Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Seri Panglima Bung Mokhtar bin Radin, Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Berdiri]
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Puan Yang di-Pertua. Peraturan Dewan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Awal pagi sudah ada Peraturan Dewan ka?
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya ingin menarik perhatian, tentang sesi jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat yang mana?
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
24A(5), iaitu jawapan Menteri ditetapkan dalam peruntukan ini, iaitu setiap soalan dijawab dalam tempoh 10 minit. Semalam saya dapati, ada Menteri yang menjawab satu jawapan yang panjang dan meleret-leret.
Akhirnya, pihak yang ingin bertanya soalan tambahan, tidak sempat. Jadi, saya pohon perhatian Yang Berhormat Yang di-Pertua untuk memastikan kalau boleh, biarlah jawapan Menteri itu spesifik kepada soalan yang ditanya sahaja. Barulah ada pihak lain berkesempatan untuk bertanyakan soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya ambil maklum.
Sila duduk.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 1.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan di atas soalan. Puan Yang di-Pertua, saya ingin memohon untuk menjawab bersekali soalan ini bersama soalan daripada Yang Berhormat Kota Belud pada tarikh hari ini juga kerana ia menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 27 September 2023, sebanyak RM300 juta telah diluluskan secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah. Berdasarkan keputusan ini, empat projek baharu telah dilulus di bawah Rolling Plan yang ke-4, Rancangan Malaysia ke-12 berjumlah RM200 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu bekalan air ini di negeri Sabah.
Kementerian juga telah memohon penyelarasan semula kos pada Kementerian Ekonomi bagi tambahan peruntukan sebanyak RM100 juta berdasarkan keputusan Jemaah Menteri tersebut. Sukacita saya maklumkan, kelulusan sudah pun diperolehi daripada Kementerian Ekonomi dan kementerian akan memastikan projek yang diluluskan dipantau secara berkala dengan mengadakan lawatan kerja dan mesyuarat di tapak oleh agensi yang bertanggungjawab.
Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM163.55 juta di bawah Rolling Plan ke-4 bagi projek-projek sambungan. Bagi penyelesaian jangka panjang, Kerajaan Negeri Sabah sedang dipertimbangkan di bawah Rolling Plan akan datang berdasarkan rancangan projek dan keperluan bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah. Terima Kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga bertanggungjawab ke atas Sabah dan Sarawak. Saya memang maklum dan faham, bahawa isu air di Sabah ini bukanlah tanggungjawab sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, saya melihat bahawa soalan saya, saya nampak Kerajaan Negeri Sabah hampir-hampir tidak ada jalan keluar untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di Sabah.
Hari ini pun, sehingga hari ini, daripada sebelum merdeka sampai hari ini, air di Sabah memang dalam krisis yang besar. Jadi, selaku wilayah Sabah yang juga menyumbang ekonomi besar kepada ekonomi negara, apakah Kerajaan Persekutuan berhasrat membantu secara serius mengatasi krisis masalah air di Sabah ini secara total?
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Sepertimana Yang Berhormat katakan tadi, pertama sekali, bidang kuasa air ini adalah di bawah bidang kuasa negeri dan tanggungjawab Persekutuan ialah membantu bukan saja dalam konteks bekalan air itu sendiri, tapi juga melihat pada sumber air dan sebagainya.
Disebabkan itu lah, maka segala projek yang berhubung kait dengan bekalan air di negeri Sabah dan negeri-negeri lain juga, apa yang disediakan ialah bentuk pinjaman.
Cuma, yang kita bantu sekarang ini yang secara direct ataupun secara geran ialah untuk paip-paip, menggantikan paip. Sebab Sabah, salah satu cabarannya ialah NRW yang agak tinggi, hampir lebih 50 peratus. Sebab itu keutamaan kita menggantikan paip, yang mana kita akan berikan secara geran dan dilaksanakan secara bersama dengan negeri Sabah. Diharapkan ini akan mengurangkan berlakunya NRW tapi pada masa yang sama, di negeri Sabah itu sendiri kena mengambil tindakan untuk mengurangkan NRW, khususnya air-air yang dicuri daripada sumber air yang daripada bekalan air Sabah itu sendiri. Itu kena tindakan tegas perlu diambil oleh pihak kerajaan negeri. Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan di- Pertua, memandangkan Kota Belud tadi Timbalan Perdana Menteri sebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Kerian dulu.
Sila duduk. Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Sabah.
Soalan saya, Sabah ini ialah antara negeri yang tidak migrasi dengan Kerajaan Persekutuan, menyebabkan semua pembiayaan air ialah dalam bentuk pinjaman. Kalau sekiranya Sabah melakukan migrasi, saya jangka lebih pada 80 peratus hutang kerajaan negeri akan dihapus kira kerana penggunaan air luar bandar.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soalan saya ialah, apakah kerajaan negeri tidak berhasrat- Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk berunding dengan kerajaan negeri supaya Sabah, Sarawak juga, dapat migrasi dengan Kerajaan Persekutuan, supaya semua bekalan air luar bandar ialah tanggungan Kerajaan Persekutuan dan yang kedua ialah tentang masalah besar yang berlaku di Sabah ialah NRW yang disebut 60 peratus. Lebih 60 peratus. Persoalannya ialah, apakah langkah jangka panjang selain penukaran paip?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sebagai contoh di Labuan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk membina loji rawatan itu di pulau, bukan di tanah besar. Sebab bila di tanah besar, bila berlaku kebocoran, kadar NRW sangat tinggi tapi kalau dibuat di pulau, bermakna kita hantar air mentah, bukan air terawat. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Itu salah satu yang sedang kita bincangkan but akhirnya keputusan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu sendiri. Kalau ada permintaan, sudah pasti kita akan melihat kepada perincian bagaimana kita dapat membantu. Kalau nak diserahkan sebahagian kuasa air itu kepada Persekutuan, supaya Persekutuan dan negeri boleh sama-sama merancang untuk jangka panjang, apakah solusi keseluruhannya untuk bekalan air Sabah ini.
Tapi lebih utama, saya kira cabaran di Sabah ialah yang saya katakan tadi, di samping NRW disebabkan kebocoran paip tapi juga banyak berlaku kecurian, illegal extension ini yang perlu diambil tindakan. Kalau tidak, ianya akan menjejaskan segala perancangan di peringkat negeri itu sendiri. Di peringkat Persekutuan, kita memang sedia untuk membantu. Untuk Labuan, walaupun mungkin terkeluar sedikit sebab Labuan sekarang ini direct di bawah Persekutuan.
Cuma kalau kita nak buat loji di Labuan itu, sumber air tidak mencukupi. Sebab itu mereka terpaksa mengambil air daripada tanah besar di negeri Sabah itu sendiri.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya tidak boleh bersuara ini di peringkat negeri kerana saya tahu tadi jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, sebab Jabatan Air Negeri Sabah juga sebenarnya yang paling ya memainkan peranan dalam menguruskan isu air di Sabah ini.
Saya sangat bersetuju dengan Kinabatangan, bahawa isu air di Sabah ini bukan lagi tahap tiada air, it’s krisis sudah, krisis. Jadi, saya ingin tanya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, bagaimana Kerajaan Persekutuan ingin memastikan supaya kerajaan negeri ini bertindak pantas, supaya apa-apa sahaja projek agar dia mengikut due date yang ditetapkan?
Hari itu saya ingat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada memberitahu berkenaan JKR dan JANS, Jabatan Air Negeri Sabah supaya bertindak pantas dalam masa dua minggu untuk menyelesaikan masalah air Sabah. Saya ingin tahu, apakah hasil perbincangan daripada pertemuan tersebut. Kalaulah krisis ini sangat berlanjutan....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup. Soalan sangat panjang.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Speaker, sekejap ya. Berapakah sebenarnya jumlah yang perlu untuk menyelesaikan krisis air ini di Sabah secara keseluruhannya? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dari segi perancangan, kita bergantung dengan keutamaan ditentukan oleh pihak negeri. Maknanya, jumlah-jumlah projek. Untuk
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Rancangan Malaysia Ke-12, keseluruhan sebenarnya yang telah diperuntukkan pada Sabah, sama ada secara langsung mahupun secara pinjaman ialah RM2.6 bilion, yang mana empat projek baru di bawah RM300 juta yang baru diumumkan. Ada 11 projek sedang dalam pelaksanaan.
Maklumat detil nanti saya boleh kongsikan untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada negeri Sabah. Khusus isu utama ialah di penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Telibong yang saya lawat itu hari. Ini kalau dapat diselesaikan, akan menyelesaikan 80 peratus masalah bekalan di kawasan Kota Kinabalu itu sendiri.
Daripada Tuaran sehingga Kota Kinabalu, termasuklah juga UMS yang menghadapi masalah tersebut.
Alhamdulillah, setelah kita bentukan task force di antara Kementerian Kerja Raya khususnya JKR, JKR Sabah dan juga bekalan air di Sabah dan jabatan kita. Kita sudah pun kemukakan notice of change (NOC) kepada EPU dan insya-Allah bila notice of change ini dapat diluluskan, maka projek ini akan dapat diteruskan secepat mungkin.
Target kita, by end of March ini, kalau dapat peruntukan tambahan itu, maka bulan empat, ianya boleh disambung semula untuk menyelesaikan masalah, khususnya melibatkan jajaran Pan Borneo, di mana kita terpaksa menggunakan laluan tersebut untuk pemasangan paip. Kalau tidak, ia terpaksa dialih jauh dengan tambahan kos sebanyak RM200 lebih juta.
Tapi alhamdulillah isu itu dah dapat diselesaikan. Cuma menunggu kelulusan daripada Kementerian Ekonomi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2. Terima kasih.
2. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan Kementerian berikutan prestasi merosot Malaysia dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 bagi skor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Padang Terap.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin memohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersama, bersekali dengan tujuh pertanyaan yang lain, oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, 6 Mac, Yang Berhormat Setiu, Ayer Hitam 12 Mac, Sembrong, Batang Sadong 18 Mac, Bagan, Semporna 27 Mac pada Aturan Urusan Mesyuarat Pertama kali ini.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif, sebagai usaha bagi memperbaiki kualiti pencapaian murid dalam pentaksiran pada peringkat antarabangsa.
Dalam pusingan PISA 2022, Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) selaku penganjur kajian, melaporkan bahawa dalam literasi matematik, sebanyak 58 negara mencatatkan prestasi penurunan dalam mata skor, berbanding dengan PISA 2018. Dua buah negara kekal, 13 buah negara menunjukkan peningkatan dalam mata skor.
Literasi saintifik, 36 buah negara mencatatkan penurunan dalam mata skor, dua buah negara kekal, 34 buah negara menunjukkan peningkatan mata skor. Literasi bacaan, 55 buah negara mencatatkan penurunan dalam mata skor, 17 negara menunjukkan peningkatan dalam mata skor. Dalam konteks negara kita Malaysia, pencapaian negara menunjukkan trend yang meningkat, sejak penyertaan pada pusingan PISA tahun 2009.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Walau bagaimanapun, pencapaian kita telah menurun dengan agak ketara dalam pusingan PISA 2022. Sebanyak lapan negara ASEAN telah mengambil bahagian dalam kajian PISA 2022, daripada jumlah 81 buah negara. Dapatan PISA 2022 menunjukkan Singapura, Vietnam, Brunei mengatasi Malaysia dalam ketiga-tiga domain literasi yang ditaksir. Manakala Malaysia mengatasi Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dalam ketiga-tiga domain literasi yang ditaksir.
OECD juga melaporkan bahawa sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dari tahun 2020 sehingga 2022, terdapat banyak sistem pendidikan negara di seluruh dunia terkesan akibat daripada pematuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan tempoh penutupan sekolah yang agak lama.
KPM telah mengenal pasti beberapa aspek baharu untuk ditambah baik:
(i) menyemak dan menilai kandungan kurikulum kebangsaan dengan memberikan penekanan terhadap keperluan kandungan yang berfokus dan mendalam bagi pembelajaran secara aktif;
(ii) menggalakkan penggunaan peranti digital dalam pembelajaran;
(iii) meneliti semula syarat agihan bantuan yang memberi fokus kepada murid sosioekonomi rendah;
(iv) meneliti semua agihan sumber secara optimum merangkumi guru, peranti, infrastruktur, bahan sumber dan sebagainya;
(v) menambah baik keyakinan murid untuk belajar secara terarah ataupun self-directed learning;
(vi) menyokong pembelajaran anak di rumah melalui penglibatan ibu bapa;
(vii) meningkatkan keupayaan guru sebagai pembimbing, pemudah cara dan pendidik yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesejahteraan pembelajaran murid.
KPM yakin usaha berterusan ini mampu untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan hasilnya akan dilihat melalui pencapaian Malaysia dalam penaksiran yang akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya lihat dalam Laporan PISA 2022 ini, ada tiga domain literasi iaitu matematik, sains dan juga bacaan. Dan kita melihat matematik dan sains mengalami penurunan, kemerosotan yang agak ketara.
Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, berkenaan penguasaan subjek Sains dan Matematik di kalangan pelajar sekolah rendah berpunca daripada ketiadaan peperiksaan berpusat ataupun pentaksiran secara berpusat iaitu UPSR, PT3 dan juga PMR.
Jadi soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengembalikan peperiksaan berpusat PMR, UPSR dan PT3. Kalau tidak ada cadangan tersebut, apakah langkah drastik untuk memastikan penguasaan mata pelajaran Matematik dan juga Sains ini. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Padang Terap. Setakat ini Kementerian Pendidikan Malaysia masih berpandukan kepada Pentaksiran Dalam Bilik Darjah iaitu pentaksiran oleh guru. Dalam perkara ini, pada dua tahun lepas, kita telah mulakan dengan ujian UASA yang telah diadakan kepada murid-murid kita, dari Darjah 4 hingga Darjah 6.
Tuan Wong Kah Woh
Kualiti ujian tersebut adalah dipantau oleh KPM, khasnya melalui Lembaga Peperiksaan dan usaha untuk meningkatkan literasi maths dan sains secara khasnya.
Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, kami amat prihatin terhadap pembangunan mata pelajaran-mata pelajaran STEM dan juga pada masa yang sama kita dalam usaha untuk memastikan bahawa kita dapat mencapai peratusan pengambilan subjek-subjek STEM sebanyak 60 peratus. Pada ketika ini, peratusan adalah pada 47.13 peratus di peringkat kebangsaan dan satu pasukan task force khas untuk pembangunan STEM telah pun ditubuhkan oleh pihak KPM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 3.
3. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status terkini penggunaan teknologi solar di Malaysia khususnya bagi penggunaan domestik:
(a) apakah langkah kerajaan untuk menurunkan harga pemasangan solar bagi rakyat yang tidak berkemampuan; dan
(b) jumlah syarikat yang menawarkan model langganan Kos Modal Sifar bagi rumah kediaman.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menurunkan kos pemasangan solar di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program pembangunan tenaga boleh baharu atau pun singkatannya TBB sejak tahun 2011 bagi meluaskan pemasangan sistem solar PV di kalangan pengguna, termasuk memanfaatkan ruang bumbung premis bangunan dan kediaman untuk pemasangan sistem solar PV.
Antara program yang telah dilaksanakan termasuk Program Tarif Galakan (FiT), Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Program Solar untuk Kegunaan Sendiri
(SELCO). Peluasan pemasangan sistem solar ini telah mewujudkan ekonomi soft scale dengan izin bagi pemasangan sistem solar di negara ini, yang mana kos purata bagi pemasangan sistem solar PV telah menurun secara signifikan iaitu kepada sekitar RM12,000 ke RM15,000 bagi sebuah rumah teres secara umumnya, berbanding RM24,000 ke RM30,000 pada tahun 2011 ataupun bagi RM40,000 hingga RM50,000 bagi rumah Semi-D dan banglo, berbanding RM80,000 ke RM120,000 pada tahun 2011, iaitu penurunan kos kira-kira 50 peratus.
Penurunan kos ini menjadikan pemasangan sistem solar yang sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh golongan T20 pada awal pelaksanaan program TBB, kini juga boleh dilakukan oleh golongan M40. Kerajaan akan terus menawarkan program pemasangan sistem solar kepada pengguna, untuk memperluaskan lagi penggunaannya agar kos pemasangan akan menjadi lebih mampu milik pada semua rakyat Malaysia.
Sehingga kini, melebihi 16,000 penggunaan domestik dengan jumlah kuota 120 megawatt telah mendapat manfaat daripada program NEM ataupun NEM.
Mengenai jumlah syarikat menawarkan modal langganan kos model sifar bagi rumah kediaman pula, sehingga Disember 2023, sebanyak 235 syarikat telah berdaftar sebagai Registered Solar PV Investors (RPVI) dengan SEDA Malaysia yang membolehkan syarikat tersebut menguruskan pemasangan serta pembiayaan sistem solar tersebut, termasuk menawarkan pilihan kaedah pembayaran secara ansuran atau langganan kos modal sifar kepada pengguna untuk pemasangan sistem solar di rumah kediaman. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih di atas jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Soalan saya adalah, kerajaan ada umumkan di bawah National Energy Transition Roadmap (NETR) supaya rakyat boleh pajakkan atau sewakan bumbung rumah mereka kepada syarikat tanpa perlu menanggung kos pemasangan panel solar. Jadi, apakah status skim ini dan apakah yang telah, apakah yang boleh diperincikan cara permohonannya?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Yang Berhormat, yang saya katakan tadi lebih kurang ada 235 syarikat yang menawarkan khidmat sedemikian. Pelbagai program, ada yang telah mengambil melalui syarikat, di mana pemasangan solar itu dilakukan oleh syarikat dan mereka akan mendapat diskaun ataupun mendapat penjimatan sehingga 10 ke 20 peratus jumlah meter ataupun bil lektrik yang mereka gunakan.
Mereka boleh sebenarnya rujuk kepada kementerian, ataupun melalui SEDA dan kita boleh mengemukakan semua detail yang terperinci, bagaimana mereka boleh memohon. Program ini sebenarnya sedang rancak dilaksanakan sebab itu baru-baru ini kita juga telah luluskan kuota tambahan supaya lebih banyak solar-solar di rumah ini boleh dipasang untuk meringankan bebanan, khususnya dalam pengeluaran, penggunaan tenaga elektrik di rumah. Ya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya ingin bertanya setelah Yang Amat Berhormat menjelaskan tadi, iaitu ini merupakan satu tenaga yang boleh kita hasilkan, pemasangan solar. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, sama ada rancangan kerajaan yang ada, khususnya di peringkat wilayah Sabah, di mana kita merupakan wilayah yang banyak mengeluarkan silika yang boleh kita gunakan untuk bukan gelas panel solar sahaja.
Downstream, kerana kita tidak mahu supaya sebahagian besarnya pada hari ini, silika kita eksport ke China and they do all the solar panel there. Takkan kita tak mampu untuk going downstream supaya manufacture sendiri di negara kita dan dia boleh memberi peluang pekerjaan. Di samping itu, agaknya saya yakin harganya akan jauh lebih murah kerana ia dikeluarkan dari dalam negara kita. Terima kasih banyak.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi investment untuk menarik pelabur-pelabur datang dan membuat sama ada local ataupun JV dengan international, untuk membuat solar panel di negeri Sabah, itu kena dirancang di peringkat negeri dan di peringkat Persekutuan kita sentiasa bersedia untuk membantu.
Untuk maklumat Yang Berhormat juga, sebenarnya di Sarawak memang ada syarikat yang sedang membuat solar panel ini dan untuk export market. Sebab itu disebabkan ramai yang dah membuat sebenarnya, termasuk di Semenanjung sebab itu kos pemasangan solar ini makin menurun disebabkan the local production and so on, dengan izin.
Saya mengambil maklum dan akan membincangkan dengan pihak kerajaan negeri, apakah perancangan kita di peringkat Persekutuan sedia untuk membantu perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Pat-pat paku lipat, Soalan saya nombor empat.
4. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan kadar gaji baharu untuk anggota polis memandangkan kadar gaji terkini tidak kompetitif dengan keadaan ekonomi semasa dan tidak sepadan dengan tanggungjawab dan peranan anggota polis menjaga keselamatan negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua, sahabat saya, Pendang.
Kementerian Dalam Negeri amat berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Pendang yang membangkitkan isu kebajikan anggota polis.
Untuk makluman, gaji pokok yang diterima oleh seorang anggota polis bukanlah satu amount yang statik kerana KDN akan sentiasa mengkaji dan anggota akan menerima pergerakan gaji tahunan, apabila genap setiap tahun perkhidmatan tertakluk kepada prestasi pegawai. Emolumen yang merangkumi gaji pokok, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang diberi berdasarkan penugasan, kepakaran dan risiko tugas yang jumlah keseluruhan melebihi paras gaji minimum sebanyak RM1,500 yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sebagai contoh, anggota yang dilantik sebagai pegawai rendah polis berpangkat Konstabel Gred YA1, emolumen yang diterima adalah seperti berikut. Gaji pokok - RM1,441, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM300, Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam (ITKA) - RM115, Imbuhan Sara Hidup (COLA) - RM350, Bayaran Insentif Perkhidmatan PDRM - RM200 bermakna gaji kasar ialah RM2,400. Kenaikan gaji tahunan Gred YA1 ialah RM105, di mana jumlah gaji kasar tersebut tidak termasuk elaun mengikut bidang penugasan dan penempatan anggota berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2024, sebanyak 27 bayaran insentif dan elaun dinikmati oleh anggota polis mengikut bidang penugasan dan penempatan masing-masing. Perincian insentif dan elaun yang dinikmati oleh anggota polis sebanyak 27. Antaranya ialah Bayaran Insentif Teknikal antara RM100 hingga RM300, Bayaran Insentif Penyelenggara Kapal Udara Berlesen RM1,050, Bayaran Insentif Juruterbang antara RM2,000 hingga RM4,000. Ada lagi elaun contohnya Bayaran Insentif Pasukan Gerak Am (PGA) – RM400, Bayaran Insentif Pemusnah Bom adalah RM100 dan banyak lagi bayaran-bayaran insentif pertukangan dan lain-lain.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya boleh bagi detail kepada Yang Berhormat kerana terlalu panjang.
Kementerian sentiasa menyemak emolumen serta kemudahan anggota keselamatan penguat kuasa, termasuk anggota polis bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.
Sebagai contoh, kerajaan telah mengemas kini struktur gaji dan skim perkhidmatan polis pada tahun 2016, di bawah Rasionalisasi Skim Perkhidmatan PDRM bagi SSM.
Di bawah SSM, skop gaji anggota polis ditambah baik berdasarkan parity dengan skim-skim perkhidmatan uniform lain. Selaras dengan insentif pembaharuan dalam perkhidmatan awam dan seiring dengan inspirasi pembangunan Kerajaan MADANI, kerajaan sedang menyelaras Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Kajian komprehensif ini akan melibatkan penambahbaikan struktur gaji, elaun, kemudahan bagi semua pegawai perkhidmatan awam, termasuklah anggota polis dan dijangka dilaksanakan tahun 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih sahabat saya Timbalan Menteri. Saya setuju sangatlah kalau ada untuk revision untuk salary gaji-gaji starting untuk anggota-anggota lain pangkat ini. Walau bagaimanapun, tadi saya teruja kerana dijawab satu skim khas untuk mereka yang mempunyai bentuk tugas yang sangat mencabar. Terima kasih saya ucapkan dan boleh tak saya nak minta jawapan bertulis itu.
Caranya, saya nak minta satu copy untuk saya. Saya nak simpan saya punya rekod.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Untuk soalan tambahan seterusnya, saya nak menyebut berkenaan dengan kebajikan dan juga tanggungjawab sosial kita kepada anggota polis ini, termasuk daripada segi perumahannya. Adakah perumahan yang sedia ada mencukupi untuk menampung keperluan anggota polis, mengambil kira aspek iaitu memperbaik pulih penyelenggaraan kuarters polis di seluruh negara? Itu yang pertama. Yang keduanya, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak kuarters untuk anggota polis, terutamanya dalam bandar-bandar besar kerana kos ekonomi sekarang ini meningkat dengan gaji disebut tadi?
Kalau di Putrajaya, dengan gaji...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...RM2,000, saya rasa teruk jugalah. Jadi, terutamanya di bandar-bandar besar ini. Jadi, kita hendak mengenal pasti adakah pihak kementerian mengenal pasti kuarters baru bagi tujuan itu supaya mereka tidak perlu mencari rumah-rumah di bandar-bandar besar untuk mereka menginap. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih sahabat saya, Pendang. Aspek perubahan memang antara keutamaan Kementerian Dalam Negeri dan juga PDRM.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dan diakui ianya belum mencukupi. Usaha yang bersungguh-sungguh sedang dilakukan oleh KDN dan juga PDRM. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita jika ada projek baru untuk pembinaan IPK atau IPD, aspek perumahan memang diberi keutamaan dan memang KDN mempunyai senarai panjang tentang keperluan aspek perumahan di semua lokasi, terutama sekali di kawasan-kawasan bandar, sebagaimana yang disebutkan tadi.
Keutamaan mereka memang diberi bukan hanya kepada PDRM tetapi juga anggota- anggota beruniform lain di bawah KDN.
Dari segi aspek elaun sebenarnya, kerajaan juga sentiasa prihatin dengan soal kebajikan anggota polis ini dan lain-lain anggota beruniform di bawah PDRM.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, saya ingat jangan retorik sangatlah. Ini anggota polis punya elaun terlampau rendah di Malaysia, di seluruh dunia. Malaysia paling rendah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa tindakan kerajaan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kinabatangan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya sebut tadi Yang Berhormat— sekejap. Boleh saya respons dahulu? Sekejap lagi saya respons itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan juga, masa sudah tamat. Masa sudah tamat, ringkaskan jawapan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kajian saya sebut tadi, sedang dibuat. Kajian, kajian sedang dibuat tadi. Sesuai dengan kajian yang dibuat oleh semua sektor perkhidmatan awam, termasuklah anggota polis. Saya dah jawab tadi, Kinabatangan. Agaknya Kinabatangan baru masuk, tak dengar tadi kot?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu jawab Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Macam mana dengar?
IPD saya di Kinabatangan pun sampai sekarang teruk. Anggota polis di sana sengsara kerja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kinabatangan.
Kinabatangan, sila duduk.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, ini soal elaun. Yang IPD itu kita dah sebutkan tadi. Di Sabah ada berapa IPD sedang kita buat, flat IPK Yang Berhormat. Tentang Elaun Tetap Perumahan tadi, kita memang telah meluluskan kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan PDRM, daripada RM230 kepada RM300 pada 1 Januari 2023. Memang ini diberi keutamaan dan keseluruhannya kenaikan elaun-elaun ini memang dalam kajian kerajaan dan pelaksanaan yang saya sebutkan tadi, insya-Allah pada tahun 2025. Menjawab juga pertanyaan sahabat saya dari Kinabatangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya difahamkan pada masa ini, kadar maksimum Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada anggota PDRM adalah sebanyak RM300 sebulan. Pada pandangan saya, kadar maksimum tersebut perlu mengambil kira peningkatan kos sara hidup terkini.
Persoalan saya, adakah kajian telah dibuat oleh kementerian untuk menilai semula kadar elaun COLA ini, sama ada masih relevan atau sebaliknya dan adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan elaun khas baru buat anggota PDRM yang ditugaskan di kawasan bandar supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermaruah.
Yang terakhir, berkenaan bayaran Insentif Awal RM2,000 kepada penjawat awam dan RM1,000 kepada pesara kerajaan. Mengapakah anggota PDRM yang tidak berpencen tidak diberikan bayaran tersebut, sedangkan tentera tidak berpencen dapat menikmati insentif tersebut? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Kerajaan dan KDN sedang dalam pelaksanaan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, termasuk anggota polis tadi untuk menambah baik sistem saraan dan diikuti struktur gaji, elaun dan kemudahan. Kajian secara komprehensif ini merangkumi semua anggota di bawah KDN. Ia juga meliputi kajian yang berkaitan dengan COLA, elaun sara hidup tadi yang pada masa kini diberi mengikut lokasi penempatan pegawai, anggota, pada kadar RM200 hingga RM350 sebulan.
Kerajaan sedar, kadar ini rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, terutama seperti di bandar-bandar besar Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Maka kementerian telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, bagi menilai aspek ini termasuklah perkara-perkara lain seperti yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Kinabatangan tadi.
Dalam perkhidmatan PDRM, semua pegawai yang telah bersara layak untuk menerima Bayaran Insentif Awal yang diumumkan oleh kerajaan sebanyak RM1000 sepertimana dinikmati oleh pesara awam lain, termasuklah anggota ATM dan anggota PDRM yang tidak berpencen merupakan mereka yang dihentikan atas sebab disiplin atau berhenti dalam tempoh tidak melayakkan seseorang itu dibayar pencen adalah tidak layak untuk menerima insentif awal ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr.
Kelvin Yii Lee Wuen, Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Kecantikan Puteri Santubong bagai batu delima, Soalan saya nombor lima.
5. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) berapa peruntukan di bawah Bajet 2024 yang dikhususkan untuk penggajian pekerja-pekerja sektor perkhidmatan sosial dalam JKM; dan
(b) dari jumlah peruntukan tersebut, berapa bilangan pekerja yang kini dalam sistem penggajian kementerian dan bilangan pekerja baharu yang akan digaji dalam tahun 2024.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas pantun ya. Tuan Yang di- Pertua, di bawah Bajet 2024, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menerima peruntukan sejumlah RM308 juta bagi perbelanjaan emolumen kakitangan tetapnya.
Sehingga 28 Februari 2024, jumlah perjawatan tetap yang telah diisikan di JKM adalah seramai 6,517 orang. Jumlah ini merangkumi kakitangan daripada pelbagai skim, meliputi skim perkhidmatan sosial, skim perkhidmatan guna sama dan pegawai jawatan kader.
Pada masa yang sama, JKM ketika ini mempunyai seramai 592 orang kakitangan skim sosial lantikan kontrak. Pada tahun 2024 ini juga, JKM mempunyai perancangan untuk melantik seramai 309 orang kakitangan kontrak pelbagai skim dan gred. Pelantikan ini Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk ditempatkan di Jabatan Pembangunan Kanak- kanak (JPKK) yang telah pun mula beroperasi pada suku tahun keempat tahun lalu, setelah diumumkan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada bulan Februari 2023. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci tadi. Soalan saya mudah sahaja. Nombor satu, adakah kerajaan bercadang untuk membentangkan RUU Profesion Kerja Sosial pada sidang Parlimen yang akan datang dan adakah RUU tersebut akan mengandungi peruntukan berkenaan dengan penubuhan sebuah badan kawal selia bebas dan keperluan kelayakan akademik minima untuk pendaftaran dan persijilan pekerja-pekerja sosial? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat kerana soalan ini memang soalan popular. Jadi Tuan Yang di- Pertua, kerajaan secara prinsip telah bersetuju dengan cadangan penggubalan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial pada tahun 2019.
KPWKM telah mula mengemukakan draf RUU PKS ini untuk semakan peringkat Jabatan Peguam Negara pada bulan Jun 2021. Namun, terdapat beberapa isu yang melibatkan perkara undang-undang dan dasar yang perlu diteliti semula untuk dimuktamadkan, sebelum tindakan selanjutnya dapat diselaraskan.
Sasaran awal kami adalah untuk RUU boleh dibawa ke Parlimen pada tahun ini.
Ini sasaran kami ya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kita berharap agar semua isu yang dibangkitkan semasa penyelarasan antara agensi boleh diselesai dan dimuktamadkan mengikut perancangan kita. Merujuk kepada pertanyaan berhubung sebuah badan bebas untuk mengawal selia profesion kerja sosial, perkara ini sememangnya telah dicadang dan dimasukkan oleh KPWKM ke dalam draf asal RUU Profesion Kerja Sosial tersebut.
Entiti itu nanti dihasratkan sebagai sebuah badan bebas untuk mengawal selia profesion kerja sosial, merangkumi pendaftaran dan perakuan amalan pekerja sosial
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
berdaftar serta penetapan dan pematuhan piawaian praktis dan pendidikan kerja sosial.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya mengucapkan tahniah di atas pelbagai usaha yang telah dibuat oleh kementerian untuk memastikan kebajikan golongan yang memerlukan terbela. Saya ingin tahu, apakah pelan jangka panjang kementerian untuk memastikan terutama dari segi sistem sokongan kepada JKM, untuk ditambah baik, sebab kita memahami kekangan kekurangan bajet dan jumlah pegawai.
Contoh, satu pegawai menjaga satu DUN untuk isu-isu kebajikan. Ini tidak memadai, puluhan ribu rakyat yang perlu disantuni. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan pegawai-pegawai yang akan mengenal pasti isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang pun kita sudah melakukan penambahbaikan, terutama dari segi Jabatan Pembangunan Kanak-kanak. Itu sudah kita keluarkan daripada JKM, walaupun ianya akan independent pada tahun 2026, namun dari segi perjawatan, telah kita dapat kelulusan dan berlaku pada masa ini sehingga tahun 2026 kerana ianya memerlukan beberapa pindaan undang-undang yang melibatkan struktur perjawatan semuanya.
Selain daripada itu juga, kita ada juga penambahbaikan kita baru dapat untuk premis kita di Nibong Tebal, sudah mendapat kelulusan perjawatan juga– boleh untuk membantu menangani di Nibong Tebal pun. Ini premis baru untuk kanak-kanak dan juga orang tua dan ini satu perubahan baru.
Insya-Allah kita cuba nak, kalau boleh kita nak charge juga kalau mereka yang berkemampuan– yang di bawah kita punya premis institusi kita, kita tak charge. Tetapi yang lain-lain itu mungkin kerana premis itu baru dan kita sudah dapat perjawatan juga yang diluluskan oleh JPA.
Seterusnya ialah penambahbaikan baharu ialah dari sudut pekerja sosial inilah, RRU Profesion Sosial ini, kerja sosial ini supaya kita dapat menambahkan lagi dari segi ratio dia. Ratio sekarang ini terlalu besar. Maka sebab itu kita nak mengecilkan ratio supaya lebih dapat dilakukan pekerjaan itu dengan lebih efisien. Itu yang kita nak lakukan, banyak lagi yang kita nak lakukan untuk membantu, terutama sekali di bawah JKM ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
6. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan Indeks Perpaduan Nasional Negara dan apakah situasi perpaduan negara pada masa ini serta apakah jenis program yang efektif yang telah dirancang oleh Kementerian untuk mengeratkan lagi perpaduan, persefahaman dan penerimaan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) merupakan satu-satunya indeks pengukuran tahap perpaduan yang boleh diguna pakai oleh Kerajaan Malaysia bagi melihat kedudukan semasa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ukuran nilai indeks ini membolehkan kerajaan mengenal pasti dan merancang usaha-usaha dan program-program intervensi yang berkaitan. IPNas 2018 dijalankan di
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi. Manakala IPNas 2022 dikendalikan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional
(IKLIN).
Skor Indeks Perpaduan Nasional pada tahun 2018 adalah 0.56. Manakala skor Indeks Perpaduan Nasional pada 2022 adalah 0.629. Skala ini dibahagikan kepada yang tahap lemah, rendah dan sederhana. Maka, skor IPNas pada 2022 menunjukkan bahawa situasi perpaduan negara berada dalam pada tahap sederhana dan terkawal.
Kesepaduan sosial dijadikan sebagai komponen asas kepada ukuran untuk menggambarkan tahap perpaduan dalam pembangunan indeks ini. Melalui kajian IPNas 2022, empat indicator mempengaruhi tahap kesepaduan sosial iaitu tahap kenaikan berkaitan dengan kekitaan, identiti dan jati diri.
Kedua adalah hubungan sosial rentas etnik. Ini adalah menjurus kepada individu, kekeluargaan komuniti. Etos ketiga adalah etos bangsa yang menjurus kepada sejarah, nilai kekitaan. Keempat adalah tadbir urus dan pembangunan. Ini adalah berkenaan ekonomi, politik, perkhidmatan awam, kemudahan awam, pengurusan masyarakat.
Di antara keempat-empat indicator yang diuji dalam mempengaruhi pencapaian tahap perpaduan ini, tadbir urus dan pembangunan, didapati paling penting dalam meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, inisiatif berhubung construct ini harus diteruskan, ditambahbaikkan, meningkat pada IPNas yang akan datang. Juga indicator hubungan sosio rentas etnik juga perlu dipraktikkan oleh kerana indeks menurun daripada 2018, dibandingkan 2022.
Maka kementerian telah menyusun perancangan inisiatif yang lebih bersepadu, meningkatkan indeks perpaduan melalui Dasar Perpaduan Negara iaitu dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian untuk melestarikan keharmonian masyarakat berbilang bangsa negara ini.
Maka, dasar perpaduan negara ada tiga objektif utama iaitu perpaduan dan integrasi, identiti nasional dan juga untuk rakyat mengamalkan perpaduan. Kementerian juga turut menghasilkan Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI di mana kita cluster-kan program kepada tiga program besar iaitu kenegaraan, perpaduan dan Komuniti Rahmah.
Maka itu pada tahun 2024, banyak program kita telah senaraikan untuk mengatasi masalah-masalah perpaduan negara ini. Bagi tahun 2023, 661 program telah diadakan.
Bagi tahun ini, kita telah merancang untuk menjayakan pelbagai program seperti memperkasakan Rukun Tetangga, meremajakan Skim Ronda Sukarelawan, mengumumkan Malaysia sebagai Hub Sukarelawan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya membaca Laporan Indeks Perpaduan Nasional ini dan saya melihat statistik yang dipakai agak bias kerana majoriti responden dalam kajian adalah wanita sebanyak 70.7 peratus dan orang Melayu paling tinggi 70.7 peratus. Juga, Cina hanya 17 peratus, India 5.6 peratus. Beragama Islam 74 peratus, Buddha 14.7 peratus, Hindu 4.9 peratus, Kristian 4.6 peratus dan sekiranya angka-angka ini diambil, statistik ini diambil, saya rasa keputusan berhubung dengan perpaduan kita ini agak bias...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...dan bila saya melihat kepada rumusan, dikatakan lelaki ketua keluarga dan golongan remaja yang berumur di antara 15 hingga 20 tahun didapati lebih tinggi tahap perpaduan. Pencapaian ini adalah disebabkan oleh pendedahan dan pergaulan yang lebih luas di luar rumah berbanding golongan lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Sekejap Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Soalan saya, kalau statistik begini diambil untuk dibuat kajian, maka perpaduan– sebab itu kita lihat di dalam Dewan ini sekalipun, perpaduan tidak dapat dilihat. Kerana keputusan-keputusan yang dibuat di dalam Dewan ini khususnya– minta maaf Tuan Yang di-Pertua, adalah bias. Kita dapat melihat sendiri bagaimana isu-isu yang dibangkitkan berhubung dengan 3R di dalam Dewan ini. Tindakan tegas tidak diambil. Semalam berlaku dalam Dewan apabila Beruas, Jelutong dan sebagainya berhubung dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa soalan?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...perkampungan warisan Kampung Baru Cina. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah seimbang keputusan-keputusan yang dibuat atau hukuman-hukuman yang dikenakan kepada mereka-mereka individu, ahli politik, NGOs yang membangkitkan isu- isu berhubung dengan perpaduan yang menambah lagi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kalau kita tengok di luar sana, perpaduan Alhamdulillah, anak-anak saya tidak ada masalah dengan orang Cina, dengan orang India. Akan tetapi, di dalam di Dewan ini sendiri, kita melihat seolah-olah kita ada masalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri, kita itu dia maksudkan dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita dekat sini tidak ada apa-apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat, amaran terakhir.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, bila dia lama-lama boleh pula. Saya lama-lama sedikit, tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, terima kasih, saya akan menjawab. Memang saya bersetuju dengan rintihan Yang Berhormat di mana sampling yang dibuat pada masa 2022 adalah musim COVID, COVID masa itu. Maka, pada tahun ini kita akan memperluaskan lagi untuk mengambil banyak lagi sample bagi tahun 2025 supaya indeks yang kita dapati akan- boleh menjurus kebenaran.
Akan tetapi, ingin kita memperingati satu faktor besar yang membawa kepada skor-skor ini adalah dari segi tadbir urus dan pembangunan dari segi ekonomi, dari segi politik, dari segi jenayah dan sebagainya. Kita di Kementerian Perpaduan ini memang semua program kita menjurus kepada perpaduan. Oleh sebab itu, program kita adalah berbentuk program di lapangan.
Kesemua yang kita adakan dari segi agama dan sebagainya, dari segi Rukun Tetangga dan sebagainya, kita menjuruskan kepada dasar yang kita ada, objektif yang kita ada yang telah disenaraikan bawah kementerian ini yang berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan itulah kegiatan-kegiatan.
Akan tetapi, kalau Yang Berhormat mengatakan apakah tindakan yang kita dapat ambil daripada kementerian ini? Kita– kerajaan kita mempunyai pelbagai akta, Akta
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Hasutan pun ada dan sebagainya. Tetapi, Kementerian Perpaduan ini kita adalah cuma secara– untuk melihat dan mendedahkan. Sebab itu pula pada tahun lepas, kita pun telah berhujah di Dewan ini. Yang saya terang-terang mengatakan bahawa perpaduan kita di sini, faktor utama adalah politician. We are the politicians that cause a lot of problem in this country, we have to admit that. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan tadi itu. Saya setuju sebenarnya kita melihat antara faktor integrasi perpaduan yang penting adalah dari segi tanggungjawab Ahli-ahli Parlimen, Ahli Yang Berhormat. Cara kita bertoleransi, cara kita berintegrasi itu adalah amat-amat penting.
Jadi, dalam soalan tambahan saya ini, saya nak rujuk sedikit kepada peranan keseluruhan kita dalam aspek perpaduan, khususnya apabila melalui tinjauan awam yang telah dilakukan oleh sebuah persatuan iaitu Persatuan Pendidikan Diversiti (Architects of Diversity). Mereka telah melaksanakan tinjauan awam dan mendapati bahawa antara keutamaan yang telah diberikan paling tinggi ialah kepada perpaduan negara.
Daripada kalangan 2,000 orang yang menjawab soalan, 58 peratus mengatakan perpaduan negara paling tinggi. Apabila diminta meletakkan keutamaan untuk program khusus, terutamanya PLKN, mereka meletakkan perpaduan negara sebagai keutamaan tinggi.
Jadi, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, terutamanya dalam hubungan di antara Kementerian Perpaduan dan juga PLKN sebagai salah satu faktor untuk kita memupuk perpaduan dan juga untuk kita memastikan ada toleransi perkauman, politik, agama, budaya. Apakah sikap perpaduan untuk menggunakan, memanfaatkan PLKN sebagai salah satu daripada platform utama? Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, kita semua sedar bahawa PLKN 3.0 ketiga akan diadakan pada tahun ini dan ia bermula daripada peringkat Tingkatan 4 dan kita di Kementerian Perpaduan telah pun melibatkan diri dari segi mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan oleh MINDEF dan input kita kepada PLKN 3.0 ini adalah dari segi Rukun Negara, isu-isu perpaduan, dari segi Rukun Negara dan sebagainya. Of course banyak lagi komponen-komponen PLKN ini yang melibatkan kementerian-kementerian lain, tetapi kita di Kementerian Perpaduan ini memang sama-sama diambil kira untuk melaksanakan modul-modul PLKN 2.0 ini yang akan dilaksanakan tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
PLKN 3, 3.0.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua.
Bila berbahas, jangan menuduh, Isu 3R jangan disentuh, Supaya perpaduan terus utuh, Mohon bertanya soalan nombor tujuh.
7. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Kewangan menyatakan pada tahap manakah keberkesanan Bank Negara Malaysia dalam mengesan dan memperoleh semula aset atau wang hasil pemerdayaan seperti penipuan pelaburan, Skim Ponzi dan atas talian. Nyatakan tindakan kepada syarikat yang mengelirukan pelabur mereka dengan mendakwa memperoleh lesen dan kelulusan BNM.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, sebelum saya mula jawab, saya ingin minta lebih masa sedikit sebab soalan ini agak menarik perhatian ramai orang.
Penipuan pelaburan Skim Ponzi dan atas talian adalah dipantau oleh pelbagai agensi bergantung kepada elemen kesalahan tersebut di bawah bidang kuasa masing- masing. Ini termasuk Polis Diraja Malaysia bagi kesalahan penipuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi kesalahan menjalankan skim jualan langsung tanpa lesen dan mempromosikan atau menjalankan skim piramid.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi kesalahan menjalankan skim kepentingan secara haram, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi kesalahan menjalankan pelaburan sekuriti secara haram dan Bank Negara Malaysia bagi kesalahan- kesalahan menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram atau dagangan mata wang asing secara haram.
Tahap keberkesanan dalam mengesan dan memperoleh semula aset atau wang hasil permerdayaan boleh dinilai melalui usaha yang dilaksanakan dari segi pencegahan dan penguatkuasaan.
BNM telah menetapkan peluang untuk bank-bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi pada setiap masa, terutama bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih selaras dengan pengumuman BNM pada September 2022. Sehingga Jun 2023, semua bank utama telah melaksanakan lima langkah utama yang telah diumumkan seperti berikut:
(i) mempercepatkan peralihan kepada kaedah pengesanan yang lebih kukuh daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja
(one time password - OTP) melalui Sistem Pesanan Ringkas
(SMS);
(ii) memperketat peraturan pengesanan penipuan dan sekat transaksi yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan kewangan termasuk melaksanakan mekanisme kill switch bagi membolehkan dengan izin pengguna untuk membekukan akaun sendiri sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan;
(iii) mengenakan tempoh bertenang (cooling-off period) untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat (secure device);
(iv) mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti sahaja untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian; dan,
(v) menyediakan talian hotline khusus untuk pelanggan melaporkan kes penipuan dalam talian melibatkan akaun bank mereka dan mempertingkatkan tahap respons ke atas laporan yang dibuat.
Selain BNM, agensi penguat kuasa seperti SC juga telah mengambil pelbagai tindakan untuk membanteras penipuan kewangan. Statistik untuk tahun 2023 adalah seperti berikut, permulaan pelbagai tindakan atau, dan siasatan termasuk mengambil 15 tindakan pentadbiran dengan mengenakan penalti dan melucut hadkan keuntungan.
Kemasukan 315 buah syarikat ke dalam senarai peringatan pelabur (investor alert list) dengan izin dan pengeluaran lima notis henti operasi, cease and desist. Membuat 97 laporan polis berhubung perkara-perkara di bawah bidang kuasa PDRM serta 128 rujukan kepada agensi tempatan atau pengawal selia asing dan kerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melakukan sekatan laman sesawang bagi 146 kes serta bersama MITA Malaysia bagi sekatan Facebook dan Instagram sebanyak 95 kes. Pihak SC juga melakukan sekatan akaun aplikasi Telegram bagi 153 kes.
Di peringkat kebangsaan, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) juga telah ditubuhkan sejak Oktober 2022 sebagai pusat operasi untuk menyelaras tindakan balas
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian, termasuk pengesanan dan yang dicuri dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah dengan lebih cekap, lebih cepat, efektif dan efisien.
Sejak 12 Oktober 2022 sehingga 31 Januari 2024, sebanyak 71,631 panggilan yang diterima oleh NSRC merangkumi laporan kes-kes penipuan dan khidmat nasihat kepada orang ramai.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Berdasarkan kepada aduan-aduan yang diterima itu, didapati jumlah kerugian adalah sebanyak RM245 juta. Sehubungan dengan jumlah aduan yang diterima oleh pihak NSRC, pihak PDRM telah membuka sebanyak 8,754 kertas siasatan bagi siasatan kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sebanyak 64 kertas siasatan di bawah AMLA dan telah membekukan sebanyak RM69 juta bagi tujuan siasatan dan kesalahan pengubahan wang haram.
Seperti yang saya telah tekankan tadi, penipuan pelaburan Skim Ponzi dan atas talian adalah dipantau oleh pelbagai agensi bergantung pada elemen kesalahan tersebut di bawah bidang kuasa masing-masing.
Di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, terdapat pelbagai langkah penguat kuasa yang diambil oleh pihak BNM dan SC. Bagi BNM, SC dan agensi-agensi berkenaan kuasa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) digunakan bagi menyiasat dan membanteras jenayah kewangan termasuk mengesan pengaliran wang haram.
Bagi mengesan, mengenal pasti skim atau aliran wang haram yang melibatkan luar negara BNM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa asing yang menjalankan analisis jejakkan kewangan atau siasatan ke atas sebarang jenayah penipuan dan skim kewangan haram yang dilakukan dalam negara mereka.
Selain itu, kerjasama strategik pelbagai pihak di antara BNM, SC, agensi penguat kuasa yang lain, institusi-institusi kewangan dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bagi tindakan penguatkuasaan yang lebih cekap ke atas sindiket jenayah penipuan pelaburan melalui perkongsian maklumat dan aktiviti menjejak, mengesan aliran wang haram.
Penjenayah pengubahan wang haram bukan sahaja boleh dikenakan hukuman penjara malah, aset serta wang hasil yang diperoleh menerusi kegiatan haram juga boleh disita atau dilucuthakkan di bawah AMLA. Contohnya, pihak SC telah mengambil tindakan yang menyita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masih panjang lagi?
Puan Lim Hui Ying
Okey, sedikit lagi ya. Berjumlah RM116 juta serta membuat pertuduhan di bawah seksyen 4 AMLA sebanyak 55 pertuduhan sejak 2022. Jadi, di sini akhirnya BNM juga telah mengambil pelbagai langkah terhadap syarikat-syarikat yang mendakwa memperoleh lesen dan kelulusan BNM termasuk menyenarai di dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan serta mengambil tindakan undang-undang di atas penyalahgunaan nama BNM.
Sejak 2023, 497 entiti telah disenaraikan di bawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pekan.
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih atas jawapan tersebut. Saya ingin bertanya apakah inisiatif dan respons kerajaan mengenai cadangan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas yang berfungsi memantau aduan berkaitan penipuan kewangan dalam talian agar sejajar dengan penggubalan rang
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
undang-undang (RUU) baharu yang sedang dirangka untuk membanteras kegiatan ini.
Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Pekan. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, buat masa ini aduan berkaitan penipuan kewangan dipantau oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan
(NSRC). Sejak 2022, NSRC berfungsi sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian termasuk pengesanan dana yang dicuri dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah dengan lebih cepat, efisien dan efektif.
Sehingga 31 Januari 2024, sebanyak 71,000, lebih daripada 71,000 panggilan yang diterima oleh NSRC. Orang ramai boleh melaporkan kes penipuan dengan menghubungi talian pantas NSRC 997 atau institusi kewangan masing-masing.
Berkenaan dengan rang undang-undang baharu yang sedang dirangka, saya cadangkan agar perkara ini dirujuk kepada pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) dengan izin. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya, terima kasih kepada Puan Speaker. Saya ada tiga soalan tetapi saya tanya dua. Yang ketiga itu saya tanya juga tetapi bertulislah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Jawapan bertulis ya. Okey, satu isu yang tidak berkesudahan tetapi perlu dikurangkan untuk menjaga kepentingan rakyat. Soalan saya ialah apakah banyak inisiatif-inisiatif yang telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia untuk menyekat isu-isu ini terus berkembang.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah perancangan kementerian dan BNM yang betul-betul boleh menyekat isu ini berleluasa dan meningkatkan kesedaran kepentingan awam untuk berkaitan dengan penipuan kewangan ini.
Yang kedua ialah apakah status pindaan Kanun Tatacara Jenayah yang disyorkan sebelum ini bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian ataupun scam dipulangkan lebih awal kepada mangsa dan bagaimanakah dengan remedi interim supaya proses pemulangan dana kepada mangsa dapat dipendekkan dan yang ketiga – Yang kedua tadi, jawapan bertulis dan yang ketiga ini sebab pendek. Apakah kemungkinan syarikat yang disenaraihitamkan beroperasi semula menggunakan nama lain dan menjalankan aktiviti yang sama. Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tentang usaha dengan inisiatif dalam usaha membanteras jenayah penipuan kewangan dengan lebih berkesan, BNM bersama dengan institusi-institusi perbankan telah terus melaksanakan kempen kesedaran bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang bahayanya jenayah ini.
Terbaru ini kolaborasi ini telah melancarkan kempen Jangan Kena Scam pada 3 Oktober 2023 yang merupakan kesinambungan usaha industri perbankan untuk memerangi penipuan serta mendidik pengguna mengenai penipuan sambil berkongsi petua-petua mudah untuk kekal selamat dalam talian. Juga usaha sebegini bertujuan untuk mencapai objektif di mana kesedaran awam adalah kunci untuk mencegah penipuan kewangan.
Selain bagi memastikan masyarakat di bandar dan luar bandar tidak ketinggalan dalam bersama memerangi penipuan scammer serta mendidik pengguna mengenai penipuan dalam talian, BNM juga menghasilkan beberapa kempen video kesedaran
Puan Lim Hui Ying
penipuan kewangan sempena tempoh musim perayaan utama negara seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kebangsaan dan lain-lain.
Orang ramai digalakkan melayari laman Facebook Amaran Scam. Platform ini menyiarkan maklumat amaran dan tip pencegahan terkini berkaitan scam hampir setiap hari dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai.
Saya juga akan bekerjasama dengan pihak institusi perbankan untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen dengan membuka booth atau ruangan pameran mungkin semasa sesi Persidangan Dewan Rakyat yang akan datang nanti.
Tentang senarai yang telah dihitamkan itu jadi kita akan selalu mengemas kini senarai. Jadi, ini kita akan memantau all the time. Kita akan memantau dan semua ini secara proaktif kita akan memantau dengan proaktif, bukan hanya BNM juga, SC dan akan mengemas kini senarai peringatan pelabur SC dan senarai amaran penggunaan BNM dari masa ke semasa supaya mereka tidak berulang atau they return with dengan nama syarikat yang baharu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.
8. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan statistik jumlah permohonan pinjaman di bawah TEKUN bermula dari tahun 2020 sehingga 2023 dan tempoh masa serta syarat-syarat permohonan dan berapa jumlah permohonan yang telah diluluskan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2020 sampai tahun 2023, TEKUN Nasional telah menerima 246,622 permohonan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM5.7 bilion. Daripada jumlah tersebut, TEKUN Nasional telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM3.34 bilion kepada seramai 206,174 usahawan.
Syarat-syarat permohonan pinjaman TEKUN Nasional adalah seperti berikut.
Bagi bumiputera dan warga Malaysia, bagi masyarakat India yang mengambil SPUMI, mereka perlulah berumur daripada 18 tahun hingga 65 tahun. Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun serta bukan seorang yang muflis. Syarikat 100 peratus hak milik bumiputera dan warga Malaysia. Syarikat 100 peratus milik masyarakat India bagi SPUMI.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Ramanan Ramakrishnan
Mempunyai lesen dan permit serta daftar perniagaan SSM, Sijil Perakuan Amalan Profesional Muda yang sah dan masih belum tempoh tamat, mempunyai tempat lokasi perniagaan yang khusus, berniaga secara bergerak iaitu mobile atas talian dan terlibat secara langsung atau separuh masa di dalam perniagaan.
Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i iaitu RM500,000 bagi pembelian kenderaan komersial, jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10 peratus daripada harga kenderaan komersial. Jentera berat tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon.
Bagi pemilikan perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan bagi pemilik syarikat sendirian berhad wajib menyediakan resolusi syarikat mengikut format yang disediakan.
Aktiviti utama perniagaan usahawan dengan izin mesti shariah compliance. Selari dengan usaha membantu usahawan mikro mendapat Skim Pembiayaan TEKUN, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Ramanan Ramakrishnan
Nasional telah mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan dan pengeluaran pembiayaan serta mengeluarkan keperluan dokumentasi permohonan seperti berikut:
(i) keperluan dokumentasi permohonan daripada 17 dokumen kepada hanya empat dokumen sahaja iaitu salinan kad pengenalan permohonan, salinan daftar syarikat ataupun permit daripada SSN, gambar premis perniagaan dan salinan penyata kewangan;
(ii) tempoh kelulusan pembiayaan dikurangkan daripada tujuh hari berbanding dengan 21 hari bekerja yang sebelum ini; dan
(iii) urusan penyaluran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu memang TEKUN ini satu-satunya institusi pembiayaan yang sangat hampir dengan usahawan-usahawan informal dan mikro.
Kita tahu sepanjang tempoh 2020 dan 2023 adalah waktu yang paling kritikal bagi para usahawan. Tahun 2020 hingga 2022 kita anggap sebagai tahun suram. Kerana pada waktu itu usahawan dilanda dengan COVID-19 dan kita mengharapkan tahun 2023 adalah tahun pemulihan para usahawan tetapi terpaksa berdepan dengan juga kepelbagaian harga barangan yang tidak terkawal dan sangat mahal.
Jadi, saya mahukan jawapan benar kah 176,426 usahawan gulung tikar? Adakah TEKUN berhasrat menambah lagi peruntukan? Meluaskan lagi pinjaman? Memudahkan lagi syarat? Adakah perancangan moratorium khas untuk peminjam-peminjam TEKUN dan adakah Skim Perniagaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah TEKUN itu masih wujud sekarang ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Menjawab soalan yang berikut, pada masa 2022 Skim Pembiayaan Informal dan Mikro telah diberikan zero percent interest. Masa tempoh pemulihan dengan moratorium setahun telah juga diberikan.
SPIM sudah tidak diteruskan untuk makluman Yang Berhormat. Pada kadar interest yang telah diberikan, interest adalah empat peratus yang lebih rendah daripada mana-mana bank yang lain. Ini tertakluk kepada ketetapan Kementerian Kewangan kerana dana ini adalah daripada kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Puan Speaker.
Soalan tambahan saya, kita sedia maklum bahawa Skim TEKUN ini terbahagi kepada dua. Satu, sederhana. Satu lagi, kecil. Jumlahnya pun RM10,000 hingga RM50,000 yang kecil, manakala yang sederhana antara RM50,000 hingga RM100,000.
Tempoh bayaran pun cuma lima tahun. Maknanya, lima tahun untuk RM50,000 dan untuk RM100,000 ini 10 tahun. Cuma, masalahnya yang kita dapat lihat untuk dimaklumkan bahawa usaha kementerian untuk mengambil tindakan mengutip hutang pinjaman yang tidak menjelaskan bayaran yang lebih ataupun hampir katanya RM400 juta. Apakah usahanya yang telah dilaksanakan?
Kedua, apakah masalah yang dikenal pasti bahawa peminjam-peminjam ini tidak bayar?
Ketiga, boleh tidak senarai, dapatkan peratus dalam tempoh yang tersebut?
Peratus pinjaman daripada syarikat bumiputera dan syarikat India ini? Terima kasih.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih sahabat saya daripada Sri Gading. Untuk tahun 2024, TEKUN Nasional telah peruntukan RM330 juta daripada
Dato’ Ramanan Ramakrishnan
peruntukan pembangunan. Walau bagaimanapun, TEKUN Nasional telah menyasarkan untuk membiayai seramai 33,300 usahawan dengan peruntukan berjumlah RM600 juta yang ditampung menggunakan dana dalaman.
Untuk langkah mengutip balik kutipan daripada peminjam-peminjam, penjadualan semula akaun bertunggakan dan NPF, mempergiatkan tindakan undang-undang, diskaun untuk pembayaran secara lump sum, kolaborasi dengan AKPK, bayaran melalui AKPK juga sedang dijadualkan. Akaun NPF dimasukkan dalam CTOS dan untuk mempergiatkan kutipan daripada ibu pejabat dan juga cawangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.
9. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah langkah-langkah diambil untuk memastikan universiti swasta dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui inovasi dan penyelidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat atas keprihatinan tentang isu universiti swasta ini.
Antara langkah utama memastikan universiti swasta dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui inovasi dan penyelidikan. Adalah melalui Program Jaringan Awam-Swasta atau dengan izin, Public-Private Researcher Network (PPRN).
PPRN adalah inisiatif KPT melalui model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan memberi bantuan melalui geran padanan bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Usaha sama ini terbuka kepada penyelidik dari institusi penyelidikan tinggi awam dan juga swasta serta pusat- pusat penyelidikan di seluruh negara.
Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 680 projek PPRN yang melibatkan 634 syarikat telah diluluskan dengan jumlah peruntukan kumulatif sebanyak RM27.7 juta.
Inisiatif PPRN 2.0 melibatkan industri yang bersaiz mikro, kecil, sederhana dan besar yang merentasi lima sektor ekonomi atau pembuatan bagi perkhidmatan pertanian, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian.
Berdasarkan rekod bagi empat tahun lepas iaitu 2020 hingga 2023, program PPRN telah berjaya diadaptasi oleh pelbagai penerima manfaat merentasi sektor iaitu penyelidik dan syarikat perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang bukan sahaja terdiri daripada sektor awam dan juga swasta dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.1 juta. Daripada jumlah tersebut, RM735,000 telah disalurkan kepada IPTS.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan pada tahun 2024 telah ditingkatkan kepada RM4 juta di bawah inisiatif Kerajaan MADANI. Selain PPRN untuk menggalakkan universiti swasta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui inovasi dan penyelidikan, KPT juga ada menyediakan Dana Penyelidikan Fundamental (DPF) sebanyak RM160 juta pada tahun 2023 dan bajet tahun ini RM200 juta. Di bawah Dana Penyelidikan Fundamental KPT ini, bilangan projek dan peruntukan geran kepada IPTS pada tahun 2023 sebanyak 196 projek yang melibatkan peruntukan geran yang diluluskan sebanyak RM23 juta.
Selain itu juga, pada tahun 2024 dan sebelum ini KPT turut menyediakan RM26 juta dana suntikan pemerkasaan bidang fokus atau dengan izin NICHE area. Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Malaysia (HICoE) kepada IPTA dan IPTS. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan soalan saya nombor sembilan tadi. Soalan tambahan, bagi tahun 2024, apakah
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
strategi PPRN untuk menyebarluaskan pelaksanaan geran atau dana ini untuk penglibatan lebih banyak lagi IPTS?
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan.
Untuk tahun ini ya, kita akan buka PPRN 2.0 ini secara berfasa. Kita telah membuat promosi di media sosial dan juga kita buat hebahan di portal PPRN sendiri dan juga laman sesawang KPT dan juga kita telah menghantar e-mel kepada semua IPTA dan IPTS untuk mereka memberi pendedahan awal kepada IPTA dan juga IPTS supaya dapat terlibat untuk memohon PPRN ini. Kita juga sedang buat sesi libat urus dengan universiti awam dan juga swasta. Setakat ini, kita ada enam sesi libat urus dan melibatkan 500 orang penyelidik daripada IPTA awam dan juga swasta. Cuma respons daripada IPTS ini agak kurang sekarang ini.
Jadi, saya ingin menyeru kepada IPTS supaya dapat memohon dengan lebih banyak dan akan membantu penyelidik-penyelidik kita untuk menyokong Dasar Perindustrian Negara, dasar peralihan tenaga negara dan juga Kerangka Ekonomi MADANI. Jadi, saya harap dengan penglibatan daripada penyelidik daripada awam dan juga swasta ini, kita akan dapat mengangkat negara ini dengan lebih baik daripada sudut menyelesaikan isu-isu yang melanda masyarakat sekarang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.
Soalan tambahan saya ialah, apakah sektor yang menjadi keutamaan pihak universiti swasta dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan inovasi selain menambah kuantiti dan kualiti R&D? Apakah bentuk insentif untuk menyokong para penyelidik tempatan dalam transisi pemindahan ilmu daripada peringkat universiti ke industri?
Sekian, terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Antara tumpuan kita untuk- seperti juga yang saya sebut tadi, kita minta supaya universiti dan juga industri ya menumpukan kepada beberapa dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.
Pertamanya tentang Dasar Perindustrian Negara yang baharu, dasar peralihan tenaga dan juga mengangkat Kerangka Ekonomi MADANI ini. Jadi, kita akan tumpukan dana-dana penyelidikan ini untuk menyokong kerangka-kerangka dasar ini supaya kita dapat mengangkat negara ini supaya menjadi negara industri, negara maju dan juga memberi ruang, peluang kepada generasi muda kita untuk mendapat ruang-ruang pekerjaan. Kita juga mahu supaya penyelidik-penyelidik di IPTA dan IPTS ini akan lebih aktif selepas ini terutama IPTS. Saya agak risau ya, mengikut data yang ada ini agak kurang keterlibatan daripada IPTS ini untuk geran-geran penyelidikan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Okey, terima kasih.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
*Tujuh, lapan, sembilan, sepuluh; Soalan saya nombor sepuluh....
[Ketawa]*
10. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan:
(a) kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pengekstrakan dan pembangunan industri nadir bumi (REE) di Malaysia; dan
(b) apa langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani isu bahawa kebanyakan sumber nadir bumi berada dalam kawasan hutan simpanan kekal (HSK).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, nak jawab pantun pun saya tak pandai.
Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kubang Pasu. Pertama tentang kemajuan dalam pengekstrakan dan pembangunan industri nadir bumi (REE) di Malaysia setakat ini dan langkah kerajaan dalam menangani isu bahawa sumber nadir bumi ini berada kebanyakannya berada di dalam kawasan hutan simpan kekal.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan pertama. Menyedari bahawa sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) untuk dibangunkan, kita telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk membangunkan projek perintis di Mukim Kenering, Hulu Perak. Pelaksanaan projek ini telah bermula pada Oktober 2022 dan hasil pertama pengeluaran telah diperoleh pada Disember 2022.
Untuk makluman, sehingga Januari tahun 2024 sebanyak 7,500 metrik tan nadir bumi ataupun rare earth carbonate bernilai sekitar RM146 juta berdasarkan anggaran USD4,100 per metrik tan telah dieksport ke negara China dan telah memberikan pulangan royalti sebanyak RM25.2 juta. Projek perintis ini menggunakan kaedah perlombongan secara in-situ leaching yang lebih selamat dan mesra alam bagi meminimumkan impak terhadap alam sekitar berbanding dengan kaedah perlombongan terbuka ataupun open cast mining yang lazim digunakan.
Seterusnya, kita juga telah membangunkan SOP perlombongan NRREE Malaysia berdasarkan projek perintis di Perak ini. SOP ini telah diedarkan ke negeri-negeri sebagai rujukan dan panduan kepada negeri-negeri untuk menjalankan perlombongan NRREE.
Namun pemakaian ini tertakluk kepada penyelarasan di peringkat pihak berkuasa negeri.
Kita juga sedang melalui jawatankuasa pemandu telah memuktamadkan kajian cadangan model perniagaan ataupun business model bagi membangunkan industri NRREE di Malaysia daripada peringkat huluan sehinggalah di peringkat hiliran. Kementerian akan membentangkan hasil kajian ini bagi mendapatkan kelulusan di peringkat Mesyuarat Jemaah Menteri dan ia akan dilaksanakan bersama dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia untuk memberikan kefahaman yang jelas terhadap keseluruhan ekosistem NRREE di Malaysia dan boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam pembangunan industri ini.
Melihat kepada potensi industri ini, kita juga mengalu-alukan pelaburan dari dalam dan luar negara untuk membangunkan sumber nadir bumi melalui perkongsian strategik dalam sektor pertengahan dan hiliran, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan juga inovasi.
Sedikit lagi. Tentang bahagian kedua, dakwaan bahawa kebanyakan sumber nadir bumi berada di dalam kawasan hutan simpan kekal. Berdasarkan kajian tinjauan awal yang dibuat oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke- 11, rizab NRREE negara berjumlah sebanyak 16.1 juta metrik tan.
Daripada kajian ini, JMG mengumpul sampel di 355 lokasi kajian di seluruh negara meliputi keluasan 12,150 kilometer persegi. Daripada sampel-sampel yang dikumpulkan, 20 peratus lokasi kajian berada di dalam hutan simpan kekal tetapi 80 peratus berada di luar hutan simpan kekal. Buat masa ini, kita masih lagi tidak membenarkan perlombongan dijalankan di dalam kawasan hutan simpan kekal dan ini selari dengan komitmen kita untuk mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok.
Walau bagaimanapun, ekoran daripada perkara ini dibangkitkan di Majlis Mineral Negara dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, kita termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meminta kita untuk memperhalus kebolehlaksanaan
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
aktiviti perlombongan NRREE di dalam hutan simpan kekal melalui pembangunan satu projek perintis.
Pada masa yang sama, kita juga telah melantik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama agensi teknikal seperti JMG dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk menjalankan kajian impak perlombongan NRREE sama ada di dalam hutan simpan ataupun di luar hutan simpan.
Antara kawasan yang dicadangkan adalah selain daripada Kenering ialah salah satunya ialah tapak perlombongan haram Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah untuk kita lihat kesannya. Kedua ialah kawasan bekas kawasan hutan simpan kekal yang telah dinyah warta sebelum ini iaitu di Labis, Johor. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberikan jawapan yang cukup konkrit dan menyeluruh dan jawapan ini menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan sebelum ini khususnya mengenai REE dalam hutan simpan kekal dan sebenarnya tidak benar. Terima kasih Menteri.
Soalan tambahan saya ialah, berapakah jumlah anggaran simpanan nadir bumi mengikut kuantiti (juta metrik tan) dan anggaran nilai hasil bagi seluruh negara dan perincian mengikut negeri-negeri yang terlibat?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Keduanya, REE akan memberi impak besar kepada ekonomi negara dan negeri- negeri yang mempunyai simpanan. Apakah rancangan dan langkah Kerajaan Persekutuan bagi membantu (disebut sedikit tadi), negeri-negeri berkenaan untuk membangunkan REE masing-masing?
Seterusnya, apa strategi ini disebut oleh YB. Menteri sebentar tadi. Sikit-sikit ada.
Apakah strategi kerajaan bagi membangun industri hiliran, semi-finished and finished product dalam negara kita sendiri, supaya negara dapat memaksimumkan hasil tambah nilai REE ini? Terima kasih, Puan Speaker.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai respons, anggaran rizab NR-REE di negara adalah sebanyak 16.1 juta metrik tan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ini berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh JMG pada RMKe-11. Tentang pecahan mengikut negeri, kalau tidak silap saya ada 10 negeri kesemuanya dan saya akan sertakan jawapan secara bertulis tentang butiran yang diminta.
Seterusnya tentang apakah yang cuba ataupun dapat dibuat oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri untuk membangunkan industri nadir bumi ini secara menyeluruh?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
[Bangun]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sememangnya kita faham sebab industri nadir bumi satu strategic critical industry, dengan izin. Atas sebab itu, ia juga terlibat dalam persaingan geopolitik dunia antara Barat dan negara China misalnya. Jadi kita sebagai sebuah negara kecil, kita ingin memanfaatkan permintaan tinggi terutamanya ekoran peralihan tenaga dan elektrifikasi untuk bahan-bahan ini.
Kita memang sedang membincangkan bahawa perlu ada penyelarasan di peringkat nasional. Itulah peranan Majlis Mineral Negara dan juga Jawatankuasa Mineral yang mana kita meng-coordinate-kan usaha ini supaya kita tidak membiarkan kerajaan negeri berdepan dengan isu ini bersendirian.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
[Bangun]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebab kita khuatir kerana isu ini banyak- isu yang sangat kritikal dan nilai dia sangat besar. Tanpa penyelarasan daripada segi- daripada peringkat Kerajaan Persekutuan, daripada segi dasar, kita tidak dapat memanfaatkannya.
Tambah sedikit sahaja lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua. Kita sebenarnya banyak potensi. Misalnya apa yang- kalau di Perak misalnya, kita tengok industri itu dipelopori oleh syarikat daripada negara China. Kalau kita tengok Lynas yang ada di Pahang, ia merupakan syarikat Australia yang banyak terlibat dengan- antara pemproses terbesar nadir bumi di luar negara China. Buat masa ini kita memang memproses dari Australia, tetapi mereka telah menyatakan kesanggupan untuk menyediakan processing line untuk bahan-bahan dari Malaysia yang sedikit berbeza daripada negara Australia.
Seterusnya kalau kita melihat kepada- buat masa ini Lynas banyak eksport misalnya ke negara Vietnam ataupun negara-negara lain tetapi kita tahu bahawa kita ada industri automotif termasuk industri EV yang sedang giat berkembang di negara kita dan ini mampu untuk menjadi pengguna kepada pengeluaran daripada nadir bumi di negara kita. Jadi, potensi kita daripada huluan sehingga ke hiliran itu adalah sangat besar bagi Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya nak tanya, sekarang ini kalau kita melihat kepada nadir bumi ini, ia adalah proses perlombongan dan kita hanya mendapat nadir bumi yang untuk raw, ya. Kalau kita proses, ekstrak, dia akan menjadi lebih mahal dan bernilai. Soalan saya, daripada segi kepakaran tempatan ini, setakat mana kita sudah ada kepakaran tempatan untuk ekstrak perkara ini?
Keduanya adalah apakah rancangan kita akan menubuhkan satu GLC seperti PETRONAS dahulu? Bila kita jumpa petroleum tahun 70-an, kita wujudkan PETRONAS sebagai syarikat cari gali. Apakah kita merancang untuk wujudkan satu syarikat seperti PETRONAS ini untuk ekstrak nadir bumi ini? Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang soal kepakaran, sememangnya perkara ini ialah satu bidang yang sangat niche, yang sangat strategik dan pada masa yang sama juga sangat kritikal. Sememangnya industri ini sebenarnya telah lama dikuasai oleh negara China. Malah negara-negara Barat pun, dengan izin, they are playing catch-up dalam industri nadir bumi ini.
Justeru, kalau kita lihat, sebab itu banyak- pemain-pemain yang berminat untuk menceburi datangnya daripada negara China. Pada masa yang sama, kita juga tahu, sebagaimana yang saya sebut, kita ada Lynas yang merupakan kilang pemprosesan nadir bumi terbesar di luar negara China, yang syarikat dari Australia.
Jadi, sebab itu bagi kita untuk kita membangunkan secara menyeluruh, bukan hanya kita mengeksport bahan mentah sebagaimana yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya ada sekurang-kurangnya pemprosesan berlaku di negara kita.
Kita perlu melibatkan bukan sahaja pihak dalam negara tetapi juga pihak-pihak pemain dari luar negara dan Malaysia mengamalkan dasar yang terbuka. Asalkan mereka sanggup menerima dasar-dasar kita, mereka dari China atau daripada Barat, kita terbuka, kita tidak ada masalah. Kita boleh mencontohi apa yang dibuat di Indonesia sebab Indonesia pun melarang pengeksportan bahan mentah beberapa mineral yang kritikal.
Tentang- ya, jadi sebab itu bagi kita, dan akhir sekali, menjawab tentang keperluan untuk satu syarikat nasional seperti PETRONAS. Mungkin ada perbezaan sedikit situasi politik pada tahun 1970-an dengan hari ini. Itu perlu kita akui tetapi saya fikir, menerusi platform Majlis Mineral Negara kita akan membincangkan dalam ruang lingkup kerangka perlembagaan yang sedia ada dengan kerajaan-kerajaan negeri bagaimana negara dapat memainkan- kita di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kita dapat memanfaatkan kepakaran secara menyeluruh. Kerana
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
sebagaimana yang saya sebut tadi kalau kita nak mengharapkan kerajaan negeri semata- mata, malah Kerajaan Malaysia sahaja pun kita tidak cukup.
Kita perlu ada concerted effort dan kita boleh, saya percaya kita boleh buat perkara ini dan ini yang sedang kita kaji. Boleh buat di peringkat kerajaan- kerjasama Kerajaan Persekutuan dan negeri dengan kerangka Perlembagaan yang sedia ada. Kita akan adakan mesyuarat dalam masa yang terdekat dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian MITI dan MOSTI untuk tujuan ini yang diselaraskan oleh kementerian saya, NRES.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Kesavan A/L Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pendidikan menyatakan status pembinaan SJK(T) melalui Pakej Rangsangan Khas 2012/2013 dan Rancangan Malaysia Ke -10/11 yang mengalami kelewatan dalam kerja-kerja pembinaan dan tarikh jangka siap serta beroperasi .
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Sungai Siput. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak lapan projek SJKT di bawah Pakej Rangsangan Khas 2012/2013 dengan status satu projek siap dan tujuh projek pada peringkat pembinaan. Status terkini setakat 26 Februari 2024, satu projek SJKT iaitu SJKT Ladang Seafield, Selangor telah siap dan diberikan Sijil Siap Kerja pada 23 Disember 2023. Sekolah ini dijangka akan dapat beroperasi pada sesi persekolahan 2024/2025.
Sementara itu, terdapat tujuh SJKT lain yang berada dalam fasa terakhir pembinaan iaitu SJKT Ladang Braunston, SJKT Ladang Effingham, SJKT Ladang Kalumpang, SJKT Kuala Terla, SJKT Ladang Pertang, SJKT Ladang Sagga, dan SJKT Ladang Sungai Reyla.
Buat masa kini, pihak kontraktor yang terlibat sedang menggiatkan projek tersebut sebelum diserahkan kepada KPM. Ketujuh-tujuh buah sekolah ini secara amnya telah siap secara fizikal tetapi dalam proses melengkapkan keperluan pematuhan untuk mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang disebutkan sebelum ini mengalami kelewatan disebabkan oleh antaranya:
(i) kelewatan menyelesaikan isu pemilikan tanah oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan pihak kontraktor yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan tertangguh di tapak;
(ii) kelewatan untuk memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang
(KM) pelan bangunan daripada pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, Rancangan Malaysia Ke-11, terdapat satu projek lagi SJKT yang juga mengalami kelewatan dalam kerja-kerja pembinaan iaitu SJKT Kuala Pilah yang telah diluluskan pada tahun 2015 dengan kos RM7 juta. SST telah dikeluarkan kepada perunding pada 28 hari bulan 2016. Projek ini telah berada dalam peringkat terakhir Fasa Pra-bina. Pada masa kini, pihak perunding telah mengemukakan dokumen Jawatankuasa Standard dan Kos dan Notice of Change untuk pertimbangan Kementerian Ekonomi.
Isu berkaitan pertukaran hak milik tapak sekolah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan isu penetapan lokasi pembinaan juga perlu diselesaikan terlebih dahulu. Proses tender akan bermula setelah kelulusan peningkatan kos oleh Kementerian Ekonomi dan kelulusan penuh Kebenaran Merancang (KM) serta pelan bangunan oleh PBT diperoleh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai senarai pembahas yang akan diumumkan untuk Usul No.1 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 7 Mac 2024.” Terima kasih.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan dan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [5 Mac 2024]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bacakan senarai pembahas untuk hari ini.
Sebanyak 35 Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas
Yang Berhormat Lubok Antu; Yang Berhormat Marang; Yang Berhormat Bandar Kuching; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Pekan; Yang Berhormat Kuala Nerus; Yang Berhormat Sungai Siput; Yang Berhormat Lumut; Yang Berhormat Kota Melaka; Yang Berhormat Kuala Kedah; Yang Berhormat Ranau; Yang Berhormat Jerlun; Yang Berhormat Kepong; Yang Berhormat Kuala Langat; Yang Berhormat Simpang Renggam; Yang Berhormat Mersing; Yang Berhormat Batu Pahat; Yang Berhormat Pasir Salak; Yang Berhormat Jempol; Yang Berhormat Padang Rengas; Yang Berhormat Miri; Yang Berhormat Labuan; Yang Berhormat Baram; Yang Berhormat Jerai; Yang Berhormat Kudat; Yang Berhormat Rompin; Yang Berhormat Bentong; Yang Berhormat Setiu; Yang Berhormat Kalabakan; Yang Berhormat Kuala Krau; Yang Berhormat Segamat; Yang Berhormat Pengkalan Chepa; Yang Berhormat Mas Gading; Yang Berhormat Tangga Batu; dan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat saya bangun di bawah 18(1). Pendek sahaja.
Ini telah dihantar, belum jawab iaitu mencadangkan supaya peruntukan Ahli-ahli Parlimen dijadikan Akta Ahli Parlimen. Siapa-siapa yang jadi pemimpin masa akan datang tak boleh ganggu gugat lagi hak Ahli Parlimen seperti yang mana yang berlaku sekarang...
[Tepuk] Yang berlaku sekarang dianggap satu kezaliman yang wajar diperbetulkan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Yang Berhormat Arau pada Selasa, 5 Mac 2024.
Usul tersebut telah diterima selepas jam 10 pagi pada hari Selasa dan tidak cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(2). Maka, ia masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya mohon untuk turut serta dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan mencemar duli ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas minggu lalu.
Sebelum meneruskan perbahasan, saya mewakili seluruh penduduk di Lubok Antu ingin menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan setinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang telah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Sebagai seorang anak Sarawak yang pernah bersekolah dan pernah menetap di Pontian Johor, saya turut menumpang bangga. Semoga negara Malaysia kekal aman, maju dan makmur di bawah naungan payung pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku!
Puan Yang di-Pertua, mengamati intipati Titah Diraja kali ini, jelas bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda begitu menitikberatkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada Ahli Parlimen untuk membawa suara mereka di Dewan Rakyat.
Puan Yang di-Pertua, dalam bidang kehakiman wujud sebuah konsep di mana seseorang hakim perlu berpegang kepada prinsip- not only must justice been done, but it must also be seen to be done, dengan izin. Prinsip ini juga sebenarnya terpakai kepada
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Ahli-ahli Parlimen. Dalam konteks Parlimen, sebagai badan legislatif di bawah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia, saya rasa konsep yang lebih sesuai adalah, not only must the law be enforced, but it must be seen to be enforced, dengan izin.
Seperti yang dinasihatkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku saya bersetuju bahawa sebagai penggubal undang-undang kita seharusnya menjadi contoh dan menghormati ke semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan termasuklah peraturan-peraturan mesyuarat di Dewan Rakyat. Kita yang menggubal, kita yang meluluskan, kita jugalah yang mematuhi kepimpinan melalui teladan.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjunjung kasih atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan proses rundingan mengenai hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963. Senada dengan Ahli Parlimen Sri Aman dan Puncak Borneo, saya juga menyokong cadangan supaya penerangan terperinci mengenai sejarah, kandungan serta tokoh-tokoh penting dalam Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan ke dalam silibus pendidikan di sekolah-sekolah.
Menyentuh berkenaan sejarah negara Malaysia, saya juga bersetuju dengan cadangan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo supaya kita perlu memperingati jasa serta pengorbanan wira-wira Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang telah berjuang menentang komunis di Semenanjung Tanah Melayu di antara tahun 1948 sehingga 1996.
Ini bermakna sebelum tertubuhnya negara Malaysia pada 1963, sudah ada anak-anak Sarawak yang berjuang mempertahankan Malaya pada ketika itu.
Malahan ada di antara mereka yang terkorban di mana jasad 21 orang perwira ini telah dibawa pulang ke Sarawak melalui Ops Mai Pulai pada Julai 2011 setelah bertahun- tahun bersemadi jauh di negeri orang. Maka usah diragui jasa dan kesetiaan kami anak Sarawak kepada negara Malaysia. Fakta sejarah ini harus diajar di sekolah-sekolah agar jangan ada yang- ada pihak-pihak yang beranggapan bahawa Sarawak dan Sabah bukan sebahagian dari Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa perlu ada polisi serta kerangka baru untuk mengukuh perpaduan dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk saling memahami dan menghormati budaya hidup kaum yang lain. Keunikan demografi serta kepelbagaian budaya sekitar 80 etnik dan suku kaum yang ada di Malaysia seharusnya menjadi sesuatu keistimewaan yang kita banggakan. Bukannya untuk dicemuh dan diperlekehkan seperti mana yang berlaku baru- baru ini di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan polemik perkauman dengan melabelkan pakaian tradisi suku kaum Iban atau dikenali sebagai Ngepan Iban sebagai pakaian orang kafir.
Bagi saya insiden yang menyinggung sensitif ini 3R iaitu “Race, Religion and Royalty” ini tidak seharusnya berlaku dalam negara Malaysia yang berbilang kaum.
Mungkin perlu ada kerjasama yang strategik dan pendekatan out of the box antara Kementerian Perpaduan dan juga Kementerian Pendidikan untuk menyemai semangat perpaduan terutamanya di kalangan pelajar dan anak-anak muda.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu menggalakkan mereka untuk berkawan dengan rakan-rakan yang berlainan agama dan bangsa. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Tan Sri Speaker, menyentuh mengenai soal budaya dan bangsa, saya terpanggil untuk membangkitkan isu mengenai pendidikan bahasa Iban di sekolah rendah dan menengah Sarawak. Perkara ini juga pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong pada persidangan yang lepas.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Dalam bahasa Iban terdapat sebuah peribahasa yang berbunyi dengan izin, [Berucap dalam dialek Iban] “Di kelala buah ari langu, di kelala daun ari kayu, di kelala basa ari penyiru, di kelala bansa ari jaku”. Secara ringkasnya ia bermaksud, “Dikenali hormat kerana budi pekerti seseorang dan dikenali bangsa daripada bahasa atau budi bicara seseorang”. Bagi saya secara peribadi, usaha untuk memperkasakan pendidikan dan penggunaan bahasa Iban terutamanya dalam kalangan anak-anak Iban di Sarawak amat penting kerana ianya sebahagian daripada budaya dan identiti suku kaum Iban.
Saya difahamkan, hampir 90,000 orang pelajar yang mengambil kelas bahasa Iban di sekolah rendah dan menengah di Sarawak. Namun demikian, jumlah keseluruhan guru yang mempunyai opsyen atau guru yang benar-benar terlatih untuk mengajar bahasa Iban adalah kurang daripada 500 orang. Maka jelas terdapat kekurangan guru terlatih untuk mengajar subjek bahasa Iban sehinggakan terpaksa menggunakan khidmat guru yang mengajar subjek yang lain.
Pada masa yang sama, saya mendapati aduan bahawa tiada pengambilan guru dan tawaran kursus bagi tahun 2022 dan 2023 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Iban di Institut Pengajian Guru Malaysia untuk mengajar di sekolah rendah di Sarawak. Perkara ini dapat dilihat melalui poster iklan pengambilan guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, ambilan tahun 2022 dan tahun 2023. Saya dapati bahawa memang tidak ada ditawarkan kursus untuk pengajaran Bahasa Iban di sekolah rendah. Keadaan ini amat membimbangkan kerana saya tidak mahu berlakunya situasi di mana kelas Bahasa Iban lama kelamaan akan dimansuhkan atas alasan kekurangan guru yang mengajar bahasa Iban.
Bagaimana hendak memastikan bahawa subjek Iban ini kekal relevan kalau guru pun kita pun tidak terlatih. Oleh yang demikian, saya ingin menggesa pihak Kementerian Pendidikan untuk membuka semula pengambilan calon guru untuk mengajar Bahasa Iban di sekolah rendah melalui tahun ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Iban terlatih.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Begitu juga dengan kursus bahasa Iban di bawah Universiti Perguruan Sultan Idris. Saya berharap agar kementerian dapat mempertimbangkan cadangan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Premier Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas agar Unit Pengajian Bahasa Iban di UPSI dipindahkan ke IPTAR di Sarawak bagi menyelesaikan isu kekurangan pensyarah bahasa Iban di universiti tersebut sebagai langkah untuk melahirkan lebih banyak guru bahasa Iban terlatih. Semoga akan ada penyelesaian tuntas mengenai perkara ini demi memelihara penggunaan bahasa Iban sebagai salah sebuah warisan kebudayaan negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Agong juga dalam Titah Baginda turut menegaskan supaya Ahli Parlimen mendengar denyut nadi rakyat. Maka, tidak lengkap ucapan saya tanpa membawa isu-isu di Parlimen Lubok Antu untuk perhatian dan tindakan kementerian. Antara perkara telah saya suarakan pada pihak Kementerian Kerja Raya adalah mengenai keperluan untuk menaik taraf persimpangan masuk ke pekan Lubok Antu dan seterusnya, membina persimpangan bertingkat bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan simpang ini.
Ini kerana dengan sistem P U-Turn yang sedia ada lokasi P U-Turn tersebut bukan sahaja jauh daripada simpang ke Lubok Antu malah boleh membahayakan pengguna jalan raya terutamanya apabila kenderaan treler dan lori yang panjang terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat P-Turn tersebut sehingga mengganggu laluan di kedua-dua lorong. Melalui jawapan kementerian pada 20 Mar 2023, saya
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
dimaklumkan oleh kementerian bahawa tiada permohonan bagi cadangan membina flyover untuk masuk ke pekan Lubok Antu diterima daripada kerajaan negeri untuk RP4, RMKe-12.
Persoalannya, siapakah yang sebenarnya berkuasa untuk menentukan cadangan pembinaan flyover di simpang Lubok Antu dan Lebuhraya Pan Borneo ini? Adakah pihak kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat? Adakah saya selaku Ahli Parlimen juga berhak untuk mengemukakan cadangan untuk pertimbangan kementerian? Saya cuma tidak mahu berlakunya situasi chicken or an egg, dengan izin dalam soalan ini kerana kita mahu melihat jauh ke hadapan.
Oleh sebab itu Tan Sri Speaker, berikutan pemindahan Ibu Kota Republik Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur, Lubok Antu akan menjadi pintu keluar masuk utama untuk barangan dan juga para pelawat dari kedua-dua negara berikutan lokasinya yang terdekat dengan Kalimantan Timur dan bandar besar lain seperti Putussibau.
Saya yakin semasa Lebuhraya Pan Borneo mula dilancarkan pada 30 Jun 2015, kita tidak pernah menjangka bahawa kerajaan Republik Indonesia akan mengumumkan pemindahan ibu negara mereka dari Jakarta ke Timur Kalimantan. Namun, dengan terbentuknya Timur Nusantara yang akan dijangkakan dirasmikan pada Ogos tahun ini, saya menggesa supaya Malaysia juga harus merancakkan pembangunan infrastruktur terutama jalan-jalan di sekitar Wilayah Sarawak dan Sabah agar kita tidak jauh ketinggalan berbanding negara jiran kita Indonesia.
Tan Sri Speaker, saya juga ingin mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan untuk menubuhkan tabung kecemasan sama ada di bawah pihak NADMA atau Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk tujuan kecemasan bagi pembinaan segera infrastruktur penting seperti jalan, jambatan dan jeti terutamanya.
Saya melihat perkara ini amat mustahak terutamanya untuk kampung-kampung dan rumah panjang yang jauh di kawasan hulu sungai yang sering ditimpa bencana banjir dan tanah runtuh seperti yang berlaku hujung minggu lepas di kawasan Ulu Katibas, Song di Sarawak.
Setiap kali berlaku bencana kawasan penempatan di pendalaman seperti ini terputus hubungan dengan dunia luar akibat jalan dan jambatan yang runtuh. Dengan kerja pembaikan jalan dan jambatan mengambil masa yang amat lama akibat pelbagai isu dan kekangan di peringkat jabatan dan agensi. Maka, saya mohon perhatian kementerian dan agensi berkaitan dalam perkara ini.
Akhir sekali Tan Sri Speaker, seruan Seri Paduka Baginda Tuanku supaya kita sebagai Ahli Parlimen tidak mengira parti politik berganding bahu dan bekerjasama dalam membangunkan negara yang kita hadam dan terima dengan hati yang terbuka. Harus kita hadam dan terima dengan hati yang terbuka. Mengambil contoh sahabat saya YB Tawau yang sering menyampaikan sajak di Dewan yang mulia ini, izinkan saya menutup ucapan perbahasan saya berkongsi jako sempama atau perumpamaan, dalam bahasa Iban untuk sahabat-sahabat saya di sebelah sini dan di sebelah sana.
Baka merau kitai sama bekunsi bung, Baka bedagang, kitai sama bekunsi bandung, Duduk sama pemaruh, Berdiri sama peninggi, Berat sama kita ngangkat, Lempung sama kita nanggung, Mit sama berimbit, Besai sama mantai, Gawa sama bekunsi,
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Begulai sama seati. Secara ringkasnya, maksudnya Tan Sri Speaker. Tugas dan tanggungjawab sama kita kongsi, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, yang sedikit kita kongsi, yang banyak kita bagi. Sekian, Lubok Antu mohon menyokong.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Lubok Antu. Sekarang saya jemput Marang. Marang ada 15 minit sebagai Ketua Parti. Silakan.
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah hirobbil alamin wabihi nastain. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya ingin menarik perhatian Titah Baginda yang menegaskan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Ditafsirkan menjadi agama rasmi. Dalam masa yang sama, agama lain diberi hak kebebasan untuk menganut. Selaras dengan penegasan ajaran Islam, Islam menjadi prinsip adapun kebebasan beragama adalah konsep yang perlu diamalkan dalam kehidupan manusia.
Prinsipnya...
[Membaca sepotong hadis] Deen yang diterima oleh Allah ialah Islam, Prinsip kebebasan beragama...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Tidak ada paksaan dalam beragama.” Bagi merealisasikan Perlembagaan kita, menepati ajaran Islam, Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim dan seperti mana undang-undang dan syariat UKM tahun 77 mencadangkan supaya ditambah dalam Perlembagaan itu, “Mana-mana undang-undang peruntukan bercanggah dengan Islam hendaklah terbatal.” Almarhum Tun Salleh Abas mencadangkan supaya dipinda Jadual Kesembilan dengan dihadkan kuasa negeri melaksanakan syariat itu. Dipinda supaya negeri dibebaskan untuk melaksanakan syariat, supaya Islam benar-benar berdaulat dan Raja yang menjadi Ketua Agama- Raja yang berdaulat.
Islam menepati perkataan “ad-deen” dalam bahasa al-Quran. Satu ajaran yang sempurna, yang tidak boleh ditafsirkan oleh perkataan “religion” dalam bahasa Barat.
Tafsir bukanlah...
[Tidak jelas] Kerana kita telah merdeka lepas itu kita mentafsirkan sendiri.
Islam adalah sempurna. Allah s.w.t. menyatakan... [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Pada hari ini telah Aku sempurna kerana beri kamu agama kamu dan Aku cukupkan untuk kamu nikmat-Ku dan Aku redha Islam menjadi agama pada kamu”.
Firman Allah, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Masuklah kamu dalam Islam semuanya, jangan kamu ikut langkah-langkah syaitan, separuh-separuh sahaja. Syaitan itu musuh yang nyata yang boleh merosakkan kamu”.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Bila tak dilaksanakan dengan sempurna maka berlakulah masalah-masalah dalam kehidupan manusia. Bukan masalah moral, masalah politik, ekonomi pentadbiran, alam sekitar termasuk keamanan dunia. Maka, Islam mesti berdaulat. Jangan kita melaungkan perkataan daulat. Daulat Tuanku. Tuanku tak ada pula, ucapannya sahaja, cakapnya sahaja. Perkataan 'daulat’ itu merangkumi negara seluruhnya. Ketua Negara, Raja, Presiden, Perdana Menteri termasuklah penggubal undang-undang legislatif, ahli- ahli parlimen termasuklah jentera-jentera kerajaan termasuk rakyat, melibatkan semua...
[Membaca sepotong hadis] Agama itu nasihat...
[Membaca sepotong hadis] Kami bertanya untuk siapa. Sabdanya...
[Membaca sepotong hadis] “Nasihat itu hak kepada Allah, Rasul, kitab-kitab, para pemimpin, Raja-Raja dan rakyat seluruhnya diberi hak untuk menasihati antara satu sama lain”...
[Tidak jelas] Allah adalah mutlak Yang Maha Berkuasa, Maha Tinggi, Maha Suci daripada segala kekurangan.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Rasul dipilih oleh Allah dengan sifat maksum. Ini perkara yang sangat penting yang perlu dilaksanakan dalam istilah mendaulatkan negara mengikut undang-undang antarabangsa dan istilah politik. Iaitu melibatkan semua pihak, bukan melibatkan satu pihak sahaja. Nabi kita Muhammad SAW telah menunjukkan contoh dan teladan menegakkan negara dinamakan Madinah sehingga perkataan asal tempat Yathrib bertukar pada Madinah. Daripada perkataan inilah timbulnya perkataan “madani”. Yang kita sebut perkataan “madani”, tapi tak menepati apa yang diajar oleh Nabi. Sebut madani sahaja tak tepat dengan objektif yang Nabi laksanakan. Merangkumi segala aspek, melibatkan semua pihak, bukan sahaja pemimpin, rakyat dan termasuklah jentera kerajaan.
Satu contoh yang menarik yang perlu diberi perhatian. Cadangan menghapuskan atau pengurangan pencen pesara tidak wajar dibangkitkan dan tidak madani kerana perlu dinilai penjawat awam ini bukan daripada segi duit sahaja, ia jasa dan khidmat mereka.
Budi mereka kepada negara dan rakyat.
Nabi kita Muhamad SAW...
[Tepuk] Telah menetapkan imbuhan disebut “atho.” Pada zaman Nabi dan Abu Bakar disebut...
[Berucap dalam bahasa Arab] Iaitulah imbuhan yang sama. Tak ada gred, tak ada kelas, sama. Ketua jabatan, jaga sama sahaja.
Zaman Umar bin al-Khattab diubah pentadbiran kerana masyarakat sudah besar, negara sudah besar pada masa itu, sudah luas. Disebut dengan tak’simulatha’- mengikut gred dan kedudukan, gaji dan termasuklah juga persaraan. Termasuklah isteri-isteri bila suami meninggal diberi peruntukan kerana yang dinilai ialah budi dan jasanya. Orang Melayu sebut dalam pantun– *Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga....
[Tepuk]* Allah SWT Tuhan Yang Maha Berkuasa memberi pahala kepada orang yang berkhidmat dan jasanya yang berpanjangan walaupun dia sudah meninggal dunia.
Dianggap sebagai amal jariah contohnya yang mengurus membina jalan raya, membina bangunan, membina hospital dan sebagainya. Bukan sahaja membina masjid dalam Islam. Walaupun dia telah meninggal dunia, faedahnya lebih manfaat daripada manusia, maka dapat pahala. Tuhan tak potong pahala...
[Tepuk] Maka Nabi yang mengambil iktibar ini dengan mengadakan pencen kepada pesara-pesara termasuklah setelah mereka meninggal dunia kepada keluarga mereka. Ini patut kita jadikan iktibar yang sangat menarik.
Islam telah berjaya mewujudkan perpaduan rakyat, masyarakat majmuk yang ditekan oleh Baginda dalam Titahnya, di mana Islam telah berjaya memerintah sebuah negara yang besar, mungkin kaluh ratus kali ganda dari Malaysia ini. Wilayahnya daripada Nusantara sehingga sampai ke Barat, sehingga selatan Eropah, Asia Tengah, sempadan negara China, masyarakat majmuk berbagai-bagai bangsa dan agama, berbagai-bagai budaya dapat disatukan dengan Islam. Dengan persaudaraan disebut oleh Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Berpegang kamu semua kepada tali Allah, jangan berpecah belah antara satu sama lain.” Islam telah berjaya menjinakkan masyarakat Arab yang suka berperang antara satu sama lain. Jadi adat tapi berperang, dapat dihentikan mereka bersatu. Negara Madinah mewujudkan piagam dikenali dalam Perlembagaan Madinah melibatkan orang Islam Muhajirin dan Ansar, melibatkan orang Yahudi dan Kristian- bukan Islam, ahli kitab, melibatkan penganut agama Majusi, melibatkan penganut musyrikin yang masih menyembah berhala, yang berdamai dan tidak ekstrem, diterima menjadi rakyat.
Di mana perpaduan itu ditekan daripada konsep- adil untuk semua. Adil untuk semua...
[Membaca sepotong hadis] “Janganlah sebab kamu bermusuh dengan sesuatu kaum, kamu tak berlaku adil, termasuk bermusuh di medan perang.” Berperang dengan
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
musuh mesti adil dengan musuh. Tak boleh zalim, tak boleh melampau, tak boleh bunuh tawanan, tak boleh musnahkan harta-harta awam untuk orang ramai. Yang terlibat dengan ketenteraan sahaja ini adil dalam peperangan, apa lagi terhadap rakyat termasuklah yang bukan Islam...
[Tepuk] Ini konsep yang diajar di Islam yang disebut dalam Perlembagaan Madinah. Ini mewujudkan suatu keadaan. Adil ini mestilah berpacak daripada pemimpin. Islam memerintah memilih pemimpin yang dirinya adil. Diri pemimpin itu adil terhadap diri dia sendiri. Disebut tidak faset, tidak bohong, tidak menipu, tidak mungkir janji, tidak khianat.
Pemimpin tu mesti adil tak melakukan dosa besar dan tak jadi adat berterusan melakukan dosa kecil. Ini istilah adil dalam Islam. Yang kena adil terhadap semua ini dilakukan termasuk terhadap musuh kita.
Apa yang berlaku hari ini kita melihat bagaimana nasib negara Malaysia Timur dan Pantai Timur. Sejak Zaman Penjajah, Malaysia Timur, Pantai Timur ketinggalan.
Pembangunan infrastruktur diutamakan negeri Pantai Barat. Kita dah Merdeka setengah abad lebih, tapi Malaysia Timur masih ketinggalan. Pantai Timur pula dia nak pi ke royalti petroleum Terengganu, Kelantan. Negeri lain bagi royalti petroleum...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Marang, minta laluan.
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini adalah perjanjian.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Marang. Terima kasih Yang di-Pertua. Berkaitan dengan konsep ataupun definisi “madani”. Apa yang dibawa oleh kerajaan hari ini nampaknya berbeza dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
Setuju tak Marang bahawa, kerajaan hari ini umpama burung tiung yang tahu bercakap, tak faham apa yang dicakapkan?...
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya. Saya minta masukkan dalam ucapan saya...
[Tepuk] [Ketawa] Memang bila tuan dia bercakap, diikut apa yang tuan dia cakap. Apa makna tak tahu. Ini burung tiung, burung kakak tua.
Walaupun kakak tua, tetapi tak faham apa yang dia cakap...
[Tepuk] [Ketawa] Kita tak mahu bila orang nombor 1 cakap “MADANI”, habis kata MADANI, salam MADANI, apa MADANI tak tahu. Ini kita kena sedar termasuklah- adil itu kepada Ahli-ahli Parlimen, negeri-negeri semuanya. Bila lepas pilihan raya, tak kira siapa sokong kerajaan, Pembangkang kah, mesti diberi peruntukan. Ini makna adil...
[Tepuk] Kerana bila kita pungut cukai, pungut daripada semua. Cukai pakaian kita pakai. Cukai makanan yang kita makan. Kastam tak tanya, pakaian nak bagi siapa, Kerajaan kah pembangkang? Diambil cukai, hasil diambil semua. Bila diagih, dibeza-bezakan. Ini tak adil.
Ini- benda yang terlalu prinsipal, yang jelas. Hilangkan perkara yang tak molek ini baru lah kita mewujudkan negara yang dipercayai oleh luar negara. Sekarang ini saya dengar banyak lah kenyataan-kenyataan pelabur-pelabur hendak datang ke negeri kita.
Kenyataan sahaja. Banyak pelabur-pelabur hendak datang, tetapi tak datang-datang. Ini masalahnya. Tak datang. Praktikalnya, tak adil. Ini yang berlaku.
Negara kita masih diiktiraf dalam negara yang sedang membangun. Tak bangun- bangun. Sepatutnya jadi negara maju. Ini bukan kerana apa, Tuhan beri negeri kita ini terlalu banyak hasil. Nadir bumi lah, hasil pertanian, hasil galian, termasuklah tenaga manusia. Tenaga manusia pun kita ada. Pakar-pakar pun kita ada tetapi kerana tak diurus dengan baik, tak memberi apa-apa makna dan faedah. Ini masalah yang kita hadapi, yang kita pikul tanggungjawab ini.
Kita kena sedar, Islam telah berjaya menarik orang lain berminat dengan Islam.
Bila dilaksanakan, orang minat. Apa yang berlaku di Palestin apabila Gerakan Islam Hamas di Palestin, Hizbullah di Lubnan, Ansarullah di Yaman menghadapi musuh berperang dengan adab Islam. Tak melampau. Menumpukan pada sasaran-sasaran tentera sahaja. Ini yang adil dalam Islam. Tak boleh membunuh orang tua, tak boleh bunuh kanak-kanak, tak boleh bunuh pesakit di hospital.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Israel hentam orang awam, bunuh orang tua, bunuh kanak-kanak, hentam semua, menyebabkan mereka mendapat simpati masyarakat antarabangsa termasuk di negara Barat sehingga demonstrasi ratusan ribu di Amerika, di Eropah mengutuk Israel. Ini berlaku.
Kita saksikan bagaimana melampaunya Israel ini sehingga tidak menghormati resolusi PBB...
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik Marang. Masa Marang 15 minit dah habis. Untuk berlaku adil, saya bagi tiga minit lagi.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya. Tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Tambahan ya.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Untuk berlaku adil. Baik, silakan. Kita tambah situ.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kita menyaksikan, Israel tak menghormati keputusan Mahkamah Antarabangsa. Malangnya Afrika Selatan yang bawa kes ke Mahkamah Antarabangsa. Bukan Malaysia. Sepatutnya Malaysia lah negara Islam ini bawa ke Mahkamah Antarabangsa...
[Tepuk] Ini mengapa Afrika Selatan sebab negara bukan Islam? Ada simpati bawa ke Mahkamah Antarabangsa. Bila Mahkamah Antarabangsa buat keputusan, Israel tak peduli pun keputusan ini. Tak hormat keputusan mahkamah.
Bila Algeria, sebuah negara yang menarik bawa usul di Majlis Keselamatan- gencatan senjata, lulus dengan suara majoriti yang besar. Amerika gunakan kuasa veto, berpihak pada Israel. Ini bermuka-muka. Maka, apa yang disebut ialah two-state solution. Penyelesaian dua-negara didukung oleh Amerika adalah menipu. Israel tak terima penyelesaian dua-negara ini kerana perjuangan bangsa Yahudi ialah perjuangan untuk membesarkan negara itu sampai ke Madinah, sampai ke Mekah, sampai Sungai Nil dan Sungai Tigris di Iraq. Negara impian mereka kononnya nak kembalikan negara Nabi Sulaiman a.s. Sulaiman ikut agama, Yahudi tak ikut agama. Sulaiman memerintah masyarakat majmuk. Yahudi menganggap kaum lain adalah bangsa binatang- goyim. Bangsa manusia, Yahudi sahaja. Manusia lain ini yang bukan bangsa Yahudi adalah goyim. Sesuai dengan Teori Darwin yang membawa Teori Evolusi Manusia daripada binatang. Darwin ini Yahudi. Kita ikut dia. Ini teori dia bawa. Ini semua menjadikan sepatutnya Israel ini tak layak menjadi anggota PBB. Pecat daripada PBB. Itu lebih baik...
[Tepuk] So, dia nya kena pulau dia. Saya rasa itulah ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Assalamualaikum.
[Tepuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Marang. Saya jemput Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Bandar Kuching untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Tuanku di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih dan berterima kasih atas keprihatinan dan keutamaan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap keperluan dan keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia tak kira kaum, agama, mahupun umur.
Oleh itu, saya ingin membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua terhadap satu isu yang sangat penting dan yang mempunyai beberapa implikasi dan cabaran yang memerlukan perancangan dan penyesuaian yang komprehensif merentasi pelbagai sektor dan kementerian iaitu peralihan demografi Malaysia menjadi satu masyarakat menua. Menjelang 2030, Malaysia dijangka secara rasmi menjadi negara yang semakin
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
tua dengan populasi warga emas diunjurkan meningkat secara drastik kepada 5.3 juta atau hampir 15 peratus daripada jumlah populasi negara akan berumur 60 tahun ke atas.
Pada 2040, satu daripada lima rakyat Malaysia akan diunjurkan berumur 60 tahun ke atas. Selain itu, kajian juga menunjukkan 23 peratus ataupun 538,000 individu daripada 20.4 juta warga emas negara ini mengalami Sindrom Sarang Kosong atau Empty Nest Syndrome kerana mereka sendiri jauh daripada anak-anak mereka. Kesunyian atau loneliness, dengan izin, dan kemurungan ini mungkin akan menjejaskan kesihatan mereka dan ini akan mengehadkan peranan mereka sebagai ahli masyarakat yang sihat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, jika ini tidak ditangani dengan baik, ia akan memberikan kesan kepada landskap ekonomi, produktiviti negara, sosial dan juga penjagaan kesihatan. Jadi, pendekatan Malaysia untuk menguruskan masyarakat yang semakin menua ini haruslah holistik dan menyeluruh. Menyasarkan pelbagai aspek kehidupan untuk memastikan penduduk warga emas disokong, dilibatkan dan juga dihargai. Jadi, untuk meneruskan isu ini secara holistik, izinkan saya menyentuh beberapa aspek dalam isu ini.
Pertama, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan. Malaysia haruslah meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk warga emas termasuk akses kepada penjagaan perubatan mampu milik, rawatan khusus, mengembangkan spesialisasi geriatrik untuk isu kesihatan berkaitan usia dan program kesihatan pencegahan. Kita tahu di Malaysia, bukan sahaja masyarakat semakin tua tetapi lebih membimbangkan lagi beban NCD adalah sangat tinggi.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang perkembangan kajian health financing dalam Kertas Putih Kesihatan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menampung kos perubatan yang semakin tinggi kerana beban kewangan kesihatan disebabkan masyarakat menua ini memang akan meningkat. Jika tak ada sumber alternatif, ia memang tidak cukup dan ini akan menjejaskan kualiti penyampaian kesihatan kepada mereka termasuk golongan pesara.
Saya ingin memberikan satu contoh. Saya baru balik dari Jepun, Tuan Yang di- Pertua. Di Jepun, mereka ada satu sistem Insurans Penjagaan Jangka Panjang (LTCI) yang telah diperkenalkan pada tahun 2000. Sistem LTCI ini merupakan asas pendekatan Jepun terhadap penjagaan warga emas. Pelbagai perkhidmatan dilindungi di bawah LTCI termasuk penjagaan di rumah, bantuan rumah, perkhidmatan jururawat melawat, perkhidmatan berasaskan komuniti, khidmat harian, penginapan singkat dan penjagaan kemudahan rumah, penjagaan khas untuk orang tua, kemudahan penjagaan perubatan jenis sanatorium dan sebagainya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
LTCI ini meliputi semua penduduk berumur 65 tahun ke atas yang memerlukan sokongan atau penjagaan kejururawatan. Mereka yang berumur 40 hingga 64 tahun juga layak jika mereka menghidapi penyakit berkaitan usia seperti Alzheimer dan keadaan tertentu yang biasanya memberi kesan kepada dewasa yang lebih tua. Jadi, LTCI ini dibiayai melalui gabungan premium insurans dan juga cukai daripada kerajaan sama ada Pusat ataupun negeri. Ini bukan sahaja bantuan daripada segi kesihatan fizikal tetapi mental. Seperti yang dikatakan tadi kemurungan dan emptiness syndrome adalah satu isu yang dihadapi oleh banyak warga emas. Malah di Jepun mereka ada satu kementerian atau menteri yang spesifik untuk bab ini iaitu Minister of Loneliness, dengan izin.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua mungkin satu sistem seperti ini dapat dikaji dan diadaptasikan untuk keperluan kita, Malaysia. Saya tahu salah satu model pembiayaan kesihatan adalah social health insurance yang telah dikaji. Mungkin kita dapat mulakan dengan golongan menua ini seperti LTCI yang ada di Jepun supaya beban kewangan kesihatan dapat dikawal dan mereka mendapat penjagaan yang terbaik. Sebenarnya kita tidak perlu reinvent the wheel, dengan izin. PERKESO sudah ada satu sistem dan mekanisme yang boleh menampung keperluan ini. Mungkin kita cuma perlukan satu hala tuju dasar, mungkin polish sedikit, dengan izin dan political will untuk melakukannya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Isu yang kedua, keselamatan kewangan atau social security yang sangat penting untuk memastikan penduduk warga emas mempunyai akses kepada sumber kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat, sangat, sangat bimbang. Malaysia akan menghadapi krisis persaraan memandangkan hampir 40...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bandar Kuching saya mohon, mohon sikit laluan bagi Kubang Kerian.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya tak ada...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya nak menyokong cadangan LTCI tadi. Saya melihat bahawa ini satu cadangan yang sangat baguslah dibuat di Jepun dan kalau boleh kita dicadangkan tadi ialah secara automatik anggota perkhidmatan awam yang pencen, dia dilindungi oleh perlindungan insurans daripada pencen dia. Bermakna kita buat sistem secara automatik, semua penjawat awam yang pencen dapat perlindungan tersebut. Minta pandangan, cadangan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Memang kita sokong tapi mengikut sistem di Jepun bukan sahaja automatik, ada sumbangan daripada pencen, ada sumbangan daripada sendiri. Mereka juga kena bayar sedikit premium untuk sistem insurans tersebut. Saya menyokong dan kita tahu betapa pentingnya isu ini.
Kedua, kita akan menghadapi krisis persaraan. Hanya empat peratus rakyat Malaysia mampu bersara mengikut pengiraan KWSP. Peningkatan perbelanjaan hidup dalam dunia ini dan pengeluaran sebahagian besar simpanan mereka dari KWSP semasa wabak menyebabkan beberapa ahli mengalami kemiskinan walaupun mereka sebenarnya belum bersara. Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk menangani isu ini? Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula pemberian dan sumbangan dari kedua-dua majikan mahupun pekerja untuk memastikan simpanan yang lebih tinggi apabila bersara.
Contohnya sistem pencen telah direformasikan dan ditukar ke KWSP. Saya menyokong pembaharuan ini walaupun ia betapa pahitnya dan tapi ia perlu dilakukan, tetapi adakah kerajaan nak menimbangkan, menambahkan pemberian? Mungkin contohnya dua peratus kepada KWSP. Contohnya kepada penjawat awam dahulu sebelum menyediakan satu framework untuk memperluaskan kepada pekerja lain.
Saya nak bertanya, apakah implikasi kewangan untuk pertambahan ini berbanding dengan sistem pencen yang sedia ada? Walaupun polisi yang ini ada kebaikan, saya rasa ini kena dibincangkan secara menyeluruh kepada semua pemegang taruh termasuk majikan. Jika boleh ia haruslah di implementasi jika keadaan ekonomi lebih kondusif bagi semua pihak.
Ketiga, keterangkuman sosial dan penuaan aktif. Usaha untuk mencegah pengasingan sosial dan menggalakkan penyertaan aktif dalam masyarakat adalah penting. Ini termasuk mewujudkan persekitaran mesra umur, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memudahkan penglibatan komuniti dalam kalangan warga tua. Sektor kerajaan dan swasta...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kuching, Sik mohon sikit mencelah berkaitan...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya tak ada masa. Minta maaf, saya tak ada masa...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh sikit?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
...Banyak lagi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Berkaitan perubatan warga emas ini.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Minta maaf, saya banyak- nanti kalau ada masa saya bagi. Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi, memang kita melihat banyak pihak swasta dan kerajaan menyediakan keperluan seperti perkampungan persaraan, pusat penjagaan warga emas, rumah penjagaan. Malah trend di pihak swasta, mereka banyak agresif menyediakan perkhidmatan seperti ini tetapi tumpuan mereka lebih kepada T20 dan juga M40 walaupun hakikatnya penuaan mempengaruhi semua lapisan masyarakat. Jadi, saya rasa kerajaan haruslah menggalakkan pemaju hartanah bukan sahaja menceburi sektor ini tapi juga untuk memenuhi keperluan semua rakyat, M40, B40 juga. Mungkin sudah tiba masanya untuk pemaju dan pihak swasta memainkan peranan yang lebih banyak dalam membantu membentuk pelan holistik kerajaan untuk negara kita yang semakin menua.
Selain itu, saya bercadang mungkin kita boleh mempertimbangkan untuk kerajaan mewujudkan satu polisi untuk menggalakkan kewujudan pusat penjagaan orang tua oleh pihak awam atau swasta seperti polisi penjagaan kanak-kanak kerana kita tahu semakin banyak pekerja terutamanya wanita terpaksa berhenti bekerja untuk menjaga orang tua mereka. Dengan adanya polisi ini, wanita atau mana-mana yang dapat kembali bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara kita.
Keempat, sokongan untuk penjaga keluarga. Saya tak akan bercakap panjang.
Kelima, pendidikan dan pekerjaan. Untuk menyesuaikan sektor pendidikan dan pasaran pekerjaan, untuk menampung keperluan dan sumbangan warga emas haruslah jadi keutamaan. Ini termasuk menilai semua strategi penciptaan pekerjaan dan pendidikan untuk memastikan ia merangkumi semua peringkat umur dan mempromosikan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pelancongan yang dapat memanfaatkan daripada penyertaan warga emas.
Keenam, dasar dan perundangan. Malaysia juga haruslah menyesuaikan dasar dan perundangan untuk lebih memenuhi keperluan penduduk yang semakin tua. Pelan strategik dan belanjawan haruslah diselaraskan untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan program untuk menangani penjagaan kesihatan, sumbangan sosial dan penuaan aktif. Contohnya di Jepun, baru-baru ini sahaja belanjawan yang mereka bentangkan minggu lalu, hampir satu per tiga daripada belanjawan fokus kepada masyarakat menua sama ada social security, menggalakkan lebih banyak kadar kelahiran, perkahwinan dan lain-lain.
Oleh itu saya ingin mencadangkan satu pelan strategik yang lebih komprehensif dibuat oleh satu task force yang khusus untuk dasar pembangunan warga emas ini. Saya tahu biasanya ini dikendalikan bawah Kementerian Wanita dan Menteri ada di sini untuk mendengar perbahasan ini. Namun saya rasa satu pendekatan yang lebih komprehensif merentasi kementerian dan agensi, kolaboratif antara kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, masyarakat sivil dan sebagainya amatlah diperlukan. Mungkin kita boleh buat satu lagi langkah yang lebih proaktif, mewujudkan satu kementerian yang khusus untuk penjagaan warga emas, memberikan fokus dan perwakilan keterlibatan dalam isu yang sangat penting ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu lagi isu, dengan izin. Saya telah bercakap panjang tentang warga emas. Saya rasa ingin menyentuh sedikit tentang bayi dan isu pembuangan bayi secara khusus. Baharu semalam satu kes pembuangan bayi berlaku di Subang Jaya. Bayi itu hampir kira-kira satu bulan. Saya tahu ini bukan satu isolated event dan ini satu isu yang sangat membimbangkan. Kejadian ini sedang disiasat oleh pihak polis di bawah seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman sehingga tujuh tahun.
Memang kita nak menghindari perkara ini daripada berlaku dan hukuman berat sering dilihat sebagai satu deterrent, tetapi Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya nak bawa satu perspektif lain dalam kes ini. Kalau kita menggunakan prinsip yang hampir sama dengan reformasi cubaan bunuh diri yang kita buat, kita lihat bagaimana hukuman berat tidak membantu. Malah, kes tetap tinggi dan kita tidak menyentuh isu pokok di mana mereka sebenarnya perlukan sokongan psikologi atau sokongan yang lain.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi, saya bersetuju dengan rakan seperjuangan saya, ADUN Subang Jaya, YB Michelle Ng di mana kita haruslah melihat isu ini dengan kaedah yang lebih ihsan, belas kasihan dalam isu ini. Terdapat banyak faktor apabila kita mempertimbangkan kesalahan seorang apabila memilih untuk membuang bayi. Saya nak sentuh tiga sahaja dan saya akan rumuskan.
Nombor satu, kadangkala kita lihat tempat di mana bayi tersebut diletakkan. Kita mungkin mengatakan terdapat bezanya jika bayi itu ditinggalkan dalam tong sampah atau kita letak bayi di depan pintu kedai. Yang terakhir itu menunjukkan ada niat untuk bayi itu ditemui sedangkan- ditemui. Adakah adil jika mereka dihukum dikatakan nak membahayakan atau membunuh bayi tersebut. Nombor dua, apa yang ditinggalkan bersama bayi tersebut. Sesetengah ibu bapa meninggalkan bayi dengan sesuatu untuk menunjukkan tahap penjagaan terhadap bayi tersebut.
Dalam kes Subang Jaya tersebut, ibu bapa tidak banyak meninggalkan barang- barang. Cuma satu baju dewasa, tudung, sepasang sarung tangan dan stoking. Ini sebenarnya memberitahu saya bahawa nombor satu, mereka bukan datang dari keluarga yang berada malah mungkin mereka cuba sedaya upaya, itu sahaja yang mereka dapat bagi kepada bayi tersebut. Adakah ini bermaksud mereka tidak peduli? Adakah ini bermaksud sebenarnya mereka perlukan bantuan kerana mereka tidak berkemampuan?
Isu nombor tiga, umur bayi. Mungkin ada bezanya jika kita lihat jika bayi dibuang sejurus selepas dilahirkan ataupun dibuang sebulan ataupun masa yang lebih lama selepas itu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Dalam kes ini, hampir sebulan. Adakah mungkin ibu bapa telah mencuba sedaya upaya mereka tetapi mereka merasa adalah lebih baik bayi mereka dijaga oleh orang lain.
Tetapi mungkin masa itu mereka melalui stress, melalui apa yang dikatakan postpartum depression ataupun postpartum blues yang dikaji oleh John Hopkins hampir 85 peratus daripada ibu muda mengalami. Adakah mereka rasa mereka meninggalkan bayi tersebut?
Jadi, kalau kita menggariskan semua pertimbangan ini, adakah adil jika kita terus menghukum jika ibu bapa telah meninggalkan anak tapi mereka melihat, tahu hukuman yang sedia ada, mereka tak berani berpatah balik, apabila mereka menyesal.
Tuan Yang di-Pertua
YB, terus landing, YB.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, saya akan landing. Jadi saya rasa kita harus lihat perkara ini dengan lebih terperinci, dengan lebih ihsan. Jadi kita tahu banyak faktor yang mengakibatkan kejadian tersebut. Jadi, saya tahu niat baik di sebalik undang-undang yang sedia ada. Tapi mungkin kita dapat mengkaji semula. Jadi, saya mungkin menggesa, jika boleh satu moratorium ke atas seksyen 317, sementara kerajaan meneroka pembangunan sistem yang lebih belas kasihan, ihsan untuk menangani kerumitan di sebalik pembuangan bayi dan mengutamakan sokongan dan pemulihan bagi mereka yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, my last sentence. Saya nak tanya Kementerian Kesihatan.
Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan tentang prevalence of Enterovirus-Echovirus 11 (E11) di NICU seluruh negara yang menyebabkan early onset neonatal sepsis and hepatic impairment. Jika ini berlaku di negara kita seperti di Perancis, Croatia, Italy, UK dan sebagainya. Jika ada, apakah prevalence, berapakah infant mortality disebabkan Enterovirus tersebut, langkah-langkah kerajaan untuk membendung wabak tersebut? Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua.
Menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
Saya mulakan dengan Sabda Nabi SAW.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “*Wahai manusia. Hendaklah kamu berjaga-jaga di dalam melampau dalam perkara agama.
Sesungguhnya orang yang binasa sebelum daripada kamu ialah orang yang melampau di dalam agama*”. Islam mengajar penganutnya bersederhana di dalam amalan dan menghalang keras sifat melampau.
Sifat melampau bukan ajaran Islam. Banyak hadis-hadis Nabi SAW menjadi panduan kepada kita. Jangan melampau dalam semua urusan. Dalam ibadah, dalam ekonomi, dalam mencari makan, dalam berpolitik, dalam pergaulan, bekerja. Dalam erti kata lain, semua perkara kita tidak boleh melampau. Dalam satu riwayat yang lain Nabi SAW telah memperingatkan dengan tiga kali ulangannya.
[Membaca sepotong Hadis] halaqal mutanatiun, halaqal mutanatiun, halaqal mutanatiun. Musnahlah golongan yang melampau. Menurut Iman Nawawi ketika menafsirkan maksud yang terlalu teliti, maksud dia ialah melampau ini, yang terlalu teliti. Melampau dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan perbuatan mereka.
Selain itu juga Islam melarang umatnya terlalu longgar di dalam semua perkara, yang bersifat tasahul, yang tidak ada batasan halal atau haram, yang tidak ada larangan ataupun suruhan. Allah SWT juga berfirman dalam ayat al an’am, ayat 108, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampau batas dengan ketiadaan pengetahuan”. Inilah kita dapat lihat.
Sebab itu Islam mengambil sikap melarang penganutnya menghina sembahan agama lain. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, nanti penganut agama lain pula akan menghina agama kita, Islam sendiri. Ini Islam telah mengajar perkara tersebut. Nabi juga SAW telah berpesan. Dalam soal agama ini nabi kata [Membaca sepotong Hadis] “Mudahkanlah dan jangan kamu payah, gembirakanlah, dekatkanlah mereka dan jangan meliarkan mereka.” Sifat melampau ini bukan sahaja hanya ada kepada mereka yang beragama Islam sahaja, yang memahami Islam dengan tidak betul. Hatta ada juga pelampau agama lain daripada Islam, tragedi tembakan rambang di Christchurch, New Zealand ketika ahli jemaah nak menunaikan solat Jumaat yang mengorbankan 40 orang ahli jemaah pada 15 Mac 2019. Ini juga merupakan ajaran yang saya yakin, ianya bukan daripada mana-mana ajaran selain daripada Islam.
Tan Sri Yang di-Pertua, menurut Dr. Muhammad Imarah, saya nak menyebutkan tentang Khawarij. Kadang-kadang orang bercakap tentang Khawarij, Khawarij ini, siapa dia. Dr. Muhammad Imarah, kumpulan Khawarij ini pada awalnya menurut kebanyakan daripada kalangan mereka itu golongan al-Qurra yang majoritinya terdiri daripada golongan Arab Badwi yang tidak memahami selok-belok percaturan politik.
Mereka juga tidak mampu untuk menerima hakikat apabila kaum Quraisy mengambil alih kepimpinan dan memiliki keistimewaan tertentu setelah Islam menyamaratakan antara kaum Muslimin. Golongan al-Qurra berperanan besar sehingga tercetusnya pemberontakan terhadap Saidina Othman Ibn Affan, terutama ketika timbulnya isu yang melibatkan kaum kerabat Bani Umaiyah pada enam tahun kedua pemerintahan Uthman. Selepas pembunuhan Uthman, golongan al-Qurra ini menjadi kumpulan teramai yang menyokong Saidina Ali dalam memerangi penentang-penentang Ali. Sebagaimana setelah Perang Siffin dan Peristiwa Tahkim antara Ali dan Muawiyah, golongan ini telah keluar dari golongan kumpulan Ali kerana tidak bersetuju dengan tindakan Ali untuk menerima Tahkim.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Kumpulan ini kemudian dikenali sebagai gelaran Khawarij. Kata-kata terkenal dilaungkan oleh puak Khawarij ketika menolak Tahkim antara Ali dan Muawiyah adalah kedua-dua pengadil itu telah kafir. Tidak ada pengadilan melainkan bagi Allah. Peristiwa Tahkim adalah titik mula kemunculan golongan Khawarij.
Daripada peristiwa ini akhirnya telah berubah menjadi satu kefahaman teologi yang melibatkan kedudukan pelaku dosa besar. Bagi golongan Khawarij, mereka berpandangan pelaku dosa besar adalah kafir dan terkeluar daripada ajaran Islam. Ianya berbeza dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah. Maka sebab itu, apabila orang bicara tentang Khawarij, maka kita tanya pula siapa pula hari ini Saidina Ali.
Isu beras tempatan, beras adalah makanan ruji. Rakyat kita setiap hari makan nasi untuk mengisi perut mereka. Namun apa yang menyedihkan, rakyat pada hari ini sukar untuk membeli beras tempatan di pasar ataupun di kedai-kedai. Selalu saya sebut Bagan Serai merupakan salah satu daripada jelapang padi negara kita. Malangnya, di Bagan Serai tidak ada beras tempatan. Yang adanya ialah beras import. Ini pelik, yang sedikit ada, iaitu import. Tiba-tiba yang banyak itu tidak ada. Maka sebab itu, kita mengharapkan supaya pihak yang bertanggungjawab, pihak berkuasa, ada orang kata, pasai pa YB tidak bertindak untuk pergi ikut kilang? Tak boleh, itu bukan kuasa saya.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Saya harapkan pihak berkuasa boleh tengok bagaimana kilang-kilang ataupun padi-padi yang dibawa, dijual di kilang itu, ke mana beras itu dijual? Fasal beras tempatan tak ada, yang ada beras import. Beras import sedikit sahaja, lebih kurang 39 percent manakala selebihnya ialah beras tempatan.
Tiba-tiba beras yang sedikit import itu ada, beras tempatan tidak ada. Ini yang disebut sebagai pelik bin ajaib. Ular lidi telan ular sawa. Tiba-tiba kita dengar isytiharkan pula oleh Bukit Gantang mengenai beras MADANI, RM30 untuk 10 kilogram yang dahulunya RM26. Kononnya sebagai mekanisme membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.
Bukit Gantang ini hanya Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), selepas itu terpaksa Kota Raja yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan belum menyatakan bahawasanya kementerian belum menetapkan ketetapan terhadap gred beras putih yang akan dikenali sebagai beras putih Malaysia MADANI. Sebarang pengumuman atau ketetapan yang hendak dibuat hendaklah berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 195 4 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri. Tiba-tiba orang panggil Bukit Gantang laju lebih daripada lajak.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi mengatasi isu berkenaan dan mengelakkan pesawah tidak selera dengan menanam padi, kerajaan perlu mengambil langkah.
Langkah tersebut yang pertama, kerajaan perlu meningkatkan pengeluaran variety berhasil tinggi, tahan kemarau, tahan banjir, tahan serangan penyakit dan perosak.
Yang Kedua, kerajaan mestilah mengawal penggunaan racun yang telah diharamkan bagi mengelak perosak dan penyakit menjadi resistant.
Ketiga, agensi kerajaan perlu memastikan penggunaan racun mengikut dos yang ditetapkan dan menggilirkan penggunaannya.
Keempat, kerajaan melalui bajet tahunan perlu meningkatkan nilai subsidi racun kepada RM40 semusim dan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang lain.
Kelima, kerajaan mesti memperkukuhkan peranan pertubuhan peladang dengan membekalkan baja, racun, jentera, mesin padi untuk memerangi kartel yang menindas para petani.
Keenam, penggunaan teknologi dan sistem pertanian pintar seperti penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) amat popular pada ketika ini. Satu daripada kelebihan AI ialah kemampuannya memberi
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
analisis data mendalam berasaskan cuaca, keadaan tanah malah kadar kelembapan.
Berdasarkan kemampuan itu AI menawarkan cadangan lebih baik berhubung masa penanaman, penggunaan baja dan pengairan yang betul sekali gus mampu meningkatkan pengeluaran.
Ketujuh, bagi memenuhi permintaan ini, industri pertanian beralih menggunakan teknologi internet of things, internet kebendaan iaitu IoT demi produktiviti dan kecekapan lebih baik. Melalui kaedah pertanian pintar, petani tidak perlu lagi turun ke lapangan bagi menabur baja, melakukan siraman dan sebagainya, sebaliknya mereka boleh berbuat demikian.
Tan Sri Yang di-Pertua, tanggungjawab untuk martabatkan perundangan syariah adalah tanggungjawab semua pihak. Bukan semata-mata tanggungjawab diletakkan pada bahu kerajaan negeri sahaja. Saya meneliti jawapan Timbalan Menteri Agama pada 27 Februari 2024 berkenaan dengan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI 2023-2027 dengan teras ketiga, kemuliaan syariah dan memfokuskan usaha untuk martabatkan perundangan dan kehakiman Islam. Sedikit lagi, Tan Sri.
Saya mendapati bahawa antara langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian adalah melalui pindaan dan penggubalan undang-undang syariah dengan memastikan setiap peruntukan yang dicadang dan digubal sentiasa selaras dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan. Justeru persoalan saya, apakah perincian langkah kerajaan dalam menyeragamkan undang-undang syariah antara negeri mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan?
Seterusnya, jawapan Timbalan Menteri menyatakan bahawa peruntukan dalam Akta Enakmen Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah dan berperlembagaan dan boleh dikuat kuasa selagi keperlembagaan peruntukan-peruntukan tersebut tidak dicabar dan tidak diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan. Pandangan saya, adakah kita mahu tunggu sahaja ia cabar? Kita tidak boleh menunggu sahaja enakmen setiap negeri cabar satu persatu. Langkah proaktif perlu diambil terlebih dahulu.
Persoalan saya, jika undang-undang syariah di negeri ini dicabar secara satu- persatu di setiap negeri, apakah tindakan responsif yang bakal dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang perkara ini jika berlaku? Cadangan yang terbaik malah dicadangkan juga oleh pakar-pakar perundangan Malaysia adalah dengan cara meminda Perlembagaan Persekutuan.
Kajian pemindaan Perlembagaan ini pula menjurus kepada pemindaan Perlembagaan yang dapat memberikan kuasa gubalan kepada negeri ke atas apa sahaja kesalahan perintah agama yang boleh diterima pakai. Saya yakin dan percaya inilah langkah yang terbaik dalam mengharmonikan kuasa negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pada kesempatan ini, patik dan seluruh warga Pekan ingin merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di atas pemasyhuran Baginda Tuanku selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII.
Patik juga ingin merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj. Sesungguhnya rakyat jelata menjadi saksi, Tuanku berdua telah memayungi rakyat dengan penuh kasih sayang, prihatin, adil dan bijaksana sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan dirgahayu Tuanku.
Pertama-tamanya saya ingin menyentuh tentang Skim Perubatan MADANI yang telah dilancarkan pada 15 Jun 2023. Dalam tempoh lapan bulan dilaksanakan kira-kira 2,500 klinik swasta yang melaksanakan program ini. Matlamat utama program ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan mempercepatkan rawatan untuk rakyat yang menerimanya.
Setakat Disember 2023, lebih kurang satu juta pesakit telah mendapat rawatan membabitkan kos sebanyak RM62.5 juta manakala bagi tahun 2024 peruntukan untuk tujuan ini adalah sebanyak RM100 juta. Baru-baru ini pada 27 Februari 2024, pihak kerajaan telah mengumumkan pembatalan skim ini serta-merta kecuali skim ini hanya dilaksanakan di sepuluh kawasan fokus terpilih iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang, Johor Bahru, Kinta, Timur Laut Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.
Apakah isu dan masalah sebenarnya yang mengakibatkan kerajaan tidak meneruskan program ini secara menyeluruh bagi seluruh negara?
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Adakah kerajaan mempunyai cadangan semula untuk meneruskan skim ini?
Kerana ini adalah suatu perkara yang penting untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Mohon pencerahan semoga program yang murni ini dapat diteruskan demi kepentingan rakyat.
Keduanya, saya ingin menyentuh tentang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0, negara kita memerlukan lebih banyak tenaga kerja yang boleh menguasai perubahan teknologi dan kemahiran yang berterusan. Bagi melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi untuk mencapai sasaran 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030 seperti yang digariskan di dalam RMKe-12. Sehingga Julai 2023, sebanyak 28 peratus sasaran telah dicapai. Keadaan semasa sekarang ialah sebanyak 1,345 institusi TVET di seluruh negara yang membabitkan 12 buah kementerian dan 90,000 pelajar sedia ada.
Peruntukan pada tahun 2024 adalah sebanyak RM6.8 bilion. Isunya adalah merupakan TVET dijadikan sebagai pilihan terakhir dan wujud persepsi negatif iaitu hanya pelajar tidak cemerlang sahaja memilih TVET sebagai kerjaya. Keduanya, ketidakpadanan gaji dan kemahiran. Oleh sebab itu, kerajaan berhasrat untuk menggubal Akta Gaji Lepasan TVET, syukur. Insya-Allah, perkara ini akan dapat direalisasikan.
Seterusnya adalah ketidakselarasan tadbir urus TVET di mana 12 kementerian yang terlibat dengan TVET menyebabkan pertindihan fungsi dan matlamat. Pekan cadangkan agar agensi khusus menguruskan hal ehwal TVET dapat dibentuk bagi melaksanakan program ini secara lebih berkesan dan menggalakkan kolaborasi sektor awam dan swasta bagi mengurangkan bebanan sepenuhnya dibiayai oleh pihak kerajaan dalam mengusahakan dan menjayakan TVET ini.
Menyentuh tentang pelancongan, kita memahami bahawa dalam tempoh COVID- 19, negara kita juga mengalami kemerosotan daripada segi pelancongan. Oleh sebab itu, bagi Tahun Melawat Malaysia 2020 yang telah dilancarkan dahulu dan ditetapkan pula semula pada tahun 2026, adalah diharapkan bahawa pelancongan di negara ini akan lebih dapat ditingkatkan. Sehingga September 2023 mengikut Ketua Perangkaan Negara, pelawat domestik menyumbang sebanyak RM61.2 bilion.
Pada tahun 2023, Malaysia menjadi negara paling tinggi kedatangan pelancong asing di Asia Tenggara iaitu seramai 26 juta pelancong. Dalam memastikan keberkesanan Kempen Melawat Malaysia 2026, adalah dicadangkan agar fasiliti dan infrastruktur
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
kawasan pelancongan mestilah dinaik taraf dan ditambah baik. Yang paling utama juga adalah hospitaliti yang berkualiti daripada pengendali pelancongan juga perlu dibentuk mulai sekarang agar ia berkesan. Ini kerana apa yang penting ialah biar ada kenangan yang lebih manis daripada pelancong yang berada di sini kerana apa yang penting ialah maklumat dari mulut ke mulut juga daripada pelawat-pelawat ini atau pelancong- pelancong ini adalah merupakan satu juga promosi yang penting untuk negara.
Oleh sebab itu, saya ingin menyarankan agar pembaharuan dalam kalender Kempen Pelancongan Malaysia yang merangkumi tema seperti musim pelancongan, minat dan festival dalam menarik lebih ramai pelancong domestik dan luar negara haruslah diterapkan dengan cara yang lebih kemas lagi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu GST.
Kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam peratus ke lapan peratus mulai 1 Mac 2024 mengakibatkan impak yang besar kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban lebihan perbelanjaan. Peniaga terpaksa menaikkan harga jualan dan perkhidmatan mereka bagi menampung kos tambahan. Naratif kenaikan SST menyebabkan kesan domino kepada rantaian perniagaan dan ekonomi negara.
Tujuan menaikkan SST adalah untuk menjana lebihan pendapatan kepada negara, untuk mengurangkan beban perbelanjaan negara, meningkatkan bantuan bersasar kepada rakyat dan Kementerian Kewangan menganggarkan tambahan pendapatan negara sebanyak RM3 bilion pada tahun hadapan menerusi kenaikan SST.
Oleh sebab itu, Pekan menyarankan agar GST yang telah diperkenalkan pada awal 2015 dan dimansuhkan pada Jun 2018 diperkenalkan semula di mana caj GST pada ketika itu adalah cuma enam peratus yang dikenakan pada barangan atau perkhidmatan tertentu terkecuali untuk barangan dan keperluan asas. GST adalah pelaksana kutipan cukai yang lebih telus dan cekap. Sekali gus mengelakkan ketirisan hasil negara dan pelarian cukai.
Menyumbang kepada lebihan pendapatan yang memberi manfaat kepada ekonomi dan memperkukuhkan fiskal negara. Ini jelas apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan dapat memungut hasil sebanyak RM27.3 bilion, 2016 sebanyak RM41.2 bilion, 2017 sebanyak RM45 bilion. Jadi kesan pemansuhan GST, pendapatan negara berkurang dengan mendadak sedangkan saban tahun perbelanjaan negara bertambah menyebabkan kebergantungan kepada hasil komoditi negara seperti petroleum...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
YB Pekan, boleh bertanya?
Tuaran.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Ya, ya. Sila. Saya dah dekat, sila.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Pekan menyebut tentang GST dan sekarang ini kita mengamalkan SST. Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya dalam proses beralih daripada SST kepada GST, kita mula dulu dengan sektor pembuatan sebab GST ini, dia telus, dia adil dan juga dia efisien. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Ya, saya bersetuju dengan pendapat itu. Boleh masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Cadangan, kerajaan perlu melaksanakan semula GST yang telah dilaksanakan di lebih 170 buah negara atau kira-kira 90 peratus negara di seluruh dunia yang sekali gus memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan GST. Maka, ada baiknya kerajaan fikirkan semula bagi melaksanakan GST ini demi kelangsungan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik dan menyokong hasrat dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kestabilan politik dan menolak segala jenis polemik dalam politik dan pentadbiran negara. Sewajarnya kita menyokong Kerajaan Perpaduan yang telah ditubuhkan dan tidak mengganggu gugat kestabilan yang telah dibina supaya kemaslahatan negara dapat dikekalkan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Semua pihak, sama ada daripada blok kerajaan mahupun blok pembangkang perlu sama-sama memainkan peranan supaya kebajikan rakyat dan kemajuan negara daripada aspek politik, sosial dan ekonomi dapat kita perjuangkan sebaiknya dan bukan berkisar semata-mata politik sahaja.
Titah Agong kita cakna, Amanah rakyat kita jalankan, Untuk mengelakkan sebarang bencana, Marilah kita pertahankan kestabilan. Pekan mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
*Negeri indah santun rakyatnya, Jadikan Terengganu indah budaya, Izinkan Kuala Nerus melontar bicara, Membahas Titah Duli Yang Maha Mulia.
[Berselawat]*
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan ini dan juga terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas keizinan untuk saya sama-sama mengambil bahagian dalam Usul Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kali ini.
Saya mewakili rakyat Kuala Nerus di Dewan yang mulia ini merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar yang telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII.
Semoga Tuanku Sultan Ibrahim memperoleh keberkatan dan kejayaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin negara.
Tidak dilupakan juga kepada mantan Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah di atas khidmat bakti sebagai ketua tertinggi negara yang begitu menjiwai denyut nadi rakyat, perit dan getir, suka dan duka yang dilalui oleh rakyat Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, tanggungjawab membangunkan negara yang kita cintai ini tidak akan sekali-kali boleh dicapai melainkan semua pihak saling berpadu, bahu- membahu. Negeri sebagai entiti asas membentuk identiti dan keunikan negara sementara Persekutuan berperanan sebagai tulang belakang pembangunan negara.
Tidak wajar untuk mana-mana pihak mengkhianati prinsip kesaksamaan dan keadilan yang akhirnya memangsakan rakyat sedangkan kebajikan 33 juta rakyat di negara ini dengan jelas disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong mesti dijadikan keutamaan yang utama.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua bukan sahaja bayaran royalti untuk rakyat Terengganu disekat, peruntukan untuk semua Ahli Parlimen dari Terengganu juga langsung tidak diberikan. Ini bermakna 1.2 juta jiwa dari 33 juta yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dinafikan hak mereka dan
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
amat bertentangan juga dengan semangat reformasi yang diperjuangkan oleh Tambun sebelum ini.
Oleh itu saya ingin tegaskan kepada Kerajaan Perpaduan bahawa rakyat Terengganu juga termasuk dalam 33 juta rakyat yang disebut dalam Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Maka tanpa mengira warna serta ideologi politik, semua yang bergelar warganegara Malaysia berhak mendapat manfaat kemajuan dan hasil kekayaan negara.
Sementelah lagi bagi rakyat negeri Terengganu yang berhak ke atas royalti petroleum untuk negeri Terengganu.
Jauh menongkah badai lautan, Punca rezeki kaum nelayan, Negeri pembangkang juga negeri tuan, Jangan perpaduan tinggal slogan. Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bangkitkan isu pemansuhan Skim Pencen penjawat awam yang pada hemat saya merupakan isu yang memerlukan pertimbangan teliti kerana ia mempunyai pelbagai implikasi jangka pendek dan jangka panjang. Implikasi yang mungkin dapat dilihat dalam tempoh terdekat ialah kesan kepada kestabilan dalam tiga sektor utama iaitu keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
Sektor kesihatan umpamanya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan baru-baru ini menyebut seramai 1,696 pegawai perubatan iaitu 54 peratus daripada jumlah doktor telah meninggalkan sektor perkhidmatan awam pada tahun 2022 atas pelbagai faktor. Ini adalah angka doktor yang berhenti daripada KKM dalam keadaan Skim Pencen masih ada. Bagaimana pula jika Skim Pencen sudah tiada?
Kita mengambil maklum bahawa Kerajaan Perpaduan telah merangka pelbagai inisiatif sebagai ganti faedah Skim Pencen yang dimansuhkan. Namun saya kira ia tetap tidak menyamai Skim Pencen sebagai jaminan tempoh persaraan mereka kelak. Implikasi jangka panjang yang boleh kita jangka pula ialah dari sudut sosio ekonomi selepas bersara iaitu pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin menghadapi masalah kewangan jika tabungan wang persaraan mereka tidak mencukupi.
Dari satu sudut lain, ini boleh menyebabkan generasi muda dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang terpaksa menanggung beban kewangan kos saraan ibu bapa dan anak-anak mereka. Rentetan itu, ada setengah pihak menggelar generasi yang bakal wujud 30 tahun akan datang ini sebagai generasi sandwic yang terhimpit oleh dasar dan polisi dangkal yang bakal dilaksanakan kerajaan pada hari ini.
Oleh itu, sekali lagi ingin saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini agar kerajaan membuat semakan semula pemansuhan Skim Pencen penjawat awam khususnya kepada tiga sektor yang menjadi nadi dan tulang belakang negara ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkisar soal pencen juga saya ingin bertanya mengenai pencen terbitan. Sejauh mana benarnya dakwaan bersara kerajaan berpencen tidak layak menerima pencen terbitan pasangannya setelah pasangan mereka meninggal. Juga terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa mereka hanya layak mendapat 60 peratus dari nilai pencen terbitan daripada jumlah pencen pasangan. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh isu fasiliti kesihatan di Terengganu, saya ingin menyebut dua perkara. Pertama, berkenaan Terengganu yang mempunyai sebuah sahaja hospital yang lengkap prasarana untuk rawatan kes-kes kritikal iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Meskipun ia tidaklah selengkap hospital di negeri jiran yang berdekatan iaitu Pahang dan Kelantan.
Isu ini telah saya angkat dalam sidang perbahasan Belanjawan 2024 yang lalu namun tidak mendapat jawapan yang tuntas daripada Yang Berhormat Menteri sedangkan perkara ini sangat berkait dengan maslahat utama iaitu nyawa rakyat di negeri Terengganu.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Pesakit-pesakit kritikal dari Besut hingga Kemaman akan dirujuk ke HSNZ atau ke hospital luar sama ada Kuantan atau Kota Bharu yang jaraknya purata mengambil masa hampir dua jam perjalanan. Ia tentu merisikokan nyawa dan kesihatan pesakit selain waris turut terbeban dengan kos penyelenggaraan yang rumit dan lebih tinggi.
Oleh itu, dalam isu ini saya ingin tegaskan bahawa kerajaan perlu mempercepatkan proses pembinaan Hospital Pakar Marang serta menaikkan taraf hospital-hospital daerah dengan fasiliti yang lebih baik bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua, yang keduanya saya ingin membangkitkan cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, jenis 2 berserta kuarters yang baharu bagi menggantikan klinik kesihatan sedia ada yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-14 (RMKe-14) tahun 2031 hingga 2035.
Klinik ini akan dapat menampung tambahan populasi melebihi 50,000 orang dengan kedatangan pesakit sehingga 800 orang sehari sekarang di kawasan Bukit Tunggal. Saya juga memohon supaya pembinaan pusat kesihatan ini dapat diawalkan.
Bukannya menunggu RMKe-14, kerana keadaannya terlalu sesak sekarang ini.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan tiga cadangan bagi pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal yang baharu ini. Pertama, membina klinik kesihatan gantian di tapak baru iaitu di Gong Kijang seluas tujuh ekar yang berdekatan. Tapak ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan pada waktu ini, berstatus dalam proses pemilikan tanah iaitu peringkat lantikan juruukur bagi mengukur keluasan tanah yang tepat.
Kedua saya cadangkan kalau itu gagal, membina klinik kesihatan gantian baharu di tapak klinik sedia ada serta mengambil tanah sekitar tiga ekar sekiranya proses pengambilan tanah di Gong Kijang tidak berjaya.
Paling akhir, saya telah turun padang sendiri melihat. Kita ada mencadangkan tapak baharu lain iaitu tanah kerajaan di Kampung Banggol Pauh yang berkeluasan tujuh ekar. Status semasa tanah kerajaan yang tidak perlu pengambilan balik di Kampung Banggol Pauh yang berkeluasan tujuh ekar. Status semasa tanah ini ialah wakil daripada Jabatan Kesihatan Terengganu telah pun turun padang untuk melihat sendiri kesesuaian tapak dan bersetuju dengan cadangan yang ketiga ini.
Oleh itu saya ingin supaya ia dipercepatkan bagi menyelesaikan masalah yang saya sebutkan tadi dan juga Kuala Nerus dibatalkan atau ditamatkan kad ataupun Skim Perubatan MADANI itu. Jadi kalau dah itu, dibatalkan klinik baru tidak diwujudkan, sudah tentu akan timbulkan masalah kepada penduduk-penduduk di sekitar Kuala Nerus.
Saya juga ingin sentuh isu kematian waris yang meninggal dalam kereta di kawasan parking sewaktu menunggu pesakit baru-baru ini. Perlu menjadi titik tolak kepada kementerian untuk meluaskan pembinaan fasiliti rumah perantaraan sebagai rumah transit di hospital-hospital besar untuk kemudahan waris.
Ramai waris yang mengambil jalan mudah dengan bermalam di dalam kereta ekoran terbeban atau tidak mampu menyewa mana-mana rumah transit dalam tempoh menunggu pesakit di hospital. Suasana ini amat menggusarkan kerana tidur dalam kereta dengan penyejuk udara dibuka boleh merisikokan pengguna keracunan carbon monoxide yang menjadi punca utama insiden maut.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Selain daripada itu ia turut mengundang perbuatan jenayah yang mana pernah berlaku kes waris dirompak sewaktu bermalam di dalam kereta di kawasan parkir hospital.
Oleh itu saya amat mengharapkan komitmen kerajaan untuk mengambil serius isu ini kerana kita tidak mahu insiden-insiden seperti ini terus berulang tanpa kerajaan mengambil apa-apa pendekatan yang serius dan berkesan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Saya juga mohon penjelasan kerajaan terhadap rungutan pesara penjawat awam yang dihentikan rawatan mereka di Institusi Jantung Negara (IJN) baru-baru ini walhal ada di kalangan mereka telah mendapat rawatan berkala selama hampir 20 tahun. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.
Akhirnya, Tan Sri Yang di-Pertua, Terengganu merupakan negeri yang sangat bertuah. Dikurniakan pelbagai kelebihan, tanah yang subur ditambah pula geografi yang indah dengan pantai-pantai yang cantik menjadikan Terengganu sebuah negeri yang sangat unik. Malangnya, kerajaan negeri tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada Kerajaan Persekutuan.
Saya beri dua contoh. Pertama, Terengganu ada Tasik Kenyir yang menawarkan pakej pelayaran mengelilingi tasik menaiki houseboat dengan izin. Namun, jaringan jalan raya ke Tasik Kenyir ini dari LPT2 melalui Kuala Kuala Ping sejauh lebih kurang 10 kilometer masih belum siap. Begitu juga keadaan jalan ke Tasik Kenyir ke Aring, Gua Musang kerap rosak dan ini menyukarkan pengguna dan mengurangkan pengunjung ke Tasik Kenyir.
Contoh kedua ialah Setiu Wetlands yang berkeluasan 27,000 hektar merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang berbeza dalam satu kawasan. Malangnya, jaringan jalan ke Setiu Wetlands juga tidak jauh beza dengan jalan ke Jalan Tasik Kenyir.
Oleh itu, saya – antara perkara yang saya ketengahkan sebelum ini dalam perbahasan saya ialah keperluan dua carriageway dengan izin di sepanjang jalan pantai dari Besut ke Kemaman bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pelancongan ke Terengganu sekali gus dapat menaikkan ekonomi rakyat setempat.
Akhirnya, satu isu lagi Tan Sri Yang di-Pertua, minta maaf. Saya juga mohon Terengganu hendak menjadikan negeri sebagai negeri pengeluar makanan, negeri yang akan membekalkan makanan bukan sahaja untuk negeri Terengganu, tetapi untuk negara kita. Saya mohon pihak kementerian, pihak kerajaan menyalurkan lebih peruntukan kepada petani-petani Terengganu khususnya golongan muda supaya hasrat kita menjadikan negeri pengeluar makanan akan tercapai.
Akhirnya, saya rasa masa tidak cukup. Sekian, Kuala Nerus mohon menyokong Usul Perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sekian, [Berucap dalam bahasa Arab]
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumusalam. Saya jemput Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua mengizinkan saya mewakili Sungai Siput merafak sembah, menjunjung kasih Titah sulung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Tan Sri Yang di-Pertua, institusi Yang di-Pertuan Agong adalah pelindung dan benteng terakhir kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam bentuk nasihat, pesanan, seruan dan ingatan supaya memberikan tumpuan menyelesaikan isu rakyat dan pembangunan negara serta sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam memajukan negara.
Baginda Sultan Ibrahim menyeru seluruh Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Nagara berganding bahu, bekerjasama membangunkan negara serta menyantuni denyut nadi rakyat jelata. Keprihatinan Baginda adalah kepada 33 juta rakyat bukannya percaturan politik Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, Tuanku Yang di-Pertuan Agong mengingatkan Ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai penggubal undang-undang. Maka, harus dan wajib menunjukkan contoh teladan yang baik bukan sebaliknya. Tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat malah
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
tidak menghormati institusi Dewan yang mulia ini. Baginda juga turut mengingatkan kita semua supaya tidak memutarbelitkan atau mempolitikkan asas-asas Perlembagaan. Ini kerana ada pihak-pihak yang tertentu yang cuba dan sengaja mengelirukan rakyat demi kelangsungan parti politik mereka.
Perlembagaan negara menjamin hak semua kaum. Agama rasmi agama Islam, bahasa rasmi, bahasa Melayu dan pada masa yang sama mengizinkan bukan Islam mengamalkan ibadat masing-masing mengikut kepercayaan masing-masing dan juga menjamin Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan sebagai kata dasar dan undang-undang terhadap perkara yang berlaku di dalam negara.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama negara dalam semua undang-undang perlulah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin keabsahan peruntukan tersebut. Ini bukanlah bersifat berat sebelah, mahupun menindas, malah untuk menjadikan Malaysia negara yang berbilang kaum kekal aman dan harmoni.
Oleh itu, jelas di sini bahawa kontrak sosial merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan penduduk berbilang kaum di negara kita.
Tan Sri Yang di-Pertua, Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menekankan betapa pentingnya perpaduan rakyat walaupun negara sudah merdeka lebih 60 tahun, tetapi perpaduan belum sempurna.
Soal perpaduan tidak boleh dipandang ringan, pimpinan parti-parti politik, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara perlu bersatu hati menyahut seruan Baginda Yang di- Pertuan Agong menunjukkan teladan kepimpinan yang baik.
Perpaduan harus bermula di Dewan ini. Hari kedua persidangan kita sama-sama berikrar lima prinsip Rukun Negara:
(i) Kepercayaan Kepada Tuhan;
(ii) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara;
(iii) Keluhuran Perlembagaan;
(iv) Kedaulatan Undang-undang; dan,
(v) Kesopanan dan Kesusilaan.
Kelima prinsip Rukun Negara tidak harus dijadikan slogan semata-mata, sebaliknya ia harus menjadi pegangan dan amalan yang harus dihayati, dihadam dan diamalkan setiap hari.
Tan Sri Yang di-Pertua, Titah Tuanku dalam perkara tujuh. Ketegasan Baginda bagi memastikan kestabilan politik negara demi 33 juta orang rakyat. Maka, semua Ahli Dewan Rakyat harus menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Ketegasan Baginda– saya merujuk kepada ketidakstabilan politik pada penggal yang lalu, sehinggakan berlaku pertukaran demi pertukaran Perdana Menteri di bawah pemerintahan Tuanku Al-Sultan Abdullah. Tuanku Sultan Ibrahim tidak mahu mengizinkan percaturan mana-mana pihak menggangu-gugat kestabilan politik negara.
Baginda tidak akan bagi ruang kepada mana-mana pihak supaya peristiwa sejarah hitam yang berlaku pada penggal yang lalu, tidak berulang di bawah pemerintahan Baginda sehingga PRU Ke-16.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menekankan beberapa isu kawasan untuk perhatian Kementerian Kerja Raya Malaysia. Isu-isu ini saya bangkitkan di Dewan ini disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan, sistem perparitan dan lampu jalan tidak diselenggarakan dengan baik.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, kebetulan ada di Dewan masa ini, saya telah membangkitkan perkara ini di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Kangsar.
Namun, ia tidak dapat diselesaikan disebabkan peruntukan yang disalurkan menerusi Jabatan Kerja Raya Perak kepada Jabatan Kerja Raya Daerah tidak mampu, tidak cukup untuk memperbaiki aduan-aduan yang diterima menerusi Pejabat Parlimen kepada Pejabat Daerah Kuala Kangsar. Jadi, aduan yang saya terima ini adalah seperti berikut, Yang Berhormat Menteri.
Pertama, senggaraan lampu jalan sangat mendesak di laluan-laluan seperti berikut, simpang Rumah Awam Rimbang Panjang, simpang Sungai Buloh, simpang Taman Muhibbah, simpang Taman Tun Sambathan, simpang Taman Heawood kerana simpang-simpang ini adalah simpang utama. Lampu yang bilangannya begitu banyak tidak menyala membahayakan nyawa pengguna jalan raya malah ada kes yang berlaku kemalangan sehinggakan meragut nyawa disebabkan persimpangan yang gelap.
Kedua, isu penurapan tar dan garisan jalan yang pudar. Tan Sri Yang di-Pertua, sepanjang jalan Persekutuan bermula sempadan Parlimen Tambun, Sempadan Ladang Dovenby hinggalah Sempadan Kuala Kangsar, khususnya Pekan Sungai Siput, sudah lama jalannya tidak diturap. Permukaannya agak kasar. Malah, garisannya tidak lagi kelihatan. Ini jalan utama, jalan Persekutuan betul-betul di Pekan Sungai Siput. Maka, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri memberi perhatian menaik taraf penghadang keselamatan sedia ada di mana yang sedia adapun tidak selamat kerana membahayakan pengguna jalan raya.
Kedua, isu perparitan juga perlu dinaiktarafkan kerana sering berlaku banjir di persimpangan-persimpangan jalan Persekutuan yang juga mengganggu jalan lintas sewaktu berlaku banjir kilat. Tan Sri Yang di-Pertua, tahun ini adalah Tahun Melawat Negeri Perak Darul Ridzuan. Sebagai menyahut seruan kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai pelancong, maka infra-infra yang saya bangkitkan itu perlulah dalam keadaan yang baik.
Jadi, saya menyeru Yang Berhormat Menteri Kerja Raya mempertimbangkanlah perkara-perkara yang dibangkitkan dan menyalurkanlah jumlah peruntukan yang diperlukan demi keselamatan pengguna jalan raya.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Bahagian Bangunan yang telah menyempurnakan penyerahan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood pada 4 Mac yang lalu dan ia akan beroperasi pada sesi baru persekolahan pada 11 Mac akan datang.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga turut memohon Kementerian Pendidikan Malaysia supaya menyegerakan proses-proses EOT dan DOA Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Reyla yang tertangguh sekian lama.
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, untuk menarik perhatian Kementerian Sumber Manusia berkenaan dengan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet, Ladang Elphil Sime Darby, Sungai Siput. Sime Darby telah menyerahkan empat hektar tanah bagi tujuan ini. Namun, hingga hari ini belum ada apa-apa tindakan susulan daripada Kementerian Sumber Manusia untuk membina rumah seperti mana di bawah skim tersebut.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mantan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Ipoh Barat yang telah mengambil inisiatif pada tahun 2020 untuk mendirikan rumah di bawah skim ini. Jadi, saya mohon penjelasan status terkini daripada Kementerian Sumber Manusia.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tan Sri Yang di-Pertua, Sungai Siput memohon menjunjung kasih Titah Tuanku.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Sungai Siput. Sekarang saya jemput Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah hari ini tiba giliran saya membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum bermulanya ingin saya ungkapkan serangkap pantun.
Amal muamalat lebih berhemat, Di hujung hikayat tamat riwayat, Raja berdaulat lagi terhormat, Disanjung rakyat ke akhir hayat. Lanjutan dari pantun ini, saya mewakili rakyat di Parlimen Lumut ingin mengambil kesempatan menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah selaku Raja Permaisuri Agong.
Saya dan seluruh warga Lumut juga menjunjung kasih atas kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memayungi negara dan rakyat sepanjang perkhidmatan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI.
Cahaya mentari menyilau mata, Rasa pedih cuba menahan, Lafaz Bismillah pembuka kata, Perbahasan saya segera dimulakan. Perkara pertama saya ingin menyentuh mengenai Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya menyambut baik Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim agar kerajaan memanfaatkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026.
Justeru, apakah inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang telah digariskan oleh MOTAC bagi meningkatkan kapasiti pemain industri pelancongan, sekali gus merancakkan semula sektor pelancongan negara. Mohon kementerian menyatakan apakah bentuk bantuan dan apakah inisiatif yang disalurkan kepada para pengendali pelancongan dan pengusaha inap desa iaitu homestay, di samping usaha mempromosikan budaya dan warisan kepada pelancong yang berkunjung ke negara ini.
Seterusnya adalah mengenai promosi pelancongan di kawasan Lumut.
Mengambil kira potensi bandar Lumut sebagai destinasi tarikan pelancong dengan kawasan rekreasi terkemuka seperti Pulau Pangkor, Pantai Teluk Batik dan Teluk Senangin yang sememangnya tidak asing dengan keindahan pantai dan hidupan marin.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar usaha merangsang sektor ekonomi berasaskan pelancongan setempat seperti industri ekopelancongan melalui kerjasama pengusaha inap desa setempat di sekitar Lumut termasuk menaik taraf kemudahan homestay di kawasan ini. Langkah ini secara tidak langsung juga dapat membantu penduduk setempat di kawasan Lumut menjana pendapatan sampingan
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
dengan insentif sebagai pengendali pelancong mahupun mengusahakan aktiviti sukan air termasuk aktiviti memancing.
Selain itu, saya mencadangkan kementerian turut mengambil langkah proaktif untuk mempergiat mempromosi aktiviti kebudayaan setempat dengan kolaborasi kerajaan negeri dan penggiat seni tempatan. Misalnya menerusi inisiatif sedia ada seperti Pesta Karya Lumut yang mengetengahkan produk pelancongan tempatan dan hasil kraf tangan yang unik serta aktiviti-aktiviti seperti mencanting batik dan sebagainya.
Saya juga ingin menyentuh isu pelancongan di kawasan saya. Isu masalah bekalan air yang berlarutan di Pulau Pangkor sekian lama dan kemuncaknya di mana baru-baru ini berlakunya terputus bekalan air selama enam hari iaitu pada musim cuti Tahun Baru Cina berserta cuti persekolahan. Ini menjejaskan imej Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan negara.
Pemain industri pelancongan tempatan yang menerima kesan besar apabila terpaksa membatalkan tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan dan membayar semula bayaran yang telah dibuat. Juga menjejaskan peniaga makanan dan pemandu- pemandu teksi. Mereka terpaksa menanggung kerugian akibat dari masalah ini.
Untuk makluman, tangki-tangki air utama sedia ada tidak dapat menampung penggunaannya ketika waktu puncak dan berlakunya kebocoran paip air dasar laut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Paip-paip dasar laut ini telah dibina pada tahun 70-an dan 80-an. Saya mencadangkan, untuk kerajaan sama ada Pusat atau negeri mengambil tindakan segera bagi menambah bina tangki air baharu dan membuat penggantian paip baharu bagi menyelesaikan masalah ini serta menampung pembangunan di Pulau Pangkor.
Untuk makluman Dewan, tahun ini adalah tahun melawat Perak 2024 dan sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya selaku Ahli Parlimen Lumut ingin memohon pihak terlibat di peringkat Pusat seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara mengambil maklum secara serius untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai sosioekonomi dan kesihatan rakyat di Daerah Manjung. Kewujudan pelabuhan Lumut yang terdiri daripada dua buah pelabuhan utama iaitu Terminal Maritim Lumut dan Lekir Bulk Terminal telah melonjakkan sektor ekonomi Daerah Manjung. Memperolehi banyak pencapaian yang membanggakan. Ia turut menyerahkan strategik kepada Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah dan syarikat Vale Malaysia Minerals.
Kalau pelabuhan Lumut telah menjadi pemangkin dalam perkembangan ekonomi maritim di negeri Perak sejak awal penubuhannya pada 1995. Pelabuhan Lumut berperanan sebagai pembangunan prasarana dan infrastruktur, pusat industri, pembina, ekosistem usahawan, peneraju kelas dan alam sekitar dan pelengkap ekosistem pendidikan maritim.
Penyerahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap untuk keperluan penduduk setempat, usahawan setempat mahupun pelabur asing menjadi faktor penentu dalam merealisasikan Malaysia sebagai negara industri. Kegagalan kerajaan dan pihak swasta dalam menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik, internet, jalan raya dan tapak persendirian akan melumpuhkan dan melenyapkan hasrat tersebut.
Pembangunan ini juga memberi kesan kurang keselesaan oleh penduduk setempat seperti kerosakan jalan-jalan utama disebabkan kenderaan-kenderaan berat yang melalui laluan ini. Sebagai contoh jalan di sepanjang laluan Lekir–Manjung, jalan
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Sitiawan–Lumut yang kurang memuaskan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya tersebut. Juga lampu-lampu jalan yang rosak tidak dibaik pulih dalam tempoh yang lama. Juga menjadi salah satu punca utama berlakunya kemalangan di kawasan tersebut. Saya memohon kementerian yang terlibat melihat akan perkara ini. Mohon diluluskan permohonan peruntukan penuh kepada pihak JKR Daerah Manjung untuk menyelenggara jalan dan lampu jalan.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Untuk makluman Dewan, ibu pejabat APMM Negeri Perak terletak di Lumut. Namun sehingga kini, tiada jeti khusus untuk kapal-kapal dan bot-bot APMM. Mereka terpaksa menumpang di Jeti Pangkalan TLDM Lumut untuk kapal besar dan Jeti Polis Marin di Kampung Aceh untuk bot-bot kecil yang jaraknya agak jauh dari ibu pejabat APMM. Ini akan menjejaskan tahap kesiagaan mereka untuk bertindak di waktu kecemasan. Saya mohon kerajaan mempertimbangkan untuk membina kemudahan jeti untuk APMM di Lumut.
Seterusnya, saya ingin menyentuh isu kebajikan veteran. Mohon pihak kementerian menyatakan apakah tindakan atau usaha pembaharuan kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran khususnya dalam memastikan penyampaian perkhidmatan secara berkesan kepada para veteran dan tanggungan mereka dan sejauh manakah sistem portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0 telah ditambah baik bagi membantu melancarkan urusan. Permohonan veteran, bantuan kebajikan, tuntutan perubatan dan pengurusan persatuan veteran sehingga kini.
Seterusnya, isu projek kapal tempur pesisir (LCS). Untuk makluman, siasatan projek LCS telah pun selesai dilaksana oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Taiping ketika itu. Mengambil— laporan tersebut telah pun mengesyorkan agar SPRM mengambil tindakan ke atas segala penemuan dan pendakwaan juga perlu disegerakan, malah sehingga kini senyap.
Mohon Menteri memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kerana ia melibatkan ketirisan wang rakyat berbilion ringgit. Saya mohon pihak kementerian menyatakan apakah perincian status terkini berhubung perkembangan kemajuan pembinaan LCS milik TLDM dan apakah langkah proaktif oleh kementerian dalam menangani isu kelewatan pembinaan LCS yang berlaku.
Isu yang terakhir yang ingin saya angkat adalah setiap hari saya menerima e-mel mengenai permohonan pengeluaran KWSP. Tajuk e-mel “SOS Urgent”. Tolong membantu rakyat terdesak. Kita mahu hidup. Desakan meluluskan pengeluaran KWSP bersasar. E-mel ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepada semua wakil rakyat. Antara kenyataan rayuan mereka adalah rakyat terdesak, minta jasa baik Perdana Menteri agar meluluskan segera pengeluaran kecemasan KWSP bersasar tanpa syarat dan tanpa cagaran.
Kepada rakyat terdesak golongan tercicir yang tetap memerlukan sebab ini adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi menyelesaikan segala hutang tertunggak dan kehidupan rakyat yang bagi mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat di mana golongan tercicir ini sudah nyawa-nyawa ikan.
Tolong membantu rakyat terdesak. Rakyat terdesak sedang menderita dalam kemiskinan.
Tolong ambil serius suara rakyat terdesak. Rakyat terdesak memerlukan wang KWSP sendiri untuk makan dan hidup serta membiayai belanja rumah tangga yang semakin mahal. Saya sudahi perbahasan saya dengan serangkap pantun.
*Sudah habis buluh serumpun, Kawasan tebat terang menderang, Terima kasih dimohon ampun, Apa tersilap mana yang kurang.
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Saya mohon menyokong. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 13(1). Cukup bilang bagi majlis mesyuarat dan jawatankuasa sebuah mesyuarat, majlis mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli dan tidak termasuk pengerusi. Sekarang 15 sahaja. Mohon dipanggil yang di luar supaya mesyuarat dapat diteruskan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha.
[Loceng dibunyikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terdapat 29 Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan. Jadi, cukup bilang. Saya teruskan dengan meminta Yang Berhormat Kota Melaka untuk berucap.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya...
Seorang Ahli
Dia sabotaj Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Untuk membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Timbalan Speaker, selepas saya meneliti Titah Diraja, saya dapati Tuanku dia inginkan satu negara yang lebih maju, inginkan satu negara di mana rakyatnya dapat hidup dengan lebih baik dan dia telah menyentuh pelbagai aspek.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bagi saya, faktor terutama untuk memastikan kita capai matlamat tersebut ialah reformasi institusi. Apabila kita sebut tentang reformasi institusi ini, saya lihat di mana pihak kerajaan mengatakan bahawa kita telah berusaha kuat untuk memastikan reformasi institusi ini.
Akan tetapi, ada juga pihak-pihak termasuk civil society organization. Mereka berpendapat bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan itu tidak cukup. Kita lihat apa yang berlaku minggu lepas, Rabu yang lepas. Di mana BERSIH telah menganjurkan satu himpunan aman reformasi 100 peratus dengan mendesak kerajaan menunaikan janji melaksanakan reformasi menyeluruh.
Mereka telah mengemukakan 10 tuntutan. Antaranya ialah reformasi lantikan Ahli-ahli Pengerusi dan Ahli-ahli dalam Suruhanjaya Pilihan Raya. Kita lihat selepas perhimpunan tersebut, penganjur dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat. Ini mengungkit perasaan saya, mengungkit memori saya, ingatan saya kepada pada tahun 2018, Mac.
Waktu itu, kerajaan pada waktu itu hendak luluskan rang undang-undang yang baharu untuk pilihan raya. Mereka hendak buat persempadanan semula. Waktu itu kita yang ada di kerajaan hari ini bersama dengan BERSIH di luar sana. Di luar bangunan Parlimen, kita berhimpun sana bersama-sama menuntut satu sistem pilihan raya yang lebih bersih.
Hari ini, kita menjadi kerajaan. Kita ada di dalam Dewan, kita ada di dalam kerajaan, BERSIH masih lagi di luar sana menuntut inginkan satu reformasi institusi. Jadi, dalam hal ini saya lihat ada perselisihan pendapat. Satu pihak kata sudah berusaha, satu pihak kata tak cukup. Tetapi, kita harus ingat, adakah betul apa yang didakwa oleh mereka ini?
Saya lihat ada perubahan. Antaranya apabila himpunan BERSIH di luar sana, himpunan aman sana, petang hari itu juga Perdana Menteri telah berjumpa dengan wakil
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
daripada BERSIH di Putrajaya dan berjanji akan– ya menunaikan tuntutan mereka. Antara tuntutan mereka itu ada tiga dia kata dia akan tunaikan. Itu adalah satu kemajuan.
Ada perkembangan yang baik yang harus kita puji kepada Perdana Menteri kerana ada hasrat ingin laksanakan institusi reform ini. Sebab itu saya rasa ada banyak perkara yang harus kita lihat untuk kita dapat satu persefahaman antara semua. Isu yang paling terkini yang kita lihat ialah tentang Kod Etika Kerajaan Terhadap Media.
Di mana satu pihak kata, kita hendak kawal selia. Pihak satu lagi kata dengan adanya kod etika ini, dia menyekat kebebasan bersuara. Jadi, ini semua kita harus lihat apa sudah terjadi. Pada hal dahulu mereka adalah bersama dengan kita. Jadi, kalau kita hendak lihat saya rasa kita perlu mengimbas kembali sejarah.
Dari titik permulaan sewaktu penubuhan Pakatan Harapan Timbalan Speaker, munculnya dua aspek utama yang menjadi tunjang kepada ke berkekalan persepakatan Pakatan Harapan dan kejayaan Pakatan Harapan dalam medan pertaruhan politik.
Apakah dua aspek tersebut?
Pertama, ialah ikatan rapat di antara gabungan parti politik Pakatan Harapan dan kumpulan-kumpulan masyarakat MADANI.
Aspek yang kedua ialah matlamat bersama dalam bab reformasi institusi dan juga reformasi perundangan yang dikongsi bersama oleh semua pihak tersebut di atas.
Walaupun dilanda pelbagai rintangan dan krisis politik, namun kerjasama dan hubungan erat di antara parti-parti Pakatan Harapan dan Masyarakat MADANI tetap “bagai aur dengan tebing”.
Sebesar mana pun masalahnya, kita mampu menempuhinya bersama-sama sehingga Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan dalam dua pilihan raya berturut-turut iaitu pada PRU ke-14 dan juga PRU ke-15 sebagai Kerajaan Perpaduan.
Selepas hampir 16 bulan berlalu sejak pilihan raya yang lepas tahun 2022, nampaknya matlamat reformasi yang menjadi teras kepada persefahaman Pakatan Harapan dan Masyarakat MADANI.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Nampaknya ada perbezaan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kota Melaka, Hulu Langat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh Kota Melaka? Terima kasih Kota Melaka. Kota Melaka ada menyebutkan tadi soal berkaitan dengan pilihan raya.
Amalan demokrasi dalam negara kita ini, betul tidak?
Kita bila masuk pilihan raya ini kita hendak menang. Kita hendak menang itu menang dengan kekuatan parti kita sendiri maksudnya. Daripada segi jenteranya, hujah kita, daripada segi ceramahnya, program turun ke bawahnya, santuni masyarakat dan juga warga pengundi di satu-satu kawasan kerusi itu.
Cuma saya hendak tanya dengan Kota Melaka ini, yang sudah lama jadi Ahli Parlimen ini kan. Menang disebabkan dengan fitnah ini. Fitnah, tipu, adu domba, buat cerita tak betul ini tetapi dia menang dalam pilihan raya ini.
Saya hendak tanya pandangan Kota Melaka yang bukan seorang Islam, merupakan seorang Cina dalam negara kita ini, daripada Parti DAP. Saya hendak tanya daripada teman-teman dan juga sahabat-sahabat daripada DAP. Terima kasih Speaker.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab itu saya kata reformasi institusi itu penting. Reformasi dari segi pendidikan supaya anak-anak kita daripada kecil mereka sudah dapat maklumat yang betul. Kepala Batas seorang Ahli Parlimen boleh mengeluarkan kenyataan yang songsang, yang tidak betul mengaitkan Lim Guan Eng,
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bagan dengan Chin Peng. Mengaitkan Lee Kuan Yew dengan Chin Peng. Kenapa ini berlaku?
Seorang Ahli
Fitnah,fitnah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kenapa Marang sebagai Ketua Parti PAS tidak menegurnya untuk menarik balik maklumat yang salah? Kenapa Marang biarkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tinggal tiga minit sahaja.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya tidak salahkan Kepala Batas, kalau sejak kecil dia dapat maklumat sedemikian. Tetapi Marang sebagai tokoh politik yang begitu lama dalam Malaysia, kenapa dia benarkan Ahli Parlimen dia mengeluarkan kenyataan yang salah?
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Kota Melaka, minta laluan.
Seorang Ahli
Tak payahlah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tak payah.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Minta laluan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau Timbalan Speaker bagi masa yang panjang, saya boleh bagi. Saya tinggal tiga minit sahaja. Boleh Timbalan Speaker?
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Boleh Timbalan Yang di-Pertua?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker tidak bagi.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Minta laluan atas isu ini?
Seorang Ahli
Sangkaan jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Seorang Ahli
Sila duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan, tinggal dua minit lagi sahaja.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker, tetapi kita tidak boleh ya menafikan satu kenyataan iaitu bahawa kerajaan terutamanya Jabatan Perdana Menteri, terutamanya Menteri Undang-undang sedang berusaha dengan giat dan gigih untuk menyiapkan pelan-pelan dasar dan rang-rang undang-undang yang diperlukan untuk mencapai matlamat reformasi.
Juga, tidak boleh dinafikan bahawa Menteri-menteri kita dan badan-badan kerajaan telah mengambil usaha untuk melibat urus dengan pemegang taruh dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tentang rancangan-rancangan penambahbaikan institusi dan undang-undang.
Untuk makluman Timbalan Speaker, minggu lepas saya baharu sahaja ya menyertai satu rombongan yang diketuai oleh saya. Working study visit to Australia untuk study bagaimana mereka meluluskan Freedom of Information Act di Australia pada tahun 1982 lagi dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pegawai tinggi mereka dan juga kali ini kita menjemput Civil Society Organization (CSO) C4 dengan CIJ turut bersama pergi ke Australia belajar bersama-sama daripada mereka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ini telah menunjukkan ya satu contoh yang baik, satu bukti yang baik bahawa Kerajaan MADANI pada hari ini kita memang berhasrat bersungguh-sungguh ingin adakan reformasi institusi ya. Akan tetapi, seperti yang saya sebut bagi CSO ataupun pihak-pihak NGO, tempoh dan kadar pencapaian pelan penambahbaikan institusi kurang
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
memuaskan. Mereka rasa mereka tidak puas hati. Mereka kata dalam masa 16 bulan ini, sudah berkali-kali kerajaan memberi jaminan untuk membentangkan RUU tetapi janji tersebut tidak ditunaikan.
Jadi, di sini ya manakala pihak kerajaan pula menjelaskan bahawa keupayaan untuk menggubal satu rang undang-undang adalah bergantung pada penggubalan atau pemindaan kepada dasar atau undang-undang yang lain, yang memakan masa dan juga perlu tenaga, guna tenaga kerja yang lebih ramai.
Antara tuntutan reformasi institusi yang sering disebut atau dapat ambil perhatian kita semua tahu dan mereka menghadapi banyak kekangan yang kita harap supaya CSO ataupun individual yang luar, yang inginkan reformasi itu dapat faham dan memberikan kita sedikit masa. Sebagai contoh, rang undang-undang khidmat Parlimen, kita sedar bahawa Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen tidak boleh dibentang tanpa memastikan bahawa penambahbaikan selari dibuat kepada Akta Majlis Parlimen
(Keistimewaan dan Kuasa). Pada masa yang sama, skim saraan dan pencen bagi pegawai Parlimen perlu diselaraskan juga dan ini mengambil masa.
Satu lagi contoh penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Pindaan kepada akta tersebut telah ditangguhkan beberapa kali sejak tahun 2019 lagi.
Antara lain, atas sebab bahawa keputusan dasar perundangan dan kewangan perlu diambil terlebih dahulu tentang penubuhan sebuah badan ombudsman yang boleh bertindak sebagai badan siasatan bebas. Kita perlukan tubuhkan satu ombudsman dan tubuh ombudsman memerlukan peruntukan. Itu kekangan kita yang harus orang ramai faham. Harus bersama dengan kita.
Contoh yang ketiga, jaminan kerajaan untuk menggubal undang-undang kebebasan maklumat seperti yang saya sebut tadi saya pergi ke Australia. Hasrat ini sangat dialu-alukan oleh masyarakat MADANI tetapi ia tidak boleh ditepati tanpa kerajaan membuat ketetapan mutlak sama ada untuk meminda secara menyeluruh Akta Rahsia Rasmi dan ubah suai seksyen di dalam Kanun Jenayah. Semua ini perlu dipertimbangkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Akta Kebebasan Maklumat juga tidak akan dicapai tanpa sebuah komitmen dan pelan tindakan nyata daripada setiap lapisan kerajaan mengenai pengemukaan dan penerbitan maklumat. Ini semua perlukan masa dan saya hendak kongsi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Pengalaman di Australia. Kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan dan sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya. Kita tanya kepada Menteri di sana bekas Menteri yang bentangkan akta itu di Australia, dia ada beritahu saya, sungguhpun mereka dulu pada tahun 1982 tetapi mereka ambil lima tahun 1970-an, akhir- hujung 1970-an mereka dah pushed dan mereka ambil lima tahun baru lulus di Parlimen. Mereka mengambil lagi tiga tahun untuk dapat laksanakan secara menyeluruh di Australia.
Jadi, kita harus kita minta supaya penyokong kita boleh sabar dengan kita. Saya harap dan juga akhir kata, sudah sampai masanya untuk kita semua bertindak bersehaluan untuk berganding bahu dan menggandakan usaha kita supaya matlamat yang sama dicapai dalam masa terdekat dengan kita melibatkan pelbagai pihak luar, termasuk kumpulan-kumpulan masyarakat MADANI yang pernah menyokong matlamat reformasi bersama dengan kita, CSO yang mempunyai pengetahuan, kepakaran dan terutamanya motivasi untuk menjayakan usaha-usaha penambahbaikan ini.
Jadi, saya menggesa kerajaan untuk memanfaatkan kemahiran mereka melibatkan mereka dalam usaha kita ini. Akhir kata saya ingin memohon kepada Yang
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengemukakan pelan tindakan, blueprint yang memetakan secara terperinci reformasi institusi dan undang-undang yang telah dijanjikan termasuk cadangan jangka masa dan susunan pelaksanaan reformasi tersebut terutamanya bagi reformasi yang saling berkaitan.
Kedua, saya juga memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengesahkan bahawa dalam melaksanakan pelan tindakan kerajaan tersebut badan- badan kerajaan akan terus melibatkan pemegang taruh, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen serta Kumpulan-kumpulan Rentas Parti Parlimen yang berkenaan dan membawa mereka sebagai rakan kongsi dan kajian polisi dan perangkaan dasar dan undang-undang yang berkaitan. Ini adalah untuk memastikan semua terlibat, semua faham antara satu sama lain.
Jadi, akhir sekali ini memang akhir sekali dalam titah diraja...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Ada sebut tentang integriti.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Semalam Pagoh ada sebut, mana perginya beras tempatan? Jadi, hari ini saya hendak tanya balik kepada Pagoh, mana pergi anak menantunya? Ya, di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hendak mendakwa dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tetapi, dia melarikan diri.
Menghilangkan diri ke luar negara. Kita pun risau...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Masa dah cukup.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Tentang keselamatan dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, kita harap Pagoh barangkali boleh beri maklumat kepada SPRM, mana pergi anak menantu Pagoh.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
[Tidak jelas]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dengan itu sekian, terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada Kuala Kedah untuk turut serta membahaskan ucapan Titah Diraja pada sesi mesyuarat kali ini.
Pada kesempatan ini juga Kuala Kedah mewakili rakyat di dalam Parlimen Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan mesyuarat sidang Dewan Rakyat Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15 baru-baru ini yang memperlihatkan keprihatinan Baginda ke atas kesejahteraan hidup rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, dengan keterbatasan masa yang ditetapkan Kuala Kedah membahagikan perbahasan ini kepada dua bahagian, iaitu pertamanya cabang
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
perbahasan yang menyentuh hal nasional dan kedua, pecahan yang meliputi perkara negeri dan kawasan Parlimen Kuala Kedah.
Tuan Yang di-Pertua, bagi membahaskan bahagian pertama iaitu hal nasional, Kuala Kedah ingin menekankan peri penting hal pendidikan. Sebagaimana titah Baginda yang menyebut bidalan Melayu yang berbunyi, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang membawa maksud mengajar dan mendidik biarlah dari kecil. Perihal pendidikan masyarakat dan rakyat bagi sesebuah negara itu amat mustahak kerana jatuh bangun sesebuah nusa itu bergantung kepada bagaimana sistem pengajaran dan pembelajaran dalam wilayah tersebut dilaksanakan.
Dalam perkara ini, warga bidang pendidikan dan rakyat amnya sedang menantikan natijah keberkesanan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bakal berakhir pada tahun hadapan. Kuala Kedah meyakini bahawa kerangka pembinaan pelan pendidikan berkenaan bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang berilmu dan berketerampilan selaras dengan objektif falsafah pendidikan negara.
Sejajar dengan itu, Kuala Kedah ingin mengutarakan cadangan kepada KPM supaya menyediakan Kertas Putih Pendidikan dan membentangkannya dalam Dewan yang mulia ini secara komprehensif setelah tamat tempoh pelaksanaan pelan berkenaan pada tahun 2025.
Selain itu, Kuala Kedah juga mengambil maklum tentang Rancangan Pembangunan Kurikulum Baharu 2027 seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri dalam maklum balas bertulis semasa penggulungan Belanjawan 2024 peringkat dasar Dewan Rakyat pada November 2023 yang lalu.
Meskipun pihak KPM masih di peringkat mendapatkan input awal menerusi Program Jelajah Masa Depan Pendidikan mulai tahun ini, Kuala Kedah ingin mengetahui apakah hala tuju kurikulum yang akan dibangunkan pada 2027 bagi menggantikan kurikulum sedia ada?
Apakah justifikasi penggantian silibus tersebut dilakukan dan apakah kerangka silibus berkenaan meliputi pengajian peringkat rendah dan menengah. Hari ini masih kedengaran hal pemansuhan UPSR dan PT3, walaupun pihak KPM berulang kali menyatakan tentang tamatnya sistem penilaian tersebut. Polemik ini timbul seolah-olah kaedah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di peringkat sekolah, masih kurang sempurna dan memuaskan, sedangkan kaedah penilaian berkenaan terkandung di dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).
Justeru, apakah perancangan KPM untuk membina integriti pelaksanaan PBS supaya isu berkenaan dapat dinoktahkan. Apakah KPM juga merasakan bahawa SPM juga akan mengikuti jejak sama seperti pemansuhan UPSR dan PT3, selepas kurikulum baharu 2027 diperkenalkan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang ruang pendidikan Islam KAFA, Kuala Kedah ingin mendapatkan perincian tentang tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak yang menuntut di kelas aliran berkenaan. Hal berkenaan amat mustahak kerana Al-Quran merupakan teras induk yang menjadi penyuluh ‘ruhi’ seorang Muslim.
Selain daripada pengajian Al-Quran, Kuala Kedah berpendapat sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab memperkenalkan mata pelajaran hadis dan sunnah ke dalam silibus KAFA.
Berpaut kepada mata pelajaran sirah sahaja tidak memadai. Pengenalan sukatan ini perlu agar pemahaman tentang kepentingan Al-Quran dan As-Sunnah itu bergerak seiring dan segar di dalam akal para penuntutnya. Jangan sampai ada yang kenal Rasulullah SAW tetapi tidak meyakini apa yang diucapkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Jika benar wujud kelompok demikian, maka ia merupakan musibah yang cukup berat dan wajib ditangani dengan tegas tanpa ragu.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kuala Kedah juga ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan mewujudkan kelas lanjutan KAFA peringkat menengah supaya ada kesinambungan pengajian yang lebih luas dan lengkap.
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada bahagian kedua. Kedah merupakan negeri jelapang padi, sudah tentulah isu-isu yang berkait industri padi atau food security amat dekat di hati dan menjadi topik perbualan rakyat di sana. Rakyat bercakap, rumah kami dikelilingi sawah bendang tetapi beras tempatan tiada.
Inilah realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini. Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin bersuara sama seperti rakan-rakan Dewan yang lain tentang betapa perlunya pihak kerajaan lebih agresif, tegas dan terancang dalam menguatkuasakan peraturan pengawalseliaan supaya permasalahan atau khabar angin tentang sorok beras, percampuran beras import dan tempatan atau tukar beg pembungkusan antara beras tempatan dan import sememangnya benar-benar tidak berlaku. Teramat malang bagi rakyat di negara ini sekiranya khabar angin tersebut benar-benar berlaku.
Untuk pengetahuan Ahli Dewan, sekarang adalah musim menuai padi di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah. Masih terdapat kawasan sawah di dalam MADA yang terpalit dengan fenomena tanah jerlus yang mengakibatkan kerugian ke atas pesawah dan industri padi. Oleh itu, apakah langkah-langkah tuntas yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani permasalahan ini secara holistik. Apakah terdapat usaha-usaha untuk mencipta atau inovasi jentuai yang lebih ringan agar mudah menuai di tanah lembut dan sebagainya?
Apakah terdapat rancangan untuk membina saliran baru untuk mempercepatkan air mengering di kawasan-kawasan yang terlibat dengan tanah jerlus? Dalam hal ini Kuala Kedah ingin mencadangkan agar satu task force dengan izin, yang melibatkan setiap agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ditubuhkan bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini secara efektif dan efisien.
Tidak lama lagi musim penanaman padi akan bermula. Kuala Kedah amat mengharapkan agar isu kekurangan benih padi sah tidak lagi muncul atau harga padi benih melambung berlipat kali ganda. Sekiranya pihak berkenaan merasakan sudah tidak mampu untuk menyediakan benih padi sah yang mencukupi maka pulangkan hak semula, pulangkan semula hak penyediaan benih padi kepada pesawah. Hal ini penting bagi mengelak gangguan jadual penanaman padi yang telah diatur oleh agensi-agensi pertanian yang berkaitan.
Pada masa yang sama, Kuala Kedah mengharapkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dapat menetapkan harga kawalan serta menguatkuasakan peraturan kawalan harga terhadap baja dan racun supaya input penanaman padi ini tidak naik secara mendadak yang meningkatkan kos pengeluaran serta membebankan para pesawah. Isu ini perlu ditangani secara serius supaya industri padi negara berada di dalam keadaan relevan dan selamat.
Tuan Yang di-Pertua, pada sidang ini juga Kuala Kedah ingin mendapatkan informasi tentang status terkini pembinaan jeti Kuala Kedah. Sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam sidang media beliau di jeti penumpang Kuala Kedah pada Mei 2023 yang lalu. Sesungguhnya rakyat Kuala Kedah amat ternanti- nantikan perlaksanaan projek tersebut yang telah diuar-uarkan sejak 2017 lagi. Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin menyarankan supaya pihak kementerian dapat mengadakan libat urus bersama nelayan tempatan, pihak LKIM dan mereka yang terkesan bagi mendapatkan maklumat lokasi tambatan bot nelayan dan pusat pemunggahan hasil tangkapan laut yang berada sekitar jeti supaya kedudukan jeti baru tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Untuk pengetahuan Dewan, jumlah jeti persendirian yang sedang beroperasi mencecah bilangan 73 buah jeti pendaratan ikan di sepanjang sungai Kuala Kedah. Selain itu, Kuala Kedah ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menimbangkan
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
pembelian dredging fleet atau kapal korek bagi tujuan pengerukan di sepanjang alur layar di luar muara Sungai Kedah. Saranan ini diketengahkan memandangkan kos pengerukan bagi satu-satu tempoh mencecah antara RM15 juta sehingga RM24.85 juta bagi setiap pusingan pengerukan antara 4 ke 5 tahun. Pusingan pengerukan ini perlu mengikut jadual, bertujuan untuk mengelak daripada mendapat atau keladak yang semakin menebal dan mengeras jika tidak dibuang.
Tuan Yang di-Pertua, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022 jumlah penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah adalah seramai 172,099 orang. Dengan kepadatan penduduk 739 orang persatu kilometer persegi pada tahun 2020, dengan jumlah penduduk seramai itu sudah tentulah kemudahan fasiliti kesihatan serta bilangan kakitangan perubatan perlu dipertingkatkan. Dalam hal ini Kuala Kedah mendapat maklum balas bahawa terdapat 20 jumlah fasiliti kesihatan yang merangkumi kemudahan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, klinik desa dan klinik komuniti dengan seramai 240 petugas kesihatan yang sedang berkhidmat di dalam Parlimen Kuala Kedah.
Justeru Kuala Kedah memohon pihak kerajaan dapat menambah bilangan petugas kesihatan supaya pesakit tidak menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan bagi sesuatu sesi. Selain itu, Kuala Kedah ingin mendapatkan perincian tentang status permohonan menaik taraf Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut dalam Rolling Plan 4, 2024 dan meminta KKM juga dapat mengangkat syor menaik taraf klinik kesihatan di jalan Kuala Kedah bagi memberikan keselesaan kepada pesakit-pesakit untuk mendapatkan rawatan.
Tuan Yang di-Pertua, pada minit-minit yang terakhir ini Kuala Kedah ingin memohon supaya Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menyatakan hala tuju sektor pelancongan domestik dan global sempena Program Tahun Melawat Malaysia 2026. Apakah strategi bagi menarik pelancong dari negara-negara Asia Tengah untuk melawat Malaysia? Apakah langkah-langkah komprehensif yang telah diambil untuk memperkasakan hubungan pengurusan sektor pelancongan antara peringkat negeri dan persekutuan? Pengukuhan hubungan dua hala ini penting memandangkan Kedah akan menganjurkan Program Tahun Melawat Kedah 2025 yang secara tidak langsung menjadi pemangkin penganjuran Program Tahun Melawat Malaysia 2026.
Demikianlah perbahasan Kuala Kedah, Kuala Kedah menyokong penuh Titah Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Ranau.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Pertama saya ingin merakamkan syabas, tahniah di atas pelantikan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang ke-17 Sultan Ibrahim dan Permaisuri Agong dan juga merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 Sultan Abdullah dan Permaisuri kerana telah berkhidmat dengan penuh baik kepada rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh beberapa isu dan isu yang pertama yang saya ingin sebutkan adalah berkenaan dengan tuntutan di bawah MA63. Rakan- rakan daripada Sabah, MP daripada Sabah memang sudah ramai yang menyentuh perkara ini. Namun saya juga, masih akan menyentuh perkara ini kerana tahun ini adalah tahun yang penting untuk negeri Sabah. Ini kerana rakyat Sabah sedang menunggu apakah keputusan Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan pemberian 40 percent hasil kepada kerajaan negeri Sabah.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Perkara ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan sejak 2018 saya secara konsisten sudah menyentuh perkara ini. Sejak daripada muda-muda, umur 23, 24 tahun selepas daripada keluar universiti, bila masuk ke dalam politik, saya sudah berkata lebih daripada 30 tahun mengenai perkara ini. Sehinggalah masuk ke dalam Parlimen.
Lebih daripada 30 tahun, saya sebagai pembangkang, 20 lebih tahunlah lebih kurang begitu. Baru menang 2018, apa yang saya sentuh selalu ke arah ketidakseimbangan ekonomi, tentang hak negeri Sabah, pada rakyat negeri Sabah dan perkara ini masih berterusan sehingga pada masa sekarang.
Saya berharap bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 yang akan menimbangkan, yang akan membincangkan dan memutuskan mengenai perkara ini dalam tahun ini hendaklah mengambil kira tentang tahun-tahun kehilangan pembayaran hak 40 peratus ini kepada Kerajaan Negeri Sabah khususnya daripada tahun 1974 hingga tahun 2021. Pembayaran geran khas tahunan pada tahun 2022 di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan hendaklah tidak dicampuradukkan dengan pembayaran geran khas 40 peratus yang perlu diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk membuat semakan ke atas 40 peratus geran khas ini adalah satu pelanggaran kepada Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan hendaklah memikirkan bahawa perkara ini sangat penting untuk dilaksanakan kerana ia telah dijanjikan kepada rakyat negeri Sabah, kepada pemimpin-pemimpin yang lalu. Tanpa jaminan perkara ini di dalam Perlembagaan negara, maka saya percaya, negara Malaysia tidak akan ada. Tidak akan ada Sabah. Sarawak, Mungkin Sarawak saya tidak tahu. Sabah, kemungkinan tidak ada bersama-sama dengan Malaysia pada masa sekarang.
Sebab itu, janganlah memandang enteng perkara ini sebab dalam perkara yang simple kita pun tahu, mana-mana perkara utama dalam perjanjian, jika terma itu tidak dipatuhi atau tidak ditunaikan, mana-mana pihak yang telah dilanggar perjanjian itu boleh juga batalkan perjanjian itu. Ini adalah kesan sebenar jika sekiranya tidak ditunaikan perjanjian yang telah dipersetujui tersebut. Itu terbuka kepada rakyat-rakyat Sabah, pemimpin-pemimpin Sabah untuk membuat keputusan berkenaan perkara ini. Sebab itu, ambillah perkara ini dengan serius kerana rakyat Sabah ramai sudah yang mula memikirkan perkara-perkara yang di luar daripada pembentukan negara ini pada masa sekarang.
Saya dengar, di Australia, anak-anak Sabah menubuhkan Sabah Independent Movement. Di UK juga gerakan yg sama sedang dilakukan. Kenapa semua ini muncul?
Kerana tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku ke atas Sabah di dalam negara ini. Sebab itu kita minta supaya apa yang telah dipersetujui janganlah dilanggarkan kerana 60 tahun itu sudah cukup lama bagi kami menunggu supaya perkara ini dapat diselesaikan.
Pada masa yang sama, saya juga berharap bahawa masalah Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 diminta untuk membuatkan rumusan beberapa perkara. Ini kerana apa yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri di negeri Sabah tidak mencerminkan hasil sebenar yang diperolehi oleh Sabah di negeri Sabah bagi mereka yang beroperasi di dalam negeri Sabah. Saya minta supaya jawatankuasa ini membuat pertimbangan supaya semua agensi kerajaan yang beroperasi di Sabah mestilah membayar cukai mereka di LHDN Sabah. Mesti. Kalau mereka tidak bayar, maka mereka kena start bayar.
Kedua, semua syarikat-syarikat persendirian yang dari luar Sabah tapi beroperasi di Sabah. Mereka juga mestilah membayar cukai di LHDN Sabah. Perkara ini perlu dijadikan sebagai satu undang-undang supaya semua orang yang beroperasi, yang daripada luar Sabah, mereka berladang, mereka mempunyai business, mereka mempunyai keuntungan, harus membayar kepada LHDN Negeri Sabah supaya ada rekod
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
yang jelas berapakah pendapatan yang diperoleh itu dan 40 percent, berapa banyak yang perlu dikembalikan kepada negeri Sabah.
Rakyat Sabah meminta supaya pelaksanaan 40 percent daripada hasil Sabah ini perlu disegerakan. Jika dapat dilaksanakan pada tahun ini, maka kita sangat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Kita melihat bahawa selama ini, kadang-kadang dalam Facebook pun orang Sabah dihina bah. Dia bilang kamu tinggal atas pokoklah, kamu ini orang yang ketinggalan, macam-macam. Walaupun pelbagai penghinaan diterima, kami terima dengan baik. Kami tahu kelemahan, kekurangan kami, selama ini di dalam negara ini.
Kalaulah sekiranya semua hasil minyak kami yang peroleh, minyak kami boleh dapat lebih daripada RM60 bilion setahun. Daripada 300, 400 barrel minyak setong dalam satu hari, kita akan punya wang berbilion-bilion untuk negeri Sabah. Tetapi, kenapa kita mundur? Kerana hasil kita dikaut ke tempat lain. Jadi,sebab itu bersikap adillah kepada negeri Sabah, kepada rakyat negeri Sabah. Sabah, Sarawak– Sarawak pun lebih 700 lebih barrel tong minyak sehari. Lebih Sarawak *....
[Tidak jelas]* ... pendapatan yang diperoleh daripada Sabah dan Sarawak.
Sebab itu kita minta supaya pertimbangan yang lebih adil kepada Sabah dan Sarawak supaya kami juga dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakan- rakan di Semenanjung. Saya sudah katakan perkara ini daripada 2018 dan saya minta supaya Kerajaan Persekutuan, siapa pun parti, siapa pun pemimpin, harus tunaikan apa yang dipersetujui. 2018 saya katakan, 100 tahun daripada sekarang pun Sabah, Sarawak tidak akan dapat kejar kemajuan negeri Semenanjung.
Ranau kawasan yang luas daripada Melaka, Pulau Pinang dan Perlis. Tiga negeri yang digabungkan, 11 MP. Ranau, 1 MP. Macam mana pembangunan RM4 juta setahun boleh kejar 44 juta kawasan, RM14 juta peruntukan yang kawasannya lebih kecil daripada negeri Sabah, daripada kawasan Ranau sendiri. Kawasan yang kecil, mahu buat jalan raya, sampai berapa banyak kali jalan dibikin. Saya melihat, saya ada selalu kadang- kadang masuk hutan di kawasan Semenanjung, sampai ke ladang-ladang, sampai ke hutan. Hutan Simpan pun semua masih tar. Bagi kami di kampung, jalan dalam hutan, dalam kawasan perkampungan, masih di dalam keadaan yang sangat susah.
Saya berharap perkara ini diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Saya tidak kisah. Saya sudah melalui Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir, kepada Muhyiddin, kepada Ismail Sabri, walaupun kepada Anwar Ibrahim, perkara yang sama, pendirian saya tetap sama. Kerajaan harus tunaikan perkara ini. Adakah saya pernah berubah? Tidak.
Tentang hal ini jangan main-main. Sabah, Sarawak juga ada limit-nya.
Kedua, tentang Borneonisasi. Perkara ini juga sebenarnya ada dalam Memorandum 20 Perkara. Jangan perkara ini juga dipandang remeh walaupun hanya ini merupakan memorandum daripada negeri Sabah. Minta supaya Borneonisasi dilaksanakan. Pertanyaan saya kepada Federal, Kerajaan Persekutuan, adakah penyertaan awal Sabah akan di-Borneosasi-kan? Berapa peratus jawatan-jawatan Persekutuan di Sabah yang dipegang oleh anak-anak negeri Sabah? Berapa peratus pula lantikan anak-anak Sabah ke jawatan Persekutuan di seluruh Malaysia berbanding dengan kaum lain?
Hal ini penting. Saya tidak cakap sembarangan tentang hal ini. Ini adalah kerana graduan kami yang menganggur, tinggi. 8.1 percent pada tahun 2019, 8.4 percent pada masa 2021, semasa COVID, 9.5 peratus graduan menganggur. Siswazah yang lebih tinggi menganggur pada 2023 daripada kalangan wanita. Oleh sebab itu, saya minta supaya mereka diberi pertimbangan, mereka diberi peluang untuk sama-sama berkhidmat di dalam perkhidmatan Persekutuan di Malaysia ini, khususnya negeri Sabah.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Pembangunan yang lebih adil untuk Sabah dan Sarawak, mestilah adil. Sabah hanya dapat lebih kurang 6.6, Sarawak 5.8 merangkumi
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
RM12.4 bilion. Ini hanya merangkumi 13.48 persen daripada seluruh peruntukan pembangunan sebanyak RM90 bilion. Sabah hanya mendapat 7.17 persen, tidak sampai pun 10 persen penduduk negeri Sabah. 3.4 juta penduduk Sabah sekurang-kurangnya bagilah yang adil. 10 persen daripada RM90 bilion, Sabah sekurang-kurangnya dapat RM9 bilion. 10 persen, sebab Sabah penduduknya juga lebih kurang 10 persen. Bagilah kepada Sabah, apa yang susah sangat daripada RM90 bilion peruntukan ini.
Seterusnya, hal-hal yang kecil yang ingin saya sebut ialah harga tiket kapal terbang. Mintalah, janganlah ambil kesempatan ini syarikat penerbangan. Bila masa cuti, bila kau book dia sembilan bulan, 10 bulan – asal masa cuti semua tiket melambung RM2,000, RM3,000. Bagaimana kita mahu membentuk integrasi nasional? Semasa budak-budak sekolah ingin melawat Sabah ataupun daripada Sabah ingin melawat Semenanjung, kalau sekiranya harga tiket pun mahal. Kawallah, Kerajaan Malaysia mesti mengawal perkara ini supaya mereka tidak berwenangnya mengambil kesempatan terhadap rakyat sendiri.
Seterusnya ingin saya sentuh sedikit sajalah. Bagi saya satu minit, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, ya.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Saya minta supaya Jambatan Kampung Lungkidau dipercepatkan. Saya difahamkan bailey bridge digantikan pada jambatan yang lebih baik, lebih bagus tapi minta dipercepatkan. Orang rakyat menderita sekarang di sana. Pembinaan jalan berturap, Jalan Miruru, Jalan Kampung Perancangan [Tidak Jelas], Jalan Kundasang, SK Kundasang, Mohimboyon, Pinausok dan sambungan Jalan Sinurai ke Karagasan ke Kampung Gusi minta dipercepatkan dan juga pembinaan jambatan kereta dari Kampung Gusi menyeberangi Sungai Ulut Sugut ke daerah Beluran juga sangat diperlukan.
Ada lagi panjang tapi itu saja buat masa sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih. Sokong penuh Titah Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berselawat]* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan pada saya untuk turut berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Menjunjung kasih pada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan ucapan tahniah kepada Tuanku atas pelantikan selaku Yang di-Pertuan Agong.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil iktibar terhadap Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong berkenaan menyelami dan memahami denyut nadi serta kesusahan rakyat. Kerisauan saya pada hari ini apabila kerajaan dilihat tidak bersungguh dalam membantu rakyat. Laungan menyelesaikan masalah dilihat tidak selari dengan tindakan kerajaan seperti melaksanakan subsidi bersasar tanpa perancangan rapi, bersikap acuh tak acuh dengan kejatuhan nilai mata wang, berusaha menghapuskan pencen penjawat awam dan banyak lagi.
Tindakan kerajaan yang kononnya atas dasar penjimatan dan pengurangan perbelanjaan sekali gus memberi kesan yang besar langsung kepada rakyat terutama kepada golongan M40 yang mempunyai tanggungan yang besar. Memetik juga ucapan dari Titah Yang di-Pertuan Agong, kejayaan dan kegagalan berada pada tanggungjawab semua 222 Ahli Dewan kerana kita semua telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil dalam Dewan ini.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Dengan itu, saya menyeru untuk pihak kerajaan untuk bersikap adil sepertimana yang disebut oleh MP Marang tadi kepada semua rakyat dengan memberikan peruntukan sama rata untuk semua wakil rakyat. Contohilah Kerajaan Negeri Kedah yang bersikap adil memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang walaupun hanya ada tiga orang. Sahutlah seruan Titah Tuanku yang menjadikan 33 juta rakyat Malaysia sebagai satu keutamaan bukan sekadar berikan bantuan dan menambahkan pembangunan kepada kawasan penyokong kerajaan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan ini dengan menzahirkan penghargaan kepada Wisma Putra yang telah mewakili rakyat Malaysia menyampaikan pendirian berkenaan Palestin di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Sejak 7 Oktober 2023, angka korban rakyat Palestin telah melebihi 30,000 angka korban. Kita ketahui bahawa Israel memang tidak akan berhenti mahupun rasa bersalah dengan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan kepada rakyat Palestin. Maka Malaysia perlu berterusan secara lisan dan tindakan untuk menyokong Palestin dan negara-negara yang menyokong kemanusiaan tanpa berbelah bahagi. Kelmarin, 5 Mac 202 ...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jerai, Jerai sikit boleh, Jerai?
Saya kampung itu di Kampung Belida, dalam Parlimen Jerai tahu saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh? Saya minta Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi laluan?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Sekejap, sekejap. Kelmarin...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tidak.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sekejap lagi saya nak keluar sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Tidak bagi.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Bagi peluang. Bagi peluang. Sekejap sahaja.
Kelmarin 5 Mac 2024 OIC telah mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar bagi membincangkan isu Palestin. Malaysia dengan semangat persaudaraan sesama Muslim wajar memainkan peranan bersama negara-negara OIC untuk mendesak PBB dan Israel supaya dapat melaksanakan gencatan senjata secepat mungkin. Peranan negara-negara Arab juga tidak kurang pentingnya dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Dengan itu, saya ingin mengetahui apakah usaha lanjut kerajaan khususnya Kementerian Luar di peringkat antarabangsa? Sama ada dalam OIC, PBB dan ICJ untuk membantu bersuara bagi mengeluarkan rakyat Palestin daripada konflik yang tidak berpenghujung ini. Semoga Malaysia secara berterusan menyokong Palestin tanpa berbelah bahagi. Marilah kita sama-sama berdoa agar Palestin boleh menjalankan ibadah Ramadan dengan sempurna.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya pihak penguat kuasa khususnya pegawai dan anggota polis merupakan benteng pertahanan negara untuk melindungi rakyat. Tindakan melanggar etika dan salah laku boleh mewujudkan persepsi buruk terhadap polis dan mengurangkan keyakinan rakyat kepada pasukan keselamatan ini. Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 5,413 aduan berhubung salah laku dan kesalahan integriti diterima di Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS) Bukit Aman. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain dari sekian aduan yang diterima, 4,497 subjek membabitkan pegawai polis.
Pujian saya berikan kepada Ketua Polis Negara yang telus menunjukkan data serta tidak teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya kepada yang bersalah. Ini
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
menunjukkan ketegasan beliau dalam mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap anggota polis. Soalan saya, adakah faktor beban dan tekanan kerja yang tinggi serta masalah gaji boleh menjadi antara punca segelintir pegawai polis mempunyai masalah integriti? Seperti yang diketahui, gaji yang dibayar pada anggota polis bawahan tidak selumayan berbanding dengan tekanan dan risiko yang mereka hadapi setiap hari.
Bagaimana pendapat kerajaan, apabila dikatakan faktor ekonomi, kos sara hidup kian meningkat menjadi punca salah laku seiring dengan tekanan psikologi dan mental polis yang bekerja di bawah tekanan penyeliaan pihak atasan. Seterusnya, apakah tindakan susulan kepada data ini? Saranan saya satu reformasi menyeluruh perlu dilakukan untuk mempertingkatkan sahsiah disiplin dan integriti pada anggota. Tindakan ini bukan sahaja perlu diterjemahkan menerusi latihan fizikal dan skill berterusan. Namun, pemerkasaan latihan etika kerja selain mempertingkatkan sistem pemantauan juga diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu subsidi bersasar fokus utama adalah berkaitan petrol. Menurut pandangan Yang Berhormat Menteri, apabila ada subsidi bersasar berdasarkan pendapatan isi rumah, pengguna terpaksa membayar kos sebenar untuk bahan api dan kemungkinan ramai antara mereka akan beralih kepada kenderaan elektrik
(EV). Perkara ini yang ingin saya timbulkan adalah sumber tenaga elektrik yang menjana tenaga EV. Di Malaysia yang menjana sumber tenaga elektrik ialah sumber bahan bakar karbon. Maka, secara matematiknya, semakin banyak EV semakin tenaga elektrik diperlukan. Dengan itu, semakin banyak pula bahan api karbon diperlukan untuk menjana elektrik.
Buat masa kini, ekosistem sokongan EV ini masih belum meluas. Oleh itu, kebanyakan EV hanya sesuai untuk digunakan dan hanya sesuai dimiliki oleh penghuni- penghuni kawasan bandar. Secara tidak langsung, sekiranya subsidi diberikan kepada pembeli-pembeli kereta elektrik, bermakna subsidi diberikan kepada pembeli kereta mewah dan penduduk bandar.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Soalan saya, bagaimanakah kerajaan melakukan pertimbangan bahawa subsidi bahan api yang sebelum ini dinikmati oleh masyarakat awam kini mungkin beralih kepada subsidi EV yang secara bersasar dinikmati oleh pembeli kereta mewah dan penduduk bandar semata-mata? Mohon perhatian pihak kerajaan.
Seterusnya Datuk Speaker, saya juga ingin membangkitkan soal pengumuman kerajaan mengenai kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula 1 Mac yang lalu. Walaupun tidak semua perkhidmatan akan terkesan akibat peningkatan kadar cukai, kekhuatiran saya terhadap kesan domino kepada pelbagai jenis barang serta perkhidmatan kos produk akan meningkat.
Beban peningkatan kos akan dialih kepada pengguna akhir. Jika cukai perkhidmatan terus meningkat, peniaga tiada pilihan lain selain menaikkan harga barang bagi mengelakkan kerugian. Di samping penafian oleh Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi bahawa rakyat bawah tidak akan terkesan, barang-barang di kedai sudah nampak perubahan.
Maka saya amat khuatir dengan keadaan rakyat yang semakin terbeban kerana perlu melakukan persiapan penggal persekolahan baru, sambutan puasa dan kemudian Hari Raya. Semua ini memerlukan kos yang banyak. Tekanan demi tekanan dirasai oleh rakyat terutama M40 dan B40. Apakah solusi kerajaan terhadap perkara ini?
Cukup-cukuplah sekadar melihat dan menafikan penderitaan rakyat. Cadangan saya, jika kerajaan terlalu egoistik untuk menarik semula keputusan menaikkan SST, duit hasil cukai tersebut perlu dipulangkan kembali kepada rakyat khusus dalam bentuk bantuan tunai, penambahbaikan infra di bandar dan penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk yang ada di dalam negara ini.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Seterusnya yang terakhir, saya ingin menyentuh soal pendidikan tinggi. Terdapat aduan disampaikan kepada saya bahawa pada tahun ini permohonan untuk masuk ke institusi pengajian tinggi dan kemahiran awam 2024 kembali memerlukan pemohon membeli nombor pin BSN yang terpapar di laman web BSN. Namun, tiada apa-apa pengumuman mahupun kenyataan rasmi dari Kementerian Pendidikan Tinggi atau Jabatan Pendidikan Tinggi atau UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar.
Jika berita ini benar, minta kementerian untuk menjelaskan kenapa perubahan ini berlaku sedangkan semenjak tahun 2020 sehingga tahun 2023 tidak dikenakan sebarang bayaran atau pembelian nombor pin BSN. Malah permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan juga tidak mengenakan sebarang bayaran pembelian nombor pin.
Walaupun harga pembelian nombor pin BSN ini untuk permohonan ke institusi pengajian tinggi awam hanya berharga RM10.60, harga tersebut boleh memberikan kesan kepada rakyat miskin di luar bandar untuk memohon melanjutkan pengajian. Saya juga ingin mengetahui apa sebenarnya tujuan bayaran pembelian nombor pin UPU ini?
Sejauh manakah kerjasama kerajaan dan BSN sebagai ejen yang mengambil untung dari pembelian tersebut? Soal pendidikan sewajarnya diberi secara percuma jika tidak mampu pada yuran, sekurang-kurangnya pada pemilihan kemasukan ke universiti.
Begitu juga dengan yuran MUET telah dinaikkan dari RM100 ke RM150. Semua ini amat membebankan khususnya pelajar dan rakyat.
Terakhir Yang di-Pertua, saya ingin membawakan isu dalam parlimen berkaitan pintu muara Kuala Ruat. Bukan bila siap. Berkaitan pintu muara Kuala Ruat yang semakin sempit. Pihak JPS suatu ketika dahulu telah laksanakan projek penahan tebing dengan sangkar batu. Namun, sekarang sangkar batu tersebut telah reput dan pecah menyebabkan batu penahan tebing runtuh. Akibatnya, perahu-perahu nelayan yang diletakan di situ banyak yang rosak. Saya harap pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui JPS dapat menyelesaikan dengan kadar segera. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya sangat sedih dan kecewa. Terkejut dengan keputusan kerajaan semalam untuk melaksanakan kod etika untuk media.
Saya sedih sebab Ahli-ahli Parlimen tidak pernah diberi taklimat briefing oleh kerajaan sebelum pelaksanaan kod etika media ini. Saya nak tanya bagaimana Ahli Parlimen boleh menyokong kerajaan dalam isu ini apabila we were kept in the dark? Dengan izin, Puan Yang di-Pertua.
Saya juga berasa segan apabila ditanya oleh kawan-kawan daripada media, rasional kod etika ini. Puan Yang di-Pertua, saya dalam dilema. Saya tak tahu sama ada mahu menyokong atau mengkritik kerajaan dalam isu ini. Oleh itu, saya meminta pelaksanaan kod etika media ini ditangguhkan dan saya juga minta kerajaan memperjelaskan isu ini di Dewan Parlimen supaya perkara ini boleh dibahas oleh Ahli Parlimen daripada kerajaan dan juga daripada pembangkang.
Seterusnya, saya ingin menyatakan sokongan penuh untuk program Pelepasan Banduan Secara Berlesen menerusi tahanan di rumah (home detention), dengan izin yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru-baru ini. Cadangan tersebut bukan sahaja bersifat progresif tetapi juga menunjukkan kesediaan kerajaan untuk memperkenalkan perubahan yang bermakna dalam sistem hukuman kita.
Pendekatan yang lebih manusiawi (humane) untuk kesalahan-kesalahan ringan boleh memberi peluang kedua kepada mereka yang melakukan kesalahan yang tidak
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
mengganggu gugat kesejahteraan dan keselamatan negara. Saya percaya yang kritikan- kritikan terhadap cadangan ini datang dari kurang pemahaman atau reaksi refleks dari mereka yang kurang jelas tentang pelaksanaan program tersebut. Izinkan saya untuk mengingatkan Dewan ini bahawa tanggungjawab untuk memahamkan rakyat tentang segala cadangan ataupun polisi adalah terletak di bahu kerajaan.
Tentu sahaja perlu ada perancangan yang matang dan pengawasan yang ketat untuk memastikan bahawa pelaksanaan program seperti ini berjalan lancar dan sesuai dengan tujuannya. Tetapi jika dilaksanakan dengan betul, ini boleh menjadi langkah besar menuju sistem keadilan yang lebih adil dan berkesan. Pada masa yang sama mengurangkan masalah kesesakan penjara dan beban kewangan negara.
Saya ingin menekankan bahawa cadangan kerajaan positif yang bermakna bagi negara kita dengan memberi peluang yang kedua kepada mereka yang di penjara kerana melakukan kesalahan ringan seperti kes ibu tunggal mencuri makanan di kedai untuk anak-anak yang lapar atau kes-kes kesalahan trafik.
Selain itu, saya ingin membawa perhatian dewan ini kepada isu subsidi minyak.
Adalah satu fakta bahawa beban kewangan kerajaan semakin meningkat disebabkan oleh subsidi minyak petrol dan diesel. Masalah ini diperburukkan lagi dengan kegiatan penyeludupan dan kebocoran subsidi yang berleluasa.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini saya menyokong cadangan kerajaan untuk melaksanakan subsidi dan berpusat kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Saya lebih cenderung untuk menyokong cara-cara yang tidak melibatkan cash transfer, dengan izin dalam usaha untuk membantu rakyat golongan B40 dan M40. Cadangan untuk melaksanakan kad subsidi adalah langkah yang lebih tepat.
Berbeza dengan pemberian wang tunai, kad subsidi minyak ini dapat memastikan bahawa bantuan subsidi benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukannya.
Selain itu, ia juga dapat membantu kerajaan dalam memantau dan menguruskan subsidi minyak dengan lebih berkesan. Saya yakin bahawa pelaksanaan kad subsidi minyak ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menegakkan bahawa walaupun proses pendaftaran mungkin memerlukan sedikit usaha dan kos, bantuan dan sokongan semua agensi kerajaan boleh disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran kad subsidi minyak ini.
Kesimpulan saya adalah bantuan wang dalam bentuk cash transfer, dengan izin seperti BR1M dulu dan sekarang STR sudah terbukti gagah menyelesaikan masalah subsidi minyak kerajaan. Maka saya minta kerajaan untuk memilih kaedah kad subsidi minyak sebagai langkah yang lebih sesuai.
Sekian dan saya menyokong sepenuhnya Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas Titah Ucapan di dalam pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Februari 2024.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Mewakili rakyat Kuala Langat, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan dan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-17 dan ucapan terima kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di atas khidmat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.
Dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pesanan Tuanku agar kerajaan sentiasa menghayati denyut nadi rakyat kerana menjadi tanggungjawab kerajaan bahkan kepada semua 222 Ahli Dewan Rakyat untuk membela nasib rakyat di negara kita, Malaysia yang kita cintai.
Menjadi harapan Tuanku setelah 60 tahun Malaysia dibentuk hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna. Generasi hari ini masih lagi ada yang gagal menguasai bahasa Malaysia dan memahami budaya hidup kaum lain. Baginda juga menekankan Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dalam titah ucapan minit yang ke-12, ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan terus kekal terpelihara dan agama-agama lain masih dibenarkan untuk diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang-orang Islam.
Dalam perbahasan ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan dengan isu-isu kesihatan negara kita. Kita maklum bahawa peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah yang kedua yang tertinggi di dalam Belanjawan 2024. Perkhidmatan kesihatan yang banyak menjadi persoalan rakyat di bawah sana dan status ekonomi masih membelenggu kehidupan rakyat. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Walaupun saya kira dengan adanya Kertas Putih yang telah dibentangkan dan dibahaskan, saya kira satu bentuk reformasi yang besar harus dirangka oleh kerajaan agar akhirnya perkhidmatan kesihatan di negara kita ini dapat kita banggakan.
Pertamanya, saya ingin menyentuh soal International Health Regulations (IHR) yang mana di dalam ianya juga disentuh dalam persidangan yang lalu. Saya dimaklumkan baru-baru ini ada satu bentuk mesyuarat dan juga libat urus antara kerajaan dan termasuklah wakil daripada KKM dan WHO.
Saya ingin tahu apakah status jaminan Yang Berhormat Menteri Kesihatan ketika dibangkitkan ketika itu isu kedaulatan negara. Apakah butiran-butiran terkini yang boleh didedahkan kepada masyarakat awam dimaklumkan di dalam sidang yang mulia ini?
Apakah pendirian kerajaan dan kesan kepada rakyat terutamanya dalam sistem kesihatan negara kita?
Kalau kita melihat bahawa status pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan yang telah di bentang dan telah diluluskan. Saya kira saya juga mahu melihat apakah status pada hari ini? Daripada kertas yang telah kita luluskan dan apakah pencapaian-pencapaian yang akhirnya kita boleh melihat bahawa kita mengarah kepada hala tuju yang sebenarnya dalam reformasikan kesihatan di dalam negara kita.
Kemudian, saya ingin juga bertanya berkaitan dengan perkara-perkara, program- program rintis dalam isu kesihatan. Pertamanya berkaitan dengan Pre- exposure prophylaxis (PrEP). Apakah status terkini program rintis PrEP kepada individu-individu yang antara fokus dalam program ini yang mempunyai pasangan HIV+ terutamanya yang mengamalkan seks bebas dan seks songsang dan dalam keadaan belum ada keputusan lagi dalam MKI atau pun Jawatankuasa Fatwa. Mungkin ada keputusan-keputusan yang terkini yang saya minta supaya Menteri Kesihatan memaklumkan di dalam sidang yang mulia ini.
Ketiga, berkaitan dengan soal tenaga kerja. Pegawai perubatan yang tempoh hari tidak diberikan elaun bagi yang bertugas sebab dalam lanjutan masa di pusat kesihatan di negeri Selangor dan dicadangkan untuk diberikan pilihan cuti. Alhamdulillah keputusan memberikan elaun sebanyak RM80 sejam.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya minta juga apakah justifikasinya di atas keputusan memberikan elaun RM80 sejam ini? Kerana rata-rata kalau kita lihat dalam - di luar sana, doktor-doktor yang membuat lokum lebih kurang dalam RM40 hingga RM60 sejam dan saya kira juga ada permintaan di dalam negara kita atau pun daripada Persatuan MMA sendiri supaya elaun on call kepada doktor-doktor kita yang pada hari ini hanya sekadar RM9 sejam dinaikkan kepada RM25 sejam. Jadi, saya ingin juga tahu apakah status perancangan untuk menaikkan elaun doktor-doktor on call di dalam negara kita.
Begitu juga dengan harga-harga ubat yang dijangkakan akan naik lima hingga 10 peratus. Tempoh hari Menteri Kesihatan juga ada memaklumkan bahawa kenaikan yang sangat minimum mungkin akan berlaku di dalam negara kita tetapi saya kira dengan kejatuhan ringgit dan cukai SST, naik dua peratus daripada enam hingga lapan peratus sudah tentu akhirnya juga akan memberikan kesan kenaikan harga ubat di dalam negara kita.
Kemudian, saya ingin sentuh berkaitan dengan Skim Perubatan MADANI yang mana adalah walaupun ia adalah program perintis. Dia melibatkan 10 daerah kemudian ditambah dan hari ini telah ditumpukan kepada 10 daerah lagi. Menjadi persoalan saya, bukan saya tidak mahu menafikan bahawa tidak ada keperluannya di Selangor tetapi beberapa daerah di negeri Selangor termasuklah Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang juga masih terus dilibatkan.
Walhal kalau saya melihat di dalam Program Iltizam Selangor Sihat sehingga 30 Oktober 2023. Sebagai contoh, di Parlimen Gombak, di DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Klang. Jumlahnya tidak melebihi daripada 50 peratus yang menggunakan manfaat ini. Keseluruhannya di negeri Selangor, daripada 92,746 hanya 46,269 yang menggunakan manfaat ini iaitu 50.1 peratus.
Kemudian, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan. Tanggungan RM100 juta kos rawatan pendatang asing yang tidak berbayar. Jumlah tunggakan bil perubatan warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) di klinik-klinik atau pun hospital kerajaan sehingga mencecah jumlah ini sehingga akhir 2023. Apakah usaha kerajaan bagi mengutip tunggakan ini dan langkah yang diambil agar perkara ini tidak akan berulang kembali dan dapat memberikan pulangan kepada negara kita daripada sudut pendapatan kesihatan?
Kemudian, saya juga ingin bertanya berkaitan dengan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang telah diluluskan dalam sidang yang lalu.
Apakah statusnya pada hari ini? Bilakah akan dilaksanakan akta ini? Apakah persiapan yang telah dilakukan dan apakah status peraturan-peraturan yang mungkin sudah dirangkakan untuk dimaklumkan di Dewan ini?
Baru-baru ini kita juga telah dihangatkan dengan kehadiran ‘energy stick’ yang saya kira ini cukup membahayakan terutamanya apabila approach ini sampai kepada anak-anak atau pun tumpuan kepada pelajar-pelajar sekolah di dalam negara kita.
Kemudian, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Malaysia yang dimonopoli oleh FOMEMA Sdn. Bhd. Kalau negara kita ada lebih daripada 3 juta pekerja asing dengan pemeriksaan yang memakan kos RM247.
Saya kira hampir RM1 bilion dikutip tetapi adakah kerajaan juga dapat melihat supaya proses ini juga tidak dimonopoli dan perkara-perkara yang berlaku yang tidak ada ketelusan dapat kita hindarkan.
Kemudian, saya dapat aduan juga daripada Persatuan Kontraktor Melayu di atas bantahan kepada levi pekerja asing pada tahun ke-11 hingga tahun ke-13 yang meningkat sehingga RM7,000 setahun. Ini menjadi keluhan kepada kontraktor-kontraktor yang menggunakan pekerja-pekerja asing dan mereka sangat-sangat mengharapkan dan dalam keadaan ekonomi pada hari ini agar ianya dapat dikurangkan ataupun tidak memberi bebanan kerana akhirnya apabila mereka tidak mampu untuk membayar, sebahagian mereka terpaksa dihantar pulang ataupun mereka berada di sini dalam - tidak
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
mempunyai - tidak secara sah. Ini sangat merugikan kepada bentuk tenaga yang mungkin boleh menyumbang kepada sektor ekonomi.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan anjing-anjing liar dan juga monyet- monyet yang begitu banyak di negeri Selangor. Saya ingat banyak perbincangan soal ini dan tidak ada penyelesaiannya. Saya harapkan kerajaan akan mendapat satu kaedah bagaimana ia dapat diselesaikan dan akhirnya kesejahteraan kehidupan rakyat dapat terus diperkasakan.
Saya beralih kepada isu di daerah Kuala Langat, isu berkaitan jalan FT5 yang saya kira terlalu teruk dan terlalu sesak. Keadaan jalan yang retak seribu dan begitu juga dengan tampalan-tampalan yang dah begitu banyak. Begitu juga dengan jalan-jalan FT31 dan FT32 yang berlubang-lubang yang saya kira ini akan cukup membahayakan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Adakah masalah ini dimasukkan dalam anggaran penyelenggaraan jalan (APJ) tahun 2024? Akhirnya juga memberikan kesesakan dan sekiranya mereka ini menggunakan Waze kepada pengguna-pengguna jalan terutamanya kepada kenderaan-kenderaan berat. Mereka akan melalui jalan-jalan kampung yang akhirnya juga akan menjadi masalah kepada kampung dan merosakkan jalan-jalan yang sedia ada.
Terakhir, saya ingin menyentuh berkaitan dengan sekolah padat dan sesi yang hampir dibuka persekolahannya pada tahun sesi 2024/2025. Di kawasan saya terutamanya di zon utara, ada lapan buah sekolah yang saya dapat maklumat bahawa peningkatan enrolmennya pelajar-pelajar Tahun 1 begitu mendadak. Isu yang berlaku pada hari ini adalah kekurangan bilik darjah dan juga kekurangan kerusi meja. Beberapa tahun yang lalu saya terpaksa membelanjakan hampir kepada 10 ribu setiap tahun untuk bantu sekolah-sekolah ini memberikan kerusi murid meja untuk kemudahan mereka.
Saya dimaklumkan ada proses perolehan yang akan berlaku tetapi dalam masa jangka yang singkat ini sekolah-sekolah masih lagi tidak akan mendapat kerusi meja.
Adakah kita mahu membiarkan anak-anak kita belajar di atas lantai ataupun apakah kaedah-kaedah yang boleh membantu kepada sistem perjalanan sesi persekolahan kita dapat berjalan dengan baik? Saya mengharapkan ada beberapa sekolah di Kuala Langat juga dalam keadaan yang sesak dan sudah ada keperluannya untuk membina sekolah- sekolah yang baru dan ini harus menjadi pertimbangan.
Untuk akhirnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan kesesakan parkir di Hospital Banting di dalam keadaan mungkin sejenis hospital yang lama dan saya kira dengan jumlah keluasan itu hospital ini harus dinaiktarafkan. Saya mengharapkan kedudukan pejabat kesihatan yang juga berada di kawasan hospital ini mungkin boleh dipindahkan supaya parkir-parkir ini dapat diperbesarkan dan tidak menjadi masalah kepada pejabat kesihatan daerah untuk menempatkan kenderaan-kenderaan pada mereka kerana sudah ada tanah seluas 10 ekar diperuntukkan untuk pembangunan penjabat kesihatan daerah dan cuma isunya adalah bila ianya akan dibangunkan.
Saya harapkan ini mendapat respons daripada kerajaan. Terima kasih Tuan Speaker yang memberikan ruangan untuk saya terus membahas. Dengan ini saya menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama-tamanya patik sebagaimana rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain turut dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas kesudian untuk mencemar duli berangkat dan bertitah di Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 baru-baru ini.
Patik turut yakin kebijaksanaan dan pengalaman Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta keprihatinan Tuanku akan kesejahteraan rakyat di bawah naungan Tuanku sepanjang pemerintahan akan dapat membawa keadilan dan kemakmuran kepada negara yang bertuah ini. Patik juga dengan penuh takzim menyembah ucapan junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah menyempurnakan pemerintahan Tuanku pada Januari yang lepas.
Negara serta warganya pasti akan mengenang jasa pemerintahan Tuanku yang bersemayam di atas takhta selama 5 tahun.
Puan Yang di-Pertua, perbahasan saya pada hari ini akan menyentuh tiga perkara. Pelaburan bernilai tinggi dan juga kolaborasi strategi negara dan juga yang keduanya berkenaan dengan impak perubahan iklim terhadap keterjaminan makanan dan yang ketiga ialah berkenaan dengan pembangunan teknologi hijau Johor Green Deal khusus saya merujuk kepada negeri Johor termasuklah penggunaan National Energy Transition Roadmap dan juga New Industrial Master Plan 2030.
Puan Yang di-Pertua, sebagaimana Titah Seri Paduka Baginda yang mengiktiraf kualiti graduan tempatan yang bermutu tinggi telah berjaya dihasilkan. Namun, taraf pekerjaan sedia ada yang ditawarkan tidak setaraf dengan kelayakan mereka. Ini adalah isu yang kita hadapi pada hari ini. Bertepatan dengan titah dan juga laporan yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute pada bulan Mac tahun lepas bertajuk “Mendepani Cabaran Perkembangan Kerjaya Bakat Mahir Malaysia” menunjukkan bahawa berlakunya ketidaksepadanan kerja dengan banyak 48.6 peratus terlebih kelayakan, overqualified. Ini mengakibatkan berlakunya situasi guna tenaga tidak penuh apabila peratusan tenaga kerja berpendidikan tinggi dalam pekerjaan mahir semakin mengecil dengan mendadak dengan lebih ramai graduan bekerja dalam pekerjaan separuh mahir. Lebih- lebih lagi Puan Yang di-Pertua di Johor bila diumumkan tentang soal Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, dengan pertukaran mata wang yang jauh berbeza lebih daripada 3.5 peratus pada waktu ini ataupun RM3.50 berbanding 1 Dolar Singapura menjadikan perkara yang melibatkan kita untuk mengekalkan bakat yang ada semakin hari semakin tenat di Johor. Sumber tenaga kerja mahir juga semakin menjadi perkara yang amat mencabar bagi kerajaan negeri.
Maka dalam menyasarkan pelaburan bernilai tinggi sebagaimana yang disarankan, yang dilihat sebagai penting tetapi di dalam konteks di negeri Johor saya melihat bahawa inilah sahaja cara untuk kita mengekalkan bakat dan juga menarik lebih banyak bakat-bakat untuk memenuhi peluang, ruang pekerjaan ialah dengan wujudnya zon ekonomi khas ini. Tetapi, di dalam pembentukan zon ekonomi khas ini kerajaan perlulah melihat cara mana dan bagaimana insentif dan juga insentif tambahan dapat diwujudkan bagi memastikan hasrat untuk menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura ini dapat dijayakan.
Jadi, saya ingin bertanya dengan pihak kerajaan apakah insentif yang berbentuk tambahan kepada insentif yang sedia ada bagi kawasan-kawasan yang telah diumumkan sebagai zon ekonomi khas ini kerana itulah cara dan kaedah untuk menarik lebih ramai pelabur untuk menjadikan negara kita khususnya Johor sebagai destinasi pilihan mereka.
Saya menyatakan perkara ini Puan Yang di-Pertua kerana baru-baru ini kita mendapat makluman bahawa multinational company (MNC) yang telah mengecilkan operasi mereka. Malah ada yang dah berpindah ke negara lain. Ini berlaku, tak pasti lah saya di negeri-negeri lain tetapi di negeri Johor perkara ini berlaku dan antara contohnya ialah Panasonic sebagai contoh. Panasonic Appliances Refrigeration Devices Malaysia Sdn Bhd di Melaka dan juga Panasonic AVC Networks Johor Malaysia Sdn Bhd akan
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
menamatkan operasi mereka. Ini akan menjejaskan beribu pekerjaan yang ada pada hari ini.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi, adakah langkah-langkah tertentu yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan bahawa syarikat-syarikat ini dapat diadakan satu perbincangan bagi memastikan keadaan yang sedemikian dapat dielakkan daripada berlaku? Termasuklah juga di daerah di Pontian ada sebuah syarikat Shimano yang membuat peralatan- peralatan memancing, peralatan basikal juga telah mengecilkan operasi mereka oleh kerana setelah sepuluh tahun lebih beroperasi– mungkin insentif yang mereka terima itu sudah tidak lagi menjadikan operasi mereka dapat memberikan pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang mereka lakukan.
Jadi untuk itu, perlulah kerajaan memikirkan atau menjalankan atau mengadakan kolaborasi, engagement. Sorry, minta maaf Puan Yang di-Pertua– mengadakan libat urus dengan syarikat-syarikat multinational company ini supaya– kerana tentunya kuasa kerajaan negeri amat terhad, lebih-lebih lagi apabila kita menyentuh tentang soal insentif dan juga insentif tambahan kepada syarikat-syarikat multinational company ini. Jadi, mungkin wajar sudah sampai masa kerajaan negeri memikirkan, eh Kerajaan Persekutuan memikirkan pembaharuan dan tidak lagi hanya berada di tahap yang lama apabila kita menawarkan insentif yang sedia ada ini untuk yang telah wujud untuk sekian lama. Tiada penambahan. Jadi untuk itu diharapkan kerajaan akan memberi sedikit tumpuan.
Perkara yang kedua Puan Yang di-Pertua ialah impak berkenaan dengan perubahan iklim terhadap keterjaminan makanan. Saya telah mendapat jawapan daripada pihak kementerian berkenaan dengan perkara ini dan alhamdulillah pertamanya pihak kerajaan menyedari atau pihak kementerian menyedari bahawa cabaran yang dihadapi oleh sektor agromakanan ini kesan daripada perubahan iklim. Antaranya ialah gangguan terhadap kitaran pertanian yang menjejaskan jadual penanaman, gangguan terhadap sistem pengairan pertanian yang memerlukan peruntukan yang besar untuk menambah baik sistem pengairan dan juga kehilangan dan kemerosotan habitat akibat penurunan biodiversiti, seterusnya mengurangkan daya tahan ekosistem.
Ini antara perkara-perkara yang dilihat oleh kementerian sebagai cabaran.
Alhamdulillah kerajaan pun telah merangka strategi dan juga inovasi untuk menghadapi impak kesan daripada perubahan iklim ini. Antaranya ialah R&D dan juga pengkomersialan itu dapat ditingkatkan supaya pengeluaran pertanian dapat diadaptasi dengan perubahan iklim. Itu antara strategi. Kedua, strategi menggalakkan penggunaan teknologi berasaskan iklim dan juga automasi selain daripada menaik taraf infrastruktur pengairan dan juga penyediaan konservasi makanan dan juga ternakan. Walau bagaimanapun Puan Yang di-Pertua ialah saya ingin bertanya dengan pihak kementerian, bagaimana kita mengukur? How do we measure pencapaian, tahap kejayaan di setiap strategi dan juga inovasi yang kita perkenalkan? Kita tidak mahu kerajaan hanya mengumumkan tentang langkah-langkah inovasi dan juga strategi-strategi pelbagai yang kita buat tetapi akhirnya, ianya hanya tinggal strategi. Rakyat masih berhadapan dengan kos barangan makanan asas yang terus meningkat khususnya di Johor.
Bila pertukaran mata wang kita dengan Singapura itu jauh berbeza, jadi rakyat Singapura yang begitu berleluasa datang ke Johor untuk berbelanja. Mungkin hanya untuk membeli sayur sahaja sebagai contoh. Mereka sanggup datang ke Johor kerana bukan hanya kualiti hasil pertanian yang lebih baik, tetapi juga dengan harga yang dibayar itu begitu murah, memberi tekanan kepada masyarakat setempat.
Jadi untuk itu, saya berharap juga sebagai langkah ataupun sebagai strategi kerajaan kalau boleh juga dipertimbangkan maklumat tentang soal perubahan iklim, soal cabaran kerana perubahan iklim dalam sektor makanan ini supaya maklumat itu sampai ke peringkat akar umbi.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Sebaran maklumat itu sedapatnya biarlah meluas, Puan Yang di-Pertua. Media rasmi kerajaan masih lagi kurang memuatkan, memuat naik bahan-bahan, maklumat- maklumat yang penting untuk diketahui oleh masyarakat umum. Amat sedikit berbanding dengan negara-negara jiran. Bagaimana masyarakat mereka mengetahui tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan soal perubahan iklim, berbanding dengan rakyat di negara kita.
Jadi, peranan media rasmi kerajaan amat penting. Mungkin agaknya kalau di Johor itu saya nak mencadangkan bahawa kita ada jawatankuasa bencana di peringkat daerah. Mungkin jawatankuasa bencana peringkat daerah itu ditambah atau diperluaskan lagi peranan mereka sebagai jawatankuasa perubahan iklim dan juga bencana. Biar sampai ke peringkat akar umbi. Jadi tidak hanya terhad.
Tadi saya sempat memaklumkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, mungkin juga dalam taklimat-taklimat Menteri Kementerian di Dewan yang mulia ini ataupun setiap kali bersidangnya Parlimen. Mungkin juga perlu dilibatkan ADUN-ADUN bagi kementerian-kementerian yang tertentu. Supaya mereka juga kerap mendapat maklumat dan juga dapat mengetahui perkembangan-perkembangan terkini tentang inisiatif dan juga langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan.
Puan Yang di-Pertua, yang akhirnya ialah tentang soal....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan dan gulung.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Ya, saya akan rumuskan. Johor Green Deal New Energy Transition Road Map dan juga New Industrial Master Plan 2030 ini, saya ingin menekankan bahawa banyak perkara yang telah kita umumkan tentang soal pembangunan tenaga boleh baharu ini. Kerajaan Negeri Johor kita ada rujukan kita, Johor Green Deal. Kita juga menggunakan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang lain. Walau bagaimanapun, kita ingin mohon penjelasan dari pihak kementerian tahap rangka kerja untuk eksport tenaga sebagai contoh. Kita sudah umum sudah boleh eksport tenaga. Tetapi sampai sekarang rangka kerjanya, framework-nya masih lagi belum diumumkan. Masih lagi belum dimuktamadkan untuk membolehkan pelbagai inisiatif dan juga perkara-perkara yang sedang dirancang di peringkat negeri itu dapat dilaksanakan kerana kita hanya menerima sebagai contohnya voluntary carbon market handbook, itu sahaja yang kita ada. Tetapi kita masih lagi belum boleh nak mengeksport tenaga keluar ke negara jiran khususnya negara Singapura yang memerlukan bekalan tenaga bersih ini.
Jadi terima kasih Puan Yang di-Pertua, saya turut menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam, saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada hari ini. Terlebih dahulu, saya mewakili rakyat Mersing ingin merafak sembah dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Semoga Allah S.W.T merahmati pemerintahan Tuanku untuk kekal memayungi rakyat negeri Johor dan negara ini. Patik bersama sekalian rakyat Mersing akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua.
Tuan Yang di-Pertua, menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru agar semua pihak manfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan pemilihan Malaysia
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 untuk meneroka peluang ekonomi bagi menjana sumber pendapatan, selain mempromosi budaya dan warisan negara kepada pelancong yang berkunjung ke negara ini kelak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan tahun 2026 sebagai Tahun Melawat Johor. Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan lestari berkonsepkan Hutan Hujan ke Terumbu Karang dengan penjenamaan “Mesmerizing Mersing” dan “Naturally Splendid” merupakan sebuah daerah pelancongan yang kaya dengan keunikan sumber alam semula jadi dan terkenal dengan keindahan pulau-pulau, pantai-pantai dan hutan hijau yang menjadi tarikan utama para pelancong dari dalam dan luar negara.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Mersing juga merupakan salah satu daerah di negeri Johor di mana Yang di- Pertuan Agong kerap berangkat dan bersemayam di Istana Flinstones. Tuanku juga aktif dengan aktiviti diving di perairan Mersing. Sektor pelancongan di Mersing berdepan dengan cabaran untuk terus kekal relevan, mampan dan lestari. Sektor ekonomi pelancongan Mersing secara amnya dipengaruhi oleh perubahan iklim. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan semakin ekstrem memberi impak kepada prestasi naik turun jumlah pelancong yang datang ke Mersing.
Apabila tiba musim Monsun Timur Laut, premis-premis perniagaan, chalet, hotel dan juga homestay yang diusahakan penduduk akan mula terkesan. Kebanyakan gerai jualan produk pelancongan dan kraf tangan juga turut berisiko ditutup kerana tiada pengunjung. Saya berpandangan sudah tiba masanya kerangka dan dasar pelancongan progresif yang bersifat jangka masa panjang digerakkan untuk kelangsungan aktiviti industri pelancongan di Mersing.
Usaha ini perlu digerakkan secara bersama oleh semua pihak. Pemain industri pelancongan tempatan perlu diberi keutamaan dalam program libat urus bersama agensi dan kementerian untuk memberikan input yang konstruktif bagi memastikan sektor pelancongan di Mersing mampu kekal lestari.
Tindakan ini bertujuan untuk mengubah persepsi bahawa daerah Mersing hanya berperanan sebagai laluan atau pusat transit kepada pelancong-pelancong yang mahu berekreasi di pulau-pulau peranginan sahaja. Jika usaha dirangkum secara holistik, saya yakin jumlah pendapatan hasil pelancongan dapat ditingkatkan selaras peningkatan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.
Dalam usaha meningkatkan jumlah kehadiran pelancong, pertama, perlu disediakan jaringan jalan raya yang baik dan berkualiti. Pelaksanaan projek-projek jalan raya akan mewujudkan jaringan infrastruktur yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi malah memberi impak besar kepada peningkatan taraf hidup masyarakat serta merangsang sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.
Permukaan jalan raya berlubang dan bengkak-bengkok yang menghubungkan Mersing–Kluang dan Mersing–Kota Tinggi adalah antara isu yang sering dibangkitkan pengguna jalan raya dan pelancong. Malah terdapat beberapa kawasan hotspot yang sering dinaiki air walaupun hujan lebat hanya berlaku dalam beberapa jam sahaja.
Saya difahamkan kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM168 juta bagi menaik taraf jalan persekutuan terutamanya yang sering terjejas akibat banjir di Johor. Peruntukan ini termasuklah RM120 juta bagi menaikkan aras jalan di laluan FT003 Jalan Johor Bahru–Mersing dan RM39 juta bagi membaik pulih jalan rosak kesan bencana banjir Monsun Timur Laut 2023–2024 yang lalu. Mohon perincian kedua-dua peruntukan ini yang melibatkan jalan-jalan persekutuan dalam Parlimen Mersing.
Selain itu saya sekali lagi ingin bertanyakan status terkini projek membina jalan dan jambatan menghubungkan Jalan FELDA Nitar Mersing FT1425 ke Jalan Air Merah J85 dan Jalan Johor Bahru–Kuantan, FT003 Mersing. Pembinaan bypass ini akan memberi keselesaan kepada penduduk tempatan dan pelancong juga atas faktor keselamatan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Tuan Yang di-Pertua, pelancongan Mersing tidak boleh dipisahkan dengan aktiviti rekreasi pantai dan pulau. Saya ingin bangkitkan berkaitan pengusaha bot berlesen JMS dalam kawasan Parlimen Mersing yang berhadapan masalah kerana pihak Jabatan Laut Malaysia telah mengenakan syarat tidak membenarkan aktiviti penerokaan laut melebihi 10 batu nautika dari had Pelabuhan Pantai Mersing ke pulau-pulau sekitar perairan Mersing. Sedangkan syarat 10 batu nautika itu hanya merangkumi pulau-pulau yang berdekatan sahaja seperti Pulau Besar dan Pulau Rawa dan tidak meliputi pulau-pulau lain seperti Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.
Perkara ini diburukkan lagi apabila berdasarkan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 pengubahan had pelabuhan Mersing bertarikh 20 Ogos 1984, batas pelabuhan Mersing hanya dalam lingkungan 3 batu nautika iaitu antara Sungai Mersing dan Tanjong Selantai. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan adakah pihak Jabatan Laut Malaysia akan membuat had pengubahan had pelabuhan Mersing dan memansuhkan syarat dibenarkan beroperasi 10 batu nautika dari Jeti Penumpang Mersing dalam lesen JMS bagi membolehkan aktiviti rekreasi laut dan pelancongan di perairan Mersing dilaksanakan secara teratur, selamat dan lestari.
Selain itu fenomena air pasang surut dan mendapan pasir bawaan ombak setiap kali musim Monsun Timur Laut telah meninggikan dasar Kuala Sungai Mersing dan Kuala Sungai Endau. Masalah yang berlaku ini menjejaskan aktiviti perkhidmatan feri-feri, bot- bot pelancongan, bot-bot nelayan dan lain-lain pengangkutan sungai dan laut. Pergerakan keluar masuk feri-feri, kapal-kapal dan bot-bot ini bergantung sepenuhnya kepada jadual air pasang surut khasnya bagi Kuala Sungai Mersing.
Ini memberi kesan kepada sektor ekonomi pelancongan dan perikanan di Parlimen Mersing. Saya bertanyakan apakah perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah Kuala Sungai Mersing dan Kuala Sungai Endau yang semakin cetek. Saya difahamkan pihak ECER telah mencadangkan pembinaan Jeti Mersing yang baharu dan pemecahan ombak di Kuala Sungai Mersing sebagai salah satu pemangkin pembangunan sosioekonomi ECER.
Justeru saya ingin bertanyakan bilakah projek ini akan dijalankan. Saya juga berharap pihak kementerian dapat melihat kawasan-kawasan pantai di daratan dan di pulau-pulau yang mengalami hakisan teruk terutama selepas Monsun Timur Laut.
Hakisan ini memberi kesan kepada sektor pelancongan di Parlimen Mersing.
Tan Sri Yang di-Pertua, bercakap soal Mersing, daerah pelancongan lestari saya difahamkan pembangunan Mersing Geopark telah dihentikan serta-merta. Justeru saya minta justifikasi daripada kementerian dan sejauh manakah tindakan susulan berkenaan pembatalan kerja-kerja kajian, pewartaan dan pembangunan kawasan Mersing Geopark seterusnya memohon pengiktirafan daripada UNESCO Global Geopark. Mersing Geopark berpotensi menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Keindahan alam semula jadi, keharmonian ekologi, geologi, kebudayaan dan warisan mampu menjadikan Mersing setanding Pulau Langkawi.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong turut bertitah supaya usaha meningkatkan pengeluaran makanan hendaklah dilaksanakan secara lebih tersusun bagi memastikan tahap jaminan makanan negara mencapai sasarannya. Beras merupakan salah satu makanan ruji rakyat Malaysia. Dalam Parlimen Mersing terdapat dua kawasan sawah padi iaitu di Kampung Semaloi dan Kampung Air Papan.
Saya menyambut baik usaha kementerian menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menjayakan Pelan Pembangunan Industri Padi dan Beras di Johor dan usaha kerajaan negeri dalam memastikan agenda Periuk Nasi Selatan mampu dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil padi.
Saya juga difahamkan Kerajaan Negeri Johor akan membangunkan kawasan sawah padi yang baharu dalam masa terdekat. Persoalan saya sejauh manakah penyediaan SOP dan di manakah kawasan yang akan dibangunkan kelak. Saya juga
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
berharap penubuhan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Wilayah Selatan dapat dijayakan segera. Cadangan untuk mewujudkan IADA Wilayah Selatan ini sememangnya dilihat sebagai usaha menggabungkan pengurusan sawah-sawah khususnya di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Selain itu saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan status terkini inisiatif untuk memasukkan kawasan sawah padi di Kampung Semaloi dan Kampung Air Papan menjadi sebahagian daripada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Rompin. Sebelum ini sudah wujud perancangan dan garis panduan namun dilihat tergendala selepas pertukaran kerajaan pada PRU-15 yang lalu.
Kedua-dua kawasan sawah padi di Mersing berdepan dengan masalah infrastruktur pengairan dan saliran. Sumber pengairan yang terhad menyukarkan pesawah untuk menanam padi luar musim. Saya yakin dengan adanya peruntukan khas daripada kementerian menerusi IADA Rompin ini masalah infrastruktur asas pengairan dan saliran, jalan perhubungan, pengurusan dan penyelenggaraan sawah padi akan dapat dipercepat dan kebimbangan para pesawah juga akan dapat diselesaikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, selain sektor pelancongan dan pertanian, sektor pertanian juga menyumbang kepada ekonomi penduduk Mersing. Mersing merupakan hab perikanan di Johor Timur. Dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak muda kekal mencari rezeki di Mersing, isu pembekuan pengeluaran lesen vessel dan peralatan menangkap ikan khasnya bagi sampan dan Zon A perlu dinilai semula oleh kementerian.
Tambahan pula sudah tidak ada pengeluaran lesen Kelas A yang baharu. Apa yang dibenarkan hanyalah pindah milik permit nelayan tradisi Kelas A.
Bagi tujuan meningkatkan sumber perikanan, mencegah pencerobohan nelayan pukat tunda, mengurangkan konflik antara nelayan tradisional dan komersial serta meningkatkan peluang nelayan tradisi untuk menambah pendapatan, pihak kementerian perlu menambah pembinaan tukun tiruan di perairan Mersing.
Justeru, saya ingin mendapatkan makluman berkenaan jumlah pembinaan tukun tiruan, melabuhkan unjam dan pelepasan benih ikan yang akan dilakukan oleh Jabatan Perikanan di Parlimen Mersing pada tahun ini.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai tempoh operasi pukat tunda musim tengkujuh bagi Zon A. Pada kebiasaannya tempoh operasi bermula 1 November dan akan berakhir pada 31 Mac tahun berikutnya. Namun, tempoh operasi pukat tunda musim tengkujuh bagi tahun 202 –2024 ini adalah hanya sehingga 28 Februari yang lalu sahaja.
Terdapat keluhan dalam golongan nelayan di Mersing memandangkan pada waktu ini angin masih kuat dan kurang sesuai untuk digunakan pukat hanyut sahaja.
Pendapatan mereka masih terjejas. Justeru mereka memohon pihak Jabatan Perikanan untuk melanjutkan semula tempoh operasi pukat tunda musim tengkujuh sehingga 31 Mac 2024.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Tambahan pula pada bulan ini, anak-anak akan masuk sekolah. Ramadhan akan tiba dan tidak lama lagi Hari Raya akan menjelma. Tan Sri Yang di-Pertua, terakhir saya ingin menyentuh sedikit berkaitan FELDA. Tanah dalam kawasan FELDA adalah tertakluk kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) GSA. Terdapat cadangan supaya kawasan yang menempatkan premis agama Islam dalam kawasan FELDA seperti masjid, surau, sekolah agama dan lain-lain diwartakan sebagai tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkaitan supaya peruntukan daripada JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri lebih mudah diturunkan ke premis agama-agama tersebut.
Sekian, saya mohon menyokong usul menjunjung kasih Titah Diraja. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Batu Pahat untuk membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Terlebih dahulu Batu Pahat merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pelantikan Baginda sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang ke-17.
Merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan juga dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas jasa bakti dan kebijaksanaan Baginda sepanjang menaungi negara ini sebagai Yang di- Pertuan Agong yang ke-16.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin Batu Pahat bangkitkan adalah keadaan fizikal di sekolah-sekolah Malaysia. Kita semua sedia maklum untuk memastikan Malaysia ini terus berada dalam landasan ke arah negara maju maka keadaan fizikal sekolah-sekolah mesti dalam keadaan baik dan selamat. Berdasarkan data Februari 2023, Malaysia mempunyai 830 sekolah daif yang perlu diselenggarakan dan dibaik pulih dengan segera. Kebanyakan sekolah-sekolah ini yang terletak di Sabah dan Sarawak yang dikategorikan sebagai bangunan berskala enam dan tujuh iaitu ditakrifkan tidak selamat serta memerlukan penggantian atau pembangunan semula.
Apa pun alhamdulillah, langkah proaktif kerajaan setakat November 2023, sebanyak 689 pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya. Batu Pahat juga sedar bahawa kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM930 juta naik taraf bangunan dan prasarana 450 sekolah daif di seluruh negara. Ini satu usaha yang baik oleh Kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2024. Namun begitu, Batu Pahat ingin membangkitkan beberapa soalan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan.
Pertama, Batu Pahat ingin membangkitkan mengenai sekolah-sekolah yang telah dibina oleh – melalui Perunding Pengurusan Projek (PMC) sebelum ini yang mana sekolah di Batu Pahat iaitu SK Banang Jaya, SMK Banang Jaya dan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, di mana sekolah-sekolah ini telah siap lebih 20 tahun yang lalu namun ianya masih belum diserahkan kepada pihak JKR. Perkara ini telah menimbulkan beberapa soalan di peringkat bawah di mana beberapa struktur bangunan di sekolah-sekolah ini telah mengalami keretakan dan tidak sesuai untuk diduduki.
Perkara ini saya telah rujuk kepada pihak JKR Daerah Batu Pahat dan pihak JKR tidak dapat membantu kerana ianya belum diserahkan secara rasmi walaupun ianya sudah siap dan telah lama dibina. Oleh itu, Batu Pahat memohon kerajaan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera.
Tan Sri Yang di-Pertua, Batu Pahat mengucapkan tahniah juga kepada Kerajaan MADANI khususnya Kementerian Pendidikan kerana telah menyediakan peruntukan sebanyak RM788 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada awal tahun ini.
Bantuan persekolahan ini telah diagihkan kepada semua murid Tahun Satu hingga Tingkatan Enam seluruh negara iaitu dari Perlis hingga ke Sabah, tidak mengira kaum, agama, hatta negeri pembangkang sekalipun.
Batu Pahat juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana seramai lebih kurang 56,000 murid Daerah Batu Pahat telah menerima bantuan ini yang hampir jumlahnya RM8.5 juta.
Mengenai kesihatan kaum wanita. Faktor keadilan merupakan satu perkara asas dalam pembinaan negara ini dan keadilan yang ingin saya tekankan di sini adalah
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
mengenai akses saksama kepada saringan dan vaksinasi Human Papillomavirus (HPV) dalam membanteras kanser serviks yang membelenggu wanita di negara ini. Berdasarkan data, hampir 12.9 peratus kanser yang membelenggu wanita adalah kanser serviks. Malah data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dianggarkan 2,000 hingga 3,000 kes kanser serviks telah dilaporkan setiap tahun.
Pada tahun 2018, dianggarkan lebih kurang 944 wanita telah meninggal dunia akibat kanser ini. Maka persoalan ini, Batu Pahat ingin membangkitkan bahawa Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kempen Vaksinasi HPV seluruh negara dengan kempen “Tanpa Meninggalkan Sesiapa” pun. Ia membabitkan 300,000 dos vaksin HPV secara percuma iaitu lebih kurang RM90 juta. Oleh itu, Batu Pahat menyeru kepada semua Ahli Parlimen dalam Dewan ini bersama-sama ambil peluang menyampaikan maklumat kempen Vaksinasi HPV ini di kawasan masing-masing.
Tan Sri Yang di-Pertua, dunia moden telah menghasilkan dunia tanpa sempadan terutama dalam penyebaran informasi kepada pelbagai lapisan masyarakat tetapi yang menjadi masalah, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh beberapa pihak dalam menyebarkan berita palsu kepada rakyat sehingga menimbulkan salah faham di kalangan rakyat terutamanya di Malaysia ini yang terdiri daripada berbilang kaum.
Pada tahun 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menurunkan ribuan kandungan sosial media yang menyebarkan berita palsu dan isu 3R dan tahniah kepada PDRM kerana telah memanggil beberapa individu untuk disoal siasat.
Batu Pahat juga bersetuju bahawa hak bersuara adalah hak semua rakyat Malaysia.
Kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk menyuarakan isu rakyat asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan bukan berita palsu. Cuma Batu Pahat memerlukan penjelasan kepada kerajaan, adakah kerajaan ada bercadang untuk mewujudkan akta baharu dalam memberi hukuman yang lebih tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menyebarkan berita palsu hingga boleh mengganggu keharmonian di Malaysia.
Seterusnya, bolehkah kerajaan menjelaskan apakah langkah diambil oleh kerajaan memperkuatkan komunikasi kerajaan dalam memastikan setiap makluman atau dasar dibuat oleh kerajaan dapat difahami dan disampaikan di semua peringkat. Mohon penjelasan daripada kerajaan. Jadi, kita tak mahulah buat berita palsu kemudian minta maaf.
Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dimaklumkan tentang bak kut teh dan beberapa Ahli Parlimen telah menyuarakan kerana telah diiktiraf sebagai Hidangan Warisan Negara. Tanpa disedari, banyak hidangan yang lain termasuk Burasak yang merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis, Mi kolok juadah tradisional rakyat Sarawak yang terdiri daripada tak kira Melayu, Cina, Dayak dan Orang Hulu. Nasi ambang, suku kaum Jawa yang ramainya di Johor, Selangor dan selatan Perak dan air Katira serta lain-lain juga.
Saya pun tak perasan rupanya ada juga bak kut teh halal terutama di Sarawak dan juga tak silap saya, ada juga bak kut teh halal yang diperkenalkan oleh Lajnah Perpaduan PAS pada tahun 2018. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan di Daerah Batu Pahat terkenal dengan nasi beriani gam. Jadi kalau boleh MOTAC memasukkan juga sebagai hidangan warisan negara kerana ia cukup popular di kawasan saya di Batu Pahat.
Mengenai perubahan iklim dan Transformasi Sektor Air 2040. Tan Sri Yang di- Pertua, perubahan iklim sudah tiba ke Malaysia. Dari tahun 1969 hingga ke tahun 2009, suhu naik sebanyak 1.1 Celsius di Semenanjung Malaysia, 1.2 Celsius di Sabah dan 0.6 Celsius di Sarawak. Dengan kata lain, kita ini sedang mengalami hari-hari yang semakin panas. Kini sudah ada empangan yang telah susut airnya dan mula proses pembenihan awan. Kalau berterusan hujan tidak turun maka berlakunya catuan atau kebakaran dan berlakunya jerebu. Mungkin sampai kepada krisis yang teruk sebagaimana di Cape Town, Amerika di mana air hampir tidak ada untuk beberapa seketika.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Kesusahan dan kerugian ini amat berat ditanggung semua. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, adakah ikhtiar kita hanya pembenihan awan atau sebagai orang Islam kita solat hajat? Ada yang menggunakan bomoh untuk mengatasi masalah kemarau ini. Jadi, kita dalam era teknologi moden dan baru-baru ini orang kampung Pulau Pinang telah hidupkan telaga lama yang dah lama dan dihidupkan balik.
Jadi saya saran kepada Tan Sri Speaker kita perlu telaga moden yang baru.
Menurut laporan SPAN tahun 2020, Malaysia menggunakan sebanyak 16.166 trilion air sehari. Trilion liter air sehari. Dari jumlah itu, hanya 1/3 peratus adalah bersumberkan air bawah tanah, 80.8 peratus adalah air permukaan dan 17.9 peratus dari empangan.
Kebergantungan terhadap air permukaan yang amat tinggi ini akan memberi risiko yang amat parah kalau kemarau panjang berlaku. Sungai dan empangan akan cepat kering.
Dalam TSA 2040 ini, ada menyebut fasal sasaran penggunaan air bawah tanah sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2040, iaitu 15 tahun lagi. Sekarang kita dalam lingkungan lebih kurang dua hingga tiga peratus sahaja. Saya percaya, kita akan menghadapi krisis keterjaminan air yang serius dalam masa terdekat. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meramalkan pada tahun 2030 banyak negara akan menghadapi defisit air.
Tan Sri Yang di-Pertua, 97 peratus air tawar adalah di bawah tanah. Menurut kajian ahli sains, di Malaysia dianggarkan lima trilion liter air tersimpan di dalam bumi.
Oleh itu, air bawah tanah ini memerlukan— tidak memerlukan air empangan yang besar tetapi memerlukan paip air yang besar, panjang untuk menghubungkan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Batu Pahat, Sik boleh sedikit mencelah berkaitan perubahan iklim ini. Boleh ya?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Boleh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju bahawa kerajaan juga perlu mengambil berat perubahan iklim yang memberi kesan kepada sektor pertanian kita? Dilaporkan pengeluaran padi kita di Lembangan Muda MADA di Kedah pada sesi lepas berkurangan mendadak kerana faktor El-Nino ataupun faktor ketika itu hujan yang terlalu lebat, La-Nina yang sudah pasti akan memberi kesan kepada keterjaminan makanan kita di samping soal air dan sebagainya. Jadi perlu kementerian melihat dari semua sudut ini.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Sik. Satu pandangan yang betul, masukkan dalam ucapan saya pada petang ini. Kerana ini merupakan perubahan iklim yang di merata negerilah. Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, bagi saya masa sedikit dua, tiga minit boleh Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Dua tiga minit tak boleh tapi landing sahaja.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Landing sahaja? Masya-Allah.
Sekejap Tan Sri, okey. Saya pernah ke Jepun pada awal 80-an dan belajar di sana.
Banyak pengalaman saya di sana. Beberapa wilayah di Jepun menggunakan air bawah tanah dengan selamat dan mampan. Umpamanya di wilayah Kyoto, lebih satu juta penduduknya menggunakan 100 peratus air bawah tanah.
Jadi oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, kesimpulannya saya dengan pantunlah Tan Sri Yang di-Pertua. Dua pantun.
*Berhati-hati memilih sahabat, Kalau tersilap buruk padah, Tuanku disanjung, Raja berdaulat, Batu Pahat teguh menjunjung titah.
Dari Perlis pergi ke Sabah, Singgah di Juasseh membeli baulu,*
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Batu Pahat hadir merafak sembah, Menjunjung kasih Titah Tuanku. Batu Pahat mohon menyokong.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Pasir Salak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, isu peraturan Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sebentar Pasir Salak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 13 mengenai cukup bilang. Tadi bila kita sepatutnya waktu rehat makan tengah hari, ramai daripada— Sabak Bernam yang panggil kuorum tadi. Sabak Bernam tidak hadir sekarang, saya lihat.
Sabak Bernam yang panggil kuorum tidak hadir. Kebanyakan daripada Ahli-ahli Parlimen sedang menghadiri satu taklimat oleh Jabatan Alam Sekitar dan ada juga yang menghadiri urusan-urusan lain tapi di Blok Parlimen.
So, saya minta supaya di sebelah sana, kalau sudah memahami bahawa ruangan waktu tengah hari diberikan peluang untuk semua Ahli Parlimen berbahas supaya tidak sengaja memanggil peraturan di bawah 13, mengenai cukup bilang. Hanya akan menimbulkan persepsi bahawa seolah-olah kita tidak serius dengan persidangan Parlimen. Sekarang, Sabak Bernam sendiri tidak hadir. Saya nak tanya, di mana Sabak Bernam sekarang? So, saya minta supaya ahli-ahli pembangkang supaya tidak semata- mata cuba menimbulkan persepsi yang salah di atas persidangan Parlimen dengan sengaja memanggil cukup bilang. Sabak Bernam sendiri pun tidak hadir.
Tuan Yang di-Pertua
Okay, point taken. Baik, sebab itu saya juga ingin menasihati Ahli Yang Berhormat, walaupun memanggil kuorum itu hak Yang Berhormat tetapi kadang-kadang kita kena juga pragmatik sebab kita telah pun mengusulkan supaya tidak ada waktu rehat tetapi waktu rehat itu juga digunakan untuk solat, untuk makan dan juga ada taklimat. Jadi, kadang-kadang kena berhati-hatilah ya, supaya berlaku adil kepada semua. Jadi sebab itu, kita cubalah berlaku adil.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa, saya faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, kalau kita nak bangkitkan isu kuorum Larut tidak hadir, Pagoh tidak hadir, Marang tidak hadir.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa, tidak apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana pergi mereka?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, itu bukan isunya. Isunya ialah...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Semua tidak hadir itu Menteri. Mana ada Menteri? Tidak hadir pun juga.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. Jangan jadikan isu. Jangan jadikan isu.
Yang saya nak sebutkan sini ialah supaya kita cuba understand-lah. Kita cuba understand supaya jangan call quorum. Bila call quorum, Speaker tidak ada pilihan, terpaksa bunyikan loceng. Itu kadang-kadang, kawan-kawan tengah solat, tengah makan, dengar taklimat.
Sebab tujuan kita habiskan perbahasan ini sebenarnya saya nak bagi masa yang cukup.
Setiap orang paling minimum ada 12 minit.
Zaman saya menjadi Ahli Parlimen, pernah kita kena dapat tiga minit sahaja?
Kerana kita nak ambil break lunch. Tiga minit nak cakap apa? Sebab itu saya bincang dengan timbalan-timbalan saya dan Setiausaha supaya kita go through, melepasi waktu makan agar semua orang mempunyai waktu yang cukup untuk membawa isu-isu kawasan ke dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Walaupun kuorum tidak cukup tapi pegawai-pegawai kerajaan ada mendengar dan mencatat rintihan penduduk-penduduk kita. Itu tujuannya. Tapi kalau kita panggil kuorum, kita ada problem-lah sebab ini akan memberikan mesej yang tidak baik di dunia luar seolah-olah kita tidak mengendahkan apa yang sedang diperkatakan di kalangan kita di dalam.
Saya ingat tolonglah supaya itu walaupun hak Yang Berhormat tetapi tengoklah keadaan. Baik, saya ingat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker di atas petua itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berucap dalam bahasa Arab]* Terima kasih Tan Sri Speaker. Pasir Salak mendoakan kesihatan Tan Sri Speaker, mudah- mudahan sihat sejahtera. Terima kasih kerana memberikan peluang untuk Pasir Salak terlibat dalam ucapan perbahasan Titah Diraja.
Pertamanya patik ingin merafakkan sembah menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah di atas pelantikan kedua Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke-XVII.
Pada kesempatan ini juga, patik ingin merafakkan sembah dan menjunjung setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Al- Musta’in Billah dan Tengku Ampuan Pahang Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun yang lalu. Semoga kasih Tuanku tidak berpenghujung kepada rakyat yang sentiasa menjunjung. Daulat Tuanku.
Tan Sri Speaker, Pasir Salak mulai perbahasan ini dengan merenungi firman Allah Taala yang ringkas dari Surah Al-Ghafir, ayat ke-16. [Membaca sepotong ayat Al- Quran]
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Maksudnya, “*Iaitu pada hari mereka keluar dari kubur masing-masing dengan jelas nyata, tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatu pun dari hal keadaan mereka.
Pada saat itu Allah berfirman siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini, Allah sendiri menjawab dikuasai oleh Allah yang Maha Esa lagi yang Maha Mengalahkan*”.
Mengikut Al-Qurtubi apabila Firaun dan Namrud disoal, “Siapakah yang paling berkuasa di akhirat nanti?” Mereka akan menjawab seperti yang disebutkan di dalam ayat ini, iaitu hanya, “Kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi yang Maha Mengalahkan”.
Ayat ini membuktikan di akhirat nanti seluruh makhluk akan mempercayai ketinggian kuasa Allah SWT. Mereka tidak lagi berani membantah setelah melihat kenyataan dan kebenaran kuasa Allah SWT. Oleh itu, kita perlu menyedari akan hakikat ini agar kita hidup dengan lebih berhati-hati di bawah kekuasaan Allah demi jaminan keselamatan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Tan Sri Speaker, Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja menzahirkan berkenaan hubungan perpaduan antara kaum yang masih belum sempurna walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 60 tahun. Antara kunci
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
perpaduan dan memahami budaya pelbagai kaum dengan interaksi yang harmoni menggunakan bahasa kebangsaan.
Namun, kita berasa, Pasir Salak berasa amat dukacita dengan penguasaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat di negara kita yang masih lagi lemah. Ada yang tidak dapat berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan apabila berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.
Persoalannya, mengapa kita masih menghadapi masalah ini dalam usia kemerdekaan lebih daripada separuh abad? Di manakah kesilapan sistem pendidikan negara kita yang tidak mampu menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa pertuturan rasmi? Pasir Salak menggesa agar pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi menyemak dan menilai semula silibus dan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di semua peringkat institusi pendidikan.
Di samping itu, usaha rentas kementerian termasuk Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi perlu digiatkan bagi mempromosi penggunaan bahasa kebangsaan secara betul bukannya dirojakkan antara bahasa kebangsaan dengan bahasa-bahasa yang lain.
Tuan Speaker, meneliti juga ucapan Titah Diraja, Tuanku sangat mengharapkan semua Ahli Dewan menumpukan usaha untuk membela nasib hidup seluruh rakyat, baik dalam memperkukuh perpaduan sesama rakyat dengan menguasai bahasa kebangsaan, memahami budaya serta agama hidup kaum yang lebih, yang lain mahupun dengan meningkatkan kecekapan dan berintegriti ataupun beramanah dalam bekerja supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya demi rakyat yang tercinta.
Harapan ini besar, namun kita tidak mahu ia bernoktah di bibir kita sahaja.
Permasalahannya ekonomi yang kurang berstrategi telah menyebabkan rakyat kita sendiri telah dikhianati. Kita bukan sahaja ingin membangkitkan isu beras, isu bawang, isu gula, isu kenaikan harga barang, isu SST lapan peratus, isu pencen dan pelbagai isu lagi, bahkan isu peruntukan yang lebih awalnya sepatut diturunkan untuk rakyat pun masih belum selesai lagi.
Bila dikaitkan dengan isu beras, lebih menyedihkan bukan mereka yang memerlukan beras sahaja yang tertekan, bahkan petani yang mengusahakannya juga lebih tertekan. Ada juga yang bertanya, ke mana perginya beras yang mereka usahakan sendiri?
Kami mendapati ada petani di kalangan penduduk kami di Pasir Salak yang defisit keuntungannya, bahkan ada yang menjadi terhutang di bank dan sebagainya. Tanah 26 ekar, namun hasilnya 600 kilogram sahaja. Bayangkan, sudahlah berhutang di bank, pinjaman pula yang baharu terhalang akibatnya ketandusan hasil yang boleh dibawa pulang untuk menyara keluarga di saat kos sara hidup yang semakin menjulang.
Ada juga yang memaklumkan, antara punca hasil padi bermasalah adalah kerana benih sedia ada pun bermasalah. Sudahlah bermasalah, ditambah dengan projek saluran perparitan yang tertangguh sekian lama dan belum diselesaikan puluhan tahun.
Akibatnya air tidak masuk ke kawasan bendang. Tambahan lagi padi mereka ada yang terkena penyakit virus ulat batang dan serangga yang datang menyerang. Kasihan sungguh. “Sudah jatuh ditimpa tangga” pula, maka di sini Pasir Salak mengharapkan agar kerajaan serius menyalurkan bantuan, menyegerakan sistem Skim Takaful Tanaman Padi yang pernah diperkenalkan dan juga membuka laluan kepada kemudahan penukaran status tanah kepada tanaman lain seperti sawit atau pisang, sekiranya benar permasalahan ini berterusan agar mereka boleh kembali menjana pendapatan.
Tan Sri Speaker, berkaitan ekonomi juga, Pasir Salak ingin menyentuh berkenaan industri kelapa sawit Malaysia yang menghadapi cabaran dari segi kekurangan tenaga buruh yang juga bakal mendorong peralihan ke arah mekanisme moden sepertimana yang dinyatakan oleh MPOA melalui artikel di laman sesawangnya. Tenaga buruh ini
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
sangat penting di dalam pertumbuhan industri kelapa sawit ini, bahkan menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada KDNK negara.
Menurut Ketua Eksekutif MPOA, Joseph Tek, anggaran kekurangan pekerja di sektor perladangan termasuk di Sabah dan Sarawak, kini berjumlah kira-kira 20 peratus yang serupa dengan tempoh pra pandemik. Kekurangan ini berterusan berikutan penghantaran pulang tenaga kerja sedia ada yang berterusan, manakala pekerja yang baharu diambil pula selalunya mempunyai set kemahiran yang lebih rendah, bahkan kos pengambilan pekerja juga bukanlah suatu yang murah. Oleh yang demikian, kelulusan kuota kemasukan pekerja ini hendaklah dipercepatkan agar industri ini boleh bergerak dengan lebih aktif. Jika tidak, kita mesti bersedia untuk menerima peralihan tenaga dan membayar untuk teknologi.
Tan Sri Yang di-Pertua, berbalik kepada usaha membela nasib hidup rakyat juga, Pasir Salak mendapati keperluan untuk menambah baik pengangkutan luar bandar bagi membantu golongan berpendapatan rendah fakir miskin, ibu tunggal, golongan rentan dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, agar mudah mereka mengakses ke tempat- tempat penting seperti hospital, klinik dan sekolah. Pengangkutan yang dimaksudkan di sini ialah penggunaan van yang bergerak mengikut mukim atau jalan utama penduduk bergerak.
Dengan berjayanya kerajaan menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera enam hari yang lepas pada 29 Februari 2024, Pasir Salak mendapati Kementerian Desa dan Wilayah juga sedang memerhati perkhidmatan itu sendiri dan Wakaf MADANI yang ditawarkan oleh kerajaan turut memberi komitmen untuk membantu golongan ini. Maka demi kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyat, sudi-sudilah membantu rakyat di Parlimen Pasir Salak melalui MARA Liner.
Oleh kerana masa pun tidak ada dan habis, maka Pasir Salak dengan ini menyokong titah. Kasih Tuanku, Dirgahayu Tuanku. Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Pasir Salak. Saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan juga salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Jempol merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII. Semoga di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII, rakyat terus bersatu padu dan makmur dalam semangat Malaysia MADANI.
Jempol juga menzahirkan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas perkhidmatan cemerlang Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI.
Tan Sri Yang di-Pertua, Semua bangsa seia sekata, Sebahu setia fahami madah, Semarak rasa mendukung cita, Malaysia MADANI laksana wadah. Perpaduan adalah teras kemajuan negara. Kejayaan cemerlang negara adalah bersandarkan perpaduan antara kaum. Teras kejayaan masyarakat berbilang kaum
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
adalah perpaduan. Kita berada dalam tempoh 66 tahun memaju, menguruskan pembangunan negara kita ini adalah berteraskan kepada perpaduan.
Jempol meneliti Titah Tuanku yang begitu prihatin tentang perpaduan rakyat.
Baginda menzahirkan kegusaran melihat hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk.
Saya difahamkan, kajian pertama Indeks Perpaduan Nasional yang dijalankan pada tahun 2018 mencatatkan 0.567. Manakala, indeks itu meningkat kepada 0.629 iaitu dalam kadar sederhana pada tahun 2022. Persoalannya, sejak 66 tahun kita merdeka, adakah kita berpuas hati dengan perpaduan kaum yang kita, hanya ini yang ada di peringkat sederhana? Sudah lebih 50 tahun Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 digagaskan bertujuan mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu di kalangan penduduk berbilang kuam dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Persoalannya, apakah generasi kita benar-benar memahami budaya hidup masyarakat majmuk di Malaysia? Ini ditekankan oleh Tuanku yang bertitah, “Masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain”. Di sini, apakah langkah kerajaan untuk memantapkan perpaduan yang kini hanya di taraf sederhana?
Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol ingin menegaskan Kementerian Pendidikan bahawa bercadang daripada Jempol menegaskan agar Kementerian Pendidikan memperkasakan dan memantapkan program silang budaya di antara Sekolah Kebangsaan SJKC, SJKT sehingga ke peringkat menengah dan peringkat pengajian tinggi, termasuk juga sekolah swasta.
Seterusnya, Jempol juga mencadangkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan konvensyen perpaduan nasional. Oleh kerana tahap sederhana tadi, kita perlu ada satu konvensyen lonjakan baharu, khusus kepada agenda perpaduan nasional sebagai wadah perbincangan di kalangan pemimpin dan masyarakat agar timbul percambahan idea dan juga pandangan masyarakat untuk usaha-usaha mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum yang lebih mantap pada masa kini dan akan datang.
Dalam usaha memperkasakan perpaduan, Jempol merasakan ada keperluan untuk menambah kakitangan di Pejabat Perpaduan di seluruh negara, yang mana contohnya di Jempol hari ini hanya ada seorang sahaja Pegawai Perpaduan. Sedangkan perpaduan ini amat penting dalam agenda pembangunan negara kita.
Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol juga ingin menyeru semua pihak agar mendukung Titah Tuanku supaya memperkukuh perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R. Isu sensitif janganlah dimainkan sebagai modal politik. Kelak, semua terbakar. Kita sedia maklum. Kita jangan sekali-kali memainkan isu-isu sensitif ini.
Kalau kita di Dewan ini panas, tidak apa. Takut panas kita dalam Dewan ini terbakar kepada 32 juta rakyat di negara kita. Jadi, kita sudah ada pengalaman yang dahulu. Jadi, kita belajar daripada sejarah.
Isu sensitif janganlah dimainkan sebagai modal politik. Teras kontrak sosial hendaklah dihormati sebagai tonggak pembinaan negara bangsa di negara Malaysia ini.
Kontrak sosial ialah persetujuan yang dicapai sebelum negara mencapai kemerdekaan dalam kalangan para pemimpin berbilang kaum. Kontrak sosial didukung oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sejak 1957 dan menjadikan asas dalam pembentukan Malaysia 1963 dengan menyertakan bumiputera Sabah dan Sabah.
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan generasi muda yang tidak memahami pembinaan negara bangsa melalui kontrak sosial yang berasaskan persetujuan semua kaum sehingga kadang-kadang terlajak mempersoalkan perkara-perkara sensitif ini.
Mungkin kerana mereka kurang faham. Justeru itu, Jempol mencadangkan agar topik
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
kontrak sosial ini dijadikan tajuk utama dalam mata pelajaran Sejarah agar dapat dihayati oleh semua pelajar. Adakah Kementerian Pendidikan bersetuju akan perkara ini?
Pada masa yang sama juga, Jempol ingin menzahirkan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Ekonomi, Kerajaan Perpaduan atas jalinan kerjasama mantap dalam penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024. Menerusi penganjuran ini, terserlahlah kredibiliti kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam merencanakan dinamik ekonomi bumiputera untuk 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun akan datang.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya tidak lengkap perbahasan saya ini jika saya tidak menyentuh isu-isu berkaitan permasalahan rakyat di kawasan Parlimen Jempol.
Yang pertama ialah menaik taraf dan melebar Jalan Utama Palong (FT1283). Jempol mohon Yang Berhormat Menteri Kerja Raya melalui tindakan JKR untuk menaik taraf dan melebar Jalan Utama Palong (FT1283) sepanjang 30.2 kilometer.
Justifikasinya, permasalahannya ialah sudah banyak kemalangan direkodkan di Jalan Utama Palong ini iaitu bagi tahun 2022 dan juga 2023 terdapat 15 kemalangan maut, 15 kemalangan parah, 43 kemalangan ringan, 141 kemalangan rosak yang berlaku kerana faktor jalan terlalu kecil, jalan terlalu sempit di kawasan tanah rancangan FELDA.
Laluan utama jalan persekutuan tiada bahu jalan dan gelap pada waktu malam. Jadi, Jempol mohon Kementerian Kerja Raya memberi keutamaan kepada permohonan menaik taraf dan melebar Jalan Utama Palong.
Seterusnya, memasang lampu jalan. Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol mohon Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya melalui tindakan JKR untuk memasang lampu LED solar di laluan seperti berikut. Seperti yang saya katakan tadi, yang pertama Jalan Utama Palong (FT1288) sepanjang 30.2 kilometer. Kemudian, Jalan Serting Tengah, Bandar Seri Jempol (FT 1268) sepanjang 10 kilometer, Jalan Serting Hilir (FT1270) sepanjang 27 kilometer, Jalan Manchis-Tampin di Simpang Batu Kikir- Simpang Serting Tengah (FT9) iaitu laluan sepanjang lima kilometer.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh tentang perjawatan Hospital Jempol. Hospital Jempol sebagaimana yang telah saya bahaskan beberapa kali sebelum ini ingin dinaiktarafkan sebagai Hospital Pakar Minor. Perkembangan terkini unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Jempol mula beroperasi pada tahun 2020 telah ditamatkan pada tahun 2023 kerana ketiadaan pegawai bertugas untuk menyediakan perkhidmatan unit rawatan kritikal.
Oleh yang demikian, Jempol memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, agar perjawatan doktor pakar, pegawai perubatan, jururawat, pegawai sosial perubatan, pegawai agama dan pegawai keselamatan dimuktamadkan pengisiannya dengan kadar segera.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya juga saya ingin menyentuh perkara yang telah saya sebut pada tahun lepas, iaitu pembaikan sistem penyaman udara di Pejabat Kesihatan Daerah Jempol. Masalah yang timbul di sini ialah kerosakan unit pengendalian udara Pejabat Kesihatan Daerah Jempol yang telah rosak selama sembilan tahun sejak tahun 2015.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada tahun lepas saya bangkitkan.
Daripada ketika itu Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan memberi komitmen untuk menyelesaikan perkara ini dengan kadar yang segera. Rentetan daripada komitmen kewangan yang tinggi dalam menyelenggarakan sistem penghawa dingin lama iaitu air handling unit dengan izin, pihak PKD Jempol mengesyorkan penggantian kepada sistem baharu iaitu air condition split unit dengan izin yang membawa penjimatan kos dan sistem penghawa dingin yang lebih efektif. Jempol minta isu permasalahan ini diselesaikan dengan kadar segera.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Seterusnya ialah meroboh dan membina baharu Gerai Simpang 4 Bandar Sri Jempol dalam Daerah Jempol. Tan Sri Yang di-Pertua, suka saya menarik perhatian Dewan berkaitan permohonan meroboh dan membina baharu Gerai Simpang 4 Bandar Sri Jempol. Gerai asal Simpang 4 Bandar Sri Jempol terletak di persimpangan Jalan Bahau ke Bera dan Batu Kikir ke Muazam Shah iaitu di pintu masuk utama ke Daerah Jempol yang telah dibina sejak tahun 1980-an lagi.
Gerai yang menempatkan 23 peniaga ini berusia lebih 40 tahun dengan struktur bangunan telah lama dan terdapat beberapa retakan dan mendapan di samping tidak dapat menampung ramai pengunjung dalam satu-satu masa. Oleh demikian, permohonan bina baharu gerai simpang empat ini akan menaikkan imej PBT iaitu Majlis Perbandaran Jempol ya serta wajah baharu kepada Bandar Sri Jempol. Permohonan telah pun dikemukakan ke peringkat KPKT. Jempol mohon status terkini permohonan tersebut.
Terakhir Tan Sri Yang di-Pertua ialah bantuan bonus insentif iaitu rayuan pesara kerajaan tidak berpencen Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional. Jadi, di sini saya dihubungi oleh wakil 486 orang pesara pegawai kontrak Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional menyuarakan ya hasrat mereka di Dewan yang mulia ini yang mana mereka ini bertugas lebih dari 15 hingga 35 tahun, bermula pada tahun 1970 hingga 2017 supaya mereka juga turut menerima bantuan bonus insentif yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 6 Februari 2024.
Kumpulan pesara kontrak ini tidak menerima bantuan bonus insentif yang dibagi baru-baru ini. Jadi, untuk makluman buat masa ini sejak mereka bersara kontrak mereka menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Jadi, Jempol berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan rayuan mereka sama ada tercicir ataupun terlepas pandang ataupun tidak termasuk dalam sistem ini.
Walhal mereka telah berkhidmat, menyumbang khidmat bakti sewaktu perkhidmatan mereka dalam kerajaan. Itu sahajalah Tan Sri Yang di-Pertua. Jempol mohon menyokong.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam. Terima kasih. Sekarang saya jemput Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, buat permulaannya saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Istiadat Pembukaan Majlis Parlimen Kelima Belas pada 26 Februari 2024 yang lalu.
Dalam Titah Baginda, banyak menyentuh pelbagai perkara. Antaranya, Baginda menekankan kesemua 222 orang Ahli Dewan Rakyat hendaklah menjalankan amanah sebagai penggubal undang-undang dengan sebaik mungkin. Kerajaan pula perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada 32 juta rakyat Malaysia. Sudah tentulah perkhidmatan terbaik itu wajar diukur melalui pemberian peruntukan wakil rakyat khasnya kepada pembangkang, agar hasrat Baginda tersebut dapat dilaksanakan dengan baik oleh setiap wakil rakyat. Saya ingin menyentuh lima isu dalam perbahasan Titah Diraja ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, pertama kompetensi Mahkamah Syariah. Kes Nik Elin Zurina telah menggemparkan negara kita apabila Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya pada 9 Februari 2024 yang lalu telah membatalkan bidang kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan terhadap 16 jenis kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan di dalam Kanun Jenayah Syariah (1) 2019, Kelantan dan diisytiharkan sebagai tidak sah. Platform kehakiman tidak sewajarnya digunakan untuk melontarkan cabaran perlembagaan berasaskan fantasi yang bersifat hipotetikal oleh mana-mana pihak apatah lagi untuk menjayakan agenda kolateral yang lebih besar.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya kesal dan kecewa atas sikap Kerajaan MADANI yang berpeluk tubuh dan enggan menyertai prosiding penting bagi isu Perlembagaan yang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan. Tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia yang merdeka, Kerajaan Persekutuan dan Peguam Negara menikus apabila doktrin asas Perlembagaan dan kenegaraan dicabar oleh individu warganegara atau mana-mana pihak yang lain.
Sejarah merakamkan bahawa dalam semua kes-kes yang berkepentingan awam, apatah lagi yang melibatkan isu-isu Perlembagaan, Peguam Negara dan Kerajaan Persekutuan akan bingkas bangun mempertahankan atau sekurang-kurangnya menyertai prosiding sedemikian bagi menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan.
Tetapi, ini tidak berlaku di zaman Kerajaan MADANI. Ia sungguh memalukan. Ini adalah malapetaka besar bagi umat Islam di Malaysia dan menjadi sejarah hitam yang tidak dapat dipadam lagi. Perdana Menteri lebih gemar berdegar-degar membuat ucapan politik di dalam atau di luar Parlimen dengan tuduhan kononnya Kerajaan Perikatan Nasional juga tidak berbuat apa-apa memandangkan petisyen Nik Elin difailkan pada 2022. Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan yang menyalahkan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai tidak berbuat apa-apa adalah putar belit politik murahan yang bercanggah dengan fakta dan kronologi kes.
Petisyen rasmi Nik Elin hanya difailkan pada 13 Oktober 2022 selepas mendapat kebenaran ataupun leave seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Pada tarikh petisyen difailkan, Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada 10 Oktober 2022 dan Malaysia berada dalam tempoh kempen PRU15 dan kerajaan yang wujud pada waktu itu hanyalah bersifat kerajaan sementara, caretaker government. Saya tegaskan di sini bahawa Kerajaan MADANI yang dibentuk selepas 19 November 2022 adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas sikap membisu dan enggan menyertai penghujahan petisyen Nik Elin ini.
Kerajaan MADANI terus membisu sebagai mana membisunya mereka setelah hampir setahun penarikan balik secara diam-diam rayuan kes kalimah Allah Jill Ireland pada 18 April 2023 yang lalu. Apa yang didengari hanyalah penubuhan jawatankuasa khas sahaja. Sehingga kini umat Islam tidak mendengar apa-apa langkah segera Kerajaan MADANI untuk mengkanunkan semula pekeliling Kementerian Dalam Negeri berkaitan pengharaman kalimat suci Islam, “Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat”.
Apa yang lebih dikesalkan selepas keputusan kes Nik Elin diisytiharkan jelas kelihatan jentera-jentera Kerajaan MADANI terutamanya media-media rasmi termasuk Bernama dan RTM kelihatan tidak cukup tangan menganjurkan forum dan wacana bagi memberikan justifikasi dan mendukung tindakan Nik Elin.
Nik Elin sangat bergembira kerana pada masa kini seluruh jentera Kerajaan Persekutuan seakan-akan mendukung tindakan dan kemenangannya. Amatlah malang ketika enakmen syariah negeri-negeri semakin dicabar untuk dibatunisankan Kerajaan MADANI dan segala agensi-agensinya tangkas merayakan dan meraikan keputusan yang bakal melenyapkan sedikit demi sedikit bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Marilah kita insafi, peringatan Allah SWT dalam Surah Al-Jathiyah, ayat 18 yang berbunyi [Membaca sepotong ayat al-Quran] . “*Kesudahannya, kami jadikan engkau
(wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama. Maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurutkan hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)*”.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang kedua berkaitan dengan pertanian dan industri padi. Kerajaan telah melaksanakan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bertujuan untuk meningkatkan hasil padi sehingga 12 tan per hektar sejak tahun 2021 yang lalu. Ia melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Selangor. Tujuannya adalah
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
untuk mengurangkan kebergantungan beras import. Hari ini, hampir 30 peratus Malaysia mengimport beras dari Vietnam...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri Yang di-Pertua, Standing Order.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, standing order berapa? Bacakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
36(12).
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia isunya?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tadi Jerlun ada kata bahawa Kerajaan MADANI ini telah meraikan dan merayakan keputusan Nik Elin. Saya percaya ini adalah satu kenyataan yang tidak benar. Sebab setakat yang saya tengok, apa yang telah dinyatakan oleh kerajaan adalah kerajaan menghormati keputusan Nik Elin dan akan melakukan sesuatu untuk memperbetulkan sekiranya ada kelompangan.
Jadi, untuk mengatakan bahawa Kerajaan MADANI ini meraikan dan merayakan, saya fikir itu adalah satu kenyataan yang seperti biasa hanyalah untuk konten TikTok.
Jadi, saya pohon supaya Jerlun tarik balik perkataan apa yang telah dinyatakan itu sebab memang tidak betul. Tidak ada Kerajaan MADANI ini meraikan atau merayakan keputusan Nik Elin, hanya hormat keputusan mahkamah, yang mana sepatutnya semua Ahli Parlimen pun memang patut hormat keputusan mahkamah.
Jadi, saya fikir saya mohon supaya ditarik balik. Terima kasih.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan di sini bahawa maksud saya merayakan dan meraikan itu merujuk kepada kemenangan Nik Elin dalam kes ini, itu maksud saya.
[Dewan riuh]
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jadi, dalam hal ini saya tidak menyatakan secara spesifik Kerajaan MADANI.
Tuan Yang di-Pertua
Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Meraya dan meraikan itu agak too harsh.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya refer kepada Nik Elin.
Tuan Yang di-Pertua
Sebut tadi, “Kerajaan tidak merayakan dan tidak umumkan”. Jadi, eloklah ditarik baliklah perkataan itu seperti...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik. Saya perbetulkan sedikit ayat itu, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, ayat – tarik dulu selepas itu nak tambah ayat lain boleh. Perkataan ‘merayakan’ agak terlalu menikam dalam sangat.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik, saya menarik balik kenyataan itu dan saya membuat pembetulan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik. Amatlah malang ketika Enakmen Syariah negeri-negeri semakin dicabar untuk dibatunisankan, Kerajaan MADANI dan segala agensi-agensinya bersedia untuk membuat sebarang tindakan yang munasabah untuk memastikan institusi Mahkamah Syariah dimartabatkan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, teruskan.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Selanjutnya, selain isu benih padi, halangan besar kepada pesawah ialah wujud kartel atau orang-orang tengah yang mengambil kesempatan melalui pengilang-pengilang padi. Bagi meningkatkan penyertaan SMART SBB ini di kalangan para pesawah, saya mencadangkan agar syarikat peneraju ditentukan oleh kerajaan bekerjasama dengan institusi zakat yang ada di setiap negeri.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sebagai contoh, di Kedah syarikat peneraju kerajaan melibatkan MADA dan BERNAS berkolaborasi dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Hasilnya, Lembaga Zakat Negeri Kedah dapat memanfaatkan asnaf-asnaf yang layak mengusahakan sawah dan mengeluarkan mereka dari kelompok kemiskinan dan keduanya ia dapat menghentikan manipulasi kartel padi.
Isu yang ketiga berkaitan dengan pembangunan di Jerlun. Klinik Kesihatan Ayer Hitam ditubuhkan 1945 berusia 79 tahun. Keadaan bangunan yang uzur, terlalu lama, saiz bangunan kecil, ruang parkir yang sempit, sedangkan bilangan pesakit bertambah.
Saya pernah menulis surat kepada Menteri Kesihatan sebelum ini agar memberikan peruntukan khas, memberi dental chair, tetapi tiada sebarang tindakan. Saya harap Menteri Kesihatan yang baharu dapat menunaikannya demi keselesaan doktor yang merawat dan keselamatan pesakit yang menerima rawatan.
Saya difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah mengemukakan permohonan pada tahun 2023 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membina bangunan baharu di lokasi yang baharu yang telah pun dikenal pasti. Masalahnya, tanah yang dicadangkan itu belum lagi dibuat pengambilan oleh kerajaan dan dijangka dibawa masuk ke dalam RMKe-13 dan saya pohon agar Kementerian Kesihatan Malaysia dapat memberikan keutamaan kepada Klinik Kesihatan Ayer Hitam agar ia boleh dibina bangunan baharu di lokasi yang strategik.
Yang terakhir, peruntukan khas Ramadan. Pada 12 Mac 2024 minggu hadapan, rakyat Malaysia beragama Islam akan menyambut Ramadan. Wakil rakyat antara pihak yang menjadi tumpuan pelbagai pihak. Pihak masjid, surau, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, fakir dan miskin datang untuk meminta peruntukan.
Saya pohon kepada kerajaan supaya dapat meluluskan peruntukan khas Ramadan sebanyak RM50,000 untuk semua Ahli Parlimen Islam mahupun bukan Islam [Tepuk] diberikan kepada mereka untuk meraikan Ramadan yang bakal disambut. Kalau boleh, biarlah sebelum tamat persidangan ini, kalau tamat persidangan ini, kita masih berbaki 13 hari lagi sebelum menyambut Aidilfitri.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ini sokong Jerlun, sokong, sokong.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Hendak harapkan elaun wakil rakyat memang tak cukup, tak mampu untuk nak atasi keperluan. Jadi, akhirnya saya mohon pertimbangan yang wajar daripada kerajaan ini supaya meraikan Ramadan yang bakal disambut dengan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM50,000. Setuju?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sokong, sokong, sokong.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik, akhirnya, saya dengan ini menyokong penuh titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan. Sebagai pembukaan, saya ingin mewakili seluruh warga Miri untuk menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi- tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Ibrahim yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII. Pada masa yang sama, saya ingin merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih, setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Pahang Yang di-Pertuan Agong ke-XVI yang telah menerajui negara dengan penuh perhatian, prihatin dan bijaksana.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas, tahniah kepada kerajaan kerana menunjukkan komitmen pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung isu
Tuan Chiew Choon Man - Miri
kewarganegaraan untuk membolehkan ibu memberikan kerakyatan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
Pada masa ini, hanya mereka yang dilahirkan di luar oleh bapa warganegara Malaysia akan diberikan kewarganegaraan secara automatik dan bukan jika ibunya sahaja warganegara Malaysia. Ini telah mendatangkan banyak cabaran kepada mereka yang tidak mendapat kewarganegaraan termasuk kos pendidikan yang tinggi sehingga ada yang tidak mampu hantar anak ke sekolah. Kos rawatan kesihatan tinggi sehingga tidak mampu untuk mendapat rawatan di klinik apabila sakit dan hanya bergantung ubat di farmasi.
Berapa banyak cabaran lain bagi seseorang individu dan keluarganya sekiranya tidak mendapat kerakyatan. Oleh itu, cadangan pindaan Perlembagaan ini memang amatlah dialu-alukan. Sesungguhnya masih terdapat banyak kanak-kanak yang masih dalam proses permohonan kewarganegaraan melalui kaedah pendaftaran. Oleh itu, cadangan pindaan Perlembagaan ini memang amatlah dialu-alukan.
Kami memohon supaya KDN dapat menetapkan satu tempoh masa yang jelas untuk menyelesaikan kes-kes permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Begitu juga untuk permohonan baharu pada masa yang akan datang supaya pemohon-pemohon tidak perlu menunggu bertahun-tahun atau satu tempoh yang tidak diketahui.
Kami juga memohon supaya dalam pertimbangan permohonan keputusan DNA juga dapat diberi penekanan atau diberikan weightage dengan izin telah menentu sahkan hubungan kanak-kanak dengan bapa yang merupakan warganegara.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Saya juga ingin ambil kesempatan di sini untuk menasihati kepada semua di luar sana untuk pastikan dapatkan perkahwinan yang sah dulu sebelum dapatkan anak.
Ingatlah, pentingnya daftarkan kelahiran anak dan dokumen-dokumen kewarganegaraan mengikut tempoh masa yg ditetapkan. Jangan-jangan disebabkan oleh kesilapan dan kecuaian ibu bapa akhirnya yang terkesan adalah anak-anak.
Terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri kerana telah menunjukkan usaha dan kesungguhan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Ini jelas mencerminkan nilai ihsan di bawah agenda Malaysia MADANI.
Isu kedua yang saya ingin sentuh adalah tentang kadar simpanan rakyat secara umumnya dan terutamanya untuk tujuan persaraan. Saya memohon Kementerian Kewangan untuk menjelaskan kadar simpanan tetap rakyat mengikut kumpulan, umur dan juga pelaburan di bawah Amanah Saham Nasional Berhad. Rata-ratanya kebanyakan membuat simpanan atau pelaburan di bawah ASNB adalah yang berumur 40 tahun ke atas.
Keadaan yang lebih membimbangkan jika kita lihat kepada statistik tentang simpanan KWSP. Menurut Laporan Tahunan Bersepadu KWSP 2022, bagi pencarum dalam kumpulan umur 30 ke 39 tahun terdapat 1.8 juta atau 44 peratus daripada mereka adalah di bawah RM10,000.
Bagi pencarum dalam kumpulan umur 40 hingga 54 pula terdapat 1.7 juta ataupun 36 peratus daripada kumpulan umur ini adalah di bawah RM10,000. Keadaan ini amatlah membimbangkan memandangkan usia mereka dekat dengan umur persaraan. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah nampak keperluan ini dan terus memberikan one-off bantuan sebanyak RM500 untuk dicarumkan kepada akaun KWSP mereka.
Saya faham disebabkan oleh masalah peningkatan kos hidup dan gaji yang rendah sejak dekad yang lalu ini telah mendatangkan cabaran kepada usaha untuk memupuk amalan menabung. Tatkala kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan rakyat
Tuan Chiew Choon Man - Miri
melalui pelbagai jenis program, inisiatif saya menyeru juga kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus memupuk amalan menabung. Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan” ataupun “Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.” Peribahasa ini telah menunjukkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan nenek moyang kita tentang pentingnya menabung.
Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk teruskan program- program mendorong masyarakat untuk menabung. Contohnya, insentif yang dilaksanakan dulu untuk menggalakkan pemuda menyimpan dalam Simpanan Persaraan Swasta
(PRS). Kemungkinan program seumpama ini juga boleh disediakan untuk pencarum KWSP dalam usia 40 ke 55 tahun di mana bagi sesiapa yang sudi untuk meningkatkan caruman bulanan secara sukarela, kerajaan juga boleh membantu untuk mencarumkan satu jumlah bagi mereka.
Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk melalui pelbagai jenis kempen malah dalam program sekolah untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pengurusan kewangan dirinya atau financial literacy, dengan izin.
Seterusnya, saya ingin menarik perhatian kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya telah mendapat aduan bahawa penerima bantuan kebajikan dikehendaki untuk mengemas kini maklumat mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat selama tiga bulan sekali berbanding dengan dahulunya selama enam bulan sekali.
Ketetapan baharu ini telah mendatangkan kesukaran bagi mereka yang berhadapan dengan masalah pergerakan seperti orang kelainan upaya atau warga emas.
Diharapkan pihak kementerian dapat lihat kepada perkara ini.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, sejak angkat sumpah menjadi Ahli Parlimen Miri dalam setiap Mesyuarat Parlimen saya akan bangkitkan perkara yang sama mengenai naik taraf Lapangan Terbang Miri. Ini kerana Lapangan Terbang Miri telah pun dalam keadaan terdesak sejak awalnya tahun 2014. Sejak tahun 2014, dilaporkan bahawa Lapangan Terbang Miri sudah melepasi kapasiti asal pengendalian penumpangnya sebanyak dua juta setahun. Projek ini telah dinanti-nantikan oleh rakyat Miri lebih daripada satu dekad.
Pelaksanaan projek ini bagaikan menyelesaikan satu bottleneck, dengan izin yang akan mendatangkan banyak manfaat kepada pembangunan dan ekonomi di kawasan Miri. Terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan kerana terus menyenaraikan projek ini di bawah RP5 RMKe-12 tahun 2025 sebagai salah satu projek kementerian yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanakan.
Saya dengan ini terus meminta, memohon dan merayu kepada kerajaan agar dapat meluluskan projek ini dalam Belanjawan 2025 untuk kepentingan rakyat di utara Sarawak. Saya yakin ini juga adalah suara bersama daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Baram, Lawas, Limbang dan Sibuti.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kerajaan kerana prihatin dengan rakyat Sarawak dan Sabah dengan meningkatkan bilangan penerbangan dan melancarkan program tiket pada harga tetap sempena musim perayaan. Walau bagaimanapun, penawaran perkhidmatan penerbangan dari Sarawak ke Kuala Lumpur masih tidak mencukupi berbanding dengan permintaan yang tinggi.
Sesungguhnya dari sudut ekonomi, kekurangan penawaran ini memang akan menyebabkan harga tiket penerbangan meningkat dan juga kesukaran untuk mendapatkan tiket penerbangan.
Difahamkan, pesawat yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan masih belum mencapai pada tahap sebelum ini kerana terpaksa grounded, dengan izin semasa pandemik. Persoalan saya, berapa jumlah kapasiti penerbangan setakat akhir bulan Februari 2024 dan bilakah dijangkakan kapasiti penerbangan dapat dikembalikan sepenuhnya.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang isu menaik taraf ICQS di Sungai Tujuh, Miri. Saya menghargai keprihatinan Menteri Dalam Negeri atas memahami isu kesesakan di ICQS Sungai Tujuh. Terima kasih kepada Menteri dan saya memohon jasa baik KDN untuk mengangkat projek ICQS Sungai Tujuh sebagai projek utama untuk mendapatkan peruntukan di bawah peruntukan pembangunan.
Kami yakin bahawa penaik taraf ICQS Sungai Tujuh bukan sahaja akan mengurangkan kesesakan atau memudahkan pergerakan rakyat malah ia akan membawa sumbangan kepada ekonomi pendapatan negara.
Sekiranya masalah kesesakan ini dapat di atasi maka ia pasti menarik masuk lebih banyak pelawat dari negara Brunei atau pelancong dari luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Kemasukan pelawat dari Brunei dan pelancong asing akan membawa kepada eksport tak nyata melalui perbelanjaan mereka di Miri. Ini juga akan meningkatkan permintaan terhadap Ringgit Malaysia dan seterusnya, menyumbang kepada kestabilan mata wang negara.
Oleh itu, saya memohon KDN supaya dapat meluluskan penaiktarafan projek ini atau mempertimbangkan tentang cadangan untuk mewujudkan usaha sama dengan pihak swasta mahupun Kerajaan Sarawak untuk sama-sama menjayakan projek ini secepat mungkin demi kebaikan semua.
Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah mengangkat permohonan untuk melaksanakan Projek Pembangunan Revitalisasi Taman Awam Miri pada tahun yang lalu kepada Kementerian Ekonomi.
Walaupun projek ini tidak di senarai untuk tujuan pembangunan bagi tahun ini, difahamkan KPKT telah dan akan terus mengangkat semula permohonan ini. Saya memohon jasa baik kepada Kementerian Ekonomi supaya dapat meluluskan projek ini kerana ia memberi impak yang tinggi kepada rakyat Miri.
Taman awam merupakan salah satu tempat rekreasi utama di Bandaraya Miri.
Keunikannya dengan mempunyai jambatan gantung juga telah menjadi tempat tarikan untuk para pelancong. Sememangnya, tidak banyak taman dalam bandar di negara kita yang mempunyai jambatan gantung yang begitu panjang sekali. Oleh itu, saya memohon kerajaan khususnya Kementerian Ekonomi dapat meluluskan projek ini untuk dilaksanakan pada tahun 2025. Atas permohonan-permohonan yang saya bawa ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon junjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena perasmian Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Tan Sri Yang di-Pertua, sejak lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Labuan pada 7 Disember 2023, alhamdulillah banyak perkara-perkara positif sudah berlaku di Labuan bila mana arahan Perdana Menteri supaya Menteri-menteri, Timbalan- timbalan Menteri mengadakan lawatan kerja dan melihat permasalahan di Labuan dimulakan seawal Januari 2024.
Masalah yang sering saya bawa ke Dewan ini ialah dua perkara utama, air dan elektrik. Alhamdulillah, pada bulan Februari Timbalan Perdana Menteri kedua telah melawat Labuan dan dalam lawatan beliau telah mengumumkan pertama, berkenaan masalah elektrik bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melantik PETRONAS menjadi
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
lead agensi untuk membangunkan jana kuasa 100 ke 130 megawatt, menggantikan jana kuasa sedia ada yang sudah usang dan sering rosak.
Alhamdulillah, perkara ini mungkin dapat diselesaikan dalam setahun, dua dan saya yakin selepas itu tidak timbul lagi soal masalah elektrik. Yang kedua, air. Masalah air ini tidak ada pendekatan dekat yang dapat diambil oleh pihak kerajaan. Saya mendengar dengan teliti penjelasan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II semasa berada di Labuan. Walau bagaimanapun, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II pada waktu itu di Labuan mengarahkan supaya projek-projek penukaran paip, menaik taraf pusat penapisan air dipercepatkan.
Juga beliau ada memberikan sedikit cadangan untuk melihat teknologi baru underground water storage kerana kita bergantung sangat dengan bekalan air daripada Sungai Padas yang juga kadangkala mengalami pelbagai masalah air, yang kotor sehinggakan membolehkan Labuan terhenti menerima bekalan air yang dirawat daripada Lawa Gadong, Sabah berhari-hari lamanya.
Untuk itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya meminta kepada kerajaan sementara menunggu penyelesaian jangka panjang air di Labuan ini dapat diselesaikan secara total, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat meluluskan sekurang- kurangnya 3,000 biji tangki untuk 27 kampung yang menderita akibat ketiadaan dan kekurangan air.
Tambah sekarang musim kemarau dan saya mohon 3,000 ini hanya sekitar 1.5 juta sahaja dan sekurang-kurangnya dia boleh bertahan untuk setahun, dua, bila mana ada catuan air penduduk kampung boleh bertahan tiga, ke empat, lima hari. Insya-Allah mengurangkan sikit beban mereka. Saya juga ingin menyentuh soal air dan elektrik ini.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan revise tariff ataupun perubahan tarif. Saya rasa Tan Sri Yang di-Pertua, kalau boleh saya mohon jasa baik Kerajaan Pusat dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau boleh untuk Labuan, tolong tangguhkan pelaksanaan tarif baru.
Bagaimana kami mahu membayar harga air dan elektrik yang baru sedangkan kami tidak menikmati kemudahan tersebut? Gangguan air sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun. Elektrik, sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun.
Jadi, tidak wajarlah rakyat Labuan dikenakan tarif baru. Penduduk Labuan tak sampai pun 100,000. Kerajaan Pusat tidak akan rugi jika mempertimbangkan masalah rakyat Labuan yang tidak menerima nikmat elektrik dan air seperti mana Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.
Jadi saya mohon Tan Sri Yang di-Pertua, agar Kerajaan Pusat dapat menangguhkan penguatkuasaan new tariff air dan elektrik bagi penduduk Labuan. Satu lagi masalah yang sering timbul di Labuan ialah kos sara hidup. Kos sara hidup ini jika tidak ditangani saya rasa tidak lama lagilah Labuan akan mencatat sebagai negeri yang paling mahal dari segi kos sara hidup. Kerana apa Tan Sri Yang di-Pertua? Semua barang-barang yang ada di Labuan daripada sayurnya, barang makannya, minyaknya, tong gasnya, semua datang daripada tanah besar negeri Sabah.
Ianya datang daripada Semenanjung, dihantar dulu ke Kota Kinabalu, naik lori, lepas itu menyeberang menggunakan feri, perbelanjaan kos untuk logistik sahaja sudah menjadikan barang yang dijual di Kota Kinabalu RM1, di Semenanjung 80 sen, di Labuan RM2. Jadi kalau sekiranya perkara ini tidak ditangani maka saya yakin dan percaya kos sara hidup rakyat 100,000 di Labuan ini tidak akan ada penyelesaian.
Justeru, saya menyambut baik kenyataan Menteri Pengangkutan yang menyatakan bahawa Dasar Load Centre yang sudah tidak terpakai untuk Sabah, Sarawak, harap dapat membantu mengurangkan sedikit kos sara hidup Labuan. Bila mana barang-barang ini boleh datang direct daripada port of origin dengan izin ke Labuan.
Sebagai contoh, ada barang yang diimport daripada Singapura, China, Kuala Lumpur, Thailand dan sebagainya, semua ini tidak datang direct ke Labuan kerana
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
kuantitinya yang kecil, maybe 15 kontena, 20 kontena. Barang-barang ini akan di-load dulu di Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah sebabnya peraturan sedia ada cuma membenarkan one-way, perjalanan satu hala. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan supaya memberikan permit khas untuk kapal-kapal kontena, kapal-kapal kargo komersial datang ke Labuan, drop kargo selepas itu barulah ke Kota Kinabalu, ke Port Klang ataupun ke Sarawak.
Sekurang-kurangnya barang itu tidak adalah kos tambahan daripada Sabah ataupun daripada Port Klang. Jadi ini di antara benda Tan Sri Yang di-Pertua yang saya minta supaya dipertimbangkan. Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Wilayah atas komitmen beliau untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah Labuan terutama baru-baru ini beliau mengumumkan tentang frekuensi flight Kuala Lumpur-Labuan yang sangat sedikit. Beliau memberikan kenyataan bahawa ianya akan dibincangkan dan insya-Allah akan ditambah jumlah penerbangan Kuala Lumpur-Labuan setelah berbincang dengan MOT.
Kedua, beliau juga menyebut tentang penambahbaikan feri terminal dan menambah operator. Saya selaku wakil rakyat Labuan ataupun Ahli Parlimen Labuan menyokong tindakan yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang PADU ini. Baru-baru ini saya mendengar Menteri menjelaskan, saya ada satu pertanyaan sahaja.
Kita banyak rakyat miskin, bila mana kita selaku wakil rakyat ingin membantu rakyat miskin ini seperti membaik pulih rumah ataupun berlaku kebakaran yang tidak diminta dan tidak dirancang, total loss maka kita ingin membantu membangunkan semula walaupun rumah kecil supaya mereka tidak tertumpang-tumpang ke rumah keluarga.
Salah satu masalah besar yang kita hadapi untuk membantu ialah pendaftaran dengan eKasih. Jadi jika sekiranya sistem PADU ini kalau ada kes-kes begini, kita perlu lagi merujuk kepada eKasih, maka kepada saya sistem PADU ini tidak ada faedahnya.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Melainkan, sistem PADU ini Tan Sri Yang di-Pertua, merupakan segala-galanya.
Kalau kita hendak membuat permohonan, dia berdaftar dengan PADU, selesai. Kalau tidak, berapa banyak tapisan kita kena lalui untuk membantu rakyat. Jadi bermakna usaha Perdana Menteri untuk mensifarkan miskin tegar tidak akan tercapai kerana kerenah birokrasi ini akan menjadi penghalang utama untuk kerajaan mencapai miskin tegar sifar.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun saya banyak lagi isu, memandangkan masa itu tik tok, tik tok, tik tok, tinggal kurang satu minit, saya ingin menyentuh yang terakhir. Ini tentang Lebuhraya Pan Borneo melibatkan Kota Kinabalu ke Beaufort. Ini sampai ke Labuan Tan Sri Yang di-Pertua. Saya menggunakan jalan ini setiap minggu.
Setiap minggu balik ke Labuan, saya ke KK kerana penerbangan yang tidak mencukupi.
Saya bertanya kenapa jalan ini lambat siap?
Saya berjumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri– Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah dan beliau menjelaskan, kontraktor bermasalah. Ada yang tidak mendapat bayaran. Saya berjumpa salah seorang daripadanya dan bayangkan Tan Sri Yang di- Pertua, siapa sanggup siapkan projek beratus juta bila mana pihak kerajaan ataupun JKR berhutang dengan kontraktor puluhan juta hingga ke ratusan juta. Ini adalah disebabkan oleh sikap birokrasi yang sangat tinggi melibatkan pegawai dan juga konsultan yang dilantik. Saya menggunakan jalan tersebut setiap minggu. Rakyat Labuan setiap cuti ke Kota Kinabalu. Jadi, ini menjadi keluhan umum.
Oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Labuan. Saya jemput Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tan Sri Speaker dan Salam Malaysia MADANI kepada semua. Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII.
Kedua, saya juga mewakili semua rakyat di kawasan pedalaman Baram untuk mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas titah ulung baginda di Dewan ini pada 26 Februari yang lepas yang menitahkan agar perpaduan negara terus dipelihara sepanjang masa oleh kita di dalam Dewan ini dan juga yang di luar Dewan ini. Ini adalah memandangkan bahawa negara kita ini adalah multireligious, multicultural dan multiracial. Maka, sudah sepatutnya perpaduan kita perlu dipelihara sepanjang masa supaya pembangunan negara akan terus mampan dan akan terus dilaksanakan sepanjang masa.
Sebab kalau negara kita tak berpadu, kalau tidak ada perpaduan di negara kita, kawasan- kawasan khususnya kawasan yang di luar bandar Tan Sri Speaker, akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan.
Saya pasti bahawa saya berasa tanggungjawab Tan Sri Speaker untuk mengulangi di Dewan ini berkali-kali dan termasuk juga di kali ini, untuk menyentuh dan menyebut tentang jurang pembangunan atau development gap yang kita sedia maklum dan yang sering dan sentiasa dibahaskan di Dewan ini dan juga di media-media sosial di luar sana. Sudah pasti sejak 60 tahun lebih yang lepas, berbilion-bilion ringgit telah pun dibelanjakan untuk merapatkan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar.
Namun, setelah sekian lama, setelah 61 tahun, to be specific with, dengan izin jurang ini tetap ada dan mungkin juga. Sebab di bandar mungkin dia cepat membangun tetapi di kawasan luar bandar mungkin dia ada membangun tetapi kadar dia ataupun the rate of development di kawasan bandar dan luar bandar ini tetap tidak seimbang. Justeru, kita, rakan-rakan kita khususnya dari kawasan luar bandar juga menyebut berkenaan dengan sekolah daif, klinik yang usang, jaringan internet yang tidak mantap, tidak stabil.
Kita di Baram, bukan kita menyebut tentang jalan R1, standard R1 tetapi kita di Baram masih lagi menggunakan bekas jalan balak ataupun jalan balak yang masih aktif di kawasan luar bandar.
Inilah kedudukan yang ada di kawasan luar bandar khususnya di kawasan luar bandar Sarawak dan khususnya juga, lebih khusus lagi di kawasan Baram ini. Justeru Tan Sri Speaker, masalah jalan raya, masalah sekolah, masalah klinik dan seterusnya adalah ciri-ciri yang perlu kita tangani. Kalau ini– saya merayu kepada Kerajaan MADANI ini untuk memadanikan masalah-masalah ini sebab saya percaya dan yakin bahawa dengan memadanikan masalah infrastruktur ini, god willing, B40 ataupun kemiskinan dapat kita kurangkan ataupun boleh kita noktahkan.
Tan Sri Speaker, di kawasan Baram yang seluas 22,000 square kilometer persegi, terdapat kira-kira 1,500 kilometer jalan raya yang menjadi laluan kira-kira 100,000 penduduk yang bermastautin di 425 buah rumah panjang, kampung ataupun pekan.
Malangnya, daripada 1,000 lebih kilometer jalan yang ada di kawasan Baram, kurang daripada 100 kilometer adalah yang bertaraf R3, R2 dan R1 modified. Yang selebihnya adalah bekas jalan balak dan jalan balak yang aktif, yang kita tahu semua, yang selalu disebut berdebu masa kemarau, licin semasa hujan dan tidak selamat untuk digunakan.
Justeru Tan Sri Speaker, saya merayu lagi supaya kerajaan– merayu kepada kerajaan supaya permohonan jalan raya berikut diluluskan dan dipertimbangkan diluluskan dengan secepat mungkin iaitu jalan dari Pekan Lapok ke Bario, Ulu Baram.
Jalan ini sekarang adalah jalan balak aktif dan bekas jalan balak. Jalan dari kilometer 10 atau satu tempat di Ulu Baram ke Long Jekitan, Ulu Baram dan jalan ini juga adalah bekas jalan balak.
Dato Anyi Ngau - Baram
Jalan daripada Long Lama ke Long Bedian, Long Lellang dan Long Seridan ini pun bekas jalan balak dan jalan balak yang aktif. Pekan Lapok ke Long Aya, Long Aton, Ulu Tinjar, ini juga adalah bekas jalan balak seperti yang kita sedia maklum tidak selamat, licin masa hujan, berdebu masa ini – so, sepanjang tahun inilah laluan untuk kita di kawasan pedalaman ini.
Sementara kita menunggu kelulusan jalan-jalan yang saya sebutkan ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya satu peruntukan khas diberi kepada kawasan-kawasan yang seperti Baram ini, yang mempunyai jalan balak dan bekas jalan balak ini.
Satu peruntukan khas sebagai langkah interim supaya kelangsungan hidupan mereka ini akan berterusan sehingga kelulusan peruntukan untuk jalan ini siap dan sehingga pelaksanaan jalan ini siap dilaksanakan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Saya mendapat maklum balas daripada agensi kerajaan yang mengatakan bahawa untuk kita menyelenggarakan jalan-jalan bekas jalan balak ini yang melibatkan kerja-kerja untuk menyapukan supaya dia tidak berbatu dan membuat parit yang tertentu, dia memakan belanja hampir RM100,000 setiap kilometer.
Ini anggaran yang mereka berikan dengan saya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Baram, Baram, nak sokong ini. Saya sokong 100 peratus apa yang diminta oleh Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih. Inilah keadaannya. Di Baram, ikut saya punya kiraan pada masa ini terdapat 622 kilometer jalan bekas jalan balak. Ini jalan-jalan ini tidak diselenggara pada masa ini sebab syarikat pembalakan yang beroperasi dekat situ sudah mahu berhenti untuk menyelenggarakan jalan-jalan ini satu masa dahulu. Jadi, saya mohon bagi pihak rakyat di kawasan saya...
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak Anak Kumbong
Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
...dan juga di kawasan-kawasan lain...
Datuk Ugak Anak Kumbong
Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
...supaya peruntukan khas ini tidak boleh tidak. Mesti diberi sehingga sampailah projek itu siap nanti. Ya, Hulu Rajang.
Datuk Ugak Anak Kumbong
Baram, boleh Hulu Rajang...
Dato Anyi Ngau - Baram
Ya, boleh, boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Hulu Rajang. Jarang berlaku tapi benarkan.
Datuk Ugak Anak Kumbong
Ini menyokong dia. Baram, boleh?
Dato Anyi Ngau - Baram
Ya, boleh, boleh. Ini Hulu Rajang sama tempat ini.
Datuk Ugak Anak Kumbong
Tan Sri Speaker, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, silakan.
Datuk Ugak Anak Kumbong
Hulu Rajang dengan Baram ini sebuah kawasan yang begitu besar dan sangat di hulu di pedalaman. Walaupun saya Timbalan Menteri tak boleh menyokong tapi dengan keluhan, kasihan dengan apa yang Baram setiap tiga penggal ini sentiasa berucap mengenai pembangunan luar bandar.
Saya sudah pergi ke kawasan Baram. Itu adalah betul Tan Sri Speaker. Jadi, saya mohon kepada kementerian atau Menteri berkenaan tolong pergi jenguk dan juga ke kawasan Baram supaya rakyat yang di luar sana akan merasai keluhan dari Yang Berhormat ini dan disampaikan kepada Dewan yang mulia ini dan juga Menteri yang
Datuk Ugak Anak Kumbong
berkenaan supaya pergilah ke kawasan Baram dan betul, kata betul keluhan itu tadi biar sendiri tengok dan menyokong supaya pembangunan di luar sana harusnya seimbang, setimpal dan bersama dengan negeri-negeri atau kawasan-kawasan lain. Terima kasih, Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tan Sri Speaker. Biar ini jadi sebahagian dari saya punya ucapan.
[Tepuk] Terakhir saya ingat give me dua minit.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Tan Sri Speaker, ini berkenaan dengan kesihatan. Ini juga berkenaan dengan Internet, ini juga berkenaan dengan sekolah daif. Saya rasa tahun lepas ada disebut-sebutkan bahawa ada peruntukan untuk kawasan Baram untuk menaikkan taraf sekolah daif, untuk membaik pulih Klinik Long Lama ataupun untuk membina Klinik Long San dan juga Internet ini yang saya sebut dahulu di Dewan ini, tiang ada tapi kuali dia tidak ada. Saya sebut itu dulu, Tan Sri.
So, ini juga perlu di percepatkan. Ini perlu dipercepatkan supaya bak orang kata, “Internet ini sekarang pun sudah menjadi keperluan asas kita ini”. So, lebih-lebih lagi kita – the distribution of the population in Baram is very scattered ini. So, we need all this Internet dan we need all this road access to all the long houses ini dan juga dengan klinik yang sempurna, yang sekolah yang sempurna. Maka, God willing Baram will surely dengan komitmen which kuasa politik daripada Kerajaan MADANI, Baram akan terus maju walaupun kita kejar dari belakang ini. Tapi ini yang perjuangan kita ini.
[Tepuk] So, saya mohon supaya yang kita sebut ini bukan sahaja untuk kita di Baram tetapi saya mendengar keluhan daripada rakan-rakan yang lain pun termasuk daripada Sabah. Inilah keluhan-keluhan, rintihan-rintihan dan saban Dewan bersidang, kita tak putus-putus. Hampir saya rasa Tan Sri Speaker, bahawa macam rasa malu juga mahu sebut ini tetapi atas rasa tanggungjawab untuk kawasan kita di kawasan luar bandar dan demi untuk negara ini kita perlu juga sebutkan perkara-perkara ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tan Sri Speaker, mohon mencelah sikit.
Dato Anyi Ngau - Baram
Jadi...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Boleh, Baram?
Dato Anyi Ngau - Baram
Boleh, boleh.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Okey.
Dato Anyi Ngau - Baram
Dengan syarat Tan Sri Speaker mengizinkan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sikit sahaja. Sebenarnya, Ampang begitu simpati dengan apa yang telah pun dibangkitkan oleh Baram dan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak. Jadi, saya juga ingin mengatakan di sini daripada buat pembinaan- pembinaan baharu, jalan atau highway, highway di Ampang itu, saya cadangkan supaya dialihkan ke Baram ataupun di tempat-tempat yang lebih sesuai. Terima kasih.
[Tepuk]
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sokong. Sokong.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih, Ampang. Ampang, ya? So, mudah- mudahan keluhan ini dan rasa simpati ini, inilah saya rasa semangat yang ada di dalam negara kita yang telah pun ditunjukkan oleh Tan Sri Speaker masa dia menguruskan kita punya persidangan ini. Dengan itu saya menyokong penuh Titah Seri Paduka Yang di- Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Baram. Saya jemput Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sebelum memulakan ucapan perbahasan, menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, izinkan saya merakamkan ucapan dan sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas khidmat bakti yang cemerlang sebagai Yang di-Pertuan Agong ke- XVI dan Raja Permaisuri Agong ke-XVI.
Saya juga ingin merakam ucapan dan sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah di atas pemasyhuran kedua Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII dan Raja Permaisuri Agong ke-XVII.
Tan Sri Yang di-Pertua, sepanjang tujuh hari kita telah bersidang penggal ini, pelbagai isu serta perihal telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mahupun dari pihak kerajaan juga pembangkang.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Perkara-perkara yang disentuh, baik pada peringkat dasar mahupun pelaksanaan di kawasan adalah begitu penting untuk diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Maka, hari ini saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk turut menekankan beberapa perkara yang perlu diperkatakan oleh sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain serta perkara-perkara baharu sebagai mesej bahawa banyak lagi tanggungjawab yang tidak mampu dipenuhi oleh pihak kerajaan campuran hari ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu pertama yang menjadi fokus perbahasan saya adalah berkenaan kesejahteraan rakyat. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyinggung isu yang sama, di mana pihak kerajaan campuran hari ini memegang tampuk kuasa, keluhan rakyat semakin kuat didengari. Hal ini disebabkan pelbagai tekanan yang perlu dihadapi oleh rakyat dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Mutakhir ini, kita dapat lihat isu kekurangan bekalan makanan asas seperti gula, beras, minyak masak bersubsidi dan banyak lagi semakin tidak terkawal. Meskipun pihak kerajaan telah menyatakan bahawa masalah kawalan harga telah berjaya ditangani tapi barang yang ditangani harga ini tidak muncul di kawasan-kawasan yang memerlukannya.
Saya ambil contoh di Parlimen Padang Rengas. Terkadang dalam satu minggu, tiga hari kawasan saya ini tidak dibekal dengan bekalan gula atau tepung. Sehinggakan rakyat di sini terpaksa keluar sehingga ke bandar terdekat yang lain seperti Ipoh, Taiping, untuk mendapatkan bekalan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana barangan seperti beras dan gula ini bukanlah barangan import. Barangan asas yang sering tiada dalam pasaran tempatan adalah barangan yang kita sendiri adalah pengeluar dan bertindak sebagai pengeksport.
Bila berbicara tentang hal ini, ada juga barangan asas yang diimport dari negara luar seperti bawang, kacang, produk tenusu. Harga runcit barangan ini semua meningkat akibat nilai ringgit yang jatuh merudum berbanding Dolar Amerika Syarikat dan mata wang asing lain. Ditambah lagi peningkatan cukai SST daripada enam persen ke lapan persen dalam sektor logistik.
Meskipun dalam hebahan Kementerian Ekonomi menyatakan bahawa kenaikan kadar ini tidak melibatkan sektor ini, ternyata kerajaan melakukan U-turn dan terus
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
membebankan rakyat. Kenaikan cukai ini memberi kesan terus kepada semua sektor secara berantai. Beri tahu kami sektor mana yang tidak menggunakan khidmat logistik?
Saya buktikan lagi– dalam ucapan belanjawan tahun lalu, pihak kerajaan menyatakan pengurangan cukai sebanyak RM100,000 bagi setiap kenderaan akan diberikan ke atas pembelian kenderaan elektrik (EV). Tahun lalu, jualan kenderaan elektrik (EV) mencapai 10,000 kenderaan yang telah terjual. Ini bermakna sejumlah RM1 bilion pengurangan daripada hasil cukai.
Bayangkan jika cukai kepada orang kaya ini dikutip, RM1 bilion tambahan hasil dapat dikutip bagi disalurkan kepada golongan yang memerlukan dan menggantikan sebahagian daripada hasil dari kutipan SST yang diharapkan. Tahun ini juga pelbagai subsidi akan ditarik, dikaji semula dan dirasionalisasi. Sebagai contoh, subsidi takrif caj elektrik, subsidi diesel yang ditarik akan memberi kesan rantaian kepada kos kehidupan rakyat. Secara realitinya, ia akan memberi kesan kepada rakyat seluruhnya. Sudah-sudah lah dengan ucapan yang konon menjadi juara kepada rakyat bawahan. Secara realitinya, rakyat sedang ditekan. Bak kata orang Perak, getik dengor-nya.
Tan Sri Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat terus...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ke YB Yeop tak nak dengor?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Kesejahteraan rakyat terus berada dalam keadaan tidak memuaskan. Ia tidak terhenti dengan peningkatan kos sara hidup atau krisis kekurangan bekalan. Ia lebih parah dengan keperluan pembangunan yang dilihat mendatar. Tahun lalu, pihak kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya telah memperkenalkan aplikasi MyKKR. Hal ini saya puji kerana terdapat inisiatif yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk meningkatkan kecekapan dan tahap efisien penyampaian, perkhidmatan, penyenggaraan dan penyelenggaraan jalan serta aset kementerian. Tetapi inisiatif ini terbantut apabila setiap laporan yang dilakukan tidak dapat diselesaikan atas alasan ketiadaan peruntukan untuk pelaksanaan. Malah, ada aduan yang telah beberapa kali saya angkat di dalam Dewan yang mulia ini juga tidak diselesaikan.
Harus diingat bahawa aduan-aduan ini adalah demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Keperluan perkhidmatan penyenggaraan dan penyelenggaraan melibatkan komponen keselamatan jalan raya seperti lampu, pengadang jalan dan penutupan jalan berlubang. Berapa lama lagi kah rakyat perlu berhadapan dengan keadaan jalan raya yang tidak selamat? Maka, rakyat perlu memberi tumpuan perkara asas begini sebelum berbicara tentang perkara yang lebih besar.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu berkaitan tata kelola yang baik atau good governance, dengan izin. Mutakhir ini saya dapati di kawasan luar bandar, KEMAS telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik. KEMAS yang sepatutnya menumpukan peranannya yang membangun kemandirian masyarakat luar bandar dijadikan alat untuk memperkukuhkan kedudukan pihak tertentu.
Harus diingatkan bahawa kakitangan KEMAS adalah penjawat awam yang gajinya dibayar menggunakan duit pembayar cukai. Jika mereka ini hanya ditugaskan untuk memberi perkhidmatan kepada pihak tertentu, baik KEMAS ini diswastakan dan dibayar oleh pihak tersebut sahaja. Jika dilihat, perkara ini tidak berlaku ketika Perikatan Nasional memimpin negara. Tata kelola dan urusan pentadbiran telah diamalkan dengan baik. Pentadbiran ketika itu tidak langsung mengambil kesempatan untuk menggunakan kumpulan penjawat awam bagi kepentingan politik.
Saya ingin mengajak kerajaan pada hari ini untuk menghayati pesanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk berhenti berpolitik dan menumpukan masa dan tenaga kepada hal membabitkan kesejahteraan rakyat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Padang Rengas. Boleh minta penjelasan sedikit? Saje nak tanya, kita sama-sama orang Perak kan? Miker labun fasal ada orang, sesetengah pihak yang mempergunakan, salah gunakan hanya berkhidmat– KEMAS itu hanya beberapa pihak. Pihak mana dan KEMAS cawangan mana yang dipergunakan oleh
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
siapa? Boleh bagi spesifik? Sebab kalau Yang Berhormat hanya sebut sebegitu general- nya, nampak macam tak berapa eloklah. Baik kita secara spesifik sebab itu sebenarnya...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey, baik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ibarat tuduhan. Saya bukan kata miker tuduh. Cuma nampak dakwaan itu tak berapa berasas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey. Saya ambil contoh KEMAS di kawasan Padang Rengas. Kita tahu kakitangan KEMAS ini bila zaman. Bukan. Ketika PRU, mereka akan turun berkempen– habis semua kakitangan kerajaan yang digunakan untuk berkempen di pihak inilah, kerajaan yang memegang lah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Habis, kenapa tak buat laporan kepada SPR waktu itu?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey, saya teruskan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Maksudnya, sekiranya ada tuduhan dibuat di Dewan yang mulia ini, sepatutnya pada ketika itu, kalau adanya benda macam itu dilaporkan kepada SPR. Maka kalau tak lapor itu, masa nak bawa ini lah– tak berapa elok Yang Berhormat. Sebab benda ini mewujudkan suatu sentimen ketegangan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey. Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalau tak berasas itu, baik jangan bawa dalam Dewan. Kalau nak bawa, sila bawalah bukti.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Tak apa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sebab benda ini melibatkan integriti penjawat awam.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Cukup-cukup.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalau tuduhan sebegitu yang dibawa oleh Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. Mesti dalam perkara ini, nombor satu saya nak tanya Yang Berhormat Padang Rengas. Benarkan atau tidak? Cukup itu– macam mana? Benarkan atau tidak? Ha.
Tekan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey. Saya cuma nak sarankan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Nanti dahulu.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
...Kepada kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tak habis lagi bertanya. Yang Berhormat benarkan atau tidak Ipoh Barat bercakap?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Saya tak benarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Ini buka buku itu, Peraturan itu. Baca 37(1) (a) dan (b) ya. Okey, teruskan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Okey, saya juga ingin menyentuh mengenai peruntukan kepada semua Ahli Parlimen seperti mana Titah Yang di-Pertuan Agong untuk Yang Berhormat menumpukan usaha untuk membela nasib hidup seluruh rakyat.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Saya juga memohonlah agar pihak kerajaan dapat memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen. Juga, saya bersetuju apa yang dicadangkan oleh MP –
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Ahli Parlimen Jerlun yang mana dapat diberi peruntukan khas sekurang-kurangnya RM50,000 sempena Ramadan ini.
[Tepuk] Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutup saya tidak mahu lihat kerajaan hari ini terus menerusi menggunakan kelebihan politik mereka untuk menekan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka, terutama kami daripada pihak pembangkang. Kembalikan hak rakyat yang telah mengundi kami melalui pemberian peruntukan. Be a gentleman, walk the talk. Tunaikan apa yang telah dijanjikan ketika kalian bercerita kepada rakyat. Maka ini akan menjadi formula terbaik kepada kestabilan politik. Tidak sukar difahami. Maka...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Perintah tetap.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Maka Dato’ Yang di-Pertua...
Seorang Ahli
Dah habis dah masa. Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang di-Pertua. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Perintah tetap 36(6).
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar.
Sebentar. Sebentar Yang Berhormat Padang Rengas. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tekan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ipoh Timor Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ipoh Timor. Maaf.
Baik, baik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat Timbalan Speaker. 36(4).
Mana-mana Ahli Yang Berhormat tidak boleh mengeluarkan apa kenyataan yang bersifat sangkaan jahat. Saya ingat tadi selepas apa yang saya bawa, Yang Berhormat akan jelaskan. Jadi, saya terpaksalah. Saya ingat kalau diberikan ruang untuk saya minta penjelasan, maka yang saya minta tu nak dijelaskan tapi tak dijelaskan.
Saya nak mohon petua daripada Yang di-Pertua, apakah yang disebutkan tadi berkenaan dengan penjawat awam daripada KEMAS Padang Rengas kononnya bantulah pilihan raya, keluar bantu pilihan raya parti yang berkuasa waktu itu. Beliau tidak mengeluarkan sebarang bukti bila ditanya dan untuk membekalkan bukti. Itu sangkaan jahat. Sangkaan jahat terhadap penjawat awam di KEMAS Padang Rengas. Saya rasa perkara ini perlukan satu petua, sama ada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas itu bersangkaan jahat. Sebab pada hemat saya, bersangkaan jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Padang Rengas. Sila bangun. Adakah Yang Berhormat– apakah niat Yang Berhormat? Sebelum saya buat pertua, saya nak dengar dulu dua pihak. Okey. Ini pertuduhan daripada Ipoh Timor, eh? Baik. Maaf eh, Timur Barat tadi. Baik. Sekarang, Yang Berhormat tolong jelaskan. Adakah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timor itu sebagai sangkaan jahat?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Tidak, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Jika tidak, bagi saya cirinya kenapa kamu Yang Berhormat nyatakan sebenarnya.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey. Saya rasa kita sedia maklum daripada dulu lagi kaki tangan KEMAS ni, kita tahu banyak yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tak tahu.
Saya nak tahu dasar sebab...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey. Tak apa lah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalau teman tahu, takkan nak sebut.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey. Ini apa yang saya dapat, maklumat yang saya dapat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Buktinya mana?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Tak apa. Cuma sekarang ni, kalau tak pun saya minta Kementerian...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Bukan tak apa, itu sangkaan jahat.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
...pastikan – pastikan benda ni tidak berlaku. Saya mohon Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tak menjawab lagi soalan saya tu. Adakah – nombor satu adakah apa yang Yang Berhormat Padang Rengas nyatakan itu berasaskan sangkaan jahat? Yang Berhormat telah menjawab tidak.
Okey. Bila tidak itu, apa fakta yang Yang Berhormat dasarkan?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Tak. Benda tu saya lihat dengan mata saya sendiri. Cuma, memang la kita tak buat laporan. Tak dilaporkan. Tapi benda tu memang berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Boleh saya rumuskan itu adalah berdasarkan pemerhatian dan prasangka Yang Berhormat Padang Rengas betul?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Ya betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Barulah boleh buat keputusan. Kalau dengar tak dengar dua-dua belah pihak jadi tidak sedemikianlah jadinya kan, tak lah seadilnya. Baik Yang Berhormat Ipoh Timor, bagi pandangan saya yang duduk di sini ia adalah tidak sedemikian dan tidak berunsur sangkaan jahat. Baik. Terus.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Habis kan? Dah habis kan? Dah habis dah kan?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey, duduk Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Tutup. Tutup. Okey maka Dato’ Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Baik saya berikutnya mempersilakan Yang Berhormat Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mewakili rakyat seluruh Parlimen Kudat, saya menjunjung kasih Titah Diraja dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong atas pelantikan dan pemasyhuran sebagai Yang di-Pertuan Agong yang Ke-XVII. Saya juga ingin merafak sembah penghargaan dan terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Yang di-Pertuan Agong yang Ke-XVI dan Raja Permaisuri sepanjang pemerintahan baginda.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Dato’ Yang di-Pertua pada kesempatan ini, Kudat ingin membawa beberapa perkara yang selaras dengan Titah Tuanku. Pertamanya, Kudat senada dengan sahabat- sahabat Ahli Parlimen daripada Sabah yang lain, berkenaan penyelesaian Perjanjian MA63 yang mana perkara ini telah begitu lama tertangguh, sedangkan Perjanjian MA63 merupakan asas utama penubuhan negara Malaysia.
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang begitu komited untuk merealisasi penyelesaian secara tuntas apa yang termaktub di dalam Perjanjian MA63 ini. Malah dalam kongres Parti Keadilan Rakyat pada 2023 pun, perkara ini dibahaskan secara terbuka. Apa pun rakyat Sabah ingin melihat Perjanjian MA63 dilaksanakan dengan kadar segera terutama pengembalian hak Sabah dua per lima ataupun 40 peratus dari kutipan cukai di Sabah selaras dengan Artikel 112C seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penyelesaian bayaran semula cukai kepada Sabah sangat kritikal untuk membangunkan wilayah Sabah yang begitu jauh ketinggalan dari segi pembangunan, berbanding dengan negeri-negeri dan wilayah lain di Malaysia. Jurang pembangunan yang besar di Sabah berbanding wilayah dan negeri yang lain, telah menyebabkan pemikiran yang agak kritikal dari rakyat Sabah sehingga ada gesaan daripada pihak-pihak tertentu supaya Sabah berpisah daripada Persekutuan Malaysia.
Kita tidak mahu pemikiran seumpama ini berlarutan dan meracuni pemikiran golongan muda, seterusnya merosakkan negara kita pada masa hadapan. Saya sebagai wakil rakyat dari antara kawasan Parlimen yang termiskin di Malaysia, yakin bahawa kawasan saya akan mendapat lebih banyak manfaat pembangunan bila mana Sabah, mempunyai kewangan yang lebih hasil daripada pelaksanaan perjanjian MA63 ini.
Dato’ Yang di-Pertua, antara perkara yang telah diungkapkan titah tuanku juga adalah keharmonian kaum. Walaupun Sabah dibanggakan dengan sikap harmoni dan toleransi antara kaum tetapi demografi kaum di Sabah telah lama rosak sebenarnya atas tindakan sesetengah pemimpin yang membenarkan bukan sahaja kebanjiran pendatang asing tapi ada pemimpin negara yang terdahulu secara terang-terangan menghalalkan penganugerahan kewarganegaraan kepada rakyat asing atas dasar kerakusan mendapatkan kuasa.
Saya mohon dalam Dewan yang mulia ini agar Laporan Suruhanjaya Diraja Projek IC yang telah ditubuhkan pada tahun 2012 dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan.
Perkara ini sangat penting kerana sekiranya benar ada pemimpin negara yang terlibat dalam Projek IC di Sabah, maka ini bukan sahaja pencabulan undang-undang tetapi ini adalah pengkhianatan terbesar terhadap kedaulatan negara Malaysia. Hukuman berat termasuk memansuhkan kewarganegaraan kepada mereka yang terlibat mesti diambil sebagai teladan kepada semua bahawa undang-undang di Malaysia ini harus dihormati oleh semua pihak, termasuk pemimpin tertinggi negara.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini juga Kudat ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan telah melawat Parlimen Kudat pada tahun lalu dan tahun ini. Pertama Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Seremban. Timbalan-timbalan Menteri, Yang Berhormat Batu Sapi dan Yang Berhormat Pensiangan.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Saya percaya kesemua Menteri dan Timbalan Menteri ini telah menyaksikan sedikit sebanyak betapa perlunya satu perancangan yang lebih komprehensif untuk membangunkan Parlimen Kudat dalam menaik taraf infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan rangkaian Internet yang lebih baik agar kawasan saya terkeluar dari senarai kawasan termiskin.
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang telah melakukan lawatan pada 25 Januari 2024 untuk melihat sendiri keadaan kawasan saya
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
dan beliau bersetuju bahawa Kudat sangat berpotensi untuk dibangunkan khususnya dijadikan sebagai gateway laluan hab perkapalan dan pelancongan antarabangsa. Jika dapat direalisasikan Kudat sebagai hab perkapalan, ianya menyumbang kepada kejayaan Pelan Induk Perindustrian 2030.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud juga atas saranan yang sama dalam ucapan beliau semalam. Kudat berpotensi untuk mengimbangi kehilangan aktiviti perkapalan dan pelabuhan di Semenanjung Malaysia jika negara jiran kita Thailand berjaya membuka terusan Segenting Kra yang telah mereka rancang.
Saya juga ingin memanjangkan ucapan saya kepada Yang Berhormat Menteri Usahawan dan Pembangunan Koperasi yang telah beberapa kali melawat Parlimen Kudat dan menjadi saksi betapa daifnya infra asas di Parlimen Kudat. Bantuan dari Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi juga sangat banyak membantu kawasan saya dan saya harap agar usaha kementerian ini dapat diperkasakan lagi bagi membantu usahawan tempatan.
Dato' Yang di-Pertua, saya memetik ungkapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini. “Jangan jadikan Laut China Selatan itu sebagai pemisah dan penghalang kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama”. Kudat menyokong usaha penjimatan Kerajaan MADANI untuk memulihkan kedudukan kewangan negara.
Namun saya menyeru kepada kerajaan, memandangkan RMKe-12 cuma berbaki dua tahun sehingga tahun 2025, supaya melaksanakan projek-projek berimpak tinggi yang sudah tersenarai dalam RMKe-12 untuk Parlimen Kudat dengan kadar segera kerana keperluan dan penderitaan rakyat terhadap kekurangan kemudahan asas infra, kesihatan, pendidikan tidak boleh ditangguh lagi. Dalam keadaan ekonomi negara kita yang semakin mencabar ini, tumpuan pembangunan harus diberikan kepada kawasan luar bandar untuk melonjakkan produktiviti terutama tanaman makanan, hasil pertanian ternakan dan perikanan untuk mengimbangi import daripada negara lain. Contohnya di Parlimen Kudat, industri ternakan lebah madu, industri perikanan, tanaman kelapa, pengeluaran sarang burung di Pitas adalah antara faktor yang boleh dibangunkan untuk merancakkan sosioekonomi penduduk luar bandar.
Untuk mencapai lonjakan produktiviti yang saya sebutkan tadi, kerajaan perlu segerakan pembaikan dan pembinaan kemudahan asas terutama jaringan jalan raya yang baik agar kawasan yang sudah terbiar begitu lama dapat diusahakan dan hasil pertanian dapat dikeluarkan untuk dipasarkan dengan mudah, membuka peluang perusahaan pertanian kepada komuniti luar bandar dan meningkatkan minat golongan muda dalam industri asas tani selain daripada memudahkan pemberian modal pemula kepada masyarakat yang layak.
Menyentuh mengenai polisi urus tadbir kesihatan, pada 30 November 2023 yang lalu tular video jururawat masyarakat menaiki sampan berlumpur-lumpur di Sungai Bengkoka, Pitas untuk menjalankan kerja lapangan dengan risiko keselamatan. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan kita yang bergadai nyawa untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. Saya mohon kepada kementerian untuk mempertimbangkan elaun jururawat masyarakat luar bandar dinaikkan juga kelonggaran pakaian untuk mereka menjalankan tugas di lapangan.
Perkhidmatan kesihatan di Hospital Kudat dan Pitas masih berada di tahap yang sangat perlu ditambah baik. Masa menunggu pesakit luar yang agak lambat disebabkan kekurangan kakitangan dan kemudahan tidak mencukupi. Sistem perkhidmatan kesihatan di klinik desa dan klinik di pulau-pulau dan pedalaman perlu ditambah baik.
Kudat menggesa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama menyelesaikan masalah status tapak-tapak klinik kesihatan di kawasan Parlimen Kudat disegerakan agar pembangunan klinik-klinik dapat disegerakan demi untuk kesejahteraan penduduk di pedalaman.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Dato' Yang di-Pertua, menyentuh mengenai kedudukan ekonomi, tanggungjawab fiskal negara dan percukaian, saya bersetuju dengan hujah Yang Berhormat Kinabatangan kelmarin agar kerajaan mengembalikan semula cukai GST dengan kadar yang berpatutan dan penambahbaikan sistem kutipan memandangkan sistem percukaian ini dilihat lebih telus dan telah digunakan oleh banyak negara maju di dunia. Sistem cukai GST yang teratur, saya yakin ini akan menjadi faktor penting kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.
Seterusnya, Kudat menjunjung titah tuanku untuk memanfaatkan pelan kerajaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, lebih kurang dua tahun daripada sekarang. Jika sekiranya route ataupun laluan feri Kudat-Palawan dapat direalisasikan, ianya juga pasti akan menyumbang kepada akses kedatangan pelancong yang transit dari negara asing dengan akses laut untuk menghubungkan dua tapak warisan UNESCO di Palawan dan dua lagi tapak warisan dunia UNESCO Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak. Jadi, sesuailah jika sekiranya inisiatif ini dijadikan titik mula untuk merealisasikan dan dipromosikan sebagai salah satu pintu masuk pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 nanti.
Namun demikian sebagai persediaan untuk menerima kunjungan pelancong domestik dan luar negara, Parlimen Kudat sebagai sebuah destinasi pelancongan paling utara di Sabah yang terkenal dengan keindahan pantai dan Tip of Borneo serta keaslian dan pelbagai budaya memerlukan suntikan pembangunan fasiliti pelancongan dan untuk memastikan limpahan manfaat ini sampai kepada komuniti tempatan. Kudat mohon, selain daripada promosi keperluan untuk membantu pengusaha kecil, pelancongan juga harus dipertimbangkan untuk penghasilan produk pelancongan yang kreatif dan inovatif.
Dua minit, mohon dua minit Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila teruskan sehingga saya suruh berhenti.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutup saya sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan termiskin di Malaysia, mohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mencemar duli melawat kawasan yang disenaraikan kawasan termiskin ini. Sekurang-kurangnya dapat lah juga kami merasa jalan yang rata sebentar dan hilanglah sekejap kolam-kolam ikan di tengah jalan, jika Seri Paduka Baginda boleh melawat kawasan saya nanti ataupun kawasan-kawasan yang termiskin di Malaysia ini.
Terakhir sekali saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua rakan-rakan, khususnya rakyat Parlimen Kudat. Dengan itu saya menyokong penuh Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian terima kasih. Kudat mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Rompin untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Pertama sekali patik mewakili warga Parlimen Rompin merawak sembah setinggi- tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Zarith Sofia selaku Raja Permaisuri Agong.
Seterusnya patik mewakili seluruh warga Rompin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Baginda Tuanku Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah memayungi negara dan rakyat sepanjang lima tahun yang lepas dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Dato' Yang di-Pertua, dunia sedang berevolusi dengan menuju penggunaan tenaga boleh diperbaharui merupakan perubahan besar dalam landskap tenaga global yang memberikan impak besar dalam pelbagai bidang. Peningkatan kesedaran dan keprihatinan kesan perubahan iklim yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran mengenai perlunya beralih kepada sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti dan mempunyai latar belakang sebagai sebuah negara pengeluar petroleum antara terbesar di dunia melalui syarikat petroleum negara iaitu PETRONAS. Antara objektif PETRONAS pada akhir-akhir ini adalah untuk mengurangkan pencemaran dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Pengembangan infrastruktur ini adalah pelaburan besar dalam memastikan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui termasuk pembinaan ladang solar, taman angin dan projek hidroelektrik telah memberikan lebih banyak sumber tenaga boleh diperbaharui dalam grid tenaga.
Selain itu, kemajuan dalam grid tenaga yang lebih pintar dan penyimpanan tenaga telah meningkatkan kebolehpercayaan dan fleksibiliti sistem tenaga. Komitmen dan dasar kerajaan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia telah pun mengambil langkah- langkah untuk menyokong dan mempromosikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui melalui insentif kewangan. Matlamat pengurangan emisi karbon dan Dasar Pembangunan Lestari, ini termasuk pelan untuk menghentikan atau mengurangkan penggunaan bahan api fosil dalam sektor tenaga.
Soalannya, apakah kerajaan telah menyediakan kelengkapan infrastruktur yang terbaik selari dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mempromosikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan penggunaan bahan api fosil dalam sektor tenaga.
Dato’ Yang di-Pertua, di Malaysia penjanaan kuasa elektrik telah dibangunkan dengan tiga cara iaitu penjanaan kuasa hidroelektrik, penjanaan kuasa elektrik terma dan penjanaan kuasa elektrik gas. Arang batu merupakan bahan utama yang digunakan bagi menghasilkan tenaga elektrik iaitu sebanyak 51 peratus berbanding hidroelektrik sebanyak empat peratus dan selebihnya gas asli sebanyak 45 peratus.
Sektor tenaga yang bertindak sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia dan intensif industri tenaga menyumbang 28 peratus daripada KDNK negara dan menyumbang 25 peratus daripada setiap jumlah tenaga kerja. Di samping itu, sektor tenaga juga merupakan sumber utama pendapatan negara dengan pendapatan berkaitan petroleum menyumbang 31 peratus pendapatan fiskal manakala eksport tenaga menyumbang 13 peratus daripada nilai eksport negara.
Kita semua sedia maklum bahawa apabila satu teknologi baharu itu masuk dalam pasaran maka ia akan hadir dengan kos yang agak tinggi. Apabila keadaan ini berlaku, rakyat sebagai end user akan dibebani dengan kos yang agak tinggi dan membebankan.
Soalannya, adakah kerajaan bersedia menawarkan insentif atau bantuan bagi membantu rakyat bergerak seiring bagi menjayakan Dasar Tenaga Negara.
Pengurangan kos untuk teknologi tenaga boleh diperbaharui bersama dengan meningkatnya kos bahan api fosil dan peningkatan permintaan untuk sumber tenaga bersih telah membuat tenaga boleh diperbaharui menjadi lebih kompetitif dari segi ekonomi. Ini telah mendorong pertumbuhan pasaran dan pelaburan dalam sektor tenaga yang diperbaharui.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Jika kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga berasaskan petroleum dan beralih kepada pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui sebagai satu inisiatif menjaga alam sekitar, adakah kerajaan bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang bakal ditempuhi dalam memastikan langkah-langkah peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui ini dapat dilaksanakan.
Di samping itu, pengurangan penggunaan bahan bakar fosil juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar sekali gus membantu ekosistem dalam negara dapat dipelihara dengan berkesan. Cumanya, apabila peralihan ini menyebabkan berlakunya lambakan bateri dan panel solar yang mungkin suatu hari nanti menjadi lambakan bahan buangan. Soalannya, adakah kerajaan bersedia dalam menghadapi, melupus barangan ini secara selamat dan tidak memberi kesan kepada rakyat dan alam sekitar.
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa tidak lengkap sekiranya perbahasan saya ini tidak juga menjurus kepada masalah di kawasan saya. Saya bersetuju dengan– terlebih dahulu saya bersetuju dengan Ampang tadi apabila Ampang menyatakan bahawa bajet-bajet dalam kawasan Ampang diberikan kepada kawasan-kawasan luar bandar seperti Baram dan juga kawasan Rompinlah semestinya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jangan salah, bukan bajet-bajet.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Bajet pembangunan, jalan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Pembangunan infrastruktur akan datang, akan datang. Ha, bukan yang ini.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Infrastruktur ya. Jadi saya merasakan kalau boleh semua bajet bukan sahaja Ampang, bajet dalam bandar-bandar besar ini Dato’ Yang di-Pertua. Sebab saya nak bagi tahu, jalan yang rosak jarang berlaku di bandar. Sebab apa? Lori balak tak lalu dalam bandar, lori bawa bijih besi tak lalu dalam bandar tapi lori-lori ini lalu di jalan-jalan luar bandar.
Beberapa Ahli
Setuju.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Jadi, saya mintalah di Rompin Dato’ Yang di-Pertua baiki jalan pukul 12, pukul satu petang dah pecah balik akibat daripada lori bijih besi. Jadi saya mohon juga kepada pihak Kementerian Kerja Raya supaya meneliti kondisi jalan yang ada pada hari ini yang saya yakin sudah tidak mampu dilalui oleh lori- lori berat. Dulu seingat saya, lori hanya 20 tan, lori balak hanya satu treler. Hari ini lori balak ada dua treler. Kalau dulu satu treler 15 tan, hari ini dua treler 30 tan. Jadi, saya mohon Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan mengkaji soal ini.
Yang keduanya kebetulan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ada di sini. Ini saya dah cakap Yang Berhormat, dah dua kali. Saya masalah penanam padi di lima buah kampung di kawasan Rompin yang melibatkan seramai 193 orang pesawah di Kampung Setajam, di Kampung Mentara, di Kampung Kurnia, di Kampung Sarang Tiong, di Kampung Pianggu. Ini berkenaan dengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan.
Saya mohon sangat-sangatlah kepada Yang Berhormat Menteri, jangan dikira sangatlah soal status tanah. Masing-masing ini tak dapat kerana status tanah ini mereka tak ada tol, tidak ada geran tetapi mereka pesawah. Dato’ Yang di-Pertua, 30 tahun dah mengerjakan sawah padi apa salahnya kalau IADA datang tengok, confirm sawah padi ini mereka buat. Bagilah baja, Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan.
[Tepuk] Saya mohon-mohon sangat. Ini tiga kali dah saya cakap Yang Berhormat Menteri.
Kalau boleh Yang Berhormat Menteri datanglah ke Rompin. Udang galah saya belanja tak ada hal, confirm dapat insya-Allah. Yang keduanya, saya nak bercakap mengenai ini masalah air. Ini saya cukup bimbang. Raya tahun lepas, malam raya air tak ada Dato’ Yang di-Pertua. Esok nak raya, anak balik daripada Kuala Lumpur. Mak telefon, “Awak jangan baliklah, kome tak ada
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
air...”. Tak bagi anak balik. Beli baju raya Jalan Tunku Abdul Rahman lima pasang sedondon anak-beranak tak balik, Ampang, ya.
Kemudian yang saya kasihan Dato’ Yang di-Pertua, ini masalah pekerja paip, Perbadanan Air Negeri Pahang. Orang nak beraya, deme dok menghantar air, menghantar air. Orang dok melemang, orang dok buat rendang, orang dok rebus ketupat, masa tu dia menghantar air. Pergi hantar air ke rumah orang, maki dek makcik itu. Tak padan dengan elaun buat kerja lebih masa kena maki. “Anak koi tak dapat balik kampung sebab dek air tak de...”. Inilah, saya rasa dalam pembangunan kita duk mengejar negara maju ini, tak sepatutnya benda ini ada. Saya kasihan. Apa nama ni, hari raya orang sembahyang raya deme dok hantar air lagi Dato’ Yang di-Pertua. Dengar lagu raya sedih, “dam dam dum bunyi mercun”, takde bagi deme ini.
Jadi saya memohon sangatlah satu apa nama ini kalau boleh dinaik taraf loji-loji air yang ada di Rompin dan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan masalah air ini Dato’ Yang di-Pertua.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang ketiga, satu lagi. Yang ketiganya Dato’ Yang di-Pertua, ini berkenaan jambatan di Kampung Aur, jambatan ini yang sepatutnya siap pada – ini Kementerian Kerja Raya ya. Sepatutnya siap pada 2023 yang menghubungkan antara Kampung Seberang Aur dengan Kampung Aur dan EOT telah diberi sehingga 2025. Mana ke nak boleh buat kalaulah lori sebutir ada? Mesin ada, barang tak ada, orang tak ada. Guane nak buat kerja? Saya tak nampak jambatan ini boleh siap dalam masa yang ditentukan sehingga Februari 2025.
Saya mintalah kepada JKR supaya memantau perkara ini. Tahun lepas dah ada orang meninggal. Seberang jambatan gantung, jambatan gantung sebab jambatan itu tak siap Dato’ Yang di-Pertua, jatuh sungai. Sampai sekarang tak jumpa. Februari 2023 sampai sekarang. Jadi, saya mintalah sekali lagi Kementerian Kerja Raya supaya meneliti perkara ini. Tegaskan. Kalau tak siap juga, tamatkan. Banyak lagi kontraktor yang ada, ya. Dalam sini pun ramai kontraktor ini. Insya-Allah. Yang keempat, tadi yang akhir. Ini yang keempat.
[Ketawa] Saya banyak menerima, ini Jalan Ganoh. Ini Kampung Orang Asli ini. Dato’ Yang di-Pertua faham lah, kawasan Orang Asli. Saya masuk kawasan Orang Asli baru-baru ini. Jalan dia, alignment ada tapi jalan teruk. Dia bagi tahu saya, “Weh, susah hari ini. Nak ngantar barang pun langgar lubang, habis kereta aku. Tayar pecah, rim bengkok. Jual RM400, rugi RM600”.
[Ketawa] Dia juga barang dia RM400, rugi RM600 sebab dek jalan itu.
Deme ini Dato’ Yang di-Pertua, deme ini berusaha keras. Tanam sayur, bawa keluar nak jual. Tiba-tiba ini rugi yang dapat bukan untung yang mereka dapat. Jadi, terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua yang memberi saya lebih masa sedikit dan saya mengharapkan keluhan saya itu mendapat perhatian daripada kementerian. Insya-Allah dan saya menyokong penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismilllahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Bentong untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sebelum melanjutkan perbahasan, Bentong ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas teladan Baginda yang prihatin dan berjiwa rakyat sepanjang naungannya selama lima tahun sebelum ini. Selamat pulang Tuanku ke negeri Pahang yang tercinta.
Semoga Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat Pahang dengan pemerintahannya.
Tuan Yang di-Pertua, Bentong ingin menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bahawa tugas untuk memahami dan mendalami denyut nadi rakyat bukanlah tugas Perdana Menteri seorang. Akan tetapi haruslah dipimpin bersama oleh 222 orang Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini sama ada pihak kerajaan ataupun pembangkang.
Keutamaan untuk mengembalikan semula kegemilangan negara ini dengan memperbaiki ekonomi dan meningkatkan kebajikan sosial haruslah bermula dengan kestabilan politik yang berteraskan keadilan, tadbir urus yang baik dan kesedaran sosial tentang kemajmukan budaya dan agama. Politik adu domba, fitnah dan sentimen yang mengapi-apikan perkauman tidak sepatutnya mencemari perbuatan dasar.
Tuan Yang di-Pertua, masa depan negara ini bergantung kepada asas pendidikan kita. Dalam pada kita ghairah mengejar kemajuan teknologi dalam berhadapan arus pemodenan, masih terdapat ramai pelajar yang masih tercicir literasi. Walaupun Kementerian Pendidikan mengatakan kadar keciciran murid semakin menurun, akan tetapi ini tidak menggambarkan situasi yang sebenar kerana keciciran murid yang dimaksudkan hanyalah mengambil kira murid yang bersekolah akan tetapi yang keluar dari sekolah sebelum tamat tempoh pendidikannya. Sedangkan jika kita lihat dengan lebih mendalam, masih ramai pelajar yang masih bersekolah dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah tetapi masih tidak boleh membaca ataupun membaca dengan lancar.
Lambakan pelajar tidak membaca sejak dari sekolah rendah ini akan membawa permasalahan ini berterusan ke sekolah menengah dan akhirnya menatijahkan pada tahun 2022 sehingga 33,906 orang calon yang gagal mendapat sijil SPM kerana tidak lulus bahasa Melayu ataupun sejarah. Permasalahan ini ditambah lagi dengan hampir 30,000 orang pelajar yang tidak menduduki SPM pada tahun 2022.
Trend ini sangat membimbangkan kerana menunjukkan peningkatan calon SPM yang tidak menduduki SPM berbanding tahun 2021, yakni sebanyak 24,941 orang. Data untuk 2023 masih belum keluar lagi kerana murid-murid baru, masih lagi ataupun sudah tamat peperiksaan SPM tetapi Bentong menjangkakan akan berlaku peningkatan sekiranya isu ini tidak ditangani dari awal.
Bentong memahami bahawa Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai inisiatif malah meletakkan isu keciciran murid sebagai antara tujuh tonggak utama. Akan tetapi, Bentong menyokong sekiranya kerajaan mengambil data yang lebih menyeluruh. Ini kerana murid yang masih tercicir walaupun masih bersekolah masih ramai lagi di luar sana. Tuan Yang di-Pertua, Bentong ingin mengambil kesempatan ini turut menegaskan...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Bentong, Parlimen minta pencelahan sikit.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sikit sahaja.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Baik.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Bentong, saya mendengar dengan teliti tadi hujah mengenai pelajar tercicir ini. Adakah Yang Berhormat Bentong bersetuju bahawa Kementerian Pendidikan memberi data dan statistik
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
berapakah jumlah pelajar tercicir dan yang tidak menduduki peperiksaan SPM kepada setiap Ahli Parlimen supaya kita boleh mengenal pasti golongan ini supaya kita boleh menyasari program-program kerajaan dan juga kita boleh memberi sasaran untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini supaya kita boleh memadanikan golongan ini dalam masyarakat kita. Apa pendapat Yang Berhormat Bentong?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo, masukkan dalam ucapan saya. Saya bersetuju dengan Puncak Borneo kerana di Parlimen Bentong sendiri, kami telah mengadakan satu pilot project literasi pelajar tercicir dan di Parlimen Bentong sendiri, hampir 700 pelajar tercicir daripada membaca, mengira dan sebagainya dan mereka ini sedang bersekolah daripada tahun satu hingga tahun enam. Jadi, amat perlu untuk setiap Ahli Parlimen mengetahui data yang lebih jelas dengan lebih lanjut, dengan lebih detailed di setiap kawasan Parlimen masing-masing.
Bentong juga ingin mengambil kesempatan ini untuk turut menegaskan bahawa komunikasi antara agensi kerajaan haruslah ditambah baik bagi menangani masalah rakyat. Tidak sepatutnya lagi aduan-aduan rakyat ini ditolak ke sana ke sini, hanya semata-mata mereka salah agensi ataupun salah jabatan. Telah banyak berlaku aduan berkenaan nombor telefon rasmi yang tidak dijawab serta aduan yang menolak mereka dari satu jabatan ke agensi yang lain. Ramai antara rakyat ini adalah mereka yang susah.
Ada kalanya jauh nak pergi ke pejabat-pejabat kerajaan ini. Ada yang perlu ambil teksi ataupun Grab tetapi apabila mereka sampai ke pejabat, mereka diberitahu bahawa aduan mereka ini perlu disalurkan ke jabatan yang lain.
Jadi, saya kira sudah sampai masanya pihak kerajaan meningkatkan pelaksanaan dasar, ‘No Wrong Door Policy’, dengan izin. Saya difahamkan bahawa Kementerian Kerja Raya sebelum ini mengumumkan dasar yang sama tentang aduan berkenaan jalan raya. Jadi, tidak mustahil sekiranya dasar ini turut diperluaskan kepada kesemua kementerian dan jabatan kerajaan kerana ia sepatutnya menjadi tanggungjawab pegawai kerajaan untuk membantu menyalurkan aduan ke tempat yang berkenaan. Ini sudah tentu memerlukan koordinasi dan kerjasama yang erat antara semua agensi kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kejadian-kejadian salah laku anggota polis yang berlaku sejak kebelakangan ini benar-benar membimbangkan. Daripada kes bunuh, kes samun, kes rogol, pemerasan ugut dan sebagainya telah menyebabkan defisit kepercayaan kepada institusi polis yang bertanggungjawab melindungi rakyat daripada jenayah.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong difahamkan bahawa telah diperuntukkan sebanyak RM31.44 juta bagi tahun 2024 untuk program latihan untuk warga PDRM bagi meningkatkan tahap kecekapan anggota. Bentong turut memuji langkah Kementerian Dalam Negeri untuk memperkenalkan penggunaan body camera sebanyak 7,648 unit yang akan digunakan secara berperingkat dari September tahun ini sehingga Februari 2025.
Bentong turut memuji tindakan Menteri untuk terus menguatkuasakan peranan IPCC yakni Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis bagi menerima aduan, menyiasat dan mengesyorkan tindakan tertib tanpa rujukan daripada mana-mana pihak demi kepentingan awam.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, boleh saya mencelah, Bentong?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Speaker. Bentong saya hendak tanya berkenaan dengan dua soalan. Satu— pertamanya berkenaan dengan effectiveness pemantauan ataupun kerja pihak polis. Adakah Bentong bersetuju bahawa gaji rendah yang diperuntukkan untuk pihak polis terutamanya yang
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
berpangkat konstabel iaitu gaji bermula, starting pay dari RM1,441 sahaja, one thousand four hundred and forty one ringgit, dengan izin Tuan Speaker.
Itu adalah gaji mula konstabel. Adakah Bentong setuju bahawa ini akan menyumbangkan kepada performance pihak polis dalam melaksanakan tugas-tugas mereka? Itu satu. Nombor dua, berkenaan dengan IPCC. Adakah Bentong setuju bahawa IPCC itu merupakan satu statut yang kurang berkesan dan boleh diperkasakan seperti mana yang dicadangkan di dalam IPCMC dahulu lagi? Adakah ini mungkin satu perkara yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Bukit Gelugor.
Saya setuju bahawasanya kalau kita lihat gaji rendah seperti pagi tadi, kita sudah ada sesi soal jawab mengenai gaji rendah anggota polis di mana amat penting kajian-kajian untuk menaikkan gaji anggota bawahan ini untuk dinaikkan supaya juga memberikan motivasi kepada mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anggota polis yang dipercayai oleh rakyat. Juga mengenai IPCC yang dikatakan oleh Tasek Gelugor tadi, saya setuju dengan beliau. Mohon dimasukkan. Bukit Gelugor, mohon maaf.
[Ketawa] Seterusnya saya masuk kepada kawasan saya, Tuan Yang di-Pertua. Bentong sedia maklum dengan potensi projek ECRL yang bukan sahaja dapat menyediakan sistem pengangkutan yang efisien untuk penumpang dan juga kargo. Akan tetapi ia turut melimpahkan rezeki sehingga RM2.66 bilion kepada syarikat tempatan selain peluang pekerjaan kepada 5,000 orang tempatan.
Oleh itu Bentong ingin bertanya, apakah projek pembangunan industri yang turut dirancang oleh kerajaan untuk dibangunkan di dalam Daerah Bentong, dengan mengambil kira potensi sebagai hab ekopelancongan dan juga pusat pengumpulan hasil pertanian dan perladangan. Mengambil kira kedudukannya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, cita-cita untuk menjadikan Bentong sebagai bandar satelit boleh menjadi realiti sekiranya limpahan ekonomi daripada projek ECRL ini dapat dimanfaatkan.
Pada masa yang sama, Bentong meminta agar projek penaiktarafan dan pelebaran jalan Simpang Ketari dan Simpang Sungai Marong dapat diteruskan bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang akan bertambah setelah siapnya projek ECRL kelak. Bentong sebagai kawasan ekopelancongan perlu bersedia untuk menampung peningkatan pelancong dan juga pertambahan penduduk.
Projek pengangkutan yang cekap haruslah disambut dengan pembangunan dan fasiliti yang mencukupi. Ini termasuklah keperluan menambah baik infrastruktur seperti jalan, tandas awam dan juga penyelenggaraan longkang bagi mengurangkan risiko banjir kilat. Papan tanda seperti di Janda Baik juga perlu ditambah baik agar dapat menarik lagi minat orang ramai untuk datang mengunjungi ke kawasan-kawasan pelancongan ini.
Selain itu, Bentong juga ingin meluahkan kekhuatiran tentang impak alam sekitar dan juga kerosakan infrastruktur yang lain sepanjang pembinaannya ECRL ini. Banyak kerosakan yang berlaku di sepanjang laluan lama Bentong–KL akibat daripada projek ECRL dan ia menyukarkan dan membahayakan penduduk. Bentong meminta agar adanya pemantauan terhadap projek ini agar sebarang kerosakan jalan dapat dibaiki semula sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat bagi tahun— sebelum berakhirnya, Bentong mohon untuk menambah sedikit. Bentong ingin menambah sedikit tentang RUU Pendanaan Politik. Bentong mewakili KRPPM–IGAR pernah membangkitkan persoalan ini sebelum di Kamar Khas di sidang Parlimen yang lalu berkenaan dengan public funding, dengan izin atau pendanaan awam terhadap mana-mana parti politik.
Selain daripada kawal selia pendanaan politik daripada sebuah entiti yang bebas, perlu juga ada inisiatif supaya mengurangkan kebergantungan parti-parti politik terhadap dana swasta atau persendirian yang boleh mempengaruhi pembuatan dasar untuk kepentingan sempit tertentu bagi sesetengah pihak dan yang tidak menguntungkan rakyat.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Maka Bentong mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan sebuah sistem pendanaan awam melibatkan sejumlah wang yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada parti-parti politik. Sebuah badan bebas yang akan dilaksanakan ini juga perlu mengambil kira isu pelantikan jawatankuasa yang terlibat agar tidak disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana pihak kerajaan selepas ini.
Akhir sekali, Bentong juga ingin memohon agar supaya sebuah kompleks sukan dibina di Bentong. Ini kerana Bentong berpotensi untuk melahirkan ramai atlet berprestasi tinggi di dalam dan luar negara khususnya sukan olahraga. Baru-baru ini seorang anak muda dari Bentong yang berusia 12 tahun merupakan atlet lompat tinggi yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Athletics West State Track and Field Championship di Perth, Australia telah menjadi johan dalam acara tersebut.
Bentong turut berpotensi melahirkan atlet sukan memanah yang boleh digilap untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi. Banyak kejohanan yang boleh dilakukan bagi mencungkil bakat anak-anak muda untuk menceburi bidang ini. Bentong berharap dengan adanya kompleks sukan Bentong yang lengkap, ia akan dapat menarik anak muda untuk menceburi bidang sukan dan menggilap bakat mereka mengikut minat masing-masing.
Akhir sekali, Bentong ingin mengucapkan sempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac ini, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh wanita perkasa di seluruh Malaysia ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Bentong mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas peluang perbahasan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Bentong. Isu keciciran masyarakat Orang Asli seluruh Semenanjung amat tinggi berbanding masyarakat majmuk lain di Malaysia, baik sekolah menengah atau rendah.
Apa tindakan dan usaha Kementerian Pendidikan untuk mengekang fenomena ini?
Adakah isu ini telah dibincang dengan JAKOA? Kerangka pembangunan masyarakat bumiputera telah menetapkan salah satu prong untuk membangkitkan masyarakat Orang Asli ini keluar dari kepompong kemiskinan adalah pendidikan. Dengan demikian Yang Berhormat, boleh saya tumpang ucapan Yang Berhormat?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih.
[Ketawa]
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Masukkan dalam ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Baiklah dengan itu, Bentong ucapkan terima kasih sekali lagi di atas peluang perbahasan ini. Bentong mohon menyokong Usul Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bentong menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya harap pegawai-pegawai KPM ambil maklum, saya hendak dengar jawapan itu nanti. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] [Berselawat]* Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk bersama- sama berbahas Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.
Terlebih dahulu patik mewakili warga Parlimen Setiu merafak sembah setinggi- tinggi tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Zarith Sofiah selaku Raja Permaisuri Agong.
Seterusnya patik juga mewakili seluruh warga Parlimen Setiu ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih pada Yang di-Pertuan Agong ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Baginda Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah memayungi negara dan rakyat sepanjang lima tahun yang lepas dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya dengan membaca ayat Al- Quran dari Suratul Nisa’, ayat 58.
[Membaca sepotong Al-Quran] Maksudnya, *“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah pada ahlinya yang berhak menerimanya. Apabila kamu jalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhan-Nya itu, telah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat*”.
Dato’ Yang di-Pertua, sehingga kini hak rakyat negeri Terengganu khususnya untuk mendapatkan bayaran royalti sepenuhnya masih terus dinafikan walaupun telah setahun lebih pemerintahan Kerajaan MADANI. Pada tahun 2018 sehingga tahun 2022, negeri Terengganu menerima bayaran royalti sebanyak RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion setiap tahun.
Namun, sehingga hari ini, kerajaan belum melunaskan sepenuhnya pembayaran wang royalti bagi tahun 2023. Saya mendapat maklum hampir separuh lagi dari wang royalti masih belum disalurkan walaupun kita telah memasuki Mac 2024. Apa nasib anak Terengganu, apa jaminan Kerajaan MADANI benar-benar membantu rakyat Terengganu khususnya mereka dari golongan miskin tegar B40 dibelenggu kos sara hidup yang sekian meningkat jika hak rakyat terus dinafikan.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara seterusnya berkenaan isu kemiskinan rakyat termasuk kemiskinan tegar dari golongan B40.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Apabila bercakap berkenaan kemiskinan rakyat kejatuhan wang rakyat memberi impak sangat besar kepada golongan ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hendak minta pencelahan sikit.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Harga barang secara automatik akan meningkat, lebih-lebih lagi kita tidak dapat menafikan bahawa negara kita sangat bergantung kepada barangan import contohnya bawang, beras, sayur-sayur semuanya bergantung kepada barangan import. Jika mata wang ringgit turut merosot, maka harga barangan asasi rakyat akan terus meningkat.
Tidak dinafikan, pada 15 Februari, Yang Berhormat Tambun ada menyatakan bahawa usaha membasmi miskin tegar di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka telah mencapai 100 peratus. Namun realitinya adakah di negeri-negeri tersebut sifat miskin tegar? Adakah gelandangan, pengemis, orang papa telah dihapuskan 100 peratus? Apakah kayu ukur yang digunakan oleh kerajaan dalam menentukan pencapaian tersebut? Saya mohon pihak kerajaan kemukakan data terkini dan kemukakan penjelasan tuntas kerajaan faktor kepada usaha tersebut tidak berjaya membasmi kemiskinan tegar walaupun ia telah mencecah 100 peratus.
Dato’ Yang di-Pertua, kenyataan Tambun yang mengatakan agar isu kejatuhan wang ringgit tidak sepatutnya dipolitikkan adalah tidak berasas sama sekali. Hakikatnya
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
isu kejatuhan wang ringgit adalah isu rakyat. Rakyat terhimpit, harga barang import naik mencanak ditambah pula dengan kenaikan SST daripada enam peratus kepada lapan peratus. Semuanya membebankan rakyat. Mustahil dengan segala dasar yang menyusahkan rakyat ini, mampu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.
Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan II dalam sidang Parlimen tempoh hari ada menyatakan kerajaan sangat prihatin dengan kejatuhan wang ringgit dan prihatin akan kekurangan rakyat dengan cara menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah. Soalnya, adakah dengan bantuan one-off ini dapat menyelesaikan keluhan rakyat dengan kesan kejatuhan wang ringgit dan kenaikan SST dan sebagainya? Saya mencadangkan agar kerajaan memberi pengecualian cukai, syarat barangan yang melibatkan makanan asasi rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, sistem undang-undang jenayah Islam terbentuk melalui tiga jenis undang-undang iaitu hudud, qisas dan takzir yang merupakan hukuman khusus kepada orang Islam dan ia didasari oleh Al-Quran As-Sunnah seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 36.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Dan tidaklah patutlah bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang beriman apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia tersesat dengan sesat yang nyata”. Dato’ Yang-Pertua, pada 17 November 2023, Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS) telah menzahirkan kebimbangan berhubung gerakan pihak-pihak tertentu yang secara halus cuba untuk menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama negeri dan juga agama Persekutuan melalui proses litigasi mahkamah termasuk mempertikai bidang kuasa negeri dalam menggubal peruntukan undang-undang Islam.
Pada masa yang sama, golongan ini menganggap maksiat adalah satu kesalahan moral yang hanya dikira sebagai dosa peribadi dan tidak perlu dihukum walhal di sisi Islam ia dikira sebagai sebahagian daripada kesalahan takzir dalam Islam. Oleh itu tidak tepat jika sesetengah pihak menyatakan bahawa takzir dalam undang-undang sivil adalah sama sahaja dengan takzir di dalam undang-undang syariah dengan berhujah kedua-duanya diwujudkan dengan arahan pemerintah.
Hal ini kerana untuk menjadikan pelaksanaan hukum takzir menepati kehendak Islam, semua peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan akta-akta dan kanun serta enakmen yang telah diluluskan yang bersifat bertentangan dengan undang- undang Islam mesti dipinda atau diselaraskan dengan undang-undang Islam terlebih dahulu yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunah.
Justeru saya ingin mengajak semua pihak terutama ahli politik khususnya yang beragama Islam untuk bersetuju dengan segala usaha mengukuhkan kedudukan undang- undang Islam di negara ini termasuklah pindaan pada Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang berkaitan bagi memastikan kedudukan agama Islam adalah tertinggi di tempatnya dan bukan sekadar bacaan doa di Parlimen semata-mata.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dengan isu ECRL. Jajaran ECRL yang panjang di kawasan Setiu telah memberi kesan besar kepada rakyat Setiu.
Hal ini kerana di samping pembinaan ECRL dijalankan, kerosakan jalan berlaku dengan sangat teruk. Jalan berlubang, kerosakan infrastruktur dan sebagainya. Namun, proses membaik pulih jalan-jalan tersebut mengambil masa yang kadang-kadang yang sangat panjang. Saya mendapat aduan dan keluhan penduduk setempat berkenaan dengan isu ini, mohon perhatian pihak kementerian agar pembinaan ECRL tidak menyusahkan rakyat tempatan dan pembaikan kerosakan jalan tersebut dijalankan dengan kadar segera.
Ada tempat seperti di Kampung Gong Dasar Jabi dan Kampung Kuala Kubang yang memerlukan pembinaan terowong untuk menjadi laluan kenderaan kecil seperti motosikal dan kereta wajar dipertimbangkan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Selain itu, Dato’ Yang di-Pertua, isu pesawat terhempas. Saya berpandangan isu ini makin kerap berlaku. Contohnya pada 17 Ogos 2023, pesawat terhempas di Elmina, pada awal Februari 2024 pesawat terhempas di kawasan Kapar dan hari ini jiran saya pesawat Maritim pula terhempas di Kuala Selangor. Oleh itu, apakah faktor yang telah dikenal pasti dan langkah mitigasi kerajaan bagi mengurangkan kes-kes seperti ini berulang?
Saya masuk kepada isu di kawasan saya. Setiu merupakan – Tuan Yang di- Pertua, sekejap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setiu, minta penjelasan boleh? Isu royalti.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tak boleh. Saya ada banyak lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memandangkan tak ada benda hendak bahas.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ada lagi, ada lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masa royalti dibayar itu, kerajaannya siapa? Menterinya Lim Guan Eng, bukan? 2018 hingga 2022.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya ingin bangkitkan isu kawasan Parlimen saya. Pertama isu hakisan pantai di Batu Rakit, Setiu. Projek pengawalan hakisan Pantai Batu Rakit yang sedang dilaksanakan sepanjang lapan kilometer memakan masa sehingga tiga tahun untuk disiapkan.
Namun begitu, sepanjang tempoh projek ini berjalan, hakisan pantai terus berlaku dengan kritikal setiap tahun, khususnya untuk menghadapi monsun Timur Laut 2024, 2025 dan 2026 yang akan datang, yang akan mengakibatkan kemusnahan harta benda rumah, kedai, chalet, surau, jalan raya serta turut melibatkan keselamatan nyawa penduduk.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Oleh itu, peruntukan tambahan iaitu peruntukan emergency sebagai persediaan awal kepada Monsun Timur Laut bagi tahun 2024, 2025 dan 2026 bagi kerja-kerja kecemasan sepanjang tempoh projek tersebut disempurnakan amat diperlukan, ibarat pepatah Melayu, “sediakan payung sebelum hujan”.
Kedua, isu Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Setiu yang saban tahun melanda kawasan Bandar Permaisuri, Setiu bermula dari Stesen Minyak Petronas Sungai Tarom hingga kawasan Mini Kompleks Stadium Sungai Tarom. Kawasan tersebut merupakan laluan utama jalan perhubungan persekutuan FT03 laluan ke Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Di jajaran laluan tersebut juga menempatkan bangunan-bangunan pejabat bagi agensi kerajaan Persekutuan iaitu mahkamah negeri dan Mahkamah Majistret Setiu, Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, AADK dan pelbagai agensi lain.
Selain itu, isu Rancangan Tebatan Banjir juga diperlukan segera di Sungai Chalok dari Sungai Kasar, Langkap kerana kerosakan infrastruktur dan harta benda kerajaan dan orang awam sering berlaku akibat banjir. Perkara ini merugikan dan membebankan rakyat setiap kali banjir melanda.
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon agar jeti pembinaan, jeti pendaratan ikan Merang dapat disegerakan kelulusan. Tanah untuk pembinaan jeti tersebut telah disediakan oleh kerajaan negeri berhampiran dengan Muara Sungai Merang. Ianya amat diperlukan kerana sebab-sebab berikut.
Satu, tiada satu pendaratan sempurna bagi 124 orang ahli Persatuan Nelayan.
Mereka banyak menggunakan beach landing.
Kedua terdapat lapan bot enjin dalam tiga di Zon A, empat di Zon B dan satu di Zon C berdaftar di Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ketiga, terdapat 40 bot fiberglass enjin sangkut yang berdaftar dalam sistem e- Nelayan LKIM dan 50 bot fiberglass yang tidak berdaftar beroperasi di Muara Sungai Merang.
Keempat, Sungai Merang ada dekat dengan kawasan tangkapan ikan di sekitar pulau negeri Terengganu. Ini sekali gus menjimatkan kos nelayan. Cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, dia ini bukan presiden parti Speaker.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kos sara hidup rakyat terus tertekan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, bukan presiden parti ini.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Pembangunan nelayan akan terus malap, jika kerajaan hanya banyak cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, jangan mencelah.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Hulu Langat, nak bagi 10 minit kah, sejam kah, dua hari kah, keputusan saya.
[Tepuk] Saya dah bagi amaran satu, ya. Jangan bagi saya amaran tiga. Saya ingin ingatkan, ya. Saya tak tarik balik kalau saya hukum, ya. Baik. Berikutnya saya persilakan Yang Berhormat Kudat.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Kalabakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kudat kalau di sini. Maaf. Ya, betul.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Kudat sudah tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Oh, sudah ya?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya minta maaf, Speaker.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Baik, Yang Berhormat Kalabakan. Silap. List yang lagi satu saya ambil. Tersilap ambil.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan.
Di hujung tanjung, kelam lembayung, Tinggi menggayat, pohon meranti, Raja disanjung, rakyat di payung, Kasihnya Baginda, tiada terganti. Saya menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu perbukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri di atas
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
komitmen untuk merealisasikan inti pati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah dan juga Sarawak.
Saya senada dengan rakan-rakan MP dari Sabah dan juga Sarawak memohon agar proses mekanisme pelaksanaan MA63 ini dapat segera dilaksanakan agar hak rakyat Sabah terutamanya yang melibatkan cukai 40 peratus hasil dari Sabah yang selama ini kurang mendapat perhatian dapat dikembalikan. Ini adalah untuk memastikan taraf kebajikan, keperluan dan pembangunan di Sabah dapat direalisasikan ke arah Sabah maju jaya seiring dengan nikmat yang dikecapi oleh negeri-negeri di Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus yang dilaksanakan bermula pada awal bulan ini telah menimbulkan kejutan ekonomi terutamanya kepada golongan mudah terjejas dan memberikan impak terhadap kesejahteraan hidup rakyat. Sudahlah rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang kian meningkat saban tahun, kini rakyat ditekan pula dengan peningkatan kadar cukai SST.
Kita faham kadar yang dikenakan itu tidak melibatkan semua aspek, namun kenaikan ini akan memberikan kesan domino kepada kenaikan harga barang, yang akhirnya akan diturunkan kepada pengguna. Persoalannya, jika dahulu pelaksanaan GST sebanyak enam peratus dianggap membebankan rakyat, adakah kini pelaksanaan SST sebanyak lapan peratus meringankan beban rakyat? Malahan pada segi kadar kutipan pula sebelum GST dimansuhkan, ia berjaya mengutip hasil berjumlah RM44 bilion pada tahun 2017 berbanding SST yang hanya RM31 bilion pada tahun 2022. Hal ini menunjukkan pengurangan hasil kerajaan berjumlah RM13 bilion.
Tambahan pula, menurut pakar ekonomi RHB Bank Berhad menyatakan bahawa sekiranya GST berkadar enam peratus dilaksanakan semula pada tahun ini, anggaran kutipan hasil kerajaan adalah kira-kira RM63.5 bilion hampir dua kali ganda daripada kutipan SST sebanyak RM35.8 bilion yang diunjurkan oleh kerajaan untuk tahun 2024 menerusi peningkatan kadar SST kepada lapan peratus. Sudahlah cukai yang dikenakan semakin tinggi, namun kutipan hasil kerajaan pula semakin kurang.
Justeru, bagaimanakah mekanisme kerajaan untuk memastikan hutang negara yang kini telah meningkat kepada RM1,132.5 bilion berdasarkan Buletin Suku Tahunan, Suku Keempat 2023 Bank Negara Malaysia berbanding hanya RM686.8 bilion sebelum berlakunya peralihan kerajaan.
Saya juga ingin mengemukakan beberapa persoalan. Pertama, sejauh manakah pelaksanaan SST ini lebih baik daripada GST memandangkan 134 daripada 193 negara telah melaksanakan GST ataupun VAT?
Kedua, apakah mekanisme pihak kerajaan untuk menangani aktiviti black economy kesan daripada pelaksanaan SST yang telah mengakibatkan negara kehilangan hampir 20 hingga 30 bilion daripada hasil negara?
Ketiga, apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan tidak berlakunya aktiviti peningkatan harga barangan oleh para peniaga?
Keempat apakah jaminan kerajaan bahawa peningkatan kadar SST ini tidak akan memberikan kesan kepada pengguna terutamanya kepada penduduk pedalaman Sabah dan juga Sarawak?
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalabakan, boleh minta sedikit pandangan?
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih kakanda ku Yang Berhormat Kalabakan. Berkenaan dengan SST yang dibawa oleh Kalabakan tadi. Adakah Kalabakan bersetuju dan apakah pandangan Kalabakan berkenaan dengan implikasi pengenaan SST kepada logistik? Walaupun sebelum ini kita dengar untuk Food and Beverage (F&B)
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
dengan izin, beverage itu minumanlah. Kalau katakan food dan beverage itu dibuat di kilang, kos logistik itu akan dikenakan SST dan kemungkinan besar kita tak pasti nak minta pandanganlah. Berkenaan enam peratus dalam logistik untuk tin-tin sardinlah, untuk Coca-Cola yang orang minumlah, adakah benda itu akan juga memberi dan membawa impak kepada harga barangan pada akhirnya? Apa pandangan Kalabakan?
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih kakandaku, Ipoh Timor. Sudah pasti sebarang kenaikan di peringkat huluan akan meningkatkan kos tidak kiralah ia daripada segi logistik yang bermula daripada segi packaging seperti dimaklumkan tadi, contoh adalah tin sardin.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Sedikit sebanyak ia akan memberikan impak kepada harga barang tersebut. Saya mahukan sekurang-kurangnya kerajaan mempunyai satu mekanisme untuk memastikan bahawa kenaikan ini dapat ditanggung ataupun sekurang-kurangnya daripada pihak penguatkuasaan sebagai contoh agar kos ini dapat sekurang-kurangnya meringankan beban yang akan ditanggung oleh pengguna.
Saya teruskan kepada saya punya perbahasan Tuan Yang di-Pertua. Sudah pasti peningkatan kos sara hidup dan penambahan kadar cukai ini memerlukan kerajaan memberikan perlindungan sosial kepada rakyat terutamanya golongan yang terjejas ekonominya.
Justeru, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk tidak lagi memberikan subsidi secara pukal memandangkan ia tidak efisien dan tidak dinikmati sepenuhnya oleh golongan sasar. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini adalah menerusi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah yang dijenamakan semula daripada BR1M yang merupakan satu langkah social safety net yang terbaik bagi memastikan agihan seimbang dapat disalurkan kepada rakyat yang terkesan.
Sehubungan itu saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan iaitu pertama apakah mekanisme pemberian dan juga penyaluran subsidi bersasar ini kepada rakyat? Adakah akan menggunakan kad pengenalan ataupun kaedah biometrik sebagai contoh? Kedua, sejauh mana mekanisme ini berupaya mencapai akses ke kawasan pedalaman agar manfaatnya dapat juga dirasakan oleh penduduk di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membawa isu-isu kawasan. Atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya menyiapkan jalan akses ke Sempadan Simanggaris-Serudong dan amat berharap pembinaan fasa seterusnya dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Seterusnya, empat pakej di dalam Fasa 1 Projek Pan Borneo juga telah siap. Tetapi, diharapkan fasa ini dapat disegerakan memandangkan proses pembinaan ini sangat lambat, lewat hinggakan mempengaruhi fasa-fasa yang lain terutamanya Fasa 3 dari Tawau ke Kalabakan dan Kimanis yang kita pun belum tahu bila lagi ia akan siap.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon juga agar kerajaan memberikan fokus untuk menyelesaikan krisis bekalan air bersih di Pulau Sebatik yang telah berlanjutan sejak sekian lama. Ditambah lagi dengan keadaan kering dan panas berpunca daripada fenomena El Nino yang dijangkakan akan berakhir bulan hadapan mengakibatkan loji takungan, satu-satunya loji takungan air di Wallace Bay, Pulau Sebatik kering.
Justeru, saya memohon langkah penyelesaian jangka panjang dengan membina loji takungan baharu bagi menyelesaikan secara tuntas masalah rakyat di Pulau Sebatik.
Saya mohon juga agar kerajaan menyegerakan pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Tamang, Sebatik yang sepatutnya di tender pada tahun lepas namun sehingga kini belum lagi ada apa-apa perkembangan. Harap ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan ia merupakan satu keperluan mendesak. Satu-satunya klinik kesihatan untuk seluruh penduduk di pulau itu.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon juga agar pihak kerajaan bersikap proaktif bagi menangani masalah-masalah sekolah daif di Kalabakan iaitu yang pertama melibatkan SK Perdana, usang. Kedua, melibatkan pembinaan baharu SMK Kalabakan dan juga mohon agar hak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti anak-anak di Parlimen Kalabakan terutamanya yang melibatkan sekolah-sekolah daif tidak diketepikan dan berikan perhatian yang khusus dan serius oleh pihak kerajaan.
Saya juga memohon agar menyegerakan pembinaan jalan akses dan jambatan Kampung Pasir Putih ke Tanjung Batu Log Pond bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat yang kini berhadapan dengan kesesakan aliran trafik berkapasiti tinggi memandangkan ia merupakan jalan perhubungan utama yang digunakan oleh hampir 3,000 orang penduduk.
Atas kesempatan ini juga, saya ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan memandangkan Lapangan Terbang Tawau akan dinaiktarafkan. Satu berita yang baik memandangkan jumlah pelancong yang datang ke air port itu telah meningkat dan banyak dan overcapacity, tetapi kita juga berharap tiket penerbangan ke Sabah terutamanya di sebelah Pantai Timur ini dapat diberi perhatian. Kalau kita lihat harga sekarang ini lebih- lebih lagi musim perayaan harganya melonjak naik. Saya fikir bukan lagi sudah mampu milik, mampu tengok sahaja. Tidak sudah mampu terbang. Jadi, mohon pihak kerajaan untuk melakukan intervensi agar harga tiket ini sekurang-kurangnya dapat kita beli dan dapat orang-orang yang berada di perantauan dapat pulang.
Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan, Kalabakan dengan rasa rendah diri menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan ini serta saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong bagi tahun ini. Patik mewakili warga Parlimen Kuala Krau merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Juga patik mewakili seluruh warga Parlimen Kuala Krau juga mengambil kesempatan bagi menzahirkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah memayungi negara dan rakyat sepanjang lima tahun yang lalu dengan penuh hikmah dan bijaksana. Kami mendoakan sempena ulang tahun perkahwinan Baginda berdua yang akan disambut pada 18 Mac ini, semoga rumah tangga kedua Baginda diberkati dan berkekalan hingga ke syurga insya-Allah.
Izinkan saya memulakan ucapan saya dengan Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl, ayat 90...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Allah memerintahkan agar berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan larangan-Nya supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya” Tuan Yang di-Pertua, kejatuhan nilai mata wang ringgit telah dibahaskan oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Cuma, saya ingin mengambil kesempatan dalam isu ini.
Rakyat sudah maklum bahawa kejatuhan nilai mata wang bukanlah satu-satunya kayu ukur yang mutlak dalam menentukan prestasi sesebuah negara. Namun, kenapakah
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
rakyat marah dan kecewa? Ia adalah kerana pepatah Melayu menyebut, “Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya”.
Pada hari ini masyarakat lihat setiap perkara itu adalah pengajaran yang perlu diambil. Apabila kita berkata sesuatu ingatlah bahawa satu ketika nanti kemungkinan apa yang kita ucapkan itu akan berbalik semula kepada kita. Inilah yang sedang berlaku oleh pimpinan utama negara yang berkata melepasi tahap yang sepatutnya sewaktu beliau berada di pihak pembangkang. Hari ini apabila berada di tampuk yang tertinggi maka seolah-olah ia berulang kepadanya tetapi tidak diakui. Ambillah pengajaran daripada apa yang sedang berlaku kepada kita- semua.
Memperkasakan bahasa Melayu ataupun Bahasa Kebangsaan. Bahasa adalah salah satu alat perpaduan dan ia jelas melalui Perkara 152 Perlembagaan tanpa menyangkal tentang kepentingan bahasa-bahasa lain, seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa yang lain. Namun yang lebih penting Bahasa Kebangsaan wajib dan mesti diperkukuhkan dan dikuasai tanpa mengira bangsa dan agama.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Sebagaimana kita rakyat Malaysia, maka bahasa kebangsaan kita mesti lah kita kuasai. Kita tidak pernah mendengar rakyat di negara maju seperti Jepun, China yang tidak boleh berbahasa Jepun dan berbahasa negara China. Ataupun negara yang eksklusif seperti Rusia dan Indonesia– mereka tidak boleh bertutur dengan fasih bahasa ibunda masing-masing.
Namun, apa yang lebih menyedihkan yang perlu diambil oleh Kementerian Perpaduan terdapat di kalangan pembuat dasar dan eksekutif kerajaan sendiri pun ada yang tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan cara yang baik. Bukan sahaja program- program yang membabitkan anak sekolah. Saya kira kalau sekiranya perlu, program untuk memahirkan dan memfasihkan bahasa kebangsaan daripada kalangan pembuat dasar juga perlu di gubal dan di rancang supaya ia mencapai hasrat Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang masalah di kawasan saya Kuala Krau. Pertama, saya ingin mendapatkan pencerahan daripada pihak Kementerian Pengangkutan yang sebelum ini telah menjawab mengenai perbahasan Titah Diraja pada tahun yang lalu berkenaan dengan status semasa kerja menaik taraf infrastruktur stesen kereta api Kuala Krau.
Pelaksanaan kerja pembinaan yang dikatakan akan dimulakan pada suku ke- empat tahun 2023 dan akan mengambil masa sekitar lapan bulan untuk siap sepenuhnya membabitkan RM1.3 juta telah diperuntukkan. Namun sehingga ke hari ini, ia masih lagi tidak dilihat apa-apa perkembangan. Mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai ulangan stesen kereta api Kuala Krau ini sudah berusia hampir lebih 80 tahun. Boleh gambarkan lah bagaimana suasana dan keadaan 80 tahun. Usia kita pun kalau 80 tahun pun kita sudah tahu bentuk tubuh kita.
Seterusnya, saya ingin membawa perhatian berkenaan dengan kesusahan hidup- lima buah kampung di Kuala Krau yang pernah saya bangkitkan sebelum ini. Kampung Paya Sok, Kampung Sungai Mai, Taman Perumahan Kos Rendah, Kampung Baru Gong dan Kampung Batu 100 yang terpaksa merentasi secara haram rel kereta api Kuala Krau di kawasan Kampung Paya Sok.
Walaupun laluan ini yang membahayakan, namun demi mengelak kesesakan dan menempuh jarak perjalanan yang jauh untuk menghantar anak-anak ke sekolah terutamanya, mereka terpaksa mengambil risiko kerana keadaan yang tidak diizinkan.
Melalui laluan ini, jarak dari kampung yang saya sebutkan ini dengan sekolah berdekatan hanya sekitar 1-3 kilometer. Namun sekiranya ia melalui jalan negeri iaitu mengikut jalan Kampung Gong Halt dan FELCRA Gong, Kuala Mai ke Kampung Seboi, Pekan Kuala Krau, jaraknya boleh menjadi sejauh 25 kilometer.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Jadi, saya mohon agar pihak kerajaan apa yang perlu dilakukan oleh pihak saya agar jejantas merentasi laluan rel kereta api ini dapat direalisasikan sekurang-kurangnya kalau tidak pun dapat dilakukan jejantas diadakan laluan lintas berpengawal.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Jalan Persekutuan Kuala Krau. Perkara ini pernah saya sebut pada tahun lepas di Dewan Rakyat ini. Berkenaan dengan jambatan di laluan FT98 Temerloh-Jerantut di Kampung Seboi yang sempit dan sekarang ini berdepan dengan masalah baharu mengalami keruntuhan tebing yang berisiko untuk runtuh sebagaimana yang berlaku di jambatan di Pekan Kuala Krau. Saya mohon agar kerja pembaikan dapat disegerakan supaya ia tidak akan menjadi lebih ketara.
Isu FELDA. Pertama, tentang Skim Tanah Rakyat (STR). Saya sangat menyokong usaha yang dilakukan oleh FELDA dalam menjamin penginapan generasi kedua iaitu dengan melaksanakan projek STR ini dan ada kawasan-kawasan telah mula proses pengukuran tanah ini.
Namun pertanyaan saya adalah sampai bila kerajaan ingin menangguhkan pindaan akta GSA ini. Kerana akta inilah yang akan menjadi penghalang utama dalam pembangunan tanah yang membabitkan generasi peneroka, generasi kedua dan generasi seterusnya. Sebab itulah saya mengharapkan agar STR ini benar-benar diwujudkan dan segera dilaksanakan agar ia dapat mengatasi masalah generasi kedua.
Masalah yang kedua ialah tentang penyata FELDA. Masih ada di kalangan peneroka-peneroka FELDA yang menerima penyata yang masih tinggi kadar pemotongannya yang tidak jelas sehingga mencecah kepada RM2,000 seperti mana yang berlaku pada peneroka Jengka 19 dan kawasan-kawasan FELDA yang lain.
Yang seterusnya, isu bayaran hasil penjualan buah sawit. Perkara ini telah lama berlaku dan saya mengharapkan FELDA untuk mengkaji balik tentang amalan ia itu lah sering terjadi suatu proses penjualan buah sawit. Sekiranya tarikh penjualan dibuat pada 1 hingga 15, maka pembayaran oleh FELDA akan dibuat sekitar pada 26 hingga 30 pada bulan yang sama. Namun jika penjualan dilakukan selepas 16 hari bulan pada bulan yang tersebut, pembayaran itu akan dibuat paling-paling awal pun pada 15 atau 16 pada bulan yang berikutnya.
Ini amat memberikan tekanan secara langsung kepada pihak peneroka dan keadaan ini pihak peneroka mencari alternatif untuk berurusan dengan pihak lain untuk menjual hasil dan ia sekali gus merugikan FELDA yang hari ini diumumkan kerugian lebih daripada RM1 bilion. Mohon perhatian.
Paling akhir, saya juga ingin mengingatkan diri saya dan seluruh Yang Berhormat yang lain untuk sama-sama memberi fokus sebagaimana yang disebut oleh Yang di- Pertua Agong. Kerana fokus inilah yang akan menentukan perubahan masa depan negara ini. Tidak perlu lah diulang-ulang perkara yang sebelumnya disebut seumpamanya kesalahan-kesalahan, kesilapan yang lalu melainkan kita fokus untuk meneruskan agenda perpaduan dan aturan pembangunan negara.
Paling akhir- saya ingin juga mewujudkan tentang pendidikan Orang Asli. Melalui perbincangan saya dengan guru besar dan guru-guru yang pernah terlibat dan pernah mengajar berkhidmat di sekolah-sekolah masyarakat ini, antara perkara yang perlu diambil kira ialah masalah psikologi pelajar dan keluarga mereka.
Justeru itu, saya berpandangan sekiranya perlu diadakan sekolah khusus kepada masyarakat ini. Bukan untuk mengasingkan mereka daripada arus perdana tetapi tindakan ini saya melihat mampu untuk menjadikan suatu tindakan bersepadu bagi membangunkan pelajar serta keluarga serta masyarakat agar mereka dapat mengikuti pendidikan dan mengubah nasib mereka.
Sebagaimana wujudnya hospital Orang-orang Asli, maka kenapa tidak boleh diwujudkan sebagai yang pernah saya cadangkan diwujudkan juga pusat latihan MARA ataupun pusat latihan TVET khusus kepada masyarakat ini kerana mereka sahaja yang tahu bagaimana untuk mewujudkan dan untuk memajukan masyarakat mereka.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Paling akhir Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengulangi agar PDRM mewujudkan kor agama Polis bagi sebagaimana wujudnya kor agama di dalam angkatan tentera bagi mengatasi masalah yang telah diperbincangkan oleh Yang Berhormat yang lain. Sebagai akhir, saya menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya mempersilakan Yang Berhormat Segamat.
4.39. ptg
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Sebagai mukadimah, saya ingin menzahirkan penghargaan yang tidak berbelah bahagi saya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang merupakan figura terulung yang dihormati tinggi kerana keprihatinan Tuanku dalam soal kedaulatan negara.
Tuanku merupakan pembela setia kedaulatan bumi Johor Darul Takzim sehinggakan Tuanku amat murka terhadap sikap acuh tidak acuh kepimpinan Perdana Menteri yang ke-7 dalam isu hak pemilikan Pulau Batu Putih. Semasa pentadbiran beliau, kerajaan pimpinannya telah melepas peluang untuk memfailkan semakan rayuan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ- International Court of Justice pada tahun 2008 yang menetapkan Batu Putih milik penuh Singapura.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Kepincangan kepimpinan pada waktu itu dalam hal tersebut telah membuktikan kepada kita- semua bahawa beliau tidak langsung sensitif, peka dan ambil peduli terhadap aspek kedaulatan negara terutamanya yang melibatkan hak persempadanan yang meliputi aspek keselamatan wilayah. Lebih mengecewakan kerajaan yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri itu tidak langsung merujuk sebarang tindakan atau keputusan berkenaan dengan Batu Putih kepada Tuanku Sultan Ibrahim yang pada ketika itu merupakan Sultan Johor.
Rentetan daripada kekecewaan Tuanku Sultan Ibrahim berkenaan Batu Putih, saya sebagai anak jati dan juga wakil rakyat negeri Johor Darul Takzim ingin menegaskan soal kedaulatan negara tidak seharusnya dipandang enteng, lebih-lebihnya lagi yang melibatkan tuntutan perundangan antarabangsa. Sekali lagi, saya ingin menyatakan dukungan penuh terhadap titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang tekad untuk memastikan bahawa kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa dipelihara di bawah naungan Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu.
Timbalan Yang di-Pertua, saya sebagai inti pati pertama saya ingin menyentuh tentang pengukuhan perpaduan nasional yang turut diungkapkan dalam titah sulung Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Benar apa yang dikatakan oleh Tuanku, negara kita memerlukan satu dasar yang holistik serta undang-undang yang khusus untuk memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Tuanku sedar hakikat bahawa perpaduan negara ini merupakan acuan penting kepada pembinaan tamadun Malaysia MADANI yang difalsafahkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Seperti di negara Belgium, undang-undang khas anti perkauman atau dikenali sebagai Moureaux Law yang telah diperkenalkan seawal tahun 1981. Undang-undang ini memperuntukkan bahawa diskriminasi terhadap mana-mana kaum ataupun diskriminasi perkauman yang disiarkan menerusi apa jua bentuk penyiaran dan interaksi adalah kesalahan jenayah.
Perpaduan kaum merupakan masalah kritikal pasca Pilihan Raya ke-14. Oleh sebab itu, semangat kebersamaan yang diterapkan menerusi pembentukan Kerajaan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Perpaduan yang direstui oleh mantan Yang di-Pertuan Agong wajar dijadikan sebagai iktibar besar kepada kita- semua untuk sentiasa memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Jika kita menghayati sedalam-dalamnya hikmah di sebalik pembentukan Kerajaan Perpaduan yang direstui oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dan Titah prihatin Yang di-Pertuan Agong yang baharu berkenaan perpaduan rakyat, kita akan menyedari bahawa usaha untuk menyatupadukan rakyat menerusi kepimpinan merupakan wasiat diraja yang perlu kita Ahli-ahli Parlimen mendukung sebagai fokus bersama dalam membangunkan Malaysia MADANI.
Seperti yang pernah diungkapkan oleh The Great Mahatma Gandhi, “Our ability to reach unity in diversity will be the beauty and the test of our civilization.” Ungkapan tokoh politik India tersebut menjelaskan kepada kita bahawa perpaduan merupakan satu cabaran besar dalam pembinaan sesebuah tamadun. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran kehidupan yang diwarnai dengan pelbagai bangsa, agama, kaum dan bendera politik.
Dengan kata lain, untuk mencapai perpaduan yang sebenar kita- semua mesti berganding bahu dalam merencanakan setiap agenda nasional tanpa prejudiskan mana-mana segmen masyarakat.
Mesej tersebut seiring dengan apa yang dizahirkan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong bahawa kejayaan atau kegagalan negara ini bukan diletak di bahu Perdana Menteri sahaja, tetapi, ia adalah tanggungjawab kesemua 222 Ahli Dewan Rakyat.
Kecaknaan Tuanku Yang di-Pertuan Agong terhadap soal kebersamaan wakil rakyat dalam menjayakan aspirasi pembangunan negara merupakan bukti kepada kita bahawa perpaduan harus dimulakan di peringkat kepimpinan. Jangan pernah kita menyalahgunakan penghormatan, kuasa, mandat dan kekayaan yang diizinkan kepada kita untuk mengheret rakyat dalam perseteruan politik perkauman yang akan mengucar- ngacirkan keharmonian negara.
Berhentilah kita dengan isu-isu yang perkauman ini yang boleh memecahbelahkan dan juga menghakis kepercayaan kepada negara-negara luar terhadap negara kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Segamat. Segamat. Minta ruang sedikit.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Boleh, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mengenai isu ini. Apa pendapat Yang Berhormat Segamat mengenai kenyataan mantan Perdana Menteri kita yang telah menjadi Perdana Menteri dua kali yang memperlekehkan kesetiaan dan juga sumbangan yang dibuat oleh masyarakat India dan masyarakat Cina kepada negara ini dalam pembangunan negara ini dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan sumbangan masyarakat India dan masyarakat Cina.
Patutkah apa-apa tindakan diambil terhadap beliau dan rakyat tertanya-tanya apakah kekebalan beliau, di mana beliau tidak diheret ke mahkamah, tidak dituduh, tidak disiasat. Sepatutnya, beliau diheret di mahkamah dan dituduh.
Ini merupakan perkara yang sedang diperbualkan oleh masyarakat di luar sana.
Apa pandangan Yang Berhormat berkenaan perkara ini. Terima kasih.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya sangat setuju kenyataan beliau dalam satu sesi dalam TV juga ia perkara yang sangat sedih apabila negara yang dibina dan rakyat yang dibina dan dibantu sangat dimalukan di TV dunia itu adalah satu perkara yang tidak boleh diterima. Perkara ini- sebab itu kita mencadangkan supaya tidak orang di Malaysia ini boleh kebal kecuali raja- raja kita, yang lain harus dibawa ke muka keadilan untuk memberi hukuman yang setimpal kerana perkara inilah yang sebenarnya yang mengucar-ngacirkan negara kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, dalam perkara ini kita juga patut memberi sanjungan dan kredit kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda UMNO. Hari ini kita lihat di mana beliau telah menyatakan bahawa masyarakat India patut diberi peluang untuk memasuki peluang-peluang pekerjaan dan menjadi penjawat awam. Fikiran Pemuda UMNO boleh dikatakan lebih matang daripada seorang Perdana Menteri yang telah diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri dua kali. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih. Itu kita boleh lihat di dalam Kerajaan Perpaduan di mana di negeri Johor ini adalah kali pertama Ketua Polis Johor adalah seorang daripada masyarakat India- Tuan Kumar. Itu adalah satu kebanggaan juga kepada kita sebagai rakyat Malaysia.
Seterusnya, saya ingin sambung balik berkenaan dengan ekonomi. Saya rasa terpanggil untuk membangkitkan pandangan saya berkenaan dengan hala tuju ekonomi rakyat. Saya secara peribadi memuji sifat kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri kita kerana menerusi penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera yang telah memberi jemputan kepada masyarakat-masyarakat yang bukan Melayu termasuk pimpinan India dan Cina untuk turut menyertai supaya kita boleh memahami isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Bumiputera supaya kita boleh sama-sama mengangkat agenda rakyat Malaysia seterusnya.
Saya juga memuji ini adalah satu langkah yang baik supaya kita sama-sama ada agenda rakyat selepas ini dan jemputan tersebut merupakan satu manifestasi Kerajaan Perpaduan memangkin ekonomi rakyat yang berbilang kaum dengan menjadikan falsafah pembangunan ekonomi Bumiputera sebagai dukungan serta sandingan penting. Saya rasa semua Ahli-ahli Parlimen, Jemaah Menteri, Ahli-ahli Parlimen juga organisasi- organisasi bukan kerajaan dan komuniti-komuniti usahawan pelbagai kaum wujudkan gandingan tanpa sempadan dalam menterjemahkan dasar pembangunan ekonomi rakyat dalam bentuk pelaksanaan.
Saya rasa penterjemahan tersebut hanya akan menjadi realiti jika masyarakat berbilang kaum berani untuk meneroka bidang-bidang ekonomi yang berpotensi tinggi sama ada sebagai pengusaha, penaja, majikan mahupun penggiat. Penerokaan mereka adalah pelbagai dimensi ekonomi masa hadapan supaya merancakkan lagi persekitaran ekonomi domestik.
Oleh yang demikian, kementerian menerusi agensi serta syarikat berkaitan kerajaan perlu memastikan bahawa setiap aspek sokongan pembiayaan usahawan benar-benar sampai ke tangan permohonan atau individu yang benar-benar layak.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan dan juga minta kementerian KDN ambil perhatian berkenaan dengan apabila saya berbual dengan anggota-anggota sang saka biru kita bahawa isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan berek polis. Di mana, perkara ini sentiasa tidak dipandang apabila anggota keluar daripada ataupun dipindah bahawa di sana dimaklumkan tidak ada pintu, tidak ada kipas dan pelbagai isu-isu yang maintenance ada menjadi isu yang perlu diberi perhatian.
Saya yakin kita ada juga sebuah kontrak di mana untuk proses-proses untuk menyelenggarakan sekolah apatah lagi saya rasa ia perlu ada juga kontraktor yang boleh menyelenggarakan berek-berek polis ini supaya memudahkan dan juga menyediakan segala kemudahan kepada anggota-anggota polis kita.
Seterusnya adalah berkenaan dengan- sebagai wakil rakyat dari Johor, saya ingin bersama-sama kerajaan negeri menggalas tanggungjawab dan untuk memastikan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi tersebut dapat disediakan dengan mampan khususnya di Parlimen Segamat. Dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku ada mengingatkan kerajaan agar polisi pelaburan yang direncanakan di peringkat Persekutuan perlu bersesuaian dengan keadaan-keadaan persekitaran di negeri-negeri yang lain.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Oleh itu secara prinsipnya saya menyambut baik perluasan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia, Invest Malaysia Facilitation Centre di negeri Johor. Perluasan tersebut merupakan strategi yang, jangka panjang yang merupakan memperkasakan sektor ekonomi yang berorientasikan perbuatan, kejuruteraan, pengilangan dan teknologi di daerah-daerah berpenduduk tinggi seperti di Segamat. Oleh itu saya ingin menegaskan agar Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri dapat menjadikan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor sebagai pencetus kepada peningkatan kadar pelaburan asing yang berimpak tinggi di Parlimen Segamat.
Oleh itu dan akhir sekali saya juga ingin menekankan satu perkara lagi di mana berkenaan dengan menuntut agar peluang pekerjaan kemahiran tinggi dengan pendapatan bermaruah dapat ditumpukan di daerah Segamat sebab Segamat adalah sebuah kawasan yang begitu dalam dan kurang ada pembangunan ataupun pelaburan.
So, oleh itu saya mohon kementerian untuk mengambil perhatian, ia sejajar dengan aspirasi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya kita boleh memajukan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua- penduduk-penduduk. Khususnya keluaran daripada SPM ataupun IPTA dan IPTS supaya mereka boleh menetap dan belajar dan bekerja di kampung ataupun di desa mereka lahir.
Di samping itu, terakhir- peluang ekonomi kepada rakyat dalam segmen pendapatan rendah, inisiatif tersebut mampu dijadikan sebagai faktor tarikan kepada mana-mana pelabur asing dan tempatan untuk membangunkan fasiliti pertanian berteknologi tinggi. Pengadaptasian teknologi dalam pertanian merupakan – melonjakkan kadar penghasilan satu-satu produk tani yang boleh memperhebatkan aspek keterjaminan makanan di peringkat negeri seterusnya di nasional.
So, oleh itu saya mengakhiri, saya, sekian sahaja ucapan saya bagi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menzahirkan junjung kasih atas Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Saya mulakan bicara saya dengan memetik potongan ayat Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat telah memberi kesan terhadap rakyat di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Akhir-akhir ini negara kita menghadapi nilai mata wang ringgit yang sangat merosot. Satu rekod yang tercorot dalam tempoh 26 tahun. Kebetulan yang menjadi Menteri Kewangan adalah orang yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, kita berbalik kepada konteks rakyat pada hari ini. Tahun 2024 adalah tahun yang disifatkan oleh rakyat sebagai tahun ‘Mahal Dah Ni’. Kerajaan bertindak mengumumkan lagi pelbagai cukai baharu yang antaranya cukai barang-barang bernilai rendah atau Low Value Goods Tax (LVGT) sebanyak 10 peratus. Cukai CGT sebanyak 10 peratus, cukai servis sebanyak 8 peratus, cukai perkhidmatan digital ataupun Digital Service Tax (DST) sebanyak 8 peratus. Cukai Barangan Bernilai Tinggi (HVGT) sebanyak 10 peratus.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Walaupun kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan namun makanan- untuk minuman dan makanan, telekomunikasi dan tempat letak kereta, namun ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada harga barang, keperluan-keperluan asas kepada rakyat terbawah. Apa persiapan pihak kementerian dalam mendepani kesan tidak langsung peningkatan harga barang akibat daripada keputusan kerajaan menaikkan dan memperkenalkan cukai-cukai tersebut pada masa yang sangat tidak bersesuaian.
Kerajaan perlu tahu bahawa pelaksanaan cukai ini jauh akan menyebabkan gangguan rantaian bekalan- supply chains. Jikalau dahulu parti-parti yang menganggotai kerajaan pada hari ini antara yang sangat lantang menolak cukai GST kerana ia akan membebankan rakyat terutamanya golongan yang termiskin. Apa bezanya pengenalan cukai-cukai seperti ini, yang pasti akan terkesan dengan kos perbelanjaan yang semakin tinggi adalah rakyat yang di bawah.
Kerajaan perlu merangka strategi yang berkesan bagi mengurangkan beban rakyat miskin bukan menyebelahi taikun-taikun. Memang betullah apa yang disebut oleh MP Muar bahawa rakyat mengenali kerajaan ini sebagai kerajaan ‘Mahal Dah Ni’. Soalan saya, apakah bil elektrik, bil air tidak dikenakan kenaikan SST pada 1 Mac kerana air dan elektrik merupakan dua keperluan asas, dalam keadaan rakyat yang dihimpit dengan kesan berganda akibat daripada kenaikan harga barang, nilai ringgit yang merosot dan juga diperkenalkan cukai-cukai ini.
Ibarat disebut bahawa rakyat di bawah- sudahlah jatuh ditimpa tangga, dalam bahasa Kelantan- ditambah lagi terombak kilas dia dan tangan dia ‘terpetat’ tahi ayam.
Jadi tidak boleh bangun, ini satu perkara yang sangat menekan dan membebankan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu apakah kerajaan sebelum mengumumkan, memperkenalkan formula-formula yang baru ini telah mengkaji kesan domino terhadap pelaksanaan SST terhadap kos sara hidup rakyat termiskin terutamanya golongan B40.
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri baru-baru ini telah mengumumkan iaitu pada 29 September 2023 bahawa kerajaan akan mengambil alih semula aset-aset yang pernah diserahkan kepada UJSB. Sebuah SPV yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada zaman Kerajaan PH 1.0. Semua- aset-aset strategik adalah merupakan aset milik Tabung Haji yang merupakan entiti yang sangat diyakini oleh umat Islam dalam negara kita bukan sahaja dalam tujuan untuk menunaikan haji tetapi juga sebagai sebuah entiti secara tidak langsung, sebagai wakil mereka untuk melaburkan simpanan yang ada.
Pada zaman kita, Kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu dalam menjawab soalan yang berbangkit di Dewan ini, saya telah pun menyatakan bahawa komitmen kerajaan pada ketika itu untuk menyemak semula cadangan penjualan ladang besar- besaran milik THP iaitu sebanyak 77,000 hektar ladang yang merupakan ladang-ladang yang boleh dimajukan dan boleh diusahakan untuk di baik pulih supaya ianya boleh mendatangkan hasil yang kompetitif dan akhirnya menyumbang kepada pembahagian keuntungan yang meningkat kepada pencarum-pencarum di Tabung Haji, pendeposit- pendeposit di Tabung Haji.
Alhamdulillah, usaha kita akhirnya berjaya dengan membatalkan penjualan syarikat-syarikat ini dan kita restructuring semula, menstrukturkan semula hutang-hutang yang dikatakan punca dan penyebab utama kenapa syarikat-syarikat itu hendak dijual dengan begitu mudah kepada pegangan asing yang akhirnya merugikan. Keuntungan sebelum cukai THP juga telah melonjak sebanyak 150 peratus daripada RM54 juta pada tahun 2020 kepada RM138 juta pada tahun 2021. Prestasi kumpulan THP terus cemerlang dalam separuh pertama tahun 2022 di mana pendapatannya meningkat sebanyak 46 peratus berbanding separuh pertama tahun 2021.
Keuntungan sebelum cukai THP juga telah melonjak sebanyak 150 peratus. Ini adalah bukti bahawa usaha dan tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu sangat bertepatan dan kita telah berjaya menjadikan Tabung Haji Plantation antara subsidiari yang besar, sayap utama dalam Tabung Haji berjaya untuk berdaya saing dan akhirnya memberi pulangan kepada kakitangan yang semenjak sekian
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
lama dimomokkan dengan rugi-rugi sehingga mereka tidak dikenakan kenaikan gaji semenjak bertahun-tahun.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Soalan saya kepada kerajaan pada hari ini saya ingin bertanya, dengan pengumuman pada 29 September oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengambil alih semula syarikat-syarikat yang telah pun diserahkan kepada UGSB itu, apakah perkembangannya? Sudah hampir enam bulan, belum lagi ada tanda-tanda. Saya mengamati secara dekat dan kita boleh bersetuju sangat-sangat dan itulah merupakan tindakan yang kita buat sewaktu kita mengambil alih kerajaan dengan meletakkan KPI.
Paling tidak, syarikat-syarikat penting ini perlu diserahkan semula kepada milikan Tabung Haji, bukan lagi diserahkan kepada SPV yang diletakkan bawah Kementerian Kewangan.
Yang kedua juga saya ingin bertanya tentang apa sudah jadi dengan status Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan koperasi Lembaga Tabung Haji? Kerajaan seharusnya telus dalam isu ini kerana ia pernah menggemparkan negara kita dan sangat membimbangkan terutama di kalangan pendeposit-pendeposit Tabung Haji apabila dikatakan bahawa berlaku penyelewengan-penyelewengan tertentu dalam pengurusan Tabung Haji. RCI sudah tamat, maka kita mahu supaya kerajaan mendedahkan findings ataupun butiran-butiran dan syor yang telah pun diselesaikan oleh pihak Tabung Haji.
Saya ingin juga menyentuh tentang sesetengah pihak yang meremehkan kesan secara langsung terhadap kes Nik Ellin yang telah membatalkan- mahkamah telah membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan sehingga ada yang mengatakan kita bermain politik dalam isu ini. Sebenarnya, naratif yang kita bawa sebagai pembangkang yang bertanggungjawab adalah naratif yang sangat konstruktif yang bertepatan dengan Titah Pengerusi MKI sendiri.
Sebelum daripada itu, pada 28 Ogos 2023, Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI telah menitahkan kebimbangan baginda terhadap kesan kalau sekiranya mahkamah satu masa nanti menyebelahi Nik Ellin dalam usahanya mencabar sehingga membatalkan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan dan baginda bertitah juga bahawa kesan ini bukan sahaja pada Kelantan bahkan kepada negeri-negeri lain. Maka inilah naratif yang kita bawa. Bukan kita mencipta satu gerakan yang submissive untuk menghasut rakyat. Tindakan kita selari dengan pandangan jauh ke depan baginda Sultan Selangor dan akhirnya apa yang dititahkan oleh baginda itu benar-benar terjadi. Kita mohon kepada kerajaan supaya menyegerakan perkara-perkara yang perlu disegerakan.
Saya mengambil contoh, kalau orang tanya zaman kita memerintah, kita buat apa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pengkalan Chepa, boleh?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ada masa satu minit, ada banyak lagi. Nanti ada masa saya bagi.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak bagi.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Sewaktu kita mengambil alih kerajaan, Jun 2020 dulu, walaupun berdepan dengan COVID-19, dengan masalah darurat dan sebagainya, kita tetap menggerakkan usaha untuk meneruskan penggubalan kepada RUU 355 yang menjadi teras utama kepada bidang kuasa mahkamah syariah yang ada dalam negara kita.
September 2020, mesyuarat teknikal yang membincangkan RUU 355, mesyuarat teknikal pada Ogos, 26 Ogos 2023, Kabinet secara dasarnya telah bersetuju untuk penggubalan RUU 355. 22 September, edaran Memorandum Jemaah Menteri kepada AGC, JKSM, JAWI, JAPEN dan sebagainya. 7 Oktober, draf RUU 355 disemak dan telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. Blue bill itu Tuan Yang di-Pertua. Saya bertanya
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
kepada pihak kerajaan, di manakah draf yang telah pun siap dibuat sewaktu saya dan Bagan Serai berada di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri?
Kalau sekiranya kerajaan bercadang untuk membawa hari ini, semalam lagi kita akan dah sokong sebab itu adalah buah tangan hasil usaha yang telah pun kita laksanakan. Kalau di luar sana bertanya, apakah yang kita buat waktu kita jadi kerajaan?
Inilah yang kita buat sewaktu kita menjadi kerajaan. Bukan sahaja kita mendiamkan. Dah hampir setahun lebih, draf dah siap, blue bill itu dah siap. Tiba-tiba sehingga ke hari ini belum lagi dibawa ke Kabinet. Saya akan bersama Yang Berhormat Menteri Agama.
Jangan takut, jangan segan, jangan tunduk kepada mana-mana tekanan komponen parti kerajaan. Kita Perikatan Nasional akan menyokong kalau sekiranya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya saya nak sebutkan berkaitan dengan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak lepas ya? Pengkalan Chepa, tak boleh ya?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Royalti kepada Kelantan. Kami sebagai Ahli Parlimen Tuan Yang di-Pertua, hadir pada hari ini, selalu diberikan dengan jawapan bahawa yang menghalang ialah Akta 1974. Namun pada hari ini, telah terbukti bahawa sewaktu Yang Amat Berhormat Tambun sebagai pembangkang bersama dengan saya, termasuk Tuan Yang di-Pertua sahabat yang kuat bersama dengan kita pada waktu itu, sangat menyokong untuk royalti ini dikembalikan pada Kelantan.
Saya amat hiba apabila mengamati semula ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dengan begitu tegas, bukan sahaja lima peratus bahkan 20 peratus nak diberikan kepada negeri Kelantan. Namun, sampai hari ni jawapan yang sama. Tipikal jawapan yang sama yang diulang-ulang bahawa Akta Laut Wilayah yang telah pun dirungkaikan masih lagi diguna sebagai alasan. Kerajaan kalau mahu beri, mereka ada 1,001 cara dan mereka ada 1,001 sebab tetapi kalau tak mahu bagi, mereka ada 1,001 dalih.
Tuan Yang di-Pertua, saya tengok kepada– sayu lihat kepada wajah Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang yang pernah berada di sana dan berada di sini, Tuan Yang di-Pertua sudah pasti ingin melihat bagaimana keharmonian yang berlaku di antara kerajaan dan pembangkang ini dapat direalisasikan. Maka, antara perkara yang ingin juga kami lihat bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun sebelum Ramadhan ini bolehlah mengumumkan bahawa untuk Ahli Parlimen pembangkang pun diberikan peruntukan yang setara.
Tidak ada apa yang boleh menghalang Yang Amat Berhormat Tambun, dia dah jadi Perdana Menteri. Melainkan yang boleh halang dia, diri dia sendiri ataupun Menteri Kewangan. Sekarang, dua-dua itu dia kuasai dan insya-Allah, kita yakin kalu itu dapat direalisasikan tanpa mengenakan apa-apa syarat, tanpa mengenakan apa-apa peraturan kerana kehadiran kami di sini telah pun memenuhi ruang-ruang demokrasi untuk sebuah bajet negara itu dapat dilaksanakan dengan adil. Kerana kalau kita kena ingat ayat yang sering diulang-ulang oleh Perdana Menteri, dulu waktu sebagai pembangkang, “Power tends to corrupt. Absolute power corrupts absolutely.” Sekarang ini, kuasa yang ada pada menteri yang telah menghalang peruntukan itu, kita bimbang ini adalah merupakan floodgate, pintu kepada berlakunya korup yang lebih besar. Tambah pula, apa yang berlaku pada hari ini, siapa-siapa yang lompat ataupun menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan diberikan dengan peruntukan. Ini normalisasi rasuah secara terang-terangan yang sepatutnya dielakkan oleh kerajaan. Saya...
[Tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau rasuah Pengkalan Chepa, report-lah. Kita ada polis, SPRM ada. Ini tuduhan ini.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tuduhan rasuah ini, Speaker.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Saya nak...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
37(2). 37(2)
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tuduhan. Ini tuduhan rasuah ini Speaker.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia bangun. 37(2).
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tuduhan rasuah. Ini tuduhan kepada Tambun ini.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Saya nak...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia melanggar 37(2), peraturan Dewan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak minta Speaker, lepas ini Speaker kalau ada tuduhan-tuduhan macam ini jangan tarik. Ini tuduhan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
37(2), peraturan Dewan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia tuduh, dia tuduh Tambun rasuah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kamu belum dipanggil untuk bercakap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia tuduh, dia tuduh dalam Dewan yang mulia ini Tambun rasuah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu bukan rasuah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu pemberian peruntukan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Besut itu duduk. Duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk. Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya cakap Point of order.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tarik balik, tarik balik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kan Point of order- 37(2).
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia tuduh...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia mengganggu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia tuduh Tambun, Perdana Menteri rasuah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia ini suka mengganggu.
37(2).
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tarik balik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
37(2) terpakai.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pengkalan Chepa, tarik balik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia tuduh rasuah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tarik balik. Saya minta tarik balik.
Ini menghina Dewan yang mulia ini.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, ini orang...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa, orang apa?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...YB kawasan mana ini?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa, Hulu Langat- apa masalah?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak reti peraturan mesyuarat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apakah, tak reti?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri Speaker.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu tuduh orang.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Siapakah tuduh siapa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Title ustaz. Bawa gelaran ustaz, parti Islam tapi tuduh orang rasuah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya nak bangkitkan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini jadi masalah...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Duduk dulu. Duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apakah? Kau duduk. Duduk, duduk.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya nak bangkitkan...
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuduh rasuah, Speaker. Tuduh Tambun rasuah ini.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, semua duduk.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya nak bangkitkan standing order.
Tuan Yang di-Pertua
Semua duduk. Semua duduk. Pengkalan Chepa, landing.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey. Tuan Yang di-Pertua, Islam mengajar kepada kita balaslah kejahatan dengan kebaikan. Sementelah pula, kami yang ada di sini sebahagiannya pernah menghulurkan tangan, ikhlas memberikan pertolongan kepada Yang Amat Berhormat Tambun ketika dia berada dalam kesempitan. Maka, lagi-lagi kebaikan yang kami hulurkan itu balaslah...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order, Tuan Speaker*. Point of order.
Point of order 36(12).*
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Dengan kebaikan kecil-kecil menjadi anak...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point order. Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Bila besar menjadi onak.
Tuan Yang di-Pertua
Dia nak habis dah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...
Yang putih itu kendi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Peraturan Mesyuarat, “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
... *Alang biarlah berjawab, Tepuk biarlah berbalas.
Jangan susu yang diberi, Tuba yang dibalas.* Tuan Yang di-Pertua, sekian saya ucapkan. Terima kasih oleh...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker, ini bukan kali pertama Ahli Pembangkang tuduh kerajaan rasuah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Kepada Yang di- Pertua kerana memberi ruang...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hari itu, hari itu tuduh PM corrupt, hari ini tuduh rasuah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Kepada saya untuk mengambil sama perbahasan dalam Titah Yang di-Pertuan Agong pada kali ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mana boleh bagi laluan macam ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker...
[Menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini Parlimen.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tan Sri Speaker.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau betul-betul ada bukti, tunjukkan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau tak ada saya rasa kita perlu buat satu keputusan hantar mereka pergi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tan Sri Speaker.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jawab dalam Jawatankuasa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tan Sri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tak boleh bagi laluan macam ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tan Sri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Suka-suka tuduh, lepas itu tarik balik. Tuduh, tarik balik. Mana boleh.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tan Sri Speaker, saya secara tenang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya secara tenang ingin membawa 36(12) di mana, “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan dan disifatkan menghina Majlis...” Boleh saya sampaikan hujah saya?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, semua yang lain duduk. Silakan, Ipoh Timor. Ayat mana yang dikatakan?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang disebutkan adalah oleh Pengkalan Chepa, “Bahawasanya pemberian peruntukan adalah disifatkan sebagai menormalisasikan rasuah...” Maka apa yang dituduh dan didakwa oleh Pengkalan Chepa adalah bahawasanya setiap Ahli Dewan yang mulia ini, yang diberikan peruntukan telah mengambil rasuah. Itu bukan sahaja sesuatu yang tidak tepat. Itu menghina semua anggota dalam Dewan yang mulia ini.
Maka, saya berpandangan bahawasanya itu telah menghina Majlis dan Dewan yang mulia ini. Maka, saya ingin mendapatkan petua daripada Tan Sri Speaker untuk minta Pengkalan Chepa menarik balik dan memohon maaf atas hujah yang biadab dan telah menghina Majlis ini. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, baru kelmarin atas Peraturan yang sama, Tan Sri Speaker telah menerima...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua saya ingat bagi peluang saya ...
Tuan Yang di-Pertua
Nanti sekejap. Sekejap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kelmarin. Baru kelmarin Tasek Gelugor yang membuat tuduhan yang sama telah memohon maaf, menarik balik kenyataan tersebut dan Usul untuk menggantungkan beliau telah pun ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri. Yang Berhormat Paya Besar telah bangun untuk menyatakan bahawa perkara itu patutnya memberi iktibar kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya tidak melontarkan apa-apa tuduhan.
Perkara itu telah pun berlaku. Baharu kelmarin berlaku dan Tasek Gelugor telah memohon maaf di Dewan yang mulia ini. Hari ini kita dengar satu ucapan yang lebih kurang sama inti sarinya, inti patinya sama juga. Menuduh Yang Berhormat Tambun melakukan amalan rasuah dengan memberikan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada sebelah sana.
Saya mohon perkara ini menjadi pedoman dan saya minta supaya Yang Berhormat yang berucap tadi menarik balik kenyataan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, saya sangat tidak berniat untuk menuduh Yang Amat Berhormat Tambun melakukan rasuah. Kenyataan saya itu sebagai nasihat umum supaya tidak dinormalisasikan rasuah. Saya tidak spesifik kepada sesiapa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun] No...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Boleh jadi kepada sebelah sini dan boleh jadi kepada sebelah sana.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Itulah masalahnya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Apa yang menjadi masalah, duduk dulu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dinormalisasikan rasuah kepada sesiapa yang minta- tidak dapat peruntukan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya, waktu you bercakap, saya tak mencelah pun. Duduk dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Ipoh Timor, saya sedang minta penjelasan. Ipoh Timor dengar dahulu.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jangan tak ikut peraturan. Berhemah sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya waktu Jelutong bercakap, you bercakap, saya duduk diam.
Tuan Yang di-Pertua
Pengkalan Chepa, sedang berhadapan dengan saya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey saya, Tuan Yang di-Pertua tidak ada niat seperti itu, tetapi mereka ini telah menghuraikan bagi pihak saya.
Saya cuma nasihat secara umum. Tadi saya bermula dengan nada, “Kami pernah bersama dengan PMX...” “...Kita beri bantuan ikhlas waktu kesempitan dan saya memohon peruntukan sebelum Ramadan ini.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
“Sebolehnya diumumkan...” Manakah tuduhan kepada beliau? Itu nasihat secara umum. Jangan dijadikan syarat untuk setuju dengan apa-apa syarat termasuk menyokong sebagai habuannya dapat peruntukan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, rasionalnya perkara itu membimbangkan kita dan itu boleh jadi kita menormalisasikan rasuah. Saya tak kata kepada sesiapa.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya cuba nak confirm-kan. Saya nak confirm.
Dengar semua, ya. Adakah ayat-ayat tadi bermaksud...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
...Bermaksud bahawa mereka yang telah menyokong PMX pernah menerima habuan ataupun rasuah daripada PMX. Adakah itu maksudnya?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau tidak, duduk. Selesai.
Next. Baik, oleh itu saya jemput Mas Gading. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Jangan sebut lagi 1-0, 2-0. Saya berniat baik. Untuk itu, diam. Saya sudah bagi peluang. Jangan play that game. Jalan Mas Gading. This is not a game. Talk.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Okey, terima kasih Tan Sri Speaker.
Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua khususnya yang berada di Dewan yang mulia ini. Mewakili Parlimen Mas Gading, patik dengan tulus ikhlas dan penuh kesetiaan menjunjung kasih Usul Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda amat jelas membimbing kita ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat dengan aspirasi Baginda yang menyuruti nilai-nilai keadilan, kesaksamaan dan keharmonian dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat. Daulat, Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua, berlatarkan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Mas Gading ingin membangkitkan tujuh perkara. Perkara pertama adalah berhubung dengan langkah kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan mengambil langkah penjimatan yang drastik.
Seperti yang kita sedia maklum, prospek ekonomi global yang dijangkakan suram bagi tahun 2024 menjadi salah satu cabaran utama pertubuhan ekonomi negara.
Mas Gading menyokong penuh pelbagai langkah serta usaha kerajaan untuk meningkatkan atau mereformasikan sektor ekonomi negara. Ini termasuklah usaha-usaha untuk menjimatkan dan mengurangkan beban perbelanjaan negara dengan pelaksanaan kaedah subsidi bersasar dan pemansuhan skim pencen penjawat awam baharu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat diburukkan lagi dengan kuasa ringgit yang semakin merosot, saya ingin membawa suara rakyat kita khususnya yang tinggal di pedalaman agar langkah serta pendekatan yang lebih seimbang perlu diambil.
Sebagai contoh, isu pemansuhan pencen penjawat awam yang baharu kini hangat dibincangkan. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menangani isu generasi muda yang kini khabarnya menjadi kurang ataupun tidak lagi berminat untuk bekerja sebagai penjawat awam akibat daripada pemansuhan skim pencen penjawat awam baharu? Persoalannya di sini, mengapakah kajian menyeluruh tentang impak Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hanya dijalankan selepas pemansuhan skim pencen ini diputuskan? Bilakah hasil kajian SSPA ini akan kita ketahui?
Perkara kedua adalah berhubung dengan usaha bagi meningkatkan pengeluaran makanan dan usaha untuk meringankan beban para petani, para penternak, para nelayan atau dalam erti kata lain golongan pengeluar makanan kita.
Tuan Yang di-Pertua, Mas Gading menyambut baik usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang mahu jadikan Sabah dan Sarawak sebagai jelapang padi negara yang kedua selepas Kedah dan Selangor. Ketika ini keluaran beras tempatan Sarawak hanya dapat memenuhi 34 peratus permintaan beras di negeri ini. Statistik Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pada tahun lalu menunjukkan Sarawak mengeluarkan 83,000 metrik tan beras serta mengimport 145,468 metrik tan.
Jika Sarawak dapat membuka kira-kira 10,000 hektar kawasan untuk diusahakan dengan penanaman padi hibrid, Sarawak mampu mengeluarkan 200 tan padi setahun yang berpotensi menampung 80 peratus keperluan tempatan di Sarawak. Mas Gading mencadangkan agar pihak kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri untuk mengenal pasti lebih banyak lagi kawasan di Sarawak untuk dibantu dalam usaha menggalakkan industri penanaman padi.
Dalam usaha ini, Mas Gading mencadangkan di kawasan Parlimen Mas Gading seperti Kampung Sedaing, Kampung Rukam, Kampung Tebaro di Lundu dan Kampung
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Tembawang Sau, Kampun Nawang dan Kampung Serikin di Bau untuk diusahakan kerana potensinya sangat besar. Mas Gading juga ingin mencadangkan agar penanaman variety padi wangi di Bau yang pernah diperkenalkan sebelum ini dipergiatkan lagi ke kampung-kampung lain.
Perkara ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu atau masalah yang kini sedang berlaku di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan. Saya difahamkan kini banyak pasar raya di Sarawak memilih untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti makanan terutamanya sayur-sayuran, buah-buahan malah makanan laut dari negara jiran di Kalimantan. Setiap hari berlori-lori barang makanan daripada negara jiran masuk melalui ICQS Biawak dan Tebedu.
Sebaliknya, kerajaan Indonesia pula mempunyai kuota bagi kemasukan barangan kita ke negara mereka. Pastinya semuanya ini berlaku kerana wujudnya keperluan dan adanya permintaan. Tetapi perkara ini jika tidak diberikan perhatian atau dikawal, akhirnya nanti akan menjejaskan ekonomi masyarakat tempatan. Malah petani-petani kita di Sarawak sudah mula merasai kesannya. Apa yang lebih membimbangkan di sini adalah barang-barang ini lebih banyak dimasukkan secara haram, secara tidak sah melalui jalan- jalan tikus. Malah, pihak berkuasa juga mendakwa wujudnya jalan gajah.
Kegiatan penyeludupan ini semakin rancak. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk meningkatkan dan memperketat lagi kawalan dan keselamatan di kawasan sempadan kita? Dalam isu yang sama ini juga, Mas Gading ingin menyeru agar kerajaan mengkaji semula penetapan kuota import keluaran pertanian dan memperkenalkan langkah atau usaha yang lebih drastik bagi meningkatkan lagi daya saing hasil industri pertanian kita bagi meningkat sekuriti bahan makanan kita agar kita tidak terlalu bergantung dengan hasil keluaran jiran, tetapi bersaing dengan negara jiran demi meningkatkan lagi pendapatan petani-petani kita.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Mas Gading juga ingin mencadangkan agar usaha kerjasama yang lebih menyeluruh, lebih produktif dan efektif dan seimbang perlu dijalin dengan negara jiran kita agar semua pihak mendapat manfaat.
Seterusnya, perkara yang keempat. Masih lagi berkisar tentang isu dan masalah di sempadan. Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat yang ingin Mas Gading, bangkitkan di sini adalah tentang kemudahan serta infrastruktur sempadan khususnya di pos kawalan ICQS Biawak yang serba kekurangan. Baru-baru ini wakil daripada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia atau lebih dikenali sebagai APPGM telah datang ke Mas Gading seperti mana mereka lakukan di kawasan Parlimen lain. Merentas parti bagi mengumpul maklumat, membuat kajian tentang pelbagai isu atau masalah yang dihadapi penduduk di sana.
Jadi, terima kasih saya rakamkan kepada pihak APPGM kerana membantu kami Ahli Parlimen atau wakil rakyat untuk mendalami dan memahami isu yang kami bangkitkan. Dengan data dan maklumat mereka itu nanti dapat mengukuhkan lagi hujah- hujah kami dalam Dewan ini. Diharapkan dengan adanya laporan terperinci daripada pihak APPGM nanti, kita boleh merangka polisi dan pendekatan yang lebih baik demi kebaikan rakyat di luar sana.
Jadi, dalam lawatan tersebut, kami berkesempatan bukan sahaja berdialog dengan orang awam, malah dengan agensi-agensi kerajaan. Oleh itu, ingin saya kongsikan di sini, di Dewan yang mulia ini, satu per satu masalah di ICQS, Biawak untuk perhatian segera pihak kementerian.
Satu, tiada kemudahan mesin pengimbas barang-barang atau scanner. Pegawai Kastam terpaksa memeriksa barangan secara manual satu per satu. Kena panjat lori satu per satu untuk membuat pemeriksaan.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Kedua, tiada kemudahan kawasan tertutup atau indoor areas bagi pemeriksaan imigresen. Pada masa ini, pemeriksaan hanya dilakukan di bawah khemah di luar pejabat kompleks dalam keadaan yang sangat tidak kondusif terutamanya ketika musim hujan.
Ketiga, jumlah kenderaan keluar masuk dijangka akan meningkat tidak lama lagi berikutan dengan pelaksanaan kawasan transit shuttle bus di mana pelawat-pelawat akan transit di kawasan zon neutral bagi tujuan pemeriksaan dan sebagainya. Masalahnya kita tidak mempunyai kapasiti daripada segi kemudahan. Malah, tenaga kerja kita juga terbatas untuk mengendalikan kenaikan jumlah kenderaan dan pelawat.
Keempat, gangguan bekalan elektrik juga sering berlaku. ICQS Biawak hanya mempunyai satu unit penjana elektrik atau genset untuk menampung dan menyokong sistem mereka.
Kelima, prosedur kemasukan juga tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Sepatutnya standard yang telah ditetapkan adalah dari kuarantin ke imigresen dan akhirnya sekali dekat kastam. Sebaliknya di sini, ia bermula dengan kastam ke imigresen dan akhirnya ke kuarantin.
Kalau dahulu bila kita sebut masuk ke Kalimantan, kita mungkin boleh ketawa.
Memandang rendah apabila melihat keadaan pos kawalan di sebelah sana dengan kaunter perkhidmatannya yang serba kekurangan, jalan raya yang sepi dan becak, tandas curah yang kotor tetapi kini keadaannya adalah sebaliknya. Ini bukan omong kosong.
Keadaannya jauh berbeza. Pos kawalan mereka jauh lebih moden dan canggih daripada pos kawalan kita. Infrastruktur mereka jauh lebih baik. Fasiliti pemeriksaan juga lengkap dengan sistem pengimbas yang moden. Tenaga kerja yang cukup dan sebagainya.
Malah, tandas mereka ada air con. Pintu tandas mereka lagi cantik daripada pintu pejabat kita.
Pendek kata bila masuk pos kawalan mereka, boleh feeling, feeling macam dekat airport, tetapi bukan cantik tak cantik yang jadi isunya di sini. Apa yang penting adalah kelengkapan serta kemudahan yang membolehkan ICQS itu berfungsi dengan cekap dan mantap seperti sepatutnya. Oleh itu, untuk meningkatkan lagi kecekapan dan tadbir urus jentera kerajaan di kawasan sempadan, Mas Gading menyeru agar kerajaan mengambil serius tentang hal ini demi keselamatan sempadan serta kebajikan pegawai-pegawai kita di sana.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih pula kepada perkara yang kelima iaitu tentang kerjasama di kalangan Kerajaan Perpaduan hari ini. Saya ingin menyentuh persoalan bencana di Mas Gading yang kebetulan hujung minggu lepas telah dilanda banjir. Sebelum itu, Mas Gading ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah atas keprihatinan beliau. Pada sesi mesyuarat lepas, saya telah dimaklumkan sejumlah RM119.1 juta telah diluluskan bagi projek bekalan air luar bandar yang meliputi kawasan Mas Gading di Daerah Lundu.
Terima kasih juga atas jawapan pertanyaan lisan yang baharu saya terima beberapa hari lepas mengenai kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana tetapi apa yang berlaku di Mas Gading adalah sedikit bercanggah dengan jawapan yang diberikan.
Saya agak terkilan kerana saya tidak dilibatkan dalam usaha untuk membantu rakyat di kawasan saya sendiri yang terjejas akibat bencana.
Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk membantu rakyat tetapi oleh sebab ada pihak-pihak yang berkepentingan, usaha saya untuk membantu rakyat di kawasan saya sengaja disekat, dilewatkan dan dipinggirkan terus. Saya berharap agar semua pihak dapat mengetepikan agenda politik tetapi meningkatkan kecekapan dan prinsip kerjaya berintegriti dalam menangani isu yang berkaitan rakyat lebih-lebih lagi bila berlakunya bencana.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Namun begitu, dalam soal bencana. Saya bersama pasukan pusat khidmat saya tetap cuba berikan yang terbaik dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga dan yang paling penting bantuan yang diperlukan oleh mangsa bencana dapat kami salurkan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara keenam adalah tentang dua buah sekolah di kawasan Mas Gading yang kerap dilanda banjir iaitu SK Segong dan SK Buso menyebabkan kerosakan harta benda dan kemudahan sekolah. Mas Gading pasti pihak KPM sudah maklum tentang keperluan untuk bina baharu di tapak baharu bagi kedua-dua buah sekolah ini sebab permohonan sudah diajukan, cadangan tapak juga sudah dikemukakan.
Mas Gading berharap segala urusan dipermudahkan dan kelulusan segera daripada pihak kementerian dapat dipertimbangkan. Mungkin KPM boleh berikan pencerahan tentang status bina baharu bagi kedau-dua buah sekolah ini yang berkali-kali dalam setahun dilanda banjir.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketujuh iaitu perkara yang terakhir. Mas Gading memahami keadaan kewangan kerajaan yang lemah dan sukar untuk kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan baharu atau memberikan suntikan kewangan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi. Mas Gading memahami dan menyokong usaha kerajaan dengan mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati di dalam melaksanakan projek pembangunan baharu. Namun, persoalan saya adakah bagaimanakah pula dengan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan tetapi masih belum terlaksana?
Tuan Yang di-Pertua, projek Jambatan Selampit dan projek Jalan Kampung Kendaie. Projek yang dijanjikan sejak 2003 dari satu PRN ke-satu PRN, dari satu PRU ke-satu PRU diluluskan menerusi RMKe-10, RMKe-11, RMKe-12, tetapi masih lagi belum kelihatan. Saya tidak mahu mempolitikkan isu ini. Cuma di sini Mas Gading mahu baik Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri bersifat telus dan terbuka kepada rakyat.
Ini bukanlah untuk saya. Namun, ini adalah keadilan untuk rakyat yang telah menuntut pembangunan yang sekian lama terpinggir seperti yang dijanjikan. Dengan ini, Mas Gading mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.
Tangga Batu ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sewaktu merasmikan pembukaan penggal ketiga bagi Parlimen Ke-15 atas Titah Baginda yang menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
Tangga Batu juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan junjung kasih atas khidmat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ke-16, Sultan Abdullah Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas sumbangan dan jasa Baginda sepanjang pemerintahan Baginda.
Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan industri sawit negara telah banyak menyumbang kepada kemakmuran negara di mana pada tahun 2022 sahaja, industri ini telah menyumbang sebanyak RM137 bilion kepada nilai eksport negara dan RM94 bilion pada tahun 2023.
Namun, ada beberapa kebimbangan yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan agar industri ini tidak menerima nasib yang sama seperti dialami oleh industri getah negara. Purata pengeluaran tandan buah segar ataupun FFB per hektar semenjak tahun 2021 hingga 2023 stagnated, dengan izin. Sekitar 15 tan per hektar sahaja. Ini jauh
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
di bawah potensi sebenar sekitar 18 sehingga 19 tan per hektar yang pernah dicapai oleh industri ini sebelum ini.
Sekiranya hasil sawit dapat dinaikkan kepada dua tan sehektar sahaja iaitu daripada 15 tan kepada 17 tan sehektar dengan keluasan 5.7 hektar yang ada di negara kita sudah pasti minyak sawit Malaysia (MSM) akan bertambah sebanyak 2.1 juta tan yang bernilai RM8.2 bilion.
The yearly growth rate, dengan izin, semakin perlahan di mana telah mengalami penurunan sebanyak 30 peratus secara purata dari tahun 2011 hingga 2020. Jumlah keluasan tanaman semakin berkurang. Jurang penghasilan antara pemain utama industri berbanding dengan pekebun kecil sangat ketara. Masalah ini adalah berpunca dari pertama, jumlah pokok tua yang rendah hasilnya semakin bertambah.
Kedua, ketidakstabilan jumlah tenaga kerja, kekurangan tenaga kerja dan kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing terutama kerja-kerja penuaian buah sawit. Ketiga, kos pengeluaran yang terus meningkat dan disebabkan kenaikan upah dan bahan-bahan pertanian seperti racun, baja dan lain-lainnya sehingga perbezaan antara harga jualan dan kos pengeluaran sangat tipis terutama kepada pekebun-pekebun kecil.
Keempat, kos penanaman semula dan pemuliharaan sehingga matang yang tinggi melebihi RM24,000 sehektar mengakibatkan berlakunya penangguhan penanaman semula.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPOA pada 2 Oktober 2023, terdapat seluas 660,000 hektar atau pun 11.1 peratus pokok sawit yang berumur lebih daripada 25 tahun dan tidak produktif.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menjelang tahun 2027, sekiranya kawasan sawit tua ini akan meningkat kepada 770,000 hektar sekiranya kadar penanam semula berterusan pada kadar kurang daripada dua peratus daripada jumlah kos dan tanaman.
Bajet sebanyak RM100 juta yang diberikan kepada pekebun adalah terlalu kecil.
Ia hanya mampu menampung sekitar 5,000 hingga 6,000 hektar sahaja atau 0.9 peratus daripada jumlah pokok tua. Ia tidak akan memberikan kesan besar terhadap peningkatan hasil sawit yang sangat kritikal dewasa ini. Itu pun untuk replanting cost sahaja tidak mencukupi.
Oleh itu Tangga Batu mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula nilai ambang ataupun threshold, dengan izin, dan kadar windfall bagi Sabah dan Sarawak kadar tiga peratus sangat membebankan kerana di Sabah dan Sarawak pengusaha sawit juga turut membayar cukai jualan minyak sawit pada kadar 7.5 peratus di Sabah dan lima peratus di Sarawak. Ini akan memberikan kelebihan kepada industri-industri kewangan- untuk mencepatkan proses penanam semula.
Kedua, memperkenalkan insentif penanaman semula sama ada menggunakan kembali kutipan dari windfall levy untuk industri mempercepatkan proses penanaman semula.
Ketiga, mereka disua cukai seperti masukkan biaya penanaman semula atau replanting cost sebagai reinvestment allowance, dengan izin. Walaupun ia sedikit menjejaskan kepada pendapatan pencukaian negara tetapi untuk jangka panjang amat menguntungkan agar dapat mempercepatkan proses penanaman semula.
Tuan Yang di-Pertua, industri sawit negara sebenarnya boleh menjadi tulang belakang dalam memacu negara di samping crude palm oil (CPO) dan palm kernel oil
(PKO) yang digunakan secara meluas dalam industri pemakanan kosmetik. Industri ini juga menghasilkan biojisim dalam kuantiti yang sangat besar iaitu 58 juta tan setahun atau 70 hingga 80 peratus daripada jumlah tandan buah segar yang diproses, yang bukan hanya boleh digunakan sebagai makanan haiwan ruminan dan unggas, tetapi boleh juga
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
digunakan sebagai menghasilkan tenaga boleh diperbaharui ataupun (RE) seperti pomade- daripada POME, fibers, empty bunches dan kernel shell, dengan izin.
PKC dan PKE dikatakan boleh digunakan sebagai alternatif kepada jagung bijirin sebagai pemakanan haiwan dan unggas ternakan yang melibatkan biaya sebesar RM4.5 bilion setahun, daripada import jagung bijirin. POME, kernel shell, fiber dan EMB, boleh digunakan sebagai sumber lestari menjana RE bagi mengurangkan penggunaan arang batu yang diimport yang di mana harganya semakin mahal dan penggunaan fossil fuel. Tidak dinafikan dalam keadaan Ringgit yang lemah mengeksport biojisim keluar menguntungkan, tetapi perlu diimbangkan dengan keperluan boleh guna dalam negara yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dan negara.
Kerjasama kerajaan bersama pemain utama industri perlu bekerjasama mengambil langkah untuk memaksimumkan penggunaan biojisim ini demi kepentingan bersama iaitu kerajaan, pemain industri, swasta, rakyat secara win-win.
Nasib industri getah negara seolah-olah berada di hujung nyawa perlukan perhatian serius dengan keluasan yang melebihi 1 juta hektar dan sekitar 420,000 hektar yang tidak bertoreh bukan sahaja menjejaskan 500,000- pekebun kecil di luar bandar bahkan turut memberikan kesan kepada penempatan negara.
Tangga batu ingin tahu sejauh manakah teknologi baru iaitu gas stimulant yang dapat meningkatkan harga susu getah yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun ketika pembentangan Bajet 2024 yang lalu berjaya dilaksanakan. Sebenarnya ini bukanlah teknologi baru tetapi ia teknologi yang telah digunakan pada awal 2005 dengan menggunakan gas ethylene dan chloroethylphosphonic acid melalui teknik reamflou, reactorrim dan G-Flex. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun Melaka tidak termasuk dalam senarai pengeluar padi utama negara, namun Tangga Batu memiliki kawasan pesawah yang terbesar di Melaka di sekitar Klebang, Bukit Rambai, Kampung Pinang dan Tangga Batu.
Masalah utama Klebang dan Bukit Rambai adalah kekurangan bekalan air. Usaha telah dilakukan oleh kerajaan di bawah JPS dengan kos sebanyak RM30 juta seperti yang dimaklumkan kepada kami. Tetapi dengan peningkatan kos yang dianggarkan mencecah RM70 juta projek ini seperti rumah tak siap dan masalah ini berlanjutan.
Oleh itu, Tangga Batu berharap punca yang berkaitan dapat memberikan peruntukan tambahan agar masalah ini dapat diselesaikan secara tuntas demi menjaga kemaslahatan keterjaminan makanan khususnya di Melaka. Bagi pesawah di Kampung Pinang pula yang selanjutnya bergantung pada air Sungai Lereh juga mengalami nasib yang sama. Malah ini telah- masalah ini telah berlaku sejak dahulu lagi melibatkan 50 petani di kawasan 350 ekar sawah akibat sistem pengaliran air yang tidak di struktur dengan betul.
Sekiranya di tengah-tengah proses itu sawah tiba-tiba kering mereka akan mengulangi proses dari mula. Oleh itu, petani-petani pesawah ini meminta supaya dibuat satu empangan Sungai Lereh bagi melimpahkan tanah air ke kawasan padi di kawasan Kampung Pinang.
Kami menerima- Tuan Yang di-Pertua, kami menerima banyak rungutan daripada nelayan-nelayan yang mengadu tentang kawasan menangkap ikan mereka kini menjadi semakin sempit dan terhad yang menyebabkan hasil tangkapan mereka semakin berkurang menjejaskan pendapat nelayan. Jumlah pendapatan hasil laut di Melaka Selatan berkurang sebanyak 25 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2018 sebanyak 688 tan kepada 437 tan sahaja pada tahun 2023. Pengurangan ini dipercayai disebabkan oleh dua faktor iaitu pertama, penambakan laut secara besar-besaran yang sedang berlaku di Melaka dan yang terbaru perubahan status tiga pulau yang menjadi taman laut negara iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka.
Kesan penambakan laut ini juga telah menyebabkan berlakunya hakisan pantai yang teruk di Pantai Puteri, Kem Terendak hingga ke Pengkalan Balak disebabkan
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
berlakunya perubahan hidrologi pergerakan arus laut. Muara sungai menjadi cetek disebabkan mendapan lumpur dan pasir yang menyukarkan pergerakan keluar masuk nelayan terutama di Sungai Lereh. Kehilangan flora fauna seperti udang geragau yang membiak di pinggir pantai dan bukannya di laut dalam. Ini menjejaskan industri tradisional belacan dan cencaluk yang sangat sinonim dengan Tanjung Kling dan Melaka.
Kerajaan Negeri Melaka akan melaksanakan penambakan dan pembangunan dua buah pulau buatan, Pulau Satu dan Pulau Dua dengan keluasan 274 hektar di bawah pemaju LEAPTEC Engineering Sdn. Bhd. Projek ini pasti akan meruncingkan lagi konflik antara nelayan dan pelabuhan Tanjung Beruas kerana mereka berkongsi perairan yang sama yang semakin kecil. Oleh itu, Tangga Batu Mohon agar kerajaan pusat dapat memainkan peranan dalam menangani masalah ini secara holistik demi menjaga kepentingan pemegang taruh terdiri daripada nelayan dan keluarga mereka, peniaga kecil dan mikro yang mencari rezeki di pinggir pantai, mereka yang tinggal di luar kawasan pantai tetapi bergantung pada hasil laut, para pengunjung yang datang beristirahat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi yang lalu Tangga Batu telah mengajukan soalan bertulis kepada Menteri Kesihatan tentang Klinik Kesihatan Sungai Udang. Menteri telah memberikan jawapan bahawa dalam tahun 2023 akan dilakukan perolehan tanah, tetapi maklumat yang kami terima perolehan tanah ini bermasalah disebabkan kerana adanya paip PETRONAS yang melalui berdekatan dengan kawasan ini. Cuma pertanyaan Tangga Batu kenapa tidak diluluskan sedangkan pembangunan perumahan berjalan di sebelah daripada tanah yang dicadangkan untuk pembinaan Klinik Sungai Udang.
Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Menteri Pertahanan iaitu Rantau kerana telah bertindak cepat menyalurkan peruntukan setelah isu ini diangkat di Parlimen bagi mengatasi masalah bekalan air di Kem Terendak yang berlarutan sekian lama dan memperbaiki dan menaik taraf rumah keluarga angkatan tentera di Kem Terendak dan sekitarnya sedang berjalan sekarang. Seperti yang pernah saya sentuh dalam perbahasan Bajet 2024 yang lalu masalah air di rumah keluarga angkatan tentera di Desa Tun Razak, Desa Taming Sari dan Desa Ria yang berada di luar Kem Terendak juga perlu diselesaikan dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, jasa veteran tentera yang bersara sebelum tahun 2013 sangat besar dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman komunis waktu itu. Oleh itu, Tangga Batu sangat menyokong gesaan Ketereh dalam memperjuangkan penyelarasan pencen veteran tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang berjumlah 78,000 orang dan dapat diselesaikan tahun ini seperti mana yang disebut oleh Menteri Pertahanan semasa bahas Bajet 2023. Akhir sekali Tangga Batu ingin mohon menyokong usul perbahasan menjunjung Titah Kasih Diraja. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput pembahas terakhir, Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan untuk saya turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.
Sebelum saya memulakan perbahasan saya ingin saya merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah ke atas pelantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Al-Marhum Sultan Idris Shah.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Saya lahir di Johor Baharu, Nombor IC kosong satu; Merafak sembah Tuanku Agong yang baru, Memayungi rakyat makmur dan maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Pahang Tuanku Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menaungi negara selama lima tahun yang lalu dengan penuh bijaksana, adil dan saksama walaupun berhadapan dengan tempoh getir yang mampu menjejaskan kestabilan politik negara. Apa yang pasti, kedua-dua Yang di- Pertuan Agong kini serta yang Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara yang tercinta dengan memberi mandat serta merestui Kerajaan Perpaduan yang ada ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menjunjung Titah Baginda untuk memperkukuhkan perpaduan masyarakat di negara kita, selari dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu, anak Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain warganegara Malaysia. Oleh itu, sebarang usaha memecahbelahkan rakyat dan menggangu-gugat perpaduan di negara kita boleh dikira sebagai mencabar Perlembagaan Malaysia.
Sering kali disebut oleh ahli-ahli politik ayat seperti ‘menghayati denyutan nadi rakyat, demi rakyat, membela nasib rakyat’ dan sebagainya. Ayuh kita sama-sama usah beretorik semata-mata. Kita satukan hati, berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Sebagai ahli politik yang telah diberi kepercayaan menjadi Ahli Parlimen, usah kita pula menjadi agen perpecahan rakyat. Baginda Tuanku telah bertitah agar semua pihak menghormati kedudukan Kerajaan Perpaduan dan menghentikan semua agenda politik yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan dan negara.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Titah Baginda Tuanku saya turut menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan pemberian subsidi bersasar dalam memastikan setiap individu yang benar-benar layak dapat menikmati pemberian subsidi ini. Putting political stand aside dengan izin, demi rakyat di kawasan masing-masing yang sememangnya layak menerima bantuan subsidi menjadi tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada senarai penerima bantuan subsidi bersasar dengan membantu pendaftaran PADU di kawasan masing-masing. Saya ingin menyeru rakan-rakan dari pihak kerajaan mahupun di sebelah sana untuk turut sama dalam menggalakkan pendaftaran PADU.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik Titah Baginda Tuanku tempoh hari mengenai keperluan penyesuaian polisi persekutuan dengan negeri-negeri khususnya dalam sektor pembangunan hartanah. Saya mengambil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang berkembang pesat, berkepadatan tinggi serta menjadi tujuan utama aktiviti ekonomi, pelaburan dan pelancongan. Dalam hal ini, amat penting untuk memastikan segala bentuk pembangunan yang dilakukan bersifat mampan ataupun sustainable. Dengan mengambil kira beberapa faktor kritikal seperti ketersediaan tempat letak kereta, fasiliti kesihatan dan pendidikan yang mencukupi, sistem trafik serta pengangkutan awam yang cekap. Semua faktor ini penting dalam memastikan sesebuah kawasan kediaman bersifat mampan untuk didiami. Masalah overdevelopment dengan izin, kesesakan trafik, kepadatan penduduk serta ketidakcekapan pengangkutan awam mesti diselesaikan segera sebelum bertambah melarat.
Menyentuh tentang projek pembangunan ini juga, saya ingin menyentuh tentang projek perumahan yang sakit dan terbengkalai. Rasanya ramai sudah sedia maklum tentang projek perumahan Residensi Hektar di Wangsa Maju yang berstatus sakit melibatkan 2,400 pembeli berkeluarga. Saya sudah suarakan isu ini di Parlimen sejak penggal yang lalu. Namun bayang penyelesaian masih belum dapat dilihat lagi dan saya
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
ingin terus menarik perhatian semua terhadap isu ini. Mengambil kes ini sebagai contoh, saya mohon agar Akta 118 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 disemak semula, ditambah baik dan diperkasakan khususnya yang melibatkan tindakan terhadap pemaju yang memudaratkan pembeli. Penguatkuasaan akta ini juga perlu dipastikan agar pihak pemaju lebih bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang dijalankan selari dengan seksyen 19 akta tersebut. Kawal selia dalam pengeluaran Perintah Pembangunan (Development Order) kepada pemaju perlu diperketatkan.
Utamakan pemaju-pemaju yang mempunyai rekod yang baik serta senarai hitamkan pemaju-pemaju yang mempunyai rekod yang buruk. Bukan bererti saya tidak bersetuju dengan pembangunan, sudah tentu kita perlu sokong. Tetapi lebih penting daripada itu, adalah untuk kita pastikan projek-projek pembangunan yang di rancang mesti mampan dan lestari dan disokong dengan ketersediaan infrastruktur yang sempurna.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kadar pengangguran negara menunjukkan trend penurunan daripada 3.6 peratus pada tahun 2022 kepada 3.3 peratus pada tahun 2023, tetapi kita harus akui bahawa salah satu faktor utama pengangguran ini adalah disebabkan oleh peningkatan masalah ketidaksepadanan yang wujud di antara peluang pekerjaan dengan bidang kelayakan graduan.
Dalam satu laporan media awal tahun ini menyatakan terdapat peningkatan kebolehpasaran graduan TVET di Malaysia berbanding graduan tradisional IPT. Ini berdasarkan statistik daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di mana 92.5 peratus graduan TVET semakin mendapat perhatian dalam pasaran kerjaya. Graduan IPT pula berdepan dengan cabaran untuk mendapat pekerjaan dalam bidang pengajian dan tawaran gaji permulaan yang rendah disebabkan kurang pengalaman walaupun mempunyai kelulusan dan kelayakan yang tinggi. Ini sedikit sebanyak menunjukkan kepentingan pendidikan TVET dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan mempersiapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.
Jika sebelum ini program-program kemahiran anjuran kerajaan seperti Academy in Factory dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menyasarkan belia 16 tahun ke atas dan lepasan sekolah sebagai pelatih– mungkin sudah tiba masanya kursus-kursus akademik di universiti juga dimasukkan dengan elemen TVET dan kemahiran.
Menurut data DOSM sehingga suku keempat 2023 hanya sekitar 28 peratus pekerja di Malaysia adalah dalam kategori pekerja mahir. Ini adalah sesuatu yang kritikal kerana untuk Malaysia mencapai tahap negara maju, jumlah pekerja mahir perlu ditingkatkan kepada paling kurang 75 peratus. Bahkan untuk menarik pelabur asing pun satu perkara yang sering ditanya oleh bakal pelabur adalah ketersediaan pekerja mahir.
Kita ada 12 kementerian serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang bernaung di bawah Majlis TVET Negara. Maka, fungsi Majlis TVET Negara dalam menyelaraskan semua kementerian dan agensi ini perlu diperkasakan agar negara kita mampu menghasilkan lebih banyak pekerja berkemahiran tinggi.
Ramai juga graduan memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah. Tidak kurang juga yang sampai ke peringkat PhD. Isu ketidaksepadanan pekerja serta gaji yang rendah juga turut dihadapi oleh para graduan PhD di Malaysia.
Bayangkan pada tahun 2020, 18.4 peratus graduan PhD menerima gaji bawah RM3,000.
Ini sama sekali tidak berbaloi untuk graduan PhD. Malah peluang pekerjaan bagi mereka berkelulusan PhD lebih sukar untuk mendapat kerja atas alasan overqualified. Keadaan ini menyumbangkan kepada senario brain drain dengan izin, dengan ramai yang memilih untuk bekerja di luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri ucapan bahas saya, saya ingin membawa perhatian terhadap isu kawasan Parlimen Wangsa Maju yang pernah saya bawa dalam Dewan ini tahun lepas, berkaitan dengan pewartaan perjawatan serta kedudukan Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju. Memandangkan kepadatan penduduk yang tinggi serta kekurangan kawasan kosong yang masih wujud di Wangsa Maju, panduan dan peraturan bagi perancangan IPD yang memerlukan keluasan minimum lima
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
ekar bagi pembangunan sesebuah IPD perlu dilihat kembali. Malah sudah adapun precedent dengan izin, seperti IPD Dang Wangi yang dibina di atas tanah yang keluasannya kurang dari lima ekar. Pohon pertimbangan sokongan serta dokongan bagi merealisasikan pewartaan perjawatan dan IPD Wangsa Maju di lokasi yang lebih strategik demi keselamatan, kesejahteraan semua penduduk, khususnya di Wangsa Maju. Dengan ini saya ingin melengkapkan perbahasan saya dengan serangkap pantun; Tidur sudah, mimpi pun sudah, Berlalu sudah bulan lapan dan sepuluh, Diuji sudah, difitnah pun sudah, Di bawah PMX Malaysia stabil dan utuh. Dengan itu, Wangsa Maju mohon menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Dengan itu Ahli Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 7 Mac 2024. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.51 malam]