Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan hari ini pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dengan menjemput Dato' Ngeh Koo Ham, Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Hari ini hari bertuah bagi saya, soalan saya soalan nombor satu.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
1. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah- langkah yang diambil untuk memastikan syarikat insurans bertanggungjawab atas polisi yang dikeluarkan dan tidak menggunakan pelbagai helah enggan membayar pampasan apabila berlakunya sesuatu musibah termasuk menggunakan peruntukan klausa pengecualian (exclusion clause) hinggakan tujuan pembelian insurans dinafikan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas. Terma kontrak insurans menggariskan perkara-perkara yang dilindungi dan yang dikecualikan. Oleh itu, klausa pengecualian, dengan izin, exclusion clause menetapkan keadaan tertentu yang tidak dilindungi oleh sesuatu polisi.
Sekiranya sesuatu keadaan berada di bawah salah satu pengecualian ini, syarikat insurans atau pengendali takaful tidak diwajibkan untuk membayar tuntutan yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan tersebut. Bergantung kepada jenis polisi, antara pengecualian yang lazim adalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, penggunaan kenderaan yang menyalahi undang-undang, mencederakan diri sendiri, penyakit sedia ada yang tidak diisytihar atau tuntutan palsu.
Walau bagaimanapun, perlindungan tambahan dengan premium tambahan boleh diperolehi bagi pengecualian tertentu seperti malapetaka atau penyakit sedia ada bagi memastikan syarikat insurans adalah pengendali takaful memenuhi tanggungjawab mereka dan tidak menyalahgunakan klausa pengecualian untuk menafikan tuntutan yang sah.
Dokumen dasar berkenaan layanan adil kepada pengguna kewangan dan Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan oleh Bank Negara Malaysia menetapkan syarikat insurans atau pengendali takaful untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan objektif terhadap semua tuntutan insurans atau takaful yang dikemukakan oleh pengguna kewangan.
Syarikat insurans atau pengendali takaful juga dikehendaki memastikan penyelesaian tuntutan insurans atau takaful yang ditawarkan kepada pengguna kewangan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
adalah adil, telah mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan dan mewakili hak munasabah penuntut di bawah polisi insurans atau sijil takaful.
Sekiranya syarikat insurans atau pengendali takaful terpaksa menolak tuntutan insurans atau takaful secara menyeluruh atau sebahagian daripadanya, ia dikehendaki memberikan penjelasan yang jelas kepada pengguna kewangan mengenai rasional keputusan tersebut, termasuk terma polisi atau pengecualian yang dirujuk.
Selain itu, bagi menambah baik pemahaman pengguna kewangan mengenai polisi insurans atau sijil takaful, Garis Panduan Bank Negara Malaysia Mengenai Ketelusan dan Penzahiran Produk menggariskan syarikat insurans atau pengendali takaful harus memastikan penzahiran atau disclosure, dengan izin, telah menekankan matlamat penting, termasuk terma dan ciri utama produk insurans seperti penalti, sekatan, pengecualian, kesan penamatan awal kontrak serta maklumat yang berkaitan dengan hak dan kewajipan pengguna kewangan. Syarikat insurans atau pengendali takaful harus juga memaparkan amaran seperti risiko yang berkaitan dengan produk tersebut pada butiran pula.
Khusus untuk produk- maaf, insurans takaful perubatan dan kesihatan, dokumen dasar perniagaan insurans takaful perubatan dan kesihatan, medical and health insurance/takaful business (MHIT), dengan izin, Bank Negara Malaysia mewajibkan syarikat insurans atau pengendali takaful untuk memberikan pengguna kewangan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan pengguna kewangan membandingkan antara produk-produk MHIT dan membuat keputusan yang termaktub serta jualan perlu berasaskan keperluan dan kesesuaian sesuatu produk kepada penggunanya.
Sekiranya polisi atau peserta takaful tidak menerima perkhidmatan yang memuaskan,mereka boleh membuat aduan kepada saluran aduan yang disediakan oleh syarikat insurans atau kepada Bank Negara Malaysia melalui saluran eLINK. Tambahan pula, penggunaan kewangan boleh merujuk kepada badan bebas ombudsman perkhidmatan kewangan secara percuma, untuk menangani pertikaian secara adil dan cepat sekiranya pengguna kewangan tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad syarikat insurans atau pengendali takaful, iaitu keputusan ITO yang menolak tuntutan mereka berdasarkan klausa pengecualian. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, benarkan saya memberi sedikit mukadimah supaya soalan tambahan saya dapat difahami dengan lebih jelas.
Tuan Yang di-Pertua
Mukadimah?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan sebelum soalan supaya soalan...
Tuan Yang di-Pertua
Pendek sahaja. Bukan mukadimah, penjelasan ya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, pendek, pendek, ya. Tan Sri Yang di-Pertua, antara sebab orang ramai atau pelanggan ada kepercayaan kepada firma peguam ialah kerana firma peguam mempunyai professional insurance coverage. Tetapi dalam polisi insurans itu biasanya ada satu peruntukan memerlukan peguam memberi notis kepada pihak insurans dalam sesuatu tempoh. Biasanya satu bulan untuk memberitahu pihak insurans kemungkinan adanya sesuatu tuntutan atau cost of action. Jika peguam tidak memberi notis dalam tempoh yang dinyatakan, mereka boleh tidak membayar apabila sesuatu tuntutan itu timbul.
Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan merancang sama ada melalui polisi syarikat insurans ataupun melalui peruntukan undang-undang, untuk memastikan syarikat insurans membayar pampasan jika kerugian timbul dalam tempoh perlindungan insurans syarikat tersebut, sungguhpun peguam itu tidak memberi notis. Katakan peguam itu sudah larikan diri? Saya cadangkan, kalau boleh tuntutan pelanggan ini boleh dibuat kepada insurans dalam tempoh enam tahun seperti tuntutan biasa sebelum ia dengan izin, time- barred atau luput masa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri. Terus jawab ya. Tak ada mukadimah.
Puan Lim Hui Ying
[Ketawa] Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kontrak insurans indemniti profesional memberi perlindungan kepada pekerja profesional, seperti peguam, untuk membayar liabiliti undang-undang mereka kepada pelanggan yang mengalami kerugian akibat kecuaian profesional yang telah mereka atau kakitangan mereka lakukan.
Seperti mana-mana kontrak insurans yang lain, kontrak insurans indemniti profesional adalah berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui, di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, termasuk terma notifikasi bagi membuat tuntutan.
Sekiranya mana-mana peguam telah melanggar terma di dalam kontrak insurans, maka peguam tersebut hendaklah membayar liabiliti undang-undang kepada pelanggan mereka menggunakan sumber kewangan mereka sendiri. Ini adalah kerana kontrak insurans indemniti profesional adalah antara syarikat insurans dengan peguam tersebut dan bukan dengan pelanggan.
Dalam hal ini, adalah tidak wajar untuk meletakkan tanggungjawab ke atas syarikat insurans untuk membayar tuntutan insurans sekiranya pemegang polisi iaitu peguam, dalam kes ini, telah melanggar terma kontrak insurans atau melarikan diri. Ini akan memberi insentif negatif yang mendorong kepada tingkah laku yang tidak bertanggungjawab untuk tidak mematuhi terma-terma yang dipersetujui.
Peguam yang tidak puas hati dengan perkhidmatan syarikat insurans tersebut boleh membuat aduan terus kepada syarikat tersebut, Bank Negara atau OFS. Manakala situasi di mana sekiranya peguam yang terlibat gagal untuk membayar ganti rugi kepada pelanggannya, pelanggan yang terkesan boleh membuat aduan kepada pihak Badan Peguam Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Tan Sri.
Soalan Temerloh. Berapakah jumlah syarikat ataupun ejen insurans dan takaful palsu ataupun yang tidak berlesen? Apakah usaha-usaha kementerian untuk mengelakkan penipuan yang berlaku di kalangan― perkara ini banyak berlaku. Jadi, apakah usaha- usaha? Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim insurans takaful untuk menghadapi risiko luar jangka seperti bencana ataupun, contohnya seperti banjir?
Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh.
Pertama, yang tentang penipuan. Memang kita, Bank Negara akan memantau dari semasa ke semasa sekiranya terdapat syarikat insurans yang palsu atau produk- produk yang tidak dipenuhi atau mengikut terma atau syarat yang telah dituntut dalam bila insurans itu dilakukan. Mereka boleh membuat aduan kepada link di Bank Negara dan juga kepada OFS.
Dari segi malapetaka, jadi, ini semua adalah antara syarikat insurans dengan pelanggannya. Apa-apa― sekarang memang banyak klausa telah ditambahkan tetapi Bank Negara selalu akan memantau dengan teliti apakah yang beraksi antara kes-kes insurans ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Speaker, mohon minta jawapan berapakah jumlah.
Tuan Yang di-Pertua
Temerloh, tak boleh, Temerloh. Baik, saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan hasrat bagi membuat penelitian dan kawalan terhadap silibus mata pelajaran yang mengganggu mata pelajaran akademik sehingga mengganggu perancangan guru untuk melaksanakan PnP.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Baling.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha bagi memastikan kurikulum yang dibubar relevan dengan keperluan semasa. Kurikulum persekolahan dibangunkan dengan hasrat melahirkan generasi terdidik yang memiliki keunggulan dalam mendepani cabaran dan keperluan pembangunan negara pada masa kini dan pada masa akan datang.
Selaras dengan hasrat tersebut, KPM sentiasa cakna dengan isu-isu yang dibangkit oleh guru-guru berkaitan serta pelaksanaan kurikulum. Sehubungan itu, satu pasukan petugas khas intervensi kurikulum telah ditubuhkan bagi menangani isu-isu yang berbangkit. Peranan pasukan petugas khas ini adalah:
(i) menyediakan dokumen Penjajaran KSSR Semakan 2017 Edisi 3.0 yang akan digunakan mulai sesi akademik 2024/2025;
(ii) melaksanakan pengesanan awal literasi dan numerasi bagi murid Tahun 1 setelah tiga bulan mengikut persekolahan;
(iii) menghasilkan pelaporan PBD yang mesra ibu bapa;
(iv) menyediakan latihan guru untuk dokumen Penjajaran 3.0 KSSR Semakan 2017; dan
(v) pentaksiran bilik darjah.
Selain itu, bagi membantu guru untuk melaksanakan kurikulum dengan berkesan, KPM telah membangunkan banyak bahan sokongan PdP. Bahan-bahan ini dibangunkan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada guru ke arah meningkatkan keupayaan murid dalam bidang yang dipelajari.
Terkini, Tan Sri Speaker, Modul Bimbingan (MOBIM) dalam bidang sains, matematik dan bahasa telah pun dibangunkan. MOBIM ini digunakan sebagai satu inisiatif untuk membantu guru untuk memahami kurikulum dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. MOBIM bagi Tahun 1 telah pun disebarkan pada tahun 2023. Manakala MOBIM Tahun 2, Tahun 3 dan Tahap 2 pula akan disebarkan mulai Mei 2024 secara berperingkat untuk kegunaan semua guru.
KPM juga telah mengambil langkah untuk melaksanakan beberapa strategi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid. KPM telah menyediakan sebuah platform yang dikenali sebagai SumberKU yang boleh diakses melalui pelantar DELIMa. SumberKU mendokumentasikan segala strategi pengukuhan dan penggayaan, pemugaran literasi dan numerasi, pemerkasaan pentaksiran bilik darjah serta menyediakan bahan sokongan, pengukuhan dan penggayaan bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan saya. Gangguan-gangguan dalam pelaksanaan PnP bukanlah isu yang baharu. Ia juga menyebabkan guru-guru terpaksa mempercepatkan silibus yang ditetapkan dan timbul gangguan perancangan yang disusun. Jadi, soalan saya, apakah rancangan KPM bagi menyesuaikan silibus pendidikan sesuai dengan tahap IQ sekolah rendah dan sekolah menengah pada masa kini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat Baling. KPM selalu prihatin terhadap segala pandangan dan juga balasan daripada kesemua pihak berkepentingan, termasuk guru-guru, ibu bapa kepada murid dan sebagainya.
Seperti yang dijawab tadi, sememangnya KPM apabila mendapat balasan ataupun pandangan sedemikian, pihak KPM akan memperhalus kurikulum sedia ada.
Seperti yang dinyatakan tadi, dokumen Penjajaran KSSR Semakan 2017 Edisi 3.0 telah pun dalam usaha KPM. Dalam perkara itu, kita juga mengambil iktibar bahawa kurikulum yang sedia ada sememangnya adalah untuk penyediaan murid-murid kita pada masa hadapan. Apa yang perlu adalah latihan berterusan kepada guru-guru yang terbabit. Pada masa yang sama, untuk murid-murid yang mungkin tidak mampu untuk mengikut pembelajaran, perhatian khas akan diberikan oleh sekolah kepada murid-murid yang terbabit.
Pihak KPM sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa segala kurikulum dan pelaksanaan silibus itu dapat mencapai hasrat dan matlamat asal dan terbaik oleh KPM.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya jemput Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Ipoh Timor baharu tanya Ipoh Timor lama ya. Nak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk nyatakan berkenaan dengan kurikulum standard semasa yang sedia ada. Bilakah ia akan diperhalusi semula, disemak semula? Sekiranya ada dan bila ia berlaku, apa pula hala tuju dan pembaharuan dan tekanan yang akan dimasukkan melalui pengisian semakan semula yang baharu ini? Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor baharu.
[Ketawa] Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Berkenaan dengan soalan daripada Ipoh Timor, bilakah kurikulum akan disemak semula. Kurikulum yang sedia ada, KSSR, adalah pada tahun 2017 dan setelah lengkap satu kitaran ataupun satu tempoh masa 10 tahun, ia akan disemak semula. Kurikulum baharu persekolahan 2027 adalah dalam usaha pemetaan oleh pihak KPM.
Tuan Wong Kah Woh
Dalam perkara ini, KPM dalam usaha membuat pemetaan dan segala usaha sesi libat urus berkenaan dengan kesemua pihak berkepentingan dan bagi kurikulum persekolahan 2027 ini ia merangkumi 7 domain. Pertama, iaitu perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.
Secara ringkasnya, kurikulum ini akan berorientasikan kompetensi dan berbanding dengan kurikulum terdahulu yang berasaskan standard. Berorientasikan kompetensi bermaksud, penguasaan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dapat diterap dalam pelbagai konteks kehidupan serta memfokuskan anak-anak kita kepada hasil pembelajaran yang diamalkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya difahamkan Ahli Parlimen Lawas tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed, Kuala Terengganu.
[Soalan No. 3 – YB. Dato Henry Sum Agong (Lawas) tidak hadir]
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Assalamualaikum Tan Sri Yang di-Pertua. Saya berpantun sikit.
Bulat air kerana pembetung, Bulat ummah kerana muafakat, Saya harap soalan saya pagi ini ada untung, Minta Menteri jawab soalan nombor empat.
4. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah inisiatif kementerian bagi mengatasi masalah banjir yang melanda di Kuala Terengganu yang menyebabkan kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil pendekatan struktur dan bukan struktur untuk mengatasi masalah banjir di Kuala Terengganu.
Pada tahun 2024, sebanyak 5 kolam dirancang untuk di selenggara dengan anggaran kos RM240,000. Manakala untuk pendekatan bukan struktur, JPS telah menyiapkan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun lebih dikenali sebagai PISMA untuk Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu pada tahun 2019.
Sebagai makluman, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) kali ke-41 pada 17 April 2023, bersetuju dengan keperluan pemakaian dan pelaksanaan PISMA dalam pembangunan tanah kepada semua pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan
(PBT).
PISMA dijadikan panduan dan rujukan PBT, pemaju dan lain-lain pihak berkaitan untuk menaik taraf, membina sistem saliran serta merancang pembangunan masa hadapan yang lebih terancang, sistematik dan mapan bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan mengawal pencemaran akibat pembangunan.
JPS juga sedang melaksanakan kajian Pelan Induk Tebatan Banjir, lembangan Sungai Terengganu, Terengganu. Output utama kajian ini adalah peta hazard banjir dan peta risiko banjir bagi lembangan Sungai Terengganu yang dijangka siap pada tahun 2025. Projek pemuliharaan muara Sungai Ibai, Kuala Terengganu sedang dalam pelaksanaan, bermula pada 24 Julai 2023 dan dijangka siap pada 23 November 2025 dengan kos kontrak sebanyak RM24 juta.
Sejumlah RM6.7 juta telah diperuntukkan pada tahun 2023 untuk negeri Terengganu bagi menjalankan kerja penggalian sungai dan kerja yang berkaitan di bawah Program Pemuliharaan Sungai bagi mengurangkan risiko banjir. Manakala pada tahun 2024, sejumlah RM200,000 telah diperuntukkan di bawah Program Pemuliharaan Sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan disalurkan kepada kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kuala Terengganu, dipersilakan.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tan Sri Yang di-Pertua, ini berhubung dengan keadaan banjir di sekitar Kubang Parit, Kuala Terengganu. Saya dimaklumkan ini berlaku kerana Projek Tebatan Banjir Gong Kiat Fasa 2 belum dilaksanakan dan ada cadangan projek menaik taraf sistem saliran ini bertajuk Projek Sistem Saliran Mesra Alam di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu. Harap Menteri boleh maklumkan berhubung pelaksanaan perkara ini dan juga apa sebenarnya jalan penyelesaian bagi masalah banjir yang dikenal pasti di Taman Alamanda, Jalan Tekukur? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Kuala Terengganu. Soalan yang spesifik. Jadi, untuk bagi Projek Tebatan Banjir Gong Kiat Fasa 2, untuk di peringkat kami, projek itu telah dimohon sebagai Projek Saliran Mesra Alam Kubang Parit, Kuala Terengganu untuk dimasukkan dalam RP5/RMKe-12, yang itu bergantung pada agensi yang seterusnya. Cuma pada masa yang sama, dalam kita menguruskan keadaan banjir kilat, yang ini memang kita perlukan bantuan semua pihak lah. Jadi, kalau nak letak semuanya di bahu JPS pun maksudnya, kita sebenarnya kena cari jalan yang lebih menyeluruh.
Jadi, sebab itu untuk urusan bagi mengatasi masalah banjir kilat, kita juga cadangkan agar pihak negeri mengenakan caruman parit iaitu caruman perparitan
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
ataupun dikenali sebagai sumbangan perparitan, adalah bayaran yang dikenakan oleh kerajaan negeri kepada setiap pemajuan tanah ataupun pelupusan secara ‘pemberikan’ tanah dan mengubah syarat tanah bagi tujuan perumahan, perdagangan dan perindustrian oleh pemaju.
Jadi sebenarnya, banyak negeri yang telah mengguna pakai kaedah ini. Jadi, kami cadangkan jugalah kepada Kerajaan Terengganu untuk mempertimbangkan perkara ini kerana kejadian banjir kilat ini juga banyak disebabkan oleh pembangunan di kawasan sekitarnya. Jadi, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Mohon penjelasan kepada Timbalan Menteri mengenai PISMA ini. Adakah kerajaan bercadang untuk wujudkan PISMA di mana-mana daerah yang belum mempunyai PISMA dan daerah yang sering menghadapi banjir? Jika ada, berapa banyak atau daerah yang bakal melaksanakan PISMA ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Seperti dalam jawapan asal yang saya bacakan tadi, iaitu untuk tujuan kita menguruskan, terutamanya di kawasan bandar ataupun bandar raya, memang rujukan PISMA ini adalah penting. Sebab dokumen itu dia akan memperincikan dan juga membantu kerajaan negeri, kerajaan tempatan untuk merangka infrastruktur saliran yang lebih terancang bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
Jadi, yang ini sememangnya kita melihat daripada keperluan di bandar-bandar utama lah, kerana bila berlaku pembangunan, maka perkara itu mengubah keperluan dari segi menguruskan infrastruktur saliran tadi lah. Jadi, sebab itu kalau dirujuk sepertimana jawapan asal saya untuk soalan Kuala Terengganu, memang perancangan itu berpandukan kepada PISMA.
Jadi, bila ada PISMA itu, maka untuk merancang projek-projek seterusnya, semua pihak yang berkenaan, contohnya kalau isu perparitan sebenarnya di bawah kuasa ataupun kawalan pihak berkuasa tempatan (PBT) tapi mereka juga memerlukan rujukan yang sama lah untuk supaya parit dan sungai itu ada kesinambungan dari segi mengalirkan air untuk keluar ke sungai dengan lebih segera. Jadi, itu memang ada perancangan tetapi kita akan melihat dari bandar ke bandar lah, sama ada Batu Pahat dah ada ataupun ingin mengemukakan, saya akan bawa kepada peringkat kementerian.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan Segamat nombor lima.
5. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk melestarikan perpaduan melalui KRT dan program-program kementerian serta jumlah peruntukan bagi tahun 2024 bagi Kawasan Parlimen Segamat.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Susulan peristiwa hitam iaitu insiden 13 Mei 1969, Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak pada 29 Ogos 1975 untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Penubuhan kawasan Rukun Tetangga yang pertama adalah pada tahun 1975 iaitu di Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur.
Bermula tahun 1983, kerajaan telah memperkenalkan konsep kejiranan untuk menjadikan Rukun Tetangga sebagai platform ataupun tapak integrasi pada kehidupan masyarakat, khususnya di kawasan bandar dan perumahan. Seterusnya pada tahun 2000, konsep pembangunan komuniti telah diterapkan di dalam Rukun Tetangga yang
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
memberi fokus kepada pembelajaran sepanjang hayat dan mendaya upayakan komuniti untuk mendepani perubahan-perubahan sosial yang berlaku.
Justeru, pada tahun 2021, kementerian telah menyediakan Gerak Kerja Rukun Tetangga yang lebih jelas, komprehensif dan inklusif dengan memfokuskan peranan Rukun Tetangga kepada empat gerak kerja iaitu Gerak Kerja KRT Sejahtera, Gerak Kerja KRT Selamat, Gerak Kerja KRT Sihat dan Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Sehingga kini terdapat sebanyak 8,438 KRT di seluruh negara dan ianya mempunyai ahli jawatankuasa seramai 210,000 dengan liputan penduduk seramai 12.5 juta orang. Pada tahun ini, tahun 2024 fokus utama kementerian dan jabatan adalah untuk mengerakkan inisiatif pemerkasaan Rukun Tetangga sebagai penggerak komuniti progresif.
Kementerian telah memberi sedikit insentif untuk membesarkan Rukun Tetangga
(RT) sebagai penggerak komuniti melalui lapan bidang tumpuan utama iaitu ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan dan budaya dan daya cipta.
Kelapan-lapan bidang tumpuan ini ditetapkan berdasarkan kepada cabaran dan keperluan semasa di peringkat komuniti dan negara.
Melalui Belanjawan 2024, kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk memperkasakan Rukun Tetangga sebagai rujukan sosial dalam menyediakan perkhidmatan bagi memupuk perpaduan dalam komuniti. Melalui peruntukan yang diluluskan, kementerian telah mengambil tindakan untuk menyediakan kerangka bagi memperkasakan Rukun Tetangga dan juga kita telah membangunkan pelan tindakan bagi semua Rukun Tetangga dan kita berharap pada tahun ini kita dapat membangunkan 116 Rukun Tetangga sebagai model Rukun Tetangga yang progresif.
Untuk menjawab soalan berkenaan dengan peruntukan, di kementerian kita tidak memperuntukkan geran mengikut Parlimen, tetapi kita mewartakan setiap KRT di seluruh negara, kita akan bagi peruntukan RM6,000 sesebuah KRT. Bagi Parlimen Segamat, ada 17 KRT yang aktif, maka peruntukan yang kita akan salurkan kepada Parlimen Segamat adalah RM102,000. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri ada mengusulkan cadangan untuk mewujudkan konsep satu daerah satu model KRT. Soalan tambahan saya adalah bagaimanakah konsep tersebut berupaya memperkukuh kebersamaan antara kaum dalam satu-satu daerah dengan mengambil kira kepelbagaian serta perbezaan dalam aktiviti-aktiviti sosioekonomi.
Keduanya, apakah kayu ukur dan juga menilai KRT ini kerana ia telah lama wujud dan juga masih ada isu-isu di bawah peringkat akar umbi antara kalangan masyarakat.
Seterusnya adalah berkenaan dengan apabila kita menyebut tentang perpaduan, kita hanya mengambil dari aspek antara kaum dan etnik sahaja. Kita mungkin kurang menyentuh berkenaan dengan isu agama, bagaimana kita mahu menyatupadukan antara agama Islam dan bukan agama Islam untuk mengadakan sesi libat urus ataupun langkah- langkah seterusnya bagi memperkukuhkan lagi perpaduan. Itu soalan saya, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita bentuk dengan KRT, kita sudah ada 8,434 KRT, bermakna dalam satu-satu daerah itu sudah lebih daripada satu seperti yang disebutkan oleh YB. Seperti di Daerah Segamat, kita ada 65 KRT ya, bukan satu KRT. Berkenaan dengan penilaian aktiviti kita di Rukun Tetangga, kita tidak ada membuat satu-satu analisis, tetapi dengan adanya pengukuran perpaduan, kita mempunyai Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) yang kita akan bangunkan ketiga kali pada tahun ini.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Itu adalah satu pengukur yang amat komprehensif amat jelas, tetapi untuk mendapatkan nilai-nilai indeks itu amat kompleks, kita akan gunakan konsultan. Jadi kita haraplah tahun ini kita akan adakan IPNas ketiga. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tentang KRT ini untuk kita memperkasakan perpaduan melalui KRT, saya tengok dalam belanjawan tahun ini, Belanjawan 2024, Kementerian KPN telah memperuntukkan RM20 juta untuk Program Pemerkasaan KRT. Saya tertarik untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, tentang platform-platform yang ditubuhkan di bawah KRT ada banyak. Ada Jiran Wanita, Jiran Muda, SRS dan sebagainya.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat hari ini Jiran Muda untuk menarik minat-minat anak muda untuk join KRT, untuk bersama dengan KRT, setakat ini adakah Program Jiran Muda ini mendapat sambutan, berapakah jumlah pendaftaran dan apakah inisiatif oleh kementerian untuk memperkasakan jiran muda supaya anak muda ini lebih berminat dengan KRT ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua. Itulah harapan kita apabila kita mengadakan lonjakan yang amat besar pada tahun ini yang dikatakan progresif. Progresif itu dinamakan KRT Progresif dan kita sudah merangkakan lapan bidang utama. Satu daripadanya adalah dari segi ekonomi dan of course kedua adalah kepimpinan. Kita mula melihat di kawasan KRT ini pemuda-pemudi ini ramai di kalangan mereka ini kalau yang menganggur itu yang menjadi masalah.
Jadi kita mengatakan program untuk tahun ini dengan jumlah peruntukan yang telah dibagi, of course memang tidak mencukupi kita akan mengadakan model KRT yang kita harap ianya akan berjaya dan akan menjadi model kepada semua KRT yang kita dapat adakan. Kita ada 8,000 lebih KRT di seluruh negara dan kita akan mulakan dengan tumpuan kita adalah satu daerah. Kita akan bangunkan at least satu KRT progresif yang akan menjadi model KRT untuk KRT-KRT yang lain.
KPI penetapan setiap KRT telah disebut tadi saya mendapat maklumat ini adalah sebanyak 30 peratus. Ini adalah berasaskan aktiviti-aktiviti inovasi Jiran Muda untuk menjawab Segamat tadi, thank you.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput- tidak, sat. Saya jemput Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Salam sejahtera.
Ramadan bulan yang mulia, Banyak beramal, pahala berganda, Soalan nombor enam saya kemuka, Mohon jawapan dari Timbalan Menteri, sahabat lama.
6. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian berhasrat mengembalikan semula kalendar persekolahan sebagaimana terdahulu yang bermula sesi baru Januari sehingga Disember.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih sahabat lama saya Yang Berhormat dari Parit Buntar. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui jawapan lisan sebelum ini yang diberikan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen ke-15 tahun 2023 dalam Dewan Rakyat pada 23 Mei 2023 serta kenyataan media KPM bertarikh 24 Mei 2023, telah memberikan komitmen
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada bulan Januari 2026, seperti takwim persekolahan sebelum pandemik COVID-19.
KPM telah menyusun dan mengawal kalendar akademi sesi 2024/2025 supaya sesi persekolahan dalam kalendar akademik tahun 2025 dapat bermula pada bulan Februari iaitu pada tahun 2025. Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari sehingga Disember.
Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.
Untuk maklumat Yang Berhormat, seperti penyediaan kalendar akademik tahun- tahun sebelum ini, KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama-sama dengan kesemua pihak berkepentingan, termasuk kesatuan ataupun persatuan perguruan, seperti Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU), Kesatuan Guru Kerajaan Sabah, untuk mendapat maklum balas berkenaan dengan penyediaan draf kalendar tahun 2025 dan kalendar akademik tahun 2026, sebelum diangkat untuk proses pewartaan.
KPN juga akan memastikan kalender akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran, pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 minggu hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan. Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalender akademik persekolahan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih Timbalan Menteri. Bila berlaku perubahan dalam sistem kalendar baru sekolah, sudah tentulah akan melibatkan beberapa perkara. Antaranya, bebanan guru dan sebagainya.
Jadi, apakah langkah strategik pihak kementerian untuk mengurangkan bebanan guru, ekoran perubahan kalendar yang akan berlaku nanti?
Yang kedua, berlaku juga kepadatan murid dalam satu-satu kelas, sehingga mencecah hampir 50 pelajar di sesebuah sekolah, sebagaimana yang di-viral-kan dalam media sosial baru-baru ini. Jadi, apakah perancangan kerajaan dalam jangka pendek untuk mengatasi masalah kepadatan murid yang berlaku?
Ketiga, adakah benar— Ha, ini berlaku di Perak. Adakah benar Sekolah Agama Raja Perempuan Taayah, Ipoh akan berpindah ke lokasi baru? Kalau benar, bilakah mula berpindah dan di manakah lokasi yang baru serta adakah Sekolah Izzuddin turut sama akan berpindah? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Menteri jawab, lazimnya saya tidak akan benarkan tiga. Tapi oleh kerana bulan puasa ini, saya beri chance-lah ya.
[Tepuk] Sila Menteri.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Bagi kawan lama aku, aku pun cuba jawab ketiga-tiga.
Bagi kedua-dua sekolah agama yang telah pun dinyatakan sebentar tadi, saya pohon untuk diberikan jawapan secara bertulis selepas ini kerana saya tidak ada maklumat di dalam tangan.
Berkenaan dengan perubahan dalam sistem akademik kalendar, seperti Yang Berhormat sedia maklum, pembukaan sekolah kita dianjakkan ke bulan tiga adalah akibat daripada COVID-19, yang mana sebelum ini tidak pernah berlaku pun apa-apa keadaan sebegitu. Apabila kita berbincang berkenaan dengan pengurangan beban guru sebelum ini, saya dan Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab secara keseluruhan berkenaan dengan bagaimana kita nak kurangkan beban guru seperti yang diumumkan pada tahun 2023.
Tuan Wong Kah Woh
Walau bagaimanapun, KPM memang komited untuk memastikan sesi persekolahan dapat dibuka pada bulan Januari 2026. Kita nak pastikan bahawa selain daripada anjakan ataupun pengembalian sesi persekolahan itu ke bulan Januari, pada masa yang sama isu-isu seperti takwim SPM, STPM dan juga kemasukan universiti kita juga akan membuat penyelarasan yang sepenuhnya.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan isu kepadatan murid, saya percaya ini adalah isu yang berkaitan dengan SK Cyberjaya, yang mana beberapa hari lepas telah pun satu kenyataan dikeluarkan oleh KPM, yang mana bagi peringkat pelaksanaan, penyelesaian jangka pendek sedang dilaksanakan bagi SK Cyberjaya, iaitu termasuk penyuraian murid Tahun 1 ke beberapa sekolah yang berdekatan serta kelulusan pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan. Penyelesaian jangka masa panjang, SK Cyberjaya 2 yang diminta dalam RMKe-12, RP3 Tahun 2023 telah mendapat kelulusan dan kini berada dalam proses perolehan dan dijangka siap pembinaan tahun 2028. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan tambahan saya berkaitan dengan perubahan yang dikatakan, akan balik semula kepada seperti biasa iaitu pada 2026. Isunya kalau kita lihat bahawa dalam peperiksaan- peperiksaan awam ini, sebelum-sebelum inilah, kalau bulan Disember itu biasanya musim banjir.
Adakah perbezaan bila sekarang ini dalam suasana hari ini, perbezaan yang tidak menghadapi banjir itu adalah lebih baik? Bagaimana pula tentang kalau kata balik semula pada asal tahun-tahun biasa itu, dulu-dululah, maknanya dia akan menghadapi banjir.
Jadi, persiapan-persiapan ke arah menghadapi banjir. Satu.
Yang kedua, petugas-petugas guru itu sendiri untuk mengawal peperiksaan.
Adakah dengan keadaan yang seumpama seperti-seperti dululah, banjir dan sebagainya, apa persiapan untuk menghadapi keadaan berkenaan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Berkenaan dengan soalan apabila sekiranya anjakan ataupun perubahan kepada kalendar akademik dibuat dan dianjakkan ke bulan Januari, sama ada peperiksaan akan diadakan pada musim banjir iaitu mungkin dalam lingkungan bulan November atau pun Disember.
Sememangnya bagi isu berkenaan dengan musim banjir ini, KPM melalui JPN dan juga PPD sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana ataupun situasi yang berbangkit pada bila-bila masa sahaja. Bagi kami, saya percaya bahawa KPM mempunyai pengalaman bersama-sama dengan JPN dan PPD untuk menghadapi situasi yang berbangkit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya nombor tujuh.
7. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci apakah kaedah yang akan digunakan kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi bersasar agar semua subsidi kerajaan tidak akan 'tersasar' sama sepertimana minyak masak bersubsidi kita yang selalu ditemui 'laluannya' bolos seperti ke Thailand dan Filipina pada ketika ini.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Untuk makluman, pada tahun 2023, kerajaan telah membelanjakan lebih RM80 bilion bagi keseluruhan subsidi, insentif dan bantuan termasuk subsidi pertanian, bantuan tunai. Jumlah terbesar perbelanjaan adalah bagi tujuan subsidi kepenggunaan iaitu sebanyak RM50 bilion termasuk subsidi petrol,
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
diesel dan gas, cecair memasak, skim subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik dan subsidi harga ayam dan telur.
Mekanisme pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar masih dalam pertimbangan dan dijangka tidak akan meningkatkan kos kepada industri sedia ada.
Namun, kerajaan tetap menitik berat aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi. Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat, tertakluk kepada ketersediaan berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan serta mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas.
Sebagaimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan menumpukan kepada penyasaran subsidi diesel terlebih dahulu melalui kaedah dan mechanism yang telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup pada 6 Mac 2024.
Perluasan pemberian di bawah Sistem Kawalan Subsidi Diesel 2.0 (SKDS 2.0) kepada sembilan jenis kenderaan barangan telah dibuka untuk permohonan bermula 7 Mac 2024 dan dijangka memanfaatkan lebih 260,000 kenderaan. Sejak 8 Mac sehingga 16 Mac, sejumlah lebih 5,800 buah syarikat dengan lebih 34,400 bilangan kenderaan telah berjaya mendaftar dalam SKDS 2.0. Justeru, kerajaan menyeru agar semua pemilik kenderaan yang layak, berdaftar di bawah SKDS 2.0 agar dapat terus menikmati subsidi di masa hadapan.
Jumlah perbelanjaan subsidi diesel pada tahun 2023 telah mencecah RM14.3 bilion di mana jumlah penggunaan telah meningkat kepada 10.8 bilion liter setahun berbanding dengan 6.1 bilion liter pada tahun 2019, sebelum pandemik COVID-19.
Peningkatan jumlah penggunaan sebanyak 70 peratus ini dilihat tidak selari dengan pertambahan bilangan kenderaan diesel yang hanya mencatatkan peningkatan kurang dari tiga peratus. Ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa ketirisan subsidi diesel adalah sangat besar.
Ketika ini, semua kenderaan diesel dalam kategori pengangkutan awam di bawah SKDS sedia ada termasuk van, bas sekolah telah menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM1.88 seliter, manakala golongan nelayan menerima subsidi diesel pada harga RM1.65 seliter. Kedua-dua kategori ini akan kekal menikmati harga diesel tersebut dan tidak akan terlibat dalam program pemberian subsidi diesel secara bersasar.
Di samping itu, satu lagi strategi penting yang diberikan penekanan ialah penguatkuasaan yang merupakan elemen terpenting dalam memastikan para peniaga tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Pelbagai Ops dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup seperti Ops Kesan, Ops Catut, Ops Terjah, Ops Tiris, Ops Menu, Ops Pasar dan Ops Samar bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan mengekang elemen pencatutan di pasaran.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat menyeluruh. Soalan Sandakan adalah— Terlebih dahulu kami ingin terima kasih kerana Sabah masih dapat enjoy subsidi diesel di Sabah, tetapi soalan saya adalah bagaimana kementerian memastikan Sabah tidak akan menjadi salah satu tempat penyeludupan diesel yang tertinggi sekiranya kami punya diesel punya price ada difference di seluruh negara? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa komited dalam melaksanakan kawalan berterusan ke atas penjualan dan pengedaran barang kawalan bersubsidi bagi membendung penyelewengan dan memastikan bekalannya sampai dan dapat dinikmati oleh rakyat negara ini.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Hasil daripada pemeriksaan dan pemantauan berkala yang dilakukan, mendapati penjualan barang-barang kawalan bersubsidi seperti jualan petrol RON 95 dan diesel di stesen-stesen minyak di negeri-negeri bersempadan, sememangnya mempunyai risiko ketirisan yang lebih tinggi berbanding dari negeri-negeri lain. Oleh yang demikian, beberapa inisiatif sistem pemantauan telah diambil oleh KPDN bagi membendung aktiviti penyelewengan dan ketirisan penjualan petrol RON 95 dan diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak di negeri bersempadan oleh warga asing.
Antara inisiatif yang telah diambil adalah pelaksanaan arahan pengawal bekalan bagi larangan penjualan petrol RON 95 dan diesel kepada kenderaan asing di stesen minyak di sempadan telah dikuat kuasa sejak tahun 2009 lagi dan sentiasa di tambah baik berdasarkan situasi semasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu, satu soalan sahaja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ada tiga Tan Sri, nak kena pilih ke?
Tuan Yang di-Pertua
Pilih.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baiklah, apa pun terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Saya kalau macam itu saya lebih tumpu kepada soalan subsidi minyak masak di mana subsidi minyak masak ini dianggarkan oleh kerajaan terpaksa membelanjakan lebih daripada RM1.6 bilion di negara ini, di mana sasaran kepada 5.8 juta isi rumah di Malaysia dan soalan saya, adakah kerajaan masih kekal dengan keputusan bahawa tiada larangan warga asing membeli minyak masak bersubsidi yang diumumkan pada Januari lalu serta perincian mengenai implikasinya yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu berkaitan minyak masak adalah berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Namun begitu, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pelaksanaan ke atas syarikat pembungkusan kilang penapis memegang kuota di bawah program-program Skim Rasionalisme Harga Minyak Masak, bermula bulan November sehingga kini oleh KPDN.
Kita telah memperuntukkan sebanyak 60,000 tan minyak masak bersubsidi setiap bulan. Minyak masak dalam paket adalah untuk kegunaan penduduk Malaysia. Dengan kuota tersebut ia mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Malaysia, isi rumah dan peniaga-peniaga kecil. Selain itu, kementerian turut memperkenalkan kawalan jualan sebanyak tiga paket sahaja bagi setiap pembeli bagi memastikan semua rakyat boleh mendapatkan bekalan minyak masak paket bersubsidi ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, tidak jawab soalan, Speaker. Speaker, tidak jawab soalan. Soalannya warga asing boleh beli, tidak boleh beli? Itu soalannya yang patut jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Itu jawapan yang diberikan oleh Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tetapi tidak tepatlah.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jawapannya boleh, tidak boleh, itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Dia Menteri nak jawab mengikut peraturan mesyuarat, dia nak jawab cara itu sahajalah. Baik, saya jemput Datuk Ali anak Biju, Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya adalah nombor 8 lagi.
8. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan status terkini pelaksanaan perdagangan karbon di Malaysia seperti yang telah dipelopori oleh Sarawak dan Sabah. Apakah hala tuju dasar karbon kebangsaan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Saratok. Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan menyambut baik usaha dan inisiatif beberapa kerajaan negeri dan juga syarikat-syarikat yang meneroka potensi pembangunan dan penglibatan di dalam pasaran karbon sukarela di Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bilangan 1, Tahun 2023 pada 31 Oktober 2023 telah mempertimbangkan cadangan Dasar Pelaksanaan Mekanisme Pasaran Karbon di Malaysia dan telah memutuskan seperti berikut:
(i) supaya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
(NRES) selaku national focal point, dengan izin melaksanakan peranan dan fungsi sebagai pihak berkuasa kebangsaan ataupun national authority yang diiktiraf oleh UNFCCC bagi melaksanakan mekanisme pasaran karbon di Malaysia;
(ii) supaya pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia berpandukan kepada ketetapan Dasar Prinsip Asas Keperluan Maklumat dan Aturan Kebangsaan yang dibangunkan; dan
(iii) supaya cadangan Dasar Pasaran Karbon ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
Bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia dibuat berpandukan satu ketetapan dasar yang jelas. NRES juga sedang melaksanakan kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan secara berperingkat.
Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan juga sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pihak pelabur. Selain itu Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan juga dirangka bagi memudahkan pemegang taruh berkaitan seperti pihak kerajaan negeri dan pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang dan juga ada wibawa ataupun kredibiliti.
Kementerian juga akan meneruskan perbincangan berkaitan mekanisme pasaran karbon bersama kerajaan negeri memandangkan hal berkaitan tanah dan perhutanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kita dalam proses perbincangan untuk menyiapkan dasar tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Menteri di atas jawapan yang komprehensif. Seperti yang kita sedia maklum, perdagangan karbon ataupun carbon traded ini merupakan satu perkembangan terbaharu di Malaysia dan kita harus menyediakan strategi yang mantap membolehkan kita terlibat secara aktif. Oleh itu, asas- asas kerangka asas seperti Yang Berhormat Menteri sebut tadi seperti akta-akta, enakmen dan ordinan perlu diseragamkan di peringkat negeri dan juga peringkat antarabangsa untuk memberikan punca kuasa undang-undang.
Soalan saya adalah adakah kajian telah dijalankan mengenai kebolehlaksanaan cukai − ini berkenaan dengan cukai karbon, Menteri termasuk perbandingan dengan negara-negara lai di peringkat antarabangsa dan apakah rangka kerja dan mekanisme yang bersesuaian dan impak pelaksanaan cukai karbon terhadap industri yang sensitif karbon dan juga kesannya terhadap pengguna. Ini sudah melihat ke hadapan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk soal cukai karbon, sebenarnya perkara ini kajian dipelopori oleh pihak Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan soal cukai tetapi NRES kita bertindak sebagai kementerian yang menyediakan input teknikal tentang perkara tersebut. Sebagai makluman, Kementerian Kewangan sudahpun memulakan perbincangan yang juga melibatkan pihak Bank Dunia yang memberikan input dan contoh-contoh pelaksanaan cukai karbon di negara-negara lain. Di rantau ini antara negara yang kita tahu telah laksanakan termasuklah negara Singapura.
Jadi kita hendak lihat perkara ini perlu dikaji secara mendalam. Kita menyedari bahawa kalau kita hendak memastikan termasuk pasaran karbon kita dapat berkembang dengan pesat cukai karbon ini merupakan antara instrumen penting. Namun ia juga tentulah ada implikasi kepada harga barangan-barangan yang carbon-intensive.
Jadi, antara perkiraan yang kita ambil juga ialah hakikatnya buat masa ini kita masih lagi banyak subsidi kepada karbon. Sebagai contoh ialah petrol, diesel, gas asli dan sebagainya banyak menikmati subsidi. Jadi sebab itu, kita perlu melihat perkara ini secara menyeluruh. Kita baru memulakan proses peralihan kepada subsidi bersasar sebelum kita melihat pelaksanaan cukai karbon sebagai satu instrumen untuk bukan soal sangat tentang menambah dana untuk kerajaan tetapi lebih untuk kita mencapai matlamat kita dalam menjadi sifar bersih karbon. Terima kasih.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Dijemput, Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Jadi kita memang tidak boleh nafikan bahawa kepentingan Dasar Karbon Kebangsaan dalam untuk menunjukkan komitmen negara Malaysia. Jadi soalan tambahan saya adalah bagaimanakah voluntary carbon market, dengan izin dapat menyumbang terhadap komitmen Malaysia dalam Pelan Hala Tuju Sumbangan yang Ditentukan Negara?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Peranan pasaran karbon sukarela ataupun voluntary carbon market (VCM) terhadap komitmen negara kita dalam Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara atau Nationally Determined Contribution
(NDC).
Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera, Malaysia telah menyatakan komitmen pengurangan pelepasan gas rumah kaca di bawah Perjanjian Paris melalui NDC untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon merentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan KDNK pada tahun 2030 berbanding intensiti pelepasan karbon tahun 2005. NDC ini perlu dikemas kini setiap lima tahun.
Jadi berdasarkan NDC negara yang telah dikemas kini pada tahun 2021, Malaysia tidak membeli kredit karbon dari luar untuk memenuhi NDC negara.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Pengemaskinian NDC seterusnya adalah pada tahun 2025 dan kerajaan akan mengkaji keperluan untuk membeli karbon kredit dari luar, bagi memenuhi NDC negara kita. Ini kerana sasaran NDC dijangka akan lebih bercita-cita tinggi pada tahun 2025.
Mekanisme pasaran karbon merupakan pilihan alternatif yang ekonomik untuk mengimbangi pelepasan JSG bagi mencapai sasaran dan matlamat tertentu terutamanya di dalam industri yang hard to abate industries seperti industri-industri berat, pembuatan simen, steel dan sebagainya.
Secara umumnya, terdapat dua mekanisme pasaran karbon iaitu pasaran karbon pematuhan dan pasaran karbon sukarela ataupun voluntary carbon market (VCM). Ia dilaksanakan mengikut piawaian tersendiri di peringkat domestik dan antarabangsa. Buat masa ini kita hanya ada VCM Bursa Carbon Exchange yang digerakkan oleh pihak Bursa Malaysia yang merupakan pasaran karbon patuh syariah pertama di dunia.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Buat masa ini, Bursa Carbon Exchange menggunakan Piawaian Verra tetapi Bursa Carbon Exchange juga sedang melihat opsyen untuk piawaian-piawaian lain untuk pengeluaran kredit karbon dalam masa akan datang.
Pada masa yang sama, sebagai mana disebut tadi, kerajaan akan melaksanakan Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan bagi melihat pelaksanaan pasaran karbon pematuhan dan sukarela dalam mencapai NDC dan juga strategi rendah karbon jangka masa panjang ataupun (LT-LEDS) negara. Kajian ini dijangka siap pada tahun 2025.
Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, saya nak panggil– masalah masa. Saya menjemput Tuan Tan Hong Pin, Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua, soalan saya soalan nombor 9.
9. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk mengatasi isu peningkatan kadar penarikan balik kertas kerja akademik yang tinggi. Bagaimanakah kementerian berencana meningkatkan kualiti penyelidikan akademik untuk mengelakkan isu seperti jurnal tentang Jong Melayu (UPM) daripada berulang lagi.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih YB yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa cakna dalam menjaga kualiti penerbitan oleh setiap universiti dan institusi pendidikan tinggi di bawah seliaan KPT.
Dalam hal ini, pihak universiti diminta untuk memastikan setiap artikel yang diterbitkan dalam jurnal adalah yang berimpak tinggi dan diindeks oleh Badan Antarabangsa seperti dengan izin Web of Science (WoS) dan Scopus.
Secara umumnya dalam memastikan jurnal akademik yang diterbitkan oleh universiti mempunyai kualiti dan kredibiliti, jawatankuasa khas telah dibentuk oleh kementerian, melalui Jabatan Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh pakar-pakar bidang dari universiti-universiti yang ada.
Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengkaji trend penerbitan dalam jurnal pemangsa dan penarikan balik artikel di semua universiti awam, yang dilihat lebih bersifat profit-based dengan izin, yang telah menyebabkan negara menghabiskan jutaan ringgit untuk pembayaran kepada penerbit dan kurang menekankan aspek kualiti dan mempunyai kriteria penilaian yang lemah.
Jawatankuasa ini juga akan mencadangkan beberapa usul bagi penambahbaikan untuk mengekang penerbitan dalam jurnal pemangsa, seperti perkongsian senarai jurnal pemangsa dan pengunjuran semula kriteria dalam Malaysia Research Assessment (MyRA 2.0). Selain itu, pihak KPT juga telah mengeluarkan surat pekeliling yang bertarikh 13 Julai 2023, bagi melarang penggunaan dana kerajaan untuk tujuan pembayaran kepada penerbit tertentu.
Berhubung perkara ini juga, dalam merencana peningkatan kualiti penyelidikan di universiti, KPT akan memberikan penekanan agar setiap universiti menekankan aspek niche-nya iaitu kekuatan-kekuatan yang ada padanya. Ini adalah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, semasa menjawab pertanyaan lisan pada 12 Mac 2024 yang lalu.
Selain itu, universiti-universiti awam di KPT fokus kepada penyelesaian isu-isu utama di Malaysia. Misalnya dalam konteks Universiti Sains Malaysia, yang kita tahu mereka mempunyai kekuatan dalam bidang sustainability dan merupakan antara universiti contoh yang mempunyai kepakaran dalam bidang SDG.
Universiti Putra Malaysia pula memfokuskan kepada aspek pertanian dan keterjaminan makanan. Maka, inilah penekanan-penekanan yang akan kita berikan
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
mengikut fokus kekuatan yang ada pada setiap IPT kita di Malaysia, agar dapat menjamin kualiti penyelidikan. Okey, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang panjang lebar tadi. Yang Berhormat Tan Sri, menurut satu laporan pada 15 Disember yang lalu, kadar penarikan balik jurnal penyelidikan di Malaysia merupakan yang keenam tinggi.
Maknanya, kadar penarikan balik ini sangat tinggi. Jadi, apakah sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Apakah disebabkan suasana akademik iaitu yang selama ini menjadi satu pertikaian iaitu autonomi akademik dan kebebasan akademik adalah di bawah satu kekangan?
Jadi, adakah ini salah satu punca daripada berlakunya fenomena ini? Jika ya, apakah strategi pihak kementerian untuk membetulkan keadaan ini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Tan Sri Yang di-Pertua, memang betul lah yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Bakri tadi, bahawa kita yang keenam.
Tetapi dari segi statistik ya, hanya 17.2 daripada 10,000 artikel yang ada di Malaysia ini yang melibatkan kontroversi lah. Jadi, sebenarnya walaupun kita keenam tapi dari segi angka memang mungkin tidak berapa membimbangkan.
Jadi, kita telah seperti yang saya sebut tadi, kita telah berusaha untuk memastikan bahawa penyelidik kita dan penyelidikan mereka akan ditapis sebaik mungkin, terutama di peringkat universiti. Dari segi prosesnya, sebelum kita terbitkan jurnal itu, peringkat universiti kita tapis dulu. Apabila kita hantar ke peringkat penerbitan jurnal, mereka juga ada penapis mereka, researcher yang akan menapis jurnal-jurnal ini.
Kalau ada perkara-perkara yang berlaku terutama yang– seperti contoh tentang yang berlaku di UPM itu, so jurnal itu akan dikembalikan. Tetapi dari segi statistik, walaupun memang yang keenam tetapi seperti yang saya sebut tadi hanya 17.2 artikel sahaja daripada 10,000 artikel yang dikeluarkan, yang mendapat masalah seperti itu ya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Pasir Mas.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan Yang di-Pertua
Kuala Krai, sorry Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, apakah pendekatan khusus pihak kementerian dalam aspek pemilihan dan pembangunan bakat terbaik program pelapis secara jangka panjang serta pengekalan bakat dari jawatan pengurusan kesinambungan kepakaran kepimpinan akademi profesor sehingga kepimpinan pentadbiran?
Bagi elemen pengantarabangsaan, apakah usaha Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) dalam menonjolkan kualiti IPT Malaysia di luar negara, bagi menyokong serta mengiktiraf sumbangan IPT kepada negara dan masyarakat secara menyeluruh dengan dilengkapi ekosistem dan budaya akademi berasaskan kecemerlangan?
Apakah kerajaan telah merancang untuk meningkatkan syarat yang lebih ketat kepada penerbit-penerbit jurnal di Malaysia? Dari aspek lantikan kepakaran pemeriksaan manuskrip jawatankuasa dalam jurnal berhubung teknikaliti data? Dalam masa yang sama, menggalakkan lebih banyak penerbitan jurnal daripada golongan akademik?
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Agak panjang ya soalan Tan Sri, kata satu sahaja.
Ini entah ke berapa. Tetapi saya fikir kita sebenarnya di peringkat KPT berusaha untuk memastikan penerbitan jurnal kita ini memang berkualiti.
Tetapi, mungkin ada yang terlepas, yang bermasalah dan itu kita akan cuba perbaiki. Tapi, kita telah membangunkan satu polisi tentang kuantiti dan kualiti penyelidikan yang dibangunkan oleh MQA untuk memastikan bahawa jurnal-jurnal yang kita terbit ini memang berkualiti dan akan memberi sumbangan yang besar kepada research and development yang ada di negara ini dan dunia.
Untuk soalan-soalan yang lain itu, saya akan buat jawapan secara bertulis. Mohon maaf ya sebab banyak tetapi isu itu penting. Terima kasih kepada YB yang prihatin tentang isu-isu di KPT ini. Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang dilakukan bagi memantau bahan penerbitan, buku ataupun bahan bacaan supaya bebas daripada unsur lucah, tidak bermoral dan boleh merosakkan akidah umat Islam kepada para pembaca terutamanya golongan remaja.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab mengawal selia bahan penerbitan, buku atau bahan bacaan supaya tidak diklasifikasikan sebagai penerbitan yang tidak diingini. Antaranya tidak berunsur lucah, tidak bermoral atau boleh merosakkan akidah umat Islam melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Selain daripada itu, tindakan penguatkuasaan terhadap penerbitan seperti ini dilaksanakan dalam pelbagai kaedah iaitu pemeriksaan berterusan di lapangan dan pintu masuk, pemantauan secara dalam talian serta berdasarkan sumber dan aduan awam.
Tindakan penguatkuasaan bukan sahaja merujuk kepada aktiviti penjualan dan pengimportan sahaja, tindakan ini turut diambil terhadap penerbitan, penerbit, pencetak, pengedar termasuklah pemilik kepada mana-mana penerbitan yang menyalahi akta ini.
Antara tindakan penguatkuasaan yang diambil jika terdapat kesalahan berkaitan kemoralan ialah penyitaan atau penahanan, siasatan dan pendakwaan terhadap pesalah.
Bahan penerbitan, buku atau bahan bacaan yang tidak bermoral tersebut akan dikenakan tindakan seperti perintah larangan, tahan penghantaran serahan dan tolak pengimportan.
Sehingga 2023 Yang Berhormat, sejumlah 5,516 tajuk penerbitan telah pun dikenakan tindakan supaya tidak berada di dalam masyarakat negara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih YB Menteri di atas jawapan tadi. Walaupun kita lihat bahawa memang ianya mengkhuatirkan kita apabila benda ini tidak dikawal dan sebagainya.
Baik, soalan tambahan saya. Adakah sekatan turut dibuat terhadap bahan bacaan atau buku yang mempromosikan idea liberalisme yang boleh memudaratkan atau memesongkan akidah umat Islam, misalnya terjemahan ayat Al-Quran dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa asing tanpa ayat asal Al-Quran dalam bahasa Arab?
Kandungan yang bertentangan dengan nilai murni dan tatasusila masyarakat Malaysia ataupun masih menyalahi syariah yang ditetapkan dalam Al-Quran. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat. Tindakan juga diambil ke atas penerbitan bentuk
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
bacaan atau buku yang memesongkan akidah umat Islam sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Bagi ayat Al-Quran dan terjemahan Al-Quran, mesti disertakan sekali dengan teks bahasa Arab.
Terjemahan tersebut tidak boleh ditulis bersendirian tanpa teks bahasa Arab dan ia merupakan kesalahan dan ia sentiasa dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri.
Tindakan-tindakan memang diambil, dipantau expected kesalahan ini dan tindakan ini juga diambil di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi buku agama dan teks Al- Quran tanpa bahasa Arab. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tan Sri di-Pertua, bulan ini bulan Ramadan. Bulan ini adalah satu bulan yang penting dan sentiasa dinantikan oleh umat Islam tetapi Tan Sri di-Pertua, saya melihat banyak sangat insiden-insiden yang berlaku Tan Sri di-Pertua, yang mengguris hati dan sensitiviti umah Islam dan ini perkara yang perlu dihentikan Tan Sri di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, agar tindakan tidak bertamadun ini mesti dinoktahkan segera.
Persoalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, tindakan KDN terhadap isu jualan stoking kalimah Allah ini, apakah tindakan KDN? Adakah KDN mempunyai tindakan yang boleh menoktahkan ataupun KDN mempunyai cadangan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984? Terima kasih, Tan Sri di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tan Sri, ini isu yang sedang viral sekarang. KDN memandang serius isu ini dan tindakan penguatkuasaan diambil dengan melaksanakan pemeriksaan di semua premis KK Mart di seluruh negara dan hasil pemeriksaan yang kita buat didapati KK Mart telah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawangannya di seluruh negara. Namun demikian, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan juga vendor-vendor yang terlibat bagi memastikan bahawa stoking ini tidak lagi berada di pasaran dalam negara ini.
Walaupun permohonan maaf telah dikemukakan oleh pihak KK Mart dan vendor yang terlibat, KDN akan meneruskan siasatan bagi menangani isu ini yang mencetuskan kegemparan dan juga kegusaran awam. Jika disabit kesalahan, pihak-pihak yang berkaitan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 ataupun penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Berkaitan yang disebut tentang pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, KDN sebagaimana kita tahu bahawa bertanggungjawab terhadap kawal selia pelesenan mesin cetak dan penerbitan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Tindakan kawal selia khususnya adalah bagi mencegah penyebaran elemen- elemen, bahan-bahan dan juga gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya, norma- norma masyarakat tempatan apa lagi seperti agama. Dalam melaksanakan tanggungjawab kuasa ini, KDN ambil maklum tentang keperluan untuk penambahbaikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ini.
Kita telah pun melaksanakan kajian berkaitannya untuk menambah baik pada tahun 2022 dengan kerjasama universiti awam, pihak industri dan juga perbandingan tanda aras terhadap akta berkenaan dengan penerbitan-penerbitan di negara-negara lain misalnya kita buat perbandingan dengan negara-negara termasuk dengan Singapura, Brunei, United Kingdom.
Lanjutan daripada itu Yang Berhormat, KDN dalam tindakan untuk meminda akta ini bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan kehendak semasa terutama sekali berkaitan dengan jenayah online dan sebagainya. Dalam pada itu jua, pada 11 Mac tahun ini, kita telah adakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak bagi mengemas kini dan memastikan pindaan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan kita jangka untuk dibentangkan dalam sidang Dewan tahun ini.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya nak umumkan sedikit Yang Berhormat, berkaitan ini. PDRM sehingga ini telah menerima sebanyak 36 laporan polis mengenai ketidakpuasan hati terhadap penjualan stoking kaki bertulisan kalimah Allah di kedai-kedai serbaneka KK Mart ini di Sunway, Selangor.
Sebanyak satu kertas siasatan telah dibuka, berkaitan Batu Kikir Repot, Repot 486/204 bertarikh 14 Mac 2024 lalu di bawah Seksyen 2298A Kanun Keseksaan dan seksyen 233, Akta Komunikasi Multimedia 1998. Kertas siasatan masih lagi dalam siasatan polis dan kita sentiasa memantau supaya tidak berlaku lagi perkara-perkara seperti ini. Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 11.
11. Dato’ Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan unjuran peningkatan keperluan tenaga bagi menampung permintaan industri serta pengangkutan elektrik. Adakah kerajaan bersedia memberi peluang kepada syarikat lain untuk terlibat dalam sektor tenaga agar rizab tenaga negara ditingkatkan.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat. Kerajaan komited untuk memastikan sumber tenaga elektrik negara dapat dibekalkan dengan mencukupi secara lestari dan pada kadar harga yang mampu ditanggung oleh pengguna. Oleh yang demikian, kerajaan telah merangka pelbagai perancangan ke arah mencapai sasaran ini.
Di peringkat kementerian, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) telah ditubuhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2007. JPPPET ini memainkan peranan utamanya adalah untuk menentukan perancangan pembekalan tenaga elektrik serta hala tuju industri bekalan elektrik negara. Melalui Mesyuarat JPPPET 2023 pada 24 November tahun lepas, unjuran keperluan tenaga bagi menampung permintaan penggunaan bekalan elektrik di Semenanjung, termasuklah permintaan industri serta pengangkutan elektrik telah dibincangkan dan diluluskan.
Jadi, sebagai contoh untuk unjuran permintaan bekalan elektrik di Semenanjung untuk tahun 2024 adalah sebanyak 19,480 megawatt dan kita jangkakan menjelang tahun 2030 akan mencecah 20,049 megawatt. Ada peningkatan sekitar 2.9 peratus. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan unjuran tersebut adalah peningkatan kegiatan ekonomi, perkembangan industri seperti contohnya kemasukan pusat data (data center), pengoperasian semula aktiviti ekonomi dan sosial pasca pandemik COVID-19 dan peningkatan unjuran kenderaan elektrik.
Bagi memenuhi unjuran permintaan tersebut, Mesyuarat JPPPET 2023 juga telah merancang dan meluluskan unjuran Pelan Pembangunan Penjanaan Semenanjung.
Perkara kedua, bagi menyokong inisiatif peralihan tenaga dan pengurangan jejak karbon yang dihasratkan negara, kementerian pada 26 Januari 2024 telah umumkan Program Tenaga Bersih Bersepadu untuk tahun 2024 yang mana kita jangkakan nilai pelaburan langsung berjumlah RM12 bilion dalam industri TBB ini dan mewujudkan sekurang- kurangnya 36,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, untuk TBB ini memang kita buka juga peluang kepada syarikat industri iaitu antara kaedahnya adalah Program Large Scale Solar (LSS) yang mana untuk tahun ini tawaran kuotanya adalah sebanyak 2,000 megawatt manakala satu lagi untuk industri boleh sertai iaitu New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) dengan yang mana kita sediakan kuota berjumlah 400 megawatt yakni lebih membuka peluang kepada
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
pembangunan projek penjanaan daripada sumber bukan solar seperti angin, hidro kecil, biogas, biojisim, hidrogen dan sebagainya.
Ketiga Tan Sri Speaker, sikit lagi. Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030, unjuran kita adalah di antara 28 sehingga 36 peratus iaitu berada di atas paras minimum yang mampu untuk menampung permintaan bekalan elektrik sekiranya berlaku gangguan bekalan iaitu dengan izin, outage di mana-mana loji jana kuasa.
Tahap rizab margin ini akan dikekalkan sebagai mana perancangan JPPPET bagi memastikan kos pembekalan elektrik yang mampu bayar. Rizab tenaga yang ditetapkan ini merangkumi bekalan elektrik yang dijana dari loji-loji jana kuasa yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penjana tenaga daripada sumber gas, arang batu dan tenaga boleh baharu.
Pembekalan elektrik daripada syarikat-syarikat penjana tenaga daripada sumber fosil dan bukan fosil ini akan memastikan wujudnya kepelbagaian sumber bagi penjanaan bekalan elektrik agar keselamatan sistem bekalan elektrik negara sentiasa terjamin.
Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi dan juga tahniah atas persediaan yang rapi.
Merujuk kepada dua dokumen iaitu Pelan Hala Tuju Pelan Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang menyatakan dengan jelas bahawa dua subsektor yang penting yang menjadi tumpuan adalah subsektor pembuatan seperti semikonduktor dan juga subsektor Industri 4.0 yang merangkumi pusat-pusat data.
Daripada satu kajian yang telah dibuat oleh McKinsey sebagai contoh merekodkan bahawa sektor pembuatan semikonduktor memerlukan lebih kurang 100 megawatt per hours dan ini merupakan satu jumlah yang agak tinggi berbanding dengan sektor-sektor pembuatan yang lain. Kalau kita lihat dalam perbahasan yang lepas menyentuh bagaimana kita hendak bergerak daripada IC design kepada woofer sebagai contoh dan pengalaman kita bila melihat woofer ini ia bukan sahaja memerlukan tenaga yang tinggi, ia juga memerlukan air yang banyak dan ia bukanlah hanya tertumpu kepada air terawat sedangkan kita berdepan dengan dua isu ini.
Sejauh mana pihak kementerian dapat melihat hal ini supaya dua bidang ini yang kita lihat Perdana Menteri bila pergi ke Berlin baru-baru ini juga bertemu dengan sektor semikonduktor dan kalau kita melihat kepada laporan media terkini, bagaimana Malaysia dianggap sebagai pemenang daripada pertarungan trade war antara China dan juga Amerika Syarikat. Jadi, kita kena bersedia menerima mereka dengan persediaan tenaga dan air yang cukup. Sejauh mana persediaan itu dibuat dan apakah langkah-langkah yang harus dilakukan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Gombak. Sudah pasti dalam isu tenaga dan juga air ini penting dalam untuk pembangunan negara kita. Bagi merujuk— mungkin sebab masa, saya akan tumpukan kepada bahagian tenaga iaitu yang disebut tadi kita ada satu jawatankuasa. Nama penuhnya Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET).
Jadi, mesyuarat ini kelazimannya diadakan setahun sekali yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri PETRA lah untuk sesi kali ini. Jadi, JPPPET ini selain bila disebut tadi untuk menentukan perancangan pembekalan tenaga elektrik serta hala tuju industri bekalan elektrik negara, ia nya juga untuk menentukan dasar mengenai campuran bahan api ataupun fuel mix dengan izin, untuk kegunaan sektor elektrik agar sumber tenaga negara dapat digunakan secara optimum.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Ketiga menentukan dasar mengenai keselamatan bahan api dengan fuel security bagi industri penjanaan bekalan elektrik dan yang seterusnya mengkaji semula serta menyusun industri bekalan elektrik.
Jadi di peringkat jawatankuasa inilah, di peringkat JPPPET ini kita mengambil maklum segala perancangan ataupun unjuran mengenai demand ataupun permintaan tenaga dan pada masa yang sama kita lihat daripada segi kemampuan supply ataupun bekalan yang kita boleh bekalkan. Jadi, sebab itu dalam keadaan industri tenaga ini sebenarnya memang kita masih bergantung kepada loji-loji penjanaan ini bagi memastikan reserve margin yang stabil. Sungguhpun kita menuju ke arah tenaga boleh diperbaharui, hakikatnya kita perlu bekalan yang stabil dan ini bergantung kepada banyak loji penjanaan.
Maka, dari segi concern Yang Amat Berhormat tadi memang kita ambil maklum, kita ambil kira dan sekiranya berlaku, sebab setiap tahun kita akan review, kita akan semak kembali daripada segi permintaan yang kita unjurkan, maka insya-Allah perkara itu akan di-capture dinilai di peringkat JPPPET yang mana reserve margin anggaran kita itu sepanjang 10 tahun ini between antara 28 hingga 36 percent. Untuk isu air, Tan Sri Speaker sudah tengok muka saya, so saya jawab dalam sesi yang lain. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Rompin.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) fasa pertama yang dilancar telah memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin meluas yang akan membuka peluang pelaburan antara RM435 bilion hingga RM1.85 bilion menjelang 2050.
Soalan saya, sejauh manakah keberhasilan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara sehingga kini dan ini termasuk pelaksanaan projek-projek rintis yang telah dan sedang dijalankan di bawah NETR seperti projek pengeluaran hidrogen hijau, projek penyewaan solar kediaman dan pembangunan solar terapung serta bagaimanakah ia telah menyumbang kepada Dasar Tenaga Negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin. Sepertimana yang kita tahu apabila kita memfokuskan kepada tenaga boleh baharu (TBB) ini, sememangnya kita menyasarkan iaitu anggaran kita untuk ketika ini hanya ada dalam 25 peratus, kita sasarkan menjelang 2050 kita nak tingkatkan sehingga 70 peratus.
Maka, sebab itu bila kita lancarkan pelan hala tuju NETR tadi yang disebut oleh Yang Berhormat, itu sebenarnya lebih tertumpu dan ada projek rintis yang spesifik. Yang Berhormat sebut tadi ada 10. Maka perkara itu bukan hanya di peringkat dasar semata- mata, tetapi juga sasaran itu di peringkat pengoperasian ataupun pelaksanaan. Maka sebab itu bagi setiap projek itu memang dipantau untuk dipastikan keberhasilannya.
Cuma pada masa yang sama, antara cabaran yang kita hadapi ini di peringkat kementerian untuk memastikan supaya apabila kita tumpukan kepada permintaan bekalan elektrik hijau ini juga, kita kena seimbangkan dengan nilai limpahan ekonomi dan juga kesanggupan membayar oleh pengguna. Maka, sebab itu bila direncanakan NETR itu, memang projek rintis tumpukan kepada 10. Insya-Allah dengan segmen yang berbeza- beza bila kita lancarkan projek tersebut, itu juga akan membolehkan kita menilai sejauh mana setiap projek perintis itu dan ke mana hala tuju, seterusnya supaya mungkin kita boleh perbanyakan segmen tersebut. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Puasa jangan culas, Soalan nombor dua belas.
12. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah dasar dan usaha kerajaan untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pada akhir tahun 2023, jumlah hutang isi rumah secara agregatnya berjumlah RM1.53 trilion. Sebahagian besar hutang isi rumah adalah digunakan untuk tujuan pengumpulan harta atau dengan izin, rough accumulation yang merangkumi pinjaman perumahan 60.5 peratus, pembelian harta bukan kediaman 5.3 peratus dan pembelian sekuriti 4.3 peratus. Sementara itu baki 29.9 peratus pula adalah bagi tujuan perbelanjaan consumption dengan izin seperti pinjaman untuk pembelian kenderaan 13.2 peratus, pembiayaan peribadi 12.6 peratus dan kad kredit tiga peratus.
Kerajaan sedar akan risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi. Oleh yang demikian, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah mengambil pendekatan yang berhemah dan berhati-hati dalam menangani risiko keberhutangan isi rumah ini demi memastikan ia tidak menimbulkan kesan negatif kepada kestabilan sistem kewangan negara.
Sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk mengawal hutang isi rumah dan mengukuhkan daya tahan isi rumah termasuk pertama melaksanakan dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab atau Policy Document on Responsible Financing dengan sejak 2012 untuk memastikan individu meminjam mengikut kemampuan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan bebanan hutang yang berlebihan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kedua, meningkatkan tahap celik kewangan rakyat menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan atau Financial Education Network (FEN), dengan izin, agar pengguna perkhidmatan kewangan mempunyai keupayaan dan keyakinan untuk membuat keputusan kewangan yang baik.
Ketiga, berkait rapat juga dengan isi tahap celik kewangan, menggalakkan isi rumah yang ingin membuat keputusan kewangan yang besar seperti pembelian rumah untuk mengikuti program pendidikan kewangan secara talian yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Selain itu, isi rumah yang mempunyai masalah pengurusan kewangan dan hutang digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan penyusunan semula hutang daripada pihak bank dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Kerajaan juga sedar bahawa pendekatan yang lebih mampan perlu diambil bagi menangani tahap keberhutangan hutang isi rumah yang tinggi. Oleh yang demikian, kerajaan sedang melaksanakan reformasi dan perubahan struktur terhadap ekonomi domestik berteraskan kerangka Ekonomi MADANI supaya daya saing dan prestasi ekonomi negara dapat dipertingkatkan. Melalui usaha ini, pendapatan serta kesejahteraan rakyat akan dapat dipertingkatkan, seterusnya membantu untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Alor Setar, silakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dalam Parlimen ini tahun lepas, kita didedahkan individu yang berusia 35 ke 44 tahun ini paling ramai muflis. Maknanya dia berhutang. Puncanya ialah kerana ada pinjaman peribadi dan juga pemberi pinjam wang yang berlesen dan pemberi pinjam wang yang tak berlesen dan juga pinjam individu.
Ada dua aspek, Tan Sri Yang di-Pertua. Orang yang berhutang, dia perlu sebab dia terdesak dan ada juga kerana gaya hidup. Dan yang memberi hutang pula, dia nak keuntungan. Soalannya, apa usaha serius kerajaan untuk mengatasi kedua-dua pihak ini?
Atasi orang yang berhutang itu supaya dia pandai berbelanja dan orang yang memberi pinjam itu supaya dia tidak hanya mengaut keuntungan semata-mata.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Akhirnya, soalan kedua, kalau kerajaan perkenalkan konsep rahmah dalam hal dagangan, setujukah Yang Berhormat kalau konsep rahmah juga perlu ada dalam pengurusan hutang negara, termasuk dengan individu-individu, mengkaji semula interest rate, memperkenalkan perjanjian yang saling tolong-menolong antara pemberi pinjam dengan penerima pinjaman? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Memang ada sebab kenapa mereka pergi meminjam wang untuk sebab-sebab yang tertentu. Tetapi, yang utama adalah kita utamakan pendidikan kewangan, bagaimana seseorang belia terutamanya― tadi Yang Berhormat ada sebut tentang rakyat yang muda iaitu belia. Jadi, kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia memandangkan ia merupakan kemahiran hidup yang penting bagi membina ketahanan kewangan bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Jadi, ada beberapa― program Jaringan Pendidikan Kewangan atau lebih dikenali sebagai FEN yang saya sebutkan tadi, merupakan satu platform yang baik untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengetahuan dan amalan kewangan untuk menguruskan― dalam pengurusan kewangan dan bagaimana mereka boleh menguruskan wang yang berhemah.
Juga, untuk makluman Yang Berhormat, antara tahun 2021 hingga 2023, FEN telah melaksanakan lebih daripada 600 inisiatif pendidikan kewangan dan telah berinteraksi melebihi 14 juta. Inisiatif ini merangkumi banyak peringkat umur dan tahap pendapatan serta memberi penekanan kepada golongan rentan, terutamanya belia, kumpulan yang berpendapatan rendah dan perusahaan kecil dan sederhana.
Jadi, kita akan meneruskan program untuk membantu mereka. Terutamanya dalam AKPK yang saya sebutkan itu, banyak usaha telah dilakukan. Sesiapa yang memerlukan, perkhidmatan AKPK ini percuma. Jadi, sesiapa yang memerlukan nasihat atau bagaimana mengatasi masalah kewangan boleh membuat sebegitu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini berkenaan isu hutang isi rumah yang tinggi.
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menolong isi rumah tersebut, yang jumlahnya amat ramai di seluruh negara dengan langkah pengeluaran KWSP secara bersasar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Pada masa sekarang, sesiapa yang menghadapi masalah memulangkan hutang isi rumah ini, kami galakkan mereka tampil ke kita, terutamanya melalui AKPK untuk menyelesaikan― atau financial restructure, bagaimana mereka boleh mengatasi keadaan kewangan mereka dan untuk kita, akan cuba sedaya― sebab, setiap individu itu keadaannya berlainan. Jadi, kita harap mereka akan tampil kepada kita menyampaikan― come to us dan kami akan memberikan nasihat yang sewajarnya.
Untuk mereka mengeluarkan duit daripada KWSP, pada masa ini tidak dalam perancangan kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat Tan Sri, boleh saya nak bertanya?
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya ada mengutus surat kepada Tan Sri berkaitan dengan permohonan untuk meminta Timbalan Menteri Luar Negeri menarik semula sebuah para yang beliau ungkapkan di Dewan ini, pada 11 Mac yang lalu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya telah pun memaklumkan kepada pihak Menteri dan mereka sedang sediakan jawapan. Insya-Allah, saya akan maklumkan kemudian.
Baik. Silakan, Menteri Dalam Negeri.
Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Polis 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat kali ini.
Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Dengan izin. Tuan Yang di- Pertua, AUKU telah diwartakan sejak tahun 1971 untuk membuat peruntukan bagi maksud menubuh, menyelenggara dan mentadbir universiti dan kolej universiti awam di Malaysia. Sehingga hari ini, AUKU terpakai kepada 18 buah daripada 20 buah universiti awam di Malaysia. Manakala baki dua buah universiti lagi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi MARA tidak tertakluk kepada AUKU.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Bagi UIAM, sekali pun punca penubuhannya di bawah seksyen 5A AUKU, namun tadbir urus UIAM adalah berdasarkan perlembagaan universiti berkenaan yang digubal di bawah Akta Syarikat 1965. Manakala UiTM pula ditubuhkan di bawah aktanya sendiri iaitu Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173].
Puan Yang di-Pertua, AUKU telah dibentangkan di Parlimen pada tahun 1971 bagi menyeragamkan dan memusatkan hal berkaitan tadbir urus universiti awam kepada kementerian yang berkaitan untuk tujuan penyeliaan bagi memastikan perjalanan universiti awam selari dengan aspirasi pendidikan tinggi negara ketika itu.
Sehingga tahun 2019, AUKU telah pun melalui proses pindaan sebanyak tujuh kali sejak ia diwartakan pada tahun 1971.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Pindaan yang dilaksanakan merangkumi pelbagai skop, dari penambahbaikan tadbir urus sehingga pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar. Ini secara langsung menjadikan AUKU sebagai antara yang paling matang dalam sejarah negara Malaysia.
Walaupun sehingga hari ini masih wujud pelbagai pandangan dan pendirian mengenai AUKU, termasuk idea untuk memansuhkannya dan menggantikannya dengan akta yang baru, tidak ramai yang cakna dengan aspirasi sebenar penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan melalui pindaan AUKU, terutamanya bagi peruntukan yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar.
Puan Yang di-Pertua, daripada tujuh pindaan AUKU yang telah dilaksanakan, empat pindaan adalah mengenai hal ehwal pelajar dan keperluan keadaan semasa.
Pindaan terkini pada tahun 2019 misalnya, adalah merupakan satu perkembangan positif dalam memberikan lebih ruang kebebasan kepada pelajar untuk menyertai aktiviti parti politik di dalam kampus dan di luar kampus.
Kementerian melihat kebebasan ini telah mendorong pelajar dan mahasiswa untuk menuntut supaya lebih banyak ruang dan peluang diberikan kepada mereka, terutama untuk menguruskan aktiviti dan kewangan persatuan mereka sendiri.
Sehubungan itu, berlandaskan visi konsep Madani iaitu mencorak masa hadapan Malaysia, dengan segala potensi yang ada, dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang mengubah dunia dan bercita-cita mengemudi Malaysia.
Dalam zaman pasca norma, kementerian berpandangan mahasiswa kini sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar untuk membuat keputusan dengan memberi lebih kebebasan kepada mereka, untuk melaksanakan aktiviti berpersatuan dan menyenggara kewangan aktiviti pelajar.
Mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima, kementerian telah melancarkan agenda pemerkasaan mahasiswa yang bertujuan untuk memberi ruang dan peluang untuk mahasiswa menguruskan aktiviti dan persatuan mereka sendiri. Terdapat perkara yang tidak memerlukan pindaan kepada AUKU dan boleh dilaksanakan secara pentadbiran.
Sebagai contoh, perjalanan urusan pilihan raya kampus telah diserahkan sepenuhnya kepada pelajar. Berdasarkan kepada aspirasi pelajar untuk menguruskan kewangan persatuan mereka sendiri, terdapat seksyen-seksyen dalam AUKU yang tidak membenarkan perkara itu. Maka, melalui RUU ini, insya-Allah, aspirasi mahasiswa kini dapat direalisasikan.
Puan Yang di-Pertua, butiran terperinci mengenai RUU ini adalah seperti berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan seksyen 15A, Akta 30 untuk membenarkan pungutan wang dan penerimaan wang dan sumbangan lain oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar universiti yang ditubuhkan.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 16B, Akta 30 untuk memperuntukkan bahawa pihak berkuasa tatatertib universiti berkenaan tiap-tiap pelajar universiti bukanlah lagi Naib Canselor tetapi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.
Fasal 4, bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 30.
Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai niat dan hasrat di belakang setiap pindaan yang dicadangkan dalam RUU ini. Seksyen 15A, AUKU. Pada masa ini, seksyen 15A AUKU memperuntukkan bahawa pelajar dan/atau pertubuhan badan dan kumpulan pelajar dilarang memungut wang. Secara amnya, peruntukan di bawah seksyen 15A ini tidak membenarkan pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar universiti untuk memungut wang dalam apa cara sekalipun, kecuali dengan kebenaran Naib Canselor, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Walaupun terdapat kuasa pengecualian bagi pemungutan wang oleh Naib Canselor, ia tetap dilihat sebagai satu halangan kepada pelajar universiti dalam melaksanakan apa-apa aktiviti bagi mengumpul wang untuk aktiviti persatuan. Oleh yang demikian, penambahbaikan kepada seksyen 15A ini dilaksanakan bagi membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekalipun, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, pindaan kepada seksyen 15A ini masih tidak membenarkan pelajar atas kapasiti individu untuk terlibat dengan aktiviti pungutan wang atau penerimaan wang atau apa-apa sumbangan lain, melainkan jika tindakan tersebut dibuat atas nama atau bagi pihak MPP atau mana-mana badan pelajar universiti.
Puan Yang di-Pertua, seksyen 16B, AUKU. Pindaan kedua melibatkan seksyen 16B, AUKU yang pada masa ini memperuntukkan bahawa pihak berkuasa tatatertib universiti berkenaan dengan tiap-tiap pelajar ialah Naib Canselor. Dalam konteks pengendalian kes tatatertib di universiti, semakan mendapati bahawa amalan sedia ada di semua universiti awam tidak dikendalikan oleh Naib Canselor.
Sebaliknya, kuasa berkenaan terletak kepada Jawatankuasa Tatatertib itu sendiri.
Untuk itu, Kementerian Pendidikan Tinggi bercadang untuk memindahkan kuasa pihak berkuasa tatatertib daripada Naib Canselor kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar agar ia mencerminkan amalan semasa di universiti awam.
Puan Yang di-Pertua, seksyen 48(4) Jadual Pertama. Pindaan seterusnya melibatkan seksyen 48(4) Jadual Pertama, melibatkan tempoh pemegang jawatan MPP yang pada masa ini adalah satu tahun atau dalam erti kata lain, 365 hari. Cadangan ini sebenarnya timbul semasa tempoh pandemik COVID-19, di mana terdapat kumpulan pelajar yang mempertikaikan keabsahan Majlis Perwakilan Pelajar yang masih berkhidmat, walaupun setelah tamat tempoh setahun.
Hal ini terjadi kerana pilihan raya kampus tidak dapat diadakan pada ketika itu.
Untuk itu, peruntukan seksyen 48(4) Jadual Pertama telah dimasukkan bagi tempoh lantikan MPP dipinda dari satu tahun kepada satu tahun akademik. Sebagai makluman, kalendar akademik universiti ditetapkan oleh Senat universiti masing-masing.
Selain itu, susulan dari pengalaman pandemik COVID-19 tempoh hari, kementerian mencadangkan supaya seksyen 48(4A) dimasukkan bagi membolehkan pihak berkuasa universiti iaitu lembaga, melanjutkan tempoh keahlian MPP apabila pilihan raya kampus tidak dapat dilaksanakan. Pindaan ini juga bagi membolehkan lembaga menguruskan tempoh pelantikan MPP dalam tempoh peralihan selepas tamat tempoh lantikan sehingga pilihan raya kampus diadakan. Ini bagi mengelakkan kelompongan dalam pentadbiran MPP sepanjang tempoh peralihan tersebut.
Puan Yang di-Pertua, seksyen 48(11) Jadual Pertama. Cadangan pindaan seterusnya adalah pada seksyen 48(11) Jadual Pertama, AUKU yang memperuntukkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar tidak boleh menyenggara apa-apa kumpulan wang atau membuat apa-apa pemungutan wang atau harta dari apa-apa punca sekalipun.
Justeru itu, bagi memastikan hasrat pemerkasaan mahasiswa direalisasikan, RUU ini akan memotong peruntukan seksyen 48(11A) ini dengan memasukkan peruntukan baharu bagi membenarkan universiti untuk menubuhkan apa-apa kumpulan wang atau memiliki apa-apa harta untuk diuruskan dan disenggara oleh Majlis Perwakilan Pelajar mengikut tatacara kewangan universiti.
Di samping itu, seksyen 48(11B), Jadual Pertama dimasukkan untuk membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar menubuhkan, menguruskan dan menyenggara apa-apa kumpulan wang. Dalam erti kata lain, saya simpulkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar boleh membuka dan mengurus akaun dengan mana-mana institusi kewangan yang sah.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Puan Yang di-Pertua, seksyen 48(12A) Jadual Pertama dengan penambahbaikan ini terdapat keperluan untuk mewujudkan peraturan-peraturan yang akan dijadikan
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
sebagai panduan kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatan dalam menguruskan kewangan wang atau akaun ini.
Oleh itu, sukacita saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa peraturan yang akan diperkenalkan ini merupakan peraturan am yang digunakan dalam urusan kewangan. Sebagai contoh, pengeluaran resit rasmi bagi penerimaan wang, sumbangan yang boleh diterima dan lain-lain. Dengan demikian, peraturan-peraturan yang akan diperkenalkan adalah untuk mendidik pelajar serta sebagai rujukan kepada mereka dalam menguruskan kewangan MPP dan persatuan masing-masing kelak.
Puan Yang di-Pertua, seksyen 49(2) Jadual Pertama. Cadangan terakhir dalam RUU ini melibatkan badan pelajar universiti. Dengan itu, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa badan pelajar universiti turut akan menerima kemudahan sama seperti yang diterima oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Perkara ini termaktub dalam seksyen 49(2) RUU ini.
Pada kesempatan ini, kementerian juga ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan ini dilaksanakan secara berfasa bermula dengan Majlis Perwakilan Pelajar terlebih dahulu. Sekiranya tiada isu berbangkit dan semuanya akan berjalan dengan lancar, badan pelajar turut mendapat kemudahan yang sama berikutnya. Kementerian ingin tekankan bahawa cadangan pemberian kebenaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan melatih mahasiswa untuk belajar mengurus aktiviti dan kewangan persatuan masing-masing.
Puan Yang di-Pertua, dengan RUU ini maka agenda pemerkasaan mahasiswa dapat dijayakan seterusnya melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam kita. Oleh itu saya memohon pertimbangan Dewan yang mulia ini, supaya kita secara kolektif membimbing dan menjadi teladan baik kepada pelajar dan mahasiswa kita. Semoga rang undang- undang ini berupaya melakar sejarah dalam konteks pemerkasaan mahasiswa universiti awam.
Sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Dengan ini, Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ipoh Timor menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seorang Menteri atau Timbalan Menteri.
[Ketawa]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Saya mohon menyokong.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya turut perintah saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat akan membahaskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(1), saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara yang melibatkan akta induk.
Saya akan baca senarai pembahas. Setiap pembahas diberikan lima minit.
YB Segamat, YB Indera Mahkota, YB Pulai, YB Bagan Serai, YB Bukit Bendera, YB Machang, YB Petaling Jaya, YB Padang Serai, YB Tuaran, YB Pasir Mas, YB Ipoh
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Timor, YB Kuala Krai, YB Sri Gading, YB Alor Setar, YB Miri, YB Setiu, YB Raub, YB Jerlun, YB Sungai Petani, YB Maran, YB Gopeng, YB Arau dan YB Bakri.
Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Ini berkenaan dengan pindaan seksyen 15A MPP, boleh memungut dana dari sumber luar. Seksyen A dalam pindaan subseksyen (3) diperuntukkan bahawa mana- mana pelajar yang melakukan kutipan wang bukan atas kapasiti Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) boleh dikenakan tindakan tatatertib.
B, mandat yang diperolehi oleh MPP untuk mengendalikan kutipan dana daripada pihak luar boleh membuka ruang kepada individu pelajar yang mewakili atau pemimpin MPP untuk menggunakan dana bagi tujuan peribadi atau dengan kata lain pecah amanah.
Persoalannya, apakah mekanisme yang akan digunakan atau guna pakai oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mengadili satu-satu kes yang berkaitan dengan salah laku pemerolehan dana yang dimaksudkan oleh seksyen 15A(3)?
Seterusnya, apakah sandaran perundangan yang akan dijadikan sebagai rujukan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bagi membuktikan bahawa dana yang diperolehi oleh seseorang wakil MPP, bermotifkan penyelewengan? Bagaimanakah pengurusan tertinggi universiti dapat menjustifikasikan bahawa tindakan atau hukuman yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar terhadap seseorang wakil MPP bagi maksud kesalahan menurut subseksyen (3) adalah rasional?
Akhirnya, apakah jaminan bahawa Jawatankuasa Tatatertib Pelajar tidak akan bersifat berat sebelah (biased) dalam mengenakan satu-satu tindakan terhadap seseorang wakil MPP bagi kesalahan subseksyen (3) dengan mengambil kira kecenderungan politik ataupun pengaruh pelajar tersebut?
Nombor dua, pindaan seksyen 16B kuasa berkaitan tatatertib pelajar diletakkan di bawah Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, bukan lagi Naib Canselor. Komposisi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar adalah seseorang pengerusi iaitu Timbalan Naib Canselor, dua ahli orang pekerja universiti. Persoalannya, apakah rasional di sebalik penubuhan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor? Apakah kriteria ataupun penilaian kredibiliti yang akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti dalam memuktamadkan pelantikan dua orang ahli Jawatankuasa Tatatertib dari kalangan pekerja universiti?
Bagaimanakah kesalahan di bawah seksyen 15A(3), adakah Lembaga Universiti boleh atau akan diberikan ruang untuk mempertimbangkan pewujudan peranan juruaudit bebas untuk menjustifikasikan kesalahan kepada Jawatankuasa Tatatertib Universiti serta Jawatankuasa Rayuan Tatatertib?
Nombor tiga, pindaan seksyen 48, peruntukan baharu seksyen 48(4A), Lembaga Universiti boleh memendekkan atau melanjutkan tempoh pemegangan keahlian dan jawatan MPP. Bahawa suara Mahasiswa Keadilan Malaysia di Dewan yang mulia ini, saya ingin juga menegaskan agar mohon juga Menteri dapat meneliti semula peruntukan baharu ini memandangkan ia memperuntukkan mandat penuh kepada Lembaga Universiti untuk menentukan sama ada seseorang ahli MPP itu perlu diteruskan khidmatnya ataupun di sebaliknya.
Yang Berhormat Menteri, seharusnya menjadi figura yang mampu membela juga mahasiswa universiti kita dan bukannya menyerah kuasa bulat-bulat kepada Lembaga Universiti untuk menjadi future decider. Bahawa mahasiswa universiti tempatan mempunyai maruah dan nilai kredibiliti masing-masing dan mereka adalah pemimpin- pemimpin masa depan kita yang wajar dihormati dan disanjung oleh seluruh warga universiti termasuk Lembaga Universiti dan barisan pensyarah.
Akhir sekali, Lembaga Universiti tidak sewajarnya diberikan ruang autonomi untuk bertindak sebagai diktator kampus dan di mana sekarang kita boleh dengar suara-suara
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
itu dah bermula – dalam menentukan tempoh seseorang pelajar untuk berkhidmat dalam kepimpinan Majlis MPP.
Akhir sekali, biarkan tempoh kepimpinan MPP ditentukan dalam pilihan raya kampus. Tidak lagi mahu ruang autonomi yang diwujudkan ini menjadi sebagai senjata politik oleh mana-mana sama ada di Kerajaan Madani ataupun kerajaan-kerajaan yang akan datang yang diwujudkan oleh individu tertentu untuk menghalang atau menyekat mana-mana mahasiswa MPP yang mempunyai ideologi, fahaman atau tindakan yang bertentangan dengan kehendak atau cita rasa pengurusan tertinggi universiti. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berbahas, saya nak mendapatkan petua kerana semalam saya telah pemberitahuan pindaan dalam Jawatankuasa bagi RUU...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Indera Mahkota, ya, pihak Tan Sri Speaker sudah menerima dan masih dalam pertimbangan.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
So, sekarang nak bahas apa? Saya tak tahu nak baca – saya nak bahas sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, nak bahaskah tidak?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Memang saya nak bahas, tetapi saya nak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan perbahasan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
... Kalau saya tahu boleh bawa ke jawatankuasa, lain saya berbahas. Ini persoalan pokok.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ini masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Macam mana nak buat macam ini? Saya tak setuju Tuan Yang di-Pertua. Saya protes sebab saya hantar pemberitahuan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, nak bahaskah tak nak?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Saya hantar...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau tak nak bahas sekarang, boleh bahas selepas keputusan Tan Sri Speaker.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Notis semalam.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, faham tak soalan saya ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya faham, tetapi ini masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker. Jadi, YB Indera Mahkota boleh bahas selepas dapat keputusan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Kalau tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam jawatankuasa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu tertakluk kepada...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Jadi, saya missed untuk bahas yang itu. Faham tak dilema yang saya hadapi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Atau YB Indera Mahkota bahas nanti?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Boleh saya tunggu keputusan daripada Yang di-Pertua? Tetapi, sebelum Menteri menggulung sebab saya nak sebut begini. Saya bercadang berbahas dua kali. Sekali di peringkat ini dan sekali di peringkat dasar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Peringkat jawatankuasa, sekarang peringkat dasar. Jadi saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tunggu keputusan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Saya tangguh dulu peluang saya ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, boleh.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Sehingga mendapat keputusan sebelum Menteri menggulung. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh. Terima kasih.
Jadi, saya jemput Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Madani. Terima kasih Timbalan Speaker.
Pertamanya, Pulai mengucapkan tahniah atas pindaan 15A(2) yang membenarkan MPP mempunyai kuasa untuk menerima dana-dana bagi melaksanakan aktiviti mereka di peringkat persatuan mahasiswa ini. Kerana dengan ini, ia akan memudahkan lagi mereka merancang aktiviti-aktiviti yang sewajarnya dan mereka mendapat dana-dana yang tidak tergantung kepada dana-dana yang diberi oleh pihak pentadbiran universiti.
Mereka tidak membebankan pihak universiti bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Saya kira itu akan memberikan satu semangat baru kepada mahasiswa ini untuk mereka merancakkan merancang aktiviti-aktiviti yang baik kepada mereka pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, Pulai merasakan bahawa perlu ada satu panduan terhadap peraturan ini supaya berlakunya satu keseragaman di semua pihak untuk membuat peraturan terhadap kewangan ini. Itu yang pertama.
Yang keduanya adalah 16B(2A), di mana Jawatankuasa Tatatertib ini terdiri daripada tiga anggota, tetapi tidak dinyatakan di situ wakil daripada pelajar. Maka, Pulai mencadangkan bagi mendapatkan satu Jawatankuasa Tatatertib yang mantap, perlunya ada pandangan daripada mahasiswa itu sendiri di dalam Jawatankuasa Tatatertib itu.
Tidak tersekat hanya kepada pentadbiran universiti sahaja, tetapi adanya pandangan yang sewajarnya dikemukakan oleh wakil pelajar ini. Maka, Jawatankuasa Tatatertib itu perlu juga diwakili oleh mahasiswa.
Yang ketiga yang berkaitan dengan ‘seksyen 48(11)(4A)’ berkenaan dengan Lembaga boleh mengurang atau melanjutkan tempoh keahlian MPP ini. Saya kira di sini kekhuatiran Pulai adalah pertamanya, jika persatuan mahasiswa ini umpamanya membuat satu bantahan terhadap peraturan-peraturan ataupun keputusan-keputusan universiti sebagai contoh dan kemungkinan juga pihak universiti tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, jadi saya khuatir di situ adanya abuse of power. Maknanya, pelanggaran undang-undang di mana pihak berkuasa universiti sesuka hati memendekkan keahlian MPP tersebut.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Yang keduanya adalah MPP ini sebenarnya dilantik oleh mahasiswa. Maknanya, kita beri kuasa kepada mahasiswa untuk melantik pimpinan mereka dalam universiti.
Itulah kuasa demokrasi, latihan demokrasi yang kita bagi, yang kita berikan kepada mahasiswa ini. Tiba-tiba ada satu kuasa yang dikenali sebagai Lembaga ini, Lembaga itu boleh menghalang pula kuasa demokrasi ini dengan memendekkan tempoh mereka ini.
Maknanya, saya kira di situ semacam ada satu pelanggaran demokrasi itu. Kita bagi ruang demokrasi, tetapi kita sekat dia dengan menyekatkan tempoh itu berdasarkan kepada keputusan Lembaga. Jadi, di sini berlakunya perbezaan ataupun kekurangan yang ada di situ. Sebaiknya pada Pulai adalah kita bagi ruang kepada mereka...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pulai, Pulai, Pulai. Boleh tanya sikit Pulai?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau dengar cara Pulai berbahas tadi ini, ini nak menunjukkan kepada kita bahawa Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani ini nak memberikan ruang demokrasi yang seluas-luasnya kepada mahasiswa- mahasiswa yang terdapat di dalam negara kita. Adakah Pulai bersetuju dengan pandangan Hulu Langat?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Setuju sangat sebab saya ini adalah mangsa akta ini. Saya pernah kena di universiti, akta ini. Tetapi, saya menyokong pindaan ini sebab ia boleh memberikan kebaikan kepada mahasiswa untuk mahasiswa terus cemerlang pada masa akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023. Langkah memberikan autonomi kepada mahasiswa untuk menguruskan aset dan kewangan adalah satu langkah yang baik sebagai satu latihan kepada mahasiswa supaya lebih bertanggungjawab dan ini juga sebagai satu pendidikan kepada mereka untuk menjadi bakal graduan yang mempunyai integriti apabila mereka menjadi pemimpin nanti.
Kita tahu di negara kita hari ini soal berkenaan soal integriti yang dibincang oleh semua pihak adalah begitu parah kerana yang buat ini apabila terdiri dari kalangan mereka yang cerdik pandai, maka gejala-gejala yang tidak baik ini berlaku melibatkan bilion ataupun jutaan ringgit. Kita tidak mahu di kalangan mahasiswa yang tidak ada integriti apabila mereka keluar nanti, mereka pula menunjukkan contoh suri tauladan yang tidak baik kepada masyarakat di luar.
Soalnya, adakah pindaan ini benar-benar mampu memberikan ruang aktivisme mahasiswa? Saya melihat bahawa ruang aktivis mahasiswa bukan sahaja melalui kebebasan menguruskan persatuan, bahkan apa yang lebih penting ialah suasana atau persekitaran kampus yang benar-benar mendorong mahasiswa untuk prihatin dan peka dalam perkembangan semasa dan seterusnya, menjentik jiwa mereka untuk bergerak aktif memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Saya ingin menyeru kepada pihak KPT agar meneliti secara serius kurikulum di universiti, dari sudut keperluan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai keperibadian yang holistik. Bukan sahaja hebat di bidang yang dipelajari, malahan memiliki jiwa manusiawi yang seimbang dari sudut rohani, jasmani, emosi, kemahiran dan tasawur kehidupan di samping penguasaan bidang pengajian khususnya.
Adakah beban akademik hari ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk aktif berpersatuan atau terlalu berat hingga menyekat mereka untuk terlibat? Apa pula jaminan
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
pindaan dapat mengurangkan birokrasi oleh pentadbiran universiti dalam mengawal mahasiswa, program mahasiswa?
Kerana sebagaimana kita maklum beban akademik yang menyebabkan mahasiswa pada hari ini kadang-kadang tidak mengambil tahu langsung berkenaan dengan urusan-urusan yang berlaku di sekitar mereka. Pengalaman Yang Berhormat Senator, pengalaman Kota Raja sebagai aktivis mahasiswa, sudah tentu kita telah alami benda begini.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Sebab itu soal beban mahasiswa terhadap pelajaran ini, kita harapkan dapat difikirkan supaya kita tak nak melahirkan mahasiswa yang robot, yang tidak mengetahui ataupun memahami tentang persekitaran yang berlaku.
Dato' Yang di-Pertua, jumlah golongan muda yang menjadi changemaker dengan izin, dalam landskap politik Malaysia kerana mahasiswa merupakan tunjang kepada pemimpin dan pelapis masa akan datang. Terkini jumlah pemilihan di kalangan mahasiswa menunjukkan meningkat kepada 38 peratus iaitu 452,559 orang daripada 1.2 juta penuntut di semua institusi pengajian tinggi (IPTA) dan juga IPTS. Ini menunjukkan pertambahan undi yang cukup drastik hingga hampir 23 juta orang berbanding hanya sekitar 15 juta orang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
Satu lagi saya nak menyentuh juga berkenaan dengan jawatankuasa tatatertib pelajar kerana saya juga merupakan– pernah menjadi mangsa kepada jawatankuasa tatatertib ini. Tambun pun pernah menjadi mangsa juga. Sebab itu kita semua ini mangsa.
Kita hanya sama tapi tak serupa. Jawatankuasa tatatertib pelajar ini kalau boleh biar lah kita menampakkan adanya keseimbangan kerana pengalaman yang saya dapat lihat nampak seolah-olah macam bias sikit, yang lebih mengutamakan kepada pihak pentadbir universiti dan tidak kepada para pelajar. Oleh itu, kadang-kadang apabila tindakan yang diambil di universiti apabila dibawa keluar, maka boleh menyebabkan kes-kes ini akan terbatal. Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila berbicara tentang mahasiswa dan orang muda, Surah Al-Kahfi ayat 13, membayangkan konsepnya.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] . “Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah (petunjuk)”.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua menolak notis saya atas alasan teknikal.
Jadi, saya nak rekod rasa tak puas hati saya. Tak apa. Dia berkuasa.
Saya bersetuju untuk menggantikan seksyen 15A dengan 15A yang baharu seperti yang dibentangkan. Namun, saya ada isu tentang pindaan di fasal 3 dan di fasal 4.
Bagi fasal 3, antara pindaan yang penting adalah dalam fasal 3(c) iaitu cadangan memasukkan subseksyen (2A) yang baharu. Subseksyen (2A) baharu ini menetapkan penubuhan suatu Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan sebagai mana dalam RUU. Dalam melaksanakan tugasnya kelak, jawatankuasa ini perlu menangani perkara- perkara yang berkait dengan undang-undang. Untuk memastikan keadilan benar-benar ditegakkan, maka adalah amat mustahak untuk jawatankuasa ini mendapat input langsung daripada seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang dalam setiap prosidingnya. Ini akan tercapai jika seorang daripada mereka itu mempunyai latar belakang undang-undang.
Oleh itu saya– kalau ada dalam pindaan, saya mencadangkan pindaan kepada subseksyen ini untuk memasukkan selepas perkataan “dilantik oleh lembaga” perkataan “yang seorang daripadanya hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran atau
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
pengalaman dalam perkara yang berhubung dengan undang-undang”. Saya berpendapat bahawa kriteria ini perlu ditulis dengan nyata dan tidak dibiarkan menjadi budi bicara universiti.
Kedua, tentang fasal 4A. RUU ini bertujuan untuk memasukkan subseksyen (4) yang baharu yang mana subseksyen ini menyatakan kuasa lembaga pengarah universiti untuk mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar dan pemegang jawatannya. Saya mencadangkan supaya perkara ini dipotong, digugurkan, kerana ia memberi kuasa tidak terkawal, secara blanket kepada universiti dan terdedah kepada salah guna (open to abuse).
Soal kelompangan yang disebutkan oleh Menteri itu boleh diisi oleh jawatankuasa interim oleh mahasiswa. Kata hendak memperkasa mahasiswa, tapi masih lagi nak mengawal mahasiswa, dan ini boleh disalahgunakan. Ada universiti, mungkin MPP itu dia suka, dia lanjutkan. MPP itu dia tak suka, dia pendekkan. Ada Ahli Yang Berhormat kat sini senyum saja dekat saya sebab dia pun pernah menjadi mangsa akta dahulu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya pun pernah jadi mangsa. Tumpat pun pernah jadi mangsa. Tambun dia tak jadi mangsa masa universiti, dia jadi mangsa di luar universiti bersama dengan kawan-kawan dia yang masa itu pelajar universiti. Contohnya dalam demonstrasi Baling, tapi itu saya lari sikit. Ini appreciate bekas aktivis mahasiswa duduk di sini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
B.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya nak habiskan dulu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Fasal 4A(4), yang tadi itu 4A(2). 4A(4) RUU mencadangkan kemasukan dua subseksyen baharu tapi saya rujuk terus kepada 11A yang baharu yang mana ia adalah berkaitan kuasa universiti untuk menubuhkan apa-apa kumpulan wang atau harta, untuk universiti memiliki apa-apa harta, untuk diurus atau diselenggara oleh MPP.
Saya anggap ini tidak wajar. Ia harus dipotong atau digugurkan kerana ini bertentangan dengan prinsip penghakupayaan mahasiswa, di mana mahasiswa itu seharusnya membuat keputusannya sendiri.
Jadi, yang saya tidak bersetuju yang dua terakhir ini kerana ia masih dalam paradigma lama. Old school of thinking. Masih lagi dalam pendekatan– saya minta maaf kepada Menteri. Dia pun bekas aktivis. Tapi pada saya, saya tetap menyatakan ini old school, ini old paradigm, ini masih lagi untuk memagar dan mencekik. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri, untuk memperkasa, ia harus memugar dan mencerdik. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Speaker. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Mutiara. Jadi, seksyen 15A bahagian (3) telah memberi penjelasan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar ataupun badan pelajar diberi autonomi untuk membuat pungutan dan juga menerima wang ataupun sumbangan lain daripada mana-mana individu dan kumpulan.
Jadi, selaras dengan titah baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Langkah dalam meminda akta ini secara
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
tidak langsung memberi ruang untuk menyemai sifat demokrasi. Penyemaian sifat demokrasi selaras juga prinsip pembentukan negara Malaysia yang berasaskan Demokrasi Berparlimen. Jadi, kesannya golongan ini lebih cakna dengan proses dan juga perkembangan demokrasi negara.
Jadi, pindaan di dalam akta ini juga membawa kebaikan yang tersendiri.
Antaranya adalah dari segi penjanaan kewangan bagi mana-mana badan pelajar. Jadi, ia boleh sekali gus mencungkil bakat-bakat terpendam dalam golongan mahasiswa dan mahasiswi dalam mengurus, mengelola dan juga mengembangkan sumber pendapatan persatuan ataupun badan yang disertai mereka.
Jadi, sebagai contoh sepertimana yang disebut dalam fasal 2, badan pelajar ini dapat bergerak bebas dalam mencari sumber pendapatan tanpa bergantung secara sepenuhnya kepada pihak universiti dalam pemberian dana untuk melaksanakan program. Jadi, kesannya kita dapat melihat kreativiti anak-anak muda dalam menggerakkan sesebuah badan khususnya di dalam universiti. Jadi, golongan anak-anak kita ini boleh belajar organisasi, mengawal serta merancang serta memimpin sesebuah badan sewaktu di peringkat pengajian mereka.
Kesannya– bak kata pepatah Melayu, “Sambil menyelam minum”, di mana kita boleh menggalakkan mahasiswa, mahasiswi bersifat kreatif dan berfikir di luar kotak dalam menjana kewangan bagi menggerakkan persatuan mereka secara melatih supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih efektif.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, secara langsung ataupun secara tidak langsung golongan ini mampu bersifat berdikari dan juga mempunyai pemikiran yang kritis serta kreatif malah dapat berkomunikasi dengan efektif untuk menyampaikan maklumat.
Namun begitu, Bukit Bendera dapat mengenal pasti beberapa kesan negatif yang mampu berlaku di masa hadapan sekiranya kita tidak berusaha untuk membaiki akta ini untuk menjadikannya lebih inklusif dan kondusif. Jadi, kelemahan pada pindaan ini adalah di mana-mana badan pelajar tidak mempunyai garis panduan ataupun peraturan yang jelas dan selari tentang pungutan dan juga penerimaan wang ataupun sumbangan bagi mana-mana badan pelajar di setiap universiti.
Jadi walau begitu, saya berasa bahawa ketiadaan peraturan asas ataupun panduan utama yang jelas mampu juga membuka ruang kepada anasir-anasir negatif seperti salah guna kuasa, penggunaan wang, penyelewengan dan sebagainya. Jadi sebagai contoh, akaun simpanan wang badan pelajar di universiti boleh dijadikan sebagai tempat untuk meletak wang dana politik yang memihak kepada sesuatu parti politik.
Jadi kesannya, mana-mana badan pelajar di dalam universiti mampu terjebak dalam gejala rasuah dan juga penggubahan wang-wang haram. Secara tidak langsung, sifat negatif rasuah dan salah guna kuasa ini dapat di doktrin sejak daripada bangku pengajian.
Seterusnya, antara kelemahan lain yang mampu dilihat dan juga menjadi satu kerisauan adalah akaun simpanan wang badan pelajar ini mampu menjadi tempat sementara bagi wang-wang rasuah dan sebagainya. Jadi, perkara-perkara ini sepatutnya diteliti semula.
Jadi, saya pun nak menyebut sikit mengenai seksyen 48, di mana Yang Berhormat-Yang Berhormat lain telah juga menyuarakan kekhuatiran. Jadi, kalau kita tengok kan tempoh yang akan ditetapkan oleh lembaga ini dia banyak persoalan yang mungkin ditimbulkan. Jadi, tempoh lanjutan mungkin berubah mengikutkan perasaan yang mungkin berpunca dari perasaan tidak profesional. Jadi, perkara ini kita perlu teliti semula.
Jadi kesimpulannya, memang terdapat beberapa kebaikan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Ya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh mencelah sikit?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Saya dah nak habis, 30 saat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, okey, okey. Sikit sahaja, sikit sahaja.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Sikit? Okey, sila, sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tadi saya cuba nak celah Datuk Indera Mahkota tadi tapi tak sempat.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Sila, sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya pun nak bangkitkan apa yang telah dibangkitkan oleh Indera Mahkota tadi tentang 4A. Cadangan pindaan 4A. Saya fikir kalaupun Menteri nak kekalkan 4A ini, kita mungkin boleh tambah supaya ada pertimbangan lain yang perlu dimasukkan. Maknanya, kita nyatakan secara jelas dalam situasi apa kuasa ini boleh digunakan. Itu sahaja. Terima kasih.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Bangi, rakan seperjuangan saya. Jadi, untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Mengakhiri ya. Okey, saya pun berharap agar pihak kementerian mengambil serius segala pandangan dan juga pendapat setiap Ahli Parlimen yang berada di dalam negara kita supaya kita dapat membentuk polisi dan juga dasar yang inklusif, yang kolektif demi kebaikan negara.
Jangan lupa ya, demokrasi di universiti membentuk pemimpin masa depan yang bertanggungjawab dan beretika. Jadi, keterlibatan mahasiswa dan juga mahasiswi dalam demokrasi universiti memperkuatkan juga nilai-nilai kewarganegaraan dan juga tanggungjawab sosial. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri kerana membentangkan pindaan ini. Saya perhati dalam Dewan ini ramai yang pernah menjadi mangsa AUKU, sama ada yang baik ataupun tidak, khususnya Hang Tuah Jaya, sahabat saya. Kalau tanya di blok sana pun, kita lihat dulu ada sidang media mereka nak hapuskan AUKU ini Kota Raja sebenarnya, ya. Saya tahu Kota Raja pun antara mangsa juga.
Tapi, kita faham tak semudah yang diminta. Jadi, kita perlu ada satu usaha ke arah itu iaitu memperbaiki akta ini. Dalam soal ini Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, saya nampak pindaan dari segi fasal 2 ini, sedikit sebanyak memberi ruang untuk memantangkan lagi mahasiswa kita.
Cuma kalau boleh Yang Berhormat Menteri, mungkin di peringkat Yang Berhormat Menteri dan di peringkat kementerian boleh diikhtiarkan cara ataupun penyediaan roadmap, dengan izin, hala tuju yang lebih segar untuk kita meningkatkan keberadaan MPP ini menjadi student union, dengan izin, yang sebenar-benarnya.
Sebabnya kalau kita lihat sepertimana dikatakan tadi oleh Indera Mahkota, di Malaysia ini kita tengok AUKU ini memang membonsaikan pemikiran mahasiswa.
Kita merendah-rendahkan kemampuan mahasiswa untuk mentadbir, menguruskan organisasi mereka sendiri walaupun zaman Bera dulu zaman 70-an, 80-an.
Zaman Tambun kita pernah lihat kehebatan kesatuan mahasiswa, khususnya Universiti Malaya lah yang mampu benar-benar mengangkat martabat dan darjat kepimpinan mahasiswa ketika itu dengan surat khabarnya dan macam-macam lagi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Jadi, dalam kita sudah pun membuat pindaan Perlembagaan untuk membolehkan UNDI18 berlaku dan dengan pindaan fasal 2 ini, mungkin kita boleh belajar dan juga ambil iktibar daripada badan-badan pelajar di luar negara khususnya. Sepertimana kalau saya ambil contoh alma mater saya, saya sempat buat Masters di King’s College London. King’s College London Student Union ini dari segi kewangannya ditadbir di bawah Charity Commission for England and Wales.
Untuk makluman Dewan yang mulia, tahun lepas 2022, pulangan jana pendapatan yang mereka dapat adalah sebanyak 11 juta paun. Jadi, bayangkan ini baru badan pelajar, belum lagi universiti yang ada endowment dan sebagainya.
Jadi, kalau kita percaya kepada pelajar kita untuk menguruskan kewangan dengan lebih matang tanpa ada campur tangan yang terlampau sangat daripada pihak universiti, saya yakin kita boleh melahirkan mahasiswa yang benar-benar menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.
Saya lihat di luar negara contohnya, Badan Gabungan Pelajar UK dan Ireland
(UKEC), dia bukan satu student union sepertimana yang ada di Malaysia tapi mereka mampu melahirkan banyak pemimpin-pemimpin, menteri-menteri yang dalam Dewan ini.
Pada masa yang sama, mampu mentadbir student union mereka dengan baik walaupun di luar universiti.
Jadi, jangan kita perkecilkan kemampuan mahasiswa dan mahasiswi kita di Malaysia. Saya yakin mereka boleh diberikan ruang yang besar oleh pihak kerajaan, pihak kementerian untuk menguruskan persatuan pelajar tanpa kekangan-kekangan yang saya nampak seperti inilah. Ini kekangan juga kalau saya boleh istilahkan. Tapi kita faham perlu ada masa dan perlu ada kajian yang lanjut untuk memerdekakan badan MPP kita.
Berkenaan dengan fasal 4A. Kalau kita boleh pertimbangkan Yang Berhormat Menteri untuk akan datanglah. Mungkin untuk pimpinan ini saya boleh kurang bersetuju tapi kalau boleh yang akan datang seperti mana badan-badan mahasiswa lain di luar negara mahupun di negara lain, mereka yang memegang jawatan office-bearer, dengan izin, sebenarnya diberi kelonggaran oleh pihak universiti sebagai gap year untuk mereka benar-benar memberi tumpuan penuh menguruskan pelajar.
Jadi, mereka mempunyai kematangan dan masa yang lebih dan tidak terhambat dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi. Jadi, dengan ini kita dapat lahirkan golongan mahasiswa dan mahasiswi yang benar-benar mampu mandiri daripada segi fundraising, dengan izin, dengan daripada segi pentadbiran dan juga politik.
Jadi, kalau itulah menjadi sasaran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, saya yakin Yang Berhormat Menteri sebagai seorang yang cendekiawan, sebagai seorang yang pernah menjadi aktivis, kita patut sama-sama bersetuju dan memerdekakan mahasiswa kita daripada belenggu AUKU yang saya pun tidak suka sebenarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Gerakan mahasiswa mempunyai sejarah yang lama dan detik-detik perjuangan ini sudah bermula sebelum merdeka. Ramai tokoh-tokoh pramerdeka seperti Ibrahim Yaakob mendapat kesedaran dan memulakan perjuangan di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Menerima semangat nasionalisme daripada Pendeta Za’ba, beliau menjadi pengasas dan Presiden Kesatuan Melayu Muda.
Yang Amat Berhormat Tambun juga merupakan seorang tokoh ternama dalam kontemporari pergerakan mahasiswa sejak tahun 70-an. Namun, atas tindakan dan aksi beliau yang dilihat menggugat kuasa pemerintah, beliau dizalimi dengan Akta ISA dan AUKU dipinda menjadi lebih ketat dan ketat selepas insiden tersebut.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Kita harus mengakui bahawa konteks sejarah mahasiswa kita yang kuat dan membara inilah kita mula bicarakan pindaan pada hari ini. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk menambah baik AUKU menerusi langkah-langkah memperkasa peranan kesatuan pelajar di dalam universiti dengan memberi kebebasan kepada mahasiswa menguruskan program dan aktiviti secara mandiri selain diberi autonomi bersesuaian dengan keperluan masa kini.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Dalam pada mahasiswa semakin aktif mendepani isu-isu hal ehwal pelajar dan menjadi pimpinan di universiti, saya kira ini masa yang tepat untuk mencipta semula negatif gerakan mahasiswa yang lebih bersifat aktivisme intelektual.
Puan Yang di-Pertua, pertama saya ingin memulakan perbahasan dengan menekankan pindaan yang cukup signifikan iaitu gantian seksyen 15A yang membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar untuk membuat pungutan wang atau menerima sumbangan wang. Ini turut disokong dengan seksyen 48 iaitu seksyen (11A) dan (11B) di mana Majlis Perwakilan Pelajar dan Badan Pelajar diberi peranan untuk menyelenggara wang atau apa-apa harta mengikut tatacara kewangan universiti.
Perkara ini sudah digantung puluh-puluh tahun dan saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Madani kerana peka dengan keperluan mahasiswa untuk berperanan lebih dekat dengan masyarakat dan ini bakal mengubah landskap ekonomi, sosial dan politik mahasiswa yang berada dalam universiti pada masa ini. Seharusnya mahasiswa tidak dikekang dan hanya bergantung kepada pemberian dana universiti semata-mata.
Kesatuan pelajar ini perlu dihormati sebagai rakan strategik kepada badan pentadbiran universiti. Nafas baharu ke atas autonomi mahasiswa ini dapat membantu kesatuan pelajar untuk menyelia aspek tadbir urus dan integriti, kebertanggungjawaban kepada kuasa eksekutif dan operasi kewangan yang telus.
Sungguhpun begitu, tatacara kewangan ini masih tertakluk di bawah lembaga.
Justeru, persoalan timbul apakah garis panduan tentang model kesatuan pelajar ini?
Adakah kesatuan pelajar akan didaftarkan sebagai sebuah syarikat, pertubuhan, persatuan atau kebajikan di bawah ROS atau sebagai pertubuhan belia di bawah kendalian ROY atau juga masih membawa konsep seperti MPP cuma dengan terma yang berbeza?
Merujuk kepada Education Act 1994 di United Kingdom, punca kuasa kesatuan pelajar didaftarkan sebagai syarikat liabiliti terhad. Machang tadi ada sebut sedikit sebanyak tentang sistem di UK. Ia dikategorikan sebagai entiti kebajikan seperti yang termaktub di bawah Companies Act 2006, United Kingdom. Lembaga Amanah seterusnya diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan kesatuan pelajar.
Hasilnya, kesatuan pelajar mereka adalah bebas dan tidak terikat dengan tatacara universiti melainkan jikalau ditubuhkan MoU di antara universiti dan kesatuan pelajar tersebut. Ini menimbulkan perhatian tentang yang pertama, apakah modul kesatuan yang dilihat lebih bersesuaian untuk diaplikasikan di universiti-universiti kita.
Kedua, adakah pihak universiti masih mempunyai autonomi dalam mengawal selia pungutan dan penyelenggaraan kesatuan kewangan pelajar serta badan pelajar?
Sungguhpun begitu, saya ingin menekankan bahawa apabila kita berikan autonomi ini, mahasiswa perlu juga mengikuti garis panduan dan pelaksanaan audit bebas ke atas tabung kesatuan pelajar atau badan pelajar tersebut harus diberikan.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa sedikit tentang di luar pindaan tetapi tentang pelantikan Naib Canselor dengan keperluan melantik juga satu jawatankuasa untuk menasihatinya berkenaan pelantikan tersebut. Kita sedia maklum peranan Naib Canselor ini cukup besar kerana individu ini berperanan banyak sebagai ketua dalam mengurus semua hal ehwal pelajar tidak kira berkaitan dengan urusan pihak pengajar dan pelajar, pembelajaran, penyelidikan dan lain-lain.
Saya harap jika pindaan ini kita tidak sempat untuk masa yang akan datang, saya secara prinsip tidak bersetuju sekiranya lantikan Naib Canselor dibayangi unsur-unsur
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
campur tangan luar kerana ia tidak adil kepada universiti tersebut dan saya harap pindaan ini boleh dimasukkan dalam pindaan yang berikut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perkara yang saya ingin bangkitkan dalam sidang Dewan yang mulia ini ialah berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971). Saya percaya akta ini tidak lagi asing buat kerajaan yang dahulunya membangkang berkenaan kesan-kesan buruk akta ini terhadap mahasiswa di Malaysia.
Antaranya hasil dari pindaan 1975 yang memberi kesan yang negatif terhadap kebebasan mahasiswa untuk memberikan sokongan kepada pihak di luar kampus, menganggotai pertubuhan di luar kampus dan bergabung dengan pertubuhan di luar kampus. Akta ini juga mencipta budaya takut dalam kalangan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam gerakan mahasiswa yang juga menyebabkan beberapa badan mahasiswa seperti PKPM, GPMS dan PKPIM terjejas dengan terputusnya jambatan dengan gerakan mahasiswa dan penurunan penyertaan mahasiswa dalam aktiviti politik di luar kampus.
Jika dahulunya Yang Amat Berhormat Tambun begitu lantang bersuara dan memperjuangkan bahawa akta ini adalah satu penganiayaan terhadap mahasiswa di Malaysia, namun pada 7 April 2023, mengapa Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan sebaliknya ketika sesi temu bual bersama MPP UiTM.
Sesetengah orang kata, batalkan AUKU ini saya tidak fikirkan ia sesuai. Ini antara kata-kata Yang Amat Berhormat Tambun. Adakah kerana dapat menimbulkan sikap khuatir kerajaan terhadap mahasiswa di Malaysia, jika mereka menyuarakan pendapat mereka terhadap keburukan dan kelemahan ketara yang sedang berlaku dalam Malaysia boleh menyebabkan kejatuhan identiti kerajaan terhadap mata lokal dan internasional?
Saya ingin menyentuh mengenai tujuan pindaan seksyen 15A yang memperincikan perihal pungutan atau penerimaan atau sumbangan oleh MPP dan badan pelajar. Jika dilihat dari pindaan ini, MPP ataupun badan pelajar dibenarkan untuk membuat pungutan dan menerima sumbangan daripada pihak-pihak tertentu.
Hal ini boleh dianggap sebagai satu kelonggaran bagi pihak mahasiswa tetapi saya meminta penerangan daripada pihak kerajaan untuk menjelaskan kenapakah kerajaan memutuskan untuk meminda seksyen 15A ini bagi memperincikan perihal pungutan, penerimaan atau sumbangan oleh Majlis Perundingan Pelajar dan Badan Pelajar. Adakah pindaan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kelonggaran kepada mahasiswa dalam menjalankan aktiviti mereka atau adakah terdapat matlamat lain yang ingin dicapai oleh pihak kerajaan?
Jika dilihat pada fasal 4, Jadual Pertama, Akta 30 di dalam subseksyen (4A) menyatakan, “...Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya”. Persoalannya, jika pihak MPP berani menyuarakan isu-isu penting sebagai contoh berkenaan dengan isu kos sara hidup, kemiskinan, politik dan sebagainya dan perkara ini mengganggu gugat kekuasaan pihak atasan, adakah tindakan mengurangkan tempoh MPP dan pemegang jawatan dilaksanakan oleh pihak lembaga.
Saya mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, yang beri peluang kepada Tuaran untuk turut berbahas Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti 1971 tahun 2023.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Puan Yang di-Pertua, pendidikan di Malaysia ini dipacu oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan saya baca, “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
Apabila kita melihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, kita lihat bahawa tujuan utamanya, tujuan utama pendidikan di Malaysia adalah memperkembangkan potensi individu. Jadi, untuk memperkembangkan potensi individu, pelajar-pelajar hendaklah diberi ruang dan peluang seluas-luasnya, untuk mengikuti pelbagai bukan sahaja apa yang diajar guru-guru tetapi mengikuti perkembangan semasa melalui wacana, pelbagai wacana di kampus.
Puan Yang di-Pertua, dalam hal ini apabila seperti juga Sandakan sebentar tadi, mengimbau kembali apa yang telah dilalui oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ini, dahulunya berkumpul lima orang pun tidak boleh, boleh ditangkap dan sebagainya.
Kesemua ini adalah sebenarnya bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jadi, walaupun ia bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi dilaksanakan juga. Sebab itulah di negara kita ini kita ada falsafah, kita ada panduan, kita ada hala tuju tetapi kenapa apa yang dilaksanakan itu bertentangan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sebenarnya di Kementerian Pendidikankah, di pengajian tinggikah, harus dilihat apakah dasar-dasar atau program-program dibuat yang bertentangan dengan falsafah pendidikan ini.
Saya berterima kasih, Puan Yang di-Pertua, kerana...
[Tidak jelas] dalam kerajaan yang lepas. Saya nak perjuangkan supaya peperiksaan itu hanya diadakan pada hari Isnin hingga Khamis. Sebab, pada hari Jumaat, hari Sabtu dan hari Ahad itu adalah masa-masa untuk pelajar-pelajar untuk menuntut kerja ibadah mereka seperti dituntut patuh kepada Tuhan. Orang Islam pada hari Jumaat, orang daripada Gereja Seventh Days Adventist (SDA) hari Sabtu tidak boleh keluar, Ahad, Gereja Kristian yang lain dan sebagainya. Saya berterima kasih kerana ini telah dilaksanakan. Saya berharap dasar ini dapat diteruskan.
Dalam hal ini, pindaan tujuh perkara dalam rang undang-undang ini saya menyokong semuanya sebab ini adalah satu langkah-langkah yang progresif yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar meningkatkan penglibatan dalam pelbagai wacana universiti.
Cumanya, saya pun bersetuju dengan rakan-rakan tadi bahawa apabila dalam hal mencari kewangan, dana untuk pelajar-pelajar bagaimana? Sebagai seorang pelajar, mereka ini belajar. Bagaimana lagi untuk mencari kewangan dan sebagainya? Kita sebagai wakil rakyat, sebagai contoh, kita sering ditemui oleh pelajar-pelajar meminta dana dan sebagainya. Jadi, bagaimana? Cadangan rakan-rakan sebentar tadi bagaimana dibuat di negara-negara lain, saya fikir Yang Berhormat Menteri perlu melihat ini secara seluas-luasnya. Alang-alang beri ruang cari kewangan kepada pelajar, berilah ruang tetapi diberilah seluas-luasnya.
Begitu juga dalam hal tatatertib tadi. Okey, ini satu perkembangan yang baik.
Bukan sahaja naib canselor yang memutuskan hal disiplin tetapi dicadangkan oleh satu jawatankuasa tatatertib. Tetapi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pulai, kenapa tidak ada perwakilan pelajar dalam jawatankuasa tersebut?
Puan Yang di-Pertua, saya juga mengambil peluang ini tentang hak beberapa pelajar minoriti di Universiti Sultan Idris, Tanjong Malim, pelajar-pelajar yang mengambil pengkhususan bahasa Kadazandusun. Saya difahamkan bahawa pensyarah-pensyarah bahasa Kadazandusun ini akan berakhir tidak lama lagi kerana mereka berpencen sudah.
Mereka berpencen tetapi dasar universiti untuk mengambil, mengganti mereka hanya diganti dengan pensyarah-pensyarah secara kontrak. Sedangkan mereka yang
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
berpotensi untuk mengganti jawatan-jawatan ini adalah mereka yang sudah pun dalam perkhidmatan, yang sudah pun dalam jawatan berpencen. Ini bererti bahawa mereka terpaksa letak jawatan supaya mereka boleh diambil secara kontrak sebagai pensyarah bahasa Kadazandusun.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri mengkaji dengan sebaik mungkin supaya kesinambungan dalam hal pengajian bahasa Kadazandusun di UPSI itu dapat ditangani dengan sebaik-baik mungkin.
Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Apabila disebut zaman keemasan dan zaman kegemilangan aktivis-aktivis mahasiswa, sudah pastinya ramai yang akan merujuk era 1960-an dan 1970-an sebagai zaman keemasan gerakan mahasiswa. Isu kemiskinan di Baling tahun 1974 dikatakan 60 ke 90 peratus mahasiswa terlibat dalam activisms, termasuklah demonstrasi, khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya.
Namun, setelah pengenalan AUKU tahun 1971, situasi umum melihat bahawa mahasiswa tidaklah seagresif seera 1960-an dan 1970-an yang digelar sebagai, dengan izin, the angry young man. Activism mahasiswa mula mengendur setelah AUKU diperkenalkan. Sebenarnya ia bermula jauh sebelum itu. Pengaruh aktivis mahasiswa dengan individu seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Syeikh Al-Hadi dan titik persamaan mereka bertiga adalah ketiga-tiga mereka adalah bekas pelajar yang mendapat pendidikan daripada luar negara membawa perubahan seusai pengajian mereka.
Sebab itu apabila pindaan yang dikemukakan pada hari ini, secara umumnya saya melihat satu langkah ke depan setelah kita bergerak untuk pemansuhan beberapa perkara dalam AUKU beberapa tahun lepas.
Cuma, saya nak menyentuh berkenaan dengan Jadual Pertama, seksyen 48 iaitu tempoh keahlian MPP. Kita yakin Majlis Perwakilan Pelajar di mana-mana universiti dan kolej universiti dipilih melalui satu proses pilihan raya kampus yang melibatkan kesemua mahasiswa― sama ada peratus yang keluar mengundi itu rendah atau tinggi, itu cerita kedua― dan memerlukan perhatian oleh pelbagai pihak untuk menggerakkan, menggalakkan mahasiswa sedari awal lagi cakna dengan perkembangan politik kampus.
Namun, hakikatnya pemilihan MPP ini hak mahasiswa, dari mahasiswa kepada mahasiswa.
Pindaan seksyen 48 pula akan memberikan kuasa kepada lembaga universiti sama ada mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya. Ini saya lihat satu amalan yang kurang demokratik. Sepatutnya kuasa untuk mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP itu dikembalikan semula kepada mahasiswa dalam apa jua mekanisme yang dirasakan sebagai sesuai, sebagaimana disebut oleh Pulai tadi, yang menyatakan bahawa kuasa Lembaga ini seolah-olah akan memberikan hak dan limit kepada hak kepada demokrasi yang dimiliki oleh mahasiswa.
Apatah lagi, ada setengah lembaga universiti ini merupakan lantikan politik dan kadangkala kecenderungan mereka itu, tidak boleh dinafikan, kecenderungan politik, maksud saya.
Pindaan seksyen 15A – kebenaran pungutan wang dan penerimaan wang.
Mahasiswa sudah lama dinafikan hak mereka untuk mengendalikan urusan kewangan yang bertujuan bagi menampung keperluan aktiviti persatuan mahasiswa. Hal ini telah merencatkan usaha membangunkan potensi mahasiswa yang dilihat seolah-olah mengemis dan merayu kepada pihak pentadbiran universiti yang terlalu berkira-kira untuk
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
meluluskan satu-satu permohonan peruntukan. Pihak pentadbiran universiti juga tidak boleh disalahkan. Dengan wang yang mereka ada, saya fikir bahawa mereka pun sudah tentu terpaksa membuat satu tapisan yang sangat kuat untuk meluluskan peruntukan kewangan kepada pelajar.
Pentadbiran universiti, dalam hal ini, saya cadangkan perlu melazimi amalan pengurusan kewangan yang telus. Bentangkan aliran tunai yang melibatkan wang terkait dengan kegunaan aktiviti pelajar.
Dan pelajar juga, dalam hal ini, apa yang kita bimbangkan ialah adanya pengaruh- pengaruh luar yang boleh memberikan dana kepada pelajar yang menyebabkan aktiviti pelajar yang disusun itu akan melibatkan atau terarah dengan pengaruh daripada luar.
Saya andaikan mana-mana pihak yang mempunyai wang yang banyak boleh memberikan sponsor kepada aktiviti pelajar untuk mempromosi diri mereka di dalam universiti. Dalam hal ini, saya yakin bahawa kena adanya suatu tapisan ataupun SOP yang tersendiri dalam meluluskan peruntukan-peruntukan luar kepada pelajar. Dan saya yakin, pelajar-pelajar ini kalau diberikan pendedahan tentang pengurusan kewangan yang bagus, mereka boleh menguruskan kewangan mereka sendiri.
Kita mahu supaya pelajar-pelajar lahir sebagai belia-belia yang hebat.
Sebagaimana bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri yang muncul sebagai pemegang saham utama dalam HeiTech Padu Sdn. Bhd...
[Tepuk] Dengan 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu. Dalam usia yang muda muncul sebagai jutawan hebat. Ini satu contoh yang baik.
Dan Yang Amat Berhormat Tambun boleh kita lantik sebagai mentor kepada anak-anak muda yang boleh muncul sebagai ahli-ahli perniagaan.
[Tepuk] Ini satu perkembangan yang begitu bagus dalam negara kita Malaysia pada hari ini. Pelajar- pelajar universiti boleh dilatih untuk menjadi orang seperti ini, sebagai orang-orang yang rapat dengan ahli-ahli politik dan muncul sebagai jutawan-jutawan yang hebat dalam usia yang muda. Saya yakin ramai yang bersetuju dengan ucapan saya pada kali ini...
[Tepuk] Seterusnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya bangkit, Ipoh Timor bangkit untuk mula-mula nak tanya beberapa soalan.
Tahu tak, Ahli-ahli Yang Berhormat, apa titik persamaan antara syarikat Google, Facebook, Dropbox, Dell dan Microsoft? Mungkin kalian tidak tahu tapi titik persamaannya adalah kesemua syarikat-syarikat gergasi antarabangsa tech atau bukan tech pun, semua ini dibina, diwujudkan, ditubuhkan dan dibesarkan di dalam kampus universiti-universiti. Maka, yang mewujudkan, membina syarikat-syarikat ini, mereka buat di universiti sewaktu mereka masih mahasiswa.
Maka, apabila kita dengar― kita tahu memang kita asyik dengarlah mahasiswa ini belum cukup matang, perlu ada tapisan. Saya kadangkala pun tidak berapa faham bila ada rakan-rakan sebelah sana yang kata kena ada bagi kebebasan, kena bagi ruang untuk anak-anak murid kita untuk mahasiswa kita uruskan kewangan mereka sendiri, pula kata nak tapisan. Ini macam seolah-olah ada sedikit identity crisis. Jadi, nak tapis ke, nak bagi kebebasan, itu terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sana.
Tapi, di sini, saya rasa Kementerian Pengajian telah mengorak langkah dan telah menunjukkan azam dan tekad melalui pindaan AUKU ini yang amat bersejarah untuk membuka ruang yang sebesar-sebesar, sebaik-baiknya untuk memberi kebebasan kepada mahasiswa kita untuk mengurus kewangan mereka sendiri.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Namun demikian, saya juga pada ketika yang sama hendak menanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apabila ruang dibuka untuk mereka mengutip, memungut dana, sudah tentu kita perlu tanya soalan. Yang Berhormat Pasir Mas tadi ada kata, “Oh, mungkinlah akan dijadikan, ada orang akan salah gunakan wadah-wadah ini, akaun- akaun ini untuk dijadikan jutawan”. Tapi kita nak tanya, murid-murid kita, pelajar-pelajar kita, mahasiswa-mahasiswa kita yang dok menuntut pendidikan tinggi ini bukankah - pengurusan wang, bagaimana nak mengutip dan memungut dana untuk mengembangkan agenda mereka melalui persatuan-persatuan mereka ini, bukankah ia satu proses pelajaran dan pendidikan?
Jadi, saya hanya akan tanya soalan dan bukan kata kena ada tapisan. Kalau dalam prosesnya dibuka ruang ada peraturan-peraturan yang menanyakan duit ini kalau tiba-tibanya masuk RM10 juta ke, RM100 juta ke, tanyalah soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ipoh Timor, Ipoh Timor. Satu soalan, boleh?
Pencelahan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ya? Boleh, boleh.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya nak tanya pandangan Ipoh Timor. Kalau dana itu daripada dana asing yang tujuannya untuk menghancurkan negara kita melalui persatuan mahasiswa ini, bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah itu?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Satu, kalau duit asing masuk syarikat, masuk persatuan ROS, masuk persatuan pelajar pun akan ditapis dan disekat secara automatiknya. Jadi bagi pandangan saya, saya bukan Menteri. Jadi, mungkin soalan yang diutarakan oleh sahabat saya dari Pulai ini, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab tetapi bagi saya dalam keadaan sebegitu, kalau ada pengaruh-pengaruh asing yang nak bagi RM10 juta untuk hancurkan negara, sudah tentu duit itu tak akan masuk pun. Kan?
Jadi, Bank Negara takkan tiba-tiba untuk satu akaun persatuan pelajar masuk RM10 juta ke, RM1 juta, saya rasa perkara itu tidak akan berlaku.
Tetapi walau bagaimanapun, soalan yang perlu diajukan dan ditanyakan dalam prosesnya, adakah apa jua punca kewangan atau apa jua punca dermaan juga boleh diterima? Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi sedikit ulasan, sama ada adanya had-had yang tertentu yang mungkin akan diwartakan sebagai peraturan kemudian kelak. Adakah apa jua jenis derma pun boleh diterima dan bagaimana perkara seperti yang dibawa oleh Pulai ini boleh disekat secara nyata dalam peraturan dan aktanya sendiri?
Sudah tentu apabila kebebasan diberi, kita perlu membina kapasiti untuk mengguna sebaik-baiknya kebebasan tersebut. Saya juga ingin menanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada, ada program-program yang berkala atau yang tidak berkalalah. Yang mungkin setiap bulan akan ada satu kursus untuk semua yang baru sahaja nak- dah buka satu akaun baru, nak buka persatuan baru. Adakah kursus atau pendidikan atau latihan akan dibekalkan kepada mereka yang bakal buka akaun selepas ini? Saya rasa masa dah tamat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023. Ada beberapa persoalan yang saya ingin lontarkan dalam perbahasan pada kali ini. Yang pertama ialah batas kuasa Lembaga berhubung tempoh keahlian MPP. Dalam seksyen 48 (4A), walau apa pun subseksyen 4, Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya. Secara dasarnya, pindaan ini dilihat memberikan autonomi nominal sambil mengekalkan kawalan Lembaga Universiti dan kementerian yang sedia ada. Apakah bentuk mekanisme semak dan imbang terhadap pengkhususan
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
limitasi kuasa Lembaga untuk menjamin kelangsungan MPP dan pada masa yang sama memastikan supaya tidak wujud ruang kuasa untuk disalah guna oleh pihak tertentu? Ini mengambil kira aspek pengurusan pentadbiran agar ia tidak menjadi peraturan blanket yang berpotensi untuk disalah guna.
Dalam isu komposisi Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, mengapa jawatankuasa ini hanya melantik staf ataupun pekerja universiti sahaja? Sedangkan tidak ada wakil daripada pelajar ataupun pihak ketiga, memandangkan ia berpotensi menimbulkan masalah neutrality. Ini kerana staf ataupun pekerja universiti mungkin tidak mencakupi perspektif pelajar secara menyeluruh, tertakluk dengan undang-undang ataupun pangkat staf yang lebih tinggi. Begitu juga dengan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar di bawah seksyen 16B(4) yang lazimnya terdiri daripada staf ataupun pekerja universiti.
Dalam isu kebebasan bersuara dan kebebasan akademik, mengambil kira pelaksanaan AUKU yang sering disifatkan sebagai mengekang hak mahasiswa dan ahli akademik untuk bersuara dan mengkritik, bahkan kebimbangan melahirkan budaya takut dalam kalangan mahasiswa dan ahli akademia untuk mengkritik dan melibatkan diri secara bebas dalam kegiatan aktivitisme. Apakah komitmen dan usaha kerajaan berhubung perkara ini? Apakah respons kementerian terhadap mana-mana sekatan yang dikenakan terhadap ahli akademik hanya kerana memberikan pandangan akademik mereka? Terkini, siasatan yang dijalankan terhadap Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong ekoran kenyataan beliau mengenai sekolah vernakular yang merupakan bidang pengkhususan beliau dalam konteks pembinaan dan perpaduan negara. Dalam isu yang sama, apakah jaminan kerajaan supaya mana-mana pihak, termasuk ahli politik dan pemimpin NGO, tidak disekat daripada memasuki dan menganjurkan program di universiti awam dengan mematuhi arahan pihak pengurusan universiti dan mendapat kebenaran yang dikehendaki serta apakah usaha penambahbaikan SOP yang sedia ada?
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu kebebasan berpolitik dan juga pilihan raya kampus, apakah pendirian kerajaan berhubung hak mahasiswa berpolitik sama ada di luar ataupun di dalam kampus, termasuk kegiatan wacana politik dan/atau mengadakan perhimpunan aman susulan penambahbaikan AUKU yang memperuntukkan hak mahasiswa untuk berpolitik di luar kampus pada tahun 2022 dan dalam kampus tahun 2019? Dalam hal ini, adakah kerajaan telah mengkaji keperluan untuk mengiktiraf peranan kesatuan pelajar dan Jawatankuasa Pemilihan Kampus (CEC) sebagai entiti perundangan di bawah AUKU, di samping membolehkan pilihan raya kampus dijalankan sepenuhnya oleh pelajar agar ia bebas daripada sebarang campur tangan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order, Timbalan Speaker. 36(12). Mana- mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. Tadi Kuala Krai bangkit tentang kenyataan daripada Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong bahawa sekolah vernakular adalah menghalang perpaduan. Saya nak maklumkan Dewan ini, kenyataan ini telah direkodkan kenyataan oleh polis di bawah Penal Code - seksyen 233, seksyen 505 - Penal Code dan juga Akta Komunikasi Multimedia - seksyen 233. Jadi, saya harap jangan bangkitkan kenyataan ini ataupun...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okeylah, okey. Okey. Habis masa, habis masa.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ataupun saya nak tanya, adakah ini pendirian rasmi Perikatan Nasional?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Habis masa saya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sila nyatakan. Jangan pakai mulut orang lain sebab ini sudah satu kesalahan jenayah. Polis sudah panggil untuk rekodkan kenyataan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Duduklah!
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak tanya sahaja. Adakah ini pendirian rasmi Perikatan Nasional? Sekolah vernakular halang perpaduan.
Beberapa Ahli
Duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar, sila duduk.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ini persoalan- ini persoalan saya. Ini persoalan saya. Apakah tindakan daripada kerajaan...
[Pembesar suara ditutup]
Seorang Ahli
Kampar, duduk. Tak faham bahasa!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar, sila duduk. Sila gulung.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okey. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah dengan pindaan ini, adakah kerajaan mengakui bahawa janji pemansuhan AUKU tidak akan dapat dilunaskan seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU Ke-15 Pakatan Harapan? Sejauh manakah pindaan bersifat piecemeal mencerminkan keseriusan kerajaan dalam membawa pembaharuan yang lebih bermakna, bukan sahaja untuk menjamin hak kebebasan dan autonomi mahasiswa tetapi perubahan yang lebih holistik dan segar? Bak kata Indera Mahkota tadi, membugar dan menyegarkan ke arah memastikan kelangsungan pentadbiran universiti awam di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, kita memahami bahawa MPP ini adalah pilihan raya mahasiswa. Jadi, bila pilihan raya yang diadakan di dalam universiti, sudah tentulah ia memerlukan kebijaksanaan untuk memilih.
Cuma dalam apa yang kita- saya lihat bahawa penggunaan istilah pelajar sepatutnya telah ditukar kepada mahasiswa. Kita harap AUKU itu bukan pelajar lagi tetapi mahasiswa istilahnya.
Okey, itu yang pertama. Yang kedua, berkaitan dengan penggunaan seksyen 16, berkaitan dengan penggunaan pendanaan ini, di mana kalau kita dapat lihat bahawa- eh, ini bukan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Berkaitan dengan Lembaga Tatatertib, saya Sri Gading mencadangkan supaya melibatkan mahasiswa itu sendiri di mana mahasiswa akan ada pandangan dia sendiri atau sebagai pembela kepada yang tertuduh. Ini juga satu benda kebaikan kepada masyarakat mahasiswa itu sendiri. Itu yang kedua.
Ketiga, berkaitan dengan peruntukan pendanaan di mana kalau boleh pendanaan bagi pelajar-pelajar mahasiswa ini mereka bijak pandai dan kita boleh kawal dari segi penggunaannya tetapi jangan kawal dari segi pendapatan ataupun bagaimana mereka nak menggunakan. Kalau boleh jangan ada sekatan yang begitu ketat kerana kadang- kadang penggunaan-penggunaan mereka ini kita pastikan mereka gunakan untuk aktiviti dalam kampus ataupun kebajikan pelajar-pelajar.
Seterusnya berkaitan dengan lembaga yang menentukan tempoh kepada pelajar yang akan menganggotai ataupun lembaga menentukan tempoh perkhidmatan MPP.
Jadi ini juga satu perkara pada pandangan Sri Gading ia macam seolah-olahnya menyekat sedangkan mereka ini dipilih oleh mahasiswa. Sepatutnya apabila mahasiswa itu dipilih, dia mempunyai satu pandangan mungkin berbeza dengan pentadbiran di peringkat universiti, berbeza dengan pihak kerajaan sekalipun, pada kami ia berikan kelonggaran supaya mereka boleh kreatif untuk menghasilkan pandangan-pandangan yang baik kepada kerajaan dan juga kepada pihak universiti. Walaupun mungkin ada perbezaan pandangan, ada perbezaan pendekatan, tetapi oleh kerana benda itu ada kebaikan pada pandangan Sri Gading, lembaga tidak wajar untuk menentukan tempoh ataupun memberhentikan tempoh mereka berdasarkan kerana perbezaan pandangan, perbezaan pendekatan kerana ini akan memberikan ruang sebenarnya. Rasa tidak puas hati di
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
kalangan mahasiswa yang bijak pandai, orang yang pandai-pandai ini, di kalangan mereka orang muda, darah muda dia tentunya mempunyai rasa bangkit untuk menentang itu akan lebih kuat. Jadi dengan keadaan yang sedemikian makin merosakkan dari segi demokrasi masyarakat mahasiswa itu sendiri.
Akhir sekali apa yang kita dapat lihat bahawa, saya Sri Gading berharap di peringkat universiti boleh benarkan diskusi ataupun dialog bersama secara terbuka semua pihak boleh masuk, boleh berikan pandangan supaya semua pihak sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak bukan kerajaan ataupun pembangkang boleh berikan pandangan dan mahasiswa terbuka boleh mendengar. Ini antara benda yang baik untuk kita dan masa depan masyarakat generasi akan datang sebab kita dapat melihat bahawa barisan pelapis-pelapis perlu mendapatkan pendedahan politik secara terbuka.
Kalau kita lihat di dalam Dewan yang mulia ini pun, sebahagian besar daripada kita yang duduk di dalam Dewan ini adalah bekas-bekas pelajar pemimpin pelajar yang berada di peringkat kampus sama ada di dalam negeri atau luar negeri. Jadi ini kita kena raikan supaya kebijaksanaan pelajar-pelajar mahasiswa kita itu terus diketengahkan dan insya-Allah bila dia sampai kepada peringkat dewasa dia nak bersama-sama dengan mana-mana politik dengan mana-mana pihak dia akan lebih terbuka sebab mereka dah dapat pendedahan di peringkat kampus ataupun di peringkat yang lebih luas di peringkat awalnya tadi itu.
Jadi itu antara perkara yang Sri Gading kemukakan. Sekian, terima kasih. Kami menyokong pindaan berkenaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.04 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini menyentuh tentang tiga perkara. Pertama, mengenai 15A itu sama seperti sebahagian daripada Yang Berhormat lain telah sentuh sebelum daripada ini iaitu mengenai dana yang dibenarkan untuk Majlis Perwakilan Pelajar kumpul ataupun kutip. Isunya adalah macam dibangkitkan juga sebelum ini, kalau dana itu dana daripada luar, maka dia terdedah kepada salah guna kuasa dan salah guna dana. Jadi, macam mana pihak kerajaan nak mengawal perkara- perkara seperti itu?
Kedua, disebut dalam RUU ini dalam Seksyen 15A itu, Majlis Perwakilan Pelajar atau mana-mana badan pelajar universiti, adakah ini bermaksud akan ada dibenarkan lebih daripada satu badan pelajar yang mengutip ataupun mengusahakan dana tersebut ataupun mungkin akan ada ruang untuk mana-mana pihak? Kalaulah MPP itu dikuasai oleh satu pihak lain, ada satu pihak lain yang tidak puas hati, maka diwujudkan satu badan perwakilan pelajar yang lain dan dia bagi dana, maka jadi pertembungan yang tidak sihat di universiti. Adakah begitu boleh berlaku?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ketiga, tentang isu dana ini Yang Berhormat Speaker dan Menteri, dana yang masuk ke universiti itu nanti masuk ke akaun universiti ataupun ke akaun persatuan pelajar? Kalau masuk ke universiti, maka dia samalah macam amalan yang dah ada sebelum ini. Pihak MPP kena mohon kepada pihak universiti. Ataupun kalau dana itu terus masuk kepada akaun MPP, MPP itu nak berdaftar ataupun tidak? Akaun itu nak dibuka dan didaftar di bawah siapa? Bawah ROS ke, ROC ke ataupun ROY? Belia ke syarikat ke ataupun daftar pertubuhan? Itu persoalan-persoalan yang timbullah daripada Seksyen 15A ini.
Poin yang kedua Puan Yang di-Pertua ialah mengenai Seksyen 16B. Saya menyokong juga apa yang disebut oleh YB Indera Mahkota sebelum daripada ini supaya Lembaga Tatatertib ini juga dimasukkan individu yang ada latar belakang undang-undang supaya dia mahir dan boleh memberi pandangan berkaitan undang-undang universiti.
Juga menyokong supaya sebahagian besar sahabat-sahabat tadi sebut, memasukkan wakil pelajar juga dalam Jawatankuasa ataupun Lembaga Tatatertib ini supaya berlaku proses semak dan imbang yang boleh bersuara bagi pihak pelajar tersebut selain daripada pihak pegawai ataupun pentadbir universiti.
Isu yang ketiga Puan Yang di-Pertua ialah mengenai Seksyen 4A yang saya rasa hampir majoriti semua Ahli Yang Berhormat sebelum ini telah pun sentuh tentang kuasa yang diberikan kepada Lembaga itu untuk mengurang atau melanjutkan tempoh MPP. Ini akan menafikan hak secara tak langsung suara mahasiswa yang telah pun mengundi dalam pilihan raya kampus. Saya senada dengan sahabat saya daripada kakanda Pulai yang bahas sebelum ini. Kami sama, tapi tak serupalah.
[Ketawa] Ia juga boleh terdedah kepada salah guna kuasa. Kalaulah MPP yang menang ataupun dilantik itu sealiran dengan pihak Lembaga, mungkin akan dikekalkan ataupun dilanjutkan. Kalau tak sealiran ataupun tak sebulu, mungkin dipendekkan. Jadi, ini satu ruang salah guna kuasa boleh berlaku di situ.
Ketiga, isu yang berkaitan juga ialah mengenai berlaku — kuasa ini bila diberi kepada Lembaga tersebut, maka dia menyekat kebebasan mahasiswa ini nak bersuara.
Kalau bercakap lebih, nanti dipendekkan tempoh. Akhirnya, dia akan bodek pihak universiti dan itu tidak sihat, tidak menyuburkan amalan politik demokrasi yang dipamerkan dalam AUKU ini. Juga telah pun dimaklumkan sebelum daripada ini, kita pun tahu berlaku pilihan raya kampus, peratus keluar mengundi ini rendah dalam kalangan mahasiswa. Sepatutnya akta ini, AUKU ini dipinda ke arah untuk menggalakkan mahasiswa itu ataupun mewajibkan mahasiswa itu mengundi dalam pilihan raya kampus dan tidak diganggu tempoh MPP tersebut. Saya rasa itu yang sepatutnya kita gunakan kuasa ini untuk gubal akta supaya jadi ke arah itu Puan Yang di-Pertua.
Akhirnya, walaupun AUKU ini tidak dimansuhkan seperti mana manifesto yang dibuat, namun penambahbaikan ini, sebahagiannya saya setuju, tapi sebahagian lagi saya sebut perlu beberapa pindaan dan penambahbaikan berdasarkan apa yang telah saya bahas tadi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Dalam usaha memperjuangkan nilai-nilai demokrasi, hak dan kebajikan rakyat di merata dunia, kita sering lihat golongan mahasiswa yang berada di barisan hadapan. Mahasiswa merupakan pencetus utama perubahan dalam sesebuah negara. Bagaimana mereka dapat mulakan atau teruskan gerakan mereka? Kuasa tiada, wang tiada. Apa yang mahasiswa ada?
Mahasiswa ada niat yang mulia. Mereka cintai kebenaran. Mereka bagaikan voice of cautions dengan izin, dan bersuara bagi mereka yang tidak mampu bersuara atau tidak didengari. Oleh itu, muncullah lirik lagu seperti, “buruh, tani, mahasiswa, rakyat miskin kota; bersatu padu tuntut perubahan; bersatu tekad dalam satu suara; demi tugas suci yang mulia”.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Puan Yang di-Pertua, dari awalnya AUKU yang digubal dan dipinda adalah amat bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hak kebebasan. Sehingga ke pindaan kali ini, ini merupakan kali kelapan pindaan terhadap AUKU di mana sering kali pindaan dibuat adalah amat substantif terutama tentang hak dan kebebasan mahasiswa. Ini menunjukkan bahawa AUKU memang bermasalah di mana ia telah menyekat gerakan mahasiswa dan menghalang proses pendemokrasian di negara kita.
Kita dapat lihat bahawa proses pindaan AUKU sememangnya berjalan seiring dengan kemajuan tahap demokrasi di negara kita. Melalui proses pindaan pada tahun 2012, 2019 dan yang terbaru ini walaupun masih terdapat pihak yang mengkritik kelewatan dan ketidakcukupannya, adalah tidak dapat dinafikan bahawa dalam pindaan-pindaan tersebut, sebahagian daripada hak dan kebebasan mahasiswa telah dikembalikan. Saya amat mengalu-alukan RUU pindaan ini yang akan mengembalikan kuasa pengurusan kewangan sendiri kepada badan mahasiswa.
Sebagai usaha untuk memperkukuhkan peranan mahasiswa sebagai pencetus perubahan dan pembawa kemajuan kepada demokrasi di negara ini, saya ingin mengemukakan tiga permintaan dan cadangan seperti yang berikut. Pertama sekali, kerajaan seharusnya terus memperkasakan perwakilan mahasiswa dengan menubuhkan kesatuan mahasiswa bagi menggantikan Majlis Perwakilan Pelajar serta memberikan lebih banyak kuasa autonomi kepada mereka dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa sendiri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Kedua, kerajaan seharusnya terus mengadakan sesi libat urus secara berkala dengan persatuan-persatuan mahasiswa untuk mendapatkan pandangan dan cadangan mereka serta meneruskan proses pindaan AUKU agar dapat lebih mendekati sasaran untuk mencapai kebebasan akademik dan autonomi universiti.
Ketiga, sekiranya pemansuhan AUKU dan penggantian dengan akta baharu tidak dapat dilakukan atas sebab seperti berpotensi menjejaskan pentadbiran universiti yang dinyatakan, kami menggesa supaya pihak kementerian untuk teruskan melalui usaha pindaan seksyen-seksyen dan penjenamaan semula akta ini yang sering di kait dengan undang-undang draconian sebagai langkah praktikal untuk mencapai matlamat yang sama.
Hakikatnya, cabaran yang dihadapi oleh gerakan mahasiswa hari ini bukan lagi sekadar sekatan daripada pihak pemerintah untuk membisukan mereka. Sebaliknya ia melibatkan bagaimana untuk memanfaatkan ruang dan kebebasan yang telah diperoleh selepas sekian lama diperjuangkan oleh generasi terdahulu. AUKU yang dilaksanakan lebih daripada setengah abad lalu telah menyebabkan mahasiswa kurang peka terhadap isu semasa dan kurang aktif dalam aktivisme politik berbanding dengan negara lain dan juga zaman dahulu. Diperlukan lebih banyak usaha untuk memupuk budaya dan amalan kesedaran politik, sivik dan isu-isu negara dalam kalangan mahasiswa.
Dalam era zaman baru ini, terdapat ancaman-ancaman baharu seperti disinformasi melalui media sosial, budaya hedonisme, kejahilan dan kurangnya kepekaan terhadap isu-isu sekeliling yang perlu dihadapi oleh gerakan mahasiswa. Oleh itu saya menggalakkan, menggesa semua kumpulan mahasiswa selain meneruskan usaha untuk memperjuangkan hak mahasiswa melalui pindaan AUKU, tetapi juga untuk bersama- sama mencari jalan penyelesaian bagi menghadapi ancaman baharu ini. Marilah kita tinggalkan persepsi terhadap sesetengah mahasiswa sebagai 3K (Kuliah, Katil, Kafe) dan berusaha untuk menuju kepada 3I iaitu Iman, Ilmu serta menjadi Insan yang mulia.
Sebagai usaha untuk menuju ke arah kebebasan akademik dan autonomi universiti, saya menyokong RUU ini. Student Power! Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perkara pertama yang saya ingin bangkitkan berkenaan seksyen 15A iaitu memberi kebenaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk memungut wang, penerimaan wang dan sumbangan. Persoalan saya, apakah jaminan kerajaan dalam aspek pemantauan dan kawal selia terhadap MPP yang turut di beri kuasa untuk mengelolakan wang terbabit tanpa campur tangan atau anasir daripada mana-mana pihak atau parti berkepentingan? Seterusnya, adakah pihak universiti akan memberikan dorongan atau pemerkasaan dari segi pengurusan kewangan kepada MPP dan pada masa yang sama, tidak menyekat kebebasan mereka dalam soal pengurusan organisasi?
Perkara terakhir dalam seksyen 15A ini saya mendapat maklum bahawa kerajaan sedang membangunkan garis panduan bersesuaian berkaitan urusan akaun dan kewangan persatuan mahasiswa. Namun, apakah persediaan kerajaan dalam memastikan tempoh legal vacuum, dengan izin Tuan Yang di-Pertua ini. Ini tidak berlaku salah guna kuasa ataupun wang. Apakah jaminan kerajaan kebebasan yang diberikan kepada mahasiswa pada hari ini benar-benar terjamin tadbir urusnya, khususnya dari sudut kewangan?
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya saya ingin membangkitkan efficiency seksyen 4(a) AUKU (Pindaan) 2019 di mana Menteri di beri kuasa dalam menentukan pelantikan utama bagi universiti bagi jawatan seperti Naib Canselor. Persoalannya, adakah kerajaan bersedia untuk turut meminda seksyen ini bagi memastikan pelantikan jawatan-jawatan penting seperti ini perlu melalui proses libat urus terbuka serta mengambil kira pandangan dan cadangan daripada pihak pengurusan, pekerja, staf akademik, pelajar serta alumni? Hal ini kerana pelantikan jawatan penting ini memberi signifikan yang sangat besar kepada pembangunan sesebuah universiti. Oleh itu, pelantikan ini seharusnya melibatkan semua pemegang taruh.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut berpandangan bahawa mahasiswa bukan sahaja di beri ruang untuk menguruskan wang tetapi juga di beri ruang untuk menentukan hala tuju mereka bermula daripada pilihan raya kampus. Hal ini kerana mandat yang akan diberikan hasil daripada pilihan raya tersebut, amat penting kepada pembangunan universiti tersebut.
Persoalannya, adakah pihak universiti memberi kebebasan 100 peratus kepada mahasiswa dengan mengiktiraf peranan kesatuan pelajar dan jawatankuasa pemilihan kampus (CEC) sebagai entiti perundangan bagi memastikan pilihan raya kampus dijalankan oleh pelajar sepenuhnya tanpa campur tangan mana-mana pihak? Persoalan seterusnya, apakah usaha kerajaan bagi memastikan mahasiswa yang ada pada hari ini benar-benar bersedia dan peka akan autoriti dan kuasa yang diberikan kepada mereka ini? Jika mereka belum bersedia, saya berpandangan, kebebasan yang akan diberikan akan memberi mudarat kepada mereka di kemudian hari.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Puan Speaker. Saya menyambut baik rang undang-undang ini yang memperkasakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan persatuan pelajar untuk menguruskan, mengumpulkan dan menerima wang atau sumbangan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan pindaan kepada rang undang-undang ini ataupun dalam pindaan yang seterusnya untuk terus memperkasakan mahasiswa dan mahasiswi, kebebasan akademik universiti juga.
Pertamanya, dalam pindaan seksyen 15A dan seksyen 48 subseksyen (11B) Jadual Pertama, dalam mengutip dana dan menguruskan kumpulan wang, Majlis Perwakilan Pelajar atau badan pelajar universiti hendaklah mematuhi peraturan-peraturan
Tuan Chow Yu Hui - Raub
yang ditetapkan oleh lembaga. Saya berpandangan bahawa pindaan ini akan memberi kuasa yang tidak terkawal kepada lembaga.
Maka saya mencadangkan peraturan-peraturan yang berkenaan pengutipan dana dan pengurusan kumpulan wang perlu ditetapkan oleh MPP dan badan-badan pelajar secara kolektif dan bukan lembaga. Langkah ini penting bagi memberi autonomi tambahan kepada MPP dan badan-badan pelajar.
Tambah pula, sekiranya pindaan ini diluluskan saya berharap tiada lagi cooling period atau test period. Hanya MPP boleh buka akaun dulu dan pantau setahun sebelum memberi kebenaran kepada persatuan-persatuan pelajar lain. Pandangan bahawa mahasiswa ini serupa kanak-kanak adalah amat old school. Kita harus yakin bahawa mahasiswa dan mahasiswi mampu menguruskan kewangan sendiri. Jika pindaan ini diluluskan, MPP dan semua badan pelajar harus di beri hak untuk membuka bank account pada masa serentak. Cooling off period adalah tidak diperlukan.
Puan Speaker, kedua, bagi pindaan seksyen 16B, saya menyeru keahlian Jawatankuasa Tatatertib Pelajar hendaklah merangkumi ahli MPP, bukan hanya TNC dan juga staf universiti. Justice must not only be done but must be also seen to be done. Langkah ini penting untuk memastikan ketelusan dan keadilan bagi keputusan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.
Ketiga, pindaan seksyen 48 subseksyen (4A) Jadual Pertama memperuntukkan bahawa lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya. Saya juga berpandangan bahawa pindaan ini akan memberi kuasa yang tidak di semak kepada lembaga.
Keempat, akta ini perlu menyediakan penubuhan sebuah jawatankuasa pilihan raya kampus untuk mengadakan pilihan raya kampus. Sebagai contohnya, central electoral committee (CEC) seperti dalam Universiti Malaya sekarang. Ia juga perlu bebas daripada pengaruh dan campur tangan Hal Ehwal Pelajar ataupun pentadbiran universiti.
Kuasa untuk menetapkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya perlu dipegang oleh jawatankuasa ini tetapi bukan lembaga. Peranannya seharusnya seumpama Suruhanjaya Pilihan Raya bagi pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil. Kami tahu masih ada persatuan aktivis mahasiswa yang tegas dalam pendirian untuk memansuhkan AUKU. Kerajaan Madani perlu mempertimbangkan pandangan mereka dalam menentukan arahan reformasi institusi pendidikan tinggi.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya menyeru bahawa lebih banyak libat urus perlu dianjurkan untuk memastikan suara hati persatuan aktivis mahasiswa menjadi asas kepada pindaan yang seterusnya.
Mahasiswa merupakan pemegang taruh yang paling penting dalam universiti. Matlamat utama sesebuah universiti bukan sahaja menghasilkan tenaga kerja yang tanpa semangat seperti robot tetapi melahirkan warga negara yang berpengetahuan kritis, kreatif, peka terhadap urusan awam.
Universiti merupakan tempat di mana mereka boleh meneroka, mencuba dan belajar dari kesilapan dan belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang berdikari untuk menguruskan hal ehwal sendiri dan seterusnya mampu memimpin dalam pelbagai bidang biarpun syarikat organisasi, keluarga mahupun negara ini.
Oleh demikian, proses pindaan AUKU ini perlu meletakkan pandangan persatuan aktivis dan badan-badan pelajar atau mahasiswa, mahasiswi sebagai pertimbangan yang utama untuk mencapai matlamat ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, merujuk seksyen 15A, akta ibu, persatuan pelajar universiti dilarang memungut wang sama ada di dalam ataupun di luar negara.
Hari ini RUU AUKU Pindaan 2023 dibentangkan hendak dipinda dan seksyen 15A menggantikan keseluruhan seksyen 15A , akta ibu iaitu daripada tak dibenarkan kepada dibenarkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau badan pelajar universiti untuk memungut wang atau menerima sumbangan wang sama ada daripada dalam ataupun luar negara.
Pada dasarnya, saya bersetuju dengan pindaan ini kerana mahasiswa dibenarkan mencari kewangan sendiri untuk membiayai apa-apa program yang dianjurkan tanpa bergantung kepada universiti. Lagi pun sekarang ini universiti tidak mempunyai kewangan yang cukup dan diberi kuasa autonomi untuk mencari kewangan sendiri. Sudah tentulah ia tidak mampu membiayai perbelanjaan aktiviti persatuan mahasiswa.
Dalam menguruskan sumbangan ataupun kewangan yang diterima, sudah tentu ia melibatkan akaun. Maka, dalam menguruskan akaun saya mencadangkan agar bendahari universiti dimasukkan sebagai pihak yang berkuasa menandatangani cek bagi akaun yang dibuka. Manakala di kalangan mahasiswa pula dilantik sebagai pengerusi dan setiausaha. Ia bukanlah untuk mengongkong mahasiswa tetapi untuk memastikan proses pengeluaran wang dilakukan secara telus bagi tujuan yang wajar dan tidak disalahgunakan.
Jika dilantik bendahari persatuan di kalangan mahasiswa, ia boleh terdedah kepada penyalahgunaan wang atau berlaku kecurian wang sama ada sengaja ataupun tidak. Lagi pun, akaun persatuan pelajar akan diaudit oleh Jawatankuasa Audit Dalaman Universiti. Jika dimasukkan bendahari universiti sebagai pihak yang berkepentingan, pengauditan akaun persatuan mahasiswa tidak lagi menjadi masalah. Sebab? Bendahari universiti terikat dengan tatacara pengurusan kewangan universiti.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk seksyen 16B (a) dan (b), Naib Canselor digantikan dengan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar dikekalkan dalam seksyen 16B(5) dan (6), akta ibu. Persoalan saya, adakah Naib Canselor akan dilantik menjadi pengerusi atau anggota Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar?
Ini disebabkan Naib Canselor lebih dekat dengan situasi mahasiswa berbanding Ahli Lembaga Pengelola Universiti. Jika Naib Canselor tidak dilantik menganggotai rayuan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar, ahli yang dilantik oleh Lembaga Pengelola Universiti hanya memahami isu yang bersifat luaran sahaja.
Tidak memahami isu yang bersifat dalaman berkaitan dengan mahasiswa itu sendiri. Sebagai contoh, kesalahan mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus. Naib Canselor lebih arif situasi Pilihan Raya Kampus berbanding ahli lembaga yang hanya datang ke universiti hadir mesyuarat lembaga antara dua ke tiga kali setahun.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk seksyen 16B(c) subseksyen (2A) yang menyebut, “Jawatankuasa Tatatertib Pelajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor sebagai pengerusi dan pekerja universiti yang dilantik oleh lembaga”.
Saya dapati perkataan ‘pekerja universiti’ adalah tidak sesuai kerana pekerja universiti bermula daripada kakitangan sokongan sehinggalah ke peringkat pengurusan kanan atau pengurusan tertinggi. Ini bermakna, kakitangan sokongan gred N11 sehingga N40 boleh dilantik ke Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. Oleh itu, saya mencadangkan pekerja universiti digantikan dengan pengurusan kanan atau pengurusan tertinggi universiti.
Kedua, dimasukkan pegawai undang-undang atau penasihat undang-undang universiti sebagai salah seorang anggota Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. Ini adalah kerana kesalahan tatatertib melibatkan AUKU dan peraturan atau pekeliling universiti.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Maka, pegawai undang-undang itu perlu mentafsir kerana dia merupakan pihak yang berautoriti di universiti.
Ketiga, dimasukkan wakil mahasiswa sebagai salah seorang Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. Ia mungkin melibatkan wakil MPP itu sendiri. Penyertaan wakil mahasiswa membolehkan permasalahan mahasiswa dapat ditangani dengan betul, adil dan tidak berat sebelah. Mahasiswa lebih memahami situasi tertentu yang melibatkan diri mereka berbanding pihak lain.
Akhirnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jika diletakkan TNC atau pegawai kanan universiti sahaja, isu tatatertib mahasiswa tidak difahami dengan baik dan kemungkinan berlaku pilih kasih atau balas dendam akibat perbezaan atau kecenderungan politik antara pihak Lembaga Tatatertib dengan mahasiswa yang disiasat. Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan masa depan mahasiswa itu sendiri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Timbalan Speaker. Universiti merupakan sebuah kilang yang terbaik untuk menghasilkan generasi pemimpin masa hadapan.
Universiti adalah tempat yang terbaik untuk kita melatih pelapis-pelapis negara.
Universiti adalah tempat terbaik untuk kita memberikan kebebasan supaya mahasiswa itu lebih berfikirannya luas dan fikirannya bebas.
Kalau kita lihat kita telah pun mengimplementasikan UNDI18. Kita telah memberikan kepercayaan kepada anak muda untuk menentukan masa depan negara.
Apalah salahnya sekiranya kita memberikan kuasa autonomi? Kita memberikan kuasa yang sepenuhnya kepada mahasiswa yang saya fikir lebih hebat daripada yang kita sangkakan.
Sebab itu pada hari ini kita melihat ada beberapa pindaan dan saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian atas pindaan yang bagi saya adalah pindaan yang baik. Namun begitu, ada beberapa perkara yang mungkin kita perlu tegur atau kita perlu utarakan pendapat kita.
Antaranya pindaan yang baik adalah penggantian seksyen 15A yang membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar boleh untuk membuat pungutan wang atau menerima sumbangan wang. Juga, untuk kemasukan subseksyen 11A dan 11B dalam seksyen 48. Ini merupakan satu langkah awal yang baik yang dilakukan oleh kementerian. Sesuai dengan aspirasi KPT yang mana ingin memberikan autonomi kepada pelajar.
Malah, kalau kita lihat sudah ada beberapa model, ya. Kalau kita lihat Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sendiri, kita semua sedia maklum bahawa UIAM tidak tertakluk di bawah AUKU dan KPUIAM ini tidak tertubuh sebagai MPP seperti biasa di universiti lain tetapi berdaftar di bawah ROS. Maknanya, mereka mempunyai akaun sendiri, mereka setiap tahun mengadakan audit dan sebagainya. Ini telah pun berlaku dan sudah pun dilakukan.
Kalau kita lihat, apa yang lebih penting adalah kalau sekiranya terjadi salah laku maka kita ada perundangan dan peraturan-peraturan yang lain yang boleh kita kenakan ke atas mahasiswa selari dan sama seperti yang dikenakan oleh rakyat Malaysia yang lain. Kalau kita lihat UIA sendiri telah pun mengadakan crowd funding, sponsorship dan sebagainya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Apa yang lebih penting di sini yang ingin kita tekankan bahawa kita memberikan kuasa autonomi dan akauntabiliti yang penuh kepada mahasiswa itu sendiri.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Kalau kita melihat pada seksyen 15, bagaimana― ini ingin saya tanyakan.
Bagaimanakah MPP di universiti akan menguruskan kewangan? Adakah mereka dibenarkan untuk membuka akaun sendiri? Atau apakah guideline yang jelas yang diberikan oleh kementerian ketika pindaan ini berlaku?
Seterusnya, ingin saya sentuh mengenai pindaan berikutnya iaitu berkenaan seksyen 16B yang mana saya turut menyambut baik usaha kerajaan yang mengatakan bahawa jawatankuasa tatatertib― ini menyebabkan kita adanya decentralise kuasa naib canselor sebagai sumber utama pihak berkuasa tatatertib pelajar.
Namun begitu, kalau kita lihat dalam pindaan ini menyebut bahawa jawatankuasa ini keahliannya diterajui oleh timbalan naib canselor bersama dengan dua pekerja universiti. Kalau boleh saya cadangkan, kita ubah. Bukan dua pekerja universiti tetapi kita ubah kepada pekerja akademik atau academic staff, yang mana dari sini kita boleh lihat bahawa dua ahli ini merupakan dari kalangan para akademik yang faham susun atur pentadbiran universiti.
Di sini juga, Yang Berhormat Menteri, saya melihat bahawa tidak ada kata-kata maksimum berapakah anggota yang boleh menganggotai jawatankuasa ini. Saya mencadangkan supaya jawatankuasa ini ditambah. Bukan minimum tetapi secara maksimumnya ditambah tidak hanya semata-mata timbalan naib canselor bersama dengan pekerja universiti tetapi juga melibatkan mahasiswa itu sendiri. Bahkan melibatkan juga pengamal undang-undang atau mungkin alumni yang telah pun― dulu menjadi MPP, mereka juga dilibat samakan di dalam jawatankuasa ini. Maka, dengan gabungan beberapa ahli pemikir dan beberapa orang yang hebat, maka organisasi atau jawatankuasa ini akan lebih konstruktif dan lebih hebat lagi.
Yang terakhir, saya ingin menyentuh sedikit mengenai kemasukan subseksyen
(4) dalam seksyen 48 dalam Jadual Pertama yang memberikan kuasa kepada Lembaga untuk mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatan.
Saya ingin bertanya, apakah garis panduan yang jelas dan guideline yang diberikan oleh kerajaan? Kerana, kita melihat takut akan ada salah guna kuasa. Dan apakah limitasi yang diberikan? Supaya pindaan ini tidak membebankan dan tidak mencengkam mahasiswa yang mana terpaksa menjadi pak turut kepada pihak atasan. Ini budaya yang ingin kita nyahkan sejak daripada universiti lagi supaya tidak terikut-ikut sehingga nanti mereka sudah bekerja.
Dalam taklimat yang diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada tempoh lalu, kita dimaklumkan bahawa peruntukan ini diadakan kerana sewaktu pandemik COVID-19, ada MPP yang lanjut tempohnya sehingga lebih dari setahun dan tidak dapat turun. Pada pandangan saya, subseksyen (4) sahaja sudah cukup dan kita sudah tekankan bahawa tempoh khidmat mereka adalah satu tahun akademik. Sekiranya terlanjut, maka kita serahkan kepada CEC atau Jawatankuasa Pilihan Raya MPP bersama dengan MPP atau kesatuan.
Jadi, sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan. Namun, ada beberapa perkara yang perlu kita lihat kerana universiti dan mahasiswa adalah aset terbaik negara untuk menggantikan pemimpin masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Maran? Tak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua untuk saya turut ambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang pindaan AUKU.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya menghargai usaha kerajaan dalam membuat pindaan AUKU demi memperkasakan institusi pendidikan tinggi dan memberikan kebebasan yang lebih meluas kepada mahasiswa dalam beberapa siri pindaan yang lalu termasuk tahun 2012, tahun 2019 dan kali ini, bagi pindaan berkenaan dengan seksyen 14, 15, 16 dan 48.
Namun, kalau melihat kepada prinsip semangat dalam pindaan tersebut, walaupun hak dan kebebasan jauh berbeza dan jauh lebih besar berbanding dengan dulu tetapi saya masih melihat akta yang sedia ada ataupun pindaan yang sedia ada masih meletakkan beberapa syarat-syarat yang boleh ditafsirkan sebagai mahasiswa masih kelihatan sebagai golongan yang kurang matang ataupun tiada kebolehan dalam pengurusan. Itu masih lagi kekal. Persepsi itu masih kekal.
Saya bagi dua contoh. Yang pertamanya, kalau kita lihat kepada beberapa pindaan dalam seksyen 15A, 16B dan 48, kuasa yang besar ataupun kuasa mutlak itu seperti pungutan wang, penganjuran aktiviti memungut wang, penubuhan jawatankuasa tatatertib, tempoh keahlian MPP dan sebagainya, dalam kesemua pindaan itu, sebanyak enam, tujuh kali lembaga universiti disebut. Maknanya, soal pengurusan kewangan badan pelajar, tatatertib hal ehwal mahasiswa masih lagi tidak nampak representasi daripada mahasiswa. Penglibatan mereka dalam lembaga.
Saya nak tanya, siapakah lembaga? Rata-ratanya kita tahu lembaga itu tiada wakil daripada mahasiswa dan rata-ratanya adalah ahli akademik. Saya tidak menafikan kepentingan untuk ada wujudnya lembaga yang penting tetapi saya rasa harus ada penglibatan mahasiswa dalam lembaga tersebut dalam menentukan segala dasar-dasar ataupun garis panduan yang berkaitan rapat dengan soal hal ehwal mahasiswa.
Saya rasa kita harus sedar bahawanya dalam kerangka MADANI yang kita laung- laungkan, kita harus memberikan pendedahan dan kemahiran kepada golongan belia dengan lebih awal. Kita harus maklum Undi18 kita telah kuatkuasakan. Kita ada Dasar Belia Madani 2030 yang mana tahun lepas, Majlis Belia Malaysia telah pun menerima RM5 juta sumbangan daripada PMX. Kita juga maklum wujudnya Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia. Pada tahun 2026, had umur akan diturunkan kepada 30 tahun.
Kesemuanya adalah kita memberikan autonomi ataupun kepercayaan kepada golongan muda bahawanya cara pengurusan kewangan. Walaupun PMX bagi RM5 juta, tak ada sebarang isu pun berlaku. Tetapi, apabila dibincangkan tentang soal pengurusan wang, kewangan dalam MPP itu, timbul pula masalah.
So, saya ingin menggesa kepada kerajaan ataupun semua Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya kita tidak boleh ada wujudnya dua standard yang berbeza kepada layanan golongan belia dalam kampus universiti dan golongan belia di luar kampus universiti.
Saya juga ingin bertanya kepada Menteri, adakah kerajaan bersedia menerima mahasiswa dalam lembaga universiti demi menetapkan dasar dan peraturan dalam kampus? Adakah kerajaan bersedia meletakkan badan-badan pelajar berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia bagi menyeragamkan pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaannya bagi badan-badan pelajar?
Selain itu, saya juga ingin bagi contoh juga. The devil is in the details. Selalunya berlakunya isu apabila mengatakan ada pencengkaman kebebasan bersuara mahasiswa adalah berlakunya pada penetapan garis-garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga universiti ataupun kementerian. Sebagai contohnya, garis panduan bagi aktiviti dan hiburan di IPT pernah menjadi kontroversi. Saya ingat juga dulunya dalam kampus universiti saya dulu tetapkan garis-garis panduan yang tidak pernah berbincang dengan golongan-golongan mahasiswa.
Saya harap kementerian, kerajaan harus melihat, memastikan segala peringkat menentukan dasar, peraturan, garis panduan, adanya penglibatan mahasiswa. Memang kita tidak nafikan dalam 10, 15 tahun yang lepas di bawah kepimpinan beberapa penggal kerajaan yang berbeza, kita ada pelbagai penambahbaikan dari segi kebebasan dan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Gopeng. Gopeng, nak tanya sikit dengan Gopeng. Adakah Gopeng bersetuju soal berkaitan dengan Undi18 ini? Saya nak tanya dengan Gopeng sendirilah, secara jujurnya di bulan puasa, bulan Ramadan yang
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
mulia ini, Gopeng kena jawab. Gopeng setuju atau tidak Undi18 ini? Terima kasih, Speaker.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Setuju. Setuju. Saya setuju tetapi sudah tentu kita pernah berbincang, Undi18 itu harus datang dengan segala pakej yang perlu kita sempurna. Contohnya, kita perlu ada platform-platform, pakej-pakej yang memberikan pencerahan, umpamanya dalam kurikulumkah ataupun dalam platform-platform yang lain, bagi pendedahan politik awal kepada Undi18, golongan umur yang 18 dan juga perlu memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang memberikan pencerahan kepada mereka.
Kalau― saya tak sempatlah ini. Hulu Langat sudah ambil masa sikit. Tetapi, tak apa. Saya ingin menegaskan bahawanya langkah-langkah progresif seperti ini, seperti sebelum ini kita pernah mansuh ISA, ada Akta Perhimpunan Aman, kita ada Undi18, kesemua ini harus kita memberikan penghargaan kepada perjuangan masyarakat sivil dan perubahan landskap politik dalam negara kita dan akhirnya menyumbangkan kepada segala hak asasi dan kebebasan yang ada pada kita pada hari ini.
Saya harap sekarang ini pindaan AUKU ini adalah mungkin kita ke arah sebenar- benarnya memberikan autonomi kepada golongan mahasiswa. Kalau tanya kepada saya, saya harap kita boleh ada satu rebranding ataupun, dengan kata yang lebih mudah, adalah tukar ataupun tak guna mansuhkan AUKU, gantikan dengan satu akta yang baru dalam menguruskan universiti, akademik...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda, tap-tap screen guys. Puan Speaker, sepatutnya pada hari ini kita tak perlu bincang lagi akta ini sebab saya menyokong penuh manifesto PH bahawa kalau menang, mereka akan hapuskan AUKU, Akta Universiti Kolej. Tapi hari ini, masih bincang lagi.
Yang Berhormat yang dihormati, hari ini pindaan yang kalau tak silap saya, pindaan yang kelapan. Masih pinda. Kita pegang manifesto, hapuskan AUKU. Kenapa mesti bincang sampai lapan kali? Jadi, kita terpaksa bincang. Dah bincang lapan kali, kemudian bagi masa lima minit untuk bercakap pelbagai perkara. Sudah pasti agak sukar tetapi secara prinsipnya, fikirkan balik, saya penyokong manifesto PH yang hebat, menyokong.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya menyokong– jangan kacau lagi.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Arau, minta laluan sikit, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan kacau lagi. Sekejap lagi, kacau. Nanti kejap, belum habis lagi. Tuan-tuan, saya menyokong. Saya menyokong harga minyak diturunkan. Saya sokong. Saya sokong tol dihapuskan, saya sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, ini tak berkaitan dengan pindaan hari ini. Terus kepada berkaitan.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, jangan ganggu masa saya. Saya tengah dok cakap ini. Ini introduction. Kita sokong. PH kata hapuskan akta ini, Yang Berhormat. Okey. Jadi Yang Berhormat, pakai akta apa– ini masa saya lima minit...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Arau, saya nak tanya Yang Berhormat Arau. Arau, Arau. Yang Berhormat Arau, saya nak tanya sikit. Yang Berhormat Arau? Arau? Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Keduanya, pindaan 16B(2A) iaitu berhubung dengan Naib Canselor.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bakri, jangan kacau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seksyen 4A, AUKU (Pindaan) 2019, kuasa Menteri untuk lantik Naib Canselor. Hari ini kita pinda berhubung Naib Canselor. Tapi kita tahu bahawa akta ini ada kuasa Menteri untuk lantik Naib Canselor yang mana saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah penambahbaikan dibuat? Kita ada Jawatankuasa untuk menasihati Menteri untuk lantik Naib Canselor tetapi kita tak dapat maklumat siapakah Jawatankuasa, apakah bentuk penambahbaikan?
Maka, kita buatlah pindaan ini, 16B(2A) iaitu berhubung kuasa Naib Canselor dan juga lain-lain lagi. Yang Berhormat, saya minta supaya– saya setuju dengan kawan- kawan, nampaknya pelajar lagi sekali tidak mendapat kebebasan. Seolah-olah pelajar ini bukan wakil pelajar universiti. Ini wakil universiti. Sebab kuasa di belakang ialah kuasa Naib Canselor dan juga Lembaga.
Jadi, kita minta supaya hat yang ini, tak payah pinda, Yang Berhormat. Bagi dia kebebasanlah. Lagipun, diberi hak mengundi 18 tahun. Kita bagi kebebasan untuk mereka mentadbir dan banyak kawan saya menyebut tentang soal kewangan. Saya tidak ada masalah. Saya bersetuju. Kemudian, 48(4A)...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau? Saya tak kacau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekejap lagi, sekejap lagi saya bagi, confirm.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, ini nak bagi tahu bahawa Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani ini ia berani. Ia ada keberanian untuk pinda akta ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, nanti. Duduk sekejap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
33 bulan dulu masa jadi kerajaan, kenapa tak buat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat buang masa ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sila duduk. Ikut arahan Speaker.
Kamu ini tak reti bahasa.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya akur, saya akur.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, 48(4A), bagi kuasa had tempoh. Inilah kuasa Naib Canselor dan juga Lembaga. Ini had tempoh. Had tempoh ini kena bagi kuasa pelajar sama. Pelajar dimasukkan supaya tiga-tiga ada, pihak universiti dan juga ada pihak Lembaga. Saya nak bagi tahu kepada pelajar, orang muda, rakyat Malaysia. Kami tidak bersetuju dengan pindaan demi pindaan. Kami mahu pelajar diberi hak sepenuhnya untuk mentadbir pertubuhan. Mereka dibagi mengundi, Dato’ Sri... [Tidak jelas] Hari ini saya akan pecah rekod, saya akan habis sebelum masa, don’t worry. Tak yah kata suruh berhenti. Tak apa, saya akan berhenti. Saya nak bagi hak mereka mentadbir supaya mereka menjadi wakil kepada pelajar. Bukan wakil kepada universiti.
Jadi, saya minta supaya Menteri yang ada di sini, yang cukup prihatin melihat kembali bahawa jangan cuba control pelajar sebab ini saya– semua orang ini tak ada lagi. Saya bersama dengan PMX buat macam-macam dulu, pada masa dia third year, saya first year. Kita buat macam-macam.
Saya ingat ditubuh– AUKU ini ditubuh dan kita mengharapkan bahawa akta ini dimansuhkan. Mula-mula saya tak setuju tetapi apabila undi 18 dibenarkan, saya kata,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
elok pelajar diberikan kebebasan untuk mentadbir diri mereka sendiri. Terima kasih, Speaker. Jangan sebut suruh berhenti sebab saya kecil hati.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, layak Menteri KPT bayangan, Arau. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri apa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri KPT bayangan, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, saya tinggi lagi, luar bandar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau, sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Hari ini kita membahaskan rang undang-undang untuk meminda AUKU. Bagi saya, ini suatu perkara yang amat bermakna, di mana perjuangan untuk mansuhkan AUKU sekarang jumpa jalan baharu. Saya ingin mengucapkan- Yang Berhormat Menteri ada, syabas kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah bersedia dan telah berjumpa dengan kami untuk membincangkan beberapa perkara yang menjadi concern, terutamanya para pelajar dan sudi membuat pindaan mengikut cadangan-cadangan yang ada.
Cuma Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, kita perlu faham satu hakikat bahawa AUKU ini ditubuhkan atau digubal, ia tidak boleh lari ataupun berkaitan rapat dengan dua peristiwa. Satu adalah peristiwa Baling dan satu lagi peristiwa Tasek Utara.
Kedua-duanya orang key person, orang utama dalam kedua-dua peristiwa ini, kebetulan ada dalam Dewan yang mulia ini iaitu PMX kita dan juga Yang Berhormat Pasir Gudang.
Oleh kerana mereka dua inilah, AUKU digubal di Parlimen Malaysia. Dengan– walaupun tadi Yang Berhormat Menteri ada ceritakan bahawa AUKU ada beberapa bahagian tetapi asasnya adalah untuk mengekang dan mengehadkan hak dan kebebasan mahasiswa, mahasiswi. Ini sesuatu hakikat yang tidak boleh kita nafikan. Walaupun hari ini kita lihat ada penambahbaikan, ada kemajuan dari segi hak dan kebebasan mahasiswa ini tetapi saya rasa matlamat– ultimate, matlamat terakhir adalah kita mansuhkan akta ini supaya kita mengembalikan keseluruhan autonomi mahasiswa kepada mahasiswa.
Sebab kita– saya lihat, saya perhatikan perbahasan tadi, kedua-dua pihak tadi seolah-olah mahasiswa hari ini perlukan panduan (guidance). Walhal, semenjak pelaksanaan undi 18 ini, mereka yang pada umur 18, mereka boleh mengundi pemimpin negara. Mereka sendiri boleh menjadi calon dan dipilih untuk mengurus tadbir negara.
Apatah lagi untuk mengurus tadbir sesebuah universiti, yang mana lebih besar?
Jadi, sudah tentunya tak ada satu masalah- ia tidak menjadi masalah bagi mahasiswa untuk mengurus tadbir sendiri kampus mereka. Jadi, banyak kali dalam pindaan kali ini sebut tentang MPP. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa MPP, kuasanya adalah berbeza kalau kita bandingkan dengan kesatuan pelajar pada zaman UM dulu, student union pada zaman Universiti Malaya dulu, iaitu MPP sekarang ia hanya dilihat sebagai pelengkap kepada HEP, kepada pihak universiti, kepada pihak pengurusan. Walhal, student union dulu ia mengurus segala yang berkaitan dengan pelajar, segala aset dan perkhidmatan yang berkaitan rapat dengan pelajar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Hari ini MPP hanya bertanggungjawab untuk menganjurkan konvokesyen untuk Mingguan Haluan Siswa pun tak ada peranan untuk terlibat. Tiada peranan MPP. Maka di situ lah lihat, apakah peranan MPP hari ini. Maka untuk kita nak kembalikan sekiranya kita serius dalam mengembalikan autonomi mahasiswa kepada golongan mahasiswa.
Hari ini merupakan langkah pertama tetapi bagi saya matlamat akhir adalah kita gubal
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
satu, kita mansuhkan AUKU ini dan gubal satu akta baru untuk mengurus tadbir ataupun sebagai garis panduan urus tadbir universiti.
Selain daripada itu, kita kembalikan kepada mahasiswa mahasiswi yang ada pada hari ini. Maka, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian, apakah kerajaan bersedia untuk memulihkan Jawatankuasa Teknikal, mansuhkan AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar undang-undang, aktivis mahasiswa, aktivis sosial yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dan juga pada tahun 2019 Jawatankuasa Teknikal ini telah menghasilkan enam kertas polisi yang komprehensif, yang menekankan nilai kebebasan akademik, autonomi universiti, autonomi mahasiswa.
Jadi, berdasarkan kertas polisi tersebut terdapat ketidakselarasan antara sembilan akta yang terlibat berkaitan dengan sektor pengajian tinggi ini, termasuklah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996, Akta Badan-badan Berkanun 2000, Akta Universiti Teknologi MARA, Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi-institusi Pelajaran Tatatertib 1976, Akta Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006, Akta Politeknik Ungku Omar 1974. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Inilah masanya Yang Berhormat Menteri kita menubuhkan semula Jawatankuasa Teknikal ini, supaya kita mengkaji dengan lebih teliti, bagaimana kita membuka ruang yang lebih besar ataupun jika boleh dalam penggal ini kita mansuhkan AUKU ini. Saya tahu ada kekangan dia, saya tahu untuk langkah pada hari ini pun satu kemajuan yang signifikan dalam usaha gerakan untuk mansuhkan AUKU ini tetapi bagi saya kita tidak boleh berpuas hati pada tahap sekarang sahaja, kita perlu mensasarkan pencapaian yang lebih tinggi dan kebebasan dan hak yang lebih besar untuk golongan muda ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien
Terima kasih Yang Berhormat Bakri, sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 30 minit.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada 22 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti
(Pindaan) 2023 di peringkat dasar. Saya dapat lihat dari segi tahap perbahasan yang saya dapat lihat dan tinjau dari setiap Ahli-ahli Yang Berhormat, yang boleh saya rangkulkan di sini sebahagian besar hujahan-hujahan yang disampaikan oleh Yang Berhormat sekalian adalah terdiri daripada mereka yang pernah menjadi mangsa kepada AUKU dan juga mereka yang pernah lahir daripada pimpinan-pimpinan mahasiswa dan saya juga adalah salah seorang daripadanya.
[Tepuk] Penyertaan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan pada sesi kali ini menunjukkan komitmen dan keprihatinan kita semua terhadap agenda pemerkasaan mahasiswa yang telah diperjuangkan selama ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, matlamat utama pindaan rang undang-undang ini adalah saya gunakan apa yang disebutkan oleh Indera Mahkota tadi, untuk membugar budaya berorganisasi dan menyegarkan gerakan pelajar. Ini merupakan satu usaha progresif kerajaan ini, ke arah melahirkan mahasiswa yang berupaya menguruskan kedewasaan dan kematangan mereka. Ini tidak boleh kita nafikan bahawa apa yang kita bentangkan pada petang ini adalah satu antara langkah-langkah yang kita buat.
Langkah-langkah progresif dan bukan merupakan langkah regresif. Rang undang-undang ini juga merupakan harapan daripada mahasiswa sendiri yang ingin melihat perubahan dalam landskap pengurusan organisasi mahasiswa. Suka saya tegaskan bahawa pindaan ini bukan dibuat secara sepihak atau hanya merupakan satu idea daripada pihak kerajaan tanpa berbincang dengan kelompok mahasiswa kita.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ia melibatkan kepimpinan mahasiswa melalui siri-siri libat urus yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2021 sehingga kini bersama dengan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merealisasikan harapan tersebut melalui pindaan ke atas AUKU ini dan saya sedar berdasarkan kepada hujah-hujah yang disampaikan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Mungkin ia bukan merupakan satu pindaan yang perfect dengan izin, yang sempurna, dan kita telah menjalani proses untuk pemerkasaan AUKU ini. Sudah berkali- kali dan kita mengharapkan pada kali ini, dengan mengambil kira pandangan daripada mereka, semua pihak, the stakeholders dengan izin yang memberikan pandangan- pandangan itu, yang dikumpulkan pada ketika itu, dibawa ke dalam Dewan ini untuk dibentangkan seperti yang telah pun dibentangkan pagi tadi. Saya mengakui mungkin ada ruang-ruang akan kita perkukuhkan lagi dari semasa ke semasa. Ia bukan lah sesuatu yang bersifat statik. Sebagai mantan pemimpin pelajar, AUKU adalah sesuatu yang dekat dengan kita semua.
Saya percaya sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat juga merasainya semenjak tahun 1971 hingga kini, AUKU telah melalui tujuh fasa pindaan. Sekalipun sebahagian besar dari peruntukan AUKU ini menumpukan kepada aspek tadbir urus universiti awam dan hanya 16 peratus atau tujuh seksyen dari keseluruhan 42 seksyen yang menggariskan perkara yang melibatkan pelajar.
Kerajaan tetap komited untuk melakukan anjakan bagi mengangkat martabat mahasiswa kita. Dalam hubungan ini, kerajaan sentiasa terbuka untuk terus menambah baik AUKU dari masa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, saya terus menjawab soalan- soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berdasarkan kepada tajuk-tajuk perbahasan yang dapat kita kumpulkan.
Mengenai Jawatankuasa Tatatertib Pelajar seksyen 16B, antara perkara yang dibangkitkan adalah berhubung ketiadaan wakil pelajar dalam Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. Saya ingin menjelaskan, bahawa cadangan untuk menambah keahlian wakil pelajar ke dalam Jawatankuasa Tatatertib Pelajar adalah suatu usaha yang murni.
Namun, sekiranya diteliti dengan lebih lanjut, cadangan ini sebenarnya adalah bercanggah dengan prinsip asas keahlian jawatankuasa tatatertib itu sendiri, iaitu individu berpengalaman, individu yang lebih tinggi kategori dari individu yang akan dituduh dan individu bebas dari sebarang kategori kelas yang akan dihakimi.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Justeru berdasarkan prinsip di atas, penglibatan pelajar dalam Jawatankuasa Tatatertib Pelajar adalah tidak sesuai atas faktor mahasiswa merupakan pihak yang dikawal selia dan mempunyai kepentingan dalam kes tatatertib yang dibicarakan. Dengan itu, prinsip pengasingan peranan dan kuasa harus dikekalkan agar tiada konflik yang timbul antara pelajar atau mahasiswa atau kumpulan pelajar yang lain.
Terdapat juga Ahli Yang Berhormat yang mencadangkan supaya keahlian Jawatankuasa Tatatertib Pelajar ini perlu terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang undang-undang. Dalam konteks ini, keahlian semasa Jawatankuasa Tatatertib Pelajar terdiri daripada wakil daripada Jabatan Undang-undang Universiti. Dengan itu, keperluan untuk menamakan syarat atau kriteria keahlian yang mempunyai latar belakang undang-undang tidak lagi berbangkit kerana penglibatan Jabatan Undang-undang Universiti adalah nyata dan termasuk dalam takrifan pekerja universiti.
Berdasarkan kepada...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Berkaitan orang yang ada latar belakang itu, kalau boleh dijelaskan mungkin ada secara pentadbiran sebab Menteri boleh mengeluarkan arahan. Kalau itu boleh dinyatakan, itu yang saya maksudkan. Kalau tidak boleh pinda, tetapi ada arahan dan benda itu bertulis. Bagaimana dengan sesetengah universiti yang mungkin tidak ada Jabatan Undang-undang, dia mungkin diberi peluang untuk mendapatkan servis yang sewajarnya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Indera Mahkota...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Pengerusi...
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Kerana memahami konsep itu kerana ada universiti-universiti tertentu yang tidak mempunyai Fakulti Undang- undangnya. Sebab itulah biasanya kita akan lakukan di peringkat jabatan untuk kita masukkan sebagai salah satu daripada perkara yang perlu diambil kira berdasarkan kepada prinsip keadilan. Mesti ada seseorang yang mesti mempunyai kemahiran dalam bidang undang-undang dipersetujui. Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tambahan sedikit. Pertanyaan sedikit Dato’, penjelasan. Terima kasih Puan Speaker. Pertama sekali, oleh kerana kita meletakkan kriteria sebagai ahli jawatankuasa Lembaga itu kita letakkan begitu. Maka, sebab itu kita tidak boleh menyertakan pelajar ataupun mahasiswa sebagai anggota di dalam jawatankuasa berkenaan. Kenapa tidak dalam keadaan kerajaan hari ini buat sedikit pindaan di situ untuk memastikan bahawa berlaku perubahan yang nampak positif di kalangan pelajar-pelajar ataupun di kalangan mahasiswa bahawa kesungguhan kerajaan pada hari ini untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya sendiri pun melihat bagaimana pengurusan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh rakan mereka. Daripada situ juga benda-benda yang baik boleh diketengahkan untuk disampaikan kepada rakan-rakan mahasiswa di kalangan mereka yang berada dalam jawatankuasa yang berkenaan. Ini satu perubahan yang lebih baik yang kita patut usahakan ke sana. Apa penjelasan?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Kita akan ambil pandangan itu.
Cuma, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Sri Gading, bagi — seperti Indera Mahkota, dia pernah mengendalikan hal ehwal pelajar. Beliau tahu bagaimana kes-kes yang melibatkan pelajar ini, ada hal-hal yang kita perlu menjaga aib-aibnya. Jadi, itu antara perkara-perkara yang diambil kira juga ketika mana kalau sekiranya kita ingin membawa wakil daripada pelajar itu berada di dalam Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin ini. Itu antara perkara-perkara yang kita lihat. Namun, saya melihat cadangan daripada Sri Gading itu boleh dipertimbangkan kemudiannya nanti.
Saya boleh teruskan ya? Sebab Puan Yang di-Pertua, dia agak strict. Jadi, saya kena ikut waktu kecuali kalau dia bagi saya 1 jam, saya boleh benarkan pelbagai soalan yang akan dikemukakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
So, soalan banyak ini kalau tambahan daripada yang akan bertanya. Silakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tadi Yang Berhormat Menteri sebut isu melibatkan pelajar itu nanti ada hal yang mengaibkan. Saya rasa kalau kita ada aku janji ataupun apa-apa perjanjian supaya tidak membocorkan rahsia, itu boleh mengikat Lembaga tersebut termasuk pelajar yang masuk dalam itu supaya tidak membocorkan maklumat perbincangan. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya seperti yang saya sebutkan tadi, kita akan perhatikan semua cadangan selain daripada Sri Gading dan termasuk juga daripada Alor Setar. Jadi, kita sedia maklum bahawa kes tatatertib pelajar di universiti boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kategori utama adalah seperti berikut, 55 peratus kesalahan akademik — Saya hendak jawab sedikit Yang Berhormat, dan 45 peratus kesalahan am. Jadi dalam konteks kes tatatertib ini, bukan hanya yang melibatkan soal akademik semata-mata.
Puan Yang di-Pertua, kita juga mendengar daripada Kuala Krai juga membangkitkan antaranya berkenaan dengan hak bersuara ahli akademik. Untuk Yang Berhormat, ahli akademik yang berkhidmat di universiti awam merupakan pekerja badan berkanun. Justeru, semua pekerja badan berkanun ini adalah tertakluk kepada Akta Badan-badan Berkanun iaitu Tatatertib dan Surcaj 2000 [Akta 605].
Saya masuk ke perkara yang kedua iaitu berkaitan dengan peraturan kewangan.
Dalam hubungan peraturan kewangan, isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah berkaitan dengan pengurusan akaun, mengawal selia pemungutan dan menyelenggara kewangan kesatuan atau badan pelajar atau mahasiswa dan garis
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
panduan pengurusan kewangan oleh badan pelajar atau mahasiswa. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memberi saranan untuk menjana pendapatan dan melatih mahasiswa di dalam pengurusan kewangan. Untuk makluman semua Yang Berhormat, seksyen 15A dipinda untuk memastikan agenda pemerkasaan mahasiswa dapat dilaksanakan dalam memberikan ruang dan peluang kepada pemimpin mahasiswa bagi merencana sendiri berkaitan isu mahasiswa.
Tiga perkara yang menjadi fokus utama iaitu pertama, pengurusan kewangan iaitu MPP atau kesatuan mahasiswa dan badan pelajar dibenarkan untuk membuka akaun bank dan menerima sumbangan atau dana luar. MPP atau KM dan badan pelajar boleh mengurus kewangan sendiri bagi aktiviti persatuan mereka sendiri. Kedua, pengurusan kebajikan. MPP dan KM diberi kuasa untuk mengurus dan mengagihkan peruntukan bagi aktiviti kebajikan. Ketiga, penjanaan pendapatan oleh MPP dan KM dan badan-badan pelajar. MPP, KM dan badan-badan pelajar boleh menjana pendapatan sendiri.
Bagi memastikan agenda ini dapat dilaksanakan, pindaan terhadap Seksyen 48 adalah diperlukan untuk membolehkan pelajar mengurus dan menyelenggara akaun dalaman universiti dan dana luar. Seksyen 48(11A) merujuk kepada wang MPP ataupun akaun amanah yang diurus dan disenggara oleh MPP tertakluk kepada peraturan kewangan universiti kerana dana tersebut berada di bawah pengawasan universiti yang tertakluk kepada audit oleh Jabatan Audit Negara. Manakala subseksyen 48(11B) merujuk kepada kumpulan wang MPP atau akaun MPP yang diurus dan disenggara sepenuhnya oleh MPP. MPP dibenarkan membuka dan mengurus akaun bank mereka sendiri berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah dibangunkan secara bersama pihak MPP dan pengurusan universiti. Keputusan ini hasil daripada sesi libat urus dengan Majlis Perwakilan Pelajar.
KPT telah menyediakan peraturan pengurusan kewangan berdasarkan amalan tadbir urus kewangan yang baik sebagai panduan kepada MPP, KM dan badan pelajar untuk menyediakan garis panduan pengurusan kewangan masing-masing. Pengurusan kewangan tersebut tertakluk kepada pengauditan oleh badan bertauliah. Setiap akaun sama ada dana dalaman atau luar, akan menjalani proses pengauditan bagi suatu tempoh tahun kewangan. Proses pengauditan yang dilaksanakan ini dapat menghindarkan penyelewengan dan penyalahgunaan dana. Sekiranya terdapat salah guna dalam pengurusan kewangan, proses tatatertib akan dilaksanakan seperti peraturan yang berkuat kuasa.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Hal berkaitan penerimaan dana. Ini dibangkitkan juga oleh kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan punca kewangan dan dermaan yang boleh di terima oleh MPP dan badan pelajar serta potensi untuk akaun bank di salah guna oleh pihak-pihak tertentu. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, MPP dan badan pelajar dibenarkan menerima wang dan tajaan secara tunai atau in-kind dengan izin, daripada pihak luar secara sah di sisi undang-undang dan tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan, polisi atau dasar yang sedang berkuat kuasa dan tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa dan Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLA). Tempoh lantikan MPP oleh lembaga. Isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kuasa lembaga dalam menentukan tempoh perkhidmatan MPP sama ada untuk memanjang atau memendekkan tempoh.
Untuk makluman semua Yang Berhormat, lembaga tidak boleh sewenang- wenangnya menggunakan peruntukan subseksyen 48(4A) kerana ia perlu di baca bersekali dengan subseksyen 48(4) yang jelas disandarkan kepada kalender akademik.
Kemudahan ini akan memastikan tiada isu keabsahan MPP dalam tempoh interim timbul dalam kalangan pelajar. Hasrat asal kementerian adalah untuk memasukkan peruntukan pelanjutan sahaja dalam Seksyen 48(4A). Namun KPT telah dinasihatkan oleh Jabatan Peguam Negara bahawa jika perkataan ‘melanjutkan’ sahaja dicadangkan sebagaimana oleh KPT, ia tidak mencerminkan konsep seimbang kerana lembaga boleh melanjutkan sahaja tanpa ada kuasa jelas untuk pengurangan. Pandangan daripada Jabatan Peguam Negara.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Majlis Perwakilan Pelajar. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan kedudukan oleh MPP atau kesatuan mahasiswa atas cadangan menjadi student union secara total dan mereka yang memegang jawatan diberi kelonggaran untuk mengambil gap year oleh pihak universiti. Selain itu, isu berkaitan birokrasi oleh pentadbiran dalam mengawal...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri...
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
... Jap bagi saya habis kejap. Saya bagi. Jangan bimbang Pulai, saya akan beri ruang. Dalam mengawal program mahasiswa turut dibangkitkan. Silakan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bagi Seksyen 15A, (ii) (4A) “Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP”. Maksudnya pimpinan MPP ataupun MPP organisasi dimaksudkan di situ– yang boleh dikurangkan atau dilanjutkan itu? Minta mohon penjelasan Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ianya tempoh. KPT sedia maklum MPP ini bukan hanya pertubuhan, tetapi tempohnya lah. MPP itu sedia ada. Jadi pimpinan yang berada pada tahun akademik yang berkenaan, terima kasih. Dalam aspek pemerkasaan mahasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mencadangkan tambahan seksyen 11(B) dalam AUKU yang membenarkan pelajar mengurus dan menyenggara urusan aktiviti serta kewangan MPP, KM dalam badan pelajar masing- masing. Perkara ini akan memberikan MPP atau KM berkuat kuasa untuk berfungsi sebagai kesatuan mahasiswa dengan izin student union, mengikut kesesuaian semasa.
Sekiranya MPP, KM keluar daripada universiti dan berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) misalnya mereka akan terpisah dari ekosistem universiti dan universiti tidak lagi mempunyai obligasi terhadap MPP. Ahli MPP sememangnya boleh menggunakan gap year sebagaimana amalan biasa. KPT telah menawarkan pelajar untuk melaksanakan gap year ini sejak tahun 2017 lagi.
Berkaitan kerenah birokrasi, pindaan akta ini memberi kebebasan dan ruang kepada mahasiswa untuk menjalankan sebarang program dan aktiviti. Para pelajar dan mahasiswa tidak perlu memohon kelulusan menjalankan program daripada pentadbiran universiti. Situasi ini menunjukkan bahawa tidak ada birokrasi pentadbiran universiti dalam mengawal sebarang aktiviti atau program pelajar.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya ingin bertanya sikit, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah atau sama ada, ada tak ahli Parlimen yang telah sebut, adakah pihak kementerian dah bersedia sekiranya mana-mana MPP ini terpilih sebagai Ahli Parlimen dalam Dewan ini kerana mereka dah 18 tahun dan adakah kehadiran mereka di Parlimen akan di kira sebagai pengecualian kehadiran mereka dalam aktiviti universiti dan juga sesi pembelajaran mereka di universiti sebab kemungkinan mereka akan bertanding. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Seperti YB sedia maklum dan dibicarakan dan dibahaskan tadi iaitu hak untuk menjadi pengundi dan juga menjadi calon telah pun ditetapkan. Jadi, sekiranya mereka menjadi wakil rakyat dan tentunya mereka akan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan dan hak mereka untuk berada dalam Dewan ini tidak boleh dinafikan oleh pihak universiti. Itu saya fikir tidak timbul dari segi sekatan yang akan dilaksanakan oleh pihak universiti.
Pemansuhan AUKU antara isu yang dibangkitkan adalah supaya AUKU dimansuhkan. Saya pun seperti rakan-rakan yang lain seperjuangan dulu kerana kita memahami AUKU itu dalam konteks perjuangan pelajar kita. Secara amnya, AUKU mengandungi tiga bahagian utama iaitu 44 seksyen dalam akta ibu, 62 seksyen dalam Jadual Pertama sebagai asas kepada perlembagaan universiti dan sembilan seksyen dalam Jadual Kedua. Daripada 44 seksyen akta ibu, 32 seksyen adalah berkaitan tadbir urus universiti, tujuh seksyen berkaitan pelajar, satu seksyen berkaitan dengan staf manakala empat seksyen lagi berkaitan dengan perkara-perkara lain.
Kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pemansuhan AUKU dan pengenalan kepada akta baharu bagi menggantikan AUKU pada tahun 2019. Namun demikian, hasil kajian lanjut mendapati cadangan untuk pemansuhan
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
akan melibatkan pewujudan perlembagaan baharu kepada semua universiti awam.
Proses ini akan mengambil masa yang amat panjang dan mengganggu perjalanan harian dan operasi semua universiti awam jika diteruskan. Beberapa sesi libat urus yang dijalankan mencadangkan bahawa pindaan dibuat mengikut keutamaan dan permintaan dari kumpulan sasar terutama dari mahasiswa. Justeru mengambil kira semua penambahbaikan yang dilaksanakan kepada AUKU sejak 1971, kementerian berpandangan lebih realistik pada peringkat ini sekiranya AUKU ditambah baik di seksyen-seksyen yang dibangkitkan oleh pemegang taruh mahasiswa berbanding dimansuhkan. Akhir sekali...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Sebelum akhir sekali.
Saya tadi dengar Bakri– saya banyak bersetuju dengan ucapan Bakri tadi. Merujuk jawapan terakhir Menteri, saya faham susahnya kalau nak digantikan AUKU dengan undang-undang baharu. Tetapi ya lah, AUKU ini dia baggage dia itu teruk sangat lah– dia dibuat dengan niat yang tidak betul. Bagaimana kalaupun buat masa ini tidak boleh nak diganti AUKU itu dengan suatu undang-undang baharu. Tetapi kita ada sembilan, sepuluh undang-undang dan sebahagian daripada undang-undang itu dia baggage. Saya bagi contohnya, bila kita nak tubuh IPTS, kita cari jalan mudah. Jalan mudahnya buat Akta IPTS. Akta induk kita biarkan dulu kerana ia melibatkan– ya lah, ada masa kerja keras ini terpaksa juga kita teliti. Saya– jarang kita ada Menteri KPT yang bekas aktivis dan bekas pensyarah sebab itu saya berani kata di depan Yang Berhormat cuba lihat balik, bagaimana kalaupun hari ini tak boleh nak ganti tetapi konsolidasi akta-akta yang banyak sangat itu. Sebab ada masanya kita selesai masalah mahasiswa di IPTA, mahasiswa di IPTS tak selesai. Sebab dia tidak apply mutatis mutandis.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Hak kebebasan mahasiswa dijaga, hak kebebasan pensyarah terabai. Jadi, sebab dia banyak sangat peraturan sedangkan kita bercerita pasal komuniti akademik yang di bawah satu bumbung. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Saya juga dalam perbincangan mutakhir ini membangkitkan perkara yang sama. Apakah ada proses lanjutan perbincangan bagi melihat semula akta AUKU ini supaya kita dapat pecahkan kepada dua opsyen atau opsyen yang pertama, supaya mansuhkan AUKU ini dan digantikan dengan akta baru yang dipanggil Akta Pendidikan Tinggi Negara dan yang kedua, kita tidak mansuhkan akta AUKU ini tetapi hanya seksyen-seksyen yang digunakan istilah oleh Machang tadi, yang membonsaikan pelajar-pelajar dan sebagainya itu ditukar, dipinda.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh ,Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bagi saya habiskan ayat terakhir saya.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya sebetulnya terpanggil...
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bagi saya habiskan, lepas itu saya bagi. Ini sedang kita rujuk semula kerana sebuah jawatankuasa sebelum ini telah pun ditubuhkan pada tahun 2019 dan ini ada kaitan juga dengan apa yang dibangkitkan tadi berkaitan dengan pelbagai lagi undang-undang, akta-akta yang berkaitan dengannya sama ada yang ada itu dapat dirangkumkan untuk dilihat semula yang ada hubungan dengan akta-akta yang saya sebutkan tadi daripada segi perinciannya, seksyen-seksyen yang adanya. Di mana yang berkaitan dengan pelajar dan universiti? Yang mana satu yang benar-benar berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran universiti? Silakan, Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya masih ingat lagi sebab waktu melulus AUKU itu, saya dalam Dewan ini. Sebab ia bersesuaian pada ketika itu sebab untuk mengekang berbagai-bagai aktiviti negatif daripada kalangan pelajar- pelajar di universiti. Justeru itu, saya berpendapat tidak perlu dimansuhkan cuma perlu
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
ditambah nilai iaitu dilihat mana yang tidak sesuai, keluarkan. Mana yang boleh bersesuaian dengan keadaan, dengan kehendak pelajar-pelajar dan kita teruskan. Ini rasa saya tidak membuang waktu yang panjang untuk mendapatkan satu hasil yang baik.
Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Itulah yang saya sebutkan di peringkat awal bahawa proses penambahbaikan AUKU ini sudah pun melalui pelbagai peringkat sejak tahun 2012 sehinggalah 2019 dan yang terkini, pada hari ini. Tujuh perubahan yang telah pun dilakukan. Jadi, kita akan lihat dari aspek itu sementara kita juga melihat dari opsyen- opsyen yang lain yang ada di hadapan kita.
Baik. Sekali lagi bagi pihak kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian dan sokongan berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha untuk memartabatkan pendidikan tinggi negara.
Inti patinya, kesemua kita yang berada dalam Dewan ini ingin melihat martabat pendidikan tinggi negara dianjak dan dinaikkan. Lantaran itulah pada hari ini, pindaan ini dikemukakan untuk sama-sama kita bersetuju untuk mara ke hadapan dengan meyakinkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengerusi.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya merujuk kepada fasal 2, 3 dan 4 iaitu berkenaan pelbagai cadangan pindaan kepada akta universiti ini dan ini merupakan pindaan kali yang kelapan. Mungkin boleh pindaan yang kesembilan dan seterusnya.
Untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, pada tahun 2019 pada waktu itu Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir di mana Menteri Pendidikan waktu itu ialah mantan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Profesor Dr. Maszlee Malik. Telah dibentuk satu jawatankuasa di peringkat kementerian. Jawatankuasa untuk bukan sahaja mengkaji tapi mengemukakan cadangan akta yang baru menggantikan keseluruhan akta universiti itu.
Dalam jawatankuasa itu, saya salah seorang telah dilantik ke dalamnya dan sudah sampai ke peringkat penghujung dengan libat urus di banyak universiti. Malangnya kemudian telah berlaku apa yang telah berlaku, kerajaan bertukar. Kerajaan PH itu jatuh, tumbang dan benda itu terbengkalai.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, saya rasa pindaan kepada akta ini boleh kita sokong, kita luluskan. Nanti mungkin Yang Berhormat Menteri kaji balik. Ada jawatankuasa itu di peringkat dan kaji balik apakah kerja-kerja yang telah kami lakukan dulu supaya tidak sia-sia sahaja. Boleh jadi kalau betul praktikal, boleh dilaksanakan, kita cuba. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Menteri boleh jawab.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Puan Pengerusi, kena panggil tukar kepada pengerusi. Saya setuju dengan pandangan yang diutarakan sebentar tadi iaitu sebuah jawatankuasa itu telah pun diwujudkan pada tahun 2018.
Mungkin Yang Berhormat pun masih ingat lagi dan saya juga telah pun minta supaya laporan berkaitan dengan jawatankuasa itu dikemukakan semula untuk kita lihat kerana ia diketuai oleh Menteri sendiri dan juga jawatankuasa-jawatankuasa itu terdiri daripada pakar-pakar perundangan yang terlibat termasuklah Shad Faruqi dan sebagainya. Saya akan lihat balik cadangan itu. Terima kasih.
[****Fasal-fasal 1 hingga 5** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Ts. Mustapha Sakmud) dan diluluskan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibacakan untuk kali kedua sekarang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Dewan ini sedia maklum, prinsip kekebalan negara merupakan prinsip asas dalam undang-undang adat antarabangsa, dengan izin, customary international law yang menetapkan bahawa sesebuah negara dilindungi daripada tindakan dan prosiding di mahkamah negara asing. Prinsip ini berasaskan maxim latin – par in parem non habet imperium yang membawa maksud equals have no sovereignty over each other. Prinsip ini adalah berdasarkan konsep bahawa setiap negara mempunyai kedaulatan terhadap wilayahnya termasuklah peristiwa atau apa-apa perkara berkaitan yang berlaku di dalamnya dan rakyatnya.
Berdasarkan undang-undang adat antarabangsa, setiap negara perlu menghormati kedaulatan negara lain dan memberi perlindungan kepada sesebuah negara daripada didakwa di mahkamahnya. Selain itu, perlindungan juga diberikan kepada harta sesebuah negara daripada tindakan pelaksanaan atau penguatkuasaan bagi melaksanakan penghakiman atau perintah mahkamah.
Prinsip kekebalan negara memerlukan sebuah negara berdaulat menolak untuk melaksanakan, melalui mahkamahnya, bidang kuasanya ke atas negara berdaulat lain.
Maka, sesebuah negara berdaulat tidak boleh didakwa di mahkamah negara lain melainkan jika negara itu ingin tunduk kepada bidang kuasa negara lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Secara amnya, terdapat dua jenis doktrin kekebalan iaitu, dengan izin, absolute immunity dan restrictive immunity. Pertama, absolute immunity, dengan izin, adalah kekebalan apabila tindakan mahkamah tidak boleh diambil terhadap sesebuah negara termasuklah aktiviti dan tindakan sesebuah kerajaan berdaulat, sovereign activities and governmental act, dengan izin dan tindakan bersifat komersial, act of commercial nature kecuali negara tersebut bersetuju untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan.
Dan, kedua, restrictive immunity adalah kekebalan yang diberi hanya bagi aktiviti dan tindakan sesebuah kerajaan yang berdaulat dan tidak termasuk tindakan yang bersifat komersial. Buat masa ini, Malaysia mengamalkan doktrin restrictive immunity dan prinsip ini telah diterapkan dalam rang undang-undang ini.
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu atau penuntut dalam kes Sulu telah mengheret Malaysia ke dalam satu kancah penipuan dengan menyalahgunakan proses timbang tara pada peringkat dunia. Kesannya, Malaysia telah dikenakan satu final award timbang tara sebanyak USD14.92 bilion yang juga telah menjejaskan kepentingan aset milik Malaysia di luar negara khususnya pejabat dan kediaman kedutaan besar Malaysia di Perancis.
Dalam hal ini, pada 14 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Sabah mengeluarkan keputusan yang berpihak kepada Kerajaan Malaysia. Antara lain, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatan berhubung dengan perkara ini dan mengisytiharkan bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar sebarang pertikaian berhubung dengan Perjanjian 1878.
Walaupun terdapat keputusan Mahkamah Tinggi Sabah berkenaan dengan perkara ini, Dr. Gonzalo Stampa, penimbang tara dalam kes ini dan penuntut telah meneruskan prosiding timbang tara yang telah dimulakan dan mengeluarkan preliminary award pada 20 Mei 2020 yang memutuskan bahawa beliau mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan penuntut walaupun Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara tersebut.
Adakah perbuatan Stampa ini adil bagi negara kita? Siapa individu ini untuk mencabar kedaulatan negara kita secara sewenang-wenangnya?
Walau apa pun, Kerajaan Malaysia tetap tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan pihak penuntut daripada menguatkuasakan final award dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada.
Tanggungjawab memelihara kedaulatan negara bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi adalah tanggungjawab dan amanah setiap rakyat Malaysia termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan yang mulia ini.
Persoalannya, apakah undang-undang sedia ada yang ada di negara kita yang boleh digunakan bagi memelihara hak kedaulatan Malaysia serta melindungi asetnya sekira perkara atau agenda pihak berkepentingan sebegini berulang? Adakah ia memadai bagi negara kita hanya bergantung semata-mata pada undang-undang adat antarabangsa yang tidak dikodifikasikan sehingga kini, sedangkan negara-negara seperti United Kingdom, Kanada dan Singapura telah lama berbuat demikian?
Adakah patut Malaysia menjadi mangsa forum shopping, dengan izin, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan perkara kedaulatan negara tidak sewajarnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak? Adakah wajar kita sebagai Ahli Parlimen berdiam diri sahaja dan tidak mengambil langkah mencegah, dengan izin, preventive measure bagi memelihara dan melindungi kedaulatan negara Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua, persoalan-persoalan inilah telah menggerakkan Kerajaan Madani untuk mengenal pasti satu hala tuju dalam menangani perkara ini. Kerajaan tidak akan sama sekali kompromi perkara berhubung dengan kekebalan negara.
Sebagaimana semua Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kes tuntutan Sulu merupakan satu kes luar biasa, dengan izin, unusually case malah unprecedented, dengan izin, melibatkan aspek kedaulatan negara yang telah menyedarkan Malaysia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
tentang keperluan dan kepentingan untuk mewujudkan satu undang-undang khas yang dapat memberikan perlindungan kedaulatan kepada Malaysia daripada tindakan dan prosiding di mahkamah negara asing.
Sehubungan dengan itu, pada 24 November 2023, Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10 dan barisan Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 diperkenalkan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia bagi Malaysia menerima pakai secara zahir undang-undang adat antarabangsa, customary international law, dengan izin, yang menetapkan bahawa sesebuah negara dilindungi daripada tindakan dan prosiding di mahkamah negara asing.
Rang undang-undang ini juga telah dirujuk dan memperoleh persetujuan Majlis Raja-raja Melayu pada 24 Oktober 2023 selaras dengan Fasal 5 Perkara 159 yang dibacakan bersama dengan Fasal 4 Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
Semasa penggubalan rang undang-undang ini, rujukan telah dibuat kepada United Nations Convention on the Jurisdictional Immunities of State and Their Property 2004, dengan izin, Konvensyen 2004 yang memberi penekanan kepada restrictive immunity. Selain itu, kerajaan juga telah merujuk perundangan berkaitan kekebalan negara asing di beberapa negara seperti United Kingdom, Singapura, Kanada dan China.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 mengandungi 33 fasal seperti yang diperincikan dalam salinan rang undang- undang, dengan izin, blue bill yang telah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada 29 November 2023. Dengan izin, saya ingin menghuraikan beberapa fasal yang penting.
Fasal 3 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa akta yang dicadangkan adalah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan mana-mana undang- undang bertulis lain yang berhubungan dengan misi diplomatik, jawatan konsular, misi khas, misi organisasi antarabangsa, agen atau delegasi organisasi antarabangsa atau kepada persidangan antarabangsa.
Fasal 4 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.
Fasal 5 bertujuan untuk menjamin kekebalan sesebuah negara asing dan hartanya, seseorang ketua negara serta seseorang ketua kerajaan daripada bidang kuasa mahkamah melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam akta yang dicadangkan.
Subfasal 6(1) bertujuan untuk menjelaskan bahawa prosiding di hadapan mana- mana mahkamah dianggap telah dimulakan terhadap negara asing dan hartanya jika negara asing itu dan hartanya dinamakan sebagai pihak kepada prosiding itu, atau tidak dinamakan sebagai pihak kepada prosiding tetapi prosiding itu memberi kesan yang menyentuh harta, hak, kepentingan atau aktiviti negara asing itu.
Subfasal 6(2) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah dianggap telah dimulakan terhadap ketua negara atau ketua kerajaan sekiranya beliau dinamakan sebagai pihak kepada prosiding itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Subfasal 7(1) bertujuan untuk memperuntukkan empat keadaan apabila sesuatu negara asing, seseorang ketua negara dan seseorang ketua kerajaan disifatkan telah mengetepikan kekebalannya iaitu mereka telah secara nyata bersetuju dengan perjalanan bidang kuasa mahkamah, patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu, memulakan, mencelah atau mengambil apa-apa langkah lain dalam prosiding mahkamah itu dan memfailkan apa-apa tuntutan balas yang timbul daripada hubungan undang-undang yang sama dengan tuntutan prinsipal.
Subfasal 7(2) bertujuan untuk memperuntukkan dua keadaan apabila sesuatu negara asing, seseorang ketua negara dan seseorang ketua kerajaan tidak disifatkan telah mengetepikan kekebalannya jika mereka mengambil apa-apa langkah dalam prosiding bagi maksud memohon kekebalan atau menuntut hak atau kepentingan dalam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
harta yang menjadi isu dalam prosiding atau hadir sebagai saksi di mana-mana mahkamah Malaysia.
Subfasal 7(3) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa perjanjian yang dibuat oleh sesuatu negara asing, ketua negara dan ketua kerajaan yang telah memperuntukkan bahawa perjanjian itu hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, tidak boleh ditafsirkan sebagai persetujuan kepada perjalanan bidang kuasa mahkamah.
Fasal 8 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa sesuatu negara asing, ketua negara dan ketua kerajaan tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam apa-apa prosiding yang timbul daripada transaksi komersial yang dijalankan oleh mereka dengan mana-mana orang di Malaysia.
Fasal 16 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa jika wujud sesuatu perjanjian mengenai timbang tara antara sesuatu negara asing, seseorang ketua negara atau seseorang ketua kerajaan dengan mana-mana orang untuk mengemukakan kepada timbang tara di Malaysia apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan transaksi komersial negara asing, ketua negara dan ketua kerajaan itu tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan kesahan tafsiran atau pemakaian perjanjian timbang tara, tatacara timbang tara atau pengesahan atau pengetepian award.
Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing.
Fasal 21 dan 22 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasa Majlis Kekebalan Negara Asing.
Fasal 23 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi keanggotaan Majlis Kekebalan Negara Asing.
Fasal 24 dan Fasal 25 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mesyuarat dan tatacara mesyuarat Majlis Kekebalan Negara Asing.
Fasal 26 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Timbalan Pengerusi hendaklah bertindak sebagai Pengerusi apabila jawatan Pengerusi kosong, Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat dijalankan fungsinya.
Fasal 27 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Majlis boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati Majlis mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
Fasal 28 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tertakluk kepada akta ini, Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Fasal 29 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri hendaklah menjadi Setiausaha Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi Majlis.
Fasal 30 adalah fasal yang paling penting dalam Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 yang bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menarik balik semua atau mana- mana kekebalan di bawah akta ini terhadap negara asing itu sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berpuas hati bahawa Malaysia tidak menerima apa-apa kekebalan yang bersamaan dengannya diberikan di bawah akta ini.
Bahagian VI Akta yang dicadangkan mengandungi peruntukan am.
Fasal 31 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa semua prosiding melibatkan negara asing dan hartanya ketua negara dan ketua kerajaan hendaklah dijalankan mengikut kaedah mahkamah yang terpakai di Malaysia.
Fasal 32 bertujuan untuk memberi Perdana Menteri kuasa untuk mengecualikan mana-mana negara asing daripada mana-mana peruntukan akta yang dicadangkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Fasal 33 bertujuan untuk memberi Perdana Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah akta yang dicadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, penggubalan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing oleh Kerajaan Madani mencerminkan usaha Malaysia dalam menegakkan hak dan kepentingan negara serta memastikan kedaulatan dan kekebalan Malaysia dilindungi dalam apa-apa prosiding di mahkamah. Dengan penggubalan rang undang-undang ini, kerajaan berharap negara-negara asing akan turut memberikan layanan salingan (reciprocal treatment), dengan izin, dalam menjamin kedaulatan Malaysia sekiranya terdapat tindakan mahkamah yang dimulakan terhadap Malaysia di negara asing itu. Saya percaya rang undang-undang ini dapat bertindak sebagai perisai, dengan izin, shield yang dapat melindungi kedaulatan sesebuah negara berdaulat, termasuklah negara kita daripada tindakan oleh mana-mana pihak berniat jahat pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kekebalan negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan negara asing daripada bidang kuasa Mahkamah Malaysia, hal keadaan bagi penepian kekebalan, had kekebalan, penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing, penarikan balik kekebalan apabila tiada layanan salingan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Majlis ini terdapat seramai 11 orang Yang Berhormat yang akan berbahas. Dimulakan dengan Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Putrajaya dan akhirnya, Yang Berhormat Arau. Masa berbahas, lima minit. Walau bagaimanapun atas budi bicara Pengerusi, saya mulakan dengan Yang Berhormat Bayan Baru, silakan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk Bayan Baru membahaskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023. Untuk makluman Dewan yang ini, saya seorang PALAPES, askar Wataniah. Jadi, isu kekebalan, sovereignty, kedaulatan negara ini amat dekat dengan hati saya. Jadi, saya amat berbangga boleh membahas tentang satu usaha untuk menjaga kedaulatan negara kita.
Kita tahu bahawa sekarang rang undang-undang ini dibangkitkan kerana ada isu tuntutan Sulu yang menyebabkan negara mungkin kehilangan RM14.9 bilion atau bersamaan dengan RM70 bilion. Ini adalah satu kejutan, di mana satu kumpulan kecil, kira pengganas ya, boleh mencabar kedaulatan dan juga kedudukan kewangan negara kita.
Usaha ini bukan satu usaha yang remeh kerana kita tahu bahawa tuntutan Sulu ini sebenarnya adalah satu usaha yang sangat komprehensif. Kenapa saya cakap begitu?
Kerana tuntutan waris Sulu itu bukan daripada golongan yang sangat kaya. Mereka duduk di Filipina, mereka adalah daripada golongan yang bukan sangat sophisticated atau mempunyai kewangan yang sangat banyak. Tetapi ada seorang lawyer daripada UK, boleh mendapat funding daripada satu company litigator funder, Global Litigator Funder yang bertapak di US, UK dan juga di merata tempat, memberi kewangan yang besar
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
kepada Paul Cohen, mewakili mereka menuntut kewangan daripada Malaysia di Sepanyol, selepas itu boleh pergi ke Perancis dan juga Netherlands.
Maka, ini satu operasi yang sangat besar oleh satu kumpulan yang well planned, well-funded and well prepared. Akhirnya, kita dituntut di Perancis dengan satu award yang begitu besar jumlahnya. Jadi, saya harap bahawa kerajaan faham bahawa kedaulatan kita Malaysia ini bukan sahaja kedaulatan dari segi military intervention.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dia pun boleh berlaku ke atas economic coercion atau sanctions, cyber attacks atau election interference, globalization termasuk institusi-institusi seperti IMF, World Bank, WTO dan supranational organization seperti mungkin NATO kah atau UN dan sebagainya. Jadi, kedaulatan negara kita boleh diancam dengan pelbagai caranya. Hari ini kita ada satu rang undang-undang yang sedikit sebanyak mempertahankan kedaulatan Malaysia.
Jadi persoalan saya, saya ingin membuka sedikit – keluar sedikit daripada kes Sulu tetapi saya pun ingin bangkitkan tentang kekhuatiran saya kerana kita tahu bahawa rang undang-undang ini, walaupun agak komprehensif tetapi dia ada banyak juga pertimbangan lain, terutamanya Malaysia ini adalah satu negara trading nation. Jadi, kita tidak boleh sangat ketat sehinggakan kita tidak boleh buat business dengan negara lain.
Kalau terlalu ketat rang undang-undang ini, maka negara antarabangsa tidak mahu berurusan dengan Malaysia kerana ada undang-undang yang terlalu ketat.
Saya ingin tanya Menteri, bahawa apakah CPTPP di mana ada the investor-state dispute settlement (ISDS) yang sistemnya agak boleh mencabar kerajaan di bawah ISDS.
Adakah rang undang-undang ini memberi kekebalan kepada negara kita, dikecualikan daripada ISDS? Itu soalan pertama.
Soalan kedua adalah tentang sanction dan trade war, di mana sekarang kita tahu bahawa ada negara-negara kuasa besar yang sedang bergaduh dan mereka boleh menggunakan pelbagai cara untuk memberi sanction ke atas negara yang mereka rasa tidak berlaku sesuatu yang mengancam kepentingan mereka. Jadi, adakah ini dengan rang undang-undang ini, kita dapat mengelakkan daripada sebarang sanction kerana sanction ini dia adalah antara states? Adakah ini akan mengancam kita?
Soalan yang fundamental adalah adakah rang undang-undang ini boleh mempertahankan Malaysia daripada sekali– katakan in future, satu grup lagi Sulu, waris Sulu yang membawakan arbitration yang sama kepada Malaysia. Adakah rang undang- undang ini dapat mempertahankan Malaysia daripada tuntutan sekali lagi arbitration di peringkat antarabangsa?
Ini persoalan saya dan saya menyokong usaha Menteri yang bertungkus-lumus.
Saya tahu Menteri, selepas menjadi Menteri, masalah ini sangat besar dan dia terpaksa tumpukan segala usaha untuk mempertahankan kedaulatan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bayan Baru. Bagi sikit mencelah, mencelah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya harap Dewan ini bagi satu sokongan kepada Menteri.
[Tepuk] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya persilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya, saya ingin ungkapkan kaedah fiqah, al-umur bi maqasidiha. Yakni, sesuatu perkara itu dinilai berdasarkan matlamatnya, maqasid nya. Jadi, sepanjang kita dengar daripada pembentangan Yang Berhormat Menteri tadi dalam libat urus dan juga bacaan tadi, jelas rang undang-undang ini dibuat untuk mempertahankan kedaulatan
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
negara, khususnya isu berhubung dakwaan Sulu dan juga mungkin Batu Puteh dan apa sahaja yang melibatkan kedaulatan negara kita.
Walau bagaimanapun, dalam perbincangan tadi kita bersama dalam sesi libat urus dan juga dalam perbincangan dengan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain, ada beberapa perkara yang kami khuatir, butiran-butiran di dalam ini perlu penambahbaikan dari segi butirannya. Contohnya tadi saya bersetuju juga dengan pandangan Pasir Gudang dalam sesi libat urus tadi, berkenaan dengan takrif, berkenaan negara asing
(state actor) ini yang mana dibahaskan di dalam butiran (c) fasal 4 itu, “Agensi, badan atau entiti lain sesuatu negara asing yang ditubuhkan di bawah suatu undang-undang bertulis atau sebaliknya oleh negara asing itu”. Jadi, dalam hal ini nampaknya takrif ini agak luas.
Kalau saya boleh kongsi beberapa senario yang pernah berlaku dalam sejarah.
Mungkin kita lupa pada tahun 2010, Malaysia dijadikan salah satu tapak untuk melancarkan gerakan subversif ke atas jana kuasa nuklear Iran oleh perisik Amerika dan juga perisik Israel. Our security has been compromized then, dengan izin bila mana server di Malaysia digunakan untuk melancarkan virus Stuxnet ya. Virus Stuxnet ini digunakan, dilancarkan daripada tanah air kita dalam kawasan kedaulatan kita untuk meruntuhkan centrifuge, dengan izin, jana kuasa nuklear Iran.
Jadi, kita nak bertanya, macam mana ejen perisik Israel-Amerika ini boleh datang bertapak di Malaysia? Apakah mereka datang dengan mengatakan mereka adalah ejen perisik? Sudah tentu tidak. Sudah tentu mereka ini sepertimana perisik-perisik lain datang dengan pelbagai kapasiti. Sepertimana yang dijelaskan oleh dalam buku The Confessions of an Economic Hit Man, John Perkins. Orang yang mensabotaj ekonomi ini, datang sebagai konsultan, datang sebagai jururunding, datang sebagai ahli ekonomi yang memang kalau kita lihat, boleh mendapat imuniti daripada negara kita kalau mereka datang dalam keadaan tidak menzahirkan niat sebenar mereka.
Jadi, saya tidak mempersoalkan keperluan rang undang-undang ini. Ianya penting cuma selain daripada kita mempertimbangkan ancaman Sulu dan Batu Puteh itu, perlu juga penggubal undang-undang dan juga kerajaan yang melaksanakannya nanti, memahami senario-senario yang boleh timbul daripada pemberian imuniti ini.
Ini juga ingin saya tarik kepada perhatian Dewan dan Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri tentang peranan fasal 31, 32, 33 tadi berkenaan dengan kedudukan Perdana Menteri yang boleh, “...melalui perintah dalam warta, mengecualikan mana-mana negara asing daripada mana-mana peruntukan akta ini tertakluk kepada apa- apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu.” Maknanya kita lihat di sini Perdana Menteri mempunyai kuasa yang besar untuk memberi dan menarik imuniti kekebalan kepada mana-mana negara asing ataupun aktor-aktor yang dalam itu untuk diberi pengecualian yang saya sebutkan tadi.
Jadi kalau Perdana Menteri itu orang yang baik, tidak kena ugutan, saya rasa tidak ada masalah tetapi kalau Perdana Menteri itu orang yang compromize dari segi akhlaknya, dari segi integritinya, maka kita khuatir ianya boleh dijadikan alat jual beli untuk menggadaikan kedaulatan negara. Jadi, kami ingin syorkan di dalam Dewan ini, diletakkan dalam takrif ini, dalam frasa ini, “perlulah mendapat persetujuan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong” untuk membuat check and balance ke atas kedudukan dan kuasa Perdana Menteri dalam memberi dan menarik imuniti yang ditetapkan ini.
Jadi itulah antara cadangan yang ingin saya sampaikan. Ya, Pendang silakan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak minta, bagaimana kita nak kenal pasti pindaan undang-undang ini, sekiranya ejen-ejen daripada negara asing duduk terlibat dalam negara kita. Bukan senang nak kenal. Dia tentu menyembunyikan identiti dia. Dia akan mai sebagai peniaga, sebagai part of ekonomi. Bagaimana undang-undang ini boleh kita letakkan kepada Perdana Menteri untuk nak buat keputusan, sama ada nak membebaskan dia ataupun nak menghukum dia, di atas undang-undang yang ada ini disebabkan oleh imuniti yang ada ini?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya suka nak menarik perhatian kepada Dewan yang mulia
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
ini, Operasi Gladio yang berlaku lepas Perang Dunia Kedua, yang mana stay behind operasi army ataupun perisik yang NATO tinggalkan di negara-negara yang dilihat cenderung kepada blok Komunis ataupun Soviet. Jadi, mereka ini datang bukan sebagai askar, tak termasuk dalam akta-akta yang dikecualikan oleh rang undang-undang ini. Jadi, perlu ada satu penelitian yang lebih mendalam untuk kita memastikan ancaman-ancaman yang tersirat ini dikeluarkan daripada diberi imuniti yang kita anggap penting ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Machang, tambah satu lagi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Nak habis. Sikit lagi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pengerusi, berkaitan dengan fasal 32, kuasa untuk mengecualikan diberi penuh kepada Perdana Menteri. Kita dengar Machang tadi untuk nak masukkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai check and balance. Jadi kebimbangan kita– bersetuju tak Machang bahawa kebimbangan kita apa yang berlaku kepada isu Ambalat yang sehingga sekarang, Ahli Parlimen tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya akan berlaku dengan kuasa penuh yang diberikan kepada Perdana Menteri? Setuju atau tidak?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya setuju.
Kita mendesak dalam Dewan yang mulia ini berkenaan isu-isu inilah, yang kita bangkitkan.
Penglibatan kerajaan negeri pun samar-samar, jadi saya minta Yang Berhormat Menteri pertimbangkan penglibatan dan juga frasa yang kami cadangkan tadi untuk memperkukuhkan lagi rang undang-undang ini agar ia tidak menjadi salah guna kuasa di satu hari nanti kalau mana ada Perdana Menteri yang benar-benar bermasalah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kita tidak mahu mengulangi peristiwa-peristiwa yang lampau seperti mana 1MDB dan hal-hal lain yang boleh mengganggu gugat kedaulatan negara jika timbul. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya menyokong iltizam Menteri dan kerajaan membentangkan rang undang- undang ini kerana ia akan menaikkan lagi martabat negara di persada dunia. Kalau Dewan yang mulia ini masih lagi ingat, satu kejadian pada tahun 2017, di mana telah berlaku pembunuhan terhadap abang tiri kepada ketua Korea Utara, negara Korea Utara iaitu Kim Jong-Nam. Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Akibatnya, dua gadis yang tidak bersalah dituduh di mahkamah. Satu bernama Siti Aisyah, seorang gadis yang berasal dari Indonesia. Seorang lagi bernama Doan Thi Huong, seorang gadis daripada Vietnam.
Pada masa itu, berlakulah masalah diplomatik di antara Malaysia dan Korea Utara, di mana kita lihat bahawa Duta Korea Utara, Kang Chol telah pun diminta untuk meninggalkan negara. Saya menyebut perkara itu kerana dalam undang-undang yang dibentangkan, kita lihat terdapat peruntukan di bawah seksyen 10. Untuk makluman Timbalan Speaker, yang berbunyi seperti berikut, “Sesuatu negara asing, seseorang ketua negara dan seorang ketua kerajaan tidak kebal”. Saya ulangi, “... tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan apa- apa kematian atau kecederaan diri atau apa-apa kerosakan kepada harta yang berlaku di Malaysia”.
Bayangkan, ini merupakan seorang yang datang dari luar negara, orang asing datang ke Malaysia. Ketika itu beliau mungkin ingin berpindah ke — dalam transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di mana racun telah digunakan, beliau telah dibunuh. Akhirnya, kita mengetahui bahawa pada masa itu Siti Aisyah yang dituduh di mahkamah telah diperintah untuk dibebaskan apabila kerajaan ketika itu, Kerajaan Malaysia ketika itu membuat perbincangan dengan Kerajaan Indonesia. Akhirnya apa
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
yang berlaku? Seorang warganegara asing, abang tiri kepada Presiden Korea Utara atau ketua Korea Utara telah terbunuh di Malaysia.
Di persada dunia, ini menyebabkan Malaysia menjadi bahan cemuhan, di mana keselamatan negara kita tidak terjamin. Mungkin juga menyebabkan persepsi bahawa kita tidak mempunyai undang-undang yang boleh melindungi warganegara asing yang datang ke Malaysia untuk bercuti di Malaysia. Kejadian ini juga telah menyebabkan Malaysia menjadi bahan cemuhan, bukan sahaja dalam liputan berita dalam CNN dan sebagainya, tetapi juga dalam media massa.
Saya percaya bahawa undang-undang ini yang dibentangkan dan sekiranya diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini akan memastikan bahawa kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku kerana pada ketika itu, terdapat daripada penyiasatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia, didapati bahawa ada ejen-ejen daripada Korea Utara yang turut terlibat di dalam menyerahkan racun itu kepada dua gadis ini yang telah melakukan perbuatan membunuh Kim-Jong Nam.
Sekiranya terdapat siasatan yang menunjukkan bahawa Duta Besar Korea Utara juga turut terlibat, maka pihak Polis Diraja Malaysia mempunyai kuasa untuk menahan dan menyoal siasat beliau dan sekiranya perlu menghadapkan beliau ke mahkamah kerana seksyen 10 dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kekebalan sekiranya ianya melibatkan apa-apa kematian yang berlaku di Malaysia. Saya percaya bahawa inisiatif yang ditunjukkan oleh Menteri dan juga kerajaan akan memastikan bahawa martabat negara akan dilindungi supaya kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa yang akan datang dan Malaysia akan juga disegani di persada dunia.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih saya ucapkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker. Pertama dalam membahaskan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 ini, saya ingin menyebut tentang objektif menjaga kedaulatan negara. Perkara ini sangat penting dan saya agak kesal kerana libat urus jam 1.00 dan pembentangan jam 4.00. Mungkin masa ini sepatutnya lain kali diberikan ruang yang lebih besar supaya sempat kita berbincang kerana apa yang kita faham sebelum libat urus mungkin berbeza selepas libat urus. Itu yang pertama.
Jadi dalam hal ini, saya ingin menyebut tentang pentingnya pendidikan hak dan kedaulatan negara kepada semua warganegara sebagai perkara wajib dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada semua sudut, sampai tanggungjawab ataupun hak supaya tidak berlaku sama ada pencerobohan atau penguatkuasaan hak sama ada secara sivil ataupun secara jenayah. Identiti dan sempadan negara perlu dipagari dan dipelihara sebagai syarat warganegara dan penggubalan pembelajaran ini harus digubal rapi oleh pihak JPM, KPM dan juga Kementerian Perpaduan supaya jangan berulang apa yang berlaku di Timur Tengah sebagai medan konflik, apabila apa-apa isu membabitkan negara-negara asing ini tidak diperhatikan secara terperinci.
Kedua, berkenaan dengan keahlian. Dalam keahlian untuk Majlis ini, kita lihat meletakkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri yang penting yang berkaitan dengan perniagaan sebuah negara. Dalam hal ini, saya ingin menyebut bahawa sekiranya kita tahu bahawa undang-undang ini sangat penting sehingga perlu kepada penglibatan PM dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, maka saya memohon supaya pihak kerajaan mewajibkan dalam semua meeting terutama melibatkan undi pemutus, keberadaan YAB PM ataupun YAB Timbalan dalam menentukan hal ini. Ini kerana kita lihat dalam kuota yang disebut adalah melibatkan tujuh daripada 13, ertinya 50 peratus. Saya ingin mencadangkan supaya ia dijadikan dua
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
pertiga, bukan 50 peratus kerana benda ini sangat penting melibatkan kedaulatan negara kita.
Ketiga, apakah justifikasi yang kita akan gunakan dalam garis panduan khusus kepada pihak yang menjalankan kuasa ini sebagai mekanisme dan piagam yang akan digunakan sekiranya mereka menyerahkan imuniti negara kepada kita dan sekiranya mereka enggan memberikan kuasa reciprocal kepada kita dan kita boleh withdraw. Soalnya, bila kita berikan kepada mereka dan mereka tak berikan kepada kita, negara kita dah merasa malu. Dalam hal ini, apakah remedi dan tindakan yang akan dibuat oleh negara kita untuk mengambil tindakan supaya mana-mana negara yang kita berikan imuniti kepada mereka juga memberikan perkara yang sama kepada kita? Apakah justifikasi dan rasional yang perlu dipatuhi oleh PM untuk mengecualikan imuniti tersebut?
Latihan dan kesiapsiagaan pasukan perundangan antarabangsa dalam negara perlu sentiasa bersiap-siaga untuk memastikan kita mampu untuk menguatkuasakan undang-undang-undang ini andai kata kita luluskan pada hari ini. Sebagai contohnya mampu mempunyai satu pasukan yang boleh menyaman negara lain sekiranya mereka melanggar undang-undang ini.
Saya juga ingin bertanya, kita dapati tadi dibentangkan terdapat lima negara yang telah pun membuat undang-undang ini, di mana kita dapati bahawa di sana ada 28 negara yang telah pun sain UN Convention dan 23 negara telah pun ratify. Jadi kalaulah hanya lima negara sahaja yang buat akta ini, apakah impak undang-undang ini kepada negara?
Sekiranya tiada dibuat, apakah impaknya? Unit manakah yang akan mengambil tindakan lanjut kepada negara asing yang telah mendapat imuniti? Berapakah negara yang kita sasarkan untuk kita berikan dan mendapat imuniti ini?
Seterusnya berkaitan dengan negara kita adalah negara monarki berperlembagaan. Jadi, ketua negara dan ketua negeri perlu sama-sama dilindungi. Saya mohon dalam perbincangan untuk reciprocal bagi negara lain memberikan imuniti kepada kita, dimasukkan tentang kepentingan Yang di-Pertua bagi semua negeri kerana di sana ada state, di sana ada country. Dalam negara kita ada 14 states yang mana sembilan negeri ada raja yang berdaulat.
Begitu juga dalam kes seksyen 32...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sik mohon sikit pertanyaan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
...Di mana kita melihat bahawa seksyen 32 memerlukan cadangan kita supaya dilantik...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh Tumpat?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
... Ataupun dimasukkan untuk YDPA bagi persetujuan YDPA setelah sekiranya PM ingin menarik balik.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dalam hal ini, saya ingin menyebut bahawa diplomat negara pun dilantik oleh YDPA. Jadi, dalam isu membabitkan imuniti ini, seharusnya YDPA diberikan peranan yang setinggi-tingginya, dirujuk dan diperlukan persetujuan YDPA dalam perkara itu.
Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, tentang apakah maksud government non-commercial cargo dan apakah definisi menjalankan tugas-tugas rasmi negara?
Sebab kita faham bahawa imuniti ini akan meliputi tugas-tugas rasmi negara, supaya kita dapat faham apakah perkara tersebut dan tadi disebut juga Perdana Menteri boleh menarik balik mana-mana kekebalan ataupun keseluruhan kekebalan. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan mana-mana kekebalan?
Berkenaan dengan Sulu, saya ingin juga bertanya, apakah jaminan bahawa dengan lulusnya RUU pada hari ini, Sulu tidak akan berulang kembali dan adakah mereka yang tidak mempunyai– adakah kita juga mempunyai impak kepada negara yang tidak terlibat dengan signatory ataupun rectified konvensyen UN mengenai jurisdiction immunity ini? Seterusnya lagi, apakah rasionalnya memberi kekebalan kepada agensi secara
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
bertulis atau tidak bertulis yang berkait dengan negara? Sebab kita tidak mahu negara lain dengan semudahnya terlepas daripada...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
...Tindakan undang-undang menggunakan imuniti ini. Seterusnya berkaitan dengan definisi negara asing. Apakah maksud definisi negara asing ini meliputi negara yang kita iktiraf dan apakah yang akan terjadi, sekiranya wilayah tersebut bukan wilayah yang kita iktiraf? Berapakah kes pelanggaran yang telah berlaku di seluruh dunia, terutamanya di UK sebagai precedent untuk kita jadikan sempadan dalam kes negara kita ini sekiranya kita luluskan undang- undang ini pada hari ini? Terima kasih.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Duduklah Sik.
[Berucap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Itulah implikasinya Yang Berhormat, kalau orang yang ada floor tak bagi. Kena berdiri je lah.
[Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Saya– terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya mempersila Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, Kabinet dan kerajaan kerana ambil inisiatif menggubal rang undang-undang ini yang amat penting kerana menyentuh soal kedaulatan negara. Sebelum ini kita tidak ada akta seperti ini.
Jadi, ini satu permulaan dan saya rasa ini langkah yang positif.
Saya menyokong dalam hal ini tetapi Tuan Speaker, saya ada kekhuatiran, ada reservation berkenaan rang undang-undang ini. Keseluruhannya okey tetapi ada beberapa perkara saya ada khuatir dan perlu diteliti. Apakah kekhuatiran saya? Iaitu kepada seksyen 4 berkenaan tafsiran. Di dalam seksyen 4 itu, ada subseksyen (a), (b) dan (c). Saya merujuk kepada subseksyen (c). Tafsiran negara asing itu termasuklah bermakna agensi atau badan atau entiti sesebuah negara asing itu. Misalnya kalau itu tafsirannya, ini bermakna agensi-agensi seperti CIA, KGB, Rusia; Mossad, Israel; MI5 MI6, British; ini semua agensi yang ada taraf negara asing.
Kemudian kita lihat seksyen 5. Seksyen 5 menyebut berkenaan kekebalan negara asing. Kita kurniakan kekebalan kepada negara asing termasuk agensi-agensi ini yang melibatkan ketua negara, satu perkara. Ketua kerajaan kebal juga dan agensi-agensi seperti yang saya sebut tadi hendaklah menikmati kekebalan daripada bidang kuasa mahkamah dan tiada prosiding boleh dimulakan terhadap mereka oleh mana-mana pihak.
Itu dalam seksyen 5. Ini yang saya bimbang Tuan Yang di-Pertua.
Kemudian kita lihat pula seksyen 10, iaitu had kekebalan dalam prosiding yang berhubung dengan tuntutan kecederaan. Maknanya, banyak pengecualian. Kekebalan itu tak ada. Termasuklah yang dalam seksyen 10 ini, “*Sesuatu negara asing sama ada ketua, ketua negara atau ketua kerajaan atau agensi-agensi tidak kebal dalam mana-mana prosiding yang melibatkan:
(a) prosiding kematian atau kecederaan diri; dan
(b) kerosakan harta benda yang berlaku di Malaysia*”.
Itu bagus tapi soal saya bagaimanakah kalau kesalahan agensi-agensi seperti CIA, KGB, MI5, MI6 ini atau Mossad sekalipun– tak ada yang mati, tak ada harta tetapi mereka melakukan kesalahan yang bersifat kesalahan gangguan politik pentadbiran negara?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Contohnya banyak. Saya bagi satu contoh, agensi CIA menjatuhkan Presiden Soekarno, Indonesia pada tahun 1995; menjatuhkan Perdana Menteri Iran, Mosaddegh pada tahun 60-an; menjatuhkan Perdana Menteri Morsi di Mesir; menjatuhkan Muammar Gaddafi; menjatuhkan Saddam Hussein; dan yang terbaru agensi yang kita nak bagikan kuasa asing ini menjatuhkan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
Jadi, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan tangguhlah dulu. Jangan terus kita undi petang ini.
[Tepuk] Serah semula rang undang-undang ini yang baik-baik. Banyak baiknya– kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pasir Gudang, Sik sikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
...Berkenaan keselamatan dan kedaulatan negara kalau ada. Silakan Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, saya setuju untuk disebut kita tangguh dulu untuk diluluskan petang ini, untuk disemak kembali. Kalau boleh, dibawa ke Jawatankuasa Khas. Saya nak juga bertanya mungkin kepada Menteri. Di mana relevan kalau kata kita nak hentikan, tidak ada lagi tuntutan Sulu itu? Dalam realitinya, tuntutan Sulu itu dibuat di negara-negara lain. Bukan di Malaysia. Di mana ia– akta yang kita nak gubal ini mengikat supaya tidak ada lagi tuntutan di negara kita? Tetapi tuntutan itu berlaku di negara lain yang tidak ada pun kaitan dengan akta kita ini. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih YB Sik kerana bersetuju dengan pandangan saya. Kita tangguh dulu. Tak apa, perlahan sedikit tak apa.
Ingat ya. Kita galakkan perbahasan, perbincangan awam di kalangan NGO, civil society, universiti, pakar-pakar, libatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Veteran. Ada intelligent. Veteran. Kita libatkan veteran-veteran polis, IGP-IGP kita yang lama. Intelligent police, special branch dan sebagainya, kita libatkan. Ya Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak sebut tadi berkenaan yang disebut oleh Jelutong berkenaan dengan sepupu ataupun adik angkat tiri kut ya. Adik tiri Perdana Menteri Korea Utara ini. Kita rasa bila akta ini diluluskan, Perdana Menteri boleh kecualikan Duta Korea daripada didakwa di mahkamah di bawah akta ini sekiranya diluluskan. Kita tak mahu benda yang sama berulang.
Akta ini ada loophole dan loophole itu adalah kuasa pengecualian Perdana Menteri. Jadi, kita minta supaya ditangguhkan. Dibuat libat urus semua dulu pemegang taruh yang ada. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Pendang. Jadi, akhirnya Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ertinya kalau kita tangguhkan, sementara adakan perbincangan sebab menggubal undang-undang bukan monopoli Ahli Parlimen sahaja. Kita kena libatkan masyarakat semuanya. Biar mereka berasa mereka– ini negara mereka. Sama-sama kita tanggung. Ini soal kedaulatan. Kemudian, bila kita dah buat semua libat urus itu, balik semula ke Parlimen. Insya-Allah benda ini boleh kita luluskan bersama. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Asing 2023 amat penting bagi menjamin sovereignty negara Malaysia. Namun begitu, fasal-fasal di dalam rang undang-undang ini perlu diteliti dengan lebih jelas. Contohnya fasal 32 yang memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Perdana Menteri akan sentiasa bertukar ganti, yang ada sekarang belum tentu dia akan di masa depan. Mungkin akan berganti dengan yang lain. Proses ini akan berlaku
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
secara berterusan. Jadi, oleh itu untuk jangka masa panjang, fasal ini perlu diteliti kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Biarlah ada kuasa pengimbang bagi menjaga kedaulatan negara kita.
Saya pergi kepada isu yang kedua, Sabah dan Kesultanan Sulu yang melibatkan fasal 11. Jadi, seperti yang disebut oleh Menteri tadi, jika libat urus pada 22 Januari 1878, satu perjanjian ditandatangani antara Sultan Sulu dengan dua orang ejen British iaitu Alfred Dent dan Baron von Overbeck. Perjanjian inilah yang diguna pakai oleh waris Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah sehingga hari ini dan kita tak pasti sampai bila tuntutan ini akan berlaku.
Kalau ikut surat yang disebutkan tadi, dikatakan bahawa Sabah disewakan atau diserahkan kepada British dengan pembayaran 5,000 Dolar Malaya setahun dan dipertingkatkan kepada 5,300 Dolar Malaya apabila wilayah-wilayah ini diserahkan melalui - meliputi Pulau Pesisiran Pantai Borneo Utara dari Pulau Banggi ke Teluk Sibuku. Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat. Sejarah adalah catatan peristiwa. Sejarah tidak berbohong. Cuma kadang-kadang pihak-pihak tertentu cuba mengeksploitasi sejarah, terutama di pihak waris-waris Kesultanan Sulu.
Jadi, berdasarkan kepada fasal 30, layanan salingan. Adakah kerajaan asing akan memberi layanan kepada Malaysia jika Malaysia membuat tuntutan di mahkamah asing? Kita berharap suatu masa akan datang, akan ada mahkamah-mahkamah di luar negara yang akan berpihak kepada Malaysia untuk waktu seterusnya.
Dato’ Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu seterusnya. Ini berkaitan dengan negeri-negeri Melayu utara. Jadi, kita asyik membincangkan isu kuasa asing di Malaysia tetapi kita tidak membincangkan isu Malaysia telah kehilangan banyak wilayah. Negara tercinta kita Malaysia telah kehilangan wilayah kepada Siam. Kita tidak mahu Sabah menjadi seperti Kedah yang kehilangan banyak wilayah kepada Siam melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909 atau lebih dikenali sebagai Perjanjian Bangkok.
Jadi, mengikut sejarah, Semenanjung Melayu mengunjur sepanjang 842 batu ataupun 1,355 kilometer dari Segenting Kra di Thailand ke titik paling selatan di Benua Asia iaitu di Tanjong Piai Johor. Jadi, sejauh manakah Perjanjian Inggeris-Siam 1909 sah di bawah undang-undang antarabangsa? Jadi, garis sempadan antarabangsa yang kini terpakai antara Malaysia dan Thailand dilukis oleh pihak British dan Siam menerusi perjanjian tanpa merujuk kepada Sultan Melayu pada ketika itu.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kedah adalah kesultanan paling tua di dunia yang diasaskan pada tahun 1136 Masihi dan memerintah dari Phuket, Thailand ke Beruas, Perak dengan sebuah keluarga tunggal yang menduduki takhta Kedah pada hari ini. Setul atau Satun merupakan wilayah terakhir Kedah yang terlepas ke tangan Siam sehingga 1813 Setul atau Satun merupakan mukim negeri Kedah Darul Aman.
Pada mulanya, Satun ditadbir bersama Phuket 1925, Nakhon Si Thammarat ditadbir bersama Satun. Kesan daripada ini pemerintah Siam telah menukar nama-nama wilayah. Wilayah Setul bertukar menjadi Satun, Wilayah Singgora bertukar menjadi Songkhla, Wilayah Terang bertukar menjadi Trang, Wilayah Menora menjadi Narathiwat.
Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, mengapakah saya membuat huraian yang panjang lebar? Jadi, kita perlu belajar dari pengalaman lalu kelemahan Kerajaan Melayu perlu dijadikan sebagai iktibar. Negeri Melayu Utara terutamanya Kedah yang pecah akibat British dan Siam akibat daripada kelompangan undang-undang.
Malah Kerajaan Melayu dari dulu-dulu lagi tidak pernah membantah, tidak mempertikaikan Perjanjian 1909. Kita juga tidak mahu kehilangan Sabah sebagai mana Kedah kehilangan wilayah-wilayah. Pewaris Sulu tidak berhenti di sini untuk menuntut Sabah yang dianggap sebagai hak mereka. Kita perlu pertahankan kedaulatan negara Malaysia tercinta dan tidak mungkin kita perlu membayar berbilion-bilion ringgi kepada pihak yang cuba mengeksploitasi negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 adalah satu perundangan yang penting yang kita tidak boleh nafikan. Ia juga bertujuan untuk memperjelas dan juga mengkanunkan prinsip kekebalan negara.
Kekebalan negara merujuk kepada prinsip bahawa negara asing kebal daripada bidang kuasa mahkamah domestik dan juga pengecualian tertentu. Jadi, rang undang- undang ini menyediakan rangka kerja undang-undang yang jelas untuk menentukan bila negara asing kebal daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia dan juga sebaliknya.
Dengan ini, Bukit Bendera menyokong sepenuhnya usaha-usaha yang Yang Berhormat Menteri dan juga percaya penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing adalah langkah yang terbaik. Salah satu perkara utama rang undang-undang, adalah untuk menjelaskan berhubungan kekebalan negara. Jadi, rang undang-undang ini menyatakan keadaan di mana negara asing kebal daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia seperti tindakan negara, angkatan tentera dan kapal awam.
Jadi, kejelasan ini juga penting untuk menggalakkan perdagangan dan juga pelaburan antarabangsa dengan memastikan negara asing boleh terlibat dalam aktiviti komersial di Malaysia tanpa rasa takut terhadap kesan undang-undang.
Jadi, bahagian V, fasal 30 yang bertujuan untuk menegaskan prinsip rawatan timbal balik adalah salah satu elemen utama dalam rang undang-undang ini. Jadi, kuasa akan diberikan kepada Perdana Menteri untuk mencabut imuniti yang diberikan kepada mana-mana negara asing, jika negara asing tersebut tidak menyediakan imuniti yang serupa kepada kita. Jadi, fasal ini amatlah penting untuk menegakkan integriti negara.
Malaysia adalah sasaran pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 kerana pertikaian wilayah yang melibatkan Wilayah Sabah. Jadi, pertikaian ini bermula pada akhir abad ke-19 apabila Kesultanan Sulu yang berpusat di Selatan Filipina memajak Sabah kepada Syarikat Borneo Utara British.
Jadi, pencerobohan yang berlaku menimbulkan ancaman keselamatan yang ketara kepada Malaysia kerana ia mencabar kedaulatan negara dan berpotensi untuk menggugat kestabilan rantau ini. Jadi, Malaysia bertindak balas dengan mengerahkan pasukan keselamatan ke kawasan itu untuk membendung pencerobohan dan juga melindungi integriti-integriti negara kita.
Jadi, rang undang-undang ini bertujuan untuk melindungi kedaulatan Malaysia dengan memastikan seperti contohnya, mahkamah tidak melampaui bidang kuasa mereka dalam perkara yang melibatkan negara asing. Jadi, perlindungan ini juga penting untuk menegakkan status Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan juga memastikan undang-undang dihormati oleh entiti asing.
Jadi, selain daripada pencerobohan Lahad Datu, Malaysia juga menghadapi insiden lain yang menekankan kepentingan untuk menjelaskan dan mengkanunkan prinsip kekebalan negara. Jadi, insiden Kedutaan Korea Utara yang berlaku di Kuala Lumpur, di mana pihak berkuasa Malaysia menahan seorang warga Korea Utara berkaitan dengan pembunuhan Kim Jong-Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Jadi, insiden ini juga membawa kepada pertikaian diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara dan juga menimbulkan persoalan tentang kekebalan diplomat dan juga pegawai asing serta bidang kuasa mahkamah Malaysia ke atas kes sedemikian. Jadi, kes begini telah menyerlahkan keperluan rangka kerja undang-undang yang jelas untuk menangani isu berkaitan imuniti negara bagi memastikan kedaulatan Malaysia dilindung dan juga undang-undangnya dihormati oleh entiti asing.
Jadi, rang undang-undang ini bertujuan untuk menggalakkan dan juga hubungan diplomatik dengan menyediakan rangka kerja yang jelas untuk menangani isu-isu yang berkaitan. Jadi, sebagai penutup marilah kita ingat bahawa usaha melindungi kedaulatan Malaysia bukan hanya melibatkan pangkalan sempadan, maintaining borders dengan izin ataupun menegaskan hak undang-undang.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Ia mengenai langkah menjaga identiti keupayaan kita untuk membuat keputusan dan juga memberi manfaat kepada rakyat kita dan juga hak kita untuk menentukan hala tuju kita sebagai sebuah negara.
Jadi, kedaulatan setiap negara adalah perisai bagi menangkis tekanan dan juga pengaruh luar yang mungkin tidak sentiasa mempunyai kepentingan terbaik untuk kita.
Jadi, dengan melindungi kedaulatan kita dan juga memastikan bahawa Malaysia kekal sebagai negara yang kuat, yang merdeka dan juga membentuk masa depan sendiri.
Jadi, kedaulatan kita bukan sekadar konsep undang-undang. Ia mencerminkan sejarah, budaya dan nilai kita. Jadi itulah yang mencerminkan kita sebagai sebuah negara dan memberi kebebasan untuk menentukan nasib kita sendiri. Rang undang-undang ini penting kerana ia juga memastikan negara Malaysia kekal kuat, bersatu dan bebas.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak terus kerana diberi peranan untuk saya berbahas dalam Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing.
Saya nak buat conclusion awal berkenaan dengan pindaan rang undang-undang ini iaitu pemusatan kuasa penuh kepada Perdana Menteri, yang mana yang kita tahu sebelum ini yang kekebalan ini adalah pada Yang di-Pertuan Agong dan juga pada raja- raja, tetapi sekarang sudah pindah pemusatan kuasa ini kepada Perdana Menteri menjadi satu kuasa yang kebal untuk menentukan sesuatu berkenaan dengan negara asing ini.
Saya nak lihat dalam nada yang ini, saya lihat kenapa tiba-tiba perluasan imuniti seperti ini dibuat tanpa apa-apa perbincangan awam, dengan izin, pre-emptive. Sesuatu RUU yang sensitif ini memerlukan sesi libat urus yang konsisten dan melibatkan semua pihak, termasuk saya nak mencadangkan keanggotaannya melibatkan ketua-ketua kerajaan negeri-negeri. Sebab, kita tak tahu mungkin berlaku di negeri ini, negeri ini, negeri ini yang ada raja-raja. Jadi, kalau bagi kuasa pemusatan kepada Perdana Menteri, dia boleh kata tidak, boleh kata ya.
Kita tengok pernah berlaku dalam sejarah negara kita, di mana seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa telah dibunuh iaitu seorang rakyat Palestin.
Pensyarah ini seorang rakyat Palestin telah dibunuh dan ada laporan mengatakan dibunuh oleh ejen-ejen. Tetapi, kita tidak dapat nak menuduh, mendakwa kerana ejen ini dia akan sembunyi identiti dia sebagai ejen. Kalau dah terdedah, bukan ejen lagi, orang tangkap terus dah. Ini yang kita nak kena justify betul-betul, nak kena scrutinize betul-betul dalam hal ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita tengok, sebelum saya pergi dengan lanjut, saya membangkitkan soalan berkaitan sejauh manakah kajian perbandingan undang-undang yang ada di negara-negara antarabangsa, lazimnya peringkat antarabangsa mengenai kekebalan negara-negara atau imuniti am yang telah dijalankan atau dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti mana United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura dan apakah perbezaan dengan RUU yang kita cadangkan ini? Maknanya, kita kena buat libat urus yang lebih besar sebab ini satu kesan masa depan yang sangat panjang yang memberi kesan sangat, kalau kita silap buat keputusan, akan menjadi negatif.
Kita tengoklah pindaan Akta Lompat Parti. Bila pelaksanaan berlaku, baru ada loophole dia sekarang ini. Masa dulu kita betul-betul berbahas, membuat penekanan bahawa ini tidak akan ada lagi. Bila berlaku pelaksanaan, kita tengok banyak loophole. Ini yang kita nak bangkitkan supaya kita minta kerajaan berhati-hati.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak minta supaya ditangguhkan dulu pindaan undang-undang ini supaya kita buat libat urus termasuk dengan ketua-ketua kerajaan negeri, yang mana mereka juga merupakan pemegang taruh sekiranya berlaku di negeri-negeri mereka.
Jadi, takrifan dalam fasal 4(a) dan (c) yang saya baca sangat luas, Tuan Yang di- Pertua. Sangat luas. Persoalan saya di sini, adakah takrifan dan tafsiran ini sudah mencakupi syarikat-syarikat, badan-badan berkanun serta agensi ataupun jaringan perisikan antarabangsa iaitu perisikan asing yang ditumpukan pada pengumpulan maklumat dan bagaimanakah ia akan memberi kesan terhadap aspek perkongsian maklumat, mengambil kira amalan terbaik konsep kekebalan negara ataupun state immunity?
Seterusnya, suatu unit keanggotaan persekutuan negara asing ini atau subbahagian politik negara asing itu (paksi, agensi, badan atau entiti lain) sesuatu negara asing yang ditubuhkan di bawah sesuatu undang-undang bertulis ini atau sebaliknya oleh negara asing. Dalam konteks ini, adakah tindakan agensi kepada sesuatu negara juga dikira kebal jika membuat kesalahan dalam negara kita sebagaimana kejadian cubaan ejen Mossad menculik warga Palestin, selain daripada dakwaan mereka merekrut warga- warga tempatan to get their dirty job done, dengan izin? Apa pula tindakan kita boleh ambil terhadap agensi atau wakil yang diwujudkan sebagai entiti penyamaran untuk menjalankan sebarang misi dalam negara kita?
Kita jangan tengok isu Sulu sahaja sebagai satu rujukan. Kita kena tengok banyak lagi isu, terutamanya dalam eksploitasi imuniti daripada negara-negara Eropah yang sangat hebat sains politiknya, dah beribu tahun mereka. Kita baru berapa ratus tahun saja belajar sains politik. Saya ingat tak sampai 100 tahun lagi baru ada fakulti sains politik di Malaysia kita. Jadi, mereka sudah mahir bagaimana nak manipulate dengan undang- undang yang kita ada. Jangan ingat yang kita buat ini kita boleh cukup semuanya. Kita kena perlu berhati-hati dalam hal ini.
Saya berpendapat setiap tindakan mestilah mengambil kira peruntukan undang- undang lazim antarabangsa. Cukup dah undang-undang antarabangsa yang mengawal negara-negara asing yang ada dalam dunia ini di peringkat United Nations, kadang ditolak macam itu saja. Israel, macam-macam diluluskan untuk menentang kekejaman, kezaliman tetapi ditolak mentah-mentah begitu saja. Disokong pula oleh Amerika. Amerika adalah bapa demokrasi haram dunia. Jadi, kita nak tengok benda-benda macam ini― Sebab itu saya minta kerajaan, Menteri yang...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sedikit boleh?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya nak tanya, ketika Yang Berhormat Menteri menyebut tadi senarai negara-negara yang telah melaksanakan RUU ini, adakah juga kita adil melihat begitu ramai lagi, banyak lagi negara yang tidak melaksanakan RUU ini? Mungkin ada alasan mereka untuk tidak laksanakan RUU ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab itu kita minta Menteri jawab.
Adakah kita buat kajian, kita dah rujuk kepada negara-negara yang telah melaksanakan undang-undang state immunity ini? Terima kasih, Sik. Masuk dalam ucapan saya.
Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, untuk saya gulung. Dalam konteks ini, kita tengok tadi negara demokrasi haram yang terbesar dunia adalah Amerika. Sangat hipokrit. Berpura-pura menyokong kebaikan. Di belakang, mereka bagi peluru untuk Israel bunuh dengan zalimnya rakyat Palestin. Di depan, pi hantar pula makanan untuk bagi makan. Apakah ini satu― hai, saya tidak tahulah siapa nak sokong Israel dengan Amerika ini. Siapa nak sokong? Apa pula tindakan yang kita boleh ambil terhadap agensi atau wakil-wakil yang diwujudkan sebagai penyamaran yang saya sebut tadi?
Jadi, oleh sebab itu, seterusnya pendekatan kerajaan supaya layanan timbal balik diberikan kepada Malaysia adalah sama sekiranya Malaysia dibawa ke mahkamah di negara asing pada masa hadapan. Kita nak kena jaga juga negara kita. Kalau bawa negara kita pergi ke mahkamah asing macam mana Sulu bawa pi, apa jadi kepada Malaysia? Tak ada satu protection law untuk nak mempertahankan negara kita. Orang
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
lain boleh buat dekat kita macam-macam, kita tak boleh nak pertahankan negara kita. Ini kena fikir juga nak pinda undang-undang pun, Dato’ Yang Berhormat Menteri.
Jadi, oleh sebab itu, saya nak mencadangkan penggubalan rang undang-undang mestilah dibuat atas dasar mengutamakan kedaulatan negara ataupun sovereignty terlebih dahulu dengan mengambil kira kesan terhadap pengiktirafan negara kita Malaysia di mata dunia.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk meluaskan apa yang dibentangkan oleh kerajaan pada hari ini. Saya tidak setuju untuk dilaksanakan. Cuma, saya setuju untuk ditangguhkan buat masa ini, buat libat urus semua pihak dan kajian-kajian di negara-negara yang melaksanakan state immunity ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahas Rang Undang- undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023. Saya ingin menyatakan beberapa perkara.
Pertamanya, berkenaan dengan inisiatif ataupun langkah ini untuk memperkenalkan undang-undang ini bagi tujuan melindungi kekebalan negara terutamanya ekoran insiden kes Sulu yang telah pun dijelaskan secara mendalam oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Ini merupakan satu langkah yang baik yang perlu kita galakan, oleh kerana kekebalan dan kedaulatan negara itu merupakan satu perkara yang amat penting.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha ini. Walau bagaimanapun, terdapat tiga perkara yang ingin saya bangkitkan di sini. Pertamanya, berkenaan dengan kekebalan bagi kontrak pekerjaan seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9 rang undang-undang ini. Di mana dinyatakan di sini bahawa had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan kontrak kerja dan dinyatakan di sana ada beberapa perkara yang dinyatakan di sana, saya tidak akan mengulangi kesemuanya secara satu persatu.
Tetapi ingin saya bertanya sama ada kes seperti yang berlaku baru-baru ini, ataupun just pada akhir tahun lepas iaitu berkenaan dengan seorang security guard, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di Kedutaan Amerika Syarikat ataupun The US Embassy. A security guard from the US Embassy bernama Subramaniam yang telah pun membawa satu tindakan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat tersebut ke Mahkamah Perusahaan, di mana untuk pembuangan kerja yang tak sah, unlawful dismissal, dengan izin. Di mana pekerja tersebut telah pun diberi award daripada Industrial Court ataupun Mahkamah Perusahaan tersebut sebanyak RM66,000 untuk unfair dismissal tersebut, dengan izin.
Walau bagaimanapun, terdapat permohonan semakan kehakiman ataupun judicial review, di mana sekarang kebenaran telah pun dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk Kedutaan Amerika itu membawa tindakan ini untuk judicial review atas isu kekebalan sama ada mereka kebal terhadap tindakan undang-undang atau tidak.
Jadi, adakah undang-undang ini juga akan terpakai terhadap senario tersebut, di mana satu senario seperti itu di mana kedutaan US Embassy tersebut akan menikmati kekebalan akibat unlawful dismissal seseorang pekerjaannya dan bukannya ini akan menimbulkan masalah oleh kerana seorang pekerja yang berhak untuk diberi award ataupun pampasan dari segi sivil ataupun daripada Mahkamah Perusahaan, bukannya dia berhak untuk mendapat pampasan tersebut dan sekiranya ada peruntukan di seksyen
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
9 ini, adakah ia bersifat retrospective, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di mana ia akan juga terpakai kepada kes-kes yang telah pun berlaku seperti kes Subramaniam tersebut?
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan kuasa Majlis sepertimana yang diperuntukkan di seksyen 22. Di mana kuasa Majlis ataupun Majlis itu diperuntukkan di bawah seksyen tersebut, di mana dinyatakan Majlis hendaklah mempunyai kuasa dan boleh melakukan segala perkara yang perlu bagi penguatkuasaan rang undang-undang ini dan pelaksanaannya, beberapa perkara telah pun disenaraikan di sana. Adakah kuasa Majlis ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, adakah kuasa Majlis ini, dengan izin, mempunyai the force of law. Adakah ia ataupun effectnya bersifat binding? Dan sekiranya tidak, adakah ia boleh dicabar di mahkamah melalui proses cabaran seperti semakan penghakiman?
Dan akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kuasa-kuasa untuk yang diperuntukkan bagi Perdana Menteri di bawah seksyen 32 dan 33. Persoalannya, adakah kuasa-kuasa tersebut juga tertakluk ataupun boleh dicabar melalui semakan kehakiman?
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam konteks perkataan kekebalan, kita biasa merujuk kekebalan ini kepada kekebalan institusi raja-raja. Namun, hari ini berbeza. Hari ini kita membahaskan satu rang undang-undang untuk memberi kekebalan kepada negara asing dan entiti mereka daripada prosiding di mana-mana mahkamah di negara kita. Kita berharap, ini harapan kita dengan memberi kekebalan kepada negara lain, negara-negara tersebut akan turut memberi kekebalan yang sama pada negara kita di negara mereka. Asas penggubalan rang undang-undang ini, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, adalah apa yang berlaku dalam konteks tuntutan Sulu ke atas Malaysia, di mahkamah di negara asing.
Umumnya, kita bersetuju dengan hasrat dan niat untuk melindungi kedaulatan negara. Namun begitu, soalan saya adakah kerajaan yakin bahawa penggubalan akta ini akan dapat melindungi kedaulatan Malaysia? Ini kerana perkara yang kita bincang ini bukan perkara kecil. Ini adalah berkaitan dengan kedaulatan negara. Dan jika kita lihat, sepertimana yang disebut oleh Pendang tadi, kita tidak mahu menjadi sepertimana pindaan Perlembagaan berkaitan lompat parti.
Kita kata pinda Perlembagaan. Bincang panjang lebar tetapi tiada kesan, sebaliknya lompatan itu dihalalkan oleh kerajaan pada hari ini dengan pelbagai hujah untuk menghalalkannya. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, oleh itu amat penting untuk kita diberi ruang melihat dengan lebih teliti rang undang-undang ini kerana baru dua jam sebelum sesi ini, kita diberi taklimat. Dengan taklimat itu, kita mendapat gambaran yang lebih jelas.
Oleh itu, saya ingin menyentuh tentang perkara yang berikutnya, yang disentuh oleh Pasir Gudang tadi berkaitan dengan tafsiran negara asing. Kalau kita tengok tafsiran negara asing itu, disebut negara asing ini termasuk (a) pelbagai organ kerajaan, can be anything. Pelbagai organ kerajaan dan di para (c), disebut agensi atau badan atau entiti lain sesuatu negara asing yang ditubuhkan di bawah satu undang-undang bertulis.
Maknanya, apa-apa sajalah berkaitan dengan negara tersebut dan itu yang disebut dengan jelas oleh Pasir Gudang tadi bahawa, adakah kita nak beri kekebalan kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA, KGB dan sebagainya? Kita tahu bahawa kita selalu sebut, ini hanya melibatkan jenayah. Yes, we understand hanya melibatkan jenayah tetapi apabila kita bercakap tentang perisikan, dia lebih daripada itu. Perkara-perkara yang tak melibatkan jenayah intervensi dalam pilihan raya dan sebagainya. Tadi juga disebut oleh Bayan Lepas, seingat saya.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang bidang kuasa Perdana Menteri dalam rang undang-undang ini. Kalau kita baca fasal 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29 bercakap
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
tentang Majlis, bercakap tentang bidang kuasa Majlis. Datang fasal 30, 32 dan 33, semuanya adalah kuasa Perdana Menteri. Kita tak persoalkan siapa Perdana Menteri tetapi kita perlu belajar, kita perlu lihat sejarah. Apabila kita meletakkan sesuatu yang membolehkan seseorang itu melakukannya, maka kita sebenarnya memberi ruang kepada mereka yang ada kuasa pada waktu itu, tidak kiralah bila-bila, untuk menyalahgunakan kuasa tersebut.
Saya ingat apa Yang Berhormat Menteri sebut dalam libat urus tadi bahawa no one man should make decision. Yang Berhormat Menteri kata, tidak boleh sorang buat keputusan. Kalau kita masukkan dalam akta ini, maknanya Perdana Menteri mempunyai jalan yang luas. Nak buat apa, ini adalah kuasa Perdana Menteri. Sebab itu Machang sebut tadi, perlu ada check and balance di situ.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak bincang sedikit. Adakah kerajaan melihat kemungkinan perkara-perkara dalam rang undang-undang ini digunakan sebagai senjata diplomatik oleh negara asing dan bakal merugikan negara? Kita perlu ingat, kita boleh bagi imuniti dekat orang, kita boleh kecualikan imuniti terhadap mana-mana negara dan negara lain pun boleh juga. Apakah nanti akan ada perundingan, aku buat begini, kau buat begini? Ini keadaannya. Kerana apa? Kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa yang penuh untuk melaksanakannya.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa mengambil kira dalam hal ini, kuasa Perdana Menteri dan kita lihat banyak perbincangan menyentuh tentang perkara ini. Saya mohon supaya rang undang-undang ini sepertimana yang disebut oleh Pasir Gudang, ditangguhkan terlebih dahulu.
[Tepuk] Tidak ada guna kita nak berkejar-kejar, bagi taklimat dua jam sebelum. Kemudian datang ke sini, kerana apa? Apa-apa bakal terjadi kepada negara kita, kita yang ada dalam Dewan pada hari ini akan bertanggungjawab.
[Tepuk] Yang Berhormat Menteri, saya mohon di bawah Peraturan 54(2), disebut bahawa “setelah dibacakan rang undang- undang kali yang kedua, maka rang undang-undang itu akan terserah kepada Jawatankuasa sebuah Majlis, kecuali jika Majlis mengeluarkan usul menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pilihan”.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jadi saya mohon, Yang Berhormat Menteri tangguhkan dahulu rang undang- undang ini dan ingatlah ular yang menyusur akar, Menteri, tidak akan hilang bisanya.
Tangguhkan dahulu dan berlaku adillah kepada generasi akan datang. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismilllahi Rahmani Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Rakyat Malaysia, orang muda. Tap tap screen, guys. Tuan Yang di-Pertua, saya dah dengar semua perbahasan yang dibawa sebelah sini dan sebelah sana dan yang pertama sekali di peringkat awal ini, saya menyokong sepenuhnya supaya rang undang-undang ini ditangguhkan.
[Tepuk] Kami nak bagi tahu, mengemukakan pendirian kami. Kami menyokong. Rang undang-undang ini kami sokong tetapi terdapat perkara-perkara yang perlu diperhalusi, maka kita minta ditangguhkan. Ini bukan perkara baru. Yang Berhormat Menteri kawan saya, dahulu dua tiga kali rang undang-undang, kali yang kedua, kira tengah bahas, telefon sana, telefon sini. Perdana Menteri pun telefon, akhirnya kita tangguh. Tengah kita buat bacaan, tengah berbahas itu. Menteri bangkit jawab, rang undang-undang ditangguhkan.
Contohnya ada tak kalau Yang Berhormat masih ingat, Yang Berhormat sebagai bekas anggota polis yang hebat dan dahsyat. Undang-undang ketum. Kita telah berbincang, kita tangguh. Jadi, saya minta supaya rang undang-undang ini nampaknya
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
ada sikit benda-benda yang perlu diperhalusi. Maka saya minta Yang Berhormat Menteri telefonlah siapa yang dapat, Yang Berhormat.
Jangan nak mulus, tak manis. Sebab apa, ini kita nak minta untuk kita perhalusi.
Kami semua menyokong, rakyat Malaysia sebab benda ini, ini kali pertama. Yang Berhormat akan menjadi orang yang ternama di kemudian hari kerana membuat rang undang-undang untuk memberi perlindungan kepada negara ini, terutamanya apabila diganggu gugat oleh pihak luar, termasuk apa yang berlaku dengan tuntutan daripada pewaris-pewaris Sultan Sulu.
Yang pertama sekali Yang Berhormat, perkara 3 ini saya setuju dengan Pasir Gudang berhubung dengan kehadiran CIA, KGB, MI5, MI6 dan juga Mossad serta lain- lain lagi. Saya nak tanya Yang Berhormat, sebab yang ini telah pun termasuk bahawa yang kita hendak pinda pada seksyen 3 ini, kita tak mengurangkan apa yang pernah kita bagi. Saya tanya, apakah yang kerajaan telah bagi imuniti kepada CIA, KGB dan juga Mossad. Minta simpanglah kan tetapi kepada orang lain ini, adakah kita dah bagi kekebalan kepada mereka ataupun tidak sebab sambil kita bercakap tapi kita nak tahu.
Saya rasa Speaker boleh jawab sebab dia bahagian itu tetapi biarlah Menteri yang jawab.
Speaker memang maklum apa yang saya maksudkan.
Saya nak tanya, sejauh mana kita telah bagi kekebalan kepada agensi ini kerana prestasi yang buruk yang telah berlaku pada masa yang lepas di negara-negara lain.
Mengerikan, kehadiran agensi ini mengerikan. Sebab apa, kita tahu kadang-kadang banyak orang yang hilang dan sebagainya bagi negara-negara tertentu kerana kehadiran agensi yang berkenaan. Yang ini kawan-kawan dah cakap, saya nak menyokong lagi sekali Yang Berhormat. Ini banyak rang undang-undang ini, kami akan sokong. Patutnya peruntukan kena bagilah sebab perjanjiannya kalau sokong rang undang-undang, sokong bajet, bagi peruntukan. Ini sokong secara terbuka. Rakyat Malaysia, saya nak bagi tahu.
Kita menyokong rang undang-undang ini tetapi oleh sebab kekurangan, minta diperhalusi.
Ha, jadi. Speaker, okey. Jadi, Speaker tengah serius ya. Okey. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat, ditangguhkan perkara ini. Kemudian yang keduanya Yang Berhormat, apa yang kawan-kawan kita telah sebutkan tadi iaitu perkara 32 yang melibatkan Perdana Menteri. Saya masih ingat sebab saya di antara orang yang terlibat secara langsung dalam perkara-perkara ini. Orang yang kuat menentang penggunaan perkataan Perdana Menteri ini ialah pihak pembangkang masa itu. Masa itulah, sekarang mereka masuk kerajaan. Mereka yang kuat membangkang.
Mereka membangkang sehingga Rang Undang-undang Akta Keselamatan Negara terpaksa ditentang dengan hebat. Tidak ada orang menyokong langsung. Tiada seorang yang menyokong kalau tak silap saya dan kita terpaksa bertarung dan akhirnya rang undang-undang tersebut diluluskan dan menjadi manifesto mereka bahawa kuasa Perdana Menteri tidak diberi kuasa mutlak. Maka mereka pinda rang undang-undang itu.
Mereka dalam manifesto, mereka akan mansuhkan Akta Keselamatan MKN tetapi mereka tak mansuh, mereka pinda. Kuasa Perdana Menteri dinaikkan ke atas daripada kuasa Agong.
Jadi, yang ini tidak ada salah sebab kawan-kawan kita sebut bahawa kita Perdana Menteri, our beloved Prime Minister. Nanti kita takut dia diugut, diganggu gugat oleh pihak- pihak lain. Akhirnya dia akan menggunakan kuasa 32. Tapi kalau ada, sekiranya 32 ini kita masukkan perkataan ‘Ketua Negara’ ataupun ‘Yang di-Pertuan Agong’, sudah pasti Perdana Menteri boleh mengelakkan diri di atas dasar check and balance yang telah disebutkan.
Jadi Yang Berhormat Speaker, saya tak mahu melebihkan masa seperti yang telah dibisik-bisikkan, saya suka ambil masa. Tidak, Yang Berhormat. Saya akan ikut, patuh arahan daripada Speaker dan juga peraturan mesyuarat tapi kadang-kadang saya diganggu oleh puak-puak sana. Hari ini bagus, yang penghabis mereka tak ganggu. Jadi, syukur Alhamdulillah tapi saya nak bagi tahu sekali lagi. Saya mohon, mohon sebab banyak lagi akta lain yang akan diperkenalkan nanti yang kami sokong, pihak sana tak sokong. Saya nak bagi tahu Yang Berhormat, rahsia yang terjadi sekarang ini. Ada rang undang-undang yang mereka tak sokong, kami akan sokong. Dahsyatnya kami menyokong kerajaan, malah kami lebih hebat daripada mereka, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi dengan itu saya minta Yang Berhormat sekali lagi, tangguhkanlah Yang Berhormat demi masa depan yang lebih cemerlang. Terima kasih Speaker.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat-Yang Berhormat, sebelum saya memanggil Menteri untuk menjawab, saya ingin bertanya sikitlah. Saya akan mengusulkan kepada pihak kerajaan untuk pindaan Perlembagaan, di mana tanggungjawab Orang Asli ini akan dipinda masuk ke concurrent current list, tanggungjawab bersama. Pihak sebelah sini boleh menyokong?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Walaupun peruntukan belum bagi, kami akan ikut peraturan. Kami Ahli Parlimen yang patuh kepada, sayang kepada negara.
Yang negara, tak sayang dekat kami. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, okey. Baik.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, telah selesai seramai 11 orang pembahas oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sampailah giliran kepada Yang Berhormat Menteri. Mengikut di sini, Yang Berhormat Menteri akan menjawab 30 minit. Jadi walau bagaimanapun, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana usul tidak ada, masa akan tamat 5.30. Adakah Yang Berhormat memilih untuk menjawab dua tiga minit sambung esok ataupun bagaimana? Lagi tiga minit. Siapa Yang Berhormat perlu menjawab?
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh membuat- dalam masa tiga, dua minit bolehlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya diberi kuasa untuk...
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tapi usul tak ada Yang Berhormat, nak berhenti 5.28?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Itulah sebab. Saya boleh paling kuat, 15 minit sahaja kalau ikutkan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Betul tapi kita boleh, saya boleh mulakan dalam dua minit. Bagi salam, cakap pasal apa kita nak buka puasa lepas ini.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Boleh.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kita masuk 5.30, saya duduk. Kita sambung esok. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Dengan ini, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 30 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
*Bismilllahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, salam Ramadan dan selamat berbuka puasa, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023. Segala cadangan dan pandangan oleh Ahli Yang Berhormat ini amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Tidak kurang daripada 11 Ahli Yang Berhormat telah berbahas seperti yang dijanjikan iaitu Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua, ini saya mula dahulu dengan Yang Berhormat Bayan Baru yang telah membangkitkan persoalan mengenai keupayaan rang undang-undang ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
dalam mempertahankan negara daripada tuntutan pihak lain seperti tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Seperti yang kita tahu, adanya satu group baru yang memanggil mereka pun waris. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat ini secara spesifik, sebenarnya yang saya sebut, kalau kita tengok rang undang-undang ini Yang Berhormat, sebenarnya rang undang-undang yang kita panggil Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 ialah apa yang memang dah wujud dalam undang-undang antarabangsa yang saya sebut dalam mukadimah saya, iaitu International Customary Law. Maknanya kalau takde pun undang-undang ini diwujudkan dalam dasar undang- undang antarabangsa memang undang-undang reciprocity itu dengan izin memang sudah wujud. Sebab ada negara dalam isu antarabangsa, mereka codify, dengan izin maknanya dia hendak adanya undang-undang bertulis, ada negara dia tak nak. Tapi dalam hal negara kita apa yang sebenarnya kita merujuk kepada yang berlaku dalam kes Kesultanan Sulu ialah tidak terdapatnya satu SOP ataupun satu sistem yang begitu jelas bila perkara ini berlaku.
Sebab apabila notis tuntutan dibuat kalau kita tengok pada sejarah kes tersebut, banyak mengatakan kalau kita sebut Perjanjian 1878 itu, yang disamakan dengan kononnya Perjanjian Timbang Tara yang telah ditandatangani. Kita tahu bahawa kita merdeka dalam Tanah Melayu 1957. Kemudian kita ada Cobbold Commission, kemudian Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia. Maknanya sejarahnya kalau kita tengok, kita wujudkan Tanah Melayu, kemudiannya Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Jadi bila menyebut Perjanjian 1878, banyak agensi kerajaan akan tertanya ini perjanjian yang mana ini? Apa sebenarnya perlu sebab kalau kita tengok di rantau Asia Tenggara, banyak yang berlaku ialah dengan izin, colonialization oleh negara Barat. Kita tengok di Indonesia, Belanda. Di Filipina, Amerika Syarikat. Dalam Asia Tenggara yang tak dijajah adalah Thailand, negara Thai tetapi di Semenanjung kita ini, di Malaysia dan juga di Singapura, kita mempunyai Kerajaan British.
Jadi dan kita tahu, kalau trade war ini di Asia Tenggara ini, kemasukan negara- negara asing dulu ini banyak kepada perdagangan rempah ratus. Maknanya dia meniaga dan perniagaan pada masa dulu itu bukan dengan negara berdaulat tetapi dengan syarikat-syarikat perniagaan. Adanya perniagaan North Borneo, Street Settlement itu yang berlaku dulu, 1878. Disebabkan kita tidak pernah terfikir bolehkah ada timbang tara punya perjanjian yang dalam bahasa jawinya, dia pun sebagai bukti pada saat diserahkan dokumen kepada Kerajaan Malaysia, kerajaan masa itu ya, bukan Kerajaan Madani masa itu. Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan?
Anggapan daripada kerajaan ialah eh, takkanlah kita nak berbalik kepada Perjanjian 1878, tidak masuk akal. Tetapi negara luar yang bermula timbang tara antarabangsa, timbang tara yang bertemakan perdagangan timbang tara, commercial arbitration memulakan gerakan di Spain mendapat perintah oleh satu arbitrator, yakni penimbang tara yang dilantik tanpa persetujuan daripada Kerajaan Malaysia. Kita tahu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, timbang tara ataupun commercial arbitration ialah platform alternative dispute resolution (ADR). Dia ada timbang tara, dia ada mediasi.
Jadi itu format yang tak pergi ke mahkamah. Itu format penyelesaian luar mahkamah. Jadi dalam perkara ini, kita diserah dokumen, tangan Malaysia dikunci, ditutup. Tiba-tiba kita didapatkan perintah bilion USD, nak dekat RM15 bilion. Takpe lah mungkin kita kata, ala cerita kelakarlah, Tuan Yang di-Pertua, betul. Tetapi bila kita buat tindakan ke atas timbang tara di Spain itu, dia lompat ke bidang kuasa negara yang dipanggil forum shopping. Dia pakai order yang sama itu, dia lari ke Perancis, kemudian dia lari ke Luxembourg, kemudian dia lari ke Netherlands. Negara Eropah Tuan Yang di- Pertua, dia tidak tahu undang-undang yang ada dalam negara kita. Dia menganggap bahawa perintah daripada timbang tara antarabangsa itu adalah satu perintah yang mencukupi, yang boleh dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sebenarnya yang disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebahagian tadi itu memang betul. Ini adalah satu sindiket, Tuan Yang di-Pertua. Sindiket yang dibelai oleh satu perniagaan raksasa yang dipanggil third party litigation funders. Berpusat di Delaware, Amerika Syarikat, berpusat juga di United Kingdom. Third party ligitation funders Tuan Yang di-Pertua ialah dia negara-negara luar. Kalau kita nak saman, kita ada kes tetapi kita takde duit nak bayar peguam dia beli hutang kita. Maknanya debt buying.
Dia beli hutang kita.
Masalah hari ini di Amerika Syarikat telah diperbahaskan dan cucu, maaf anak Robert Kennedy, bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, Robert Kennedy Jr.
Memasukkan satu permohonan yang disebut sebagai private members bill, menyatakan bahawa third party funders kalau tidak diregulasi, dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara, national security.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kenapa? Sebab syarikat yang fund-kan kes itu nak masuk kepada trademark, copyright mana-mana perniagaan antarabangsa di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, perdagangan yang menjual beli security weapons sebagai contoh. Itu sebabnya dalam perkara ini, ini adalah sindiket sebab dia nak laksanakan perintah itu tanpa kebenaran Malaysia, tanpa persetujuan Malaysia dan dia bergerak begitu pantas, yang menjadi serangan utama ialah rumah diplomatik Ambassador kita yang ada di Perancis.
Ini bukan satu cerita dongeng Tuan Yang di-Pertua. Benda ini berlaku sebab kita tidak ada undang-undang yang secara nyata, codify boleh berkata bahawa Malaysia mempunyai satu undang-undang yang memberi kekebalan kepada Malaysia. Tapi disebabkan sifat undang-undang antarabangsa, kalau kita hendak kebal, yang depan itu kena kebal juga. Tuan Yang di-Pertua, contoh saya yang paling baik. Yang Berhormat kata, nak sokong kerajaan, sokonglah dahulu tapi Yang Berhormat nak peruntukan, baru hendak sokong. Itu tak macam- [Ketawa] Maksud saya ialah kalau hendak bercinta itu, katakan sokonglah dahulu. Belum apa-apa hendak minta duit baru nak sokong, tak acilah, contohnya. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dah 5.36, kita berhentilah di sini.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, Menteri sedikit sahaja, Menteri.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Selamat berbuka puasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung besok.
[Tepuk]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, soalan-soalan. Soalan, boleh ya?
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Menteri dah surrender, esok sambung ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kedua, dah cukup masa.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, sebagaimana yang dinyatakan tadi, tiada usul.
Jadi masa tetap 5.30. Walau bagaimanapun, saya berkuasa 15 minit, ini masih dalam tempoh berkenaan. Jadi dengan itu, persidangan pada hari ini ditangguh sehingga esok, pukul 10.00 pagi.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.37 petang]