Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ambil satu minit je ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum memulakan sesi jawab lisan pada pagi ini, saya ingin memetik sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a., “Bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, barang siapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan akan diampuni baginya segala dosa yang telah lalu.” (Riwayat Al-Bukhari) Ahli Yang Berhormat, kita - esoknya Ramadan, kita laksanakan ibadat ini dengan sebaiknya dan laksanakan tugas kita di dalam Dewan ini dengan berhemah.
Saya mempersilakan untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan.
Pertama, Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Yang Berhormat Tuaran. Persilakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, soalan nombor 1.
1. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan berapa sasaran pulangan pelancongan kepada ekonomi negara dan apakah program dan langkah-langkah untuk menarik lebih banyak pelancong asing untuk melawat Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2023, jumlah ketibaan pelancong yang direkodkan berjumlah 20.1 juta dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM71.3 bilion, manakala sasaran jumlah ketibaan pelancong bagi tahun 2024 adalah 27.3 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM127 bilion. Bagi 2025, 31.4 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM125.5 bilion. Bagi Tahun Melawat Malaysia pula, 2026 adalah 35.6 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM147.1 bilion.
Program dan langkah-langkah untuk menarik lebih ramai pelancong asing melawat Malaysia termasuk pertama, kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang berupa agenda negara dalam pelancongan. Bagi menjayakan kempen tersebut, MOTAC memerlukan sokongan padu kerajaan negeri, penggiat industri pelancongan negara, serta sokongan rakyat dalam membuat persiapan rapi menerima kedatangan lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Kedua, MOTAC melalui agensi seliaannya Tourism Malaysia akan meneruskan penyertaan aktif dalam pameran-pameran pelancongan antarabangsa seperti International Tourismus-Borse Berlin (ITB), World Travel Market (WTM) London, Arabian Travel Market (ATM) Dubai, ASEAN Tourism Forum (ATF) dan banyak lagi merangkumi pasaran-pasaran utama seluruh dunia.
Ini adalah penting bagi memastikan penjenamaan Malaysia Truly Asia akan kekal menjadi pilihan pelancong-pelancong seluruh dunia, lebih-lebih lagi memandangkan negara-negara pesaing sentiasa agresif mempromosikan destinasi masing-masing di pameran-pameran pelancongan utama tersebut.
Ketiga, MOTAC juga bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui pejabat pelancongan negeri-negeri, dengan menyokong usaha penganjuran kempen Tahun Melawat Negeri yang telah dirancang. Sehingga kini, empat negeri telah mengumumkan Tahun Melawat Negeri pada tahun ini, iaitu 2024 iaitu Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak.
Keempat, meningkatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dalam meluaskan rangkaian penerbangan terus dari pasaran-pasaran utama ke Malaysia dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia.
Akhir sekali, penganjuran program lawatan familiarisasi bersama media dan agensi pelancongan bagi memberi pengalaman dan pendedahan terhadap produk dan destinasi pelancongan yang baharu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat, Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang di- Pertua. Terima Kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih di atas jawapan yang agak komprehensif.
Melihat kepada hasil ataupun revenue yang dihasilkan daripada pelancongan, ia merupakan suatu sumbangan yang sangat penting pada negara and it is really a money spinner. Soalan tambahan saya ialah, bagaimanakah pihak kementerian, pihak kerajaan pastikan agar semua perancangan ini akan berjaya? Apakah kekangan-kekangan yang bakal dihadapi, pelaksanaan segala program yang disebutkan tadi? Bagaimana pula menangani keadaan sekarang, di mana permintaan banyak tetapi dari segi logistiknya, dari segi penerbangannya, kita menghadapi masalah terutamanya di peringkat domestik?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran, seperti yang kita semua sedia maklum, selepas daripada pandemik COVID-19, penggiat- penggiat ataupun pemain-pemain industri mengalami beberapa kesulitan dari sudut untuk menyelia kemudahan-kemudahan yang telah terlaksana sebelum pre-COVID-19.
Keduanya juga, Yang Berhormat Tuaran ada membangkitkan isu-isu connectivity dengan izin. Kita tahu banyak syarikat-syarikat penerbangan belum boleh mengoptimakan pesawat-pesawat yang ada, kerana disebabkan isu COVID-19 dan sekarang ini mereka telah mempergiatkan dan mempertingkatkan lagi peratusan operasi yang selama ini yang mereka telah rancang.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Kita percaya jikalau perkara-perkara ini dapat diselesaikan, industri kita terutamanya sektor pelancongan dapat dipertingkatkan dan dapat diperkasakan dan pastinya limpahan itu boleh dirasai oleh lapisan masyarakat kita di negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang pertama, tentu saya nak mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar, guru dan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Maran yang tidak ada dalam ini tapi bersekitar di sekitar Parlimen. Dia dengar, insya-Allah.
[Ketawa] Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, berapakah ataupun apakah negara-negara utama yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancong-pelancong mereka ,untuk datang ke negara kita? Berapakah jumlah pelancong mereka yang datang? Yang kita tahu sekarang ini mungkin China, Arab Saudi dan sebagainya. Berapakah jumlah pelancong mereka yang datang dan berapakah pendapatan yang diperolehi oleh negara kita, hasil daripada kedatangan pelancong-pelancong tadi? Yang kedua, apakah jenis pelanggaran yang dilakukan oleh pelancong-pelancong negara asing yang melibatkan peraturan pelancongan ataupun dalam negara kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Maran.
Ada dua soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran. Pertama, dari sudut negara-negara manakah yang paling ramai datang ke Malaysia. Kedua adalah dari sudut undang-undang pelanggaran. Berkenaan dengan soalan pertama, kita tahu 80 peratus pelancong-pelancong yang masuk ke Malaysia, kebanyakannya mereka berasal dari rantau kita, iaitu Asia Tenggara ataupun ASEAN, 80 peratus.
Kedua pula berkenaan dengan isu pelanggaran. Pelanggaran itu ianya bukan melibatkan kementerian secara langsung, ada kementerian-kementerian lain juga turut terlibat. Tetapi dengan persefahaman yang baik, kita sentiasa berhubung dengan kementerian-kementerian yang terlibat, supaya kita boleh pastikan setiap prosedur dan juga setiap pelancong-pelancong yang masuk itu, benar-benar melancong di negara kita.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Berikut saya mempersilakan Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
3. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah kaedah serta pendekatan baharu yang menepati ciri status pembangunan dan sosioekonomi tempatan bagi meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera khususnya dalam segmen ekonomi baharu.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut dan Ahli Dewan yang mulia. Kerajaan bertekad untuk menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia dan memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih bermutu, selari dengan Ekonomi MADANI. Dalam hal ini, kerajaan beriltizam untuk meneruskan Agenda Pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional ke arah mencapai outcome yang saksama untuk bumiputera.
Kerajaan akan melakukan anjakan dalam menambah baik Agenda Pemerkasaan Bumiputera, bagi memastikan hala tuju ini adalah lebih bersifat inklusif tanpa meminggirkan sesiapa di Malaysia. Selain itu, kerajaan akan memperluaskan peranan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan, iaitu GLC dan GLIC dalam mendukung agenda bumiputera sebagai agenda nasional serta memastikan peranan lebih proaktif dalam mempergiat serta menggerakkan Agenda Pemerkasaan Bumiputera melalui pelaksanaan dasar serta inisiatif di peringkat GLC dan GLIC berkenaan.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kerajaan juga sedang meneliti dan menambah baik agenda baru pemerkasaan bumiputera. Sehubungan itu, seperti yang kita sedia maklum, penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024, merupakan platform untuk mendapatkan input dan pandangan bagi menambah baik Agenda Pemerkasaan Bumiputera supaya lebih menyeluruh ke arah mencapai masyarakat yang lebih adil, saksama dan inklusif.
Kesemua intipati hasil daripada KEB 2024, input daripada sesi libat urus dan juga input daripada microsite KEB 2024, akan dicerakin dan diterjemahkan ke dalam hala tuju agenda baru pemerkasaan bumiputera dan pelan jangka panjang agenda baru ini, yang lebih segar dan inklusif tanpa meminggirkan peranan oleh semua etnik di Malaysia akan dirangka untuk tempoh 10 tahun yang akan datang dan dijangka akan diluncurkan pada Jun 2024 ini.
Ini termasuklah kaedah-kaedah serta pendekatan baru yang menepati ciri status pembangunan dan sosioekonomi tempatan bagi meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera, khususnya dalam segmen-segmen ekonomi baru seperti pertumbuhan tinggi dan nilai ditambah tinggi (HEHV) yang telah pun dimasukkan di dalam rangka kerja ekonomi jangka panjang negara. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selepas mendengar jawapan Yang Berhormat Pandan, betul saya bersetuju dan saya ucapkan tahniah. Kita seharusnya melakukan sesuatu dalam nak menentukan perkembangan atau nak membesarkan ekonomi atau kek ekonomi dalam negara kita itu, biarlah ianya lebih inklusif kepada semua.
Tapi oleh sebab jurangnya di antara kaum itu dalam sektor-sektor yang tertentu dalam negara itu nampak agar besar, mengapa tidak kita berikan pengkhususan dalam beberapa bidang yang utama, seperti kluster E&E ini, diberikan sesuatu pendekatan yang baru supaya dapat meningkatkan penyertaan syarikat tempatan bumiputera dalam rantaian E&E ini sebab ianya banyak lagi ruang yang boleh diketengahkan dan diberikan peluang-peluang yang lebih besar supaya dapat meningkatkan penyertaan bumiputera.
Contohnya dalam jawatan berkemahiran tinggi seperti pengurusan jurutera dan banyak- banyak lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya bersetuju sebenarnya bahawa kita kena meningkatkan penyertaan, terutamanya golongan kelas profesional Melayu. Ini yang saya ingat tanggungjawab dan cabaran kita bersama iaitu seperti yang saya jelaskan semasa KEB 2024 yang lepas. Apabila kita melihat pencapaian-pencapaian Agenda Pemerkasaan Bumiputera sejak 1950-an, sebenarnya kita mencapai beberapa pencapaian yang baik, walaupun yang selalu ditumpukan itu hanyalah soal pemilihan ekuiti.
Tapi yang paling berjaya ialah membentuk satu kelas ekonomi menengah yang tinggi dan apabila kita melihat kepada ekonomi negara, banyak peranan di peringkat pengurusan dan profesional sebenarnya adalah daripada profesional bumiputera di syarikat-syarikat besar.
Namun, untuk menjawab apa yang disebut oleh Yang Berhormat Larut tadi, itu juga yang menjadi cabaran kepada kita, terutamanya untuk kita mengalihkan penyertaan...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Bukan sahaja penyertaan tetapi bentuk penyertaan bumiputera, terutamanya kelas menengah dalam bidang-bidang baru ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Saya selalu ulang, bahawa kita perlu menggalakkan pertukaran model kejayaan bumiputera sendiri, kerana dari tahun 70-an, 80-an, model kejayaan itu ialah macam Larut sendiri pergi sekolah berasrama penuh, universiti. Kemudian, kita selalunya mahu bekerja di syarikat yang memberikan gaji. Boleh jadi CEO, gaji banyak. Tetapi itu hanya menambah nilai, dia tidak membentuk nilai kerana ia tidak diusahakan sendiri oleh kelas menengah bumiputera.
Berbanding dengan kelas menengah bukan bumiputera yang selalunya jauh lebih cepat dari segi membentuk perusahaan sendiri yang menyebabkan mereka terpaksa mencipta teknologi sendiri, mencipta produk sendiri dan mencari model sendiri. Jadi, itu adalah satu perkara struktur yang kita perlu perbaiki, selaras juga dengan usaha kita untuk memastikan apabila rangka jangka panjang ekonomi negara ini beralih kepada sektor- sektor berteknologi tinggi.
Contoh yang Larut sebut iaitu advanced E&E dan saya dah menghabiskan satu tahun ini duduk dengan industri E&E.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kalau dulu Larut, kita bercakap tentang macam mana kita nak masuk dalam rantaian nilai E&E di Malaysia yang pada ketika itu masih lagi berada di sebelah backend.
Maksudnya packaging, perkara-perkara yang nilai dia rendah. Itu sebagai sebuah negara.
Itu pun kita dah kena beralih daripada itu kerana kita tidak lagi boleh menjadi satu kuasa cip dan E&E tetapi terhad kepada aktiviti yang nilainya pertengahan atau rendah iaitu backend dan mesti naik kepada nilai yang lebih tinggi iaitu design sendiri, mereka cipta.
Ini yang akan memerlukan kerjasama sebenarnya pada pandangan saya Larut, di antara semua yang ada di negara kita baik bumiputera, bukan bumiputera dan juga MNC dan pelabur asing kerana rantaian nilai. Apabila kita naik ke rantaian nilai tinggi iaitu mereka cipta cip kita sendiri. Dia tak lagi boleh dibuat di dalam negara semata-mata.
Contohnya, kalau satu cip itu boleh direka cipta pun dengan IP nya itu daripada negara kita sendiri, tetapi untuk mendapat satu prototaip cip. Itu perlulah mendapat persetujuan atau lesen daripada beberapa pembuat wafer cip sahaja yang ada di dunia ini, yang tak banyak.
Pembuat wafer cip ini tak ada di Malaysia. Dia ada di Taiwan, dia ada di Jepun, di Korea dan sebagainya. Jadi, model yang kita ada, sebab itu kita memerlukan smart partnership, dengan izin. Perkongsian bijak daripada semua pihak, terutamanya daripada golongan profesional kelas jurutera elektronik dan sebagainya. Melayu, bumiputera dan bukan bumiputera, daripada syarikat-syarikat besar untuk mengambil risiko dan keluar dan membentuk syarikat sendiri. Program atau pun bantuan apabila Larut sebut pengkhususan itu, ia mestilah tertumpu kepada kumpulan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, pendekkan jawapan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...bukannya semata-mata untuk kita memberikan insentif tetapi tidak ada sambutan daripada kelas menengah bumiputera yang ada dalam syarikat MNC. Terima kasih Larut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya persilakan Yang Berhormat Paya Besar sebagai Pengerusi BBC.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar.
Saya nampak kerajaan ada usaha untuk memperkasakan bumiputera kerana anjakan itu mengambil proses yang lama Yang Berhormat Menteri. Tetapi, persoalannya mungkin dahulu kita bercakap bumiputera dan bukan bumiputera. Dahulu mungkin Ali Baba famous atau popular dibincangkan. Tetapi adakah kementerian Yang Berhormat sedar bahawasanya sekarang ini isunya bukan lagi Ali Baba tetapi Ali Bangla, di mana kita bukan lagi bersaing antara sesama masyarakat Malaysia tetapi kita bersaing dengan mereka yang bukan warganegara.
Dahulunya mereka berkunjung di tempat kita hanya sebagai buruh kasar tetapi sekarang ini mereka telah berusaha menjadi pengusaha. Bagaimana Yang Berhormat
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
melihat dari segi struktur ekonomi fundamental tadi? Kerana apabila mereka menjadi syarikat, mereka jadi pengusaha, kita hantar anak-anak kita bumiputera, bukan bumiputera untuk TVET tetapi akhirnya kerja-kerja yang separa mahir ini diambil alih oleh mereka yang bukan bumiputera. Sudah pasti budaya Ali Bangla akan menjadi dominasi dan bagaimana Yang Berhormat lihat dari segi struktur fundamental ekonomi itu sendiri?
Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Paya Besar. Tuan Yang di-Pertua, itu lima soalan dalam satu soalan. Pandangan saya dan ini sedang diambil perhatian Paya Besar ialah kita perlu komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan pendatang asing tidak berkemahiran dalam negara kita. Ini memerlukan bukan sahaja dasar tetapi ia juga memerlukan kerjasama daripada industri kerana setiap kali pentadbiran sebelum ini ingin mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini, dia akan dapat bantahan.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada bulan April yang akan datang, akan membincangkan satu mekanisme khusus untuk mengurangkan jumlah pekerja asing ini secara berkala dan RMKe-13 yang akan dibentangkan pada tahun depan, akan meletakkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing yang lebih drastik dan lebih ketara. Saya sebut di Parlimen hari ini supaya saya dapat menyediakan industri dan ekonomi kita dengan lebih awal. Jadi, yang itu pertama. Kalau saya minta dua minit sahaja lagi, Dato’ Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kita perlu komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing kerana kalau kita terus ada antara 3 juta ke 3.5 juta pekerja asing, baik yang ada dokumentasi atau pun tidak ada dokumentasi, ini mewujudkan satu kumpulan yang menawarkan struktur kos yang lebih rendah yang mana memang peniaga tempatan kita tidak boleh bersaing kerana mereka akan terus meletakkan harga yang jauh lebih rendah dan akan terus ada peniaga-peniaga atau orang ramai yang lebih gemar untuk mendapat khidmat atau pun produk daripada mereka. Jadi, itu yang pertama di peringkat mikro ya.
Di peringkat dasar juga, seperti yang telah kita umumkan tahun lepas bahawa kerajaan akan membentangkan undang-undang akta anti rent-seeking atau pun akta anti- ali baba kerana sebahagian sebab kerana kita ada fenomena ini ialah kerana penduduk tempatan sendiri yang sama ada menyewakan atau memberikan lesen.
Lesen dia dapat untuk dia berniaga tetapi dia lebih gemar untuk dapat RM3,000, RM4,000 sebulan, pakai nama dia sahaja. Jadi, selagi perkara-perkara ini tidak diselesaikan dan buat masa sekarang, kita tidak ada undang-undang yang khusus yang boleh diambil tindakan kepada penduduk tempatan yang membolehkan fenomena ini makin bertambah.
Jadi, pandangan kami ialah selain daripada struktur ekonomi itu yang perlu diperbetulkan dengan mengecilkan jumlah pekerja asing yang ada, kita juga perlu mengetatkan undang-undang. Salah satunya melalui akta anti-ali baba ini supaya menjadi kesalahan untuk membolehkan pekerja asing mengusahakan perniagaan dan perusahaan atas nama orang tempatan yang telah menyebabkan berlakunya keadaan seperti sekarang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Kita ke soalan yang berikutnya. Saya mempersilakan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato’ Speaker, soalan nombor tiga.
3. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta
Menteri Kerja Raya menyatakan
(a) status terkini 15 pakej kerja fasa 1B Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah serta kaedah perolehan yang dibuat; dan
(b) jumlah syarikat yang berjaya dalam prakelayakan dan pecahan pemilikan syarikat (syarikat tempatan Sabah/syarikat semenanjung/syarikat antarabangsa).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Fasa 1 Lebuh Raya Pan Borneo, Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja di mana sehingga kini, 15 pakej 1A kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan terkini bagi pakej kerjaan telah dimulakan adalah 88 peratus dan akan siap pada awal 2025. Manakala, status pakej kerja 9 1A yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru masih di peringkat perolehan.
Sehingga kini, pakej-pakej kerja berikut telah siap dan dibuka untuk pengguna jalan raya. pakej kerja lima Donggongon ke Papar telah siap pada 29 Ogos 2022. Pakej kerja 27, Kampung Lot M ke Batu 32 Sandakan telah siap pada 18 November 2022. Pakej kerja 15, Tawau ke Semporna telah siap pada 10 Ogos 2023 dan Pakej Kerja 21, Lahad Datu Bypass telah siap pada 30 Oktober 2023.
Secara keseluruhan, sebanyak 16 pakej kerja akan dilaksanakan pada buat masa kini dan kos keseluruhan sebanyak RM10.849 bilion menggunakan peruntukan pembangunan sepenuhnya iaitu development expenditure (DE).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pakej 19 kerja, fasa 1B yang masih belum mula pembinaan dengan kos RM15.7 bilion akan dibiayai secara hibrid menggunakan peruntukan pembangunan dan melalui terbitan sukuk oleh DanaInfra Nasional Berhad. Projek Sabah Pan Borneo fasa 1B ini akan dilaksanakan dengan tempoh pembinaan selama lima tahun dan dijangka akan dimulakan seawal suku kedua tahun 2024.
LPB Sabah fasa 1B ini telah pun selesai makmal pengurusan nilai peringkat kajian nilai (value assessment) dan kejuruteraan nilai (value engineering) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023 bagi memastikan segala skop dalam pakej ini diteliti sebelum ianya ditender.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pakej-pakej di bawah pelaksanaan fasa 1B adalah seperti berikut:
(i) Jajaran North-West sepanjang Daerah Kota Belud—Simpang Mengayau, Kudat;
(ii) Jajaran South-East Merangkumi Tawau sehingga Lahad Datu;
(iii) Jajaran North-East melibatkan daerah Lahad Datu—Sandakan; dan
(iv) Jajaran Central melibatkan Telupid ke Ranau.
Sukacita dimaklumkan fasal 1B kini dalam proses perolehan dengan menggunakan kaedah tender pra kelayakan terpilih di kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar di Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab persoalan tentang
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
bukan hanya prestasi pembinaan Pan Borneo. Minggu ini saya akan ke Kimanis, Sipitang dan saya juga telah menjelajah beberapa kawasan dan dilaporkan bahawa prestasi meningkat. Tetapi, kalau kita ke peringkat bawah sebenarnya Dato’ Speaker amat mengecewakan.
Realiti sedih dan saya bimbang. Contohnya di Kimanis dan juga ke Sipitang, masih lagi keadaannya begitu tidak siap. Di Tawau saya akui, bahawa saya selalu balik dan beli-beli barang di sana, saya rasa kawasan itu cukup baik. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat, prestasi yang ada kegagalan syarikat-syarikat, mengapa pihak kerajaan tidak mengambil tindakan tegas untuk memutuskan supaya tamatkan mereka? Kerana ini menjejaskan bukan hanya kesengsaraan kepada rakyat, malahan perbelanjaan kereta yang rosak di Sabah. Beribu dan ini harus ada ketegasan seakan perkataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menoktahkannya.
There must be firmness. Kalau didapati mereka gagal, kerana dahulu masa kita kerajaan, kita lantik JKR dan juga JKR pusat untuk pantau. We don’t leave it to PDP. Kerana itu tidak ada keupayaan mereka peringkat akar umbi itu. Saya nak tanya satu, adakah pihak kementerian mengambil tindakan tegas untuk pastikan supaya tamatkan bila ada kegagalan? Contohnya prestasi daripada awal bila kita tamatkan, 12 peratus sepatutnya 49 peratus pencapaian mereka. Hanya 12 peratus sahaja di kawasan- kawasan. Tawau, they completed...
Keduanya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang pampasan tanah yang ada. Berapakah jumlah? Berapa juta yang dibelanjakan menerusi pembinaan Pan Borneo ini, pampasan tanah? Siapakah yang tanah-tanah — kalau orang kampung, saya tak kisah sangat. Saya difahamkan ada setengah-setengah pihak yang menelan belanja sehingga berjuta pampasan tanah khususnya daripada Kimanis sampai ke Sipitang. Di situ perbelanjaan dia banyak.
Saya ingin memanjangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya RCI juga kita wujudkan. Siasatan perlu dilakukan kerana ini perbelanjaan berbilion duit, ketirisan rakyat ya di dalam keadaan yang susah. Kalau kita boleh buat RCI untuk kapal yang belanjanya kurang berbanding dengan Pan Borneo, kenapa tidak ada Royal Commission of Inquiry?
Siasat contractor dia dan saya minta kepada Yang Berhormat, bagi jaminan di Parlimen ini, kontraktor yang dilantik tadi itu. Saya akan pantau secara mendalam. If it is the same contractor, if it is the same shareholder, saya akan bangkitkan di Parlimen. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Walaupun saya Pengerusi, saya menyokong apa yang Yang Berhormat Semporna nyatakan.
[Tepuk] Yang Berhormat Menteri, silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, izinkan saya menyatakan apakah yang berlaku untuk Pakej 1A, 15 pakej kerja. Saya sebut tadi 88 peratus secara keseluruhan:
Sindumin—Kampung Melalia, 6.4 peratus; 2. Kampung Melalia—Beaufort, 49.3 peratus; 3. Beaufort—Bongawan, 66.3 peratus; 4. Bongawan—Papar, 92.5 peratus; 5. Donggongon—Papar, sudah siap; 6. Putatan—Inanam, 76.7 peratus; 7. Inanam—Sepanggar, 95.8 peratus; 8. Sepanggar—Bulatan Berungis, 71 peratus; 9. Pituru—Rampayan Laut, 91 peratus; 10. Tawau—Semporna, 100 peratus; 11. Lahad Datu Bypass, 100 peratus;
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kampung Lot M—Mile 32, 100 peratus; 13. Mile 32—Moynod, 18 peratus; 14. Moynod—Sapi Nangoh, 49.98 peratus; dan 15. Sapi Nangoh—Sungai Bauto, 28.8 peratus.
Jadi, ini saya sebut satu persatu. Untuk makluman Yang Berhormat, jadi dengan lain perkataan, jika mereka tidak dapat melaksanakan kerja dengan pantas dan mengikut masa yang kita tetapkan, apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat untuk tamatkan itu, kita akan laksanakan. Semua kontraktor 15 pakej yang pertama ini, semua daripada Sabah, Yang Berhormat ya. Semua dari Sabah. Pakej 1A.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pakej 1B, 15 ini dalam proses tender pra kelayakan...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Baru ini ditutup. Ada 300 syarikat yang memohon, Yang Berhormat. 300 syarikat yang memohon dan kemungkinan kita mengambil masa sebulan untuk membuat shortlist daripada 300 syarikat itu sebelum dibawa ke Lembaga Tender.
Jadi, ia mengambil masa untuk kita pastikan memenuhi tiga syarat ya. Syarat yang pertama, berapa banyak kerja-kerja yang ada di dalam tangan mereka sekarang?
Jika terlalu banyak, kita tak boleh nak bagi sebab khuatir mereka akan terlewat untuk menghabiskan kerana ada lagi kerja-kerja lain.
Perkara yang kedua, syaratnya ialah pengalaman-pengalaman yang lepas.
Adakah selama ini mereka hanya buat sekolah, tiba-tiba nak buat jalan? Maka, kita akan perhatikan perkara itu.
Satu lagi ialah kekukuhan kewangan adalah penting, ya. Tender untuk 15 Pakej fasa 1B ini terbuka bukan hanya untuk Sabah tetapi juga untuk seluruh Malaysia dan hanya untuk kontraktor Malaysia dan kita takkan buka kepada kontraktor luar daripada negara kita. Mengenai pampasan tanah, ini saya jawab bertulis. Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat —Tuan Speaker, Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Dato’ Speaker. Saya menyokong penuh supaya Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini disegerakan dan disempurnakan sebaik mungkin.
Soalan penambahan saya, apakah penambahbaikan kementerian berhubung mekanisme penilaian semula pemantauan kualiti jalan dan penyelenggaraan secara berkesan terutama membabitkan jalan-jalan yang sering rosak walaupun baru diturap semua serta tindakan yang diambil terhadap pihak kontraktor yang gagal membaik pulih atau memenuhi jadual penyelenggaraan jalan raya?
Adakah wujud keperluan supaya penggunaan dron dan sensor diperluaskan sebagai kaedah untuk mengesan kerosakan jalan serta penubuhan pasukan memantau khas seperti yang disebutkan Semporna tadi ya untuk memantau kerja penampalan jalan oleh kontraktor yang menjalankan projek jalan raya berkenaan? Terima kasih, Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ada tiga sebab jalan kita ini rosak.
Pertama ialah sebab kenderaan lebih muatan. Kita sentiasa berhubung bersama dengan JPJ supaya perkara itu boleh dielakkan. Kedua, cuaca iaitu sukar untuk dielakkan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ketiga ialah kualiti jalan itu sendiri ya. Jadi, kita sentiasa memantau dari segi kualiti. Kita ada apps, semua dah sedia maklum. Apps itu MyJalan. Saudara boleh dapatkan apps itu — Ahli-ahli Yang Berhormat boleh dapatkan apps itu. Kita telah berkempen supaya rakyat menggunakan apps itu.
Apabila kita masukkan maklumat dalam apps yang berkaitan, apps MyJalan, kita boleh memberikan, memberikan terus maklumat jalan mana yang rosak terus kepada pihak kementerian. Kita ada war room sekretariat yang menjaga dan memantau.
Tetapi, hanya kira-kira 21 peratus sahaja yang terlibat dengan Jalan Persekutuan.
Selebihnya ialah jalan-jalan yang lain, jalan pembandaran, jalan negeri, jalan apa ini — jalan kampung, ya. Tetapi, walaupun melibatkan kementerian lain, kita masih lagi bekerjasama untuk menyampaikan maklumat-maklumat jalan rosak kepada pihak-pihak kementerian yang lain, KPKT, KKDW, Kementerian Pertanian, JKA Jalan Pertanian.
Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Speaker, mohon satu soalan lagi. Pan Borneo, Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Silakan soalan yang berikutnya Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu.
4. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah perancangan, strategi dan langkah kerajaan bagi membangunkan wilayah utara Semenanjung Malaysia seperti Kulim (Kedah), Pulau Pinang dan Perak Utara sebagai 'cluster' elektrikal dan elektronik bagi Malaysia dan dunia. Ini memandangkan Malaysia ketika ini adalah pengeksport semikonduktor ke-6 terbesar di dunia.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu. Sejak tahun 1972, industri E&E telah berkembang pesat di wilayah utara, terutamanya di negeri Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur.
Kerana tumpuannya terhadap industri E&E dan merupakan sebahagian daripada rangkaian penting pengeluaran global E&E terutamanya bagi produk semikonduktor.
Pelan Industri— Pelan Induk Perindustrian Baharu (New Industrial Master Plan) 2030 menekankan kepentingan prinsip inklusiviti dalam usaha memastikan pembangunan seimbang di semua negeri iaitu dengan memperkasakan kluster industri sedia ada yang dapat mewujudkan kesan limpahan positif kepada negeri-negeri lain.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Selaras dengan prinsip ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023, telah mengumumkan cadangan pembangunan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Daerah Kerian, Perak dalam usaha kerajaan untuk membangunkan wilayah utara Semenanjung Malaysia.
Cadangan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) adalah untuk menumpang kesan limpahan ekonomi seperti contoh daripada teknologi– Taman Teknologi Tinggi Kulim atau Kulim Hi-Tech Park dan menyokong ekosistem yang lebih luas untuk kluster E&E yang pada ketika ini banyak yang tertumpu di wilayah utara, khususnya di kawasan perindustrian di Bayan Lepas dan Batu Kawan di Pulau Pinang dan di Kulim Hi-Tech Park di Kedah.
Usaha pelaksanaan KIGIP ini diterajui secara bersama antara MITI, MIDA dan Kerajaan Negeri Perak. Selain itu, Pasukan Petugas Strategik Semikonduktor Kebangsaan (National Semicondutor Strategic Task Force) telah ditubuhkan melalui mesyuarat Majlis Pelaburan Negara pada 9 Januari 2024 bagi mentransformasi industri elektrik dan elektronik (E&E) di Malaysia.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Dengan keanggotaan pelbagai kementerian, agensi dan pemain industri, pasukan petugas ini memberi tumpuan dan memacu penambahbaikan kepada tiga aspek iaitu insentif, bakat dan ekosistem industri E&E. Industri pendidikan tinggi– institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) juga memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat (industry-ready) bagi industri E&E di wilayah utara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambah Yang Berhormat Kubang.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ucap tahniah kepada Timbalan Menteri umum projek ini dan beliau sendiri jawab soalan. Timbalan juga rajin menulis rencana dalam akhbar dan sebagainya. Soalan pertama, apakah road map dan timeline untuk mencapai hasrat ini? Timeline, road map? Yang Berhormat Timbalan Menteri dah sebut tadi. Menteri dah jawab kemajuan dicapai takat ini. Tak tau lah kot-kot ada lagi yang nak diberi tahu dan dari segi kewangan Yang Berhormat Menteri, siapakah yang akan membiayai projek ini? Penglibatan state dan sebagainya.
Seterusnya, apakah persediaan dan persiapan kerajaan dalam membangunkan talents bagi memastikan kejayaan projek yang besar ini, termasuk penglibatan bumiputera dalam pengurusan tertinggi di peringkat am dan juga peringkat teknikal seperti jurutera, supaya penglibatan yang lebih luas dan bermakna bagi memperkasakan bumiputera dalam bidang E&E dan semikonduktor ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, jawapan.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tadi kalau saya betul, ada lima atau enam soalan.
[Ketawa] Terima kasih kepada Kubang Pasu. Timeline bagi Kementerian MITI dan juga Kerajaan Pusat ialah timeline untuk NIMP, sampai 2030.
Untuk KIGIP atau Kerian secara khususnya, kerja telah dimulakan untuk mendapat– apa ini proses apa ini yang dijalankan secara secepat mungkin dan tuan tanah ialah Sime Darby Plantation– tuan tanah adalah Sime Darby Plantation.
Jawatankuasa telah ditubuhkan di antara MITI, kerajaan negeri dan juga MIDA.
Diharapkan dalam tahun ini kita akan ada apa ini hasil– hasilkan persetujuan di antara semua pihak dan projek ini boleh dilancarkan pada tahun ini.
Demi membangunkan lebih ramai bakat, universiti memang penting dan juga apa yang tadi disebutkan oleh Menteri Ekonomi bahawa kita perlu mewujudkan satu suasana di mana suasana gaji lebih tinggi untuk semua pekerja, di terutamanya di industri semikonduktor. Itu adalah apa yang kita hasratkan dalam NIMP bahawa sampai tahun 2030, median wage boleh capai RM4,510. Terima kasih.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Sikit lagi Timbalan Menteri belum jawab berkenaan penglibatan bumiputera yang lebih bermakna dan lebih luas. Sebab bagi semikonduktor ini, penglibatan bumiputera di peringkat atas agak kurang Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, mungkin Menteri boleh menjawab secara bertulis. Saya sendiri tak boleh paksa Menteri- menteri menjawab. Baik. Berikutnya saya mempersilakan sebelah sini? Jika tidak ada saya akan serah kepada sebelah sini? Jika tidak, soalan? Tidak ada. Saya pindah ke soalan seterusnya. Baik. Ini pertama kali ini tidak ada yang mahu menjawab soalan tambahan. Baik. Kita ke soalan kelima. Saya mempersilakan Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Yang Berhormat Beaufort.
5. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah usaha kementerian dalam memastikan bekalan beras mencukupi di negeri Sabah. Adakah Kementerian telah mengambil kira akan kedudukan harga beras antarabangsa dan ianya tidak akan mempengaruhi bekalan beras di Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kementerian dan Keterjaminan Makanan cakna akan pengeluaran padi dan beras di Sabah. Justeru itu, ke arah meningkatkan produktiviti padi di Sabah, kementerian telah merangka pelbagai inisiatif. Antara inisiatif yang telah dan juga sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 bermula daripada 9 Ogos 2023 di seluruh negara, termasuk Sabah.
(ii) Menaikkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak daripada RM900 kepada RM1,300 per tan metrik berkuat kuasa daripada 15 Februari 2024.
(iii) Mengadakan beberapa siri perbincangan di peringkat negeri secara serius yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dalam mencari kaedah untuk mempertingkatkan dan memperluaskan kawasan baharu penanaman padi di Sabah.
(iv) Pelaksanaan program Smart SBB ala Sekinchan di Kampung Kesapang Tengah, Kota Belud berkeluasan 27.81 hektar melibatkan 15 orang peserta akan dijadikan sebagai projek rintis dan dijangka akan bermula pada Julai tahun 2024 melalui penggunaan elemen mekanisasi dan automasi.
(v) Menggalakkan penggunaan variety benih padi sah bagi meningkatkan hasil dengan membawa masuk benih daripada Semenanjung yang berkualiti, rentang penyakit dan mempunyai hasil yang tinggi.
Perkara ini telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Pada masa ini, kadar sara diri beras di Sabah hanya sekitar 22.8 peratus sahaja. Bagi mengimbangi bekalan dan harga beras di Sabah termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 per tan metrik pada harga borong bagi beras putih import mulai daripada 5 Oktober 2023.
Melalui kaedah ini, harga runcit maksimum beras putih import di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah RM31 bagi sekampit 10 kilogram. Langkah ini diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan di Sabah adalah terhad di samping penduduk Sabah dapat menikmati harga beras putih import pada harga yang berpatutan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Fenomena El Nino yang sedang berlaku ketika ini memberikan kesan kepada hasil pertanian dan dijangka pada 2025, cuaca akan lebih panas lagi dan tidak terkecuali juga bagi kita di Sabah, yang akan menerima tempias keadaan yang sama.
Saya khuatir jika keadaan ini berterusan sudah tentu ianya akan memberi kesan kepada pengeluaran padi. Negara sekali akan berhadapan dengan penyusutan hasil padi dan sudah tentu kerajaan akan membawa masuk lebih banyak beras import bagi menampung permintaan pasaran. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian, sejauh manakah pihak kerajaan membuat perancangan dan menghadapi fenomena El Nino ini dan apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan kepada pesawah bagi membantu menghadapi bencana ini?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort, terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kita memandang serius ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi tentang kemungkinan fenomena El Nino pada tahun hadapan yang juga mungkin boleh menjejaskan sektor agromakanan, khususnya subsektor padi dan beras. Maka bagi menampan impak daripada fenomena ini, antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kementerian adalah seperti berikut; Pertama, kementerian menerusi agensinya di bawah MADA, KADA dan IADA telah mengambil inisiatif awal seperti mengagihkan pump backwards dan juga pam mudah alih berkuasa antara 7hp hingga 30hp, membina telaga tiub, memperbaiki rumah pam dan sebagainya bagi memastikan bekalan air cukup memandangkan bekalan air daripada pengairan utama berada pada tahap minimum yang penting untuk penanaman padi.
Kedua, memperbanyakkan parit jejari dan mendalamkan saliran sawah sedia ada bagi membantu mencukupkan bekalan sumber air ke dalam sawah.
Ketiga, beberapa kawasan juga telah membuat aplikasi penggunaan gel mikro yang dapat menyimpan air dalam tanah dengan bantuan medium gel supaya tanah sentiasa berada dalam keadaan lembap dan dapat membekalkan air pada masa yang kritikal.
Keempat, sekiranya ada keperluan yang mendesak, kementerian bersedia melakukan pembenihan awan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan jumlah taburan hujan di kawasan-kawasan takungan air bagi kawasan penanaman padi.
Akhirnya, kementerian juga ada menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kemerosotan pengeluaran padi disebabkan perubahan cuaca di luar jangka iaitu melalui Tabung Bencana Tanaman Padi. Bantuan berbentuk touchpoint iaitu penyaluran bantuan secara tunai khusus kepada pesawah yang menghadapi kerugian akibat bencana alam. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Dato' Speaker. Soalan tambahan daripada Kangar berkaitan dengan penanaman padi dan juga ada kaitan juga dengan keperluan beras negara. Jadi, saya pasti YB Timbalan Menteri dapat menjawab soalan dengan hebat dan dahsyat.
Jadi yang pertama, soalan berkaitan dengan skim takaful padi. Jadi, sebelum ini kerajaan ada mencadangkan bahawa skim takaful padi akan dilancarkan setahun yang lalu tetapi hingga kini skim takaful tersebut masih belum berjalan. Jadi, adakah skim takaful padi ini adakah sekadar cadangan atau adakah ia merupakan satu perancangan daripada Kementerian Pertanian?
Soalan kedua berkaitannya dengan ladang benih padi. Ladang benih padi ini dikatakan untuk menyelesaikan masalah benih padi daripada segi kekurangan dan juga daripada segi harga. Jadi, adakah ladang benih padi yang dicadangkan terutamanya di kawasan PPK Bintong Kangar, Perlis dapat membantu petani dan apakah jaminan bahawa pesawah-pesawah akan mendapat manfaat daripada ladang benih padi ini?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Kangar, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Untuk makluman, skim takaful padi ini merupakan antara satu projek rintis daripada kementerian untuk membantu dalam memastikan para pesawah menerima
Datuk Arthur Joseph Kurup
ganti rugi atau pampasan yang setimpal sekiranya berlaku gangguan terhadap produktiviti pengeluaran padi negara seperti bencana alam atau wabak penyakit.
Ini masih dalam perancangan dan kita jangka ia boleh dilancarkan pada 1 April pada tahun ini. Berkaitan pula dengan soalan untuk YB Kangar, di kawasan YB sendiri.
Saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beransur ke soalan yang keenam. Saya mempersilakan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Yang Berhormat Pasir Puteh.
6. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah strategi dan tindakan yang akan diambil pihak kerajaan bagi mengatasi masalah ketidakcekapan sistem jalan raya khususnya di bandar-bandar utama sehinggakan rakyat secara purata membazirkan masa hampir 500 jam setahun akibat kesesakan jalan raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Datuk Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah menerbitkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau dengan izin, Highway Network Development Plan 2030 (HNDP 2030) merangkumi Semenanjung Malaysia dan Lembah Klang.
HNDP merupakan satu kajian dalam mengenal pasti keperluan pembangunan jaringan jalan raya sama ada jalan baharu mahupun menaik taraf jalan yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan utama negeri. Kajian ini merangkumi pelbagai aspek kajian seperti isi padu trafik, guna tanah, ekonomi, alam sekitar dan sosioekonomi bagi mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih cekap melibatkan negeri dan wilayah- wilayah yang berkaitan.
HNDP 2030 turut mengambil kira kesalinghubungan antara infrastruktur jalan raya dan sistem pengangkutan awam terutamanya di kawasan pusat bandar seperti Lembah Klang dengan menggariskan strategi yang boleh dilaksanakan. Antaranya adalah dengan mengukuhkan dan meningkatkan perhubungan jalan raya yang akan menjadi pelengkap di koridor pengangkutan awam seperti perkhidmatan rel, memperkenalkan konsep lebuh raya hibrid di mana koridor jalan raya/lebuh raya bercantum dengan pengangkutan awam dikongsi bersama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengurangkan pembaziran masa pengguna disebabkan oleh kesesakan jalan raya, Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan inisiatif di bawah sistem pengangkutan pintar iaitu intelligent transport system (ITS) melibatkan pembangunan pusat pengurusan trafik peringkat nasional bagi mencapai sasaran infrastruktur bebas kesesakan.
Melalui integrasi data trafik dari pusat kawalan trafik tempatan sedia ada– antaranya dari agensi Lembaga Lebuh Raya (LLM), Dewan Bandar raya Kuala Lumpur
(DBKL) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Integrasi data trafik ini berguna untuk menguruskan trafik dengan lebih cekap, menggunakan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara real-time.
Kita juga menaik taraf lampu-lampu isyarat kepada lampu-lampu isyarat pintar atau smart traffic light. Ada 63 buah simpang lampu isyarat telah dinaiktaraf pada tahun 2023 melibatkan peruntukan RM10 juta. Manakala tahun 2024, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf lampu-lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar melibatkan 70 buah simpang lampu isyarat di seluruh Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Datuk Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan soalan saya. Cuma berkenaan dengan lebuh raya yang dibina ataupun jalan-jalan utama yang dibina, banyak jalan-jalan yang– kalau lebuh raya ini dia terus masuk ke bandar. Macam kalau dari Pantai Timur, mari sampai di Gombak. Daripada sana, kita tengok kesesakan yang sangat parah. Jadi, tidak ada alternatif jalan. Terus pergi ke Shah Alam dan seumpamanya. Itu satu benda.
Yang kedua, berkenaan dengan lampu-lampu yang disediakan oleh pihak JKR.
Jalan-jalan yang dibina terutama di kawasan Pasir Puteh, Kelantan ada 51 batang jalan yang dibina oleh JKR yang tidak mempunyai kemudahan lampu dan 51 jalan ini, kos dianggarkan oleh pihak JKR hanya RM1.5 juta sahaja, RM1.5 juta sahaja.
Saya sangat-sangat mengharapkan dalam Dewan yang mulia ini supaya pihak JKR akan menyelesaikan isu ini kerana dia membabitkan kemalangan di waktu malam yang agak tinggi. Saya nak sebut sangat tinggi pun nampak, yang agak-agak tinggi, yang menyebabkan kematian. Jadi, saya minta kepada pihak JKR supaya mengambil satu tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, lampu jalan di Pasir Puteh itu.
Terima kasih kerana memberikan maklumat. Memang saya kira dalam JKR Daerah Pasir Puteh telah ada permohonan yang berkaitan dan tentunya kita mengambil perhatian.
Begitu juga di tempat-tempat yang lain. Tapi Yang Berhormat Pasir Puteh, tadi apabila menyebut daripada lingkaran lebuh raya masuk ke bandar raya. Itu yang menjadi kesesakan yang teruk.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya juga tentunya mengalami apabila balik menggunakan Lebuhraya Utara Selatan daripada Pontian ke KL misalnya, selalu mengalami perkara yang berkaitan. Jadi, kalau kita melihat secara keseluruhanlah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga jammed melibatkan ikut kata Yang Berhormat 500 jam setahun ini, antara perkara yang dibuat bukan hanya kementerian kami, kementerian KKR tetapi juga melibatkan kementerian-kementerian lain seperti KPKT.
Maka kita inginkan Kementerian Pengangkutan supaya lebih banyak diadakan perjalanan sehala ataupun loop one-way sebagai contoh di Petaling Jaya dan kita perlu menggalakkan rakyat kita untuk menggunakan pengangkutan awam. Kita ada LRT, ada MRT, ada bas, kemudian ada kereta api.
Tentunya kita ada jaringan lebuh raya yang seperti West-Coast Expressway, LPT1 dan 2 itu sudah lama ada tetapi WCE ini baru siap. Apabila keseluruhan ini digabung dengan projek ECRL apabila siap, HSR baru hendak mula patutnya sudah siap tetapi oleh kerana pertukaran kerajaan, dibatalkan apa semua kalau tidak sudah siap seperti Bandung – Jakarta yang lebih lewat daripada kita tetapi sudah siap lebih awal daripada kita.
Jadi ini apabila kita gabungkan termasuklah carpool, berkongsi kereta antara rakyat perkara ini jika dilaksanakan secara serentak termasuk SMART Lane dibuka ketika waktu-waktu yang tertentu, lorong kecemasan boleh diguna di lebuh raya. Maka semuanya itu boleh. Dicampurkan lagi work from home, dicampurkan lagi jadual kerja flexi hours 7.30 – 9.00 pagi mungkin boleh diawalkan 7.00 ke 9.00 pagi ke 8.30 pagi, balik 4.30 hingga 6.00 petang. Mungkin boleh diawalkan 4.00 hingga 5.30 petang. Jadi, mengikut Pekeliling 2019 itu juga kita mencadangkan agar flexi hours, jadual kerja penjawat awam boleh diawalkan setengah jam daripada sekarang 7.30 pada pukul 7.00. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Timbalan Menteri.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang lampu tidak diperuntukkan dia sangat kecil boleh untuk maintenance sahaja adapun lampu baru ini 1.5 itu saya minta perhatianlah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
...betul. Pasir Puteh satu Parlimen, 1.5 kalau kali 220 Parlimen banyak itu.
[Ketawa]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang datang lawatan rasmi ke Tampin Jumaat lepas.
Berhubung dengan inisiatif laluan SMART Lane yang bertujuan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas dan melancarkan pengaliran kenderaan, saya dapati masih ramai pengguna jalan raya di luar sana masih keliru dan tidak tahu mengenai laluan tersebut termasuk saya sendiri.
Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk meningkatkan hebahan dan pengetahuan kepada para pengguna jalan raya mengenai SMART Lane ini?
Antaranya mengenai had kelajuan, waktu pengaktifan, kepanjangan laluan dan sebagainya.
Kalau kita lihat saiz signboard SMART Lane yang ada di PLUS contohnya kocik bona, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isi kandungannya pun tidak nampak. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, jawapan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Cadangan yang bagus, SMART Lane melibatkan PLUS terutamanya waktu perayaan, waktu hujung minggu. Memang betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tampin tidak nampak, orang tidak tahu wujudnya SMART Lane mereka tidak berani lalu. Saya ingin menyatakan sekali lagi di sini bahawa lorong kecemasan itu tidak eksklusif hanya kepada motosikal.
Lorong kecemasan itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan merungkaikan kesesakan trafik pada waktu-waktu puncak. Saya akan berbincang dengan PLUS dan juga LLM supaya SMART Lane ini boleh dilihat oleh ramai dan dia boleh dibuka bukan hanya PLUS tetapi juga oleh lebuh raya-lebuh raya yang lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan 7 dan 8 relieves, saya beransur ke soalan yang kesembilan. Dipersilakan Tuan Riduan bin Rubin, Yang Berhormat Tenom.
[Soalan No. 7 – YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) tidak hadir]
[Soalan No. 8 – YB. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan (Merbok) tidak hadir]
9. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi memperkasakan industri koko negara terutamanya dalam menggalakkan aktiviti penanaman koko sebagai sumber ekonomi negara.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) sentiasa komited dalam memperkasa semula industri koko negara dengan melihat dua sektor utama yang menjadi platform penjanaan pendapatan rakyat iaitu sektor huluan dan sektor hiliran.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin
Kedua-dua sektor ini mampu menambah nilai melalui penghasilan produk akhir yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kini harga pasaran koko berada pada kedudukan yang cukup baik sehingga mencapai RM20,000 per metrik tan.
Oleh itu, antara usaha yang diambil adalah seperti berikut.
Pertama, menyasarkan supaya keluasan tanaman koko diperluaskan dari 5,955 hektar kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun dengan tertumpu kepada variety penanaman koko premium yang mampu menembusi niche market melalui penanaman di kawasan tanah yang dikenal pasti. Dengan wujudnya jaminan prospek pasaran koko dalam negara pada ketika ini adalah menjadi harapan agar komoditi ini diberikan peruntukan bagi meningkatkan keluasan sehingga 10,000 hektar sebagaimana yang disasarkan dengan permulaan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2025.
Yang kedua, menjenamakan dan mempromosikan produk premium koko tempatan sebagai koko asal tunggal atau single origin dan koko berperisa unik (fine flavour). Kaedah sedemikian membolehkan pengusaha koko mempromosikan keunikan rasa koko setempat yang mampu menjadi tarikan kepada pembuat coklat tempatan dan antarabangsa.
Ketiga, meningkatkan aktiviti pengeluaran produk huluan yang berkualiti menerusi Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dengan membangunkan seluas 550 hektar projek tanaman koko integrasi melalui fasa pembangunan 2022 dan 2023. Projek ini menyediakan kemudahan seperti mini pemprosesan koko di kelompok pengeluaran koko bagi menyokong dan membantu pekebun kecil menghasilkan koko kering yang bersih daripada pencemaran bendasing dan berkualiti.
Keempat, menghasilkan pelbagai teknologi dan penemuan menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengatasi masalah perosak utama industri koko di sektor huluan pada suatu ketika dahulu. LKM sedang giat memindahkan teknologi dan menggalakkan aktiviti adaptasi teknologi penyelidikan dan akhirnya memperkasakan rantaian pemasaran koko dengan mewujudkan koperasi terpimpin di setiap wilayah.
Sehingga kini, terdapat tiga koperasi yang menjadi badan induk dalam memastikan pemasaran hasil ladang dan pemprosesan koko sektor pekebun kecil domestik terbela, khususnya menyentuh harga jualan dan memberi manfaat tambahan nilai produk yang dihasilkan.
Di samping itu, ketengahkan konsep farm to table yang diperkenalkan, pengusaha koko dapat menerima manfaat dalam rantaian penghasilan produk koko daripada ladang masing-masing. Galakan penyertaan keanggotaan koperasi juga sedang giat dijalankan bagi mengukuhkan keahlian koperasi di ketiga-tiga koperasi tersebut. Dan sedikit lagi.
KPK dan LKM menggalakkan pengenalan teknologi-teknologi baharu dan adaptasi teknologi sedia ada dalam amalan pertanian baik bagi meningkatkan produktiviti dan memudah cara urusan pengurusan ladang dengan penerapan teknologi terkini melalui mekanisasi IoT dan lain-lain. Inisiatif ini mampu meningkatkan minat kumpulan belia menyertai sektor huluan. Selain itu, sokongan pasaran menjadi kekuatan pengusaha atau pekebun kecil untuk terus mengekalkan penanaman koko dalam negara serta seterusnya menjadi penyumbang biji koko kering selaras dengan keperluan industri.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih, xie xie Yang Berhormat Timbalan Menteri Kota Kinabalu atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, apakah langkah strategik yang dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi menangani impak kenaikan kos pembelian anak benih koko yang kini mencecah sehingga RM10.00 ke RM14.00 sepokok yang memberi kesan kepada pertambahan kos input pertanian yang tinggi sekitar RM25,000 sehektar?
Adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan insentif pembiayaan tanaman semula sepertimana yang diperkenalkan dalam sektor pertanian sawit dan getah
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
bagi melonjakkan lagi kapasiti pengeluaran koko negara untuk mengoptimumkan keperluan industri koko tempatan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Ya. Untuk makluman YB Tenom, terdapat pelbagai bantuan yang telah dan sedang diberikan oleh KPK bersama dengan Lembaga Koko Malaysia. Seperti contoh, bantuan input baja untuk meningkatkan kesuburan dan memperbaiki struktur tanah, racun perosak dan juga penyakit dan juga peralatan kecil seperti gunting cantasan dan perangkap mamalia.
Pada tahun ini tahun 2024, bantuan input pertanian ini sedang dilaksanakan dengan peruntukan projek pembangunan yang diperkenalkan sebagai Projek Pemulihan Kebun Koko di seluruh Malaysia dengan kos peruntukan RM9.5 juta untuk merangkumi keseluruhan Malaysia ini.
Tuan Chan Foong Hin
Untuk menjawab soalan untuk harga ini, walaupun kos input telah naik– Cuma, Yang Berhormat Tenom pun kena faham sekarang harga koko pun naik. Harga koko naik ke paras tertinggi di sejarah sekarang. Dia sampai RM20,000 satu metrik tan. So, ini memang sesuatu masa yang cukup baik supaya petani dapat mempertimbangkan balik untuk menanam koko. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, silakan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan tambahan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan GSA untuk tanah rancangan khas bagi penanaman koko sebagaimana FELDA buat untuk kelapa sawit dan juga getah di dalam negara kita. Kalau ada, berapakah kawasan yang telah diperuntukkan? Pertama.
Kedua, adakah kerajaan akan menyemak semula Dasar Agrikomoditi Negara terhadap koko selaras dengan perubahan dan jangkaan kita akan mencapai RM8 bilion untuk eksport koko dan berapakah bajet yang diberikan untuk promosi penanaman dan penjualan kualiti koko Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Okey, saya jawab yang senang dulu. Kos untuk kita memperuntukkan untuk buat program pengukuhan pasaran eksport adalah kos sebanyak RM800,000 di bawah Projek Pembangunan Usahawan Coklat dan Program Promosi Koko RP4 2024. Kita juga giat dalam menyertai dalam beberapa ekspedisi seperti International ISM Middle East 2024 Dubai dan juga SIAL Paris, France untuk tahun ini. Kedua-dua expedition ini kita akan menyertai.
Untuk menjawab soalan untuk macam mana kita hendak buat program untuk pengukuhan dari segi tanah ini, memang kerajaan kita hendak target-kan, hendak menyasarkan kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun. Cuma, mekanisme macam mana hendak menjalankan itu adalah terbuka untuk kita berbincang. Pada waktu sekarang, apa yang kita hendak menggalakkan supaya petani yang dulu meninggalkan penanaman koko itu tanam balik dulu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikutnya soalan yang ke-10. Saya mempersilakan Dato' Azman bin Nasrudin, Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Speaker. Mohon jawapan nombor 10.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.
10. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan perancangan kementerian untuk memperkasakan lagi program- program TVET melalui pusat GiatMARA bagi melahirkan lebih ramai anak muda yang mahir dalam bidang automotif dan kemahiran lain serta adakah kementerian boleh mempertimbangkan kenaikan elaun sekarang RM200 ke RM500 sebulan bagi menggalakkan lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam bidang ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, GiatMARA merupakan salah sebuah institusi penyedia latihan kemahiran di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang sememangnya menyumbang terhadap agenda memperkasakan TVET negara.
Institusi ini mempunyai bilangan pusat terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 232 pusat meliputi kawasan bandar hinggalah ke luar bandar yang melibatkan semua kawasan Parlimen di seluruh Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak.
GiatMARA menawarkan lebih 700 program yang dijalankan secara sepenuh masa, secara percuma serta turut menawarkan 391 program jangka pendek kepada komuniti setempat. Daripada keseluruhan program ini sebanyak 83 buah pusat GIATMARA yang memfokuskan kepada pembangunan kemahiran dalam bidang automotif dan selebihnya fokus latihan diberi meliputi kursus-kursus dalam bidang pramusaji, jahitan, pakaian, elektrikal dan lain-lain lagi.
Pelbagai perancangan strategik dilaksanakan bagi mengukuhkan program TVET di bawah yang dilaksanakan oleh GIATMARA seperti berikut. Pertama,
(i) memperkukuhkan kerjasama dengan industri dengan memperluaskan rangkaian melalui program-program praktikal dan kolaborasi projek. Membantu memperkayakan kurikulum mengikut keperluan industri dengan memberi fokus kepada kemahiran praktikal dan juga teknologi kini;
(ii) meningkatkan kapasiti dan kualiti latihan melalui program seperti TVET industry yang berkonsepkan teaching factory, mengaplikasikan pendigitalan latihan, melaksanakan SMASH Technical Entrepreneur Program, GiatMARA Vocational Training Hub dan Program TVET PMKS;
(iii) memastikan kualiti untuk mengimplementasikan sistem jaminan kualiti yang seragam dengan memastikan program memenuhi piawaian serta mendapat pengiktirafan daripada badan yang diiktiraf seperti Pensijilan Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya;
(iv) memperkasakan pusat-pusat GIATMARA melalui penarafan menjadikan akademi latihan ataupun institut kecemerlangan.
Contohnya di GIATMARA Padang Rengas, Perak bersama Sapura dan GIATMARA Labuan bersama Petra Energy dalam bidang kimpalan;
(v) menambah baik infrastruktur dan peralatan mengikut keperluan, kemudahan dan teknologi yang terkini;
(vi) meningkat dan mengembangkan pengetahuan tenaga pengajar, upskilling dan reskilling dengan kemahiran profesional dan terkini serta melahirkan tenaga pakar industri; dan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
(vii) mengukuhkan persepsi awam dan jenama dalam penglibatan program-program komuniti untuk memperlihatkan relevansi TVET sebagai pilihan kerjaya strategik sebagai Program TVET Junior, TVET Komuniti, TVET Tahfiz dan sebagainya.
Kementerian menyedari cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Justeru, keperluan peningkatan elaun ini akan dikaji mengikut keperluan memandangkan kerajaan telah membiayai pengajian penuh pelatih secara percuma. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih jawapan daripada pihak Menteri. Soalan tambahan saya, apakah perancangan kementerian dan kerajaan untuk menyiapsiagakan pelajar TVET supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan dalam bidang teknologi elektrik vehicle dan generative AI, digital dan keselamatan siber seiring dengan keperluan industri.
Pada masa yang sama, meningkatkan kemahiran tenaga pengajar TVET GIATMARA agar para pengajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan teknologi baharu dalam proses latihan untuk pelajar TVET GIATMARA? Seterusnya Menteri satu lagi. Selain itu, apakah inisiatif untuk menjalinkan kolaborasi dengan penyedia latihan TVET khususnya dari segi penyediaan, fasiliti, keusahawanan, latihan dan bantuan pembiayaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Ada dua soalan di sini. Pertama, berkaitan dengan program GIATMARA ke arah high tech. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini GIATMARA telah pun membuat pelan rasionalisasi Program GIATMARA ke Arah Teknologi Baru yang mana program-program baru diperkenalkan seperti solar, EV, renewable energy, green campus, drone technology dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, drone technology telah pun dilaksanakan di GIATMARA Kuala Kedah yang membantu sektor pertanian.
Untuk makluman Yang Berhormat, GIATMARA dalam usaha kita membuat rasionalisasi program GIATMARA ini, seperti yang saya maklumkan tadi, bukan saja pelajar yang di-update-kan program-program teknologi malah dari sudut tenaga pengajar, kita juga membuat upskilling dan reskilling bersama dengan industri-industri yang banyak kolaborasi lebih 200 agensi ataupun industri yang telah membuat kolaborasi dengan MARA dan juga kementerian.
Soalan dua tadi, berkaitan dengan– soalan dua tadi apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, soalan kedua– yang soalan yang berkaitan.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Apa inisiatif untuk menyediakan kolaborasi dengan penyedia latihan TVET yang di luar.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey, okey. Soalan yang kedua tadi berkaitan dengan bagaimana kita hendak melahirkan usahawan TVET. Di bawah program GIATMARA juga kita memperkenalkan TVET Keusahawanan yang mana bukan saja memberi latihan teknikal tetapi juga memberi penekanan daripada sudut aspek-aspek keusahawanan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Di akhir program berkenaan, bantuan sokongan akan diberi kepada pelatih- pelatih kita dari sudut geran dan juga soft loan melalui program-program seperti SPiKE, PUTEK dan juga PUTRA yang telah pun berjalan dari dulu sampai sekarang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Yang Berhormat Sungai Petani.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, silakan. Mohon maaf ya tak dapat hadir.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Bagi cuti. Tuan Yang di- Pertua, tak bagi cuti untuk pengantin baru?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Lupa dah soalan tambahan.
[Ketawa] Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat jumlah tenaga kerja mahir adalah sebanyak 28 peratus dibanding sasaran pada tahun 2020 iaitu sepatutnya 35 peratus.
Kalau kita tengok untuk anak-anak muda pada hari ini mereka mungkin betul, kementerian menyediakan pelbagai skil dan sebagainya tapi concern atau prihatinnya anak-anak muda ini sebenarnya adalah bagaimana mereka ingin mendapatkan pekerjaan.
Sekarang ini kita tengok kita perlu bersaing dengan gig economy, e-hailing dan sebagainya. Jadi, apakah langkah kementerian untuk kerjasama dengan kementerian- kementerian yang lain seperti Kementerian Sumber Manusia, KUSKOP dan sebagainya untuk memastikan bahawa peluang pekerjaan itu ada dan menarik minat anak-anak muda. Tidak hanya skil tapi peluang pekerjaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Sungai Petani berkaitan dengan soalan tambahan. Soalan yang baik sekali. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat, sebenarnya kebolehpasaran pelatih-pelatih GIATMARA ini adalah amat tinggi. Kalau mengikut sistem kajian pengesanan graduan di bawah KPT pada tahun 2023, 97.6 peratus. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebenarnya graduan-graduan ataupun lepasan GIATMARA ini, MARA dan juga kementerian mempunyai pelbagai program untuk memastikan graduan-graduan ini mendapat peluang- peluang pekerjaan.
Pertama berkaitan dengan program-program yang kita offer mestilah berkaitan dengan pengkhususan industri dan juga mewujudkan GIATMARA IKON. Selain daripada itu kita juga mengadakan program job hunting ataupun career festival dan juga bersama dengan kerjasama dengan industri-industri.
Maksudnya melalui karnival, melalui festival, melalui ekspo kita bekerjasama dengan industri. Kita memanggil industri-industri dan offer graduan-graduan pelatih- pelatih yang telah pun tamat pengajian. Alhamdulillah so far setakat ini amat membantu dari sudut peluang pekerjaan.
Selain daripada itu kita juga melaksanakan program pembangunan usahawan. Di bawah program pembangunan usahawan ini kita buat training income generation sebagai aktiviti pembudayaan, pembangunan keusahawanan. Maksudnya, selain daripada peluang pekerjaan kita juga mempraktikkan keusahawanan.
Selain daripada itu kita menggalakkan usahawan-usahawan atau pelatih-pelatih kita yang telah graduan khasnya dari GIATMARA untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, khasnya di peringkat diploma dan juga degree yang mana di- offer di IKM, KPTM, UniKL dan sebagainya. Secara keseluruhannya, peluang-peluang pekerjaan ini tidak menjadi masalah kepada graduan-graduan TVET, khususnya daripada GiatMARA. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan 11 dan 12 relief. Berikutnya saya mensilakan untuk soalan ketiga belas. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa. Tampin.
[Soalan No. 11 – YB. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jelebu) tidak hadir]
[Soalan No. 12 – YB. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor (Temerloh) tidak hadir]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Dari Tampin ke Lawas, Soalan Tampin nombor tiga belas.
13. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Kesihatan menyatakan tindak balas berhubung ramalan peningkatan harga ubat-ubatan serta produk farmaseutikal sekitar lima hingga sepuluh peratus yang bakal memberi tekanan kewangan kepada para pesakit dan waris, khususnya terhadap individu yang menghidapi penyakit kronik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sila menjawab.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Harga ubat dipengaruhi oleh pelbagai faktor ekonomi seperti kadar tukaran wang asing, kos penyelidikan dan pembangunan serta masalah pengilangan. Faktor-faktor ini adalah di luar kawalan KKM. Oleh itu bagi membantu kerajaan mengurangkan kos perolehan ubat, KKM telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut.
Pertama, perolehan ubat dengan kontrak tiga tahun. Kaedah ini memberikan faedah dan manfaat yang besar kepada kerajaan iaitu menjimatkan kos kerajaan untuk mendapatkan harga tawaran yang lebih stabil dan tidak berlaku kenaikan harga dalam tempoh tiga tahun. Mengelakkan kos berulang bagi tujuan perolehan seperti kos pengiklanan tender. Keempat adalah pemantauan kontrak yang lebih efektif dan mengelakkan terputusnya bekalan perkhidmatan sekiranya berlaku proses tender baharu.
Kedua adalah kerajaan telah melaksanakan perolehan secara bersama ataupun pooled procurement dengan izin dengan hospital pengajar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). Perolehan bersama tiga kementerian ini memberikan anggaran penjimatan sebanyak RM179.6 juta bagi tempoh perolehan bagi tahun 2020 sehingga 2022. Pada masa ini subsidi ubat- ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua facilities KKM masih dikekalkan supaya rakyat tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.
Bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di facilities kesihatan swasta KKM turut menyediakan harga panduan pengguna bagi membantu rakyat mendapatkan maklumat harga dan membuat perbandingan harga. Harga panduan penggunaan ini boleh didapati di laman sesawang www.farmasi.gov.my.
KKM juga telah meneliti inisiatif ketelusan harga ubat iaitu facilities kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 Oktober 2023. Inisiatif ini dapat meningkatkan akses rakyat kepada bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya serta membolehkan rakyat mengetahui harga ubat yang perlu dibayar dan seterusnya membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing.
Paparan harga ubat ini juga akan dikongsi dalam portal awam bagi membolehkan rakyat membuat perbandingan harga. Untuk makluman Yang Berhormat Tampin, ubat- ubatan dan peranti perubatan adalah dikecualikan daripada kenaikan cukai SST yang diumumkan baru-baru ini. Sekian terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya, adakah terdapat sebarang sumber-sumber alternatif lain mengenai
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
ubat yang boleh dimanfaatkan supaya kita tidak terus bergantung dan terheret dengan sebarang perubahan harga di peringkat global?
Adakah kita tiada perancangan untuk menghasilkan ubat-ubatan sendiri dengan kerjasama MOSTI misalnya supaya dapat dijual dengan harga yang murah di pasaran?
Terakhir saya ingin mengetahui apakah perancangan kementerian untuk menstabilkan ataupun mengurang harga ubat-ubatan bagi penyakit seperti depression, kanser, leukemia dan sebagainya yang membebankan para pesakit. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, jawab.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih kepada dua soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tampin. Berkenaan tentang sumber alternatif ataupun kaedah-kaedah lain yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan, sememangnya kerajaan mempunyai perancangan dan juga kajian-kajian untuk menghasilkan ubat-ubatan generik.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Walaupun demikian, proses penghasilan ubat-ubatan ini memakan kos yang sangat tinggi dan juga untuk kita bandingkan Malaysia dengan negara-negara maju seperti India yang lebih ke hadapan menghasilkan ubat-ubatan generik ataupun alternatif ini, kita masih lagi di peringkat yang belum mampu untuk mewujudkan ekosistem tersebut.
Walaupun demikian kita akan memastikan harga-harga ubat ini ataupun perolehan perubatan ini ubat-ubatan di facilities KKM akan kita kawal agar ubat-ubatan yang baharu juga mungkin boleh dibeli untuk memberikan rawatan yang lebih efektif.
Kawalan-kawalan harga ini seperti melalui perolehan sepanjang tiga tahun. Sebagai contoh kita telah buat perolehan untuk tahun ini maka pertukaran wang pada masa akan datang dapat kita kawal.
Untuk persoalan yang kedua, soalan tersebut bersifat sangat teknikal. Berkenaan tentang harga-harga ubat ini masih lagi dikawal oleh pembekal-pembekal ataupun producer ubat-ubat ini. Walaupun demikian, kita akan memastikan untuk kita mendapatkan ubat yang berkualiti kepada pesakit dan juga ubat-ubat ini dapat masih lagi kita edarkan secara percuma kepada pelanggan-pelanggan KKM.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Itu saja jawapan daripada Kementerian Kesihatan. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya nak tahu sama ada Kementerian Kesihatan – kita melihatkan masa depan mungkin tidak menentu.
Kita tidak tahu bila lagi nak ada wabak, bila lagi pelbagai mungkin keadaan yang menyebabkan tekanan kepada Kementerian Kesihatan menyediakan ubat-ubatan yang efektif kepada pesakit.
Kita melihat kita sekarang ini menuju kepada aging nation. Jadi, apakah Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan yang rapi dan mengenal pasti pelbagai kemungkinan-kemungkinan, best dan the main thing is the worst scenario bagi rakyat Malaysia, terutamanya di dalam keadaan tekanan ekonomi sekarang. Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Kapar atas satu soalan yang baik, yang agak ke hadapan melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Sememangnya kita sentiasa berwaspada dan juga bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Juga kadang-kadang kita tidak meramal keadaan ekonomi dan juga kestabilan mata wang kita untuk membeli ubat-ubatan.
Walaupun demikian, di dalam Kertas Putih yang telah dibentangkan pada tahun lepas, kita telah menekankan agar Kementerian Kesihatan dapat mengalih dasar daripada sick care kepada preventive care ataupun wellness di dalam budaya hidup Malaysia, di
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
mana selain daripada kita mengubati pesakit-pesakit, kita juga untuk menyedarkan masyarakat supaya dapat menjaga kesihatan bermula daripada awal sehinggalah ke dewasa, sehinggalah ke usia emas.
Kita sedar bahawa kita ke arah aging nation dan juga banyak persiapan di fasiliti KKM dapat mematuhi dan juga dapat to cater dengan izin keperluan aging society pada masa hadapan. Juga kajian-kajian yang sangat mendalam giat dijalankan di institut-institut kajian kami di bawah KKM.
Insya-Allah, saya merasakan apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat dapat sering dipertanyakan dengan kerap di dalam bahas-bahas ataupun dibawa ke Jawatankuasa Kesihatan supaya perkembangan berkenaan tentang isu ini dapat diketahui secara konsisten. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan II [Datuk Seri Amir Hamzah Azizan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1) iaitu membawa usul membincangkan kenyataan Menteri Komunikasi yang mempertikaikan kesahihan kenyataan Ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan.
Benda ini cukup serius dan pihak kerajaan juga banyak yang komen tentang kenyataan Menteri Komunikasi dan saya rasa ini perlu diperbincangkan. Ini menunjukkan bahawa ada usaha campur tangan yang ketara di pihak kerajaan, Kabinet sekarang ini dengan Dewan Rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi ini ialah satu bentuk yang very mungkin menjurus ke arah autokrasi. Jadi saya rasa ini mesti dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Jadi sekarang ini saya ada bawa usul ini kepada Speaker. Saya belum dapat jawapan. Terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran Kementerian Luar Negeri seperti yang tertera di nombor 9 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 12 Mac 2024.”
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Saya mohon menyokong Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [7 Mac 2024]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulanya giliran bagi YB Menteri menjawab perbahasan Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja selama empat hari iaitu sehingga Khamis, 14 Mac 2024. Untuk memastikan semua kementerian dapat menjawab mengikut susunan giliran YB Menteri menjawab seperti dalam kertas giliran yang telah diedarkan, maka kita tidak akan berhenti rehat sidang pada jam satu tengah hari.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat, agar tidak membangkitkan isu baru semasa YB Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada YB Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan. Selain itu, YB Menteri juga boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan akan diberikan jawapan secara bertulis.
Akhir sekali kepada YB Menteri yang telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan usul ini, maka ia perlu memberikannya dalam tempoh lima hari bekerja. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Kementerian Kewangan untuk menjawab.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di- Pertua, mewakili Kementerian Kewangan, izinkan saya merafak sembah ucapan tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofea. Semoga pemerintahan tuanku akan terus memayungi rakyat dan negara dengan kesejahteraan, perpaduan dan kemakmuran yang berkekalan.
Saya juga ingin merafak sembah dan mengucapkan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat sepanjang tempoh lima tahun dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan.
Selaku Menteri yang pertama menggulung, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tidak kurang pada 46 Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan menyatakan cadangan, teguran serta pandangan masing-masing melibatkan Kementerian Kewangan.
Berdasarkan isu-isu yang dibahaskan, berilah saya peluang untuk menjawab beberapa perkara utama yang dibangkitkan. Izinkan saya memulakan ucapan ini dengan menjawab terlebih dahulu beberapa perkara berkaitan kedudukan ekonomi negara yang telah dibangkitkan beberapa Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Larut selaku Ketua Pembangkang telah membangkitkan soal pencapaian ekonomi 2023 yang lebih rendah daripada sasaran. Walaupun pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.7 peratus lebih rendah berbandingkan unjuran sekitar empat peratus, pencapaian ini tetap memuaskan dalam konteks ekonomi dunia yang sangat mencabar.
Pencapaian ini telah didorong oleh: Pertama, pertumbuhan perdagangan global yang lebih perlahan. IMF pada Januari 2023 menganggarkan pertumbuhan perdagangan global pada tahap 2.4 peratus tetapi akhirnya mencapai hanya 0.4 peratus.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kedua, pencapaian KDNK 2023 juga adalah kesan daripada asas pertumbuhan yang tinggi pada tahun 2022 sebanyak 8.7 peratus, susulan asas ekonomi lebih rendah pada tahun 2021 akibat penularan COVID-19.
Walau bagaimanapun, KNDK Malaysia 3.7 peratus yang telah dicapai adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara seperti Singapura 1.1 peratus, Thailand 1.9 peratus, Amerika Syarikat 2.5 peratus, United Kingdom 0.1 peratus dan Korea 1.4 peratus.
Asas ekonomi pada suku keempat 2023 juga semakin kukuh dan momentum tersebut dijangka akan memacu pertumbuhan lebih kukuh pada 2024.
Kadar pengangguran telah turun pada 3.3 peratus bagai suku keempat 2023 selaras dengan tahap dengan sebelum COVID-19.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kadar inflasi menurun kepada 1.6 peratus pada suku keempat 2023 berbanding dua peratus pada suku ketiga iaitu antara terendah di Asia.
Prestasi eksport menunjukkan pemulihan pada Januari 2024 dengan peningkatan sebanyak 8.7 peratus selepas mengucup selama 10 bulan sebelumnya.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI), pembuatan S&P meningkat 49.5 peratus pada Februari 2024 iaitu tertinggi sejak September 2022 sebagai tanda awal pemulihan sektor pembuatan. Prospek pelaburan pada tahap yang sangat baik. Pada tahun 2023, pelaburan diluluskan meraih RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah negara. Usaha terus ditingkatkan bagi memudah cara perniagaan atau, dengan izin, ease of doing business dan menyegerakan pelaksanaan pelaburan bagi memacu pertumbuhan tahun ini.
Keyakinan pelabur antarabangsa juga telah dicerminkan semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Australia baru-baru ini dengan minat pelaburan daripada syarikat Australia bernilai RM24.5 bilion.
Seterusnya, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Jerantut telah menyentuh hal berkait...
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biarkan saya habis dulu nanti saya bagi ruang untuk mencelah.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, hal berkaitan perancangan kerajaan dalam memulih ekonomi serta merealisasikan sasaran KDNK pada tahun 2024.
Seperti sedia maklum, semasa pembentangan Belanjawan 2024, Kerajaan MADANI telah menjangkakan ekonomi negara bagi tahun 2024 mampu untuk berkembangan antara 4 hingga 5 peratus.
Kerajaan yakin sasaran ini mampu dicapai. Perkukuhan pertumbuhan berbanding tahun 2023 disokong oleh unjuran terkini IMF bahawa perdagangan global akan meningkat daripada 0.4 peratus kepada 3.3 peratus. Sasaran pertumbuhan ini turut disokong oleh perbelanjaan sektor swasta yang kukuh.
Usaha merangsang sektor swasta merangkumi penyediaan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif serta disokong oleh pelaksanaan menyeluruh kerangka ekonomi MADANI Beberapa dasar kerajaan yang diperkenalkan seperti Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 akan memacu pelaburan dalam sektor pertumbuhan baharu serta penstrukturan semula ekonomi kepada nilai yang lebih tinggi.
Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga sebanyak RM2 bilion untuk melaksanakan NETR serta dana pemangkin misi NIMP sebanyak RM200 juta.
Syarikat GLIC dan GLC akan menyediakan dana RM1.5 bilion untuk menggalak syarikat pemula menceburi bidang pertumbuhan dan bernilai tinggi. Pertumbuhan tahun 2024 juga akan disokong pendekatan fiskal mengembang atau, dengan izin, expansionary fiscal stance yang diambil dalam Belanjawan 2024 iaitu dengan jumlah peruntukan RM393.8 bilion. Puan Yang di-Pertua, saya beri peluang untuk YB Putrajaya.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh sedikit apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tentang eksport kita tahun lepas. Kita tahu pada bulan Mac sampai bulan Disember eksport menurun 10 bulan berturut-turut. Itu kali pertama selepas 15 tahun trend sedemikian berlaku. Seterusnya, kita boleh lihat juga bagaimana kejatuhan mendadak current account balance pada RM9.14 bilion pada suku ketiga kepada RM253 juta pada suku keempat 2023. Ini juga yang merupakan yang terendah dalam sejarah sejak krisis ekonomi 1997.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jadi apakah kerajaan melihat kesan perkara ini kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam tahun 2024? Kerana apa, kerana komponen utama kita lihat dalam tahun 2023, komponen eksport tidak menunjukkan prestasi yang baik. Ini kita tak tahu apakah melihat apa yang berlaku di luar sana, kita tak tahu bagaimana prestasi eksport kita untuk 2024.
Pada masa yang sama juga satu lagi komponen besar dalam pertumbuhan ekonomi ini adalah perbelanjaan isi rumah. Jika kita lihat suku keempat, perbelanjaan isi rumah juga turut menurun. Jadi kita lihat keadaan sekarang apabila cukai-cukai baharu diperkenalkan dan kita menjangka bahawa perbelanjaan isi rumah juga akan terkesan.
Orang-orang lebih pesimistik, mungkin tidak berbelanja.
Jadi bagaimana kerajaan melihat keadaan ini? Walaupun Yang Berhormat Menteri tadi kata kerajaan akan memperkenalkan fiskal mengembang, ya betul expansionary. Namun begitu, jumlah defisit tahun ini target kerajaan adalah untuk menurunkannya kepada tahap yang jauh lebih rendah. Ini bermakna satu lagi komponen pertumbuhan ekonomi iaitu government spending akan berkurangan. Jadi bagaimana kerajaan melihat keseluruhan impak ketiga-tiga komponen besar ini? Terima kasih- terutamanya current account balance tadi Yang Berhormat. Thank you.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Putrajaya. Asas ekonomi telah pun menunjukkan perkembangan positif khususnya untuk prestasi eksport yang telah nampak pulih mula Januari 2024 dengan peningkatan sebanyak 8.7 peratus selepas mengucup.
Ini pun kalau kita tengok daripada segi unjuran IMF, kalau kita tengok tahun lalu perkembangan global dunia jatuh kepada 0.4 peratus sahaja tapi dijangka untuk tahun ini ia akan mengembang kepada 3.3 peratus. Ini kerana perkembangan-perkembangan dunia yang lebih elok ini prospek untuk Malaysia dijangka lebih elok lagi pada tahun yang ini.
Nanti dalam penggulungan saya, saya akan menyentuh sikit atas dasar cukai yang saya minta keluar sikit untuk sampai takat itu. Terima kasih. Sila izinkan saya meneruskan di mana saya berhenti tadi. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pagoh, Subang, Arau, Kuala Kangsar dan Bakri telah membangkitkan soal nilai Ringgit khususnya faktor kejatuhan, kesan serta langkah yang boleh diambil untuk menanganinya.
Saya ingin memulakan jawapan saya dengan menyebut bahawa setakat 8 Mac 2024, nilai Ringgit telah berada pada tahap yang lebih baik berbanding minggu-minggu yang lalu iaitu RM4.68 berbanding Dolar Amerika.
Seperti dijelaskan semasa Sesi Pertanyaan Menteri-menteri pada 29 Februari yang lalu. Pergerakan Ringgit dipengaruhi pelbagai faktor dan kejatuhan nilai Ringgit baru-baru ini sebahagian besarnya susulan pengukuhan dalam Dolar Amerika dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China. Faktor ini turut memberi kesan kepada mata wang serantau yang lain.
Sejak Mac 2022, Bank Pusat Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah dengan mendadak dan agresif. Kadar dasar utama Amerika Syarikat yang mulanya berada julat kosong hingga 0.25 peratus pada Mac 2022 telah dinaikkan sebanyak 525 mata asas kepada julat 5.25 hingga 5.50 peratus dalam tempoh 16 bulan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Selain itu, negara seperti Filipina, Indonesia, Korea dan India turut memilih untuk menaikkan kadar dasar utama mereka sebanyak 200 ke 450 mata asas ke paras yang lebih tinggi daripada Malaysia. Berbanding negara kita, peningkatan...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri, boleh saya- Pasir Mas. Sebab saya juga menyebut tentang nilai Ringgit itu.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Nanti saya bagi habis ini, saya sambut soalan nanti. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Berbanding dengan negara kita, peningkatan OPR sebanyak hanya 125 asas daripada 1.75 peratus kepada tiga peratus. Bank Negara juga pada 7 Mac lalu masih mengekalkan OPR kepada tiga peratus untuk kali kelima berturut-turut. Peningkatan OPR yang lebih rendah berbanding negara lain antara sebab utama ringgit menurun berbanding negara tersebut. Perbezaan ketara dalam kadar faedah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 250 mata asas mendorong pelabur asing untuk mengalih modal mereka keluar daripada pasaran domestik ke pasaran yang memberi pulangan yang lebih tinggi.
Matlamat utama Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dalam menentukan kadar OPR adalah untuk menstabilkan harga dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan bukanlah untuk mengawal kadar pertukaran ringgit. Sekiranya OPR dinaikkan untuk mengukuhkan Ringgit, ekonomi negara akan terkesan dan pelbagai pihak khususnya peminjam perlu membayar faedah yang lebih tinggi.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri. Terima kasih Menteri.
Saya tertarik bila Menteri menyebut bermula Mac 2022, kadar OPR di Amerika mempengaruhi nilai ringgit kita. Jadi, setujukah Menteri bahawa kejatuhan Ringgit sekitar bulan Julai, Ogos, November, Oktober 2022 juga kerana nilai OPR, bukan kerana kerajaan hang tak pandai jaga negara? Saya dengar pada masa itu ada orang berucap.
Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Pasir Mas. Seperti saya katakan tadi kan, ada banyak faktor yang menentukan kadar Ringgit. Namun, perbezaan faedah adalah faktor yang paling utama yang menyebabkan pengeluaran dana yang mungkin mendapat pulangan yang lebih elok pada masa sekarang. Namun, kita telah nampak bahawa dalam bulan Mac ini ada pengukuhan Ringgit yang berlaku sejak seminggu setengah yang lalu ini, ini kerana ada banyak penganalisis yang meramalkan yang Amerika Syarikat akan mengurangkan kadar faedah pada masa depan. Dengan itu, tekanan kepada Ringgit berkurang.
Kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Puan Yang di- Pertua, minta laluan sikit sahaja untuk...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sekejap. Bagi saya habis sikit boleh tak?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Okey.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Nanti senang sikit nak jawab kan. Okey.
Kerajaan tetap mengambil perhatian dengan komited yang prestasi Ringgit harus berada tahap yang kukuh dan lebih elok. Pelbagai langkah pun telah diambil dengan segera. BNM sentiasa memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur serta mengekalkan kestabilan kewangan. Ini penting untuk syarikat-syarikat yang mengadakan pelaburan di dalam negara. BNM juga memantau terus pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan. BNM juga memantau pertukaran hasil eksport kepada Ringgit oleh syarikat pengeksport selain terus menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi menyelesaikan eksport supaya kebergantungan kepada Dolar Amerika dapat dikurangkan.
Kementerian Kewangan dan BNM telah mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran wang ke dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Antaranya, menggalakkan GLIC dan GLC membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada Ringgit dengan lebih konsisten. Kerajaan juga...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Turut mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta bagi mengurangkan tekanan kepada Ringgit.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, Bakri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri, Ayer Hitam.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tadi ada soalan tadi dekat sebelah sana. Saya sambung nanti.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Mengenai Ringgit ini semua orang berminat untuk menyentuhnya. Saya pun sebut dalam ucapan perbahasan saya hari itu. Betul tadi Menteri Kewangan sebut, Filipina Peso jatuh, lebih baik daripada Ringgit sebab dia naikkan kadar interest. Indonesia naikkan kadar interest.
Bagaimana pula dengan China? Ringgit juga jatuh berbanding dengan Yuan China dan kita juga jatuh berbanding dengan Thai Baht ya dan mereka ini tidak menaikkan interest.
Itu mengenai Ringgit.
Seterusnya mengenai trade Yang Berhormat Menteri. Saya lihat tahun ini sungguhpun bulan Januari nampaknya begitu memberangsangkan, meningkat dari Disember 2023 lapan peratus lebih, tapi berdasarkan daripada banyak maklumat- maklumat yang kita sendiri semua tahu, sungguh pun trade dengan China memang terbesar tetapi 2023 trade kita jatuh. Dan sebenarnya too large eksport kepada China turun. Eksport kepada China ini bukan sahaja palm oil, tetapi juga electrical, electronic.
Dari apa yang saya perhatikan, keadaan ekonomi, suasana ekonomi China pada tahun ini juga akan berhadapan dengan keadaan uncertainty ya, tidak ada siapa yang boleh jamin ekonomi China akan meningkat sebab mereka mengalami masalah besar dalam perumahan dan sebagainya. Mungkin ini Menteri Kewangan boleh sebut.
Daripada segi GDP, kita unjurkan empat sampai lima peratus. Apa yang kita dapat lihat sekarang ini, ramai rakyat kita takut nak berbelanja dan perbelanjaan tempatan juga akan beri kesan kepada GDP. Adakah ini tidak akan menjejaskan unjuran GDP kita kalau rakyat takut nak belanja hari ini? Sebab mereka tahu uncertainties tentang apa yang akan berlaku pada ekonomi negara kita. Sekian, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, Bakri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan II jawab dengan steady dan bertenang. Tahniahlah buat kali pertama.
Soalan saya, saya meneliti jawapan Yang Berhormat tadi di mana terdapat perbezaan antara unjuran dalam Belanjawan 2023. Dulu kita anggarkan 4.5 peratus GDP growth, tapi sebenarnya 3.7 peratus. Terdapat shortfall. Kalau kita berdasarkan ramalan ini, macam mana MOF nak selesaikan masalah shortfall ini dan ditambah dengan kejatuhan nilai mata wang? Itu pertama.
Kedua daripada jawapan tadi Yang Berhormat, yang menjadi kekhuatiran kita ialah kita berbanding suku keempat tahun 2020 hingga hari ini, kita lihat kita membayar hutang that service charges DSC, kita lihat 8.2, 8.4 pada tahun 2020, 2021 tambah jadi 10.2, 2022 adalah 12.1, last year 16.5 bilion. Kenaikan itu mendadak. Saya khuatir sebab apabila kita ada shortfall dalam bajet ditambah dengan kita dulu meminjam dengan kadar 2.5 kalau bon, sekarang hampir empat peratus. Ini yang jadi kekhuatiran dan hutang daripada RM6,806.8 bilion hutang langsung kerajaan, kini bertambah sehingga RM1.173 trilion.
Kemudian ini belum campur lagi guarantee kerajaan RM1.5 trilion. Bagaimana kalau ada shortfall itu kita meminjam sebab kekhuatiran saya, tahun lalu sahaja kita pinjam RM92.9 bilion untuk menjelaskan hutang dan pada waktu yang sama, guarantee kerajaan di kedua-dua campur ini telah mencapai RM130 bilion. Boleh tak Yang Berhormat beri satu memperihalkan macam mana kita nak menguruskan DSC ini memandangkan keadaan sekarang kejatuhan nilai mata wang Ringgit? Terima kasih.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut, dia kata selain daripada OPR...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bakri ya.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Selain daripada OPR, ada juga banyak-banyak faktor yang mempengaruhi nilai mata wang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya jangka, antara faktor-faktor yang Menteri belum sempat jawab tadi. Adakah kestabilan politik dan konsistensi dasar kerajaan juga merupakan antara faktor yang akan menjejaskan nilai mata wang kita? Saya bagi contoh, sekiranya Pembangkang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, ringkaskan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ya. Saya nak tanya, adakah sama ada percubaan Pembangkang untuk meruntuhkan- menumbangkan Kerajaan Perpaduan ini antara sebab, antara faktor yang juga menjejaskan dan juga menyebabkan penyusutan nilai mata wang Ringgit kalau berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini waktu Menteri jawab, bukan semua minta penjelasan dan masa yang tinggal hanya enam belas minit sahaja.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, ya.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya nak tanya tadi Yang Berhormat Menteri- tanya, sebut tentang jumlah yang akan dibawa balik oleh GLIC untuk mengukuhkan nilai mata wang Ringgit. Bolehkah saya tahu, apakah jumlah yang akan dibawa pulang dari luar negeri oleh GLC dan GLIC ini supaya dapat memberikan kesan yang besar untuk mengukuhkan nilai mata wang Ringgit?
Kedua, adakah shrinkflation merupakan satu masalah yang akan menjejaskan kos sara hidup? Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang masalah shrinkflation? Yang ketiga, sungguhpun nilai mata wang ringgit telah turun, tetapi telah kukuh kebelakangan ini, tetapi walau macam mana pun ia lebih baik, keadaan ekonomi lebih baik daripada zaman kerajaan dulu kerana rating Fitch- kita tidak di-downgrade berbanding dengan Yang Berhormat Menteri, Perdana Menteri masa itu dari Pagoh, Fitch Ratings telah downgrade kita punya credit rating. Ini menunjukkan bahawa di bawah saya rasa- Yang Berhormat Menteri akan terus kekalkan credit rating Malaysia kerana ini ialah KPI yang paling penting untuk mana-mana Menteri Kewangan. Sekian, terima kasih...
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di-Pertua.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sikit lagi.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerana ada banyak soalan- biar saya jawab dahulu.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sikit je, on Ringgit saya nak rangkumkan sikit ya.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Satu soalan, lepas itu biar saya jawab lepas ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Duduk dululah, biar dia jawab.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey. Saya rangkumkan sikit.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Duduk dululah.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan Kampar dan juga Bagan tadi menyentuh tentang- Kampar sentuh tentang polisi kerajaan dan Bagan juga menyentuh tentang apa yang dilaksanakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bakri.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Oleh kerajaan. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, kerajaan pada hari ini mengambil pendekatan bahawa kejatuhan
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ringgit ini disebabkan oleh faktor luaran. Kita tahu faktor OPR, faktor interest rate dan sebagainya, itu kita tahu, tetapi apabila kerajaan terlalu menumpukan kepada faktor luaran, dia terlupa bahawa antara perkara-perkara yang menyebabkan pelabur ini agak skeptikal dalam keadaan dasar Malaysia ini- adalah keputusan-keputusan kerajaan.
Saya bagi contoh tadi disebut tentang GLIC, Bagan ya. Pada bulan Mei, 8 Mei 2023 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut bahawa minta supaya KWSP menaikkan pelaburan domestik daripada 64 peratus pada 70 peratus, itu bulan Mei. 64 peratus kepada 70 peratus, menaikkan pelaburan domestik. Maknanya apa? Kalau nak naikkan pelaburan domestik 6 peratus trilion bermaknanya kena dispose pelaburan- pelaburan asing dari luar negara bawa masuk ke Malaysia dan ini ada kesan kepada Ringgit.
Jadi sebab itu saya rasa itu satu contoh. Ini tak termasuk dasar-dasar lain, ‘dasar kluk klek’ yang kerajaan buat. Jadi saya rasa instead of kerajaan menyalahkan faktor luaran OPR, interest rate, kena lihat apakah dasar-dasar kerajaan ini dilaksanakan dengan tuntas, dengan jelas dan pelabur faham. Ini termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan SST yang ramai bincang di luar sana. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di-Pertua, biar saya rangkum semua pertanyaan yang diberikan. Kerana ini ada menyentuh banyak isu yang diutarakan.
Jadi daripada segi ringgit, kerajaan mengambil dasar yang ringgit itu amat penting untuk negara. Jadi untuk menangani isu ringgit kita faham yang ada banyak cabaran luaran yang ada dan kita juga tahu yang tahun ini unjuran untuk perkembangan global dunia adalah lebih baik tahun yang lalu.
Jadi daripada segi dasarnya, kita percaya yang ini akan menyokong Ringgit pada masa depan. Jadi apa-apa intervention yang kita buat dalam negara ini tidak sepatutnya berlebihan kerana kita tahu ada pergerakan yang menggalakkan pada masa depan.
Daripada segi perbezaan Ringgit dengan negara-negara lain tadi, ditanya pasal Thailand. Sebenarnya sejak Mac 2022, Thailand telah menaikkan dia punya interest rate sebanyak 200 mata asas. Kita hanya menaikkan 125 mata asas. Jadi ada pergerakan yang lebih pada Thailand yang menyebabkan perbezaan daripada mata wang.
Yang Berhormat Ayer Itam telah menyebut tentang debt-service coverage ratio.
Daripada segi debt-service coverage ratio, saya rasa kerajaan telah mengambil pendirian yang menjaga fiskal polisi kerajaan dengan berhemah adalah satu benda yang penting.
Kita telah melihat bahawa dalam tahun 2022 hutang KDNK adalah di tahap 5.6. Tahun lalu kita turunkan kepada lima peratus dan dijangka untuk tahun ini kita akan kurangkan lagi kepada 4.3 peratus.
Inilah usaha dengan meninggikan hasil dan usaha dengan mengurangkan perbelanjaan kita boleh pada masa depan agar kita dapat mengurus keadaan kewangan negara dengan lebih baik lagi. Memang, banyak usaha kerajaan yang dijalankan. Di antaranya adalah bergabung dengan GLIC dengan GLC di mana bila kita ada peluang, mereka telah pun meraih keuntungan yang lebih baik lagi. Kalau kita fikir bila dia melabur di luar negara masa kenaikan ringgit, pulangan daripada pelaburannya mungkin lebih elok lagi daripada ada sekarang, dia merasa, dia boleh memulangkan keuntungan pelaburan.
Kita menggalakkan mereka memulangkan dan kita telah nampak usaha bersama BNM dan GLIC telah bernas dan kita nampak dalam satu setengah minggu ini, Ringgit telah pun mengukuh.
Jadi saya rasa, biarlah kerajaan berusaha dengan cara-cara yang kita ada ini.
Kita sambut dengan apa yang telah ada dalam negara sekarang. Kita sambut juga confidence yang nampak pada pelabur asing untuk melabur dalam negara dan inilah akan mengukuhkan negara lebih elok pada masa depan. Terima kasih, biarkan saya mulakan balik penggulungan saya kerana banyak lagi isu yang saya belum teruskan.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato Speaker kalau boleh bagi ruang sikit untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Menteri nak menjawab.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Yang Berhormat.
Kalau boleh minta izin. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Menteri yang menjawab dengan tenang dan ada kandungan dia. Saya ingin bertanya apa yang telah dibangkitkan tadi dalam penjelasan Yang Berhormat Menteri, kerajaan ialah memastikan hasil dapat ditingkatkan.
Saya ingat sehingga persoalan pasal perbahasan saya juga membangkitkan tentang hasil negara bukan hanya hasil negara bahkan juga daripada segi ketirisan. Satu perkara kerana saya setuju bukan hanya harus ada perbandingan tentang Ringgit, Dollar ataupun dengan Thai dengan Bhat, but policy dalam negara kita juga dan tindakan.
Contohnya saya bagi tentang hasil, emas dari Tawau, bertan didapati. Kita tidak tahu, only one was caught recently. Can you imagine, dengan izin, taxes that has been foregone out of that action, that we are too lenient, too relaxed. Bila siasat, jabatan-jabatan Persekutuan katakan there’s no incidence, no case but can you imagine foregone taxes. Dah beberapa tan dari tahun itu yang dibawa tak tahu ke mana. Itu hasil negara kita, hasil kepada rakyat bukan hanya di- mungkin nasional, tetapi di Sabah juga.
Keduanya, daripada segi saya bangkitkan SDB Bank, ketirisan. Sabah Development Bank daripada pinjaman RM6 bilion lebih saya difahamkan waktu itu, kita tahu almost RM3 billion plus nonperforming loan, 20 tahun 10 tahun. Apakah tindakan pihak kementerian khususnya Bank Negara untuk memastikan supaya bukan hanya hasil dapat kita tingkatkan dan ketirisan?
Saya juga ingin bertanya tentang hasil negara yang dipulangkan balik, penjualan Exeter, contohnya di Myanmar dan di beberapa buah agensi kerajaan yang ada. Pada hari ini saya dengar laporan demi laporan jual di luar negara but how much assets that we have sold outside the country that at least can mitigate currency stability yang ada. Terima kasih banyak.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, YB Semporna. Kalau kita tengok, memang benar yang hasil itu adalah benda yang penting untuk kerajaan menumpukan. Daripada segi hasil, beberapa cara kita tengok. Yang pertama, meninggikan collection yang kita ada. Nanti saya nak jawab sikit pasal cukai perkhidmatan kerana itu isu yang dibangkitkan dalam Dewan.
Yang keduanya, kita tengok juga daripada segi ketirisan. Ketirisan adalah satu isu yang penting kita menangani. Semasa kita melihat ketirisan di bawah subsidi diesel seumpamanya, kita telah membuat Ops TIRIS di mana KPDN telah pun meningkatkan pemantauan yang ada. Yang ini, daripada segi diesel kita telah mengurangkan sikit kehilangan diesel dengan serbuan-serbuan yang diadakan.
Kerajaan akan terus meningkatkan usaha untuk menangani isu-isu yang ada daripada segi ketirisan. Saya berterima kasih kepada YB Semporna yang menerangkan areas yang tersebut. Seperti saya katakan juga tadi, daripada segi GLIC – GLC, kita akan terus berusaha di mana mereka yang telah nampak pulangan yang lebih elok dan dia boleh realize-kan, dia nak pulangkan, dia pulangkan ke Malaysia, tetapi mengikut mandat yang diberikan kepada GLIC dan bukan sahaja kerana kita nak duit itu pulang, tetapi dia kena memastikan dia pun mendapat pulangan yang sepatutnya daripada GLIC- GLC.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kita berharap, dengan usaha-usaha meningkatkan hasil, kita dapat mengurangkan sikit jurang yang kebergantungan kepada hutang yang ada pada masa depan kerana itulah satu benda yang penting.
Untuk isu yang dibangkitkan dalam Dewan, Dewan juga telah membangkitkan tentang isu penyasaran subsidi. Lebih kurang 13 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu subsidi. Ini termasuk Bachok, Kepong, Kampar, Pudatan, Pokok Sena, Pagoh, Kluang dan Gerik. Seperti yang saya maklumkan sebelumnya, kerajaan telah membelanjakan lebih pada RM80 bilion untuk subsidi insentif dan bantuan, dalam perbelanjaan tahun 2023. Subsidi ini tidak boleh terus ke tahap macam itu kerana dia bukan mampan. Kerana,
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
ia juga menyampaikan kepada golongan yang berkemampuan dan juga warga asing. Jadi, perlu kita menyasarkannya semula.
Dalam proses ini, kerajaan telah memulakan proses dengan melihat dahulu penyasaran subsidi diesel. Baru-baru ini, kita telah membuka registration untuk sembilan lagi kategori yang boleh dimasukkan dalam Skim Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) kita agar mereka yang berhak boleh terus mendapat subsidi diesel. Namun...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Buat masa sekarang, kalau kita tengok daripada segi ketirisan, pada tahun 2019, jumlah subsidi diesel yang kita keluarkan adalah untuk 10.8 bilion liter. Pada tahun lalu, ia telah meningkat- eh, maaf. Pada tahun 2019, 6.1 bilion liter. Tahun lalu, 10.8 bilion liter.
Ini peningkatan 70 peratus, ya. Sedangkan, jumlah kenderaan diesel hanya naik tiga peratus dan KDNK 20 peratus. Jadi, kita harus menekan isu-isu ketirisan ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebab ketirisan ini masih berlaku juga, mungkin kerana perbezaan antara harga kita jual diesel, seliter RM2.15 berbeza dengan harga pasaran RM3.48. Ini memberi peluang untuk meraih keuntungan yang lebih dan...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Jadi, saya dengan kerajaan akan berharap dengan penyasaran semula ini, kita akan cari jalan untuk mengurangkan ketirisan pada masa depan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, nak- sini, belah sini. Ipoh Timur. Dua ayat saja, dua ayat saja. Dalam perbahasan saya, memang ada sentuh dan bagi cadangan tujuh perkara berkenaan dengan Ringgit, tetapi ada satu benda lagi yang saya nak tanya, yang sama ada pihak MOF hendak atau berhasrat untuk pertimbangkan. Kita tahu ada- kita sering kali bincang tentang nak sekat capital repatriation...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan. Masa sudah tamat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ipoh, boleh saya...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Capital repatriation untuk duit yang dibuat yang di Malaysia, untuk pergi balik ke negara asal, tetapi ada banyaknya syarikat-syarikat Malaysia yang ada capital modal di luar sana, yang mungkin hendak dipulangkan balik atau repatriate ke sini, sama ada melalui Bursa Malaysia depository atau SSTS traded instruments. Adakah apa-apa cara atau hasrat kerajaan untuk memfasilitasi dan memberi fleksibiliti untuk inward capital repatriation, untuk memperkukuhkan Ringgit?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, YB Ipoh Timur. Kita akan lihat cadangan yang diberikan. Ia cadangan yang boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan pengulasan saya. Saya rasa saya tidak dapat nak habis semua isu yang dibangkitkan, tetapi biarkan saya habis dua, tiga perkara. Yang lain, kalau saya tak sampai, saya akan bagi jawapan secara bertulis.
Terima kasih.
Yang pertama, ada beberapa orang yang bertanya tentang cukai perkhidmatan.
Isu tentang cukai perkhidmatan yang ditanyakan kerana kebimbangan, terutamanya untuk cukai bagi sektor logistik. Dalam cukai logistik, saya perlu tegaskan yang kenaikan cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan logistik bukanlah perkara baharu.
Sejak 2018, perkhidmatan penghantaran cepat, courier, ejen kastam dan pengurusan pergudangan telah pun dikenakan cukai perkhidmatan. Bajet 2022 pun telah mengenakan kepada penghantar barang. Bagi tahun ini, kita telah memperluaskan kepada komponen-komponen lain dalam logistik. Namun, kita juga memberi kelonggaran
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
di mana pihak yang mengenakan perkhidmatan logistik untuk barang yang dieksport terus tidak dikenakan cukai perkhidmatan.
Cukai perkhidmatan juga tidak dikenakan kepada aktiviti transshipment dan juga logistik door-to-door. Namun, masih ada keluhan yang mungkin ada tax-on-tax yang akan dikenakan. Jadi, kementerian selepas libat urus yang diadakan telah bersetuju supaya skop pengecualian B2B diperluaskan untuk meliputi penyediaan perkhidmatan di bawah kumpulan yang sama. Ini akan mengurangkan potensi tax-on-tax. Contohnya, penyedia perkhidmatan penghantar fret bukan sahaja mendapat pengecualian atas perkhidmatan fret, tetapi turut layak mendapat pengecualian kepada perkhidmatan lain seperti pergudangan, pelabuhan, perkapalan dan kemudahan rantai sejuk, yang berada dalam butiran sama dalam perkhidmatan fret tersebut.
Jadi, ini kita rasa akan menolong mengurangkan tekanan kepada mereka yang membuat services seperti berikut dan juga mereka diberi tempoh hingga 1 April sebelum dikenakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila ringkaskan jawapan dan gulung.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Satu lagi isu- kalau saya boleh. Satu lagi isu saya nak terangkan, kerana ada dibangkitkan oleh Kemaman, yang- hasil pada petroleum yang dimasukkan kepada Akaun Amanah Dana Khas Kerajaan Persekutuan, sebelum disalurkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Dalam isu ini, pada tahun 2023, sebanyak RM786 juta bagi membantu kerajaan negeri memenuhi bayaran gaji serta kontrak telah diberikan. Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam memastikan barang tunai, hasil petroleum yang diterima dari medan petroleum Pantai Timur Semenanjung Malaysia dikhususkan untuk tujuan pelaksanaan projek dan program bagi manfaat rakyat di negeri yang berkaitan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Penjelasan Menteri, Speaker.
Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang dan bersedia mempertimbangkan cadangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang boleh dipersetujukan bersama supaya melibatkan program serta projek yang boleh dibiayai melalui pemberian wang ihsan untuk manfaat langsung rakyat negeri Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa Menteri sudah tamat. Sila duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri, ringkas.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terutamanya, dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambahbaikkan infrastructure.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas, Menteri. Ringkas. Satu ayat sahaja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerana masa saya pun dah habis, biar saya- dah habis. Saya minta maaf.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas sahaja Menteri. Betul atau tidak, geran itu tak diberi kerana PM mengatakan bahawa itu ditentang oleh UMNO?
UMNO yang melarang duit tersebut diberi kepada kerajaan negeri. Betul atau tidak?
Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti yang saya katakan tadi, Kerajaan Persekutuan sedia berbincang dengan kerajaan negeri untuk projek-projek yang menolong, terutamanya bagi bidang rakyat miskin dan infrastructure. Yang ini terbuka.
Saya berharap ini akan meringankan beban pada masa depan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Jadi, buat masa sekarang saya rasa saya dah habis masa. Saya berharaplah semoga kita semua dapat bekerjasama demi kepentingan negara untuk memajukan ekonomi negara kita dan menjayakan pembaharuan fiskal supaya kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan dengan lebih terangkum dan mampan. Pada mereka yang menjalani ibadah puasa, saya mengucapkan selamat berpuasa. Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Puan Speaker, Puan Speaker, kalau...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Puan Speaker, yang tidak dapat dijawab secara lisan itu boleh bertulis tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Memang akan dijawab secara bertulis. Jangan risau.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadan.
Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merafakkan junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah menyampaikan Titah pada 26 Februari yang lalu dan patik dengan penuh takzimnya merafakkan sembah mengucapkan berbanyak-banyak syukur serta menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
Patik juga ingin mengambil kesempatan merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bagi tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024.
Patik juga ingin merafak sembah dengan ucapan menjunjung kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun yang lalu dengan penuh adil dan bijaksana. Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Tunku Ampuan Pahang serta seluruh kerabat sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah SWT, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan kesejahteraan selalu.
Yang di-Pertua, seramai 30 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas mengajukan pelbagai pertanyaan, isu, cadangan mahupun pandangan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta agensi di bawah seliaan saya seperti FELDA, NADMA dan Angkatan Pertahanan Awam semasa sesi perbahasan Menjunjung Kasih. Terima kasih diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat. Saya mohon izin untuk menyebutkan satu-satu. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang terkait dengan KKDW dan agensi-agensi yang di bawah seliaan saya.
Terutamanya pada Jelebu, Sik, Sipitang, Puncak Borneo, Temerloh, Julau, Beaufort, Kulim-Bandar Baharu, Gerik, Tampin, Libaran, Gopeng, Lawas, Parit, Kota
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Belud, Padang Terap, Ranau, Mersing, Lubok Antu, Pasir Salak, Baram, Padang Rengas, Rompin, Kuala Krau, Kalabakan, Mas Gading, Kota Marudu, Tenggara, Selangau dan Baling.
Dengan izin Yang di-Pertua, terdapat enam isu utama yang telah dibangkitkan
oleh ketiga-tiga puluh Ahli-ahli Yang Berhormat
(i) mengenai tabika dan taska KEMAS;
(ii) mengenai pendidikan dan perkhidmatan MARA;
(iii) kesejahteraan masyarakat Orang Asli;
(iv) Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK);
(v) mengenai RISDA dan FELCRA; dan
(vi) mengenai FELDA.
Saya ingin mengimbau kepada beberapa pertanyaan terutamanya mengenai tabika dan tadika KEMAS. Apa yang dibangkitkan oleh Tampin yang meminta kerajaan agar memperluaskan Program Pra Tahfiz Tabika ke seluruh negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa Program Pra Tahfiz Tabika KEMAS telah dimulakan pada tahun lalu. Ia dilakukan secara rintis dengan pada peringkat awalnya penglibatan seramai 100 orang pendidik masyarakat Tabika KEMAS dan program ini pastinya insya-Allah akan diperluaskan di seluruh negara pada pihak pendidik masyarakat yang beragama Islam serta berperingkat mulai tahun ini hingga 2026 yang bakal melahirkan insya-Allah sekurang-kurangnya 145,000 para huffaz di kalangan tadika dan tabika ini.
Menjelang tahun 2026, seramai 9,500 orang pendidik masyarakat Tabika KEMAS akan diberi pendedahan tentang modul hafazan tadika tahfiz dan ia akan dibuat bersama- sama dengan Yayasan Pahang, dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Yayasan Pintar mengenai content, dengan izin, ataupun isi kandungan serta pedagogi kaedah pengajarannya. Tentunya, kita berhasrat agar keseluruhan 600,000 orang anak- anak di tabika tadika KEMAS ini akan memperoleh faedah pada akhir tahun 2026 ini.
Gopeng membangkitkan mengenai status perjawatan warga pendidik KEMAS dan infrastruktur asas taska dan tabika di kawasan beliau. Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa gaji dan kemudahan di bawah Skim Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat berada dalam gred S29 dengan gelaran jawatannya sebagai Pendidik Masyarakat adalah yang terbaik ketika ini di mana statistik permohonan jawatan kosong pendidik KEMAS menunjukkan permintaan yang cukup-cukup banyak, yang memohon 20,000 bagi hanya mengisi 400 kekosongan. Ini pada tahun lalu.
Selain daripada itu, KEMAS telah juga melaksanakan pelantikan secara tetap kepada kakitangan kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pada fasa pertama seramai 7,286 orang kakitangan kontrak telah dilantik secara tetap.
KEMAS juga sedang memohon kelulusan daripada Kementerian Ekonomi untuk melakukan penambahan terhadap tenaga-tenaga pengajar ini dan di samping itu juga, memohon untuk membina tadika-tadika baharu terutamanya di kawasan-kawasan yang masih belum ada Tadika KEMAS atau mahu memperbaikinya termasuk juga Gopeng.
Padang Rengas bertanya tentang soal agensi KEMAS yang telah kononnya digunakan untuk tujuan politik. Jadi, saya ingin menjawab bahawa KEMAS adalah agensi yang diletakkan di bawah KKDW dan sentiasa mendukung tata kelola atau good governance, dengan izin dengan berpaksikan pada government of the day, dengan izin, dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan golongan sasar terutama di kawasan desa. Dalam hal ini, kami bertindak secara profesional dan kami tahu bahawa yang penting ialah fokus kepada pembangunan minda, akhlak dan juga pendidikan agama kepada anak-anak ini yang berada di peringkat prasekolah sama ada tabika atau taska ataupun kindergarten, dengan izin, diketahui adalah bagi mempertingkatkan apa yang telah saya sebutkan tadi.
oleh ketiga-tiga puluh Ahli-ahli Yang Berhormat
Perkara yang kedua, isu yang kedua adalah mengenai pendidikan dan perkhidmatan MARA dan Pasir Salak telah pun membangkitkan mengenai MARA Liner di kawasan Pasir Salak. Insya-Allah, untuk Pasir Salak yang satu sekolah dengan saya insya-Allah walaupun beliau adalah very much junior, dengan izin, tapi bukan kerana perbezaan parti politik, tetapi kerana kita merasakan bahawa perkhidmatan MARA Liner ini harus diperluaskan. Walaupun tidak untung tetapi insya-Allah, kita akan juga mengambil kepedulian terhadap keperluan masyarakat di Pasir Salak.
Parit juga membangkitkan tentang soal Arked MARA. Saya ingin menyebutkan bahawa di negeri Perak terdapat 637 premis-premis perniagaan MARA. Malah di Seri Iskandar sahaja iaitu dalam daerah Perak Tengah telah tersedia 28 lot premis perniagaan dan MARA juga turut menyediakan 53 lot premis perniagaan kepada usahawan- usahawan di kawasan berkenaan dengan kadar sewa yang sangat-sangat rendah kerana tujuannya adalah untuk membantu mereka.
MARA sentiasa peka dalam memastikan akses latihan serta kemudahan sokongan perniagaan kepada para usahawan tempatan dan MARA kini mempunyai 14 buah Pejabat MARA Negeri dan 121 Pejabat MARA Daerah. Insya-Allah, kita akan lakukan penambahan jika keperluannya bertambah kerana kini terdapat pembukaan daerah-daerah yang baru dan kita akan usahakannya. Di negeri Perak sendiri terdapat 10 buah Pejabat MARA Daerah yang sedia membantu pada pemegang-pemegang taruh di negeri Perak.
Yang Berhormat Lawas membangkitkan tentang isu MRSM Lawas. Saya sangat prihatin mengenai perkara ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kini terdapat 57 MRSM di seluruh negara di mana terdapat hampir 44,000 orang pelajar di MRSM yang ada. Pada hari ini, kita akan memulakan sesi 2024 ini. Untuk itu, saya ingin memaklumkan bahawa di Sarawak terdapat empat buah MRSM iaitu di Kuching, Betong, Mukah dan juga Bintulu dengan kapasiti pelajar seramai 2,700 orang.
Untuk Lawas, saya tahu perkara ini telah banyak kali dibangkitkan dan insya- Allah, jika kita memperoleh peruntukan segera, maka kita akan lakukan penyegeraan terhadap pembinaan MRSM Lawas ini.
Isu yang ketiga adalah mengenai kesejahteraan masyakat Orang Asli di mana Kuala Krau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan pusat latihan TVET dan pusat latihan MARA khusus untuk Orang Asli. Saya ingin memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA mempunyai sebuah pusat latihan khas khusus bagi kemahiran kepada anak-anak Orang Asli iaitu di Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor di Gambang, Pahang.
Di samping itu, kita juga mempunyai beberapa buah pusat latihan yang lain yang juga turut menawarkan beberapa kursus kemahiran jangka pendek dan jangka sederhana bagi kursus-kursus yang bersesuaian dengan Orang-orang Asli.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Sedikit Dato’ Seri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya akan habiskan ayat ini ya. Di samping itu, TVET MARA bersama dengan masyarakat Orang Asli juga telah kita laksanakan untuk IKM Alor Setar dan kolaborasi bersama dengan JAKOA dan insya-Allah, kita akan mengembangkan pusat-pusat latihan ini di tempat-tempat lain. Sebagaimana yang saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, Ketua Pengarah JAKOA, Jabatan Orang Asli adalah Orang Asli sendiri, seorang wanita yang sangat proaktif dan beliau dibantu oleh kakandanya yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat ini. Insya-Allah kombinasi ini walaupun beliau melakukan bantuan secara gratis, insya-Allah dua-dua individu ini akan memartabatkan JAKOA ke peringkat yang lebih tinggi, insya-Allah.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Dato’ Seri Bagan Datuk.
Menteri, cuma saya nak tahu sejauh mana penglibatan dan juga usaha yang dibuat untuk meningkatkan kemahuan ataupun keterlibatan masyarakat tersebut untuk mengikuti kursus yang telah diadakan ini. Itu sahaja. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya berasa sangat berpuas hati kerana keterlibatan anak-anak muda Orang Asli untuk kursus-kursus kemahiran itu sangat tinggi. Malah, ini sesuai dengan apa yang saya nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa tahun lalu, saya menyasarkan kira-kira 300 orang untuk masuk universiti tapi jelas hampir 400 orang telah masuk. Tahun ini kita menyasarkan 400 orang untuk masuk ke universiti, saya yakin akan ada 500 orang ya.
Apatah lagi dalam kursus-kursus kemahiran dan kita memberikan nilai-nilai tambah untuk kursus-kursus dalam TVET. Kita salurkan mereka bukan hanya di TVET khusus untuk Orang Asli, tetapi ke seluruh 1,345 TVET di seluruh negara mengikut kesesuaian kepada apa yang diperlukan oleh mereka. Insya-Allah, kita tidak akan pernah meminggirkan anak-anak Orang Asli untuk mendapat peluang apatah lagi belajar di dalam bidang kemahiran.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri boleh? Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Saya meneliti dan sebentar tadi jawapan Yang Amat Berhormat Menteri ada menyebut institut latihan di Paya Bungor.
Untuk makluman Yang Berhormat, di Paya Bungor itulah dalam kawasan Parlimen Paya Besar. Saya memang sangat rapat melihat bagaimana institut tersebut yang dahulunya terbengkalai dan sekarang ni dah hampir siap.
Cumanya Yang Amat Berhormat Menteri, saya nak minta pandangan Yang Amat Berhormat Menteri, bagaimana untuk kita memperlihatkan kaedah yang lagi jauh ke hadapan selain kita mewujudkan institut latihan Orang Asli, adakah mungkin ada jalan untuk kita mewujudkan sebuah institusi strategik Orang Asli yang dikelolakan oleh UiTM.
Apa pada pandangan saya, UiTM hari ini berada di merata tempat di seluruh negara dan di kawasannya adalah berhampiran dengan kawasan-kawasan Orang Asli dan sudah tiba masanya Yang Amat Berhormat Menteri supaya kita mewujudkan sebuah institut strategik untuk kita memperkasakan capacity building Orang Asli itu sendiri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Satu cadangan yang sangat baik oleh Yang Berhormat Paya Besar. Saya yakin semangat itu telah diperlihatkan dari kertas undi Orang-orang Asli kepada Yang Berhormat dalam pilihan raya yang lalu kerana keprihatinan Yang Berhormat. Saya harap beliau terus untuk menyantuni keperluan Orang-orang Asli ini dan insya-Allah, bagi tahu saya, saya akan bantu dan saya akan turun bersama-sama Yang Berhormat ke kawasan Orang Asli berkenaan, insya-Allah. Yang di-Pertua, saya akan terus kepada persoalan yang dikemukakan oleh Temerloh terutamanya mengenai isu yang terkait dalam soal kesejahteraan masyarakat Orang Asli di Kampung Enggang, Lanchang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kampung Sungai Enggang merupakan salah sebuah perkampungan Orang Asli yang sudah lama wujud di daerah Temerloh. Seramai 567 orang terdiri daripada 118 keluarga telah berada di sana. Mereka telah diberikan pelbagai kemudahan termasuk kemudahan bekalan elektrik.
Sepanjang RMKe-12, kita telah memperuntukkan sebanyak RM754,000 bagi pelaksanaan Program Bantuan Rumah Orang Asli dan juga Program Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan Orang Asli di Temerloh bagi melaksanakan kerja-kerja juga membina lima unit, membina baru dan 37 unit baik pulih rumah-rumah Orang Asli. Insya- Allah, kita akan terus memberikan perhatian pada keperluan-keperluan yang lain.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Temerloh, Pengerusi, Speaker. Temerloh baru-baru ini turun sendiri ke kampung tersebut tetapi amat malang dan sedih melihat bahawa kampung tersebut masih belum ada lagi menerima bekalan elektrik. Begitu juga mereka menghadapi masalah rumah yang sangat uzur, tandas yang tidak sewajarnya lah dan air pun masih lagi bergantung pada air bukit. Itu yang saya laporkan dan saya mohon supaya perkara ini diambil perhatian. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pasti, pasti secara rasmi dan secara peribadi, saya akan menangani masalah ini. Namun, saya sebutkan tadi bahawa lima unit rumah PPRT baharu telah dibina dan 37 unit baik pulih telah dibuat, ya. Untuk elektrik juga telah dipasang. Namun, jika ada permasalahannya, saya sendiri akan memastikan dengan Ketua Pengarah JAKOA tentang masalah itu, juga masalah bekalan air ya, Yang di-Pertua, kita akan atasi masalah itu sesegera yang mungkin, ya.
Rompin membangkitkan berkenaan jalan di Kampung Orang Asli Ganuh yang telah rosak dan memerlukan pembaikan dan perkara ini kita pastikan bahawa peruntukan sebanyak RM1.7 juta telah diperuntukkan dan insya-Allah, kita akan laksanakan.
Persoalan keempat ialah mengenai Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung atau PROSPEK. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lawas. Saya ingin memaklumkan bahawa KKDW melalui Program Lonjakan Mega Luar Bandar sedang melaksanakan tiga Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung di negeri Sarawak dan salah satunya diadakan di Lawas dan telah bermula daripada tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM9 juta.
Bagi PROSPEK di Lawas, ianya dilaksanakan melalui agensi kita iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak dan sebanyak RM1.37 juta telah disalurkan tahun lalu dan insya-Allah, penambahan akan dilakukan berdasarkan kepada cost effectiveness, dengan izin pada apa yang telah dilaksanakan selama ini.
Yang kelima adalah mengenai RISDA dan FELCRA. Isunya, di mana YB Sik telah membangkitkan isu berkenaan peranan RISDA di dalam Program Rawatan dan Pencegahan Penyakit Luruhan Daun (LDP) ini, ya dan kita tahu bahawa kawasan kebun kecil milik RISDA yang mengalami penyakit LDP ini adalah seluas 63,239 hektar di seluruh negara. Bagi negeri Kedah seluas 6.331 hektar juga terjejas, ya.
Untuk Sik sahaja, 872 hektar telah dikenal pasti mengalami permasalahan ini.
Untuk itu, RISDA akan melakukan rawatan dan pencegahan kepada penyakit LDP ini dengan melakukan penyemburan bahan-bahan kimia dalam empat pusingan setahun.
Begitu juga Padang Terap telah membangkitkan tentang soal pekebun kecil getah yang terkesan dengan fenomena cuaca panas El Nino yang...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sik sedikit.
[Sambil mengangkat tangan] Berkaitan dengan penyakit luruhan daun getah ini ya, Pestalotiopsis, dilihat ada usaha yang dibuat secara persendirian oleh pekebun kecil kita untuk nak menangani masalah penyakit ini. Namun, diberitahu kata kosnya yang agak tinggi ya, untuk setiap hektar tu lebih RM1,400.
Jadi, mungkin juga dapat dilihat bahawa agensi termasuk RISDA sendiri membuat kajian bagaimana rawatan itu yang lebih efektif, yang lebih murah supaya ia juga dapat dilaksanakan sendiri oleh pekebun kecil kita berbanding hari ini kita mengharapkan agensi termasuk FELDA sendiri yang membantu untuk selesaikan masalah ini yang sudah pun berlarutan hampir lebih tiga tahun menyebabkan hasil getah kita sangat-sangat berkurangan. Walaupun harga agak stabil tapi hasil susu getah tu berkurangan menyebabkan pendapatan pekebun kita juga menurun. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
YB Sik, insya-Allah akan lakukan pertimbangan mengenai soal – bagi pekebun itu sendiri yang mengeluarkan perbelanjaan RM1,400 dan kita akan lakukan, dengan izin synchronization ya, dari segi rawatan itu ya.
Jika pekebun itu sendiri yang melakukan mungkin kita boleh membekalkan bahan kimia berkenaan kepada pekebun-pekebun kecil berkenaan untuk kita lakukan, ya.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Amat Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri, sikit. Untuk Sik, saya dimaklumkan oleh pihak RISDA, kita akan menghantar pasukan segera. Maksudnya RISDA akan menghantar pasukan segera dan menyelesaikan masalah sakit Pestalotiopsis ini lah. Memang kita sedia maklum bahawa penyakit ini memang RISDA maklumkan lah dan memang menjejaskan pendapatan ataupun produktiviti getah negara ini. Jadi, kita akan – RISDA akan menyelesaikan semburan dengan kadar segera. Terima kasih.
[Tepuk]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang menjawab itu Pengerusi RISDA sendiri ya.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kena turun Sik ya. Nanti saya tunggu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sepatutnya beliau tidak boleh menjawab. Sepatutnya tapi kerana hormat pada anak muda, saya minta supaya jawapan beliau itu dimasukkan dalam teks.
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Dato’ Seri Timbalan Perdana Menteri. Berkenaan dengan ladang getah ataupun kebun getah yang dimiliki oleh beberapa individu. Apabila mereka diserang dengan penyakit yang disebut tadi, ada segelintir dan jumlah yang agak besar yang mereka ambil keputusan untuk menebang pokok getah dan ditanam dengan tumbuhan yang lain.
Jadi, saya minta supaya kerajaan mengambil satu pendekatan yang khusus lah kepada pekebun yang seumpama ini supaya hasil getah dan keperluan getah negara ini dapat kita capai dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, menguruskan ladang ataupun pekebun-pekebun kecil getah ini lebih sukar daripada menguruskan kedai emas sebenarnya.
[Ketawa]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Kedai emas lebih sukarlah, Dato’.
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tetapi saya fikir ada satu anjakan baharu ya, kementerian saya dan juga Kementerian Perladangan dan Komoditi akan dan sedang menyediakan kertas kabinet sebenarnya ya, untuk address the problem, dengan izin ya, untuk menyantuni semua permasalahan ini. Kita akan kemukakan kertas kabinet bukan hanya tentang soal penyakit LDP tadi, juga tentang kekurangan pekerja dan juga kawasan-kawasan yang tidak ditoreh ya.
Terdapat kira-kira 420,000 hektar yang tidak ditoreh, ya. Saya juga telah bertemu dengan Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil ya dan kami membincangkan beberapa kaedah baharu bagaimana nak mengatasinya termasuklah tentang soal harga lantai getah walaupun kerajaan telah meningkatkan harga dengan lebih tinggi daripada tahun sebelum itu. Tapi saya fikir kita harus melakukan sesuatu kerana lateks sahaja ya, yang diimport ke negara kita bernilai RM6 bilion setahun.
Sedangkan kita adalah pengeluar getah asli yang terbesar dan saya bersetuju dengan YB bahawa soal-soal teknologi baharu, pendekatan pemasaran baharu dan sebagainya harus dilakukan agar pembelaan kita terhadap nasib terutamanya pekebun- pekebun kecil getah ini dapat dibantu ya.
Yang di-Pertua, Tenggara bertanya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
YB, YB, ringkas. Boleh? Terima kasih. Adakah kerana kita import lateks menyebabkan Goodyear menutup kilangnya di Malaysia?
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Itu telahan. Itu telahan. Antaranya ya.
Telahan sebab sepatutnya kita mengeluarkan lateks tetapi kerana tidak ada, dengan izin encouragement ya, terhadap perkara itu, kita terpaksa import lateks.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya fikir itu sebabnya sahabat saya, Menteri Perladangan dan Komoditi dan sebelum itu, sahabat di sebelah kanan saya...
[Tidak jelas] ini, kita telah mencadangkan perkara itu dan insya-Allah, kita akan laksanakan. Tidak ada sebab kukuh untuk kita mengimport lateks sedangkan kita
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
pengeluar ya. Tapi orang-orang kampung, pekebun kecil lebih suka untuk mengeluarkan getah beku, ya dan kita akan ubahkan kaedah ini melalui teknologi.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang Berhormat Menteri, Padang Terap. Minta Yang Berhormat Menteri untuk habiskan jawapan kepada soalan Padang Terap tadi. Tadi baca tak ada habis jawapan, Padang Terap.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Anggap habis la tu [Ketawa]
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Penoreh getah yang terkesan dengan cuaca panas ini. Apa itu tadi?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya, saya – itu sebab saya kata faktornya salah satunya ialah memang faktor itu. Bayangkan kalau kita dapat mengeluarkan 6 bilion sendiri. Maka tentunya kita dapat mempertingkatkan lagi nilai kita, nilai ringgit kita. Memang itu jawapannya. Jadi simple logic yang begitu, harus YB sendiri fahamilah jawapannya.
Tenggara bertanya mengenai agensi RISDA dan FELCRA untuk berganding bahu menguruskan soal keterjaminan makanan. Saya ingin memaklumkan tanpa peruntukan tambahan, tanpa memohon mana-mana belanjawan, kita RISDA dan juga FELCRA turut membantu mempertingkatkan keterjaminan makanan. Ini termasuk apabila bekalan ayam kurang dan telur ayam kurang. Apa yang kita lakukan dengan meminta cara contract farming untuk peserta-peserta FELCRA dan pekebun-pekebun RISDA ini melakukan di tanah RISDA tanpa kita menjual tanah, tanpa kita mengeluarkan modal sendiri. Ertinya kita jemput pelabur-pelabur untuk membina reban dan juga membekal ayam termasuk makanan dan juga melakukan vaksin. Ini satu langkah menambah keterjaminan makanan.
FELCRA di Seberang Perak umpamanya, juga turut menyumbangkan pengeluaran padi dan beras. Saya juga telah bertemu dengan Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah agar kawasan estet padi dapat dibangunkan di Sabah dan Sarawak bagi menambah keterjaminan makanan dengan kaedah FELCRA di Seberang Perak itu.
Kita lihat bahawa selain daripada Sekinchan, penghasilan atau yield dengan izin untuk padi di Seberang Perak adalah yang kedua tertinggi di Malaysia. Jadi kaedah inilah yang kita mahukan kongsi dengan Sabah dan Sarawak agar keterjaminan makanan ini boleh kita juga sumbangkan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Amat Berhormat, Kota Belud. Saya minta maaf, saya baru masuk dalam Dewan sebab saya ada PC tadi. Cumanya dalam perbahasan saya, saya ada bangkitkan sebab – ya, saya akui kita memang banyak hantar permohonan terutamanya jalan-jalan di kampung kepada kementerian Yang Amat Berhormat. Jadi saya pohonlah sebab kita pohon itu daripada last year lagi. Saya juga jumpa dengan YB Timbalan Menteri, dengan beberapa, dengan kementerian sendiri. So saya pohonlah Yang Amat Berhormat untuk tahun ini Kota Belud Yang Amat Berhormat, sekurang-kurangnya adalah daripada permohonan kita yang banyak itu adalah yang lulus itu, terutamanya jalan dan juga dewan. Oleh sebab permintaan di bawah orang mengadu, orang buat aduan, permohonan, saya tidak dapat tolak. Jadi saya harap ada pertimbangan untuk Kota Belud tahun ini Yang Amat Berhormat.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua sekarang saya sedang menjawab FELCRA dan RISDA. Untuk infrastruktur ini Yang Berhormat, jumpa saya kejap lagi. Kita boleh berunding di luar. Itu bezanya kita satu parti. Lebih mudah kita berunding.
Parit, saya ingin menyebutkan untuk FELCRA Nasaruddin ini. Saya ingin mengucapkan tahniah bahawa kita tidak ada warna yang berbeza di dalam melaksanakan program di FELCRA itu. Sikap yang beginilah yang kita mahu. Yang pentingnya ialah rakyat. Walaupun kita kehilangan undi, ertinya ialah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , di dalam keadaan itu...
Seorang Ahli
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya lakukan yang terbaik. Begitu juga Selangau membangkitkan tentang projek-projek perladangan FELCRA di Pasai Siong dan Sekuau. Dalam perkara ini saya ingin maklumkan bahawa Projek NCR di tempat itu tidak lagi diuruskan oleh FELCRA, sejak tahun 2020 kerana kawasan ini telah dicerobohi oleh penduduk kampung dan pesertanya. Untuk itu pengunduran FELCRA dan pemberhentian operasi ladang adalah susulan daripada permohonan pihak Jawatankuasa Pembangunan kawasan itu yang mewakili penduduk kampung. Dalam perkara ini saya fikir kita menghormati apa yang telah dilakukan oleh mereka, maka ini kita ucapkan selamat maju jaya.
Akhirnya, isu yang keenam ialah mengenai FELDA. FELDA, keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, FELDA adalah di bawah JPM, Jabatan Perdana Menteri tetapi saya telah diminta oleh Yang Amat Berhormat dan Kabinet untuk menangani permasalahan di FELDA dan terutamanya isu-isu yang berbangkit tentang status pindaan Akta Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Areas (GSA) 1960 (Akta 530).
Dalam perkara ini, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kita sedang dalam proses untuk mengulang kaji, melakukan penambahbaikan terhadap GSA ini. Walaupun masa yang akan diambil adalah hampir empat tahun, namun kita sangat komited terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melihat FELDA bukan hanya disantuni tetapi dibantu dengan lebih baik daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, terutamanya apabila contohnya Gerik membangkitkan isu berkenaan dengan rungutan peneroka FELDA terhadap kadar pemotongan hutang ladang yang terlampau tinggi. Saya akan bertemu dengan pengurusan tertinggi FELDA buat kali yang kedua minggu depan dan saya akan bawa isu ini sebagai isu yang penting untuk kita atasi dengan kaedah-kaedah sistem kewangan dan accounting ataupun perakaunan dengan kaedah yang baru.
Kuala Krau juga membangkitkan agar FELDA mengkaji semula kaedah bayaran hasil penjualan buah sawit yang dilihat membebankan peneroka dan mencari alternatif lain untuk menjual hasil mereka. Perkara ini juga sedang di dalam pemantauan kita dan kita akan lakukan dengan secara yang terbaik.
Mersing umpamanya meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan mewartakan premis agama Islam di kawasan FELDA seperti masjid, surau dan sekolah agama diwartakan sebagai Tanah Wakaf Majlis Agama Islam. Ini khusus untuk negeri Johor. Kita tahu permasalahannya dan Insya-Allah saya akan koordinasikan dengan pihak berkuasa negeri dalam perkara-perkara ini.
Sedikit mengenai NADMA yang juga di bawah saya, terutamanya perkara yang dibangkitkan oleh Lubok Antu yang mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Tabung Kecemasan sama ada di bawah NADMA atau KKDW untuk tujuan kecemasan bagi pembinaan infrastruktur penting seperti jalan, jambatan dan sebagainya.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, memang ini berada di bawah NADMA dan juga perlaksanaannya di bawah KKDW. Manakala jalan- jalan utama Persekutuan, kita juga bekerjasama dengan pihak JKR dan Insya-Allah perkara ini dijalankan dengan sebaik-baiknya terutamanya jika jambatan putus. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan untuk membina Bailey Bridge, jambatan Bailey dan apa yang telah saya dan rakan-rakan daripada NADMA dan JKR serta kerajaan negeri lakukan membina Bailey Bridge itu dalam tempoh 72 jam. Jalan penyambungan itu antara Rompin dengan Segamat boleh dilakukan dan NADMA sangat pro aktif dalam menyelesaikan permasalahan ini.
Akhirnya, Yang Berhormat Mas Gading minta agar beliau turut dilibatkan dalam misi bantuan bencana banjir yang diuruskan oleh agensi pusat di kawasan Parlimen Mas Gading. Dengan ini saya umumkan permintaan itu diluluskan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Sekarang saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismilahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan sembah takzim Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah atas sumbangan dan jasa Baginda sepanjang pemerintahan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Seterusnya, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang Baginda berkenan sampaikan pada 26 Februari yang lepas sempena pembukaan rasmi Penggal Ketiga Parlimen Ke-15. Saya juga ingin merafak sembah ucapan setinggi tahniah dan ikrar taat setia sempena pemasyhuran Baginda dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke-17 pada 31 Januari yang lalu.
Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasaan Titah Diraja dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 42 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan lebih kurang 45 isu berkaitan dengan PETRA dan Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama di bawah.
(i) banjir dan saliran;
(ii) bekalan air dan pembetungan;
(iii) bekalan elektrik;
(iv) tenaga lestari; dan
(v) hal ehwal Sabah dan Sarawak.
Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab dan memberikan pandangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan kali ini berdasarkan kepada isu- isu utama tersebut. Mengambil kira isu yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat agak banyak dan masa yang diberikan juga terhad, maka saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab semua soalan. Oleh itu saya mohon kesabaran dan kelonggaran Dewan ketika saya membincangkan isu-isu utama yang timbul daripada perbahasan ini.
Saya akan mulakan dengan isu pertama iaitu isu banjir dan saliran. Bagi menjawab status pelaksanaan projek bagi mengatasi masalah banjir dan saliran dibangkitkan oleh Yang Berhormat seperti berikut. Pertamanya Yang Berhormat Bachok.
Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyiapkan kajian Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Melor, Kelantan. Skop kajian ini melibatkan Lembangan Sungai Melor dan Sungai Semarak dan akan menjadi rujukan dalam melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan Bachok dan sekitar.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi penyelesaian jangka pendek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi kawasan Bachok, kerja-kerja berikut iaitu pertamanya 15 kerja menyelenggara kolam takungan banjir dengan jumlah kos RM497,000 pada tahun 2020 sehingga 2023. Manakala, pada tahun ini lima kolam dirancang untuk diselenggara dengan jumlah kos RM90,000. Keduanya, 15 kerja memelihara sungai untuk mengurangkan risiko banjir dengan jumlah kos RM1.9 juta pada tahun 2022 dan 2023.
Untuk tahun ini pula, 10 kerja dirancang dengan kos RM390,000. Ketiga, 35 kerja kecemasan di luar jangka seperti pemulihan saliran, parit, struktur kawalan dan pembetungan dengan jumlah kos RM2.2 juta.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Untuk penyelesaian jangka masa panjang, JPS sedang melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bachok dan Pasir Puteh. Terma rujukan sedang dimuktamadkan dan kajian ini dirancang untuk diiklankan pada April 2024. Yang Berhormat Tumpat, bagi mengatasi risiko banjir melibatkan Lembangan Sungai Golok, kementerian melalui JPS sedang melaksanakan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok melalui tiga fasa yang melibatkan pembinaan ban banjir, benteng banjir Rantau Panjang ataupun flood wall, dengan izin, laluan banjir Sungai Lemar ataupun floodway dengan izin, penambahbaikan saluran ataupun channel improvement dengan izin dan lencongan banjir, flood diversion.
Fasa 1 projek ini melibatkan jajahan Tumpat dan sebahagian Pasir Mas. Projek ini mula dilaksanakan pada April 2018 dan dijangka siap pada Julai 2026. Sehingga 19 Februari 2024, kemajuan fizikal adalah 77 peratus. Fasa 2 dan 3 pula melibatkan jajahan Jeli, Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Kedua-dua fasa ini sedang di dalam peringkat pra-pelaksanaan.
Yang Berhormat Tuaran, bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan telah meluluskan sebanyak 17 projek tebatan banjir di negeri Sabah dengan kos keseluruhan sebanyak RM822.7 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Seterusnya, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah meluluskan sebanyak 15 projek tebatan banjir di Negeri Sabah dengan kos keseluruhan sebanyak RM796.6 juta. Dua projek baharu diluluskan di bawah Rolling Plan yang keempat ataupun RP4 Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos sebanyak RM251.5 juta.
Bagi penyelesaian jangka pendek pada tahun 2024 sahaja, JPS merancang untuk menyelenggara kolam takungan banjir di negeri Sabah dengan kos sebanyak RM1.5 juta.
Manakala, RM3 juta pula diperuntukkan untuk memulihara sungai bagi mengurangkan risiko banjir. Selain itu, sebagai pendekatan bukan struktur, lima kajian Pelan Induk Kajian Saliran Mesra Alam (PISMA) telah disiapkan sehingga tahun 2022 - 2023 di negeri Sabah.
Yang Berhormat Pokok Sena ...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh, boleh tanya sikit pasal banjir tadi?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Oh ya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kosnya, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam menangani banjir di Sabah ini, adakah Yang Berhormat akan mengambil kira kesan pembinaan Pan Borneo kerana akibat pembinaan Pan Borneo, banyak banjir yang berlaku. Sepanjang Jalan Sepanggar- Tuaran, begitu juga di tempat-tempat yang lain. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kalau Yang Berhormat ada maklumat terperinci, boleh kemukakan supaya kita boleh bincang dengan Kementerian Kerja Raya dan JKR Sabah sekali dengan JPS nanti untuk melihat adakah ianya berpunca daripada pembinaan jalan ataupun adakah berpunca daripada punca-punca lain, untuk kita perincikan. Tapi, insya-Allah kita akan laksanakan dan cari penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sebenarnya di kawasan saya di Tuaran, Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri – Perdana Menteri pun ada bersama saya hari itu, melawat di Tuaran. Pembinaan Pan-Borneo di sana memang – akibat daripada pembinaan itu, banyak kejadian banjir berlaku di situ kerana perubahan struktur jalan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Baik, saya akan ambil maklum dan akan berbincang dengan pihak Kementerian Kerja Raya dan mencari penyelesaian kepada perkara itu.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sikit, Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih di atas usaha untuk menangani isu banjir di Kelantan. Soalan saya ialah untuk fasa 2 di Rantau Panjang. Sebagaimana jawapan Yang Berhormat masih dalam pra-pelaksanaan.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bulan 10 biasanya banjir setiap tahun akan berlaku. Kerugian memang beribu- ribu Ringgit. Jadi, sekarang ini apakah strategi untuk mempercepatkan Fasa 2 supaya dapat membendung terutama banjir yang bakal tiba untuk hujung tahun ini? Minta penjelasan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Salah satu cabaran dalam pelaksanaan projek khususnya di Kelantan, seperti mana yang saya katakan sebelum ini, projek sudah diluluskan, kontraktor sudah dilantik.
Tapi bila masalah pelaksanaan, kadang-kadang masalah pengambilan tanah juga menjadi isu sebab proses itu akan melambatkan.
Ini juga berlaku di Sungai Golok dan sebagainya. Sebab itu yang kita nak bincangkan dengan kerajaan negeri, bagaimana keseluruhan proses itu dapat kita percepatkan. Pengambilan tanah, isu-isu di PBT, isu kelulusan permit dan sebagainya.
Kita akan berbincang mencari jalan bagaimana kita nak percepatkan keseluruhan proses.
Bukan sahaja proses dari segi design, perolehan tapi juga proses pelaksanaan di lapangan yang perlu kita tangani. Insya-Allah kita akan mengambil tindakan tersebut.
Untuk Yang Berhormat Pokok Sena, sebagai maklumat Ahli Yang Berhormat kementerian melalui JPS sentiasa memantau masalah banjir kilat di Pokok Sena. Antara punca utama banjir kilat adalah aras kawasan terjejas lebih rendah daripada aras jalan.
Selain perparitan tidak sempurna, keadaan saiz pembetung yang kecil dan sering tersumbat atau rosak menyekat aliran air khususnya semasa hujan lebat. Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, kerja penyelenggaraan sistem saliran dilaksanakan untuk mengurangkan impak banjir.
Pada tahun 2022, sembilan kerja dengan kos berjumlah RM1.49 juta dilaksanakan bagi memelihara saliran, menstabilkan tebing sungai dan menaik taraf struktur kawalan banjir. Selain itu JPS turut melaksanakan kerja menyelenggara sungai pada setiap tahun melibatkan Sungai Nawa, Sungai Derang, Sungai Lampam, Sungai Durian, Alor Kolon, Alor Jabi, Alor Kelut serta kolam takungan banjir di taman-taman perumahan.
Yang Berhormat Jelutong, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek RTB Lembangan Sungai Pinang Fasa 1 telah diluluskan dalam Rolling Plan yang kedua Rancangan Malaysia Ke-11.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kerja-kerja fizikal telah pun mula dilaksanakan pada September 2023 dengan kos kontrak RM114 juta. Kemajuan kerja di tapak adalah 1 peratus dan projek dijadualkan akan siap dalam tempoh 48 bulan iaitu pada September 2027. JPS akan meneruskan kesinambungan projek ini melalui pelaksanaan projek RTB Lembangan Sungai Pinang Fasa 2. Pembangunan projek tersebut akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia yang ke-13.
Yang Berhormat Merbok sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Sungai Pial sehingga Kampung Tanjung Dawai, daerah Kuala Muda telah diluluskan dengan kos projek berjumlah RM22.2 juta.
Peruntukan tahun ini adalah untuk kerja reka bentuk sebanyak RM500,000.
Yang Berhormat Indera Mahkota, kementerian melalui JPS akan melaksanakan kerja pengerukan muara Sungai Ular dan muara Sungai Balok dengan peruntukan berjumlah RM200,000 pada tahun ini. Untuk penyelesaian jangka panjang pula, kajian dan analisis hidraulik perlu dilaksanakan di kawasan terlibat untuk mengenal pasti punca masalah dan seterusnya mencadangkan kaedah atau langkah penyelesaian masalah mendapan muara tersebut dalam Rancangan Malaysia yang kelima— dalam RP5. Minta maaf. Tahun 2025.
Yang Berhormat Kubang Kerian, bagi memastikan infra Denai Sungai Kebangsaan (DSK) kekal relevan, menjadi tarikan pelancong dan manfaatkan pengguna.
JPS merancang untuk terus menyelenggara infrastruktur DSK yang telah dibangunkan menggunakan peruntukan pemuliharaan sungai.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Sungai Besar, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi penyelesaian jangka panjang mengatasi masalah banjir pantai dan pengukuhan ban pantai di negeri Selangor khususnya di kawasan Sungai Besar, Pihak kementerian melalui JPS akan melaksanakan projek kawalan hakisan dan memperkukuhkan benteng pantai di Kampung Seri Sentosa, Sekinchan, daerah Sabak Bernam di bawah projek mengatasi masalah fenomena air pasang besar dan hakisan pantai pelbagai negeri. Projek ini dijangka bermula pada pertengahan tahun 2024 dengan tempoh projek selama 19 bulan.
Projek ini melibatkan kerja-kerja penambahbaikan ban pantai sedia ada serta pembinaan struktur lapis lindung batu (rock revetment) dengan izin, yang dianggarkan sepanjang satu kilometer dan berfungsi sebagai pemecah ombak serta melindungi ban pantai daripada pecah akibat daripada hentaman ombak.
Yang Berhormat Sungai Petani...
[Sambil melihat ke belakang] Kena ucap tahniah dekat dia ini, orang baharu. *Welcome to the family.
[Ketawa]* Kementerian melalui JPS sentiasa memantau kejadian banjir kilat di kawasan sekolah menengah kebangsaan SMK ‘Minta Batu’, Sungai Petani. Selain sistem saliran tidak sempurna, kawasan ini terletak di tepi pantai dan terkesan dengan air pasang surut yang memburukkan lagi keadaan apabila hujan lebat bertembung dengan air pasang. Sebagai langkah bukan struktur, JPS telah menyiapkan kajian pelan induk tebatan banjir Sungai Petani pada 2022. Kajian ini memperincikan pembangunan saliran dan perparitan di seluruh Sungai Petani. JPS akan memohon projek fizikal bagi menangani isu banjir kilat di kawasan terlibat berdasarkan syor kajian ini. Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, JPS merancang untuk menyelenggara sungai tersebut dengan peruntukan sejumlah RM100,000.
Yang Berhormat Kuala Terengganu, kementerian melalui JPS telah membuat permohonan projek tebatan banjir Gong Kiat Fasa 2 dalam Rolling Plan Kelima di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Projek pemuliharaan muara Ibai, Kuala Terengganu pula telah mula dilaksanakan pada 24 Julai 2023 dengan kos berjumlah RM24 juta.
Kemajuan semasa di tapak adalah enam peratus dan berdasarkan jadual, projek ini dijangka siap pada November 2025. Bagi langkah jangka masa panjang pula, JPS juga telah menyediakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu pada tahun 2019.
Yang Berhormat Rasah, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 5, kontraktor telah dilantik secara reka dan bina serta tempoh projek di bawah perjanjian selama 60 bulan. Projek ini merupakan pelengkap kepada PLSB Sungai Linggi Fasa 1 hingga Fasa 4 yang mampu memberikan penyelesaian bersepadu atau total solution dengan izin, kepada banjir di beberapa kawasan dalam Parlimen Rasah, Rantau dan juga di lembangan Sungai Linggi iaitu Paroi, Linggi, Empangan Temiang dan juga Kepayang.
Yang Berhormat Tebrau, sebagai makluman Yang Berhormat, kementerian melalui JPS sedang melaksanakan projek saliran mesra alam di kawasan Tebrau dan Plentong dengan kos berjumlah RM41.8 juta. Objektif projek adalah untuk mengatasi banjir kilat di sembilan lokasi di Tebrau dan Plentong. Lokasi tersebut adalah Kampung Ubi, Kampung Kangkar, Tebrau, Kampung Plentong Baru, Saujana Baru, Kempas Permatang, Kampung Sri Plentong, Kampung Bunga Ros, Sungai Tampoi dan juga Sungai Senggarang. JPS sedang mereka bentuk projek ini dan berdasarkan perancangan projek ini akan ditender setelah proses pengambilan tanah selesai. Untuk makluman, segala pelaksanaan projek ini adalah berdasarkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam Tebrau dan Plentong, Johor pada tahun 2018.
Yang Berhormat Kota Belud, JPS telah melaksanakan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISMP) negeri Sabah untuk pesisiran pantai Tuaran dan Kudat. Hasil utama kajian ini adalah cadangan langkah kawalan hakisan pantai selaras dengan isu dan keadaan semasa garis pantai di daerah Tuaran dengan Kudat termasuklah Pulau Mantanani dan Pulau Emas. Kajian ini telah siap sepenuhnya pada 10 Februari 2024.
Yang Berhormat Tenggara, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui JPS mengambil maklum akan masalah banjir yang berlaku di Tenggara. Sehingga kini JPS sedang melaksanakan tiga projek RTB. Projek pertama adalah RTB Sungai Pemandi dengan jumlah kos keseluruhan RM42 juta. Projek ini telah mula dilaksanakan
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
pada Julai 2023 dan kemajuan terkini di tapak adalah 21.2 peratus. Berdasarkan perancangan projek dijangka siap menjelang Disember 2025.
Projek seterusnya adalah RTB Sungai Johor Fasa 1 yang dilaksanakan secara reka dan bina melalui dua pakej berbeza. Pakej pertama bernilai RM575.1 juta telah pun ditender dan dijangka dimulakan pada sukuan kedua 2024. Manakala, pakej kedua bernilai RM74.2 juta telah dilaksanakan pada Disember 2023. Berdasarkan perancangan kedua-kedua pakej ini akan siap pada tahun 2029.
Yang Berhormat Baling, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui JPS mengambil maklum akan masalah banjir di Baling. Projek RTB Baling akan dilaksanakan sebagai penyelesaian jangka panjang mengurangkan impak daripada bencana alam seperti banjir besar yang melanda Baling pada penghujung tahun 2021.
Sebagai makluman, reka bentuk RTB Baling Fasa 1 dijangka ditender pada tahun ini.
Skop fasa pertama ini melibatkan jajaran Sungai Kupang di Pekan Kupang sepanjang lima kilometer bermula di muara Sungai Kupang menghala ke hulu sungai. Seterusnya, RTB Baling Fasa 2 pula dalam peringkat pra-pelaksanaan.
Yang Berhormat Tawau, sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan penubuhan tabung amanah memerlukan perbincangan lanjut antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Kerajaan perlu mengkaji mekanisme sesuai kerana keperluan peruntukan melibat kos tinggi dan sentiasa meningkat setiap tahun serta bilangan sungai pula begitu banyak di seluruh negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kedua iaitu bekalan air dan pembetungan. Bagi menjawab berkenaan masalah bekalan air dan pembetungan dibangkitkan oleh Yang Berhormat seperti berikut iaitu Yang Berhormat Jelutong.
Sekiranya terdapat aduan laporan kerosakan atau insiden kebocoran paip, pihak IWK akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera menggunakan peruntukan IWK.
Manakala untuk penyelesaian jangka panjang pula, pihak IWK telah merancang untuk menaik taraf paip-paip graviti yang bermasalah di Jalan Perak dan Jalan Sungai serta pembinaan satu rangkaian paip graviti baharu menggantikan paip bertekanan tinggi sedia ada di Jalan Sungai Pinang. Satu kajian kejuruteraan yang menyeluruh melibatkan penyiasatan lengkap di tapak melibatkan kos RM1.1 juta telah dijalankan oleh pihak IWK sebagai usaha untuk menentusahkan skop kerja.
Kajian ini juga melibatkan kerja-kerja rasionalisasi stesen pam PEG 123, Jalan Sungai dan menaik taraf LRK PEG 183 kepada stesen pam berserta paip bertekanan yang baharu. Kajian kejuruteraan ini telah selesai pada hujung tahun 2023 dan mendapati kerja-kerja membaik pulih paip graviti, pembinaan paip baharu bertekanan tinggi serta menaik taraf stesen pam perlu dilaksanakan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Anggaran kos terlibat adalah sebanyak RM115 juta dengan tempoh penyiapan adalah 36 bulan. Projek ini akan dibiayai melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Modal Pembetungan ataupun singkatannya KWSMP. Projek ini dijangka akan bermula suku keempat, tahun 2024 dan akan mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk disiapkan.
Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tuaran kementerian mengambil maklum mengenai isu gangguan bekalan air di kawasan Pantai Barat Sabah dan beberapa daerah lain di Sabah. Bagi mengatasi isu ini, sebanyak empat projek baharu telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kedua Belas berjumlah RM300 juta bagi menyelesaikan isu bekalan air di Sabah seperti berikut:
(i) projek mengurangkan kadar kehilangan air tidak terhasil, penggantian ataupun naik taraf paip di kawasan Kota Kinabalu;
(ii) penggantian pam penggalak, pembinaan rumah pam penggalak ataupun penggantian pam air bagi muka sauk dan loji rawatan air di daerah Kota Kinabalu dan kota raya Telipok;
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
(iii) projek peningkatan kapasiti bagi muka sauk dan loji rawatan air Sabah; dan
(iv) penggantian alat jana kuasa di Loji Rawatan Air Merotai, Tawau dan juga Beaufort.
Kesemua projek baru ini sedang dalam peringkat untuk memuktamadkan dokumen bagi perolehan. Selain itu, peruntukan sebanyak RM163.55 juta telah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kedua Belas kepada Kerajaan Negeri Sabah. Bagi projek-projek sambungan bekalan air di negeri Sabah, terdapat empat projek yang telah siap dan sedang dalam proses penutupan projek iaitu;
(i) projek menaik taraf sistem bekalan air Kota Marudu;
(ii) pembinaan loji rawatan air baru Semporna;
(iii) pembinaan loji rawatan air baru Kundasang; dan
(iv) kajian dan reka bentuk konsep bagi bekalan air Kota Kinabalu.
Manakala, tujuh projek masih dalam pelbagai peringkat kemajuan fizikal yang dijangka akan siap antara tahun 2025 hingga tahun 2028. Selain itu, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan keseluruhan peruntukan berjumlah RM87.2 juta bagi Program Air Tidak Terhasil ataupun NRW Kebangsaan, pendekatan satu negeri Sabah yang sedang dilaksanakan bermula dari Rancangan Malaysia Kesebelas hingga Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Yang Berhormat Sungai Petani. Kerajaan melalui agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN akan menyelaras bantuan penghantaran lori-lori tangki ke negeri yang terjejas selaras dengan memorandum persefahaman ataupun MOU. Kerjasama antara operator air semasa menghadapi krisis bekalan air yang ditandatangani pada 17 Mei 2022. Pada masa yang sama, penyelarasan bersama kerajaan negeri dan agensi luar seperti Jabatan Meteorologi Malaysia ataupun METMalaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara ataupun NADMA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggerakkan bantuan pembenihan awan akan dilaksanakan untuk membantu meningkatkan paras air empangan yang menjadi sumber bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air.
Yang Berhormat Beaufort. Sumber bekalan air di daerah Beaufort adalah daripada dua loji rawatan air ataupun LRA utama iaitu LRA Beaufort 1 dan LRA Beaufort 2 dengan jumlah keseluruhan kapasiti sebanyak 60 juta liter sehari untuk menampung keperluan sebanyak 12,285 pengguna berdaftar di Daerah Beaufort.
Bagi menyelesaikan masalah pengoperasian di kedua-dua loji tersebut, kementerian di bawah Rolling Plan Keempat, Tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas telah meluluskan projek baharu pada negeri Sabah dengan skop projek yang diluluskan adalah seperti berikut;
(i) menaik taraf muka sauk di LRA Beaufort 2; dan
(ii) penggantian generator di muka sauk dan Loji Rawatan Air Beaufort 1, Beaufort.
Projek ini sedang dalam peringkat untuk memuktamadkan dokumen perolehan.
Yang Berhormat Sandakan. Kementerian telah menerima permohonan pelaksanaan projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan, Sabah di bawah Rolling Plan Kelima, Tahun 2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Walau bagaimanapun, ini adalah tertakluk mengikut keutamaan dan impak besar kepada rakyat serta pertumbuhan ekonomi negara. Ia juga tertakluk kepada semakan bajet di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Lumut. Lembaga Air Perak ataupun LAP sebagai operator air negeri bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan, penggantian dan juga pembaikan infrastruktur bekalan air bagi menjamin kelangsungan bekalan air yang berterusan pada pengguna. Berdasarkan pada rekod SPAN, LAP telah menyenaraikan projek menaik taraf
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
sistem bekalan air dan agihan di Pulau Pangkor dengan kos RM13 juta dalam Pelan Perniagaan LAP di bawah tempoh operasi yang kelima iaitu tahun 2024 hingga 2026.
Yang Berhormat Labuan. Bagi menangani isu bekalan air di Labuan, pada tahun 2024, sebanyak RM55 juta diperuntukkan merangkumi RM25 juta untuk langkah jangka pendek dan RM30 juta untuk melaksanakan kerja-kerja jangka sederhana dan jangka panjang. Pada masa ini, sebanyak empat projek jangka pendek telah dikenal pasti dan dijadualkan siap secara berperingkat pada tahun 2024 dan 2025 iaitu;
(i) kerja-kerja penggantian sistem pam dan kerja-kerja berkaitan di Pulau Enoe;
(ii) kerja-kerja pembaikan mekanikal dan elektrikal serta kerja-kerja berkaitan di Bukit Kallam, Kerupang dan Rumah Pam Arsat;
(iii) penggantian transformer di LRA Lawa Gadong dan kerja-kerja berkaitan di LRA Lawa Gadong dan juga kerja-kerja penggantian tangki LRA Lawa Gadong dan baik pulih tangki Kerupang.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuaran. Boleh bertanya?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Let me finish. Sekejap ya. Dalam hal ini, kementerian yakin usaha yang telah dan sedang diambil ini mampu menyelesaikan isu bekalan air di Labuan. Kementerian juga berpandangan sebarang langkah atau perancangan yang ingin dibuat perlu diteliti dari segi sudut kos, benefit dan keberkesanan projek. Silakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan dengan soal bekalan air. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat sebagai bukan sahaja seorang menteri tetapi juga seorang peguam dan juga yang menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia Tahun 1963.
Jadi, bila kita lihat Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuan. Dalam senarai Persekutuan disebut juga hal bekalan air ini sebagai hal Persekutuan dan dalam senarai negeri dia disebut juga. Jadi, sebenarnya air ini adalah hal negeri atau hal Persekutuan?
Dan adakah hal air ini dipisahkan dalam hal pembekalan saja, pengagihan saja atau bagaimana?
Sebab naratif yang dibuat di Sabah ialah setiap peruntukan ataupun duit Persekutuan yang diberikan kepada Sabah melalui Jabatan Air semuanya dalam bentuk pinjaman kerana air adalah hal negeri. Ini naratif yang dibuat dan seperti Yang Berhormat, apabila sampai ke Tuaran tempoh hari dan melihat, mencari peruntukan hanya untuk memasang paip daripada loji rawatan Telibong ke tangki pengagihan ataupun storage di Telipok, pun menghadapi masalah hanya untuk mencari RM138 juta sahaja untuk tujuan itu.
Jadi dalam hal ini, apakah yang sebenarnya yang betul? Adakah hal air itu hal negeri atau hal Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk air termasuk juga tenaga memang di bawah senarai bersama. Ada bidang kuasa di bawah bidang kuasa negeri, ada sebahagiannya bidang kuasa Persekutuan. Dan sebab itu mana di bidang kuasa negeri dan kita biasanya akan memberi pinjaman. Mana yang di bawah bidang kuasa Persekutuan, kita akan membuat secara geran ataupun peruntukan khas daripada Persekutuan.
Sebab itu yang kita laksanakan termasuklah di Sabah di mana Yang Berhormat sendiri mengikuti saya untuk lawatan ke tapak, sebahagiannya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan sebahagiannya adalah bentuk pinjaman. Dan ada juga yang bentuk geran. Dan sebab itu yang berhubung kait dengan paip, yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan di situlah kita terpaksa memohon untuk mendapat peruntukan tambahan disebabkan ada permasalahan dari segi alignment yang melibatkan jajaran Pan Borneo dan sebagainya. Itu yang sedang kita laksanakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Jadi, kalau begitu keadaan Yang Berhormat, ia dalam senarai bersama. Jadi, seperti mana juga Yang Berhormat tahu, cabaran bekalan air negeri Sabah terutama sekali pada ketika ini reserve marginnya negatif. Apa pun yang dibuat, kita pasang paip dan sebagainya tapi reserve margin negatif. Jadi dalam musim panas ini memang darurat sana sini.
Pada hari ini, di daerah Tuaran sebagai contoh telah diisytiharkan bencana kemarau, sebagai contoh dan memang masalah air ini besar. Jadi, kalau dengan cara cuma pinjaman kepada Sabah, sampai bilakah masalah air di Sabah ini boleh selesai Yang Berhormat jika sekiranya kita tidak diberikan secara geran? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sebab itulah daripada segi bekalan air itu sendiri memang di bawah Kerajaan Negeri Sabah untuk pastikan dan penguatkuasaan juga dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri Sabah sama ada melantik syarikat ataupun melalui agensi yang dilantik oleh pihak negeri Sabah. Cara untuk mereka mendapat kembali ialah melalui tarif yang ditetapkan.
Jadi cabarannya sekarang ialah disebabkan pertama sekali NRW di mana Sabah itu sendiri mempunyai NRW lebih 50 peratus. Sebab itu salah satu fokus kita ialah bagaimana kita dapat membaik pulih secara berperingkat paip-paip air supaya tidak berlaku ketirisan. Tetapi ketirisan juga berlaku disebabkan kecurian sama ada oleh industri mahupun oleh individu. Apatah lagi cabaran di Sabah dengan banyak illegal yang banyak membuat illegal extension. Jadi ini memerlukan penguatkuasaan dan penguatkuasaan ini hanya dapat dilakukan oleh pihak negeri Sabah itu sendiri.
Ini untuk memastikan bahawa kita dapat mengumpul balik segala kos daripada segi tarif yang dikutip balik untuk kita membiayai sama ada pinjaman dan sebagainya ataupun untuk kos operasi. Ada bidang-bidang yang mungkin Kerajaan Persekutuan boleh membantu. Saya sedar bahawa kerajaan negeri sekarang ini memang memohon sebahagian daripada pinjaman itu untuk diubahkan ataupun dilupuskan hutang tersebut dan ditukarkan sebagai geran. Ini sedang dalam peringkat perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kita sedar apa juga masalah di peringkat negeri Sabah tetapi pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Sabah itu sendiri kena mengambil tindakan untuk sama-sama menyelesaikan permasalahan ketirisan dan juga NRW itu sendiri.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ini untuk menjamin supaya bekalan yang berterusan dapat disampaikan kepada rakyat. Berhubung kait dengan kemarau dan sebagainya, sudah pasti saya kira Kerajaan Negeri Sabah itu sendiri akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di peringkat negeri. Ya, sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya minta sikit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu bangkit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Setiu, lepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey. Di Setiu, isu air merupakan antara isu yang meruncinglah. Dah diluluskan projek LRA untuk naik taraf Loji Rawatan Air Bukit Kemudu dan juga Loji Rawatan Air Sungai Tong 2 tetapi setakat ini belum di tender lagi walaupun diluluskan kalau tak silap saya, tahun 2021 yang lalu.
Yang kedua, dalam tajuk antara yang saya bahaskan dalam perbahasan saya baru-baru ini ialah berkait dengan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu 1 dan Sungai Setiu 2 dan juga peruntukan kecemasan untuk menghadapi Monsun Timur Laut bagi mengatasi hakisan di sekitar Batu Rakit untuk tahun mendatang ini.
Sebab walaupun sudah diluluskan breakwater dan sudah dimulakan pembinaan tetapi breakwater ini akan siap dalam tempoh tiga tahun. Jadi Monsun Timur Laut 2024,
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
2025, 2026 ini akan berlaku dan akan berlaku hakisan kritikal. Jadi, Menteri tak jawab lagi apa yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya nak bangkitkan dua perkara tentang bekalan air ini ialah tentang status empangan. Mungkin ada dalam- kita ada lapan empangan yang sangat kritikal dan berisiko sangat tinggi termasuklah Empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands dan kalau sekiranya nauzubillah, apa-apa berlaku pada lapan empangan yang sangat kritikal ini, dia akan mendatangkan impak yang sangat besar.
Kita ada flying squad untuk memantau semua dam di negara kita tetapi saya fikir apakah kerajaan bercadang untuk wujudkan satu agensi khas bagi memastikan empangan kita dipantau dan peruntukan dapat disegerakan termasuk juga ialah tentang Empangan Chereh di Kuantan. Hingga setakat ini, dia masih lagi belum bermula dan saya fikir dia telah menyebabkan- dia empangan bekalan air dan risiko pada bandar Kuantan.
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Setiu.
Nampaknya dalam rekod yang saya ada, perbahasan Yang Berhormat Setiu mungkin tak tercatat tetapi saya akan mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan saya akan memberi respons kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Kubang Kerian, perkara ini tidak dibahaskan tetapi saya setuju waktu kita bersama dalam Kabinet dulu, ini adalah satu isu yang perlu kita bagi perhatian iaitu empangan yang berkedudukan risiko tinggi. Jadi, insya-Allah saya akan mengambil maklum dan mengambil tindakan ke atas perkara tersebut.
Yang Berhormat Rompin, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sebagai operator air negeri adalah bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan, penggantian dan pembaikan infrastruktur bekalan air bagi menjamin kelangsungan bekalan air yang berterusan kepada pengguna.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), PAIP telah menyenaraikan projek membina dan menyiapkan LRA Muadzam Fasa 2 berkapasiti 22.5 juta liter sehari di daerah Rompin dengan kos RM25 juta dan dalam pelan perniagaan PAIP luar tempoh Operasi Keempat (OP4) tahun 2021 hingga 2024 dan baki sebanyak RM20 juta akan dimohon di bawah OP5.
Yang Berhormat Tangga Batu, berdasarkan pada semakan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), isu ini adalah disebabkan oleh sistem bekalan air dalam kem yang merupakan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan bukan operator air negeri iaitu Syarikat Air Melaka Berhad.
Yang Berhormat Batu Kawan. Mesyuarat antara Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 9 November 2023 secara dasarnya bersetuju bahawa negeri perak akan menyalurkan air terawat pada Pulau Pinang tertakluk kepada kecukupan air untuk kegunaan rakyat di negeri Perak terlebih dahulu.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan projek sumber kepada Bahagian Bekalan Air Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk diteliti dan pertimbangan lanjut. Pada masa ini, sekuriti air di Pulau Pinang berada dalam keadaan mencukupi berdasarkan kepada reserve margin yang direkodkan pada tahun 2022 iaitu sebanyak 26.4 peratus. Peratusan ini adalah melepasi kadar selesa yang disyorkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Yang Berhormat Tawau. Kerajaan Persekutuan sentiasa membantu Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah melalui pembiayaan projek-projek sumber dan bekalan air di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12. Sarawak telah diluluskan peruntukan sebanyak RM140.85 juta untuk melaksanakan projek baharu dan sambungan di seluruh negeri Sarawak. Timbalan Menteri pada 27 Disember 2023 pula telah bersetuju
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah.
Kerajaan Negeri Sabah juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM163.5 juta di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 bagi projek-projek sambungan. Bagi penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Negeri Sabah boleh memohon di bawah rolling plan akan datang berdasarkan perancangan projek dan keperluan bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah.
Bagi menjawab soalan berkaitan bekalan elektrik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat seperti berikut iaitu Yang Berhormat Hulu Terengganu, kementerian mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Hulu Terengganu supaya Tenaga Nasional Berhad membina kawasan rehat dan rawat di kawasan Chabang Baru di Kampung Kuala Jeneris, Hulu Terengganu, namun pembinaan kawasan R&R ini adalah di luar bidang kuasa kementerian.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, taraf kehidupan serta ekonomi khususnya di kawasan Kuala Berang, Hulu Terengganu telah meningkat melalui pembinaan Empangan Kenyir yang mana terletaknya Stesen Janakuasa Sultan Mahmud milik TNB.
Pelbagai aktiviti ekonomi telah dijana oleh penduduk setempat melalui ekopelancongan dan penternakan ikan air tawar melalui pembinaan empangan ini. Pada masa yang sama, penduduk di Hulu Terengganu juga tidak terkecuali mendapat manfaat daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat ataupun CSR dilaksanakan oleh TNB.
Yang Berhormat Tawau. Kerajaan komited untuk memastikan sumber tenaga elektrik negara dapat dibekalkan dengan mencukupi secara lestari ataupun sustainable dan pada kadar yang mampu ditanggung oleh pengguna.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Di peringkat kementerian, Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembaikan Elektrik dan Tarif (JPPPET) telah ditubuhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2007. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dalam pembekalan elektrik negara dan dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh setahun.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Yang Berhormat Menteri, Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Julau, ya.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Julau, air, isu air. Ada jawapan?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Julau mungkin boleh- Setakat ini saya tak nampak ada senarai Julau berbahas pun.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Oh, saya ada bahas di dalam ucapan saya. Mohon minta Menteri jawab.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Nanti saya akan semak...
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
...Dan beri jawapan secara bertulis kepada Julau kalau ada dibangkitkan. Cuma masa dah habis, saya ada beberapa isu lagi sebenarnya termasuk hal ehwal Sabah.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri perlukan, Menteri perlukan...
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Mungkin saya perlukan dalam 10 ke 15 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi 10 minit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih. JPPPET berperanan dalam menentukan perancangan pembekalan tenaga elektrik serta hala tuju industri bekalan elektrik negara yang merangkumi Semenanjung dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bermula pada 3 Januari 2024, Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan sepenuhnya kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah meliputi perancangan, pelan pembangunan penjanaan elektrik, perolehan, pemantauan dan juga penyeliaan projek serta penyelesaian isu-isu berkaitan pembekalan elektrik Sabah.
Manakala perancangan pembekalan tenaga elektrik di Sarawak, adalah di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Sarawak, selaras dengan penggantungan pemakaian keseluruhan Akta Bekalan Elektrik 1990 di negeri Sarawak, berkuat kuasa 1 September 1990. Walau bagaimanapun, Sarawak dan Sabah akan membentangkan perancangan pembekalan tenaga elektrik negeri Sabah dan Sarawak dalam Mesyuarat JPAC untuk makluman mesyuarat dan pemantauan pembekalan elektrik secara keseluruhannya di peringkat negara.
Yang Berhormat Tuaran, sebagaimana Yang Berhormat yang sedia maklum, Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan sepenuhnya kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah meliputi perancangan, pelan pembangunan penjanaan elektrik, perolehan, pemantauan dan penyeliaan projek serta penyelesaian isu- isu berkaitan pembekalan elektrik Sabah.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya terdapat keperluan dari segi aspek teknikal. Bagi kuasa kawal selia pembekalan elektrik, Wilayah Persekutuan Labuan masih dikekalkan di bawah Kerajaan Persekutuan dan mekanisme pembekalan elektrik di Labuan sedang diteliti oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui kementerian ini bersama-sama dengan Suruhanjaya Tenaga. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Rompin berkaitan isu tenaga lestari.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat, boleh balik kepada Labuan sebentar tadi?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Jadi, kalau Labuan ini masih di bawah ST, bagaimana pula dalam penentuan tarif nanti? Sebab yang pembekal elektrik di Labuan adalah SESB sedangkan yang regulated Labuan adalah Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Jadi, penentuan tarif macam mana nanti?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ini nanti kita akan bincangkan dengan Energy Commission of Sabah bersama dengan ST untuk menentukan, disebabkan SESB menjadi salah satu pembekal ataupun mungkin juga yang terlibat bersama nanti.
Saya baru dapat maklumat Yang Berhormat Julau, sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Julau tadi dah diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Desa dan Luar Bandar.
Isu tenaga lestari Yang Berhormat Rompin, bagi memastikan aspirasi peralihan tenaga melalui pendekatan campuran kapasiti terpasang TBB kepada 70 peratus menjelang tahun 2050 tercapai. Kerajaan telah menetapkan perancangan kemasukan TBB dengan mengambil kira keupayaan semasa sistem dengan infrastruktur rangkaian grid pembekalan elektrik dan juga keperluan masa depan sistem rangkaian grid tersebut supaya dapat menampung kemasukan kapasiti TBB yang lebih tinggi.
Antara usaha yang dilakukan bagi menyokong kemasukan kapasiti TBB, terutamanya sumber TBB seperti solar yang bersifat intermittent adalah dengan pembangunan infrastruktur grid dengan penerapan teknologi keterhadapan, termasuk teknologi penstoran tenaga serta pendigitalan, sistem kendalian grid yang lebih pintar dan automated.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Isu yang kelima, Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan khususnya berkaitan Perjanjian MA63.
Kerajaan Persekutuan akan terus komited dan memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam MA63 untuk diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kerangka undang-undang yang sedia ada.
Untuk makluman Yang Berhormat, perkara berhubung pelantikan pesuruhjaya kehakiman merupakan salah satu perkara tuntutan asas MA63 yang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jawatankuasa teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri.
Perkara 122AB memperuntukkan kuasa melantik pesuruhjaya kehakiman tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Persekutuan. Proses pelantikan yang diamalkan pada masa ini merangkumi rujukan dan persetujuan daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sebelum pelantikan dilaksanakan. Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menginstitusikan amalan tersebut sedang dalam perbincangan dan penelitian kerajaan. Perkara tuntutan asas MA63 akan terus dipantau oleh jawatankuasa teknikal di bawah MTPMA63 dan MTPMA...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh saya tanya?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sehingga penyelesaian memuaskan hati semua pihak terlibat telah dicapai.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan Perkara 122AB, sebagaimana Yang Berhormat tahu bahawa dalam asalnya, versi asalnya perkara ini memberi kuasa kepada TYT Sabah dan Sarawak untuk melantik jadi judicial commissioner dan telah dipinda pada tahun 1994.
Apabila ia dipinda, ia Parlimen ataupun pihak kementerian Kerajaan Persekutuan pada ketika itu telah gagal berbincang dengan kedua-dua Kerajaan Sabah dan Sarawak.
Saya telah bertanya beberapa kali di Dewan yang mulia ini, apakah status pindaan itu? Sebab ia gagal, ia tidak memenuhi keperluan Perjanjian Malaysia 1963 untuk memberi – membuat perundingan dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak. Jadi, adakah apa yang sedang dibuat sekarang di mana kuasa melantik judicial commissioner adalah Agong, sedangkan dalam versi asal dalam Perjanjian Malaysia 1963 itu, kuasa itu memang TYT Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ya. Perkara itu sudah kita bincangkan dan dalam rangka untuk diinstitusikan di mana kelulusan daripada Tuan Yang Terutama dua- dua negeri perlu didapati. Jadi, ini sedang dimuktamadkan di peringkat kerajaan dan jawatankuasa teknikal masih menunggu the final decision dengan izin daripada pihak agensi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Jadi, apakah nanti perkara itu dikembalikan kepada versi yang asal dalam Perlembagaan Persekutuan?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang itu sedang kita muktamadkan yang saya maksudkan tadi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Tetapi secara prinsip memang dipersetujui.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Jadi, status kemajuan terkini bagi perbincangan perkara tuntutan asas MA63 adalah seperti berikut, selesai sepenuhnya ada 10 perkara tuntutan asas iaitu:
(i) perjanjian kuasa kawal selia (LPG) kepada Kerajaan Negeri Sarawak;
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
(ii) penyerahan semula kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah;
(iii) pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 122 dan Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia;
(iv) pemberian kuasa ataupun empowerment mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak;
(v) pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 atau lebih dikenali sebagai AP182;
(vi) pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap Lembaga Hasil Dalam Negeri;
(vii) penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di negeri Sabah;
(viii) pentadbiran badan penghakiman di Sabah dan Sarawak;
(ix) penyediaan garis panduan penyerahan semula tanah yang dirizabkan bagi maksud Persekutuan di negeri Sabah dan di negeri Sarawak; dan
(x) penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Selesai sebahagian ataupun interim, kajian semula pemberian khas bagi negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D iaitu RM300 juta setiap negeri telah mempunyai keputusan dasar. Ada tiga perkara iaitu pemberian kuasa (empowerment) mengenai alam sekitar. Kedua, tenaga buruh di negeri Sabah dan Sarawak. Ketiga, kuasa mengenai pelantikan pesuruhjaya kehakiman pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Keempat, dalam perbincangan ada 15 perkara:
(i) royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum;
(ii) mineral minyak dan medan minyak;
(iii) Akta Laut Wilayah 2012;
(iv) hak negeri ke atas pelantar benua;
(v) obligasi kewangan Persekutuan di bawah Senarai 3, Senarai Bersama, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan;
(vi) duti setem dikenakan ke atas instrumen pemindahan, caj menyewakan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Kanun Tanah Sarawak;
(vii) pertambahan perjawatan perkhidmatan awam di Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan;
(viii) Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak;
(ix) pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak Kalimantan;
(x) pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat di negeri Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat;
(xi) cadangan pindaan Perkara 95B Perlembagaan Persekutuan mengenai ubahsuaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan;
(xii) cadangan pindaan item 25A Pelancongan dalam Senarai 1 Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
kepada Senarai 3 Bersama, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan;
(xiii) isu kesihatan;
(xiv) isu pendidikan; dan
(xv) penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri.
Yang Berhormat Tuaran, saya ada beberapa muka surat lagi untuk selesai.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Satu, pendek. Pendek saja.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ada 25 saat tinggal. Boleh nanti kita bincang. Saya selesaikan ini. Kesian dengan yang lain nanti hendak mendengar isu-isu apa.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, okey.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Perkara tuntutan asas MA63 yang lain masih lagi dalam peringkat perbincangan dan kementerian dan agensi terlibat sedang melaksanakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memperincikan pelaksanaan perkara tuntutan asas tersebut.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kerajaan Persekutuan komited untuk menyegerakan penyelesaian pada semua tuntutan mengenai MA63. Bagaimanapun tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara tuntutan adalah tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan. Selain itu tahap ketersediaan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak dari segi sudut operasi, sumber manusia, kewangan juga merupakan aspek yang perlu diambil kira sebelum suatu perkara tuntutan asas MA63 dapat diselesaikan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa muka surat lagi tapi saya kira yang itu saya boleh skip dululah. Saya mengucapkan terima kasih pada semua yang mengambil bahagian, yang memberi pandangan, teguran dan insya-Allah secara bersama kita akan terus memberi khidmat yang terbaik mencari penyelesaian kepada apa saja permasalahan dibangkitkan. Tapi yang lebih utama ialah untuk sama-sama menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, negeri dan juga negara, insya- Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Sekarang saya jemput Menteri Dalam Negeri, 40 minit. Silakan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah.
[Berselawat] .* Tan Sri Pengerusi, saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih pada Tan Sri di atas ruang kesempatan untuk saya mewakili KDN memberikan reaksi kepada isi ucapan yang telah disuarakan oleh 37 Ahli-ahli Yang Berhormat, di antara 27 Februari sehingga 7 Mac yang menyentuh ruang lingkup tugas Kementerian Dalam Negeri. Pegawai-pegawai telah mencatat sekurang-kurangnya 52 isu yang menyentuh pelbagai perkara tetapi berlegar di atas paksi yang sama.
(i) segi keselamatan dan ketenteraman awam;
(i) isu imigresen;
(ii) isu warganegara;
(iii) ada juga yang membawa tajuk tentang sumber manusia dan kebajikan anggota; dan
(iv) pembangunan infra termasuk pembinaan IPD, balai polis dan kuarters.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada sekalian Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian terhadap teguran dan kritikan. Kami mengambil perhatian bahawa teguran dan kritikan itu dibuat dengan niat yang baik untuk melihat supaya KDN menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan. Ada juga syor dan juga cadangan, ini juga sangat kami hargai dan kami akan susuli dengan tindakan yang sewajarnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan memberi sedikit panduan bahawa sejumlah Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara spesifik tentang pembangunan dan naik taraf infra. Saya memilih untuk menjawab secara bertulis. Mereka termasuklah Jelutong, Sungai Besar, Segamat, Lumut, diikuti Serian, Sipitang, Gerik, Lawas, Miri dan Mas Gading. Ini berkait soal baik pulih, soal naik taraf, soal pembinaan baharu, itu selalunya akan terangkum di bawah Butiran Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri. Kemudian saya akan kongsi nanti butiran mengikut Rolling Plan sama ada bajet telah diluluskan atau kami telah daftarkan. Itu akan membantu kerana sekalian Ahli Yang Berhormat juga saya telah utuskan surat memaklumkan tentang projek-projek Kementerian Dalam Negeri di kawasan Parlimen masing-masing.
Dengan itu saya mulakan dengan memberikan reaksi terhadap perkara dibangkit oleh rakan saya dari Raub iaitu berkaitan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Raub bertanya apakah PDRM bersedia untuk melihat semula SOP tentang pengendalian, penganjuran perhimpunan awam. Tan Sri Yang di-Pertua, PDRM dalam menguruskan perkara dari hal perhimpunan awam, mengguna pakai Akta Perhimpunan Aman. Di sana ada tiga tugas;
(i) tugas Polis;
(ii) tugas penganjur perhimpunan; dan
(iii) tugas peserta perhimpunan.
Kebelakangan ini pun sering berlaku perhimpunan awam, tidak kurang tiga atau empat sejak sebulan kebelakangan ini. Ianya semua dapat ditangani dengan tertib dan aman oleh pasukan Polis. Untuk itu saya nak jelaskan dua perkara.
Pertama, adalah menjadi kewajipan pihak penganjur untuk memaklumkan kepada pihak Polis hasrat untuk mengadakan perhimpunan. Itu adalah kehendak seperti yang tercatat di dalam seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman, lima hari sebelum tempoh perhimpunan. Ini adalah pindaan setelah pihak Polis juga terikat dengan keputusan mahkamah dalam kes Nik Nazmi yang juga membabitkan keputusan mahkamah di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman di mana notis 10 hari di putus mahkamah sebagai tidak berperlembagaan.
Sekarang pindaan yang dibuat itu hanya menghendaki penganjur memaklumkan kepada Polis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan. Bertindak di atas notis itu, pihak Polis akan menyelaraskan soal kawalan trafik, soal kawalan keselamatan, kawasan premis perhimpunan, bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan seumpamanya.
Di sana juga ada tanggungjawab peserta perhimpunan, mereka tak boleh bawa kanak-kanak di bawah umur, mereka tak boleh bawa senjata bahaya, tak boleh ada perbuatan provokasi yang akan mengundang kepada ketidakpuasan hati pelbagai pihak.
Jadi apa kala penganjuran perhimpunan aman itu mengikut panduan yang dicatat di bawah Akta Perhimpunan Aman, pihak Polis akan sentiasa memberi jaminan bahawa penganjuran itu akan tetap menghormati hak dan juga perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak maklumkan bahawa rakan saya dari Kluang bertanya apakah sudah ada rancangan kementerian untuk melihat kembali kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 84 yang dikatakan sebagai ketinggalan zaman? Saya ingin menyebut bahawa KDN memang adalah agensi kawalan selia terhadap Akta Mesin Cetak 84. Selain daripada itu, KDN juga adalah agensi yang kawal selia terhadap Akta Percetakan Teks Al-Quran. Itu pun ada kerana kadang-kadang masyarakat di luar sana leka. Misalnya, saya nak sebut dalam Dewan ini. Baru-baru ini pada 7 Mac iaitu hari
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Khamis, bertindak di atas aduan, Kementerian Dalam Negeri telah menyerbu satu premis yang mendapati syarikat yang menjalankan aktiviti menjilid naskhah Al-Quran dan menyalahi di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran Pindaan 2023 kerana syarikat yang menjalankan itu adalah syarikat yang dikendalikan oleh bukan Islam. Jadi itu sensitif ya.
Kerana itu kita sita 1,200 Al-Quran yang siap dijilid. 2,600 Al-Quran yang belum dijilid dengan nilai sitaan RM2.3 juta dan ini adalah berdasar kepada report Polis Seri Kembangan dan di bawah seksyen 5(1) Akta Percetakan Teks Al-Quran.
Di sana ada sensitivitinya, sebab itu ada keperluan sama ada di bawah Akta Mesin Cetak ataupun Akta Percetakan Teks Al-Quran seperti ini kerana masih berlaku di luar sana, walaupun kes terpencil tetapi itu akan mengundang kepada rasa sensitiviti.
Maknanya naskhah yang mulia Al-Quran ini di ada tertib dia, ada adab, ada panduannya untuk dikendalikan. Ia tak boleh sewenang-wenangnya, hanya melihat dari sudut percetakan hanya untuk menyiapkannya. Jadi itu ada keperluannya, sebab itu KDN akan terus mengambil tanggungjawab ini.
Rakan saya dari Jerlun membangkitkan tentang apa jadi kepada Arahan Pentadbiran Kementerian Dalam Negeri berkaitan isu penggunaan kalimah Allah. Ekoran keputusan mahkamah tempoh hari, KDN memang berhasrat untuk mewujudkan Arahan Pentadbiran yang baru. Sebelum Arahan Pentadbiran yang baharu itu dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sejumlah libat urus dengan pengamal undang-undang, pemimpin pelbagai agama, ahli-ahli akademik, pakar-pakar perundangan. Beberapa siri kami buat dan kemudiannya, hasil daripada itu, KDN telah bersama-sama dengan JAKIM kemudiannya mempersembahkan hasil libat urus itu kepada MKI dan juga kepada Raja-raja.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, berdasarkan kepada beberapa pandangan yang diberikan pendapatnya, nasihat oleh Majlis Raja-Raja terutama berkaitan dengan aspek akidah, sejarah, sosial, perundangan, penguatkuasaan, syariah dan keharmonian agama. Maka KDN meneruskan lagi engagement dengan pihak-pihak berkepentingan sehinggalah perkara ini nanti akan dilumatkan betul-betul sebelum daripada arahan pentadbiran itu dihebahkan.
Ini penting. Jika tidak, anggota penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri tidak ada sebarang panduan pelaksanaan terutama aspek kawalan dan penguatkuasaan terhadap penerbitan yang mengandungi kalimah Allah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Rakan saya dari Seputeh bertanyakan tentang kes siasatan polis terhadap Tan Sri Lim Kit Siang, Tony Pua dan juga Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong. Suka saya sebut bahawa kertas inkuiri Tan Sri Lim Kit Siang itu telah pun dihantar kepada Peguam Negara pada 14 hari bulan 12. Manakala kertas siasatan terkait laporan terhadap Tony Pua, esok 12 hari bulan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.
Manakala, tidak ada aduan terhadap Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong setakat ini diterima oleh pasukan polis. Jadi oleh kerana tiada aduan. Belum lagi siasatan dimulakan...
Tuan Yang di-Pertua
Machang ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, sila.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih atas – sedikit ya, Yang Berhormat Menteri berkenaan Profesor Teo Kok Seong tadi.
Walaupun tidak ada aduan, bermakna tak ada laporan polis dibuat setakat ini. Cuma sekadar Seputeh membangkitkan dalam Dewan.
Cuma, saya difahamkan kedua-dua, Firdaus Wong, pemilik portal The Merdeka Times dan Profesor Teo dah maklum kepada kami yang mereka akan dipanggil oleh pihak polis di Brickfields minggu ini. Jadi atas dasar apa mereka dipanggil? Kenyataan mereka
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
kah? Tentang penerbitan artikel tersebut kah? Jadi, boleh jelaskan kepada kami, kenapa ada laporan begini?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Secara khusus, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Seputeh terhadap, ketika perbahasan. Jadi saya respons yang itu. Okey. Sehingga tadi ketika saya dipersiapkan oleh pegawai polis yang memberikan reaksi kepada ini. Maka itu yang saya sebut. Kalau ada maklumat lain daripada itu merupakan perkara-perkara perkembangan baharu. Saya tidak ada halangan untuk merujuk kembali dengan pasukan polis.
Baik, rakan saya dari Batu, khusus bangkitkan soal apa kementerian sudah pun ada hasrat untuk meminda rang undang-undang...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih, saya difahamkan Yang Berhormat Menteri bahawa laporan polis telah dibuat ke atas itu Profesor Kok Seong itu. Ada laporan. Saya rasa di Pulau Pinang dan juga di Kuala Lumpur. Ada beberapa laporan polis, bukan tak ada laporan polis.
Pada masa yang sama tentang laporan polis yang dibuat ke atas pihak yang hanya menyatakan kedudukan Perlembagaan. Adakah siasatan ini dapatlah ditutup supaya ia tidak diungkit-ungkit lagi kerana ini hanya satu serangan politik yang tidak memberikan manfaat kepada sesiapa dan tidak juga menjejaskan hak mana-mana pihak.
Seperti macam apa yang dinyatakan oleh Kok Seong, itu memang tidak berperlembagaan dan melanggar Akta Hasutan. Kita masih ingat ada seorang bekas Ahli Parlimen telah didapati bersalah kerana membuat kenyataan sedemikian, menutup semua sekolah vernakular dan didakwa dan kemudian didapati bersalah dan lepas dilucutkan haknya sebagai seorang Ahli Parlimen.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya harap perkara ini jangan dimain-mainkan kerana ia merupakan salah satu asas, fundamental dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua.
dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga kontrak sosial merdeka. , terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Machang, biar saya respons satu- satu ya. Baik. Terima kasih sahabat saya dari Bagan. Terhadap soalan asal penjelasan saya adalah kertas siasatan siap, kertas inkuiri juga siap. Sekarang ada di pejabat Peguam Negara.
Sesuai dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan, Peguam Negara akan menilai, meneliti, menimbang apakah ada asas untuk tindakan selanjutnya. Tugas pasukan polis terhadap aduan, disiapkan satu siasatan dalam tempoh yang munasabah.
Sebab itu, terima kasih rakan saya dari Bagan kerana mengingatkan bahawa dalam pengetahuan Bagan sudah ada laporan. Jadi, saya tentu sahaja dan segera menyemak dengan pasukan polis terutama kerana aduan polis ini sistemnya talian, ia centralized. Kita dengan mudah untuk detect atau mengesan.
Jadi saya bersetuju bahawa perkara-perkara yang jelas dalam Perlembagaan terutama berkait dengan satu penerimaan kontrak sosial yang sudah lama kita guna pakai itu dihormati dalam batas-batas yang perlu kita jaga dan hormati bersama. Sila.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya ingin merespons kepada Bagan dan juga Yang Berhormat Menteri, saya fikir ia tiada kena mengena dengan politik Yang Berhormat Bagan. Profesor Emeritus Teo Kok Seong an accomplished scholar and academician.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Beliau bercakap bukan baru kali ini, dah berbelas tahun tentang isu sekolah vernakular, sekolah satu aliran dan perpaduan nasional. Jadi, bila mana beliau bercakap dan beliau diugut, digertak dalam Dewan ini oleh seorang Ahli Parlimen kita dan apakah ini satu yang melanggar Perlembagaan?
Kalau kita tidak boleh bercakap hal-hal sensitif tentang perpaduan nasional.
Macam mana – saya ambil contoh Yang Berhormat Menteri, article Letters to the Editor, The Star, 16 Oktober 2021.
[Sambil menunjukkan dokumen] Ditulis oleh ‘Yong Jing Yi’ seorang berbangsa Cina, “Inside the Chinese Private High School.” Beliau menggariskan tentang permasalahan yang ditimbulkan di sekolah menengah persendirian Cina. Silibus sejarah yang berat kepada Cina. Ketidakmampuan bercakap bahasa Melayu secara fasih kerana bercampur dengan satu kaum sahaja.
Jadi, bila mana beliau tulis ini, adakah ini tidak berperlembagaan? Kita bukan nak buat satu condemnation kepada bangsa lain ataupun sekadar nak timbulkan isu rasis.
Cuma bila seorang profesor membangkitkan isu ini, merisaukan tentang perpaduan nasional, biarlah beliau bercakap. Kalau tidak setuju lawan beliau menggunakan fakta akademik bukan dengan ugutan bawa kepada pihak polis.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Menteri, saya nak betulkan sahaja. Sekejap...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Perlu...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Seputeh, adalah hasil daripada sekolah menengah persendirian sekolah Cina. So, dia pun fasih dalam, cakap dalam bahasa Cina. So, tidak betul. Tuduhan melulu ini yang menyatakan datang daripada aliran sekolah ini tak boleh fasih dalam bahasa Cina.
So, itu sebab Kok Seong ini, dia sudah lupa daratan. Dia sudah tidak tahu apa yang menjadi asas kepada perkara ini. Janganlah buat tuduhan yang melulu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Mungkin Yang Berhormat Machang tak betul...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya rasa, biar saya gulung.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat Menteri, saya ingat stick kepada poin yang...
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Berdiri]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya baharu – belum pun satu pertiga. Saya nak sebut begini dulu ya. Pertama, ini baru pegawai saya baru dapat.
Mereka ikut perbahasan sekarang ya. Mereka bantu betulkan balik. Kes ucapan Profesor Teo, kertas siasatan baharu sahaja dibuka di bawah seksyen 505, Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. So, ada ya. So, saya akan update dari semasa ke semasa.
Saya nak sebutkan begini, topik tentang kewujudan sekolah vernakular di negara kita ini memang tajuk yang sentiasa kita bahas sudah berpuluh tahun. Ada pandangan pro, ada pandangan kontra. Ada kelebihan, ada kekurangan. Okey.
Ketika kita bercakap dari sudut pandang mana pun. Sudut pandang politik kah?
Sudut pandang bahasa kah? Sudut pandang penyatuan kaum kah? Apa pun sudut pandang kita. Kalau kita nak tengok satu kekuatan di sana misalnya trend di mana pelajar- pelajar Melayu memilih untuk belajar di sekolah vernakular. Itu pun satu fakta juga. Ketika kritiknya ada tetapi ada juga kelebihan yang masyarakat bila diberi pilihan. Ada juga dalam jumlah yang besar sekarang memilih.
Jadi, saya fikir keadaan itu biar kita terima begitu dulu sebab saya tak mahu prolong tajuk ini. Saya nak teruskan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat sedikit?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Apakah pendirian Kementerian Dalam Negeri melihat satu keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini untuk membenarkan kewujudan SJK(C), SJK(T) iaitu sekolah vernakular? Kerana itu telah melalui satu proses Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan diputuskan secara mutlak di peringkat Mahkamah Persekutuan. Bermaksud kewujudannya adalah dijamin.
Jadi apakah pendirian, adakah Yang Berhormat Menteri, kita sebagai satu Kerajaan MADANI menerima ini sebagai satu hakikat berlandaskan kepada kontrak sosial yang telah perihalkan tadi? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, rakan saya saudara Wee Ka Siong mengingatkan saya tentang keputusan mahkamah yang sudah pun dibuat tentang status kewujudan itu. Saya fikir mana-mana kerajaan, kita sekarang atau rakan- rakan kita sebelah sana, apabila satu keputusan mahkamah telah dibuat pilihan yang ada adalah menghormati keputusan mahkamah and kita move on.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya fikir itu dulu. Apabila ada dispute, itu fungsi mahkamah untuk memutuskannya. Baik.
Tan Sri Yang di-Pertua...
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Nanti, sekejap.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Boleh kita move tak?
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Peraturan mesyuarat. Sekejap ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Batu tadi, saya telah bermesyuarat tentang...
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat. Menteri, Menteri kejap.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Peraturan Mesyuarat 36(9), “Dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat-sifat siapa-siapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan”. Tadi Bagan sebut Profesor Teo Kok Seong lupa daratan. Itu tak payahlah bawa dia sampai ke tahap itu. Itu pandangan akademik dia.
Kalau boleh, Bagan minta tarik balik atau betulkan apa yang disebutkan. Terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dia sedang membincangkan apa yang telah dibawa oleh Ahli lain.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Lepas itu dibawa itu, tak ada bantahan pun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Bagan, saya setuju supaya perkataan “lupa daratan” itu ditarik baliklah.
[Tepuk] Betul, betul. Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, saya akur kepada perintah Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tapi dia memang lupalah, lupa segala-galanya.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Lupa daratan you tarik balik. Okey, move-kan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Saya berganjak kepada Batu yang bertanya sama ada kerajaan nak pinda undang-undang tentang masalah scam ini. Benar, Polis Diraja Malaysia telah pun mengangkat cadangan untuk pinda sejumlah undang-undang ke atas Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Pencegahan Jenayah atau Prevention of Crime (POCA) 1959
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
agar menepati keadaan dan situasi jenayah siber masa kini. Jadi, sementara Seksyen 424A Kanun Keseksaan, Seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah, Seksyen 116E Kanun Tatacara Jenayah, itu di bawah BHEUU. Manakala Akta Pencegahan Jenayah atau Prevention of Crime Act (POCA), itu di bawah Kementerian Dalam Negeri. Cadangan itu sekarang dalam kajian dan sedang diperhalusi oleh kementerian dan juga Pejabat Peguam Negara, Serian secara khusus bertanyakan tentang satu, adakah sudah dimulakan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat kerana perbuatan menghina Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Jadi, saya mengesahkan bahawa sejumlah 63 laporan polis telah diterima berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Zool Amali Hussin yang menghina Premier Sarawak iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari melalui aplikasi YouTube. Polis telah membuka kertas siasatan dan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya berganjak kepada persoalan Cheras yang membangkitkan tentang apakah sudah polis mulakan siasatan terhadap perbuatan berbaur ugutan dan intimidasi melemparkan sejumlah kertas yang mengandungi ugutan di hadapan rumah ibu kepada Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming. Ya, polis telah menerima laporan, Ayer Tawar repot dan kertas siasatan telah pun dimulakan. Saya ingin mengajak Ahli-ahli Dewan di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengambil ini sebagai pengajaran. Perbuatan seperti mengugut dan mengancam tentang keselamatan nyawa itu dinilai dari sudut apa pun adalah satu perbuatan yang tak boleh dipertahankan dan pihak polis akan menggunakan seluruh kekuatan dan keupayaan yang ada untuk menyelesaikan perkara ini.
Rakan saya Julau membangkitkan apakah SOP ujian makmal terhadap penjenayah polis yang hari ini memakan tempoh masa yang agak panjang. Terima kasih Julau. Buat masa sekarang, tertibnya adalah apabila satu pemeriksaan saringan awal urin dibuat, pihak polis akan ambil sampel urin, kemudian akan diserah oleh pegawai penyiasat dalam tempoh 48 jam kepada Jabatan Patologi atau Jabatan Kimia dan ini di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan. Di dalam kawal selia KDN ialah KDN bercadang untuk membentangkan cadangan pindaan Akta Penagih Dadah.
Tadi di bawah dadah berbahaya. Akta Penagih Dadah ini apabila ujian urin dibuat, kalau sekiranya Ahli-ahli Parlimen bersetuju meluluskan pindaan nanti, ujian urin akan dikendalikan oleh pegawai pejabat pemulihan dengan menggunakan test kit yang mematuhi standard piawaian antarabangsa dan ini akan mempercepatkan keputusan. Dia boleh berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Ini akan membantu mempercepatkan kes-kes seperti ini.
Saya juga merujuk persoalan Raub, apakah status terkini siasatan kematian Teoh Beng Hock. Polis Diraja Malaysia bertindak di atas arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara telah pun membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Salah) ya dan siasatan telah selesai, telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 11 Ogos 2023. Oleh itu, suka saya memaklumkan kepada Raub bahawa itu status semasa sekarang, kertas siasatan telah berada di Jabatan Peguam Negara.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya bertanya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan kes Teoh Beng Hock, kita sedia maklum bahawa kejadian kematian Teoh Beng Hock itu sudah sejak 2009 kalau tak silap saya. Sudah agak lama, sudah 14 atau 15 tahun sekarang. Kalau kita melihat kepada sejarah ini, perkara ini telah pun pergi ke inquest ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan sebagainya. Kenapakah delay ini ataupun terdapatnya satu delay yang tidak dapat diperjelaskan? Sudah 15 tahun dan sudah keluarga Teoh Beng Hock itu selalunya mendapat maklum balas negatif bahawa masih dalam siasatan, masih dalam
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
siasatan. Mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, Peguam Negara telah pun mendapat maklum balas ataupun repot berkenaan siasatan itu dalam bulan Ogos tahun lepas, itu sudah lebih enam bulan sekarang atau tujuh bulan. Kenapa, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan berkenaan kelewatan ini? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Rakan saya Jelutong, bukan Jelutong, Bukit Gelugor tentu sahaja faham, yang saya sebutkan tadi adalah bertindak di atas arahan Jabatan Peguam Negara supaya pihak polis kembali membuka siasatan di bawah seksyen yang spesifik. Pihak polis menerima arahan itu. Kemudian, menubuhkan pasukan siasatan, melengkapkan siasatan, menyerahkan kepada Peguam Negara pada tarikh 11 Ogos.
Selepas berada pada Jabatan Peguam Negara, pihak polis selesai di situ melainkan jika sekiranya ada lagi perkembangan, kertas siasatan itu tak sempurna, perlu lagi aspek siasatan untuk dilengkapkan, pihak polis sedia bekerjasama. Tentang berlama- lama berada di Jabatan Peguam Negara, tentu sahaja itu di luar daripada tanggungjawab polis. Tetapi saya faham, secara keseluruhannya, kerajaan harus memberikan perhatian yang serius, kena ada kesegeraan. Saya setuju dengan Bukit Gelugor kerana ini serta tempoh yang sudah terlalu lama. Baik.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kepala Batas, Sandakan, Klang membangkitkan soal pendatang asing tanpa izin. Saya nak jelaskan begini, yang pertama, Kementerian Dalam Negeri menerima aduan orang ramai dan juga mengumpul maklumat perisikan Jabatan Imigresen. Tentang apa? Tentang kewujudan hotspot, kawasan-kawasan yang banyak didiami oleh yang dikatakan pendatang asing tanpa izin. Langkah seterusnya, Jabatan Imigresen dengan kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain membuat siri-siri serbuan.
Apabila siri serbuan itu dibuat, akan ada elemen tangkapan. Setelah ditangkap, perkara pertama adalah mereka akan dilakukan satu siasatan ke atasnya. Hasil siasatan ada empat perkara. Pertama, yang ditangkap itu betul warga asing, tetapi mempunyai permit yang lengkap. Pas lawatan kerja atau dia merupakan pas ikhtisas. Dia pas yang lengkap dari segi undang-undang negara kita walaupun moment kita tahan, kita akan lepaskan. Tak ada sebab untuk kita tahan kalau seorang itu datang dengan lengkap dokumen. Itu yang pertama.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang kedua, yang kita tangkap itu tanpa dokumen sama sekali. Yang ini kita buka kertas siasatan. Sementara itu, kita letak mereka di depot imigresen. Yang ketiga, mereka masuk dengan pas tetapi mereka salah guna pas. Masuk dengan pas yang sah, kemudian salah guna pas keberadaan mereka. Yang itu pun kita letak di depot imigresen, kita buka kertas siasatan. Yang ketiga, mereka masuk dengan dokumen yang sah sepatut mereka dah tinggalkan negara, mereka pilih untuk tinggal di sini. Yang itu kita namakan terlebih tinggal. Yang itu kalau terlebih tinggal je tempohnya dalam satu bulan atau dua bulan atau tiga bulan, kurang 90 hari kita kenakan kompaun. Kompaunnya RM30 sehari, maksimum adalah RM3,000. Okey. Tapi kalau dah terlalu lama terlebih tinggal, yang itu pun kita buka kertas siasatan.
Inilah yang kita buat. Apabila kita profil kan mereka yang ditahan dalam siri-siri serbuan, kita dapati bahawa bagi setiap 100 yang kita tahan, 80 lengkap dokumen. Hanya 20 sahaja— 20 peratus sahaja yang ada masalah yang saya sebutkan tadi. Jadi, benar siri serbuan dibuat tidak semestinya yang ditangkap itu adalah pendatang asing tanpa izin.
Mereka sama ada jatuh dalam salah satu daripada tiga kategori.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi reaksi kepada soalan Kepala Batas tentang 1.2 juta pelancong China yang dikatakan masuk sejak 2018 kemudian tak keluar-keluar. Saya nak jawab kan once and for all, sekali terus ya. Saya bagi maklumat bahawa bagi tempoh 1 Januari 2021 sehinggalah tempoh 31 Disember 2023, Tan Sri Yang di-Pertua ketibaan warga asing di negara kita kiraan hampirnya 46 juta. Balik lebih kurang 39 juta. Maknanya warga asing yang masih berada di Malaysia lebih kurang enam juta. Tapi siapa mereka? Mereka adalah warga asing pemegang pas jangka panjang.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Memang dia tinggal di sini, dia tak baliklah sampai pas jangka panjang dia tu tamat. Boleh jadi tiga tahun, boleh jadi lima tahun. Baik.
Ada juga warga asing yang masuk kemudian terlebih tinggal tetapi kita buka program rekalibrasi, mereka daftar. Ini jumlahnya lebih kurang satu juta. Pas jangka panjang lebih kurang 2.6 juta. Warga asing yang berdaftar rekalibrasi, terlebih tinggal tetapi mereka daftar dengan kita, mereka munculkan diri. Daftar. Rekod imigresen pegang. Warga asing yang kita tahan di depot imigresen 12,000. Warga asing yang memegang pelbagai pas. Macam-macam ni pasnya. Pas lawatan jangka panjang, pas- pas ini termasuklah Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Sosial suami isteri kepada warganegara. Mereka warga asing, mereka berkahwin dengan warga tempatan, mereka pegang Pas Lawatan Sosial. Pas diplomat, Pas Pelajar, Pas Residen, pas residen Thailand, Pas Penggajian, Pas MM2H, Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Kerja Sementara dan banyak lagi pas.
Selama mereka memegang pas ini ada tempoh mereka dibenarkan tinggal, jadi ada rekod mereka tak keluar. Jadi sebab itu, saya nak sebut bahawa kita boleh jelaskan secara transparent terhadap perkara ini untuk kita tidak mengulang-ulang lagi berdasarkan kepada fakta yang tersasar.
Baik, rakan saya dari Tumpat, dia bertanya tentang apa beza...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, minta jalan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Adakah ini bermakna bahawa dakwaan oleh Yang Berhormat Kepala Batas bahawa ada 1.2 juta warga asing daripada negara China yang terus tinggal secara tidak sah adalah tidak berasas dan adalah palsu sama sekali. Kalau ya, saya rasa— saya nak cadangkan beliau harus menarik balik...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Betul.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Dakwaan tersebut dan meminta maaf kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kerana ini memang langgar peraturan 36(12).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, sebab itu saya memilih untuk betul-betul hadam perkara ini. Tengok angka, tengok jenis pas supaya sebagai Ahli Parlimen kalau kita ada kesedaran dan tanggungjawab, kita takkan mengulang-ulang fakta yang sangat terang yang siapa pun— hari ni betul Kerajaan MADANI. Kita pun tak tahu satu masa nanti boleh jadi rakan-rakan kita di sebelah sana pula memegang teraju pemerintahan dan amanah. Mereka juga akan berurusan dengan data yang sama yang saya ungkap.
Jadi, saya setuju Bagan. Kenyataan bahawa 1.2 juta orang China masuk tak keluar, cukuplah. Itu dakwaan yang tersasar sama sekali, tak boleh dipertahankan berdasarkan fakta dan angka yang saya bentangkan tadi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri. Maaf YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Berkenaan dengan isu operasi tentang PATI dan sebagainya. Saya menghargailah apa yang telah dimaklumkan oleh YB Menteri tentang operasi yang dijalankan dan juga data bahawa dalam lebih kurang 20 peratus sahaja sebenarnya yang tak ada dokumen lengkap dan sebagainya.
Cuma, bila kita nampak operasi ini dilaksanakan, saya berharap bahawa kita jangan sampai tahap yang mana kita melayan mereka seperti tidak— bukan manusia dan sebagainya. Kemanusiaan itu penting. Sebab kadangkala saya tengok operasi yang dibuat terutama sekali dengan liputan media dan sebagainya, nampak seperti mereka ni dilayan seperti subhuman lah, bukan manusia. Jadi, walaupun pada masa yang sama, kita perlu pastikan bahawa operasi itu dijalankan, kita tak nak ada pendatang asing tanpa
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
izin tetapi pada masa yang sama, humanity itu tidak wajar dilupakan. Terima kasih YB Menteri.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sebelum ini— minta maaf. Point of order kerana tadi Yang Berhormat Menteri telah nyatakan bahawa memang adalah tidak berasas.
Bolehkah Tan Sri Yang di-Pertua, saya rasa telah melanggari 36(12). Minta itu Yang Berhormat Kepala Batas kena tarik balik dan minta maaf kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kerana beliau menjadi sasaran serangan yang tidak berasas ini dan dimain- mainkan dalam kawasan-kawasan tertentu yang menimbulkan sentimen perkauman dan juga yang tidak sihat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, oleh kerana ucapan itu dilakukan semasa saya tidak preside, jadi saya tiada rekod. Jadi, saya akan check dulu, lihat bagaimana keadaan dia, saya akan maklumkan kemudian. Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Rakan saya dari Bangi, terima kasih atas teguran...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik, Sik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
[Tidak jelas]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik nak mohon...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
[Tidak jelas] Bagi sekejap ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Lepas ni bagi Sik ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Terima kasih rakan saya dari Bangi, teguran. Saya mengambil dengan sikap positif. Tentu saja saya boleh menyampaikan pesan-pesan kemanusiaan ini kepada pasukan penguat kuasa because kita kena strike the balance. Kadang-kadang tangkapan itu melibatkan kumpulan yang sangat agresif, ada, berlaku. Memang berlaku. Jadi, pasukan penguat kuasa kita harus berdepan dengan suasana yang tak menentu begitu. Tapi saya mengambil semangat teguran itu, terutama ketika perhatian KDN khususnya Jabatan Imigresen yang baru-baru ini telah dipaparkan dalam laporan Human Rights Watch yang memberikan satu butiran yang sangat serius seperti torture by immigration officers, allegedly beating them with bricks and batons, and standing on their chests where two of the detainees ultimately died. Kumpulan HRW ini telah dipanggil oleh Parliamentary Select Committee yang dipengerusikan oleh Selayang. Di hadapan mereka diminta untuk kemukakan bukti terhadap dakwaan-dakwaan ini. Saya juga telah mengajak HRW untuk menjadi tetamu saya serahkan di mana berlaku, di depot imigresen mana. Siapa yang meninggal dunia?
Bila kejadian itu berlaku? Saya nak supaya bila data itu kita dapat, saya akan segera mewujudkan jawatankuasa siasatan. Kalau siasatan kami itu masih boleh dipertikaikan tentang integriti kewibawaan, saya bersedia mengundang pihak yang bertanggungjawab yang punya kredibiliti untuk membantu.
Tapi suka saya sebutkan bahawa saya bertemu dengan HRW beberapa hari yang lepas, saya berjumpa dan saya mengulangi. Kita nak tahu. Hakikatnya, ketika berdepan dengan PAC, mereka tak dapat mengadakan sebarang bukti kepada PAC. Jadi, setakat ini laporan itu masih bersifat hearsay dan tidak mematuhi sebarang metodologi, kajian atau reporting yang boleh kita guna pakai. Apa pun saya masih lagi memberikan benefit of the doubt, barangkali ada benda kita terlepas pandang. Dalam masa terdekat, saya akan mengadakan pertemuan supaya kita selesaikan perkara ini supaya apa-apa laporan, dia mestilah bersifat penuh tanggungjawab dan kebenaran kepada bukti. Terima kasih Bangi atas teguran.
Sahabat saya Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membangkitkan sama ada Yang Berhormat Menteri akan menjawab di sini persoalan saya ketika perbahasan membangkitkan isu kenaikan ataupun kes jenayah seksual kanak-
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
kanak kerana Yang Berhormat Menteri telah membidas saya di luar melalui media. Ada beberapa perkara yang saya perlu jawab. Ada fakta-fakta yang sangat tidak tepat yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, Yang Berhormat Menteri sebut Kanun Jenayah Syariah ini dibuat di Kelantan tetapi Kelantan antara kes yang paling tinggi di Malaysia. Ini tidak tepat Yang Berhormat Menteri. Saya kena betulkan. Antara negeri yang paling tinggi sekarang ini kenaikannya ialah Johor. Kalau ikut jumlah yang lain, Selangor juga tinggi, 727 kes. Jadi, minta Yang Berhormat Menteri perbetulkan perkara ini dan saya juga mengatakan fakta yang jelas bahawa ketika hari ini undang-undang jenayah rogol adalah di bawah undang-undang sivil, Kanun Keseksaan Akta 376 bersama dengan Akta Keterangan.
Saya bangkitkan di sini adalah untuk kita di Parlimen ini melihat bagaimana satu ruang untuk kita, saya sebut muhasabah. Mungkin ada kelemahan-kelemahan dalam undang-undang ini termasuk yang sekarang dibuat oleh beberapa negara berkaitan dengan undang-undang jenayah rogol ini termasuk di United Kingdom, di New Zealand dan undang-undang syariah tidak dapat dilaksana seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Menteri. Nak perbetulkan apa yang telah Menteri sebut di luar sana.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya mohon tambahan masa sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
15 minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya mohon 10 minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Macam mana Putrajaya tadi dapat 10 minit. Sebab, ini kementerian KDN. Saya akan cuba urus masa itu dengan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tepat 10 minit ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, ada isu kewarganegaraan. Itu mungkin akan mengambil masa sedikit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, ada. Saya ada isu kewarganegaraan adalah...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Itu isu penting. Boleh sedikit masa yang lebih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata tepat 10 minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya. Saya akan sebut dalam masa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha, 10 minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Boleh? Berapa minit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ten. Sepuluh.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
10 minit. Terima kasih. Baik. Sik, saya tidak mahu prolong perkara ini lah ya. Saya ada taklimat daripada CID kepada saya ini lengkap, yang Sik ada itu terbatas. Akui yang itu dahulu. Jadi, jangan handpick secara
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
piecemeal lah. Tetapi, saya ambil semangat baik. Saya boleh bentangkan secara tuntas, hendak cerita fasal ini dalam spirit─ nanti dahulu. Sik cakap saya duduk. Saya bercakap Sik duduklah. Jadi, tidak jadi bahas. Tak jadilah. Saya terangkan bahawa kalau Sik berminat nak mengetahui perkara ini dengan semangat nak bantu selesaikan tanpa pemikiran simplistic, hal ini naik because of kelemahan ini, kelemahan ini, tak terlaksana ini, yang itu saya tolak.
Hakikat yang tak boleh kita ubah ialah kebanyakan yang terlibat dengan jenayah seksual kanak-kanak ini. Bila kita profil, pertama, orang Melayu Islam. Itu fact yang takkan berubah. Kedua, golongan pendapatan rendah. Itu tak berubah juga. Jadi, semangat yang kita nak ambil adalah what do we do? Apa kita nak lakukan untuk bantu. Sebab, ia melibatkan orang Melayu Islam. Apakah kerana kita ini sibuk dengan pentas politik?
Sampai kita mengabaikan perkara yang paling asas dalam fabrik sosial masyarakat. Itu semangat yang kita nak ambil. Saya buka peluang seluas-luasnya Sik. Saya nak jemput ke pejabat saya, kita bincang dengan semangat untuk cari jalan penyelesaian. Okey, itu semangat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh? Sikit, sekejap.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bukit Gelugor, bangkitkan soal warganegara. Baik. Saya nak sebut bertindak di atas kes Suriani Kempe. Saya tak mahu prolong. Kerajaan mengambil satu keputusan iaitu perkara tentang warganegara dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah digubal. Itu perkara dasar yang telah ditetapkan.
Ia bukan pindaan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri. Bukan. Ia adalah pindaan yang dilakukan oleh kerajaan setelah keputusan dasar dibuat.
Baik, kementerian mana yang patut laksanakan? Kementerian Dalam Negeri.
Okey. Keputusan dasar diberi. Kementerian Dalam Negeri kemudian bentangkan kepada Majlis Raja-raja. Kenapa bentang Majlis Raja-raja? Perlembagaan Persekutuan kata nak pinda tentang warganegara, green light Majlis Raja-raja hendaklah diperolehi. Apa lagi?
Kebenaran daripada persetujuan daripada kerajaan Sabah dan Sarawak. Itu juga adalah prasyarat bila pindaan ini hendak dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan. Proses itu selesai. Kementerian Dalam Negeri tubuhkan pasukan penyelidik. Apa yang kita selidik?
Kita selidik 840 akta yang ada dalam negara kita supaya wujud keseragaman dan tak berlaku percanggahan. Pertama.
Kedua, kita juga melihat pemakaian perkara yang sama di peringkat antarabangsa. Negara-negara Komanwel dan bukan Komanwel. Hasil daripada penyelidikan ini, kita buat matriks pindaan. Ada pindaan yang kita nak pinda, ada perkara yang kita nak gugur, ada perkara baharu kita nak perkenalkan. Baik, itu sebagai matriksnya dan daripada situ kita bentangkan lagi pada Majlis Raja-raja. Panduan Majlis Raja-raja. Kenapa? Perkara tentang kedaulatan negara, perkara tentang agama, perkara tentang warganegara, rujukan pada Majlis Raja-raja itu kita lalui, kita perolehi dan daripada matriks itulah barulah kita kembangkan. Proses itu kita lakukan libat urus.
Sekurang-kurangnya enam zon kita buat libat urus. Kumpulan masyarakat sivil, distinguished individuals, pakar-pakar perundangan, kerajaan negeri, aktivis sosial, semua itu kita ambil pandangan mereka.
Akhirnya, kita kemukakan lagi kepada Majlis Raja-raja yang kemudiannya meminitkan bahawa cadangan pindaan ini diberi perkenan sepenuhnya di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Jadual 1 dan 2. Saya bentangkan pula kepada Jemaah Menteri. Juga, telah diberikan keputusan untuk bersetuju. Baik. Tentunya, perkara yang dibangkit oleh Bukit Gelugor ada dari hal satu cadangan untuk meminda perkara di mana anak-anak terdampar atau foundling babies yang sekarang ini adalah mendapat warganegara secara kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 19B. Saya pernah tegaskan dalam Parlimen ini bahawa jalan untuk mendapat warganegara mengikut Perlembagaan Persekutuan umumnya ada tiga.
Pertama, kuat kuasa undang-undang.
Kedua, pendaftaran. Pendaftaran bermaksudnya Perlembagaan memberikan discretion kepada Yang Berhormat Menteri. Sebab itu, saya rayu supaya tidak perlu
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
dipertikaikan. Perlembagaan ini adalah 1963. Memang sudah ada di situ. Kuasa menteri dalam membuat keputusan terhadap perkara pendaftaran.
Ketiga adalah melalui jalan naturalisasi. Kita ada cadangan untuk meminda Perkara 19B, anak terdampar kerana kita tengok dari segi rekod. Pertama, bila kita gali semua permohonan di bawah perkara anak terdampar ini. Kita kutip data 2013 sampai 2024, jumlahnya cuma 142. Semuanya telah pun kita berikan keputusan. Tak ada satu lagi tertangguh. Tak ada. Permohonan jenis ini untuk dapat secara kuat kuasa undang- undang, dia mesti siapkan laporan polis, laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga laporan hospital. Bila lengkap yang itu, maka kuat kuasa undang-undang, 142. Tetapi, ini─ sekejap ya Bukit Gelugor.
Ini untuk foundling baby. Kanak-kanak yang tali pusatnya masih ada. Tali pusat masih ada. Tetapi, kalau asal anak terdampar, tiga laporan tidak dapat disiapkan. Anak itu terus membesar, umur tiga tahun, lima tahun, tujuh tahun, 10 tahun. Kita tak proses lagi di bawah 19B. Sebab, dia tak comply dengan perkara yang tafsiran itu. Masih ada tali pusat. Jadi, kita proses di bawah 15A. Jadi, apakah peluang mereka untuk jadi warganegara tertutup? Jawapannya tidak. Kita proses di bawah 15A yang jumlah permohonan di bawah 15A ini ialah 59,000. 15A maknanya anak lahir di luar ikatan perkahwinan, anak yang menjadi anak angkat atau anak di bawah penjagaan dan sebagainya. 59,000, kita dah proses 35,000. Bakinya 14,000 dan Kementerian Dalam Negeri set 31 Disember tahun ini kita akan selesai semua 14,000. Kosong. Kita mula kitab baharu.
Di kalangan jumlah yang kita dah proses, kejayaan untuk memperoleh warganegara dalam kategori ini termasuk anak terdampar melalui jalan pendaftaran ialah 98 peratus. 100 yang memohon dua sahaja yang gagal. 98 yang lain berjaya mendapat warganegara. Pada akhirnya adalah mendapat warganegara. Silakan Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil maklum berkenaan dengan proses dan sebagainya yang telah pun diambil dan nampaknya berkenaan dengan apa yang telah pun dibangkit semasa ucapan bukan hanya saya tetapi beberapa Ahli yang lain.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Bukan sahaja isu foundling sahaja yang dibangkitkan. Itu salah satu isu, memang, tetapi isu yang besar di sini adalah berkenaan dengan the reversal of the burden of proof, dengan izin, Puan Yang di-Pertua, daripada segi untuk isu foundling, for example. Minggu lepas, seorang bayi dijumpai di dalam satu dobi atau laundromat di Subang Jaya. Hanya sebulan- agaknya sebulan- not even one month old. Adakah kami- adakah ia munasabah untuk bayi itu membuktikan siapakah ibu bapanya, apabila beliau membuat pendaftaran ataupun guardian yang membuat pendaftaran? Itu sudah tentunya tak munasabah. Sekiranya kita lihat kepada justifikasi Yang Berhormat tadi, saya faham. Bukan, tetapi apa yang perlu kita bangkitkan di sini, 98 percent- 98 persen permohonan diluluskan, kalau saya- if I follow you correctly, tetapi itu dalam- pada masa sekarang, di mana kami menghargai apa yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat dalam isu ini. Yang Berhormat sendiri yang menangani permohonan- permohonan ini, tetapi bagaimana pula apabila Yang Berhormat bukan lagi menjadi Menteri?
Adakah proses ini akan jalan seperti dalam masa Yang Berhormat? Adakah terdapat- apakah jaminan? Kalau kita lihat statistik Yang Berhormat, mengikut satu soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Paya Besar dalam soalan lisan pada 24 Oktober 2019. Mengikut- beliau bertanya berkenaan statistik dan sebagainya. Jawapan yang diberi adalah seperti ini.
Antara tahun 2014 sehingga 30 September 2019, sebanyak 81,133 permohonan kewarganegaraan telah pun diterima. 13,151 berjaya. 57,236 masih dalam proses, bagi tempoh tersebut dan 10,746 ditolak. Maksudnya, kira-kira ataupun anggaran lebih daripada 70 peratus daripada permohonan 81,000 lebih permohonan tersebut, masih dalam proses. Dalam tempoh lima tahun, still in the process.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tahu, Yang Berhormat bekerja keras sekarang. Kita menghargai apa yang dibuat sekarang tetapi tiada apa-apa jaminan bahawa ini akan diteruskan. Praktis ini akan diteruskan. So, kalau kita mengambil keluar safeguard, safeguard yang dijaminkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, bagaimanakah- bukankah ini merupakan satu backward step atau regressive step, dengan izin Puan Yang di-Pertua, untuk bukan sahaja kes foundling, tetapi untuk kesemua kes di mana pendaftarannya perlu.
Kita perlu ingat, Yang Berhormat. Saya akan habiskan dengan ini. Isu rasuah. Kita tak boleh mengetepikan bahawa memangnya mungkin terdapat isu rasuah dalam proses pendaftaran, dan sekiranya kita memerlukan ataupun semua yang layak menjadi warganegara melalui proses birokratik dan pendaftaran, bukankah ini boleh menggalakkan lebih kegiatan rasuah?
Adakah semua ini telah pun dikaji, dan berkenaan dengan isu yang kerap dibangkitkan bahawa ini merupakan satu isu ancaman keselamatan negara. Adakah kajian yang sewajarnya dibuat? Saya dah tanya soalan ini semasa ucapan saya. Bolehkah kajian itu didedahkan, diberikan kepada semua untuk kami mengkaji juga? Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya. Bukit Gelugor timbulkan persoalan. Betul. Sekarang, saya berikan kelulusan setelah permohonan itu lengkap, dengan syarat. Baik. Apakah jaminan dia? Pertama, kita akan pinda peraturan warganegara.
Kedua, ada 14 akta lagi. Apabila pindaan ini nanti, Insya-Allah, dengan sokongan rakan-rakan, kita luluskan. Pelaksanaannya mestilah didahului dengan pindaan sejumlah akta yang berkaitan, termasuk peraturan-peraturan warganegara. Yang itu sebenarnya.
Sebelum ini, tak ada. Sebelum ini tak ada. Sebab itu, komitmen baharu yang kita berikan sekarang, adalah dalam tempoh 1 tahun 3 bulan 14 hari, di bawah Jabatan Pendaftaran. Bakinya, di bawah KDN. Paling lama, satu tahun. Hari ini, tujuh tahun, 10 tahun.
Semalam, saya bagi di Pulau Pinang. Anak umur 12 tahun dah mohon 10 tahun.
Akan tetapi, fakta yang Bukit Gelugor sebut itu fakta 2019. Saya kongsi sekarang. Berapa jumlah permohonan 2013 sampai sekarang, 140,000. Berapa yang belum dibuat keputusan? 49,000. Daripada 49,000 itu, foundling baby, adopted children and children born out of wedlock, ini jumlahnya 14,000.
Yang itu kita akan selesaikan, berdasarkan kepada pindaan dan peraturan yang sekarang ini akan kita bentangkan, paparkan sebagai panduan kepada pemohon. Saya yakin, apabila ini kita guna pakai, bahawa kebimbangan akhir, apa dia? Pertama, tempoh menanti lama. Itu dah tak ada lagi sebab kita akan susuli dengan pindaan 14 akta yang berkaitan dengan peraturan warganegara, seperti mana dinasihati Peguam Negara. Satu, baik.
Yang disebut oleh Bukit Gelugor tadi juga, apakah kebimbangan- yang disebut.
Apakah beban pembuktian itu ke atas baby itu? Saya faham. Saya pun takkan boleh selamanya menggunakan alasan keselamatan tetapi apakah hakikat yang berlaku?
Pertama, ada perkara seperti baby hatch yang berlaku di hospital, private clinic dan sebagainya. Ada berlaku.
Kedua, berlaku juga warga asing yang bukan warganegara, bersama pasangannya juga warga asing. Terang-terang bukan warganegara. Berlaku kelahiran baby, di hospital. Mereka walk out begitu sahaja. Bil hospital tak bayar. Unpaid hospital bills oleh foreigner sini. Ratusan juta, ya. Angka kita ada. Sebab itu, ditinggalkan begitu sahaja sebab dia pun tahu, di bawah 19B, anak lahir di sini, dia kata boleh dapat terus.
Jadi, dia tinggal.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ini- dulu tak berlaku. 1963, tak berlaku. Sekarang, dengan 3.5 juta warga asing.
Dia mengubah landskap daripada segi komposisi dalam negara kita. Sebab itu, pindaan hari ini adalah untuk persiapan hari muka. Sebab itu, saya ulangi lagi sekali.
Pembentangan ini adalah pembentangan oleh Kerajaan MADANI, jauh daripada dakwaan bahawa berlaku kejam, zalim, menutup pintu dan sebagainya. Ini sebab komitmen yang kita tunjukkan, dengan rekod kelulusan tahun lepas, 11,700. 85 peratus adalah membabitkan foundling baby, anak angkat, anak lahir di luar ikatan perkahwinan.
Sejumlah kecil sahaja naturalisasi. Kes ibu warga Malaysia lahir anak luar negara dengan pasangannya, 3,000. Minggu lepas, semua selesai. Tak ada lagi family frontier punya subjek perjuangan itu, dah tak ada. Semua sudah diselesaikan oleh pegawai- pegawai yang faham tentang kehendak dan sifat ihsan yang nak dibawa oleh Kerajaan MADANI.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya tanya satu soalan, Puan Yang di-Pertua? Just one final yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Singkat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, ya. Terima kasih.
Yang Berhormat, berkenaan dengan semua data dan statistik yang telah pun dirujuk, bolehkah kami diberi data dan statistik bayi yang ditinggalkan di hospital kerana bil tak dapat dibayar dan sebagainya? Can we have the details? Itu satu, dan adakah kerajaan- kita menerima. Kita menyambut baik pindaan Suriani Kempe itu, iaitu yang telah pun diluluskan oleh kerajaan.
Itu adalah satu langkah yang baik. Bolehkah kerajaan decouple kesemua pindaan-pindaan? Terdapat lapan atau sembilan pindaan, decouple buat yang Suriani Kempe itu dulu. Sementara kita mengkaji dengan lebih mendalam kesemua pindaan- pindaan, melainkan Suriani Kempe tersebut. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya tutup begini, ya. Perkara decouple, kita bincang dalam Kabinet. Keputusan dia, kita tolak.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Perkara ini juga dibentang pada Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja juga tidak memberi perkenanan tentang formula decouple. So saya tak mahu prolong kat situ atau buka balik, okey, tapi untuk bahas, tak ada masalah. Sekejap lagi pun selesai perbahasan ini saya akan memberikan taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen DAP.
Jadual saya sebelum sesi tamat pun, saya akan mengadakan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional untuk terangkan secara terus terang tujuan, angka, fakta supaya tekad kita sama, we want to do the right thing. Kita nak buat satu perkara yang betul dan yang kita nak elak juga adalah memberi warganegara kepada orang yang tidak layak. Dia mesti ada elemen kawalan kat situ. Jadi itulah tujuan sebenar di sebalik cadangan ini.
Tan Sri Pengerusi, saya kira sekadar itu di atas beberapa soalan yang tak sempat saya selesaikan perbahasan jawapannya di sini. Saya ada catatan semua, saya akan berikan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada sekalian Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja menyentuh perkara Kementerian Dalam Negeri. Wabillahi taufik walhidayah, waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 31 orang
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan yang membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas MOT.
Kementerian Pengangkutan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, cekap dan berkesinambungan di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kualiti hidup dan menyokong ekonomi yang kompetitif.
Sepanjang sesi perbahasan bagi usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu, Kementerian Pengangkutan telah mengenal pasti seramai 13 orang Ahli- ahli Yang Berhormat, Tawau, Serian, Sipitang, Batang Lupar, Jerantut, Beaufort, Kinabatangan, Kuala Krai, Libaran, Kota Belud, Kalabakan, Miri dan Kota Marudu telah membangkitkan isu berkaitan sektor penerbangan negara berhubung dengan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
Oleh yang demikian, saya akan menjawab persoalan berkaitan isu harga tiket penerbangan ini terlebih dahulu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai kerajaan yang berteraskan konsep MADANI, Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan.
Sebagai Menteri Pengangkutan, saya amat memahami sentimen dan juga hasrat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat dan memang saya sentiasa peka dan prihatin terhadap isu harga tiket penerbangan ini. Saya tidak mahu bersuara secara defensif. Saya rasa banyak hujah- hujah ataupun maklumat-maklumat ataupun ucapan-ucapan yang pernah disebut dalam Dewan yang mulia ini. Saya teruskan kepada apakah yang kerajaan telah lakukan dalam menangani isu ini.
Pertama untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Perpaduan pada tahun 2023 telah memperkenalkan inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman.
Perlaksanaan inisiatif ini akan diteruskan pada tahun 2024 untuk manfaat hampir 60,000 orang mahasiswa terutamanya di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan- laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain itu, syarikat penerbangan juga telah melaksanakan inisiatif khas bagi menawarkan tiket penerbangan pada harga yang rendah. Sebagai contoh, AirAsia telah menyediakan tambahan 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke tujuh destinasi Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah yang berharga RM348 sehala serta Bintulu, Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak berharga RM298 sehala bermula pada 5 hingga 17 April 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Untuk makluman, harga-harga tetap ini adalah untuk penerbangan-penerbangan tertentu pada waktu malam.
Manakala Malaysia Airlines Berhad menawarkan program khas untuk pelajar iaitu MHexplorer di mana para pelajar yang berdaftar dengan program tersebut layak menikmati diskaun sehingga 30 peratus daripada harga tiket penerbangan di samping manfaat lain seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram dan tawaran khas untuk ahli keluarga serta rakan-rakan pelajar.
Jemaah Menteri pada 13 Disember 2023 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan harga maksimum RM599 bagi tiket penerbangan sehala ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Tempoh pelaksanaan inisiatif ini adalah pada tiga hari perjalanan sebelum tarikh sambutan
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
perayaan. Ini termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan, Hari Gawai dan Hari Krismas untuk tahun ini.
Kementerian Pengangkutan bersedia untuk mempertimbangkan untuk menambah bilangan hari perjalanan dari tiga hingga ke-lima hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Melalui inisiatif ini, harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala ditetapkan pada harga RM599 tidak termasuk cukai dan fi. Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599, kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum tersebut.
Manakala tiket penerbangan yang berharga kurang daripada RM599 bagi laluan- laluan berkenaan, akan dijual pada harga asal yang telah ditetapkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Ini tidak melibatkan sebarang subsidi bantuan tiket penerbangan oleh kerajaan sekiranya harga tersebut kurang daripada RM599.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan dan Libaran telah mencadangkan supaya diwujudkan penerbangan antarabangsa terus ke Sandakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
‘Datuk’ Menteri...
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya akui beberapa langkah dan tindakan yang diambil oleh kementerian. Harga tiket rendah, harga maksimum. Harga maksimum yang dibuat oleh MAS at RM599 untuk tiga hari. Adakah kerajaan mengkaji selepas tiga hari *what happen? You see, they don’t make money during the first three days.
The three days are* program ini dilaksanakan, tetapi selepas itu, dua minggu selepas itu Datuk Menteri, if you go to the pricing of ticket, two weeks after the three days ini, dia haywire, di luar kawalan. Itu yang satu, one-way sampai RM2,400 pergi RM3,200, economy seat, one-way, satu. Maknanya program ini perlu dipantau sama ada ia memberi kesan negatif kepada harga tiket selepas tiga hari pelaksanaan program ini.
Kedua Yang Berhormat Menteri, tiket dijual kepada third party yang tidak dikawal.
MAS sendiri pun dia engage third party. AirAsia engage third party. Almost all the seats are own third-party ticketing agent kerana ini mungkin model business yang dibuat oleh sistem penerbangan. So dikatakan bahawa oh, third party yang naikkan harga. See, you must kawal this. Terlalu mahal. Ada dua, tiga seat third party punya ejen ini yang seat upper level, MAS tak ada seat but it’s exorbitant, terlalu mahal.
Ketiga, faktor ini perlu dilihat oleh kerajaan. Musim perayaan, seats are not available. You go, ada tourists datang daripada China, dari Kota Kinabalu nak kembali ke KL. Dia already pre-booked all these tickets daripada pelancong-pelancong ke KL because sistem dia mesti dari Kota Kinabalu pergi KL, baru balik China. Most flights. So, we people from Sabah and Sarawak terpaksa mencari satu dua kerusi yang tinggal, and then kerusi inilah yang sepatutnya dijual murah because it’s all taken but kerusi inilah yang dijualkan terlalu mahal.
So maknanya beberapa faktor yang perlu dilihat oleh kerajaan. Availability of seats, flight frequency perlu dilihat. If you buat program, AirAsia ada RM299, MAS ada RM599 untuk tiga hari dia tidak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh Sabah Sarawak, the people of Borneo yang nak ke Kuala Lumpur dan vice versa. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Adakah saya nak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat minta kita batalkan ini?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tak. You must pantau this. Kesan dia.
You know, you don’t just make program 599.
Tuan Loke Siew Fook
Tak. Let me, let me explain.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
During the time tiga hari itu Yang Berhormat Menteri, airlines ini, syarikat penerbangan ini mungkin tidak dapat meraih keuntungan.
Tuan Loke Siew Fook
Tak, tak.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
But after that, you must pantau the price.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, yang pertamanya fakta itu tak betul.
Tiga hari itu tidak ada kerugian kepada syarikat penerbangan. Walaupun kita tetapkan harga maksimum RM599, apa yang mereka patut jual itu the difference are being paid by the government. Katakan ada 40 peratus ataupun 30 peratus kerusi yang dia patut jual lebih daripada RM599. Kita minta dia jual RM599. Difference situ adalah ditampung oleh kerajaan.
Jadi, maksudnya syarikat penerbangan tidak mengalami kerugian. Dia tetap untung. After three days itu, maksudnya- saya tak tahu masalahnya sekarang ini daripada balik, hala balik, yang kita selesaikan masalah hala ke Kuala Lumpur, ke Sabah dan Sarawak. Itu kita sehala. Mengapakah kita tetapkan tiga hari ataupun lima hari sebelum musim perayaan? Sebab musim perayaan tarikh itu sudah tetap. Semua orang nak balik sebelum musim perayaan itu, tetapi on the way back, kita tak tahu bila orang balik.
Mungkin Yang Berhormat balik seminggu selepas musim perayaan. Ada yang mungkin balik dua minggu. Ada yang balik 10 hari.
So, we cannot decide which date untuk letakkan harga maksimum ini untuk penerbangan balik dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Itu yang menjadi masalah kepada kita. Baru-baru ini, kita tengok trend dia memang betul dua minggu selepas Tahun Baru Cina ini, penerbangan dari Sabah, dari Sarawak balik ke Semenanjung, semua penuh. Pertamanya, sebab musim perayaan kita tambah kapasiti masa musim perayaan dan balik banyak ke Sabah dan Sarawak. Sekarang nak balik ke Kuala Lumpur pula.
Kapasiti mungkin tak cukup. Itu yang kita kena lihat.
Keduanya, sebab industri pelancongan kita agak berkembang dengan baik.
Semasa musim perayaan ini, ramai pelancong pergi ke Sabah dan Sarawak. So, itu yang kita kena lihat. Saya bersetuju bahawa memang perlu kita lihat kapasiti.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Perlu diseimbangkan, Yang Berhormat. Kapasiti perlu diseimbangkan. Kita promote pelancongan, kena upgrade seat availability penerbangan, frekuensi dan sebagainya. Otherwise the people of Sabah and Sarawak will suffer forever.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita setuju.
Memang tambahan kapasiti perlu tetapi kena juga kita lihat ada kekangan kepada syarikat penerbangan. Ada banyak pesawat yang belum lagi dapat terbang sebab dia punya the grounded aircraft itu semasa COVID masih ada dalam berfasa-fasa. Pesawat-pesawat ini perlu melalui MRO dan sebagainya untuk mereka kembali beroperasi. Namun begitu memang kita akan sentiasa cuba memberikan sokongan kepada industri penerbangan supaya mereka boleh renew ataupun mereka mempercepatkan proses untuk mengembalikan aircraft untuk beroperasi.
Tentang third party ini. Apa yang dipanggil sebagai Online Travel Agent (OTA) ini.
Memang ini bermasalah. Saya tahu dan memang sekarang ini sukar untuk kita kawal sebab OTA ini berlambak. Ia bukan dalam negara sahaja. Dia ada juga Online Travel Agent di negara luar. Memang masalah. Memang kita tahu ada masalah. MAS memang dia kata dia sudah berhentikan ada antara OTA daripada menjual tiket penerbangan mereka, tetapi ini satu sistem yang agak kompleks, yang perlu dilihat dengan lebih teliti dan memang saya bersetuju bahawa kita perlu mengawal OTA-OTA ini. Sebab OTA-OTA ini, kebanyakan luar negara. Syarikat-syarikat penerbangan dia sudah, mungkin dia sudah jual dalam satu sistem. Sistem itu akan di captured oleh OTA-OTA ini dan mereka akan jual sebagai third party, sebagai agen kepada syarikat penerbangan ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Itu merupakan modal perniagaan, sindiket perniagaan. You must control this. The government ada tanggungjawab untuk melihat sudut ini.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, Yang Berhormat. Bukan semuanya benda kita boleh kontrol. Ada benda yang kita boleh kontrol dalam negara. Ada OTA-OTA ini, dia duduk
Tuan Loke Siew Fook
luar negara. Macam mana kita nak kontrol? Kecuali kita kata kita tak nak jual melalui online. Itu masalahnya, tetapi apa pun memang betul ini masalah yang perlu kita tangani dan perlu kita lihat. Saya akan minta pihak MAVCOM lihat lebih terperinci, lihat bagaimana OTA ini dapat dikawal. Memang saya pun tak setuju bahawa kebanyakan OTA-OTA ini dia ambil tiket-tiket ini, mungkin dia akan naikkan harga dan menjadi masalah, pertikaian antara satu sama lain.
Jadi ini, kalau kita- semua tiket itu dijual melalui aplikasi syarikat penerbangan itu, itu tak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah Online Travel Agent (OTA) ini, apa yang dinamakan sebagai third party ini.
Yang Berhormat, saya nak teruskan kepada cadangan dari Sandakan dan Libaran untuk diwujudkan penerbangan antarabangsa terus ke Sandakan untuk meningkat industri pelancongan. Pendek cerita memang kita tak ada masalah untuk mana-mana syarikat penerbangan untuk terus membuat penerbangan terus ke mana- mana lapangan terbang sebab negara kita mengamalkan open skies policy. Mana-mana lapangan terbang yang mampu menerima pesawat-pesawat komersial, mereka boleh terus mendapatkan penerbangan tersebut. Ini merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan. Sekiranya ada permintaan sudah tentu mereka akan pergi ke lapangan tersebut.
Penambahan frekuensi penerbangan Labuan untuk makluman Yang Berhormat Labuan, frekuensi penerbangan ke Labuan ditambah. Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengadakan perbincangan bersama syarikat-syarikat penerbangan termasuk Batik Airline untuk menambah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Labuan.
Caj karbon, ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.
Kementerian Pengangkutan komited untuk mencapai sasaran karbon sifar bersih pada tahun 2050 bagi sektor penerbangan antarabangsa selari dengan matlamat Long- term Aspirational Goal yang telah dipersetujui oleh International Civil Aviation Organization. Selaras dengan kajian kemungkinan yang telah dilaksanakan oleh pihak ICAO, tumpuan utama dalam mengurangkan kadar pelepasan karbon bagi sektor penerbangan harus diberikan kepada langkah-langkah mitigasi dalam sektor, in sector solution iaitu penggunaan pesawat dengan teknologi terkini, peningkatan operasi pengurusan trafik udara serta penggunaan sustainable aviation fuel. Pembelian karbon kredit bagi mengimbangi offset pelepasan karbon adalah pelengkap kepada langkah-langkah mitigasi dalam sektor yang telah dilakukan.
Pelaksanaan langkah-langkah mitigasi bagi mencapai matlamat karbon sifar bersih pada tahun 2050 melibatkan kadar pelaburan yang tinggi daripada syarikat-syarikat penerbangan. Dana karbon fi tersebut akan digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi tersebut.
Dalam hubungan ini adalah menjadi dasar dan MOT bahawa pengenaan karbon fi adalah merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan yang wajar ditentukan oleh syarikat penerbangan berkaitan berdasarkan strategi ataupun model perniagaan masing-masing. Dalam hubungan ini, karbon fi ditentukan oleh syarikat penerbangan berdasarkan kuasa dan permintaan pasaran.
Berhubung dengan tahap perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Putatan. Kementerian Pengangkutan melalui MAHB sentiasa komited untuk memastikan tahap keselesaan penumpang khususnya di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Untuk jangka masa pendek, langkah-langkah yang diambil oleh pihak MAHB untuk meningkatkan keselesaan penumpang di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah seperti berikut:
(i) membaik pulih kerusi penumpang;
Tuan Loke Siew Fook
(ii) menambah troli menjadikan keseluruhan jumlah troli yang ada untuk kegunaan penumpang di lapangan terbang adalah sebanyak 900 unit;
(iii) menaik taraf lima set tandas penumpang yang bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan suasana tandas sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa;
(iv) meningkatkan kemudahan dan melancarkan proses daftar masuk penumpang dengan pelaksanaan Common Use Passenger Processing System yang akan mula digunakan pada 1 April 2024;
(v) menaik taraf 12 unit Passenger Boarding Bridge sedia ada dan dijangka setiap pada Disember 2024;
(vi) menaik taraf kemudahan surau yang dijangka siap pada suku keempat tahun 2024; dan
(vii) memperkenalkan inisiatif easy bag ataupun self-service bag drop bagi memudahkan dan mempercepatkan proses daftar masuk bagasi.
Selain itu, untuk jangka masa sederhana pihak MAHB sedang mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan projek menaik taraf Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk membolehkan pengendalian penumpang ditingkatkan daripada sembilan juta penumpang per annum ataupun nine million passengers per annum pada masa ini kepada 12 mppa ataupun 12 million passengers per annum. Dengan peningkatan kapasiti terminal ini, adalah diharapkan ia dapat mengatasi isu kesesakan serta memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan menyenangkan kepada semua penumpang.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Adakah kerajaan ada mencadangkan pembinaan lapangan terbang yang baharu menggantikan KKIA yang ada sekarang, Yang Berhormat?
Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini belum ada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Kota Kinabalu. Apa yang kita rancang di peringkat Kementerian Pengangkutan ialah bagaimana untuk fully optimize dan utilize the current airport. Sebab pembinaan satu lapangan terbang yang baharu itu melibatkan, yang pertama satu dana yang cukup besar dan yang keduanya dari segi kesesuaiannya. Sebab apa yang dicadangkan untuk pembinaan satu lapangan terbang baharu di Sabah itu, ia jauh dari Kota Kinabalu. I think hampir 40, 50 kilometer dari Kota Kinabalu.
Apa yang ada di Kota Kinabalu sekarang ini agak strategik sebab dia dekat dengan pusat bandar raya, tetapi apa kekangannya ialah bagaimana kita lihat terminal itu dan landasan itu boleh dipanjangkan dan sama ada terminal itu boleh diperbesarkan lagi.
Kita juga akan melihat juga Terminal 2. Bagaimana optimize semula Terminal 2 di KKIA ini. Jadi, saya harap semua pihak dapat memberikan sokongan untuk memastikan supaya projek penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini dapat dijalankan dengan baik.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Menteri, Jerantut.
Terima kasih kepada pihak Menteri. Satu berita yang baik kepada rakyat khususnya daripada Semenanjung yang akan pulang beraya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya ingin mencadangkan tadi, ditetapkan tiga hari. Maknanya kita dah ada algorithm tiga hari sebelum raya, ini waktunya untuk mendapat tiket discounted yang kerajaan akan subsidize kalau ada harga yang lebih.
Apa salahnya pihak kementerian juga membuat perkara yang sama untuk tiket pulang, sebagaimana yang kita buat pada pengangkutan darat untuk tol dibuat algorithm
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
yang sama, syarikat penerbangan juga tentunya ada maklumat bilakah tarikh biasanya mereka ini balik, guru-guru khususnya. Jadi kita tetapkan tiga hari juga ataupun empat hari untuk tiket pulang diberikan subsidi yang sama. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya Tuan di-Pertua, Yang Berhormat.
Terima kasih. Memang saya berharap dapat buat lebih banyak hari untuk membenarkan ataupun membolehkan ramai lagi rakyat kita untuk balik ke kampung halaman dan balik semula ke Kuala Lumpur khususnya antara Semenanjung dengan Sabah Sarawak.
Sebab semenanjung dengan Sabah Sarawak tidak ada opsyen lain. Kalau dalam Semenanjung, kita boleh ambil tren, boleh ambil kereta, boleh ambil bas. Nak balik Sabah Sarawak, tidak ada opsyen lain selain daripada penerbangan.
Mengapakah kita hanya buat sehala? Yang pertamanya, yang telah saya jawab tadi, hendak balik itu, orang hendak balik itu dia tidak ada satu kepastian bila nak balik.
Kalau nak balik beraya, kita tahulah. Sudah tentu nak balik sebelum hari raya, tetapi lepas raya, dia nak balik ke Semenanjung, pada mungkin yang seminggu cuti, ada yang dua minggu, sukar untuk kita tetapkan hari mana yang kita patut letakkan harga maksima itu.
Yang keduanya, kos. Implikasi kos. Yang Berhormat, saya buat inisiatif ini tanpa ada apa-apa peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Kita kalau lihat dalam buku bajet, tidak ada peruntukan ini dalam bajet kita, tetapi kita cari mana-mana simpanan daripada perbelanjaan dalam kementerian. Kita buat dengan lebih kreatif, ada dana-dana tambahan seperti nombor pendaftaran khas dan sebagainya. Kita salurkan untuk tujuan ini.
Jadi, kita juga kena lihat bagaimana untuk gunakan perbelanjaan kita ini dengan optima. Sementara ini kita akan cuba tambah dulu. Mungkin untuk hari raya yang akan datang ini sebab saya lihat mungkin hari raya saya tidak pastilah hari Rabu ke ataupun hari Selasa tapi kita tahu sudah tentu hujung minggu sebelum hari raya itu, orang ramai akan balik.
Jadi, kita mungkin akan mulakan pada hari Sabtu sebelum hari raya tersebut, hari raya akan datang ini. Jadi, mungkin kita akan tambah satu dua hari untuk harga maksima ini. Itu yang kita akan mulakan dulu dan kita lihat untuk sektor balik ke Semenanjung ini, bagaimana kita dapat bantu dan kita akan juga dapatkan kerjasama daripada syarikat- syarikat penerbangan.
Untuk Miri, Lapangan Terbang Miri sebab Yang Berhormat Miri dan Yang Berhormat Lawas telah membangkitkan isu berkaitan Lapangan Terbang Miri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri telah disenaraikan oleh Kementerian Pengangkutan di bawah Rolling Plan Lima- Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2025 sebagai salah satu projek kementerian yang perlu diberikan keutamaan untuk dilaksanakan. Kelulusan permohonan projek ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan dan kemampuan kerajaan pusat.
Cadangan projek menaik taraf ini adalah antara lain akan melibatkan pertambahan kapasiti terminal daripada dua juta penumpang setahun kepada tiga juta penumpang setahun.
Pada tahun 2019, Lapangan Terbang Miri telah mengendalikan 2.4 juta penumpang di mana ia telah melebihi kapasiti sedia ada sebanyak 20 peratus. Jadi, sebagai kesimpulan, untuk Lapangan Terbang Miri, memang kita akan masukkan dalam rolling plan tahun depan dan kita harap diberikan keutamaan oleh Kementerian Kewangan.
Saya nak masuk kepada isu darat. Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menyentuh isu-isu berkaitan...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Sudah kah bercakap tentang MAHB? KLIA? Belum?
Tuan Loke Siew Fook
Sudah, sudah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sudah? Minta maaf. Saya nak masukkan sikit saja. Tentang cadangan Khazanah dan KWSP untuk menjual sebahagian pegangan MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock. Apakah
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kementerian Pengangkutan bersetuju dengan cadangan ini sebab difahamkan saya zaman Yang Berhormat Menteri PH 1.0 dulu pun sudah di- tidak dipersetujui oleh Kabinet.
Dululah.
Jadi, saya nak tanya apa nilai tambah GIP kepada KLIA sedangkan kita ada operator airport yang lebih baik di Incheon, Doha, Changi. GIP run some of the worst airport in Europe. Jadi, kenapakah GIP menjadi pilihan?
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya itu ialah andaian Yang Berhormat sahaja...
[Dewan ketawa]
Tuan Loke Siew Fook
Belum pun ada pengumuman kata kita nak jual kepada GIP. Itu andaian Yang Berhormat. Itu yang saya kata, itu andaian.
Yang keduanya, keputusan masa 2019 masa Kerajaan PH dulu, tak pernah dibincangkan dalam Kabinet. Boleh tanya presiden parti Yang Berhormat. Tak pernah dibincangkan dalam Kabinet. Tak pernah isu itu dibangkitkan dalam Kabinet pun.
Yang ketiganya, isu pemilikan ekuiti, bagaimana dia nak strategik, dia tidak melibatkan Kementerian Pengangkutan. Syarikat MAHB ialah operator lapangan terbang.
MOT ialah regulator. Jadi, kita tak boleh campur tangan daripada segi ekuiti MAHB.
Bagaimana struktur ekuiti. Itu terpulang kepada Khazanah. Khazanah akan membuat keputusan, dia akan membuat pengumuman kalau ada, berkenaan dengan apa-apa restructuring equity holdings Khazanah ini.
Jadi, ini terpulang kepada Khazanah dan saya tentu, saya rasa cukup yakin dengan pengalaman dan juga profesionalisme Khazanah untuk membuat penilaian, dengan siapa mereka nak buat rakan strategik, itu terpulanglah. Setakat ini, tidak ada langsung confirmation bahawa Khazanah telah memasuki perjanjian dengan mana-mana pihak. Kalau ada, sudah tentu akan ada pengumuman, Yang Berhormat. Okey? Puas hati ya? Jadi, tak payah lagi spin isu ini, ya...
[Dewan tepuk]
Tuan Loke Siew Fook
Seterusnya, saya ingin menyentuh isu-isu berkaitan ECRL yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Setiu. Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk mengembalikan stesen ECRL Pengkalan Kubor setakat ini kerana ia melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan. Untuk makluman, terdapat beberapa economic acceleration project di negeri Kelantan yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan seperti di Stesen Pasir Puteh iaitu Tok Bali Industrial Park yang akan memfokuskan kepada kawasan industri dan pelabuhan darat. Projek ini akan memberi kesan limpahan kepada sektor-sektor lain yang berpotensi seperti pelancongan, logistik, industri halal dan pertanian.
Menjawab isu pemantauan projek ECRL daripada Yang Berhormat Bentong, pihak pasukan ECRL mengambil maklum aduan berkenaan impak alam sekitar dan kerosakan infrastruktur jalan lama Bentong-Kuala Lumpur di dalam kawasan pembinaan projek ECRL. Berikut merupakan tindakan yang telah diambil oleh pihak ECRL bagi mengawal isu yang telah dibangkitkan.
Yang pertama, untuk makluman, pihak ECRL telah melaksanakan rutin pemeriksaan tapak secara mingguan untuk mengenal pasti ketidakpatuhan yang berlaku bagi tujuan pembaikan secepat mungkin. Selain itu, pihak ECRL juga telah melaksanakan audit pengawasan tapak yang terkini pada 7 dan 8 Februari 2024 bagi tujuan pematuhan alam sekitar. Oleh yang demikian, impak alam sekitar dapat dikawal secara serta-merta tanpa melibatkan kesan kepada orang awam.
Yang kedua, tindakan pembaikan telah dilakukan sama ada melalui pemantauan oleh pihak ECRL ataupun aduan daripada orang awam. Untuk makluman, pihak ECRL telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan telah mengemukakan surat maklum balas rasmi kepada pihak JKR Pahang pada 4 Oktober dan 28 Disember tahun lalu terhadap aduan serta kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan yang diterima.
Selain itu, pihak ECRL juga mengambil tindakan berkala bagi mencuci jalan daripada kesan debu dan habuk terutamanya di laluan keluar masuk tapak projek ECRL.
Bagi memudahkan aduan dilakukan oleh orang awam, pihak ECRL telah menyediakan talian aduan bernombor 017-788 3836 bagi projek ECRL Seksyen 7 yang melibatkan
Tuan Loke Siew Fook
daerah Bentong. Melalui aduan yang diterima, pihak ECRL akan melaksanakan tindakan susulan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan. Segala aduan yang diterima akan dikenal pasti dari semasa ke semasa. Saya nak menjawab juga Yang Berhormat Paya Besar. Ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak ada dalam Dewan.
Tuan Loke Siew Fook
Kalau tidak ada, saya skip-lah. Okay. Saya masuk kepada penyelenggaraan stesen dan aset KTMB bagi menjawab Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Okay.
Tuan Loke Siew Fook
Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas aset KTMB dijalankan secara harian, mingguan, bulanan, tahunan mengikut keperluan dan tahap kerosakan aset tersebut. Selaras dengan penyediaan perkhidmatan tren DMU dan bagi sektor jajaran kereta api Pantai Timur oleh kerajaan, kerja-kerja pembinaan platform bagi perkhidmatan ini sepanjang 100 meter sedang dalam fasa reka bentuk untuk dimuktamadkan oleh Perbadanan Aset Keretapi bersama agensi pelaksana iaitu JKR termasuk bagi Stesen Kereta Api Kuala Krau.
Jangkaan pelaksanaan fasa pembinaan ini adalah pada suku ketiga 2024 dengan mengambil kira isu-isu teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dengan pembinaan platform tersebut, dia dapat memberi kemudahan kepada penumpang untuk naik dan turun memandangkan platform sedia ada tidak kondusif bagi golongan rentan.
Untuk makluman Yang Berhormat, jejantas pejalan kaki dan motosikal yang disediakan di kawasan stesen kereta api adalah bagi kegunaan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Selain itu, cadangan bagi laluan jejantas pejalan kaki untuk kegunaan awam perlu dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi permohonan lintasan rata awam pula, ia memerlukan penyediaan jalan rasmi yang menghubungkan kawasan-kawasan terlibat dan mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat.
Tuan Loke Siew Fook
Seterusnya, berkaitan dengan cadangan pemindahan ibu pejabat KTMB ke lokasi baru. Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Ya.
Tuan Loke Siew Fook
Saya nak jawab Jerantut pada hari ini. Yang pertamanya, belum ada lagi proses pemindahan, Yang Berhormat. Ada lah satu cadangan dan tawaran daripada pihak RAC. RAC itu Railway Asset Corporation (Perbadanan Aset Keretapi).
Mengapa ada tawaran itu? Sebab RAC ada satu bangunan baru di Jalan Tun Sambanthan, di Brickfields. Menara RAC itu dibina atas usaha sama dengan pihak YTL.
Ini projek yang dah lama dah. Sebelum saya pun jadi Menteri Pengangkutan tahun 2018 tetapi dimulakan semasa saya menjadi Menteri pada tahun 2018 di mana sebahagian tanah itu diambil oleh YTL untuk kemajuan dan secara return-nya, pulangannya kepada kerajaan ialah membina satu bangunan baru yang dinamakan sebagai Menara RAC yang sudah siap dibina di Brickfields.
Saya jemput Yang Berhormat boleh datang sekali, kita pergi lawat. Apa yang RAC buat ialah RAC menawarkan bangunan itu kepada KTMB untuk dipindahkan ibu pejabat KTMB itu yang sekarang berada di bangunan warisan kita, opposite dengan stesen Kuala Lumpur. Apabila bangunan lama, kita tahu macam-macam masalah, penyelenggaraan dan sebagainya. Itu sebabnya RAC menawarkan kepada KTMB untuk pindah ke bangunan baru tanpa sewa, free of charge.
Jadi, tidak ada soal RAC ataupun Kementerian Pengangkutan memaksa KTMB mengosongkan bangunan itu. Itu tawaran. Tetapi, tawaran itu sama ada diterima atau tidak, belum diputuskan lagi. Kalau KTMB rasa itu tak nak terima, terpulanglah kepada Lembaga Pengarah KTMB. Kementerian Pengangkutan tak akan memaksa KTMB hendak pindah.
Tuan Loke Siew Fook
Sebab, kalau KTMB tak mengambil tawaran daripada RAC, RAC boleh menyewakan bangunan itu kepada pihak swasta dan menjana pulangan sewa. Jadi, tidak timbul soal bahawa Kementerian Pengangkutan ataupun melalui RAC memaksa KTMB kosongkan tanah itu. Saya tahu ada macam-macam tuduhan, bukan daripada Yang Berhormat. Saya hargai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat cakap dengan profesional. Tak ada andaian, tak ada dakwaan bukan-bukan. Ada dakwaan kononnya kita nak kosongkan bangunan itu bagi kepada YTL. That’s rubbish. Tak pernah ada sebarang cadangan bahawa bangunan itu kalau dikosongkan, nak diserahkan kepada mana-mana syarikat swasta.
Itu bangunan warisan. Bangunan sejarah negara. Sudah tentu kepunyaan kerajaan melalui RAC. Bangunan yang diduduki oleh KTMB sekarang itu juga milik RAC, Perbadanan Aset Keretaapi kerana semua aset dan harta di bawah KTMB itu diletak di bawah Perbadanan Aset Keretaapi. Sekiranya bangunan itu dikosongkan, maka sudah tentu ada projek-projek pemuliharaan, melibatkan dengan Khazanah sebab Khazanah sekarang ada satu projek untuk menghidupkan semula dan memulihara kawasan bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Negara dan sebagainya untuk pastikan kawasan itu kita pulihara dengan baik sebagai warisan negara.
Jadi, tidak ada isu dan tidak ada sebarang kemungkinan bahawa kita nak menggadaikan bangunan warisan kita. Jadi Yang Berhormat, jangan bimbang dan saya harap Yang Berhormat perbetulkan, ada blogger, blogger dekat luar cakap bukan-bukan, kononnya kita nak serahkan kepada syarikat swasta. Tidak. Langsung tak ada niat itu.
Jadi, untuk KTMB, terpulanglah. KTMB boleh buat keputusan nak pindah atau tidak pindah. Itu tawaran. Kalau tak nak pindah, kekal kat sana, RAC boleh gunakan bangunan yang baru itu untuk menjana sewa. Jadi, bangunan itu baru siap. Dia dah siap setahun lebih. Belum lagi diduduki. Kalau Yang Berhormat berminat, saya boleh bawa sebab saya pun belum melawat bangunan itu. Boleh sama-sama melawat bangunan itu. Okey ya Yang Berhormat?
Seterusnya, penjimatan subsidi kerajaan untuk pelaburan kepada pengangkutan awam. Kementerian Pengangkutan menyambut baik cadangan Yang Berhormat Kluang berhubung penjimatan daripada pelaksanaan subsidi bersasar seharusnya dilabur semula untuk penambahbaikan pengangkutan awam di seluruh negara, bukan saja di Lembah Klang. Kementerian Pengangkutan yakin bahawa subsidi yang dapat dijimatkan kelak akan dilaburkan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat jua. Yang berhormat Petaling Jaya membangkitkan bahawa kawasan PJ meliputi perkhidmatan pengangkutan bas bagi 34 laluan, termasuk bas perantara dan BRT bagi kesinambungan perkhidmatan rel.
Data purata perjalanan penumpang sehari yang direkodkan menunjukkan peningkatan kadar positif, hampir 19 peratus iaitu 34,809 penumpang pada tahun 2023 berbanding 28,000 pada tahun 2022. Kerajaan sememangnya sedang melaksanakan inisiatif demand-responsive transit (DRT) ataupun bus on demand secara proof of concept di mana pengguna perkhidmatan kenderaan awam boleh menggunakan perkhidmatan atau inisiatif ini bagi menangani masalah first mile dan last mile yang dibangkitkan. Bagi kawasan Petaling Jaya, rapid bus dalam perancangan untuk melaksanakan proof of concept DRT yang dijangka pada Mei 2024 di laluan LRT Taman Paramount ke Sungai Way dan laluan LRT Taman Bahagia ke SS7.
Perkhidmatan BOD merupakan tempahan perkhidmatan bas melalui aplikasi yang dijalankan tanpa jadual dan laluan yang tetap serta beroperasi di dalam zon yang diluluskan. Objektif POC ini adalah untuk mengkaji keberkesanan perkhidmatan bernilai impak kepada perkhidmatan sedia ada dan mengumpul maklumat tahap penggunaan perkhidmatan BOD dalam kalangan orang awam. Syarikat aplikasi yang berminat boleh memajukan kertas cadangan berkenaan permohonan POC BOD kepada Unit Bas Ibu Pejabat APAD yang telah dilaksanakan bermula 5 September 2022.
Saya juga nak menyentuh berkenaan dengan isu lori melebihi had muatan. Tuan Yang di-Pertua, isu lori melebihi had muatan yang dibenarkan telah menjadi salah satu penyebab kepada kerosakan jalan raya. Untuk makluman Yang Berhormat Rompin, salah satu tindakan utama yang dilaksanakan bagi menangani isu ini adalah dengan menggiatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan oleh pihak JPJ, melibatkan peraturan had
Tuan Loke Siew Fook
muatan kenderaan dan had laju bagi kenderaan berat. Selain mengoperasikan 53 buah stesen penguat kuasa ataupun stesen timbang di seluruh negara, pihak JPJ juga turut dibekalkan dengan 75 unit alat timbang mudah alih bagi tujuan penguatkuasaan tersebut.
Sepanjang tempoh antara tahun 2016 sehingga September 2023, sejumlah 65,221 notis saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan bahaya dan lebihan muatan. Di samping itu, Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses akhir untuk membangunkan sistem high-speed weigh-in-motion. Menerusi penggunaan sistem HSWIM ini, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara masa sebenar atau automatik tanpa memerlukan kenderaan tersebut perlu berhenti untuk ditimbang. Sistem HSWIM ini akan dipasang terus di atas jalan lokasi-lokasi strategik di seluruh negara. Sistem HSWIM ini akan membolehkan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan 24 jam sehari sepanjang tahun.
Aspek integriti penguatkuasaan juga akan dapat ditingkatkan apabila proses penimbangan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara automation sepenuhnya.
Penggunaan sistem HSWIM juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia atau anggota penguatkuasaan yang tinggi. Anggota penguatkuasaan akan boleh melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di lokasi-lokasi yang lain yang tidak dipasang dengan sistem tersebut. Akhirnya, sistem HSWIM ini dijangka dapat memperluaskan capaian, meningkatkan pematuhan dan memperkukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan ke atas peraturan muatan kenderaan motor serta menjadi penyelesaian jangka masa panjang dalam menangani isu had muatan kenderaan berat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Timbalan Speaker.
Tuan Loke Siew Fook
Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih. Saya juga membahaskan isu had muatan lebih kenderaan-kenderaan besar ini. Kalau di Kuala Langat ini, antara yang faktor kita lihat adalah faktor jalan raya itu sendiri, yang saya kira teruklah. Kemudian, dengan pembangunan yang pesat di Kuala Langat ini, yang mana akhirnya menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Saya dapati ini juga respons daripada pemandu-pemandu kenderaan berat ini.
Apabila keadaan lalu lintas yang padat begini, akhirnya mereka Waze dan mereka mendapat jalan-jalan pilihan, dan jalan pilihan itu adalah alternatif jalannya adalah melalui kampung-kampung, yang mana akhirnya merosakkan jalan kampung. Ia juga berlaku sehingga pendawaian-pendawaian elektrik dan TM juga terputus dan sebagainya.
Tempoh hari, saya ucapkan terima kasih lah kepada pihak JPJ yang memantau.
Selepas ini, sejauh mana mereka akan terpaksa memantau keadaan sebegini yang akhir juga sangat membebankan dan menjadi isu kepada kampung-kampung ini? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, memang kita tahu bahawa kalau kita pasang HSWIM, mungkin dia nak cari jalan pintas dan sebagainya. Itu sebabnya kita akan cari lokasi yang strategik yang mungkin mereka tak boleh elak. Umpamanya untuk pelabuhan, yang paling strategik adalah kita letak di pintu luar pelabuhan. Dia mesti keluar masuk ke pelabuhan. Jadi macam mana dia nak elak pun dia tak boleh elak, kalau untuk lori-lori kontena ini.
Tuan Loke Siew Fook
Memang kita tahu bahawa ada pelbagai cabaran. Walaupun ada teknologi baru, tetapi untuk kita pasang di kawasan-kawasan yang strategik ini mungkin mereka cari jalan pintas dan akhirnya mungkin jalan-jalan kampung akan dipilih. Kalau itu berlaku, mudaratnya kepada orang kampung sebab mereka akan melalui kawasan kampung dan sebagainya. Namun begitu, memang kita akan kenal pasti lokasi yang betul-betul strategik supaya mereka tidak boleh elak dan itu dapat dikuatkuasakan dengan lebih efektif. Itu yang akan kita laksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya nak menjawab sedikit Yang Berhormat Kota Belud yang telah membangkitkan isu potensi Pelabuhan Kudat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Yang Berhormat Menteri, Kuala Kedah ada?
Tuan Loke Siew Fook
Kuala Kedah isu apa?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Status pembinaan jeti.
Saya dah bangkitkan dalam perbahasan.
Tuan Loke Siew Fook
Ya dalam teks ucapan ini tidak ada status berkenaan Kuala Kedah jeti tetapi saya boleh jawab. Memang itu telah pun ditender dan kita telah lantik kontraktor untuk melaksanakan projek Jeti Kuala Kedah itu.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kemudian yang keduanya saya ada bangkitkan tentang cadangan pembelian dredging fleet, kapal korek.
Saya ingat kalau dapat dipertimbangkan.
Tuan Loke Siew Fook
Memang betul Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan telah pun mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan membeli satu kapal korek untuk kita buat dredging sebab sekarang ini memang untuk Kuala Perlis dan Kuala Kedah, tiap-tiap tahun kita kena buat dredging Jadi tahun depan, kita nak buat penganjuran LIMA. Tahun ini kita kena buat dredging lagi. Tahun lepas baru siap, tapi tahun ini dia mendap balik. Kita terpaksa buat balik. Jadi untuk jangka masa panjang adalah lebih berbaloi supaya Jabatan Laut ada satu kapal supaya boleh buat dredging sepanjang masa.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Cuma satu Yang Berhormat Menteri, rakyat di Kuala Kedah itu nak tengok bila boleh mula pembinaan itu.
Sekian, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Kapal bukannya hari ini kita tempah, esok boleh dapat Yang Berhormat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tak, bukan kapal itu.
Jeti itu, jeti, jeti.
Tuan Loke Siew Fook
Soalnya memang ada keputusan dasar di Kementerian Pengangkutan kita telah nak mohon kepada Kementerian Kewangan supaya bagi bajet kepada kita untuk satu tahun depan membeli kapal tersebut, untuk menempah kapal tersebut. Tahun ini kita tidak boleh elak daripada...
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Jeti Yang Berhormat Menteri, jeti.
Tuan Loke Siew Fook
Jeti memang kontraktor telah dilantik. Jeti kontraktor telah dilantik. Dia ada kelewatan sebab berkali-kali retender. Ini masa kerajaan terdahulu pun ada dua, tiga kali retender. Itu yang menyebabkan jeti tersebut lewat, tetapi akhirnya kontraktor telah pun dipilih. Saya yakin kerja-kerja fizikal akan mula secepat mungkin.
Okey, terima kasih.
Puan Yang di-Pertua, saya sudah habis. Cuma Kota Belud saya nak nyatakan bahawa untuk Pelabuhan Kudat. Pelabuhan Kudat ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun begitu, Kementerian Pengangkutan sudah tentu akan memberikan sokongan teknikal kepada Kerajaan Negeri Sabah sekiranya ada apa-apa perancangan untuk menaik taraf pelabuhan di Kudat.
Sebab semua pelabuhan di peringkat negeri di Sabah adalah di bawah kelolaan kerajaan negeri. Kalau mereka ada apa-apa cadangan untuk membangunkan melalui PFI, kita alu-alukan dan Kementerian Pengangkutan bersedia untuk memberikan nasihat teknikal. Itu sahaja jawapan daripada saya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan isu-isu berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI kepada semua yang berada di Dewan yang mulia ini. Di awal sesi penggulungan ini, saya ingin Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas kesudian Baginda berangkat untuk bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Sidang Parlimen Ke-15.
Saya juga terlebih dahulu ingin merakamkan sembah tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-17. Seterusnya saya mewakili warga kerja Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Musta’in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Baginda Tuanku Azizah Maimunah Iskandariah yang telah memayungi negara dan rakyat sepanjang lima tahun yang lepas dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada 63 orang Yang Berhormat, ramai sungguh yang telah membangkitkan isu yang berkait rapat dengan bidang kuasa KPKM sewaktu perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang bermula 27 Februari sampai 7 Mac.
Yang di-Pertuan Agong melalui Titah Baginda juga memberi penekanan agar inisiatif pengeluaran makanan hendaklah dilaksanakan secara tersusun dengan memastikan kebajikan petani, penternak, nelayan dan pengeluar makanan terus menjadi keutamaan. Maka bagi tujuan penggulungan ini, saya akan memberi penumpuan kepada penjelasan mengenai inisiatif yang dilaksanakan oleh KPKM.
Tuan Yang di-Pertua, inisiatif pengukuhan sektor agromakanan yang mula saya rintis sejak 2022 telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.
Pencapaian ini boleh diterjemahkan melalui pertumbuhan sektor agromakanan yang lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.
Sektor agromakanan memberi sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Negara Kasar 11.6 peratus. Pengiraan ini meliputi industri agromakanan di bawah sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, saya menyedari bahawa KPKM masih berhadapan cabaran dalam menyelesaikan isu bekalan makanan yang bukan sahaja dihadapi oleh negara kita, bahkan di seluruh dunia.
Dalam menjelaskan inisiatif meningkatkan pengeluaran padi seperti yang diajukan oleh Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Mas Gading, pada tahun 2024, KPKM telah memperkenalkan Gelombang Padi sebagai satu pelan tindakan komprehensif yang merangkumi 12 inisiatif berfokus:
(i) memperkenalkan dasar baru insentif benih padi sah yang juga meliputi perluasan di negeri Sabah dan Sarawak;
(ii) memulihkan dan membangunkan kawasan tanah jerlus;
(iii) memperkasa pembekalan input pertanian melalui projek rintis, pembekalan baja di empat buah negeri iaitu Perak, Perlis, Terengganu dan Selangor. Perlis dengan Terengganu pun kita pilih. Selain itu mewujudkan stockpile baja negara termasuk di Sabah dan Sarawak;
(iv) memperkasa pengurusan air ke kawasan tanaman padi; dan
(v) memperluas pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar yang dipanggil ala Sekinchan di seluruh di kawasan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
jelapang padi di Pahang, Kelantan, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Kerjasama KPKM dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membuka kawasan baru seluas 25,000 hektar dan rundingan di peringkat kumpulan kerja masih berterusan. Selain itu, KPKM juga akan membuka kawasan baru 25,000 hektar di negeri Sabah.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dalam rundingan saya dengan Premier Sarawak, pandangan-pandangan, saranan-saranan yang diberikan oleh Premier Sarawak amat menggalakkan iaitu Sarawak sendiri berazam menjelang 2030, mereka insya-Allah akan mampu mengeksport beras. Ini yang diazamkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan kita memberi sokongan penuh.
Yang keenam, memperluas pelaksanaan program lima kali penanaman dalam dua musim yang melibatkan seluas 3,000 hektar di kawasan MADA terlebih dahulu. Yang ketujuh, memperkenalkan kaedah pembayaran belian padi secara dalam talian kepada pesawah di seluruh negara. Yang kelapan, mengurangkan kehilangan hasil lepas tuai.
Mesin-mesin yang lama kita akan cuba tukar dari semasa ke semasa kerana ia banyak berlaku ketirisan. Tiris padi, bukan tiris corruption, tiris padi yang bergelimpangan di atas tanah kita kena kurangkan dengan menggunakan mesin baharu yang lebih kecil dan lebih ringan.
Yang kesembilan, membangunkan sistem integrasi maklumat bersepadu. Yang kesepuluh, membangunkan sistem soil profiling berdasarkan Site-Specific Nutrient Management yang lengkap bagi kawasan jelapang padi. Yang kesebelas, memperkasa penanaman padi bukit dan padi huma di Sabah dan di Sarawak. Yang ke-12, meningkatkan produktiviti hasil padi dengan perluasan kawasan baharu jelapang padi meliputi IADA KETARA Fasa 2 di Terengganu, IADA Seberang Perak Fasa 2 Perak, IADA Endau-Rompin dan MADA Plus.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, garis masa pelaksanaan semua program di bawah inisiatif Gelombang Padi ini adalah bermula tahun 2024 sehingga 2030 selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak masuk tajuk lagi. Itu baru...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, bagaimana hendak menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam program-program 12 butiran, 10 butiran yang disebutkan oleh Yang Berhormat kerana kalau kita lihat hendak memperkasakan sistem saliran air untuk ke kawasan padi, kalau sekadar bantuan dana yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada kementerian, you’ll take 20 years to upgrade, tetapi itu kita tidak mempunyai masa sebegitu dan perlukan penglibatan pihak swasta daripada segi benih umpamanya. Kalau cadang hendak tanam lima kali dua tahun, tentu sekali penglibatan research daripada research institute atau pihak swasta perlu diperkasakan.
Sejauh mana butiran-butiran 10 atau 12 perkara yang disebutkan Yang Berhormat ini akan melibatkan penglibatan pihak swasta yang lebih impresif?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ada pihak swasta di peringkat perundingan.
Mereka kalau hendak terlibat, tentulah mereka mahu berskala besar. Benih-benih padi baru ini, kita pihak MARDI sedang masuk juga berbincang dengan rakan-rakan terutama negara ASEAN yang telah berjaya membuat tuai padi yang lebih pendek. Ini dalam usaha kita secara intensif kita lakukan.
Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar, Sik, Bayan Baru, Jerantut, Kuantan, Bera, KPKM memandang serius berhubung dakwaan bahawa wujudnya kartel dalam industri padi dan beras negara. Industri padi dan beras negara dikawal selia oleh KPKM di bawah Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
Melalui akta ini, pelesenan dan penguatkuasaan merupakan langkah KPKM untuk memastikan ekosistem yang adil di sepanjang rantaian nilai industri padi dan beras negara.
Sekiranya terdapat pelanggaran Akta 522 dan peraturan-peraturan di bawahnya oleh pemegang lesen dan permit, KPKM akan membatalkan serta-merta atau
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
menggantung lesen mana-mana pihak. Pada tahun 2023, sebanyak 22 lesen penjualan benih padi sah telah dibatalkan kerana telah melanggar syarat sah lesen.
Selain itu, KPKM sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan tersebut di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712]. Kerjasama penuh akan diberikan kepada MyCC sehingga siasatan selesai dijalankan. Semua Ahli Parlimen tahu bagaimana MyCC telah bertindak terhadap ayam, bekalan ayam. Jadi...
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Pengerusi.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Bagan Serai ada bendang?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Bendang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri. Saya bersetujulah kerana di sana adanya kawal selia padi yang menguruskan supaya soal kartel ini tidak berlaku, tetapi realiti di bawah sana Menteri, memang itulah rungutan-rungutan yang ada kepada petani-petani terutama dalam masalah untuk mendapatkan benih. Benih walaupun harga yang dibenarkan untuk jualnya lebih kurang dalam RM40 ke RM45, tetapi dijual terpaksa mereka hendak dapatnya sebanyak RM55.
Jadi persoalan saya, saya hendak fokuskan pada Daerah Kerian yang tadi baru sahaja saya bercakap dengan salah seorang daripada PPK sana, dimaklumkan juga di sana mereka tidak mendapat untuk kuota untuk menjualkan benih di Daerah Kerian.
Terpaksa ialah mereka dapat daripada tauke-tauke luar dari situ. Maka, situlah kita tengok berlakunya eksploitasi yang begitu dahsyat.
Keduanya, soal berkenaan dengan kualiti yang benih yang dijualkan kepada petani-petani pada hari ini. Saya harap akan juga kepada Menteri dan juga pegawai- pegawai di belakang, mungkin boleh lihat kerana realiti bawah berlaku memang kualiti benih yang ada kepada petani dapat hari ini memang amat mendukacitakan sehinggakan mereka mengalami masalah ketika untuk mendapatkan hasil yang untuk target yang sepatut mereka dapat. Terima kasih kepada Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih perhatian Bukit Gantang.
Itulah juga perhatian...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih atas...
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Dak Bukit Gantang. Bukit Gantang hat...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya lah Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Raja...
[Ketawa]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih atas perhatian Bagan Serai.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Boleh saya tanya?
Minta penjelasan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Perhatian ini saya amat- saya rasa itu juga perhatian para pegawai kita dan kita akan buat satu perkara yang besar-besaran dalam hal benih padi ini dan semuanya sekali dalam masa yang tidak berapa lama insya-Allah.
Ya.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Okey. Saya hanya minta penjelasan. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri bercakap tentang jelapang padi Sabah. Adakah istilah ini diterima sebagai setaraf dengan jelapang padi Semenanjung?
Dengan penerimaan istilah itu, jelapang padi Sabah yang tiada sekarang, sekarang diadakan akan menerima bantuan yang setaraf? Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar mencelah terus isu yang berkaitan dengan padi. Parit Buntar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat sebut Parit Buntar bersama dengan lain-lain, tetapi tidak memberi jawapan yang spesifik terhadap isu yang saya bangkitkan. Ada tiga perkara. Pertama berkaitan dengan tanah jerlus. Para petani, pesawah padi menanggung kerugian musim ini lebih kurang RM6.8 juta berbanding musim lepas hanya RM2 juta lebih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jadi, apakah tindakan yang sepatutnya kerajaan bagi membantu nasib petani yang menanggung kerugian? Dalam jawapan bertulis dulu, sesi yang lepas, Yang Berhormat Menteri jawab boleh mohon bantuan bencana. Jadi, saya maklumkan kepada para pesawah. Mereka pun mohon ke Jabatan Pertanian dan permohonan diangkat ke negeri, negeri angkat ke Pusat, tetapi tidak lulus sebab jerlus bukan masalah bencana, tetapi jawapan yang Yang Berhormat Menteri dalam jawapan bertulis, kata boleh mohon.
Jadi, rakyat pun kecewa sebab tidak lulus.
Kedua, saya bangkitkan tanah yang direhatkan. Yang Berhormat Menteri jawab dalam soalan bertulis, tanah perlu direhatkan semusim ataupun dua musim untuk tujuan diselenggarakan sistem perparitan dan perataan tanah. Masalahnya sehingga sekarang, apakah tindakan agensi kerajaan berkaitan dengan tanah yang direhatkan semusim ataupun dua musim?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kami sudah berdialog dengan para pesawah. Dia tak ada masalah kalau nak direhatkan, tetapi dengan syarat bagi lah pampasan yang sewajarnya.
Yang ketiga, sehingga sekarang petani-petani, pesawah padi di Perak khususnya Kerian, Parit Buntar dan Bagan Serai masih lagi belum dapat bantuan RM250, bilakah?
Rakyat nak tanya. Nanti saya balik, saya kena tanya lagi. RM250 bukan banyak pun, bukan RM2,000 pun. RM250, bila nak dapat YB? Jawab dengan jelas, pantas dan tepat.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tanya elok-eloklah, jangan marah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bukan marah, geram je.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Itu yang lekas tua tu...
[Ketawa] Insya-Allah jelapang padi di Sabah, kita akan bincang dengan Kementerian Kewangan supaya ada peruntukan yang sesuai terutamanya hal saliran pada masa yang akan datang dan Menteri Pertanian Sabah, kita sudah berbincang selalu dan kita sama-sama berusaha untuk mendapat peruntukan yang setimpal supaya jelapang padi Sabah dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin.
Tanah jerlus, saya dah sebut tadi. Kali ini ada peruntukannya. Cuba memohon sekali lagi. Saya akan ingatkan para pegawai supaya dapat mencari jalan membantu mereka yang terlibat dalam hal tanah jerlus ini.
Soal pampasan, itu saya akan lihat. Kalau tanah itu direhatkan, wang pampasan dan sebagainya kita akan bincang dan kita akan cuba memberi kelulusan di situ. Bantuan RM200 itu, itu telah berlalu dan ia perlu dilaksanakan. Saya akan ingatkan supaya ia dipercepatkan kerana ia telah berlalu. Masuk tahun ini dah, sepatutnya dah dapat kesemuanya mereka yang terlibat dalam membuat sawah ini.
Susulan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
(NACCOL) tahun 2024, pada 23 Februari 2024, PKPM sedang melaksanakan kajian dan perbincangan lanjut berhubung industri padi dan beras secara menyeluruh termasuk cadangan mewujudkan satu harga dan satu gred beras tunggal dengan mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampuan bekalan, kemampuan bekalan beras tempatan dan kesan kepada pengguna. Lima kementerian terlibat secara aktif termasuk Kementerian Ekonomi, KPDHEP, Kementerian Desa dan Wilayah, Kementerian Kewangan di antara yang terlibat dan kita akan membuat satu anjakan pada masa yang terdekat. Boleh dikatakan satu reformasi baru dalam hal padi dan beras negara ini.
Kita juga akan berbincang termasuk dengan rakan-rakan daripada pembangkang supaya memberi input...
[Disampuk] [Ketawa] Rakan-rakan daripada pembangkang untuk memberi input sebab kita laksanakan nanti, kita harap dapat sokongan semua pihak.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Bila masalah negara, kita ambil tanggungjawab bersama. Ini yang kita cuba mencari jalan dan kita telah membuka libat urus ini. Sudah berkali-kali dengan pihak petani, dengan pihak pengilang, dengan pihak
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
peruncit dan sebagainya supaya bila kita laksanakan nanti, ia dapat memenuhi sekurang- kurangnya kepuasan pihak majoriti rakyat, bukan majoriti kepuasan mana-mana parti. Ini yang kita nak tuju. Sila.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Boleh Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Putrajaya tak ada bentang.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih atas penjelasan berkaitan dengan beras tadi. Cuma isu beras ini sebenarnya kalau kita lihat, apa yang berlaku ini bermula pada 1 September apabila harga beras import dinaikkan. Jadi September, Oktober, November, Disember, Januari, Februari, Mac. Tujuh bulan berlalu tanpa penyelesaian.
Sebab itu dalam sidang yang lepas, kami banyak bangkitkan tapi kerajaan kata ada beras, ada, tapi hakikatnya semalam saya pergi check pun, masih tak ada beras putih tempatan.
Jadi cadangan saya, adalah amat penting sebelum kerajaan buat sesuatu keputusan besar nak naikkan harga beras import dan sebagainya, pastikan keseluruhan ekosistem itu dilihat. Sekarang ini lepas tujuh bulan, rakyat dah merana tujuh bulan ini, baru kerajaan nak lihat. Jadi penting untuk keputusan-keputusan besar yang akan datang ini, duduk bincang terlebih dahulu. Patutnya benda ini berlaku sebelum bulan September.
Sebelum 1 September itu dah bincang dah ini. Inilah kita naikkan sekian, sekian, sekian.
Jadi itulah cadangan saya pada kerajaan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Bukan lambat. Cermat dan berhati-hati supaya bila kita buat sesuatu, tidak boleh ubah. Bulan depan ubah lain, bulan ini ubah lain. Sebab itu kita ambil semua pandangan. Sebab soal beras ini macam sekarang, kita dapat sokongan semua negeri untuk membanyakkan kawasan sawah. Tak kiralah negeri mana, semua menyokong. Itu tanda semua mengambil perhatian hal kecukupan beras ini.
Saya suka menegaskan juga bahawa belum ada ketetapan yang dibuat ke atas nama beras itu. Itu kita akan bincanglah. Nak bubuh nama apa pun tak apa asalkan ia- kita kena ingat pesawah ada 300,000 ke 400,000. Kita kena ingat rakyat yang menggunakan. Kita kena ingat pengilang, jangan sampai dia rugi. Kita kena ingat peruncit.
Jadi semuanya itu kita kena buka perbincangan dan kita buat ketetapan nanti. Barangkali yang terakhir kita buat dahulu hal beras, tahun 2008. Kali ini tahun 2024. Dasar ini adakah jitu, tak berubah? Mungkin masa akan datang mungkin berubah mengikut keperluan pada waktu itu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ini bekas Menteri Pertanian.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Bila kerajaan bercakap tentang kos sara hidup, Kementerian Pertanian dilihat sebagai kementerian yang kedua. Maknanya bila cakap tentang kos sara hidup, harga mesti rendah. Siapakah nak duduk sana? Yang duduk di kementerian ini merupakan custodian of farmers, iaitu merupakan pembela kepada petani, pesawah, pengeluar hasil pertanian. Dia kalau nak kurangkan harga, dia tidak boleh memberi kesan kepada mereka ini seperti yang saya katakan bahawa mereka ini juga berhadapan dengan peningkatan kos pengurusan. Baja, racun, benih dan sebagainya. Semua meningkat. So, Yang Berhormat Menteri kena pertahankan ini.
Bukan Menteri Kos Sara Hidup take the lead dalam mengurus kos sara hidup.
So, kalau nak buat beras, satu label beras dan diselaraskan dengan beras import daripada luar, dia walaupun kita nak harga murah tetapi kepentingan petani itu harus dijaga oleh kementerian kerana kalau tidak, kita akan berhadapan dengan kekurangan dan kita akan bergantung pada import. Kalau kita mula bergantung kepada import, kita akan berhadapan dengan fluctuation yang lebih tinggi. It is good buka tanah lebih banyak tanam benih padi yang boleh tiga kali ke-empat kali setahun, tetapi dasar mesti sesuai, Yang Berhormat Menteri.
Kita tidak boleh ada dasar kalau nak menggalakkan penglibatan pihak swasta tetapi harga beras RM2.60 satu kilo. Tak ada orang nak masuk melabur, pelabur tak akan masuk. They have their option of planting oil palm, planting rubber, koko dan sebagainya daripada tanam padi. Jadi saya setuju keluasan tanah kita mesti diperbesarkan. Sarawak offer 150,000. Sesi yang lalu, Kementerian Luar Bandar ini kata nak develop 100,000
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
sawah hektar tanah tapi belum nampak. Yang itu kena dipercepatkan, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya setuju semua apa yang disebut itu sebab kita kata tadi, kita kena jaga kepentingan penanam padi dan juga keadaan sekarang ini dengan harga yang ada ini juga termasuk lebih tiga juta orang asing juga menikmati harga yang rendah itu. Apakah kita hendak berterusan begitu? Ini yang kita ada libat urus supaya kita dapat menjaga kepentingan rakyat lebih utama daripada kepentingan-kepentingan yang lain.
KPKM telah mengadakan sesi libat urus di pelbagai peringkat. Sesi libat urus bersama kementerian, jabatan serta rantaian industri padi beras pada 18 Februari yang lalu. Sesi libat urus KPKM bersama BERNAS, 27 Februari. Yang ketiga, libat urus Yang Berhormat Menteri bersama pemegang taruh industri padi, 29 Februari.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sesi libat urus KPKM bersama kementerian, jabatan dan agensi industri padi dan beras pada 5 Mac. Hasil libat urus ini akan diteliti sebelum diangkat sebagai satu pelan tindakan baharu industri padi dan beras untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat NACCOL, 20 Mac. Sebarang keputusan adalah bagi memastikan semua pemegang taruh melibatkan pesawah, pemain industri dan pengguna tidak terkesan dan menerima sewajarnya. Itulah pandangan Beluran tadi. Kita ambil perhatian.
Sebagai respons kepada pertanyaan Yang Berhormat Bagan Serai, Betong, Ledang, Temerloh, Tenggara, Selangau berhubung inisiatif peningkatan produktiviti pengeluaran dan penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian, usaha terus diperkukuhkan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan melalui kerjasama kerajaan negeri dan pelaburan sektor swasta.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Antara projek yang sedang dilaksanakan, program mengoptimumkan penggunaan tanah dengan kerjasama kerajaan negeri di bawah program keterjaminan makanan untuk 2024 bagi tujuan meningkatkan kadar sara diri komuniti pertanian terpilih.
Kedua, memperkasakan kapasiti industri akuakultur melalui Program Pembangunan Kawasan Zon Industri Akuakultur, Program Pembangunan Integrasi Akuakultur dan Program Kebun Komuniti MADANI subsektor akuakultur. Kebun Komuniti MADANI ini ada peruntukan juga di bawah JPM. Harap wakil-wakil Ahli Parlimen ini tahu dan kalau ada rakyat kawasan mereka memohon boleh cuba di bawah kebun komuniti ini.
Ketiga, memperkasa industri lembu pedaging menerusi program pembiakan ternakan ruminan melalui teknologi pembiakan berbantu. Saya nampak perkembangan ternakan lembu ini berkembang subur di Kelantan. Saya sudah turun beberapa kali termasuk di Kelantan itu ternakan lembu wagyu yang mahal itu dan saya rasa daging lembu itu memang sedap. Macam juga kita rasa daging wagyu yang dibawa di tempat- tempat lain. Di Kelantan ini, tempat yang subur untuk dikembangkan industri ternakan lembu ini. Kita nampak pengusaha-pengusaha itu gigih dan kita pihak DVS, pihak kementerian sentiasa sanggup memberi bimbingan dan bantuan mengikut kemampuan kerajaan.
Keempat, melaksanakan program pembangunan industri tenusu negara. Ini banyak berkembang di Sabah sekarang ini dan juga di Pahang. Kita, kementerian menyokong dan memberi bantuan yang termampu oleh kerajaan untuk mengembangkan industri susu ini.
Kelima, memperkasa industri benih tempatan melalui wujudnya hab benih dan baka. Dalam merancakkan pertumbuhan industri kopi, KPKM menggalakkan penglibatan usahawan melalui kolaborasi syarikat swasta sama ada secara ladang kontrak atau rakan strategik pemasaran bagi tujuan meningkatkan mutu hasilan kopi yang memenuhi kualiti pasaran. Baru-baru ini saya melawat kebun kopi di Sik dan di situ kita lihat tanaman
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
kopinya agak subur dan kawasan itu amat sesuai ditanam dengan kopi dan saya sendiri merasa kopi itu, saya nampak rasanya sedap.
Selain itu, Dasar Agriculture 2.0 kita menggariskan strategi khusus pemerkasaan teknologi dalam sektor pertanian bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan melalui aktiviti penyelidikan. Ini memang sentiasa kita tekankan. Penyelidikan asas, penyelidikan gunaan, kajian pembangunan teknologi, kajian kebolehlaksanaan, kajian peningkatan skala dan kajian penilaian dan agensi khasnya melalui MARDI, siri pendidikan veterinar dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Kita tumpu sekarang dan aktifkan semua badan-badan ini untuk memberi khidmat dan sebarang kajian itu diturunkan kepada mereka yang nak menggunakannya.
Inisiatif segera ekonomi MADANI bagi mempergiatkan ekosistem R&D and C&I yang memberi tumpuan terhadap kajian peningkatan segala teknologi dan inovasi bagi tanaman terpilih, kajian sektor ternakan serta kajian perubahan iklim yang melibatkan peruntukan RM25 juta. Perdana Menteri dalam ucapannya juga menanamkan supaya ada inisiatif untuk membuat urban farming di mana di antara flat dan tanah kosong dan sebagainya di kawasan bandar boleh ditanam sayur-sayuran dan sebagainya. Kerajaan akan berusaha untuk memberi peruntukan ala kadar di tempat yang hendak memulakan urban farming ini. Penggunaan teknologi pendigitalan pertanian seperti teknologi moden, ini semua sudah kita sebut berulang kali.
Yang Berhormat Bentong, Balik Pulau, Beluran, Padang Besar telah membangkitkan peningkatan pengeluaran makanan bagi mengurangkan import makanan negara. Keterjaminan makanan boleh dipenuhi sama ada melalui pengeluaran tempatan atau sumber import. Sumber import diperlukan kerana terdapat komuniti makanan yang tidak dapat dihasilkan secara domestik. Antaranya disebabkan faktor kesesuaian iklim, tidak ekonomik, kekangan sumber tanah dan tenaga kerja.
Jumlah perdagangan agromakanan bagi tahun 2023, RM125.1 bilion. RM46 bilion kita eksport, kita import RM78.7 bilion. Masih jauh lagi Beluran daripada keseimbangan ini. KPKM sentiasa komited untuk meningkatkan pengeluaran domestik bagi mengurangkan kebergantungan import makanan.
Selain daripada inisiatif bagi industri padi dan beras yang saya nyatakan sebentar tadi, KPKM juga menghasilkan benih bagi penanaman bawang. Ini yang kita usaha secara intensif. Ada tiga benih sekarang ini dan benih itu akan cuba ditanam disemai di Perak, Kelantan dan Perlis. Tengok, dua negeri lagi saya pilih Kelantan dan Perlis. Bagi kita, bukan kesesuaian politik, kita lihat kesesuaian tanah. Benih ini akan disebarkan sepenuhnya pada 2026 nanti.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tak lama, sekejap sahaja. Kemudian, adalah kawasan yang sesuai boleh ditanam dan kita harap 2070 kita dapat menghasilkan 30 peratus bawang Malaysia; BAW 1, BAW 2, BAW 3 ataupun ada benih-benih yang lain yang dikemukakan pada waktu itu. Bawang hanya kecil sahaja tetapi kita import RM1.5 bilion. Bayangkan, satu angka yang cukup tinggi. Kalau kita dapat 30 peratus bawang local, bawang kecil itu, kita dapat kurangkan import sebegitu banyak.
Dalam mengimbangi defisit perdagangan ini, KPKM lebih agresif dalam mengenal pasti produk pertanian bernilai tinggi dan sumber kekayaan baharu untuk eksport. Kita dah dapat eksport nangka bulat dan durian masih di peringkat perbincangan lagi. DOA sedang berunding dengan pihak pentadbiran am Kastam China (GACC) untuk mendapatkan akses pasaran bagi durian segar ke China. Kalau dapat durian segar ini memang penanam durian kita sedang menanti untuk mengeksport durian segar ini ke negara China.
Selain daripada dua produk buah-buahan yang dinyatakan, KPKM telah mengenal pasti produk nanas. Ini kita kena tumpu sebab nanas, permintaan di luar negara cukup tinggi. Mereka memerlukan lebih kurang 4,000 kontena sebulan. Kita baru dapat menyediakan 800 sahaja, Putrajaya, sedangkan kita amat berpotensi untuk mengeluarkan
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
nanas dan sebab itulah kita jangka dalam 2024, kita jangka sampai 2026, kita hendak eksport 4,000 kontena ini untuk pasaran permintaan di luar negara.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sekarang pihak swasta banyak yang datang, pihak pekebun kecil datang, sebab kita ada konsep iaitu sekali tanam tiga kali tuai, iaitu tuai buah, batang dan daunnya juga boleh dijual dan dibuat juga benih daripada nanas itu apa dipanggil...
Seorang Ahli
Pulur.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Pulur nanas itu dan boleh dibuat benih.
Jadi satu tanam tiga kali tuai. Ini yang sedang diusahakan dan nampak sambutan daripada swasta daripada orang ramai cukup hebat sekarang ini. Kita harap kita dapat eksport sampai ke peringkat 4,000 kontena dalam masa yang terdekat maka kita dapat bilion ringgit untuk menyeimbangi import yang begitu tinggi.
Selain itu, usaha berterusan bagi mengukuhkan luas pasaran global kepada produk keluaran usahawan. Sinergi kerjasama perniagaan bersama syarikat-syarikat rakyat atau Diaspora Malaysia di luar negara, Export Management Company bersama usahawan tempatan sentiasa diperkukuh. Antara negara yang disasarkan adalah Amerika Syarikat.
Kita ada anak bangsa kita yang duduk di Amerika membuka syarikat di sana dan bekerjasama dengan FAMA untuk membawa barang-barang keluaran orang-orang kampung dan juga di kawasan-kawasan pengusaha-pengusaha kecil untuk dieksport ke Amerika melalui syarikat yang mereka tubuhkan di sana. Sehingga Disember 2023, sebanyak 50 produk agromakanan usahawan industri kecil dan sederhana telah berjaya dipasarkan.
Di samping itu, 12 syarikat IKS telah berjaya didaftarkan di bawah U.S. Food and Drug Administration bagi pematuhan keperluan (standard regulatory) Amerika Syarikat.
Ertinya kita berusaha seruang yang ada, apa saja yang boleh untuk kita dapat eksportkan barang-barang terutama barang makanan kita yang bermutu yang diusahakan. Kita nampak barang-barang yang banyak di pasaran antarabangsa ini daripada Thailand.
Berdasarkan inisiatif dan program yang dinyatakan, KPKM yakin pengeluaran domestik dalam sektor pertanian dapat dipertingkatkan. Seterusnya saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong, Gerik, Beluran, Arau, Parit Buntar, Padang Besar, Pokok Sena, Kangar, Merbok, Sri Gading, Setiu, Rompin, Mersing, Jerai dan Tenggara.
Pendekatan KPKM dalam meningkatkan minat ramai rakyat menceburi sektor pertanian dan agromakanan adalah dengan menggalakkan penyertaan baharu dan dengan sebagai peralatan teknologi yang baharu dan sebagainya. Setakat ini sambutan diberikan amat menggalakkan. Memberi kesedaran potensi sektor pertanian dan agromakanan dalam menjana sumber pendapatan dan menyediakan latihan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir melalui program latihan. Program latihan kemahiran pertanian, kursus-kursus jangka pendek seperti kursus upskilling dan reskilling yang menawarkan latihan, menawarkan kemudahan pembiayaan dan geran inisiatif dan insentif cukai juga kita adakan. Program Agropreneur Muda dah saya sebut dah banyak kali di sini dan menyediakan pelbagai insentif dan subsidi untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti pertanian, insentif menanam padi, insentif kepada nelayan, insentif kepada sektor ternakan...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Insentif perjanjian jual beli...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Minta laluan. Jerai, jerai. Yang Berhormat Menteri saya mohonlah aduan daripada rakyat di Jerai khususnya di pintu Kuala Ruat yang semakin sempit dan nelayan sering- perahu-perahu, kapal-kapal untuk ambil ikan ini rosak. Jadi saya ingat saya boleh bawa pada Menteri untuk meneruskan projek pelebaran pintu Kuala Ruat, insya-Allah.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya ambil perhatian. Kalau boleh diikuti dengan satu surat permohonan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, sedikit. Tangga Batu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Dan kita akan lihat, kita akan hantar pegawai-pegawai untuk melihat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat Menteri sedikit Tangga Batu. Saya ada timbulkan isu pengairan sawah di Bukit Rambai tapi tak dijawab. Yang keluar dalam perbahasan lepas saya pun ada hantar surat kepada Menteri untuk dilakukan pembuat ramp untuk bot nelayan. Itu peruntukan itu dan turun tapi untuk mendalamkan muara Sungai Lereh itu bila kita jumpa LKIM kata tak ada peruntukan yang turun sedangkan itu penting untuk nelayan keluar masuk. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih atas aduan itu saya akan melihat dan mengarahkan pegawai untuk melihat perkara itu.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang Berhormat Menteri satu lagi, Kuantan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kuantan?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ya. Saya ada juga membangkitkan isu...
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kilang air batu kah?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ya betul. Terima kasih Menteri.
Berkaitan dengan kilang air batu itu, saya sudah mendapat jawapan daripada kementerian namun dalam jawapan tersebut seperti tidak menampakkan ada masalah. Namun, situasi di tempat yang berlaku itu sebaliknya terutama bulan Julai hingga bulan Oktober pada masa itu ikan pun banyak tetapi nelayan untuk ke laut pada masa itu perlu menunggu sepuluh hari untuk mendapatkan bekalan air batu daripada bulan Julai hingga bulan Oktober lah. Jadi diharapkan dapat perhatian daripada Menteri, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Air batu itu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang mulia.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Akan ditambah dibuat satu lagi dan insya- Allah saya beri jaminan ianya akan selesai insya-Allah di Kuantan itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang mulia.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Arau tak nampak pun tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ingat dekat dah penghabisan ini bagi peluang kami tanya kalau Yang Berhormat tak boleh Yang Berhormat jawab bertulis ya. Yang pertama, apa komen Yang Berhormat tentang beras MADANI ini? Yang Berhormat yang cadang itu ada dekat belakang, dia cadang beras MADANI. Yang Berhormat tak tahu Perdana Menteri tahu. Saya nak tahu apakah konsep beras MADANI tolong bagi kata putus di sini. Apakah sebenarnya berlaku?
Kedua Yang Berhormat saya cadangkan supaya apabila berlaku perbezaan harga beras sekarang ini, saya cadangkan supaya harga padi dinaikkan daripada RM1,300 pada RM1,600. Sekarang ini walaupun Yang Berhormat tak naik kilang swasta telah beli RM1,750. Jadi kalau Yang Berhormat naikkan RM1,600 swasta akan beli RM2,000 jadi petani untung Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Baik, baik. Itulah orang bercakap tadi tak ada. Semua kita jawab dah tadi tapi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat kalau boleh ulang sekali lagi yang terbaiklah, sebab TikTok sedang mengikuti saya sekarang.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Arau ni kita kenal lama.
[Ketawa] Stail bercakap, gaya berbahas tak berubah dari dulu sampai sekarang.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya dimaklumkan tentang satu perintah khas daripada Yang Berhormat Menteri terhadap pemantapan tata kelola NAFAS. Menteri menggunakan kuasa di bawah Akta 109 dan juga 110 untuk menarik balik kuasa NAFAS itu dan diambil oleh Yang Berhormat Menteri. Saya setuju bahawa tata kelola perlu dibuat terhadap NAFAS dan Pertubuhan Peladang. Tetapi Akta 109 dan 110 Yang Berhormat Menteri ia tidak meletakkan Menteri untuk mengambil alih pengurusan pentadbiran NAFAS itu di bawah Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ia tidak memberi kuasa kepada Menteri. Kalau kita tengok Akta 110, kuasa yang diberi kepada Menteri adalah untuk tentukan keanggotaan LPP dan hala tuju LPP. Akta 109, kuasa Menteri tertumpu kepada kuasa rayuan sebagai pemberi pengecualian pemakaian Akta 109. Dia tertentu. Tetapi Yang Berhormat Menteri menggunakan kuasa di bawah Akta 109 dan Akta 110 untuk nak menangguhkan kuasa NAFAS dan diletak di bawah Menteri. Adakah ini tidak bercanggah dengan kuasa Menteri...
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Apa pun kita akan mencari jalan baiki mana-mana agensi...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, terhadap pengurusan. Tetapi saya setuju bahawa tata kelola terhadap NAFAS perlu diambil.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Dan kalau apa-apa kita semak melalui Penasihat Undang-undang. Itu saya nak jawab dari segi undang-undang saya bukan pakar dalam bidang itu. Kita buat semua rujuk melalui Penasihat Undang-undang yang akan memberi panduan dari masa ke semasa.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Seterusnya Menteri dia berkuasa terhadap LPP iaitu LPP sebagai pendaftar kepada NAFAS dan tuannya.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Itu saya akan rujuk kepada Penasihat Undang-undang. KPKM juga mengambil maklum akan isu yang dibangkitkan Puncak Borneo, Parit Buntar, Jerai, Mersing, Setiu, Rompin, Tangga Batu, Mas Gading, Selangau, Sabak Bernam, Tanjong Manis, Tanjong Karang, Permatang Pauh, Besut, Tenom, Merbok, Kuala Terengganu, Batang Lupar, Keningau, Kuantan, Raub, Padang Terap yang berkenaan kawasan masing-masing.
Yang bertanya hal kawasan masing-masing saya akan jawab secara bertulis kepada semua Ahli Parlimen yang bertanya itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Ekonomi. 40 minit.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera Dato’ Yang di-Petua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 40 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Ekonomi sepanjang Usul Perbahasan Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang telah diadakan dari 27 Februari hingga 7 Mac yang lepas.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Oleh itu, mengambil kira masa yang terhad dan skop perbincangan yang luas, saya berhasrat untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang ditimbulkan
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
berkaitan dengan Pangkalan Data Utama (PADU). Ini mengambil kira isu berkaitan PADU adalah merupakan isu yang menjadi tumpuan utama sepanjang perbahasan iaitu sebanyak 19 kali dan 42 pertanyaan lisan dan juga bukan lisan adalah berkaitan PADU menjadikan PADU satu-satunya perkara yang berada nombor satu dari segi soalan- soalan yang ditanya. Tambahan pula sebahagian daripada perkara-perkara lain yang ditimbulkan semasa perbahasan itu sebenarnya telah dijawab baik dalam persoalan lisan ataupun soalan-soalan lisan yang akan dijawab selepas ini.
Terima kasih kepada Kampar, Bachok, Pasir Mas, Kapar, Tumpat, Tanjong Piai, Putrajaya, Kuala Terengganu, Julau, Beaufort, Rasah, Kinabatangan, Labuan dan juga Wangsa Maju yang telah membangkitkan mengenai sistem Pangkalan Data Utama
(PADU). Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan secara keseluruhan berkenaan isu ini dan secara umumnya isu-isu yang dibangkitkan berkaitan PADU meliputi lima aspek:
(i) konsep dan keperluan satu pangkalan data bersepadu;
(ii) status kemas kini setakat ini;
(iii) isu dan cabaran pelaksanaan PADU;
(iv) dari aspek keselamatan sistem dan data; dan
(v) mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar.
Dato' Yang di-Pertua, perkara yang pertama iaitu konsep dan keperluan.
Keperluan mewujudkan sebuah pangkalan data kerajaan yang menggabungkan data-data pentadbiran telah dibincangkan dan diputuskan di Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada bulan Mei 2023. Ini adalah antara beberapa keputusan paling awal yang dibuat oleh pentadbiran ini berhubung anjakan-anjakan untuk menambah baik perancangan dan pelaksanaan program-program sosioekonomi rakyat. Keputusan tersebut mengambil kira beberapa pengalaman kerajaan yang lepas.
Satu masalah utama ialah untuk mengemas kini data yang memakan masa yang panjang dan sebenarnya walaupun tidak disebut, menelan belanja yang besar. Sekiranya setiap kementerian dan agensi menggunakan pangkalan data yang berasingan dan tidak berinteraksi dengan data sedia ada di jabatan-jabatan lain. Contohnya, apabila kerajaan ingin mengenal pasti sesuatu kumpulan sasaran bagi setiap program baharu di mana- mana kementerian contohnya, kerajaan perlu mengumpul data yang baharu dengan membuka pendaftaran khusus untuk program itu yang selalunya setelah dikumpul pun sukar untuk disemak silang dengan data-data yang lain kerana jabatan-jabatan kerajaan tidak berkongsi data.
Akhirnya, perkara ini berulang dan berleluasa dan kita terus berhadapan dengan masalah utama program-program sosioekonomi kerajaan iaitu masalah keciciran dengan izin Dato' Yang di-Pertua, inclusion or exclusion errors. Orang yang patut dapat, dia tak dapat. Orang yang tak patut dapat, dia berterusan dapat kerana data itu tidak dikemas kini sejak berpuluh-puluh tahun. Ini akhirnya menyebabkan bukan sahaja kerajaan akan kerugian wang kerana program yang dibangunkan khusus untuk sesuatu kumpulan sasar itu tidak sampai tetapi juga ia berlaku ketidakadilan di dalam masyarakat kerana mereka yang sepatutnya mendapat bantuan, tidak mendapat bantuan.
Kaedah ini juga yang sebelum ini berlaku menyebabkan setiap program kerajaan terpaksa bergantung kepada usaha pengiklanan yang memerlukan belanja yang besar untuk mencapai sesuatu sasaran kerana bagi setiap program dan bentuk bantuan yang hendak diberikan ia bergantung kepada pendaftaran yang baharu yang berulang-ulang dan setiap satu program yang baharu memerlukan hebahan yang baharu yang akhirnya menyebabkan satu kempen hebahan dan pengiklanan yang baharu semata-mata untuk mendapatkan pendaftaran dan penglibatan kumpulan sasar.
Kos yang berlipat ganda ini selain daripada untuk melaksanakan program kerajaan, kemudian akibat tiadanya satu pangkalan data yang bersepadu, sebenarnya tidak terhad kepada kos pengiklanan yang berulang-ulang semata-mata tetapi belanja yang lebih besar ialah kos pembangunan sistem yang dibuat oleh setiap agensi dan kementerian. Saya boleh berkongsi dengan Dewan Dato' Yang di-Pertua bahawa
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
peruntukan yang telah disediakan untuk tahun 2024 ini bagi pembangunan dan juga maintenance sistem keseluruhan dalam sistem Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM8 bilion.
Kalau ini tidak ditangani maka kita terpaksa mencari pelbagai jalan untuk kita mengukuhkan kedudukan fiskal tetapi soal maintenance dan juga kos pembangunan sistem yang ada dalam kerajaan adalah satu bentuk kos yang besar yang perlu ditangani secara bersepadu. Keadaannya berlaku kerana apabila setiap sistem yang dibangunkan kerajaan melibatkan pangkalan data yang berasingan kerana sistem dibangunkan secara silo dan tidak bersepadu, kos pembangunan setiap sistem itu di jabatan yang berlainan akan melibatkan kos dengan izin backend iaitu kos pangkalan data di belakang.
Dan juga kos yang disebut sebagai kos frontend iaitu aplikasi web, aplikasi mobil, laman web dan sebagainya. Sedangkan sebahagian besar daripada data rakyat itu sebenarnya sudah ada di dalam sistem kerajaan dan kalau ada satu pangkalan data yang bersepadu, maka kos pembangunan sistem-sistem kerajaan untuk masa akan datang boleh dijimatkan kerana hanya kos yang melibatkan pembangunan frontend sahaja yang perlu dibangunkan oleh kerajaan kerana pangkalan data ataupun cost backend itu telah pun disiapkan dan ada secara bersepadu hanya memerlukan satu bentuk Application Programming Interface (API) dengan izin Dato' Yang di-Pertua untuk dia mencapai data- data yang sudah ada di dalam PADU.
Jadi data-data ini yang berada di beratus-ratus jabatan dan agensi yang tidak disepadukan ini sebenarnya bukan sahaja soal ketepatan, bukan sahaja soal keciciran tetapi kalau ia terus tidak disepadukan kerana mempunyai pangkalan data yang berasingan yang dibangunkan setiap satunya secara silo, ia juga merupakan satu faktor kos yang besar kepada kerajaan.
Akhirnya, selain daripada soal keciciran, selain daripada soal kos sebagai sebuah negara yang mempunyai cita-cita tinggi dalam pendigitalan dan aplikasi teknologi, kerajaan akan mempunyai kekangan dari segi kos dan kemampuan dan yang lebih penting kekangan dari segi keupayaan penjawat awam kita untuk membina sistem untuk menaik taraf aplikasi digital dan teknologi kerajaan yang sangat diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan khidmat kepada rakyat dan memudah cara ekonomi.
Oleh itu Dato' Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia, pertimbangan- pertimbangan inilah yang diambil kira yang mendorong keputusan untuk mewujudkan sebuah pangkalan data bersepadu untuk membolehkan interaksi dan perkongsian data di antara jabatan-jabatan kerajaan. Kewujudan pangkalan data ini yang kini dikenali sebagai PADU membolehkan kerajaan mempercepatkan peralihan kepada kerajaan digital berteknologi tinggi yang disebut sebagai GovTech yang merupakan asas yang cukup penting untuk kita menstruktur kembali ekonomi kita ke arah menarik pelaburan dan kepakaran di dalam bidang digital dan teknologi. Kerana sebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai pasaran yang agak kecil sekitar 34 juta pengguna sahaja.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Bagi sebuah pasaran yang berjaya menarik minat pelaburan digital dan tech yang besar. Selalunya pasaran itu mestilah besar kerana kos yang boleh dikenakan oleh penyedia perkhidmatan kepada setiap perkhidmatan digital ini selalunya kecil. Sebab itu kita lihat kalau di rantau ini pelaburan yang besar di dalam bidang digital dan tech selalunya berlaku di negara-negara yang besar seperti Indonesia dan juga Vietnam.
Jadi sebagai sebuah negara yang kita sedia maklum bahawa jumlah pasaran kita adalah agak kecil maka untuk kita mempercepatkan inovasi dan penglibatan dan pelaburan dalam bidang digital dan tech, usaha itu mestilah dipimpin oleh kerajaan dan tahap aplikasi dan inovasi digital dan teknologi kerajaan dan sektor awam mesti di tahap yang lebih tinggi kerana inilah yang akan memberi isyarat kepada pelabur-pelabur dan syarikat teknologi dunia bahawa Malaysia sekarang ini mempunyai kuasa pasaran yang besar kerana di dukung oleh tumpuan daripada kerajaan.
Jadi, Dato’ Yang di-Pertua saya berharap Ahli Dewan dan rakyat – sementara saya akan menjawab satu-persatu perkara-perkara yang dibangkitkan mengenai PADU selepas ini. Saya berharap kita bermula dengan titik itu bahawa kita mesti bersama-sama
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
menghayati bahawa PADU adalah satu komponen yang merentasi pelbagai anjakan besar kerajaan. Bukan semata-mata yang dibincangkan setakat ini. Ia komponen kepada HGHV untuk sektor kedua iaitu digital dan tech. Ia komponen kepada pendigitalan dan juga aplikasi kerajaan yang lebih baik dan lebih mesra rakyat iaitu GAFTEC selain daripada isu-isu yang kini dibahaskan oleh rakyat dan Dewan yang mana sebahagian besar rakyat melihat PADU bagi tujuan penyasaran semula subsidi ini semata-mata.
Dato’ Yang di-Pertua, ada soalan-kah? Kalau tidak saya teruskan. Ada? Supaya saya boleh simpan awal kalau tidak – kalau datang last minute macam Menteri Pertanian tadi, susah dia nak jawab.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat Menteri akan pergi secara spesifik perkara-perkara yang kita bangkitkan? Kalau tak saya tak tanya sekarang.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Spesifik. Mungkin tunggu saya jawab dulu.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Okey, baik. Ada soalan lain? Mungkin berkaitan dengan perkara konsep tadi? Kalau tidak, saya boleh teruskan Dato’ Yang di-Pertua ya.
Perkara yang pertama, banyak soalan yang bertanya tentang status kemas kini.
Ada perkara yang kadang-kadang menimbulkan kekeliruan kerana ada yang bertanya di luar kalau kerajaan telah pun mempunyai data-data ini yang disebut sebagai data pentadbiran, kenapa perlu diisi semula. Ada beberapa sebab. Pertama, saya ingin mengesahkan memang data-data yang ada di dalam PADU itu adalah data-data pentadbiran daripada beratus-ratus pangkalan data kerajaan yang telah melibatkan sejumlah 30 juta warganegara Malaysia.
Jadi data itu memang sudah ada. Sebahagian sahaja data itu yang kita lepaskan untuk kemas kini kepada rakyat kerana terutamanya data-data yang bersabit dengan kedudukan kewangan itu. Ia dikira sebagai data yang sensitif. Contohnya, nombor LHDN kah? Nombor EPF kah? Walaupun saya boleh terangkan selepas ini bahawa setakat ini tidak ada satu pun cubaan untuk memecah masuk ke dalam PADU telah berjaya tetapi semasa merancang sistem kita kena mengambil kira kalau ada cubaan masuk yang berjaya maka kita perlu lindungi data-data yang dikira bersifat sensitif terutamanya yang bersifat kewangan.
Jadi ada data-data yang dilepaskan untuk kemas kini oleh rakyat. Ada data-data itu yang disimpan di dalam 30 juta rakyat Malaysia yang memang telah dikumpulkan daripada data-data pentadbiran kerajaan.
Pangkalan Data Utama atau PADU merupakan sebuah pangkalan data yang komprehensif dan menghampiri masa sebenar ataupun near real-time bagi penghasilan analitik berkala. Baik, saya kena terangkan sedikit kenapa perlunya kita bergerak daripada proses yang ada sebelum ini kepada peringkat sekarang iaitu near real-time kepada peringkat akan datang yang menjadi real-time. Proses sebelum ini ialah data-data kerajaan tidak dikongsi. Kalau ada sesuatu jabatan yang baharu saja melancarkan program baharu, mereka ingin membuat semak silang dengan data daripada jabatan-jabatan lain. Mereka terpaksa melalui proses yang cukup panjang untuk mendapatkan pelepasan. Jadi sebab itu akhirnya masing-masing kata daripada nak tunggu satu tahun, dua tahun, lebih baik saya suruh rakyat isi balik semua. Sebab itu timbul soal kenapa kalau pergi ke satu jabatan tertentu kenapa kena isi balik. Bukankah kalau masuk IC sahaja semua maklumat itu dah ada.
Ia adalah disebabkan kerana data-data itu sebelum ini tidak dikongsi. Kalaupun dikongsi ia diberikan secara manual dan bila diberikan secara manual di dalam fail data ini ia akan menimbulkan banyak perkara. Kadang-kadang soal kesilapan manusia.
Kadang-kadang kebocoran dan ia juga melambatkan.
Apa yang dibuat oleh PADU sekarang ini ialah ia ke arah real-time iaitu kita menetapkan secara berkala bahawa sebarang ada perubahan di dalam pangkalan data sesuatu jabatan yang disepadukan di dalam PADU, fail terbaru itu secara automatik akan
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
dimuat naik dan akan dimasukkan dengan – dan ada algorithm yang secara terus akan memproses.
Rancangannya selepas ini di dalam fasa-fasa yang akan datang, kemas kini data PADU dan perkongsian di antara jabatan-jabatan kerajaan akan mencapai tahap real- time. Maksudnya kalau ada sahaja kemas kini data di Kementerian Pendidikan contohnya, secara automatik itu akan ditunjukkan di dalam Pangkalan Data Utama
(PADU) dan secara automatik seluruh aplikasi kerajaan yang lain akan mendapat kemas kini itu.
Inisiatif ini diambil bagi menambah baik perancangan dasar serta pelaksanaan program berpandukan data untuk membolehkan rakyat menerima manfaat yang sewajarnya. Seperti yang saya sebut tadi PADU juga adalah elemen utama untuk kita mengerakkan ke arah GAFTEC.
Sistem PADU dibangunkan dengan pengintegrasian 292 set data agensi yang menjadi asas pembentukan profil individu dan isi rumah. Pengintegrasian data secara berperingkat ini akan melibatkan lebih daripada 400 sumber data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam termasuk kerajaan negeri dan tempatan serta agensi GLC dan GLIC dan juga syarikat-syarikat yang membekalkan utiliti. Itu akan membolehkan kita mendapat alamat dan kedudukan isi rumah yang terkini kerana kita sedia maklum selalunya alamat di dalam kad pengenalan itu, itu alamat semasa buat kad pengenalan.
Selepas itu dia dah berpindah-pindah, alamat daripada Jabatan Pendaftaran Negara semata-mata yang tidak disemak-silang dengan data-data yang terkini. Itu selalunya menyukarkan kita untuk mengenal pasti kedudukan rumah dan alamat yang terkini.
Sejak diluncurkan sejak 2 Januari 2024 sehingga 10 Mac 2024 semalam, seramai 4,292,912 orang individu yang berumur 18 tahun dan ke atas telah mengemas kini, mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem PADU. Perinciannya jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan adalah seperti berikut– Untuk individu 18 tahun ke atas, angka 4,292,912 orang itu adalah bersamaan dengan 19.5 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Mereka adalah melambangkan isi rumah. Jadi maksudnya, kalau kita lihat individu yang 18 tahun itu melambangkan isi rumah. Jumlah isi rumah yang mengikut survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah adalah 7.5 juta tetapi oleh kerana kita akan membenarkan individu yang tidak berkeluarga bujang lah ataupun duda atau janda atau ibu tunggal juga untuk membentuk satu isi rumah masing-masing.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, jumlah isi rumah dianggarkan sebanyak sembilan juta. Jadi kalau pada pandangan kami, jumlah ini adalah jumlah yang memadai untuk kita mengesahkan 30 juta data warganegara yang ada. Bila dicampur dengan jumlah pendaftaran dan kemas kini termasuk individu di bawah 18 tahun, jumlah yang telah mendaftar dan mengemas kini adalah 5,946,708 orang iaitu sebanyak 19.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Kejayaan pengemaskinian data dalam PADU akan membolehkan sistem ini menjadi rujukan utama kepada semua agensi peringkat Persekutuan, negeri dan juga kerajaan tempatan dalam menentukan kumpulan sasar yang layak bagi pelaksanaan sebarang program dan projek kepada rakyat dan juga untuk memudah cara dan menambah baik perancangan ekonomi dan infrastruktur di kawasan masing-masing.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya bergerak ke isu yang kedua iaitu isu dan cabaran pelaksanaan PADU yang sering menjadi tumpuan di media sosial. Dalam tempoh pengemaskinian, terdapat beberapa isu yang sering dibangkitkan oleh rakyat. Antaranya, kurang kefahaman mengenai kepentingan pengemaskinian dan medium pendaftaran PADU. Satu lagi yang selalu berulang ialah kekangan dalam menggunakan electronic know-your-customer (e-KYC) dan satu lagi ialah kebimbangan terhadap keselamatan dan kebocoran data dalam PADU. Berdasarkan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), sebanyak 85.5 peratus isu yang dibangkitkan sebenarnya berkisar kepada tiga isu tadi
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
sahaja. Dia tak faham macam mana nak mendaftar ataupun kenapa kena daftar, ataupun dia buat e-KYC tak lepas, ataupun dia bimbang data dia akan bocor.
Bagi meningkatkan kefahaman, jadi satu persatu kami uruskan. Contohnya, bagi meningkatkan kefahaman rakyat, kerajaan telah mempergiat dan memperluaskan hebahan kepada rakyat bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir. Kita ada tiga minggu lagi sebelum tarikh 31 Mac dan yang itu akan diperhebatkan lagi terutamanya melalui hebahan-hebahan digital. Kita menjangkakan bahawa di minggu-minggu terakhir itu selalunya seperti biasa, dekat dengan deadline, maka akan bertambah pendaftaran yang seterusnya. Untuk tujuan meningkatkan pendaftaran ini, pendekatan keseluruhan negara telah digunakan dalam pengoperasian PADU dengan penglibatan aktif kementerian- kementerian, kerajaan negeri dan juga pihak-pihak berkuasa tempatan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Untuk menangani isu pendaftaran dan kemas kini rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman, usaha-usaha berikut telah dibuat. Kaunter-kaunter PADU di pelbagai lokasi. Contohnya di 911 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah dibuka di seluruh negara, di 27 pusat transformasi bandar dan luar bandar, dan juga di pejabat-pejabat kesihatan, di pusat-pusat khidmat Ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN. Malah sekarang ini, kita sudah juga mula buka di tempat-tempat awam. Ada di masjid dan sebagainya. Kita juga melibatkan secara langsung penghulu, ketua kampung, tuai rumah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang bekerjasama dengan DOSM negeri bagi menjejaki kawasan penempatan yang sukar diakses.
Untuk masyarakat Orang Asli, kita mendapat kerjasama penuh dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk kita membuka kaunter-kaunter dan mendapat pendaftaran Orang Asli supaya mereka tak tercicir. Bagi kawasan-kawasan di pedalaman yang sukar ada capaian Internet, maka pasukan flying squads yang kita hantar ini turut mempunyai peranti Starlink dan juga akses MyGov*Net dan juga fasiliti satelit CONNECTme NOW supaya mereka boleh masuk dan mereka ada capaian Internet di kawasan-kawasan tersebut. Itu berkaitan dengan isu yang pertama iaitu meningkatkan pendaftaran dan juga pengetahuan rakyat mengenai keperluan kema s kini.
Isu yang kedua mengenai e-KYC, ada aduan dan perkara ini memang kita jangka kerana e-KYC di mana-mana aplikasi pun selalunya akan ada jurang di antara mereka yang berjaya dengan yang menghadapi masalah. Ada beberapa faktor yang telah dikenal pasti. Pertama contohnya, pengguna yang kurang mahir dalam melaksanakan proses e- KYC. Yang itu memang agak sukar bagi mereka yang kurang biasa buat e-KYC. Satu lagi faktor utama ialah perisian telefon pintar yang tidak dikemas kini.
Jadi, bila dia nak buat e-KYC itu, dia tak dapat tangkap. Masalah pencahayaan.
Selalunya ambil kalau lighting itu gelap, maka dia tak dapat AI algorithm yang menguruskan e-KYC ini, dia tak boleh nak baca kerana dia gelap. Dia tak boleh dapat data points yang mencukupi. Ada juga yang berlaku contohnya, perkara-perkara seperti MyKad dengan selfie (swafoto) itu, dia berlainan. Dalam IC dia, macam Dato’ Yang di- Pertua ada misai. Kemudian bila dia ambil, sekarang dia dah tak ada misai. Jadi, misai itu kadang-kadang bergantung pada lighting dan sebagainya. Dia menyebabkan algorithm itu tak boleh mengesahkan.
Jadi setakat ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa proses tambah baik kepada algorithm dan juga fungsi e-KYC itu, terutamanya kita telah melaksanakan satu modul baharu iaitu guided facial recognition yang telah kebelakangan saya ingat tiga minggu yang lepas, telah melihat kejayaan e-KYC yang lebih baik daripada bulan yang pertama. Bagi mereka yang secara berterusan tidak dapat melaksanakan e-KYC kerana algorithm itu tak boleh membaca, maka, team PADU di Kementerian Ekonomi, di Kementerian Digital akan melakukan kaedah eyeballing. Maksudnya secara manual untuk kita sahkan.
Perkara yang ketiga iaitu keselamatan sistem dan data. Yang ini yang selalu juga ditimbulkan oleh Ahli Dewan dan juga rakyat di luar. Syukur alhamdulillah, walaupun terdapat banyak cubaan untuk menggodam dan menguji keselamatan sistem PADU selepas sistem PADU diluncurkan, saya boleh nyatakan pada hari ini di dalam Dewan bahawa PADU masih lagi selamat hasil tindakan pantas yang telah diambil oleh pasukan
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
pembangunan sistem PADU. Ini adalah statistik-statistiknya yang berkaitan dengan cubaan untuk menggodam dan serangan-serangan siber ke atas PADU sejak dilancarkan.
Secara purata, sebanyak dua juta hingga 2.3 juta kali cubaan serangan ke atas PADU berlaku dalam tempoh setiap minggu. Berikut merupakan pecahan cubaan-cubaan serangan dan juga langkah sekatan keselamatan yang telah dilaksanakan terhadap sistem PADU untuk meyakinkan orang ramai bahawa setakat ini walaupun kita berhati- hati, belum ada sebarang serangan yang berjaya.
Yang pertama, satu bentuk yang biasa berlaku kepada apa-apa sistem adalah yang dipanggil *anti-distributed — well, it’s called DDoS, Distributed Denial of Services
(DDoS)*. Langkah kerajaan, kita memang ada satu langkah untuk kita menepis serangan- serangan ini. Sebanyak 28 cubaan serangan pada 2 dan 3 Januari 2024 iaitu pada hari pertama dan kedua dilancarkan, ada sebanyak 28 cubaan DDoS telah dibuat. Namun selepas itu, setakat 4 Januari sehingga sekarang, belum lagi ada serangan DDoS. Bentuk serangan kedua ialah yang melibatkan IPS protection. Sebanyak 32.86 juta serangan direkodkan bermula 3 Januari sehingga 4 Mac 2024. Kesemua ancaman ini telah berjaya dihalang. Satu lagi kaedah yang digunakan ialah dengan menggunakan sekatan firewall.
Lebih tiga juta sekatan firewall telah dilaksanakan sejak 2 Januari 2024.
Dato’ Yang di-Pertua, keputusan kerajaan untuk melaksanakan geofencing — mungkin ramai yang tidak tahu di luar. Sebenarnya sejak dilancarkan, kita telah membuat keputusan untuk mengadakan geofencing iaitu hanya capaian di dalam Malaysia sahaja yang boleh mengemas kini PADU.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Yang luar negara memang kita tak benarkan kerana kalau tengok kepada serangan-serangan tadi, kita sedia maklum daripada perancangan pun kalau kita tidak mengenakan geofencing, maka kita membuka PADU kepada serangan daripada seluruh dunia. Sekarang pun kita tak buka pun, serangan itu berlaku. Jadi, untuk memudahkan kita memastikan tahap keselamatan, maka kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan geofencing dan mengehadkan capaian sistem hanya dalam negara sahaja.
Secara keseluruhan, setakat ketika ini sistem keselamatan PADU adalah memadai dan kukuh. Pasukan pembangunan sistem PADU sentiasa memantau secara berterusan dan saya nak maklumkan juga kepada Dewan, mereka ini selalunya bekerja 18 hingga 20 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk mengawal selia dan memastikan setiap serangan itu ditangkis, memastikan kalau ada serangan dan sebagainya. Jadi, sementara kita di sini berbahas, mereka secara berterusan kakitangan awam ini mengambil tanggungjawab itu.
Apabila pelbagai agensi bekerjasama dengan rapat, alhamdulillah setakat ini walaupun ada pelbagai serangan yang saya telah tunjukkan statistiknya itu, kakitangan- kakitangan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), daripada CyberSecurity Malaysia (CSM) di samping pasukan asas PADU daripada MAMPU dan juga daripada DOSM sehingga kini berjaya memastikan keampuhan keselamatan sistem PADU.
Ada juga yang terus membangkitkan soal kebocoran maklumat dan saya kadang- kadang agak kurang selesa kerana ada beberapa perkara yang— di luar Dewan bukan di dalam Dewan, di luar Dewan itu seolah-olah memperlekehkan kemampuan dan keupayaan penjawat awam membangunkan sistem seperti PADU yang kerana ramai yang merasakan kakitangan kerajaan tidak berkemampuan melakukan sesuatu seperti ini. Lebih baik diberikan secara kontrak kepada pihak ketiga. Keputusan untuk memastikan bahawa PADU dibangunkan sepenuhnya oleh kakitangan awam adalah keputusan saya. Sebahagiannya ialah kerana kita telah ada bukti-bukti dan duluan-duluan sebelum ini dalam sistem-sistem yang lepas yang menunjukkan kalaupun ia dibangunkan oleh pihak ketiga melalui kontrak beratus juta ringgit, itu tidak menjamin pun keselamatan sistem.
Saya nak rujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 mengenai aplikasi MySejahtera yang dibangunkan oleh pihak ketiga dengan kerjasama pentadbir.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sebahagian daripada rakan-rakan di sana berada di dalam Kabinet semasa perkara ini berlaku. Penemuan Ketua Audit Negara mendapati terdapat akses yang mencurigakan dari satu akaun super admin yang telah memuat turun maklumat tiga juta penerima vaksin yang bermula pada 28 Oktober 2021 hingga 31 Oktober 2021 dengan menggunakan pelbagai alamat ID.
Seingat saya daripada 80 akaun admin, super admin yang ada itu, 50 lebih itu adalah milik pihak ketiga, bukan penjawat awam. Jadi, saya juga ingin mengambil kesempatan ini, pada hari ini bukan saja di Dewan tetapi kepada rakyat Malaysia di luar supaya kita memahami dengan menyeluruh masalah-masalah pencerobohan data. Kalau ia hendak dilonggokkan kepada jabatan kerajaan semata-mata, ia bukanlah sesuatu yang adil kerana banyak sistem kerajaan sebelum ini dibangunkan secara kontrak ratusan juta oleh pihak ketiga dan kontraktor-kontraktor.
Apabila ia berlaku begini, kalau ada kebocoran, Laporan Ketua Audit Negara sendiri telah menunjukkan bahawa laporan— kebocoran-kebocoran itu juga berpunca daripada pihak ketiga. Itulah sebabnya, salah satu sebab utama saya membuat keputusan lebih baik ia dibangunkan oleh kakitangan awam sendiri walaupun kita berdepan dengan segala serangan dan kritikan, kerana selain daripada kita dapat menjimatkan wang rakyat ratusan juta. selain daripada kita dapat membangunkan kemahiran dan kepakaran kakitangan awam, saya yakin sebenarnya kakitangan awam yang terikat dengan pelbagai peraturan yang saya akan sebut selepas ini boleh menunjukkan mereka mempunyai prestasi melindungi data rakyat lebih baik daripada sistem-sistem yang melibatkan pihak ketiga.
Berkenaan dengan soalan-soalan yang pernah ditimbulkan awal-awal. Penjawat awam kalau mereka mengendalikan data rakyat, maka mereka tidak tertakluk kepada undang-undang. Perkara itu tidak tepat Dato’ Yang di-Pertua. Setiap maklumat yang berada dalam sistem PADU merupakan maklumat rasmi kerajaan yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. Masuk sahaja maklumat itu di dalam PADU, maklumat itu adalah maklumat sulit yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan sesiapa yang membocorkan itu maka telah melanggar Akta 88. Oleh itu, mana-mana perbuatan mengakses, memuat naik, memuat turun, meminda, menambah atau menyebarkan apa-apa data dalam PADU tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan jenayah dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara, denda ataupun kedua-duanya sekali.
Saya adalah satu-satunya ahli Dewan yang pernah dijatuhkan hukuman di bawah Akta Rahsia Rasmi. Berbanding dengan akta-akta lain, Akta Rahsia Rasmi mempunyai peraturan yang cukup ketat. Ada saja data itu, tidak perlu dibuktikan, kalau ada saja maka terus boleh dijatuhkan hukuman. Daripada perspektif itu sebenarnya penjawat awam yang mengendalikan PADU dikenakan undang-undang perlindungan data yang lebih ketat berbanding dengan orang lain yang mengendalikan data di negara ini.
Selain dari Akta 88, data-data lain termasuk peralatan komputer juga dilindungi di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 yang secara amnya menyatakan bahawa apa-apa akses penggunaan tanpa kebenaran terhadap mana-mana peranti, maklumat atau sistem komputer adalah suatu kesalahan. Hal ini termasuk juga kepada mana-mana orang yang mengakses sistem atau menggunakan, mendapatkan, memuat naik, memuat turun data tanpa kebenaran daripada sistem PADU.
Saya minta dua, tiga minit lagi Dato’ Yang di-Pertua ya. Putrajaya nak tanya.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Lama lagi Yang Berhormat Menteri, berkaitan soalan spesifik tadi yang saya sebutkan tadi. Pertamanya seperti mana yang saya sebutkan ramai yang tanya di luar sana nak kena masukkan data-data hutang, itu bagi mereka amat sensitif dan kenapa perlu dimasukkan data hutang. Adakah yang lebih banyak hutang dapat lebih banyak bantuan dan sebagainya.
Yang kedua tadi, Yang Berhormat Menteri sebut tentang berapa tepatnya data itu. Jadi dalam konteks ini, saya sebutkan sekiranya kita ambil semua data, pinjaman dan sebagainya, lima komponen itu ada berjuta-juta data. Jadi, siapa yang akan mengesahkan
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
untuk memastikan bahawa data ini tepat supaya bantuan yang akan disampaikan nanti dapat sampai kepada pihak yang sepatutnya. Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Putrajaya. Maklumat kewangan tambahan seperti hutang, tanggungan, itu digunakan untuk beberapa tujuan. Pertama ialah untuk tujuan kita menyemak silang dengan pemilikan harta, kereta, nanti rumah dan sebagainya. Itu tidak digunakan secara terus untuk kita menentukan perbelanjaan dan tanggungan keluarga. Saya dah sebut dalam jawapan soalan lisan sebelum ini bahawa ada dua komponen asas untuk menentukan pendapatan boleh guna bersih keluarga.
Satu— oh yang tu saya boleh jawab lepas ini eh. Sebab lepas ini saya akan jawab mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar. Jadi untuk menjawab yang Putrajaya sebut tadi, data-data itu pertamanya berguna untuk kita menyemak silang data- data pentadbiran yang sedia ada. Data kenderaan dia, data rumah dia dan sementara data hutang itu tidak digunakan untuk menentukan perbelanjaan asas kehidupan wajar tetapi itu akan membolehkan kita contohnya mengenal pasti kes-kes yang sepatutnya berada di dalam exclusion list ataupun inclusion list.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Contoh, exclusion list ya. Contohnya, dia tidak isytiharkan hutang dia tetapi dalam kereta, dia ada lima kereta. Ataupun dia isytiharkan hutang dia banyak tapi dalam data- data yang lain dia tidak bertepatan. Itu akan terus dikenal pasti dan disemak oleh pegawai- pegawai, dikeluarkan terus. Satu kumpulan yang paling bagus ialah kumpulan yang tepat semuanya. Maklumat dalam data kerajaan juga tepat, maklumat yang diisytiharkan juga tepat. Yang ini dikira sebagai goal standard, yang ini boleh diproses terus.
Oleh sebab itu, pengesahan itu adalah berlaku di peringkat pegawai itu kerana dia tidaklah sebagai satu data yang akan menentukan perbelanjaan asas kehidupan wajar. It is seperti juga data survey, dia adalah data-data yang semuanya akan menunjukkan pola perbelanjaan, pola kehidupan yang seterusnya akan membolehkan PADU membentuk algoritma-algoritma yang lain.
Saya boleh terangkan dengan lebih panjang lagi dalam mekanisme.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sikit Yang Berhormat Menteri, because saya punya concern, kerisauan saya adalah pihak mana yang akan mengesahkan data?
Jabatan mana? Sepertimana saya sebut itu, kita tubuhkan institusi baru. Tetapi, kalau tak ada ini, siapa yang nak sahkan data-data poin tadi? Kalau Yang Berhormat Menteri kata tak perlu disahkan data poin ini sebab tak guna. Jadi, saya rasa tak perlulah diminta. Nanti rejection.
Saya di sini hendak membantu supaya orang tak tolak nak daftar ini. Kalau yang paling banyak saya terima adalah kenapa nak tahu benda ini. Kalau katakan nak tahu kereta, dia tidak tepat juga kerana ada kereta yang dah habis bayar pun masuk dalam komitmen hutang dah tak ada. Jadi, mungkin kerajaan boleh tengok balik perkara ini.
Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kaedah yang digunakan apabila kita meminta orang ramai memasukkan tanggungan hutang dan sebagainya adalah kaedah yang sama apabila survey dibuat untuk perbelanjaan isi rumah. Setiap dua tahun, semua data yang kita bentangkan dalam Parlimen, yang kita petik dalam perbahasan, data-data ini datangnya daripada survey perbelanjaan dan pendapatan isi rumah yang meminta supaya sekitar 89,000 isi rumah di seluruh Malaysia setiap kali ia dilakukan, untuk mencatatkan pendapatan dan perbelanjaan mereka. Memang dari segi kaedah, statistiknya ia tak ada yang disahkan. Dia adalah data survey, bukan data pentadbiran.
Jadi, untuk menjawab yang Putrajaya sebut tadi, pengisytiharan-pengisytiharan ini adalah data survey yang diambil kira sebagai data survey yang menambahkan lagi sumber-sumber data untuk kita membantu membina algorithm dan data survey ini tidak ditangani seperti data pentadbiran yang telah disahkan. Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Padulah. Saya rasa padu sungguh Menteri punya penerangan sepanjang 40 minit. Cuma, saya nak tanya soalan yang berkaitan tetapi lainlah. Apa jadi
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
pada Kongres Ekonomi Bumiputera? Ya, saya maklum Yang Berhormat Menteri kata akan bentangkan blueprint baharu. Okey, tak apa. Kita tunggu.
Cuma, saya nak tanya, apa jadi pada semua KPI yang telah termaktub dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang pada waktu kami memerintah kita embedded, dengan izin, ke dalam semua perancangan RMKe-12? Itu tentang hala tuju bumiputera.
Contohnya, hak milik rumah dan sebagainya. Ekuiti. Apakah perkara ini diteruskan lagi di bawah Kementerian Ekonomi?
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Machang. Dia tidak bersabit dengan PADU tetapi saya boleh jawab dengan cepat. Saya dah jawab dalam jawapan-jawapan lisan yang lain. Kerajaan membentangkan Ekonomi MADANI dan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 itu adalah anjakan yang besar berbanding dengan RMKe-12 sedia ada. RMKe- 12 pun dirancang semasa negara berada di tengah-tengah COVID-19. Jadi, maksudnya perancangan ekonomi dan kerangka ekonomi negara sekarang ini sangat berbeza berbanding dengan sebelum yang ada dalam RMKe-12.
Jadi, sebab itu apabila keseluruhan kerangka itu telah dirombak untuk memastikan bahawa agenda pemerkasaan bumiputera itu juga diselaraskan dan diharmonikan. Sebab itu, kita perlu melalui proses ini. Kerajaan boleh sahaja contohnya, menetapkan dasar-dasar, kemudian memberikan indikator-indikator baharu tetapi kami merasakan lebih baik supaya kita melakukan– proses ini juga melibatkan proses bottom- up approach. Sebab itu, kita buat Kongres Ekonomi Bumiputera supaya kita dapat kumpul semua dan perkara inilah kemudian yang perlu dibawa ke kementerian-kementerian untuk diselaraskan.
Jadi, proses itu termasuk untuk menyemak, untuk mengemas kini, untuk mengesahkan keperluan ataupun kalau ada pendekatan tambahan yang baharu, yang itulah yang akan berlaku antara sekarang sehingga Jun sehingga kerangka itu boleh diterima pakai oleh kerajaan yang mengikat semua kementerian-kementerian. Terima kasih.
Saya nak habiskan Dato’ Yang di-Pertua. Saya─ baik ya. Perkara yang terakhir ialah mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar yang bersabit dengan apa yang ditanya oleh Putrajaya tadi. Kerajaan seperti yang kita telah dengar berkali-kali dalam Dewan ini telah mengenal pasti penyasaran semula subsidi sebagai satu daripada 17 anjakan besar. PADU telah berjaya diluncurkan oleh Perdana Menteri dan ia dijangka akan meminimumkan pertindanan dari segi pengagihan bantuan dan subsidi oleh pelbagai agensi kerajaan.
Putrajaya pun pernah sebut, rakan sebelah sini pun pernah sebut, sebelah sana pun pernah sebut. Kita sekarang ini ada banyak program yang bertindih dan bercampur- campur di banyak kementerian. Kita perlu mula bergerak ke arah satu bentuk bantuan yang bersepadu. Tetapi, kalau nak buat yang itu, orang selalu akan kata tetapi data tak cukup. Sebab itu, kita kena buat data PADU dahulu.
Berdasarkan data daripada PADU inilah penentuan kumpulan sasar akan menjadi lebih tepat dan memenuhi objektif pelaksanaan sesuatu dasar. Kriterianya juga akan berubah. Kerajaan telah mengumumkan bahawa dasar kerajaan akan beralih dari pengelasan sosioekonomi berasaskan pendapatan semata-mata, B40, M40, T20 kepada pendekatan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah yang mengambil kira kos sara hidup untuk mencapai kehidupan wajar, dengan izin, decent living. .
Melalui PADU yang menggabungkan data isi rumah dari data-data pentadbiran yang digabungkan dari semua pangkalan data kerajaan dan juga data survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah yang diadakan setiap dua tahun sekali, kerajaan kini berkemampuan untuk memahami tahap sosioekonomi setiap isi rumah dengan lebih adil dan tepat. Pendapatan boleh belanja isi rumah ditetapkan dengan mengambil kira pendapatan boleh guna iaitu pendapatan kasar tolak pindahan-pindahan tunai dan semasa seperti potongan cukai, KWSP, PERKESO dan lain-lain. Selepas itu, tolak lagi apa yang dipanggil perbelanjaan asas kehidupan wajar yang ditetapkan mengikut data survey mengikut bilangan tanggungan lokasi isi rumah dan keperluan perbelanjaan untuk mencapai kehidupan wajar.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Seperti yang ditanya oleh Putrajaya tadi, maklumat-maklumat tambahan yang diisytiharkan dan dikemas kini oleh rakyat di dalam PADU, itu juga akan membentuk satu lagi kumpulan data yang bersamaan dengan data survey yang membolehkan kita mengenal pasti pola perbelanjaan mengikut kawasan yang lebih baik di seluruh Malaysia.
Mandat PADU ialah untuk menyediakan data isi rumah yang lebih tepat dan berpandukan kaedah pendapatan boleh guna bersih isi rumah ini sebagai persediaan pelaksanaan subsidi bersasar yang akan diumumkan kerajaan kelak.
Kami yakin kaedah ini boleh mengurangkan risiko keciciran dan membantu seberapa banyak isi rumah yang layak dengan bantuan daripada kerajaan yang sewajarnya mereka terima. Jadi, akhir sekali, penutupnya Dato’ Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang mulia, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan yang mengambil minat yang mendalam mengenai PADU sehingga soalan-soalan berkenaan PADU menjadi soalan yang paling banyak ditanya oleh Ahli-ahli Dewan dan sepanjang saya menggalas tanggungjawab untuk menggulung bagi Kementerian Ekonomi, ini adalah sesi menggulung saya yang paling aman dan damai nampaknya.
[Ketawa] Pada masa yang sama, saya juga ingin mengajak Ahli Dewan untuk merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam dari pelbagai kementerian terutamanya daripada Kementerian Ekonomi, daripada Jabatan Perangkaan, dari Jabatan Digital Negara dahulunya kenali sebagai MAMPU, kini sebahagian daripada Kementerian Digital yang telah bertungkus-lumus sejak Jun 2023 untuk mengusahakan pangkalan data kerajaan yang terbesar ini.
[Tepuk] Bakat dan kepakaran mereka membolehkan kerajaan membuat anjakan ini dalam tempoh yang sangat cepat. Dalam tempoh enam bulan sahaja.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kalau Ahli Dewan yang pernah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran, kita sedia maklum, sebenarnya enam bulan itu nak buat dokumen tender pun tak cukup. Tapi dalam tempoh enam bulan, anggota-anggota penjawat awam ini berjaya menyiapkan PADU dan ini sangat berbeza kerana ia tidak melibatkan satu sen pun bayaran kepada kontraktor luar berbeza dengan amalan-amalan sebelum ini yang melibatkan kos kontrak ratusan juta bagi setiap sistem seperti ini.
[Tepuk] Saya yakin sebab itu saya minta ya, saya faham perkara-perkara yang dibawa mengenai PADU ini adalah perkara penting dan ia sesuatu yang baharu sebab itu kami jawab dan saya perhalusi satu-satu. Tapi kalau ada kritikan dan teguran, saya mohon supaya janganlah kita hilang sampai hilang timbang rasa kepada kakitangan awam yang bertungkus-lumus ini.
Sekarang pun ada ribuan daripada mereka yang berada di seluruh negara yang membantu setiap rakyat kita untuk mendaftar ke dalam PADU semata-mata untuk memastikan tidak ada yang tercicir dan bantuan boleh diberikan secara adil kepada semua.
Jadi, dengan itu saya yakin Dato’ Yang di-Pertua, pada satu hari nanti rakyat dan Ahli Dewan sendiri akan menoleh dan saya berharap melihat pelaksanaan PADU ini sebagai bukti kepakaran dan kesungguhan penjawat awam dalam menjimatkan wang negara dan menambah baik khidmat kepada rakyat yang akan menjadi motivasi kepada lebih banyak usaha yang serupa di seluruh pelosok jabatan awam di seluruh negara.
Dengan itu dan harapan dan doa itu, saya Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berterima kasih di atas penglibatan semua Ahli Dewan yang telah membangkitkan isu-isu bersabit Kementerian Ekonomi dalam perbahasan ini. *Wabillahi Taufik wal Hidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Kita beralih kepada kementerian yang berikutnya.
Saya mempersilakan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 30 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dewan bukan sebarang dewan, Dewan mulia tempat berbahas, Datang bukan sebarang datang, Datang membawa penggulungan bernas. Tuan Yang di-Pertua, dengan sikap penuh tawaduk dan rendah hati, Teluk Intan merafak sembah menjunjung kasih memohon menggulung atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam, selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Semoga bulan suci ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Selamat menjalankan ibadah berpuasa mulai besok.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 28 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan lima bidang di bawah kementerian KPKT iaitu kerajaan tempatan, perkhidmatan kebombaan, rancangan bandar, pengurusan sisa pepejal serta perumahan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tahun ini KPKT telah menggariskan lapan bidang fokus utama seperti berikut:
(i) membangun dan memperkasakan peranan kerajaan tempatan untuk memanfaatkan kehidupan rakyat;
(ii) membangunkan potensi pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjana sumber pendapatan tambahan negara;
(iii) rancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing;
(iv) pemerkasaan komuniti tanpa mengira kaum;
(v) pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efektif dan efisien bagi menghasilkan pelaksanaan ke arah ekonomi kitaran;
(vi) memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar ke arah perbandaran baharu;
(vii) memperkukuhkan kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan yang sejahtera dan;
(viii) mensasarkan pembinaan sekurang-kurangnya 100 taman rekreasi awam MADANI di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, penggulungan saya melibatkan 116 perkara yang akan mengambil masa 90 minit tapi masa amat cemburu. Saya insan yang kerdil di sini hanya diberikan masa 30 minit sahaja. Oleh kerana itu, jika tidak sempat dijawab secara lisan, saya memberikan aku janji akan berikan jawapan bertulis dalam masa tujuh hari mulai daripada hari ini. Janji sentiasa ditepati.
Tuan Yang di-Pertua, KPKT sentiasa komited dalam memastikan pembangunan yang mampan dan seimbang dapat dicapai di semua negeri di Malaysia dalam semua bidang fokus di bawah kementerian ini. Pertama, kerajaan tempatan. Seramai 12 Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan dengan kerajaan tempatan. Yang Berhormat Ampang telah mencadangkan supaya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dipinda dan ditambah baik.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. KPKT sedang merancang untuk meminda Akta 171 berkaitan dengan penguatkuasaan PBT yang turut mencakupi seksyen okey, yang berkaitan dengan kacau ganggu serta seksyen yang berkaitan dengan kuasa pegawai PBT. Semakan semula kadar denda yang terlampau rendah juga akan disemak.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Walau bagaimanapun, pindaan ini sedang dalam proses libat urus yang memerlukan persetujuan semua kerajaan negeri dan Jabatan Peguam Negara sebelum RUU dimuktamadkan. KPKT berharap semua pihak yang terlibat akan dapat mencapai kata sepakat dalam tempoh terdekat supaya pindaan akta dapat dibawa untuk kelulusan Jemaah Menteri, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) serta Dewan Rakyat yang mulia ini.
Yang Berhormat Hulu Selangor telah membangkitkan isu berhubung kebajikan peniaga kecil yang mana gerai mereka telah di roboh atau dipindahkan oleh PBT. Beliau memohon agar KPKT dan PBT berbincang untuk membantu para peniaga kecil berniaga di lokasi yang strategik.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan, KPKT dengan kerjasama PBT sentiasa proaktif dalam memudahkan urusan permohonan lesen perniagaan kepada para peniaga tempatan yang menjalankan perniagaan di gerai-gerai kecil, tepi jalan serta lain-lain.
PBT telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti memendekkan tempoh kelulusan permit perniagaan kecil dan memberikan kelonggaran kepada syarat sedia ada sekiranya perlu, memanjangkan tempoh masa berniaga, bilangan hari berniaga serta menambah baik petak-petak penjaja serta penguatkuasaan pengeluaran dan pemantauan lesen perniagaan kepada warga Malaysia sahaja.
Mulai tahun ini, KPKT memperkenalkan Garis Panduan Sistem Pusat Memudah Cara Pelaksanaan OSC Pelesenan PBT bagi menyeragamkan proses dokumentasi, prosedur, permohonan serta kelulusan lesen di peringkat PBT.
Garis panduan ini yang disediakan bersekali dengan sistem OSC pelesenan PBT bakal menyeragamkan proses dokumentasi dan tempoh kelulusan PBT bagi lesen tidak berisiko seperti lesen perniagaan kedai runcit, penjaja, pejabat— penjaja dan pejabat dalam tempoh tidak lebih daripada 24 jam. Manakala proses dokumentasi penilaian teknikal serta tempoh kelulusan lesen berisiko seperti lesen pusat hiburan, kilang, tadika juga akan dipermudahkan daripada 32 hari bekerja maksimum ke 14 hari bekerja. Inisiatif ini mengurangkan bilangan dokumen yang diperlukan kepada empat jenis dokumen sahaja. Kita menyisihkan dokumentasi secara manual dan surat-menyurat iaitu ulasan dan penilaian teknikal semasa atau selepas lawatan tapak dilaksanakan secara dalam talian.
KPKT kini bergerak ke arah mentransformasikan pengurusan hal ehwal pelesenan oleh Bahagian Pelesenan PBT dan Jabatan/Agensi Teknikal untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pengurusan permohonan lesen serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan. Garis panduan dan sistem OSC ini akan diguna pakai oleh semua PBT di Semenanjung Malaysia dahulu dan insya-Allah akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM51.8 juta kepada 114 PBT untuk menyediakan 3,289 unit kios, MyKiosk di kawasan PBT di bawah inisiatif Belanjawan tahun 2023. Selain itu, KPKT juga telah meluluskan projek pembaikan, penyelenggaraan dan menaik taraf 30 medan selera MADANI melibatkan 29 PBT melalui Program Gerai Medan MADANI dengan peruntukan inisiatif Belanjawan 2023 sebanyak RM15 juta.
Program MyKiosk yang bertenagakan solar adalah selaras dengan agenda utama KPKT untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan ruang perniagaan yang seragam, selamat dan selesa kepada peniaga kecil dengan tawaran kadar sewa yang amat rendah di samping mendapat sewa percuma untuk tempoh enam bulan pertama.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Program Gerai MADANI pula, bertujuan untuk menambah baik penampilan dan infrastruktur medan penjaja sedia ada yang uzur dan tidak kondusif di bawah seliaan PBT.
Di samping mengekalkan kadar sewaan tapak yang sama kepada peniaga walaupun gerai dan medan mereka selesai dinaik taraf.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Berdasarkan pencapaian kedua-dua program ini pada tahun lepas, KPKT akan meneruskan pelaksanaannya di bawah inisiatif Belanjawan 2024 untuk menyediakan 4,000 unit MyKiosk lagi dengan anggaran peruntukan sebanyak RM100 juta dengan menambah baik infrastruktur, reka bentuk yang kukuh serta kapasiti tenaga solar yang lebih tinggi dan cerah. Manakala 100 medan penjaja akan dinaik taraf dengan anggaran peruntukkan sebanyak RM100 juta lagi untuk pelaksanaan oleh PBT seluruh negara.
RM200 juta diperuntukkan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil. KPKT dijangka akan melancarkan MyKiosk 2.0 yang pertama selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Inisiatif ini dijangka akan membawa manfaat kepada seramai 20,000 orang peniaga-peniaga kecil.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan Pokok Sena. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan?
Tuan Nga Kor Ming
KPKT bersama dengan Majlis Bandaraya Alor Setar telah pun melaksanakan projek untuk membantu supaya masalah banjir kilat tidak berulang, itu pertama. Menaik taraf sistem perparitan di Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar, Majlis Bandaraya Alor Setar berjumlah RM700,000.
Kedua, menaik taraf sistem perparitan di Lorong Bunga Raya, Tongkang Yard berjumlah RM600,000. Oleh kerana itu, RM1.3 juta telah pun diberikan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar. MBAS boleh mengemukakan permohonan peruntukan di bawah inisiatif Belanjawan 2024 bagi menaik taraf sistem perparitan dan kolam takungan banjir di daerah Pokok Sena dalam kawasan pentadbiran MBAS bagi menangani isu banjir kilat.
YB Bakri memaklumkan bahawa berlaku kelewatan...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Menteri minta laluan boleh? Minta laluan sikit boleh?
Tuan Nga Kor Ming
Berkaitan dengan?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Berkaitan dengan peniaga tadi.
Tuan Nga Kor Ming
Sedikit boleh?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Boleh, boleh.
Tuan Nga Kor Ming
Banyak lagi ini. Ada satu ratus perkara lagi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sikit, sikit saja. Sikit saja.
Okey, terima kasih YB Menteri. Saya sekadar ingin minta pandangan YB Menteri berkaitan dengan tadi itu, peniaga. Minta penjelasan. Sekiranya peniaga yang berada di tepi jalan tapi bukan tepi sangatlah, mungkin dalam pekan dan sebagainya. Apa pandangan YB berkaitan dengan gerai mereka tak boleh berniaga di situ sedangkan kawasan itu tempat port ataupun ramai orang di situ dan sudah pasti bila berniaga di situ tempat mereka mendapat rezeki. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Sama ada tempat tersebut popular ataupun tidak sebenarnya bukan pertimbangan utama. Pertimbangan utama adalah keselamatan awam supaya dia tidak menimbulkan kesesakan jalan raya atau membahayakan pengguna kenderaan. Tetapi bagaimanapun sekiranya Yang Berhormat ada dapati penjaja yang berpotensi dan betul-betul berniaga bukan sewakan gerai kepada pihak ketiga, dialu- alukan untuk memohon MyKiosk yang kita sedia membantu dan pastikan tiada yang terpinggir dan tiada yang akan tertinggal. Itu kita berikan insentif untuk bantu semua.
YB Bakri maklumkan bahawa berlaku kelewatan dalam pengeluaran CCC disebabkan oleh syarat tambahan yang dikenakan oleh PBT di peringkat akhir. Beliau memohon untuk mendapatkan justifikasi mengapa bangunan dikenakan syarat di
Tuan Nga Kor Ming
peringkat akhir dan bukan di peringkat awal iaitu semasa permohonan KM. Ya, nama itu nama saya ‘KM’, Kebenaran Merancang iaitu dibuat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap pemajuan yang di cadang hendaklah mendapatkan kelulusan KM dari PBT dan hendaklah mengandungi semua ketetapan dan syarat teknikal yang komprehensif berdasarkan ulasan jabatan ataupun agensi teknikal. Permohonan ini akan dipertimbangkan oleh PBT melalui Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) termasuklah keperluan menaik taraf persimpangan jalan sekiranya wajar. Manakala, semua pelan subsidiary line termasuk pelan jalan, parit dan pelan bangunan hendaklah diluluskan selaras dengan kelulusan KM sebelum kerja pembinaan dimulakan.
Sehubungan itu, sekiranya syarat menaik taraf persimpangan jalan telah ditetapkan oleh PBT di peringkat awal iaitu semasa pemberian KM berdasarkan justifikasi teknikal termasuk penemuan Laporan Traffic Impact Assessment, maka pihak pemaju perlu mematuhi syarat tersebut. Dalam hubungan ini, penetapan syarat tersebut adalah berlaku di peringkat awal dan bukannya di peringkat akhir.
Yang Berhormat Kuala Terengganu memohon supaya Pasar Gong Pauh yang berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di naik taraf dengan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Ini kerana Pasar Gong Pauh merupakan pasar borong utama di negeri Terengganu. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua dan Ahli Yang Berhormat, pada 28 Februari minggu lepas menerusi Sentuhan Kasih KPKT, KPKT telah melaksanakan penyerahan Kompleks Pasar Payang Kuala Terengganu yang menyediakan 700 unit gerai yang berharga RM70.03 juta serah kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui program Sentuhan Kasih KPKT.
Ini membuktikan Kerajaan MADANI sentiasa berlaku adil walaupun berbeza pandangan politik demi kesejahteraan rakyat secara bersama. KPKT sentiasa bersikap profesional melalui jabatan kerajaan tempatan memfokuskan keutamaan pembangunan yang menyumbang kesejahteraan hidup rakyat setempat melalui projek-projek infrastruktur, kemudahan awam, sosial ekonomi dan keselamatan di kawasan pentadbiran PBT menggunakan peruntukan projek-projek kecil BP1.
KPKT mengutamakan penilaian projek melalui Instrumen kajian kebolehlaksanaan, (feasibility studies), indeks kesahan dan kebolehpercayaan
(credibility reliability index), analisis kos faedah (cost-benefit analysis) dan pulangan pelaburan (return of investment). Dalam mempertimbangkan sama ada cadangan projek sosial ekonomi mulai sekarang atau tahun lepas yang di kemukakan oleh semua PBT untuk kenal pasti potensi, risiko dan penggunaan sumber kerajaan yang efisien demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan aktiviti industri tempatan yang dapat menjana pendapatan tambahan kepada PBT.
KPKT telah menerima permohonan projek daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk naik taraf Pasar Gong Pauh dengan kos projek sangat tinggi berjumlah RM25 juta. Projek ini akan di senarai sebagai cadangan projek Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 untuk pertimbangan Kementerian Ekonomi. Ia bakal menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada pengguna di samping membantu meningkatkan pendapatan peniaga setempat di Kuala Terengganu.
YB Sandakan mohon KPKT supaya menaik taraf pasar sedia ada di kawasan Sandakan. Sukacita dimaklumkan supaya Majlis Perbandaran Sandakan boleh kemukakan permohonan untuk naik taraf pasar untuk pertimbangan kementerian ini, jika boleh kemukakan permohonan dengan kadar segera. YB Jempol bertanyakan tentang status permohonan bagi kerja meroboh, membina baharu gerai Simpang Empat Bandar Seri Jempol, di mana semua permohonan akan dipertimbangkan oleh KPKT berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu yang saya terangkan tadi.
YB Batu telah bertanya berhubung langkah yang diambil oleh KPKT dan SOP yang perlu dipatuhi oleh vendor bagi melakukan tangkapan anjing yang terbiar. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Aspirasi Malaysia MADANI yang mesra rakyat, mesra pelabur, mesra alam dan juga mesra haiwan. KPKT telah mewujudkan garis panduan dan juga tatacara operasi piawaian SOP
Tuan Nga Kor Ming
penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan pihak berkuasa tempatan tahun 2014 dan telah pun dikemas kini pada tahun 2022.
SOP ini dibangunkan berdasarkan peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan dirangka secara bersama antara JPV, pertubuhan bukan kerajaan, pencinta haiwan dan PBT. PBT telah mensyaratkan supaya kontraktor yang dilantik untuk mematuhi sepenuhnya tatacara tangkapan anjing ini yang telah menyampaikan taklimat serta penerangan terperinci tentang peruntukan- peruntukan yang terkandung dalam SOP ini.
KPKT dengan kerjasama JPV sentiasa mengadakan perbincangan secara berkala dengan NGO termasuk pencinta haiwan bagi mendapatkan pandangan dan kenal pasti isu-isu pengurusan anjing terbiar agar diselaraskan mengikut dasar kerajaan yang berkuat kuasa.
Tuan Nga Kor Ming
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Di samping itu, PBT kerap bekerjasama dengan pihak NGO untuk mengadakan Kempen Anjing Angkat untuk mendapatkan pemilik baru kepada anjing-anjing yang ditangkap serta melaksanakan hebahan dan promosi sebagai usaha memupuk sikap pemilik haiwan yang bertanggungjawab.
Yang Berhormat Kota Bharu telah bertanya tentang dasar kerajaan mengenai cadangan untuk melaksanakan semula pilihan raya kerajaan tempatan. Untuk makluman Dewan, ini ialah soalan siaran ulangan. Banyak kali tanya dan banyak kali saya jawab.
Soalan sama, jawapan pun sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejarah pilihan raya kerajaan tempatan telah bermula pada tahun 1857, sebelum Malaysia adapun sudah ada pilihan raya kerajaan tempatan iaitu sejak 166 tahun yang dulu.
Walau bagaimanapun, perlaksanaannya telah ditangguhkan pada tahun 1965 ekoran dari konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Semenjak itu, pilihan raya kerajaan tempatan telah pun ditangguhkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Laporan Suruhanjaya Diraja dengan izin Report of the Royal Commission of Enquiry to Investigate into the Workings of Local Authorities In West Malaysia yang diketuai dulu oleh Senator Dato' Athi Nahappan pada tahun 1965 telah mengesyorkan – ini adalah Laporan Suruhanjaya Diraja. Telah mengesyorkan dengan izin “That the present system of election on the basis of what should continue to provide representation the local government as in the past and that voting in local government election in the country should continue on the voluntary basis as has been hitherto.” Sehubungan dengan itu, pada ketika waktu ini, Kementerian KPKT seperti jawapan saya dulu ingin fokus kepada lapan bidang fokus utama kita. Oleh kerana itu, pada hari ini, saat ini, pilihan raya kerajaan tempatan bukan keutamaan pada ketika ini.
Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Temerloh dan juga YB Maran membangkitkan cadangan berkenaan dengan Kampung Baru Cina yang ingin dijadikan sebagai tapak UNESCO kononnya menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Melayu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pencalonan Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Dunia merupakan inisiatif International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) Malaysia iaitu satu pertubuhan profesional yang berfungsi untuk pemuliharaan dan perlindungan tempat warisan budaya di seluruh negara.
Bagi tujuan ini, ICOMOS Malaysia telah menubuhkan New Village Working Group pada Mac 2021. Waktu itu, rakan-rakan duduk sebelah sana ada kerajaan, yang terdiri daripada tujuh ahli ICOMOS Malaysia dan juga tujuh pakar dalam pelbagai bidang untuk mengkaji, menilai kesesuaian Kampung Baru Cina dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPKT sentiasa bersikap terbuka kepada semua pihak termasuk pembangkang, termasuk NGO dalam mana-mana cadangan
Tuan Nga Kor Ming
pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia yang membawa faedah kepada negara. Dalam hubungan ini, sekiranya terdapat permohonan daripada pihak ICOMOS Malaysia, KPKT akan bersikap secara profesional...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
...Bersama dengan Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Mohon mencelah.
Tuan Nga Kor Ming
...Supaya untuk mempertimbangkan dan juga membuat kaji selidik, kajian penelitian cadangan tersebut terlebih dahulu memandangkan Kampung Baru Cina adalah di bawah seliaan Kementerian KPKT. Selaku Menteri yang menjaga Kampung Baru Cina, jika saya tidak tampil ke depan untuk membela nasib penduduk di sana, jika bukan saya, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey.
Tuan Nga Kor Ming
Oleh kerana itu, saya harap rakan-rakan duduk di sebelah sana termasuk YB Maran, pernah juga menjadi mantan Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey.
Tuan Nga Kor Ming
Mengapa nak selalu mempermainkan isu-isu sentimen kaum. Besok adalah bulan Ramadan yang suci. Redha lah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kita akan berpuasa esok.
[Ketawa]
Tuan Nga Kor Ming
Janganlah sentiasa – ini ialah sikap asabiyyah, yang tidak harus diamalkan di Dewan yang mulia ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bagi izin mencelah.
Tuan Nga Kor Ming
Melayu, Cina, India patut bersatu sebagai satu keluarga.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Kita adalah adik-beradik, saudara mara.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Cantik.
Tuan Nga Kor Ming
Mengapa tiap-tiap hari, siang dan malam, saya tengok lagu yang sama, irama yang sama berkumandang sejak sampai bila barulah lagu sedemikian akan berhenti dimainkan. Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak menghalang kalau kita nak adakan sejarah kampung- kampung yang bukan sahaja Kampung Baru Cina tetapi dalam konteks Kampung Baru Cina. Asalnya, sejarahnya dibentuk kerana ketika itu pengaruh komunis, mempengaruhi orang-orang Cina. Sebab kalau kita masukkan di bawah UNESCO punya Tapak Warisan, seolah-olahnya kita mengiktiraf komunis itu di negara kita, yang pertama.
Kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut tangani perpaduan. Kita pernah mencadangkan Kampung Baru Cina ini diletakkan di Jabatan Perpaduan. Yang Berhormat masuk je, tukar balik kepada Kementerian KPKT. Apakah ini matlamatnya? Sebab itulah – kita tahu Yang Berhormat, saya pernah bekerja dalam KDN
Tuan Nga Kor Ming
Ya, ya. Boleh, boleh. Ya, terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya pernah bekerja di kampung-kampung, pergi ke kampung baru ini.
Tuan Nga Kor Ming
Boleh saya jawab nanti, saya jawab balik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Boleh kata semua kampung baru ini, semua masyarakat Cina.
Tuan Nga Kor Ming
All right.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jadi kita nak supaya disimulasikan Cina, Melayu, India dan sebagainya.
Tuan Nga Kor Ming
Ya, ya, ya, terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tetapi Yang Berhormat, bila masuk sahaja...
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Sebab itu Yang Berhormat bawa banyak isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini.
Tuan Nga Kor Ming
Bukan isu. Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sebab itu saya minta, kalau kita cadangkan ini sebagai ini. Bila kita dah tegur, bila orang dah marah, baru Yang Berhormat cadangkan kampung-kampung lain. Ini tidak, tidak...
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, okey terima kasih. Saya jawab. Tadi Yang Berhormat katakan sekiranya kita cadangkan Kampung Baru Cina diiktiraf sebagai oleh UNESCO, maka negara kita mengiktiraf komunis. Ini adalah satu tohmahan tidak benar yang sangat berniat jahat. Nawaitu ini sangat jahat. Sejak bila Kampung Baru Cina disamakan dengan komunis? Penduduk Kampung Baru Cina adalah mangsa kepada komunis. Bukannya mereka menyokong komunis. Sebab itu mereka dipaksa, rumah diroboh, dipindah as a detention camp sejak tahun 1948.
Saya duduk di Kampung Baru Cina tapi saya boleh berbahasa Melayu. Saya belajar sejarah Islam. Itu apa salahnya? Sebab itu saya kata, jangan buat simplistic argument, okay?
Kedua, mengapa Kampung Baru Cina dimasukkan ke KPKT? Yang Berhormat tahu, kajilah sejarah KPKT. Berpuluh-puluh tahun Kampung Baru Cina memang terletak di bawah KPKT. Apa isunya? Dulu Tan Sri Ong Ka ting, Tan Sri Ong Ka Chuan, Tan Sri Kong Cho Ha, Yang Berhormat tak marah pun. Tapi saya masuk sahaja, seolah-olah saya jadi punching bag. Setiap kali bersidang, Yang Berhormat mesti bangkit isu ini. Saya dah perhatikan dah lima kali isu yang sama dibangkit oleh Yang Berhormat. Tak pernah bertaubat pun.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Taubat.
[Ketawa]
Tuan Nga Kor Ming
Setiap kali, tiap-tiap sesi mesti soalan yang sama. Oleh kerana itu saya harap Yang Berhormat, esok bulan Ramadan. Biarlah kali terakhir saya jawab dengan penuh tenang, dengan jiwa yang tenang supaya soalan ulangan ini, tak payahlah.
Marilah sama-sama saya mengajak, kita bangunkan. Tak baca kenyataan saya.
Saya sokong Kampung Tradisi Melayu dikemukakan pencalonan sebagai Tapak UNESCO kerana keunikan dan keistimewaan kedudukan itu. Mengapa Yang Berhormat tak sokong cadangan saya?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tidak, Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Itulah sebab saya...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat .
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Lepas masyarakat marah kepada Yang Berhormat, baru Yang Berhormat cadangkan. Sebelum itu tak cadang pun.
Sila Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas huraian. Saya nak bagi nasihat kepada kerajaan yang ada pada hari ini khususnya kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Menteri MOTAC. Dia bersangkut paut dengan bak kut teh juga.
Sebenarnya kepada pihak kerajaan, kita perlu sensitif, kena faham dasar mother policy dengan izin yakni Akta Warisan Kebangsaan. Sebelum kita ingin angkat Kampung Baru Cina ke, apa-apa sahajalah warisan ke UNESCO, hendaklah kita angkat ke peringkat warisan kebangsaan dahulu. Di peringkat kerajaan kita, sudah ada satu undang-undang Akta Warisan Kebangsaan 2005. Dalam fasal 67(2)(d), dalam membuat perisytiharan di bawah subseksyen (i), Menteri boleh menimbangkan ini yakni kena jaga aplikasi hubungan sosial atau kebudayaan.
Dalam soal Kampung Baru Cina, ianya menyentuh sensitiviti orang Melayu, tentera-tentera kita, bekas-bekas penjawat awam, malah mereka kaum Cina, kaum India yang menentang komunis. Jadi, kita tidak mahu perkara ini dipolemikkan. Untuk Menteri bantu Kampung Baru Cina, saya tak ada masalah. Buatlah apa yang...
[Tidak jelas]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang polemikkan hangpa.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang kita tak nak ialah angkat, diiktiraf di peringkat UNESCO.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tahu tak, apa salahnya Kampung Baru Cina?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa salahnya Kampung Baru Cina?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor, sila duduk.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Dia ada nilai perpaduan di sini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
It is a contestation dalam sejarah kita. Buat apa? Itu yang saya nak bangkitkan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
There is no contestation, it’s a part of Malaysian history Yang Berhormat Machang!
Tuan Nga Kor Ming
Okey, saya rasa....
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Pernah masuk tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor, sila duduk.
Menteri jawab.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, okey. Saya rasa memang – oleh kerana itu saya ada kata, KPKT sentiasa bersikap terbuka. Saya dengar, saya mengikuti dengan teliti hujah Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat tadi kata pun bangkit lagi isu bak kut teh, hari ini saya bagi lecture sedikit. Bak kut teh itu bak, daging. Dalam bahasa bukan bahasa Cina tahu, itu bahasa Hokkien. Bahasa Hokkien, bak itu bermaksud daging. Daging termasuk daging ayam, daging lembu, daging kambing. Sebab itu sekarang kita pun ada trademark registration called chic kut teh iaitu bak kut teh dengan herba tetapi pakai daging ayam, halal 100 peratus. Apa salahnya bak kut teh di negara berbilang kaum ini dijadikan makanan warisan negara? Kita bukan ajak Yang Berhormat makan.
Tuan Nga Kor Ming
Jika Yang Berhormat datang, saya akan hidangkan chic kut teh kerana chik kut teh halal. Jadi, kita tidak ajak — itu memang makanan asli berasal dari Klang. Sebab itu janganlah kita sampai esok, sampai bila — Machang ini saya rasa orang muda yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Dahulu duduk sama dalam Pakatan Harapan tidak macam ini.
[Ketawa] Tetapi saya tidak tahulah, mungkin dia salah ikut tok guru sebab itu sudah sesat. Saya hendak harap, berdoalah esok Ramadan, harapan dan doa saya Machang akan kembali ke pangkuan jalan.
[Ketawa] Ini bergurau sedikitlah, tidak apa.
Okey, saya masuk ke topik perkhidmatan bomba. Ini penting, hari-hari berlaku kebakaran...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sedikit.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Igan, Igan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan, sedikit sahaja.
Tuan Nga Kor Ming
Arau pula. Arau veteran dalam Dewan ini, patut...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tetap memberi keadilan kepada semua. Pertama Yang Berhormat Speaker, kena bagi amaran puak-puak ini.
Mereka merosakkan kesepaduan nama baik Parlimen.
Tuan Nga Kor Ming
All right, all right. Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nama baik Parlimen hiruk-pikuk.
Bangun bercakap, bangun bercakap, minta kebenaran...
Tuan Nga Kor Ming
Puan Speaker, saya ada satu jam lagi, tetapi masa hanya satu minit tahu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan kira parti Yang Berhormat. Minta bagi teguran supaya jangan jadi masalah. Jadi, Yang Berhormat Menteri...
Tuan Nga Kor Ming
All right. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tahu Yang Berhormat Menteri ini seorang yang cekap, hebat dan Yang Berhormat pandai. Jadi Timbalan Speaker dahulu sekejap, Yang Berhormat pandai. Yang Berhormat buka mike, Yang Berhormat bercakap, kami tidak boleh bercakap.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bangun]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Okey, okey Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, satu negara tak tahu Yang Berhormat baik. Tetapi Yang Berhormat, berhubung dengan bak kut teh ini...
Tuan Nga Kor Ming
Saya ada lagi beberapa isu-isu utama ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bak kut teh ini sebelum — jangan jawab yang itu, biar Menteri Pelancongan jawab.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebelum ini disebut bak kut teh ini orang tahu bahawa itu adalah tulang rusuk khinzir. Sekarang ini baru hendak terang bak ini makna apa dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Arau.
Tuan Nga Kor Ming
Cukuplah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sudah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini telah diketahui sejak dahulu.
Jadi penjelasan saya Yang Berhormat...
Tuan Nga Kor Ming
Bila Parlimen negara jiran tengah sibuk bincang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan Yang Berhormat supaya Menteri Pelancongan yang jawab. Kedua fasal warisan, tentang sejarah...
Tuan Nga Kor Ming
...Tentang kecanggihan teknologi artificial intelligence, biochemical dan lain-lain. Ini isu kita simpan santai di luar. Arau cukuplah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, ini point of order.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat, sudah dua minggu saya ikuti perbahasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, Yang Berhormat tidak bagi saya bercakap.
Tuan Nga Kor Ming
Cukup, jangan bazir masa. Saya hendak ada umum dasar- dasar baharu. Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Point of order mana satu?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang disebut oleh Menteri sekejap tadi.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mana satu?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nanti, nanti *point of order.
You* kena dengar dahulu, point of order.
Tuan Nga Kor Ming
So, nak dengar penggulungan ke tak nak?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nak. Point of order dulu.
Tuan Nga Kor Ming
Padahal masa sudah habis. Saya ada lagi satu jam saya perlu...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab dia cakap, dia cakap Machang- Machang tadi dia kata, salah ikut tok guru. Ini perkataan sangkaan jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat mana satu?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini sangkaan jahat kepada tok guru sebagai Ahli Dewan.
Tuan Nga Kor Ming
Berapa orang tok guru dia ada di dunia ini?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, apa yang jahatnya...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tok guru silatlah. [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Kalau tidak, sila keluar.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup, sila duduk. Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Amalan memainkan bahasa semantik saya rasa tidak perlulah. Pihak kementerian amat berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat berhubung keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Yang Berhormat, saya minta — Saya terakhir kan? Minta lima minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada lagi satu kementerian.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, ada lagi? Okey, okey, sekejap. Keperluan JBPM dalam menangani insiden dan bencana. Untuk makluman bersama, kementerian telah mengambil beberapa inisiatif dalam hal ini termasuk pertama, memperkasakan keupayaan logistik melalui perolehan 150 buah compact fire rescue tender yang bersaiz kompak dengan kos berjumlah RM147 juta dan akan ditempatkan secara strategik di balai bomba penyelamat di seluruh negara secara berfasa mulai tahun ini juga.
Jentera reka bentuk baharu ini akan memberi kelebihan dalam keselesaan pengendalian dan penyelenggaraan yang lebih praktikal. Ia merupakan penyelesaian strategik isu berkaitan kekurangan jentera yang dihadapi di balai-balai bomba sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Igan dan Yang Berhormat Bagan Serai.
Kedua, memperkukuhkan program pencegahan kebakaran melalui pemeriksaan bangunan rumah yang berusia. Terkini dalam tahun 2024, pihak JBPM telah mensasarkan sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan untuk diperiksa. Untuk makluman, bagi bulan Januari sahaja, sebanyak 4,027 homestay atau inap desa dan bilik penginapan telah dibuat pemeriksaan penguatkuasaan bahaya kebakaran. Selain itu, pada bulan Februari sahaja, 122 blok di 22 kawasan perumahan awam yang merupakan bangunan berusia lebih 30 tahun dalam kawasan Kuala Lumpur telah pun diperiksa. Ia adalah merupakan langkah proaktif dalam meningkatkan tahap kesediaan sistem pemasangan keselamatan dalam bangunan.
Ketiga, dalam memastikan efficiency pengoperasian kebombaan, aspek pengurusan air juga memainkan peranan penting. Untuk makluman, jumlah keseluruhan pili bomba yang telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2023 adalah sebanyak 422,472 unit dan merangkumi 357,130 unit pili bomba awam. Ada juga 65,342 unit merupakan pili bomba swasta. Sukacita dimaklumkan, KPKT sedang dan jumlah pemeriksaan pili bomba yang telah dilakukan di seluruh Malaysia ialah 405,529 unit daripada jumlah keseluruhan pili bomba awam bagi tahun lepas. Manakala pada tahun ini, pihak kementerian melalui JBPM akan meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke atas pili-pili bomba awam yang berada dalam radius tujuh kilometer daripada balai bomba.
Keempat, bagi memperkukuhkan lagi sistem kawal dan perintah insiden dan mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini kecerdasan buatan serta mengoptimumkan data raya, sukacita saya memaklumkan bahawa pembangunan projek rintis command, control, communications, computerized dan intelligence telah dilaksanakan mulai pada 1 Mac 2024 dan dijangka selesai pada Februari 2026 dengan kos RM47.74 juta. Ini adalah salah satu langkah yang seiring dengan dasar dan usaha- usaha pendigitalan di Kerajaan Malaysia MADANI.
Pengurusan sisa pepejal — sedikit. Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di bawah KPKT telah dipertanggungjawabkan untuk membasmi lokasi dan aktiviti pembuangan sampah secara haram di tujuh buah negeri di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. KPKT melalui SWCorp. telah berjaya menutup sebanyak 2,093 tapak lokasi
Tuan Nga Kor Ming
sampah haram melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta sepanjang tahun lalu.
Sebanyak 15 kes telah didakwa ke mahkamah dan disabit kesalahan oleh mahkamah dan jumlah denda sebanyak RM168,000. Untuk melaksanakan pemantauan yang lebih cekap dan berkesan, SWCorp. telah memperoleh lapan unit dron bagi memantau kegiatan pembuangan sampah haram terutamanya di lokasi titik panas dan tapak pelupusan haram di tujuh buah negeri di bawah Akta 672.
Baik, memandangkan — banyak lagi sebenarnya. Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba, KPKT menyeru seluruh rakyat Malaysia agar dapat mengamalkan Ramadhan tanpa pembaziran terutamanya melibatkan makanan. Menerusi kajian komposisi sisa pepejal mengikut komponen yang dilupuskan di 25 tapak pelupusan tahun lepas, 35 peratus daripada keseluruhan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan adalah sisa makanan. Berdasarkan statistik bulan Ramadan pada tahun lepas, sebanyak 86,177.28 metrik tan sisa makanan telah dilupuskan. Bayangkan, satu bulan sahaja 86,000 metrik tan sisa makanan dilupuskan berbanding jumlah sisa pepejal dilupuskan iaitu sebanyak 243,000 metrik tan.
Bagaimanapun, trend ini menunjukkan penurunan sisa makanan sebanyak 3.7 peratus berbanding tahun 2022 iaitu sebanyak 5.2 peratus hasil daripada kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan KPKT sejajar dengan matlamat KPKT iaitu jihad terhadap kekotoran dan pembaziran makanan. Bagi tahun ini, KPKT melalui SWCorp. akan meluaskan kerjasama strategik dengan semua pihak termasuk NGO untuk memperhebatkan lagi pelaksanaan “Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran” ini.
Untuk hari ini saya ada satu dasar baharu yang perlu diumumkan di Dewan yang mulia ini. Dahulu kita ada Program Perumahan Rakyat (PPR).
Tuan Nga Kor Ming
Kini, KPKT ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan rangka model baharu perumahan awam yang dinamakan PRR iaitu Program Residensi Rakyat yang akan menjadi kawasan perumahan moden yang bersepadu, mampan, berbaloi untuk didiami, mempunyai daya maju komersial berkualiti, ruang hijau riadah, pusat komuniti serta ciri-ciri lain. KPKT akan memberi penekanan kepada kesalinghubungan menerusi pembangunan berorientasikan transit (transit-oriented development) dan disepadukan dengan bangunan berkonsep hijau yang mengurangkan kos tenaga berbanding dengan bangunan berciri standard. Projek ini akan dilaksanakan secara tender terbuka tahun ini di bawah PRR.
Kos pembangunan satu unit adalah ditetapkan dalam lingkungan lebih kurang RM300,000 seunit dan ia hanya akan dijual pada harga bersubsidi serendah RM60,000 seunit. Dengan kata lain, Kerajaan MADANI memberi subsidi RM240,000 seunit rumah kepada pembeli PRR dengan syarat pertama moratorium sekatan hak milik bagi penjualan unit PRR ini akan ditetapkan untuk tempoh 10 tahun. Beli dengan harga subsidi tidak boleh jual, kena duduk sendiri.
Kedua, tidak boleh sewa. Ini untuk membantu golongan B40 tanpa kira kaum, tidak boleh sewa, tidak boleh jual. Lepas 10 tahun jika hendak jual, subsidi yang telah dinikmati kena bayar balik kepada kerajaan melalui mekanisme dalam akaun amanah supaya tabung ini boleh jadi revolving fund dengan izin untuk membantu rakyat kita pada masa hadapan.
Ini kita memperoleh— tahun ini KPKT bersiap sedia untuk memperuntukkan RM560 juta untuk memulakan model baharu PRR dengan benchmark tidak kurang daripada HDB Singapura. Ini adalah antara inisiatif baru supaya kita menghilangkan stigma rakyat yang duduk di PPR mesti yang miskin, mesti yang kurang upaya. Kita hendak rakyat ini berasa bangga apabila mereka duduk di public housing kita seperti PRR ini. Kita harap apabila tabung perumahan negara dapat dimulakan, maka mekanisme kita akan lebih holistik dan menjaga masa depan semua rakyat. Kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Tuan Nga Kor Ming
Saya tahu, memang— terakhir. Akhir kalam, KPKT sedang melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik. Dulu di bawah Dasar Perumahan Negara dulu, definisi rumah mampu milik adalah rumah tidak melebihi RM300,000. Harga di kelate, kecek kelate pun RM300,000. Harga di Kuala Lumpur pun RM300,000. Does it make sense? Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat setuju. Memang tidak boleh.
Bagaimana kita hendak samakan harga kelate sama dengan harga Kuala Lumpur?
Oleh kerana itu, mengikut tahun ini, KPKT sedang melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan kepada pendapatan median mengikuti zon, negeri, daerah yang diperoleh daripada tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Kaedah ini akan mengambil kira medium pendapatan rakyat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Sikit, sikit. Mengikuti lokaliti berdasarkan kepada kaedah gandaan medium. Pemetaan ini bertujuan sebagai panduan saintifik kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi penetapan harga jualan rumah di satu-satu lokaliti.
KPKT sedia maklum bahawa harga rumah mampu milik adalah beza mengikuti negeri dan juga lokaliti. Justeru itu, pertimbangan ini akan diambil kira oleh KPKT dalam kajian semula Dasar Perumahan Negara yang sedang dilaksanakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Sila Arau. Sikit saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semua penyataan yang hebat ini termasuk dasar baharu, nama baharulah yang telah disebutkan tadi, bilakah boleh disiapkan? Berapa lama ia akan menjadi kenyataan? Sebab kita tidak mahu jadi macam pelaburan negara yang disebut beratus bilion tetapi satu batang tiang pun belum masuk lagi. Jadi, Yang Berhormat, ini bila hendak mula? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih atas keprihatinan Arau. Memang kita akan mulakan tahun ini. Apabila siap saya akan jemput Arau untuk datang merasmikan bersama. Okey. So, saya rasa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bolehkah saya dijemput untuk rasmikan semua sekali?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau, sila duduk.
Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kerana berikan masa tambahan sebanyak hampir 20 minit. Akhir bicara, diharapkan terjawab segala persoalan yang membelenggu jiwa, yang mengundangkan hati yang lara.
Demi rakyat jua Kerajaan MADANI berkhidmat untuk semua. Sekian, terima kasih daun keladi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Jika ada soalan, saya jawab lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hati kami masih lara kerana peruntukan tidak dibagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Timbalan Menteri bagi Kementerian Luar Negeri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dalam sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dalam Dewan yang mulia ini.
Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu sesi perbahasan ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri merupakan peneraju Dasar Luar Malaysia dan bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan serta memelihara kepentingan negara di peringkat antarabangsa melalui pengukuhan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing serta penglibatan aktif dalam badan-badan antarabangsa.
Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri juga memastikan supaya pelaksanaan Dasar Luar Malaysia turut mencerminkan aspirasi kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI sebagai usaha mengangkat martabat Malaysia di persada dunia.
Sehubungan dengan itu, kementerian ini sentiasa komited dan berusaha untuk mengukuhkan hubungan diplomasi dua hala atau dengan izin bilateral relations, memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpengaruh dalam wacana pelbagai hala yakni multilateral, mengukuhkan kerjasama ASEAN, mempertahan kedaulatan dan integriti wilayah maritim, memelihara dan melindungi kebajikan rakyat Malaysia di luar negara serta mengukuhkan institusi dan meningkatkan daya upaya modal insan.
Dunia kini berhadapan dengan cabaran geopolitik global dan serantau yang semakin tidak menentu serta persaingan kuasa-kuasa besar yang semakin sengit.
Meskipun demikian, Kementerian Luar Negeri sentiasa mempertingkatkan usaha dalam mempertahankan kepentingan negara serta terus menjadi suara utama dalam memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat. Dalam hal ini, konflik Palestin-Israel yang masih berlarutan merupakan salah satu isu yang terus menjadi keutamaan dan tumpuan kerajaan.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam, Larut, Ledang, Rantau Panjang, Pasir Gudang, Jelutong, Tumpat, Kapar, Pokok Sena, Arau, Sik, Kuantan, Marang dan Jerai telah menunjukkan keprihatinan dan kegusaran ke atas isu Palestin semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat yang telah berlangsung. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk pendirian dan tindakan negara, usaha mencapai gencatan senjata, penyaluran bantuan kemanusiaan dan peranan Malaysia dalam mengheret Israel ke muka pengadilan khususnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Memandangkan isu-isu yang dibangkitkan merangkumi pelbagai aspek, izinkan saya mengulas perkara ini secara terperinci bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh berhubung pendirian, komitmen dan tindakan Kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan hak-hak asasi Palestin serta penyaluran sumbangan dan bantuan berterusan kepada rakyat Palestin.
Seperti yang telah sering kali dilaung-laungkan oleh kepimpinan negara, pendirian Malaysia tentang isu Palestin tidak pernah berubah dan kekal sejak dahulu lagi. Malaysia kekal dengan pendekatan berprinsip iaitu menyokong pengembalian hak mutlak bebas kepada rakyat Palestin daripada pendudukan haram Israel, pengembalian hak tanah yang telah dirampas dan hak pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Pendirian Malaysia ini bukan hanya bermula...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
...pada 7 Oktober 2023 tetapi ia bertitik tolak kepada perjuangan Palestin yang ditindas oleh rejim Israel sejak 75 tahun yang lalu.
Malaysia akan terus lantang dalam menyuarakan enam tuntutan utama.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta laluan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baru mukadimah ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab isu Palestin.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sekejap, boleh ya? Sekejap. Malaysia akan terus lantang dalam menyuarakan enam tuntutan utama iaitu:
(i) gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan;
(ii) menghentikan aktiviti penempatan oleh Israel dan tindakan keganasan penduduk haram atau dengan izin, settler;
(iii) menghentikan serta-merta pemindahan orang awam Palestin secara paksa;
(iv) siasatan ke atas semua pelanggaran undang-undang antarabangsa melalui institusi perundangan antarabangsa;
(v) menyokong inisiatif keamanan Arab dan rundingan penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra- 1967; dan
(vi) memerangi peningkatan global dalam Islamophobia.
Sehubungan dengan itu, Malaysia sentiasa konsisten dalam menegaskan pendirian negara termasuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan dalam mesyuarat- mesyuarat dua hala dan pelbagai hala seperti di PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN) dan mana-mana platform dua hala dan pelbagai hala dengan izin, multilateral bagi memperjuangkan isu Palestin dan mengheret Israel ke muka pengadilan.
Mesyuarat-mesyuarat ini termasuk sebagai contoh, Perhimpunan Agung PBB di New York pada 28 November 2023, Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kampala, Uganda pada 19 hingga 20 Januari 2024. Kemudian, Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Kesatuan Eropah ke-24 dan Forum Menteri Indo Pasifik Kesatuan Eropah Ketiga di Brussels pada 2 Februari 2024 dan lagi segmen peringkat tinggi, Sidang Ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 27 Februari 2024. Ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh, di mana Malaysia mengambil bahagian memberikan statements kita di peringkat antarabangsa melalui pertubuhan-pertubuhan yang saya sebutkan tadi. Banyak lagi.
Baru-baru ini, semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada 5 dan 6 Mac 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggesa agar dilaksanakan gencatan senjata segera dan kekal dan kepentingan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri atau dengan izin, right to self-determination dilindungi.
Beliau turut mendesak masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan yang tegas bagi memastikan Israel mematuhi langkah sementara atau dengan izin, provisional measures yang ditetapkan oleh ICJ pada bulan Januari 2024.
Pada masa yang sama, saya telah mewakili Malaysia dalam menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Menteri-menteri Luar Negeri OIC di Jeddah pada 5 Mac yang baru lalu. Semasa mesyuarat tersebut, saya juga telah membuat gesaan agar gencatan senjata serta-merta dan kekal dilaksanakan bagi memastikan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa sekatan dan seterusnya menamatkan bencana kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza, terutamanya menjelang bulan mulia Ramadan yang
Datuk Mohamad bin Alamin
bermula malam ini. Saya juga telah menyampaikan kenyataan negara mengenai usaha- usaha yang dilakukan oleh Malaysia menerusi kempen diplomatik dan undang-undang di pelbagai platform antarabangsa bagi menuntut keadilan buat Palestin.
Berhubung usaha menjadikan Palestin sebagai anggota penuh PBB yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, Malaysia sejak sekian lama telah menyokong penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka serta menyokong hasrat Palestin untuk menjadi negara anggota penuh PBB. Malaysia percaya penerimaan Palestin sebagai anggota penuh akan membantu mencapai solusi jangka panjang dan mewujudkan sebuah negara Palestin yang aman, bebas dan merdeka.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah secara konsisten menyampaikan pendirian Malaysia yang jelas ini di setiap pertemuan dua hala dengan pemimpin- pemimpin dunia lain dan menekankan kepentingan bagi negara-negara kuasa besar untuk memberikan kepimpinan, politik serta moral dalam mencari jalan penyelesaian kepada konflik Palestin. Pada 23 Januari yang lepas, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semasa menyampaikan kenyataan negara di Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Timur Tengah termasuk isu Palestin telah menggesa Majlis Keselamatan untuk menerima Palestin sebagai negara anggota PBB.
Sebagai tanda simbolik bagi menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia, menuntut keadilan dan keamanan di Palestin, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri juga telah menyerahkan koleksi poskad yang ditandatangani oleh barisan Jemaah Menteri kepada Setiausaha Agung PBB, Tuan Yang Terutama Antonio Guterres yang menggesa Palestin diterima sebagai negara anggota penuh PBB.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, boleh tanya tak? Berkaitan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sila.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tadi, tahniahlah sebab kerajaan telah mengusahakan untuk Palestin diisytiharkan sebagai sebuah negara yang sah.
Persoalannya, adakah Malaysia juga menganggap Israel salah sebuah negara? The two- state solution, is that polisi kerajaan?
Datuk Mohamad bin Alamin
Kita berbicara soal Palestin. Kita memang tak pernah berkompromi, kita tak ada hubungan diplomatik dengan Israel selama ini. Jadi, kita kekal untuk memperjuangkan Palestin dikembalikan hak mereka sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, insya-Allah. Ya, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan. Yang Berhormat, jawab tadi hebat tahu. Gah satu dunia tapi saya ini suka tengok berita tiap-tiap malam.
CNN, Al Jazeera tiap-tiap malam. Kemudian, saya tengok juga daripada BERNAMA dan sebagainya, tiap-tiap malam tak pernah missed. Saya tak dengar pun kenyataan daripada Kerajaan Malaysia berhubung dengan Palestin, berhubung dengan apa.
Apakah Yang Berhormat nak cadang supaya media Yang Berhormat itu keluarkan dan perluaskan pandangan dan pendirian Kerajaan Malaysia? Nampaknya gah di petang ini tetapi Yang Berhormat saya tak nampak. Saya dah kesal, saya kata apa Kerajaan Malaysia buat sekarang?
Jadi, bolehkah Yang Berhormat gah kan perjumpaan Menteri dengan Setiausaha Agung, Yang Berhormat berucap di mana, gah kan. Kalau Yang Berhormat tak ada orang untuk pandai buat TikTok dan sebagainya, boleh minta nasihat. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat, boleh saya?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Oh, sahabat saya, bagi laluan kepada Pendang dahulu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Eh, tak apa kawan, teruskan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kimanis. Saya nak bangkitkan isu ini kerana bila kita tahu Israel ini sebenarnya tak wujud sebelum ini tetapi disebabkan tak ada dalam peta
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
dunia, Israel ini tak wujud. Ingat ya. Siapa yang menyokong kezaliman, ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel ini, mereka ini adalah orang yang serupa dengan politic animal.
Political animal.
Jadi sekarang ini, rakyat Palestin tengah berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka. Sedang mempertahankan hak mereka, tanah mereka. Jadi, dalam keadaan kita nak masuk dalam bulan Ramadan ini, mereka hanya tunggu bila saat kematian akan sampai. Mereka tak akan keluar daripada tanah air mereka di tanah Brazil. Eh, di tanah Brazil. Di tanah Palestin khususnya Gaza. Mereka ini tunggu saat kematian tapi sebelum itu mereka perlu kepada makanan. Adakah kerajaan nak buat lagi? Sebab bila kita sebut, kita mengiktiraf negara Palestin. Negara Palestin ini dia keseluruhan sampai ke Israel.
Makna Israel tak adalah selepas ini.
Jadi, kita minta kerajaan buat satu keputusan untuk nak bantu mereka. Tak akan ada masa mereka nak cari makanlah buat masa la. Depa hari-hari ditimpa dengan batu, dengan peluru, dengan apa semua. Budak-budak, orang tua, wanita, orang Kristian, orang Islam dibunuh oleh Israel ini. Kena ingat ya, tidak kira agama yang mati di Palestin sekarang ini. Ini adalah kezaliman dan kejahatan Israel yang amat. Jadi, kita minta kerajaan buat satu keputusan melalui Kabinet untuk membantu mereka ketika bulan Ramadan ini untuk menghantar seberapa banyak makanan walaupun saya tahu secara senyap.
Tadi sepertimana disebut oleh Arau, benda ini kerajaan ada buat hantaran makanan tetapi sedikit tapi tak disebarkan. Kenapa? Takut apa? Jangan takut. Kita membantu orang yang dizalimi, orang yang dalam kesusahan. Insya-Allah, Allah akan bantu kita balik. Jadi, umum. Ini kita hantar lagi, berapa kapal. Kita guna kapal-kapal angkatan tentera kita, pergi hantar makanan-makanan ini untuk bantu mereka ketika bulan Ramadan ini. Mereka nak makan malam saja, siang dah tak makan dah wallahualam.
Adakah kerajaan berhasrat untuk melakukan ini? Ini soalan saya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Menteri. Baik.
Saya ucapkan tahniah kepada Wisma Putra kerana minggu lalu bercakap di PBB berkenaan dengan penghapusan, pemansuhan kuasa veto dalam UN Security Council dengan izin. Saya difahamkan dulu, tahun- dua tahun lalu Yang Berhormat Bera pun masa dia menyampaikan ucapan di PBB pun beliau mengatakan yang sama.
Jadi saya anggap ini satu pendirian yang sama konsistennya diteruskan oleh kerajaan pada hari ini. So, bilakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan bercakap tentang hal ini? Saya tidak dengar lagi daripada mulut beliau, yang pertama. Yang kedua, memandangkan kita lihat ada konfigurasi baru golongan ataupun negara-negara yang menyokong Palestin iaitu negara-negara daripada latar belakang Latin Amerika ataupun Sepanyol, bukan negara Islam.
Jadi apakah Malaysia bercadang akan ada satu kerjasama yang lebih rapat dengan negara-negara ini untuk memperjuangkan isu Palestin ini selain daripada OIC ataupun negara Arab. China telah menawarkan pendirian yang amat bagi saya penting iaitu condemnations ataupun menentang kezaliman Israel dan Amerika ke atas Palestin.
Jadi, apa perancangan Wisma Putra new diplomatic role kita dalam hal ini. Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tuan Speaker.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih kepada...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Timbalan Menteri, boleh?
Sedikit saja berkaitan Palestin juga.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sila, sila.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih pada Timbalan Menteri. Tadi kami baru buat pertemuan dengan kedutaan daripada Mesir dan beliau menyatakan bahawa pimpinan kerajaan telah berada di Gaza cuma tidak dapat menyeberang dan beliau menyatakan bahawa sokongan daripada kerajaan sangat baik,
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kerajaan Malaysia, dengan beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh PMX, Perdana Menteri kita sendiri.
Cuma kalau boleh dia kata sempena bulan Ramadan ini pertingkatkan sumbangan. Apakah tindakan-tindakan di peringkat kita dan juga NGO yang ada di dalam Malaysia ini untuk memastikan bahawa rakyat di Gaza itu yang berada dalam keadaan nak berpuasa esok untuk kita sampaikan sumbangan-sumbangan daripada rakyat Malaysia ke sana. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan-pandangan dan semua pandangan tersebut merupakan pandangan-pandangan yang amat baik untuk memastikan peranan kita itu harus kelihatan. Arau, saya baru balik daripada Rafah, sebagaimana yang Sri Gading utarakan tadi benar.
[Disampuk] Insya-Allah kita akan bawa akan datang. Kita bawa Sik untuk ke Kedah. Jadi giliran Arau nanti akan sampai. Tunggu giliran okey.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Mohamad bin Alamin
Waktu kami berada di Rafah sana, saya telah pun ditemu ramah oleh media asing, Al-Kaherah News dan Extra News dan saya percaya telah pun di published dan juga dihebahkan. Begitu juga statement saya ketika saya bertemu dengan rakan sejawat saya di Kaherah, Timbalan Menteri Luar Negeri juga dihebahkan di media, di Mesir.
Jadi maknanya apabila kita pergi ke luar negara, international media akan pick up news kita juga walaupun mungkin orang Malaysia tidak nampak tetapi kita di Malaysia juga kita akan hebahkan. Kita ada media arus perdana yang kita gunakan. Sekarang ini memang kita hebahkan seluas-luas mungkin juga.
Jadi saya setuju dengan pandangan Pendang. Untuk makluman, Ops Ihsan pada ketika ini kita sedang berusaha untuk menghantar sebanyak 100,000 pek makanan.
[Tepuk] Yang sedang diusahakan waktu ini 100,000 pek makanan dan insya-Allah kita akan tambah lagi. Untuk makluman semua, kita sedang dalam perbincangan secara dekat bagaimana untuk menghantar lagi bantuan-bantuan daripada Malaysia melalui kapal laut, tidak menggunakan kapal udara tetapi menggunakan kapal laut.
Insya-Allah ini- semalam juga saya bertemu dengan Duta Mesir, ini juga kami telah bincangkan juga. Insya-Allah Malaysia akan terus konsisten untuk menghantar bantuan kita untuk sampai ke Gaza. Mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini bantuan yang saya sebutkan tadi akan dapat masuk secepat mungkin untuk diberikan kepada mereka yang sedang menderita kelaparan pada waktu ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, layak dok di Kementerian Luar, memang. Tahniah saya ucapkan tahniah layak di Kementerian Luar, saudara saya.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih. Machang...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Mohamad bin Alamin
Apa lagi?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tak apa, teruskan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey. Memang kita akan sentiasa menyuarakan penentangan kita terhadap kuasa veto ini. Kita tidak pernah bersetuju pun. Ini adalah kenyataan kita di peringkat antarabangsa supaya mereka melihat kepentingan kemanusiaan itu melangkaui soal politik sebenarnya. Itu sebabnya apabila kita berbincang dengan mana-mana pertubuhan luar seperti EU umpamanya banyak negara Barat sekalipun kita bincang. Mereka juga sedia berbincang dengan isu yang sama.
It’s beyond soal keagamaan, soal politik. Jadi kita ini adalah platform-platform antarabangsa yang kita akan manfaatkan sebaik mungkin. NAM umpamanya banyak negara itu bukan di negara Islam tetapi ahli dalam NAM. PBB demikian juga. Jadi banyak kita akan gunakan platform-platform ini untuk menyuarakan kebimbangan bersama, it’s a
Datuk Mohamad bin Alamin
common concern antara kita juga semua negara Barat dan apa juga termasuk China sekalipun.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat boleh...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ha, Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sedikit saja, sikit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Okey.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat, kita tahu langkah boycott, divestment, sanctions (BDS), gerakan ini berjaya di Malaysia. Banyak syarikat-syarikat yang bersangkut paut dengan Israel dan Amerika menggelupur ketika ini. Cuma saya nak minta Wisma Putra ada satu ketetapan dan pendirian bersamalah dengan Kementerian Belia dan Sukan agar menyeru badan-badan sukan antarabangsa menghalang Israel daripada terlibat menyertai sukan-sukan ini.
[Tepuk] Kalau mereka boleh buat terhadap Rusia, kenapa tidak kepada Israel? Jadi saya nak minta Wisma Putra bantu. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dalam bidang sukan ini nanti kita ada maklumat- maklumat secara rasmi kita akan bagi pandangan kepada mana-mana kementerian terlibat, mana-mana agensi. Kalau perlukan pandangan kita, kita akan bagi pandangan yang sewajarnya supaya jangan melanggar dasar kita. Pendirian kita selama ini kita mengutuk kekejaman Israel dan harus kita konsisten dalam apa juga tindakan-tindakan kita insya-Allah.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Sedikit. Pertama saya nak ucap terima kasih kerana jemput saya bersama dalam rombongan ke Lintasan Rafah sana.
[Tepuk] Saya melihat ada dua perkara besar yang ketika mana kita sedang membantu Palestin itu sendiri. Yang pertama dari segi lobi kita dan juga advokasi di peringkat antarabangsa supaya Palestin itu diberi kemerdekaan penuh dan maknanya mutaakhirnya perlu dihentikan segera peperangan di sana.
Yang kedua dari segi bantuan kemanusiaan. Jadi saya nampak banyak kerja- kerja yang perlu dibuat oleh Wisma Putra. Jadi soalan saya, adakah Wisma Putra bersetuju kalau dibentuk satu jawatankuasa khas ataupun jawatankuasa pelobi dan pelaksana yang melibatkan pelbagai pihak bukan hanya pegawai di Wisma Putera, bahkan termasuk kepada NGO-NGO, termasuk mungkin di kalangan parti pembangkang supaya kita dapat menyusun kedua langkah ini lebih kemas supaya berterusan kerja kita dan tidak hanya bermusim ketika ini.
Yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam soal tadi perkara disebut antara tuntutan kitalah penyelesaian dua negara iaitu Perang Sempadan 1967. Jadi perkara ini saya melihat ada keperluan untuk kita menyemak kembali. Kita balik kepada apa yang diberi cadangan lama oleh pimpinan Palestin Yaser Arafat. Dia tidak bersetuju bahawa Perang Sempadan 1967 bahkan 1948, yang mana negara asal Palestin itu. Jadi itu antara yang perlu diperhalusi lagi oleh Wisma Putra supaya kita tepat bagaimana kita nak buat tuntutan kepada kemerdekaan Palestin yang sepenuhnya. Terima kasih Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Timbalan Menteri. Boleh Ledang?
Datuk Mohamad bin Alamin
Ledang, sila Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tapi bagi kat Tumpat dulu. Tumpat bangun dulu. Tumpat silakan. Boleh ya?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih Ledang. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya kira kita sedang baru saja menyambut Hari Wanita dan esok kita akan menyambut Ramadan. Di seluruh dunia mereka sedang mengadakan 1 Mac untuk ceasefire bagi Gaza untuk Ramadan.
Jadi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju kalau Dewan kita ini, kita usulkan untuk membuat satu resolusi dan satu usul untuk kita menghantar dan mengingatkan kembali tentang gencatan senjata ini khasnya untuk Ramadan ini kepada Israel supaya kita boleh menikmati Ramadan dengan keadaan aman kerana hari ini kita nak berpuasa, nak bersahur pun saya terfikir tentang apakah makanan yang dimakan- bagaimana keadaan oleh ibu-ibu dan anak-anak di sana.
Jadi, saya usulkan supaya Dewan kita boleh buatkan satu usul untuk gencatan senjata kepada Israel bagi keamanan untuk Palestin sekurang-kurangnya dalam bulan Ramadan. Apa pandangan Timbalan Menteri? Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya. Timbalan Menteri, saya sambut daripada Tumpat tadi sebab saya rasa sebenarnya dalam isu ini benar kita kena berterusan dan tidak berputus asa untuk memberikan bantuan terutamanya dari konteks kemanusiaan dan kita kena berterusan dan ia agak lama tempohnya nanti. Tetapi saya rasa pokok pangkalnya ialah kepada isu peperangan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Jadi, telah ramai disebut masa kami di Mesir, di Bulan Sabit Merah dan sebagainya jumpa dengan pesakit-pesakit di Hospital Palestin, kita lihat tidak ada kesudahannya. Melainkan dengan adanya satu gencatan senjata yang kekal, tamatkan peperangan ini. Justeru, pertama saya setuju dengan cadangan Tumpat supaya ada usul khas yang kita perlu buat untuk kita berikan. Pertama ialah tekanan politik tamatkan perang gencatan senjata yang kekal.
Yang kedua,ialah supaya kita ada satu sokongan padu untuk bantuan kemanusiaan yang akan datang, khususnya dari segi pembangunan semula Gaza. Ini penting kerana nak memberikan satu positif ya kepada rakyat di sana dan juga sokongan padu kepada polisi dasar yang Malaysia telah pun suarakan dengan lantang iaitu dengan melalui satu Program Pemulihan Semula Gaza. Walaupun peperangan belum habis, walaupun masih lagi terus bantuan kemanusiaan berikan rawatan tetapi kita positif untuk lihat bahawa akhirnya nanti mereka akan kembali pulih dan Gaza akan semula naik, kemudian akhirnya boleh wujud sebuah negara bebas Palestin. Terima kasih.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Puncak Borneo. Saya juga amat bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Tumpat. Tetapi pada masa yang sama, saya juga mohon supaya Kementerian Luar Negeri membuat satu hala tuju bersama dengan Kementerian Ekonomi dan kementerian yang berkaitan untuk melihat di dalam negara kita ini mengenai isu boikot.
Di mana syarikat-syarikat yang dikatakan terlibat dengan bantuan kepada negara Israel. Tapi sebenarnya kalau kita melihat daripada segi pegangan dana sebagai contoh, syarikat Coca-Cola. Syarikat Coca-Cola dipegang 20 peratus oleh LTAT dan 90 peratus pekerja-pekerja Coca-Cola adalah anak-anak Melayu.
Jadi, akibat boikot ini, kalau dia terlalu parah dia boleh menyebabkan syarikat ini tutup dan 90 peratus anak-anak Melayu ini akan kehilangan pekerjaan dan juga saham syarikat 20 peratus yang dimiliki oleh LTAT akan menjadi merudum dan sebagainya. Dan ini bukan saja berlaku kepada syarikat Coca-Cola tetapi seperti syarikat McDonald’s, Starbucks dan sebagainya. Di mana pegangan-pegangan saham ini adalah pegangan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Mengapa kita perlu korbankan negara kita? Ya, kita boleh menang dengan boikot, tetapi jangan kita jadi Pak Kaduk, kita sorak tapi tanah kita tergadai, kita sorak menang.
Tapi ini tidak membawa kebaikan kepada negara kita. Kita harus menjaga negara kita
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
sendiri dulu, kita kena eratkan ekonomi negara kita dahulu, sebelum kita membuat perkara yang boleh bisa memusnahkan ekonomi negara kita dan juga menghancurkan peluang pekerjaan kepada negara kita. Saya minta kepada pihak kementerian memperhalusi perkara ini. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Menteri, pendek saja.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey. Sila Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih. Saya melihat banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan, khususnya melalui Kementerian Luar Negeri Yang Berhormat dan Yang Berhormat Menteri terlibat secara langsung. Besok kita mulai bulan puasa, adakah- saya cadangkan kita dengan usaha kerajaan khususnya inisiatif daripada Kementerian Luar Negeri, membentangkan satu usul di Parlimen kita yang rentas politik iaitu pernyataan rakyat Malaysia melalui Parlimen Malaysia ini, menyatakan pendirian kita yang bersatu hati dalam soal Palestin ini dan melalui Parlimen ini, kita menyuarakan hasrat negara kita, apa sebenarnya tuntutan kita bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin ini. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Sedikit Menteri, Jelutong pun tadi Jelutong disebut tadi tapi saya juga minta peluang. Saya juga mengambil pendekatan memberi bantuan kepada rakyat di Palestin dan dalam perbahasan juga telah saya membawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan bekalan makanan dihantar. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau, kalau kita lihat CNN, Al-Jazeera, rata-rata menunjukkan liputan bahawa rakyat Palestin di sana tidak mendapat bekalan makanan, satu.
Dua, pada masa yang sama, apakah pendekatan kerajaan kita berkenaan dengan pelarian Myanmar? Kalau kita mengambil pendekatan bersimpati dengan rakyat di Palestin, saya juga memohon kerajaan untuk memberi perhatian kepada pelarian Myanmar yang juga menjadi mangsa pembunuhan di negara mereka dan datang ke sini memohon suaka politik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila jawab dan gulung.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sikit lagi. Minta sabar sikit. Sikit lagi, sikit lagi.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ini baru cakap soal Palestin ini banyak lagi isu-isu lain belum sentuh lagi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak beri soalan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Pendang apa isu lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang sudah cakap banyak kali.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Berkenaan dengan kita nyawa adalah lebih penting, kita tak boleh buat keputusan berdasarkan ekonomi. Ekonomilah yang menyebabkan mereka jadi zalim.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik, baik, baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang itu. Itu saya nak habaq.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik, baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang menyebabkan Israel jadi zalim ini macam Amerika. Amerika dia membantu bantuan makanan tapi di belakang dia memberi senjata kepada Israel, membunuh orang-orang Palestin, membunuh gereja-gereja, membunuh, mengebom hospital yang dikuasai orang Kristian, orang Kristian yang nak membantu orang-orang yang dibunuh ini.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik, baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini bukan masalah agama ini, ini bukan masalah agama. Jadi kita tak boleh tukar nyawa dengan ekonomi.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kalau perlu LTAT perlu tarik saham dia 20 persen tarik, sebab ini perkara yang kita tak boleh kompromi langsung dengan kezaliman yang berlaku oleh bangsa laknatullah Yahudi Israel ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih semua, saya ingin beralih ke isu lain tetapi kita berbicara masih berbicara soal Palestin. Tapi tak apalah pada mana yang sempat, nanti yang tak sempat saya akan jawab secara bertulis. Ops Ihsan ini bagi pihak Kerajaan Malaysia akan terus menyalurkan bantuan-bantuan kita dan Ledang sebutkan tadi pembinaan semula, benar. Pada fasa-fasa seterusnya, kita akan juga terlibat dalam membangun semula Gaza ini.
Kami sewaktu di Mesir sempat melawat hospital. Hospital Palestin yang dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang berada di Kaherah. Kita telah menyatakan kesudian kita untuk menaik taraf hospital itu. Kemudian, kita akan membekalkan beberapa buah ambulans yang akan disalurkan terus kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan juga kita akan membangunkan semula kota Gaza. Kita juga melibatkan diri kita dalam fasa-fasa yang akan datang.
Soal boikot-boikot ini, saya ingat ini adalah pilihan-pilihan individu. Kerajaan tak pernah pun keluarkan statement, Puncak Borneo bahawa untuk kita boikot mana-mana semua ini. Ini adalah hak mana-mana individu untuk mengekspresikan niat ataupun pandangan mereka. Jadi, ini saya fikir nanti kita akan mungkin ada perkara itu kita bincang merentas kementerian kesan-kesan boikot ini terhadap ekonomi negara.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Datuk Mohamad bin Alamin
Tetapi, kata Pendang tadi ini bukan soal ekonomi semata-mata tetapi soal kemanusiaan itu jauh untuk kita pertimbangkan bersama-sama.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Datuk Mohamad bin Alamin
Saya setuju. Untuk esok kita akan berpuasa. Jadi, kita sama-sama doakan semoga rakyat Palestin akan terus diberikan perlindungan dan ketika kita berbahas ini, sebenarnya sedang berlangsung beberapa diskusi yang melibatkan beberapa buah negara. Antaranya Qatar, US sendiri dan dilibatkan Mesir dan bakal Israel sendiri. Untuk mewujudkan ceasefire di bulan Ramadan ini. Mudah-mudahan diskusi itu akan membuahkan hasil. Mudah-mudahan rakyat masyarakat Gaza akan dapat menjalankan ibadah puasa dengan keadaan yang lebih aman. Mudah-mudahan.
Isu pelarian Myanmar tidak dibangkitkan dalam perbahasan. Jadi, saya takkan respons. Jelutong ada bertanyakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menggulung.
Datuk Mohamad bin Alamin
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Mohamad bin Alamin
Satu, dua isu lain. Bagi masa saya berapa minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit. Lepas itu, henti ya.
Datuk Mohamad bin Alamin
10 minit tidak dapat ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit.
Datuk Mohamad bin Alamin
Puan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang, Pokok Sena, Marang dan Jerai untuk mengheret Israel ke muka pengadilan. Malaysia dengan lantang menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan atas kekejaman dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan tentang tentera Israel ke atas rakyat Palestin terutama sekali wanita dan kanak-kanak.
Atas prinsip ini, Malaysia memberikan sokongan penuh kepada usaha Afrika Selatan untuk mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan telah mengemukakan permohonan memulakan prosiding terhadap Israel di ICJ organ kehakiman utama PBB. Permohonan tersebut adalah berkaitan dengan pendakwaan pelanggaran obligasi Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948 berkaitan dengan rakyat Palestin di Gaza.
Datuk Mohamad bin Alamin
Afrika Selatan juga telah memohon ICJ untuk menetapkan langkah sementara
(provisional measures) agar Israel segera menghentikan segala keganasan dan ancaman di Gaza bagi melindungi hak rakyat Palestin di bawah Konvensyen Genosid serta memastikan pematuhan Israel terhadap obligasinya di bawah konvensyen tersebut.
Puan Yang di-Pertua, enam perkara yang disebutkan sebagai provisional measures itu, iaitu:
(i) mencegah genosid di Gaza selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Konvensyen Genosid;
(ii) memastikan tentera Israel tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid;
(iii) mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid;
(iv) membenarkan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan untuk memasuki Gaza;
(v) menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid; dan
(vi) mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil untuk melaksanakan perintah tersebut dalam tempoh satu bulan.
Setakat hari ini, ICJ masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pematuhan Israel terhadap perang tersebut. Jadi, kita amat terkilan dan amat kecewa dengan tindakan Israel ini.
Kita tidak akan mengiktiraf Israel. Kita hanya akan mengiktiraf Israel sekiranya Israel ini― apa? Sekiranya mereka mengakhiri kekejaman mereka dan kita akan dapat melihat berakhirnya pendudukan Israel di wilayah yang diduduki secara haram.
Kemudian, penubuhan negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Ini adalah syarat utama yang diberikan oleh Palestin dan seluruh masyarakat antarabangsa. Kalau ini dapat dipenuhi oleh Israel, maka mungkin kita akan dapat mengiktiraf serba sedikit tentang peranan Israel di bumi ini.
Puan Yang di-Pertua, saya banyak sudah sentuh tentang misi kemanusiaan.
Cuma, satu fakta yang perlu saya kongsikan di sini ialah bahawa semasa lawatan kita ke Rafah, kita telah meneroka peluang kerjasama dengan institusi Baitulzakah Wal-Sedekah Al-Azhar Al-Sharif bagi menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Pihak Baitulzakah Wal-Sedekah Al-Azhar Al-Sharif menyatakan kesediaan dan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia.
Kenapa kita lakukan ini? Kita mempelbagaikan cara kita, alternatif kita bagaimana untuk memastikan penyaluran bantuan itu dapat kita buat secara maksimum dan dapat dihantar dan sampai ke Gaza dalam masa yang telah pun ditetapkan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Satu isu lagi berkaitan dengan Palestin ialah United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA). UNRWA ini, Malaysia merupakan antara negara penyumbang kepada UNRWA. Ini adalah tabung yang ditubuhkan melalui PBB, di mana kita sentiasa komited untuk menyalurkan contribution kita, sumbangan kita kepada UNRWA. Terkini, kerajaan telah bersetuju, Arau, untuk menyalurkan sebanyak USD2.1 juta sebagai tambahan kepada tabung UNRWA. Insya- Allah, pada tahun ini, kita juga akan mempertimbangkan untuk memberikan lagi sumbangan kita kepada UNRWA ini supaya dana ini dapat dipergunakan untuk membantu rakyat kita di Palestin.
Puan Yang di-Pertua...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sini.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, boleh. Sila.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dalam konteks segala usaha yang dilakukan oleh Wisma Putra untuk Palestin, saya rasa kita perlu peka dan sedar tanggungjawab kita memperkasakan semua itu untuk perkasakan diri sendiri di ASEAN.
Saya nak mohon sedikit pandangan sekiranya sempat dalam beberapa minit baki yang ada yang mungkin Speaker akan bagi untuk terangkan sedikit sebanyak kesiapsiagaan Malaysia dalam mempengerusikan ASEAN tak lama lagi ini. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Saya baru nak masuk topik ASEAN. Terima kasih Ipoh Timor. Ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Gombak.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri sedang giat melakukan persiapan untuk Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Ini merupakan kali keempat Malaysia mempengerusikan ASEAN setelah menggalas tanggungjawab tersebut pada tahun 1977, 2005 dan 2015.
Dalam konteks ini, Kementerian Luar Negeri telah menyelaras Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 26 Januari yang lepas. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri antara lain telah menekankan kepentingan untuk melakukan persiapan rapi berkaitan urusan-urusan substantif dan logistik agar kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dapat memberikan impak positif kepada profil dan imej negara serta mendatangkan manfaat-manfaat lain dari segi politik, keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya. Kita juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak termasuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita menjayakan sama-sama ASEAN Malaysia 2025.
Puan Yang di-Pertua, sebagai...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Yang Berhormat, jangan lupa untuk jawab pasal Beting Patinggi Ali dan juga lain-lain kepulauan di Laut China Selatan yang sekarang ini mendapat ancaman yang hebat daripada kapal-kapal pengawal daripada China.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, Yang Berhormat, yang keduanya― Yang Berhormat, jawapan Yang Berhormat tadi hebat dan Yang Berhormat layak menjadi Menteri, bukan Timbalan Menteri. Terima kasih.
[Ketawa] [Tepuk]
Datuk Mohamad bin Alamin
Isu maritim yang dibangkitkan itu tidak dibangkitkan dalam sesi perbahasan. Jadi, saya tak akan jawab isu maritim. Next time, kita akan jawab isu itu.
Puan Yang di-Pertua, demikian sahaja penjelasan saya mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan ke atas Titah Diraja pada kali ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian yang telah memberi
Datuk Mohamad bin Alamin
pandangan, idea dalam isu-isu yang berkaitan Kementerian Luar Negeri. Terima kasih juga kepada para pegawai Wisma Putra yang telah bertungkus-lumus menyediakan jawapan-jawapan kita pada hari ini.
Akhirnya, saya bagi pihak warga Wisma Putra juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini yang akan bermula pada esok hari.
Sekian sahaja, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 12 Mac 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.37 petang]