Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
1. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sama ada keputusan WTO terhadap rayuan Malaysia berkenaan diskriminasi EU terhadap minyak sawit masih membenarkan EU untuk melaksanakan Delegated Act yang mengharamkan minyak sawit sebagai biofuel menjelang 2030. Apakah Malaysia mempunyai kepakaran untuk menukar dasar EU yang mengharamkan minyak sawit sebagai biofuel pada 2030.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Delegated Act di bawah EU Renewable Energy Directive II (EU RED-II), minyak sawit telah dikategorikan sebagai mempunyai kadar Indirect Land-Used Change (ILUC) yang sangat tinggi.
Pengimportan minyak sawit sebagai sumber bio bahan api oleh EU akan dilarang sepenuhnya atau phase out menjelang pada tahun 2030, sekiranya masih dikategorikan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi.
Walau bagaimanapun, larangan ini dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan, kebolehpercayaan saintifik dan terdapat banyak andaian yang dibuat memberikan gambaran yang tidak tepat terhadap amalan, kemapanan yang dipraktikkan dalam industri bio bahan api negara. Selain itu, EU juga dilihat berat sebelah yang akan mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya serta bertentangan dengan amalan perdagangan bebas kerana melanggar prinsip-prinsip WTO iaitu Technical Barriers to Trade atau short form, TBT dan General Agreement on Tariff and Trade 1994 atau GATT.
Dalam hal ini, Indonesia dan Malaysia telah memfailkan aduan kepada WTO ke atas dua − ke atas tindakan EU ini. Yang pertama, Indonesia memfailkan aduan pada 9 Disember 2019. Manakala Malaysia memfailkan aduan pada 15 Januari 2021, kira-kira 13 bulan selepas Indonesia fail.
Puan Yang di-Pertua, pada pendapat saya Malaysia tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian. Hal ini kerana Delegated Act di bawah RED-II menyasarkan bio bahan api yang berasaskan minyak sawit dan tidak menyentuh isu-isu kemapanan berkaitan minyak sawit secara umum atau direct. Indonesia adalah antara pengeluar bio bahan api utama dunia ataupun PME (palm methyl ester) merupakan input adunan bio
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
bahan api utama di Indonesia. Pada tahun 2023, dianggarkan 25.2 peratus ataupun 12.2 juta metrik tan daripada pengeluaran CPO Indonesia diproses untuk menghasilkan PME.
Pada tempoh yang sama, Malaysia hanya 1.4 juta. Daripada itu, biodiesel ini hanya 134,000 metrik tan. Sebab itu, apabila keputusan dikeluar, Indonesia telah mengambil pendirian bahawa apabila dia melihat Malaysia juga fail isu ini dalam WTO, maka dia buat keputusan untuk tarik. Dia suspend dia punya kes. Jadi, tinggal Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, sebab itu hari ini, keputusan yang telah dibuat oleh WTO tidak ada siapa-siapa menang. Dia ada 20 isu yang bersangkut-paut dengan ini. 10 dimenang oleh EU dan 10 dimenang oleh Malaysia. Tetapi banyak masyarakat di luar sana kurang faham soal isu ini. Jadi, dia nampak seolah-olah kelapa sawit Malaysia lebih teruk daripada Indonesia.
Sebenarnya, Indonesia menarik dan dia mempunyai 12 bulan daripada tarikh ini untuk dapatkan keputusan. Tapi dia bagi kita dulu buat keputusan. Sebab itu saya rasa, saya rasa waktu kita fail dulu, ialah kita patutnya membenarkan Indonesia menjalankan dia punya complaint itu dan kita bagi sokongan saja. Sebab dia adalah pemain yang besar dalam biodiesel ini. Itu saja saya punya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kita tahu walaupun minyak sawit yang kita eksport dalam pasaran EU sebenarnya tidak begitu banyak. Tetapi masalahnya ialah propaganda yang negatif terhadap minyak sawit yang dikeluarkan daripada masyarakat EU akan mempengaruhi satu dunia.
Jadi, pandangan saya adalah adakah Yang Berhormat— kementerian akan mengawalkan deadline bagi industri minyak kita ini, keluarkan minyak sawit yang mematuhi yang piawaian masyarakat Eropah iaitu 3MCPDE pada 2.5 ppm pada 3MCPD 2.5 pmm dan juga juga bagi GE 1.0 ppm.
Satu lagi ialah, adakah kementerian akan teruskan kajian perubatan terhadap Vitamin E tocotrienol yang dikeluarkan daripada minyak sawit kita dan dengan kerjasama dengan kolej dan universiti perubatan antarabangsa, untuk mengesahkan sama ada ia akan mengubati penyakit otak seperti dementia dan juga Parkinson.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini supaya kita boleh menunjukkan kepada dunia kita ini, minyak sawit adalah minyak yang sihat, yang membawa kesihatan kepada semua. Ini adalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Salah satu cara bagi kita untuk mengharumkan nama baik minyak sawit kita.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, YB. Saya hari-hari makan minyak kelapa sawit. You-lah cadang itu hari. You cadang itu, saya hari-hari makan. Now you ask all these details ya.
Okey, saya nak jawab. EU sekarang ini dia mengalih dia punya specification untuk menetapkan syarat-syarat untuk kita mengeksport kita punya produk. Kita kena comply a new regulation yang dia sedang berbincang dengan kita iaitu under EU Deforestation Regulation ataupun dipanggil short form, EUDR. Apa ada dalam EUDR ini? Dalam EUDR ini ada empat perkara yang dia pentingkan.
Pertama, dia mesti ada no deforestation, tidak boleh nyahkan hutan. Mana-mana tanah yang kita tanam kelapa sawit, selepas 2020, kalau kita tanam dalam kawasan yang kita nyahkan hutan, maka kita tak boleh jual kelapa sawit atas tanah tersebut. Dia mahu jual kelapa sawit kepada EU ini, pertama, dia mesti sebelum 2020. Itu satu.
Nombor dua, dia mesti ada sistem traceability. Dia nak trace kita punya maklumat kelapa sawit ini― ladang mana, kilang mana, refinery mana.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Nombor tiga, dia mesti ada setiap ladang itu dia kena ada legitimate title. Kalau orang tanam kelapa sawit tak ada title, then produk itu tidak boleh masuk mana-mana kilang ataupun refinery dan dijual kepada EU.
Akhir sekali, labour. Dia baru-baru ini dia include satu lagi isu― labour. Jadi, empat-empat ini adalah proses kita sedang engage dengan EUDR, termasuklah kita memperkenalkan MSPO. Jadi, kalau dia terima kita punya MSPO ini, and all the products can go. Tokotrienol itu, research ini well-known. A lot of research have been come out that tocotrienol is good. So, kalau tak tahu mana lagi saintis yang kita nak bagi, you kalau boleh cadang, kita akan panggil dia untuk buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, sebenarnya kita di Malaysia kita dah ada standard MSPO dan banyak kita panggil major player dalam industri sawit ini, mereka adalah members of RSPO. Sebenarnya garis panduan tentang no deforestation dan sebagainya dah clear. Jadi, sejauh mana sebenarnya RSPO dan MSPO ini boleh membantu kita untuk mengatasi masalah boikot daripada Europe? Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, YB. Kalau kita tengok to date, banyak kita punya eksport ini yang dibuat oleh pemain-pemain industri kita hari ini, dia eksport di Europe because dia ada dua specifications. Dia ada MSPO dan dia ada RSPO.
Jadi, RSPO ini internationally recognized. Kita punya MSPO ini, ada separuh negara recognized, separuh tak recognized. Jadi, one of the strategy yang kita buat ialah every region, macam EUDR ini, maka kita kena engage dengan dia orang, explain dengan dia orang about kita punya MSPO.
Standard kita ini lebih bagus daripada RSPO because kita cover wide spectrum of all kita punya plantations termasuk smallholders sekali. Bukan sahaja big estate tetapi smallholders sekali kita cover. Jadi, apa yang saya nak tekankan ialah engagement kita kena buat. Kita tak boleh nanti towards the end baru kita nak engage. Now, from the start baru dia nak introduce a new regulation ini, EUDR ini, this is the time that we need to engage. Jadi, saya percaya kalau kita engage ini nanti, semua kita punya produk-produk sawit ini apabila dia terima MSPO ini, dia menjadi sebahagian daripada prasyarat untuk sesiapa nak eksport.
Sekarang ini yang boleh eksport adalah mereka yang ada RSPO terutama ladang-ladang besar-besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
2. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah pendirian kerajaan terhadap tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 ekoran Victoria, Australia menarik diri daripada menjadi tuan rumah tahun lalu berikutan peningkatan kos penganjuran daripada AUD2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion) dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara semasa dan kebajikan rakyat.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Puan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Alor Setar bertanya, apakah pendirian kerajaan terhadap tawaran Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 ekoran penarikan diri Australia menjadi tuan rumah.
Seperti semua sedia maklum, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah membuat tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
dan turut menawarkan geran bantuan berjumlah GBP100 juta iaitu anggaran RM603 juta bagi tujuan penganjuran itu.
Perkara ini telah dijawab oleh saya beberapa kali dalam Dewan ini sejak minggu lepas bahawa Jemaah Menteri akan meneliti perkara ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok. Namun, soalan ini masih diangkat dan naik. Jadi, sama ada kerajaan bersetuju atau tidak menjadi tuan rumah temasya sukan ketiga terbesar dunia ini, ia perlukan perincian yang teliti dan tidak boleh diputuskan sambil lewa sahaja.
Baiklah. Setakat ini, pendirian Kerajaan Persekutuan belum diketahui. Tetapi, saya boleh nyatakan pandangan Kementerian Belia dan Sukan setakat ini. Pertama, apa yang pasti, KBS sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan nombor satu. Tidak akan sama sekali membazirkan wang pembayar cukai jika pun bersedia untuk menganjurkannya. Kita akan memastikan pendekatan konservatif diambil setiap kali ia melibatkan duit rakyat.
Jika, dan ini jika ya kerajaan bersetuju untuk melaksanakannya, KBS mencadangkan perbelanjaan tidak melebihi geran yang diberikan oleh CGF. Mengambil kira wang pembayar cukai iaitu wang rakyat, jika terpaksa digunakan, mungkin pilihan terbaik yang akan diambil oleh kerajaan ialah untuk tidak menganjurkannya. Ini kita kena tunggu dulu keputusan Kabinet.
Keduanya, KBS bersedia melantik badan pengawal untuk membuat audit kepada akaun penganjuran jika keputusan dibuat untuk Malaysia menganjurkannya. Ini mengambil kira semua feedback yang kita telah teliti sejak minggu lepas. Semua berita, pandangan Olympians, pandangan tokoh-tokoh dulu yang menganjurkan, semua memberi pandangan mereka dan kita telah membaca. Paling utama ialah kementerian mahu memastikan tata kelola yang betul diikuti, pengurusan kewangan yang telus, segala kos dan belanja direkodkan dengan teratur supaya akaun penganjuran boleh ditutup dengan pantas dan baik.
Akhir kata, kementerian tidak mahu sama sekali mendahului perbincangan berkaitan perkara ini di Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan berlangsung esok.
Saya percaya keputusan yang bakal diambil oleh Jemaah Menteri akan mengutamakan kepentingan negara tanpa membelakangkan rakyat selari dengan agenda utama Kerajaan Madani. Itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hargai pendirian kementerian untuk mengutamakan rakyat dan memang itulah yang saya rasa kita patut suarakan sebelum Kabinet buat keputusan.
Untuk rekod, Sukom 98 rugi RM11.6 juta. Saya yakin Yang Berhormat Menteri sedia maklum perkara ini. Dan akaun Sukom 98 itu hanya ditutup 13 tahun selepas penganjuran Sukom kerana ada 23 kes tuntutan mahkamah, ada 15 penghakiman, semuanya berkaitan isu bayar hutang dan minta untuk dijelaskan hutang. Birmingham, muflis selepas jadi tuan rumah.
Jadi, semua perkara-perkara ini, adakah― soalannya, adakah rekod-rekod ini, rekod Sukom 98, pengalaman Birmingham akan dijadikan panduan? Saya harap ia jadi panduan untuk Kabinet buat keputusan esok.
Saya juga bersetuju supaya Yang Berhormat Menteri membuat unjuran implikasi kewangan. Seperti yang telah disebutkan tadi, ada badan audit dan sebagainya. Saya sendiri mewakili rakyat Malaysia ini, Yang Berhormat Speaker, kalaulah pun kerajaan perlu membelanjakan kos― walaupun dapat geran tapi kita akan ada implikasi kos-kos lain. Kalaupun kos yang sebesar ini untuk buat SUKOM, Sukan Komanwel pada dua tahun lagi, saya berpandangan sama seperti Yang Berhormat Menteri supaya lebih baik perbelanjaan itu diutamakan untuk kepentingan rakyat dalam keadaan ekonomi yang terhimpit pada hari ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih kerana setuju dengan jawapan saya. Tak ada soalan tambahan itu. Jadi, saya tak perlu jawab lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, Puan Alice Lau Kiong Yieng]
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Ini satu cadangan daripada saya daripada Batu Pahat. Nak menganjurkan sukan ini bukan mudah dan rata-rata membazirlah. Tapi ada juga yang untung.
Namun begitu, ini cadangan saya adalah, kita kurangkan acara game ini ataupun jangan tumpu di Kuala Lumpur. Data terkini mengenai Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) pada 2022, mencatatkan lebih 27 ribu rumah dah siap tapi tak terjual, yang kos nya lebih kurang RM18 bilion. Apa kata sekiranya nak dianjurkan dua tahun akan datang, gunakan data ini, yang 27 ribu yang dah siap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada soalan?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Soalan saya, ini cadanganlah. Jadi, untuk gunakan sebagai panduan. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Saya tak nak jawab soalan ini, saya mengambil kira cadangan tersebut dan kita bagi Jemaah Menteri membuat keputusan nanti ya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim.
3. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan adakah terdapat sebarang kerjasama yang dijalankan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bersama Majlis Agama Islam setiap negeri dan wilayah bagi membantu para asnaf serta usahawan-usahawan asnaf menambah pengetahuan dan meningkatkan hasil perniagaan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Menteri.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tenggara dan Dewan yang mulia ini, Institut Keusahawanan Negara ataupun ringkasnya INSKEN, merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang melaksanakan Program Pembangunan Latihan dan Bimbingan Keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan, termasuk daripada golongan asnaf. Dalam hubungan ini, INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program-program seperti berikut.
Pertama, melalui kerjasama bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, INSKEN telah melaksanakan kursus asas keusahawanan, yang bertujuan memberi pengetahuan kepada bakal usahawan dan usahawan peringkat permulaan, menerusi modul pengurusan operasi, operasi perniagaan, pemasaran dan kewangan. Pada tahun 2022, sebanyak enam siri kursus ini telah diadakan, melibatkan seramai 250 orang peserta asnaf dan seramai 676 peserta asnaf pula telah mengikuti enam belas siri kursus ini, yang diadakan pada tahun 2023.
Kedua, dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, INSKEN telah melaksanakan kursus asas pembangunan produk dan servis pada tahun 2023 yang melibatkan kehadiran 27 orang peserta asnaf. Ia bertujuan membantu usahawan mengurangkan kesilapan dalam membangunkan produk atau perkhidmatan dengan lebih berkesan agar tidak menanggung kerugian dalam jumlah yang lebih besar.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Program ketiga, melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, INSKEN pada tahun 2022, telah mengadakan Program Latihan Pemasaran INSKEN kepada 35 orang usahawan asnaf.
Manakala pada tahun 2023, INSKEN turut melaksanakan sesi konsultasi BizClinic secara percuma kepada 35 orang usahawan asnaf di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sesi ini bertujuan membantu usahawan mengenal pasti keperluan latihan atau bimbingan kewangan, pemasaran serta maklumat bersesuaian berkaitan perniagaan yang diusahakan. Bagi pelaksanaan program tahun 2024 pula, INSKEN sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi memperhalusi program-program latihan dan bimbingan keusahawanan yang bersesuaian dengan usahawan asnaf.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selain daripada INSKEN, agensi- agensi kementerian saya seperti Bank Rakyat dan Maybank juga mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bagi mengenal pasti golongan asnaf untuk mengikuti Program i-Tekad yang bertepatan dengan nilai teras Malaysia Madani untuk membasmi kemiskinan.
KUSKOP juga mengadakan kerjasama dengan majlis ataupun Jabatan Agama Islam Negeri dalam penganjuran bengkel kesedaran dan bimbingan bagi membimbing usahawan secara hands-on dalam permohonan pensijilan halal menggunakan sistem MYeHALAL JAKIM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya. Pemerkasaan usahawan mikro dapat dinilai melalui kejayaan 20 Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dengan hasil jualan keseluruhan melonjak kepada RM12.89 juta melalui 20 program yang dijalankan pada 2023.
Selain daripada itu, selain melaksanakan program latihan dan keusahawanan, adakah terdapat sebarang bentuk bantuan seperti pinjaman mahupun geran yang digunakan oleh INSKEN bagi mempertingkatkan nilai tambah untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan negara serta apakah antara kursus-kursus keusahawanan yang menjadi fokus utama bagi menarik minat masyarakat, khususnya golongan muda?
Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Biasanya selepas usahawan ataupun bakal usahawan ini mengikuti kursus ataupun program bimbingan INSKEN, agensi-agensi pembiayaan di bawah kementerian seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional, SME Corp., Bank Rakyat dan SME Bank itu sendiri menyediakan pembiayaan dan INSKEN selalunya akan memanjangkan kepada agensi- agensi ini untuk tujuan permohonan mereka itu diproses oleh agensi-agensi yang duduk ataupun berada di bawah kementerian. Sepertimana yang saya katakan tadi, INSKEN mengadakan beberapa Program BizClinic untuk mengenal pasti kursus-kursus yang diperlukan ataupun bersesuaian dengan kehendak usahawan itu tersendiri, termasuk bakal usahawan daripada golongan asnaf itu.
Supaya kita yang maklum, apa keperluan dia dan barulah kita akan sesuaikan keperluan itu dengan kursus-kursus yang ada di bawah Program INSKEN. Saya ucap terima kasih tadi di awal itu satu penghargaan kepada INSKEN dan saya mengharapkan INSKEN pada masa akan datang dapat diberikan peruntukan yang lebih besar supaya kita dapat membantu banyak usahawan, terutama daripada golongan asnaf dan untuk itu, saya memerlukan sokongan daripada Ahli-ahli Dewan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun tak tercatat secara rasmi kumpulan yang saya nak sebut ini di dalam golongan asnaf tapi dia ada di situ, yakni orang kurang upaya, yang juga ingin menjadi usahawan atau berniaga. Mungkin INSKEN ada kursus-kursus yang lebih spesifik
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
kerana mereka memerlukan kemahiran yang mungkin berbeza, terutamanya bagi orang OKU yang pekak, bisu atau yang physically impaired dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat, satu pandangan, cadangan yang sangat baik dan sememangnya kita memberi tumpuan, fokus kepada golongan OKU ini untuk turut sama terlibat dalam Gerakan Keusahawanan dan juga Gerakan Koperasi.
Malah, di kementerian juga kita telah menambah baik jawatankuasa terdahulu, yang pada hari ini kita kenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Wanita dan OKU.
Antara lainnya, untuk engage stakeholders, pemegang taruh di kalangan OKU misalnya, untuk menyampaikan pandangan mereka dan kita akan teliti dan kita akan tampil dengan program-program yang bersesuaian.
Manakala, program-program sedia ada, saya amat pasti kita ada ruang dan sentiasa memberikan bantuan dan fokus kepada usahawan daripada kalangan OKU ini.
Sekiranya Yang Berhormat mohon, meminta satu data yang terperinci tentang ini, sudah tentu saya boleh kongsi data tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi atau waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan Batu nombor satu.
1. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah intervensi yang diambil Kerajaan Persekutuan terhadap kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan elektrik
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad ataupun singkatannya TNB. Selaku pemegang lesen kepada lebih 9 juta pelanggan, prestasi pembekalan elektrik oleh TNB ini sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Tenaga ataupun singkatannya ST, untuk memastikan sistem pembekalan elektrik sentiasa dalam keadaan yang baik dan stabil.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Antara punca-punca gangguan yang kerap berlaku adalah disebabkan oleh kerosakan konduktor, kotak fius dan juga penyambung menindik penebat ataupun dengan bahasa Inggerisnya dengan izin, insulation piercing connector (IPC) serta gangguan tumbuh-tumbuhan. Dalam hal ini prestasi pembekalan elektrik oleh TNB ini dipantau dengan menggunakan system average interruption duration index, dengan izin ataupun lebih dikenali sebagai SAIDI, yang mengukuh tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.
Bermula pada tahun 2023, sasaran SAIDI keseluruhan bagi Semenanjung telah ditetapkan tidak melebihi 48 minit per pelanggan per tahun. Pencapaian SAIDI di Semenanjung bagi tahun 2023 adalah 46.10 minit per pelanggan per tahun, berbanding 45.06 minit per pelanggan per tahun, bagi tahun 2022. Berdasarkan kepada laporan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
pencapaian SAIDI di atas, telah menunjukkan bahawa pihak TNB berjaya mengekalkan pencapaian di bawah sasaran ditetapkan iaitu 48 minit per pengguna per tahun, sepanjang tempoh tersebut.
Dalam hal ini, bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di Semenanjung, kerajaan telah meluluskan peruntukan perbelanjaan capital expenditure ataupun CAPEX TNB sebanyak RM6,851.5 juta setahun di bawah mekanisme incentive-based regulated
(IBRRP3) bagi meningkatkan daya harap sistem dengan pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tahun 2022 hingga 2024.
Pelbagai pelan tindakan juga yang komprehensif bagi menangani gangguan- gangguan tersebut sedang giat dijalankan oleh TNB, seperti mempergiatkan aktiviti senggaraan, menubuhkan dedicated switching team (DCT) di kawasan yang mempunyai bilangan gangguan yang tinggi dan pemasangan fasiliti sistem kawalan penyeliaan dan pemulihan data berkomputer ataupun supervisory control and data acquisition (SCADA) di lokasi-lokasi terpilih secara berterusan.
Secara keseluruhannya, pencapaian SAIDI untuk Semenanjung Malaysia masih menunjukkan prestasi yang baik, di dalam catatan masih berada di atas sasaran ditetapkan iaitu 48 minit per pelanggan per tahun. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih atas jawapan Timbalan Perdana Menteri. Jawapan yang sungguh mencapai sasaran, saya ucapkan tahniah. Apakah langkah-langkah mitigasi yang telah diambil bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil dan mencukupi menjelang musim perayaan yang akan datang, di samping keadaan cuaca yang panas di seluruh dunia.
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Batu.
Sememangnya salah satu cabaran ialah bagaimana kita nak pastikan kestabilan bekalan elektrik dan gangguan biasa berlaku di musim puncak, iaitu perayaan dan apatah lagi musim panas di mana banyak penggunaan air con dan sebagainya. Ini menyebabkan peningkatan guna tenaga ataupun elektrik itu sendiri.
Sebab itu langkah yang diambil ialah pertama sekali untuk memastikan beban pada pepasangan ataupun alat peralatan TNB berada dalam keadaan optima. Sebagai contoh, beban pada transformer di bawah kadar 85 peratus dan beban pada kabel mesti berada bawah 50 peratus, supaya pepasangan TNB yang bersambung ke premis rakyat Malaysia boleh membawa lebih beban, sekiranya perlu pada musim panas ini dan juga pada musim perayaan.
Begitu juga untuk menjalankan senggaraan berasaskan keadaan ataupun condition-based maintenance, membuat audit dan membaiki kipas alat ubah serta merancang dan menyiapkan projek menaik taraf sistem voltan rendah, iaitu salah satu antara kita ambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah pengecualian Cukai Keuntungan Modal (CGT) terhadap unit amanah akan memberi kesan kepada unjuran hasil pendapatan negara sebanyak RM800 juta setahun seperti dinyatakan pada November 2023.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dengan pelaksanaan cukai keuntungan modal (CGT) mulai 1 Mac 2024, kerajaan mengunjurkan tambahan hasil sekitar RM800 juta setahun berdasarkan trend pindah milik saham semenjak beberapa tahun terkini.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Hasil daripada sesi perbincangan dengan pemain industri pasaran modal mengenai kesan CGT ke atas agihan keuntungan kepada pemegang unit, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan unit amanah daripada kenaan CGT berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2028. Kerajaan turut memberi pengecualian CGT ke atas keuntungan daripada pelupusan aset modal asing oleh unit amanah yang diremitkan ke Malaysia.
Sudah pasti pengecualian ini akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT. Namun demikian, kerajaan berpandangan bahawa pengecualian CGT ke atas unit amanah akan membantu melonjakkan lagi prestasi pasaran modal di samping memberi manfaat sepenuhnya kepada lebih 90 peratus pelabur individu yang membuat pelaburan dalam industri tersebut.
Pengecualian ini juga bertujuan untuk memastikan unit amanah kekal sebagai pilihan pelaburan yang menarik pada masa hadapan dan boleh diakses oleh rakyat. Selain itu ia turut memberi manfaat melalui pulangan yang lebih kepada para pelabur individu, di mana kebanyakan mereka terdiri daripada mereka yang dalam golongan pra-persaraan dan awal persaraan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan saya ialah berkenaan dengan unjuran kerajaan, berapakah kehilangan hasil yang diunjurkan oleh kerajaan tetapi Timbalan Menteri tidak memberikan sebarang angka. Saya fikir mungkin kerana kerajaan masih lagi dalam peringkat kajian untuk menentukan berapakah angka.
Jadi, soalan saya ialah saya menyokong apabila CGT ini tidak dikenakan kepada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, kerana kalau dikenakan ia pasti akan berlaku iklim yang tidak sihat di Bursa Saham. Cuma tidakkah kerajaan boleh memperluaskan lagi pengecualian yang telah diperkenalkan itu, kerana syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Saham ini biasanya terdiri daripada golongan M40 dan mungkin juga B40.
Contohnya tempoh pemilikan saham tersebut mungkin kurang daripada tiga tahun atau tempoh-tempoh tertentu. Jadi, adakah kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan lagi pengecualian itu bagi memberikan lebih lagi buffer kepada pemilik- pemilik saham yang tidak tersenarai di Bursa Saham. Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, pada setakat ini ada empat pengecualian telah dilakukan. Pengecualian adalah cukai keuntungan modal akan diberikan kepada pelupusan saham tidak tersenarai bagi aktiviti-aktiviti perniagaan seperti tawaran awam permulaan, initial public offering (IPO) dengan izin, penstrukturan syarikat dalam kumpulan yang sama, internal restructuring, Syarikat Modal Teroka dan unit amanah.
Pada masa sekarang, ini merupakan empat kumpulan yang dikecualikan daripada CGT. Saya pun faham, saya mengambil cadangan Yang Berhormat, kita akan mengkaji dengan lebih lanjut lagi juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan CGT, kerajaan telah mengenakan cukai ini ke atas foreign source income, dengan izin. Adakah ini akan menjejaskan syarikat Malaysia untuk membawa pulang pendapatan akibat pengeluaran cukai ini? Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai ini bagi saham tersenarai juga?
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mencadangkan untuk mengenakan CGT ke atas keuntungan daripada pelupusan semua jenis aset modal yang terbit dari luar negara, foreign source income (FSI) dengan izin dan dibawa masuk ke Malaysia mulai 1 Januari 2024 pada kadar cukai korporat semasa iaitu antara 15 peratus sehingga 24 peratus.
Puan Lim Hui Ying
Hasrat utama kerajaan mengenakan cukai ini adalah bagi memenuhi komitmen antarabangsa bagi menangani isu situasi double non-taxation, transaksi rentas sempadan di bawah European Union Code of Conduct Group, dengan izin dan bukannya untuk meningkatkan kutipan hasil cukai semata-mata. Pelaksanaan CGT FSI ini adalah dalam bentuk peluasan skop kepada foreign source income, dengan izin sedia ada yang selama ini meliputi pendapatan dividen, faedah sewa dan royalti.
Malaysia mengambil pendekatan yang sama seperti Singapura dan Hong Kong dalam melaksanakan CGT FSI sepertimana ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak EUCOCG di mana pengecualian cukai akan diberikan kepada syarikat residen Malaysia termasuk unit amanah yang memenuhi syarat substantif ekonomi iaitu menggaji bilangan pekerja yang mencukupi dan mempunyai perbelanjaan operasi yang mencukupi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 3.
3. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha dan pencapaian terkini kementerian bagi menyelesaikan isu penduduk termasuk kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan status kewarganegaraan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Batang Lupar. Apakah usaha yang dibuat oleh kementerian. Ada tiga.
Yang pertama, ditubuhkan pasukan petugas khas, khusus untuk tujuan ini di peringkat negeri Sarawak yang saya dan Premier Sarawak pengerusikan.
Ini bertujuan menangani masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri terutama di kawasan pedalaman. Jadi, pasukan ini dianggotai Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Untuk sepanjang tahun lepas, daripada Oktober sehingga Disember 2023, kita telah mengadakan program di 12 lokasi dan berjaya menerima sehingga 5,210 permohonan.
Usaha yang kedua ialah penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan peringkat negeri Sarawak bagi menyelesaikan masalah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. Anak angkat, anak tidak sah taraf, anak di bawah jagaan atau anak terdampar atau foundling baby.
Kita telah berjaya menyelesaikan sehingga 946 permohonan dan jawatankuasa ini terus menerima permohonan. Uniknya adalah permohonan itu akan dikumpulkan dan dibuat tapisan awal oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Menterinya, Dato Sri Hajah Fatimah. Kemudian, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Sarawak akan duduk bagi meneliti permohonan di bawah 15A ini sebelum membuat keputusan.
Perkara yang ketiga, inisiatifnya adalah program yang kami namakan Menyemai Kasih Rakyat. Program ini bertujuan untuk membantu penduduk bagi mendapatkan kad pengenalan, sijil kelahiran, mengeluarkan sijil kematian dan lain-lain perkhidmatan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara. Program ini terus berjalan. Bagi tahun ini sahaja— bagi tahun lepas, kita telah berjaya melaksanakan sehingga 6,496 dan seramai hampir 110,637 rakyat mendapat manfaat daripada program ini.
Jadi, saya telah terangkan tentang tiga usaha dan saya telah berkongsi senarai pencapaian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan dan usaha kementerian untuk menyelesaikan isu
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
penduduk dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan kerakyatan di negeri Sarawak. Mengambil kira kegusaran pelbagai pihak berkenaan implikasi cadangan pindaan Perlembagaan mengenai undang-undang kewarganegaraan kepada bayi dan kanak-kanak yang terbiar atau foundling, dengan izin.
Soalan saya Puan Speaker, sekiranya pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan ini diteruskan seperti yang ingin dibawa oleh kementerian di mana ianya akan melibatkan lima pindaan yang disifatkan sebagai regresif, apakah terdapat mekanisme atau kaedah lain bagi membolehkan bayi dan kanak-kanak terbiar terutama yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan kerakyatan automatik sepertimana yang turut dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Sarawak?
Bagaimana pula dengan anak-anak yang lahir kepada pasangan warganegara dan bukan warganegara dalam kes perkahwinan adat atau perkahwinan yang tidak didaftarkan? Saya cuma khuatir masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan ini bukan sesuatu yang statik.
Walaupun jumlahnya mungkin berkurangan atas usaha gigih kementerian, realitinya isu ini akan sentiasa wujud di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia kerana ianya sudah menjadi isu rentas generasi. Seboleh-bolehnya, kita tidak mahu kanak-kanak yang tidak bersalah ini dinafikan hak mereka untuk mendapatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Speaker, ada tiga perkara yang saya tangkap daripada soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rumuskan jawapan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Rumuskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Rumuskan ini payah sikitlah. Baik.
Yang pertama, perkahwinan adat. Bagi bukan Islam di Sarawak yang berkahwin secara adat, yang itu, anak yang perkahwinan adat ini diiktiraf. Di bawah Akta Perkahwinan, kita iktiraf. Jadi, anak yang dilahirkan, kalau ibu bapanya warganegara Malaysia, anak itu warganegara lah. Tak ada masalah ya. Tapi perkahwinan adat yang dilakukan oleh pasangan Muslim, dia kena daftarkan semula di bawah Akta Perkahwinan. Dia kena daftar semula. Ha, itu proses yang berbeza ya sebab di bawah Ordinan Kerajaan Negeri Sarawak itu dibenarkan kalau perkahwinan adat melibatkan non-Muslim. Itu terjawab ya.
Yang kedua ialah soal foundling baby. Ini rumus ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini rumusan ini. Saya nak sebut begini ya. Yang pertama, proses libat urus sedang berlangsung sehingga kita bentangkan dan kita print blue bill, yang itu muktamad untuk kita bahas, pertimbang dan buat keputusan. Sehingga itu berlaku, sekarang ini adalah proses libat urus yang sedang kita buat.
Dua hari lepas, saya dengan Perikatan Nasional, petang nanti dengan Barisan Nasional dan begitulah seterusnya. Itu akan kita muktamadkan sebelum daripada cetakan blue bill. Itu prosesnya ya. Baik, foundling baby ini jelas melalui libat urus yang saya kendalikan dan KDN kendalikan, ada dua dikotomi yang sangat jelas.
Satu berpandangan bukalah seluas-luasnya. Asal lahir di sini sahaja tak kiralah di mana jumpa, siapa pun ibu bapanya berilah warganegara. Atas sifat ihsan dan kemanusiaan, jangan hukum anak yang tidak bersalah. Di satu ekstrem lain, dikotomi lain ialah negara kita ada undang-undang, ada Perlembagaan, ada peraturan.
Dalam urusan berkerajaan, tertibnya harus diikuti. Sebab itu prinsip warganegara ini ada dua. Yang pertama, ikatan perkahwinan yang sah dan didaftarkan. Yang kedua,
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
ibu atau bapa warganegara Malaysia. Adapun foundling baby, kita tak tahu ibu bapanya.
Sebab itu dalam foundling baby ini disebut kena ada dua andaian, presumption.
Yang pertama, tempat lahir dia adalah di mana dia dijumpai. Yang kedua, dia mesti dibuat andaian telah dilahirkan oleh ibu yang permanent resident di sini. Itu asalnya. Bila kita buat presumption begitu, maka dia boleh dapat warganegara secara kuat kuasa undang-undang. So, di antara dua pandangan ini yang kerajaan kena menjernihkan, mengharmonikan, mengimbangkan antara dua pandangan yang bersifat ini.
Percayalah, sehingga kita bentangkan nanti kita akan meminta semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan supaya kita sama-sama mengambil tanggungjawab bahawa hak anak-anak itu mesti dijamin, dijaga. Hentikan istilah dinafikan hak untuk mendapat warganegara. Sekarang, kalau dia tak dapat cara 19B pun, kita proses di bawah 15A. Dia tetap dapat warganegara, tak ada istilah dia dinafikan. Janji dia pohon dan permohonan dia lengkap. Okey.
Jadi saya mohon, tak ada lagi istilah menafikan. Hakikatnya adalah kalau tak diluluskan di bawah kuat kuasa undang-undang, dia tetap diproses dan dibuat keputusan permohonannya di bawah Perkara 15A. Jadi, sekarang masih dalam peringkat libat urus untuk mendapat formula yang terbaik dan sebelum pembentangan, saya akan maklumkan kepada Ketua Whip masing-masing. Saya dengan Kota Bharu, saya dengan Larut, suasana yang sangat kondusif. Dalam sesi pada dua hari lepas, semua Ketua Whip kerajaan telah saya engaged dan insya-Allah bila sampai masa, kita akan sama-sama mengambil bahagian untuk membuat keputusan yang terbaik dalam isu warganegara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, maaf saya terlepas pandang. Saya juga nak ambil kesempatan ini ucap terima kasih kepada sahabat saya dari Kuala Krai yang mencadangkan supaya sementara kita berbincang tajuk warganegara, dia cadangkan supaya Jabatan Pendaftaran Negara buka booth atau kaunter untuk bantu semua Ahli Parlimen yang menerima permohonan penyelesaian isu warganegara di peringkat pusat khidmat masing-masing.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, mulai 25 Mac hingga 27 Mac di Parlimen ini, Ahli-ahli Parlimen boleh berurusan masalah ini dengan pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, apakah kekangan ataupun masalah yang dihadapi oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah warganegara penduduk yang menjadi pemegang kad pengenalan bermastautin sementara dan bermastautin tetap? Mungkin soalan saya ini lebih kepada hasrat Menteri kepada ketua-ketua masyarakat dan orang ramai lah supaya proaktif dalam menangani masalah kewarganegaraan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih sahabat saya dari Sabak Bernam ya. Dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang, disebut jika isteri dan suami itu adalah pemastautin tetap, permanent resident ya IC merah, anak yang dilahirkan itu akan dapat IC biru. Bila saya semak kembali Hansard waktu perkara ini ditetapkan sebagai satu dasar, sebenarnya dia bertujuan untuk menguruskan permohonan daripada- masa itu Singapura sebahagian daripada kita. Dalam Hansard itu terang-terang sebut.
Sebab Singapura keluar dari Malaysia tahun 1965, tahun 1963 itu ada lagi, kita satu negara. Jadi, bila pisah antara dua negara, maka dibuat. Kalau orang Singapura memegang IC merah, bila dia masuk ke Semenanjung dia pegang IC merah. Jadi, khusus untuk suasana itu, maka Perlembagaan dibuat bahawa dua pemegang IC merah, anak lahir itu IC biru. Technically, seorang yang pegang IC merah, dia masih lagi menjadi warga negara asing. Dia mungkin rakyat Indonesia. Rakyat, di sini dia pegang IC merah. Dia
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
rakyat Thailand, di sini dia pegang IC merah. Jadi, seorang suami warga Indonesia dan isterinya warga Thailand berkahwin di Malaysia dan anak dia lahir di Malaysia. Dia adalah – status warganegara dia warga asing.
Jadi, cadangan yang kita usulkan itu Ahli Yang Berhormat nanti adalah anak dia itu adalah anak yang juga kena buat permohonan melalui, supaya tidak dapat secara terus warganegara. Sebab mana mungkin kita pun kalau ada di luar negara, kita warganegara Malaysia pegang permanent resident di Australia, lahir anak sana, anak kita automatik sana, Australia pun tak terima. Tetapi Perlembagaan kita ada di situ, Perlembagaan itu tahun 50-an. Jadi, sebab itu kita fikir ada berapa perkara yang perlu kita bentangkan semula. Jadi, itu menjawab perkara yang dibangkit oleh sahabat saya Sabak Bernam, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Puan Speaker, Yang Berhormat Menteri, saya mohon jawapan yang padu dan tepat. Soalan saya nombor empat.
4. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi membantu para usahawan mikro bumiputera seperti industri makanan dan minuman (F&B) termasuk skim pembiayaan serta langkah proaktif yang diambil bagi merancakkan sektor keusahawanan halal menerusi pembangunan kapasiti usahawan dan produk.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, selaras dengan usaha membantu meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera daripada sektor makanan dan minuman dalam industri halal negara.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah merancang untuk melaksanakan beberapa program pembangunan keusahawanan halal pada tahun 2024 ini iaitu seperti berikut.
Pertama, Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal dengan peruntukan berjumlah RM1 juta yang bertujuan menyediakan bantuan pematuhan pensijilan halal kepada usahawan. Di bawah program ini usahawan yang layak akan ditawarkan bantuan geran pembiayaan sehingga RM10,000 bagi menampung kos pematuhan syarat-syarat pensijilan halal. Selain itu, melalui program ini juga, kementerian akan menganjurkan bengkel kesedaran dan bimbingan halal usahawan dan ada juga yang telah dilaksanakan iaitu pada 19 dan 20 Februari 2024 di Pulau Pinang dan bengkel seterusnya akan diadakan pada bulan Julai 2024.
Kedua, Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal dengan peruntukan berjumlah RM2 juta bertujuan membantu usahawan yang telah memiliki pensijilan halal untuk meningkatkan kapasiti produk dan perkhidmatan halal daripada aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan. Melalui program ini, seramai 65 orang usahawan akan menerima bantuan geran pembiayaan bernilai sehingga RM30,000 bagi menampung kos pembangunan jenama produk, penyediaan prototaip dan menaiktaraf reka bentuk pembungkusan dan pelabelan setiap produk usahawan.
Ketiga, Program Inovasi dan Teknologi Halal dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membantu usahawan yang telah memiliki pensijilan halal untuk meningkatkan keberhasilan produk dan perkhidmatan halal berteraskan inovasi dan teknologi. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 25 orang usahawan dengan geran pembiayaan berjumlah RM200,000 bagi setiap usahawan, bagi mengadaptasi inovasi dan teknologi halal dalam meningkatkan produktiviti produk halal.
Keempat, Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bertujuan menyediakan akses produk dan perkhidmatan halal Malaysia di pasaran antarabangsa. Melalui program ini, seramai 200 orang usahawan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
dijangka akan dibantu dengan membiayai kos penyertaan usahawan dalam pameran dan ekspo perdagangan antarabangsa.
Pada bulan lepas, kementerian telah menghantar usahawan-usahawan yang mempunyai produk makanan dan minuman halal ini ke Gala Food di Dubai sebanyak 10 usahawan, 10 syarikat francais dan mereka telah menjana jualan sebenar RM18.7 juta dan potensi jualan sebanyak RM131 juta. Jadi, ini antara program yang telah dilaksanakan dan program yang akan kita akan teruskan pada tahun ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada YB Menteri. Soalan tambahan saya untuk soalan empat. Antaranya ialah peranan KUSKOP, salah satunya adalah untuk membantu PMKS. Soalannya, sekarang hampir 80 peratus ataupun RM90,000 lebih adalah usahawan mikro, terutamanya bumiputera.
Kebanyakannya usahawan ini adalah di peringkat asas.
Soalannya, apakah peranan KUSKOP bagi mengembangkan usahawan mikro asas ini selain daripada memberi pinjaman? Apakah peranan KUSKOP, di mana masih ramai PMKS yang tidak mendaftar dengan SME Corp, yang mana dengan mendaftar dengan SME Corp, usahawan PMKS dapat pelbagai bantuan kewangan untuk meneruskan perniagaan mereka menerusi inisiatif Program Mikro MADANI dan juga, soalan yang ketiga...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu soalan sahaja.
Silakan Menteri, jawab.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, terima kasih Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya tahu Yang Berhormat banyak soalan dan saya terbuka untuk datang ke pejabat saya, sama ada di Parlimen ini atau di kementerian untuk kita selesaikan soalan-soalan yang tidak sempat diluahkan tadi.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Pertama, selain daripada pembiayaan seperti yang saya sebut awal lagi, INSKEN antaranya menyediakan program bimbingan. Setelah itu, diberikan ke agensi-agensi pembiayaan. Setelah itu, jika mereka berhasil untuk meningkatkan kategori perniagaan dia, sesuai untuk diangkat ke pasaran antarabangsa, kita ada program seperti yang saya jawab sebentar tadi. Itu adalah perkhidmatan selain daripada pembiayaan yang dilaksanakan oleh kementerian.
Kedua, tentang usahawan yang tidak mendaftar dengan SME Corp. Kita telah melaksanakan Pelan Pemformalan Usahawan Informal tahun lepas, dengan hasrat untuk mendaftarkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan informal ini. Kita maklum sekitar 77 peratus daripada sekitar RM1.2 juta perniagaan PMKS di negara kita ini terdiri daripada usahawan mikro dan memerlukan banyak bantuan, termasuk bimbingan pembiayaan dan sebagainya.
Di bawah SMR Corp, kita telah menyediakan subsidi secara percuma. Misalnya kita menampung kos untuk mereka mendaftar sebagai syarikat PMKS ini. Sebanyak RM100 itu pada masa ini masih secara percuma kerana kita mendapat dana tambahan pada tahun lepas. Saya minta Ahli Yang Berhormat untuk uar-uarkan kepada PMKS di kawasan masing-masing daftar dengan SME Corp melalui laman website SME Corp secara percuma. Dalam masa dua hari, sepatutnya pendaftaran PMKS itu sijil PMKS itu akan dikeluarkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Puan Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana kita sedar ya, inisiatif-inisiatif ini memang amat penting untuk membantu usahawan-usahawan tempatan. Jadi, produk Malaysia ini sebenarnya tak kurang hebatnya. Kita tahu.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, memang patutlah kita membeli produk-produk made in Malaysia, dengan izin, kerana ia dapat membangunkan usahawan tempatan dan juga merancakkan ekonomi tempatan. Jadi, selain daripada alternatif boikot dan sebagainya, saya bagi contoh. Kalau tak nak makan McD, makan Ramli Burger sebagai contoh.
Jadi, soalan tambahan saya, adalah mengenai strategi-strategi. Sekiranya pihak kementerian ada strategi untuk membantu usahawan-usahawan dari segi pemasaran. In another words, in terms of brand identity, dengan izin. Sebab kadang-kadang branding itu dia mungkin tak dapat banding dengan branding, dengan izin, jenama antarabangsa.
Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang berbentuk cadangan yang sangat baik dan saya baru balik dari Jerman, bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan rakan-rakan lain. Antara yang kita akan cadangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara pada bulan hadapan, cadangan di peringkat kementerian adalah untuk mewujudkan market linker kepada usahawan-usahawan PMKS dari negara kita ini yang mempunyai produk yang boleh diangkat ke pasaran antarabangsa. Itu yang pertama.
Keduanya, dari segi penjenamaan. Itu saya setuju kerana banyak usahawan kecil di negara kita ini mengeluarkan produk yang sama dengan jenama masing-masing.
Akhirnya, bersaing sesama sendiri untuk pasaran yang terhad dalam negara. Kita membuat engagement, libat urus dengan mereka. Kenapa tidak – kalau boleh pakai satu jenama yang kurangkan jenama itu. Mungkin satu, dua saja. Mudah untuk kita bawa ke luar negara. Tetapi ini proses yang berterusan kerana maklumlah, usahawan ini pun mempunyai pandangan yang tersendiri.
Cuma, inilah antara strategi kita untuk bagaimana pada akhirnya, produk ini boleh diangkat ke pasaran antarabangsa dan sememangnya, kita akan membentangkan kertas daripada kementerian dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara pada bulan hadapan, terkait dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua.
*Buah papaya, buah delima; Soalan saya nombor lima.
[Ketawa]*
5. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana status perbincangan mengenai autonomi pendidikan antara kementerian dengan Sarawak. Apakah perkara atau isu autonomi yang telah dibincang dan bilakah akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat Igan. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Puan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Igan, secara prinsipnya hal ehwal pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Senarai 13, Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Atas semangat itu, maka Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya menjadi pegangan dan rujukan dalam menjalankan sistem pendidikan kebangsaan di negara ini. Oleh yang demikian, semua kuasa yang perlu dalam mengendalikan sistem pendidikan kebangsaan telah dinyatakan secara jelas, dalam Akta 550 tersebut.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sarawak (JTBPP Sarawak) telah diadakan pada 22 Februari 2024 di Kuching, Sarawak.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Inovasi Pembangunan Bakat Sarawak bagi membincangkan secara terperinci berkaitan dengan isu-isu autonomi pendidikan yang dicadangkan oleh Kerajaan Sarawak.
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan tuntutan ataupun isu pendidikan yang meliputi aspek sumber manusia, operasi dan pembangunan. KPM telah meneliti dan memperhalusi semua tuntutan dan isu tersebut daripada aspek dasar dan juga perundangan bagi memastikan ia adalah selari dengan dasar yang sedia ada dan berkuat kuasa.
Autonomi pendidikan yang telah diberikan kepada Kerajaan Sarawak, termasuk pemberian kuasa Menteri Pendidikan di bawah seksyen 28 dan 31, Akta Pendidikan 1996 kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak bagi meluluskan permohonan pembinaan bangunan gantian atau tambahan, kerja ubahsuai atau naik taraf di sekolah kerajaan dan di sekolah bantuan kerajaan, di Sarawak yang menggunakan peruntukan Kerajaan Sarawak atau mana-mana pihak, selain daripada Kerajaan Persekutuan.
Turun kuasa ini berkuat kuasa mulai Mac 2024. Dan ini juga tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke semasa. KPM komited dalam segala rundingan dengan pihak Kerajaan Sarawak bagi memenuhi tuntutan dan isu yang dipohon berdasarkan keupayaan, keperluan dan bidang kuasa yang berkuat kuasa pada masa kini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.
Ya, memang betul soal pendidikan adalah soal Persekutuan dan juga termaktub dalam Perlembagaan. Sebab itu, kita bercakap tentang autonomi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah soal autonomi pendidikan adalah satu topik yang sering dibangkitkan sekarang ini oleh pemimpin-pemimpin dari Sarawak, khususnya warga pendidik, termasuk para pelajar dan ibu bapa. Kerana ini soal prestasi dan martabat pendidikan di kalangan pelajar.
Semua maklum bahawa prestasi pendidikan di Sarawak sangat-sangat buruk atau selalu tercorot, berbanding negeri-negeri yang lain. Dan semua ini amat berkaitan rapat dengan isu-isu sekolah daif, isu-isu kekurangan guru, isu-isu prasarana-prasarana yang kurang lengkap.
Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian bercadang untuk memberikan autonomi ataupun kuasa ataupun kebenaran kepada JPN Sarawak untuk mengendalikan projek-projek yang di bawah nilai, misalnya, RM5 juta ke bawah ataupun jumlah yang difikirkan sesuai oleh KPM. Kerana JPN dan PPD, dengan kerjasama agensi teknikal seperti JKR, boleh melaksanakan projek-projek baik pulih ataupun bina baharu berkenaan, kerana pendekatan ini – dengan pendekatan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Usaha-usaha untuk mengatasi sekolah daif boleh dipercepatkan. Malah, mungkin kos yang lebih rendah. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat dari Igan. Sememangnya, isu berkenaan dengan sama ada KPM atau MOF boleh– sama ada KPM atau MOF boleh membenarkan Kerajaan Sarawak melaksanakan sepenuhnya projek pembangunan ataupun pembangunan sekolah daif dan menurunkan peruntukan secara terus kepada Kerajaan Sarawak ataupun JPN.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Isu ini sememangnya merupakan satu isu yang telah pun dibincangkan dalam Jawatankuasa Kerja Pembangunan Pendidikan Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan bersama oleh KSU KPM dan juga Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Negeri Sarawak.
Tuan Wong Kah Woh
Saya ingin maklumkan di sini bahawa berdasarkan kepada pengurusan peruntukan pembangunan yang sedia ada, penyaluran peruntukan pembangunan adalah secara berperingkat mengikut kemajuan projek dan penyaluran peruntukan pembangunan disalurkan – harus disalurkan kepada Agensi Persekutuan dan agensi pelaksana yang melaksanakan projek.
Berkenan degan isu yang dibangkitkan, memang Jawatankuasa Kerja Pembangunan Pendidikan dan Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan bersama dengan Sabah dan Sarawak akan bermesyuarat lagi pada tahun ini, untuk supaya selain daripada isu yang dibangkitkan tadi, untuk isu-isu lain juga dapat dibincangkan supaya kedua-dua pihak dapat mencapai satu persetujuan berkenaan dengan isu yang terbangkit dan saya juga ingin maklumkan berkenaan dengan projek daif.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Sememangnya, di Sarawak sejak tahun 2016 sehingga 2024, projek yang telah siap 240, projek yang masih dalam pembinaan 51, prabina 95 dan batal enam buah projek. Projek KPM akan memastikan bahawa kesemua projek berjalan dengan lancar. Ada isu berkaitan dengan guru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Igan tadi juga.
Seperti Yang Berhormat Igan tadi mengambil maklum, penghantaran guru baharu telah pun dibuat pada bulan Disember yang lepas, khasnya ke Wilayah Sarawak yang mana jumlah guru yang dihantar itu adalah yang paling tinggi dalam sejarah dan antara yang paling tinggi di kesemua negeri yang lain.
Maka, ia membuktikan sekali lagi, usaha dan komitmen pihak KPM untuk memastikan bahawa tuntutan dan juga isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen dan juga Kerajaan Sarawak adalah dapat di-handled dengan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Yang di- Pertua. Apakah pendekatan terkini pihak KPM dalam menangani isu sekolah kurang murid, sama ada murid kurang daripada 30 orang di kawasan luar bandar dan pendalaman, termasuk keberkesanan kaedah pelaksanaan kelas bercantum, ataupun penggabungan SKM?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Apakah kriteria yang ditetapkan oleh KPM bagi memastikan sekolah yang mempunyai kepadatan murid dapat dibina bangunan baharu tambahan, berbanding sebaliknya? Saya bagi contoh. Di sekolah kawasan saya iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Sam, kelas sedia ada 7, kekurangan tiga kelas. Jumlah murid sesi ini 2024/2025, seramai 192 pelajar. Permohonan bangunan baharu telah dibuat namun tiada dalam senarai bila disemak, sedangkan keperluan amat terdesak sehinggakan terpaksa membuat pengadang dengan papan plywood.
Sedangkan terdapat sekolah kurang murid seperti di SK Pasir Linggi dalam Daerah Gua Musang tetapi kawasan yang juga pedalaman, dapat bangunan baharu, pelajar sedikit dan bangunan lama masih lagi baharu. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Berkenaan dengan isu tak silap saya kelas padat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Pada hari semalam semasa penggulungan, saya telah pun menyatakan keazaman dan juga tekad daripada KPM yang mana pada tahun ini sahaja, tahun 2024, KPM telah meluluskan satu pembinaan sekolah, sebanyak 26 buah sekolah. Ini merupakan sesuatu usaha daripada KPM untuk menyelesaikan kekurangan sekolah dan juga isu kelas padat.
Pada masa yang sama untuk kelas padat juga, KPM juga ada mengambil pendekatan seperti di SK Saujana Putra, yang mana berbanding dengan persekolahan satu sesi yang diamalkan sebelum ini, yang dirancang sebelum ini, kita pecahkan kepada sekolah dua sesi, yang mana telah berjaya menampung lebih daripada 2,000 murid.
Memang kita juga mengambil maklum bahawa di kawasan-kawasan tertentu, ada terdapatnya sekolah kurang murid dan itu merupakan sesuatu perkara dan isu yang
Tuan Wong Kah Woh
sentiasa diambil berat oleh pihak KPM. Sekiranya secara spesifik daripada kawasan Parlimen Kuala Krai ada apa-apa input ataupun apa-apa cadangan, bolehlah serah kepada pihak KPM untuk kami mengambil tindakan dan juga perbincangan selanjutnya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Dah 10 Ramadan kita berpuasa, Syawal pula kita nak beraya, Nombor 6 soalan saya, Mohon Menteri jawab segera.
6. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan berapa jumlah tanah rizab kerajaan yang telah diduduki secara haram oleh rakyat Malaysia dan apakah tindakan atau pampasan oleh kerajaan bagi rakyat yang sekian lama menduduki tanah rizab sekiranya kerajaan ingin mengambil alih tanah tersebut.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jeli.
Berdasarkan perundangan semasa, tanah rizab ditakrifkan sebagai tanah yang pada masa itu dirizabkan menerusi pewartaan untuk tujuan awam, selaras dengan peruntukan seksyen 62 Kanun Tanah Negara, Akta 828 atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu, selaras dengan Perkara 74 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Kementerian ini hanya dapat memperincikan penduduk secara haram di atas tanah rizab bagi maksud Persekutuan sahaja. Ini disebabkan kerana maklumat tanah rizab bagi maksud negeri adalah di bawah pihak berkuasa negeri masing-masing.
Berdasarkan rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) setakat 16 Februari 2024, terdapat 35 lot tanah rizab telah diduduki secara haram, di mana tindakan penguatkuasaan sedang dilaksanakan ke atas penceroboh terlibat.
Daripada 35 lot tersebut, sebanyak tiga lot didapati telah diduduki bagi tujuan rumah kediaman. Pihak JKPTG telah bekerjasama dengan kementerian, jabatan atau pengguna (KJP), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta pihak berkuasa negeri bagi menjalankan siasatan serta mengemukakan notis penguatkuasaan ke atas pencerobohan yang berlaku.
Sebagai makluman, pendudukan tanah rizab Persekutuan secara tidak sah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 425(1)(a), Akta 828 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Berdasarkan ketetapan ini, maka tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pihak yang menceroboh. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum tentang peruntukan seksyen 62 dan juga hukuman dan juga kesalahan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Tetapi dalam keadaan di mana tanah tersebut didiami secara lama, bergenerasi lamanya.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Yang ini berlaku di kawasan Parlimen saya, di mana satu projek Kerajaan Persekutuan nak dilaksanakan dan di situ terdapat kediaman yang sudah lama diduduki, sebelum merdeka di situ lagi.
Saya beranggapan mereka ini ialah merupakan bona fide settlers yang tiada niat langsung untuk menceroboh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tetapi bila kerajaan nak melaksanakan satu projek di situ, apakah tidak ada satu mekanisme oleh pihak Kerajaan Persekutuan? Bukan pampasan tetapi merupakan sagu hati ihsan kepada rakyat yang tinggal di situ untuk mereka berpindah ke tempat lain.
Saya tidak katakan sebagai satu pampasan seperti yang dikatakan tadi tapi ihsan kerana rakyat ini ialah rakyat yang sudah lama di situ dan mereka merupakan for generation berada di situ. Apakah kerajaan tidak boleh membantu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan yang berorientasi rakyat, membantu rakyat dalam keadaan yang seperti ini? Sekian.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya pun faham itu orang, itu sudah diami sana lama, saya pun faham. Kita kerajaan - kita pun Kerajaan Persekutuan pun kita punya syarat. Kementerian ini memandang serius terhadap pendudukan tanah secara haram di atas kawasan rizab.
Tanah rizab Persekutuan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan telah dikhususkan untuk sesuatu pembangunan. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada apa- apa perancangan di atas tanah rizab tersebut dan pihak berkuasa negeri mendapati terdapat keperluan untuk dilaksanakan, pemberi milikan permohonan pelepasan boleh dikemukakan kepada kementerian untuk dipertimbangkan, selaras dengan Perkara 85(3) dan 86 Perlembagaan Persekutuan. Pelepasan tanah tersebut tertakluk kepada nilai pampasan berdasarkan nilaian pasaran tanah.
Dalam hal ini Kerajaan Persekutuan sedia berunding dengan pihak berkuasa negeri bagi memastikan kebajikan rakyat turut terpelihara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri saya amat tertarik dengan isu tanah rizab kerajaan ini jadi saya terpanggil untuk bertanya.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, bagaimana pula dengan tanah-tanah rizab yang belum dibangunkan, ya? Sama ada boleh ditukar dari satu kementerian ke satu kementerian yang lain? Misalnya, ada tanah rizab dirizabkan untuk membuat ataupun membangunkan sekolah tetapi sekolah dah mencukupi dan rakyat pula perlukan klinik kesihatan dan tiada tapak. Bolehkah ditukar, Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, pun sama juga terima kasih Yang Berhormat, keprihatinan ini hal banyak terima kasih. Kerajaan negeri boleh memohon untuk serah balik pelepasan tanah milik dan rizab Persekutuan, lebih-lebih lagi yang belum dibangunkan bagi tujuan maksud awam. Ini selaras dengan Perkara 85(3) dan 86 Perlembagaan Persekutuan dengan nilai pampasan berdasarkan nilaian pasaran tanah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.
7. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah polis yang telah diambil tindakan disiplin sejak Disember 2022. Berapa aduan telah diterima oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak ia beroperasi dan penyelarasan fungsi-fungsi IPCC dan Jabatan Integriti PDRM.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih rakan saya dari Seputeh. Berapa jumlah tindakan disiplin, kes disiplin polis daripada tahun 2022 sehingga sekarang, 1,466. Berapa pula jumlah aduan yang diterima oleh IPCC?
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Setakat 15 Mac, jumlah aduan ialah 218 yang telah diterima. Bagaimana pelarasan di antara IPCC dan Jabatan Integriti? Penyelarasannya berlaku dalam dua bentuk. Pertama dari segi tindakan yang disyorkan dan yang kedua dari segi hasil siasatan IPCC yang kemudian dikemuka kepada JIPS untuk dilaksanakan tindakan sewajarnya atau syor yang dikemukakan oleh IPCC. Jadi, itu adalah jawapan terhadap tiga soalan yang dikemuka oleh Seputeh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jadi bagi seorang yang ingin membuat aduan terhadap polis, adakah dia perlu buat dekat IPCC ataupun Jabatan Integriti PDRM? Apakah yang akan dilakukan oleh KDN dan PDRM untuk menambah baikkan disiplin dan imej pasukan polis dan adakah– macam mana kerajaan akan menambahbaikkan imej IPCC kerana ia digelar oleh sesetengah NGO sebagai harimau tidak bertaring.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Seputeh. NGO tentunya mengharapkan keadaan yang lebih baik, ideal ya. Tapi kaedah kita pakai kalau tak dapat keadaan itu, keadaan sekarang boleh kita mula dulu. Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua. Jadi, inisiatif buat masa sekarang masih banyak ruang untuk kita tambah baik. Jadi, kepada siapa aduan nak dibuat? Aduan boleh dibuat pada IPCC.
Jadi di bawah Akta IPCC atau kita sebut Akta 839, di situ akan dibuat penyisihan.
Kalau aduan itu berkaitan rasuah, IPCC akan salur kepada SPRM. Kalau aduan itu bersifat jenayah misalnya ataupun aduan itu bersifat kesalahan yang tersenarai di bawah Akta Polis iaitu seksyen 96 dan 97, tak datang tugas; poligami tanpa izin; pergi luar negara tak beritahu dengan pegawai atasan dan; segala macam. Itu terus kepada PDRM dan JIPS yang akan siasat.
Jadi, hal ini sebenarnya dijelaskan di dalam Akta 839 ini bahawa jenis pengelasan kesalahan yang disiasat di bawah autoriti mana ialah di bawah seksyen 25. Kalau kesalahan itu di bawah 25A, itu SPRM. Kalau di bawah seksyen 25B, itu Jabatan Integriti, di bawah Jabatan Siasatan Jenayah, di bawah Jabatan Siasatan Komersial. Kalau ia di bawah seksyen 25D, 25D adalah kesalahan di bawah seksyen 96 dan 97 Akta Polis. Selain daripada itu, iaitu 25C. 25C adalah jenis kesalahan yang akan dikendalikan oleh IPCC.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini ada beberapa kes yang melibatkan anggota polis yang stres, yang menyebabkan berlaku kematian, yang melibatkan kematian. Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan program pencegahan stres bersumberkan syariah kepada pegawai-pegawai yang didapati mempunyai masalah tata kelakuan. Salah satu sebab stres ini adalah sebab bebanan tugas dan juga gaji. Adakah kerajaan berhasrat untuk menstrukturkan semula gaji PDRM agar relevan dengan cabaran semasa.
Mungkin soalan terakhir, mungkin bertulis boleh Yang Berhormat Menteri? Masih ada lagi cerita-cerita tentang dua orang bekas ASP, Ali Batcha dan juga ASP Saiful yang masih dibicarakan di media massa. Mungkin yang itu boleh di jawab secara bertulislah.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Padang Besar.
Sekurang-kurangnya Padang Besar tahun lepas saya umumkan IPD baru di Padang Besar
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya kena sebut bahawa yang Padang Besar, nak ucap terima kasih. *Amboi.
[Ketawa]* Baik.
Saya nak sebut kes-kes integriti dan salah laku polis. Saya tertinggal juga yang Seputeh tanya tadi yakni usaha berterusan yang dibuat seawal proses pengambilan lagi
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
tapisan dibuat, termasuk ujian psikologi. Bermula di situ lagi. Minat rakyat untuk menyertai polis, luar biasa.
Baru ini kekosongan untuk Inspektor, 400 orang kita nak ambil. Yang mohon 40,000. Jadi di sebalik hirup pikuk orang bercerita tentang integriti polis, hakikat sebenar bila ada kekosongan, berbondong-bondong rakyat akan memohon. Itu dan kualiti di kalangan pemohon itu sangat tinggi, mempunyai keupayaan menguasai pelbagai bahasa, kedudukan profesional. Bahkan ada yang sudah jadi peguam, sedang praktis sebagai peguam pun mohon untuk jadi Inspektor polis. Baik.
Jadi BAKA adalah bahagian agama yang equivalent itu kalau MINDEF, KAGAT.
Di sini adalah satu bahagian yang bertanggungjawab menguruskan soal-soal itu termasuk juga bahagian soal kaunseling semua lah. Insiden-insiden yang terpencil yang berlaku seperti di Pasir Puteh, di Perlis, di Balik Pulau, benar. Itu adalah akibat daripada ada simptom tekanan kerja yang pelbagai.
Kekadang disebabkan dia di tukar tempat kerja baharu. Dia tak betah dengan tempat kerja baharu. Jadi, dia ambil langkah singkat begitu. Yang saya nak bagi jaminan adalah KDN khususnya pasukan polis sedar tentang trend ini. Walaupun ia nya kes terpencil, tapi langkah untuk mengubatinya adalah langkah yang sentiasa di ambil oleh pasukan polis. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Dr...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tampin minta balai tak dapat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat. Saya jemput Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
8. Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan inisiatif kementerian dalam membantu anak-anak golongan B40 atau penerima eKasih yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT untuk memiliki peranti bantu belajar seperti komputer dan memiliki akses internet.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada YB yang bertanya. Kementerian sentiasa cakna mengenai kebajikan pelajar terutamanya pelajar golongan B40, terutamanya apabila melibatkan proses pembelajaran dalam talian yang efektif.
Misalnya pada tahun 2023, Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital telah menjayakan Inisiatif PerantiSiswa dalam menyediakan dan mengesahkan data pelajar B40 di universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta, politeknik dan kolej komuniti. Sehingga 31 Disember 2023, seramai 399,318 pelajar di bawah KPT telah membuat permohonan untuk mendapatkan peranti siswa.
Daripada jumlah tersebut, seramai 313,412 pelajar telah menerima peranti siswa yang di mohon. Program ini telah tamat pada Disember 2023.
Untuk makluman, peranti siswa yang dibekalkan adalah Samsung Galaxy Tab dengan pelbagai aksesori. Peranti ini boleh digunakan untuk menjalankan fungsi percetakan secara nirwayar atau dengan izin, wireless, membuat naik dokumen, membuat turun aplikasi dan memindah fail dengan keupayaan simpanan sebanyak 64 gigabait. Penentuan spesifikasi dan pelantikan band ini adalah dilaksanakan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Mengenai akses Internet pelajar, kementerian maklum akan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar di institusi pendidikan tinggi awam khususnya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran secara digital. Justeru, kementerian akan melaksanakan perolehan perkhidmatan menaik taraf infrastruktur rangkaian dan kapasiti talian MYREN.
Melaluinya para pelajar dan pensyarah akan menikmati purata kapasiti talian Internet sebanyak satu megabyte per second seorang berbanding 0.12 megabyte per second sekarang ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dalam masa yang sama, kesemua universiti awam sedang gigih berusaha menggantikan infrastruktur peralatan rangkaian yang sudah usang dan meningkatkan liputan WiFi kampus secara berfasa mengambil kira kedudukan kewangan di peringkat universiti awam masing-masing dan peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Usaha ini secara tidak langsung dapat memperluas akses pendidikan secara digital untuk keperluan pendigitalan pendidikan negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya apakah kementerian telah pun merangka intervensi khusus kepada mahasiswa bagi membantu meringankan bebanan mereka akibat tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kalau dulu di zaman pandemik, zaman Kerajaan Perikatan Nasional diadakan inisiatif crowdfunding untuk digunakan melalui Tabung Prihatin Siswa.
Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Apakah kerajaan ada kolaborasi dengan pihak-pihak NGO dan sukarelawan untuk merealisasikan apa yang pernah dilaksanakan di zaman Kerajaan Perikatan Nasional? Sekian, terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Puan Yang di-Pertua, memang Kementerian Pendidikan Tinggi amat mengambil berat tentang isu kebajikan pelajar ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Kita memang meneruskan semua inisiatif-inisiatif yang baik yang telah dirangka sebelum ini. Antaranya, untuk golongan B40 ya di seluruh negara, kita ada pelaksanaan Menu Siswa Rahmah. Kita ada pemberian bantuan daripada pihak universiti, kita ada juga pemberian sumbangan dan bantuan kebajikan melalui Yayasan Kebajikan Siswa, Foodbank Siswa dan juga program bantuan pembiayaan pendidikan dan juga penubuhan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus dan pembangunan portal Rumah Sewa Siswa (RSS).
Banyak lagi yang lain, yang kita teruskan juga tentang Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0. Ini kita bangun inisiatif untuk kita menggalakkan, terutamanya golongan B40 ini. Anak sulungnya kita bagi bantuan khas, tuisyen, yuran pengajian secara percuma untuk menggalakkan anak-anak sulung ini, yang pertama dalam keluarga untuk masuk ke universiti.
Banyak lagi bantuan kewangan asasi, Derma Siswa B40 TVET dan juga kita ada juga membuat kerjasama dengan pelbagai agensi. Contohnya, Dermasiswa My Brighter Future, ini dengan Yayasan Tenaga Nasional, Dermasiswa Yayasan Sime Darby, Skill Enrichment Program dan Dermasiswa Diploma Politeknik Malaysia dengan Yayasan Kuok Bhd. Okey, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk soalan tambahan yang kedua, saya persilakan– Yang Berhormat, dah tekan belum?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tampin awal tekan dah. Awal tekan, Tampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, yang akan pilih saya.
Beberapa Orang Ahli
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker bergurau pun tak boleh sekarang.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Okey, terima kasih. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Saya pertamanya, amat hargai usaha-usaha yang dilakukan kerajaan, terutamanya untuk membantu anak-anak cemerlang yang dalam IPT.
Soalan saya ini adalah lebih kepada bagaimana cara kita untuk memastikan dan menjamin tidak ada yang tercicir daripada kalangan anak-anak cemerlang yang memang mereka ini kehidupannya susah. Saya ada satu kisah yang saya nak sebut secara ringkas.
Anak sulung daripada keluarga India yang ibunya hilang penglihatan. Anak lima, suami bekerja sebagai welder, sebagai pengimpal besi. Anak lima, anak sulung tapi anak sulung itu cemerlang, dapat 11A dalam peperiksaan SPM. Sekarang dalam Matrik dan akan masuk ke IPT.
Apakah kaedah, kriteria kita untuk membantu dan untuk memastikan tidak ada yang tercicir daripada kalangan anak-anak cemerlang begini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Dato' Yang di-Pertua, memang kita sebenarnya berusaha untuk memastikan tidak akan timbul isu keciciran ini. Jadi, kita memohon kerjasama semua pihak daripada Kementerian Pendidikan dan juga di kementerian-kementerian yang lain, supaya isu-isu keciciran ini tidak berlaku dan intervensinya kita kena buat seawal daripada sekolah, daripada SPM dan lepasan SPM itu.
Kita di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, kita akan menerima permohonan-permohonan yang telah dibuat dan kita akan pastikan bahawa permohonan ini akan diberi pertimbangan sewajarnya. Kita akan bagi keutamaan kepada golongan B40 ini. Seperti yang saya sebut tadi, kita banyak beri sumbangan untuk menjaga kebajikan mereka. Saya juga minta kepada semua, kita sebagai Ahli Yang Berhormat di Parlimen masing-masing, supaya kita juga bantu dan kenal pasti, jangan sampai ada yang tercicir di Parlimen kita masing-masing.
So, kita kena berkolaborasi dengan sekolah-sekolah dan juga NGO ataupun keluarga yang ada di Parlimen kita, untuk pastikan bahawa jangan sampai ada yang tercicir terutamanya yang cemerlang ini. So, kita yang tahu, kita yang cakna dengan kawasan Parlimen masing-masing. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya kepada terus ke soalan yang ke-9. Saya mempersilakan Tuan Khoo Poay Tiong, Yang Berhormat Kota Melaka. Persilakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Sebelum saya kemukakan soalan nombor 9, saya ingin ambil kesempatan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Yang Berhormat Kuala Kubu Baru, ADUN bagi kawasan Selangor yang baru saja meninggal dunia pada pagi ini. Timbalan Speaker, saya soalan nombor 9.
9. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Kewangan menyatakan usaha kementerian melalui Bank Negara untuk mengawal selia penetapan premium insurans kesihatan oleh syarikat-syarikat insurans memandangkan banyak rungutan daripada pelanggan tentang peningkatan yang keterlaluan premium insurans kesihatan yang dikenakan pada masa ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila menjawab Menteri Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Inflasi kos perubatan yang tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium atau sumbangan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan, Medical and Health Insurance and Takaful (MHIT), dengan izin.
Sesungguhnya isu inflasi kos perubatan memerlukan tindakan bersepadu oleh semua pihak, untuk memastikan akses kesihatan dan produk MHIT kekal mampan dan mampu milik dalam jangka masa panjang. Kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang dipergiat untuk melaksanakan inisiatif yang terkandung di dalam Kertas Putih Kesihatan, berkaitan pemerkasaan sistem kesihatan negara. Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah menerbitkan panduan terkini perniagaan MHIT.
Bagi memastikan produk MHIT kekal mampan dan mampu milik, panduan ini bertujuan mendorong penggunaan perkhidmatan kesihatan yang lebih bertanggungjawab menerusi reka bentuk produk yang lebih inovatif, termasuk memperkenalkan ciri-ciri perkongsian kos yang lebih bermakna iaitu cost share, dengan izin.
Kedua, menyokong pengawalan kos yang lebih berkesan dan tulus melalui penubuhan pangkalan data tuntutan bersepadu, serta ketiga meningkatkan standard amalan perniagaan penanggungan insurans dan pengendali takaful atau insurance and takaful operators (ITO) dengan izin.
Antara amalan perniagaan yang diperkukuh adalah keperluan ITO untuk mematuhi keperluan untuk mengimbangi kemapanan portfolio MHIT dengan kemampuan pengguna dalam kajian semula kadar premium atau sumbangan produk MHIT ini. Selain itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna dipergiat melalui penambahbaikan lembaran penzahiran produk atau product disclosure sheet, dengan izin yang lebih ringkas dan mudah difahami.
Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pemegang polisi memahami tema dan syarat produk MHIT, termasuk bahawa produk MHIT akan tertakluk kepada kajian semula premium atau sumbangan secara berkala untuk memastikan premium atau sumbangan yang diterima adalah mencukupi untuk membayar tuntutan.
Pihak ITO juga perlu menyediakan komunikasi yang jelas dan menawarkan pilihan kepada pengguna yang terbeban untuk mengubah atau menukar pelan MHIT mereka kepada pelan yang lebih mampu milik atau menstruktur semula bayaran premium atau sumbangan secara beransur-ansur.
Bagi pengguna yang menghadapi kesulitan dalam meneruskan pembayaran premium atau sumbangan, mereka digalakkan untuk menghubungi pihak ITO masing- masing. Sekiranya mereka tidak menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada pihak ITO, aduan juga boleh disalurkan kepada Bank Negara Malaysia melalui saluran e- link di portal Bank Negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kenapa saya kemukakan soalan ini, adalah kerana kebelakangan ini kita terima banyak aduan daripada pembeli pemegang polisi insurans kesihatan, di mana oleh kerana Bank Negara hari ini, mereka membenarkan syarikat insurans mengkaji semula premium yang mereka perlu bayar setiap tiga tahun. Di tangan saya ada satu contoh.
[Sambil menunjuk sekeping kertas] Dulu mereka bayar satu bulan RM3,700. Sekarang terpaksa bayar RM8,000.
Dalam masa tiga tahun peningkatan sebanyak 118 peratus. Kita semua tahu, rakyat- mereka membeli insurans kesihatan adalah kerana untuk perlindungan. Waktu mereka muda mereka beli premiumnya rendah tetapi tempoh sana, mereka tak ada claim. Claim ratio amat rendah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tetapi apabila umur mereka meningkat, contohnya pada 50-an, inilah waktu kesihatan mereka perlu dijaga, tetapi premium telah dinaikkan lebih daripada 100 peratus dan claim ratio ini― inilah masa mereka perlukan insurans ini. Apa yang akan berlaku ialah mereka terpaksa putuskan polisi insurans kesihatan tersebut dan mereka akan pergi ke hospital kerajaan. Jadi, akhirnya kerajaan yang juga akan menghadapi masalah.
Jadi, soalan saya. Dalam hal ini, kenaikan premium insurans kesihatan, Bank Negara yang membenarkan tetapi dua pihak yang terlibat. Satu ialah syarikat insurans.
Kita nak tahu, ada mana satu syarikat insurans yang laporan kewangan mereka mengalami kerugian? Tak ada. Semua untung besar. Hospital swasta juga untung besar.
Kita ada pengalaman. Kalau tanpa medical card mereka pergi ke hospital swasta, bayaran mereka bayar adalah 100 peratus beza. Kalau ada kad insurans, RM300,000.
Kalau tak ada kad insurans, RM150,000.
Jadi, dalam hal ini, saya rasa pihak Bank Negara perlu bekerjasama dengan agensi lain untuk mengawal dua institusi ini― hospital swasta dan juga syarikat insurans.
Soalan akhir saya. Insurans kenderaan, mereka ada no claim bonus (NCB). Jadi, bolehkah bagi insurans kesihatan ini, kita juga boleh amalkan implement no claim bonus
(NCB) ini? Kalau masa mereka muda tak ada claim...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Maka harus beri diskaun kepada mereka apabila mereka tua, mereka nak lanjutkan polisi mereka. Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya minta maaf, saya ambil masa yang panjang tetapi ini adalah amat berkait dengan rakyat di luar sana. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang faham tentang keluhan yang dihadapi oleh rakyat jelata berkenan― saya setuju dengan hujahan Yang Berhormat Kota Melaka. Dengan ini, kita akan memantau dari masa ke semasa dan akan mengkaji semula.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan NCB, walaupun pengenalan NCB atau no claim bonus, dengan izin, di bawah produk MHIT boleh menggalakkan pengguna untuk lebih berhati-hati dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengelakkan pengguna daripada membuat tuntutan secara sembarangan.
Tetapi terdapat kebimbangan bahawa pengguna mungkin mengelak atau melengah-lengahkan keperluan untuk mendapat rawatan kesihatan demi memelihara tahap NCB mereka apabila mereka berasa tidak sihat. Ini boleh mengakibatkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dan mungkin memudaratkan lagi keadaan kesihatan mereka.
Oleh itu, pada masa ini, pihak Bank Negara tidak bercadang untuk mewajibkan pengenalan NCB di bawah produk MHIT. Namun begitu, sudah terdapat pihak ITO yang telah pun menawarkan produk MHIT yang mempunyai mekanisme NCB di pasaran.
Sebagai contohnya, sekiranya tiada sebarang tuntutan yang dibuat, pihak ITO akan menawarkan manfaat berikut― sebentar ya, Dato’ Yang di-Pertua.
(i) diskaun untuk premium atau sumbangan yang seterusnya atau penawaran insentif atau manfaat tambahan dalam bentuk pengecualian (deductible);
(ii) naik taraf bilik penginapan, room dan board, dengan izin;
(iii) kenaikan had tahunan; atau
(iv) bonus tunai untuk pemeriksaan kesihatan.
Puan Lim Hui Ying
Untuk makluman, bagi mendorong penggunaan perkhidmatan kesihatan yang lebih bertanggungjawab, pihak Bank Negara telah memperkenalkan ciri-ciri perkongsian kos atau cost share, dengan izin, untuk produk MHIT.
Selain itu, Bank Negara juga telah menyarankan pihak ITO untuk turut memperkenalkan perkhidmatan nilai tambah (value added service), dengan izin, seperti program kesihatan dan pencegahan bagi menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di kalangan pelanggan mereka. Langkah-langkah ini boleh membantu membendung kenaikan kos tuntutan perubatan dari jangka masa panjang.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tolong tekan. Ya, sila Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya adalah berapa peratus rakyat Malaysia yang mempunyai takaful ataupun insurans kesihatan? Apakah perancangan dan usaha Kementerian Kewangan untuk menggalakkan penyertaan rakyat menyertai takaful ataupun insurans kesihatan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Untuk peratusan takaful adalah sekitar― 22 peratus memiliki insurans atau takaful kesihatan peribadi. Di sini, kita memang hendak menggalakkan MHIT. Kerajaan melalui Bank Negara telah melaksanakan keperluan untuk menawarkan produk perlindungan penyakit kritikal dan produk MHIT khusus. Juga, kita ada cost sharing seperti yang saya telah sebutkan tadi. Juga, kita ada untuk golongan B40, kita memang ada lagi juga data dari tuntutan MySalam di peringkat makro yang dikongsi oleh ITO yang kita masih lagi memanfaatkan pemegang yang di bawah golongan B40. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, kita ke soalan nombor 10. Saya mempersilakan Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Masak lemang dalam buluh, Soalan Maran nombor 10.
10. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membendung gejala Forgotten Baby Syndrome (Sindrom Terlupa Anak) yang kian meningkat kini serta berapakah peratusan yang telah berlaku sejak dari tahun 2020.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Maran dan terima kasih juga Yang Berhormat Speaker.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius akan gejala Forgotten Baby Syndrome atau Sindrom Terlupa Anak.
Dalam hal ini, KPWKM sentiasa berusaha agar gejala Forgotten Baby Syndrome dapat dibendung. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah meningkat kesedaran dan memberi peringatan melalui media seperti hebahan tips dalam bentuk video dan infografik di media sosial, portal berita tempatan serta media perdana.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kita juga telah membuat hebahan melalui e-mel kepada semua pegawai perhubungan korporat di kementerian/jabatan agensi persekutuan dan negeri, hospital dan institusi pengajian awam yang mengandungi bahan-bahan promosi Kempen Jangan Tinggal Anak Bersendirian Dalam Kenderaan untuk mereka kongsikan dengan warga masing-masing.
Menyedari kepentingan usaha berterusan, KPWKM akan terus menjalinkan kolaborasi yang aktif dan berkongsi maklumat bersama agensi lain bagi meningkatkan kesedaran awam agar ibu bapa tidak meninggalkan anak-anak dalam kereta sehingga menyebabkan kematian.
Dalam hal ini, semua pihak boleh memainkan peranan masing-masing bagi menangani permasalahan ini. Namun, pemain utamanya adalah ibu bapa itu sendiri.
Justeru, kita boleh membantu diri kita sendiri untuk tidak lupa dengan mengambil pelbagai pendekatan, antaranya seperti meletakkan barang penting berhampiran bayi.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak tiga kes pada tahun 2020, dua kes pada tahun 2021, tiada kes pada tahun 2022, lima kes bagi tahun 2023 dan bagi tahun 2024, sehingga kini, telah dicatatkan sebanyak empat kes. Maka, saya ingin menegaskan di sini bahawa semua pihak khususnya para ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani permasalahan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Kes kecuaian ini berlaku di mana sahaja, bukan sahaja di negara kita bahkan di dunia, di Asia dan sebagainya. Sehingga sekarang ke tahap ada ibu bapa yang lebih, bukan sahaja cuai, bahkan sanggup membunuh anak sendiri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya nak tahu berapa― secara perbandingan, Timbalan Menteri, dengan negara-negara yang lain di Asia ataupun lain-lain. Saya nak tahu berapa. Mungkin ada maklumatnya.
Satu lagi. Apakah terdapat tindakan undang-undang yang boleh diambil kepada ibu bapa yang cuai seperti ini? Setakat ini, berapa kes yang telah pun dilaksanakan?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan tersebut. Mengenai perbandingan antara negara kita dengan negara lain, saya perlu untuk memberikan maklumat tersebut sekiranya ada secara bertulis kepada Yang Berhormat. Tapi mengenai soalan yang kedua pula, mengenai hubungan ataupun hukuman yang lebih berat, saya nak maklumkan bahawa KPWKM mengambil pendekatan untuk meningkatkan kesedaran dan membantu ibu bapa agar mereka ini tidak lupa. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Saya nak kongsikan juga bahawa di kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diwujudkan satu garis panduan keselamatan kanak-kanak bagi taska.
Minta maaf Dato’ Speaker, saya nak sambung sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih dan juga saya ingin memaklumkan juga bahawa pengabaian terhadap kanak-kanak ini merupakan satu kesalahan yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001 di bawah seksyen 31(1)(a). Jika disabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
20 tahun atau kedua-duanya sekali. Tapi sekali lagi saya nak maklumkan bahawa kita juga ada telah melaksanakan pelbagai kempen kesedaran kepada ibu bapa dan insya-Allah kita akan terus perhebatkan lagi.
Tapi yang penting adalah seperti dalam jawapan asal saya, adalah peranan kita selaku ibu bapa ataupun penjaga itu sendiri adalah sangat penting dalam isu yang kita perkatakan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya persilakan Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya rasa untuk menangani isu ini, pertamanya perlunya kita ambil pendekatan bukan sahaja melabelkan ia sebagai kecuaian atau kelalaian, kerana kalau kita nampak, tengok dari konteks dunia, FBS ini adalah sesuatu yang semakin meningkat. Peningkatannya nampak − dia bukan sekadar lalai oleh pihak ibu dan atau bapa.
Saya nak tanya kepada Menteri, adakah terdapat kajian yang pernah dilaksanakan tentang FBS ini dari segi apakah punca dan penyebabnya, sekiranya nampak dari sudut pandangan ia satu sindrom dan satu penyakit, kemungkinannya.
Adakah apa-apa program melalui kajian itu yang telah dihasilkan dari segi untuk mewujudkan rawatan, intervensi atau peraturan-peraturan seperti nak buat buzzer kepada car seat dengan izin. Adakah perkara-perkara ini telah dikaji dan apakah hasil kajian sekiranya ada dan sekiranya tak ada. Adakah adanya niat dan hasrat untuk mewujudkan satu kajian khusus dan spesifik untuk FBS ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor di atas soalan yang telah dikemukakan. Kajian ini ada dilaksanakan di beberapa negara dan saya nak kongsikan ada satu kajian yang telah dibuat. Ada beberapa cadangan yang telah dicadangkan untuk mengurangkan risiko kematian, terutamanya bagi anak-anak yang berada dalam kenderaan. Cadangan yang telah dicadangkan untuk mengatasi atau mengurangkan risiko kematian ini adalah antaranya, adalah kesedaran awam, meningkatkan kesedaran mengenai bahaya meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan.
Lepas itu, ada juga cadangan untuk memasang sistem pengingat dalam kenderaan bagi mengingatkan pengguna untuk memeriksa sentiasa di dalam kenderaan tersebut. Seterusnya, pengawasan lanjutan juga ada, perubahan reka bentuk kenderaan itu sendiri. Menyelidik cara-cara untuk memperbaiki reka bentuk kenderaan untuk mengurangkan risiko kematian. Penguatkuasaan undang-undang ini kita dah laksanakan di Malaysia.
Tapi saya nak kongsikan juga. Saya mendapat makluman, tapi ini bukan bawah kementerian tapi saya nak kongsikan juga. Satu tinjauan secara khusus telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Dalam tinjauan tersebut, antara faktor utama yang telah didapati adalah kelesuan mental.
Kedua pula, perubahan mendadak dalam rutin hidup. Itu yang menyebabkan terjadinya perkara-perkara yang tidak dikehendaki.
Saya juga dimaklumkan bahawa pihak MIROS telah membangunkan satu sistem prototaip yang dinamakan MyCINTA untuk mengesan dan memberikan amaran tentang kehadiran kanak-kanak di dalam kenderaan. Ini antara lain seperti yang dikatakan tadi di dalam jawapan asal. MyCINTA ini dapat mengurangkan risiko kecederaan serius kepada kanak-kanak dalam tempoh tindak balas secepat 45 saat hingga tiga minit pengaktifan sepenuhnya. Ini antara perkara yang dibuat. Tapi kerjasama antara kementerian ini bersama dengan kementerian lain, agensi lain dan juga pihak swasta juga sangat penting dan kita amat tingkatkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ke soalan yang terakhir bagi sesi jawapan lisan iaitu soalan kesebelas. Saya mempersilakan Tuan Fong Kui Lun, Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 11.
11. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan untuk melegakan kebimbangan umum berikutan semakin ramai murid terjebak menonton medsos TikTok berbanding menumpukan kepada pelajaran mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Dato’ Yang di-Pertua, penerapan teknologi dan aplikasi serta penggunaan media sosial sudah terbuka luas kepada semua pihak, termasuk murid. Sejajar hasrat KPM ke arah pendidikan digital, perkara ini adalah perlu untuk murid bergerak ke hadapan, sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini.
Bagi memenuhi keperluan dan kecenderungan murid untuk menguasai kemahiran dan teknologi komunikasi, didikan dan panduan di usia muda adalah amat perlu bagi mengelakkan murid menjurus ke arah penggunaan teknologi dan aplikasi serta penggunaan media sosial secara negatif.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, KPM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan murid mengamalkan etika yang betul melalui penerapan nilai integriti dan boleh diamalkan bukan sahaja di sekolah malah semasa menggunakan media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook.
Antara langkah yang diambil oleh KPM adalah dengan mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 11/2023 yang merangkumi garis panduan nilai etika penggunaan media sosial bagi guru dan juga murid sebagai garis panduan kepada guru dan murid untuk mengelakkan penyalahgunaan media sosial yang membawa kepada pelbagai keburukan.
Selain itu KPM juga melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang sihat seperti sukan dan kokurikulum serta program pengukuhan jati diri untuk membina karakter dan peribadi individu yang lebih unggul. Ini secara langsung dan tidak langsung akan melahirkan murid yang lebih bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi dan media sosial. Media sosial sememangnya merupakan medium yang amat berkuasa, sekiranya dimanfaatkan sebaiknya. Antaranya ia dapat melatih kemahiran bertutur, mendengar dan menulis murid. Kedua, sebagai medium komunikasi untuk murid. Ketiga, pembinaan kemahiran sosial.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah juga melaksanakan Program Kaunseling Berfokus. Program ini bertujuan mengesan tingkah laku berisiko seperti ketagihan media sosial termasuk TikTok. Guru Bimbingan Kaunseling turut menjalankan intervensi antara agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi Media Malaysia, Lembaga Perancangan Penduduk dan Keluarga Negara
(LPPKN), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Cybersecurity.
Sekian daripada saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, medsos sudah mengambil alih tugas guru dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Masa banyak dihabiskan di situ.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Kesannya, murid-murid atau anak-anak tidak mendengar nasihat ibu bapa. Jika kita mendidik mereka dari menyaksikan medsos, mereka akan memberontak. Saya ingin tahu, adakah kerajaan membuat peraturan atau sekatan siaran untuk golongan kecil ini?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Bintang.
Sememangnya segala sekatan atau pun peraturan sedemikian adalah di luar daripada bidang kuasa KPM. Namun demikian, sedikit sebanyak saya hendak memberikan maklumat lanjut di sini. Sememangnya seperti yang saya nyatakan tadi, kita ada garis panduan dari KPM berkenaan dengan penggunaan peranti digital dalam sekolah dan bagi KPM, itu merupakan satu garis panduan yang penting supaya pihak guru dan murid tahu di mana batasnya.
Pada hari ini juga, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pendapat atau pun survey daripada PISA, yang mana bagi guru-guru, sememangnya kita mempunyai guru yang berkualiti tinggi, yang mana salah satu survey yang dilontarkan adalah sama ada guru, dengan izin, teachers give extra help when needed. Itu sama ada guru memberikan bantuan kepada murid apabila diperlukan, khasnya semasa MCO, Malaysia mencatatkan suatu peratusan 80 peratus berbanding dengan purata OECD sebanyak 70 peratus.
Soalan yang satu lagi adalah juga relevan, berkenaan dengan sama ada budak- budak atau anak-anak kita akan distracted, dengan izin, apabila menggunakan digital device. Whether the students will be distracted when using digital device, dengan izin.
Untuk Malaysia, lebih kurang 20 peratus akan mendapati bahawa mereka adalah distracted tetapi ia adalah lebih rendah daripada purata OECD iaitu sebanyak 30 peratus.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita lihat media sosial atau pun TikTok ini memang memberikan kesan dan pengaruh kepada sahsiah atau pun akhlak murid-murid dan pelajar. Antara benda yang terkesan ialah adab mereka dengan cikgu-cikgu di sekolah.
Jadi, saya nak ingin bertanya kepada kementerian, yang mana saya melihat kementerian telah memperkenalkan tiga pendekatan baru dalam kokurikulum 2027. Soalan saya, bagaimanakah kokurikulum yang diperkenalkan ini secara signifikan dapat mengatasi masalah akhlak dan sahsiah pelajar yang terkesan daripada media sosial ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Padang Terap.
Sememangnya sepanjang masa ini, biar pun kokurikulum yang sedia ada atau pun dalam kokurikulum yang akan datang. KPM memang ada menitikberatkan berkenaan dengan kesedaran penggunaan peranti digital, yang mana bagi kokurikulum yang sedia ada, tajuk kesedaran penggunaan peranti digital memang diserapkan dalam mata pelajaran BM dan juga Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah.
Di peringkat sekolah menengah pula, kita ada tajuk keselamatan digital berkenaan dengan isu keselamatan digital di bawah tajuk Keselamatan Data di bawah mata pelajaran Asas Sains Komputer. Tajuk, Komputer dan Impak di bawah mata pelajaran Sains Komputer dan pada masa yang sama, guru-guru juga diberikan latihan, pensijilan berkenaan dengan Program Certified Cybersecurity Awareness Educator yang mana kita membolehkan guru-guru kita mempunyai skil atau pun pengalaman untuk mendidik dan juga membimbing anak-anak kita.
Pada masa yang sama, kesemua antara kita dari masyarakat atau pun pihak ibu bapa dan juga kesemua pihak komuniti dan pihak swasta juga secara langsung dan tidak langsung dapat membantu dalam memastikan bahawa pendidikan diberikan kepada murid-murid, khasnya dalam aspek penggunaan media sosial yang betul haruslah diterap kepada anak-anak kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Majlis. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Dato' Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 25 Mac 2024”.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri...
[Disampuk]
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya timbulkan peraturan mesyuarat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Peraturan mesyuarat berapa?
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menimbulkan Peraturan Mesyuarat 80A, mengenai kuasa Majlis menghukum kerana menghina Majlis. Panjang tetapi itu summary-nya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar. Ini jarang-jarang dibangkitkan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
80A.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau 36 itu, 37 itu dah makanan hari-hari. Sebentar ya. 80. 80.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
A.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
A ya? 80 adalah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. 83, kuasa Majlis menghukum kerana menghina Majlis. Baik. Apa dia Yang Berhormat Tasek Gelugor?
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Yang di- Pertua, saya mohon untuk menimbulkan Peraturan Mesyuarat 80A ini kerana ada precedence yang telah pun dicipta dalam Dewan ini pada tahun 2009 yang berkait dengan Yang Berhormat Karpal Singh pada masa itu. Jadi, saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya Dewan ini membuat satu ketetapan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan, sebuah Jawatankuasa di bawah Peraturan 80A yang dibaca bersama dengan seksyen 9, Akta 347 bagi mengenal pasti, membicarakan, memutuskan dan menghukum beberapa individu yang membuat penawaran kepada saya untuk mempengaruhi kelakuan saya dalam Dewan ini.
Antara tawaran yang dibuat ialah mengenai peruntukan Parlimen, peruntukan projek RM2 juta, bayaran untuk kos perubatan isteri saya, kos guaman untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah, ada token yang tidak dinyatakan jumlahnya dan juga pengguguran kes saya di mahkamah. Tawaran-tawaran ini Tuan Yang di-Pertua, dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Gua Musang bersama dua orang individu yang memperkenalkan diri sebagai Hasnan dan Datuk Azman pada 17 Januari 2024 serta Hasnan dan seorang lagi yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Rahim pada 26 Februari 2024 setelah mereka diperkenalkan kepada saya oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Setelah itu, mereka ini termasuklah juga Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanjong Karang, telah menghantar cadangan kepada saya. Dalam cadangan itu ialah mengandungi ucapan yang mereka mahu saya ucapkan dalam Parlimen pada 28 Februari, semasa saya membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong. Ini usaha untuk mempengaruhi kelakuan saya. Ini adalah usaha kacau ganggu, penawaran dan tindakan yang berbaur ancaman, yang salah untuk mempengaruhi kelakuan saya sebagai seorang Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat. Berdasarkan perkara-perkara tersebut, butiran di atas, butiran tersebut, telah berlaku kesalahan menghina Majlis di bawah seksyen 9(d) dan seksyen 9(e), Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) dan boleh jika disabitkan kesalahan, dihukum di bawah seksyen yang sama. Lantas memerlukan pembentukan sebuah jawatankuasa di bawah Peraturan 80A. Itu permohonan saya, Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya ingin tambah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Beluran. Let me settle one by one. Saya akan beri ruang untuk Yang Berhormat Beluran. Pada pandangan saya, apa yang- Yang Berhormat?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Boleh lanjut kes yang dirujuk oleh Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar. Biar- let me settle.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Biar saya uruskan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor. Kalau apa yang saya lihat dalam perjalanan Dewan ini, julung-julung kali kalau selain daripada 36, 37, 18, 17.
Itu dah orang kata asam garam dalam Parlimen ni. Kalau 80 ini, ia dan apa telah- allegation, tuduhan, apa kan? Bukan, maksud saya tuduhan yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor is very menarik perhatian kuorum dalam Parlimen itself atau pun kalau dah live, satu Malaysia yang ambil maklum. Baik ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Walau sedemikian, peraturan juga menetapkan agar apa-apa yang telah diungkapkan oleh Yang Berhormat supaya lebih bersesuaian, ianya dinoktahkan di dalam ayat. Saya menasihatkan Yang Berhormat untuk usulkan perkara ini bawah Perkara 80A itu kepada Parlimen, kepada Speaker agar, ini amat-amat, very orang kata allegation terhadap seorang Ahli Parlimen kepada seorang lagi Ahli Parlimen. Jadi, biarlah ia dinilai dan dipertimbangkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri. Saya cadangkan sedemikian. Baik, Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Insiden yang berlaku pada tahun 2009, 26 Februari 2009.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, kaitan dengan mendiang.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yes, berkaitan dengan mendiang.
Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika itu. Apa yang berlaku, beliau diganggu dalam compound Parlimen ini dan beliau telah mengemukakan aduan dalam Dewan. Pada hari yang sama...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kejap Yang Berhormat that incident, dengan izin happened inside or is it outside the compound?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Within the compound of Parliament...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Within the compound of the Parliament itself. Baik.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dan dia telah membuat aduan kepada Parlimen dan seterusnya pada hari yang sama, Usul Penubuhan Jawatankuasa untuk menyiasat aduan pembuatan menghina Majlis di Bawah Peraturan 80A itu. Kalau dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan usul diluluskan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu adalah Ahli Yang Berhormat daripada Padang Rengas dan Usul diluluskan dan insiden 26 Februari 2009...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Diluluskan di bawah 80A?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
80A.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kemudian, satu jawatankuasa dibentuk di bawah 80A itu dan enam bulan selepas tu, 2 Julai, selepas prosiding yang dibuat oleh jawatankuasa itu, Menteri yang sama, telah mengemukakan keputusan dan menghukum beberapa orang yang dikatakan mengganggu Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika itu. So, ada precedent di dalam Parlimen. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Gelugor juga Yang Berhormat, Gelugor juga. Hari itu Bukit Gelugor. Hari ini, sekarang ini Tasek Gelugor. Gelugor juga diganggu oleh beberapa orang Ahli Parlimen, termasuk beberapa orang. Saya mohon agar usul ini dilihat secara serius kerana ada precedent.
Gangguan terhadap seorang Ahli Parlimen dan satu jawatankuasa di bawah 80A dibentuk. Usul dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri, in charge of Parliament ketika itu. So, ada precedent Yang Berhormat. Speaker, look into this, ini adalah satu aduan seperti yang dibuat oleh Tasek Gelugor ketika itu. Satu aduan dan kerajaan mengambil serius tentang aduan gangguan terhadap seorang Ahli Parlimen.
So, you must uphold peraturan mesyuarat, Speaker is the custodian of the peraturan mesyuarat. Look into this seriously. Kerajaan boleh kemukakan usul di bawah 80A dan bentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh Tasek Gelugor. Saya pohon agar perkara ini diambil serius oleh Yang Berhormat.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Beluran dan Ahli-Ahli Majlis, bila tuduhan terhadap seorang Ahli Parlimen yang berlaku di dalam Dewan, itu adalah bidang kuasa kita di dalam minit, sebagaimana sanction di bawah Perkara 63 Perlembagaan. Saya take cognizant of it bagaimana, sebagaimana telah saya jelaskan tadi, Yang Berhormat Tasek Gelugor, you must be- Dengan izin, you must be in black and white because the allegation is very serious. Dalam pandangan saya lah. Supaya Yang di-Pertua kita, the Speaker himself boleh memutuskan sama ada whatever decision to be made. Baik ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya ucapkan terima kasih Yang di-Pertua. Saya akan submit usul tersebut dan saya harap kita sama-sama mempertahankan kewibawaan dan kemuliaan Dewan ini tanpa campur tangan daripada pihak-pihak luar.
[Tepuk]
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Adakah bawah peraturan Yang Berhormat Indera Mahkota?
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya Peraturan 36(12) perkara berbeza. Sekadar nak bertanya, apakah sudah ada keputusan daripada Tuan Speaker terhadap permohonan saya untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri menarik semula kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat pada 11 Mac 2024.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Indera Mahkota, saya baru mendapat nota memaklumkan bahawa apa yang telah diusulkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota dalam pertimbangan Speaker sendiri.
Baik ya. Okey, dengan sedemikian, kita teruskan dengan Yang Berhormat...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang di-Pertua, Standing Order 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Itu berkaitan dengan kenyataan atau ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kepala Batas, terhadap Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, di mana beliau menyatakan ada 1.2 juta warga asing China yang datang ke Malaysia tetapi tidak pulang dan merujuk kepada bahan daripada KDN. Ini telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Tapi, sehingga kini, saya masih tunggu keputusan daripada Speaker, sama ada kenyataan yang mengelirukan Dewan ini di bawah 36(12), beliau harus memohon maaf dan menarik balik tuduhan liar dan melulu dan melampau ke atas Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Bagan, saya juga telah dimaklumkan mengenai nota, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan itu juga dalam pertimbangannya Speaker. Saya akan follow- up perkara ini. insya-Allah. Baik, I will do it. Baik. Baik. Dengan sedemikian, baik kita balik kepada urusan perjalanan kita ya untuk pada hari ini.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Speaker, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Sepanjang setahun saya mengetuai kementerian ini, saya banyak bercakap tentang polis, imigresen, Jabatan Pendaftaran, Agensi Penguatkuasaan Maritim, RELA dan sebagainya. Ini kali pertama saya mengangkat peranan Lembaga Penapis Filem yang sebetulnya berada di bawah Kementerian Dalam Negeri juga. Dengan harapan bahawa tajuk ini juga boleh menggamit minat Ahli-ahli Yang Berhormat pada masa-masa akan datang.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya juga menilai bahawa peranan Lembaga Penapis Filem ini penting kerana apabila saya meneliti tentang sejarah kewujudannya, sehinggalah peranannya sekarang, saya sifatkan ada beberapa fakta menarik untuk kita kongsikan.
Pertama, dari sudut sejarahnya, sejarah penapisan filem di negara kita ini, British yang mulakan di Malaya pada tahun 1908. Masa itu, tugas menentukan kesesuaian adegan dalam satu filem dan membuatkan serbuan serta merampas filem yang melanggar peraturan, polis yang diberi kuasa. Itu 1908. Pada 1917, satu autoriti khusus dibentuk.
Autoriti itu namanya Film Censor Board dan masih lagi di bawah kawal selia pihak berkuasa polis.
Pada zaman Jepun, filem-filem keluaran Jepun dibawa masuk, tapi tak dapat sambutan oleh rakyat tempatan. Manakala, filem Barat dan filem China pula diharamkan.
Jadi yang boleh masuk cuma filem dari India, filem Hindi, ditayangkan dengan meluas kepada umum dan disifatkan sebagai hiburan ringan dan tidak mendatangkan sebarang unsur ancaman. Pada tahun 1952, barulah Film Censor Board ini dialih daripada bidang kuasa polis dan diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, yang kemudiannya menjadi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri sekarang.
Pada 1 Mei 1954 Yang di-Pertua, Lembaga Penapis filem ditubuh secara rasmi.
Jadi, dengan ibu pejabatnya berpindah waktu itu dari Singapura dan dipindahkan ke Kuala Lumpur. Dan Lembaga Penapis filem ini tanggungjawab dia adalah memastikan filem dan bahan publisiti filem yang disiar, yang dipamer, yang disebar, yang ditayang, yang diedar atau yang dipancarkan secara konvensional, sama ada melalui pawagam, televisyen, pita, mahupun iklan kepada masyarakat umum di Malaysia, mengikut peruntukan di bawah Akta Penapisan Filem 2002, kecuali Akta Penapisan Filem ini tidak mengawal iaitu kecuali filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan melalui internet, iaitu secara platform penstriman, atau streaming platform dengan izin atau melalui platform over-the-top.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan kepada akta ini, fungsi Lembaga Penapis Filem ini adalah menapis keseluruhan kandungan sesebuah filem. Jadi, dia akan buat kerja ini berdasarkan kepada Garis Panduan Penapisan Filem 2010 dan prinsipnya ada empat dalam dia buat penilaian penapisan itu, sebelum dia berikan keputusan lulus tayang, tidak boleh tayang, lulus dengan ubah ataupun dikategorikan umum, 18, 15 dan sebagainya. Garis panduan ini dia meletakkan empat prinsip utama:
(i) keselamatan dan ketenteraman awam;
(ii) keagamaan;
(iii) sosial dan budaya; dan
(iv) ketertiban dan ketatasusilaan.
Dato' Yang di-Pertua, daripada situ maka Akta Penapisan Filem ini membenarkan Lembaga Penapis Filem ditubuhkan dan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan tugas itu. Selain daripada garis panduan itu, ada lagi Peraturan-peraturan Penapisan Filem 2023. Ada Peraturan-peraturan Penapisan Filem 2014, ada Peraturan- peraturan Penapisan Filem (Pengkompaunan Kesalahan) 2009, ada pekeliling dan peraturan Lembaga Penapis Filem dan ada perundangan, peraturan, dasar dan segala macam dokumen rasmi yang mengawalnya.
Dato' Yang di-Pertua, apabila satu filem itu ditapis, harus diberikan keputusan.
Keputusannya ada tiga:
(i) kategori lulus bersih boleh tayang;
(ii) kategori lulus dengan pengubahan. Lulus untuk tayang tetapi setelah dilakukan pengubahan; dan
(iii) kategori tidak lulus langsung untuk tayangan. Berdasarkan kepada empat panduan yang saya sebutkan awal tadi.
Sekiranya tema atau genre atau keseluruhan jalan cerita tersebut didapati secara terang-terang melanggar empat aspek dalam garis panduan secara keterlaluan, maka
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
keputusan tidak lulus untuk tayang akan dikenakan kerana dikhuatiri akan menjejaskan emosi dan membangkitkan keresahan, ketidakselesaan, pertelingkahan masyarakat berkaitan isu keselamatan, agama, budaya dan tatasusila.
Mengikut statistik sepanjang 2023 Dato' Yang di-Pertua, Lembaga Penapis Filem menerima 11,430 permohonan filem untuk ditapis. Industri rupanya besar, 11,430 permohonan untuk tapisan filem dan bagi setiap tapisan itu, dia kenakan caj dan kementerian telah mengutip RM10.5 juta apabila kerja tapisan filem itu dibuat. Baik.
Dato' Yang di-Pertua, saya beralih kepada beberapa aspek penambahbaikan garis panduan. Garis panduan tidak boleh statik dia mungkin sesuai pada suatu masa tetapi tidak sesuai pada masa sekarang. Oleh kerana itu, langkah yang diambil adalah untuk mengambil kira bahawa Lembaga Penapis Filem kena react atau respons kepada kepesatan perkembangan teknologi digital industri filem.
Tahap kebolehterimaan dan kematangan khalayak penonton. Kita kena juga tangani isu sosial yang semakin kompleks dan rencam yang tak berlaku zaman dahulu tetapi sekarang berleluasa atau mengikuti perkembangan dan kehendak semasa industri perfileman. Maka, garis panduan baharu itu yang lebih jelas telah dihasilkan setelah mengambil kira pandangan, syor dan cadangan yang kita dapat melalui sesi libat urus bersama dengan pemegang taruh industri perfileman tempatan, terdiri dari karyawan filem, penerbit, pengarah, pengedar filem, stesen televisyen, persatuan filem, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Dato' Yang di-Pertua, Lembaga Penapis Filem juga apabila membuat tapisan dia kemudiannya melakukan label pengelasan. Label ini turut meletakkan peranan dan tanggungjawab kepada ibu bapa dalam membimbing anak-anak dalam memilih kandungan filem yang sesuai. Kedua, memberi kebebasan kepada penonton dewasa memilih filem yang ingin ditonton. Ketiga, melindungi kanak-kanak remaja di bawah 18 tahun daripada terdedah kandungan filem yang tidak sesuai. Daripada situ, wujudlah lima kategori pengelasan. U – untuk peringkat umum, P12 – untuk anak 12 tahun ke bawah yang memerlukan bimbingan ibu bapa, 13 - bagi penonton yang berumur 13 tahun dan ke atas, 16 – 16 tahun dan ke atas, 18 – penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Dato' Yang di-Pertua, Lembaga Penapis Filem juga bertanggungjawab dalam stesen televisyen. Lembaga Penapis Filem menyediakan perkhidmatan penapisan filem kepada stesen-stesen televisyen yang bersiaran secara free to air (FTA) iaitu TV Al-Hijrah, TV Sarawak, Awesome TV, Sooka TV dan UniFi TV. Sementara itu terdapat tiga penyiar stesen televisyen di Malaysia yang melaksanakan proses tapisan, tapis secara kendiri, Radio Televisyen Malaysia, Media Prima, TV3, TV8, NTV7, TV9 dan Astro.
Tapisan kendiri ini stesen TV kena mohon dengan Lembaga Penapis Filem.
Mereka kena sediakan prasarana, kena ada ahli-ahli yang mempunyai kemahiran dan mereka akan melakukan tapisan secara kendiri. Sebelum diberikan tapisan kendiri secara penuh, KDN atau Lembaga Penapis Filem akan berikan mereka tempoh probation atau tempoh pratonton.
Isu dan cabaran Lembaga Penapis Filem mengakhiri ucapan saya. Dengan zaman yang berubah, cabaran dan expectation, pengharapan rakyat juga berubah. Oleh sebab itu, Lembaga Penapis Filem akui, kami berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi expectation ini, dengan izin. Pertama, penggiat industri filem dan penyiaran.
Kedua, masyarakat umum selaku penonton filem dan ketiga, agensi kerajaan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didapati bahawa terdapat peningkatan bagi filem-filem yang memasuki pasaran Malaysia yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat di negara kita seperti LGBTQ, komunisme, Islamofobia dan filem yang bertentangan dengan akidah umat Islam dan sebagainya. Sudah tentu, filem-filem sebegini perlu ditapis dan sekiranya keterlaluan, keputusan untuk tidak meluluskan akan segera dikeluarkan.
Dalam konteks ini, suka saya memaklumkan Kerajaan Malaysia tidak pernah meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa berkaitan LGBTQ serta tidak pernah mengiktiraf sebarang gaya hidup LGBTQ. Oleh itu, mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup seumpama ini setelah ditapis, tidak akan diluluskan
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
tayangannya di Malaysia bergantung kepada keseluruhan jalan cerita. Begitu juga filem- filem yang mengandungi elemen komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi jaminan bahawa Lembaga Penapis Filem bersikap terbuka dalam memberi khidmat nasihat bagi membantu semua pihak. Di satu sisi, Lembaga Penapis Filem dilihat terlalu rigid bahkan dianggap sebagai gunting tajam yang menyekat kreativiti penggiat filem tempatan. Di satu sisi lain, Lembaga Penapis Filem juga perlu mengimbangi dan mempertahankan nilai-nilai baik yang menjadi pegangan kepada masyarakat tempatan.
Dalam menjalankan tugas mengimbangi inilah, Lembaga Penapis Filem memberi jaminan bahawa sifat flexibility dan terbuka kita adalah untuk menggalakkan dan merangsang pertumbuhan industri filem tempatan. Pada masa yang sama, tata kelola dan peraturan dan juga undang-undang yang sedia ada juga harus dilaksanakan.
Dato' Yang di-Pertua, begitu perkongsian saya dalam sesi untuk bercakap dan mengangkat mengenai tajuk Lembaga Penapis Filem. Terima kasih atas masa yang diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan berbahas. Saya telah memperoleh empat orang pembahas dan saya akan bacakan.
Dimulai oleh Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Pasir Mas. Setelah selesai, Menteri akan menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya saya membuka tirai dengan mempersilakan Yang Berhormat Jelutong untuk memulakan perbahasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mendengar penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya menyokong apa yang telah dibentangkan, cuma saya ingin memohon penjelasan di atas beberapa perkara. Saya menyokong bahawa kita harus menumpukan perhatian kepada menerbitkan filem-filem yang boleh menyemarakkan semangat nasionalisme. Saya setuju kita juga perlu memberi peluang kepada artis-artis tempatan di dalam menyediakan, menerbitkan filem-filem sebegini.
Contoh, saya bagi gambar tayangan filem Mat Kilau. Kita pernah belajar, masa di bangku sekolah, pernah belajar sejarah tentang Mat Kilau. Perjuangan Mat Kilau menentang British dan kita tahu sejarah tentang Mat Kilau. Malahan gambar itu, tayangan filem itu telah berjaya mengutip box office, kutipan box office yang begitu tinggi dan juga telah menjadi popular bukan sahaja di Malaysia tetapi sehinggalah ke Indonesia dan di seluruh pelosok di Asia Tenggara. Tapi, cuma dua tiga perkara yang ingin saya bangkitkan mengenai filem ini iaitu bagi pihak sesetengah masyarakat dalam filem tersebut, ada adegan-adegan yang mungkin telah ditunjukkan atau ditonjolkan secara negatif.
Saya merujuk kepada satu berita yang disiarkan oleh The New Straits Times.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, 8 Julai 2022. Saya baca Tuan Yang di-Pertua, “Sikhs raise concerns over six scenes in Mat Kilau movie” iaitu masyarakat Malaysia beragama Sikh dalam gambar tersebut, ada adegan-adegan yang menunjukkan beberapa kononnya tentera British pada masa itu yang juga melakukan kesalahan-kesalahan terhadap golongan orang kampung di situ dan perkara itu tidak disambut baik. Saya ingin membaca dengan izin Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah dinyatakan dalam berita tersebut untuk menyokong hujahan saya. Cuma saya mohon supaya perkara ini diberi perhatian.
“The United Sikh Malaysia has raised concerns over the local epic movie Mat Kilau which their association claims to has depicted ‘controversial’ and ‘distasteful’ scenes about
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
the Sikh community”. So, saya cuma ingin memohon supaya perkara ini diberi perhatian supaya tidak menunjukkan, menonjolkan sesetengah kerana Yang Berhormat Menteri telah merujuk kepada keselamatan, ketenteraman, kesopanan, keagamaan dan kesusilaan.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua. Gambar Kabali. Tuan Yang di-Pertua mungkin pernah menonton gambar Kabali, Rajinikanth yang diambil di Malaysia pada tahun 2017.
Ketika itu pimpinan Yang Amat Berhormat Najib Tun Razak. Beliau begitu bangga dengan gambar yang diambil tapi masalahnya dengan gambar itu, gambar itu menonjolkan kaum India sebagai gengster. Kabali merupakan satu, is a gangster movie.
Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak menonton, saya boleh membawa Tuan Yang di- Pertua untuk menonton gambar itu. Gambar Kabali ini memang terkenal. Rajinikanth merupakan seorang superstar yang terkenal di Tamil Nadu dan di seluruh dunia. Tetapi masalahnya walaupun kita ada economic return dan sebagainya, bila diambil gambar di sini, ia menunjukkan semua kaum.
Kaum Melayu ada adegan seorang artis Melayu di Malaysia yang ditunjukkan sebagai seorang gengster, seorang Cina sebagai seorang gengster, seorang India sebagai seorang gengster. Kenapa benarkan gambar itu diambil? Pada masa itu, saya pernah mengecam. Ketika itu, Yang Berhormat Pekan telah meminta sequel kedua diambil, Kabali kedua diambil di Malaysia.
Apa tujuannya diambil? Kerana ia menunjukkan semua perkara negatif.
Penyalahgunaan dadah, pembunuhan, maksiat, gengsterisme dan sebagainya. Jadi, saya rasa ini adalah topik yang begitu baik yang dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Cuma ia menunjukkan kaum India bergaduh dengan kaum Melayu, kaum India bergaduh dengan kaum Cina. So, gambar Kabali ini adalah sesuatu yang sepatutnya tidak diambil di Malaysia.
So, saya berharap supaya Menteri, saya percaya boleh faham apa maksud saya kerana Kabali is a gangster movie. Why did we allow it to be taken in Malaysia? Pada masa itu, nasib baik tidak ada sequel diambil dan saya berharap supaya kerajaan yang ada sekarang tidak akan walaupun ada keuntungan, walaupun ada tempahan akan dibuat di hotel, the return of investment mungkin banyak, mungkin ada tourism dan sebagainya tetapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Tetapi the negative impacts gambar itu adalah terlalu teruk dan saya mohon supaya perkara ini diberi perhatian dan gambar Kabali 2 tidak dibenarkan diambil di Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri tentang keperluan untuk memperbaharui perkara-perkara berkaitan dengan tugas Lembaga Penapis Filem, terutama soal cabaran baru kerana apa yang ada sekarang ini mungkin tak tertapis lagi sebab orang tidak lagi membuat filem seperti secara konvensional dan orang juga tidak menonton filem secara yang konvensional.
Tiga perkara yang saya hendak bangkitkan. Pertama ialah ini kerja nahi mungkar.
Namun, dalam pada nahi mungkar yakni menjaga, melindungi, membasmi kemungkaran, barang juga diambil kira soal hak, soal inklusiviti, soal ketelusan dan akauntabiliti. Juga kalau boleh, ditingkatkan penglibatan industri dalam merangka perkara-perkara yang berkaitan.
Kedua ialah LPF juga mesti melihat the big picture soal pembangunan filem dan memperkasakan industri kreatif. Di sini timbulnya perkara-perkara seperti kebebasan
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
berkarya, soal fungsi hiburan berpendidikan (edutainment), soal kritik sosial, soal nilai estetika dan kalau bagi Kementerian Luar, dia mencari kandungan yang bagus untuk dibawa ke pentas antarabangsa. Juga MOTAC, saya percaya ada hasrat yang sama iaitu mempromosi identiti kebangsaan dalam konteks diplomasi budaya.
Penggiat-penggiat filem ini yang selalu Tuan Yang di-Pertua, yang kita faham bila sebut filem ini, dia melibatkan produser, penerbit, pelakon yang kita nampak itu. Yang kita tak nampak di belakang itu ada ramai sekali pekerja-pekerja dari jurukamera kepada juruteknik sampai ada satu jawatan yang dipanggil jurugegas, the runners-lah yang ke hulu ke hilir membawa barang, menarik wayar dan sebagainya. Mereka ini ada peranan yang besar sebab keseluruhan pembangunan filem dan industri kreatif dengan izin, is part of nation building. Akhir sekali, mungkin boleh dilihat penambahbaikan struktural untuk LPF itu daripada segi keanggotaannya, daripada segi kerangka kerja penapisan ini. Banyak yang disoal Yang Berhormat ialah penapisan awal, saya fikir itu Yang Berhormat sedia maklum.
Jadi, sejauh mana penapisan awal ini boleh kita lihat semula. Saya tak kata tiadakan tetapi dilihat semula dan bagaimana kalau boleh diwujudkan secara lebih formal, forum atau platform kawal sendiri? Tadi yang disebut oleh Yang Berhormat itu satu bahagian, ini bahagian penggiat-penggiat di kalangan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Datuk Speaker. Alhamdulillah, tahniah kepada kementerian yang cuba membuat satu penapisan untuk memastikan bahawa peranan filem ini yang penting dalam pembangunan negara, keselamatan negara, keadilan sosial, perpaduan kaum dan juga pembentukan identiti masyarakat Malaysia.
Apa yang penting kepada kita, selain daripada apa yang digagaskan, persoalan yang timbul kepada kita pada hari ini, kita boleh menapis dalam filem-filem yang akan melalui TV kita. Boleh menapis melalui Lembaga Penapisan Filem ini.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tetapi persoalannya, bagaimana platform yang online stream seperti Netflix, Disney Hotstar dan lain-lain. Bagaimana benda ini kalau kita lihat kadang-kadang filem yang telah ditapis yang tidak boleh keluar dalam TV saluran biasa ini, tetapi mereka melalui internet yang berkenaan. Bagaimana pula kita nak buat tindakan di atas kelompangan supaya perkara ini tidak boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu– tak boleh keluar TV biasa, tetapi keluar internet. Itu pertama, itu soalan yang saya kemukakan.
Kedua, berkaitan dengan kalau kita lihat pemegang taruh kepada perkara-perkara yang berkaitan untuk kementerian menjelaskan, bagaimanakah proses penilaian sesebuah filem itu dilakukan? Siapakah yang terlibat untuk memastikan bahawa penapisan-penapisan ini janganlah terlibat atau berunsur politik? Di mana sekatan- sekatan itu lebih kepada unsur-unsur yang telah disebutkan tadi iaitu LGBT dan sebagainya, Islamophobia. Benda yang baik. Kita dapat lihat juga bahawa...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sri Gading, sikit Sri Gading. Boleh tak tanya, Sri Gading. Saya pernah bangkitkan dulu cerita-cerita drama dalam negara kita ini. Kalau kita tengok sekarang ini– sempat jugalah kadang-kadang tengok, pukul 5, pukul 6, pukul 7 itu. Dia punya cerita itu pergolakan rumah tangga aje. Mak mertua tak suka kat menantu, menantu tak suka kat mak mertua, itu aje. Cerita itu aje. Tak boleh ke cerita ini kita cerita-cerita membina sedikit, Tiga Sekawan ke, Ahmad, Ah Seng dengan Muthu kah, berkawan baik ke? Yang itulah untuk perpaduan masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita. Apa pandangan daripada Sri Gading, peminat filem Tamil.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Ketawa] Boleh masukkan dalam soalan saya itu. Jadi yang akhir, oleh kerana dah ada mencelah tadi, masa dah nak
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
habis. Adakah proses penilaian ini melibatkan golongan profesional dalam industri perfileman itu sendiri? Itu yang pertama.
Bagaimanakah untuk kita melihat bahawa kadang-kadang saya masih lihat ada seorang yang melibatkan hukum? Bila melibatkan hukum ini tentulah terlibat– kalau kita beragama Islam, orang yang ada title berkaitan dengan hukum. Jadi saya pun kadang- kadang bimbang juga bila melibatkan dengan hukum– yang tengok itu ustaz-ustaz, ulama kita. Tengok gambar-gambar pun gambar yang kadang-kadang terpaksa tutup mata pula.
Jadi bagaimana cara nak tengok?
Jadi dalam hal ini, saya Sri Gading mencadangkan kepada pihak industri terutamanya, bagaimana filem-filem dahulu zaman legenda P.Ramlee, sampai hari ini cucu kita pun tengok. Bukan bapa kita, bukan atuk kita aje yang tengok, cucu kita tengok pun dia masih merasakan bahawa ini filem yang baik– untuk pembentukan peribadi, untuk pembentukan dalam masyarakat kita. Jadi, kita mengharapkan supaya dapatlah industri filem itu melahirkan filem-filem, bukan sahaja sepertimana yang dinyatakan oleh Hulu Langat tadi. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada pihak Menteri yang telah membentangkan beberapa penambahbaikan kepada langkah-langkah penapisan filem. Tahun ini genap 100 tahun undang-undang pertama yang memberikan tumpuan khusus untuk kawalan kandungan filem di Malaysia di sebut oleh Menteri tadi, di mana Ordinan Filem Sinematograf 1924 telah pun digubal dan diluluskan di Tanah Melayu pada masa itu dan tahun ini genap 100 tahun.
Alhamdulillah kita telah melalui pelbagai proses pendewasaan dalam undang- undang penapisan filem ini dan saya ucapkan tahniah kepada Menteri di atas ketegasan di dalam menangani beberapa filem yang agak kontroversi. Yang terbaru ataupun beberapa ketika lepas seperti filem Mentega Terbang dan sebagainya dan bila Menteri sebut tadi bahawa kita tidak akan benarkan sebarang unsur-unsur LGBTQ, Islamophobia dan sebagainya itu merupakan satu penegasan yang cukup baik dan saya fikir bahawa Menteri berada di atas posisi yang betul, di dalam membuat keputusan-keputusan seperti itu.
Walaupun ada yang menyebut bahawa KDN hanya bertanggungjawab terhadap keselamatan dan bukannya karya kreatif di luar sana. Dia kata siapa KDN nak tapis karya kreatif. Saya fikir tidak begitu kerana KDN berhak menentukan aspek keselamatan dan juga ancaman. Dalam hal ini, saya sependapat dengan Sri Gading tadi berkenaan dengan karya kreatif di dalam Netflix dan sebagainya. Kerajaan boleh sebenarnya untuk menapis filem-filem tertentu di dalam Netflix yang memaparkan unsur-unsur yang disebut oleh Menteri tadi.
Sebab kalau kita pergi ke negara lain, ada filem-filem yang boleh diakses dalam negara kita tetapi tidak boleh diakses dalam Netflix dalam negara lain. Itu tidak available di country tersebut, dengan izin. Jadi, KDN pada pandangan saya perlu untuk penetrate sehingga ke tahap itu untuk menapis filem. Ada suara di luar sana bahawa wakil industri tidak dilibatkan dalam proses penapisan filem. Minta Menteri supaya dapat melihat, di manakah wakil industri dilibatkan dalam proses penapisan filem.
Berikutnya, bolehkah dipertimbangkan? Perlukah lagi hukuman penjara selepas adanya denda? September 2017 kita tahu bahawa seorang aktivis hak asasi manusia Lena Hendry dikenakan hukuman denda RM10,000 dan satu tahun penjara kerana menayang dokumentari No Fire Zone pada masa itu. Jadi, suara-suara di luar sana menyatakan bahawa adakah denda itu belum cukup lagi dan perlu dikenakan penjara pula. Adakah KDN juga akan bertindak terhadap filem-filem yang memaparkan adanya persepsi yang tidak baik kepada pengurusan pentadbiran negara?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya ambil contoh filem One Two Jaga yang tidak diluluskan dulu kerana memaparkan satu pengurusan pihak polis yang agak negatif. Jadi pada masa itu diminta supaya pihak pengurusan filem ini mengeluarkan satu lagi babak bahawa watak ataupun kejahatan itu dibalas, akhirnya One Two Jaga itu diluluskan. Saya menyebut perkara ini kerana saya begitu concerned dalam filem– dengan maaf saya menyebut Anwar: The Untold Story yang memaparkan bahawa adanya pengurusan ataupun perkara yang tidak kena dalam sistem kehakiman negara dan juga sistem KDN ataupun pihak polis pada masa itu. Kita perlu mempunyai satu pendirian yang consistent.
Kalau kita dalam filem The Untold Story ini, kita boleh meluluskan perkara-perkara yang kalau orang tengok, orang kata rupanya ini sistem keadilan ataupun polis di Malaysia. Jadi, kalau dalam filem ini begitu juga sikap kita, adakah sikap itu juga dalam filem-filem yang lain? Sudah tentu kita tidak mahu seperti filem-filem di luar sana yang Bollywood ke dan sebagainya, semua orang tak guna, Perdana Menteri ke, polis ke, apa- apa semua orang tak guna. Cuma kena letak Inspektor Sahab, barulah semuanya selesai.
[Ketawa] Jadi, saya fikir kita tak nak lah sampai ke tahap itu. Wakil-wakil JAKIM juga saya fikir perlu untuk diperkasa dan perlu juga ada orang-orang yang mahir dalam industri.
Mungkin juga Ahli-ahli Parlimen juga perlu dilibatkan. Kalau macam Jelutong yang kenyataannya sering menggubris orang Melayu dan Islam itu, mungkin tidak perlulah untuk kita libatkan. Tetapi Ahli-ahli Parlimen yang mahir, boleh untuk kita libatkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dengan sedemikian, senarai...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Speaker, saya tidak mahu gunakan isu peraturan. Cuma saya minta menggunakan petua daripada Tuan Speaker. Ini bulan puasa. Jadi, kita tidak mahu membuat sebarang tuduhan. Saya tidak membuat apa-ataupun kenyataan. Jadi, saya minta nasihat Tuan Speaker itu dipatuhi oleh semualah, termasuk Pasir Mas. Saya percaya beliau puasa. Jadi bila buat puasa itu, jangan buat tuduhan yang tak berasas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Dengan izin, kita ini manusia. Kadang-kadang kita bercakap secara melawak, kadang-kadang kita bercakap itu, niat sebenarnya niat nak bercakap sedemikian. Kadang terlepas pandang, kadang dengan sengaja. Jadi dalam, dengan izin ‘take it candidly’ melainkan betul-betul benda itu ditujukan. Itu pandangan saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Saya, Pasir Mas sahabat saya, saya boleh terima. Cuma saya minta beliau beristighfarlah.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Cuba lihatkan betapa eloknya keadaan perjalanan dalam Dewan. Baik, saya harap benda ini berpanjanganlah.
[Ketawa] Baik, apa yang telah saya nyatakan tadi. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rakan-rakan saya dari Indera Mahkota, Pasir Mas, Jelutong dan juga Sri Gading. Pertama, terima kasih atas pandangan baik daripada sahabat saya Indera Mahkota.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ada beberapa syor yang mohon untuk KDN, khususnya Lembaga Penapis Filem teliti. Isunya sentiasa untuk mencari keseimbangan. Itu cabaran terbesar pada Lembaga Penapis Filem, terutama zaman sekarang kerana seperti saya sebut dalam ucapan awal saya tadi, di satu sisi Lembaga Penapis Filem dianggap sebagai mencantas, tidak friendly langsung, tidak ada empati terhadap kreativiti penggiat filem.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Di sisi lain, Lembaga Penapis Filem mempunyai kriteria dan prinsip dan keutamaan yang jelas menyentuh tentang sentimen keagamaan, perkauman dan faham- faham yang dianggap sebagai tidak langsung sesuai. Kerana itu, kata kunci dalam kepimpinan sekarang adalah libat urus yang meluas dengan semua pemegang taruh dalam industri filem. Bahkan, sekarang lebih terbuka.
Pratonton yang disebut Indera Mahkota tadi. Sekarang, pratonton itu bermaksud yang menghasilkan filem itu duduk sekali dengan Lembaga Penapis Filem. Kalau di sana ada keperluan untuk mengubah mana-mana slot dan adegan tanpa menjejaskan jalan cerita, itulah yang dilakukan. Dalam erti kata lain, dia bukannya bersifat unilateral tetapi penglibatan mereka yang menghasilkan itu dibuat.
Kalau itu pun setelah diberikan satu keputusan pengklasifikasi ataupun keputusan boleh tayang atau tidak, masih ada lagi jalur iaitu lembaga rayuan yang terdiri daripada kepakaran pelbagai pihak. Kalau ia menyentuh soal keperluan mengenai hukum dan pandangan agama, institusi JAKIM itu akan diminta pandangan. Begitulah.
Pasir Mas misal menyentuh tentang apakah dasar penapisan filem ini, dengan menyentuh soal insiden filem Anwar misalnya. Lembaga Penapis Filem luluskan. Ada juga yang dia tak lepaskan. Ada. Yang dilepaskan apa dia? Adegan yang betul-betul penceritaannya itu adalah bersumberkan kepada penemuan Royal Commission of Inquiry, misalnya. Itu betul-betul established oleh RCI. Jadi, memulakan filem itu, itulah adegannya.
Maka, Lembaga Penapis Filem kata, ini fakta dan untuk memberi pengajaran pada hari muka, itu dilepaskan. Tetapi ada juga adegan yang berupa kenyataan saksi di kamar mahkamah ya, yang tidak ada elemen corroborative. Ada dalam filem tetapi itu dikeluarkan. Jadi, itulah hasil akhirnya.
Jadi, saya nak tengok juga dalam– terima kasih kerana Indera Mahkota juga mengingatkan saya soal tanggungjawab amar makruf nahi mungkar ini. Bila kita ada kuasa, kita boleh buat undang-undang, cabaran pelaksanaannya. Kalau kita guided by those principles, insya-Allah kita akan selamat. Tetapi, dalam proses untuk melaksanakan itulah, ia akan mencabar ataupun memerlukan kita melihat aspek yang dianggap sebagai intangible, creativity. Something that is intangible. How do you measure that, dengan izin ya. Those are the cabaran yang kita tengok. Baik.
Jelutong, Kabali ini Jelutong, dia memang dikategorikan sebagai 13, pada masa itulah, pada ketika itu. Makna 13 ini, maknanya dia ada unsur yang dianggap sebagai – kalau dalam pematuhan, saya tadi sebutkan, 13, 16, 18. Makna, kalau ada unsur-unsur yang dianggap sederhana, melampau, keterlaluan atau dianggap reasonable.
Pertimbangan waktu itulah, ya.
Jadi, maknanya penggambaran filem sama ada jalan cerita, pemilihan pelakon, lokasi, itu produser dengan studio filem. Jadi, diluluskan dengan pengubahan. Jadi, penerimaannya itu dia akan jadi subjektif, termasuk filem Mat Kilau. Dalam filem itu, yang menggambarkan seperti warga Sikh yang disebut. Dalam watak yang lain juga, ada elemen watak orang Melayu yang juga menjadi pembelot, yang menjadi ejen kepada British dalam filem yang sama. Jadi, kita nak tengok dalam konteks, sudut pandang yang bagaimana.
Dari sudut perjalanan sejarah, memang itu yang kreativiti filem itu paparkan. Of course, dia boleh mengundang ketidakpuasan hati. Itu saya tak nafikan. Hal itu berlaku.
Saya pun tonton. Betul. Saya tonton dua kali filem Kabali itu. Kabali memang saya – semasa Rajinikanth itulah, hero itu ya. Mat Kilau pun saya tonton dua kali. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Terima kasih. Saya sekarang sedia maklum bahawa Yang Berhormat Menteri juga merupakan seorang peminat Rajinikanth.
Pada masa yang sama, Yang Berhormat Menteri, cuma saranan saya adalah pertamanya, saya rujuk kembali kepada perbahasan rakan saya, Pasir Mas berkenaan dengan gambar Anwar: The Untold Story. Saya yakin dan percaya bahawa gambar itu, filem itu memang diterbitkan bagi tujuan untuk kita meningkatkan lagi kesedaran tentang
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
prinsip-prinsip perjuangan, keadilan dan sebagainya. Jadi, saya menyokong penerbitan filem itu dan saya sendiri menganjurkan di mana menjemput ramai daripada penduduk saya untuk datang bersama-sama menonton filem tersebut kerana ia memberi satu kesedaran tentang prinsip perjuangan Yang Amat Berhormat Tambun.
Kedua, merujuk kepada gambar Kabali, saya cuma ingin mohon, dengan rendah diri, kepada Yang Berhormat Menteri dan semua kakitangan yang terlibat supaya gambar Kabali yang menunjukkan masyarakat India terlibat dalam gangsterism, dengan izin, adalah sesuatu yang kita tidak mahu kerana kita tahu tentang keseriusan isu gengsterisme. Kedua, ia juga menunjukkan adegan di mana gengster India berlawan dengan gengster Melayu. Gengster India melawan dengan gengster Cina. Jadi, ia juga menyebabkan ketidaktenteraman, Yang Berhormat Menteri.
Saya percaya Yang Berhormat Menteri faham niat dan maksud saya dan saya berharaplah pada masa yang akan datang, penapisan filem akan memberi perhatian kepada perkara tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Saya bahkan setuju dengan pandangan dan syor yang diangkat oleh Jelutong. Baik. Sahabat saya dari Sri Gading. Apakah dilibatkan golongan profesional dalam tugas tapisan?
Jawapannya, ya. Okey. Netflix. Tadi dalam mukadimah kenyataan awal saya, saya sebut bahawa Akta Penapisan Filem ini, dia ada daerah tanggungjawab dia itu ada yang dia tak boleh jangkau iaitu di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi, termasuklah soal – apa namanya yang disebut sebagai penstriman tadi melalui platform internet, Netflix itu kan. Sebab itu, saya stres tadi, perkataan ‘kecuali’, dia ada pengecualian dia, yang saya sebut dua bidang tadi kan. OTT dan juga penstriman melalui platform internet. Kerana itu, pemisahan itu kadang-kadang masyarakat awam perlu kita jelaskan supaya melihat bahawa dari sudut fungsi itu, dia bukannya bertindan. Dia Akta Penapisan itu jelas.
Begitu juga di bawah Akta Komunikasi. Maka, dia mengawal dua area yang berbeza, kerana itu Netflix seperti yang disebut tadi itu adalah di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri, Pasir Mas kasi?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya nak sebut satu lagi sebelum saya bagi ruang kepada Hulu Terengganu dan juga Pasir Mas. Sebenarnya kadang- kadang bila disebut bahawa Lembaga Penapis Filem ini menyekat kreativiti dan sebagainya, ataupun sekarang ini apakah lebih baik kita bagi saja kebebasan kepada penonton untuk menilai? Biar dia pilih sendirilah. Maknanya, kawalan sendiri ya.
Fungsi sebenarnya di peringkat negara-negara maju pun dia ada Lembaga Penapis Filem. Bila saya diberikan taklimat, rupanya Amerika Syarikat yang kita anggap macam free for all, apa saja bolehlah kan, rupanya kategori klasifikasi dia. Singapura, Hong Kong, Great Britain, Kanada, Australia pun ada. Baik.
Jadi, perbandingan dia apa dia? Ada negara yang lembaga penapisan dia hanya untuk tapis saja. Tapis maknanya berakhir dengan dua saja. Boleh, tak boleh ataupun boleh dengan ubahan. Tapis saja. Brunei, Korea Utara, China. Klasifikasi saja. Umum, 18, 15, 13 mengikut kaedah agensi kawal selia negara masing-masing. Ini negara macam Singapura, Perancis, Mexico, Norway, Afrika Selatan, yang saya sebut tadi. Tetapi, tapis dan klasifikasi, kita termasuk dekat sini. Malaysia, Indonesia, Sweden, Ireland, Itali.
Jadi, sama ada tapis saja, klasifikasi saja, tapis dan klasifikasi, dia disesuaikan dengan iklim dalam sebuah negara ini. Iklim dalam menguruskan soal industri filem.
Terima kasih. Silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Menteri dengan usaha yang begitu berkesan atau hebat untuk memastikan bahawa kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menguruskan negara tapi juga untuk pastikan akhlak dan juga
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
perangai rakyat keseluruhannya. Saya hendak respons apa yang dikatakan Jelutong. Nak maklumkan bahawa filem ini sekadar hiburan. Jangan ambil port sangatlah.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
So, soalan saya kepada Menteri ialah berkaitan dengan Anwar
Untold Story. Saya pernah tanya dulu, berapa kutipan? Adakah mencecah box office? Atau ada cadangan untuk nak sambung Anwar: Untold Story 2.0? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya antara yang ikut menggubal skrip filem itu. Jadi, saya tak mahu ulas lebih. Nanti jadi bias. Apabila sutradaranya dari Indonesia itu mahu betul-betul mengetahui jalan ceritanya. Saya sebahagian daripada aktor itu. Bermula hari pertama sampai hari ini tak berkejar. Jadi, sudah tentu setiap momen itu saya tahu. Hari pertama pemecatan― Pagoh juga ada di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri waktu itu di Wisma Socfin. Kita boleh― kita tahu hari itu siapa yang hadir, siapa tidak, jadi apa berlaku dan sebagainya. Jadi, saya antara yang ikut membantu menggubal skrip itu.
Jadi, apakah akan ada sequel-nya? Rencananya memang begitu. Itu baru tips of the iceberg. Sedikit saja gambaran daripada keseluruhan yang cuba kita nak ungkap dan hasilkan dalam sebuah karya supaya masyarakat boleh menilai berdasarkan kepada fakta dan peristiwa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Mengikut kronologi yang berlaku.
Rencananya ada untuk sequel-nya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sudah tentu dia membabitkan ongkos oleh pihak produser. Jadi, buat masa sekarang, kita serahkan kepada pertimbangan mereka dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, sikit saja. Saya cuma nak...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pasir Mas kejap.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Menteri. Saya nak balik pada soal Netflix tadi. Bila Menteri menyebut dia di bawah jangkauan Kementerian Komunikasi, jadi kalau kita nak tapis filem-filem dalam Netflix itu bagaimana?
Adakah perlu untuk kita perluaskan bidang kuasa LPF supaya menjadi agensi rentas parti? Sebab, filem-filem dalam Netflix ini di negara-negara yang juga mengalami― diadakan tapisan-tapisan.
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, sikit saja.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bila saya― sekejap ya, Jelutong.
Saya selesaikan dulu. Netflix, dia dalam kategori filem yang disiarkan melalui internet iaitu secara streaming platform ataupun platform penstriman atau melalui platform over-the-top
(OTT). Jadi, dalam klasifikasi undang-undang di negara kita, yang itu dia termasuk di bawah Akta Komunikasi sebab dia ada elemen internet dekat situ. Bezanya dekat mana?
Tapi kalau dia panggung wayang macam saya sebut tadi, pawagam ataupun iklan pada masyarakat umum, pita, stesen televisyen, yang itu Akta Penapisan Filem 2002 adalah akta yang mengawal seliannya.
Jadi, apakah ada kewajaran untuk ke depan nanti dilihat dan dimasukkan soal platform penstriman juga tertakluk kepada Lembaga Penapisan? Itu satu perkara baru, Yang Berhormat bangkitkan. Saya bersedia untuk duduk dengan Kementerian Komunikasi kalau ada kewajaran untuk kita ke arah itu. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Jelutong tanya, saya nak tanya Menteri, berapa minit lagi yang diperlukan?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, last Jelutong. Lepas itu Menteri akan gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, terima kasih. Terima kasih Speaker. Saya juga mohon menyokong permintaan daripada Hulu Terengganu.
Baru kita dengar Yang Berhormat Menteri juga telah memainkan peranan dalam menyediakan filem Anwar: The Untold Story. Saya sokong kita rencanakan dan terbitkan Anwar: The Untold Story 2.0 yang menunjukkan pengkhianatan pihak-pihak tertentu terhadap Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila Menteri dan gulung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kalau saya memahami Tambun lebih daripada 30 tahun, saya boleh ungkapkan satu perkara sahaja. Dia sentiasa melihat ke depan. Dia selalu pesan bahawa, “Untuk bergerak ke depan, kita mesti bersedia menjadi pemaaf walaupun sukar dilupakan. Forgivable but unforgettable”. Dia sebut. Dia selalu sebut. Tapi untuk bergerak ke depan, kita mesti menjadi seorang yang pemaaf.
Saya fikir apa pun episod yang lepas itu adalah episod yang menjadi pengajaran kepada kita. Serba-serbilah ulasannya. Pesan kepada orang yang punya kuasa, pesan kepada institusi pelaksana, semua sekali instrumen pemerintah ataupun instrumen biasa, ada pengajaran yang mahal daripada episod itu. Terima kasih.
Saya pun tak jangka bila cerita tentang Lembaga Penapisan Filem...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Menteri...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Landing-nya adalah cerita tentang Anwar: The Untold Story.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Boleh saya mencelah sikit?
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah beritahu tadi supaya Jelutong last, lepas itu Menteri gulung.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tak, tak. Nak mencelah sikit saja, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jarang berlaku ini.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sikit saja.
Tuan Yang di-Pertua
Tapi saya benarkan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ini last, ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya Point of Order.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya sokong sangat apa yang Yang Berhormat sebut. Kalau kita dah jadi pemimpin, kita harus memaafkan apa saja yang kita rasa kurang baik.
Bukankah the actions akan membuktikan sama ada apa yang kita cakap itu betul ataupun tidak? Sebab, hari ini saya nampak dia kata dia nak memaafkan, tapi yang jadinya macam menzalimi pula kepada pembangkang. Mungkin sebab itu saya rasa dia― jangan kita mengangkat seseorang itu tanpa melihat action yang dia lakukan, tindakan yang telah pun diambilkan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, saya bukan nak membantah. Cuma, jangan sehingga menimbulkan satu polemik dalam negara bahawa pemimpin ini cakap tak serupa bikin. Sebab itu yang saya mohon, kalau boleh, kita nasihatkan sesama kita pada hari ini terutamanya bulan puasa ini, Tuan Yang di-Pertua, supaya ianya berlaku adil kepada semua. Itu permintaan saya.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri, sebelum itu. Ada Point of Order.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order 36(4). Jelutong sering menggunakan perkataan ‘pengkhianat’. Saya dah kena diberi gelaran pengkhianat dua hari yang lepas. Hari ini dia guna lagi perkataan ‘pengkhianat’. Apakah perkataan ‘pengkhianat’ ini untuk digunakan dengan sebebas-bebasnya di Parlimen ini?
Tuan Yang di-Pertua
Ditujukan kepada...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, pengkhianat bagi― bagi sesetengah orang, pengkhianat kepadanya tapi kawan itu sebenarnya hero dalam suasana tertentu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Arau. Dia cuba tidak...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, dalam keadaan sekarang, mungkin pengkhianat. Macam saya, jadi hero sebab saya meninggalkan UMNO. Hero.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi dia tuduh saya pengkhianat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, adakah ‘pengkhianat’ ini boleh diguna?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Adakah Jelutong ini boleh kita kenal Jelutong the pengkhianat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Cuma begini, Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tadi bila saya berbahas, saya tidak menyatakan mana-mana pihak.
Tuan Yang di-Pertua
Betul. Itu yang saya nak jawab, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Itu yang saya nak jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa Arau terasa?
Tuan Yang di-Pertua
Dia tidak menuju kepada sesiapa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
So, saya anggap benda itu tidak relevan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Saya pun nak tanya, kenapa Arau terasa?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, dua hari yang lepas, dia tuduh saya meninggalkan UMNO, pengkhianat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tak sempat masuk itu sebab tengah dalam keadaan hiruk pikuk. Tapi bila saya tengok Hansard balik, dia kata saya pengkhianat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebenarnya pengkhianat besar di Parlimen ini Jelutong. Dia suka lagakan orang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pada hari ini, hari yang cukup aman damai, kita dah baik, dia bangun sebut perkataan ‘pengkhianat’. Ini sudah menyakit- nyakitkan hati kami. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Sila, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya nak respons ringkas saja kepada rakan saya dari Larut. Apakah ada jurang antara cakap dengan buat? Saya nak sebut, kalau yang dimaksudkan peruntukan kawasan― masa saya ada di sana, Pagoh ada di sini, kami pun tak dapat juga. Tak dapat.
[Tepuk] Cuma, bila Bera berada di sini, kami dapat. Kebetulan saya dan Larut duduk dalam Jawatankuasa berbincang tentang CSA waktu itu. Jadi, masa Pagoh, sekupang pun tak dapat. Nak bantu rakyat―Tapi, saya ingat jawapan Pagoh masa itu, peruntukan Perdana Menteri tetap sampai ke kawasan kami. Betul. Tapi tidak disalur melalui Ahli Parlimen. Itu saja. Jadi..
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Cuma...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bagi saya jelas dulu.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Cuma, saya tak maksudkan peruntukan, Tuan Yang di-Pertua. Saya maksudkan banyak perkara lain. Di bawah sana, orang nampak seolah-olah Perdana Menteri ini very vindictive. Itu yang saya minta izin, Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja. Saya tak cakap spesifik dari segi peruntukan. Jadi, jangan sebutlah pasal peruntukan ini.
Peruntukan ini, memang betul, saya nak beritahu hari ini dalam Parlimen, saya dapat satu kertas draf untuk kita bincang, sain dan dapat peruntukan. Cuma, kita nak melihat perkara-perkara condition yang ada dalam itu. Jadi, jangan fikir bab itu. Saya tak fikirkan perkara ini.
Yang saya fikirkan adalah perkara-perkara lain. Contohnya, tiba-tiba sebut, “Ah, kerajaan dulu menggunakan wang RM600 bilion...”― lepas itu turun RM300 bilion, turun, turun, turun. Akhirnya, tak ada. Ini yang orang nampak. The actions speak louder.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Okey.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Itu yang maksud saya. Jadi, janganlah nak menuduh saya pasal peruntukan ini. Peruntukan ini saya nak beritahu, baru dua, tiga hari sudah pun, saya dah jumpa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kena tarik balik. Saya tak cakap pun pasal peruntukan. Peruntukan ini dua pihak. You offer, we accept. Sama ada kita tangguh apa semua. Itu adalah perkara lain. Ini perkara yang menuduh, yang kita beranggapan bahawa itu adalah merupakan kezaliman.
[Tepuk] Sebab when you have the power, don’t abuse the majority....
Tuan Yang di-Pertua
Larut, Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...yang dok ada itu
Tuan Yang di-Pertua
Larut, Larut. Tapi Larut juga kata itu anggapan. Abuse itu anggapan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tak apalah bagi saya respons pula.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya lah, Menteri cakap anggapan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bagi saya respons.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, Menteri cakap anggapan. Sebab itu saya kata jangan menggunakan. That’s what I’m saying.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bagi saya respons dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Saya nak berhenti di sini. Saya nak minta Menteri gulung lepas ini. No more, no more.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Semuanya bermula bila saya punya landing statement tadi adalah saya mengenali Tambun sebagai seorang yang mengambil pendekatan kalau nak tengok ke depan, bergerak ke depan dengan lebih baik, bersedia untuk menjadi pemaaf. Itu saja. Larut tampil dengan mengatakan, jangan ada jurang antara cakap dan buat. Tak ada contoh. Jadi, saya membuat telahan, di antara di luar sana yang banyak menjadi sungutan Ahli Parlimen pembangkang adalah soal peruntukan. Saya tak perlu tarik. Faktanya, masa Pagoh memang kami tak dapat. Masa Bera, pembangkang dapat. Itu fakta. Itu faktanya.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Peruntukan RM3.8 juta pada masa itu. Pada ketika Pagoh...
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Minta saya...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Ahli Parlimen tak dapat. RM3.8 juta pada masa Bera, kami dapat. Itu as a statement of fact. Saya tak perlu tarik. Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya, saya...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Itu sahaja. Jadi soal lain, soal kenyataan vindictive ke apa semua itu, we leave it to the wisdom of the people to judge. Buat masa sekarang, Alhamdulillah, government is compact, united, functional, Alhamdulillah. Jadi, saya fikir let’s go along with it dalam kerangka bahawa pembangkang boleh terus memberi teguran. Pembangkang boleh jadi pemain yang check and balance.
Pembangkang boleh terlibat sebagai pemantau. Hari ini pun semangat itu yang saya ambil dalam berdepan dengan pandangan rakan-rakan sebelah sana. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit je.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh dah, tak boleh dah. Saya dah tiga kali dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dilihat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, saya...
Tuan Yang di-Pertua
...amat-amat tidak adil kalau saya tidak mengotakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagus. Ini keputusan yang tegas dan harus dihormati,
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [20 Mac 2024]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya mendapat senarai yang baharu, pembahas-pembahas yang akan saya bacakan nanti. Saya difahamkan Pasir Gudang dan Kota Bharu telah pun selesai berbahas. Tenggara menarik diri kerana tidak hadir ke dalam Dewan. Kita akan mulakan dengan Tumpat, lepas itu Kota Melaka, Kubang Kerian, Besut, Seputeh, Kuala Krai, Dungun, Jelutong, Jerlun, Pendang, Pulai, Alor Setar, berakhir dengan Arau juga hari ini ya.
Untuk itu, saya jemput Tumpat, lima minit. Silakan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Sebagaimana yang dihujahkan semalam oleh Kota Bharu bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah pun memperkenankan pengurniaan gelaran Diraja kepada pasukan polis pada tahun 1998. Melalui Titah Duli Yang Maha Mulia pada ketika itu, pengurniaan Diraja merupakan suatu penghormatan kepada khidmat bakti cemerlang dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh segenap anggota polis dalam menjalankan tugas memelihara keamanan dan ketenteraman negara sejak diwujudkan pasukan polis pada tahun 1807 di Pulau Pinang. Kaitan tadi dengan apa yang kita lihat dalam LPF, kita lihat bagaimana cerita Bukit Kepong telah membayangkan bagaimana pengorbanan yang telah pun buat oleh PDRM pada ketika itu.
Pada kali ini, maka dengan pindaan 6A yang dicadangkan, maka adalah bersesuaian dengan peranan dan sejarah ini. Pindaan yang memperuntukkan pelantikan YDPA setelah 66 tahun kemudian sebagai Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat Polis Diraja Malaysia sebagai jawatan yang tertinggi dalam PDRM. Tahniah bilangan Polis Diraja Malaysia sekarang ini berjumlah 137,574 pegawai yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.
Saya ingin mengingatkan bahawa lambang nama Allah dan Muhammad pada lencana PDRM yang hanya boleh digunakan pada tempat yang tinggi seperti bendera, papan tanda dan bahan-bahan yang diletakkan pada kedudukan tinggi menunjukkan antara peraturan terpenting pasukan ini adalah menjaga nama Allah dan agama Islam sebagai teras akidah. Majoriti rakyat Malaysia agama Persekutuan. Maka selaras dengan ini, seyogia saya mengingatkan semua orang bahawa YDPA adalah penjaga tertinggi agama Islam dalam Persekutuan negara ini.
Semalam kita lihat keratan akhbar tentang keprihatinan dan kegusaran Yang di- Pertuan Agong tentang penghinaan ke atas nama Allah yang diletakkan pada stoking yang boleh mencetuskan kacau ganggu kepada keamanan negara dan saya memohon agar tindakan segera dapat dibuat pada siasatan ini. Untuk menunaikan tugas ini, maka pertama sebagaimana yang disebut oleh Menteri tadi, peranan Biro Agama dan Kaunseling iaitu BAKA dalam PDRM haruslah diperkasakan dengan dimulai dengan mewajibkan silibus pendidikan agama Islam yang lebih terkini demi membekalkan nilai spiritual anggota PDRM yang beragama Islam, menjaga Islam dari segi akidah, syariah dan akhlak islamiah dengan menekankan penerapan khusus dan perkongsian rohani berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada PDRM.
Adakan kursus berkala yang wajib, barulah spiritual menjadi kuat dan Insya-Allah, boleh menyelesaikan kes integriti yang sentiasa menjadi cabaran utama anggota PDRM
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
dan mengingatkan sebagai lapisan dan kekuatan non-physical untuk PDRM yang menjaga keamanan rakyat dalam negara kita sebagai sistem sokongan moral untuk PDRM.
Kedua, dalam usaha menaikkan martabat dan kualiti pendidikan dan pengurusan kepolisian dalam negara ini, kita lihat bila mana ada hari ini YDPA sebagai Pesuruhjaya Di-Pertua Kehormat dalam negara kita, sebagaimana tentera, mereka mempunyai universiti dipanggil sebagai UPNM. Maka, Tumpat ingin mencadangkan Kolej UNIKOP, institusi pengajian tinggi yang dimiliki oleh Koperasi PDRM dinaik taraf menjadi universiti penuh. Naik daripada Diploma ke Sarjana Muda dan seterusnya kepada PhD.
Sebagai contohnya, kita lihat di negara Korea, Korean National University telah pun menawarkan undergraduate program di Korea Selatan. Empat tahun pengajian undang-undang, pengajian awam, termasuklah dua tahun Masters program dan tiga tahun program PhD dalam tiga department iaitu siasatan, kriminologi dan kesihatan awam. Jadi, kalau dapat kita naikkan seperti ini adalah lebih baik kepada pihak polis kita.
Kepelbagaian tugasan yang diberikan kepada pihak PDRM daripada tugas am, menjalankan tugas tradisional kepolisan dan serta berdampingan dengan rakyat, sehinggalah kepada pasukan gerakan am yang menjalankan tugas-tugas non-regulatory seperti pencegahan, kemasukan pendatang asing tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pasukan komunis suatu ketika dulu memberikan pendedahan, prasarana dan kepakaran teknologi dan peraturan serta kemahiran yang terkini iaitu digital dan AI.
Hari ini, baru sahaja sekarang sedang dibuat libat urus daripada Menteri Komunikasi bahawa RUU Keselamatan Siber 2024 akan dibentangkan. Maka Selasa ini, bahagian terpenting dalam pasukan polis selepas ini adalah pertambahan keperluan kepada pertambahan polis siber dan digital. Persoalan saya, dalam sekarang ini ada lebih 100,000 anggota. Berapakah bajet dan bilangan polis yang disasarkan untuk menjadi IT savvy dan apakah pelan tindakan dan peraturan siber dan digital di semua IPD seluruh negara demi mempersiapkan pegawai dan pasukan yang akan bertugas di semua negeri demi mendepani cabaran semasa? Berapa banyak kes-kes yang berlaku melibatkan scam dan hack yang menjadi premis mereka adalah secara maya?
Kita juga ingin melihat bahawa dalam pindaan 74A, bukan hanya kriteria sarjan yang diletakkan untuk menjadi pegawai penyiasat bagi tindakan tatatertib antara anggota menjadi isu. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak polis untuk disegerakan penubuhan Youth Aid Division dan pasukan prosecution service sebagai mana yang dibuat di negara New Zealand, unit khas dalam polis yang mengendalikan kes kanak-kanak dan orang-orang muda bawah 18 yang berkonflik dengan undang-undang.
Di sana kita melihat mereka mengamalkan pendekatan yang lebih mesra kepada orang muda kerana ini merupakan masa depan negara, di mana polis yang menyertai pasukan ini perlu membuat permohonan untuk menjadi Youth Aid Officer dan mereka wajib menjalani kursus khas selama dua tahun dengan setahun tempoh pemerhatian. Jadi, asas kepada pendekatan ini, pengiktirafan bahawa kelaziman bagi kanak-kanak membuat kesilapan dan ini merupakan sebahagian daripada perkembangan mereka. Jadi, kalau kita ada seperti ini, Insya-Allah kita mengharapkan pasukan kita akan menjadi lebih baik untuk memberikan penyelesaian kepada masyarakat.
Kita lihat juga bahawa bila dibuat seperti ini, kebanyakan kes yang berlaku di sana hanya lima hingga 10 kes sahaja yang membabitkan kanak-kanak yang akhirnya dibawa kepada mahkamah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana membenarkan saya untuk ambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang akta untuk meminda Akta Polis 1967.
Saya merujuk kepada Fasal 4 iaitu berkaitan dengan seksyen 21, Akta 344. Dalam Fasal 4 ini akan meminda seksyen 21, Akta 344 untuk mengadakan peruntukan bagi
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
kewajipan pegawai polis untuk melaksanakan kewajipan mengiring di mana-mana jalan awam dan untuk menaikkan denda maksimum daripada RM200 kepada RM10,000 dan memenjarakan dari tiga bulan kepada dua tahun bagi kesalahan di bawah peruntukan itu yang berkaitan dengan mana-mana orang yang menghalang, menentang atau melanggar apa-apa arahan yang munasabah yang diberikan oleh mana-mana pegawai polis.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi Tan Sri Speaker, dalam Fasal 4 ini apa yang kita risau ialah tentang definisi menggalang, menentang, melanggar ya. Definisi itu kita risau kalau berlakunya salah tafsir ataupun salah guna kuasa. Tan Sri Speaker tahu kita- ramai antara kita dulu ialah aktivis jalanan, kita menyertai banyak perhimpunan awam. Akta ini kalau kita didenda terutamanya wakil rakyat, kalau RM10,000- dulu ialah RM200. Kalau dinaikkan RM10,000 maka semua kita akan kehilangan kelayakan menjadi wakil rakyat.
Ya, memang kita sudah ada Akta Perhimpunan Aman di mana denda sana maksimum juga RM10,000 tetapi saya tidak lihat kenapa kalau Akta Perhimpunan Aman sudah ada denda maksimum RM10,000, kenapa dalam Akta Polis ini kita juga perlu naikkan kepada RM10,000? Sebab ini amat merisaukan kita. Jadi saya harap supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan semula.
Dalam isu ini, sering kali apabila yang ditangkap dia akan kata dia tidak melanggar tetapi pihak polis dia kata memang anda sudah langgar. Jadi ada konflik. Bagaimana kita nak atasi masalah ini? Barangkali salah satu daripada cara untuk mengatasinya ialah melalui body camera yang di mana pihak kementerian sudah lama mengatakan ingin membekalkan body camera kepada pegawai polis dan kita difahamkan kalau menurut kenyataan daripada pihak polis mereka nak mulakan pada Oktober tahun ini.
Jadi, kita ingin tahu daripada kementerian barangkali sedikit penjelasan apakah perkembangan terkini tentang persediaan untuk memberikan body camera ini kepada setiap pegawai polis supaya kita dapat mengatasi aduan-aduan mengatakan anggota polis salah guna kuasa. Ini adalah untuk kebaikan dua-dua pihak, pihak pengadu dan juga pihak yang menjalankan tanggungjawab. Dengan itu saja perbahasan saya, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Hari ini saya pakai baju batik yang dibuat daripada plastik, botol plastik.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Wah.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Untuk kelestarian alam.
Satu helai baju ini, sebanyak 15 botol digunakan untuk membuat sehelai baju.
[Tepuk] Saya fikir ini kita boleh sama-sama untuk lestarikan.
Tuan Yang di-Pertua
Kubang Kerian, dia ada colour lain tak selain daripada hijau.
[Ketawa]
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya pun tak tahu.
Untuk kelestarian alam ini warna paling baik ialah warna hijau.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya nak ambil...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kubang Kerian anggun dan kacak. Sama-sama hijau.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya. Kita akan hantar borang nanti. Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
pihak kerajaan kerana melakukan beberapa pindaan kepada Akta Polis. Cuma saya tak tahu sama ada akta ini dalam akta ibunya sama ada dalam bahasa Inggeris sebab saya tengok pindaan dibuat pun pindaan itu juga dalam bahasa Inggeris.
Sepatutnya kita boleh fokus kepada pindaan kepada bahasa Melayu sekiranya akta ini ada dalam bahasa Melayu. Saya difahamkan ada dua-dua bahasa tapi sepatutnya dirujuk pada pindaan yang pertama ini dalam bahasa Malaysialah sebab kita ada reference yang kedua itu dalam bahasa Inggeris.
Saya menyambut baik hasrat untuk pindaan kepada seksyen baru 6A Akta 344 di mana untuk melantik pelantikan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat Polis Diraja ialah satu tindakan yang tepat sebagaimana yang juga yang telah dibuat oleh pihak angkatan tentera. Ini kita harapkan dengan pelantikan ini akan menaikkan imej anggota polis dan di waktu yang sama akan meningkatkan beberapa aspek peningkatan kualiti, tugasan dan sebagainya.
Kedua ialah berhubung dengan fasal yang tadi dibangkitkan oleh Kota Melaka ialah bawah seksyen 21 Akta 344, Fasal 4. Saya nak bangkitkan Fasal 3. Fasal 3 ini ialah meningkatkan satu denda maksimum yang saya rasa sangat drastik daripada RM100 kepada RM5,000. Walaupun kita akui kes ini melibatkan anggota yang telah menamatkan perkhidmatan tapi tidak menyerahkan peralatan pakaian seragam dan sebagainya.
Persoalan saya, apakah dengan peningkatan menggambarkan seolah-olah perkara ini sangat serius dan kalau betul saya inginkan data berapa kes anggota yang telah tamat tidak menyerahkan sama ada senjata, peralatan, pakaian seragam, kelengkapan-kelengkapan lain yang sepatutnya diserahkan. Saya perlukan data tersebut sekurang-kurang untuk lima tahun bagi kita melihat apakah keperluan peningkatan mendadak daripada RM100 kepada RM5,000.
Seterusnya, saya ingin juga melibatkan beberapa kes yang kita juga akui ada pihak-pihak yang menyamar sebagai anggota polis. Mungkin kerana pakaian-pakaian seragam yang tidak diserah dan banyak berlaku ialah pakaian anggota tentera yang boleh dibeli di mana-mana. Saya fikir ini juga perlu ada kawalan supaya tidak berlaku. Baru-baru ini kalau kita lihat ada kes bekas anggota polis menyamar menahan kenderaan dan kemudian melakukan peras ugut dan sebagainya.
Kalau kita lihat pada carian kita dalam banyak berita-berita yang melibatkan berlakunya pelanggaran mereka yang menyamar sebagai anggota polis. Ini merupakan satu tindakan yang perlu diambil secara serius oleh pihak kerajaan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kubang Kerian, laluan. Ringkas.
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Hulu Terengganu.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Jangan panjang.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas saja. Terima kasih Kubang Kerian. Berkenaan dengan Agong tadi, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Kubang Kerian. Cuma dua tiga hari lepas Agong amat murka apa yang berkait dengan KK Mart dan stoking itu. Apa pandangan Kubang Kerian bahawa isu KK Mart ini sebenarnya isu agama Islam dan KK Mart. Persoalannya kenapa DAP dan MCA campur tangan hal tersebut? Setuju atau tidak dengan apa yang berlaku?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya setuju supaya kita serius dalam isu keselamatan negara. Sentimen ini perlu kita bendung. Tak kira agama, tak kira bangsa. Saya fikir mana-mana pihak yang menghina mana-mana Tuhan agama lain pun merupakan satu tindakan yang perlu kita tegas dalam perkara ini. Kita harus standardize tindakan kita. Bukan hanya bila satu pihak yang buat, tiba-tiba ada pihak yang membela. Perkara ini tak sepatutnya berlakulah.
Dalam Islam, untuk makluman Nabi pun berpesan, “Jangan kamu hina Tuhan mereka nanti mereka akan hina Tuhan kamu”. Jadi, kita konsisten perkara itu. Saya ingin dapat penjelasan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh saya tanya. Dalam agama Islam, dalam bulan Ramadan selepas orang meminta maaf, memohon maaf, jadi apakah...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Yang harus dilakukan oleh seorang yang alim macam Yang Berhormat terhadap orang yang sudah meminta maaf?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya. Cuma kita harus faham, takkan lepas kita membuat kita minta maaf. Lepas itu buat balik, minta maaf balik.
Buat balik, minta maaf balik.
[Tepuk] Jadi kita harus konsisten supaya tindakan mesti diambil.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat, kita juga dah baca...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Ini bukan tujuan ya. Ini- dia pun tidak...
Tuan Yang di-Pertua
Baik Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Tahu apa yang berlaku dalam kedai dia.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Seputeh...
Tuan Yang di-Pertua
Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
...Terima kasih, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Kubang Kerian.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi jangan kata dia sengaja ya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Saya harap kita mendukung titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong supaya bertindak tegas dalam perkara ini.
[Tepuk] Masa tak ada. Saya cuma nak sebut dua perkara saja penutup.
Pertama ialah tentang berapa banyak kehilangan senjata anggota polis yang berlaku.
Kehilangan senjata. Kalau boleh kita dapat data daripada kes-kes tatatertib anggota polis daripada tahun 2019 hingga 2023 supaya kita boleh lihat apakah kesalahan yang banyak berlaku supaya perkara ini dapat kita atasi bersama, insya-Allah. Akhir sekali, saya ingin juga mendapatkan penjelasan, cadangan supaya kalau boleh pihak polis juga diwujudkan kor agama sebagaimana yang wujud pada anggota tentera. Sekarang ada tetapi tidak sebahagian daripada anggota. Kalau boleh, dia sebahagian daripada anggota polis yang berpangkat supaya sebarang arahan mereka dapat dipatuhi dan mereka ada kuasa dalam melaksanakan program bagi khususnya apa yang dibangkitkan oleh Tumpat tadi bagi tindakan perkara-perkara yang memperkukuhkan disiplin anggota.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya fikir itu saja beberapa pandangan. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Baik, saya jemput Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya terus kepada Fasal 3 pindaan seksyen 17. Sebenarnya pegawai polis ini telah- bila terhenti untuk menjadi anggota ini banyaklah perkara yang tidak perakuan pelantikan, senjata, amunisasi iaitu senjata, peralatan, pakaian seragam dan lain-lain.
Jadi, kalau tak serah, hukuman dia dinaikkan sehingga RM5,000 daripada RM100. Jadi persoalannya sekarang ini, berapa kerap sebenarnya perkara ini berlaku?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi pohon pihak kementerian memberi pencerahan sedikitlah tentang statistik dalam tempoh lima tahun terakhir ini untuk menjustifikasikan kenaikan dan hukuman ini yang begitu agak ketara.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dalam keadaan mana sebenarnya pegawai polis ini yang terhenti sama ada dia terhenti itu kerana cukup servis atau diberhentikan ataupun tak hadir bertugas?
Maknanya dia terhenti. Jadi, maknanya kalau sebelum servis tamat boleh diambil tindakan sebenarnya untuk buat penyerahan semula senjata dan sebagainya. Sebelum sebulan sebelum kah, masa cuti persaraan dan sebagainya boleh diambil tindakan segera. Kalau yang memang tak hadir bertugas, berhenti sendiri itu susah sikitlah. Ini kalau terpakai kepada yang cukup servis agak kesianlah hukuman yang begitu tinggi.
Saya terus kepada fasal 4 ini, fasal perkataan ‘menggalang’ juga pun saya agak keliru sikitlah. Apa maksud menggalang ini? Ia banyak maksud menggalang itu. Kalau katakanlah kenderaan konvoi, dalam keadaan jammed macam mana? Kalau arahan itu diberi ke tepi, ke tepi, tapi tak boleh nak ke tepi. Adakah itu juga dipanggil menggalang?
Itu yang saya minta supaya juga hukuman itu juga kena nyatakan statistik yang lima tahun terakhir ini.
Seterusnya, fasal 5 mengenai dengan isyarat ini untuk berhenti sebelum menghampiri apa-apa sekatan ini. Maknanya isyarat itu macam mana cara isyarat – macam mana kadang-kadang orang awam ini dia nak faham dengan isyarat-isyarat yang diberi. Denda juga begitu tinggi daripada RM1,000 hingga RM2,000. Saya juga minta kekerapan berlaku dan juga statistik.
Dalam seksyen 26 sebenarnya ada garis panduan untuk polis mengadakan sekatan jalan raya ini. Jadi, sejauh mana – persoalan saya SJR ini, sekatan jalan raya ini dipantau di pihak PDRM ini? Apakah usaha penambahbaikan terhadap SOP SJR ini?
Contoh kalau kita tengok kawasan-kawasan hotspot di tempat selekoh jalan diadakan roadblock. Di kawasan gelap, tempat pusingan U pun ada roadblock. Jadi, kita tak tahu sebenarnya roadblock ini ada kadang-kadang yang menahan tanpa diletakkan apa-apa sekatan, ada juga. Itu adakah termasuk dalam fasal 5 ini. Maksudnya polis tahan macam itu sahaja.
[Sambil membuat isyarat tangan] . Banyak kita tengok lori kah apa semua yang berhenti di tepi jalan kena. Tetapi tidak ada sekatan. Adakah termasuk bawah fasal 5?
Saya lihat hukuman ini agak tinggi. Bila hukuman agak tinggi ini saya – pada sayalah boleh. Kalau macam itu, kalau dalam kes macam ini yang kita tak pasti kekerapan berlaku dan statistiknya tinggi, kalau boleh macam itu 355 juga sepatutnya boleh dibuat oleh pihak kerajaan membentangkan di Parlimen bawah Standing Order 48, mudah terus boleh masuk.
Maknanya, sebab bila dibentangkan sebelum ini tentang RUU 355, masalahnya tentangan begitu hebat daripada pembangkang pada masa itu. Yang ada ramailah, yang tak ada dalam ini dah ramai. Yang ada masa itu Pandan. Lain-lain itu daripada Kapar apa semua dah tak ada dah sekarang. Tapi, mereka yang menyebut kenapa tak dimasukkan oleh kerajaan BN pada masa itu di bawah Standing Order 48. Tapi masalah masa itu BN tak cukup two-thirds majority. Tapi sekarang dah cukup two-third majority, saya rasa lebih mudah untuk masukkan 355 di Parlimen. Juga boleh dibuat pindaan kepada Perlembagaan berkenaan dengan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini akta polis, bukan 355.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
This is my floor, okay. Up to me. Tentang hukuman.
Tuan Yang di-Pertua
Saya pun sedang fikir juga macam mana boleh masuk 355 dalam perbincangan ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Maksudnya hukuman.
Maknanya saya bercerita fasal hukuman. Dalam akta polis, hukuman. Jadi saya masukkan tentang ini perbandingan...
Tuan Yang di-Pertua
Oh, perbandingan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Perbandingan. Maknanya 355 ini kes zina...
Tuan Yang di-Pertua
Tapi jauh sangat perbandingan itu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
... menyebabkan baby dumping dan sebagainya yang terdampar – banyak kes. Beratus ribu sebenarnya berlaku.
Jadi, tidak ada tindakan.
Tuan Yang di-Pertua
Baby dumping?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, baby dumping kita tengok.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kemudian, last juga tentang pindaan Perlembagaan ya. Kalau bolehlah pihak kerajaan dah cukup dua pertiga ini, pindalah Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk membuat undang-undang dengan mudah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Perkataan ‘kecuali’ dalam Jadual Sembilan itu di-remove senang. Jadi, bolehlah kerajaan negeri buat walaupun dah ada undang-undang Persekutuan. Boleh dibuat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, baik terima kasih Besut. Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya setuju dengan memasukkan seksyen baharu 6A dalam Akta 344 untuk memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat Polis Diraja Malaysia. Tambahan peruntukan ini adalah sejajar dengan nama penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ia merupakan peningkatan martabat dan imej anggota polis kita. Dengan tambahan peruntukan ini, ia juga bermaksud tindak-tanduk polis mempunyai impak terhadap pemerintah negara iaitu sama ada menambah baik atau menjejaskan imej mereka.
PDRM adalah satu institusi yang sangat penting di sesebuah negara kerana ia juga beri kuasa untuk menjaga disiplin dan keselamatan yang penting. Walau bagaimanapun, sama seperti wakil rakyat dan penjawat awam, polis juga tidak bebas daripada pemantauan dan kritikan public. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan gulung nanti, berkenaan satu kes yang tengah diuar-uarkan di media sekarang iaitu seorang penyampai berita yang menulis artikel di New Straits Times berhubung kelakuan seseorang pegawai polis yang dikatakan sombong dan kasar terhadapnya pada 1 pagi telah dibawa oleh polis untuk disoal siasat pada 10.50 malam di Balai Polis SS17 kerana polis membuka siasatan terhadap penyampai berita itu berhubung artikel yang ditulisnya yang disiarkan dalam New Straits Times beberapa hari yang lepas.
Tindakan polis untuk membuka kertas siasatan terhadap seorang yang mengadu tentang salah laku polis adalah amat memeranjatkan. Kami wakil rakyat selaku berhadapan dengan kritikan rakyat. Apakah polis mempunyai kekebalan dan kuasa keistimewaan yang tidak boleh menghadapi kritikan media dan orang ramai sehingga sesiapa yang melemparkan kritikan terhadap pegawai polis akan disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis pada lewat malam? Dalam kes ini, bukankah PDRM harus mengambil tindakan untuk menyiasat pegawai polis yang diadu oleh penyampai berita dan bukan sebaliknya.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi pindaan dalam fasal 4 dalam rang undang-undang ini iaitu pindaan seksyen 21 dalam akta ibu yang menaikkan denda maksimum daripada RM200 kepada RM10,000 dan pemenjaraan daripada tiga bulan kepada dua tahun bagi
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
kesalahan yang berkaitan dengan mana-mana orang yang menggalang, menentang atau melanggar apa-apa arahan pegawai polis.
Apa yang membimbangkan bagi ahli politik dan aktivis sosial adalah sama ada polis akan menggunakan fasal ini untuk mendakwa NGO dan orang ramai yang menyertai perhimpunan awam secara damai di mana mereka dikatakan menentang dan melanggar pegawai polis yang mengarahkan mereka bersurai. Negara kita mempunyai Akta Perhimpunan Awam. Saya ingin minta pihak kerajaan untuk memberi jaminan di Dewan yang mulia ini di mana fasal ini tidak akan dikenakan terhadap aktivis, NGO dan ahli politik dalam kes perhimpunan awam secara damai.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam era ini PDRM harus menghormati hak kebebasan orang ramai. Bagi kumpulan NGO yang ingin mengadakan tunjuk perasan atau perhimpunan awam adalah lebih baik bagi polis untuk memberi nasihat dan malah membimbing pihak penganjur untuk mengisi borang atau memberi surat kepada polis mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada dan bukannya menunjukkan sikap yang konfrontasi terhadap mereka. Kadang-kadang pegawai NGO ini mungkin kurang fasih untuk memberitahu polis dengan cara yang betul.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Adalah win-win bagi semua pihak sekiranya PDRM boleh menangani kesemua perhimpunan dan tunjuk perasaan yang diadakan secara aman dengan cara dan sikap yang lebih mesra ataupun friendly. Tan Sri Yang di-Pertua, saya bercadang PDRM untuk menjalankan survey dan kajian tentang pandangan dan persepsi orang ramai terhadap polis dan mengambil langkah untuk menambahbaikkan imej dan prestasi polis. Tibalah masanya bagi polis untuk menonjolkan imej yang mana pegawai polis adalah pelindung
(protector) dan juga Saya ingin memuji beberapa usaha yang pernah dilakukan oleh PDRM untuk merapatkan hubungan dengan wakil rakyat dan orang ramai. Contoh, Ketua Polis Negara dan OCPD pernah mengadakan senaman atau program bersama persatuan penduduk dan wakil rakyat di Kuala Lumpur. Pegawai polis yang membuat rakaman TikTok dan memberi kesedaran tentang scam dan sebagainya. Kesemua tindakan ini harus terus diadakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membentangkan rintihan daripada sesetengah pegawai polis di Dewan yang mulia ini iaitu nombor satu, kenaikan pangkat pegawai polis perlu disemak mengikut proses. Ada kala kenaikan pangkat dilakukan dengan tiada ketelusan dan wujudnya pilih kasih ataupun kronisme dan tidak berdasarkan merit dan performance seseorang pegawai. Saya pernah terima aduan di mana pegawai kanan polis yang tiada ijazah tetap menjadi pegawai kanan polis hanya kerana dia lulus undang-undang jabatan dan juga ada anak pegawai atasan PDRM diberi naik pangkat menjadi pegawai kanan polis.
Nombor dua, transfer pegawai polis daripada satu tempat ke tempat lain khususnya transfer yang merentasi negeri. Pihak pengurusan PDRM haruslah mengambil kira keadaan keluarga seseorang pegawai yang ingin dilakukan transfer khususnya mereka yang telah berumah tangga dan malah membeli rumah di sesuatu tempat.
Transfer secara tiba-tiba. Walaupun ia melibatkan kenaikan pangkat, kadang-kadang amat menyusahkan mereka dan merosakkan kebahagiaan rumah tangga pegawai polis yang terlibat. Saya bercadang pemberitahuan dengan tempoh yang lebih panjang diberikan kepada pegawai yang terlibat.
Nombor tiga, pihak kerajaan atau PDRM haruslah hapuskan amalan sambung kontrak mana-mana pegawai yang bersara wajib ataupun bila sampai tempoh pencen. Ini adalah untuk mengelakkan kejatuhan moral di kalangan pegawai-pegawai yang masih dalam perkhidmatan dan menjadi penghalang kepada mereka yang untuk naik pangkat.
Saya berharap isu-isu yang saya bangkitkan di atas boleh dipertimbangkan serius oleh pihak kerajaan dan PDRM. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Polis
(Pindaan) 2024.
Tadbir urus dan ketelusan atau pun tata kelola kerajaan dilihat sebagai satu kemestian bagi setiap kerajaan di dunia. Penambahbaikan Akta Polis (Pindaan) 2024 ini adalah usaha yang baik. Namun, dalam masa yang sama kebajikan serta permasalahan polis hendaklah diambil kira dengan penuh serius oleh pihak kerajaan. Stigma polis yang mengambil rasuah. Tiada integriti dan sebagainya perlu dikikis daripada minda masyarakat agar polis dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab serta lebih dihormati.
Sebelum saya masuk kepada persoalan dan cadangan untuk RUU ini, saya ingin sebutkan rungutan banyak pihak berkaitan dengan gaji anggota polis yang rendah dan perlu dikaji oleh pihak kerajaan secara serius. Antaranya ialah daripada Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD). Ini adalah bagi memastikan anggota polis tidak terlibat dengan rasuah. Apabila mereka mendapat gaji yang sepadan dengan tugasnya khususnya dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bahkan Ketua Polis Negara sendiri telah mendedahkan tangga gaji permulaan bagi anggota polis berpangkat Konstabel adalah di bawah paras gaji minimum iaitu RM1,441 sahaja. Adakah kerajaan menyedari perkara ini? Sedangkan dalam masa yang sama, sesetengah pihak sedang cuba mengkoreksi gaji atau pun sebenarnya elaun guru- guru PASTI, SRITI dan SMITI..
Saya ingin mencadangkan selesaikan masalah gaji polis ini terlebih dahulu. Isu elaun perumahan dan elaun lebih masa anggota polis juga perlu dikaji semula mengikut kesesuaian tugas anggota. Sekarang ini dibayar secara pukal sebanyak RM200 sebulan sahaja sedangkan ada yang bertugas lebih masa sehingga waktu malam dan sebagainya.
Seperti yang diketahui umum, gaji anggota polis yang rendah dan tidak sepadan dengan tugasan yang semakin mencabar serta berbahaya, saya mengambil peluang untuk memohon kepada kerajaan khususnya Kementerian Kewangan agar menoktahkan kajian gaji penjawat awam termasuk anggota polis.
Untuk ingatan kita semua, pada 16 Oktober 2023, Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri Kewangan menyiapkan kajian gaji penjawat awam disiapkan segera. Sekarang sudah hampir lima bulan. Apakah hasil ataupun resolusi kepada kajian tersebut?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya kembali kepada RUU ini. Ada beberapa persoalan dan cadangan saya terhadap RUU yang dibentangkan hari ini. Pertama ialah dalam pindaan pemantauan pelanggaran arahan anggota polis fasal 4 meminda seksyen 21 Akta 344. Apakah status dan garis masa penggunaan body cam kamera badan untuk anggota serta petugas agensi penguatkuasaan termasuk PDRM? Termasuk perincian mengenai proses pemerolehan, jumlah anggaran peruntukan yang diperlukan serta kaedah pengagihan sama ada secara berperingkat?
Bagi projek rintis unit kamera badan, sejauh manakah penilaian risiko telah dijalankan khususnya mengambil kira faktor seperti kerosakan akibat kekerapan penggunaan unit kamera badan yang tinggi serta penyimpanan kad SD untuk digunakan sebagai bahan bukti atau rujukan jika wujud keperluan untuk ke mahkamah?
Advokasi berkaitan ruang lingkup perundangan dan hak-hak individu. Apakah strategi baharu kerajaan terhadap pemerkasaan program kesedaran dan advokasi dalam kalangan masyarakat umum terutama dalam ruang lingkup undang-undang dan hak individu? Misalnya, menjelaskan kepada masyarakat mengenai hak orang awam terutama dalam situasi apabila ditahan ataupun sewaktu proses penyiasatan, ditahan, di reman dan sebagainya.
Sehubungan itu, adakah terdapat sebarang perancangan agar lebih banyak siri libat urus atau roadshow dianjurkan dan diperluaskan bagi meningkatkan interaksi antara
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
PDRM dengan masyarakat? Selari dengan hasrat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
.
Isu yang kedua Tan Sri Yang di-Pertua ialah fasal 5 berkaitan dengan sekatan jalan raya. Meminda seksyen 26 Akta 344. Persoalan saya ialah apakah usaha penambahbaikan kerajaan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sekatan jalan raya dalam menjamin keselamatan dan keselesaan semua pihak termasuk anggota polis?
Misalnya, di kawasan hot spot seperti selekoh jalan raya, kawasan gelap. Malah di lebuh raya pun terdapat sekatan jalan raya serta pendekatan yang diambil bagi mengelakkan insiden seperti kesesakan lalu lintas atau pun apabila berlakunya sekatan jalan raya.
Adakah tindakan turut diambil terhadap pengguna jalan raya yang melanggar arahan anggota polis sewaktu sekatan jalan raya? Namun, sekatan jalan tersebut telah dibuat tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan. Adakah terdapat juga kes melibatkan pengguna jalan raya yang ditahan sewaktu sekatan jalan raya akibat kegagalan untuk mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital sehingga kini? Jika ya, apakah usaha bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berulang? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada fasal 2 yang bertujuan memasukkan seksyen baharu 6A untuk mengangkat jawatan yang dicadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong menjadi Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat. Institusi Beraja adalah institusi yang istimewa. Lebih-lebih lagi institusi Yang di- Pertuan Agong. Oleh kerana cadangan yang dikemukakan ini adalah kepada tugasan dan fungsi serta tanggungjawab dan peranan Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Maka, PDRM yang dinamakan dengan Polis Diraja Malaysia adalah sangat munasabah dengan cadangan ini kerana kita melihat seperti mana kastam, Kastam Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan di peringkat ATM, Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kesemua ini menunjukkan bahawa apabila kita mencadangkan jawatan ini kita juga kena melihat dari aspek kepentingan kepada Polis Diraja Malaysia itu sendiri. Kerana apabila sesuatu mahkota hendak diletakkan di atas kepala, ukuran kepada kepala itu mestilah tepat dan betul, seumpama songkok yang kita pakai atau kopiah. Saiznya mesti betul dengan songkok atau kepala yang hendak diletakkan dengan songkok atau kopiah tersebut.
Merujuk kepada tugasan PDRM, diserahkan keselamatan dalam negeri dengan cukup banyak tugasannya dalam semua perkara. Oleh itu bila hendak dicadangkan supaya baginda Yang di-Pertuan Agong diangkat menjadi Commander-in-chief, kalau boleh seperti mana cadangan yang dibuat oleh Kota Bharu dan saya bersetuju. Maka mestilah diperbaiki institusi PDRM itu sendiri, mesti dilihat mana yang terlampau baik, teruskan. Mana yang baik dan perlu kepada penambahbaikan, hendaklah ditambah baik dan mana yang kurang maka mestilah diperbaiki.
Saya ambil contoh tugasan yang banyak kepada PDRM yang melibatkan semua perkara. Bila berlaku keganasan, maka PDRM lah yang akan ada di hadapan. Kecurian, bila berlaku pergaduhan, jenayah rompak, rogol dan lain-lain. Sangat banyak tugasan.
Jadi, saya perlu pinta kepada melihat kepada institusi pasukan Polis Diraja Malaysia itu sendiri.
Kedua, saya ingin juga untuk menekankan supaya diberi perhatian kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung isu berkaitan dengan kalimah Allah yang dijual melalui ada terteranya stoking di sebuah rangkaian kedai serbaneka. Saya hendak mengambil ingatan kepada firman Allah S.W.T dalam ayat al-An’am ayat 108. Allah telah memberi
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
peringatan kepada orang-orang yang beriman kerana itulah kita faham tentang perkara ini, kita tidak sekali-kali akan menghina mana-mana agama, menghina mana-mana tuhan orang lain walaupun tidak sejajar dengan kefahaman dan kepercayaan kita.
Allah berfirman, [Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, “janganlah kamu mencerca, mencaci maki Tuhan orang-orang yang menyembah selain daripada Allah. Orang-orang yang menyembah selain daripada Allah jangan kamu caci, nescaya mereka akan mencaci dan mencerca Allah secara permusuhan dengan ketiadaan ilmu.” Oleh itu, saya hendak ingatkan juga supaya orang lain pun faham jangan sekali-kali mencerca dan mencaci Allah S.W.T, Tuhan kami. Jangan sekali-kali mencerca dan mencaci apa sahaja yang berkaitan dengan agama kami, kerana Allah telah pesan kepada kami akan ada tindak balas. Oleh kerana itu apabila berlaku sesuatu, maka akan ada tindak balas. Saya pohon diberikan perhatian kepada perkara ini, dari titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua Speaker. Saya ingin menyentuh Fasal 4 dan Fasal 5. Tan Sri Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin merakamkan pengucapan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia di atas segala jasa dan bakti mereka menjaga keamanan dan ketenteraman di negara kita. Saya juga mempunyai beberapa balai-balai polis di mana saya sentiasa memberi bantuan dan mereka juga telah membantu saya dalam melaksanakan tugasan saya.
Cuma saya ingin menyampaikan beberapa perkara yang saya terfikir adalah perlu diperhalusi. Berkenaan Fasal 4 dan Fasal 5 iaitu menaikkan denda daripada jumlah RM200 kepada RM10,000 bagi kesalahan orang yang menghalang, menentang atau melanggar apa-apa arahan yang munasabah yang diberikan oleh mana-mana pegawai polis. Fasal 5 yang juga menaikkan denda daripada RM2,000– sorry, daripada RM1,000 kepada RM2,000 bagi kesalahan tidak mematuhi apa-apa isyarat yang munasabah yang diberikan oleh seseorang pegawai polis yang menghendaki mana-mana orang atau kenderaan berhenti sebelum menghampiri apa-apa sekatan.
Saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada insiden yang menimpa seorang wartawan yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian. Nama wartawan tersebut Muhammed Ahmad Hamdan seorang pembaca berita pada beberapa hari yang lalu telah kembali ke rumah beliau di Subang Jaya pada 1 pagi. Ketika beliau berlegar di kenderaan, saya difahamkan bahawa beliau dihampiri oleh dua orang anggota dan beliau telah diminta untuk mengemukakan kad pengenalan. Saya difahamkan bahawa ketika itu anggota-anggota tersebut mungkin telah berlaku kurang sopan, bercakap dengan kasar dan wartawan itu telah membuat aduan. Mungkin telah menulis satu surat yang telah pun diterbitkan dalam surat khabar Sinar Harian. Tiba-tiba kita mendengar bahawa wartawan itu dipanggil untuk tujuan siasatan. Ini adalah insiden yang berlaku baru-baru ini.
Semasa PRK Pulai, dua wartawan wanita – ini adalah berita yang dilaporkan oleh Berita Harian Online pada 9 September tahun lalu. Dua wartawan wanita dakwa dikasari pengiring Menteri semasa PRK. Saya cuma ingin mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia adalah sewajarnya hadir bagi tujuan memberi perlindungan, menjaga keamanan, ketenteraman. Saya risau ada segelintir anggota yang mungkin, yang mungkin akan menyalahgunakan kuasa mereka semasa berlaku kejadian-kejadian sebegini.
Saya juga ingin mengulangi perbahasan beberapa Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini...
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh berhenti sekejap? Kita ada tetamu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, boleh. Saya berhenti sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian bahawa pada pagi ini bersama-sama kita ialah rakan seperjuangan kita dari Republik China. Saya dengan hormatnya mengalu-alukan Mr. Wu Xinbao, Naib Pengerusi Jawatankuasa Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) Shanghai ke Dewan yang mulia ini. Kepada semua ahli delegasi, saya berharap lawatan ini merupakan salah satu usaha dalam mengukuhkan hubungan bilateral sedia ada antara Malaysia dan Republik China. Semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan dan berkembang dalam pelbagai bidang dan aspek.
*Honourable Members, I would like to inform that we have our esteemed colleagues from the Republic of China with us in this August House. I wish to welcome His Excellency Mr. Wu Xinbao, Vice Chairman of the Chinese People’s Political Consultative Conference (CPPCC) Shanghai Committee to the Dewan Rakyat. To the delegation, we hope that our existing bilateral relationship will further enchance our cooperation in many aspects and fields. Your presence in this August House is one of the manifestations of our close relationships. Thank you very much.
[Tepuk]* Jelutong, sambungkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker. Boleh juga saya mengucapkan selamat datang kepada mereka. Welcome.
[Berucap dalam bahasa Cina]
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
. Kita kan orang Malaysia, pandai berbahasa Malaysia, berbahasa Cina, berbahasa Tamil seperti Tan Sri Speaker juga.
Tan Sri Speaker saya ingin merujuk kepada satu lagi perkara. Berkenaan dengan kedua-dua kesalahan ini. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Apakah SOP bagi seseorang yang ditangkap. Kalau umpamanya saya– tak kiralah saya Ahli Parlimen kah orang biasa, bila saya di tangkap bagi tujuan siasatan, pihak polis akan meminta saya memakai baju warna oren dan baju warna ungu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya pernah ditangkap dahulu dan pernah dihadapkan ke mahkamah dan – ini baju hijau – dan digari, dibawa ke mahkamah. Tidak ada apa-apa pegawai polis yang akan mengiringi saya. Saya naik Black Maria masa tu. Kita lihat bahawa seorang bekas Perdana Menteri dibawa ke mahkamah dalam keadaan diiringi oleh polis dan dibenarkan untuk memakai bush coat, jaket, tie, blazer dan sebagainya.
So, saya tanya soalan ini bukan bagi pihak saya sendiri. Bagi rakyat biasa di luar sana dan kita lihat bahawa – sorry. Maafkan saya. Kalau saya dituduh, disuspek sahaja, saya wajib digari dan dipaksa memakai baju lokap tetapi beliau merupakan seorang banduan yang telah pun dihukum, didapati bersalah. Saya merujuk kepada Yang Berhormat – maafkan saya. Najib Tun Razak. So, apakah SOP yang diamalkan oleh pihak polis? So, saya ingin tanya persoalan-persoalan ini dan saya berharap bahawa Timbalan Menteri dapat menjawab perkara ini supaya memberi penjelasan.
Kalau tidak, terdapat persepsi bahawa ada dua darjat. Kalau orang biasa, kawasan saya ditangkap bagi kesalahan mencuri motor, terus digari dan dipaksa ataupun diwajibkan memakai baju lokap, warna ungu atau warna oren, dibawa dalam keadaan bergari. Inilah seorang yang telah didapati bersalah. Najib Tun Razak. Why is he allowed, dengan izin, to wear coat, tie and no handcuff? Jalan macam biasa sahaja bila pergi ke mahkamah. So, saya mohon perkara-perkara ini dapat diperjelaskan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya menjemput Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tan Sri Yang di-Pertua, mendahului ucapan perbahasan ini, Jerlun ingin mengucapkan Selamat Hari Polis yang ke-217, yang
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
akan jatuh pada 25 Mac 2024 kepada seluruh anggota polis yang sedang bertugas, termasuk yang telah bersara.
Merujuk seksyen baru 6A, sebagaimana yang telah disebutkan oleh pembahas yang sebelum ini, saya ingin menarik perhatian Dewan ini supaya mempertimbangkan pindaan perlembagaan iaitu di bawah fasal 41 yang menyebut, “Pemerintah Tertinggi angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi bagi angkatan tentera Persekutuan”. Saya mohon dimasukkan pindaan perlembagaan untuk satu tempoh akan datang, iaitu Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan tentera dan Polis Diraja Malaysia. Ini tidak sewajarnya dimasukkan dalam seksyen 6A baru, yang perlu dipinda.
Selanjutnya, merujuk seksyen 17(2), berkaitan kesalahan pegawai polis yang tidak lagi menjadi anggota polis, yang tidak menyerah balik senjata, amunisi, pakaian seragam dan peralatan lain kepada pasukan polis. Dalam akta ibu, dinyatakan denda sebanyak RM100 dan penjara selama tempoh tiga bulan. Dalam pindaan seksyen 17(2) ini, dinaikkan denda kepada RM5,000 manakala hukuman penjara tidak dinaikkan.
Merujuk seksyen 21(2), berkaitan kesalahan orang awam mengganggu atau tidak mengendahkan arahan pegawai polis di jalan-jalan awam. Dalam akta ibu, dinyatakan denda sebanyak RM200 dan penjara selama tempoh tiga bulan. Dalam pindaan seksyen 21(2) ini, dinaikkan denda kepada RM10,000 manakala hukuman penjara dinaikkan kepada dua tahun.
Merujuk seksyen 26(2) berkaitan kesalahan orang awam atau kenderaan awam yang tidak berhenti di tempat sekatan jalan atau lorong. Dalam akta ibu, dinyatakan denda sebanyak RM1,000 dan penjara selama tempoh satu tahun. Dalam pindaan seksyen 26(2) ini, dinaikkan denda kepada RM2,000 manakala hukuman penjara tidak dinaikkan.
Persoalan saya, apakah justifikasi pindaan ini dibuat? Ada yang dinaikkan denda saja. seksyen 17(2) dan seksyen 26(2). Ada yang dinaikkan denda dan penjara, seksyen 21(2). Saya dapati, wujud perbezaan hukuman antara pegawai polis dan orang awam, seolah-olah wujud hukuman antara dua darjat.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh, pegawai polis yang tidak lagi menjadi anggota polis yang tidak menyerah balik senjata dan amunisi kepada pasukan polis.
Dalam pindaan ini, seksyen 17(2) hanya dikenakan denda RM5,000 saja. Sekarang, kalau sebut wang sebanyak RM5,000 bukan menjadi satu persoalan yang besar. Boleh dibayar secara tunai. Saya bimbang, senjata atau amunisi yang tidak diserahkan balik boleh disalahgunakan oleh bekas pegawai polis.
Dalam akhbar, banyak menyiarkan salah laku dan kegiatan jenayah yang boleh mengancam nyawa orang ramai dan menggugat ketenteraman awam. MyMetro online pada 3 Mei 2023 dengan tajuk, ‘Apa nak jadi, bekas polis jadi penjenayah!’ melaporkan bekas anggota polis mengacukan pisau di leher seorang peniaga sayur di Melaka dengan tujuan untuk menyamun. Ini baru satu contoh.
Contoh lain, pegawai polis yang langgar pelajar SPM di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Meru, Ipoh pada 15 Disember 2023 yang lalu dan kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah. Bahkan, banyak lagi kes-kes yang melibatkan kesalahan anggota polis yang sedang berkhidmat dan juga bekas polis yang disiarkan dalam media sosial.
Berdasarkan kesalahan bekas anggota polis yang melakukan jenayah, saya mencadangkan agar dipinda juga hukuman penjara. Hukuman penjara dinaikkan, daripada tiga bulan kepada dua tahun. Contoh kesalahan orang awam pula. Orang awam mengganggu atau tidak mengendahkan arahan pegawai polis di jalan awam. Kesalahan yang dilakukan itu, dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,000 dan hukuman penjara dinaikkan kepada dua tahun. Ini bukan kesalahan jenayah. Ini cuma kesalahan ingkar perintah atau arahan polis sahaja. Takkanlah hukuman yang nak dikenakan itu naik sehingga RM10,000 dan hukuman penjara dua tahun? Ini nampak macam ada double standard dan tidak adil antara orang awam dengan pegawai polis.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, diwujudkan peruntukan baharu, seksyen 74A berkaitan kesalahan tatatertib anggota polis. Dalam hal ini, saya merujuk kenyataan Yang Berhormat Menteri KDN pada 31 Januari 2024 dalam akhbar Bernama, yang menyatakan bahawa lima orang ahli Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah dilantik dan mula bertugas.
Saya ingin mendapat penjelasan tentang peranan IPCC ini. Pertama, berapakah bilangan kes salah laku yang telah dibuka, yang membabitkan integriti pasukan polis?
Yang kedua, apakah langkah-langkah segera yang telah dilakukan bagi mengurangkan kes-kes kesalahan berkaitan integriti anggota dan pegawai polis? Yang ketiga, yang terakhir, apakah perkembangan terkini tindakan IPCC, ekoran petisyen yang difailkan oleh 125 banduan penjara yang mendakwa mereka telah didera oleh wadar penjara?
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2023 di Dewan yang mulia hari ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menarik perhatian semua Ahli Dewan yang mulia hari ini berkaitan isu kebajikan pegawai serta anggota polis. Teras utama kepada kebajikan golongan ini adalah penempatan atau gaji mereka. Kita tengok dalam pindaan ini, Akta Polis 1967 [Akta 344] yang disebut akta ibu. Dalam akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6, seksyen yang berikut, Honorary Commissioner-in-Chief.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Pertamanya, kita tengok di sini, persoalannya adakah kadar gaji terkini bagi mereka yang baru memulakan perkhidmatan, berpadanan dengan keperluan semasa, mengambil kira kos sara hidup dan kenaikan harga barangan keperluan harian yang tertinggi? Kebetulan, kita tadi dalam Jawatankuasa Ekonomi dan Kewangan telah memperincikan punca-punca kenaikan harga barang dan juga inflasi yang kita hadapi di sini dan tidak termasuk juga, tidak terkecuali juga dalam tugas polis.
Kalau seseorang polis ditempatkan di kawasan pedalaman, mungkin tidak semeriah di bandar. Bagaimanapun, kosnya murah berbanding dengan bandar. Bagi anggota yang baru bekerja, saya rasa mungkin agak tenat apatah lagi jika ditempatkan di bandar besar.
Adakah kementerian akan mempertimbangkan kadar gaji baru kepada anggota polis agar setimpal dan berpadanan dengan kos sara hidup yang tinggi serta jasa pengorbanan mereka dalam memelihara keselamatan negara?
Saya pernah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan gaji permulaan dan saya mencadangkan RM2,000 permulaan bagi anggota polis berpangkat konstabel. Tetapi, dijawab oleh Menteri pada ketika itu bahawa gaji asas seorang anggota polis bermula pada RM2,100. Ada dalam Hansard Parlimen. Bila saya check balik, sekarang ini gaji permulaan anggota polis hanya RM1,441. Asas. Tidak termasuk elaun- elaun.
Seterusnya, saya ingin mendedahkan perihal berkaitan kaedah pemantauan pelanggaran arahan anggota polis. Saya merujuk kepada fasal 4 yang meminda seksyen 21, Akta 344 untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan pegawai polis untuk melaksanakan kewajipan mengiring di mana-mana jalan awam dan juga menaikkan denda maksimum kepada RM200, kepada RM10,000 dan pemenjaraan daripada tiga bulan kepada dua tahun bagi kesalahan yang berkaitan mana-mana orang yang
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
menghalang, yang menggalang, menentang atau melanggar apa-apa arahan yang munasabah yang diberikan oleh mana-mana pegawai polis.
Berkenaan dengan unit kamera anggota polis, apakah status dan garis masa penggunaan bodycam? Bodycam, unit kamera badan untuk anggota serta petugas agensi penguatkuasaan, termasuk PDRM. Termasuk perincian mengenai proses perolehan, jumlah anggaran, peruntukan yang diperlukan serta kaedah pengagihan sama ada secara peringkat.
Pihak yang berkepentingan juga perlu melihat kepada kesan daripada radioaktif yang dipasang di badan anggota polis ini. Adakah kesan jangka masa panjang termasuk kesan kepada penyakit kanser dan sebagainya? Bagi projek rintis unit kamera ini, sejauh manakah penilaian risiko telah dijalankan? Saya yakin, percaya pendekatan tersebut akan meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan PDRM dengan amalan terbaik yang lebih profesional dan cekap.
Saya juga ingin menyentuh berkenaan Pasukan Tindakan Jenayah Khas Terancang (STAFOC). Saya harap Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang saya cadangkan supaya dikembalikan kerana sekarang ini kita tengok jenayah-jenayah komersial ini sedang meningkat apabila tiga jabatan ini telah dimansuhkan pada suatu ketika dahulu.
Jadi, saya harap pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan semula untuk mewujudkan pasukan tindakan khas ini untuk mengawal jenayah-jenayah yang kita tengok pembunuhan, gengsterisme yang semakin meningkat dalam negara apabila tiga jabatan ini telah dimansuhkan oleh PDRM pada ketika itu.
Kewujudan pasukan ini telah memberi impak yang sangat besar terhadap sindiket dan juga kadar jenayah dalam negara apabila pasukan khas mampu mengenal pasti serta menguruskan sesuatu jenayah atau sindiket dengan lebih cekap, dengan pendekatan lebih menyeluruh.
Nak gulung dah, habis dah. Sikit lagi, Yang Berhormat Tan Sri.
Kemahiran pasukan taktikal juga perlu dilatih dengan kemahiran terkini sebagai tambahan agar pasukan ini setanding dengan pasukan khas antarabangsa seperti Scotland Yard di Britain, SWAT di Amerika Syarikat dan Detachment 88 di Indonesia, dengan izin.
Saya juga percaya dengan tertubuhnya kembali pasukan sebegini dapat membendung jenayah terancang, dadah dan gengsterisme daripada terus berleluasa, yang akhirnya memberikan keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang ada pada ketika ini, yang mana rating jenayah sekarang ini sedang meningkat begitu drastik, dengan izin. Sekian, terima kasih. Wallahualam.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
Pertama-tamanya, Pulai mengalu-alukan cadangan pelantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia. Semoga dengan pelantikan ini akan menaikkan lagi imej anggota polis di seluruh negara dan dapat terus berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat di negara ini.
Pulai juga ingin menyentuh seksyen 21 berkenaan dengan menaikkan denda maksimum semasa halangan. Halangan semasa mengiringi― pihak polis mengadakan iringan terhadap pihak-pihak tertentu. Pulai ingin bertanya, apakah mengiringi ini boleh dilaksanakan kepada anggota-anggota ataupun mereka yang terlibat dengan demonstrasi?
Biasanya pihak polis akan mengiringi tokoh-tokoh tertentu, pemimpin-pemimpin yang tertentu ya yang dilaksanakan pada masa mereka bergerak di jalan raya itu. Apakah
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
pihak polis ini sebenarnya boleh mengiringi anggota ataupun peserta-peserta demonstrasi sepertimana yang berada di luar negara? Demonstrasi yang ada pada waktu ini biasanya diiringi oleh anggota-anggota keselamatan pihak yang berdemonstrasi tersebut. Tapi, apakah boleh dalam negara kita ini, pihak polis mengiringi mereka yang terlibat dengan demonstrasi ini? Mengawal keselamatan mereka sepertimana yang berlaku di luar negara.
Seterusnya lagi, seksyen 26 ini, tentang sekatan jalan raya yang telah dendanya ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM2,000. Dalam penelitian Pulai ini, ada sekatan jalan raya yang dijalankan dengan keadaan yang sempurna ya. Ada sekatan, kemudian ada anggota yang ramai untuk membuat sekatan tersebut tapi ada kalanya kita lihat sekatan itu seperti tidak sempurna, tidak proper. Dia buat sekatan menggunakan patrol car ja, kereta peronda polis sahaja, umpamanya. Ada dua orang anggota polis yang membuat sekatan di tepi jalan raya, yang jalan itu pun taklah jalan yang rasmi. Apakah ini juga termasuk di dalam sekatan pihak polis yang dimaksudkan oleh pindaan ini?
Seterusnya, dalam seksyen 74A, di mana anggota pegawai berpangkat rendah seperti sarjan ini boleh menyiasat kes-kes yang melibatkan kesalahan disiplin ini. Jika pegawai rendah ini boleh menyiasat, apakah dia boleh menyiasat pegawai-pegawai atasan polis ini? Jikalau ini berlaku, tentulah berlakunya kesukaran untuk mendapatkan keadilan. Contohnya, kalau sarjan itu adalah junior kepada pegawai atasan, apakah dia boleh membuat siasatan? Di sini, apakah panduan-panduan yang diberikan untuk mempastikan keadilan terhadap penyiasatan itu? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis, RUU ini pada saya nampaknya ada dua perkara penting. Menaikkan kadar denda terhadap kesalahan-kesalahan yang melanggar arahan polis dan yang kedua, memberi kuasa kepada anggota polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan untuk menyiasat kesalahan tatatertib seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai sebentar tadi.
Walaupun kerajaan mahu menaikkan jumlah denda itu dengan tujuan memberi kesedaran kepada pesalah, namun kita kena lihat juga tentang hal imbuhan, gaji pegawai dan anggota polis kita. Beban tugas itu kita tambah, sewajarnya gaji mereka juga kita tambah. Barulah padan dengan tugas mereka.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Seperti yang kita sedia maklum, tugasan anggota dan pegawai PDRM ini semakin hari semakin mencabar, seiring dengan kemajuan dunia. Anggota PDRM menjalankan tugas yang sangat berisiko, memerlukan pengorbanan, kudrat dan juga waktu. Saya difahamkan Tan Sri Yang di-Pertua, tidak ada elaun kerja lebih masa. Hanya dibayar gaji mengikut waktu asas bekerja lapan jam sehari. Bayangkan, kalaulah mereka hanya bertugas lapan jam sahaja sehari, apa jadi dengan keselamatan negara kita? Apa jadi dengan ketenteraman masyarakat kita? Tapi tidak, walaupun mereka hanya dibayar bertugas lapan jam sehari, mereka bertugas 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu tanpa henti, demi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman kita.
Mengikut maklumat yang ada, gaji untuk sarjan dan ke bawah adalah sangat rendah, tak mampu menampung kos sara hidup yang makin mahal hari ini, terutama bagi bandar-bandar besar. Elaun imbuhan tetap perumahan berjumlah RM300 sebulan. Kalau di Kuala Lumpur, rumah mana hari ini yang harga sewanya RM300? Kalau sewa bilik mungkin boleh. Tetapi anggota polis ini ada keluarga, ada isteri, ada anak. Takkan nak duduk semua sekali dalam satu bilik?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Maka, nak tak nak, kena cari rumah sewa juga. RM300 tak cukup, cari duit lain pula untuk bayar sewa. Tan Sri Yang di-Pertua, bayangkan nak bertugas lagi, nak jaga keselamatan, turun operasi, lawan penjenayah, jaga negara, jaga keluarga, besarkan anak. Cari pula side income untuk tampung kos sewa rumah, macam kita naik kereta Kancil tetapi dipaksa tekan 180 atas highway. Kalau dari Alor Setar ke Kuala Lumpur Tan Sri di-Pertua, boleh tercabut enjin. Relai semua skru, tinggal stereng sahaja. Maka, elaun imbuhan tetap perumahan ini patut dinaikkan, sesuai dengan kos sara hidup yang tinggi hari ini.
Tan Sri di-Pertua, saya ada baca Sinar Harian. Tan Sri Ketua Polis Negara ada sebut, tangga gaji permulaan anggota polis berpangkat konstabel di bawah paras gaji minimum, RM1,441. Macam disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi, betulkan saya, kalau saya salah. Di bawah Skim Perkhidmatan PDRM ada tiga. Skim Perkhidmatan Konstabel permulaan gaji RM1,441, Skim Perkhidmatan Jawatan Konstabel Orang Asli RM1,334, Skim Perkhidmatan Konstabel Sokongan RM1,220. Semua ketiga-tiga skim ini berada di bawah paras gaji minimum. Gaji minimum pun dah tak dapat tampung kos sara hidup hari ini, apatah lagi kalau gaji yang mereka terima lebih rendah daripada itu. Tan Sri Yang di-Pertua,...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Alor Setar, mencelah. Pasir Salak.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Minat juga, sila.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Okey, terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
10 saat.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tan Sri Speaker, bersetuju tak Alor Setar kalau kita cadangkan satu skim khas untuk polis ini sahaja, di mana faktor keselamatan negara ini amat penting dan kita beri satu skim yang khas untuk dia dengan dapat menyelesaikan masalah-masalah polis yang dibentangkan tadi, terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Setuju Pasir Salak.
Sebenarnya, dulu saya difahamkan PDRM ini dia tidak tertakluk bawah JPA, dia ada skim khas yang sama dengan Angkatan Tentera Malaysia. Jadi, dia kedudukan yang lebih tinggi dan itu mendorong mereka untuk bekerja dan lebih berfokus, terima kasih Pasir Salak.
Itu juga sebenarnya ucapan saya dalam point seterusnya. Saya tak pasti macam mana Pasir Salak boleh baca pemikiran saya. Mungkin Pasir Salak ini tok wali lah kut, agaknya. Tan Sri di-Pertua, saya pergi ke point kedua terakhir.
Kita sedia maklum, ada disediakan MRSM PDRM untuk anak-anak anggota polis sambung pelajar. Saya tidak- saya faham ini mungkin tidak berkait dengan pindaan RUU ini tetapi dia melihat kepada aspek kebajikan kerana beban anggota polis ini bertambah, maka kita kena tengok jugalah hal kebajikan. MRSM PDRM ini satu di Kulim, dekat dengan rumah mertua saya, kebetulan Tan Sri Yang di-Pertua. Tetapi saya dimaklumkan bangunan di Kulim itu sudah terlalu uzur. Asalnya itu Kem PGA Kulim, pengambilan pertama 1992, dah berusia 32 tahun. Saya dimaklumkan, anak anggota polis pun tak nak masuk PDRM itu sebab bangunan dia uzur. Saya nak tahu, bilakah kali terakhir bangunan MRSM PDRM Kulim itu dibaik pulih, yang sepatutnya sudah pun dinaik taraf sekarang ini, setanding dengan MRSM yang lain?
Tan Sri Yang di-Pertua, point akhir. Pasangan kepada pegawai anggota polis juga perlu diambil perhatian. Pasangan inilah yang sebenarnya banyak mengambil alih tugas suami, kalau dia itu isteri. Dialah isteri, dialah ayah, dialah juga anggota polis, kalau dia anggota polis. Pasangan ini juga terdedah kepada risiko keselamatan. Saya diberitahu ada pegawai yang terpaksa bawa isteri dan anak dalam operasi. Mungkin ada sebab- sebab tertentu dia terpaksa bawa bersama anak-anak dan isteri ke tempat operasi.
Mungkin tugas risikan, penyamaran, mungkin dia tidak sempat hantar anak, isteri dia balik ke rumah. Ini sangat berisiko kepada mereka. Pasangan ini juga ketika suami ini keluar bertugas untuk tempoh tertentu, terdedah kepada ancaman keselamatan, rumah dia, harta benda, anak-anak ulang-alik pergi sekolah, lebih-lebih lagilah kalau polis itu terlibat dalam tugas memburu penjenayah. Apa jaminan pasangan ini selamat?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Mereka hanya ada Allah sahaja sebagai pelindung. Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun begitu keadaan, anggota polis ini dalam jiwa mereka, ada jiwa kepolisan yang sangat tinggi. Mereka berkorban jiwa, berkorban hati, berkorban perasaan. Semua ini demi untuk menjaga ketenteraman negara kita.
Maka Tan Sri di-Pertua, saya mencadangkan supaya satu bayaran sagu hati one- off sekurang-kurangnya sekali diberikan kepada pasangan anggota ataupun pegawai polis ini atas sumbangan dan khidmat pengorbanan mereka juga untuk dunia kepolisan dan membantu ketenteraman masyarakat. Banyak tanda ada, sikit tanda ingat. Kalau ada banyak, bagi banyak, ada sikit, bagi sikit, untuk tunjuk rasa terima kasih kita di atas pengorbanan anggota dan juga pasangan terhadap ketenteraman negara kita. Biar semangat jadi bekalan, nyawa tetap jadi taruhan, anak isteri ditinggal di tepi, demi bakti untuk pertiwi, berjuang perlu berkorban, jiwa raga barang gadaian, khidmat polis untuk watan, kebajikan mereka perlu perhatian. Terima kasih Tan Sri di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahi Rahmani Rahim. Tan Sri, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda tap tap screen guys. Dipancarkan terus ya. Yang Berhormat Tan Sri, walaupun Tan Sri tak bagi pakai peranti, saya buatlah cara-cara yang lekeh-lekeh, cara orang kampung dan harap dipancarkan ucapan ini.
Yang pertama, saya percaya ucapan ini juga sedang diperhatikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi, yang pertama sekali Tan Sri, nak membetulkan kenyataan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Kalau tak betul, nanti orang salah sebab tadi Pagoh dah depan. Jadi, bila Pagoh bangun minta penjelasan, tak bagi. Kalau saya, sebelum dia bangun, saya dah bagi dah. Ini bekas Perdana Menteri, kita kena hormat sebab kita tahu kawan-kawan belah sana, semasa jadi pembangkang, saya cukup baik dengan mereka. Ajak makan tiap-tiap minggu. Bila jadi Menteri, menyombong nak mampus, ya Allah ya Tuhanku. Saya tak pernah jumpa orang dalam dunia macam ini perangai.
Saya dulu jadi Menteri, saya tak pernah mengingatkan saya Menteri tetapi Tan Sri fahamlah kan, yang boleh orang itu menjadi menyombong. Pertama, kuasa. Kedua, duit. Dia ada kuasa sikit, dia sudah menyombong. Jangan, tak tahan lama. Allah yang menentukan.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Kalau Allah nak bagi kemenangan, tiada siapa yang boleh menghalang.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Kalau Allah nak bagi sebaliknya, juga tidak ada siapa yang boleh menghalang. [Membaca sepotong ayat al- Quran] Okey, Menteri KDN kata, Pagoh satu sen pun tak dapat. Saya nak bagi tahu, semasa COVID-19, Tan Sri, Ahli Parlimen, semua sekali Ahli-ahli Parlimen dapat sorang RM300,000, betul tak, Tan Sri? RM300,000 untuk beli makanan. Saya masih ingat. Lepas itu, Tan Sri telah umumkan bahawa semua Ahli Parlimen dapat peruntukan, Tengku Zafrul, sekarang nak sebut kawasan, sekarang dia tak ada sebab dia Senator, dia dan Datuk Marzuki tengah berunding untuk dapatkan peruntukan.
Tiba-tiba masa itu pembangkang dengan hebatnya mengumumkan, kami tidak mahu peruntukan, tak apalah. Tetapi tang peruntukan dibagi dan janji dibagi. Saya nak bagi tahu dalam bulan puasa ini, bahawa ini bukan bulan puasa, bulan tak puasa pun inilah sifat orang Islam, seorang yang pemaaf. Seorang yang sentiasa melihat manusia lain orang yang dikasihi sebab kita percaya kepada Allah. Allah sayang kepada manusia yang kasih kepada manusia. Allah benci kepada manusia yang bergaduh dengan manusia lain. Itu sebab...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini RUU butiran mana ini?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia ini baru mari, dia tak tahu yang Menteri bagi jawapan tadi. Tetapi saya tak mahu kata Bung, Kinabatangan, saya tak mahu kata. Tetapi awak baru mari, tadi kita cakap tajuk ini awak tak mari ya.
[Ketawa] Jadi, rakyat Malaysia sedang perhati, berhati-hati nak tegur saya sebab saya bercakap dengan rakyat Malaysia.
Okey, yang keduanya tentang pangkat. Tadi saya setuju dengan Kota Bharu dan juga kawan-kawan saya tadi tentang pangkat Agong tu. Jadi, kalau tentera kita ada four star, kita panggil dia General. Five star kita panggil Field Marshall dan Field Marshall kepada tentera ialah Agong. Takkan sampai tang polis, Kehormat. Jadi, bubuhlah perkataan lain, Supreme Commander kepada polis ialah Yang di-Pertuan Agong. Jangan bubuh perkataan Kehormat itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya minta supaya menyokong pindaan ini dengan hebat. Saya jarang menyokong tetapi yang ini saya sokong tetapi dengan pindaan supaya Agong jangan dimasukkan perkataan Kehormat tetapi dimasukkan supaya Pemerintah Tertinggi Anggota Polis. Bukan Kehormat, dia pemerintah kepada polis dan tentera.
Kemudian yang keduanya Yang Berhormat, ini termasuk dalam ucapan.
Keduanya adalah fasal BITA. Kinabatangan faham BITA ya iaitu Bantuan Insentif Tugas Am polis ini yang dibagi RM200. Ini Timbalan Speaker yang mengganti faham sebab dia polis ya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sekarang ini kita bagi RM200 untuk IPD. IPK tak dapat. IPD semua dapat RM200.
Jadi, sekarang ini IPK, contohnya, macam bodyguard, guard istana dan juga kediaman Menteri, Menteri Besar dan sebagainya, mereka tak dapat elaun ini. Hanya dibagi kepada IPD tetapi IPK tak dapat. Saya minta supaya Menteri kalau tak mahu bagi, jangan jawab sebab nanti polis marah ya. Jangan bezakan IPK dengan IPD sebab banyak daripada yang menjaga istana, kadang-kadang mereka terpaksa lebih masa, kadang-kadang lebih dua jam, tiga jam. Mereka tak kira ini dan walaupun mereka tidak dibayar apa-apa elaun, mereka teruskan kerja.
Saya minta IPD dengan IPK dibayar elaun yang sama dan elaun sekarang RM200, saya cadangkan seperti juga perumahan yang tak sesuai RM300 di sama dengan polis RM300 supaya dikaji semula, supaya elaun RM200 ini dinaikkan kepada RM500.
Jadi, Timbalan Speaker setuju tak yang ini? Sebab kita bagi kepada polis yang long hours, yang buat kerja overtime kita bagi RM200 kepada RM500. Polis, kita balik buka puasa tetapi kalau dia ada kes melibatkan kematian dan sebagainya, dia terpaksa tunggu sampai habis. Hanya dibayar RM200.
Saya tahu kadang-kadang polis berjaga di tepi jalan, dia tak pakai mask. Kita bawa kereta ada yang keluar asap dan sebagainya. Dia terpaksa bertahan di situ dan kadang-kadang orang yang tak puas hati picit hon marah dekat dia. Dapat RM200. Jadi, saya rasa sampailah masanya dengan keadaan kehidupan ini supaya dia dibagi RM500 iaitu elaun BITA.
Jadi, akhir sekali Tan Sri, saya setuju dengan kawan-kawan semua supaya fasal 4 seksyen 21— Kinabatangan tengok itu. Ada buku di depan itu, tengok. Dia daripada RM200 naik RM10,000. Ada logik kah? RM200 kepada RM10,000. Ini kalau nak naik pun, biarlah berpatutan. Saya tak tahu pegawai-pegawai kementerian, pegawai undang- undang ini apa pemikirannya? Daripada RM200 naik RM2,000. Ini tak logik. Kami tak setuju. Kalau RM200 naik RM2,000 kah, okey. Tetapi RM10,000 ini adalah satu benda yang tidak logik.
Jadi Tan Sri Pengerusi, sorry, Speaker kita menyokong dengan sedikit pindaan dibuat dan kita berdoa kepada anggota polis, supaya sentiasa dirahmati Allah. Jalankan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
tugas dengan baik. Kami puak-puak kami— puak-puak pula dah.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami, semua Ahli-ahli Parlimen di Malaysia sentiasa menghargai mereka. Perikanan Nasional dan juga kawan-kawan yang teringin bersamalah iaitu sentiasa menghargai perkhidmatan polis. Terima kasih, assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, *you never stop amusing me.
[Ketawa]* Baik, dengan izin ya.
Baik, berikutnya kepada pembahas yang terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Bangi, sebelum Menteri menjawab.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih kepada Timbalan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan RUU ini walaupun pada awalnya saya tak beri nama tetapi akhirnya melihat kepada perbahasan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pihak, saya terpanggil juga untuk memberikan sedikit perbahasan bagi RUU ini.
Pertamanya, saya ingin menyatakan sokongan saya kepada apa yang telah dicadangkan oleh rakan saya daripada Alor Setar untuk memberikan one-off kepada pasangan anggota polis seperti yang telah dinyatakan. Saya harap ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian.
Saya melihat RUU ini Timbalan Yang di-Pertua, sebagai satu RUU, rang undang- undang yang rata-rata mengemas kini peruntukan-peruntukan yang ada dalam Akta Polis iaitu Akta 344. Secara khususnya, kita melihat bahawa ada tambahan tugasan polis di jalan awam, di bawah seksyen 21 yang kini dimasukkan dengan tanggungjawab mengiring ataupun escort duty. Jadi saya ingin tahu, dengan pindaan ini, adakah sebelum ini tugasan ini tidak dilaksanakan oleh pihak polis ataupun sebelum ini ianya termasuk dalam peruntukan yang lain? Kemudian, terdapat juga pindaan yang dicadangkan terhadap seksyen 21(2) untuk menaikkan denda daripada RM200 dan penjara tiga bulan menjadi RM10,000 dan juga penjara dua tahun. Kita juga melihat pindaan yang sama dicadangkan pada seksyen 26(2).
Saya difahamkan dalam sesi libat urus yang diadakan sebelum ini, bahawa kenaikan ini adalah untuk menyelarikan atau mengharmonikan dengan kesalahan menghalang penjawat awam yang telah pun ada dalam seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Jadi, untuk tujuan ini Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin tahu berapa ramai orang yang telah ditahan, disiasat, didakwa di bawah seksyen 21 Akta Polis untuk lima tahun kebelakangan ini, berbanding dengan orang yang ditahan, disiasat dan didakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Saya juga ingin mendapatkan justifikasi daripada pihak Menteri di pihak kementerian mengapa pindaan ini perlu dibuat? Adakah terdapat keperluan mendesak untuk membuat pindaan ini untuk menyelarikan seperti dinyatakan sebelum ini dan adakah terdapatnya apa-apa kelompangan atau kelemahan undang-undang yang sedia ada? Sama juga cadangan pindaan seksyen 26(2) untuk mengganti denda RM1,000 menjadi RM2,000. Apa justifikasi untuk menaikkan denda tersebut?
Dato' Yang di-Pertua, cadangan pindaan yang paling besar adalah pada fasal 2 iaitu memperkenalkan seksyen 6A yang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah dijadikan sebagai Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat Polis Diraja Malaysia. Saya sambut baik pindaan ini kerana ia meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Kehormat bagi PDRM dan sudah tentu ini dapat memberikan motivasi kepada anggota-anggota PDRM dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Di peluang ini, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk membangkitkan tentang Suruhanjaya Diraja untuk meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Malaysia pada tahun 2005. Saya fikir sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan melihat semula syor-syor yang dibuat oleh suruhanjaya tersebut bagi memodenkan PDRM, terutama sekali mengenai isu kebajikan anggota PDRM.
Dalam syor-syor pada tahun 2005 itu, isu kebajikan seperti penggajian, peluang kenaikan pangkat dan juga pengagihan sumber manusia telah pun disentuh dan di samping itu terdapat juga syor-syor bahawa premis perumahan dan juga tempat kerja...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Bangi, boleh minta penjelasan sedikit?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh, boleh.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat maklum bahawa mutakhir ini kita sering mendengar bahawa rentetan daripada beberapa pemimpin, anggota-anggota polis, bahawa prasarana di IPD, IPK itu sampai hari ini pun sudah berpuluh-puluh tahun tidak dapat diperbetulkan. Tetapi dalam masa yang sama, kementerian mencadangkan bermacam-macam perkara-perkara baru. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan bahawa perbetulkan dulu basic, asas yang ada ini seperti pejabat IPD, perumahan dia dan baru kita adaptasikan perkara- perkara yang baru. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Kinabatangan. Saya setuju. Saya selalu pergi ke IPD Dang Wangi untuk bersama dengan anak guam dan saya boleh melihat walaupun satu IPD yang begitu penting tetapi keadaan di sana juga pun seperti kita tengok beberapa dekad sebelum inilah. Jadi, saya fikir bahawa kita perlu seperti yang telah dinyatakan dalam syor-syor suruhanjaya yang saya sebut tadi, kita perlu melihat juga premis-premis tempat kerja anggota polis ini, supaya kita sama-sama dapat memastikan bahawa mereka bekerja dalam satu keadaan dan environment, dengan izin yang lebih kondusif.
Penghormatan harus diberikan kepada PDRM melalui pindaan khusus, maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bangi, sebentar Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli Parlimen Cameron Highland nak menumpang mencelah, boleh?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita sedia maklum pembangunan salah satu-satu organisasi, terutama seumpama PDRM ini dia berperingkat-peringkat. Baik di peringkat pegawai dan peringkat anggota pangkat rendah.
Jadi, kemajuan pangkat daripada pegawai rendah ke pegawai kanan inspektor ke atas, ditentukan dengan memiliki ijazah. Ha, ijazah. Jadi, sedia maklum kita dapati ramai anggota-anggota pangkat rendah PDRM ini memiliki ijazah sekarang. Tapi kuota untuk mereka menaiki ke pegawai kanan, kalau katakan apa yang dilihat 300 kekosongan, tidak sampai 100 diambil pada rank and file. Saya cadangkan, kalau Yang Berhormat Menteri boleh setuju kuota kenaikan pangkat bagi mereka dari anggota pangkat rendah yang berijazah ini, sekurang- kurangnya minima satu perempat daripada kekosongan berkenaan. Boleh saya tumpang ucapan saya ini, Ahli Parlimen ini dengan Yang Berhormat?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sudah tentu boleh. Tolong masukkan dalam ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Teruskan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, saya nak akhiri dengan memetik laporan suruhanjaya siasatan tersebut yang menyatakan dengan izin, “PDRM must see
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
itself more as a service and as a force and the guardian of people right through it. It will need to retain some of its paramilitary capabilities and characteristics”. Jadi, saya fikir bahawa dalam kita menyokong pindaan ini, saya berharap bahawa kebajikan dan juga isu-isu yang telah dinyatakan oleh YB Kinabatangan dan juga Dato’ Timbalan di-Pertua juga dapat dipertimbangkan oleh kementerian. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Seterusnya, saya mempersilakan Menteri Dalam Negeri, selama 30 minit untuk menjawab apa yang telah dibentangkan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jawab bagus-bagus, Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Yang Berhormat di-Pertua. Saya bagi pihak Kementerian Dalam Negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada 16 Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada Kota Bharu, Pasir Gudang, Tumpat, Kota Melaka, Kubang Kerian, Besut, Seputeh, Kuala Krai, Dungun, Jelutong, Jerlun, Pendang, Pulai, Alor Setar, Arau dan Bangi serta rakan-rakan yang mencelah, yang terlibat dalam membincangkan Rang Undang-undang Polis
(Pindaan) 2024. Saya akan menjawab dan mana-mana persoalan yang tidak ada kaitan dengan rang undang-undang ini, kita akan beri perhatian dan beri jawapan secara bertulis.
Ia sesuai dengan Peraturan 36(1), Peraturan-peraturan Ahli Mesyuarat Dewan Rakyat.
Yang Berhormat Pasir Gudang, Kota Bharu, Arau, Tumpat, Jerlun menyebut berkaitan dengan seksyen 6A. Yang Berhormat Pasir Gudang juga menyebut berkaitan dengan Statut Rom, kebimbangan Yang di-Pertuan Agong akan dihadap ke ICC. Perkara- perkara yang dibangkitkan ialah kenapa pangkat Yang di-Pertuan Agong dalam perkhidmatan PDRM hanya Pesuruhjaya Kehormat dan bukan setaraf dengan ATM sebagai Pemerintah Angkatan Tentera. Pindaan ini dibuat bagi mengadakan peruntukan mengenai Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Pesuruhjaya Kehormat bagi memberi penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal adat istiadat Polis Diraja Malaysia.
Peruntukan ini juga bagi mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara di bawah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di bawah Perkara 140(4) Perlembagaan Persekutuan dengan syor Suruhanjaya Pasukan Polis
(SPP) setelah mempertimbangkan nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seperti termaktub dalam Perkara 140(5) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
Perkara 137(1) Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan kuasa am Yang di- Pertuan Agong yang dipertanggungjawab kepada Majlis Angkatan Tentera dalam pemerintahan tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera Persekutuan, selain daripada maksud operasi. Dalam pasukan polis, kuasa mentadbir adalah di bawah tanggungjawab Ketua Polis Negara seperti diingatkan di bawah seksyen 4 [Akta 344]. Selain itu...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Menteri ...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
... peruntukan...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
...saya ingin mencelah.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya habiskan dulu. Sekejap.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sekejap, sebab disentuh tentang 41 tadi ...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sekejap lagi. Nanti maksud dia lari.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Adakah Yang Berhormat Menteri setuju tambah?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sekejap, saya habiskan dulu.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey, okey.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Selain itu, peruntukan ini juga bagi mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai bidang kuasa tertentu di bawah subseksyen 4(4) yakni menjalankan tugas atau fungsi Ketua Polis Negara oleh Timbalan Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai polis lain yang berpangkat tidak rendah daripada pesuruhjaya.
Seksyen 7 menggunakan khidmat pasukan dalam masa darurat, seksyen 10 mengarahkan PDRM berkhidmat di luar negara, seksyen 95 membuat kaedah-kaedah dan seksyen 96 membuat peraturan-peraturan polis. Sehubungan dengan itu, tidak berbangkit seperti yang dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa penganugerahan pangkat Pesuruhjaya Kehormat kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong adalah tidak wajar memandangkan Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan Angkatan Tentera Bersekutu serta melantik Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.
Cadangan penganugerahan pangkat pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat telah diperkenan dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-265 yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2024 di Istana Negara. Maknanya diputuskan dalam rang undang-undang ini atas perkenan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tanya Yang Berhormat Menteri? Saya nak tanya, apa ni, kebiasaannya Suruhanjaya Polis ini mencadangkan nama untuk Ketua Polis Negara, berapa nama yang dicadangkan? Satu orang kah? Dua orang kah? Tiga orang? Supaya Seri Paduka Baginda boleh memikirkan orang yang sesuai untuk dilantik.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, kuasa untuk cadangan yang saya sebutkan tadi ialah di bawah Suruhanjaya Pasukan Polis dan setelah mempertimbangkan nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tanya berapa nama. Kalau satu orang...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Lebih.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Itu bukan nasihat, bukan pandangan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Lebih daripada satu.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu memaksa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik nama satu orang saja.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ya.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tiga nama, bermakna ada pertimbangan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Okey, Yang Berhormat. Saya akan bagi maklumat secara bertulis itu tetapi supaya jawapan saya tidak salah. Baik. Saya nak sebut bahawa pewujudan seksyen ini sebenarnya kita ada penanda aras. Penanda aras yang dirujuk sebelum pindaan ini dilaksanakan adalah berdasarkan penganugerahan oleh Royal Canadian Police (RCNP) kepada Raja Charles III pada 28 April 2023.
Maknanya, apa yang kita buat keputusan ini, kita bersandarkan rujukan juga daripada negara-negara tertentu.
Tuan Yang di-Pertua, Pasir Gudang ada bangkit berkaitan dengan Statut Rom.
Tidak timbul isu Yang di-Pertuan Agong dihadapkan ke ICC untuk dibicara atas kes-kes berkaitan kerana kuasa perintah dan kawalan pasukan polis seperti diperuntukkan di dalam Akta Polis 1967 adalah di bawah kuasa Ketua Polis Negara. Yang Berhormat Pasir
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Gudang, Kubang Kerian dan juga Besut ada bangkitkan berkaitan dengan seksyen 17(2) berkaitan senjata, kelengkapan dan lain-lain hendaklah diserah apabila tidak lagi menjadi anggota pasukan. Kenapa denda dinaikkan terlalu tinggi?
Pindaan seksyen 17(2) ini hanyalah terpakai kepada pegawai dan anggota polis yang telah bersara wajib atau berhenti daripada perkhidmatan sahaja. Sejak 1967, peruntukan denda di bawah seksyen ini tidak pernah dipinda. Kadar denda ditingkatkan daripada RM100 ke RM5,000 adalah bersesuaian dengan peredaran masa walaupun statistik menunjukkan belum ada kes yang direkodkan sebagaimana kesalahan berkenaan. Peningkatan kadar ini adalah satu kaedah pencegahan daripada perkara ini berlaku, Yang Berhormat.
Tadi juga dibangkitkan, misal Jerlun bangkitkan seperti laporan akhbar Sinar Harian pada 11 Mac 2024, “Seorang anggota polis yang dibuang daripada perkhidmatan telah ditangkap kerana menyamar sebagai anggota polis berpakaian seragam melakukan kegiatan jenayah di sekitar Kuala Lumpur”.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Jadi, perkara ini berlaku kerana pakaian seragam berkenaan tidak dipulangkan.
Sebab itu kita nak mengelakkan perkara ini berlaku. Selain daripada itu, Kota Bharu dan Pulai juga menyentuh seksyen 74A, kuasa menyiasat salah laku disiplin. Kenapa pegawai penyiasat perlu berpangkat sarjan dan ke atas? Pegawai penyiasat...
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Menteri, Kuala Krau sikit. Kuala Krau sikit, tentang pakaian tadi. Boleh?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Okey.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Menteri. Saya cuma nak dapat kepastian, sejauh mana pemantauan pihak kementerian terhadap kedai-kedai yang menjual pakaian-pakaian uniform-uniform rasmi penguatkuasaan? Terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, saya jawab yang ini dahulu Yang Berhormat ya, kejap. Berkaitan dengan seksyen 74A, yang dibangkitkan oleh Kota Bharu dan Pulai. Pegawai penyiasat perlu pangkat sarjan dan ke atas bagi menyeragam peranan sarjan untuk menyiasat kes seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 108 dan 109 Kanun Prosedur Jenayah, Akta 593.
Pindaan ini dibuat bagi mengadakan peruntukan baru mengenai kuasa Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat salah laku disiplin berkaitan dengan prosiding tatatertib terhadap pegawai polis, memandangkan bidang kuasa siasatan dan kes disiplin di bawah Akta Polis [Akta 344] adalah tidak jelas, jadi akta ini dijelaskan lagi.
Pindaan ini bertujuan membolehkan prosiding tatatertib yang melibatkan pegawai polis bagi kes jenayah yang dikembalikan untuk tindakan jabatan oleh timbalan pendakwa raya dapat diambil oleh Polis Diraja Malaysia. Buat masa ini, keterangan berkaitan dengan rakaman dan penyataan atau percakapan diambil di bawah peruntukan seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan melalui peruntukan baru ini, Polis Diraja Malaysia dapat menggunakan keterangan dalam siasatan jenayah bagi tujuan siasatan dan prosiding tatatertib.
Buat masa ini, pegawai penyiasat berpangkat sarjan yang menjalankan siasatan tatatertib hanya dinyatakan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara di bawah seksyen 97, Akta Polis [Akta 344]. Banyak dibangkitkan tadi juga berkaitan dengan...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Timbalan Menteri, Pulai. Boleh tanya sikit?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kejap, kejap. Biar saya habiskan dulu. Banyak, ada lagi Yang Berhormat bangkitkan tadi saya belum jawab, sekejap. Takut ada perkara baru. Perkara asal yang ditanya tadi, saya tak menjawab. Saya jawab dulu yang dibangkitkan tadi.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kota Melaka, Besut, Seputeh, Kubang Kerian, Jerlun juga membangkitkan perkara berkaitan dengan seksyen 21, tugas
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
di jalan awam. Seksyen 21(1)(c) supaya diberi pencerahan tentang isu 21(1)(c), isu mencegah halangan oleh polis sewaktu perhimpunan awam di jalan awam dan juga kenapa peruntukan berkaitan menjalankan tugas mengiring dimasukkan? Adakah sebelum ini pihak polis tiada punca kuasa? Juga dibangkitkan isu seksyen 21(2), kenapa kadar denda dinaikkan?
Saya nak maklumkan bahawa seksyen 21(1)(c), perhimpunan yang dimaksudkan dalam kategori ini adalah seperti perarakan-perarakan atau perhimpunan di jalan-jalan awam yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam, menyebabkan kekacauan dan menimbulkan halangan melibatkan kumpulan-kumpulan kecil seperti kongsi gelap. Perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak termasuk sebagai halangan yang dimaksudkan dalam seksyen ini.
Bagi seksyen 21(1)(d), kuasa tersebut secara umumnya telah wujud di bawah seksyen 21(1)(a) iaitu mengatur, mengawal dan melencong mana-mana lalu lintas. Punca kuasa ini diguna pakai oleh pegawai polis yang bertugas mengawal lalu lintas, sama ada secara statik atau mengiring menggunakan kenderaan pasukan.
Cadangan memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 21(1)(d) adalah bagi memperjelaskan kuasa dan tugas oleh pegawai polis di jalan awam supaya tidak ada pihak yang mempertikaikan kuasa ini. Ini dimasukkan supaya mengelakkan pertikaian oleh orang awam dan pihak-pihak tertentu.
Jadi, memasukkan peruntukan baru bagi memperjelaskan kuasa kepada pegawai polis menjalankan tugas mengiring di jalan awam yang sedia ada, termaktub di bawah subseksyen (a) didapati peruntukan subseksyen (a) diberi tafsiran yang terkhilaf iaitu tidak terjumlah kepada pegawai polis menjalankan kuasa mengiring di jalan awam.
Seksyen 21(2), penalti bagi kesalahan menghalang, membangkang atau ingkar menurut apa-apa arahan pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya dinaikkan, selaras dengan peruntukan seksyen 186 Kanun Keseksaan, Akta 574 yang memperuntukkan kadar hukuman dan denda yang sama bagi kesalahan tersebut.
Dalam masa yang sama, kadar penalti dinaikkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa halangan kepada tugas mengiring juga boleh meletakkan nyawa pengiring, yakni polis dalam keadaan bahaya sekiranya terlibat dalam kemalangan. Pada masa yang sama juga boleh membahayakan orang awam dan pihak- pihak yang dihalang.
Kalau kita ikut statistik Yang Berhormat, kemalangan jalan raya yang melibatkan penugasan polis di jalan awam sehingga ini, daripada 2018 sehingga 2023, sebanyak 1,366 kes sehingga ini.
Tadi dibangkitkan juga oleh Kota Melaka, Pendang tentang kamera badan.
Banyak yang dibangkitkan perkara ini. Saya nak nyatakan bahawa kerajaan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk perolehan kamera badan ini di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kedua Belas, (RP1, RMKe-12) tahun 2021 bagi kegunaan penugasan harian anggota Polis Diraja Malaysia.
Kos perolehan bagi- kepada badan yang diluluskan oleh kerajaan adalah berjumlah RM37 juta dengan kaedah tender terbuka dan tempoh siap projek adalah selama 24 bulan. Kamera badan ini akan diguna oleh anggota PDRM yang bertugas di lapangan, terutamanya bagi unit kereta peronda polis (MPV) dan unit rondaan bermotosikal polis (URB) serta unit rondaan polis di 157 buah ibu pejabat polis daerah IPD seluruh negara dan sejumlah 7,658 unit kamera badan dirancang untuk diperolehi dengan anggaran harga antara RM2,000 hingga RM2,500 seunit.
Pada masa ini Yang Berhormat, proses perolehan sedang dilaksanakan oleh kementerian. Lembaga Perolehan KDN dijangka bersidang pada November ini dan surat setuju terima dijangka dikeluarkan dan proses bekalan seperti pengujian, lawatan tapak, latihan dan sebagainya berlangsung sehingga pentauliahan dari Januari 2024 hingga Disember 2024. Jangkaan kemera badan akan diguna sepenuhnya oleh PDRM adalah pada suku tahun pertama, tahun 2025 dengan mengambil kira secara keseluruhan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat Besut ada membangkitkan tadi kekerapan berlaku isu berkaitan dengan mengiring tadi. Saya nak sebut bahawa sebenarnya undang-undang yang kita buat ini kita selaraskan dengan pindaan hukuman memandangkan Akta Polis adalah termaktub di bawah akta 1967. Maka dengan peredaran masa dan kadar nilai ringgit yang sudah berbeda, maka ia disesuaikan dengan keadaan semasa. Ia selaras dengan seksyen 26 Akta Polis dengan juga denda di bawah APJ1987.
Yang Berhormat Kerian, menyebut isu rang undang-undang dalam bahasa Malaysia. Yang Berhormat Kubang Kerian tak ada tadi- sekarang. Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024 merupakan rang undang-undang bagi meminda Akta Polis 1967 iaitu Akta 344 yang mula berkuat kuasa pada 29 Ogos 1967, yang hanya digubal dalam teks bahasa Inggeris pada ketika itu Yang Berhormat dan telah diterjemah dalam bahasa kebangsaan. Namun begitu teks bahasa kebangsaan itu hanya merupakan teks terjemahan dan tidak ditetapkan sebagai sahih.
Subseksyen 7(2) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) memperuntukkan bahawa kehendak di bawah seksyen 6 Akta 32 supaya segala rang undang-undang yang dikemukakan atau pindaan kepadanya yang dicadangkan dalam Parlimen hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Tidak terpakai bagi pindaan mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum 1 September 1967 sehingga undang- undang bertulis ini diterjemah ke dalam bahasa kebangsaan dan terjemahan itu telah ditetapkan sebagai sahih.
Seterusnya, Yang Berhormat Jerlun bangkitkan berkaitan dengan seksyen 26, kuasa untuk mendirikan sekatan jalan. Juga berkaitan dengan kadar denda dinaikkan.
Saya pun dah jawab tadi. Pindaan ini saya sekali lagi sebut bahawa bertujuan untuk menaikkan kadar denda bagi kesalahan tidak mematuhi apa-apa syarat yang munasabah yang diberikan oleh seorang pegawai polis yang mengehendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan.
Pindaan kadar denda ini adalah selari dengan kadar denda di bawah subseksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] iaitu denda tidak melebihi RM2,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Untuk makluman Yang Berhormat juga tadi banyak dibangkitkan tentang SOP sekatan jalan raya. Saya nak sebut bahawa berdasarkan seksyen 26 Akta Polis 1967 [Akta 344], Polis Diraja Malaysia di beri kuasa untuk mendirikan sekatan jalan raya (SJR) di jalan awam, lorong atau mana-mana tempat awam demi untuk menjaga dan memelihara undang-undang dan arahan-arahan, mengesan pesalah-pesalah yang melanggar undang-undang lalu lintas, menghalang dan mengesan jenayah.
Untuk melaksanakan kuasa tersebut, pihak PDRM mewujudkan satu garis panduan khusus untuk mengadakan SJR seperti yang ditetapkan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara A113. Berdasarkan garis panduan ini, SJR didirikan berhampiran atau di hadapan balai polis atau tempat-tempat strategik. di mana pengguna jalan raya khususnya pesalah-pesalah tidak mempunyai ruang untuk membuat pusingan U atau mengelakkan diri sebelum sampai ke tempat sekatan. Walau bagaimanapun sekatan ini tidak boleh didirikan di tempat yang sama sepanjang masa.
Apa pun, sekatan SJR yang dijalankan oleh pihak polis mestilah mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh anggota polis.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Timbalan Menteri, bolehkah saya sekali lagi, Pulai? Sikit saja, sekatan itu. Kalau ada sekatan pihak polis yang menggunakan patrol car itu– macam tak proper itu, apakah kita boleh abaikan saja sekatan itu sebenarnya? Sebab dia tak memenuhi peraturan tadi.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya nak sebut bahawa polis, anggota polis tidak boleh mengadakan sekatan jalan raya melanggar arahan Arahan Tetap Ketua Polis Negara. Ini sangat jelas. Mana-mana anggota yang tidak melaksanakan mengikut arahan ini merupakan satu kesalahan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat Jerlun tadi membangkitkan– saya dah jawab sorry. Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Besut juga membangkitkan seksyen 17(2) berkaitan dengan senjata, kelengkapan yang hendak diserah apabila tidak lagi menjadi anggota pasukan. Adakah dalam keadaan sekarang terdapat anggota polis yang tidak menyerahkan senjata dan minta memberi statistik.
Saya nak maklumkan pindaan seksyen 17(2) hanyalah terpakai– saya dah sebut tadi kepada pegawai dan anggota polis yang telah bersara wajib atau berhenti daripada perkhidmatan sahaja. Sejak 1967 telah disebut juga tadi peruntukan denda di bawah seksyen ini tidak pernah dipinda. Dalam keadaan pegawai dan anggota masih berkhidmat dalam pasukan, PDRM mempunyai garis panduan berkaitan pengendalian senjata iaitu di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.
Anggota bertugas di Unit MPV, URB Trafik dan Rondaan akan mengambil dan menyerah senjata mengikut syif petugasan, satu. Keduanya, anggota bertugas sebagai detektif di Jabatan Siasatan Jenayah, di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Cawangan Khas boleh menyimpan senjata selama tiga bulan dengan kelulusan pegawai pemerintah. Untuk statistik, setakat ini jumlah kehilangan senjata semasa bertugas pada 2022 sebanyak empat kes, pada 2023 sebanyak tiga kes.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Semasa sesi libat urus Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan merujuk kepada kejadian melibatkan seorang anggota polis yang menembak mati isteri beliau yang mengandung yang berlaku di Perlis, di mana insiden itu berlaku kalau tak silap saya tahun lalu. Kalau SOP-SOP ini ada dan memang diamalkan, persoalan saya kenapa kejadian-kejadian seperti ini berlaku?
Anggota itu saya di percaya telah pun dituduh di mahkamah tapi saya cuma saya rasa begitu dukacita kerana ini melibatkan keluarga beliau sendiri, seorang wanita yang sarat mengandung. Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil dari masa ke semasa untuk kita cuba mengelakkan daripada perkara ini berlaku, satu.
Dua, kalau anggota tersebut mengalami kemurungan akibat tekanan daripada kerja– mungkin ada masalah kewangan dan sebagainya, adakah apa-apa cara untuk kita mengetahui supaya mengelakkan perkara ini daripada berlaku pada masa akan datang?
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, saya tidak ada maklumat lengkap tentang kes itu dan juga perkara dibangkitkan tadi agak keluar sikit dari pindaan ini. Kita akan bagi maklumat secara bertulis, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Pulai dan juga– menyebut berkaitan dengan apakah polis boleh mengiring demonstrasi. Itu satu yang ditanya tadi.
Pihak polis tidak menjalankan tugas mengiring peserta berkenaan. Tetapi pihak polis akan facilitate semua perhimpunan awam supaya ia mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Maknanya keberadaan itu ialah untuk memantau supaya mematuhi peraturan- peraturan yang ditetapkan. Kerana itu ada anggota polis di setiap demonstrasi dibuat.
Yang Berhormat Pulai sebut tadi juga berkaitan dengan seksyen 74A.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya nak sebut bahawa Perintah Tetap Ketua Polis Negara telah jelas bahawa siasatan tatatertib adalah disiasat oleh sarjan ke atas dan garis panduan adalah pegawai yang menyiasat adalah setaraf dengan pangkat pegawai yang disiasat atau lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai yang disiasat. Ini sudah jelas Yang Berhormat.
Alor Setar tadi bangkit berkaitan dengan isu kenaikan gaji, tambahan elaun, juga berkaitan dengan elaun lebih masa dan sebagainya, tentang MRSM dan sebagainya.
Saya nak sebut bahawa dan saya telah pun menjawab di Dewan ini bahawa berkaitan dengan gaji dan elaun ini. Saya nak sebut bahawa ketika ini ia sedang disemak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan pihak polis telah pun mengemukakan pandangan tentang perkara ini.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Berkaitan dengan MRSM, itu di bawah bidang kuasa kementerian lain, khususnya MARA. Saya tak boleh jawab dari sini Yang Berhormat. Selain daripada itu, saya ingat banyak perkara yang telah pun saya jawab Yang Berhormat. Cuma secara umum, saya nak sebut bahawa kementerian ini sentiasa peka dan mengambil maklum semua perkara- perkara yang dibangkitkan tadi. Soal-soal yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak saya jawab dan yang tidak ada kaitan dengan akta ini, kita ambil maklum dan sentiasa meneliti perkara ini. Sebahagiannya boleh saya jawab secara bertulis. Jadi, terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Timbalan Menteri tak jawab Ahli Parlimen Cameron Highlands tadi itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, Ahli Parlimen tu bertanya, ada kaitan dengan fasal 10 ni. Kalau Yang Berhormat Menteri tengok fasal 10. Jadual Pertama kepada akta ibu dipinda dengan butiran 1 dengan memotong perkataan “Senior Inspector”. Jadi, bila pangkat-pangkat ini ada kaitan dengan pembangunan organisasi. Jadi, apa yang saya tekankan tadi ialah dari perspektif perkhidmatan, naikkanlah pangkat mereka daripada rank and file itu yang ada Ijazah. Jadi, ada kaitan Peraturan 36(1) itu dalam kepala saya. Saya bertanya itu. Ada sebabnya.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat.
Perkara itu juga kita ambil maklum dan memang perkara-perkara yang berkaitan dengan soal pangkat, kenaikan elaun memang dalam kajian sepertimana yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah kepada Majlis bagi diputuskan itu adalah masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [****Majlis Mesyuarat bersidang semula]** [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati. Rang Undang-undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 adalah bertujuan untuk menyelaras, memperkemas dan mengukuhkan fungsi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengikut perkembangan dan keperluan terkini serta memberi kuasa pada LLM untuk menjana pendapatan.
LLM merupakan salah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya yang ditubuhkan pada tahun 1980 di bawah Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia
(Pemerbadanan) 1980 Akta 231. LLM ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan, pengawal seliaan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya untuk mengenakan dan memungut tol, membuat kontrak dan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
Menyingkap kembali sejarah pembinaan lebuh raya, Lebuhraya Utara–Selatan merupakan yang pertama diswastakan pada 1988 di bawah Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan pada tahun 1983. Melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani pada 18 Mac 1988, Kerajaan Malaysia telah memberi hak kepada syarikat konsesi untuk mengendali, menyelenggara dan mengutip tol Lebuhraya Utara–Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).
Lebuh raya yang telah siap dibina oleh LLM antaranya seperti Lebuhraya Alor Setar, Gurun, Ipoh–Changkat Jering, Slim River–Tanjung Malim, Senai Johor Bahru dan Tambak Johor telah diserahkan secara berperingkat bagi tujuan penswastaan lebuh raya.
KL–Karak dan Jambatan Pulau Pinang adalah lebuh raya yang terakhir diserahkan oleh LLM kepada syarikat konsesi pada tahun 1994.
Semasa Dasar Penswastaan negara diperkenalkan pada tahun 1983, fungsi dan peranan LLM diperluas tanpa melibatkan pindaan kepada Akta 231. Pada November 1987, Akta 231 telah dipinda melibatkan penarikan semula kawalan dan pengurusan lebuh raya daripada LLM dan aspek tanggung rugi oleh kerajaan. Pindaan kali pertama ini tidak menyentuh fungsi LLM sebagai pengawal selia yang memantau pengurusan lebuh raya termasuk operasi tol dan penyelenggaraan.
Dengan termeterainya perjanjian konsesi, maka bermulalah satu peranan baharu LLM iaitu sebagai ejen kerajaan untuk melindungi hak dan kepentingan kerajaan serta mengawasi pelaksanaan tanggungjawab syarikat konsesi di bawah perjanjian konsesi.
Pada masa kini, LLM dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia syarikat konsesi dalam urusan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan serta naik taraf dan pelebaran lebuh raya bagi pihak kerajaan sekali gus menjadi badan yang memantau operasi dan pengawasan tol.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ekoran pembukaan seksyen 11 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) pada 11 Mac 2024, setakat ini, LLM bertanggungjawab untuk mengawal selia dan memantau 33 lebuh raya yang beroperasi dengan jumlah panjang jajaran 2,115.56 kilometer di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, adalah kritikal untuk menambah baik fungsi dan bidang kuasa LLM dalam akta tubuhnya bagi memperkukuh peranan Lembaga Lebuh Raya sebagai sebuah badan pengawal selia yang mantap dan efisien selaras dengan hasrat kerajaan.
Lanjutan daripada pelaksanaan dasar penswastaan serta serahan akhir lebuh raya di bawah kawalan dan pengurusan LLM pada tahun 1994, LLM tidak lagi mengutip tol dan seterusnya kehilangan sumber pendapatan utamanya. Sebahagian besar pendapatan LLM kini adalah bersumberkan peletakan simpanan tetap melalui peruntukan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
pembangunan (developmental expenditure). Namun, pendapatan ini semakin menyusut kerana peruntukan pembangunan hanya disalurkan kepada Lembaga Lebuh Raya setelah ada arahan bayaran bagi pampasan pengambilan tanah atau pembinaan.
LLM pada masa kini menanggung kos pengoperasian dan pembangunan dari sumber dalaman tanpa bantuan peruntukan kerajaan. LLM turut menanggung kos untuk membangun dan memantapkan lagi penyampaian kualiti perkhidmatan untuk keselesaan pengguna lebuh raya seperti pengoperasian pusat kawalan trafik yang semakin meningkat selaras dengan revolusi industri 4.0.
LLM sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya perlu menjana pendapatan sendiri sekurang-kurangnya untuk mendapatkan balik kos (cost recovery) bagi melaksanakan fungsi, tanggungjawab dan kuasa LLM di bawah Akta 231.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, pindaan akta ini tidak akan memberi apa-apa implikasi kewangan kepada pihak kerajaan mahupun kepada kenaikan kadar tol yang telah dipersetujui di dalam perjanjian konsesi antara pihak kerajaan dan syarikat konsesi.
Cadangan pindaan kepada Akta 231 melibatkan 16 fasal seperti berikut― Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Akta 231 untuk mengeluarkan perkataan “antara bandar” bagi menggambarkan situasi semasa.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 231 untuk masukkan takrif baharu dan untuk meminda takrif tertentu yang sedia ada.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda perenggan 4(1)(f) Akta 231 yang berbangkit daripada takrif baharu “Ketua Pengarah” yang dimasukkan ke dalam seksyen 2 Akta 231.
Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 7A ke dalam Akta 231 untuk menghendaki penzahiran apa-apa kepentingan oleh anggota Lembaga dan jawatankuasanya.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 231 untuk memperuntukkan bahawa Lembaga boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai Lembaga untuk bertindak sebagai Ketua Pengarah dalam ketiadaan Ketua Pengarah.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 231.
Subfasal 7(a) bertujuan untuk memasukkan fungsi baharu Lembaga yang antara lain untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya untuk membentuk piawaian, standard bagi lebuh raya dan untuk melaksanakan perancangan reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya.
Subfasal 7(b) bertujuan memberi Lembaga kuasa untuk membuat peraturan- peraturan, dengan kelulusan Menteri, mengenai perkara tertentu sebagai tambahan kepada perkara sedia yang dinyatakan dalam subseksyen 11(2) Akta 231.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 12 Akta 231 untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran apa-apa lebihan wang dalam Kumpulan Wang di bawah subseksyen 12(2)(a) Akta 231 berhubung dengan pelaksanaan fungsi Lembaga ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 16 Akta 231 untuk memperuntukkan bahawa Lembaga boleh meminjam apa-apa wang yang diperlukan oleh Lembaga tertakluk kepada kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.
Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 17A ke dalam Akta 231.
Seksyen 17A yang dicadangkan memperuntukkan kuasa Lembaga untuk menubuhkan syarikat dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 231 untuk memasukkan penalti di bawah seksyen 25 Akta 231 ke dalam penalti am di bawah seksyen 26 Akta 231.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta 231 untuk menaikkan denda bagi penalti am daripada tidak lebih RM5,000 kepada tidak lebih RM20,000.
Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 26A dan 26B ke dalam Akta 231.
Seksyen 26A yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta 231 atau mana- mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 231 kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Seksyen 26B yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa, dengan kelulusan Pendakwa Raya, untuk membuat peraturan-peraturan yang menetapkan mana- mana kesalahan di bawah Akta 231 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta 231 boleh dikompaun serta kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
Fasal ini juga bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk melaksanakan pengkompaunan kesalahan itu dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.
Fasal 14 bertujuan untuk menggantikan seksyen 27 Akta 231 untuk memperkatakan obligasi kerahsiaan berhubung dengan apa-apa penzahiran maklumat atau dokumen yang diperoleh di bawah Akta 231.
Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 33, 34 dan 35 ke dalam Akta 231.
Seksyen 33 yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan Lembaga, mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga atau ejen Lembaga terhadap guaman dan prosiding undang- undang di bawah Akta 231.
Seksyen 34 yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] kepada Lembaga, anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga atau ejen Lembaga di bawah Akta 231.
Seksyen 35 yang dicadangkan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk meminda Jadual kepada Akta 231.
Fasal 16 bertujuan untuk meminda Jadual kepada Akta 231 bagi menggantikan perkataan “ahli” kepada “anggota” bagi maksud keselarasan.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, rang undang-undang ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen ke-15 Bilangan 10 Tahun 2023 pada 22 November 2023 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang Dewan Negara Bilangan 3 Tahun 2024 pada 13 Mac 2024. Sesi taklimat berkaitan rang undang-undang ini juga telah diadakan pada 29 Februari 2024 dan 5 Mac 2024 lalu kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat pembangkang dan kerajaan.
Justeru, saya berharap Ahli-ahli Dewan sekalian dapat memberikan pertimbangan sewajarnya serta bersama-sama menyokong cadangan pindaan ini bagi memangkin perkembangan industri lebuh raya yang lebih moden dan inovatif.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Di hadapan saya sejumlah 16 orang pembahas. Lima minit seorang. Dimulakan oleh Yang Berhormat Sri Aman. Diikuti oleh Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Krau dan akhirnya Yang Berhormat Batu Pahat.
Dipersilakan Yang Berhormat Sri Aman untuk membuka tirai perbahasan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada pihak Menteri kerana telah mencadangkan ataupun membentangkan RUU ini. Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman terpanggil untuk turut serta membahaskan RUU ini dan ingin menyentuh beberapa seksyen sahaja.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Pertama, seksyen 17A yang merupakan seksyen baharu. Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman melihat pindaan ini dibuat adalah bagi memasukkan seksyen baharu ke dalam akta ibu bagi memberi kuasa kepada LLM untuk menubuhkan syarikat bagi menjana pendapatan sendiri. Difahamkan juga Tuan Yang di-Pertua, bahawa peruntukan ini diadaptasi daripada Akta Penerbangan Awam Malaysia 2013 iaitu Akta 788. Oleh itu, Sri Aman mohon penjelasan dari pihak Menteri tentang hubung kaitnya antara cadangan penubuhan syarikat LLM dan akta tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga difahamkan bahawa dasar polisi dan garis panduan bagi syarikat yang bakal ditubuhkan mengikut RUU ini adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri Kerja Raya serta kebenaran Menteri Kewangan. Oleh hal yang demikian, Sri Aman ingin meminta pihak Menteri menyatakan berkenaan tadbir urus syarikat tersebut seperti untuk apa, apa dia, siapa dia, bagaimana dan sebagainya?
Sudah tentu jelas juga kita ingin tahu tentang had dan kekangan, termasuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta pengurusan kewangan dan sebagainya.
Kedua, Sri Aman juga ingin tahu bagaimanakah Lembaga merancang untuk memantau dan menilai kesan serta keberkesanan penubuhan syarikat tersebut dalam jangka masa panjang dan juga pendek.
Seterusnya, Sri Aman juga ingin menyentuh seksyen 26A yang juga merupakan seksyen baharu. Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman tertarik dengan pindaan ini yang dilihat membenarkan pendakwaan boleh dibuat oleh Lembaga sendiri dengan keizinan bertulis daripada pendakwa raya ke atas mana-mana kesalahan di bawah akta ini atau mana- mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini. Sudah tentulah langkah ini memberi kuasa kepada pihak Lembaga sendiri untuk membawa sesuatu kes ke mahkamah dengan mudah dan cepat tanpa delay, dengan izin, atau proses yang panjang.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman ingin tahu sama ada terdapat mekanisme atau kawalan yang telah diperkenalkan bagi memastikan bahawa kuasa yang diberi kepada Lembaga itu melakukan pendakwaan tidak disalahgunakan. Ini Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk memastikan kita dapat menilai dengan lebih tepat, impak dan keberkesanan pindaan ini dalam menjaga keadilan dan integriti sistem keadilan.
Bagi seksyen 26B pula, ini juga seksyen baharu, Tuan Yang di-Pertua. Pindaan ini juga memberi kuasa untuk mengkompaun kesalahan melalui kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu dan pengkompaunan kesalahan tersebut dengan keizinan bertulis daripada pendakwa raya. Hasil daripada kutipan kompaun akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman menyokong pindaan ini kerana dengan pindaan ini, hasil pengkompaunan kesalahan akan menjana hasil pendapatan LLM sendiri dan boleh juga menampung sebahagian kos Lembaga. Cumanya, Sri Aman ada sedikit
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
kekhuatiran, khuatir kerana melihat Fasal ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada mana-mana pegawai untuk melaksanakan pengkompaunan kesalahan.
Walaupun pelaksanaan pengkompaunan kesalahan akan dijalankan setelah diberi kuasa oleh Lembaga dan keizinan secara bertulis pendakwa raya. Adakah Menteri boleh memberi jaminan atau kepastian bahawa segala aspek, termasuk menjaga keadilan dan salah guna kuasa telah diambil kira?
Seterusnya, seksyen 34. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan cadangan pindaan ini iaitu seksyen 34 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 yang memberi perlindungan undang-undang kepada Lembaga dan individu tertentu yang bertugas dalam kapasiti rasmi mereka– satu minit lagi Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, jalan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
...kapasiti rasmi mereka.
Imuniti yang diberikan oleh akta ini merangkumi tindakan undang-undang seperti tindakan sivil, guaman, pendakwaan atau prosiding lain yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas- tugas mereka. Perlindungan ini meliputi apa-apa tindakan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan dengan suci hati atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
Imuniti ini bertujuan untuk memastikan bahawa Lembaga dan individu yang bertugas dalam kepentingan awam dapat menjalankan tanggungjawab mereka tanpa takut akan tindakan undang-undang yang mungkin di ambil terhadap mereka. Namun Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin tahu, apakah rasional dan keperluan mendalam di sebalik pemberian imuniti kepada Lembaga dan individu-individu tertentu di bawah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948?
Tuan Yang di-Pertua, adalah penting untuk mengambil kira kepentingan yang mendasari perlindungan imuniti yang diberi kepada Lembaga dan individu-individu yang disebut. Walaupun perlindungan tersebut memastikan bahawa tugas-tugas rasmi dilaksanakan tanpa rasa takut atau gangguan undang-undang yang tidak berasas, kecenderungan terhadap penyalahgunaan kuasa atau kelakuan yang tidak bertanggungjawab mungkin juga perlu dipertimbangkan.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, sambil mempertahankan prinsip asas perlindungan, cadangan pindaan mungkin perlu juga mengambil kira penguatan mekanisme kawalan dan pengawasan yang lebih ketat serta penegasan kebertanggungjawaban bagi tindakan yang dilakukan di bawah imuniti tersebut. Ini Tuan Yang di-Pertua, akan memastikan bahawa prinsip keadilan dan akauntabiliti terpelihara.
Sambil memelihara integriti imuniti yang diberikan oleh undang-undang. Sekian Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Yang Berhormat Langkawi tarik diri. Kita kepada pembahas ketiga, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekali, syabas diucapkan kepada Kementerian Kerja Raya dan juga LLM atas cadangan pindaan bagi Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia 1980 [Akta 231]. Pastinya cadangan pindaan ini terhasil daripada hasrat untuk menambah baik akta sedia ada. Saya secara umumnya melihat dua tujuan utama dalam cadangan pindaan ini iaitu pertama, untuk menyelaras dan mengukuhkan fungsi LLM mengikut perkembangan dan keperluan semasa.
Kedua, memberi kuasa kepada LLM untuk menjana pendapatan dengan jumlah jajaran kira-kira 2,055 kilometer. LLM kini mengawal selia dan memantau operasi 34 lebuh raya di Semenanjung Malaysia. Angka ini sedikit perbezaan daripada apa yang telah
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
dibentangkan oleh Timbalan Menteri tadi. Mungkin kita perlu pengesahan angka-angka yang saya sebut tadi.
Justeru, pengukuhan fungsi LLM seperti yang dicadangkan dalam RUU ini adalah suatu yang amat perlu kita sokong seperti cadangan pindaan dalam seksyen 11(1), 11(2).
Seksyen 11(1), meluaskan lagi fungsi dan kuasa Lembaga Lebuh Raya Malaysia.
Manakala seksyen 11(2) pula menambah kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan baharu dengan kelulusan Menteri. Kita semua maklum, LLM adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada tahun 1980 mengikut Akta 231.
Pada awal penubuhannya, LLM memang berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas lebuh raya bertol di Malaysia. Namun, selepas Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan pada tahun 1983, peranan ini telah berubah menjadi sebuah badan yang bertanggungjawab mengawal selia pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia.
Walau bagaimanapun, penambahan seksyen 17A iaitu kuasa untuk menubuhkan syarikat seolah-olah hendak mengembalikan LLM kepada peranan asal ketika mula-mula ia ditubuhkan. Kita maklum, penubuhan syarikat ini akan memberi ruang kepada LLM untuk menjalan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana pendapatannya sendiri.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Akan tetapi, bukankah ini secara jelas boleh menimbulkan conflict of interest, dengan izin. Jika faktor dana dan kewangan yang menjadi isu, saya berpendapat kerajaan perlu memberi dana yang mencukupi agar regulatory body ini ataupun badan pematuhan ini dapat menjalankan fungsinya sepenuhnya dengan berkesan. Mari kita lihat keadaan prestasi pencapaian penyelenggaraan keseluruhan bagi 31 lebuh raya pada tahun 2022 yang dinilai melalui Expressway Performance Indicator (EPI). Daripada 31 lebuh raya, hanya tujuh lebuh raya memperoleh empat stars rating dalam tempoh Januari hingga Jun 2022 dengan baki 24 lebuh raya memperoleh tiga stars rating.
Manakala, dalam tempoh Julai hingga Disember 2022 pula, hanya lima lebuh raya memperoleh four-star rating, 25 lebuh raya three-star rating dan ada satu lebuh raya hanya mendapat dua stars rating. Saya melihat fungsi dan peranan LLM sebagai pemantau dan pengawal selia lebuh raya bertol di Malaysia perlu ditambah baik dan ditingkatkan agar perkhidmatan lebuh raya di Malaysia berada di tahap yang cemerlang.
Sebelum saya akhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin tekankan bahawa keutamaan perlu diberikan kepada pemerkasaan fungsi LLM sebagai badan kawal selia.
Penglibatan LLM dalam perniagaan akan menimbulkan conflict of interest, apatah lagi jika perniagaan tersebut melibatkan kerja-kerja ataupun projek-projek yang dikawal selia oleh LLM sendiri. Seumpama pengadil perlawanan bola sepak yang datang dari salah satu pasukan bola sepak yang diadilinya, mana mungkin kita boleh biarkan keadaan sedemikian. Dengan itu, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023.
Pindaan ini ialah pertamanya bertujuan melaras dan mengukuhkan fungsi Lembaga Lebuh Raya Malaysia mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Kedua, memberi kuasa kepada Lembaga Lebuh Raya untuk menjana pendapatan. Terdapat tujuh cadangan pindaan peruntukan baharu dan 10 pindaan dan peruntukan sedia ada. Salah satunya adalah seksyen 17A untuk menyatakan memberi kuasa penubuhan syarikat kepada Lembaga untuk menjana pendapatan sendiri tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan dan juga Menteri Kerja Raya.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Persoalan saya, apabila Lembaga Lebuh Raya diberi kuasa untuk menubuhkan syarikat untuk menjana pendapatan sendiri, jika berlaku kerugian, adakah ia akan dijamin oleh kerajaan? Ini kerana kita mengambil pengalaman-pengalaman yang biasa berlaku dalam GLC. Apabila berlakunya rugi, mereka tahu ada dia punya parent company dia.
Ada dia punya bapa dia untuk tanggung iaitu rakyat melalui dana awam. Dalam erti kata lain, apakah itu akan berlaku? Sejauh manakah implikasi kewangan kepada kerajaan dengan penubuhan syarikat ini? Adakah ia memberi pulangan yang berpatutan atau ia akan menjadi beban kepada kerajaan? Jika ia menjadi pulangan ataupun keuntungan, apakah langkah kerajaan dalam memantau pergerakan dan prestasi syarikat ini?
Apabila Lembaga Lebuh Raya diberi kebenaran untuk menubuhkan syarikat, sudah tentu Lembaga Lebuh Raya memerlukan kewangan tambahan untuk menampung kos-kos dan perbelanjaan tertentu. Persoalan saya, sejauh manakah kekangan kewangan yang dihadapi oleh Lembaga Lebuh Raya sehingga menjadi keperluan untuk menubuhkan syarikat? Itu soalan pertama, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan kedua, berapakah peratusan kewangan Lembaga Lebuh Raya yang tidak mencukupi?
Soalan saya yang ketiga, seterusnya apakah langkah faktor ketidakcukupan kewangan Lembaga Lebuh Raya? Saya juga menyokong pandangan daripada Sri Aman tadi. Kita mengharapkan supaya pelantikan dari kalangan mereka yang mengetuai syarikat, Ahli Lembaga syarikat ini, lantiklah dari kalangan orang yang ahlinya. Bukan kita lantik kerana untuk beri elaun. Bukan kerana kita lantik kerana untuk posisi untuk kepentingan politik. Tetapi, lantiklah orang-orang yang ada kebolehan yang mampu untuk menjana pendapatan dan membantu Lembaga Lebuh Raya.
Kalau hanya semata-mata untuk nak beri elaun, lebih baik duit lebuh raya itu letak dalam fixed deposit, untung bagi dekat dia orang. Kita hendak supaya di sana adanya keuntungan yang baliknya ialah kebaikan. Tujuan dibenarkan tubuh syarikat ini kerana tadi untuk menjana pendapatan untuk lebuh raya. Biarlah difikirkan tentang ROI-nya.
Return on investment. Kurang-kurangnya tidak boleh dapat 90 percent pun kurang- kurangnya dollar to dollar, dengan izin. Kalau hanya untuk memberi elaun sahaja.
Saya rasa kita tak perlu untuk nak tubuh syarikat ini kerana kita harapkan lantiklah orang-orang yang pakar-pakar. Kita tahu rakyat Malaysia ini dari kalangan mereka profesional dalam bidang lebuh raya, dalam bidang jalan raya, dalam bidang berkaitan dengan ini. Lantik orang yang ada capability dan juga mempunyai tentang kemampuan mereka dan juga integriti mereka bagi melahirkan ataupun mewujudkan keuntungan apabila kita bersetuju untuk menubuh syarikat ini sendiri. Kalau tidak, ia akan ulang kes yang sama dalam hal-hal yang kita tengok pengalaman-pengalaman sejarah telah memberikan pengajaran kepada kita. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Pertama kali, sekalung tahniah kepada Kementerian Kerja Raya kerana telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam usaha berterusan menambah baik dan memurnikan akta-akta di bawah seliaan sama ada dengan menyemak semula ataupun pinda ataupun mengkaji sekali secara mendalam untuk diperkenalkan klausa ataupun peruntukan baharu dalam akta sedia ada. Malah, menggubal akta-akta baharu.
Di sini Yang di-Pertua, ingin Ampang mengatakan bahawa Ampang mengalu- alukan beberapa pindaan terhadap Akta Ibu. Pertamanya, Akta 231, Akta Lebuh Raya Malaysia 1980 khususnya akses kepada autonomi kewangan menerusi seksyen baharu 17A dengan kuasa untuk menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 tertakluk pada kelulusan Menteri.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Walau bagaimanapun, sebagaimana yang lain berbahas lebih awal peruntukan baharu ini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk mengurangkan kebergantungan LLM terhadap sumber kewangan kepada Kerajaan Persekutuan. Sekali gus, mengurangkan bebanan perbelanjaan mengurus dan menyumbang kepada sasaran konsolidasi fiskal Kerajaan Persekutuan.
Namun, kita juga cadangan daripada Ampang adalah untuk ada satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu apakah— kita pun ada satu syarat baharu iaitu jumlah geran ataupun pemberian dan terimaan lain daripada Kerajaan Persekutuan mestilah juga dikurangkan. Kalau tidak ia tidak seimbang. Jadi, kebergantungan ini adalah aspek perkara yang perlu diberikan tumpuan.
Jadi, dengan adanya pindaan ini saya yakin jika ada kita lihat di bawah seksyen 12 dalam Akta Ibu dengan memasukkan subseksyen 3 yang mewajibkan penyaluran sebarang lebihan wang pemberian Kerajaan Persekutuan ke dalam Kumpulan Yang Disatukan dapat membantu atau mempercepatkan lagi proses mencapai perbelanjaan seimbang dalam Persekutuan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tetapi, ada dua perkara yang ingin saya bangkitkan. Pertama, apakah kita ada satu mekanisme sahaja iaitu kalau ada duit lebih dipulangkan? Tetapi, bagaimana pula kalau ada masalah pendapatan yang berkurangan? Bagaimanakah — Soalan saya kepada Menteri, apakah ada kawalan atau paling tidak kita ada satu pendekatan baru yang perlu dibuat supaya tidak bergantung kepada sumber kewangan kerajaan semata- mata? Jadi, saya mohon diperjelaskan.
Saya juga mengharapkan dengan berlakunya perkara ini, masalah duit dipulangkan semula ini selalunya ada berkaitan dengan ketidakcekapan pelaksanaan projek-projek. Selalunya projek-projek yang telah pun diberikan kelulusan ini dibuat pelaksanaan. Contohnya mungkin Timbalan Menteri faham, sebelumnya EKVE tujuh tahun duk bertangguh. Jadi, tiap-tiap tahun duit itu dipulangkan. Jadi, ia menunjukkan kecekapan itu sesuatu yang perlu diperingatkan juga di sini dan ia mestilah mengambil kira supaya kompetensi dan kapasiti mestilah diselarikan di dalam kita menggubal pindaan yang kita sebutkan ini.
Jadi walau bagaimanapun, demi memastikan tata kelola yang baik dan tiada konflik kepentingan, jenis-jenis aktiviti menjana pendapatan bagi anak syarikat LLM ini juga perlu dihuraikan dan digariskan secara terperinci. Manakala akaun teraudit anak syarikat dibentangkan juga bersekali kepada Ahli Dewan Rakyat dan juga supaya kita ada akses-akses risalat.
Bukan sahaja hanya syarikat yang utama ataupun LLM sahaja, tetapi kita mahu tahu juga yang bersangkutan. RUU ini juga tidak menyatakan secara jelas dan tuntas sama ada anak syarikat yang bakal ditubuhkan ini boleh menerima hasil kutipan tol, fi atau caj lain yang dikenakan serta denda kompaun dan penalti natijah mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun. Jadi, mohon Menteri perjelaskan.
Begitu juga saya mencadangkan — Saya mengharapkan bila LLM mengambil alih tol ataupun mengambil alih — Nak sebut apa ya? Tol-tol yang telah pun ditamatkan. Saya mencadangkan — Saya mengharapkan sebenarnya dengan adanya rang undang-undang ini, kita tidak membiarkan rumah-rumah tol ataupun pejabat-pejabat tol yang lama itu dibiarkan begitu sahaja. Lebih tidak bagusnya jika rumah-rumah tol ini dijadikan hanya stor oleh JKR ataupun pihak yang berkaitan dengan KKR.
Jadi untuk itu, saya mencadangkan juga supaya LLM memanfaatkan untuk dijadikan perkara-perkara ini boleh dimasukkan seperti mana kalau kita tengok sekarang Tol Batu Tiga, Tol Sungai Rasau yang sekarang ini telah pun tidak ada, hanya. Saya cadangkan supaya ia boleh disewakan dan boleh dijadikan pusat-pusat usahawan. Mohon seminit lagi Yang di-Pertua.
Saya juga menyambut baik pindaan seksyen 11(1) dan 11(2) mengenai fungsi dan kuasa baharu LLM termasuk menasihati Kerajaan Persekutuan tentang semua hal- hal berkaitan dengan lebuh raya, membentuk, melaksana dan juga menentukan piawaian
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
dan seterusnya. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada Menteri, Ampang mohon pencerahan bagaimana isu-isu terkait dengan izin, no man’s land.
Kadang-kadang kita keluar daripada mana-mana lebuh raya, kita dapati ada jarak lebih kurang 500 meter, kadang-kadang hampir satu kilometer yang tidak punya sesiapa.
Tidak di bawah negeri, tidak di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya mengharapkan supaya ia tidak ada tertinggalnya perkara begini dan akhirnya, bajet ini mesti diperuntukkan. Kalau boleh, no man’s land yang ada ini diserahkan kepada LLM sekali gus dengan pindaan yang ada ini supaya ia tidak lagi ada masalah ada tempat yang ketinggalan.
Jadi, disebabkan masa tidak mencukupi, saya Ampang, dengan ini menyokong penuh Rang Undang-undang Lebuh Raya Malaysia. Terima kasih. Selamat berbuka puasa nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berbahas mengenai Rang Undang-undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) 1980.
Dato’ Yang di-Pertua, saya maklumkan pindaan akta ini, namun ada beberapa perkara yang perlu diketengahkan. Perkara pertama yang saya akan bangkitkan pada seksyen 7A iaitu bagi menghendaki penzahiran apa-apa berkepentingan oleh anggota lembaga, keluarga dan jawatankuasa lembaga bagi menjamin ketelusan. Kita telah dibangkitkan pada 24 Januari 2024, media melaporkan tentang salah seorang Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pasangannya dituduh atas dua pertuduhan salah guna kuasa serta bersubahat dalam kerja-kerja berkaitan teknologi komunikasi maklumat (ICT). Oleh itu, persoalannya, apakah mekanisme untuk pastikan pengisytiharan conflict of interest dengan izin, itu benar-benar wujud bagi mengelakkan isu salah guna kuasa terus berlaku?
Dato’ Yang di-Pertua, perkara seterusnya merujuk kepada Fasal 1 pindaan seksyen 27(1)(a) berkaitan dengan obligasi kerahsiaan. Saya memahami kepentingan untuk menjaga kerahsiaan suatu mesyuarat lembaga ataupun mana-mana jawatankuasa.
Namun, yang menjadi kebimbangan saya adalah sejauh mana pindaan yang dibuat ini dapat mengimbangi antara kerahsiaan dan keperluan pemberi maklumat atau whistleblower untuk mendedahkan maklumat dengan bertanggungjawab demi mengawal selia risiko ketirisan dan salah laku yang berlaku.
Merujuk kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023, selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan apabila ingin memberi maklumat. Oleh itu, sejauh mana akta ini mampu menjamin keselamatan dan imuniti kepada pemberi maklumat dan sejauh mana ia tidak menjejas keyakinan whistleblower mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku yang berlaku terutama dalam kalangan ahli lembaga pengarah dan ahli jawatankuasa?
Perkara ini sangat penting kerana Lembaga Lebuhraya Malaysia ini berkaitan rapat dengan kepentingan rakyat. Andai kata salah laku ini benar-benar berlaku dan pemberi maklumat tidak berani untuk tampil, maka secara tidak langsung ia akan menjejaskan nasib rakyat yang turut menjadi penyumbang kepada hasil yang diperoleh oleh Lembaga ini.
Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali merujuk kepada Fasal 7 rang undang-undang ini mengenai pindaan seksyen 11 berkenaan penetapan sistem dan teknologi pungutan tol. Saya ingin bertanyakan, apakah penetapan sistem pungutan sama untuk semua lokasi lebuh raya atau penetapan itu berbeza mengikut lokasi seperti yang berlaku sekarang?
Apakah mekanisme yang ditetapkan dalam memastikan sistem dan teknologi yang
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
digunakan bagi pungutan tol diselaraskan di semua tol termasuk tol di luar kawasan Kuala Lumpur?
Hal ini berlaku — Hal ini kerana sebagai contoh di tol KL, pengguna diberi pilihan untuk membayar menggunakan RFID dan pelbagai lagi sistem untuk melancarkan pembayaran secara terbuka. Namun bila pengguna tol sebagi contoh, bila saya pergi ke Pantai Timur, contohnya Kuala Terengganu, pengguna diberi pilihan menggunakan Touch ‘n Go dan SmartTAG sahaja.
Ada masa lagi, saya nak sentuh juga berkenaan dengan sistem yang sekarang ini, yang contohnya berkaitan dengan RFID. RFID ini dianggap canggih, tetapi dia kena macam sahabat saya dulu, Masjid Tanah pernah sebut, dia reverse, forward, insya-Allah, detect. Maksud dia, kita tengok akan berlaku kesesakan bila menggunakan RFID.
Kemudian, satu lagi berkaitan dengan RFID. Bila kita guna RFID, kita hanya boleh keluar di lorong RFID sahaja, berbanding dengan Touch ‘n Go dan juga SmartTAG, kita boleh guna — Boleh buat pilihan. Itu adalah benda-benda menyukarkan pengguna jalan raya.
Mohon agar lembaga mengambil cakna isu ini. Terima kasih. Itu sahaja, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat PJ, Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan RUU Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh pindaan seksyen 11 yang memperuntukkan klausa (ba) dan (bb) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan lebuh raya serta membentuk dan memantau piawaian lebuh raya. Saya ingin memuji Kerajaan MADANI yang memperkasa peranan LLM sebagai penasihat Kerajaan Persekutuan berkenaan lebuh raya. Pada hemat saya, LLM mempunyai tanggungjawab besar untuk menyelia dan melaksana reka bentuk serta menjalankan penyelidikan bagi memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap, dengan kemudahan lain di sepanjang lebuh raya.
Saya ingin menekankan lebih tentang pengguna motosikal di lebuh raya Dato’ Yang di Pertua. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim menyatakan terdapat peningkatan sejumlah 4,101 penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2022. Malaysian Highway Road Accident Analysis Database System pula melaporkan faktor seperti penambahan jumlah trafik di lebuh raya pada tahun 2022 sebanyak 1,698 juta kenderaan berbanding 1,156 juta pada tahun 2021 direkodkan menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat]] Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Untuk makluman, saya juga telah turun membuat pemantauan laluan motosikal lebuh raya dari Amcorp Mall sehingga ke Batu Tiga, Shah Alam pada 17 Mac ini dan mendapati beberapa laluan amat bermasalah.
Banjir, jalan berlubang dan tidak berturap antara yang menyumbang keadaan laluan motosikal menjadi amat-amat berbahaya. Justeru, saya ingin bertanya, apakah garis panduan dan piawaian terkini yang digunakan untuk mereka bentuk dan menyelenggara laluan motosikal di sepanjang lebuh raya? Apakah perancangan terperinci kerajaan untuk penaiktarafan infrastruktur laluan lebuh raya motosikal agar ianya lebih selamat dan sistematik untuk pengguna?
Mesyuarat]] Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Puan Yang di-Pertua, begitu dengan penyepaduan perkhidmatan bas. Saya difahamkan amat susah untuk mendapatkan kebenaran LLM untuk mendirikan perhentian bas sepanjang LDP umpamanya Lebuhraya Damansara-Puchong. Maka, ini menyukarkan operator perkhidmatan bas awam. Sepatutnya, bas awam dikecualikan daripada kesemua kerenah birokrasi dan dipermudahcarakan.
Saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini bahawa sepatutnya bas awam dikecualikan daripada bayaran tol. Apa pandangan kementerian terhadap cadangan tersebut?
Puan Yang di-Pertua, kedua pindaan seksyen 17A yang memberi kuasa penubuhan syarikat kepada lembaga untuk menjana pendapatan sendiri tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan dan Menteri Kerja Raya. Berdasarkan Akta Badan-badan Berkanun 1980, saya memahami bahawa LLM bertindak sebuah entiti berasingan yang mempunyai kuasa serta pentadbiran umum boleh memeterai kontrak memiliki, membeli dan menikmati pelbagai jenis harta alih dan tidak alih.
Justeru, kita dapat lihat kalau ikut contoh di Singapura dengan Land Transport Authority telah menubuhkan beberapa anak syarikat seperti MSI Global yang menawarkan khidmat pakar konsultasi tentang pengurusan pengangkutan darat yang strategik. Di samping itu syarikat EZ-Link Pte Ltd yang ditubuhkan juga menghasilkan kad pintar untuk kegunaan bas awam, MRT dan lain-lain. Semua ini dikawal oleh Monetary Authority of Singapore dan Public Transport Coucil.
Soalan saya adalah, apakah tatacara yang digunakan untuk menubuhkan anak syarikat di bawah LLM sekiranya ditubuhkan dan beroperasi? Adakah laporan kewangan tahunan akan diaudit dan juga dibentangkan kepada Parlimen seperti termaktub pada seksyen 18 dan 19?
Puan Yang di-Pertua, ketiga, pindaan seksyen 27A menekankan tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen berkenaan hal ehwal lembaga dengan melalui apa-apa cara boleh menzahirkan maklumat tersebut.
Saya ingin menyentuh lebuh raya di Lebuhraya PJD Link sentiasa mendapat perhatian awam. Seperti yang kita ketahui projek ini telah dibatalkan pada 2023. Namun seakan kembali semula dibicarakan oleh orang ramai semenjak akhir-akhir ini. Apatah lagi perjanjian konsesi ini masih diklasifikasikan sebagai sebahagian OSA 1972. Terma dan kandungannya, bayarannya, jalan mana, routing mana semua tidak dapat diakses oleh orang awam sedangkan projek berskala besar ini menjadi kepentingan awam.
Justeru, soalan saya bagaimana kerajaan menentukan bahawa sesuatu kandungan itu perlu diklasifikasikan dan memandangkan projek konsesi Lebuhraya PJD Link ini merupakan kepentingan awam, saya pohon dinyah klasifikasikan untuk makluman rakyat jelata?
Kesimpulan, saya berharap kerajaan akan lebih sistematik menangani isu-isu berkenaan lebuh raya. Menyatupadukan kepenggunaan lebuh raya dengan pengangkutan awam selain memperkasa pengangkutan dan kemudahan jalan raya termasuk laluan motosikal agar ia dapat memberi manfaat yang maksimum kepada pengguna dan rakyat. Sekian saja ucapan perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Petaling jaya. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan lanjut daripada kementerian terhadap pindaan ini.
Yang di-Pertua, pertama, saya ingin - saya mengira penambahan seksyen 7A mengenai penzahiran kepentingan ini merupakan antara peruntukan yang akan memberi nilai tambah terhadap LLM dalam menjalankan fungsinya khusus dalam aspek pencegahan rasuah. Cuma, saya ingin mencadangkan supaya dipertimbangkan suatu
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
peruntukan untuk digugurkan secara terus keanggotaan anggota lembaga tadi jika mereka gagal menzahirkan kepentingan selain daripada hukuman yang diletakkan dalam subseksyen 3. Itu cadangan saya.
Kedua, saya mohon agar dijelaskan mengenai subseksyen baru iaitu seksyen 9(3)(c) iaitu apabila Ketua Pengarah atas apa-apa sebab lain tidak dapat melaksanakan kewajipannya. Apakah contoh? Sebab-sebab yang diterima untuk mengesahkan bahawa seseorang Ketua Pengarah berada dalam situasi tidak dapat melaksanakan kewajipannya sebagai mana yang diperuntukkan di bawah subseksyen ini? Mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga, saya kira pindaan seksyen 11 dalam fasal ketujuh berkenaan fungsi lembaga untuk diperhalusi khususnya pada subseksyen (ca) iaitu untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh lembaga sebagaimana ditentukan oleh Menteri.
Kalau kita lihat subseksyen (c) itu, iaitu pada seksyen 11(1)(c) dalam akta ibu menjelaskan mengenai fungsi untuk memungut tol dan bayaran lain. Tapi dalam subseksyen baharu (ca), adalah mengenakan fi atau apa-apa caj perkhidmatan, memungut bayaran dengan mengenakan bayaran adalah dua perkara yang berbeza.
Memungut bayaran dengan mengenakan bayaran.
Soalnya siapa yang menentukan caj tersebut? Siapa yang akan menanggung caj tersebut? Apakah diambil kira kepentingan awam dengan mengenakan caj tersebut?
Saya juga harus dijelaskan dalam Dewan ini untuk apa fi tersebut akan dikenakan kerana kita bimbang akhirnya beban dilepaskan kepada pengguna.
Begitu juga pindaan dalam seksyen 11(2) dengan beberapa perkara dimasukkan di bawah subseksyen (c) mengenai sistem dan teknologi pungutan tol. Piawaian dan pengawasan dan kawalan termasuk subseksyen (cc) dengan mengadakan peruntukan bagi fi atau apa-apa caj berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh lembaga.
Masih dalam persoalan yang sama, pertama, satu sudut janji menghapuskan tol yang dianggap berkubur dengan tanda batu nisan yang jelas.
Kedua, sudut lain apakah pula tambahan caj akan berlaku pada masa akan datang selain pengenaan tol di lebuh raya? Adakah rakyat akan dikenakan tambahan caj lain kelak?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon penjelasan lanjut mengenai penambahan subseksyen baru iaitu 17A kuasa untuk menubuhkan syarikat. Apakah tujuan penambahan subseksyen ini secara spesifik dan apakah ia melibatkan kuasa untuk membina lebuh raya baru dan sebagainya? Saya juga menyokong apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan rakan-rakan yang lain tentang penubuhan syarikat.
Perkara terakhir yang ingin dibangkitkan adalah mengenai penggantian seksyen 27 secara keseluruhan iaitu berkenaan obligasi kerahsiaan. Sehingga dimasukkan juga subseksyen B iaitu tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses terhadap maklumat. Sehingga akhirlah. Cuma apa? Justifikasi kementerian meletakkan satu tanda aras obligasi kerahsiaan yang begitu ketat. Bagaimana boleh kita seimbangkan peruntukan ini dengan pelindungan terhadap pemberitahu maklumat yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Terima kasih, di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang- undang Lembaga Lebuhraya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 pada petang ini.
Cha Kee Chin - Rasah
Ada beberapa perkara yang saya hendak sebutkan. Pertama, berkenaan dengan takrifan lebuh raya yang diperluaskan dengan adanya pindaan ini dengan memasukkan beberapa perkara. Izinkan saya merujuk kepada antara perkataannya selepas “garis tengah” iaitu perkataan “lorong mendaki, lorong memotong, terowong dan sebagainya”. Saya hendak tanya apakah sebab justifikasi untuk pihak kerajaan memasukkan takrifan yang lebih meluas ini?
Sebab bagi saya ia bukan setakat memperluaskan skop bidang kuasa pada LLM tetapi ia turut membawa kepada liabiliti. Apabila menyebut tentang liabiliti saya hendak tanya, setakat– mungkin ambil data ataupun statistik sejak lima tahun yang lepas. Adakah beberapa kes yang melibatkan liabiliti daripada lebuh raya yang ada di Malaysia yang sejumlah 33 lebuh raya di Malaysia yang menghadapi tuntutan daripada mana-mana pihak?
Perkara yang kedua yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan seksyen 7A yang baru dimasukkan. Saya memuji kemasukan seksyen baharu ini dalam menzahirkan kepentingan anggota lembaga LLM tak kira kepentingan secara langsung atau tidak langsung. Bagi saya ini antara yang kita perlu angkat, kita perlu sokong secara bersepadu untuk memastikan integriti yang tinggi. Saya menyambut baik.
Cuma satu perkara saya hendak sebutkan di sini iaitu di bawah seksyen 7A tadi, dikatakan bahawa ada satu hubungan iaitu sub E iaitu hubungan suami atau isteri anaknya atau adik beradiknya. Bagi saya kalau kita sebut suami atau isteri, anaknya atau adik beradiknya, dia lebih kepada menantu punya adik beradik itu. Bagi saya hubungan ini– saya tidak tahu kenapa dimasukkan, bagi saya ia agak jauh sedikit. Sebaliknya, kenapa tidak dimasukkan bapa atau ibu saudara ataupun sepupu kepada anggota lembaga tersebut. Bagi saya, hubungan persaudaraan tersebut lebih dekat dan lebih memungkinkan sekiranya ada apa-apa conflict of interest. Jadi mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.
Seterusnya saya hendak sebut berkenaan dengan seksyen 11(1) iaitu fungsi baharu yang memperluaskan skop LLM. Bagi saya sangat baik untuk membolehkan LLM mempunyai kuasa kawal selia yang lebih. Keduanya yang saya hendak sebut ini, seksyen 11(2), kuasa lembaga membuat peraturan baharu dengan kelulusan Menteri. Secara spesifik seksyen 11(1)(ca) berkenaan dengan fees atau caj lain. Saya hendak sebut kita bayar tol itu biasalah semua orang bayar tol. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan fees atau caj ini? Adakah ini akan satu hari nanti mungkin bukan sekarang menjurus kepada satu bayaran khas, satu bayaran tambahan dikenakan terhadap pengguna lebuh raya kita?
Seterusnya berkenaan dengan seksyen 11(2)(ca) yang baru yang mengatakan bahawa menetapkan sistem dan teknologi yang digunakan bagi pungutan tol. Saya hendak tanya apakah ini berkenaan dengan MLFF yang pernah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri KKR bahawa MLFF ataupun aliran pantas pelbagai lorong yang bakal dilaksanakan pada tahun depan. Saya hendak tanya apakah status MLFF? Apakah ia boleh dilaksanakan seperti mana yang diumumkan sebelum ini?
Seterusnya perkara yang berkenaan dengan seksyen ini juga saya hendak tanya ada tidak statistik daripada KKR? Setakat ini berapakah lorong yang gunakan Touch ‘N’ Go, yang gunakan Smart Tag, yang gunakan RFID di semua 33 lebuh raya yang kita ada dan ada tak lorong daripada terutamanya Smart Tag yang akan dipindahkan ataupun di tukar menjadi RFID dalam masa akan datang.
Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 25 dan 26 menaikkan denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM20,000. Kita sambut baik sebab ada keperluan, sebab lama tidak pinda. Saya hendak tanya setakat lima tahun terakhir ini berapa banyak kah kes yang melibatkan perbuatan khianat? Sebab bagi saya sesiapa yang buang sampah dan sebagainya di lebuh raya ataupun bahagian tertentu, ia bukan sahaja mendatangkan kerugian, kerosakan kepada harta benda tetapi lebih mustahak adalah ia memungkinkan risiko terhadap nyawa pengguna jalan raya.
Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya mohon data daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila gulung nanti. Kita tidak tahu berapa kes dan untuk justify peningkatan ini tetapi saya sokonglah.
Saya dengan hujahan ini saya menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang
(Pindaan) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Timbalan Menteri, kalau kita lihat cadangan kali ini ada tujuh cadangan peruntukan baharu dan juga sepuluh pindaan terhadap peruntukan yang sedia ada. Jadi sudah pasti tujuan kerajaan adalah untuk memastikan menaik taraf ataupun menambah baik fungsi Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatan dan juga untuk memastikan keselesaan pengguna lebuh raya dan yang paling penting ialah keselamatan lebuh raya.
Jadi di sini hari ini saya ingin merujuk kepada seksyen 11(1) dan (2) di mana di bawah seksyen pindaan ini akan mewujudkan fungsi baharu bagi lembaga. Antaranya ialah untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan mengenai perkara berhubung dengan lebuh raya. Maka saya ingin mengambil peluang ini untuk minta supaya selepas akta ini di pinda, lembaga boleh mengambil berat tentang keselamatan lebuh raya di negara kita.
Saya ingin menarik perhatian kementerian iaitu kebelakangan ini saya dapati terutamanya pada waktu malam apabila di kawasan-kawasan di mana persimpangan hendak keluar ke tol ataupun hendak masuk ke tol, banyak kenderaan berat lori yang besar semua berhenti di tepi lebuh raya. Jadi ini adalah satu yang keadaan yang amat bahaya. Contohnya kalau malam ini saya balik ke Melaka, sebelum hendak keluar ke tol Ayer Keroh saya akan dapat lihat banyak lori-lori besar akan berhenti di tepi jalan.
Begitu juga di tol berdekatan dengan Seremban juga begitu. Ini adalah amat bahaya terutamanya kepada pengguna jalan raya. Pada waktu malam, larut malam dan telah berlaku kemalangan dan telah menyebabkan cedera parah dan ada yang mati. Jadi dalam hal ini, saya harap supaya lembaga boleh ambil berat tentang isu ini dan kaji apakah masalahnya. Adakah operator lebuh raya mereka tidak menyediakan tempat yang secukupnya untuk kenderaan berat untuk mereka parking pada waktu malam? Ya, kita faham kenderaan berat ini waktu malam mereka perlu rehat tetapi barangkali tak ada tempat untuk mereka rehat maka mereka park kereta mereka di tepi lebuh raya. Itu amat bahaya, itu yang pertama.
Kedua, kita lihat hari ini permintaan penggunaan lebuh raya sudah meningkat.
Banyak kenderaan telah menggunakan lebuh raya. Akan tetapi kita lihat tempat rehat yang sedia ada, penambahannya tidak setanding dengan pengguna lebuh raya. Jadi dalam bab ini kita harap supaya lembaga boleh memastikan lebih banyak tempat rehat untuk pengguna lebuh raya. Begitu juga pada waktu musim perayaan. Ya, kita dapat lihat lebuh raya semua akan sesak. Jadi bagaimanakah kita hendak cari satu formula supaya terutamanya pada musim perayaan ini apabila sekiranya berlaku kemalangan, maka mesti ada tindak balas yang pantas untuk melancarkan lebuh raya tersebut.
Seterusnya saya juga merujuk kepada di bawah seksyen 11(1) dan (2) iaitu memberi kuasa kepada lembaga untuk membuat peraturan baharu dengan kelulusan Menteri. Antara lainnya seperti menetapkan sistem dan teknologi kutipan tol.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Malaysia agak unik di mana di lebuh tol di Malaysia ini, kita ada tiga jenis, melalui tiga jenis buat bayaran. Melalui Touch ‘n Go, melalui SmartTAG dan juga menggunakan cara RFID. Kalau kita banding dengan negara-negara lain, mereka hanya gunakan satu sistem sahaja tapi Malaysia, kita gunakan tiga sistem. Jadi bagi pengguna jalan raya, barangkali dia terpaksa belanja lebih untuk menyediakan tiga alat yang berbeza untuk mereka gunakan lebuh raya. Ini adalah tidak adil kepada pengguna jalan lebuh raya
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
kerana mereka terpaksa belanja lebih untuk menyediakan tiga iaitu Touch ‘n Go card, SmartTAG, RFID.
Jadi sepatutnya kita selaraskan hanya guna satu sistem sahaja dan sebelum ini Perdana Menteri juga menyebut bahawa seharusnya boleh gunakan credit card ataupun debit card untuk bayar tol ini dan kita lihat ada satu, dua tempat, mereka sudah laksanakan amalan tersebut. Jadi saya nak tanya kepada kementerian melalui lembaga, adakah kita akan laksanakan ini di semua tol supaya memudahkan pengguna lebuh raya? Mereka tak perlu belanja lebih, perlu simpan sikit duit dalam Touch ‘n Go, perlu simpan sikit duit dalam SmartTAG, perlu simpan sikit duit dalam RFID.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Untuk memudahkan semua orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya rasa itu adalah lebih adil kepada pengguna lebuh raya. Dengan itu, sekian terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Bismilllahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di- Pertua. Tujuan penubuhan LLM ini adalah untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh-lebuh raya di Malaysia. Mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Saya ingin menyentuh pindaan seksyen 11 iaitu subseksyen (a)(bb) iaitu untuk membentuk, melaksana dan memantau piawaian bagi lebuh raya. Di sini adalah berkenaan dengan saranan kerana pihak LLM adalah satu perbadanan yang membentuk dan melaksanakan perkhidmatan lebuh raya untuk kita membuat satu kajian tentang kesesakan lebuh raya yang berlaku di antara Sungai Dua ke Juru iaitu yang melalui Permatang Pauh berada di sebelah saya.
Kita boleh buat seperti dulu kita pernah buat di Tol Jelapang di mana kita telah menghapuskan tol di situ dan terus membuat divert keluar kepada Ipoh. Jadi di Sungai Dua hingga ke Juru ini, kita boleh buat lebuh raya bertingkat. Jadi saya mohon Lembaga Lebuhraya untuk mengkaji kemungkinan untuk mengadakan satu tingkat lagi di atas.
Orang yang daripada Alor Setar terus kepada Juru, tidak perlu melalui kesesakan yang amat teruk di sebelah Seberang Jaya iaitu di Permatang Pauh.
Kedua adalah berkenaan dengan subseksyen 11 juga akta dipinda iaitu subseksyen 11(b)(cb) iaitu yang ketiga, menguruskan kemalangan dan kecemasan di lebuh raya. Di sini kita melihat jika berlaku sesuatu kemalangan, kita terperangkap sampai dua tiga jam, tiga empat jam di lebuh raya. Saya memohon Lembaga Lebuhraya untuk mengkaji keadaan ini apabila kita kalau di sebelah ini terhalang, kita bolehlah membuka di sebelah sana untuk melancarkan trafik kerana ini telah membebankan pengguna. Kita membayar tol untuk cepat tetapi kita terperangkap di situ ataupun kita boleh alert awal sebelum exit supaya kereta yang banyak tidak melalui jalan yang tersekat itu, supaya keluar, supaya mereka ada alternatif.
Seterusnya ialah berkenaan dengan seksyen 17A iaitu berkenaan dengan LLM untuk menjana perniagaan serta menjana pendapatan sendiri tetapi tertakluk kepada Kementerian Kewangan dan Menteri Kerja Raya. Kita sedia maklum bahawa perbelanjaan untuk badan-badan berkanun seperti LLM dikurangkan untuk menggalakkan supaya badan-badan berkanun untuk menjana pendapatan sendiri tapi apabila ini dilaksanakan, adakah ia tidak akan membebankan pengguna di masa akan datang apabila apa yang kita buat ini tidak akan mendatangkan kerugian? Kita kena melihat supaya apabila untung
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
itu okeylah, apabila rugi ini macam mana kita nak buat? Ada satu mekanisme untuk kita yang akan dilaksanakan.
Seterusnya adalah berkenaan dengan 26A iaitu berkenaan dengan anggota lembaga yang diberi keizinan oleh pendakwa raya yang secara bertulis untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan di lebuh raya. Kita maklum bahawa dalam keadaan kita ghairah mengkompaun orang yang melakukan kesalahan lebuh raya, adakah apabila kita hendak mengutip wang yang lebih, kita perlu mengadakan banyak kompaun? Ini mungkin akan membebankan pengguna lebuh raya.
Kita dalam seksyen 25 akta ibu ada menyebut mana-mana orang yang meletakkan sampah, kaca, rumput-rampai, sampah sarap atau apa-apa benda lain yang berbahaya dalam hak lalu lalang di lebuh raya itu melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500. Persoalan saya ialah berkenaan dengan serpihan tayar-tayar kenderaan berat yang pecah dan berada di atas lebuh raya yang boleh menyebabkan kemalangan maut dan kerosakan kepada kenderaan lain.
Adakah ia juga dikategorikan sebagai satu kesalahan dan bolehkah mangsa yang terlibat menuntut ganti rugi kepada LLM atau kepada pemilik kenderaan berat yang menjadi penyebab kepada kemalangan dan kerosakan itu?
Berkenaan dengan cadangan baru seksyen 33 iaitu menyatakan, memberikan perlindungan kepada ahli anggota lembaga terhadap tindakan atau prosiding undang- undang. Semasa cadangan ini dibangunkan oleh kementerian, adakah ia telah dipastikan bahawa ianya tidak bercanggah atau bertentangan dengan Akta 605, Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) tahun 2000. Seksyen ini seolah-olah memberi lesen atau permit kekebalan kepada anggota LLM yang boleh menggunakan kedudukan atau kepentingan dan keuntungan kepada diri sendiri.
Adakah dengan penambahan seksyen ini dapat menjamin integriti dan keteguhan prinsip antirasuah yang sering dilaungkan oleh kerajaan ini? Sekiranya kita ingin mewujudkan negara yang benar-benar bebas rasuah serta salah guna kuasa dan sebagainya, adakah pindaan undang-undang seperti ini akan membawa kepada matlamat tersebut? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih peluang yang diberikan kepada Kuala Krau untuk berbahas perihal RUU Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023. Terdapat empat perkara yang hendak saya sentuh secara langsung berkenaan dengan pindaan akta ini. Pertama, saya mulakan dengan pindaan seksyen 9 berkenaan dengan pemberian kuasa kepada lembaga untuk melantik secara sementara mana-mana pegawai bagi menjalankan fungsi Ketua Pengarah.
Saya sedia maklum ini perlu dilakukan sekiranya Ketua Pengarah tiada dalam negara pada sesuatu tempoh atau sekiranya beliau tidak dapat melaksanakan kewajipannya. Namun persoalan yang ingin saya timbulkan, yang pertama adalah apakah terma yang paling dekat untuk menggambarkan pelantikan ini? Adakah ianya alternate director ataupun substitute director ataupun shadow director, dengan izin?
Kedua, apakah kayu ukur kepada kompetensi pegawai pengganti interim ini agar LLM dapat mengelakkan daripada berlaku keputusan yang tidak wajar sewaktu tempoh beliau dilantik dan yang ketiga, adakah sudah ada limitasi kepada autoriti yang bakal diberikan kepada Ketua Pengarah sementara ini berbanding autoriti Ketua Pengarah yang sedia ada? Seksyen 11(1) dan 11(2) berkenaan dengan kedudukan fungsi baharu lembaga. Persoalan saya, dengan penambahan begitu banyak fungsi baharu kepada lembaga ini, berapakah anggaran peluang pekerjaan yang dijangka akan dibuka di dalam LLM kepada rakyat negara ini?
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kedua, dan berbanding dengan tol percuma yang diumumkan pada tahun lepas, saya ingin mengetahui berapakah jumlah pembayaran LLM kepada syarikat-syarikat konsesi dan apakah status pembayaran tersebut?
Seksyen 17A berkenaan dengan pemberian kuasa penubuhan syarikat kepada Lembaga bagi tujuan menjana pendapatan yang disentuh sebahagian besarnya oleh Yang Berhormat yang lain. Persoalan saya, apakah asbabnya sehingga LLM ini sebuah badan kerajaan terpaksa meminda akta ini agar dapat ditubuhkan satu syarikat yang bertujuan untuk mencari dana sedangkan LLM ini merupakan badan kerajaan yang juga mendapat sedikit hasil daripada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bermaksud terdesak sangatkah perkara ini kerana kemungkinan ia akan membebankan kepada pengguna apabila ia mengalami kerugian.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Apa pula bentuk pemantauan serta mekanisme semak dan imbang yang digariskan mengambil kira syor perluasan skop kuasa kepada Lembaga ini untuk menjana pendapatan dan ke manakah dana ini akan digunakan?
Seksyen 26A dan 26B berkenaan dengan pemberian kuasa pendakwaan kepada Lembaga dengan keizinan daripada pendakwa raya. Saya ingin mendapat penjelasan― saya faham pindaan seksyen 26A dan 33 ini berkait rapat, iaitu Lembaga diberikan punca kuasa untuk mengendalikan urusan disiplin dan salah laku dari dalam Lembaga secara bersendirian dan tindakan undang-undang tidak boleh dikenakan kepada pesalah selagi mana mereka terikat dengan akta ini. Ini ditambah pula dengan pindaan seksyen 27 berkenaan dengan obligasi kerahsiaan. Namun, pindaan ini saya melihat agak berlebihan dan seolah-olahnya LLM ini berada di aras yang berbeza berbanding dengan lembaga- lembaga yang lain.
Jadi, mohon pencerahan daripada kementerian. Yang pertama, adakah perlu melakukan pindaan akta sehingga sebegini? Dan yang kedua, adakah sudah ada case study, dengan izin, ataupun apa-apa asas yang membuatkan perkara ini perlu diaktakan?
Jadi, saya berharap agar cadangan serta persoalan ini mendapat perhatian dan mendapat jawapan yang sebaiknya daripada kementerian. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih memberikan kesempatan untuk saya membahaskan pindaan rang undang- undang ini. Difahamkan Akta 231 telah wujud pada tahun 1980 dan kali pertama dipinda pada tahun 1986 dan ini adalah pindaan kali kedua setelah lebih 37 tahun.
Puan Yang di-Pertua, jika dilihat tujuan asal ia dipinda adalah untuk memperkasakan fungsi Lembaga Lebuhraya (LLM) sebagai badan pengawal selia lebuh raya bertol. Ia kini mengawal 33 buah konsesi yang berbeza lokasi dan saiz.
Dalam urusan penyelenggaraan lebuh raya, kerencaman penyeliaan berlaku.
Difahamkan terdapat wujud perbezaan pendapat di antara LLM dan pihak konsesi.
Sebagai contoh, sekiranya ada teguran-teguran yang dibuat oleh LLM kepada pihak konsesi, contohnya seperti potongan rumput, pembersihan kawasan lebuh raya― Batu Pahat yakin banyak persoalan dari segi punca kuasa yang ditimbulkan. Dengan ini menjadikan lebuh raya tentu mengabaikan keselamatan pemandu lebuh raya dan keadaan ini menjadikan pihak LLM seperti umpamanya senapang tanpa cukup peluru ataupun rokok ada tetapi lighter tak ada.
Dengan pindaan ini, Batu Pahat yakin pertikaian kuasa di antara pihak konsesi dengan pihak LLM dapat diselesaikan. Malah, pematuhan pihak konsesi akan memberi keselesaan kepada semua pemandu di lebuh raya yang berkaitan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Puan Yang di-Pertua, buat masa ini, berapakah kos operasi yang ditanggung oleh pihak LLM? Batu Pahat yakin perbelanjaan ini semakin meningkat apatah lagi bila ada lebuh raya baharu yang akan dibina.
Pihak LLM memerlukan kepakaran untuk mengawal selia semua lebuh raya yang ada. Bukan sahaja untuk keselesaan pengguna tetapi untuk menjamin keselamatan semua pemandu. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan lebuh raya Malaysia ini salah satu lebuh raya yang selamat dan yang akan menjadikan pemandu- pemandu di luar negara berminat untuk memandu di lebuh raya di Malaysia ini.
Kos operasi yang semakin meningkat dan sumber yang sangat terhad. Saya yakin dengan sewaan tanah milik LLM, caj pemprosesan atau sewaan papan iklan mungkin tidak mampu menampung kos operasi LLM sehingga hari ini. Difahamkan juga pada masa ini anggota LLM adalah seramai lebih daripada 300 orang dan perbelanjaan gaji kemungkinan sekitar antara RM2 juta atau RM3 juta dan maintenance pun semakin meningkat. Yang lebih sulit lagi, terdapatnya teknologi-teknologi baharu yang memerlukan LLM mendapatkan lesen untuk memperolehnya. Ini semua kos yang ditanggung LLM. Tetapi, hasil yang didapati oleh LLM adalah tidak konsisten.
Oleh itu, Batu Pahat menyokong pindaan ini dan bersetuju LLM patut diberi pertimbangan untuk menubuhkan anak syarikat sebagaimana beberapa entiti perbadanan awam yang lain untuk menjana pendapatan. Dengan wujudnya anak syarikat ini, ia membolehkan LLM menjana hasilnya sendiri. Dengan tertubuhnya anak syarikat ini, LLM hendaklah telus terutamanya dalam urusan tata kelola perniagaan dan kalau boleh, penempatan ini tidak lebih daripada hanya untuk memerlukan kos operasi LLM itu sendiri.
Puan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, sudah tentu LLM telah menghasilkan ramai pakar lebuh raya yang mampu menasihatkan kerajaan mengenai lebuh raya. Ada pakar reka bentuk, pakar dalam sistem pengurusan makmal lebuh raya.
Maksudnya, LLM telah melahirkan ramai pakar. Oleh itu, Batu Pahat yakin dengan ada pindaan ini, pakar-pakar lebuh raya tetap kekal berada di LLM dan Batu Pahat yakin dengan beberapa insentif yang baharu, mereka akan kekal di LLM.
Puan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dimaklumkan awal tadi, LLM sedang mengawal selia 33 buah konsesi dan lebih 2,000 kilometer lebuh raya. Dengan keanggotaan lebih 300 orang ini, LLM telah membuktikan, mengesahkan LLM telah berkhidmat dengan baik dan cemerlang.
Puan Yang di-Pertua, Batu Pahat menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 30 minit.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberikan pandangan-pandangan mengenai pindaan RUU ini. Daripada Sri Aman, Wangsa Maju, Bagan Serai, Ampang, Padang Besar, Petaling Jaya, Pokok Sena, Rasah, Kota Melaka, Merbok, Kuala Krau dan Batu Pahat. Ada 12 Ahli Parlimen yang memberikan pandangan- pandangan dan juga cadangan-cadangan. Ada juga yang kelihatan yang tidak bersetuju.
Apa pun, saya ingin menjawab satu persatu.
Yang ada di tangan saya ini mula-mula mengenai― apa yang di hadapan saya ialah mengenai cadangan Rasah. Status pelaksanaan MLFF masih di peringkat perundingan, sedang dilaksanakan oleh pihak UKAS bagi melihat kebolehlaksanaan dengan mengambil kira semua pemegang taruh yang terlibat. Satu kertas Kabinet akan diangkat dan mengambil kira ulasan yang diperolehi oleh pihak UKAS. Rundingan berkenaan tarikh luputnya ialah pada 16 Disember 2024 dan sekiranya tidak dapat dimuktamadkan, maka perjanjian pelantikan ini akan terbatal.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kemudian, mengenai lorong RFID, status lorong-lorong Smart Tag. Sejumlah 199 plaza tol di seluruh lebuh raya di mana 179 plaza tol telah menyediakan lorong RFID sekurang-kurangnya satu lorong bagi setiap arah. Pada masa yang sama, pihak LLM telah mengarahkan konsesi untuk menambah bilangan lorong RFID di setiap plaza tol yang berkenaan.
Kemudian, mengenai lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya mengambil maklum mengenai kesesakan lalu lintas antara kawasan itu dan cadangan pembinaan lebuh raya secara bertingkat di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua telah diterima daripada syarikat pencadang. Pihak kerajaan sedang memperhalusi dan meneliti cadangan tersebut agar kaedah pelaksanaan terbaik dapat dihasilkan.
Kemudian, Petaling Jaya ada bertanya mengenai sukar untuk membina pondok bas di lebuh raya. Ya, memang betul, kita ada menyediakan lokasi, namun terhad pembinaan itu kerana terdapat lokasi yang berisiko. Oleh itu, kawasan lebuh raya mempunyai kawasan yang terhad akibat pembangunan yang pesat di kiri kanan lebuh raya. Tetapi jika ada kawasan-kawasan cadangan, kita tiada halangan untuk mempertimbangkannya. Kemudian...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Mencelah sikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
PJD Link. Ini mengenai klasifikasi sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Kemudian, kita mengetahui bahawa perjanjian konsesi tersebut perlu diklasifikasikan semula sebelum inti pati yang terkandung di dalam yang boleh didedahkan secara terbuka. Selain itu, pihak kerajaan juga tertakluk kepada klausa confidentiality yang termaktub dalam perjanjian konsesi tersebut dan kita tidak boleh nyahklasifikasi dengan mudah-mudah. Kemudian, YB Pokok Sena, apakah janji...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Bab PJD Link, boleh mencelah sikit?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, sila.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Saya mendapati bahawa sekiranya mana-mana konsesi boleh menghantar ataupun mencadangkan konsesi lebuh raya tetapi rakyat tidak tahu apa-apa, bagi saya tatacara itu adakah ia boleh disemak semula ataupun ia boleh dinyahklasifikasikan secara berperingkat? Contohnya, memberikan penerangan kepada rakyat tentang laluan mana dulu yang akan terjejas ataupun membenarkan Ahli- ahli Parlimen dulu untuk boleh mendapatkan akses. Kalau tidak, ia tidak adil kepada bukan sahaja pembuat keputusan tetapi tidak adil juga kepada rakyat untuk mengetahui mana mereka akan terjejas. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya kira YB Petaling Jaya boleh berjumpa dengan YB Simpang Renggam dan berbincang dengan Pengerusi LLM tentang perkara itu. YB Simpang Renggam adalah Pengerusi LLM. Dekat saja tempat duduk itu, boleh berunding untuk mengetahui.
YB Pokok Sena, apakah janji untuk menghapuskan tol? Tentunya kami tak berjanji. Ada pihak yang berjanji tetapi anggaran pada tahun 2019 untuk menghapuskan tol, kita kena membayar konsesi lebih kurang RM400 bilion. Mana ada duit, YB dan itu anggaran 2019. Sekarang 2023. Bererti anggaran itu tentunya lebih lagi. Saya sendiri menganggarkan, kalau nak dihapuskan, kita kena bayar semua 33 konsesi ini. Saya kira mungkin antara RM450 bilion perlu dibayar kepada konsesi.
Oleh itu, cadangan untuk menghapuskan tol ini hanya cadangan. Dia agak sukar untuk dilakukan, kecualilah tiba-tiba kita boleh dapat peruntukan entah daripada mana, untuk melaksanakan perkara itu. Kita tahu bahawa bajet kita berjumlah RM388 bilion setahun. Kalau nak hapuskan tol, RM450 bilion kena belanja. Bererti, setahunan itu tidak ada gaji boleh diberikan dan tidak ada kewangan untuk perkara yang lain. Hanya diguna untuk hapus tol. Oleh itu, saya tidak nampak bagaimana tol boleh dihapuskan, sebagaimana hasrat beberapa pihak sebelum ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pokok Sena ada bertanya, bagaimana contoh KP tidak dapat melaksanakan kewajipan? Contoh, apabila ketua pengarah berada di luar negara dan terhalang dari kembali ke negara akibat pelbagai sebab. Kemudian, contoh lagi, apabila KP berada dalam kuarantin kerana sakit dan sebagainya; dan contoh satu lagi ialah apabila sakit yang tidak dapat dilaksanakan kewajipan seperti kena strok, misalnya.
Satu lagi yang ditanyakan oleh Ampang, apakah mekanisme sekiranya geran yang diterima oleh LLM adalah kurang? Bermula tahun 1999, saya ingin menyatakan di sini bahawa LLM tidak menerima sebarang peruntukan mengurus bagi membiayai perbelanjaan operasi LLM. Ampang juga ada bertanya mengenai Lebuhraya EKVE.
Sebaris beliau menyebut bahawa lebuh raya ini terlewat tujuh tahun. Saya ingin menyatakan di sini bahawa penyiapan Seksyen 1, Lebuhraya Lembah Klang Timur
(EKVE), Seksyen Sungai Long ke Ampang dijangka pada pertengahan tahun 2024, boleh siap. Manakala, Seksyen 2 dijangka akan disiapkan pada Disember 2025. Status kemajuan keseluruhan projek berakhir pada 25 Februari 2024 adalah sebanyak 91.93 peratus.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Timbalan Menteri, Ampang.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, sila.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sebenarnya yang saya bangkitkan itu, kelewatan itu berdasarkan ataupun isu yang saya tekankan adalah kompetensi. Kalau kita tengok kebergantungan sekarang ini, LLM banyak kepada agensi-agensi yang lain.
Jadi, apakah kita- tidak mahu kerugian ini berlaku berlarutan sehingga kita ada bajet tambahan baru-baru ini sebanyak RM150 juta, kita terpaksa bagi kepada EKVE ataupun LLM ini. Saya rasa yang isu fundamentalnya adalah, apakah kita akan pastikan bahawa penilaian, pengambilalihan tanah dan sebagainya dibuat secara in-house? Itu soalan saya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sebenarnya yang diluluskan semalam ialah RM115 juta. Saya menjawab kepada syarikat yang melaksanakan EKVE ini. Ia sebenarnya RM165 juta. RM50 juta itu daripada penjimatan yang ada oleh KKR. RM115 juta campur RM50 juta bererti RM165 juta, kita bukan bagi free. Kita bagi pinjam, Yang Berhormat. Duit itu kita akan perolehi kembali. Bererti, ia tidak berbangkit dari segi kerugian. Tetapi saya ada menyebut di hadapan semua penjawat awam di KKR untuk melihat kepada rujukan, satu rekod dunia untuk membina lebuh raya sepanjang 75 kilometer di India dan lebuh raya itu siap dalam masa 105 jam; dan ada satu bangunan di negara China, 10 tingkat dia boleh siap lebih kurang sehari lebih sikit sahaja. Jadi, perkara itu perlu dijadikan rujukan sebagai satu benchmark. Ini 10 tahun, baru berapa puluh kilometer pun tak siap-siap lagi lebuh raya.
Satu lagi yang disebut oleh Wangsa Maju, Sri Aman dan Pokok Sena mengenai sama ada, ada berlaku conflict of interest, perlu dikenal pasti jenis perniagaan apa, apa tujuan penubuhan syarikat. Tujuan penubuhan Syarikat LLM adalah untuk melaksanakan atau terlibat dalam projek, skim atau perusahaan yang telah dirangka atau dijalankan oleh LLM dalam melaksanakan fungsi dan kuasa di bawah akta, perniagaan yang tidak melibatkan persaingan dengan operasi syarikat lebuh raya. Penubuhan syarikat berserta limitasi kuasa syarikat adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan Menteri Kerja Raya serta kebenaran Menteri Kewangan. Apakah contoh-contoh syarikat yang boleh ditubuhkan, jenis perniagaan dan fungsi anak syarikat seperti berikut.
Perkongsian pintar. Syarikat mengenai perkongsian pintar dalam memanfaatkan aset lebuh raya untuk memberikan nilai tambah (value-added services). Syarikat berkenaan internet of things (IOT) untuk manfaat industri dan pengguna lebuh raya serta alam sekitar seperti pengesanan kenderaan, lokasi kelajuan, pemantauan lori kimia, barangan berisiko, tanah runtuh, kawalan pelampuan lebuh raya (LAMPU), pemeriksaan jambatan, aset lebuh raya, syarikat penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran hasil kajian dan memberi manfaat kepada industri, syarikat bagi mengadakan dan mengendali kursus serta latihan berkaitan perancangan, pembinaan, operasi, penyenggaraan dan pengurusan lebuh raya bagi memantapkan kompetensi personel industri lebuh raya. Itu antara cadangan-cadangan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Padang Besar, apakah pelarasan sistem kutipan tol dilaksanakan di seluruh lebuh raya? Ya, betul. Meningkatkan prestasi lorong RFID, kita ambil perhatian dan kita akan tambah lorong itu dan kita juga memang telah memberikan sistem pembayaran terbuka, menggunakan segala jenis kad dan kad kredit dan lain-lain, ia akan diteruskan untuk masa-masa akan datang. Saya bersetuju supaya ia ditambah lagi untuk semua lebuh raya supaya boleh dibayar dengan mudah.
Wangsa Maju bertanya pengesahan jumlah lebuh raya dan panjang jajaran.
Lebuh raya 33 buah, Wangsa Maju. Panjang jajaran, 2,115.56 kilometer. Itu adalah angka terkini yang sahih, 2115.56 kilometer.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kemudian Rasah, apakah rasional masukkan takrif lebuh raya lebih luas dari sebelum ini. Ia adalah kerana kita ingin memperluaskan maksud yang sebelum ini tidak diliputi dalam terjemahan dan takrifan lama dulu. Sekarang ini ada macam-macam lagi tambahan lorong memotong, kemudian parking dan sebagainya.
Bagan Serai, sejauh manakah kekangan kewangan LLM sehingga jadi keperluan.
Begitu juga Batu Pahat ingin bertanya berapa sebenarnya kos belanja LLM ini.
Berdasarkan gaji bulan Januari 2024, LLM membelanjakan sebanyak RM1.961 juta bagi 337 staf keseluruhannya. Pecahan staf LLM, kontrak 71, tetap 266. Ini juga untuk menjawab Bagan Serai. Bererti kos operasi termasuk gaji ialah RM51 ke RM52 juta setahun.
Seterusnya, ada beberapa lagi, Pokok Sena dan Rasah. Siapakah yang menentukan caj dan untuk apa fi dikenakan. Caj akan ditentukan, ditetapkan oleh LLM melalui peraturan yang akan dibuat melalui kelulusan Menteri. Sejak dasar penswastaan lebuh raya dilaksanakan, LLM tidak mendapat apa-apa peruntukan dari kerajaan. Fi yang dikenakan diharap dapat menampung sebahagian belanja operasi LLM atau setidaknya imbuh balik kos. Caj dan fi akan dikenakan adalah kepada syarikat-syarikat konsesi dan pihak ketiga yang melaksanakan perniagaan dalam rizab lebuh raya dan caj itu dan fi itu tidak dikenakan kepada pengguna.
Kemudian Merbok, bagaimana LLM menguruskan kemalangan di lebuh raya?
LLM memantau dan menguruskan kemalangan melalui sistem MHROADS yang mencatatkan dan menganalisis kemalangan yang telah berlaku. Black spot kemalangan dikenal pastikan dan akan diambil tindakan pembaikan dari segi fizikal dan teknikal dan akan dipantau.
YB Kota Melaka minta selaraskan satu sistem kutipan tol sahaja. Sekarang ini betul kita ada tiga dan kita nak selaraskan menggunakan MLFF tetapi itu bermula pada tahun hadapan jika segalanya dirundingkan dengan sempurna. Kemudian, tol secara pembayaran terbuka. 11 lebuh raya melibatkan 85 lorong dan di 30 plaza tol. Kita akan memperluaskan lagi sistem pembayaran terbuka ini. Ada lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Bagi saya tengok satu-satu. Sri Aman.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Kota Melaka, Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, sila, sila.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dengan izin. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ada bangkit tentang kenderaan berat yang berhenti di tepi lebuh raya terutamanya di bahagian apabila persimpangan nak keluar tol ataupun nak masuk ke tol.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ada tempat-tempat kenderaan berat ini dibenarkan sebagai contoh di Tol Ayer Keroh. Ini laluan saya setiap minggulah. Di situ, di R&R Ayer Keroh, R&R Pagoh begitu banyak sekali tempat letak treler untuk mereka berhenti. Walau bagaimanapun, jika berlaku kerosakan kenderaan, itu yang menjadi
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
isunya. Kerosakan kenderaan, tentunya jika boleh mereka berada di lorong emergency dan mereka hendaklah meletakkan tanda-tanda keselamatan supaya tidak berlaku pelanggaran walaupun pernah berlaku kejadian pelanggaran kemalangan dan pada ketika yang sama peronda lebuh raya sentiasa melaksanakan tugas mereka untuk melihat dan membantu.
Di musim-musim perayaan pula, kita menyediakan towing crane itu, memang kita letakkan di tempat-tempat yang tertentu supaya segera kita menyelesaikan dan menyuraikan trafik apabila berlaku kesesakan akibat daripada kemalangan jalan raya.
Itulah jawapan saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau kita perhatikan, kenderaan- kenderaan tersebut mereka bukannya rosak tetapi mereka bersusun dengan begitu teratur sekali untuk driver mereka rehat dan tidur dalam treler tersebut. Bila sampai malam, pukul 7.00, pukul 8.00, dia akan berhenti di sana dan mereka tidur di sana. Itu yang merbahaya. Kalau mereka rosak, berhenti tepi kita boleh...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Di mana lokasi, YB? Di mana lokasinya?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tadi saya sebut di pusat rehat sebelah Seremban.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kalau di pusat rehat....
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Seremban, ya. Seremban.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Di pusat rehat, mungkin ada terlebih kenderaan pada ketika itu. Itu yang menyebabkan bersusun sehingga ke tepi lebuh raya.
Mereka hanya dibenarkan di tempat R&R. Mereka tak boleh di tempat lorong kecemasan itu. Saya kira kes itu bukan kes yang biasa. Ia kes yang agak luar biasa. Saya pastikan bahawa PLUSRonda akan sentiasa melakukan perkara yang sepatutnya mereka lakukan.
Terima kasih atas sebab....
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Menteri. Sebab itu bukan luar biasa. Itu memang berlaku sentiasa di mana mereka berhenti memang di tepi lebuh raya. Itu amat merbahaya. Jadi, saya harap supaya lembaga boleh kaji. Kalau tak cukup tempat untuk treler ini letak di tempat rehat, mereka sepatutnya cari tapak yang lebih luas untuk treler ini boleh rehat di tempat parking tersebut Sebab amat bahaya sekarang ini. Terima kasih Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pandangan-pandangan YB itu diambil perhatian berat. Terima kasih. Saya lihat Sri Aman, apa lagi yang saya tak jawab.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
YB Timbalan Menteri, Wangsa Maju.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sila. Wangsa Maju tak berapa menyokong ini.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Saya nak....
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya rasa di antara yang berucap tadi hanya Wangsa Maju yang tak menyokong.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Saya tak sebut menyokong atau tidak menyokong.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dia tak sebut dia menyokong rang undang-undang ini.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Cuma saya nak buat penjelasan lagi sekali berkenaan dengan Expressway Performance Indicator yang saya masuk dalam perbahasan saya tadi di mana dari segi daripada Januari hingga Jun 2022 hanya tujuh lebuh raya yang dapat four-star rating.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita ada buat catatan, YB.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Ada? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita ada buat catatan.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
EPI hanya tujuh dapat empat star rating. Kemudian, 24 hanya three-star rating, satu lebuh raya hanya satu star. Saya ada tulis. Saya ambil perhatian atas apa yang disebut oleh Wangsa Maju.
Bagan Serai, jika berlaku kerugian adakah dijamin. Ini 17A ya Bagan Serai, mengenai penubuhan syarikat. Kita harap apa yang dilakukan selepas ini adalah syarikat- syarikat yang dapat keuntungan dan syarikat-syarikat itu tidak rugi. Itu harapan kita.
Antaranya yang tidak rugi pada pandangan saya ialah apabila satu-satu lebuh raya itu telah tamat tolnya. Kemudian, ada tol yang kecil dikenakan. Tujuannya adalah untuk penyelenggaraan. Saya kira perkara itu tidak akan merugikan syarikat yang ditubuhkan oleh LLM.
Saya juga ada berbincang dengan LLM, jika ada kawasan-kawasan tertentu pada masa hadapan yang boleh diadakan lebuh raya bertol, saya kira kenapa tidak LLM yang membina lebuh raya itu? Kenapa perlu diberikan pada entah Tan Sri mana, Tun mana.
Lebih baik LLM yang mengendalikan pembinaan lebuh raya itu dan mengutip tol di kawasan-kawasan yang dikira untung. Jadi, itu satu lagi punca pendapatan untuk LLM.
Ampang, saya dah jawab tadi. Kemudian Padang Besar, kes i-City salah guna kuasa. Kita ambil perhatian. Kerahsiaan whistleblower itu kita ambil perhatian. Saya kira mereka berani tampil. Kalau mereka tidak menzahirkan, ada denda yang dikenakan.
Kemudian, RFID ini sebenarnya antara sebab juga pada ketika mula-mula dilaksanakan tak cukup baki duit dalam RFID. Itu antara sebab kenapa reverse, forward yang disebut tadi itu. Ini kesalahan oleh pengguna sendiri dan saya kira sekarang ini pengguna telah faham bahawa mereka perlu cukup baki duit dalam RFID.
Petaling Jaya saya dah jawab. Pokok Sena, jika gagal zahir kepentingan memang ada hukuman. KP tak dapat laksana kewajipan, tadi saya dah jawab. Hapus tol berkubur saya dah jawab. Caj tadi saya sebut, tidak dikenakan kepada pengguna tapi dikenakan kepada konsesi. Rasah, takrif lebuh raya saya sudah jawab. Kemudian, MLFF status ini pun saya dah jawab tadi bahawa sedang dirundingkan. Kemudian, ini data kes-kes. Data kes-kes kita tidak ada kerana kita tidak ada kuasa pendakwaan selama ini. Oleh kerana itu, sekarang ini kita ada kuasa pendakwaan. Contoh, apakah kesalahan-kesalahan yang kita nak kenakan denda daripada RM5,000 ke RM20,000 itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Antaranya ialah pembuangan sampah-sampah yang merbahaya. Antaranya jika menggunakan tayar celup yang tidak berkualiti kemudian membahayakan. Antaranya jika sengaja tidak membayar tol. Itu antara kes-kes yang boleh dikenakan denda.
Kota Melaka – terima kasih ya. Betul, memang kita nak tambah baik dan kita nak memastikan keselamatan kenderaan berat yang berhenti tadi. Terima kasih. Kita ambil tindakan untuk lebih banyak tempat rehat.
Merbok. Sungai Dua, Juru. Saya sudah jawab dan kita sebenarnya ada cadangan.
Cadangan lebuh raya untuk utara ini. Walau bagaimanapun, ada masalah bahawa tidak ada syarikat yang layak untuk diberikan konsesi itu. Kita akan kemungkinan mengkaji dan membuka semula jika ada lebuh raya utara yang akan dicadangkan itu berjaya dilakukan, maka tentunya lebuh raya itu akan dapat menyelesaikan masalah Tol Sungai Dua Juru yang sentiasa jammed. Kuala Krau. Tol percuma berapa jumlah pembayaran. Satu hari tol percuma ini Kuala Krau, RM20 juta kerajaan kena bayar kepada konsesi. RM20 juta sehari. Kalau dua hari RM40 juta. Ini untuk Hari Raya ini, kita tunggu pengumuman. Saya kira apabila sudah sebelum ini diberikan, mungkin jugalah, mungkin jugalah Hari Raya dapat tol percuma.
Kita tunggu pengumuman yang akan diberikan. Batu Pahat.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Timbalan Menteri. Kuala Krau.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Selalu kalau berlaku bukan hanya perayaan utama tapi sering berlaku kesesakan di tol yang kadang-kadang mengambil masa dua, tiga jam. Ada ke cadangan daripada LLM atau konsesi untuk memotong sebahagian daripada tol akibat daripada – kita masuk tol ini sebab kita nak laju ataupun cepat sampai. Tiba-tiba lebih teruk daripada kita lalu jalan lama. Ada ke cadangan untuk kita kajian macam itu?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kaedah untuk kita mengatasi kesesakan ini ada beberapa kaedah. Salah satunya ialah untuk membuka apa yang kita panggil sebagai smart lane. Smart lane ini sepatutnya diaktifkan. Saya kira terutama PLUS lah apabila ada perayaan yang tertentu atau hujung minggu. Smart lane menggunakan jalan, lorong emergency itu patut dibuka supaya tidak – akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh untuk Tol Bentong dan Tol Gombak, apa yang akan kita lakukan mulai Disember ini, kita akan menambah lorong yang mana tiga lorong kita akan tambah kepada empat lorong, pembesaran, yang mana dua lorong kita akan tambah jadi tiga lorong pembesaran bermula Disember 2024, perkara itu akan dilaksanakan. Jadi...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
YB Timbalan Menteri, boleh sikit?
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Maksud saya tadi itu kalau...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya saya faham, saya faham. Kena kurangkan tol kalau sesak.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Ya, betul. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu kami tak masuk dalam perancangan lagi itu.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
YB Timbalan Menteri, sedikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Mengenai Tol Bentong dan Tol Gombak. Antara faktornya adalah kerana palang tol itu sendiri. Adakah ada perancangan untuk menukar supaya di-automatiklah laluan tol tersebut supaya tidak ada palang naik turun, naik turun kerana itu antara faktor juga kepada kesesakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ada ke Jepun baru-baru ini.
Mereka masih lagi menggunakan palang tol tapi palang tol separuh daripada palang tol kita. Ini kita pun tak buat lagi perkara seumpama itu. Separuh daripada palang tol. Jadi pergerakan lebih laju, lebih cekap. Ini saya kira boleh disemak dan dikaji oleh LLM. Palang tol itu tidak dapat dielaklah. Kalau tak ada palang itu, itu namanya MLFF, Multi-Lane Free Flow yang belum lagi kita laksanakan YB Bentong.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Pokok Sena.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
YB Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tak cukup jawapan tadi?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Ada sedikit soalan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
RM450 bilion kalau nak hapus tol.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Bukan, bukan soal itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Bukan itu. Baik.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut berkaitan dengan kos yang ditanggung oleh kerajaan bila diberikan tol percuma pada hari-hari perayaan. Sehari mencecah RM20 juta. Jadi, persoalan saya adalah apakah tidak ada langsung sumbangan daripada konsesi terhadap pemotongan tol
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
ini? Jadi sekurang-kurangnya mereka memungut keuntungan yang besar, ada pulangan balik dalam bentuk tol percuma tadi. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tak ada satu sen pun YB. Itulah masalahnya [Ketawa] . Ya lah sepatutnya mereka bagilah sikit. Saya setujulah apa yang dicadangkan itu. Tapi kalau PLUS itu, pemiliknya ialah separuh kerajaan, separuh kita yang ada KWSP ya, 51 percent Khazanah, 49 percent KWSP. Begitulah pemilik PLUS.
Oleh itu, kitalah memiliki tol itu, siapa yang ada KWSP dan Khazanah melalui UEM.
Jadi, saya kira saya dah habis menjawab semua sekali. Batu Pahat, berapa kos operasi saya dah jawab. Tak ada lagilah perkara yang saya rasa. Saya dah membelek- belek kertas ini dua tiga kali. Cukuplah sekadar itu. Terima kasih walaupun masa – Ya, okey ya. Ada siapa nak tanya apa-apa lagi? Okey, sila.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Pasal EPI itu Datuk.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya?
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Pasal EPI.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita akan mengambil tindakan supaya pelaksanaan dan juga penyelenggaraan dan juga keadaan lebuh raya kita bertaraf dunialah. Itu – sebagaimana yang disebut Wangsa Maju itu, satu eye opener pada saya sendiri dan juga kepada pegawai-pegawai LLM supaya kita memastikan lebuh raya kita sentiasa memenuhi standard antarabangsa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad) dan diluluskan]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621] merupakan satu undang-undang khusus untuk membolehkan Malaysia memperoleh dan memberi bantuan bersama dalam perkara jenayah dengan negara lain. Akta 621 telah memainkan peranan yang penting dalam membolehkan Malaysia mendapatkan dan memberikan bantuan bersama dalam perkara jenayah bagi maksud berkongsi keterangan (evidence) untuk tujuan siasatan atau pendakwaan.
Malaysia memerlukan undang-undang yang mantap yang membolehkan kerjasama antara negara bagi membanteras jenayah rentas sempadan yang semakin hari menjadi lebih kompleks dan rumit. Saya percaya dengan cadangan pindaan kepada Akta 621 ia dapat meluaskan skop bantuan Malaysia untuk memberi dan memperoleh bantuan bersama dalam perkara jenayah dengan negara asing.
Bagi memastikan Akta 621 terus relevan dan berkesan dalam memastikan Malaysia berupaya memberi komitmen penuh dan bantuan seluas mungkin dalam bidang bantuan bersama dalam perkara jenayah, penambahbaikan perlu dibuat kepada Akta 621 sejajar dengan perkembangan undang-undang dan amalan antarabangsa semasa. Rang undang-undang yang akan saya bentangkan ini merupakan pindaan pertama sejak Akta 621 ini berkuat kuasa pada 1 Mei 2003.
Beberapa sesi libat urus telah dilakukan bersama pihak berkepentingan bagi meneliti isu-isu yang berbangkit dalam cadangan pindaan rang undang-undang ini. Hasil perbincangan dengan pihak berkepentingan telah mencapai kesepakatan untuk meminda Akta 621 bagi menambah baik kerjasama dalam perkara jenayah antara Malaysia dengan negara lain sejajar dengan undang-undang dan amalan antarabangsa dan pada masa yang sama memastikan Peguam Negara sebagai pihak berkuasa pusat dan agensi penguatkuasaan undang-undang dilengkapi secukupnya dengan kuasa untuk memberi dan melaksanakan permintaan bantuan dengan berkesan.
Rang undang-undang ini juga merupakan tindak balas Malaysia terhadap inisiatif- inisiatif badan-badan antarabangsa untuk mengadakan satu sistem bantuan bersama dalam perkara jenayah yang menyeluruh dan berkesan. Antaranya Pasukan Petugas Tindakan Kewangan Terhadap Pengubahan Wang Haram atau Financial Action Task Force on Money Laundering (FATF) yang mana Malaysia telah menjadi anggota pada 2016. Sebagai anggota Malaysia adalah tertakluk kepada syor-syor yang ditetapkan oleh FATF. Justeru itu, pindaan-pindaan yang dicadangkan melalui RUU ini adalah bagi tujuan menepati syor-syor FATF yang mengambil kira perubahan landskap jenayah rentas sempadan yang progresif.
Puan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan kepada Akta 621 dibuat dengan memasukkan beberapa peruntukan baharu dan juga meminda beberapa peruntukan sedia ada.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kepada kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 621.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Fasal 2(a) bertujuan untuk meminda subseksyen 2(1) yang dengannya takrif tertentu yang sedia ada dalam Akta 621 dicadangkan untuk dipinda. Subfasal 2(a) juga bertujuan untuk memasukkan takrif baharu peralatan ke dalam Akta 621.
Takrif institusi kewangan dicadangkan untuk dipinda untuk mengemas kini dan memperluas skop takrif institusi kewangan untuk memastikan semua institusi yang ditubuhkan di bawah undang-undang yang berkaitan.
Takrif kesalahan berat dicadangkan untuk dipinda bagi memperuntukkan bahawa apa-apa kesalahan terhadap undang-undang Malaysia yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurang satu tahun atau satu hukum yang lebih berat dan apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan itu merupakan suatu kesalahan berat.
Takrif kesalahan berat asing dicadangkan untuk dipinda untuk memperuntukkan bahawa apa-apa kesalahan terhadap undang-undang sesuatu negara asing yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun atau satu hukuman yang lebih berat merupakan suatu kesalahan berat asing.
Takrif pegawai diberi kuasa dicadangkan untuk dipinda untuk mengemas kini sebutan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Takrif peralatan dimasukkan ke dalam Akta 621 bagi memperluas skop, hal perkara yang boleh dilucutkan, mengambil kira ia pada masa ini hanya terhad untuk harta.
Takrif perintah pelucutan dicadangkan untuk dipinda bagi memperuntukkan bahawa perintah pelucutan ertinya suatu perintah yang dibuat di Malaysia bagi perlucutan harta dan peralatan. Pada masa kini, perintah pelucutan hanya meliputi suatu perintah pelucutan bagi harta.
Takrif perintah pelucutan asing dicadangkan untuk dipinda bagi memasukkan peralatan atau nilai peralatan itu dalam suatu perintah untuk mendapatkan pelucutan atau merampas yang dikeluarkan oleh mahkamah di sesuatu negara asing yang ditetapkan.
Takrif perintah pelucutan asing juga dicadangkan untuk dipinda bagi mengatasi kehendak yang tidak praktikal bahawa sesuatu perintah pelucutan asing hendaklah hanya dikeluarkan oleh negara asing yang meminta selepas suatu arahan khas untuk negara itu dikeluarkan di bawah seksyen 18 Akta 621.
Dalam hal ini, keadaan yang lazim, suatu perintah pelucutan asing telah terlebih dahulu dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa kehakiman asing dan perintah itu dihantar ke Malaysia untuk pelaksanaan melalui bantuan bersama dalam perkara jenayah sebelum arahan khas berkenaan dengan negara asing itu dikeluarkan.
Takrif perkara jenayah sampingan dicadangkan untuk dipinda bagi memasukkan peralatan dalam penyekatan urusan dengan atau penyitaan, pelucutan atau perampasan yang berkaitan dengan suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing. Dalam peruntukan sedia ada suatu perkara sampingan jenayah hanya meliputi penyekatan urusan dengan atau penyitaan, pelucutan atau perampasan harta.
Subfasal 2(b) bertujuan untuk meminda perenggan 2(3)(a) Akta 621 untuk menjelaskan bahawa prosiding kehakiman di sesuatu negara asing yang ditetapkan dimulakan apabila apa-apa tindakan dibawa di mahkamah terhadap seseorang berhubung dengan suatu kesalahan berat asing.
Subfasal 2(b) bertujuan untuk meminda subperenggan 2(3)(b)(vi) Akta 621 bagi memperuntukkan bahawa prosiding kehakiman di sesuatu negara asing diselesaikan apabila penunaian suatu perintah pelucutan asing dengan mendapatkan peralatan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, fasal 3 bertujuan meminda perenggan 3(c) Akta 621 bagi memperluas tujuan Akta 621 dalam memberikan dan memperoleh bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah termasuk mendapatkan, melucutkan atau merampas peralatan berkenaan dengan satu kesalahan berat atau satu kesalahan berat asing.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Pada masa ini, bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah hanya meliputi mendapatkan, melucutkan atau merampas harta.
Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 7(2) Akta 621 untuk membolehkan Peguam Negara dalam hal ini keadaan tertentu untuk membuat satu permintaan bagi bantuan dalam perkara jenayah secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh sesuatu negara asing itu. Hal keadaan itu, termasuklah jika tidak pejabat kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat Jeneral atau Konsulat Malaysia di negara asing itu atau jika permintaan perlu dilaksanakan dengan segera.
Subfasal 5(a) bertujuan untuk meminda subseksyen 13(1) Akta 621 bagi membolehkan Peguam Negara meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu negara asing untuk membuat perkiraan bagi pelaksanaan perintah perlucutan. Jika Peguam Negara berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa peralatan itu berada di sesuatu negara asing. Pindaan yang dicadangkan juga bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa jika perintah perlucutan boleh di buat di Malaysia, Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu negara asing itu membuat perkiraan bagi menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan.
Subfasal 5(b) bertujuan untuk meminta subperenggan 13(2)(a)(a) dan (c) Akta 621 untuk mengadakan peruntukan bahawa satu perakuan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu negara asing yang menyatakan bahawa peralatan telah didapatkan. Nilai peralatan itu dari tarikh di mana peralatan itu telah didapatkan hendaklah di terima sebagai keterangan.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 19(2) Akta 621 untuk membolehkan sesuatu negara asing dalam hal ini untuk membolehkan sesuatu negara asing dalam hal keadaan tertentu untuk membuat sesuatu permintaan bagi bantuan dalam perkara jenayah secara terus kepada Peguam Negara. Hal keadaan itu termasuklah jika tiada pejabat kedutaan Suruhanjaya Tinggi Konsulat Jeneral atau Konsulat Negara asing itu di Malaysia atau jika permintaan itu perlu dilaksanakan dengan segera.
Fasal 6 juga bertujuan untuk meminda sub perenggan 19(3)(c)(iii) Akta 621 untuk mengadakan peruntukan jika permintaan oleh sesuatu negara asing yang ditentukan kepada Malaysia untuk bantuan dalam perkara jenayah berhubung dengan pengesahan peralatan permintaan itu hendaklah disertakan dengan lokasi dan perihalan peralatan itu.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda perenggan 20(1)(h) Akta 621 untuk memperuntukkan alasan penolakan yang jelas bagi permintaan bantuan hanya kepada perkara yang boleh dan munasabah didapati dengan cara lain.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda sub perenggan 23(4)(b)(i) Akta 621 untuk memperuntukkan bahawa sesuatu permohonan bagi perintah mengemukakan berhubung dengan dokumen perbankan dan kewangan dalam milikan institusi kewangan boleh di buat jika permohonan itu memenuhi syarat bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang berkaitan dengan permohonan itu adalah berhubung dengan perkara jenayah yang berkenaan dengan permohonan itu di buat. Di bawah peruntukan sedia ada, syarat yang ketat dikenakan yang menurutnya mesti ditunjukkan bahawa benda yang dengannya permohonan itu berkaitan berkemungkinan mempunyai nilai substantial kepada perkara jenayah itu.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 31(1) Akta 621 untuk memperuntukkan bahawa pihak berkuasa berkenaan sesuatu negara asing boleh meminta Peguam Negara untuk membantu dalam penguatkuasaan dan penunaian sesuatu perintah pelucutan asing terdapat peralatan atau untuk membantu menyekat urusan dalam apa-apa peralatan yang dipercayai dengan munasabahnya terletak di Malaysia.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda perenggan 34(1)(c) Akta 621 untuk mengadakan peruntukan bahawa peruntukan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
berkuasa yang berkenaan sesuatu negara asing yang ditetapkan yang menyatakan bahawa peralatan lain yang boleh didapatkan di bawah satu perintah pelucutan asing masih belum didapatkan di negara asing yang ditetapkan itu hendaklah di terima sebagai keterangan tanpa bukti lanjut.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda sub perenggan 36(2)(b)(i) Akta 621 untuk memperuntukkan bahawa sesuatu permohonan bagi waran geledah boleh di buat jika permohonan itu menemui syarat bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai benda yang berkaitan dengan permohonan itu adalah berhubung dengan perkara jenayah yang berkenaan dengan permohonan yang di buat. Di bawah peruntukan sedia ada, syarat yang ketat dikenakan yang menurutnya mesti ditunjukkan bahawa benda dengannya permohonan itu berkaitan berkemungkinan mempunyai nilai substantial kepada perkara jenayah itu.
Fasal 12 bertujuan untuk meminda nota bahu subseksyen 38 Akta 621 supaya selaras dengan peruntukan yang berkenaan dengan perlindungan daripada tindakan sivil dan jenayah kepada mana-mana orang mematuhi waran geledah.
Fasal 13 bertujuan untuk memastikan seksyen baharu 41A ke dalam Akta 621 bagi memperuntukkan bahawa peruntukan mana-mana undang-undang yang bertulis lain yang berhubungan dengan kuasa pegawai yang di beri kuasa hendaklah terpakai setakat peruntukan itu tidak bercanggah Akta 621 dan perlindungan dan kekebalan yang diberikan kepada pegawai di beri kuasa itu dalam melaksanakan kuasa di bawah undang-undang bertulis lain itu hendaklah terpakai bagi pegawai di beri kuasa itu.
Pindaan-pindaan yang lain yang tidak diperkatakan secara khusus merupakan pindaan kecil atau berbangkit. Puan Yang di-Pertua masa kegiatan jenayah rentas sempadan merupakan masalah global yang semakin berleluasa dan menyentuh kedaulatan dan keselamatan semua negara termasuk Malaysia. Malaysia telah menyatakan komitmennya dan telah bertindak untuk meningkatkan keupayaannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa asing yang ditetapkan di peringkat antarabangsa agar kegiatan jenayah rentas sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan. Oleh itu, rang undang-undang yang dicadangkan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha tersebut. Dengan itu Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Sungai Petani; Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Jelutong; Yang Berhormat Bayan Baru.
Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di sini Sungai Petani ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.
Pindaan-pindaan yang saya ingin sentuh ini adalah lebih terkait dengan hal prosedur yang dimudahkan dalam RUU ini.
Saya ingin terus masuk kepada pindaan dalam seksyen 2 terutamanya terkait dengan kesalahan berat dan kesalahan berat asing. Saya melihat pada bahagian kesalahan berat dengan meminda hukuman maksimum daripada hukuman mati kepada
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
hukuman yang lebih khusus iaitu penjara sekurangnya setahun atau hukuman yang lebih berat. Saya lihat pindaan ini memberikan satu clarity kepada threshold kesalahan. Bagi kesalahan berat asing pula saya bersetuju bahawa peruntukan hukuman yang sama yang diberikan dalam pindaan ini berbanding dengan peruntukan asal yang saya lihat sebagai arbitrari dan memerlukan perakuan daripada kerajaan negara asing itu sendiri.
Saya turut menyokong satu kemudahan prosedur yang diberikan untuk foreign forfeiture order bila mana kita meminda takrifannya. Kalau kita lihat huraian yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini juga kita akan mendapati bahawa perintah pelucut akan asing ini kebiasaannya terlebih dahulu dikeluarkan sebelum arahan khas Menteri di bawah seksyen 18. Saya kira ini lebih praktikal dan lebih pantas dalam kita membantu negara asing tersebut.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin menyentuh pindaan seksyen 7 dan seksyen 9 yang mana saya lihat ini sebagai memudahkan prosedur. Kedua-dua permintaan oleh Malaysia dan permintaan kepada Malaysia yang dibuat oleh dan kepada Peguam Negara.
Kini sekiranya keadaan mengehendaki, tidak perlu melalui satu saluran diplomatik. Saya melihat pindaan ini akan memudahkan kedua-dua pihak.
Tapi satu soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin memohon perincian dengan apa yang dimaksudkan dengan jika hal keadaan mengehendaki supaya frasa itu lebih jelas maksudnya? Adakah ada panduan atau ciri-ciri bagaimana yang mengisyaratkan penggunaan peruntukan yang tidak mewajibkan untuk melalui satu saluran diplomatik.
Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas saya juga ingin menyatakan sokongan kepada pindaan nota baru seksyen 38 selaras dengan kandungan peruntukan seksyen ini sememangnya kekebalan itu perlu diberikan kepada pematuhan terhadap waran geledah itu sendiri berbanding pegawai yang diberikan kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik kenyataan oleh Tan Sri Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa perlunya Akta Pencegahan Jenayah 1959 atau POCA 1959 dipinda bagi mengatasi jenayah judi online. Saya rasa dengan adanya pindaan ini mungkin kita boleh juga memperkasakan pindaan ini dan kita tidak perlu untuk menggunakan POCA yang agak kontroversi sebenarnya. Mungkin dengan pindaan akta ini juga tidak hanya judi online tetapi juga jenayah atas talian yang mana kita tahu jenayah atas talian ini dia adalah transnasional. Maknanya orang yang ditipu itu berada di Malaysia tetapi yang menipu itu berada di luar negara.
Saya rasa dengan akta ini mungkin kita boleh memperkasakan lagi. Ini semestinya merupakan satu saluran yang lebih viable berbanding penggunaan FOCA yang sedikit kontroversial dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita faham tujuannya adalah bagi mencegah jenayah sebelum ia berlaku.
Namun Akta Bantuan Bersama ini saya kira cukup untuk membantu kita dan sekiranya dalam jangka masa panjang kita masih ada permasalahan yang timbul mungkin kita boleh sentiasa tambah baik akta ini. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana beri ruang kepada Permatang Pauh untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah.
Pada asasnya saya bersetuju dengan pindaan RUU ini. Namun ada saya ingin bangkitkan beberapa perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan pindaan seksyen 2, takrif pegawai diberi kuasa’’ dipinda kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)’’. Kita sedia maklum akan akta ini menjadi antara punca kuasa kepada SPRM dalam membuat suatu tindakan. Takrif baru ini sepatutnya sudah lama dibuat memandangkan penggunaan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah digunakan sejak 2009 lagi.
Cuma saya mengharapkan SPRM perlulah bebas daripada sebarang usul politik.
Sebelum ini kerajaan telah membekukan akaun Parti Bersatu dan akaun bekas Menteri yang ada di Malaysia ini yang kita sedia semua maklum yang tidak berpihak kepada kerajaan. Tindakan ini seakan-akan satu usaha untuk melumpuhkan pembangkang. Saya mengharapkan agar perkara ini tidak berulang lagi kerana sekarang ini SPRM dilihat terang-terangan oleh rakyat di luar sebagai salah satu senjata kerajaan untuk menekan pembangkang. Ditambah pula dengan pendedahan berkaitan dengan tawaran-tawaran dan sebagainya. Ini menambahkan lagi hilang kepercayaan rakyat. Saya mengharapkan agar ada perubahan yang drastik dapat dibuat oleh SPRM untuk menangani masalah ini dan menjadi satu badan yang sangat disegani dan dipercayai semula oleh rakyat Malaysia.
Seiring dengan penjenamaan ini juga saya mencadangkan agar di dalam SPRM diwujudkan bahagian kerohanian seumpama KAGAT dalam Angkatan Tentera Malaysia dan juga BAKA dalam PDRM dalam usaha membentuk disiplin kerja dan pendinding daripada sebarang salah laku ketika bertugas.
Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan seksyen 7. Pindaan yang membolehkan Peguam Negara langsung kepada pihak berkaitan tanpa melalui saluran diplomatik. Dalam mengendalikan jenayah rentas sempadan, praktikal cara informal agensi berkuasa tempatan akan meminta bantuan daripada agensi berkuasa luar yang berkaitan dalam mendapatkan maklumat dan bantuan. Saya ambil maklum akan pindaan ini untuk memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk mempercepatkan proses dan mengurangkan birokrasi. Cuma kebimbangan saya dua perkara sahaja.
Pertama, berkaitan dengan kuasa yang diberikan. Isu pemusatan ataupun perluasan kuasa ini kita dah lama bincangkan. Bahkan sebelum ini pun ada yang melaung-laungkan penentangan terhadap isu pemusatan kuasa. Dewan Rakyat baru ini pun menjadi panas disebabkan isu pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri dalam satu RUU yang dibentangkan. Bagaimana komitmen pihak kementerian agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa apabila kuasa ini diberikan?
Kesangsian yang kedua pula berkaitan dengan kesangsian yang timbul dalam tindakan Peguam Negara. Sebelum ini kalau kita lihat ada beberapa tindakan daripada pihak Peguam Negara yang wujud di dalamnya elemen kesangsian di kalangan rakyat.
Antaranya penarikan semula kes Timbalan Perdana Menteri, penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, terhadap penggunaan kalimah Allah dan juga berdasarkan ucapan Menteri Hal Ehwal Undang-undang suatu ketika dahulu yang berbunyi, “Setiap Perdana Menteri akan lantik AG orang dia.” Jadi perkara ini sepertinya menjadi open secret akan pengaruh pihak tertentu dalam pejabat Peguam Negara. Jadi, dibimbangi pemberian kuasa ini akan memberikan kuasa yang lebih besar dan dibimbangi ia tidak dapat berjalan dengan sepatutnya.
Jadi, saya mencadangkan teruskanlah sahaja dengan pengamalan sekarang ini iaitu Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dalam Pejabat Peguam Negara meneruskan tugas seperti biasa seiring hubungan antara agensi dengan agensi. Melalui kaedah diplomatik ini juga dapat menjaga hubungan antara negara selain daripada mengelakkan implikasi berbangkit. Mohon respons daripada Menteri. Insya-Allah.
Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir sekali fasal yang ke-13 memasukkan seksyen baru 41A ke dalam Akta 621. Saya bersetuju dengan kemasukan seksyen baru ini, cuma saya ingin bertanya adakah pindaan RUU ini akan dijadikan alat politik untuk membekukan harta tanpa alasan yang kukuh dan munasabah kepada harta individu dalam negara yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Dijangka – dibimbangi perkara ini akan membuka kepada ketidakadilan dan adanya ruang untuk manipulasi kuasa.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Pendakwaan politik dan pembunuhan karakter ini kita dapat lihat dalam kes Pandora Papers yang mana siasatan terpilih telah dilakukan. Jika kerajaan jujur dan telus untuk memperjuangkan perundangan dan keadilan, saya mencadangkan agar individu- individu lain yang tersenarai dalam paper tersebut juga disiasat.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Selain daripada Tun Daim, ada nama Timbalan Perdana Menteri, Menteri MITI, Ahli Parlimen, CEO Genting, CEO AirAsia dan sebagainya. Ada baiknya nama-nama ini juga disiasat supaya bebas daripada sebarang salah faham dan persepsi yang tidak baik.
Tan Sri Yang di-Pertua, yang terakhir. Ekonomi gelap, pelacuran, perjudian, dadah, Macau Scam, sindiket penipuan pekerjaan masih lagi belum berkesudahan. Isu rakyat Malaysia dipaksa menjadi scammer di luar negara masih lagi berlaku tanpa penyelesaian. Saya mencadangkan agar kerajaan fokus dalam isu ini dengan lebih serius, bukan fokus memburu ahli politik pembangkang sahaja.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong rang undang-undang ini.
Sebagai mukadimah, saya ingin memetik kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun ketika beliau membahaskan beberapa perkara di Dewan yang mulia ini. Di mana, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan bahawa ada segelintir pemimpin yang dipercayai menyalahgunakan kuasa dan memunggah kekayaan semasa mereka mempunyai kuasa dan dipercayai bahawa yang terlibat telah memunggah kekayaan ke luar negara.
Saya percaya bahawa rang undang-undang ini akan membantu kerajaan khususnya SPRM di dalam memperolehi dokumen-dokumen perbankan yang terlibat untuk kita menyiasat sama ada benar atau tidak pemimpin-pemimpin terdahulu ini telah menyalahgunakan kuasa dan memunggah kekayaan semasa mereka mempunyai kuasa.
Saya telah terbaca beberapa pembongkaran yang dibuat oleh Clare Rewcastle Brown, The Sarawak Report mengenai kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri kita.
Saya ingin membaca di sini. Kita tertanya-tanya, dari dulu sehingga sekarang kita cuba membantu golongan tertentu untuk memberi subsidi dan sebagainya, tetapi golongan tertentu masih lagi melarat dengan kemiskinan walaupun kerajaan cuba beberapa kali untuk memberi bantuan. Namun, anak-anak seorang bekas Perdana Menteri rupa- rupanya mempunyai kekayaan yang begitu luar biasa.
Saya beri kesimpulan. Mirzan Mahathir, kononnya memiliki 156 syarikat dengan aset RM17 bilion. Adakah ini benar? Bagaimana beliau boleh menjadi― saya tidak membuat tuduhan tetapi ini adalah persoalan saya sebagai Ahli Parlimen. Mokhzani Mahathir, memiliki 255 syarikat dengan aset RM21 bilion. Mukhriz Mahathir, memiliki 128 syarikat dengan aset RM13 bilion. Marina Mahathir, kononnya memiliki 52 syarikat dengan aset RM9 bilion. Saya ingin tanya, bagaimana mereka mempunyai kekayaan yang begitu luar biasa? Benar atau tidak? Bolehkah pihak SPRM menyiasat?
Kalau tidak ada sebarang salah guna kuasa atau pun pemunggahan kekayaan, maka perkara ini tidak boleh disentuh. Tetapi, saya yakin dan percaya bahawa undang- undang ini akan membantu kerajaan untuk kita mengenal pasti sama ada terdapat apa- apa penyalahgunaan kuasa atau pemunggahan kekayaan oleh golongan tertentu.
Saya juga baca satu laporan Malaysiakini, dengan izin Tan Sri Speaker, dalam bahasa Inggeris. Daim Zainuddin, seorang Menteri Kewangan sebelum ini. Menurut laporan ini, di Cayman Island, beliau memiliki syarikat-syarikat atau pun aset berjumlah RM52.56 million dalam syarikat yang bernama ZA Star Trust. Saya ulangi, USD52.56 million. Maafkan saya. US Dollar. ZA Trust yang kononnya dimiliki oleh isteri beliau,
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Nai’mah Abdul Khalid dan anak-anak beliau, Muhammad Amir Zainuddin dan Muhammad Amin Zainuddin.
Perkara-perkara ini, saya tanya. Bukan membuat sebarang tuduhan tetapi saya ingin tanya sama ada undang-undang ini, sekiranya dibahaskan dan diluluskan, boleh membantu kerajaan untuk mengenal pasti sama ada dana-dana ini adalah sebenarnya berniat untuk membantu golongan Bumiputera yang benar-benar miskin? Kerajaan telah diamanahkan― sehingga daripada masa kita merdeka, pelbagai polisi telah diperkenalkan untuk membantu golongan Bumiputera tetapi golongan Bumiputera masih miskin, masih melarat dengan macam-macam masalah. Tetapi, golongan-golongan tertentu seperti bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir dan anak-anak beliau mempunyai kekayaan luar biasa. Saya ingin tanya, bagaimana? Dan juga Daim Zainuddin mempunyai kekayaan luar biasa. Saya ingin tanya, bagaimana?
Saya juga ingin tanya, sama ada pihak SPRM, sekiranya undang-undang ini diluluskan, boleh mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk memperolehi semula wang-wang ini sekiranya terdapat sebarang salah laku, pemunggahan kekayaan dengan menyalahgunakan kuasa? Saya yakin dan percaya Timbalan Menteri dapat memberi penjelasan kalau undang-undang yang digubal ini dan diluluskan boleh membantu SPRM untuk mendapatkan semula kekayaan atau wang ini yang dikumpulkan di luar negara bagi tujuan membantu golongan Bumiputera di negara kita.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan Rang Undang-undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa dalam keadaan ringgit jatuh― ringgit jatuh kenapa? Kerana duit ringgit ini mengalir keluar. Duit ringgit alir keluar, dia ada pelbagai.
Ada yang hantar anak pergi sekolah, ada yang nak beli barang, kita import barangan dan sebagainya. Tetapi, ada satu elemen ringgit yang menyebabkan ringgit ini mengalir keluar adalah dari segi isu jenayah.
Saya nak bagi tahu di Dewan yang mulai ini, kalau kita baca Global Financial Integrity (GFI), satu think tank yang bertapak di Washington DC, yang telah menganalisa antara Malaysia― telah membuat satu laporan bahawa Malaysia adalah antara yang paling tinggi illicit outflow of ringgit keluar ke negara lain. Kita illicit outflow ini, Malaysia ranking ketiga di dunia. Pertama, Rusia. Duit banyak mengalir, all money pergi ke luar negara kerana dia punya crime, mafia dan sebagainya. Kedua, China. Duit negara besar, ada banyak illicit outflow. Ketiga, Malaysia. Negara kecil tetapi duit berbilion-bilion keluar.
Saya ingin membaca dia punya laporan. Antara RM94 bilion sehingga RM138.6 bilion keluar dalam beberapa tahun. Ini bermaksud bahawa something is not right. Very serious crime. Banyak duit negara Malaysia keluar. Jadi, haruslah kita, kalau boleh, kita kena siasat.
Saya ingin tunjukkan kepada Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa kes. Saya nak tunjukkan empat. Saya hanya highlight empat kes sahaja. Nombor satu― bukan sahaja Jelutong highlight-lah, dah banyak keslah, tetapi saya nak complement beberapa kes.
Satu, antaranya, yang Ponzi scheme. Contohnya, ada satu― pada tahun lebih kurang 2015, 2016, 2017, ada syarikat namanya MBI International Sdn Bhd yang telah scam di atas satu Ponzi scheme yang scam rakyat Malaysia beratus juta sehinggakan berbilion-bilion ringgit. Tuan punya adalah namanya Tedy Teow Wooi Huat. Dapat membeli banyak aset, bukan sahaja di Malaysia tetapi di Thailand, di China dan sebagainya. Saya rasa― tetapi, akhirnya beliau ditangkap, dituduh dan hanya didakwa di session court dan didenda RM5 juta sahaja. Beliau dibebaskan dan dipenjarakan satu hari sahaja di session court.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa ini something is not right. Satu lagi kes Ponzi scheme, namanya JJPTR. Di dalam bahasa Cina... [Bercakap dalam bahasa Cina]. Maksudnya, menyelamatkan orang yang biasa. Tetapi apa yang mereka buat adalah menipu orang biasa, mengaut kekayaan dan lari. Ponzi scheme itu akhirnya pecah.
JJPTR ini telah menipu RM1.6 bilion dan akhirnya dia collapsed. Saya nak bagi tahu, tuan punya syarikat JJPTR - Johnson Lee, dia didakwa pada tahun 2018. Didenda hanya RM18,000 sahaja. RM18,000, lepas itu dilepaskan dan sekarang dia mulakan satu ponzi scheme yang baru untuk menipu orang lagi.
Tuan Yang di-Pertua, duit itu banyak telah keluar, tak dapat cari. Jadi, itu sebab kita perlu adakan akta ini untuk cari balik, repatriate, dakwa untuk dapatkan duit orang susah yang ditipu ini, Tuan Yang di-Pertua. Kita pun ada satu seperti apa yang Jelutong kata, Panama Papers, 2,000 rakyat individu. Ini high- ini lebih high standardlah. Orang yang kaya, tauke-tauke besar, 2,000 mempunyai syarikat di Panama Papers. Perlu ada siasatan kerana ini adalah high value, high-net-worth value, high-net-worth individuals yang telah hantar duit keluar daripada Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin highlight dua yang paling akhir adalah scammers. Sekarang Malaysia ini, rakyat Malaysia ditipu tiap-tiap hari, 24 hours, seven days a week. Hari-hari ditipu. Tahun lepas, 2023, RM1.34 bilion ditipu, rakyat Malaysia.
Orang biasa-biasa. Pakcik, makcik. Saya pun sendiri dapat telefon macam itu. 2022, RM804 juta. Jadi, ini harus— scammer ini kita harus buat siasatan dan repatriate the money, that outflow keluar daripada Malaysia.
Akhir sekali adalah 1MDB. Kita tahu bahawa duit ini daripada Malaysia, keluar kepada UK, kepada London, lepas itu US, US pergi ke British Virgin Islands, pergi ke merata tempat, Singapore dan akhirnya, hilang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Malaysia ini negara kecil. GDP tak kuat sangat. *We cannot afford this kind of illicit outflow of money.
We cannot continue to bleed our money* keluar daripada Malaysia. Ringgit nak naik, kita kena seriously tackle issue of illicit funding keluar daripada Malaysia. We have to fight crime, white collar crime. Sekarang perlulah akta ini untuk sama-sama kita fight the serious crime. Di Malaysia, jenayah tidak lagilah ragut ke, bukan lagi. Sekarang adalah white collar crime.
Saya harap bahawa Menteri boleh jawab beberapa soalan. Selama ini, berapakah kes yang telah berjaya dibawa balik melalui Akta 621 ini? Berapakah kita minta daripada bantuan daripada luar negara dan akhirnya, berapa yang kita berjaya bawa balik ke Malaysia duit-duit tersebut? Saya mohon bahawa kita juga ingin tahu bahawa berapa kes yang kita pakai Akta 621 ini selama ini ya, yang kita pakai kes ini? Saya harap juga Menteri bagi beberapa success story kepada kita. Bagi confidence kepada Dewan yang mulia ini bahawa Akta 621 ini penting, ada kejayaan dan kerajaan akan terus serius dalam membantu untuk mendapatkan balik daripada duit rakyat Malaysia daripada luar negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Sebelum saya jemput Menteri menjawab, saya nak maklumkan bahawa hari ini kita ada majlis perjumpaan Yang di- Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama-sama dengan Ahli Parlimen ya, petang karang pukul 7.00 di Banquet Hall. Tetamu utama kita ialah Tun Dr.
Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, mantan Yang di-Pertua Dewan Negara. Jadi, saya jemput semualah ya. Sebab itu saya pun pakai segak pagi ini, eh petang ini untuk sambut dia. Baik Menteri, saya jemput menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam masa 10 minit. Silakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Terima kasih. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023 ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Terima kasih kepada empat pembahas, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Bayan Baru.
Saya telah mendengar dan meneliti semua isu, pandangan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan menjawab setiap isu yang dibangkitkan satu demi satu.
Yang Berhormat Sungai Petani telah bangkitkan beberapa perkara. Saya mengambil perhatian perkara-perkara tersebut. Kerajaan berterima kasihlah kepada sokongan dan pandangan Yang Berhormat. Satu perkara adalah perincian apa yang dimaksudkan dengan jika hal keadaan yang mengehendaki. Jawapannya, hal keadaan- keadaan tertentu tersebut adalah termasuk jika tiada pejabat kedutaan, suruhanjaya tinggi, konsulat jeneral atau konsulat Malaysia di negara asing itu atau jika permintaan perlu dilaksanakan dengan segera. Pada masa itu sahaja perkara itu dapat diguna pakai.
Yang Berhormat Permatang Pauh, satu perkara yang khusus adalah salah guna kuasa jika tidak melalui saluran diplomatik, mengambil kira pindaan kepada seksyen 7, Akta 621. Tiada isu salah guna kuasa mengambil kira pindaan kepada seksyen 7, Akta 621 adalah bagi— sebenarnya adalah bagi tujuan menyalurkan permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah daripada negara asing. Kuasa di bawah pindaan-pindaan ini hanya boleh diguna pakai, tertakluk kepada permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah daripada asing.
Lagi satu adalah, adakah pindaan kepada Akta 621 dijadikan alat politik untuk membekukan harta? Jawapannya, seperti Yang Berhormat tahulah, tidak. Akta 621 ini tidak bertujuan untuk dijadikan sebagai alat politik. Akta 621 ini membolehkan Malaysia untuk memperoleh dan memberikan keterangan iaitu evidence bagi tujuan penyiasatan atau prosiding jenayah. Sekiranya ia menemui kehendak yang diperuntukkan di bawah Akta 621, permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah yang diterima boleh dibuatkan kepada negara asing untuk mendapatkan keterangan evidence iaitu evidence bagi sesuatu penyiasatan atau kes.
Yang Berhormat Jelutong, dia tak ada di sini ya? Oh, ada. Perlu jawab pula.
Sampai hari? Baliklah.
[Ketawa] Apakah pindaan Akta 621 ini boleh membantu SPRM untuk mendapatkan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya penyokong tegar PMX, mana boleh balik.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Oh, okey, okey. Duduk, duduk sini sampai lain tahun.
[Ketawa] Ini boleh membantu SPRM untuk mendapatkan semula wang yang disalurkan keluar negara terhadap harta anak bekas Perdana Menteri. Ya, namun demikian, tiada perbezaan dari segi prosedur bagi mendapatkan keterangan, evidence, termasuklah bagi jenis bantuan untuk mendapatkan harta daripada mana-mana pihak sekiranya ia menemui kehendak yang diperuntukkan. Di bawah Akta 621, permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah yang diterima boleh dibuatkan kepada negara asing untuk mendapatkan keterangan iaitu evidence bagi sesuatu penyiasatan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Yang Berhormat, sebenarnya mengenai SPRM itu bukan lah satu core perkara dalam perkara yang kita membawa pemindaan. Tetapi, Yang Berhormat tahu bahawa walaupun tidak ada, itu adalah ancillary dan saya percaya perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah mustahak. Saya pohon pegawai-pegawai SPRM yang ada di sini untuk menjawab setiap soalan yang dibangkitkan dan tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Tan Sri Yang di- Pertua supaya kita dapatkan seberapa open yang boleh.
Yang Berhormat Bayan Baru, sama ada dokumen berkenaan dengan jenayah komersial, money laundering, scam boleh diperolehi melalui Akta 621. Ya, dokumen berkenaan dengan jenayah komersial boleh diperoleh dan diterima melalui Akta 621.
Tertakluk kepada penerimaan untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah dan kehendak yang diperuntukkan di bawah Akta 621 itu dipenuhi.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Mengenai 1MDB Yang Berhormat. Yang Berhormat, perkara itu dibangkitkan semalam juga dalam sesi dialog di antara kementerian dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya ada sedikit maklumat. Saya difahamkan, saya telah diberitahu oleh pegawai- pegawai sebelum ini. Saya difahamkan bahawa dalam hal 1MDB, dari permulaan bila kerajaan bertukar pada 2018 dengan Department Justice of America telah ada hubungan yang erat dan berbagai-bagai perkara telah di-exchanged dan itulah sebab di mana banyak keterangan-keterangan telah diberi dan diterima hingga kes-kes itu kemudian dibawa ke mahkamah.
Ini berlanjutan hingga sekarang. Jika ada apa-apa, bukan sahaja 1MDB, saya difahamkan bukan sahaja dengan Amerika tetapi juga negara-negara lain di mana ada berkaitan di mana transaksi-transaksi boleh dikenal pasti di negara-negara itu. Kita juga ada mendapat keterangan-keterangan itu. Satu di antaranya, ada di mana ada negara- negara di mana tidak ada mutual legal assistance ini atau kita ada treaty dengan mereka.
Itu menyenangkan, lagi senang, speedier and faster for the disposal of the matters. Ini adalah satu perkara yang telah dan sedang dijalankan.
Lagi satu adalah Yang Berhormat tanya selama ini berapa kes yang telah berjaya dibawa balik melalui Akta 621. Akta 621 telah berkuat kuasa 1 Mei 2003. Sejak itu, Malaysia menerima dan membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah daripada pelbagai negara asing dan meliputi pelbagai jenis jenayah. Terpakai kepada semua kesalahan jenayah di Malaysia yang mengikut kehendak threshold. Melalui satu tahun iaitu threshold itu satu tahun. Dahulu tidak ada dan pelbagai jenis bantuan. Contoh kes, money laundering, cheating, fraud seperti Yang Berhormat kata Ponzi scheme, drug offences dan sebagainya.
Bagi kes 1MDB seperti yang saya telah kata dan perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, berapakah bilangan kes, saya rasa itu perlu dijawab.
Saya akan pohon agar pegawai-pegawai memberi secara tulis. We want specific. Bila saya di sana pun kita nak tahu berapa kes dari tahun 2003 hingga sekarang. Berapa yang diminta dari luar negara dan berapa yang diminta dari luar negara ke Malaysia. Maka, ia boleh mencerminkan hakikat dan effectiveness akta yang dicadangkan ini. Terima kasih.
Ya, Bagan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat. Eh.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri. Terima kasih atas jawapan yang bagus dan memberi jawapan bertulis, kan? Satu permintaan, saya minta Menteri juga look into MPI International Sendirian Berhad dan juga JJPTR. Ini kerana dua-dua kes ini, dua- dua syarikat ini, the amount that they cheated terlampau besar. Bilion-bilion ringgit. Tetapi yang dikenakan hukuman RM18,000 sahaja dan yang tipu itu hanya dipenjarakan satu hari. Satu lagi dilepaskan begitu sahaja. Ini satu ketidakadilan yang terang-terang. Saya rasa AGC kena take up this case again. Kalau boleh kerana ini adalah di sessions court.
Dia boleh dimasukkan kepada higher courts.
Juga, relook the case kerana ini tidak masuk akal. Tidak masuk akal. Ditipu berbilion ringgit tetapi dilepaskan dengan RM18,000 denda. I think this is not right.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Menteri, berkenaan dengan peruntukan seksyen 13 iaitu meminta negara asing untuk membuat perkiraan bagi pelaksanaan perintah pelucuthakan (enforcement of forfeiture). Jadi, saya telah memberikan tadi butiran-butiran jumlah yang begitu banyak. Persoalan saya, saya mohon Menteri memberi penjelasan sama ada wang ini boleh dikembalikan kepada negara kita, tanah air. Di mana saya telah memberikan jumlah yang begitu banyak.
Marina Mahathir, RM9 bilion. Mirzan Mahathir, RM17 bilion. Mokhzani Mahathir, RM21 bilion. Mukhriz, RM13 bilion dan Daim Zainuddin, USD52.56 million, dengan izin.
Bolehkah kita memperoleh wang ini sekiranya didapati bahawa ia telah terlibat dalam apa- apa perlakuan jenayah?
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Jawab kepada Yang Berhormat Jelutong dahulu. Yang Berhormat, aligasi-aligasi itu jika boleh di, to prove lah semestinya tindakan akan diambil. Tetapi, there is a limitation dalam akta ini kerana ini mutual legal assistance. Ada beberapa hal yang saya pun tak dapat beritahu dalam Dewan ini kerana some of that is sub judice. Kita ada masalah sedemikian. Tetapi, saya berjanji, saya boleh memohon agar pegawai-pegawai yang ada di sini beri jawapan yang tertera, senang dan terus untuk maksud-maksud perkara yang dibangkitkan.
Ini kerana adalah perkara of national significance. Saya rasa satu jawapan yang menyeluruh diperlukan. Subject to sub judice and that kind of things. Mengenai Yang Berhormat yang telah bangkitkan mengenai dua skim tersebut, saya percaya sebenarnya Yang Berhormat kalau kes itu telah dijalankan di mahkamah sesyen dan fakta-fakta yang gunakan itu tidak boleh digunakan lagi di mahkamah tinggi. Itu dia punya— that is the— I don’t know. Double jeopardy. I’m not too sure. Itu perkara yang hakikatnya. The law on that.
Tetapi, walaupun sedemikian, Yang Berhormat mesti ingin tahu kenapa dia dituduh di bawah satu seksyen yang sangat remeh temeh. Walhal, ini satu perkara of national importance kenapa ia tidak dituduh di mahkamah yang appropriate. Itu mungkin pegawai-pegawai dapat jawab soalan tersebut. Ini ada spesifik. I’m not able to buka. I don’t have the papers before of me.
Tetapi, satu yang bagus kerana kita nak tahu kalau dituduh dan dia telah mendapat keuntungan berjuta-juta. Mungkin billions and ramai di antara yang saya tahu Tan Sri di kawasan saya sendiri pun ramai di antara I cannot understand macam mana logik dia. Sudah miskin lagi jadi miskin. Bila dia invest in this kind of Ponzi scheme. Saya pun tak faham. Di kawasan saya...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, dahulu Tan Sri punya kawasan Sungai Petani pun ramai kena scam.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Saya pun tak faham kenapa, macam mana ini boleh jadi. Saya pohon agar pegawai-pegawai tersebut menjawab. Kalau tidak, jawapan tak menyeluruh. Kita boleh memanggil pegawai-pegawai tersebut untuk mengadakan satu perjumpaan face to face untuk diskusi tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Tuan Yang di-Pertua
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [****Majlis Mesyuarat bersidang semula]** [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dibaca kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, izinkan saya membentangkan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 ini. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] merupakan suatu akta yang digubal untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran, membaiki alam sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Sejak kebelakangan ini, kita banyak berdepan dengan isu pencemaran seperti pembuangan sisa kimia ke dalam sungai, pelepasan asap kilang tanpa kawalan sewajarnya, pencerobohan hutan secara berleluasa, pembakaran terbuka, pembangunan tidak terkawal dan seumpamanya.
Secara langsung keadaan ini memberi kesan yang negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran sumber air, pencemaran udara, peningkatan suhu bumi, banjir kilat, tanah runtuh, kepupusan flora dan fauna serta perubahan cuaca yang tidak menentu.
Akibat kerosakan yang berlaku dan bencana alam ini, kerajaan terpaksa memperuntukkan jutaan ringgit untuk membaik pulih infrastruktur, memulihara ekosistem, menampung kos perubatan, menyediakan tempat tinggal untuk rakyat dan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan.
Justeru, hukuman lebih berat dan setimpal perlu dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar kerana pencemaran ini telah menjejaskan ekosistem alam sekitar, memberi impak negatif kepada kualiti kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Berdasarkan statistik kes yang disabitkan di mahkamah pada tahun 2019 adalah sebanyak 289 kes dan telah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas, 2023.
Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 yang bertujuan untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum ini Akta 127 telah melalui enam kali fasa pindaan yang melibatkan tatacara penguatkuasaan dan peningkatan denda kepada RM500,000 bagi kesalahan pembakaran terbuka, pencemaran minyak dan buangan di perairan Malaysia, pelupusan haram buangan terjadual serta ketidakpatuhan syarat kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA).
Pindaan pada kali ini adalah pindaan kali ketujuh dan memberi keutamaan kepada hukuman, denda dan penalti melalui perwujudan denda minimum dan maksimum jika disabitkan kesalahan di bawah akta ini. Selain itu jumlah denda sedia ada akan dinaikkan sehingga RM10 juta khususnya bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan pencemaran air, pelepasan minyak, pelepasan buangan di perairan Malaysia serta pelupusan haram buangan terjadual.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, rang undang-undang ini mengandungi 30 fasal yang melibatkan 28 seksyen di bawah Akta 127. Antara perkara penting dalam pindaan ini adalah seperti yang berikut – Pertama, nilai kompaun. Jumlah tawaran kompaun dinaikkan daripada RM2,000 kepada tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah penalti maksimum yang diperuntukkan untuk kesalahan. Buat masa ini terdapat 12 peraturan dan 1 kesalahan di bawah seksyen 29A yang boleh dikenakan kompaun.
Kedua, penalti minimum dan maksimum. Akta sedia ada tidak menetapkan penalti minimum. Penalti bagi setiap kesalahan akan dipinda dengan mewujudkan denda minimum tidak kurang dari RM5,000 dan denda maksimum yang lebih tinggi iaitu tidak melebihi RM10 juta melibatkan kesalahan pencemaran air, pelepasan minyak, pelepasan
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
buangan ke dalam perairan Malaysia dan penempatan serta peletakan buangan terjadual.
Cadangan penalti ini telah mengambil kira kos pembersihan tinggi apabila berlakunya pencemaran.
Kita masih lagi ingat misalnya insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac 2019 yang melibatkan kos pembersihan sungai dan pelupusan buangan terjadual sebanyak RM6.4 juta. Selain daripada itu, kerajaan telah membelanjakan lebih kurang RM10 juta sepanjang tahun antara 2016 hingga 2020 bagi menjalankan aktiviti pembersihan sungai akibat pencemaran. Pencemaran alam sekitar ini tidak hanya mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat bahkan turut mengganggu- gugat kelangsungan aktiviti ekonomi negara.
Justeru, dalam pindaan ini kita mewujudkan hukuman penjara mandatori tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air, pematuhan keperluan laporan EIA dan gagal mematuhi perintah larangan. Pindaan ini penting bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas, ia tidak memberikan opsyen kepada hakim sekiranya disabitkan dengan kesalahan di mana mandatori penjara untuk membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan kepada pesalah dan penjenayah alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, secara keseluruhannya RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 ini melibatkan elemen kompaun, penalti, peruntukan denda minimum dan maksimum supaya tindakan yang lebih tegas dan hukuman yang lebih tinggi dapat diambil ke atas pelaku serta pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar supaya menjadi pengajaran agar pencemaran seumpamanya tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Kita tahu bahawa – seterusnya kita berhasrat selepas pindaan Fasa Pertama Akta Kualiti Alam Sekeliling yang melibatkan hukuman penalti dan denda ini, kita akan beralih, kementerian akan beralih insya-Allah kepada Fasa Kedua yang melibatkan pindaan secara substantif supaya perundangan yang lahir pada tahun 1974 ini dapat dibawa kepada apa yang boleh menjadikannya lebih relevan dengan cabaran yang ada pada hari ini.
Kita tahu bahawa bukan sahaja negara kita tetapi kita berdepan dengan apa yang dipanggil triple planetary crisis iaitu masalah perubahan iklim, masalah pencemaran dan juga kepupusan biodiversiti yang menjadi cabaran besar bagi dunia pada waktu ini dan kita perlu hadapi dengan perundangan yang lebih tegas dan juga lebih ketat. Justeru, kelulusan bagi rang undang-undang ini amatlah penting dan memerlukan sokongan semua sebagaimana yang dinanti-nantikan oleh semua pihak dan Ahli Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Saya menerima 16 nama Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Namun, oleh kerana kita akan berhenti pada jam 6.30, jadi saya bacakan nama-nama ini dan mereka yang tidak dapat berucap hari ini disambung untuk berucap pada hari Isnin minggu depan.
Beberapa Ahli
Setuju.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, dimulakan dengan pembahas-pembahasnya ialah Gopeng, Kuala Nerus, Bangi, Tangga Batu, Kulim Bandar Baharu, Mersing, Bentong, Kapar, Rasah, Kuala Langat, Batu, Shah Alam, Bayan Baru dan Bakri.
Kita mulakan dengan Gopeng, silakan Gopeng. Lima minit.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Lima minit sahaja?
[Ketawa] . Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 2023. Saya yakin dan percaya bahawanya pindaan kali ini cukup signifikan dan meyakinkan rakyat Malaysia kerana kerajaan secara keseluruhannya dalam pindaan ini mewujudkan pelbagai dendaan dan hukuman yang lebih tinggi dan tegas dalam menangani isu jenayah alam sekitar. Sebagai contohnya, seksyen 25 yang menekankan sekatan mengenai pencemaran perairan, daratan kini dipinda denda maksimumnya dari RM100,000 kepada RM10 juta.
Kenaikan denda sebegini amat diperlukan kerana kita masih ingat lagi isu pencemaran Sungai Kim Kim yang melibatkan kos pembersihan sungai dan pelupusan buangan sebanyak RM6.4 juta pada ketika itu. Kejadian itu turut menyebabkan 947 orang diberikan rawatan dan sembilan daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail.
Harus kita sedar bahawanya akibat pencemaran yang berlaku sekarang sentiasa bersifat catastrophic ataupun malapetaka yang besar kerana kepadatan penduduk, pertambahan ataupun perubahan teknologi dan sebagainya telah pun meningkat berbanding dengan dulu. Maka adalah jelas bahawanya rakyat kita tidak mahu insiden- insiden pahit sebegini berulang lagi di mana kos kesihatan awam ditanggung oleh kerajaan malah rakyat keseluruhan perlu menanggung segala kos-kos rawatan alam sekitar dan pemuliharaannya.
Oleh itu, saya menyokong penuh dalam pindaan RUU ini supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, kita harus ingat juga tiada gunanya kita ada undang-undang yang tegas, hukuman yang berat tetapi kita lemah dalam pelaksanaan dan apabila kita menjatuhkan penghakiman terhadap mereka yang berbuat salah.
Mengikut laporan JAS tahun 2022, sejumlah 469 kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar tahun 1974 dan mereka telah pun didakwa di dalam mahkamah. Mereka yang disabitkan kesalahan hanya dengan dendaan yang dikenakan lebih kurang RM6.9 juta dan tempoh penjara mereka yang membuat salah, yang dipenjarakan hanya tiga hari.
Maknanya, jumlah denda itu jauh berbeza dengan hukuman maksimum dalam pindaan ini.
Secara simple mathematic kalau kita lihatkan, hanya mungkin lebih kurang RM15,000 sahaja yang dikenakan kepada mereka yang membuat salah dan hukuman penjara hanya tiga hari. So, ini akan memberikan satu salah tanggapan bahawasanya kesalahan alam sekitar, penjenayah alam sekitar hanya perlu membayar dendaan yang minimum sahaja sebagai pampasan mereka membuat kesalahan terhadap alam sekitar.
Daripada segi pelaksanaan dan pemantauan, saya rasa memang JAS sentiasa buat tetapi ada tiga perkara yang saya ingin bawa juga dalam sesi perbahasan saya adalah berkaitan rapat juga untuk memastikan pindaan ini betul-betul boleh mendapat memelihara alam sekitar kita.
Pertamanya, fasiliti dan tenaga penguat kuasa yang tidak mencukupi. Buat masa ini, saya memahami kita hanya ada 29 cawangan pejabat alam sekitar di seluruh negara sahaja dan setiap pejabat terpaksa mengawal selia beberapa daerah. Jadi hakikatnya, kita hanya ada lebih kurang 1,100 penguat kuasa yang sedia ada untuk mengambil kira beban tugasan yang berat dalam negara.
Keduanya adalah tentang isu kelengkapan dan peralatan yang tidak mencukupi.
Kita harus melihat kepada peralatan untuk memantau kualiti udara dan pelepasan daripada industri berisiko tinggi. Sebagai contohnya, adakah kita mempunyai sistem yang cukup canggih dan mencukupi seperti mesin-mesin photoionization detector, gas chromatography, mass spectrometry dan CEREC Fourier Transform Infrared dan sebagainya. Adakah kita akan menambah baik daripada segi sistem amaran awalan pencemaran udara diperluaskan kepada kawasan-kawasan industri yang lain di seluruh negara?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya juga ingin ambil contoh apa yang berlaku di kawasan saya. Ada isu pencemaran udara besar-besaran berlaku. Saya memang menghargai jasa baik JAS tetapi atas kekangan tidak cukup tenaga untuk menguat kuasa, untuk membuat kerja- kerja pemantauan, peralatan kita nak buat mesin untuk detect di manakah punca, apakah hasil daripada kita nak dapatkan kandungan dalam udara itu, kita perlukan pinjam CEREC machine daripada JAS Pulau Pinang.
So, ini bermaksud daripada segi tenaga tak cukup, daripada segi peralatan tak cukup, daripada segi kerahan tenaga untuk membuat pemantauan pun tidak mencukupi.
Saya rasa dua perkara ini perlu diambil kira juga dan akhirnya adalah ada keperluan untuk kerajaan, kementerian selain kita membuat pindaan dalam rang undang-undang ini ataupun Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling tetapi kita harus juga turut kaji semula Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) Tahun 2005. Pada masa yang akan datang dan saya rasa sudah tibalah masa untuk kita kaji segala peraturan-peraturan yang berkaitan di bawah kementerian sebab kita ada industri-industri baru yang akan berkembang.
Apatah lagi kita ada industri nadir bumi, non-radioactive rare earth yang kita akan terokai dalam bidang ini. Kita perlukan ada pelbagai peraturan dan undang-undang yang lebih ketat dan tegas dalam mengawalnya. Saya rasa setakat itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker untuk memberikan peluang kepada saya turut mengambil bahagian. Terima kasih. Saya sokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023.
Tan Sri Yang di-Pertua, setelah saya meneliti pindaan-pindaan yang telah dibuat dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 ini, sebahagian besar ataupun keseluruhan seksyen yang dipinda adalah berkenaan dengan untuk memasukkan atau meningkatkan denda ataupun penalti terhadap apa-apa perbuatan yang memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.
Saya sangat menyokong pindaan yang dicadangkan ini kerana melihatkan keadaan sekarang, keadaan alam sekeliling kita yang banyak tercemar apatah lagi sekarang ini di musim suhu yang tinggi dengan fenomena El Nino dan ekuinoks yang menjadikan kebakaran yang kecil mudah merebak dan menjadi teruk dan juga memberi kesan kepada alam sekitar kita khususnya udara. Mungkin berlaku jerebu dan beberapa tahun yang lepas, kejadian-kejadian yang berlaku menyebabkan beberapa sekolah ditutup kerana kesan tersebut.
Kedua, berkaitan dengan pencemaran air khususnya sumber air minuman kita akibat ada perlombongan yang tidak terkawal. Pertanian, pengambilalihan pasir yang menyebabkan sumber air kita menjadi tercemar dan menyebabkan kos rawatan untuk menjadikan air terawat ataupun air bersih itu tinggi. Maka, terpaksalah rakyat tanggung.
Akhirnya tarif air terpaksa dinaikkan kerana nak compensate dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan ataupun pihak yang mengusahakan loji rawatan air tersebut. Namun, saya juga berpandangan bahawa bukan sekadar menumpukan perhatian kepada penalti dan denda semata-mata kerana ini tidak akan memadai.
Kadang-kadang mereka yang degil ini tetap - denda mahal pun tetap juga dia akan mengulangi kesalahan-kesalahan tersebut. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita juga kena ambil kira kaedah-kaedah untuk mengukuhkan piawaian mencegah dan memantau apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada pencemaran alam sekeliling ini. Ia bagi mewujudkan rangka kerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk mengawal selia dan memantau industri, perniagaan dan individu dalam usaha mengurangkan
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
pencemaran dan menggalakkan amalan mampan dan tindakan yang akhirnya mencapai objektif rang undang-undang ini.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pindaan Fasal 2 pindaan seksyen dua mentakrifkan pembakaran terbuka sebagai apa-apa kebakaran, pembakaran ataupun pembaraan yang berlaku di udara bebas yang tidak dihalakan oleh serombong atau cerobong. Untuk pindaan ini, saya mohon perincian daripada pihak kerajaan untuk situasi yang pertamanya– sekiranya pembakaran tersebut oleh seseorang individu di atas tanah bukan miliknya, siapakah yang akan dikenakan hukuman? Adakah pelaku atau tuan tanah tersebut? Bagaimana pula jika kebakaran terbuka di atas tanah kerajaan atau agensi kerajaan, siapa pula yang akan bertanggungjawab? Kebakaran akibat cuaca panas, adakah juga ditakrifkan sebagai pembakaran terbuka?
Kedua, pembakaran terbuka juga termasuk common practice dengan izin yang diamalkan dalam sektor pertanian iaitu pembakaran jerami padi. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga kini masih belum ada teknologi yang boleh menggantikan proses pembakaran jerami padi sebelum tanah di bajak. Apakah alternatif kerajaan untuk mengelakkan pesawah-pesawah membakar jerami padi yang menyebabkan pencemaran alam sekeliling kerana dendanya agaklah– bila pindaan dibuat agak tinggi dan kalau terkena kepada petani-petani kita, memang saya kira suatu beban yang sukar untuk mereka tanggung. Mohon penjelasan daripada pihak menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita maklum bahawa penalti yang dikenakan maksimum kepada penjenayah alam sekitar ini sehingga maksimum RM10 juta. Ini mengambil kira kos pembersihan pencemaran yang dilakukan. Namun begitu, kadang-kadang pencemaran ini boleh menyebabkan kesan yang tidak dapat dipulihkan. Contohnya perlombongan, contoh. Ini menyebabkan ianya tidak dapat dipulihkan kesan jangka panjang yang berkekalan. Apakah lain-lain penalti ataupun hukuman yang boleh dikenakan bagi memastikan perkara-perkara ini tidak diulangi kerana jikalau berlaku pencemaran bekalan utama air sungai dan sebagainya, ini sangatlah membebankan pihak kerajaan. Oleh itu adakah kerajaan bercadang supaya kita mengadakan apa-apa lagi penalti yang boleh mencegah mereka daripada terus melakukan kesalahan tersebut?
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, di bawah seksyen 3, ada menyebut mengenai pakaian seragam pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) boleh ditetapkan oleh Ketua Pengarah Alam Sekeliling setaraf dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Oleh itu ingin saya bangkitkan, apakah prosedur operasi standard (SOP) sewaktu apa-apa operasi pemantauan dilaksanakan? Adakah pegawai yang terlibat dilengkapi dengan pakaian perlindungan dan kelengkapan senjata pertahanan diri? Mereka akan melibatkan nanti ialah golongan-golongan yang korporat-korporat besar untuk berhadapan dengan mereka mungkin ada ancaman keselamatan kepada pegawai-pegawai kita. Adakah ini juga akan disediakan untuk memastikan keselamatan pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk melakukan penguatkuasaan tersebut? Mohon pencerahan daripada kerajaan, sekian. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Bangi.
[Ketawa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebentar-sebentar, boleh, boleh, boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Bangi pack dah nak balik?
[Ketawa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh, boleh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya di akhir-akhir ini untuk berbahas tentang rang undang-undang ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Tan Sri Yang di-Pertua, kami di Bangi kami sering dibelenggu dengan
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
isu tapak sampah haram. Salah satu tapak sampah haram yang terkenal adalah di Twin Palms Sungai Long. Di Twin Palms Sungai Long ini Tan Sri Yang di-Pertua, tapak sampah haram ini telah mengakibatkan kebakaran di cerun dan operasi penutupan selamat telah dijalankan pada tahun 2022 selama 39 hari dan melibatkan pelbagai agensi.
Baru-baru ini ada juga satu lagi tapak sampah haram di Bandar Mahkota Cheras yang mana terbakar juga Tan Sri Yang di-Pertua dan pihak bomba telah bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran dan api itu Tan Sri Yang di-Pertua adalah di bawah tanah.
Jadi, tak mudah untuk padam api tersebut.
Saya sendiri telah pergi tengok Tuan Yang di-Pertua, dan saya di sini ingin merakamkan penghargaan saya kepada anggota bomba dan juga PBT dan semua agensi yang terlibat dalam memadamkan kebakaran tersebut. Jadi atas dasar ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat menyokong rang undang-undang ini dan juga cadangan-cadangan pindaan.
Saya rujuk kepada Fasal 13 iaitu untuk menggantikan seksyen 29A. Pindaan ini memperketatkan lagi larangan pembakaran terbuka dan meletakkan denda minimum RM25,000 dan menaikkan maksimum kepada RM1 juta. Di media sosial Tan Sri Yang di- Pertua, saya sering mendapat aduan daripada orang awam mengenai pembakaran terbuka ini dan terlalu mudah sebenarnya kalau kita tengok orang ini buat pembakaran terbuka.
Jadi pindaan-pindaan ini penting untuk menunjukkan kepada orang ramai di luar sana betapa seriusnya kita dalam kita mahu membendung pembakaran terbuka. Dalam kes tapak sampah haram di Twin Palms Sungai Long yang saya sebut tadi, saya ada bangkitkan dalam Kamar Khas dan saya dimaklumkan bahawa ada tiga tangkapan telah dibuat dan siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 29A Akta 127. Jadi saya ingin tahu Tan Sri Yang di-Pertua, apakah status siasatan terkini dan keputusan rujukan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri berkenaan dengan perkara ini.
Lagi satu perkara Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat beberapa pindaan-pindaan yang dicadangkan untuk menaikkan lagi hukuman bagi pelbagai kesalahan dan yang paling berat yang saya nampak adalah cadangan pindaan bagi seksyen 25, 27 dan 29 iaitu maksimumnya sampai ke RM10 juta denda. Pindaan kepada seksyen 25 ini secara khusus pada saya adalah penting melihat insiden-insiden pencemaran air yang berlaku beberapa tahun ini. Rakyat di Lembah Klang masih ingat lagi insiden pencemaran air di Sungai Gong yang menyebabkan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan juga Rantau Panjang dihentikan tugas yang mana insiden ini telah menyebabkan gangguan bekalan air Tan Sri Yang di-Pertua selama beberapa hari dan menjejaskan kira-kira lima juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Kita tak mahu insiden seperti ini berlaku lagi. Maka adalah penting untuk kita tetapkan satu hukuman yang tinggi sebagai satu dengan izin, deterrent supaya jangan ada lagi individu yang gatal tangan nak mencemarkan air kita.
Jadi berikutan dengan ini, saya juga ingin mendapat maklumat daripada pihak kementerian mengenai pendakwaan di bawah Akta 127 terhadap pelaku-pelaku yang di tuduh mencemarkan Sungai Gong pada tahun tersebut. Jadi saya ingin mendapatkan update mengenai kes tersebut. Saya juga ingin mencadangkan bahawa dimasukkan juga– mungkin di masa hadapan mahkamah di beri kuasa untuk setelah disabitnya kesalahan, membuat satu perintah pembayaran kos kepada pihak berwajib untuk membersihkan pencemaran. Sebab kita tahu supaya yang telah dikatakan oleh Menteri sendiri bila mana ada pencemaran, ada sahaja kos untuk membersihkan dan pelaku harus dipertanggungjawabkan.
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun kita semua sudah tentu menyokong rang undang-undang ini, tetapi seperti yang sering saya katakan undang-undang bukanlah ubat bagi segala permasalahan kita. Adalah penting untuk kita terapkan kesedaran umum pada rakyat untuk tidak membuat pencemaran dan juga menjaga alam sekeliling. Kalau kita dapat terapkan kesedaran ini, kita tidak perlu pun guna akta ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sedikit sahaja lagi kurang dari satu minit Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak akhiri perbahasan saya dengan bibit-bibit nukilan Ebiet G. Ade dalam karyanya Berita Kepada Kawan. Tetapi saya tak akan nyanyi.
“Kawan cuba dengar apa jawabnya, Ketika ia ku tanya mengapa, Bapak ibunya telah lama mati, Ditelan bencana tanah ini, Sesampainya di laut kukabarkan semuanya, Kepada karang kepada ombak kepada matahari, Tetapi semua diam tetapi semua bisu, Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit.” Tuan Yang di-Pertua, kita jangan sampai tanah kita ini ditimpa bencana seperti ini. Jadilah marilah kita sama-sama memastikan bahawa kita jaga baik-baik tanah ini dan alam ini. Jangan kita lupa, alam kita ini kita warisi daripada nenek moyang kita dan kita jaga untuk anak-anak kita. Sekian, saya menyokong rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin 25 Mac 2024. Sekian dan semua dijemput ke bankuet untuk buka puasa nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada jam 6.40 petang]