi mangsa. Sebagai contoh, seorang pelajar wanita terperangkap dengan link promosi pakej telefon percuma dan wang tunai palsu menyebabkan kerugian RM14,672 pada Januari yang lalu.

Seorang lagi adalah lelaki warga emas berusia 77 tahun daripada Penampang, Sabah yang menerima panggilan mengaku dari bank pada 8 Januari yang lalu. Beliau diminta mengesahkan transaksi dan menekan link untuk membatalkannya. Selepas menekan link itu, beliau diminta memasukkan maklumat perbankan. Akibatnya, beliau rugi RM57,298 dari akaun bank dan RM19,994 dari kad kredit menjadikan jumlah kerugian sebanyak RM77,292.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Butiran 030000. Program kursus sebanyak 22.5 juta termasuk Siber Sekuriti Malaysia dan MyDIGITAL Coperation. Dalam mendepani trend ancaman siber baharu yang semakin canggih dan mencabar, penerapan analitik data raya dan kecergasan buatan merupakan suatu pendekatan komprehensif yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.

Kita tidak dapat menafikan bahawa jenayah siber seperti penipuan melalui Caller ID spoofing telah menular dengan berleluasa di mana penjenayah mengeksploitasi kelompangan sistem dengan mengubah nombor telefon penerima untuk memperdaya mangsa seolah-olah panggilan itu datang daripada sumber yang sah dan dipercayai.

Dalam kes Macau scam misalnya, kaedah seumpama ini kerap diguna untuk memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak berkuasa bank ataupun agensi kerajaan yang sah. Persoalan yang saya ingin bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak kementerian sedar bahawa jenayah siber seperti penipuan melalui Caller ID spoofing telah berleluasa dengan penjenayah mengeksploitasi kelompangan sistem untuk mengubah nombor telefon penerima bagi memperdaya mangsa seolah-olah panggilan itu datang daripada sumber yang sah dan dipercayai.

Adakah pihak kementerian memanfaatkan sepenuhnya segala dana yang disuntik kerajaan berjumlah RM22.5 juta ini serta kemampuan analitik data raya dan kecerdasan buatan dalam meningkatkan keupayaan mengesan, mencegah dan menangani sebarang cubaan jenayah siber? Teknologi yang canggih ini mampu memproses data dalam jumlah yang amat besar. Mengenal pasti corak dan pertunjuk ancaman dengan lebih efisien serta bertindak secara proaktif untuk mengekang sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah pendekatan yang diambil dalam menggabungkan penggunaan analitik data raya, kecerdasan buatan dan pelaksanaan inisiatif MyDIGITAL serta berapa banyak peruntukan yang digunakan bagi memastikan keselamatan siber negara sentiasa terjamin menghadapi sebarang bentuk ancaman yang baharu? Sekian, terima kasih.

final • 3:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 3:04 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua kerana diberi peluang untuk saya membahaskan tentang rang undang-undang ini.

Saya ingin menumpukan perbahasan saya di dalam satu, dua perkara sahaja yang berkaitan Kementerian Komunikasi dan juga Kementerian Digital.

final • 3:09 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Dulu di satu kementerian. Sekarang pecah dua. Ini berkaitan tentang sebuah GLC kerajaan yang beroperasi, berniaga ya di luar negara. Sebenarnya saya bukanlah faham sangat tentang business oversea ini. Tetapi saya ada membaca suatu rencana dalam media sosial iaitu syarikat kita, Axiata– mungkin itu sebutannya ya. Saya difahamkan, Axiata Group Berhad adalah GLC kerajaan telah melabur, menjalankan business-nya di Nepal. Baguslah itu tapi daripada bacaan saya itu, sama ada betul atau tidak, YB Menteri mungkin sahkan, sebab ini mungkin melibatkan duit public, duit awam.

Syarikat Axiata Group Berhad daripada rencana yang saya baca ini, telah rugi sebanyak RM6.3 bilion di Nepal. Jadi, skalanya besar juga macam 1MDB. Jadi mintalah penjelasan sama ada pendedahan yang saya kemukakan dengan niat baik ini berdasarkan bacaan saya daripada media sosial ini betul ataupun tidak. Ini kerana saya difahamkan, GLC Axiata Group Berhad ini kalau betul-betul dia ini syarikat Government- Linked Company, syarikat ini banyak subsidiari dia di luar negara termasuk di Indonesia.

Dengar ceritanya, rugi besar juga.

Jadi kita dalam negeri ini berjimat cermat, kita potong subsidi, mungkin pencen pun nak di susun balik. Akan tetapi kalau GLC kita, kalau betullah ini wang itu daripada sumber public (awam) ini, asyik rugi sahaja luar negara kerana kecuaian kah atau apa- apa sebab lah, jadi tak berbaloi lah kan. Kita harap GLC kerajaan ini macam lah– yang bagusnya macam KWSP, untung. Itu bagus. Kita pujilah, Yang Berhormat Menteri tapi kalau ada yang rugi bilion-bilion ini, tolonglah.

Satu lagi Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Susah nak sebut nama kementerian ini. Ini berkaitan dengan rancangan bekalan air Johor. Untuk makluman, dari Sungai Johor setiap hari sebanyak 960 juta liter air dialirkan ke Singapura. Dari Sungai Johor ke Singapura, setiap hari dan perjanjian ini akan tamat pada tahun 2061. Jadi, mungkinlah lebih 30 tahun lagi. Saya berharap kementerian yang berkenaan yang supaya buat persiapan dari sekarang. Jadi kalau perjanjian itu berakhir nanti tahun 2061, maknanya kita sudah bersedia supaya jumlah air yang banyak ini dapat menampung keperluan negeri-negeri di selatan Semenanjung – Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan, misalnya. Jadi walaupun lama lagi tapi perlulah persiapan dibuat daripada sekarang.

Demikian saja Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 3:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus

(Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) tahun 2024. Saya mengambil peluang pada hari ini, 25 Mac 2024 bersamaan dengan 14 Ramadan 1445H mengucapkan Selamat Hari Polis yang Ke-217 kepada semua anggota polis dan juga Timbalan Speaker sendiri yang pernah memegang jawatan anggota polis.

Saya juga sama dengan sahabat saya Tampin tadi mengambil peluang pada hari ini untuk menyatakan bahawa langkah menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 sebagai langkah berjimat cermat dan satu keputusan yang baik. Cuma persoalan saya ialah bagaimana dengan keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini yang mendapat rungutan daripada dua pihak iaitu jurulatih skuad kebangsaan sendiri dan juga

final • 3:15 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

jurulatih Oman yang menyatakan rasa kecewa mereka terhadap suasana ataupun keadaan stadium yang masih lagi tidak sesuai untuk digunakan?

Dato’ Yang di-Pertua, penguntukan semula peruntukan sebanyak RM648,537,400 adalah bertujuan untuk perbelanjaan tahun 2024 bagi fungsi kementerian yang terlibat dalam penyusunan semula. Bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan senarai Kabinet dan kementerian seawal pentadbiran beliau dengan jumlah kementerian yang dikurangkan kononnya bagi mengurangkan jumlah anggota Kabinet.

Namun, dengan rombakan Kabinet selepas kira-kira setahun kerajaan campuran, telah berlaku pertambahan anggota Kabinet kerana terdapat kementerian yang telah dipecahkan dan kementerian baharu diwujudkan.

Dengan rombakan Kabinet ini, akan berlaku pertambahan kos dan implikasi kewangan kerajaan termasuk aset, penjenamaan semula seperti tanda nama kementerian, kepala surat, kad nama dan sebagainya lagi. Walaupun nampak sedikit tapi sebenarnya sudah pasti kos yang akan bertambah. Selain itu agensi, jabatan dan para pegawai juga akan bertukar dengan perubahan kementerian ini. Ini akan memberikan tekanan kepada penjawat awam di kementerian terlibat dan mereka menjadi mangsa keadaan kerana telah dipaksa rela oleh kerajaan.

Dalam isu rombakan Kabinet dan sekali gus melibatkan perubahan kedudukan jabatan dan agensi, perlu diambil kira implikasi politik dan sebagainya. Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan telah melalui libat urus khususnya mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti sama ada jabatan atau kementerian boleh diwujudkan ataupun ditutup dengan keputusan kerajaan begitu sahaja? Jika tiada, saya cadangkan pihak kerajaan perlu melalui proses ini terlebih dahulu. Contohlah kalau nak tutup sesuatu jabatan ataupun kementerian, KSN, KPPA dan KSU ataupun ketua pengarah semasa jabatan atau kementerian tersebut perlu membuat laporan dan pertahankan bidang tugas serta KPI jabatan berkenaan di depan jawatankuasa yang ditubuhkan.

Bagi mewujudkan sesuatu kementerian ataupun jabatan, perlu ada jawatankuasa yang dianggotai oleh MOF dan JPA untuk menilai implikasi kewangan, aset dan semua yang berkaitan. Contoh, dulu pernah tutup ataupun pindah BTN. Sekarang wujudkan semula atas nama baharu, sama ada nama akademi kenegaraan atau sebagainya. Kita bimbang suatu hari nanti akan ada cadangan untuk tutup JAKIM atau sebagainya.

Sekurang-kurangnya jika ada sebuah jawatankuasa, tidak lah sebulat-bulatnya keputusan kerajaan tanpa mengambil kira pandangan jabatan berkenaan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, apakah relevan pemecahan antara dua kementerian? Contohnya Kementerian Komunikasi dan Digital. Misalnya, MCMC berada di bawah Kementerian Komunikasi. Namun agensi seperti DNB, projek JENDELA yang mana belanjawannya berada di bawah Kementerian Digital, siapa yang akan memantau projek-projek tersebut? Ini terlalu jelas menyalahi tata kelola yang dilaung- laungkan. Sejauh mana DNB boleh survive apabila sebahagian punca kuasa masih lagi berada di MCMC yang masih berada di bawah Kementerian Komunikasi? Ini juga menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri kita yang ada pada hari ini tidak serius dalam menubuhkan kementerian baharu– seperti memenuhi tuntutan satu-satu pihak sahaja dalam menubuhkan kementerian ini.

Saya mendapat maklumat, terdapat beberapa kontraktor JENDELA yang masih lagi tidak mendapat bayaran kerana walaupun projek sudah siap, namun bayaran terpaksa dibayar di bawah Kementerian Digital. Berapakah sebenarnya peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk Kementerian Digital yang baharu ditubuhkan ini? Dalam masa yang sama, berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk pembangunan dan pengoperasian pusat data sektor awam seperti PADU khususnya?

final • 3:15 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Baru-baru ini terdapat laporan berkaitan data PADU yang telah bocor. Adakah perkara ini benar dan kementerian manakah yang memantau perkara tersebut? Sekian Dato' Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian sama untuk perbahasan RUU Perbekalan

(Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

Pertamanya saya ucap terima kasih untuk memberi ruang ini dan saya mulakan dengan kalau setahun yang lalu rombakan Kabinet yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun dilihat tidak berjaya menyelesaikan kemelut yang menggasak kehidupan rakyat. Malah rombakan Kabinet baharu ini memperlihatkan wajah baharu dan lama dalam Kabinet. Apa yang menarik Perdana Menteri telah mengangkat Timbalan Menteri Kewangan dari latar belakang bukan ekonomi. Ini jelas mengesahkan rakyat – meresahkan rakyat. Adakah dengan melantik Yang Berhormat Menteri Kewangan II mampu mengukuhkan mata wang negara yang semakin hari semakin corot ke belakang.

Rakyat tertunggu-tunggu apa tindakan kerajaan bagi menyelamatkan ekonomi negara.

Seperti juga sahabat saya Kuala Krai tadi menyebutkan tentang natijah daripada rombakan penstrukturan semula Kabinet, ia telah menyebabkan kecelaruan dari segi tata kelola dan urus tadbir. Contohnya apabila KKD dipecahkan kepada dua kementerian.

Penstrukturan ini memberi implikasi bahawa agensi-agensi tertentu dan apabila saya merujuk kepada Butiran P.50, saya telah kenal pasti bahawa projek-projek JENDELA telah diletakkan terus di bawah Kementerian Digital.

Namun, mengapa saya tidak melihat nama MCMC di bawah Kementerian Digital ini? Ini kerana dari sudut operasi, pembayaran projek JENDELA akan dibayar oleh Kementerian Digital. Namun, dari sudut perolehan projek, ia dibuat oleh Kementerian Komunikasi. Jadi, bukankah ini salah satu perkara yang tidak betul dari sudut tata kelola?

Kalau hendak pecahkan Kementerian Komunikasi, Digital terus dan satu lagi kementerian penerangan. Jadi, tidak perlu ada redundant tugas di situ.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetengahkan kerisauan rakyat berkenaan dengan sistem PADU yang semakin tidak dipercayai oleh rakyat. Salah satu daripada apa yang disebutkan ialah tentang kebocoran data maklumat dan Menteri perlu serius dengan kenyataan Kerajaan Negeri Sarawak yang mahu menangguhkan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) disebabkan beberapa isu. Perkara ini perlu ditangani secara segera berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu yang tidak sepatutnya didedahkan. Perkara ini dizahirkan oleh seorang Menteri Kanan Sarawak yang mempersoalkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) mengatakan dengan menuntut maklumat tertentu daripada rakyat, ia tidak ubah seperti membogelkan diri sendiri.

Kita juga tidak mahu ada pada akhirnya maklumat dan data peribadi rakyat disalahgunakan oleh pihak tertentu. Jika dilihat pada tarikh tutup pendaftaran PADU yang akan berakhir berbaki lapan hari lagi, hanya sekadar 30 peratus rakyat yang telah mengisi sistem tersebut. Saya juga mendapat aduan bahawa penjawat awam diarahkan untuk mengisi sistem data padu sedangkan isu yang berkaitan dengan keselamatan pengguna masih belum diselesaikan.

Saya juga ingin memetik satu kenyataan daripada veteran UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi, “PADU gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Menteri Ekonomi yang gagal. Apakah ‘delivery system’ kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar-kacir?” Itu apa yang disebut oleh Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat ada bagusnya peralihan tenaga dan transformasi air diwujudkan – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air diwujudkan bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Pada sidang mesyuarat yang lepas, Pengkalan Chepa telah membawa isu berkaitan sistem perparitan, kuala, muara sungai cetek dan bertanya tindakan kerajaan untuk mengurangkan risiko banjir. Hal ini kerana penduduk

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

setempat sentiasa risau setiap kali datangnya hujan dan berlaku banjir kilat. Walaupun banjir kilat tetapi memusnahkan sebahagian besar harta benda mereka yang menyebabkan kos yang tinggi dan perkara ini berulang-ulang.

Saya sering menyuarakan perkara ini sehingga ke hari ini dan saya juga telah pun membawa ke Kamar Khas. Pihak Timbalan Menteri telah memberikan komitmen untuk menyegerakan segala penyiasatan tentang aduan tersebut. Namun, sehingga ke hari ini, apa yang telah pun saya nyatakan belum lagi diambil tindakan oleh pihak kementerian.

Jadi, saya memohon pihak kementerian terbabit untuk menyegerakan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan kebajikan rakyat dan juga soal yang mendasari kehidupan rakyat itu dapat diselesaikan dengan segera. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Dato' Yang di- Pertua atas keizinan untuk saya libatkan diri dalam perbahasan. Saya ingin menyentuh sekali lagi tentang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ataupun SME. Dato' Yang di- Pertua, bagi saya halangan besar pada hari ini untuk kemajuan Malaysia ialah ketidakmampuan SME untuk mempertingkatkan penggunaan teknologi kerana sukar mendapat modal daripada bank-bank yang besar.

Biasanya taburan saiz syarikat di mana-mana negara adalah berbentuk piramid iaitu bilangan syarikat mikro lebih banyak daripada syarikat kecil dan syarikat kecil melebihi syarikat sederhana dan umpamanya. Namun, taburan saiz syarikat berbentuk piramid ini tidak kelihatan di Malaysia. Kita dapat nampak jumlah syarikat sederhana adalah lebih kecil daripada jumlah syarikat besar. Syarikat sederhana hanya menguasai 1.6 peratus dan syarikat besar menguasai 2.6 peratus.

Mengikut kajian Profesor Woo Wing Thye, taburan saiz sebenarnya melencong lebih jauh daripada bentuk piramid. Jumlah syarikat kecil turun daripada 22.8 peratus kepada 2016 menjadi 19.2 peratus pada tahun 2022. Jumlah syarikat sederhana turun daripada 1.8 peratus menjadi 1.6 peratus. Manakala jumlah syarikat besar naik daripada 2.1 peratus menjadi 2.6 peratus. Apa mesej yang dibawa daripada statistik-statistik yang disebutkan tadi?

Pertama, tidak cukup syarikat mikro berkembang menjadi syarikat kecil. Manakala kedua, tidak cukup syarikat kecil berkembang menjadi syarikat sederhana. Di sebelah sana, syarikat besar menjadi lebih besar dan lebih cepat membesar tetapi syarikat kecil, syarikat mikro, syarikat sederhana terbantut dalam perkembangan mereka. Apa saja faktor melambatkan pertumbuhan syarikat mikro dan kecil, ia juga mesti melambatkan pertumbuhan syarikat sederhana menjadi syarikat besar.

Dato' Yang di-Pertua, negara membangun biasanya barangkali melabur dalam industri yang matang dan bergantung kepada tenaga buruh. Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Kemahiran yang diperlukan juga bukan yang canggih dan produk yang dihasilkan merupakan produk yang matang di pasaran. Dalam kes-kes sebegini, seharusnya pinjaman kepada SME atau PMKS dipermudahcarakan.

Kita lihat di Malaysia, selepas Krisis Kewangan 1998, berpuluh-puluh bank ataupun sistem perbankan yang adanya berpuluh-puluh buah bank, biarpun di peringkat seluruh Malaysia ataupun di peringkat setempat, semua digabungkan dan sekarang menjadi bank mighty eight. Tinggal lapan buah bank saja Dato' Yang di-Pertua. Ini membimbangkan kita semua kerana bank-bank ini lebih konservatif dan mereka lebih play safe, tidak ingin memberikan pinjaman kepada PMKS untuk mereka memperolehi sama ada mesin, jentera ataupun teknologi yang terbaru dan mereka tidak dapat naik taraf daripada syarikat mikro menjadi syarikat kecil, kemudian jadi syarikat sederhana.

Kalau kita tidak dapat menangani isu tersebut, maka dan memandangkan jumlah PMKS adalah begitu banyak di negara kita, saya khuatir dan saya tidak yakin bahawa transformasi ekonomi kita akan menjadi lebih smooth ataupun lebih lancar.

final • 3:26 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Dato’ Yang di-Pertua, ada sedikit masa lagi. Saya juga ingin mengambil...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Petaling Jaya. Tanya sedikit boleh tak, Petaling Jaya? Saya dihubungi oleh kawan-kawan kita yang kerja di bank ini.

Dia bagi tahu ada perjanjian untuk perayaan ini dapat bonus tetapi hak mereka dinafikan oleh bank. Apa pandangan daripada Petaling Jaya?

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Bab bonus ini, larilah topik. Tetapi, balik kepada pinjaman, saya nampak kita perlu perbanyakan lesen-lesen bank kepada institusi kewangan. Kita nampak di Sabah, Sarawak, seluruh Malaysia ada keperluan untuk wujudnya bank-bank tempatan atau pun bank-bank regional untuk membantu memperkembangkan sektor PMKS kita. Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Gerik.

final • 3:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Gerik untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

Tuan Yang di-Pertua, akta ini memohon kepada penguntukan semula sebanyak RM648,537,400 yang melibatkan tujuh kementerian dan dua daripadanya adalah kementerian yang baharu. Usaha memastikan dana bagi perbelanjaan pengurusan setiap kementerian diperuntukkan dengan kemas adalah amat penting bagi memastikan perkhidmatan dan usaha kerajaan tidak terhenti.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang ingin Gerik ketengahkan sebelum dana ini diluluskan. Berdasarkan Kertas Perintah 6 Tahun 2024, Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024, Maksud Perbelanjaan B.6 – Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan sejumlah wang sebanyak RM64,912,200 bagi tujuan Akademi Kenegaraan. Institusi yang dahulu dikenali sebagai Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang kini telah disusun dan dijenamakan semula daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Menurut kenyataan media Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, akademi ini berfungsi untuk memberikan latihan kenegaraan dan khidmat runding berkaitan ilmu kenegaraan. Jadi, Gerik berpandangan ianya amat baiklah dan sangat dialu-alukan di kala tahap patriotisme dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia semakin menipis.

Setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan negara yang dicintai ini. Namun, sambutan tersebut bagaikan tidak memberi sebarang makna apabila penghayatan Rukun Negara masih lagi lemah dan pelbagai cubaan pencabulan kepada Perlembagaan masih lagi berlaku di kalangan rakyat dan organisasi di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya, berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 dengan Maksud Perbelanjaan B.14 – Kementerian Perpaduan Negara, telah diperuntukkan peruntukan sebanyak RM1,433,200 bagi tujuan perbelanjaan Unit Transformasi Masyarakat India

(MITRA). Sebuah unit yang telah disusun semula oleh Jabatan Perdana Menteri bagi membangunkan masyarakat India.

Pembangunan masyarakat seperti ini adalah penting dan perlu dititikberatkan. Ia adalah antara langkah penting yang memperkukuhkan perpaduan negara. Jadi, Gerik berharap Kementerian Perpaduan Negara harus menjadi juara yang terkedepan dalam mencorakkan segala agenda perpaduan nasional dan menangani isu-isu yang menggugat perpaduan negara.

Tuan Yang di-Pertua, masih terdapat rakyat yang gagal menghormati adat, budaya dan bangsa yang wujud dalam masyarakat negara kita yang berbilang kaum ini,

final • 3:31 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

sedangkan inilah asas kemajuan negara yang kita nikmati selama ini. Keharmonian antara kita semua. Lebih menghairankan lagi, masih ada di luar sana yang bukan sahaja tidak menghayati, bahkan tidak mengetahui dan tidak menghafal teks-teks asas negara seperti Rukun Negara, Lagu Kebangsaan dan malah ada juga yang masih tidak mampu bertutur bahasa Melayu dengan betul selaku Bahasa Kebangsaan negara mereka, negara kita sendiri, walaupun dah lebih 60 tahun kita merdeka.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang menghairankan adalah istilah manakah yang betul? Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Bahasa Kebangsaan Malaysia adalah bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Malaysia. Itu yang kita faham berdasarkan Perlembagaan. Tetapi, apa yang kita lihat hari ini, masih ramai yang keliru. Hendak menyebut bahasa Melayu kah Bahasa Malaysia? Termasuklah pelajar dan malah ada juga di kalangan kita sendiri Ahli Parlimen.

Walaupun perkara ini kita nampak macam remeh, Tuan Yang di-Pertua, tetapi penggunaan istilah yang tepat adalah penting dalam komunikasi berkesan yang terkandung dalam falsafah Perlembagaan negara. Jadi, Gerik mohon supaya Kementerian Perpaduan, sekali lagi, mainkanlah peranan yang penting, jadilah juara dalam menterjemah dan memperkasakan Perlembagaan Negara kita. Harap kita akan terus kekal menghormati dan mentaati Perlembagaan Negara kita sebagai asas kepada perpaduan untuk semua.

Sekian, terima kasih.

final • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk juga membahaskan rang undang-undang ini. Saya ingin menyentuh beberapa jabatan yang terlibat. Pertamanya, Jabatan Perdana Menteri.

Kedua, Kementerian Perpaduan dan juga Kementerian Komunikasi.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun kerana saya ingin memberi perhatian kepada peruntukan-peruntukan ini yang akan diagihkan semula kepada beberapa jabatan. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk, pada masa yang sama, bertanyakan kepada Menteri dan kerajaan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kita untuk menyemarakkan lagi perpaduan dan juga konsep nasionalisme di kalangan rakyat kita.

Baru-baru ini, kita lihat bahawa isu yang melibatkan KK Mart telah menjadi viral. Saya menyokong penuh tindakan yang diambil oleh kerajaan dan juga pihak polis.

Kerana, sebagai rakyat Malaysia, saya mahu perpaduan dan juga semangat nasionalisme, patriotisme dan keakraban di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini kekal, kerana negara kita adalah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa dan saya mahu keamanan dan kesejahteraan yang kekal di Malaysia supaya Malaysia dapat melangkah dan melakukan pemerkasaan dan transformasi yang kita ingin kecapi pada masa yang akan datang.

Baru-baru ini, telah berlaku satu insiden dan saya merujuk kepada satu Tiktok.

Sebab itu saya menyentuh Kementerian Komunikasi dan saya menyentuh Kementerian Perpaduan dan saya menyentuh Kementerian Jabatan Perdana Menteri. Di mana, seorang mualaf bernama Zamri Vinoth telah menghina agama Hindu dengan menggunakan penjelasan-penjelasan yang tidak begitu logik dan tidak begitu baik dengan merujuk kepada dewa yang disembah oleh rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Saya bangun kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ada kawan-kawan saya kawan- kawan Melayu, kawan-kawan Cina dan India ingin tanya, kenapakah tidak tindakan tegas diambil terhadap Zamri Vinoth? Kerana bukan sekali tetapi beberapa kali Zamri Vinoth ini telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina agama Hindu.

So, saya menggunakan kesempatan ini, Tuan Yang di-Pertua, untuk membangkitkan isu ini, dan pada masa yang sama bertanya kepada kerajaan dan kepada Menteri Dalam Negeri, kenapakah tidak ada sebarang pertuduhan dibawa terhadap Zamri

final • 3:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Vinoth? Individu-individu seperti beliau boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan perpaduan di antara Malaysia yang berbilang kaum.

final • 3:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, saya ingin tanya, apakah rancangan kerajaan untuk menggubal Akta Kebencian Agama dan Kaum? Kerana pada tahun 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa telah mengumumkan bahawa terdapat rancangan untuk kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Akta Kebencian Agama dan Kaum kerana kita lihat dewasa ini, berlaku pelbagai kejadian yang melibatkan sensitiviti kaum yang makin menular di dalam masyarakat kita di Malaysia.

Jadi saya ingin tanya, adakah kerajaan bercadang kerana ia melibatkan Jabatan Perdana Menteri, melibatkan Kementerian Komunikasi dan juga Kementerian Perpaduan Negara. Adakah ketiga-tiga jabatan ini bercadang untuk melakukan apa-apa kertas kerja dan apa yang telah berlaku kepada Akta Kebencian Agama dan Kaum yang telah dirangka oleh Datuk Dr. Mujahid Rawa? Pada masa yang sama, saya menerima dengan hati yang baik, dengan hati yang besar, pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar bahawa kita kena menghentikan tindakan menghina agama. Tak kiralah, semua agama tidak mahu penganut-penganut mereka menghina agama yang lain.

Jadi pada masa yang sama, saya ingin juga menyatakan bahawa perkara-perkara ini harus diberi perhatian dan saya mohon penjelasan, kalau boleh penerangan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perkara-perkara yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Maran? Okey, baik. Oleh sedemikian, saya beransur ke Yang Berhormat Rasah.

final • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Penguntukan Semula Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan bagi Peruntukan Tahun 2024. Ya, sudah pastinya apabila ada kementerian baru diwujudkan dengan penstrukturan semula, perkara ini perlu dibawa ke Parlimen untuk diluluskan semula.

Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan dua kementerian baru yang diwujudkan. Yang pertama kita tahu, Kementerian Digital yang asalnya daripada Kementerian Komunikasi dan Digital dan yang keduanya, berkenaan dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Saya menyambut baik kewujudan dua kementerian baru ini sebab saya yakin dengan adanya dua kementerian baru ini diwujudkan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani, ia membolehkan sistem ataupun tata kelola yang lebih baik dalam urusan-urusan ataupun perkara yang berkaitan.

Contohnya, dalam bidang digital. Apabila diasingkan daripada komunikasi, membolehkan Kementerian Komunikasi lebih menjurus fokus kepada komunikasi dan perkara yang berkaitan dengan digitalization ataupun naik taraf dan sebagainya difokuskan oleh Kementerian Digital. Saya menyambut baik. Sama juga keadaan dia dengan kementerian yang dinamakan PETRA. Tenaga dan air daripada alam sekitar.

Cuma persoalan besar timbul di sini, selain daripada peruntukan yang disebutkan yang perlu diperuntukkan semula ke kementerian yang baru, yang lebih penting adalah dengan adanya dua kementerian ini, sudah pastinya akan wujud jawatan baru Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Timbalan-timbalan KSU dan juga perjawatan lain.

Jadi, persoalan saya di sini kepada Kementerian Kewangan adalah sama ada berapakah jumlah yang terlibat dengan diwujudkan dua kementerian baru ini sebab kalau agensi-agensi tersebut ditempatkan semula di kementerian baru, dia okey. Saya percaya tidak melibatkan kos tambahan sebab agensi tersebut sudah mempunyai struktur

final • 3:42 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

organisasi masing-masing, cuma ditempatkan di kementerian yang berbeza tetapi apabila ada kementerian baru, berapakah perjawatan dan kos yang terlibat? Jadi, mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan II.

Ia berbeza keadaan dengan Kementerian Kewangan apabila ada jawatan Menteri Kewangan II sebab kementerian tersebut sudah ada, cuma tambah jawatan sahaja.

Satu lagi perkara yang saya nak sebutkan di peringkat Dasar ini adalah berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebab saya nampak urusan berkaitan dengan francais dipindahkan daripada KPDN ke KUSKOP. Ha inilah satu-satunya yang saya nampak di sini untuk rang undang-undang yang kita bentangkan, kita bahaskan pada petang ini yang tidak melibatkan kementerian baru.

Kementerian tetap sama, KPDN dengan KUSKOP cuma yang bezanya francais.

Perniagaan francais, hal ehwal penyeliaan dan sebagainya. Keseluruhannya dipindahkan daripada KPDN ke KUSKOP. Adakah selepas ini, keseluruhan urus niaga ataupun perniagaan francais, termasuk semua undang-undang, akta yang berkaitan, peraturannya 100 peratus di bawah KUSKOP?

Maknanya, selepas saat ini, KPDN tidak terlibat lagi sebab saya memang tahu sebelum ini, perniagaan francais melibatkan dua kementerian. Memang kadang-kadang dia boleh timbulkan keadaan yang ya lah, bila dua kementerian, dua set undang-undang yang berbeza, yang boleh merencatkan bidang francais tersebut di negara kita. Jadi, dengan adanya 100 peratus dipindahkan ke KUSKOP, apakah perancangan daripada KUSKOP sendiri agar perniagaan francais ini boleh terus maju? Malahan, ada lonjakan pada masa akan datang sebab kita tahu perniagaan francais ini adalah satu perniagaan yang boleh dimajukan, berdaya saing, berdaya maju dalam perniagaan yang ada pada hari ini. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

final • 3:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:42 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Speaker. Sri Gading ingin membahaskan tentang kementerian ataupun Jabatan Perdana Menteri dan juga Kementerian Perpaduan Negara yang mana kalau kita melihat kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mempengerusikan Majlis Mesyuarat Khas Akademik Kenegaraan, ianya adalah sangat sesuai dan sangat segera diperlukan. Kerana kita melihat bahawa perpaduan negara ini penting untuk memastikan negara kita terus maju ke hadapan dan ia memberikan kekuatan, bukan sahaja untuk hari ini, bahkan di masa akan datang. Di mana penekanan utama daripada hasil mesyuarat yang berkenaan adalah memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di mana Sri Gading mengharapkan penekanan ini harus diterjemahkan oleh semua agensi di bawah kerajaan supaya kita dapat melihat ianya menjadi satu daripada dasar kepada kerajaan. Kita lihat contohnya dalam pembukaan Parlimen baru-baru ini pun, pembukaan Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara, di mana Rukun Negara diikrarkan oleh semua kita sebagai pemimpin utama negara. Oleh yang demikian, untuk lebih agresif dalam menanam sifat patriotisme di kalangan masyarakat di luar sana, janganlah kita anggap perkara ini tidak penting dan hanya disambut dalam bulan kemerdekaan semata-mata. Nilai inilah yang menjadi tunjang kepada pembangunan dan identiti negara kita yang mana masyarakat majmuk dan perlukan keharmonian sepanjangnya.

Namun, apa yang kita lihat di dalam platform-platform media yang ada, yang kadang-kadang menimbulkan satu suasana yang agak membimbangkan. Di mana provokasi-provokasi antara kaum sering kali menjadi bahan ataupun content yang mendapat sambutan yang tinggi daripada masyarakat. Maka, Sri Gading menyeru agensi- agensi kerajaan yang berkaitan untuk terus memerangi fahaman-fahaman yang tidak elok

final • 3:47 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

ini. Yang mampu sepatutnya menangkis, yang mana kita memerlukan keharmonian kaum dan keunikan negara ini berterusan.

Yang kedua, Kementerian Komunikasi. Di mana Jabatan Komunikasi Komuniti ataupun J-KOM yang telah dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Komunikasi.

final • 3:47 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Saya ataupun Sri Gading memandang positif kepada perubahan ini dan berharap segala inisiatif dan juga agenda kerajaan dapat diselarikan dari sudut hebahan kepada rakyat awam oleh pihak kementerian. Sepertimana kita sedia maklum bahawa Jabatan Penerangan dan juga Jabatan Komunikasi (J-KOM) ini, sewajarnya bergerak ke hadapan dengan lebih baik, dengan pelbagai polisi dan dasar baru yang ingin, yang dapat diketengahkan oleh pihak kerajaan.

Saya juga mengharapkan supaya kedua-dua agensi ini berfungsi dengan baik dan lebih proaktif mempertahankan terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan. Sebagai contoh, di mana kalau kita lihat propaganda-propaganda pihak tertentu ataupun pihak yang tidak bertanggungjawab yang melihat dasar-dasar kerajaan itu menjadi satu perkara mainan ataupun perkara yang tidak positif. Sebagai contohnya tadi, apa yang saya nak sebut adalah berkaitan dengan isu PADU, yang dikatakan bakal mendedahkan maklumat peribadi seseorang apabila dapat diberikan atau dimasukkanlah.

Maka di sini kalau kita lihat bahawa Menteri Ekonomi sering kali menyangkal dakwaan-dakwaan bahawa apabila maklumat peribadi telah masuk dalam data yang berkenaan, ianya adalah suatu perkara rahsia kerajaan dan tidak mudah pun diakses oleh pihak-pihak yang lain. Jadi, saya mengharapkan J-KOM dan juga yang telah ditubuhkan ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang lebih baik untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa dasar-dasar kerajaan ini perlu sampai kepada rakyat seluruh negara, khususnya di luar bandar yang mungkin ketinggalan maklumat. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Berikutnya, Menteri akan menjawab 15 minit.

final • 3:50 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato’ Yang di- Pertua, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

Seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan izinkan saya menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan. Terdapat juga perbahasan dalam kalangan Ahli Yang Berhormat yang telah merujuk kepada kementerian yang tidak terlibat secara langsung dengan RUU ini. Penggulungan saya hari ini akan memberi tumpuan kepada kementerian dan agensi yang terlibat dengan RUU ini sahaja.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gerik, Sri Gading, Tampin, Jelutong telah menyentuh mengenai fungsi Akademi Kenegaraan dan langkah-langkah untuk menyemarakkan kenegaraan dalam kalangan rakyat. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Akademi Kenegaraan yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) merupakan institusi di bawah KBS, bercirikan center of excellence yang menumpukan fokus kepada pembangunan, latihan kepimpinan belia. Modul-modul kenegaraan dan kepimpinan yang digunakan kepada para belia untuk mendidik mereka agar menjadi lebih patriotik, berjati diri dan bersatu-padu.

Selaras dengan fungsi JPM yang menggubal dasar serta menyelaras pelaksanaan merentasi pelbagai kementerian dan agensi, tujuan utama perpindahan fungsi Akademi Kenegaraan ke JPM adalah untuk memantapkan pelaksanaan dasar dan koordinasi yang lebih berpusat berkaitan aspek kepimpinan, patriotisme dan kenegaraan.

Fungsi Akademi Kenegaraan melibatkan kumpulan sasar yang lebih menyeluruh merangkumi semua lapisan rakyat termasuk pemimpin negara, kakitangan kerajaan,

final • 3:52 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

belia, komuniti setempat, berbanding peranan i-LEAD yang sebelum ini hanya menumpukan pembangunan belia.

Dengan pemindahan ini, penyampaian agenda kerajaan bagi aspek kepimpinan patriotisme dan kenegaraan kepada semua lapisan masyarakat akan lebih berpusat, efisien, holistik dan sistematik. Ini juga dapat merealisasikan hasrat pembinaan Malaysia MADANI yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu untuk menjadikan negara ini lebih maju, makmur, berteraskan nilai kepercayaan, kerjasama dan ketelusan antara semua pihak.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin, Padang Serai menyentuh soal scam dan jenayah siber yang semakin berleluasa. Pusat Respons Scam Kebangsaan yang telah mengendalikan lebih 75,000 panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi. Kerajaan menyediakan peruntukan kepada NSRC sebanyak RM20 juta bagi meningkatkan lagi kefungsian NSRC membanteras jenayah scam. Bank Negara Malaysia dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun ini. Dengan kebolehan automasi, penjejakan dana, diharap portal ini akan mempercepatkan tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana.

Dalam pada masa itu juga, agensi berkaitan sedang meneliti keperluan untuk meminda undang-undang, termasuk Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap sindiket dan pemegang akaun keldai, seterusnya mencepatkan proses pemulangan wang kepada mangsa scam. Kementerian Digital melalui agensinya CyberSecurity Malaysia sentiasa merangka strategi dan langkah-langkah berterusan bagi menangani serangan digital yang semakin berleluasa.

CSM sentiasa bekerjasama dengan NACSA, agensi penguat kuasa undang-undang dan badan regulatory seperti PDRM, Bank Negara Malaysia, SKMM, Suruhanjaya Sekuriti, JPDP dan sebagainya.

Sehingga kini, CSM tidak terlibat untuk kes yang melibatkan insiden phishing.

CyberSecurity Malaysia telah mengambil langkah memperkenalkan perlindungan kepada keselamatan ekosistem ruang siber melalui program pemerkasaan keselamatan siber yang lebih dikenali sebagai SiberKASA.

SiberKASA yang telah dilancarkan pada 23 Mac 2021, bertujuan untuk membangun, memperkasa, melestari dan mengukuhkan prasarana dan ekosistem keselamatan siber Malaysia agar sentiasa mampan, terpelihara dan berdaya tahan.

SiberKASA adalah pendekatan secara holistik yang merangkumi tiga komponen utama keselamatan siber iaitu insan, proses dan teknologi. Selain itu, Siber Malaysia turut melaksanakan inisiatif keselamatan digital. Antaranya program galakan pemerkasaan keselamatan siber kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Skim Pensijilan Global (ACE) di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang menyasarkan pembangunan 20,000 tenaga kerja keselamatan siber menjelang tahun 2025. CyberSecurity Malaysia Collaboration Program, suatu inisiatif kerjasama awam-swasta dengan menyediakan produk dan perkhidmatan siber. Sejak 2019, hampir 100 syarikat daripada sektor ICT telah mendaftar sebagai Ahli CCP.

Skim penilaian dan pensijilan keselamatan digital dan privasi, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang tertumpu kepada pelaksanaan menyeluruh dalam pengurusan maklumat privasi dan keselamatan digital dan program-program berbentuk kesedaran keselamatan siber dan pembentukan kesahihan penggunaan seperti Safer Internet Day pada setiap Februari, Inisiatif Etika Siber Kebangsaan dan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan.

Yang Berhormat Petaling Jaya menyentuh pembangunan PMKS. Untuk maklumat, kerajaan sedang memberi fokus kepada pembangunan PMKS. Ini dibuktikan melalui Belanjawan 2024 iaitu usahawan mikro dan peniaga kecil disediakan dengan kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan RM2.4 bilion, di bawah agensi seperti BSN, BNM dan TEKUN. RM1.4 bilion di bawah pinjaman mikro BSN adalah untuk membantu menyediakan modal peniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan. RM330 juta di bawah TEKUN juga adalah

final • 3:52 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peniaga kecil seperti pengusaha batik dan kraf, usahawan Orang Asli serta bumiputera Sabah dan Sarawak. RM30 juta daripadanya disediakan khusus untuk membiayai perniagaan diusahakan masyarakat India.

final • 3:52 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dari jumlah keseluruhan ini, sebanyak RM720 juta dikhaskan untuk menggalakkan golongan wanita dan belia menceburi bidang perniagaan. Di bawah BNM juga, sejumlah RM8 bilion dana pinjaman disediakan untuk menyokong syarikat PKS.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM600 juta dikhususkan untuk membantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan keterjaminan makanan. Bagi tahun 2024, RM600 juta disediakan di bawah Dana Impak Khazanah Nasional dengan keutamaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan memberi lebih banyak peluang kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang berkemampuan mendapat perkhidmatan kewangan.

Yang Berhormat Tampin menyentuh usaha kerajaan untuk meningkatkan keterlibatan bumiputera dalam francais. Setakat ini, lebih 1,200 perniagaan francais telah didaftar di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan 720 daripadanya dimiliki oleh syarikat tempatan dengan nilai jualan dalam negara mencecah RM30 bilion. Malahan jenama francais terkenal tempatan seperti Marrybrown, Deli Fresh Food, Secret Recipe, Smart Reader, Laundry Bar telah dijalankan operasi mereka di 80 buah negara.

Bagi meningkatkan perkembangan perdagangan francais, kerajaan menyediakan RM10 juta di bawah Program Pengukuhan Francais bagi meningkatkan eksport. Projek Be Your Own Boss juga diperkenalkan dan merupakan inisiatif PERNAS untuk menyediakan program keusahawanan yang holistik dan berdaya saing. Ia menyasarkan golongan belia dan wanita bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan terutama dengan perniagaan francais, pra-francais dan pelesenan.

BYOB menawarkan peluang untuk usahawan belia dan bumiputera menyertai program bakat penglibatan keusahawanan muda atau program bakat penglibatan keusahawanan wanita berjaya. Peserta BYOB akan berpeluang untuk menghadiri padanan perniagaan, menerima bantuan pembiayaan, latihan berstruktur dan dipantau selama enam bulan selepas memulakan perniagaan.

Melalui program ini, PERNAS menyediakan pembiayaan melalui syarikat sendirian berhad sehingga RM500,000. Manakala pembiayaan melalui milikan tunggal, perkongsian atau perkongsian liabiliti terhad adalah sehingga RM250,000. Berhubungan dengan dakwaan bahawa fi yang dikenakan oleh PERNAS adalah melampau, suka saya maklumkan bahawa fi yang dikenakan adalah rendah dan kompetitif iaitu hanya 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai, Pengkalan Chepa menyentuh berkenaan pemisahan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital. Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital kepada dua kementerian berbeza merupakan langkah strategik untuk menekankan komitmen kerajaan kepada transformasi digital, selain terus memperkukuhkan keberkesanan penyampaian maklumat dan komunikasi kerajaan.

Sebelum ini, agenda digital dilaksanakan oleh beberapa agensi seperti Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dengan keputusan menubuhkan

final • 4:00 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kementerian Digital (KD), kerajaan akan dapat mengutamakan dan mempercepatkan transformasi digital, sekali gus mewujudkan ekosistem digital negara.

Peranan utama Kementerian Digital adalah untuk meneraju pendigitalan negara secara holistik dan inklusif ke arah GovTech Malaysia sebagai pendekatan untuk memodenkan sektor awam yang memberi fokus kepada menyediakan perkhidmatan kerajaan yang mudah dicapai dan dipaksikan rakyat. Dengan demikian, Kementerian Komunikasi pula akan terus menggalas tanggungjawab untuk menyebar luas dan memastikan penyebaran maklumat kerajaan kepada rakyat.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang menyentuh soal bekalan air di negeri-negeri selatan. Pengagihan bekalan air bersih yang konsisten kepada pengguna adalah amat penting bagi menjamin bekalan air minum yang mencukupi bagi menampung keperluan harian rakyat.

Sehubungan itu, Kementerian PETRA melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memastikan operator air di setiap negeri melaksanakan langkah- langkah jangka pendek dan panjang seperti berikut:

(i) jangka pendek - Memantau kecukupan sumber bekalan air mentah sama ada dari segi paras sungai, paras empangan dan sebagainya secara berkala bagi memastikan air mentah adalah mencukupi untuk mengoperasikan semula LRA dan agihan bekalan air kepada semua pengguna;

(i) bekerjasama dengan agensi di peringkat Persekutuan dan negeri bagi menjamin keselamatan sumber bekalan air mentah dari segi pencegahan pencemaran sumber air;

(ii) jangka panjang – menjalankan program kesedaran menerusi media dan aplikasi yang boleh diakses oleh para pengguna, penggunaan air secara berhemah; dan

(iii) penggunaan produk cekap air, pemantauan kebocoran air di sistem agihan dan sebagainya.

Antara inisiatif yang sedang dijalankan oleh PETRA di bawah RMKe-12, bagi menjamin bekalan air bersih adalah Program Pengurangan NRW Kebangsaan dan pembiayaan bagi pelaksanaan projek sumber air seperti pembinaan kolam takungan air pinggiran sungai (TAPS). Selepas tamat perjanjian 1962 pada tahun 2061, lebihan air yang kini disalurkan kepada Singapore boleh digunakan untuk memenuhi keperluan semasa ketika itu.

Selain itu, kementerian juga akan melaksanakan kajian pelaksanaan gred air bagi mengoptimumkan penggunaan air melalui pengagihan semula air dari kawasan yang mempunyai lebihan ke kawasan yang memerlukan. Puan Yang di-Pertua, boleh saya ambil dua, tiga minit lebih sedikit?

Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Rasah membangkitkan sama ada rombakan Kabinet telah menyebabkan pertambahan ahli Kabinet dan kos implikasi kewangan kerajaan. Ingin ditegaskan peruntukan semula tidak melibatkan peruntukan tambahan. Jumlah peruntukan anggaran perbelanjaan mengurus kekal RM303 bilion dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan kekal RM90 bilion sepertimana yang diluluskan di bawah Akta Perbekalan 2024.

Oleh yang demikian, melalui RUU Penguntukan Semula 2024 kepada kementerian baru atau kementerian yang menerima fungsi baru akan dipadankan dengan sekata peruntukan ke atas kementerian asal yang menyerahkan tugas. Walaupun terdapat beberapa perjawatan baru seperti Menteri baru, jumlah ini mampu diserap melalui penjimatan dan mengoptimumkan peruntukan sedia ada.

Puan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh perbahasan ini. Sekian,

final • 4:00 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di nombor 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.

final • 4:00 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis “BAHAWASANYA, berikutan penyusunan semula Kabinet pada 12 Disember 2023 telah disusun semula dan dinamakan semula. Beberapa kementerian baharu telah pun ditubuhkan dan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian- kementerian lain:

DAN BAHAWASANYA Perbelanjaan Pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu serta kementerian yang dibubarkan telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024; DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian:

DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan itu akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]:

DAN BAHAWASANYA menurut subseksyen 4(2), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula, dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dilakukan melalui suatu Usul yang diluluskan oleh Dewan ini:

BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang sebanyak enam bilion lima ratus enam puluh satu juta enam ratus enam belas ribu tiga ratus ringgit (RM6,561,616,300.00) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan, 2024*

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 Tahun 2024 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang ketujuh dan kelapan Penyata tersebut dan Usul ini disifatkan telah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.” [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.

final • 4:10 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Puan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM648,537,400 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pengurusan 2024 bagi maksud- maksud bekalan B.6, B.7, B.14, B.26, B.33, B.47 dan B.50 untuk kementerian- kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM6,561,616,300 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 bagi maksud-maksud pembangunan P.6, P.14, P.26, P.33, P.47, P.50 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 6 Tahun 2024 dan Kertas Perintah 7 Tahun 2024 masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

Puan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan semula peruntukan perbelanjaan ini adalah juga di beri dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 6A Tahun 2024 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus semula bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 dan Perintah 7A Tahun 2024 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024. Oleh itu, saya tidak berhajat untuk memberi apa-apa penerangan lanjut lagi. Puan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, peringkat jawatankuasa ini akan melibatkan enam kementerian. Memandangkan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang perlu dibahas dan diputuskan pada esok dan lusa, maka saya hanya membenarkan dua orang pembahas dari kerajaan dan dua orang pembahas dari pembangkang membahaskan pada setiap kementerian. Masa yang diberikan adalah lima minit seorang.

final • 4:11 PM
Kepala B.6, B.7 [Jadual] – Kepala P.6 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jabatan Perdana Menteri.

Kepala Bekalan B.6 dan B.7 dan Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah YB Sri Gading, YB Arau dan YB Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:11 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih pada Puan Speaker.

final • 4:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

final • 4:14 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Puan Pengerusi. Pertama sekali Perbelanjaan Mengurus 081500 – Akademi Kenegaraan, mendapat peruntukan sebanyak RM64.9 juta. Peruntukan sebanyak ini adalah suatu peruntukan baharu yang diletakkan jika dilihat semula pada dokumen perbelanjaan 2024 yang dibentangkan pada tahun lepas.

Agensi manakah yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal selia akademi ini dan apakah tujuan utama peruntukan baru kepada akademi ini? Seperti yang diketahui sebelum ini, Akademi Kenegaraan adalah pelapor kepada Program Biro Tatanegara yang pernah dimansuhkan. Adakah program BTN ini akan kembali diperkenalkan?

Merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa akademi ini akan menerajui agensi-agensi kerajaan yang lain dalam program latihan kenegaraan Malaysia Madani. Mohon Menteri jelaskan secara terperinci, berkenaan program ini dan adakah program ini satu penjenamaan semula kepada program BTN.

Apakah sasaran utama program ini?

Bilakah jangka masa pihak kerajaan akan melakukan program rintis bagi program latihan kenegaraan Malaysia Madani ini? Melihat kepada situasi masyarakat, khususnya di peringkat akar umbi belia yang masih– yang semakin hari semakin membimbangkan kerana keterbukaan media massa yang sering kali menjadi platform utama penyebaran propaganda dan memanipulasi isu-isu sensitif seperi 3R.

Oleh yang demikian, Sri Gading mencadangkan untuk pihak kerajaan melalui Akademi Kenegaraan supaya segera untuk memberi penekanan yang lebih kepada aspek pembangunan tatanegara dan juga penyemarakan sifat patriotisme yang inklusif kepada masyarakat di luar sana.

Seterusnya 060100 – Pemodenan Tadbiran dan Perancangan. Peruntukan baharu sebanyak RM21.6 juta, majoriti daripada peruntukan ini sebanyak RM19.6 adalah berkait dengan emolumen. Mohon pihak Menteri nyatakan secara terperinci adakah 060100 ini merujuk kepada perwujudan satu unit baharu dalam dan apakah fungsi bagi perincian berkenaan? Apakah peruntukan ini juga digunakan untuk perolehan baharu bagi aset-aset pentadbiran?

Seterusnya 00119 – Projek Pembangunan Elit. Peruntukan bagi 00119 ini juga dilihat pada sebelum ini berada di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan, namun telah dipindahkan ke bawah Jabatan Perdana Menteri. Mohon pihak kementerian beri penjelasan berkenaan perubahan ini dan nyatakan secara terperinci perancangan inisiatif yang akan dilakukan di bawah perincian 00119 ini.

Mengapakah anggaran perbelanjaan ini berkurang sebanyak RM1.4 juta daripada RM42.190 juta kepada RM40.790 juta? Adakah program elit ini akan dijadikan serentak dan selari dengan program akademi negara? Sekadar itu. Terima kasih.

final • 4:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 4:14 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat berpuasa. Selamat Hari Polis.

Selamat Hari Jadi kepada semua rakyat Malaysia, orang muda. Saya, kali ini saya harap saya tidak buat silap ya. Hari ini kita bincang fasal D.R. 5/24. Hari itu saya sebut, masa D.R. 4. Jadi hari ini 5, yang tepat. Kalau boleh, saya mengulangkan balik ucapan itu. Itu yang terbaik, tapi saya pasti saya tidak dapat mengulangkan balik, saya buat tidak bertulis.

final • 4:17 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi kalau Parlimen boleh ambil ucapan itu, itu yang terbaik. Bagaimanapun hari ini ada perkara-perkara baru yang saya nak bawa ya.

Pertama sekali, Akademi Kenegaraan. Ini warganegara, warganegara Malaysia yang saling hormat-menghormati, yang setia kepada raja dan negara. Bukan warganegara yang sering syak wasangka. Macam tadi melawaklah, melawak. Saya kata setuju, dia kata Arau tak setuju, padahal puak-puak itu yang- yang cakap. Tapi itu melawak, terang masalah ya, saya terima gurauan tersebut. Tetapi yang kita nak, rakyat Malaysia yang berbangga dia jadi orang Malaysia. Kalau kita pergi ke luar negara, kalau orang tanya kita kan, kalau sebut “you are Malaysian?” Kita syok, dengan izin. Kita seronok sebab orang kata Malaysia.

Kita nak semua rakyat macam itu, tapi apakah ada di kalangan rakyat yang tidak macam itu? Yang tidak berbangga sebut dia rakyat Malaysia, dia sebut gitu-gitu sahaja.

Contohnya Malaysia– apakah keuntungan Malaysia Second Home? Ini dari segi ekonomi bagus, sebab mereka bawa duit banyak dan tinggal di sini. Tetapi dari segi kehidupannya, yang mana mereka ini setelah tempoh masa tertentu, mereka akan dapat PR. Apakah mereka mampu berkomunikasi dan menerima hakikat mereka berada di negara ini– yang mesti bercakap bahasa Malaysia, yang mesti hormat-menghormati di antara satu dengan lain?

final • 4:17 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di Malaysia ini, kita ada 70 peratus bumiputera, 22.7 peratus – maaf 5 peratus orang Cina, 6.9 peratus orang India dan pelbagai kaum di negara ini, kita kena hormat dan yang paling penting ialah berbangga jadi rakyat Malaysia. Jadi inilah saya rasa institut kenegaraan ini mesti fokus kepada perkara tersebut. Bila Menteri bercakap buat pembentangan, Menteri kata perincian rujuklah kepada kertas putih di lampiran.

Yang Berhormat, kalau baca kertas putih ini sebab ramai orang tidak bacakan?

Kertas putih ini hanya menyebut ini ialah Program Akademi Kenegaraan, tidak ada perincian. Sebab bila dia tukar kepada Jabatan Perdana Menteri, kita nak tahu sebelum ini dia buat apa? Masa dia belia, dia buat apa? Kenapa dia tukar ke sana? Kalau ianya untuk tujuan kenegaraan, kenapa tak bagi kepada Jabatan Perpaduan?

Ini Jabatan Perdana Menteri, siapa nak uruskan? Kita tak tahu. Bagi Perpaduan yang terbaik, sebab ini ialah masalah yang kita hadapi. Rakyat Malaysia yang sekarang ini makin hari makin merenggang. Merenggang dari segi kaum, dari segi hormat agama lain. Ini makin merenggang yang saya bimbang. Saya bukan seronok ini, tak seronok Speaker, saya tidak seronok, Speaker pun tak seronok. Maaf, Pengerusi tak seronok, saya pun tak seronok melihat rakyat ini nanti jadi lain.

Sekarang ini kita duduk kira umur 18, takut dia jadi lain. Tetapi bagaimana yang sudah lepas 18 ini sekarang sudah jadi lain? Mereka yang bawa isu-isu yang tidak bagus, terutamanya dari segi 3R dan sebagainya. Jadi Akademi Kenegaraan ini mesti bagi perhatian kepada perkara ini ataupun mereka nak ikut cara BTN dulu. Jadi saya nak tanya apakah bila dia masuk ke Jabatan Perdana Menteri, dia nak jadi seperti J-KOM?

J-KOM yang kita tahu bahawa J-KOM yang telah mewujudkan satu kelam kabut negara baru-baru ini dengan menyebut bahawa ada Langkah Dubai, pasal mereka yang keluarkan. Saya ingat kita semua jadi kelam kabut sebab berbeza pendapat, padahal mereka yang keluarkan. Ada kita nak wujudkan agensi seperti J-KOM ataupun diletak di bawah mana?

Keduanya, di bawah P.6 Projek Pembangunan i-LEAD dengan tujuan di bawahnya ada Institut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan, lebih kurang begitu Yang Berhormat. Jadi, yang ini juga bersamaan dengan Institut Kenegaraan ini ke arah untuk memupuk satu rakyat Malaysia Madani. Yang Berhormat Pengerusi, Madani ini makna kata ialah kesempurnaan, kesempurnaan warganegara yang hebat dan dahsyat.

Apakah mereka mampu buat benda ini? Sekarang saya nak tanya berapakah kumpulan ataupun individu yang mereka telah sasarkan untuk mencapai kejayaan? Apakah ianya merupakan program yang berbentuk propaganda yang boleh merugikan?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita menyokong, kita menyokong tetapi kita nak tengok apakah modul yang hendak dibawa? Apakah disebut tadi tentang orang-orang muda. Mampukah kita dengan peruntukan yang banyak ini untuk mengubah orang muda dan apakah peruntukan yang sebanyak ini yang bagi saya cukup kecil untuk mewujudkan satu warganegara yang hebat dan dahsyat? Terima kasih, assalamualaikum.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya merujuk kepada Butiran B.6 Maksud 081500 Akademi Kenegaraan.

Persoalan saya ialah apakah fungsi sebenar Akademi Kenegaraan? Adakah BTN 2.0?

Sebelum ini kerajaan ada memaklumkan mengenai Akademi Kenegaraan ini adalah akan menjadi pemangkin kepada Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI. Saya melihat ia kurang lebih sama dengan alasan mengapa dibuat PLKN, BTN dan sebagainya suatu masa dahulu yang kemudian dihentikan, kemudian dibangunkan jenama baharu. Saya hanya melihat Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI mempunyai kandungan yang sama dengan nama-nama yang disebutkan tadi. Kita hanya mengulang-ulang pusingan yang sama.

Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin bertanya jika ada perbezaan dan keunikan selain daripada nama MADANI di situ mengenai program latihan kenegaraan ini dengan program-program lain seperti PLKN dan sebagainya. Apakah di sana ada modul yang khusus kenegaraan yang disusun berdasarkan tiang seri patriotisme yang betul? Apakah bentuk latihan yang akan dipadatkan dengan program ini? Apakah ia juga akan melibatkan bentuk latihan ketahanan fizikal sama seperti PLKN selain siapakah sasaran peserta untuk terlibat dalam program kenegaraan? Saya mohon pencerahan.

Yang Berhormat Pengerusi, saya juga tertanya-tanya dengan Akademi Kenegaraan ini berkaitan dengan isu walak dan intimak ataupun kesetiaan kepada negara ini. Apakah ada masalah sebenarnya sehingga Dewan yang mulia ini terpaksa membaca ikrar Rukun Negara di awal sidang Parlimen dan kini mewujudkan pula Akademi Kenegaraan? Di manakah silap ataupun puncanya? Bagaimana dengan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya kita sebagai warganegara apatah lagi sebagai penggubal undang-undang berbangga apabila kita fasih menguasai dan menghayati bahasa kebangsaan? Jika tidak, perlu cari apakah puncanya.

Saya bagi contoh, jika kita ke luar negara, tadi disebut oleh Arau ke luar negara, tanya orang Malaysia, bangga sebagai orang Malaysia. Tetapi apabila kita ke luar negara kita boleh bercakap dan menguasai bahasa negara berkenaan. Pasti kita akan rasa bangga. Contoh jika kita ke United Kingdom, kita boleh bercakap bahasa Inggeris, mesti akan rasa bangga. Pergi ke negara Arab boleh menguasai bahasa Arab, mesti merasa bangga. Jadi mana mungkin jika seorang warganegara tidak boleh berbahasa kebangsaan, jika boleh pun tetapi tidak fasih dan tidak menguasainya.

Akademi Kenegaraan juga berperanan penting dalam melatih dan membentuk individu untuk berkhidmat kepada negara dengan kecekapan dan integriti. Dengan peranan ini, saya juga amat berharap agar pihak kerajaan dapat menoktahkan isu rasuah dalam negara ini sehingga akar umbi. Jangan pula pokok besar dibebaskan tetapi pokok kecil ditebang habis-habisan atau terdapat pihak tertentu disiasat tetapi ada pihak yang bebas bermaharajalela. Hampir setahun setengah menjadi kerajaan, masih lagi melaungkan sakau sana, sakau sini tetapi apa tindakan holistik yang telah dilakukan?

Jadi, saya harap Akademi Kenegaraan ini dapat memainkan peranan yang sepatutnya dan memberikan fokus bagi melahirkan warganegara yang penuh ikhlas dan setia kepada negara.

final • 4:24 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 00119 Pembangunan i-LEAD. Saya juga mohon kerajaan perincikan jumlah RM3,665,700 yang dikehendaki untuk membiayai projek yang dipindahkan daripada KBS di bawah butiran ini. Apakah projek yang dimaksudkan serta perincian keperluan untuk membenarkan penggunaan RM3.7 juta tersebut? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

final • 4:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa tujuh minit.

final • 4:24 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Timbalan Pengerusi – Pengerusi, minta maaf. Berkenaan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Sri Gading, Arau dan juga Kuala Krai. Jadi saya lihat kebanyakan menyentuh tentang butiran B.6. Terima kasih saya ucapkan.

Berkenaan dengan Akademi Kenegaraan, saya ingin menjelaskan bahawa Akademi Kenegaraan sebelum ini dikenali sebagai Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan iaitu i-LEAD yang merupakan institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercirikan Centre of Excellence (COE) yang memfokuskan kepada bidang pembangunan latihan kepimpinan belia.

Modul-modul pembangunan kenegaraan dan kepimpinan yang digunakan kepada para belia dan mendidik belia untuk menjadi patriotik, membentuk jati diri dan memupuk kesepaduan nasional agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

Rasionalisasi perpindahan Akademi Kenegaraan ke Jabatan Perdana Menteri

(JPM) adalah bagi memusatkan dan mengkoordinasi modul latihan kenegaraan dan kepimpinan di bawah satu agensi pusat dengan memberi lebih tumpuan kepada pembinaan negara bangsa iaitu nation building dengan izin dan kepimpinan serta pengkhususan modul yang lebih terarah dengan kumpulan sasar.

Sepertimana yang ditanyakan tadi oleh Yang Berhormat dengan kumpulan sasar yang lebih menyeluruh Yang Berhormat dan merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk pimpinan negara, kakitangan kerajaan, belia, komuniti setempat dan juga komuniti digital berbanding sebelum ini, kumpulan sasarnya hanya melibatkan belia. Jadi, maksudnya, kumpulan sasaran itu adalah lebih meluas.

final • 4:28 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Suka saya kongsikan terlebih dahulu fungsi Akademi Kenegaraan seperti yang berikut:

(i) memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia;

(ii) melaksanakan latihan kenegaraan yang lebih holistik dan komprehensif;

(iii) memberikan khidmat nasihat dan runding cara berkaitan ilmu kenegaraan;

(iv) membangunkan kurikulum ataupun modul yang sentiasa memenuhi keperluan semasa ataupun ekspetasi pemegang taruh dan pelanggan; dan

(v) membangunkan kepakaran sumber manusia yang kompeten dalam melaksanakan program latihan yang berkualiti tinggi.

Pemindahan fungsi i-LEAD dari KBS ke JPM ini dan dijenamakan semula sebagai Akademi Kenegaraan, sekali lagi saya sebutkan, adalah selaras dengan usaha untuk memantapkan koordinasi dan melaksanakan keputusan kerajaan berkaitan aspek kepimpinan, patriotisme dan kenegaraan secara berpusat. Pemindahan ini juga secara

final • 4:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

langsung meningkatkan koordinasi merentas pelbagai kementerian dan agensi. Apatah lagi Akademi Kenegaraan diletakkan secara terus di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan ini menjawablah soalan yang ditanyakan tadi.

Seterusnya, berkaitan dengan jumlah peruntukan Akademi Kenegaraan. Adalah dijelaskan bahawa peruntukan mengurus RM64,912,200 ini bukanlah semata-mata digunakan untuk membiayai latihan peserta sahaja tetapi juga merupakan kos emolumen pegawai dan kakitangan serta bayaran bekalan dan perkhidmatan yang pelbagai.

Peruntukan pembangunan sebanyak RM3,665,700 pula adalah bagi sebuah Institusi Kenegaraan Perdana yang menyelaraskan 17 pusat latihan kenegaraan PLKN di seluruh negara dan Institut Kenegaraan Perdana (IKP) di Kuala Lumpur.

Jadi, terakhir, menjawab dakwaan seperti yang disebut juga tadi oleh Yang Berhormat Arau dan Kuala Krai mengenai adakah dengan meletakkan Akademi Kenegaraan di bawah JPM ini menjadikan ia seperti J-KOM, menjadikan ia ruang propaganda ataupun PLKN 2.0. Sebenarnya, tentunya tidak ya.

Sekali lagi saya jelaskan, Akademi Kenegaraan pada ketika ini yang dahulunya merupakan institusi di bawah KBS, bercirikan Centre of Excellence, yang memfokuskan kepada bidang pembangunan latihan kepimpinan belia dan sukan, modul-modul pembangunan kenegaraan dan kepimpinan sedia ada yang digunakan kepada para belia didapati sangat baik dalam mendidik belia untuk menjadi patriotik, membentuk jati diri dan memupuk kesepaduan nasional agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

Dengan perpindahan Akademi Kenegaraan ke JPM ini, skop penyampaian Akademi Kenegaraan dikembangkan kepada kumpulan yang lebih meluas seperti yang saya telah sebutkan tadi. Sebelum ini, hanya 15 hingga 30 tahun sahaja yang terlibat.

Jadi, sukatan dalam modul yang digunakan adalah bersifat membina negara bangsa, bukannya indoktrinasi sebagaimana yang cuba disebutkan tadi.

Akademi Kenegaraan telah mengalami transformasi yang panjang dan tidak seharusnya mempunyai sebarang asosiasi dengan BTN, seperti yang didakwa tadi. Jadi, sebenarnya kalau Yang Berhormat bertanya tentang modul-modul tadi, memang banyak modul-modul yang telah digariskan dan setakat ini, kita ada 59 modul keseluruhannya.

Jadi, itu jawapan daripada saya. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh minta penjelasan sikit?

Belum habis lagi, kan?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah habis jawab.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh? Ini Yang Berhormat ada satu minit. Macam mana nak menjadi warganegara yang bagus?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM86,585,200 untuk Kepala B.6 dan B.7 Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.6, B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 4:30 PM
Kepala B.14 [Jadual] – Kepala P.14 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Perpaduan Negara. Kepala Bekalan B.14 dan Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut – Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya bangun untuk menyentuh B.14 dan peruntukan jumlahnya adalah RM1 juta.

Saya menggunakan kesempatan ini, sekali lagi, untuk menyentuh tugasan dan juga amanah yang digalas oleh pihak Kementerian Perpaduan Negara. Kalau Puan Pengerusi masih ingat lagi, sebentar tadi saya telah bangkitkan isu berkenaan seorang mualaf, Zamri Vinoth. Saya menggunakan kesempatan ini untuk mengulangi perkara ini kerana beliau, Zamri Vinoth ini dalam TikTok baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan- kenyataan yang menghina Dewa Shiva Lingam yang disembah oleh orang-orang Hindu.

Saya telah menyatakan tadi bahawa mana-mana agama tidak mahu penganut mereka menghina agama yang lain. Jadi, persoalan saya, apakah watak yang dimainkan oleh pihak Kementerian Perpaduan di dalam mengatasi masalah-masalah seperti ini?

Dewasa ini, seperti yang telah saya katakan tadi, masalah penghinaan agama telah berlaku menular di masyarakat kita. So, saya mahu pihak kementerian memainkan peranan yang lebih penting, lebih aktif untuk kita memastikan bahawa tak kira manalah, mana-mana pihak― masyarakat Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum, masyarakat majmuk. Tak kira agama mana.

Saya membangkitkan perkara ini kerana penganut agama Hindu, khususnya di kalangan masyarakat Malaysia begitu tertanya dan terguris hati dengan kenyataan yang berulang kali dikeluarkan oleh Zamri Vinoth ini. Mereka ingin tanya, kenapakah beliau tidak dihadapkan ke mahkamah? Pelbagai police report telah dibuat. Lebih kurang 200, 300 laporan polis telah dibuat tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

Di samping itu, kita juga tidak mahu perkara ini berulang kali berlaku. Jadi, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kementerian Perpaduan untuk memastikan bahawa kita membina semangat perpaduan di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum?

Perkara ini, ketika saya di bangku sekolah tidak berlaku, tetapi baru-baru ini berlaku berulang kali. Jadi, saya ingin memintalah― dan saya juga sekali lagi memuji, ingin merakamkan kepujian tertinggi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan Mohd Naim Mokhtar yang telah menyarankan supaya masyarakat Malaysia berbilang kaum tidak menghina mana-mana agama.

So, saya merasakan bahawa watak ini perlu dimainkan oleh Kementerian Perpaduan, di mana kita boleh memastikan bahawa perkara-perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masyarakat kita. Kerana kalau ia tidak disekat, dibendung, ia akan menyebabkan negara kita musnah.

Saya mahu pihak Kementerian Perpaduan memainkan peranan yang lebih penting dengan menyiarkan rencana-rencana, umpamanya dalam RTM, dalam TV3, untuk kita menasihati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Kita lihat― saya juga telah menyentuh isu yang berlaku di KK Mart. Kita tidak mahu― kerana akhirnya, kita sebagai rakyat Malaysia akan rugi, kalau kita― transformasi negara kita, impian Yang Amat Berhormat Tambun untuk membawa negara kita ke tahap

final • 4:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

yang lebih tinggi lagi akan musnah sekiranya ada pihak-pihak seperti Zamri Vinoth ini dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menghina agama.

So, saya ingin tanya, peruntukan yang telah diberikan, yang akan diagihkan, adakah majalah-majalah akan diterbitkan? Adakah Kementerian Perpaduan akan memainkan peranan yang lebih penting di bangku sekolah, di universiti, di tempat-tempat seperti perpustakaan untuk kita menerbitkan banyak lagi buku, supaya kita secara tidak langsung mengajar masyarakat Malaysia supaya menghormati kaum di antara satu sama lain?

final • 4:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini adalah persoalan-persoalan yang ingin saya tanya dan saya mohon penjelasan dan saya yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai Menteri-menteri yang penuh bertanggungjawab, yang boleh menggalas tugas, termasuklah Timbalan-timbalan Menteri. Saya berharap persoalan-persoalan yang ditanya oleh saya ini dapat diberi penjelasan di dalam sesi penggulungan nanti. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

final • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih kepada Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya merujuk kepada Butiran 010000, Kod 10000 – Emolumen Kementerian Perpaduan Negara. Terima kasih kepada Speaker kerana memberi peluang kepada Kapar untuk membahaskan perbelanjaan penguntukan semula peruntukan perbelanjaan tahun 2024. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Perpaduan kerana saya setuju tadi, di mana apa yang disebutkan sepatutnya Akademi Kenegaraan itu mungkin bagus juga dimasukkan di bawah Kementerian Perpaduan untuk melengkapkan, nama pun Rukun Negara di bawah perpaduan dan segala usaha yang telah pun dirancang untuk dilaksanakan.

Pertamanya Pengerusi, isu yang sensitif. Di antaranya yang disebutkan oleh Jelutong tadi, di antaranya yang disebut oleh Arau, ramailah yang berbahas di dalam ini yang menyebutkannya. Isu tulisan kalimah Allah contohnya, di stoking baru-baru ini yang telah dikaitkan dengan satu pasar raya yang agak besar. Beberapa tahun yang lepas kita dikejutkan, negara dikejutkan pula ada tulisan Allah juga di tapak kasut. Sama ada ia disengajakan atau tidak disengajakan, kita serahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan.

Apa yang Kapar mahu menyatakan ialah kefahaman di kalangan masyarakat dalam negara kita yang pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai agama ini. Jadi dengan itu, pelbagai tahap kefahaman bahawa betapa sensitifnya kalimah Allah. Sama ada A-L- L-A-H atau Alif Lam Lam Ha atau keduanya sekali seperti dalam stoking ini kerana meletakkan nama Tuhan bagi orang Islam yang dianggapnya merendah-rendahkan, bahkan menghinakan Tuhan Allah. Allah bagi umat Islam adalah yang paling besar, yang paling kaya, yang paling memberi rezeki, paling berkuasa, paling tinggi dan sebagainya.

Jadi, kemungkinan orang bukan Islam kurang faham nilai Allah bagi orang Islam. This is a complete no, no bagi semualah, kita peringatkan. Untuk apa tujuan? Nak main-main kah? Nak apa? April fool kah? Bulan Mac.

Allah is not a joke. So, tolong ambil perhatian dan jangan dibuat sama sekali masa depan. Jangan gores hati, jangan jolok sarang tebuan. You will get a knee-jerk reaction, reflex daripada orang Islam. Itu yang akan ada boikot ekonomi dan sebagainya. Jadi, tolong ambil perhatian dan kita serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya tidak akan berlaku lagi. Orang Islam ini perlu juga faham apa yang sensitif kepada non- Muslim supaya ia- kita ini end up duduk sama-sama ini, nak faham di antara satu sama lain, kita masyarakat majmuknya, kita kena faham memahami. Inilah peranan Kementerian Perpaduan Negara. Memahamkan semua pihak.

final • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya ingatkan semua, ada tiga insiden. Kepala babi dilontar di perkarangan Masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya, 2010. Gereja pula dilontarkan molotov. Kepala lembu dilontarkan di kuil. Apa yang terjadi? Tiga-tiga kaum ini marah dan jadilah sesuatu perkara yang tidak menyenangkan. Bukan semua orang boleh sabar, lagi-lagi keagamaan. Jadi, tolonglah Kementerian Perpaduan, list down, jemput semua yang ada knowledge tentang itu, what are the core values of each segment dalam masyarakat kita ini supaya kita boleh memahamkan semua pihak, supaya inilah yang akan menyebabkan pecah belah di dalam negara kita, lagi-lagi bila ia terbabit dalam isu keagamaan dan sebagainya. Dia akan menyebabkan sentimen, bibit-bibit syak wasangka, kebencian dan sebagainya.

Jadi, saya mencadangkan Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif yang proaktif bagi mengatasi isu-isu hangat yang boleh memecah belahkan kaum dalam negara kita ini. Apakah kerajaan mungkin perlu buat surat kepada industri-industri, kepada kilang-kilang pembuatan dan sebagainya, kepada jabatan dan agensi kerajaan, kepada NGO dan sebagainya, lagi-lagi mereka yang buat apa yang dipakai, baju kah, stoking kah, kasut kah, tikar. Orang Islam pun tak letak Alif Lam Lam Ha ataupun Allah itu tempat tikar sembahyangnya. Walaupun orang Islam itu nak sembahyang kepada Allah tapi dia tak letak di tikar sembahyang sebab ia diletak di bawah.

Jadi, ini saya rasa perlu sangat diberi fokuskan oleh Kementerian Perpaduan.

Cukuplah kita asyik-asyik firefighting perkara-perkara yang boleh dielakkan. Terima kasih Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 4:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk ambil bahagian bagi maksud B.14 dan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Sudah tentunya perbahasan saya menjurus kepada penguntukan semula peruntukan perbelanjaan pembangunan RM100 juta di bawah MITRA iaitu Unit Transformasi Masyarakat India.

Sepertimana yang kita sedia maklum, MITRA sebelumnya SEDIC di bawah kerajaan sebelum ini adalah satu unit yang diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, khas untuk masyarakat India. Untuk membantu masyarakat India, khususnya dari golongan B40 dalam melonjakkan ataupun meningkatkan sosioekonomi mereka supaya golongan ini tidak terus tercicir, terpinggir dalam arus pembangunan perdana kita dan memberikan peluang kepada mereka untuk membolehkan mereka berdikari, mempunyai peluang untuk berdaya saing dalam persaingan bersama.

Saya nak sebutkan, MITRA bukan isu untuk masyarakat India. MITRA adalah isu untuk semua rakyat Malaysia dan semua wakil rakyat patut memperjuangkannya bersama sebab masyarakat India adalah segmen penting dalam masyarakat India. Di bawah Kerajaan MADANI yang kita ada pada hari ini, MITRA patut diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sebelum, sebelum ini. Memang betul daripada SEDIC, selepas itu MITRA, banyak berlegar di antara JPM, KPN, lepas itu pergi JPM lagi, sekarang datang KPN. Saya masih ingat tahun 2018 di JPM. Lepas itu, tukar kerajaan ke KPN. Lepas itu, masuk balik JPM dan yang terkini, KPN. Tapi tak kiralah berada di JPM atau KPN, yang penting masyarakat India yang menjadi golongan yang sepatutnya mendapat manfaat, patut diberikan manfaat tersebut.

Saya nak sebutkan satu perkara yang saya rasa masyarakat hari ini bincang iaitu berkenaan dengan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) yang ditubuhkan. Kalau tahun lepas, Yang Berhormat Sungai Buloh dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini dengan dianggotai oleh beberapa orang wakil rakyat. Jawatankuasa ini saya kena bagi kredit. Saya nak merekodkan dalam Hansard Dewan ini, bahawa jawatankuasa ini telah melakukan kerja dengan baik, membolehkan RM100 juta yang diperuntukkan, disalurkan dengan pantas dan berkesan kepada golongan sasar masyarakat India.

[Tepuk]

final • 4:46 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Selepas Yang Berhormat Sungai Buloh dilantik menjadi Timbalan Menteri KUSKOP, jawatan tersebut diambil oleh sahabat saya, sebelah, jiran sebelah saya, Yang Berhormat Batu. Saya dimaklumkan bahawa ada ura-ura– saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri betulkan saya seandainya apa yang saya sebut itu tak betul iaitu bahawa jawatankuasa yang diketuai oleh Yang Berhormat Batu ini tidak lagi diberikan peranan dan bidang kuasa sepertimana ketika jawatankuasa ini diketuai oleh Yang Berhormat Sungai Buloh.

Maknanya, jawatankuasa yang diketuai oleh Yang Berhormat Batu ini hanya setakat advisory ataupun setakat konsultasi sahaja. Tiada kuasa untuk menyalurkan dana atau peruntukan kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Jadi saya minta– saya nak tanya betul atau tidak. Sekiranya betul, kenapa perkara ini berlaku?

final • 4:46 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Rasah.

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak sebut...

final • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi nak celah sikit, boleh tak?

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, okey.

final • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Rasah. Saya nak sentuh juga apa yang disebut oleh YB Rasah tadi berkenaan dengan MITRA iaitu pada tahun lepas, kita melihat bahawa peruntukan telah diberikan kepada beberapa kawasan Parlimen untuk dijalankan aktiviti di situ untuk membangunkan sosioekonomi kaum India.

Saya nak bertanyakan kepada pihak kementerian sama ada ini akan diteruskan untuk tahun ini atau tidak? Terima kasih YB Rasah.

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Itu yang saya sebutkan. Isu MITRA adalah isu untuk semua wakil rakyat, tak kira wakil rakyat India ataupun tidak.

Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon sedikit masa. Saya dapati– saya dimaklumkan bahawa Kementerian Perpaduan telah melantik PEMANDU untuk menentukan hala tuju MITRA ini. Saya nak tanya, kenapa ada PEMANDU tatkala kita sudah ada JPPK yang dilantik, yang ketuanya dilantik oleh Yang Amat Berhormat PMX kita? Saya mohon jawapan.

Saya dimaklumkan bahawa akan ada libat urus esok tetapi hanya melibatkan Ahli Parlimen berketurunan India sahaja. Kenapa kita buat macam ini? Sepatutnya semua wakil rakyat tak kira India, Melayu ataupun kaum lain turut terlibat. Saya bukan berketurunan India tetapi kawasan saya mempunyai penduduk dan pengundi lebih 22 peratus daripada keturunan India. Sebab itu saya memperjuangkan untuk penduduk di kawasan saya. Patutnya, semua wakil rakyat yang minat untuk membantu masyarakat India dijemput ke sesi libat urus tersebut untuk sama-sama kita mencari apakah hala tuju MITRA pada tahun ini.

Yang terakhir Puan Pengerusi, saya nak sebutkan di sini, tahun lepas ketika Yang Berhormat Sungai Buloh menjadi Pengerusi, Ahli Parlimen ataupun kawasan Parlimen yang mempunyai penduduk India yang ramai diberikan peruntukan RM100,000. Tahun ini, saya difahamkan sepatutnya lebih RM200,000 atau RM300,000.

Saya nak berkongsi di sini, RM100,000 itu sebahagian saya gunakan untuk memberikan tuisyen bahasa Melayu secara percuma kepada murid-murid SJK(T). Jadi manfaatnya untuk masyarakat India, manfaatnya untuk kita memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu anak-anak kita yang belajar di vernacular school. Saya mohon perkara ini diteruskan, bukan setakat RM100,000 tetapi digandakan.

Jadi, itu sahaja pandangan saya sebab masa amat mencemburui saya. Terima kasih Puan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

final • 4:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Pengerusi. Pertamanya, sebelum memulakan perbahasan, saya ingin mengucapkan Hari Polis yang Ke-217 kepada semua petugas polis, penjawat polis ataupun yang berpencen polis. Polis dan masyarakat ‘berpindah’ tiada, terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian. Saya mewakili warga Temerloh...

[Disampuk] ‘Berpisah’ tiada. Polis dan masyarakat berpisah tiada.

Okey, terima kasih. Kita merujuk kepada pertamanya, saya nak melihat berkaitan dengan Kementerian Perpaduan, di mana diperuntukkan tambahan sebanyak RM1,433,200 untuk pengurusan dan juga RM100 juta untuk pembangunan. Kita faham tadi dimaksudkan bahawa pembangunan ini adalah untuk golongan India khususnya iaitu MITRA. Mengapakah agaknya MITRA dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri?

Adakah selama ini program pembangunan sosioekonomi masyarakat India tidak dapat mencapai objektifnya? Apakah sebab-sebabnya dan apakah faktor-faktor? Saya mendengar tadi Rasah menyebutkan berpindah sana, berpindah sini dan kita melihat adakah perkara ini perlu disiasat dan dapatkan, apakah sebenarnya punca utama.

Kemudian kita melihat bahawa– saya sendiri berada di Temerloh, sangat mengharapkan supaya MITRA dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat India yang masih lagi dilihat banyak tidak berubah. Temerloh sendiri turun ke penempatan mereka, sama-sama membantu mereka walaupun tak ada peruntukan daripada kerajaan.

Apa yang saya sebutkan, mereka duduk– khususnya saya berikan tempatnya di Jalan Karak di Kampung Netas, Temerloh. Mereka hidup dalam keadaan sangat daif.

Rumah yang disewa daif, dengan kita lihat pendapatan mereka, mereka bekerja mengikut harian, pendapatan yang tidak stabil dan kita dapat melihat bahawa mereka juga memiliki anak-anak yang tidak dapat diteruskan pelajaran mereka.

Saya menyebut bahawa perkara ini perlu diambil perhatian. Sungguh saya simpati dengan nasib mereka. Kenapa? Kerana pendidikan sangat penting untuk merubah nasib keluarga dan juga masyarakat mereka. Saya nak bertanya, apakah perancangan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk memajukan masyarakat ini kerana mereka jauh ketinggalan? Oleh itu, saya mengharapkan Kementerian Perpaduan memberi fokus untuk membantu golongan ini. Melalui pembangunan sosial, berapa peratuskah kaum India yang masih berada dalam golongan kemiskinan tegar? Saya juga mengharapkan supaya usaha-usaha dilakukan. Kita tahu bahawa di bawah perpaduan kita ada pendidikan yang bermula daripada peringkat rendah.

Tadi disebut oleh sahabat-sahabat semua, oleh Ahli Parlimen tentang isu yang berkaitan, tentang penguasaan bahasa Melayu. Saya mahu supaya Kementerian Perpaduan mengambil perhatian, berharap supaya kita tahu di sana ada pelajar-pelajar ini seperti yang disebutkan oleh Yang di-Pertuan Agong, pepatah Melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang bermaksud, jika kita hendak melahirkan generasi masa hadapan yang bersatu padu dan saling memahami, kita mesti membentuk mereka sejak dari kecil.

Dalam membahaskan peruntukan ini, Temerloh sangat berharap Kementerian Perpaduan Malaysia (KPN) bermula pada tahun ini membuktikan bahawa apa yang disuarakan oleh Yang di-Pertuan Agong diambil perhatian untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga kementerian-kementerian yang lain mahupun agensi- agensi dalam merangka dasar baru membentuk dasar pembangunan masyarakat yang mencintai permuafakatan dan perpaduan sesama mereka.

Saya juga ingin mengharapkan kita wajar melihat dan memahami perpaduan perlu diterap sejak kecil. Sejak zaman kanak-kanak lagi, rakyat perlu dididik untuk hidup berbilang bangsa dan tidak boleh diasingkan mengikut komuniti dan bangsa mereka sahaja. Temerloh melihat corak hubungan perpaduan rakyat kita, meskipun telah 60 tahun merdeka, kita masih melihat sejak rakyat dari kecil lagi mereka cenderung untuk dipisahkan melalui tadika mengikut kelompok bangsa masing-masing.

final • 4:52 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Di bawah Kementerian Perpaduan, Bahagian Pembangunan dan Masyarakat, yang antara lain objektifnya menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat pelbagai kaum, memupuk perpaduan sosial, melibatkan Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan. Temerloh berfikir, seharusnya taska ini memainkan peranan penting dalam membentuk generasi baru yang hidup selesa dikelilingi rakan-rakan berbilang bangsa.

Mengambil kesempatan ini, Temerloh ingin bertanya, bolehkah Kementerian Perpaduan memberi data dan statistik tentang penyertaan rakyat berbilang kaum termasuk India di seluruh negara yang menghadiri taska dan tabika ini? Bagaimana kita boleh menilai tadika ini menjamin anak-anak kita untuk saling mengenali dan bergembira hidup bersama dalam pelbagai bangsa? Sekiranya tadika-tadika ini...

final • 4:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:52 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

...Dilihat tidak mampu berperanan...

final • 4:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:52 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Sikit saja lagi. Untuk menjadi agensi penyatu bangsa Malaysia, apakah sebab dan faktornya? Setakat itulah Temerloh mengharapkan supaya kementerian mengambil peranan dengan sewajarnya membangunkan masyarakat ini dan juga membangunkan terutama dari segi pendidikan.

Terima kasih.

final • 4:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa tujuh minit.

final • 4:52 PM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:59 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

final • 4:59 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan yang di luar daripada perkara pada hari ini iaitu berkenaan dengan B.14 peruntukan perbelanjaan 2024 ada perkara yang disentuh mengenai perpaduan dan juga isu agama.

final • 4:59 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Saya akan dengan ringkasnya menjawab Jelutong atas perkara agama yang disentuhkan tadi. Saya setuju dengan Jelutong bahawa isu keagamaan itu adalah satu yang sangat sensitif bagi semua pihak. Sesiapa yang melanggar ataupun mengguris hati pihak lain boleh menyebabkan perpecahan dan juga dia boleh menggugat keharmonian masyarakat. Oleh itu, di peringkat- di kementerian, kita melancarkan beberapa inisiatif dan juga program-program untuk memupuk semangat perpaduan dan juga memberi peluang untuk rakyat memahami dan juga menerima agama pihak yang lain supaya mereka dapat menghormati agama.

Tetapi apabila berlakunya keadaan-keadaan di mana seperti yang stoking yang sedang menjadi satu isu hangat pada masa sekarang ataupun sebelum-sebelum ini ada juga keadaan di mana gambar dewa kaum Hindu telah diletak atas kasut, pakaian dalam dan sebagainya. Perkara tersebut juga pernah berlaku sebelum ini dan yang mana juga telah mengguris hati penganut agama Hindu.

Jadi, apabila perkara sedemikian berlaku, pelaksanaan adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri dan sekiranya ada bahan-bahan yang sedemikian dijual di mana-mana kedai, kuasa untuk merampas adalah di bawah pihak yang – pihak berkuasa polis dan juga Kementerian Dalam Negeri. Kuasa pelaksanaan tidaknya terletak di tangan Kementerian Perpaduan Negara.

final • 5:00 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Kementerian Perpaduan Negara sedar bahawa perpaduan rakyat merupakan teras kepada cita-cita ke arah pembentukan bangsa dan negara. Jadi, Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi menerajui usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

Banyak program pada tahun lepas sebanyak 661 program telah dilangsungkan dan tahun ini juga kita telah mengatur beberapa program dan seruan kita kepada rakyat adalah supaya hormat. Saling menghormati agama orang lain sebab sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak menghormati boleh mencetus – boleh menyebabkan perpaduan rakyat berpecah-belah kerana ada komen-komen yang dikeluarkan yang boleh merumitkan lagi suasana. Itu adalah jawapan saya berkenaan dengan isu agama yang telah disentuh tadi.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 5:00 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Yes.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri di atas penjelasan. Cumanya, saya ingin tanya adakah terdapat apa-apa iltizam oleh Kementerian Perpaduan untuk menerbitkan rencana ataupun apa-apa produk yang boleh disiarkan di mana kita menunjukkan bahawa rakyat berbilang kaum daripada pelbagai agama bercampur bersama-sama, kita mengadakan majlis-majlis keramaian, sempena Deepavali, sempena Hari Raya, sempena Raya Cina dan sebagainya supaya kita menyemarakkan lagi perpaduan. Kita lihat bahawa dalam RTM1, RTM2, Televisyen 3, tidak ada sebarang rencana begitu.

Ketika saya di bangku sekolah banyak rencana begitu diterbitkan ketika kita menunggu berita disiarkan, ketika kita menunggu program-program lain. Tetapi sekarang kita lihat bahawa tidak ada sebarang rencana begitu ataupun apa-apa daripada Kementerian Perpaduan Negara sama ada kita mengadakan sesi perbincangan, dialog dan sebagainya di antara rakyat berbilang kaum ataupun daripada penganut-penganut berbilang kaum untuk kita cuba memupuk perpaduan. Persoalan saya kepada Menteri.

final • 5:00 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, negara kita unik. Kita ada sambutan perayaan Deepavali yang diraikan oleh semua kaum, semua ada kunjungan, mereka ada rumah terbuka untuk perayaan Hari Deepavali, perayaan Pongal, perayaan Krismas, perayaan Hari Raya dan inilah masanya kita memahami sesuatu perayaan ataupun kebudayaan ataupun cara hidup sesuatu kaum ataupun agama.

Jadi, kita ada cukup perayaan dan juga program-program yang dijalankan di peringkat kementerian ataupun ia melalui siaran-siaran yang sedang dilangsungkan.

Tetapi masih ada sesetengah pihak yang tidak mahu memahami ataupun menghormati agama lain.

Jadi, sekiranya ada orang - pihak-pihak sedemikian berapa banyak program yang dilangsungkan ataupun berapa banyak inisiatif yang diambil oleh kerajaan, ia tidak akan memberi sebarang makna kepada pihak-pihak ini selagi dihukum melalui hukum yang ada di negara kita iaitu melalui membawa mereka ke muka pengadilan. Itu adalah jawapan saya.

Berkenaan dengan MITRA, ada beberapa soalan yang telah dibangkitkan.

Pertamanya berkenaan dengan peranan Jawatankuasa Pasukan Tugas-tugas Khas dan keduanya berkenaan pelantikan PEMANDU dan ketiganya adalah sama ada RM100,000 yang telah disalurkan kepada 72 Ahli Parlimen kerajaan akan diteruskan pada tahun ini?

Saya akan cuba untuk menjawab satu persatu. Berkenaan dengan jawatan...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rumuskan jawapan.

Rumuskan jawapan, masa sudah tamat.

final • 5:00 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan Jawatankuasa Pasukan Petugas-petugas Khas, untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Ahli Berhormat yang telah bertanya soalan berkenaan dengan jawatankuasa ini.

final • 5:00 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Pada masa permulaan sehingga sekarang, jawatankuasa tersebut adalah untuk menasihati pada – sebelum ini di Jabatan Perdana Menteri dan masa ini menasihati kementerian dalam memperhalus dasar atau polisi berhubung dengan fungsi MITRA.

Sekiranya sebelum ini satu, fungsi eksekutif telah pun dilaksanakan oleh jawatankuasa ini, itu adalah di luar daripada apa yang digariskan di bawah terms of reference yang telah diberikan kepada jawatankuasa. Jadi, tiada sebarang perubahan dari segi fungsi jawatankuasa yang dilantik sebelum ini ataupun pada masa sekarang.

Berkenaan dengan pelantikan PEMANDU. PEMANDU adalah konsultan dan bukannya pasukan yang akan secara berkala memberi nasihat kepada kementerian berkenaan dengan dasar atau polisi. Berkenaan dengan PEMANDU yang dilantik adalah untuk menggariskan hala tuju kepada MITRA sebabnya adalah sebelum ini hala tuju berkenaan dengan MITRA adalah secara tidak structured. It was not structured dan ia adalah berdasarkan kepada Pelan Tindakan Masyarakat India dan tidak mencukupi mandat untuk menjalankan semua yang digariskan di bawah pelan tindakan.

Sebagai contohnya, kini kajian sedang dilakukan atas Pelan Tindakan Masyarakat India dan didapati hanya enam strategi daripada 23 strategi yang digariskan di bawah itu adalah di bawah mandat MITRA. Jadi, satu kajian perlu diadakan supaya hala tuju MITRA dapat ditentukan supaya tidak ada ketirisan dan rakyat mendapat manfaat seperti mana yang diharapkan di bawah MITRA.

Berkenaan dengan sama ada saluran RM100,000 yang diberikan kepada semua Ahli Parlimen yang diberikan sebelum ini akan diteruskan? Ia akan diputuskan selepas kita habis bengkel yang sedang dilangsungkan dan setelah mendengar Menteri...

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 5:00 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

...pada hari esok iaitu 26 Mac seperti yang dikatakan tadi selepas kita mendengar semua Ahli-ahli Parlimen berkenaan dengan sama ada ia perlu diteruskan dan ia akan dibuat keputusan di peringkat kementerian nanti.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, Menteri, dua perkara sahaja. Saya– terima kasih di atas penjelasan diberikan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan masa sudah tamat.

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, dua perkara. Satu, saya mohon supaya jaminan diberikan, tindakan akan diambil terhadap Zamri Vinoth. Kedua, saya mahu semua Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dijemput untuk sesi libat urus esok. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Puan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Zamri Vinoth bukannya di bawah bidang kuasa Kementerian Perpaduan Negara. Ia adalah di bawah bidang kuasa KDN, polis dan sebagainya. Berkenaan dengan jemputan untuk semua Ahli-ahli untuk hadir pada mesyuarat yang dijadualkan untuk petang esok, di peringkat pertama kami telah menjemput semua Ahli-ahli yang berketurunan India untuk memberi pandangan dan juga input kepada hala tuju MITRA.

Selepas kita mendengar daripada mereka, kita akan membuat keputusan sama ada menjemput Ahli-ahli Parlimen yang lain ataupun input-input yang diterima daripada wakil-wakil iaitu tujuh Ahli Dewan Negara, 11 ataupun 12 Ahli Parlimen dan juga 21 Ahli Dewan Undangan Negeri telah pun dijemput. Jadi ini adalah cukup menyeluruh. Jadi kalau mereka boleh memberi input yang baik, yang cukup ia boleh diguna pakai untuk semua kawasan di Malaysia. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,433,200.00 untuk Kepala B.14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 5:10 PM
Kepala B.26 [Jadual] – Kepala P.26 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kepala B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas. YB Ampang, YB Sungai Besar dan YB Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, Yang Berhormat YDP, Yang di-Pertua.

final • 5:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Pengerusi.

final • 5:13 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebelum saya mulakan, Pengerusi saya ingin merakamkan bangganya saya menjadi seorang anak polis dengan itu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Polis [Tepuk] kepada semua anggota dan saya mengharapkan supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi dan juga kita memastikan polis dan rakyat berpisah tiada.

Tahniah kepada pihak Kerajaan Madani yang telah menyatukan kementerian bagi menjaga isu-isu berkaitan dengan keusahawanan terutama dalam isu francais di bawah KUSKOP. Jadi, sekali gus saya merasakan ia akan memperkukuhkan lagi serta memperlengkapkan ekosistem keusahawanan salah satu lagi platform yang penting iaitu francais yang saya kira tidak diberi tumpuan selama ini ataupun ada tetapi macam tak berapa serius sangat, okey.

Jadi saya harapnya akan menjadi satu lonjakan. Untuk itu Yang Berhormat Pengerusi bagi Kepala B.26 Butiran 020300 yang melibatkan RM783,700 disebabkan saya lihat pindahan daripada KPDN dan Kos Sara Hidup ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi– soalan saya kepada Menteri apakah fungsi ini akan dikekalkan keseluruhannya dan adakah dasar dan polisi francais akan dimurnikan selaras dengan penyatuan ini?

Kalau dahulu kita tengok di bawah KPDN Sara Hidup lebih melihat tentang isu dasar, polisi dan juga akta. Jadi Akta KPDN dan Akta Francais juga sebenarnya di bawah KPDN. Apakah ia akan di bawa sekali gus, dipetik keseluruhannya dan dibawa ke bawah kementerian ini? Soalan saya tentang isu berkaitan dengan pengurusan.

Untuk Kepala P.26 pembangunan yang bernilai RM2 juta Butiran 040004 – Pembangunan Francais dan juga pembangunan francais khususnya. Saya akan kemukakan tiga soalan kepada Menteri. Pertama, apakah pemindahan ini sekali gus akan menyatukan semua juga agensi-agensi yang terlibat di bawah francais? Contohnya PERNAS, PNS, kita ada juga program tadi pihak Menteri Kewangan II bercakap tentang francais untuk eksport, Be Your Own Boss dan sebagainya apakah disekalikan.

Keduanya, soalan saya selari dengan memberi tumpuan kepada usahawan mikro, apakah dalam butiran ini KUSKOP akan terus melaksanakan francais mikro dan francais mampu milik yang dahulunya ada juga di bawah KPDN dan Kos Sara Hidup yang

final • 5:13 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

mana saya rasa modal berbayar pada ketika itu RM15,000 sahaja. Jadi saya mohon supaya Menteri menjawab dan memberikan penyataan yang tuntas.

Ketiga yang akhirnya saya juga melihat bagi meramaikan lagi pemain-pemain di dalam industri francais selain daripada PERNAS yang melibatkan tentang institusi untuk melatih usahawan ke dalam industri francais ini, pihak mana lagi yang terlibat sebenarnya yang memberi latihan-latihan pembangunan francais ini? Sebab saya nampak ia agak kurang latihan francais di peringkat akar umbi. Soalan saya, apakah MFA ataupun Malaysian Franchise Association akan dilibatkan juga di dalam perkara ini.

Mungkin tambahan sedikit sebab ada masa, saya ingin juga mengambil perhatian pada pihak KUSKOP apakah kita ada rancangan untuk menjadikan usahawan-usahawan berjaya terutamanya usahawan bumiputera– nama-nama besar seperti Ramly Burger, seperti Kolam Emas, Frutissimo, kek buah dan sebagainya untuk kita jadikan mereka suatu mentor untuk membimbing usahawan-usahawan francais ini. Itu sahaja daripada saya, terima kasih.

final • 5:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

final • 5:13 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, selamat petang. Terima kasih, Puan Pengerusi atas kesempatan Sungai Besar untuk turut serta berbahas di peringkat Jawatankuasa di bawah KUSKOP.

Jadi Tuan Pengerusi pada dasarnya saya sangat menyokong perpindahan operasi, fungsi, kawal selia francais dan vendor daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan saya sangat menyokong peruntukan tambahan sebanyak RM783,700 di bawah B.26 dan P.26 Butiran 020300 dan Butiran 040004. Jadi Puan Pengerusi, kita sedia maklum apabila Kementerian Usahawan dibubarkan pada 9 April 2009, fungsi beberapa agensi telah berpindah ke beberapa kementerian lain dan salah satu daripada yang kita dalam sesi perbahasan kali ini adalah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) yang fungsi utamanya adalah menyediakan ataupun membantu usahawan-usahawan francais dan vendor terutamanya dari segi nasihat dan sebagainya.

Apabila Kementerian Usahawan diwujudkan semula tahun 2018, ada agensi khususnya PERNAS kembali ke Kementerian Usahawan tetapi sebahagian fungsi dan peranan kekal di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Jadi usaha mengembalikan fungsi sepenuhnya ke KUSKOP telah dibuat kerajaan yang lalu kerana kita melihat terlalu banyak pertindihan peranan dan fungsi– peruntukan pun banyak isu Puan Pengerusi, banyak berlaku pertindihan. Sebahagian ada di KUSKOP dan sebahagian lagi berada di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.

Kalau KPDN buat event untuk menghargai usahawan-usahawan francais, KUSKOP pun buat event juga, perkara yang sama. Jadi, stakeholder pun pening.

Usahawan dan orang awam pun keliru dengan apa yang berlaku. Usahawan francais dibimbing oleh PERNAS, pembiayaan juga sebahagian daripada PERNAS di bawah KUSKOP, penguatkuasaan (enforcement) dengan izin, akta, franchisee registration, international promotion di bawah KPDN contohnya. Sayang sangat jika kekeliruan ini tidak dileraikan dan ia boleh membantutkan perkembangan francais sedangkan kita tahu usahawan francais sangat berpotensi besar dalam pasaran Malaysia.

Jadi, kita beranggapan Puan Pengerusi kalau dinamakan usahawan tak kiralah usahawan informal, mikro– sama ada kecil dan sederhana yang disebut sebagai PMKS, kalau boleh, biarlah ditadbir urus di bawah Kementerian Usahawan.

final • 5:17 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Jadi saya nak tanya, adakah usaha di bawah KUSKOP untuk kita membawa semua berkaitan dengan usahawan-usahawan di bawah kementerian-kementerian lain

final • 5:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

untuk kita letakkan di bawah satu payung kementerian dan namanya pun Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kita tahu di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini ada banyak kelebihan.

Kita di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada institusi pembiayaan, ada institusi latihan dan saya kira kepakaran untuk membawa semua usahawan-usahawan ataupun usahawan-usahawan di kementerian-kementerian lain di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memang sangat sesuai dilaksanakan sekarang ini.

Terakhir sekali, isu yang berlegar yang perlu dilontarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkaitan dengan perbezaan fungsi ini, yang pertama adakah satu bahagian baru akan diwujudkan dan adakah bahagian di KPDN terus ditutup? Maksudnya, semua pegawai berfungsi tugasan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Bagaimana dengan Akta Francais yang dahulu dikendalikan di bawah KPDN? Adakah dikembalikan di bawah KUSKOP termasuklah pemberian lesen ataupun pendaftaran francais termasuklah international promotion dan lain-lain. Senang cerita, 100 peratus francisi dan vendor ini diletakkan di bawah PERNAS ataupun maksudnya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi?

Saya sebenarnya Tuan Pengerusi, sangat menyokong dengan peruntukan yang diberikan kepada KUSKOP. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Yang Berhormat Masjid Tanah tiada dalam Dewan, jadi saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa lima minit cukuplah.

final • 5:20 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Sungai Besar. Selamat Hari Polis kepada semua kita terutama kepada anggota-anggota kita. Pertama sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan ataupun penghargaan daripada kedua-dua Yang Berhormat tadi menyatakan sokongan sepenuhnya ke atas keputusan kerajaan untuk memusatkan fungsi francais ini ke satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Memang betul setelah dia dipusatkan, Akta Francais juga sekarang menjadi tanggungjawab Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Begitu juga dengan pendaftaran, pembangunan, promosi dalam negara dan di luar negara dan juga program latihan turut sama dilaksanakan oleh Bahagian Francais di kementerian dengan juga PERNAS dan Malaysian Franchise Association juga adalah pemegang taruh dan merupakan sebahagian daripada ekosistem francais kita yang juga akan melaksanakan sebahagian program francais ini terutama untuk ekspo-ekspo dan penyertaan di misi-misi perdagangan francais di luar negara.

Pertama sekali, terkait dengan B.26, peruntukan RM783,700 itu adalah untuk membiayai emolumen perpindahan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan yang terlibat dalam pendaftaran francais ataupun fungsi francais sebelumnya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ke kementerian. Jadi, itu tujuan peruntukan ini diuntukkan semula. Manakala bagi peruntukan RM2 juta di bawah P.26 pula, yang itu adalah untuk melaksanakan ada empat program iaitu Pameran Francais Antarabangsa sama ada secara fizikal ataupun maya.

Kedua, padanan perniagaan. Yang ketiga untuk reimburse kos eksport bagi pendaftaran harta intelek, kos perjanjian francais di luar negara dan kos menjalankan kajian free market serta yang keempat adalah latihan persediaan antarabangsa. Itu adalah program-program yang akan dilaksanakan di bawah P.26 tersebut yang sebelumnya dilaksanakan di bawah KPDN.

Manakala program-program sedia ada, program latihan kepada usahawan termasuk program bimbingan dan meningkatkan kapasiti usahawan-usahawan francais

final • 5:21 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

kita dalam negara juga akan diteruskan oleh PERNAS yang mana sekarang ini kita mempunyai program Business in Transformation, Skim Pra-Francais dan Skim Francaisi Induk, Skim Pembiayaan Francaisor dan Skim Pembiayaan Francaisi. Ini adalah antara program sedia ada di bawah PERNAS yang juga akan dilaksanakan pada tahun ini dan memang betul setelah kita menerima tanggungjawab baru ini, harus ada pemurnian.

Contohnya kita sebenarnya belum ada dasar francais. Di KPDN, mereka juga sedang membangunkan dasar tersebut. Di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga sedang membangunkan dasar. Jadi kita akan teliti kedua-dua draf yang telah dibangunkan sebelum ini dan mudah-mudahan akan dilancarkan dalam masa terdekat ini setelah kita murnikan dan saya mengalu-alukan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya ingin menyumbang pandangan secara bertulis kepada pihak kementerian untuk kita accommodate ataupun untuk kita pertimbangkan dalam kita membangunkan dasar tersebut.

Daripada segi pengisian program-programnya tadi, program mentor francaisi– francais itu, saya ingat itu satu cadangan yang baik dan saya akan kembali semula ke kementerian saya untuk membawa cadangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang tadi. Saya fikir itu sahaja Tuan Pengerusi. Sangat straightforward penguntukan semula peruntukan ataupun belanjawan ini. Saya ucap terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat menyokong penuh penguntukan semula belanjawan ini.

Terima kasih.

final • 5:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM783,700 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.26 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 5:21 PM
Kepala B.33 [Jadual] – Kepala P.33 [Anggaran Pembangunan 2024]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu, seterusnya YB Rompin, YB Tuaran, YB Batang Lupar. Yang tak sempat, boleh sambung esok. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu dulu.

final • 5:21 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya ruang dan peluang untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa RUU Perbekalan Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2024 bagi Kepala B.33, P.33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Memandangkan masa saya amat singkat, saya terus kepada butiran pertama iaitu Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui.

Saya mohon mendapat penjelasan dan solusi jangka panjang kementerian berkenaan isu lambakan sisa panel solar di Malaysia sepertimana yang dilaporkan oleh BERNAMA pada 8 Mac 2024 baru-baru ini. Laporan tersebut turut mendedahkan sebanyak 15,000 sisa panel solar tersadai di sebuah gudang di Pantai Timur kerana buat

final • 5:28 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

masa ini, langkah untuk menyimpan ribuan unit panel solar rosak adalah lebih baik daripada melambakkannya di tapak pelupusan sampah. Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah PETRA akan melihat kepada inisiatif yang lebih berkesan dan mesra alam untuk mengurus dan mengitar semula sisa panel solar yang telah rosak atau tamat tempoh hayatnya?

Ini kerana sisa-sisa panel solar yang telah berusia dan tidak dilupuskan dengan secara baik berpotensi mengakibatkan pencemaran di mana bahan-bahan kimia toksik dan karsinogen daripada panel-panel solar tersebut akan meresap ke kawasan sekitar.

Pada masa yang sama Puan Pengerusi, sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk beralih kepada penggunaan sumber tenaga boleh baharu, saya juga ingin menyarankan Kementerian PETRA untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memperluaskan penggunaan tenaga solar untuk tujuan penjanaan elektrik, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

final • 5:28 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Di kawasan Lubok Antu misalannya, masih terdapat sekitar 20 rumah panjang yang belum menikmati bekalan elektrik 24 jam kerana belum disambung dengan talian grid utama.

Penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar diharap dapat sekurang-kurangnya menjadi penyelesaian jangka pendek bagi membekalkan rumah- rumah panjang dengan bekalan elektrik untuk kegunaan penduduk di kawasan ini.

Penggunaan sumber tenaga solar juga akan dapat mengurangkan kebergantungan penduduk rumah panjang kepada penggunaan genset diesel yang menelan belanja yang tinggi hingga ratusan ringgit setiap bulan, jauh lebih mahal daripada bil elektrik yang biasa.

Saya juga ingin membangkitkan mengenai Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dengan peruntukan sebanyak RM164.5 juta dan Butiran 15400 – Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam.

Saya ingin bertanya, adakah kerja-kerja pembersihan dan pemuliharaan sungai termasuk di Sarawak turut berada di bawah tanggungjawab kementerian yang baru ini ditubuhkan?

Puan Pengerusi, berbicara mengenai kebersihan sungai, di kawasan Lubok Antu, masalah sisa kayu balak hanyut sering menghantui penduduk di sekitar Sungai Skrang, Sungai Delok dan Sungai Batang Ai. Sisa kayu balak hanyut telah menyempit laluan sungai sekali gus mencemarkan sungai selain memberikan tanggapan negatif kepada pelancong yang perlu melalui sungai-sungai tersebut untuk berkunjung ke rumah panjang di kawasan tersebut.

Justeru itu, saya berharap agar Kementerian PETRA sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas transformasi air dapat mempergiatkan usaha ke arah memelihara kebersihan sungai-sungai di seluruh negara termasuk di Sarawak dan Sabah di mana masih ramai penduduk kampung dan rumah panjang yang bergantung hidup kepada sungai yang menjadi sumber air, makanan dan pendapatan.

Akhir sekali, saya ingin membangkitkan mengenai Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir yang melibatkan peruntukan semula sebanyak RM108.6 juta. Saya ingin mendapat maklumat terperinci berkenaan dengan apakah mekanisme pelaksanaan rancangan kawalan dan isyarat bahaya banjir ini terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan hulu sungai di Sarawak yang mempunyai liputan jaringan telekomunikasi yang terhad. Adakah isyarat atau amaran banjir ini akan disampaikan melalui sistem SMS, hebahan radio atau dengan cara yang lain? Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian PETRA untuk melihat kepada keperluan mewujudkan dan menyelaraskan satu bentuk tabung atau dana kecemasan khas yang khusus untuk pembinaan infrastruktur penting seperti jalan dan jambatan yang terputus akibat bencana banjir. Buat masa ini, saya difahamkan kita sudah ada Tabung Bencana Negara, tetapi ianya lebih kepada bantuan berbentuk wang ihsan dan keperluan asas. Walaupun penyaluran bantuan seperti ini amat penting semasa bencana, akses kepada lokasi juga sama pentingnya.

final • 5:30 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Saya banyak menerima aduan daripada penduduk rumah panjang yang terputus hubungan dengan dunia luar apabila laluan keluar masuk utama mereka termasuk bekas jalan balak dan jambatan rosak teruk akibat daripada bencana banjir dan tanah runtuh seperti yang baru-baru ini berlaku di Ulu Skrang dan Ulu Lemanak. Sudahlah akses kepada infrastruktur seperti jalan dan jambatan yang sedia ada adalah terhad dan sukar, ini pula kemudian diburukkan lagi dengan bencana seperti banjir dan tanah runtuh. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Kerja-kerja pembaikan jalan dan jambatan ini ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan berikutan kekangan daripada segi peruntukan dan proses-proses di peringkat jabatan dan agensi.

Justeru itu, saya melihat bahawa perlu dana khas untuk membantu menyediakan infrastruktur sementara seperti jambatan kayu balak, sebagai contoh, sementara menunggu pembaikan sepenuhnya jalan dan jambatan yang telah runtuh.

Akhir kata, saya mohon perhatian dan usaha penambahbaikan oleh PETRA dalam semua perkara yang telah saya bangkitkan ini. Sekian, Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 5:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 26 Mac 2024. Terima kasih.

final • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026