Mar142024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.

final • 10:00 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

1. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru akan disiapkan sepenuhnya dan apakah kerajaan bersedia memperkenalkan perkhidmatan komuter elektrik antara Bandar Kluang ke Johor Bahru sebagai langkah penambahbaikan rangkaian pengangkutan awam di Johor.

final • 10:00 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru sepanjang 192 kilometer dijadualkan akan disiapkan sepenuhnya pada 21 April 2025. Namun begitu, bahagian infrastruktur jajaran landasan kereta api berkembar elektrik dari Gemas-Johor Bahru dijangka akan siap penghujung tahun 2024.

Dengan siapnya infrastruktur jajaran landasan kereta api ini, perkhidmatan ETS yg kini beroperasi sehingga ke Stesen Gemas akan dilanjutkan ke Stesen Johor Bahru.

Kerajaan juga telah membuat perolehan 10 set tren elektrik baharu yang dijangka akan digunakan secara berperingkat mulai penghujung tahun ini untuk menyokong operasi perkhidmatan ETS di sektor selatan.

Selain itu, KTMB juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan KTM komuter di sektor selatan bagi laluan Gemas-Paloh ke Johor Bahru.

Kementerian Pengangkutan menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan set tren elektrik baharu secara pajakan (leasing) untuk digunakan bagi perkhidmatan KTM komuter di sektor selatan kelak. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kluang.

final • 10:00 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih jawapan dari Menteri. Jadi, soalan saya, boleh tak komuter, perkhidmatan komuter itu bukan sahaja antara Kempas Baru- Johor Bahru tetapi dipanjangkan ke Bandar Kluang juga? Kerana kami tahu bahawa passenger yang tinggi itu, volume yang tinggi bukan sahaja di pusat bandar Johor Bahru tetapi juga sehingga Kulai dan Kluang.

Jadi, kalau kita ada perkhidmatan komuter yang merangkumi Bandar Kluang ke Johor Bahru akan memanfaatkan penduduk setempat dan yang paling penting sekali, boleh tak kita tambah lagi perhentian ataupun stesen seperti halt seperti dulu yang kecil untuk tambah baik rangkaian pengangkutan awam ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Untuk makluman Yang Berhormat Kluang, memang kalau kemudahan komuter diperkenalkan, kita akan merangkumi satu kawasan yang lebih luas dan sudah tentu Kluang merupakan sebuah bandar yang besar dengan penumpang yang ramai. Memang akan dilibatkan dalam rangkaian KTM komuter ini. Berkaitan dengan stesen-stesen tambahan, memang itu pun telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Baru-baru ini kita ada mesyuarat antara Kerajaan Persekutuan dan pimpinan Kerajaan Negeri Johor bersama dengan MB dan juga exco-exco daripada Johor. Ini antara perkara yang telah pun dibangkitkan iaitu penambahan stesen-stesen komuter di sepanjang jajaran terutamanya dia antara Kempas-Johor Bahru, Kempas-Kluang, Senai dan sebagainya. Jadi, memang itu sesuatu yang kita akan pertimbangkan.

Namun begitu, untuk pihak Kementerian Pengangkutan dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam perkara ini, kita juga menggalakkan satu usaha sama ataupun kerjasama public-private partnership iaitu stesen-stesen ini tidak, —sudah tentunya — Tidak semestinya perlu dibina oleh pihak kerajaan. Umpamanya kalau di sekitar stesen itu ada kawasan-kawasan pembangunan perumahan. Antara perkara yang kita boleh laksanakan sebelum kita meluluskan perancangan pembangunan itu ialah mewajibkan pihak pemaju untuk membina stesen tambahan dengan kosnya kepada mereka.

Kerana walaupun ini melibatkan kos kepada pihak swasta tetapi akhirnya kalau pihak pemaju swasta itu sanggup mengeluarkan kos itu untuk membina stesen, ia akan meningkatkan nilai pembangunan kawasan mereka. Kita ada contoh seperti di Stesen Segambut di Kuala Lumpur. Stesen itu dibina oleh pihak pemaju dan kita akan menambah plot ratio kepada kawasan perumahan tersebut dan dia dapat menghubungkan antara pemilik-pemilik rumah ataupun penghuni-penghuni di sana dengan stesen secara terus.

Ini sudah tentu akan meningkatkan nilai pembangunan kawasan tersebut dan ini antara model yang kita ingin lihat...

final • 10:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

final • 10:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

...Supaya ada kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta dan dapat juga mengurangkan kos pembangunan kepada pihak kerajaan. Kita alu- alukan kalau mana-mana pihak syarikat pemaju di sepanjang jajaran itu, boleh bekerjasama dengan kerajaan melalui dengan RAC dan KTMB. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

final • 10:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Puan Speaker. Terima kasih kepada pihak Menteri. Ramadan Kareem kepada semua umat Islam. Mendengar jawapan daripada pihak Menteri tentang penambahan 10 unit tren ETS yang akan diperkenalkan sehingga hujung tahun ini dan kita dimaklumkan akan ada tambahan tren pada musim perayaan, adalah satu berita yang amat menyegarkan kepada rakyat Malaysia.

final • 10:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Soalan kami ialah, soalan saya ialah, pertamanya bagaimana perancangan proaktif daripada pihak kementerian untuk menguruskan isu penyelenggaraan tren yang dianggarkan lebih kurang 250 juta yang diperuntukkan supaya tidak berlakunya masalah teknikal sepanjang musim perayaan? Keduanya ialah bagaimana pula dengan status projek HSR yang kita dimaklumkan RFI dia telah tamat pada 15 Januari yang lalu?

Bagaimanakah proses pembiayaan? Apakah ia tanpa suntikan dana kerajaan?

final • 10:10 AM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Pertamanya memang betul penyelenggaraan antara isu besar kepada perkhidmatan kereta api ataupun mana-mana perkhidmatan pengangkutan. Sebab the key is kita punya penyelenggaraan (maintenance). Itu yang memang saya selalu tekankan, kita membudayakan budaya penyelenggaraan itu supaya kita bukannya tambah aset baharu sahaja tetapi kita juga kena maintain supaya maintenance yang baik ini dapat memastikan...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Loke Siew Fook

Life shelf kepada aset itu, itu dapat dimaksimakan.

Umpamanya satu tren, dia punya life shelf sekurang-kurangnya 30 tahun tetapi ada tren- tren kita tak sampai 20 tahun sekarang ini dah grounded kerana mungkin dari segi penyelenggaraannya kurang memuaskan. Itu antara perkara yang kita sedang telitikan, telitikan.

Mungkin kita nak cari satu model baharu iaitu kita bukan nak beli aset baharu lagi.

Kita ke arah kepada satu model di mana perlu asset-light. Tak perlu kita beli aset tetapi kita lease produk itu, lease kemudahan itu sebab banyak sektor-sektor pengangkutan sekarang ini umpamanya syarikat-syarikat airline, mereka tak membeli aircraft. Mereka lease aircraft itu ya. Antara juga model-model yang kita terokai ialah kalau kita lease, dia juga merangkumi proses penyelenggaraan supaya pihak yang lease aset itu, mereka juga bertanggungjawab untuk pastikan aset itu dapat digunakan secara maksimumnya sepanjang masa termasuk penyelenggaraan dan sebagainya.

Itu antara perkara yang kita juga akan bincang dengan pihak Kementerian Ekonomi dan juga pihak Kementerian Kewangan supaya melihat sama ada itu dari segi jangka masa panjang dapat kita gunakan model itu dan dapat kita meminimakan perkhidmatan. Berkenaan dengan HSR walaupun tak berkaitan dengan soalan asal. HSR memang sedang dinilai oleh pihak MyHSR dan pengurusan MyHSR telah memberikan laporan awal kepada saya tetapi di peringkat kementerian kita belum lagi muktamadkan lagi penilaian itu.

Apabila dimuktamadkan penilaian itu kita akan angkat kepada Perdana Menteri dan juga Jemaah Menteri untuk diputuskan hala tuju dia. Antara peraka yang pokok yang telah pun kita putuskan ialah ia tidak melibatkan suntikan dana kerajaan. Projek itu mesti dibiayai oleh pihak swasta tetapi adakah sepenuhnya ataupun ada apa-apa komponen yang melibatkan implikasi kewangan? Itu kena kita lihat.

Tetapi, prinsip kita ialah supaya projek ini mesti diterajui oleh pihak swasta tanpa suntikan modal daripada pihak kerajaan. Itu prinsip yang telah pun kita letakkan. Sejauh mana ia boleh dilaksanakan? Kita akan lihat kepada kertas cadangan dan kita akan lihat cadangan yang paling baik, yang paling meminimakan implikasi kewangan kepada kerajaan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

YB...

final • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang di-Pertua.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tak akan redha Yahudi dan Nasrani terhadap kamu Muhammad SAW dan katakanlah bahawa petunjukmu itu sebenar-benar petunjuk”.

final • 10:10 AM

2. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma berasal dari Israel yang dibawa masuk ke Malaysia, yang jelas bertentangan dengan pendirian negara memboikot produk serta sekatan perdagangan dan ekonomi dengan negara haram tersebut.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, sebaik menerima laporan media berhubung dakwaan penukaran label dan kotak kurma yang berasal dari Israel dijual di pasaran tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui Bahagian Penguatkuasa telah mengeluarkan kenyataan media serta-merta pada 4 Mac 2024.

Inti pati kenyataan media tersebut menyentuh dua perkara utama. Pertama, menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan jenis atau nama di bawah seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011. Kedua, mengalu-alukan sebarang aduan

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

rasmi berserta butiran dan maklumat di sebarang platform aduan rasmi KPDN untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Lanjutan daripada isu berkenaan sebagaimana yang kita maklum, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan sidang akhbar semalam 13 Mac 224 berhubung serbuan yang telah dilakukan pada 12 Mac 2024, di semua gudang di Pelabuhan Utara Klang, Selangor. Kastam telah merampas 73 pek buah kurma organik ‘Jumbo Medjoul Dates’ dipercayai produk daripada Israel. Dalam serbuan itu juga, seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan, turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. Pada masa yang sama, selain siasatan yang dilaksanakan oleh pihak Kastam, KPDN akan terus membuat pemantauan di pasaran berhubung isu yang dibangkitkan. KPDN memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mempunyai maklumat berhubung tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan untuk mengelirukan pengguna.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu.

final • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Menteri, terima kasih Yang di-Pertua dan tahniah kepada KPDN dan kastam yang telah bertindak hasil daripada laporan orang ramai. Cuma, 73 kotak sahaja yang dirampas dan saya yakin banyak lagi kurma Israel ini bertebaran di, di Malaysia ini kerana didapati bahawa ada penjualan mengikut online, hatta apakah tindakan kementerian untuk mengatasi masalah tersebut, yang dijual melalui online?

Kedua, apakah perlu kerajaan meminda undang-undang untuk memastikan bahawa produk-produk Israel ini tidak semudah-mudah dapat masuk ke negara kita?

Yang terakhir Yang di-Pertua, apakah sikap kerajaan berkaitan dengan Program Boikot Barang-barang Israel, Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) barang Israel? Apa pandangan pihak kerajaan? Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Tuan Yang Berhormat. Pertama, saya fikir Yang berhormat sedia maklum...

final • 10:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

... Bahawa di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, sebagaimana yang terkandung dalam Jadual Kedua, Bahagian II, KPDN tidak mempunyai bidang kuasa bagi mempertimbangkan lesen import...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

final • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...Apa-apa produk dari Israel. Ini bermaksud di luar bidang kuasa KPDN.

final • 10:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

final • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kedua, sebagaimana kekhuatiran Yang Berhormat tadi yang kita kongsi bersama bahawa kita akan terus memantau di pasaran melalui pelbagai akta yang terdapat di KPDN khususnya Akta Perihal Dagangan untuk memastikan sekiranya terdapat pasaran kurma berkenaan berlegar untuk ditawarkan kepada pengguna.

Kita telah serta-merta memasukkan dalam SOP dan juga terma rujukan Ops Pantau yang kita lancarkan khas untuk Ramadan dan Aidilfitri ini untuk melihat secara terperinci berkaitan dengan penjualan kurma yang didakwa tersebut dan kita amat berharap kerjasama daripada seluruh masyarakat dan aduan daripada awam dalam platform-platform rasmi yang wujud di KPDN. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Puan Speaker...

final • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, pandangan kerajaan terhadap apa BDS. Apa pandangan kerajaan?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tidak jelas]

final • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Soalan tambahan daripada Sri Gading. Tahniah kepada KPDN atas usaha melakukan Ops Pantau sepanjang bulan Ramadan yang baik dan dialu-alukan oleh rakyat. Cuma, di dalam media kita dapat mendengar begitu ramai rakyat kompelin bahawa harga barang di bazar Ramadan ini meningkat cukup tinggi. Sehingga keluar tular dalam media, telur mata – mata telur kah, telur mata ya. Mata kerbau itu kan, mata lembu itu, ada yang sampai RM4.50.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Ya, ini dilaporkan oleh rakyat dalam media sosial. Soalan, soalan saya Ops Pantau KPDN ini, apakah dilakukan di setiap bazar? Baru-baru ini kita dengar penguat kuasa tidak cukup anggota. Bagaimana kita boleh tambah baik mekanisme aduan dan berapa cepat tindakan dapat dibuat?

Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sebagaimana arahan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bilangan 11/2024 yang telah dikeluarkan pada 8 Mac 2024 bahawa Ops Pantau telah pun bermula sejak 12 Mac yang lepas yang bukan hanya meliputi aspek bazar Ramadan tetapi juga semua premis-premis runcit, pasar raya, pasar raya basah dan sebagainya untuk melihat supaya tidak ada perkara-perkara, termasuklah pencatutan yang dilakukan sepanjang Ramadan dan juga Aidilfitri.

Untuk pengetahuan, dalam tempoh dua hari, 12 hingga 13 Mac, kita telah melakukan siasatan ataupun pemeriksaan di 3,999 premis yang telah melibatkan pembukaan sebanyak 11 kes, termasuklah enam kes yang melibatkan pencatutan. Kita keluarkan notis untuk peniaga tersebut menjawab memberikan maklum balas tentang harga yang ditawarkan. Namun, apa pun Yang Berhormat, sebagaimana pertama kita mengharapkan aduan itu spesifik supaya kita boleh membuat pemeriksaan di lokasi yang dinyatakan dalam aduan, mohon izin instead of just di-viral-kan harga tersebut.

Kedua, sebagaimana satu kes baru-baru ini di bazar Ramadan TTDI. Apabila kita membuat pemantauan, ya memang ada harga karipap yang tinggi namun akhirnya ia berbalik kepada pengguna untuk pengguna membuat pilihan. Ini kerana di bazar Ramadan TTDI tersebut masih ada karipap yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga yang dipasarkan tersebut.

Jadi, pertama aduan sekiranya terdapat perkara yang menjadi keprihatinan maklumkan kepada kita di portal rasmi untuk kita membuat siasatan dengan butiran yang khusus dan yang kedua kita berharap juga, kita merayu kepada pengguna untuk menggunakan hak mereka untuk memilih produk-produk pada harga yang berpatutan.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

final • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila baca soalan.

final • 10:20 AM

3. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan:

(a) tujuan penganjuran serta status pelaksanaan program Semarak Kampus MADANI setakat hari ini; dan

(b) sejauh manakah kepentingan program tersebut mampu untuk memberi manfaat kepada semua pemegang taruh yang terlibat, terutamanya mahasiswa.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan daripada Tampin, KPT amat komited untuk pastikan kesejahteraan warga kampus terutamanya pelajar dan pensyarah berada pada tahap yang terbaik. Semarak Kampus MADANI merupakan program turun padang yang dibangunkan khusus untuk membolehkan pengurusan tertinggi KPT mendekati dan menyelami warga institusi pendidikan tinggi menerusi pengalaman sebenar tinggal dan berada di kampus.

Pendekatan 3P iaitu Padang iaitu turun padang. Perasaan, menyelami keadaan mereka dan juga Penyelesaian, mencari penyelesaian diguna pakai sebagai asas utama pelaksanaan program ini. Ada tiga objektif utama penganjuran program ini iaitu:

(i) mengenal pasti masalah dan isu sebenar di IPT melalui sesi lawatan dan libat urus bersama pemegang taruh warga dan pelajar IPT;

(ii) berkongsi aspirasi dan hala tuju terkini sektor pendidikan tinggi negara secara terus kepada pemegang taruh, warga dan pelajar; dan

(iii) menggalakkan penghasilan inovasi dan ciptaan menerusi kajian, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menyemai nilai keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar.

Pengisian program ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penganjuran program dengan izin, Exploration and Collaboration UA dan IPTS oleh Jabatan Pendidikan Tinggi dan program Innovation and Engagement oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Antara program yang dilaksanakan, termasuklah pameran industri, sesi bersama alumni, bedah buku, riadah bersama pelajar, CSR, pemerkasaan TVET, program bersama komuniti setempat dan komuniti sejahtera serta mengadakan mesyuarat pengurusan dengan pihak universiti.

Penganjuran program ini amat penting sebagai platform dua hala kepada pemegang taruh, warga dan pelajar di IPT untuk menonjolkan pencapaian semasa mereka mahupun menyampaikan keluh kesah secara terus kepada pengurusan tertinggi KPT. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

final • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Saya difahamkan program Semarak Kampus MADANI merupakan cetusan idea Yang Berhormat sendiri. Tahniah saya ucapkan. Program yang berkonsepkan turun padang ini, sememangnya amat penting agar dapat melihat dan merasai sendiri situasi sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi.

Persoalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah harapan kementerian terhadap pelaksanaan program ini dan apakah perkara akhir yang ingin dicapai oleh kementerian agar dapat menjadi nilai tambah kepada universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dengan adanya program ini, seperti yang saya maklumkan tadi kita dapat mengenal pasti secara langsung dan secara terus akan permasalahan-permasalahan yang berlaku di kampus-kampus, termasuk juga di politeknik dan juga di kolej komuniti. Selain daripada itu juga, kita dapat mengenal pasti, apakah hasil-hasil inovasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut dan juga melibatkan pensyarah di kawasan yang berkenaan.

Selain daripada itu juga, kita dalam rangka perancangan masa depan kementerian ini ialah untuk kita membina kepimpinan di kalangan mahasiswa ataupun nurturing young leaders, dengan izin. Ini antara perkara-perkara yang kita rangkumkan dalam program yang kita anjurkan ini agar keseluruhan bukan hanya permasalahan

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

tetapi juga mengenal pasti masalah-masalah dan potensi-potensi yang ada di institusi yang berkenaan itu dapat dibangunkan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Alor Setar.

final • 10:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Speaker dan Yang Berhormat Menteri. Program Semarak Kampus MADANI ini dilaporkan dilaksanakan kali pertama di UNIMAS pada 5 Mac 2024 yang lalu atas inisiatif Yang Berhormat Menteri. Tahniah. Namun, saya dilaporkan oleh mahasiswa, waktu itu waktu cuti semester. Jadi, tak ramai mahasiswa yang boleh hadir dan disyorkan supaya dibuat pada bukan waktu cuti semester, supaya ramai penglibatan mahasiswa yang terlibat.

Pertama.

Kedua, adakah pihak KPT bersedia untuk turut melibatkan pihak kerajaan negeri di tempat universiti berkenaan dalam siri-siri yang akan datang supaya insiden yang berlaku kepada seorang Exco Pengajian Tinggi di Kedah itu tidak berulang. Itu bukan pada sesi Yang Berhormat Menteri. Pada sesi yang sebelum ini supaya tadi Yang Berhormat sebut mahasiswa perlu banyak pendedahan tentang kepimpinan dan sebagainya.

Adakah bersedia untuk melibat kerajaan negeri dan adakah supaya mahasiswa juga Yang Berhormat Menteri pernah sebut, supaya mahasiswa jadi doktor sosial, saya dapat maklumat begitu. Untuk menjadi doktor sosial itu, adakah mahasiswa diberi kebenaran untuk melibatkan semua pihak? Menjemput pakar akademik, ahli politik, termasuk kami daripada pembangkang untuk masuk dalam kampus berdialog dan melahirkan mahasiswa yang lebih bersifat analytical dan pelapis kepimpinan pada masa akan datang. Terima kasih Speaker.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih soalan tambahan daripada Alor Setar. Soal musim bila kita adakan itu saya – kita ambil maklum bahawa program yang diaturkan itu berdasarkan kepada tarikh yang telah pun ditetapkan.

Sememangnya, saya bersetuju bahawa untuk melibatkan lebih ramai pelajar-pelajar, kita adakan di waktu musim kelas ataupun semester yang dijalankan. Tetapi, dalam masa yang sama, ada sedikit kekangan iaitu antara untuk kita letakkan waktu semester di peringkat universiti dan juga di peringkat politeknik dan juga di kolej komuniti.

Walau bagaimanapun, pendekatan utama kita ialah untuk memastikan supaya program ini dilaksanakan ketika waktu semester sedang berjalan. Itu yang sebaik- baiknya.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Apa yang saya hendak sebutkan juga di sini, meskipun kita adakan di waktu percutian semester, kehadiran ke program ini sangat membanggakan. Di UNIMAS, sebagai contoh, hampir melibatkan semua daripada― dalam tempoh dua hari itu, hampir 1,000 pelajar. Dan mereka diwakili oleh Majlis-majlis Perwakilan Pelajar mereka yang ada bersama-sama dan dapat berinteraksi secara langsung dengan saya dan juga dengan pegawai-pegawai tertinggi KPT kita. Sebab, semuanya turun bersama-sama untuk berinteraksi. Itu yang pertama.

Keduanya, dalam konteks politeknik, program berjalan seperti biasa. Politeknik, program mereka, jadual mereka berjalan seperti biasa. Jadi, lebih ramai daripada itu. Tiga, empat ribu orang yang hadir. Itu bagi menjawab soalan yang pertama.

Bagi menjawab soalan yang kedua, menjadi amalan kita iaitu untuk memastikan supaya apabila Menteri turun dengan program-program seperti ini, salah satu daripada program yang kita aturkan ialah untuk berjumpa dengan, pertama, dengan canselor universiti yang berkenaan dan yang keduanya, di pihak kerajaan negeri yang berkenaan.

Seperti yang saya lakukan di Sarawak.

Kerana kita maklumkan kepada kerajaan negeri akan kehadiran kita. Ini yang sangat-sangat mustahak kerana kehadiran kita sebagai kerajaan, kita hendak pastikan supaya penglibatan semua pihak itu dapat dipastikan bagi memastikan supaya setiap program yang kita hendak laksanakan itu dapat memberi manfaat kepada semua.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ini termasuklah soal apa yang disebutkan oleh Alor Setar tadi dalam menjemput semua kalangan pemegang taruh yang ada ke dalam program-program yang diaturkan sama ada dalam kampus atau pun di luar kampus. Sebab, program yang kita buat itu tidak semestinya semata-mata berada dalam kampus. Ia juga berada di luar kampus.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, hendak bertanya sedikit sahaja. Standing Order 36(12). Semalam saya mengutus surat kepada...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, tanya selepas sesi.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Selepas sesi soal jawab?

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, Puan Speaker. Bayan Baru rakan KPKM. Soalan saya nombor 1.

final • 10:30 AM

1. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah harga daging ayam naik mendadak atau menghadapi kekurangan bekalan di pasaran selepas pemansuhan subsidi dan kawalan harga. Adakah subsidi telur grade A, B dan C akan diteruskan, nyatakan sebab-sebab.

final • 10:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 30 Oktober 2023, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengumumkan subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan sepenuhnya bermula 1 November 2023. Penamatan subsidi ayam ini telah mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran pada kadar yang munasabah.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memantau harga ayam di peringkat ladang secara bulanan dan hasil pemantauan menunjukkan harga ayam adalah stabil. Purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia semenjak November 2023 adalah seperti berikut:

BulanPurata Harga (RM per kilogram)
November 20235.85
Disember 20236.39
Januari 20246.13Februari 20246.03
final • 10:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bekalan ayam juga pada masa kini adalah stabil dan faktor ini turut menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.

Pada masa ini, kerajaan berpandangan subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada. Sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa.

Kerajaan juga akan sentiasa memantau pengeluaran di peringkat ladang bagi memastikan bekalan telur mencukupi khususnya ketika musim perayaan. Kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan bekalan telur di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bayan Baru.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, Puan Speaker. Terima kasih Menteri kerana memberi jawapan yang bagus. Saya ucapkan tahniah kepada Menteri kerana bertungkus-lumus turun padang bagi memastikan bekalan dan juga harga ayam stabil.

Daripada jawapan Menteri, kita nampak bahawa input cost kepada ayam sudah stabil. Itu sebab harga daging ayam di XFarms pun stabil. Itu saya rasa pun sama juga dengan input cost kepada telur. Jadi, saya nampak bahawa kalau price control itu adalah market intervention. Saya harap bahawa kementerian boleh pertimbangkan ya...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Untuk mengapungkan telur ayam.

Soalan kedua adalah kerajaan mensasarkan SSR daging ayam kepada 140 peratus. Tetapi, sekarang kita nampak bahawa kerajaan menghapuskan AP dan banyak lambakan daging ayam ke pasaran Malaysia. Jadi, adakah kerajaan akan menggunakan mekanisme AP sekali lagi untuk mengawal supaya tidak ada lambakan dan pengusaha- pengusaha industri boleh mengembangkan daging ayam supaya kita boleh membantu industri kita mencapai SSR 140 peratus? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih yang bertanya. Memang harga ayam agak stabil kerana di antaranya harga import makanan jagung dan soya agak stabil kebelakangan ini. Kita yakin ia akan lebih stabil jikalau ringgit beransur kukuh. Hari ini ringgit kita 4.65...

[Disampuk] 4.69. Jadi, Ringgit mulai kukuh kembali. Kita harap ianya berterusan, akan menjadikan import khasnya bahan-bahan makanan ternakan ini akan menurun.

final • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dan sama ada kita hendak sekat import ayam daripada luar, kita akan lihat keadaan pasaran dari masa ke semasa. Yang paling penting bagi kita ialah― memang para peniaga, kita kena ambil tahu juga, tetapi harga ayam kepada rakyat itu yang paling diutamakan. Kita mahu ianya stabil.

Dan telur juga sekarang kita berada dalam lebihan. Pengguna di Malaysia ini 20 juta. Sudah sampai ke peringkat SSR. Cuma, ada kekurangan dilaporkan di sana sini, itu soal pentadbiran. Kalau dilaporkan, kita akan bertindak segera untuk memenuhi tempat- tempat yang dilaporkan berlaku kekurangan itu.

Keadaan telur dan ayam secara umumnya stabil. Adalah poket di mana-mana berlaku kadang-kadang sedikit kekurangan di sana sini.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

final • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih, Tuan Speaker.

Yang Berhormat Menteri, saya tengok jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang harga ayam ini yang dikatakan stabil pada hari ini. Tetapi, Yang Berhormat Menteri, saya hendak merujuk kepada laporan akhbar Kosmo yang diterbitkan 13 Mac, kelmarin, iaitu sudah tiga kali harga ayam naik. Setiap kali naik 30 sen. Jadi, laporan ini agak kontra dengan jawapan Yang Berhormat Menteri kata ayam ini agak stabil.

final • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ada usaha daripada Yang Berhormat Menteri, pihak kementerian KPKM untuk mengadakan sesi libat urus dengan agensi ataupun syarikat-syarikat penternak, pemborong dan peruncit yang berkaitan dengan bekalan ayam kesan daripada kenaikan SST ini? Mungkin ada kesan berantai yang mengakibatkan harga ayam ini yang dilaporkan oleh media ini naik. Terima kasih, Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Libat urus diadakan sentiasa dan pihak DVS kita memantau. Macam tadi saya bagi laporan bulanan. Keadaan harga ayam itu agak stabil dibandingkan dengan harga yang kita letak dulunya harga siling RM11.40.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Setakat ini belum lagi mencecah ke arah itu. Semuanya di bawah. Kalau di Mydin, masih lagi dijual dengan harga bawah daripada RM9. Kadang-kadang RM7.90, kadang- kadang RM8. Ertinya, secara umumnya, kalau ada di poket tertentu mahal, itu bukan kerana dasar umum, kita akan pantau dan buat laporan dan kenaikan 30 sen. Kalau daripada RM5.50 naik 30 sen, ertinya dia belum lagi mengatasi siling yang pernah kita tetapkan dahulu. Ertinya, di pasaran kita pantau.

Semua yang juga usaha-usaha berterusan dan libat urus ni kita adakan sentiasa sama ada penternak kecil ataupun penternak besar yang dikatakan menguasai pasaran.

Kita sentiasa berhubung supaya keadaan ayam dan telur di negara kita sentiasa berada dalam keadaan cukup.

Harga akan datang akan naik atau tidak, itu kita lihat pada keadaan yang berlaku di dunia macam sekarang cuaca. Hari ini diisytiharkan Sabah kemarau yang begitu teruk.

Jadi, ini di luar kawalan kita. Keadaan-keadaan begini berlaku yang menyebabkan juga hasil pertanian akan berubah angkanya ke, hasilnya dari masa ke semasa.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Terengganu.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor.

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Eh, Hulu Selangor.

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.

final • 10:40 AM

2. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tindakan yang telah atau yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah pembaikan jalan raya iaitu turapan bukan tampalan yang berlaku di seluruh Malaysia.

final • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor, pihak kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion dari tahun 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan pavement di jalan-jalan Persekutuan di Malaysia. Walau bagaimanapun, jumlah peruntukan tersebut masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya.

Berdasarkan rekod kementerian, masih terdapat sejumlah RM3.3 bilion juga, angka yang sama tapi tujuan yang lain. Masih terdapat sejumlah RM3.3 bilion peruntukan yang diperlukan lagi bagi menyelesaikan backlog kerja penyelenggaraan yang melibatkan laluan Persekutuan sepanjang 3,821.03 kilometer.

Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, pelbagai faktor luaran telah menyumbang kepada kerosakan jalan. Antaranya faktor pertambahan bebanan trafik dan kenderaan berat yang melebihi muatan menjadi salah satu punca kerosakan jalan dan ia turut memendekkan jangka hayat jalan berkenaan.

final • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pendekatan yang diambil berdasarkan beberapa kriteria dan pertimbangan kejuruteraan dalam penentuan keutamaan bagi lokasi kerja penyelenggaraan jalan. Lokasi-lokasi ditentukan berdasarkan tahap dan jenis kerosakan jalan, kadar isi padu kenderaan berat, hierarki jalan iaitu R1, R2, R3, R4 dan R5 lah. Hierarki jalan, kadar kemalangan dan kitaran hayat jalan. Perkara ini perlu diambil kira bagi mengetahui kemampuan dan keupayaan struktur jalan sedia ada agar mampu menampung kadar pertumbuhan isi padu trafik semasa.

Selain itu, dalam sesuatu reka bentuk struktur jalan adalah berdasarkan garis panduan yang telah diwujudkan seperti Arahan Teknik Jalan (ATJ), Spesifikasi Piawaian Jalan (SPJ) dan Nota Teknik Jalan (NTJ) bagi menjaga kualiti penurapan jalan dan mampu penampung jangka hayat yang lebih lama dan berkesan.

Bagi mengatasi masalah ini, pemilihan kaedah rawatan penyelenggaraan yang tepat berdasarkan jenis kerosakan yang berlaku di tapak perlu dilaksanakan. Keadaan rawatan secara mill and pave dan overlay adalah sesuai bagi lokasi yang mengalami kerosakan fungsi, manakala bagi lokasi yang mempunyai kerosakan struktur, kaedah rawatan yang lebih besar seperti reconstruction atau partial reconstruction adalah lebih disarankan.

Selain itu, beberapa ujian tapak sebelum pemilihan kaedah rawatan adalah ditekankan supaya pemilihan yang dilaksanakan adalah tepat dan bersesuaian dengan kerosakan yang dialami. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Selangor.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih YB Menteri di atas penjelasan dan tidak dinafikan berkaitan dengan jalan raya di seluruh Malaysia mengalami masalah yang sama. Cumanya, saya juga ingin mendapat sedikit penjelasan berkaitan dengan cadangan teknologi bahan turapan baharu dan kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh Kementerian Kerja Raya.

Memandangkan nak dapat dana itu bukan senang tetapi bila dah dapat, kita baiki dan dia rosak semula. Saya tertarik satu tempat di tempat saya, di Bukit Beruntung. Dia pernah baiki jalan tersebut sampai sekarang tak ada masalah. Jadi, saya tak pasti apakah material yang digunakan. Jadi, mungkin boleh sedikit penjelasan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baiklah Yang Berhormat. Saya ada banyak maklumat tentang ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ya, bagi meningkatkan ketahanan jalan bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pihak kementerian turut mengguna pakai teknologi turapan baharu dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan sebab R&D dia sentiasa ada pada JKR ini.

Jadi, sehubungan dengan itu, pelbagai kerjasama telah dijalankan oleh pihak kementerian dengan pihak swasta dan agensi kerajaan yang lain dalam usaha menerokai teknologi bahan turapan specialty mix dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

Jadi, antara bahan turapan specialty mix yang telah digunakan adalah seperti yang saya ada senarai di sini, crumb rubber modified asphalt (CRMA), super fiber mix

(SFM), polymer modified asphalt (PMA), cuplump modified asphalt (CMA), fiber mastic asphalt (FMA), stone mastic asphalt (SMA) dan MacRebur MR6 dan latex. Antara bahan- bahan yang dah ditemui.

Di samping itu, bagi memastikan kualiti bahan turapan yang dibekalkan mematuhi spesifikasi, pihak Jabatan Kerja Raya telah melaksanakan auditan loji pengeluaran asphalt di setiap loji yang ingin membekalkan bahan turapan. Jadi, bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan ini.

final • 10:40 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi selain itu Yang Berhormat, auditan turapan siap turut dilaksanakan juga setelah kerja-kerja penurapan siap dilaksanakan

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

ditapak bagi memastikan kerja-kerja tersebut mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Jadi, ini cara dan prosedur untuk memastikan persiapannya tadi dah ada kualiti yang kita ingini. Jadi, Kementerian Kerja Raya Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

...menerusi agensinya JKR, sentiasa komitedlah Yang Berhormat, kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti jajaran jalan raya supaya keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya kita terjaminlah. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang. Pasir Gudang.

final • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ini agak spesifik, kalau menjawab bertulis pun tak apa.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tapi kalau Yang Berhormat Menteri ada boleh jawab secara lisan pun lagi dialu-alukan. Ini berkenaan Lebuhraya Pasir Gudang dan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memang ambil berat tentang Lebuhraya Pasir Gudang. Saya difahamkan RM20 juta telah disediakan oleh Kerajaan Pusat. Kalau bolehlah nak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, secara bertulis pun tak apa, tentang kemajuan kerja-kerja pembaikan lebuh raya tersebut. Seperti yang soalan asal tadi, bukan nak tampal tapi penurapan yang sebenarnya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin saya jawab sedikit dan separuhnya lebih teliti saya jawab secara bertulislah. Sebab ada maklumat-maklumat tertentu mungkin saya tak dedah di sini dulu- terlebih dahulu sebab kita perlu melalui prosedur-prosedur tertentu. Jadi, saya nak yakinkan Yang Berhormat, memang Lebuhraya Pasir Gudang ini dah dalam keutamaan dari kementerianlah untuk kita buat apa yang diperlukan untuk Pasir Gudang.

Saya sendiri dah turun ke sana. Maaflah, saya tak jemput Yang Berhormat, sekali lagi saya turun, kita akan turun bersama. Sebab di peringkat kementerian ini adalah diutamakan Pasir Gudang sebab kita tahu jalan ini sangat penting dan ia juga economic activity area lah, sebab itu tumpuan kita kepada sana memang tepat dan juga kita beri tumpuan yang sepatutnya.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, yang lain itu Yang Berhormat, sepertimana diminta, saya akan bagi secara bertulis. Okey, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Semporna.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan nombor tiga.

final • 10:50 AM

3. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta

final • 10:50 AM

Menteri Ekonomi menyatakan

(a) jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan lapan daerah di Sabah dikategorikan termiskin di Malaysia setakat Januari 2024 berbanding Januari 2023; dan

(b) inisiatif serta bantuan yang diberikan kepada mereka dan program-program ini akan dipantau sehingga golongan ini berjaya keluar daripada julat pendapatan miskin tegar.

final • 10:50 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna, Ahli Dewan yang mulia.

Untuk makluman Yang Berhormat, laporan Survei Pendapatan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas yang terkini pada tahun 2022, menunjukkan kadar kemiskinan tegar untuk seluruh negara, telah berkurang daripada satu peratus pada tahun 2020 kepada 0.2 peratus sahaja ataupun bersamaan 18,445 isi rumah di seluruh negara pada tahun 2022. Pun begitu, keadaannya tidak sama di Sabah lah. Walaupun kita lihat penurunan yang mendadak bagi seluruh negara, kadar itu masih lagi tinggi di Sabah. Insiden kemiskinan tegar bagi negeri Sabah adalah dicatatkan pada kadar 1.2 peratus.

Berikut adalah insiden kemiskinan tegar tertinggi mengikut daerah-daerah di lapan daerah tertinggi ya:

(i) Tongod paling tinggi, 5.9 peratus;

(ii) Beluran, lima peratus;

(iii) Pitas, 4.8 peratus;

(iv) Kinabatangan, 4.6 peratus;

(v) Kota Marudu, empat peratus;

(vi) Tuaran, 2.6 peratus;

(vii) Ranau, 2.4 peratus; dan

(viii) Lahad Datu, 2.4 peratus.

Jadi, kita boleh bandingkan bagaimana keadaan di seluruh negara hanyalah 0.2 peratus dari segi insiden kemiskinan tegar tetapi di Sabah negerinya lebih kurang enam kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional. Tetapi bila diambil di lapan daerah termiskin itu, kadarnya itu memang melebihi 10 kali ganda. Jadi, sebab itu kerajaan – saya dah maklumkan. Itu salah satu sebab kenapa kita meluncurkan PADU kerana kita tahu bahawa kita tak boleh lagi bergantung seperti kaedah lama, kita menunggu orang miskin datang kepada kita. Kita kena tahu di setiap rumah itu yang mana supaya kita boleh bantu.

Dalam dua minggu terakhir kemas kini PADU ini, memang kami sedang berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah kerana kita dah petakan di antara penerima STR, penerima bantuan dan penerima dan juga data-data yang lain. Memang ada masih banyak lagi tompok-tompok yang penduduk di kalangan miskin Sabah yang tidak pernah mendapat bantuan.

Puan Yang di-Pertua, saya minta satu minit ya. Ada sedikit lagi tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ringkaskan ya. Kalau tidak, saya bagi bertulis.

Tapi takpe, saya jawab. Kita ada beberapa jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjanglah. Kalau jangka masa pendek itu, kita sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, subsidi dan sebagainya itu terus ditingkatkan.

Bagi jangka masa sederhana, itu di bawah bidang kuasa, sebahagiannya adalah yang diusahakan oleh Kementerian Ekonomi iaitu untuk kita mewujudkan program- program penjanaan pendapatan, terutamanya yang secara skala besar, secara berkomuniti. Untuk jangka masa panjang, sudah tentu untuk kita menstrukturkan balik ekonomi dan juga menambah infrastruktur di negeri Sabah supaya penghasilan kerja itu dapat menghasilkan peluang ekonomi yang lebih tinggi.

Akhir sekali, saya nak beri beberapa maklum balas tentang bantuan dan juga program yang telah berlangsung sekarang. Di bawah IPR untuk Sabah, kita sebenarnya tumpukan pertanian. Saya ucapkan terima kasih pada Kerajaan Negeri Sabah kerana Kerajaan Negeri Sabah adalah yang paling terkedepan dalam memberi tanah.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi, sebab itu setakat ini selepas satu tahun, IPR INTAN di Sabah melibatkan 390 keluarga miskin tegar dan telah mendapat tanah berkeluasan 504 ekar di lapan daerah tadi. Jadi, ada yang di Kota Marudu ada. Saya ingat di Keningau ada. Di Kinabatangan pun ada. Tanamannya ini berbeza-beza. Ada tanaman nanas MD2, tanaman cili fertigasi, tanaman jagung serta kacang soya.

Kalau melihat kepada prestasi IPR INTAN di tapak-tapak lain, pendapatan bulanan bagi tuaian pusingan pertama adalah antara RM2,200 hingga RM5,600 sebulan.

Itu yang telah berjaya direkodkan di tapak-tapak lain. Jadi, kalau kita berjaya ulangi ini di Sabah, maksudnya setiap keluarga miskin tegar yang menyertai itu memang dalam tempoh dua tahun itu, dia memang keluar daripada miskin tegar. Cuma kita hendak pastikan bila dia keluar daripada program itu, dengan modal yang dia dah dapat, dia dapat berjaya mendapatkan peluang-peluang yang lain.

Jadi, akhir sekali insya-Allah ada lagi program-program lain yang saya boleh bagi senarai penuh kepada Semporna. Kementerian Ekonomi secara berterusan juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain. Contohnya Amanah Ikhtiar kerana Sabah mempunyai sahabat Amanah Ikhtiar yang paling tinggi.

Selain daripada secara berterusan memberikan peruntukan untuk projek-projek kecil, membaiki infrastruktur dan Sabah di bawah inisiatif kemudahan rakyat. Sabah merupakan negeri penerima paling besar peruntukan ini by far, berbanding dengan negeri-negeri lain dengan harapan ketersalinghubungan yang lebih baik di peringkat kampung dan pedalaman itu akan membantu melicinkan lagi kegiatan ekonomi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semporna.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjelaskan tentang kemiskinan di negara dan juga khususnya di peringkat negeri Sabah. Saya amat setuju, sekiranya langkah-langkah untuk memperincikan secara mendalam masalah yang dihadapi berbeza di Semenanjung dengan di Sabah.

Handicap dia di antara major contributor tentang kemiskinan ialah pendidikan.

Long-term United Nations ada katakan ini merupakan salah satu kaedah yang boleh membantu umat untuk mengatasi masalah jangka panjang. Education, sekolah, sekolah menengah, home school.

Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang apa yang telah diutarakan, iaitu Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan bahawa kemiskinan tegar 100 peratus telah pun dicapai di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan. Saya ingin bertanya kaedah yang digunakan di tempat yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini, sama ada di-modified kaedah itu diguna pakai untuk bagaimana mengatasi. Kalaulah di Melaka, kalau di Negeri Sembilan, di Kuala Lumpur, tempat yang dah well-developed boleh diatasi dengan masalah ini.

Bagaimana pula di luar bandar contohnya di kawasan Beluran, di kawasan Tongod yang banyak kemiskinan ya? Sama ada kita gunakan kaedah yang berlainan seperti apa yang disebut pertanian tadi itu, kerana dahulu sewaktu saya Ketua Menteri, bagi tanah, bagi pertanian, pastikan mereka tapi tanam tumbuh-tumbuhan ataupun sayur- sayuran yang kualiti harga dia, pasaran permintaan tinggi, harganya juga tinggi. Ini antara kaedah sama ada pendekatan bagaimana Yang Berhormat Menteri untuk cuba mengatasi supaya kita boleh menoktahkan kemiskinan tegar, khususnya di lapan daerah yang termiskin negara kita ini. Minta kerjasama daripada Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Semporna. Kalau di tiga negeri tadi, di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka, kaedahnya adalah bercampur di antara tindakan menyediakan peluang ekonomi sama ada bantuan kewangan untuk berniaga ataupun banyaknya juga ialah peluang pekerjaan kepada anggota isi rumah, dicampur pula dengan pindahan-pindahan tunai. Baik daripada zakat, baik daripada bantuan sedia ada yang daripada STR, Jabatan Kebajikan dan sebagainya.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Pandangan saya untuk Semporna ialah dia lebih mudah dibuat di tempat-tempat yang lebih bandar. Memang betul, kerana peluang pekerjaan itu lebih banyak untuk diberikan kepada anggota-anggota isi rumah. Jadi, untuk kita mengeluarkan sesebuah keluarga daripada garis kemiskinan tegar iaitu pendapatannya itu sekitar RM2,000 ke atas campur semua. Dia lebih mudah untuk di tempat-tempat bandar. Sebab itu tumpuan kita sekarang, kalau di Sabah ialah untuk mewujudkan peluang pekerjaan tetapi melalui pertanian bersepadu.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Bukan kita bagi tanah dan bagi benih dekat dia, pandai-pandai dia. Kita susun keseluruhan projek itu seratus ekar, dua ratus ekar setiap satu tempat. Segala infrastruktur ditanggung oleh kerajaan, semuanya dibuat seperti kilang dan pembelinya itu dan kontrak belian semua telah disusun supaya mereka mendapat gaji sebenarnya. RM2,000, RM2,500 bergantung kepada yield tapak masing-masing. Kerana setiap seorang penerima itu akan dapat di antara setengah ekar ke satu ekar, tetapi semuanya itu akan dikawal melalui suatu proses.

Kalau di Sabah, oleh kerana jumlah isi rumah miskin tegar ini jauh lebih tinggi, kecuali kalau kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan yang khusus lebih tinggi baik melalui zakat ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain- lain. Kita tidak boleh bergantung semata-mata pada pindahan tunai, tetapi saya berharap apabila kita selesai dengan PADU dan kita telah petakan banyak tempat-tempat yang sebelum ini tercicir, itu akan membolehkan lebih banyak keluarga miskin tegar di Sabah dan di tempat-tempat lain yang sebelum ini tidak mendapat bantuan kerajaan akan mula mendapat bantuan kerajaan.

Bukan sahaja bantuan tunai tetapi program-program untuk anak-anak mereka contohnya program untuk TVET dan sebagainya. Sebab dia nak harap dia mendaftar, dia jauh. Dia payah. Kita kena cari dia dan mula tempatkan dia. Jadi peralihan itu saya berharap kepada Semporna dan sahabat-sahabat daripada Sabah, dalam tempoh dua tiga tahun daripada sekarang, kita boleh nampak misi kita untuk mengurangkan kemiskinan tegar, terutamanya di Sabah. Itu akan mula mendapatkan hasil yang lebih rancak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Maran.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Amat- di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soal Sabah, Maran tanya pula.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Miskin ni bukan Sabah sahaja. Terima kasih Menteri. Saya pernah terlibat dengan program-program basmi kemiskinan di daerah di luar bandar. Terdapat sebahagian daripada keluarga ataupun anak-anak yang lebih suka mak dia disenaraikan atau keluarga, ibu bapa disenaraikan dalam eKasih ataupun kemiskinan, kerana mereka boleh dapat peruntukan daripada kerajaan. Apa yang dicadangkan oleh Semporna tadi antara faktor yang boleh membantu.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah mereka ataupun ahli miskin tegar di bawah eKasih seperti ini yang telah dapat kita kenal pasti.

Sebab saya merujuk kepada apa yang statement yang dibuat oleh Perdana Menteri dahulu, masa bentangkan tak silap saya bajet 2023 tak silap saya, mengatakan bahawa pada tahun 2023 miskin tegar ini akan dinoktahkan. Maknanya tiada lagi. Hari ini kita masih berbicara tentang miskin tegar. Apakah statement itu hanya sekadar memberikan gula-gula atau memberikan semangat kepada rakyat ataupun orang miskin dan...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

Jangan berbahas.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Apakah sepertimana yang dikatakan kalau hari ini saya memerintah, besok minyak akan turun dan PTPTN akan

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

dihabiskan, dimansuhkan. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat, apakah, berapakah senarai jumlah kemiskinan? Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, ringkaskan jawapan.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ya. Mereka sambil saling menjawab Puan Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak peduli.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik. Konsep menoktahkan kemiskinan tegar ini diperhalusi di peringkat Kabinet dan dia mengambil pendekatan ekonomi. Menoktahkan kemiskinan atau miskin sifar ini bermakna, kalau kadar kemiskinan tegar yang dilaporkan setiap tahun itu sejumlah- contohnya untuk tahun 2022, 18,445 keluarga miskin tegar di seluruh negara dan ini adalah laporan rasmi negara kepada dunia, indikator ekonomi kita maka program kerajaan yang dipantau secara rasmi menunjukkan bahawa 18,445 keluarga itu, mana-mana keluarga dalam seluruh Malaysia telah dikeluarkan. Sudah tentu daripada satu tahun ke satu tahun oleh kerana garis kemiskinan tegar itu dia berubah dari satu tahun ke satu tahun.

Jadi, kita kena lihat kepada pelaporan rasmi berapa miskin tegar pada tahun itu dan itulah yang dijadikan sasaran oleh kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah itu setiap tahun, sebanyak itu. Kalau ada 20,000, 20,000 lah yang dikeluarkan. Kalau ada 40,000, 40,000 lah yang dikeluarkan. Bukannya bermakna sifar miskin tegar ataupun menoktahkan kemiskinan tegar ini maksudnya tidak ada miskin dalam sesebuah negara, kerana kemiskinan itu adalah relative. Kalau macam itu, tak payah ada kerajaan, tak payah ada zakat lah. Baik, saya nak jawab yang eKasih tadi kan. eKasih perlu dibersihkan dan dikemas kini daripada satu masa ke satu masa. Sebab itu, kerana kita memastikan bahawa semua data-data ini digabungkan di dalam PADU kerana kita semua sedia maklum apabila sesebuah keluarga itu masuk ke dalam eKasih dan disyaratkan untuk mendapat bantuan kerajaan mesti berada di dalam eKasih, ada keadaan yang dia sebenarnya tak nak keluar daripada eKasih.

Sebab itu angka tu buat ah macam mana pun angka tu kalau berdasarkan eKasih, dia tak turun. Jadi pembersihan demi pembersihan telah dibuat yang sewajarnya boleh dapat. Saya ingat ICU ada angka terkini. Setakat yang dimaklumkan pada saya dalam akhir tahun lepas, jumlah di dalam eKasih yang telah dibersihkan ialah sekitar 80,000 keluarga.

Itu pun sedang dalam proses pembersihan dan apabila PADU dikemas kini sepenuhnya dan kita telah petakan semua, kita akan ada maklumat yang lebih baik tentang jumlah sebenar yang berada di bawah miskin tegar selain daripada pelaporan rasmi sebanyak 0.2 peratus tadi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dr.

Hajah Halimah Ali, Kapar.

final • 11:00 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker.

Lompat-lompat si katak lompat, Hujan lagi melompat, Perancangan generasi masa depan perlu lah tepat, Soalan Kapar nombor empat.

final • 11:00 AM

4. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) sejauh manakah kejayaan kementerian mengurangkan kebergantungan remaja atau pelajar kepada rokok termasuk vape; dan

final • 11:00 AM

(b) sejauh manakah industri rokok menghalang hasrat kerajaan meminimumkan first smoke atau pendedahan rokok terawal di kalangan pelajar sekolah.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya tak ada pantun untuk pembuka jawapan saya. Puan Yang di-Pertua, KKM akan terus berusaha mengurangkan kebergantungan remaja ataupun pelajar kepada rokok termasuk vape. Oleh itu, sebagai contoh bagi tahun 2023, KKM telah mencapai beberapa perkara seperti berikut– Seramai 2,413,761 orang pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia telah disaring menerusi Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK). Daripada jumlah tersebut, seramai 374 pelajar yang didapati merokok telah diberikan intervensi berhenti merokok. Bagi pelajar sekolah menengah pula, seramai 1,540,035 orang pelajar telah disaring dan 38,010 orang yang didapati merokok telah diberikan intervensi berhenti merokok.

KKM telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berjaya memberi latihan kepada 141 guru kaunseling dan Guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang terlibat dengan tabiat merokok.

Bagi tahun 2023 juga, KKM telah berjaya melaksanakan sekurang-kurangnya 86 aktiviti promosi dan advokasi pencegahan merokok bersama pihak badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), IKRAM Health dan Yayasan Sukarelawan Siswa. Program kerjasama ini turut melibatkan sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan komuniti.

Puan Yang di-Pertua, kewujudan pelbagai produk merokok, terutama rokok elektronik atau vape yang dipromosikan secara berleluasa untuk menjejaskan usaha kerajaan untuk mengekang pendedahan rokok terawal ataupun first smoke yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kapar terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Namun, bagi mengekang perkara ini, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut.

Memperketatkan larangan penjualan rokok, produk rokok kepada golongan orang bawah umur (OBD) di bawah seksyen 13 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 ataupun Akta 852 yang baru diwartakan pada 2 Februari 2024, memperkukuhkan undang-undang terhadap larangan pengiklanan dan penjualan produk merokok termasuk produk merokok tiruan yang menyerupai mainan kanak-kanak melalui Akta 852.

Terakhir sekali, memastikan pematuhan terhadap Artikel 5.3 WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang menetapkan bahawa Malaysia sebagai negara anggota, perlu melaksanakan kawalan tembakau serta melindungi dasar tersebut dari kepentingan komersial dan kepentingan industri tembakau, berlandaskan undang- undang negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

final • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Timbalan Menteri. Terima kasih, Timbalan Speaker. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan. Daripada apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi, sejauh manakah keberkesanan program advokasi dan intervensi kerajaan yang disebut semua tadi, sehingga kini sebagai usaha membendung trend penggunaan rokok elektronik dan apakah perancangan kerajaan untuk menambah baik program kesedaran sedemikian?

Adakah kerajaan telah menjalani kajian komprehensif tentang pencetus tabiat merokok atau vape? The triggering factors atau pull factors yang akhirnya mengakibatkan ketagihan dan paling penting, apakah kerajaan mempunyai dasar dan political will untuk pasti bebas dari pengaruh industri rokok atau vape yang negatif ini. Mereka lobi, kerajaan kata no, we have got our goals. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kapar.

Berkenaan tentang perkembangan semasa berkenaan tentang apa-apa bentuk kajian, sememangnya pihak KKM sedang menjalankan kajian yang komprehensif dan juga pegawai-pegawai kami turut menyediakan data-data berkenaan tentang prevalence.

Memang menunjukkan bahawa data-data tersebut berlakunya peningkatan prevalence berkenaan tentang penggunaan vape terutamanya memandangkan vape ini dianggarkan satu produk yang semakin kuat dipromosikan oleh pihak industri.

Juga untuk makluman Yang Berhormat Kapar prevalence yang kami temui juga menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan penggemar vape ini di kalangan wanita.

Di mana kalau kita lihat penunjuk di bawah data 2017 prevalence adalah sebanyak 2.8 dan pada tahun 2022 prevalence menunjuk peningkatan sebanyak 6.2 peratus di kalangan penggemar vape.

Juga berkenaan tentang apakah langkah-langkah promosi yang dipergiatkan.

Kerajaan juga ketika ini sedang mencadangkan untuk mewujudkan pelan packaging untuk dikuatkuasakan sebagai standard penjualan produk-produk merokok dan juga spesifikasi vape, vape akan dikeluarkan oleh KKM. Apakah bentuk yang boleh dijual oleh pihak industri? Juga promosi-promosi akan bermula dengan kerjasama KPM melalui promosi- promosi awareness, dengan izin di peringkat awal pendidikan, sehingga kanak-kanak dapat menolak aktiviti merokok dan juga vape ini.

Bagaimana tekanan daripada pihak industri? Kita memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak. Kalau kita lihat pengalaman apabila kita membentangkan GEG berlakunya pertindihan pandangan apabila tekanan industri-industri memasuki Parlimen, industri berjumpa dengan Ahli-ahli Parlimen, ini mempengaruhi keputusan tersebut. Juga saya berharap agar sekiranya kita ingin benar-benar menolak tabiat merokok dan juga vape, haruslah bermula daripada Parlimen.

Saya mencadangkan agar Ahli-ahli Parlimen, Puan Yang di-Pertua supaya tidak mempraktiskan, mengamalkan hisap vape di premis-premis seperti Parlimen.

final • 11:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya menyokong.

[Ketawa] Menyokong.

final • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

final • 11:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Carilah tempat yang bersesuaian. Selain daripada itu saya mohon kita tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan memandangkan vape terkini adalah merupakan salah satu yang mudah menarik perhatian kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bandar Kuching.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bentong.

final • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Puan Speaker.

Baiklah, Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ada dua iaitu apakah mekanisme yang terbaik bagi meningkatkan pelaporan orang awam terhadap mana-mana individu yang dilihat merokok di kawasan larangan dan yang kedua ialah kalau kita lihat sebanyak 16,046 operasi di bawah PPKHD 2004, yakni Ops Tempat Makan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Manakala 1,568 operasi dijalankan tahun ini sejak Januari lepas. Berapakah jumlah notis keseluruhan yang telah dikeluarkan sehingga kini dan apakah keberkesanan operasi ini dalam mengurangkan jumlah mereka yang melanggar larangan merokok di tempat larangan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Bentong, data-data tersebut akan saya beri secara bertulis kerana ia memerlukan jawapan yang tepat dan juga spesifik. Ketika ini kita sedang menjalankan banyak sesi libat urus, 129 sesi libat urus bersama dengan NGO, PBT bagaimana untuk kita membentukkan satu dasar dan polisi penguatkuasaan yang bersesuaian.

final • 11:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Yang Berhormat Menteri baru-baru ini juga telah melakukan satu siri round table ataupun town hall bersama dengan pengusaha-pengusaha di Jalan Alor, di mana peniaga-peniaga memberikan pandangan apakah bentuk dan kaedah yang boleh KKM laksanakan bagi mengekang merokok di kawasan-kawasan terbuka dan juga designated area yang bersesuaian yang dicadangkan oleh pihak pengusaha-pengusaha.

Itu adalah salah satu langkah dan juga berkenaan tentang berapa banyak penguatkuasaan yang dilakukan, kita akan melakukan penguatkuasaan sekerap mungkin dan juga kerjasama dengan pihak PBT agar pihak PBT juga membantu bagaimana untuk kita mengekangkan penyalahgunaan rokok di kawasan terbuka sehingga menjejaskan kesihatan umum. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh tambah satu soalan, isu spesifik.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien.

final • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

final • 11:10 AM

5. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan berapakah jumlah sasaran pelancong luar negara untuk berkunjung ke dalam negara Malaysia, jumlah pendapatan disasarkan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta tindakan dan strategi kementerian dalam menjayakan kempen tersebut.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Yang di-Pertua, bersempena dengan kempen Melawat Malaysia

(VM2026), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan ketibaan seramai 35.6 juta orang pelancong dengan sasaran pendapatan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion bagi tahun 2026.

Dalam usaha mencapai sasaran tersebut dan memperkasakan industri pelancongan, kadar persediaan VM2026 MOTAC melalui agensi secara proaktif mempergiat aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran pelancongan melalui pendekatan seperti berikut.

Pertama, memperkasakan penjenamaan Malaysia Truly Asia dan Cuti-cuti Malaysia selari dengan objektif dan strategi Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 dan Pelan Strategik dan Pemasaran Tourism Malaysia 2022-2026.

Kedua, memanfaat kemudahan tanpa visa yang disediakan oleh kerajaan dengan mempergiatkan usaha menarik lebih ramai pelancong asing, khususnya daripada pasaran China dan India.

Ketiga, mempertingkatkan aktiviti promosi dan pemasaran pelancongan melalui joint promotion, roadshow dan misi galakan pelancongan, pameran pelancongan, seminar serta aktiviti-aktiviti public relations di pasaran antarabangsa.

Keempat, memfokuskan kepada pasaran-pasaran sasaran utama yang menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong asing seperti negara-negara ASEAN, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur untuk pulangan pelaburan yang pantas.

Kelima, mempromosikan produk kebudayaan, kesenian dan warisan sebagai produk pelancongan utama melalui jalinan kerjasama Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Jabatan Warisan Negara (JWN), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Istana Budaya.

Di samping itu, saya juga menyeru kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menaik taraf dan menyenggara kemudahan di kawasan-kawasan pelancongan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan para pelancong. Ini termasuklah meningkatkan lagi aspek kebersihan dan keceriaan di bandar-bandar utama yang menjadi tumpuan para pelancong di seluruh negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Julau.

final • 11:10 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Timbalan Menteri. China menduduki tempat kedua di dunia untuk pelancongan dan sumbangan pelancongan kepada KDNK pada tahun 2022 dan pertama di dunia untuk pelancongan dan sumbangan pelancongan kepada pekerjaan. Bagaimanapun dalam beberapa bulan kebelakangan ini, jumlah pelancong China ke luar negara telah menurun. Jadi, soalan saya adalah, adakah ia akan menjejaskan unjuran VM2026 dan bagaimanakah kementerian mempromosikan Malaysia ke pasaran baharu dengan dalam more details dan jika ya, di mana? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Julau.

Soalan yang dilontarkan adalah berkenaan dengan sasaran terutamanya daripada pelancong negeri China sempena dengan Visit Malaysia Year 2026. Itu soalan yang pertama dan keduanya, apakah juga strategi berkaitan dengan pasaran-pasaran yang lain selain daripada negara China.

Untuk makluman Yang Berhormat Julau, pada tahun lalu 2023 hampir 1.9 juta pelancong China yang telah masuk ke negara kita. Kalau dibandingkan sebelum COVID- 19 iaitu pada tahun 2019, jumlah pelancong China yang masuk ke negara kita hampir 3.5 atau 8. Saya tidak pasti angka yang tepat tetapi jumlahnya lebih kurang begitulah.

Kita tahu untuk kita mendapatkan lebih ramai pelancong-pelancong China masuk ke negara kita, ia memerlukan banyak strategi dan juga perancangan. Pertama adalah kemudahsampaian ataupun connectivity dari sudut penerbangan itu sendiri. Kedua juga bagaimana kita mahu memposisikan Malaysia di mata pelancong-pelancong negara China.

Saya yakin dengan kerjasama ataupun pelan yang telah dirancang dengan rapi oleh Menteri kita dan juga agensi kerajaan di bawah Kementerian MOTAC iaitu Tourism Malaysia, pastinya sasaran untuk kita mencapai ataupun market yang kita mahu dapatkan daripada negara China sempena dengan VMY tidak saya lihat ada satu rintangan yang besar. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lumut.

final • 11:20 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya. Saya difahamkan bahawa Sekretariat Tahun Melawat Malaysia sudah ditubuhkan. Berapakah jumlah anggotanya? Adakah ia mencukupi serta berapakah bajet yang diperuntukkan kepada sekretariat khususnya bagi promosi Tahun Melawat Malaysia ini bagi memastikan misi Tahun Melawat Malaysia ini tercapai dengan jayanya.

final • 11:20 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Lumut.

Walaupun soalan ada lari sikit tapi saya hormat dengan Yang Berhormat Lumut. Saya jawab sikitlah. Sekretariat sebenarnya belum lagi diwujudkan. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan wujudkan. Perbelanjaan untuk sekretariat dalam tempoh tiga tahun adalah hampir RM7 juta. The manpower yang diperlukan hampir 30 staffing.

Perancangan yang kita lakukan untuk Visit Malaysia Year 2026 seperti yang saya terangkan sebentar tadi, banyak lagi sebenarnya perkara yang kita mahu lakukan. Kalau saya bahas di Parlimen ini mungkin saya perlu sehari suntuk. Jadi, baik saya pendekkan dan kita akan bagi jawapan bertulis tapi yakinlah di pihak kementerian, kita akan pastikan Visit Malaysia Year 2026 adalah satu pengalaman yang paling luar biasa di mana-mana dunia pernah rasa.

[Tepuk] Jadi, saya harap selepas ini bagilah sokongan penuh kepada Yang Berhormat Menteri supaya kita sama-sama boleh merancakkan industri pelancongan. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dari Tangga Batu ke Kota Kinabalu, Singgah mengopi di Inanam Ladang hutan bukanlah perkara baru, Mohon Timbalan Menteri Jawab soalan nombor enam.

final • 11:20 AM

6. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan:

(a) berapa banyak pembiayaan yang telah dikeluarkan dan berapa syarikat atau pengusaha yang terlibat dan jenis tanaman yang diusahakan serta keluasannya di bawah Projek Forest Plantation; dan

(b) kejayaan serta pembayaran balik pinjaman.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin

Ya, Tuan Yang di-Pertua, okey saya mohon maaf. Saya tidak ada pantun boleh balas. Okey, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui anak syarikat milik penuh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) iaitu Forest Plantation Development Sdn.

Bhd. (FPDSB) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) melalui pembiayaan pinjaman mudah, soft loan kepada syarikat-syarikat swasta, koperasi dan agensi kerajaan yang berkelayakan.

PPLH merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan ladang hutan bagi memastikan pengeluaran bekalan bahan mentah yang berkualiti dan berterusan kepada industri perkayuan negara serta mengurangkan tekanan kepada pengeluaran sumber hutan semula jadi dan import.

Pelaksanaan PPLH 1.0 yang bermula pada tahun 2007 dilaksanakan dengan tempoh pinjaman selama 20 tahun di mana 15 tahun adalah tempoh grace period.

Manakala lima tahun yang seterusnya adalah tempoh bayaran balik pinjaman. Ini bermakna, peminjam-peminjam hanya mula membuat bayaran balik pinjaman pada tahun 2022 kecuali mereka yang membuat bayaran awal. Manakala untuk PPLH 2.0, ia bermula pada tahun 2021.

Sehingga 31 Disember 2023, pembiayaan PPLH merangkumi 1.0 dan juga 2.0, berjumlah RM1.024 bilion telah diluluskan. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 108 perjanjian pinjaman PPLH yang meliputi 91 syarikat dan agensi kerajaan yang telah diluluskan pinjaman yang untuk membangunkan kawasan tanaman ladang hutan yang seluas 144,076.54 hektar. Sehingga kini, sebanyak RM834,582,029.48 nilai pinjaman telah disalurkan berdasarkan kepada keluasan penanaman yang dilaksanakan. Pinjaman kepada syarikat disalurkan secara berperingkat berdasarkan tuntutan syarikat yang meminjam ini.

Sebanyak 11 spesies telah diluluskan di bawah PPLH iaitu Getah, Acacia, Laran, Batai, Khaya, Eucalyptus dan Paulownia, Binuang, Sentang, Jati dan buluh. Untuk makluman, spesies utama yang telah diluluskan di bawah PPLH adalah getah timber latex clone iaitu sebanyak 86,686.97 hektar sementara baki adalah penanaman spesies ladang hutan lain seperti Acacia, Laran, Batai, Khaya, Binuang dan Eucalyptus yang meliputi 57,389.57 hektar. Terdapat tiga kaedah pembayaran balik pinjaman PPLH. Sedikit lagi.

Iaitu menerusi hasil lateks, hasil tebangan awal dan hasil kutipan balik pinjaman.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak RM41.2 juta telah berjaya dikutip daripada 23 peminjam PPLH iaitu 20.5 juta daripada hasil lateks, RM12.8 juta daripada hasil tebangan awal dan RM7.9 juta daripada hasil kutipan balik. Hasil lateks telah dapat dikutip mulai tahun 2015 dan menyumbang kutipan yang terbesar bagi kutipan PPLH ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin

Selain itu, satu syarikat peminjam PPLH juga telah berjaya menyelesaikan keseluruhan pinjaman dalam tempoh penangguhan, grace period, membuat bayaran balik menerusi hasil lateks. Unjuran kutipan bayaran balik pinjaman untuk tiga tahun yang akan datang ini adalah seperti berikut, 2024 RM24.6 juta, tahun 2025 RM33.9 juta dan tahun 2026 RM65.8 juta. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tangga Batu.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dari pinjaman RM800 juta itu saya lihat yang baru dibayar balik saya rasa di bawah RM100 juta. Tapi apa yang saya bangkitkan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut getah salah satu daripada tanaman di bawah Projek Forest Plantation.

Saya lihat, saya pernah ke Sabah banyak kali ya. Saya melihat ada satu syarikat yang dia tanam jati tidak success sebab jati Tectona, Tectona grandis, jati. Kemudian dia juga tanam swietenia macrophylla juga saya lihat tidak success dan mereka tanam latex timber clone seluas 14,000 hektar, hari ini mereka stuck, tidak boleh nak bayar pinjaman dan sebagainya kerana saya melihat bahawa pertama, industri getah hari ini malap.

Kedua, kita tidak punya penoreh untuk toreh getah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sebentar dan yang ketiga saya lihat kerajaan tidak ada menyediakan downstream activity untuk bantu mereka, bagaimana kayu getah ini boleh diekstrak untuk dijual.

Jadi mohon Menteri, apakah tindakan jangka pendek, jangka panjang bagi menyelesaikan masalah ini supaya hutang-hutang ini dapat dikembalikan kepada kerajaan? Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya, yang pertama sekali saya ingin untuk menekankan bahawa kutipan yang setakat ini kita harus bersyukur kerana kita cuma mulai kutipan itu pada tahun 2022. So, setakat ini sebanyak RM41.2 juta kita telah mulai kutip dan kita pun ada unjuran untuk tahun-tahun yang kemudian.

Cuma untuk isu getah ini, kita lihat sebenarnya program PPLH ini ia bertujuan, dia tanam pokok selepas itu pokok itu ditebang. Ia bukan nak tanam pokok itu selepas itu untuk hasilkan lateks untuk satu tujuan spesifiknya kerana ini dia lebih kepada ladang hutan.

final • 11:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

So, selain daripada getah, kita juga ada 10 spesies yang lain yang untuk spesies hutan ini. So, ini bukan sesuatu yang khusus untuk lateks. Cuma lateks ia merupakan salah satu byproduct apabila ada tanaman rubber wood dan kerajaan melalui kementerian dan juga LGM, kita akan memantau isu-isu yang YB telah bangkitkan tadi. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Piai.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya melihat buluh, projek buluh hingga setakat ini di mana projek-projek telah digalakkan oleh kementerian? Saya tahu ada sambutan. Buluh ini berpotensi tetapi kurang dapat bantuan, terutama daripada pengusaha yang ingin mengusahakan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, apakah langkah-langkah kementerian? Bagaimana untuk menambah baik ataupun membolehkan pengusaha-pengusaha buluh ini dapat diberi bantuan yang sewajarnya?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya. Untuk makluman Tanjong Piai, buluh ini pun dikira salah satu jenis daripada pokok yang kita nak menggalakkan untuk buat penanaman.

final • 11:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Untuk penanaman buluh ini, sebenarnya kita boleh dapat pinjaman mudah di bawah PPLH ini dengan RM10,000 untuk satu hektar. Kita diberikan untuk syarikat. Namun demikian, masih belum ada lagi sebarang permohonan pinjaman untuk penanaman buluh di bawah PPLH. So, bukan maksudnya kita tak ada, kita ada cuma setakat ini tak ada orang yang memohon. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.

final • 11:30 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Bandar Tenggara Timur Pengeli ke Makam Tujuh, Soalan saya hari ini nombor tujuh.

final • 11:30 AM

7. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapa jumlah projek Kerajaan Persekutuan dan negeri yang dikendalikan oleh KKR mahupun JKR pada tahun 2023 dan 2024 serta nyatakan nilainya dan berapa projek yang berjaya diselesaikan mengikut jadual dan berapa yang sakit bagi tahun 2022 dan 2023.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:30 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tenggara, pada tahun 2023, Jabatan Kerja Raya telah menerima peruntukan sebanyak RM9.553 bilion daripada kementerian atau agensi pelanggan yang telah membelanja dan telah membelanjakan sebanyak 99.96 peratus iaitu bersamaan dengan RM9.549 bilion sehingga 31 Disember 2023, tahun lalu.

Sebanyak 2,118 projek fizikal pembinaan dan 9,349 jumlah kerja fizikal penyelenggaraan dilaksanakan oleh KKR ataupun JKR. Bilangan dan kos yang dinyatakan ini adalah bagi projek Kerajaan Persekutuan sahaja. Penglibatan KKR tidak merangkumi peruntukan kerajaan negeri.

Data sehingga 15 Februari 2024 baru-baru ini, bagi projek RP4 yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2024 adalah sebanyak 475 bilangan projek fizikal pembinaan baru dengan kos sebanyak RM18 bilion. Selain itu, terdapat juga baki projek sambungan iaitu sebanyak 1,340 dengan kos berjumlah RM60.38 bilion bagi projek fizikal pembinaan. Manakala terdapat 26 jumlah kerja fizikal penyelenggaraan sambungan akan dilaksanakan pada tahun ini dengan kos berjumlah RM45.24 juta.

Pada tahun 2023, sebanyak 182 projek telah berjaya disiapkan dengan nilai kos berjumlah RM4.63 bilion dan pada tahun 2024 pula, sehingga 15 Februari 2024, sebanyak 16 projek telah berjaya disiapkan dengan nilai kos berjumlah RM91 juta.

Pada tahun 2022, sebanyak 26 projek bersamaan 3.8 peratus daripada 686 projek fasa pembinaan dikategorikan sebagai projek sakit.

Manakala bagi tahun 2023, sebanyak 21 projek daripada 730 projek fasa pembinaan iaitu bersamaan dengan 2.8 peratus dikategorikan sebagai projek sakit. Dapat disimpulkan di sini, terdapat penurunan peratusan projek sakit yang dilaksanakan oleh KKR dan JKR. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tenggara.

final • 11:30 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, bilakah jangkaan projek pembinaan baharu jalan menghubungkan Kampung Rantau Panjang dan Bandar Petri Jaya sepanjang lima kilometer yang telah diluluskan dalam RP4 RMK12, dimaklumkan tadi ada 475 projek fizikal bernilai RM18 bilion untuk RP4 2024. Jadi, Tenggara ingin bertanyalah berkaitan dengan status projek jalan ini kerana terdapat keperluan mendesak dan harap dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dalam Parlimen Tenggara.

Saya juga ambil kesempatan ucap terima kasih sekali lagi lah Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri datang ketika banjir monsun melihat projek jalan-jalan yang rosak ketika itu. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, ini projek yang tepat tetapi saya boleh jangka tadi sebab ini projek di bawah kawasan Parlimen Yang Berhormat. Projek yang disebut sebagai yang lima kilometer itu iaitu projek pembinaan jalan yang menghubungkan Kampung Rantau Panjang ke persimpangan Bandar Petri Jaya, bukan Putrajaya.

Petri Jaya mukim Hulu Selangor ya? Eh Hulu Sungai Johor, minta maaf. Daerah Kota Tinggi, Johor. Ini merupakan projek jalan luar bandar di bawah Kementerian Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). JKR hanya sebagai selaku jabatan melaksana, jabatan teknikal yang telah dilantik sebagai melaksanakan projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP4) dengan kos RM50 juta.

Jadi Yang Berhormat, pembinaan sejauh lima kilometer ini dapat memanfaatkan 5,000 penduduklah di tiga buah penempatan utama iaitu Kampung Rantau Panjang, Felda Bukit Ramun dan Felda Bukit Besar dengan meningkatkan accessibility dan memendekkan masa perjalanan selama 25 minit ke 30 minitlah saya difahamkan ke Bandar Kota Tinggi. Jadi, selain daripada itu, pembinaan jalan ini juga dapat menyambung ke jalan sedia ada dan telah dibina oleh pihak KKDW sebelum ini, yang terdahulunya.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, projek ini Tuan Yang di-Pertua, telah dilaksanakan bagi projek ini adalah secara konvensional di mana pihak JKR akan melantik pihak perunding terlebih dahulu, perunding kejuruteraan awam dan struktur bagi melaksanakan kerja di peringkat reka bentuk. Ini terlebih dahulu, ia kerja awalan dan pada masa ini Yang Berhormat, JKR dalam proses melaksanakan kerja-kerja awalan dan pelantikan perunding dijangka selesai dalam bulan Ogos tahun 2024 ini.

Jadi selepas lantikan perunding itu, kerja reka bentuk dilaksanakan dan pihak perunding akan dilantik sehingga siap dan sedia akan ditender kemudiannya. Di masa yang sama, kerja-kerja pengambilan balik tanah akan dilaksanakan oleh kementerian pelanggan iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Jadi, saya difahamkan iklan tender bagi projek ini dijangka akan dibuat dalam tahun ini, eh tahun depan. Minta maaf. Tahun depan, tahun 2025 sebab pengambilan tanah ini lama masanya dan kerja pembinaan dijangka bermula pada penghujung tahun 2025. Jadi Yang Berhormat Tenggara, ini sedikit maklumanlah. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Jawapan yang panjang tetapi tepat. Silakan Kulim.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan untuk soalan 7, berkaitan dengan projek sakit, Yang Berhormat. Contohnya, di kawasan saya contoh projek sakit di jambatan Seksyen 42/43 yang mana pada dua tahun lepas, projek ini di Seksyen 42/43 ini adalah projek sakit dan akhirnya ditender semula. Akhirnya sekarang ini dibuat oleh kontraktor.

Soalan saya, pada kebiasaannya pemilihan kontraktor ini adalah faktor utama mungkin pihak kerajaan ataupun kementerian melihat daripada kemampuan kewangan kontraktor tersebut.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tetapi, apabila kita meninjau projek sakit di seksyen 42/43 ini adalah berpunca daripada faktor kewangan dan akhirnya kontraktor lari dan ditender semula.

Isunya sekarang, Yang Berhormat, adakah pemilihan kontraktor yang akhirnya menyebabkan projek itu sakit dan kontraktor yang dipilih tidak mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh tetapi dipilih juga untuk mengendalikan projek tersebut? Soalan saya juga― maaf, bukan menuduh tetapi nak pencerahan. Adakah kadangkala pemilihan kontraktor ini datang untuk ada kuota-kuota tertentu mungkin daripada politik untuk kita bagi juga kontraktor ini walaupun dari segi kemampuannya dia tidak mampu? Dan adakah kontraktor yang membuat projek sakit ini akhirnya disenaraihitamkan? Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 11:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih. Yang Berhormat yang telah menyatakan projek secara spesifik, saya tak tahu di mana, tetapi saya akan semak dengan pegawai projek itu. Sebab, disebut secara spesifik lokasinya.

Jadi, dalam segi erti yang dibangkitkan pemilihan ataupun penawaran kepada kontraktor yang berjaya mendapat kontrak ini, memang ada standard operating procedure

(SOP) sebagaimana garis panduan bagaimana memilih kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek itu. Jadi, memang kita berpegang kepada apa yang sedia ada. Yang kita nak elakkan ialah kalau kita tahu syarikat itu sekiranya lemah dari segi kewangan.

Sebab, memang satu puncanya, Tuan Yang di-Pertua, projek-projek ini banyak dia lewat jadual siap dan sebagainya kerana satu punca besarnya adalah kemampuan dari segi kewangan syarikat-syarikat tersebut ataupun syarikat-syarikat yang terlibat. Kita tidak menafikan itu.

Jadi, yang satu tadi, pemilihan itu, kita tidaklah menggunakan politik atau apa untuk memilih syarikat. Kalau saya tahu, saya memang laranglah. Saya pun sudah bagi tahu semalam, kita ada perhimpunan bulanan. Sebelum itu pun saya tegaskan kepada JKR, kita tidaklah sepatutnya membuat sesuatu yang tidak patut kita buat iaitu buat pilihan kontraktor itu berdasarkan kepada politik ataupun favoritism dan sebagainya.

Selalunya kita difahamkan memang ada, kalau projek itu kecil, untuk G1 ke G4, dia ada giliran mencabut undi dan sebagainya. Jadi, itu terpulang kepada merekalah.

Kalau dia cabut nasib dia baik, dia dapat. Tetapi, semestinya mereka ini sudah dalam boleh dikatakan syarikat-syarikat yang berkemampuan dan sebab itu didaftar di CIDB dan sebagainya.

Tetapi, ia tidak menafikan kalau ada berlakunya, Yang Berhormat, kerana kita ini manusia. Di peringkat mana-mana pun, di peringkat daerah― saya tidak menuduh.

Saya sangat-sangat menghargai sekaranglah JD-JD kita dan JJ kita. Mereka ini sekarang sudah bersemangat sangat. Dua minggu lepas, saya panggil semua dia datang ke pejabat kita buat libat urus sebab kita perkasakan mereka dengan peruntukan. Tahun 2023― sebelum itu tak ada.

Tahun 2023, saya bagi RM100,000 supaya mereka dapat kerja dengan segera untuk kerja-kerja yang perlu disegerakan. Tahun ini, terima kasih kepada Kementerian Kewangan, kita mampu bagi dia orang― sekarang kita dah turun pun― RM200,000 untuk JD dan JJ, iaitu jurutera jajahan dan jurutera daerah, supaya mereka tanpa menunggu mengambil masa mendapat kelulusan daripada ibu pejabat, mereka sudah ada.

Ini satu penambahbaikan yang saya buat untuk kita memperkasakan mereka.

Dengan itu juga, saya mohon kerjasama daripada mereka buatlah kerja dengan integriti yang sepenuhnya.

Jadi, terima kasih. Kalau ada mana Yang Berhormat tahu kejadian begitu, lapor kepada saya. Saya amat mengalu-alukan. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat, disenaraihitamkan tidak?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput...

final • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kontraktor disenaraihitamkan?

final • 11:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey, senarai hitam, memang ada senarai hitam. Dalam sistem kita memang ada mana-mana kontrak yang tidak berprestasi, ada senarai hitamnya. Okey. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Datuk Ali anak Biju, Saratok.

final • 11:40 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.

final • 11:40 AM

8. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan status terkini kerja fizikal penyambungan bekalan air terawat ke kawasan Ulu Roban, Mudong Ibus, Brayang dan Ulu Sebetan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Saratok atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, penyambungan bekalan air terawat di kawasan Ulu Roban akan dilaksanakan di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Ulu Roban, Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Status terkini projek adalah di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding yang dilantik. Projek ini dijangka memberi manfaat kepada 146 pintu di kawasan Ulu Roban.

Manakala penyambungan bekalan air terawat ke kawasan Mudong Ibus, Brayang dan juga Ulu Sebetan pula telah diluluskan di bawah Kajian Separuh Penggal RMKe-12 2023 yang akan dilaksanakan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak. Status pelaksanaan projek berkenaan adalah di peringkat lantikan perunding.

Terima kasih, Tan Sri di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Saratok.

final • 11:40 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan dan kita pun mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana mengambil alih sebahagian besar daripada projek bekalan air luar bandar yang belum disiapkan di kawasan Saratok.

Pada masa itu, pihak Kementerian KKW sudah menyiapkan dua projek bekalan air bawah tanah di Rumah Panjang Brayang, Ulu Roban dan Rumah Panjang Stanley Tiban di Mudong. Kedua-dua projek ini amat berjaya di mana penghuni rumah panjang tersebut menyambut baik pelaksanaannya. Mereka mengatakan air bawah tanah ini sangat bersih, tidak berbau dan dianggap sebagai air mineral sejati. Kuantiti air pun amat mencukupi.

Soalan saya ialah adakah pihak kementerian bercadang untuk meluaskan lagi pembangunan sistem air bersih bawah tanah ke tempat lain yang terpencil seperti yang telah dilaksanakan di kedua-dua rumah panjang tersebut dengan jayanya dan kosnya pun jauh lebih rendah? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Saratok atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, KKW sebenarnya bersedia untuk melaksanakan ataupun memberi kelulusan projek-projek berkaitan bekalan air bawah tanah tadi di mana-mana berdasarkan permohonan dan juga keutamaan kerajaan negeri. Setakat ini, kita tidak ada menerima permohonan-permohonan berkaitan dengan program seperti ini.

Cuma, untuk makluman Yang Berhormat, KKW sebenarnya memfokuskan, kalau boleh, kita cuba nak menyediakan bekalan air terawat yang biasa itu kepada semua penduduk luar bandar. Itu fokus kita. Tetapi, jika lokaliti kawasan yang agak terpinggir, kaedah-kaedah alternatif seperti ini akan diambil kira sebagai penyelesaian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

final • 11:40 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada soalan yang agak spesifik kepada kawasan Parlimen Betong dan sekiranya tiada jawapan yang spesifik, boleh dijawab secara bertulis.

Ada keperluan mendesak bagi projek sambungan bekalan air bersih luar bandar.

Ada dua permohonan yang telah dimajukan kepada KKDW. Yang pertama ialah projek sambungan bekalan air bersih kepada Kampung Tanjung Assam, Daerah Betong dan

final • 11:40 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

kedua ialah projek sambungan bekalan air bersih ke Kampung Melayu Ban, Jalan Tanjung Assam, Daerah Betong juga. Soalan saya, bilakah agak-agaknya kementerian dapat meluluskan projeknya dan berapakah anggaran kos dan skop projek? Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Yang Berhormat Betong, berkaitan dengan soalan tambahan tadi, memandangkan soalan ini spesifik Tan Sri Yang di-Pertua, saya tiada maklumat berkaitan dengan permohonan kedua-dua projek ini. Namun, secara keseluruhannya dapat saya rumuskan bahawa segala permohonan projek bekalan air, bekalan elektrik, jalan luar bandar, jambatan luar bandar dan sebagainya akan diluluskan berdasarkan keutamaan kerajaan negeri. Jadi, untuk kedua-dua projek ini saya akan periksa dulu sama ada ia dalam senarai keutamaan negeri ataupun dikemukakan terus kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Datuk Wetrom bin Bahanda, Kota Marudu.

final • 11:50 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.

final • 11:50 AM

9. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah pihak kementerian mempunyai pelan jangka panjang dan pelan jangka pendek membantu mempertingkatkan hasil tanaman kontan di kawasan Kota Marudu. Fasiliti asas seperti tali air yang tidak dibaik pulih dan diselenggara antara lain menyukarkan petani-petani dan menyebabkan tanah tidak dapat diusahakan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Menteri.

final • 11:50 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tuan Yang di-Pertua, kementerian melihat Daerah Kota Marudu adalah daerah yang berpotensi untuk dibangunkan dengan tanaman kontan seperti jagung manis.

Pada tahun 2021 sehingga 2023, seluas 19 ekar tanaman jagung manis telah dibangunkan di kawasan Kota Marudu di bawah kendalian Jabatan Pertanian Sabah.

Pada tahun 2024, Kota Marudu telah disasarkan dengan penambahan tanaman jagung seluas dua hektar dan sayuran enam hektar. Penambahan kawasan baharu tanaman ini merupakan strategi jangka pendek yang sedang dilaksanakan.

Bagi strategi jangka panjang pula, seluas 15.3 hektar sebagai tanaman kontan di Daerah Marudu- di Kota Marudu sedang dibimbing ke arah pensijilan myGAP. Melalui persijilan myGAP ini, petani dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti hasil ladang dan memasarkan hasil ladang dengan harga yang lebih tinggi.

Berhubung fasiliti asas seperti tali air, Jabatan Pengairan Negeri Sabah memfokuskan pengairan tanaman padi berbanding tanaman kontan. JPS akan melaksanakan Projek Rancangan Skim Pengairan Marudu yang mengandungi kerja-kerja membaik pulih empangan, menaik taraf tali air serta kerja lain berkaitan dengan kos RM5.86 juta, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kota Marudu.

final • 11:50 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ramai rakyat kita yang ingin mengusahakan tanaman kontan kerana ia mengeluarkan hasil yang pendek, jangka masa yang pendek. Adakah pihak kementerian mempunyai peruntukan khas untuk membantu petani-petani kita yang berminat untuk tanaman kontan ini? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Didahului dengan permohonan dan bila ada permohonan, kita akan pertimbangkan. Sekarang ini di Kota Marudu, daripada permohonan secara umum, ada. Secara individu, kita akan tapis dari semasa ke semasa.

Kita mendapat kerjasama penuh dengan Pengarah Pertanian Sabah untuk membangunkan Marudu ini, itu jawapan saya. Saya ucapkan selamat menunaikan umrah kepada Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Temerloh.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Tan Sri Speaker. Kita nak berfokus kepada tanaman kontan, di mana tanaman kontan ini kita tahu ia mengambil masa yang sangat singkat. Jadi, apakah usaha-usaha penambahbaikan kementerian terhadap projek tanaman kontan B40 yang dilaksanakan sebelum ini, terutama untuk mengimbangi harga sayuran yang semakin meningkat? Berapakah dana yang diperuntukkan dan berapakah peserta yang terlibat serta sejauh mana agaknya tanah-tanah terbiar dapat dimanfaatkan? Itu yang pertama.

Yang kedua, saya kira sudah tiba masanya kita melihat pendekatan terbaik untuk golongan Asli yang kita boleh manfaatkan untuk tanaman kontan. Jadi, adakah perkara ini diambil kira untuk memperkasakan tanaman kontan di kalangan warga Orang Asal kerana ia sangat sesuai dengan demografi, budaya dan juga cara hidup.

Begitu juga saya ingin tanya, sejauh mana agaknya usaha-usaha untuk memperkasakan tanaman kontan di kalangan warga kota yang kita boleh manfaatkan, khususnya untuk tanaman agroponik? Sebab kita macam tertumpu pada kawasan- kawasan tertentu kerana kita menghadapi masalah sayuran yang sangat mahal.

Seterusnya, adakah kementerian sedia menyuntik...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, banyak itu.

final • 11:50 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang terakhir. Menyuntik lebih banyak dana untuk tanaman kontan berskala kecil dan sederhana dan mengurangkan birokrasi untuk membantu rakyat kita di bawah sana, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Nak soal panjang lagi pun boleh. Bila pemikiran saya hal Marudu, dia mesti sangkut dengan hal Marudu itu. Jadi, soalan Temerloh itu saya akan jawab secara bertulis.

final • 11:50 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Speaker, satu lagi soalan. Pasir Salak.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:50 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Baik. Terima kasih Yang Berhormat

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Satu ya? Satu? Bukan empat.

final • 11:50 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Satu.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:50 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan tali air ke sawah padi. Hari ini saya dapat aduan daripada penduduk. “Assalamualaikum YB, saya dari pesawah Parit 6 Sungai Manik. Air tidak dapat masuk ke sawah”. Jadi, kita nak minta penjelasan sebab saya sudah ajukan dalam perbahasan saya sebelum ini tentang air tidak masuk ke sawah di Parit 1, 2, 3, 4, 5, 6 di Sungai Manik sehingga 8. Terima kasih, minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Parit.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Pasir Salak.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pasir Salak, saya akan mengarahkan pegawai check dan beri jawapan segera kepada Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.

final • 11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Dato’ Speaker.

Pagi tadi perkena dua biji telur, Soalan saya soalan nombor sepuluh.

final • 11:50 AM

10. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji had umur bagi kelayakan manfaat pencarum PERKESO yang kini terhad sehingga 60 tahun dinaikkan kepada had umur yang lebih lanjut, contohnya kepada 70 tahun.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

‘Telur’ dengan nombor ‘sepuluh’ itu jauh sangat.

[Ketawa] Bolehlah, jawablah. Telur pun telurlah.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya- Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya perkena dua biji telur juga pagi tadi.

[Ketawa] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui PERKESO, dari semasa ke semasa sentiasa melaksanakan penambahbaikan dalam memastikan ekosistem keselamatan sosial negara dapat dipertingkatkan dan sentiasa kekal relevan.

Had umur bagi kelayakan manfaat pencarum PERKESO untuk Pencen Ilat dan Pencen Penakat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), masih kekal sehingga hari ini iaitu 60 tahun. Untuk makluman Dewan yang mulia, pindaan had umur kelayakan daripada 55 tahun kepada 60 tahun telah pun dilaksanakan oleh PERKESO mulai 2013 selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Berdasarkan statistik PERKESO, jumlah keseluruhan pencarum aktif di bawah Akta 4, yang berumur 60 tahun ke atas pada 1 Januari sehingga 13 Februari 2024 adalah seramai 183,992 orang.

Untuk makluman Dewan yang mulia, PERKESO dengan kerjasama International Labour Organization (ILO) telah menjalankan kajian penilaian actuary setiap lima tahun.

Kajian ini akan mengkaji penyelarasan faedah-faedah PERKESO dengan mengambil kira kos sara hidup dan kadar inflasi semasa serta kemampuan dana PERKESO. Di samping itu, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO telah melaksanakan pelarasan kos sara hidup bagi semua penerima faedah berkala dan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan PERKESO berkuat kuasa 1 Januari 2023 yang lalu.

Pelaksanaan kedua-dua inisiatif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

(Akta 4) ini memberi manfaat kepada lebih 456,000 penerima faedah PERKESO di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Kadar penyelarasan kos sara hidup bagi penerimaan faedah berkala PERKESO yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 adalah antara 0.7 peratus sehingga 9.4 peratus mengikut tarikh terakru tahun pencen diterima.

Kedua-dua langkah tersebut melibatkan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM234 juta. Pelaksanaan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan ditingkatkan daripada kadar sedia ada iaitu sebanyak RM475 sebulan kepada RM550 sebulan.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Peningkatan kadar pencen minimum ini akan memanfaatkan kira-kira 56,000 orang penerima faedah dan melibatkan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM21 juta.

Adalah menjadi harapan PERKESO agar kedua-dua inisiatif ini akan dapat meringankan beban kewangan, meningkatkan kesejahteraan dan memenuhi keperluan sosial ekonomi penerima-penerima faedah PERKESO. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Kuantan.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, kalau kita melihat kepada jawapan itu, kenapa apabila cadangan untuk tidak memberi pencen kepada kakitangan awam, kita tidak bersetuju? Kerana apa?

final • 12:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Apabila dia pergi kepada swasta, apabila dia bekerja di sektor swasta dia sudah tidak mendapat kebajikan apabila dia berumur 60 tahun. Maksudnya umur 61 tahun dia tidak boleh membuat tuntutan lagi berbanding dengan kakitangan kerajaan.

Jadi, merujuk kepada laporan DOSM, kemas kini pada 13 September 2023, purata jangka hayat rakyat Malaysia sudah menjangkau 74.8, maksudnya 74 tahun ataupun 75 tahun. Jadi, kita di sini tidak tahulah sampai bila umur kita. Jadi, dalam ziarah kita, dalam saya pergi ziarah kepada orang yang sakit, mereka ini ada yang berumur 61 tahun. Pada masa itulah mereka baru kena penyakit ataupun ditimpa masalah kesihatan.

Pada masa itu, tuntutan PERKESO sudah tidak dapat dilakukan. Jadi, apakah perancangan kerajaan, sama ada bagi mereka yang tidak pernah buat tuntutan ini yang mereka sampai umur 60 tahun mencarum, tetapi tidak pernah membuat tuntutan diberi manfaat juga? Contohnya, separuh daripada manfaat-manfaat atau apakah yang boleh kerajaan lakukan untuk bantu mereka? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita sedar bahawa persoalan Kuantan itu berkisar kepada pencen sebenarnya.

Sebab itu soalan itu diutarakan dan di bawah Akta Keselamatan Sosial PERKESO ini, kita ada empat akta. Salah satu akta yang diberikan adalah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] yang faedahnya bencana kerja, tiada had umur.

Maknanya boleh, boleh mencarum tiada had umur individu yang bekerja sendiri.

Maksudnya, pekerjaan ini mendapat perlindungan sepenuhnya yang sekiranya mencapai umur yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dan dia akan dibawa ke atas dan lebih bekerja dalam sektor formal ataupun sektor pekerjaan sendiri.

Maksudnya, kalau balik kepada pencen, mungkin yang dikaji oleh pihak kerajaan, saya tidak pasti, tetapi saya menjangka sebab saya duduk di KSM, KESUMA. Kita sedang membuat kajian juga bahawa apakah faedahnya kalau dibandingkan – kita suka membuat perbandingan. Umpamanya, kita ada lebih kurang 1.7 orang pegawai kerajaan ataupun penjawat awam. Kita ada lebih kurang hampir 10 juta yang bekerja sendiri. Jika dibandingkan lebih ramai yang bekerja sendiri yang tidak ada pencen.

Oleh sebab itu, kita sediakan melalui PERKESO, KWSP umpamanya dan inilah yang sebenarnya yang kita sedang juga terlibat mengkaji bagaimanakah penglibatan mereka ini yang saya nyatakan di bawah Akta Keselamatan Sosial Di bawah Pekerjaan Sendiri 2017 yang boleh memasuki sehingga melebihi had 60 tahun juga tetap boleh mencarum di dalam PERKESO itu sendiri.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Soalan saya Menteri berkaitan umur 61 tahun boleh membuat tuntutan Yang Berhormat, maksud saya manfaat tambahan.

final • 12:00 PM

Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Boleh, boleh, jawapan dia boleh.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tapah.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ada kekangan bagi akta-akta sedia ada dengan PERKESO dan kita lihat negara kita akan mencapai status aging population by 2030, by 2030. Bererti kita perlu mengadakan rancangan-rancangan khas untuk mengatasi masalah ini, aging population. Maka saya minta Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO mengkaji sama ada, ada tak rancangan-rancangan kerana akta-akta sedia ada hanya memperlindungi mereka yang berumur sehingga 60 tahun dan kita lihat the aging population akan menjadi masalah besar. Ada tak sebarang rancangan daripada pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini? Sekiranya tidak, saya merayu kepada pihak

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

kementerian supaya mengkaji dan meneliti secara mendalam kita perlu mengadakan satu rancangan khas untuk membela nasib kumpulan ini. Memandangkan Yang Berhormat sendiri telah bersetuju lebih kurang 10 juta pekerja daripada sektor swasta yang akan menghadapi masalah ini, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tapah. Yang Berhormat Tapah ini kita kena – dia lama di Kementerian Sumber Manusia.

Sekarang cuma dia tak sempat KESUMA sahaja, sekarang dah KESUMA. Cuma dia KSM, Kementerian Sumber Manusia.

Jadi Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tapah sebentar tadi supaya daripada empat akta kita ada di KSM, di KESUMA. Saya ingat Yang Berhormat Tapah lebih arif kerana lama berada dia KSM.

Keempat-empat akta ini sebenarnya kebanyakan sememangnya – Kuantan bertanya tadi, sememangnya di bawah 60 tahun ke bawah sehingga 60 tahun dan hanya ada satu akta sahaja tiada had umur yang saya nyatakan tadi Akta 789. Akta 800 di bawah sistem- sistem insurans pun kita melibatkan sampai 60 tahun sahaja.

Oleh sebab itu, kalau mengikut apa yang dinyatakan oleh pihak – seperti jawapan saya tadi, seperti International Labour Organization (ILO) untuk memperluaskan perlindungan keselamatan. Saya percaya ini zaman Yang Berhormat Menteri lagi yang sedang membuat kajian kepada golongan orang tua ataupun age care yang ini turut dilindungi bawah skim keselamatan yang bersesuaian selebihnya selepas 60 tahun. Ini sebenarnya apabila saranan pencen yang melibatkan pencen, kami di KESUMA akan membuat kajian seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Tapah sebentar tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Tapah mengutarakan perkara ini. Sudah pasti kita memberi pandangan serius kerana penglibatannya begitu ramai yang lebih ramai daripada penjawat awam 1.7 juta penjawat awam, sebenarnya lebih ramai. Jadi, kita terpaksa mesti mengkaji sepenuhnya apabila pelaksanaannya yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan nanti. Terima kasih Yang Berhormat Tapah.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab Lisan pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di nombor 23 sehingga selesai giliran Jabatan Perdana Menteri di nombor 28 seperti dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 18 Mac 2024”.

final • 12:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada yang menyokong?

final • 12:08 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:08 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

KEMANUSIAAN KE PALESTIN

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, dengan segala hormatnya dipersilakan untuk membacakan usul. Sudah baca kah? Arau jangan tambah ya, baca.

[Ketawa] Seperti yang...

final • 12:08 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tambah sedikit sahaja

final • 12:08 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada. Baca, baca. Baca sekarang.

final • 12:08 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Usul Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Arau. Keperluan Malaysia Menghantar Bantuan Kemanusiaan Ke Palestin.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya memohon untuk mengemukakan suatu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut;

final • 12:09 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bahawa Dewan yang bersidang hari ini merundingkan mengenai keperluan Malaysia untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin. Ini adalah perkara tertentu kerana majlis perlu membincangkan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bagi menzahirkan komitmen berterusan Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza yang sedang dilanda krisis kebuluran dan juga kemanusiaan.

Malaysia perlu segera melancarkan pelan tindakan bagi mencapai kaedah terbaik agar bantuan ke Gaza dapat dihantar secara selamat dan berterusan. Selain dana sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan negara-negara luar dengan sokongan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menggerakkan inisiatif bantuan pasca perang.

Selain bantuan melalui udara, seperti yang dilaksanakan oleh tentera Jordan baru-baru ini seperti yang dicadangkan oleh Parlimen daripada Kapar suatu usaha antarabangsa telah dimulakan untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan maritim yang baharu dibuka bagi mengelakkan sekatan jalan darat. Kerjasama dan koordinasi penyelarasan Malaysia bersama negara lain disarankan agar dapat melancarkan lagi proses penghantaran dan agihan bantuan kemanusiaan.

Ini perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai kerana seluruh rakyat Malaysia masih berduka cita dengan nasib rakyat Palestin sedang berhadapan musibah dan mengharapkan penglibatan Malaysia yang lebih efektif.

Ini perkara berkehendak disegerakan bagi membantu rakyat Palestin menyambut bulan Ramadan dalam keadaan dibelenggu perang diancam kebuluran dan menggigil

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kesejukan dalam khemah pelarian. Sedikit Tan Sri, sudah 731,272 yang mati, 73,024 yang cedera, 13,000 kanak-kanak telah dibunuh, 7,400 orang ditangkap. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Arau pada hari Selasa, 12 Mac 2024. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat Arau sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Syarat yang kedua ialah bagi kepentingan orang ramai.

Syarat yang ketiga ialah ia berkehendakkan disegerakan. Saya telah meneliti perkara dan mendapati bahawa;

(a) Tertentu . Perkara ini adalah perkara tertentu;

(b) Berkepentingan orang ramai. Ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan

(c) Berkehendak disegerakan. Perkara ini juga perlu disegerakan.

Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dirundingkan pada hari di Kamar Khas. Yang Berhormat akan mempunyai masa hari ini dan sila bawa ke Kamar Khas dan bawa lah teman-teman yang lain untuk membantu Yang Berhormat semasa dalam Kamar Khas nanti.

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

18(1) dan (2) usul Peraturan Mesyuarat. Saya dapat daripada Tuan Yang di-Pertua jawapan balas.

Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua atas jawapan balas tersebut. Cuma saya nak ingin pertimbangan daripada Yang di-Pertua berhubung dengan satu sidang khas melibatkan Ahli-ahli Parlimen untuk membincangkan dasar luar Malaysia yang terkini berhubung penyelesaian dua negara (two-state solution) yang pada hemat kami selepas apa yang berlaku sekarang sudah lagi tidak relevan.

Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bertegas di Jerman tentang hal Hamas, tentang hal bantuan gencatan senjata. Cuma bila mengungkapkan tentang keperluan adanya two- state solution saya faham itu pendirian kerajaan yang...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sebelum itu Yang Berhormat dah dapat jawapan saya belum?

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sudah. Sudah.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau sudah jawapannya apa dia?

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jawapannya ditolak dan saya perlu hadir bersama Arau.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Oleh kerana ditolak, saya tidak membenarkan untuk dibahaskan di sini. Namun saya benarkan Yang Berhormat bersama-sama dengan Arau nanti mungkin celahan-celahan itu boleh dibawa oleh Arau dan sekali gus dijawab oleh Menteri nanti. Boleh ya?

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Cuma Tuan Yang di-Pertua, cuma – cuma sebelum Indera Mahkota bangkit, saya ingin memujuk Tuan Yang di-Pertua untuk kita sama-sama mencontohi Parlimen Singapura yang membenarkan Parlimen membahas selama enam jam tentang isu ini...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Amat komprehensif. Jadi saya nak minta Tuan Yang di-Pertua boleh beri ruang kepada kami semua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Untuk ada satu sidang khas, sesi khas untuk hal ini.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik hari ini kita selesaikan dengan Arau dulu. Lepas itu celahan kalau ada keperluan nanti insya-Allah saya akan pertimbangkan. Silakan Indera Mahkota.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya ada mengutus surat berkaitan permohonan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri menarik semula kenyataan yang dibuatnya di dalam Dewan yang mulia ini pada 11 Mac 2024.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Indera Mahkota saya dah dapat. Insya- Allah saya akan selidik dan akan maklumkan kepada Yang Berhormat kemudian. Baik.

Terima kasih.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN 2023 (2024) Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibincangkan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2024 [Akta A1697] untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibincangkan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 12:10 PM
USUL
USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [13 Mac 2024]

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat. Sebelum saya memulakan sesi giliran Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja hari ini dan seperti mana yang telah diumumkan semalam saya ingin memaklumkan sekali lagi terdapat pertukaran giliran kementerian menjawab pada hari ini. Kementerian Kesihatan akan mula menjawab selepas ini dan setelah selepas ini setelah bertukar, giliran dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Sebanyak enam kementerian akan menjawab hari ini di mana Jabatan Perdana Menteri akan dijawab oleh tiga Yang Berhormat Menteri. Sehubungan itu, mohon kerjasama Yang Berhormat Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan. Hari ini hari Khamis ya. Sekarang ini saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan untuk menjawab dalam masa 40 minit. Silakan.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam segulai sejalai.

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan salam Yang Berhormat Menteri Kesihatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan permohonan maaf beliau kerana tidak dapat hadir menggulung perbahasan ke atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau dalam keadaan baik tetapi hanya perlu rehat sebelum kembali bertugas. Oleh itu, saya akan menyampaikan hasrat Yang Berhormat Menteri melalui teks yang telah disediakan. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada 43 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan selama tujuh hari yang lalu dan telah membangkitkan sebanyak 62 isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Antara Yang Berhormat yang telah melibatkan diri adalah Kuala Langat, Yang Berhormat Sri Aman, Kuala Kangsar, Batang Sadong, Tanjong Karang, Kota Belud, Kuala Nerus, Dungun, Bandar Kuching, Kuala Kedah, Puchong, Kepala Batas, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Ipoh Timor, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Tangga Batu, Kalabakan, Tawau, Kampar, Maran, Padang Serai, Kudat, Hulu Langat, Yang Berhormat Jempol, Sibu, Klang, Batang Lupar, Tampin,

final • 12:18 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Parit. Batu Pahat, Petaling Jaya, Julau, Puncak Borneo, Langkawi, Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Lawas.

final • 12:18 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Memandangkan kebanyakan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah isu setempat, saya akan mengutamakan terlebih dahulu perkara yang melibatkan dasar, seterusnya kepada isu-isu setempat mengikut masa yang diperuntukkan. Sekiranya saya tidak menjawab, jawapan bertulis akan dihantar kepada Yang Berhormat masing-masing. Menyentuh kepada agenda reformasi kesihatan negara, Tan Sri Yang di-Pertua, sekembalinya Yang Berhormat Kuala Selangor menerajui Kementerian Kesihatan, beliau amat teguh dengan pendirian beliau untuk meneruskan agenda reformasi kesihatan yang belum sempat beliau tuntaskan dahulu iaitu mentransformasikan pendigitalan dan mereformasikan pembiayaan sistem kesihatan. Agenda reformasi kesihatan yang dimaksudkan ialah memastikan transformasi pendigitalan dengan menyasarkan pewujudan Rekod Perubatan Elektronik Kebangsaan (EMR) yang merangkumi sektor kesihatan awam dan swasta, sekali gus menjadikan sistem kesihatan negara selanjar ataupun seamless dan one individual, one record dapat direalisasikan.

Dengan sistem digital yang seamless, penjagaan pesakit secara tepat atau precision special care dapat disediakan dan seterusnya menghasilkan pengurusan penjagaan kesihatan populasi secara tepat ataupun precision population healthcare management, dengan izin. Dengan meningkatnya kecekapan, kesesakan facilities kesihatan dapat dikurangkan.

Berkenaan tentang status Kertas Putih Kesihatan, agenda reformasi kesihatan yang saya katakan tadi juga terkait secara terus perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat mengenai status pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan. Kini, KKM sedang memberikan tumpuan kepada perancangan jangka pendek untuk melaksanakan reformasi sistem kesihatan yang merangkumi tempoh dua hingga lima tahun.

Antara perkara yang dilaksanakan ialah menubuhkan Bahagian Digital Kesihatan yang menerajui agenda transformasi kesihatan digital termasuk pembangunan, pelaksanaan strategi dan teknologi kesihatan digital serta penjagaan kesihatan berasaskan data. Kedua adalah membentuk focus group yang dinamik dan melibatkan pihak berkepentingan dari dalam dan luar Kementerian Kesihatan untuk memperincikan inisiatif dasar, program selaras dengan tonggak-tonggak dalam Kertas Putih Kesihatan.

Ketiga adalah menubuhkan Health Transformation Office (HTO) untuk merancang dan menyelaras semua inisiatif reformasi serta sistem kesihatan selaras dengan Kertas Putih Kesihatan. HTO ini turut bertanggungjawab meneliti pelbagai mekanisme pembiayaan kesihatan seterusnya mereformasi pembiayaan sistem kesihatan negara.

Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bandar Kuching yang membangkitkan tentang perkara ini. Antara mekanisme yang sedang dipertimbangkan termasuk Skim Caruman Progresif berasaskan konsep insurans, subsidi kerajaan secara bersasar, penggunaan dana zakat dan wakaf serta dana sumbangan.

KKM juga telah meneliti bukan sahaja National Health Insurance Scheme yang dilaksanakan di Turkiye dan Indonesia tetapi juga negara-negara lain sebagai rujukan seperti Korea Selatan, Taiwan dan juga Thailand. Bagi kesemua opsyen yang diteliti, kerajaan akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan mekanisme pembiayaan kesihatan yang akan diperkenalkan kelak. Sementara itu, KKM akan berusaha untuk memohon peruntukan tambahan setiap tahun, terutamanya bagi membiayai program kesihatan awam seperti disarankan oleh Yang Berhormat Kepala Batas.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2024, Program Kesihatan Awam telah diluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM5.66 bilion dengan peningkatan sebanyak RM19.26 juta iaitu tiga peratus peningkatan berbanding tahun 2023.

final • 12:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Speaker.

final • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Jumlah ini dijangka meningkat setiap tahun.

final • 12:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh saya minta penjelasan?

final • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Timbalan Menteri, saya nak ucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana telah menubuhkan HTO dan kita tahu ini adalah sangat penting untuk kita meneliti perkembangan reformasi kesihatan yang amat diperlukan. Saya cuma nak tanya struktur HTO ini. Adakah ia akan berlandaskan satu Suruhanjaya Kesihatan? Siapakah individu ataupun personel dalam HTO ini? Bagaimanakah mereka dipilih dan apakah peranan mereka dalam sistem?

Siapakah yang memilih mereka? Adakah mereka bebas? Berapakah had perkhidmatan mereka dalam HTO tersebut? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Berkenaan tentang penubuhan HTO ini adalah merupakan sebahagian ataupun structure baharu di dalam kementerian. Seorang Ketua Pengarah ataupun CEO ataupun Pengarah Bahagian tersebut akan dilantik dan kita telah pun melantik pegawai tersebut berdasarkan kriteria-kriteria dan juga latar belakang yang bersesuaian yang dapat membawa Health Tranformation Office ini untuk memberikan fokus yang telah ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan tentang health financing. Selain daripada itu, menyentuh soalan Yang Berhormat Bandar Kuching juga, kita juga telah menetapkan focus group untuk kita mendapatkan pandangan-pandangan bukan sahaja daripada pihak dalaman, tetapi daripada pihak luar. Focus group ini akan ditambah baik dengan mewujudkan lagi satu sistem yang lebih spesifik. Kita bangunkan HTO ini terlebih dahulu supaya struktur yang lebih kukuh dapat dibentuk.

final • 12:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya cuma nak tambah sikit.

Apakah timeline yang dijangkakan untuk kita siap buat setiap pelantikan focus group tersebut dan siapakah pemegang taruh yang akan kita engage dalam isu ini?

final • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Setelah Yang Berhormat Menteri dilantik, telah terdapat beberapa siri libat urus yang telah diwujudkan. Untuk HTO, bagi Pengarah Bahagian HTO ini akan melapor diri selewat-lewatnya pada pertengahan bulan ataupun penghujung bulan ini. Itu maklumat yang saya dapat share kepada Yang Berhormat.

Meneruskan penggulungan ini, dengan peruntukan yang telah diluluskan, KKM akan terus memperkasakan sistem kesihatan primer seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang bagi mengembalikan semula anjakan paradigma bahawa “mencegah lebih baik daripada merawat”.

Saya menggesa agar semua rakyat Malaysia termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini menjalani saringan kesihatan secara berkala agar pencegahan awal dapat dimulakan sebelum penyakit menjadi semakin parah dan akhirnya menelan perbelanjaan yang tinggi untuk proses rawatan. KKM akan terus mempergiatkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk membudayakan amalan hidup sihat menerusi aktiviti jangkauan luar seperti perkhidmatan-perkhidmatan Wellness on Wheels (WOW) iaitu lori bergerak yang telah dilaksanakan di 1,545 lokaliti dan merekodkan penyertaan seramai 943,083 orang sehingga 31 Januari 2024.

Perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti secara bersasar di 33 wellness hub. Wellness hub terbaru adalah di Terengganu yang telah dilancarkan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada Sabtu yang lepas. Di sini Tan Sri Yang di- Pertua, kami ingin menggambarkan bahawa Kementerian Kesihatan melaksanakan dasar-dasar kerajaan tanpa mengira pegangan politik dan juga kerajaan di negeri tersebut.

KKM menyedari facilities kesihatan KKM kini dibebani dengan peningkatan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Bagi melegakan bebanan ini dan sekali gus menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sibu mengenai bentuk kerjasama pihak swasta yang

final • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

dilaksanakan, KKM telah menyumberluarkan sebahagian pesakit ke Kemudahan Pesakit Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS).

Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk aktiviti penyumberluaran dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM144 juta diperuntukkan bagi penyumberluaran pesakit ke KPJKS. Penyumberluaran perkhidmatan perubatan dijangka bermula pada April 2024 termasuk bagi pesakit-pesakit dari Hospital Sibu. Di peringkat Penjagaan Kesihatan Primer, KKM menyumberluarkan perkhidmatan perubatan melalui inisiatif seperti PEKA B40 dan Skim Perubatan MADANI.

Tan Sri Yang di-Pertua Yang di-Pertua, menyentuh mengenai Skim Perubatan MADANI yang dibangkitkan oleh empat orang Ahli Yang Berhormat; Padang Serai, Kuala Kangsar, Pekan dan Kuala Langat telah meminta penjelasan mengenai skim ini yang telah dimaksudkan sebagai dikecilkan ataupun ditamatkan.

Perkara ini telah pun Yang Berhormat Menteri Kesihatan jelaskan semasa sesi...

final • 12:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Pertanyaan Menteri pada 29 Februari 2024 yang lalu.

final • 12:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat merujuk kembali penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sungai Petani. Sedikit pencelahan, Sungai Petani.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sungai Petani di belakang itu.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey.

final • 12:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya tertarik mengenai tentang wellness hub tadi, memang saya akui wellness hub ini memang memberi satu komitmen yang sangat tinggi contohnya di kawasan saya sendiri, Sungai Petani, Kuala Muda, wellness hub sangat aktif dengan program-program dan sebagainya.

Tetapi apabila saya turun ke bawah, masih ramai yang masyarakat di bawah yang belum betul-betul tahu tentang kebaikan dan apa yang disediakan oleh wellness hub ini.

Adakah Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain khususnya, contohnya penerangan untuk memberikan penjelasan tentang wellness hub ini kepada orang ramai dan adakah peruntukan bagi setiap kawasan wellness hub itu sama rata atau tergantung kepada jumlah masyarakat? Contohnya, kalau di Kuala Muda masyarakatnya ramai maka peruntukan yang diberikan kepada wellness hub itu akan lebih banyak di banding tempat lain? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani. Sememangnya kita melihat model wellness hub ini adalah merupakan satu mekanisme yang terbaik di mana ia adalah selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang telah kita sediakan. Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat, kadang- kadang segala dasar dan polisi kerajaan ataupun program-program yang diperkenalkan kurang mendapat perhatian kerana kita bergerak secara silo. Budaya silo ini adalah merupakan budaya yang tidak baik.

Kami daripada pihak KKM juga telah melihat perkara tersebut dan juga akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Komunikasi, Kementerian KPKT yang dapat membantu dan juga kementerian- kementerian lain yang berminat untuk melibat sama dengan wellness hub ini.

Sememangnya wellness hub ini adalah satu fokus kepada preventive care dan juga melibatkan banyak aktiviti-aktiviti yang dapat membantu masyarakat setempat. Bukan hanya golongan muda, sehingga golongan warga emas.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Selain daripada itu, berkenaan dengan isu peruntukan sememangnya peruntukan adalah agak terhad. Walaupun demikian, kita akan meneliti cadangan Sungai Petani untuk melihat peruntukan-peruntukan tersebut berdasarkan pola demografi kawasan setempat supaya peruntukan tersebut diagihkan secara saksama dan juga adil. Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kuala Nerus.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Nerus.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, saya ucap terima kasihlah kerana Menteri hadir ke Kuala Nerus pada Sabtu lepas tetapi malangnya Ahli Parlimen Kuala Nerus tidak dijemput.

[Ketawa] Soalan sayalah berkaitan dengan Skim Perubatan MADANI yang saya sebut dalam ucapan saya jugalah. Antara yang ditamatkan di Kuala Nerus seperti yang saya sebut dalam soalan saya dan apa yang hendak dapat pengesahan, adakah ia akan dipertimbangkan untuk dimulakan semula di Kuala Nerus kerana untuk makluman Tan Sri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Terengganu sebenarnya sudah ada skim yang sama dengan Skim Perubatan MADANI iaitu Kad Sejahtera.

Tetapi ia terpaksa ditangguhkan sementara pelaksanaannya sekarang kerana Kerajaan Negeri Terengganu kekurangan kewangan akibat daripada ditamatkan pemberian wang royalti. Jadi, saya mencadangkan dua perkara dalam – untuk pertimbangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang pertama sama ada Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan dan memberi semula royalti kepada Terengganu supaya Skim Kad Sejahtera dapat diaktifkan semula.

Yang kedua, di Kuala Nerus dan seluruh Terengganu harap dapat dipertimbangkan di Kerajaan Pusat meneruskan Skim Perkhidmatan MADANI. Semoga yang disebutkan tadi, pencegahan itu adalah lebih utama ataupun rawatan awal lebih baik supaya mengelakkan daripada komplikasi yang lebih teruk. Maka kalau di Kuala Nerus golongan B40 sangat ramai walaupun banyak klinik swasta, ada lebih kurang 30 klinik swasta tetapi golongan B40 tidak mampu untuk ke sana. Jadi harap Timbalan Menteri Kesihatan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya tentang dua permohonan yang disebutkan tadi. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tuan Speaker, berkaitan.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 12:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Boleh, Timbalan? Berkaitan dengan Skim Perubatan MADANI. Sebenarnya saya sebutkan, saya bagi contoh sahaja.

Kebetulan mungkin di – terima kasih kepada kerajaan yang mengadakan Skim Perubatan MADANI lah dan saya lihat projek perintis ini tertumpu kepada sepuluh daerah dan sebahagian besarnya mungkin secara kebetulannya adalah daerah-daerah yang diwakili oleh pihak kerajaan.

Cuma saya hendak sebut bahawa di Selangor kita ada Iltizam Selangor Sihat yang mana kebetulannya empat daerah yang diadakan projek perintis ini berada di Selangor dan peruntukannya yang cukup besar saya kira kalau hendak dibandingkan ialah mungkin kita mempunyai Selangor dan Pusat mempunyai kaedah yang berbeza, RM500 untuk satu keluarga. Saya kira mungkin bukan saya menafikan tetapi mungkin boleh dilihat semula, di Selangor ini boleh dikecualikan dan diberikan keutamaan kepada daerah-daerah yang mana mungkin di negeri-negeri yang agak mundur. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Yang Berhormat. Memberi respons kepada Yang Berhormat Kuala Nerus. Sememangnya kita mengakui bahawa Skim Perubatan MADANI ini adalah merupakan satu skim yang baik dan juga mendapat sokongan daripada rakyat dan juga apabila pengumuman untuk kita mengecilkan semula Skim Perubatan MADANI ini kita mendapat respons yang pelbagai.

Kita bukannya menamatkan Skim Perubatan MADANI ini tetapi ketika ini kita telah mengarahkan ProtectHealth menyelia program Skim Perubatan MADANI ini untuk menilai semula dan juga melihat data-data yang telah kita perolehi daripada Skim Perubatan MADANI, di manakah daerah-daerah yang bersesuaian. Buat ketika ini kita kembali kepada cadangan asal di mana adalah cadangan sepuluh daerah tersebut adalah untuk mengatasi kesesakan di hospital-hospital di daerah tersebut.

Walaupun demikian, kita telah melebarkan Skim Perubatan MADANI secara nationwide, dengan izin. Maka di situ kita melihat tarikan Skim Perubatan MADANI ini sangat tinggi dan juga menjelang pada bulan April, peruntukan tersebut akan exhausted, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua. Maka kami dalam ketika ini akan meneruskan dengan sepuluh daerah yang telah disenaraikan tetapi kita akan mengambil pandangan Yang Berhormat untuk review semula berkenaan kesesuaian dan juga kumpulan-kumpulan sasar yang bersesuaian.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya untuk meneruskan penggulungan ini.

Berhubung dengan isu discharge penjawat awam dan pesara kerajaan dari Institut Jantung Negara (IJN) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pesakit hanya dibenarkan keluar daripada IJN apabila keadaan mereka stabil dengan tempoh pemantauan sekurang-kurangnya enam bulan hingga satu tahun untuk orang dewasa dan satu hingga dua tahun untuk kanak-kanak. Perkara ini selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Tahun 2002.

Untuk makluman, pesakit yang telah stabil ini masih boleh dirujuk ke hospital KKM bagi mendapatkan rawatan susulan. Hospital-hospital KKM juga dilengkapi dengan peralatan dan fasiliti yang baik serta mempunyai pakar perubatan dan pakar bedah bertauliah dan menawarkan perkhidmatan yang setanding dengan IJN. Pendekatan ini membolehkan sekurang-kurangnya 4,000 ke 5,000 pesakit baharu boleh dirujuk ke IJN setiap tahun bagi mengoptimumkan perbelanjaan, 4,000 ke 5,000 pesakit baharu ini Tan Sri Yang di-Pertua, mewakili pesara yang sedang bekerja dan juga golongan B40.

Sebagai menyusuli perkara ini, KKM akan menubuhkan satu pasukan khas ataupun task force bagi melaksanakan kajian menyeluruh. Bagi tempoh terdekat KKM akan memuktamadkan terma rujukan dan keanggotaan Taskforce Executive Summary dan garis masa penyiapan kajian untuk dilaporkan semula kepada Jemaah Menteri. KKM melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) KKM juga akan meningkatkan komunikasi strategik mengenai isu ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat pada amnya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Rantau Panjang yang prihatin mengenai kesan...

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kalau boleh?

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Ya, saya faham penerangan Yang Berhormat berkaitan dengan rawatan di IJN itu cuma kalau boleh saya mencadangkan perkara-perkara seperti kebajikan dan kesihatan untuk pesara dan pegawai-pegawai penjawat awam ini, perkara yang sangat difikirkan oleh mereka. Jadi, saya mencadangkan bukan sahaja di pihak kesihatan tetapi juga pihak kebajikan, kita tengok betul-betul supaya – kita tahu ceritanya panjang dan kosnya besar tetapi biarlah bertahap-tahap dan pengumuman itu dibuat secara yang lebih teratur. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya mengambil iktibar daripada saranan Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga kami memang akan meneliti segala dasar- dasar dan juga pengumuman yang akan kami buat pada masa hadapan dan juga kebajikan kepada pesara dan juga golongan B40 adalah keutamaan pihak KKM. Di situlah kami telah menyebut bahawa 4,000 ke 5,000 adalah mewakili golongan pesara dan juga B40.

final • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya ingin menyentuh persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat yang prihatin mengenai kesan penurunan nilai wang ringgit kepada harga ubat di sektor swasta. Harga ubat di Malaysia bergantung kepada kuasa pasaran iaitu bekalan dan permintaan.

KKM sedang meneliti pelaksanaan inisiatif paparan harga ubat oleh fasiliti kesihatan swasta seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 Oktober 2023. Inisiatif ini dilaksanakan bagi meningkatkan akses bekalan ubat yang lebih kompetitif.

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan sedikit.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tunggu sekejap, tidak habis lagi ini.

Harganya supaya rakyat mengetahui harga yang perlu dibayar dan boleh membuat pilihan mengikut kemampuan. Paparan harga ubat ini juga akan dikongsi di portal awam bagi memudahkan rakyat membuat perbandingan harga. Okey Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tan Sri Speaker. Cuma saya nak bangkitkan tadi disebut nak mengemaskinikan pentadbiran Kementerian Kesihatan termasuk hospital-hospital dan juga klinik-klinik. Di tempat saya, masih ada lebih kurang lima atau enam rumah bidan yang dormant maknanya yang tidak bergerak, bidan pun tidak ada. Jadi orang nak bersalin, nak kena bergerak jauh.

Jadi apa tindakan daripada kementerian untuk nak mengatasi perkara-perkara ini yang rumah bidan ataupun dipanggil klinik kampung, klinik desa yang tak ada tugas langsung. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey Yang Berhormat, saya akan sentuh berkenaan persoalan yang telah dibangkitkan selepas ini.

Berkenaan tentang status Akta Kawalan Produk Rokok. Seterusnya saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini mengenai perkembangan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Kuala Langat. KKM telah menyediakan draf, peraturan dan perintah di bawah akta dan sekarang sedang dalam proses semakan perundangan.

Berkenaan tentang kebajikan doktor kontrak. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ...

final • 12:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh saya minta penjelasan tentang Akta 852 ini. Terima kasih. Saya ingin sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan atas akta yang telah diwartakan dan guideline yang telah pun didraf untuk digunakan. Saya cuma nak tanya lebih terperinci guideline yang ada. Kita tahu contohnya dalam vape. Kita ada tiga jenis vape, open system, closed system dan juga disposable. Jadi apakah perancangan kementerian? Adakah mereka akan ban salah satu daripada jenis vape tersebut? Apakah kawalan selain itu, apakah yang akan diketatkan? Contohnya adakah kita akan kawal jumlah perisa yang dibenarkan? Apakah kandungan nikotin yang akan dibenarkan dan apakah kawalan lain atau kawal selia lain yang akan diimplementasikan dalam akta ini? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, sememangnya Yang Berhormat Bandar Kuching memang sangat dekat dengan isu tentang rokok dan vape ini kerana kami juga sama-sama menggubal dasar tersebut walaupun tidak mencapai sasaran.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Apa yang sedang berlaku ketika ini sememangnya kita sedang cuba untuk membuatkan satu penguatkuasaan bagi pembungkusan standard dan juga mendapatkan pandangan daripada pihak kementerian yang lain dan juga industri. Juga kita telah mempunyai beberapa cadangan bentuk vape yang boleh ataupun standard vape yang kita perkenalkan.

Walaupun masih lagi di peringkat perbincangan, berlakunya juga pendaftaran produk-produk di SIRIM yang masih lagi belum kami rasakan tidak mematuhi aspirasi yang diinginkan oleh pihak KKM dan juga sememangnya kita akan mempertimbangkan kawalan perisa-perisa vape yang semakin bertambah di pasaran yang mungkin dapat menarik perhatian terutama sekali golongan kanak-kanak ataupun golongan yang baru saja ingin mengambil vape ini sebagai gaya hidup mereka.

Saya akan kembali semula kepada persoalan tersebut Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Timbalan menteri, sedikit.

Saya nak minta penjelasan sama ada peraturan yang sekarang ini sedang dirangka akan juga dilibaturuskan ataupun dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan untuk kita kongsi bersama ataupun melihat peraturan-peraturan tersebut. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat. Satu lontaran yang tepat. Kita akan bawa kepada Jawatankuasa Kesihatan untuk membincangkan detil-detil berkenaan tentang apa yang ingin kami kemukakan.

Seterusnya saya beralih kepada isu yang melibatkan sumber manusia. Yang Berhormat Dungun telah meminta penjelasan mengenai cadangan agar kebajikan doktor kontrak tidak terpinggir.

final • 12:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKM tidak pernah meminggir doktor kontrak yang berkhidmat di fasiliti KKM. Kemudahan dan insentif yang diterima oleh doktor kontrak adalah hampir sama dengan kemudahan yang diterima oleh doktor yang berjawatan tetap. Antaranya doktor kontrak turut menerima bayaran insentif perkhidmatan kritikal, elaun waktu bekerja fleksi, elaun tugas atas panggilan dan juga yang lain-lain.

Kemudahan cuti contohnya cuti rehat yang sama dengan doktor berjawatan tetap dan kemudahan cuti setara Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Doktor kontrak juga diberi peluang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kontrak hingga maksimum 11 tahun jika diluluskan pengajian kepakaran.

Berhubung kadar elaun pula, Yang Berhormat Kuala Langat telah membangkitkan mengenai justifikasi pemberian sebanyak RM80 sejam bagi elaun bertugas pegawai perubatan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, doktor kontrak, doktor kontrak. Saya rasa kita perlu kembali kepada asas permohonan doktor-doktor kontrak ini iaitu mereka pohon supaya mereka diserapkan ke jawatan tetap. Itu permohonan asal merekalah. Jadi kalau perks yang mereka dapat itu, itu sudah dimaklumi tetapi yang perlu ialah bagaimana mereka nak diserapkan ke jawatan tetap. Itulah menjadi persoalan utama.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Yang Berhormat Dungun, berkenaan tentang isu kontrak ini kita telah pun menjawab isu ini berulang kali di dalam Dewan termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan juga telah diberikan jaminan bahawa mantan menteri yang lepas telah pun mengumumkan pada tahun 2023, hampir 4,000 doktor kontrak telah ditetapkan dan proses ini berterusan sehingga tahun 2025.

Hampir 12,000 doktor-doktor kontrak akan ditetapkan. Walaupun demikian kita juga kena bergerak selaras dengan apa yang sedang berlaku ketika ini iaitu terdapat proses di mana kita kerajaan sedang mempertimbangkan adakah kita akan meneruskan sistem pencen ataupun satu mekanisme baru dalam persaraan pegawai-pegawai penjawat awam.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tetapi komitmen sehingga 2025 untuk kita menetapkan doktor-doktor kontrak ini sedang berlaku Yang Berhormat. Di Dungun, di Sarawak, Sarawak, di Perlis, proses ini berlaku. Cuma cerita ini tidak dapat digembar-gemburkan setiap hari dan setiap masa.

Tetapi proses berlaku dan juga pengambilan doktor kontrak kepada tetap sememangnya wujud dan juga bukanlah satu perkara yang kita janji kosong Yang Berhormat. Kita akan teruskan berdasarkan kemampuan kewangan yang dapat diluluskan oleh pihak kerajaan.

Berhubung tentang dasar, berhubung kadar elaun pula Yang Berhormat Kuala Langat telah membangkitkan mengenai justifikasi pemberian sebanyak RM80 sejam bagi elaun bertugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan iaitu Elaun Lokum dan juga status perancangan menaikkan elaun tugas atas panggilan ataupun on call. Penambahbaikan kadar elaun on call ini merupakan KPI 100 hari Menteri Kesihatan dan kini sedang dalam peringkat akhir memuktamadkan perkara ini sebelum dikemukakan kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan. Berhubung pemberian kadar elaun lokum sebanyak RM80 sejam, pegawai perubatan yang diarahkan bertugas di luar waktu pejabat di klinik kesihatan dan klinik rawatan pesakit Jabatan Kecemasan pada hari bekerja biasa Sabtu dan hari kelepasan am adalah layak untuk menerima elaun ini.

Kadar ini jauh lebih baik dan kompetitif dengan kadar lokum di klinik swasta pada ketika ini. Bagi menambah baik insentif sedia ada, diterima pegawai perubatan yang diarah bertugas dalam waktu perluasan ataupun extended hours dengan izin, sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemanjangan Elaun Lokum kepada pegawai perubatan yang diarahkan bertugas pada hari pelepasan mingguan iaitu pada hari Jumaat, Ahad berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju meluluskan pemanjangan Elaun Lokum pada kadar RM25 sejam kepada pegawai farmasi, Juru X-ray dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang diarah bertugas dalam waktu perluasan di klinik kesihatan dan klinik rawatan pesakit jabatan kecemasan. Kelulusan ini juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

Kementerian Kesihatan merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia atas pertimbangan dan kelulusan tersebut.

final • 12:40 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Mengenai cadangan Yang Berhormat Kudat agar elaun jururawat masyarakat dinaikkan...

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Timbalan Menteri, sekejap.

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Sikit sahaja ya.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tadi Timbalan Menteri menyebutkan bahawa elaun lokum RM25 sejam kepada ahli farmasi juga. Cuma, saya nak tanya kepada Timbalan Menteri, melalui pekeliling-pekeliling yang ada sebelum ini membolehkan kepada pegawai perubatan termasuklah doktor untuk membolehkan membuat tuntutan kerja lebih masa dan saya difahamkan ahli farmasi, pegawai farmasi tidak mendapat kemudahan ini. Mereka ditawarkan hanya sekadar cuti gantian. Saya harapkan boleh dipertimbangkan juga elaun lebih masa kepada pegawai-pegawai farmasi ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Cadangan tersebut, kita akan kaji. Buat masa ini, kita telah pun mendapat kelulusan untuk pemanjangan elaun lokum kepada pegawai farmasi dan juga juru x-ray bagi kumpulan pengurusan buat masa ini.

Untuk Yang Berhormat Dungun tadi, saya ingin juga mengemas kini. Ketika ini, sebanyak 9,800 doktor kontrak telah pun ditetapkan dan 6,000 pegawai ketika ini akan dipertimbangkan untuk ditetapkan.

Berkenaan tentang isu elaun jururawat masyarakat dinaikkan, KKM telah mengemukakan input kepada agensi pusat untuk penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuklah bagi pegawai di sektor kesihatan awam.

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, keputusan kajian SSPA dijangka dibentangkan pada penghujung tahun ini.

Pada masa ini, jururawat masyarakat menerima elaun dan kemudahan tambahan seperti elaun bersedia atas panggilan di klinik kesihatan dan klinik desa yang telah ditingkatkan kadarnya pada RM60 kepada RM100 sebulan bermula pada 1 Mac 2023.

Berkenaan tentang isu buli HO. Yang Berhormat Klang meminta statistik pegawai perubatan siswazah (HO) yang tidak menamatkan latihan, kes pembulian terkini dan rayuan pelantikan semula HO yang tidak menamatkan latihan menjadi pegawai perubatan.

Berdasarkan rekod, sejak tahun 2021 hingga 2023, seramai 1,059 orang pegawai perubatan siswazah telah pun meletak jawatan iaitu pada tahun 2021, seramai 384 orang; 420 orang pada tahun 2022; 255 orang pada tahun 2023. Dalam tempoh yang sama, KKM menerima sebanyak 476 permohonan dan rayuan pelantikan semula daripada pegawai yang telah pun meletak jawatan untuk dilantik sebagai HO iaitu sebanyak 78 orang pada tahun 2021; 185 orang pada tahun 2022; dan juga 213 orang pada tahun 2023.

Berhubung pertanyaan mengenai kes buli, KKM telah melancarkan sistem MyHelp pada 1 Oktober sebagai saluran bagi melaporkan isu-isu buli dalam kalangan petugas kesihatan KKM. Sehingga 29 Februari 2024, jumlah aduan yang direkodkan adalah sebanyak 259 aduan. Daripada jumlah ini, 50 aduan dikemukakan oleh pegawai perubatan dengan enam aduan yang diterima mempunyai aduan yang berunsur buli dan kini dalam peringkat siasatan untuk pengesahan dan pembuktian, manakala 46 aduan lagi merupakan aduan pelbagai seperti isu perkhidmatan, permohonan naik pangkat, pertukaran dan juga lain-lain.

Yang Berhormat Tawau ada membangkitkan mengenai keperluan jawatan tambahan bagi pengoperasian bangunan baharu Hospital Tawau yang dijangka siap pada Mei 2024. Untuk makluman Yang Berhormat Tawau, KKM telah pun mengemukakan permohonan sebanyak 1,100 jawatan tambahan baharu kepada agensi pusat yang akan dikhususkan kepada bangunan baharu Hospital Tawau ini kelak.

Yang Berhormat Sri Aman, Batang Lupar dan juga Kuala Kedah telah memohon penambahan bilangan petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Beladin di Batang Lupar, Hospital Sri Aman, Klinik Kesihatan Sri Aman dan Klinik Kesihatan Balai Ringin di Sri Aman dan fasiliti-fasiliti kesihatan di kawasan Kuala Kedah. Buat masa ini, bilangan anggota yang ditempatkan adalah sesuai dengan keperluan perjawatan di fasilitis kesihatan berkenaan. Walau bagaimanapun, keperluan penambahan anggota akan dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan pola kedatangan harian pesakit, peratus kadar penggunaan katil hospital ataupun bed occupancy rate. Saya mengambil maklum mengenai masalah kekurangan kakitangan yang menyebabkan kelewatan...

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri.

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

...Rawatan kritikal...

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun, Jerlun.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Jerlun.

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Tan Sri, dalam perbahasan saya sebelum ini, saya ada menyentuh tentang Klinik Kesihatan Ayer Hitam, Jerlun iaitu berkenaan dengan kekurangan peralatan klinik pergigian. Jadi, saya difahamkan peruntukan― ini jawapan bertulis yang saya boleh sebutkan. Iaitu KKM telah meluluskan peruntukan 2022-2023 sebanyak RM656,420 bagi perolehan 43 unit peralatan. Saya membuat lawatan pada 29 September 2023. Merujuk laporan yang diberikan, jawapan yang diberikan ini maknanya peruntukan itu kemungkinan tidak sampai.

Perkara yang berbangkit― saya nak gambarkan. Dental chair itu dia portable.

Jadi, bila doktor yang hendak merawat itu, dia terpaksa duduk, dia terpaksa berdiri. Dia

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

tak seperti yang sepatutnya. Jadi, saya pohon perhatian supaya peralatan dental chair itu diberi pertimbangan.

Dan yang kedua― saya sambung sikitlah. Saya sentuh juga tentang pembinaan baru KKM Ayer Hitam itu. Mungkin Timbalan Menteri terlepas pandang. Jawapan yang diberikan pada 11 Mac 2024― saya bahas pada 6 Mac 2024. Disebut di sini, KKM sedang mengenal pasti tapak yang bersesuaian.

Saya difahamkan dalam lawatan saya itu, 29 September 2024, Pegawai Kesihatan Daerah Kubang Pasu telah pun menunjukkan lokasi yang telah pun dipersetujui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Cuma, dimaklumkan bahawa tanah ini tanah milik persendirian, bukan hak milik Kerajaan Persekutuan. Cuma, mereka mencadangkan supaya kerajaan mempercepatkan proses pengambilan tanah persendirian itu untuk dimasukkan sebagai hak milik Kerajaan Persekutuan dan seterusnya proses berjalan.

Jadi, saya mohon pihak kerajaan memberi pertimbangan segeralah.

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey, baik. Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Sebarang persoalan yang dibangkitkan, saya akan cuba untuk jawab dan juga mungkin memberikan respons secara bertulis.

Saya sambung terus kepada Yang Berhormat Ipoh Timor. Ada di sini. Beliau telah membangkitkan isu berkenaan tentang kardiologi Hospital Ipoh. Perbahasan beliau termasuklah mengenai cadangan pewujudan pusat kardiotorasik di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam sesi jawab lisan pada 5 Mac yang lalu, KKM sememangnya mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk menubuhkan pusat kardiotorasik di HRPB. Namun, pelaksanaan tidak boleh dilaksanakan serta-merta kerana perkhidmatan kardiotorasik bukan sahaja memerlukan pakar bedah kardiotorasik, malah KKM perlu menyediakan pakar bius kardiotorasik serta kakitangan sokongan yang mahir, terlatih seperti jururawat dan perfusionists. Di samping itu juga, harus disekalikan dengan peralatan yang lengkap serta infrastruktur lain seperti unit rawatan rapi dan sebagainya.

Berkenaan tentang isu naik taraf hospital-hospital seperti Hospital Kuala Kangsar, Hospital Duchess of Kent, jawapan-jawapan terperinci akan kami berikan secara bertulis supaya perkara ini dapat dijadikan hebahan kepada Yang Berhormat untuk menjawab rungutan daripada masyarakat.

final • 12:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Berkenaan tentang isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi― Tan Sri, minta maaf, Tan Sri.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu. Yang Berhormat, panjang lagi?

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dia panjang sikit sahaja lagi.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa minit Yang Berhormat perlukan?

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Boleh bagi saya 10 minit?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi 10 minit ya. Okey.

final • 12:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan, Ipoh Timor.

final • 12:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri Speaker, Timbalan Menteri atas jawapan yang mantap dan menyeluruh. Cuma, tadi dibangkitkan bahawasanya untuk wujudkan unit kardiotorasik, atau bukan unit kardiotorasik tetapi pusat kardiotorasik di Ipoh itu memerlukan tenaga kerja pakar-pakar bedah yang tambahan seorang dualah, kurang-kurangnya.

Cuma, ia juga bersangkut paut dan berkait rapat dengan keadaan atau kemelut berkenaan dengan parallel pathway program latihan pakar bedah kardiotorasik. Tempoh hari sewaktu Pertanyaan Menteri, Menteri telah memberi sedikit harapan tentang

final • 12:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

gazettement, dengan izin, pelatih-pelatih parallel pathway kardiotorasik untuk diwartakan masuk NSR.

Saya nak tanya dan minta secara lebih spesifiklah, apakah timeline, garis masa, dengan izin, berkenaan dengan gazettement atau pewartaan empat orang yang telah menduduki peperiksaan sekarang yang menunggu untuk memenuhi segala dan kesemua yang diperlukan untuk diwartakan ke dalam NSR? Sama ada pihak kementerian dapat dan juga pihak-pihak berkuasa yang lain seperti MMC dapat memberi satu garis masa yang jelas berkenaan dengan pewartaan?

final • 12:50 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okay, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Berkenaan dengan isu yang telah dibangkitkan tentang gazet tersebut, Yang Berhormat Menteri juga telah meletakkan isu parallel pathway ini sebagai KPI beliau dan juga dalam tempoh beberapa hari lagi, KPI ini akan dibentangkan dan juga saya akan memberikan Yang Berhormat Menteri sendiri yang akan menjawab isu-isu tersebut secara umum.

Berkenaan tentang isu Hospital Sibu, bilakah dinaik taraf kepada hospital setara negeri, naik taraf tersebut akan dilaksanakan secara berfasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Di sini saya tidak melihat Yang Berhormat Kota Belud berada di dalam Dewan, maka saya akan langkau berkenaan tentang penerangan isu-isu berkaitan tentang Kota Belud dan juga berkenaan tentang Yang Berhormat Kuala Langat, ada di sini tak? Hulu Langat, ada di sini, ada?

Saya turut mengambil maklum berkenaan tentang keadaan klinik kesihatan yang sesak di kawasan Hulu Langat. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, Klinik Kesihatan Semenyih baru sedang dalam pembinaan yang boleh memberikan perkhidmatan hampir 800 pesakit sehari. Projek ini dijangka siap pada Jun 2025. Di samping itu, KKM melanjutkan waktu operasi Klinik Kesihatan Ampang dan Klinik Kesihatan Kajang bagi meningkatkan akses penduduk setempat kepada perkhidmatan kesihatan. Sebagai tambahan, Klinik Kesihatan Ampang, Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi juga beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum untuk memberikan perkhidmatan khusus seperti pemeriksaan jaundis neonatal kepada kanak-kanak.

Seterusnya adalah berkenaan tentang isu autonomi kesihatan. Saya beralih kepada isu pembangunan dan naik taraf. Yang Berhormat Batang Sadong menyatakan bahawa masih ada daerah di Sarawak yang tiada klinik dan poliklinik walaupun mempunyai hospital. Setiap facilities KKM adalah unik dan tertakluk kepada keperluan berdasarkan locality sesuatu kawasan tersebut. Dalam mekanisme pembangunan facilities kesihatan, sesuatu keputusan boleh dilakukan di peringkat ibu pejabat sahaja tetapi turut mengambil kira pandangan dari input peringkat negeri. KKM juga akan komited untuk menambah baik sistem sedia ada. Sebagai contoh, semasa perbincangan mengenai isu-isu di bawah MA63, KKM telah menerima cadangan input penambahbaikan daripada Kerajaan Sarawak untuk dipertimbangkan secara serius. Langkah ini juga sahaja dapat memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan lebih efisien, malah dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Berkenaan tentang isu naik taraf KK daif, untuk makluman Ahli Dewan, ketika ini pada tahun ini kita diperuntukkan sebanyak RM150 juta peruntukan pada tahun 2024.

Sebanyak 400 projek akan dilaksanakan. Kita akan melaksanakan roboh dan bina baru sebanyak 81 buah dan pembaikan sebanyak 320 buah klinik daif. Ini akan membantu Yang Berhormat-Yang Berhormat di kawasan untuk menjelaskan kepada orang-orang kawasan bahawa berlakunya projek naik taraf dan kami di KKM akan mengambil inisiatif- akan menyediakan dossier di manakah lokasi-lokasi klinik-klinik daif ini mengikut kawasan Parlimen dan juga saya memberikan jaminan, taburan 401 buah klinik, 81 bina baru dan

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

roboh ini meliputi semua kawasan Parlimen, tidak kira Parlimen kerajaan ataupun pembangkang ataupun bebas. Saya pasti setiap kawasan Parlimen mempunyai projek tersebut.

Pada tahun lepas juga, kita telah pun melaksanakan hampir 524 klinik. Saya mohon maaf juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, mungkin kami terlepas pandang kerana sibuk membuat projek yang banyak ini, terlupa untuk memaklumkan bahawa terdapat projek-projek yang telah siap.

Saya harapkan jawapan untuk YB Pendang berkenaan tentang klinik-klinik bidan tersebut adalah termasuk juga di dalam pelaksanaan klinik desa yang akan kami roboh dan bina dan memberikan perkhidmatan yang bagus kepada masyarakat. Berkenaan tentang isu...

final • 1:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Minta laluan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kuala Nerus.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Ya, ya. Sedikit jer ya, Kuala Nerus.

final • 1:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sedikit jer.

final • 1:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Nanti Kuala Krai sedikit.

final • 1:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Kuala Nerus ada satu klinik pusat kesihatan jenis dua yang dicadangkan untuk dibina baru. Cuma yang saya terkilan, dia masuk dalam RMKe-14, masih lama lagi. Jadi, harap dapat masuk samalah dengan bilangan ini kerana sangat sesak sehinggakan tempat menunggu di bawah kanopi, di bawah khemah dan parking kereta sampai jalan utama menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ini diharapkan dipertimbangkan untuk fikir, Bukit Tunggal jenis dua, terima kasih.

final • 1:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, sedikit jer.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Ya.

final • 1:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya harap Yang Berhormat juga dapat kemukakan senarai untuk Parlimen Kuala Krai dan jika dapat dimasukkan Klinik Desa Pasir Kelang diangkat kepada Klinik Kesihatan kerana berada di seberang Sungai Kelantan. Jadi, sekarang ini penduduk Pasir Kelang perlu menaiki feri untuk ke seberang sungai. Jadi, perlu klinik kesihatan yang lebih selesa daripada KD ke KK. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Ok, semua...

final • 1:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jempol.

final • 1:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma Jempol ini ada dua isu. Yang pertamanya ialah dari segi perjawatan di Hospital Jempol. Sudah lama perjawatan tidak diisi, jadi saya mohon pihak kementerian dapat melihat keperluan beberapa perjawatan di Hospital Jempol ini selain daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat, terlibat juga pegawai sosial agama dan juga pegawai keselamatan di hospital tersebut.

Kedua ialah perkara yang telah saya bawa pada tahun lepas iaitu pembaikan sistem penyaman udara (air con) Pejabat Kesihatan Daerah Jempol yang telah pun rosak selama sembilan tahun. Jadi, ini satu jangka masa yang panjang sebab kerana sistem yang lama ini digunakan air handling unit, costnya tinggi dan juga tidak sesuai lagi pada hari ini dan cadangan diganti dengan air condition split unit. Jadi, saya mohon perhatian serius daripada pihak kementerian kerana telah mengambil masa sembilan tahun untuk dibuat penambahbaikan. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

final • 1:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh saya tambah sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Ok, Bandar Kuching, ini last.

final • 1:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya bukan nak tanya tentang klinik di kawasan saya tetapi saya nak tanya tentang prevalence jika ada wabak entrovirus ataupun echovirus 11 di mana-mana NICU di hospital seluruh negara. Kalau kita lihat, ada banyak kes, terutamanya di Eropah pada tahun lalu. Ini memang satu isu yang akan menyebabkan neonatal sepsis dan kematian kepada mereka. Saya nak tanya, jika ada prevalence di Malaysia dan jika ada, berapakah info mortaliti? Adakah kita nampak peningkatan dalam masa ini? Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Yang Berhormat Bandar Kuching, saya akan terus menjawab kerana ada jawapan di sini. Berkenaan tentang echovirus (EV) dalam kalangan bayi di Neonatal Intensive Care Unit di seluruh negara, berdasarkan laporan di kumpul oleh pakar pediatrik di seluruh hospital KKM, enam mortaliti telah dilaporkan pada tahun 2023 iaitu Pulau Pinang satu kes, Putrajaya dua kes, Selayang satu kes dan Perak dua kes. Langkah pencegahan dan kawalan echovirus ini, satu garis panduan echovirus telah dikeluarkan pada tahun 2023 iaitu pesakit di tempatkan di bilik isolasi sekiranya disyaki echovirus, memastikan staf di NICU sentiasa memastikan tangan dicuci, staff menggunakan PPE, kerap melakukan disinfeksi, memastikan persekitaran wad dan juga pengurusan sisa. Selain daripada itu, oleh kerana masa agak sedikit terhad, Dato Yang di-Pertua...

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maran, Maran, Timbalan Menteri, Maran ada.

final • 1:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya cuma nak tambah isu penting.

Sebab saya lihat...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat yang lain, duduk. Menteri, saya bagi tiga minit, gulung, tutup, jawapan bertulis.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah apa yang kami hadapi di Kementerian Kesihatan, Tuan Yang di-Pertua. Kita mempunyai 62 persoalan yang berbangkit. Soalan-soalan yang tidak dapat dijawab akan dijawab secara bertulis. Berkenaan isu tentang...

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, Maran ada di Dewan. Daripada pagi tunggu.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Maran ada.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Saya sudah cakap tadi duduk, duduk. Jangan ganggu Menteri. Yang Berhormat, silakan.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Perkara seterusnya yang saya ingin maklumkan kepada Ahli Dewan, KKM telah melaksanakan perolehan 590 unit ambulan baru yang dijangka akan diagihkan secara berperingkat kepada hospital, facilities KKM di seluruh negara mulai Jun 2024 bagi menggantikan ambulan yang uzur. Juga perkara ini akan kita masukkan di dalam dossier KKM, bersekali dengan projek-projek klinik yang daif.

Berkenaan tentang isu yang dibangkitkan iaitu kos rawatan warga asing. Ini adalah isu yang sangat penting untuk dijawab. Tindakan diambil bagi mengutip balik charge rawatan yang tidak dijelaskan oleh warga asing. Pada tahun 2023, jumlah tunggakan adalah sebanyak RM40.8 juta. Bagi menangani risiko kejadian tunggakan ini, KKM mengambil langkah seperti berikut adalah untuk mengutip deposit bagi pesakit warga asing mengikut kelas wad. Deposit bagi prosedur pembedahan kelas tiga adalah sebanyak RM2,800, manakala kelas satu adalah RM11,000. Mengadakan perjanjian jaminan bank dengan syarikat swasta dan juga bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mewajibkan majikan mencarum Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Asing (SPIKPA). Juga, bekerjasama dengan UNHCR bagi badan bukan kerajaan yang mahu membantu membiayai kos pesakit warga asing.

final • 1:00 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Juga, berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh perolehan vaksin HPV. Bagi menjawab persoalan YB Puchong mengenai perolehan vaksin Human Papilloma Virus

(HPV), pembekalan vaksin HPV semasa adalah berdasarkan kepada kontrak sedia ada yang berkuat kuasa sehingga 20 April 2024.

KKM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di atas kelulusan tender baharu bagi membekalkan vaksin ini. KKM akan segera melaksanakan pemberian imunisasi HPV kepada murid-murid yang tercicir dan meneruskan pemberian vaksin mengikut kohort yang telah dirancangkan. Sekian saja penggulungan daripada saya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan KKM dan semua petugas barisan....

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, ada masa lagi sikit.

final • 1:10 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

... yang telah bertungkus-lumus. Yang Berhormat, sekejap. Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat Maran.

final • 1:10 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. KKM beriltizam untuk memuktamadkan agenda reformasi yang sedang digalas ini seperti disebutkan tadi iaitu transformasi pendigitalan, reformasi pembiayaan kesihatan yang kami rasakan kedua-dua polisi dan dasar ini akan menjadi legasi yang terbaik kepada KKM. KKM ingin memastikan perkara-perkara ini terlaksana. Alang-alang berdakwat biarlah hitam, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Sebelum saya menutup ucapan saya ini, saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran. Saya akan beri jawapan secara bertulis berkenaan tentang status tanah hospital yang dibangkitkan dan juga kelulusan kerja-kerja awalan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tersebut.

Saya juga ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat bersama mendidik rakyat untuk mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, aktif secara fizikal, boleh mengurus stres dengan baik dan membudayakan hidup sihat. Walaupun mengubah sikap dan tabiat itu sukar, namun lambat laun pasti akan membuahkan hasil. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Petua.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya dipersilakan Menteri di Kementerian Perladangan dan Komoditi.

final • 1:10 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Petua, saya ingin merafak sembah menjunjung kasih dan tahniah kepada Yang di- Pertuan Agong atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu. Semoga Malaysia akan terus makmur, cemerlang dan gemilang sepanjang tempoh di bawah naungan pemerintahan Baginda.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat iaitu Tangga Batu, Paya Besar, Tenom, Padang Terap, Sik, Temerloh dan Pasir Salak yang telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan dan pandangan mereka melibatkan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi semasa Perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan yang mulia ini.

final • 1:12 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Dato’ Yang di-Petua, Yang Berhormat Tangga Batu telah membangkitkan tiga isu berkaitan sektor sawit iaitu pengeluaran yang semakin menurun, kos pengeluaran dan penanaman semula yang semakin meningkat dan isu mengenai nilai ambang atau threshold dan juga kadar levi keuntungan luar biasa windfall profit tax yang dikenakan terhadap penjualan minyak sawit.

Pengeluaran minyak sawit mentah untuk pengetahuan Yang Berhormat, kadar penanaman semula dia ada banyak faktor yang menyebabkan kenapa pengeluaran sawit Malaysia rendah adalah kerana:-

(i) kadar penanaman semula yang rendah;

(i) kekurangan tenaga kerja;

(ii) hasil buah sawit yang rendah akibat pengurusan ladang yang tidak efisien khususnya yang melibatkan pekebun kecil; dan

(iii) tidak ada fokus kepada peningkatan hasil dan lebih menumpukan kepada pembukaan tanah baharu untuk penanaman sawit.

Saya ingin mengolah dari segi soal kadar penanaman semula yang rendah. Kalau kita lihat kadar penanaman semula yang rendah akan menyebabkan banyak pokok kelapa sawit di ladang-ladang kita tua dan tidak produktif atau tidak menghasilkan buah yang banyak. Menurut amalan pengurusan yang baik, industri sawit kita patut melaksanakan penanaman semula pokok tua iaitu yang lebih 25 tahun pada kadar empat peratus setiap tahun. Namun, kadar penanaman semula kita dalam tempoh 2014 hingga 2023 agak rendah on average 1.8 peratus setiap tahun iaitu estet berskala besar dua peratus pekebun kecil satu peratus.

Pada tahun 2023, 8.5 peratus ataupun 480,000 hektar daripada jumlah keluasan tanaman sawit negara yang pokok-pokoknya berusia lebih daripada 25 tahun, 480,000 hektar. Ini merupakan peningkatan yang ketara daripada 5.6 peratus pada tahun 2014.

Jika keadaan ini berterusan, berdasarkan kepada 480,000 hektar, jika kita ambil tambahan pokok-pokok yang baru ini boleh menghasilkan tambahan 10 atau 15 tan per hektar, kita sudah kehilangan hampir 1 juta metrik tan CPO.

Sebab kedua adalah juga kerana kekurangan tenaga kerja. Industri ini berdepan dengan masalah kekurangan buruh yang menjejaskan industri sawit. Isu ini bermula semasa pandemik COVID-19 di mana ramai pekerja-pekerja ladang telah pulang ke negara asal dan tidak kembali untuk bekerja. Buat masa ini, industri sawit kekurangan sekitar 40,000 orang penuai ataupun pekerja yang khusus untuk menuai buah-buah sawit ini. Mengambil kira 40,000 pekerja ini, dia kalau kita ambil secara purata satu tan satu hari untuk 261 hari bekerja ia akan menyebabkan kehilangan nilai sebanyak RM8 bilion.

Ketiga, adalah juga sebab pengurusan ladang yang tidak efisien. Hasil buah sawit yang rendah akibat pengurusan ladang yang tidak efisien iaitu hampir 27 peratus daripada jumlah 5.7 juta hektar kelapa sawit ini diuruskan oleh pekebun-pekebun kecil iaitu berjumlah hampir RM447,000. Jadi, secara kasarnya kebanyakan daripada pekebun- pekebun kecil ini mengeluarkan buah yang agak kurang jika dibandingkan dengan estet- estet yang besar. Rata-rata mereka ini menguruskan ladang sawit kecil purata hanya empat hektar. Kita ada dua kategori of pekebun kecil:-

(i) Independent, 214,000 pekebun kecil yang melibatkan 822,000 hektar; dan

(ii) Organized smallholders ataupun pekebun-pekebun kecil yang melibatkan 233,000 peserta dan melibatkan 674,000 hektar.

Soalan seterusnya ialah...

final • 1:12 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri. Minta Pasir Salak mencelah.

final • 1:12 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Pasir Salak ada jawapan ini, saya nak jawab.

final • 1:12 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Ya. Boleh jawab nanti ya?

final • 1:12 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh.

final • 1:12 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Sebab saya dengar tadi melibatkan RM8 bilion ini sangat besar.

final • 1:12 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Ya.

final • 1:12 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Dan juga kita anggarkan juga lebih daripada itu. Okey, terima kasih Menteri.

final • 1:12 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih. Betul. Kalau kita ambil saya punya kira 40,000 pekerja yang untuk buat harvesting ini kalau satu hari dia boleh harvest satu tan tambahan. Berdasarkan 261 hari, kalau kita calculate average (OER) lebih kurang dalam 19 peratus ia boleh menyebabkan kalau bergantung pada harga jualan sawit hari ini CPO kita ia melibatkan lebih kurang RM8 bilion. Figure ini akan naik tinggi sekiranya harga CPO kita meningkat ia juga akan meningkat lebih tinggi. Saya akan jawab soalan Pasir Salak itu dari segi macam mana mengatasinya. Okey. Kemudian pengeluaran dan kos penanam semula sawit yang tinggi oleh Yang Berhormat Tangga Batu juga.

Dato’ Yang di-Petua, Tangga Batu juga telah membangkitkan persoalan mengenai kos pengeluaran dan kos penanaman semula sawit yang tinggi. Purata kos penanaman sawit adalah sekitar pada hari ini adalah 16,500 on average. Seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi skim insentif pembiayaan tanaman semula kelapa sawit. Ini RM100 juta ini hanya cukup untuk 5,900 hektar. Sedangkan kita mempunyai hampir 60,000 hektar ke 70,000 hektar yang sepatutnya kita sudah mula untuk menanam semula. Tetapi oleh kerana tidak ada cukup peruntukan, maka kita hanya boleh buat 5,900 hektar.

final • 1:12 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Kemudian kos penghasilan minyak sawit mentah. Purata kos penghasilan minyak sawit mentah (CPO) ini dianggarkan lebih kurang dalam 2,800 per metrik tan CPO. Ada sebahagian daripada peserta-peserta juga kos mereka meningkat hingga 3,000 tan bergantung kepada efisiensi setiap daripada penggiat ataupun peserta-peserta yang menanam pokok kelapa sawit ini.

Soalan seterusnya ialah Yang Berhormat Paya Besar bertanyakan penerokaan destinasi baharu untuk mengeksport produk agrikomoditi ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun 2023, destinasi eksport utama Malaysia ini adalah India, China dan Kesatuan Eropah yang melibatkan 27 buah negara, United Kingdom, Afrika melibatkan 48 buah negara, Turkiye dan juga Mesir. Kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan pasaran minyak kelapa sawit kita kepada negara-negara ini dan meningkatkan – dan menjadi pilihan untuk membeli minyak sawit kita daripada negara- negara pengeluar yang lain.

Seterusnya Pasir Salah ada menyatakan bahawa fasal harvester. Jadi, harvester ini adalah merupakan satu profesion yang sangat penting dalam industri kelapa sawit.

Kalau kita ada pokok kelapa sawit yang kita yang kita tadbir dengan baik, tetapi kalau kita tidak ada harvester, dia akan menyebabkan buah-buah ini tidak dapat dituai. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita melihat bahawa kerja harvester ini banyak dikendalikan oleh pekerja asing. Ini kerana apabila kita panggil harvester ini, dia ada tujuh benda dia kena buat. Satu dia kena pandai menilai buah mana yang hendak tuai, sudah masak ke belum. Kemudian dia kena potong pelepah, kemudian dia kena potong buah tersebut, kemudian meletakkan buah sawit itu sudah jatuh ke bawah, angkat kena masukkan dalam lori, kemudian mengutip loose fruits, masuk dalam lori. Kemudian hendak pindahkan buah-buah ini ke tepi jalan untuk diangkat ke kilang-kilang.

Jadi kerja-kerja ini adalah kerja-kerja yang memang kita panggil seven in one-lah.

Apa yang kita buat hari ini, oleh kerana kita kekurangan harvester, jadi dia adalah merupakan specialised job. Jadi, kita cuba untuk menarik minat kita punya rakyat terutama golongan-golongan muda ini untuk melihat harvester ini sebagai satu profesion yang sangat unik dan memerlukan kepakaran. Kalau kita boleh latih mereka ini untuk menjadi harvester pada masa akan datang. Jadi kementerian telah memulakan kursus untuk menoreh ataupun menjadi harvester atau kita panggil specialised harvester ini, kita

final • 1:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

identified 60 orang peserta yang kita akan masukkan di dalam TVET dan kemudian kita akan hantar ke ladang-ladang untuk mengajar mereka macam mana hendak harvest.

Tetapi, kerja mereka ini kita hendak limit untuk tiga sahaja, iaitu untuk melihat buah yang masak, untuk bagaimana hendak potong pelepah dan macam mana hendak potong buah itu untuk jatuh. Yang the balance three, four ini kita hendak suruh foreign workers buat.

Because ini kita boleh gunakan foreign workers dan juga kita boleh gunakan mechanization banyak benda-benda yang mechanize ini kita boleh buat untuk buat benda itu. Tetapi yang the first three ini, dia memerlukan banyak – kita punya pengalaman dan juga training yang betul dan kita telah cuba menggunakan pilot project untuk 60 orang pelajar-pelajar ini masuk dalam kita punya TVET.

Kemudian saya hendak masuk ke industri getah. Ada juga soalan yang dibangkitkan oleh YB Tenom dan YB Padang Terap. Dato’ Yang di-Pertua, YB Tenom dan Padang Terap telah membangkitkan isu pemerkasaan industri getah negara untuk memperkasakan industri getah tempatan kita perlu meningkatkan pengeluaran getah asli.

Daripada 1.1 juta hektar keluasan tanaman getah Malaysia ataupun 93 peratus terdiri daripada pekebun kecil dan tujuh peratus estet adalah datang daripada proper estate. I mean the big skala besar tujuh peratus, 93 peratus terdiri daripada pekebun kecil.

Pada tahun 2023, Malaysia menghasilkan hanya 348,000 tan metrik getah asli.

Pada tahun 2022, kita menghasilkan sebanyak 377,000 metrik tan. Kita mengimport – negara mengimport 1.16 juta metrik tan pada tahun 2022 dan mengimport sebanyak 5.7 juta bilion pada tahun 2023 dan pada tahun 2022 kita mengimport sebanyak 7.2 bilion getah.

Kita juga ambil maklum terdapat 420,000 hektar tanaman getah yang sudah matang, tetapi tidak ditoreh berpunca daripada kekurangan penoreh dan juga harga getah yang rendah. Sebanyak 420,000 metrik tan ini kalau kita boleh toreh semuanya, kita akan dapat mengurangkan import getah daripada satu juta...

final • 1:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

420,000 hektar Yang Berhormat Menteri ya?

final • 1:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

420,000 hektar kita boleh dapat kurangkan import kita daripada satu juta turun sebanyak 630,000 metrik tan. Pihak kementerian sedang meneliti bagaimana kita hendak melihat isu ini ialah kita cuba untuk mengeluarkan satu model baharu iaitu macam mana kita hendak buat consolidation supaya kita dapat satukan small, smallholder ini dalam satu entiti yang mempunyai tiap-tiap kawasan kita ada lebih kurang 1,000 hektar.

Jadi, dengan adanya pengumpulan small, smallholder yang hanya ada tiga hektar dan empat hektar ini, kita kumpulkan sekali dan akan lebih banyak lagi syarikat-syarikat yang besar-besar ini dia berminat untuk melihat ini dan akhirnya kita dapat menyelesaikan isu tidak ditoreh 420,000 hektar.

Syarikat-syarikat besar ini kalau dia ada dapat saiz yang besar, dia juga terlibat dalam midstream dan juga downstream, dia tidak kira berapa banyak harga di pasaran, tetapi yang diperlukan adalah getah yang dapat dikeluarkan untuk di-supply kepada...

final • 1:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, minta Tangga Batu sikit. Baik, saya setuju dengan pandangan-pandangan Menteri itu saya rasa bagus. Cuma kalau kita bercakap soal big player dalam industri getah macam Sime Darby, Kuala Lumpur Kepong dan sebagainya, mereka sekarang telah trim down daripada getah mereka berubah kepada kelapa sawit. Baru-baru ini saya bertemu dengan kawan daripada KLK bahkan dia punya kilang latex concentrate di Tanjung Malim pun mereka hendak tutup, jadi macam mana mereka hendak membantu pekebun kecil, terima kasih.

final • 1:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya maksud saya big player ini adalah big player yang terlibat secara midstream dan downstream, sebab mereka ini midstream dan downstream ini mereka import satu tahun satu juta metrik tan. Akan tetapi, kalau kita boleh bawa mereka ke upstream, sebanyak upstream ini banyak dikendalikan 93 peratus oleh smallholders.

final • 1:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi kalau kita bawa mereka ini melihat bagaimana dia tadbir 93 peratus punya production ini daripada small, smallholders kita ini jadi dia terlibat secara langsung. Jadi, regardless of price getah kita ini dia akan bayar dengan bayaran yang tetap supaya getah itu akan masuk dalam dia punya midstream dan juga downstream. Mereka perlukan getah itu, kalau tidak kilang tidak boleh beroperasi.

Jadi kita deal dengan orang yang buat midstream, focus only midstream dan downstream. Upstream ini mereka tidak boleh terlibat kerana kita punya negara ini dulu, waktu kita menjadi pengeluar getah yang terbesar, kita lebih kepada smallholders driven.

Where else kalau kita tengok, kelapa sawit kita lebih kepada yang berskala besar. 73 peratus daripada 5.7 juta ladang kelapa sawit dikendalikan oleh player yang besar-besar, 73 peratus.

final • 1:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sedangkan getah 93 peratus dikendalikan oleh pekebun-pekebun kecil. Jadi, kalau kita tengok isu ini, pekebun kecil kalau tengok harga getah murah, dia tak pergi toreh lah. Dia simpan lah dia punya susu getah kat pokok. Tetapi kelapa sawit lain. Kelapa sawit ini buah masak, you kena toreh. Kalau tak toreh, dah tak boleh pakai.

final • 1:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 1:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sebab itu kalau kita boleh bawa midstream dengan upstream ini bersama-sama terlibat mengendalikan upstream ini, dia akan kurangkan import getah daripada Vietnam, Thailand dan Ivory Coast. Dia boleh gunakan 420,000 hektar ini. Ikut saya punya calculation, kalau dapat 1.5 tan, boleh menghasilkan 630,000 metrik tan. Jadi, sudah tentu kita akan kurangkan import kita.

final • 1:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, Menteri terima kasih.

Tan Sri Speaker. Jadi, Temerloh ada mengemukakan permasalahan berkaitan dengan getah yang tak bertoreh. Itu di bawah ASPA di Rompin yang agak luas. Jadi, kami melihat bahawa isu utamanya adalah tak ada tenaga, terutamanya apabila menyebut tidak ada tenaga ini sudah tentu berkaitan dengan nilai harga getah yang sangat rendah. Jadi, apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya perkara ini dapat diatasi terutamanya kita kata melibatkan orang muda untuk sama-sama menjadi penoreh getah yang bertenaga dan mendapat pendapatan yang lumayan? Terima kasih.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih YB. Macam saya sebut tadi, 420,000 hektar ini penumpuan banyak di Kelantan, Kedah, Pahang. Jadi, inilah target kita.

Kita nak kalau boleh bawa private sector datang menjadi the buyer for anything yang kita produce. Apa yang kita toreh ini keluar saja bayar, regardless of the price. Sebab mereka ini mendapat pendapatan tetap. Kita nak suruh mereka dapat pendapatan tetap.

Maknanya, dia menoreh itu sebagai kerja. Dia bukan kira fasal harga sebab harga ini difikirkan oleh pemain-pemain industri. Sebab kalau tak ada getah ini, pemain industri ini masih mengimport. Jadi, kalau harga getah dunia katakan RM5 atau RM7 satu kilogram, di Vietnam dengan di Thailand pun sama juga.

Isunya dia tak menoreh. Dia tak menoreh kerana bila rendah dia tak toreh, bila tinggi baru dia toreh. Jadi, kita nak menyelesaikan isu ini sebab bila tak ada getah, mereka akan import. Tapi kalau getah itu consistently ada dalam negara kita, maka kita akan dapat mengurangkan import.

Jadi, nak jawab pertanyaan Yang Berhormat tadi ialah kita cuba nak consolidate supaya pemain-pemain industri ini dia akan lebih suka tengok kalau saiz dia besar.

Contoh, kalau dia pemain midstream dia boleh dapat 10,000 hektar, dia akan ambil ini sebagai macam kontrak dengan dia, ataupun 15,000 hektar, 20,000 hektar. That’s yang kita nak cuba usahakan. Tapi isu ini is not easy sebab setiap pekebun-pekebun kecil ini ada tanah dia tiga hektar, empat hektar, dia pun takut tanah dia hilang. Tapi this is where kementerian akan cuba coordinate supaya tidak ada berlaku sebarang penipuan. Dia cuma nak getah sahaja. All right. Kemudian...

final • 1:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, sedikit Menteri.

Satu. Kalau kita lihat tadi masalah kurang—satu, kurang tenaga. Apakah insentif-insentif

final • 1:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

yang disediakan oleh kementerian untuk menarik, terutamanya golongan muda ini satu tak ada kerja kemudian mereka kadang-kadang terpaksa mengambil upah daripada, bukan kebun dia kena ambil upah. Mungkin itu juga kena ambil perhatian sebab mereka minat sebab tak ada kerja lain. Tapi di sebalik itu, upah yang dapat itu dibahagi dua. Kan?

Dia dapat harga getah jual, kena bagi dua dengan tuan. Satu. Kedua, saya melihat betapa pentingnya diberikan insentif contohnya tapak rumah untuk mereka fokus kepada kebun yang diusahakan. Okey, terima kasih.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih. Yang Berhormat saya setuju.

Cuma kalau kita dapat buat macam ladang-ladang kelapa sawit yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat besar ini, selalunya dia akan sediakan rumah yang elok, tempat tinggal yang selesa. Tapi kalau kita ada tiga hektar sahaja, dia susah nak buat. Sebab itu saya cakap kalau kita boleh consolidate pekebun-pekebun kecil ini yang memang dah tak toreh dah, dia langsung tak dapat apa. Jadi, kalau kita boleh bawa pemain-pemain ini datang jumpa mereka ini, satukan mereka. Jadi, dia akan dapat juga hasilnya. Kalau dia tidak ada orang nak menoreh, syarikat-syarikat ini akan bawa penoreh-penoreh dan digaji penoreh- penoreh ini macam mana kita gajikan pekebun-pekebun kelapa sawit ini.

Maka mereka akan dapat hasil keluar daripadanya dan daripada situ baru boleh kita kurangkan kita punya import. Ini kita akan galakkan kepada anak-anak muda. Kalau yang tak suka dapat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kita boleh bawa dia sebagai pekerja tetap di dalam ladang getah yang sentiasa hari-hari boleh toreh.

Melainkan kalau hujan, yalah. Okey, so, saya nak masuk...

final • 1:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sikit. Daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, saya tertarik. Jelas isu besar dalam kedua-dua ini adalah berkaitan dengan tenaga buruh untuk harvest, sama ada getah ataupun sawit.

Kita belajar daripada COVID-19 seperti mana yang Yang Berhormat Menteri sebut bahawa kita bergantung pada pekerja-pekerja asing. Adakah kementerian ada data untuk lihat setakat mana penggunaan mekanisasi selepas COVID-19 ataupun dia sama sahaja sebelum COVID-19 dengan selepas COVID-19? Semua orang guna kaedah yang sama.

Apakah pendekatan kerajaan ke arah ini bagi memastikan supaya perkara kita sebut tentang tenaga kerja tadi, kita dapat atasi dengan teknologi? Terima kasih Menteri.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu sikit Menteri.

Baik, sebenarnya kalau daripada pengiraan kita 420,000 hektar getah yang tak bertoreh ini, biasa kalau kelapa sawit ini ratio harvester dia 1:15, kalau dengan mechanisation, dia akan pergi 1:25-30. Tapi untuk getah ini pun dia macam penuai sawit sebab dia skilled worker, dia tak boleh lukakan pokok dan sebagainya. Kalau mengikut perhitungan saya satu itu empat hektar, makna negara memerlukan lebih kurang 105,000 skilled workers yang terpaksa membuat kerja tapping lah. Cuma saya nak tahu apakah teknologi yang dulu pernah dikeluarkan oleh LGM, arah air turun, dia tapping knife dan sebagainya?

Bagaimanakah benda ini sebenarnya boleh kita implementasikan? Sebab sekarang dari segi komersial, saya tidak lihat benda ini dikomersialkan. Okey, terima kasih.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya answer dulu YB Putrajaya. Kalau kita tengok ladang kelapa sawit kita sekarang ini, dia punya standard measurement of workers ini every lapan hektar, satu pekerja. Kalau kita ada 1,000 hektar kita ada 125 pekerja, daripada 125 pekerja ini 50 peratus harvester, yang lagi 50 peratus itu general workers. Jadi, mechanisation sebenarnya dah tolong kita banyak. Buat perkara-perkara yang tidak menyebabkan harvesting, yang bawah-bawah ini kerja-kerja kutip ini semua banyak mechanisation has been done. Sebab itu sebahagian daripada ladang dia tidak pakai lagi lapan over satu, lapan hektar satu. Sekarang some of the ladang 12:1, ada ladang yang bagus lagi 10,12,13 ada, satu. Sebab mechanisation dah tolong mengurangkan foreign workers ini. Tetapi harvester ini, masih tak boleh lagi, macam-macam cara dia orang cuba buat mechanisation, buat robot nak naik. By the time, naik cuba ambil, ambil lebih masa, ambil 20 minit.

Kalau buat skilled punya harvester, dia dah sampai 10-15 pokok. Jadi, yang ini kita masih melihat. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Putrajaya. Sekiranya datang balik lagi, kita ada pandemik, orang itu balik, siapa nak harvest? This is why kita nak kena plan sekarang ini iaitu bagaimana kita nak galakkan tenaga-tenaga muda kita

final • 1:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

yang masuk dalam TVET ini. Kita kena bagi dia take pride sikit bahawa harvester ini is a specialized job, that part. Jadi, kita tak boleh panggil dia pekerja ladang, kita kena cakap dia specialized harvester. Tapi dia buat kerja itu tiga. Tengok, buah yang masak, petik, buang dia punya tandan, potong kemudian jatuh dan the rest pekerja boleh buat. Itu mechanisation will come to play. Saya nak jawab soal fasal getah. Getah pula, dia lebih kurang. Kalau you ada 4.5 hektar, you perlukan lebih kurang dalam—the ideal situation is you kena ada 4.5 hektar untuk satu worker. Maknanya dia boleh toreh tiga hari lepas itu patah balik, dia boleh buat macam itu. Sebab itu kalau kita cuma ada tiga hektar, sebab itu dia tak ada economic skill. Tapi kalau kita boleh consolidate 10,000 hektar, kemudian panggil anak-anak muda ini harvest. Pay them a fixed salary and then the midstream and downstream will take this product and make sure kita control import, the government will control import. Sekarang government tak boleh control import, kalau kita control import, kilang semua akan tutup sebab tak ada fixed stock, natural rubber tak ada. Jadi, kita nak kena manage benda ini ialah supaya jangan biarkan 420,000 hektar ini terbiar macam itu saja.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Banyak daripada pekebun-pekebun kecil kita ini semua dah berumur dan kemungkinan mereka juga tak hanya keluar apabila betul-betul harga itu tinggi ataupun dia berkongsi dengan pekerja-pekerja asing, datang secara bukan pekerja tetap untuk toreh dan share pulangan daripada hasil. Itu pun bergantung kepada penjualan harga getah pada ketika tersebut.

Jadi pandangan saya ialah kalau kita boleh consolidate ini tapi dia mengambil masa sebab pertama, nak kena bincang soal tanah, nak meyakinkan tuan tanah, kemudian kita nak bawa investor yang terlibat dalam midstream dan downstream to participate dalam kita punya – kita punya strategi ini.

Okey, saya juga nak menyentuh, Yang Berhormat Tangga Batu ada sebut pasal gas stimulant ya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, gas stimulant ini dalam meningkatkan hasil getah ini still, bagi saya still questionable lah. Kita tak boleh ambil ini secara mudah kerana kita perlu melakukan banyak kajian. Jadi kalau setakat proof of concept sahaja, satu dua boleh lah tapi kalau kita nak kena buat secara berskala besar paling tidak pun kita akan apply 1,000 hektar, 1,000 hektar, baru kita dapat tengok.

Kemudian, kita kena ada dua, satu yang muda kalau kita pakai stimulant, pokok yang tua pakai stimulant, apa beza dia? This one takes a long process. Kalau kita terus pergi apply ini, kita tak tahu apa kesan dia. Masa panjang kita nak tengok.

Kalau kita pakai pada pokok yang muda end up mungkin lima enam tahun sahaja pokok itu boleh tahan. Kalau kita pakai pokok yang tua, betul ke pokok yang tua itu boleh menghasilkan susu getah yang lebih bagus atau lebih baik? Itu semua banyak nak kena buat. Sebab itu saya tak, saya tak bagi komitmen atau Kementerian LGM tak bagi komitmen dari segi teknologi gas stimulant ini. Akhir sekali, itu saya dah jawab tadi...

final • 1:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Satu lagi boleh? Menteri?

final • 1:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh, boleh.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kita menyatakan tentang permasalahan tadi. Ada tak kerajaan atau kementerian bercadang untuk memberikan subsidi harga yang lebih baik? RM5 satu kilo. Macam mana kita lihat respons daripada penoreh-penoreh getah ini? Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu sikit, Menteri.

Saya timbulkan soal gas stimulant ini sebab dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Tambun, dia ada menyebut, dia kata bahawa kita punya teknologi baru tentang gas stimulant tapi pengalaman saya lama dalam industri getah dan sawit, saya pernah guna ini hampir 15 tahun dululah. Kemudian kita stop. Jadi sebab itu mungkin ada teknologi baru mungkin yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Itu yang saya tanya itu. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tapi memang ada orang datang buat cadangan kepada LGM dan kita sedang tengok tapi sekarang ini kita punya test tu kepada

final • 1:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

pokok-pokok muda, pokok muda you sapu stimulant itu nampak keluarlah tapi mungkin dia keluar itu kerana dia pokok muda, kalau yang tua ini tak tahu lagi. So, I think kita nak tengok dari segi skala besar.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kalau, sikit. Kalau pengalaman saya dulu, kita selalu gunakan Ethephon untuk panel B, panel C, dan panel D lah. Makna renewal bark lah. Tapi mungkin – itulah saya tanya mungkin ada teknologi baru kita boleh gunakan untuk pokok muda sehingga kita punya Yang Berhormat Tambun bagi tahu dalam pembentangan bajet bahawa kita ada satu teknologi baru, gas stimulant. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

So, Yang Berhormat Tambun sebut itu sebab kita ada buat allocation RM10 million untuk buat benda ini tapi kita tak lah spend pasal kita nak tengok, make sure, kalau dengar cakap supplier ini, kalau boleh besok dia nak suruh kita order. Jadi kita pastikan bahawa, kita nak pastikan bahawa stimulant ini betul-betul efektif dan kita puas hati then baru kita boleh apply.

Yang pasal insentif getah ini memang kita ada insentif getah sebab sekarang ini kita price RM3. Anything below dari RM3, kalau kata harga RM2.75 kita akan subsidize 25 sen. Anything more than RM3, kita tak subsidize. Itu dari segi kalau you buat dekat cup lump lah. Tapi kalau you buat latex, apa sahaja kuantiti you keluar dia bagi RM1.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh Tangga Batu tambah sikit? Demi kebaikan industry rubber kita lah.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Baik.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik. Saya banyak kali pergi ke Sabah. Sabah, kali ini saya sampai ke Ranau dan sebagainya. Saya dapati bahawa kalau kita lihat statistik di Sabah ada lebih kurang 190,000 hektar rubber kalau tak salah saya dan dikawal oleh LIGS. Cuma dari pemerhatian saya lah, bila saya travel daripada Kota Kinabalu, Ranau dan sebagainya, didapati kebanyakan pokok-pokok getah ini saya kata it is not a clonal material. Dia mungkin seedling lah.

Jadi kalau boleh kementerian dapat lihat balik supaya seedling ini kita ganti dengan clonal sebab clonal ini melalui research, dia punya hasil dia lebih bagus dan sebagainya. Jadi, supaya kita boleh bantu industri getah di Sabah.

Baik yang kedua, saya melihat di Sabah ada Tabung Haji Plantation mereka punya 14,000 hektar yang hektar yang tanam dengan rubber. Mereka tak boleh nak buat apa-apa sebab tak ada pekerja dan tak ada industri downstream dekat Sabah yang boleh mendukung untuk mereka operate kan 14,000 hektar ini, sama ada nak mengeluarkan latex dan sebagainya lah. Ini pandangan sahaja lah. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil maklum pandangan tersebut dan saya – kita akan maklumkan kepada LGM untuk melihat benda ini secara serius.

Akhir sekali, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembahas-pembahas dalam membincangkan soal isu komuniti negara ini dan sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap sektor agrikomoditi negara, KPK komited dalam melaksanakan reformasi dasar bagi memastikan kemapanan jangka panjang sektor agrikomoditi dan mengangkat darjat ekonomi rakyat terutamanya pekebun kecil yang merupakan nadi penghasilan produk komoditi negara agar sumber kekayaan negara dapat diimbangi secara saksama. Sekian, terima kasih.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi. Berikutnya, saya mempersilakan Menteri Kementerian Digital untuk menjawab.

final • 1:40 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah setinggi-tinggi tahniah, ucapan tahniah kepada – di atas pelantikan Kebawah Duli

final • 1:27 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Saya juga ingin Yang di-Pertua, merakamkan sembah menjunjung kasih setinggi- tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dengan adil dan bijaksana.

Seterusnya Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas keprihatinan sejumlah sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah tata kelola Kementerian Digital. Walaupun Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini masih baru, kesudian Ahli-ahli Yang Berhormat memberi cadangan dan juga teguran kepada kementerian sama ada secara langsung ataupun tidak langsung menunjukkan bahawa kepentingan kementerian ini dan ia diwujudkan bagi menggalas hasrat kerajaan dalam jadikan Malaysia sebagai sebuah negara digital dalam masa yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan sesi penggulungan perbahasan ini dengan menjawab isu berkaitan cabaran-cabaran dan obligasi-obligasi kerajaan dalam memajukan ekonomi digital seperti mana yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar.

Untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar, penstrukturan semula pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang telah dilaksanakan pada penghujung tahun lalu, Yang di- Pertua, menyaksikan lahirnya Kementerian Digital seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berteraskan kepada tiga tonggak utama iaitu:

(i) kerajaan digital;

(ii) ekonomi digital; dan

(iii) masyarakat digital.

Walaupun baru ditubuhkan kementerian ini akan meneruskan usaha-usaha dalam memajukan ekonomi digital melalui program-program dan inisiatif-inisiatif yang sedia ada, yang sedang dan akan dilaksanakan melalui agensi-agensi di bawah kementerian.

final • 1:27 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyDIGITAL Corporation

(MyDIGITAL), Digital Nasional Berhad (DNB), CyberSecurity Malaysia (CSM), MYNIC Berhad, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Selain daripada Jabatan Digital Negara yang dahulunya dikenali sebagai MAMPU. Selain daripada itu Tuan Yang di- Pertua, Nucleus GovTech iaitu sebuah unit yang dipindahkan daripada Kementerian Kewangan turut sekarang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Digital.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi digital telah pun menyumbang dengan ketara kepada ekonomi Malaysia iaitu sebanyak 23 peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2022 iaitu lebih kurang dalam bilangan kewangan sebanyak RM1.8 trilion Tuan Yang di-Pertua.

Peningkatan sebanyak 14.7 peratus daripada RM 359.3 bilion pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 Tuan Yang di-Pertua. Negara kini berada dalam landasan yang baik untuk terus kami meningkatkan dan menuju sasaran ekonomi digital di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk kami mencapai sekurang kurangnya 25.5 peratus daripada keseluruhan KDNK dan ini menjelang akhir tahun 2025. Pihak kementerian menyedari bahawa di dalam proses untuk kami bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara digital, beberapa cabaran perlu diatasi supaya kita dapat mengoptimumkan peluang yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, di antara cabaran yang utama kerajaan dalam kami bersama memajukan ekonomi digital adalah seperti berikut.

final • 1:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

(i) Tuan Yang di-Pertua, keperluan kami membina pemikiran digital first dan peningkatan penerima gunaan teknologi digital di dalam sektor awam. Ini disebut sebagai adoption Tuan Yang di-Pertua;

(ii) perlu untuk kami membina satu ekosistem yang menyokong agenda pengiditalan perusahaan tempatan;

(iii) kemudian yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, keperluan untuk kami menyediakan infrastruktur jalur lebar dan kesalinghubungan digital yang mampan menyeluruh dan pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua penting untuk ianya berkualiti tinggi dan juga mampu milik;

(iv) Tuan Yang di-Pertua, keperluan dalam membangunkan tenaga kerja, bersedia untuk masa hadapan. Ini yang disebutkan sebagai talent Yang di-Pertua;

(v) perkara berkenaan dengan jurang digital Tuan Yang di-Pertua, jurang digital antara kumpulan pendapatan umur dan jantina perlu kami kurangkan; dan

(vi) Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, soal keperluan meningkatkan kepercayaan dan juga amalan beretika dalam penggunaan data dan teknologi serta kesedaran keselamatan siber.

Ini Tuan Yang di-Pertua, hanyalah sebahagian daripada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara. Kementerian ini juga ingin menekankan bahawa negara-negara lain, serantau turut berusaha untuk meningkatkan daya saing negara masing-masing. Ini juga di peringkat global dan dengan mengambil peluang baharu yang tercipta daripada teknologi-teknologi baru seperti kecerdasan buatan artificial intelligence (AI), dan kita seharusnya menerajui bidang-bidang seperti ini juga. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, dengan penubuhan Kementerian Digital dan usaha yang diselaraskan merentasi semua kementerian dan agensi, kerajaan komited untuk menangani cabaran-cabaran tersebut demi memastikan masa depan ekonomi digital negara yang lebih inklusif, mampan dan juga berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Pasir Mas telah pun membangkitkan isu berkenaan dengan literasi digital dan usaha kementerian dalam menyediakan masyarakat ataupun sumber manusia yang celik digital melalui program latihan dan juga pendidikan. Bagi menyediakan peluang kepada rakyat secara umumnya termasuk golongan di luar bandar untuk memanfaatkan ekonomi digital, Kementerian Digital melalui agensinya iaitu MDEC telah melaksanakan beberapa program-program bertujuan membangunkan kemahiran dan juga pengetahuan di dalam bidang ekonomi digital termasuk dalam aspek menjana pendapatan melalui platform ekonomi digital serta juga Tuan Yang di-Pertua, meningkatkan kemahiran digital di peringkat sekolah.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, program-program yang telah pun dilaksanakan oleh MDEC sebelum ini yang kami masih teruskan adalah seperti berikut.

Pertama Yang di-Pertua, kita ada program eRezeki yang menyediakan platform digital untuk membantu memprofil, melatih dan memadankan golongan B40 da M40 dengan peluang-peluang tugasan atau juga pekerjaan daripada platform-platform digital yang mengguna pakai model ekonomi gig dan juga ekonomi perkongsian yang disebut sebagai gig and sharing economy.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga Disember 2023, seramai 420,000 individu-individu telah dilatih lebih kurang dan sebanyak ‘1.041’ orang telah pun berjaya melalui program ini dan menjana pendapatan Tuan Yang di-Pertua, yang dianggarkan di dalam RM2.03 bilion. Ini menunjukkan betapa pentingnya penekanan terhadap ekonomi digital.

Kedua, melalui program Global Online Workforce ataupun yang kita kata dan kita singkat, GLOW, yang merupakan sub program daripada program eRezeki yang saya sebut tadi. Latihan dan juga bimbingan diberikan untuk memperkasakan kemahiran peserta agar mereka mampu menjana pendapatan bernilai secara online dan remotely hasil daripada penawaran perkhidmatan profesional mereka kepada pelanggan tempatan

final • 1:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

dan juga pelanggan-pelanggan antarabangsa. Sehingga Disember 2023, Tuan Yang di- Pertua, saya nak umumkan sejumlah lebih kurang 105,000 individu telah pun berjaya dilatih dan seterusnya berjaya menjana pendapatan yang terkumpul yang merangkumi jumlah sebanyak RM282 juta.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kita ada program eUsahawan iaitu suatu program yang dilaksanakan melalui latihan pembelajaran untuk melatih individu pelajar dan juga usahawan-usahawan mikro berkenaan ilmu keusahawanan digital bagi menjana pendapatan, menjalankan pemasaran produk serta meningkatkan penjualan. So ianya adalah suatu program yang dirangka untuk pastikan kejayaan usahawan-usahawan mikro tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga Disember 2023 seramai lebih kurang 563,000 usahawan telah pun dilatih, jumlah yang besar di mana di antara mereka sebanyak lebih kurang 239,000 telah berjaya merekodkan impak jualan sebanyak Tuan Yang di-Pertua, RM1.24 bilion.

Keempat, kita ada program MyDigitalMaker. Ini Tuan Yang di-Pertua adalah program, inisiatif yang membolehkan kita mendekatkan generasi muda dan terutamanya murid sekolah dari dalam dan luar bandar supaya mereka dapat memahami teknologi seperti pengaturcaraan dan pembuatan 3D agar mereka dapat memupuk minat serta kesedaran untuk mereka meneroka dan seterusnya lihat ke depan merangsang idea baru dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan inovasi digital.

Ia juga diperkenalkan Yang di-Pertua, supaya kita dapat mewujudkan modal insan untuk memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 dan yang cukup penting supaya kita dapat mentransformasikan murid-murid sekolah di Malaysia daripada menjadi pengguna kepada menjadi pencipta. Ini penting.

Pencipta digital serta melengkapkan murid dengan kemahiran digital tinggi untuk peluang pekerjaan dalam era ekonomi digital. Tuan Yang di-Pertua, sehingga Disember 2023, lebih kurang 2.5 juta murid telah pun menerima manfaat menerusi program ini. Hasil daripada kerjasama pelbagai pihak dari sektor awam dan juga sektor swasta.

final • 1:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Kelima Tuan Yang di-Pertua, kempen jelajah Saya Digital. Kempen ini mendedahkan rakyat kepada pelbagai inisiatif ekonomi digital sedia ada yang memberi tumpuan spesifik kepada empat teras utama iaitu Saya Digital Literacy, Saya Digital Business, Saya Digital Freelance dan Saya Digital Kerjaya. Ini selari dengan apa yang kita sebut sebagai think digital awal tadi. Jelajah Saya Digital ini telah dilaksanakan di 55 buah lokasi di seluruh negara sejak pertengahan tahun 2021 dan ianya berjaya mengubah cara hidup rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi digital. Tuan Yang di-Pertua, seramai 20,438 individu telah menerima manfaat daripada siri-siri jelajah ini.

Selain daripada MDEC, Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui DNB juga sedang melaksanakan kursus latihan digital iaitu kursus MY5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme. Ianya merupakan program akademik dalam talian secara percuma, Tuan Yang di-Pertua, mengenai teknologi digital dan 5G untuk semua pelajar di peringkat pengajian tinggi di seluruh negara. Program ini yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2023 adalah merupakan projek kerjasama di antara DNB dan syarikat telekomunikasi antarabangsa iaitu Ericsson bersama Kementerian Pendidikan Tinggi.

Setakat 29 Februari tahun ini, Tuan Yang di-Pertua, seramai 15,300 penuntut dari 126 universiti awam dan swasta serta 36 institut pengajian politeknik di seluruh negara telah pun mendaftar untuk program tersebut dengan sasaran jangka panjang seramai 100,000 penuntut yang bakal melalui program yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital melalui agensi-agensinya akan meneruskan kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan profesional bagi memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan program-program literasi digital di negara ini dapat disebarkan secara meluas.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Kapar juga telah menyentuh

final • 2:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

berkenaan dengan keselamatan ataupun aspek keselamatan siber dan protokol keselamatan yang digunakan oleh kerajaan dalam membangunkan mana-mana sistem data raya milik kerajaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan bagi memastikan data kerajaan selamat untuk digunakan oleh rakyat, Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara

(JDN) sentiasa dan akan terus memastikan agensi-agensi kerajaan mengambil tindakan menyeluruh dan tindakan-tindakan ini di antaranya adalah seperti berikut:-

(i) pelaksanaan pengujian keselamatan dan pengukuhan berdasarkan prinsip kerahsiaan, integriti dan ketersediaan, iaitu dalam bahasa Inggeris, confidentiality, integrity and availability, sebagaimana yang ditetapkan oleh arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa serta amalan terbaik keselamatan ICT;

(i) memastikan elemen perlindungan keselamatan aset ICT diambil kira semasa penilaian jawatankuasa teknikal ICT sektor awam sebelum sesuatu projek ICT itu diluluskan;

(ii) melaksanakan perlindungan ataupun keselamatan data menggunakan kaedah penyulitan yang telah ditetapkan oleh kerajaan; dan

(iii) melaksanakan pensijilan yang disebut sebagai ISO/IEC 27001:2022 – Information Security Management Systems bagi memastikan budaya keselamatan ICT.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada memelihara aspek-aspek keselamatan sistem data raya kerajaan, pihak kementerian melalui CyberSecurity Malaysia juga turut berusaha meningkatkan keselamatan siber negara dengan kita menyediakan perkhidmatan perlindungan keselamatan ekosistem siber untuk menangani ancaman dan serangan siber seperti jenayah penipuan atau scam, Tuan Yang di-Pertua, melalui Program Pemerkasaan Keselamatan Siber yang merangkumi tiga komponen utama iaitu keselamatan berkaitan dengan insan (people), proses (processes) dan teknologi

(technology).

Berkaitan dengan insiden keselamatan siber yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, data daripada CyberSecurity Malaysia menunjukkan trend yang meningkat dari 2016 sehingga 2022. Pada tahun 2022, Tuan Yang di-Pertua, sejumlah 7,192 insiden keselamatan siber telah pun dilaporkan kepada Cyber999 dan ini berbanding dengan jumlah 5,575 kes pada tahun sebelum daripada itu iaitu tahun 2021 dan sejumlah 4,194 kes pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, insiden keselamatan siber yang telah direkodkan pada tahun yang lalu, 2023, terdapatnya penurunan yang ketara, Tuan Yang di-Pertua, iaitu kepada sejumlah 3,232 kes, Tuan Yang di-Pertua.

Usaha menjamin keselamatan siber turut menuntut sinergi strategik dan ini adalah sinergi dengan agensi-agensi yang lain. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-undang Baharu Berkaitan Dengan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), saya iaitu Menteri Kementerian Digital dan juga Yang Berhormat Menteri Komunikasi telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5 Februari dan juga semalam, Tuan Yang di-Pertua.

Inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu ini adalah untuk kami mencari jalan bagaimana dapat kita menangani masalah iaitu isu berkaitan jenayah siber termasuk membendung kegiatan penipuan di dalam talian yang semakin berleluasa, selain mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan rakyat di dalam alam siber tidak terus terancam.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, buat kami memperkukuhkan ekosistem keselamatan siber, kerajaan juga sedang menggubal Rang Undang-undang Keselamatan Siber dalam mewujudkan persekitaran siber yang selamat di mana RUU ini memperuntukkan kuasa pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan siber yang akan dikuatkuasakan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara

final • 2:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

(NACSA), Majlis Keselamatan Negara yang mempunyai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat daripada Kampar, Yang Berhormat daripada Tanjung Piai, Yang Berhormat Igan dan Yang Berhormat Batu telah pun membangkitkan mengenai jaminan dan juga langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan maklumat peribadi rakyat dalam data raya kerajaan tidak berlaku kebocoran. Ini untuk mengelakkan berlakunya jenayah penipuan (scammer) serta langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil oleh kementerian sekiranya kebocoran maklumat peribadi berlaku.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Digital melalui Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi telah pun menerima aduan dan laporan berkaitan kebocoran atau ketirisan data peribadi dan laporan-laporan ini dipanjangkan dari agensi-agensi lain termasuk PDRM, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Semua aduan tersebut telah disiasat berlandaskan tujuh prinsip perlindungan data peribadi yang wujud di dalam akta yang berkaitan, Tuan Yang di- Pertua, serta perundangan subsidiari yang berkuat kuasa.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital juga sedang melaksanakan gerak kerja yang berkaitan dengan cadangan pindaan, yang saya rasa perlu, kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) yang digubal dalam tahun 2010, Akta 709. Tujuannya untuk kita dapat memperkukuh kawal lagi berkaitan dengan keselamatan data peribadi.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bersama-sama membangunkan polisi keselamatan siber masing-masing dan ini berpandukan kepada Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam dan juga Dasar Keselamatan ICT yang dibangunkan oleh JDN demi memastikan sistem ICT kerajaan terpelihara daripada kejadian seperti penggodaman pangkalan data kerajaan yang melibatkan data peribadi.

Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat daripada Tanjung Piai untuk menjadikan kerajaan sebagai entiti yang boleh diambil tindakan di mahkamah sekiranya berlaku kebocoran maklumat peribadi memerlukan kajian impak perundangan secara mendalam terlebih dahulu sebelum ianya dapat dipertimbangkan.

final • 2:00 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini biasanya dibangkitkan berkenaan dengan luas ataupun the width of the powers di dalam undang-undang yang sedia ada. Ada negara- negara yang juga mengadakan pendekatan yang lain, di mana mereka ada perundangan yang berlainan untuk menangani isu itu. Kami di dalam proses menimbangkan perkara- perkara ini dan saya harap dalam masa yang terdekat, satu keputusan dapat dibuat dan dibawa ke Kabinet untuk memutuskan sama ada pindaan perlu kepada undang-undang sedia ada ataupun perlu untuk kami menggubalkan sama ada rang undang-undang yang baru ataupun peraturan-peraturan yang boleh mengatasi masalah ini.

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat...

final • 2:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Yes, yes.

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Berkaitan dengan undang-undang baru, semalam saya juga ada bertanya kepada Menteri MOSTI, dia agak ada kaitan. Dilema kita ialah di satu pihak, kita mahu menjamin kebebasan dan di satu pihak yang lain kita nak mengawal daripada masalah-masalah manipulasi, penipuan dan sebagainya. Di peringkat antarabangsa juga sekarang ini ada pertembungan cadangan daripada pihak Barat dan Timur. Benarlah Yang Berhormat sebut tadi, ada kerajaan yang ada undang-undang. Saya fikir kita harus lihat dengan teliti demi kebaikan rakyat Malaysia. Tadi Yang Berhormat menyebut tentang MDEC. Yang saya nak tanya spesifik, walaupun saya minta maaf, saya tak berbahas isu ini tetapi saya berbahas ini tahun lalu.

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Satu ketika dulu, kerajaan sebelum ini atau dua Kabinet sebelum ini, untuk pelaburan digital dari luar. Kalau yang umum itu, memang diterajui oleh MITI dan MIDA tetapi dua Kabinet sebelum Kabinet sekarang ini untuk yang digital economy, digital investment itu ialah MITI dan MDEC. Jadi, adakah dasar ini masih diteruskan? Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya dari Indera Mahkota. Untuk menjawab dua perkara yang dibangkitkan, satu berkenaan dengan dilema yang kita hadapi. Saya setuju. Ini satu perkara yang saya rasa Yang Berhormat juga teliti semasa menjadi Menteri Komunikasi dahulu. Apabila kita ke luar negara, di pentas antarabangsa disebut berkenaan bagaimana kita boleh instill full confidence di dalam rakyat supaya mereka yakin dengan sistem. Perlu juga untuk kita melihat sama ada ataupun tidak sekiranya berlaku kebocoran maklumat dan pihak dari kerajaan yang terlibat, maka perlu ada kuasa untuk mengambil tindakan sama ada kuasa itu melalui undang-undang ataupun melalui pekeliling ataupun melalui peraturan dan sebagainya. Itulah apa yang kita sekarang dalam proses perbincangan.

Yang kedua, terima kasih Yang Berhormat kerana bangkitkan isu berkenaan dengan ekonomi digital. You are right, keputusan diambil supaya kita juga bergerak memberi sedikit ruang kepada MDEC untuk kita lihat bagaimana kita boleh menarik pelaburan digital daripada luar negara. I think Yang Berhormat masih ingat lagi kita ada Program Gain di dalam MDEC. Program itu masih diteruskan dan ianya telah pun berjaya.

Itu ialah projek yang diwujudkan sejak tahun 2019 kalau tidak silap dan ianya bergerak and we can see the returns. I can give you the details. I don’t have the details off hand now. Sekiranya perlu secara bertulis, later Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan. Kementerian Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan juga Cyber Security Malaysia akan teruskan kerjasama yang erat yang saya rasa sangat diperlukan dan ini kerjasama secara strategik dengan semua pihak yang berkepentingan. Pihak-pihak yang berkepentingan maksud dia, NACSA, kita juga ada CGSO, kemudian kita ada SKMM seperti mana saya sebutkan tadi dan juga Polis Diraja Malaysia supaya kita dapat bersama-sama membangunkan, memperkasa, melestari dan mengukuhkan prasarana serta ekosistem keselamatan siber negara yang melibatkan kebocoran sekiranya ada, data peribadi rakyat menerusi pendekatan secara holistik dan menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali bagi Kementerian Digital, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan semua isu yang berkaitan dengan Kementerian Digital serta saranan dan cadangan yang telah pun dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada di dalam Dewan ini, sekiranya ada sebarang pendapat atau cadangan yang boleh membantu, kami sedia untuk mendengar dan duduk berbincang buat kebaikan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Digital, Kementerian Digital. Berikutnya, saya mempersilakan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.

final • 2:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di- Pertua, pertama sekali izinkan saya mewakili seluruh warga KPDN dengan penuh takzim menjunjung kasih Titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Saya juga mengambil kesempatan ini merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar setia sempena pemasyhuran Baginda dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke- 17 pada 31 Januari yang lalu.

final • 2:15 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dikesempatan ini juga saya dan sekalian warga KPDN merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang yang telah tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-16.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja telah berlangsung selama tujuh hari. Sepanjang tempoh tersebut, seramai 34 Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan menyentuh isu dan perkara yang terkait dengan tiga teras kefungsian utama KPDN iaitu mewujudkan perdagangan dalam negeri yang sihat dan progresif. Kedua, mendaya upaya pengguna dan ketiga, peranan sebagai urus setia kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Kalau boleh saya sebutkan Ahli Dewan yang telah terlibat termasuk Larut, Pendang, Beluran, Merbok, Sri Gading, Temerloh, Kuala Terengganu, Ayer Hitam, Muar, Masjid Tanah, Rasah, Jerantut, Pagoh, Betong, Bagan, Maran, Gerik, Kuala Krai, Keningau, Beruas, Klang, Arau, Jerai, Kepong, Labuan, Padang Rengas, Kalabakan, Pengkalan Chepa, Bera, Bukit Gantang, Baling, Machang, Kota Baharu, Bangi, Hulu Terengganu dan sebagaimana dijangka, hampir keseluruhan daripada perbahasan menyentuh berkaitan isu kos sara hidup. Sebahagian menyebut sepintas lalu dan bersifat umum dan sebahagian menyentuh isu kos sara hidup yang terkait dengan bidang tugas kementerian lain. Begitu juga terdapat sebahagian yang mengutarakan isu, syor, pandangan, pertanyaan, malah kritikan berhubung butiran dan perkara yang menyentuh pertanggungjawaban KPDN secara langsung.

Dato’ Yang di-Pertua, mohon izin untuk saya memulakan jawapan dengan memberikan response kepada persoalan umum yang dibangkitkan berkaitan isu kos sara hidup. Sesungguhnya KPDN amat mengalu-alukan semua pandangan dan amat menghargai syor dan cadangan yang konstruktif. Ini menzahirkan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam isu kos sara hidup rakyat adalah sejajar dengan pendirian dan komitmen kerajaan.

Dato’ Yang di-Pertua, salah satu indikator dalam kita melihat isu kos sara hidup adalah rujukan kepada kadar inflasi negara. Berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi negara pada tahun 2022 adalah 3.3 peratus dan menyederhana kepada 2.5 peratus pada tahun 2023. Laporan DOSM juga mendapati kadar inflasi negara terus stabil bagi bulan Januari 2024 iaitu 1.5 peratus, iaitu kadar yang sama sejak November 2023.

final • 2:15 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kendatipun sedemikian, kita tidak mahu berada dalam sindrom penafian (denial syndrome) dengan izin tanpa mengakui bahawa rakyat berhadapan dengan cabaran isu kos sara hidup. Ini merupakan cabaran yang perlu kita tangani setiap masa dalam kita mengadaptasi sistem ekonomi pasaran bebas apabila harga barang dan perkhidmatan banyak dipengaruhi dan bergantung kepada faktor permintaan dan penawaran.

Hakikatnya sebagaimana yang kita semua maklumi, ini merupakan risiko dan cabaran global. Sebagai contoh menurut laporan The Global Risks Report 2024 19th Edition yang diterbitkan oleh World Economic Forum (WEF), “Negara-negara di dunia kini sedang berhadapan dengan cabaran cost of living crisis yang merupakan salah satu daripada lima cabaran utama yang dikenal pasti”. Satu research briefing yang bertajuk, “Rising Cost of Living in The UK” yang baru sahaja dibentangkan bulan lalu di House of Commons yang merujuk kos sara hidup dalam banyak aspek inflasi, harga sumber tenaga dan makanan, kos pemilikan dan penyewaan rumah, kesemuanya menjadi penyumbang kepada kos sara hidup. Ini bermaksud bukan hanya harga barang makanan tetapi juga banyak faktor kos pengangkutan, pendidikan, kesihatan, utiliti, perumahan dan sebagainya.

Di Australia banyak kajian yang menyebut inflasi, situasi dan keadaan yang disebut sebagai years of financial pain kerana situasi tekanan dan kos sara hidup tidak akan selesai sehingga tempoh lima tahun akan datang. Situasi ini berlaku di seluruh dunia dan masing-masing negara mempunyai pain point ataupun titik sakit masing-masing dan

final • 2:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Malaysia juga tidak terlepas daripada cabaran ini. Kebergantungan tinggi kepada import barangan makanan bermaksud kita terkesan dengan rantaian bekalan barangan di dunia yang dipengaruhi pelbagai faktor. Ini termasuk ketidakstabilan geopolitik global, faktor dasar domestik negara sumber eksport dan kestabilan bekalan makanan global.

Dato' Yang di-Pertua, melalui sistem ekonomi pasaran bebas dan dalam banyak hal pasaran ditentukan oleh sifir supply and demand, willing buyer and willing seller dengan izin, sistem yang mengupaya inovasi, sistem ekonomi yang dikatakan berdasarkan kuasa pengguna untuk menentukan produk dan perkhidmatan itu berjaya atau sebaliknya dalam pasaran. Namun begitu, dalam banyak keadaan kerajaan perlu melakukan intervensi dan menentukan kaedah mitigasi bersesuaian dalam menentukan rakyat secara keseluruhan mendapat perlindungan daripada kuasa pasaran yang terlalu bebas.

Dalam perkara yang memerlukan intervensi kerajaan, ini termasuklah dalam bentuk subsidi, insentif, bantuan, tarif, percukaian, perundangan, peraturan, garis panduan dan penguatkuasaan. Ia akan dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Mungkin atas sebab itulah Malaysia dalam Index of Economic Freedom 2024 dikategorikan sebagai moderately free tetapi masih berada jauh di atas pasaran angka purata global.

Sehubungan itu KPDN sentiasa peka dengan cabaran ini dan terus komited dalam menangani situasi berasaskan program-program intervensi yang penting. KPDN akan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin merangkumi 31 akta, 21 peraturan dan perintah dan juga 11 garis panduan. Sebagai contoh, aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang merupakan fungsi utama KPDN akan terus diperkasakan dalam memastikan kestabilan bekalan barang keperluan dalam pasaran.

Elemen pencatutan yang mana mengambil keuntungan secara melampau di luar batasan munasabah dalam pasaran tempatan juga akan diambil tindakan. Justeru itu bagi memastikan kestabilan harga barangan di pasaran, seramai 900 pegawai pemantau harga melakukan pemantauan harga lebih daripada 400 jenis barangan meliputi daripada 1,500 premis setiap hari dan harga yang diperoleh dikumpulkan dan di analisa untuk melihat pergerakan harga barang terpilih.

Lebih 2,200 pegawai penguat kuasa sentiasa gigih dalam menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan yang rapi sepanjang masa menggunakan pelbagai strategi penguatkuasaan ke atas semua premis perniagaan termasuklah kawasan bandar, luar bandar, pusat membeli belah, peniaga runcit, peniaga borong, pasar basah, pasar raya, kawasan peranginan dan tempat tumpuan orang ramai dan memastikan kestabilan harga barangan di pasaran dan seterusnya memastikan tiada elemen pencatutan dalam penentuan harga di pasaran.

Dato' Yang di-Pertua, aktiviti pencatutan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab jika tidak dikawal dan dipantau sudah tentunya ia boleh membawa kepada peningkatan dalam harga barangan serta kos sara hidup rakyat. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya berlakunya ketidakpatuhan akan digunakan untuk membendung sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Wujud kekhuatiran berhubung kenaikan harga sepanjang bulan Ramadan dan hari raya termasuk di bazar-bazar Ramadhan. Atas sebab itu kita telah melancarkan Ops Pantau bermula 12 Mac 2024. KPDN juga melaksanakan skim harga kawalan harga maksimum musim perayaan dan untuk makluman bagi tahun 2023 sahaja, skim ini meliputi jumlah keseluruhan sebanyak 57 hari dalam setahun.

Bagi membendung kekhuatiran berhubung kenaikan kadar SST, KPDN juga telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac 2024 yang bertujuan untuk memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus. Ops Kesan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

Untuk makluman setakat 13 Mac 2024, sebanyak 6,806 premis telah diperiksa dan sebanyak 380 notis telah dikeluarkan kepada peniaga yang didapati melakukan

final • 2:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

perubahan harga. Setiap notis tersebut menuntut peniaga mengemukakan jawapan dalam tempoh empat hari dan untuk makluman, KPDN sedang meneliti jawapan-jawapan yang telah pun mula diterima daripada premis-premis perniagaan berkenaan. Selain itu pengoperasian dan kaedah penguatkuasaan lain akan diteruskan juga. Melalui Ops Terjah, Ops Catut, Ops Pasar, Ops Tiris, Ops Bersepadu, Ops Sama dan banyak lagi akan dilaksanakan di seluruh negara.

Dato' Yang di-Pertua, ada beberapa kluster isu yang bersifat KPDN-centric yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Kalau boleh saya kategorikan kluster seperti berikut:

(i) berkaitan ikhtiar pelaksanaan dan peluasan Program Payung Rahmah;

(ii) ikhtiar memantau persaingan adil dan memerangi kartel;

(iii) ikhtiar penyasaran semula subsidi; dan

(iv) ikhtiar untuk mempersiap harta intelek bagi cabaran zaman artificial intelligence.

Berkaitan dengan inisiatif Payung Rahmah yang disentuh oleh beberapa Ahli Parlimen seperti Sri Gading, Rasah dan juga Klang.

final • 2:20 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi ke topik lain. Tuan Speaker, walaupun saya tidak terlibat tetapi saya tertarik dengan penjelasan daripada Menteri tentang isu bagaimana kita ingin melihat tentang kestabilan harga barang dan sebagainya. Saya dapat tahu tadi apa yang diterangkan isu strategi- strategi penguatkuasaan amat-amat detailed dan cantik, begitu tersusun.

Tetapi pada awalnya strategi kepenggunaan yang Menteri sebut itu saya tidak dapat tangkap apakah sebenarnya mekanisme yang sebaik mungkin yang boleh kita empower ataupun berdayakan pengguna, akhirnya penggunalah sebenarnya yang membuat kawalan tersebut. Kalau itu boleh kita tangani, saya nampak ia satu perkara yang boleh menyumbang. Kalau kita tengok contoh di Jepun, mereka menggunakan konsep koperasi, konsep penentuan harga itu di tempat retail dan borong. Saya harap kalau bolehlah kerajaan juga ada satu pelan tindakan yang lebih tersusun dan rapi dalam konteks strategi kepenggunaan itu. Itu pandangan saya.

final • 2:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya ingin menyentuh perkara tersebut di akhir ucapan tetapi saya fikir saya respons sekarang.

Itu sebabnya Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua selain daripada mekanisme melalui perundangan akta-akta yang wujud, salah satu perkara penting yang juga saya sebut pagi tadi semasa menjawab MQT adalah aspek penglibatan secara langsung *consumer.

Consumer activism*, itu sebabnya untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya esok 15 Mac merupakan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia dan kita telah meminta dalam siri engagement pada 20 Februari yang lepas dengan pelbagai NGO, esok kita telah membuka ruang kepada NGO-NGO, NGI dan juga pihak-pihak pemegang taruh yang lain untuk mengemukakan syor daripada mereka masing-masing yang akan diserahkan kepada saya dalam majlis petang esok bagaimana bagi mereka mengemukakan kaedah- kaedah yang difikirkan sesuai. Sebab KPDN boleh menggubal dasar kepenggunaan negara dan dalam proses untuk menggubal DPN 2.0 dan juga Pelan Tindakan Kepenggunaan.

Namun kita memberi ruang supaya biar syor tersebut datangnya daripada NGO sendiri dan insya-Allah dengan adanya syor yang akan dikemukakan secara bertulis. Esok petang kita mengharapkan supaya pengguna kita dapat memainkan peranan. Kadang- kadang kalau Menteri sebut supaya pengguna kena pandai memilih, kena jimat berbelanja, maka virality-nya itu akan menjadi negatif.

final • 2:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi kita mahu akhirnya apa juga sebagaimana saya sebut tadi willing seller, willing buyer. Pengguna mempunyai hak dan pengguna memainkan peranan yang penting dalam mengawal harga barang-barang dan perkhidmatan di pasaran.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana prihatin tentang perkara tersebut. Saya berharap kita dapat bersama-sama menggerakkan. Saya fikir satu ketika dulu kita mempunyai gerakan kepenggunaan yang cukup aktif dan saya sebagai Menteri di KPDN sebenarnya tidak ada halangan untuk pengguna-pengguna FOMCA dan sebagainya bergerak jauh lebih aktif dalam kita bekerja sebagai satu agenda nasional, sebagai satu ikhtiar nasional dalam memelihara kepentingan rakyat dan menangani isu berkaitan dengan kos sara hidup. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan Program Inisiatif Rahmah tadi sebagaimana yang kita maklum bahawa inisiatif ini telah pun digagaskan bermula 11 Januari 2023 dan melalui satu kajian impak Payung Rahmah pada akhir tahun 2023, didapati bahawa 81 peratus responden berpuas hati dengan pelaksanaan Program Payung Rahmah yang meliputi antaranya Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Pakej Rahmah dan Menu Rahmah dan 87 peratus responden menyatakan sokongan yang padu supaya Program Payung Rahmah ini dikekalkan.

Untuk makluman, untuk tahun 2023 secara keseluruhannya kita telah menganjurkan sebanyak 6,870 Program Jualan Rahmah yang meliputi 3,053 dalam premis, 685 luar premis dan 3,132 iaitu PGR secara bergerak. Saya menafikan Dato’ Yang di-Pertua bahawa berlakunya ketidakadilan di mana Program-program Jualan Rahmah ini hanya di anjur di kawasan-kawasan Parlimen kerajaan.

Kita bermula pada tahun ini kita telah melakukan hebahan dengan lebih meluas dan boleh saksikan di laman sesawang KPDN, portal KPDN, penjadualan kita buat in advance. Jadi kita boleh lihat di sana di manakah program-program Jualan Rahmah, lokasi dan juga tarikhnya yang akan diadakan di setiap kawasan Parlimen bagi bulan berikutnya. Jadi bukan hanya portal ini membolehkan rakyat mempunyai maklumat awal dan merancang di mana Program Jualan Rahmah yang ingin mereka hadiri di kawasan sekitar tetapi ini juga dalam merupakan satu pendekatan ketelusan kita untuk menunjukkan bahawa Program Jualan Rahmah dan agenda Payung Rahmah secara keseluruhan merupakan agenda nasional yang tidak hanya dikhususkan kepada pihak- pihak tertentu semata-mata.

final • 2:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

final • 2:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 2:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading. Okey terima kasih.

Berdasarkan kepada jawapan daripada, penjelasan daripada Menteri Sri Gading amat berbanggalah dengan kajian yang telah dibuat 81 peratus puas hati, 87 peratus untuk dikekalkan Payung Rahmah ini. Soalan yang mungkin boleh dijawab pertamanya, berapakah peruntukan kerajaan dalam program yang telah berjalan sebanyak 6,870 program? Itu yang pertama.

Kedua, berdasarkan kepada pemerhatian sayalah sebab kalau dibuat di kawasan saya, saya akan pergi bersama dengan pegawai-pegawai, dengan kakitangan. Saya dapati macam mereka kekurangan bilangan. Kalau boleh, apakah cadangan daripada pihak kementerian untuk menambahkan bilangan ahli yang menguruskan Program Payung Rahmah dan sebagainya dan juga bilangan yang terlibat dalam penguatkuasaan.

Sebab penguatkuasaan ini kadang-kadang bila dia ada aduan daripada rakyat, dia agak lambat untuk ambil tindakan kerana dia melalui laporan ataupun aduan melalui online itu. Jadi, kalau boleh dapat jelaskan dan kalau rasa-rasa, saya menyokong seandainya kementerian mohon tambahan petugas ataupun maknanya kakitangan untuk penguat kuasa itu. Terima kasih.

final • 2:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama Program Jualan Rahmah yang dianjurkan pada tahun 2023 bajet yang telah

final • 2:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

diperuntukkan adalah sebanyak RM100 juta dan alhamdulillah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan tambahan peruntukan untuk kita melaksanakan agenda Payung Rahmah termasuklah PJR itu bagi tahun 2024 ini sebanyak RM200 juta.

Kedua, saya bersetuju Yang Berhormat. Alhamdulillah kepimpinan negara cukup prihatin dengan memberikan peruntukan yang besar, peruntukan tambahan. Namun kita mempunyai kekangan dalam kita menggerakkan program ini dalam konteks pegawai- pegawai kita yang terlibat. Kita terpaksa menggunakan pegawai penguat kuasa kita, kita terpaksa menggunakan pegawai pemantau harga.

Itu sebabnya untuk tahun 2024 ini, kita ingin memperluaskan penglibatan pihak- pihak transporter untuk membantu kita khususnya menggerakkan program-program di luar premis. Kerana ada juga isu yang dibangkitkan bahawa apabila kita menumpukan program ini dalam premis, rakyat tidak dapat melihat dan mengetahui tentang program tersebut.

Jadi insya-Allah untuk tahun ini, untuk membantu kekangan sumber manusia yang kita ada, kita akan mempertimbangkan untuk memperluaskan penggunaan Program Jualan Rahmah bergerak, bantuan daripada transporter. Namun dengan garis panduan yang terperinci untuk memastikan, pertama komitmen kita biarlah peruntukan itu digunakan sebahagian besarnya untuk subsidi kepada rakyat dengan izin, instead of peruntukan yang digunakan untuk kos penganjuran.

Jadi itu komitmen kita. Kita mahu pulangkan sebanyak mungkin subsidi itu untuk barangan-barangan yang dijual kepada rakyat dan bukannya untuk dibelanjakan dengan kos pengurusan dan penganjuran yang banyak Yang Berhormat.

final • 2:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Puan Yang di- Pertua, terima kasih kepada menteri. Saya bersetuju dan mengharapkan supaya Program Rahmah ini dapat berjalan dengan adil dan baik. Cuma persoalan saya ialah kerana peruntukan yang digunakan lebih kurang hampir dekat dengan RM200 juta kalau mengikut kepada bajet 2024. Boleh atau tidak kerana wang RM200 juta ini ialah sudah tentu matlamat untuk Jualan Rahmah ini ialah sasaran kita ialah kepada penduduk kita yang B40, yang orang-orang miskin.

Sedangkan apabila jualan ini boleh dibeli termasuk saya sendiri boleh beli. Jadi termasuklah M40 ataupun T20 sebahagiannya dengan izin. Sebab itu kena ada mekanisme supaya wang yang diperuntukkan betul-betul sampai targeted kita ialah kepada penduduk yang amat memerlukan.

final • 2:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Saya dulu pernah memberikan pandangan juga waktu Kerajaan Barisan Nasional dulu ketika mengadakan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M). Ini juga salah satu daripada projek yang baik. Cuma, saya komen. Saya kata, kenapa kedai tersebut boleh dibeli semua peringkat taraf hidup rakyat tadi. Kalau boleh, biarlah kita target yang boleh beli itu ialah memang kita target, saya bimbang takut wang RM200 juta nanti habis sepertimana kita buat projek berkenaan dengan Projek Kesihatan, Kad Kesihatan Rahmah. Habis setakat jalan, tak boleh dibuat kerana bajet tidak cukup. Terima kasih kepada Yang di- Pertua.

final • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, ringkas sokongan. Okey, terima kasih sahabat. Terima kasih Speaker. Berkaitan dengan Rahmah ini, satu usaha yang bagus kerana potongannya sehingga mencapai 30 peratus.

Cuma, saya rasa 80 peratus itu, yang bersetuju patutnya lebih lagi, sebab jualnya cukup murah dengan apa yang dianjurkan. Cuma, persoalan saya nak tahu di bawah Rahmah-Rahmah ini, Payung Rahmah, Menu Rahmah dan sebagainya itu, setakat ini Menu Rahmah, berapakah golongan mereka yang masih kekal untuk menjual Menu Rahmah dengan keadaan kos barangan mentah yang semakin meningkat?

Yang kedua, dulu pernah didengar ataupun kita pernah mendengar tentang Simen Rahmah. Adakah Simen Rahmah itu masih wujud sekarang? Okey yang ketiga, saya baru mendapat mesej daripada sahabat mengatakan satu ini luar sikitlah, tapi masih di bawah KPDN iaitu satu stokin yang berjenama Allah. Mungkin Menteri tak tahu lagi, tapi

final • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

boleh ambil, katanya dijual di KK Jadi, ini satu benda yang rasa amat menghinalah nama Allah letak di stokin. Terima kasih, terima kasih Menteri, sahabat.

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, berkaitan dengan golongan sasar yang disebut tadi, saya amat bersetuju yang dibangkitkan Yang Berhormat Bagan Serai. Ini tahun kedua kita melaksanakan program Jualan Rahmah ini.

Memang sewajarnya peruntukan walaupun jumlahnya mungkin besar RM200 juta, tetapi tuntutan atau keperluan rakyat yang susah itu, jauh lebih besar sebenarnya. Jadi, sebaiknya program itu disasarkan.

Itu sebabnya Yang Berhormat, kita memperkenalkan juga program Jualan Rahmah Bergerak ini, supaya kita dapat mengenal pasti mana kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan bagi masyarakat yang benar-benar memerlukan. Jadi, kita mengalu- alukan sekiranya ada maklumat, syor termasuk daripada Ahli-ahli Parlimen kita. Bolehlah kemukakan cadangan kepada pejabat-pejabat cawangan KPDN tentang kawasan- kawasan yang sesuai untuk kita melangsungkan program Jualan Rahmah itu supaya ia benar-benar sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.

Yang kedua, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor tadi, sahabat saya, berkaitan..

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

Hulu Terengganu.

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Minta maaf, Hulu Terengganu yang mantan Timbalan Menteri kita, berkaitan dengan Menu Rahmah. Setakat statistik yang kita terima pada 6 Februari 2024, lokasi yang masih menawarkan program Menu Rahmah ini adalah sebanyak 2,134 premis. Kita tengah membuat semakan semula bukan hanya untuk memastikan mereka yang menawarkan sedia ada itu dapat mengekalkan tawaran tersebut, tetapi bagaimana kita dapat menambah premis-premis yang boleh membantu dalam menawarkan Menu Rahmah.

Seterusnya berkaitan stokin tersebut, kita telah- untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebaik saja viral dan kita telah pun mendapat aduan rasmi dan KPDN mengambil tindakan serta-merta. Kita difahamkan bahawa pihak KK Mart telah mengeluarkan permohonan maaf kerana mereka tidak menyemak produk ataupun stokin tersebut yang diambil melalui consignment. Namun, apa pun kita akan melakukan semakan terperinci sekiranya terdapat pelanggaran terhadap undang-undang dan peraturan sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat.

Untuk berkaitan- sedikit lagi berkaitan dengan program Payung Rahmah bagi tahun 2024 ini, antara inisiatif baru yang kita perkenalkan ialah inisiatif Ihsan Rahmah yang mensasarkan supaya penglibatan lebih aktif daripada pihak swasta dan industri.

Begitu juga melalui program Pasar Rahmah iaitu membawa produk-produk pasar melalui peniaga-peniaga di pasar dalam program Jualan Rahmah. Kita juga memperluaskan bazar Ramadan.

final • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, satu lagi Menteri. Simen Rahmah masih ada lagi? Simen Rahmah.

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Apa dia YB?

final • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Simen, simen.

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Simen Rahmah.

final • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Masih ada lagi ke atau telah berkubur?

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Okey. Program Simen Rahmah ini dilaksanakan oleh KPKT dan program ini diteruskan untuk sektor-sektor tertentu. Ada permohonan supaya program ini diperluaskan. KPKT tengah melihat perkara ini sebab kita mahu pastikan bahawa sekiranya diperluaskan, ia dimanfaatkan kepada golongan sasar, bukannya untuk digunakan Simen Rahmah ini dengan harga Rahmah, tetapi digunakan oleh sektor ataupun industri yang bukan melibatkan golongan yang betul-betul memerlukan. Kita teruskan program itu dan diselaraskan oleh KPKT, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Begitu juga program Bazar Rahmah, ada yang tengah berlangsung. Tahun ini kita perluaskan kepada 60 lokasi. Sebagaimana yang saya umumkan, kita juga pada tahun ini telah memperkenalkan program Jualan Rahmah Ramadan. Maksudnya, selain daripada fokus Jualan Rahmah barang-barang kering, sempena Ramadan ini dan juga menjelang Aidilfitri, kita juga membawa produk-produk barang basah dalam program Jualan Rahmah kita.

Yang Berhormat, berkaitan dengan ikhtiar memantau persaingan adil dan memerangi kartel. Ahli Parlimen Bera dan juga Bukit Gantang telah membangkitkan isu kartel ini. Kita faham peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia

(MyCC) untuk menggalakkan persaingan dan menjadi pengawas kepada persaingan untuk membuka ruang menjalankan siasatan jika MyCC mendapati terdapat tuduhan penyalahgunaan kuasa dominan atau monopoli dalam pasaran.

Ini termasuklah apa yang sebutkan kartel itu yang meliputi pakatan dalam empat aspek iaitu pakatan pengeluaran, pakatan pasaran, dan juga perkara yang berkaitan dengan tipuan bidaan. Jadi, peranan MyCC ini cukup penting. Kita di KPDN amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dan juga kepada Ahli-ahli Parlimen supaya kita dapat memberikan sokongan dan dapat memastikan MyCC memainkan peranan dengan lebih meluas lagi untuk menjaga kepentingan rakyat kerana ia juga sebenarnya terkait secara langsung dengan isu kos sara hidup.

Sekiranya berlaku pakatan dalam pasaran, pakatan dalam pengeluaran dan juga tipuan bidaan, boleh dilakukan tender terbuka tetapi sekiranya tender terbuka itu hadir bersama pakatan kartel tertentu dalam memanipulasi bidaan itu, akhirnya objektif untuk melaksanakan tender terbuka itu juga tidak akan dapat tercapai.

final • 2:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Satu lagi MyCC. Speaker, terima kasih. Berkenaan MyCC ini, kekangan dia ialah kekurangan kakitangan. Dikatakan cuma ada 17 kakitangan sahaja yang bertugas untuk melaksanakan tugas yang cukup penting untuk negara ini.

Yang kedua, berkaitan dengan MyCC juga iaitu bidaan ataupun suatu kartel yang dikatakan wujud untuk menyewa tapak-tapak peniaga Ramadan menjadikan tapak sewa tersebut daripada harga RM500 meningkat beribu-ribu ringgit. Apakah ini tak termasuk ataupun MyCC tidak terlibat untuk menyiasat PBT dan sebagainya? Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi, antara kekangan kita di MyCC adalah sumber manusia. Kita hanya mempunyai 17 pegawai penyiasat (IO) dan Alhamdulillah, di bawah pentadbiran kini terima kasih telah pun mendapat untuk tahun 2024 ini, kita telah mendapatkan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta. Antaranya untuk menambah pegawai- pegawai khusus IO sekitar.

final • 2:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Berkaitan dengan perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita mendengar isu berbangkit dan kita berharap sekiranya terdapat aduan secara rasmi dan butiran untuk membantu kita membuka memulakan siasatan, contohnya sebagaimana, walaupun isu kartel ini tentang beras contohnya telah lama dibangkitkan, namun alhamdulillah kita telah menerima aduan secara rasmi dan maklumat termasuk daripada Bahagian Kawal Selia Beras dan Padi KPKM dan kita tengah melihat perkara tersebut dan bagaimana kita dapat memastikan penyiasatan itu dijalankan dengan berkesan.

Begitu juga Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan ada di sini, beliau prihatin tentang isu bidaan dalam kementerian beliau, membuat kerjasama secara rasmi dan insya-Allah dengan adanya aduan rasmi itu, maka MyCC akan bekerjasama dalam melihat kepada aspek tender-tender yang berlaku, yang wujud di KBS. Itu juga kita harapkan. Saya fikir ini pernah dibangkitkan. Kita harap PBT, DBKL dan mana-mana pihak yang dikaitkan. Dengan wujudnya kartel-kartel tertentu dalam pemberian Bazar Ramadan ini, dengan adanya aduan itu, maka kita boleh membuka ruang dan memulakan penyiasatan kita.

final • 2:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Apa pun berkaitan dengan MyCC ini, sila Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kartel ini sudah tentulah isu beras campur antara import dengan beras tempatan ini menjadi satu sebutan yang hangat dan ia juga bukan menjadi satu rahsia yang tersembunyi. Sudah menjadi rahsia umum bagaimana kegiatan-kegiatan yang dibuat oleh pembekal-pembekal beras ini yang mencampur antara beras tempatan dengan beras import.

Soalan saya ialah sejauh manakah – memang kita tahu seperti yang disebutkan tadi ialah kekurangan kita dari segi tenaga penguat kuasa. Namun begitu, saya ingat apabila ada kes-kes yang kita buat serbuan terhadap syarikat-syarikat yang melakukan penganiayaan terhadap rakyat ini, saya rasa kena di uar-uarkan supaya mereka menjadi pengajaran kepada dia. Hal ini sudah menjadi satu mainan kepada rakyat pada hari ini.

Saya kebetulan bulan Ramadan ini hendak bantulah rakyat kita, hendak beri beras dan sebagainya, saya tanya untuk hendak dapatkan beras tempatan yang harga saya katakan untuk 5 kilo yang harga RM15 kita katakan. Dia kata, tidak ada, dia kata benda itu.

Jadi itu menyebabkan harga dia boleh jual adalah RM20, dia kata itu yang ada.

Oleh sebab itu, perkara seperti ini saya rasa pihak kementerian perlu uar-uarkan terhadap tindakan-tindakan syarikat-syarikat mana, benda ini benda yang agak mudah pada saya kerana orang buat beras ini ialah bukan benda yang kecil, benda yang besar, kilang yang boleh kita dapat tengok yang saya rasa dua tiga kes kalau kita buat begini, sekurang- kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada golongan-golongan lintah darat ini.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat, pertama berkaitan dengan isu beras ini, saya fikir Yang Berhormat sedia maklum bahawa daripada aspek penguatkuasaan di bawah Akta Padi dan Beras itu, penguatkuasaan adalah di bawah Bahagian Kawal selia Padi dan Beras di bawah Kementerian Pertanian dan KPDN hadir untuk membantu melalui Ops Jamin yang kita gerakan bersama dan sekiranya diturunkan kuasa kepada KPDN. Namun setakat ini, penurunan kuasa itu hanya untuk tempoh- tempoh tertentu dan kita membantu.

Kedua, apabila disebut tentang kartel tersebut yang terletak di bawah MyCC, apa yang ingin saya sebutkan di sini Yang Berhormat, apa yang disebutkan itu mempunyai asas yang telah diutarakan oleh pelbagai pihak. Apa yang saya ingin sahkan di sini bahawa MyCC telah pun mula melakukan siasatan terhadap dakwaan wujudnya kartel berkaitan dengan padi dan beras ini bermula tahun ini. Jadi, bermula tahun ini dengan adanya aduan rasmi itu, kita telah – MyCC telah pun memulakan langkah untuk penyiasatan menggunakan Akta Persaingan tersebut. Puan Yang di-Pertua...

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Menteri, minta maaf ganggu sekali lagi. Ia berkaitan dengan beras ini suatu perkara yang memalukanlah, sering disebut oleh semua oranglah. Jadi, penguat kuasa padi dan beras cuma ada – tidak ramai penguat kuasa dia, kalau tidak silap saya dalam 17 orang juga kerana itu mereka gagal untuk mengatasi masalah kekurangan beras yang berada dalam negara kita. Jadi, mengapa tidak penurunan kuasa itu diturunkan selama-lamanya kepada KPDN? Ini kerana KPDN ada kemampuan, ada personel dan kakitangan yang mampu untuk mengurus perkara tersebut. Apa pandangan Menteri? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dato’ Yang di-Pertua, kalau sebut – Yang Berhormat Hulu Terengganu menyebut tentang kita ada kemampuan, insya-Allah walaupun kita ada kekangan tetapi kita sedia membantu. Untuk makluman, Yang Berhormat, di bawah pentadbiran pada masa kini memang ada usaha untuk kita memperkasakan Bahagian Penguatkuasa KPDN.

Kita bersedia, namun kita mulakan dengan kementerian atau agensi yang ingin menawarkan kita membantu mereka dan ada cadangan daripada Kementerian

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Perladangan contohnya. Jadi, bahagian berkaitan dengan padi dan beras ini kita tawarkan sekiranya Kementerian Pertanian merasakan mereka memerlukan bantuan kita termasuk untuk memberikan penurunan kuasa tetap, kita amat alu-alukan.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri, saya rasa memang mereka tidak mampu dah kerana benda ini sudah berlaku setahun dan tidak selesai-selesai. Jadi, saya rasa sampailah masanya mereka kena serah kuasa tersebut kepada KPDN untuk menyelesaikan masalah ini, kalau tidak, beginilah keadaan kita. Beras tempatan dijual dengan harga import. Dahulu RM15, hari ini sudah RM25. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat, saya ambil maklum syor yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat...

final • 2:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya juga ingin menyambung sedikit.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Speaker. Saya ada bangkitkan dalam perbahasan baru-baru ini tentang isu pegawai yang bertugas di sempadan yang memerlukan sebuah pejabat. Ini kerana hari ini pegawai-pegawai di bawah kementerian ini berada di Kota Bharu, sedangkan lokasi berlakunya penyeludupan dan sebagainya berlaku di sempadan Thailand, berada di Pengkalan Kubor, kira-kira 40 kilometer daripada Kota Bharu.

Jadi, alasan yang diberikan mereka hanya bergerak mengikut aduan. Jadi, saya setuju dengan pandangan daripada Hulu Terengganu tadi bahawa keadaan sekarang memerlukan penguatkuasaan yang lebih serius sebab kita berada dalam keadaan yang sangat getir, kesian pada rakyat. Kalau boleh saya minta supaya lokasi-lokasi perlu ditambahkan pegawai dan juga ditambahkan pejabat. Supaya– kerana bila saya tanya pihak kastam dan imigresen, mereka kata ini di bawah kuasa kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih. Saya respons dan kemudiannya saya gulung. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, sebenarnya amalan sebelum ini kita tidak menempatkan, belum ada penempatan sebelum ini pegawai-pegawai KPDN di sempadan. Sebenarnya bermula pada tahun ini, kita merintis untuk membuat penempatan walaupun dalam jumlah kakitangan kita yang begitu kurang tetapi kita memulakan program rintis.

Namun, dalam kita merintis program itu, kita juga melihat kepada hala tuju kerajaan dengan penubuhan single border agency. Sama ada dalam perancangan tersebut ada ditetapkan bahawa ada pegawai KPDN atau tidak. Jadi, kita rintis dahulu sekarang ini untuk tempoh tertentu dan kita lihat sejauh mana keperluan tersebut dan kita akan bincangkan dengan single border agency.

final • 2:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang rintis itu di kawasan mana itu?

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Pardon?

final • 2:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang telah mula rintis itu di kawasan mana?

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya ada umumkan baru-baru ini Yang Berhormat, saya tidak ingat tetapi termasuklah di utara dan juga sebelah Kelantan pun ada beberapa pintu masuk yang kita perlu rintis dan saya akan serahkan maklumat kepada Yang Berhormat Tumpat nanti.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk perkara-perkara lain tentang penyasaran subsidi dan juga berkaitan isu hak cipta, saya akan kemukakan jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan persoalan tersebut.

Akhir sekali kita mengharapkan supaya semua pihak memahami bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu kos sara hidup dan kita juga amat mengalu-alukan keprihatinan daripada Ahli-ahli Parlimen yang begitu ramai membangkitkan tentang isu kos sara hidup dan KPDN sentiasa terbuka terhadap sebarang syor, cadangan,

final • 2:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

termasuklah kritikan yang konstruktif untuk kita menambah baik bagaimana kita dapat membantu memelihara kepentingan rakyat dan menangani isu kos sara hidup. Dengan itu, terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Sumber Manusia untuk menjawab.

final • 2:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pembuka kalam, saya ingin merafak sembah penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas segala jasa dan sumbangan baginda sepanjang pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dengan penuh takzim saya juga merafak sembah tahniah berserta ikrar taat setia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena pemasyhuran baginda berdua pada 31 Januari yang lalu. Di kala ini, saya turut menjunjung kasih titah perasmian Parlimen oleh Duli Tuanku pada 26 Februari 2024.

Saya ingin juga merakam penghargaan kepada 14 orang ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini yang telah memberikan pandangan dan saranan yang khususnya berkaitan bidang kuasa, bidang kerja KESUMA Kementerian Sumber Manusia.

Banyak hujah-hujah yang telah dikemukakan sebenarnya adalah selari dengan misi strategik 3K KESUMA iaitu peningkatan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.

Lima orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Wangsa Maju, Kampar, Kuala Kurau telah membangkitkan isu-isu berkaitan fokus KESUMA dalam pembangunan modal insan termasuk tentang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Khususnya dalam lima perkara di bawah iaitu:

(i) agenda pemerkasaan TVET;

(ii) pertindihan fungsi dan matlamat;

(iii) persepsi TVET sebagai pilihan terakhir;

(iv) kolaborasi sektor awam dan swasta; dan

(v) dan ketidaksepadanan gaji dan kebolehpasaran graduan TVET.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, KESUMA sebenarnya sedang dalam proses menyediakan rangka kerja Dasar Sumber Manusia Negara yang julung buat Malaysia.

Antara objektif bagi merangka rangka kerja dasar ini adalah untuk mengenal pasti strategi bagi menangani pelbagai isu struktur yang terdapat dalam pembangunan sumber manusia dan pasaran buruh negara. Rangka kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024 sehingga 2030 ini merangkumi contohnya strategi mendukung hasrat kerajaan membangunkan tenaga mahir sebanyak 35 peratus menjelang tahun 2030.

Perancangan pembangunan modal insan yang holistik mengambil kira keperluan setiap golongan pekerja contohnya belia, wanita, warga emas dan penekanan kepada isu- isu perburuhan yang penting seperti agenda negara menua, aspek pembangunan bakat digital, pemerkasaan TVET dan agenda pembangunan pekerjaan hijau selaras dengan hala tuju untuk mewujudkan ekosistem tenaga kerja yang lebih produktif dan berkemahiran. Bagi memastikan pembangunan rangka kerja ini mengambil kira pandangan pihak berkepentingan. Tiga sesi perbincangan kumpulan berfokus telah diadakan melibatkan pihak kerajaan, wakil kesatuan sekerja, majikan dan pemegang taruh industri.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Selain itu, satu sesi libat urus town hall rangka kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024 hingga 2030 bakal diadakan pada 18 Mac 2024 melibatkan penyertaan pakar ataupun individu dan kumpulan daripada kalangan bukan pegawai awam termasuk daripada organisasi antarabangsa, akademik, wakil kesatuan sekerja, kesatuan pelajar mahasiswa, persatuan majikan, civil society organization dengan izin CSO, pempengaruh ataupun dengan izin, influencer dan penggiat industri.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan agenda memperkasakan Program Pendidikan TVET ini merupakan satu usaha berterusan yang memerlukan komitmen kerjasama semua pemegang taruh. Sehubungan itu, Majlis TVET Negara telah ditubuhkan sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara. Majlis ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri (I) dengan KESUMA sebagai sekretariat juga memainkan peranan penyelarasan bagi 12 kementerian yang terlibat dalam TVET.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, Majlis TVET Negara juga bakal melancarkan Dasar TVET Negara 2030 yang akan menjadi rujukan dalam memandu sistem pendidikan TVET Malaysia. Ini sudah tentu termasuk cadangan penubuhan agensi pusat bagi penyelarasan dan kawal selia TVET.

Tuan Yang di-Pertua, tentang isu persepsi TVET sebagai pilihan terakhir.

KESUMA telah melaksanakan pelbagai pendekatan promosi contohnya program outreach dengan izin, karnival, duta TVET dan hebahan-hebahan di media elektronik mahupun platform media sosial bagi meluaskan penyampaian maklumat berkaitan peluang dan potensi laluan kerjaya melalui TVET ini. Kerjasama erat dengan syarikat-syarikat terkemuka juga dilaksanakan untuk menjenama semula institusi-institusi TVET kita sebagai institusi latihan yang mendapat pengiktirafan daripada gergasi industri ataupun dengan izin industry giants.

Berkaitan cadangan kerjasama TVET bersama sektor awam dan swasta, perkara ini sememangnya sudah pun berlaku. KESUMA giat meneroka peluang kerjasama melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan swasta melalui pemeteraian memorandum kerjasama dalam usaha meningkatkan dan melibatkan lebih banyak lagi pihak industri dalam pelaksanaan program TVET. Memorandum-memorandum kerjasama ini melibatkan pelbagai cakupan bidang seperti teknologi automatif, teknologi minyak dan gas, teknologi telekomunikasi serta syarikat-syarikat seperti Petronas, DRB-HICOM, LGB Holding, Bermaz Auto Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2023 sebanyak 60 memorandum kerjasama telah berjaya dimeterai yang memanfaatkan seramai lebih 311,000 orang pelajar yang terlibat dalam lebih 4,162 kursus yang ditawarkan di 669 buah institusi TVET.

Bagi isu tidak ketidakpadanan gaji dan kebolehpasaran graduan TVET, kadar gaji permulaan pekerjaan berkemahiran dikemas kini selaras dengan kajian semula gaji minimum yang terkini. Dalam aspek ini, kadar gaji terkini adalah berdasarkan perintah gaji minimum 2022 iaitu sebanyak RM1,500 sebulan. Pihak majikan dan juga pekerja boleh merujuk kepada kadar gaji permulaan tersebut di laman web e-MASCO.

KESUMA berpandangan bahawa peningkatan kemahiran pekerja yang berterusan mampu meningkatkan lagi keberhasilan pekerja. Seterusnya menyumbang kepada gaji dan upah yang lebih tinggi. Justeru kerajaan berusaha untuk memberi nilai tambah kepada graduan TVET dengan menggalakkan mereka melengkapkan diri dengan lesen dan sijil kompetensi tambahan dari badan profesional sebagai usaha meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka dan untuk memperoleh gaji yang lebih lumayan.

Bagi memastikan graduan TVET ini mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan dan kemahiran mereka, KESUMA akan secara berterusan menganjurkan kerjasama strategik dengan pihak industri melalui contohnya badan penasihat industri dan bakat ataupun Industry-Talent Advisory Council dengan izin. Dengan izin, Future Skills Talent Council Program Latihan Industri Berstruktur ataupun Structured Internship Programme, platform pembelajaran dalam talian iaitu e-LATiH, inisiatif Academy in

final • 3:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Industry, Sistem Latihan Dual Nasional dan platform MYFutureJobs serta my... [Tidak Jelas]

final • 3:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Menteri. Terima kasih kepada Speaker. Kita difahamkan selepas COVID-19, kadar anak-anak muda yang meneruskan pelajaran menurun dengan mendadak. Jadi ini menyebabkan ramai di kalangan mereka yang tercicir daripada arus pembelajaran negara yang mungkin menjadi satu asas untuk mereka masuk TVET selepas itu. Jadi, adakah pihak kerajaan membuat kajian tentang perkara ini dan adakah akan mempertimbangkan supaya kelulusan untuk mereka masuk ke TVET itu direndahkan lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh mereka yang affected by COVID-19? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Satu cadangan dan pandangan yang amat baik. Sememangnya kerajaan sedang meneliti syarat-syarat kemasukan ke institusi-institusi TVET merentas 12 kementerian dan kita akan dalam rancangan untuk memudah cara kemasukan pelajar-pelajar untuk terutamanya rakyat Malaysia anak muda ke sistem pendidikan TVET.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Yang Berhormat Kampar telah mencadangkan agar pelajar-pelajar TVET dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, konsep dual vocational training yang dilaksanakan di Jerman sebenarnya turut diguna pakai di Malaysia melalui pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sejak tahun 2005. Kerjasama antara Malaysia dengan Jerman ini boleh diteroka dan ditambah baik dari semasa ke semasa melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan program-program latihan kemahiran berimpak tinggi seperti bidang peralihan tenaga, nadir bumi, EV, teknologi digital termasuklah program ataupun aktiviti untuk menghantar pertukaran pelajar Malaysia ke negara Jerman.

Selain daripada kerjasama dengan Jerman melalui pelaksanaan SLDN, Kesuma sebenarnya melalui Jabatan Tenaga Manusia turut menghantar pelajar TVET kita ke negara-negara seperti Jepun dan China. Baru-baru ini, melalui kerjasama dengan Kerajaan China, 1,000 biasiswa telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar TVET Malaysia untuk mengikuti kursus di negara tersebut membabitkan bidang automotif, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan bidang teknologi yang lain.

Yang Berhormat Kuala Krau telah mencadangkan agar diwujudkan TVET khusus untuk pendidikan Orang Asli. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelbagai program TVET yang dilaksanakan dan ditawarkan di lebih 600 buah institusi latihan kemahiran awam (ILKA) sebenarnya terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk pelajar Orang Asli. Justeru, tidak timbul di sini isu kebolehcapaian ataupun accessibility, dengan izin, untuk komuniti Orang Asli dalam pendidikan TVET. Namun, di bawah Kesuma, Institut Latihan Perindustrian Ipoh sebenarnya telah melaksanakan program khas untuk pelajar Orang Asli sejak tahun 2018.

Tiga orang Ahli Yang Berhormat iaitu Larut, Kampar dan Bandar Kuching telah membangkitkan isu berkaitan kebajikan dan upah untuk pekerja p-hailing yang semakin berkurangan, penyertaan pekerja gig dalam TVET dan cadangan agar kajian dibuat untuk mewujudkan insurans jangka panjang bagi penjagaan warga emas.

Berkaitan kebajikan dan upah untuk pekerja p-hailing, cabaran paling besar pada hari ini ialah mereka yang terlibat dalam ekonomi gig sebenarnya tidak ditakrif sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955. Ini sekali gus menyebabkan kumpulan ini tidak dapat menikmati hak dan perlindungan undang-undang untuk takrifan pekerja tersebut mengikut pengertian Akta Kerja.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa memberikan ucaptama di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada 2 Mac yang lalu telah mengumumkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pekerja Gig yang secara khususnya bertujuan untuk menangani isu-isu pekerja gig terutamanya berkaitan kebajikan, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya untuk pekerja di sektor ini.

final • 3:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Susulan pengumuman tersebut, Kesuma telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pemegang taruh bagi merealisasikan Suruhanjaya Pekerja Gig itu. Jawatankuasa akan meneliti terma rujukan penubuhan suruhanjaya ini melibatkan aspek fungsi, perundangan, kewangan dan keanggotaan suruhanjaya. Melalui kerjasama dengan Universiti Malaya, sebuah laporan interim akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh masa tiga bulan.

Berkaitan cadangan peningkatan kemahiran pekerja gig dalam pendidikan berasaskan TVET, ini adalah selari dengan misi strategik 3K yang saya sebut awal tadi.

3K untuk Kementerian Sumber Manusia iaitu kebajikan pekerja, kemahiran pekerja dan keberhasilan pekerja.

Bagi menggalakkan pekerja gig menyertai program TVET, Kesuma menerusi Jabatan Tenaga Manusia telah memulakan program latihan yang fleksibel dan berbentuk jangka pendek bagi memenuhi keperluan ekonomi gig yang berasaskan pekerjaan kontrak dan freelance. Program TVET secara modular yang memfokus kepada set kemahiran yang spesifik telah mula dibangunkan dan ditawar oleh penyedia TVET sama ada di institusi TVET awam mahupun swasta.

Selain itu, Kesuma melalui PERKESO turut melaksanakan Program Bina Kerjaya untuk membantu pekerja sektor tidak formal dalam pembangunan kerjaya mereka melalui pensijilan micro-credential, contohnya, ataupun pensijilan profesional dan kompetensi.

Bagi tujuan tersebut, Kesuma menyediakan tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan dan elaun latihan berjumlah RM30 sehari kepada setiap peserta untuk tempoh maksima 20 hari.

Kesuma menyambut baik cadangan Yang Berhormat Bandar Kuching agar dikaji dan dilaksanakan insurans jangka panjang bagi penjagaan warga emas. Sememangnya visi Kesuma adalah untuk memberikan perlindungan keselamatan sosial 24 jam dan menyeluruh kepada kumpulan pekerja khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Namun, kita terpaksa mempertimbangkan pelbagai kekangan termasuk kos dan sudah tentu kos caruman setiap individu.

Walau bagaimanapun, sukacita saya maklumkan bahawa Kesuma sedang membuat kajian dan penelitian untuk memperkenalkan skim perlindungan keselamatan sosial 24 jam dan juga untuk memperluaskan skim keselamatan sosial bagi penjagaan warga emas bagi menyokong agenda ekonomi ihsan Malaysia MADANI. Saya akan memberikan maklum balas dan update dari semasa ke semasa untuk skim-skim tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang minta kerajaan memaklumkan usaha yang telah dilakukan bagi membantu graduan tempatan mendapatkan pekerjaan. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut― Melalui PERKESO, strategi utama termasuk penyediaan platform MYFutureJobs, program karnival kerjaya di seluruh negara dan Program Bina Kerjaya yang saya sebut tadi.

Sebenarnya baru sebentar tadi saya datang dari Karnival Kerjaya Wanita yang dianjurkan oleh PERKESO MYFutureJobs sempena dengan Sambutan Hari Wanita. Nak ucapkan Selamat Hari Wanita juga kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Karnival tadi mendapat sambutan yang amat baik. Seramai 30 majikan dengan 5,000 peluang pekerjaan khusus untuk wanita dan 60 peratus daripada kekosongan yang ditawarkan adalah di peringkat eksekutif iaitu peringkat yang bergaji lebih tinggi.

Kesuma juga menerusi agensi di bawahnya seperti Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan pertubuhan seperti PERKESO tadi, aktif untuk menawarkan, menyediakan pelbagai program reskilling dan upskilling berteraskan TVET. Kursus-kursus jangka pendek dan program perantis turut ditawarkan oleh pelbagai agensi di bawah Kesuma. Contohnya di 32 pusat latihan Jabatan Tenaga Manusia dan juga CIAST serta Program Sistem Latihan Dual Nasional yang dilaksanakan di bawah JPK.

Selain itu, kerajaan turut mempergiatkan usaha mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan

final • 3:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

bakat muda negara melalui kerjasama merentas kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam, swasta serta teknikal.

Antara inisiatif di bawah agensi ini termasuklah platform pemprofilan Mynext, Program Latihan Industri Berstruktur Nasional ataupun National Structured Internship Programme, Kerjasama Industri-Akademik iaitu Industry-Academia Collaboration dan program Young Employable Students (YES). Program Young Employable Students, We Are Ready (YES! We Are Ready).

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Salak mencadangkan agar mempercepatkan kelulusan kuota kemasukan pekerja asing bagi sektor pertanian.

Selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023, majikan sebenarnya terlebih dahulu perlu mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sebelum mengemukakan permohonan kuota. Piagam pelanggan bagi kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ini adalah tempohnya 14 hari.

Seterusnya, kelulusan kuota pekerja asing bagi sektor formal termasuk sektor pertanian tadi akan diberikan dalam tempoh antara satu hingga tiga hari bekerja selepas menerima perakuan ataupun syor daripada agensi kawal selia dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap dan teratur.

Justeru, saya berpendapat tempoh-tempoh waktu menunggu ataupun lead time, dengan izin, tersebut adalah berpatutan. Namun, kementerian akan menambah baik proses dan tatacara untuk proses permohonan pekerja asing ini dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Kepala Batas menyatakan bahawa jumlah pekerja asing dalam bidang profesional berkemahiran tinggi adalah tinggi berbanding graduan tempatan yang direkodkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga tahun 2023, bilangan pegawai dagang ataupun expatriate, dengan izin, yang mempunyai pas aktif adalah seramai 109,707 orang berbanding dengan jumlah bilangan pekerja mahir di Malaysia iaitu 2.2 juta orang.

final • 3:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jadi, nak kata pekerja asing dalam bidang profesional dan berkemahiran ini tinggi berbanding dengan graduan tempatan adalah kurang tepat. Ia hanya merupakan lebih kurang 4.9 peratus daripada keseluruhan pekerjaan mahir yang wujud di negara ini.

Berdasarkan kepada rekod platform ESD, MYXpats Talent Corp, bilangan pegawai dagang yang diluluskan pas pekerjaan berkurangan sejak tahun 2019 daripada 62,352 orang ke 37,919 orang pada tahun 2023.

Manakala berdasarkan statistik PERKESO pula, jumlah graduan tempatan yang berjaya mendapat pekerjaan mulai 2001 sehingga 2023 seramai 295,989 orang dalam bidang profesional dan berkemahiran tinggi. Data ini tidak termasuk data pencarian pekerjaan melalui portal lain di Malaysia, contohnya Jobstreet, LinkedIn dan sebagainya.

Kriteria pengambilan pegawai dagang ataupun expatriate ini adalah berbeza berbanding dengan pengambilan graduan tempatan kerana mereka perlu memenuhi pengalaman minimum tiga tahun dan hendaklah memenuhi keperluan pekerjaan di sektor yang disenaraikan sebagai kritikal, namun susah untuk diisi berdasarkan kepada senarai pekerjaan kritikal. Sebenarnya ada dua faktor utama yang menjurus kepada pengambilan pekerja asing dalam bidang profesional dan berkemahiran tinggi. Pertama, bagi memenuhi keperluan pelabur, terutamanya syarikat multinasional yang ingin menggunakan kepakaran di negara asal mereka. Kedua, kita harus melihat expatriate ataupun pegawai dagang ini sebagai strategi pemindahan ilmu dan teknologi (knowledge and technological transfer) untuk memperkasakan tenaga kerja tempatan.

Berlandaskan strategi pemindahan ilmu dan teknologi, KESUMA sedang merancang satu dasar untuk mewujudkan peluang perantisan kepada anak tempatan bagi syarikat-syarikat yang mengambil pekerja expatriate. Laporan tahun 2022 oleh Jabatan Statistik Negara Malaysia menyatakan bilangan pekerjaan berkemahiran tinggi yang telah diwujudkan di negara adalah sekitar 2.1 juta berbanding dengan graduan berjumlah 5 juta.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Perbezaan ini merupakan salah satu faktor wujudnya ketidakpadanan tenaga kerja dengan pasaran kerja kita.

Justeru, bagi mengatasi kesenjangan yang saya sebut tadi, kita harus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan dalam aspek ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM329.5 bilion pada tahun lalu. Kejayaan ini bakal mencipta hampir 130,000 peluang pekerjaan yang baharu dan dalam sektor pembuatan sahaja hampir 41 peratus merupakan pekerjaan kategori pengurusan dan teknikal. Ini sudah tentu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

Di pihak kami, KESUMA akan mempersiapkan tenaga kerja kita bagi memenuhi keperluan pasaran kerja yang baharu ini. Yang Berhormat Sungai Siput memohon untuk mendapatkan maklumat tindakan susulan berkaitan Skim Khas Pembiayaan Rumah Estet

(SKPRE) kepada pekerja Sime Darby. KESUMA dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat, contohnya Sime Darby Plantations Berhad, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Syarikat Perumahan Negara Berhad berkaitan cadangan pembangunan rumah pekerja ladang Sime Darby di Sungai Siput, Perak.

Perbincangan terakhir bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak telah diadakan pada 14 November 2023, di mana LPPH telah memutuskan bahawa pihak mereka tidak akan membangunkan perumahan di ladang Afield berikutan tidak mahu menanggung kos awal seperti pecah sempadan, tukar hak milik dan tukar status.

Manakala mesyuarat bersama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad telah diadakan pada 28 November 2023 memutuskan pembangunan perumahan di ladang Afield tidak dapat dilaksanakan berikutan tiada peruntukan khusus untuk pembangunan ini.

Kedua-dua mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Sime Darby dan memandangkan LPPH dan KPKT tidak dapat melaksanakan pembangunan ini, pihak Sime Darby memaklumkan pihak mereka akan menyerahkan tanah ini kepada kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, JTKSM masih belum menerima makluman rasmi berkaitan perkara ini.

Yang Berhormat Batu membangkitkan isu penipuan ataupun scam, dengan izin, dalam talian termasuk berkaitan job scam, penipuan pekerjaan. Saya ingin tekankan bahawa usaha pembanterasan jenayah penipuan memerlukan penyertaan rentas kementerian dan agensi. Di pihak Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam memberi kesedaran kepada pencari kerja seperti berikut:

(i) pemakluman melalui keratan akhbar untuk memastikan mana- mana orang awam yang ingin mencari kerja, menggunakan khidmat ejen, terutamanya bagi pekerjaan di luar negara agar tidak mudah terpedaya dengan kadar gaji yang tinggi dan sebagainya;

(ii) pemakluman senarai agensi pekerjaan swasta (APS) yang berlesen di portal rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan orang awam boleh membuat semakan kesahihan lesen agensi; dan

(iii) mana-mana pekerja APS yang melakukan aktiviti merekrut, hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung.

Mana-mana orang melakukan aktiviti merekrut iaitu menjadi pengantara antara majikan dan pencari kerja, termasuk aktiviti pengiklanan adalah wajib berlesen di bawah seksyen 7, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981. Kegagalan berbuat demikian adalah satu

final • 3:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan/atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

final • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya hendak beri amaran kepada agensi-agensi lesen ini. Mana-mana agensi yang mengiklankan aktiviti penipuan pekerjaan ini akan dianggap bersubahat dengan penjenayah tersebut dan KESUMA- saya akan bagi peluang.

KESUMA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang paling berat ke atas kumpulan ini, termasuk menggantung dan membatalkan lesen mereka serta menyenaraihitamkan bukan sahaja syarikat tetapi pengarah dan juga pemilik agensi- agensi yang terlibat.

[Tepuk] Silakan, Yang Berhormat Pendang.

final • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Menteri dan juga Puan Sri Speaker. Saya hendak bangkit bila disebut sebab keyakinan negara luar untuk melabur di sini amat penting, apabila kita punya Kesatuan Sekerja kita stabil dan kita mengikut collective agreement, kita akan patuh perjanjian. Di bawah KSM juga ada Jabatan Pembangunan Perusahaan, di mana Kesatuan-kesatuan Sekerja akan mendaftar di bawah ini dan di bawah KSM juga ada Mahkamah Perusahaan yang menyelesaikan pertikaian-pertikaian.

Saya dapat memorandum daripada National Union Bank Employees (NUBE) dua hari lepas yang membangkitkan kolektif agreement di antara NUBE dengan MCBA telah dipersetujui tetapi telah dinafikan oleh MCBA. Apabila perjanjian itu, Maybank telah bersetuju untuk membayar emolumen bonus setiap kali perayaan kepada sama ada perayaan Tahun Baru Cina, Aidil Fitri, sebulan bonus kepada mereka tetapi pada kali ini refused- tidak dibayar oleh Maybank.

Begitu juga perjanjian antara Maybank dengan Kesatuan Sekerja di Indonesia.

Perkara yang sama telah dilakukan tetapi di Indonesia, Maybank telah membayar seperti mana kolektif agreement yang dipersetujui di antara MCBA dan NUBE ini seperti mana di Malaysia ini tetapi di Malaysia dinafikan haknya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sila selesaikan masalah ini.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedikit, sedikit, saya cuma hendak tambah apa yang ditambah oleh Yang Berhormat Pendang tadi. Kali ini saya menyokong juga apa yang diminta oleh Pendang. Pendang dan Jelutong bersama-sama.

final • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak perlu sokong yang ini, yang ini saya bawa fasal. You buatlah you punya kerja. I buat I punya kerja.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya- Pendang bulan puasalah. Minta bersabar.

final • 3:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak perlu bodek sayalah, Jelutong.

Buatlah kerja you.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak bodek. Kenapa bertutur begitu bulan puasa, Yang Berhormat Pendang? Saya- tidak apalah, jangan buang masa sayalah. Yang Berhormat Menteri, saya berterima kasih di atas penggulungan yang telah diberikan, cumanya saya difahamkan bahawa oleh pihak NUBE bahawa peruntukan yang sama telah diberikan kepada pekerja-pekerja NUBE pada tahun yang lalu dan tahun- tahun sebelumnya. Saya difahamkan bahawa pekerja-pekerja ini daripada pihak bank telah pun membuat penyelidikan sendiri dan mendapati bahawa semua bank mendapat keuntungan yang begitu banyak, termasuklah Malayan Banking dan semua bank-bank yang terlibat.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, persoalan oleh pekerja-pekerja bank ini adalah kalaulah mereka boleh membayar bank yang sama, Maybank beroperasi di Indonesia boleh membayar bantuan untuk hari raya, berbuka puasa, semasa raya Cina dan sebagainya, kenapa dan mereka telah pun membayar sebelum ini, kenapa tahun ini mereka enggan membayar?

Jadi, saya cuma nak mohon kepada Menteri kalau boleh memberi perhatian. Saya difahamkan Menteri adalah seorang yang sungguh prihatin. Maklumlah isu satu GLC yang

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

tak bayar gaji kepada pekerja di Kedah pun diberi perhatian. Saya mohon tindakan diambil terhadap GLC tersebut yang tidak membayar gaji sejak bulan September. Jadi, saya mohonlah kepada Menteri supaya perkara-perkara ini diberi perhatian. Terima kasih Menteri.

final • 3:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Sambung tadi. Saya tertarik mengenai job scam ini. Sebenarnya saya juga mendapat banyak aduan sebenarnya daripada sahabat-sahabat saya dari Kedah mengenai salah satu GLC yang tidak membayar gaji sejak daripada September yang melibatkan hampir 23 orang pekerja. Dan mereka merasakan ini adalah satu scam yang terbesar sebenarnya GLC di Kedah atau lebih dikenal sebagai KAHB.

Dan saya ingin bertanya, berapakah tuntutan yang dibuat oleh pekerja-pekerja ini dan apakah status terkini mengenai kes yang sedang berlaku dan apakah usaha antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri supaya dapat diselesaikan dengan segera?

Ini kerana 20 orang lebih ini merasakan di-scam secara besar-besaran. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, minta sedikit Kuala Krai. Okey, terima kasih Yang Berhormat, Timbalan Speaker. Saya juga ingin menyebut kepada Yang Berhormat bahawa saya juga menerima memorandum daripada pihak NUBE untuk perhatian Yang Berhormat supaya Yang Berhormat dapat mengambil perhatian agar pihak bank-bank yang terlibat ini dapat membayar sebagaimana memorandum yang dibuat. Jika Yang Berhormat belum lagi ada memorandum ini, saya boleh hantar kepada Yang Berhormat untuk perhatian Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sedikit Yang Berhormat Menteri, sekali lagi. Minta maaf.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dua kali.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pasal KAHB tadi ini.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey sebab memandangkan mantan Timbalan Menteri, saya bagi peluang.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan, saya dapat juga masalah Kedah Agro Holding Berhad ini. Disebut bulan September tak bayar. Sebenarnya saya buat semakan dan saya akan dapat lagi terperinci daripada dokumen-dokumen ini yang mana katanya bukan daripada September, daripada 2016 lagi, daripada zaman dahulu. Selepas itu dibayar sampai untuk dipanggil yang backdated dia tidak bayar, dia bayar sejak yang baru saja.

Jadi, carry forward sehingga September itu yang tidak bayar daripada 2016. Saya ingat minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri supaya kita boleh dapat clarify benda ini, kita boleh dapat perinci supaya tidak berlakulah persepsi salah sangka seperti mana Jelutong dan juga Sungai Petani tadi. Boleh mengelirukan Dewan itu.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat, Pendang, Jelutong, Sungai Petani dan Kuala Krai. Hujung-hujung ucapan penggulungan saya baru dia naik sedikit. Ada dua isu di sini.

Satu ialah isu tentang NUBE. Untuk makluman, dua isu ini berkaitan sebab ia berkaitan dengan hak pekerja.

Saya dah nyatakan pendirian saya dari awal saya diberi amanah di KESUMA ini bahawa pekerja adalah berhak ke atas gaji mereka terutamanya kalau kita ikut Seksyen 19 contohnya dalam Akta Kerja dan sebagainya. So, pekerja ada hak kepada gaji mereka.

Jadi, tidak harus dinafikan hak-hak tersebut.

Dalam isu NUBE, sebenarnya mereka mempunyai collective agreement bersama dengan pihak majikan. Untuk saya, pendirian saya ialah majikan harus menjaga kebajikan pekerja. Dalam aspek ini, dalam kes ini Jabatan Perhubungan Perusahaan sebenarnya telah pun memanggil mesyuarat reconciliatory meeting yang sebenarnya mesyuarat pertama 19 Februari tetapi ditangguhkan dan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada minggu depan. Jadi, saya berharap isu pertikaian antara NUBE dengan juga MCBA ini

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

dapat diselesaikan secara berhemah dengan mengangkat martabat pekerja dalam mesyuarat reconciliatory meeting nanti. Itu NUBE.

Keduanya tentang isu gaji ataupun gaji yang tertunggak oleh Kedah Agro. Saya dah pun memberikan kenyataan semalam bahawa kita nak kan supaya isu ini diselesaikan secara berhemah. Tidak kiralah tunggakannya dari dulu kah atau apa, laporan yang kita terima ialah tunggakan dari bulan September belum dibayar. Untuk saya, gaji perlu dibayar. Tidak boleh tunggak lama-lama. Jangan kata enam bulan, ini sedikit lagi September. Lebih tujuh hari pun ia sebenarnya sudah melanggar akta. Jadi, saya nak minta supaya kita dah bagi notis kepada majikan iaitu pihak Kedah Agro dan Kedah Agro juga telah berjanji untuk meminta bantuan kerajaan negeri menyelesaikan isu tunggakan gaji. Itu saya ucapkan terima kasih sebenarnya.

Semalam sepatutnya mereka berjumpa dan apabila maklum balas yang diberikan ialah supaya diberikan beberapa hari lagi sehingga 17 Mac. Maka saya kata okey because tujuan kita ialah untuk menyelesaikan masalah. Kita jangan menidakkan, menafikan hak pekerja ke atas gaji mereka. Jadi, kita berikan masa sehingga 17 Mac untuk kerajaan negeri berbincang dengan Kedah Agro, melihat kepada penyelesaian secara tuntas isu ini. Itulah mungkin sedikit update ataupun maklum balas status terkini kes Kedah Agro.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Cukuplah.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Saya nak minta bagi pandangan supaya siasat daripada bila gaji ini tidak bayar sebab kalau Jelutong dengan Sungai Petani dengar Kedah saja, dia terus spark. Dia tidak boleh, Kedah ini bagi Jelutong dengan Sungai Petani dia spark.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dalam jawapan...

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, kita minta biarlah benda ini clear daripada zaman mana benda ini berlaku.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dalam jawapan saya, saya sebenarnya cuba nak berhemah. Saya tak nak libatkan pihak politik, kepentingan politik. Justeru saya kata tidak kira syarikat mana, kalau hutang kena bayar gaji. Pekerja berhak ke atas gaji. Aduan yang kita terima ialah bulan September. Yang seawalnya mungkin ada cerita lain yang mungkin Pendang boleh carikan maklumatlah. Tapi aduan yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung adalah gaji tertunggak sejak September yang lalu.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, saya tidak menggunakan peraturan. Saya bangun dan Sungai Petani bangun kerana kami memperjuangkan hak rakyat yang tidak dibayar gaji. Maklumlah dah bulan puasa tidak bayar gaji. Ini syarikat daripada GLC Kedah. Syarikat GLC Kedah, pekerja-pekerja Kedah dianiayai. Sebab itu kami bangun untuk memperjuangkan hak mereka. Bukan untuk isu politik.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey, terima kasih. Tadi saya kata, saya beri amaran kepada agensi-agensi ini yang berlesen tapi dia mengiklankan aktiviti penipuan pekerjaan dan job scam. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, hukuman undang- undang yang paling berat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong membangkitkan tentang pengemaskinian gaji minimum selaras yang sewajarnya seperti yang disarankan oleh Bank Negara dan juga laporan KWSP, MyBajet dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini berpandukan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, kadar gaji minimum akan dirujuk dan dikaji semula. Kita sudah tentu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pihak pekerja, majikan serta menjadikan rujukan laporan-laporan sosioekonomi seperti laporan Bank Negara yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 3:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini kerana telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) semasa Perbahasan Titah Diraja. KESUMA amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan kita akan mengambil tindakan susulan ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan. Jika ada soalan yang tidak sempat dijawab, kita akan kemukakan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk menjawab.

final • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, 20 minit sahaja?

[Ketawa] Okey tidak apalah. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Menteri yang pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri, izinkan saya merafak sembah ucapan tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

final • 3:39 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Semoga pemerintahan tuanku akan terus memayungi rakyat dan negara dengan kesejahteraan, perpaduan dan kemakmuran yang berkekalan. Saya juga ingin merafak sembah dengan ucapan junjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat sepanjang tempoh lima tahun dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan.

Saya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tidak kurang daripada 23 Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyatakan cadangan, teguran serta pandangan masing-masing melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) terdiri daripada Shah Alam, Hulu Terengganu, Subang, Pasir Mas, Petaling Jaya, Jelutong, Tumpat, Beluran, Bayan Baru, Sibu, Besut, Selayang, Port Dickson, Tampin, Keningau, Bukit Gelugor, Bentong, Arau, Batu, Betong, Setiu, Lumut dan Kota Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Port Dickson, ada tak? Tak ada? Saya nak jawab, dia tak ada macam mana? Saya bagi jawapan bertulis ya? Dia tanya tentang undang-undang lapuk. Mungkin isu ini sangat penting bagi Ahli-ahli Parlimen yang lain di pihak kerajaan dan juga pembangkang tetapi sebelum saya bagi jawapan secara bertulis kepada soalan spesifik daripada Yang Berhormat, saya nak berikan penekanan di sini bahawa undang-undang lapuk dalam negara kita sebanyak 2,443 dan semua pra tahun 1959.

Kalau kita tengok pemecahan dia, saya dapat beritahu tahun-tahun tetapi saya akan memberi secara jawapan bertulis kepada Yang Berhormat tapi penekanan di sini ialah sekarang ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah Jabatan Peguam Negara, di bawah juga Akta Penyemakan Undang-undang 1969 [Akta 1]. Adanya commissioner untuk Akta Penyemakan Undang-undang dan juga adanya di bawah satu bahagian di bawah Jabatan Peguam Negara.

Kalau kita tengok secara menyeluruh, kerajaan memang akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan antara cabaran-cabaran setakat ini ialah berkenaan dengan fungsi dan kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang di bawah Akta 1 iaitu fungsi utama Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang Jabatan Peguam Negara ialah menyemak undang-undang yang ada, mencetak semula undang-undang, memperluas undang-undang Persekutuan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan,

final • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

menterjemah teks bahasa Inggeris undang-undang pra-1957 ke dalam Bahasa Kebangsaan, mengkaji semula undang-undang lapuk dan usang dan memodenkan dan memperbaharui undang-undang supaya sejajar dengan perubahan semasa.

Pegawai-pegawai di bawah kepimpinan bahagian ini adalah tidak mencukupi kerana isu yang dikaji selalu melibatkan hal perkara yang begitu kompleks yang memerlukan pasukan yang khusus untuk menumpukan perhatian. Apa juga kajian pembaharuan memerlukan keputusan dasar di pihak kementerian dahulu, kemudian diikuti dengan kajian pembaharuan undang-undang memerlukan maklumat komprehensif seperti sejarah, fakta, dokumen, data yang berkaitan.

Sering kali maklumat ini sukar diperoleh kerana sumber rujukan adalah terhad.

Kemudian, kajian pembaharuan yang dijalankan di atas inisiatif bahagian juga sering kali bukan keutamaan dan maklum balas yang diterima daripada pihak berkepentingan kadang-kadang tidak menepati kepada skop kajian dan Bahagian Kajian Undang-undang Lapuk terdapat kesukaran untuk mengenal pasti pihak berkepentingan dalam undang- undang yang terlibat. Ini adalah kerana undang-undang tersebut lama dan kewujudannya tidak diketahui.

Jadi itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, kita mesti melihat bahawa dalam aspek ini, elemen yang saya sebut tadi tentang isu yang ada pada kita, kita mempunyai Akta Penyemakan Undang-undang iaitu Revision of Laws Act 1968 [Akta 1] yang kita juga nak tengok kepada elemen reformasi undang-undang dan reformasi undang-undang ini kita melihat secara umum ialah kepada undang-undang yang sedia ada yang diubah, dinaik taraf untuk sesuai kepada keadaan yang berlaku dalam negara kita.

Izinkan saya walaupun Yang Berhormat tak ada tetapi sebut kepada sahabat- sahabat Yang Berhormat-Yang Berhormat lain dalam Dewan bahawa setakat ini, dalam aspek bahagian undang-undang, kita telah membuat beberapa pindaan yang banyak rakyat Malaysia pun mengetahui seperti pindaan kepada Akta Jenayah Seksual Kanak- kanak, pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Tatacara Jenayah Mengenai Peruntukan Kesalahan Mengendap, pindaan kepada Akta Insolvensi, Dasar Peluang Kedua untuk melepaskan 130,000 individu. Pada tahun ini daripada Mac 2023 hingga Januari 2024, seramai 55,877 bankrap telah dilepaskan iaitu 42.99 percent daripada jumlah sasaran.

Kemudian, pindaan kepada Peraturan-peraturan Bantuan Guaman iaitu Fi dan Sumbangan 2017. Kemudian pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Bacaan kali pertama dan kedua telah kita buat dan kemudiannya pada sidang Dewan Negara kali ini, akan dibawa kepada Dewan Negara untuk pindaan kepada akta SUHAKAM. Penggubalan kepada Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori, penggubalan kepada Akta Semakan Hukuman Mati, Pemenjaraan Sepanjang Hayat dan penggubalan kepada Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing yang akan berlaku pada minggu depan.

Jadi kesimpulan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah kalau kita katakan bahawa kita tidak menggubal undang-undang ini pun tidak betul sebab kita tengok, akhbar-akhbar antarabangsa menyebut tentang kejayaan Malaysia contohnya dalam pindaan kepada hukuman mandatori kepada hukuman budi bicara dalam beberapa kes jenayah yang melibatkan hukuman mati. Bererti dunia mengakui bahawa Malaysia telah mengubah langkah kepada undang-undang yang sedia ada kepada undang-undang yang lebih progresif.

Jadi itu sebabnya bagi saya, salah satu daripada cabaran ialah pemindaan perubahan dan melihat kepada langkah-langkah mengambil kira banyak elemen sebab bukan sahaja boleh dikatakan hanya nak mengubah undang-undang sahaja tetapi membawa semua stakeholders dengan izin, NGO, CSO dan yang paling penting, agensi- agensi yang terlibat dalam pindaan-pindaan sedemikian. Kewujudan undang-undang baru ataupun meminda kepada undang-undang yang sedia ada.

Kita tengok juga dalam elemen-elemen yang berlaku dalam negara asing, mereka juga bergerak pada langkah yang sama. Saya baru balik daripada mesyuarat Menteri- menteri Undang-undang di Zanzibar di Tanzania, 4 hingga 9 Mac. Cukup panas Tuan Yang di-Pertua, nasib saya di sana sebelum bulan puasa. Kalau tidak, berpeluh juga. Saya

final • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

boleh beritahu di sini bahawa kesemua Menteri-menteri Undang-undang Komanwel itu berkata bahawa mereka melihat kepada undang-undang AI, digital di mana sehingga bantuan guaman pun diberi melalui sistem artificial intelligence.

Jadi, undang-undang mereka sudah berubah dan kita ada 2,000 undang-undang lain yang sebelum merdeka, selepas merdeka. Itu undang-undang yang substantive tetapi cabaran yang masuk yang begitu laju. Itu sebab apabila Yang Berhormat-Yang Berhormat banyak bercakap tentang isu digital, isu scammer, ia kerana kelajuan yang berlaku dengan teknologi dan dalam aspek kerajaan melalui Kementerian Undang-undang ataupun agensi undang-undang Jabatan Peguam Negara dalam mana-mana negara Komanwel berhadapan dengan cabaran yang sama. Perubahan yang berlaku.

Jadi kita perlu melihat perubahan ini secara positif walaupun begitu drastik tetapi melihat sebagai contohnya dalam elemen bantuan guaman menggunakan aktiviti artificial intelligence (AI) untuk membantu sebagai contoh, elemen isi borang. Kedua, untuk membantu dalam mewujudkan surat dalam sistem teknologi maklumat. Jadi tak payahlah pegawai itu nak kena ambil fail, nak kena duduk, nak kena tanya soalan 10, soalan 20 yang mana boleh dibuat daripada lokasi ataupun sistem handphone yang ada dengan mereka yang hendak memohon bantuan guaman.

Tetapi memang betullah, kadang-kadang bantuan guaman ini takkan dia pohon bantuan guaman, handphone dia, dia pakai iPhone ke, Samsung Galaxy S24 Ultra? Ini bukan isu bantuan guaman kan? Bantuan guaman makna dia tak ada berkemampuan tetapi tak kisahlah sebab bila mereka berbincang tentang teknologi dan artificial intelligence, antara kepentingan yang paling utama ialah ia tidak mempunyai elemen biasness, dengan izin. Sebab sistem komputer itu dia tidak akan baca siapa di sebelah sana, gender bias tak ada, race bias tak ada, religion bias tak ada yang menyebabkan bahawa processing itu kemungkinan lebih tulus daripada sistem yang ada berhadapan dengan manusia.

Itulah perbincangan yang dibincangkan sebab hala tuju banyak negara Komanwel khasnya ialah ke arah penggunaan AI untuk kewujudan undang-undang, pembaharuan undang-undang, memberikan perkhidmatan undang-undang dalam agensi-agensi yang bertanggungjawab. Jadi saya cuba nak maklumkan kepada semua Ahli Parlimen, kita pun kena ada kecanggihan memahami tentang apa itu sebenarnya AI. Ha, itu jawapan saya tetapi saya akan memberi jawapan yang secara bertulis kepada Yang Berhormat yang tanya saya tentang soalan yang spesifik.

Kemudian dalam penubuhan ombudsman di Malaysia. Izinkan saya memulakan ucapan dengan menyatakan bahawa Kerajaan MADANI bila bercakap tentang ombudsman Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khasnya Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor ya.

final • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ada? Tak ada juga. Tapi tak apalah, saya sebut tentang Ombudsman. Sebelum saya mula, saya nak ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Kalau kita tengok Yang Berhormat Puan Speaker, Puan Speaker dari Sarawak. Sarawak ada undang- undang Ombudsman dia sendiri, Kerajaan Negeri Sarawak sebab Kerajaan Negeri Sarawak menyedari bahawa ini sesuatu langkah yang begitu positif, yang bagi saya satu kejayaan yang perlu memberikan tahniah kepada Kerajaan Sarawak khasnya Premier Sarawak. Saya ucap tahniah kepada beliau. Jadi, inilah yang langkah kita nak.

Tetapi tidak bermakna dalam negara kita. Kita di Semenanjung, kita tidak ada sistem untuk mewujudkan ketidakpuasan hati kepada isu-isu ataupun pekerjaan ataupun yang kita harapkan Ombudsman secara spesifik. Kita ada dengan kita banyak sistem yang memang wujud dalam infrastructure agency tersebut. Apa yang sedang diusahakan oleh Kerajaan MADANI pada hari ini adalah mewujudkan Ombudsman Malaysia dengan harapan yang benar-benar bebas daripada kerajaan sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan yang mempunyai fungsi untuk menerima, mengendali dan menyelesaikan aduan berkaitan salah tadbiran dengan izin, maladministration dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam di agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

final • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ombudsman Malaysia akan menjalankan lapan fungsi susulan iaitu dengan izin, recommending, reporting, planning, monitoring, evaluating, advising, mediating and consolidating dengan izin serta memulakan tindakan kajian analisis bagi kes aduan dan kepentingan awam. Penubuhan Ombudsman Malaysia ini akan mengambil kira model undang-undang Ombudsman lain di negara lain seperti United Kingdom, New Zealand, Sweden, Australia, Hong Kong, Filipina, Thailand, Gambia.

Selain itu undang-undang institusi agensi Kerajaan Malaysia seperti SPRM, EIAC, SUHAKAM, Jabatan Audit Negara dan terkini Suruhanjaya Tatakelola Polis (IPCC) dijadikan sebagai rujukan untuk penepatan dasar Ombudsman Malaysia. Buat masa ini kerajaan berada pada peringkat akhir dan dalam memuktamadkan perundangan Ombudsman Malaysia, akan dibawa kepada Kabinet Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10 bagi menyelarai isu pertindihan fungsi antara agensi-agensi berkaitan, khususnya peranan yang perlu dimain dan tertakluk kepada peranan yang dimainkan setakat ini oleh badan seperti EIAC dan juga beberapa agensi-agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang.

Beberapa banyak perbincangan telah berlaku dan saya ucap tahniah kepada pelantikan Pengerusi SIAP yang baru, iaitu Tan Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara. Pada 20 Februari, saya telah bertemu dengan beliau dan saya melihat bahawa pemilihan beliau sebagai pengerusi baru adalah pemilihan yang cukup tepat. Kami telah berbincang dan memang beliau juga percaya bahawa ini adalah langkah ke hadapan untuk negara kita. Ahli Yang Berhormat Shah Alam pula, ada? Tak ada?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ada, ada.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ada?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ada.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...membangkitkan... haah jiran saya, tak nampak. Yang membangkitkan soalan berkaitan dengan adakah pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) akan dibentangkan di Parlimen pada sesi penggal ini kerana kelemahan akta tersebut dianggap telah membantutkan usaha membanteras rasuah secara telus di negara ini.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, beberapa sesi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bengkel Libat Urus dan Taklimat telah diadakan dengan agensi kerajaan yang berkenaan sepanjang tahun 2019 hingga 2023, bagi meneliti semua Akta 711 secara seluruh. Ini termasuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada pemegang taruh termasuk pertubuhan bukan kerajaan, antara lain Transparency International dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4). Selain itu sesi libat urus ini telah turut menilai kesediaan badan-badan yang telah diperuntukkan kuasa terhadap mekanisme pelaksanaan dan implikasi yang mungkin berbangkit apabila pindaan ini dikuatkuasakan.

Kerajaan MADANI buat masa ini sedang meneliti cadangan mekanisme pemusatan (centralization) penerimaan aduan kelakuan tidak wajar dan pemberian perlindungan pemberi maklumat di bawah Akta 711. Cadangan pindaan dan penambahbaikan Akta 711 ini akan membolehkan pelaksanaan perlindungan pemberi maklumat secara eksklusif, efektif dan seterusnya mampu mewujudkan suasana neutral, lebih tulus dan berkecuali dalam mengendalikan semua aduan berkelakuan tidak wajar daripada pemberi maklumat.

Untuk maklumat lanjutnya kepada Yang Berhormat, cadangan pindaan ini melibatkan penubuhan sebuah agensi berpusat yang khusus dengan latihan dan tatacara pengendalian khas kepada perlindungan pemberi maklumat serta mampu menyelesaikan semua perkara berkaitan Akta 711. Ini adalah bertujuan untuk memastikan fokus dan tatacara kerja yang lebih teratur, sistematik dan jelas kepada kedua-dua agensi berpusat dan agensi penguatkuasaan supaya tidak ada kekeliruan bidang tugas di antara keduanya.

Cadangan-cadangan penambahbaikan pada Akta 711 ini yang dijadualkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini, sebaiknya dasar berhubung dengan

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

agensi berpusat tersebut selesai dikaji dan dimuktamadkan merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan MADANI dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelanggaran integriti dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam organisasi awam dan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan juga daripada Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Bentong menyentuh tentang perkara berkaitan dengan penggubalan Akta Pendanaan Politik. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, pada ketika ini Rang Undang-undang Pendanaan Politik masih di peringkat penelitian dan kajian yang sedang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan raya dan Reformasi Institusi, antara lain untuk mengambil kira pandangan daripada semua parti-parti politik yang berdaftar di Malaysia.

Sementara penelitian dijalankan, apa-apa pendanaan politik buat masa ini masih tertakluk antara lain kepada beberapa undang-undang sampingan seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Akta 694 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Wang Haram 2001, Akta 613.

Susulan rujukan Perkara Dasar mengenai Rang Undang-undang Pendanaan Politik oleh Kerajaan MADANI ke Jawatankuasa Pilihan Khas Asasi Manusia Pilihan raya dan Reformasi Institusi pada tahun lalu dan satu mesyuarat telah diadakan oleh jawatankuasa tersebut iaitu bilangan 1/2024 pada 29 Februari. Menerusi mesyuarat berkenaan terdapat keperluan untuk menyelaras, menyeluruh dilihat dalam perkara- perkara yang telah dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut yang meliputi had skop bayaran sumbangan, sumbangan individu mahupun parti politik serta ketetapan tentang pendanaan awam untuk parti-parti politik.

Untuk makluman pendanaan awam merupakan satu sistem di mana jumlah wang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada parti politik mengikut formula yang ditetapkan. Terdapat perbandingan pelbagai cadangan, draf undang-undang dan rang undang-undang tersebut yang juga telah dibincangkan semasa mesyuarat JKPK dan tindakan penyelarasan difikirkan perlu bagi menghasilkan RUU yang memenuhi kriteria dengan izin public funding sepertimana negara demokrasi matang di Denmark, German, Jepun, Korea dan Kanada.

Bagi tujuan tersebut, penelitian secara terperinci akan dibuat sebelum laporan JKPK dimuktamadkan dan cadangan syor penambahbaikan dikemukakan kepada kerajaan. Tindakan berterusan berkaitan pendanaan politik dilihat tepat pada masanya dan adalah selaras dengan komitmen reformasi institusi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10.

Sebarang inisiatif ke arah penggubalan Rang Undang-undang Pendanaan Politik harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar ia mencapai objektif sebenar iaitu bagi mengatasi masalah ketirisan yang secara tidak langsung dapat memantapkan integriti dan tata kelola yang baik demi kesejahteraan rakyat MADANI Malaysia.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan, Jelutong.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tekun mendengar, hanya tinggal satu minit satu sahaja lagi. Cuma saya ingin tanya dengan Menteri...

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Jelutong dengan Shah Alam.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dalam perbahasan saya, saya juga lihat Menteri sendiri telah berbincang tentang Fixed-Term Parliament Act. Satu akta baru digubal untuk kita mengelakkan perkara-perkara seperti Langkah Sheraton.

Apakah cadangan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini dan bilakah agaknya kita boleh mendengar apa-apa berita tentang Fixed-Term Parliament Act yang saya juga percaya disokong oleh ramai daripada sebelah sana, termasuklah Timbalan Perdana Menteri pertama, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri kerana penjelasan yang sangat mendalam tentang kedua-dua cadangan reform, institutional reform iaitu pendanaan politik dan juga Whistleblower Act.

Cuma kita boleh faham pendanaan politik itu satu yang very high-hanging fruits yang perlukan beberapa pindaan Akta MACC, pemisahan kuasa dan sebagainya. Tetapi berkenaan dengan Whistleblower Act ini kita boleh anggap sebagai very low-hanging fruit yang mungkin boleh juga dilaksanakan lebih segera sepertimana yang diusahakan oleh pihak kementerian ataupun kerajaan berkenaan dengan Freedom of Information Act dan juga berkenaan dengan Parliament Services Act. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, perlu masa tambahan?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Lima minit sahaja lah sebab pukul 4.00, kita habis 5.30, lagi ada dua Menteri dan kita buka 7.27, kecuali dekat Sabah, Sarawak buka awal lah.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lima minit lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri, Menteri boleh? Kota Melaka sedikit.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Boleh jawab? Lagi seorang? Saya jawab dua ini dulu boleh?

final • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Okey, terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Minta maaf ya. Kalau tak saya boleh jawab secara bertulis. Sebenarnya Yang Berhormat, saya jawab Yang Berhormat Shah Alam dulu. Memang betul sebab kalau kita lihat Ketua Majlis Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang melihat bahawa kalau kita bercakap ombudsman, whistleblower, semua ini mesti digerakkan serentak. Sebab bila bercakap tentang ombudsman, itu laporan pada agensi kerajaan untuk dinaikkan apa yang ada pada hari ini. Kita memang ada agensi kerajaan yang menerima laporan terhadap tindakan mereka, dia internal reporting. Kita ada juga jabatan, Biro Pengaduan Awam tetapi kadang-kadang Biro Pengaduan Awam ini dilihat giginya tak begitu kuat. Bukannya kita nak letak gigi yang sangat-sangat tajam tetapi kita nak bagi persepsi tapi cabaran yang ketiga ialah jangka masa respons. Sebab bila kita membuat laporan, ia perlu memberikan due process iaitu untuk mereka dapat membela diri. Itu sebab yang saya sebut tadi dalam ucapan saya tentang artificial intelligence technology, ini perlu membantu negara-negara terutama sekali kalau negara Komanwel serentak nak membuat, melihat ini sebagai satu tool. Tool iaitu satu sistem yang dapat– mekanisme yang dapat memperkasakan sistem yang ada pada hari ini.

Sebab walaupun undang-undang kita itu hebat Yang Berhormat, kita buat sehebat mana, kalau manusia yang nak melaksanakan, banyak cabaran. Kalau sistem AI yang membantu manusia dan AI, keberkesanan itu lebih pantas sebab saya sebut tadi tidak ada elemen biasness tapi bila nak cakap tentang ombudsman tentang whistleblower ini semua perlu dilihat secara serentak.

Saya telah sebut banyak kali bahawa agensi-agensi kerajaan di bawah setiap kementerian, saya sebut sebagai contoh Jabatan Perdana Menteri setakat ini, di bawah Jabatan Perdana Menteri sahaja, kejap ya. Agensi sebanyak 83, Kementerian Kewangan tujuh agensi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah 11 agensi, Kementerian Pengangkutan 18 agensi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 17 agensi, Kementerian Ekonomi lima agensi, Kementerian Luar Negeri dua agensi, JKR enam agensi, MITI 13 agensi, MINDEF tiga agensi.

Pelbagai agensi yang perlu kita bergerak sama sebab bila bercakap tentang agensi kerajaan, Biro Pengaduan Awam, whistleblower, yang menjadi pemakainya yang akan dilihat untuk dibuatkan penilaian ialah stakeholdersnya adalah pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam agensi. Jadi, perlulah banyak sesi libat urus tetapi Kerajaan

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10 tidak lari daripada tanggungjawab. Kita buat tetapi memakan masa. Kita harap soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Jelutong itu terikat kepada perkara ini. Kalau kerajaan itu stabil, semua yang kita cakap ini kita boleh buat. Dia tidak boleh dilaksanakan kalau kerajaan sentiasa bertukar.

Itu sebab dalam sistem Westminster Commonwealth Tuan Yang di-Pertua, dia adakan fixed term tetapi sistem mereka dia agak berlainan dengan sistem kita sebab kita mempunyai sistem Raja Berperlembagaan.

final • 4:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

We have a written Constitution. Kita ada Perlembagaan bertulis ya, Yang Berhormat Jelutong. Walhal di negara Barat, khasnya di England, perlembagaannya tidak bertulis. Itu sebab dia memerlukan undang-undang fixed term. Walhal kita ada Perlembagaan bertulis yang menyatakan tentang prosedur dan sistem untuk memanggil kepada pilihan raya, untuk membubarkan Parlimen tapi memang seelok-eloknya dibaca bersama dengan adanya Akta Lompat Parti. Tapi ini perlu dibawalah sebab ini memang sesuatu, dengan izin, political discourse dan juga political statement daripada parti-parti politik, seperti pendanaan politik, adakah ini hala tuju yang dikehendaki oleh parti politik dalam negara kita?

Sebab kita bukan ya Yang Berhormat Jelutong, kerajaan komunis. Kita buat semua Ahli Parlimen kena setuju. Tidak. Kita membenarkan Ahli Parlimen dalam mana- mana pihak, kerajaan, pembangkang ataupun bebas untuk memberikan pendapat mereka. Silakan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Menteri. Pertama sekali saya ingin puji Menteri sebab kita boleh lihat Menteri berusaha begitu kuat untuk reformasi institusi. Jadi, saya nak cadang kepada Menteri, bolehkah kita keluarkan satu blueprint supaya untuk maklumat rakyat Malaysia, apakah yang sedang dilakukan oleh kementerian untuk reformasi institusi ini? Saya juga ingin tanya, apakah perkembangan terkini berkaitan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan juga pendakwa raya?

Terima kasih Menteri.

final • 4:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh saya tambah soalan? Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya dalam perbahasan saya sudah mencadangkan untuk memastikan kestabilan politik, satu undang-undang digubal dalam Parlimen ini di mana penentuan majoriti seseorang itu, sokongan seseorang untuk menjadi Perdana Menteri mendapat majoriti Parlimen ini, kita gubal undang-undang. Keputusan hanya boleh dibuat dengan undian dalam Dewan ini dan bukan melalui surat akuan di mana ada kita kata guesswork. Setiap minggu ada seorang lagi yang kata dia ada SD atau surat sumpah, sokongan yang lebih.

Jadi, setuju tak Menteri supaya kita gubal undang-undang ini di Dewan ini supaya kita balik kepada kedudukan undang-undang semasa kes Stephen Kalong Ningkan dulu, Ketua Menteri pertama Sarawak, di mana mahkamah telah putuskan hanya di Dewan sahaja majoriti boleh ditentukan, bukan di luar Dewan? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Speaker, ada lagi dua Menteri. Saya kata saya jawab inilah, yang lain saya jawab secara bertulis. Saya jawab pada Beruas dulu.

Terima kasih Beruas atas harapan bahawa adanya undang-undang yang spesifik untuk memberikan bahawa ini adalah prosedur. Sebenarnya Perlembagaan kita adalah ibu segala undang-undang. Pelantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah nyata dalam Perlembagaan. Maknanya, pelantikan itu telah ditetapkan sebab Ahli-ahli Parlimen yang memberikan sokongan majoriti, itulah Perdana Menteri.

Sekarang ini kalau kita kata Ahli Parlimen tidak mahu memberi sokongan majoriti, katakan separuh daripada Ahli Parlimen nak tarik sokongan, itu memang hak Ahli Parlimen. Undang-undang Perlembagaan tidak menghalang tetapi untuk mengatakan di dalam Dewan kah di luar Dewan, banyak interpretasi tentang apa itu vote of confidence

(VOC). Ada juga kadang-kadang VOC tertentu itu tidak bermakna kuasa Perdana Menteri itu digugurkan. Tetapi dalam hal perkara ini, selagilah kita ada Perlembagaan bertulis,

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

inilah ikatan, cara dia yang mana perlu juga penentuan oleh Ahli-ahli Parlimen tersebut tertakluk kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong di dalam Perlembagaan.

Itu mesti dibaca secara bersama tapi saya tidak mahu menjawab secara spesifik.

Saya boleh bagi jawapan bertulis tentang proses dan prosedur tapi kalau nak adakan undang-undang khas bagi saya Perlembagaan ini yang sangat penting, yang perlu dipinda Perlembagaan. Lebih daripada undang-undang khas sebab Perlembagaanlah segala- galanya dan boleh dilihat sebagai sampingan.

Kemudian, Yang Berhormat daripada Kota Melaka memuji saya, saya ucapkan terima kasih. Sebenarnya bukan saya tapi sebenarnya ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua barisan-barisan kabinet yang bersetuju kepada reformasi institusi dan pindaan dan juga kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini yang bersetuju kepada pindaan undang-undang yang lebih baru dan lebih proaktif.

final • 4:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya sebut tadi, tak tahu Yang Berhormat nampak kah tidak. Guardian, surat khabar di UK memuji undang-undang mandatory death sentence kepada discretionary, stalking law, banyak yang kita buat. Itu adalah juga reformasi institusi. Reformasi institusi tidak bermakna hanya kepada Jabatan Perdana Menteri Bahagian Undang-undang. Apa yang dibuat oleh sahabat-sahabat, Menteri- menteri yang lain, pindaan demi pindaan, perubahan demi perubahan.

Seperti contoh tadi Kementerian Sumber Manusia, saya tak tahu nama dah tukar kepada KESUMA. Saya ingatkan Kementerian Wanita kah nama KESUMA. Sumber Manusia ada pula KESUMA, tak apalah, hati jiwa halus kan? Jadi, KESUMA itu dia cakap, “Oh, kita buat ini, kita buat ini”. Macam -macam dia buat. Itulah institutional reform sebab dia berdiri memaklumkan kepada Ahli Dewan bahawa kementerian proaktif kepada perubahan yang berlaku dalam dunia dan dalam negara kita. Sama dengan yang lain-lain ada dalam Dewan ini yang bercakap tentang perubahan.

Jadi, reformasi institusi bukan hanya kepada satu agensi ataupun satu Menteri ataupun satu kementerian. Ia adalah kepada kita bersama sebagai kerajaan dan hari ini adalah kerajaan gabungan, Kerajaan MADANI yang dulu tidur lain bantal, hari ini satu bantal, mungkin satu katil, mungkin satu selimut. Tak tahu lama kah tidak tetapi ini dititahkan oleh Tuanku Agong. Jadi, kita bergerak untuk maslahat umum untuk kebaikan rakyat.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Itu sebab sokongan yang diberi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang di Titahkan Agong perlu membenarkan kami menyelesaikan tanggungjawab kami dalam masa yang diberi. Kalau rakyat tak nak, pilihan raya ke-16 tolaklah. Kalau rakyat nak, kekal, kepada rakyat nak beri lebih, terpulang kepada rakyat penentu, tetapi saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat, blueprint ini Yang Berhormat saya sudah sebut tadi, agensi-agensi saya sebut, reformasi undang-undang, undang-undang lapuk, undang-undang yang ada 2,000 lebih. Saya sebutkan nak dekat 300 lebih agensi demi agensi yang saya sebut, belum lagi masuk kerajaan negeri.

Jadi, bila kita hendak buat- macam saya sebut tentang Yang Berhormat Beruas tanya tentang AGPP, saya sudah cakap berpuluh-puluh kali, kita buat kajian empirikal.

Tahun ini kita akan buat kajian di Kanada dan di United Kingdom, insya-Allah tahun depan di Australia tertakluk kepada masa.

Ketiga ialah, saya sendiri di Zanzibar berjumpa dengan Menteri Undang-undang merangkap Peguam Negara di Tanzania- Menteri Undang-undang Kanada. Dia ini seorang Muslim, seorang Islam, nama dia Arif. Memang handsome orang dia, memang betul. Dia puji Malaysia dan kita puji dia. Akan tetapi, Kanada itu dia kata, dia agak berlainan sebab kerajaan negeri dia, province dia ada Peguam Negara sendiri dan dia juga ada Menteri Besar ke Ketua Menteri kerajaan negeri itu yang dia itu sendirilah Peguam Negara. Itulah yang kata Menteri Pelancongan kata kongkalikung, kongkalikung, inilah kongkalikung, tetapi dia kata dia orang pun ada lah sedikit pening-pening. Itu yang kita hendak buat kajian.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Jadi Yang Berhormat Beruas, kalau kita hendak bercinta, tak akan terus kahwin, betul tak? Jadi Yang Berhormat sabarlah. Hendak buat anak pun mungkin sembilan bulan keluar. Kami ni baru setahun lebih. Jadi sabar, tetapi yang penting dalam Dewan yang kita tak boleh tipu pada rakyat melalui Ahli Parlimen, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri-menteri tidak pernah dalam mesyuarat Kabinet menolak cadangan demi cadangan, tetapi kerana kita adalah kerajaan bertanggungjawab, kita mesti buat dengan cara seperti orang Mandarin cakap kah, orang bangsa Tionghoa cakap ‘man, man’ perlahan-perlahan. Sebab kita tak nak buat kesilapan. Sebab yang menjadi mangsa...

[Dicelah] ‘Man, man loi’?

Saya tak faham sangat cakap Cina. Bererti bahawa Yang Berhormat, kalau kita buat terlampau laju, kesilapan ini kita hendak buat pindaan Perlembagaan susah, jadi kita buat perlahan-perlahan dan kita buat kajian demi kajian. Jadi kesilapan negara tersebut kita ambil the best practice, dengan izin, supaya kita dapat satu blueprint yang terbaik untuk pemisahan ini jika ia berlaku melalui Perlembagaan. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Timbalan Yang di-Pertua, cadangan saya sebenarnya hendak menegakkan peruntukan dalam Perlembagaan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beruas...

final • 4:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang saya cadangkan hanya atur caranya, supaya kita lebih jelas. Jadi tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak perlu meminda Perlembagaan. Kita hanya memerlukan satu undang-undang menyatakan atur cara di mana majoriti dapat ditentukan dan tempat yang terbaik adalah dalam Dewan ini.

Jadi, harapan saya kerajaan dapat nampak cadangan saya tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan, malah hendak menegakkan peruntukan dalam Perlembagaan supaya ia jelas pencerahan ini dapat menyelesaikan apa-apa rasa ketidaktentuan mengenai isu ini. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Beruas yang begitu lama dalam Parlimen sama dengan saya. Yang Berhormat Beruas saya cadang- Yang Berhormat Beruas, cadangan yang baik, Yang Berhormat Beruas ada idea ungkapan undang-undang, buatlah Private Member’s Bill. Macam kita buatkan Akta ‘Lompat Parti’, kita mula dengan Private Member’s Bill kemudian menjadi government bill.

Buatlah, buat bagi idea Yang Berhormat, kemudian kerajaan boleh sama-sama berbincang sebab setakat ini apa yang kita sentuh, kuasa dah ada dalam Perlembagaan.

Apa-apa hendak diubah mesti melalui Perlembagaan, itu sahaja saya hendak maklumkan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, pada semua Yang Berhormat yang lain yang saya tak sempat jawab, saya ucapkan banyak-banyak penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input-input yang dikongsi dan juga cadangan sepanjang tempoh perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua dan bersama rakan-rakan Menteri terutama Timbalan Menteri saya yang baharu, kami mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Semua jawapan yang tak sempat akan diberi secara bertulis dan segala- pada perbahasan dan soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara lisan dan segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan selamat berpuasa dan berbuka.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri tetapi Yang Berhormat Menteri ada satu benda permohonan ataupun cadangan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Oh, tak tahu.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kerana Yang Berhormat Menteri, saya Ahli Parlimen Cameron Highlands tidak dapat memberi satu Private Bill kerana beliau tidak di bawah. Jadi, apa yang saya hendak cakap ini satu benda yang amat mustahak bagi masyarakat Orang Asli.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kebanyakan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli ini berpunca daripada punca kuasa. Kita sedia maklum Perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi dan untuk memindanya sebagaimana Yang Berhormat Menteri sedia maklum perlu dua pertiga. Kadang-kadang certain isu perlu Majlis Raja-Raja dan dipertimbangkan di dalam Kabinet, tetapi bagi masyarakat Orang Asli ini, apa dilemma yang mereka hadapi, penyelesaian pada problems mereka hadapi adalah dengan meminda Perlembagaan. The outcome hanya boleh nampak dua pertiga Parlimen ini pada dan ketika ini selain daripada mantan Perdana Menteri kita dahulu Yang Amat Berhormat Abdullah Ahmad Badawi.

Jadi, saya akan- bukan sayalah, Ahli Parlimen Cameron Highlands akan mengacukan satu paper kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sekali dengan Yang Berhormat Menteri Undang-undang juga mencadangkan tanggungjawab Orang Asli ini di dalam list 1 dipindahkan ke Concurrent-List ke list ketiga iaitu Concurrent- List kerana banyak masalah-masalah mereka melibatkan list 1 dan list 2. Isu-isu negeri dan isu-isu pusat. Orang Asli letak tanggungjawab pusat manakala tanah dan sebagainya dalam tanggungjawab negeri. Jadi pertelingkahan cukup banyak. Jadi jika ia diletak di Concurrent-List, ia akan menjadi tanggungjawab negeri juga melihat dalam isu-isu kebajikan masyarakat Orang Asli.

Orang Asli ini adalah satu komuniti yang amat special, Perkara 8, sama rata. Satu Malaysia, rakyat adalah sama rata daripada pandangan undang-undang tetapi Orang Asli lihat Perkara 8, 5(c) special jadi tidak- nampak keunikannya di Perkara 8. Kenapakah diletak situ? There must be a reason why our forefather put it in there.

Jadi, itu sahaja Ahli Parlimen Cameron Highlands hendak sampaikan Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan insya-Allah saya akan maklumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet bila beliau mempengerusikan, insya-Allah.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Paper berkenaan akan sampai tak lama lagi. Baik, berikutannya saya mempersilakan...

final • 4:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dato’ Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

final • 4:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya mohon untuk menimbulkan Peraturan Mesyuarat 43. Panjang basically mengenai keputusan Pengerusi adalah muktamad.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan Mesyuarat 43 dalam kepala saya.

final • 4:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya. Jadi, saya tak payah baca Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagai latar belakangnya, saya rasa Dewan sedia maklum bahawa beberapa hari lalu saya ada menimbulkan satu isu yang menimbulkan perbahasan yang panas dalam Dewan.

Kemudian Speaker telah membuat ruling bahawa ucapan saya itu ada part yang saya kena tarik balik dan saya minta maaf, saya akur pada hari berkenaan. Selepas itu ada Usul yang dibawa di bawah 18(1) untuk menggantung saya dan perbahasan itu pun.

Dalam perbincangan mengenai itu pun Speaker telah buat ruling yang mana usul itu ditarik balik, saya pun minta maaf dan saya pun tarik balik juga apa yang saya sebut.

Jadi, keputusan Speaker telah dibuat dalam hal ini dan bagi saya dan saya rasa bagi semua Ahli Dewan, perkara itu telah ditutup dan telah selesai. Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya terus menerus mendapat kacau ganggu daripada pihak berkuasa terutamanya SPRM. Saya baru dapat satu notis untuk dirakamkan percakapan saya mengenai apa yang saya sebut dalam Dewan Yang Mulia ini.

final • 4:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya mengambil pandangan bahawa apa yang saya sebut dan telah diselesaikan oleh Speaker, tidak ada sesiapa boleh mengganggu imuniti yang disebut dalam seksyen 7 Akta 347 kita dan pada masa yang sama, tidak wajar untuk menghina keputusan Speaker dan keputusan yang diambil oleh Dewan dalam perkara yang telah selesai.

Jadi, bila ada kacau ganggu yang begini Tuan Yang di-Pertua, bagi saya ini satu tekanan yang tidak wajar yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen dalam hal yang sedemikian. Jadi, kebetulan Menteri Undang-undang pun ada sekali, saya hendak tarik perhatian bahawa ada perlanggaran yang berlaku Dato’ Speaker dan saya rasa tindakan yang diambil oleh SPRM ini satu benda yang melanggar bukan sahaja imuniti Ahli Parlimen yang disebut dalam seksyen 7, Akta 347, tetapi juga melanggar keputusan Speaker dan Dewan yang telah dibuat.

Jadi, saya hendak timbulkan ini untuk perhatian sebab saya rasa ini adalah satu benda yang tidak adil dilakukan dan berbahaya bagi imuniti kita sebagai Ahli Parlimen.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tasek Gelugor, seminit ya. Baik, okey.

Yang Berhormat Tasek Gelugor, Peraturan 43 dah jelas. Apa-apa keputusan oleh Speaker adalah muktamad. Hanya yang membangkitkan perkara itu hanya ada 48 jam atau dua hari untuk appeal. Keputusan, sebagaimana saya nyata yang lepas-lepas, keputusan Speaker atau orang yang duduk di sini adalah muktamad dengan syarat yang dua hari itu usul. Kalau dua hari itu usul pun, keputusannya adalah muktamad jatuh kepada Peraturan 99, 99A, dan 100.

Dalam isu yang daripada segi legality, nombor satu saya kena nyatakan, Perkara 63 Perlembagaan. Anything being said, dengan izin, dalam ini not subjected to civil law ya, melainkan di luar.

Jadi, apa-apa yang dilaksanakan oleh SPRM- ini pandangan saya ya- adalah proses penyiasatan. Yang boleh memutuskan apa-apa sekalipun ialah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, kuasa-kuasa AG. Saya rasa, Yang Berhormat, bila ini- pada pandangan saya ya- keluar daripada Dewan ini membuat satu laporan polis supaya siasatan juga boleh dijalankan atas kuasa-kuasa yang dijalankan oleh SPRM.

Pemutusnya adalah 145, Peguam Negara. You are dalam Dewan ini, anda kuat, tak ada siapa boleh. Yang boleh putuskan ialah Speaker ataupun orang yang duduk di sini. Di luar itu, you are subject to civil law. Saya rasa itu sahajalah. Baik ya.

final • 4:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya ucap terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Cuma saya nak highlight bahawa ada kacau ganggu yang berlaku dan saya rasa- terima kasih

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

I will suggest that you, dengan izin, keluar buat laporan polis supaya pihak polis siasat, SPRM boleh siasat.

Pihak polis boleh menyiasat sama ada, ada penyalahgunaan oleh SPRM, manakala SPRM boleh daripada aspek dia orang punya bidang kuasa bawah Akta SPRM.

final • 4:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya. Saya akan rujuk peguam saya dan ambil tindakan undang-undang yang selanjutnya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya, saya mempersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 4:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

final • 4:22 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh- musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” Dato’ Timbalan Speaker, izinkan saya merafak sembah ucapan tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Semoga pemerintahan Tuanku akan terus memayungi rakyat dan negara dengan kesejahteraan, perpaduan dan kemakmuran yang berkekalan.

Saya juga ingin merafak sembah dengan ucapan menjunjung kasih dan setinggi- tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat sepanjang tempoh lima tahun dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan.

Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1445 Hijri kepada semua Ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini kita- semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT.

Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulai ini, seramai 22 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama.

Yang Berhormat Shah Alam mencadangkan agar agensi agama dalam kerajaan mengutamakan agenda bagi menangani pemikiran Khawarij dan takfiri dalam kalangan masyarakat.

Pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada agenda penyatuan ummah di negara ini, dan dalam masa yang sama turut memberi penekanan kepada usaha membanteras ajaran dan fahaman sesat, ekstrem dan menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuklah pemikiran Khawarij dan takfiri.

Berhubung pemikiran takfiri, kerajaan akan terus berusaha bagi memastikan umat Islam di Malaysia berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menjauhi sikap mengkafirkan sesama Islam hanya disebabkan berlakunya perbezaan pandangan mengenai isu-isu tertentu. Perbuatan kafir mengkafir adalah perkara yang dipandang serius oleh syarak, lebih-lebih lagi jika dilakukan tanpa mengetahui kaedah-kaedah syarak dalam menanganinya.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Jawatankuasa Muzakarah MKI yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikuti ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segi akidah, syariah dan akhlak.

Sehubungan itu, bagi menangani pemikiran khawarij dan takfiri daripada terus berleluasa, pihak kerajaan sentiasa memantau pengajaran agama Islam sama ada melalui ceramah dan kelas-kelas pengajian di tempat-tempat awam seperti di masjid dan surau-surau, juga di media sosial agar dapat memupuk semangat perpaduan dan tidak menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hakikatnya, para pendakwah yang sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat adalah berperanan dalam mengelakkan berlakunya perpecahan dan tersebarnya pemikiran yang boleh memecahbelahkan dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

final • 4:22 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bagi menangani isu yang sedemikian, Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh Malaysia mensyaratkan agar permohonan tauliah mengajar dibuat bagi mengawal individu-individu dari dalam dan luar negara yang tidak berkelayakan daripada menyampaikan pengajaran di premis-premis yang dibenarkan. Tindakan ini dilaksanakan agar semua pendakwah memberikan pengajaran bertepatan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mengajak kepada perpaduan.

Sekiranya didapati pendakwah tersebut menimbulkan isu-isu yang mengelirukan masyarakat dan memecahbelahkan perpaduan...

final • 4:22 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 4:22 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

...Beliau akan dipanggil...

final • 4:22 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas ruang yang diberikan. Oleh sebab dimulakan dengan penjelasan berkaitan dengan pemikiran Khawarij dan takfiri, jadi saya mohon penjelasan dari Menteri. Iaitu sejauh mana pemikiran takfiri dan Khawarij di Malaysia kalau kita nak bandingkan dengan pemikiran dan tersebarnya aliran liberal di Malaysia ini? Terima kasih.

final • 4:22 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Kedua-duanya sama ada pemikiran Khawarij dan takfiri serta liberal ini adalah pemikiran yang agensi-agensi agama khususnya JAKIM mengambil pendekatan untuk membendung kedua-dua pemikiran ini.

Dari sudut sejauh mana berleluasanya pemikiran Khawarij dan takfiri ini dan juga liberal, ia sampai kepada satu tahap yang membimbangkan. Dalam konteks inilah, saya sebutkan di sini, kerajaan mengambil pendekatan untuk memastikan segala usaha dan program-program yang diadakan untuk memastikan agar kedua-dua pemikiran tersebut sama ada yang takfiri-nya ataupun yang liberalnya dapat dibendung di negara ini. Seperti mana yang saya sebut tadi, untuk memastikan supaya pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dapat benar-benar bertapak dan difahami oleh masyarakat Islam.

Itu penjelasan saya, Yang Berhormat...

final • 4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Teruskan.

final • 4:22 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Sekiranya didapati pendakwah- Terima kasih Dato’ Yang di-Petua. Didapati pendakwah tersebut menimbulkan isu-isu yang mengelirukan masyarakat dan memecahbelahkan perpaduan, beliau akan dipanggil untuk diberikan peringatan oleh Jabatan Mufti. Seterusnya, pihak berkuasa agama boleh mengambil tindakan terhadap pendakwah tersebut dengan menarik semula tauliah mengajar sekiranya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bagi memantapkan lagi pemahaman masyarakat terhadap prinsip kesederhanaan dan menjauhi fahaman menyeleweng, JAKIM telah menubuhkan Du'at Al-Falah iaitu sebuah gabungan pendakwah daripada kalangan ahli ilmuwan, golongan profesional dan para asatizah yang berperanan membimbing kefahaman masyarakat.

Du'at Al-Falah ini berperanan mewujudkan agen dakwah yang membawa pendekatan sederhana ataupun wasati dan pemikiran bertamadun- madaniah, dalam proses perubahan islah dan menegakkan keadilan sosial di Malaysia. Du'at Al-Falah ini dipilih daripada kalangan pendakwah mengikut kategori iaitu, Du’at Komuniti, Du’at Akedemiah dan Du’at Belia. JAKIM juga telah menerbitkan buku terjemahan berjudul ‘Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam’ dan telah dilancarkan pada 4 Julai 2023, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Bagi meneruskan kesinambungan penghayatan buku ini, JAKIM telah melaksanakan program Training of Trainers. Jurucakap buku ini terdiri daripada pegawai yang telah dipilih oleh agensi Jabatan Perdana Menteri- Hal Ehwal Agama, pegawai JAKIM dan kader JAKIM di kementerian. Bengkel TOT kepada penceramah juga dijalankan bersama rakan strategik iaitu International Institute of Islamic Thought (IIIT),

final • 4:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Institut Darul Ehsan, Persatuan Ikatan Ilmuan Islam Mengenai Dasar dan Tadbir Urus

(IITQAN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

YADIM juga menerbitkan buku terjemahan bertajuk Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme, karya Profesor Ali Muhyiddin Al-Qarahdhagi, seorang ulama kontemporari dunia.

Buku ini memberi kefahaman mengenai...

[Menyebut dalam bahasa Arab] Fiqh berinteraksi, isu terrorism dan kepentingan sifat wasatiyyah dalam menonjolkan keindahan dan keadilan Islam sebagai agama rahmat dan kemuliaan. JAKIM juga telah menerbitkan teks khutbah Jumaat bagi mengingatkan umat Islam agar berwaspada daripada terpengaruh dengan pemikiran Khawarij sama ada dalam percakapan, tindakan dalam urusan beragama. Juga supaya umat Islam tidak bermudah-mudah membuat tuduhan dan menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan juga menganjurkan forum dan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar dapat memelihara diri terhadap pengembangan doktrin yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamaah. Kesalahan mengembangkan doktrin agama diperuntukkan di bawah seksyen 5, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Manakala Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pula juga memberikan penerangan dan penjelasan berkaitan fahaman Khawarij melalui platform media massa dalam ruangan Tashih al-Mafahim melalui artikel yang bertajuk ‘Kuat Beribadat Tapi Pengganas’ dan ‘Masih Wujudkah Khawarij?’. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjawab isu-isu semasa melalui kaedah bersemuka iaitu Klinik Hukum bagi menjawab persoalan hukum syarak.

Dalam memberikan fahaman yang benar pada umat Islam, IKIM telah menggunakan semua saluran dan platform media seperti radio, TV IKIM, media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya, serta penulisan artikel yang disiarkan di akhbar. Bagi memberikan pencerahan dan penjelasan kepada masyarakat berhubung perkara berkaitan doktrin menyeleweng dan ajaran sesat bagi menyedarkan masyarakat awam betapa bahayanya penularan ajaran sesat di negara ini.

Kesimpulannya, pemikiran Khawarij perlu ditangani dengan bersepadu dan saksama menerusi dialog berserta dakwah dengan hikmah, pendekatan yang rahmah dan tindakan yang berpaksikan hujah. Saya menyeru semua pihak perlu bersatu dalam membina kekuatan dan menguruskan sebarang bentuk perselisihan dengan santun dan tenang agar tidak membawa kepada perpecahan. Yang Berhormat Shah Alam juga memohon penjelasan.

final • 4:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Dato’ Pengerusi. Okey. Terima kasih kepada Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Saya bersetujulah bahawasanya apa penerangan yang dibuat oleh Menteri tadi berkenaan dengan Khawarij, berkenaan dengan golongan pelampau. Ini semuanya itu bertentangan dengan prinsip dan ajaran agama kita dan tak sesuai dengan pengamalan yang diamalkan di dalam negara kita yang keseluruhannya ialah kita mengamalkan berkenaan dengan aliran Ahli Sunnah Waljamaah yang muktadin, yang mazhab yang kita terima pula ialah Mazhab Syafie, maka itu perkara yang jelas.

Maka dengan sebab itu, saya tertarik juga, banyak huraian-huraian hari ini yang kita dapat lihat. Saya nak bertanya kepada Menteri, sejauh manakah kajian yang dibuat oleh pihak bahagian hal ehwal agama berkenaan dengan penularan, berkenaan dengan Khawarij ini? Dulu timbul isu Syiah, sekarang pula soal Khawarij. Jadi, perkara-perkara yang mana yang perlu kita tangani sebenarnya dan perkara ini perkara yang perlu kita- pada saya ialah soal ini ialah bertentangan sangat dengan amalan kita dengan Ahli Sunnah Waljamaah.

Sedangkan seperti mana disebutkan oleh Pokok Sena tadi, aliran-aliran yang menular hari ini agak berat berkenaan dengan pemahaman-pemahaman liberal dalam agama kita, seolah-olah untuk menjadikan Islam ini sebagai satu agama yang tasahul ataupun terlalu dimudah-mudahkan sangat, sehinggakan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Maka dengan sebab itu, pada saya ialah, biarlah kalau kita tengok,

final • 4:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

kita bercakap tentang dakwah, tentang mauduq dakwah, yang kita bercakap dengan orang yang- kita bimbang, takut nanti penceramah-penceramah kita duduk pergi berceramah di tempat orang, Khawarij seorang pun tiada. Kita berceramah tentang Khawarij, dia pun tak tahu Khawarij apa dia. Dulu macam sama juga, dok bercakap bab Syiah. Syiah, Syiah, dalam kampung tu Syiah seorang pun tidak ada. Jadi, benda-benda yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Orang tak sembahyang, orang banyak tak puasa, orang yang banyak bercakap tentang kadang-kadang hal-hal yang berhubung kait dengan soal, perkara-perkara yang kadang-kadang boleh menjatuhkan... [Menyebut dalam bahasa Arab]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan. Ini bukan tempoh untuk berbahas.

final • 4:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Jadi, sebab itu saya mengharapkan supaya dapat kajian. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh beri laluan pada saya, Yang Berhormat Menteri?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, nak ambil soalan dulu?

final • 4:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya boleh.

final • 4:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Susulan dari Bagan Serai, saya nak tambah sedikitlah. Saya menghargai apa yang kerajaan sedang buat untuk mengekang fahaman-fahaman yang seperti Khawarij dan sebagainya. Cuma saya nampak dalam usaha kita untuk membela dan memartabatkan Mahkamah Syariah, ada lagi golongan yang perlu kita tangani daripada segi ilmiah iaitu golongan sekular.

Golongan sekularis ini adalah antara ancaman terbesar kepada usaha pihak kerajaan dan juga kami untuk membantu kerajaan untuk kita buat pindaan Perlembagaan.

Kerana Yang Berhormat Menteri pun pasti tahu, antara salah faham yang sedar menular di kalangan pengawal undang-undang ialah kononnya Perlembagaan Persekutuan kita ini ada basic structure doctrine. Ini yang dijaja oleh golongan-golongan sekularis yang memberi ancaman pada Mahkamah Syariah kita.

Jadi, apakah peranan agensi-agensi di bawah Yang Berhormat Menteri untuk berdakwah kepada golongan ini agar mereka ada fahaman yang betul tentang Islam, tentang sekular, di mana kedudukan Islam dalam sekularisme dan sebagainya. Jadi, saya nampak ini lebih besar, lebih utama berbanding Khawarij yang dikatakan tadi. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Petua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Machang. Seperti mana yang saya jelaskan tadi, doktrin ataupun ajaran-ajaran yang disebutkan tadi sama ada yang Khawarij-nya ataupun Syiah-nya, sekularnya dan juga liberalnya. Yang ini adalah doktrin-doktrin yang kajian serta penyelidikan berterusan dijalankan di bawah agensi-agensi agama, khususnya JAKIM. Dan seperti mana yang saya jelaskan sebentar tadi, Du'at Al-Falah yang diwujudkan di bawah Menteri Jabatan Perdana Menteri yang berperanan untuk memberikan pencerahan dan penjelasan berkaitan dengan isu yang empat perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi itulah, selain daripada Khawarij.

Jadi, mereka ini memang terlatih dan sudah tentu apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan tadi, bila mana Du’at Al-Falah ini yang telah dilatih dan memberikan pencerahan kepada mauduq ataupun subject matter itu, mereka ini diberikan kefahaman tentang tajuk- tajuk tertentu.

final • 4:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Jadi, maknanya yang ini disebut oleh sebagai [Berucap dalam bahasa Arab] Makna, bercakap mengikut kadar pemikiran dan kefahaman orang yang hendak didakwa

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

tadi tu. So, jadi dalam konteks ini lah kajian saya sebut seperkara dan juga mewujudkan du’at-du’at yang ada untuk memberikan pencerahan. Ada di kalangan du’at ini Yang Berhormat Machang terdiri daripada mereka yang dalam...

final • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Berdiri]

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Berdiri]

final • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Berdiri]

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

...Di kalangan peguam- peguam sama ada peguam yang mahir dalam sivil dan juga syariah untuk memberikan pencerahan dan penjelasan berkaitan dengan sesuatu perkara itu termasuklah Yang Berhormat Machang sebut tadi tentang basic, basic structure tadi tu.

final • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai, Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik juga.

final • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya hendak pergi sikit kepada Khawarij tadi.

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya rasa ini- kalau tidak saya tak habis.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jangan risau ya Menteri, saya putuskan masa. Masa banyak lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa banyak lagi Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik dulu boleh ya. Yang Berhormat Menteri. Sikit ya.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih kepada- Pulai dulu kan. Okey.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Lepas ini Sik ya. Okey.

final • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seperti mana yang disebut oleh Menteri tadi dan juga tentang apa yang disebut oleh beberapa orang Ahli Parlimen tadi seolah-olahnya Khawarij itu isu yang kecil dibandingkan dengan yang liberal. Ini dua perkara ni tadi ya, tapi saya fikir begini ya. Kalau yang liberal ini kita nampak pertentangan itu memudah- mudahkan urusan dan sebagainya dan ia dilaksanakan oleh orang-orang yang kecil ini ya, tetapi kalau Khawarij ini, daripada pengalaman yang berlaku zaman Sayyidina Ali itu, mereka adalah tokoh-tokoh, mereka adalah pemimpin-pemimpin agama yang mempunyai ilmu agama Islam yang ada pengaruhnya dalam masyarakat tetapi membawa fahaman yang keras Dato'.

Jadi, ini saya kira lebih berbahaya daripada fahaman yang liberal tadi dalam konteks negara kita ini kerana kita nak kesederhanaan, kita nak kemakmuran dan sebagainya, tetapi kalau pembawaan itu kepada golongan yang pengaruh ini membawa fahaman yang keras ini, membawa yang pelampau ini ia akan menyebabkan masalah yang lebih besar kepada negara kita.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dato' Yang di-Pertua, Shah Alam.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri hendak bagi Yang Berhormat Sungai Petani? Hendak bagi...

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya hendak sikit soalan. Ini...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ataupun sebab saya hanya akan tambahkan lima minit saja.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh Menteri?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, teruskan.

Duduk Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat yang lain-lain itu duduk. Saya hanya beri kepada Menteri lima minit untuk menggulung dan tutup.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh sikit Menteri. Sebab ini berkaitan dengan jawapan Menteri juga.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terpulang kepada Menteri. Kerana masa ini adalah ditentukan oleh Menteri. Bagi ke tidak. Saya bagi 5 minit terpulang kepada Menteri kerana masa ini adalah ditentukan oleh Menteri hendak bagi atau tidak. Saya bagi lima minit, terpulang pada Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya rasa bagi peluang untuk saya terus isu yang kedua Dato' ya.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik teruskan.

Mana yang lain-lain tu duduk Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Selepas ini boleh ya sikit. Hendak sikit penjelasan. Setengah minit saja.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Floor ni floor Menteri. Kalau dia bagi okey kalau dia tak bagi tak boleh. Teruskan.

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya pergi pada isu yang kedua iaitu berkaitan dengan pemerkasaan undang- undang syariah. Antara isu yang banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Menteri. timer 10 minit. Silakan.

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih atas kemurahan Tuan. Terima kasih. Titah Diraja adalah isu berkaitan kes Nik Elin, jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang Islam dan pemerkasaan undang-undang syariah.

Izinkan saya menjawab secara bersekali isu yang dibangkitkan oleh yang berhormat Kota Baharu, Kangar, Pokok Sena, Besut, Tumpat, Larut, Hulu Terengganu, Kapar, Pasir Putih, Permatang Pauh, Arau Dan Bagan Serai. Terdapat beberapa kes yang berlaku akhir-akhir ini.

final • 4:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun, Jerlun pun ada Menteri. Jerlun pun ada buat juga. Jerlun pun ada juga isu Nik Elin.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat berdiri, kalau nak bercakap. Silakan Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Dan Jerlun. Terdapat beberapa kes yang berlaku mutakhir ini yang mencabar undang-undang Islam pada tahun 2021 dalam kes “Iki Putra bin Mubarak vs Kerajaan Negeri Selangor.” Pempetisyen telah mencabar kompetensi Badan Perundangan Negeri Selangor untuk menggubal Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah 1995 berhubung kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Terkini kes yang hampir sama yang difailkan Nik Elin dan anaknya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan untuk memohon perintah bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding untuk suatu deklarasi bahawa 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 adalah tidak sah atas alasan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat undang-undang berkenaan dengan suatu perkara yang mana Perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Rentetan daripada kes sedemikian, pada 28 Ogos 2023, Pengerusi MKI, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan supaya

final • 4:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

ditubuhkan satu jawatan kuasa khas bagi membuat kajian mendalam dan kritikal mengenai persoalan undang-undang yang berbangkit susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi dewan undangan negeri dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan menyambut baik dan menjunjung titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenaan penubuhan jawatankuasa khas ini.

Berdasarkan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tersebut, jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang Islam telah ditubuhkan dan disebut sebagai jawatankuasa khas. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi mantan Ketua Hakim Negara. Anggota jawatankuasa khas yang terdiri daripada 11 orang adalah merupakan individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang undang-undang sivil, syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Setakat ini, kerajaan tidak berhasrat untuk meneliti semula keanggotaan jawatankuasa khas ini dan kerajaan percaya semua anggota jawatankuasa khas yang dilantik mampu menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Sejak anggota Jawatankuasa menerima watikah pelantikan pada 5 Disember 2023, Jawatankuasa Khas ini telah mengadakan mesyuarat secara berkala pada setiap minggu dan setakat ini 11 mesyuarat yang diadakan. Jawatankuasa ini diberi mandat untuk melaksanakan kajian berhubung dengan isu kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang- undang Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Butiran 1, Senarai 2, Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Kertas makluman gerak kerja jawatankuasa khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang Islam telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-71 pada 15 Februari 2024.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jawatankuasa khas akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan termasuklah ketua hakim syarie negeri- negeri, mufti negeri-negeri, majlis agama Islam negeri-negeri, wakil daripada institusi Islam, mantan hakim dan individu serta pihak-pihak lain mengikut keperluan dan kesesuaian untuk memberi input, pandangan dan cadangan kepada jawatankuasa khas terhadap isu yang dibincangkan...

final • 4:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri.

Penjelasan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi tentang...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar ya, sebentar. Yang Berhormat Menteri bagi ke tidak?

final • 4:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya pohon.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey.

final • 4:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut tentang jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan di bawah MKI telah pun bermesyuarat pada 15 Februari 2024. Betul kah Yang Berhormat Menteri? 15 Februari ya. Maknanya mengambil kira selepas keputusan kes Nik Ellin pada 9 Februari 2024.

Persoalan saya tentang jawatankuasa khas ini, saya juga sentuh dalam ucapan, apakah langkah yang telah diambil oleh jawatankuasa khas ini dalam memastikan tidak ada lagi cabaran demi cabaran daripada mana-mana pihak dari negeri-negeri yang lain untuk mencabar bidang kuasa dan kompetensi badan perundangan negeri dalam hal berkaitan dengan kanun jenayah syariah di setiap negeri masing-masing? Itu yang pertama.

Kedua, apakah langkah jawatankuasa ini untuk memastikan tidak berlaku lagi cabaran demi cabaran? Kalau dulu kes Iki Putra, kemudian sekarang kes Nik Ellin. Ada kemungkinan di masa akan datang akan ada lagi? So, apakah pendekatan yang dibuat oleh kerajaan dan juga jawatankuasa berkenaan untuk memastikan tidak ada lagi cabaran demi cabaran? Sekian.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik ada sedikit soalan berkaitan jawatankuasa-jawatankuasa khas ini. Boleh ya, Yang Berhormat Menteri. Setengah minit. Soalan saya apa sudah ada time frame ataupun waktu yang telah ditetapkan untuk laporan jawatankuasa ini hendak dibentangkan kepada MKI itu sendiri.

Yang kedua, bagaimana kaedah yang dilihat dan laporan yang akan dibentangkan nanti jawatankuasa ini juga dibahaskan di Parlimen ini. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita di Parlimen kita tidak ada Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Agama dan Syariah, tidak ada. Kita hanya ada sepuluh jawatankuasa lain. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita wujudkan Jawatankuasa Khas Agama dan Undang-undang Syariah untuk disertai oleh Ahli-ahli Parlimen kita supaya setiap ataupun perkara-perkara yang dilaporkan dalam jawatankuasa ini dapat dibincang bersama di Parlimen ini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun dan juga Yang Berhormat Sik. Berkaitan dengan cabaran terhadap kuasa yang diberikan kepada jawatankuasa, saya telah sebutkan tadi bahawa Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan di bawah MKI ini berdasarkan Titah Tuanku Sultan Selangor ialah untuk memberikan pengesyoran dan cadangan-cadangan berkaitan dengan apa yang telah berlaku sebelum daripada ini iaitu kes Iki Putra dan kes Nik Elin di mana berlaku cabaran terhadap peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Mahkamah-mahkamah Syariah sama ada di negeri Selangor ataupun di negeri Kelantan.

Maka Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan dan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan ini telah diberi mandat dan telah dititahkan oleh Tuanku untuk bersidang maksimum selama setahun. Maknanya dalam tempoh setahun daripada penubuhan di bulan Disember itu pihak Jawatankuasa Khas berdasarkan kajian dan libat urus yang dibuat akan memberikan pengesyoran kepada MKI. Jadi itu prosesnya dan dalam konteks apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jerlun itu untuk memastikan jawatankuasa ini tidak ada sebarang cabaran yang dibuat terhadap undang-undang negeri ataupun membuka ruang.

Yang ini saya rasa kalau kita baca dalam kes Nik Elin antara keputusan yang utama yang diputuskan olah lapan hakim itu dalam konteks locus standi. Maknanya dalam kes Nik Elin walaupun dia tidak Nik Elin sendiri bukan an affected party, dengan izin Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 8:1 telah memutuskan bahawa Nik Elin ada kuasa untuk mempetisyen, mencabar keabsahan mana-mana peruntukan undang- undang yang didapati bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi dalam konteks ini saya boleh sebut di sini bahawa jawatankuasa tidak ada kuasa untuk menghalang mana-mana pihak cuma syor yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa nanti berdasarkan kajian kalau sekiranya ada antara syor-syor yang dikemukakan memerlukan kepada pindaan kepada Perlembagaan contohnya.

Memerlukan kepada pindaan kepada mana-mana peruntukan undang-undang. Setelah mendapat kebenaran daripada MKI dan kemudian Majlis Raja-Raja, syor tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk keputusan Dasar Kabinet dan kemudiannya akan dibawa ke Parlimen. Itu proses yang berlaku dan peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa ini.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Jadi saya boleh ringkaskan di sini apa Yang Berhormat Jerlun sebut tadi itu tidak ada sebab oleh kerana Mahkamah Persekutuan ini adalah satu mahkamah organ kerajaan yang bebas yang tidak ada kena- mengena dengan Eksekutif.

final • 4:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun] .

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Jadi berdasarkan keputusan dalam kes Nik Elin itu, kita tidak boleh hendak pastikan ada pihak yang ketiga yang mungkin hadir ke mahkamah untuk mempetisyen mencabar keabsahan mana-mana peruntukan undang-undang selagi mana peruntukan undang-undang tersebut didapati

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

bertentangan dengan Perlembagaan dan berdasarkan kes Nik Elin, mana-mana pihak sahaja pihak ketiga mungkin mereka boleh untuk failkan petisyen. So, itu bukan dalam bidang kuasa Jawatankuasa Khas tersebut.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, saya mohon sedikit.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, lima minit tutup, gulung, habis.

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Habis 10 minit sudah?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Lima.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya mohon sedikit sahaja.

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Okey, saya ingat saya habiskan...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya rasa tidak apa, jalan saya pertimbangkan mana perlu atau tidak. Jika Yang Berhormat jangka masa hendak berhenti, dipersilakan fasal sudah lebih waktu sudah pun.

Saya sudah extend-kan 15 minit tadi.

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Okey, terima kasih. Jadi saya oleh itu diharapkan semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada Jawatankuasa Khas untuk melaksanakan kajian dan seterusnya mengesyorkan cadangan dan pandangan mereka terhadap semua isu yang berbangkit. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Khas ini, kerajaan berpandangan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan entiti yang lain seperti suruhanjaya mengkaji sebagaimana yang dicadangkan.

Di samping itu, masyarakat juga tidak perlu bimbang tentang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mana dikatakan ia melemahkan kuasa Mahkamah Syariah dan membuka peluang kepada pelbagai pihak untuk mencabar Enakmen dan Ordinan Jenayah Syariah di semua negeri.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, saya mohon sedikit sebab ini penting berkaitan arahan amalan.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terpulang kepada Menteri. Menteri yang..

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya habis kepada Yang Berhormat Tumpat ya.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey. Boleh kah?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

The floor Yang Berhormat-Yang Berhormat, the floor belongs to the Menteri, kalau Menteri bagi okey, kalau Menteri tidak bagi tidak ada tetapi ini last saya bagi talian hayat, saya akan tutup.

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Yang Berhormat Arif Ketua Hakim Negara juga telah menyatakan antaranya bahawa petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin hanya semata-mata berkaitan isu kompetensi Kerajaan Negeri Kelantan dalam menggubal undang-undang syariah. Beliau sendiri menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa Mahkamah Syariah akan terkubur berikutan petisyen yang mencabar 18 peruntukan undang-undang dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 tersebut.

Isu dalam pendengaran petisyen ini bukan melemahkan agama Islam dan Mahkamah Syariah tetapi ia adalah berhubung kompetensi Kerajaan Negeri dalam menggubal undang-undang tersebut. Kenyataan bahawa Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia adalah tidak benar. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang hal berkaitan dengan sistem

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

perundangan syariah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa ini usaha ke arah penambahbaikan undang-undang syariah diletakkan di bawah Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan (JPIK) yang merupakan salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Peraturan 7, Peraturan MKI 2022 untuk memperkasakan peranan MKI dalam aspek perundangan syariah. JPIK bermesyuarat secara berkala dan mesyuarat terkini diadakan pada 27 Februari.

Objektif penubuhan JPIK ini adalah untuk menambah baik, menyelaras dan menggalakkan penyeragaman undang-undang syariah antara negeri-negeri dan pengharmonian antara undang-undang syariah dengan undang-undang sivil.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dua minit.

final • 4:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bagi memastikan kedua- dua sistem perundangan dapat dimartabatkan dan saling melengkapi. Kerajaan juga melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sentiasa mengadakan rundingan dan perbincangan dengan negeri-negeri dari masa ke semasa melalui platform Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan. Majlis Dialog terkini yang telah diadakan pada 9 hingga 11 Oktober 2023. Pandangan dan maklum balas daripada negeri-negeri akan diambil kira dalam menambah baik peruntukan undang-undang syariah yang sedia ada.

Maknanya Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam konteks ini kita meraikan dan insya-Allah Jawatankuasa Khas yang dibentuk ini akan mengambil semua pandangan.

Sebab saya rasa semua kita yang ada dalam Dewan ini khususnya di kalangan orang- orang Islam ingin lihat Mahkamah Syariah ini diperkasakan. Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengajak semua rakan-rakan Yang Berhormat yang ingin melihat tentang – Mahkamah Syariah ini untuk memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Khas apabila nanti dipanggillah oleh Jawatankuasa Khas tersebut.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ada empat lagi isu yang saya akan hantar secara bertulis nanti. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua 22 Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan semasa sesi perbahasan. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Menteri. Pastikan mana-mana yang belum dijawab itu dijawab secara bertulis ya kerana melibatkan sensitiviti agama. Baik, berikutnya saya akan mempersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terakhir ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab kepada Wilayah Persekutuan, dipersilakan.

final • 4:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Bismillahi Rahmanir Rahim. Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

final • 4:59 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terlebih dahulu saya ingin merafakkan sembah junjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah mencemar duli menyampaikan Titah Ucapan pada 26 Februari 2024 yang lalu dan patik dengan penuh takzimnya merafakkan sembah dan mengucapkan berbanyak syukur dan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia bagi tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024.

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya juga ingin merafakkan sembah dengan ucapan Menjunjung Kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustaán Billah Shah dan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Álallah Sultan Iskandar Al- Haj yang telah menaungi negara selama lima tahun yang lalu dengan adil dan bijaksana.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Tunku Ampuan Pahang seluruh kerabat sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Pelan Tindakan Hala Tuju Wilayah Persekutuan telah diperkenalkan selaras dengan Gagasan Malaysia MADANI yang bertunjangkan kepada dua dasar utama iaitu menaikkan siling dan meningkatkan lantai seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lalu.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan dua kluster utama yang dipadankan dengan naratif Ekonomi Malaysia MADANI iaitu Sejahtera @ WP yang dipadankan dengan naratif Menaikkan Siling dan keduanya PUJI @ WP yang dipadankan pula dengan naratif Meningkatkan Lantai. Tumpuan kluster Sejahtera @ WP ini adalah bagi melonjakkan ekonomi, mereformasi dan menstrukturkan semula ekonomi serta menempatkan Wilayah Persekutuan khususnya sebagai hab serantau, sekali gus menyokong kepada kemapanan model ekonomi negara.

Ini bersesuaian dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan kerangka Ekonomi MADANI iaitu memperkasa rakyat yang merupakan komitmen kerajaan untuk merancakkan dan menstruktur semula aktiviti ekonomi serta pelaburan. Visi utama Jabatan Wilayah Persekutuan adalah untuk menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai Clean City dengan izin, healthy city, advanced city, safe city dan eco-friendly city atau dikenali dengan akronim C.H.A.S.E City.

Pelan Tindakan Hala Tuju Wilayah Persekutuan yang seterusnya ialah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) yang merupakan jenama ataupun signature program dan akan menjadi payung kepada pelaksanaan inisiatif peningkatan taraf hidup rakyat Wilayah Persekutuan. Ini termasuklah usaha-usaha membasmi kemiskinan tegar dan memperkasa warganya melalui program-program yang memberi fokus kepada penjanaan pendapatan, pembangunan usahawan, perlindungan sosial, pendidikan kesihatan, infrastruktur asas.

Hal ini adalah selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong untuk membangunkan negara dan membela nasib hidup seluruh rakyat Malaysia. Bagi memastikan Bandaraya Kuala Lumpur kekal mampan sebagai ibu negara, Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2024) telah diwartakan pada 19 November 2023 dengan mengambil pendekatan baharu di mana pelaksanaannya mengintegrasikan penekanan kepada fokus masa hadapan selari dengan perancangan nasional dan global seperti mana dalam Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dan Agenda Perbandaran Baru.

Berlandaskan visi Bandar Untuk Semua, PSKL 2040 akan memartabatkan ibu negara Malaysia sebagai bandar raya inklusif berpaksikan pembangunan mampan, pengurusan bertaraf antarabangsa serta jaminan kualiti hidup bandar raya sejahtera.

PSKL 2040 juga mengintegrasikan penggunaan tanah dengan perancangan infrastruktur, pengangkutan, penyediaan perumahan mampu milik, penyediaan ruang niaga mampu biaya termasuk perancangan bagi sektor informal pekerjaan, kemudahan awam serta peningkatan kualiti alam sekitar dengan ruang awam bandar. Semua dasar ini diterjemahkan dalam bentuk hala tuju strategik dan tindakan pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bersempena meraikan 50 tahun Wilayah Persekutuan, JWP dan agensi telah menyusun pelbagai program dan aktiviti menarik, tidak hanya tertumpu pada bulan ini semata-mata tetapi turut diadakan sepanjang tahun 2024. Sebanyak 61 program telah dirangka pada tahun ini iaitu 23 program di Kuala Lumpur, 21 di Putrajaya dan 17 lagi di Labuan.

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Penganjuran Hari Wilayah Persekutuan ini memberi impak dan kejayaan yang positif dalam menyemai serta membudayakan semangat kerjasama, keharmonian dan integrasi dalam kalangan masyarakat dan penganjuran program-program sempena Hari Wilayah Persekutuan sememangnya dinantikan oleh seluruh warga Wilayah Persekutuan.

Program yang interaktif dan kemasyarakatan sentiasa menjadi tumpuan rakyat.

Malah program utama Hari Wilayah Persekutuan yang berteraskan konsep mesra rakyat, perpaduan serta kerjasama dapat memupuk nilai-nilai patriotik, mampu menjadi pemangkin dalam membentuk generasi pemimpin yang tahu menghargai serta memelihara keharmonian Wilayah Persekutuan.

Saya berharap agar sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan ini dapat mengingatkan kembali sejarah perjalanan kegemilangan penubuhan Wilayah Persekutuan selain menghayati dan menghargai kemakmuran dan kejayaan yang telah dicapai oleh Wilayah Persekutuan selama 50 tahun ini.

Sebagaimana Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong supaya memanfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Malaysia juga telah dipilih sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 bagi meneroka peluang ekonomi dan menjana sumber pendapatan selain mempromosikan budaya dan warisan negara kepada para pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, JPW juga komited untuk membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan serta menambah baik infrastruktur dan prasarana demi keselesaan rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Disember 2023 yang lalu telah mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan. Susulan lawatan kerja tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju supaya setiap kementerian dan jabatan Persekutuan menyusun projek atau program yang dapat memberikan impak yang positif dan merancakkan aktiviti sosioekonomi di Wilayah Persekutuan Labuan.

JWP telah dilantik sebagai penyelaras kepada pelaksana Program MADANI Rakyat Labuan 2024. Pelaksanaan Program MADANI ini perlu diadakan menerusi tiga wasilah utama;

(i) program berbentuk pembangunan fizikal yang melibatkan kemudahan awam, utiliti, penyelenggaraan dan penambahbaikan projek kecil dan sederhana;

(ii) program berbentuk penawaran perkhidmatan terus kepada rakyat. Sebagai contohnya kaunter pendaftaran, kaunter diskaun pembayaran dan sebagainya dan

(iii) program turun padang yang berbentuk seminar, karnival, simposium, libat urus dan sebagainya.

Sehingga 12 Mac 2024, sebanyak 113 program telah dirancang oleh kementerian dan agensi Persekutuan di Labuan dan daripada 113 program tersebut, 20 program telah kita laksanakan sehingga 20 Februari 2024. Bagi bulan Januari, terima kasih kita ucapkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di atas sumbangan tangki air, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas Program Kesedaran Kanser Serviks, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas Program Pembangunan Guru Baru dan lain-lain kementerian dan agensi yang telah menjayakan Program MADANI Rakyat Labuan pada 2024.

Dan tahniah juga diucapkan kepada ICU, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pertahanan di atas program yang telah dianjurkan juga pada bulan Februari yang lalu. Semoga program-program yang telah dijadualkan pada bulan Mac dan seterusnya dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan memberi manfaat kepada rakyat Labuan khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen yang telah mengemukakan pertanyaan serta memberikan cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Wilayah Persekutuan semasa sesi perbahasan

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Titah Diraja 2024 di Dewan yang mulia ini iaitu Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Batu. Insya-Allah saya akan memberikan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan dan saya berharap agar jawapan yang diberikan akan dapat memberikan pencerahan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Piai telah menyuarakan aduan berkenaan kebanjiran warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur yang berniaga menggunakan lesen perniagaan warga tempatan. Dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa melaksanakan tindakan dan penguatkuasaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur terhadap aktiviti penjajaan yang dijalankan oleh warga asing tanpa kelulusan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang serta mensyaratkan di dalam Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Pasar Borong bahawa pekerja warga asing tidak dibenarkan untuk bekerja atau berniaga di dalam pasar atau pusat penjaja selaku pemegang lesen ataupun pembantu mahupun pekerja.

Tindakan kawalan dan penguatkuasaan akan teruskan dari semasa ke semasa bagi membendung penyalahgunaan lesen, khususnya kesalahan membenarkan warga asing bekerja dan berniaga di pasar borong dan kawasan sekitarnya.

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Ada dua undang-undang kecil yang menjadi punca kuasa untuk DBKL mengambil tindakan terhadap isu penjaja warga asing ini iaitu pertamanya, Undang-undang Kecil atau UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan keduanya, Undang-undang Kecil Pasar Borong WPKL 2002. Berdasarkan Undang-undang Kecil atau UUK Pelesenan Penjaja 14(1)(b) “Tiada pemegang lesen yang boleh mengambil bekerja mana-mana warga asing.” Manakala Undang-undang Kecil Pasar Borong 16(1) menjelaskan “Seseorang pemborong tidak boleh mengambil bekerja mana-mana pembantu tanpa mendapat kelulusan bertulis Datuk Bandar Kuala Lumpur”. UUK Pasar Borong 16(2) pula memperuntukkan “Sesuatu permohonan bagi sesuatu kelulusan di bawah perenggan (1) hendaklah menyatakan nama, alamat terbaru, nombor kad pengenalan orang yang hendak diambil bekerja”. Berdasarkan statistik, Tuan Yang di-Pertua, tindakan sita sepanjang tahun 2023, sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Manakala bagi bulan Januari tahun ini sahaja, sebanyak 79 tindakan sita terhadap barangan warga asing juga telah dilaksanakan.

Justeru, DBKL bersama agensi sahabat yang berkaitan sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu di sekitar pasar borong dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap aduan yang melibatkan warga asing.

Pada masa akan datang, DBKL akan terus menambah baik peruntukan dan peraturan sedia ada bagi memastikan isu-isu kebanjiran warga asing di pasar borong dapat ditangani dengan lebih berkesan. Hal ini bertepatan dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan sesi Parlimen baru-baru ini di mana jentera kerajaan mestilah meningkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya dan semua agensi penguat kuasa dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan cepat.

Tuan Yang di-Pertua, rakan saya Yang Berhormat Seputeh telah bertanyakan beberapa soalan berkaitan Wilayah Persekutuan. Antaranya, mengapakah Sambutan 50 Tahun Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan diadakan di Putrajaya dan bukan di Kuala Lumpur. Jabatan Wilayah Persekutuan telah merangka sambutan Program Wilayah ini dengan hebahan melalui sosial media rasmi JWP dan agensi mulai Oktober tahun lepas, 2023 dengan pelaksanaan program Roadmap Challenge Passport 50WP dan hebahan mengenai Wilayah Persekutuan 2024 juta telah disebarkan ke group dan page Komuniti Parlimen di Facebook masing-masing.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah disambut di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan pada setiap tahun secara serentak dan pengisian utama Hari Wilayah

final • 5:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Persekutuan ini pada 1 Februari adalah merupakan majlis istiadat, pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan yang kebiasaannya diadakan di Istana Negara.

Namun pada tahun ini, majlis istiadat tidak dilaksanakan pada 1 Februari maka JWP memutuskan untuk melaksanakan Majlis Perasmian Hari Wilayah Persekutuan 2024 bersekali dengan Perasmian Hari Terbuka Putrajaya 2024 di Perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan kehadiran seramai lebih 300,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya warga Wilayah Persekutuan. Jadi, walaupun sambutan kali ini Yang Berhormat, tidak dilakukan di Kuala Lumpur tetapi bagi saya yang pentingnya ialah semangat untuk kita menyambut Hari Wilayah itu.

JWP telah merangka juga takwim Sambutan 50 Tahun Wilayah Persekutuan sehingga bulan Julai 2024 di mana kemuncak sambutannya akan diadakan di Kuala Lumpur, insya-Allah. Sempena sambutan tersebut akan dianjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan karnival keluarga, melibatkan juga komuniti serta lapisan masyarakat di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Ahli Parlimen pun ada di sini. Pelaksanaan program ini adalah selari dengan Sambutan 50 Tahun Penubuhan Wilayah Persekutuan di mana KL diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang pertama pada tahun 1974.

Tuan Yang di-Pertua, Seputeh juga membangkitkan soal penambahbaikan komunikasi dalam menjawab sebarang isu yang dilaporkan di media sosial. Dalam hubungan ini, DBKL sentiasa membuat pemantauan media berkaitan kritikan dan isu-isu kontroversi yang membabitkan DBKL. Respons segera disediakan melalui maklum balas dan kenyataan media yang dikeluarkan dari semasa ke semasa termasuklah memuat naik hantaran di media sosial DBKL. Begitu juga tindakan memanjangkan segera komen serta kritikan yang diterima di media kepada jabatan-jabatan dalaman DBKL untuk tindakan susulan.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Seputeh juga telah mengemukakan soalan berkaitan penambahan peruntukan dan perjawatan bagi pelaksanaan kerja-kerja penurapan jalan. Dalam hubungan ini, DBKL telah mengoptimumkan jumlah tenaga kerja selari dengan fungsi dan kapasiti jabatan melalui penyelarasan dan agihan pegawai teknikal ke jabatan-jabatan teknikal termasuk di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran.

Cadangan mengukuhkan jawatan akan diteliti agar selari dengan objektif untuk menghapuskan pertindihan fungsi dan meningkatkan produktiviti melalui penambahbaikan struktur dan proses kerja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023 sahaja kita telah menerima sebanyak 14,311 aduan berkaitan kerosakan jalan yang telah direkodkan melalui pelbagai sumber aduan seperti sistem ADU@KL, WhatsApp Aduan Potholes dan rondaan oleh pasukan rondaan DBKL termasuklah WhatsApp saya, Tuan Yang di-Pertua.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13,730 dikategorikan sebagai aduan berskala kecil manakala bakinya 581 adalah aduan kerosakan yang dikategorikan sebagai aduan berskala besar.

final • 5:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi bagi aduan yang berskala kecil, lebih daripada 5,000 aduan dikelaskan sebagai potholes dan telah diselesaikan dalam masa 24 jam dengan menggunakan tenaga kerja sedia ada jabatan dan bakinya, 7,782 adalah kerosakan jalan yang dikelaskan sebagai kerosakan yang berpunca dari mungkin bekas korekan jalan, penutupan lubang...

final • 5:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sekejap, sedikit lagi. Tumpahan konkrit dan mendapan tanah iaitu sebanyak 4,659 aduan dan kita telah juga berjaya menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 24 jam. Sebanyak lebih 3,000 aduan pula diselesaikan melebihi tempoh 24 jam, yang mana pembaikan kerja-kerja tersebut dilaksanakan menggunakan kontraktor berpenggal yang dilantik oleh DBKL dan juga tenaga kerja jabatan. Sikit lagi, boleh? Sikit lagi ya. Sejumlah RM125.2 juta telah disediakan dalam Belanjawan 2024 DBKL bagi kerja- kerja penurapan jalan di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

final • 5:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Bagi menambah baik perkhidmatan kerja turapan, DBKL telah melantik 44 kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan dengan menempatkan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen yang akan berkuat kuasa insya-Allah pada 1 April.

Ini maksudnya kita outsource kepada kontraktor. Setiap pejabat Parlimen akan dimaklumkan berkenaan dengan pelantikan kontraktor yang bertanggungjawab bagi melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan dan saya yakin insya-Allah dengan 44 kontraktor ini mampu menangani isu-isu kerosakan jalan, diselesaikan dengan lebih efektif dan juga berkesan. Sila, Muar.

final • 5:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada memberikan jawapan bertulis kepada saya. Saya syak ini kerana mungkin ICU terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah portfolio Yang Berhormat Menteri. Ini keluar sikit daripada Wilayah lah. Cuma dalam jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri katakan bahawa Muar tidak dapat peruntukan dan itu kerana adalah budi bicara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya faham, cuma ada penjelasan lanjut bahawa di bawah Kementerian Kewangan, peruntukan RM300 juta ada disalurkan untuk kawasan Muar.

Saya ingin mohon jawapan bertulis yang RM300 juta daripada Kementerian Kewangan ini adalah untuk projek-projek apa bawah kawasan Muar kerana lazimnya orang gabungkan Muar ini dengan Bakri, kadangkala sampai Ledang dengan Pagoh sekali dan bukan Parlimen Muar. Kalau boleh dapatkan jawapan bertulis senarai projek ini, ia akan banyak membantu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya akan minta agensi yang berkenaanlah untuk memberi penjelasan dan jawapan secara bertulis.

Saya sambung lagi Tuan Yang di-Pertua. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Seputeh berkenaan dengan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040), dimaklumkan bahawa semua pandangan yang dikemukakan akan diambil kira sebagai pandangan dalam Draf PTKL 2040 yang akan dinilai oleh Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam (JKPPA) sebelum Draf PTKL 2040 ini dimuktamadkan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab mendengar dan mempertimbangkan semua bantahan, pandangan serta cadangan orang awam yang diterima secara bertulis selaras dengan peruntukan seksyen 76 Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 iaitu Akta 267. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, saya juga telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk melanjutkan tempoh pameran dan pelawaan pandangan awam selama sebulan lagi iaitu sehingga 1 April 2024 bagi memberi peluang lebih ramai warga kota dan pemegang taruh mengemukakan pandangan terhadap Draf PTKL 2040.

final • 5:10 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Seputeh atas keprihatinan beliau dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna perkhidmatan awam. Usaha yang dicadangkan oleh YB ini merupakan antara tindakan dan perancangan yang telah dinyatakan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) di bawah matlamat yang kelima iaitu Kuala Lumpur Bandar Raya Mobiliti Cekap dan Mesra Alam dan juga Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur (PITKL2040) yang memfokuskan kepada tindakan untuk melengkapkan kesinambungan first mile and last mile. Ini termasuklah usaha untuk meningkatkan dan menaiktarafkan laluan pejalan kaki yang komprehensif selamat, selesa dan mudah sampai dalam mempertimbangkan dan meluluskan permohonan pembangunan yang terletak dalam radius 400 meter daripada stesen pengangkutan awam seperti stesen LRT, MRT dan juga komuter.

Tuan Yang di-Pertua, saya diberi masa lagi ke? Sebab ada beberapa isu lagi.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri perlu berapa lama?

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Mungkin lima minit.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik. Sebab soalan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan ini banyak soalan-soalan yang teknikal.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Secara bertulis nanti.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jawapan bertulis? Saya rasa semua orang dah letih.

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, kalau sudah semua setuju, terpulang kepada Menteri nak tutup kedai.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Kalau bersetuju saya...

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik, saya akan bagi jawapan bertulis. Saya berharap agar jawapan-jawapan yang diberikan tadi banyak yang ditanya oleh Seputeh saya jawab tadi dan yang telah dibangkitkan serta dibahaskan oleh Yang Berhormat semua telah mendapat pencerahan yang sewajarnya. Ada dua lagi iaitu daripada...

final • 5:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Batu.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Batu dan juga daripada mana satu lagi tadi, akan saya jawab secara bertulis. Boleh Batu?

final • 5:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Ada empat minit, sikit bolehlah.

Boleh habiskan lima minit ini. Minta maaf ya sahabat-sahabat saya.

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Nak jawab juga ya, Batu?

final • 5:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Berkaitan dengan Kampung Railway sahaja boleh. Satu topik itu.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik, baik. Jawapan kepada Batu, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Batu telah membangkitkan isu berkaitan penempatan penghuni- penghuni di Kampung Railway yang telah dipindahkan pada tahun 2011 dan isu pembangunan semula Pasar Harian Sentul. Sukacita dimaklumkan bahawa pembangunan rumah kos rendah di atas Lot PT118 dijangka akan memperoleh sijil penyiapan dan pematuhan CCC pada November 2024. Selepas itu pihak syarikat pemaju boleh menyelaraskan penempatan dan penjualan unit kepada penduduk setinggan yang telah ditawarkan.

Berkenaan dengan isu Pasar Harian Sentul pula, cadangan pembinaan semula Pasar Harian Sentul, Kuala Lumpur telah dikaji dan dinilai oleh pihak DBKL yang merangkumi keseluruhan aspek seperti infrastruktur pasar basah, pasar kering, kemudian kemudahan awam dan tempat letak kenderaan. Bagi tujuan pembinaan semula ini ia juga melibatkan pemilikan tanah-tanah hak milik persendirian di kawasan sekitar pasar.

Pembangunan semula boleh dilaksanakan setelah isu-isu berkaitan tanah di tapak tersebut selesai Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Menteri atas jawapan. Saya hanya nak bangkitkan satu sahaja berkaitan dengan Kampung Railway.

Saya mencadangkan supaya DBKL koordinasi dengan pemaju dan juga Pejabat Ahli Parlimen untuk membantu orang yang pindah sebelum ini untuk dapatkan surat-surat yang mereka atau semak semula bancian tersebut sebab perkara ini berlaku sepuluh tahun dahulu di mana ada banyak individu yang dah meninggal dan adakah rumah itu akan pergi ke waris. Banyak soalan yang ditujukan kepada pejabat saya tetapi saya tidak dapat jawab. Saya harap DBKL boleh sediakan satu platform untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah tersebut. Sekian, terima kasih. Minta maaf kawan-kawan saya ini.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik Yang Berhormat Batu. Tetapi sebenarnya jumlah keluarga atau rumah yang akan dipindahkan ke pangsapuri itu sebenarnya telah ada.

final • 5:20 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Tetapi saya rasa okey, boleh juga kita berbincang nanti untuk kita selaraskan balik.

Terima kasih.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya habiskan. Sesi kali ini saya banyak pantun Tuan Yang di-Pertua. So ada pantun satu lagi sebelum saya mengakhirkan penggulungan ini.

Baik.

Pulang ke rumah bawa juadah, Juadah dibeli di bazar Ramadan, Titah Baginda janganlah dibantah, Barulah Parlimen menjadi aman. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Titah baginda dibahaskan, pembangkang berapa orang? Lapan orang jer.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Shah Alam itu hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Pemakluman, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum saya menangguh Mesyuarat pada hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak dapat menjawab pertanyaan MQT pada Selasa, 19 Mac 2024 minggu hadapan. Ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat Wilayah Persekutuan yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari tersebut. Sekian terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 18 Mac 2024.

final • 5:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.26 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026