Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Puan Speaker, soalan nombor satu.
1. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Ekonomi menyatakan bilakah kerajaan akan melaksanakan Dasar Gaji Progresif bagi mereformasi pasaran buruh dengan matlamat untuk meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti di samping memberikan keadilan sosial kepada pekerja sektor swasta.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Puan Yang Terutama. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Dasar Gaji Progresif diperkenalkan untuk mereformasikan struktur gaji pekerja Malaysia. Ia juga bertindak sebagai pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada iaitu Dasar Gaji Minima serta sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti (PLWS).
Tujuan utama Dasar Gaji Progresif adalah meningkatkan gaji pekerja sektor swasta secara sistematik bagi membolehkan ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi selaras dengan salah satu daripada 17 anjakan besar Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu ketersediaan bakat masa hadapan. Seperti yang telah dimaklumkan pada persidangan Parlimen Malaysia yang lepas, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada bulan Jun hingga Ogos 2024.
Penilaian impak projek rintis ini pula akan dilaksanakan pada bulan September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh diputuskan. Sehingga kini, terdapat empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentasi kementerian dan agensi telah ditubuhkan dan sedang melaksanakan gerak kerja untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang merangkumi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Dasar, Jawatankuasa Pembangunan Sistem, Jawatankuasa Peningkatan Kemahiran dan Produktiviti serta Jawatankuasa Kerja Panduan Kenaikan Gaji Tahunan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, berdasarkan Kertas Putih cadangan Dasar Gaji Progresif, model pelaksanaan dasar ini adalah tidak bersifat mandatori. Maknanya, syarikat tidak boleh memilih untuk tidak melaksanakan dan secara
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
sukarela dan juga syarikat yang melaksanakan itu tidak akan diberikan insentif daripada kerajaan.
Jadi soalan saya, bagaimana pula dengan pekerja sekiranya syarikat itu tidak memilih untuk melaksanakan dasar ini? Macam mana dengan pekerja yang telah lama bekerja di syarikat berkenaan yang mungkin mempunyai pengetahuan, pengalaman tetapi scale gajinya masih di tahap yang lama?
Kedua, adakah perancangan pihak kementerian untuk mengenakan kompaun ataupun denda bagi syarikat-syarikat yang tidak melaksanakan dasar gaji ini? Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah dimaklumkan, terdapat tiga ciri asas Dasar Gaji Progresif yang telah dilaksanakan.
Yang YB maksudkan adalah pelaksanaan secara sukarela oleh syarikat. Ketiga-tiga ini berkaitan dengan mendaftarkan syarikat kepada kerajaan supaya mengikuti dari segi inisiatif untuk menambahkan pengetahuan pada– untuk meningkatkan pengetahuan mereka supaya dapat meningkatkan kerajaan.
Okey, jikalau mereka tidak mendaftar, kita tidak boleh memaksa mereka. Okey?
Ini adalah insentif demi masa depan syarikat. Okey, oleh sebab kita belum pasti yang ini adalah satu inisiatif yang terbaik yang dapat dilaksanakan. Oleh sebab itu, kita melaksanakan satu rintisan dan selepas itu kita akan menilai dan menambah baik.
Jadi, antara yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat, jika perlu mengambil tindakan, bagaimana kita mengambil tindakan? Ini kerana kita boleh memaksa daripada penukaran begitu. Okey? Jadi, insya-Allah dengan sebaik-baik memberikan maklum balas dan cara kita dapat menilainya, insya-Allah kita akan berusaha bersama-sama dengan jawatankuasa dan maklum balas untuk meningkatkan lagi usaha untuk menaikkan gaji progresif. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Menteri, duduk dulu. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang konsep keadilan yang mahu dicapai dalam Dasar Gaji Progresif berbanding dengan konsep gaji upah pekerja di dalam- ataupun menurut dalam Islam. Sebab kalau ikut dalam Islam, upah pekerja ataupun gaji ini diberikan oleh majikan kepada pekerja berdasarkan kadar perkhidmatan ataupun kerja yang dilaksanakan dan tanpa ada sebarang campur tangan daripada pihak ketiga berbanding Dasar Gaji Progresif. Kalau kita lihat RM50 juta untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Sikit lagi. RM50 juta untuk projek rintis yang akan dilaksanakan Jun. RM50 juta ini adalah duit rakyat. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah pekerja-pekerja yang tidak terlibat dalam Dasar Gaji Progresif? Apakah konsep keadilan yang mahu dicapai?
Keadilan sosial yang mahu dicapai dalam masyarakat melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini? Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau dari segi pelaksanaan melalui syariah agama, minta maaf, saya tak berani nak menjawab kerana saya belum fasih lagi dari segi pengajaran tentang Islam, tentang apa yang dimaksudkan dari segi upah. Okey?
Tetapi, dari segi niat di belakang gaji progresif adalah memberikan bantuan untuk meningkatkan pengetahuan. Kalau kita fikirkan dari segi seorang Islam, kita digalakkan untuk meningkatkan pengetahuan kita supaya ia dapat memberikan maklumat yang terbetul untuk generasi yang, bukan sahaja dari segi generasi yang akan datang, kepada ahli keluarga kita. Pada meningkatkan pengetahuan kita akan memperbaiki dari segi kehidupan kita. Insya-Allah. Okey?
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Dari segi niat gaji progresif, sebab itu dari segi insentif dia adalah untuk memberikan pengetahuan yang meningkatkan pengetahuan itu lebih mendalam, lebih luas supaya ia dapat meningkatkan bukan sahaja dari segi pengetahuan kepada individu tetapi kepada syarikat dan insya-Allah, dengan pengetahuan yang lebih luas, lebih lebar pengetahuan itu dapat meningkatkan dari segi kebaikan untuk melaksanakan syarikat― usaha mereka berniaga. Begitulah maksud dia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah, Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua.
Minum kopi dalam cawan, Sambil makan biskut tawar, Dah nak habis sidang dewan, Baru ini soalan keluar.
[Ketawa] Soalan saya nombor 2.
2. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah drastik yang boleh diambil bagi menangani masalah jalan raya rosak dan berlubang terutamanya di negeri Pahang secara amnya dan Rompin secara khususnya kerana masalah ini seperti tidak berkesudahan sehingga menyebabkan banyak kenderaan mengalami kerosakan dan menyebabkan kemalangan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Nasiblah, Rompin, ya? Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah bahawa punca kemalangan jalan raya ini, antaranya ialah kecuaian, keletihan, had laju, keadaan kenderaan, cuaca dan juga hujan.
Yang Berhormat Rompin menyatakan bagaimana cara nak menangani jalan rosak terutama di negeri Pahang dan khususnya di Rompin. Daripada data Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, kemalangan 80 peratus berpunca daripada sikap manusia, 13 peratus keadaan jalan raya, tujuh peratus aspek teknikal kenderaan. Itu antara punca kemalangan.
Mengenai perkara kerja tampalan lubang, ini merupakan salah satu piagam pelanggan KKR, lubang-lubang jalan ini dan kita komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional menampal potholes dalam tempoh 24 jam, ya.
Saya ingin nyatakan di sini, pada Januari dan Februari 2024, sebanyak 774 bilangan potholes dilaporkan di jalan-jalan persekutuan telah pun ditampal dalam tempoh 24 jam. Bererti, program akujanji ‘sifar lubang’ jalan ini adalah 100 peratus. Pada tahun 2023, sebanyak 5,959 aduan diterima dan kita selesaikan juga dalam masa 24 jam. Boleh menghubungi kami menggunakan aplikasi MyJalan ataupun nombor-nombor yang berkaitan.
Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan RM3.3 bilion dari tahun 2018 sehingga 2023 bagi kerja penyenggaraan penurapan semula jalan untuk berkala pavement di jalan-jalan persekutuan. Namun, kita ada RM3.3 bilion juga backlog ataupun kerja-kerja tertunggak.
Untuk Rompin, 360.68 kilometer, RM41.73 juta daripada 2021 diperuntukkan dan untuk negeri Pahang, anggaran penyenggaraan jalan 2024 untuk penurapan jalan ialah RM101.5 juta dan bukan pavement sebanyak RM8.3 juta untuk negeri Pahang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien
Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin membangkitkan jalan di FT011 Jalan Bahau-Keratong.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Jalan ini agak sempit dan pada tahun lepas sahaja, berlaku beberapa kemalangan maut.
Pada tahun 2017, seingat sayalah, ada lapan orang maut, di mana enam rentung akibat daripada kemalangan berikutan jalan yang sempit.
Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang yang ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong semasa lawatan Baginda ke Rompin, Baginda telah menitahkan agar laluan ini dinaiktaraf bagi kegunaan pengguna sekiranya berlaku bencana di LPT. Soalan saya. Apakah kementerian mempunyai perancangan untuk melebarkan jalan tersebut? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya. Lebuh raya Bahau-Keratong ya, Rompin, adalah jalan persekutuan FT11. Sebenarnya kita mengetahui tentang perkara ini dan ia adalah dalam proses apa yang dipanggil sebagai value assessment. Pada bulan Februari, kita telah turun padang dan memastikan perkara itu boleh dapat dilaksanakan.
Saya difahamkan bahawa sebahagian besar jalan itu, 35 kilometer lebih kurang, ia berada dalam Rompin dan selebihnya di daerah Jempol. Kos yang terlibat lebih kurang RM100 juta. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sungguh telah melawat ke tempat berkaitan dan kita berharap laluan ini boleh kita pertingkatkan dalam perancangan KKR dan kos anggaran itu sedang kita cari peruntukan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien
Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Terima kasih berikan peluang kepada orang Pahang. Baik.
Timbalan Menteri, kalau kita lihat, pada ketika ini kerja-kerja pembinaan ECRL sedang dijalankan di sekitar jalan lama KL-Bentong. Keadaan terkini, keadaan jalan tersebut sangat teruk kondisinya. Jalan ini adalah merupakan jalan alternatif bagi pengguna yang hendak ke Pantai Timur ataupun ke Kuala Lumpur dan sebagainya. Jika jalan ini tidak ada pembaikan dari semasa ke semasa, ia memberikan kesan yang semakin teruk kepada pengguna jalan raya juga dan juga keselamatan mereka. Jadi, apakah tindakan daripada kementerian untuk menangani masalah ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih atas perkara yang dibangkitkan. Apa yang kita ingin terus lakukan ialah melihat kepada segala peruntukan yang ada. Memang kita ada peruntukan-peruntukan yang tertentu untuk melaksanakan penurapan jalan dan pembaikan jalan.
Sebagai contoh, Yang Berhormat Bentong, saya ingin maklum, pada 2023, RM690 juta untuk kita menyenggara dan menurap semula jalan-jalan. Termasuklah jalan yang disebut oleh Yang Berhormat Bentong tadi, KL-Bentong, kerana ECRL sedang dilaksanakan. Tahun 2024, RM700 juta. Jadi, pada tahun ini, RM700 juta itu tentu boleh kita bawa sebahagiannya untuk memperbaiki jalan KL-Bentong.
Ambil sarap waktu pagi, Saya harap Bentong puas hati.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien
Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih. Pagi ini soalan saya nombor 3.
3. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bersedia untuk menawarkan bantuan pinjaman latihan kemahiran kepada para pelatih TVET yang ingin menyertai latihan peningkatan kemahiran jangka masa pendek seterusnya mendapatkan Professional Skills Certificate dari badan profesional tempatan ataupun institusi TVET luar negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Yang Berhormat Tenggara di mana kita tahu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sangat prihatin untuk memperjuangkan masalah TVET di negara kita ini dan siri-siri tersebut telah banyak kita lakukan untuk memastikan TVET berjaya di negara kita ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah memberikan bantuan pinjaman kemahiran kepada para pelatih TVET yang mengikuti kursus latihan peningkatan kemahiran jangka masa pendek dan kursus kemahiran profesional atau, dengan izin, professional skills certificate.
Mulai tahun 2021, PTPK telah mula menawarkan pembiayaan merangkumi pelbagai kursus latihan peningkatan kemahiran jangka masa pendek yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam bentuk modular, dengan izin, Program Micro Credentials dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Kursus yang ditawarkan berfokuskan kepada set kemahiran spesifik, dilaksanakan secara berpakej dan nilai tambah dengan persijilan profesional. Antara kursus berpakej dan persijilan profesional yang ditawarkan oleh PTPK adalah seperti:
(i) Cisco Certified Networking Associates dalam bidang teknologi maklumat;
(ii) Certified Welding Supervisor dalam bidang kimpalan; dan
(iii) Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa dengan Program Persijilan Profesional KNS.
Dari tahun 2021 hingga 29 Februari 2024, seramai 8,316 orang pelatih telah mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dilaksanakan secara berpakej dengan persijilan profesional, dengan pembiayaan berjumlah RM68.44 juta. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya. Bagi mendapati tuntutan pekerjaan baharu masa hadapan yang kompleks industry lead body (ILB) yang ditubuhkan KESUMA juga boleh berperanan sebagai badan persijilan kompeten yang melengkapi persijilan kemahiran Malaysia.
Soalan saya, adakah pihak kementerian bersedia menggubal Akta 640, Akta Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memastikan PTPK menyalurkan dana bagi persijilan profesional atau kompeten dan tidak terhad kepada persijilan kemahiran Malaysia SKM, DKM, DLKM Tahap 1 hingga 5 sahaja serta apakah insentif serta kemudahan yang disediakan oleh PTPK terhadap para pelatih TVET di dalam mahupun di luar negara? Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Tenggara. Sebenarnya, KESUMA melalui PTPK dalam tindakan untuk meminda akta tersebut iaitu Akta Pembangunan Kemahiran 2004, Akta 640. Kita nak memberikan tafsiran yang lebih luas kepada perubahan ataupun penggubalan tersebut diberi peluang kepada latihan dan pengiktirafan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 iaitu Akta 652.
Pindaan ini membolehkan PTPK membiayai Program Sijil Kemahiran Malaysia.
Kita juga akan mendapatkan pengiktirafan atau perakuan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen 36A dan 36B, Akta 652.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Pensijilan ini akan diiktiraf di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610), Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3) dan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Ini merupakan satu yang dibangkitkan oleh Tenggara sangat baik kerana kita akan boleh memperluaskan lagi apa yang dibangkitkan oleh pihak Tenggara sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, mohon untuk KESUMA untuk memperincikan garis gaji pemula bagi tenaga kerja TVET, terutama dalam bidang bukan teknikal kejuruteraan seperti pelancongan dan hospitaliti yang telah dibiayai oleh PTPK.
Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada berhasrat untuk melahirkan 100,000 graduan TVET dalam masa lima tahun. Soalan saya, adakah ada peruntukan tambahan pada PTPK untuk mencapai sasaran tersebut? Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan itu adalah lebih kurang berkesinambungan daripada persoalan Tenggara. Sebenarnya, dengan kita perubahan akta-akta tersebut, maka dengan pengiktirafan-pengiktirafan yang baharu ini akan membolehkan kita mendapat peruntukan yang lebih, permohonan yang lebih daripada pihak kerajaan supaya kita boleh mendapat tambah nilai yang mana disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi iaitu added value program seperti yang dinyatakan.
Sebagai mana yang kita nyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi TVET telah membawa kepada kombinasi beberapa perkara iaitu seperti Program SKM bergabung dengan program peringkat sijil. Kemudian kita ada banyak program lain iaitu Program SKM bercampur dengan program peringkat diploma dan sehinggalah digabungkan juga sehingga ke peringkat Ijazah, di mana yang boleh diiktiraf sebagai satu kemahiran yang baik kepada negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Untuk soalan keempat, Menteri dan Timbalan Menteri masih dalam perjalanan, nanti kita balik ke soalan nombor 4. Jadi, saya minta Dato’ Verdon bin Bahanda, Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Soalan saya nombor 5.
5. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan pembangunan rangkaian jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa yang diluluskan di Parlimen Kudat pada tahun 2023. Apakah kaedah kerajaan mempercepatkan pelaksanaan jalan luar bandar yang telah tersenarai dalam RMKe-12.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih YB Kudat atas soalan nombor lima. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak lima projek sambungan jalan luar bandar telah diluluskan di Parlimen Kudat bagi tahun 2023 dengan kos keseluruhannya sebanyak RM301 juta.
Manakala, pada tahun 2024, sebanyak dua projek baharu dan lima projek sambungan jalan luar bandar diluluskan untuk Parlimen Kudat dengan kos keseluruhannya sebanyak RM833 juta. Daripada tujuh projek ini, dua projek sedang dalam peringkat pembinaan, satu projek di peringkat tender, satu projek dijangka ditender pada April 2024 dan satu projek akan melalui proses kejuruteraan nilai pada Mei 2024 dan dua projek lagi iaitu projek baharu 2024 sedang dalam persediaan ke makmal pengurusan nilai.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebanyak RM600 juta kos projek bagi jalan perhubungan desa telah diperuntukkan bagi Wilayah Sabah sepanjang RMKe-12.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Bagi tahun 2023, sebanyak 17 projek daripada peruntukan sebanyak RM8.095 juta telah diluluskan pelaksanaannya Projek JPD di Parlimen Kudat. Kementerian ini sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Sabah selaku agensi pelaksana bagi menyegerakan pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan.
Antara kaedah bagi menyegerakan pelaksanaan projek adalah dengan menetapkan kaedah pelaksanaan secara reka dan bina serta kaedah perolehan secara kaedah tender terbuka pra kelayakan terpilih. Kedua-dua pendekatan ini akan menjimatkan masa pelantikan perkhidmatan perunding dan juga proses perolehan projek.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, mohon perincian status pelaksanaan secara spesifik beberapa jalan yang tersenarai dalam RMKe-12 dalam Parlimen Kudat seperti Jalan Kanibongan, Narandang, naik taraf Jalan Telaga, naik taraf Jalan Mangkapon di Pitas dan status naik taraf serta pembinaan beberapa jalan yang telah saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini seperti Jalan Tras Banggi Karakit Damaran, Jalan Dampirit, Jalan Masangkong, Jalan Simpang Mengayau dan Jalan Tiga Papan serta Jalan Tajau Laut. Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Untuk makluman Yang Berhormat, projek menaik taraf Jalan Narandang, Pitas, Sabah telah diluluskan di bawah RMKe-12, RP4 tahun 2024 dengan kos sebanyak RM188,800,000. Skop yang diluluskan adalah menaik taraf jalan sepanjang 18 kilometer dengan spesifikasi JKR R2 dan tiga buah jambatan.
Jajaran jalan ini merupakan laluan utama yang akan melibatkan 12 kampung, termasuk Kampung Kanibongan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Projek ini telah selesai pelaksanaan makmal kajian nilai pada Februari 2024 dan jangkaan bagi pelaksanaan makmal kejuruteraan nilai adalah pada Julai 2024. Projek naik taraf telaga Pitas Sabah telah selesai pelaksanaan makmal pengurusan nilai dan tersedia untuk ditender, April 2024. Manakala bagi projek menaik taraf Jalan Mangkapon, Pitas Sabah, projek ini tidak diluluskan di bawah RMKe-12, RP4 2024. Walau bagaimanapun projek ini sekali lagi dipohon di bawah RMKe-12, RP5 tahun 2025.
Bagi projek-projek lain yang disebut oleh Yang Berhormat, iaitu projek Jalan Trans-Bangi Karakit Damaran, Jalan Dan Sepirit, Jalan Masangkong, Jalan Simpang Mengayau, Jalan Tiga Papan dan Jalan Tajau Laut, projek-projek ini tidak tersenarai dalam senarai keutamaan negeri Sabah oleh Unit Perancang Negeri Sabah. Dalam hal ini, jika terdapat keperluan mendesak, untuk menaik taraf jalan-jalan berkenaan, Yang Berhormat disarankan mengemukakan balik permohonan kepada UPEN Negeri Sabah untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri Sabah untuk dimasukkan ataupun diangkat kepada Kementerian Ekonomi untuk kelulusan Rolling Plan yang seterusnya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Abdul Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan ini menyentuh tentang infrastruktur jalan di Parlimen Kudat, Sabah. Tetapi kalau bila dilihat kepada RMKe-12, Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada enam negeri, termasuk Sabah. Selainnya iaitu Sarawak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Melalui RMKe-12, kerajaan memberi penekanan terhadap infrastruktur jalan-jalan kampung dan lampu-lampu jalan. Itu keutamaan yang diberikan. Disebut dalam RMK 2012.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dr. Abdul Ghani bin Ahmad - Jerlun
...2,800 kilometer jalan berturap itu telah disebut, 100 jambatan dan memasang lampu jalan. RMKe-12 akan berakhir tahun depan, 2025. Persoalan saya, berapakah baki projek menaik taraf jalan di seluruh enam negeri yang disebut sebagai keutamaan itu dan bila projek yang telah dirancang itu dilaksanakan
Dr. Abdul Ghani bin Ahmad - Jerlun
mengikut jadual. Akhirnya jika berlaku kontingensi, kerosakan, apakah ada peruntukan khas untuk membaiki jalan yang rosak itu. Sekian.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Jerlun ya. Berkaitan dengan pertanyaan YB Jerlun tadi. Berkaitan dengan pelaksanaan jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, jalan ladang, jambatan luar bandar dan juga lampu jalan kampung merupakan prioriti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Enam negeri yang disebut tadi merupakan keutamaan kita. Namun begitu dari sudut data, maklumat terperinci berkaitan keenam-enam negeri tersebut, tak ada dengan saya hari ini. Saya boleh beri maklumat bertulis, jawapan bertulis selepas ini.
Namun suka saya memaklumkan kepada Yang Berhormat, kebanyakan jalan- jalan telah diperincikan yang dirancang telah dilaksanakan, terutamanya projek JPD yang disebutkan. Berkaitan dengan baik pulih jalan-jalan yang telah dilaksanakan atau jalan- jalan yang telah siap akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya. Kalau jalan luar bandar, penyelenggaraannya di bawah Persekutuan manakala jalan perhubungan desa akan diserah kepada JKR ataupun agensi pelaksana untuk disenaraikan di bawah sistem MARRIS.
Di bawah peruntukan sistem MARRIS lah penyelenggaraan dibuat. KKKW tidak membuat dari sudut penyelenggaraan jalan. Penyelenggaraan hanya dilaksanakan oleh pihak JKR dan juga agensi pelaksana di bawah sistem MARRIS berkenaan. Jika ada kerosakan, perlu dilaporkan kepada agensi-agensi berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Dr.
Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Walau lewat, Alhamdulillah selamat, Analisa program rintis PrEP dikatakan awal 2024, Soalan saya nombor empat.
4. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status terkini program perintis pemberian Pre-Exposure Prophylaxis
(PrEP) kepada individu yang mempunyai pasangan HIV positif terutama yang mengamalkan seks bebas dan seks songsang dalam keadaan belum ada keputusan dari pihak Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) atau Jawatankuasa Fatwa.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya Kuala Langat. Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ya, saya kelewatan kerana menghadiri perhimpunan bulanan di KKM. Terima kasih. Baik.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, sahabat saya. Kita sedia maklum PrEP adalah satu kaedah pencegahan HIV yang berkesan, yang terbukti secara saintifik dengan pemberian ART itu akan dapat mencegah sehingga ke paras 99 peratus penularan HIV secara seksual. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Kuala Langat, projek perintis yang telah kita mulakan sejak Januari 2023 di 18 klinik kesihatan dan diperluaskan kepada tiga buah klinik kesihatan yang lain pertengahan 2023, hari ini kita boleh memberikan beberapa dapatan mutakhir.
Yang mana sehingga 11 Januari 2024, seramai 3,451 individu telah menerima PrEP melalui program ini. Pentingnya adalah untuk saya berikan sikit analisis awal the early findings sehingga bulan keenam dan kedua belas penggunaan PrEP ini.
Pertamanya, terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis iaitu daripada 11 kepada 6.5 selepas enam bulan dan 1.3 selepas 12 bulan penggunaan PrEP. PrEP keduanya, peratus klien yang sentiasa menggunakan kondom meningkat daripada 30 ke 38.6 peratus selepas enam bulan dan 44 peratus selepas 12 bulan penggunaan PrEP ya.
Seterusnya peratus lain mempunyai hanya satu pasangan seksual, monogamous juga meningkat daripada 7.2 kepada 19.4 peratus selepas enam bulan dan 29.6 peratus
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
ya selepas 12 bulan penggunaan PrEP. Terdapat 51 klien yang telah berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko. Itu juga satu kesan yang penting.
Jadi untuk saya terangkan seterusnya ya, hasil dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa klien yang mengambil PrEP mematuhi dan mengamalkan nasihat pencegahan jangkitan HIV melalui penggunaan kondom secara konsisten dan perubahan tingkah laku yang lebih baik Dato’ Yang di-Pertua, walaupun sedang menggunakan PrEP.
Program ini telah diperluaskan daripada 18 ke 21 klinik pada tahun 2023. Seterusnya akan diperluaskan kepada 10 buah klinik kesihatan pada tahun 2024.
Adapun untuk persoalan seterusnya, yang terkait dengan persoalan fatwa dan sebagainya, untuk maklumat Yang Berhormat Kuala Langat, KKM sentiasa mengambil langkah proaktif berhubung dengan pihak-pihak berkuasa, berkenaan hal ehwal Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis-majlis Fatwa Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Juga saya sebutkan setakat ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang telah bersidang pada 23 sehingga 24 Julai 2023 berpendapat bahawa mudarat penyebaran HIV yang boleh berjangkit secara meluas adalah lebih besar daripada berbanding mudarat penyalahgunaan PrEP untuk menggalakkan perbuatan seks songsang dan atas dasar itu menjadi harus bagi pihak kerajaan atau pengamal perubatan memberikan PrEP untuk pencegahan penularan HIV.
Dato’ Timbalan, meskipun jelasnya kita tidak sama sekali merestui amalan- amalan LGBT atau apa pun sifat yang songsang ini, namun dari segi menjaga prioriti menjaga nyawa hifdzun nafs, menjaga nyawa dan juga akal dan sebagainya itu adalah satu keperluan. Kita memandang bahawa mengambil pendekatan yang dikatakan sebagai prioriti, dengan mengambil pendekatan ini, maka keharusan ini diambil sebagai fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
[Bercakap dalam bahasa Arab] mengambil apa yang lebih kurang ataupun mengelakkan yang lebih mudarat. Ini saya tidak perlu syarah panjang-panjang. Kalau nak bersyarah pun saya boleh, kerana kita mengambil pendekatan ini dengan penuh tanggungjawab dan evidence-based. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa akan ditambah lagi 10 pada tahun ini dan kita telah mendengar, mantan Menteri Kesihatan yang dahulu mengatakan bahawa akan ditambah 30 lagi klinik yang akan terlibat dalam program ini.
Saya nak dapatkan maklumat, berapakah kos yang dijangkakan apabila program perintis ini, yang mana kos ubatnya ditanggung sebelum ini akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk program seterusnya?
Apakah langkah bersasar bagi mengawal dan juga mencegah jangkitan HIV berdasarkan kumpulan sasar, terutamanya di peringkat pelajar-pelajar dan juga mahasiswa di peringkat universiti dan juga IPT? Apakah tindakan mitigasi sekiranya wujud ketidakpatuhan kepada pengguna terhadap penjadualan PrEP yang telah dijadualkan kepada mereka? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Kuala Langat. Saya telah menyebutkan akan keberkesanan ya, keberkesanan dari segi amalan ataupun dari segi kaedah pencegahan ini. Itu sekali gus adalah penting kerana ia terlibat dengan satu kumpulan umur 21 hingga 49 peratus— 21 kepada 49 tahun, yang terkait dengan kumpulan umur ini 92.4 peratus, yang terlibat sangat penting, they are in productive ages. Jadi, untuk saya sebutkan pembelian ubat yang digunakan dalam projek rintis PrEP ini bernilai hampir RM521,816.80 adalah penggunaan yang digunakan adalah daripada sumber sumbangan Majlis AIDS Malaysia (MAM) melalui dana Global Fund kepada Bahagian Kawalan Penyakit KKM, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.5, garis panduan pemberian dan
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
penerimaan hadiah di dalam perkhidmatan awam juga kita perhatikan semua peraturan ini Dato’ Yang di-Pertua.
Kuala Langat, ya kita sangat faham bahawa ia mempunyai kos, tetapi kos ini ditanggung oleh sumbangan daripada Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan kurang lebih satu- pemberian satu patient itu adalah dalam RM120. Jadi, yang pentingnya bukan saja dari sudut kos, tetapi untuk kita laksanakan program yang telah menunjukkan evidence bahawa ia berkesan dan lebih penting adalah juga mereka terlibat dalam golongan kumpulan umur yang produktif dan daripada sini, kita lihat bahawa keberkesanan PrEP ini adalah jelas. Dari segi itu, ia benar-benar dapat mengelakkan apa yang kita katakan, mengambil pendekatan apa yang lebih kurang mudaratnya ataupun yang lebih besar manfaatnya. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya menyambut baik langkah yang diambil oleh kerajaan di dalam mengamalkan, memberikan pre-exposure prophylaxis (PrEP) ini. Cuma, soalan saya adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang bahayanya AIDS dan HIV, adakah kerajaan juga punyai iltizam untuk menyebarkan penggunaan pre-exposure prophylaxis kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia? Kepada golongan muda dan kepada semua kaum yang ada di Malaysia? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Jelutong ya. Setelah saya sebutkan, kita akan mempertingkatkan lagi dari segi keluasan ataupun meningkatkan lagi klinik yang terlibat, daripada 18 ke 21 mengikut keupayaan dan kadar kemampuan ya.
Tetapi dari sudut hasratnya, ia telah pun menunjukkan— PrEP telah menunjukkan keberkesanannya. Maka dengan itu, kalau ia perlu untuk kita perluaskan seluruh negara, saya kira ia wajar dipertimbangkan. Yang pentingnya adalah dalam waktu yang sama, kita tidak menerima apa pun amalan-amalan seperti ini, seks bebas, songsang dan sebagainya.
Ia adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk memberikan satu profilaktik atau satu pencegahan, satu harm reduction yang mesti diambil kira meletakkan kemaslahatan dan kepentingan yang lebih besar daripada mengelakkan penularan yang lebih luas. Jadi, itu adalah satu Jelutong, akan kita pertimbangkan tergantung kepada keupayaan, YB Jelutong. Terima kasih Timbalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan saya nombor enam.
6. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah kerajaan tidak bercadang untuk menyemak dan menawarkan pendaftaran baru kontraktor CIDB Gred G7 untuk disenaraikan sebagai "kontraktor memenuhi syarat pra-kelayakan" bagi menggantikan kontraktor yang telah berstatus pra- kelayakan yang diluluskan oleh Kerajaan terdahulu.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
*Untuk kesihatan elok bersenam; Waktu pagi sesuai masanya, Kepada soalan nombor enam; Dengarkan ini jawapannya.
[Tepuk]*
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan akta CIDB, iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, mana-mana syarikat kontraktor yang menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan, perlulah memiliki perakuan pendaftaran sah yang dikeluarkan oleh CIDB.
Berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan, MOF membenarkan pangkalan data kontraktor sedia ada digunakan bagi pelaksanaan projek tahun 2024, di samping kementerian boleh mempelawa dan menilai kontraktor baharu untuk menambah bilangan kontraktor dalam pangkalan data tersebut.
MOF turut membenarkan agensi mempunyai pangkalan data sendiri berdasarkan senarai kontraktor yang berjaya pada peringkat prakelayakan terpilih termasuk rekod syarikat yang pernah menyertai dan lulus penilaian tender bagi memastikan syarikat yang layak dapat menyertai pelawaan tender.
Bagi mana-mana syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB dan berhasrat untuk menyertai tender kerajaan, perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agensi yang mengeluarkan tender. Manakala syarat prakelayakan pula adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:
(i) agensi boleh mengguna pakai kaedah tender terbuka prakelayakan dalam melaksanakan perolehan termasuk juga perolehan yang tertakluk pada perjanjian FTA;
(ii) perolehan bekalan perkhidmatan bukan perunding dan kerja yang melibatkan perbelanjaan melebihi RM500.000 setahun, atau satu kontrak boleh dipelawa secara tender terbuka prakelayakan, berdasarkan perancangan perolehan tahunan yang disediakan oleh agensi;
(iii) perolehan yang boleh dilaksanakan secara tender terbuka prakelayakan adalah bekalan, perkhidmatan dan kerja yang memerlukan tapisan awal dengan kriteria tertentu, bagi mendapatkan syarikat pembekal kontraktor yang benar-benar kompeten dan berwibawa;
(iv) tender terbuka prakelayakan hendaklah dipelawa di kalangan syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan CIDB. Tawaran yang diterima hendaklah dinilai dan disenarai pendek untuk pelawaan mengikut peringkat yang ditetapkan; dan
(v) agensi hendaklah mempelawa di kalangan pembuat sahaja. Jika tidak terdapat pembuat, agensi boleh mempelawa di kalangan pembekal. Tender terbuka prakelayakan di kalangan pembuat tidak boleh dipelawa bersekali dengan pembekal.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita memahami bahawa kerajaan hari ini banyak membuat pembaharuan polisi, terutama yang melibatkan perolehan kerajaanlah, okey. Antara kejayaan kerajaan pada hari ini dalam konteks mengelakkan ketirisan dan juga rasuah ialah negara kita Malaysia telah mencapai peningkatan kepada 50 mata Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2023. Ini satu kejayaan kepada negara kita.
Soalan tambahan saya, bolehkah kerajaan membuat pembaharuan dengan membuka pendaftaran kontraktor prakelayakan ini pada bulan pertama setiap tahun, bagi memberi hebahan kepada semua kontraktor yang layak? Kontraktor yang layak diberi satu sijil pengiktirafan ataupun sijil pendaftaran yang tempoh sah lakunya mungkin kurang daripada lima tahun, untuk kementerian membuat penilaian.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Bolehkah proses pendaftaran kontraktor prakelayakan ini dibuat secara berpusat iaitu hanya satu kementerian sahaja. Contohnya, Kementerian Kewangan sahaja yang mencakupi perolehan projek ini bagi semua kementerian? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Banyak betul soalan. Saya jawab yang ketiga dulu, bahawa hal kontraktor dan pembekalan ini hendaklah melibatkan beberapa kementerian untuk pendaftaran. Yang terlibat ialah CIDB di bawah Kementerian Kerja Raya dan tentunya Kementerian Kewangan. Begitu juga dengan “kementerian pelanggan”.
Di JKR, kita melaksanakan projek-projek bukan hanya projek JKR dan KKR, tetapi juga projek-projek kementerian lain yang kita panggil sebagai “kementerian pelanggan”.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita menilai apa Yang Berhormat sebut mengenai sijil layak bulan pertama setiap tahun sebagainya itu, kita akan pertimbangkan.
Tetapi untuk mendapatkan kerja-kerja ini, syarat-syarat yang sedia ada dan biasa:
(i) hendaklah mempunyai keupayaan kewangan;
(ii) hendaklah mempunyai keupayaan teknikal;
(iii) pengalaman dan rekod kontraktor itu; dan
(iv) projek dalam tangan. Ada berapa projek dalam tangan sebelum kita membuat keputusan bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan baik.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
“Dari Tampin ke Pontian, Akhirnya dapat soalan tambahan”. Berapakah jumlah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak kono.
[Ketawa]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Eh, kono.
[Ketawa] Berapakah jumlah kontraktor yang ada mengikut kelas atau gred G2 hingga G7? Berapakah jumlah yang bertaraf bumiputera? Isu lambakan kontraktor G1 hingga G7, adakah kementerian ada cadangan untuk membekukan ataupun mengkaji semula ataupun mengetatkan pemberian lesen-lesen ini. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita sedang berusaha untuk membuat tapisan kepada yang tidak aktif dan sebagainya perlu diputihkan rekodnya. Dari segi jumlah itu, ada tiga jenis pendaftaran kontraktor ini. Pertama, perakuan pendaftaran kontraktor yang boleh diguna oleh pihak swasta dan ia merangkumi jumlah kesemuanya.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlahnya 132,296 kontraktor.
Kemudian kepada mereka yang ingin membuat kerja kerajaan, dipanggil Sijil Perolehan Kerja Kerajaan. Di situ ada 84,702 dan yang satu lagi ialah Sijil Taraf Bumiputera, 75,577 dan 75,000 ini adalah 57 peratus daripada keseluruhan kontraktor yang berdaftar. Untuk peringkat G1 – 66,401, G2 – 22,822, G3 – 17,921, G4 – 5,622, G5 – 7,655, G6 – 1,978 dan G7 – 9,897 kontraktor. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.
7. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah terdapat alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar di dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) atas pelbagai sebab dan apakah terdapat jaminan bahawa mereka tidak akan ketinggalan dari mendapatkan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, sistem PADU telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 2 Januari 2024 dan dibuka untuk rakyat mendaftar dan mengemas kini maklumat sehingga 31 Mac 2024. Pendaftaran PADU tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas untuk pendaftar serta mengemas kini maklumat dan data di dalam sistem PADU. Sehingga 19 Mac 2024, hampir 6.03 juta iaitu 27.4 peratus warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam PADU.
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pendaftaran dan pengemaskinian PADU terutamanya untuk rakyat di kawasan luar bandar dan pendalaman. Ini adalah seperti membuka kaunter PADU di pelbagai lokasi. Antaranya di 911 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan 27 buah Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan luar bandar (RTC) serta pejabat kesihatan, pejabat perkhidmatan Parlimen dan ADUN. Ia juga melibatkan secara langsung penghulu, ketua kampung, tuai rumah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bersama DOSM negeri bagi menjejaki kawasan penempatan yang sukar diakses.
Melaksanakan juga Program Bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri bagi mendekati Orang Asli dan menggerakkan flying squad di dalam pedalaman dan kawasan terpencil yang tidak mempunyai akses internet serta menggunakan peranti satelit Starlink dan MyGOV*Net dan fasiliti satelit CONNECTme NOW. Ada kemungkinan individu yang tidak mengemas kini maklumat di dalam PADU akan tertinggal daripada penerimaan bantuan dan subsidi kerajaan.
Walau bagaimanapun, kaedah alternatif yang boleh digunakan adalah melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam termasuk kerajaan negeri dan tempatan serta agensi GLC dan GLIC yang terdapat dalam PADU bagi membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah. Sehingga 12 Mac 2024, PADU telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif.
Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia. Oleh yang demikian, kerajaan memohon sokongan dan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan usaha mendaftar dalam sistem PADU.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih, Puan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya adalah berkenaan sistem PADU ini, seperti sistem yang telah kita lalui sebelum ini eKasih dan sebagainya ada antara individu yang mendaftar dalam sistem ini yang layak menerima bantuan tetapi tidak menerima subsidi tetapi yang tidak layak itu menerima subsidi.
Apakah tindakan pihak kementerian kerajaan seandainya perkara ini berulang kembali dalam sistem PADU yang kita akan laksanakan ini?
Keduanya adalah berkenaan dengan apakah pihak kerajaan merancang apabila PADU ini dilaksanakan mewujudkan apps untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, supaya Ahli- ahli Yang Berhormat boleh memantau data-data yang diintegrasikan dalam PADU ini supaya dapat memberikan bantuan, sumbangan daripada Ahli Yang Berhormat secara menyeluruh ataupun bersasar kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Kementerian Ekonomi dengan usaha sama dengan DOSM bukan sahaja bekerjasama dengan pihak persekutuan tetapi dengan pihak negeri. Kita telah memaklumkan dari segi usaha yang kita telah melaksanakan bukan
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
sahaja kepada mereka yang boleh menggunakan melalui apps tetapi dengan pergi dengan secara fizikal seperti yang telah dimaklumkan.
Buat sekarang, kita masih perlu mendapatkan maklum balas yang dapat dan bila 31 hari bulan akan hadir, kita akan menilaikan semua dari segi maklumat-maklumat semua dan insya-Allah daripada sana, kita akan menambahkan baik apa yang perlu.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apakah status terkini Akta Omnibus? Sehubungan dengan itu, apakah strategi khusus pihak kerajaan terhadap 4,752 lokaliti berpenduduk yang didapati berisiko tercicir daripada mendapatkan sebarang bantuan kerajaan seperti program subsidi bersasar RON 95 dan sejauh manakah usaha ini telah diambil untuk mengatasi masalah kebimbangan orang ramai mengenai informasi yang diperlukan sebagai maklumat yang terlalu privacy atau sukar dijawab seperti komitmen hutang sewaktu mendaftar dalam sistem PADU. Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Yang Berhormat Puan Speaker, dari segi keselamatan, kita telah melaksanakan yang sebaik yang kita boleh melaksanakan dari segi mengikuti, dari segi garis panduan dan proses yang penting, juga diketuai oleh Jabatan Digital Negara. Kita juga merangkumi keselamatan utama mengikuti komponen kawalan akses dan ia adalah memastikan bahawa rahsia disimpan melalui sistem PADU adalah di bawah jagaan DOSM sendiri.
Kita mengikuti melibatkan peraturan ciri-ciri keselamatan yang digariskan oleh badan antarabangsa seperti dengan izin, OWASP Top 10, National Institute of Standards and Technology (NIST), Centre for Internet Security dan juga dari segi perimeter rangkaan seperti ekosistem PADU akses tanpa kebenaran melalui teknologi keselamatan yang terkini seperti sistem pengesahan dan pencegahan pencerobohan IDPS Web Application Firewall (WAF) dan jejak audit. Terima kasih.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Akta Omnibus?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Soalan saya nombor lapan. Terima kasih.
8. Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan berapakah jumlah keluasan tanah pertanian yang terbiar di seluruh negara dan apakah perancangan kementerian untuk memastikan tanah terbiar ini dapat dimanfaatkan sekali gus dapat memperkasakan keterjaminan makanan dalam negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berdasarkan rekod daripada Jabatan Pertanian, seluas 103,563 hektar tanah terbiar milik persendirian telah dikenal pasti melibatkan sejumlah 46,382 lot di Semenanjung Malaysia yang termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 89,464.35 hektar merupakan tanah darat manakala 14,098.26 hektar adalah tanah sawah.
Bagi memanfaatkan tanah terbiar dan seterusnya meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara, KPKM telah mencadangkan inisiatif bagi meningkatkan keluasan tanah pertanian melalui sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang Ke-139. Antara sinergi yang sudah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut adalah penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian Peringkat Daerah bagi memudah cara urusan membangunkan tanah persendirian yang tidak diusahakan dan yang berpotensi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Kementerian juga telah menawarkan insentif kepada semua pihak yang ingin membangunkan tanah-tanah terbiar atau berpotensi melalui program-program yang dirancang. Antara program yang dilaksanakan pada tahun 2024 adalah melalui Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 iaitu mengoptimumkan penggunaan tanah dengan kerjasama kerajaan negeri di bawah KPKM dengan nilai peruntukan sebanyak RM150 juta. Program ini adalah kesinambungan kepada Projek Pembangunan Tanah Pertanian Berpotensi yang dilaksanakan sebelum ini yang memfokuskan pembangunan tanah-tanah milik kerajaan negeri atau agensi di bawahnya.
Bagi maksud ini, KPKM telah mengenal pasti beberapa aktiviti pertanian dan penternakan dalam program ini khususnya untuk meningkatkan pengeluaran jagung bijian, tanaman kontan antaranya bawang, cili, halia dan buah rock melon, juga termasuk penternakan lembu susu dan daging serta produk akuakultur. KPKM akan meneruskan libat urus bersama dengan kerajaan negeri bagi melaksanakan program-program pembangunan tanah terbiar agar wujud kesinambungan dan usaha kementerian untuk memastikan tanah-tanah pertanian dapat dibangunkan secara optimum. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Speaker, terima kasih Timbalan Menteri yang menjawab begitu detailed . Cuma persoalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, pada 2019, kerajaan ada memperkenalkan Geran Pertanian Pembangunan Tanah Terbiar. Soalan saya, sejauh mana sambutan terhadap geran ini kalau geran ini masih ada. Dan yang keduanya, sememangnya dalam 100,000 tanah terbiar tersebut mesti ada tanah yang dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan juga agensi pertanian.
Apakah ada perancangan daripada Kementerian Pertanian untuk membangunkan tanah milik mereka. Daripada mereka sibuk tanah rakyat, utamakan tanah mereka dahulu.
Minta jawapan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Yang Berhormat, angka yang disebutkan tadi iaitu 103,563 hektar tanah terbiar adalah milik persendirian. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, data ini adalah terkini sejak 2019. Kita menjalankan bancian untuk tanah terbiar setiap lima tahun. Maka pada tahun ini, kita akan buat lagi sekali bancian untuk tahun 2024. Dan untuk satu kawasan tanah dikategorikan sebagai tanah terbiar ini adalah kawasan tanah itu mesti tidak dibangunkan bagi tiga tahun yang berturut-turut.
Kalau tanah itu adalah milik persendirian, maka itu adalah terserah kepada pemilik tanah tersebut, bagaimana individu itu ingin membangunkan tanah tersebut. Kalau itu adalah tanah kerajaan, maka ia akan bergantung pada apakah perancangan dan juga dasar kerajaan bagi kawasan state land ataupun tanah Kerajaan Persekutuan yang tersebut. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pensiangan. Sejak kebelakangan ini kita melihat sektor pertanian banyak dikuasai oleh warga asing. Ini kerana sektor pertanian dianggap sebagai 3D dengan izin, iaitu dirty, difficult and danger oleh rakyat tempatan khususnya golongan muda. Ini antara faktor yang menyebabkan banyak tanah pertanian persendirian tidak diusahakan dan diwarisi. Saya melihat jika perkara ini berterusan, kemungkinan besar pengeluaran hasil pertanian negara akan merosot dan kita akan bergantung sepenuhnya kepada import makanan.
Justeru itu, KPKM perlu melihat secara jangka masa panjang untuk memastikan golongan muda terlibat dalam aktiviti pertanian dan menjadikan pertanian itu perniagaan.
Soalan saya Yang Berhormat, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk menggalakkan lebih ramai petani muda terlibat dalam aktiviti pertanian bagi membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Yang pertamanya, saya ingin untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom sebab saya nampak sejak daripada tahun lalu, beliau sentiasa tanya berkaitan dengan isu-isu pertanian dan khususnya bagi golongan orang-orang muda. Terima kasih kepada YB. Tenom.
Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, isu golongan petani menua merupakan cabaran bukan sahaja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kita yakin sekiranya kita melaksanakan kaedah ke arah pertanian moden yang mengaplikasikan teknologi dan inovasi serta meningkatkan peluang pendapatan sektor pertanian, kita dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk terus menceburi sektor pertanian.
Di peringkat KPKM, pelbagai langkah strategik telah diambil dalam usaha untuk mempromosi, untuk melatih dan juga menggalakkan dan memupuk generasi muda untuk terlibat dalam sektor pertanian dan juga meningkatkan peluang yang sedia ada melalui pendedahan bersasar kepada golongan tersebut.
Sebagai contoh, pertama, Program Agroprenur Muda diwujudkan bagi membantu dan menggalakkan golongan muda menceburkan diri dalam industri pertanian. Yang kedua, kita ada 15 pusat bertauliah di seluruh negara yang menawarkan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan, iaitu satu program yang menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang agromakanan sebagai pekerja separa mahir atau usahawan agromakanan melalui teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor agromakanan negara.
Yang ketiga, kita juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek seperti kursus upskilling dan juga reskilling bagi bidang pertanian teknologi moden yang dilaksanakan oleh KPKM melalui jabatan dan agensi di bawahnya dan untuk terutamanya dalam teknologi dron, automasi, fertigasi dan juga vertical farming, teknologi IOT, kilang tanaman, closed house, ternakan, penggunaan baja pintar IOT dalam pembenihan udang galah dan sebagainya untuk menarik lebih ramai orang muda dan juga kita memastikan kita sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi dan inovasi yang terkini. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi soalan nombor sembilan, Yang Berhormat Ranau tidak ada dalam Dewan. Jadi saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.
[Soalan No.9 – YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) tidak hadir]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Masa panjang lagi, saya pantun sikit.
Rakyat merana harga beras, Umum harga mahal sangatlah pantas, Tanpa mesyuarat ikut terlintas, Soalan saya sebelum nombor 11, nombor 10.
10. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan perkembangan pelaksanaan lapan syor yang digariskan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara dilaksanakan oleh pihak kementerian.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Sebenarnya Yang Berhormat Besut itu janganlah sebut nombor 11, mengelirukan. Kita sekarang jawab nombor 10.
Untuk maklumat Yang Berhormat, satu prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) Parlimen Bil. 2(A) untuk tahun 2023 telah diadakan pada 14 Jun tahun 2023.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Susulan daripada itu, satu laporan telah dikeluarkan, di mana sebanyak lapan syor digariskan oleh PAC berhubung laporan terimaan dan bayaran obligasi sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara untuk diambil tindakan oleh pihak kementerian.
Bagi itu, kementerian telah membentangkan maklum balas iaitu melalui sesi laporan tindakan susulan muktamad pegawai pengawal berhubung terimaan dan bayaran obligasi sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terhadap syor-syor laporan PAC Parlimen pada 11 Mac 2024 yang lalu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Soalan saya, semalam ada diumumkan oleh pihak Menteri mengenai dengan pengurangan harga beras putih import, daripada RM2 hingga RM3.
Jadi, boleh pihak Menteri memberi sedikit perincian dan juga mekanisme dalam pelaksanaan serta langkah-langkah kerajaan untuk membenarkan semua kontrak kerajaan untuk mengguna pakai sepenuhnya beras putih import berbanding beras tempatan? Seterusnya, soalan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Masa sudah tamat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada apa-apa pindaan– satu saja. Penting. Ada apa-apa tak pindaan kepada Akta Kawalan Beras ini untuk mengelakkan daripada kartel berleluasa sekarang ini, dengan pembelian beras oleh pihak kartel sehingga RM2,000 walaupun ditetapkan harga RM1,300 sahaja? Tolong jawab soalan saya. Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan-soalan Yang Berhormat tadi, dia agak blurry sedikit tetapi saya akan cuba sebaik-baiknya untuk menjawab dengan info yang ada.
Kalau berkaitan dengan pengumuman yang dibuat semalam, sebenarnya kerajaan kita, dia sangat– sentiasa cuba sebaik-baiknya untuk menangani cabaran- cabaran ekonomi yang dihadapi. Bukan saja oleh negara kita, malah oleh banyak negara dalam dunia ini. Maka, antara satu cabaran itu adalah berkaitan dengan isu beras.
Jadi, kerajaan mengambil maklum isu-isu yang dihadapi baru-baru ini berkaitan dengan beras import dan juga beras putih tempatan. Maka, pelbagai langkah intervensi telah dilaksanakan oleh Kementerian KPKM bagi menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT). Maka semalam, NACCOL telah bermesyuarat semalam, Selasa 19 Mac dan telah memutuskan beberapa perkara.
Yang pertama adalah supaya kita meningkatkan pengedaran beras putih tempatan dan kerajaan akan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.
Yang kedua, semua kontrak kerajaan mengguna pakai sepenuhnya beras putih import dan melalui kaedah ini, bekalan tambahan beras putih tempatan sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran mulai daripada bulan April dan yang ketiga, penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada hari ini, Rabu 20 Mac.
Kesemua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran. Kita harap bahawa inisiatif dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.
Kerajaan akan sentiasa memantau keadaan pasaran dan terus usahakan untuk memastikan rakyat mendapat bekalan dan akses kepada makanan ruji seperti beras pada harga yang berpatutan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bayan Baru.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Soalan saya ada pasal...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawapan bertulis.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Pengerusi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis yang belum dijawab.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak. Sekarang, tak jawab pasal kartel itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Akan bagi jawapan bertulis.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh jawab bertulis?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Saya akan bagi secara bertulis, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya, Bayan Baru adalah– untuk makluman Dewan ini, Bayan Baru adalah Ahli PAC. Jadi, ini adalah isu berkenaan dengan obligasi sosial BERNAS kepada negara.
Jadi, saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, kawan saya. Adakah 10 obligasi itu berapa peratus telah tercapai? Berapakah yang masih belum tercapai tentang 10 obligasi kepada kerajaan? Kita nak tahu bahawa juga, RM60 juta yang BERNAS one-off kepada kerajaan tahun lepas, apakah tujuan atau telah– di manakah dibelanjakan RM60 juta yang BERNAS bagi kepada kerajaan? Minta penjelasan. Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 11 Mac yang lalu, kementerian telah membentangkan laporan dan maklum balas itu kepada PAC dan kita sedang menunggu tindakan daripada PAC untuk kita tahu apa yang perlu kita buat sekiranya PAC menerima penjelasan daripada kementerian ataupun tidak.
Berkaitan dengan maklumat-maklumat KPI yang secara spesifik itu, saya akan dapatkan data itu dan membekalkan kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, RM60 juta itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.
11. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan berapakah jumlah peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh warga tempatan mengikut sektor dan industri hasil daripada limpahan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam negara untuk tahun 2024.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Kemasukan pelaburan asing
(FDI) menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sekali gus membawa kesan limpahan positif kepada negara dan rakyat menerusi penjanaan peluang perniagaan, pemindahan pengetahuan, kemahiran teknologi serta penciptaan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Julau, dari tahun 2022 sehingga 2023, sebanyak 898 projek pelaburan asing telah diluluskan dengan nilai sebanyak RM281.5 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih di bawah seliaan Kementerian
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Projek-projek pelaburan asing yang diluluskan tersebut akan mewujudkan 98,725 peluang pekerjaan baharu di mana 86,880 orang atau 88 peratus daripadanya adalah untuk rakyat tempatan. Pecahan dari segi peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan untuk rakyat bagi pelaburan asing yang diluluskan untuk tempoh mulai tahun 2022 sehingga 2023 adalah seperti berikut.
Bagi sektor perkilangan, sebanyak 78,033 peluang pekerjaan baharu dijangka dapat diwujudkan untuk rakyat tempatan. Lima industri utama yang mencatatkan jumlah pekerjaan baharu tertinggi bagi rakyat tempatan adalah industri electrical dan elektronik, sebanyak 40,618 peluang pekerjaan, produk mineral bukan logam, sebanyak 6,746 peluang pekerjaan, jentera dan kelengkapan sebanyak 5,555 peluang pekerjaan, peralatan pengukuran dan saintifik sebanyak 3,791 peluang pekerjaan serta kimia dan produk kimia sebanyak 3,684 peluang pekerjaan.
Bagi sektor perkhidmatan pula, sebanyak 8,847 peluang pekerjaan baharu dijangka dapat diwujudkan untuk rakyat tempatan, dengan tiga sektor utama terdiri daripada sektor perkhidmatan sokongan, sebanyak 5,124 peluang pekerjaan, perkhidmatan kesihatan, sebanyak 1,407 peluang pekerjaan dan maklumat dan komunikasi, sebanyak 1,022 peluang pekerjaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya faham pelaburan langsung asing memerlukan masa untuk menjadi kenyataan dan dalam beberapa kes, tidak menjadi kenyataan walaupun telah mendapat kelulusan dan insentif daripada MITI.
Soalan saya. Adakah terdapat sebarang mekanisme untuk membuat susulan dengan syarikat-syarikat atau menyemak kelulusan tersebut? Dan apakah kelebihan perbandingan yang dimiliki Malaysia hari ini berbanding negara lain di rantau ini? Dan terakhir, adakah kita mempunyai set kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi peluang pekerjaan baru?
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Biasanya satu projek yang telah diluluskan mengambil masa 18 sampai 24 bulan untuk direalisasikan. Dalam statistik dan pengalaman MIDA, biasanya 85 peratus projek akan direalisasikan dalam tempoh yang tersebut.
Apa kelebihan negara kita? Kelebihan negara kita buat masa ini ialah kerana kita ada logistik yang baik, kita ada English common law, kita ada kemahiran dan juga ekosistem dan supply chain yang kukuh. Ini telah memberi peluang untuk Malaysia mengambil kesempatan dalam keadaan geopolitik yang tegang di antara Amerika Syarikat dengan China dan kita telah menyaksikan kesan itu. Kesan itu ialah tahun lepas dan tahun sebelum tahun lepas menyaksikan pelaburan asing yang paling tinggi dalam sejarah memasuki negara kita. Ini adalah kelebihan kita.
Dari segi soalan, adakah kita ada kemahiran? Kita ada kemahiran. Adakah kita ada pekerja berkemahiran? Ada, walaupun ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura, bekerja sebagai gig workers kerana gaji tidak berpatutan. Maka, soalan yang perlu kita selesaikan untuk mewujudkan lebih banyak kerja atau dapat lebih ramai pekerja berkemahiran ialah untuk menaikkan tahap gaji di sektor perkilangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang selalu menjawab soalan saya.
Peluang pekerjaan berkait rapat dengan talent development, dengan izin, ke atas human capital, dengan izin, terutamanya dengan menjayakan pelaburan dalam industri electrical dan electronic khususnya semiconductor yang sekarang ini begitu vibrant sekali.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalannya. Dari November 2022 sehingga sekarang, berapakah jumlah bakal- bakal tenaga kerja Malaysia, terutamanya dalam bidang teknikal yang telah melalui latihan teknikal seperti TVET dan graduan universiti diploma dan ijazah dalam bidang yang kritikal, umpamanya kejuruteraan, kejuruteraan electrical & electronic, mechanical, mechatronic, computer engineering dan sebagainya? Saya faham ini mungkin ‘grey area’ sedikit dengan Kementerian Sumber Manusia, tetapi saya percaya Timbalan Menteri mampu menjawabnya.
Terima kasih banyak.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya setiap kali akan jawab soalan dari Kubang Pasu dan memang Kubang Pasu faham industri, terutamanya industri semi konduktor di Kulim. Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Kubang Pasu tentang― secara spesifik.
Tetapi, sebagai jawapan general, adalah bahawa kita tidak kurang pekerja berkemahiran. Isu ialah isu gaji. Tetapi, di sedunia, memang industri semi konduktor memerlukan talent baru kerana industri semi konduktor telah mengalami satu lonjakan atau pembaharuan yang sangat pesat dan cepat dan kita perlu lebih ramai yang memahami power semiconductor, kita perlu lebih ramai yang memahami AI chip. Itu adalah saingan dan keadaan sedunia.
Malaysia memang akan wujudkan lebih banyak institusi TVET dan juga institusi pengajian tinggi supaya kita boleh menjanakan kemahiran dan juga pekerja-pekerja dan talent dalam bidang-bidang tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 12.
12. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Kesihatan menyatakan pelan bagi mengawal selia industri vape dan melarang bahan-bahan terlarang seperti nikotin, tembakau, tampalan dan gula-gula getah yang telah dikecualikan daripada Akta Racun 1952.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Muar. Ya, soalan ini agak panjang dan juga mempunyai beberapa dimensi. Saya cuba untuk meringkaskan.
Timbalan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah-langkah membuat kawal selia terhadap industri vape atau cecair rokok elektronik melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang telah pun diwartakan pada 2 Februari 2024. Justeru itu, kita lihat seksyen 7 dan 9 dalam Akta 852 memperuntukkan perkara yang terkait dengan larangan terhadap pengiklanan, promosi dan juga tajaan sebarang produk-produk merokok termasuk vape ataupun cecair rokok elektronik. Itu pertama.
Kawalan terperinci meliputi kawalan berkaitan pendaftaran, kawalan penjualan dan pembungkusan telah dirangka di dalam peraturan yang dijangka akan dikuat kuasa serentak dengan akta ini. Ia masih lagi― we are intensively looking into it, dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar, ya.
Ketiga, saya tegaskan sebarang sediaan yang mengandungi nikotin masih dikawal di bawah Jadual Pertama Akta Racun [Akta 366]. Pengecualian hanya dibuat terhadap sediaan cecair ataupun gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik. Susulan pengecualian itu, setelah dikecualikan, ia masih dikawal.
Semua sediaan cecair atau gel yang mengandungi nikotin itu, tujuan merokok, akan dikawal di bawah Akta 852. So, the reason why kita take it off adalah untuk ia dikawal stand alone di bawah Akta 852 itu, Yang Berhormat Muar ya. Ini akan menyaksikan
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
peraturan-peraturan yang ketat yang akan dibuat di bawah. Kita dalam proses membuat perangkaan dan perancangan mencerakinkan peraturan-peraturan tersebut.
Akhir sekali, kalau saya boleh sebutkan, pengecualian nikotin daripada kawalan di bawah Akta Racun 1952 juga dibuat bagi produk terapi gantian nikotin dalam bentuk tampalan dan gula-gula getah, patch and the gum itu― itu yang dimaksudkan dalam soalan, saya kira― yang digunakan untuk rawatan berhenti merokok. Nicotine therapy, the NRT.
Walau bagaimanapun, produk ini masih dikawal. Ia bukan tidak dikawal. Walau bagaimanapun, produk ini masih dikawal di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik. So, it really gets into 1984 Dadah dan Kosmetik dan dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta didaftarkan sebagai ubat. So, itu kedudukan yang dibuat hari ini. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Muar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri dapat berikan garis masa berkenaan pelaksanaan SOP baru ini, ia akan banyak membantu.
Cuma, soalan tambahan saya dari situ. Pada minggu lepas, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan ada menjawab bahawa sebab utama Rang Undang-undang GEG ditolak adalah kerana faktor pelobi yang sampai masuk ke dalam Parlimen. Cuma, jawapan rasmi kerajaan berbeda. Jawapan rasmi kerajaan adalah kerana ia bertindih dengan Perlembagaan Negara. So, mana satu yang betul, Yang Berhormat Menteri?
Adakah ia kerana faktor pelobi atau adalah kerana faktor undang-undang? Ini perlu diperjelaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Muar, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Dari sudut senggang waktu atau timeline-nya itu, tidak dapat saya sebutkan secara lebih tepat, tetapi saya sangat sedar dan sangat insaf bahawa mereka yang bertanggungjawab sedang melakukan, hatta melibatkan benchmarking daripada negara- negara seperti Australia, New Zealand dan yang lain-lain supaya kita dapat the best practice dalam peraturan. Menggubal undang-undang itu, akta itu satu cabaran, tetapi menurunkan dan menetapkan peraturan-peraturan itu lebih lagi. As they said, the devil is in the details, dengan izin. Lebih lagi mencabar.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, itulah kita memerlukan sedikit waktu. Saya kalau saya boleh, I want it done yesterday tapi tidak, tidak wajar dilakukan begitu kerana kita sedang meneliti perkara ini Yang Berhormat Muar ya.
Baik, terkait dengan persoalan perkara yang disebutkan tadi. Ya, kalau boleh saya baru menyebutkan ini, kuat kuasa Akta Rokok dan Peraturan Rokok ini. Walaupun disebutkan di sini begitu, saya mengharapkan ia akan dapat dilaksanakan Jun 2024. Baru ini pun kita tarik sikit, tarik itu tapi kali ini insya-Allah dengan berkat Ramadan ini, kita usahakan dan saya tahu kemungkinan yang bertanggungjawab, the team is working very hard to get to the deadline of June 2024 dengan izin, Jun 2024 ya.
Ini telah menjadi isu yang kedua, telah menjadi satu kontroversi ya. Saya awal lagi, walaupun saya tidak membuat apa-apa kenyataan atas perkara ini, saya mahu memerhatikan perkara ini dahulu dan pagi tadi dalam ucapan saya di perhimpunan bulanan, telah saya memberikan penjelasan atas perkara ini.
Perkara ini ada beberapa isu, yang kalau saya diizinkan membuat penjelasan, saya tahu masa tidak begitu mewah untuk saya membuat penjelasan detil. Apa pun boleh
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
saya rangkumkan semuanya. Melihat kepada Hansard dan mendapat penjelasan daripada Timbalan Menteri, saya mendapati bahawa walaupun YB Kapar menyebutkan tentang hal yang terkait dengan industri dan pelobi, jawapan yang diberikan, ini jujurnya ya.
Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri KKM adalah menyebutkan, antara lainnya bahawa sememang wujud industri dan pelobi datang untuk membuat engagement dengan Ahli-ahli Parlimen. Itu adalah saya kira wajar dilakukan oleh mana-mana demokrasi yang matang, yang sivil. Jadi, tidak ada kesalahannya di situ for sesiapa pun yang punya kepentingan stakeholder yang bona fide, mereka punya hak untuk datang, bertemu sesiapapun sebagai Ahli Parlimen or wakil rakyat.
Namun persoalan yang dibangkitkan dan saya kira adalah satu yang agak tidak wajar adalah melanjutkan pengaruh itu yang dikatakan sudah industri dan juga pelobi mempengaruhi kerajaan dan juga Kabinet. Itu saya kira adalah salah. Salah pada fakta dan salah kepada pengucapan yang dibuat oleh Timbalan Menteri kerana saya semak perkara itu dan pagi tadi saya membuat penjelasan agak regrettable dengan izin, agak malang. Ia telah begitu diangkat oleh Code Blue dan juga rakan, mantan Menteri Kesihatan.
Kita tahu beliau ada menyebutkan dengan istilah cowardly and irresponsible. Saya sangat terkesan akan perkara itu kerana apabila berucap ketika itu, saya berada pada kedudukan backbencher dan dua hari kemudiannya, saya mempertahankan atau membentang RUU 852 ini di Dewan Negara, memperjelaskan kedudukan kerajaan.
Walaupun saya kata kita tidak dapat semua, tetapi saya minta supaya disokong kerana kalau tidak dapat semua, jangan tinggal semua. Jadi, ya kita mahukan GEG itu.
Namun perkara yang menjadi kuncinya adalah ketika dibangkitkan oleh Kamar Peguam Negara, AG Chamber dengan izin bahawa persoalan constitutionality ataupun isu perlembagaan itu telah menjadi besar. Itulah sebabnya kerajaan mengambil sikap untuk tidak membawa GEG, bersekali dalam Akta 852. Hanya itu dan tidak ada kena mengena dengan pelobi, dengan tidak ada kena mengena dengan apa pun yang dianggap dan ditanggap di persepsi di luar sana.
Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Menteri KKM ketika membuat jawapan itu.
Jadi, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Saya harap Code Blue dan juga sahabat saya, mantan Menteri Kesihatan, Tuan KJ, Khairy Jamaluddin akan dapat memperbetulkan hal ini. Ya, saya bersedia untuk mengadakan sikit diskusi dan juga lanjutan untuk kita memurnikan dan mengharmonikan isu ini. Saya stand to be corrected dengan izin, saya mengambil sikap itu dan telah pun saya katakan, ketetapan itu dibuat bukan kerana pelobi, industri dan juga mana-mana pihak. Ia adalah terkait dengan teguran dan pendirian yang dibuat oleh Kamar Peguam Negara. Itu kedudukannya Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Muar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Merujukkan kepada yang direspons oleh YB Timbalan Menteri 14 Mac itu mengenai yang disebutkan tadi, yang soalan saya sebenarnya itu. Bagaimanakah dasar-dasar dan matlamat kerajaan bagi mewujudkan generasi yang lebih sihat dan bebas daripada penyakit akibat penggunaan rokok atau vape dapat direalisasikan jika wujud tekanan-tekanan seperti ini?
Kita deny ke macam mana Menteri, ianya tetap ada. Masalah rokok, industri rokok dan vape is a very, very strong industry dengan izin.
Kedua, adakah kerajaan akan masukkan semula nikotin dalam senarai Akta Racun 1952 seperti yang disyorkan oleh MMA? Walaupun ada tadi akta lain tapi bila dapat langkah mengeluarkan, that is already a wrong, wrong message diberikan kepada orang di pihak di luar sana. It’s a very, very wrong langkahlah. Langkah ke belakang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya tahu beliau sangat passionate ke atas perkara ini. Mungkin beliau juga lupa, I’m not just the convert, I’m the preacher himself atas perkara larangan merokok. Dalam penggal pertama saya dan kali ini juga ya, ini adalah antara perkara dalam menjaga kemaslahatan dan demi kemaslahatan rakyat, kesihatan warga.
Dalam kerajaan Madani ini, kita tahu 26,000 tobacco-related diseases yearly, tahunan. Kita sangat peka and I’m more than convinced, I’m the preacher myself dengan izin, saya juga adalah memperjuangkan dan akan terus mengangkat isu ini dan akan– walaupun tergendala sejak untuk ketika waktu ini, tetapi saya yakin perkara ini akan dapat kita revisit, kita ziarah kembali pada waktu yang lebih sesuai dan dengan isu-isu itu dapat kita relai dan rungkaikan.
Saya ingat takde masalah untuk saya ingatkan kepada YB Kapar bahawa kerajaan ini adalah bertanggungjawab menjaga kemaslahatan, kepentingan, kesihatan rakyat di dalam negara Madani ini dan our Agenda Nasional Sihat Malaysia (ANMS) menerangkan segalanya. So, theory- this Minister, Menteri ini akan terus mengangkat agenda menjaga kesihatan awam, terutamanya yang terkait dengan larangan merokok dan perkara-perkara yang terkait yang menjejaskan kesihatan particularly COPD dan segalanya, chronic obstructive pulmonary diseases itu, termasuk kanser dan sebagainya.
Jadi atas isu apakah nikotin containing ataupun containing vapes itu atau liquid itu, ia telah pun ada dalam Akta 852 secara jelas dan tegas, secara tuntas dan dikawal dengan segalanya dalam akta, they stand alone, Akta 852 ya Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan 2024. Sudah cukup saya kira, ianya terkait dengan persoalan penjualan, pembungkusan, pengiklanan, promosi dan sebagainya, tajaan. Itu sudah cukup sebagai satu akta yang stand alone, tuntas dan dari categorical dia tidak perlu lagi diangkat untuk diletak di mana-mana pun, because itulah sebabnya mengapa ia in the first place was delisted for a while untuk beri laluan kepada Akta 852 dan juga atas perkara-perkara lain yang tak perlu saya huraikan Jadi perkara itu kedudukannya sangat jelas Dato' Timbalan Yang di-Pertua, ia sudah terangkum dan diambil kira dalam Akta 852, hal nikotin, liquid containing nicotine itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sekarang tamat sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dato' Yang di- Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari
Kedua] Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Peraturan mesyuarat, sebentar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, sebentar.
Bagi Yang Berhormat Indera Mahkota untuk bangkitkan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk surat daripada Tan Sri Speaker kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri berkaitan permohonan saya memohon Timbalan Menteri Luar menarik semula kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat pada 11 Mac.
Surat yang disalinkan kepada saya meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri memberikan penjelasan dan sebagainya, selewat-lewatnya pada hari Selasa, 19 Mac yakni semalam. Jadi, saya mohon bertanya, apakah sudah ada keputusan?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Indera Mahkota, saya baru dapat pemakluman usul Yang Berhormat ini dalam pertimbangan Speaker sendiri dan akan dimaklumkan keputusannya. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis dalam...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Saya mohon...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Kalau nak usulkan hendak nyatakan apa-apa, jangan baca usul itu ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nyatakan apa hasrat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Hurm.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Saya nak maklum Yang Berhormat, oleh kerana saya dapat satu maklumat baru yang agak mengancam dan dahsyat. Jadi, saya bawa usul ini. Usul itu walaupun sama, jawapan yang diberi sama tapi peristiwa yang berlaku tu, dia dinamik. Dia berlaku iaitu berhubung dengan pencerobohan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, bahagian itu tak payah baca, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak payah baca?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Usul ni dah dipanjangkan kepada Speaker pun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dah hantar 18 hari bulan.
Maknanya hari ini cukuplah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
18 hari bulan. Dia punya konsep ni. Usul tu tak perlu dibaca dalam Dewan ini. Hanya habaq — tanya pada saya, usul tarikh sekian hari bulan, apa yang keputusannya. Jadi, saya akan maklumkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Jadi, tak boleh baca tajuk?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, kalau Yang Berhormat bacalah ni, maknanya usul tak payah bacalah lagi. Faham?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang itu isi. Yang ini tajuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya lah. Itulah sekarang ini, maknanya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, kadang-kadang saya dapat maklumat boleh baca tajuk. Kadang-kadang tak boleh. Jadi, hari ini tak boleh lah Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Benar. Dengan saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Jadi berhubungan dengan Beting Patinggi Ali. Tak boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dengan saya senang saja. Yang Berhormat bertanya dengan saya, usul saya sekian-sekian hari bulan dengan Beting Patinggi Ali, bagaimana you know Tuan Speaker. Saya akan maklum. Ada dalam pertimbangankah, dah ditolakkah. Jadi, isi tu bila diluluskan baru baca. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, baik. Jadi, usulnya pada 18 hari bulan ini berhubung dengan keselamatan Beting Patinggi Ali. Adakah ia diterima ataupun telah dipertimbangkan ataupun tidak. Sebab saya dah hantar 18 hari bulan. Lebih daripada 24 jam. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. Setakat ini apa yang telah dimaklum pada saya, pertimbangan usul Yang Berhormat Arau itu pun dalam pertimbangan Speaker juga. Sama juga bagaimana Indera Mahkota tu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat ini keselamatan, cukup dahsyat. Kalau kita tidak pertimbang benda ini, ini akan merupakan malapetaka kepada negara. Terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. Baik, Majlis dalam Jawatankuasa. Bentara, laksanakan.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Baik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, diingatkan untuk turut mematuhi Peraturan Mesyuarat 67(9) yang mengehadkan perbahasan peringkat Jawatankuasa pada butir- butir yang terkandung dalam anggaran belanja dan diminta diuntukkan belanja tambahan.
Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa berbahas peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin bangkitkan. Jangan pukul rata saja, ya.
Baik. Kepala Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan. Saya teruskan dengan pembahas. Kalau ikut di sini, pada 19 hari bulan tiga tempoh hari, dituruti itu dipersilakan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya terus ke Perkara T.13 Perbelanjaan Kerana Hutang Negara dan saya mahu rujuk spesifik terhadap hutang 1MDB dan dengan perjanjian Goldman Sachs dengan Kerajaan Malaysia.
Semalam, Bagan ada bangkit bahawa semasa dia jadi Menteri Kewangan, kita mula dengan rundingan 7 bilion pampasan tetapi selepas Kerajaan Pakatan Harapan runtuh, tak sampai lima bulan Ogos, kerajaan Pagoh telah menandatangani satu perjanjian dengan Goldman Sachs dengan jumlah hanya 3.9 bilion iaitu 5.1 bilion kurang daripada apa yang kita mula dengan rundingan.
Bukan sahaja itu, 2.5 bilion itu telah ditetapkan. Tetapi 1.4 bilion itu dalam perjanjian itu ada klausa yang membagi leeway atau bagi ruang kepada Goldman Sachs untuk kurangkan pampasan jika kita ada asset recovery. Bermakna jika kita dapat pulihkan aset daripada sumber-sumber lain, kita boleh tolak daripada jumlah ini. Dan ini amat mengejutkan. Ini scandalous. Mengapa kita boleh benarkan Goldman Sachs untuk kurangkan pampasan, daripada 3.9 bilion kurang sampai ke 2.5 bilion.
Saya rasa ini sudah dibangkitkan oleh Titiwangsa sebagai Pengerusi 1MDB Taskforce. Dia telah kata dalam perjanjian Goldman Sachs dengan Malaysia, ia adalah ragu-ragu. Kerajaan semasa tandatangan itu tidak meneliti kesemua. Mengapa kita tak masukkan satu angka yang tetap, suruh dia bayar 3.9 bilion, Jadi, sekarang mereka guna peluang ini untuk runding, kita kurangkan. Jadi, kita hari ini hanya terima 2.5 bilion.
Dato’ Yang di-Pertua, Goldman Sachs ini memang ada track rekod untuk bayar rasuah. Dulu mereka keluarkan bon, berbilion-bilion ringgit untuk tujuan rasuah. Ini telah dibuktikan dan saya mahu kerana ini perkara serius. Rakyat Malaysia telah kehilangan wang akibat dicuri, dirompak satu kali. Tapi kali ini, kenapa kita boleh runding satu amaun yang begitu rendah dan saya haraplah jika kita tak boleh tolak kemungkinan, ada pihak- pihak tertentu yang telah dapat rasuah daripada Goldman Sachs.
Ini kita tak boleh tolak kemungkinan ataupun ini satu kecuaian. Kenapa kita tak teliti perjanjian ini? Mengapa semasa kita signed tak sampai enam bulan, kenapa ada klausa benarkan Goldman Sachs kurangkan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kampar, Kampar, pencelahan.
Kampar, pencelahan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih. Saya pun sokong apa yang Kampar katakan tapi saya rasa Kampar lebih baik tanya Menteri MITI, yang mana ketika itu Menteri MITI adalah Menteri Kewangan. Ha, masa tu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya faham, saya faham. Masa itu ada dalam kerajaan, ada dalam pembangkang.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab Menteri itu berada bersama dengan anda sekarang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tetapi, Perdana Menteri pada masa itu, Pagoh perlu bertanggungjawab 100 peratus. Kerana dia merupakan Ketua Negara pada masa itu, Perdana Menteri. Dan, jadi saya sarankan, saya harap semua boleh terima kita tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI - Royal Commission Inquiry), kita siasat sepenuhnya. Mengapa kita boleh tandatangani satu perjanjian yang begitu berat sebelah.
Kita benarkan berbilion-bilion ringgit dikurangkan. Daripada 7 bilion. Dan mahkamah telah putuskan. Semalam Bagan pun cakap, mahkamah telah putuskan 4.5 bilion. Jadi itu patut jadi asas. Paling kurang pun, kita kena angkat balik RM4.5 bilion tapi sekarang hanya tinggal RM2.5 bilion. Ini tak boleh diterima langsung. Jadi, saya harap semua kita boleh sokong, kita tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat sampai akhir, mengapa perjanjian ini boleh kita tandatangani pada masa itu.
Kedua, 1MDB kes ini kalau kita hendak satu closure, bukan sahaja perjanjian dengan Goldman Sachs, ada satu hal lagi amat penting kerana orang ini sampai hari ini tak cari lagi, iaitu Jho Low. Sehari Jho Low ini tak dapat dicari, sehari lagi dia tak muncul, saya rasa rakyat Malaysia tidak akan dapat satu closure. Kita tidak tahu apa hal ataupun apa perkara sebenar yang telah berlaku.
Ada banyak kemungkinan yang berlaku. Jadi, kalau sehari Jho Low tak dapat cari, saya rasa kita tak tau apa perkara sebenar yang telah berlaku. Kalau Osama bin Laden, boleh dicari selepas berpuluh-puluh tahun...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Peraturan mesyuarat berapa? 36 berapa tu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, Dato’ Speaker. 23(1)(g).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
23, oh ini dia.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sub judice.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Sebentar.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kes yang telah dibangkitkan oleh Kampar dengan penuh hormat with due respect, sedang dibicarakan di mahkamah sekarang ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
23?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
23(1)(g).
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kota Bharu, sila jelaskan kes mahkamah yang mana? Spesifik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Which case? Which case?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kes 1MDB.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
1MDB ada banyak kes. Kes mana? Dengan siapa?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
1MDB dan juga Jho Low.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu adalah satu yang kes...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sekarang tak ada kes lagi. Saya cakap spesifik tentang perjanjian...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar ini jadi Timbalan Yang di-Pertua ke saya?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tolong duduk. Biar saya kendalikan. Kalau Yang Berhormat Kampar rasa nak duduk sini, minta mereka undi, Yang Berhormat Kampar duduk sini.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Tepuk] Kalau boleh bid saya punya undi 148, saya tahniahlah.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Biar saya selesaikan perkara ini dulu. Satu persatu ya. Yang Berhormat Kota Bharu, tolong ulangkan balik. Saya diganggu tadi.
[Ketawa]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sekejap tadi rakan saya Kampar telah membangkitkan mengenai isu 1MDB, isu watak-watak penting di dalam kes ini yang dibincangkan dan dibicarakan di mahkamah.
Jadi, ia satu perkara yang bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(g), “sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikarangkan cakapnya kira-kira harus menggelengcungkan perkara-perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah, tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam timbangan mahkamah”. Sepengetahuan saya, kes yang melibatkan 1MDB, yang melibatkan watak-watak tertentu dan juga mereka yang disebutkan oleh sahabat saya Kampar tadi, sedang dibicarakan di mahkamah. Jadi saya mohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua, adakah perkara itu boleh dibangkitkan dalam perbahasan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Kota Bharu. Dalam perspektif ini, you kena — Yang Berhormat-Yang Berhormat kena differentiate soalan bertulis dan isi kandungan apa Yang Berhormat berbicara di dalam Dewan ini. Kalau Yang Berhormat rujukkan kepada 21(1), eh, 20 — maaf tadi. Allah, lari pula dah, 23(g) itu, ia ada kaitan dengan pertanyaan-pertanyaan bertulis dan lisan. Ini ada kaitan ya.
Manakala kalau nak diceritakan berkaitan apa yang dibicarakan di dalam ini, kena rujuk kepada Perkara 36(2). Itu pun tertakluk kepada evidence wise. Kalau you are not to dengan izin, tidak boleh dibahas isi kandungan keterangan-keterangan yang dibicarakan tersebut. Tapi kalau on the general, bagi saya tafsirkan, boleh. But if you are not — if you are going to bercerita barang ini telah disampaikan kepada si polan si polan, relevan atau tidak, boleh diterima di bawah Akta Keterangan 1960, itu tak boleh dibincangkan di dalam Dewan ini. There is specific to a certain amount, but kalau berkaitan dengan ini, saya benarkan kerana ia berkaitan dengan...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Secara bertulis.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey. Kalau begitu, saya mengguna pakai standing order yang dipetik oleh Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ha...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat memang layak duduk di situ.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
36(2).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yes.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
36(2).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Then I...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya mohon petua sahaja, bukan kata nak hukum Kampar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Faham, faham. Saya faham.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kalau begitulah petua Tuan Yang di-Pertua, lepas ini kami akan bangkit semua perkara yang dibicarakan di mahkamah. Kalau petua membenarkan seperti mana Kampar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Saya, saya — baik Yang Berhormat Kota Bharu. Sebagaimana saya nyatakan tadi, if you are going to look at bawah 23 tadi kan, itu berkaitan dengan bertulis. Tapi kalau nak bicarakan, nak persoalkan isu-isu berkaitan dalam mahkamah, boleh ditegur on the general surface. Tapi, tidak boleh go to detail on the evidence wise. Itu petua saya, pandangan saya.
Kalau kita lihat pada 36(2) ya, “Tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya pada pertimbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan dengan pihak yang dibicarakan”. Saya membenarkan Kampar untuk bercakap, tapi kalau dia persoalkan the evidence aspect di bawah sebagaimana dalam mahkamah kita bawah Akta Keterangan 1960, itu saya tidak akan benarkan. But on the surface, you cerita berkaitan ini kes berkaitan 1MDB, kes berkaitan versus so and versus so, tidak mengapa. Itu petua saya. Baik.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, apa- apa perkara dalam 36(2), “Tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah...”. Itu yang disebut tadi pada pandangan saya, dalam timbangan mahkamah sekarang ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Perspektif itu memang dalam pertimbangan mahkamah. Tetapi saya punya petua, pandangan saya as long as Kampar tidak menyentuh aspek sebagaimana keterangan-keterangan, butir-butir terperinci, itu saya tidak akan benarkan. If you are going to talk on the general per se, tak jadi masalah. Baik, ya. Kita teruskan. Baik, Yang Berhormat Kampar teruskan.
Seorang Ahli
Okey, kemenangan.
[Tepuk]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, peraturan Dewan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Jelutong. Bahagian mana nak mencelah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya memang mengambil iktibar. Bila saja Timbalan Speaker ada dalam kerusi, saya ingin bangkitkan peraturan Dewan kerana saya percaya Timbalan Speaker memang mahir dalam peruntukan Dewan.
36(12) merujuk kepada Yang Berhormat Kota Bharu yang membangkitkan Peraturan 23(g). Saya merujukkan kembali kepada Peraturan 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis”. Petua yang dikeluarkan oleh Timbalan Speaker adalah hebat. Timbalan Speaker memang hebat, lebih hebat daripada Kota Bharu. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar.
Sebentar, sebentar.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Sebentar Yang Berhormat Arau, sebentar yang lain-lain.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jelutong telah menyalahgunakan peraturan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Biarlah saya selesai satu persatu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa yang mengelirukan 36(12)?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau sini nak bunyi, sana nak bunyi, susah jadinya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, duduk Yang Berhormat Besut, duduk Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sekejap, sekejap. Boleh tak sikit saja Yang Berhormat?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sikit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Untuk menyentuh Yang Berhormat Jelutong sahabat saya, dia kata saya sebut 21(3)(g), mana ada 21(3)(g).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
23, 23.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
23(3)(g)? You are mentioning what? I am mentioning 23(1)(g).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu kena dengar.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, saya dengarlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan mimpi dalam Dewan. Dengar.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tengok Hansard esok.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey. Saya punya konklusi dan petua beginilah, di dalam Dewan dalam kepanasan kita berbahas, tetap pasti akan terlepas kata. Tapi yang paling mustahak, is the — selain daripada mens rea, is the actus reus. If you are actus reus, perbuatan kamu tak ada niat mens rea, you cannot punish that person. Ini pertimbangan sayalah. Baik, jadi apa pandangan saya ialah apa yang Kota Bharu bangkitkan adalah kesilapan pada pendapat. Ia adalah boleh dikaitkan dengan apa bercakap, tapi ia dikait dengan soalan bertulis.
Manakala Yang Berhormat Jelutong pula, pada pandangan dia — ini saya punya pentafsiran ya. Kesilapan memang nampak, tapi Yang Berhormat Jelutong, for me whether the mens rea is there. Kalau actus reus itu nampak, tapi mens rea ini pada pertimbangannya mahkamah akan menentu. Jadi saya tentukan, tidak begitu.
[Tepuk] Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, 36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(6), kepada Jelutong dia kata Yang Berhormat Speaker duduk di sana dia comfortable. Dia telah memperlekehkan dua Speaker yang lain. Ini sangkaan jahat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seorang daripada Speaker itu ialah Ahli Parlimen Lanang. Dia memperlekehkan, sangkaan jahat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya pun comfortable Yang Berhormat, tapi saya adil pada semua. Dia boleh kata Yang Berhormat terbaik, yang lain tak terbaik. Itu sangkaan jahat. Dia kena tarik balik. Perkataan tarik balik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, Yang Berhormat Arau, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, ini sangkaan jahat kepada saya. Ini betul-betul sangkaan jahat. Saya tidak pernah — saya gunakan Peraturan 36(6) terhadap Yang Berhormat Arau.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Arau mengatakan bahawa saya tidak menghormati Speaker dan Timbalan Speaker seorang lagi adalah sangkaan jahat terhadap saya. Saya sentiasa menghormati semua dalam Dewan Rakyat ini, bukan macam Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ahli-ahli Parlimen...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bulan puasa Arau, tolong taubat.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey. Baik, enough. Order, order, order.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, 36(6) yang kedua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia kata puasa, suruh saya bertaubat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Arau, duduk. Ini bulan puasa ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, yang pertama tadi, dia sendiri...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau, duduk. Yang Berhormat Jelutong dah duduk. Okey, begini. I will take it in on face value. Bagi saya, kedua-duanya tidak ada sangka jahat. Kita move on to our prosiding. Kampar, silakan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih.
Seorang Ahli
Arau kalah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada kebijaksanaan Timbalan Yang di-Pertua. Tadi saya sudah masuk warm up momentum, sudah sampai gear empat, gear lima. Jadi, tak sempat nak brek. Saya minta maaf, saya tak ada hasrat nak ambil peranan Timbalan Yang di-Pertua.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya teruskan. Tadi masuk saya kata Jho Low. Kita kalau nak ada closure kepada skandal kepada 1MDB, yang pertama perjanjian dengan Goldman Sach kita mesti siasat semula. Kedua, kita mesti cari Jho Low. Kalau Amerika Syarikat boleh cari Osama bin Laden selepas berpuluh-puluh tahun, tak percaya kita tak boleh dapat cari Jho Low.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, saya nak bagi satu cadangan di sini, saya rasa kita semua boleh bersetuju. Boleh tak Kerajaan Malaysia, kita letak satu ganjaran
Tuan Chong Zhemin - Kampar
tunai atas Jho Low. RM1 jutakah, RM10 jutakah kerana amaun ini jauh lebih kurang daripada berbilion-bilion, berpuluh bilion ringgit yang telah kita kehilangan. Jika kita dapat Jho Low, saya rasa kita boleh dapat apa sebenar yang berlaku kepada skandal 1MDB.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Boleh, boleh Pendang. Sokong. Kita letak ganjaran tunai RM10 juta atas kepala Jho Low. Boleh tak sokong?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Kampar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kampar.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya bersetuju di bulan-bulan puasa ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang ada apa? Duduklah kalau bukan peraturan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia bagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduklah. Okey, sudah cukup masa dah pun.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak, tadi ini pasal dia boleh refer dekat kes Goldman Sach itu, boleh refer dekat Menteri Kewangan pada ketika itu iaitu Tengku Zafrul yang duduk bersama dengan Kampar sekarang ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, duduk Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itulah. Tak payahlah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah, sudah cukup.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Masa itu kerajaan awaklah Pendang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Order, order, order. Kita back to our business, all right? Saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang untuk...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Speaker saya tambah sikit. Saya faham kita duduk banyak tapi oleh itu kita harus siasat siapa sebenarnya yang bertanggungjawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, kita tubuh satu Royal Commissions of Enquiry. Kita siasat siapa yang....
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah, sudah, sudah.
Cukup. Duduk. Cukup, cukup, cukup. Okey. Bertenang sekejap, ya. Yang Berhormat- Yang Berhormat, tolonglah di bulan puasa ini. Saya pun nak control saya punya temper juga. Kita sama-sama beristighfar. Baik. Kita teruskan Yang Berhormat Pendang. Lima minit – lima minit pula, waktu yang dibenarkan. Berapa?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada B.11 iaitu Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai peruntukan tambahan berjumlah RM14.46 bilion bagi menampung bayaran antara subsidi petroleum, subsidi bil elektrik serta bayaran bantuan khas kewangan dan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi penjawat awam dan
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
pesara kerajaan termasuk veteran, pencen dan tidak berpencen. Apakah implikasi rasionalisasi subsidi terhadap perbelanjaan domestik dan kuasa beli pengguna?
Seterusnya saya nak membangkitkan perkara yang menyentuh penyelarasan subsidi ini mampu membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat tanpa menjejaskan kehidupan rakyat di sebalik tekanan kos sara hidup yang meruncing ketidaktentuan ekonomi global buat masa ini, mengambil kira unjuran prospek peningkatan inflasi pada 2024 ini. Ini penting kerana proses pelarasan rasionalisasi subsidi menyebabkan kenaikan harga barangan serta ketidaktentuan harga bahan mentah yang berpotensi meningkatkan semula perbelanjaan bagi menampung keperluan subsidi.
Selain itu, saya ingin mendapat penjelasan kesan cukai berganda SST terhadap perbelanjaan isi rumah akibat faktor cukai yang tetap mempengaruhi kos pengeluaran dan harga runcit yang meskipun kerajaan memutuskan untuk memperluaskan pengecualian SST bagi sektor logistik seperti mana yang dibangkitkan sebelum ini. Apakah langkah khusus yang diambil untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dan kuasa beli pengguna dan kesan inflasi yang diimport terutama harga barangan yang diimport termasuk bahan-bahan makanan akibat kejatuhan nilai Ringgit?
SST dengan GST satu tax, satu cukai yang dikenakan agak berbeza kerana GST dikenakan di peringkat awal pengeluaran barangan daripada peringkat pengedar utama sehinggalah sampai ke pembeli end-user atau pengguna. Maka di situ dikenakan GST enam persen. Sekiranya harga barangan 10 persen bila dibeli barangan di sebuah retail, di sebuah kedai runcit dengan harga RM10 enam persen jadi RM10.60. Jadi, 60 sen ini adalah end-user yang bayar. Jadi, kita tahu kerajaan mudah untuk mengawal harga barangan. Tetapi kalau SST yang dikena di peringkat awal. GST di peringkat hujung, di peringkat end-user dikenakan tax. Tetapi SST dikenakan di peringkat awalan.
Jadi, kerajaan susah untuk nak mengawal harga barang yang mana proses ini berlaku di beberapa peringkat. Sole distributor, peniaga, pengedar dan juga peruncit- peruncit sehinggalah kepada pengguna. Pengguna inilah yang menanggung semua kos harga barangan yang dikenakan. Jadi, saya minta bagaimana kaedah kerajaan nak mengawal harga barangan bila SST dikenakan di peringkat awal, di hujung sana, semua proses, semua peringkat dibayar oleh consumer ataupun pengguna. Jadi, ini yang kita tengok harga barang sangat tinggi sekarang ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pendang, penjelasan sikit, Pendang. Berkenaan SST dengan GST ini. Kerajaan masa jadi pembangkang dulu mereka menentang GST kerana katanya enam persen. Hari ini SST jadi lapan persen.
Kenapa begitu? Mana yang lebih baik? Enam ataupun lapan? Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itu yang saya katakan. Kerajaan ini melaung untuk nak membantu rakyat. Tiba-tiba daripada enam persen dinaik kepada lapan persen, semua longgokkan − liabiliti kerajaan dipindah kepada rakyat untuk bayar.
Mana ada kerajaan nak membela rakyat kalau macam itu. Cakap lain buat lain. Ini.
Jadi, saya – baguslah kali ini kita tengok Menteri Kewangan penuh duduk dalam Dewan. Tak macam dulu sebab tak ada.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Minta sikit?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ya sila.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, kita tak boleh bandingkan SST lapan peratus dengan GST enam peratus kerana GST enam peratus itu untuk keseluruhan service tax. Jadi, jumlah yang dikutip adalah ....
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kejap, kejap. You bukan Menteri nak boleh banding itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kejap, kejap.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Lagi satu teori ekonomi pun tak betul.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tak apa Pendang. Saya nak ...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Setiap ekonomi kena ada perbandingan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, saya setuju.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Teori ekonomi kena ada bandingan. You cakap itu – you, what is your background?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya akauntan. Saya akauntan, okey? Saya akauntan. GST accountant. Pendang, saya setuju, saya setuju ....
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dia akauntanlah. Akauntan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Berkenaan Pendang bahawa GST itu memang lebih telus.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pendang apa Pendang? Berlagak betul Pendang ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Memang lebih telus. Pendang, saya nak tanya sikit saja...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Berlagak betul ini Pendang ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, cepat-cepat poin.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, yang tidak diberi – Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Langat, duduk. Yang Berhormat Hulu Langat, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Semalam Speaker...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk.
Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Tutup saya punya mic ini. Mic saya ini kena tutup, Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Makan ubat lagi tak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kena complaint sikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Hulu Langat, amaran pertama. Yang Berhormat, Peraturan 37 itu jelas. Are you trying not to recognise it? Kalau kata yang ini Yang Berhormat Pendang sudah benarkan Kampar bercakap, yang lain itu janganlah masuk campur.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, saya nak tambah sikit saja. Pendang, jika Pendang benar-benar nak sokong GST, saya nak tanya apakah pendirian rasmi Perikatan Nasional jika kerajaan hari ini laksanakan GST. Adakah Perikatan Nasional akan sokong 100 peratus, tak akan buat fitnah-fitnah? Adakah ini pendirian rasmi Perikatan Nasional?
Kalau kita semua boleh setuju, saya rasa boleh. Kita boleh buat GST tapi janganlah lepas kita buat...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Banyak dia cakap itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...You fitnah cakap kita nak naikkan harga itu – boleh tak? Adakah ini pendirian rasmi Perikatan Nasional?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jawab ....
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih. Dato' Speaker terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...dan gulung.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak terus 36(6). Dia kata kita buat fitnah. Saya bercakap kaedah, metodologi. How to compare between SST dengan GST.
SST telah berjalan sekarang daripada enam persen ke lapan persen. GST pun telah berlaku enam persen dulu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat gulung.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itu perbandingan, comparison. Jadi, dia kata saya buat fitnah. Kalau benda tak berlaku lagi mungkin ada reason dia nak kata dia ....
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
... saya buat fitnah. Dia sebut perkataan ‘fitnah’ tadi. 36(6).
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, tengok ada track record. Dulu Perikatan Nasional yang bawa low-value goods tax...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...tapi sekarang tolak.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini kalau tak ada ini, saya jawab ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nanti, nanti sat. Sat, Pendang. Sat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Enam persen ke lapan persen ..
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...confirm.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang.
Yang Berhormat Pendang, sat ya. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Kampar.
Amaran saya sudah dua kali. Saya ingat, saya catat dalam rekod saya. Jangan saya bagi kali yang ketiga. Kali ketiga saya tiada maaf. So, please. Yang Berhormat Pendang, one minute gulung, solve.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Alhamdulillah [Beristighfar] . Terima kasih. Jadi, kita nak sebut. Bila kita sebut itu kita nak tanya kaedah metodologi ataupun bagaimana nak mengawal harga barangan dalam SST daripada enam persen ke lapan persen. Itu yang kita minta.
GST memang sudah confirmed boleh mengawal harga barang. Itu comparison ataupun perbandingan yang saya gunakan untuk antara SST dengan GST. Jadi, kita nak tau apa kaedah mengawal harga barang yang meningkat ...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Tidak terkawal...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Di pasaran sekarang. Terima kasih. Ini ada lagi 23 minit – 23 saat. Jadi, itu yang saya sebut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini pasal apa mangkit ini? Saya tak bagi.
You duduklah. Please sit down.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta izin dengan Speaker. Tak cakap dengan awak pun.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak saya tak bagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta petua dengan Speaker.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, oleh sebab itu kita tengok ....
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk kejap.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kalau kita tengok keadaan ini. Sekarang ini rakyat sedang menanggung...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya akan tutup mic.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...segala peningkatan harga barang dalam pasaran yang sangat terdesak. Rakyat tanggung, rakyat susah, bawah ini. Kita tak apa. Tiap-tiap bulan cukup, cucuk ada duit. Walaupun pembangkang, walaupun kerajaan. Macam Hulu Langat dia lagi lah tak ada masalah apa dia tak kena belanja apa kawasan dia, semua...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu fitnah itu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Anak pun tak ada. Apa pun tak ada.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat masa dah cukup, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu fitnah, fitnah itu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau buat fitnah. Itu fitnah.
Pendang kerja fitnah jadi masalah. Bulan puasa pun fitnah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker saya nak minta petua Speaker?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta petua daripada Speaker, okey?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, saya nak minta petua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi saya bercakap dulu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Hiburan bulan puasa.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukan hiburan. Saya nak minta petua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi saya bercakap dulu.
[Pembesar suara dimatikan] .
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk!
Yang Berhormat duduk! Yang Berhormat duduk! Amaran kedua.
Beberapa Ahli
Tiga dah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk. Yang Berhormat, yang boleh mengarah dalam ini saya. Jadi dengarlah. Ahli-ahli Yang Berhormat ini saya bercakap bahasa Melayu. Kang saya bercakap Orang Asli kang, satu orang– tak guna satu sen nanti.
Okey, Yang Berhormat Hulu Langat apa nak tanya?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta petua dengan Speaker-kan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan mana?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Petua-petua, tak ada peraturan.
Dulu– tak saya nak minta petua.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta petua.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jangan layan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduklah Hulu Langat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Peraturan- peraturan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Seksyen berapa, peraturan berapa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dulu Pendang kena halau empat hari selepas itu dia minta maaf.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Order-order.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sekarang ini, saya kena amaran dua kali saya nak minta maaf.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Hulu Langat agaknya terlebih sahur.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Peraturan mana, peraturan...
[Pembesar suara dimatikan] .
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk. Peraturan menyebutkan jika seseorang Ahli Yang Berhormat bangun nak membangkitkan peraturan, kena sebut peraturan mana. Baik, kita teruskan. Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, kalau 36(6)...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
36(6). Dulu masa Pendang dia kena halau empat hari dia minta maaf.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nanti kejap. Nanti kejap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker maafkan. Sekarang ini saya kena amaran dua kali. Saya minta maaf.
[Pembesar suara dimatikan] .
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nanti kejap. Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker saya minta maaf. Saya ini pro kerajaan ini, saya ini bukan pembangkang.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa, apa?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain tolong diam.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain tolong diam.
Yang Berhormat Hulu Langat, bila Yang Berhormat bangkitkan peraturan kena sebutlah bahagian mana. Saya tak dan nak bertanya Yang Berhormat dah melalak kat sana.
Dengarlah ya.
Okey, Yang Berhormat telah bangkitkan 36(6) bahagian mana?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa tadi?
Seorang Ahli
Sangkaan jahat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sangkaan jahat tadi Pendang itu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bahagian mana?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi, takkanlah Speaker tak dengar tadi dia kata. Hulu Langat tak ada masalah dia kata, gaji dia memang dia tak tahu bagi dekat mana. Itu sangkaan jahat itu. Itu fitnah itu. Ini kalau orang kawasan dengar ini, hoi– Pendang ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pendang ini. Bukan sangkaan jahat, senantiasa jahat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, bila Yang Berhormat bangkit 36(6) salah seorang yang– katakanlah di sebelah sini kena sebut bahagian mana? Siapa? Kira macam kita buat pertuduhanlah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu nak tuduhlah tadi itu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya kena sebut bahagian mana saya nak tuduh orang? Tak boleh macam itu. Saya tanya Yang Berhormat sekarang bahagian mana itu?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu tadi Pendang tadi kata saya...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya lah, yang– aduh.
Sangkaan jahat itu prakata mana? Senanglah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia kata gaji saya tak tahu nak buat apa dia kata? Mana boleh. Tak ada anak dia cakap. Jahat itu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tanya pendidikan orang macam dalam dunia ini dia seorang sahaja pandai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tak boleh ini. Sakit orang jangan main-main.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bila kita duduk dekat sini tak kiralah SPM-kah, STPM-kah, degree-kah, kita sama.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Gaji semua dapat RM25,700.
Jangan berlagak. Berlagak sangat itu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Satu Malaysia tengok ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, satu Malaysia tengok.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Elok duduk sahajalah buat malu. Dah, dah. Duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat amaran ketiga, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak, saya dah minta maaf. Saya minta maaf sekarang Speaker. Maafkan saya ke tak?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak maafkan, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey, tak maaf saya duduk.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, Allah. Dah buang masa banyak dah ini. Okey, Yang Berhormat– okey Tuaran tiada.
Okey, senarai pembahas kita teruskan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, boleh kah maklumkan tentang susunan pembahas-pembahas kerana ada yang ada dalam Dewan dan ada yang tak ada. Kelmarin yang dimaklumkan kelmarin, susulan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, kalau kita lihat di atas permohonan Yang Berhormat Jelutong. Kalau kita lihat dalam ini untuk bahaskan di Jawatankuasa ini untuk hari ini Kampar telah selesai. Yang Berhormat Pendang telah selesai. Yang Berhormat Tuaran tiada saya dimaklumkan. Dengan sedemikian saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud. Itu sahaja untuk dalam Jawatankuasa ini.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, B.11 Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai.
Tambahan sebanyak RM12.35 bilion. Saya mohon diperincikan daripada jumlah ini.
Berapakah jumlah subsidi produk petroleum dan diesel...
Beberapa Ahli
[Bercakap-cakap]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat tolong diam. Kita bagi dengar apa yang Yang Berhormat Kota Belud nak bercakap. Teruskan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Berapakah jumlah subsidi bil elektrik dan berapakah jumlah Bantuan Khas Kewangan
(BKK)? Daripada jumlah tersebut berapakah pecahannya untuk Sabah?
Butiran 021300 – Pemberian Kemudahan Projek Khas. Berlaku pertambahan sebanyak RM477 juta bagi butiran ini. Saya mohon jika dapat diperincikan.
P.12, Butiran 010600 – Pemberian dan Serahan Kepada Negeri-negeri Pemberian Khas Tahunan Sabah. Tuan Pengerusi, saya telah bahaskan panjang lebar mengenai pemberian khas ini semasa perbahasan Titah Diraja baru-baru ini. Namun seperti biasa jawapan masih belum diberikan.
Saya tidak tahu berapa kali saya perlu ulang soalan saya sehinggalah saya dapat jawapan yang kita boleh puas hati. Kalau sebelum ini kami dimaklumkan bahawa kenaikan pemberian khas Sabah pada tahun 2022 adalah mengambil kira kenaikan inflasi tahunan.
Itulah formula yang digunakan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Justeru soalan saya yang pertama adakah pemberian khas tahun 2023 yang meningkat daripada RM129.7 juta kepada RM300 juta iaitu tambahan sebanyak RM170 juta kali ini apakah formula yang dipakai? Masih guna pakai faktor inflasi atau mengguna pakai formula pengiraan pemberian khas tahunan Sarawak?
Kedua, mengenai perkara 112C, saya percaya pegawai-pegawai MOF sudah tahu pendirian kami Ahli-ahli Parlimen dari Sabah setelah taklimat tempoh hari. Kami semua satu hati dan tidak akan berubah pendirian bahawa perkara 112C harus dihormati, dilaksanakan dan masih lagi terpakai. Justeru, Yang Berhormat Menteri saya ingin tahu apakah pendirian ini sama dengan pendirian Kementerian Kewangan di bawah kerajaan sekarang?
Ketiga, kita semua tahu punca kuasa pemberian khas Sabah ini adalah melalui Warta P.U.A 328 Tahun 1970, Warta P.U.A 119 Tahun 2022 dan Warta P.U.A 364 Tahun 2023. P.U.A 328 dan 119 terpakai bagi tempoh tahun lima tahun. Manakala, P.U.A 364 terpakai bagi tempoh enam tahun.
Justeru, soalan saya warta tahun 1970 itu hanya terpakai bagi tempoh lima tahun sahaja iaitu dari tahun 1969 hingga tahun 1973. Namun selepas 1973 tiada warta baharu yang dikeluarkan. Soalan saya, bermula tahun 1974 sehingga tahun 2021, apakah punca kuasa pemberian khas Sabah ini dan mengapa kerajaan masih kekal membayar RM26.7 juta kepada Sabah bagi tempoh 47 tahun sedangkan tiada warta baharu yang dikeluarkan? Apakah ia prosedur yang sah dan berperlembagaan?
Keempat, mengenai butiran pemberian pertambahan hasil. Saya mohon perinciannya.
Tuan Pengerusi, saya juga ingatkan kepada sahabat-sahabat– saya ingin ambil kesempatan di sini. Saya ingin ingatkan juga kepada sahabat-sahabat saya dalam Dewan ini. Kita bercakap mengenai SST-kah tadi, pergolakan tentang GST tetapi saya ingatkan juga bahawa Sabah juga. Interest of Sabah juga sangat-sangat penting kerana Sabah sebahagian daripada entiti yang mendirikan Malaysia. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, selesai semua pembahas. Berikutnya saya mempersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab 10 minit.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada enam Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan. Izinkan saya menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong menyentuh Butiran di bawah B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong bahawa sebarang peruntukan kerajaan lebih-lebih lagi melibatkan subsidi dan bantuan perlulah mengambil kira segenap lapisan masyarakat termasuk kebajikan golongan veteran.
Secara amnya, semua bantuan utama yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk membantu semua golongan rakyat yang memerlukan. Setiap rakyat Malaysia tanpa kira jantina, kaum dan latar belakang perlu mempunyai peluang yang saksama termasuk pemberian bantuan kepada golongan yang memerlukan. Misalnya, bantuan tunai yang disalurkan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahman (SARA) telah diberikan kepada semua penerima yang layak. Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI sentiasa prihatin dan tidak pernah meminggirkan golongan veteran dalam memberi bantuan. Malah, bagi tahun ini bayaran bantuan RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. Bantuan ini telah disalurkan pada akhir bulan lalu bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Selain itu, komitmen Belanjawan 2024 juga adalah untuk melindungi kebajikan dan pembangunan sosioekonomi anggota veteran. Program kerajaan seperti keusahawanan, latihan pekerjaan dan kemudahan pembiayaan turut menumpukan kepada golongan veteran. Antaranya kerajaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak kerajaan juga menumpukan usaha pada tahun ini untuk menyediakan latihan kerja di bawah program PROTEGE-RTW bagi golongan veteran ATM.
Belanjawan 2023 turut menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat India. RM100 juta disediakan di bawah MITRA untuk melaksanakan program pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Ini antara merangkumi program latihan kemahiran dan menyediakan bantuan kewangan bagi menampung yuran pengajian IPT bagi keluarga B40 India serta program keusahawanan dan kerjaya masyarakat India termasuk bidang pertanian, mikro dan ekonomi gig.
Belanjawan 2023 turut memperuntukkan RM30 juta di bawah TEKUN bagi menyediakan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India untuk menyediakan kemudahan mikro secara cepat, mudah kepada usahawan India.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Putrajaya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Boleh tak tanya tentang MITRA tadi? Bilakah projek itu akan dimulakan sebab kita dah lihat lama dah kan. Kita nak lihat di bawah sana bila mereka bermula dan bagaimanakah nak mempermudahkan proses untuk mohon supaya user-friendly? Orang susah ini dia tak boleh kompleks-kompleks sangat. Tak boleh birokrasi sangat. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Permintaan saya, kalau boleh, sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri jumlah wang MITRA telah diagihkan melalui Ahli-ahli Parlimen. Saya sokong. Daripada kita menyerahkannya kepada mana-mana NGO atau persatuan di mana kita tidak boleh menjamin bahawa wang itu akan mencapai matlamatnya. Saya mohon kalau boleh walaupun di bawah Kementerian Perpaduan, agihan wang MITRA dibuat melalui Ahli-ahli Parlimen. Semua Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan memperolehi wang itu untuk digunakan di kawasan sendiri.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sokong Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Semua Ahli-ahli Parlimen kerajaan. Saya perbetulkan.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana— Saya ingin tambah Timbalan Speaker, saya lihat bahawa Kementerian Perpaduan telah pun menjemput pihak-pihak daripada sebelah sana untuk menyertai satu sesi libat urus. Saya tidak bersetuju. Saya telah memberitahu kepada Timbalan Menteri Perpaduan. Saya ingin dirakamkan dalam prosiding, dalam Dewan yang mulia ini. Kita lihat bahawa saya sebagai Ahli Parlimen kerajaan tidak menyokong jemputan yang dikeluarkan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Terutamanya Pagoh. Kerana saya lihat bahawa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau dahulu telah menggores hati masyarakat India. Jadi saya tak setuju. Saya mohon peruntukan diberikan kepada semua Ahli-ahli Parlimen kerajaan sahaja untuk diagihkan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bukanlah perpaduan maknanya Jelutong. Kata Kerajaan Perpaduan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dato’ Speaker boleh saya teruskan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya. It’s yours. Yang Berhormat Menteri it is your...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Speaker, peraturan 36(6).
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya nak sebut benda yang sama. Sila Pendang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang mana satu ini?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya sebutlah. Saya sebut. 36(6) tadi Jelutong sebut Pagoh menggores kenyataan— kenyataan Pagoh menggores masyarakat India. Itu sangkaan jahat Dato’ Speaker. Minta dia tarik balik.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
36(6). Okey sebelum...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
.. sebelum saya buat keputusan.
Yang lain duk sat. Bagi satu-satulah. Alor Setar dah bangkitkan itu. Bahagian mana Yang Berhormat menyatakan tadi bahawa— Jelutong apa tadi?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Jelutong sebut tadi, Pagoh sebelum ini dalam satu kenyataannya menyakitkan hati kaum India. Menggores hati kaum India.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Jadi, pada saya itu sangkaan jahat terhadap Pagoh. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik sebelum saya buat— nanti, duk sat. Sabarlah. Duduk. Okey. Yang Berhormat, to your defense, Yang Berhormat Jelutong ada apa-apa nak cakap?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain jangan masuk campur ya. Saya buat keputusan antara dua ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya kekal. Saya kekal dengan kenyataan bahawa Yang Berhormat Pagoh telah pun mengeluarkan kenyataan- kenyataan yang menggores masyarakat India dengan kenyataan-kenyataan beliau. Tapi, saya tidak mahu menyebut apakah yang dikatakan oleh beliau.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cuma dalam— itu bukan merupakan sangkaan jahat Timbalan Speaker.
Saya telah mengeluarkan satu kenyataan dalam perbahasan saya. Saya tidak mahu menyatakan apa yang dikatakan oleh beliau tetapi saya ingin mengatakan bahawa kenyataan beliau terdahulu telah menggores masyarakat India. So, it is a general statement. So, kalau saya menuduh beliau, memang ia merupakan sangkaan jahat. So, saya menggunakan perbahasan ini bahasa yang digunakan oleh saya bukanlah bahawa yang kesat ataupun bahasa yang kurang sopan. Kalau kenyataan itu menggores hati, bagaimana saya ingin menyatakan perkara itu? Bagaimana? Kalau itu adalah pendirian saya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya menggunakan Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh semua.
Tuan Pengerusi
Baik. Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Speaker. Tidak ada apa-apa yang kurang sopan ataupun berniat jahat.
Tuan Pengerusi
Baik. Dia punya Hakim buat keputusan. Dalam aspek apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Setar di bawah 36(6), dan apa jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Jelutong, perspektifnya saya kena pertimbangkan sama ada ia ada jatuh dalam 36(6). Bagi saya, tidak. On a general tone. Ya. Kalau spesifik, seumpamanya Pagoh telah menyatakan orang India bodohlah, apa semua, then nampak jelas. Ini on a general. Tak ada kaitan. Baik. Itu keputusan saya. Baik. Selesai. *Sat, sat.
La ni* Pendang pula. Dah jadi Hakim pula aku.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sekejap. Tuan Yang di-Pertua, kalau begitu apa yang Jelutong maksudkan dan boleh, apakah kita juga boleh cakap ramai orang Melayu tergores hati apabila Jelutong cakap benda yang bukan-bukan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi saya boleh.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Boleh ya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak ada masalah. Kalau katakan Yang Berhormat Larut ya, yang Jelutong menyatakan spesifik. Spesifik macam mana? Not on a general term dan bagi saya that is not proper lah.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya tetapi kita hari ini tak pernah pun nak mengaitkan Jelutong dengan ayat sebegitu rupa. Selalunya bila ditanya, kita jawab.
Spesifik. Itu yang menggoreskan hati. Tapi kalau dia cakap begini, “Oh saya tak mahu sebut tapi dia menggoreskan hati.” Saya nak beritahu orang Melayu pun tergores hati dengan Jelutong yang perangai macam ini
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Baik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Dato’.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey ini satu pengajaran.
It must be specific. All right. Okey, teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
36(6) tadi. Tak habis lagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Benda sama kah atau isu yang sama?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak, tak. Isu ini lain sikit sebab Yang Berhormat Dato’ saya minta peraturan 36(6) untuk kita clarify. Satu, saya rasa tak adil sebab Ahli Parlimen dalam Parlimen ini 200...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, terus kepada spesifik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Spesifiknya...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau nak cerita general saja, tak payahlah. Duduklah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Spesifiknya, menuduh Pagoh seorang.
Ahli Parlimen sama taraf. Keduanya, kaum India ini yang dikatakan tergores dan susah ini sebenarnya dipindahkan tanggungjawab ini kepada Pagoh. Sebenarnya, yang menyusahkan, yang menipu orang India adalah MITRA.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia nak pindahkan tanggungjawab yang mereka buat kepada orang India kepada orang Melayu Pagoh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduklah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak betul itu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi saya benda ini adalah on the same level, atas perkara yang sama. Duduk. Okey kalau peraturan Yang Berhormat Muar...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya mohon kebenaran untuk mencelah. Bukan peraturan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, baik.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya pun nak mencelah juga.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar ya. Sebentar Yang Berhormat. Saya akan continue Yang Berhormat. Timer tadi berapa minit baki?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tadi ada enam minit setengah tadi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Enam minit― timer. Yang Berhormat Menteri, benar atau tidak Muar untuk bertanya?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya gulunglah, Dato’ Yang di-Pertua. Saya jawab dia orang, lepas itu saya teruskan dengan penggulungan
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Muar nak mencelah.
Are you agree or not?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bagi satu juga, Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri, this is your time.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kenali Yang Berhormat Menteri sebagai seorang yang profesional, teknokrat yang saya hormati, tidak kira politik kepartian.
Cuma, saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri tidak dengar nasihat Yang Berhormat Jelutong...
[Tepuk] Ia seperti di kawasan pembangkang tidak ada warganegara Malaysia berbangsa India. Seperti apabila di kawasan pembangkang, hanya kerana kita berbeza pendapat dan ideologi dengan kerajaan, rakyat perlu terus dihukum.
Saya dalam bab ini, saya hormat juga Jelutong. Saya ingat kata-katanya sebelum ini bila dia jadi pembangkang, “Kita perlu pastikan rakyat dijaga”, “Keadilan”, “Jangan kita hukum kerana pembangkang atau kerajaan”. Cuma, saya berharap― itu tak apa. Itu mungkin pandangan peribadi Ahli Parlimen*.
I know you as technocrat.* Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri. I know you as technocrat, seorang yang saya hormati. Saya harap ketepikan nasihat tersebut dan perintahlah secara adil. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dato’ Pengerusi, saya nak tanya jawapan saja. Apa yang Menteri jawab tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya yakin...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Sikit saja. Yang Berhormat Menteri, I would remind you, it is eating up your time.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
I know. Izinkan saya untuk terus menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar dan Jelutong.
Kerajaan setiap tahun menyediakan RM100 juta peruntukan untuk MITRA sejak 2019. Kerajaan komited untuk memastikan perbelanjaan tersebut memanfaatkan masyarakat India seperti pembangunan modal insan, pembangunan ekonomi masyarakat India. MOF berserta Kementerian Perpaduan sedia untuk memudahcarakan proses supaya agensi seperti MITRA dapat memanfaatkan peruntukannya dan melaksanakan projek dengan segera.
Yang Berhormat Putrajaya telah menyentuh butiran di dalam P.10 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat. Untuk makluman, pemerhatian Yang Berhormat Putrajaya berhubung dengan Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat adalah ekoran kaedah pelaporan untuk Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Berdasarkan kaedah pelaporan untuk belanja pembangunan, Buku Anggaran Perbelanjaan hanya menunjukkan perbelanjaan dan peruntukan untuk projek baharu dan sambungan. Maklumat projek yang siap dan tidak disediakan peruntukan pada tahun belanjawan tidak lagi dilaporkan.
Dengan itu, kos projek Butiran 09200 sebanyak RM500 juta pada tahun 2023 merupakan projek one-off untuk tahun 2023. Kos projek tersebut serta perbelanjaan berkaitan tidak lagi dilaporkan dalam Buku Anggaran Perbelanjaan 2024.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, boleh saya rujuk jawapan tadi? Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua, tadi Yang Berhormat
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
dalam mukadimah menyebut tentang subsidi. Satu perkara yang sangat relevan ialah― dalam perbahasan sebelumnya dan kali ini kita bahas tentang bajet tambahan― subsidi.
Semalam kita dapat satu jawapan kerajaan telah tamatkan subsidi gula mulai 26 Oktober 2013. Ini oleh KPDN. Kita sedar bahawa dalam laporan The Edge pun dah disebutkan MSM terima RM24 juta satu bulan pada November dan Disember. Daripada rugi jadi untung. Pada waktu yang sama, kita kenakan sugary tax pada minuman yang manis.
Maka, saya nak tanya, adakah kita akan teruskan subsidi gula seperti yang telah dilakukan? Dan kenapa pula KPDN kata tak ada lagi subsidi? Ini yang saya minta supaya ada satu hala tuju. Ada atau tidak? Kalau minuman bergula itu, sampai empat puluh sen naik, lima puluh sen satu liter, adakah kita buat satu dasar yang― kiri kanan mungkin tidak serasi. Apakah pandangan dan pendirian dan hala tuju kementerian supaya subsidi gula ini kita dapat konsultasi sama-sama dengan Kementerian Kesihatan dan yang lain?
Kerana, akhirnya, akan merugikan kita dari segi perubatan. Terima kasih.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Izinkan saya jawab kerana saya tinggal satu minit.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan subsidi juga.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Nanti saya jawab juga.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Ayer Hitam, langkah untuk menyediakan insentif kewangan kepada pengeluar gula adalah langkah sementara untuk memastikan kelangsungan bekalan dan harga kekal untuk pengguna. Ini mengambil kira kenaikan harga global yang melibatkan kerugian kepada pengeluar tempatan.
Saya sambung dengan isu-isu subsidi. Untuk soalan yang dikenakan oleh Yang Berhormat Pendang, kerajaan telah mewarisi tahap hutang dan liabiliti yang tinggi. Ia telah mencecah RM1.5 trilion, melebihi 80 peratus pada KDNK jika dimasukkan liabiliti.
Selain itu, asas cukai negara pada tahun 2022 adalah 11.7 peratus pada KDNK iaitu antara yang terendah di rantau.
Dengan itu, dalam mengurus fiskal dengan bertanggungjawab, kerajaan perlu meluaskan asas cukai serta mengoptimumkan perbelanjaan terutamanya mengurangkan ketirisan. Antara ketirisan perbelanjaan adalah subsidi pukal di mana ia lebih memanfaatkan golongan yang tidak memerlukan. Pendekatan kerajaan adalah untuk menyasar subsidi supaya mengurangkan ketirisan, tetapi pada masa yang sama mengurangkan impak kepada golongan rentan.
Contoh, subsidi elektrik pada tahun 2022 diberikan subsidi secara pukal. Hampir separuh subsidi elektrik memanfaatkan 10 peratus pengguna komersial dan domestik terbesar. Dengan itu, pada tahun 2023, kerajaan menyasar semula subsidi dengan mengurangkan subsidi bagi penggunaan komersial dan domestik yang terbesar dengan mencapai penjimatan lebih RM4 bilion tetapi dengan tarif mengekal kepada 85 peratus pengguna. Kerajaan akan terus mengambil pendekatan menyasar subsidi pada masa depan untuk terus mengurangkan ketirisan perbelanjaan subsidi dan membantu rakyat yang memerlukan.
Dato’ Yang di-Pertua, izin saya, berapa minit lagi untuk habis soalan semua yang ditanya tadi?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, all right, saya berikan tiga minit tapi jika tidak boleh habis, cara bertulis.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Boleh.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tiga minit.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Okey. Yang Berhormat Pendang menyebut soal percukaian, walaupun ia tidak berkaitan dengan RUU Tambahan. Kerajaan tetap
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
meneliti dengan berhati-hati dengan memastikan rakyat tidak terbeban dan pada masa yang sama, ruang fiskal kekal mampan.
Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Madani dalam menimbangkan soal percukaian negara adalah bersifat progresif termasuk penambahbaikan yang dibuat dalam cukai perkhidmatan. Kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus ke lapan peratus yang berkuat kuasa pada 1 Mac lebih menumpukan pada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan (discretionary), dengan izin, dan aktiviti antara perniagaan yang tidak melibatkan rakyat secara langsung. Pada masa yang sama, kerajaan juga memberi pelbagai pengecualian bagi sektor logistik seperti B2B.
Seperti mana yang pernah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam Dewan yang mulia ini, dalam melaksanakan pembaharuan fiskal, kerajaan mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar dan percukaian. Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan GST kerana ia bersifat cukai penggunaan yang berasas luas. Dengan itu, bukanlah masa sesuai untuk memperkenalkan semula memandangkan ada antara rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah, mengalami cabaran kos sara hidup. Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai yang sedia ada.
Soalan Yang Berhormat Kota Belud, isu 112C telah pun dibawa kepada mahkamah dan tidak dapat dibincangkan di sini sekarang mengambil kira implikasi perundangan. Namun demikian, kerajaan komited untuk menambah baik pemberian khas.
Yang Berhormat Kota Belud, dengan membangkitkan berkaitan perincian peruntukan di bawah Maksud Bekalan B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan yang berjumlah RM14.5 bilion adalah untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi tahun 2023, antaranya subsidi produk petroleum berjumlah RM9 bilion, subsidi elektrik sebanyak RM3.2 bilion dan bayaran khas kewangan sebanyak RM 1.4 bilion.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, Kota Belud. Bukankah Perkara 112(C) itu mereka sudah tarik balik dari proses mahkamah? Jadi, kenapa masih menggunakan jawapan yang sama diberikan, ya?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum dan seperti yang ditanyakan tadi, diminta perincian untuk Sabah tetapi kalau kita kira daripada segi subsidi yang kita berikan, dia diberikan secara menyeluruh di antara satu Malaysia. Kalau nak Kota Belud, kita boleh berbincang di luar Dewan dan boleh pergi pada penerangan yang lebih.
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baik, Majlis. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM18,691,299,350 untuk Kepala B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.11 dan B.12, diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Kita beralih kepada Kementerian Perpaduan Negara.
Kepala P.14 - Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2023] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Memandangkan oleh P.14 hanya token sahaja, maka tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Kepala P.21 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2023] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Memandangkan ia hanya token sahaja, P.21 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Kepala B.25 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka untuk dibahas.
Terdapat seramai empat orang pembahas. Saya akan bacakan keempat-empat pembahas. Kemungkinan ada di antara pembahas yang akan keluar, masuk, memandangkan ada Mesyuarat-mesyuarat di sekeliling Dewan ini. Mereka yang disenaraikan adalah pertama - Yang Berhormat Rasah, kedua - Yang Berhormat Hulu Terengganu, ketiga - Yang Berhormat Pasir Gudang dan keempat - Yang Berhormat Bagan Serai. Saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah untuk membuka tirai.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Pengerusi, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa KPDN. Di bawah maksud B.25, bawah Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Kalau kita tengok kali ini, peruntukan tambahan sebanyak RM1.174 bilion diminta oleh pihak kementerian. Ini adalah tambahan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
jauh lebih banyak daripada peruntukan asal, sebanyak RM500 juta ketika Belanjawan 2023 diluluskan. Jadi, soalan pertama saya adalah, kenapa ada pertambahan yang besar? Okey, sebab RM500 juta naik kepada RM1.17 bilion tetapi kalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu tahun 2022, RM400 juta dalam belanjawan asal. Selepas itu, mohon RM2 bilion. Itu lagi banyak tetapi ketika itu, harga CPO dunia adalah lebih RM5,000– okey, berbanding dengan pada tahun lepas, kita RM3,800 - RM3,900.
Jadi, saya nak tanya. Adakah disebabkan harga CPO ini yang menyebabkan dia kurang daripada RM2 bilion kepada RM1.17 bilion? Itu soalan pertama. Yang kedua adalah, saya merujuk kepada Belanjawan 2024 yang kita luluskan pada hujung tahun lepas. Ketika itu, KPDN mohon RM845 juta untuk perkara yang sama. Jadi, apakah pada awal tahun depan, kita akan bahaskan bajet tambahan untuk perkara yang sama? Sebab harga CPO sekarang yang terkini, lebih RM4,300 yang ketika ini. Isu yang timbul adalah, kita ini pengeluar sawit. Minyak ini semua tempatan. Kita tak import, tak beli dari luar. Ini bukan beras putih ke, bawang ke, ini minyak yang kita hasilkan. Kita pengeluar.
Bila harga mentah– sawit mentah itu meningkat, patutnya keuntungan itu lebih.
Boleh tak kita minta syarikat yang untungnya lebih tersebut memberikan sebahagian– saya minta sebahagian sahaja, bukan minta semua. Sebahagian– mungkin sebahagian kecil keuntungannya diberikan khas untuk subsidi minyak masak ini sebab subsidi minyak masak ini sangat mustahak. Ini perkara asas untuk rakyat. Kerajaan saya tahu, mempunyai pelbagai program, pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah dan sebagainya
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Rasah, bagi Tangga Batu mencelah sikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Waktu tak cukup. Tinggal dua minit saja. Jadi, boleh tak kita minta syarikat besar yang untung ini memberikan sebahagiannya kepada- khas untuk subsidi minyak masak ini supaya mengurangkan beban. Ini saya nak bantu...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tak. Rasah, ini isu subsidi juga.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tak apa, tak apa. Nanti. Untuk membantu kerajaan kurangkan tanggungan kerajaan dalam membantu rakyat ini, isu pertama. Isu kedua Dato’ Pengerusi, adalah berkenaan perkara yang sama. Ketika ini, kuota bulanan 60,000 tan metrik di pasaran. Tetapi saya nak sebut secara terbuka. Di banyak pasar raya, tak kira di pasar raya...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sikit. Rasah, sikit saja. Sikit saja.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sekejap. Nanti, nanti. Saya banyak isu nak sebut ini. Di banyak tempat pasar raya, mini market dan sebagainya. Memang tak ada stok.
Kalau adapun, satu hari itu pagi dia mungkin satu jam ataupun dua jam. Selepas itu, tak ada. Jadi, mana perginya 60,000 tan metrik setiap bulan?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tak boleh, Rasah. Sikit saja, Rasah. Sikit saja.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kita tahu masih ada ketirisan. Masih berlaku penyeludupan di sempadan dan sebagainya. Jadi, ada tak statistik daripada pihak Kementerian KPDN sendiri yang boleh menunjukkan bahawa berapa banyak yang kita dapat atasi? Berapa banyak? Berapa kuantiti peratusan yang diseludup keluar dan sekiranya statistik menunjukkan tak banyak yang kita dapat tangkap, jadi mana perginya?
Mana kebocoran yang berlaku tersebut? Saya nak tanya, sekarang ini 60,000 tan ke 65,000 tan? Sebab ada ura-ura mengatakan 65,000 tan. Saya nak satu kepastian.
Walaupun sebelum ini memang disebut 60,000 tan saja setiap bulan tetapi ada ura-ura yang katakan 65,000. Saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh? Boleh? Sikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya minta supaya kerajaan ambil berat perkara ini sebab inilah antara perkara yang bagi saya sangat mustahak, sangat dekat.
Minyak masak ini benda yang sangat asas untuk rakyat kita. Tak kira, bukan setakat B40
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
sahaja, termasuk M40 dan sebagainya. Jadi, saya mohon supaya perkara ini boleh kita ambil satu pendekatan yang terbaik untuk membolehkan bekalan di pasaran runcit itu sentiasa mencukupi untuk rakyat kita. Jadi, saya memang sokong untuk– sebab ini belanja yang telah dikeluarkan. Cuma, minta penjelasan daripada kerajaan. Terima kasih Dato’ Pengerusi, atas peluang yang diberikan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Inti sarinya, tugas kita sebagai kerajaan adalah memberi makan dan memberi keamanan. Terima kasih Tuan Pengerusi, memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sebagaimana yang tercatat dalam lampiran yang diberi untuk kita bahawa tambahan peruntukan sebanyak RM1.174 bilion diperuntukkan pada tahun 2023 yang lalu dan sebenarnya duit ini dah habis belanja dah pun. Cuma, hari ini kita hendak mendapat penjelasan ataupun untuk pengesahan sahaja.
Tuan Pengerusi, daripada RM1.174 bilion ini dikatakan bahawa digunakan untuk COSS iaitu Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Sebagaimana yang dikatakan oleh Rasah tadi yang mana peningkatan yang begitu ketara jumlah tersebut.
Masalah kehilangan minyak subsidi ini masih berlaku walaupun dikatakan oleh Menteri bahawa program COSS untuk nak mengesan ketirisan ini diadakan, tetapi masih ada lagi rampasan-rampasan yang dilakukan oleh KPDN dan juga pihak yang berwajib berkaitan dengan penyeludupan dan sebagainya.
Cuma di sini, saya berpandangan Tuan Pengerusi, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, apakah tidak ada perancangan di peringkat kementerian untuk hendak menaikkan harga minyak subsidi ini daripada RM2.50 satu kilogram kepada RM3.50 satu kilogram kerana dengan kenaikan ini akan menyelesaikan banyak perkara.
Yang pertama, menyelesaikan masalah mereka mencampurkan dengan used cooking oil kerana used cooking oil, minyak yang telah digunakan untuk goreng KFC, untuk goreng McDonalds dan sebagainya itu, mereka jual dengan harga RM3.50 satu kilo sedangkan minyak subsidi kita RM2.50 satu kilo. Jadi dengan peningkatan harga RM3.50 sama dengan used cooking oil tadi, maka mengelakkan daripada pencampuran tersebut.
Yang kedua Tuan Pengerusi, dengan kenaikan harga RM3.50 seperti yang dicadangkan itu kerana harga yang tanpa subsidi, RM6.90 dan saya rasa adalah lebih rendah dan masih lagi mampu dibeli oleh orang kebanyakan dengan kadar yang separuh lebih murah daripada harga minyak biasa tanpa subsidi. Kemudian, dengan penaikan harga itu juga saya merasakan, bercadang ataupun memberi pandangan bahawa akan memberi ruang yang sempit kepada penyeludup-penyeludup minyak terutamanya ke sempadan, ke Thailand dan sebagainya kerana hari ini mereka dapat RM2.50 satu kilo, mereka bawa ke Thailand, mereka boleh jual dengan harga RM4.50 satu kilo. Jadi dengan menaikkan RM3.50, maknanya mereka mungkin tak boleh lagi ataupun proses ataupun sindiket untuk menyeludup barang tersebut mungkin akan dapat dikurangkan.
Sememangnya dengan menggunakan kenaikan harga tersebut Tuan Pengerusi, maka akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan.
Tuan Pengerusi, selain daripada itu, apakah kementerian tidak ada cadangan untuk nak memudahkan mengesan pergerakan minyak ini dengan menggunakan artificial intelligence? Contohnya letak cip pada plastik ke dan sebagainya untuk tahu di mana beradanya minyak ini, sama ada berada di Pulau Sebatik ke, berada di Golok ke, berada di Hatyai ke dan sebagainya kerana dapat mengesan. Saya yakin dengan teknologi yang
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
ada hari ini, dengan kehebatan artificial intelligence, maka benda ini boleh dilaksanakan di peringkat kementerian.
Yang ketiga Tuan Pengerusi, hari ini Menteri menjawab soalan daripada Tenggara mengatakan bahawa subsidi gandum gunaan akan berakhir pada tahun ini. Jadi, ini satu lagi beban, berita duka yang akan ditanggung dan akan dihadapi oleh rakyat. Dalam keadaan duit kita dah jatuh, harga barang semakin naik, susah nak dapat, harga semakin meningkat, maka subsidi gandum gunaan hendak dihapuskan. Dalam masa yang sama, dikatakan bahawa akan berada satu sistem subsidi bersasar. Tetapi sistem subsidi bersasar itu masih belum siap, yang ini dah nak dihapuskan.
Jadi maknanya, ada satu kelompangan dalam masyarakat akan menanggung beban dan juga bahana daripada apa yang berlaku ini. Begitu juga halnya dengan masalah makanan dan sebagainya yang hari ini kita berhadapan dengan masalah kartel sayur, cuaca panas dan sebagainya. Semua ini akan bertimpa-timpa menimpa rakyat kita yang semakin hari semakin susah. Kata orang Terengganu, sudah jatuh ditimpa tangga, ‘terpetat’ tahi ayam. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa] Ada sahaja.
Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Pasir Gudang membahaskan Maksud B.25, Butiran 040400, program khusus Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Saya sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kos Sara Hidup ini telah berkesempatan melawat dua kilang yang mengeluarkan minyak masak untuk kegunaan rakyat. Satu di Shah Alam, Sime Darby. Saya percaya ia sebuah syarikat daripada GLC kerajaan dan satu lagi kilang milik FGV FELDA di Pasir Gudang.
Jadi, saya melihat tentang minyak masak ini ada masalah. Misalnya di kilang FGV di Pasir Gudang itu, saya lihat sendiri dalam kilang itu, minyak yang keluar daripada saluran paip yang minyak bersih itu masuk dalam paket yang jual harga yang murah, harga subsidi. Kemudian sebelah dia itu, masuk dalam botol yang jual harga yang mahal.
Botol lima kilo dan sebagainya. Jadi, bendanya sama. Jadi bila jualan yang murah itu, makna kerajaan kena tampung. Jadi daripada segi perniagaan dia, business dia yang saya rasa macam pelik sikit. Ada yang harga murah, harga yang tidak dikawal walaupun ada siling. Jadi, ini saya lihat tidak sustainable.
Dalam hal ini, saya melihat kerajaan telah menolong rakyat tentang harga minyak masak ini supaya dapat mampu dibeli oleh rakyat biasa. Tetapi pengalamannya, minyak masak yang peket ini boleh beli tak banyak. Satu keluarga itu dua peket, tiga peket.
Kadang-kadang bekalan minyak peket itu dekat cashier diletak, tidak di tempat biasa.
Kerajaan terutamanya kementerian ini, KPDN ini memang banyak program dia. Program Jualan Rahmah ini memang baguslah, rakyat suka dan barang dapat dibeli dengan murah misalnya minyak itu. Tetapi minyak yang murah itu, kerajaan yang akhirnya tampung.
Kalau RM30, lepas itu turun kepada RM23 sebotol, berapa banyak minyak yang kerajaan akan tampung harga itu? Jadi inilah masalahnya, subsidi yang kerajaan terpaksa hadapi.
Jadi saya melihat sebagai menggulung Tuan Pengerusi, masalah kos sara hidup ini puncanya kerana gaji pekerja kita rendah. Kalau pekerja kita, rakyat kita gaji dia tinggi, kalau harga barang ini naik, taklah terasa sangat. Tetapi, kenaikan gaji ini sangat rendah.
Jadi, itu. Yang kedua, memang wujud sistem kenaikan harga ini yang tak adil, unfair. Yang saya lihat bila berbincang dengan pegawai-pegawai penguat kuasa ini, memang wujud kartel ini. Jahat betul ini, dia menganiayai rakyat golongan kartel ini.
[Ketawa]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sebagai jalan penyelesaian jangka panjang saya setuju usaha yang dibuat oleh Menteri Ekonomi kita, YB Pandan yang nak menegaskan gaji progresif ini. Ini kalau buat betul-betul gaji progresif ini akan membantu gaji rakyat akan naik dan waktu itu mungkin
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
rakyat bersedia menghadapi kos sara hidup. Tetapi syaratnya pricing itu, harga itu mestilah adil, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Pembahas yang terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Pengerusi. Saya nak berbahas berkenaan dengan Butiran B.25 iaitu mengenai minyak paket bersubsidi merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama para peniaga mikro kecil, golongan B40. Namun demikian, rungutan demi rungutan telah di terima bahawa minyak paket subsidi ini sukar diperolehi dan kita dapati terdapat juga warga asing yang memanfaatkan inisiatif bersubsidi ini. Oleh itu persoalan saya adalah sementara menunggu pelan kerajaan untuk membangunkan ID khas yang di jangka yang di kuat kuasa pada masa akan datang, apakah tindakan tuntas dan segera oleh pihak kerajaan dalam menyelesaikan isu ketirisan pemberian subsidi lebih-lebih lagi kepada warga asing yang semakin berleluasa.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Rata-rata rakyat mempersoalkan ketiadaan bekalan minyak masak paket bersubsidi yang sepatutnya disasarkan kepada golongan B40 dan sebahagian golongan M40 yang terdiri daripada 5.8 juta isi rumah yang layak. Kuota pengeluaran minyak paket bersubsidi adalah sebanyak 60,000 metrik tan untuk sebulan. Sekali gus adalah mencukupi untuk keperluan rakyat tempatan sama ada untuk kegunaan domestik ataupun perniagaan penjaja mikro yang ada di dalam negara ini. Berdasarkan perangkaan ini juga, keperluan penggunaan minyak masak domestik di rumah lazimnya hanya sekitar 4.5 kilogram sahaja. Manakala keperluan peniaga mikro yang menggunakan purata 400 paket sebulan bagi perniagaan kecil mereka seperti penjual goreng pisang, keropok lekor mahupun penjual karipap. Adakah di sana kementerian melaksanakan inisiatif untuk sistem pemantauan bagi mengatasi ketirisan minyak masak paket ini. Bagaimana syarikat pembungkusan minyak paket subsidi ini merekodkan edaran minyak kerana zaman digitilisasi melalui satu sistem, semua rekod edaran akan dimasukkan dalam sistem berkenaan dalam mengurangkan ketirisan. Mengelak minyak paket dijual ke luar negara dan mengelak daripada penyeludupan serta kartel-kartel tadi.
Dato’ Pengerusi, selain daripada itu saya nak bangkitkan juga berkenaan dengan penyeragaman, program penyeragaman harga barang sampai kepada golongan sasar sepenuhnya dan tidak berlaku ketirisan untuk dimanfaatkan oleh golongan yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak. Program penyeragaman ini menggunakan perkhidmatan peredaran barang keperluan asas yang dilaksanakan oleh transporter yang dilantik. Transporter ini membeli bekalan barang keperluan asas daripada pembekal dari bandar. Menghantar dan menjual bekalan kepada point of sale (POS) di kawasan pengedaran. Kebiasaan POS ini berada di kawasan terpencil dan melalui jalan yang sukar seperti laluan balak, sungai, jeram dan lain-lain. Soalan saya, apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan point of sale itu menggunakan harga yang dikawal dan berapakah kawasan pengedaran baharu yang dikenal pasti oleh pihak kerajaan. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri, 10 minit.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahas berkenaan dengan Rang undang-undang Perbekalan Tambahan Tahun 2023 di bawah Kepala B.25 dan Butiran 040400.
Tan Sri Pengerusi, izinkan saya sebelum saya memulakan menjawab saya ingin menyatakan begini, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas tadi menyentuh perkara yang tidak ada berkaitan dengan butiran di dalam Perbelanjaan Tambahan, saya tidak akan menjawab. Sebab tanggungjawab saya ialah untuk menjelaskan bagaimana perbelanjaan itu telah digunakan iaitu sebanyak RM1,174,138,000 itu dibelanjakan. Sekiranya ada ketirisan dan sebagainya sekiranya dia berkaitan, saya akan jawab. Sekiranya luar daripada butiran ini, saya tidak akan jawab.
Itu keputusan saya, Tan Sri Pengerusi.
Yang Berhormat Rasah bertanya berkenaan dengan peruntukan tambahan yang begitu banyak, berbanding kerana pada permulaannya kita pada tahun 2023 kita mendapat peruntukan sebanyak RM500 juta. Kemudian tambahan ini lebih daripada dua kali ganda. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini Tan Sri Pengerusi untuk menjelaskan sedikit bagaimana kiraan kita bayar subsidi kepada repacker dan kepada refinery dengan izin, Tan Sri Pengerusi. Dia repacker dan refinery ini kita ada 21 refinery dan kita ada 366 repacker. Jadi kuota ialah 60,000 metrik tan . Untuk repacker kita bayar 60 sen sekilo, itu nilai subsidi dia. Manakala untuk refinery pula, kita bayar mengikut berapa banyak mereka beri kepada repacker kerana kita bayar subsidi berpandukan kepada harga RBD Palm Olein iaitu CPO yang telah di refined. Dia refine, bleach and deodorize. Dia refine kemudian baru dia hantar kepada repacker. Jadi dia punya calculation dia itu, pengiraan dia itu untuk kita bayar itu ialah begini. Dia kira kepada refinery ini perbezaan harga pasaran RBD Palm Olein perata bulanan dan dengan harga asas. Maksudnya di tolak harga asas atau harga threshold, harga ambang RBD itu iaitu di kira sebanyak 2,300 setiap metrik tan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, Tangga Batu nak tambah sedikit boleh?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Tangga Batu tak bahas tadi. Tangga Batu tak bahas, saya jawab kepada siapa yang bahas, ya. Tangga Batu patut bahas tadi.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tadi saya minta mencelah, Tetapi Rasah tak bagi.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi saya jawab. Jadi apabila kiraannya begini Rasah, jadi harga CPO itu turun naik, turun naik, turun naik. Jadi sebab itu harga purata bulanan RBD Palm Olein ini juga turun naik, turun naik. Sebab itu bayaran kepada refinery juga berbeza setiap bulan berpandukan kepada purata bulanan harga RBD Palm Olein itu, Tan Sri Pengerusi. Jadi sebab itu begitu sukarnya kiraannya dan kita memohon sebenarnya RM1.6 bilion pada tahun 2023, Tetapi hanya diluluskan RM500 juta oleh Kementerian Kewangan. Sebab itu memang kita tak cukup, kita tahu tak cukup kita dah tahu anggaran bulanan dia berapa dia punya harga purata, kita dah boleh agak CPO itu turun naik, turun naik dan kita anggarkan memang lebih daripada RM500 juta itu.
Untuk 2024 kita cuba juga nasib kita, kita dapat RM800 lebih, Tetapi kita andaikan jumlah itu juga akan lebih daripada jumlah tersebut. Kemudian Yang Berhormat Rasah juga berkata berkenaan dengan syarikat-syarikat besar seharusnya memberikan subsidi ya. Itu juga pandangan KPDN, tetapi itu memerlukan dasar yang berbeza. Tak boleh saya jawab dekat sini tetapi itu pandangan kita juga demi kebaikan negara, ya Rasah. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Berkenaan dengan di pasar raya, ya Rasah. Rasah bertanya berkenaan dengan ketirisan. Saya hendak beritahu maklumat ini. Kes minyak masak dan nilai rampasan pada tahun 2023. Ini berkaitan 2023, sebanyak 256 kes dan nilai rampasan ialah RM3,054,300. Jadi, apabila kita dapati mereka ini melakukan kesalahan, sama ada kita batalkan lesen mereka, kita gantung lesen mereka dan sebagainya, ataupun kita tarik
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
kuota. Jadi pada tahun 2023, kita ada tarik kuota sebanyak 1,137 metrik tan kerana mereka melakukan kesalahan ini, ya Rasah.
Terima kasih kepada Hulu Terengganu. Hulu Terengganu bertanya berkenaan dengan mengesan minyak masak itu. Kita ada sistem eCOSS, Hulu Terengganu dan sistem eCOSS itu membenarkan kita untuk track perjalanan paket minyak masak itu daripada repacker kepada pemborong dan juga kepada peruncit. Jadi, sekiranya kita dapati mereka menyeludup keluar, maka kita boleh trace-lah syarikat mana sebab kita tahu bila kita tangkap ataupun kita tengok dia dekat luar negara dan sebagainya itu, maka kita boleh mengambil tindakan.
Seperti yang saya katakan tadi, boleh gantung, boleh batal atau boleh tarik kuota.
Kita telah pun melakukan tersebut. Saya rasa Bagan Serai pun juga bertanya perkara yang sama. Jadi, tadi saya jawab berkenaan dengan sistem eCOSS ini. Kemudian, Hulu Terengganu berkenaan dengan subsidi gandum, sayur itu tidak ada kena-mengena. Jadi, saya takkan jawab.
Berkenaan dengan Pasir Gudang. Pasir Gudang bercakap berkenaan dua..
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan kenaikan, daripada RM2.50 ada tak hendak naik jadi RM3.50 1 kilogram? Itu penting.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Ya, terima kasih. Hulu Terengganu, itu juga merupakan dasar. Itu merupakan soalan dasar. Jadi, dia tak ada berkaitan berkenaan dengan bagaimana kita guna duit peruntukan ini. Jadi, dasar nanti kita boleh jawab. Hulu Terengganu boleh tanya soalan lain dekat dalam Dewan.
Pasir Gudang bercakap, berbahas berkenaan dua kilang yang bermasalah. Ya, saya hendak beritahu Pasir Gudang bahawa kita juga telah mengadakan naziran, Pasir Gudang berkenaan dengan yang Pasir Gudang katakan ini. Kita telah pun mengambil tindakan ke atas kilang-kilang yang kita dapati ada melakukan kesalahan. Antara kesalahan-kesalahannya itulah seperti yang Pasir Gudang cakap tadi dan hasil daripada naziran itu, kita telah pun buat penarikan kuota berkuat kuasa 1 Januari 2024. Jadi, di Negeri Sembilan ada penarikan 100 metrik tan, di Sabah 1,828 metrik tan, di Johor 1,975 metrik tan. Jumlahnya, 3,903 metrik tan keseluruhannya kuota yang kita tarik hasil daripada naziran seperti yang dikatakan oleh Pasir Gudang tadi.
Berkenaan dengan soalan sama ada 60,000 metrik tan ini. Sekarang ini 60,000 metrik tan ataupun lebih. Rasah tadi tanya. Sebenarnya, pada bulan Mac 2024, selepas penaziran, selepas kita gantung, kita tarik lesen, kita tarik kuota dan sebagainya, tinggal 59,774 metrik tan yang kita bayar subsidi bulanan. Saya rasa itu sahaja yang telah dibahas setakat ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan dasar pun saya rasa boleh jawab sebab berkait dengan eCOSS, berkait dengan penyeludupan dan berkait dengan minyak. Adakah kerajaan bercadang untuk hendak menaikkan harga? Kerana ini banyak menghasilkan masalah.
Kedua, mungkin sama-sama semua pandangan. Bagaimana ada cadangan dulu hendak adakan two-tier pricing untuk minyak sawit ini? Katanya untuk kegunaan dalaman satu harga, untuk eksport satu harga untuk meringankan beban kerajaan. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Seperti saya katakan tadi, ya, ini berkenaan dengan dasar tetapi saya jawab sikitlah. Two-tier pricing itu memang juga antara perkara yang kita telah pun buat kajian dan juga berkenaan dengan kenaikan harga itu juga sesuatu yang kita harus kaji. Terutamanya Yang Berhormat Hulu Terengganu, apabila kita mahu menyasarkan subsidi ini sebab kita tengok keseluruhannya dia bukan setakat naik harga dan sebagainya.
Kita lihat, bila kita mengadakan penyasaran subsidi kita akan mungkin beri peruntukan itu ataupun cash itu dengan izin, Tan Sri Pengerusi kepada individu-individu ataupun keluarga-keluarga itu. Jadi, di situ ia boleh menyelesaikan banyak masalah ketirisan. Jadi insya-Allah kita tunggu sebab itu kita amat-amat meminta pembangkang juga membantu kita untuk mengajak rakyat mendaftar kepada PADU kerana merekalah
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
nanti akan mendapat manfaat sekiranya mereka mendaftar dan kita memberikan peruntukan bantuan ini untuk apabila kita buat subsidi bersasar nanti. Sekian, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pengerusi, pembangkang memang sokong PADU tetapi masalahnya sekarang ini, Selangor pun antara negeri yang sedikit mendaftar PADU.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih, Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,174,138,000.00 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala P.27 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2023]- Tuan Pengerus
Kepala P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk di bahas. Saya terima empat nama iaitu Bentong, Langkawi, Sibu dan Kuala Krai. Untuk itu, saya jemput Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahi Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Pengerusi kerana memberikan peluang saya berbahas pada hari ini. Saya ingin merujuk kepada maksud P.27 Kementerian Kerja Raya.
Jika kita lihat dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023, sebanyak RM115 juta tambahan peruntukan yang dipohon oleh kementerian dengan cara pinjaman kepada pihak konsesi untuk membiayai kos pengambilan tanah bagi Projek Lebuhraya Hubungan Timur Lembah Klang, East Klang Valley Expressway
(EKVE). Namun begitu, apa yang ingin Bentong bangkitkan ialah tiada sebarang peruntukan tambahan untuk projek CSR ataupun Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Tan Sri Pengerusi, kerap kali Bentong membangkitkan isu mengenai LTU ini, Lingkaran Tengah Utama ataupun CSR ini kerana projek ini adalah sangat-sangat penting bagi kami warga Bentong dan Pelangai. Kalau kita lihat, dalam projek CSR ataupun LTU Fasa 6 ini, Karak–Simpang Pelangai yang saya maksudkan telah siap kajian reka bentuknya kepada pada Oktober tahun lepas lagi. Namun, masih tiada lagi cadangan untuk memasukkan projek ini untuk seterusnya.
Saya ingin mencadangkan jika tiada perancangan projek LTU ini untuk diteruskan dalam masa terdekat akibat kerana masalah kewangan atau sebagainya, saya mohon agar Jalan Lama Karak ke Simpang Pelangai dapat dinaiktarafkan dan melebarkan jalan tersebut serta memperbaiki keadaan jalan khususnya di selekoh-selekoh yang merbahaya yang membuatkan kenderaan awam kerap berselisih dengan lori-lori besar yang telah menggunakan jalan tersebut.
Tan Sri Pengerusi, highway CSR ini adalah amat penting bagi warga Bentong kerana ia dapat menjimatkan masa, dapat memendekkan perjalanan dan juga dapat memudahkan pengurusan di antara warga Pelangai dan warga Bentong. Tetapi, jika tidak ada dalam masa terdekat ini, tolonglah baik pulih jalan lama yang menghala ke Pelangai ini, Jalan Lama Karak ke Simpang Pelangai ini. Kalau kita lihat, keadaan jalan yang tiada longkang menyebabkan laluan tertentu itu di sepanjang jalan kerap terputus apabila banjir hujan ataupun air yang bertakung itu menyebabkan mendapan jalan dan jalan berlubang yang menambahkan risiko kepada penduduk.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan mengenai kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan cerun. Di Bentong khususnya, terdapat 11 lokasi runtuhan cerun di
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
sepanjang Jalan Lama Kuala Lumpur–Bentong dan tiga lokasi runtuhan cerun di Jalan Lama Karak–Manchis. Sebenarnya banyak lagi runtuhan-runtuhan kecil yang berlaku sepanjang kawasan di Daerah Bentong ini. Ia tidak termasuk kawasan-kawasan lain yang berisiko yang berlaku runtuhan cerun dan sebagainya akibat hujan lebat.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sekarang ini kita dalam musim panas dan saya berharap kerja-kerja pembaikan cerun-cerun di kawasan-kawasan ini dapat disiapkan dengan segera sebelum musim bencana tiba pada hujung tahun nanti. Saya juga berharap agar pihak kementerian memberikan keutamaan untuk memastikan sistem amaran awal tanah runtuh yang berkesan bagi mengenal pasti, memantau, menyelenggara dan membaiki cerun-cerun yang berisiko ini bagi mengelakkan kehilangan nyawa ataupun kemusnahan harta benda yang teruk.
Tan Sri Pengerusi, selain itu saya juga turut memujilah usaha pihak kementerian dalam melancarkan app MyJalan dalam menyelaras aduan-aduan berkaitan jalan yang melibatkan pelbagai agensi. Saya berharap agar aplikasi ini dapat dipromosikan dengan lebih meluas kepada rakyat di luar sana kerana ia dapat menggalakkan penduduk untuk memberikan aduan terus daripada My apps ini.
Akhir sekali saya ingin mengatakan, selain penambahan peruntukan untuk kerja- kerja bina baharu dan baik pulih ini, pihak kementerian harus meletakkan syarat yang lebih ketat dalam pemilihan kontraktor yang terlibat. Kita perlu ada semak – perlu membuat semakan menyeluruh agar kontraktor yang benar-benar yang layak dipilih dan untuk kita mengelakkan kes kartel yang di mana kontraktor ini berpakat membuat tipuan bida dan sebagainya dan ia akhirnya akan merugikan dana awam.
Perbuatan sub con ini juga sebenarnya amat merugikan kerana kalau kita lihat projek-projek ini perlu dipantau dengan baik supaya ia nanti bertepatan dengan nilai peruntukan yang diluluskan. Jika tidak rugilah kita punya peruntukan berbilion ringgit yang kita berikan untuk kebaikan yang sepatutnya. Jadi, itu saja daripada saya, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi laluan kepada saya di dalam Jawatankuasa ini dan saya nak merujuk kepada Maksud P.27 – Kementerian Kerja Raya, semua butiran sebab apa yang kita bincang ini pun saya melihat telah pun dipakai wangnya. Saya cuma nak mengambil iktibar supaya perkara ini tidak berlaku lagi. Saya merujuk kepada sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) ataupun sistem aliran pantas pelbagai lorong.
Tan Sri, seperti mana yang kita ketahui, dulu kita pakai SmartTAG pada awal- awal dulu. Pertama sekali Touch 'n Go, kemudian SmartTAG, kemudian sekarang ini RFID. Kita yang memegang SmartTAG ini tak mahu berubah sebab sekarang ini masuk parking pun sudah boleh pakai SmartTAG, dekat hospital boleh pakai SmartTAG. Jadi, kita tak mahu berubah banyak. Alhamdulillah, MLFF telah pun dibincang dengan konsesi dan pada kali ini rakyat yang membawa kereta melalui tol tidak payah berhenti lagi bayar tol. Kita terus berjalan seperti mana yang diadakan di Amerika contohnya, kita terus saja berjalan. Tipu tak tipu itu soal kita. Ada setengah kereta-kereta di sana pun juga berjalan tanpa bayaran.
Tetapi apa yang nak bangkitkan di sini Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi ialah cara warning system kepada MLFF ini dan daripada laporan-laporan yang kita dapat pada awalnya Berjaya. Syarikat Berjaya telah pun bertemu dengan konsesi-konsesi sebanyak 32 konsesi kalau tak salah saya. Pada Mac 23, Dewan Rakyat telah dimaklumkan bahawa satu peruntukan sebanyak RM3.46 bilion diperuntukkan untuk MLFF ini.
Kemudian, selepas itu kita dimaklumkan pula bahawa satu perjanjian telah diadakan dengan YTL subsidiaries. Jadi, kita pun tak tahu waktu mana tender ini dibuka dan pihak-pihak konsesi juga telah pun menentang ataupun melawan sistem yang akan
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
diadakan ini kerana mereka yang akan bertanggungjawab. Jadi, pokoknya Yang Berhormat Tan Sri, hendaklah kita menjadi iktibar. Sekarang kita bercakap soal rasuah dan sebagainya. Saya cadang kalau kita nak selesaikan masalah ini bagi sahajalah kepada YTL dengan Berjaya. Selesailah masalah kerajaan. Tapi siapa yang mendapat keuntungan daripada sini? Kalau dah kita sayang sangat YTL, sayang sangat kepada Berjaya, maka kita award kepada mereka saja. Sistemnya simple saja.
Sistem yang dipakai Automated Number Plate Recognition ataupun RFID, combination of two. Kalau kita nak cakap soal syarikat-syarikat yang sudah ada sistem.
Contohnya, Berjaya ada sistem komunikasi syarikatnya, YTL, Yes-nya. Kalau begitu Telekom Malaysia pun ada. Maxis juga ada. Kalau nak kira daripada sistem ataupun teknologi yang akan diaplikasikan kepada sistem MLFF ini. Jadi, saya berharap supaya kerajaan lebih prihatin bila kita bercakap soal integriti, soal rasuah, soal yang mana semalam sendiri disebut bahawa bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri duduk dalam Berjaya punya anak syarikat, 7-Eleven. Jadi, kalau perkara ini yang kita bercakap dan sekarang sebab itu saya kata bagi teruslah dekat Berjaya. Tak payah ada tender.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Langkawi, penjelasan. Boleh?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Boleh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Atas itu tata kelola ataupun tata kelaut? Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Tak jelas. Apa? Tata apa?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Iaitu tata kelola ataupun tata ke laut?
Tuan Pengerusi
Tata kelola?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tata kelola ataupun tata ke laut?
Tuan Pengerusi
Okey. Bunyi ‘lola’, tak dengar tadi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tan Sri Pengerusi, slang Terengganu ini, dua-dua saya tak faham.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
Okey. Idgham, idgham dia teruk sangat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tan Sri Pengerusi, inilah iktibar yang perlu kita ambil Tan Sri Pengerusi. Kalau nak cakap soal duit ringgit daripada di bawah B.27 tadi semua dah selesai. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Sibu. Sibu tak ada?
Baik, Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya juga mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Saya merujuk kepada P.27 butiran – sebenarnya ada empat butiran saja tapi tiga butiran saya rujuk iaitu 00700, 8100P dan 89000.
Ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan, pertama dari sudut pembinaan dan juga pembaikan jalan. Saya ingin bertanya kementerian iaitu berkaitan dengan jalan-jalan yang dibaiki di seluruh negara sama ada melalui konsesi. Biasanya akan dibuat perbandingan di antara jalan di Thailand yang disebut sebagai jalan yang lebih baik berbanding dengan jalan-jalan di negara kita.
Jika benar, apakah faktornya? Apakah pihak KKR mempunyai kajian perbandingan terhadap apa yang dilakukan di Thailand dan juga di Malaysia? Ini penting bagi memastikan kerajaan tidak perlu menghabiskan perbelanjaan yang banyak bagi membaiki jalan-jalan yang rosak di seluruh negara khususnya melalui konsesi apabila
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
dapat membina jalan dengan kualiti yang lebih baik dan juga membaiki jalan dengan kaedah yang jimat dan berkualiti.
Isu yang kedua ialah ada beberapa isu yang juga perlu perhatian pihak kerajaan iaitu projek yang bermasalah khususnya di bawah KKR. Pertama ialah Jambatan Sungai Durian. Saya sebenarnya penah bertanya di Kamar Khas pada 21 November 2023, waktu itu disebut bahawa tarikh siap ialah pada 16 Januari 2025 setelah dipinda daripada tarikh asal iaitu pada 31 Mei 2023 kerana isu pengambilan balik tanah. Itu tak ada masalah.
Tetapi di waktu itu dimaklumkan kemajuan fizikal tapak pada 12 Oktober 2023 adalah 34 peratus.
Jadi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan laporan terkini kepada saya kerana pada pandangan mata kasar saya sebagai rakyat biasa ataupun yang terlibat dengan teknikal tiada sebarang perkembangan sejak November tahun lepas iaitu sewaktu Kamar Khas berlaku. Kenapa isu kelewatan ini berlaku dan apakah tindakan KKR?
Isu yang kedua ialah berkaitan dengan projek Lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai iaitu Pakej 2B, Ketereh ke Kok Lanas. Yang Berhormat Ketereh ada sini, setuju dengan saya.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Setuju.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sejauh 6.2 kilometer sahaja yang disebut sejak tahun 2022 lagi sebagai projek sakit dan mengalami kelewatan yang amat sangat. Jadi, apakah tindakan pihak kementerian sehingga kini kerana kalau orang Kelantan sebut kawasan itu dah naik rok, naik rumput habis dah, penuh dengan semak samun?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dua kes projek sakit ini perlu menjadi iktibar kepada KKR dalam menentukan kontraktor yang benar-benar mampu melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan kerana kerajaan tidak akan rugi apabila projek berjalan ikut jadual dan rakyat juga akan mendapat manfaat.
Yang Berhormat Pengerusi, dalam isu saya menyokong apa disebut oleh Yang Berhormat Bentong tadi berkaitan dengan isu Lebuhraya Karak, kerana itu bukan sahaja di Bentong tetapi sebenarnya laluan kita daripada Kelantan, daripada sebelah Pantai Timur.
Sebelum ini pernah disebut bahawasanya ada projek pembinaan laluan tambahan Lebuhraya Karak ini. Tetapi, sebelum projek ini dilaksanakan, apakah tindakan segera pihak kementerian khususnya memastikan kesesakan yang amat sangat khususnya di Tol Gombak? Walaupun sentiasa disebutlah, setiap kali soalan dikemukakan, akan disebut bahawasanya inilah waktu puncak. Betul waktu puncak, tapi waktu puncak itulah yang mengalami sehingga dua jam ataupun lebih daripada dua jam tadi daripada Bentong ke Gombak. Jadi, apakah isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin?
Kemudian, Yang Berhormat Pengerusi, ialah saya juga ingin― walaupun tidak masuk dalam butiran ini, dalam projek ini, tapi biarlah masuk dalam kepala Menteri dulu iaitu cadangan supaya dapat membina jalan dari Hulu Besut ke Kuala Krai. Jalan akan menghubungkan dari Keruak di Besut ke Chuchoh Puteri ataupun Lata Rek di Kuala Krai sejauh 12 kilometer sahaja. Telah melalui proses tender sebelum ini tetapi telah dibatalkan oleh Kerajaan PH 1.0 dulu. Jalan ini, jika dibina, boleh memendekkan perjalanan dari Kuala Krai ke kawasan Hulu Besut dan penduduk Besut juga lebih menjimatkan perjalanan ke Kuala Lumpur terutama apabila siap Lebuh Raya KBKK dan LTU nanti. Ini Besut ada sini, setuju dengan saya juga.
Kemudian, yang terakhir, Dato’ Pengerusi, ialah cadangan sayalah untuk masuk dalam kepala Menteri, insya-Allah, agar dapat melihat suasana yang ada di Lebuh Raya Timur Barat khususnya dari Jeli ke Gerik yang lebuh raya ini umurnya agak lama iaitu dibina pada tahun 70-an dan siap sekitar 80-an. Yang ini, jika Yang Berhormat dapat laksanakan, dapat melengkapkan jajaran Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, Lebuh Raya
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
LTU dan juga LPT 3 yang disebut-sebut akan dilaksanakan. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Menteri. 10 minit.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada YB Bentong, YB Langkawi dan YB Kuala Krai.
Apa yang disebut oleh YB Bentong itu, tempat-tempatnya telah saya lalui. Contoh macam jalan lama Karak-Sungai Pelangai, kemudian laluan Karak-Manchis, semua sudah lalui ketika PRK Pelangai. Jadi, apa yang disebut oleh YB Bentong itu agak familiar kepada saya. Walaupun ia tidak masuk dalam butiran yang kita bincang, kita ambil perhatian terhadap apa yang dimohonkan. Seperti Jalan Lingkaran Tengah, CSR (Central Spine Road) antara Bentong dan Pelangai ya, reka bentuk dah siap tetapi belum ada lagi keputusan muktamad tentangnya. Dan cadangan supaya, jika ia tidak dilaksanakan, jalan lama Karak-Sungai Pelangai dinaik taraf supaya longkang ya, terputus sewaktu banjir dan sebagainya itu boleh diatasi.
Terima kasih kerana menggunakan dan mengetahui tentang app MyJalan. Kita akan terus mempromosikan app MyJalan ini.
Juga, kepada cadangan supaya lantikan untuk memilih kontraktor itu hendaklah betul-betul dilaksanakan, ya, memang antara syarat-syaratnya ialah dari segi keupayaan teknikal, keupayaan kewangan, apakah pengalaman-pengalaman dan rekod-rekod kerja yang lepas serta berapa banyakkah projek yang ada di dalam tangan kontraktor yang berkaitan. Jika mereka ada projek dan kita terus memberikan projek yang lain, kemungkinan dia akan menimbulkan kelewatan dan ketidakupayaan pada kontraktor itu.
Mengenai Langkawi, MLFF ini, Multi Lane Fast Flow, saya ingin maklumkan pada masa ini pihak Unit Kerja Awam-Swasta (UKAS) sedang melaksanakan rundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan tentang tadbir urus dan model kewangan pelaksanaan MLFF. Walaupun perjanjian pelantikan (appointment agreement) telah ditandatangani, namun tidak mengikat pihak kerajaan di dalam pelaksanaan MLFF ini.
KJS-SEP Synergy, syarikat yang berkaitan itu perlu memuktamadkan rundingan bersama pihak kerajaan sebelum 16 Disember 2024. Sekiranya pihak kerajaan dan syarikat pihak pencadang gagal untuk memuktamadkan rundingan berkaitan pelaksanaan MLFF ini sebelum 16 Disember 2024, tiada sebarang obligasi pada pihak kerajaan dan perjanjian pelantikan akan terbatal secara automatik tanpa sebarang kos kepada pihak kerajaan.
Kita sedia maklum bahawa MLFF ini adalah bertujuan baik ya. Antaranya, memudahkan pembayaran tol, melancarkan aliran trafik, sistem pembayaran terbuka, boleh menggunakan pelbagai kad, mengurangkan masa perjalanan, menjimatkan penggunaan minyak, meningkatkan aspek keselamatan. Itu antara yang dilakukan.
Antara negara-negara yang menggunakan MLFF, yang terdekat dengan kita ialah Singapura, Australia, Taiwan, Thailand, UAE, Turkiye, Austria, UK, France, Portugal, South Africa, Brazil, United States dan Kanada. Itu antara negara-negara yang telah melaksanakan MLFF.
Perkara seterusnya ialah daripada Kuala Krai. Belum ada perbandingan yang tuntas antara jalan di Malaysia dan di Thailand. Tetapi, sebagaimana yang telah saya sebut pagi tadi, bahawa kita sentiasa memantau jalan dan segala permasalahan akan kita laksanakan sebaik mungkin. Yang jadi masalah kita ialah kekurangan peruntukan.
Sepanjang lima tahun, kita melaksanakan RM3.3 bilion untuk menurap semula jalan-jalan persekutuan tetapi kita kekurangan lagi RM3.3 bilion. Rakan saya, Menteri Kewangan II ada duduk sebelah kiri ini. Insya-Allah, pada 2025 ya, perbelanjaan itu berkemungkinan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
boleh ditambah untuk penyelenggaraan jalan-jalan supaya jalan-jalan kita setanding dengan jalan-jalan di peringkat antarabangsa.
Saya ingin maklumkan bahawa RM115 juta yang disebut di sini ialah untuk kita memberi pinjaman untuk mengambil alih tanah dan pembayaran kepada sub kontraktor bagi pembangunan EKVE yang merupakan East Klang Valley Expressway, Lebuh Raya Hubungan Timur Lembah Klang, kepada syarikat konsesi. RM115 juta ini akan dibayar balik seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian yang telah dipersetujui bersama dengan kerajaan. Itu sebenarnya tujuan RM115 juta. EKVE ini, pada saat dan ketika ini― Seksyen 1, tarikh dijangka siap 1 Ogos 2024; dan Seksyen 2, tarikh dijangka siap ialah 2 Disember 2025.
Tidak ada apa sebarang lagi, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Menteri. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Kepala P.28 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2023] – Tuan Pengerus
Kementerian Pengangkutan. Saya ada empat nama yang disenaraikan di sini. Bangi, Jerantut, Pasir Gudang dan Setiu. Untuk itu, saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani.
Saya terus merujuk kepada Kepala P.28 – Kementerian Pengangkutan. Saya lihat di situ terdapat penambahan sebanyak RM129 juta untuk perbelanjaan pembangunan. Saya secara khusus merujuk kepada Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB.
Tan Sri Pengerusi, kita tahu sebagai wakil rakyat terutama sekali wakil rakyat yang berada di kawasan bandar seperti Bangi, kita sentiasa terpaksa mengurus isu-isu mengenai kesesakan lalu lintas. Jadi, kita sentiasa terpaksa melihat isu-isu melibatkan jalan, keadaan jalan dan juga permohonan ataupun tentangan untuk membina lebuh raya baharu dan sebagainya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kita tengok juga, kalau PBT pun sebenarnya tak cukup tangan Tan Sri Pengerusi, untuk menangani isu-isu berkenaan dengan jalan raya ini. Tetapi sebenarnya pengangkutan rel Tan Sri Pengerusi, adalah satu jenis pengangkutan yang begitu penting untuk mengangkut orang dan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain dalam negara. Kita tahu pengangkutan rel ini termasuklah rel kereta api berat seperti komuter dan juga kereta api KTM, LRT, MRT, monorel dan lain-lain. Oleh itu, saya menyambut baik dana untuk meningkatkan keupayaan KTMB sebanyak RM122 juta lebih kurang untuk memperkasakan lagi rangkaian rel negara, lebih-lebih lagi di bawah KTMB.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin mendapatkan butiran mengenai status Klang Valley Double Tracking Fasa 1 dan 2 yang mana sebahagian daripada peruntukan tambahan ini adalah untuk tujuan ini. Untuk Fasa 1, saya ingin tahu apakah statusnya? Adakah sudah siap dan jika belum siap lagi, bila jangkaan bahawa ia akan siap? Untuk KVDT Fasa 2 ini, adakah kerja-kerja sudah dimulakan? Sebab kita tahu sebelum ini memang terdapat
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
pelbagai isu berkenaan dengan KVDT Fasa 2 ini yang mana mula-mula tahun 2018, projek ini diberhentikan. Kemudian diberikan semula kepada kontraktor yang sama. Kemudian ada isu dengan kontraktor-kontraktor ditamatkan. Kontraktor bawa pergi ke mahkamah dan sebagainya. Jadi, saya ingin tahu daripada jumlah RM129,000 tersebut– maaf RM129 juta tersebut yang dinyatakan, berapakah jumlah yang dibayar untuk Projek KVDT Fasa 1 dan 2 ini?
Saya juga ingin tahu bilakah jangkaan Projek KVDT 2 ini akan siap? Saya berharap bahawa selepas ini tidak ada lagi isu berkenaan dengan projek ini. Sebab kita tahu semasa projek ini berjalan, ia memang akan mengakibatkan kesukaran pada para pengguna KTM. Jadi, adalah amat penting bahawa projek ini dapat disiapkan dan diselesaikan secepat mungkin.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Boleh saya minta laluan sikit, Bangi?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih. Apa pandangan Bangi, salah satu unsur atau sebab utama, kadang-kadang kita nampak banyak kemalangan maut di highway di Malaysia ini adalah disebabkan kenderaan berat yang mengangkut barang-barang kargo logistik yang menggunakan pendaratan daripada jalan raya. Adakah Bangi setuju kalaulah kita boleh mempertingkatkan lagi efficiency KTM melalui rel. Lebih banyak kargo atau freight logistics kita bergantung kepada rel, lagi sesuai seperti yang diamalkan di negara-negara seperti India, China dan Amerika Syarikat? Apa pandangan Bangi?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya setuju dengan Tebrau. Masalahnya adalah, kita punya sistem rangkaian rel itu mungkin tidak cukup menyeluruh dan juga kita perlu, dengan izin, naik taraf, upgrade rangkaian tersebut dan sebab itulah pengupayaan KTMB seperti yang dinyatakan dalam butiran ini adalah begitu penting. Saya juga ingin tahu Tan Sri Pengerusi, apakah status kes mahkamah yang telah dibawa oleh Dhaya Maju LTAT terhadap kerajaan? Saya ada baca bahawa ada penyelesaian tapi adakah penyelesaian ini telah muktamad dan adakah terdapat lagi isu-isu yang, dengan izin, pending di mahkamah?
Akhir sekali, saya ingin merujuk kepada Butiran 13000 – Naik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan sebanyak lebih kurang RM6 juta di situ.
Saya mohon butiran diberikan mengenai perkara ini dan saya juga ingin memuji pihak kementerian kerana jelas dengan peruntukan ini, tidaklah seperti digembar-gemburkan oleh pihak sebelah sana bahawa kononnya negeri-negeri pembangkang telah dianaktirikan dengan jumlah ini. Itu saja Tan Sri Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismilahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tan Sri Tuan Pengerusi. Sebelum saya mulakan ucapan pada tengah hari ini, izinkan saya merakamkan ucapan tahniah kepada Bandar Jerantut, khususnya kepada Majlis Daerah Jerantut, tok penghulu, tok empat, para imam dan semua yang terbabit apabila Jerantut dinobatkan sebagai bandar paling bahagia 2024.
Tuan Pengerusi
Tahniah.
[Tepuk]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jadi, saya menyeru kepada semua, marilah datang ke Jerantut untuk kita meningkatkan lagi industri pelancongan di Jerantut, Insya-Allah. Baik Tuan Pengerusi, saya terus kepada– kalau kita lihat kepada tambahan untuk MOT ini. Hanya ada dua sahaja butiran yang difokuskan. Satu kepada KTMB dan satu lagi kepada penambahan bajet kepada pembesaran Lapangan Terbang Kelantan. Saya nak fokuskan dulu kepada KTMB. Sebanyak RM122.7 juta ditambah, khususnya untuk membiayai bayaran Projek Landasan Kereta Api Berkembar Gemas-Johor Bahru, menaik
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
taraf kemudahan infrastruktur landasan berkembar elektrik di Lembah Klang, Fasa 1 dan Fasa 2, Landasan Berkembar Ipoh, Padang Besar, pembinaan depoh penyelenggaraan tren DMU dan naik taraf stesen di Tumpat.
Tuan Pengerusi, saya baru je pagi tadi mengambil anak saya daripada sekolah asrama penuh, dua orang dengan menggunakan KTMB, stesen kereta api. Bila melihat kepada prestasi, masa dan sebagainya, nampak masa itu macam kita ada di Jepun. Kalau di Jepun itu, kalau sharp dia akan sampai. Begitulah keadaannya walaupun dalam keadaan awal pagi tadi. Jadi, apabila kementerian meminta peruntukan tambahan untuk menambah baik infra KTMB, pada saya itu adalah satu berita baik kepada rakyat khususnya. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang perkara ini iaitu tentang KTMB ini juga. Apakah projek-projek yang dilihat in queue dan yang terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan belanjawan ini? Sebab saya melihat pada penggulungan pihak Menteri pada Perbahasan Titah Diraja 2023, beliau ada menyatakan bahawasanya Stesen KTMB Kuala Krau, jiran saya, akan mula dibaiki pada suku keempat 2023. Namun pada minggu lepas, Menteri yang sama juga memberikan respons, ia nya akan bermula pada suku ketiga tahun ini atas isu teknikal. Jadi, kita nak tahu apa lagi projek-projek yang berkaitan dengan KTMB ini yang barangkali terpaksa ditangguhkan atas kekangan- kekangan tertentu dan apakah kekangan tersebut dan bilakah ia nya akan dilaksanakan kembali?
Keduanya ialah berkenaan dengan apakah faktor projek-projek yang disenaraikan untuk menerima perbekalan tambahan pembangunan ini memerlukan kos tambahan?
Apakah projek ini perlu dilanjutkan masanya? Memerlukan EoT ataupun adanya perubahan skop asal? Saya ambil contoh Projek Electrified Double Track Project (EDTP) Gemas-Johor Bahru yang apakah akan ada intervensi daripada pihak kerajaan? Kerana projek ini sering kali mengemukakan EoT ataupun tarikh baru siap. Tapi sampai sekarang tak siap. Apakah jaminan kerajaan yang dia akan siap pada tahun 2025?
Selain itu, saya juga memohon pencerahan daripada pihak kementerian berkenaan dengan Malaysia Rail Development Corporation (MRDC). Difahamkan MRDC ditubuhkan melalui Akta Syarikat dan ia nya sudah diiktiraf sebagai industry lead body
(ILB). Namun, job scope MRDC iaitu memberi latihan dalam meningkatkan pembangunan profesional di dalam industri rel ini kelihatan bertindan dengan Malaysian Railway Academy (MyRA) di bawah KTMB. Jadi, persoalan saya ialah, apakah pencapaian yang sudah dicapai oleh MRDC ke arah menjadi pusat tumpuan (focal point) dengan pengendali perkhidmatan rel dan juga syarikat berkaitan? Apa pula status MyRA selepas ini? Sama ada ia akan diserap masuk menjadi sebahagian MRDC ataupun digantikan menjadi MRDC ataupun MyRA akan berada di bawah MRDC?
Sebagai peringatan kepada pihak kementerian, KTMB adalah operator rel yang paling lama beroperasi di dalam negara ini dan telah pun mempunyai akademinya yang tersendiri. Sekiranya kerajaan mempunyai sebarang perancangan atau pengambilalihan akademi tersebut oleh pihak lain, dikhuatiri pengoperasian KTMB sebagai operator rel utama di dalam negara akan terjejas dan seterusnya memberikan kesan buruk kepada kerajaan dan rakyat.
Butiran 13000 iaitu berkenaan dengan pembinaan, penambahbaikan ataupun repair Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu yang bernilai RM6.5 juta. Saya nak jawab sedikitlah sahabat saya dari Bangi tadi. Ini bukan isu negeri pembangkang ataupun negeri kerajaan, ini semangat federalisme. Maknanya, diberi itu adalah bentuk keadilan. Islam kata keadilan itu meletakkan sesuatu di tempatnya. Jadi bila kita buat adil, dapatlah pahala. Kalau kita zalim, dapat dosa. Simple as that. Itulah cara kita memimpin sesebuah negara.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jadi bila saya rujuk balik kepada berkenaan dengan lapangan terbang ini Tuan Pengerusi, ada beberapa projek-projek yang dilihat berkaitan dengan sistem PPP sebagai alternatif untuk mengawal selia bajet kerajaan. Di antaranya, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang menelan kos lebih daripada RM1 bilion dan kita dimaklumkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Perak juga dalam proses fasa perancangan ke arah kaedah PPP. Soalan saya pada pihak kementerian, ada
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
tak lagi mana-mana lapangan terbang dalam negara ini yang juga ingin melakukan perkara yang sama melalui model kaedah PPP? Kedua, apakah perancangan kerajaan dalam kerjasama bersama dengan operator MAHB dalam menaikkan kembali prestasi KLIA yang baru-baru ini dinobatkan sebagai lapangan terbang kelapan terburuk di Asia menurut laporan Business Financing?
Terakhir, berkenaan dengan caj perkhidmatan penumpang, passenger service charge (PSC) dengan izin, yang dikatakan akan menukar kategori kadar PSC negara ASEAN kepada kadar PSC antarabangsa iaitu perubahan daripada RM35 kepada RM73.
Persoalan saya, berapa anggaran keuntungan yang dapat operator kutip daripada PSC ini? Apa harapan pihak kementerian kepada operator lapangan terbang apabila caj ini berjaya dikutip? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk Maksud P.28 - Kementerian Pengangkutan iaitu Butiran projek 00900 – Meningkatkan Keupayaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebanyak RM129,177,190 telah diperuntukkan sebagai tambahan pertama tahun 2023.
KTMB adalah satu GLC yang penting, memang wajar dibantu. KTM iaitu Keretapi Tanah Melayu, saya ingat satu-satunya agensi atau GLC yang mengekalkan nama “Tanah Melayu" pada namanya. Jadi bukan KTMB sahaja yang perlu dibantu, tetapi saya percaya nasib pekerja-pekerja KTMB dan kesatuan sekerja mereka juga perlu dibantu.
KTMB yang bertanggungjawab dalam operasi Keretapi Tanah Melayu penting untuk negara dan sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap.
Tan Sri Pengerusi, jika di Johor, fokus adalah supaya landasan berkembar kereta api dari Gemas ke Johor Bahru agar siap sempurna seperti dijadualkan. Kereta api elektrik ETS yang bergerak atas landasan berkembar itu apabila beroperasi nanti akan menghubungkan Semenanjung Malaysia dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan dari KL terus ke Padang Besar di Perlis bersempadan dengan Thailand.
Di Johor juga terdapat projek kereta api RTS dari Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar di Johor Bahru, merentasi Selat Johor, bersebelahan causeway. Projek ini sedang rancak dilaksanakan. Jika RTS ini siap, ia akan menjadi game changer dalam perhubungan antara Malaysia dengan Singapura. Satu projek yang bagus bagi kemudahan rakyat di kedua-dua buah negara.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, dari segi sistem pengangkutan dan kereta api, saya berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu utamakan juga untuk menyiapkan segera projek Lebuhraya Pan Borneo. Begitu juga kerajaan perlu utamakan projek kereta api ECRL, menghubungkan Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur, Pahang, Terengganu hingga ke Kelantan. Dalam hal ini Tan Sri Pengerusi, pada pandangan sayalah, Malaysia ketika ini tidak perlu projek kereta api laju HSR yang megah, yang mahal itu dari Singapura ke Kuala Lumpur. Projek itu mahal, berjumlah saya difahamkan sebanyak RM120 bilion.
Perdana Menteri yang keenam, Pekan telah mula tandatangani perjanjian HSR antara Malaysia dengan Singapura. Perdana Menteri yang ketujuh, Langkawi kemudian membatalkan. Perdana Menteri yang kelapan, Pagoh teruskan batal dan kerajaan terpaksa bayar RM300 juta kepada Singapura. Perdana Menteri yang kesembilan tak ada minat dalam hal nak sambung ini. Tapi saya bimbang, Perdana Menteri ke-10, Tambun ada macam nak sambung projek High-Speed Rail (HSR) ini.
Saya melihat bahawa projek ini walaupun dibuat, HSR ini secara Public-Private Partnership (PPP), saya bimbang nanti ada GLC kerajaan ini pinjam wang, pinjam melalui sukuk, akhirnya kerajaan juga yang bail out. Kalau dah RM120 bilion itu, ini malapetaka Tan Sri Pengerusi kepada negara kita. Hutang negara dah RM1.7 bilion saya difahamkan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Subsidi RM60 bilion, sekolah daif, hospital daif. Jadi saya dalam Dewan ini, saya minta supaya projek HSR ini tidak dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya menyentuh Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Yang ingin saya bangkitkan pada butiran ini ialah berkenaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Lapangan terbang ini pada mulanya diklasifikasikan sebagai lapangan terbang antarabangsa dan kini sedang dimajukan melalui segmen hab edutourism antarabangsa dan jalinan kerjasama peringkat ASEAN.
Namun, lapangan terbang tersebut sebahagian besar hanya digunakan sebagai penerbangan domestik sahaja sedangkan ia terletak di lokasi yang strategik, ditambah pula dengan reka bentuk bangunan yang elegan sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke Malaysia. Oleh itu, saya memohon agar pihak kerajaan turut meneliti langkah penambahbaikan yang boleh dijalankan bagi membolehkan penerbangan ke negara lain turut boleh dijalankan, bukan setakat untuk jemaah haji pada musim haji.
Seterusnya, saya ingin memohon agar sebarang projek naik taraf ataupun pembinaan airport di masa akan datang di mana-mana tempat sekalipun perlu mengambil kira dengan serius akan kesan kepada alam sekitar dan ekosistem di kawasan sekitar supaya tidak mengulangi apa yang berlaku akibat pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Melalui kajian yang dilakukan oleh penyelidik universiti UMT, Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2019 berkaitan kesan pembinaan landasan tambahan yang mengunjur ke laut menyebabkan corak hydrodynamic pantai kawasan tersebut berubah secara signifikan.
Hasil daripada kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kawasan utara di landasan mempunyai arus yang sangat tinggi berbanding dengan kawasan selatan. Arus yang tinggi ini mendorong kepada hakisan yang tinggi di sebelah utara landasan, menyebabkan berlakunya hakisan dan corak pemendapan, sekali gus memberi perubahan arus yang sangat signifikan. Perkara ini menyebabkan kawasan sekitarnya mengalami hakisan pantai yang agak teruk terutama pada musim tengkujuh seperti contoh di Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit. Pengkalan Maras, Batu Rakit ini dalam Daerah Kuala Nerus, tapi dalam Parlimen Setiu.
Selain itu, dalam kajian universiti yang sama mendapati Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus dan kawasan di sekitarnya yang dihuni ratusan penduduk mungkin akan hilang ditelan laut dalam tempoh 15 tahun jika masalah hakisan pantai yang antara punca lainnya adalah disebabkan pembinaan lapangan terbang tidak diberi perhatian. Masalah ini turut dibuktikan melalui kajian yang dikeluarkan oleh Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu, Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) negeri Terengganu dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, di mana hakisan berlaku sepanjang 8.5 kilometer barat laut akibat daripada pembinaan landasan tambahan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Seterusnya pada butiran yang sama berkenaan dengan Lapangan Terbang Kerteh, Terengganu. Sehingga kini kajian dan penyelidikan sedang dijalankan bagi meneroka kegunaan yang sesuai untuk lapangan tersebut kerana operasinya telah diberhentikan semenjak– saya dimaklumkan operasinya diberhentikan sejak 2019 dan salah satunya untuk dijadikan sebagai subsektor penyelenggaraan pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi pesawat ringan. Begitu juga untuk dijadikan industri sokongan mini hab aeroangkasa.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Sehingga kini lapangan terbang tersebut masih dimiliki oleh PETRONAS yang akan diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri pada tahun 2026. Kajian tersebut juga amat penting bagi memastikan peningkatan kemahiran ekonomi (economy upskill) dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua dan pulangan pelaburan (return of investment) yang bakal diperoleh melalui pelaburan di lapangan terbang tersebut. Oleh itu adakah peruntukan tambahan ini mengambil kira proses kajian dan penyelidikan terhadap kegunaan Lapangan Terbang Kerteh dan sejauh manakah keseriusan kerajaan dalam memastikan lapangan terbang ini dimanfaatkan semaksimum mungkin.
Akhir sekali berkait butiran ini berkenaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Saya difahamkan sehingga kini kekerapan penerbangan di lapangan tersebut amat tinggi malah lokasinya terletak berdekatan dengan negara Thailand amat sesuai untuk dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa. Oleh itu, adakah pertambahan peruntukan ini turut termasuk kos membina laluan baharu untuk kapal terbang mendarat bagi membolehkan lapangan terbang tersebut dinaik taraf kepada penerbangan antarabangsa.
Untuk akhirnya Butiran 00900 – KTMB, Meningkatkan Keupayaan KTMB. Pada 14 Januari 2024, Utusan Malaysia melaporkan bahawa seorang wanita telah di rogol oleh seorang lelaki warga Pakistan di jejantas KTM Serdang pada jam 12.45 tengah malam.
Oleh itu adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan polis bantuan di kawasan sekitar stesen KTMB seperti kawasan parking, jejantas, tandas yang sering berlaku kes jenayah bagi memastikan keselamatan penumpang dapat dipertingkatkan. Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan koc wanita khas untuk menjaga keselamatan wanita terutamanya yang melibatkan perjalanan larut malam dan juga perjalanan yang jauh? Sekian, Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri, 10 minit.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi dan terima kasih kepada keempat-empat Yang Berhormat yang telah pun menanyakan tentang peruntukan supplementary ini. Jadi sebelum itu saya ingin menjawab banyak persoalan yang telah dibangkitkan yang sudah tentunya– ya lah, lari daripada tujuan untuk supplementary bill ini.
Jadi saya di sini memberikan ada dua kepala iaitu 13000 – Pembesaran Menaikkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Jadi penambahan ini yang di pohon ini ialah gunanya tidak lain untuk pembayaran kontrak- kontrak, pembayaran kerja yang sedang berjalan pada tahun lepas. Jadi untuk peruntukan RM129,177,190 ini adalah digunakan satu untuk keperluan tambahan bagi membiayai tuntutan bayaran interim kemajuan kerja nombor 28 berjumlah RM9,403,113.63 – ini untuk pembayaran kerja-kerja untuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Di bawah 00900 pula iaitu untuk kenaikan taraf KTMB itu sebenarnya adalah untuk juga membayar kerja-kerja kontrak yang sedang berjalan iaitu pertama, landasan kereta api berkembar Gemas ke Johor Bahru iaitu peruntukan diperlukan sebanyak RM4,065,851.75 untuk keperluan tambahan bagi membiayai tuntutan bayaran untuk Independent Checking Consultant ke-94. Juga untuk Automatic Train Protection dan untuk kemajuan kerja lapangan nombor 89 berjumlah RM60,379,300.00. Juga ia juga digunakan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan berkembar elektrik di Lembah Kelang (KVDT Fasa 1) di mana RM6,857,776.00 diperlukan untuk membiayai tuntutan bayaran kemajuan kerja juga.
Tadi Jerantut bertanya– barangkali itu saya pergi nantilah ya, ini saya untuk detil untuk peruntukan tambahan ini. Seterusnya ialah untuk membiayai keperluan tambahan bagi membiayai tuntutan bayaran interim untuk menaik taraf KVDT Fasa 2 juga iaitu Special Independent Technical Committee sebanyak RM4,895,691.05 dan juga RM5,757,200.00 dan juga digunakan untuk kemajuan kerja interim nombor 8 berjumlah
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
RM30,316,954.80 dan juga untuk kemajuan kerja interim nombor 9 berjumlah RM10,494,693.51.
Juga ia juga digunakan untuk membayar keperluan tambahan bagi membiayai tuntutan bayaran Independent Professional Quantity Surveyor untuk landasan berkembar dari Ipoh – Padang Besar berjumlah RM891,428.00. Seterusnya ialah ia juga di bawah kepala ini juga ia digunakan sebanyak untuk keperluan tambahan bagi membiayai tuntutan bayaran kerja nombor 47 berjumlah RM48,258.00 bagi transformasi KTMB iaitu rolling stock di pembinaan depoh penyenggaraan tren DMU dan naik taraf stesen di Tumpat.
Jadi ini adalah kenapa peruntukan ini diperlukan hanyalah untuk membayar kontrak-kontrak yang sedang berjalan, sedang pun dilaksanakan. Persoalan yang dibangkit oleh Jerantut antaranya ialah tentang kos KVDT1 dan 2. Jumlah yang telah pun dibayar sehingga tahun 2023 ialah untuk KVDT1 ialah RM1,321,566,000.00 dan KVDT2– mungkin ada kesilapan sedikit di sini. Nanti I can check sedikit.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Menteri, sedikit, sedikit.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Ya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya rasa apa yang Menteri sudah present selama 7 minit tadi just the numbers.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Ya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Numbers itu saya rasa untuk ...
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Ada, ada. Ada jawapan ada ini.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sebab kita ada 3 minit lagi. Banyak kawan-kawan saya bahas.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Tidak dia bukan apa juga, actually we want to go straight to these. Just, I have to explain fasal apa guna duit ini sahaja. Kita yang sebenarnya ialah ini fasal peruntukan ini sahaja apa gunanya. Apa guna kita minta tambahan ini, inilah jawapan saya. Inilah gunanya ini untuk bayar ini, bayar ini hendak tahu perinciannya tetapi banyak kita tanya lain, tunggulah. Ini dahulu saya utamakan tentang peruntukan ini dahulu, selepas itu soalan-soalan lain itu nantilah. Ini sudah ada sudah sedia semuanya banyak.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Ada dua pembayaran di bawah KVDT1 dan 2. Seterusnya lagi, yang ini dah pergi ke jawapan-jawapan yang ditanyakan tadi, yang extra ini. Jadi, saya tidak mengikut urutan ya, YB-YB yang bertanya. Yang ditanyakan oleh Pasir Gudang iaitu cadangan HSR tidak dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang, isu HSR ini adalah di luar skop. Okey, itu sudah pasti. Walau bagaimanapun, kementerian mengambil maklumlah tentang pandangan YB Pasir Gudang ini. Seterusnya, Setiu bertanyakan tentang Kuala Terengganu dicadang jadi lapangan terbang antarabangsa. Walaupun Lapangan Terbang KT tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, lapangan ini boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti di Kuantan dan Ipoh.
Jadi, tinggal hanya misalnya kalau kita nak gunakan ini, mungkin kena perlu ada kerjasama dengan MOTAC untuk menarik pelancong ke sana dan we can arrange. Jika kapal terbang yang besar, yang boleh landing di sana, boleh bawa ke sana. Itu peranan daripada pelancongan. Sama juga airports yang lain sebenarnya. Banyak yang minta.
Well, if you can bring the pelancong there, direct, arrange a special flight. We can always give the kebenaran. Kebenaran aircrafts yang boleh landing di sana. Itu satu.
Keduanya, Jerantut lagi bertanya adakah terdapat VO atau EOT untuk projek ke— banyak projek yang ditanya Jerantut ini ya. Iaitu tentang maklumat— untuk makluman Yang Berhormat Jerantut lah ya, semua kontrak kerja akan ditadbir mengikut klausa- klausa kontrak yang tadi disoalkanlah. Banyak persoalan tadi. Sehubungan itu, jika
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
terdapat asas untuk VO ataupun EOT kepada projek berkenaan, maka kelulusan akan diberi mengikut terma kontrak. Walau bagaimanapun, kementerian akan mengawal kos projek supaya tidak melebihi siling dan siap mengikut tempoh masa.
Ini yang ditanyakan juga tadi tentang MRDC. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk memberi fokus kepada pembangunan industri rel dengan meningkatkan kapasiti pemain tempatan untuk terlibat secara aktif. Justeru, Kementerian Pengangkutan melalui agensinya iaitu Malaysia Rail Development Corporation sedang dalam proses pengumpulan-pengumpulan maklumat dan konsep di mana MOT melihat institusi MyRA boleh dikembangkan memandangkan ia menempatkan pakar dalam bidang rel dan menjadi aset penting dalam program pembangunan sumber manusia.
Di bawah rangka kerja pembangunan kemahiran dan keupayaan, fokus MRDC adalah untuk menangani jurang permintaan dan kemahiran dalam industri rel, menyelaras kompetensi kemahiran serta memastikan standard latihan adalah melalui proses akreditasi oleh MRDC bersama agensi yang berkaitan. MRDC berperanan untuk memastikan kemudahan latihan dan akademi rel sedia ada dinaiktarafkan serta diintegrasi bagi mewujudkan satu rangkaian pusat latihan rel yang lebih teratur.
Akademi sedia ada seperti Malaysia Railway Academy (MyRA), KTMB, Rapid Rail Academy, Prasarana, MRTC Academy dan juga pusat latihan rel lain yang bakal dibangunkan akan diselaraskan di bawah standard yang sama daripada segi modul pembangunan latihan, penyampaian kurikulum dan kaedah penilaian. Jadi, usaha ini tidak dilihat sebagai redundant dengan MyRA kerana usaha ini akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan MyRA selaku pusat latihan kereta api yang unggul di peringkat ASEAN ini.
MRDC bersama-sama pakar sedia ada di MyRA, pensyarah dan juga kakitangan pakar MyRA akan membangunkan modul-modul teknikal terkini bersama institusi berwibawa seperti National Skill Academy for Rail (NSAR) United Kingdom dan Chinese Academy for Rail Sciences (CARS) China serta lain-lain penyedia latihan yang berkualiti.
Jadi, tentang...
Tuan Pengerusi
Menteri, perlu berapa banyak lagi Menteri?
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Ada sikit lagi Tuan Pengerusi, dalam dua minit lagilah.
Tuan Pengerusi
Okey.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Ada tiga, Tan Sri Pengerusi. Satu lagi ialah ini kita berkenaan dengan ranking yang disebut tadi itulah. Ya, kita tahulah, kita maklumlah dan pasal the eight worst in ASEAN lah. Ya lah, itu mengikut penilaian, skop badan yang membuat tersebut. Namun, kita ambil perhatian tentang perkara ini dan kita ada task force dibuat tentang masalah queue, ketidakcukupan kaunter Imigresen dan kita kena bekerjasama pula. Ada kaunter tetapi pegawai Imigresen pula tidak mencukupi.
Semua perkara in dilihat sebenarnya di bawah task force ini untuk memperbaiki lagi.
Seterusnya juga yang ditanyakan oleh Jerantut juga iaitu tentang projek yang ditangguhkan. Untuk maklumat, tiada projek KTMB yang ditangguhkan. Semua projek yang diluluskan akan dilaksanakan, insya-Allah. Kementerian akan terus memantau dan pelaksanaan semua projek supaya tidak berlaku kelewatan. Okey, KVDT1 dan 2. Tadi tentang yang ditanyakan oleh YB. Bangi. Projek KVDT1 insya-Allah akan siap mengikut kontraknya pada 26 April 2024. Projek ini apabila siap nanti akan menambah baik perkhidmatan kereta api terutamanya perkhidmatan komuter di Lembah Klang, insya- Allah. Projek KVDT Fasa 2 telah dilantik kontraktornya pada 29 Julai 2022. Projek sedang berjalan mengikut jadual dan akan siap pada insya-Allah, 16 Januari 2029. Pada masa ini, tiada lagi tindakan mahkamah terhadap kerajaan oleh kontraktor dan rasanya ini ada satu lagi, tambahan. Sorry ya Tan Sri, alang-alang dah ada. Ini daripada Setiu juga iaitu tentang laluan baru di bawah Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail.
Adalah dimaklumkan bahawa tuntutan tambahan peruntukan ini tidak lain adalah untuk bayaran kontrak bukannya tambahan atau peningkatan kos kontrak. Ianya adalah
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
untuk membayar projek kerja yang sedang berjalan. Rasanya itu sahaja dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya.
Tuan Pengerusi
Baik. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Kepala P.30 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2023] – Tuan Pengerus
Seterusnya ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Oleh sebab P.30 hanya token sahaja, maka tidak perlu dibahaskan. Saya bacakan.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Kepala B.42 - Jadual]- Tuan Pengerus
Kementerian Kesihatan. Kepala Bekalan B.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas dan saya difahamkan ada, uish ramai. Ada enam orang yang akan berbahas. Jelutong, Kuala Langat, Bukit Bendera, Kuala Nerus, Tuaran dan Kalabakan. Baik, saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk terus kepada Maksud B.42 Kementerian Kesihatan. Tambahan sebanyak RM687 juta adalah dikehendaki bagi menampung perbelanjaan pengoperasian hospital termasuk bayaran pelarasan purata gaji minimum. Saya ingin menyentuh perkara ini. Persoalan saya, kenapa kita masih lagi mendengar keluhan doktor kontrak? Baru- baru ini saya membaca berita, ini adalah tajuk dalam bahasa Inggeris, ‘MOH Orders Over One Thousand Contract Doctors To Resign Before Accepting Permanent Posts’ Adakah ini benar?
Kalau kita ingin membuat pelarasan gaji, soalan saya kenapakah kebajikan doktor kontrak dalam perkhidmatan Kementerian Kesihatan tidak diberi perhatian? Saya ingin tahu apakah penjelasan sama ada penambahan jumlah ini akan menjamin bahawa doktor-doktor kontrak yang telah berkhidmat begitu tekun dengan memberi perkhidmatan yang begitu baik telah diberi perhatian?
Saya sering kali mendengar, masa dahulu saya di sebelah sana, kita mendengar keluhan oleh doktor-doktor kontrak ini. Saya yakin dan percaya dengan Menteri Kesihatan yang baru, yang sungguh prihatin dan memperjuangkan nasib doktor-doktor termasuklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang selalu prihatin kepada semua masalah yang membelenggu masyarakat. Ini doktor kita yang memberi perkhidmatan yang begitu baik yang memberi – memperjuangkan kesihatan, memastikan bahawa kita diberi perhatian yang begitu baik terutamanya semasa COVID-19. Ramai lagi yang masih lagi
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
berkhidmat sebagai doktor kontrak yang telah berkhidmat semasa 2019 dan 2020 dan 2021 ketika kita bergelut dengan masalah COVID-19 ini. Ada yang hantar Whatsapp, ada yang meminta saya kalau nasib mereka akan diberi perhatian oleh kerajaan yang ada sekarang.
Perkara yang kedua yang ingin saya menyentuh adalah perbelanjaan Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Menampung bayaran Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor. Tuan Pengerusi, saya mendengar selalu pesara-pesara yang berkhidmat dengan kerajaan, tentera, PDRM selalu mengeluh terutamanya yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis. Apabila mereka pergi ke hospital, mereka diberitahu bahawa ubat itu perlu dibeli di makmal di luar dan tidak ada bekalan di hospital. Jumlah yang dibelanjakan oleh mereka bagi ubat-ubat tertentu adalah begitu banyak.
Saya ingin tanya sama ada perbelanjaan bekalan perubatan fasiliti kesihatan dan menampung bayaran konsesi penswastaan ini terutamanya bagi makmal ubat dan stor boleh diberi perhatian dengan lebih tekun lagi oleh kerajaan yang ada sekarang kerana Yang Berhormat Menteri adalah seorang yang sungguh prihatin, seorang yang saya difahamkan merupakan doktor yang pakar dalam cara beliau merawat pesakit-pesakit dan sungguh prihatin.
Saya yakin dan percaya Yang Berhormat akan memberi perhatian kepada perkara ini kerana selalunya terdapat keluhan daripada golongan pesara-pesara bahawa ubat-ubat yang diperlukan oleh mereka bagi penyakit-penyakit kritikal seperti sakit jantung, seperti kencing manis dan tekanan darah adalah ubat-ubat yang tak dapat mereka beli daripada – dapat bekalan daripada hospital kerajaan. So saya ingin memohon penjelasan sama ada perkara-perkara ini boleh diberi perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang telah diberikan.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada saya dalam bajet tambahan Kementerian Kesihatan B.42. Saya kira ini bukan kali pertama, tahun lalu pun pada 30 Mac 2023, Dewan Rakyat telah meluluskan perbelanjaan tambahan yang saya kita lebih kurang jumlahnya agak sama, cuma tahun ini agak lebih sedikit. Saya melihat daripada butiran, tiga butiran utama iaitu Perubatan, Program Khusus dan Komitmen Kewangan berkaitan dengan Pengurusan Hospital Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan dan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor.
Pertamanya berkaitan dengan pengurusan hospital disebutkan di sini menampung perbelanjaan pengoperasian hospital termasuk bayaran pelarasan purata gaji minimum. Saya kira kita faham dengan polisi yang telah juga dilakukan pada tahun lepas, mungkin tidak dibajetkan pada tahun sebelum itu. Cuma saya nak dapat maklumat juga daripada kerajaan, apakah perbelanjaan yang lain? Adakah ini juga melibatkan perbelanjaan emolumen yang mana dengan pelantikan penjawat-penjawat ataupun pegawai-pegawai perubatan farmasi dan pegawai yang lain daripada kontrak kepada tetap itu juga melibatkan daripada peruntukan-peruntukan ini?
Kita faham apabila usaha kerajaan pada tahun 2019 hingga 2023, seramai 9,822 pegawai perubatan yang telah dilantik sebagai tetap dan dijangkakan pada tahun 2024 hingga 2025, enam ribu pegawai perubatan. Saya kira kalau ini tidak dibajetkan mungkin akan menyebabkan juga bajet-bajet tambahan selepas ini.
Cuma saya melihat bagaimana mungkin – saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dengan KPI yang disebutkan oleh Timbalan Menteri semasa penggulungan beberapa KPI dan antaranya usaha pada hari ini mewujudkan satu entiti Health Transformation Office walaupun mungkin tidaklah seperti yang kita harapkan satu suruhanjaya yang berwibawa dan independent, tetapi saya mengharapkan dengan adanya jawatankuasa yang akan dibentuk ini atau satu pengurusan yang baru yang akan
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
menangani masalah reformasi kesihatan di dalam negara kita, juga akan melihat bagaimana soal mungkin emolumen ataupun elaun dan juga pembayaran-pembayaran yang lain.
Hari ini kita dengar apabila ada isu yang seolah-olah apabila dilihat dibuat secara runcit apabila isu doktor-doktor yang berkhidmat di pusat-pusat klinik lanjutan di Selangor tidak mendapat bayaran untuk itu dan diberikan pilihan untuk mengambil cuti sebagai gantian dan kerajaan telah berusaha untuk memberikan elaun lokum RM80 yang saya sebutkan lebih daripada apa yang berlaku di peringkat GP ataupun swasta pada hari ini.
Juga kalau kita nak bandingkan dengan RM25 ataupun RM9 pada hari ini, on-call allowance yang dicadangkan supaya naik daripada RM25 supaya dilihat secara menyeluruh supaya akhirnya kadang-kadang saya lihat doktor on-call ini lebih teruk dalam department mana mereka bekerja.
Ada yang kadang-kadang memang tak tidur malam apabila on call dan kalau kita berikan hanya sekadar sehingga RM25 mungkin tidak berpadananlah kalau kita nak bandingkan dengan RM80, doktor lokum di klinik lanjutan. Sebab itu saya ingin melihat supaya dia dilihat secara menyeluruh dan saya harapkan HTO ini akan memainkan peranan untuk melihat bukan sahaja pegawai-pegawai perubatan tetapi juga pegawai farmasi yang tidak ada elaun lebih masa sebagai contoh. Mungkin sistem saraan penjawat awam kepada jururawat-jururawat sebagai contohnya mungkin boleh dilihat secara menyeluruh supaya akhirnya kita akan dapat dengan peruntukan yang kita keluarkan ini, kita dapat juga lihat ROI.
Sebagai contoh mungkin hari ini kalau kita dimaklumkan bahawa peruntukan Skim Perubatan Madani sudah mencecah RM78 juta daripada RM100 juta peruntukan.
Mungkin dengan pertambahan-pertambahan pegawai-pegawai perubatan dan juga kumpulan sokongan ini, akhirnya kita dapat menyelesaikan isu yang kita wujudkan Skim Perubatan Madani ini untuk mengurangkan kesesakan dan memberikan peluang kepada mereka-mereka yang B40 untuk juga mendapat perkhidmatan cepat di klinik kesihatan.
Kemudian saya ingin menyentuh soal Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Saya lihat hampir 17 peratus daripada peruntukan yang anggaran asal sejumlah RM553 juta, saya nak minta dapat maklumat daripada kerajaan. Adakah ini salah satu bentuk perolehan kepada fasiliti-fasiliti yang baru? Ini kerana saya kira kalau ini adalah program khusus mungkin sudah juga dirancangkan di peringkat awal. Tetapi apakah sama ada ini juga adalah satu keperluan yang mendadak yang perlu diwujudkan untuk meningkatkan taraf kesihatan dalam negara kita?
Terakhir berkaitan dengan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor, saya juga nak dapat maklumat, adakah ini disebabkan oleh pertambahan syarikat-syarikat konsesi ataupun tanggungan kita yang semakin meningkat disebabkan keperluan- keperluan ataupun kapasiti yang lebih besar?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya juga ingin mendapatkan mungkin sedikit maklumat daripada kerajaan, satu komitmen daripada kerajaan berkaitan dengan isu ubat-ubatan ini, terutamanya kepada pesara-pesara kerajaan yang discharge daripada IJN. Ada makluman yang sampai kepada saya. Soal itu, soal discharge daripada IJN dan berdasarkan kepada perkara- perkara itu, saya ingat saya faham. Tetapi, ada di antara mereka ini tidak dapat ubat yang sepatutnya mereka dapat di IJN. Apabila mereka dirujukkan ke hospital-hospital KKM, kardiologi dan juga hospital cardiothoracic tetapi ubatnya tidak dapat di situ.
Mungkin soal consultation dan sebagainya, mereka boleh dapatkan. Walaupun mereka terpaksa mungkin lebih sesak sebab tanggungan di hospital-hospital di KKM itu sendiri, tetapi saya ingat jaminan untuk mereka juga mendapat bekalan ubat ini harus menjadi keutamaan. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bukit Bendera akan terus ke Butiran 020200 – Pengurusan Hospital.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Hospital Pulau Pinang menghadapi cabaran berkaitan kesesakan dan juga kapasiti kemudahan hospital, kita tahu, mencapai hadnya dan juga membawa kepada masalah penungguan yang lama. Di sinilah kesukaran dalam menyediakan penjagaan yang tepat pada masanya akan timbul.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, kesesakan yang berlebihan ataupun overcrowding, dengan izin, menimbulkan akibat yang serius kepada pesakit, terutamanya mereka yang memerlukan perubatan segera. Tempoh menunggu yang lama memburukkan lagi keadaan. Pesakit akan jadi lagi sakit kerana ketidakselesaan dan juga membawa kepada tekanan stres untuk pesakit dan juga keluarga mereka.
Jadi, selain itu, masa menunggu yang lama, membebankan sumber dan juga kakitangan hospital kerana mereka perlu mengurus kemasukan pesakit sambil mengekalkan standard penjagaan yang berkualiti.
Jadi, di sini Bukit Bendera ingin memberikan beberapa cadangan kepada― minta maaf. Bukit Bendera mendapat beberapa cadangan daripada pesakit agar pihak hospital dapat mencubakan. Misalnya, menggunakan teknologi untuk mencipta aplikasi di mana pesakit boleh muat turun aplikasi ini ke telefon mereka dan ini boleh membenarkan mereka untuk pergi ke tempat-tempat lain seperti kafeteria dan sebagainya ataupun luar hospital untuk membuat perkara-perkara yang lain. Jadi, Bukit Bendera juga yakin bahawa cara ini juga mampu mengurangkan masalah kekurangan parkir dan sebagainya.
Tetapi, kekangan sumber termasuk peralatan, bekalan dan juga kemudahan perubatan yang terhad juga menimbulkan beberapa cabaran. Jadi, di sinilah pembiayaan yang mencukupi untuk Hospital Pulau Pinang adalah penting untuk menangani kekangan yang sedia ada. Juga, memastikan bahawa hospital ini mempunyai sumber yang diperlukan untuk menyediakan penjagaan yang berkualiti. This is the keyword― penjagaan kualiti, dengan izin, di negeri kita ini.
Jadi, balik kepada Hospital Pulau Pinang. Memang terdapat pelbagai cabaran dan juga sepertimana cabaran itu, sebagai contoh, peralatan yang usang, tak berfungsi dan sebagainya. Benda-benda ini boleh menjejaskan kualiti penjagaan yang disediakan.
Kerana, profesional penjaga kesihatan, mungkin kadang-kadang tidak mempunyai akses kepada alat dan teknologi yang diperlukan, mengakibatkan kelewatan dalam penjagaan dan sebagainya.
Jadi, tambahan pula, peralatan yang usang dan kerap rosak di hospital ini juga mendatangkan risiko keselamatan kepada pesakit dan juga kakitangan-kakitangan hospital. Jadi, peralatan yang tidak berfungsi ini boleh menyebabkan juga kesilapan diagnosis dan rawatan. Jadi, benda inilah kita nak elakkan.
Jadi, Hospital Pulau Pinang juga menghadapi masalah tempat letak kereta yang ketara dengan tempat letak kereta yang tak mencukupi untuk pesakit dan pelawat. Jadi, walaupun mempunyai tempat letak kereta yang bertingkat, ia kadang-kadang tak mudah diakses kerana, sebagai contoh, ia berada di kawasan yang luar, ia tidak disambung dengan bangunan utama hospital.
Jadi, selain daripada itu, kekurangan tempat letak kereta dan accessible kepada pesakit itu adalah satu perkara yang sering kali dibangkitkan. Jadi, lebih-lebih lagi, tempat letak kereta haram sepanjang Jalan Residensi kadang-kadang memburukkan lagi keadaan.
Jadi, salah satu penyelesaian yang saya rasa berpotensi dan harap dapat diberi pertimbangan adalah untuk menyediakan satu tempat letak kereta, sebagai contoh, di bawah padang polo. Jadi, ia bersifatkan tempat letak kereta bertingkat di bawah tanah.
Jadi, sekali gus dapat menyediakan tempat yang elok, sesuai, mudah dan pada masa
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
yang sama, kita dapat membuatkan sesuatu yang baiklah untuk keluarga yang dapat beriadah ke padang polo.
Jadi, balik kepada isu. Di sini, Bukit Bendera ingin menegaskan bahawa Bukit Bendera tidak mengkritik tetapi hanya menyatakan kebimbangan yang serius, memandangkan Hospital Pulau Pinang ini terletak di dalam kawasan Parlimen saya. Jadi, access to basic quality health is one of the most fundamental domestic issues facing our nation, dengan izin.
Bukit Bendera yakin isu-isu yang dibangkitkan tidak akan diabaikan oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, izinkan saya mengakhiri perbahasan dengan kata-kata ini, iaitu penjagaan kesihatan bukan hanya satu keistimewaan untuk segelintir yang bernasib baik tetapi hak asasi manusia untuk semua. Jadi, akses kepada penjagaan kesihatan tidak seharusnya ditentukan oleh wang ringgit atau status sosial tetapi harus diiktiraf sebagai hak asasi manusia bagi setiap individu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulillah. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024.
Dato’ Pengerusi, saya terus merujuk kepada Butiran 080700 – Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Peruntukan tambahan yang diperlukan ialah RM553,186,050 iaitu pertambahan sebanyak 17 peratus. Ini merupakan suatu tambahan yang agak besar dan sama juga, mungkin tahun lepas pun begitu.
Cuma, apa yang saya ingin penjelasan ialah kenapakah peruntukan ini tidak mencukupi? Adakah kerana berlaku penambahan pesakit yang luar jangka seperti wabak 2020-2021, ada COVID-19? Tetapi, setakat yang kita maklum, tidak ada wabak besar dalam tempoh tersebut. Dan juga, adakah kerana peningkatan harga ubat akibat daripada pertukaran wang asing dan juga daripada beberapa cukai yang diperkenalkan?
Yang kedua, penambahan bajet yang hampir setengah bilion ini juga pada tahun lepas― pada tahun lepas, kita kira keadaan duit tidaklah seteruk pada hari ini dan juga belum ada cukai SST dinaikkan. Saya bimbang dengan kenaikan SST dan juga kejatuhan nilai ringgit ini, akan memerlukan pertambahan bajet yang lebih besar pula untuk tahun 2024. Ini harus kita lihat keadaan ini supaya tidak menekan kepada bajet ataupun kewangan kerajaan itu sendiri.
Oleh itu, Dato’ Pengerusi, suka saya mencadangkan beberapa perkara di sini untuk kelestarian Kementerian Kesihatan untuk masa hadapan. Yang pertamanya ialah untuk kita meningkatkan kempen pencegahan penyakit selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menekankan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat rakyat Malaysia.
Melalui pembudayaan gaya hidup sihat ini, pelbagai jenis penyakit yang dikira dapat dicegah. Antaranya ialah seperti hypertension, darah tinggi, diabetes, kencing manis, penyakit-penyakit jantung, kegagalan buah pinggang ataupun renal failure dan lain-lain penyakit berjangkit ataupun wabak, contoh wabak denggi. Ini semua dapat kita elakkan ataupun kurangkan sekiranya rakyat ini mengamalkan budaya hidup sihat sepertimana yang ditekankan dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Selain...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kuala Nerus, Sik mungkin sikit nak minta celahan untuk Yang Berhormat Menteri memberi pandangan atau respons.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Adakah perbekalan tambahan ini juga untuk kementerian melihat program Skim Perubatan Madani yang telah diperkecilkan, yang hanya ada 10 daerah sekarang ini diperluaskan kembali seperti asal? Isu juga yang ditimbulkan, klinik-klinik sebelum ini, termasuk di daerah saya, di Sik, mereka belum mendapat tuntutan, claim yang telah tertunggak sekian lama. Dan kita tengok dalam 10 daerah itu, di Kedah tak ada. Jadi, mohon kalau dapat Menteri menjawab ya. Terima kasih.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Saya sambung. Isunya juga, saya nak pergi ke situ. Antara yang penting bagi kita untuk mencegah daripada kos rawatan yang tinggi ialah pesakit-pesakit mendapatkan rawatan yang awal ataupun prompt treatment, yang mempunyai langkah yang boleh mencegah daripada mendapat komplikasi yang lebih teruk. Oleh itu, Skim Perubatan Madani (SPM) antara caranya yang dapat kita selesaikan perkara ini kerana golongan B40 dapat akses ke klinik yang paling dekat dengan rumah mereka.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Oleh itu saya cadangkan, SPM ini yang sekarang dikecilkan kepada 10 daerah, diluaskan ke seluruh negara, termasuklah di Sik, di Kuala Nerus dan sebagaimana supaya kita dapat mencegah komplikasi penyakit yang lebih teruk.
Dato’ Pengerusi juga, saya ingin maklumkan di sini ialah kerajaan berbelanja kira- kira RM6 hingga RM7 bilion setahun untuk merawat penyakit yang ada hubung kait dengan merokok atau produk merokok. Oleh itu, saya melihat dengan keadaan ini, akta yang diluluskan sekadar menyekat mereka yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja tidak boleh merokok ataupun vaping, dengan izin, adalah tidak memadai untuk mengatasi masalah tersebut.
Oleh itu, saya mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan, yang sesama dalam Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum ini supaya agenda GEG ini dapat diusahakan semula untuk memastikan benar-benar kita dapat mengurangkan dengan drastik golongan yang merokok ataupun menggunakan produk merokok demi untuk mengurangkan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan akibat daripada rawatan penyakit-penyakit yang hubung kait dengan amalan ataupun tabiat merokok ataupun vaping ini.
Yang seterusnya, suka saya sentuh tentang Butiran 090100 – Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor. Saya dapat makluman bahawa projek rintis pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis Government (PrEP Gov) untuk mencegah HIV telah dimulakan di 18 klinik kesihatan pada Januari yang lalu. Manakala, tambahan tiga lagi klinik kesihatan pada pertengahan tahun ini. Jadi, adakah perluasan projek rintis PrEP Gov ini telah diambil kira dalam Belanjawan 2024 atau juga memerlukan bajet tambahan untuk tahun 2024 kerana walaupun ubat ini ditaja oleh pihak tertentu, tapi kos ujian makmal masih lagi ditanggung oleh KKM dan kos ujian makmal adalah sangat tinggi.
Mohon penjelasan daripada Menteri yang budiman. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Tuaran? Jika tiada, Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya akan terus kepada Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Jadi, antara aspek utama pengurusan hospital adalah untuk menyediakan kakitangan perkhidmatan yang mencukupi bagi menampung keperluan pesakit. Apa yang membimbangkan adalah berdasarkan jawapan YB Menteri pada sesi soal jawab yang lalu telah menyatakan bahawa sejumlah 1,696 pegawai perubatan meninggalkan sektor perkhidmatan awam pada 2022 dengan 54 peratus daripadanya telah menerima tawaran untuk berkhidmat di sektor swasta atau badan berkanun. Manakala, 4.5 peratus ataupun 477 daripada jumlah
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
keseluruhan pegawai perubatan yang meninggalkan sektor awam itu telah berhijrah untuk bekerja ke luar negara.
Justeru, penghijrahan tenaga mahir dalam sektor perubatan ini akan mengakibatkan negara mengalami masalah brain drain dalam sektor ini. Tambahan pula, sehingga kini kita masih lagi belum berjaya mencapai sasaran nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit untuk kemudahan penjagaan kesihatan awam seperti mana yang telah ditetapkan sejak sekian lama.
Kini, di sesetengah hospital, nisbah meningkat setinggi satu hingga 1,000 pesakit dan terdapat juga kekurangan dalam bilangan orang awam berbanding pakar penjagaan kesihatan. Pada pandangan saya, antara faktor yang membawa kepada masalah ini adalah kekecewaan doktor disebabkan oleh kegagalan untuk menyerap mereka ke perjawatan tetap sehingga bertahun lamanya. Seharusnya, selepas tamat sahaja housemanship, mereka sepatutnya diserap ke perjawatan tetap UD44. Namun, disebabkan atas alasan tiada kekosongan jawatan, maka diwujudkan perjawatan baru iaitu UD43. Malah, setelah lulus untuk pertimbangan ke perjawatan tetap, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun untuk diserapkan ke perjawatan tetap UD44 dan terpaksa kekal di UD43. Sudah pasti ini akan menimbulkan perasaan kecewa di kalangan para doktor ini, seolah-olah usaha dan khidmat bakti mereka tidak dipandang.
Hal ini menjadi faktor, ada di antara mereka mengambil keputusan untuk keluar daripada sektor perkhidmatan perubatan kerajaan dan berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan swasta dan sebagainya disebabkan oleh gaji dan faedah yang sudah pasti lebih lumayan dan lebih tinggi, setimpal dengan kerja mereka. Kita faham, masalah ini berpunca disebabkan oleh ketiadaan perjawatan baru yang dibuka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mengakibatkan para doktor ini terus kekal di gred yang sama.
Justeru itu, saya menggesa kepada pihak kerajaan memberikan perhatian serius terhadap masalah ini kerana kita bimbang sekiranya tiada jalan penyelesaian tuntas dalam masa ini, ianya akan merisikokan sektor perkhidmatan perubatan awam negara.
Sudah pasti kita tidak mahu peristiwa hartal doktor kontrak yang sebelum ini berlaku, berulang kembali. Sekiranya ianya berulang dan kali ini lebih dahsyat, sudah pasti ianya akan melumpuhkan sektor perkhidmatan perubatan awam negara. Terima kasih Dato Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Berikutnya saya mempersilakan Menteri untuk menjawab. 10 minit.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
10 minit. Terima kasih Dato’ Timbalan Pengerusi dan terima kasih kepada kelima-lima Ahli Yang Berhormat yang memberikan penghujahan mereka sebentar tadi. YB Jelutong, Kuala Langat, Bukit Bendera, Kuala Nerus dan Kalabakan akhirnya.
Dato’ Timbalan Pengerusi, perlu saya perjelaskan bahawa apa yang telah menjadi bekalan tambahan adalah perbelanjaan yang tidak dapat diperuntukkan pada Bajet 2023. Maksudnya, perbelanjaan yang lebih daripada yang diperuntukkan. Justeru, pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berhujah sebentar tadi, harus memberi fokus kepada apakah antara lainnya sebab-sebab utama yang menjadikan perbelanjaan itu melepasi peruntukan yang diberikan.
Kalau saya sebutkan sedikit Dato’ Pengerusi, apabila kalau diperhatikan perbelanjaan yang telah melebihi itu adalah sejumlah yang diperuntukkan RM4.9 bilion.
Pada akhirnya, berlebihan RM571.54 juta dari segi bekalan perubatan fasiliti kesihatan.
080700 dan juga 990100, itu dari segi kedua-dua perbelanjaan bekalan perubatan fasiliti kesihatan dan juga konsesi penswastaan makmal ubat dan stor. Bermakna, perbelanjaan yang diperuntukkan RM3.3 contohnya tapi dibelanjakan RM3.8 bilion. Itu adalah lebihan RM553 dan bagi konsesi penswastaan makmal dan ubat dan stor diperuntukkan RM1.6 tapi dibelanjakan RM1.618.3 bilion, bermaksud lebihan RM18.3 juta.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Begitulah juga pengurusan hospital, diperuntukkan RM985.12 juta tapi dibelanjakan RM1.101.52 bilion. Bermakna, melebihi RM100– dengan maksud kata, lebihan perbelanjaan RM116.4. Persoalannya adalah, mengapakah perlu perbelanjaan lebihan itu? Apakah tidak dijangka dan diperuntukkan? Jadi, ini yang saya rasa perlu kita buat penjelasan sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab dari sudut fiduciary responsibility, dengan izin, kebertanggungjawaban kewangan yang mana mengapa ditambah belanja, satu yang tidak diperuntukkan ketika kita luluskan Bekalan Perbelanjaan 2023 lalu.
Pertama, 020200. Lebihan itu adalah terkait dengan perintah pelarasan gaji minimum. Itu yang menyebabkan ia diperuntukkan pengurusan hospital ini dari sudut itu saja. Itu pertamanya. Itu antara sebab mengapa RM100 juta untuk pelarasan ataupun perintah gaji minimum kontrak kawalan keselamatan, itu pertama.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kedua, daripada RM116.4 juta yang lebih itu, perbelanjaan adalah— perbelanjaan untuk mengurus pengoperasian hospital adalah RM16.1 juta. Itu pertama. Tentang terkait kebersihan, RM6.4 juta serta kontrak penyumberluaran sajian makanan dan perolehan bahan mentah hospital melibatkan perbelanjaan lebihan RM10 juta. Jumlah besarnya adalah RM116.4 juta. Itu adalah mengapa perbelanjaan melebihi peruntukan. Itu yang perlu ditanya, why kenapa perbelanjaan itu lebih— apakah tidak dicongak, tidak ditaksirkan, tidak diunjurkan begitu, ini sebab-sebabnya.
Datuk Pengerusi, kedua yang terkait dengan bekalan perubatan fasiliti kesihatan 080700 ya. Kita diperuntukkan RM3.301 bilion tapi telah berbelanja RM3.854 bilion.
Bermaksud...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Pengerusi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Perbelanjaan melebihi RM553.2 juta.
Ya?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Pengerusi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Boleh celah ya Datuk Pengerusi?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Ingin penjelasan. Berkaitan dengan 020200 Pengurusan Hospital. Dia langsung tidak melibatkan dengan penambahan perjawatan kekal pegawai perubatan yang telah diluluskan pada tahun sebelum itu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ini adalah penjelasan yang dibuat oleh kewangan, ya yang dimaksudkan dengan tambahan itu RM100 juta adalah terkait dengan perintah gaji minimum dan tak terkait dengan yang lain, ya. Itu adalah sepertimana yang tertera dalam penjelasan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Kalau begitu, saya melihat bahawa sumber mana daripada kelulusan-kelulusan penjawat-penjawat pegawai perubatan yang telah dilantik daripada kontrak kepada tetap. Adakah menggunakan peruntukan-peruntukan pada ketika itu ataupun sumber daripada yang lain?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Saya pasti kalau ketika mereka telah membuat keputusan— JPA membuat keputusan itu, perbelanjaan itu telah diambil kira dan emolumen itulah dalam emolumen. Bukan dalam perbelanjaan yang terkait dengan pengurusan hospital, Kuala Langat ya? Jadi, itu jelas. RM116.4 juta sebabnya adalah kerana perkara itu. Kalau saya boleh teruskan, hanya tinggal, oh maaf [Kertas terjatuh] tiga minit lagi ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, begini. Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Banyak yang hendak— jadi ini perkara apabila kita berbahas di peringkat jawatankuasa, perlu kita jurus. Saya faham dan saya sangat prihatin dan sedar akan perkara-perkara dibangkitkan oleh ramai kawan-kawan Yang Berhormat di sebelah sini ke, di sebelah sana ke tapi ia tidak terkait dengan perkara
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
yang telah menjadi lebihan perbelanjaan yang antara lain menyebabkan kita terpaksa membentangkan supplementary budget ini atas perbelanjaan yang sudah pun dibelanjakan dalam 2023. Ini satu perkara yang semua YB perlu ambil perhatian ya. Kalau tidak, kita ulang-ulang menyebutkan hal-hal yang saya kira penting, maaf tidak sedikit pun saya kata tidak penting. Cumanya, ia tidak terkait dengan perkara yang kita perbahaskan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Boleh saya tanya sedikit yang mengenai yang terkait mengenai pelarasan gaji minimum tadi, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tadi disebut bahawa peruntukan tambahan itu mengenai pembayaran...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Yang berkait pelarasan gaji minima. Ini bermula 2016 lagi, masalahnya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, ada tiga syarikat yang berjumpa— empat syarikat berjumpa dengan saya mengatakan bahawa tak selesai lagi pembayarannya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, apa perancangan kementerian untuk menyelesaikan keseluruhannya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ya, pastinya perkara ini akan tetap berlaku ya, kalau lah gaji pelaksanaan— pelarasan gaji itu berlaku dalam tahun yang mana peruntukan telah dibuat tetapi perbelanjaan perintah gaji minimum itu tidak bersekali ataupun dinyatakan awal sebab tidak dijangka. Jadi, perkara itu adalah perkara yang menyebabkan perbelanjaan lebihan dari sudut apa yang dikatakan sebagai PGM kontrak kawalan keselamatan itu.
Datuk Yang di-Pertua, saya diizinkan kalau meneruskan seterusnya. Ahli-ahli Yang Berhormat, sahabat-sahabat yang membangkitkan tentang kenapa perbelanjaan ini.
Saya secara ringkas— tinggal dua minit saja. Saya secara ringkas. Perbelanjaan ini Datuk Pengerusi, adalah sebab utamanya adalah merangkumi bekalan perubatan farmaseutikal seperti ubat-ubatan, gas perubatan, reagent vaccine consumable yang lain itu dan utama yang nak saya tekankan adalah keperluan peruntukan tambahan diperlukan berikutan kenaikan harga di pasaran global. Yang ini sebab mengapa it was not anticipated, ia tidak dijangka begitu ya. Beberapa hujah yang nak saya sebutkan sini, yang mana ketara terhadap ubat dan vaksin disebabkan oleh permintaan tinggi selepas peralihan pandemik.
Itu pertama, Datuk Pengerusi.
Kedua, adalah selain itu produk farmaseutikal ya, yang dikeluarkan daripada senarai APPL atau the Approved Product Purchased List. Kita ada tiga cara untuk memberi membuat perolehan ubat-ubatan ya. Pertama adalah central procurement, langsung daripada KKM sendiri ya, perolehan. Kedua adalah yang dikendalikan oleh Pharmaniaga dalam APPL itu yang dikatakan sebagai the Approved Product Purchased List dan ketiga, adalah di mana fasiliti-fasiliti membuat perolehan yang dikatakan sebagai sebut harga yang tidak melebihi RM500,000 dibuat dalam bentuk sebut harga.
Jadi ini adalah kurang lebih sepertiga, sepertiga, sepertiga, ya. Jadi, di mana kalau boleh saya sebutkan ya. Permintaan ataupun selain itu kalau nak— poin yang saya nak tekankan produk farmaseutikal yang dikeluarkan daripada senarai APPL itu Datuk Pengerusi, berikutan penamatan kontrak konsesi penswastaan makmal ubat dan stor Pharmaniaga pada 30 Jun 2023 itu. Ada satu senggang waktu di mana ya, mereka telah luput kontrak-kontrak itu ataupun konsesi itu mengalami peningkatan harga yang mendadak sehingga lima kali ganda melalui perolehan secara tender terbuka ataupun sebut harga.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Kedua-dua kaedah mekanisme pembelian sama ada central purchase mahupun sebut harga ya, adalah kedua-duanya mengalami- saya boleh sebutkan beberapa contoh di mana ya, di mana harga melonjak 200, 300 peratus daripada apa yang kita yang telah ataupun sebelum daripada itu, ya sebelum daripada itu ya, sebelum daripada lonjakan ini berlaku. Saya boleh sebutkan banyak contoh-contoh.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Datuk Pengerusi, Menteri, sedikit penjelasan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Bolehlah, boleh, boleh, boleh.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Okey, saya— terima kasih. Jadi, apa yang diterangkan tadi dikatakan bahawa pharmaceutical product ataupun ubat- ubatan yang kita beli dari luar negara jadi mahal kerana wang ringgit kita jatuh. Itu satulah.
Adakah dia ada ke kaitan lain di antaranya penambahan pesakit yang berlebihan di fasiliti- fasiliti kita kerana berlaku wabak ataupun kerana kemudahan-kemudahan yang kita berikan untuk mendapat rawatan di bawah SPM tu dikurangkan? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi yang saya ingat Kuala Nerus ini sangat peka atas perkara ini. Pastinya ia bersifat multifactorial ya, pastinya bersifat multifactorial sebagai sumbangan yang mengakibatkan lima kali ganda harga-harga ini ya. Kalau kita kata, apakah sebab penyakit— pesakit terus datang ataupun prevalence ataupun cases-nya tinggi, mungkin juga begitu.
Tapi kalau saya mahu jawab, secara berfakta dan berdata, saya perlu telitikan setiap satu, apakah faktor-faktor yang mengakibatkan perbelanjaan yang lebih. Tetapi paling tidaknya saya tahu kos ya contohlah, kalau nak sebut ORS ni ya, oral salt hidration solution pada rawatan dehidrasi sendiri 140— melonjakkan hampir 142 peratus ya, sebagai satu inhaler steroid ini sebanyak ya, lonjakan tinggi ya, sehingga lebih daripada ya, 50 peratus dan juga berat yang lain ya, yang mana saya tengok ya, akan rifamycin contohnya, punya untuk tibi—rawatan tibi ya, lonjakan 300 peratus ya dan Hepatitis B— pediatric vaksin pun ya, kita tengok satu lonjakan hampir 200 peratus.
Jadi, ringkasnya itu adalah faktor yang menyebabkan tidak dapat diramal akan kos, maka ia melonjak begitu tinggi ya. Jadi, pada masa yang sama, untuk menjawab Datuk Kuala Nerus ini, Yang Berhormat, kalau kita perhatikan pertambahan pesakit juga ya, melonjak sepertimana yang saya sebutkan tadi multifactorial sifatnya, 12 peratus yang dirujuk ke hospital dan klinik-klinik susulan peningkatan aktiviti yang kita buat secara sedar, secara conscious, saringan-saringan itu.
Jadi, itu juga ya, menambah kepada saringan tetapi jangan kita lupa, saringan itu pada akhirnya akan mendatangkan kebaikan kerana kita telah mengesan mereka awal dan saringan hanya baik kalau kita susuli dengan rawatan dan kita kekalkan mereka dalam wellness program, ya.
Jadi itu adalah juga sangat penting, termasuk jugalah Skim Perubatan Madani yang pernah saya sebutkan sedikit sebanyak memberikan sikit decongestion di Jabatan Kecemasan kita, our zone especially the green zone, the ED ya, Emergency Department dengan izin. Jadi, kesemua itu adalah faktor-faktor yang diambil kira dalam hal ini, Dato' Pengerusi...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Tuan Pengerusi, sedikit penjelasan. Boleh?
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya– banyak ini. Jelutong, semua tak dapat saya jawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi saya jawab sebenarnya Tuan Pengerusi, saya jawab menyinggung dan terkait dengan apakah sebabnya perbelanjaan itu berlebihan daripada apa yang kita peruntukkan. Adapun perkara-perkara yang Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan tentang kontrak kepada– semua itu adalah saya kira penting
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
tentang hospital, Pulau Pinang contohnya, tentang apa lagi, tentang banyak lagi hal-hal yang saya mahu singgung juga.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Boleh secara bertulis Menteri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Mungkin juga Dato' Pengerusi. Tapi satu yang saya nak untuk kesekian kalinya, Jelutong saya mahu diperbetulkan ya. Dato' Pengerusi, saya mahu perjelaskan. Jelutong memanggil saya doktor pakar. Kepakaran bidang saya adalah– I am not a medical doctor. I am a medical scientist. Jelutong harap ya– saya mendapat doctorate training di St. Mary Hospital...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu sanjungan, sanjungan, sanjungan, compliment.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
*[Ketawa] St. Mary Hospital London, St.
Mary Hospital Medical School London, Imperial College. That is what I am and I would prefer to be called like that. I am a medical scientist.* Itu dulu. Sekarang ini dah lama tinggalkan.
[Ketawa] Bidang saya. I am, not know what I am now, mungkin a journalist. Jadi, itu perkara yang saya tahu kawan-kawan sebelah sana pun menunggu saya membuat penjelasan. Tapi kesekian kalinya saya telah sebutkan, jadi harap difahamkan begitu ya. Jadi, dengan tidak bermaksud mengurangkan penghujahan-penghujahan kawan-kawan dalam berhujah tadi, saya rasa lebih wajar untuk saya memberikan jawapan ini dalam bentuknya tulisan Dato' Pengerusi. Jadi, itu yang nak saya dapat saya rangkumkan semuanya. Terima kasih Dato' Pengerusi. Terima kasih semuanya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kadang-kadang kesuntukan masa ini terpaksa kita atasi.
Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM687,892,500 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita beralih ke kementerian yang berkait seterusnya. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dibuka untuk dibahaskan. Oleh sebab P.43 hanya token sahaja, P.43 tidak perlu dibahas. Kita hanya proceed dengan B.43.
Pembahas-pembahas yang ada di tangan saya, senarainya tiga orang sahaja.
Maka, saya mempersilakan– mereka adalah Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Klang. Pembuka tirai, saya mempersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Dato' Pengerusi, saya rasa sikit berlaku kesilapan. Saya telah berucap dalam perbahasan Dasar hari itu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini dalam Jawatankuasa.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya tidak berucap dalam Jawatankuasa sepatutnya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak mahu ya?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Dengan sedemikian Yang Berhormat Ampang telah menarik diri, saya persilakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Dato' Pengerusi. Saya terus pergi kepada B.43 Butiran 040300. Peruntukan asal dalam Bajet 2023 sebanyak RM320 juta jika dibandingkan dengan bajet tahun 2022, peruntukan sebanyak RM352 juta. Bajet bagi tahun 2023 dikurangkan sebanyak RM32 juta. Persoalannya, apakah pertimbangan daripada Menteri diambil semasa membuat Bajet 2023? Adakah kerana dengan kaedah ini dapat menunjukkan kerajaan sedang berjimat, berbanding dengan tahun sebelumnya?
Tapi hakikatnya, pada hari ini kita melihat peruntukan tambahan sebanyak RM56.9 juta di butiran ini. Jika dijumlahkan keseluruhan, perbelanjaan sudah menjadi RM377 juta, lebih tinggi daripada Bajet 2022, bukannya penjimatan ya. Tetapi ia nampak seperti ada peningkatan. Saya melihat pertambahan sebanyak RM56.9 juta bersamaan dengan satu jumlah yang tinggi dan besar seperti kajian ataupun penelitian anggaran perbelanjaan dan tidak merujuk kepada data-data sebelumnya.
Jika kita lihat pada tahun 2024 bagi butiran yang sama, peruntukan sebanyak RM393.8 juta, dah ada pertambahan sebanyak RM16.8 juta berbanding perbelanjaan tahun 2023 sebanyak RM377 juta, setelah mengambil kira perbelanjaan tambahan pada Kertas Perintah 3 pada hari ini. Apabila diteliti, bagaimana Bajet 2023 asalnya dikurangkan tetapi 2024 meningkat dengan ketara. Mungkin kerana perbelanjaan 2023 tidak mencukupi, maka diberikan tambahan peruntukan bagi tahun 2024. Sebab itu penting rekod dan data daripada tahun sebelum-sebelum dalam kita membuat bajet.
Dato' Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah faktor yang menyebabkan perbelanjaan tambahan bagi Butiran 040300 ini? Adakah kerana pertambahan bangunan, agensi persekutuan atau peningkatan nilai bangunan atau hartanah? Apakah usaha pihak kerajaan bagi mengecilkan atau mengurangkan peruntukan bagi butiran ini? Contohnya dengan mengumpulkan beberapa agensi persekutuan di dalam bangunan yang sama. Saya memberi contoh, contohnya di Kuantan sendiri. Pejabat KWSP, SPAN dan Perangkaan berada dalam bangunan yang sama.
Dato' Pengerusi, saya juga memohon Yang Berhormat Menteri dapat nyatakan, jumlah bayaran SMK kepada semua PBT yang membuat tuntutan, mungkin secara bertulis ya. Namun pada sesi ini, jika boleh YB Menteri kongsikan, bagi lima PBT terima bayaran SMK paling tinggi. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah masih terdapat tunggakan tuntutan SMK ini daripada PBT? Adakah masih ada PBT yang belum membuat tuntutan SMK bagi tahun 2023? Adakah akan terdapat peruntukan tambahan kedua bagi butiran ini selepas ini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya difahamkan Yang Berhormat Klang tidak ada. Jadi, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. 10 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam Ramadan al-Mubarak dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak KPKT ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan dan juga tidak lupa saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerana telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM56.91 juta kepada KPKT bagi penyaluran kepada semua 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tujuan SMK iaitu Sumbangan Membantu Kadar untuk membantu pihak berkuasa tempatan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, bayaran SMK yang telah pun termaktub dalam butiran ini, bajet kali ini adalah di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 156 iaitu, “Jika mana-mana tanah, bangunan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
ataupun hereditamen diduduki bagi maksud awam oleh atau bagi pihak Persekutuan, sesuatu negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam, maka Persekutuan, negeri atau PBT itu tidaklah bertanggungan membayar kadar-kadar tempatan iaitu cukai pintu, berkenaan dengannya tetapi bagi membantu pembayaran, kadar-kadar itu hendaklah memberikan apa-apa sumbangan berkenaan dengannya sebagaimana yang dipersetujui antara Persekutuan, negeri atau pihak berkuasa awam itu mengikut mana-mana yang berkenaan dengan pihak berkuasa yang melevikan kadar-kadar itu”.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Ini adalah punca kuasa Kerajaan Persekutuan untuk membantu PBT di bawah Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap tanah, bangunan atau hereditamen yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan-kawasan PBT termasuk Kuantan tidak dikenakan cukai taksiran oleh PBT tetapi perlu dibayar sumbangan mengikut kadar tertentu. Sumbangan tersebut disahkan nilainya oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Sebagai contoh, aset Kerajaan Persekutuan di bawah kawasan PBT seperti sekolah, hospital, balai bomba, klinik kesihatan, kem tentera, balai polis, kompleks penjara, lapangan terbang dan lain-lain juga. Jumlah pegangan aset yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2022 adalah sebanyak 277,399 unit.
Sehubungan itu, saya tegaskan peruntukan tambahan ini bukanlah merupakan perbelanjaan tambahan. Sebaliknya, ia merupakan satu tanggungan atau satu komitmen Kerajaan Persekutuan yang dibayar mengikut peruntukan 156 Perlembagaan Persekutuan. SMK dibayar kepada 155 PBT ini pada setiap tahun berdasarkan kepada tuntutan yang dikemukakan oleh PBT masing-masing kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan.
Tuntutan SMK yang dikemukakan oleh PBT masing-masing adalah bergantung kepada beberapa faktor iaitu pegangan harta sedia ada, kedua, pertambahan ataupun pelupusan pegangan harta Kerajaan Persekutuan di kawasan pentadbiran PBT serta kenaikan kadar cukai taksiran yang dikenakan oleh PBT kepada pegangan harta milik Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana itu, jumlahnya memang berbentuk dinamik dan berubah mengikut masa kerana pelupusan harta ataupun pertambahan serta kenaikan cukai taksiran oleh PBT masing-masing.
Selain itu, terdapat keperluan menjelaskan tunggakan bayaran SMK kepada PBT yang disebabkan oleh tuntutan yang baru yang baru diluluskan atau tuntutan melangkau tahun. Sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Kuantan tadi, kita memang ada terima lima jumlah tunggakan daripada PBT iaitu pertama daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Perbandaran Tawau serta Majlis Daerah Lahad Datu, Sabah di mana tunggakan ini adalah tunggakan CAAM kerana persetujuan untuk dimasukkan kepada bayaran, sumbangan,bantuan kadar diputuskan pada tahun lepas. Ini juga termasuk tuntutan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam untuk tunggakan bangunan SPRM kerana pegangan ini baru disahkan ke dalam tuntutan SMK. Saya rasa penjelasan ini sangat jelas.
Tuntutan SMK yang dikemukakan— berdasarkan faktor-faktor tersebut, keperluan peruntukan tahunan bagi pembayaran SMK adalah berbeza. Pada setiap tahun, jumlahnya adalah bergantung kepada perubahan semasa dan tuntutan sebenar 155 PBT. Pada tahun 2023, tahun lepas Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 61 buah PBT telah mengemukakan tuntutan SMK pada nilai yang lebih tinggi berbanding dengan tahun 2022. Peningkatan ini adalah kerana penambahan pegangan harta milik Kerajaan Persekutuan di kawasan PBT tersebut serta pelarasan kadar yang dibuat oleh PBT.
Selain itu, pada tahun 2023 terdapat lima PBT yang saya jelaskan tadi, telah mengemukakan tuntutan tunggakan SMK bagi pegangan harta yang baru disahkan sebagai senarai harta di bawah SMK. Maka saya rasa saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan yang telah pun berbahas dalam peruntukan ini. Jumlah tahun ini sebenarnya adalah berjumlah RM377 juta di mana peruntukan tambahan SMK tahun lepas adalah RM56.91 juta. KPKT akan sentiasa memastikan perbelanjaan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
dilakukan secara berhemah, berjimat cermat dan tepat kepada sasaran. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM56,910,550 untuk Kepala B.43 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke kementerian berikutannya, Kementerian Belia dan Sukan. Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahaskan.
Oleh sebab P.45 hanya token sahaja, P.45 tidak perlu dibahas.
Kita teruskan. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah– maaf, maaf.
Perbahasan ya. Kementerian Belia dan Sukan. Baik, senarai terdapat empat orang Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Mereka adalah Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Padang Terap. Jika ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menarik diri, maklum awal. Semua ada ya? Dengan sedemikian, saya teruskan dengan tirai perbahasan. Mempersilakan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya terus masuk kepada Butiran B.45 – Bayaran Yuran Hak Penganjuran MotoGP, RM32 juta.
Saya nak tanya saja. Untuk bayaran yuran hak penganjuran, bukankah ini dari mula-mula itu telah termaktub dalam perjanjian? Kenapa tiba-tiba kita ada tambahan RM32 juta?
Saya juga nak tanya, berapakah jumlah hak penganjuran keseluruhan termasuk tambahan ini? Lain kali kalau kita anjurkan apa-apa sukan ataupun MotoGP ataupun Formula E, Formula 1 ke apa, boleh tak kita maktub terlebih dahulu berapa jumlah yuran hak dan kita tak ada tambahan-tambahan lagi.
Kedua yang pernah saya bangkit tentang Formula E sebelum ini. Saya rasa Menteri masa itu sudah jawab kepada Laporan FMT cakap, suruh pemberita untuk check dengan KBS dulu sebelum laporkan berita. Tapi selepas Menteri jawab, hari keesokannya, FMT keluar lagi satu berita yang bertajuk– saya rujuk di sini dengan tajuk, dengan izin “Motorsports chief stands corrected' on Formula E's interest in Malaysia”. Jadi, laporan ini sekali lagi bangkit tentang isu bahawa memang Malaysia ini ditawarkan untuk menganjurkan Formula E.
Jadi, saya nak tanya. Ada kekeliruan di sini sebab dengan jawapan Menteri dan juga laporan berita ini sebab sekarang MAM, Chairman dia Mokhzani Mahathir buat U- turn. Dia cakap, “Ya, mungkin dia salah. Mungkin ada betul-betul tawaran untuk buat Formula E di Malaysia”. Jadi, saya nak tahu dengan betul, adakah ini betul ataupun tidak dan adakah Malaysia akan mengambil kesempatan ini untuk mengambil bahagian untuk menganjurkan Formula E sampai tahun 2030?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Last sekali, saya tahu Menteri telah jawab tentang Sukan Komanwel. Tapi saya nak bangkit sedikit di sini sebab Sukan Komanwel, dua hari yang lalu, Commonwealth Games Federation katakan, ada satu laporan daripada FMT juga kata Malaysia mungkin akan buat satu Sukan Komanwel yang downsized. Katakan 15 sukan, kita kurangkan kepada 10 sukan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, saya nak tanya kepada pihak KBS. Saya tahu ini sekarang dalam timbangan Kabinet. Saya rasa kalau kita betul-betul nak buat Sukan Komanwel, kita buat satu sukan yang penuh. Kalau saya rasa kita buat Sukan Komanwel, kita buat saja 10 sukan saya rasa itu tidak, tak syoklah. Itu bukan satu sukan yang penuh. Dan juga ada juga cadangan yang cakap, kita buat secara bersama dengan negara Singapura. Saya rasa ini mungkin boleh dipertimbangkan tetapi kalau saya rasa kita betul-betul nak buat Sukan Komanwel, kita patutlah anjur sendiri dengan secara penuh, 15 sukan termasuk sukan yang memang biasa dipertandingkan dalam Sukan Komanwel. Jadi, itu saja yang saya nak bangkit.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik berikutnya.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumsalam.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Dato’ Pengerusi, memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan. Merujuk butiran 031700 - Sepang International Circuit dalam anggaran peruntukan mengurus tambahan sebanyak RM32 juta daripada RM2 juta. Peruntukan tambahan ini bertujuan menampung yuran hak penganjuran acara sukan permotoran antarabangsa Malaysia MotoGP 2023. Persoalannya ialah sejak penganjuran dihentikan pada tahun 2018 akibat dua faktor.
Pertama, kurang sambutan dan keduanya menanggung kerugian. Sedangkan kos tahunan penganjuran ratusan juta ringgit. Oleh itu, sekali lagi saya mohon Menteri dapat jelaskan, berapakah pulangan kepada kerajaan atas penganjuran tersebut serta jaminan mendapat di hati penonton dalam dan luar negeri. Di Argentina, MotoGP 2024 telah dibatalkan akibat krisis ekonomi dan tidak mampu menyediakan perkhidmatan mengikut standard MotoGP. Persoalannya, adalah Malaysia berhasrat mengikut contoh negara Argentina membatalkan MotoGP 2024. Seterusnya, mohon mendapat penjelasan Menteri, SIC ini boleh mempelbagaikan tujuan, seperti jadi mercu pelancongan dalam negara sebagai hasil tambahan.
Satu artikel dalam portal berita baru-baru ini memberi gambaran tentang penantian untuk melihat pelumba negara kembali beraksi di kelas MotoGP, kejuaraan motosikal dunia dijangka berlarutan sehingga 10 tahun lagi. Soalan saya, sejauh manakah bajet yang digunakan mampu melahirkan pelapis muda dan ikon sukan permotoran.
Akhirnya, mohon penjelasan Menteri, penganjuran F1 yang dihentikan pada tahun 2017 dikembalikan penganjurannya pada tahun-tahun seterusnya. Sekian, Dato’ Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerai, berikut dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Jadi, butiran 031700 mengenai Sepang International Circuit Sdn Bhd. Jadi, kita tahu dan sedar bahawa trek perlumbaan sukan motor ini adalah salah satu landmark, dengan izin untuk negara Malaysia dan juga dibuka secara rasmi pada tahun 1999. Dan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
sejak itu telah menganjur pelbagai acara sukan permotoran berprestij termasuk juga Grand Prix Formula 1, Formula 1 Malaysia dan sekarang Grand Prix, MotoGP dan sebagainya. Jadi, Malaysia telah pun memanfaat Litar Antarabangsa Sepang sebagai satu cara untuk mempromosikan pelancongan, meningkatkan ekonomi dan juga membangunkan sukan pemotoran negara.
Jadi, Grand Prix Malaysia Fomula 1 khususnya, telah pun menarik sejumlah besar pelawat antarabangsa dan perhatian media dan sekali gus mempamerkan Malaysia sebagai destinasi sukan global. Tapi litar ini juga membantu membangunkan industri sukan permotoran Malaysia dan juga memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Jadi, salah satu pencapaian utama Malaysia dengan litar antarabangsa ini adalah kejayaan untuk menganjurkan Perlumbaan Formula 1 dari 1999 hinggalah 2017. Jadi, perlumbaan ini bukan sahaja meletak Malaysia di peta dunia, tetapi turut menyumbang kepada industri sukan pelancongan dan ekonomi negara.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun belakangan ini, terdapat kemerosotan dalam penonjolan Litar Antarabangsa Sepang. Jadi, di sini lah Grand Prix Malaysia Formula 1 telah dihentikan pada musim 2017 disebabkan kehadiran yang merosot, cabaran kewangan dan seterusnya. Tetapi, kita tahu bahawa keputusan ini adalah mengikut trend global. Jadi, saya tertarik kerana bila mendengar mengenai ini, ada juga ya khabar angin yang kononnya ada kepulangan. Saya nak kongsi sikit menurut satu akhbar ya, yang diterbitkan Reuters, iaitu “Exclusive Motor Racing Petronas aiming to bring back Malaysia Formula 1”. Tapi selepas itu ada juga satu artikel yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today, “No plan to bring back Formula 1 back to Malaysia”. Dengan izin.
Jadi, saya tertarik sebab jika khabar angin ini benar, berjaya, misalnya Formula 1 kembali, ya mungkin dapat mengembangkan sekali lagi sukan ini dan menyumbang kepada ekonomi. Tapi di sini, kita tahu ya ada beberapa kesan ekonomi yang baik. Jadi, mengadakan perlumbaan motor sport dapat menarik sebilangan besar pelawat antarabangsa, termasuk peminat pasukan dan sebagainya. Kedua, menganjurkan perlumbaan, melabur dalam pembangunan infrastruktur, termasuk pembinaan dan juga penambahbaikan jalan raya dan semuanya.
Ia akan memberi manfaat kepada ekonomi tempatan selepas acara berlangsung dan juga penganjuran perlumbaan motor sport ini dapat menjana peluang pekerjaan. Ini kita tidak boleh nafikan. Jadi, bukan sahaja sektor pelancongan, sektor hospitaliti dan juga sektor sukan, ya kita tahu ini kita tidak boleh nafikan. Tapi, mengadakan perlumbaan motor sport ini dapat juga merangsang minat, ini penting. Minat dalam sukan permotoran di kalangan rakyat Malaysia.
Jadi, kalau la kita sebutkan Formula 1 dan juga MotoGP, ia dapat menyediakan platform untuk meningkatkan reputasi antarabangsa dan mana kita tahu ya, mungkin dalam satu tahun, bukan satu tahun, mungkin dalam masa yang terdekat ini, kita terus melabur dan kita boleh ya, Malaysia boleh mempunyai mana tahu Michael Schumacher, Lewis Hamilton, Kimi Rokenine dan sebagainya.
Jadi walaupun, di sini saya nak persoalkan. Tambahan sebanyak RM32 juta sebagai kos untuk menampung pembayaran yuran hak penganjuran ni membawa pelbagai persoalan Antaranya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan ini berlaku? Jadi, sebagai perbandingan, Formula 1 di Las Vegas yang telah diadakan di Las Vegas 2023, membawa masuk USD1.3 bilion kepada ekonomi tempatan di US. Dan kemudiannya, mencipta sebanyak tujuh ribu pekerjaan dan membawa masuk sejumlah USD361 juta gaji dan juga upah. Jadi, di sini sektor sukan motor sport ini sebenarnya adalah satu sektor yang amat kreatif, dengan izin dan juga mampu membawa pelbagai kebaikan untuk negara kita, sekiranya dilakukan dengan telus, dianjurkan dengan baik.
Jadi melangkah ke hadapan, Malaysia boleh memanfaat Litar Antarabangsa Sepang untuk meningkatkan lagi kedudukan sebagai destinasi sukan permotoran dengan menganjurkan pelbagai acara sukan permotoran dan juga melabur dalam infrastruktur dan kemudahan. Saya pasti Malaysia boleh terus mendapat manfaat daripada kelebihan ekonomi dan juga sosial yang datang dengan menjadi pemain terkemuka dalam industri sukan permotoran. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera, saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato’ Pengerusi, saya menyentuh Aturan B.45, Butiran 030000 iaitu Kementerian Belia dan Sukan telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM32 juta bagi menampung yuran hak penganjuran Acara Sukan MotoGP pada tahun 2023, yang mana kita lihat bajet tambahan yang dipohon ini agak ketara jumlah yang besar, berbanding belanjawan tahun 2023 yang telah diluluskan. Persoalan saya di sini ialah Yang Berhormat Menteri, apakah pihak kerajaan tidak ada pelan ataupun perancangan untuk menampung yuran hak penganjuran MotoGP ini? Kenapa dimohon bajet tambahan dan minta perincian yang sebenar jumlah yuran tersebut?
Selain itu, Yang Berhormat Menteri juga pernah menyatakan bahawa peruntukan yang berjumlah RM20 juta dalam Belanjawan 2023 adalah untuk tujuan menaik taraf Litar Antarabangsa Sepang ini sebagai suatu langkah yang amat penting dalam usaha menarik lebih banyak penganjuran acara tempatan dan antarabangsa, selepas litar ini tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan sejak COVID-19 melanda negara tiga tahun yang lalu. Bolehkah saya mengambil peluang perbahasan ini untuk meminta penjelasan daripada kementerian tentang status semasa proses menaik taraf litar tersebut berdasarkan bajet RM20 juta tersebut.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya juga ingin mengetahui, adakah dengan penganjuran sukan motor di litar tersebut telah memberikan pulangan yang signifikan kepada pendapatan negara?
Berapakah pulangan yang diperolehi hasil daripada penganjuran sukan MotoGP pada tahun lepas? Kerana kita lihat ada peningkatan kehadiran penonton yang hadir ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada tahun yang lalu iaitu sebanyak 182,912 penonton, berbanding tahun sebelumnya, hanya 163,567 penonton.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Menteri juga pernah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan tiket harga ‘rahmah’ sempena dengan acara sukan permotoran tersebut untuk menggalakkan lebih ramai penonton dalam acara sukan tersebut, memandangkan harga tiket agak mahal dan menyebabkan penjualan tiket tersebut agak perlahan. Soalan yang saya ingin bangkitkan ialah adakah harga tiket ‘rahmah’ tersebut merupakan subsidi daripada kerajaan atau ia menjadi ‘rahmah’ disebabkan oleh pengurangan cukai hiburan atau mendapat tajaan daripada mana-mana pihak? Mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Yang terakhir sekali, Dato’ Pengerusi, seperti yang kita ketahui, negara kita masih bergelut untuk melahirkan pelumba yang berdaya saing di perlumbaan MotoGP. Saya dapat melihat komitmen Kementerian Belia dan Sukan dalam dunia sukan permotoran apabila KBS dengan kerjasama Sepang International Circuit (SIC) membantu seorang atlet muda yang bernama Qabil Irfan yang berumur 12 tahun untuk melanjutkan kariernya dalam bidang perlumbaan motosikal.
Soalan saya. Apakah langkah kementerian untuk memperkasakan sukan permotoran dari sudut pembangunan atlet supaya dapat melahirkan pelapis-pelapis atlet permotoran yang akan bersaing di peringkat antarabangsa? Adakah kementerian sudah menyediakan pelan pembangunan permotoran komprehensif, terutamanya dalam melahirkan pelumba yang bertaraf antarabangsa? Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM32,000,000.00 untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Dato' Yang di-Pertua, rasanya Menteri kena respons dahululah kot.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Maaf. Bulan-bulan puasa ini.
[Dewan riuh]
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, 10 minit.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Pengerusi, saya akan ringkaskan jawapan saya. Terlebih dahulu, Kementerian Belia dan Sukan ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Tahun 2023 yang menyentuh isu berkaitan KBS iaitu Yang Berhormat Kampar, Jerai, Bukit Bendera dan Padang Terap.
Mengenai keperluan bajet tambahan ini, jawapannya adalah keperluan penyediaan peruntukan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2021 melibatkan memorandum berhubung permohonan peruntukan dana bagi pembiayaan Yuran Hak Penganjuran Acara Sukan Permotoran Antarabangsa Malaysia Motorcycle Grand Prix (Malaysia MotoGP) oleh Sepang International Circuit bagi tempoh lima tahun iaitu 2022 sehingga 2026. Mesyuarat antara lainnya telah bersetuju dengan perkara berikut:
(i) supaya acara Sukan Permotoran Antarabangsa Malaysia MotoGP diadakan dan diuruskan oleh SIC;
(ii) supaya baki suntikan dana kerajaan kepada SIC sebanyak RM65.14 juta digunakan bagi membiayai Yuran Hak Penganjuran Acara Sukan Permotoran Antarabangsa Malaysia MotoGP bagi tahun 2022 dan sebahagian tahun 2023, manakala bagi tahun 2023 dan 2024, peruntukan kewangan akan disediakan berdasarkan keperluan sebenar SIC serta kedudukan kewangan semasa negara;
(iii) supaya Yuran Hak Penganjuran Acara Sukan Permotoran Antarabangsa Malaysia MotoGP bagi tahun 2025 dan 2026 dibiayai menggunakan sumber dalaman SIC termasuk mendapatkan penajaan korporat.
Jumlah Yuran Hak Penganjuran Acara Sukan Permotoran Antarabangsa Malaysia MotoGP bagi tempoh lima tahun sebagaimana ketetapan oleh Dorna Sports, pemegang hak komersial kejohanan MotoGP, adalah seperti berikut:
| Tahun | Jumlah (RM juta) |
|---|---|
| 2022 | 49.5 |
| 2023 | 53.0 |
| 2024 | 57.0 |
| 2025 | 62.0 |
| 2026 | 68.0 |
| Jumlah | 292.0 |
Daripada penjimatan geran Sepang International Circuit berjumlah RM65 juta bagi tahun 2021 dan sebelumnya, sebanyak RM43 juta telah dibelanjakan untuk pembayaran Yuran Hak Penganjuran Malaysia MotoGP pada tahun 2022. Manakala baki sebanyak RM21 juta telah dibawa ke tahun 2023 untuk pembayaran Yuran Hak Penganjuran
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Malaysia MotoGP berjumlah RM53 juta yang mana baki keperluan sebanyak RM32 juta ini telah dipohon melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun 2023. Penyaluran dana berjumlah RM32 juta telah diberikan oleh MOF melalui Surat Kuasa Berbelanja bertarikh 22 September 2023.
Impak penganjuran MotoGP. Jumlah penonton adalah 182,912 orang. Kos penganjuran sebenarnya adalah RM17.6 juta. Mengapa MotoGP? Jendela negara ke mata dunia adalah event ini ya, salah satu daripada litar perlumbaan utama di dunia. 25 tahun menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia. Trend peningkatan penonton berterusan semenjak 10 tahun ke belakang iaitu tiga kali ganda. 182,000 pengunjung penonton sekarang.
Penjanaan impak ekonomi sebanyak RM152 juta pada tahun 2022 dan pulangan pelaburan ROI adalah 3.5 kali. Platform ini juga merupakan platform pembangunan bakat pelumba dua roda negara. 2022, Hakim Danish menjadi Juara Asia Talent Cup. 2023, Qabil Irfan, Juara FIM Mini GP World Series.
Sepang International Circuit telah menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS untuk hak penjenamaan litar pada tahun 2023. Sepang International Circuit sedang membangunkan pelan perniagaan jangka panjang yang akan dibentangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan pada suku keempat 2024.
Yang Berhormat Jerai telah meminta sama ada Sepang International Circuit akan digunakan, dipergiatkan lagi untuk aktiviti yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun ini, Rakan Muda menerima bajet RM20 juta. Dalam Rakan Muda, ada 10 gaya hidup dan salah satunya adalah Rakan Litar. Sepang International Circuit telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan lebih banyak lagi program, bukan event bertaraf antarabangsa sahaja tetapi kita hendak golongan belia menggunakan tempat tersebut.
Kita akan pastikan Jabatan Belia dan Sukan Negara juga akan menggunakan litar Sepang International Circuit untuk kita memberi ruang kepada golongan belia yang mungkin tidak mampu untuk menyewa tempat tersebut tetapi melalui program Kementerian Belia dan Sukan, kita akan membuka ruang untuk belia masuk ke tempat tersebut. Kita juga sedang melihat model-model business yang lain seperti menggunakan tempat itu untuk acara event yang berlainan.
Saya juga telah menganjurkan satu sesi untuk mengenali Sepang International Circuit dengan semua duta yang hadir di Malaysia supaya mereka juga boleh menyewa tempat tersebut untuk mesyuarat korporat. Kita ada banyak fasiliti di situ. Sepang International Circuit akan membentangkan pelan perniagaan kepada KBS tahun ini.
Yang Berhormat Kampar telah membangkitkan mengenai Formula E. Ini adalah bajet untuk MotoGP, tetapi saya hendak jawab. Formula E telah dilaporkan oleh FMT.
Selepas laporan tersebut dan selepas jawapan saya di sini, syarikat tersebut telah menghubungi pejabat saya dan mengakui bahawa mereka belum berjumpa dengan kita tetapi mereka pergi ke PMO. Okey. Jadi, kita telah ada satu mesyuarat yang telah kita set- kan untuk minggu hadapan untuk berjumpa dengan mereka untuk mendengar maklumat tersebut.
Yang Berhormat...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Yang Berhormat Menteri. Dato’ Pengerusi. Adakah cadangan daripada Kampar untuk menggerankan bajet untuk formula ini akan diteruskan ataupun akan berlaku penambahan dari tahun ke tahun?
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Saya nak jawab mengenai Formula E ini dulu.
Yang Berhormat Bukit Bendera juga ada sebut mengenai Formula 1. Kenapa ada berita yang berlainan? Ada yang kata kita nak anjur, ada yang kata kita tak nak anjur.
Penganjuran antarabangsa ini selalunya ada pihak yang akan pergi bid. Okey, ada yang pergi bid tanpa kelulusan kerajaan. Selepas bid, mereka datang berjumpa kata kita dah dapat bid, kita nak duit untuk anjurkan. Jadi, tak adil untuk kerajaan kalau ada pihak yang pergi bid tanpa mendapatkan kelulusan.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Mengikut akta kita, Akta Pembangunan Sukan 1997 dan ini bukan sahaja untuk permotoran tetapi untuk semua sukan. Akta Pembangunan Sukan 1997 mengatakan kelulusan untuk menjadi tuan rumah pertandingan antarabangsa, seksyen 33. Tiada seorang pun boleh membuat tawaran ataupun menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi apa-apa pertandingan atau acara sukan antarabangsa di Malaysia tanpa kelulusan bertulis Menteri terlebih dahulu dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Dalam satu tahun yang lepas, ada pihak-pihak yang datang jumpa dengan saya kata kami dah bid tapi kami tak ada duit. Kami nak KBS, MOF bagi duit. Okey, sebenarnya ikut akta, tak boleh bid tanpa kelulusan. Kalau tidak, kerajaan akan terikat dengan beban kewangan untuk menganjurkan program-program seperti ini.
Untuk Formula 1, kita telah jawab. Yuran hak penganjurannya tinggi.
Anggarannya RM228 juta berbanding dengan MotoGP, RM53.2 juta. Okey, bermaksud MotoGP lebih murah. Anggaran untuk Formula E, kita tak dapat info itu tetapi anggaran berdasarkan kajian adalah lebih kurang RM120 juta. Dua kali ganda MotoGP. Jadi, walaupun semua orang akan mengatakan event ini bagus, event ini bagus tetapi kita kena tengok kemampuan dan minat rakyat terhadap sukan tersebut. Kenapa MotoGP seperti yang saya nyatakan, 182,000 pengunjung akan datang dan Sepang International Circuit memerlukan acara MotoGP ini. Untuk peluang pekerjaan yang telah dijana oleh MotoGP.
Untuk tahun lepas, MotoGP 2022 anggarannya adalah- telah mencipta 2,502 peluang pekerjaan, di mana sektor-sektor seperti penganjur - 419 orang. Pasukan perlumbaan - 190 orang. Pengunjung tempatan - 600 orang. Pengunjung luar - 711 orang dan vendor - 577 orang, memerlukan tenaga kerja tempatan untuk memenuhi permintaan pengoperasian perlumbaan. Perbekalan perkhidmatan dan barangan, hotel, logistik, aktiviti promosi dan lain-lain lagi. Okey.
Kejohanan Malaysia MotoGP 2022 ini juga telah menarik 6,662 pelancong asing dan menjana impak ekonomi sebanyak RM54 juta. Kejohanan Malaysia tahun lepas 2023, berjaya meningkatkan ketibaan pelancong asing. Meningkat dua kali ganda kepada 14,867 orang pelancong asing. Bermaksud, kalau kita lihat nombor ini berbanding dengan jumlah pengunjung MotoGP, ramai rakyat Malaysia yang menyokong MotoGP. Itu sebab kita akan pastikan tahun ini bila dianjurkan MotoGP, kita nak pastikan tiket-tiket itu kita akan pergiatkan lagi untuk pastikan ramai lagi pengunjung boleh bersama.
Untuk Tiket Rahmah, kita wujudkan Tiket Rahmah ini untuk pastikan ada golongan B40 yang boleh mengikuti program ini dan lokasi ditentukan oleh Sepang International Circuit. Jawapan yang telah disediakan adalah ia adalah kategori tiket tambahan yang disediakan oleh Sepang International Circuit untuk memberi akses kepada seluruh masyarakat dan bukan subsidi daripada kerajaan. Penambahan tiket di kawasan yang kita sediakan untuk mereka.
Saya kira setakat itu sahaja Tuan Pengerusi, yang saya sempat jawab dalam masa yang telah disediakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM32 juta untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.45 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Kepala P.46 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2023] – Tuan Pengerus
Kita beralih kepada Kementerian Sumber Manusia. Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab P.46 hanyalah token sahaja, P.46 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Kepala P.47 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2023] – Tuan Pengerus
Berikutnya kita beralih kepada kementerian berikut. Kementerian Komunikasi dan Digital. Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital. Oleh sebab P.47 hanyalah token sahaja, P.47 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Kepala B.60 - Jadual] - Tuan Pengerus
Majlis ke kementerian yang berkaitan. Kementerian Pertahanan. Kepala Bekalan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahaskan. Senarai yang berada dengan saya hanya tiga orang Yang Berhormat akan berbahas. Pertamanya, Yang Berhormat Ketereh. Kedua, Yang Berhormat Pendang dan ketiga, Yang Berhormat Arau. Pohon Yang Berhormat tumpukan kepada Peraturan Mesyuarat 67(7) tadi. Dipersilakan Yang Berhormat Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
*Bismilllahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 010100 – Pengurusan Am yang melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM233,498,600. Dengan penambahan tersebut, saya ingin tahu adakah ia melibatkan juga dengan kebajikan veteran angkatan tentera?
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pertahanan Negara yang melibatkan sebanyak lebih RM177 juta, yang melibatkan pertahanan darat dan juga pertahanan maritim. Di sini saya mahu Menteri memperjelaskan, apakah yang dibuat kepada RM177 juta itu? Bila saya tengok kepada permohonan tambahan ini, saya rasa sedih kerana dah 10 tahun dah veteran ini menunggu pelarasan pencen tapi tak adapun minta sebegini banyak duit untuk selaraskan pencen. Padahal, itu hak mereka. Jadi, seterusnya saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa perkhidmatan
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
ATM ini tidak sama dengan perkhidmatan awam yang lain. Banyak orang keliru. Ini adalah berdasarkan kepada Perkara 132, 137 dan Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi kalau kita tengok 132 tu, dia sebut perkhidmatan-perkhidmatan awam itu, angkatan tentera atas sekali, tetapi tiada priority untuk veteran. Yang kedua, perkhidmatan kehakiman, perundangan. Lepas itu baru perkhidmatan am Persekutuan. Lepas itu polis, lepas itu perkhidmatan awam bersama lain-lain bawah lagi.
Jadi, Perkara 137 cerita pasal Majlis Angkatan Tentera yang mana bertanggungjawab kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera dan segala yang lain berhubung dengan perkara yang lain, kecuali selain daripada penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi. Jadi bermaknanya di sini, kalau kita tenok Majlis Angkatan Tentera ini fungsi dia itu melibatkan pelarasan pencen, tetapi dinafikan. Hari itu Menteri pun cakap macam gitu.
Perkara 179, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, cuba tengok balik. Dia tidak termasuk pegawai tentera. Ada itu, cuba baca balik betul-betul. Kemudian seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972, menyatakan Majlis Angkatan Tentera telah diberi bidang kuasa untuk membentuk satu peraturan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah ATM 1982.
Jadi, apa lagi? Okey.
Saya nak pergi seterus pasal nak cepat, masa nak habis. Hari itu ada kes yang dibawa oleh Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia tahun 2022. Jadi tahun ini, 5 Ogos sudah bagi keputusan yang mana Majlis Angkatan Tentera diputuskan oleh Mahkamah Tinggi ya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Majlis Angkatan Tentera telah gagal melaksanakan tugas dan bertanggungjawab sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini Mahkamah Tinggi bagi tahu. Majlis Angkatan Tentera dikehendaki melaksanakan hak persaraan pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013, serupa dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari, tetapi tak buat juga.
Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan pencen kepada veteran angkatan tentera. Satu lagi Mahkamah Tinggi bagi tahu, kegagalan menyelaras pencen veteran angkatan tentera adalah satu keingkaran kepada Perlembagaan Persekutuan. Jelas, apa yang ditunggu lagi? Jadi isu penyelarasan pencen ini, 78,586 veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 ini perlu dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Angkatan Tentera.
Jadi, sepatutnya MINDEF ini berasa gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi ini. Buat solat hajat, syukur kerana dah 10 tahun dah, 10 tahun dah veteran itu tunggu untuk kelulusan pencen. Tiba-tiba saya dikejutkan oleh Menteri itu hari, dia kata nak bawa ke Mahkamah Rayuan. Apa ini? Apa? Kalau pergi Mahkamah Rayuan pun sama juga keputusan dia, sebab ini melibatkan Perlembagaan. Awak tak boleh challenge Perlembagaan.
Jadi, saya di sini saya berharap Perdana Menteri sebab Menteri Pertahanan ini satu pun tak pernah nak selesaikan masalah ini. Jadi saya harap sangat Perdana Menteri dengarlah saya cakap ini, selesaikan isu penyelarasan pencen ini kerana tak usah sebut lagilah seperti Menteri kata— Menteri sebelum ini, sebelum Kota Tinggi ini, dia kata keputusan mahkamah adalah keputusan kerajaan. Tetapi, apa jadi? Lepas itu hari, itu Menteri kata lagi, keputusan mahkamah keputusan kerajaan. Apa ini? Apa dia nak bohong pada kita? Kesianlah 78,000 ini, dah tua-tua dah. Ada yang umur 99 tahun, tolonglah.
Kebanyakan mereka dah 70 tahun, 80 tahun. Mereka ini sakit-sakit semua dah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Saya bagi setengah minit lagi.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi, saya mintalah Perdana Menteri kerana nampak sekarang ini sinar untuk menolong veteran ini tidak, tidak, dah gelap dah. Jadi saya harap Perdana Menteri sahajalah yang boleh membantu dan biarlah ianya dilaksanakan dalam masa pemerintahan kerajaan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, minta laluan. Nak sokong veteran. Sedikit je Timbalan Pengerusi.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Please.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Yang Berhormat menyokong pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Macam inilah, macam ini, macam ini. Saya nak tengok dululah. Sekarang ini sudah berapa lama? Satu tahun tiga bulan, satu tahun empat bulan dah saya duk laung benda ini sampai sekarang tak buat. Jadi buat dulu, lepas itu kita kiralah macam mana. Itu sahajalah. Sekian, saya mohon menyokong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketereh akan sokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kalau dapat bantuan untuk veteran. Terima kasih.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Buat dululah, buat dulu. Bagi tahu kat Perdana Menteri, buat dulu. Okey, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jangan nak janji.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah, sudah. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada butiran B.60 - Kementerian Pertahanan berkenaan dengan apa yang dibangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Jadi di sini saya menyentuh berkenaan dengan 010000, 20000 - Perkhidmatan dan Bekalan dan juga 020200 - Pertahanan Darat.
Jadi, saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada 12 Mac 2024 yang lalu di Dewan yang mulia ini mengenai status perolehan senjata artileri daripada negara Slovakia iaitu artileri daripada jenis EVA 155 mm. Apakah benar kerajaan telah mengeluarkan surat niat kepada syarikat Global Komited Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat Weststar untuk perolehan 18 buah meriam jenis ini pada harga siling berjumlah RM804 juta. Dengar ya ayat saya, apakah benar? Persoalan.
Umum juga mengetahui bahawa Tentera Darat telah melalui tempoh percubaan yang rigorous dengan izin, atau teliti bagi memilih artileri SPH jenis CAESAR yang dibangunkan oleh syarikat NEXTER dari Perancis dan Advanced Defence Systems Sdn.
Bhd. (ADS) dari Malaysia. Antara keperluan utama daripada Tentera Darat ini adalah supaya sistem SPH ini yang bakal dibeli kelak boleh muat untuk diangkut dengan menggunakan pesawat Charlie C-130 milik TUDM. Saya difahamkan melebihi daripada had yang ditetapkan oleh Charlie tadi ini C-130 Hercules tadi.
[Batuk] Minta maaf. Minta penjelasan daripada Kementerian Pertahanan.
Seterusnya saya ingin menarik perhatian semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada fiasco perolehan kenderaan IAG Guardian yang dibuat oleh syarikat yang sama iaitu Global Komited Sdn. Bhd yang dilakukan secara tergesa-gesa dalam satu pakej besar dengan tajuk perolehan lain iaitu Perolehan Peluru Berpandu Starstreak berjumlah 897 yang saya sudah pernah sebut peringkat Dasar bahawa peluru Starstreak ini burned macam itu, tidak boleh digunakan, dijadikan tukar ganti dengan four-by-four yang kita bekalkan kepada MALBATT di bawah arahan United Nations.
Jadi, kita tengok bila macam itu, pada satu ketika pihak Angkatan Tentera Malaysia sangat memerlukan sistem peluru berpandu jarak sederhana dan juga jarak jauh untuk digunakan dalam aspek cegah rintang pencerobohan ruang udara yang kerap berlaku di Pantai Timur Sarawak. Walau bagaimanapun, sistem pertahanan udara yang dibeli adalah bersifat short range atau jarak pendek.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini tentera dia faham. Mungkin Pengerusi Dato’ Yang di-Pertua pun faham, bekas pasukan keselamatan. Perolehan ini dibuat dengan kontrak bernilai RM890 juta dengan MINDEF memperoleh peluru berpandu jarak dekat iaitu VSHORAD, very short range air defense system. Dengan perolehan sistem Starstreak dari syarikat Thales yang berpangkalan di Belfast, United Kingdom.
Selain daripada perolehan sistem Starstreak untuk ATM, syarikat Global Komited Sdn. Bhd. juga diberikan kontrak untuk membeli semula sistem peluru berpandu Starburst lama yang digunakan sejak tahun 1992 dengan nilai RM60 juta. Tadi pertukaran berlaku antara four-by-four itu. Lepas itu burned tak boleh guna, hilang RM60 juta pun United Nations tak bayar kerana tak ikut spec yang ditetapkan oleh United Nations yang kita supply MALBATT four-by-four kepada MALBATT ini. Hilang macam itu, siapa yang dipersalahkan? Minta penjelasan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, apabila Laporan Ketua Audit Negara pada 2019 mengumumkan Malaysia mengalami kerugian dari segi tuntutan semula kos operasi anggota MALBATT di Lebanon berjumlah RM2.2 juta, mengambil kira kenderaan perisai AG Guardian yang digunakan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh PBB.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Ini adalah bukti jelas kaedah perolehan yang dibuat oleh MINDEF adalah bersifat contractor-driven then, bukannya end user-driven. Isu penting kerana aset yang dibeli oleh ATM ini adalah berdasarkan jumlah yang mahal. Hampir RM1 bilion dan ia akan menjadi gajah putih, tidak akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak Tentera Darat.
Tambahan lagi, penggunaan doktrin artileri sistem SPH EVA ini masih baru dan tidak pernah dicuba oleh pihak tentera darat sebagaimana dalam sistem CAESAR yang dibangunkan oleh Nexter ini. Saya nak minta sedikit berkenaan dengan isu perumahan anggota angkatan tentera yang tidak dilaksanakan sepenuhnya buat masa ini, iaitu menyediakan– pihak MINDEF ataupun pihak Kementerian Pertahanan minta menyediakan rumah atau kuarters yang selamat dan selesa.
Pada masa ini, pihak MINDEF masih kekal menawarkan rumah anggota keluarga angkatan tentera kepada anggota yang sedang berkhidmat di dalam kawasan kem, walaupun terdapat RKAT yang sudah berusia lebih daripada 40 tahun dan tidak lagi kondusif dalam situasi semasa. Jadi, saya minta semua– sebab ini keselamatan, termasuk keselamatan anggota tentera, keluarga, isteri dan juga anak-anak mereka. Supaya kuarters-kuarters ini diperkemaskinikan, disiap dengan lebih kompleks supaya mereka dapat hidup dengan lebih selesa.
Sekian, terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya.
Saya harap pihak Kementerian Pertahanan mengambil tindakan dan menjawab apa-apa perkara yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* rakyat Malaysia, orang muda. Tap, tap screen guys. Yang Berhormat Pengerusi, sekejap lagi saya akan bangun di bawah 14(1)(l). Adakah saya nak bangun sekarang ataupun selepas? Kalau nak bangun sekarang, kena berhentikan yang itu sebab saya nak– pasal benda itu penting.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Selepas ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab Yang Berhormat jadi Pengerusi dan saya berucap di sini semalam.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Selepas ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Selepas? Okey. Sekarang ini, saya tak mahu menghabiskan masa. Laju sangat pula jam ini, ya. Pertama sekali, saya bercakap hal sekarang ini di bawah DR 4/2024. Jadi– iaitu di bawah Perbekalan Tambahan. Tajuk yang saya bawa sekarang ini ialah B60 – Kementerian Pertahanan, yang mana dalam Kementerian Pertahanan ini hanya disebut bayaran pukal untuk air, elektrik, pembetungan dan minyak serta pertahanan darat dan juga pertahanan maritim.
Saya nak cakap pasal pertahanan maritim. Semua orang tahu tajuk tetapi saya akan bawa tajuk lain dulu, ya. Kita tahu bahawa di Laut China Selatan, kita ada telaga minyak. Dalam United Nations Law of the Sea (UNCLOS), perjanjian dibuat oleh semua negara bahawa daripada sempadan negara itu sampai ke 200 batu nautika ialah kawasan ekonomi – Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Jadi, hat yang ini 200 batu nautika– ke sempadan negeri ialah tiga batu nautika, pantai sampai 300 batu nautika. Selepas itu, 200 batu nautika. Kemudian, Sabah Sarawak saya kurang pasti tetapi saya percaya mungkin 10 batu nautika dan selepas itu, terus kepada 200 batu nautika. Ini seluruh dunia mengiktiraf kita tetapi ada satu negara yang dia tidak mahu tandatangan ini dan dia tak mengiktiraf UNCLOS.
Kita pakai dotted, dengan izin, line untuk sempadan negara kita tetapi mereka pakai dash line. Nine-dash line, sembilan dash itu ialah sempadan negara yang mana termasuk kawasan Laut China Selatan. Sekarang ini ialah– ini ialah bukan tuntutan bertindih. Semua tempat ini, tempat yang kita ada sekarang ini sudah ada peraturannya di mana kita membangunkan kawasan ini, terutamanya mencari minyak dan sebagainya di kawasan kita, di kawasan yang dibenarkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.
Tetapi, saya mendapat gambar-gambar terbaru menunjukkan bahawa kapal pengawal China ada lalu berdekatan dengan oil rig kita. Kawasan telaga minyak kita.
Telaga minyak kita kawasan larangan yang dia kena ada beberapa jarak untuk membolehkan kita berada di kawasan yang berkenaan. Kalau jadi apa-apa, bererti oil rig, telaga minyak kita dalam keadaan ancaman. Jadi, kapal pengawal ini pergi dan gambar- gambar telah diambil menunjukkan mereka berada dekat dengan telaga minyak.
Kedua Yang Berhormat, saya dah bercakap tetapi Menteri jawab berdasarkan pegawai tulis iaitu kita akan ambil tindakan, kita akan adakan kawalan di Beting Patinggi Ali. Ini bukan jawapannya. Ini kita nak tengok apa yang mereka buat untuk memastikan Beting Patinggi Ali tidak perlu diganggu. Beting Patinggi Ali letaknya 80 batu nautika daripada Pantai Sarawak, kalau tak silap saya Bintulu.
Jadi, ini adalah menjadi masalah sebab bila kapal berada di Beting Patinggi Ali, dia– nelayan kita yang pergi ke sana, tempat ikan cukup banyak, dia larang. Dia kata, ini kawasan negara mereka dan di situ ada dua telaga minyak yang sudah saya sebut berkali- kali dan saya tak dapat seorang pun daripada Menteri Pertahanan sebelah sana yang pernah pergi ke sana dan tengok sendiri. Tetapi kita tak boleh berhenti. Sebab apa? Tidak ada– ini ialah beting kecil tetapi di situ ialah kawasan sumber bumi di antara yang terhebat di dunia.
Jadi, kita kena pertahankan– ini kawasan kita dan ini juga tempat untuk kajian geologi, ekologi dan juga lain-lain lagi, yang cukup hebat sebab Pentas Sunda itu sudah berlaku perubahan di Pentas Sunda di sini bermulanya, di Beting Patinggi Ali. Kita ada Pulau Natuna di sana.
Jadi, saya minta supaya kerajaan secara serius– jangan jawab kata, kita hantar nota bantahan. Ini bukan soal nota bantahan. Mereka menceroboh. Kita kena lawan balik.
Ini yang saya tahu, kapal tentera laut cuma ada sebiji. Kapal APMM sebiji. Lama tunggu tetapi kapal Pengawal Pantai China duduk tiga kilometer dari beting. Kapal kita duduk 10 kilometer. Hak kita, sepatutnya kita duduk dua kilometerlah.
Jadi, kononnya kita tak mahu bagi bertembung. Ini bukan soal bertembung. Ini ialah keselamatan negara mesti di jaga. Rakyat Sarawak sudah pasti bersama dengan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
saya tentang perkara ini. So, kita pertahankan Beting Patinggi Ali tetapi ini bukan– ini adalah kawasan negara Malaysia dan kita dapat sumber alam yang begitu banyak untuk membiayai negara. Gunakan sumber alam itu untuk mempertingkatkan pertahanan kita.
Kapal-kapal yang ada sekarang ialah kapal-kapal yang sudah lama. Ada yang berumur 30 tahun. Jangan tunggu dah cukup umur, baru kita nak buat baharu. Buat baharu daripada sekarang. Memang LCS kita gagal. Kita buat lagi sebab apa yang paling penting, kapal ini perlu berada di sana.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab, mereka perlu berada bukan seminggu. Sekurang-kurangnya sebulan berada di sana seperti mana mereka.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya akhiri ucapan saya. Saya ucap terima kasih. Juga Yang Berhormat, jangan lupa pertahanan darat. Pertahanan darat ini– sebab ini melibatkan minyak. Saya bimbang dulu, pernah kapal kita tak pergi berjaga sebab minyak tak ada.
Jangan berkira dengan minyak sebab kita mesti pastikan keselamatan dijaga.
Pertahanan darat saya telah sebut berkali-kali, supaya kerajaan memerhatikan balik batu tanda yang kita buat itu, supaya tidak ada mana-mana pihak menceroboh.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa cukup, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya berterima kasih, Puan Pengerusi dan sekarang, saya akan bangun di bawah 14(1)(l).
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
14(1)?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
14(1)(l). Memberi penerangan sendiri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang mana satu? 14...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini mengandungi benda serius, ya.
Termasuk backbenchers. Serius, ya. Boleh, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang mana satu? Peraturan mesyuarat yang mana?
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Baca, baca. Baca, Arau. Baca.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
14(1)(l) Memberi penerangan sendiri, sebab Yang Berhormat, semalam kita bincang di bawah DR 4/2024. Di sini di dalam buku hijau ini, dia tak sebut Jabatan Perdana Menteri. Dia sebut terus sumbangan pilihan raya dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini, dalam buku undang-undang ini.
Tetapi, buku hat Parlimen ini, buku Parlimen nak beri penerangan dekat kita, dia sebut Jabatan Perdana Menteri. Dalam buku ini, dia tak sebut. Yang ini undang-undang.
Hat ini penerangan. Dia sebut Jabatan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bila Speaker minta saya– ini hat minggu depan, ini DR5. DR5 ini ada Jabatan Perdana Menteri. Di sini tulis ‘Jabatan Perdana Menteri’. Jadi, bila saya berucap semalam, saya dah terbaca DR5. Saya sudah ke hadapan, merujuk kawan-kawan lain. Jadi Yang Berhormat Pengerusi, saya pohon supaya ucapan saya itu dikeluarkan dan saya akan ulang balik ucapan saya pada hari Isnin ini. Tapi kalau tak boleh tak apa. Saya nak minta maaf sebab hari ini pun banyak kita melakukan– kalau sekiranya saya tersalah, sebab Pengerusi pun tak tegur saya, kawan-kawan saya yang rajin sangat mengacau orang pun tak tegur– siapa pun tak tegur.
[Ketawa] Jadi, saya ingat bila Menteri jawab kita ...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Arau, kita tegur Arau tak nak dengar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
.... Kita akan jawab secara bertulis.
Jadi, ini bererti...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Teruskan, Arau.
Teruskan.
Tuan Pengerusi
Yang lain jangan kacau.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bila Menteri jawab semalam, Menteri kata, ucapan saya dijawab secara bertulis. Jadi, saya pening kepala. Kenapa jadi macam itu? Saya pergi tanya dia semalam, baru kita dapat penjelasan....
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Masa cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
....Bahawa saya telah baca DR5/2024. Jadi dengan itu Yang Berhormat, sebagai orang Islam yang berpuasa, yang tidak suka mengganggu orang di bulan puasa ini, saya memohon maaf.
[Ketawa] . Kalau sekiranya boleh dikeluarkan, dikeluarkan. Sebab ucapan ini akan diulang semula dengan lebih hebat dan dahsyat pada hari Isnin. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera, Yang Berhormat Puan Pengerusi. Terlebih dahulu, saya bagi pihak Kementerian Pertahanan ingin mengatakan ucapan terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Belanjawan Tambahan bagi tahun 2023 bagi Kementerian Pertahanan ini yang berjumlah RM410,530,750 bagi Kementerian Pertahanan ini di peringkat Jawatankuasa.
Terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Arau.
Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, suka saya maklumkan bahawa pada tahun 2023, Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah diperuntukkan sebanyak RM11.41 bilion bagi menyempurnakan tanggungjawab utama kementerian pada tahun berkenaan. Walau bagaimanapun perbelanjaan MINDEF sehingga 31 Disember 2023 adalah sebanyak RM11.84 bilion iaitu 3.6 peratus atau RM410.5 juta melebihi peruntukan asal. Lebihan RM410.5 juta tersebut melibatkan perbelanjaan tambahan bagi utiliti air dan elektrik di bawah OS23000 dan bekalan bahan api di bawah OS26000.
Jumlah peruntukan tambahan yang dibentangkan ini berdasarkan perbelanjaan mengikut aktiviti adalah seperti berikut iaitu aktiviti pengurusan am iaitu melibatkan tambahan perbelanjaan bagi utiliti air dan elektrik iaitu sebanyak RM233.5 juta, aktiviti pertahan maritim (TLDM) iaitu melibatkan tambahan belanjawan bagi bahan api untuk tentera laut sebanyak RM132.88 juta dan aktiviti pertahanan darat (TDM) iaitu melibatkan tambahan perbelanjaan bagi bahan api untuk tentera darat sebanyak RM44.15 juta.
Justifikasi pembekalan tambahan bagi menampung keperluan ini iaitu terutamanya bagi bekalan tambahan air. Kenaikan tarif air di negeri-negeri bagi pengguna bukan domestik bermula Ogos 2022 menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan utiliti air di kem dan pangkalan ATM, bangunan pejabat, bangunan teknikal, sekolah, rumah ibadat dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bagi seluruh negara.
Sebagai contoh, kadar tarif di Lembah Klang meningkat daripada RM1.71 kepada RM2.62 pada tahun 2022 ke tahun 2023 dan kenaikan sebanyak 53 peratus. Manakala, di Labuan tarif air meningkat daripada RM1.70 kepada RM2.20, kenaikan 29.4 peratus.
Kesan daripada kenaikan tarif air ini, perbelanjaan air untuk MINDEF bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM192.34 juta berbanding bagi tahun 2022 yang berjumlah RM136.57 juta iaitu peningkatan sebanyak 40.84 peratus. Bagi menampung bayaran
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
tambahan elektrik, semua kem dan pangkalan termasuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera di bawah ATM dikenakan tarif elektrik bukan domestik menyebabkan perbelanjaan bagi tujuan ini adalah tinggi. Contohnya, kadar bukan domestik yang dikenakan oleh TNB kepada MINDEF untuk 45,356 unit RKAT adalah sebanyak 44 sen per kilowatt hour berbanding caj kutipan balik dikenakan oleh MINDEF kepada penghuni RKAT yang lebih rendah iaitu 22 sen per kilowatt hour. Kadar caj yang rendah ini selaras dengan komitmen kerajaan yang sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan anggota ATM dan warga kementerian. Jadi, ini antara perkara-perkara yang kita ketengahkan. Kesan bagi penggunaan elektrik ini meningkatkan perbelanjaan pukal bagi tahun 2023 iaitu berjumlah RM319.3 juta berbanding tahun 2022 iaitu RM231.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 38 peratus. Ini juga berkaitan dengan peranan MINDEF dan juga ATM yang beroperasi 24 jam bagi memastikan keselamatan dan pertahanan negara berada pada tahap kesiapsiagaan termasuk kem, lokasi, operasi, stor simpanan aset dan aset strategik yang memerlukan bekalan elektrik yang berterusan. Manakala bagi menampung bayaran tambahan bahan api, seperti mana yang kita tahu bahawa harga petrol bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM2.40 dan ada peningkatan kepada RM3.55 dan begitulah juga pada tahun 2022 RM3.19 pada tahun 2023.
Jadi, kita tahu bahawa bahan api kita dibeli tanpa subsidi dan peningkatan perbelanjaan bahan api bagi tiga tahun 2021 sehingga 2023...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sekejap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan, Yang Berhormat.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Nanti sekejap saya itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kami tak tanya yang ini, Yang Berhormat. Kami tanya apa yang kami tanya.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Tak ada. Betul, betul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami tiga orang ini tanya tadi.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya akan jawab lepas ini. Sekejap saja, sikit. Saya nak habiskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hat itu kami faham dah. Kami nak minta jawab hat berkaitan....
Tuan Haji Adly bin Zahari
Tak, saya nak habiskan sikit saja. Sekejap lagi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Arau....
Tuan Haji Adly bin Zahari
Peningkatan perbelanjaan bahan api bagi tiga tahun ini....
Tuan Pengerusi
.... Duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia jawab elektrik semua, kami tak perlu itu, kami perlu yang kami tanya.
Tuan Haji Adly bin Zahari
....Berlaku disebabkan ketidaktentuan harga minyak dunia dengan purata kenaikan 3.24. Masa saya tamat dan saya akan jawab butiran- butiran.
Pertama tentang Ketereh. Jangan bimbang Yang Berhormat, saya jawab. Saya jawab. Saya minta sedikit masa. Saya ada empat minit lagi. Ketereh ada membangkitkan tentang RUU Belanjawan Tambahan ini dan seperti mana yang kita tahu bahawa belanjawan ini tidak terkait dengan pencen anggota perkhidmatan veteran kita tetapi lebih terkait seperti mana yang saya sebut tadi, utiliti dan juga bahan api.
Ketereh juga ada bangkitkan tentang, perjelaskan tentang darat dan maritim. Tadi saya sudah perjelaskan tentang penggunaan bahan api. Begitulah juga dengan isu
Tuan Haji Adly bin Zahari
pelaksanaan pencen. Saya tak nafikan bahawa isu ini berlarutan panjang dan sudah ada komitmen juga daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya, seperti mana yang saya sebut bahawa proses mahkamah itu tetap satu proses dan kita menghormati proses itu. Sebab itu– sedikit lagi Yang Berhormat Ketereh sebelum Yang Berhormat Ketereh nak bertanya tambahan. Saya menyebut bahawa di bawah Kerajaan MADANI ini, saya ambil satu contoh perbelanjaan Jabatan Hal Ehwal Veteran saja.
Jabatan Hal Ehwal Veteran pada tahun 2023 adalah sebanyak sekitar RM117 juta. Tapi kalau kita lihat pada tahun ini, peningkatannya lebih daripada 167 peratus iaitu RM276 juta yang kita bajetkan. Jadi, bukan membawa maksud bahawa kesemua daripada urusan veteran itu tidak kita berikan keutamaan. Jadi, saya fikir haruslah, terutamanya Yang Berhormat Ketereh saya harap lebih adil dalam mengutarakan pandangan- pandangan yang terkait dengan peranan Kerajaan MADANI ini sendiri untuk pastikan bahawa kebajikan dan keutamaan kita kepada veteran itu tetap kita berikan keutamaan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Begitulah juga dibangkitkan tadi tentang....
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya nak mencelah sekejap.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ya.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey, saya tak nafikanlah apa yang MINDEF buat itu membantu veteran tetapi keutamaan ini harus diberikan kepada veteran yang sebelum 2013. Sekarang ini dia dah teruk. Sakit, tua, nak mati dah. Jadi, kita kena bagi priority kepada itu. Tak boleh macam itu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya jawab.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Mesti kena bagi priority. Nanti dia tak ada, dia meninggal baru kita nak bagi priority, tahu tak? Ini bajet bukan main besar lagi, tolonglah sikit.
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Sini, Jelutong.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya lihat isu veteran ini saya pun memperjuangkan bersama-sama Ketereh. Penjelasan Yang Berhormat Menteri adalah cukup baik dan kita lihat ada – kita beristiqamah, ada iltizam untuk kita selesaikan masalah veteran. Tapi pemudah caranya senang. Pemudah caranya senang bagi sayalah.
Kita minta Ketereh isytiharkan sokongan terbuka kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Apa ini. Hoi. Jelutong.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak ada istiqamahlah.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Puan Pengerusi, boleh saya sambung?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi saya sebut bahawa kita sebenarnya kalau kita lihat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Point of Order 36(12). Jelutong mengelirukan. Tajuk ini tajuk yang serius, pasal tentera. Dia cakap sokongan. Sokongan, Ketua Whip dah pergi bincang, tak ada masalah. Jadi, jangan sebut soal sokongan. Malah kalau tanya saya, Kerajaan MADANI yang kita dok sebut itu, tak boleh sebut. Sebab dia bukan buat unsur-unsur madani itu. Tak ada. Zalim kepada kami.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Duduklah Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi nak pakai MADANI buat apa?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Adakah MADANI itu maksud zalim?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya sebut, kita di peringkat Kementerian Pertahanan. Teras kita adalah....
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Puan Pengerusi. 36(12).
Jelutong ajak semua Ahli Parlimen yang sebelah sini untuk melibatkan diri dengan rasuah.
Pasai nak sokong itu dia bagi rasuah dulu. Tak baik macam itu bulan-bulan puasa ini. Kami istiqamah dengan komitmen kami, dengan amanah kami. Kami tak mahu terlibat dengan rasuah. Nak bagi barang, baru nak kena sokong. Sokong, bagi barang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah, cukup.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itu bukan dia. Itu rasuah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Interpretation. Jadi kamu seorang pengamal undang-undang. Janganlah buat kerja lagu itu. Didik...[Pembesar suara dimatikan].
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Berhubung – tadi ada dibangkitkan tentang oleh Pendang berhubung tentang RKAT. Adapun Pendang bangkitkan banyak isu-isu berkaitan dengan aset-aset kenderaan, peluru berpandu jarak jauh, jarak dekat, SPH kita. Semua persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Pendang itu memang tidak ada kaitan dengan bajet tambahan kita. Walau bagaimanapun, saya hargai apa yang dibangkitkan oleh Pendang.
Cuma ada satu perkara yang terkait iaitu tentang Rumah Keluarga Angkatan Tentera. Saya akui bahawa kita pada tahun ini, kita peruntukan hampir RM400 juta untuk kita pastikan bahawa penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera ini diberikan keutamaan.
Sedikit Yang Berhormat Pengerusi tentang yang dibangkitkan oleh Arau. Saya tak nafikan bahawa Arau sering membangkitkan tentang Beting Patinggi Ali. Saya rasa sebagai sebuah negara maritim yang kita telah letakkan dalam Kertas Putih Pertahanan kita. Saya fikir kerajaan memang mempunyai rasa tanggungjawab yang besar. Sebab itu kita di Kementerian Pertahanan, kita di Beting Patinggi Ali buat masa ini, kita ada Operasi Satria, 24 jam, tujuh hari seminggu. Sebilang masa bahawa segala aset kita sama ada TLDM, TUDM mahupun APMM, memang kita letakkan di kawasan kita supaya kita pastikan bahawa kedaulatan negara kita sentiasa terjaga.
Tetapi seperti mana yang disebutkan juga oleh Arau, memang kita tak nafikan bahawa – saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Arau. Persediaan kita bagi memastikan kekuatan, kelengkapan dan aset pertahanan kita itu harus kita pertingkatkan.
Sebab itu kalau kita lihat dari segi rancangan-rancangan kita dan pelaksanaan kita seperti mana LCS, walaupun dia ada isu tetapi komitmen kita. Kita mahu LCS itu bagaimanapun mesti disiapkan kerana dia terkait tentang pertahanan dan kedaulatan masa depan negara kita. Begitulah juga dengan pembelian LMS kerana saya yakin bahawa dengan pembelian LMS, batch yang kedua, yang kita akan tempatkan juga di Sarawak dan yang terakhir saya sebut kepada Arau, sedikit lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit Yang Berhormat, sikit.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sikit saja. Sebelum – sedikit lagi Arau, iaitu tentang pembinaan MAWILLA 4 iaitu kalau kita lihat Markas Wilayah Laut 4 yang bakal kita wujudkan di Sarawak. Itu adalah salah satu daripada usaha penting kita untuk pastikan bahawa bukan sahaja maritim kita mempunyai persediaan aset tetapi sebenarnya kita mempunyai persediaan keanggotaan untuk pastikan kedaulatan negara kita terutamanya di Beting Patinggi Ali. Itu saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat sedikit sahaja.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Masalah besar kapal pengawal China ini bukan sahaja duduk di situ tapi melarang nelayan. Nelayan Sarawak mahu pergi, nak pergi sana, dia larang, tak dibenarkan. Telaga minyak yang ada dekat situ, dia tak benarkan operasi. Jadi dia menganggap bahawa ini seolahnya sebahagian daripada negaranya. Itu yang saya maksudkan bahawa bukan dia ada sebiji, kita tunggu 10 biji. Tapi dia tak benarkan nelayan kita dan juga untuk pembangunan di kawasan berkenaan.
Jadi sekarang kita kena tegas. Kita suruh dia keluar. Kita pernah suruh dia keluar sekali dulu. Dia keluar sebulan. Dia datang balik. Kita beritahu bahawa ini kawasan Malaysia dan tak perlu nota tuntutan atau nota bantahan. Dia kena keluar sebab ini pencerobohan, bukan penuntutan bertindih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Seperti mana yang saya sebut kepada Yang Berhormat, Operasi Satria kita, antara tindakan-tindakan kita adalah untuk pastikan bahawa kawasan-kawasan kita bebas daripada pencerobohan sama ada pencerobohan dalam bentuk sama ada yang tadi disebut, sama ada yang melibatkan negara-negara luar ataupun yang melibatkan penyeludupan itu sendiri. Sebab itu saya fikir, ini antara jawapan- jawapan saya ke atas persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM410,530,750 untuk Kepala B.60 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Kepala P.62 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil. 1) 2023] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab P.62 hanya token sahaja, P.62 tidak perlu dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.62 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia terbuka untuk dibahas.
Bagi Kementerian Pendidikan, kita ada lima Ahli Parlimen yang akan mengambil bahagian. Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya rujuk terus kepada B.63, Kementerian Pendidikan bahawa ada RM1.0 bilion yang tambahan peruntukan dan saya difahamkan ini untuk pelarasan purata gaji minimum bagi kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di institusi KPM.
Jadi, soalan saya yang pertama apakah gaji purata minimum sekarang dan apakah purata gaji minimum yang dinaikkan bagi kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan untuk pegawai KPM?
Kedua, di kawasan saya terdapat beberapa sekolah yang kekurangan guru besar dan masalah ini besar di sekolah SJKC. Saya bagi contoh di Kinta Selatan, daerah Kinta Selatan. Tahun ini ada tiga guru besar yang akan bersara dan tidak ada mana-mana guru yang berminat untuk menjadi guru besar. Saya rasa ini satu perkara yang kita perlu pandang serius.
Jadi saya nak tanya pada Kementerian Pendidikan, adakah KPM akan naikkan elaun bagi guru besar kerana banyak sekolah-sekolah terutama SJKC, gurunya tidak mahu mengambil, menggalas tanggungjawab untuk menjadi guru besar kerana elaun yang diberikan adalah amat rendah. Berapa ratus saja. Saya kalau tak silap RM300 ke RM500 tetapi tanggungjawab yang kena digalas adalah amat besar. Jadi kebanyakan guru tidak hendak menjadi guru besar. Kalau masalah ini berlarutan, kita mungkin tidak ada cukup guru besar untuk mengisi kekosongan di sekolah-sekolah tersebut.
Kedua, saya nak tanya apakah gaji purata permulaan bagi pemegang diploma dan juga ijazah bagi guru-guru baharu di SK, SJKC, SJKT dan SMK? Sebab kita tahu sekarang kos hidup tinggi. Jika kita ada pemegang diploma dan juga pemegang ijazah, adakah kita akan semak semula gaji permulaan bagi semua guru-guru ini?
Akhirnya, adakah Kementerian Pendidikan akan menaikkan gaji permulaan bagi guru baharu kerana banyak pelajar-pelajar yang habis tamat pengajian, mereka tidak mengisi kekosongan atau tidak mengambil peluang untuk masuk menjadi guru-guru di sekolah-sekolah kerana gaji permulaan guru-guru adalah amat rendah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, adakah KPT akan naikkan gaji permulaan ini bagi guru-guru baru untuk selesaikan masalah guru yang tidak mencukupi terutamanya guru Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di SJK(C) dan juga SJK(T)?
Jadi, sekian sahaja soalan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih kepada Puan Pengerusi yang memberikan peluang kepada Pasir Salak untuk terlibat dalam perbahasan RUU Perbekalan Tambahan 2023.
Puan Pengerusi, Pasir Salak ingin merujuk kepada Kepala B.63 Kementerian Pendidikan iaitu tambahan sebanyak RM1.927 bilion bagi menampung bayaran kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta institusi di bawah Kementerian Pendidikan antaranya berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum.
Puan Pengerusi, Pasir Salak yakin bila sebut penambahan peruntukan, pasti lebih ramai yang menyokong bersetuju daripada yang tidak. Oleh yang demikian, perbahasan ini lebih kepada persoalan. Persoalan Pasir Salak, apakah usaha penambahbaikan kementerian terhadap garis panduan pengurusan kontrak serta proses pemilihan kontraktor termasuk menyenaraihitamkan kontraktor yang bermasalah atau syarikat tanpa kewangan yang kukuh dengan mengambil kira rekod perkhidmatan mereka?
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Selain itu, langkah menambah baik format tender untuk kontrak pembersihan bangunan dan kawasan (KBK) dan sistem kontrak tempoh tetap agar kebajikan golongan pekerja kontrak sentiasa dilindungi dan tidak terdedah kepada insiden seperti pemberhentian kerja secara mengejut akibat faktor kekangan peruntukan.
Puan Pengerusi, kemudian, berikutan dengan kawalan keselamatan juga, Pasir Salak ingin membangkitkan semula berkenaan dengan projek pendawaian semula SK Sungai Galah di Kampung Gajah yang telah diluluskan sebelum ini. Apakah status terkini projek tersebut? Homework yang YB Menteri minta, Pasir Salak telah hantar lima minit setelah diminta pada hari tersebut.
Ini kerana makluman yang diterima daripada YDP PIBG pihak sekolah terbabit, masih belum ada penyelenggaraan atau pendawaian yang dilaksanakan walaupun dokumen telah diserahkan. Bahkan situasi terkini, sekolah terbabit ibarat ketuhar panas.
Murid-murid belajar dalam keadaan panas. Kasihan mereka. Pihak sekolah ingin menukar kipas, namun jika pendawaian ini belum selesai, ia akan mendatangkan isu keselamatan. Justeru, mohon disegerakan perkara ini agar aktiviti pembelajaran dapat berjalan dengan lebih selesa.
Puan Pengerusi, berkait keselamatan juga, Pasir Salak memohon Kementerian Pendidikan melihat dan menyelesaikan kes tanah sekolah mendap terutamanya di SK Changkat Lada 2 dan permohonan Dewan Besar SMK Changkat Lada yang kedua- duanya berada di DUN Kampung Gajah dalam Parlimen Pasir Salak.
Manakala di sebelah DUN Sungai Manik di Parlimen Pasir Salak juga, Pasir Salak ingin membangkitkan juga berkenaan projek penaiktarafan padang bola sepak di SMK Sungai Manik yang dimaklumkan sudah diluluskan sebelum ini. Apakah perkembangan projek terkini tersebut? Kedua, berkenaan juga keperluan penghawa dingin untuk bilik guru sebanyak 10 unit di SMK Dato’ Sagor, Langkap. Mohon dibantu juga.
Puan Pengerusi, yang terakhir, berkenaan isu yang masih sering berlegar di kalangan para pendidik. Antaranya isu bebanan tugas guru, isu tindanan sistem yang pelbagai, isu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan isu keperluan peperiksaan dikembalikan sebagaimana sebelum ini. Pasir Salak mengharapkan kementerian dapat menjawab dan menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya kerana sudah masuk sesi persekolahan yang baru, namun kita masih di peringkat penelitian. Kalau boleh, teruskan kepada tindakan. Ini juga untuk kebaikan pelajar dan pendidik.
Kita mahu generasi yang lahir semakin hebat, melahirkan ramai ilmuwan dan teknokrat yang berbakat. Namun, dari awal lagi pendidiknya, kita sudah sebat dengan lebihan kerja pejabat. Itu bukan fokus utama mereka. Oleh itu, bantu ringankan kerja guru kerana tanpa mereka, manakan dapat ilmu.
Akhir sekali, satu pantun daripada Pasir Salak, Burung nuri bersarang rendah, Pokok palas di tepi telaga, Hajat di hati nak banteras rasuah, Akhirnya dapat maha kaya muda. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran B.63 di bawah Kementerian Pendidikan. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan, di mana terdapat tambahan sebanyak RM1 bilion bagi menampung bayaran kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta institusi di bawah Kementerian Pendidikan antaranya berikutan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Persoalan saya, bagaimanakah jumlah ini diagihkan di antara sekolah kebangsaan, sekolah Tamil dan sekolah Cina? Keduanya, ia juga melibatkan kos yang dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan kita menjamin kebersihan di sekolah. Saya lihat bahawa perkara-perkara ini perlu diberi perhatian. Cuma, persoalan saya adalah bagaimanakah pihak kementerian mengagihkan wang ini kepada pekerja-pekerja kontrak?
Lazimnya, yang bekerja untuk membersihkan padang di sekolah, persekitaran dan tempat asas di sekolah seperti tandas, tempat permainan, padang bola sepak dan juga tempat untuk acara-acara sukan diadakan adalah pekerja-pekerja kontrak. Saya cuma ingin tanya, sama ada pekerja-pekerja kontrak ini adalah semuanya daripada warganegara Malaysia? Kerana ada aduan yang mengatakan bahawa kadangkala syarikat-syarikat kontrak yang diberi amanah untuk melaksanakan tugas-tugas ini menggaji warganegara asing. Kita juga mendapat aduan bahawa kadangkala kemungkinan warganegara asing ini mungkin tidak ada permit pekerjaan dan sebagainya.
Jadi, persoalan saya adalah bagaimanakah jumlah wang ini diagihkan?
Satu lagi berkenaan dengan bayaran kontrak untuk kawalan keselamatan. Saya ingin tanya, berapakah gaji minimum yang dibayar kepada pekerja-pekerja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah-sekolah? Adakah apa-apa tapisan dibuat ke atas latar belakang mereka? Kerana kita masih lagi ingat kejadian ngeri di mana seorang pengawal keselamatan yang dituduh membunuh, merogol seorang gadis di Johor beberapa tahun yang lalu. Kita tidak boleh melihat perkara ini sebagai perkara yang remeh kerana lazimnya kita lihat bahawa seseorang itu― Saya, Puan Pengerusi, tidak memperlekehkan atau memandang rendah terhadap kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan. Cuma, saya merayu, sebagai seorang waris juga, supaya pihak kementerian memberi perhatian kepada latar belakang seseorang pengawal keselamatan untuk memastikan bahawa beliau bukan sahaja sekadar sihat dan boleh melaksanakan tugas sebagai pengawal keselamatan tetapi latar belakangnya juga perlu diberi perhatian.
Saya menyarankan supaya kita pada masa yang akan datang mengambil lepasan sekolah yang selesai belajar SPM, yang mungkin sedang menuntut separuh masa, daripada warganegara Malaysia, supaya mereka dapat digaji sebagai pengawal keselamatan.
Pada masa yang sama, berkenaan dengan kakitangan lain, saya juga menyokong bahawa kita harus menyerahkan amanah untuk mengajar itu kepada guru-guru. Isteri saya merupakan seorang guru. Kadangkala beliau mengeluh bahawa kerja-kerja lain seperti kerja-kerja administration, pentadbiran diserahkan kepada guru-guru di mana mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada amanah yang diserahkan iaitu menjalankan tugas-tugas mengajar di bilik darjah.
Jadi, saya ingin bertanyakan, sama ada peruntukan ini telah digunakan bagi kita mengurangkan beban di bahu guru-guru yang sedang mengajar dengan menggaji kakitangan baru untuk menyerahkan tugas-tugas pentadbiran kepada kakitangan ini?
Supaya guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik, dengan lebih hebat, dengan menumpukan perhatian dengan mengajar anak-anak kita di bilik darjah. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2023 - KPM.
Saya juga ingin merujuk kepada B.63 di bawah Kementerian Pendidikan iaitu berkaitan dengan peruntukan tambahan sebanyak hampir RM2 bilion yang adalah
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
dikehendaki bagi menampung bayaran kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta institusi di bawah KPM. Ada beberapa persoalan saya yang ingin saya kemukakan ialah adakah dalam pengetahuan pihak kementerian, jika ada terdapat pihak kontraktor yang mendapat projek kawalan keselamatan ataupun kebersihan tidak membayar gaji para pekerjanya? Saya harap isu ini tidak berbangkit seperti ini dan jika ada, saya harap pihak KPM dapat memantau dan jika perlu, tamatkan kontrak syarikat terbabit.
Pengerusi, untuk memastikan keselamatan dan kebersihan sekolah, sudah pasti isu-isu yang berkaitan dengan infrastruktur juga perlu diberikan perhatian. Tahun lepas, sudah terdapat projek yang telah dilaksanakan oleh KPM iaitu pembinaan tandas. Adakah projek yang diperolehi sepadan dengan kos yang diperuntukkan? Saya harap tiada ketirisan dalam pelaksanaan projek tersebut dan tiada pihak yang mengambil kesempatan ataupun tiada kartel yang menentukan projek tersebut.
Saya ingin mengambil peluang di sini untuk menyatakan beberapa isu yang perlu perhatian dan tindakan segera pihak KPM. Jika ada bajet tambahan selepas daripada ini, termasuklah permohonan infrastruktur sekolah dalam kawasan Kuala Krai dan saya ingin sebut satu contoh sahaja iaitu yang amat mendesak iaitu di SK Sungai Sam iaitu tidak cukup kelas. Kelas sedia ada sebanyak tujuh kelas, kekurangan tiga kelas. Jumlah murid sesi 2024 dan 2025 seramai 192 orang pelajar. Pihak sekolah telah membuat permohonan bangunan baharu, namun tiada dalam senarai bila disemak. Sedangkan keperluan adalah terdesak sehinggakan buat pengadang dengan papan plywood. Sedangkan ada sekolah yang dapat bangunan baharu seperti SK Pasir Linggi walaupun jumlah pelajar yang sedikit dan bangunan lama yang masih baharu.
Apakah kriteria yang ditetapkan oleh KPM dalam menentukan sekolah mana yang dapat ataupun tidak dapat? Saya sangat berharap permohonan infrastruktur ini akan mendapat perhatian yang serius daripada pihak KPM kerana ia merupakan masalah yang telah lama dan saya sudah membangkitkan berulang kali, bahkan telah menyerahkan surat kepada Yang Berhormat Menteri sebelum ini. Namun, sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Kalau boleh, 30 saat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ya, sila.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Hal yang sama Kuala Krai.
Adakah perkara— sebab perkara ini dah berulang-ulang lama, seolah-olah vote untuk repair kerusi, meja ini datangnya lambat. Sedangkan sekolah perlukan dana itu ketika cuti panjang untuk mereka membuat repair itu.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okey, setuju dan masukkan ke dalam ucapan saya. Yang Berhormat Pengerusi, saya juga mengambil kesempatan untuk menyentuh satu isu yang begitu hangat diperkatakan iaitu berkaitan isu berkaitan dengan kantin sekolah. Polemik ini menjadi panas dan berterusan kerana arahan yang tidak jelas daripada Kementerian Pendidikan sendiri, khususnya YB Menteri. Lebih memeritkan lagi apabila kenyataan Menteri yang menyatakan pembukaan kantin ini bagi menghormati pelajar bukan Islam. Bagaimana dengan perasaan pelajar-pelajar Islam sendiri? Bagi saya, sepatutnya pihak Menteri dapat memberikan garis panduan yang jelas. Itu sahaja.
Pengusaha kantin juga jadi terbeban bila menerima arahan ini kerana mereka perlu menyediakan makanan, menggaji pekerja dan sebagainya. Perkara itu wajar dipertimbangkan, mengambil kira setiap sekolah berdepan situasi yang berbeza. Pelbagai perkara yang perlu diambil kira, termasuk jumlah murid yang bukan beragama Islam dan bebanan kos operasi yang perlu ditanggung pengusaha. Jika alasan untuk murid tahun satu kantin dibuka. Sebenarnya ibu bapa amat memahami dan menyediakan makanan dari rumah untuk anak-anak mereka. Selain itu, KPM juga digesa dan dicadangkan di sini supaya mengecualikan bayaran kantin bagi bulan Ramadan. Ini bagi meringankan beban pengusaha kantin yang tidak dapat berniaga sepanjang bulan Ramadan yang mulia.
Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya menjemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya akan terus ke Butiran 010200 - Pengurusan Kewangan dan Akaun, 200000 - Perkhidmatan dan Bekalan.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan adalah tujuan- penambahan perbelanjaan berjumlah RM1.97 bilion adalah bertujuan untuk menampung bayaran kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta institusi di bawah Kementerian Pendidikan disebabkan pelaksanaan perintah gaji minimum. Justeru, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kementerian, terutamanya yang melibatkan syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan konsesi kawalan keselamatan dan kebersihan yang dilihat tidak mematuhi peraturan- peraturan dan akta berkaitan pekerja seperti mana yang telah ditetapkan oleh perundingan sehingga menindas para pekerja sektor ini.
Antara perkara-perkara berikut yang berkaitan ialah:
(i) syarikat yang masih tidak lagi mematuhi had gaji minimum RM1,500 seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan;
(ii) kegagalan untuk mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta Pertubuhan Keselamatan Sosial;
(iii) rungutan pekerja hanya diberikan cuti dua kali dalam tempoh sebulan, tiada cuti sakit dan tidak diberikan cuti tahunan;
(iv) wujud kartel-kartel yang memonopoli tender-tender perkhidmatan kawalan keselamatan dan pembersihan oleh syarikat-syarikat yang berselindung di sebalik syarikat-syarikat proksi untuk mendaftar bagi mendapatkan tender-tender tersebut; dan
(v) setelah berjaya mendapatkan kontrak, mereka kemudiannya bertindak menyimpangkannya dan menyumberluarkan kontrak tersebut kepada subkontrak yang berminat dan mendapat keuntungan atas angin semata-mata.
Justeru, saya menggesa agar pihak kementerian memberikan perhatian yang serius untuk membela nasib pekerja-pekerja ini dan juga saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian menambah baik aspek penganugerahan tender iaitu:
(i) menyenaraihitamkan syarikat-syarikat yang terlibat dengan aktiviti subkontrak ini;
(ii) menurunkan nilai sekuriti ataupun cagaran bagi menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat kecil untuk menyertai tender dan menghalang monopoli oleh syarikat besar;
(iii) mewajibkan syarikat yang mendapat kontrak ini untuk meletakkan wang jaminan kepada pihak kementerian untuk tempoh tiga bulan sebagai contoh, bagi membolehkan para pekerja menuntut gaji mereka kepada pihak kementerian sekiranya ada syarikat yang culas untuk melakukan pembayaran gaji kepada pekerja mereka; dan
(iv) mewujudkan penaziran ataupun badan pemantau yang akan melakukan pemeriksaan secara berkala kepada para pekerja kawalan keselamatan dan kebersihan yang akan memeriksa kebajikan para pekerja ini daripada aspek gaji, sebagai contoh.
Itu sahaja Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya menjemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta di peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan B.63 Kementerian Pendidikan Malaysia. Hanya satu perkara sahaja iaitu di bawah 010200 - Pengurusan Kewangan dan Akaun. Sudah tentu tajuk ataupun perbincangan fokus perbahasan kita pada petang ini berkait terus dengan satu perkara ini sahaja iaitu sebanyak RM1.973 bilion, okey, yang digunakan untuk membayar ataupun membayar kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah.
Soalan saya di sini, ini kita nampak. Dia adalah pertambahan 100 peratus berbanding dengan peruntukan asal RM1.977 bilion dalam belanjawan asal. Jadi, jumlahnya RM3.9 bilion. Kalau dibandingkan dengan tahun sebelum itu, tahun 2022, hanya setakat RM2.8 bilion. Saya boleh faham. Saya setuju dengan pertambahan ini sebab mulai 1 Julai tahun lepas, disebabkan kita naikkan had gaji minima daripada RM1,200 kepada RM1,500, yang mana satu keperluan untuk kita lonjakkan pendapatan, khasnya untuk golongan B40. Cuma persoalan utama saya di sini adalah berdasarkan tahun 2023, dengan pelaksanaan gaji minimum RM2,500 hanya bermula 1 Julai, kita perlukan RM3.9 bilion. Bagaimana dengan tahun 2024? Tahun ini? Sudah tentu logiknya ia lebih daripada RM3.9 bilion tetapi apa yang saya nampak dalam belanjawan asal 2024, hanya dicatatkan RM2.56 bilion sahaja untuk perkara ini.
Jadi, apakah tahun depan, awal tahun depan kita akan sekali lagi untuk membahaskan berkenaan dengan peruntukan tambahan ini? Itu soalan pertama saya.
Soalan kedua saya berkenaan dengan pekerja ini juga. Saya nak tanya, ada tak pekerja asing terlibat? Itu soalan yang saya rasa pihak kementerian ada jawapan. Tak sepatutnya adalah. Keutamaan perlu diberikan kepada warganegara kita yang saya percaya kita boleh dapat, terutamanya golongan B40 untuk kita memberikan gaji kepada mereka.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya hendak tanya berkenaan dengan pekerja. Saya masih mendapat aduan di kawasan saya ada pekerja yang masih tidak diberikan gaji pokok minima RM1,500, masih gunakan kadar lama sebab syarikat yang terbabit kata kontrak asal bukan RM1,500. Jadi, apakah mekanisme daripada pihak kerajaan sama ada melalui JPN atau PPD untuk membantu pekerja-pekerja ini sebab nasib mereka ini kita perlu untuk membela mereka.
Kalau tidak, tidak ada makna hari itu kita naikkan gaji minima kepada RM1,500.
Sebab ia adalah suatu yang sangat mustahak dalam tatkala kita kata bantu golongan B40, inilah antara bagi saya yang paling mustahak untuk kita bantu. Jadi kalau ada mekanisme, di mana aduan boleh dikemukakan? Ada tidak apa-apa statistik daripada kementerian yang menunjukkan bahawa banyak aduan telah diterima berkenaan dengan perkara ini? Jadi, satu perkara ini sahaja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Pengerusi. Terima kasih saya ucapkan kepada enam orang Ahli Yang Berhormat dari Kampar, Pasir Salak, Jelutong, Kuala Krai, Kalabakan dan Rasah yang telah pun menyertai dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Saya akan cuba untuk menjawab isu-isu yang berbangkit khususnya isu-isu yang berkaitan dengan kepala maksud B.63 iaitu pengurusan kewangan dan akaun seperti yang tercatat.
Pertama sekali Puan Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Belanjawan Tahun 2023, sebanyak RM55.19 bilion telah pun diperuntukkan kepada KPM
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
di bawah peruntukan mengurus. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.961 bilion telah diperuntukkan untuk 2K iaitu perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK) dan perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK). Di samping itu, peruntukan tambahan telah pun dibelanjakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2023 sebanyak RM1.973 bilion bagi perkhidmatan 2K.
Untuk tahun 2023, perkhidmatan 2K melibatkan 1,922 syarikat. Bagi KBK, sebanyak 1,375 syarikat telah dilantik melibatkan 10,369 premis milik KPM. Manakala bagi PKK, sebanyak 547 syarikat telah dilantik melibatkan 10,821 premis milik KPM. Syarikat- syarikat ini bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan di premis milik KPM termasuk sekolah, blok pentadbiran iaitu bangunan PPD dan juga JPN, institusi pendidikan KPM seperti institusi pendidikan guru, Institut Aminuddin Baki, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan tambahan sebanyak RM1.973 bilion ini diperlukan bagi tahun 2023 bagi menampung tiga perkara. Nombor satu, pembayaran bulanan bagi kontrak yang sedang berkuat kuasa. Nombor dua, arahan pelaksanaan Perintah Gaji Minima (PGM) yang terkini pada 1 Mei 2022 yang telah menetapkan gaji minima pekerja kepada RM1,500 yang mana ia melibatkan bayaran gaji kepada 96,547 pekerja 2K. Yang ketiga, bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 58 iaitu perkhidmatan yang telah selesai dilaksanakan pada tahun 2022 dan bayaran dibuat menggunakan peruntukan pada tahun 2023 disebabkan penutupan awal akaun pada tahun 2022.
Proses pembayaran kepada kontraktor perlu dilakukan setiap bulan tertakluk kepada pematuhan dokumen yang lengkap. Terdapat isu di mana kontraktor lewat menyerahkan dokumen kepada KPM bagi proses pembayaran, ini juga menyumbang kepada AP58. KPM sentiasa komited untuk memastikan pembayaran kepada kontraktor dibuat mengikut jadual agar pekerja-pekerja perkhidmatan 2K akan menerima gaji bulanan. Ini menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Rasah tadi berkenaan dengan pembayaran gaji kepada pekerja-pekerja. KPM akan bayar kepada syarikat-syarikat pembekal dan syarikat-syarikat tersebut adalah bertanggungjawab untuk membayar gaji kepada pekerja-pekerja.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Rasah berkenaan dengan isu yang mana syarikat masih tidak menetapkan had ataupun gaji minima dan tidak membuat caruman PERKESO dan KWSP dan tidak memberikan cuti dan sebagainya. Untuk isu-isu ini, pihak pekerja boleh mempunyai recourse ataupun mempunyai jalan untuk membuat laporan kepada Jabatan Buruh di bawah KESUMA untuk membawa isu ini kepada perhatian Jabatan Buruh dan menuntut keadilan dari Jabatan Buruh.
Pada masa yang sama, bagi pihak KPM seperti isu yang dibangkitkan oleh Pasir Salak juga berkenaan dengan bagaimana kita mengambil tindakan terhadap kontraktor- kontraktor yang bermasalah sama ada kontraktor yang bermasalah seperti yang dibangkitkan oleh Pasir Salak ataupun kontraktor-kontraktor yang enggan untuk mematuhi Perintah Gaji Minima dan juga untuk membuat caruman dan sebagainya seperti yang dibangkitkan oleh Kalabakan dan juga Rasah. Kontraktor yang bermasalah akan dilaporkan kepada MOF untuk pertimbangan MOF dalam Jawatankuasa Tindakan Tatatertib dan untuk disenaraihitamkan.
Berkenaan dengan isu pelantikan kontraktor, sememangnya pelantikan kontraktor sepanjang masa ini, penganugerahan kontrak KBK dan PKK adalah berdasarkan syarat- syarat yang ditetapkan semasa tawaran tender terbuka. Kesemua petender akan melalui proses penilaian teknikal dan kewangan oleh Jawatankuasa Penilaian Tender. Manakala semua syarikat yang berjaya melepasi peringkat penilaian bagi satu-satu tender akan diangkat kepada Lembaga Perolehan untuk pertimbangan dan kelulusan. Pemakluman awal mengenai pengiklanan tender PKK dan KBK akan dihebahkan dan boleh diakses menerusi laman sesawang KPM.
Yang Berhormat Pasir Salak ada sebut berkenaan dengan apakah pembaikan dalam proses penilaian tender. Bermula pada tahun 2024, KPM akan menambah baik kaedah penilaian perolehan tender supaya ia menjadi lebih telus. Antaranya, ada dua
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
perkara. Nombor satu, penetapan markah lulus penilaian diturunkan kepada 65 peratus untuk membolehkan lebih banyak syarikat diangkat ke peringkat pertimbangan oleh Lembaga Perolehan. Itu nombor satu. Nombor dua adalah pemakluman awal pengiklanan tender PKK yang telah dihebahkan supaya lebih banyak pembekal yang berkelayakan dapat bersedia dengan lebih awal sebelum tender dibida.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, celahan, Pasir Salak.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, sila.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak merujuk kepada tender yang dibuka untuk tandas yang bernilai RM70,000. Di kawasan Pasir Salak, 80 persen tidak siap sepenuhnya. Terima kasih untuk makluman.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Okey, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Isu ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil perhatian. Kami akan mengarahkan supaya JPN dan PPD untuk memberikan satu laporan berkenaan dengan kenyataan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampar berkenaan dengan kenaikan elaun guru dan apakah gaji purata permulaan bagi pemegang diploma atau ijazah bagi guru baharu. Untuk makluman Yang Berhormat Kampar, penetapan kadar gaji permulaan, kenaikan gaji tahunan dan elaun pejabat awam ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia dibayar berdasarkan kepada kelayakan mengikut gred. Kajian secara menyeluruh mengenai gaji dan elaun sedang dilaksanakan oleh JPA melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Gaji permulaan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah sebanyak RM2,319.94. Ini merupakan gaji permulaan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Pada masa yang sama juga, Yang Berhormat Kampar ada membangkitkan berkenaan dengan isu kekurangan guru dan juga guru besar. Seperti Yang Berhormat Kampar sedia maklum, iklan untuk pengambilan PISMP barulah dikeluarkan bagi tahun 2024 baru dikeluarkan pada minggu lepas untuk pengambilan calon guru latihan dan saya mengajak supaya rakan-rakan Yang Berhormat sekalian untuk membuat hebahan dan promosi supaya kita boleh mendorong dan juga memberikan galakan kepada lebih ramai anak-anak kita di luar sana untuk menyertai dan membuat permohonan kepada IPGM yang dalam program PISMP ini.
Yang Berhormat Jelutong ada membangkitkan berkenaan dengan isu bagaimana jumlah RM1.9 juta ataupun jumlah peruntukan untuk PKK dan KBK diagihkan.
Pengagihannya adalah diberikan secara kontrak. Untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), jumlah kontrak yang dikeluarkan adalah 1,535 merangkumi 10,821 premis melibatkan jumlah pengawal keselamatan seramai 43,105 orang dan untuk Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) melibatkan 1,398 kontrak berkuat kuasa melibatkan 10,369 premis dan jumlah pekerja kebersihan seramai 53,442. Puan Pengerusi, saya minta sedikit masa lagi untuk saya sempat menjawab sebanyak yang mungkin.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan kontraktor yang tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja. Saya percaya bahawa isu ini telah pun saya jawab sebentar tadi yang mana kes ini akan di rujuk, kepada kesemua kontraktor yang bermasalah akan di rujuk kepada MOF.
Berkenaan dengan isu cagaran untuk kontrak yang dibangkitkan Yang Berhormat Kalabakan. Di bawah pengurusan kontrak kerajaan, sememangnya telah ada segmen cagaran kontrak di mana semua kontraktor yang berjaya perlu memberikan bon pelaksanaan sebagai jaminan sekiranya berlaku kes seperti tunggakan gaji. Dalam hal ini, pihak kerajaan boleh menggunakan bon pelaksanaan tersebut tertakluk kepada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja.
Okey. Berkenaan isu– Jelutong sudah settled. Ha, ada isu berkenaan dengan pekerja asing tanpa visa yang bekerja di sekolah-sekolah dibangkitkan oleh Yang
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Berhormat Jelutong dan Rasah. Pada dasarnya, kesemua syarikat kebersihan di bawah KPM hendaklah melantik pekerja kebersihan dalam kalangan warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, kelonggaran adalah diberikan kepada lima negeri bagi melantik pekerja kebersihan dalam kalangan warga asing iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor dan Melaka dengan nisbah pekerja asing berbanding dengan pekerja tempatan ialah 70 peratus pekerja asing dan 30 peratus pekerja tempatan.
Kawalan dan pemantauan adalah dilaksanakan oleh penerima premis perkhidmatan kebersihan dalam memastikan pekerja warga asing mempunyai pas kerja yang sah iaitu pihak syarikat perlu mengemukakan semua dokumen mengenai pekerjanya termasuk permit kerja yang sah bagi pekerja warga asing dalam tempoh 14 hari setelah menerima kontrak. Jika berlaku ketidakpatuhan perkara ini, denda boleh dikenakan kepada syarikat-syarikat yang terbabit dan juga sehingga membawa kepada proses penamatan terhadap syarikat yang terlibat.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyokong penuh penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan berkaitan khususnya Jabatan Imigresen Malaysia, dalam membantu kementerian membuat pemantauan berterusan atas pembekal yang melantik pekerja asing tanpa permit sah yang di guna di luar pengetahuan KPM. Puan Pengerusi, saya mengambil kesempatan mungkin satu minit lagi untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Wong Kah Woh
Ya. Semasa peringkat dasar yang diminta oleh pihak Menteri MOF untuk pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menjawab berkenaan dengan isu kelas padat. Pada waktu ini, terdapat 199,593 buah bilik darjah. Daripada jumlah itu, 67.68 peratus bilik darjah mempunyai bilangan murid di bawah 30 orang manakala 29.32 peratus bilik darjah mempunyai bilangan murid antara 31 hingga 40 orang. Dengan kata lain, 97 peratus bilik darjah di Malaysia mempunyai kepadatan murid yang boleh dikatakan dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
Walau bagaimanapun, bakinya tiga peratus 5,986 bilik darjah memang amat memerlukan perhatian kerajaan. Antaranya adalah di Selangor, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Putrajaya. KPM mengambil serius berkenaan dengan isu ini dan antara langkah sementara adalah termasuk penyuraian murid telah di buat kepada sekolah- sekolah berhampiran, menukar fungsi bilik kelas kepada bilik darjah serta pembinaan bilik darjah kabin. Misalnya SK Cyberjaya dan untuk jangka masa pendek iaitu dalam masa satu atau dua tahun, KPM juga menukar status persekolahan sesetengah sekolah daripada satu sesi kepada dua sesi.
Contohnya adalah di SK Saujana Putra yang baru dibuka baru-baru ini. Daripada lebih 900 murid, kita dapat buka ruang kepada lebih daripada 2,000 murid untuk memenuhi permintaan yang tinggi dan akhirnya untuk jangka masa panjang, lima tahun ke hadapan, KPM telah merangka dan meluluskan 26 buah pembinaan sekolah baharu pada tahun 2024. Kebiasaannya dalam perancangan sebelum ini, sekitar lapan hingga 10 buah sekolah sahaja akan dibina, akan diluluskan setiap tahun. Dengan 26 buah pembinaan sekolah baharu ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 50,000 orang murid dan 3,000 orang guru.
Kementerian juga mengalu-alukan inisiatif swasta membina sekolah secara CSR oleh pihak korporat khususnya yang dekat dengan pemaju kawasan perumahan.
Contohnya projek pembinaan seperti SJKC Sunsuria di Sepang, SJKC Gamuda Gove di Kuala Langat dan projek-projek CSR yang lain. Dengan itu, saya percaya bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi berkenaan dengan maksud B.63 telah pun dijawab dan dengan itu, sekian penggulungan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,973,724,300 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.63 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023] [****Fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Puan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Usul Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ling
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subsekyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam bilion tiga belas juta empat ratus sebelas ribu tiga ratus sembilan puluh ringgit (RM6,013,411,390) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 2024 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2004 dibaca kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Polis 1967 pertama kali dibuat pada tahun 1967 dikenali sebagai Akta No.41 tahun 1967 dan diguna pakai di seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 1967 bagi menggantikan Ordinan Polis 1952. Semakan semula Akta Polis telah dilaksana pada tahun 1988 dan ia mula berkuat kuasa sebagai Akta 344 mulai 6 Oktober 1988. Sejak Akta Polis 1967 yakni Akta 344 berkuat kuasa, beberapa pindaan telah dibuat pada tahun 2012 dan 2015. Setelah kali terakhir dipinda lapan tahun lepas, pindaan kepada Akta Polis 1967 [Akta 344] dilihat amat perlu agar selari dengan peredaran dan keperluan semasa.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 November 2023 semasa menimbang memorandum daripada Menteri Dalam Negeri, nombor M725/2023 bertajuk Permohonan Kelulusan Dasar Pindaan Akta Polis 1967 [Akta 344] antara lain telah bersetuju dengan syor permohonan dasar kepada pindaan akta tersebut.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 November 2023, semasa menimbang memorandum daripada Menteri Dalam Negeri nombor ML100/2023 bertajuk Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2003 antara lain telah bersetuju supaya cadangan pindaan mewujudkan jawatan Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat kepada Kebawah
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 6A dibentang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-265 pada 21 dan 22 Februari 2024 telah bersetuju menimbang dan telah memperkenan cadangan pewujudan seksyen 6A Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2023.
RUU Polis (Pindaan) 2024 ini menjurus kepada dua pewujudan seksyen baharu, enam pindaan seksyen dan satu pindaan jadual sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa fungsi serta peranan Polis Diraja Malaysia dalam menentukan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan negara.
Akta Polis 1967 yakni Akta 344 sebelum ini pernah dibuat pindaan kecil terhadap seksyen 27, 27A, 27B dan 27C pada tahun 2012 dan seksyen 33 pada tahun 2015.
Secara keseluruhannya Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024 ini mengandungi 10 fasal di dalamnya. Fasal-fasal pindaan adalah sebagaimana berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen 6A baharu dalam Akta 344 untuk mengadakan peruntukan darjah kehormat mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat Polis Diraja Malaysia bagi memberi penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal adat istiadat Polis Diraja Malaysia. Ia juga sebagai mengiktiraf peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang berkaitan dengan polis seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Polis.
Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 17 Akta 344 untuk meningkatkan penalti bagi kegagalan mana-mana pegawai polis yang tidak lagi menjadi anggota pasukan Polis Diraja Malaysia untuk memulangkan senjata, amunisi, pelengkapan, pakaian seragam dan peralatan lain. Denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM100 kepada tidak melebihi RM5,000.
Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 21 Akta 344 bagi memasukkan peruntukan baru untuk memberi kuasa kepada pegawai polis, menjalankan tugas mengiring di jalan awam. Pindaan turut melibatkan kenaikan penalti bagi kesalahan menghalang, membangkang atau ingkar menurut apa-apa arahan pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya. Denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM200 atau penjara tidak melebihi tiga bulan kepada denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 26 Akta 344 bagi menaikkan penalti untuk kesalahan tidak mematuhi apa-apa syarat yang munasabah yang diberi oleh seorang pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan. Denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM1,000 kepada denda tidak melebihi RM2,000.
Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 66 Akta 344 bagi menaikkan penalti untuk kesalahan terhadap majikan yang tidak mengambil kerja semula. Mana-mana pegawai polis simpanan, denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan kepada denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.
Fasal 7 bertujuan memperkenalkan seksyen 74A baru dalam Akta 344 untuk memberi pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada sarjan, kuasa untuk menyiasat kesalahan tatatertib di bawah akta. Pegawai polis yang menjalankan penyiasatan itu boleh mengumpul apa-apa bukti dan memeriksa mana-mana orang yang difikirkan perlu, mengehendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya atau mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara yang berhubung dengan kesalahan tatatertib yang dalam penyiasatannya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 86, Akta 344 berkaitan pembolosan bagi memendekkan tempoh ketidakhadiran pegawai polis menjalankan tugas untuk mengelakkan pegawai polis daripada mengambil kesempatan. Tempoh tidak menghadirkan diri seorang pegawai polis untuk menjalankan tugas selama tempoh 21 hari dikurangkan kepada 14 hari.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 94, Akta 344 berkaitan penalti am bagi menaikkan penalti sedia ada yang didapati tidak memadai, tidak setimpal dengan keadaan semasa pada masa kini. Denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan kepada denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 344 memandangkan Inspektor Kanan tidak lagi digunakan dalam pangkat Polis Diraja Malaysia. Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Polis 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Bangi.
Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Lima minit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya memulakan perbahasan saya ini, merujuk kepada seksyen baharu 6A yang dicadangkan iaitu dalam RUU ini disebut Akta Polis 1967 yang disebut akta ibu, akta ini dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6, seksyen yang berikut iaitu jawatan dipanggil Honorary Commissioner-in-Chief, 6A. The Yang di-Pertuan Agong shall be the Commissioner-in-Chief of the Royal Malaysia Police. Saya percaya, RUU ini telah dibincangkan, dilibat urus, di AG Chambers, Kabinet dan sebagainya tetapi saya ingin dapatkan kepastian iaitu sekarang, kerajaan sekarang sedang merdeka memang tidak ratify, tidak menandatangani Statut Rom. Kita tidak tahu kerajaan-kerajaan Malaysia yang akan datang. Sekiranya Statut Rom ditandatangani kemudian di-ratify, disahkan, maka individu-individu di negara kita ini termasuk ketua negara kita ini, boleh didakwa di Mahkamah ICC, International Court of Criminal di Hague, Belanda.
Jadi, kebimbangan yang boleh jadi tidak berlaku. Ini hypothetical. Jadi, minta Menteri jelaskan di Parlimen ini, kebimbangan ini iaitu dalam undang-undang yang ada sejak 1967, tidak ada jawatan Honorary Commissioner-in-Chief of the Royal Malaysia Police. Tak ada. Tetapi sekarang nak dimasukkan.
Negara kita negara constitutional monarchy. Yang di-Pertuan Agong, ketua negara, simbol dan sebagainya, tak terlibat dengan eksekutif. Tetapi, kalau kedudukan jawatan Yang di-Pertuan Agong, walaupun Honorary tetapi dimasukkan dalam itu, ada kebimbangan, bukan sekarang tetapi akan datang. Sekiranya ada perbuatan genocide, kekejaman, kekerasan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia, bukan polis sekarang, polis
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
akan datang. Maknanya, the Honorary Commissioner-in-Chief Royal Malaysia Police iaitu Yang di-Pertuan Agong kita – masa itu, kita dah tak adalah mungkin – akan diheret ke mahkamah, didakwa dan akan dibicarakan. Mungkin akan berlaku seperti apa yang dialami oleh Presiden Sudan suatu waktu dulu, Presiden Omar al-Bashir. Presiden Chile, Pinochet diheret bukan di ICJ tetapi ICC. Negara yang ratify, signed Statut Rom itu. Jadi, kalau ada jaminan daripada Menteri, maknanya hilanglah kebimbangan itu. Okey.
Seterusnya, saya dapat sempat berkenaan pindaan seksyen 17. Seksyen 17 ini berkenaan polis yang – anggota polis, dia berhenti jadi anggota polis tetapi dia tak serahkan barang-barang milik Polis Diraja Malaysia itu kecuali senjata dan peluru. Kalau dulu, dihukum RM100. Sekarang, naik kepada RM5,000. Agak tinggi juga ya, Yang Berhormat Menteri. Jadi, mungkin dapat berikan penjelasan tetapi fokus kepada perbahasan saya ialah tentang kedudukan Yang di-Pertuan Agong itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Kota Baharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana saya diberi peluang untuk membahaskan RUU D.R. 6/2024 ini. Terima kasih kepada sahabat saya, Menteri yang membentangkan rang undang-undang ini.
Pertamanya, sukalah saya menyebutkan bahawa Pasukan Polis Persekutuan – sebelum ini dinamakan begitu dan Pasukan Polis Malaysia telah mendapat pengiktirafan status Diraja menjadi Royal Malaysia Police pada 24 Julai 1958 iaitu hampir ataupun lebih kurang satu tahun daripada tarikh negara kita merdeka. Maka, terjadilah pada awalnya Polis Diraja Persekutuan. Sekarang ini, Polis Diraja Malaysia.
Saya terus kepada perbahasan untuk rang undang-undang ini. Saya juga ingin menyentuh fasal 2 yang berkaitan dengan cadangan satu seksyen baharu, 6A yang telah dicadangkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri iaitu Yang di-Pertuan Agong shall be the Honorary Commissioner-in-Chief of the Royal Malaysia Police ataupun dalam Bahasa Melayunya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilantik sebagai – ini perkataan baharu yang kita dengar – Pesuruhjaya Yang di-Pertua Kehormat Polis Diraja Malaysia. Itu terjemahan di dalam huraian fasal 2.
Saya, khususnya kami di Perikatan Nasional, kami tidak ada masalah untuk menyokong cadangan yang dibuat dengan mewujudkan seksyen 6A ini kerana walaupun Yang Berhormat Pasir Gudang tadi membangkitkan bahawa peruntukan seperti ini tidak pernah ada dalam perlembagaan kita dan juga dalam apa-apa statut pun termasuk Akta Polis. Tetapi, saya ingin merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 41 di mana tajuknya, Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. 41, “Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan”. Dalam bahasa Inggerisnya disebut, “The Yang di-Pertuan Agong shall be the Supreme Commander of the armed forces of the Federation’. Jadi, dalam keadaan ini, saya rasa sudah sampai masanya. It’s very timely untuk ada satu peruntukan, walaupun sekarang ini di dalam satu akta iaitu Akta 344, Akta Polis 1967 di mana Yang di-Pertuan Agong sepatutnya dilantik menjadi Pemerintah Tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Cuma, dalam rang undang-undang ini, saya ingin mempersoalkan, kenapa kementerian meletakkan jawatan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong ini sebagai tahap honorary iaitu kehormat? Honorary Commissioner-in-Chief of the Royal Malaysia Police. Sedangkan dalam Perlembagaan sendiri, dalam Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi, Supreme Commander of the Armed Forces. Jadi, oleh itu, saya merasakan bahawa honorary diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah tidak wajar.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Keduanya, kenapa commissioner ataupun pesuruhjaya? Di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia― Yang Berhormat tentu lebih tahu lagi― bahawa dari segi rank ataupun jawatan polis ini, kalau commissioner police, adalah mereka yang memegang jawatan pengarah-pengarah di dalam pasukan polis. Pengarah jenayah, pengarah narkotik dan sebagainya. Dan di peringkat negeri, Commissioner Police of Sarawak and Sabah. Itu sahaja tahap commissioner. Jadi, meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai commissioner, honorary pula, Commissioner-in-Chief Polis Diraja Malaysia, saya rasa tidak wajar.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memikirkan satu pindaan di mana sepatutnya The Yang di-Pertuan Agong shall be the Supreme Commander of the Royal Malaysia Police. Jadi, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik ataupun hendaklah dilantik sebagai pemerintah tertinggi di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Jadi, hal ini, alasan yang lain saya boleh melihat bagaimana di dalam Akta Polis sendiri telah menyatakan dengan jelas dan juga dalam Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa Perkara 140, apabila menyatakan berhubung dengan Suruhanjaya Pasukan Polis ataupun SPP, antara ahli yang menjadi ahli SPP itu, yang pertamanya, Menteri Dalam Negeri yang menjadi Pengerusi; keduanya, pegawai polis yang memerintah secara menyeluruh pasukan polis. Maksudnya, IGP. IGP dipanggil sebagai Pegawai Pemerintah ataupun dalam bahasa Inggeris yang memberikan command, General Command kepada pasukan polis.
Oleh sebab itu, amat sesuai, pada pandangan kami, jawatan yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah Supreme Commander ataupun Pemerintah Tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Kedua, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, satu saja saya nak tanya. Ada satu pindaan yang berkaitan dengan fasal 7 memasukkan satu peruntukan baharu seksyen 74A yang mana memberikan kuasa kepada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan untuk menjalankan siasatan dalam kes-kes tatatertib di bawah Akta 344 ini. Saya tahu ianya tidak rendah. Maksudnya, lebih tinggi itu boleh.
Jadi, persoalan saya nak tahunya sekarang ini, buat masa sekarang ini, pegawai yang menyiasat kes-kes disiplin ini, apa dia punya rank dia? Apa dia punya pangkat?
Inspektor kah? Ataupun koperal kah? Lebih rendah daripada sarjan? Saya nampak begitulah. Oleh sebab itulah peruntukan baharu ini menyatakan tidak kurang daripada sarjan. Jadi, saya nak tahu maklumat, siapakah yang menjalankan siasatan dalam kes- kes tatatertib dalam pasukan polis sekarang ini?
Oleh sebab masa sudah cukup― saya banyak poin lagi. Tapi, tak apa. Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 21 Mac 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]