Mar132024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum kita mula soalan lisan − menteri-menteri menjawab jawapan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum memulakan sesi jawab lisan, kita pada pagi ini, saya ingin berpesan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Ramadan adalah bulan yang umat Islam melipatkan ganda amalan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Di dalam bulan mulia ini, kita juga dituntut menjaga tutur bahasa, bicara dan pergaulan, mengelak permusuhan dan persengketaan, memperbanyakkan membaca al- Quran, meningkatkan amalan wajib dan sunat, menghidupkan malam dengan amal ibadat serta bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, saya juga mengharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa berbahas dengan tertib dan teratur, agar kita saling menghormati kesucian bulan yang mulia ini. Insya-Allah, panduannya peraturan mesyuarat.

Baik. Untuk memulakan sesi pada pagi ini, saya mempersilakan Tuan Chow Yu Hui, Yang Berhormat Raub.

final • 10:00 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Perdana Menteri menyatakan pelan hala tuju dan garis masa kerajaan dalam mewujudkan Akta Perkhidmatan Parlimen bagi menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjamin kebebasan dan autonomi Parlimen.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Marang, soalan nombor 64 secara bersekali.

Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 dan Ahli Jemaah Menteri, komited dan telah bersetuju secara prinsip bagi meminda Perlembagaan Persekutuan dan menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen yang baru.

Antara lain bagi memberikan kuasa autonomi pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen serta mewujudkan Majlis Perkhidmatan Parlimen bagi mengendalikan semua urusan pentadbiran Parlimen Malaysia di bawah skim perkhidmatan yang baru.

Maknanya, kerajaan tak ada halangan, bersetuju secara prinsip.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Langkah reformasi ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan ke arah memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan Perundangan dengan badan Eksekutif dan terus memperkasakan semangat Perlembagaan dengan izin, Constitutionalism. Bagi merealisasikan usaha reformasi ini, beberapa sesi libat urus yang berkesan dengan izin, meaningful engagement telah diadakan pada tahun 2023 dan pada tahun ini, 2024 termasuk semua pihak, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan

(MOF), Jabatan Peguam Negara (AGC) serta Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) bagi memuktamadkan ketetapan dasar berkenaan dalam perkara ini.

Jadi jawapan di sini, memang dah 90 peratus dah siap. Rang undang-undang pun dah siap, hanya tunggu masa. Yang ditanya, garis masa oleh Yang Berhormat Raub tadi.

Terima kasih Tuan Speaker.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Raub.

final • 10:00 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih jawapan daripada Menteri. Soalan tambahan saya adalah Ahli Parlimen Backbencher dan juga Ahli Parlimen pembangkang mempunyai sumber yang terhad untuk mengupah penyelidik Parlimen yang berkualiti terbaik. Dalam rang undang-undang tersebut, adakah Parlimen bersedia diperkasakan dengan memberi peruntukan elaun pejabat dan pegawai kepada Ahli Parlimen Backbencher dan juga pembangkang untuk mengupah penyelidik mereka sendiri dan bukan penyelidik yang disediakan oleh Parlimen sahaja? Sekian.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Memang Yang Berhormat ya, sebelum pilihan raya yang lepas ya, saya di backbencher, sebelum itu opposition bench sekejap atas bench. Memang kita nakkan Parlimen bebas mempunyai kuasa sendiri, menentukan hala tuju, kemudahan, bukan sahaja Speaker, SUDR, staf-staf Parlimen, tetapi Ahli-ahli Parlimen kedua-dua belah pihak. Kita nakkan tengok itu berlaku dalam zaman Kerajaan MADANI.

Itu sebabnya Kerajaan MADANI, kami cakap, kami buat. Yang saya harap kalau bolehlah Speaker, kalau boleh ya. Saya pun dah bincang dengan Yang Berhormat Speaker Dewan Rakyat dengan Dewan Negara dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Kalau bolehlah ya, kita nak supaya dapat kita buat pindaan ini sekali dengan pindaan kewarganegaraan yang nak dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, sebab nak dapat undi 148 itu ke atas.

Tetapi, saya rasa perkhidmatan Parlimen ini semua dalam Dewan ini akan beri sokongan 222 undi. Saya yakin, confirm sebab kemudahan pindaan ini, Perlembagaan ini adalah kepada bukan sahaja rakyat di luar sana, tetapi kepada kita semua sebagai Ahli- ahli Parlimen.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Di sini Tuan Speaker, isu yang kita tahu, kuasa ini pernah ada dalam negara kita, tetapi telah ditarik pada tahun 1993. Ia ditarik kerana pada masa itu, menganggap Parlimen tidak boleh sangat bersuara. Kita harap pada kali ini, kuasa ini diberi balik supaya Parlimen boleh bersuara. Sesiapa yang berada sebagai kerajaan, mesti bertanggungjawab kepada rakyat melalui Ahli Parlimen mereka. Tak kisah menyokong kerajaan ataupun Ahli Parlimen pembangkang. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat – tekan. Yang Berhormat Jerlun ya. Silakan.

final • 10:10 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim. Menyentuh tentang Akta Majlis Perkhidmatan Parlimen, khususnya berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang, Perdana Menteri tidak pernah segan silu untuk

final • 10:10 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

menyatakan bahawa beliau hanya boleh meluluskan peruntukan itu jika ada perundingan.

Adakah dengan RUU ini dibentangkan, kuasa tersebut dengan sendirinya akan terhapus?

Kedua, adakah jaminan kerajaan bagi mewujudkan kuasa autonomi 100 peratus kepada Dewan yang mulia ini, khususnya semua Ahli Parlimen tanpa ada campur tangan pihak eksekutif dan tekanan politik, khususnya kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang?

Ketiga, bila RUU ini akan dibentangkan? Sekian.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih ya Tuan Speaker. Inilah orang kata, “bila bagi betis, nak peha” ya. Saya ingatkan satu sahaja soalan tapi tak apa, bulan puasa. Nak jawab pun, kita tak boleh marah tapi kita jawab cara baik. Tiga jawapan soalan ini, tiga saya pusing.

Pertama, last sekali, saya dah beritahu bila. Masanya dah dekat tapi harapan saya kalau boleh dibuat serentak supaya undi 148 ke atas itu kita dapat.

Keduanya, dalam soalan yang ditanya tentang autonomi kebebasan, yang kita perlu ingat bahawa dengan adanya pindaan ini, kita nak memberi kuasa balik kepada Parlimen di mana adanya Majlis. Jadi isu peruntukan, isu perbincangan, isu hala tuju, isu kebebasan, semua mesti dibincangkan antara Speaker Upper House dan Lower House, Tuan Speaker. Maknanya, inilah hubungan di antara peranan kebebasan yang dimainkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Jadi, Ahli-ahli Parlimen kita yang ada dalam Dewan ini, kita terikat dengan parti kita, dengan Ketua Whip kita. Jadi dengan select committee yang ada, jawatankuasa house committee yang ada, itulah perbincangan yang kita perlu wujudkan. Dengan adanya pindaan ini, sekurang-kurangnya kita dapat mulakan satu perbincangan secara terbuka, peranan yang lebih tepat dan lebih besar kepada Ahli Parlimen menjalankan tugas kerana kami di sini, tak kisah kerajaan ataupun pembangkang, kami di sini kerana kami diletak oleh rakyat.

Kewangan yang kita buatkan undang-undang untuk pindaan undang-undang, lulusan untuk kewangan tiap-tiap tahun dari segi belanjawan, adalah duit rakyat. Itu sebabnya kami sebagai Ahli Parlimen, kerajaan ataupun pembangkang, bertanggungjawab kepada rakyat. Perbelanjaan yang diberi juga adalah kita mesti bertanggungjawab kepada rakyat. Itu sebab harapan daripada pihak kerajaan, permulaan perhubungan ini ialah mewujudkan pindaan kepada Perlembagaan dan pindaan inilah akan memulakan pelbagai lagi suatu bentuk perhubungan yang baru antara Parlimen dan juga pihak Eksekutif. Inilah yang diharapkan oleh kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10.

Saya harap semua Ahli Parlimen akan memainkan peranan yang sangat-sangat positif dan berfikiran terbuka sebab dalam semua aspek ialah perbincangan antara ketua- ketua parti dan juga perbincangan daripada pihak Whip di dalam Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Itu harapan daripada pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya ke soalan yang kedua. Dengan ini saya mempersilakan Tuan Jamaludin bin Yahya, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 10:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Speaker, Menteri dan sidang Parlimen yang dirahmati Allah sekalian.

Limau kasturi berdaun muda, Berbuah masak, masam rasanya, Wahai Menteri yang bijak laksana, Soalan Pasir Salak nombor dua.

final • 10:10 AM

2. Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menjadikan Kampong Bharu di Kuala Lumpur digazetkan sebagai tapak warisan UNESCO.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang di-Pertua, mohonkan saya untuk membeli pantun tersebut.

[Tepuk] [Ketawa]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

On the spot.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Lebih kurang gitulah. Baik.

Pasir Salak indah tempatnya, Wakil rakyat, hmm segak orangnya,

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dr. Zaliha binti Mustafa

*Dengarlah YB jawapan saya, Apa pun perancangan, rakyat tetap dapat faedahnya.

[Tepuk]* Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 1899, Kampong Bharu telah ditubuhkan hasil usaha dan desakan penduduk Melayu tempatan di Kuala Lumpur terhadap pentadbiran British Kolonial. Residen British Selangor bersetuju untuk cadangan penubuhan kampung Melayu di Kuala Lumpur, yang terletak di antara Sungai Klang dan Jalan Batu iaitu Batu Road. Kini Kampong Bharu yang berusia 125 tahun dan telah menjadi simbol kawasan masyarakat Melayu dalam Bandar raya Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun setelah lebih satu abad, sudah tentulah terdapat keperluan untuk kita mengharmonikan persekitaran Kampong Bharu dengan kepesatan pembangunan ibu kota. Sehubungan dengan itu, pada 1 April 2012, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu iaitu PKB telah ditubuhkan untuk menerajui pembangunan semula Kampong Bharu ke arah kesejahteraan komuniti di ibu kota pada amnya.

Antara perkara yang menjadi panduan pembangunan Kampong Bharu adalah nilai kebudayaan dan pemuliharaan warisan alam bina, perancangan inovatif dalam pembangunan tanah, pemuliharaan dan penjanaan semula kawasan bagi membentuk persekitaran berkualiti dan berdaya huni serta yang paling utama, menjaga kepentingan pemilikan orang Melayu.

Semenjak tertubuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1974, terdapat beberapa kawasan di dalam tanah MAS yang telah dimajukan. Kini hanya ada sebilangan kecil sahaja rumah-rumah berciri tradisional yang masih kekal. Antara yang wujud sehingga sekarang adalah Rumah Limas, Rumah Johor dan Rumah Bumbung Panjang di atas tanah milik individu.

Selain daripada itu, terdapat bangunan yang mempunyai nilai sejarah seperti Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di Jalan Kelab Dewan Sultan Sulaiman. Bangunan ini masih wujud sehingga sekarang dan ia masih di bawah kawalan selia Kerajaan Negeri Selangor. Setakat ini, bangunan ini masih belum tersenarai sebagai tapak yang diwartakan di bawah Jabatan Warisan Negara.

PKB telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040

(PIPKB 2040) sebagai hala tuju perancangan dan pembangunan semula Kampong Bharu untuk tempoh 20 tahun akan datang. Pelan induk ini akan menjadi rangka utama dan panduan utama dalam pembangunan serta pembangunan semula Kampong Bharu. Hala tuju dasar untuk membangunkan semula Kampong Bharu akan dikekalkan, selaras dengan pelan induk sedia ada. PKB akan memastikan hak dan kepentingan orang Melayu di Kampong Bharu terpelihara. Percayalah, kerajaan akan berusaha mengangkat Kampong Bharu sebagai bandar Melayu yang tersergam indah, megah di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, bagi memastikan pembangunan semula Kampong Bharu dapat diteruskan sebagai mana yang telah dirancang, kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampong Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ini adalah kerana pengiktirafan UNESCO sendiri akan menyebabkan sebarang cadangan pembangunan Kampong Bharu tidak dapat diteruskan. Tambahan pula, pengiktirafan warisan mempunyai tiga peringkat ya, bermula daripada tapak warisan yang diberikan oleh Jabatan Warisan Negara, kemudian diikuti pula oleh warisan negara, yang diberikan oleh

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kemudian barulah warisan dunia yang diberikan oleh UNESCO. Pengiktirafan warisan di ketiga-tiga peringkat ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dan sesetengahnya tidak dapat dipadankan dengan ciri-ciri semasa Kampong Bharu sekarang. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 10:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih atas jawapan Menteri.

Soalan tambahan Pasir Salak, adakah kerajaan berhasrat untuk mendahulukan pengiktirafan Kampong Bharu sebagai kawasan penempatan orang Melayu terbesar di ibu kota sejak 1899 dan melangkau usia 125 tahun, berbanding kampung baru Cina, mengambil kira pertimbangan dari segi nilai estetika sejarah dan asal usul pembentukan iaitu satu-satunya kampung yang disifatkan masih bertahan di ibu kota, bahkan lokasi lain seperti Abdullah Hukum dan Kerinchi telah menelusuri arus pemodenan?

Apakah langkah kerajaan terhadap usaha naik taraf prasarana dan kemudahan untuk memelihara nilai sejarah kampung di kota raya serta bahan sejarah yang boleh dijadikan rujukan dan produk pelancongan kepada para pelancong yang berminat mengetahui kewujudan dan latar belakang Pembangunan Kampong Bharu di Malaysia?

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua soalan di situ ya, Yang Berhormat. Pertama, bagi saya Yang Berhormat, sama ada kita mendahulukan atau tidak, pemilikan hartanah Kampong Bharu ini adalah sebenarnya di bawah kawasan MAS, adalah dilindungi dengan sekatan kepentingan, selaras dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 iaitu Akta 733.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi, kita tidak boleh buat sebarang perkara melainkan dengan merujuk kepada akta ini ya. Akta ini bertujuan untuk melindungi, memelihara dan juga memulihara kepentingan orang Melayu dan Kampong Bharu akan dipromosikan sebagai bandar Melayu di dalam Kuala Lumpur. Jadi selaras dengan akta ini tadi, visi Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040, Kampong Bharu sebagai pusat perdagangan dan petempatan yang inklusif di Kuala Lumpur.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Setiap perancangan pembangunan di Kampong Bharu akan melibatkan penyertaan bersama pemilik tanah dan juga semua pihak berkepentingan dengan penekanan terhadap pembangunan yang berupaya meningkatkan sosioekonomi bersama dimiliki dan berdaya huni di samping mengekalkan nilai persekitaran tempatan di Bandaraya Kuala Lumpur.

Yang Berhormat, jawapan yang kedua itu usaha untuk kita menaik taraf prasarana juga sebenarnya kita telah letakkan ya lot-lot tertentu untuk pembangunan apa.

Contohnya, di Jalan Raja Alang Yang Berhormat, dia kita akan jadikan dia sebagai Kampong Bharu shopping street yang bertujuan untuk aktiviti perniagaan hasil tempatan dan tradisional orang Melayu seperti barangan seni, kraf tangan dan juga barangan tradisional Melayu dan ini seperti juga cenderamata lah. Jadi, aktiviti ini sebenarnya memang boleh menjadikan tarikan kepada pelancong.

Jadi begitu juga Jalan Raja Muda Musa, yang ini kita jadikan sebagai Kampong Bharu Food Heaven. Jadi saya sebenarnya banyak lagi dan saya boleh berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat cumanya saya ingin mengajaklah Yang Berhormat untuk kita turun ke Kampong Bharu dan lihat sendiri bagaimana kita cuba mengekalkan nilai- nilai dan tradisi Melayu di sana. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya sebelah sini, disilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya berkaitan dengan satu penempatan di Kampong Bharu iaitu Kampung Sungai Baru. Di sana ada Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah-rumah Teres dan Rumah-rumah Flat. Sekarang dalam peringkat nak dirobohkan satu demi satu. Mereka ini semuanya orang Melayu di Kampong Bharu.

Mereka bukan berdegil, tidak mahu pindah. Tuntutan mereka ialah untuk mendapat pampasan yang lebih adil.

Mereka duduk di situ sekian lama. Seberang jalan itu Menara Berkembar, semua kawasan-kawasan yang pencakar langit tetapi mereka dapat pampasan yang terlalu kecil.

Jadi mereka tidak berdegil. Mereka sanggup pindah, dah pindah pun hanya nak pampasan yang adil. Saya percaya Yang Berhormat Menteri dah melawat di situ. Saya berharap Ahli-ahli Parlimen, mungkin calon-calon dan dah jadi wakil rakyat yang sekarang berada di kerajaan, tolonglah. Masa sebelum pilihan raya itu datang ke sana cuba tengok mereka- keadaan mereka sekarang.

Saya dah pergi sana. Mereka jemput saya. Saya dari Pasir Gudang tak ada kena mengena dengan Kuala Lumpur tapi mereka jemput saya ke sana, tolong tengok. Jadi, soalan pampasan Yang Berhormat Menteri, berilah yang adil menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 13 dan hak untuk hidup. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Ya, saya memang faham dan kita pun tahu bahawa isu itu adalah isu yang begitu lama kita perbincangkan walaupun sehingga hari ini apabila saya menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan.

Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita tengok memang betul bahawa mereka telah pun keluar ya daripada kawasan dan buat masa ini Yang Berhormat terdapat 34 unit yang masih menghunilah ya daripada keseluruhan 328 unit kediaman. Kesemua unit yang masih dihuni terlibat dengan pengambilan tanah. Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita tengok, memang betul maksudnya lebih daripada 75 peratuslah yang telah keluar dari situ dan telah bersetuju ya.

Yang ini sebenarnya Yang Berhormat, saya sendiri insya-Allah akan turun dan bertemu dengan penduduk tetapi apa pun kadang-kadang kita kena tengok juga tentang keputusan-keputusan yang telah dibuat. Apa pun saya terbuka untuk perbincangan dan saya sendiri – Kampong Bharu saya dah turun di Sungai Baru, saya berjumpa sendiri dengan penduduk setempat, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang ketiga. Mempersilakan Tuan Ts. Zahir bin Hasan, Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 10:20 AM

3. Tuan Ts. Zahir bin Hasan [Wangsa Maju] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) apakah kriteria bagi penyaluran dana jaminan khas untuk memulihkan projek sakit dan terbengkalai di seluruh negara seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024; dan

(b) adakah Projek RUMAWIP iaitu Residensi Hektar antara yang bakal menerima manfaat dana jaminan khas ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sila.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

[Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, melalui Belanjawan 2024, kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan dana jaminan khas sebanyak RM1 bilion bagi menggalakkan pemaju yang berwibawa memulihkan projek perumahan swasta yang terbengkalai. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Task Force Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai telah pun mencadangkan beberapa kriteria utama dalam pemilihan projek perumahan untuk dipulihkan di bawah dana jaminan khas ini iaitu:

(i) adalah projek perumahan mampu milik iaitu yang berharga RM300,000 ke bawah;

(ii) program perumahan di bawah Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri, itu diberikan keutamaan;

(iii) bahawa peratus kemajuan projek adalah melebihi 80 peratus ke atas;

(iv) projek masih dimajukan oleh pemaju asal; dan

(v) apa-apa syarat tambahan dan pengecualian kriteria yang diputuskan oleh Task Force Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai bagi mengambil kira kebajikan pembeli.

Pada masa ini, kriteria dan kaedah pelaksanaan dana jaminan khas ini Yang Berhormat masih berada di bawah penelitian KPKT bersama dengan Kementerian Kewangan. KPKT melalui task force ini juga telah turut mencadangkan perluasan skop dana jaminan khas ini kepada projek perumahan swasta yang masih dalam kategori sakit kerana yang asal disebutkan projek terbengkalai, perumahan terbengkalai.

Ini kerana bagi kami pertamanya pemulihan projek perumahan swasta sakit boleh dilaksanakan dalam tempoh satu hingga dua tahun berbanding projek perumahan terbengkalai yang memerlukan masa paling tidak lima tahun.

Keduanya, pemantauan dan kawalan bayaran balik pinjaman melalui Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) dan ketiga projek perumahan swasta sakit masih mempunyai pemaju yang asal dan bertanggungjawab menyiapkan projek dan kerja-kerja di tapak masih juga berjalan dan pemaju perumahan masih belum dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, selanjutnya status projek perumahan swasta yang akan dipulihkan melalui dana jaminan khas ini masih diteliti termasuklah projek perumahan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Residensi Hektar, Gombak yang dikategorikan sebagai projek sakit. Walau bagaimanapun, penyiapan setiap projek perumahan tersebut merupakan tanggungjawab pemaju manakala KPKT melalui task force ini akan terus komited sebagai pemudah cara bagi memastikan projek perumahan yang telah dimajukan itu akan dapat disiapkan dan dapat diserahkan kepada pembeli. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 10:20 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih di atas jawapan. Dalam jawapan itu juga dimaklumkan dana jaminan khas ini sedang ataupun masih diteliti. Soalan susulan saya dua bahagian. Bahagian pertama, apakah garis masa untuk kerajaan meneliti dan membuat keputusan dalam melaksanakan pemulihan projek perumahan sakit, khususnya Residensi Hektar melalui dana jaminan khas tersebut?

Bahagian kedua, sementara kerajaan membuat penelitian serta jalan penyelesaian tersebut, apakah usaha dan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban pembeli yang terpaksa membayar penuh ansuran pinjaman dan dalam masa yang sama perlu terus membayar sewa rumah yang sedang mereka diami? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang pertama tentang garis masa. Kita tidak dapat memberikan garis masa yang tepat tetapi worst case scenario kalau benda ini berlanjutan adalah sekurang-kurangnya lima tahun sekiranya diisytiharkan sebagai projek terbengkalai.

Kerana apa Tuan Yang di-Pertua, projek ini ada dua permasalahan yang kita hadapi sekarang. Pertama, pemaju asal masih belum mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana bank dan keduanya adalah bahawa kriteria tentang – kriteria dan mekanisme dana jaminan khas itu masih dalam rundingan di peringkat Kementerian Kewangan.

Walau bagaimanapun di peringkat KPKT, usaha berterusan sedang dijalankan, libat urus berterusan sedang dijalankan termasuklah sebenarnya dalam kes Residensi Hektar, Gombak ini, dalam setiap bulan kita adakan mesyuarat untuk bagi menyelesaikan isu tersebut dan membantu para pembeli.

final • 10:20 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Yang keduanya tentang apakah bantuan daripada kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli ini Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara sentiasa berusaha mencari pendekatan terbaik untuk meringankan beban para pembeli yang terkesan, di mana KPKT akan mengeluarkan surat pengesahan status projek menyarankan perkara-perkara berikut:

(i) pihak bank pembiaya memberikan pengurangan ataupun pengecualian kadar faedah;

(ii) penstrukturan semula pinjaman perumahan;

(iii) menangguhkan pinjaman perumahan ataupun penyelesaian penuh dengan pengecualian kadar faedah;

(iv) dan keduanya adalah permohonan dibantu melalui pengeluaran simpanan kali kedua daripada KWSP;

(v) membatalkan pinjaman sedia ada dan juga diberi peluang kepada pinjaman-pinjaman baru seperti mana pinjaman kali pertama ataupun pengecualian pengenaan kadar faedah empat peratus.

Ini kalau ianya terkait dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

(LPPSA) Tuan Yang di-Pertua. KPKT akan sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak bank bagi memanjangkan perkara ini untuk pembeli-pembeli sentiasa dapat dibantu. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 10:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sejauh manakah pihak kementerian telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung konsep bina dahulu dan jual kemudian.

Sama ada ia praktikal untuk dilaksanakan sebagai kaedah dalam menyelesaikan projek perumahan terbengkalai.

Kedua, pada masa yang sama, apakah tindakan kementerian dalam menangani cabaran, terutama aspek penguatkuasaan kemajuan perumahan, mengambil kira kelompangan dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) [Akta 118] untuk melindungi hak pembeli agar isu seperti ini, masalah seperti ini tidak terus membengkak? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua tadi tentang akta pemaju perumahan itu. Perkara itu sedang pun dalam penelitian kita untuk meminda Akta 118 untuk melihat semua isu-isu yang telah dibangkitkan dan mungkin semua isu-isu yang sedang berlegar. Keduanya berkaitan dengan apa tadi Yang Berhormat?

final • 10:30 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Konsep bina dahulu dan juga jual kemudian.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Konsep bina dahulu dan juga jual kemudian.

Ini juga sedang dalam penelitian di peringkat KPKT dan perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Insya-Allah, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita ke soalan yang keempat. Saya mempersilakan Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Yang Berhormat Setiu.

final • 10:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Kelapa muda persik setandang, Hilangkan dahaga penat dan lelah, Selamat menyambut bulan Ramadan, Banyakkan ibadah kepada Allah. Soalan saya nombor empat.

final • 10:30 AM

4. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan inisiatif kementerian bagi memasang GPS untuk mengawal had laju lori dan memastikan pengendali syarikat kenderaan berat menyelenggara kenderaan mereka mengikut waktu yang sepatutnya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahi Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Karim untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pemasangan GPS bagi mengawal had laju kenderaan berat adalah merupakan satu kewajipan bagi syarikat yang menjalankan perkhidmatan kenderaan barangan. Perkara ini telah dikuatkuasakan sejak tahun 2013 melalui Kod Amalan Industri Keselamatan ataupun iCOP keselamatan.

Untuk pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan barangan, iCOP keselamatan ini adalah merupakan satu kursus wajib yang perlu dihadiri oleh pengendali kenderaan barangan dalam menjalankan perkhidmatan terlibat.

Berhubungan pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkenaan inisiatif bagi memastikan pengendali syarikat kenderaan penyelenggaraan menyelenggara kenderaan mengikut waktu yang sepatutnya, adalah dimaklumkan bahawa setiap kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM setiap enam bulan seperti yang ditetapkan dalam Kaedah 4 (Kaedah-kaedah Kenderaan Motor), pemeriksaan berkala, kelengkapan dan standard pemeriksaan yang menjadi syarat wajib pembaharuan lesen kenderaan motor LKM bagi kenderaan tersebut.

Untuk makluman, sebanyak 94 buah syarikat pengendali kenderaan barangan telah digantung selepas gagal proses audit pada tahun 2023 dan kemalangan.

Kementerian tidak akan teragak-agak daripada mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang mengingkari peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Setiu.

final • 10:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan diberikan. Sebelum saya kemukakan soalan tambahan, dalam penggulungan Menteri semalam ada disebut Setiu turut membahaskan isu berkaitan dengan pengangkutan iaitu ECRL bersama Tumpat dan Bentong tetapi tiada jawapan yang diberikan dan Setiu ada dalam Dewan semasa penggulungan. Pohon dapat beri jawapan secara bertulis.

Soalan tambahan saya, apakah kaedah yang diambil oleh kerajaan untuk mengenal pasti pemandu kenderaan berat yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah? Nyatakan status terkini pembangunan sistem high-speed weigh-in-motion dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan penggunaan penghad kelajuan kenderaan, speed limiter? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jawapan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Ada tiga soalan tambahan. Pertama ialah berkaitan dengan tadi iaitu alkohol ya. Mengenai pemandu kenderaan berat di bawah pengaruh alkohol dan dadah, ianya adalah di bawah seksyen 45C punca kuasa mengadakan ujian hanya di bawah PDRM sahaja. Walau bagaimanapun, JPJ senantiasa mengadakan operasi secara berkala bersama AADK bagi mengesan pemandu di bawah pengaruh dadah. Tumpuan setakat ini pada pemandu kenderaan perkhidmatan awam. Kita hanya mewajibkan pemandu menjalani ujian kesihatan setahun sekali ketika hendak renew lesen vokasional.

Di bawah Akta 333, telah menggariskan kesalahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Sabitan kesalahan juga boleh menyebabkan lesen memandu digantung, Dari segi penguatkuasaan, agensi seperti PDRM dan AADK telah mempunyai SOP bagi mengambil tindakan kepada pemandu yang dikesan melalui saringan ujian air kencing atau pernafasan jika mempunyai tahap bahan terlarang melebihi had yang ditetapkan.

Berkenaan dengan WIM ini, high-speed weigh-in-motion pula pada masa ini sepanjang tempoh tahun 2016 hingga September 2023, sejumlah 65,221 notis saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan ini. Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses akhir untuk membangunkan sistem high- speed weigh-in-motion ini. Menerusi penggunaan ini, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara masa sebenar dan automatik secara tanpa memerlukan kenderaan tersebut perlu berhenti.

Berkaitan pula dengan speed limiter ini. Speed limiter ini ada banyak sikitlah kalau hendak tanya pasal speed limiter ya. Inisiatif peringkat kementerian untuk mengurus isu had laju melibatkan kenderaan perdagangan yang merangkumi kenderaan barangan dan bas. Kementerian ini telah mewajibkan pemasangan alat pengehad kelajuan kenderaan

(speed limiter device) terhadap setiap model baharu kenderaan perdagangan secara berperingkat sejak tahun 2015 lagi. Ketetapan ini dikuatkuasakan oleh JPJ menerusi prosedur kelulusan jenis kenderaan di vehicle type approval iaitu VTA terhadap setiap model baharu kenderaan perdagangan mulai 1 Januari 2015.

Jadi kita juga dikehendaki mempunyai pematuhan kepada peraturan UNR89 .

Dengan izin, vehicles with regard to limitation of their maximum speed limitation devices and adjustable speed limitation device yang telah turut diwartakan di bawah Kaedah 9A, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959. Jadi, di Malaysia ini kenderaan yang dikenakan adalah di bawah beberapa kategori sahaja iaitu kategori M2, M3, N2 dan N3.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

M2 itu − Ini panjang sikit. Tak banyak, sikit lagilah.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

...Yang di-Pertua. M2 ialah kenderaan digunakan membawa penumpang dan M3 kenderaan yang digunakan membawa penumpang, bilangan tempat duduk melebihi lapan buah, termasuk tempat duduk pemandu serta berat kenderaan melebihi 5,000KG. Yang N2 tadi itu yang tidak melebihi 5,000KG.

Di bawah N2 pula, kenderaan yang digunakan untuk membawa barangan mempunyai kenderaan melebihi 3,500KG tetapi tidak melebihi 12,000KG. Di bawah N3, kenderaan digunakan membawa barangan mempunyai berat kenderaan melebihi 12,000KG. Jadi, ada ini sedikit iaitu– walau bagaimanapun, dasar penguatkuasaan peraturan UNR89 itu adalah tidak terpakai kepada mana-mana bas model baharu yang dipasang secara tempatan ataupun complete knocked down ataupun yang biasa kita panggil CKD lah ya serta mana-mana kenderaan barang berstatus bina semula atau kenderaan rebuild dengan izin.

Manakala mana-mana bas model baharu yang berstatus kenderaan import baharu atau complete built-up (CBU) dan semua model baharu bagi kategori kenderaan barangan sama ada CBU atau CKD adalah diwajibkan mematuhi peraturan UNR89 ini.

Jadi, kita sudah ada– memang dalam– sedang dikuatkuasakanlah untuk kategori-kategori tersebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong.

final • 10:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jeluton

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mendengar dengan tekun penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya bangun kerana berkenaan dengan pemasangan alat penghad kelajuan terutamanya dengan kenderaan motor lori, kenderaan berat. Kerana untuk makluman Dewan yang mulia ini, sering kali berlaku kemalangan di mana motor lori itu akan melintasi halangan yang telah dibina oleh JKR sehingga menyebabkan motor lori itu terbabas ke kelajuan ataupun lalu lintas yang datang daripada arah yang melintang. Kejadian ini berlaku banyak kali.

Baru-baru ini di Kuala Kangsar, ketika saya sendiri sedang memandu, di mana kemalangan itu baru berlaku beberapa minit. Kenderaan motor lori, tanker kelajuannya lebih, telah terbabas melanggar penghadang yang ada di tengah-tengah lalu lintas jalan dan telah pun datang terbabas ke arah yang melintang.

Jadi, kalaulah seseorang pemandu itu memandu dengan cermat dan kejadian ini kita tidak mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini, saya khuatir dan risau bahawa banyak lagi kemalangan yang akan berlaku kerana motor lori itu bukan sahaja sekarang terbabas di sebelah jalan yang mereka lalui tetapi melintang jalan, melanggar penghadang dan terbabas di arah yang bertentangan.

Soalan saya, adakah pihak kementerian akan mewajibkan kenderaan-kenderaan berat ini meletakkan tempoh had masa, mungkin dalam setahun atau dua untuk mereka – semua kenderaan ini dipastikan memasang penghad kelajuan dalam kenderaan tersebut. Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, boleh saya tambah sikit. Isu yang sama. Sikit sahaja.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, tolong duduk.

final • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tentang – isu yang sama, saya minta tambahan masa.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, terima kasih YB Jelutong. Jadi, berkenaan accident, accident ini, mungkin apabila ada penguatkuasaan dibuat, memang kita kadang-kadang memang terjumpa. Ada yang speed limiter tak berfungsi pun ada. Ada yang tidak mematuhi juga. Yang ini sudah pastinya akan diambil tindakan. Jadi selain daripada itu, apabila berlaku ini, kejadian-kejadian accident secara spesifik kecuaian ataupun mungkin ada speed limiter pun kalau dia mengantuk ke, apa-apa ke boleh melompat pembahagi jalan jugalah. Jadi banyak faktor selain daripada speed limiter itu sendiri.

Memanglah dengan speed limiter yang dipasang sudah pastinya dia tidak dapat melebihi kelajuan yang dihadkan tetapi mungkin faktor-faktor lain juga kena ambil kiralah kenapa boleh berlakunya accident itu. Itu sudah pastinya akan diketahui apabila berlakunya accident, pihak PDRM yang akan membuat siasatan tentang kemalangan.

Tentang untuk memasangkan secara menyeluruh, yang sebenarnya sebagaimana yang saya katakan tadi, semua model-model baharu ini akan, sudah bermula dikuatkuasakan yang juga saya katakan tadi iaitu model importlah. Tetapi kalau boleh, memang pun kita ingin nak melihat juga perkara ini dibuat sama kepada yang di local assemble ni jugalah sebab memang betullah. I mean nak tunggu fasa umur lori ni lama juga ya untuk memastikan yang lama-lama dan yang dibuat dalam negara kita itu untuk dipasang speed limit. Jadi insya-Allah, kementerian daripada pihak MIROS, our research unit dan sebagainya, sudah pasti perkara ini dan juga industry player, pembuat-pembuat kereta ini.

Memanglah kita dalam ke arah melihat untuk memastikan keselamatan kenderaan- kenderaan dan juga pengguna-pengguna jalan raya yang lain itu diutamakan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya soalan yang kelima. Saya mempersilakan Tuan Chong Zhemin, Yang Berhormat Kampar.

final • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.

final • 10:40 AM

5. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Digital menyatakan ancaman kumpulan R00TK1T untuk menutup rangkaian Maxis dan adakah syarikat lain juga terlibat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Digital.

final • 10:40 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor lima. Tuan Yang di-Pertua, pada 26 Januari 2024, kementerian telah pun dimaklumkan mengenai satu kempen serangan siber yang akan menyasarkan infrastruktur digital Malaysia oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai R00TK1T ataupun secara lazim disebut sebagai R00TK1T ISC CyberTeam.

Kumpulan ini telah mendakwa mempunyai kepakaran untuk mengganggu dan melumpuhkan infrastruktur digital berdasarkan kempen-kempen mereka yang terdahulu.

Susulan daripada ancaman oleh pihak tersebut untuk menutup rangkaian Maxis, pihak Maxis Berhad telah pun melaksanakan tindakan proaktif bagi menyemak kesahihan dakwaan ini dan telah mendapati bahawa hanya portal Maxis Interactive Retail Assistant, Queue Management System di satu cawangan kedai Maxis adalah terkesan.

Sistem ini merupakan Tuan Yang di-Pertua, system standalone dan tidak mempunyai sebarang sambungan kepada mana-mana sistem kritikal Maxis. Maxis juga telah memberi notifikasi sewajarnya kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi ataupun dalam kata singkat JPDP bagi mengesahkan tiada ketirisan data peribadi hasil daripada forensic digital yang telah pun dilaksanakan.

final • 10:40 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, JPDP juga telah melaksanakan siasatan susulan daripada notifikasi yang telah diterima daripada pihak Maxis dan siasatan telah pun mendapati bahawa tidak ada data peribadi yang telah terlibat berdasarkan kepada sampel data yang telah pun dikemukakan. Dalam apa jua keadaan Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini menegaskan bahawa aspek keselamatan siber adalah penting dan agensi-agensi di bawah kementerian iaitu CyberSecurity Malaysia dan juga JPDP serta Agensi Keselamatan Siber Negara dalam kata singkat dikenali sebagai NACSA sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memastikan keselamatan data dan juga infrastruktur digital negara adalah selamat.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital akan terus bekerjasama dengan NACSA dan juga agensi-agensi siber luar negara untuk menjejak dan mengambil tindakan terhadap sebarang perlakuan ancaman. Kementerian sentiasa komited untuk terus melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu bersama-sama semua pihak berkepentingan dalam memperkukuhkan kawalan keselamatan siber demi memastikan tahap ancaman keselamatan siber negara ada dalam keadaan yang terkawal. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar, soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih jawapan daripada Menteri. Soalan tambahan saya. Pada 9 Februari, kumpulan hacker yang sama R00TK1T telah mengumumkan keputusan untuk menghentikan serangan dibuat selepas rundingan sengit dan perjanjian telah dicapai.

Soalan saya, adakah pihak kementerian terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rundingan dan perjanjian dengan R00TK1T. Jika ya, apakah perjanjian yang telah dicapai? Jika tidak, adakah kementerian tahu, pihak manakah yang berunding dan mencapai perjanjian dengan R00TK1T?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Speaker atas soalan tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian memang langsung tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam sebarang rundingan atau perjanjian sepertimana dinyatakan Tuan Speaker. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Speaker.

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan serangan siber ini, sangat serius di Malaysia ini. Kerana kalau kita tengok laporan daripada sebuah firma keselamatan siber global iaitu syarikat Kaspersky telah memberitahu bahawa jumlah serangan tahun lepas sahaja 26.85 juta dan bersamaan 70,000 serangan sehari.

Isu yang kita hadapi dalam negara kita ini ialah kekurangan pakar keselamatan siber. Kalau tahun lepas, dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi, kita hanya ada lebih kurang 15,000 pakar keselamatan siber. Jadi, soalan saya, apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk meningkatkan jumlah pakar keselamatan siber untuk mengatasi masalah serangan siber ini? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih soalan daripada Padang Terap tadi.

Tuan Speaker, kita lihat kepada masalah yang ada berkenaan dengan keselamatan siber dan saya rasa topik yang dibincangkan itu juga hangat diutarakan dalam konvensyen- konvensyen dan conference yang kita hadir di seluruh rantau. Soal berkenaan dengan perlunya kita memperkukuhkan sistem itu memang menjadi soal yang kita memberi prioriti. Sekarang kita mempunyai agensi-agensi yang berkaitan. Sepertimana saya sebut

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo

tadi, kita ada CyberSecurity Malaysia, kita juga ada NACSA. Dan di dalam keadaan yang tertentu yang melibatkan data peribadi, kita ada JPDP.

Tetapi, apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu adalah penting. Kita perlu pastikan bahawa tahap kepakaran yang kita ada di dalam sektor ini sentiasa pada tahap yang memuaskan dan kita juga bersedia bergerak ke depan untuk menghadapi ancaman- ancaman yang kita akan hadapi dalam masa depan.

Bilangan yang tertentu berkaitan dengan kepakaran ini, kita akan melaksanakan beberapa program, Yang Berhormat. Program-program untuk kita meningkatkan capacity building dan juga di mana kita dapat menawarkan biasiswa daripada EC-Council sebanyak RM5 juta untuk seramai 2,000 orang.

Selain daripada itu, Yang Berhormat, kita juga perlu lihat kepada aspek akademik dalam perkara ini. Kita ada banyak universiti dan sebagainya, institusi pengajian yang juga menunjukkan minat di dalam bidang ini.

Soal berkaitan dengan sama ada ataupun tidak kita boleh menarik kepakaran dan juga membina kepakaran untuk masa depan adalah penting. Dalam keadaan tersebut, kita juga ada program-program di mana kita melaksanakan kerjasama dengan universiti- universiti dan juga syarikat-syarikat swasta untuk kita pastikan bahawa wujudnya langkah- langkah untuk kita mengukuhkan lagi tahap kepakaran yang perlu untuk aspek ini.

Di dalam perkara yang sama, kita juga melihat kepada bagaimana kita boleh teruskan dengan latihan yang diperlukan oleh CyberSecurity Malaysia untuk melahirkan mereka-mereka yang profesional di dalam aspek keselamatan siber. Ini perkara yang saya rasa kalau Yang Berhormat lihat kepada siber sekuriti, memang Yang Berhormat bukan sahaja dapat lihat apa yang berlaku sekarang tetapi dalam masa yang lampau memang tindakan diambil untuk kita pastikan bahawa kita meningkatkan tahap aspek kepakaran.

Itu di antara aspek-aspek dan langkah-langkah yang diambil, Yang Berhormat.

Kalau Yang Berhormat hendak saya memberi bilangan yang tertentu dan sebagainya, saya boleh beri dalam kaedah bertulis, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Saya mempersilakan Komander Bersara Nordin bin Ahmad Ismail TLDM. Yang Berhormat Lumut.

final • 10:50 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Dato’ Speaker. YB Menteri, soalan saya nombor 6.

final • 10:50 AM

6. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan penjelasan berkaitan sambutan sedia ada program Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di universiti awam serta tahap kerjasama pihak universiti bagi menjayakan penyertaan orang awam dalam Rejimen Askar Wataniah sekali gus menanam semangat cintakan negara dari kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lumut, di atas persoalan terkait dengan PALAPES.

Sejarah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) bermula apabila tertubuhnya Batalion Infantri Askar Wataniah di Universiti Malaya pada 1 April 1965.

Setelah batalion ini dibubarkan pada tahun 1979, ia telah digantikan dengan Reserve Officer Training Unit (ROTU) dan seterusnya ditukarkan kepada PALAPES. Penubuhan PALAPES di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah berasaskan kepada:

(i) kesedaran dan kepercayaan bahawa IPT dalam negara ini mempunyai potensi besar menyediakan sumber tenaga manusia yang berkelayakan akademik tinggi dan boleh

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

memberikan sumbangan besar terhadap keperluan pertahanan negara; dan

(ii) kepercayaan bahawa berasaskan kelulusan akademik yang sedia ada kepada para pelajar dan mahasiswa ini boleh dijadikan pegawai simpanan yang dinamik serta berdedikasi.

Pada masa ini, terdapat sebanyak 20 universiti awam telah menubuhkan pasukan PALAPES di universiti masing-masing. PALAPES darat telah berkembang di 19 universiti awam, manakala PALAPES laut dan juga udara masing-masing di sebelas dan sembilan universiti awam.

Sambutan mahasiswa terhadap PALAPES di universiti-universiti ini adalah amat menggalakkan dan ini telah dapat mengekalkan pencapaian kekuatan 50 peratus penyertaan daripada jumlah yang telah diperuntukkan berdasarkan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah 2022-2030 yang menyasarkan seramai 1,000 orang untuk setiap pengambilan tahun anggota PALAPES di universiti awam.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, seramai 37,621 anggota PALAPES telah berjaya ditauliahkan sebagai Pegawai Kadet PALAPES melalui Pasukan Simpanan Perkhidmatan masing-masing iaitu darat, laut dan udara. Itu sahaja jawapan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Lumut.

final • 10:50 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih YB Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya, apakah bentuk bantuan dan sokongan kerajaan dalam membantu transisi lepasan graduan PALAPES ini untuk menyertai pasukan tetap termasuk agensi keselamatan lain, serta penambahbaikan dari segi penyediaan konsep latihan dalam usaha meningkatkan penyertaan rekrut baharu dalam kalangan mahasiswa?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Lumut di atas soalan tambahan. So, kalau kita lihat bagaimana kita telah― bila kita sudah melatih PALAPES ini, mereka mempunyai dua kaedah untuk mereka diserapkan ke anggota tetap.

final • 10:50 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Pertama adalah mereka boleh terus menjadi anggota kerahan di askar Wataniah. Jadi, dengan cara itu, mereka berpeluang untuk menjadi anggota tetap. Ataupun dalam masa yang sama, mereka juga diberikan keutamaan untuk mereka mendapatkan sebagai anggota tetap melalui kaedah pencapaian akademik merekalah sebagai seorang pemegang ijazah. So, mereka boleh buat permohonan di Kementerian Pertahanan. Melalui cara ini, mereka boleh diserapkan sebagai anggota tetap.

Kalau kita lihat insentif yang kita berikan kepada anggota-anggota PALAPES ini di peringkat universiti, kita tahu bahawa latihan mereka setiap jam itu diberikan kadar sebanyak RM8.50 setiap jam. Itu salah satu insentif yang kita berikan. Di samping― saya fikir kalau kita lihat di perkhidmatan-perkhidmatan lain, itu mungkin di kementerian- kementerian lain memberikan keutamaan, tetapi saya fikir dengan latihan yang diberikan, modul latihan yang diberikan, saya fikir persoalan yang melibatkan disiplin dan juga dedikasi dan juga integriti anggota-anggota PALAPES kita ini boleh memberikan satu keutamaan untuk kerjaya mereka pada masa hadapan. Itu sahaja jawapan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan berikutnya. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 10:50 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih, Timbalan Speaker.

Yang Berhormat, daripada berehat ataupun meluangkan masa bersama dengan keluarga,

final • 10:50 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

pegawai-pegawai PALAPES ini perlu memperuntukkan berpuluh-puluh jam untuk menjalani pelbagai latihan dan kursus ketenteraan pada hujung minggu dan cuti semester.

Oleh itu, adakah Kementerian Pertahanan bercadang untuk meningkatkan jumlah elaun serta manfaat yang ditawarkan kepada pegawai-pegawai kadet bagi menghargai semangat dan penat lelah mereka ini di samping dapat menarik minat lebih ramai mahasiswa-mahasiswa menyertai PALAPES?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah di atas persoalan yang dikemukakan.

Kita memang di peringkat Kementerian Pertahanan sebenarnya, melalui arahan daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan sendiri, kita memang membuat penilaian kepada PALAPES dan juga askar Wataniah kita, sama ada dalam bentuk insentif yang kita sediakan termasuk aspek-aspek lain dari segi kebajikan mereka. Sebab itu, kalau kita lihat, dalam memenuhi keperluan latihan itu, mereka kadangkala perlu menyediakan hampir 240 jam dalam tempoh setahun itu bagi mereka memenuhi keperluan-keperluan latihan dan bagi memastikan bahawa mereka kekal sebagai Askar Wataniah itu sendiri.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu tidak dapat dinafikan sepertimana yang disebut oleh Kuala Pilah.

Memang kita di peringkat Kementerian Pertahanan, sedang menilai kembali sama ada dari segi pembayaran mengikut jam itu ataupun lain-lain insentif yang boleh diberikan oleh kerajaan sebagai menghargai peranan yang dimainkan oleh askar Wataniah bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita. Itu sahaja jawapan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan Tuan Lee Chean Chung, Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Perpaduan selalu berbicara jujur. Soalan saya soalan ketujuh.

final • 11:00 AM

7. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengawal dan memantau penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Al) yang dilihat semakin meluas supaya penggunaannya dapat memberi manfaat kepada kehidupan rakyat Malaysia.

final • 11:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang membangunkan Garis Panduan Governan dan Kod Etika AI. Garis panduan ini merangkumi pelaksanaan AI yang bertanggungjawab ke atas tiga kategori pengguna teknologi AI iaitu orang awam, penggubal dasar dan pembangun teknologi. Pematuhan garis panduan ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada pengamal dan pembangun teknologi AI bagi mencegah dan meminimumkan risiko negatif yang lahir kesan dari penyalahgunaan teknologi ini. Ia adalah merupakan dokumen asas kepada pembangunan perundangan berkaitan AI di masa hadapan.

Terkini, sesi konsultasi awam telah selesai dilaksanakan dengan Malaysia Productivity Corporation (MPC) melalui portal Unified Public Consultation (UPC).

Dokumen garis panduan ini telah diedarkan untuk konsultasi awam sehingga 8 Mac 2024.

Tujuan sesi ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada orang awam ke atas draf dokumen bagi tujuan penambahbaikan garis panduan tersebut sebelum dimuktamadkan.

Minimum tempoh konsultasi awam adalah selama dua minggu dan mengikut garis masa pembangunan. Dokumen garis panduan governans dan kod etika ini akan dibentangkan di Kabinet dalam bulan ini dan sebelum dilancarkan pada bulan April 2024.

Pada masa ini, pemantauan dan kawalan ke atas teknologi digital seperti AI ini masih berada di bawah akta dan perundangan sedia ada seperti Akta Komunikasi dan

final • 11:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Multimedia, Akta Perlindungan Data Peribadi, Akta Transaksi Elektronik dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Petaling jaya.

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Dato’ Yang di-Pertua, di California, Amerika Syarikat, AI bill telah diketengahkan di State Senate mereka untuk tujuan mengawal selia risiko pelaksanaan AI dengan mempertimbangkan beberapa faktor yang telah pun disebut oleh Tanjong Malim, Yang Berhormat Menteri tadi.

Malah, terdapat sekurang-kurangnya 400 AI bill telah diperkenalkan sekitar 44 wilayah di Amerika Syarikat. Persoalan saya ialah adakah pembangunan garis panduan dan kod etika AI ini telah dirujuk dengan garis panduan negara-negara lain? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Memang dalam proses membangunkan garis panduan ini, negara kita merujuk kepada negara-negara yang lain. Walaupun ini adalah satu perkembangan yang baharu, fenomena yang baharu. Tak banyak negara yang ada perundangan. Tetapi ada lah kita merujuk kepada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, China dan Singapura. Mereka masing-masing ada sama ada guidelines, framework ataupun principle mereka. Satu-satu perundangan yang diluluskan adalah di Parlimen EU setakat ini. Memang jawapannya ada, Yang Berhormat.

Kami ada merujuk beberapa negara seperti yang saya sebut tadi. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 11:00 AM

Timbalan ’ang di-Pertua - ’ato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila Yang Be’hormat Indera.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya nak memanjangkan soalan Yang Berhormat Petaling Jaya. Pada waktu yang sama, di peringkat antarabangsa juga sedang berlaku pertembungan antara pihak-pihak seperti di United Nations yang cuba– ada sebuah kumpulan di panggil government expert group yang sedang cuba menghasilkan suatu macam perundangan antarabangsa yang berkaitan dengan internet, yang ada kaitan dengan AI. Dengan izin, seperti nak tengok behaviour negara-negara anggota.

Kemudian ada juga counter proposal, dengan izin, daripada China. Saya harap Yang Berhormat Menteri dan kerajaan juga melihat keseluruhan. Sebab nanti kita terperangkap. Kita tak nak kita terperangkap. Sebab saya faham apa Yang Berhormat sebutkan tapi saya bimbang kita terperangkap dalam pertembungan antara kuasa besar yang nak menguasai dunia atas talian dan digital sekali. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota atas maklumat tersebut. MOSTI sentiasa mengambil kira semua perkembangan di seluruh dunia, bukan sahaja di dalam negara tetapi di seluruh dunia. Itu sebabnya kita adakan framework ini ataupun kita adakan garis panduan ini, kita tidak terus adakan undang-undang. Framework ini ataupun garis panduan ini adalah untuk dirujuk sebagai satu orang kata, living document, dengan izin, yang boleh dari masa ke semasa kita boleh buat perubahan terhadap garis panduan ini. Itu sebabnya kita belum ada lagi perundangan mengenai AI. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dato’ Yang di-Pertua saya mohon satu tambahan lagi?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat Indera Mahkota, terima kasih atas buku ini. Daripada apa yang

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

saya baca awal, it is a good book related to, dengan izin, pentadbiran awam, pentadbiran Parlimen dan sebagainya. *It’s a good book, good.

[Tepuk]* Berikutnya, saya mempersilakan Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.

final • 11:00 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ramadan penuh keberkatan. Soalan saya nombor lapan.

final • 11:00 AM

8. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Komunikasi menyatakan metode pelaksanaan yang akan dilakukan oleh pihak kementerian agar anak-anak bawah 15 tahun diharamkan memiliki akaun sosial media sama ada TikTok, X, Facebook dan sebagainya agar mereka tidak mengikuti trend yang tidak baik di sosial media.

final • 11:00 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kebanyakannya penyedia platform media sosial mempunyai had umur pengguna akaun, di mana hanya mereka yang berusia 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuka akaun media sosial.

Berdasarkan carian, memang sama ada X, Facebook, Instagram, WhatsApp dan Tiktok, semua meletakkan had umur minimum 13 tahun, kecuali Telegram 16 tahun.

Bagi memastikan syarat umur ini dipatuhi, ibu bapa ataupun penjaga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka. Ini kerana kanak-kanak masih boleh mendapat manfaat kandungan positif dengan melayari media sosial bersama-sama ibu bapa atau penjaga.

Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil serius peranan mereka dalam keibubapaan digital ataupun digital parenting serta perlu peka dalam menerokai kandungan serta platform alternatif yang terdapat dalam talian. Walau bagaimanapun, dalam pengamatan saya sendiri sebagai Ahli Parlimen di kawasan.

Bila saya bertemu dengan pelajar-pelajar dalam Program Back to School dan sebagainya, saya bertanya, “Berapa ramai di sini anak-anak yang ada akaun TikTok?”, sebagai contoh. Semua yang hadir itu Darjah 1 sampai Darjah 6, hampir 90 peratus daripada anak-anak ini semua ada akaun TikTok.

Jadi, walaupun ada garis panduan seperti ini tapi ia tidak memadai. Maka, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) telah bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan di Malaysia iaitu CelcomDigi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia dan Time untuk menyediakan perkhidmatan alatan perisian yang dikenali sebagai parental control tools yang membolehkan mereka memantau, menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat dan aktiviti anak-anak dalam talian. Ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan yang sama.

Bagi menangani risiko dan ancaman terhadap kanak-kanak sama ada disebabkan orang lain atau tingkah laku mereka sendiri, pelaksanaan program-program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan internet terus dipertingkat melalui inisiatif seperti Klik Dengan Bijak dan Sukarelawan ICT Malaysia di sekolah- sekolah dan pusat sebaran maklumat nasional (NADI) di seluruh negara.

Pelaksanaan inisiatif ini diperkasa melalui jalinan kerjasama dengan agensi- agensi lain dalam membangunkan modul pendidikan berkenaan perlindungan kanak- kanak dalam talian untuk ibu bapa, penjaga dan kanak-kanak. Antaranya:

(i) Modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak-anak

(PEKA);

(ii) Modul SMARTSTART 2.0 Pra Perkahwinan; dan

(iii) Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) Kolaborasi juga dijalankan bersama pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pengakap Malaysia, institusi pengajian tinggi dan pihak industri dalam memberi kesedaran mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian.

final • 11:00 AM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Pada masa yang sama, Jemaah Menteri pada bulan lalu telah bersetuju untuk satu mewujudkan satu jawatankuasa kerja yang akan meneliti cadangan penggubalan rang undang-undang baru berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian termasuk juga aspek-aspek keselamatan dalam talian. Jadi, ini kita akan ada mesyuarat selepas ini untuk meneliti beberapa aspek dan sekiranya perlu, apa-apa akta dipinda dan tindakan diambil oleh MCMC yang bersifat segera, ini yang akan diusahakan oleh pihak kementerian sekarang. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 11:10 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya, adakah pihak kementerian bersetuju sekiranya kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dibuat melalui MCMC, agar dapat diwujudkan polisi kewarganegaraan digital atau digital citizenship, dengan izin yang diterapkan di dalam silibus kurikulum atau dimodulkan agar pelajar lebih berkeupayaan untuk menggunakan teknologi secara bertanggungjawab, bertatasusila dan selamat.

Yang kedua, apa pula perancangan kerajaan bagi membanteras penjualan bahan pornografi di media sosial, terutamanya di X dan Telegram yang turut melibatkan pelajar sekolah menengah terutamanya, agar kejadian seumpama di X dapat dibendung terus daripada talian? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Maksud. Maaf. Yang soalan kedua tadi boleh ulang balik?

final • 11:10 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Perancangan kerajaan bagi membanteras penjualan bahan pornografi dalam talian.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, soalan yang sangat baik. Mengenai konsep kewarganegaraan digital ini, sudah pasti bukan hanya melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Pendidikan, malah Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi sebagai contoh. Jadi dia merentasi sejumlah kementerian.

Sudah pasti ada modul-modul yang perlu diteliti dan insya-Allah cadangan yang baik ini akan kita susuli. Pada waktu ini, ia akan bermula insya-Allah dengan perbincangan di antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan mengenai aspek keselamatan dalam talian tapi boleh dikembangkan ke dalam aspek yang disebutkan tadi.

Berkenaan dengan jualan bahan-bahan lucah ataupun tayangan bahan lucah dalam pelbagai platform, termasuk dalam X yang dimaksudkan, yang disebut tadi, memang. Bagi bahan lucah, kalau saya boleh sebut di sini, setakat 1 Januari 2023 hingga 1 Mac 2024, sebanyak 38 aduan telah diterima dan disiasat oleh MCMC berhubung kandungan lucah di bawah seksyen 233, Akta 588.

Daripada 38 aduan tersebut, 18 kes masih dalam siasatan, 2 kes telah dikeluarkan notis amaran dan 18 kes berstatus tiada tindakan lanjut dan atau tiada kesalahan dizahirkan, no offence disclosed (NOD). Ini melibatkan mungkin bahan-bahan yang telah diturun atau dipadamkan, sama ada dipadamkan oleh penyedia platform tersebut ataupun di atas arahan daripada MCMC.

Jadi, memang di pihak MCMC, beberapa perkara telah diambil. Walau bagaimanapun penting saya sebut di sini sering kali usaha untuk menangani sebaran bahan seperti bahan lucah dan juga beberapa perkara yang lain, dia bersifat dengan izin cat and mouse. Kita tutup sini, dia muncul sana. Kita tutup sana, dia muncul situ pula.

Jadi, di sini kerjasama yang lebih erat bersama penyedia platform media sosial ini diperlukan.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Contoh, salah satu isu yang dihadapi oleh pihak PDRM untuk membuat siasatan ialah aspek profiling bagi akaun-akaun yang membuat ataupun memuat naik bahan-bahan lucah ini.

final • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, di situ kerjasama yang lebih baik diperlukan daripada platform-platform media sosial. Ada beberapa langkah telah diteliti dan insya-Allah kita akan umumkan tidak lama lagi. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Speaker.

Saya nak tanya pada Menteri, soalan tambahan saya. Beberapa negara luar telah mengambil alih tindakan, iaitu menutup antaranya sosial media antaranya TikTok lah dan baru-baru ini Kerajaan Amerika Syarikat telah ambil ke hadapan cadangan untuk menutup TikTok ini kerana katanya membawa mudarat. Adakah Kerajaan Malaysia ke arah itu untuk menutup Tik Tok atau mana-mana social media yang memudaratkan?

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Dato Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada waktu ini kerajaan tidak berhasrat untuk menutup mana-mana platform media sosial. Yang kita lihat, ada beberapa perkara yang dibangkitkan yang kita harap dengan pertama, kerjasama yang lebih baik daripada platform-platform media sosial serta mungkin undang-undang yang lebih padu ataupun lebih sesuai ataupun suai manfaat dengan keperluan sekarang. Ini akan dapat membantu negara, ekonomi negara kita, rakyat negara kita meraih manfaat daripada penggunaan platform-platform ini. Walau bagaimanapun, kita mengambil maklum ada sejumlah negara, India sebagai contoh, TikTok telah ditutup sejak lima enam tahun yang lalu.

China ya, TikTok tidak wujud langsung dan aplikasi yang berbeza wujud di situ iaitu Douyin. Kalau di Amerika Syarikat, isunya lebih kepada aspek pemilikan data, bukan kepada aplikasi semata-mata. Ini ada beberapa isu yang lain. Jadi, dari segi pemilikan itu yang dipersoal di Amerika Syarikat.

Jadi, kalau kita lihat di antara negara-negara ini dengan penyedia-penyedia platform ini, ada mungkin aspek-aspek yang lain ya. Mereka mungkin ada senario yang berbeza yang ingin mereka tangani. Di Malaysia, kita pada waktu ini saya ulang, tidak berhasrat untuk menutup mana-mana platform media sosial tapi kita percaya, kita perlukan kerjasama yang lebih baik daripada platform-platform ini.

Ada beberapa langkah yang sedang dipertimbang untuk pastikan sekiranya ada isu-isu seperti keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak terutamanya, isu bahan-bahan lucah, bahan-bahan pornografi dan sebagainya, dapat ditangani dengan lebih baik.

Termasuk juga masalah jualan produk-produk yang mungkin tidak patut. Jadi, ada beberapa perkara ini sedang diteliti dan insya-Allah kita akan tangani dengan lebih menyeluruh.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Kita terus ke soalan ke-9. Saya mempersilakan Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kepada rakan- rakan beragama islam, salam Ramadan. Soalan saya soalan ke-9.

final • 11:10 AM

9. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah status terkini Konsep Rahmah yang telah diperkenalkan sejak awal tahun 2023. Program Payung Rahmah ini telah terbukti keberkesanannya dan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat, sama ada ia akan terus diperluaskan ke bidang yang baru pada tahun 2024.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat menyambut Ramadan kepada semua, Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Yang Berhormat Rasah di atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, konsep Rahmah yang dibawa melalui program Payung Rahmah sejak 11 Januari 2023, telah mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh negara, sama ada daripada pihak pengguna mahupun industri. Ini dibuktikan melalui kajian impak program Payung Rahmah pada akhir tahun 2023, di mana kita telah, kementerian telah pun mengkaji, melantik ya konsultan untuk menjalankan kajian impak ini.

Berdasarkan hasil daripada kajian, didapati 81 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan pelaksanaan Program Payung Rahmah, yang meliputi inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah Program Payung Rahmah seperti Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Pakej Rahmah dan Menu Rahmah.

Manakala 87 peratus rakyat Malaysia juga berharap agar Program Payung Rahmah dikekalkan. Juga, antara dapatan ialah 73 peratus daripada responden bersetuju bahawa inisiatif Payung Rahmah dapat mengurangkan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu, KPDN terus komited untuk meneruskan dan memperluaskan Program Payung Rahmah pada tahun 2024, sebagai salah satu strategi menangani kos sara hidup rakyat. Mulai 1 Mac 2024, Program Payung Rahmah telah dijenamakan semula kepada Program Payung Rahmah MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, tiga inisiatif baharu yang diperluaskan di bawah Program Payung Rahmah MADANI adalah yang pertama, memperkenalkan inisiatif Ihsan Rahmah oleh pihak swasta dan industri. Inisiatif ini merupakan satu pendekatan untuk melibatkan pihak swasta dan industri dalam sebarang program berbentuk sumbangan Ihsan Jualan Rahmah kepada komuniti, termasuk kepada pekerja mereka sendiri. Inisiatif Ihsan Rahmah ini sejajar dengan nilai ihsan yang terkandung dalam Gagasan Malaysia MADANI, di samping memperkasakan Program Payung Rahmah melalui pendekatan whole-of-nation, dengan izin Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sebagai permulaan, Program Jualan Ihsan Rahmah ini, musim perayaan diperkenalkan pada tahun ini sebagai menunjukkan ketersediaan pihak pemain industri sektor peruncitan untuk melaksanakan Program Jualan Rahmah melalui tujuh siri sambutan perayaan utama dan acara khas di Malaysia. Prosedur melaksanakan jualan murah ini adalah tertakluk kepada prosedur permohonan notis jualan murah dan saya hendak maklumkan bahawa tiada peruntukan dari Belanjawan 2024 untuk program ini.

Kedua, merancang pelaksanaan Pasar Rahmah yang turut meliputi perluasan pelaksanaan inisiatif Bazar Ramadan Rahmah yang dilaksanakan pada tahun 2023 dan akan disambung pada tahun ini di 64 lokasi di seluruh negara. Izin Tuan Yang di-Pertua, sedikit masa lagi ya. Di Bazar Ramadan Rahmah ini, ia akan melibatkan Menu Rahmah dan e-Wallet, pemberian e-Wallet kepada pengunjung-pengunjung. Contoh, esok kita lancarkan di Presint 14 Putrajaya, kita akan keluarkan 1,000 e-Wallet bernilai RM20 satu.

Ketiga, Kad Diskaun Khas Menu Rahmah kepada semua pengusaha Menu Rahmah dan Menu Siswa Rahmah. Sejak pendaftaran Kad Diskaun Khas Menu Rahmah ini diumumkan pada 2 November 2023, KPDN melihat bahawa pelaksanaan promosi dan advokasi ini wajar digerakkan untuk membantu pengusaha makanan berskala kecil dan sederhana untuk terus mengeluarkan menu makanan tengah hari atau makan malam pada harga mampu milik di samping mengekalkan khasiat dan keenakan makanan yang dihidangkan.

Jadi, kita harap Tuan Yang di-Pertua kita dapat teruskan usaha Menu Rahmah ini dengan kita menawarkan Kad Diskaun Menu Rahmah ini. Jadi, dengan Menu Rahmah, Jualan Rahmah, Pakej Rahmah, Bakul Rahmah, kita harap kita akan dapat teruskan program-program ini, demi membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Rasah.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya meneliti jawapan tersebut dan bagi saya jawapan itu menunjukkan komitmen daripada kerajaan, komitmen berterusan untuk mengurangkan kos sara hidup.

Cuma ada dua soalan tambahan di sini, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut berkenaan dengan Kad Diskaun Rahmah untuk pengusaha makanan yang berskala kecil supaya barangan ataupun kos mereka dapat dikurangkan. Bagaimana pasar raya menerima? Berapa banyakkah pasar raya yang menerima penggunaan kad ini? Kedua, sekarang ini bulan Ramadan. Kita tahu bazar Ramadan. Tadi disebutkan 64 lokasi ada bazar Ramadan.

Jadi, saya hendak tanya bagaimanakah bazar ini dapat membantu rakyat dan bagaimanakah penerimaan daripada peniaga sendiri? Sebab kita hendak bazar Ramadan Rahmah ini sustainable, boleh dikekalkan, boleh diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang supaya ia lebih banyak bazar Ramadan terlibat. Jadi, perlu ada satu perimbangan baik untuk pengguna supaya pengguna, pengunjung dapat membeli barang makanan dengan harga yang lebih murah dan baik untuk peniaga tersebut untuk mereka cari rezeki sebelum raya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawapan.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Rasah di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, Kad Diskaun Menu Rahmah ini sehingga kini ada 97 permintaan daripada peniaga-peniaga untuk kad diskaun ini dan kita sudah pun luluskan lebih kurang 30. Cuma masalahnya kita ambil masa untuk meluluskan kerana kita perlu buat penaziran bahawa kita hendak pastikan bahawa mereka benar-benar menawarkan Menu Rahmah dan tidak mengambil kesempatan di atas kad diskaun ini.

Setakat ini, pihak-pihak supermarket dan sebagainya amat memberi sokongan dan ada enam rakan strategik kita yang telah pun menawarkan Kad Menu Rahmah, di mana diskaun sehingga 40 peratus akan diberikan kepada peniaga-peniaga yang membawa Kad Diskaun Menu Rahmah itu apabila mereka berbelanja untuk barang- barang keperluan menyediakan Menu Rahmah nanti.

Bahagian yang kedua berkenaan dengan Bazar Ramadan Rahmah, Tuan Yang di-Pertua, penerimaan amat baik daripada peniaga-peniaga dan insya-Allah kita menyasarkan lebih kurang 40 peratus daripada peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Rahmah itu menawarkan Menu Rahmah dan setakat ini pendaftaran itu berterusan. Baru hari kedua bulan kita berpuasa tetapi untuk Bazar Ramadan Rahmah yang kita hendak lancarkan esok, kita sudah pun ada 26 peniaga yang bersedia untuk bersama kita dalam menawarkan Menu Rahmah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Silakan Yang Berhormat Tumpat. Betul? Eh, bukan, tidak, tidak. Sila tadi, minta maaf, tersilap.

final • 11:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Rantau Panjang.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, Rantau Panjang. Minta maaf.

final • 11:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucap tahniah di atas usaha yang telah dibuat untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Soalan saya berapa kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan setakat ini dalam semua

final • 11:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

program-program Rahmah yang telah dijalankan dengan pelbagai program yang telah disenaraikan?

Setakat ini, macam mana program ini untuk kita manfaatkan ke kawasan kami, Ahli-ahli Parlimen pembangkang? Kami yang tidak ada peruntukan, kami memerlukan program-program ini untuk membantu. Jadi, sejauh mana pelaksanaan ini dilaksanakan di Parlimen-Parlimen yang memerlukan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, sahabat saya. Dato' Yang di-Pertua, berkenaan dengan Jualan Rahmah ya, saya hendak berkenaan Jualan Rahmah yang ada peruntukan. Kita menawarkan Jualan Rahmah ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan, sekurang-kurangnya Dato' Yang di-Pertua, dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara. Tidak kira sama ada kawasan itu kawasan pembangkang ataupun kawasan kerajaan.

Untuk Ramadan pula, kita tambah lagi Dato' Yang di-Pertua dengan menawarkan 450 tambahan jualan Ramadan, yang tadi itu kita teruskan dan untuk Ramadan kita tambah Jualan Rahmah Ramadan berjumlah 450 di seluruh negara, tidak kira Parlimen mana dan ia ditambah dengan lebih barang basah untuk memenuhi keperluan rakyat di waktu menyambut Ramadan ini.

Berkenaan dengan Menu Rahmah juga kita buka di seluruh negara dan juga di Bazar Ramadan Rahmah yang saya sebutkan 64 tadi, saya ada senarai ini di Kelantan pun ada, di Terengganu pun ada, di negeri-negeri pembangkang pun kita laksanakan Bazar Ramadan Rahmah, Dato' Yang di-Pertua. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat boleh pergi kepada website untuk dapat tahu..

final • 11:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, jumlah kos yang ditanggung oleh kerajaan dalam program Rahmah.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Okey, kos yang ditanggung oleh kerajaan Yang Berhormat Rantau Panjang, kita ada allocation ya, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, allocation RM200 juta yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini untuk tahun 2024 untuk Jualan Rahmah dan juga untuk Pasar Rahmah.

Akan tetapi seperti saya katakan tadi Jualan Ihsan Rahmah itu tidak ada peruntukan. Ia tidak memerlukan peruntukan kerana ini adalah daripada rakan strategik kita, yang kerjasama rakan strategik kita, dengan komitmen mereka untuk berikan jualan itu jualan murah. Menu Rahmah juga tidak ada komitmen daripada belanjawan, Dato' Yang di-Pertua. Jadi Jualan Rahmah sahaja yang kita ada RM200 juta yang telah pun diluluskan di Parlimen untuk Belanjawan 2024. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesepuluh, saya mempersilakan Yang Berhormat Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.

final • 11:20 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua. Ada – saya kapten merchant bukan Kapten Bersara.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh, patutlah sini, betulkan. Marah nanti tentera darat nanti. Silakan.

final • 11:20 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Ada pembetulan sedikit...

*Kos sara hidup tinggi ramai rakyat mengeluh.

Soalan saya hari ini soalan nombor sepuluh.*

final • 11:20 AM

10. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah penambahbaikan dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan yang sedia ada khususnya terhadap pemandu bawah umur atau mereka yang tidak mempunyai lesen sehingga menyebabkan nahas di jalan raya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, Yang Berhormat. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan amat memandang serius berhubung isu pemanduan kenderaan motor oleh pemandu bawah umur dan tanpa lesen sehingga boleh menyebabkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya malah kepada pengguna jalan raya yang lain.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kementerian Pengangkutan melalui agensinya JPJ, senantiasa melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan pada undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Dalam hubungan ini, JPJ boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa suatu lesen memandu yang sah. Kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah seksyen 39, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, JPJ turut boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa suatu lesen memandu yang sah. Di bawah seksyen 26(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Mana-mana orang yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya. Untuk makluman, jumlah pengeluaran saman bagi kesalahan memandu di bawah umur bagi tahun 2024 setakat 29 Februari ini adalah sebanyak 578 kes. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Rengas.

final • 11:30 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian telah menjalankan sesi libat urus? Dan apakah hasil maklum balas bersama pihak NGO, masyarakat awam serta agensi-agensi yang terlibat mengenai Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada termasuk semakan semula hukuman denda di bawah seksyen 26(2) di bawah Akta Pengangkutan Jalan itu yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 sehingga RM2,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya terhadap pemandu bawah umur ini.

Soalan kedua, adakah kempen dan program mengenai kesedaran perundangan dan implikasi kemalangan berhasil? Dan jika tidak, adakah pihak kerajaan akan melakukan rombakan mengenai isu ini? Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama berkaitan dengan libat urus itu yang sebenarnya undang-undang ini sudah lama ya telah pun diwujudkan akta ini. Jadi ia memang sebenarnya sudah difahami hanyasanya – yalah, saya rangkaikan dengan soalan kedua iaitu sebab itu program yang dibuat sekarang ini.

Kerajaan menyedari memang banyak yang tidak berlesen ini khususnya yang di bawah B40 sebab ketidakmampuan ataupun sebab-sebab lain. Jadi kerajaan telah pun sekarang ini membuat MyLicense B2 itu. MyLicense B2 yang sekarang ini yang terkini dibuat seluruh negara mengikut peruntukan dan disediakan tiap-tiap tahun iaitu di mana kita memberikan bantuan di mana bekerjasama dengan IM untuk memastikan pemandu- pemandu kita ini mempunyai lesen.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Secara layman punya talk, kita paksa mereka untuk belajar memandu berhemah. Sekarang ini memang banyak yang boleh

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

pandu tetapi tengok buku pemanduan pun tidak pernah. Banyak yang sebenarnya. Masa kita mendaftar untuk MyLicense B2 ini, saya sendiri secara peribadi banyak terkejut yang selama ini banyak jalan sana, jalan sini rupa-rupanya selama ini tidak berlesen.

Tetapi bawa steady, memang steady, hebat, dengan rempitnya. Itu lagilah, itu stunt lagi. Jadi ini adalah program yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan ini bukan hanya setakat B license motosikal B2 ini tetapi juga kepada lori-lori yang juga ada yang tak berlesen iaitu dengan memberi kemudahan iaitu dengan mengadakan lesen vokasional kenderaan yang juga dibiayai oleh kerajaan untuk memastikan.

Selain daripada menambah bilangan pemandu-pemandu lori yang kita kekurangan tetapi juga yang ada lesen, yang telah pun, yang sebenarnya memandu lori tanpa lesen juga banyak dijumpai juga semasa penguatkuasaan dibuat. Jadi ini program- program yang dibuat oleh kerajaan. Kalau nak lihat rekod saman dan sebagainya, memang banyak...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Dalam tahun ini saja ada 500 lebih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Okey, 2023 – 2,000 lebih yang kena saman bawah umur ini. 2022 ada 200 dan jumlah yang antara 2021 sehingga 2024 setakat ini dah 3,000 lebih. Jadi program yang dibuat oleh kerajaan ini ialah bagaimana kita mendidik pemanduan.

final • 11:30 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Orang muda-muda kita, khususnya yang dulu umur dekat-dekat 16 tahun ke atas diberi pendidikan. We force them untuk baca undang-undang jalan dan sebagainya. Dan kita yang ada lesen ini sendiri pun sebenarnya lepas dah dapat lesen kita boleh tanya bila kita ada buka buku itu balik nak rujuk-rujuk lagi, nak to refresh ourself. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak buat, apatah lagi yang belum pernah tengok buku pun. Tapi we force them, kena buat dengan membantu dengan memberi kemudahan kepada mereka. Itu program yang dibuat pada masa ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bintang.

final • 11:30 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah bentuk hukuman ke atas pemandu bawah umur sekarang memadai atau adakah cadangan lebih keras dan tegas akan dilaksanakan oleh kerajaan? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Jadi, undang-undang yang sedia ada ialah kita memang tahu yang ada tiga bulan, enam bulan dan maksimum penjara dan saman dan denda dalam RM2,000. Jadi sebagaimana yang ditanya oleh Padang Rengas tadi ialah kita boleh melihat perkara ini rasanya undang-undang ini kalau kita membuat libat urus, apakah rakyat kita bersedia untuk menerima hukuman yang lebih berat lagi jika didapati bersalah.

Tetapi kita di kementerian dengan agensi-agensi kami MIROS dan sebagainya di samping kita memberikan juga bentuk pengajaran, advokasi untuk pemanduan ini dan memberi kemudahan yang seperti saya katakan tadi B2 itulah, MyLicense. Lebih kepada itu daripada mungkin mengeraskan, menambah lagi hukuman-hukuman untuk mereka yang di bawah umur ini. Jadi has still a long way to go-lah. Okey, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Puan Yang di-Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di nombor 16 sehingga selesai giliran Kementerian Belia dan Sukan di nombor 22 seperti dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 14 Mac 2024.” Terima kasih.

final • 11:37 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:37 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [12 Mac 2024]

final • 11:37 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassi - Arau

Yang Berhormat, saya bangun bawah 18(1).

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, saya dimaklumkan bahawa Tan Sri Speaker sudah jawab Arau dan Usul 18(1) telah ditolak dan ada satu lagi usul Arau hantar selepas jam 10 pagi semalam, tidak cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini. Jadi ia masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan kelak. Sila duduk.

[Tepuk]

final • 11:37 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassi - Arau

Yang Berhormat, 18(1) ini saya setelah berbincang dengan semua pihak iaitu untuk dibawa ke Kamar Khas berhubung dengan isu berbincang keperluan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada Palestin.

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, sila duduk. Sila duduk Arau.

final • 11:37 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassi - Arau

Ini bukan, ini bukan cadangan. Ini telah dibincang dengan semua pihak dan mereka minta saya bawa usul ini.

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini bukan masa untuk Arau bentangkan di sini. Sila duduk.

final • 11:37 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassi - Arau

Jadi kalau Speaker tolak saya tak...

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tidak mahu duduk, sila keluar.

final • 11:37 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Keluar, keluar. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh duduk?

final • 11:37 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassi - Arau

Tak, Saya nak cerita bahawa usul ini ...

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata itu masih tunggu keputusan Speaker.

final • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ada satu lagi usul 18(1).

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ada lagi satu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi amaran.

Kalau tak mahu duduk, sila keluar.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, saya ada lagi satu usul.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata satu usul sudah diputuskan ditolak dan satu lagi masih dalam pertimbangan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hantar tiga usul, saya hantar tiga.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kan saya hantar tiga, Yang Berhormat. Saya kena bagi tahu, saya hantar tiga usul.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada empat usul, saya tahu.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, kalau Yang Berhormat tak terima tak apa, tapi saya...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih dalam pertimbangan. Sila duduk Arau.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang ketiga ialah berhubung dengan Beting Patinggi Ali.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih dalam pertimbangan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ada hak di atas Dewan ini ya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila jawab.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya juga seperti Ahli Parlimen lain, berhak untuk berucap.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau, Arau mahu rehat?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan saya nak rehat, nak hukum.

Hukumlah. Jangan marah.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Semoga pemerintahan Tuanku diberkati dengan nikmat kesejahteraan, perpaduan dan kemakmuran kepada rakyat dan negara.

Saya juga ingin merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun yang lalu dengan penuh adil dan bijaksana.

Seterusnya saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja pada sidang Dewan kali ini khususnya Yang Berhormat Sungai Besar, Kinabatangan, Kudat, Gombak, Semporna dan Betong.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memulakan sesi penggulungan ini dengan menjawab tiga soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Besar serta Yang Berhormat Betong. Nombor satu, cadangan pemberian moratorium khas kepada usahawan PMKS. Yang Berhormat Sungai Besar telah mencadangkan moratorium khas kepada usahawan PMKS yang terkesan sehingga menjejaskan operasi perniagaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh ini, agensi-agensi pembiayaan di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, SME Bank, Bank Rakyat dan AIM tidak mempunyai perancangan untuk menyediakan moratorium khas kepada usahawan yang terlibat. Walau bagaimanapun, bagi usahawan yang mengalami isu kesukaran pembayaran balik pinjaman, usahawan tersebut boleh mengadakan perbincangan lanjut dengan agensi-agensi pembiaya di bawah KUSKOP untuk permohonan penjadualan dan penstrukturan semula pembayaran balik pembiayaan.

Soalan yang seterusnya, usaha bagi mempermudah permohonan pembiayaan daripada usahawan. Di samping itu Yang Berhormat Sungai Besar serta Yang Berhormat Betong turut membangkitkan usaha yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pembiaya di

final • 11:41 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan

bawah KUSKOP bagi mempermudahkan permohonan pembiayaan daripada usahawan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah menekankan supaya agensi-agensinya memudahcara permohonan pembiayaan daripada usahawan. Bagi tujuan ini, antara tindakan yang telah diambil adalah tindakan seperti berikut:

(i) TEKUN Nasional telah mengurangkan keperluan dokumentasi daripada 17 dokumen, hanya empat dokumen sahaja yang diperlukan sekarang bagi Skim Pembiayaan TEKUN;

(ii) tempoh kelulusan pembiayaan juga dikurangkan kepada tujuh hari bekerja daripada 21 hari bekerja; serta

(iii) Urusan penyaluran pembiayaan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja.

final • 11:41 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebabnya usahawan yang paling sangat terkesan ialah hampir satu juta usahawan informal dan mereka wajar dibantulah. Selepas era pandemik dan beratus ribu yang gulung tikar itu. Cuma harapan daripada kita, harapan daripada usahawan-usahawan itu memang ada satu moratorium khas kepada mereka untuk mereka pulihkan semula perniagaan mereka terutamanya usahawan-usahawan informal inilah.

Cuma saya nak tanya satu lagi soalan kepada Menteri, apa dia sebenarnya pelan pemformalan usahawan informal ini. Adakah ia membantu dalam bentuk kewangan, pembiayaan ataupun dalam bentuk pendidikan? Cara mengurus tunai dan sebagainya.

Jadi, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:41 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Isu moratorium itu Yang Berhormat, sebelum ini saya pun telah memberi jawapan. Isu moratorium ini pernah kami memberikan moratorium sebanyak satu tahun sebelum ini. Kalau kita bandingkan apa yang sedang berlaku especially dengan informal ini, kami memang adakan perjumpaan dengan yang memerlukan bantuan sebagai rujukan kepada kementerian dan agensi untuk membantu usahawan informal untuk memformalkan perniagaan mereka. So, kita akan memberikan pelancaran ini pada tahun yang akan datang seperti yang dilakukan tahun sebelum ini daripada segi pendaftaran secara formal.

Saya menyambung. Kedua adalah SME Bank yang telah memproses permohonan secara purata dalam tempoh 21 hari bekerja berbanding dengan 30 hari bekerja. Bank Rakyat telah mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro daripada 10 hari kepada enam hari bekerja. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengurus tempoh pengeluaran pembiayaan dalam tempoh masa 10 hari berbanding dengan 16 hari sebelum ini. PERNAS juga telah mengambil inisiatif dengan mendigitalkan proses permohonan, pembiayaan dan akan digunakan pada bulan Julai 2024. Agensi KUSKOP yang menawarkan bantuan kewangan seperti pinjaman di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia

(AIM) dan geran di bawah SME Corp serta Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK) di bawah Bank Rakyat juga tidak mengambil kira penilaian CTOS dan CCRIS bagi sumber peruntukan yang menggunakan dana kerajaan.

Seterusnya cadangan pembukaan lebih banyak kedai koperasi (Coopmart). Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Besar juga turut membangkitkan cadangan pembukaan lebih banyak kedai koperasi Coopmart dan mencadangkan pembukaan kedai di setiap kawasan Parlimen.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 1 Mac 2024, sebanyak 2,611 Coopmart telah ditubuhkan di seluruh negara. Melalui rangkaian Coopmart ini, gerakan koperasi dapat menawarkan barangan keperluan kepada rakyat pada harga yang berpatutan di mana terdapat bekalan diperoleh secara terus daripada pengeluar seperti ayam dan sayuran.

Mengenai cadangan pembukaan rangkaian Coopmart di setiap kawasan Parlimen, ia perlu diteliti daripada aspek kesesuaian lokasi dan sebagainya. Pada masa ini, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memberi fokus kepada usaha untuk mengukuhkan rangkaian Coopmart yang sedia ada. Pembukaan rangkaian

final • 11:41 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Coopmart yang baharu pula akan diberi keutamaan kepada kawasan perumahan berpotensi seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Selain itu, selaras dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM 2030) bagi memajukan sektor koperasi untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat, kementerian melalui SKM juga telah melaksanakan Program Jualan MADANI Koperasi sebagai salah satu alternatif dalam membantu kerajaan menangani kos sara hidup.

Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan kadar penjimatan sehingga 20 peratus yang akan dapat meringankan beban kehidupan seharian rakyat. Sehingga Januari 2024, sebanyak 22 Program MADANI Koperasi telah dilaksanakan dengan insentif subsidi sebanyak RM1.24 juta.

Seterusnya cadangan penyediaan gerai perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil. Puan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Kinabatangan yang telah membangkitkan cadangan menyediakan gerai perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil.

final • 11:41 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP sentiasa peka dan prihatin dalam menyediakan kemudahan infra seperti premis dan gerai perniagaan yang kondusif kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil. Dalam hubungan ini pada 2024, KUSKOP akan memulakan projek Tamu Desa dengan UDA Holdings sebagai agensi pelaksana yang bertujuan untuk membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur keusahawanan di luar bandar di Sabah dan Sarawak juga. Projek ini akan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM19 juta yang tentunya akan dapat memberi manfaat kepada usahawan penjaja dan peniaga kecil ke luar bandar.

Selain itu, KUSKOP juga telah memohon projek menaik taraf kemudahan sebanyak 15 fasiliti penjaja dan peniaga kecil di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk fasa 1 yang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Kemudiannya, pelaksanaan program pembangunan keusahawanan di Parlimen Kudat. Puan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Kudat pula telah menyentuh mengenai pelaksanaan program pembangunan keusahawanan di Parlimen Kudat oleh kementerian ini dan agensi-agensinya di bawahnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi kawasan Parlimen Kudat, terdapat pelbagai skim pembiayaan dan program pembangunan usahawan yang telah dilaksanakan. Antaranya adalah seperti berikut. Seramai 1,392 orang usahawan di Kudat telah menerima pembiayaan di bawah TEKUN Nasional melibatkan dana berjumlah RM16.75 million dengan izin. Pada tahun 2024 sebanyak RM6 juta dianggarkan telah disediakan oleh TEKUN untuk usahawan mikro di Parlimen Kudat. Bagi tempoh 2020 sehingga 2023, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM9.33 juta kepada sahabat usahawan AIM di Parlimen Kudat.

Selain itu, sejumlah RM7.98 juta telah diperuntukkan pada tahun 2024 kepada seramai 1,995 sahabat usahawan AIM di Parlimen Kudat. Bank Rakyat juga telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM5.25 juta kepada seramai 159 usahawan di Parlimen Kudat pada tahun 2020 sehingga 2023. Bagi tahun 2024 sebanyak RM4.2 juta telah diperuntukkan untuk usahawan di Parlimen Kudat oleh Bank Rakyat. Seramai tiga usahawan PKS di Kudat juga telah menerima pembiayaan berjumlah RM2.74 juta di bawah SME Bank pada tahun 2023.

Melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di bawah SME Corp, seorang usahawan belia dari Parlimen Kudat telah menerima geran peruntukan sebanyak RM20,000 pada tahun 2023. Bagi tahun 2024 ini seramai lima usahawan belia dari Parlimen Kudat akan mengikuti program TUBE yang dijangka bermula pada bulan Mei.

Seterusnya, cadangan menghasilkan tenaga kerja berbakat untuk meningkatkan pengembangan PKS.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Gombak telah mencadangkan supaya tumpuan wajar diberikan bagi menghasilkan tenaga kerja berbakat untuk

final • 11:50 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan

meningkatkan pengembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum mengenai cadangan ini selaras dengan usaha mentransformasikan PKS. Daripada PKS yang berteraskan keperluan kepada PKS yang berpacukan inovasi melalui guna tenaga yang berkemahiran.

Oleh yang demikian melalui Pelan Strategik PMKS 2030 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 5 Februari 2024, kementerian ini akan bekerjasama dengan beberapa kementerian berkaitan seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Digital bagi memperluaskan akses kepada penyediaan latihan dan peningkatan kemahiran digital dan juga tidak melupakan 4IR, the Fourth Industrial Revolution dengan izin, untuk tenaga kerja PKS.

Seterusnya, cadangan meningkatkan peruntukan program pembangunan keusahawanan kepada negeri-negeri. Selain itu, Yang Berhormat Gombak juga telah membangkitkan cadangan meningkatkan peruntukan program pembangunan usahawan kepada negeri-negeri supaya penumpuan, pelaksanaan program dapat dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan juga di negeri secara menyeluruh.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan program keusahawanan dan pembangunan PMKS disalurkan kepada kementerian dan agensi yang seterusnya akan memberi manfaat kepada usahawan-usahawan di negeri-negeri. Pihak kerajaan negeri juga turut menyediakan peruntukan bagi program keusahawanan dan PMKS yang dilaporkan kepada SME Corp melalui pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS

(SMEIPA).

Bagi memastikan pembangunan dan penyelarasan inisiatif keusahawanan berjalan lancar dan tidak berlaku pertindihan, Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta dianggotai oleh YB EXCO keusahawanan negeri telah dibentuk bagi menyelaras hala tuju pembangunan keusahawanan dan pelaksanaan inisiatif di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri supaya lebih terancang dan lebih strategik.

Cadangan inisiatif pembiayaan kepada usahawan tempatan dan industri pelancongan di Parlimen Semporna adalah yang seterusnya. Puan Yang di-Pertua, yang terakhir adalah daripada Yang Berhormat Semporna yang telah mencadangkan inisiatif pembiayaan kepada usahawan tempatan dalam industri pelancongan di Parlimen Semporna di Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah dan akan terus menyediakan skim pembiayaan dan bantuan perniagaan kepada usahawan dan koperasi tempatan yang menjalankan aktiviti pelancongan termasuk di Parlimen Semporna yang telah melibatkan pembiayaan-pembiayaan seperti yang berikut.

SME Bank telah menyalurkan pembiayaan kepada tujuh syarikat yang terlibat dengan bidang perhotelan atau resort di Parlimen Semporna dengan nilai pembiayaan berjumlah RM44.13 juta dari tahun 2022 sehingga tahun 2023. Bagi tahun 2024 pula SME Bank akan melaksanakan program Tabung Khas Pelancongan berjumlah RM60 juta kepada sekurang-kurangnya 15 usahawan di seluruh negara dengan nilai pembiayaan di antara RM50,000 sehingga RM5 juta bagi setiap permohonan.

Bagi koperasi pula, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM18,000 di bawah program Dagang Produk dan Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-DAPAT) kepada Koperasi Pelancongan North Borneo di Semporna yang menjalankan perkhidmatan kemudahan chalet kepada pelancong pada tahun 2022. Bagi tahun 2024, SKM telah menyediakan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP) SKM dan program Pembangunan Perniagaan Koperasi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan serta memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh SKM.

Puan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, Masjid Tanah. Saya nak tanya sebab saya tak dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab tentang jumlah pinjaman yang diberikan kepada TEKUN secara keseluruhan sebab saya difahamkan pada tahun ini jumlah pinjaman yang diberikan kepada TEKUN adalah sebanyak RM330 juta dan saya difahamkan sampai Februari telah pun habis RM110 juta. Kalau kita tengok dalam keadaan itu, banyak sekali yang diperlukan untuk sebab bulan kedua sahaja dah RM110 juta dah selesai. So balance ada tinggal lagi berapa juta. Jadi sebab itu, saya nak tanya tidakkah Yang Berhormat Timbalan Menteri merasakan bahawa sebenarnya TEKUN perlu diperuntukkan dengan peruntukan tambahan dan bukan setakat RM330 juta. Itu satu.

Kedua, berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Sungai Besar sebentar tadi berkenaan dengan usahawan informal dan juga nak beralih kepada formal.

Jadi usaha yang giat perlu dilakukan.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kita faham dalam keadaan yang meruncing hari ini, rakyat tengah susah dan mereka tak ada punca pendapatan, maka mereka nak berniaga.

Jadi, apabila ada bantuan untuk usahawan informal ini, saya ingin tahu apakah usaha yang diberikan ataupun dalam perancangan oleh pihak kementerian untuk melipatgandakan lagi usaha bagi memaklumkan kepada orang ramai― kerana ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya adalah tergolong dalam usahawan informal― dan untuk mereka beralih kepada formal untuk mereka mendapat lagi suntikan ataupun pembiayaan dan sebagainya? Saya ingin tahu daripada pihak kementerian.

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Sebenarnya saya dah nak gulung dah, YB.

Tapi tak apa, saya jawab juga.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ada 10 minit lagi.

Banyak masa.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Saya jawab juga. Soalan YB tak ada di dalam soalan lisan, tapi saya rela, saya jawab juga.

Nombor satu, bagi yang TEKUN. Peruntukan TEKUN RM330 juta, walaupun habis, kita gunakan peruntukan daripada TEKUN based, dalaman. Kita ada dana dalaman di dalam TEKUN yang kita gunakan. Contohnya, kalau kita ambil daripada tahun 2023 yang sebelum ini, kita telah dapat top-up sebanyak RM10 juta untuk, contohnya SPUMI. Dan juga tidak cukup, kita gunakan juga dana dalaman lagi kalau tak silap saya RM1.4 juta. So, memang penambahan itu― silakan.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Adakah dengan pertambahan sumber dalaman itu mencukupi berbanding dengan RM330 juta itu untuk tambahan? Itu nisbah yang sangat kecil, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Memang kalau kita tengok mana-mana peruntukan pun tidak akan cukupi, tetapi kita akan gunakan dana dalaman yang sedia ada di TEKUN untuk menambahkan lebih peruntukan yang perlu kita tambahkan pada masa yang sesuai. Tetapi, juga kita sedang mendapatkan dana balik daripada peminjam- peminjam sebelum ini yang kita akan gunakan balik sebagai dana dalaman.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey. Saya nak menjelaskan di sini. Maksudnya saya ingin ada pencerahan di sini. Maksudnya Yang Berhormat Timbalan Menteri merasakan RM330 juta itu cukup dan juga hanya gunakan sumber dalaman itu sahaja. Betul? Kalau saya faham dengan jawapan daripada Yang Berhormat sebentar tadi.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Kalau tidak mencukupi, kita ada dana dalaman yang akan digunakan on a basis which is determined by the CEO and its’ officer, dengan izin.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, Speaker. Timbalan Menteri, boleh tanya sikit? Kerana masa ada lagi.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya ingin tahu sebab tadi saya ada mendengar penjelasan program TUBE yang sungguh menarik. Saya ingin sedikit penjelasan berkaitan program ini. Berapa peratus sebenarnya sudah mencapai objektif untuk melahirkan usahawan baharu khususnya di kalangan orang muda? Kemudian, apakah bimbingan yang diberikan untuk memastikan golongan yang dah dapat TUBE dapat mencapai hingga berjaya menjadi seorang usahawan? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Berkaitan dengan TUBE, TUBE merupakan satu...

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, saya punya soalan fasal informal dengan pembangunan kepada formal tadi tak jawab lagi.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Oh, sorry. Yang berkaitan dengan informal― saya balik kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Berkaitan dengan formal dengan yang tidak informal, kita akan membuat pendaftaran perniagaan mereka. Jadi, selepas kita membuat pendaftaran, barulah kita boleh memformalkan perniagaan mereka. Selepas itu baru kita boleh menyalurkan bantuan-bantuan yang kita boleh bantukan. Kalau dia tidak formal, macam mana kita nak bagikan bantuan tersebut kepada mereka, Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Betul, saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan.

Soalan saya tadi, saya nak tahu apakah usaha untuk mengenal pasti yang tidak informal ini? Sebab, dia orang pun tak tahu dia orang dalam kluster informal ini. Sebab itu usaha yang perlu dilakukan dengan giat oleh pihak kementerian untuk mengenal pasti dan untuk memberikan maklumat kepada orang ramai bahawa mereka tergolong dalam industri tak formal supaya mereka boleh register dan juga terus mengubah― sekiranya mereka dah okey dan sebagainya, terus ubah kepada industri formal. Itu saja saya nak tahu.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Memang kita...

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dan menyantuni mereka yang belum lagi, tak tahu pun mereka dalam informal ini.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Okey. Yang itu, kita telah menyediakan banyak― kalau kita tengok dalam social media, memang dalam social media pun kita letak. Kalau kita tengok di laman web pun, kami telah letakkan apa-apa yang diperlukan untuk mereka mendapat tahu sama ada mereka di dalam golongan formal ataupun informal. So, kalau mereka dapat membuat satu kenal pasti dan mereka memasuki dalam laman web ataupun website agensi, dia boleh dapat tahu. So, kita akan dapat bila kita pergi― for example, kalau kita buat program-program, kita juga akan mengenal pasti di tempat tersebut kalau ada informal-informal perniagaan tersebut.

Untuk menjawab soalan daripada...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

final • 12:00 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Yang Berhormat Temerloh. Sorry, minta maaf.

TUBE pada tahun 2024 telah menerima lebih daripada 3,105 permohonan. Daripada jumlah tersebut, 2,000 telah mengikuti sesi temu duga, 476 telah menamatkan latihan tersebut dalam kumpulan set pertama dan akan berlanjutan. Terima kasih.

Puan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja...

final • 12:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Boleh tambah sikit tak?

Sebab masa ada ya. Saya nak tahu, berapa agaknya peratus yang kita dapat maklumat yang kita dah keluarkan bajet banyak untuk TUBE, berapa yang berjaya sebenarnya menjadi usahawan? Itu satu.

Saya nak tambah satu lagi soalan boleh, Timbalan? Berkaitan dengan koperasi.

Sebenarnya di luar sana ramai kita dengar rungutan di kalangan ahli-ahli koperasi kerana banyak juga koperasi yang gagal. Mereka nak menuntut semula modal mereka tetapi

final • 12:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

tidak berjaya. Modal bukan sedikit. Ada hampir mencapai puluhan ribu. Sebenarnya adakah ini disedari oleh Menteri Usahawan dan Koperasi? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Ramanan Ramakrishnan

Untuk jawapan yang pertama, Yang Berhormat Temerloh, sejumlah 13,866 permohonan― kalau kita ambil― pemohon telah berjaya diwujudkan daripada tahun 2014 sehingga 2023 hasil program TUBE. Jadi, program ini memang satu program yang berjaya.

Berkaitan dengan isu koperasi, memang kita ada banyak koperasi yang tidak lagi aktif. Kementerian telah membuat satu keputusan juga untuk memberikan satu masa untuk mengaktifkan balik koperasi tersebut. Kalau tidak diaktifkan, mereka akan dibatalkan. Memang apa yang pelaburan mereka termasuk di dalam koperasi itu bukannya kecil atau besar, tetapi itu adalah satu pelaburan yang mereka buat dan ditanggungi oleh koperasi tersebut. Kementerian tidak boleh mengambil tanggungjawab atas pengendalian koperasi tersebut dari segi tatacara dan tata kelola ataupun perniagaan mereka, Yang Berhormat. Terima kasih.

Puan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja.

Sebagai penutup, ingin saya tegaskan di sini bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan terus berusaha untuk membangunkan usahawan terutamanya di kalangan belia dan wanita melalui pelbagai program keusahawanan yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

Sehubungan itu, kementerian telah melancarkan dokumen Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tahun 2024 dengan terma Usahawan MADANI Memacu Ekonomi. Perancangan strategik ini mensasarkan tiga objektif utama iaitu:

(i) menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong pemecutan, pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawanan negara;

(ii) mempertingkatkan skala dan daya saing usahawan dan koperasi; dan

(iii) memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan keusahawanan supaya lebih fasilitatif dan efektif.

Bagi merealisasi objektif yang disasarkan, sebanyak lima teras strategik, 22 strategi dan 205 program telah dirangka yang akan memanfaatkan lebih 600,000 usahawan. Melalui pelaksanaan perancangan strategik ini, ianya akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk merealisasikan Malaysia sebagai jaguh PMKS serantau dan seterusnya mampu mencapai sasaran untuk muncul sebagai 30 ekonomi terbesar di dunia seperti mana yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya menjemput Menteri Pendidikan Tinggi...

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua, standing order. Tuan Yang di-Pertua, standing order.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Standing order yang mana satu?

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

18(1) dan (2).

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang, saya dimaklumkan bahawa Machang telah menghantar satu Usul 18(1) pada hari Selasa jam 4.50 petang. Jadi, ini diterima selepas jam 10 pagi semalam dan tidak

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(2). Jadi, ia masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan kelak.

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Esok boleh saya bangun balik?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Esok.

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ok, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, sila jawab.

final • 12:10 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Bismillahi Rahmani Rahim , assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI dan salam Ramadan. Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya merafak sembah ucapan tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Saya juga ingin merafak sembah dan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat sepanjang tempoh lima tahun dengan penuh kebijaksanaan.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara dan isu- isu yang berada di bawah tanggungjawab kementerian semasa sesi perbahasaan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi memainkan peranan yang amat penting dan significant dalam melahirkan bakat masa hadapan yang mampan dan berkeupayaan. KPT juga perlu memastikan agar kewujudan ekosistem pendidikan tinggi negara sentiasa relevan, kondusif serta aktif.

Saya percaya bahawa institusi pendidikan tinggi adalah embrio kepada pengujudan kumpulan bakat negara yang seterusnya akan menyumbang kepada pertumbuhan negara bangsa yang MADANI. Oleh itu, mewujudkan ekosistem pendidikan tinggi yang segar dan kondusif adalah sangat diperlukan, terutamanya dalam mendepani kepantasan perubahan yang berlaku di seluruh dunia dalam pelbagai aspek. Pihak kementerian juga sentiasa cakna dan menitikberatkan aspek kebajikan warga institusi pendidikan tinggi, terutamanya para pelajar dan kakitangan akademik serta bukan akademik di IPT.

Bagi menjawab dan mengulas segala perkara berkaitan Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah dibangkitkan sepanjang minggu perbahasan, saya akan mengelompok dan mencerakinkan isu-isu utama mengikut tema bagi menjimatkan masa.

Tema pertama yang akan saya santuni adalah transformasi pendidikan tinggi negara. Seterusnya, daripada Indera Mahkota. Umum mengetahui, seluruh dunia sedang dan telah melalui perubahan dan perkembangan dalam pelbagai aspek. Kita tidak dapat mengelak daripada menerima segala perubahan yang sedang berlaku, bukan hanya di dalam negara, malahan juga di seluruh dunia. Sudah pasti perubahan yang sedang berlaku ini secara langsung atau tidak, akan turut memberi impak kepada ekosistem pendidikan tinggi negara. Dalam hal ini, adalah penting untuk kita mempunyai sikap penyesuaian terhadap perubahan serta keperluan semasa. Justeru itu, dalam menangani segala cabaran yang dibawa oleh arus perubahan, kerangka pendidikan tinggi negara perlu disegarkan semula agar seiring dengan perubahan landskap pendidikan dunia dan juga kehendak semasa.

Dunia sedang menyaksikan lahirnya kumpulan yang dikenali sebagai digital native iaitu mereka yang lahir pada zaman atau era digital atau digital age, dengan izin.

final • 12:11 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Mereka ditandai oleh tiga kriteria utama iaitu, dengan izin, adaptability, agility and self- learning di dalam dunia pendidikan kita. Ini adalah dunia baru yang sedang kita hadapi.

Menjawab saranan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota di dalam perbahasan beliau berkenaan reformasi pendidikan, suka saya kongsikan di sini bahawa pihak KPT sememangnya sentiasa cakna tentang isu ini dan telah melaksanakan pelbagai langkah reformasi pendidikan. Antaranya, penubuhan jawatankuasa menyemak dan mengkaji semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional yang dikenali sebagai National Review Committee atau (NRC). Jawatankuasa ini telah mengenal pasti sebagai 58 cadangan penambahbaikan yang terdiri daripada 28 cadangan bersifat transformatif, 12 cadangan quick win dan 18 inisiatif pembolehdaya atau enabler, dengan izin. Hasil Laporan NRC ini juga akan dijadikan sebagai input dan asas dalam pembangunan Pelan Pendidikan Tinggi yang baru bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

Kedua, dalam menyahut hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memperkenalkan Gagasan Malaysia MADANI serta hasrat beliau untuk Malaysia menjadi negara maju dengan mengambil kira faktor manusiawi seiring pembangunan ekonomi, kementerian melihat TVET sebagai salah satu pemboleh daya kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, transformasi politeknik 2023- 2030 telah diperkenalkan. Melalui transformasi ini, terdapat empat matlamat, tiga strategic reform initiative, dengan izin, dan 13 critical reform agenda dirangka bagi menyokong agenda transformasi politeknik 2023/2030.

KPT juga sedang membangunkan kertas posisi, dengan izin, New Horizon for Science, Technology and Innovation Strategy to Enhance Higher Education in Malaysia.

Kertas posisi ini bertujuan untuk menilai impak teknologi disruptive semasa dan masa hadapan ke atas aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi serta tadbir urus pendidikan tinggi serta mengenal pasti tindakan-tindakan intervensi, strategi-strategi penambahbaikan dan key takeaways yang boleh diadaptasi oleh KPT, terutamanya dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, pada tahun ini juga terdapat beberapa dasar dan pelan yang akan dibangunkan dan diluncurkan. Antaranya;

(i) Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026/2035;

(ii) Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2024/2030; dan

(iii) Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2024/2030.

Puan Yang di-Pertua, saya masuk ke bidang akademik dan ranking.

final • 12:11 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri, Ipoh Timor.

Terima kasih Timbalan Speaker, syabas, tahniah atas segala usaha, khususnya berkenaan dengan TVET di kementerian Yang Berhormat. Cuma saya dapat tahu melalui laporan-laporan berita dan sebagainya, bahawasanya menjelang Jun tahun ini, 2024 akan ada update, dengan izin, atau Dasar TVET Negara akan diumumkan secara mendalam dan menyeluruh.

final • 12:11 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Saya hendak memohon Yang Berhormat memberi sedikit ulasan berkenaan dengan apa yang disebutkan ‘Pengantarabangsaan Pendidikan Pengajian Tinggi’ dalam konteks TVET. Sama ada pengantarabangsaan itu akan juga merangkumi institusi- institusi TVET di Malaysia dengan institusi-institusi TVET di luar negara. Malah, syarikat- syarikat yang hendak menawarkan qualification atau kelulusan dan pentauliahan di peringkat Malaysia dapat link dengan misalnya dekat UK, City & Guilds dan sebagainya untuk mendapat pentauliahan cross-country dengan izin.

Last sekali, dari segi latihan atau syllabus yang ada di Malaysia dalam TVET, sama ada on the job mahupun dari institusi, sama ada akan dipertimbangkan dalam Dasar TVET Negara untuk akhirnya memberikan mata MQA kepada sesetengah kursus supaya

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

pengamal-pengamal TVET macam teman ini akhirnya ada ruang untuk dapat degree dalam bidang-bidang TVET. Sekian.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih soalan yang dikemukakan oleh Ipoh Timor. Untuk pengetahuan Ipoh Timor, Dasar TVET Negara ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, selaku Timbalan Perdana Menteri dan di bawah kelolaan beliau selaku Pengerusi, beliau menggabungkan keseluruhan program TVET yang dilaksanakan di semua peringkat, termasuklah di peringkat kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang ada.

Dalam konteks perkara kedua yang dikemukakan iaitu berkaitan dengan proses pengantarabangsaan. Kita menggunakan beberapa pendekatan dengan beberapa negara yang lain, termasuklah dalam kerangka mengadakan hubungan seperti dengan negara Jerman, China dan juga yang terbaru, saya turut mengiringi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke Jepun untuk melihat bentuk-bentuk program TVET yang dilaksanakan di sana.

Selain daripada itu, bagi membolehkan supaya program-program yang dianjurkan dan yang dilaksanakan itu ada kaitannya juga dengan industri-industri yang berkaitan dalam negara kita. Ini kerana ada kalangan pelabur-pelabur daripada negara-negara yang berkenaan datang ke negara kita mahukan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang yang hendak mereka labur di negara kita. Itu yang pertama.

Bagi menjawab soalan seterusnya iaitu berkaitan dengan kursus berkaitan dengan syllabus yang dianjurkan. Ia akan menjadi satu program yang bersifat lebih agile iaitu lebih terbuka, flexible di mana kita tidak akan menentukan, meletakkan hanya semata-mata program-program yang dianjurkan di peringkat TVET itu hanya dilakukan di institusi-institusi yang sedia ada. Apa yang kita anjurkan pada hari ini ialah dengan membuka ruang supaya program-program micro-based learning dengan izin, iaitu program yang dianjurkan bersama dengan industri-industri yang berkaitan.

Keduanya, kita juga memperkenalkan kursus-kursus yang bersifat micro credentials bagi membolehkan ada program-program yang tidak memerlukan satu tempoh jangka yang panjang untuk dianjurkan bagi membolehkan mereka ini terus bekerja di sektor-sektor yang berkenaan.

Oleh yang demikian, kita telah pun minta supaya pihak-pihak negeri, khususnya yang ada pelaburan-pelaburan mereka supaya mengadakan perbincangan ini dengan pihak kementerian bagi membolehkan kursus-kursus yang seperti ini dianjurkan dan kita dapat menyediakan bidang pekerjaan kepada mereka yang memohon pekerjaan di bidang-bidang yang tersebut. Terima kasih.

Akademik dan ranking. Saya akan perjelaskan perkara-perkara yang berkaitan akademik, termasuklah ranking universiti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Kemaman.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Dungun yang telah menyarankan agar kursus-kursus yang ditawarkan di institusi pendidikan tinggi perlulah selari dengan IR4.0 dan juga berkait dengan artificial intelligence atau kecerdasan buatan yang merupakan keperluan semasa di dalam sektor pekerjaan dan ekonomi.

Sememangnya pihak KPT sedang dalam usaha merealisasikan agenda negara ke arah membangunkan bakat mahir yang memenuhi kehendak industri dan graduan kalis masa hadapan atau dengan izin future-proof. KPT juga telah membangunkan kerangka pembangunan program teknologi tinggi, bernilai tinggi bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mampu mendepani landskap pekerjaan yang sentiasa berubah dan penuh dengan persaingan di dalam era Revolusi Perindustrian 4.0.

Terkini, KPT dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang membangunkan Fakulti AI pertama Malaysia sebagai salah satu usaha memenuhi keperluan semasa. Sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan AI telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi pada Januari 2024 dan pelajar kohort pertama program ini akan memulakan pengajian pada Oktober 2024.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Pembangunan dan kurikulum AI tersebut telah dikenal pasti menepati keperluan industri, melibatkan pakar-pakar bidang AI serta seiring dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 yang dirangka oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Seterusnya, saya ingin memberi penjelasan kepada saranan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju agar kursus-kursus akademik –

final • 12:20 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Silakan.

final • 12:20 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Sebelum itu, saya hendak ucap terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri sudi menerima cadangan reformasi pendidikan Perikatan Nasional yang saya serahkan kepada Yang Berhormat pada 7 Mac yang lalu.

Ada dua bahagian yang saya ingin bertanya. Yang pertama ialah berkaitan dengan asas atau dengan izin the pillars of the university. Ini ada kaitan dengan perkara pertama yang Yang Berhormat sentuh yakni langkah-langkah reformasi pendidikan. Kita percaya bahawa universiti itu harus ada – mencari kecemerlangan itu yang ada rohnya, excellence with soul dengan izin. Jadi, ada dua. Ada banyak tetapi antaranya dua ialah kepimpinan universiti itu yang seharusnya terdiri daripada seorang Vice Chancellor yang merupakan dengan izin, a leading figure in his or her discipline supaya boleh terhasil dua perkara yang ‘sakral’ di universiti iaitu peer recognition dan collegiality. Yang kedua ialah ada masanya bab ilmu ini dia tidak boleh diukur, dia tidak boleh di-measured tetapi dia kena menggunakan proses evaluation atau penilaian.

Perkara yang kedua yang saya hendak timbulkan ialah berkaitan kurikulum tadi.

Sejauh mana sekarang ini setiap universiti mempunyai university required courses yang diikuti oleh semua pelajar kerana antara matlamat akhirnya ialah walau apa pun disiplin yang diikuti pelajar, walau apa pun jenis universiti, matlamat akhir ialah melahirkan a good man, not just a good worker, dengan izin. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Seperti biasa Indera Mahkota penuh dengan pemikiran-pemikiran filosofinya dan kita berkongsi. Saya sebenarnya berkongsi dengan beliau dalam beberapa pemikiran yang dilontarkan, khususnya dalam konteks pembinaan manusia kerana universiti itu mesti berperanan membina manusia, menjadikan manusia itu yang baik, manusia yang baik ataupun yang sering kali kami sering kali menggunakan istilah **“****muawatu soleh”, iaitu warganegara yang baik dan dengan sendirinya, dalam masa yang sama bukan hanya warganegara baik tetapi juga manusia yang baik.

Jadi, dalam konteks ini, kita melihat falsafah universiti itu sebenar dan saya juga membicarakan perkara ini dalam ucapan tahunan saya berkaitan dengan matlamat universiti yang sebenarnya.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ini mengambil ungkapan yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat tadi iaitu universiti mesti ada soul-nya. University with a soul. Not university without a soul. Seperti mana yang disebutkan oleh Harry R. Lewis dalam bukunya iaitu A University Without A Soul suatu ketika dahulu yang sama-sama kita bahaskan buku itu.

Inilah sebenarnya yang menjadi matlamat kita, bagaimana nak membangunkan manusia yang seimbang daripada kedua-dua aspeknya. Saya setuju bahawa perlu ada keperluan-keperluan di universiti untuk mempunyai kokurikulum yang seimbang. Sebagai contoh, apabila sebuah universiti itu menganjurkan program-program ataupun kursus- kursus yang bersifat teknikal dan ia sewajarnya juga mempunyai kursus-kursus yang seimbang seperti dalam bidang human sciences dan inilah yang kita syorkan dan ini juga untuk pengetahuan Yang Berhormat Indera Mahkota, yang sedang dibicarakan oleh sarjana-sarjana masa kini.

Howard Gardner sebagai contoh, yang membicarakan bagaimana parahnya keadaan universiti di barat khususnya di Harvard apabila hanya melahirkan manusia yang

final • 12:30 PM

Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

hanya memberi tumpuan kepada dalam bidang akademik dan untuk mencari pekerjaan semata-mata tanpa melahirkan satu dimensi lagi iaitu dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek moral, nilai dan sebagainya. Jadi, ini adalah perkara-perkara yang sedang kita rangka bersama untuk...

final • 12:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya mohon sikit?

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Melihat dalam konteks ini supaya akhirnya nanti, graduan-graduan yang akan lahir daripada universiti-universiti kita akan mempunyai keseimbangan yang baik dan menjadi masyarakat yang baik, rakyat yang baik dan juga manusia yang baik. Silakan YB.

final • 12:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat berminat dengan penjelasan dan hala tuju yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma saya ingin tanya sedikit dan mungkin boleh sebagai satu cadangan kepada pihak kerajaan berkenaan dengan dua golongan yang sangat penting, yang perlu kita libatkan dalam Kementerian Pendidikan Tinggi, sekalipun mereka ini merupakan golongan yang sedikit terabai.

Satu, berapakah dan apakah hala tuju kerajaan berkenaan dengan ingin meningkatkan penglibatan dan kemasukan orang-orang OKU dalam universiti-universiti negara kita terutamanya membabitkan pelbagai jenis kecacatan? Maknanya kalau yang berkerusi roda itu mungkin cukup dengan ada accessibility tapi hal-hal yang lain juga memerlukan suatu tindakan yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan sebagai contohnya autisme dan sebagainya. Satu.

Yang kedua, di sana terdapat beberapa program telah disebut dan dirancang serta dijalankan di penjara yang membuat kerjasama dengan pihak universiti dan juga mungkin TVET berkenaan dengan penjara dan sebagainya. Jadi saya ingin mendapatkan pandangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, adakah kita boleh merancang supaya lebih ramai anak muda yang tergelincir untuk kembali semula ke alam pendidikan, khususnya pendidikan tinggi kerana kebanyakan mereka ini sangat berminat tetapi saya dapati jumlah yang graduate daripada penjara tidak ramai. Jadi bagaimana kita perlu buat motivasi yang lebih supaya orang-orang yang bijak pandai ini dapat kita kembalikan kepada pemulihan yang sebenarnya. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri, boleh jawab sekali? Ya, tadi saya terpanggil dengan hujah-hujah Yang Berhormat Menteri yang juga tidak ketinggalan dengan falsafah-falsafah yang tinggi. Saya memang melihat bahawa kebanyakan sekolah-sekolah ataupun universiti, mereka cuma memberi penekan kepada akademik itu sendiri tetapi kalau kita lihat di Jepun Yang Berhormat Menteri, bagaimana Jepun melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, bijak pandai tetapi bertamadun, beradab tinggi dan mengetahui sejarah mereka sendiri.

Jadi apakah ini tidak akan diterapkan di negara kita supaya mereka cemerlang, bijak pandai tetapi mengetahui sejarah negara kita dan mereka tidak akan menjadi orang yang orang kata tidak bertamadun apabila keluar daripada universiti. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Pandangan yang baik daripada – nanti saya ulas kemudian. Cuma saya nak jawab yang ada satu bahagian lagi yang belum saya jawab daripada Indera Mahkota. Lepas itu saya pergi kepada Tumpat. Tumpat ya, tak silap saya. Tumpat, saya tak tahu sama ada anak murid saya dulu atau tidak. Dia berminat betul dari Kementerian Luar itu, sampai dia sering kali bertanya dengan saya. I think she is my student. Cuma yang saya nak sebutkan di sini iaitu perkara yang ketiga yang dibangkitkan oleh Indera Mahkota berkaitan dengan pemilihan-pemilihan VC kita ini. Seperti yang kita ketahui bahawa penilaian dan pencarian VC-VC ini ia berasaskan kepada kriteria-kriteria yang tidak boleh tidak misi ada nilai scholarship yang pertama dan juga integriti ilmunya.

Saya maklum tentang kedudukan dari segi kriteria-kriteria yang perfect, yang perlu kita dapati dalam pemilihan VC-VC ini. Namun kriteria ini telah pun ditetapkan dan kita telah mempunyai satu jawatankuasa pemilihan yang dibentuk. Jadi mereka inilah yang membuat penilaian-penilaiannya. Malah saya tidak menafikan bahawa dari aspek

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

penilaian peer review and collegiality itu juga sangat-sangat penting. Ini adalah antara perkara yang mungkin dapat dibuat penilaian dari semasa ke semasa seperti yang kita ketahui dalam konteks universiti, pentadbirannya dia berada dalam tahap-tahapnya.

Mungkin seorang Vice Chancellor itu akan memegang jawatannya hanya dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja. Hal-hal seperti inilah yang juga kita buat sama-sama malah saya juga telah pun mengarahkan supaya satu sistem penilaian pemilihan VC ini hendaklah dibuat dengan lebih detil supaya ia setaraf dengan proses pengantarabangsaan universiti kita untuk membawa pelajar-pelajar datang ke sini. Antara lain sebagai contoh, waktu saya pergi ke luar negara, mereka akan bertanya untuk buat postgraduate sebagai contoh. Dia akan tanya siapakah profesor dalam bidang yang berkenaan. Ini adalah antara hal-hal yang sering kali ditekankan, yang akan kita berikan penekanan dalam soal penilaian pemilihan termasuklah dalam konteks pemilihan VC kita.

Berkaitan dengan soalan daripada Tumpat tadi iaitu berkaitan dengan OKU-OKU kita. Saya pernah mengadakan juga pertemuan dengan beberapa kalangan termasuklah ada seorang profesor, profesor OKU. Mungkin Tumpat kenal beliau iaitu Profesor Dr.

Ruzita kita dan beliau sekarang menjadi presiden kepada persatuan ini, untuk melihat bagaimana kita dapat memberikan sumbangan yang terbaik.

Jadi kalau Tumpat lihat dalam konteks UIA sebagai contoh yang saya pergi, saya lihat OKU itu bukan hanya melibatkan daripada kecacatan anggotanya sahaja. Ia juga melibatkan mereka yang terlibat dalam – yang lembap dan sebagainya dan ini dikumpulkan bersama dan mereka berada di universiti. Saya lihat UIA antara contoh dan saya percaya di universiti-universiti yang lain juga mempunyai peluang-peluang yang sama yang diberikan seperti mana yang diberikan oleh UIA ini.

Cuma kalau YB ada cadangan-cadangan yang lebih baik, bagaimana kita nak memperkukuhkan lagi untuk pengambilan OKU-OKU seperti ini, boleh cadangkan kepada pihak kementerian. Terima kasih.

Yang berkaitan dengan Kinabatangan. Saya berterima kasih kepada Kinabatangan yang memberikan pandangan yang baik dan ini adalah merupakan seperti yang saya sebutkan tadi juga, merupakan suatu pendekatan yang hendak kita laksanakan seperti mana yang disebutkan di Jepun tadi. Baru-baru ini saya melawat Jepun dan salah satu institusi yang kita lawati itu namanya KOSEN, KOSEN Institute yang melahirkan setiap tahun 50,000 graduan engineering. Apa yang menarik di dalam konteks Kosen ini ialah mereka bukan hanya semata- mata melahirkan kumpulan engineer-nya yang sangat diperlukan, yang sangat berkualiti tetapi dalam masa yang sama mereka memperkenalkan kokurikulum sains sosialnya iaitu nilai-nilai kemasyarakatannya dengan satu matlamat, tema yang dipanggil sebagai melahirkan dipanggil doktor sosial, social doctor. Saya bertanya what do you mean by doctor social, social doctor? Tapi apa yang dimaksudkan oleh mereka ialah mereka perlu kembali semula kepada masyarakat, memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan juga kepada negara mereka.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi, daripada segi pendekatan kurikulumnya begitu berimbang sekali dengan memberikan juga penekanan kepada soal-soal nilai, soal-soal moral dan juga keperluan kepada negaranya.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kalau satu...

final • 12:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Penjara tadi itu.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya ada empat ini.

final • 12:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ada penjara tadi, belum jawab. Fasal penjara.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh, yang— oh, ya sorry.

final • 12:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dan saya adalah anak murid kepada Indera Mahkota.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

She’s my student.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh, your student ya. Baik. Yang berkaitan dengan penjara ini, kita seperti mana Yang Berhormat juga sedia maklum, kita tidak menghalang mana-mana pihak pun untuk melanjutkan pelajaran mereka. Memang saya difahamkan melalui Kementerian Dalam Negeri dibincangkan bahawa ruang-ruang itu diberikan kepada mereka sekiranya mereka berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran ataupun membuat tesis-tesis mereka.

Seperti yang kita sedia maklum saya tidak ada numbers sebab figure yang telah pun tular...

final • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri ringkas Menteri, akhir.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Tapi saya fikir sudah ramai yang sudah keluar daripada kursus-kursus yang ditawarkan dari penjara ini.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Boleh...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya ada tiga, empat...

final • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas, ringkas sahaja. Hulu Terengganu.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang hanya nama Rosol ada di sana. Silakan.

final • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Menteri. Tahniah dengan jawapan yang saya rasa cukup komprehensif dan memang layaklah untuk jadi Menteri. Cuma soalan saya mungkin luar sikit daripada apa yang dibincangkan iaitu berkaitan dengan UEC. Saya difahamkan bahawa setakat ini UNISEL mengiktiraf UEC, peperiksaan UEC untuk kemasukan. Adakah kerajaan bercadang untuk membuka ruang kepada universiti-universiti lain untuk mengiktiraf UEC sebagai syarat untuk kemasukan...

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

UEC.

final • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Ke universiti-universiti awam ataupun universiti swasta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri masa sudah tamat.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Boleh jawab satu, satu saja.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Saya bagi lima minit sahaja. Sila gulung selepas itu.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Satu soalan sahaja.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Silakan.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih Menteri.

Oleh sebab kita tahu bahawa mahasiswa adalah merupakan aset untuk kepimpinan negara. Saya mencadangkan supaya KPT mengadakan Debat Perdana peringkat untuk IPT. Itu yang pertama. Saya juga mengingatkan kita tahu bahawa TVET memang kita nampak tadi seolah-olah memang menjadi harapanlah kepada negara tapi saya juga mahu supaya TVET ini juga tidak ditinggalkan kurikulum rohaniah iaitu keagamaan supaya kejayaan mereka menjadi seorang kita kata manusia yang seimbang. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh saya juga tanya? Lebih kurang sama punya.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Okey.

final • 12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey ya, sikit-sikit.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih...

final • 12:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey. Yang Berhormat Menteri saya dalam ucapan saya ada tanya macam mana dengan kita wujudnya pensyarah sebenarnya yang keluarkan kenyataan yang rasis dan kita ini haruslah menggunakan kampus untuk memupuk perpaduan di kalangan semua kaum di kampus kita. Jadi, apakah akan dilakukan oleh kementerian?

final • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Menteri sikit saja Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat sikit saja.

final • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Menteri sikit saja.

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya, saya terkejut...

final • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Raub, Raub.

[Ketawa]

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya...

final • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Saya, saya dulu.

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dua minit, dulu. Saya dulu bangun. Saya bangun dulu tak...

final • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Okey. Yang berhubung dengan isu...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ha, okey terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan saya dulu...

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya sangat tertarik dengan ucapan berkenaan dengan pembangunan intelektual bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara dan kita akan bergerak ke negara yang maju. Tapi saya tengok bila intelektual ini sudah menjadi seorang yang academician dan dia bercakap akademik dia, dia dihukum. Ini berdasarkan ilmu yang dia belajar, dia bercakap. Bukan rasis seperti mana Seputeh sebut tadi itu. Bukan rasis dia bercakap mengenai ilmu dia. Dia PhD dalam bidang ini tiba-tiba dia disiasat dikatakan rasis. Tak boleh macam itu, mana pembinaan intelektual yang kita nak pergi sekarang ini.

final • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Menteri. Yang isu saya berkenaan isu UEC kerana kami tahu sekarang universiti-universiti awam seperti Universiti Malaya, UPM, USM sudah boleh iktiraf Australia Matriculation (AUSMAT), IB dan juga China High School Exam, iaitu Gaokao China dan banyak-banyak student China pun boleh masuk ke Universiti Malaya walaupun mereka tak belajar bahasa dan juga sejarah Malaysia.

Oleh itu, soalan saya adalah kenapa jika universiti awam boleh menerima student, student dari China yang tidak pernah belajar bahasa Melayu dan sejarah Malaysia, kenapa kita tidak masukkan atau enroll student UEC yang diiktiraf oleh lebih daripada 200 buah universiti serata dunia. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Tak tahu boleh benarkan saya sambung...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri sila gulung.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya jawab dulu. Sebelum saya gulung...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tak sempat bagi jawapan bertulis.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Baik. Saya jawab dulu yang berkaitan dengan UEC ini. Seperti kita sedia maklum bahawa sebuah kerajaan, Kerajaan Sarawak telah pun mengiktiraf. Bagi dalam konteks kita di universiti-universiti awam, kita belum mengiktiraf lagi.

Dalam konteks KP— tentang pensyarah yang mengeluarkan kenyataan rasis dan sebagainya. Kita perlu membedakan di antara kenyataan-kenyataan yang bersifat akademik dan juga kenyataan-kenyataan yang bersifat a mere statement sama ada datangnya daripada pensyarah mahupun di kalangan orang biasa. Jadi, kenyataan- kenyataan ini kita tidak boleh bezakan sama ada ini pensyarah, ini orang biasa.

Apa pun seperti yang kita sedia maklum, dunia akademik adalah dunia akademik.

Apabila mereka berhujah mereka akan menyampaikan hujah-hujah berdasarkan kepada dunia akademik mereka, dengan latar belakang mereka, dengan kelebihan mereka.

Lantaran itu adalah menjadi tanggungjawab juga bagi mereka yang tidak sependapat dengannya dalam konteks akademik memberikan hujahan-hujahan yang bersifat akademik. Itulah yang dinamakan sebagai dunia akademik.

[Tepuk] Namun walau bagaimanapun, sebarang kenyataan yang hanya bersifat orang kata making statement yang— sweeping statement itu tidak boleh kita terima. Jadi, saya bedakan antara dua perkara ini. Dalam dunia akademik adalah dunia akademiknya. Jadi, saya harap saya jelaskan perkara ini.

Yang akhir sekali ialah berkaitan dengan debat KPT. Debat KPT ini kita dah buat Yang Berhormat Temerloh. Memang setiap tahun kita ada dan kita— ini merupakan antara salah satu program yang Indera Mahkota sangat suka sekali. Yang berkaitan dengan— Indera Mahkota memang pakar dalam bidang debat.

TVET pula ialah daripada segi kurikulum kerohanian. Memang tidak kita nafikan bahawa seperti yang saya sebutkan ‘adi salah satu contoh dalam konteks 'KOSEN’ itu telah memberi impak yang sangat baik untuk kita contohi. Walaupun dalam konteks TVET sekarang ini pun sudah ada tetapi kita perlu merangka dengan lebih mantap lagi supaya apabila kita lahirkan nanti sama ada graduan daripada TVET mahupun daripada universiti kita akan lahirkan manusia yang benar-benar berimbang sifatnya.

Jadi, saya banyak lagi sebenarnya. Kalau...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Dengan izin. I have a lot— oleh sebab Puan Yang di-Pertua minta saya ini, saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dengan izin. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.

final • 12:40 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja di Dewan Rakyat ini dari 27 Februari hingga 7 Mac 2024 yang lalu.

Pada hari ini saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan yang telah menyentuh isu MOTAC oleh 38 Ahli Yang Berhormat dari Paya Besar, Hulu Terengganu, Pendang, Ipoh Timur, Bukit Mertajam, Padang Besar, Masjid Tanah, Pasir Puteh, Balik Pulau, Kangar, Petaling Jaya, Tumpat, Temerloh, Indera Mahkota, Semporna, Alor Setar, Merbok, Ampang, Puncak Borneo, Seputeh, Beaufort, Maran, Jerantut, Kinabatangan, Sandakan, Kuala Kangsar, Kuantan, Libaran, Pekan, Kuala Kedah, Mersing, Batu Pahat, Kudat, Lumut, Bera, Sabak Bernam, Saratok, Cheras.

final • 12:47 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha membanyakkan tapak bersejarah termasuk negeri-negeri di Pantai Timur melalui pewartaan dan pengiktirafan ke atas seni budaya dan tapak bersejarah di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] dan UNESCO.

final • 12:47 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Berkenaan usul tapak bersejarah secara yang berpotensi di negeri-negeri Pantai Timur antaralah cadangan yang boleh diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah Taman Negara Semenanjung Malaysia dan tapak perlombongan Sungai Rompin, Pahang. Berhubung status pelaksanaan inisiatif Belanjawan 2024, sebanyak RM80 juta yang diperuntukkan bagi UNESCO potential site, ianya tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan yang akan menilai setiap permohonan berdasarkan keutamaan dan keperluan semasa.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC melalui Tourism Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti promosi untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia. Di antara aktiviti utama adalah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa serta agensi-agensi pelancongan dalam usaha mempromosikan Malaysia...

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Sebagai salah satu destinasi pelancongan terunggul di dunia yang melibatkan peringkat jaringan kemudahsampaian udara ke negara ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, tadi soalan saya mengenai Tapak Warisan UNESCO tadi yang dijawab itu berkenaan dengan negeri Pahang. Saya maksudkan dengan negeri Kelantan. Ada tak sebarang usaha yang dibuat oleh pihak Kementerian Pelancongan untuk...

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ada. Sekali gus saya jawab semua.

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Maksudnya tidak ada daripada Kelantan, hanya daripada Pahang sahaja.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tak, tak, tak. Itu sekarang punya cadangan dari Pahang, dia orang masih lagi dalam pertimbangan ikut syarat-syarat semua kalau tidak.

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Maknanya daripada Kelantan belum ada?

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Dia belum ada lagi.

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri, mungkin Kerajaan Negeri Kelantan, Kementerian Pelancongan dia perlu mencadangkan kepada kementerian baru boleh timbang.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Itu memang betul.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, Masjid Tanah.

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ada cadangan Kelantan sebab itu saya hendak tahu apakah respons daripada kementerian?

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya – Yang Berhormat Menteri saya hendak mencelah untuk berkenaan dengan ketibaan data pelancongan daripada antarabangsa ke Malaysia. Saya hendak ucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri serta seluruh pasukan di MOTAC dan juga Tourism Malaysia kerana data sebagaimana yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Menteri pada 3 Disember 2023 adalah sebanyak 26 juta.

Ini adalah satu angka yang cukup tinggi berbanding dengan pada tahun 2022, 10.07 juta, naik 126 peratus. Hebat ini macam Yang Berhormat Menteri, memang hebat.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu apakah definisi pelancong seramai 26 juta berdasarkan daripada UNWTO, United Nations World Tourism Organization iaitu pelancong sekurang-kurangnya kena tinggal di negara kita satu malam di lokasi pelancongan tersebut.

Selama ini bertahun-tahun MOTAC Tourism Malaysia gunakan indicator berkenaan. Tapi Yang Berhormat Menteri, saya agak musykil apabila ada satu di Facebook ada data daripada Seasia Statistic menyatakan Malaysia merekodkan ketibaan pelancong 29 juta berdasarkan dia kata official statement daripada kementerian. Pada 5 Mac, baru lagi, 5 Mac yang mana menyatakan official statement daripada kementerian menyatakan sebenarnya merekodkan ketibaan pelancong 20.1 juta. Ini berbeza dengan apa Yang Berhormat Menteri umumkan, macam mana boleh jadi macam itu?

Jadi soalan saya, adakah statistik 26 juta pelancong yang diumumkan oleh menteri itu sebenarnya adalah data mentah yang turut merangkumkan expatriate, excursionist dan juga warga asing yang datang bekerja di Malaysia. Saya ingin tahu pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri sudah bagi tahu 26 juta ini macam bagus. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Memang Kementerian Pelancongan yang menjalankan daya upaya mana kita boleh. Mengenai melawat – saya jawab sama kita.

Merujuk kepada warga asing...

final • 12:50 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Puan speaker, Puan Speaker saya mohon menteri jelaskan data sebenarnya sebab saya dari sudut ekonominya banyak melihat data-data jadi kita hendak tengok yang sebenar.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggulah saya jawab.

final • 12:50 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi minta pengesahanlah setakat mana ini ya.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggulah saya jawab.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau ini isu baru yang dibangkitkan hari ini, jadi boleh dijawab secara bertulis.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Memang berbahas. Tapi tak apa saya jawab sikit maklumat. Merujuk kepada warga asing is considered visitor kepada negara kita.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat cakap betul-betul, saya tak berapa jelas, bukan saya sahaja, ramai yang tak jelas ini.

Cakap bahasa jelas sikit, terima kasih Yang Berhormat. Takut mengelirukan Dewan.

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Okeylah, saya jawab bertulis.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mana boleh jawapan bertulis. Ini fasal data.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Mana bahas pun itu hari.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh, boleh Yang Berhormat. Soal data tidak boleh mengelirukan Dewan. Yang Berhormat Menteri perlukan data yang tepat. Ini Yang Berhormat pun tak pandai belajar.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ini termasuklah penawaran dan sempadan Penerbangan...

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, sikit minta jawapan.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Antarabangsa (GSPC) bagi menggalakkan ketibaan pelancong asing melalui penerbangan sewa khas dan peningkatan penerbangan laluan baru. Misalnya, Tourism Malaysia dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad melaksanakan pelbagai inisiatif dalam meningkatkan kekerapan penerbangan termasuk laluan penerbangan terus, direct flight...

final • 12:50 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri. Puan Speaker, Puan Speaker sekejap.

Puan Speaker kalau boleh saya celah. Menteri, minta tolong. Menteri, as a minister yang penting kena tahulah data sebenar data pelancong, itu penting.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri sekejap minta jalan, mencelah. Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...dan penerbangan sewa khas dan [Tidak jelas] ..city ke destinasi Malaysia termasuk negara Timur Sabah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak bagi laluan.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya ini lembaga pengarah ini. Pengarah MOTAC, Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya adakah Lembaga Pengarah MOTAC ini terdiri daripada stakeholders seperti...

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggulah saya jawab. Saya belum lagi, baru mula.

Tunggulah.

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap saya hendak tanyalah dan juga saya tengok...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baru mukadimahlah.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Bermula...

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ada nama seorang ini adakah tak ada ahli politik. Kurniawan Moktar.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, sila duduk dulu.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Bermula Februari 2024, Malaysia telah menerima sebanyak 55 penerbangan melibatkan laluan baru dari Ashgabat, Turkmenistan – Kuala Lumpur.

[Tidak jelas] ejen, bandar Kuala Lumpur dan penerbangan sewa khas Sibuti...

final • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, macam mana kita hendak faham, bahasa Melayu pun teruk.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk Hulu Terengganu.

final • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bahasa Melayu pun teruk macam mana kita hendak faham. Kita tanya lain jawab lain.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

..Nanjing, Tawau, Chengdu ke Langkawi, Chengdu ke Kota Kinabalu dan Chengzhong ke Langkawi. Manakala Sichuan Airlines akan memerlukan penerbangan...

final • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dia cakap pun dia tak faham Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Minta maaflah dia cakap pun ada isi dia tak faham.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu kalau berdiri tanpa kebenaran lagi saya akan silakan keluar.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Harian dari Chengdu – Kuala Lumpur dan China Eastern Airlines dan Shenzhen – Kuala Lumpur bermula bulan April 2024. Pada masa yang sama, Air Asia turut akan memerlukan penerbangan terus dari Siam ke Kuala Lumpur yang beroperasi menggalakkan pelancongan Muslim-friendly tourism. Sebagai tambahan, Shanghai Airlines juga berhasrat untuk menambah lima laluan baru iaitu Wuhan – Kuala Lumpur, Kunming – Kuala Lumpur, Nanjing – Kuala Lumpur, Shanghai from Penang dan Shanghai – Tawau. Dijangka bermula pada...

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Masjid Tanah hendak tanya.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Contoh 2024.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sikit sahaja pasal pelancongan daripada China. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cakap lembut ini. Yang Berhormat Menteri, saya tengok usaha yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk menarik lebih ramai pelancong daripada negara China amat memberangsangkan. Jadi syabas dan tahniah juga saya ucapkan.

Tetapi bagaimana kita hendak tahu supaya Yang Berhormat Menteri ataupun MOTAC tidak hanya fokus sahaja kepada maksudnya China sahaja walaupun ianya ini tetapi ada negara-negara lain contohnya seperti Russia, Moscow maksudnya ada – mereka ramai orang-orang kaya termasuk juga Middle East. Mereka adalah big spender yang akan membelanjakan lebih banyak. Jadi saya ingin tahu apakah hala tuju dan juga bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh MOTAC untuk mendapatkan lebih ramai pelancong datang daripada sana? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Kita memang ada fokus sama China, tetapi Middle East kita pun ada buat. Macam selepas hari raya, kita akan pergi buat marketing ataupun promosi di negara Middle East masing- masing dan juga kita di Russia itu semua kita melalui ...

[Tidak jelas] Turkmenistan Airlines membantu mempromosikan di Russia sana.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, sebab Russia ini adalah merupakan super rich population. Adakah MOTAC ataupun Tourism Malaysia ada nak mendapatkan penerbangan secara direct kepada Malaysia?

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri, saya ingat MOTAC perlu mengemukakan cadangan untuk membawa Masjid Tanah sama-sama untuk kempen di mana-mana negara ini supaya memastikan pelancong-pelancong itu datang.

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bung ini memang penyokong tegar kepada Yang Berhormat Menterilah.

final • 1:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tak...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Salahkah saya minta cadangkan bawa Yang Berhormat?

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat aktif dalam pelancongan. Tidak salah saya rasa.

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yalah...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya cadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya Masjid Tanah dibawa oleh MOTAC untuk...

[Disampuk] Bekas Timbalan Menteri MOTAC dulu. Ya.

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kinabatangan.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saudi Arabia kah, Middle East kah, Asia kah. Jadi supaya pelancong itu datang.

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tahulah anak Kinabatangan dalam tourism board, Tourism Malaysia. Tak payahlah backing.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak berminat.

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak payahlah nak backing sangat.

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 1:00 PM

mesyuarat] Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak berminat.

final • 1:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Yang Berhormat Masjid Tanah...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya duduk sini. P.M.37, saya akan laksanakan sekeras-keras. Ambil maklum ya. I don’t want any nonsense. Teruskan.

final • 1:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Saya mahu bagi maklumat, Yang Berhormat Masjid Tanah, Rusia sana kita tahu sekarang lagi perang. Kita bukan― rakyat Malaysia kalau you suruh dia pergi berkempen di sana, buat promosi sana, tidak ramai orang mahu pergi.

So, harap kita faham.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kejatuhan nilai ringgit pula, ianya menjadi satu peluang bagi MOTAC untuk bekerja keras bersama-sama dengan penggiat industri pelancongan tempatan bagi menentukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan value for money kepada pelancongan asing.

Keadaan ekonomi serantau yang kurang memuaskan bukan sahaja memberi impak kejatuhan nilai mata wang di Malaysia. Malah di negara-negara ASEAN. Hal ini mengakibatkan kenaikan mendadak pada kos promosi di luar negara.

Walau bagaimanapun, MOTAC melalui Tourism Malaysia akan mengoptimumkan usaha publisiti dan promosi pelancongan serta kempen pengiklanan menerusi platform digital seiring dengan .....

[Tidak jelas] dan perkembangan semasa termasuk kerjasama pintar dengan pihak swasta dan pemain industri pelancongan seperti online travel agent, dengan ejen-ejen pelancongan di pasaran-pasaran sasaran.

Di samping itu, promosi melalui platform media sosial seperti Facebook, YouTube, TikTok, Wiebo, ..., Xiaohongshu juga terus dilaksanakan untuk meletakkan feasibility Malaysia di mata para pelancong.

Tourism Malaysia terus akan memfokuskan kepada pasaran besaran sasaran utama iaitu pasaran secara dekat dan pasaran dekat sederhana yang menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancongan asing seperti negara-negara ASEAN, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur untuk pulangan pelaburan yang pantas.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC sentiasa proaktif dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi menarik lebih ramai pelancong yang berkualiti dan belanja lebih ke negara ini.

Sehubungan itu, Tourism Malaysia bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan yang fokus kepada produk pelancongan minat khas dan berimpak tinggi seperti golf..

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, Masjid Tanah.

final • 1:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

*...diving, eco-tourism, ..

[Tidak jelas] .. cruise…*

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, Masjid Tanah.

final • 1:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggu saya habis dululah.

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey, saya tunggu.

Saya tunggu YB-lah.

final • 1:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

*Cruise ..

[Tidak jelas] ..,* pelancongan kesihatan, *health screening and awareness, ..

[Tidak jelas] ..* dan sebagainya dengan menyertai pameran- pameran antarabangsa yang kursus dan fokus kepada sentimen pelancongan ini.

Kalender antara pelancongan juga akan terbabitkan mengikut terma ... *..

[Tidak jelas] ..* pelancongan minat dan festival bagi...

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, 38(3).

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebentar. Yang Berhormat Menteri, peraturan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Mesyuarat 38(3) Dato’ Yang di-Pertua, saya ingat Dato’ Yang di-Pertua boleh memberhentikan sebab kami tak faham apa yang dibacakan.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 38 berapa? Yang Berhormat,...

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dalam sesuatu pindaan mencadangkan hendaklah dipotong...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tengah bercakap pun janganlah potong. Apa dia, cakaplah perlahan-perlahan. Lani saya tanya apa dia?

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

38(3).

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, 38(3) kata apa? Sebentar. Kalau saya 37, 36 itu dalam kepala dah.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini baharu.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar ya.

Baik, apa dia isunya?

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, isunya. Apa yang dibentangkan oleh Menteri kami pun tak faham. Mungkin dia sendiri pun tak faham. Bahasa Melayu dia...

final • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang jelaskan Standing Order apa 38(3) itu tak ada kaitan langsung...

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak apa, tak apa.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Kampar, amaran satu. Saya tiga – I will warn, saya jatuh hukum lima hari minimum. Kalau you sanggup go ahead. Alright, saya tengah berurusan dengan Pendang. Please. Saya tak nak bila saya duduk Majlis ini jadi pasar borong. Saya ada etiquette, right. Baik, jelaskan.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi saya minta Dato’ Yang di-Pertua supaya Menteri ini tak payah menggulunglah sebab apa, kami tak faham. Bahasa-bahasa yang digunakan bahasa Melayu. Jadi lebih baik bertulis. Suruh pegawai tulis dengan bahasa yang boleh semua faham.

Beberapa Ahli : [Menyampuk]

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, don’t test my patience, please. Ini bulan puasa. Saya sedaya upaya bulan puasa ini saya nak bagi laluan.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Speaker.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat, belum selesai lagi dengan Yang Berhormat Pendang. Okey. Baik.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Itulah saya minta sebab bila kita nak bagi faham jawapan. Jawapan ini jawapan Hansard yang menjadi official dalam Parlimen seterusnya dilaksanakan diamalkan peringkat kementerian semua.

Jadi kalau penggulungan ini, jawapan ini yang tidak difahami. Jadi susah juga kita. Nanti di luar konteks ia jadi, dipanggil mengelirukan Dewan. Itu yang saya minta.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi tak payahlah macam itu kalau kita pun tak faham apa semua. Okey, baik terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat, saya faham apa yang ingin disampaikan oleh Yang Berhormat Pendang. Ini jawapan saya. Yang Berhormat Pendang saya faham. Macam mana Yang Berhormat Pendang tak faham.

[Tepuk] . Baik ya. Macam ini...

final • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Speaker 36(12).

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Kampar, second warning.

final • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya bangkit peraturan mesyuarat.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk, duduk.

Saya tengah berurusan ini. I warned you all right. Macam inilah Yang Berhormat, saya tengah – saya telah menyatakan tadi saya boleh faham.

Jadi apa yang akan nyatakan di sini Yang Berhormat Menteri selepas Yang Berhormat Menteri berucap, minta benda ini make public to the opposition, bolehkan?

Boleh Menteri?

final • 1:00 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Boleh Tuan Yang di-Pertua, tiada masalah.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, settle. All right

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Speaker.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat – peraturan lagi ini. Wah, masa saya banyak betul peraturan.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, ini Peraturan Mesyuarat 38(3).

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, sebentar Yang Berhormat Kinabatangan, all right. Baik, 30?

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

38(3).

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebetulnya, Pendang buang masa Yang Berhormat Speaker. Tak ada kaitan langsung.

final • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia pakai peraturan mesyuarat yang salah.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Lain kali, Speaker boleh tengok tak ada kaitan, suruh duduk sahajalah. Ini buang masa Menteri. Saya faham apa Menteri ucap kenapa dia tidak faham. Ini tidak patut.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kinabatangan saya pun faham Menteri cakap dan saya faham dan saya tahu saya pun manusia. 37(2) ada sebut bila-bila masa bahagian kedua itu ada sebut, saya interpretasi bahawa mana-mana Yang Berhormat bertujuan menegur itu adalah untuk mengganggu I can use it but saya masih tolerent lagi bulan puasa.

Saya...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Speaker gunalah.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Okey, sekarang...

final • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Speaker, 36(12) yang Kinabatangan bangkit. 38(3) langsung tak ada kaitan.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar, apa – nantilah, satu-satu. Ya, Allah ya Tuhanku.

[Ketawa] . Satu-satu. Okey, sekarang saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Kampar untuk bercakap. Apa isunya?

final • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan Mesyuarat 36(12), mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis.

Tadi Pendang bangun pakai Standing Order 38(3), tak ada kaitan langsung. Dia cakap Menteri cakap dia tak faham. Apa kaitan 38(3)?

final • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya tunggu dia jelaskan. Saya tunggu lima minit. Tak jelas langsung. Saya bangun nak bangkit Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya kena warning.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, apa ini? Pendang sampai sekarang tak faham peraturan mesyuarat apa itu, 38(3). Sila jelaskan.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kampar. You’ve got your point to me. All right. Jangan ucapkan pada orang lain. Di dalam Dewan, you berurusan terus dengan Pengerusi Dewan, Yang di- Pertua. All right. Apa yang saya difahami daripada apa yang dinyatakan oleh Kampar bawah 36(12), mengelirukan. Betul? Sekarang saya minta, sebelum saya buat petua, bahagian mana yang mengelirukan? Fasal saya, bila satu orang buat tuduhan...

final • 1:10 PM

Seorang Ahli

Kita cakap lagi.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bila seorang Ahli Yang Berhormat membuat tuduhan atas isu di bawah Perkara 36(1) sampai (12) itu, pertuduhan itu kena jelas. Sekarang ini saya nak tahu, which part and parcel are you referring that Yang Berhormat Pendang is saying? Dengan izin.

final • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi Pendang telah bangun pakai Peraturan Mesyuarat 36(3). Dalam Peraturan Mesyuarat ini, tidak ada kaitan langsung dengan penjelasan. Dia yang kata Menteri cakap, dia tak faham, apa itu Peraturan 38(3)? Jadi, Pendang telah mengeluarkan satu peraturan mesyuarat yang salah, yang telah mengelirukan Dewan ini. Jadi, saya mohon supaya Timbalan Yang di-Pertua buat satu keputusan.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

All right. Jadi, boleh saya anggapkan Yang Berhormat Kampar menyatakan bahawa keseluruhan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pendang adalah mengelirukan Dewan? Is it that?

final • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betul. Dia memakai peraturan mesyuarat yang salah dan mengelirukan Dewan.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, kalau salah, peraturan mana yang betul?

[Ketawa]

final • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak ada peraturan yang─ apa kata Menteri tak faham dalam peraturan ini. Mana ada peraturan mesyuarat cakap, Menteri tak faham, boleh bangun ganggu. Mana ada peraturan mesyuarat. Tak ada.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, baik.

final • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia pakai peraturan mesyuarat yang salah.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Duduk Yang Berhormat. Jadi, beginilah. Yang Berhormat Kampar telah membangkitkan tidak ada satu- Bagi saya, if I want to charge a person. Saya nak tuduh orang, saya akan direct to the point kerana dia kena membela. Kalau saya proceed-kan whichever quotation you are saying, I’ve got to ask him. To be fair. Tetapi dalam ini, to be frank with you Yang

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berhormat Kampar, apa yang Yang Berhormat Kampar lempar ini is null, zero. So, kita teruskan dengan perbahasan. Baik.

[Tepuk]

final • 1:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Speaker, jika ini dibenarkan, bermakna bila-bila masa kita boleh bangun, quote mana-mana peraturan mesyuarat dan kita boleh ganggu sahaja. Ini Peraturan Mesyuarat 38(3) tidak ada kaitan langsung.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat. You want to do that, go ahead. I Pengerusi yang ada sini, kalau dia fasih tentang buku ini, 37(2) is always there to void you. [Sambil menunjukkan peraturan mesyuarat] Tetapi kalau yang mana-mana orang yang tak faham, maybe you can play around. With me, no way. You sit down.

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Peraturan mesyuarat.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 berapa Yang Berhormat?

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Nak dibangkitkan adalah 23(c), Yang Berhormat.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Wow. Semua jadi...

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Mana sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi...

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar, sebentar. 23...

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Senangkan nak baca untuk Yang di-Pertua.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ipoh Timor, 23 berapa?

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

23(c) Yang Berhormat.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

33 atau 23?

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

23(c).

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

23(c).

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ia berkenaan dengan pertanyaan.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Isu-isu pertanyaan, 23(c). “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, pujian, kejian dan mengandungi kalimah dan...” Okey, I come back to this. Dalam 23(c), Yang Berhormat Ipoh Timor. You must look at two different angles. One is on the soalan lisan yang you tiap-tiap pagi atau masa dalam persidangan sesi soalan lisan. Ini satu pandangan, there is two to it. The first one I’m going to explain, yang pertama tadi. Apa-apa soalan bertulis yang dihantarkan untuk Menteri jawab pada pagi itu, most of the sesi, must content this 23 sampai “i”, sampai berapa itulah. Itu satu aspek. Lagi satu, dalam soalan antara Yang Berhormat-Yang Berhormat berlaku semasa perbahasan, it doesn’t conclude to this. It is more towards 36. Ini saya punya keputusanlah. But it is subject to your appeal under Peraturan Mesyuarat 43. Ini pandangan saya dan petua sayalah, bila pandangan.

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Okey.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh Yang Berhormat?

final • 1:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kalau petua telah dibuat, saya ikutlah.

final • 1:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

This is a good lesson. Satu benda yang saya nak nyatakan, 23 ini seolah dia akan tapis- pihak Parlimen

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

akan tapis dalam soalan-soalan bertulis tuan-tuan. Right. Thank you Yang Berhormat.

Yes.

final • 1:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, tadi dah Dato’ Yang di-Pertua kata Dato’ faham. Jadi, saya tak─ saya fahamlah apa yang saya bawa itu Dato’ Yang di-Pertua faham juga. Okeylah itu. Keputusan Yang di-Pertua. Jadi, kita patuh lah.

Kenapa dok bangkit lagi? Sahaja nak cari...

[Sambil menuding jari]

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itulah saya cakap tadi.

final • 1:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya patuh Dato’ Yang di-Pertua buat, kata Dato’ Yang di-Pertua faham itu. Saya patuh dah.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, yang itu Yang Berhormat Pendang. Saya bercakap tadi. Kalau saya boleh gunakan 37(2). Saya dah faham dah. Dia dok tanya-tanya. Jadi, saya bila bertanya, saya kena bertanya, be fair. Tanya dengan you, you punya jawapan. Tetapi why buang masa? Sekarang kita nak Menteri menjawab dan rakyat melihat. Baik kita back to our tugas-tugas kita di dalam ini.

Yang Berhormat Menteri, sambung. Saya akan tambahkan waktu yang saya ambil tadi. Baik.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih. Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ini Yang Berhormat ‘Pandang’ ini dia hendak perli sama saya. Kasi malu saya. Tak apa.

[Ketawa]

final • 1:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Pendang, Pendang.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Saya sudah dalam enam penggal di Dewan ini, saya tau dia punya sikap macam mana. Dia punya perangai macam mana. Bagilah orang awam buat justifikasi sama dia.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Okey. Kalendar acara pelancongan juga akan dibaikkan mengikut tema musim pelancongan, minat dan festival bagi menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa. Bermula tahun 2024, Tourism Malaysia akan giat mempromosikan kempen melalui kerjasama dengan Persatuan Pusat Membeli-belah Malaysia dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menarik pelancong...

final • 1:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, dah boleh tanya dah? Yang Berhormat Menteri, dah boleh tanya?

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...agar belanja di Malaysia, terutamanya barangan kraf dan barangan buatan Malaysia...

final • 1:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...di samping promosikan barangan berjenama tinggi.

final • 1:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggu. Banyak kali saya sudah bagi. Tunggu.

final • 1:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Ketawa]

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Sehubungan dengan itu...

final • 1:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dua kali dah duduk ini.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...MOTAC berharap agar─ saya mahu- you mahu saya jawab kah, tak mahu?

final • 1:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, saya puji banyak kali tadi.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Masjid Tanah, duduk. Jangan ganggu.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Sehubungan itu, MOTAC berharap agar cukai barangan bernilai tinggi yang bakal dikuat kuasa dapat dilaksanakan dengan jelas, terutamanya yang melibatkan Skim Bayaran Balik Pelancong atau Tourist Refund Scheme (TRS). Pada masa yang sama, MOTAC terus berharap Kementerian Kewangan dapat pertimbangkan permohonan daripada para pelancong ke arah pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini adalah kerana ia adalah lebih telus dan efisien serta secara tidak langsung dapat mengurangkan bidang kepada pengguna end customer.

Berkenaan usul mengenai travel advisory ke Pantai Timur Sabah ataupun mana- mana negeri. MOTAC sememangnya akan sentiasa memantau isu ini yang kini dikawal selia oleh Kementerian Luar Negeri. Selain itu, diharapkan juga Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memastikan kemudahan dan infrastruktur di kawasan Parlimen masing-masing adalah di dalam keadaan yang baik, selamat dan berkualiti. Ahli-ahli Yang Berhormat disarankan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan penggiat industri pelancongan serta bersama-sama berbincang bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan masing-masing.

Berkenaan dengan usul kenderaan rekreasi atau RV, MOTAC mengalu-alukan cadangan untuk memacukan industri pelancongan berkonsepkan RV ini. Namun, sebelum MOTAC boleh mempromosikan produk pelancongan tersebut, adalah penting dipastikan bahawa fasiliti dan kemudahan untuk RV seperti tapak kenderaan telah tersedia serta mempunyai pelesenan dan seliaan yang kukuh.

final • 1:10 PM

Dato Sri Tiong King Sing

MOTAC sememangnya bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri dalam memastikan kemudahan awam di lokasi pelancongan utama di Malaysia berada dalam keadaan terbaik untuk kegunaan para pelancong.

Oleh yang demikian seperti yang mana saya ingatkan selalu memohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan negeri masing-masing bagi memastikan destinasi pelancongan yang dicadangkan adalah disokong dan seiring dengan keutamaan kerajaan negeri. Seterusnya MOTAC akan bekerjasama...

final • 1:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, Kuala Kedah.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...rapat dengan semua kerajaan negeri bagi meneliti perkara tersebut.

final • 1:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan penerangan panjang lebar berhubung dengan sektor pelancongan dalam negara.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya apakah jenis bantuan yang disalurkan oleh pihak pusat kepada negeri-negeri yang mempunyai Tahun Melawat Negeri pada tahun ini dan tahun hadapan? Kerana kalau diikutkan kalendar Negeri Kedah Darul Aman, tahun 2025 merupakan Tahun Melawat Negeri Kedah. Sekian, terima kasih.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Kedah. Kalau bolehlah minta kerajaan negeri, Exco berbincang sama kita punya Tourism Malaysia ataupun saya punya pejabat MOTAC.

final • 1:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, Kuala Kedah baru bangun. Tadi – terima kasih. Saya nak lanjut daripada apa yang ditanya oleh Kuala Kedah tadi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah pun memberikan peruntukan yang banyak kepada negeri Melaka sempena Tahun Melawat Negeri Melaka pada tahun 2024, tahun ini. Tetapi saya juga

final • 1:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

melihat ada dalam Facebook Yang Berhormat Menteri bahawa Kedah pun ada juga datang melawat dia punya Exco Pelancongan. Jadi kita harap dapat diberikan suntikan dana dan juga perhatian sebagaimana Yang Berhormat Menteri berikan juga kepada negeri Melaka.

Saya juga nak tanya soalan pada Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya sebab tadi Yang Berhormat tak bagi tanya. Saya nak tanya betapa macam manakah strategi yang dimainkan oleh Tourism Malaysia dan juga Yang Berhormat Menteri juga mungkin melalui buah fikiran Yang Berhormat. Beza negara Thailand dan juga Malaysia. Tahun 2018 – 38.18 juta kedatangan pelancong tiba di Thailand, Malaysia 25.8. Tahun 2019 – 39.9 juta, Malaysia 26.1 juta. 2022, Thailand 11.15 juta, Malaysia 10.0 juta. Tiga tahun berturut-turut Thailand ke depan tapi dengan kepimpinan Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Pelancongan, Malaysia melonjak naik sampai 26 juta. Macam mana, saya nak tahu apa yang telah pun Yang Berhormat Menteri buat sampaikan lonjak naik itu. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 1:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan - Batu Sapi

Jangan bagi tahu, rahsia.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Saya mahu bagi tahu sama Masjid Tanah, saya tahu you selalu berminat kongkalikung punya, okey. Saya mahu bagi tahu sama kamu. Tadi saya mahu jawab, kamu orang huha, saya cakap saya tidak akan jawab, saya akan jawab bertulis, okey. Juga kita minta dana ataupun projek-projek bantu di negeri-negeri melawat negeri masing-masing. Memang Kedah, Perlis...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri ...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kita ada bagi...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya bagi lima minit gulung, stop. Masa, timer lima minit.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Memang dia orang itulah dia kacau. Panjang lebar.

Nanti saya cakap dua perkara yang mustahak saya jawab. Jadi, itu termasuk – kita sekarang belum umum. Kedah, Perlis sama Kelantan, itu semua, kita minta dia punya Exco Pelancongan datang berbincang. Memang Kedah sudah mari, Perlis pun sudah mari. Kita selaras, sudah selesai nanti kita akan umum. Kita akan bagi.

final • 1:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Baik Yang Berhormat.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 1:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Menteri.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri. Saya dengar tadi penjelasan Menteri dan juga Yang Berhormat Masjid Tanah, Timbalan Speaker. Butir-butir yang diberikan itu cukup terperinci. Cuma saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah faktor kekurangan kedatangan pelancong ke Malaysia ini disebabkan oleh kadangkala kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Parlimen tertentu. Umpamanya tak benarkan konsert, tak boleh adakan beer festival dan sebagainya.

Kenyataan-kenyataan seperti ini kadangkala mengundang ketakutan dan kerisauan dan menyebabkan pelancong-pelancong tidak datang ke Malaysia. Adakah ini

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kekurangan pelancong datang ke Malaysia? Saya ingin tanya, terima kasih.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah ini jadi satu masalah juga. Itulah saya kata, janganlah kita semua perkara-perkara terus jadi isu politik ataupun isu agama.

final • 1:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kita mesti mahu...

final • 1:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Speaker.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Open-minded.

final • 1:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

... Tetapi sekarang ini muzikal-muzikal ini...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan..

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Bukan di bawah saya, di bawah itu Menteri KPKT sana.

final • 1:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak apa saya cakap Menteri.

Nampaknya Jelutong tak faham. Menteri kata pelancong meningkat, dia kata menurun.

Mana satu betul ni?

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kalau mahu gaduh, dua orang pergi luar sana gaduh, okey. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu jawab sikit ini pengiktirafan Bak Kut Teh ini dan makanan lain sebagai makanan warisan.

Tuan Yang di-Pertua, Bak Kut Teh bukan merupakan satu makanan yang pada hari ini baru ada. Kita tahu makanan Bak Kut Teh dalam masyarakat ini ada yang halal, ada yang tidak halal. Ada Bak Kut Teh vegetarian pun ada. Pengiktirafan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan, adalah mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2025 (Akta 645).

Ia tiada kena mengena dengan isu bangsa atau agama. Saya memohon supaya..

final • 1:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

... termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk saling...

final • 1:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

... Hormat-menghormati...

final • 1:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan sikit je. Nak tanya apa makna Bak Kut Teh itu dalam bahasa yang difahami oleh semua.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

... Budaya dan agama yang berbagai-bagai di negara ini demi menjaga perpaduan dan juga keharmonian masyarakat berbilang kaum. Itulah, kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ditubuhkan Kerajaan Malaysia MADANI, semua kaum kita tengok, kita jaga.

final • 1:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri.

final • 1:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Saya rasa saya tidak payah menjelaskan...

final • 1:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Isu Bak Kut Teh.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Panjang lebar pasal sekarang dalam sosial media ataupun Facebook, Youtube, TikTok macam-macam sudah ada ... bumiputera ataupun bukan bumiputera halal ataupun tidak halal...

final • 1:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Menteri, Padang Besar.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Semua sudah sebut jelas dalam sana.

final • 1:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Mohon mencelah Padang Besar.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

[Menunjukkan sekeping kertas]

final • 1:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Apa lagi?

final • 1:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya cuma nak bagi saranan.

Sepatutnya...tahun kemerdekaan.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

[Tidak jelas] tanya PAS dulu. Hah ini Bak Kut Teh PAS pun ada buat, apa lagi? Jangan pura-pura tak faham pun. Ini Bak Kut Teh, PAS 2018 sudah buat. Hah faham?

final • 1:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, Menteri...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

[Tidak jelas] Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

... Bak Kut Teh tak payah.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain duduk.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Okey.

final • 1:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri minta laluan sikit, 30 saat. Saya baca ada Bak Kut teh halal hari ini...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain saya guna 37(2).

final • 1:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, Menteri.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 1:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya ada Bak Kut Teh halal sini, minta 30 saat.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk. Saya gunakan 37(2) sit down. Duduk Yang Berhormat Kampar. Duduk yang lain-lain. Saya nak benarkan Menteri menggulung, penutup saja dan habis.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Saya penutup – ini last...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jangan bangun ya.

final • 1:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kejap.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

37(2), bahagian dua, jelas.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi siapa-siapa.

Saya sudah jelas dan juga mana-mana saya tidak jawab, pasal dia orang kelentong- kelentong, kongkalikung. Nanti saya jawab bertulis. Last mengenai...

final • 1:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Last Menteri.

final • 1:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Speaker. Sekejap Yang Berhormat Speaker...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Mengenai isu pengisian jawatan perjawatan Pengarah MOTAC...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Negeri ataupun agensi-agensi di bawah kementerian ini. Ini bukanlah merupakan perkara baru. Isu ini memang telah wujud semasa saya ambil alih tampuk kepimpinan MOTAC. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JPA, Ketua Pengarah di atas kelulusan pengisian perjawatan baru-baru ini bagi 247 kekosongan pada 29 Februari 2024 bagi mengisikan jawatan di seluruh kementerian, jawatan dan agensi termasuk pejabat MOTAC negeri pada tahun ini.

final • 1:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Proses pengisian jawatan ini telah dilaksanakan, terdapat beberapa calon yang telah dikenal pasti, namun mereka tidak melepasi syarat-syarat yang ditentukan.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker. Saya minta izin untuk Yang Berhormat Menteri kalau ada isu on kraf tangan, kebudayaan.

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Takpe, takpe. Nanti saya jawab bertulis.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab bila Menteri menggulung, hanya menyentuh tentang untuk pelancongan sahaja tetapi tidak dinyatakan tentang isu kebudayaan dan adakah ini diterjemahkan dengan hanya kehadiran. Kita ikuti di sosial media hanya 30 peratus sahaja kehadiran Yang Berhormat Menteri di dalam program-program kebudayaan malah saya mendapat rungutan daripada penggiat- penggiat kebudayaan di luar sana bahawa seolah-olah...

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Menteri tidak pun memikirkan tentang mereka, seolah-olah mereka ni “melukut di tepi gantang”. Adakah benar begitu Yang Berhormat Menteri?

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tidak benar. Mana you dengar ini soal?

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya tidak benarkannya, saya tak hendak Yang Berhormat-Yang Berhormat...

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu komen tidak bagus, Yang Berhormat Masjid Tanah. Itu main personal.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya tak hendak, sebentar Menteri, sebentar. Sebentar. Yang Berhormat-Yang Berhormat, 37(2) itu jelas.

Saya taknak gunakan, helah saya faham, ada yang hendak mengganggu. Saya hendak benarkan Menteri gulung habis.

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, saya jawab. Itulah tadi saya kata Tuan Yang di-Pertua. Mana-mana saya tidak jawab, macam Yang Berhormat Masjid Tanah, dia kata kraf semua, kita ada tetapi kamu orang tidak bersabar. Kamu orang huha, huha, nanti jawab bertulis, okey.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berkenaan pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia, pelantikan telah dibuat di bawah seksyen 5, Akta 481. Saya ada berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai jawatan terbuka bagi perjawatan Pejabat Tourism Malaysia di luar negara untuk melantik warganegara di luar negara yang layak untuk mengisikan jawapan tersebut. Ini adalah salah satu usaha mentransformasi Tourism Malaysia demi mengurangkan kos logistik dan operasi di negara yang kurang membawa hasil pendapatan pelancongan Malaysia.

Sebagai contoh, saya itu hari di Sarawak memang saya ada umum ini sama tetapi ada satu ibu bapa berjumpa sama saya, dia anak ada kahwin di New Zealand tetapi sudah cerai. Memang dia ada qualification dalam pelancongan juga. Saya kata, “Boleh, you memohon kepada saya punya pejabat pelancongan” dan saya beritahu mantan KP, saya beritahu KSU. “Sila, minta dia bagi latar belakang ataupun CV, kita melalui satu interview.” Kalau layak kita masuklah, kalau tidak layak, tidak payahlah. Kita bagi macam-macam orang sana dan juga New Zealand sana Tuan Yang di-Pertua, kita mendapatkan hasil daripada pelancongan tidak banyak, sedikit sahaja.

So, saya haraplah dia orang faham. Tadi mengenai seterusnya Tuan Yang di- Pertua berhubungan usul...

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, saya bagi lima minit sahaja tadi. Tolong gulung dan bagi jawapan bertulis kepada...

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Okey. Mantan Ketua Pengarah ini Tourism Malaysia selaras peruntukan subseksyen 10(1) Akta Lembaga Penggalakan...

final • 1:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dato' Yang di-Pertua, Dato' Yang di- Pertua...

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Pelancongan Malaysia 1992, Akta 481 dibaca bersama dengan peruntukan...

final • 1:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Soalan yang saya bangkitkan berkenaan dengan proses HR tidak dijawab...

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Duduk.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bertulis, bertulis, jawapan bertulis Yang Berhormat.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jangan ganggu.

final • 1:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak dijawab, tidak dijawab. Fasal Ketua Pengarah MOTAC itu tidak dijawab.

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kalau tidak berminat, saya jawab bertulislah. Tuan Yang di-Pertua, tidak payah buang masa kasi lain kementerian buat. Tadi akhir sekali sebagai penutupan, saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah kemukakan pandangan, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan, seni budaya negara. Saya turut menyeru semua Ahli Yang Berhormat, untuk sama-sama membantu dan mengembangkan ekonomi dan sama-sama menarik pelancong untuk melawat Malaysia.

final • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Menteri tak jawab fasal kebudayaan, kebudayaan.

final • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta...

[Tidak jelas]

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Sekian, terima kasih.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kebudayaan tidak penting ini.

final • 1:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Mengenai mantan KP punya saya akan keluar juga.

Sekian.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Takkan kebudayaan tidak penting. Elok buang sahaja nama kebudayaan daripada MOTAC.

final • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri. Saya perlukan jawapan bertulis, Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kementerian Pelancongan dan Seni, kebudayaan itu letak tepi.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 1:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, Sabak Bernam.

final • 1:30 PM

[Dewan riuh]

Dato Sri Tiong King Sing

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 1:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya hendak baca baru Menteri boleh jawab.

final • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tidak baca soalan macam mana Menteri...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk, cukup.

[Ketawa] Macam pasar borong.

[Ketawa] Bulan-bulan puasa ini YB-YB.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Menteri favourite...

final • 1:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya hendak ucapkan terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana bagi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Siapa benarkan Yang Berhormat bangun ini? Nasib bulan puasa.

final • 1:30 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Sabar, sabar.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dugaan, dugaan.

[Ketawa] Baik, saya berikutnya mempersilakan Menteri Kementerian Komunikasi untuk menjawab.

final • 1:30 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Cubaan bulan Ramadan, cubaan. Baik. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin ambil kesempatan untuk menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Ke-XVII Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seterusnya bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya sepanjang sesi perbahasan Titah Diraja dari 27 Februari hingga 7 Mac 2024. Seramai 29 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan 32 isu di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi seperti berikut:

(i) penyalahgunaan media sosial;

(ii) program penerangan dan hebahan;

(iii) industri kreatif;

(iv) kebebasan media atau bersuara dan kod etika wartawan Malaysia; dan

(v) liputan Internet atau telekomunikasi.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bangi menggesa supaya penyedia platform media sosial memainkan peranan yang lebih besar bagi menangani isu perkauman dan agama di media sosial. Dimaklumkan bahawa MCMC telah menjalankan beberapa sesi libat urus dengan pihak penyedia platform media sosial utama seperti TikTok, Facebook, Instagram, X, YouTube dan lain-lain dan antara hasil kerjasama ini adalah penurunan kandungan di platform media sosial serta sekatan dan penurunan laman sesawang yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Pihak penyedia platform media sosial, masing-masing mempunyai garis panduan berkenaan kandungan yang tidak dibenarkan di platform mereka, di mana pelanggaran dengan garis panduan tersebut akan mengakibatkan akaun pengguna disekat.

Kementerian Komunikasi melaksanakan pelbagai usaha dalam menangani...

final • 1:36 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat, boleh saya celah sedikit bab ini? Sedikit sahaja, Yang Berhormat.

final • 1:36 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya baru nak mula. Biar saya mula, saya teruskan sedikit lagi, nanti boleh.

final • 1:36 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Okey.

final • 1:36 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kementerian Komunikasi telah melaksanakan pelbagai usaha dalam menangani kes salah guna media sosial dalam talian seperti penyebaran kandungan berbentuk kebencian serta memainkan isu perkauman dan agama. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan termasuk tindakan pemantauan terhadap kandungan yang bercanggah dengan Akta 588, penurunan kandungan, siasatan serta tindakan penguatkuasaan.

Perundangan sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia diguna untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat-maklumat tidak benar dan membuat ucapan berbentuk kebencian bersifat 3R yakni race, religion dan royalty.

Penguatkuasaan di bawah perundangan sedia ada akan terus di laksana untuk membendung kandungan yang boleh memecah belah perpaduan masyarakat. Sila, Tasek Gelugor.

final • 1:36 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Dato’ Speaker. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tadi bahawa penurunan kandungan adalah berdasarkan perlanggaran undang-undang Malaysia dan seterusnya dikuatkuasakan berdasarkan apa yang di– community guideline platform itu sendiri.

Jadi, kadang-kadang timbul persoalan kalau melanggar undang-undang Malaysia, siapa yang menjadi hakim ke atas perlanggaran tersebut? Adakah kerajaan boleh secara arbitrari memutuskan bahawa ini berlaku perlanggaran undang-undang sedangkan ia tidak melalui proses perundangan. Di waktu yang sama, kadang-kadang isu yang diturunkan ini tidak ada kena mengena langsung dengan perkara-perkara 3R disebut tadi.

Contohnya bila Putrajaya buat video mengenai percukaian, apa yang sensitifnya dari percukaian tetapi – dan Forex tetapi apa yang sensitifnya dan kenapa diturunkan?

final • 1:36 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Alasan yang selalu diberi ialah ini platform yang buat. Kalau platform buat secara arbitrary, sepatutnya kerajaan kompelin terhadap platform tersebut kerana menyekat kebebasan bersuara, bukannya menyokong atau memberi alasan kenapa dia boleh buat begitu.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan yang baik dan saya berhasrat untuk memberi sedikit penjelasan. Secara umum undang-undang pada waktu ini tidak memaksa platform-platform media sosial khususnya untuk menurunkan sebarang kandungan. Yang kita peroleh adalah kerjasama daripada platform-platform ini.

Berpandukan beberapa angka yang saya boleh sebut di sini sebagai contoh mengenai dalam kategori— sebagai contoh saya ambil isu perjudian yang mana pelbagai pihak membuat aduan. Data yang kita ada diperoleh melalui aduan yang disampaikan kepada pihak MCMC. Sepanjang tahun 2023, terdapat 20,175 aduan ataupun permohonan yang dibuat oleh MCMC kepada pelbagai bentuk platform media sosial. Tapi yang diturunkan hanyalah 18,814 kandungan.

Bermaksud, walaupun pihak MCMC membuat permohonan pada waktu ini tertakluk dan terpulang kepada media sosial, platform-platform ini untuk menurunkan.

Jadi, kalau ditengok, kalau dilihat tadi 93.25 peratus daripada permohonan berkenaan isu perjudian yang diturunkan. Ada kalanya platform media sosial tidak mengambil apa-apa tindakan. Jadi, dia tidak— dan ini melibatkan semua kategori sama ada elemen yang lucah, sumbang, palsu, jelik, mengancam, perjudian, penipuan dalam semua kategori ini.

Rata-rata yang paling tinggi permohonan ataupun penurunan berbanding permohonan ialah kategori perjudian iaitu 93.25 peratus.

Tapi contoh, dalam isu kandungan palsu pihak MCMC sepanjang tahun 2023 telah memohon pelbagai platform media sosial untuk menurunkan 7,556 kandungan. Tapi yang diturunkan hanya 5,367 bersamaan 71.03 peratus. Bermaksud, berdasarkan

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

undang-undang sedia ada yang memutuskan adalah community guideline, garis panduan komuniti bagi platform-platform media sosial tadi.

final • 1:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi, adakah Yang Berhormat nak maksudkan bahawa dalam kes Putrajaya secara spesifik, adakah MCMC menghantar apa-apa nota kepada operator untuk menurunkan kandungan tersebut? Yang lain-lain itu tak apa, perjudian ke, apa semua itu kita sokong malahan kita minta buat lagi.

Tetapi dalam kes ini, apa kategorinya yang menyebabkan dihantar nota tersebut?

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya. Saya tidak ada jawapan ataupun maklumat terperinci tetapi saya akan jawab secara bertulis nanti. Baik.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya celah sedikit disebut Putrajaya tadi. Ini merupakan perkara yang berlaku...

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Cuma Putrajaya tidak ada dalam senarai nama ya.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tidak apa. Ini topik yang sama. Janganlah nak mengelak.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, baik silakan.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya rasa itu topik yang sama disebut tadi. Jadi, saya nak tanya, dalam konteks ini sepertimana yang disebut oleh Tasek Gelugor tadi, adakah terdapat arahan. Itu satu. Dua kali diturunkan, adakah terdapat arahan?

Dan yang kedua, ia dapat diakses dari luar negara. Jadi, kalau kita lihat ini satu apakah terdapat arahan daripada kerajaan supaya perkara ini di-block-kan di Malaysia, kind of geofencing di Malaysia ini dan dapat dilihat di luar negara. Itu satu.

Dan kalau dahulu kerajaan pada hari ini cakap sewaktu jadi pembangkang tentang kebebasan bersuara, sekarang ini kebebasan bersuara ini disekat terlalu banyak.

Bukan saya saja ya. Banyak kita tengok akaun-akaun yang just menjelaskan fakta-fakta diturunkan, di-blocked dan sebagainya. Jadi, apakah stand kerajaan sebenarnya berkaitan dengan kebebasan bersuara? Adakah kebebasan bersuara ini hanya terguna pakai apabila pihak kerajaan pada hari ini berada di sebelah pembangkang tapi bila masuk jadi kerajaan dah tak boleh dah kebebasan bersuara? Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya semak akaun Yang Berhormat Putrajaya masih ada ya.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Maksud saya yang berkaitan dengan ringgit tadi.

Berkaitan dengan ringgit.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya faham, biar saya jawab. Saya faham, saya faham.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Akaun ada tetapi berkaitan dengan ringgit tadi.

Ya itu yang kena blocked. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya tapi akaun Yang Berhormat masih ada. Maksudnya daripada segi kalau Yang Berhormat nak mengulas, nak terus buat posting, tidak jadi masalah. Malah, saya lihat ada posting Yang Berhormat daripada semalam ada 177,000 views. Jadi, kerajaan tidak menghalang dan sebarang tindakan— saya faham.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tentang ringgit, tadi saya kata kenapa akses yang berkaitan dengan kejatuhan ringgit itu dalam Malaysia tidak boleh tapi di luar negara boleh. Adakah terdapat arahan daripada kerajaan supaya di-block-kan untuk akses? Saya tidak cakap tentang akaun saya, tentang posting spesifik tersebut.

Dan soalan saya, kalau dahulu sebelah sana duduk sebelah sini pembangkang bercakap tentang kebebasan bersuara, adakah sekarang ini sudah tidak ada dah berkaitan dengan kebebasan bersuara. Tidak diberi keutamaan. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kalau sejujurnya, kalau tidak ada kebebasan bersuara, akaun Yang Berhormat dah tak ada dah dalam platform ini. Bukan hanya akaun Yang Berhormat tidak ada dalam platform TikTok tetapi dalam semua akaun media sosial. Jadi, kalau nak tuduh, saya rasa tuduhan itu tidak benarlah. Saya boleh jawab tuduhan itu.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya— sebab ini bercakap tentang tuduhan.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya teruskan. Sudahlah.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya— sedikit lagi. Sebab dia sebut tuduhan.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, tolong...

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya tidak benarkan. Sudah, sudah.

Dahlah, saya dah jawab.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya tidak menuduh. Saya kata kebebasan bersuara berkaitan dengan perkara itu. Jangan pusing semua.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya tak pusing.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu contoh bagaimana kerajaan menghalang kebebasan bersuara.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tidak halang.

final • 1:40 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jawab tentang ringgit. Jangan pusing merata.

Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Menteri, Menteri, Menteri.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kalau halang, kalau halang, Yang Berhormat Putrajaya tidak akan ada akaun langsung.

final • 1:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Menteri.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang Berhormat masih ada akaun dan boleh terus. Itu saya teruskan.

final • 1:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Menteri.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Teruskan...

final • 1:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Menteri, boleh saya tanya soalan? Gopeng.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya, sila.

final • 1:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh, kejap saja. Saya minta Menteri boleh bagi satu pencerahan, bahawa tadi dibangkitkan oleh pihak pembangkang seolah-olah posting, posting yang menyerang kerajaan kini semakin hari semakin banyak yang diturunkan.

Saya mohon pencerahan Menteri. Adakah sebelum Yang Berhormat Menteri mengambil alih jawatan ini tiada satu pun posting, posting yang diturunkan sepanjang beberapa tahun yang akhir ini? Adakah hanya berlaku selepas Menteri menjadi Menteri Komunikasi?

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tidak. Akta ini telah wujud sejak tahun 1998. Maka, memang ada diambil tindakan sebelum-sebelum ini. Dan saya tidak ada maklumat dari tahun 2020, 2021 tapi saya ambil contoh ya. Ada, ada. Angka ini ada pada saya.

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Pada tahun 2020, data daripada MCMC menunjukkan 1,046 kandungan berita palsu telah diturunkan. Bermaksud memang tindakan telah diambil di MCMC tanpa mengira siapa yang memegang jawatan ini dan daripada dulu sampai ke sekarang, tindakan menurunkan sebarang kandungan hanya boleh dilakukan oleh platform media sosial. Bermaksud platform media sosial setuju dengan pandangan bahawa sesuatu bahan itu melanggar undang-undang. Jadi, itulah dengan izin, that is the nature of the current arrangement yang ada pada hari ini.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, saya teruskan Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Alor Setar ada membangkitkan isu dark side dan minta kerajaan menurunkan kandungan berkaitan. Ada yang sewaktu kita menyediakan jawapan ini, ada yang bertanya macam mana Yang Berhormat tahu apa itu dark side. Jadi, saya kata mungkin dia buat research-lah.

Baik, untuk makluman, kegiatan pelacuran yang dilakukan sama ada dalam ataupun luar talian adalah di bawah tindakan dan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia.

Peruntukan sedia ada seperti Akta 574 adalah terpakai dalam melaksanakan penguatkuasaan dan tindakan perundangan terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti pelacuran.

MCMC terlibat dalam menyediakan bantuan teknikal yang melibatkan siasatan, pembekalan maklumat dan analisis forensik digital. Ini dapat mempercepat proses siasatan dan membantu pihak penguat kuasa mengumpul bukti-bukti yang diperlukan.

MCMC juga memainkan peranan penting dalam pelaksanaan tindakan sekatan berdasarkan permohonan daripada pihak penguat kuasa yang berkaitan.

Dalam pada masa yang sama, seksyen 233 Akta 588 misalnya adalah terpakai dan MCMC akan mengambil tindakan sekiranya kandungan di aplikasi media sosial tersebut bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya. Dari 1 Januari 2023 hingga 1 Mac 2024, MCMC dengan kerjasama penyedia platform media sosial telah menurunkan sejumlah 737 kandungan lucah dan 895 kandungan berunsur pelacuran di pelbagai platform media sosial termasuk X dan Telegram yang melanggar piawaian komuniti pihak penyedia platform serta undang-undang sedia ada. Bagi tempoh yang sama, MCMC juga telah melaksanakan tindakan sekatan ke atas 1,272 laman lucah dan 150 laman pelacuran. Tindakan ini akan diteruskan oleh MCMC dari semasa ke semasa berasaskan pemantauan serta aduan yang diterima.

Selain itu, sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial juga giat dijalankan bagi mengukuhkan komitmen dan kerjasama penyedia platform media sosial yang berkaitan. Ia perlu bagi memastikan keberkesanan inisiatif pemantauan dan pengawalan kandungan yang memudaratkan dalam platform media sosial.

final • 1:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Selain tindakan sekatan ke atas platform media sosial dalam menangani isu keruntuhan moral khususnya dalam kalangan belia, aktiviti tidak sihat dalam media sosial atau dark side ini perlu dilihat secara menyeluruh kerana ia berkait rapat dengan masalah sosial yang perlu ditangani oleh semua pihak. Usaha pemantapan jati diri termasuk usaha dan advokasi membasmi serta mencegah pengaruh negatif termasuk pornografi dan penyalahgunaan media sosial terutama dalam kalangan generasi muda merupakan tanggungjawab bersama dan perlu usaha bersepadu dari pelbagai pihak.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat ada menyentuh keperluan akta baru bagi menangani...

final • 1:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sila.

final • 1:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih saya ucap atas tindakan yang dimaklumkan tadi untuk membanteras isu-isu berkaitan dark side. Soalan saya ialah, selain daripada platform itu sendiri yang telah pun diturunkan, penagih platform tersebut, orang yang terlibat, orang itu perlu dipulihkan juga. Jadi, adakah kementerian bersedia untuk buat sesi rentas kementerian untuk memulihkan orang-orang yang terlibat dengan isu kesalahan moral dalam dark side ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya. Memang kalau dilihatkan daripada segi beberapa aktiviti yang dilaksana sebelum ini, ada melibatkan kementerian- kementerian yang lain sama ada sebagai contoh dalam program Celik Digital. Memang ada melibatkan kementerian-kementerian seperti Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Jadi, bagi maksud menjawab soalan Yang Berhormat, saya rasa, bukan saya rasa tetapi memang kita bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian ataupun

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

sebagai contoh dengan Yang Berhormat Menteri Agama untuk menyelaras beberapa program dan tindakan yang perlu dan sesuai manfaat dengan keperluan. Insya-Allah kita akan susuli nanti. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Batu Pahat menyentuh mengenai keperluan akta baru untuk tangani penularan berita palsu. Bagi menangani isu penyebaran berita palsu dan 3R, akta perundangan sedia ada antara lain, seksyen 505 Akta 574 dan seksyen 233 Akta 588 dilihat masih relevan bagi mengambil tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama erat antara agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan MCMC sentiasa dipertingkat berpandukan kedua-dua Akta 574 dan 588 bagi memastikan isu kandungan berita palsu dan 3R dapat dibendung dengan kadar segera.

MCMC komited dalam memberikan bantuan teknikal kepada PDRM dalam menjalankan siasatan secara telus dan berpandukan kepada garis panduan, tatacara dan prosedur serta peruntukan di bawah Akta 588 bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan seadilnya.

Pada masa ini, cadangan pindaan kepada Akta 588 telah dimuktamadkan dari segi dasar dan telah dibentang dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Mac yang lalu.

final • 1:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri, Bangi.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sila, Bangi.

final • 1:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tadi terima kasih kerana menjawab soalan yang dibangkitkan oleh saya dalam perbahasan saya berkenaan dengan pengendali platform media sosial. Saya ada soalan tambahan. Setakat ini, adakah kerajaan ada hasrat untuk mewujudkan satu garis panduan ataupun undang-undang untuk mengawal selia pengendali media sosial ini supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka untuk ya lah, hal-hal tentang yang tidak bermoral dan juga kandungan haram dan sebagainya untuk kita dapat pastikan bahawa mereka melaksanakan tanggungjawab mereka itu.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya tadi baru selesai mesyuarat jawatankuasa teknikal bagi meneliti cadangan penggubalan satu akta baru berkaitan keselamatan dalam talian dan dia tidak menyentuh ataupun dia lebih kepada meneliti masalah yang mana wujud pada waktu ini dengan izin, lacuna in the law ataupun kelompangan dalam undang-undang khusus berkait isu scam ataupun keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak yang berusia 13 tahun ke bawah.

Saya ambil contoh bagi pengguna media sosial berusia 13 tahun ke bawah ataupun bawah 13 tahun, sebenarnya mereka tidak boleh mendaftar tetapi pada waktu ini, ia hanya sebagai garis panduan dan pengguna membuat dengan izin, self-declaration.

Mereka hanya menyatakan kepada platform bahawa mereka berusia 13 tahun ke atas tetapi tidak ada tindakan yang lebih baik daripada itu.

Walau bagaimanapun pada waktu ini, undang-undang sedia ada tidak memaksa platform-platform media sosial untuk mengikut arahan kerana mereka tidak dilesenkan.

Jadi ini antara perkara yang sedang dibincangkan secara menyeluruh kerana jumlah yang hilang melalui scam yang menggunakan ataupun menyalahgunakan media sosial setiap tahun, jumlahnya meningkat.

Kita lihat kerjasama yang diberikan untuk dengan segera mematahkan aktiviti scam dalam talian ini tidak begitu pantas. Jadi, kerjasama yang lebih erat diperlukan dan di sini, kementerian bersekali dengan Kementerian Digital Malaysia dan juga Yang Berhormat Menteri Undang-undang sedang meneliti apakah tindakan-tindakan dan pembaharuan dan pindaan yang perlu kita bawa untuk pastikan penggunaan ataupun keberadaan kita dalam talian itu lebih selamat.

final • 1:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya fikir juga kalau macam content yang berkenaan dengan judi atas talian dan juga pornografi dan sebagainya boleh juga kita gunakan perbincangan ini sekiranya ada garis panduan atau undang-undang untuk dapat mengawal content ini. Cuma, the concern dengan izin adalah kita jangan pula guna itu untuk memberi lebih kuasa kepada mana-

final • 1:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

mana kerajaan untuk menyekat content berdasarkan kritikan dan sebagainyalah. Kita harus pastikan bahawa ini diimbangi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, ya. Semestinya kita ambil maklum tentang perkara ini. Malah kalau kita lihat jumlah penurunan kandungan pada tahun 2023 yang melibatkan aktiviti ataupun saya ambil setakat yang terkini, angka yang terkini yang kita ada. Aktiviti perjudian sebagai contoh adalah 73 peratus daripada semua content yang kita minta untuk diturunkan. Penipuan pula adalah 16 peratus. Jadi kedua- dua ini dah 86 peratus. Majoriti. Banyak sangat salah guna platform media sosial ini oleh para scammer dan penipu-penipu yang cuba untuk mencuri duit rakyat.

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, inilah antara sebab kenapa kita perlu teliti perkara ini. Indera Mahkota.

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya, kalau saya boleh walaupun saya tak bahas hari itu tetapi saya nak sambung apa yang Yang Berhormat Bangi timbulkan sangat mustahak dan tadi sebenarnya Yang Berhormat Petaling Jaya ada bertanya soalan. Dia tidaklah directly dengan apa yang dibincang sekarang tetapi dia juga ada kaitan sebab itu soal AI dan juga sebagainya.

Dilema kita, dilema kita ini maknanya tak kiralah kerajaan atau masyarakat ialah nak seimbangkan antara kebebasan media dan pada waktu yang sama ialah talent growth termasuk dalam AI dan sebagainya tapi waktu yang sama, kita tak nak berlaku masalah- masalah Yang Berhormat sebut dan juga kita tak nak ada dengan izin, unintended consequences daripada perkembangan kemajuan digital. Menteri MOSTI tadi kata ada panduan, Yang Berhormat menyebut ada kerjasama dengan Menteri Undang-undang.

Saya rasa kedua-dua itu kena dilihat bersekali gus dan saya rasa ini perkara yang harus dibincang dengan mendalam. Kalau ada select committee yang berkaitan, elok dibahas dengan cara lebih halus. Saya cadangkan begitu, terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Okey Yang Berhormat, memang Parlimen merupakan tempat semak imbang yang paling baik dan memang ada jawatankuasa pilihan khas yang antara lain boleh memanggil untuk dibincangkan khusus mengenai AI sebagai contoh dan saya alu-alukan.

Pandangan saya, mungkin kita sebagai Ahli-ahli Parlimen perlu tingkatkan juga pemahaman kita tentang teknologi-teknologi yang baru muncul (emergent technologies) termasuk kesan terhadap perkembangan mental bagi anak-anak. Yang saya risaukan Dato' Yang di-Pertua, adalah bila kita lihat platform-platform yang memanfaatkan algoritma seperti TikTok. Bila kita suka kucing, kucing sahajalah yang kita tengok.

Kalau kita suka sushi, sushi sahajalah yang disajikan dan apakah kesan seperti itu kepada pertumbuhan mental bagi anak-anak yang merupakan generasi Alfa yang mungkin belum lagi melihat dunia seperti kita sebagai contoh. Kita tahu ada dunia sebelum wujud, sebelum adanya TikTok dan pengalaman kita tentang dunia dan bagaimana kita berinteraksi dengan pelbagai maklumat itu juga hasil daripada pengalaman kita sebelum ini.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

So, bila kita ada AI, kita ada algorithm dan pelbagai masalah yang lain, saya rasa Parlimenlah tempat yang antara paling baik dan di sinilah saya rasa perbahasan dan hujah-hujah yang paling sihat perlu kita bawa.

Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Shah Alam minta supaya digalakkan budaya dialog dan wacana bagi membincangkan isu berkaitan pemikiran neo- khawarij dan takfiri.

Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sentiasa mendukung segala usaha kerajaan dalam menangani isu sensitiviti 3R termasuk berkaitan pemikiran neo-khawarij dan takfiri serta mendidik masyarakat untuk menghormati nilai ilmu dan membuat

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

keputusan berdasarkan teras serta tonggak dalam budaya MADANI melalui bahan siaran di platform penyiarannya iaitu televisyen, radio dan media digital.

Sepanjang 2023, RTM telah mengambil inisiatif menjadikan 3R sebagai tema perbincangan melalui siaran program di TV iaitu bual Bicara Naratif Khas yang telah bersiaran sebanyak enam kali. Pada 31 Mei 2023, Naratif Khas telah mengutarakan topik menoktahkan isu kalimah Allah dan menangkis sentimen ekstremis agama pula bersiaran pada 8 Ogos tahun lalu.

Program seperti ini bertujuan mendidik masyarakat agar berfikiran secara logik dan mengelakkan perselisihan berkaitan perkara yang mengelirukan mengenai agama.

Pada masa yang sama, ia berperanan sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan provokasi melampau sehingga mewujudkan perbalahan yang akhirnya boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Bernama TV turut menyediakan beberapa rancangan dan program mengenai isu 3R, perbahasan ilmu dan ekstremisme agama melalui program Apa Khabar, Ruang Bicara, The Brief, The Nation dan Malaysia Petang Ini dengan menjemput tetamu dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran.

Yang Berhormat Simpang Renggam minta supaya media rasmi kerajaan...

final • 2:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Shah Alam mohon.

Kita tahu akan kewujudan Komuniti MADANI yang sekarang ini sedang dikemas kini dan juga sedang digerakkan di peringkat masyarakat. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, adakah kerajaan juga akan atau kementerian juga akan memanjangkan program- program yang bersifat untuk menyedarkan masyarakat tentang budaya takfiri, perpaduan, interfaith dialogue di kalangan Komuniti MADANI juga? Terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Komuniti MADANI yang dimaksudkan adalah di bawah seliaan Jabatan Penerangan. Saya akan bincang dengan Ketua Pengarah untuk lihat kesesuaian cadangan Yang Berhormat itu. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya tertarik apabila Yang Berhormat sebut bahawa ada fokus kepada penyebaran fahaman khawarij dan takfiri. Boleh saya tahu, apa basisnya yang menyebabkan wujud kebimbangan ini di peringkat kerajaan? Dan adakah dalam kerajaan akan juga tackle, contohnya, perkembangan fahaman yang mungkin akan dipengaruhi fahaman Muktazilah yang mungkin menggunakan perkataan-perkataan yang ada elemen bahasa Arab tetapi taksirannya jauh melencong juga dan mungkin lebih berbahaya?

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bagi kementerian ini, kita akan rujuk dengan, sebagai contoh, Menteri Agama dan juga dengan JAKIM, sebagai contoh, bukan hanya dalam isu yang melibatkan faham agama tetapi dalam banyak perkara yang lain.

Jadi, kita akan teliti dari semasa ke semasa keperluan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 2:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Cuma ringkas Yang Berhormat. Saya tertarik, kenapa fokus Khawarij? Kenapa lupa Muktazilah?

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Itu soalan daripada Yang Berhormat Shah Alam.

final • 2:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Okey, sebab Shah Alam.

final • 2:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Pencelahan sedikit.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya jawab kepada apa yang dibahaskan. Kalau ada yang membahaskan tentang Muktazilah sewaktu perbahasan...

final • 2:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sedikit, Yang Berhormat Menteri. Saya baru pulang dari Madinah hari itu dan saya jumpa pelajar-pelajar

final • 2:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

di sana dan saya difahamkan mungkin ada Komuniti MADANI di peringkat antarabangsa di kalangan belia. Saya tidak pasti ia di bawah Kementerian Yang Berhormat atau tidak.

Cuma, perkara yang sama dibawa iaitu syllabus dalam usrah mereka ialah Khawarij. Penekanan khusus diberikan banyak tentang Khawarij ketika ini. Siapa yang ditujukan khawarij itu? Saya minta nantilah Yang Berhormat bincang dalam Kabinet, beri takrif yang tepat khawarij dalam konteks kita di Malaysia. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum.

Yang Berhormat Simpang Renggam minta supaya media rasmi kerajaan meningkatkan usaha menyebar luas maklumat berkaitan perubahan iklim. Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi ialah melalui program berbentuk bual bicara yang disiarkan di RTM yang telah dikupas secara kritis dan mendalam.

Antaranya melalui program bual Bicara Naratif yang mengupas isu ini sebanyak dua kali sepanjang tahun lalu dengan menjemput tetamu yang mahir degan topik perubahan iklim.

RTM juga berlintas langsung ke Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi atau METMalaysia semasa siaran Berita Wilayah jam 5 petang setiap hari dan diulang siar dalam bentuk paparan grafik dalam Berita Perdana jam 8 malam. Program dokumentari Simfoni Alam terbitan RTM adalah salah satu program yang mengangkat tema alam sekitar untuk setiap episod siarannya. Program yang bersiaran setiap Jumaat jam 10 malam di TV1 itu akan menyiarkan sekurang-kurangnya 15 episod yang telah disahkan tarikh siaran untuk tahun ini dan akan bersiaran selama sejam dengan episod pertama mula disiarkan pada 19 April 2024.

BERNAMA telah menghasilkan laporan investigative, dengan izin, bagi mengetengahkan isu-isu alam sekitar dan implikasi perubahan iklim kepada sektor pertanian dan industri makanan termasuk hal-hal yang memberi kesan kepada tanaman, bekalan makanan dan keselamatan makanan. Laporan hasil wawancara dan sesi dialog dengan pakar dan pihak berkuasa yang mempunyai kaitan dalam bidang perubahan iklim dan pertanian dihebahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai platform iaitu Wires Bernama TV, Bernama Radio dan media digital.

BERNAMA juga bekerjasama dengan pakar saintis dan ahli akademik untuk menghasilkan bahan kandungan yang berkualiti serta mudah difahami mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap sektor pertanian dan industri makanan. Dari 1 Januari 2023 hingga sekarang, sebanyak 54 laporan berkaitan perubahan iklim telah dihasilkan oleh BERNAMA.

Yang Berhormat Batu Pahat menyentuh usaha kerajaan dalam memastikan setiap maklumat atau dasar dibuat oleh kerajaan dapat difahami dan disampaikan di semua peringkat. Kementerian ini sentiasa komited dalam menyebar luas dasar, agenda dan inisiatif kerajaan berdasarkan perancangan komunikasi strategik yang menyeluruh.

Antara strategi komunikasi yang dilaksanakan adalah menerusi program-program bersemuka bersama komuniti setempat bagi memberi penjelasan berkaitan dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif kerajaan kepada rakyat. Jabatan Penerangan telah menjalankan Program Kita MADANI, Komuniti MADANI, Jiwa MADANI, Infiesta PENTARAMA serta hebahan Info on Wheels ataupun IOW yang dilaksanakan secara berterusan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama. Mesej yang diterapkan dalam program- program tersebut bersifat patriotisme dan nasionalisme serta penyampaian informasi semasa berkaitan inisiatif kerajaan dalam usaha membangunkan negara ke tahap global.

Jabatan Komunikasi Komuniti ataupun JKOM telah berjaya melaksana sejumlah 144 program komunikasi komuniti dari 1 Januari 2023 hingga 17 November 2023 bagi menyampaikan kefahaman tentang dasar kerajaan. Program ini melibatkan 96,000 orang meliputi kumpulan sasar iaitu pemimpin tempatan, belia, agamawan, usahawan tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Selain dari program bersemuka, hebahan kandungan kreatif melalui platform digital dan juga bahan penerbitan turut dilaksanakan RTM, BERNAMA, Jabatan Penerangan dan J-KOM.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang Berhormat Pasir Salak minta supaya dipergiat promosi penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Pelbagai program khusus telah disiarkan oleh media rasmi kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya memartabatkan bahasa Melayu.

Antaranya, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang merupakan program dwitahunan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang disiar secara langsung oleh RTM.

Program ini bertujuan memastikan peserta berpidato menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan nada, kosa kata serta sebutan tepat selain dapat menambah perkataan baharu dan meningkatkan pengetahuan masyarakat. Ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan penonton dengan jumlah tontonan menjangkau hampir sejuta kerana ia turut melibatkan peserta dari seluruh pelosok dunia yang berpidato menggunakan bahasa Melayu.

Selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2021 hingga 2023, stesen radio KLFM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan kuiz Indahnya Bahasa yang bersiaran setiap hari Isnin dan Khamis. Program ini dihentikan seketika pada tahun 2024 untuk penambahbaikan dari segi program dan penyelarasan.

KLFM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah memperkenalkan pertandingan Sambung Pantun pada 2021 dan 2022 yang bersiaran setiap hari Rabu pada minggu kedua dan keempat, manakala Radio Klasik pula memperkenalkan segmen pantun setiap Isnin hingga Khamis dengan penyampai petugas mengajak para pendengar untuk berpantun secara santai.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang Berhormat Bentong? Ada? Membangkitkan isu komunikasi agensi kerajaan.

Untuk makluman, kerajaan telah mempunyai saluran perhubungan berpusat iaitu bahagian Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia ataupun Malaysia Government Call Centre

(MyGCC) yang ditubuhkan pada 12 November 2012. MyGCC ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memudah cara komunikasi antara orang awam dengan agensi kerajaan serta menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat iaitu menggunakan satu nombor penghubungan tunggal, yakni 03- 8000 8000.

MyGCC berperanan sebagai pusat perhubungan pelbagai saluran di antara orang awam dengan kerajaan bagi penyaluran maklumat mengenai perkhidmatan kerajaan.

Sejak penubuhannya, MyGCC telah mencatat jumlah panggilan yang dijawab sebanyak 12.88 juta sehingga 31 Disember 2023. Ini bermaksud, secara purata kalau kita ambil 24 jam sehari, MyGCC menjawab sebanyak lebih 131 panggilan setiap jam. Antara perkhidmatan yang disediakan di MyGCC ialah pertanyaan, bantuan direktori, penghargaan, aduan dan cadangan atau maklum balas.

MyGCC sememangnya berteraskan dasar no wrong door, dengan izin, dalam penyampaian perkhidmatannya. Semua panggilan yang sampai ke MyGCC akan dijawab berdasarkan permintaan pelanggan. MyGCC juga menyediakan perkhidmatan menyambungkan talian ke kementerian, jabatan atau agensi hingga ke meja pegawai.

Menyentuh isu aduan, MyGCC sentiasa bersedia menerima segala bentuk aduan dari orang ramai dan membantu pelanggan menyalurkan aduan dengan tepat. Pelanggan dibantu dan disantuni secara dekat berkenaan kaedah yang betul dalam memastikan aduan dapat disampaikan ke agensi yang ditujukan. MyGCC menggunakan sistem SISPA di bawah Biro Pengaduan Awam dalam pengurusan aduan yang diterima.

SISPA mempunyai kemampuan merekodkan segala aduan dengan berkesan dan memudahkan urusan untuk rujukan pada bila-bila masa. Penyampaian aduan oleh orang ramai kepada MyGCC adalah lebih mudah dengan adanya saluran alternatif selain telefon iaitu e-mel, media sosial, seperti Facebook, X dan Instagram serta melalui pesanan ringkas SMS dan kini dalam perancangan, kita sedang teliti perkhidmatan melalui WhatsApp dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan ataupun AI. Dalam kata lain, MyGCC adalah extended arm, dengan izin, bagi kementerian dan agensi Persekutuan yang boleh digunakan oleh orang awam dalam berkomunikasi dengan kerajaan.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Dato’ Yang di-Pertua , Yang Berhormat Puncak Borneo, Petaling Jaya, Padang Terap, Stampin dan Balik Pulau menyentuh isu industri kreatif. Yang Berhormat Puncak Borneo mencadangkan supaya diperkenal tabung atau skim caruman dan insurans kepada penggiat seni. Dalam usaha untuk menjaga kebajikan penggiat industri dan veteran ataupun veteran dalam industri ini, FINAS sedang melaksana pindaan kepada Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983.

Antaranya turut mensyaratkan pemakaian standard kontrak kepada pengeluar filem ataupun penerbit filem dan tenaga kerja produksi filem di dalam permohonan lesen aktiviti perfileman. Antara aspek perlindungan yang terkandung di dalam standard kontrak adalah keperluan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), perlindungan insurans nyawa dan kemudahan perubatan.

Yang Berhormat Petaling Jaya mencadangkan supaya artis tempatan diberi peluang untuk mempromosi hasil karya seni mereka. Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures Sdn. Bhd (MyCV) sentiasa menyokong usaha mewujudkan akses pasaran dan mempromosi karya penggiat industri kreatif tempatan.

Antara inisiatif yang menyokong karya penggiat industri kreatif tempatan ialah melalui pelaksanaan Program Kembara Riuh 2024 dengan peruntukan...

final • 2:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo mahu minta mencelah sedikit.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sila.

final • 2:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih YB Menteri kerana membuat inisiatif yang bakal menyantuni golongan artis veteran ini tetapi saya juga ingin bertanya, sama ada pihak kementerian ataupun FINAS ada membuat data collection mengenai jumlah artis veteran ini supaya mereka boleh berdaftar kerana mungkin ada yang telah lama berkecimpung dan mereka ini telah keluar daripada industri tersebut.

Tetapi kita masih perlu untuk menyantuni mereka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kita ada satu database khas untuk para artis ini supaya bantuan-bantuan yang ada nanti boleh disalurkan kepada mereka secara bersasar, terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat, saya setuju dan sokong cadangan Yang Berhormat, insya-Allah kita akan susuli.

final • 2:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Petaling Jaya.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, biar saya ini sikit. Dato Yang di- Pertua, saya pohon kalau boleh diberikan sedikit extension of time.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sepuluh minit.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, terima kasih. Silakan.

final • 2:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih. Saya juga mencadangkan selain daripada cadangan Puncak Borneo yang saya setuju sangat. Kita kalau boleh, wajibkan semua cenderahati yang kita berikan kepada dif-dif jemputan, termasuk luar negara, apabila kita buat- adakan rombongan rasmi ataupun lawatan rasmi di luar negara dan dalam negara, menggunakan ataupun mengetengahkan hasil-hasil artis tempatan kita.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat, saya belum lagi sampai ke situ tapi saya akan. Saya sebenarnya baru nak mula. Jadi, tadi saya sentuh tentang Program Kembara Riuh 2024 dengan peruntukan sejumlah RM10 juta.

Program ini merupakan platform menghimpunkan usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan merangkumi 12 cabang industri kreatif, termasuk muzik, filem, fotografi, animasi, seni persembahan, sastera, reka cipta, kraf dan seni tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif.

Kembara Riuh 2024 menyasarkan sekurang-kurangnya 5,000 peluang pekerjaan dan menyokong 2,000 usahawan kreatif tempatan. Saya sangat setuju dengan cadangan Yang Berhormat Petaling Jaya dan memang antara perkara yang sedang diteliti susulan

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

kepada pengumuman Perdana Menteri, memandangkan tahun depan Malaysia akan mempengerusikan ASEAN, maka ia adalah peluang terbaik untuk kita memperaga dan mempromosikan juga hasil artis-artis tempatan. Jadi, perkara ini sedang disusuli dan saya di Kementerian Komunikasi ini, kita sedang berusaha untuk merealisasikannya.

Selain itu, MyCV juga telah menganjurkan pameran seni visual bagi 42 artis seni visual bebas ataupun indie tempatan yang tidak terikat dengan mana-mana galeri untuk mempromosikan karya seni mereka kepada orang ramai pada 2019. Terkini, dalam usaha menyokong promosi karya penggiat tempatan, MyCV sedang menyediakan katalog karya seni artisan tempatan yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai cendera hati korporat dan hadiah rasmi semasa lawatan rasmi saya sendiri ke luar negara atau pun sewaktu menyambut delegasi asing ke Malaysia. Saya harap cadangan ini dapat diperluas kepada semua kementerian yang lain.

Yang Berhormat Padang Terap membangkitkan isu konsert Ed Sheeran yang tetap diteruskan dan minta supaya garis panduan PUSPAL diperketat, mengambil kira pandangan agamawan dan mufti. Penganjuran konsert dalam negara berupaya memberi spillover effect, dengan izin, kepada ekonomi negara, seterusnya memberi banyak faedah kepada pihak-pihak dalam industri kreatif itu sendiri iaitu pengguna, artis, penganjur konsert, kru dan lain-lain. Pembatalan konsert pada saat akhir berpotensi memberi impak negatif, terutama kepada imej negara kerana pengunjung konsert antarabangsa turut melibatkan pelbagai lokaliti, sama ada tempatan mahupun antarabangsa.

Kementerian Komunikasi melalui Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) merupakan unit yang berperanan sebagai urus setia Jawatankuasa PUSPAL untuk menyelaras serta memproses permohonan kemasukan artis dan kru luar negara. Keanggotaan Jawatankuasa PUSPAL terdiri daripada 16 kementerian, jabatan, agensi kerajaan, termasuklah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peranan JAKIM dalam Jawatankuasa PUSPAL adalah untuk memberi pandangan dan nasihat dari aspek sensitiviti agama dan umat Islam di Malaysia. Selain itu, dasar kebudayaan negara 2021 yang diterbitkan di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya turut dirujuk dalam meluluskan persembahan artis luar negara berpandu kepada:

(i) budaya nilai-nilai tinggi; dan

(ii) keharmonian masyarakat.

Semakan latar belakang artis luar negara dilaksana bagi setiap permohonan persembahan yang akan diadakan di tempat-tempat awam seperti acara konsert dan nyanyian oleh setiap anggota PUSPAL. Maaf, saya baca balik dengan nahu ataupun dengan tone yang betul. Di tempat-tempat awam, seperti acara konsert dan nyanyian dan semakan ini dilakukan oleh setiap anggota PUSPAL mengikut bidang kuasa masing- masing. Sebarang dapatan yang menyentuh isu sensitif seperti dasar negara, keselamatan, keagamaan, perkauman dan kebudayaan serta memudaratkan kepentingan awam akan dibincang secara menyeluruh di Mesyuarat Jawatankuasa PUSPAL sebelum keputusan dibuat.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Penambahbaikan garis panduan PUSPAL ataupun GPP 5.0 sedang dalam peringkat akhir pindaan dengan turut mengambil kira pengurusan isu-isu semasa seperti LGBT, 3R dan lain-lain yang seumpamanya...

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

..Melalui penambahbaikan ini diharap elemen-elemen negatif yang dinyatakan dapat dibendung dan seterusnya dinoktahkan.

Sila.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri di atas penjelasan terutamanya berkenaan dengan penganjuran konsert dan Jawatankuasa PUSPAL. Cuma saya minta maaf, saya ingin tanya, dalam jawatankuasa ini adakah kita

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

menjemput Ahli-ahli Parlimen daripada sebelah sana untuk bersama-sama memberi pandangan.

Mungkin kalau mereka bersama-sama dapat memberi pandangan yang konstruktif, kita boleh memastikan bahawa pada masa yang akan datang konsert-konsert yang dianjurkan. Kerana spillover effect dengan izin Timbalan Speaker adalah banyak pemandu teksi, tempat-tempat menjual makanan dan sebagainya. Cumanya saya keliru daripada pihak BERSATU, dia menyokong. Kita lihat tetapi PAS membantah. So, saya nak tanya adakah Yang Berhormat bercadang untuk menjemput mereka dalam Jawatankuasa PUSPAL supaya kita dapat berunding dengan mereka tentang konsert- konsert yang bakal diadakan.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya tidak boleh jawab bagi pihak mana-mana parti tapi saya kira kita boleh ambil pertimbangan cadangan Yang Berhormat kerana memang dari segi limpahan ataupun kesan spillover effect dengan izin kepada ekonomi tidak boleh dinafikan. Sebagai contoh tular dalam media sosial baru-baru ini seorang anak muda yang mengusahakan penghantaran pelancong yang dari Malaysia ke Singapura untuk acara-acara termasuk konsert Taylor Swift baru-baru dan beliau memaklumkan dapatan ataupun pendapatan beliau harian mencecah RM30,000.

Jadi, ini adalah satu kesan limpahan ekonomi yang positif dan perlu kita ambil kira secara menyeluruh. Tapi bagi konsert-konsert di Malaysia yang menjadi – dari segi untuk meluluskannya, ia adalah di bawah Jawatankuasa PUSPAL.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah Yang Berhormat, adakah wakil-wakil daripada parti pembangkang yang telah dijemput untuk bersama-sama dalam jawatankuasa ini? Tetapi sebelum itu, saya akan letakkan kaveat. Pendapat mereka haruslah selari. Kalau BERSATU menyokong, PAS membantah, pening kepala juga.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik.

final • 2:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jangan, jangan kata, jangan kata Ahli Parlimen...

final • 2:20 PM

Beberapa Ahli

Betul.

final • 2:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang ini tak ada kena- mengena Yang Berhormat Menteri.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

It’s not your business.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya jawab, saya jawab macam ini .

final • 2:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jelutong, not your business.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Okey, saya jawab macam ini. Jangan kata Ahli Parlimen pembangkang, Menteri pun tak dijemput. Jadi, saya pun bukan dalam jawatankuasa itu. Jadi saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat dan kita akan bincangkan sekiranya ada keperluan, kalau nak dimasukkan mungkin boleh dipertimbang.

Tapi saya akan maklumkan kemudian.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, cuma saya nak tanya satu perkara lagi tentang konsert Taylor Swift yang diadakan di Singapura.

Adakah kerajaan menerima apa-apa cadangan untuk konsert itu diadakan di sini kerana saya juga ada kawan-kawan di Singapura dan saya marah apabila mereka yang memperlekehkan kebolehan kita mengadakan konsert itu.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So saya memang begitu tersinggung apabila mereka mempersoalkan kewibawaan Kementerian Komunikasi, kerajaan dan sebagainya untuk menganjurkan konsert. Kenapa tidak kita menganjurkan konsert Taylor Swift? Kenapa kita benarkan Singapura menganjurkannya? Dan kita tumpang glamor. Saya nak minta penjelasan, bolehkah konsert-konsert besar begini diadakan di Malaysia supaya menjadi tumpuan pelancong-pelancong juga yang akan datang ke Malaysia Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya berpandangan dengan izin, there are enough artists and concerts. Bukan hanya untuk Malaysia dan Singapura, malah rantau Asia Tenggara. Sebenarnya sekiranya sebarang artis ataupun mana-mana artis berhasrat untuk membuat- pergi membuat persembahan di beberapa negara, ibu negara di rantau Asia Tenggara, itu akan membantu dengan izin all of ASEAN. Walaupun saya bukan seorang Swifty ya. Ada pegawai-pegawai saya memang Swifty. Saya rasa Yang Berhormat Bangi mungkin seorang Swifty. Saya tak tahu Indera Mahkota, are you are Swifty? Bukan ya? Okey.

[Ketawa]

final • 2:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya Swifty.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya, saya lebih cenderung kepada Sitizoner. Jadi.

[Ketawa]

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Apa Yang Berhormat Menteri?

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Striptease?

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bukan, Swifty. Allahuakbar, cubaan ya. Astagfirullah [Ketawa] [Tepuk]

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Swifty, Taylor Swift.

final • 2:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Berpuasa Yang di- Pertua.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

[Ketawa] Baik. Tapi saya kena sebut di sini.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, Menteri. Cuma satu perkara, don’t ever let dengan izin anyone think that we are second to Singapore.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

No, we are not.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Don’t ever let anyone think we are second to Singapore.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya, saya.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

We are capable of having the bigger concert here. Terima kasih Speaker.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Itu tidak menjadi masalah. Sebagai contoh, ada satu konsert artis daripada luar negara, artis itu bernama Muse. Penganjur konsert itu telah mengusahakan secara sendiri tanpa sokongan daripada pihak kerajaan dari segi dana ataupun sebagainya untuk mengadakan apa yang disebut sebagai Blackout. Blackout itu adalah bila artis penganjur berjaya mendapatkan artis itu hanya bermain di satu lokasi. Semasa Muse datang ke Kuala Lumpur, mereka tidak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana lain. Jadi orang daripada negara jiran, terpaksa datang ke Kuala Lumpur.

Jadi sebenarnya kita dah pernah buat benda macam itu. Cuma yang membezakan cara kita dengan cara Singapura, di Singapura difahamkan terdapat bantuan insentif daripada kerajaan yang khusus untuk menarik artis-artis tertentu. Pada waktu ini kita belum lagi ada insentif seperti itu, tapi saya telah meminta pihak kementerian untuk meneliti, memandangkan pada waktu ini kita ada apa yang disebut sebagai Film in Malaysia Incentive (FIMI) menggalakkan penggambaran daripada luar negara datang ke Malaysia dan buat penggambaran. Maka tak mustahil kalau kita pertimbangkan satu konsep yang sama untuk acara-acara seperti yang dimaksudkan.

Dato' Yang di-Pertua, memandangkan.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, lima minit gulung.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Lima minit menggulung. Saya kalau boleh tak ada lagi celahan ya.

Yang Berhormat Tampin menyentuh isu kill switch yang menyebabkan artis luar negara tidak memilih untuk membuat persembahan di Malaysia. Mekanisme kill switch ini mula dicadangkan untuk diguna pakai penganjur konsert susulan insiden The 1975 yang berlaku di Good Vibes Festival pada 2023. Insiden tersebut merupakan pertama kali berlaku melibatkan artis sewaktu persembahan dan satu-satunya yang berlaku daripada 344 persembahan yang diluluskan sepanjang tahun lalu. Satu daripada 344. “Dek nila setitik, rosak susu sebelanga’’.

Oleh itu, terdapat keperluan untuk memperkenalkan mekanisme bagi membendung perkara yang melanggar undang-undang negara ini daripada berulang dan kill switch merupakan salah satu elemen dalam pengurusan insiden sewaktu persembahan dan ini hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau mendesak sahaja dengan izin worse case scenario ataupun last resort.

Cadangan ini sedang dipertimbang untuk dimasukkan dalam garis panduan PUSPAL yang sedang dipinda dan diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman terutama penganjur konsert yang baharu supaya mereka membuat persiapan rapi dengan mengambil kira insiden negatif yang boleh berlaku sewaktu acara berlangsung.

Untuk makluman, kerajaan telah memberi insentif penurunan duti hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus bagi persembahan artis luar negara bagi tahun ini yang merupakan antara langkah untuk menarik lebih banyak lagi persembahan artis luar negara ke Malaysia. Dengan pelaksanaan inisiatif tersebut diharap dapat memberi spillover effect kepada rantaian ekonomi dalam industri hiburan di Malaysia.

Yang Berhormat Balik Pulau minta supaya generasi muda diberi peluang untuk berkarya dalam aspek multimedia, seni dan warisan budaya dan kerajaan pula memberi sokongan kepada penggiat seni dan industri kreatif serta membuka ruang penglibatan kepada pihak ketiga untuk memperkukuh industri jingga.

Kementerian Komunikasi melalui FINAS, MyCV sentiasa cakna dan menyokong penuh penggiat industri kreatif melalui pelbagai inisiatif seperti kemudahan pembiayaan dan geran, penyediaan platform, promosi ataupun pemasaran, pembangunan kapasiti dan lain-lain. Inisiatif ini terbuka kepada semua kelompok penggiat industri kreatif merangkumi generasi muda. Antara program yang menyokong generasi muda ialah program pemerkasaan modal insan industri kreatif yang dilaksana oleh FINAS.

FINAS kini sedang melaksanakan program Komuniti@Finas (KoFi) bagi membentuk jalinan kerjasama antara komuniti setempat dalam membangunkan modal insan berkaitan industri kreatif tanah air yang turut melibatkan golongan belia dan kelompok B40 di kalangan komuniti setempat. Pada tahun 2023, enam program KoFi telah diadakan di Selangor, Pulau Pinang, Perlis dan Sarawak dengan penyertaan seramai 315 orang belia. FINAS menyasarkan penyertaan 600 orang belia di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia tahun ini.

Dato' Yang di-Pertua, ada beberapa perkara lain yang dibangkitkan tapi saya rasa masa mencemburui. Semalam saya ada sewaktu sesi soal jawab Menteri menyentuh tentang kod etika wartawan. Jadi saya percaya hal itu telah dijawab semalam. Sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen yang ingin sampaikan pandangan atau mendapatkan penjelasan, saya alu-alukan untuk bertemu dan mungkin lepas buka puasa, kita boleh minum teh dan bincang tentang perkara ini.

Akhir sekali mengenai isu internet dan telekomunikasi. Ada 10 orang Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Igan, Puncak Borneo, Batang Lupar, Lawas, Baram, Beaufort, Tanjung Piai, Parit, Masjid Tanah dan Tumpat telah membangkitkan isu-isu khusus mengenai kawasan masing-masing.

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya ambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa saya telah mengutus surat jawapan bertulis kepada setiap Yang Berhormat untuk menjawab soalan-soalan

final • 2:30 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

yang diberikan dan saya menyatakan kesediaan kepada Ahli Yang Berhormat Puncak Borneo. Insya-Allah kita akan bekerjasama untuk segera menyelesaikan.

Rupa-rupanya bila kita semak balik, Puncak Borneo marah sebelum ini dalam hujah beliau, dalam perbahasan, kenapa tidak diambil tindakan. Tetapi setelah diteliti pada bulan Mac yang lalu bila kita buka kaunter dan bulan Oktober yang lalu, tidak ada yang khusus. Jadi, insya-Allah pasukan saya telah berhubung dan kita akan segera selesaikan beberapa perkara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya sekian dahulu jawapan bagi Kementerian Komunikasi. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Menteri Komunikasi. Sekarang saya menjemput Kementerian Pendidikan.

final • 2:30 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ramadan Kareem saya ucapkan pada semua Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia pertama sekali ingin merafakkan sembah menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas titah yang telah disampaikan dalam Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas, tahun 2024 yang turut menyentuh beberapa perkara yang melibatkan bidang pendidikan.

Pada kesempatan ini, KPM juga ingin merakamkan ucapan selamat kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan 2024/2025 kepada semua murid dan guru khususnya bagi mereka yang memulakan sesi persekolahan pada tahun ini.

KPM juga ingin memaklumkan bahawa dengan sukacitanya sebanyak lima buah sekolah baharu yang terdiri daripada dua sekolah rendah dan tiga sekolah menengah telah mula beroperasi bermula pada sesi persekolahan 2024/2025. Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Saujana Putra Selangor, SJK(T) Heawood Perak, SMK Serada Terengganu, SMK Bandar Saujana Utama 2 Selangor dan Sekolah Menengah Sains Segamat Johor. Manakala, sebuah sekolah menengah agama rakyat mula beroperasi sebagai sekolah agama bantuan kerajaan iaitu Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab, Selangor.

Selain itu, enam buah sekolah jenis kebangsaan yang berpindah lokasi telah memulakan sesi persekolahan di bangunan baharu mulai sesi persekolahan 2024/2025.

Sekolah-sekolah tersebut adakah SJK(C) Aik Hua Pulau Pinang, SJK(C) Kai Nang Sarawak, SJK(C) Poi Chee Kedah, SJK(T) Ladang Sagga Negeri Sembilan, SJK(T) Ladang Pertang Negeri Sembilan dan SJK(T) Seafield Selangor.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mulakan penjelasan yang amat terkait dengan dasar pendidikan negara seperti yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota. KPM telah melaksanakan transformasi pendidikan bermula dari tahun 2013 melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan lima aspirasi sistem untuk mencapai enam aspirasi murid.

Di samping itu, KPM juga sentiasa memastikan sistem pendidikan Malaysia selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agenda pendidikan global, SDG4 dan konsep Malaysia MADANI khususnya nilai kemapanan, kesejahteraan dan daya cipta. Antara fokus transformasi pendidikan ini adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur persekolahan diberi peluang memperoleh akses pendidikan yang berkualiti tanpa mengira siapa atau di mana mereka berada iaitu dengan izin, no child left behind.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, KPM kini sedang dalam proses transisi daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu selepas tahun 2025. Laporan Tahunan Pelan

final • 2:31 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Pembangunan Pendidikan Malaysia juga telah disediakan untuk melihat prestasi, inisiatif dan prakarsa yang perlu ditambah baik dalam sistem pendidikan Malaysia.

KPM juga sedang merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu yang menetapkan hala tuju dasar pendidikan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang bermula tahun 2026. Dalam usaha untuk membina pelan baharu selepas ini pelbagai program telah dirancang pada peringkat KPM. Antaranya adalah sesi libat urus, diskusi meja bulat, dialog awam, pameran dan kajian lapangan yang bertujuan untuk mendapatkan perkongsian secara menyeluruh di samping dapat mengupas segala isu secara tuntas dalam memutuskan idea bagi membantu kejayaan pelan baharu ini.

KPM juga telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menerajui perancangan, hala tuju dan pembangunan pelan pendidikan baharu. Terdapat empat fasa Yang Berhormat, dalam penyediaan pelan pendidikan baharu di mana fasa pertama melibatkan analisis terperinci pencapaian prestasi pelan pembangunan.

Fasa kedua, sesi libat urus melibatkan kesemua pemain industri, guru cemerlang, Dekan fakulti dan lain-lain untuk mendapatkan input bagi penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Fasa ketiga akan melibatkan perbincangan kumpulan berfokus dan dialog awam bagi mendapatkan input lanjut mengenai bidang keutamaan yang telah dipersetujui.

Fasa keempat meliputi proses mendapatkan maklum balas melalui draf pelan pendidikan baharu sehingga pelan tersebut mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Kini, KPM sedang melaksanakan jelajah masa depan pendidikan ke seluruh negara bermula awal tahun ini bagi mendapatkan input untuk merangka pelan pendidikan negara yang baharu. Jelajah ini akan melibatkan pelbagai peringkat segmen komuniti yang merupakan pihak berkepentingan dalam pendidikan untuk merangka dan seterusnya menjayakan agenda pendidikan masa depan.

Kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berlandaskan Akta Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk itu, kita juga telah mengambil kira pencapaian pelan pendidikan yang terdahulu dan amalan terbaik pendidikan pada peringkat antarabangsa dalam menghasilkan pelan pendidikan yang berkualiti.

KPM juga telah menyediakan kerangka kurikulum 2027 yang selari dengan hasrat dan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Antara elemen yang akan diteliti termasuk pendidikan karakter dan pendigitalan.

Selain itu, KPM memberi perhatian kepada kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh murid bagi mengatasi cabaran dan memenuhi peluang pada masa hadapan. Selaras dengan itu, penyediaan infrastruktur asas dan infrastruktur pemerkasaan pendidikan STEM dan pendidikan TVET yang merangkumi teknologi baharu serta penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah akan diperkukuhkan.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menyediakan murid yang berkualiti dan berkemahiran tinggi serta dapat memenuhi keperluan industri masa hadapan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi, keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan manusiawi dan pembangunan karakter turut diberikan perhatian bagi memastikan generasi akan datang mempunyai akhlak, integriti dan jati diri yang kukuh bagi memenuhi aspirasi nasional.

KPM juga menyediakan peluang pembangunan profesionalisme kepada guru bagi memastikan guru sentiasa bersedia serta bermotivasi dalam menjalankan tugas dan berusaha memberikan perkhidmatan yang berkesan. Guru digalakkan untuk membangunkan kompetensi melalui aktiviti komuniti, pembelajaran profesional yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah untuk berkongsi kaedah dan amalan terbaik dalam PdP serta memperkasa pembelajaran digital yang lebih menarik dan berkesan.

Usaha meningkatkan tahap kompetensi digital guru diteruskan melalui Program Pemantapan Pendidikan Digital guru iaitu langganan lesen Sistem Pengurusan Pembelajaran untuk membantu guru melaksanakan latihan kendiri secara dalam talian

final • 2:31 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

tanpa mengganggu proses PdP di sekolah. Terkini Yang Berhormat dan juga Tan Sri Yang di-Pertua, KPM telah menubuhkan enam pasukan khas reformasi pendidikan yang akan memberikan tumpuan kepada enam hala tuju ataupun yang disebut sebagai dengan izin, direction of the nation.

Pertama adalah task force ataupun Pasukan Khas Prasekolah, Yang Berhormat.

Kedua adalah Pasukan Khas STEM, Pasukan Khas TVET, pasukan khas penjajaran kurikulum dan untuk menangani keciciran, pasukan khas digital dan pasukan khas untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Ahli Yang Berhormat Puchong dan Kuala Kedah ada? Okey. Membangkitkan berkenaan pelaporan keberkesanan Pelan Pembangunan Pendidikan yang bakal berakhir pada tahun 2025. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sedang berada dalam gelombang tiga yang menjurus kepada kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi. Setelah 11 tahun pelaksanaannya, PPPM menunjukkan pencapaian yang positif dan melalui laporan tahunan secara berkala setiap tahun. Laporan akhir PPPM akan dirumuskan usai pelaksanaannya pada tahun 2025.

Sementara itu, setiap tahun KPM juga melaksanakan penilaian terperinci terhadap sasaran keberhasilan output dan pemboleh daya bagi mengenal pasti jurang pencapaian, isu dan risiko inisiatif yang dipantau dalam PPPM agar kekal di landasan transformasi yang dihasratkan.

final • 2:31 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Menteri, minta pencelahan.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Siapa itu? Pendang. Ya, Pendang silakan.

final • 2:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya tertarik dengan pelan pembangunan yang akan dibuat ini. Alhamdulillah saya ucap terima kasih kepada Menteri. Cuma saya hendak minta supaya kita fokus. Saya beri pandangan ini ikhlas untuk generasi kita yang akan datang kerana baru-baru ini saya berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Profesor Dr.

Haim. Dia ceritalah benda-benda macam ini. Saya hendak minta penjelasanlah, kalau benda ini betul atau tidak. Saya ingat kalau saya takut dapat berita-berita yang tidak benar, saya hendak dapat penjelasan. Sebab Kedah ini ada signifikan dengan saya.

Atuk saya dipanggil Pak Mat Bisting di negeri Kedah pada zaman Inggeris adalah seorang pegawai Melayu yang paling tinggi di zaman Inggeris iaitu kalau sekarang ini level Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang dibawa masuk daripada Pulau Pinang untuk nak membangunkan anak-anak kita di negeri Kedah supaya mereka terdedah dengan pendidikan yang arus perdana. Ini dipanggil Pak Mat Bisting, boleh check dengan orang- orang dululah. Sekarang dah meninggal. Itu atuk saya.

Jadi, bila macam itu saya mintalah kita, bila kita fokus sepertimana yang saya dapat saya bertemu dengan Profesor Dr. Haim saya sangat sedih perkara-perkara ini kalau berlaku kerana ini adalah satu sistem pendidikan masa depan anak-anak bangsa kita kalau boleh politik letak ke tepilah. Kalau kita masukkan politik sekali dengan pendidikan, anak-anak kita akan terkesan.

Jadi, kalau sampai macam itu kita tidak boleh bezakan maknanya kita mintalah, minta Kementerian Pendidikan supaya cadangkan beri autonomi kepada negeri-negeri yang bertentangan arus dengan Kerajaan Pusat ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di- Pertua, saya teruskan. Untuk itu KPM bagi laporan, bagi memastikan KPM akan mencapai segala aspirasi yang dihasratkan melalui penambahbaikan yang berterusan berdasarkan penilaian menyeluruh yang mempertimbangkan pelbagai dimensi kualiti dan kesaksamaan pendidikan.

Untuk itu, KPM akan menggunakan khidmat pihak ketiga bagi membuat penilaian bebas dan telus kepada pencapaian pelaksanaan transformasi pendidikan pelan pembangunan ini supaya menjadi input kepada pendidikan masa depan yang lebih

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

inklusif, saksama dan berkesan untuk manfaat semua rakyat Malaysia. Yang Berhormat Batang Sadong ada?

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tan Sri Yang di- Pertua...

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak ada.

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang seterusnya...

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kuala Kedah. Ya, silakan.

final • 2:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan secara tuntas dan terang.

Seperti yang kita ketahui bahawa pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan ini memerlukan interaksi kedua-dua belah pihak iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat kerajaan negeri. Jadi, soalan saya, apakah terdapat polisi-polisi baharu yang diperkenalkan oleh KPM yang mengehadkan keterlibatan pihak kerajaan negeri khususnya program-program yang melibatkan exco kerajaan negeri dalam jemputan program-program tertentu seperti yang tertular sebelum ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat, saya ingat jawapan itu ringkas sahaja Yang Berhormat. Ikut garis panduan. Garis panduan telah pun kita sediakan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, patuhi garis panduan tersebut.

Program-program jemputan ini dia mesti ada proses dia. Saya yakin Yang Berhormat Exco semua tahu tentang garis panduan tersebut. Saya minta untuk dipatuhi sahaja dan kita tidak— maknanya kita akan mengambil perhatian kepada jemputan-jemputan program tersebut berdasarkan kepada garis panduan tersebut.

Yang Berhormat Cameron Highlands, Kuala Krau ada? Bentong? Okey. Ahli Yang Berhormat Kuala Krau, Bentong dan Cameron Highlands sebenarnya telah meminta Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan perhatian khusus kepada pendidikan Orang Asli dan peribumi dalam usaha meningkatkan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti murid.

Antara intervensi yang dilaksanakan adalah Program Kembali Ke Sekolah, Jom Masuk Asrama, pemberian Sijil Kehadiran 100 Peratus kepada murid dan Program Motivasi Bersama Ibu Bapa dan Komuniti. Intervensi ini telah berjaya meningkatkan kehadiran yang tinggi dalam kalangan murid peribumi, Dusun Bonggi dan Penan pada tahun 2022 iaitu 93.11 peratus di SK Long Pelutan, Sarawak dan 88.96 peratus di SK Sabur, Sabah.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KPM bagi meningkatkan peratus transisi murid Orang Asli dari Tahun 6 ke Tingkatan 1. Antaranya seperti sesi libat urus dan kesedaran kepentingan pendidikan kepada Tok Batin, ibu bapa dan masyarakat Orang Asli dengan kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli dan melaksanakan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Komprehensif 11 (K11).

Selain itu, mulai tahun 2023 Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pengambilan 20 orang calon murid Orang Asli dan 20 orang calon murid Penan untuk ditawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bidang Bahasa Melayu di IPG KPM.

Sehingga kini seramai 99 orang pelajar dalam kalangan Orang Asli dan 53 orang pelajar Penan yang sedang mengikuti pengajian secara laluan perdana dan laluan khas dalam pelbagai bidang.

Daripada segi kualiti pembelajaran murid, KPM terus berusaha dalam memantapkan aspek kompetensi guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan melalui pemerkasaan profesionalisme dan kelestarian kesejahteraan guru merentas lokasi di seluruh Malaysia. Profesionalisme guru dalam perkhidmatan di perkasa melalui pembangunan profesionalisme berterusan guru supaya kompeten dan kekal bermotivasi dalam menjalankan tugas.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Pada tahun 2023, sebanyak 4,929 latihan telah disediakan oleh KPM dengan seramai lebih 1.4 juta penyertaan. Selain itu, inisiatif pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP) turut dilibatkan untuk memastikan jurang pendidikan antara kumpulan bandar dan luar bandar dan jantina dapat dirapatkan. Hasilnya jurang pencapaian gred purata SPM 2022 bandar dan luar bandar telah merapat sebanyak 29.15 peratus dari tahun 2012. Manakala jurang pencapaian layak sijil SPM 2022 mengikut jantina telah merapat sebanyak 40.48 peratus dari tahun 2016.

Berdasarkan strategi dan usaha yang telah dan sedang dilakukan, Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa terdapat peningkatan enrollment murid di semua peringkat sekolah. Enrollment murid prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun meningkat dari 83.65 peratus pada tahun 2021 kepada 90.10 peratus pada tahun 2023. Manakala enrollment di peringkat menengah pula telah meningkat daripada 88.68 peratus pada tahun 2021 kepada 91.65 peratus pada tahun 2023.

Manakala, kadar keciciran murid sekolah menengah adalah 1.11 peratus pada tahun 2021 dan telah menurun kepada 0.83 peratus pada tahun 2023. Begitu juga enrollment murid berkeperluan pendidikan khas yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif juga turut meningkat daripada 74.58 peratus pada tahun 2021 kepada 89.89 peratus pada tahun 2023.

Yang Berhormat Rasah dan Gopeng ada? Okey.

final • 2:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah ada.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Berkaitan persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Rasah dan Gopeng Tan Sri Yang di-Pertua, KPM komited dalam memastikan peluasan kelas prasekolah bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses pendidikan prasekolah. Untuk makluman Ahli Parlimen Gopeng, bilangan kelas prasekolah baharu yang dibuka pada tahun 2022 adalah sebanyak 75 kelas. Bagi tahun 2023 KPM telah melaksanakan peluasan sebanyak 119 buah kelas prasekolah yang melibatkan pelbagai jenis sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia menyasarkan keluasan sebanyak 129 buah kelas prasekolah bagi tahun 2024.

Dengan peluasan ini, telah menjadikan jumlah kelas prasekolah KPM secara keseluruhan adalah sebanyak 9,909 buah serta peningkatan penyertaan murid dari tahun 2022 sebanyak 208,789 orang kepada 214,728 orang pada tahun 2023. Pelaksanaan peluasan ini akan diteruskan setiap tahun kerana ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk mengikuti pendidikan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Namun begitu, pembukaan kelas di sesebuah institusi pendidikan bukan hanya bergantung kepada ketersediaan kemudahan infrastruktur sedia ada di institusi pendidikan tersebut tetapi juga perlu mempunyai guru berkelayakan dan perjawatan guru yang mencukupi di samping mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat.

Untuk makluman Ahli Parlimen Rasah, pada masa ini terdapat sebanyak 32 buah kelas prasekolah yang beroperasi di 19 sekolah dalam Parlimen Rasah dengan bilangan murid seramai 800 orang iaitu memenuhi kapasiti di 32 buah kelas.

final • 2:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Pihak sekolah boleh membuat permohonan pembukaan kelas prasekolah kepada JPN sekiranya terdapat keperluan. Pendidikan awal kanak-kanak bagi yang berumur empat hingga enam tahun adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996.

Antara strategi KPM bagi menggalakkan kemasukan kanak-kanak ke prasekolah KPM dan seterusnya dapat mengurangkan keciciran murid adalah hebahan kemasukan prasekolah KPM melalui portal KPM dan semua media sosial rasmi KPM, Kempen Prasekolah Selamat, Bersih, Ceria dan Kreatif dijalankan oleh KPM, jerayawara oleh JPN untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pendidikan prasekolah, Program Hari Bertemu Pelanggan, Kempen Jom Masuk Prasekolah, Program Lawatan Cakna yang mana program turun padang ke rumah-rumah berdekatan sekolah yang didapati tidak

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

menghantar anak ke prasekolah dan Hari Terbuka Pendaftaran Prasekolah di peringkat sekolah ataupun daerah.

Jadi Yang Berhormat, naratif prasekolah ini sangat penting. Izinkan saya untuk berkongsi Yang Berhormat bahawa penegasan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi isu prasekolah ini pertamanya adalah soal bagaimana kita memastikan semua kanak-kanak ini dapat memulakan persekolahan daripada umur yang lebih awal dan ia sangat memberikan kesan kepada isu keciciran yang sedang kita tangani.

Kedua ialah isu malnutrisi yang sebenarnya di peringkat prasekolah KPM, kita telah tangani lebih awal dengan pemberian Rancangan Makanan Tambahan dan percuma untuk semua kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Ketiga ialah intervensi untuk murid keperluan khas. Jadi intervensi ini juga berlaku lebih awal Yang Berhormat di peringkat KPM yang mana di peringkat prasekolah ini, anak- anak ini akan dilakukan saringan untuk memastikan di mana mereka akan diletakkan di peringkat sekolah rendah nanti.

Ahli Yang Berhormat Batang Sadong memang tidak ada ya?

final • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh- Tan Sri boleh saya tanyakan soalan kepada Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Silakan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang mana membuktikan kementerian dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan prasekolah daripada segi infrastruktur dan sebagainya.

Namun saya ingin membangkitkan perkara yang saya telah pun sampaikan sewaktu perbahasan saya yang mana kini sistem prasekolah dalam negara kita terletak di beberapa agensi dan kementerian yang berbeza yang mana Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan, Wilayah dan Desa dan Jabatan Perpaduan dan juga pihak- pihak swasta yang menguruskannya. So, adalah baik untuk kerajaan menstrukturkan semula ataupun rombakan sistem itu. Jika perlu ada pindaan rang undang-undang yang mewajibkan sistem prasekolah ini dan memudahkan segala urusan peruntukan, perjawatan yang lebih berkualiti terhadap sistem pembelajaran dan pengajaran. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Izinkan saya Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua untuk sedikit respons. Pertamanya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng sebentar tadi adalah bertepatan dengan apa yang sedang kita lakukan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketika ini, jawatankuasa special task force ataupun pasukan khas ini sudah ditubuhkan bagi untuk tujuan penyelarasan Yang Berhormat, kesemua kementerian yang melibatkan prasekolah ini.

Alhamdulillah ketika ini kita sudah pun sampai ke peringkat untuk penyelarasan.

Pertama isu kokurikulum, yang kedua adalah untuk melihat bagaimana fasiliti-fasiliti prasekolah ini dapat kita kembangkan dan dapat dimanfaatkan terus kepada masyarakat.

Kedua berkaitan dengan dasar pendidikan wajib prasekolah. Ini juga antara resolusi yang telah pun kita terima semasa Kongres Ekonomi Bumiputera yang lepas Yang Berhormat.

Ketika ini Yang Berhormat untuk peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, kita sedang dalam proses untuk melihat dan membentangkan dasar pendidikan wajib sekolah menengah dulu Yang Berhormat dan selepas ini saya yakin dan percaya barangkali akan ada susul tindak untuk melihat sama ada dasar pendidikan wajib untuk prasekolah ini dapat kita manfaatkan, tetapi yang boleh saya bagi jaminan ketika ini Yang Berhormat adalah perluasan prasekolah KPM sedang berlaku. Jadi kita akan membuat perluasan seluas-luasnya untuk memastikan akses pendidikan pra sekolah ini dapat dijamin kepada anak-anak kita.

Baik seterusnya Ahli Yang Berhormat Tawau, ada?... Tawau tidak ada.

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

...Wakil

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Wakil tak boleh.

Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera? Juga tidak ada.

Parit Buntar ada? Parit Buntar, Lubok Antu, Jempol...?

Jempol ada, Jempol ada. Okey- mencadangkan agar KPM mempergiatkan Program Silang Budaya dalam kalangan murid latar keturunan berbeza. Untuk makluman, KPM telah melaksanakan inisiatif #06 Pengukuhan Perpaduan di Sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan bertujuan membentuk warga sekolah memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian untuk mewujudkan identiti nasional.

Beberapa aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh KPM di bawah inisiatif tersebut bagi pemupukan perpaduan antaranya Kem Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang melibatkan murid sekolah rendah dan menengah dari pelbagai kaum yang dilaksanakan secara tahunan, penyediaan bahan komunikasi, penerapan nilai perpaduan untuk tujuan promosi, nilai-nilai perpaduan khususnya kepada murid sekolah, penilaian pengiktirafan sekolah yang mengamalkan budaya perpaduan yang melibatkan sekolah KPM seluruh negara, Program Pertukaran Host dan Tamu antara Negeri dan Program Kolaborasi dan Pertukaran Budaya antara sekolah-sekolah KPM.

Selain itu, Program Perpaduan dan Silang Budaya peringkat Negeri Sembilan tahun 2024 Yang Berhormat telah dilaksanakan pada 6 Februari 2024 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Program tersebut telah berjaya meraih Malaysia Book of Records apabila telah dapat menarik perhatian umum dengan pameran kebudayaan dan persembahan pelbagai kaum melalui demonstrasi pakaian, makanan masakan, kraf tangan dan permainan sukan rakyat dan lebih daripada 1,000 orang yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru dan komuniti Negeri Sembilan hadir mengambil bahagian dan memberi sokongan kepada program tersebut. Program ini juga telah dijalankan serentak di seluruh Negeri Sembilan secara bersemuka dan atas talian.

Selain daripada itu, kita ada juga program-program lain Yang Berhormat dengan jalinan kerjasama luar negara seperti Program Homestay, pertukaran murid Jepun dan Malaysia. Program Pertukaran Murid Malaysia ke Negara Asia Tenggara anjuran Kelab Hiroshima dan Program Pertukaran Murid Malaysia ke Jepun, Australia dan United Kingdom anjuran Kelab Hiroshima.

Selain itu, KPM menggalakkan penglibatan ibu bapa komiti dan pihak swasta dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah. Pihak sekolah juga diberi ruang untuk melibatkan diri dengan masyarakat dan menjalinkan kerjasama strategik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pembangunan sekolah dan masyarakat.

Kajian Pengukuran Indeks Perpaduan di semua sekolah Yang di-Pertua, bawah KPM juga turut dilaksanakan untuk mengetahui tahap perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Tan Sri Yang di-Pertua, dapatan kajian pada tahun 2023 menunjukkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah adalah erat iaitu pada tahap 7.51. Sinergi KPM bersama- sama Kementerian Perpaduan Negara, di sebelah saya ini digiatkan melalui penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah. Kelab ini ditubuhkan bagi suatu strategi utama...

final • 2:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, Puncak Borneo minta pencelahan sikit.

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sekejap saya habiskan ayat saya.

final • 2:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kelab ini ditubuhkan sebagai satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan kita komited untuk meneruskan inisiatif dan program yang berupaya mengukuh dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum, latar belakang, sosioekonomi, agama serta etnik. Silakan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol ya sebab saya...

final • 2:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk. Kejap, Puncak Borneo dulu.

final • 2:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya amat berterima kasih kerana saya diperdengarkan dengan suasana perpaduan di peringkat sekolah amat erat tetapi saya merasakan perkara ini di peringkat akar umbi, saya rasa perkara itu tidak begitu berlaku seperti mana yang telah dihujahkan tadi.

Dalam perbahasan juga, saya ada menyebut dan menyarankan supaya teks silibus buku sejarah daripada tingkatan satu ke tingkatan lima supaya memberi pendedahan mengenai Perjanjian MA63 dan juga perjuangan-perjuangan Dayak Trackers, perjuangan perajurit dari Sabah dan Sarawak dan pejuang-pejuang dari Sabah dan Sarawak khasnya Borneo yang bantu membela negara kita ini supaya tidak ada pihak yang menidakkan semangat jati diri kita untuk mempertahankan negara kita.

Jadi secara tidak langsung, perkara ini juga boleh mengeratkan perpaduan dan memupuk kerjasama yang erat di antara negara kita. Jadi itu saya mohon pertimbangan YB Menteri. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

YB, boleh saya mencelah?

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan Yang Berhormat itu- sekejap ya. Pandangan Yang Berhormat tersebut sebenarnya memang sangat signifikan dengan apa yang sedang dilakukan oleh pihak KPM.

Dalam rangka kita menulis sejarah, membuat buku teks dan juga memastikan sejarah yang ditulis untuk anak-anak kita ini benar, sahih dan tepat Yang Berhormat, kita telah melaksanakan pelbagai libat urus dan menjemput pelbagai pakar, melibatkan sebanyak mungkin pakar-pakar sejarah dan juga bahagian-bahagian tertentu dalam kementerian untuk memastikan input yang kita bagi itu adalah input yang benar-benar menterjemahkan sejarah setiap yang kita sebut sebagai mewakili setiap bangsa dan juga sejarah. Yang paling penting ialah sejarah negara kita. Jadi, concern, dengan izin, keprihatinan Yang Berhormat itu, saya ambil perhatian...

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

[Bangun]

final • 2:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Silakan, Jempol.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, sebagaimana kita sedia maklum, fokus Kementerian Pendidikan ialah untuk melahirkan kecemerlangan- fokus kepada kecemerlangan dan juga kemenjadian murid. Jadi, dalam hal ini, daripada segi kemenjadian ini menekankan nilai- nilai moral, akhlak dan juga jati diri.

Jadi, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya ucap syabas, tahniah pada Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan kerana saya melihat sendiri program silang budaya itu dia memang fokus. Jadi, syabas, tahniah, saya ucapkan. Jadi, saya harap model yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ini akan dijadikan sebagai model di peringkat kebangsaanlah sebab saya tengok dia amat berkesan sekali mencakupi semua aspek. Jadi, tahniah, syabas, saya ucapkan.

Kemudian, saya juga fokus, seperti sahabat saya tadi, dalam usaha kita untuk memantapkan perpaduan di peringkat asas dan memberi kefahaman kepada generasi muda tentang asas persefahaman, kerjasama, persefahaman asas pembentukan negara kita pada 1957 dan juga kemasukan Sabah dan Sarawak pada 1963 iaitu subjek topik kontrak sosial ini diberi penekanan dalam mata pelajaran Sejarah supaya semua rakyat dalam negara kita memahami latar belakang asas persefahaman semua kaum dalam pembentukan negara dan ia mesti dihormati dan ia juga termaktub dalam Perkara 153

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Perlembagaan Persekutuan. Jadi, biar diberi penekanan oleh guru-guru Sejarah apa itu kontrak sosial.

Memang hari ini kita mengejar kecemerlangan, kejayaan hebat negara kita pada hari ini tapi kefahaman bagi setiap bangsa itu dalam sesebuah negara itu, asas pembentukan, persefahaman kaum- kita ada berbagai-bagai kaum. Jadi, ada persefahaman dulu. Yang ini kita nak tahu. Dalam negara kita ini, dalam mata pelajaran kontrak sosial, kalau tidak keterlaluan, oleh sebab ia satu topik yang penting, jadikan dalam mata pelajaran Sejarah. Kita bocorkan soalan dahulu iaitu salah satu perkara dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan yang keluar ialah tajuk kontrak sosial.

Jadi, cara, kaedah macam mana soalan itu digubal, terpulanglah pada Lembaga Peperiksaan.

Jadi, itulah cadangan Jempol, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh saya mencelah?

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Jempol. Saya fikir pandangan Jempol ini berkaitan dengan perkara berkaitan kontrak sosial yang dicapai sebelum kemerdekaan dalam kalangan pemimpin berbilang kaum telah diterangkan secara kronologi bersesuaian dengan reka bentuk kurikulum Sejarah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya ambil perhatian apa yang disebut oleh Jempol sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Yang Berhormat Jempol, saya juga ingin memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju menjadikan apa program di Negeri Sembilan ini, khususnya silang budaya dan paling besar adalah program berkaitan dengan pendidikan karakter bangsa, dijadikan program nasional. Jadi, template Negeri Sembilan adalah template yang sangat penting untuk kita di peringkat KPM laksanakan di peringkat nasional.

Silakan, Parit Buntar.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Parit Buntar.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih, YB Menteri. Tadi YB Menteri sebut berkaitan dengan Parit Buntar yang membangkitkan isu yang masih saya tidak mendengar jawapannya, iaitulah berkaitan dengan program APPGM-SDG di Parlimen Parit Buntar. Program rentas parti.

Saya telah meluluskan kepada sebuah NGO program tersebut iaitulah menanam benih bakau di pesisir Pantai Tanjung Piandang dengan kerjasama pihak PPD. Yang terlibat warga pendidik di Tanjung Piandang lah. Peringkat awal, mereka bersetuju nak jemput saya untuk hadir sama melancarkan program tersebut. Bila saya setuju untuk hadir, tiba-tiba saya diberitahu oleh pihak NGO yang menganjurkan program tersebut, pihak PPD tidak membenarkan melibatkan ahli politik pembangkang. Jadi, saya sangat kesallah dengan program ini sedangkan program ini program rentas parti. Tidak dibuat di bangunan sekolah, di pesisir pantai sahaja. Jadi, apakah salah saya hadir sama untuk meraikan dan menyantuni?

Yang kedua, Yang Berhormat Menteri. Saya tak sempat sebut dalam perbahasan.

Cuma ini, kalau nak jawab bertulis pun boleh. Isu guru PERMATA Negara ini. Mereka merungut sebab mereka sudah berkhidmat begitu lama tapi tak ada peluang untuk berpindah ke pra sekolah di bangunan sekolah. Jadi, mereka juga teringin nak pindah.

Dah 10 tahun, 15 tahun mereka berkhidmat sebagai guru PERMATA tapi tak ada kenaikan pangkat, kemudian tak ada peluang untuk berkhidmat di sekolah di peringkat pra sekolah.

Jadi, apa hasrat ataupun cadangan kerajaan untuk menyelesaikan isu guru PERMATA ini? Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang pertamanya, Yang Berhormat, saya ulang sekali lagi dan saya ulang siar dengan penuh penegasan dan penuh kasih sayang bahawa garis panduan mesti dihormati. Ia bukan soal Yang Berhormat buat program dalam sekolah. Garis panduan kita sebut apa, Yang Berhormat?

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Disebut apa sahaja aktiviti yang melibatkan pelajar sekolah mesti dipatuhi garis panduan tersebut. Okey, baik.

Yang kedua...

final • 3:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar. Kangar pula, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya fikir untuk guru PERMATA Negara ini, Yang Berhormat- kerana Yang Berhormat telah pun bangkitkan. Boleh saya maklumkan bahawa ketika ini, kita tidak ada halangan Yang Berhormat. Di peringkat polisi kita untuk mereka membuat permohonan untuk berpindah ataupun bertukar ke institusi pengajian ataupun institusi pendidikan di bawah KPM. Malah ketika ini, kebanyakan permohonan sudah pun kita proses untuk mereka melaksanakan proses perpindahan mereka khususnya yang telah lama berkhidmat di bawah PERMATA. Jadi, memang telah pun ada proses tersebut untuk maknanya kita melakukan proses untuk- berdasarkan permohonan mereka untuk berpindah ke institusi pendidikan KPM yang lain.

Silakan Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, silakan.

final • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, saya nak menyentuh mengenai penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Februari lalu, muka surat 5, nombor 10, saya petik- dan saya dah sebut dalam ucapan perbahasan saya hari itu, “Saya perhatikan setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang belum menguasai Bahasa Kebangsaan.” Saya percaya perkara berhubung dengan bahasa kebangsaan ini di bawah portfolio Menteri Pendidikan sebab Dewan Bahasa di bawah YB Menteri.

Saya nak tanya, apakah strategi dan perancangan kementerian bagi memartabatkan bahasa kebangsaan? Sebab, ia perlu dimulakan di peringkat sekolah.

“Nak melentur buluh, di masa rebungnya”. Begitu juga untuk mendaulat dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kita semua sedia maklum bahawa ketika ini ramai tidak pedulikan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kalau kita naik kapal terbang pun, pengumuman menggunakan bahasa Inggeris dulu, diikuti dengan bahasa Melayu. Saya ingat tak betul. Sepatutnya bahasa Melayu dulu. Kita kena sensitif dan prihatin tentang bahasa kita.

Kalau kita tidak memperkasakan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, sukar bagi kita untuk mencapai perpaduan antara kaum sepertimana yang diharapkan.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Dah. Soalan.

final • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ini bukan soalan, ini lebih kepada pandangan dan juga soalan.

Saya masih ingat dulu semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang menjadi mahasiswa di Universiti Malaya...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kubang Pasu tak boleh...

final • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Beliau adalah Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, Tan Sri Speaker dan beliaulah seorang yang memperjuangkan Bahasa Melayu ketika itu. Kita berharap agar di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri, Bahasa Melayu akan diperkasa dan martabatkan dengan sebaiknya. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, di sesi ini untuk Yang Berhormat, bila untuk minta penjelasan...

final • 3:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Jangan bawa isu yang baharu ya. Penjelasan ya.

final • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada? Okey. Silakan.

final • 3:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sedikit pencelahan.

final • 3:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Yang Berhormat Menteri, Kangar.

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri nak jawab dahulu?

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya ingat, Kubang Pasu...

final • 3:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sungai Petani, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, beliau menyentuh tentang...

final • 3:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Pemerkasaan Bahasa Melayu. Yang Berhormat, izinkan saya...

final • 3:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tak kesian dekat Kangar?

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sabar Yang Berhormat- inni soim, inni soim. Bagi saya jawab dulu persoalan ini. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan satu perkara yang sangat penting yang berkaitan dengan pengukuhan dan memartabatkan Bahasa Melayu.

final • 3:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat, izinkan saya berikan penegasan buat sekian kalinya di dalam Dewan ini, bahawa selagi saya menjadi Menteri Pendidikan, bahawa Bahasa Melayu tidak akan ditindas dan akan sentiasa dimartabatkan di mana sahaja kita berada, selagi di bawah langit dan bumi Malaysia...

[Tepuk] Yang Berhormat, saya telah pun mengarahkan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada program-program dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada inisiatif dan prakarsa untuk kita sama-sama memperkasakan dan memartabatkan Bahasa Melayu.

Di samping itu, di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan Bahasa Melayu ini telah pun menjadi satu kewajipan yang besar dan komitmen semua pasukan Kementerian Pendidikan untuk memastikan anak-anak kita khususnya, boleh berbahasa Melayu dengan baik dan termasuklah juga program yang kita sebut sebagai Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan yang menilai tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan bagi sektor awam dan sistem penarafan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa di setiap negeri serta Bank Negara Malaysia.

Jadi, taraf dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terus dipelihara Yang Berhormat, dengan penubuhan sebuah jawatankuasa yang sangat penting.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Bangun]

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan dianggotai oleh semua kementerian dan kerajaan negeri yang bertindak memantau penggunaan bahasa kebangsaan di semua peringkat jabatan dan agensi kerajaan serta sektor berimpak tinggi. Tuan Yang di-Pertua, masa saya sudah tamat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar, sebentar.

final • 3:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sikit.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri perlukan berapa minit lagi?

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya fikir jawapan ini memang sangat panjang, tetapi untuk berlaku adil, 10 minit dan rakan saya sudah pun bersedia untuk melepaskan.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi 13 minit lagi boleh?

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Boleh Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, 13 minit.

final • 3:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri Pendidikan, sikit sahaja. Sikit sahaja.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar...

final • 3:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Pendang dan Parit Buntar mengenai Ahli Parlimen atau ADUN Pembangkang tidak dibenarkan masuk ke sekolah. Cuma, saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri, adakah benar statement itu sebab saya ingin berkongsi pada 3 Mac yang lepas, saya menghadiri salah satu program, Yang Berhormat. Program perasmian SJKC Poi Chee di Sungai Petani. Pada program tersebut, seorang Exco, ADUN Sungai Limau, Exco Kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Agama dan Penerangan bersama-sama dalam program tersebut dan duduk di sebelah Menteri Pendidikan. Saya, Ahli Parlimen Kerajaan pun duduk di hujung dan beliau duduk di sebelah Menteri Pendidikan.

Apakah penjelasan Yang Berhormat Menteri? Adakah mereka cuba untuk mengelirukan? Exco tersebut duduk di sebelah Menteri Pendidikan, makan sekali dan dapat penghargaan sewaktu di SJKC Poi Chee itu. Saya, Ahli Parlimen Sungai Petani duduk di hujung. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tipu, dia tipu...

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sebab itu saya kata Yang Berhormat, masuk rumah orang ini perlu lah jaga adab dan tatasusila. Ikutlah resam dan aturannya. Itu biasa dan normal..

[Tepuk] Jadi, sebab itu saya ulang sekali lagi, garis panduan itu kita patuhi. Saya tidak fikir kita ada masalah dengan mana-mana Exco dan juga mana-mana Ahli Parlimen Pembangkang. Sebab tujuan pendidikan ini adalah untuk meraikan dan juga menterjemahkan apa yang dimaksudkan sebagai tiada siapa yang patut dipinggirkan, khususnya dalam konteks pendidikan.

Jadi, sebab itu saya fikir penting untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian memahami garis panduan ini dan kita tidak ada masalah pun, termasuklah menjemput rakan daripada Exco Pendidikan tempoh hari bersama dengan Yang Berhormat semasa program tersebut...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tan Sri.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini?

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Bukit Bendera dan Puncak Borneo.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar lama dah ini...

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Kangar.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kangar.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kasihan dekat Kangar.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kangar, Kangar.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Lama tak sembang.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Kangar. Kangar. Teruskan.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi saya peluang dan sebenarnya tadi saya nak bincang isu bahasa, tetapi tengok Kubang Pasu dah bincang. Jadi, saya twist sedikit soalan berkaitan dengan subjek Sejarah. Sejarah kalau seperti disentuh oleh Puncak Borneo tadi dan Jempol, saya setuju. Cuma, saya nak kalau boleh ada sedikit perubahan dalam syllabus untuk sekolah menengah dan kalau kita lihat balik sejarah kita banyak di- spin. Kalau kita lihat semula dengan negara Malaysia ataupun negara Malaysia pada suatu masa dahulu kita sampai ke Thailand. Sampai ke Phuket. Sampai ke Pattani dan sebagainya. Sampai ke Satun dan sebagainya.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sejarah apa yang di-spin Yang Berhormat? Yang Berhormat yang spin kah, sejarah yang spin? Siapakah yang tolong buat spin ini?

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Saya kata sejarah. Bukan saya kata Yang Berhormat spin. Saya tak kata pun.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya nak tanya Yang Berhormat sebab Yang Berhormat menggunakan perkataan spin. Siapakah yang spin?

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya. Buku teks Sejarah. Buku teks Sejarah.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tak betul Yang Berhormat. Itu tuduhan tak betul. Itu sangkaan jahat.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tidak, tidak. Saya tidak berniat- bersangka jahat.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ayat Kangar. Kangar patut tanya penjelasan sahaja.

Silakan, apakah yang perlukan penjelasan ini?

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Saya nak buat cadangan.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sekarang Yang Berhormat nak macam mana?

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, saya nak buat cadangan supaya mata pelajaran Sejarah itu sekarang ini kita kalau sejarah- contoh Kedah. Kedah, hari ini Kedah lah. Kalau Kedah dahulu dia termasuk Perlis, termasuk sampai Satun, termasuk sampai Pattani, sampai ke Phuket, sampai ke Trang. Nama Trang itu pun nama Melayu.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apakah dia? Cadangan dia apa dia, cadangan dia.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Cadangan. Cadangan saya ialah supaya kementerian mengkaji semula ataupun berbincang berbahas untuk mengubah sukatan pelajaran sejarah.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Sebab apa yang kita dok tengok sekarang ini pembentukan Malaysia- tengok Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tan Sri Speaker, saya dah berikan penjelasan tentang proses penggubalan kurikulum Sejarah ini semasa Puncak Borneo bertanyakan soalan tersebut.

final • 3:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, terima kasih. Itu sahaja.

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh boleh satu?

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Silakan.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Silakan.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Menteri. Satu perkara. Terima kasih Menteri. Temerloh.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan. Silakan. Lepas ini Ayer Hitam.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Ya, terima kasih. Okey, kita mendengar tadi berkaitan dengan isu perpaduan. Kita juga tadi mendengar isu berkaitan dengan bahasa. Bahasa yang juga saya menyokong Menteri Pendidikan mengatakan bahawa kita sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu. Saya ingin penjelasan berkaitan dengan sekolah vernakular. Minta maaf sebut.

Sebab kita melihat bahawa kita berada dalam satu negara yang sama tetapi kita mempunyai bahasa dan juga syllabus yang berbeza. Saya menyokong bahasa Cina sebagai bahasa yang boleh dipelajari di sekolah. Sekolah kebangsaan boleh belajar.

Sekolah Tamil pun kita kata boleh diajar di sekolah kebangsaan kerana anak saya sendiri belajar sekolah Cina. Tak marah itu, tetapi saya kurang senang, tak selesa bila kita dalam satu negara yang sama, kita ada bahasa lain yang berbeza. Sains dalam bahasa Cina, dalam bahasa Tamil dan begitulah seterusnya. Kita menggunakan bahasa utama, bahasa pengantar dalam Bahasa Melayu. Saya nak pandangan daripada Menteri. Itu yang pertama.

Kedua, kita mendengar rungutan daripada ibu bapa. Nak buka sekolah. Arahan daripada Menteri bahawa ada dua hari pakai pakaian sukan. Ibu bapa kata lebih selesa pakai uniform kerana pelajar-pelajar perempuan lebih bersopan pakai uniform sekolah.

Kemudian, saya juga ingin penjelasan berkaitan dengan kantin sekolah buka. Arahan daripada Menteri.

Jadi, apakah sebenarnya muhasabahnya? Kerana kita nak mendidik anak-anak, dalam masa yang sama juga kita mahu supaya orang lain pun menghormati juga ibadah kita. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, standing order.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekali.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Standing order, standing order. Saya sebagai pengamal undang-undang, mengambil kesempatan untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa pada tahun 1978, ini melibatkan peraturan 36(9)(c).

Seorang Ahli Parlimen, Mark Koding telah pun dituduh di mahkamah kerana membangkitkan, mempersoalkan polisi kerajaan yang membenarkan aliran sekolah Tamil dan Cina. Ini kerana ia melanggar akta hasutan. Saya menegur Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkenaan dengan sekolah Cina dan sekolah Tamil. Ini kerana perkara ini melanggar peraturan dan terdapat precedent dalam Kes PP lawan Mark Koding, di mana beliau telah pun dituduh di mahkamah kerana dalam ucapannya telah memperlekehkan aliran sekolah Tamil dan sekolah bahasa Cina. Jadi, saya cuma ingin membawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini tentang perbicaraan, tentang perbahasan tentang perkara ini yang boleh menyebabkan kita melanggar peraturan dan akta hasutan. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Speaker, boleh saya buat penjelasan?

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah, tak payah. Duduk semua. Duduk semua. Apa yang diminta oleh Temerloh ialah penjelasan. So, Menteri akan jelaskan. Bukan tuduhan, tetapi jelaskan apa yang dimaksudkan. Silakan...

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Jelutong. Terima kasih Temerloh.

Izinkan saya membuatkan penjelasan sedikit Tan Sri Speaker kerana saya lihat kekeliruan yang berada di tanggapan Temerloh ini sangat dahsyat kerana dia- beliau tidak memahami apakah yang dinamakan sebagai sekolah vernakular itu...

[Tepuk]

final • 3:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang berhormat, sekolah vernakular ini adalah sekolah yang telah pun diiktiraf di bawah Akta Pendidikan yang mana antara lain adalah untuk memperkukuhkan bahasa ibunda masing-masing di sekolah tersebut. Jadi, tidak ada isu langsung bahawa sekolah ini ada masalah ataupun mengikuti silibus yang berbeza, silibus KPM. Mana ada silibus yang berbeza*?

[Tepuk]* Sebab itu saya kata tuduhan yang bersifat hulu ini, keterlaluan ini, jangan dibuat dalam Dewan ini kalau tidak ada fakta. So, silibus sama. Sekolah vernakular adalah untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka, tak ada masalah. Akta Pendidikan benarkan.

Keputusan mahkamah baru-baru ini benarkan. Tak ada masalah.

Berkaitan dengan isu pakaian itu bukan benda yang baru kita umum, ini benda yang lepas. Kita cuma maklumkan bahawa ini adalah proses yang akan kita berikan, keputusan yang kita berikan kepada sekolah untuk laksanakan. Tak ada masalah. Dua hari, dua hari dan satu hari dia akan pakai baju uniform. Sebenarnya, itu tak ada masalah kerana itu telah pun menjadi amalan biasa sebelum ini.

Berkaitan dengan kantin sekolah, Yang Berhormat kena dengar betul-betul saya punya ucapan ataupun ketika saya pergi ke sekolah yang melaksanakan pembukaan kali pertama sekolah tersebut yang mana saya memberi- ditanya bagaimana keadaan kantin?

Ya. Saya nak bagi tahu bahawa ini adalah juga soalan yang lepas, sebelum ini pada tahun lepas juga sudah ditanya bahawa kita sarankan kantin terus dibuka sepanjang Ramadan ini, khususnya bagi sekolah yang mempunyai anak-anak yang bukan Islam. Peringatan berhubung pengurusan dan perkhidmatan kantin sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini ada dalam pekeliling yang mana kita telah pun memperingatkan bahawa kantin sekolah perlu beroperasi sepanjang masa sekolah beroperasi.

Saya sudah tegaskan bahawa penting proses untuk memahamkan pelajar bukan Islam mengenai ibadah yang dijalani oleh rakan mereka yang beragama Islam dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya tidak mahu ada optik anak bukan Islam, anak-anak yang tidak berpuasa ini makan di dalam stor, makan di tempat-tempat yang tidak wajar, sedangkan sekolah semua ada kantin.

Jadi, mereka harus ke kantin untuk makan dan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang berpuasa akan diuruskan oleh guru-guru mereka. Tidak ada masalah langsung dalam urusan pengurusan ini dan yang paling penting adalah untuk membina satu environment ataupun ekosistem, dengan izin Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang dinamakan lita’arafu, ya. Saling memahami, saling memperkuat, saling memperkukuh dan saling menghormati antara satu sama lain. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ye saya.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya ucapkan tahniah kepada adinda Menteri yang menjawab dengan baik sekali...

[Tepuk] Kerana dua perkara pendirian begitu jelas sekali. Kewujudan SJKC ini tidak sepatutnya jadi pertikaian dan berlandaskan kepada Perlembagaan, itu pertama. Kedua, yang soal kantin tu saya setuju. Dulu saya jadi Timbalan Menteri pun, kantin tu buka.

Cuma apabila ditanya wartawan, kalau dibesarkan perkara itu akan jadi satu isu.

Jadi, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, saya pernah bangkitkan dalam soal, PISA. Penilaian PISA. Dalam ucapan saya, pernah sebut. Ia

final • 3:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

merosot berdasarkan keputusan yang telah disampaikan pada Disember lalu. Apakah tindakan proaktif kementerian? Sebab kita lihat beberapa buah negara Indonesia, Vietnam dan juga Thailand sudah melepasi. Kita banding dengan Singapura yang mendapat Band 5, 6 41 persen. Kita hanya satu, dua persen.

Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat ini kerana kita nak menjaga kualiti pendidikan kita. Kedua, adakah sistem pentaksiran kita? Dulu, biasanya kita gunakan graf statik iaitu mean plus standard deviation. Kita ambil purata dan menentukan berapa passing mark dan juga untuk A+, A dan A-. Adakah Kementerian menukar atau mengadakan satu anjakan paradigma iaitu menukar daripada graf setting kepada graf fixing? Contohnya, kalau 50 markah itu adalah passing rate, maka itu kena capai. Kalau tak capai, tidak akan dapat markah itu. Tidak lagi berlandaskan pada graf statik.

Kedua, kualiti A+, A, dan A- itu kalau ada setting-nya. Kalau kata matematik tambahan 90 and above, baru dapat A+. Adakah Kementerian anjak kepada sistem ini kerana ada dua schools of thought. Apa pandangan dan pendirian untuk menaik, meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia? Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dan terus gulung ye Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Berdiri]

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jawab dan gulung.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya minta satu...

final • 3:20 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, terima kasih. Tan Sri Speaker. Saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam itu sebenarnya sudah pun berada dalam, dengan izin Tan Sri, guideline KPM. Sebab itu, saya sebut tadi Yang Berhormat daripada awal bahawa dalam reformasi pendidikan yang kita laksanakan, salah satu task force yang paling penting adalah penjajaran kurikulum. Dalam task force ini, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat score, tentang A+, apa semua ni, penggredan dan sebagainya kita bincangkan dan akan ada pengumuman terdekat yang akan kita maklumkan, bagaimana kita akan memastikan isu-isu ini dapat ditangani.

Yang Berhormat, izinkan saya, Tan Sri Speaker juga membuat, barangkali penggulungan akhir dan saya ingin simpulkan...

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tuan Speaker sedikit penjelasan.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Juga berkaitan dengan PISA ini Yang Berhormat.

Satu aspek yang selalu kita lupa selain daripada melihat kepada keputusan keseluruhan PISA ini. Dapatan soal selidik PISA 2022 menunjukkan bahawa murid di Malaysia melaporkan guru sentiasa membantu mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan terus mengajar sehingga mereka faham. Bantuan dan sokongan yang diberikan oleh guru Malaysia ini didapati jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh murid dalam kalangan negara OECD semasa proses PDP rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.

Jadi, saya nak mohon pada semua Yang Berhormat untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru kita yang telah berusaha untuk memastikan akses pendidikan pada anak-anak ini tidak terputus semasa hentaman wabak COVID-19.

Yang Berhormat, sepanjang analisis PISA 2022 ini juga dan komunikasi kita bersama dengan Andreas Schleicher yang telah pun menunjukkan bahawa ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian. Sebagai contoh, jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar dalam kajian PISA 2022 yang dibangkitkan dalam pusingan PISA yang lalu, pencapaian murid Malaysia menurut lokasi sekolah kekal menunjukkan bahawa murid sekolah bandar berpencapaian lebih tinggi daripada murid di sekolah luar bandar.

final • 3:20 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Walau bagaimanapun jurang pencapaian antara lokasi tersebut adalah kecil. Dapatan yang sama ditunjukkan dalam PISA 2022, perbezaan purata skor pencapaian sekolah bandar dan luar bandar adalah kecil antara 25 mata ke-12 mata sahaja.

Persoalan yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam tadi, apakah langkah yang dibuat oleh Kementerian Malaysia? Adakah kita menunggu Yang Berhormat sehingga keputusan PISA ini, maknanya diumumkan ya. Tidak. Kita tidak tunggu keputusan PISA ini diumumkan malah, langkah itu telah kita mulakan lebih awal lagi Tan Sri Yang di-Pertua iaitu dengan melaksanakan beberapa program khusus untuk menangani keciciran.

Sebab itu Yang Berhormat saya fikir semua Ahli Yang Berhormat kena memberikan tumpuan kepada enam task force yang saya sebutkan tadi khusus untuk reformasi pendidikan dengan sama-sama memantau, begitu juga dengan Pelan Pembangunan Pendidikan ini yang sangat penting ketika ini bagi memastikan pusingan seterusnya, 2025 Yang Berhormat untuk PISA yang pastinya akan memberikan juga beberapa segmen penting untuk kita lihat sejauh mana anak-anak kita mencapai kejayaan dan juga peningkatan selepas program-program yang kita laksanakan dalam konteks untuk memastikan pencapaian mereka ini berdasarkan status sosioekonomi dan juga kemahiran-kemahiran yang disebut sebagai ketiga-ketiga literasi; matematik, sains dan bacaan.

Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih pada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan persoalan dan bagi yang tidak sempat saya jawab itu, akan saya susul tindak dengan jawapan bertulis sebagaimana yang lazim Dewan ini Tan Sri Speaker. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Sekarang saya jemput Menteri Perpaduan Negara- 30 minit.

final • 3:20 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh kepada skop dan peranan Kementerian Perpaduan Negara.

Ahli Yang Berhormat adalah Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Sri Aman; Yang Berhormat Kluang; Yang Berhormat Lubok Antu; Yang Berhormat Kapar; Yang Berhormat Puncak Borneo; Yang Berhormat Jempol; Yang Berhormat Hulu Langat; Yang Berhormat Pasir Salak; Yang Berhormat Klang; dan Yang Berhormat Ulu Selangor.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti mana Yang di-Pertua sedia maklum, buat julung kali lafaz ikrar Rukun Negara telah dilaksanakan di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini menunjukkan komitmen Kementerian Perpaduan Negara dalam meningkatkan penghayatan Rukun Negara serta menjadikan Ahli Parlimen sebagai teladan kepada generasi muda.

final • 3:22 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Usaha ini akan diteruskan di peringkat Dewan Negara dan Kementerian Perpaduan Negara juga bercadang agar pelaksanaan ini turut diperluas kepada semua Dewan Undangan Negeri dengan kerjasama kerajaan negeri.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Lubok Antu telah mencadangkan supaya Kementerian Perpaduan Negara merangka satu dasar baharu ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

Tan Sri Yang di-Pertua, rentetan daripada peristiwa perkauman pada 13 Mei 1969, kerajaan sedar bahawa perpaduan rakyat merupakan teras kepada cita-cita ke arah pembentukan bangsa dan negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diketuai pada masa itu oleh Tun Abdul Razak telah berusaha menangani permasalahan perkauman demi memperkukuhkan ketahanan negara dan mengekalkan perpaduan bangsa. Maka,

final • 3:30 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Jabatan Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969 telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menerajui usaha untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

Walaupun telah beberapa kali melalui perubahan nama dan status, peranan utama institusi berkenaan tetap sama iaitu sebagai peneraju untuk menyemai, meningkat serta memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Komitmen kerajaan dalam melihat perpaduan sebagai asas kestabilan masyarakat dan kunci kepada pembangunan dan kesejahteraan negara menyaksikan Kementerian Perpaduan Negara telah diwujudkan semula pada 10 Mac 2020 setelah ia dimansuhkan pada tahun 1974 bagi memastikan agenda perpaduan dapat dikendalikan secara bersepadu dan lebih tersusun.

Kementerian Perpaduan Negara telah mengambil inisiatif menghasilkan Dasar Perpaduan Negara yang berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi memupuk, mengukuhkan dan memelihara perpaduan kaum di Malaysia sebagai dasar payung dan hala tuju agenda perpaduan negara berkonsepkan unity in diversity ataupun perpaduan dalam kepelbagaian. Maka, tiga teras utama iaitu patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan telah diwujudkan.

Jadi, objektif utama Dasar Perpaduan Negara adalah untuk memperkukuhkan perpaduan, membentuk identiti nasional dan mengamalkan perpaduan di kalangan rakyat.

Bagi menterjemahkan dasar tersebut ke dalam bentuk pelaksanaan, Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 telah pun dihasilkan yang turut melibatkan peranan kementerian dan agensi kerajaan yang lain. Agensi-agensi kerajaan yang lain adalah seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOSTI, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, kementerian telah menghasilkan Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI berkonsepkan perpaduan dalam kepelbagaian or unity in diversity yang selari dengan Dasar Perpaduan Negara bagi mencapai agenda membangun Malaysia MADANI. Kerangka ini memperkenalkan flagship Kembara Perpaduan yang memayungi tiga kluster program melalui pendekatan the whole-of-government approach, dan program-program ini telah disusun di bawah tiga semarak iaitu Semarak Kenegaraan yang akan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penglihatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan.

Kedua adalah dalam kumpulan Semarak Perpaduan. Ini akan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya dan banyak program kita telah adakan dalam peringkat ini. Yang ketiga adalah Komuniti Rahmah. Ini adalah program dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan.

Pelaksanaan program-program di bawah tiga kluster ini telah dinilai dan dikaji keberkesanannya melalui Indeks Perpaduan Nasional (IPNas). Indeks Perpaduan Nasional ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2018 dan tahun 2022.

Skor Indeks Perpaduan Nasional ini pada tahun 2018 adalah 0.567 dan pada tahun 2022 adalah 0.629, meningkat sedikit dan ditafsirkan sebagai perpaduan adalah sederhana dan terkawal.

Melalui IPNas, kita dapati bahawa aspek tadbir urus dan pembangunan paling penting dalam meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia amat mempengaruhi pencapaian tahap perpaduan. Oleh itu, inisiatif oleh semua kementerian dan agensi kerajaan harus dipergandakan bagi menambahbaikkan Indeks Perpaduan Nasional. Kajian IPNas seterusnya akan dilaksanakan pada tahun ini dengan target kita adalah 0.7 dan kementerian meletakkan harapan tinggi agar perpaduan dalam kalangan rakyat dapat terus diperkukuhkan sekali gus meminimumkan pertikaian antara etnik di negara ini.

Yang Berhormat Kapar telah mencadangkan agar kementerian perlu merancang dengan membuatkan perubahan struktur yang boleh menterjemahkan roh Rukun Negara kepada semua lapisan masyarakat. Sebagai sejarah, pada tahun 1969, MAGERAN ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibbah Negara, Jabatan Perpaduan

final • 3:30 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Negara dan Majlis Perundingan Negara. Melalui majlis-majlis ini, satu Jawatankuasa Rukun Negara telah dianggotai oleh 12 tokoh-tokoh negara daripada pelbagai latar belakang, kaum dan kepakaran telah ditubuhkan. Jawatankuasa Rukun Negara yang diketuai oleh Tun Dato’ Seri Tan Siew Sin telah menghasilkan Rukun Negara sebagai falsafah negara baharu. Rukun Negara telah dirangka berdasarkan tujuh tunjang utama yang telah dikemukakan melalui Kertas Pillars of the Nation dan tujuh tunjang ini adalah Ketuhanan, Kesetiaan, Keadilan, Kewarganegaraan, Keutuhan, Kebahagiaan dan Kesopanan.

Maka Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada masa itu adalah sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-13. Antara amanat Rukun Negara telah mewujudkan masyarakat Malaysia ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, digariskan lima prinsip Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat dan kelima-lima Rukun Negara ini bukan sahaja perlu dihayati, malahan perkara yang lebih penting adalah memahami dan menghayati cita-cita ataupun roh dalam preamble Rukun Negara. Justeru itu, semua pihak perlu menguruskan kerukunan sosial di semua peringkat bagi mewujudkan komuniti yang aman dan damai.

Bagi menterjemahkan roh dan semangat Rukun Negara, Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 yang lepas telah memutuskan supaya lafaz ikrar Rukun Negara kini dibaca penuh bermula dengan mukadimah ataupun cita-cita Rukun Negara diikuti lima prinsip Rukun Negara di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan di seluruh negara sebagai usaha menyemai taat setia dan rasa cintakan negara. Sebab itu kita pun berterima kasih atas Tan Sri Speaker telah meluluskan supaya lafaz Rukun Negara ini diadakan di Dewan Rakyat dan akan diadakan di Dewan Negara.

Kementerian Perpaduan Negara telah melancarkan Eksplorasi Rukun Negara yang dilancarkan pada 13 Ogos selepas ia diluluskan oleh Kabinet. Kita telah pun melancarkan Eksplorasi Rukun Negara dengan besar-besaran pada masa itu dan sambutan amat menggalakkan.

Yang Berhormat Lubuk Antu turut menyentuh berhubung dengan usaha menyemai perpaduan dalam kalangan anak muda. Sehubungan dengan itu, kementerian telah mengambil pendekatan menyeluruh meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara juga digerakkan melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Rukun Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Komunikasi dan juga pelaksanaan modul pendidikan Rukun Negara di semua Tabika Perpaduan Negara yang berjumlah 1,781 di seluruh negara dan akan diperluaskan kepada semua prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Tabika KEMAS dan tadika swasta.

Program dan aktiviti penghayatan dan pengukuhan Rukun Negara oleh 189 Sekretariat Rukun Negara di peringkat institusi pengajian tinggi dan di semua Kelab Rukun Negara yang berjumlah 6,849 kesemuanya di peringkat sekolah akan dilaksanakan.

Kementerian akan turut menyediakan modul kenegaraan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi Program Latihan Khidmat Negara 3.0.

final • 3:30 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dalam Program Semarak Rukun Negara, Jelajah Belia Rukun Negara dalam kalangan belia akan bertemakan Menjiwai Rukun Negara. Jelajah Belia Rukun Negara ini adalah bertemakan kumpulan sasar yang terdiri daripada belia berumur 18 hingga 30.

Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktur kepada Rukun Negara kerana kesemua cita-cita dan prinsip sekarang ini amat mencukupi bagi melahirkan rakyat Malaysia yang penuh jati diri dan patriotik melalui pelaksanaan program-program yang berterusan.

Yang Berhormat Jempol telah mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan konvensyen perpaduan nasional. Kementerian Perpaduan Negara sentiasa

final • 3:40 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

menganjurkan program yang bersifat dua hala seperti konvensyen, wacana dan dialog bersama pemimpin-pemimpin masyarakat, golongan belia dan komuniti. Antara program kementerian yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Konvensyen Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan yang melibatkan kementerian seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan sebagainya;

(ii) Konvensyen Mediasi Komuniti melibatkan JAKIM, PDRM, polis dan kerajaan tempatan;

(iii) Bicara Harmoni MADANI juga melibatkan JAKIM, pertubuhan NGO agama dan institut pengajian tinggi;

(iv) Interfaith Dialogue juga melibatkan pertubuhan NGO agama, institusi pengajian tinggi; dan

(v) Wacana Perpaduan juga melibatkan banyak NGO dan pengajian tinggi.

Antara program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut iaitu simposium Friendship of Unity. Kita akan adakan Konvensyen Sekretariat Rukun Negara yang melibatkan institusi pengajian tinggi. Kita akan adakan simposium pendidikan Rukun Negara akan melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia, KEMAS, Kementerian Wanita dan sebagainya. Konvensyen Tabika Perpaduan di bawah kementerian kita sendiri akan melibatkan kementerian dan juga KEMAS. Dan kementerian turut telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi melaksanakan aktiviti perpaduan melalui sukan dan tema Sukan Menyatukan Kita. Pada tahun 2023 melalui geran padanan sukan, kementerian telah meluluskan geran padanan sebanyak RM8 juta pelaksanaan bagi sukan.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri. Sedikit.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jempol.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tan Sri Speaker. Tahniah kepada Kementerian Perpaduan atas persoalan yang saya kemukakan iaitu supaya saya mencadangkan tiga kementerian teras iaitu Kementerian Perpaduan, Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan konvensyen.

Sebagaimana yang telah pun diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi banyak simposium, konvensyen melibatkan pihak-pihak berkepentingan. Jadi bagi saya di sini sekiranya ada kelompangan, kita tahap indeks perpaduan kita hari ini adalah pada tahap sederhana. Setelah hampir 66 tahun kita mencapai kemerdekaan, maka sudah tentu kita membuat lonjakan kedua mengadakan konvensyen melalui pakar-pakar yang ada supaya kita ada modul yang baharu sekarang untuk kita melaksanakan program perpaduan secara holistik.

Jadi, ada teras bukan hanya konvensyen, lepas itu habis begitu sahaja dan kita tidak tahu. Sudah tentu ada resolusi-resolusi, modul-modul baru sesuai dengan alaf baru ini, kaedah dan cara bagaimana kita untuk melaksanakan program perpaduan di negara kita. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah harapan kita sebab itu dalam modul ataupun indeks IPNas yang kita akan adakan pada tahun ini dan tahun hadapan. Kita akan memperluaskan lagi kawasan-kawasan ataupun sampling yang kita akan adakan, tetapi kita mesti ingat bahawa indeks ataupun elemen yang besar, yang mempengaruhi IPNasini, indeks perpaduan adalah daripada segi tadbir urus dan pembangunan. Bermakna tadbir urus pembangunan ini adalah bukan di bawah Kementerian Perpaduan, ialah di bawah Ekonomi dan sebagainya. Cuma kita di Kementerian Perpaduan kita menerima hasil daripada tindakan-tindakan pelbagai kementerian ini.

final • 3:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dan kita melihat daripada segi tadbir urus apabila soalan disampaikan kepada masa sampling itu mereka mungkin tidak berapa puas hati dengan delivery system. Lebih- lebih lagi di kalangan rakyat Sarawak dan Sabah daripada segi pembangunan yang masih ketinggalan di Sarawak dan Sabah. Itu ada impak yang sangat besar kepada indeks perpaduan kita.

Sebab itu semua program kita adalah menjurus kepada mengatasi semua keperluan masalah, untuk membantu kementerian-kementerian lain dalam masalah rakyat dan yang akan memberi effect kepada indeks perpaduan dan kita sentiasa faham.

final • 3:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dan semua yang kita adakan adalah bagi kita apabila kita membuat analisis di peringkat Kementerian Kerajaan Perpaduan ini bawah konsep MADANI, kita dapati apabila kita mengadakan kerangka membangunkan Malaysia MADANI. Cuma yang kita dapat bantu di peringkat kementerian adalah daripada segi kesejahteraan dan kemasyarakatan. Yang lain, di bawah Kementerian Ekonomi, Pendidikan, Undang-undang, di bawah kementerian-kementerian lain.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tenggara bangun.

final • 3:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri, sedikit Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh.

final • 3:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Saya sebenarnya ada membahaskan juga tentang perpaduan ini. Antara perkara pertama saya bahas Titah Tuanku baru-baru ini dan saya sedar bahawa pendekatan Kementerian Perpaduan ini berkaitan dengan menyemai perpaduan dan sebagainya adalah baiklah. Termasuk juga kerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran.

Cuma kena ada stick jugalah Yang Berhormat Menteri untuk kita memperkukuhkan lagi, memperkasakan lagi perpaduan ini berlandaskan kepada Rukun- rukun Negara kita ini sebab berlaku beberapa peristiwa dekat negara kita ini yang berkaitan dengan hal-hal perpecahan dalam kalangan kita ini sebab kita tidak mengawal secara undang-undang yang sebenarnya supaya perpaduan itu dapat dibela.

Rukun Negara yang telah ada itu dah elok dah untuk dijadikan panduan dan disemai dari zaman budak, dari zaman sekolah tetapi kena ada undang-undang juga itu yang saya sebut masa perbahasan itu Akta Khianat Rukun Negara itu. Maksudnya mana- mana individu dalam kalangan rakyat negara kita yang agak-agaknya lari sikit daripada semangat roh Rukun Negara itu mungkin boleh diambil tindakan dan mungkin Kementerian Perpaduan boleh menginisiasikan satu usaha membentuk akta-akta atau perundangan yang tertentu. Itu pandangan saya sikit.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, sedikit saja. Saya nak puji Yang Berhormat Menteri atas inisiatif yang telah diambil. Masa perbahasan saya juga telah mengkritik seorang bekas Perdana Menteri yang telah menjadi Perdana Menteri dua kali yang mempersoalkan kesetiaan rakyat masyarakat Malaysia yang berbangsa India dan Cina baru-baru ini. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Kita lihat dewasa ini beliau telah menyemarakkan lagi semangat perpaduan dengan memberi penekanan kepada Rukun Negara dan perkara-perkara lain.

Jadi, kita lihat bahawa kesungguhan Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Perpaduan di dalam menyemai semangat perpaduan di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Cumanya saya nak kerajaan mungkin memberi penjelasan sedikit. Saya menyentuh perkara ini Tan Sri Speaker kerana orang yang membuat kenyataan ini merupakan seorang mantan Perdana Menteri yang pada masa beliau menjadi Perdana Menteri itu telah menerbitkan macam- macam buku dan memperkenalkan polisi Wawasan 2020 dan sebagainya.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cumanya saya mempersoalkan kesungguhan, keikhlasan beliau kerana selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau masih lagi mempersoalkan kesetiaan masyarakat Malaysia berbangsa India dan Cina. Cumanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perpaduan dan menteri di atas semua inisiatif yang diambil. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

Berkenaan dengan undang-undang atau akta yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi memang di Kementerian Perpaduan Negara bukan sejak tahun ini, semenjak tahun 2018 telah pun dicadangkan supaya pelbagai akta akan diperkenalkan di Dewan Rakyat, tetapi malangnya kebanyakan undang-undang itu - RUU Harmoni, undang-undang macam-macam pada masa itu, tapi tidak juga sempat dipersetujui oleh sebab kita mempunyai lebih daripada cukup akta-akta kita sedia ada. Akta Hasutan kita ada, Akta Printing kita ada dan sebagainya. Penal Code- di pihak polis pun kita sudah ada...

final • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Maka, yang kita ada sekarang ini adalah memang mencukupi untuk kita menangani masalah-masalah 3R seperti mungkin disebutkan oleh Yang Berhormat ya...

final • 3:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Jadi Yang Berhormat Jempol juga...

final • 3:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, Menteri boleh satu tidak, Temerloh sebab Temerloh pun ada membahaskan berkaitan dengan perpaduan.

Terima kasih Menteri. Dalam perbahasan tersebut, Temerloh menyentuh tentang kejayaan yang dilakukan oleh Rasulullah dalam menguruskan masyarakat Madinah yang berbagai-bagai-bagai bangsa iaitu masyarakat majmuk.

Saya tertarik tadi Jempol mengemukakan supaya satu modul dikemukakan oleh Menteri Perpaduan bagaimana untuk menyatupadukan masyarakat majmuk. Jadi saya mencadangkan supaya kita kaji semula bagaimana agaknya Islam yang memimpin kesejahteraan boleh membentuk perpaduan. Bagaimana Rasulullah mengemukakan dalam pengurusannya negara Madinah itu.

Jadi dalam 150 tahun mereka berperang, tetapi alhamdulillah mereka boleh hidup dalam aman dan tenteram dalam sebuah negara masyarakat majmuk. Jadi saya mencadangkan modul tadi dibentuk berteraskan kepada Islam. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun] .

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat..

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Itu yang saya sebutkan dari awal tadi apabila kita menggubal Dasar Perpaduan Negara yang berteraskan kepada Perlembagaan Malaysia yang amat menyeluruh, yang amat merangkumi semua kumpulan etnik yang makmur ini dan juga apabila kita menggubal Rukun Negara kita gunakan “The Middle Path” yang dapat dilaksanakan disebabkan sejarah kita. Kita perlu- daripada dahulu dari tahun 14th century, sorry, 17th century yang telah berada di Malaysia ini dan semua keputusan pada tokoh-tokoh dahulu adalah menjurus kepada kepelbagaian dan perpaduan.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Sebab itu apabila Perlembagaan Malaysia itu diadakan dan Rukun Negara diadakan, ia menyentuh kepada perpaduan untuk keseluruhan masyarakat kita yang majmuk ini.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Segamat.

final • 3:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat. Segamat. Ya, saya ada bahas juga tentang perpaduan ini. Saya ingin juga mendengar sedikit pandangan berkenaan dengan juga apa yang dibangkit oleh rakan tadi berkenaan dengan apakah langkah-langkah yang sebenarnya kita sudah ambil berkenaan dengan the interfaith group kerana kita hanya bila kita sebut tentang perpaduan ini kita ambil daripada perspektif kaum untuk bagaimana kita hendak menyatukan, tetapi pada masa yang sama, kita nampak ada satu kelompangan di mana the interfaith group antara semualah termasuk MCCBCHST dan juga apakah kementerian telah mengambil langkah untuk mengadakan consultative way untuk kita way forward on these matters.

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Baru-baru ini kita pun telah mengadakan satu bicara di bawah bicara keharmonian, harmoni di antara penganut-penganut agama di seluruh negara diadakan di Pulau Pinang dan saya melihat apa yang selepas bicara itu tokoh-tokoh yang memang faham dengan agama. Selepas itu kita pergi berjumpa dengan kumpulan HARMONICO di Pulau Pinang, kumpulan semua NGO’s di bawah pelbagai agama. Selepas itu kita juga berjumpa dengan liga, kumpulan NGO’s di bawah all the ethnic groups, ada 26 ethnic groups di Pulau Pinang. Siapa dari Pulau Pinang memang faham. Saya amat bersetuju dan memberikannya apa yang ada di Pulau Pinang menjurus kepada memupuk perpaduan erat di kalangan masyarakat di Pulau Pinang.

Jempol juga menyentuh berhubung dengan menambah kakitangan. Terima kasih Jempol di atas prihatin kepada Kementerian Perpaduan Negara. Memang kita banyak masalah dalam hal ini dan saya setuju di kawasan Jempol, seorang pegawai di peringkat daerah di Sarawak lebih lagi teruk, Yang Berhormat dan sebab itu kita telah mengadakan rombakan untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat untuk menyuarakan, mengkaji keperluan Kementerian Perpaduan Negara.

Cadangan penstrukturan semula perjawatan pegawai perpaduan telah diangkat kepada pertimbangan dan kelulusan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Kita berharap agar mendapat kelulusan. Jempol juga menyebut tentang berhubungan berkaitan bantuan bonus insentif iaitu rayuan, ini insentif bonus yang dibayar kepada pegawai kontrak.

Untuk makluman Yang Berhormat Jempol, bayaran insentif atau bonus yang kepada pegawai kontrak itu adalah sebab mereka adalah bukan pension, jadi syarat mereka adalah pegawai kontrak selepas berkhidmat 15 tahun dan tidak menyambung perkhidmatan selepas umur 55 tahun dan mereka layak, tetapi dalam tahun ini tahun 2024, bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan tahun ini yang telah dikeluarkan oleh JPA bahawa bayaran insentif ini tidak diberikan kepada bekas pegawai kontrak, tetapi hanya diberikan kepada pesara-pesara kerajaan. Semakan dengan JPA juga mengesahkan bahawa bantuan insentif ini tidak dipanjangkan kepada bekas pegawai kontrak. Terima kasih.

Yang Berhormat Hulu Langat mencadangkan supaya kerajaan akan wujudkan satu akta, ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat lain iaitu berkaitan dengan keharmonian kaum. Saya ada lihat dari awal tadi telah pun menyentuh perkara ini.

Kerajaan dalam tahun 2019 telah meneliti cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional pada masa itu ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Dasar-dasar Mempromosikan Keharmonian Negara di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.

Susulan daripada itu, pada bulan Mac 2019 sehingga Februari 2020 sesi libat urus telah pun diadakan melalui Jabatan Perpaduan Negara, badan NGO’s dan badan sivil dan didapati cadangan untuk menggubal RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional tidak mendapat sokongan pelbagai pihak. Beberapa kementerian dan agensi lain seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, polis telah mengemukakan beberapa pandangan seperti berikut...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Bangun] .

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Cadangan untuk menggubal RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional tidak menerangkan secara jelas punca kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kesalahan-kesalahan berhubung kaum dan agama seperti mengeluarkan kata- kata menyakit perasaan sudah termaktub dalam Akta Polis Kanun Prosedur Jenayah, Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Komunikasi dan Multimedia...

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan sedikit?

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Telah disyorkan, can I finish this? Disyorkan mekanisme lain ditubuhkan seperti Majlis- kerana penubuhan suruhanjaya bebas akan memerlukan sumber kewangan dan operasi dan pentadbiran yang besar, yes?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Selangor.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor dahulu.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Disilakan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Tan Sri Speaker dan juga Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini saya ada bertanya berkaitan dengan pengarahan daripada JPNIN Daerah yang menyatakan bahawa tidak perlu ataupun tidak memanggil lagi Ahli Parlimen untuk bersama dengan program KRT. Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri boleh jawab dan selepas itu gulung.

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Oh ya. Okey Yang Berhormat Hulu Selangor, kes ini saya pun telah menyuruh Ketua Pengarah JPNIN menyiasat sebenarnya dan didapati bahawa ini yang sebenarnya YB. Cerita ini adalah masa pemilihan AJK baharu yang dirasmikan oleh YB sendiri, betul ya di Hulu Selangor dan mungkin ada ADUN Selangor itu membuat kompelin kepada JPNIN, tetapi yang menjemput untuk hadir pada hari itu adalah kuasa KRT, tidak ada kaitan dengan Jabatan Perpaduan di peringkat daerah.

Masalah di sini adalah sepatutnya yang menjemput itu ialah ahli daripada KRT tersebut. Daripada pihak kementerian, kita tidak pernah memberi arahan seperti begitu malah kita pergi ke semua tempat di seluruh negara.

final • 3:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kita memang berjumpa dengan semua Exco negeri. Kita pergi melawat Menteri Besar dan semua kegiatan kita di peringkat KRT melibatkan Exco-Exco dan semua pegawai ataupun ahli-ahli jawatankuasa tersebut, tetapi mungkin di peringkat KRT Yang Berhormat, saya minta maaf kalau adanya perkara seperti ini...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Cuma saya nak minta satu sahaja.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Dan kita harap ia tidak akan berulanglah.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Mungkin begitu, YB.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kalau sekiranya dapat diperjelaskan- bukan YB Menteri. Maksud saya, di peringkat daerah. Kena teguran daripada peringkat federallah yang menyatakan bahawa sekiranya ada kesilapan, kesalahan dan sebagainya, biar nyatakan dengan jelas dan memaklumkan di mana kesilapan sampai mengarahkan sehingga tidak boleh memanggil Ahli Parlimen. Saya rasa tak betul itu sebab saya pun ahli KRT.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, kita mengambil maklum. Makna, kita akan notify daerah-daerah berkenaan untuk ia tidak diteruskan seperti yang telah diadakan sebelum ini.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Okey, terima kasih.

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tiada masa tambahan?

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, satu isu sahaja.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ada?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah. Masa sudah tamat.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Sudah habis? Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, berkenaan...

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Minta maaf.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan isu MITRA, Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Minta maaf. Soalan-soalan daripada MP...

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, Menteri. Berkenaan sini, Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan isu MITRA.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ini masa sudah habis.

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Isu MITRA saya nampak langsung tak sentuh langsung.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

MITRA.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh beri jawapan bertulis.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Isu MITRA?

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, ini ada...

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey, last, isu MITRA.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Kelmarin bila saya bangkitkan perkara ini, Timbalan Menteri telah memberi jawapan mengatakan bahawa ada menjawab tapi persoalan saya- saya cuma ingin minta penjelasan. Saya difahamkan bahawa kementerian telah pun memberikan peruntukan MITRA kepada sebuah syarikat yang dinamakan Pemandu.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tidak. Tidak betul, YB. Tidak betul.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pemandu. Dan RM500,000 telah pun disalurkan kepada Pemandu di mana mereka telah pun mula membuat soal selidik dan Pemandu sekarang akan diberi amanah untuk mengagihkan peruntukan

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

tersebut. Adakah ini benar? Dan Yang Berhormat Batu tidak lagi menjadi pengerusi dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk laksanakan program MITRA. Adakah ini benar, Yang Berhormat Menteri?

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tidak benar sama sekali. Okey?

Cerita MITRA ini, apabila ia dibawa kepada Kementerian Perpaduan, saya pun telah bertemu dengan PM sendiri berkenaan dengan hal ini dan yang saya kata kepada beliau apabila ia dibawa kembali kepada Kementerian Perpaduan, saya ingat kita perlu mengadakan satu strategic planning, mengadakan lab ataupun workshop untuk membawa hala tuju yang akan diadakan bagi tahun ini dan selanjutnya.

Sebab, apabila MITRA ini datang kepada kementerian saya, saya pun- I was blank, saya tak tahu apa tujuan MITRA ini. And I have to be fair because I don't have interest, ya. Sorry. Dan bagi saya adalah untuk mengadakan satu lab yang menyeluruh yang mana semua YB, tokoh-tokoh korporat akademik, academician daripada masyarakat India akan dijemput untuk tampil pada lab. Lab ini akan diadakan 20 kepada 22 bulan ini, next week. Saya mintalah semua YB daripada kalangan India ini tampil untuk menyuarakan kehendak MITRA ini. Sebab...

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, semua Ahli-ahli Parlimen akan dijemput?

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Sure, sure, sure. Sebelum itu...

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, Menteri. Menteri, sini Klang.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...YB Batu telah pun- can I finish, can I finish? YB Batu ataupun Praba telah pun dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjadi pengerusi. Saya setuju, tetapi saya pun ada kekhuatiran. Saya kata kalau dalam fikiran saya kalau kita tidak melibatkan politik, politician dalam ini, mungkin lebih baik, tetapi itulah, kita akan mengadakan workshop dan semua diminta hadir untuk memberi pandangan what you want in your community ya. Sebab, kalau bercakap macam ini, I think accusation. I don’t have interest, tapi sebelum saya start, I have to have a blueprint. Blueprint untuk MITRA. Bukan untuk saya, untuk komuniti India.

Kita pun telah mengadakan initial survey Pemandu dan PM pun telah setuju supaya Pemandu menjadi konsultan untuk membantu kita mengadakan satu blueprint untuk MITRA. Bukan, peruntukan itu bukan di bawah Pemandu. Tak ada. Ia masih daripada MITRA sendiri. Pemandu adalah untuk membantu kita untuk mengadakan lab dan workshop untuk memberi hala tuju kepada MITRA.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, adakah benar jumlah RM500,000 telah disalurkan kepada Pemandu untuk menjalankan soal selidik ini?

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Itu adalah fi mereka. Bukan RM500,000.

Kurang daripada itu, tetapi itulah permintaan mereka untuk mengadakan pelbagai- sebab, mereka pun telah menjalankan kerja beberapa minggu sudah, kita telah pun mengadakan perbincangan dengan mereka beberapa kali dan sekarang ini mereka pun sedang mengadakan initial survey. Saya difahamkan, dengan regret, bahawa MP-MP, YB-YB yang telah dimohon untuk memberi penjelasan atau input, cuma tiga orang sahaja yang daripada 171 YB-YB dalam constituency yang mempunyai ramai penduduk India. Cuma tiga sahaja memberi.

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, Menteri. Sini Klang. Sebab saya yang bangkitkan isu MITRA dalam perbahasan tadi. Saya difahamkan memang kita sudah ada jawatankuasa penasihat MITRA. Pernah ada. Kita sudah ada pelantikan chairman. Siapakah dia? Telah pun dibuat oleh Perdana Menteri. Kalau mereka tidak diberi peluang dan ruang untuk memberi apa yang mereka nak buat blueprint yang dikatakan dan terus kepada Pemandu dipercayai untuk membuat satu survey, saya nampak sangat kita ini macam kaum India- peruntukkannya dahlah kecil sangat, 0.01 peratus daripada bajet. Dah pula sampai hari ini bulan 3 tak jadi, bulan 4 kalau nak habis- bila nak mula untuk pengagihan? Tak tentu. Nampak gayanya tak ada lah.

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Kalau begitu, kalau setiap kali kata ada sahaja kekecohan, kita nak tukar sini blueprint, lebih baik saya tawarkan diri untuk menjadi peneraju MARA. Sebab apa? MARA kan ada ketirisan. Kita sering dengar. Begitu juga dengan TERAJU. Kita sering dengar ada juga ketirisan. Kalau begitu, saya patut tawarkan diri saya. Sebab apa, kita nampak kalau isu ini kaum India, sudah ada siapa yang chairman, kalau kitanya Ahli Parlimen 10 India ada dan kita sudah ada siapa penasihatnya, teruskan sahaja. Kenapakah tiba-tiba ada satu jawatankuasa yang lain pula untuk menasihati Menteri? Saya tak faham perkara ini, Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, saya akhiri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Saya ingin jawab sedikit YB. Ini adalah sebab, semua Yang Berhormat daripada kaum India ini dijemput untuk menghadiri lab atau workshop dua hari atau tiga hari yang akan diadakan oleh Pemandu pada 20, 21 dan 22- mungkin. Saya berharap pada masa itulah, please-lah, say your piece ya. You katakan what you want for your community. And what Pemandu do is to just list out what you want, they prioritize. That’s all. Then, you know the hala tuju. Saya pun menjadi Menteri pun senang. Nobody can accuse me.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Sebab itu sebelum saya start, I want to have a clear pathway what to do next.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kalau mengikut dulu, banyak cerita. Beberapa tahun dulu, banyak cerita.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Apabila semua YB berjumpa dengan saya, “Ini masalah”, “Itu masalah”, “Ini tak betul”, kalau macam itu, macam mana MITRA akan berjalan lagi?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Disebabkan itu, please-lah, please-lah, give us chance. I have the permission by the PM untuk gunakan Pemandu. Kalau PM cakap tak guna, kita tak gunalah. I know komuniti India sendiri kata, “We don't need a consultant.

We can do ourselves.”

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Well, if that is what you want, please say it.

Masa itu kita tak perlukan Pemandu, you want to do it your own way, boleh. I am happy.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Less burden on me. Okay?

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cumanya, Menteri...

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

If that is what you want, teruskan. Okey?

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

So, come for the lab, come to the workshop, say your piece. All right?

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, soalannya- cuma last. Kalau Yang Berhormat Batu telah pun dilantik sebagai pengerusi, persoalan yang kita kena jawab- saya pun menyokong inisiatif MITRA untuk menaikkan sosioekonomi rakyat India. Kalau Yang Berhormat Batu telah pun dilantik sebagai pengerusi, apakah rasionalnya dalam kita melantik Pemandu dan memberikan mereka peruntukan untuk melakukan survey melalui telefon sahaja? Saya tak faham matlamatnya.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

YB, that is very shallow minded of how you want to access Pemandu. Pemandu akan adakan lab, workshop. That is an initial survey.

They want to know what are the opinion of your community. That’s all. Please come to the workshop. Say your piece there. That’s all. Ada blueprint dikeluarkan, baru kita keluarkan fi.

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Baru kami dengar ini- “Please come to workshop.” Kami tak pernah diberitahu pun untuk datang workshop.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tak pernah?

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, saya amat hormati Menteri sebagai- kami tak pernah dapat apa-apa undangan. Tak pernah dapat.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Timbalan saya telah pun membuat...

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tak pernah dapat undangan kepada saya.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Undangan itu. Itu...

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Akan tetapi, saya percaya apabila dilantik Batu sebagai chairman, memang ada penasihat.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Ada jawatankuasa penasihat.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Biar bagi peluang kepada penasihat.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey, okey, okey.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

You set the time, whatever category of penasihat you want, the jawatankuasa, steering committee, JKK whatever, say it. This is how we want MITRA to be conducted, say it. You want to say to me now, I don’t have anything now.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri. Menteri, bolehkah Menteri kalau boleh, mengadakan satu pertemuan dengan semua Ahli-ahli Parlimen, bukannya hanya Parlimen India saja, semua Ahli-ahli Parlimen kerajaan. Kerana masing- masing di kawasan kita mempunyai rakyat India yang memerlukan bantuan.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Sebab YB...

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Setuju.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Daripada- Yang Berhormat Menteri, saya beri pendapat saya kerana saya merupakan Ahli Jawatankuasa MITRA.

Sebelum ini, Yang Berhormat Ramanan telah mengagihkan peruntukan kepada semua Ahli-ahli Parlimen. Melalui inisiatif itu dan matlamat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila beliau melantik Pengerusi Ramanan, Yang Berhormat Perdana Menteri bertujuan untuk menghalang penyalahgunaan dana MITRA dan kita telah mencapai matlamat. Jadi, bila serah kepada Yang Berhormat Batu, kami beranggapan bahawa polisi itu akan diteruskan itulah.

final • 4:10 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Masa sudah tamat.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey Yang Berhormat, is that what you want?

Please say it. At workshop, say it. There is no point for me to say…

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Can we return it back to Yang Berhormat Batu? Instead of giving it to Pemandu, that’s my question.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey, you say it that time. All right.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Thank you.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey, terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Itu saja lah jawapan saya, terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.

final • 4:10 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih.

Oleh kerana saya tidak mempunyai masa yang banyak, saya akan terus menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Kita mempunyai lapan Yang Berhormat yang telah membahaskan isu Kementerian Belia dan Sukan. Yang pertamanya, YB Jempol mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Konvensyen Perpaduan Nasional.

Untuk makluman Yang Berhormat, semua program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, khususnya temasya sukan dan program belia, antara lain bertujuan memupuk perpaduan di antara kaum- semua anak muda kita dan masyarakat keseluruhannya.

Kementerian ini memberi sokongan penuh kepada Kementerian Perpaduan, selaku agensi peneraju bagi perpaduan nasional sekiranya berhasrat untuk menganjurkan Konvensyen Perpaduan Nasional ini pada masa akan datang.

Isu seterusnya, isu kemudahan sukan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Permatang Pauh ada? Ada ya? Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai isu penganjuran konsert dan penganjuran acara sukan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Alor Setar. Tidak dinafikan bahawa penganjuran konsert akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi berbanding penganjuran acara sukan. Venue utama yang banyak menyumbang hasil keuntungan ialah Stadium Nasional Bukit Jalil dan Axiata Arena.

Sehingga kini, Stadium Nasional Bukit Jalil telah dimanfaatkan sebagai stadium pelbagai guna yang berfungsi sebagai lokasi strategik dalam penganjuran pelbagai jenis program sukan dan bukan sukan. Stadium Nasional Bukit Jalil dan Axiata Arena telah mencatatkan pulangan hasil yang baik daripada program-program sukan dan bukan sukan yang telah dilaksanakan setiap tahun.

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pilihan sebagai lokasi penganjuran acara yang berskala besar seperti konsert dan perhimpunan atas beberapa faktor seperti kemudahan yang lengkap, lokasi yang strategik serta kapasiti yang besar iaitu melebihi 80,000 orang penonton pada satu-satu masa. Berdasarkan rekod penganjuran program di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lepas, sebanyak RM2.4 juta telah diperolehi bagi 23 acara sukan yang telah dianjurkan sepanjang tahun.

Hasil keseluruhan ini termasuk daripada kos sewaan stadium iaitu RM1.8 juta, sewaan corporate suite sebanyak RM340,000, aktiviti perniagaan sebanyak RM146,000 dan kutipan parking sebanyak RM52,000. Manakala hasil daripada penganjuran acara bukan sukan pula, Perbadanan Stadium Malaysia telah berjaya mencatatkan pulangan hasil sebanyak RM2.8 juta daripada 10 acara bukan sukan yang telah dianjurkan sepanjang tahun lepas. Pulangan hasil ini merangkumi sewaan stadium sebanyak RM1.6 juta, komisen tiket sebanyak RM686,000, sewaan corporate suite sebanyak RM311,000, aktiviti perniagaan sebanyak RM101,000 dan kutipan parkir sebanyak RM71,000.

final • 4:11 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Secara keseluruhannya, PSM telah berjaya mencapai kutipan sebanyak RM5.2 juta dengan 33 acara, yang telah dilaksanakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sepanjang tahun lepas. Ini bermaksud, pulangan hasil bagi sebuah konsert bersamaan dengan lebih kurang penganjuran dua acara sukan. Penganjuran acara konsert tidak hanya memberikan pulangan hasil kepada Perbadanan Stadium, malahan turut dinikmati oleh pelbagai sektor seperti perkhidmatan e-hailing, industri pelancongan, perhotelan, pengangkutan dan logistik, usahawan kecil dan sederhana melalui aktiviti perniagaan sewaktu acara dan lain-lain sektor yang berkaitan, termasuklah kerajaan melalui pembayaran cukai.

Pulangan hasil ini dapat dilihat secara signifikan melalui penganjuran dua konsert berskala besar seperti Blackpink konsert dan Coldplay pada tahun lepas. Melalui penganjuran konsert Blackpink, jumlah pulangan kepada ekonomi kepada negara adalah sebanyak RM64 juta dan dapatan hasil kepada kerajaan melalui bayaran cukai penganjuran acara adalah sebanyak RM2.7 juta.

Manakala untuk penganjuran konsert Coldplay, jumlah keseluruhan hasil kepada ekonomi Malaysia adalah sebanyak RM137 juta dan hasil khusus kepada Kerajaan Malaysia melalui bayaran cukai penganjuran adalah berjumlah RM8 juta. Dalam hubungan ini, penganjuran temasya-temasya sukan tempatan dan antarabangsa, termasuk perlawanan acara sukan yang melibatkan pasukan kebangsaan juga perlu dititikberatkan. Perkara ini penting untuk memastikan Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi kemudahan bertaraf dunia dan seterusnya menyokong usaha pembangunan sukan negara. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi KBS melalui PSM untuk memastikan keperluan penganjuran acara sukan dan bukan sukan, diseimbangkan sebaiknya untuk kepentingan negara.

Bagi tujuan ini, Perbadanan Stadium akan turut terus melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan kemudahan dengan memastikan kelengkapan yang sewajarnya disediakan. Yang Berhormat serta sidang Dewan yang dimuliakan, berhubung isu penganjuran konsert Coldplay, PSM telah mengambil tindakan untuk pembaikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dan menjadikan isu ini sebagai satu proses pembelajaran untuk masa hadapan.

Justeru, PSM telah melibatkan khidmat pakar daripada pihak Labor Sport Australia yang merupakan sebuah firma perunding yang pakar dalam bidang permukaan padang. Tenaga pakar ini akan membantu Perbadanan Stadium mengenal pasti risiko dan merangka pelan mitigasi yang sesuai bagi memastikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berada pada tahap yang menepati standard antarabangsa, menjelang perlawanan menentang Oman pada 26 Mac nanti.

Kos pemulihan selalu akan dibayar oleh penganjur konsert, tertakluk kepada kerja-kerja yang berkaitan dan bukan ditanggung oleh PSM, okey. Suka saya menarik sidang Dewan ini untuk kita renungkan kembali ketika negara berdepan dengan gelombang COVID. Seluruh dunia terkesan dan semua sektor hampir lumpuh, termasuklah industri hiburan.

final • 4:11 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri, sikit.

final • 4:11 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya, silakan.

final • 4:11 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Tentang stadium tadi itu, terima kasih. Tadi disebut tentang acara bukan sukan lebih memberi income yang banyak kepada Perbadanan Stadium. Adakah kementerian bercadang selepas ini untuk ada stadium yang khusus- stadium khusus untuk bola itu tak boleh diusik padangnya dan stadium yang lain itu untuk pelbagai guna seperti Yang Berhormat sebut tadi, satu.

Keduanya juga melibatkan kos pembaikan tadi. Walaupun diberi beban itu kepada penganjur tetapi dia ambil masa dan menjejaskan latihan pasukan kita di stadium berkenaan. Adakah kementerian bercadang untuk adakan stadium berasingan dan dengan tumpuan yang berbeza mengikut acara tadi? Terima kasih.

final • 4:11 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kalau saya diberi pilihan, semestinya saya nak dua stadium yang berlainan. Tetapi stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 orang memang hanya satu saja sekarang. Jadi, macam Coldplay dengan Harimau Malaya, perlawanan selalu akan penuh, stadium akan penuh. Jadi untuk kita sekarang adalah untuk kita mengimbangkan kegunaan kerana kita tidak mampu sekarang untuk membina satu stadium dalam masa yang terdekat.

Cuma yang paling dekat saya rasa adalah Stadium di Shah Alam yang akan dibangunkan oleh negeri Selangor nanti. Harapan saya dengan melibatkan semua pakar yang datang dari Australia untuk membantu, kita boleh turn over padang tersebut dengan cepat. Tetapi saya nak bagi keyakinan kepada semua bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rumah kepada pasukan Harimau Malaya dan perlawanan mereka selalu mendapat perhatian dan prioriti fokus team Kementerian Belia dan Sukan.

Itu sebab selalunya kita melibatkan banyak mesyuarat untuk memastikan perlawanan boleh berlangsung dan kita ada juga dalam Board Perbadanan Stadium. Kita ada Dato’ Sri Vincent John yang merupakan ahli dalam AFC dan beliau banyak memberikan nasihat kepada Board kita untuk pastikan standard kita, kita jagalah, okey.

final • 4:11 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang Berhormat Permatang Pauh, tadi saya sudah jawab. Alor Setar. Alor Setar berfikir berlainan, eh bukan Alor Setar, maaf. Kuala Kangsar. Kuala Kangsar, ada? Kuala Kangsar, tak ada? Okey, Kuala Kangsar minta kita melaksanakan lebih banyak lagi acara di Stadium Nasional Bukit Jalil supaya pastikan kita tidak ketinggalan Singapura dan Thailand dan Perjanjian ASM Global dengan PSM memang telah kita laksana.

MoU signed 2022 dan 2023 perjanjian telah dilaksanakan untuk mereka melihat bagaimana mereka boleh memaksimumkan penggunaan stadium dan memberikan khidmat nasihat tata kelola atau amalan terbaik, best practice berkaitan pengurusan venue secara menyeluruh dan bukannya bertindak sebagai pengurus acara.

Jadi, saya nak betulkan dalam Parlimen ini kerana ada mantan Menteri di luar sana yang mengatakan bahawa Taylor Swifts sebenarnya nak datang Kuala Lumpur, kenapa kita ketinggalan? On record, Sports World telah menjawab bahawa memang tidak pernah ada tawaran tersebut untuk datang ke Kuala Lumpur dan itu tidak benar.

Alor Setar juga telah membangkitkan mengenai isu Road to Gold. Road to Gold saya nak jawab bahawa kementerian telah menubuhkan program Road to Gold bertujuan untuk menyelaraskan usaha negara bagi meraih pingat emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik. Program Podium memang sedang berjalan dan semua atlet yang bersaing mendapat sokongan daripada program Podium. Cuma Road to Gold kita top up bagi mereka. Jadi saya nak bagi beberapa contoh bagaimana kita top up untuk atlet terjun.

Nur Dhabitah dan Dato Pandelela semasa mereka menjadi atlet dalam Road to Gold;

(i) mereka menerima elaun Road to Gold. Setiap bulan RM3,000 untuk memberikan mereka mungkin pemakanan yang lebih baik, mereka boleh beli suplemen dan semua itu untuk menjaga diri mereka;

(ii) adalah pembinaan platform latihan di dry gym. Ini adalah pengurusan pusat latihan. Jumlahnya RM67,000;

(iii) pembelian peralatan pemulihan di dry gym, pengurusan pusat latihan juga. Ini adalah memakan kos RM160,000;

(iv) perkhidmatan perubatan dan sains sukan. Ini adalah di bawah skop perubatan dan sains sukan. RM349,000 yang telah kita belanjakan dan akhir sekali;

(v) penggantian spring board yang baru pengurusan pusat latihan, yang itu RM400,000, dalam proses kerana kita telah order. Namun dukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua atlet kita tidak layak ke Sukan Olimpik tetapi Jawatankuasa Road to Gold telah mengumumkan bahawa Rhodict, Rhodict akan memanfaatkan semua ini kerana Rhodict layak ke Sukan Olimpik. Semua top up

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

yang telah diminta oleh Dhabitah dan Pandelela tidak akan dibazirkan kerana sekarang digunakan oleh Rhodict. Semua facility yang diminta oleh mereka, top up ini bukan sahaja untuk dua atlet tersebut tetapi semua atlet terjun boleh menggunakan facility tersebut.

Kenapa facility ini tidak disediakan sebelum ini? Kerana kalau kita lihat untuk proses biasa, ia akan memakan masa. Itu sebab melalui proses Road to Gold kita boleh fast track semua permintaan khas ini untuk bantu atlet yang layak ke Olimpik. Saya nak bagi jaminan bahawa...

final • 4:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Menteri boleh tanya?

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Berhubung dengan isu pasukan terjun Malaysia kerana kami pernah dapat World Champion dan juga silver medal dan bronze medal di Olimpik. Sekarang kami nampak kami tidak dapat layak ke Olimpik dalam female punya disiplin. So apa perancangan daripada Menteri ataupun Kementerian Belia dan Sukan, macam mana memulihkan atau kembalikan kegemilangan era semasa coach Yang Zhuliang yang bawa Malaysia, pasukan diving ini ke pentas dunia? Sekian terima kasih.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih. Kalau anda mengikuti berita baru-baru ini, jurulatih sedia ada untuk atlet elit kita telah meletakkan jawatan, susulan daripada Dhabitah dan Pandelela, tidak layak ke Sukan Olimpik. Selepas mereka tidak layak, Majlis Sukan Negara telah terus menjalankan post-mortem bersama persatuan sukan dan juga juru latih dan saya telah berjumpa dengan dua atlet sendiri dan saya telah mendengar maklum balas dari semua pihak dan telah berjumpa juga dengan technical director dan panel telah mencadangkan beberapa penstrukturan semula untuk pastikan kita mempunyai pelapis selepas ini.

Jadi mereka, satu, mencadangkan penstrukturan semula jurulatih dengan menambah bilangan jurulatih khususnya untuk program pelapis. Keduanya, penstrukturan program latihan bagi jangka masa pendek dan panjang untuk temasya Sukan Olimpik 2028 dan 2032. Ketiganya, pemilihan atlet kejohanan mestilah berdasarkan kepada minimum qualification score. Keempat, atlet yang tidak menapai KPI akan dikeluarkan dari program.

Tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi memberi peringatan kepada atlet untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan mencapai KPI yang telah ditetapkan. Kelima, program latihan yang sedia ada perlu diperkukuhkan dengan memberi tumpuan kepada atlet pelapis. Yang kita kekurangan sekarang untuk female divers adalah pelapis. Okey, jadi dengan usaha sekarang untuk menambah jurulatih, kita akan pastikan kita akan terus memberi fokus untuk melahirkan lebih ramai lagi seperti Pandelela dan Dhabitha.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Silakan, Alor Setar.

final • 4:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri kalau ke arah nak melahirkan pelapis tadi. Kalau untuk atlet wanita Muslim, dia diberi pilihan untuk pakaian yang lebih sempurna mengikut Islam, satu. Yang keduanya, apakah mungkin kementerian boleh bercadang untuk jurulatih perempuan untuk atlet wanita. Itu mungkin lebih memberi ruang membuka pelapis lebih ramai. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey. Cadangan saya adalah, dalam sukan ini yang penting adalah isu pakaian mesti memberikan keselesaan kepada atlet, yang pertama. Satu lagi untuk keselamatan seperti dalam gimnastik, saya ada bincang dengan peringkat di Terengganu. Untuk saya, saya secara persendirian saya tidak ada masalah kalau atlet terjun nak pakai baju yang berlainan untuk latihan ataupun apa-apa. Tetapi yang penting adalah saya rasa untuk mereka pergi ke kejohanan, mereka ada standard yang mereka kena ikuti, tetapi untuk latihan saya tidak ada masalah.

Kita ada technical director, kita ada semua pakar dalam ini dan saya selalunya akan mendengar pandangan mereka dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang penting saya nak memberikan penghormatan kepada kaum wanita, mereka nak pakai apa pun untuk bersenam, dasar kita adalah kita benarkan, untuk mereka nak bersenam.

Ada tiga minit lagi. 13 minit lagi. Okey. Bentong ada tak? Bentong tak ada.

Tenom? Ah, Tenom ada. Okey, Tenom telah memohon agar pihak kerajaan memberikan tumpuan untuk menambahbaik kemudahan dan facilities sukan di Kompleks Sukan Tenom yang sedang dibina. Untuk makluman Yang Berhormat Tenom, kementerian pada masa ini sedang melaksanakan kerja naik taraf dan baik pulih Kompleks Sukan Tenom.

Antara skop projek melibatkan skop naik taraf padang bola sepak, balapan dan track sintetik serta astaka berkapasiti satu ribu orang penonton. Secara dasarnya projek sedia ada hendaklah selesai dan tempoh tanggungan kecacatan (defect liability period) selama satu tahun tamat. Selepas itu barulah Yang Berhormat boleh memohon tambahan untuk memperbesarkan astaka membina track balapan baru dan pemasangan lampu limpah di stadium.

Skop-skop tambahan yang dimohon oleh Yang Berhormat akan dipertimbang tertakluk kepada keutamaan kerajaan negeri, wish list negeri. Untuk beat projek ini selalunya Ahli Parlimen akan hantar, akan maklumkan kepada kita, wish list mereka. Kita juga terima daripada PBT, kita terima daripada Ahli Dewan Negeri, kita terima daripada pihak kerajaan negeri (Exco).

Jadi kita selalu akan beri fokus kepada wish list kerajaan negeri dulu kerana kita tidak mahu bila kita bertindak atas satu-satu permintaan Ahli Parlimen atau pun ADUN, kerajaan negeri datang kata sebenarnya kita tidak setuju, ini bukan priority kita. Kita akan bincang dulu dengan kerajaan negeri. Tetapi Yang Berhormat kena tunggu untuk kerja itu siap dulu.

final • 4:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

[Bangun]

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tenom.

final • 4:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Boleh saya mencelah?

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Silakan.

final • 4:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Mengenai Kompleks Sukan Tenom ini, saya difahamkan syarikat yang melaksanakan projek ini telah mendapat tender di bawah bajet yang disediakan oleh pihak kementerian sebelum ini. Saya difahamkan, terakhir yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, berjumlah RM11 juta.

final • 4:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Jumlah tender yang diperoleh, yang berjaya ialah RM6.8 juta lebih yang diterima.

Jadi, apa yang ingin saya utarakan masalah ini ialah perancangan daripada negeri itu tidak mempunyai persamaan yang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut. Saya percaya spec itu daripada KBS Persekutuan. Yang saya membuat lawatan, grand stand yang dibina itu adalah tidak selamat digunakan bagi pelajar, terutama kepada murid-murid sekolah rendah. Jadi, saya pohon lah supaya pihak Menteri untuk meneliti permasalahan yang terjadi ini sebelum Kompleks Sukan Tenom itu dibuka kepada orang ramai. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, buat masa ini laporan yang saya terima adalah trek sintetik 80 peratus siap dan setakat semua itu masih saya tidak ada maklumat tersebut lagi. Tetapi saya akan mengambil kira feedback daripada Yang Berhormat dan saya akan minta laporan bertulis diberikan kepada Yang Berhormat esok. Boleh?

Okey, Yang Berhormat Beaufort. Ya, okey, Yang Berhormat Beaufort telah memohon untuk menaik taraf kompleks sukan Parlimen Beaufort yang dibina pada tahun 2009 dan beroperasi pada 31 Julai 2011. Untuk makluman Yang Berhormat, keutamaan kementerian pada masa ini adalah untuk menaik taraf facility atau kemudahan sukan di bawah tanggungjawab kementerian sendiri. Yang Berhormat boleh merujuk kepada pihak yang mengendalikan kompleks tersebut, sama ada mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk membangunkan kompleks tersebut.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk makluman Yang Berhormat Tenom dan Beaufort, setiap perancangan projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas hendaklah mengambil kira pandangan pemegang taruh di peringkat kerajaan negeri seperti yang telah saya jelaskan dan mereka akan memberi keutamaan sama ada hendak naik taraf atau tidak. Kata putus ada bersama mereka dengan Kementerian Belia dan Sukan.

Selain daripada itu, sebarang projek baharu dan naik taraf facility selain di bawah KBS memerlukan pengesahan serta kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan wish list negeri akan di bawa ke Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan lanjut.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, Timbalan Yang di-Pertua, saya sudah habis penggulungan saya.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta sedikit tambahan.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Silakan.

final • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Berdasarkan penganjuran sukan. Ada tiga isu.

Pertama, Piala Thomas yang sebelum ini saya tanya. Jawapan yang saya dapat Malaysia tidak bercadang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Thomas dan ini sejajar dengan hasrat BAM tetapi semalam Timbalan Pengerusi BAM telah mengatakan BAM tidak pernah menolak cadangan untuk menganjurkan Piala Thomas. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Menteri.

Kedua, untuk Sukan Komanwel 2026. Saya difahamkan daripada repot-repot media bahawa kementerian tengah dalam proses untuk membuat kertas kabinet untuk dibawa ke kabinet untuk membawa cadangan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026. Saya di sini saya bagi sokongan saya kepada Malaysia kerana ini termasuk 100 juta pound offer yang diberikan oleh Malaysia iaitu kira-kira RM600 juta insentif ke Malaysia dan jika kita ditambah dengan kesemua spillover effect economy, saya rasa penganjuran Sukan Komanwel 2026 akan membawa kejayaan kepada Malaysia.

Yang ketiga, hari ini ada satu laporan media yang dikatakan Formula E telah memberi jemputan kepada Malaysia untuk menganjurkan sehingga tahun 2030 tetapi kita tidak mengambil kesempatan ini. Sekarang Thailand mungkin akan merebut peluang ini.

Jadi, saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Adakah ini benar?

final • 4:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Menteri, soalan saya lebih kurang sama.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, semua tiga isu ini sebenarnya tidak dibangkitkan dalam perbahasan tetapi saya boleh jawab. Yang pertamanya mengenai Thomas Cup. Jawapan Timbalan Menteri saya adalah Malaysia tidak bercadang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Thomas dan ini sejajar dengan pendirian BAM yang tidak berhasrat untuk menganjurkan kejohanan tersebut sekarang.

Kekeliruan berlaku pada 12 Mac. Kenyataan Pesuruh Jaya Sukan (PJS) bahawa BAM telah menolak tawaran tersebut. Ini tidak benar sama sekali kerana BAM tidak pernah membuat bidaan. Tidak berhasrat. They do not intend to bid for it. Jadi, tidak ada timbul mereka telah menolak tawaran. Mereka tidak bid. Okey?

Yang keduanya, untuk Commonwealth Games. Perkara ini akan dibawa ke perbincangan Kabinet pada minggu hadapan saya percaya. Jadi, saya tidak mahu mendahului perbincangan Kabinet. Ada banyak maklum balas di luar sana. Semua memberikan pandangan masing-masing. Tetapi saya bagi jaminan bahawa kerajaan ini sangat bertanggungjawab dengan setiap ringgit duit rakyat dan kita akan pastikan perbelanjaan yang kita hendak lakukan ini mesti mendatangkan hasil kepada negara dan kita akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk perkara ini.

Yang ketiganya, mengenai laporan FMT hari ini. Mengenai – sekejap ya. Saya hendak baca headline. Baru-baru ini ada ramai kolumnis selalu melaporkan berita seperti ia adalah fakta. Sebenarnya itu adalah hearsay. Mereka dengar, “Oh, Taylor Swift hendak datang”. Mereka lapor tetapi sebenarnya itu bukan fakta dan orang akan share berita

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

tersebut sebagai sahih. Sebenarnya tidak betul. Jadi, saya minta kolumnis sepatutnya telefon lah Kementerian Belia dan Sukan. Verify dahulu sebelum kita publish.

Okey dan ini bukan kali pertama FMT melakukan berita Taylor Swift. Kali ini adalah – Saya hendak dapatkan artikel itu. Minta maaf Yang Berhormat tetapi memang MAM – saya telah menghubungi MAM dan MAM akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat untuk membetulkan fakta dalam laporan kolumnis tersebut. Okey? Itu sahaja yang saya boleh laporkan kepada Parlimen untuk sidang ini. Ya, Alor Setar.

final • 4:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih masih sudi melayan celahan ini. Masa ada sedikit lagi.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Boleh, boleh.

final • 4:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang sensitiviti serangan Israel pada Gaza ini? Kalau ada apa-apa acara sukan kejohanan yang melibatkan penyertaan Israel, adakah Malaysia akan bantah ataupun apa pendirian Malaysia tentang kejohanan tersebut kalau melibatkan Israel?

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Pendirian saya adalah pendirian kerajaan.

Kerajaan tidak ada diplomatic ties dengan Israel. Jadi, konsisten selama ini memang setiap penganjuran bertaraf antarabangsa di Malaysia memang tidak membenarkan atlet Israel untuk masuk, untuk bertanding di Malaysia dan ini tidak pernah berubah. Walaupun kita ada kerajaan baharu sekarang, pendirian konsisten. Okey.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ada lagi? Siapa ya? Silakan.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Boleh ya sebab ada masa.

Bila saya balik ke Temerloh, mereka selalu tanya. Orang-orang muda tanya tentang sukan skateboard. Adakah Menteri memiliki bajet sebab situ pun selalu banjir. Rosak sudah tempat mereka selalu bersukan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey. Temerloh, skateboard memang semakin popular dan saya telah ke Sandakan pada hari Ahad untuk melihat cara Yang Berhormat Sandakan telah memulihkan satu kolam renang yang terbiar. Beliau menggunakan peruntukan sendiri untuk menukarkan kolam renang yang terbiar menjadi skatepark untuk orang muda.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sebenarnya saya rasa kos untuk membaiki ataupun mewujudkan skatepark tidak berapa mahal. Selalunya mahal apabila mereka hendak bermain pada waktu malam. Pada waktu malam itu kita kena pasang lampu limpah. Bil elektrik pun tinggi. Okey, tetapi saya akan meneliti cadangan Yang Berhormat.

Nanti bagi saya surat lokasi di Temerloh itu dan saya akan minta KBS melihat dan kalau kita tidak dapat membantu, kita akan minta kerjasama kerajaan negeri ataupun PBT untuk membantu.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Menteri.

final • 4:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, kita memang sekarang sentiasa mencari jalan untuk membantu golongan belia untuk mempunyai gaya hidup sihat dan bukan sahaja untuk golongan muda tetapi untuk warga emas. Seperti yang saya telah nyatakan, tahun ini KBS hendak memberi fokus kepada sukan warga emas dan pada minggu lepas sempena Hari Wanita, kita telah melancarkan senamrobik percuma di 43 lokasi PPR seluruh Kuala Lumpur.

Kita bagi senaman percuma ini untuk sepanjang tahun. Kita hendak mereka bukan sahaja keluar untuk satu program. Bukan one-off tetapi gaya hidup dan kita akan mula melihat dan bincang dengan semua persatuan sukan. Kalau ada sukan yang menarik dan sesuai untuk warga emas, KBS juga akan mempromosikan, untuk pastikan bukan sahaja belia mempunyai gaya hidup sihat tetapi sukan adalah untuk semua. Ini adalah pendirian Kementerian Belia dan Sukan.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 4:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya.

final • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Minta maaf, saya tidak bahas dalam perbahasan itu tetapi ada satu perkara iaitu sukan permotoran di Pasir Gudang.

final • 4:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya.

final • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Dulu ada circuit litar perlumbaan tetapi dah terbengkalai. Jadi, kalau dapat dihidupkan semula terutama di selatan Semenanjung, kita rapat dengan Singapura dengan Indonesia, jadi mungkin kementerian Menteri boleh buat sesuatu.

final • 4:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey. Yang Berhormat saya telah menerima mesej Yang Berhormat, cuma saya tidak ada masa untuk balas tadi. Saya akan meneliti perkara tersebut untuk Pasir Gudang dan saya akan berikan laporan kepada Yang Berhormat esok.

final • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey.

final • 4:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri sikit sahaja berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 ini, mungkin ada perancangan daripada KBS untuk sport tourism sebab tarikan dia kuat juga contohnya macam sukan permotoran lasak, contohnya, contohnya.

final • 4:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, tahun ini kita telah menerima Geran Padanan Sukan, hasil daripada pemberian Kementerian Kewangan kepada kita. Geran Padanan Sukan ini memang hasratnya adalah untuk membantu Kementerian Pelancongan menarik lebih ramai lagi pelancong datang dan juga untuk mewujudkan acara yang boleh membantu atlet kita memperbaiki prestasi mereka. Duit ini memang setiap bulan kita bermesyuarat untuk bagi geran padanan ini kepada penganjur. Cuma penganjur perlu melaksanakan banyak perkara sebelum kita bagi duit kepada mereka.

Dia adalah berbentuk reimbursement.

Okey, tetapi hasrat kita memang kita sentiasa menyokong dan kita bekerja keras, bekerja rapat juga dengan MOTAC. Menteri MOTAC juga banyak membantu macam Le Tour de Langkawi. Kementerian Pelancongan membantu dari bantuan sokongan dana kepada KBS untuk pastikan kita menjayakan. Ini memang saranan Perdana Menteri untuk semua kementerian bekerjasama, jangan bertindak sendiri untuk pastikan kita ada penjimatan bila kita bekerjasama. Itu sahaja Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Mesyuarat pada hari ini saya ingin memaklumkan terdapat pertukaran giliran kementerian menjawab bagi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada esok hari, Khamis 14 Mac 2024. Dimaklumkan Kementerian Kesihatan akan bertukar giliran dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Oleh itu, Kementerian Kesihatan adalah yang pertama mula menjawab esok. Sekian, terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 14 Mac 2024.

final • 4:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.43 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026