Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat, saya difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak dapat menjawab soalan MQT hari ini dan juga Selasa depan. Ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang mengadakan lawatan rasmi ke Australia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN Australia pada minggu ini dan disusuli dengan lawatan ke Republik Persekutuan Jerman pada minggu depan.
Untuk itu, saya menjemput– dalam Waktu Pertanyaan Menteri ini, saya menjemput Datuk Sri Sheikh Mohmed Puzi bin Sheikh Ali, Pekan. Silakan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
1. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah inisiatif dan pendekatan baharu kerajaan dalam memperkasakan lagi hala tuju TVET bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional dan teknikal yang berdaya maju di negara ini dalam mendepani dan memenuhi keperluan perindustrian negara selari dengan perkembangan global dan kesediaan menghadapi teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Tan Sri Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Madani amat komited dalam memperkasakan hala tuju TVET bagi menghasilkan lebih ramai golongan profesional dan teknikal yang kompeten, selari dengan perkembangan global dan Revolusi Industri 4.0 melalui beberapa inisiatif dan pendekatan seperti berikut:
Pertamanya, kerajaan amat menggalakkan penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum untuk program-program baharu TVET dan menyediakan peluang kerjaya profesional untuk para graduan. Ianya terbukti menerusi pembentukan kerjasama dengan lebih 238 syarikat-syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dan GLIC bersama-sama dengan institut TVET dan lebih 10,000 kerjasama dengan FMM dan syarikat-syarikat yang bernaung dengannya.
Dengan melalui penglibatan pihak industri, kurikulum bersandarkan Revolusi Industri 4.0 seperti Internet of Things, Artificial Intelligence, big data, cybersecurity, cloud computing, additive manufacturing serta new emerging technology dapat disesuaikan dengan keperluan sebenar pasaran kerjaya.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Selaras dengan ini, kerajaan amat menyokong pembangunan dan peluasan pusat-pusat latihan TVET sebagai teaching factories, dengan izin. Pelaksanaan konsep teaching factories ini merupakan sebahagian inisiatif model Industry Based Education and Training (IBET) iaitu pendidikan dan latihan yang berpaksikan kepada institusi TVET sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran berorientasikan industri, di mana para pelajar berpeluang mendapat akses dan pendedahan secara terus kepada latihan dalam industri sebenar semasa di institut.
Pada masa ini, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memiliki lebih 30 teaching factories yang beroperasi di semua 12 kampusnya, di mana UniKL menyediakan ruang fasiliti dan perkongsian kepakaran dengan industri, syarikat-syarikat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Pertamanya, terima kasih di atas jawapan yang komprehensif tersebut. Selaras dengan usaha pihak kerajaan untuk membangunkan bakat tersedia untuk masa hadapan khusus dalam bidang kemahiran, mohon memberi penjelasan apakah inisiatif berterusan yang wajar dilaksanakan untuk mempromosikan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) ini sebagai pilihan utama pendidikan dan kerjaya untuk pelajar dan belia? Selain itu, dalam skop yang lebih luas di peringkat nasional, bagaimana TVET dapat ditransformasikan untuk meningkatkan keberkesanan serta daya tarikannya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, memang benar terdapat prasangka di mana TVET dianggap sebagai pilihan kedua atau pilihan ketiga.
Untuk itu, Majlis TVET Negara yang saya pengerusikan dan juga Sekretariat TVET yang diletakkan di bawah pejabat saya di TPM, telah berusaha dengan keras untuk menyelaraskan 1,345 TVET yang berada di bawah 12 kementerian, di mana 50 peratus daripadanya dilaksanakan oleh TVET di bawah kementerian dan jabatan serta agensi.
Manakala 50 peratus lagi di bawah pihak swasta dan 24 di bawah kerajaan negeri. Untuk itu, promosi TVET sebagai pilihan pertama, telah dilakukan promosi dengan beberapa pendekatan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pertamanya, kita menurut kepada, dengan izin, success story ataupun penceritaan kejayaan beberapa individu dan tokoh-tokoh dalam bidang TVET dan ini sedang berjalan, di mana kita dapati bahawa gaji premium telah disarankan dan MTUN atau Malaysian Technical University Network...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terdapat empat buah universiti TVET yang telah dipromosikan, di mana pelajar-pelajar ini tidak perlu mengambil SPM pun.
Daripada institut TVET itu terus mengambil diploma. Sekarang ini ada usaha supaya tidak didiplomakan, tarik terus ke ijazah.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ini terutamanya untuk pelajar-pelajar daripada maahad tahfiz, di mana kisah-kisah kejayaan ini telah saya sebutkan di Dewan yang mulia ini, di mana pelajar-pelajar tahfiz ini, yang hufaz ini telah menghafal 30 juzuk al-Quran dan mereka di-TVET-kan. Mereka sekarang telah menjadi jurutera penerbangan.
Ramai lagi yang telah dibawa untuk mengikuti kursus-kursus penerbangan, perkapalan dan kursus-kursus yang berkaitan sebagaimana yang saya sebutkan tadi.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Keduanya, kolaborasi dengan industri besar khususnya MNC, dengan izin, multinational corporation, di mana on-job training kita telah wujudkan. Di mana 60 peratus daripada pengajian itu ialah di industri. Hanya 40 peratus sahaja maksimum di dewan-dewan kuliah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ketiganya, kita melakukan strategi pengintegrasian, terutamanya program yang berkaitan dengan IR4.0 serta subjek-subjek yang berteknologi tinggi. Kita lakukan ini semata-mata kerana itu adalah kehendak pasaran dan kita terus mempertingkatkan kerjasama dengan beberapa kerajaan di luar negara untuk lebih mewujudkan banyak lagi kolaborasi dengan institusi TVET ini.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya merasakan TVET ini adalah salah satu solusi untuk ratio atau nisbah yang tidak seimbang antara pelajar IPT lelaki dan perempuan. Jadi, ini adalah perkara yang bagus.
Jadi, apakah penekanan khusus yang akan diberi kepada Dasar TVET Negara serta garis masa pelaksanaannya? Sejauh manakah fungsi Majlis TVET Negara yang ditubuhkan kerajaan sebelum ini akan diperkasa sebagai badan pemutus dasar?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kedua, adakah pihak kerajaan juga telah mengkaji dan merancang untuk mewujudkan akta gaji khusus untuk TVET berdasarkan kelayakan individu supaya diberikan pengiktirafan setanding dengan kelayakan akademik lain? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila, Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Satu soalan yang baik, Tan Sri, di mana memang inilah yang sedang berada di dalam kerangka Majlis TVET Negara.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita akan melancarkan Dasar TVET ini pada 2 Jun tahun ini. Di samping itu, kita juga mewujudkan hanya sebuah sahaja pusat pengiktirafan kepada TVET supaya tidak timbul kekeliruan dan kecacamarbaan dari segi pengiktirafan.
Ketiganya, kita juga melihat dari segi gaji. Gaji – terdapat saranan agar gaji premium itu bukan berdasarkan pada minimum wage ataupun gaji minimum. Tetapi satu tahap yang lebih tinggi yang dicadangkan ialah RM4,000 ke atas. Untuk itu, secara tidak langsung ini akan menggalakkan pelajar-pelajar masuk ke institusi TVET ini. Selanjutnya, TVET ini tidak akan dimulakan selepas Tingkatan 5 sahaja tetapi dimulakan lepas Tingkatan 3, di mana kolej vokasional, teknikal dan sebagainya akan menjadi feeder kepada institusi TVET ini agar mereka akan dapat mengambil diploma dan juga ijazah dua tahun lebih awal daripada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu penggalakan yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, selaras dengan peningkatan permintaan terhadap bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional aras tinggi, saya minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, apakah pendekatan yang diambil oleh institusi pendidikan di bawah MARA khususnya Universiti Kuala Lumpur yang mengendalikan pendidikan TVET bagi memastikan graduan tersebut mempunyai jaminan kerjaya seterusnya gaji yang lebih premium dan progresif? Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan Labuan ini kerana beliau juga pernah berkhidmat di bawah MARA dan beliau mengetahui sangat apa yang dilakukan oleh pihak MARA. Tetapi di sini, TVET ini bukan hanya MARA tetapi banyak lagi kementerian yang terlibat. Banyak juga institusi pendidikan pihak swasta yang terlibat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Apa yang ingin saya tekankan dari segi high TVET ini ataupun TVET aras tinggi ini, kita menjalin kerjasama dengan UTEM yang saya sebutkan tadi, iaitu antaranya Universiti Teknikal Melaka, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah dan Universiti Tun Hussein Onn, di mana cucunya berada dalam Dewan ini. Kita wujudkan ini kerana mereka yang tidak cemerlang di dalam bidang pendidikan ini tidak dinafikan untuk memperoleh ijazah dan kursus-kursus yang lebih tinggi daripada itu.
Apa yang kita lakukan, kita menerobos kerjasama yang baharu dengan pihak Turkiye, kita mewujudkan Malaysian-Turkish Institute. Kita dengan China juga, Malaysian- Chinese Institute, dengan Korea juga, Malaysian-Korean Institute. Selain daripada dengan pihak Perancis, dengan Spain, dengan Jepun dan dengan Germany dan beberapa negara yang lain. Terdapat 17 kerjasama dilakukan. Kita tidak perlu ada peruntukan tambahan ataupun bangunan baharu tetapi kita convert ataupun kita sesuaikan dengan kemudahan yang ada ini dan kita lakukan training for trainers. Ertinya pensyarah-pensyarah yang ada kita berikan latihan supaya kursus-kursus yang ada itu sesuai dengan kehendak pasaran.
Begitu juga dalam soal gaji saya telah sebutkan tadi. Insya-Allah, gaji premium ini kalau ada dukungan daripada sebelah sini dan sana, saya fikir soal akta ataupun soal peraturan baharu perbincangan dengan Malaysian Employers Federation umpamanya dan persatuan-persatuan NGO yang lain untuk kita meningkatkan gaji premium kepada lepasan daripada TVET ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Baik saya jemput sekarang Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Labuan.
2. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah masalah bekalan air dan elektrik yang semakin meruncing di Labuan sehingga menjejaskan minat pelabur akan dapat diselesaikan dan status program- program yang akan diadakan di Labuan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Labuan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menarik kemasukan pelabur ke Wilayah Persekutuan Labuan, pelbagai usaha untuk membangunkan dan meningkatkan infrastruktur khususnya bekalan air dan elektrik telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan melalui agensi-agensi yang berkaitan.
Pada masa ini, bekalan elektrik di Labuan bergantung kepada talian sambungan 132 kilovolt Beaufort-Labuan berkapasiti 77 megawatt dan Stesen Janakuasa Patau- Patau yang berkapasiti 96.2 megawatt. Bagi menampung permintaan semasa bekalan sekitar 70 megawatt hingga 72 megawatt serta keperluan masa hadapan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan, rangka pembangunan sistem bekalan elektrik telah disediakan dan dengan melaksanakan projek-projek seperti yang berikut.
Pertamanya, pelan pembangunan jangka sederhana dan jangka panjang sedang dirangka untuk mengukuhkan bekalan elektrik antaranya adalah seperti cadangan stesen jana kuasa baharu yang berkapasiti 100 hingga 130 megawatt yang akan mula beroperasi pada tahun 2028 serta program menaik taraf serta penggantian sistem bekalan.
Pelaksanaan projek jana kuasa baharu ini merupakan projek usaha sama yang dilaksanakan special purpose vehicle, dengan izin SPV, yang terdiri daripada PETRONAS Gas Bhd. (PGB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sabah Energy Corporation Sdn.
Bhd. (SEC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Pada masa ini, dengan siapnya projek ladang solar Yang Berhormat, berkapasiti 10 megawatt di Bukit Kalam yang telah mula beroperasi sejak 9 Februari baru-baru ini dan projek ladang solar berkapasiti lima megawatt di Tanjung Kubong yang akan beroperasi pada 30 April tahun ini juga. Dilihat mampu mengukuhkan lagi bekalan elektrik. Selain daripada itu, projek meningkatkan kapasiti penjanaan 10 megawatt lagi di pencawang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
pembahagi utama Enoe telah di peringkat akhir projek dan dijangka siap pada penghujung Mac 2024.
Kemudian, dalam konteks bekalan air pula Yang Berhormat, 90 peratus sumber air Labuan pada masa ini adalah bergantung pada Sungai Padas melalui Loji Rawatan Air Kampung Lawa Gadong, Sabah yang membekalkan air sebanyak 76 juta liter sehari.
Secara puratanya, penggunaan semasa bekalan air di Labuan adalah 51 juta liter sehari.
Labuan juga berdepan dengan masalah 30 peratus non-revenue water dengan izin, berpunca daripada paip-paip usang yang bocor dan berusia lebih daripada 30 tahun.
Maka, antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut iaitu pelaksanaan projek bekalan air yang kini tertumpu kepada strategi untuk menggunakan peruntukan RM300 juta yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri tahun lepas bagi menaikkan taraf sistem bekalan air.
Antara strategi adalah penggantian sistem pengepaman, meningkatkan kapasiti sistem simpanan air juga penambahan takungan air mentah dan penggantian paip di Wilayah Persekutuan Labuan. Kemudiannya, pada masa ini terdapat empat projek jangka pendek sedang dilaksanakan. Ini bernilai RM25 juta yang juga akan dijangka siap pada tahun depan, 2025. Kerja-kerja ini seperti kerja penggantian sistem pam dan kerja bekalan air di Pulau Enoe, Wilayah Persekutuan Labuan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit lagi masa untuk membacakan keseluruhan jawapan ini. Kemudian, kerja-kerja pembaikan kelengkapan mekanikal dan electrical serta kerja-kerja berkaitan di Bukit Kallam Kerupang, rumah pam hasrat Wilayah Persekutuan Labuan juga kerja-kerja baik pulih tangki Kerupang dan penggantian tangki Loji Rawatan Air Lawa Gadong, Beaufort, Sabah dan kerja-kerja penggantian transformer dan kerja-kerja berkaitan di Loji Rawatan Air Lawa Gadong, Beaufort, Sabah. Bagi Program Madani Rakyat Labuan 2024, sukacita dilaporkan bahawa sehingga 30 Januari 2024, 113 program telah dirancang untuk dilaksanakan di Labuan dan sekitar sembilan program telah dilaksanakan sehingga bulan Februari tahun ini.
Seiring dengan itu, tumpuan Kerajaan Madani adalah untuk membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan ini khususnya meningkatkan kecekapan bekalan air dan elektrik, pelaksanaan projek yang dirancang ini memerlukan juga komitmen semua pihak khususnya agensi-agensi dan kementerian berkaitan bagi memastikan ianya siap dilaksanakan sekali gus meningkatkan kepercayaan pelabur untuk melaksanakan pembangunan di Wilayah Persekutuan Labuan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan dan saya ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah membuat dua lawatan ke Labuan sejak dilantik menjadi Menteri menjaga Wilayah Persekutuan.
Soalan tambahan saya ialah, selain menyelesaikan masalah air dan elektrik, adakah kerajaan mempunyai pelan komprehensif untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi Labuan sebagai kawasan pertumbuhan pelaburan khususnya dalam menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan komuniti peniaga setempat di Labuan?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Labuan.
Jawapannya ya. Jadi, insya-Allah kerajaan yakin arus perubahan dengan izin, the game changer bagi merancakkan ekonomi Labuan ini adalah dengan kita meningkatkan perhubungan atau pun connectivity pengangkutan melalui laut dan juga udara. Kemudian, kita juga ada Kajian Rancangan Struktur Labuan 2040.
So, yang ini kita menggariskan beberapa inisiatif yang juga boleh diteliti kebolehlaksanaannya. Contohnya ialah dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan feri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Antara Sabah dan juga Labuan ya. Ini adalah untuk menaik tarafkan fasiliti, menambah bilangan pengendali perkhidmatan feri dan juga menambah kekerapan perjalanan serta mengkaji keperluan menambah baik laluan feri yang bagi memendekkan masa perjalanan.
Kemudian, kita juga menjalankan penambahan destinasi penerbangan domestik seperti dalam negara dan juga antarabangsa. Ini sangat penting ya. Ketiganya, adalah untuk membangunkan fasilliti kargo udara yang baharu secara berperingkat mengikut keperluan dan permintaan semasa bagi menampung pertambahan aktiviti kargo.
Keterhubungan yang baik juga akan pastinya membantu dalam mempromosikan produk pelancongan yang sedia ada. Kita ada produk pelancongan yang kita namakan 5S iaitu sun (matahari), sand (pantai), shopping (bebas cukai), seafood (makanan laut) dan sport (sukan). Sebab ini adalah ready produk yang ada di Labuan. Dalam hal ini kerjasama Jawatankuasa Pelancongan Sabah, Sarawak dan Labuan juga akan diperkasakan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Oh ya, silakan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat bahawa masalah besar air di Labuan ialah masalah bekalan elektrik yang tidak stabil daripada Menumbok yang dihantar kepada kawasan Labuan tersebut. Dalam perancangan ialah untuk menukarkan paip air yang baharu di kawasan Labuan yang telah diluluskan. Saya ingin dapat penjelasan status projek penukaran paip baharu yang berlaku di Labuan. Berapa percent sekarang? Sejauh mana ia nya dapat diatasi?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya memang betul. Itu adalah masalah utama yang juga saya telah jawab tadi tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, sebenarnya projek-projek itu sedang kita laksanakan. Insya-Allah kita pada masa yang sekarang ini setakat ini empat projek yang penting yang mengambil jumlah RM25 juta. Itu yang kita akan laksanakan tetapi yang RM300 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari sedang kita dapatkan butirannya untuk kita melaksanakan sepenuhnya dengan memastikan insya-Allah bekalan air di Labuan itu akan dapat kita atasi dengan segera. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Puan Rodziah binti Ismail, Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Kewangan menyatakan iltizam dan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan lebih banyak alternatif cukai progresif seperti Cukai Harta Pusaka dan Cukai Keuntungan Modal terlebih dahulu sebelum melaksanakan semula GST, sejenis cukai regresif dalam usaha mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan negara di samping menangani defisit.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Tan Sri Yang di-Pertua, selaras dengan keperluan meluaskan ruang fiskal bagi menampung perbelanjaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat seperti digariskan dalam Ekonomi MADANI. Kerajaan perlu mengurangkan ketirisan khususnya melalui penyasaran semula subsidi dan meluaskan asas cukai. Ini kerana asas cukai kita berada pada 11.2 peratus daripada KDNK iaitu antara terendah di rantau ini. Berbanding dengan Singapura, pada 12.6 peratus yang biasa dilihat sebagai sebuah ekonomi dengan cukai yang rendah.
Meskipun reformasi percukaian adalah perlu, kerajaan tetap membuat penelitian sewajarnya bagi memastikan rakyat tidak terbeban dan pada masa sama, ruang fiskal kekal mampan. Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan mengambil pendekatan yang lebih progresif sebagai langkah meningkatkan pendapatan negara. Antaranya melalui beberapa langkah reformasi percukaian.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan
Pertama, kerajaan mengenakan cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham tidak tersenarai pada kadar 10 peratus bermula 1 Mac 2024. Selaras dengan amalan terbaik percukaian antarabangsa dan atas prinsip keadilan sosial, cukai juga dikenakan ke atas penjualan aset modal sebagai hasil tambahan kepada kerajaan, selain cukai yang dikenakan pada pendapatan syarikat. Walau bagaimanapun, cukai ini tidak dikenakan ke atas individu yang melupuskan saham tidak disenarai.
Kedua, mulai 1 Mac 2024 juga, skop perkhidmatan bercukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 diperluaskan meliputi perkhidmatan baharu seperti pusat karaoke, logistik serta pembrokeran dan penjaminan seperti perkhidmatan broker kapal, kapal terbang, komoditi dan hartanah.
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan
Cukai perkhidmatan turut dinaikkan daripada enam ke lapan peratus, kecuali perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi dan penyediaan ruang parking. Langkah pengecualian perkhidmatan seperti makanan dan minuman bersifat progresif kerana yang ini mengurangkan impak kenaikan cukai kepada kos sara hidup rakyat.
Langkah cukai perkhidmatan dianggar akan menjana hasil tambahan RM3 bilion.
Ketiga, kerajaan kini sedang menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima dan 10 peratus. Cukai ini akan dikenakan berdasarkan nilai ambang tertentu yang ditetapkan bagi setiap barangan terlibat. Cukai ini juga bersifat progresif kerana ia dikenakan atas mereka yang mampu membeli barang bernilai tinggi dan tidak membebankan golongan yang berpendapatan rendah.
Kerajaan Madani komited mengukuhkan kedudukan kewangan negara dengan mampan supaya dapat menyokong agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan terbuka untuk mengkaji langkah-langkah cukai yang boleh menambah hasil tanpa mendatangkan kesan jangka panjang bagi kemudian hari, dengan izin, far-reaching impacts. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan dengan baik dan tuntas. Saya maklum dan kita semua maklum di sini pelbagai cukai yang dikenakan kepada rakyat, baik daripada golongan- golongan tertentu ataupun kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan. Pastinya hasilnya adalah untuk manfaat kepada semua.
Tetapi, apa yang saya ingin minta tambahan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, saya yakin yang dinyatakan tadi itu bagi menampung fiskal negara tetapi soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang kerajaan sudah dan akan rangka untuk diambil demi memastikan rakyat tidak terbeban dan syarikat juga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan sewenang-wenangnya harga ataupun mengaut keuntungan yang berlebihan memandangkan kita lihat kepelbagaian cukai progresif ini dicadangkan ataupun dikenakan?
Seterusnya. Ini, Yang Berhormat Menteri, saya boleh minta supaya jawapan ini dijawab secara bertulis iaitu saya nak mohon Menteri kongsikan unjuran peningkatan hasil selama lima tahun yang akan datang natijah peluasan skop dan kenaikan kadar-kadar cukai yang telah pun diperkenalkan mulai 1 Mac dan juga, yang telah pun dinyatakan, mulai 1 Januari yang lepas. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Tan Sri Yang di-Pertua, mulai 1 Mac 2024 lalu, skop perkhidmatan bercukai telah diperluaskan, seperti semua maklum, meliputi perkhidmatan baharu seperti pusat karaoke, logistik, pembrokeran dan penjaminan. Bagi perkhidmatan broker, antaranya kapal dan kapal terbang, komoditi dan hartanah.
Walaupun kadar cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam ke lapan peratus, perkhidmatan yang menjadi keperluan asas dan gaya hidup rakyat dikecualikan daripada
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
kenaikan cukai. Ini termasuk makanan dan minuman, telekomunikasi, parking kenderaan dan logistik kekal pada kadar enam peratus.
Langkah pengecualian perkhidmatan seperti makanan dan minuman adalah bukti walaupun kerajaan bertindak meluaskan asas hasil negara, kerajaan tidak akan sekali- kali mengabaikan kepentingan majoriti rakyat.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Keputusan kita melaksanakan reformasi cukai adalah secara progresif supaya kesannya adalah kurang dan tidak membebankan majoriti rakyat. Dalam menimbang soal cukai, kerajaan akan memastikan bahawa perubahan cukai perkhidmatan ini tidak memberi kesan yang membebankan golongan rentan, lebih- lebih lagi yang melibatkan keperluan asas seperti bekalan air bersih dan pengangkutan feri.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan akan terus melindungi kebajikan rakyat pada setiap masa. Kerajaan akan terus meningkatkan tahap pemantauan dan penguatkuasaan ke atas mana-mana pengusaha yang mengambil kesempatan menaikkan harga perkhidmatan secara berlebih-lebihan, lebih-lebih lagi oleh mereka yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memulakan Ops Kesan 2024 mulai 1 Mac 2024 bagi memantau impak pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan dari enam ke lapan peratus. Kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya ada pengusaha yang menaikkan harga secara tidak munasabah dan melanggar perundangan berkaitan pencatutan dan membebankan rakyat.
Bagi data yang diminta tadi, saya akan bagi dengan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bukit Gantang.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Bukit Gantang.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya. Sepatutnya kerajaan memilih satu rejim cukai yang lebih komprehensif, sustainable, telus dan proven. Lebih 175 negara telah melaksanakan rejim GST. Walaupun negara telah melaksanakan seketika dulu, oleh kerana pengawalan dan juga pemantauan yang kurang cekap menyebabkan peniaga menaikkan harga melebihi daripada sepatutnya yang telah digazetkan. Jadi, apakah kerajaan bersedia sekali lagi untuk melaksanakan GST? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang pernah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam Dewan yang mulia ini, dalam melaksanakan pembaharuan fiskal, kerajaan mengambil pendekatan yang progresif dan konteks subsidi bersasar dan percukaian.
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan GST lagi kerana ia bersifat cukai penggunaan yang berasas luas dan dengan itu, bukanlah masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula memandangkan antara rakyat, terutama yang berpendapatan rendah, menghadapi cabaran kos sara hidup.
Walaupun kadar inflasi 2023 secara purata adalah 2.5 peratus, tetapi bagi makanan dan minuman, hampir lima peratus. Kategori ini adalah yang lebih dirasai oleh rakyat jelata. Dan antara faktor dikekalkan kadar cukai perkhidmatan pada enam peratus untuk makanan dan minuman.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai penggunaan baharu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Mengambil pendekatan tersebut, bagi memenuhi keperluan meningkatkan hasil negara, kerajaan telah mengambil pendekatan berperingkat dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai lebih kemampuan terlebih dahulu.
Sebagai contoh, walaupun kadar cukai perkhidmatan telah meningkat daripada enam ke lapan peratus, cukai perkhidmatan untuk elektrik hanya dikenakan atas pengguna domestik melebihi 600 kilowatt sejam, iaitu golongan 15 peratus pengguna terbesar. Untuk baki 85 peratus pengguna itu pula, tiada cukai perkhidmatan dikenakan atas bil elektrik. Di samping itu, bil air dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga memperkenalkan beberapa cukai jenis lain, antaranya cukai keuntungan modal, cukai barang bernilai tinggi, selain memperluaskan skop dan meningkatkan kadar cukai perkhidmatan bagi meluaskan asas cukai yang sedia ada tetapi tidak menjejaskan kehidupan harian kebanyakan rakyat.
Secara dasarnya, walau apa-apa pun keputusan kerajaan, kerajaan akan memastikan sebarang langkah cukai yang dilaksanakan tidak memberi kesan langsung kepada golongan rentan dan kebajikan mereka akan terus dilindungi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Putrajaya.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar dengan teliti penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas penjelasan tersebut.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Cuma, jika kita lihat dari sudut ketelusan SST ya, dari sudut tax on tax, dari sudut cukai di atas cukai yang dikenakan dalam konteks SST ini, terutamanya dalam rantaian bekalan. Sebagai contoh ya, dari sudut pengilang terdapat banyak komponen perkhidmatan yang dulunya tak dikenakan cukai. Sekarang ini kena cukai dalam pengilang ke pemborong pun kena, pemborong pada peruncit pun kena, peruncit yang menghantar kepada pengguna akhir pun ada komponen. Jadi, jika kita lihat hasrat kerajaan untuk menaikkan SST ini dan juga meluaskan skopnya adalah untuk mendapat hasil yang lebih tinggi.
Pada masa yang sama kita lihat bahawa kesan perluasan skop dan juga kenaikan kadar SST ini adalah secara keseluruhannya kepada semua rakyat. Walaupun Yang Berhormat Menteri kata tadi tak semua terlibat ya. Namun memandangkan di sepanjang supply chain itu tax on tax dan ketelusan SST ini merupakan satu isu, maka kita lihat semua rakyat terkesan. Soalan saya, memandangkan kita ada pengalaman melaksanakan SST kemudian GST kemudian kembali kepada SST.
Adakah kerajaan melihat kenaikan SST dan perluasan skopnya ini memberi kesan yang sama kepada rakyat sewaktu GST dilaksanakan dahulu dan sama ada dari sudut hasil SST ini memberikan hasil yang lebih rendah berbanding dengan GST?
Maksud saya, adakah dengan adanya SST ini kesan pada rakyat, sama macam GST dulu tapi hasil kepada kerajaan adalah lebih rendah berbanding dengan pelaksanaan GST dulu? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Tan Sri Yang di-Pertua, sememangnya isu kenaikan cukai adalah satu isu yang mungkin banyak meningkatkan tanda tanya kepada semua orang.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tapi dalam penggubalan percukaian yang dibuatkan oleh kerajaan, kita mengambil kira dan pendekatan di mana kita cuba mengurangkan beban yang akan terkena kepada rakyat seluruhnya terutama mereka yang daripada golongan rentan. Dari segi cukai logistik yang dikenakan seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Putrajaya, di dalam cara kita untuk mengurangkan kita tidak mengenakan cukai perkhidmatan ni dalam area di mana ada perantaraan antara B2B. Jadi kalau kita tak ada B2B, dia tidak ada tax on tax daripada structure yang ada macam tu.
Kedua, bila ada perniagaan yang buat eksport dia tak ada mengenakan cukai perkhidmatan daripada eksport sahaja yang kita tak menekan ekonomi yang ada kat sekarang. Tapi yang pentingnya untuk dari segi kerajaan, kita juga melihat di mana kita boleh memberikan kelepasan percukaian.
Sepertimana saya ceritakan tadi di mana golongan rentan kita jaga di mana kita tidak menaikkan cukai daripada enam ke lapan peratus ataupun kita melihat penceraian cukai terus seperti dari segi electricity. Ini adalah satu pendekatan kerajaan kerana kita kena mengingat yang rakyat adalah satu yang tidak semua sama basis yang dia ada. Jadi, kita tengok yang mana kita boleh, yang mana kita tak boleh.
Daripada segi perbezaan antara GST dengan SST, memang ada perbezaan.
Namun yang penting kita kena tengok kebolehan kerajaan dengan menggunakan alat-alat yang ada sekarang yang mana kita boleh buat cara sekarang dengan segera. Tapi jika kita cari jalan yang mana kita boleh mengurangkan ketirisan yang ada dalam sistem yang ada.
Jadi dari segi penyasaran subsidi, adalah satu target yang lebih penting untuk kerajaan buat masa sekarang kerana kita kena kurangkan penirisan yang ada dalam sistem perbelanjaan yang ada sekarang. Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, boleh saya...
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein [Sembrong] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:
(a) apakah mekanisme yang digunakan bagi membolehkan harga barang asas diturunkan dalam Program Jualan Agro Madani; dan
(b) sejauh manakah program tersebut mampu dilaksanakan secara meluas dan berterusan khususnya bagi penjual dan peniaga yang perlu menyerap kenaikan kos pengeluaran tersebut.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Sembrong dan terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan program Jualan Agro Madani (JAM) bermula sejak April 2023 yang berkonsepkan jualan dari ladang oleh petani serta pengeluar produk agromakanan terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Mekanisme ini dapat menurunkan harga barangan asas daripada 10 peratus hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran dan secara langsung dapat memberi penjimatan kepada pengguna. Program Jualan Agro Madani merupakan salah satu alternatif luang pasaran yang disediakan oleh KPKM bagi membantu petani dan pengeluar memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna di pelbagai lokasi pada harga yang munasabah di samping memudahkan pengguna mendapatkan bekalan makanan pada harga yang berpatutan.
Inisiatif ini dapat meningkatkan penggunaan produk hasil tani domestik dan seterusnya membantu petani tempatan dalam memperluaskan pasaran mereka. Bagi menjamin kelangsungan pelaksanaan program ini, KPKM melaksanakan Jualan Agro Madani di pelbagai lokasi seluruh negara, dengan memastikan penglibatan usahawan dan peserta ladang kontrak KPKM daripada kawasan sekitar.
Selain itu, usahawan pemasar yang dibangunkan melalui program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran di bawah FAMA turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung. Pelaksanaan program Jualan Agro Madani secara berterusan mencerminkan tekad kerajaan perpaduan dalam menangani kos sara hidup bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat.
Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 5,608 program Jualan Agro Madani telah berjaya dilaksanakan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 5,000 lokasi dan berjaya mencatatkan sejumlah 2.9 juta pengunjung di sepanjang penganjuran tersebut.
Inisiatif ini turut mencatatkan penglibatan seramai 74,800 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM93.74 juta.
Impaknya kepada masyarakat umum, program ini berjaya memberikan penjimatan harga barangan sebanyak RM27.8 juta kepada lebih kurang 11.6 juta isi rumah di seluruh negara. Pada tahun 2024, KPKM menyasarkan untuk melaksanakan sebanyak 5,000 program Jualan Agro Madani untuk mencapai sasaran keseluruhan sebanyak 10,000 bagi tempoh 2023 hingga 2024. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Terima kasih. Silakan Sembrong.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyambut baik usaha yang sedang dilakukan. Tetapi harga barangan asas cukup penting buat ramai di luar sana yang terkesan. Maka saya nak tanya sama ada inisiatif ini hanya dilihat sebagai langkah sementara atau kita akan lihatnya secara lebih efektif, lebih meluas, lebih berterusan dan lebih berkesan.
Ini penting supaya kita boleh melihatnya secara jangka masa sederhana dan panjang. Untuk ia efektif sampai ke akar umbi, perancangan yang rapi mungkin satu blueprint yang lebih rapi dengan sasaran yang lebih jelas dan KPI yang dapat dirasai, dapat sampai lah ke peringkat akar umbi.
Kedua di peringkat global, di mana COVID pandemik-19 telah jelas menjejaskan the global food supply chain. Negara-negara seperti Timur Tengah memerlukan pertanian dan makanan yang perlu diimport. Ini peluang bagi kita.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong
Kalau sekiranya kita dapat perluaskan inisiatif ini, ianya bukan sahaja membantu keperluan domestik, tetapi ianya juga dapat membantu kita meningkatkan foreign direct investment dan juga memulihkan kejatuhan nilai ringgit. Ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai kementerian dan kalau ianya perlu diperluaskan secara global, ia memerlukan komitmen daripada Kabinet secara total. Good luck Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Sembrong. Dengan kaedah jualan tanpa melalui orang tengah, petani mempunyai pasaran yang lebih baik dan boleh menikmati keuntungan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama, pengguna dapat menikmati harga yang lebih murah.
Jualan Agro Madani yang akan dilaksanakan secara berterusan bagi tahun ini merupakan satu platform jualan yang boleh digunakan oleh petani untuk memasarkan hasil
Datuk Arthur Joseph Kurup
jualan pertanian mereka. Dengan adanya ruang pasaran yang konsisten, petani boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka, seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui jualan yang dijana sepanjang program ini.
Program ini juga dapat memastikan kesinambungan pengeluaran makanan dalam jangka masa yang panjang disebabkan terdapat permintaan yang konsisten daripada pengguna. Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti pemasaran usahawan di pasaran domestik dan juga global, KPKM turut melaksanakan beberapa program yang lain untuk padanan perniagaan.
Antaranya seperti FAMA Fest di mana kita membantu kepada pengeluar dan usahawan kita dengan program seperti business matching dan juga membantu mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa. Kita yakin sekiranya usahawan dan pengeluar kita boleh menembusi dan memperluaskan lagi pasaran mereka ke peringkat global, itu bukan sahaja akan membantu untuk mengurangkan kita punya trade deficit di negara kita tetapi juga meningkatkan pendapatan bagi negara kita.
Untuk maklumat Yang Berhormat Sembrong juga, sekiranya kita merujuk kepada laporan Global Food Security Index 2022 yang dikeluarkan oleh Economist Impact, Malaysia sebenarnya berada di kedudukan ke-41 daripada 113 buah negara dengan skor 69.9 dan berada di kedudukan yang kedua terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan kelapan dalam kalangan negara Asia Pasifik.
Maka kementerian akan terus berusaha supaya kedudukan Malaysia dalam Global Food Security Index ini akan terus meningkat dan juga pengeluaran kita juga akan dipasarkan dengan lebih luas supaya kita dapat mencapai objektif kementerian. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya teruja untuk membangkitkan soalan berkenaan dengan jualan-jualan murah ini. Sejak kebelakangan ini, kita terdapat banyak jabatan dan agensi kerajaan yang melaksanakan program jualan murah. Antaranya Jualan Agro Madani, Jualan Rahmah, Jualan Koperasi Madani dan juga yang terkini adalah Jualan Termurah Madani.
Saya berpendapat di sini perlu adanya satu dengan izin synchronization antara jabatan dan agensi supaya perlaksanaan program ini lebih bersasar dan benar-benar membantu rakyat. Justeru itu saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah terdapat perbezaan antara setiap program jualan murah ini?
Berapakah jumlah subsidi yang diperuntukkan untuk setiap program yang dilaksanakan ini supaya rakyat dapat menikmati harga barangan yang lebih murah dan juga boleh tak kementerian terus mengarahkan kalau boleh buat jualan murah di tempat- tempat isolated tertentu. Jadi kita nak menyeluruh kepada merchandize ini ataupun sole distributor ini membuat jualan murah di kedai-kedai runcit di seluruh negara supaya rakyat mendapat nikmat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. KPKM sebenarnya menyambut baik perlaksanaan program-program seperti jualan murah yang disebutkan tadi. Sebenarnya semua program ini ia merupakan pelengkap antara satu sama lain. Lebih banyak perlaksanaan program jualan murah sebenarnya ia lebih baik dan lebih banyak manfaat yang akan diterima oleh rakyat. Setiap kementerian dan agensi mempunyai kelebihannya tersendiri dan yang penting ia perlu dilaksanakan secara berterusan untuk manfaat rakyat.
Saya juga bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat agar penyelarasan bersama perlu dilaksanakan. Justeru KPKM akan sentiasa mengadakan perbincangan bersama kementerian seperti KPDN dan juga KUSKOP supaya perlaksanaan program ini akan lebih bersasar. Melihat kepada perbezaannya pula, yang paling ketara adalah daripada sudut peserta program, lokasi serta model perlaksanaan. Jualan Agro Madani melibatkan peserta ladang kontrak daripada FAMA, LPP dan LKIM manakala Jualan
Datuk Arthur Joseph Kurup
Rahmah melibatkan pemain industri peruncitan seperti pasar raya dan Jualan Koperasi Madani dan pula melibatkan koperasi-koperasi pemborong dan peruncitan.
Dari sudut lokasi perlaksanaan pula, Jualan Agro Madani dilaksanakan di pejabat- pejabat kerajaan, outlet pengumpulan hasil ladang serta lokasi berkepadatan tinggi penduduk di B40 dan M40. Manakala keutamaan perlaksanaan Jualan Rahmah adalah di premis pasar raya dan sekiranya sesuai, akan dilaksanakan di luar premis pasar raya. Bagi Jualan Koperasi Madani pula, ia dilaksanakan di premis atau bangunan koperasi.
KPKM tidak menyediakan subsidi khusus kepada peserta. Mekanisme Jualan Agro Madani adalah jualan terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah atau pihak ketiga dan justeru pengguna dapat menikmati harga yang lebih rendah sekitar 10 sehingga 30 peratus dan pada masa yang sama memberi keuntungan kepada petani dan peniaga.
Di dalam sasaran KPKM untuk menambahkan lagi 5,000 Jualan Agro Madani pada tahun ini, kita akan pastikan bahawa kita akan menjelajah ke seluruh negara termasuk semua Parlimen dan semua DUN. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Minggu depan mula puasa, Puasa mengajar erti takwa, Moga Menteri sihat sentiasa, Mohon jawapan soalan nombor dua.
2. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah syor di pihak kerajaan untuk memperkenalkan pengelasan pendapatan isi rumah yang baharu bersandarkan klasifikasi pendapatan boleh belanja bersih berbanding klasifikasi berdasarkan pendapatan isi rumah (B40, M40, T20) yang digunakan pada masa ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang mulia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum ini kerajaan menentukan had pendapatan berdasarkan kategori kumpulan pendapatan dengan menggunakan cerapan data daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah ataupun HIES oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Survei ini dijalankan setiap dua kali dalam tempoh lima tahun dengan menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian sejumlah sekitar 89,000 isi rumah yang mewakili 7.9 juta isi rumah warganegara Malaysia. Survei terkini adalah HIES 2022 antaranya merangkumi data pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, kemiskinan bilangan isi rumah dalam setiap kategori kumpulan pendapatan.
Secara umum, sekarang dan sebelum ini kategori pendapatan terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu T20, M40 dan B40. Definisinya adalah seperti berikut. B40 merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dari keseluruhan isi rumah dan berdasarkan HIES 2022, had pendapatan ini di peringkat nasional adalah kurang daripada RM5,250 yang meliputi 3.16 juta isi rumah.
M40 adalah kumpulan pertengahan dan berdasarkan HIES 2022, hadnya adalah RM5,250 sebulan kepada RM11,819 sebulan dan T20 adalah kumpulan isi berpendapatan 20 peratus tertinggi iaitu pendapatan melebihi RM11,819 sebulan.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah memaklumkan berkenaan cadangan peralihan kaedah pengenalpastian kumpulan sasar daripada pengelasan kumpulan
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 kepada pendapatan boleh belanja isi rumah bersih, dengan izin net household disposable income. Kerajaan berpandangan konsep pendapatan boleh guna bersih boleh diperkenalkan sebagai asas untuk pemberian bantuan bagi mengurangkan risiko keciciran dan bersifat lebih adil kepada semua. Perkiraannya seperti begini, pendapatan boleh guna bersih dikira dengan menolak jumlah pendapat perbelanjaan asas kehidupan wajar yang selepas ini akan dirujuk sebagai PAKW daripada pendapatan boleh guna setiap isi rumah seperti gaji dan pencen, maksudnya pendapatan kasar gaji dan pencen.
Kemudian ditolak dengan pindahan semasa dibayar seperti caruman Kumpulan Wang Simpan Pekerja, cukai dan zakat yang telah dibayar. Dan ini akan memberi pendapatan boleh guna setiap isi rumah. Daripada itu, kita kemudian akan menolak apa yang dipanggil perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) yang merujuk kepada kos keperluan hidup untuk menjalani kehidupan bermakna, dengan izin decent living serta berbeza mengikut lokasi dan jumlah isi rumah yang meliputi kos makanan, pakaian, tempat tinggal, utiliti dan pengangkutan. Definisi dan mitologi PAKW ini adalah menggunakan metodologi daripada international labour standard dan mengambil kira kos sara hidup yang diukur berdasarkan gaji wajar.
Jadi kita menggarapkan beberapa masalah yang timbul sebelum ini dengan pengelasan B40, M40 dan T20. Kemudian, berdasarkan pula saranan-saranan termasuklah daripada Bank Negara Malaysia dan amalan lain yang lebih baik di negara lain bahawa sebarang penentuan pengelasan itu mesti lah mengambil kira kedudukan yang unik. Baik dari segi isi rumah, baik dari segi lokasi dan sebagainya. Cadangan peralihan ini adalah untuk memastikan penyampaian dasar sosioekonomi yang lebih cekap dan berkesan.
Selain itu, kerajaan juga mempertimbangkan penggunaan pendekatan berasaskan indeks dalam menentukan kelayakan penerimaan bantuan sosial dan kemiskinan. Pendekatan berasaskan indeks akan mengambil kira kelayakan penerima bantuan secara lebih luas tidak hanya tertumpu kepada pendapatan isi rumah.
Contohnya, sekiranya pada suatu seketika pada masa akan datang kerajaan akan menambah baik ke arah penggunaan indeks, indeks itu boleh diubah mengikut suasana ekonomi.
Jadi kita, kalau ada sekali lagi contohnya seperti gejala wabak yang berlaku secara meluas yang ada kesan kepada pendapatan dan kedudukan sosioekonomi isi rumah, indeks itu boleh diubah supaya kita dengan segera mengambil kira keadaan ekonomi yang terkini di samping mengambil kira juga perkara-perkara lain yang melambangkan kehidupan yang wajar tetapi tidak boleh diletakan akses wang. Contohnya akses kepada internat, akses kepada pendidikan dan sebagainya.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta 1 minit lagi ya. Peralihan kepada dua pendekatan baru ini akan disokong oleh pembangunan pangkalan data utama ataupun PADU. PADU merupakan inisiatif di bawah anjakan besar subsidi bersasar dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12, yang dibangunkan sebagai rujukan berpusat bagi menyasarkan bantuan.
PADU berperanan sebagai pangkalan data komprehensif untuk membantu kerajaan merangka dasar dan program pembangunan termasuk program sosioekonomi dan pembasmian kemiskinan secara lebih menyeluruh. PADU mengandungi data yang diintegrasikan dari pelbagai sumber termasuk agensi Kerajaan Persekutuan, negeri, badan-badan berkanun yang mengandungi semua profil maklumat individu dan isi rumah yang terdiri daripada maklumat biografi, demografi, pekerjaan, pendapatan, maklumat isi rumah, status OKU, status semua bantuan yang diterima daripada agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan juga negeri serta maklumat-maklumat yang lain.
PADU akan digunakan sebagai rujukan utama untuk bantuan sosioekonomi yang merangkumi antaranya Program Pembasmian Kemiskinan dan juga Program Subsidi Bersasar yang akan dilancarkan. Pelaksanaannya akan dibuat secara berfasa dengan fasa pertama telah bermula pada Januari 2024 yang kini dalam peringkat memberi ruang kepada keluarga dan isi rumah untuk mengemas kini dan mengesahkan data-data
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
pentadbiran yang diintegrasikan daripada semua jabatan kerajaan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih yang Berhormat Menteri atas jawapan panjang lebar pada hari ini.
Saya merujuk pada laporan akhbar pada Jun 2023 yang mana komitmen kerajaan untuk menghapuskan pengelasan B40, M40 dan T20 tahun depan, yakni tahun ini. Dan disebutkan bahawa akan mula dilaksanakan, bukan dicadangkan dilaksanakan peralihan dasar ini bermula Januari 2024.
Cuma untuk rekod, Januari tahun ini masih belum dilaksanakan lagi. Malah pengumuman tambang haji oleh Tabung Haji masih gunakan klasifikasi pendapatan B40, M40 dan T20. Dan pemberian Bantuan Tunai Rahmah, hujung Januari juga masih menggunakan pendapatan, bukannya pendapatan bersih.
Soalan tambahan saya pengelasan had isi rumah ini penting Yang Berhormat Menteri dan Tan Sri Speaker bukan saja untuk memastikan bantuan dan subsidi kerajaan ini disalurkan secara tepat tetapi juga lebih penting kepada kita penggubal undang-undang ini, policymakers ini adalah graduasi ataupun peningkatan disebut oleh YB Menteri tadi, daripada miskin itu keluar daripada miskin jadi golongan pertengahan dan sebagainya.
Jadi, adakah Yang Amat Berhormat Menteri bersetuju pada tahun ini dengan pengelasan had isi rumah berdasarkan pendapatan bersih ada risiko golongan pertengahan ini boleh jatuh kepada golongan bawahan ataupun golongan miskin secara mendadak atas pelbagai faktor tekanan kenaikan kos, subsidi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Mohon jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Apabila PADU dilancarkan pada 2 Januari 2024, sudah tentu itu bermakna peralihan kepada pendekatan berasaskan pendapatan boleh guna isi rumah bersih itu telah berlaku. Kita boleh mengambil pendekatan bahawa kita menggunakan data pentadbiran semata-mata tanpa kita buka kepada orang ramai. Tapi, kalau itu berlaku, ada kemungkinan risiko keciciran itu tetap akan ada.
Jadi sebab itu, kita buka kepada 31 Mac 2024, supaya orang ramai mengambil peluang ini untuk menyemak data pentadbiran yang ada dan mengemas kini. Jadi, kalau Bachok kata itu belum dilaksanakan itu tidak tepat sebenarnya kerana semua yang telah berada di dalam pentadbiran kerajaan termasuk yang sebelah sana, termasuk di peringkat kerajaan negeri tahu bahawa untuk kita betul-betul berkesan dalam menyampaikan bantuan dan merangka bentuk program sosioekonomi, kita perlukan data yang bukan saja tepat tetapi variabelnya lebih banyak dan terperinci daripada yang sedia ada.
Jadi, penyediaan data itu perlu lah dilakukan dengan lebih baik sebelum kita dengan mudah sahaja beritahu, kita nak buat begini, kita nak buat begitu dan kita beralih.
Jadi sebab itu, tempoh untuk mengemas kini maklumat keluarga dan mengesahkan data- data pentadbiran yang ada di dalam pangkalan data kerajaan ini perlu disambut dan disokong juga oleh semua pihak termasuklah rakan-rakan dari sebelah sana supaya seberapa ramai dapat kemas kini. Dan apabila 31 Mac 2024 itu ditutup, maka itu membolehkan maklumat pendapatan boleh guna bersih setiap isi rumah itu telah pun mengambil kira kedua-dua kumpulan data.
Selepas itu, kerajaan akan melaksanakan daripada satu program ke satu program dan kita tidak mahu tergesa-gesa kerana ini melibatkan 30 juta rakyat Malaysia.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kepada soalan kedua Bachok tadi, sama ada kumpulan pertengahan boleh jatuh ke kumpulan bawah dan sebagainya, dia berbalik kepada jawapan asal saya bahawa tujuan kerajaan beralih daripada pengelasan berasaskan pendapatan semata-mata iaitu B40, M40, T20 kepada pendapatan boleh guna bersih kerana kita sedia maklum bahawa itu bukanlah gambaran yang sebenar ataupun adil mengenai kedudukan sosioekonomi
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
sesebuah keluarga. Sebab itu ada yang sebelum ini M40 tetapi bila dilihat lokasi, tanggungan, jumlah isi rumah dan sebagainya, dia sebenarnya B40.
Jadi, apabila kita beralih kepada kaedah pendapatan boleh guna bersih isi rumah, itu secara langsung sebenarnya mengharmonikan kedudukan itu dan dengan pandangan yang lebih adil, yang lebih tepat mengenai kedudukan setiap isi rumah itu. Jadi, dia tak timbul yang jatuh atau yang naik. Yang penting ialah setiap bantuan dan juga program itu benar-benar sampai kepada mereka yang layak dan itu akan memastikan kita mengurangkan risiko keciciran apa yang dipanggil inclusion dan exclusion errors, dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini adalah soalan susulan daripada soalan nombor dua Bachok, berkenaan dengan sistem PADU. Kita– saya rasa merata-rata kita dapat lihat angka itu kita masih lagi belum mencapai sasaran. The numbers is still very low daripada 30 juta rakyat. Saya ingin tahu juga, apakah langkah-langkah untuk kita mengambil secepat mungkin untuk daftarkan seramai mungkin.
Nombor dua adalah berkenaan dengan adakah angka-angka ini masih rendah disebabkan ada khuatir oleh masyarakat oleh data yang diserahkan itu adalah selamat atau tidak sebab ada juga rakyat di luar ataupun benda ini juga dipolitikkan bahawa data- data yang diberi ini mungkin tidak selamat. Mungkin menteri boleh memberi sedikit jaminan kepada masyarakat bahawa data ini selamat dan juga langkah utk kita mengambil mencapai sasaran pendaftaran PADU. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Segamat. Soalan mengenai PADU adalah soalan-soalan yang paling banyak daripada semua Ahli Parlimen untuk sesi ini dan memang saya akan jawab secara terperinci. Jadi, I don’t want to use this dua minit sahaja untuk menjawab yang itu. Kita boleh ada sebab ada lebih kurang 42 soalan mengenai PADU. Cuma secara pantas, kebimbangan Segamat bahawa pendaftaran yang ada sekarang setakat 25 Februari, 3.79 juta.
Kita selalu lihat kepada beberapa perspektif, iaitu kita tengok berapa yang telah mengemas kini berbanding dengan jumlah warganegara 30 juta. Kita sebenarnya melihat kepada isi rumah. Isi rumah adalah 7.9 juta dan dengan PADU oleh kerana bujang dan juga golongan yang tidak berkeluarga itu juga dikira juga sebagai satu isi rumah, jumlah isi rumah dijangka akan naik kepada sembilan juta. Jadi apabila kita bandingkan jumlah kemas kini itu dia tidak boleh banding dengan 30 juta. Dia kena banding dengan jumlah isi rumah iaitu sekitar sembilan juta. Itu yang pertama.
Yang keduanya ialah data semua ini sudah ada. Yang kita nakkan ialah supaya ia dikemas kini, apabila ia dilaksanakan tidak timbul orang kata, “Kenapa saya tidak dapat”, “Kenapa saya begitu” dan sebagainya.
Jadi, soalan sama ada adakah dengan pendaftaran atau kemas kini yang dikira masih rendah berbanding dengan jumlah 30 juta, adakah itu mempersoalkan integriti data dalam PADU. Itu pun kurang tepat, Segamat, kerana kalau data yang ada dalam PADU itu dikira tidak tepat, semua data yang dalam sistem kerajaan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, kepada lembaga zakat dan sebagainya pun tidak tepat kerana maklumat itu datang daripada data-data ini.
Jadi, yang terbaik ialah kita akan pastikan bahawa tempoh berbaki sebulan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seberapa banyak keluarga dengan mengambil kira juga beberapa situasi. Contohnya, ada golongan yang merasakan bahawa mereka memang tidak layak untuk mendapat subsidi bersasar. Jadi, dia kata dia tak nak kemas kinilah kerana data. Itu pun telah ada.
Ada juga yang mungkin akan menunggu di masa yang lebih dekat dengan 31 Mac. Ada juga yang mungkin akan terkejar-kejar untuk mengemas kini apabila kerajaan mengumumkan bentuk-bentuk subsidi bersasar. Tetapi itu tidak mengganggu perancangan bahawa semua data maklumat isi rumah ini daripada data pentadbiran
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
mestilah tersedia menjelang 31 Mac 2024 untuk membolehkan program-program sosioekonomi kerajaan yang seterusnya beralih kepada kaedah pendapatan boleh guna isi rumah bersih.
Tuan Yang di-Pertua
Ayer Hitam, silakan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, Menteri. Saya meneliti jawapan. Mungkin sebelum itu, ada ramai yang salah faham kerana B40, M40, T20 sebenarnya tidak dimansuhkan. Nak naikkan pendapatan setiap kategori itu adalah tanggungjawab kerajaan. Tetapi subsidi tidak dibagi semata-mata kerana klasifikasi ini.
Saya setuju yang ini. Disposable income ini konsep yang baru.
Saya cuma nak bertanya kepada Yang Berhormat daripada penerangan tadi, apabila kita mengisi dalam 39 soalan, dia ada tanya tanggungan pinjaman, pinjaman peribadi dan sebagainya. Siapa yang akan membuat pengesahan data itu? Sebab, kedua, kita lihat masing-masing agensi dah ada data sepertimana Yang Berhormat katakan.
Bagaimana kejituan data itu dapat disahkan kerana dalam sistem yang kita isi itu dia tidak ada pengesahan yang boleh kita buat apa-apa perubahan. Jadi, kenapa tidak secara interaktif masukkan yang itu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Yang ketiga, soalan saya ialah kalau kita berpandukan kepada disposable income ada satu masalah. Orang yang lebih, kalau dia beli kereta bukan kata mahal sedikit berbanding dengan orang lain, dia berjimat-cermat. Yang ini disposable income dia mungkin lebih tinggi. Bagaimana membuat correction tentang apa persepsi ini dan juga keselamatan data? Sebab PDPA, agensi tak akan dedahkan. Tetapi bagaimana kita nak menghindar daripada hacker masuk ambil semua maklumat itu dan akhirnya kita akan jadi mangsa? Apakah jaminan kerajaan tentang ini supaya data itu tidak bocor? Saya rasa ini akan meyakinkan rakyat untuk mengisi dalam sistem PADU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Ayer Hitam. Saya rasa ada sedikit kekeliruan. Bila kita sebut tentang pendapatan boleh guna bersih isi rumah dan kita menentukan perbelanjaan asas kehidupan wajar, itu tidak bergantung kepada apa yang diisytiharkan oleh isi rumah kerana data-data itu telah pun ada di dalam data pentadbiran kerajaan ataupun data-data makroekonomi berdasarkan kepada kajian survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.
Sebab itu kita tahu contohnya, kalau pendapatan kehidupan wajar di sesuatu kawasan adalah RM3000 contohnya dan untuk hidup dengan taraf itu sewanya berapa, makanannya mengikut kategori kalori, mengikut umur dan sebagainya ini memang data yang telah ada dan penentuan berapa yang ditolak daripada perbelanjaan asas kehidupan wajar itu bukanlah daripada yang diisytiharkan di dalam kemas kini PADU. Dia berdasarkan data ekonomi yang dikumpul daripada 89 ribu isi rumah tadi. Yang ini jugalah yang menjadi asas kepada semua data yang lain.
Kemas kini itu diperlukan untuk beberapa tujuan khusus. Pertamanya ialah untuk kita memastikan tidak ada keciciran. Jadi kalau ada contohnya kumpulan atau keluarga yang pendapatannya dan pendapatan boleh guna bersih keluarganya itu memang layak untuk dapat pendapatan tetapi tidak pernah ada dalam senarai, baik STR, baik JKM dan sebagainya.
Inilah yang menjadi tujuan utama untuk mengenal pasti kumpulan-kumpulan ini iaitu untuk kita mengatasi exclusion error. Satu lagi ialah untuk mengatasi inclusion error kerana ada juga orang yang sebenarnya dia ada di dalam senarai penerima selama berpuluh tahun, tetapi sebenarnya dia tidak layak sama ada kerana dia tidak isytihar ataupun kerana keadaannya itu telah bertukar.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Oleh sebab itu, melalui kemas kini ini setelah ia berlaku ia membolehkan algoritma di dalam PADU itu menentukan kesahihan. Akan ada beberapa kategori yang khusus contohnya kalau data pentadbiran itu tepat dengan segala yang telah diisytiharkan, yang ini sudah tentu adalah satu kategori kumpulan isi rumah yang kita panggil gold standard. Maksudnya, data pentadbiran dengan keadaan yang sebenarnya itu adalah betul- betul tepat tetapi kalau ada perbezaan ataupun ada perkara yang berlainan, algoritma ini akan mengesahkan dan kemudian akan dimasukkan dalam kategori yang akan dikaji dan akan disahkan dengan lebih baik. Contohnya, ada keluarga yang selama bertahun-tahun mendapat bantuan kerajaan melalui daripada BR1M sampai STR kerana kita tidak semak jumlah kereta yang dia ada.
Jadi, apabila contohnya satu keluarga itu dia sudah masukkan, dia tunjuk pendapatan dia RM1,500 belanjanya, jadi dia betul-betul miskin tegar dan dia dapat bantuan tetapi dengan data pentadbiran kita dapat tahu sebenarnya dia ada kereta lima biji. Kereta dia kereta mewah dan anggaran tengok kepada di mana dia duduk dan sebagainya, ini mustahil seseorang yang pendapatannya yang selama ini dia kata banyak ini boleh ada kehidupan seperti ini dan ia disahkan oleh data-data pentadbiran, yang ini masuk satu kategori yang hitam, yang ini masuk kategori. Kita akan mula bersihkan satu persatu.
Jadi itu sebenarnya tujuan kemas kini itu, sebenarnya untuk membolehkan kalau sebelum ini setiap kali kerajaan membangunkan satu program sosioekonomi dan bantuan yang besar, memang akan timbul masalah. Ada orang kata, saya patut dapat, tetapi tidak dapat. Orang itu sepatutnya tidak dapat dan sebagainya. Jadi PADU ini ialah satu cara yang kita menginstitusikan, termasuklah dengan kemahiran data yang lebih tinggi supaya itu memudahkan kerajaan untuk mengenal pasti, membersihkan dan mencapai mereka yang sebelum ini terkeluar daripada bantuan yang sepatutnya. Terima kasih YB Ayer Hitam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.
3. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) berapa bilangan pegawai perubatan khususnya dalam bidang pembedahan kardiotorasik dan perubatan keluarga yang kini sedang dalam latihan; dan
(b) berapa jumlah dana kerajaan yang telah dibelanjakan untuk biasiswa dan penyediaan prasarana latihan bagi tujuan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang terkait dengan, jumlah bilangan Pegawai Perubatan yang sedang menjalani kursus pembedahan kardiotorasik dan juga Kursus Perubatan Keluarga ataupun Family Medicine Specialists (FMS) dengan izin, dan juga yang terkait dengan dana kerajaan yang dibelanjakan.
Ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, seramai 23 orang pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik, pembedahan- surgical training bukannya kardiologi atau, ya- saya ulangi 23 jumlahnya yang mengikuti kepakaran pembedahan
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
kardiotorasik ini, yang mana tujuh daripada mereka di bawah Program Sarjana Perubatan*.
Masters of Medicine locally,* di tempatan dan 16 orang pegawai dalam parallel pathway.
Parallel pathway ini adalah the twin of those yang juga ada pengajian di sini beberapa fasiliti kita, hospital kita dan juga mereka juga mendapat fellowship dan membership oversea, sebagai contoh.
Kedua, bagi bidang perubatan keluarga, seramai 1,938 orang pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian kepakaran yang mana 390 orang pegawai di dalam Program Sarjana Perubatan sekali lagi Masters of Medicine, Family Medicine locally, tempatan dengan izin dan 1,548 orang dalam program parallel pathway. Seterusnya, bagi tahun 2020 hingga 2024 anggaran tentang perbelanjaan. Perbelanjaan biasiswa bagi pegawai perubatan KKM yang mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik adalah RM2.6 juta manakala bidang FMS adalah RM68.1 juta, Tuan Yang di-Pertua.
Akhirnya, berhubung dengan penyediaan prasarana dikatakan apakah adanya perbelanjaan prasarana itu. Berhubung dengan penyediaan prasarana latihan, tiada kos dibelanjakan dengan prasarana latihan bagi kedua-dua bidang tersebut kerana dia menggunakan prasarana dan fasiliti yang sedia ada. Dato' Yang di-Pertua, ya, saya ambil yang begitu dahulu. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Ya, Ipoh Timor.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Timbalan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya soalan tambahan berkenaan dengan statistik jugalah. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk jelaskan, apakah bilangan pesakit sama ada efektif ataupun kritikal kardiotorasik khususnya cardiothoracic surgery yang dirujuk daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ke Pulau Pinang, ke Hospital Serdang dan ke IJN setiap bulan atau setiap tahun atau mana-mana you need of time, dengan izin.
Keduanya ,berkenaan dengan patient load, sumbangan patient load Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ini, adakah patient load yang sedia ada ini mengabsahkan keperluan yang mendesak sesebuah Cardiothoracic Specialist Centre dekat HRPB, Tingkat 5 dengan spesifiknya dan sekiranya ya ia mengabsahkan apakah dan sama ada KKM akan meletakkan satu garis masa pelaksanaan yang jelas untuk diwujudkan satu Cardiothoracic Centre yang spesifik.
Last sekali, berkenaan dengan tenaga kerja surgeon- surgeon dan pakar-pakar bedah di Malaysia yang tahun ini kalau tidak silapnya bawah Parallel Pathway Program, adanya 4 orang yang sudah menduduki peperiksaan dan ujian dan tunggu tahun ini sahaja, tetapi dia sangkut atas sebab yang diketahui jelas oleh Yang Berhormat Menteri sendiri. Adakah gazettement mereka 4 orang dan mungkin 16, 17 orang lagi yang duduk peperiksaan tahun ini dan tahun depan mungkin boleh sumbang kepada manpower plan of cardiothoracic surgeon ini? Apakah pendirian Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan Malaysia dalam mengazetkan depa ini sebagai surgeon yang boleh masuk NSR teruih.
Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Panjang soalan, Dato' Yang di-Pertua.
Baik, ringkasnya saya sebutkan dahulu.
Kalau apa yang dikatakan amalan penyumberluaran- outsourcing kerana kita tahu HRPB Bainun, Ipoh tidak punya cardiothoracic surgery service, hanya cardiology services sahaja. Maka memang kita hantar menggunakan penggunaan penyumberluaran- outsourcing itu kepada beberapa buah hospital yang saya ada di sini beberapa fakta.
Di mana kita menggunakan peruntukan RM200 juta untuk penyumberluaran dan RM144 juta bagi pesakit KKM dan juga kepada kemudahan penjagaan swasta. Kita pun juga menghantar, umpama kita hantar ke KPJ Ipoh contohnya, ada 20 dalam fakta yang saya ada. Mungkin ini adalah fakta setahun dan beberapa kita hantar ke IJN 361, Pulau Pinang 349 dan seterusnya. All in all jumlah besarnya adalah 821 pesakit yang kita hantar dalam outsourcing kepada centers atau hospital yang punya cardiothoracic services.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Adapun soalan yang seterusnya itu kita punya 14 cardiothoracic surgeons yang berkhidmat di fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga kita punya 7 Cardiac Centre, daripada 10 yang ada cardiology services, hanya tujuh daripada itu ada cardiothoracic surgery services. Tidak termasuk adalah Bainun, tidak termasuk adalah apa yang tidak dimaklumi bahawa Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) memang tidak ada kardiotorasik, lalu 14 sahaja Dato' Yang di-Pertua daripada pakar kardiotorasik ini yang bekerja di pihak awam. Daripada jumlah 88 seluruhnya, itu pakar yang ada dalam NSR di negara kita.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, pastinya kalau sudah begitu faktanya memang ada perancangan KKM untuk mengangkat agenda menjadikan juga Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh untuk mendapat fasiliti ataupun mendapat apa yang dikatakan servis kardiotorasik dalam waktu ke depan ini. Kita sedang merancang-rancang sama ada Rolling Plan Keempat 20- maaf RMKe-13 atau seumpamanya ataupun ke depan nanti, jadi itu adalah dalam, dalam, dalam perhatian kami.
Ia empat yang baharu pulang dengan cardiothoracic surgery- jadi graduate daripada kardiotorasik melalui parallel pathway itu memang menjadi perhatian saya. Apa pun gendala hari ini, saya akan komited untuk memastikan bahawa keempat-empat itu akan dapat akhirnya melalui program gazettement- pewartaan, attachment dan akhirnya insya-Allah, akan kita dapat pendaftaran dalam National Specialist Registry (NSR). Insya- Allah, itu adalah komitmen saya dan kementerian. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebelah kiri, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri soalan saya, apakah usaha Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan untuk menarik semula pakar-pakar pembedahan kardiotorasik dan juga pakar-pakar bedah yang lain yang ada di luar negara untuk berkhidmat di Malaysia dengan gaji dan elaun yang sepadan dengan kepakaran mereka dan ditempatkan di Hospital Bainun tadi di Ipoh? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Itu satu soalan yang sangat peka dengan persoalan kekurangan kita dari sudut kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik. Bahkan bukan sahaja untuk Bainun, bahkan seluruh negara kita berdepan dengan jumlah pakar-pakar bedah kardiotorasik yang kita tahu dari sudut latihannya pun setahun mungkin beberapa belas sahaja yang boleh kita keluarkan. Lalu yang paling penting adalah untuk melihat kepada training.
Di sinilah saya sangat insaf dan sangat sedar bahawa sementara kita punya Program Master Medicine Cardiothoracic yang kita jalankan ke tempatan- locally. Kita juga ada program- Parallel Pathway Programme yang selari yang mana dibuat twin antara local university dan juga luar negara untuk mendapat fellowship dan membership yang saya sebutkan lebih awal.
Maka, brain gain yang kita mahukan ini ia adalah satu yang memang kerap disebut, kerap ditanya. Saya secara peribadi, secara menggalas tugas Menteri di sini memandang perkara ini sangat penting. Namun yang pasti yang saya mahukan adalah yang kita kendong ini pertama-tamanya mesti kita jangan sampai tercicir. Yang dikejar itu, yang di luar negara itu hendak kita dapat juga, tetapi yang mustahaknya adalah untuk Kementerian Kesihatan Malaysia menampilkan satu pakej yang bukan sahaja dari sudut kewangan, tetapi dari sudut apa yang diistilahkan sebagai professional satisfaction dan juga terkait dengan itu, saya menjawab soalan ini minggu lalu dalam satu ciapan saya, sementara kita boleh berikan segala imbuhannya critical allowance-nya, -nya atau on call- nya, active call, passive call, tetapi akhirnya yang kita mahukan juga mereka mendapat tarikan atas dasar mereka mahu berkhidmat.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya tidak kata yang keluar swasta itu tidak berkhidmat untuk negara, tetapi kita juga mahukan nilai-nilai- nilai-nilai murni untuk mereka kekal. Walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan, saya melihat kepada senior’s consultant yang terus berkhidmat dalam fasiliti-fasiliti kita ini Dato’ Yang di-Pertua sangat membanggakan, sangat teruja saya. Jadi, kita tarik mereka dengan pelbagai cara dan pelbagai faktor, the pull factors dan kita kurangkan push factor yang selalunya disebut tentang kekurangan kita dari sudut imbuhan- remuneration dan sebagainya.
Saya pastikan- saya mahu pastikan kita akhirnya mendapat net gain. Apa pun Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya- 30 saat lagi. Yang meninggalkan kita itu pun saya tidak lihat sebagai meninggalkan perkhidmatan awam untuk rakyat ataupun maksudnya dia masih lagi dalam servis, memberi servis kepada rakyat. Cumanya penting untuk kita adakan, wujudkan public-private kolaborasi. Dengan itu kalaupun mereka pergi ke private masih lagi khidmat mereka itu dapat kita manfaatkan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Boleh tambah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Yang Berhormat Kemaman [Tepuk] .
4. Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar [Kemaman] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, status kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) memandangkan kajian berkenaannya telah pun selesai sejak Ogos 2022.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Yang di-Pertua, mengenai Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3). Pada tahun 2020, Kementerian Kerja Raya telah menerima cadangan mereka bentuk, membina dan menyiapkan sistem rangkaian jalan raya di negeri Terengganu secara reka dan bina serta rundingan terus daripada syarikat pencadang.
Walau bagaimanapun, cadangan ini ditangguhkan memandangkan dasar semasa kerajaan untuk tidak melaksanakan skim pembayaran tertangguh, dengan izin, deferred payment scheme ke atas cadangan projek baharu. Seterusnya perkara ini telah dibincangkan di dalam sebuah jawatankuasa di mana Kementerian Kerja Raya telah membentangkan mengenai pengesyoran supaya jajaran Lebuhraya Pantai Timur fasa 3 dilaksanakan secara PPP, dengan izin, Public-Private Partnership dan dilaksanakan melalui tender Request for Proposal, dengan izin, RFP iaitu pelawaan untuk cadangan bagi melaksanakan projek LPT3.
Jawatankuasa tersebut telah memutuskan supaya cadangan projek ini dilaksanakan secara RFP memandangkan kementerian telah menerima beberapa Kertas Cadangan bagi permohonan berkaitan. Kementerian telah memaklumkan keputusan jawatankuasa tersebut pada pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melalui surat bertarikh 28 September 2022. Lanjutan itu, pihak UKAS telah mengemukakan surat kepada KKR berhubung penyediaan penyata keperluan- statement of needs, dengan izin, pada 24 Februari 2023.
Pada 12 April 2023, pihak UKAS memaklumkan kepada Kementerian Kerja Raya mengenai surat yang diterima daripada the East Coast Economic Region Development Council (ECER) dengan izin, supaya proses RFP, tender dan pelantikan kontrak yang dirancang selama dua tahun 2023-2025 bagi pembinaan projek ini disegerakan. Pada 26 Jun 2023 KKR telah mengemukakan Penyata Keperluan cadangan projek LPT kepada pihak UKAS. KKR juga membuat kajian lanjutan jajaran LPT sehingga ke Tunjung Kota Bharu, Kelantan. Hasil rumusan kajian tersebut ialah cadangan jajaran LPT sehingga ke
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tunjung akan melibatkan pertambahan kos dan tambahan jarak sebanyak 31.5 kilometer dari Kampung Gemuroh, Terengganu.
Rumusannya ketika ini, cadangan projek LPT3 sedang diteliti di Peringkat Jawatankuasa di UKAS, Jabatan Perdana Menteri. Pasukan projek akan ditubuhkan oleh UKAS bagi menyediakan kertas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan prinsip pelaksanaan projek LPT3 secara tender RFP. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kemaman.
Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan seluruh rakyat di Pantai Timur mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha untuk menjadikan LPT3 sebagai suatu realiti yang boleh menjadi suatu game changer, dengan izin, terhadap sistem pengangkutan di Pantai Timur.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, cadangan awal yang dimajukan, projek ini menerusi RFP atau Request for Proposal, dengan izin. Berdasarkan kepada cadangan awal RFP ini, apakah bentuk model pembiayaan atau financing model, dengan izin, yang dicadangkan untuk pembinaan?
Apakah model operasi atau operation model yang dinyatakan untuk memperoleh semula return of investment (ROI) oleh pihak yang mengajukan RFP ini? Kerana ia akan memberi kesan kepada pelaksanaan tol nanti dan juga mungkin memberi kesan kepada cepat atau lambatnya projek ini dapat diteruskan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, kita tahu bahawa LPT1 antara Karak dan Jabor, Kuantan itu 174 kilometer. Kemudian LPT2 antara Jabor ke Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu 184 kilometer. Sekarang Yang Berhormat Kemaman menyatakan mengenai LPT3 yang ini adalah dari Kampung Gemuroh, saya sebut tadi Tunjung Kota Bharu, 122 kilometer.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Akan tetapi kita juga tahu bahawa kita ada East Coast Rail Link (ECRL) yang sedang dibina. Kita juga tahu bahawa ada Lingkaran Tengah Utama, Central Spine Road
(CSR) yang juga sedang dibina.
Jadi, apa yang kita rasakan bahawa kementerian berpandangan model pembiayaan mestilah menggunakan Build Operate Transfer (BOT), dengan izin, dalam bahasa Melayunya “Bina, Kendali dan Pindah.” Seterusnya iaitu pihak syarikat kena membuat pembiayaan melalui bank, kemudian mendapatkan pulangan melalui bayaran tol. Kemudian setelah selesai dipulangkan kembali kepada kerajaan.
Highway dalam bandar ini Dato’ Yang di-Pertua, dia mudah untung kerana lima hari okey, dua hari tidak okey apabila orang bercuti hujung minggu. Tetapi highway antara bandar sebagaimana LPT3 ini, dia terbalik daripada highway dalam bandar. Dia dua hari okey, lima hari tak okey. Jadi, oleh sebab itu, perlulah diteliti supaya perkara ini menguntungkan semua pihak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, tidak ada yang mahu bertanya? Silakan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Speaker. Oleh sebab tak ada persoalan tentang yang timbul tapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung kait dengan tadi kita ceritakan tentang lebuh raya bandar, kampung, luar bandar.
Cuma daripada segi kedudukan Pan Borneo contohnya, lebuh raya di Sabah ini, saya balik kampung dan saya menjelajah, tak ada pergerakan pun. Dah kontrak kita lantik, yang itu phase dari awal dah. Adakah pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas untuk menghentikan sama ada yang dah ada sekarang ini untuk mengganti mereka?
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Supaya bukan hanya keuntungan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi tapi keperluan rakyat yang ada khususnya di Sabah ini agak membimbangkan.
Tadi saya nak tanya pasal pakar doktor tak ada, nak operasi di Tawau, tak ada operasi di Sandakan, nak bawa jalan pun, tengah jalan mati pasal jalan dia berlubang.
Sampai bila agaknya tindakan tegas untuk memastikan supaya kontraktor-kontraktor Pan Borneo yang ada di negara ini khususnya di Sabah, dapat diambil tindakan tegas oleh pihak pemerintah yang ada pada hari ini untuk menghentikan bukan hanya rasuah. Oleh sebab mereka juga failure daripada segi prestasi mereka, nampak dengan mata. Takkan Kementerian Kerja Raya tak nampak the failure that have been done in most of the project rendered to all these people. Saya bimbang yang akan datang pun dalam perbahasan saya dah maklum dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, don’t appoint the same contractor, the same shareholder. Dia akan create company yang sama, walaupun berbeza Lembaga Pengarah mereka tapi pemiliknya yang sama.
Saya akan pantau perkara ini untuk pastikan kepentingan rakyat itu menjadi keutamaan, bukan kepentingan ahli politik, individu yang datangnya daripada kawasan- kawasan yang mendesak supaya pelaksanaan ini di- kepentingan mereka menjadi keutamaan.
Jadi bilakah agaknya pihak Kementerian Kerja Raya mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan, memutuskan kontrak yang ada dan melantik kontraktor- kontraktor yang mampu untuk melaksanakan projek ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Jauh itu daripada LPT3 pergi Pan Borneo. Ya, Pan Borneo ini kita tahu projek lebuh raya tanpa tol dan dia dari Sarawak dan Sabah. Yang Sarawak tak ada masalah Yang Berhormat Semporna. Sarawak pada tahun ini selesai, yang Sabah banyak masalah. Antara punca masalahnya ialah kerana pada peringkat awal berlaku pertukaran termasuklah pertukaran kerajaan.
Akan tetapi, Sarawak kerajaannya stabil, maka projek itu berjalan dengan baik.
Sabah, kerajaannya tidak stabil. Dia ada kaitan akhirnya. Pada saat dan ketika ini, kita akan meneruskan Pan Borneo Sabah ini. Request for proposal telah diminta untuk dibuat penyambungan fasa seterusnya pada syarikat-syarikat yang telah mendapat projek ini dalam pakej yang terdahulu dan jika mereka tidak perform sebagaimana laporan Yang Berhormat tadi, kita akan memberikan amaran. Mengikut syarat-syarat kontrak, jika projek itu sakit, jika projek itu tidak boleh dikendalikan, tentunya kita akan ambil tindakan pada mereka. Itu janji kementerian, Yang Berhormat Semporna. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Menteri, kerajaan berubah, kontraktor tak berubah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, terima kasih atas pandangan.
Tetapi ini fasa yang seterusnya ini, ada kontraktor-kontraktor baru saya kira, fasa yang baru ini. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikutnya soalan yang kelima, saya mempersilakan Puan Vivian Wong Shir Yee, Yang Berhormat Sandakan.
5. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah perancangan kementerian untuk membangunkan industri hiliran minyak sawit dan biojisim di Sabah, terutamanya di Daerah Sandakan yang mempunyai kawasan tanaman sawit yang terbesar di Sabah.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin
Ya Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengambil berat
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Tuan Chan Foong Hin
berkenaan perkembangan industri hiliran sawit dan industri biojisim di Malaysia termasuk kawasan pantai timur Sabah yang sememangnya sangat berpotensi.
Mengikut rekod Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada tahun 2023, Sabah merupakan negeri yang mempunyai bilangan tertinggi kilang sawit yang beroperasi iaitu 125 buah dan kedua tertinggi kawasan penanaman sawit, 1.51 juta hektar di Malaysia. Sabah juga mempunyai 10 buah kilang pelumat isirung- palm kernel crushing factory, dan 11 kilang penapis- refinery, dengan izin yang beroperasi.
Bahagian Sandakan yang merangkumi Daerah Sandakan, Kinabatangan dan Sugut/Labuk-(Beluran) mempunyai keluasan penanaman sawit sebanyak 742,304 hektar dengan keluasan penanaman semula yang seluas 34,016 hektar dan sebanyak 65 kilang sawit yang beroperasi.
Dianggarkan, jumlah keterdapatan biojisim sawit di bahagian Sandakan ialah 13.04 juta tan yang terdiri daripada pelepah sawit 8.19 juta tan, padang sawit 2.53 juta tan, tandan kosong 0.87 juta tan, gentian mesokarpa 0.92 juta tan dan tempurung isirung sawit 0.53 juta tan. Berdasarkan keterdapatan biojisim sawit yang berpotensi ini, kementerian telah melancarkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 pada 7 Disember tahun lalu. Pelan ini dirangka untuk membantu perancangan dan perkembangan industri biojisim negara sehingga tahun 2030.
Susulan itu, Sandakan telah dikenal pasti dalam fasa awal pembinaan pusat pengumpulan dan pemprosesan (CPC) biojisim sawit yang turut melibatkan kerjasama daripada Nextgreen Global Berhad dan Kumpulan Sawit Kinabalu. Manakala jangkaan pelaburan CPC ini adalah dianggarkan sebanyak RM60 juta.
Kementerian juga melalui MPOB dalam usaha membangunkan pangkalan data biojisim sawit di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas yang bertujuan untuk meningkatkan pengkomersialan produk bernilai tinggi berasaskan biojisim sawit.
Pangkalan data ini dapat memudahkan pihak industri membuat penilaian berkenaan jumlah pengeluaran biojisim sawit dan penggunaannya serta membuat perancangan jangka panjang untuk pengkomersialan produk daripada biojisim sawit.
Di samping itu, bagi mempromosi industri minyak sawit, kluster industri minyak sawit (POIC) telah ditubuhkan sebagai antara hab utama industri sawit di Sabah iaitu satu di Lahad Datu dan satu di Sandakan. POIC berpotensi untuk menjadi hab industri hiliran untuk penghasilan produk seperti minyak masak botol, marjerin dan lelemak serta produk biokimia, oleokimia dan produk-produk lain yang bernilai tinggi.
Usaha membawa pelabur-pelabur untuk industri oleokimia juga telah dijalankan yang mana antaranya Syarikat Gamalux Oils Sdn. Bhd. telah pun mendirikan kilang di Sabah untuk menghasilkan produk hiliran. Diharapkan, inisiatif ini akan mendorong industri sawit di Sabah khususnya dan Malaysia secara amnya, ke arah masa panjang yang lebih makmur dan mampan serta dapat dinikmati di pelbagai peringkat di sepanjang rantaian bekalan sawit di Sabah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang teliti dan jelas sekali.
Jadi soalan tambahan saya adalah, apakah rancangan kementerian untuk menarik lebih banyak orang tempatan untuk menceburi bidang sawit untuk menangani masalah kekurangan pekerja dan kebergantungan kepada tenaga asing? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Ya, pihak kementerian KPK ini kita sentiasa prihatin dan berusaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya anak muda kita untuk melibatkan diri dalam industri perladangan. Antara inisiatif yang kita telah ambil adalah pembangunan latihan berasaskan TVET untuk sektor agrikomoditi. Ini dijalankan melalui
Tuan Chan Foong Hin
satu institut, nama dia Institut Perladangan dan Komoditi (IMPAC) di bawah kementerian kita ini dengan kerjasama wakil industri.
Tuan Chan Foong Hin
Kita nak membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang berteraskan teknologi IOT, mekanisasi dan automasi untuk sektor perladangan dan pelaksanaan program latihan yang berteraskan NOSS ini adalah diiktiraf di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan turut mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA melalui kod amalan pentauliahan Program TVET. Ini antara salah satu usaha yang kita lakukan dan untuk menyambut baik tentang usaha ini adalah amat penting untuk kerajaan bekerjasama dengan sektor swasta.
So, seperti contoh Sime Darby. Mereka telah menyasarkan untuk mencapai 100 peratus pekerja tempatan selain daripada harvesting untuk syarikat mereka menjelang tahun 2027. So, ini antara usaha dia. Terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelah kiri.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, silakan Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri. Baik, berbalik kepada MyJisim. Saya pernah bahas tahun lepas bahawa negara mengimport lebih kurang 3.5 juta tan grain corn, ya untuk industri pemakanan haiwan ternakan dan kos ini makin lama makin meningkat, tetapi kita dalam industri sawit dan kita mempunyai sekitar 2.5 juta tan PKC- palm kernel cake dan tadi Menteri sebut di Sabah ada 0.5 juta tan. Jadi, dulu katanya tidak sesuai untuk haiwan ternakan disebabkan crude fibre-nya tinggi, tetapi hari ini MPOB dah ada solution ya. Mereka dah buat kajian bahawa melalui solid state fermentation, high crude fibre ini boleh dikurangkan di bawah 12 percent dan sesuai untuk digunakan untuk makanan ternakan.
Saya nak tanya, sejauh manakah hari ini kerajaan engage dengan pihak swasta untuk menghasilkan makanan haiwan ternakan dalam negeri sendiri dan kita mengurangkan import grain corn dari luar? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Chan Foong Hin
Okey. Saya amat bersetuju dengan cadangan daripada Tangga Batu, kan? Untuk mempergunakan ini PKC untuk menjadikan sebagai feedstock untuk industri penternakan tempatan supaya kita mengurangkan ini bill untuk import ini.
Cuma, daripada segi pengkomersialan, walaupun kita sudah ada R&D yang mana kita dah dapat membuktikan daripada segi proof of concept, memang boleh dapat dilaksanakan. Cuma, macam mana unsur pengkomersialan itu dapat menggalakkan adaptasi untuk R&D ini untuk secara pengkomersialan dan saya rasa ini sesuatu usaha yang kita selalu menjalankan dari masa ke semasa untuk melibat urus dengan syarikat- syarikat swasta yang besar supaya mereka dapat ada minat untuk buat pelaburan tentang isu ini supaya pengkomersialan itu dapat take-off. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita beransur ke soalan nombor 6. Dipersilakan Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Dato’ Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, adakah kementerian ada menjalankan kajian dan bercadang untuk mempertimbangkan agar waktu Semenanjung Malaysia ditukar kepada GMT7+ berdasarkan kedudukan geografi dan pergerakan matahari yang sebenar agar rakyat dapat menjalani kehidupan seharian mengikut “body clock” sejajar dengan keseimbangan waktu.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Tumpat kerana kalau soalan ini tidak ditanya, tidak ada orang tahu MITI jaga waktu juga.
Di bawah Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675) telah dinyatakan fungsi National Metereology Institute of Malaysia (NMIM) melalui Majlis Pengukuran Kebangsaan sebagai makmal standard pengukuran kebangsaan yang telah dimandatkan untuk menyelenggarakan waktu seragam sejagat. Majlis Pengukuran Kebangsaan telah dijadikan sebahagian daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bermula 9 Julai 2020.
Pada 21 Disember 1981, Dewan Rakyat dimaklumkan dalam perbahasan Rang Undang-undang Waktu Standard Malaysia bahawa waktu rasmi bagi seluruh Malaysia ditetapkan lapan jam ke hadapan Greenwich Mean Time (GMT) mulai 1 hari bulan Januari 1982. Ini bermakna pada pukul 11:30 malam 31 hari bulan Disember 1981, waktu Semenanjung diubah 30 minit ke hadapan, menjadikannya sama dengan pukul 12 tengah malam mengikut waktu Sabah, Sarawak. Di antara tahun 1941 hingga 1982, waktu Semenanjung ialah tujuh setengah jam di hadapan Greenwich (GMT). Sabah, Sarawak lapan jam.
Saya merujuk kepada Hansard pada 21 hari bulan Disember 1981 bahawa dinyatakan perbezaan waktu selama setengah jam ini membawa kepada perbezaan- perbezaan lain. Antaranya yang paling ketara ialah perselisihan waktu mula dan tamat bekerja di antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak. Perselisihan dalam waktu bekerja ini telah merugikan waktu komunikasi rasmi semasa waktu pejabat selama lebih kurang dua jam sehari di antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menghapuskan perbezaan yang wujud di antara Semenanjung dan- dengan Sabah, Sarawak. Walaupun pada hakikatnya, kedua-dua wilayah dipisahkan oleh lautan yang besar.
Namun demikian, langkah-langkah bagi merapatkan perhubungan, mewujudkan saling persefahaman serta mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak masih boleh lagi diusahakan.
Cadangan untuk menyeragamkan waktu rasmi bagi seluruh negara adalah merupakan salah satu usaha positif ke arah mencapai matlamat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya perbezaan waktu sejam di antara GMT dan GMT8 dan GMT7+ tidak mempengaruhi kehidupan seharian. Body clock manusia boleh mengatasi perubahan persekitaran dengan baik dengan perbezaan yang sedikit ini. Cadangan Yang Berhormat Tumpat agar waktu Semenanjung Malaysia ditukar kepada GMT7+ seumpamanya turning the back- turning back the clock dan pendirian kerajaan dalam isu ini amat jelas iaitu tidak ada keperluan sedemikian kerana ia akan menyusahkan rakyat dan saya harap di pihak Pembangkang bersetuju dengan pendirian kerajaan. Terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri.
Saya sedar tentang perkara ini, walaupun saya ada dua soalan tambahan.
Pertama, kita kena sedar tentang perubahan circadian rhythm ini. Kalau kita ke Sabah dan Sarawak, kalau Sabah, Sarawak kita rasa bila kita- antara subuh dengan waktu kerja,
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
masa sangat panjang dan kita rasa lebih segar berbanding dengan kita berada di Semenanjung Malaysia menggunakan waktu yang sama.
Jadi, dalam perkara ini adakah pihak kerajaan bersedia dalam masa sekarang untuk mengkaji kesan kepada perubahan ini? Kerana kita dapati bahawa kalau dulu sebelum sekolah, sempat makan pagi di rumah kerana waktu lebih jauh tetapi hari ini, kanak-kanak ke sekolah dalam waktu subuh. Itu yang pertama.
Soalan yang kedua. Adakah kerajaan akan bersedia untuk membincangkan di peringkat ASEAN supaya ASEAN mempunyai GMT yang sama bagi meningkatkan produktiviti dan ekonomi di kalangan negara-negara ASEAN. Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Untuk soalan ASEAN, ini boleh dibawa ke Mesyuarat ASEAN dan kerajaan akan mempertimbangkan dan Kementerian Luar Negeri akan jadi focal point untuk tujukan agenda ini kalau dipersetujui oleh kerajaan. Daripada segi kesan, sebenarnya ada sebab juga kenapa MITI jaga waktu. Kerana impak dan kesan ekonomi memang besar. Kerajaan tidak bersedia untuk ubah daripada apa yang telah diputuskan pada tahun 1981. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 7.
6. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, jumlah bantuan yang telah disalurkan di bawah Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) sejauh manakah ianya telah membantu para usahawan di luar bandar dan pedalaman Sarawak untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih YB Lubok Antu atas soalan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, di dalam memperkasakan usahawan dan peniaga kecil di luar bandar, kementerian telah merangka dan melaksanakan pelbagai jenis program dan antaranya adalah Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dan juga kemudahan pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) ya.
Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar merupakan bantuan pembiayaaan berbentuk geran penuh sehingga RM10,000 sebagai sokongan kepada usahawan luar bandar, khasnya usahawan dalam kategori piko ataupun nano dengan hasil jualan kurang daripada RM200,000 setahun bagi tujuan mengukuh dan mengembangkan perniagaan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2019 hingga kini, seramai 2,601 orang usahawan dari seluruh negara telah menerima manfaat daripada geran yang bernilai lebih RM16.7 juta. Daripada jumlah ini, seramai 196 usahawan luar bandar Wilayah Sarawak telah menerima manfaat dengan nilai berjumlah RM1.1 juta dalam bentuk bantuan pembelian mesin, peralatan, modal pusingan dan baik pulih premis perniagaan.
Berdasarkan rekod jualan tahunan usahawan bagi Wilayah Sarawak yang menerima geran SPKLB pada tahun 2022, didapati lebih daripada 62 peratus telah berjaya mencatat peningkatan pendapatan lebih daripada 30 peratus setahun. Selaras dengan itu juga, bagi tahun 2024, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi membantu sehingga 800 usahawan luar bandar untuk mengukuhkan dan mengembangkan lagi perniagaan sedia ada bagi tujuan pemasaran yang lebih meluas.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Manakala bagi Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) merupakan program pembiayaan patuh syariah yang ditawarkan kepada usahawan Bumiputera luar bandar berjumlah RM20,000 sehingga RM250,000 dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa bagi tujuan pengembangan perniagaan.
Istimewanya program SPED ini adalah pemberian geran 30 peratus ataupun muqassah kepada peminjam yang mempunyai rekod pembayaran yang lebih baik selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2021, sebanyak RM270 juta telah diperuntukkan kerajaan bagi tujuan dana pusingan pembiayaan dan seramai 3,812 orang usahawan luar bandar telah menerima manfaat dengan melibatkan pinjaman bernilai RM387 juta dalam pelbagai sektor perniagaan.
Bagi Wilayah Sarawak, seramai 202 usahawan luar bandar telah menerima pembiayaan SPED dengan nilai berjumlah RM15.3 juta dalam pelbagai sektor yang dinyatakan seperti di atas. Pembiayaan SPED secara langsung dalam membangunkan usahawan bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang di samping dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif ya. Saya ingin mendapat maklumat mengenai nisbah usahawan wanita dan lelaki yang menerima bantuan program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar khasnya di Sarawak.
Untuk makluman, ramai di kalangan kaum wanita Dayak di luar bandar Sarawak termasuk di kawasan Lubok Antu yang menjual produk-produk kraf tangan serta makanan tempatan yang mempunyai keunikan dan mempunyai niche market-nya yang tersendiri ya, dengan izin, untuk menjana pendapatan sampingan.
Justeru itu, saya memohon perincian mengenai apakah inisiatif oleh pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta agensi-agensi di bawah kementerian untuk mengadakan program-program turun padang ataupun outreach programme, dengan izin, bagi mempromosi dan memudah cara peruntukan bantuan dan latihan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB. Lubok Antu atas soalan tambahan. Ada dua perkara di sini. Pertama, nisbah usahawan wanita dan lelaki dan yang kedua berkaitan dengan program turun padang.
Daripada 2,601 usahawan luar bandar yang telah menerima geran bantuan SPKLB, 1,450 orang usahawan ataupun 56 peratus daripada jumlah tersebut merupakan usahawan wanita dengan nilai geran berjumlah RM9.3 juta manakala seramai 1,151 orang ataupun 44 peratus daripada jumlah tersebut merupakan usahawan lelaki dengan nilai geran berjumlah RM7.4 juta.
Bagi Wilayah Sarawak, bilangan usahawan wanita yang telah menerima bantuan SPKLB adalah seramai 83 orang dengan geran RM481,000 manakala 58 orang usahawan lelaki dengan nilai geran RM345,000.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua berkaitan dengan program turun padang. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui program-program outreach seperti Mini Karnival Usahawan Desa, Program Pendigitalan Usahawan, Program PKD Mobile dan program-program ekonomi dan keusahawanan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KKDW berusaha menyebar luaskan maklumat berkaitan dengan geran bantuan dan pembiayaan di peringkat daerah mahupun negeri termasuk di Wilayah Sarawak dan Sabah.
Selain daripada itu, KKDW juga turut menyertai program-program outreach yang dianjurkan oleh kementerian-kementerian lain bagi tujuan yang sama untuk mempromosikan pembiayaan ataupun bantuan sokongan kepada usahawan-usahawan
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
seperti Program MADANI Rakyat yang merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Kerajaan MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Antara cabaran usahawan luar bandar untuk mengembangkan produk mereka adalah jaringan pemasaran yang lemah terutama melalui platform atas talian. Dengan kenaikan SST kepada lapan peratus turut dikenakan kepada perkhidmatan penghantaran ataupun pembelian atas talian, sedikit sebanyak menjejaskan usahawan untuk terus menggunakan platform terpenting ini.
Oleh itu, apakah strategi kerajaan bagi memastikan kenaikan cukai tidak memberi kesan kepada usahawan terutamanya usahawan luar bandar?
Kedua ialah berapakah jumlah bantuan SPKLB dan SPED untuk peniaga di kawasan Kuala Krai? Yang ini Yang Berhormat boleh jawab secara bertulis jika tidak ada angka. Apakah perincian mekanisme pemantauan dan pelaporan yang dijalankan bagi program SPKLB sehubungan dengan RM4 juta telah diperuntukkan kepada 600 usahawan luar bandar bagi memastikan keberkesanan program berkenaan. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai berkaitan dengan soalan tambahan tadi. Sebenarnya kementerian amat komited dalam membantu usahawan-usahawan luar bandar khasnya dari sudut pendigitalan sebab satu kaedah yang paling disukai pada masa ini adalah melalui pendigitalan.
Jadi banyak program yang telah diatur kepada usahawan-usahawan yang telah dirangka melalui agensi-agensi di bawah kementerian. Malah kementerian juga telah mewujudkan satu sistem digital iaitu yang kita kenali sebagai digital mall untuk memastikan produk-produk dan juga pemasaran hasil-hasil usahawan luar bandar dapat disebarkan di seluruh negara.
Berkaitan dengan bantuan berkaitan cukai, sebenarnya kita tak ada program khas untuk support. Apa yang penting bagi kita adalah memberi support dan bantuan dari sudut geran, khidmat nasihat dan juga soft loan untuk usahawan-usahawan luar bandar kita.
Untuk soalan berkaitan dengan statistik berkaitan dengan usahawan-usahawan yang mendapat bantuan SPKLB bagi kawasan Kuala Krai, saya akan jawab secara bertulis.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sila Menteri.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai senarai pembahas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 6 Mac 2024.”
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Tan Sri Speaker, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya dahulu ataupun apa dahulu?... 18(1).
Tuan Yang di-Pertua
18(1)?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, yang ini saya tidak pasti Yang Berhormat jawab ataupun tidak. Saya buka kertas-kertas tidak jumpa iaitu berhubung dengan Usul membahaskan tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada pencarum.
Jadi Yang Berhormat, saya tidak sempat. Benda ini telah dibincangkan dengan hebat di seluruh negara. Semua orang bercakap fasal benda ini. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat satu sahaja. Sekali lagi dengan rendah diri supaya Yang Berhormat benarkan benda ini dibincangkan di Kamar Khas. Sebab bila Yang Berhormat duduk situ, saya comfortable sedikit hendak bercakap. Saya minta tolong bawa ke Kamar Khas.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Insya-Allah saya akan pertimbangkan.
Baik. Yang Berhormat, aturan seterusnya ialah ada satu Usul yang akan dibaca oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Jadi, sebelum saya menjemput Menteri membaca Usul ini, saya ingin meminta Yang Berhormat Tasek Gelugor, memberi peluang kepada Tasek Gelugor untuk bangun dan menyatakan hasrat supaya bagi saya ini lebih afdal, lebih baik untuk negara. Namun pun begitu, saya beri peluang terakhir untuk Tasek Gelugor nyatakan apa yang sepatutnya Tasek Gelugor sebut seperti yang telah pun dibincangkan. Silakan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas kelonggaran yang diberikan untuk saya bangun dan bercakap sekejap pada tengah hari ini.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya sudah sebut sebelum ini semasa dalam perbahasan saya sekali pun pada 28 Februari, saya memang ada menyebut satu perenggan yang berbunyi korup itu maksudnya menyalahgunakan kuasa dan selepas itu ada sedikit gangguan dan kemudian saya sambung. “Ampun Tuanku, orang itu yang menyalahgunakan kuasa itu akan menghadap Tuanku setiap minggu sebelum Mesyuarat Kabinet.” Ayat itu memang saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Tambun.
Jadi, seperti mana yang saya lakukan pada 28 hari bulan dan saya ulang lagi sekali sebenarnya Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan pada 29 hari bulan apabila ditimbulkan oleh rakan saya Jelutong. Saya menarik balik ayat tersebut. Saya menarik balik kenyataan saya dan saya juga memohon maaf atas kenyataan tersebut. Saya dengan rendah diri juga Tuan Yang di-Pertua, sebab dalam Usul ada sebut mengenai Yang di-Pertuan Agong, atas segala kekhilafan sekiranya menyentuh perihal Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya juga memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap boleh dipertimbangkan dengan baik oleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ini bermaksud bahawa Yang Berhormat telah memohon maaf kepada Tambun dan menarik balik kenyataan itu, satu.
Yang kedua, Yang Berhormat juga telah memohon keampunan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana telah menyebut benda yang telah – untuk itu, saya terima.
Menteri, saya anggap kita boleh selesaikan masalah ya dan permohonan maaf telah dibuat secara terbuka dan saya harap Menteri juga boleh menerima keadaan ini. Silakan, Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon untuk menarik balik Usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini...
[Tepuk]
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya hendak rakamkan ucapan terima kasih saya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Bagan Datuk. Patutlah semalam bila salam, garang semacam sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Ketua Pembangkang.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Tan Sri Yang di-Pertua atas tindakan yang bijaksana dan menyelesaikan isu ini dengan sebaik mungkin dan saya rasa rakyat nampak bahawa Ahli-ahli Parlimen ini adalah mereka yang bertanggungjawab demi untuk masa depan agama, bangsa dan negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Dewan, saya rasa inilah satu yang kita panggil pengajaran atas tindakan yang diambil dan supaya apa yang berlaku pada hari ini diambil iktibar supaya ia tidak berulang pada masa yang akan datang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Baik, saya tidak mahu panjangkan lagi.
Saya anggap ini satu episod yang telah pun berlalu. Jadi, sekali lagi saya minta Ahli Yang Berhormat sebelah kanan saya dan sebelah kiri saya lebih baiklah kita move ke depan.
Move forward bincangkan masalah rakyat dengan lebih tertib, lebih aman dan akhirnya akan memberikan natijah yang lebih baik. Terima kasih sebelah kanan saya dan terima kasih sebelah kiri saya. *Move forward...
[Tepuk]* Kita tutup kes ini dan teruskan. Teruskan Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [4 Mac 2024]
Tuan Yang di-Pertua
Arau ada apa lagi?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau- seperti yang dibawa oleh Ipoh Timor...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Arau duduk. Tidak payah panjang-panjang lagi. Sudah lah.
Tuan Yang di-Pertua
Diam, diam, diam. Nanti, nanti, nanti. Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya terima kasih, tetapi kalau boleh sesuatu perkara itu hendaklah ditegur masa itu juga. Jadi, senang kita buat cerita. Padahal saya rasa Tasek Gelugor...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Lama tidak nampak Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Arau duduk lah. Itu Usul Kerajaan. Duduklah Arau.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kinabatangan hadir hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah, sudah. Baru kita selesai. Arau, seperti yang Arau bangkitkan, Peraturan Mesyuarat membenarkan. Membenarkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Setiausaha. Sudah baca? Baik.
Di hadapan saya, kita ada 29 orang pembahas yang akan menyambung perbahasan Titah Diraja. Saya akan bacakan ya dan masih lagi 12 minit kecuali Pagoh dan Keningau. Baik, saya akan bacakan. Selepas ini Port Dickson. Kemudian, Pagoh, Betong, Kemaman, Bagan, Maran, Kinabatangan, Gerik, Sandakan, Kuala Krai, Tampin, Kuala Kangsar, Tebrau, Kubang Pasu, Keningau, Kuantan, Raub, Libaran, Pengkalan Chepa, Gopeng, Lawas, Parit, Bukit Gelugor, Kota Belud, Padang Terap, Beruas, Kluang, Arau dan Batu.
Sekarang, saya jemput Port Dickson. Silakan.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Tan Sri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya mulakan perbahasan usul menjunjung kasih dengan mengucapkan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Saya mewakili rakyat Port Dickson mendoakan Kebawah Duli Tuanku dikurniakan keafiatan dan kekuatan untuk memimpin bumi Malaysia yang bertuah ini.
Di kesempatan ini juga, saya bersama rakyat Port Dickson ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas jasa yang tidak terhingga semasa menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke- 16 dan Raja Permaisuri Agong. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Kebawah Tuanku dan diberikan keafiatan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Yang di-Pertua, Port Dickson akan memulakan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dengan menyimpulkan isi kandungan titah tersebut kepada lima perkara besar yang wajib dijadikan panduan oleh seluruh Ahli sidang Dewan yang mulia ini.
Pertama, Titah Tuanku menyeru kepada kita- semua selaku Ahli Parlimen yang memikul beban amanah negara perlu menyedari dan komited terhadap tanggungjawab ini demi membangun rakyat dan negara. Adalah malang jika kita yang dilantik oleh rakyat hanya melihat ini sebagai batu loncatan untuk meraih kesenangan dan tidak memainkan peranan kita yang sebenar sebagai Ahli Parlimen.
Kedua, Titah Tuanku juga menyeru kita- semua untuk mengutamakan agenda kestabilan politik negara dengan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk sebagai sebuah kerajaan yang sah dengan jumlah majoriti yang sukar digugat. Faktor kestabilan politik negara adalah kunci utama untuk negara ini berdepan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu seperti yang berlaku pada hari ini.
Sebagai contoh seperti yang dilaporkan oleh BBC dan AFP, Jepun dan United Kingdom yang selama ini dilihat sebagai gergasi besar ekonomi dunia hari ini telah memasuki fasa penguncupan ekonomi bagi dua suku berturut-turut bagi tahun 2023.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Walau bagaimanapun, keadaan ini dilihat sebagai penguncupan secara teknikal tetapi ia memberi kesan yang besar kepada negara-negara maju untuk memastikan ekonomi negara mereka tidak terus meleset dan akhirnya menyebabkan pelbagai kesan rantaian ekonomi terhadap rakyat mereka.
Ketiga, Tuanku turut menegaskan bahawa tugas utama Ahli Dewan adalah sebagai penggubal undang-undang dan semua Ahli Dewan perlu fokus terhadap pelbagai undang-undang yang perlu disemak semula. Saya difahamkan lebih 140 undang-undang lapuk yang perlu disemak semula bagi memastikan ia dapat dilaksanakan, bersesuaian dengan masa dan keadaan semasa.
Mana mungkin penggubal undang-undang hanya datang ke Parlimen dengan, dengan hanya memekik-mekik atau memaki-maki Ahli Dewan yang lain. Ia amat memalukan kita yang berstatus Ahli Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi contoh di kalangan rakyat dan dunia luar. Saya ingin sentuh sedikit polemik Perlembagaan negara yang berlaku pasca kemerdekaan Malaysia. Sebagai salah seorang penggubal dasar
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
negara, saya menolak jika ada di kalangan Ahli Dewan yang cuba menjadi jaguh suci dengan mendakwa Perlembagaan negara ini adalah bayangan penjajah British yang menipu umat Islam dengan tidak sekali-kali mahu memberikan kuasa kepada Islam.
Apakah kita lupa bahawa Malayan Union dibubarkan selepas British akur kepada penentangan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun sebelum Tanah Melayu merdeka?
Kita dapat lihat dalam catatan sejarah bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah melalui pelbagai siri penambahbaikan mengikut acuan leluhur bangsa Melayu Islam yang dikepalai oleh Raja-Raja Melayu ketika itu.
Jasa besar Raja-Raja Melayu yang wajib kita pertahankan hari ini adalah kerana dengan kuasa muafakat Raja-Raja Melayu, tiga isu utama yang berkait dengan hak Melayu Islam dapat dikekalkan hingga hari ini iaitu kedudukan keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kita juga tidak lupa jasa besar Hakim Abdul Hamid salah seorang ahli Suruhanjaya Reid yang berasal dari Pakistan yang menyediakan nota tersendiri yang berasingan daripada ahli-ahli suruhanjaya yang lain dan telah berjaya meletakkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Maka, seperti mana yang di- seperti mana isu pertikaian Perlembagaan yang berlaku baru-baru ini ditambah dengan teguran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke atas salah seorang Ahli Dewan Rakyat, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita kembali kepada perkara asas dalam Perlembagaan dan menolak segala doktrin salah yang telah tersebar sejak tahun 1980-an. Saya begitu hairan bagaimana seorang yang telah menjadi Ahli Dewan Rakyat lebih empat penggal...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat, Yang Berhormat Port Dickson, Port Dickson mohon mencelah. Boleh? Baik, sebentar tadi Yang Berhormat ada menyentuh tentang tuduhan kepada salah seorang Ahli Parlimen yang membuat kenyataan terhadap Tuanku Sultan Selangor, adakah terdapat suatu kenyataan bertulis yang menyebut secara spesifik nama Tuanku Sultan Selangor? Sekian.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih, atas celahan tersebut dan kita sedia maklum kalau tidak ada terasa hati Sultan, dia tak akan tegur. Itu jawapan saya...
[Tepuk] Sedangkan ketika kita mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, melafazkan janji taat setia kepada negara dan mempertahankan Perlembagaan negara. Janganlah kita seperti yang sebut oleh peribahasa, ‘Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi’. Keempat, Titah Tuanku menegaskan juga berkenaan dengan soal perpaduan yang wajib dijaga di negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Kita bukan lagi berada pada tahun 1969 yang masing-masing terperangkap dengan momokan permusuhan antara kaum. Kita bukan lagi hidup pada tahun 80’an yang mana ada pihak yang menggelar Perlembagaan negara sebagai undang-undang penjajah sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan dan pergaduhan antara orang Islam kerana berbeza fahaman politik.
Maka, di manakah pihak yang bermain dengan isu 3R- “Race, Religion and Royalty”? Walau berdalilkan ayat Al-Quran yang mereka sendiri ubah-ubah kefahamannya. Perlu kita tolak dan banteras habis-habisan termasuk juga mana-mana bangsa yang masih lagi menuntut perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara seperti hak keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai agam rasmi, perlu berhenti segera.
Malaysia ini rumah kita. Setiap ahli dalamnya punyai peranan yang tersendiri.
Negara kita sudah lengkap struktur dan asasnya. Kuncinya semua pihak wajib memainkan peranan dan merasakan tanggungjawab menjaga keharmonian dan keamanan negara ini seperti wajib menjaga sensitiviti kepelbagaian kaum di negara ini. Seterusnya, Malaysia akan terus kekal di bawah payung perpaduan.
Kelima, Titah Tuanku menyentuh soal prestasi ekonomi Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun. Walaupun terdapat beberapa isu yang terpaksa dihadapi oleh Yang Amat Berhormat Tambun sejak hari pertama mengambil alih kerajaan. Saya mendapati keprihatinan Tuanku terhadap usaha-usaha yang telah
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
dilakukan oleh beliau sedang beliau berada pada landasan yang tepat. Dengan adanya kerangka ekonomi Madani serta pengenalan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 adalah langkah awal yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan bagi memastikan negara ini...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Mempunyai dasar yang diyakini...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan, Peraturan Dewan...
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Oleh pelabur-pelabur luar dan seterusnya dapat merancakkan ekonomi negara kita...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
36(7)...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Port Dickson...
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Port Dickson. Sebentar, kerana ada berkaitan peraturan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan Dewan 36(7). Tadi, saya dapat mengesan Yang Berhormat daripada Port Dickson telah menyebut Sultan Selangor. Kita tengok 36(7), nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-Raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua, Yang di-Pertua Negeri, tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Tadi dia sebut Sultan Selangor.
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sudah?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, sudah...
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab tak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Duduk Yang Berhormat Pendang. Saya buat petua. Okey. Atas...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, Yang di- Pertua, perkara yang sama Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tambah 36(8). Tujuh dan lapan. Itu saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, kalau kita lihat kepada inti pati kepada Peraturan 36(7)... [Merujuk kepada Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Ia menyatakan nama Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-Raja Melayu. Okey. Quote dua itu saja. Yang lain itu tidak terlibat ya.
Kalau kita lihat daripada perspektif bahasa, kefahaman, nombor satu nilaikan ia tidak menyebut nama spesifik. Okey, satu.
Dua, ungkapan Yang Berhormat Port Dickson adalah ulasan daripada perkara yang disebut. Tidak ada kena mengena dengan badan atau spesifik orang yang dimaksudkan. Dengan itu- sebentar. Saya membenarkan apa yang dinyatakan oleh Port Dickson...
[Tepuk] Baik, kepada Peraturan 36(8) pula, spesifik di sini adalah kelakuan. Ia tidak menyentuh langsung kepada kelakuan istana. Jadi, teruskan Yang Berhormat Port Dickson. Saya tambah waktu yang hilang itu.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Yang di-Pertua- Dato’ Yang di- Pertua. Tadi, sebab tidak ada kaitan di- apa ini dengan yang dikaitkan dengan yang disebut itu. Tak sebut Sultan Selangor pun...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduklah Pendang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Akan tetapi disebut oleh apa ini...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pendang, Pendang duduklah.
Pendang, Pendang. Biar Port Dickson habiskan ucapan dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pendang, Pendang duduklah.
Pendang duduklah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Tidak jelas] Tadi saya, saya tengoklah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pendang, Pendang itu. Speaker, Pendang itu bagi duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Langat duduk. Ya. Ini tak ada kaitan dengan apa yang berkait dengan Yang Berhormat Hulu Langat ya. Saya tengah berurusan dengan Pendang...
[Tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang dia hina itu Sultan Selangor.
Sultan saya.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak timbul soal hina.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tak ada kaitan Yang Berhormat. Ini dalam urusan saya dengan Pendang. Okey, Yang Berhormat Pendang, saya bagi...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sebab yang dikaitkan oleh Port Dickson menyebut kata- dia sebut tadi Selangor, kita dengar, tapi yang dikaitkan itu tak ada satu perkataan yang disebut mana-mana Sultan.
Jadi, kita minta tarik baliklah senang. Sebab apa, kedua-dua ini agak general statements. Cuma, khusus disebut oleh apa ini Yang Berhormat Port Dickson, Sultan Selangor. Tidak boleh. Sebab yang dikaitkan pun tak adapun nama mana-mana Sultan sebab itu secara general, advisable from the someone to the orang yang related to that issue. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Pendang, sebagaimana saya sudah nyatakan tadi, ia berkaitan- 36(7) itu kena spesifik tapi kalau ungkapan itu adalah apa yang telah dinyatakan dan tersebar dan perkara itu pun jelas, jadi tidak ada kaitan. Jadi, kita teruskan urusan Majlis.
Silakan, Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan pasukan Kabinet yang sentiasa komited menarik pelabur. Seperti mana yang dimaklumkan, jumlah pelaburan yang diluluskan berjumlah RM329.5 bilion. Tuanku juga menyentuh usaha- usaha perlu dipergiat terutamanya dalam sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan, keterjaminan makanan agar dapat ditambah baik selaras dengan keperluan 31 juta rakyat Malaysia hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, justeru, Port Dickson melihat lima kesimpulan yang dibentangkan dalam perbahasan Usul Titah Diraja perlu dijadikan asas perbahasan setiap ahli Dewan. Hentikan retorik politik yang dilihat tidak menggambarkan hal sebenar berkaitan hal ehwal negara ini. Berdasarkan data-data yang dibentangkan seperti keadaan inflasi yang menurun, kadar pengangguran yang menguncup dan ekonomi negara berkembang pada kadar yang lebih baik, perbahasan kita sebagai Ahli Dewan Rakyat seharusnya pada tahap yang lebih matang bagi memastikan negara ini terus stabil dan lebih laju untuk mengorak langkah menjadi negara yang berdaya saing di rantau ini.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyokong usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Dato’ Speaker. Tuan Speaker, Pasir Mas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya memohon petua daripada Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kait dulu dengan peraturan dulu.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Peraturan Mesyuarat 36(7) tadi yang mengaitkan dengan istana. Saya mohon petua daripada Yang Berhormat Speaker. Perbuatan menghina Sultan Selangor adalah merupakan satu jenayah dan ia sedang berada dalam siasatan pihak polis. Adakah ia merupakan perbuatan yang dilakukan atau tidak?
Petua saya mohon daripada Tuan Speaker, adakah- bolehkah kita menyebut satu perbuatan yang masih belum disahkan di luar sama ada ia berlaku atau tidak tetapi dibawa ke dalam Dewan ini seolah-olah ia sudah berlaku dan sudah pun dijatuhkan hukuman apatah lagi mengaitkan pihak istana? Pertanyaan saya sebagai petua daripada Dato’ Speaker, boleh atau tidak jika perkara itu masih dalam siasatan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pasir Mas, saya selalu berulang menyatakan kita ada dua- platform. Di sini, Yang Berhormat tidak- semua Yang Berhormat tidak subject to the civil law outside, dengan izin ya. Tidak kena saman kah, apa kah. Dalam ini, boleh bercakap. Hakimnya adalah Yang di-Pertua atau timbalan-timbalannya semasa duduk di sini.
Jadi, yang akan memutuskan boleh atau tidak petua yang dikeluarkan semasa isu itu berbangkit. Jika dalam perbahasan telah berlaku senario yang sedemikian, Yang Berhormat bangkitkan peraturan dan menyata sebahagiannya, yang akan memutuskan hakim yang duduk di sini. Itu bezanya. Kalau di luar Yang Berhormat cakap, recorded, Yang Berhormat subject untuk civil action. Itu sahaja. Memutuskan- orang di sini.
Saya mungkin memutuskan cara saya dan mungkin Yang Berhormat tidak puas hati. Peraturan telah menyediakan 43, Yang Berhormat boleh buat rayuan dalam tempoh 48 jam, dua hari, tetapi walau bagaimanapun, muktamad. Kerana kalau kita lihat Peraturan 99, 99A dan 100, sesiapa yang duduk di sini dilindungi, keputusannya adalah muktamad. Jika tidak puas hati juga, usulkan. Perkara 17, 18 ada. Jelas, Yang Berhormat.
Jadi ini bagi yang petua-petualah ya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
36(6) dan 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
36(6), okey.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tadi Hulu Langat bangun dalam keadaan tidak meminta keizinan telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan, “Yang dihina itu sultan saya, Sultan Selangor.” Ini sangkaan jahat. Dan 36(12), sangat mengelirukan Dewan.
Siapakah yang dimaksudkan? Adakah Pendang ataupun sesiapa sahaja? Minta petua Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat, dalam kekecohan dalam perbahasan, lemparan-lemparan ini berlaku. Dalam tempoh saya setahun lebih, saya lihat. Dan bila ini berlaku, apa yang paling ketara jika seseorang Yang Berhormat bangkitkan peraturan berkaitan perkara tersebut, baru Yang di-Pertua atau yang duduk di sini akan membuat keputusan. Itu dia punya solution dan kata putus. Orang yang di sini adalah muktamad. Itu sahaja. Jelas.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dia kena tarik balik, Tuan Yang di-Pertua, tadi. Itu ucapan yang masuk dalam Hansard, mic dibuka. Itu satu tuduhan dan sangkaan jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, kalau dengan sedemikian, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, adakah Yang Berhormat membangkitkan isu itu? Itu saya kena tanya dulu.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kerana 37(1) itu, 37(1)(a) itu jelas. Adakah Yang Berhormat membangkitkan dan baru minta saya buat keputusan?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya bangkitkan kenyataan Hulu Langat yang membuat sangkaan jahat. Itu bertentangan 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Dan 36(12). Saya mencadangkan supaya Tuan Yang di-Pertua untuk merujuk Hansard, adakah kenyataan itu benar-benar dibuat dan Yang di-Pertua selepas itu boleh buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Akan tetapi, semua yang ada di sini tadi dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Itu tuduhan dan sangkaan yang sangat jahat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Sebentar, Yang Berhormat Jelutong. Bagi saya selesai satu-satu. Kalau tidak, jadi pasar borong nanti.
Baik, apa yang telah Yang Berhormat Pengkalan Chepa nyatakan, saya pun dengar. Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah bangkitkan 36(6) dan 36(12). Dengan itu, saya membuat petua ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekarang ni, saya tidak mengenakan ataupun membiarkan- saya membiarkan kenyataan itu atas berdasarkan tidak ada kaitan dengan apa yang dibincangkan dan apa yang dituntut oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Faham? Itu petua saya. Tidak ada kaitan atas 36(6) dan 36(12) itu. Itu petua saya. Jika Yang Berhormat Pengkalan Chepa tidak puas hati, rujuk pada 43. Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua sebut dengan jelas bahawa Tuan Yang di-Pertua pun dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Adakah perkataan itu tidak bertentangan dengan peraturan mesyuarat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yes. Bagi saya, saya telah membuat keputusan, petua tidak bertentangan dengan 36(6) dan 36(12).
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Satu tuduhan mengatakan penghinaan kepada Sultan Selangor kepada Yang Berhormat Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Faham.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Itu tidak menjadi satu kesalahan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak. Bagi saya- saya yang memutuskan. Jadi, saya mengambil kira apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat tidak melanggar 36(6) atau 36(12). Remedinya, 43 sebagaimana saya nyatakan. 18, 17. Kita habis di situ.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya tidak bersetuju dengan ruling Yang di-Pertua. Saya akan bawa Usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, 43 ada. Itu jelas. Dalam tempoh 48 jam, Yang Berhormat sila buat Usul, Speaker akan putuskan.
Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Speaker, kita tengok 36(6) tadi juga, sangkaan jahat tadi iaitu, “...seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain.” Tadi disebut secara jelas. Saya ulang perkataan dia ya. Bukan saya nak sebut ini, saya ulang perkataan dia. “Dia hina sultan saya, Sultan Selangor. Saya orang Selangor.” Maknanya, dia telah menuduh kami ini hina Sultan Selangor. Itu sangkaan jahat itu. Sebenarnya benda ni dak lagi, tak dak apa-apa pun dalam siasatan, polis pun dah umum.
Jadi, saya nak minta kalau boleh tarik baliklah. Sebab, dia bangun tadi pun dia tak minta kebenaran Dato’ Yang di-Pertua. Dia bangun tadi, dia belasah aku terus itu.
Sebab itu saya katakan daripada dulu lagi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Pendang bangun ini minta tak?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Eh...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Pendang bangun ini minta tak?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Saya sebut 36(6).
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pun tak minta juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat, sebentar.
Yang Berhormat Hulu Langat, nak bangun, sila minta kebenaran ya. Sebagai kata putus, amaran pertama. Baik..*.
[Tepuk]* Baik, Yang Berhormat...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua, minta dia tarik balik, habislah, settle kes.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya faham.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Fasal dia sangkaan jahat kepada kami ini, kata hina- sebab, ayat dia itu jelas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
36(6) itu, saya sebut tadi 36(6), seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, saya- di tengah itu, dia bangun tanpa kebenaran Dato’ Speaker, dia terus belasah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tarik balik, habislah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
La ni, Yang Berhormat Pendang, yang buat keputusan itu siapa?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itu saya minta petua itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya dah buat keputusan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak benarkan. Saya kata okey, boleh teruskan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bertentangan dengan 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya dah buat keputusan. Kalau Yang Berhormat tak setuju, 43 itu ada.
Baik, saya nak teruskan dengan perbahasan ini. Saya nak invoke 37(2). Baik, saya tak mahu buang masa lagi. Okey, Yang Berhormat Jelutong. Peraturan saya layan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memandangkan Yang di- Pertua telah menyelesaikan perkara ini saya serahkan kepada kewibawaan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih.
Kita teruskan dengan mempersilakan Yang Berhormat Pagoh, 15 minit sebagai ketua parti. Silakan Yang Berhormat Pagoh...
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Di awal perbahasan ini, saya ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas kesudian Baginda berangkat untuk bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Parlimen Ke-15. Saya juga terlebih dahulu ingin merakamkan sembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Sebagai bangsa Johor, saya amat berbangga atas pelantikan ini dan saya yakin akan hikmah dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Tuanku selaku Raja Berperlembagaan untuk menjalan tugas dan amanah dengan adil dan saksama dalam memastikan Malaysia kekal makmur dan sejahtera.
Saya juga ingin merafak sembah tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Zarith Sofia dan saya mewakili seluruh barisan kepimpinan dan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati baginda berdua...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini rakyat sedang berdepan dengan situasi ekonomi yang amat mencabar dan masalah kos sara hidup yang semakin meruncing.
Setelah setahun lima bulan Kerajaan MADANI mentadbirkan negara, kita lihat banyak data ekonomi bukan semakin bertambah tapi semakin merudum.
Misalnya kejatuhan nilai ringgit yang telah banyak diperkatakan oleh Ahli Dewan yang mulia ini sebelum ini. Soalnya, mengapa nilai Ringgit kita semakin merudum. Ya, saya tidak nafikan antara sebabnya ialah tindakan rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedahnya. Jadi nilai Ringgit jatuh berbanding dolar, RM4.80 ke USD1.
Ini disebutkan yang paling rendah dalam tempoh lebih 26 tahun, tetapi nilai Ringgit jatuh bukan sahaja berbanding Dolar Amerika Syarikat.
Sejak bulan Julai 2023, nilai Ringgit menyusut 4.6 peratus berbanding Thailand, 3.73 peratus berbanding Vietnam, 3.37 peratus berbanding Indonesia dan 2.26 peratus berbanding Filipina. Selain itu, Bank Negara Malaysia melaporkan rizab negara kita pada bulan Januari 2024 adalah sekitar RM114.8 bilion. Jumlah ini mencukupi untuk menampung import kurang 3.6 bulan.
Pada masa yang sama, kos import negara kita semakin meningkat disebabkan nilai Ringgit yang menyusut. Lebih memburukkan keadaan data juga menunjukkan jumlah deposit mata wang asing di negara kita semakin meningkat. Sehingga bulan Julai 2023, deposit mata wang asing dalam sistem perbankan di negara kita berjumlah RM250 bilion iaitu tertinggi dalam sejarah. Pada waktu wabak COVID-19 pun jumlahnya hanya sekitar RM150 bilion.
Apakah maknanya ini? Maknanya rakyat Malaysia sendiri pun tidak yakin kepada Ringgit Malaysia. Mereka tidak mahu simpan Ringgit kerana bimbang nilainya akan terus menurun. Jadi mereka memilih untuk menyimpan dalam mata wang asing.
Persoalannya, Tuan Yang di-Pertua kenapa mereka tidak yakin. Bukankah kerajaan telah memberikan jaminan bahawa nilai Ringgit akan mengukuh. Kalau tanya saya jawapannya senang sahaja dan ini telah pun disahkan oleh ramai pakar ekonomi ialah kerana rakyat tak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri...
[Tepuk] Rakyat tak yakin dengan kepimpinan kerajaan untuk menguruskan ekonomi negara ini dengan baik.
Saya tengok Dato’ Yang di-Pertua, dalam media sosial, ramai netizen ulang tayang video yang Yang Amat Berhormat Tambun ketika dia jadi Pembangkang. Dia kata, “Hang, tak reti jaga negeri.” Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, *“Hang, yang tak reti jaga negeri.”...
[Tepuk]* Dato’ Yang di-Pertua, ini soal Ringgit. Kita tahu bahawa negara kita mengimport banyak barangan dari luar negara termasuk bahan-bahan makanan dan apabila nilai Ringgit jatuh kos barang yang kita import menjadi semakin mahal.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan. Minta jalan. Saya nak tanya...
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Saya banyak lagi Dato’ Yang di-Pertua nak habis.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Satu sahaja. Satu sahaja.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Nanti dulu. Nanti biar saya habis dulu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Satu sahaja. Bagi tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bagan, floor Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Belum habis, banyak- tak habis masa.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bagi tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Itu soal nilai Ringgit...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Okey, tak apa.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Kita tahu bahawa negara kita mengimport banyak barangan dari luar negara termasuklah bahan-bahan makanan.
Apabila nilai Ringgit jatuh kos barang-barang yang kita import juga menjadi semakin mahal. Oleh sebab itu, rakyat mengeluh harga barangan keperluan harian semakin mahal.
Beras mahal. Bawang mahal. Daging mahal. Tepung mahal. Hampir semuanya mahal.
Apabila rakyat mengadu harga barang mahal ada Menteri yang kata kita bukan beli barang guna US dolar. Ini Menteri yang tak faham ekonomi mungkin Dato’ Yang di-Pertua...
[Tepuk] Dia tak faham bila nilai Ringgit ini jatuh, barang-barang yang kita import akan menjadi lebih mahal. Ini yang dikatakan ialah imported inflation. Oleh sebab itu, inflasi keseluruhan secara bulanan terus menunjukkan kenaikan.
Saya tak payah sebut ini telah pun diulang selalu oleh rakan-rakan saya dalam Dewan ini.
Dalam keadaan rakyat berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup, mereka juga berhadapan dengan kenaikan cukai SST lapan peratus termasuk bagi penggunaan elektrik melebih 600 kilowatt.
Selain itu, cukai SST enam peratus juga dikenakan terhadap perkhidmatan logistik seperti perkhidmatan penggudangan, penghantaran freight, perkhidmatan pelabuhan, perkapalan, penerbangan dan lain-lain berkaitan dengan rantaian bekalan.
Saya pasti pengenaan cukai SST enam percent untuk perkhidmatan logistik ini akan menyebabkan kenaikan kos operasi perniagaan yang tentu sekali akan menyebabkan kenaikan harga barang.
Jadi nasib rakyat negara kita Dato’ Yang di-Pertua ialah sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah barang agak mahal harganya. Kadar cukai dinaikkan yang pasti menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan menjadi semakin mahal lagi. Pada masa yang sama ada dikatakan pencen penjawat awam pun nak dihapuskan. Perbelanjaan kesihatan dipotong dan subsidi ditarik balik.
Kerajaan nampaknya tidak mengambil kira secara holistik bebanan yang ditanggung oleh rakyat dengan keputusan untuk menaikkan kadar cukai dan lain-lain kenaikan. Seolah-olahnya semuanya dilonggokkan ke atas rakyat tanpa ada strategi jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh ataupun dasar jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh.
Semalam saya baca kenyataan seorang Timbalan Menteri yang mengingatkan peniaga yang perniagaannya tidak terbabit dengan kenaikan cukai SST supaya tidak menaikkan harga. Disebut antaranya ialah peniaga makanan- ramai juga bumiputera yang berniaga. Ya, betul sektor makanan dan minuman tidak terbabit dengan kenaikan cukai SST kepada lapan peratus, tetapi katakanlah peniaga itulah peniaga jual nasi campur.
Dengan cukai SST, enam percent dikenakan untuk perkhidmatan logistik, kos pengangkutan bagi daging, ayam, ikan, sayur dan lain-lain lagi pastinya juga meningkat.
Kalau kos barang ini meningkat takkanlah Dato’ Yang di-Pertua peniaga nasi campur nak jual nasi dengan harga yang sama seperti sebelum ini. Jadi secara logiknya pastilah mungkin jual dengan harga yang lebih tinggi lagi.
Jadi adakah kerajaan pada hari ini faham kesan kenaikan cukai ini terhadap keseluruhan rantaian bekalan yang akhirnya menyebabkan hampir semua barang naik dan kesannya ditanggung oleh rakyat jelata.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Ini belum masuk lagi cadangan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel yang dikatakan akan dilaksanakan juga pada tahun ini. Kalau dilaksanakan, saya 100 peratus yakin bahawa semua barang perkhidmatan akan naik harga dan kita akan lihat lebih ramai lagi rakyat akan sengsara sampai ada yang nak membunuh diri pun ada, Dato’ Yang di- Pertua.
Oleh sebab itu, saya minta kerajaan supaya kaji; kaji dengan lebih teliti rancangan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel ini. Adakah ia sesuai dilaksanakan pada masa ini ketika rakyat sedang berdepan dengan kenaikan harga barang dan kenaikan barang pelbagai jenis cukai yang amat membebankan mereka?
Mungkin elok kerajaan tangguhkan dahulu rancangan rasionalisasi subsidi petrol dan juga diesel ini buat sementara waktu. Saya faham bahawa beban fiskal yang ditanggung oleh negara kita akibat jumlah subsidi yang besar tetapi pada masa yang sama adakah kita rela melihat rakyat menanggung sengsara dalam keadaan mereka sudah pun terbeban dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan tekanan kos sara hidup dan kenaikan cukai ini.
Dato’ Yang di-Pertua, bercakap mengenai kos sara hidup ini, kita- semua tahu kerajaan telah pun menubuhkan NACCOL. Ia dikatakan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, tetapi saya nampak NACCOL ini tak berkesan. Jarang sekali bersidang ataupun bermesyuarat.
Contohnya baru-baru ini, saya tak nak sebut tapi terpaksa sebut. Bukit Gantang buat pengumuman kerajaan nak memperkenalkan “Beras Putih Malaysia MADANI.” Tak tahu macam mana boleh timbul perkara ini. Yang mana mengikut kenyataannya, cadangan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri tapi lepas itu Perdana Menteri ataupun Menteri Pertanian buat pernyataan, “Itu bukan keputusan kerajaan”. Jadi, dah cacamarba dah; yang mana satu betul, yang mana satu tak betul.
Ini satu perkara yang pastinya perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Kemudian, Perdana Menteri ada kata pula bahawa dia akan dibawa pada mesyuarat NACCOL. Persoalannya, adakah isu beras ini telah pun diselesaikan dan jawapannya belum pun diselesaikan. Saya pernah menguruskan soal beras ini, Dato’ Yang di-Pertua, semasa saya di sebelah sana dahulu. Dalam Kementerian Pertanian, kementerian domestic trade dan sebagainya. Tak pernah berlaku soal tak ada beras dalam pasaran.
Tak pernah berlaku soal kenaikan beras. Waktu itu diuruskan oleh pihak BERNAS.
Saya tak kata saya setuju monopoli 100 peratus tapi tak berbangkit soal beras tak ada. Beras tempatan patut lebih banyak daripada beras import tapi sekarang ini beras import lebih banyak daripada beras tempatan. Manakah pergi beras tempatan? Sampai ke hari ini tak terjawab oleh pihak kerajaan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mencelah, Pagoh. Minta laluan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Pagoh, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bercerita berkaitan dengan kos sara hidup ke penurunan harga ringgit, harga barang meningkat. Setuju tak Pagoh kalau saya cadangkan supaya Perdana Menteri memecat Menteri Kewangan ataupun menukar Menteri Kewangan? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Setuju 100 peratus...
[Tepuk] Akan tetapi saya jangka tak akan berlaku, Dato’ Yang di-Pertua. Realistiknya begitu.
Jadi, oleh sebab itu Dato’ Yang di-Pertua, saya minta supaya Perdana Menteri, Pengerusi NACCOL dan juga menteri-menteri yang terbabit dalam pengurusan soal kos sara hidup ini, seriuslah. Kita waktu kita menguruskan COVID, bukan saya nak membanggakan diri, kita bersidang setiap hari kerana isu masalah krisis...
[Tepuk] Siang malam, Dato’ Yang di-Pertua. Tak boleh secara fizikal, tapi kita buat secara Google...
Seorang Ahli
Video...
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Video conferencing dan sebagainya, tetapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pagoh, minta laluan Pagoh.
Jelutong.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
...Kenapa soal seperti itu tak boleh diselesaikan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Dalam keadaan waktu mana tidak ada krisis.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berani bagikah, Pagoh?
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Minta maaf. Minta maaf, saya tak bagi masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat Pagoh tidak benarkan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Jadi Dato’ Yang di- Pertua, kebimbangan utama Perikatan Nasional ialah situasi ekonomi negara yang kian meruncing dan masalah kos sara hidup rakyat yang berlarutan. Jika keadaan ini berterusan, ekonomi negara kita sukar untuk dipulihkan dan akhirnya sekarang ini pun sudah berlaku, yang menderita ialah rakyat jelata. Yang Amat Berhormat Tambun ketika jadi pembangkang dahulu juga pandai berjanji macam-macam. Saya tak payah sebutlah janji itu, janji ini tapi nampak satu pun tidak ditunaikan.
Saya berharap agar Yang Amat Berhormat Tambun, dengan izin, walk the talk.
Ingatlah janji-janji yang ditabur kepada rakyat dahulu. Jangan berbohong kepada rakyat.
Buruk akibatnya. Ingatlah sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, mafhumnya, *“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta; apabila dia berjanji, tidak ditepati; dan apabila diberi amanah dia khianati”...
[Tepuk]* Jadi, sebab itu janganlah kita bersikap munafik dalam diri kita, nauzubillahiminzalik. Dato’ Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Usul ini.
Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Betong, 12 minit.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua atas ruang untuk Betong sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja kali ini.
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan dan merafak sembah tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dan menyampaikan Titahnya yang sarat dengan peringatan bagi memastikan nasib rakyat kebanyakannya adalah terbela dan diberikan hak yang saksama.
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun yang lalu dengan adil dan bijaksana.
Dato’ Yang di-Pertua, mewakili kawasan luar bandar di mana aktiviti utama ialah pertanian dan tanaman komoditi, maka dalam perbahasan kali ini Betong ingin menyentuh isu kos sara hidup, pertanian dan pengeluaran makanan.
Kos sara hidup. Pertama sekali, Betong ingin menyentuh titah ucapan Yang di- Pertuan Agong akan harapannya supaya semua Ahli Dewan menumpukan usaha untuk
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
membela nasib hidup seluruh rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan pada ketika ini negara telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan di mana jumlah pelaburan diluluskan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM392.5 bilion dan berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baru.
Walau bagaimanapun, perlu dilihat bahawa rata-rata rakyat sekarang mengeluh mengenai peningkatan kos sara hidup yang agak menekan dan membataskan kehidupan...
[Tepuk] Oleh itu, peluang sama rata perlu diwujudkan oleh kerajaan dan bukan hanya memberi tumpuan khusus kepada bandar-bandar besar sahaja. Ini kerana rakyat di kawasan-kawasan lain termasuklah di Betong turut terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Dalam hal ini adalah dicadangkan agar kerajaan merangka lebih banyak inisiatif dan program untuk meringankan beban rakyat.
Betong mengharapkan sangat program-program utama merentasi pelbagai kementerian, strategi dan pendekatan berbentuk intervensi dan mitigasi perlu dilaksanakan dengan ikhlas dalam menangani pelbagai isu dan kesan berkaitan kos sara hidup. Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM58.1 bilion untuk tujuan subsidi, insentif dan bantuan yang terkait dengan kos sara hidup rakyat. Oleh itu, rakyat amat-amat mengharapkan agar inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan melalui peruntukan tersebut digunakan sebaik-baiknya. Menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan bahawa jentera kerajaan mestilah meningkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti dan elakkan red tape.
Sudah tentu dengan kecekapan proses kerja dan tadbir urus yang baik, segala inisiatif bagi menangani isu berkaitan kos sara hidup dapat berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan yang diharapkan.
Dato’ Yang di-Pertua, pertanian dan industri pengeluaran makanan. Industri pengeluaran makanan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan mempunyai permintaan yang tinggi dan berterusan. Ia dikira perkara strategik kerana ia melibatkan keselamatan atau survival bagi penduduk dan negara. Potensi perniagaan dan pelaburan dalam industri makanan di negara ini masih luas kerana kita masih bergantung kepada dunia luar dalam mendapatkan sumber makanan.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Oleh itu, soalannya bagaimanakah dan apakah strategi kerajaan bagi menjadikan Malaysia mampu mengeluarkan sumber makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar. Maka sokongan berterusan kepada petani tempatan termasuk penyediaan latihan dan kemudahan infrastruktur pertanian yang moden berteknologi tinggi amatlah diperlukan.
[Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Tidak dinafikan pemberian subsidi merupakan satu bentuk bantuan yang amat membantu dalam meringankan beban rakyat dan merupakan instrumen kerajaan yang penting untuk mencapai objektif dasar ekonomi, politik dan sosial. Namun begitu, pemberian subsidi dan galakan cukai serta insentif-insentif lain tidak banyak membantu daripada segi peningkatan output pertanian. Ini jelas melalui data-data terkini di mana imbangan perdagangan ataupun balance of trade, dengan izin dalam perdagangan sektor pertanian bagi bahan makanan. Walaupun nilai eksport meningkat, jumlah import juga semakin meningkat dan imbangan perdagangan menunjukkan jurang yang semakin membesar dan membimbangkan.
Sebagai contoh bagi sektor pertanian bagi bahan makanan, pada tahun 2019 eksport berjumlah RM34 bilion manakala import berjumlah RM51 bilion dengan imbangan perdagangan sebanyak RM17 bilion dan ia meningkat pada tahun 2020 kepada RM22 bilion, RM25 bilion pada tahun 2021 dan RM31 bilion pada tahun 2022. Imbangan perdagangan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran juga menunjukkan trend yang sama.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Oleh itu, untuk mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula pemberian subsidi insentif dan mentransformasikan kaedah pertanian dalam usaha meningkatkan pengeluaran serta mengurangkan kebergantungan kepada import.
Betong juga mencadangkan kerajaan untuk meningkatkan pelaburan ke arah penggunaan teknologi dan pada masa sama insentif-insentif lain boleh dilaksanakan penjajaran semula secara berperingkat untuk perbelanjaan pembangunan yang lain. Di Belanda umpamanya dan di beberapa buah negara lain teknologi blockchain digunakan secara meluas untuk memudahkan pengesanan dalam memastikan ketelusan dalam rantaian bekalan makanan dan memastikan keselamatan makanan kepada pengguna.
Dalam hal ini jika diaplikasikan oleh petani-petani di Malaysia, platform berasaskan blockchain akan membolehkan petani merakam dan mengesan pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran hasil tanaman dengan memanfaatkan blockchain platform ini memberikan gambaran kepada pengguna tentang asal usul dan kualiti produk tanaman ataupun traceability di samping meningkatkan kepercayaan dan akauntabiliti dalam rantaian bekalan.
Di Malaysia, apa usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat-syarikat makanan untuk bekerjasama dengan petani tempatan untuk pembangunan produk bermutu tinggi yang sesuai dengan keperluan pasaran domestik dan antarabangsa. Ini dapat memperkuatkan lagi rangkaian nilai tempatan dan menggalakkan inovasi dalam produk makanan.
Seterusnya, apa usaha kerajaan untuk mempergiatkan kerjasama antara petani dalam industri makanan ke arah pembangunan produk makanan baru atau penambahbaikan produk sedia ada misalnya industri makanan boleh bekerjasama dengan petani untuk menghasilkan variety sayur-sayuran khas yang sesuai dengan keperluan proses makanan tertentu.
Dalam kerjasama dengan industri makanan petani akan didorong untuk mematuhi standard dan piawaian kualiti tertentu untuk memastikan produk mereka memenuhi keperluan pasaran. Ini dapat memberikan keyakinan kepada pembeli dan pengguna mengenai kualiti dan keselamatan produk makanan. Industri makanan boleh menyediakan sokongan, tenaga pakar dan teknikal kepada petani untuk membantu mereka meningkatkan produktiviti dan keselamatan produk. Contohnya petani boleh mendapat akses pada pengetahuan teknikal dalam penggunaan baja dan racun makhluk perosak, pengurusan tanah dan teknik penyemburan yang efektif.
Dengan penyatuan petani ke dalam rantaian bekalan dan kerjasama yang kukuh antara petani dan industri makanan Malaysia dapat meningkatkan daya saing dan keberkesanan sektor pertanian negara serta memastikan kesinambungan dalam pengeluaran makanan. Langkah ini juga dapat membantu memperkuatkan hubungan antara komuniti pertanian dan industri makanan mencipta ekosistem yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Puan Yang di-Pertua, Betong juga ingin mengetahui apakah usaha dan pendekatan oleh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai golongan belia dalam sektor pertanian dan pengeluaran makanan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Betong, Sik mohon sikit mencelah.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh ya. Yang Berhormat Betong saya setuju dalam soal kesejahteraan rakyat ini. Adakah Yang Berhormat Betong bersetuju bahawa soal prasarana, pendidikan dan sekolah juga sangat penting bagi memastikan kesejahteraan kepada pelajar-pelajar kita.
Jadi, bagaimana Betong melihat masih banyak lagi sekolah-sekolah daif di seluruh Malaysia termasuk di Parlimen Betong, termasuk Parlimen saya Parlimen Sik.
Dikatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara masih lagi ada lebih 1,500 sekolah-sekolah daif yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan dalam soal kesejahteraan seluruh rakyat ini. Terima kasih.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Sik. Ya, saya setuju dan dimasukkan sekali ucapan itu dalam ucapan saya.
Belia perlu didedahkan dengan peluang-peluang yang ada dalam sektor pertanian. Pendedahan kepada penggunaan kepada teknologi dalam bidang pertanian adalah kunci untuk menarik penyertaan lebih ramai belia dalam sektor ini. Dengan menyediakan pendedahan yang menyeluruh mengenai potensi teknologi ini, kita dapat menggalakkan para belia untuk menyertai sektor pertanian, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara sambil menggalakkan inovasi dan pembangunan berterusan dalam sektor ini.
Puan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak mempunyai kawasan tanah yang luas untuk diusahakan bagi tujuan pengeluaran makanan. Bagi melonjakkan penglibatan petani terutama di Sabah dan Sarawak dalam bidang pertanian moden, apakah usaha dan strategi kerajaan untuk mewujudkan ekosistem yang menjamin petani dan penternak menjadi penyumbang kepada pengeluaran makanan bukan sahaja untuk golongan tempatan malah untuk dieksport. Adakah kerajaan mempunyai ekosistem merangkumi rantaian bekalan yang lengkap dan sistematik bermula daripada aktiviti huluan hingga ke aktiviti hiliran yang berasaskan teknologi. Ini penting kerana ia menjamin segala hasil dan keluaran bermutu tinggi yang dapat dipasarkan.
Bagi tujuan ini Betong berpendapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan dasar yang lebih holistik, pragmatik dan perlu ada kerangka kawal selia. Di samping itu, pentadbiran serta pengurusan kerajaan perlu dipermudahkan. Contohnya memudahkan dan menyelaras segala bentuk bantuan, memudahkan pengurusan perniagaan, mengurangkan kerenah birokrasi. Kerajaan juga perlu membentuk insentif khas kepada syarikat atau Anchor company, dengan izin, seperti modal teroka supaya mereka dapat melabur dalam perusahaan perniagaan bagi mengeluarkan produk pertanian secara komersial.
Kerajaan perlu menyediakan insentif pinjaman mudah, subsidi bersasar atau berasaskan produktiviti jaminan pinjaman dan geran patut juga disediakan kepada belia dan usahawan tani yang ingin mencebur dalam pengeluaran pertanian komersial. Di samping itu bantuan dalam bentuk penyediaan premis-premis perniagaan seperti CPPC, latihan dan kemahiran R&D patut disediakan. Dengan satu ekosistem yang tersusun dan teratur dapat membantu usahawan tani di luar bandar menembusi pasaran yang lebih luas dan berupaya memenuhi syarat-syarat dan peraturan seperti HACCP, GAP dan GMP.
Puan Yang di-Pertua, ketika ini Malaysia tidak mempunyai pengeluaran makanan mampannya sendiri di mana hampir-hampir 60 peratus makanan kita diimport. Oleh itu, Betong mencadangkan kerajaan perlu merombak keseluruhan dasar secara menyeluruh ke atas rantaian pengeluaran dan pengedaran makanan yang bertanggungjawab terhadap apa-apa krisis pada masa hadapan.
Di samping itu, adakah kerajaan mempunyai pendekatan yang tegas untuk memastikan sistem yang dapat mengelakkan kartel dan orang tengah yang mengaut keuntungan berlebihan daripada petani dan peruncit demi kepentingan rakyat. Betong mencadangkan kerajaan supaya serius menangani isu sekuriti makanan dengan membuat tinjauan mengenal pasti semua masalah dalam semua sektor dan merangka penyelesaian jangka panjang. Dengan perolehan ke arah pertanian berasaskan teknologi diharapkan sektor pertanian Malaysia dapat menjadi lebih inovatif, lestari dan berdaya saing di pasaran global.
Namun demikian, sokongan yang menyeluruh dalam pembangunan, infrastruktur teknologi, latihan dan pembangunan kapasiti untuk petani serta kerjasama antara pelbagai pihak termasuk kerajaan industri dan penyedia teknologi adalah penting bagi kejayaan peralihan ini.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya Betong ingin mengemukakan sedikit permohonan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa sudah tamat.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Sebagai penggulungan dari rakyat di kawasan Betong mohon perhatian daripada kementerian-kementerian tertentu bagi permintaan untuk menubuhkan beberapa cawangan pejabat di Bandar Betong seperti berikut:
(i) pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri;
(ii) pejabat cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri;
(iii) pejabat cawangan KWSP; dan
(iv) pejabat cawangan Mahkamah Tinggi/Seksyen di Betong dengan pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan semenjak Betong dinaik taraf ke peringkat bahagian lebih 20 tahun yang lalu pejabat-pejabat tersebut amatlah diperlukan dengan segera.
Akhirnya, sekali lagi Betong nak bertanya mengenai cadangan penubuhan sebuah politeknik konvensional memandangkan Politeknik METrO Betong yang ada sekarang kurang sesuai dan kerana tidak ada kemudahan asrama untuk pelajar. Dengan ini, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kemaman...
[Tepuk]
Seorang Ahli
Penampilan sulung.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera... [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut berbahas Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya menzahirkan ucapan menjunjung kasih atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong.
Seterusnya saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Tuan Yang di-Pertua, Pilihan Raya Kecil P.040 Kemaman pada 2 Disember 2023 telah membawa saya sebagai ahli terbaharu ke Dewan yang mulia ini. Saya dapat bersama dengan semua Ahli Dewan Rakyat menekuni nasib negara Malaysia tercinta dan kepada saya selepas 442 hari sidang bermula pasca Pilihanraya Umum Ke-15 pada November 2022. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengundi Kemaman sama ada yang memilih atau yang tidak memilih saya dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Terima kasih kepada yang memberikan harapan kepada saya dan terima kasih juga kepada yang tidak mengundi saya kerana mereka sebenarnya adalah menjadi elemen semak imbang atau check and balance, dengan izin, dan sumber kritikan terhadap apa jua kelemahan saya. Tidak kiralah sama ada benar atau tidak pandangan mereka, semuanya saya perlu hadapi dengan berlapang dada...
[Tepuk] Apa yang lebih penting ialah kita semua di sini adalah harapan rakyat sebagaimana kata orang tua, “Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar”, bahawa pemimpin seperti kita- semua ini adalah tempat rakyat mengadukan nasib dan memimpin mereka.
Tuan Yang di-Pertua, bersandarkan kepada denyut nadi inilah kita melihat kesenangan dan kesusahan rakyat- seluruh kelompok usia, daripada pelajar, petani, nelayan, peniaga, pekerja kilang, doktor dan sebagainya yang berdepan dengan perit getir
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
suasana ekonomi yang mencabar ketika ini. Benarlah bahawa sebuah kerajaan mempunyai tanggungjawab terhadap semua peringkat dan kelompok rakyat.
Kerajaan memang perlu menambah sumber kewangan negara kerana ia adalah asas untuk membangunkan ekonomi, keperluan dan sosial rakyat, tetapi biarlah penambahan hasil negara ini tidak dengan memberi tekanan kepada rakyat awam yang perit kehidupan mereka menerusi pelaksanaan cukai luar jangka dengan kadar yang membebankan seperti SST dan lain-lainnya di masa yang tidak sesuai ini.
Kerajaan juga hendaklah mempunyai mekanisme khusus agar syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan besar dan bank-bank perlu memainkan peranan yang lebih lagi untuk membantu rakyat Malaysia, bukan sahaja bercakap berkenaan dengan keuntungan mereka di setiap akhir tahun kewangan. Kita tidak menafikan realiti semasa bahawa permasalahan ekonomi ini sedang berlaku.
Selain daripada isu polisi ekonomi, struktur ekonomi fiskal, sistem percukaian dan terdapat puluhan perkara lagi yang sepatutnya menjadi pertimbangan kerajaan untuk ditangani dengan penuh keterbukaan termasuklah isu kehidupan beragama, isu sosial dan pendidikan, keharmonian kaum, hala tuju sains dan teknologi dalam menentukan teknologi strategik atau strategic technology, dengan izin, yang mesti dibangunkan, keterjaminan makanan, kemajuan sukan dan sebagainya.
Kerajaan mungkin merasakan bahawa mereka tahu dan boleh menyelesaikan semua perkara, tetapi ketika berdepan dengan saat kritikal seperti ini, pendekatan dan inisiatif nonpartisan dan bipartisan atau nonpartisan and bipartisan initiative, dengan izin, wajar diterokai sebagaimana dalam keadaan tertentu diamalkan di negara maju ketika mereka berdepan dengan suasana yang getir.
Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan semasa ia digubal, telah menetapkan konsep muafakat kuasa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dengan adanya Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan yang paling penting, telah dengan jelas menyatakan bahawa suatu kerjasama mesti berlaku dengan wujudnya Senarai Bersama.
Senarai Bersama inilah yang memerlukan libat urus dan perbincangan, perkongsian maklumat, semuanya atas saling percaya-mempercayai tanpa kecurigaan perbezaan politik...
[Meneguk sedikit air] Pengukuhan konsep federalisme ini adalah merupakan perkara asas terpenting yang memerlukan satu reformasi struktur dan reformasi institusi yang menyeluruh untuk memastikan negeri-negeri yang membentuk Malaysia berada di landasan kompetitif yang akhirnya membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik. Banyak perkara yang memerlukan kajian semula dan reformasi struktur ini. Sebagai contoh yang mudah, cukai yang dikenakan kepada rakyat semakin bertambah dalam banyak bentuk dan kadarnya semakin bertambah, tetapi kadar pemberian ikut kepala kepada negeri mengikut Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan ataupun Akta 622 masih pada kadar yang lama sejak tahun 2002.
Oleh yang demikian, kajian semula wajar dilakukan. Saya sedar bahawa isu ini telah dibangkitkan sebelum ini oleh Pasir Mas dan Pendang serta di Dewan Negara, tetapi jawapannya tetap sama iaitu ia belum mahu dikaji semula.
Walaupun kita tidak nafikan bahawa pemberian yang lain bertambah seperti pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup ataupun yang dikenali dengan nama TAHAP, pemberian peruntukan MARRIS dan pemberian Ecological Fiscal Transfers (EFT), dengan izin, tetapi ia tidak menjawab persoalan pokok terhadap kadar yang sudah lama dalam Jadual Kesepuluh. Contohnya, 100,000 pertama penduduk dibayar RM72 satu kepala, 500,000 penduduk yang berikutnya hanyalah RM10.20 seorang dan seterusnya.
Pada masa yang sama, suatu reformasi yang menyeluruh perlu dilaksanakan yang mungkin melibatkan pindaan terhadap Jadual Kesembilan dan Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan untuk memberi lebih peranan dan autonomi terhad atau limited autonomy, dengan izin, kepada kerajaan negeri yang lebih dekat dengan rakyat di bawah bagi menangani masalah rakyat. Manakala, Kerajaan Pusat memfokuskan kepada
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
perkara-perkara besar seperti keselamatan, pertahanan, luar negara, kesihatan dan lain- lain.
Saya tidak akan memperincikan maksud autonomi yang lebih luas bagi negeri di sini kerana masa yang sangat terhad. Tetapi, keseluruhan perkara ini memerlukan libat urus dan perlu perundingan yang serius ke arah reformasi institusi atau institutional reform, dengan izin, dan reformasi struktur atau structural reform yang sebenar.
Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya kita meninggalkan budaya politik diskriminasi akibat warna parti politik dan pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam sesuatu proses demokrasi pilihan raya. Ini adalah satu bentuk reform atau tajdid yang semestinya berlaku dalam negeri dan negara kita jika kita bercakap ingin menjadi sebuah negara yang diyakini.
Diskriminasi terpilih atau selected discrimination, dengan izin, seperti ini adalah budaya lama kolot politik balas dendam yang membawa negara kita ke belakang dan jauh dari keharmonian...
[Tepuk] Yang menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat yang tidak berdosa. Akibatnya, berlakulah sifat dendam-mendendam dan melahirkan reaksi tindak balas yang hanya boleh memuaskan hati, tetapi tidak akan menguntungkan sesiapa.
Pada masa yang sama, harus juga diingat bahawa negara Malaysia dibentuk menerusi gabungan negeri-negeri yang ada di dalamnya. Negeri ada maruah dan peranannya dalam membina Malaysia dan bukannya sebagai warga kelas dua dalam pembentukan Malaysia. Jika tidak dibendung, kitaran ganas atau vicious cycle, dengan izin, akan terus berulang dan berulang.
Saya menyeru dan mengajak semua pemimpin politik untuk menghentikan kitaran ganas ini sama ada daripada sebelah sini atau daripada sebelah sana. Sebagai pemimpin, kita semestilah mempunyai iltizam dan tekad yang kuat untuk menghentikannya sebagai prasyarat untuk Malaysia lebih dihormati dan masyarakatnya yang lebih harmoni.
Tidak adil jika saya tidak sebut bahawa pada masa ini dan lepas, kerjasama antara negeri dan Pusat menerusi pelbagai projek dan program pembangunan fizikal dan sosioekonomi, pelbagai kementerian dan agensi sedang berjalan dalam keadaan baik walaupun masih terlalu banyak ruang penambahbaikan yang mesti dilakukan jika kita ingin bercakap mengenai Malaysia yang lebih kompetitif, dengan izin. Terima kasih pada yang masih mempunyai nilai ihsan dan jiwa yang besar.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Tidak sempurna ucapan saya tanpa saya menyampaikan permintaan 1.2 juta rakyat Terengganu yang mengharapkan penyaluran royalti petroleum atau yang disebut oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Wang Ihsan dan dana khas yang kita terima sejak sekian lama agar diteruskan tanpa sebarang kelewatan mengikut jadualnya yang diamalkan sejak puluhan tahun...
[Tepuk] Untuk rekod, perlu diingatkan bahawa penerimaan dana oleh Kerajaan negeri Terengganu atas nama royalti petroleum dari tahun 1978 hingga 1999 adalah secara terus daripada PETRONAS tanpa melalui pihak ketiga.
Sudah tentu Kerajaan Madani yang ada pada waktu ini tidak mahu dibaca dalam buku sejarah atau generasi yang akan datang sebagai pihak yang tidak membayar wang royalti berkenaan yang masih berbaki untuk tahun 2023.
Sehubungan dengan itu, saya meminta penjelasan dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, sila jelaskan kepada kami.
Pertama, apakah kebaikan dan objektif yang ingin dicapai oleh Kerajaan Pusat dengan memberikan kesukaran kepada negeri Terengganu sedemikian rupa?
Kedua, adakah langkah menekan Terengganu ini adalah tidak berlawanan dengan sifat ihsan dan hormat yang merupakan dua daripada enam rukun Malaysia Madani?
Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan saya sebagai bekas pensyarah dan ahli pengurusan fakulti, saya tertarik untuk menyentuh beberapa perkara yang berkaitan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
dengan keberadaan universiti awam dalam negara kita ini iaitu berkait dengan isu ranking universiti yang viral baru-baru ini.
Keberadaan dan peranan besar universiti awam dalam negara kita tentulah tidak sama dengan universiti atau institusi pendidikan swasta yang mempunyai orientasi dan tanggungjawab yang berbeza. Penekanan yang terlalu serius mengejar ranking sehinggakan melibatkan penggunaan konsultan atau syarikat luar adalah pendekatan counterproductive, dengan izin, di mana pemberat yang tidak adil digunakan dalam membuat penilaian dan tidak sedikit mengorbankan masa dan wang ringgit untuk penyediaan laporan dan survey reputasi.
Apa yang sepatutnya dilaksanakan- saya mohon sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Apa yang sepatutnya dilaksanakan ialah kaedah penilaian perlu mengambil kira keadaan sosioekonomi dan struktur masyarakat sesebuah negara di mana proses ranking itu dilaksanakan. Selain itu, petunjuk ekonomi ataupun performance indicator, dengan izin, yang digunakan pula sudah tentu tidak sama pemberatnya di antara negara maju dan negara yang sedang membangun di samping falsafah pengajian tinggi dan penumpuan yang berbeza-beza.
Suatu alternatif kepada pendekatan ranking ini boleh dilaksanakan dengan pendekatan penarafan atau rating dengan izin, melalui parameter yang ditentukan oleh kerajaan dengan menjadikan Agenda Nasional sebagai paksi utama dalam meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Cadangan ini boleh dilaksanakan melalui penambahbaikan kaedah sedia ada ataupun mewujudkan suatu indeks yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh semua institusi pengajian tinggi dalam negara kita ini secara lebih mudah dan mesra pengguna iaitu pihak universiti tanpa melibatkan masa dan implikasi kewangan yang besar.
Tuan Yang di-Pertua, Kemaman menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman, saya jemput Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan Parlimen buat kali pertama pemerintahan Tuanku.
Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat sebagai Yang di- Pertuan Agong yang Ke-16 dengan penuh adil dan bijaksana khususnya mengharungi cabaran pandemik COVID-19 dan mengatasi kemelut politik yang menyaksikan empat Perdana Menteri Malaysia dilantik oleh Tuanku dalam tempoh lima tahun pemerintahan Tuanku.
Tuanku Sultan Pahang memang merupakan pemimpin yang sungguh istimewa kerana berjaya memandu negara ke hadapan dengan selamat dalam saat krisis kestabilan politik dan keselamatan kesihatan yang penuh genting ini.
Sebagai rakyat yang setia, kita harus menjunjung titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII untuk membela nasib seluruh rakyat tanpa kira latar belakang.
Ketegasan Tuanku terserlah bila ditekankan bahawa Tuanku tidak akan melayan sebarang permintaan dari mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara serta semua pihak mestilah menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah pun dibentuk.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Oleh demikian, saya ingin menyarankan Ahli Parlimen tidak kira daripada pembangkang ataupun kerajaan agar tidak ingkar atau khianati pesanan Tuanku supaya janganlah bermain politik. Kalau nak, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang.
Sebaliknya kita haruslah kukuhkan perpaduan negara dan pihak ekstremis dan rasis tidak seharusnya terus menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R.
Tumpuan utama harus diberikan kepada kemajuan ekonomi dan kemakmuran rakyat. Banyak petunjuk ekonomi negara menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam tahun 2023, seperti kadar pengangguran rendah 3.3 peratus, kadar inflasi rendah 2.5 peratus, jumlah pelaburan yang diluluskan terbesar sebanyak RM329.5 bilion dan eksport negara meningkat ke RM1.43 trilion.
Akan tetapi, nilai mata wang Ringgit tidak mencerminkan prestasi ekonomi yang menggalakkan ini bila ia terus jatuh menjunam ke tahap paling rendah sejak tahun 1998 sebanyak RM4.80 untuk USD1 Amerika Syarikat. Ini disebabkan oleh faktor luaran seperti jurang kadar faedah di antara OPR Malaysia dan faedah Amerika Syarikat sebanyak 2.25 peratus hingga 2.5 peratus dan juga prestasi ekonomi negara yang lebih lembap berbanding dengan Amerika Syarikat. Ini kerana China merupakan rakan perdagangan negara terbesar.
Faktor luaran yang mempengaruhi pasaran tukaran mata wang asing ini diambil kira oleh penganalisis ekonomi dan kewangan yang tidak lihat penurunan nilai mata wang ringgit begitu serius seperti mana yang didakwa oleh pihak pembangkang kerana tidak ada sebarang penurunan taraf kredit atau downgrade of credit rating oleh agensi antarabangsa. Ini tidak sama dengan keadaan di mana credit rating negara diturunkan atau downgrade oleh Fitch Ratings pada Disember 2020 di bawah pemerintahan kerajaan dahulu di mana Pagoh menjadi Perdana Menteri. Sungguhpun masa itu nilai mata wang Ringgit tidak jatuh dengan begitu besar sekali.
Credit downgrade ini semasa Pagoh menjadi Perdana Menteri lebih serius kerana membayangkan prestasi ekonomi yang lebih membimbangkan sehingga kita masih ingat ada yang miskin dan susah kibarkan ‘bendera putih’ minta tolong. Oleh itu, sekiranya pihak pembangkang termasuk hendak menuding jari terhadap Kerajaan Perpaduan kononnya tidak tahu uruskan ekonomi. Jangan lupa- empat jari yang menuding balik kerana credit rating downgrade oleh Fitch Ratings ini semasa beliau menjadi Perdana Menteri masih belum dipulihkan lagi.
Akan tetapi Kerajaan Perpaduan tidak akan lari daripada tanggungjawab memperkukuhkan nilai mata wang Ringgit kerana sememangnya ada kesan negatif kepada rakyat. Yang Berhormat Menteri Kewangan II telah pun bersetuju bahawa Bank Nagara bersedia untuk campur tangan dalam pasaran tukaran wang asing dengan rizab asing sebanyak USD115 bilion demi mengukuhkan nilai mata wang Ringgit.
Di samping itu, Kerajaan Perpaduan harus melaksanakan reformasi dalam institusi politik dan ekonomi negara untuk memberikan keyakinan bahawa kerajaan memang serius memberikan penekanan kepada produktiviti, kepada daya saingan, kepada bakat sumber manusia dan teknologi bernilai tinggi untuk menjana pembangunan negara yang mampan dan bukannya semata-mata memberikan penekanan kepada belenggu perkauman.
Oleh itu, saya ingin mengesyorkan bahawa kerajaan menganjurkan suatu- kongres reformasi negara untuk menunjukkan komitmen dan niat yang bulat melaksanakan reformasi institusi. Suatu- kongres reformasi negara yang merangkumi semua aspek dan semua pihak adalah perlu agar tidak ada mana-mana kumpulan masyarakat yang rasa mereka tercicir atau terabai.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dititahkan oleh Tuanku, kita harus menggembleng tenaga menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026. Pihak ekstremis dan rasis tidak harus memainkan isu sensitif yang akan mencacatkan usaha untuk menjadikan pelancongan sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, saya ingin menyarankan negeri dan industri yang hendak menjayakan pelancongan ini untuk terus bekerjasama dengan usaha gigih Kementerian Pelancongan, sedangkan yang mahu
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
bermain politik rasis dan ekstremis, boleh terus duduk seperti, “katak di bawah tempurung”.
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas kelulusan dan bantuan untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Aik Hua di Pulau Pinang. Kita harap bahawa peruntukan pembangunan yang adil dan saksama dapat diberikan kepada semua sekolah vernakular dalam negara ini dan tidak lebih kurang daripada apa yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini. Adalah juga diharapkan permohonan kelulusan lesen sekolah baharu, Sekolah Jenis Menengah Kebangsaan Heng Ee boleh dibenarkan dengan segera kerana ia juga adalah sebuah sekolah kerajaan yang dibina oleh masyarakat tempatan tanpa perbelanjaan kewangan oleh pihak kementerian.
Tentang isu DLP atau Dual Language Program, di mana saya telah terima banyak permintaan daripada pihak ibu bapa yang perhatian daripada ibu bapa semua kaum yang mahukan anak-anak mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, khususnya untuk anak-anak Malaysia, anak-anak mereka di sekolah menengah. Adalah diharapkan kaedah yang dipakai sebelum ini termasuk oleh kerajaan dahulu boleh terus diterima pakai di mana serahkan kepada ibu bapa untuk buat keputusan.
Saya mohon agar kerajaan dan Kementerian Pendidikan membenarkan ibu bapa memutuskan sama ada mahukan anak-anak untuk menyertai program DLP ini. Mengapa nak hadkan ibu bapa daripada kebenaran untuk membenarkan anak-anak mengambil bahagian dalam DLP?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekejap. Ya, sekejap saya bagi. Saya habiskan ayat ini. Mengapa nak hadkan bila mereka mahu anak-anak mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Bila ia tidak dihadkan sedemikian oleh kerajaan lama, jangan-jangan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh akan menyatakan bahawa kerajaan lama lebih baik atau terbuka dalam perkara ini. Sila, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Bagan. Baru-baru ini perkara ini ada ditimbulkan juga oleh saya dan beberapa orang Ahli Parlimen dan saya nak menyatakan, saya rasa ramai yang bersama dengan Bagan. Menteri Pendidikan pun ada, minta supaya dasar itu diteruskan tanpa gangguan. Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Saya rasa kita harap juga pihak Menteri dan kementerian akan menimbang permohonan ini yang adalah daripada semua kaum. Tak kira Melayu atau bukan Melayu. Ini mereka minta DLP dijalankan dalam bahasa Inggeris untuk anak-anak mereka.
Pada masa yang sama, kita harap juga bahawa apa yang diberikan oleh kerajaan lama masih diteruskan untuk sekolah-sekolah vernakular dan saya rasa ini pun disokong oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi.
[Ketawa] Sama dengan apa yang saya sebut seperti dalam ucapan sebelum ini tentang itu peruntukan untuk Rumah Ibadat Bukan Islam
(RIBI). Sekarang RM50 juta. Bolehkah tambah RM50 juta jadi RM100 juta? Yang Berhormat Indera Mahkota pun tak ada halangan. Yang ini RM50 juta sahaja. Kalau boleh berikan RM2 bilion untuk program-program bumi, kita sokong. Saya ingat boleh tambah untuk yang bukan bumi.
Di sini saya juga ingin meminta bahawa semua cukai baharu termasuk kadar cukai SST dan cukai mewah yang baharu bolehlah disemak semula. Tengok kalau ia menambahkan beban kewangan kepada peniaga dan rakyat, kita boleh tangguh sekejap kerana dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu, kita pun tahu bahawa keadaan ekonomi akan pulih pada akhir tahun ini. Termasuk nilai mata wang ringgit dijangka pulih pada separa dua tahun ini. So, adalah diharapkan bahawa pertimbangan dan juga penyemakan semula boleh dibuat supaya cukai baharu termasuk kadar cukai SST yang ditambah kepada lapan peratus bolehlah dipertimbangkan atau disemak semula.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sebelum saya habiskan ucapan saya, saya nak rujuk kepada peruntukan yang diberikan kepada kawasan Parlimen. Selalu kita dengar daripada pihak pembangkang bahawa peruntukan yang diberikan kepada mereka macam diskriminasi, wujudnya diskriminasi. Tapi saya nak berikan sedikit angka. Ini dalam kawasan Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Utara, di mana ada tiga kawasan Parlimen, Kepala Batas, Tasek Gelugor dan juga Bagan.
Akan tetapi di sini yang dapat peruntukan paling kurang ialah kawasan kerajaan, Bagan. Saya berikan sedikit angka-angka. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, RM8.5 juta untuk Kepala Batas, tak ada untuk Bagan. Kementerian Belia dan Sukan, RM3 juta untuk Kepala Batas, tak ada untuk Bagan. Kementerian Pendidikan Malaysia, RM83 juta untuk Kepala Batas, RM500,000 untuk Bagan. Bermakna, 99.4 peratus untuk Kepala Batas, 0.6 peratus untuk Bagan. Siapa jadi Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang?
So, seakan-akan tak ada sekolah – takkan tak ada sekolah di kawasan Parlimen Bagan. Saya harap Menteri tolong boleh menimbang semula perkara ini. Kalau dah bagi kepada Sekolah Kebangsaan Mak Mandin di mana saya diberikan peruntukan untuk buat padang bola sepak, RM500,000 tak cukup. Sekurang-kurangnya perlu RM5 juta kerana keluasan padang lebih empat ekar. Nak buat paip dan juga tumbuh rumput ini perlu sekurang-kurangnya RM5 juta. Kita kalau ada buat padang kita tahu kosnya yang agak tinggi.
Kementerian Kesihatan pun kita lihat di sini, untuk Kepala Batas, dia dapat RM6.3 juta. Bagan hanya RM3.5 juta. So, kita lihat di sini Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kepala Batas RM10 juta, Tasek Gelugor RM14.5 juta, Bagan RM393,000, hanya satu 1.6 peratus. Yang kawasan Parlimen kerajaan, 98.5 peratus. Ini saya rasa menunjukkan bahawa memang kawasan pembangkang tidak dianaktirikan.
Kementerian Pengajian Tinggi pun serupa. Kepala Batas dan Tasek Gelugor dapat 91 peratus daripada peruntukan sebanyak RM25 juta. Bagan hanya dapat sembilan peratus daripada RM25 juta ini. So, mana ada wujudnya diskriminasi seperti mana yang didakwa. Sebaliknya, mungkin kawasan Parlimen kerajaan yang rasa mereka tidak dapat peruntukan yang sewajarnya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Nanti. Saya tak cukup masa, minta maaf. Saya harap dalam aspek sekolah, banyak sekolah daif di kawasan Parlimen Bagan, saya harap Yang Berhormat Menteri yang berasal daripada Negeri Pulau Pinang boleh berikan sedikit pertimbangan. Saya pun nak menjemput Yang Berhormat Menteri untuk lawat sekolah kalau beliau ada masa. Kita memang sayang sama Yang Berhormat Menteri Pendidikan daripada Negeri Pulau Pinang ini.
Akhirnya Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya nak tutup sebelum menyokong itu ucapan Titah Kasih untuk Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya nak menyokong usaha daripada Speaker untuk membaca buku Rukun Negara kerana ini tepat pada masanya.
Ini adalah pengisytiharan yang dibuat Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Almarhum Yang di-Pertuan Agong masa itu. Di mana masa itu Tuanku menyatakan, “Malaysia ialah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagai corak tradisi dan nilai hidup sosial dan kebudayaan. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat, Malaysia dan rakyat harus mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. Memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat adil, di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati sesama secara adil dan saksama”.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini penting, adil dan saksama dan menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini semua tercatit dalam buku Rukun Negara. So, saya harap apa yang tercatit dalam buku Rukun Negara, isi kandungannya, jangan ia digunakan oleh pihak tertentu untuk memainkan sentimen rasis dan perkauman atau 3R kerana ini memang menjadi panduan kepada rakyat kita. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya, Ahli Parlimen Maran mewakili seluruh penduduk Parlimen Maran untuk memanjatkan dan mempersembahkan ucapan tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XVII.
Begitu juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Patik juga Tuanku, memanjatkan dan mempersembahkan ucapan menjunjung kasih di atas limpah perkenan Tuanku mencemar duli bagi hadir berangkat merasmikan persidangan Dewan Parlimen, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15. Patik ucapkan menjunjung kasih Tuanku, Daulat Tuanku.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan istimewa untuk mempersembahkan ucapan tahniah, syabas dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Mustain Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang. Juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Hajj selaku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Ke-XVI di atas pengorbanan Tuanku selama lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong, berhadapan dengan 1001 macam kisah bersejarah yang dapat membina hubungan yang baik antara rakyat dan Raja.
Tahniah Tuanku, Junjung Kasih Tuanku. Patik juga mengucapkan, insya-Allah akan memberikan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan Pahang kerana patik adalah merupakan rakyat jati Pahang dan insya-Allah, patik doakan Kebawah Duli Tuanku berdua akan terus bersemayam di bawah takhta Kerajaan Negeri Pahang.
Tanam kangkung tumbuh melata, Tepian selat melambai daunnya, Atas singgahsana Tuanku bertakhta, Di hati rakyat Tuanku rajanya. Puan Yang di-Pertua, beberapa perkara saya nak sentuh dalam perbahasan ini ataupun ucapan Junjung Kasih ini. Yang pertama ialah ucapan ikrar Rukun Negara pada hari kedua persidangan Parlimen. Saya memberikan sokongan kepada usaha ini tetapi apabila kita lihat pada pelaksanaannya, kita dapati ramai daripada bukan sahaja Menteri- menteri, bahkan ramai daripada Ahli Parlimen yang tidak menghadiri ikrar angkat sumpah Rukun Negara ini.
Saya kira kalau kita ingin memperkenalkan suatu yang baru, bukan sekadar ingin memperkenalkan sahaja tapi biarlah buat kerja dengan serius. Sebab itulah saya merasa dukacita dan kecewa dengan ketidakhadiran daripada Menteri-menteri yang tidak berada dalam Dewan ini dan juga sebahagian daripada Ahli-ahli Parlimen. Baik usah kita lakukan perkara seperti ini kalau ia memalukan kita dan kerajaan.
Puan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya nak sentuh ialah sindrom bercakap bohong dan penafian. Akhir-akhir ini, oleh kerana kerajaan hari ini mendapat perhatian yang cukup serius daripada rakyat, di mana mendapat cemuhan daripada rakyat dan sebagainya dan fenomena yang berlaku hari ini ialah sindrom bercakap bohong dan penafian isu-isu yang dilahirkan oleh rakyat. Sindrom bercakap bohong ini bukan sahaja dilaksanakan bukanlah dilakukan oleh rakyat marhaen tetapi paling malang
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
ia dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar negara hinggalah ke peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Jadi, ini bukan saya bercakap, bahkan ini terbukti. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri- tuan, puan, jika saya teliti balik apa yang pernah berlaku, dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun ini sebelum dia menjadi Perdana Menteri.
“Saya menjadi Perdana Menteri hari ini, 24 jam minyak akan turun”. Apakah ini benar atau tidak? Maknanya, satu pembohongan. Sampai hari ini minyak tidak turun.
Yang kedua, “Saya menjadi Perdana Menteri, hutang PTPTN akan kita hapuskan”, juga tidak berlaku. Inilah saya katakan bahawa sindrom penipuan yang dilakukan oleh kerajaan kita. Puan Yang di-Pertua, satu lagi ialah pemimpin utama kita sering menafikan jasa yang dilakukan oleh orang lain.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Maran, boleh tanya? Maran, boleh saya tanya?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Pendek masa, tidak cukup.
Sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak bagi laluan, sila duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Umpamanya zaman Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri ke berapa itu Machang?
Kelapan. Begitu zaman Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang kesembilan, dikatakan bahawa barang naik. Begitu juga zaman Mahiaddin dikatakan barang naik dan hari ini barang juga semakin naik, bahkan nilai wang semakin turun. Jadi, apakah ini semua perkara-perkara baik yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini? Kami semua Puan Yang di-Pertua dan rakyat jelata bukan tidak pandai berfikir, mereka melihat. Sebab itu akhir-akhir ini kita bangga dengan pilihan raya negeri yang ke-15, di mana empat negeri telah disapu habis oleh Perikatan Nasional.
Jadi, ini satu bukti yang cukup memalukan kerajaan. Sebab itulah saya harap pada kerajaan, andai kata ada teguran-teguran yang dibuat oleh rakyat, terima. Ini apabila keluar saja mesej, isu, video yang dikeluarkan oleh rakyat, yang memburuk atau menegur kerajaan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh minta penjelasan Maran? Maran.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sila.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Maran. Itulah saya Tuan Yang di-Pertua, hatta perbincangan dalam Dewan ini yang kita ada imuniti pun diturunkan oleh SKMM. Saya berbahas menegur kerajaan, itu pun diturunkan oleh SKMM. Macam mana Muar beritahu, bukan sedikit permohonan itu dibuat, banyak kali teguran rakyat telah dibakulsampahkan oleh kerajaan ini. Silakan Yang Berhormat Maran.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Maran, Maran untuk kita...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih, terima kasih.
Terima kasih Machang.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya tanya satu penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya masukkan dalam ucapan saya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita hanya tahu tentang jumlah hutang negara sampai RM1 trilion selepas tahun 2018, betul tak?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tidak izinkan dia bercakap. Sila halau dia keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul tak? Betul tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, sila duduk. Tidak bagi laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ada peluang bercakap, you cakap nanti.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Takutlah kerana takut kepada kebenaran. Saya nak kebenaran. Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, sila duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Puan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan, sebagai pemerintah, kita mesti terima kelemahan yang kita lakukan.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] ‘Berkata benar walaupun pahit’. Ini apabila pahit yang kena kepada kita, kita nafikan. Dan lantas, kita sekatlah video kah, mesej kah, maklumat yang dikeluarkan oleh rakyat, sedangkan rakyat membela kita, nak membantu kita, membantu kerajaan. Sepatutnya terima dengan baik.
Kalau boleh, mengaku kelemahan kita. Akhirnya, perbaiki. Terima kasih kepada rakyat dan mungkin mereka lebih suka kepada kerajaan. Hari ini mereka terlalu benci kepada kerajaan. Saya turun di mana-mana sahaja, dia tanya saya, “Dato’, bila lagi nak turunkan kerajaan ini? Bila lagi nak tukar kerajaan baru?” Ini bermaknanya rakyat- keselesaan rakyat, kekecewaan rakyat amat dirasakan di bawah...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Maran mesti terbuka kepada teguran juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, tidak bagi laluan. Sila duduk.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya nak tanya Maran, tadi kata terbuka kepada teguran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tidak payahlah. Bising banyak dekat Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Maran kata tidak bagi laluan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, okey.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Ingin saya tanya Maran, semua janji-janji Perdana Menteri itu, sebelum dia jadi Perdana Menteri itu adalah berlaku sebelum tahun 2018. Masa itu, kerajaan tidak umumkan hutang dan liabiliti kerajaan sudah menjangkaui RM1 trilion, betul atau tidak? Sebab itu janji diberikan tanpa tahu jumlah hutang itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey Tuan Yang di-Pertua, mudah jer. Kalau kita nak jadi pemimpin kerajaan yang baik, jangan berjanji. Insya-Allah saya jadi kerajaan, akan buat terbaik. Itu jer. Ini hari ni 24 jam turun minyak, apa pun tak ada. PTPTN sampai sekarang, anak muda marah– e-hailing naik motosikal janji berapa jam? Tujuh jam, habuk tak ada. Jadi, sebab itu nak jadi kerajaan fikir molek-molek.
Sebelum jadi, jangan bercakap banyak. Buat kerja dahulu.
Puan Yang di-Pertua, masa dah nak habis. Pembinaan Hospital Maran ini ditekankan juga oleh tuanku, keselamatan diri, kesihatan dan sebagainya. Saya cukup kecewa semasa Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri yang ke berapa? Yang keenam, telah meluluskan pembinaan Hospital Maran. Apabila PH memerintah 22 bulan, terus dihilangkan. Selepas itu diambil pula oleh Tan Sri Mahiaddin masa itu, Pagoh dan juga Ismail Sabri, Bera hospital ini dinaikkan semula dan ditambahkan peruntukan daripada RM150 juta kepada RM200 juta hingga RM350 juta semasa Menteri Kewangan Senator Zafrul, dah diluluskan. Bila ambil jer Perdana Menteri baru PMX, hilang terus.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sebab itu saya pernah menyuarakan di sini bagaimana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVI telah menitahkan kepada saya, Dato’ Sri, tolong perjuangkan Hospital Maran, saya malas nak bercakap tadi.
Apabila saya bercakap ada pula di sana kata gunakan 36(7). Terus saya minta maaf. Jadi, kalau tak nak gunakan 36(7) tak usah guna semua.
Jadi, saya minta supaya Hospital Maran mesti direalisasikan sebab ini telah diluluskan. Kalau tidak maknanya kerajaan hari ini cukup menghina Perdana Menteri yang dulu Dato’ Seri Najib. Dato’ Seri berada dalam penjara, tetapi perjuangan pengorbanan yang dilakukan pada negara cukup besar pada kita. Terima kasih.
Satu lagi Yang di-Pertua ialah cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO. Apa rasional dia? Tuan Yang di-Pertua tahu tak, sejarah pembinaan Kampung Baru Cina adalah hasil daripada perjuangan ataupun langkah tindakan komunis mengganggu negara kita. Ini matlamat utamanya. Kalau kita jadikan kampung baru sebagai tapak warisan, bermakna Menteri ini bersahaja bersetuju...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Sudah mengesahkan bahawa perjuangan komunis adalah yang tidak baik itu yang merupakan sejarah hitam negara...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Diiktiraf sebagai perjuangan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan berapa?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jadi, Puan Yang di-Pertua saya harap cadangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Maran sekejap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Yang Berhormat Maran duduk. Peraturan Dewan. Peraturan Dewan 36(9)(c). Tadi Yang Berhormat Maran– Maran duduk dahulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Cakaplah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Telah membangkitkan isu perkampungan Cina dan pada masa yang sama, telah mengeluarkan kenyataan- kenyataan berkenaan dengan komunis. Apa kaitan perkampungan Cina dengan komunis?
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dan kaum yang lain. Apa ada kaitan? Apa kaitan? Kenapa Maran mengeluarkan kenyataan perkampungan Cina dan mengaitkan dengan komunis?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Yang Berhormat Maran tarik balik dan minta maaf kerana ini adalah menghina orang-orang Cina, perkampungan Cina.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Puan Yang di-Pertua, saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Maran tarik balik kenyataan itu. Apa perkaitan perkampungan Cina dengan komunis?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jelutong, Jelutong duduk jap. Saya nak ceritakan bagaimana sejarah pembinaan kampung...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan itu dibuat mengaitkan komunis dengan perkampungan Cina, kenapa?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tidak, saya tidak... [Tidak jelas] Saya nak bagi tahu sejarah penubuhan Kampung Baru Cina dan saya terlibat masa itu, bagaimana kita nak neutralize pengaruh komunis di kalangan itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bukan semua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita telah mendengar kenyataan itu berulang kali dikatakan mengaitkan perkampungan Cina dengan komunis.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Perkampungan Baru Cina...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya ceritakan sejarahnya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Maran tarik balik...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Orang Cina jadi mangsa, dikurung di tempat kurungan bukan kampung baru, nama cantik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya ceritakan sejarahnya Yang Berhormat. Sebab itu saya tak nak...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dia me...
[Tidak jelas] Saya pun mangsa.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat saya...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Rumah terpaksa dirobohkan secara paksaan dipindah ke tempat kurungan, namanya Kampung Baru tetapi tempat kurungan British. Ini sangat menyinggung hati orang-orang Cina. Kita jadi mangsa.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Rancangan British ketika itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Inilah kelakuan Perikatan Nasional.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Inilah jawapan sejarah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Maran untuk buat penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat, saya ceritakan sejarahnya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sejarahnya kita menjadi mangsa, orang Cina jadi mangsa.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tak nak memanfaatkan Kampung Baru ini di...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Rumah dipaksa dirobohkan untuk pindah ke tempat kurungan, tahu tak? Tak ada jalan, tak ada...
[Tidak jelas] Tak ada toilet pun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Orang-orang Cina menjadi mangsa komunis juga.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Perempuan pun dipaksa pergi sana pun. Tau tak sejarah? Jangan putar belitkan sejarah. Orang jadi mangsa...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya ada sejarah Yang Berhormat.
[Sambil menunjukkan teks ucapan]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sejarah dia ialah orang-orang Cina dipaksa ke satu tempat kurungan British. Betul tak? Itu sejarah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk dahulu. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Maran.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Rumah dipaksa dirobohkan, betul tak? Orang dari satu tempat dipaksa berhijrah ke satu tempat secara paksa, tau tak?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
[Tidak jelas] ...Mengelakkan...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Itulah sejarah saya nak betulkan, itulah sejarah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas dan Jelutong, sila duduk dahulu. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ya? Macam mana, macam mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Maran untuk buat penjelasan mengapa mengaitkan komunis dengan Kampung Cina?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya menyebut, bila cadangan diadakan sebab sejarah dahulu Rancangan Briggs masa British dulu, mengalihkan orang-orang Cina di kampung-kampung baru Cina kerana mereka terpengaruh dengan komunis. Saya tidak kata orang Cina itu komunis.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, baru kita dengar beliau mengatakan orang-orang Cina terpengaruh dengan komunis.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Nantilah Jelutong, dia nak bagi penjelasan, tak habis lagi. Hormatlah Speaker.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Sabar, sabar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan speaker, beliau mengatakan orang-orang Cina terpengaruh dengan komunis. Orang-orang Cina di Malaysia dibunuh oleh komunis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk dulu.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Speaker, bagi ruang Maran nak buat penjelasan dulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Betullah, betullah. Sebab itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Maran tarikh balik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sebab itu saya kata mereka terpengaruh, nak mengelakkan orang Cina terpengaruh dan dikhianati oleh komunis.
Kampung Baru Melayu pun ada yang terlibat dengan komunis tau.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Ini pada zaman British, 1948.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Siapa cakap?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Maran, sudah habis penjelasan?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sebab itu Tuan Yang di- Pertua, saya tak nak bila diiktiraf sebagai warisan UNESCO, seolah kita mengiktiraf komunis berada di negara kita. Saya sekarang ini dengan orang Cina– saya sayang Yang di-Pertua. Kita nak sama, ini negara kita, negara pelbagai kaum. Kenapa pula kita nak benarkan diiktiraf sebagai sedangkan itu merupakan tempah pengaruh komunis.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tak ada orang bantah pun kampung tradisi ini Melayu dijadikan warisan, UNESCO.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, kita habiskan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita semua sokong untuk bangunkan negara, jangan putar belit. Sengaja gunakan bangsa, agama sahaja. Itu tidak baik untuk pembangunan negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya nak habis satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Maran, saya rasa Yang Berhormat Maran tak perlu sebut mana-mana kaum yang terpengaruh oleh komunis. Kalau boleh...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Puan Yang di-Pertua, di kawasan saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Tarik balik. Mana- mana satu kaum pun terpengaruh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Ada kampung Melayu yang terpengaruh dengan komunis.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker minta dia tariklah Speaker. Ini Maran ini minta dia tarik balik ni. Tak betul tu...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Apa t betul?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya terlibat dengan kempen bagaimana nak neutralize.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jangan buat fitnah, jangan buat fitnah, jangan buat fitnah. Itu fitnah sebenarnya itu, itu fitnah.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Puan Speaker...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ini sejarah Yang Berhormat.
[Sambil menunjukkan teks ucapan]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Fitnah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sejarah dia.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak betul.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Puan Speaker, Hulu Langat yang tak tahu sejarah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sebab itu kita tak nak orang itu terpengaruh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Komunis, orang Melayu pun ada komunis.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya pergi tajuk lain.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak betul Maran ini. Minta dia tarik balik Speaker, kena tarik balik itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Yang di-Pertua.
Saya masih lagi berpegang kepada bantahan saya. Kita mewujudkan kampung-kampung baru, kampung baru Melayu, Cina ini untuk mengujudkan perpaduan. Tidak ada kena mengena dengan komunis.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Semasa saya dalam KDN...
Saya terlibat dengan...
[Tidak jelas]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maran jangan putar belit, jangan putar belit. Tolong tarik balik kenyataan itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Oh tidak, no.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Maran tarik balik kenyataan itu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduk belah sana asyik fitnah jer.
Kerja manjang, manjang fitnah, kampung baru fitnah, makanan fitnah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa Machang, apa Machang?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat, sila duduk, yang lain sila duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Machang apa hal, Machang apa hal?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Menteri Pendidikan ada, Menteri Pendidikan ada ubah silibus sejarah. Ini Menteri Pendidikan ada, ubah sejarah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Masa kamu jadi kerajaan dahulu kenapa tidak ubah?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Masa kamu jadi kerajaan dahulu kenapa tidak ubah 33 bulan dahulu, kenapa tidak ubah?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Itu fakta, nak ubah apa?
[Dewan riuh]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat, sila duduk, Machang pun duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sikit-sikit salah DAP, semua salah DAP.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tak sebut salah DAP.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, di Kampung Melayu...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Belajarlah sejarah sikit.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat sila duduk, kalau tidak saya rehatkan Hulu Langat, okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey, okey, saya duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Maran.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tadi Yang Berhormat Maran sudah kata kaum lain pun terpengaruh. Jadi, sila tarik balik “kaum Cina” itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Puan Yang di-Pertua, you rasional sedikit. Ini sejarah. Kampung Melayu pun ada terpengaruh dengan komunis tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya betul. Tetapi kenapa...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tidak pernah sensitif pun tentang kampung Melayu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kenapa Yang Berhormat Maran hanya sebut “Cina”.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Komunis tetap komunis kalau mereka terpengaruh dengan komunis. Ada orang Melayu yang terlibat dengan komunis, tahu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, tetapi tadi Yang Berhormat Maran hanya sebut “Cina”.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya hendak ceritakan sejarah Kampung Baru. Saya tak nak bila you bawakan di bawah UNESCO ini, seolah- olah kita iktiraf benda itu.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Nantilah saya bercakap dahulu.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Puan Speaker, bila Tun Razak pergi ke Beijing, antara perkara pertama yang kita normalisasikan Malaysia-China ialah memberitahu Beijing jangan masuk campur urusan Malaysia membasmikan komunis di Tanah Melayu. Itu menunjukkan memang ada pengaruh kaum Cina dalam komunis. Bukan semua. Bukan semua tapi ada. Fakta. Takkan kita nak ubah fakta sejarah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Masuk dalam ucapan saya ya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, cukuplah. Habis.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, faktanya ialah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua, 99.
Peraturan Dewan 99. Peraturan Dewan 99.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Komunis itu isu-isu politik. Ramai orang Cina, pemimpin Cina dibunuh, termasuk CPO Perak seorang Cina pun dibunuh oleh komunis.
Betul tak?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Betul. Saya tahu benda itu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Komunis itu dalam sejarah kerana pergolakan politik. Jadi, ramai orang Cina kena dibunuh, termasuk pemimpin-pemimpin Cina, termasuk Ketua Polis Perak seorang Cina.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ya, saya tahu. Tidak kurang orang Melayu juga, rakyat negara kita. Sebab itu...
[Pembesar suara dimatikan] ...Kampung Baru ni, asalnya, tujuannya untuk...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang di-Pertua telah membuat satu keputusan di bawah peraturan 99. Di mana, peraturan itu adalah muktamad. Yang di-Pertua telah meminta Maran menarik balik kenyataan terhadap perkampungan-perkampungan Melayu dan Cina, kerana beliau mengeluarkan kenyataan bahawa perkampungan-perkampungan ini, orang-orang Melayu dan Cina boleh
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
terpengaruh dengan komunis. Jadi, saya minta Yang Berhormat Maran tarik balik kenyataan-kenyataan itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat, umur Yang Berhormat berapa sekarang? Umur Yang Berhormat berapa sekarang? Umur?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik. Ini tak ada kena mengena dengan umur. Jangan keluar– Tuanku, tuanku telah menyatakan jangan sentuh isu 3R.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
*No...
[Tidak jelas] ...*ini sejarah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam Titah Tuanku, Tuanku menyatakan jangan sentuh isu 3R.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bukan isu 3R tu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maran, tak dengarkah Maran?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Tidak perlulah. Bukan 3R.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat, saya terus.
Ini sejarah. Saya nak cerita sejarah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Keputusan telah dibuat.
Maran, tarik balik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terpulanglah kepada*...
[Pembesar suara dimatikan]*
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat, tak boleh.
Kita betulkan dia. Okey, Yang Berhormat. Yang akhir.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir penyelesaian, supaya siapa yang tak puas hati tulis surat pada Speaker dan Maran teruskan perbahasan.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih. Puan Yang di- Pertua, sikit lagi.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Boleh buka Wikipedia.
Apa yang disebut oleh Maran ialah fakta sejarah yang tercatat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa fakta sejarah?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kalau sekiranya – sila buka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa kaitkan perkampungan Cina dengan orang komunis, Yang Berhormat?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sila buka sejarah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa kaitkan perkampungan Cina dengan komunis?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ini fakta.
Perkampungan Cina, di hujung tahun 1950 waktu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa kaitkan perkampungan Cina dengan komunis?
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Ahli- ahli Yang Berhormat...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bercakap tanpa pembesar suara] Dia kata perkampungan orang Cina itu mengagung-agungkan komunis.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
[Tidak jelas] ...tarik. Perkara ini sejarah. Untuk berikutnya Yang Berhormat...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu sejarah. Orang Cina jadi mangsa, dikurung oleh British.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tahu. Orang Melayu pun dibunuh.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul. Jadi, jangan kata kampung...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, kenapa kaitkan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Maran, mengikut peraturan 36(9)(c), perkataan-perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Maran menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia. Jadi, saya harap Yang Berhormat boleh tarik balik yang “kaum Cina” itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kalau ada keputusan – Yang Berhormat, saya kalau ada...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Keputusan. Keputusan itu. Kalau tak setuju, bawa usul di luar. Keputusan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat, kalau ada perkataan yang mengusik perasaan, saya tarik balik. Tetapi dari segi sejarah, minta maaf.
Sejarah Kampung Baru Cina, memang asalnya untuk membolehkan dan menyelamatkan orang Cina daripada pengaruh komunis. Orang Melayu pun ada juga. Orang Melayu pun dibunuh. Ini fakta. Kenapa hendak – fakta. Minta maaf, Yang Berhormat. Okey, cukup.
Saya bagi yang lain.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu politik British. Faham tidak? Itu politik British untuk terus berkuasa di Malaysia.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Memanglah politik British.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan libatkan British yang berkuasa dengan mangsa Cina yang jadi...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain, sila duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, Yang Berhormat.
Akhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah buat petua bahawa...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, tambah berapa minit?
10 minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Yang Berhormat Maran boleh tarik balik. Kalau tidak mahu, saya harap Yang Berhormat Maran...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sejarah – fakta sejarah saya takkan tarik balik. Kalau ada kata-kata saya yang berkasar, bolehlah. Makna saya tengok baliklah Hansard. Yang Berhormat ya. Saya tarik balik. Okey, Yang Berhormat puas hati?
Ataupun Yang Berhormat hendak buang semua fakta sejarah ini. Okey, saya pergi yang terakhir, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Masa tamat? Sebab itu dia kacau saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasihlah. Oleh itu, saya mohon menyokong.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey, selepas ini minta Menteri Pendidikan ubah silibus sejarah. Ya, dia ada depan kita ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Machang, sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya jua ingin merafak sembah di atas Titah Ucapan dan juga pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong ke-XVII dan baginda juga telah menyentuh tentang masalah-masalah rakyat termasuk di Sabah, termasuk juga perjanjian MA63.
Saya juga tidak terlintas untuk merakamkan penghargaan di atas khidmat bakti Seri Paduka Baginda Sultan Abdullah sepanjang lima tahun dan beliau telah mencemar duli turun ke Sabah dan menemui rakyat dan melihat masalah rakyat di negeri Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, laporan statistik Jabatan Perangkaan Negara daripada 1964 dan saban tahun disemak. Hari ini, Sabah masih kekal sebagai negeri termiskin dalam Malaysia. Sedangkan Sabah adalah negeri penyumbang besar ke arah ekonomi negara. Penghasilan daripada petroleum, gas dan juga komoditi seperti kelapa sawit dan sebagainya. Tetapi malangnya, pembangunan yang tidak seimbang begitu ketara antara wilayah Sabah dengan Semenanjung. Sedangkan Sabah menyumbang ke arah pembangunan negara begitu banyak.
Oleh kerana itu, saya meminta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengikut Perlembagaan 112D(6). Setelah sekian lama lebih 60, 70 tahun, perkara 40 peratus royalti untuk Sabah tidak dapat diselesaikan. Maka, saya mencadangkan melalui peraturan ini. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri haruslah melantik satu penaksir bebas untuk memutuskan berapakah jumlah yang sepatutnya diterima oleh negeri Sabah tiap-tiap tahun.
Badan bebas penaksir itu apabila ada kebuntuan antara kedua pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri melalui peruntukan 112D(6), keputusan daripada – haruslah merujuk kepada penaksir bebas itu dan cadangan daripada penaksir bebas itu hendaklah dianggap sebagai persetujuan di antara kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Perkara ini perlu diselesaikan secara tuntas sebab kalau tidak rakyat Sabah di awang-awang dan langsung tidak mendapat pembelaan yang seadilnya. Boleh setengah minit.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Saya menyokong penuh cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, ia terikat dengan perjanjian lima peratus. Cuma, saya minta pandangan Kinabatangan sama ada bersetuju bahawa kerajaan sebelum ini mencadangkan supaya Sabah dan negeri lain dibayar 20 peratus royalti hasil daripada minyak dan gas. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian. Yang Berhormat, sebetulnya kita memang mahu 20 peratus. Tetapi royalti untuk cukai Sabah itu 40 peratus itu berbeza. Yang minyak itu lima peratus itu sudah termaktub dalam Perlembagaan. Jadi, walau bagaimanapun kalau dapat dipertimbangkan
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
20 peratus itu lebih baik. Tetapi royalti yang saya cakap ini fasal royalti pendapatan hasil, pendapatan Sabah, untuk negeri Sabah.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, oleh kerana itu, saya minta supaya perkara ini dituntaskan. Jangan lengah- lengahkan lagi. Jadi, tidak lagi kita berbicara berpuluh-puluh tahun pasal MA63 tidak dilaksanakan, tidak ada perbincangan. Saya melihat ada jawatankuasa diwujudkan. Saya harap jawatankuasa ini berfungsi dan jangan hanya wujud sebagai jawatankuasa tetapi mati di situ seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian.
Seperkara lagi. Yang Amat Mulia Seri Paduka Baginda juga memohon supaya kerajaan melihat pelaksanaan Pan Borneo di Sabah. Perkara ini, saya lihat keputusan kerajaan bahawa Pan Borneo Sabah akan dilaksanakan tahun ini, tahun depan. Tapi, sampai sekarang pre-Q sudah buat, tak ada keputusan juga. Apa masalah Kerajaan Persekutuan ini? Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lihat perkara ini secara saksama sebab― Kerajaan ini, jangan bimbanglah. Tiada gangguan lagi. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memastikan bahawa tidak ada gangguan tentang kerajaan ini.
Maka, fikirkanlah masalah rakyat, masalah ekonomi dan masalah negeri Sabah sebab Sabah masih berada dalam keadaan yang agak kritikal. Air bersih tidak ada, api elektrik mati hidup, jalan raya rosak. Kerajaan bertukar ganti, Ketua Menteri bertukar ganti tapi rakyat masih terus menderita. Negeri Sabah terus miskin. Sepuluh, lapan daerah termiskin di Malaysia. Apa ini? Tidak masuk akal sudah, Tuan Yang di-Pertua. Perlu dilangsaikan semua ini serta-merta.
Yang kedua, saya juga ingin menegur pihak penerbangan sama ada MAS kah, AirAsia kah. Penerbangan one-way ticket hari ini, MAS, ekonomi. Pergi Sabah, RM3,800.
Ini mencengkam darah nama dia. AirAsia pun sama. Saya minta Kementerian Pengangkutan lihat perkara ini secara lebih serius. Jangan biar rakyat Sabah yang ada di sini berulang-alik menderita.
Saya juga ingin menyatakan, saya melihat ramai orang salah faham dengan tindakan Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Selaku Menteri, dia bertanggungjawab di atas kementerian dia dengan penuh― dia melihat, dia bertanggungjawab kepada kementerian dia dan dia melaporkan kepada kerajaan. Mana- mana pegawai dia yang tidak berpotensi, tidak berfungsi, kalau saya Menteri pun, saya tukar 24 jam. Apa pula ini? Nasib itu dia diturunkan pergi Timbalan Pengarah. Kalau sayalah, saya simpan dia di tempat yang tiada orang jumpa dia sebab pasal satu orang, kementerian akan huru-hara.
Saya pun hairan. Menteri cadang nak promosi bak kut teh, ramai yang menghentam. Bak kut teh ini bukan babi sahaja, bukan tulang babi sahaja. Tulang daging pun ada, ayam pun ada, ikan pun ada. Apa masalah? Pasal makanan pun kita gaduh.
Jadi, saya mencadangkan cuma mungkin pihak kementerian perlu membuat promosi, kenyataan awam bahawa bak kut teh ini bukan hanya untuk tulang babi sahaja. Itu penting. Di Sarawak, sudah ada bak kut teh halal. Kenapa tidak kita promote di mana- mana? Ini penting.
Satu lagi saya lihat, rakyat Malaysia ini bagus tetapi apabila pegang stereng kereta, memandu di jalan raya, rakyat Malaysia jadi hilang akallah. Banyak yang sesat di jalan yang terang. Teruk. Pemanduan di negara kita ini terlampau teruk di seluruh dunia.
Lane sebelah kanan, lane laju, tapi dia memandu syiok dengan telefon. Slow-slow. Dihon, dia marah. Mengangkat tangan dengan macam-macam dia punya sign, bikin panas hati.
Saya pun hairan, macam mana mereka ini dapat lesen memandu?
JPJ harus lihat perkara ini dan kita perlu ubah peraturan kita macam di Eropah, macam di negara-negara lain. Mereka laksanakan, execute itu hukuman. Tempat kita, tidak. Sebab itu kemalangan jalan raya satu tahun berapa ribu nyawa terbang melayang.
Sebab, kita tidak prihatin. Dan rekod antarabangsa melaporkan bahawa pemandu paling ganas adalah pemandu dari Malaysia. Hilang akal apabila berada dalam kereta.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kinabatangan, sikit boleh? Hulu Langat, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Kinabatangan ada menyebutkan soal berkaitan dengan MOTAC, dia turunkan pangkat. Saya nak tanya dengan Kinabatangan ini, saya nak tanya dengan Kinabatangan. Bersetuju tak Kinabatangan, maksudnya, ada segelintir penjawat-penjawat awam ini, maksudnya pegawai dan juga kakitangan kerajaan ini, dia perkataan itu deep state ataupun dalam bahasa kita ini macam sabotaj. Saya nak minta sedikit pandangan daripada Kinabatangan. Terima kasih, Speaker.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang ada. Sebab itu, pada saya, Menteri perlu melihat mana-mana pegawai-pegawai, kakitangan yang mensabotaj polisi kerajaan, itu perlu diambil tindakan dengan segera. Tidak boleh dibiar.
Sebab, kalau dibiar, dia macam parasit. Dia akan menghancurkan seluruh sistem dalam kementerian itu.
Satu lagi. Ekonomi negara memang tidak baik. Ini impak daripada ekonomi globallah. Justeru itu, kerajaan dan pihak PBT harus melihat perkara ini secara saksama.
Memberi kelonggaran kepada peniaga-peniaga kecil binalah mana-mana tanah lapang di jalan raya kah, tanah kosong kah, binalah, benarkanlah mana-mana pihak berniaga.
Sebab, perniagaan kecil-kecil ini boleh membantu rakyat yang susah untuk mendapat pendapatan sampingan. Ini tidak, pihak enforcement asal ada peniaga, disita. Macam- macam. Saya nampak negara lain, mereka encourage, mereka galakkan rakyat mereka yang ingin berniaga secara kecil-kecilan dibina gerai-gerai dan sebagainya. ni penting untuk menambah, mengukuhkan ekonomi negara kita. Sudah tiba masanya.
Satu lagi, Menteri Ekonomi kita. PADU ini tidak boleh dilaksanakan di Sabah sebab internet tidak ada. Gunalah data yang sedia ada. Jangan bazir masa.
Satu lagi. Saya minta, saya menyokong Bagan supaya kerajaan mengkaji kenaikan dua peratus tax itu. Sebab, yang di-collect hanya RM3 bilion tetapi rakyat di bawah menderita. Kita kaji. Kalau mahu betul-betul kerajaan nak cari duit, laksanakan sistem GST semula. Baru dapat duit. Ini kita naikkan dua peratus, kerajaan dapat RM3 bilion. Amalkan sistem subsidi bersasar. Kalau ini dapat diamalkan, saya nampak kerajaan dapat berjimat berbilion-bilion ringgit.
Oleh kerana itu, Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan melihat secara saksama tentang untung nasib hidup rakyat. Kita telah memerintah negara satu tahun lima bulan dah. Maka, pastikan apa yang kita lihat sebagai satu perkara kebaikan untuk memastikan, pertama, pulihkan ekonomi kita. Pulihkan keyakinan pelabur-pelabur untuk datang ke negara kita dan seterusnya, pulihkan keyakinan rakyat. Rakyat yakin dengan pemerintah, rakyat yakin bahawa mereka in secure, rasa terselamat, maka saya rasa rakyat akan terus memihak kepada kerajaan yang sedia ada pada hari ini. Tetapi kalau kita asyik bermain politik yang tidak ada tentu hala tujunya, sudah tentu rakyat akan mengasingkan diri daripada kita.
Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Gerik untuk membahaskan Usul Titah Diraja pada petang ini.
Pertama sekali, Gerik ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas pelantikan Baginda sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofea. Patik mewakili rakyat di Parlimen Gerik berikrar
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
untuk mentaati dan menjunjung titah Tuanku Baginda sepanjang tempoh pentadbiran Tuanku. Patik dan seluruh rakyat akan sentiasa mendoakan Tuanku dan Tuanku Permaisuri agar dikurniakan keafiatan dan keharmonian sepanjang tempoh Tuanku memayungi negara.
Patik juga ingin merafak sembah setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah kerana telah menamatkan tempoh pentadbiran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI dengan penuh kemegahan. Pelbagai nostalgia dan kenangan manis yang sentiasa diingati rakyat jelata. Patik dan seluruh rakyat Parlimen Gerik akan merindui kemesraan Tuanku Sultan dan mendoakan kesejahteraan Tuanku bersama Tuanku Permaisuri.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Proses peralihan takhta pentadbiran di negara ini adalah satu peristiwa yang sangat bersejarah dan Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada cacat- celanya.
Tuan Yang di-Pertua, menjunjung Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Tuanku, Gerik tertarik dengan Titah Tuanku agar seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen terutama kerajaan yang memerintah agar meletakkan seluruh komitmen kepada kesejahteraan rakyat. Oleh itu, Gerik ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa sedikit keluhan rakyat luar bandar, khususnya di Parlimen Gerik yang kini sedang mengharungi tekanan kos sara hidup dan harga barangan asas yang makin meningkat.
Kenaikan harga beras terutamanya yang begitu mendadak memberi kesan kepada masyarakat kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak akibat daripada kenaikan ini. Lebih malang lagi apabila beras tempatan kini diibaratkan seperti Chipsmore, dengan izin. Sekejap ada, sekejap tiada di pasaran. Dalam masa yang sama, kenaikan cukai SST lapan peratus dan akan datang pelaksanaan subsidi bersasar pula, semuanya bakal memberi kesan dan impak kepada harga barang, perkhidmatan, rantaian pasaran dan ekonomi rakyat. Keadaan akan lebih parah lagi apabila minggu depan, umat Islam dan bangsa Melayu terutamanya, akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu kos perbelanjaan akan lebih meningkat lagi.
Tuan Yang di-Pertua, apakah semua dasar ini sesuai dilaksanakan serentak?
Atau mungkin ada pihak— ada beberapa perkara yang pihak kerajaan patut tangguh dahulu? Rakyat melihat bebanan diletakkan kepada rakyat datang secara pukal dan secara lambak, orang Utara cakap. Mohon pihak kerajaan pertimbang dan semak semula dasar-dasar ini dan batalkan atau tangguh dahulu yang mana patut.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang kerajaan mahu buat sebenarnya? Apakah sebenarnya yang rakyat mahu? Kenapa kehendak rakyat selalu menjadi suatu pertembungan yang cliche dengan kehendak dan dasar kerajaan? Apabila mata wang kita jatuh merudum, kejatuhan ringgit Malaysia yang menghampiri harga rahmah ini, memberi kesan besar dan impak yang sangat besar kepada perbelanjaan negara. Begitu juga kepada pelabur dan peniaga. Bayangkan, dengan bajet yang diletakkan contohnya bajet kita pada tahun lepas diletakkan pada harga RM4 setiap dolar. Sekarang harga menjadi RM4.82 setiap US Dollar. Jadi, jauh perbezaannya tu dan kerajaan kena segera bertindak dan kerajaan telah pun bertindak melalui Bank Negara Malaysia dengan menaikkan faedah sebanyak tiga kali pada tahun 2022 dan selepas itu, pada tahun 2023 satu kali.
Namun, kenaikan tersebut membebankan rakyat sebenarnya. Sebabnya rakyat terpaksa menanggung faedah pinjaman seperti pinjaman rumah, pinjaman kenderaan dan faedah caj kad kredit. Rakyat berharap kerajaan mencari jalan menang-menang di antara kerajaan dan rakyat dan buatlah sesuatu kaedah yang lain pula yang pada akhirnya tidak menyusahkan rakyat.
Lagi satu Tuan Yang di-Pertua, kalau dulu kita lihat MTEN ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan bermesyuarat hampir setiap hari apabila adanya krisis.
Kita boleh lihat pada zaman Tun Mahathir pada tahun krisis ekonomi pada tahun 97-98.
Begitu juga pada krisis COVID-19 oleh Tan Sri Pagoh dan Datuk Seri Bera menjadi
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Perdana Menteri. Kita boleh lihat, boleh kata hari-hari ada mesyuarat dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan sebagainya.
Namun sekarang, rakyat melihat MTEN jarang bersidang dan kita tak nampak fungsi MTEN dalam keadaan yang genting ini. Adakah kerajaan ada perancangan lain ataupun adakah kerajaan tidak lagi merasakan bahawa perlunya menekan butang panik untuk bekerja lebih kuat lagi? Sebab apabila kerajaan nampak terlalu tak panik, akibatnya rakyat pula yang panik. Jadi, berlakulah pembelian panik, pengeluaran simpanan secara panik dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu beras tempatan pula. Isu beras tempatan tiada, beras import pula sukar dibawa masuk atas berbagai-bagai faktor sekatan dan cukai yang tinggi daripada negara pengeluar. Ya, kerajaan bertindak dengan memperkenalkan jenama baharu Beras Madani yang kononnya beras tempatan akan dicampur dengan beras import dan dijual dengan satu harga yang lebih rahmah. Tapi bagi majoriti rakyat di luar sana, Beras Madani tidak menjawab kepada penyelesaian isu kekurangan stok dan misteri kehilangan beras tempatan dalam pasaran sekarang ini. Tular beberapa klip video dalam media sosial yang menunjukkan beras tempatan ditampal dengan pelekat plastik import dan harganya jauh lebih mahal.
Apakah pihak kementerian tidak tahu-menahu berkenaan dengan perkara ini?
Ataupun adakah kita membiarkan kartel berleluasa atau apakah masalah yang sebenarnya? Rakyat mahu penguatkuasaan secara ikhlas oleh pihak berkuasa kerajaan.
Itu yang sebenarnya rakyat mahu. Cara lain mungkin kerajaan boleh mula mewujudkan lesen-lesen dan kilang-kilang mini yang boleh diurus oleh koperasi-koperasi pesawah.
Biar mereka pula mengimbangi pengeluaran, stok bekalan dan seterusnya merungkai misteri kehilangan beras tempatan dalam pasaran negara.
Satu lagi Puan Yang di-Pertua, ramai juga pesawah-pesawah kita mengeluh agar sistem dulu dikembalikan. Bagi semula bekalan beras peribadi selepas tuaian pada pesawah. Lebih baik lagi beri bantuan pinjaman membeli mesin proses hasil beras sendiri seperti di Thailand. Harga lebih kurang dalam RM5,000 macam itu ya.
Sekurang-kurangnya pesawah dan keluarga yang menanam padi tidaklah diibaratkan seperti tikus kelaparan dalam hutang beras. Puan Yang di-Pertua, kata Ibnu Khaldun dalam Kitab Mukadimmah, kekuatan dan kestabilan pada sesuatu negara ini diukur pada tiga perkara. Pertama, jaga airnya; yang kedua, jaga makannya; yang ketiga, jaga rakyatnya. Pincang salah satu, kehancuran sedang kamu tempah. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja.
Seterusnya Puan Yang di-Pertua. Bagi kawasan FELDA pula. Hasil program tanam semula ladang FELDA yang menggunakan benih-benih jenis baharu dan hibrid, bermula tahun 2010 hingga 2018 yang lalu, telah membuahkan hasil. Hasilnya kalau dulu diserah ladang peneroka nak dapat dua tiga tan pun payah, sekarang lima, enam, tujuh tan tu biasa. Jadi, Alhamdulillah dan tahniah kepada FELDA.
Tapi apa yang jadi masalahnya Puan Yang di-Pertua, ramai peneroka merungut tentang penyata hasil peneroka yang mengeluarkan kos ladang dan hutang terlampau tinggi. Kalau hasil jualannya RM3,000 sebagai contoh. Peneroka hanya menerima RM1,500 dan kos dan hutang, RM1,500. Tapi kalau hasil jualannya mencecah RM5,000, peneroka tetap menerima sekitar RM1,500 juga. Jadi lagi RM3,500 digunakan untuk tolak hutang dengan alasan oleh ibu pejabat FELDA katanya nak bagi cepat habis hutang.
Sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku Puan Yang di-Pertua dalam keadaan ekonomi kita yang tengah tenat ini.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Gerik, saya minta laluan sikit.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Ya, boleh.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Saya beri perhatian sebab apa yang dibangkitkan oleh Gerik soal potongan kepada peneroka FELDA. Apakah Gerik setuju bahawa dalam keadaan yang kritikal, minima RM1,500 FELDA tidak boleh buat potongan. Sebab itu basic perbelanjaan bagi setiap isi rumah.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Lebihan daripada RM1,500, barulah pemotongan boleh dilaksanakan. Saya fikir ini kaedah yang perlu dibuat supaya peneroka FELDA yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,500 tidak lagi menanggung kos-kos yang terpaksa dilaksanakan potongan yang telah dibuat oleh pihak FELDA. Terima kasih.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Ya, saya sangat bersetuju dan mohon masukkan dalam ucapan tersebut dalam perbahasan saya. Sebab itulah dikatakan peneroka yang dipotong banyak ini, sebenarnya dia adalah peneroka yang setia yang bersama dengan FELDA. Jadi, sepatutnya FELDA kalau hasil tu RM5,000, sebagai contoh. Bagilah peneroka RM2,500 dan bakinya tu, ambillah RM2,500 lagi buat bayaran hutang, kan? Jadi, kerajaan perlu cakna, peneroka juga terkesan dengan kenaikan harga barang, kenaikan faedah pinjaman kenderaan dan sebagainya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ini.
Puan Yang di-Pertua, saya beralih sikit kepada isu kawasan setempat saya di Gerik. Pertamanya, Gerik ingin memohon kepada Kementerian Dalam Negeri agar menyegerakanlah pembinaan Kompleks ICQS Bukit Berapit, Pengkalan Hulu. Keadaan aliran trafik pelancong dah semakin hari semakin sesak di kaunter imigresen dan kastam.
Keadaan ini makin parah kalau cuti sekolah dan cuti-cuti umum. Penambahan jumlah pelancong sehingga 177 peratus antara tahun 2023, berbanding tahun 2022. 2022 tu ada 433,000 jumlah pelancong dan 2023, 1.2 juta pelancong masuk.
Jadi, ini menunjukkan ICQS Bukit Berapit ini sudah jadi pilihan untuk para pelancong masuk selepas Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. Jadi, mohon perkara ini dipercepatkan dan diselesaikanlah sebab dia memberikan imej yang tidak berapa baik kepada kementerian dan pihak imigresen, kalau dah orang bersesak-sesak macam itu, kan. Ada yang terpaksa ambil nombor, kemudian terpaksa balik dulu kerana nombor giliran dah habis dan sebagainya.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang keduanya, Gerik ingin memohon kepada Kementerian Kesihatan agar mengadakan wad bersalin di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu. Ini kerana timbul isu kerakyatan negeri apabila ibu yang bersalin akan dibawa ke Hospital Baling, Kedah. Jadi anak itu akan didaftarkan sebagai anak Kedah tetapi apabila dia bersekolah, ia jadi isu kerakyatan negerilah pula. Jadi, permohonan-permohonan untuk bantuan dan sebagainya untuk negeri Perak selalunya dia payah nak dapat.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Satu lagi adalah kekurangan prasarana perubatan seperti pusat hemodialisis yang jadi rungutan masyarakat di Pengkalan Hulu lah. Ada hemodialisis swasta harganya agak mahal dan dia pun tak dapat menampung kapasiti yang banyak Tuan Yang di- Pertua.
Terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengakhiri ucapan saya ini.
Saya ingin melahirkan curahan rasa hati sayalah di kalangan rakan-rakan pembangkang dan rakan-rakan yang sebelah sini. Kami ini tiada peruntukan. Kemudian kami diuji dengan pelbagai musibah. Dapat pula pelbagai tawaran dan menempuh siri-siri pengkhianatan.
Jadi, saya ingin menyampaikan satu pantun selokalah Tuan Yang di-Pertua, minta izin ya. Dua rangkap pantun yang dipetik daripada sebuah lagu M. Nasir, lagu penglipur lara agung negara Dato’ M. Nasir. Tapi saya tak menyanyilah Tuan Yang di- Pertua, saya baca sahaja.
[Ketawa] Okey, dengar ini.
*Temu hulu, hilir menyusur, Adat hidup, temukan mati, Janganlah tuan-tuan, termenung sungul, Adat wira, haruslah tahan uji.
Riwayat bermula dari dahulu, Pandangan belakang tersangatlah jauh,*
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
*Perlu menyilang irama dan lagu, Kapal belayar usahalah dilabuhkan sauh.
Asal debu pasti pulang ke debu, Dari tegap bersimpuh, Baik rebak, merempuh.* Sekian wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Gerik mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Tan Sri Speaker, konflik geopolitik yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini telah membawa kepada ketidaktentuan yang lebih besar kepada setiap negara dan wilayah.
Jadi, setiap wakil rakyat sama ada peringkat Persekutuan atau negeri perlu meletakkan kepentingan negara untuk memimpin negara ke pembangunan global. Jadi, tahniah kepada Malaysia kerana telah mencapai satu rekod pelaburan langsung asing
(FDI) sebanyak RM926 bilion setakat tahun 2023. Manakala kadar pengangguran kita telah menurun kepada paras pra pandemik iaitu sebanyak 3.3 peratus dan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita untuk tahun 2024 diunjurkan sebanyak 4.5 peratus.
Walau bagaimanapun, Tan Sri Speaker selain daripada semua angka dan statistik yang besar ini pembangunan ekonomi sebenar mesti dirasai oleh rakyat keseluruhannya.
Hasil pembangunan negara kita mesti dinikmati secara sama rata antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi mencapai matlamat yang lebih lama diabaikan ini.
Beberapa pembangunan infrastruktur mesti disegerakan di Sabah.
Isu pertama yang ditujukan kepada Kementerian Kerja Raya, kemunculan frasa yang baru, ‘jalan bulan’. Jadi Tan Sri Speaker, tidak ada rakyat Malaysia telah menjejakkan kaki ke bulan setakat ini tetapi di Sabah kami dapat merasainya keadaan jalan raya kita teruk di Sabah. Juga diwujudkan satu frasa baru iaitu jalan bulan yang biasanya merujuk kepada pemanduan melalui jalan utama seperti dari Telupid ke Sandakan dan dari Kinabatangan ke Sandakan. Jadi statistik kemalangan jalan raya kian meningkat disebabkan oleh jalan-jalan raya yang dalam kondisi yang teruk sangat.
Pada 12 Januari 2024, seorang pemandu lori sampah dari Kinabatangan telah meninggal dunia secara tragik apabila truk atau lori yang dipandu oleh dia telah terbalik ketika mangsa sedang cuba mengelak lubang sepanjang jalan bulan itu. Ini juga satu- satunya kes kemalangan yang telah direkodkan. Ratusan pemandu juga berhadapan dengan mengalami kerosakan pada tayar dan lain-lain sejak beberapa tahun ini dan apabila mereka memandu di jalan bulan.
Kos ekonomi dan kos yang ditanggung oleh pengguna jalan untuk semua ini sudah tentu akan mencecah kos jutaan ringgit. Jadi, semua ini juga merupakan satu kerugian kepada negara dan masyarakat kita.
Jadi, soalan saya kepada Kementerian Kerja Raya, nampaknya hanya boleh dilihat mengambil tindakan selepas sesuatu kejadian itu berlaku ataupun selepas kejadian ini menjadi tular di saluran media sosial. Jadi, mengapakah JKR tidak mempunyai program penyelenggaraan berstruktur untuk jalan-jalan utama Persekutuan yang mampu menghalang semua kejadian ini berlaku? Berapakah peruntukan yang diperuntukkan kepada JKR Sabah setiap tahun untuk menyelenggarakan Jalan Persekutuan di Sabah dan kemudahan asas yang berkaitan seperti lampu jalan?
Saya juga amat terkejut apabila mengetahui bahawa kebanyakan Jalan Persekutuan kita yang sedia ada di Sabah diklasifikasikan sebagai tidak dapat diperbaiki
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
ataupun damaged beyond repair, dengan izin. Jadi, setahu saya daripada 35 pakej kerja untuk Pan Borneo untuk fasa satu untuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah, hanya 14 pakej kerja masih belum di tender.
Justeru itu, berapa lama lagi kami perlu bertahan untuk memandu sepanjang jalan-jalan bulan ini? Jadi saya menggesa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya untuk mengambil langkah segera bagi memastikan jalan- jalan yang utama Persekutuan sedia ada yang dibaiki dan diselenggarakan dengan berkualiti ketika pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo masih berjalan.
Tidak dilupakan juga jalan daripada Batu 16 ke 32 Sandakan single lane road, adakah telah dimasukkan dalam pakej 27(A) untuk dinaiktarafkan ke double lane? Tetapi di dalam laman web Pan Borneo tiada pakej tersebut sudah. Jadi mohon kementerian memberi penjelasan mengenai status menaik taraf jalan tersebut. Saya tidak terima oleh kerana pertukaran kerajaan ini, oleh itu pakej ini telah diambil keluar sebagai satu alasan.
Seterusnya, saya teruskan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai bekalan air di Sandakan. Tan Sri Speaker, masalah bekalan air di Sabah khususnya di Sandakan mungkin tidak menarik perhatian seperti kes-kes baru di Pulau Pinang tetapi masalah yang kami hadapi adalah lebih serius dan lebih kerap berlaku di Pulau Pinang. Beberapa langkah juga telah dicadangkan untuk diambil untuk mengatasi masalah bekalan air ini dan ia memerlukan perhatian segera daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dari segi pembiayaan ataupun peruntukan.
Jadi projek pembinaan lima tangki di Sandakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan air untuk jangka masa pendek telah diluluskan, terima kasih. Projek penyambungan bekalan elektrik di tangki Kinabatangan bagi menstabilkan bekalan elektrik meskipun telah delayed tetapi juga diluluskan, terima kasih. Tetapi sekarang apa gen Sandakan perlukan adalah satu sumber air baku ataupun raw water, dengan izin yang lebih selamat dan boleh dipercayai untuk – terdapat permintaan segera untuk menjalankan kajian bagi menempatkan semula [Tidak jelas] atau water intake sedia ada di Sungai Segaliud ke lokasi lain yang sesuai.
Jadi, pembiayaan untuk kajian ini dan kesan kepada penempatan semula ini akan – bukan sahaja mampu menjamin bekalan air kami di Sandakan tetapi untuk masa hadapan. Tetapi juga dalam masa yang sama, mampu mengatasi isu air masin yang dihadapi oleh warga Sandakan selama setengah dan satu tahun lepas ini.
Jadi sila – kami memohon peruntukan bajet yang secukupnya untuk mengatasi masalah air di Sandakan dengan segera.
Seterusnya, kami ke Kementerian Kesihatan. Perkembangan menaik taraf Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan di bawah Kertas Putih Kesihatan.
Jadi Tan Sri Speaker, saya gembira apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa di bawah Kertas Putih Kesihatan, Hospital Duchess of Kent Sandakan akan dinaiktarafkan menjadi hospital major pakar di Sabah. Sama seperti status Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Jadi, dengan bilangan perkhidmatan pakar di Hospital Duchess of Kent akan ditingkatkan daripada 18 sehingga ke 49 di bawah program ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah status ataupun perkembangan terkini mengenai kerja-kerja menaik taraf HDOK setakat ini?
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Adakah terdapat tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan untuk proses menaiktaraf ataupun secara berperingkat? Jadi, saya berharap Kementerian Kesihatan akan menyegerakan program ini di bawah RMKe-12 kerana sehingga kini, kami punya hospital kekal sebagai satu-satunya fasiliti hospital awam di Sandakan, walaupun populasi penduduk telah meningkat dengan ketara.
Jadi, selain daripada itu, kami juga memerlukan pakar terutamanya pakar kardiologi sebab pada masa ini kami memerlukan lebih banyak pakar terutamanya kardiologi kerana pada masa ini, semua pesakit jantung dari daerah ini perlu dihantar ke
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
QE di Kota Kinabalu iaitu jaraknya hampir 400 kilometer jauhnya. Jadi ini adalah is a matter life and death dengan izin Tan Sri Speaker.
Seterusnya, kami menuju kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk menaik taraf pasar sedia ada. Tan Sri Speaker, saya ingin membawa perhatian kepada semua, kepada pasar dan penjaja yang ikonik di negara ini, namun terkenal berbanding dengan pusat beli-belah berhawa dingin, tidak ada sekurangnya mereka masih ada penghawa dingin. Tetapi kalau di Sandakan, saya yakin kalau Tan Sri Speaker datang, akan nampaknya memang tidak dapat dibandingkan langsunglah. Jadi saya yakin Menteri KPKT juga bersetuju dengan saya, semua pasar-pasar di kawasan Sandakan mesti dinaiktarafkan.
Sebagai contoh, Pasar Kim Fung, Pasar Elopura, Sandakan dan pasar ini telah di dalam kawasan saya sejak tahun 80-an. Sebelum saya dilahirkan lagi. Jadi selepas 30 tahun, kedua-dua pasar ini memberi kemudahan kepada masyarakat sejak kian lama tetapi kemudahan awamnya masih sama. Jadi selain daripada kerja pembaikan kecil- kecilan, kami perlukan satu kerja menaiktaraf dengan keseluruhannya, di mana semua kemudahan asas dapat dinaiktarafkan dan untuk memastikan kebersihan pasar-pasar ini dijamin.
Jadi, salah satu lagi contoh pasar lain yang terkenal di Sandakan ialah Pasar Muhibbah di mana penjaja sekarang masih berniaga dan beroperasi di sini beberapa tahun lalu dan menggunakan sebagai tempat atap ataupun berteduh untuk sementara waktu. Jadi tidak ada struktur bangunan atau atap yang kukuh untuk mereka membuat perniagaan. Jadi penantian untuk memiliki bangunan kekal yang sesuai untuk menempatkan Pasar Muhibbah juga telah lama ditunggu.
Jadi Tan Sri Speaker, saya menuju kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi, Sabah adalah merupakan salah satu negeri yang dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain dinamakan Negeri Di Bawah Bayu yang telah memiliki banyak ciri keistimewaan semula jadi yang unik, dari gunung tinggi sehingga lautan yang indah. Jadi Sabah juga mempunyai banyak tawaran menarik dari segi produk pelancongan.
Justeru itu, menjadikan pelancongan sebagai satu industri utama di Sabah.
Antaranya Kota Kinabalu terkenal dengan pusat peranginan pantai dan Taman Negara Kinabalu. Di Pantai Timur, Sandakan juga terkenal dengan makanan laut, warisan, hidupan liar dan Kinabatangan River Safari dengan daerah berbeza menawarkan jenis tarikan yang berbeza untuk pasaran yang berbeza.
Justeru itu, daripada memasarkan atau memperlihatkan Sabah dari satu entiti saja, kami perlukan zoom in untuk mempamerkan setiap bahagian untuk setiap kawasan di Sabah, berdasarkan keunikannya dan kekuatannya.
Sandakan dikenali sebagai satu gateway Borneo wildlife selama beberapa dekad.
Sebab itu, Sandakan juga ditampilkan dalam beberapa siri siaran National Geographic dan Discovery Channel. Namun, beberapa langkah perlu diambil bagi merealisasikan lagi potensi Sandakan sebagai tarikan pelancong.
Pertama, ketersambungan penerbangan ataupun flight connectivity yang melibatkan Kementerian Pengangkutan. Lebih banyak penerbangan langsung dari Sandakan ke bandar seperti Singapura, Penang, Hong Kong dan China perlu dibuka.
Bandar seperti Sandakan yang mempunyai penerbangan langsung yang sangat terhad pada waktu ini akan mengalami kerugian yang paling besar dalam menarik lagi banyak pendapatan dari sektor pelancongan.
Jadi, oleh sebab kesuntukan masa, saya directly ke isu yang terakhir iaitu kami mengalami masalah nasihat perjalanan ataupun travel advisory, Tan Sri Speaker.
Walaupun Kerajaan Amerika Syarikat telah menurunkan nasihat perjalanan untuk Pantai Timur Sabah sejak tahun 2022, negara lain masih belum mengikutnya.
Jadi, justeru itu saya menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk bekerjasama dengan Kementerian Luar Negara untuk melibatkan dengan secara teraktif dengan pelbagai kedutaan dan pesuruhjaya tinggi di Malaysia untuk menyemak
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
nasihat perjalanan, travel advisory dengan izin semasa warga mereka datang ke Pantai Timur Sabah.
Jadi Tan Sri Speaker, mungkin ramai yang berpendapat bahawa isu penerbangan langsung ini sangat bergantung kepada pasaran dan permintaan, ia juga mesti terlebih dahulu sehingga tahap tertentu sebelum penerbangan baru boleh dipertimbangkan. Ia adalah satu situasi, chicken and egg situation dengan izin tetapi Tan Sri Speaker, peranan kerajaan untuk memastikan ayam didahulukan terlebih dahulu. Dengan insentif yang sesuai daripada kerajaan, selebihnya ia akan berjalan seiring dan industri akan dapat manfaat yang besar.
Oh, saya ada satu lagi tiga sentence ya. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mengalu-alukan pengumuman oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina baru-baru ini yang menyatakan bahawa mereka merancang untuk menjalankan kajian latihan pendaftaran yang menyasarkan lebih daripada 550 warga Filipina tanpa izin di Sabah.
Ini adalah langkah yang positif, yang jarang berlaku oleh negara jiran kita dan saya menggesa kepada kerajaan untuk memberikan semua bantuan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan pendaftaran ini. Ini juga adalah satu langkah positif dalam menangani isu pendatang asing tanpa dokumen dengan baik di Sabah. Dengan itu, Sandakan mengakhiri perbahasan saya merangkumi 23 butiran dan lapan kementerian.
Sandakan mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Terlebih dahulu, izinkan Kuala Krai memanjatkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja dan Kuala Krai mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai Raja yang bijaksana dan selalu memberati denyut nadi rakyat, tentunya kemakmuran Malaysia dan kestabilan ekonomi amatlah diambil berat oleh tuanku. Patik dan rakyat Kuala Krai amat beruntung dapat bernaung di bawah pemerintahan tuanku.
Semoga agama, bangsa dan negara ini terus di bawah rahmat Allah SWT hendaknya, dirgahayu Tuanku.
Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari, Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri. Tan Sri Yang di-Pertua, di dalam Titah Diraja, tuanku menyeru agar kita bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
Namun, setelah setahun empat bulan di bawah kerajaan campuran PH-BN ini, peruntukan kepada kami yang dipilih oleh rakyat dengan sah tidak pernah diberikan walaupun satu sen. Tentunya ini sangat menyukarkan kami dan rakyat kami. Ada di kalangan kami Ahli-ahli Parlimen sebelah sini, telah jatuh kepada B40. Selang beberapa hari, elaun masuk kerana terpaksa diagihkan bersama rakyat, terutama di awal musim persekolahan seperti ini. Perlu diingat, dunia ibarat roda, siapa pun tidak akan kekal selamanya, tiada siapa boleh tongkat langit.
[Bercakap dalam bahasa Arab] Oleh itu, ucapan ini merupakan sebuah pesan. Pesan yang ingin saya bawa ini adalah pesan untuk sebuah negara yang menyayangi dan kasih antara satu sama lain yang mana usahanya adalah untuk membereskan segala masalah rakyat. Ketimbang hanya pandai berjanji namun tidak reti menepati.
Sesebuah kerajaan semestinya membesarkan yang kecil tanpa mengecilkan yang besar, menguatkan yang lemah tanpa melemahkan yang kuat, akhirnya yang untung
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
rakyat jelata kesemuanya. Peruntukan yang adil adalah mengikut undang-undang dan janji bukanlah semata-mata kerana kebaikan. Jika tidak diberikan, ia telah melanggar janji dan mengenepikan hak dan undang-undang.
Tan Sri Yang di-Pertua, bermula 1 Mac 2024, cukai SST sebanyak lapan peratus untuk sebahagian besar perkhidmatan telah bermula. Nah! Selepas ini akan bermulalah sebuah pesta kenaikan harga barang. Kalaulah hanya ini adalah kepandaian kerajaan pada hari ini sebagaimana yang dibangga-banggakan sebelum menjadi pemerintah, semestinya ianya adalah satu bala kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kenaikan-kenaikan ini bukannya baru bermula. Ia telah bermula seawal Januari 2024. Kenaikan harga elektrik, cukai baharu LVGT sebanyak 10 persen dan cukai baharu CGT juga 10 persen. Manakala Februari pula mencatatkan kenaikan harga beras tempatan melalui pengumuman yang bercelaru yang sebelumnya pula hilang entah ke mana. Nak jadi apakah negara ini sebenarnya? Kenaikan yang bersambungan ini seakan sebuah pesta di bawah pemerintahan madani atau rakyat di luar sana menggelarnya ‘Mahal Dah Ni’. Solusinya hanya satu, naik harga. Di mana tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilaung-laungkan. Menekan dan terus menekan tanpa bertanggungjawab? Nabi berdoa dalam Hadis Riwayat Muslim, [Membaca sepotong Hadis] . Maksudnya, “Ya Allah, sesiapa yang mengurusi satu perkara umatku, lalu ia menyulitkan ummah, maka persulitkanlah dia. Dan sesiapa yang mengurusi perkara umatku, lalu dia memudahkannya, maka permudahkannya”. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik apabila Tan Sri Yang di-Pertua memulakan sidang penggal ini dengan ikrar Rukun Negara. Tentunya ada makna yang tersirat di sebalik Rukun Negara ini. Nun di luar sana mula kedengaran gugatan yang cuba mengguris agama dan bangsa. Saya ingin menegaskan, jangan dimulakan percikan api perkauman dengan menyentuh isu-isu sensitif yang akan menyebabkan ketegangan kaum.
Bagaimana orang bukan Islam perlu dilibatkan dalam mahkamah syariah? Apa rasionalnya? Bagaimana sebuah kampung yang tidak sampai 100 tahun mahu diangkat sebagai kampung warisan? Apa yang lebih mengguriskan ialah kenyataan seorang ahli politik veteran bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya daripada bangsa Melayu? Apa makna semua ini? Tidak cukup dengan itu Tan Sri Yang di-Pertua, Bak Kut Teh telah diangkat sebagai sup warisan. Ini sebuah kegilaan yang tak bertepi.
Dalam masa yang sama, kenapa gugatan-gugatan ini hanya dipandang sepi oleh pihak berkuasa, sedangkan kalau pihak sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] yang membicarakannya, secepat kilat tindakan dilakukan.
Baru-baru ini, pada 20 Februari 2024, Menteri Komunikasi melancarkan Kod Etika Kewartawanan yang diolah. Apa makna diolah? Adakah ini merupakan kod etika yang bertujuan untuk mengekang pihak wartawan yang melaporkan berita yang tidak ranum untuk kerajaan pada hari ini? Ini satu lagi contoh yang menunjukkan kerajaan hari ini cuba menjadi kerajaan yang cakap tidak serupa bikin. Kalau dulu cakap berdegar-degar, media perlu bebas. Sekarang bila kamu berkuasa, kamu cuba mandulkan dunia kewartawanan.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam isu Kelantan baru-baru ini, Pengerusi bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Yang berhormat Setiawangsa, telah mengumumkan Kelantan bakal mendapat 92 projek baharu. Saya mengucapkan terima kasih atas pengumuman ini. Tapi apa yang saya teliti daripada pengumuman tersebut, hanyalah penerusan projek-projek lama seperti projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai, menaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Apakah yang dimaksudkan 92 projek baharu tersebut? Mohon YB Setiawangsa perincikan.
Kelantan sentiasa menjadi tumpuan dari dulu sehingga sekarang. Dulu Kerajaan BN, sekarang Kerajaan PH-BN. Serangannya sama. Isu Kelantan mundur, negeri paling miskin, rentak yang sama dimainkan, tetapi solusinya tiada. Dera dan terus menyeksa
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
tanpa henti. Terbaru, kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa Kelantan negeri paling tinggi mencatatkan kes jenayah seksual kanak-kanak. Apakah benar kenyataan ini?
Adakah kemungkinan di Kelantan, pelaporannya tidak disembunyi, maka angka tinggi berbanding negeri lain? Apakah tindakan pihak kementerian? Ini lebih penting bagi sama- sama berganding bahu menangani isu ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam isu hutang negara. Semenjak dari awal Tambun menjadi Perdana Menteri Kesepuluh, beliau sering mencanangkan tidak akan meningkatkan hutang negara. Tetapi jika dilihat dari Laporan Bank Negara, perkara sebaliknya berlaku. Kadar hutang negara terus meningkat pada tahun 2022 dan 2023 ke paras lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pada tahun 2022, bon kerajaan yang diterbitkan oleh BNM berjumlah RM171.5 bilion. Daripada jumlah itu, RM74.3 bilion lebih adalah bagi tujuan pembayaran balik hutang lama dan terbitan bon bagi hutang baharu berjumlah RM97.1 bilion lebih. Hutang negara terus meningkat lebih tinggi pada tahun 2023. Terbitan bon kerajaan oleh BNM bagi tujuan membiayai hutang baharu yang dibuat adalah berjumlah RM104.08 bilion.
Jumlah keseluruhan terbitan baharu bon kerajaan berjumlah RM190.91 bilion di mana RM86.83 bilion digunakan untuk pembayaran hutang lama.
Persoalannya di sini adalah strategi Menteri Kewangan untuk kurangkan hutang ini nampaknya telah gagal? Sekiranya Menteri Kewangan berjaya turunkan hutang kerajaan sekalipun, adakah ia bakal menjamin ekonomi negara akan bertambah baik?
Sekiranya hutang kerajaan yang rendah dan bajet surplus ini baik untuk ekonomi negara, kenapa krisis kewangan dulu berlaku ketika hutang Kerajaan Malaysia berada pada paras paling rendah dalam sejarah negara dan setelah kerajaan mencatatkan surplus untuk tempoh beberapa tahun berturut-turut sebelumnya. Pada tahun 1997, hutang Kerajaan Malaysia berbanding GDP hanyalah pada paras 31.9 peratus.
Tan Sri Yang di-Pertua, di Malaysia, simpanan wang persaraan pekerja swasta diuruskan oleh KWSP secara konvensional. Namun, alhamdulillah, bermula 2017, muncul simpanan syariah dan para pekerja boleh memilih untuk simpanan mereka diuruskan secara patuh syariah dengan menukar simpanan konvensional kepada simpanan syariah.
Pada 3 Mac yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan kadar dividen tahun 2023 iaitu sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah. Sedikit sahaja perbezaannya.
Sedarkah kita bahawa doa dan ibadah seseorang Muslim boleh jadi tumpul, tidak makbul dan keluarganya turut terkena tempias ketiadaan berkat akibat makanan haram yang diberi dengan wang hasil pendapatan dan perbelanjaan haram? Persoalan saya, kenapa KWSP tidak mewajibkan bagi orang Islam untuk menggunakan simpanan syariah berbanding konvensional? Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, perkara ini hendaklah menjadi keutamaan.
Dalam masa yang sama juga, beberapa perkara seperti insurans kenderaan dan lain-lain hendaklah diberikan keutamaan untuk orang Islam menggunakan takaful. Perlu kempen yang agresif dan berikan pilihan utama kepada orang Islam agar mereka memilih urusan ekonomi mereka yang patuh syariah.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam isu berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya dapat memantau operasi syarikat penerbangan dalam negara khususnya berkaitan dengan jadual yang tidak menentu dan diubah-ubah. Dulu disebut delay tetapi sekarang diubah kepada retime. Sebenarnya sama saja. Jadual diubah mengikut kepentingan syarikat tetapi tidak mengambil kira kepentingan penumpang. Disebabkan retime ataupun sebenarnya delay, terdapat di kalangan penumpang yang terlepas mesyuarat dan program penting. Dalam masa yang sama, pihak syarikat berlepas diri.
Isu yang kedua ialah berkaitan harga tiket yang terlalu mahal khususnya di musim tertentu termasuk di hujung minggu. Kami dari Semenanjung, ada pilihan menaiki kenderaan darat jika tiket terlalu mahal. Tetapi bagaimana dengan kawan-kawan kita dari Sabah dan Sarawak? Adakah pihak kementerian bersedia menetapkan harga siling bagi setiap sektor penerbangan agar kenaikan harga tidak melambung terlalu tinggi khususnya
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
di musim tertentu? Bagi penerbangan antarabangsa pula, saya ingin mencadangkan pihak syarikat penerbangan Malaysia, boleh menyediakan ruang solat sebagaimana terdapat banyak syarikat penerbangan luar negara yang telah menyediakan ruang yang selesa untuk solat dalam pesawat.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam isu label melabel, khususnya melabel mereka yang melawan kerajaan dengan ‘Khawarij’ adalah lagu dan lirik lama yang diulang siar. Dulu kerajaan BN melabel PAS dengan ‘Khawarij’. Sekarang juga label yang sama diberikan.
Naratif melabel musuh-musuh politik dengan ‘Khawarij’ adalah satu langkah amat bahaya dan serius. Ia mengundang kepada perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat ini.
Bagaimana rakyat negara ini dapat bersatu dan berpadu jika naratif ini diteruskan oleh kerajaan hari ini?
Saya ingat ucapan Allahyarham Datuk Fadzil Noor, mantan Presiden PAS, mantan Ahli Parlimen, “Kalau mereka nak meletakkan label ‘Khawarij’ kepada orang yang menentang kerajaan, apakah berani mereka mengatakan bahawa kerajaan ini Kerajaan Ali bin Abi Talib?”. Seperti mana kenyataan ini dibuat oleh seorang ulama Mesir, Sheikh Omar Ahmad Abdel-Rahman yang dibicarakan dalam mahkamah, beliau menyatakan dalam perbicaraan itu, “Apakah kamu menuduh kami sebagai ‘Khawarij’? Apakah kamu itu Khalifah Ali?”. Itu ucapan Allahyarham Ustaz Fadzil.
Sama juga melabel tunggang agama. Apakah kerana mempertahankan agama dan kemurnian Islam dilabel sebagai penunggang agama? Isu melabel lawan politik ini bukan hanya keluar daripada anak buah biasa-biasa, tetapi dari bos nombor satu pun sama. Label ‘walaun’, lebai dan sebagainya pernah keluar daripada mulut beliau, malah dalam Dewan ini juga pernah dilabelkannya.
Kena ingat, kerana ‘walaun’ inilah dulu habis pelosok negara keluar berdemonstrasi sehingga penuh Dataran Merdeka, penuh Jalan Tuanku Abdul Rahman sebab walak kepada arahan pimpinan supaya turun bersama menjayakan demonstrasi.
Kerana lebai inilah dulu menjadi tempat kamu bergantung. Siap keluar buku untuk menyokong dan mempertahankan kamu, [Tepuk] sediakan pentas untuk berucap menentang kerajaan waktu itu. Harus diingat, walaupun sekarang lebai menjadi bahan ejekan, tetapi suatu hari nanti, lebai inilah juga yang akan kamu cari dan jadikan tempat bergantung. Percayalah.
[Tepuk] Jadi, hentilah melabel – Label melabel. Jangan cuba tutup kelemahan sendiri dengan melabel musuh politik.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Jangan cuba menutup kegagalan dengan mendakwa masih berlaku sakau dan rasuah, sedang kamu sudah berkuasa masuk tahun yang kedua. Gunakanlah kuasa yang ada buat sementara waktu ini untuk membina negara ini.
Yang terakhir Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum berakhir, saya ingin baca sebahagian luahan seorang peniaga roti dan kek. Saya tertarik dengan tulisannya yang penuh keikhlasan untuk tatapan kita semua. Tentunya ia mewakili peniaga-peniaga di luar sana, tidak kira apa jenis perniagaan mereka. Rakyat tengah susah, wahai kerajaan.
Katanya, “Hari ini hari sedih buat semua bakers seantero. Dapat mesej dari suppliers, harga naik tak beragak. Ada bahan dari satu guni RM320, naik kepada RM700 lebih. Segala makneka naik di saat hangpa...” – ini mungkin orang Kedah kot. “*...di saat hangpa tengah berdentam-dentum dengan bergunung-ganang idea, pandangan, buah fikiran, dari segala mak nenek pakar dan ahli ekonomi dalam Konvensyen Ekonomi Bumiputera di Putrajaya, peniaga kecil macam kami tengah cari pelampung, nak berpaut dari lemas. Hangpa ni tak ada beza pun dengan orang yang tengah gali kubur. Nak kambus usahawan Bumiputera. Buat satu-satu dasar, fikirlah domino effect pada semua.
Kenaikan seiring bahan mentah, kenaikan cukai SST waktu masuk sekolah, waktu nak puasa, waktu nak raya, gamak noh buat serentak semua memang nak tengok orang kita gulung tikar”.* Tan Sri Yang di-Pertua, Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya,
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Satu tahun sekam terbakar, Sekarang sedang menyala apinya. Kuala Krai dengan penuh takzim menyokong usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
[Tepuk] Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Salam perpaduan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagai permulaan, izinkan saya merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-17.
Saya juga turut merafak sembah penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Saya berikrar akan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan. Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Raja-raja Melayu untuk menjaga kestabilan dan keharmonian negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, Titah Baginda tempoh hari memperlihatkan kesungguhan Baginda dalam menjaga kebajikan rakyat. Nasihat ikhlas dan teguran membina juga telah disampaikan kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini. Agama Islam, kestabilan politik, pendidikan, perpaduan, tata kelola ekonomi dan kewangan merupakan antara perkara yang ditekankan oleh Baginda. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia seperti yang disarankan oleh Baginda.
Tan Sri Yang di-Pertua, setelah berakhirnya PRU yang ke-14, rakyat telah disajikan dengan pelbagai episod drama politik, ketidakstabilan yang berterusan dan memuncak telah mengheret kepada pilihan raya di tiga buah negeri iaitu PRN Sabah, Melaka dan PRN Johor pada 2022. Keadaan tersebut tidak terhenti di situ, malah terus berpanjangan apabila pilihan raya di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan serta Terengganu telah diadakan secara berasingan pada PRU yang ke-15. Saya memahami bahawa pembubaran Parlimen dan DUN merupakan kuasa prerogatif Perdana Menteri serta Menteri Besar atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan di negeri masing-masing.
Namun, sekiranya amalan di luar kebiasaan ini berpanjangan, perkara ini bakal menjejaskan kewangan negara, fokus Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta rakyat di luar sana. Lebih-lebih lagi negara kita telah melaksanakan had umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang telah meningkatkan kos pilihan raya sehingga 50 peratus. Perkara yang ingin saya tekankan ialah pilihan raya yang dibuat secara berasingan tidak mendatangkan keuntungan buat rakyat dan negara dari segi kos, peratusan keluar mengundi dan budaya politik keterlaluan yang berpanjangan.
Jika dilihat tempoh matang DUN yang paling terdekat bermula tahun 2025. Kita akan menempuhi pilihan raya pada setiap tahun. PRN Sabah - September 2025, Melaka - November 2026, Sarawak - Disember 2026, Johor - Mac 2027, PRU-16 November 2027 dan PRN enam negeri - Julai 2028. Sehubungan dengan itu, saya berharap perkara ini mendapat perhatian semua pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai autoriti untuk merealisasikan. Saya menyedari bahawa pilihan raya secara bersekali ini agak sukar untuk diadakan dalam masa terdekat ataupun pada PRU yang ke-16. Namun, perbincangan ke arah tersebut perlu bermula daripada sekarang. Penjimatan kos yang saya anggarkan sekitar RM500 juta pada masa akan datang bakal meningkatkan kemapanan kewangan negara dan boleh dibelanjakan untuk kepentingan rakyat yang lain.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung isu pemansuhan skim pencen penjawat awam yang menjadi hangat kebelakangan ini. Saya percaya perkara ini sudah berada dalam perhatian setiap kerajaan yang pernah mentadbir kerana telah ada perbincangan mengenainya sejak 10 tahun yang lalu. Hal ini kerana amaun pencen yang perlu ditanggung oleh negara semakin membesar. Keadaan ini ibarat bom jangka kepada negara kerana saiz penjawat awam yang semakin besar, ditambah pula Malaysia menuju negara menua. Perkara ini menjadi kritikal apabila wang pencen tidak boleh dibayar melalui bentuk pinjaman seperti yang termaktub di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Wang pencen ini perlu diambil daripada hasil kerajaan iaitu cukai.
Saya percaya antara sebab kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib memperkenalkan GST sebelum ini adalah untuk menampung sebahagian kos wang pencen agar dapat dipanjangkan lagi tempoh pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, lambat launnya pembaharuan tetap perlu dilaksanakan apabila telah sampai kemuncaknya. Hal ini bagi membolehkan kerajaan semasa dan kerajaan yang bakal ditadbir generasi akan datang mempunyai ruang secukupnya untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan infrastruktur. Permintaan saya, berhubung pembaharuan skim pencen ini, penjawat awam yang beruniform seperti tentera, polis, bomba dan sebagainya haruslah dikecualikan kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi serta sektor-sektor pekerjaan yang kritikal seperti guru.
Seterusnya, skim gaji bagi penjawat awam ini hendaklah dibuat kajian dan semakan dengan lebih mendalam supaya pendapatan bulanan mereka selari dengan tuntutan kos sara hidup semasa. Amat tidak wajar bagi sesebuah kerajaan mengharapkan hasil yang baik daripada penjawat awam untuk memainkan peranan dalam pembangunan dan pengurusan kerajaan tetapi masih mengekalkan kadar gaji di takuk yang lama. Saya berharap apa pun hasil laporan daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang dijangka akan diumumkan pada suku keempat tahun ini, keputusan dan tindakan kerajaan hendaklah lebih baik daripada perkara yang pernah dilakukan semasa pentadbiran Dato’ Sri Najib dalam membela kebajikan penjawat awam, antaranya memberikan dua kali kenaikan tangga gaji dalam tempoh sembilan tahun. Perkara-perkara berkaitan skim gaji penjawat awam ini hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian, barulah kita membicarakan soal pemansuhan skim pencen.
Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung isu penempatan ataupun Perumahan Generasi Kedua dan Generasi Baharu FELDA. Saya menyambut baik ucapan perbahasan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Jelebu pada minggu lalu. Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 misalnya, pindaan kepada akta tersebut sememangnya harus disegerakan bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit yang telah lama membelenggu warga FELDA di seluruh negara. Akta ini mungkin dipinda daripada satu lot tanah hanya satu rumah kepada sekurang-kurangnya dua buah rumah agar dimanfaatkan oleh generasi baharu. Saya percaya usaha ke arah pindaan Akta GSA ini telah bermula sejak dari dulu lagi iaitu ketika Dato’ Sri Najib melancarkan Hari Peneroka Kebangsaan 2017 dengan mengumumkan kelulusan untuk membina lebih satu buah rumah dalam satu lot tanah.
Selain itu, saya berharap agar Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat terus komited dan memainkan peranan sebaiknya untuk menyegerakan pembahagian lot- lot tanah yang kosong. Pindaan kepada Akta GSA dan pembahagian lot tanah ini bakal membolehkan pengenalan semula model pembangunan perumahan berasaskan konsep bina sendiri seperti yang terkandung dalam RMKe-12 yang dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.
Tan Sri Yang di-Pertua, pendidikan awal kanak-kanak sentiasa menjadi isu penting dan menarik untuk dibincangkan iaitu mengenai kualiti pembelajaran, kokurikulum dan guru terlatih. Berhubung matlamat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran dengan menyasarkan seramai 100,000 huffaz cilik menjelang tahun 2026 menerusi Program Tahfiz Tabika KEMAS.
Saya menyambut baik langkah tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bagan Datuk kerana telah mencetuskan usaha murni berkenaan. Pelaksanaan projek rintis yang dilakukan pada tahun lalu di Tampin iaitu di Tabika KEMAS FELDA Jelai
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
3, Tampin telah membuahkan hasil dan ibu-bapa juga amat teruja apabila anak-anak mereka sudah lancar menghafaz surah-surah lazim iaitu bermula daripada Surah An-Nas hingga Surah Ad-Duhaa. Saya berharap agar usaha ini diteruskan dan diperluaskan kepada semua Tabika KEMAS di seluruh negara. Permintaan di Parlimen Tampin untuk program ini, Tahfiz Tabika KEMAS amat tinggi. Justeru itu, besarlah harapan supaya kementerian dapat memperluaskan dengan segera berserta guru-guru terlatih yang cukup.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada Belanjawan 2023 yang lalu kerajaan telah bertekad untuk menyegerakan pembaikan klinik daif dan ingin menyelesaikan pada tahun yang sama. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk membangkitkan isu klinik daif di FELDA Bukit Rokan, Utara Gemencheh, Tampin iaitu klinik yang telah berusia 64 tahun dan dinaiktarafkan kepada klinik kesihatan pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, keadaan dan pengoperasian klinik tersebut pada masa ini amat mendukacitakan berbanding klinik-klinik kesihatan yang lain tetapi menerima jumlah pesakit yang ramai.
Untuk makluman, saya sering menerima aduan daripada penduduk-penduduk setempat berkenaan ketidakselesaan mereka semasa membuat rawatan di sana kerana klinik tersebut begitu sempit. Perkara ini bertambah parah lagi apabila klinik tersebut juga tidak dapat menyediakan perkhidmatan ambulans kerana tiada kemudahan kenderaan tersebut sekiranya berlaku kecemasan di luar jangka.
Saya difahamkan baru-baru ini kelulusan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih dan menambah baik pengoperasian klinik tersebut telah pun diberikan sebelum ini.
Namun, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas alasan isu tanah dan isu peruntukan yang tidak mencukupi.
Sehubungan dengan itu, saya mohon supaya perkara ini dijelaskan dan diambil tindakan dengan kadar segera. Hal ini kerana kakitangan klinik dan penduduk di sana telah lama bersabar dengan keadaan yang serba kekurangan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong memilih kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman. Minggu lalu ada sahabat saya di sebelah sana begitu teruja berbahas dengan mempertikaikan pengampunan Dato’ Sri Najib tanpa menyedari kesalahannya yang tersalah menyebut nama Tuanku di awal ucapan. Itulah salah satu contoh orang yang terkena ketulahan apabila mengingkari perintah Raja-raja Melayu.
Saya berpendapat soal pengampunan Diraja ini janganlah dipersoalkan. Tidak kiralah sebesar mana kebencian yang ada di dalam diri kepada beliau, sekurang- kurangnya budi dan jasa beliau kepada negara cukup banyak. Kita perlu beringat hari ini mungkin terkena pada dirinya. Esok, lusa kita belum tahu nasib siapa pula selepas ini.
Lebih-lebih lagi kawan-kawan di sebelah sana juga ramai yang tergolong di dalam kluster mahkamah.
Tan Sri Yang di-Pertua saya juga amat simpati kepada nasib yang menimpa enam orang Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan.
Mereka diperlakukan dengan begitu teruk sekali sehingga kepimpinan parti mereka wakil bertindak untuk meminda perlembagaan parti sedangkan mereka hanya menyatakan sokongan sahaja kepada kerajaan.
Saya faham masalah mereka kerana saya pun pernah menjadi ADUN pembangkang yang amat memerlukan sokongan untuk membantu rakyat. Saya kira apa tindakan mereka bukan untuk kepentingan peribadi tetapi adalah untuk kepentingan rakyat. Bukan bertindak lompat parti seperti yang dilakukan oleh segelintir Ahli Parlimen pasca PRU14 sehingga hampir melumpuhkan UMNO.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Boleh bagi laluan Tampin?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Adakah anda tidak ingat? Silakan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya simple sahaja.
Agak-agak Yang Berhormat sekiranya berlaku ke atas parti tuan, adakah tuan akan bertindak seperti sedemikian?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dah berlaku pun pada pasca PRU14.
Masih kah ingat Ketua Pembangkang sendiri pun meninggalkan parti UMNO setelah UMNO kalah. Lupa kah yang itu? Ramai lagilah saya tidak nak sebut.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Cermin diri dulu.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Cermin dulu. Pada pendapat saya berucaplah dengan tertib dan usahlah keterlaluan sehingga terlupa diri sendiri. Satu jari menuding ke orang lain, empat jari menuding ke diri sendiri. Saya harap Yang Berhormat sebelah sana berhentilah berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan najis.
Ingat, pengkhianat akan rasa bagaimana dikhianati. Rasakanlah sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya menutup perbahasan saya, izinkan saya memetik Titah Tuanku, *“Kejayaan atau kegagalan negara ini bukanlah diletakkan di bahu Perdana Menteri sahaja tetapi ia adalah tanggungjawab semua 222 Ahli Dewan Rakyat.
Jika ada yang hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang.”* Sabarlah, tidak lama tiga tahun lebih lagi. Kalau handal bonar pun tunggulah pilihan raya akan datang. Saya yakin dan percaya gelombang itu dah mula reda.
Sekian sahaja daripada saya Tan Sri setakat ini. Saya menyokong usul Titah Diraja. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tan Sri Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin melafazkan terima kasih di atas peluang bagi membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah Diraja pada hari ini. Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon di ampun. Patik menjunjung kasih dan merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di atas pelantikan Baginda sebagai Yang di- Pertuan Agong yang ke-17. Daulat Tuanku.
Patik berikrar dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah lagi kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan. Patik juga mohon merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang telah menyempurnakan pemerintahannya sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat mengamati segala perkembangan yang menjadi kerisauan rakyat terutamanya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang semakin menjadi perhatian mutakhir ini. Pada ketika ini nilai ringgit telah pun susut ke tahap terendah dalam tempoh 26 tahun malah ramai penganalisis berpendapat ia berisiko untuk mencapai paras terendah seperti yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu RM4.88 pada Januari 1998 ketika krisis kewangan Asia memuncak.
Namun demikian, dalam masa yang sama adalah menjadi harapan kita semua agar kerajaan mengambil berat serta serius dalam menangani masalah kejatuhan ringgit ini yang telah menyebabkan keresahan kepada rakyat. Kerajaan seharusnya mengkaji langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek dengan membuat kajian mendalam bersama-sama pakar-pakar ekonomi agar kejatuhan ini tidak berterusan dan dapat diatasi dengan segera.
Saya sendiri melihat banyak penderitaan yang dilalui oleh rakyat terutama di kawasan saya. Perlu ada strategi di luar kotak untuk menyelesaikan isu kos sara hidup yang tidak dapat kita nafikan. Saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ahli
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
ekonomi Geoffrey Williams minggu lepas bila mana terdapat banyak GLIC berprestasi rendah yang mempunyai pelbagai pelaburan dan rizab tunai.
Seperti yang kita tahu GLIC diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Terdapat juga GLIC di peringkat negeri yang mana mereka ini berada di bawah seliaan kerajaan negeri. Apakah kerajaan mempunyai idea terperinci untuk mengesan pelaburan ini dan sama ada mereka berada di dalam atau di luar negara? Adakah kerajaan juga mempunyai pasukan petugas yang boleh segera menarik balik dana ini dan menggunakannya semula untuk perkara yang lebih mendesak dan dapat membantu rakyat yang terkesan? Atau adakah pelaburan dan dana ini seakan terus terperangkan dalam ruang hitam perakaunan yang tidak menguntungkan sesiapa?
Saya mohon MOF untuk membuat usaha yang serius untuk mencungkil dana ini dan memfokuskannya semula ke dalam kategori yang lebih mendesak dengan berpandukan rakyat di senarai keutamaan tertinggi. Kerajaan mesti serius menyatukan semula dana ini dan mengemas kini Parlimen tentang pelan tindakan yang sepatutnya.
Malaysia bukan negara miskin. Apa yang kita perlukan ialah urus tadbir yang lebih berkesan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kejatuhan ringgit sedang kita alami pati turut mendatangkan hikmah. Ia akan memberi sinar kepada sektor pelancongan dalam usaha negara mencapai sasaran lebih tujuh juta pelancong tahun ini. Saya ambil maklum tentang satu perjanjian antara pengendali acara terbesar di dunia iaitu ASM Global, AEG dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada tahun 2022. PSM adalah perbadanan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Malangnya, syarikat ini sekarang dilihat lebih aktif di Singapura dan Thailand. Saya rasa Malaysia rugi dalam hal ini kerana kita yang pertama di Asia Tenggara yang mengadakan perjanjian ini. Jadi, saya mohon pihak MOTAC dan KBS perhatikan perkara ini.
Tentunya kita boleh memikirkan satu langkah menyediakan prasarana untuk acara besar menggunakan perjanjian yang sedia ada. Kalau bukan di Semenanjung pun mampu kita anjurkan di Sabah atau Sarawak.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Berbalik kepada negeri asal saya, Perak Darul Ridzuan telah mengisytiharkan tahun 2024 sebagai Tahun Melawat Perak yang mana pelbagai program dan promosi sedang giat dijalankan untuk menarik semakin ramai pelancong ke negeri Perak. Sektor pelancongan merupakan kaedah low-hanging fruit dengan izin, yang mampu menyumbang kepada pemulihan nilai ringgit dan ekonomi negara. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada MOTAC untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Saya mohon penjelasan, apakah tindakan-tindakan yang telah diambil berkenaan cadangan-cadangan sebelum ini?
Apabila kita mengatakan tentang promosi pelancongan ke negara Malaysia, saya mengambil kesempatan di sini untuk membangkitkan isu berkaitan dengan laporan dan senarai yang telah dikeluarkan oleh airlinequality.com baru-baru ini yang meletakkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai yang kelapan terburuk di Asia dari aspek kemasukan pelancong bagi proses pengendalian kemasukan imigresen yang dikatakan bermasalah. Antara aduan utama yang diterima adalah mengenai kemasukan dan pelepasan imigresen yang tidak cekap dan efisien sehingga para penumpang dikatakan terpaksa beratur panjang bagi melepasi semakan imigresen.
Apakah respons kementerian berhubung perkara ini? Apakah pula langkah-langkah insentif yang telah dan akan diambil untuk menambah baik sistem sedia ada supaya rungutan sebegini dapat diatasi dan jumlah kemasukan pelancong ke negara ini tidak terjejas?
Saya mohon MOT dan Malaysia Airports memberi perhatian yang lebih serius tentang masalah yang melanda KLIA ini. Bagaimana kita mampu menarik pelabur jika keadaan lapangan terbang berterusan begini? Cuba bayangkan, bersesak-sesak di lapangan terbang, keadaan aerotrain yang masih tidak beroperasi, rakyat Malaysia — kalau YB-YB mungkin boleh naik kenderaan sendiri daripada terminal ke satelit, tetapi rakyat Malaysia tidak dibenarkan. Mereka terpaksa bersesak dengan menaiki bas,
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
umpama bas mini wilayah zaman 80-an. Malu Yang Berhormat Tuan Speaker, Tan Sri Speaker.
Seterusnya, saya ingin beralih kepada sektor kesihatan yang ingin menyentuh sedikit bab mengenai isu berkaitan dakwaan Institut Jantung Negara tidak lagi menanggung kos rawatan pesara kerajaan yang saya fikir memerlukan penjelasan yang lebih lanjut dari pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang meminta kerajaan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima penjawat awam semasa berkhidmat atau selepas persaraan khususnya berkaitan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara. Apakah pandangan dan pendirian terbaru kerajaan mengenai perkara ini?
Perkara sama juga berlaku dalam isu penamatan Skim Perubatan Madani yang kini hanya tertumpu di 10 daerah terpilih dan penerima tertentu sahaja berkuat kuasa mulai 26 Februari 2024 yang dikatakan juga sebagai langkah meningkatkan kebersamaan kemapanan serta memaksimumkan impak skim tersebut. Kita gesa agar skim ini diteruskan di semua tempat, bukan sahaja di daerah terpilih. Saya yakin selain 10 daerah berkenaan, masih ada banyak lagi sebenarnya daerah terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar masih memerlukan skim ini.
Terkait isu kesihatan juga, saya juga ingin menarik perhatian mengenai kerja-kerja menaik taraf Jabatan Kecemasan Trauma Hospital Kuala Kangsar yang mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah baru-baru ini. Terima kasih atas keprihatinan pihak kementerian. Kami di Kuala Kangsar amat menghargainya. Hospital Kuala Kangsar ini yang telah dibina sejak tahun 1901 lagi telah berjaya melaksanakan perluasan bagi enam perkhidmatan kepakaran sejak 2017. Namun, ketika lawatan baginda ke Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi Hospital Raja Perempuan Bainun pada 6 Februari lalu, baginda telah menitah agar pakar perubatan dalaman yang terdiri daripada perkhidmatan kepakaran perubatan dalaman (internal medicine) disediakan oleh Hospital Kuala Kangsar. Saya mengharapkan agar pihak KKM mengambil serius Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.
Perkara yang terakhir adalah berkenaan infrastruktur kolam renang di kawasan Kuala Kangsar. Kerja-kerja baik pulih kolam renang Kuala Kangsar di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang telah mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan sejak 2021. Selama ini, kolam tersebut sering menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu dan cuti umum dan ramai juga telah bertanya, “YB, bilakah kolam renang ini dibaik pulih dan dibuka semula?” Jadi, saya ingin bertanya kepada YB dan kementerian yang berkenaan, sila ambil maklum dan bilakah kami rakyat Kuala Kangsar dapat menikmati kemudahan ini kembali? Saya mohon mendapatkan penjelasan kerana kolam ini adalah fasiliti dan ameniti sosial yang sangat diperlukan oleh rakyat Kuala Kangsar.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun. Patik menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Tuanku di Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat Ketiga, Parlimen Kelima Belas, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Yang di-Pertua.
[Disampuk] Ready — Di atas peluang yang diberikan kepada Tebrau untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin merafak sembah dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-17.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tuan Speaker, saya ingin mulakan dengan satu isu tempatan dulu, lagi senang kita reverse ya. Baru-baru ini pada awal tahun, Johor dilanda banjir sekali lagi. DI kawasan Tebrau, banyak kawasan juga yang kena juga banjir. Di sepanjang Sungai Tiram, JPS Johor Bahru telah mengenal pasti 12 kawasan atau hotspot di mana ada hakisan tanah yang serius. Saya segera pada bulan Januari, telah tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Tambun untuk peruntukan khas kepada JPS untuk kita ratify isu-isu hakisan tanah. Tetapi sehingga hari ini, masih belum dapat apa-apa balasan. Saya juga harap JPS boleh dengan segera mengatasi masalah ini yang jelas membimbangkan rakyat di Tebrau.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mula dengan memuji atas kejayaan Kerajaan Perpaduan Madani yang telah mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan tertinggi dalam sejarah Malaysia pada tahun lepas iaitu sebanyak RM329.6 bilion, peningkatan 23 peratus berbanding dengan tahun 2022. Saya akui walaupun nilai mata wang Ringgit Malaysia kini dalam satu keadaan yang cukup mencabar, tetapi saya yakin ini merupakan satu kesan jangka pendek sahaja yang turut dikesan bukan hanya oleh Malaysia, malah juga oleh banyak negara lain yang tentunya disebabkan faktor luaran yang sukar untuk kita jangka, control dan kawal terutamanya pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat. Isu kaedah Federal Reserve, isu geopolitik dan ketidaktentuan prospek negara ekonomi China. Bagi saya, kejatuhan nilai mata wang ini bukanlah satu perkara yang berlaku tiba- tiba, malah ia telah bermula pun sejak tahun 2014. Oleh itu, tentulah ia juga akan mengambil sedikit masa untuk kita mengembalikan Ringgit Malaysia ke satu asas yang lebih kukuh.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed sendiri telah memaklumkan bahawa nilai ringgit pada masa ini adalah undervalued dan langsung tidak mencerminkan prospek sebenar ekonomi Malaysia pada masa yang akan datang. Pada hari Khamis yang lepas, Menteri Kewangan (II) juga, Senator Datuk Seri Amir juga yakin dan memberi jangkaan dalam Dewan ini juga bahawa nilai ringgit akan dan kita doakan, mencapai RM4.50 berbanding USD1 sebelum hujung tahun 2023. Belum sampai beberapa hari sahaja Tan Sri Speaker, Ringgit Malaysia telah rebound dari RM4.80 ke RM4.72 pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya cukup yakin dan percaya we are on the right track, dengan izin. Ekonomi Malaysia akan terus tampil kuat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Pada tahun lepas, Malaysia juga naik lima anak tangga ranking daya saing dunia kepada kedudukan ke-17 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia. Usaha kerajaan untuk melancarkan pelan tindakan perindustrian dan ekonomi seperti NETR dan NIMP 2030 akan membangunkan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dalam sektor pembuatan di negara kita.
Ia juga akan mengurangkan kebergantungan Malaysia pada pekerja asing yang menghantar duit Malaysia balik ke negara asal pada setiap hujung bulan dan ini tentunya adalah salah satu faktor yang mengakibatkan pengaliran keluar mata wang negara ke negara lain, tapi kita kena jujur.
Pada masa yang sama, kerajaan perlulah meneruskan komitmen dalam reformasi fiskal negara dengan contohnya menguatkuasakan dan komitmen dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang telah diluluskan tahun lepas dan teruskan usaha kita dalam memerangi isu rasuah di negara kita. Seiring dengan Titah Tuanku juga, pelaksanaan subsidi secara bersasar mestilah disegerakan untuk mengelakkan ketirisan dan kebocoran.
Saya faham, saya dan juga ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat memang susah kalaulah kita nak jelaskan isu subsidi ini kepada rakyat. Tetapi kita kena faham juga sistem subsidi pukal yang kita kini amalkan ini tidak sampai ke kumpulan sasaran. Malah dia sebenarnya hanya memanfaatkan mereka yang memang maha kaya raya.
Kalaulah negara kita ingin pulih balik kepada satu keadaan yang lebih sihat, maka kita kena jalan juga dengan sistem rasionalisasi subsidi ini secepat mungkin. Keputusan
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
ini memang sukar untuk dibuat dan mungkin tidak begitu popular tetapi seperit ubat yang pahit kalau kita tidak sihat, kalau kita nak sembuh, ubat pahit pun kita kena makan, pengorbanan mesti dilakukan.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura. Terlebih dahulu saya ingin memuji usaha kerajaan untuk memateraikan memorandum persefahaman MOU pada Januari tahun ini untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas di Johor Selatan. Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar di Johor.
Pada tahun lepas, kira-kira 70 peratus daripada jumlah pelaburan asing (FDI) dalam sektor pembuatan Johor datang dari Singapura. Dengan adanya perjanjian ini mestilah saya yakin ia akan dapat mengukuhkan lagi hubungan bilateral baik di antara Malaysia dan Singapura demi kemakmuran kedua-dua negara.
Saya nampak penubuhan SEZ ini dapat meningkatkan lagi daya tarikan ekonomi kedua-dua negara dan menangani juga isu kelembapan ekonomi yang mungkin kita sekarang rasa di Iskandar Malaysia. SEZ ini, zon ini mempunyai potensi yang besar untuk mengubah nasib lebih 300,000 pekerja yang berulang-alik secara harian dari Singapore ke Johor pada masa ini dan sekali gus menyelesaikan masalah brain drain dan ini merupakan satu game changer yang dapat memacu ekonomi Johor Selatan.
Soalan saya kepada kerajaan adalah setakat mana komitmen kerajaan untuk kita menjayakan zon ekonomi khas ini kerana sehingga hari ini kurang ada berita, contohnya lokasinya di mana, apa isi kandungan zon ekonomi ini yang memang dinanti-nantikan oleh rakyat.
Saya secara peribadi, saya harap zon ekonomi khas ini bolehlah diletakkan atau diwujudkan di kawasan timur Iskandar Malaysia atau Johor Bahru khususnya di kawasan Tebrau dan juga rakan saya Pasir Gudang. Sebab kawasan inilah adalah kawasan hab perindustrian untuk Johor dan memang mempunyai infrastruktur yang lengkap untuk kita menjayakan zon ini dan untuk kita menjayakan zon ini, kita juga perlukan beberapa elemen.
Saya beri cadangan untuk menggalakkan pelaburan dan perdagangan luar kepada zon khas ini, saya beri syor kerajaan boleh pertimbangkan untuk mengurangkan kadar cukai syarikat untuk syarikat yang melabur dalam zon ini daripada 24 peratus ke 20 peratus bagi lima tahun pertama.
Keduanya, seiring dengan Titah Tuanku untuk kita dengan izin cut the red tape, saya juga harap satu badan yang lebih autonomi yang bebas daripada majlis atau dewan bandaraya boleh ditubuhkan di zon khas ini untuk mengendalikan isu-isu dalam SEZ ini.
Sekarang kalau kita nak buka satu kilang di Johor, dia ambil hampir satu tahun dan tidak kurang daripada 20 agensi. Bayangkanlah Tan Sri Speaker, kalaulah kita tunggu begitu lama tentulah pelabur akan pergi ke tempat lain.
Selain daripada itu juga, saya harap kerajaan boleh menumpukan kepada industri-industri yang lebih margin tinggi dan juga lebih zaman moden, contohnya kepada peranti perubatan kepada industri EV dan sebagai-sebagainya.
Akhir sekali, saya ingin membawa perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada isu kewarganegaraan. Tan Sri Yang di-Pertua, isu ini telah berterusan sekian lama di Malaysia. Setakat Julai tahun lepas, menurut kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri terdapat 140,000 permohonan kewarganegaraan yang telah dikemukakan kepada KDN.
Malah Menteri sendiri telah menetapkan sasaran untuk menyelesaikan sekurang- kurangnya 10,000 permohonan kewarganegaraan setiap tahun. Kalaulah kita mengikut kadar ini, ia akan mengambil hampir 14 tahun sahaja untuk proses kesemua permohonan.
Ini belum tambah lagi permohonan baharu pada tiap-tiap tahun yang masuk.
Saya setuju dengan Menteri bahawa penganugerahan taraf kewarganegaraan tidak boleh begitu mudah dan dia merupakan satu pengiktirafan yang paling tinggi oleh kerajaan. Namun begitu ramai daripada mereka yang saya rasa layak untuk didapatkan kewarganegaraan Malaysia masih lagi menunggu permohonan mereka yang
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
dikemukakan. Mungkin ada tiga tahun, mungkin enam, ada sampai 10 tahun. Ini menyebabkan ramai individu yang terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran dalam kehidupan akibat masalah ini.
Sejak memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Tebrau, saya telah menerima tidak kurang daripada 60 aduan atau isu berkaitan dengan kewarganegaraan, Tan Sri Speaker. Orang datang buat aduan, saya pun tolong. Ada daripada mereka yang sebenarnya layak untuk mendapat tetapi sampai sekarang masih dalam proses walaupun permohonan sudah dikemukakan sekian lama.
Kebanyakan permohonan ini adalah di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu pendaftaran kewarganegaraan oleh individu-individu yang berumur 21 ke bawah. Kebanyakan mereka ini masih tinggal dan bersekolah di Malaysia. Namun mereka sering diejek oleh rakan dan biasanya dikehendaki melalui proses yang rumit di PBD dan JPN untuk mendapatkan hak untuk pergi ke sekolah. Ada juga yang susah juga untuk masuk hospital.
Selain daripada itu Tan Sri Yang di-Pertua, undang-undang negara kita ini mengandungi bagi saya unsur diskriminasi kepada golongan ibu wanita. Kanak-kanak yang dilahirkan di luar negeri oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mengurniakan kerakyatan Malaysia secara automatik kepada anaknya. Namun, tiada masalah jika seorang bapa warganegara Malaysia berkahwin pula dengan isteri warga asing, anaknya akan mendapat kerakyatan Malaysia di bawah Perkara 14 dengan izin citizenship by operation of law.
Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak adil sebab bagi saya, tidak kira lelaki, tidak kira wanita, tidak kira bapa atau ibu, mereka ada hak yang sesama seperti yang kita termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan kita. Mereka patut boleh berikan kewarganegaraan kepada anak mereka.
Oleh itu saya berharap kerajaan dapat meneruskan meningkatkan lagi usaha untuk memproses lebih banyak permohonan kewarganegaraan ini dan saya ada harapan yang cukup tinggilah untuk Kerajaan Madani ini selesaikanlah masalah kewarganegaraan ini yang cukup-cukup penting untuk rakyat Malaysia.
Saya juga ingin membawa satu cadangan, sekarang teknologi DNA sudah ada.
Teknologi DNA ini hampir 99.9 peratus accurate. Saya harap pihak KDN atau JPN boleh gunakan bukti keterangan sokongan DNA ini dalam SOP atau undang-undang mereka bila dalam proses sama ada nak memutuskan untuk memberikan permohonan kewarganegaraan kepada mereka yang layak.
Saya rasa kalaulah Kerajaan Madani ini boleh mempercepatkan dan meluluskan lebih banyak kewarganegaraan kepada mereka yang patut dapat, saya rasa ini adalah hadiah yang terbaik yang boleh diberikan oleh Kerajaan Madani ini kepada rakyat Malaysia.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Dengan itu, sekali lagi terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tebrau dalam perbahasan ini. Tebrau mohon menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dihormati sekalian. Pertama sekali saya memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan dan peluang bagi saya menyampaikan ucapan perbahasan menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sempena Perasmian Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas pada 26 Februari yang lalu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Lebih satu tahun sudah berlalu Istiadat Majlis Perasmian Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas pada Februari 2023. Masa berlalu begitu pantas. Sungguhpun baru saja berlalu satu tahun lebih kita berada dalam Parlimen lima Belas, namun negara tercinta Malaysia yang di kemudi oleh Kerajaan Perpaduan menimbulkan pelbagai masalah.
Negara dilanda dengan pelbagai cabaran dan rakyat di bawah sana terus dihimpit dengan segala kesusahan dan keperitan dalam mengharungi kehidupan harian mereka. Apa tidaknya, harga barang naik mendadak, barang makanan ruji, staple food seperti beras naik mendadak. Beras tempatan sudah tiada, entah ke mana perginya walhal pesawah masih terus menanam padi.
Mengikut perangkaan, beras tempatan menyumbang 60 sehingga 70 peratus kepada permintaan negara, manakala beras import hanya 30 ke 40 peratus tetapi yang ada di pasaran hanya beras import. Kita berharap agar kerajaan ataupun janji arahan Perdana Menteri Tambun, isu beras dapat diselesaikan selewat-lewatnya 20 Mac 2024 akan datang.
Kerajaan Perpaduan Madani sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 24 November 2022 telah melancarkan pelbagai dasar, program dan projek seperti National Energy Transition, New Industrial Master Plan 2030, gaji progresif, Ekonomi MADANI:
Memperkasakan Rakyat dan macam-macam lagi. Semua dasar-dasar yang dilancarkan bagi saya tiada masalah, semua baik tetapi isu yang menekankan kehidupan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Tidak kira di luar bandar atau di bandar wajib dan perlu ditangani segera. Rakyat hidup susah ini tidak perlu berapa banyak pelaburan, transisi tenaga dan sebagainya tetapi yang mereka mahu ialah kos sara hidup perlu diselesaikan sepantas mungkin.
Tak cukup dengan rakyat terbeban yang amat sangat dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat. Bermula 1 Mac 2024, SST pula naik daripada enam peratus ke lapan peratus. Sungguhpun makanan, minuman serta komunikasi dikecualikan dari kenaikan SST, namun banyak lagi aspek kehidupan harian rakyat akan terkesan yang secara langsung menambahkan beban kewangan mereka. Rakyat masih perlu membayar kos asas hidup yang lain seperti kad kredit, insurans, perubatan, logistik, e-hailing, tiket penerbangan, penginapan, Internet, perkhidmatan profesional seperti nasihat perundangan dan perakaunan, termasuk juga keperluan asas air dan elektrik kerana kedua-dua ini ialah ibu kepada segala kenaikan kos.
Golongan M40 dijangka paling teruk terjejas kerana B40 akan layak menerima pelbagai bantuan. Untuk Bajet 2025, Kubang Pasu berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan dan mengembalikan semula GST pada kadar yang lebih rendah.
GST ini saya percaya mampu menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan kos kepada rakyat jelata.
Mengenai kejatuhan nilai ringgit Tan Sri Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin menyentuh mengenai nilai ringgit. Ramai pembahas telah menyentuh mengenai kejatuhan nilai ringgit. Perdana Menteri Tambun telah menyebut dua perkara yang bagi pendapat saya agak janggal. Pertamanya, bila pemberita bertanya beliau mengenai kejatuhan ringgit respons beliau ialah “tanyalah Gabenor Bank Negara”. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah, sepatutnya sebagai Menteri Kewangan, beliau sendirilah kena jawab.
Keduanya, beliau menyatakan bahawa kejatuhan nilai ringgit akhir-akhir ini tidak sama dengan sewaktu tahun 1998, memang tak sama, memang betul tak sama, tiada siapa yang kata sama. Pada tahun 1998, nilai ringgit jatuh kerana Asian financial crisis dan bukan ringgit terjejas sahaja tetapi Thai Bhat, Rupiah Indonesia, Won Korea Selatan dan mata wang berapa negara lain juga jatuh. Ini kita semua faham tetapi kejatuhan ringgit sekarang ini kita tak berapa faham.
Kejatuhan nilai ringgit berbanding USD lebih teruk dari Indonesia Rupiah, lebih teruk dari Filipina Peso, lebih teruk dari India Rupee, lebih teruk dari Vietnam Dong, Renminbi China Taiwan Dolar dan lain-lain. Kejatuhan mata wang yang lebih teruk dari ringgit hanyalah Japanese Yen, Russian Rubel dan Turkish Lira. Cuba lihat nilai ringgit berbanding dengan mata wang seperti berikut. Pound Sterling kita jatuh 10.7 peratus, Renminbi China 3.1 peratus kita jatuh, Thai Bhat kita jatuh 4.8 peratus, mungkin itu
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
sebabnya baru-baru ini sewaktu cuti sekolah tak ramai orang Malaysia pergi ke Hatyai sebab mereka tak mampu lagi sebab ringgit rendah. Kemudian dengan Euro, ringgit jatuh 8.3 peratus, Singapore Dollar dekat 7 peratus dan USD 6.2 peratus.
Kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha menangani kelemahan- kelemahan dalaman dalam negara sendiri yang memberi kesan kepada ringgit daripada memberi attribute ringgit lemah kepada faktor-faktor luaran. Menurut kata seorang pakar ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Tan Sri Noor Azlan, bahawa bukan saja Bank Negara, Putrajaya juga perlu mainkan peranan dalam mengukuhkan nilai ringgit. Putrajaya harus memberi fokus kepada ‘economic fundamentals’ dan bukan sahaja menuding jari kepada perubahan-perubahan yang berlaku di Amerika Syarikat, global ekonomi dan faktor luar yang menyebabkan nilai ringgit jatuh.
Jika asas-asas ekonomi tidak diperkukuhkan, ringgit mungkin akan memasuki julat yang keempat atau fourth range iaitu RM5 bagi satu Dollar Amerika. Betul apa yang dikatakan oleh gabenor Bank Negara bahawa kejatuhan ringgit dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti kenaikan faedah di Amerika Syarikat, geopolitik, Perang Ukraine, Perang Hamas-Israel dan ketidakpastian ataupun uncertainty prospect economy China. Tetapi perlu diingat juga isu dalam negara seperti dasar-dasar ekonomi dan sentimen, sentimen seperti 1MDB, DNAA, dendam tak sudah dan termasuk juga memujuk Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional menyokong kerajaan Madani mampu menghasilkan sentimen negatif dan menjejaskan nilai ringgit.
Bagi tahun 2024, tiada jaminan keadaan akan menjadi lebih baik. Isu pilihan raya Presiden Amerika Syarikat November 2024, geopolitik, Perang Ukraine, Perang Hamas- Israel, ekonomi China dan semua ini akan menjejas ekonomi dan nilai ringgit.
Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan ataupun trading nation. Nilai dagangan dan eksport amat penting kepada ekonomi negara dan juga kekuatan nilai mata wang ringgit. Bagi tahun 2023, nilai dagangan jatuh daripada RM2.83 trilion pada tahun 2022 kepada RM2.4 trilion pada tahun 2023, kejatuhan 7.3 peratus ataupun RM194 bilion berbanding dengan 2022, setelah dua tahun berturut-turut semasa pandemik mencatat peningkatan. Manakala nilai eksport pula menguncup lapan peratus kepada RM1.426 trilion dan import 64 peratus kepada RM1.121 trilion.
Sungguhpun nilai pelaburan sektor pembuatan meningkat seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi nilai eksport tidak begitu memberangsangkan. Sebab musabab, pertamanya, pengurangan penurunan nilai eksport semikonduktor RM7 bilion, eksport merchandise turun lapan peratus, pertumbuhan ekonomi China perlahan 3.2 peratus, kejatuhan eksport dengan China sembilan bulan pertama ialah 2.5 peratus. Nilai eksport mineral jatuh, plastik jatuh, kelapa sawit pun jatuh.
Pelaburan yang diterima oleh negara kita terbahagi kepada dua iaitu pelaburan dari luar negara yang terlibat dalam capital market, termasuk stock market, bond market dan currency market. Pelabur-pelabur akan melihat kepada petunjuk ekonomi semasa ataupun current economy signal bagi sesebuah negara sebelum memutus untuk melabur dalam kapital market.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Ucapan perbahasan saya hari ini memberi tumpuan kepada pelaburan diluluskan oleh MITI atau MIDA sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri MITI bahawa jumlah pelaburan pada tahun 2023 ialah RM329.5 bilion. Pelaburan ini melibatkan sektor perkhidmatan RM168 bilion, pembuatan RM152 bilion, primary sector perladangan dan sebagainya RM9.1 bilion.
Daripada pelaburan diluluskan, RM188 bilion ialah foreign direct investment (FDI) dan RM141 bilion domestic investment. Persoalannya ialah, adakah semua pelaburan yang diluluskan oleh MITI akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat? Keduanya, adakah semua pelaburan yang diluluskan akan direalisasi sepenuhnya? Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, tidak semua pelaburan diluluskan akan dilaksanakan sepenuhnya. Ini disebabkan oleh pelabur-pelabur akan menghadapi pelbagai masalah
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
seperti tanah, sumber kewangan dan sebagainya. Selalunya ia melibatkan pelabur- pelabur tempatan.
Saya ingin bercakap berhubung dengan bahasa kebangsaan Tan Sri Speaker.
Berhubung dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, saya ingin merujuk kepada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Februari yang lalu. Quote, “Saya perhatikan setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan”.
Ini KDYMM Yang di-Pertuan Agong bertitah. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara adalah satu-satunya lambang paling terserlah untuk kita dikenal pasti sebagai sebuah negara bangsa atau pun nation state, iaitu negara merdeka yang berdaulat dengan penduduknya bersatu, yang sama-sama mempamerkan identiti nasional untuk negara dan identiti budaya bagi rakyat.
Untuk kita di Malaysia, kriteria linguistik inilah yang hanya boleh digunakan sebagai lambang asas lagi utama kepada kewujudan kita sebagai negara bangsa. Akhir- akhir ini Tan Sri Yang di-Pertua, isu dalam memperkasa dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti tidak dipedulikan. Kalau adapun usaha dilakukan ia hanya sekadar “melepas batok di tangga”. Malangnya, sikap sebegini tidak membantu bagi kita membentuk pemikiran mahupun tingkah laku yang positif dalam memperkasakan bahasa kebangsaan. Minta masa lebih sikit Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Last point.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dalam hal ini, nasionalisme bahasa Melayu yakni usaha untuk mempromosi bahasa Melayu agar dibanggai, disayangi dan ditaati sebagai bahasa negara dan bahasa milik kita bersama perlu dipupuk sesegera mungkin, serta diwujudkan segera sikap kebersamaan sebagai bangsa Malaysia yang sentimen nasionalnya, utuh lagi kental setiap masa. Saya percaya inilah satu-satunya formula yang amat berkesan, dalam menjalin dan memperkukuhkan perpaduan kaum di negara kita Malaysia.
Saya berharap Kerajaan Madani hari ini yang dipimpin oleh seorang bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu di Universiti Malaya suatu ketika dulu, tahun 60-an iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, akan menyuntik semangat baru dalam usaha memartabat dan mendaulatkan bahasa Melayu. Dalam erti kata sebenar bahasa Melayu dan kesetiaan kebangsaan berpisah tiada.
Ini keperluan Kubang Pasu Tan Sri, kalau saya tak cakap, tak boleh balik kawasan. Kubang Pasu ingin memohon kepada kerajaan, khususnya Kementerian Kerja Raya untuk membina jejambat (flyover) dari lokasi lampu isyarat berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun hingga ke simpang empat lampu isyarat menuju ke Universiti Utara Malaysia.
Ini kerana jalan raya antara dua lampu isyarat berkenaan mengalami traffic jam yang teruk. Ini jalan utama untuk pergi ke Thailand Tan Sri Speaker. Cukup teruk. Saya dimaklumkan oleh pihak JKR Kubang Pasu bahawa permohonan ini telah dibuat. Mohon dipercepatkan pelaksanaannya.
Tan Sri Speaker, kerajaan hari ini bukanlah Kerajaan Perpaduan dalam erti kata sebenar. Ia hanyalah kerajaan campuran yang terdiri daripada pelbagai parti. Di peringkat kepimpinan tertinggi nampaknya harmoni, tetapi di peringkat bawah, semua kita tahu suasananya berbeza sekali. Contoh, cadangan supaya Kampung Baru Cina diangkat sebagai tapak UNESCO ditentang hebat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia. Cadangan Beras Putih Madani ditentang oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tan Sri Speaker, saya dengan ini menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam. Saya jemput Keningau. Keningau ada 15 minit, ketua parti.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya ingin Menjunjung Kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja dan mengucap tahniah di atas lantikan tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII. Dalam Titah Diraja, tuanku telah membangkitkan beberapa isu, termasuklah isu perpaduan, pembangunan dan Perjanjian Malaysia.
Isu perpaduan memang penting, terutama sekali pada masa kini di Malaysia di mana kestabilan politik negara perlu semasa kemelutan dan ketidaktentuan geopolitik dunia. Malaysia memerlukan kestabilan politik dan perpaduan rakyat untuk menarik pelabur asing untuk memajukan negara. Pada masa yang sama, Kerajaan Perpaduan Madani harus mengambil langkah-langkah yang proaktif dan berkesan untuk menangani kemerosotan nilai ringgit dan perlambungan naik harga-harga barangan yang kini meningkatkan kos sara hidup rakyat.
Tan Sri Speaker, tuanku turut menyentuh hal pembangunan Sabah. Isu keadilan dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia serta juga sosioekonomi rakyat Sabah tetapi sehingga kini, pelaksanaan MA63 masih belum selesai. Saya bertanya, adakah MA63 ini masih relevan kerana sudah 60 tahun berlalu? Namun, MA63 masih lagi belum selesai.
Kenapa?
Sejarah telah menunjukkan bahawa Malaya telah menjajah Sabah selama 55 tahun dengan cara halus seperti tidak melaksanakan MA63. Meminggirkan Sabah daripada pembangunan, buat population engineering melalui pemberian IC kepada pendatang tanpa izin yang tidak layak pun dan menjadi pengundi dan penentu kerajaan di Sabah. Minyak dan gas Sabah diambil dan royalti tidak dibayar.
Tuan Speaker, mereka juga membawa parti-parti Malaya ke Sabah. Sepertimana yang kita tahu, kuasa dan politik Sabah dirampas melalui parti-parti politik Malaya di Sabah. Malah, Perlembagaan Sabah pernah diketepikan demi penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun untuk memberi dan membuka jalan Kuala Lumpur menguasai Sabah.
Bilamana DUN Sabah dan kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dikuasai parti-parti Malaya sepertimana yang telah berlaku sebelum ini, maka hilanglah autonomi dan kemerdekaan Sabah. Ini merupakan proksi kolonialisme. Sepatutnya kerusi-kerusi DUN dan Parlimen Sabah dirizabkan kepada parti-parti tempatan.
Musim itu la juga, kehilangan kuasa politik dan menjadi Sabah mundur dan miskin dan tidak selamat. MA63 hak-hak Sabah dalam Perlembagaan tidak boleh disuarakan pada waktu itu. Aktivis-aktivis ditangkap di bawah ISA dan saya sendiri menjadi seorang mangsa daripada apa ini, penguasaan Kuala Lumpur pada waktu itu.
Musim ini juga, DUN-DUN di Sabah ditawarkan untuk menyeberang ke parti lain dan juga menawarkan jawatan Ketua Menteri jika akur kepada kemahuan Kuala Lumpur.
Saya pernah ditawarkan juga tetapi saya tolak kerana saya tidak mahu menjadi boneka.
Saya mahu dipilih sebagai Ketua Menteri, bukan dilantik sepertimana kehendak Kuala Lumpur. Saya bangkitkan semua isu ini sebagai peringatan kita, supaya ini tidak akan berlaku lagi di dalam sejarah kita di masa-masa akan datang.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Ini disebabkan akibatnya Sabah menjadi negeri termiskin walaupun negeri kaya.
Sabah mundur dari segi pembangunan dan peruntukan dan fokus pembangunan pada waktu itu kerajaan masih berat sebelah atau Malaya-centric dengan agihan 80 peratus hingga 90 peratus peruntukan pembangunan kepada Malaya dan bakinya adalah untuk Sabah dan Sarawak.
Sehingga ke hari ini, peruntukan pembangunan RM5 bilion atau RM6 bilion kepada Sabah dan Sarawak hanyalah dalam kertas kerana bilamana peruntukan itu tidak habis, ia akan tarik balik. Saya harap ini akan berubah dan peruntukan itu akan dimasukkan ke akaun amanah pembangunan Sabah dan Sarawak masing-masing.
Sehingga ke hari ini juga, peruntukan-peruntukan pembangunan dan projek- projek pembangunan tidak dilayan oleh Kerajaan Pusat misalnya pembangunan
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dijanji sejak tahun 90-an tetapi hingga kini masih belum siap. Di Sabah tahun ini baru mahu keluar tender untuk 19 pakej Pan Borneo.
Kini kita sudah masuk ke era teknologi moden artificial intelligence dan sebagainya dan Kerajaan Perpaduan MADANI telah menjanjikan harapan reformasi, keadilan serta pelaksanaan Perjanjian Malaysia. Oleh itu saya pohon kerajaan melaksanakan perubahan yang lebih positif yang lebih adil.
Maka itu Tan Sri Speaker saya cadangkan beberapa tindakan yang harus diambil kira oleh kerajaan yang ada sekarang:
(i) laksanakan Perjanjian Malaysia dengan sepenuhnya,
(ii) hak hasil bersih 40 peratus haruslah dibayar dengan serta-merta.
Bukan mengumpan dengan RM300 juta sahaja bersama hak kewangan yang lain seperti import duti ke atas petroleum dan eksport duti ke petroleum juga.
Sekiranya langkah-langkah ini diambil, bukan sahaja membantu melonjakkan ekonomi Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri pengeluar minyak tetapi juga meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat.
Tan Sri Speaker, juga saya tidak mahu dengar lagi, rakyat tidak mahu dengar lagi alasan hak 40 peratus tidak dikembalikan hanya kerana tidak ada duit sebab di manakah duit yang selama 50 tahun ini? Hak kewangan yang belum dibayar? Sabah memerlukan pembangunan yang berbilion-bilion. Sabah masih tidak cukup air, elektrik dan jalan raya seperti mana kalau kita bandingkan jalan raya di Sabah, Sarawak masih lagi gravel, ada yang berhabuk sedangkan di Malaya, jalan raya sudah berlorong-lorong, bertingkat- tingkat.
Saya juga ingin mencadangkan supaya asas pemberian peruntukan pembangunan itu diubah kerana Sabah dan Sarawak adalah satu daripada tiga entiti yang menubuhkan Malaysia bukan satu daripada 13 atau 14 negeri.
Saya juga ingin mencadangkan supaya kuota 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak dikembalikan untuk melindungi hak-hak Sabah dalam Perlembagaan. Seperti mana yang diputuskan dan diusulkan oleh Dewan Undangan masing-masing pada tahun 1962.
Saya juga mencadangkan supaya hak francais politik Sabah dan Sarawak dihormati dan Kerajaan Sabah dan Sarawak haruslah diperintah oleh parti-parti politik tempatan dan bukan dari luar. Rumah kita, kita jaga masing-masing, kampung kita urus bersama.
Begitu juga hasil kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sudah pun diagihkan 65 peratus untuk Malaya dan 35 peratus untuk Sabah dan Sarawak tetapi ini tidak dihormati sehinggalah sekarang Malaya menguasai 70 peratus kerusi Parlimen dan Sabah dan Sarawak pula mempunyai kerusi yang sedikit tetapi itu juga diambil kerana parti-parti daripada Semenanjung juga bertanding dan mengambil kerusi-kerusi itu. Ini mengakibatkan kehilangan kuasa Sabah dan Sarawak.
Saya juga mencadangkan supaya memberikan perhatian dan layanan kepada keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak yang masih memerlukan peruntukan dan pembangunan yang masih mempunyai banyak potential untuk dibangunkan tetapi masih tidak diberi perhatian seperti mana yang sepatutnya.
Tan Sri Speaker, sebagai contoh ketidakadilan peruntukan saya rujuk kepada peruntukan untuk food security atau keterjaminan makanan yang dititikberatkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Peruntukan Sabah untuk food security memang dipinggirkan kerana keluasan tanah Sabah melebihi enam negeri di Malaya dan boleh menjadi food basket negara tetapi tidak diberi perhatian yang secukupnya.
SSL beras di Sabah hanyalah 23 peratus. Banyak kawasan masih ditanam dengan tangan dan beberapa daerah langsung tidak ada jentera. Kami memerlukan 440 jentera traktor pembajak dan mesin jentuai tetapi yang dibagikan hanyalah 13.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Kita pohon RM59.2 juta untuk pembelian serta-merta pun juga tidak dilayan. Last, last, Sabah memohon RM20 juta, Yang Berhormat Menteri bersetuju tetapi sehingga sekarang belum ada kelulusan rasmi. Jadi saya mohonlah supaya diberi perhatian.
Tambah pula, jelapang padi di Sabah tidak diiktiraf seperti yang ada di Semenanjung dan ini menyebabkan irrigations tidak dapat diselenggarakan sebab tidak ada peruntukan. Penanam-penanam padi tidak dapat menerima segala bantuan seperti penanam padi di Malaya.
Apa yang patut dilaksanakan adalah mengiktirafkan kawasan-kawasan padi di Sabah sebagai jelapang padi Sabah yang setaraf dengan jelapang padi di Malaya.
Kerajaan Sabah sekarang tengah memohon mengembalikan 11,000 hektar tanah di Tunku, Lahad Datu yang diserahkan kepada FELDA dahulu.
Tanah ini sesuai untuk penanaman padi dan saya difahamkan tidak ada halangan daripada FELDA tapi menunggu keputusan daripada kerajaan. Jika kawasan ini ditanam dua musim setahun, SSL beras Sabah, boleh melonjak kepada 30 peratus atau 40 peratus sebab kawasan padi sekarang di Sabah hanyalah 24,000 hektar termasuk 7,000 hektar yang boleh dikategorikan K3 yang tiada irrigation dan bergantung hanya kepada hujan.
Tan Sri Speaker, tahun ini Lembaga Padi dan Beras Sabah akan diaktifkan.
Adalah diharapkan kerajaan akan memperuntukkan dana yang mencukupi serta menyerahkan balik kuasa kawal selia beras kepada Kerajaan Sabah supaya kita boleh fokus meningkatkan SSL dan mengurangkan pengimport beras yang sudah mencecah 77 peratus.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Tan Sri Speaker, diuar-uarkan juga guna teknologi untuk penanaman padi. Ada video makcik di China guna drone menyembur baja dan racun telah di-viral-kan dan kita juga memohon supaya ini dapat dipertimbangkan tetapi di Sabah satu drone pun tidak ada. Harga satu drone sekarang dalam kurang lebih RM50,000. Kalau Sabah diberikan 40 drone jumlahnya ada hanyalah RM20 juta one-off.
Sabah adalah penyumbang terbesar dalam sektor perikanan dan hasil laut termasuk eksport bernilai berbilion-bilion malangnya kita kekurangan jeti perikanan yang siap sedia yang kawasan memproses ikan. Jika ada pelaburan perikanan dan pemprosesan, sumbangan ekonomi negara dari Sabah boleh melonjak kepada berbilion ringgit. Tahun ini Kerajaan Sabah memperkenalkan rancangan Blue Economy. Kerajaan Persekutuan harus menyumbang dana yang mencukupi untuk membantu melancarkan program-program Blue Economy ini yang bakal menjadi hasil baharu untuk kerajaan pusat.
Tan Sri Speaker, SSL daging ruminan Sabah adalah kurang dari 10 peratus dan susu segar adalah lebih sedikit. GLC Kerajaan Sabah memohon bantuan 1,000 ekor lembu atau sapi. Bantuan kerajaan yang dipersetujui hanyalah 30 peratus dan rayuan GLC untuk bantuan 70 peratus tidak dilayan dan ditolak walhal GLC ini melaksanakan program tenusu dan lembu mereka dengan program-program yang berkait rapat dengan rakyat. Bantuan 30 peratus hanyalah RM3 juta. Jika diluluskan bantuan 70 peratus kerajaan hanya menambah RM4 juta. Ini pun tidak dipertimbangkan dan telah ditolak.
Jadi, macam mana kita boleh membangunkan sektor-sektor keterjaminan makanan kalau tidak diberi layanan?
Tan Sri Speaker, sekiranya hasil 40 peratus itu dikembalikan dan hasil-hasil yang lain dengan peruntukan-peruntukan yang cukup dan dengan autonomi Sabah dan Sarawak, saya percaya Sabah dan Sarawak boleh menyumbang untuk melonjakkan ekonomi negara seterusnya. Tan Sri Speaker, Keningau mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Keningau. Dipersilakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
*Bismillahi Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada Kuantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Pertama kali patik mewakili warga Parlimen Kuantan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-17 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Zarith Sofiah selaku Raja Permaisuri Agong.
Seterusnya patik mewakili seluruh warga Parlimen Kuantan ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Baginda Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah memayungi negara dan rakyat sepanjang 5 tahun yang lepas dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Dato’ Speaker, inti sari Titah Diraja yang telah disampaikan oleh Seri Paduka Baginda pada minggu lepas mencerminkan keprihatinan Baginda yang sangat tinggi kepada rakyat. Seruan serta teguran Baginda adalah peringatan kepada mereka yang telah diamanahkan serta semua kita yang ada dalam Dewan pada hari ini agar menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, adil dan saksama.
Antara Titah Yang di-Pertuan Agong ialah memastikan pengeluaran bekalan makanan harian dan bahan mentah mencukupi serta ditingkatkan bagi masa akan datang.
Saya ingin menyentuh berkenaan beras putih tempatan di mana sehingga kini masih tidak mencukupi di pasaran. Pada bulan September lepas, saya turun meninjau di pasar raya – pasar raya sekitar Kuantan langsung tiada beras putih tempatan. Tinjauan terkini juga mendapati stok beras putih tempatan sangat sedikit dan cepat habis, yang banyak di pasaran ialah beras putih import. Sudahlah beras tempatan tidak cukup harga pula naik mendadak.
Ketika isu beras kecoh pada masa tersebut dalam suatu berita menyebutkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bahawa masalah bekalan beras akan diselesaikan dalam tempoh sebulan manakala Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan bertiwikrama dalam isu kenaikan harga beras. Namun tindakan yang dilakukan ialah mengumumkan jenama baharu beras putih tempatan kepada Beras MADANI yang sebetulnya beras ‘mahaldahni’.
Sebelum ini harga siling beras putih RM26 untuk 10 kilogram, Beras MADANI harga naik kepada RM30. Jadi, beras ini betullah sudah mahal. Pengumuman ini bukan pula diumumkan oleh Menteri tetapi orang yang beri sokongan kepada PMX, orang baru yang beri sokongan kepada PMX yang umum. Saya pun hairan kenapa berlaku sedemikian. Ini bukannya bertiwikrama tetapi lebih kepada drama. Bukan sahaja harga beras yang semakin mahal tetapi macam-macam harga barang naik dan saya setuju dengan apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang harga sayur naik, harga ayam naik semula, harga daging naik, harga ikan naik, telur semua naik tetapi masih ada yang menafikan kenaikan ini.
Saya harap menteri dan Ahli Parlimen semua pergilah beli sendiri barang-barang keperluan ini di pasar-pasar. Persoalannya bilakah isu keperluan asas rakyat seperti beras putih tempatan ini akan diselesaikan? Sesi lepas ramai Ahli Dewan termasuk di kalangan Blok Pembangkang dan Blok Kerajaan bertanya adakah kartel yang menguasai pasaran? Sesi ini kita mahu jawapan yang menyeluruh berkaitan isu beras yang tidak selesai ini. Kita semua maklum pada hujung tahun lepas didedahkan kartel pengeluar makanan ayam, saya menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan menyiasat agar tiada kartel dalam pengeluaran makanan asasi rakyat termasuk beras, ayam, telur, tepung dan juga lain-lain.
Dato’ Speaker, anggota perkhidmatan awam adalah nadi penggerak polisi kerajaan serta merupakan agensi yang melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, kita mestilah mengiktiraf dan menghargai
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
peranan mereka jalankan bagi menjayakan agenda pembangunan negara. Anggota beruniform dan petugas keselamatan di kalangan anggota polis, tentera, bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam menjadi benteng dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
Kakitangan kesihatan menjadi benteng di kala kita diuji dengan pelbagai watak.
Warga pendidik, guru-guru dan pensyarah sentiasa tekun membimbing anak-anak bangsa untuk melahirkan generasi pelapis kepimpinan negara. Pelbagai agensi dan jabatan bergerak melaksanakan hasrat dan cita-cita negara. Namun, kerajaan mengalami masalah apabila kerajaan mengalami masalah kewangan. Timbul cadangan untuk memansuhkan Skim Pencen Penjawat Awam bagi yang baru dilantik seolah-olah kakitangan awam ini menjadi beban kepada kerajaan.
Saya ada terbaca luahan rakyat di media sosial dalam keadaan kerajaan berkira sangat dengan rakyat. Ada komen daripada netizen menyebut dengan izin Dato' Yang di- Pertua, “Jika hospital perlukan darah, jangan pergi derma tetapi jual atau minta bayaran pada hospital kerajaan satu beg RM1,000, hospital swasta kita minta RM3,000 satu beg”.
Ini kata-kata netizen, Dato’ Speaker. Parah situasi macam ini, rakyat hendak caj kepada kerajaan pula. Harap ia tidak berlaku di negara kita.
Walaupun komen tersebut nampak sinis tetapi ia mencerminkan keadaan rakyat yang terdesak dan keadaan ekonomi semasa. Saya ingin menyampaikan suara rakyat juga bahawa kerajaan perlu memantau jika ada aktiviti kartel di setiap kementerian dan jabatan agar kos-kos yang dibelanjakan di kementerian dan jabatan adalah kos yang sebenar bukannya kos yang melalui orang tengah atau kartel dengan hasrat dapat menjimatkan kos perbelanjaan negara secara keseluruhan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Oleh yang demikian, cadangan pihak Kerajaan Madani untuk memansuhkan skim pencen kepada penjawat awam lantikan baharu dilihat tidak cermat dan terburu-buru tanpa memberikan cadangan alternatif kepada perubahan skim tersebut. Sepatutnya ia perlu dibincang dan dibahas di Parlimen agar semua rakyat Malaysia boleh memberi pandangan masing-masing.
Kita juga mendengar saban hari tentang kejayaan pihak kerajaan menarik pelaburan ke negara kita dengan jumlah yang berbilion-bilion ringgit. Adakah hasil pelaburan itu tiada bahagian untuk digunakan sebagai perbelanjaan kerajaan bagi mengekalkan skim persaraan sedia ada?
Adakah formula yang ada hanya dengan mengurangkan kos operasi dengan memansuhkan skim pencen kakitangan sahaja? Jadi, bagaimanakah penjimatan ini dari sudut lain telah dilaksanakan?
Saya juga tertarik dengan idea sahabat-sahabat Ahli Parlimen pada minggu lepas yang mencadangkan agar pihak kerajaan meneroka pasaran baharu. Pasaran baharu di negara baharu dan kita tidak hanya tertumpu kepada Amerika Syarikat dan China semata- mata.
Jadi, bersikap jujur dan amanahlah dalam menjalankan tugas. Ingat pesan orang tua-tua *‘jika asyik mencari kesalahan orang, kita tidak akan mampu bergerak ke mana.
Jika asyik mencari kesalahan sendiri, kita akan bergerak perlahan ke hadapan. Jika terus memandang ke hadapan, kita akan dapat berlari laju untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju’.* Dato’ Speaker, sehari dua ini ramai yang bercakap fasal Bak Kut Teh yang telah diiktiraf sebagai Makanan Warisan Negara. Saya juga dengar macam-macam reaksi daripada masyarakat berkaitan perkara ini di luar dan juga di dalam Dewan ini. Jadi, di luar sana, saya ingin menyatakan bahawa terlalu banyak pilihan makanan yang boleh digazetkan sebagai makanan warisan. Contohnya kami di Pantai Timur termasuk Kuantan ada satar, ada otak-otak, ikan bakar, nasi dagang, nasi kerabu, pulut kuning dan laksam. Semua yang saya sebutkan tadi semuanya boleh dimakan oleh rakyat Malaysia.
Saya ingin mencadangkan kepada kementerian agar lebih fokus dengan mengambil peluang terhadap kesan kejatuhan nilai ringgit seperti mempromosikan
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
tempat-tempat yang menarik di Malaysia kepada luar negara agar lebih agresif, agar pendapatan negara dapat dijana. ‘Bak kata pepatah, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi’.
Dato’ Speaker, konflik Palestin Israel masih lagi belum reda. Sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lepas, dilaporkan lebih daripada 20,000 orang rakyat Palestin terkorban dan lebih 60,000 orang tercedera di mana majoriti adalah di kalangan wanita dan kanak-kanak, warga emas.
Saya melihat di media sosial di mana seorang kanak-kanak yang begitu comel dan gebu, tetapi menjadi kurus dan cengkung akibat ketiadaan makanan. Saya melihat anak-anak yang ibu bapanya sudah tiada dan kita melihat tahanan, tentera Palestin melepaskan tahanan-tahanan dengan sempurna tidak cacat berbanding tahanan warga Palestin yang dibebaskan oleh tentera Israel. Inilah indahnya Islam Dato’ Yang di-Pertua, menjaga tahanan sebaiknya-baiknya dan berdosa menyeksa walaupun berbeza fahaman termasuk dalam situasi perang. Kita berhutang dengan mereka jika kita tidak berusaha semaksimum untuk membantu mereka.
Pada bulan Ramadan yang semakin hampir, lebih kurang seminggu lagi, alangkah sedih dan pilu melihat mereka terus dibantai oleh rejim Israel, bahkan ketika mereka beratur untuk mendapatkan makanan. Apakah usaha pihak kerajaan dalam mengajak seluruh negara OIC dan wakil PBB agar gencatan senjata disegerakan sebelum menjelang Ramadan.
Apakah usaha pihak kerajaan bagi menghantar bantuan makanan dan ubatan kepada penduduk Palestin selain daripada jalan darat, sama ada laluan laut atau udara seperti cadangan kapal sebelum ini dengan kerjasama negara lain?
Adakah Kerajaan Malaysia akan mengambil langkah seperti Afrika Selatan untuk mengheret Israel sebagai penjenayah perang ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa?
Kuantan ingin mencadangkan agar satu usul dibuat di Parlimen ini iaitu usul mengecam Israel susulan kezaliman terhadap rakyat Palestin.
Jika usul ini dibawa oleh kami di blok PN, harap diterima dan jika usul itu dibawa oleh pihak kerajaan, saya percaya rakan-rakan di PN di sini bersedia untuk menyokong.
Ini adalah bukti kebersamaan kita dalam isu Palestin tanpa mengira parti politik serta menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa negara kita tidak bersetuju dengan kekejaman tersebut.
Dato’ Speaker, akhirnya saya ingin menyentuh beberapa perkara di kawasan saya Parlimen Kuantan. Pada tahun lepas saya telah bangkitkan keperluan lebih 1,000 orang penduduk perumahan Inderapura Jaya Kuantan kepada sebuah surau. Jadi, Alhamdulillah, Majlis Bandar Raya Kuantan telah meluluskan tapak surau. Oleh itu saya mohon agar Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Agama dapat membantu menyalurkan peruntukan bagi pembinaan bangunan surau setelah mereka menyewa rumah kedai lebih daripada dua tahun.
Kedua, berkenaan dengan fasiliti dan keperluan nelayan di Kuantan. Soalan saya pada minggu lepas berkaitan bekalan blok ais yang tidak mencukupi di Kuantan telah berlarutan lebih daripada 10 tahun. Saya ada hantar soalan lisan dan telah mendapat jawapan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Namun jawapan ini amat mendukacitakan saya dan para nelayan laut dalam. Jawapannya seolah-olah tiada masalah yang berlaku sedangkan ketika ini bekalan ais batu perlu dibuat secara tempahan. Apabila masuk bulan Julai hingga bulan Oktober, pada bulan ini ikan banyak dan mereka terpaksa menunggu giliran 10 hari untuk mendapatkan giliran bekalan ais batu blok untuk turun semula ke laut bagi menangkap ikan. Saya berharap Menteri turun sendiri, berjumpa dengan mereka, berjumpa dengan nelayan laut dalam agar masalah ini dapat diselesaikan.
Masih berkaitan dengan nelayan, tetapi nelayan pesisir pantai. Mereka mengadu berkaitan nelayan asing yang menggunakan pukat tunda. Keadaan ini menyebabkan habis semua bubu yang dipasang oleh nelayan tempatan dikaut semuanya. Suka saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memperbanyakkan membuat tukun di
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
perairan kita agar aktiviti pukat tunda ini dapat dicegah. Pembiakan ikan lebih banyak seterusnya memberi pulangan hasil kepada nelayan pesisir pantai.
Ketiga, ialah jalan rosak, tidak rata masih lagi belum selesai. Jika lalu di kawasan ini dengan kereta, melompat-lompat macam naik kuda. Kalau bawa moto, risiko kemalangan amatlah tinggi. Saya sendiri pun naik moto di kawasan-kawasan tersebut.
Saya harap kementerian KKR melihat isu ini dengan serius. Laluan yang saya maksudkan ialah di Persekutuan FT183 dari Sungai Soi Bandar Kuantan di kedua arah di laluan FT230 Jalan Kempadang ke Cherok Paloh.
Terakhir suka saya menyebut di sini, bahawa Parlimen Kuantan kita ada banyak pantai yang cantik dan sangat berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan seperti Pantai Teluk Chempedak, Pantai Anak Air, Pantai Kempadang, Pantai Cempaka, Pantai Sepat dan Pantai Cherok Paloh. Namun setakat ini hanya beberapa buah lokasi sahaja yang dibangunkan fasiliti asas. Saya mohon agar pihak Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melihat peluang ini dan bincang dengan kerajaan negeri untuk bangunkan kawasan pantai di Kuantan bagi membuka peluang baharu sektor pelancongan negara.
Kuantan mohon mencadang, sekian terima kasih. Kuantan menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dipersilakan Yang Berhormat Libaran.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan saya peluang untuk berbahas ataupun berucap pada tahap ini berkenaan dengan beberapa isu yang ingin saya bangkitkan terutamanya berkenaan dengan isu kewarganegaraan.
Tuan Yang di-Pertua, di mana baru-baru ini kami mendapat banyak berita berkenaan dengan cadangan-cadangan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengemukakan pindaan-pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan meminda peruntukan-peruntukan yang berkenaan dengan kewarganegaraan dan perkara-perkara yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, kita kena haruslah mengambil perkara ini secara serius.
Oleh sebab sekiranya kita bayangkan seorang bayi itu ditinggalkan atau diabaikan oleh ibunya di tempat awam di mana – atau seperti hospital atau kuil dan sebagainya – Di mana beliau atau bayi tersebut ditemui pada masa beberapa jam kemudian. Bayi itu dikatakan seorang foundling dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Isu-isu yang ingin kita bangkitkan di sini adalah sama ada foundling itu berhak kepada ataupun layak kepada kewarganegaraan secara automatik ataupun secara kuat kuasa undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ini adalah isu pokok antara lain yang telah pun diambil kira sebagai cadangan- cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan dengan cadangan pindaan kepada isu foundling tersebut, cadangan pindaan yang dibuat adalah berkenaan dengan Perkara 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan tersebut.
Sebagai warganegara biasa Tuan Yang di-Pertua, kami sentiasa mengambil perkara-perkara ini seperti satu kebiasaan atau dengan izin, take these things for granted dan tidak akan menyoal kenapa mereka yang layak menjadi warganegara seperti kami dinafikan kewarganegaraan tersebut.
Contoh fakta kes yang telah pun saya kemukakan tadi Tuan Yang di-Pertua, adalah fakta-fakta kes di dalam kes-kes foundling di dalam satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah pun dibuat pada 16 ataupun 19 November 2021, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di dalam kes CCH and Anor against Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia bahawa foundling berhak untuk diberi kewarganegaraan secara berkuat kuasa undang-undang ataupun secara automatik
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
sekiranya pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak dapat membuktikan bahawa foundling tersebut tidak dilahirkan di Malaysia, memandangkan adalah hampir mustahil untuk seorang foundling tersebut membuktikan siapa yang telah pun mengabaikannya pada masa kelahirannya dan juga fakta bahawa JPN memang mempunyai sumber yang luas untuk menyiasat perkara ini.
Ini jelasnya ada logik tetapi apa yang tidak masuk akal dan langsungnya tidak berlogik Tuan Yang di-Pertua, adalah cadangan kerajaan untuk meminda peruntukan foundling di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut untuk memerlukan seorang foundling memohon untuk kewarganegaraan dengan ataupun kepada JPN.
Dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua, sekiranya cadangan kerajaan tersebut diterima, seorang foundling tidak akan layak kepada kewarganegaraan secara automatik dan perlu melalui proses pendaftaran yang diketahui secara umum Tuan Yang di-Pertua, adalah satu proses birokratik yang memakan masa yang lama, yang tidak menjamin kewarganegaraan foundling tersebut.
Bukankah ini satu langkah yang regressive dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang bercanggah dengan hasrat Kerajaan Madani untuk memperkenalkan penambahbaikan ataupun improvements dengan izin kepada undang-undang ataupun reforms to the law dan janji kerajaan ini untuk mengurangkan kadar statelessness di negara ini. Sebaliknya bukankah polisi ini akan menambah kadar statelessness di negara ini, yang langsungnya juga bercanggah dengan matlamat UNCHR untuk mengurangkan kadar stateless tersebut.
Mungkin dikatakan Tuan Yang di-Pertua, banyak khabar angin dan kata-kata berkenaan dengan kemungkinan di Sabah dan Sarawak bahawa kadar perjumpaan foundlings adalah tinggi dan oleh yang demikian, cadangan pindaan oleh kerajaan ini adalah diperlukan.
Tetapi dan juga ada banyak alasan yang diumumkan bahawa isu ini merupakan satu isu keselamatan ataupun ancaman keselamatan negara, dengan izin national security issue. Tetapi adakah kerajaan menjalankan kajian-kajian yang sewajarnya untuk memastikan sama ada pindaan yang dicadangkan ini akan mengatasi masalah foundlings di negeri-negeri tersebut.
Adakah pindaan ini akan mencegah pengabaian bayi di negeri-negeri tersebut?
Adakah kerajaan pernah membuat kajian untuk perkara ini? Sekiranya ya, saya menyeru agar pihak kementerian menyatakan penemuan-penemuan kajian tersebut semasa menjawab nanti.
Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, bahawa ia tidak akan mencapai matlamat tersebut oleh kerana masalah-masalah foundlings ini, masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) juga PADI di negeri-negeri tersebut, terutamanya di Sabah adalah berpunca dari pelbagai sebab yang lain yang perlu ditangani secara holistik melalui proses undang-undang dan juga proses pelaksanaan ataupun enforcement dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya amat khuatir dengan cadangan pindaan ini oleh kerajaan dan menyeru agar ianya tidak ditarik balik ataupun sekurang-kurangnya ditangguh bagi tujuan kajian lanjut.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua adalah cadangan penggantian kuat kuasa undang-undang dengan pendaftaran di dalam Perkara 14(1)(b) seksyen 1(e) Bahagian II Jadual kedua kepada Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya kami meneliti peruntukan- peruntukan di bawah Perkara 1(1)(e) 2(3) dan 1(c) di bawah Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan sekiranya dibaca bersama ataupun read together dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas daripada peruntukan-peruntukan tersebut bahawa niat Perlembagaan Persekutuan dalam isu ini adalah untuk memberi kewarganegaraan secara automatik kepada mereka yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang berwarganegara Malaysia tertakluk kepada beberapa syarat yang tertentu.
Sama ada seorang itu layak di bawah peruntukan-peruntukan ini, boleh diputuskan oleh mahkamah, tetapi cadangan kerajaan di sini akan mengeluarkan ataupun
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
dengan izin remove kuasa-kuasa mahkamah untuk menentukan isu ini yang juga merupakan satu langkah yang regressive oleh kerajaan ini. Tindakan kerajaan dalam perkara ini merupakan satu tindakan yang menunjukkan bahawa ianya tidak yakin bahawa isu ini dapat diputuskan dengan sewajarnya oleh mahkamah dan juga meletakkan kuasa yang melampau di dalam tangan eksekutif tanpa safeguard dengan izin Tuan Yang di- Pertua.
Di dalam peruntukan-peruntukan tersebut, nampaknya seperti kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan ataupun remove kuasa-kuasa mahkamah yang sedia ada di dalam isu-isu kewarganegaraan supaya isu ini dikuasai secara mutlak oleh pihak kerajaan yang jelasnya bercanggah dengan semangat dengan izin the rule of law dan boleh mengakibatkan penambahan kadar statelessness di negara ini.
Yang ketiganya adalah cadangan pindaan kepada Perkara 1(b)(c) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan ekoran kes Suriani Kempe baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan perkembangan ini di mana kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang yang sedia ada untuk memberi kewarganegaraan secara automatik kepada mereka yang dilahirkan kepada ibu warganegara Malaysia di luar negara, ekoran dari kes Suriani Kempe yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi tetapi ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
Ini merupakan satu langkah progresif yang konsisten dengan tatacara kelola antarabangsa yang amat membanggakan. Walau bagaimanapun cadangan-cadangan lain kerajaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah pun saya nyatakan tadi antara lain berkenaan kewarganegaraan terutamanya yang telah pun saya bangkitkan tadi dan juga cadangan lain seperti cadangan-cadangan pindaan kepada berkenaan isu kelayakan anak pemastautin kepada kewarganegaraan dan sebagainya, tidak patut dikemukakan tanpa konsultasi dengan stakeholder, stakeholder yang saya percayai tidak dibuat secara memadai. Saya dimaklumkan oleh banyak stakeholder bahawa mereka tidak dimaklumkan berkenaan cadangan-cadangan kerajaan secara mendalam.
Dari segi ini berikut yang dinyatakan oleh 48 NGO dan 67 peguam dan aktivis di dalam satu surat terbuka yang diterbitkan di dalam satu publikasi aliran bertarikh 24 Jun 2023 harus dipertekankan. Saya pohon izin untuk baca dalam bahasa asal Tuan Yang di- Pertua.
“However any bid to include further amendments to citizenship rights under the constitution in order to address other perceived citizenship-related issues should not be considered without first undertaking holistic and broad-based consultation with all relevant stakeholders. It is to be noted that we have, at various times, received mixed messages from the government about the scope of the amendments they intend to propose and whether these amendments extend to the disputed issues listed above. It goes without saying that any proposal to restrict to abrogate fundamental liberties and rights including citizenship rights ought not to be done in a shroud of secrecy and without due consultation”.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya diizinkan beberapa saat? Maybe one minute, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak-hak asasi dan fundamental liberties harus diperkasakan dan bukannya dikurangkan ataupun dihadkan semata-mata.
Hakikatnya adalah sekiranya kuasa pemberian kewarganegaraan diberi secara pendaftaran, maka ini akan menjadikan proses pendaftaran amat sukar, yang akan memakan masa bertahun-tahun dan secara lazimnya kuasa ini akan diturunkan ataupun delegated kepada pegawai-pegawai bawahan.
Sebarang cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan secara regressive seperti ini haruslah dibuat secara amat berhati-hati. Pindaan-pindaan kewarganegaraan yang dicadangkan ini adalah bertentangan dengan pendirian Kerajaan Madani yang bersifat reformasi dan sepatutnya tidak dibawa oleh kerajaan ini. Saya, seperti yang saya katakan tadi, saya mengalu-alukan pindaan berkenaan kes Suriani
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kempe tersebut tetapi ia haruslah di-couple ataupun diasingkan daripada cadangan- cadangan pindaan-pindaan lain sekiranya diteruskan di Dewan yang mulia ini.
Saya just hendak habiskan dengan tiga isu yang lain yang ringkas. Untuk rekod, saya ingin bertanya berkenaan dengan penubuhan Ombudsman di Malaysia. Saya difahamkan satu kajian teknikal selama tiga bulan sepatutnya diadakan bermula Januari 2024. Soalannya adalah apakah status usaha ini dan adakah kajian teknikal tersebut dilakukan?
Keduanya, berkenaan dengan pemisahan kuasa Peguam Negara. Saya difahamkan juga satu kajian yang empirikal sepatutnya bermula awal tahun ini.
Soalannya– ekoran adalah apakah status terkini reformasi tersebut dan adakah kajian empirikal tersebut dilakukan?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Sama ada reformasi institusi ini akan dilakukan dalam tahun ini? Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya pohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dipersilakan Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya yang turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja. Izinkan saya merakam serangkap pantun.
Harum mewangi bunga tanjung, Jambangan indah buat adinda, Titah ditaati, kasih dijunjung, Raja dan rakyat berpisah tiada. Pada kesempatan ini, saya ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII. Tidak dilupa juga pada kesempatan ini, saya ingin merakam ucapan menjunjung kasih kepada Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong pada ke-XVI, dirgahayu Tuanku.
Dato’ Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih di atas saranan Baginda agar kerajaan mendapatkan Tahun Melawat Malaysia pada 2026. Libaran turut berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Saya berpandangan untuk menggalakkan pelancongan di Sandakan, kerajaan perlu mewujudkan semula penerbangan terus dari luar negara ke Lapangan Terbang Sandakan. Memandangkan pada masa kini tiada penerbangan terus daripada luar negara ke Lapangan Terbang Sandakan.
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya melihat juga harga tiket kapal terbang ke Sabah. Saya juga bersetuju seperti apa yang dikatakan oleh Kinabatangan.
Harga tiket sangat mahal. Murah lagi tiket ke Korea, ke Singapura ataupun ke Jakarta dari Kota Kinabalu. Bagaimana kita mahu menggalakkan pelancongan domestik ke Sabah sekiranya harga tiket kapal terbang terlalu mahal?
Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Semporna supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian geran atau pinjaman kepada pengusaha pelancongan tempatan supaya mereka dapat membangunkan fasiliti pelancongan dengan lebih baik di seluruh Sabah. Menerusi sokongan fasiliti pelancongan yang baik juga ia akan menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke Sabah, terutamanya di kawasan Parlimen Libaran.
Dato’ Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya ingin menzahirkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan di atas pemberian subsidi tiket penerbangan selama tiga hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Sekiranya dapat
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
dilaksanakan, saya berharap agar Kementerian Pengangkutan dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan tambahan hari bagi pemberian subsidi tiket penerbangan ini selama seminggu bagi memberikan peluang lebih ramai rakyat Sabah untuk pulang berhari raya bersama keluarga.
Cuma, apa yang menjadi perhatian saya adalah bagaimanakah mekanisme pemberian subsidi ini akan dilaksanakan? Saya berharap agar kementerian dapat memberikan penjelasan serta perincian perkara ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga turut bersetuju dengan titah tuanku, di mana segala polisi yang dibuat di peringkat Persekutuan hendaklah disesuaikan dengan persekitaran negeri kerana keadaan negeri yang berbeza-beza. Sedar ataupun tidak, pada tahun ini kita bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-61. Namun, perkara yang menyedihkan saya apabila keseimbangan pembangunan di antara Semenanjung dengan negeri Sabah masih mempunyai jurang yang besar.
Sudah sampai masanya kerajaan komited dan melipatgandakan usaha bagi merapatkan jurang ini. Usaha untuk menaik taraf infrastruktur seperti jalan raya dan air perlu diberikan perhatian oleh kerajaan, dilaksanakan dengan segera. Sekiranya infrastruktur yang baik dapat disediakan, sudah tentu ia akan menarik pelabur untuk membuka syarikat atau kilang-kilang di sini dan secara tidak langsung akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik segala usaha pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan raya di Sabah. Namun begitu, saya melihat terdapat jurang yang besar dari segi peruntukan yang diperlukan bagi kerajaan – pembaikan, kerja-kerja pembaikan jalan berbanding peruntukan yang diluluskan pada setiap tahun. Hampir 25 Ahli Parlimen daripada Sabah membawa isu jalan raya, air bersih, elektrik kerana ini adalah keperluan asas.
Maklumat yang diterima daripada pihak Kementerian Kerja Raya, peruntukan tahunan yang diperlukan dan peruntukan yang diluluskan bagi kerja berkala pavement di bawah program intervensi untuk negeri Sabah adalah seperti berikut. Tahun 2023, peruntukan diperlukan sebanyak RM212 juta dengan panjang jalan 190 kilometer tetapi peruntukan yang diluluskan hanya sebanyak RM138 juta dengan panjang jalan 90.34 kilometer.
Tahun 2024, peruntukan diluluskan yang diperlukan sebanyak RM251 juta dengan panjang jalan 201 kilometer tetapi peruntukan diluluskan hanya sebanyak RM18.2 juta dengan panjang jalan 84.65 kilometer.
Melihat kepada peruntukan yang diluluskan dan peruntukan yang diperlukan pada tahun ini dan tahun sebelumnya, terdapat jurang yang sangat besar dan peruntukan tidak mencukupi. Saya ingin membangkitkan juga Dato’ Yang di-Pertua, cadangan pembinaan jalan raya penghubung Kampung Tinusa Dua ke Batu Tiga, Kampung Mangkalinau untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sekian lama membelenggu penduduk kampung Tinusa Dua.
Seterusnya, isu jalan di rancangan Sungai Manila di bawah konsesi JKR yang masih belum diturap selama 50 tahun sehingga kini seperti jalan peringkat dua, peringkat tiga, peringkat empat, peringkat lima dan peringkat empat ke peringkat enam yang mempunyai penduduk lebih kurang 5,000 orang rakyat melalui jalan raya tersebut.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Begitu juga Jalan Sungai Memanjang belum berturap selama 40 tahun dan kini jalan itu sukar dilalui penduduk akibat melalui kerosakan dan tidak diselenggarakan. Pada akhirnya, isu jalan raya tidak diselenggarakan ini akan menjadi puncak kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Dato’ Yang di-Pertua, menurut maklumat diterima daripada Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS dalam Parlimen Libaran, terdapat lapan buah tadika dan sebuah taska masih menyewa premis yang membabitkan jumlah RM8,050 sebulan. Manakala 20 buah tadika KEMAS lagi masih menumpang. Ini amat memalukan kepada kerajaan tadika dan taska di Libaran masih berstatus menumpang.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Untuk makluman, hanya terdapat 12 bangunan dimiliki KEMAS di Libaran dan seramai lebih kurang 2,000 kanak-kanak bersekolah di tadika dan taska di Libaran. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan akan melihat kembali keperluan membina bangunan baharu tadika dan taska KEMAS di Parlimen Libaran. Dari jumlah 38 buah tadika dan taska KEMAS di Libaran, terdapat lapan buah tadika dan sebuah taska KEMAS telah mengalami masalah kerosakan lantai, dinding, tandas, siling dan lain-lain kemudahan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar menaik taraf fasiliti sedia ada bagi menjamin keselamatan dan keselesaan murid dan juga guru.
Mengenai Bantuan Makanan Tambahan KEMAS, saya meminta agar kerajaan mengkaji semula kadar bantuan RM3.25 sen kepada seorang kanak-kanak yang tidak mencukupi berdasarkan harga barangan makanan telah naik pada masa kini. Kadar bantuan itu tidak sesuai lagi bagi menyediakan menu menepati standard makanan seimbang.
Dato’ Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan sekolah di Parlimen Libaran. Saya merasa sedih apabila penggal persekolahan yang bakal bermula pada bulan Mac ini, masih terdapat banyak sekolah yang masih dalam keadaan daif dan tidak selamat untuk digunakan oleh pelajar. Untuk makluman pihak kerajaan, masih terdapat lagi beberapa sekolah rendah di Parlimen Libaran yang menggunakan bangunan kabin. Keadaan bangunan kabin tersebut pada masa kini telah mengalami kerosakan dan struktur bangunan tersebut tidak lagi selamat digunakan.
Contohnya tiga bangunan kabin di SK Sungai Manila, kini tidak dapat digunakan dalam sesi persekolahan pada 11 Mac ini. Saya telah melawat sendiri bangunan kabin di sekolah itu. Saya dimaklumkan murid pada sesi ini akan mengikuti pembelajaran di kaki lima bangunan sekolah. Satu bangunan kabin di SK Kampung Tanjung Pisau juga telah dilaporkan tidak boleh digunakan ekoran bangunan tidak selamat. Perkara ini patutnya tidak berlaku. Pihak berwajib dan agensi berkaitan sebaiknya duduk berbincang bagi menjelaskan atau menyelesaikan isu ini. Bagaimana anak-anak mahu mendapat suasana pembelajaran yang baik sekiranya kemudahan asas pembelajaran mereka tidak dapat dipenuhi, disediakan.
Tenun songket, kurung Kedah, Bawa berdagang tuju ke Sandakan, Bangunan sekolah daif sudah, Kerajaan wajib ambil tindakan. Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan memberi peruntukan membaik pulih tandas-tandas di sekolah. Apa yang menyedihkan saya adalah masih terdapat banyak lagi projek baik pulih tandas sekolah di dalam Parlimen Libaran masih belum diselesaikan. Saya dimaklumkan isu ini berlaku disebabkan oleh kekerapan penukaran kontraktor bagi naik taraf tandas-tandas di sekolah ini. Saya amat berharap agar pihak kementerian yang berkaitan turun padang untuk melihat sendiri permasalahan naik taraf tandas sekolah ini bagi menjamin keselesaan murid yang bakal memulakan penggal persekolahan pada bulan Mac ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berharap agar kerajaan dapat melihat kembali segala permasalahan yang telah saya utarakan serta mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat di Parlimen Libaran khususnya dan amnya di negeri Sabah. Libaran menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan untuk turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Pertama, saya ingin mewakili seluruh warga Gopeng menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Ibrahim yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII. Pada masa yang sama, saya ingin merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih, setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Pahang, Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVI yang telah menerajui negara dengan penuh perhatian, prihatin dan bijaksana.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin kupas tiga isu dalam perbahasan saya pada hari ini. Yang pertamanya adalah ukuran bagi kadar kemiskinan. Sejak tahun yang lalu, Kerajaan Perpaduan bersungguh-sungguh dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar menerusi pelbagai usaha dan dasar. Mengikut pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ucapan belanjawan tahun yang lalu, kerajaan bertekad untuk membantu seramai 130,000 rakyat Malaysia yang paling susah demi memastikan tiada lagi golongan miskin tegar dalam negara kita. Usaha pembasmian kemiskinan tegar adalah antara usaha ataupun tumpuan agenda utama bagi Kerajaan Perpaduan yang membabitkan usaha pelbagai kementerian, agensi dan sekali gus memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negara.
Pada awal bulan Februari tahun 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan usaha membasmi kemiskinan tegar telah mencapai 100 peratus di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Dengan erti kata lain, ketiga-tiga tempat ini kini tidak lagi menemui keluarga miskin tegar lagi. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan kerana telah pun mencapai sebahagian sasaran yang kita tetapkan berdasarkan sistem pengukuran dan dasar kerajaan yang sedia ada.
Namun, saya terpanggil untuk memperincikan perkara ini sama ada betul-betul kemiskinan tegar telah pun dibasmikan secara total mengambil pertimbangan dari pelbagai sudut ataupun alat pengukuran bagi kadar kemiskinan tegar dalam negara kita masih lagi ada keperluan yang mendesak untuk dikaji semula. Jika bertanya kepada saya tentang soalan ini, jawapan saya adalah ya. Kita perlu lihat pada pengukuran, cara pengukuran untuk mengumumkan kadar kemiskinan tegar dalam negara kita.
Saya berpandangan bahawa keperluan yang sangat mendesak untuk kaji semula sistem pengukuran kadar kemiskinan yang— kadar kemiskinan dalam negara kita. Sistem yang sedia ada menganggarkan kadar kemiskinan dalam negara berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di mana PGK hanya menelitikan sesebuah isi rumah dari aspek kedudukan kewangan iaitu pendapatan dan perbelanjaan terhadap barangan asas ataupun erti lain bersifat single dimensional yang tidak menggambarkan dengan tepat realiti di akar umbi.
Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam menerusi pelbagai usaha yang meningkatkan pendapatan rakyat termasuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Tetapi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengambil pendekatan yang telah pun diamalkan di berbanyak-banyak negara di luar sana iaitu Multidimensional Poverty Index ataupun Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) yang merupakan alat pengukuran yang lebih tepat kerana ia bukan setakat mengambil kira aspek kedudukan pendapatan isi rumah tetapi pentingnya menilai tahap kesejahteraan hidup individu dan isi rumah.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kita harus bertimbang untuk mengambil— menggunakan sistem pengukuran baharu supaya kita boleh mencerminkan kadar kemiskinan yang betul-betul dari sudut yang lebih menyeluruh. Apatah lagi dalam era post- COVID-19, ramai di kalangan isi rumah yang menghadapi pelbagai masalah sosial selain daripada menghadapi kekangan dalam soal pendapatan.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam isu ini kaedah mengukurkan MPI menekankan salah satu indikator adalah tentang pendidikan. Tumpuan saya adalah— saya untuk perbahasan kali ini turut saya ingin menyentuh tentang sistem pendidikan prasekolah dalam negara kita termasuk sistem yang sedia ada dan juga isu-isu yang berbangkit di institusi-institusi prapendidikan seperti KEMAS secara khususnya.
Laporan dalam tangan saya menunjukkan kadar keciciran prasekolah pada tahun kebelakangan ini adalah semakin bertambah. Saya bagi angka sejak tahun 2019 hingga tahun 2021.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Tahun 2019, seramai 174,933 orang iaitu 17.1 peratus. Tahun 2020, sebanyak 234,476 orang iaitu 20.2 peratus. Tahun 2021, sejumlah 286,861 orang. Bertambah menjadi 26.9 peratus. Saya ingin memohon kementerian membekalkan angka untuk tahun 2022 dan tahun 2023.
Namun saya berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk kementerian ataupun kerajaan mewajibkan pendidikan prasekolah bagi menangani isu keciciran di kalangan murid-murid. Adalah wajar untuk kerajaan memperkemaskan sistem prasekolah yang sedia ada dalam negara kita.
Kerajaan perlu mewujudkan penyelarasan di antara Kementerian Pendidikan Malaysia, KKDW yang menjaga KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang juga mengusahakan institusi pendidikan di bawahnya supaya bajet dan sumber dapat dioptimumkan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan fizikal premis serta pengembangan dan peluasan premis dibuat mengikut keperluan dan unjuran murid pada tahun-tahun yang akan datang. Ini belum kita ambil kira lagi prasekolah yang lain yang merupakan angka terbesar seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), TASKI ABIM dan pihak swasta yang menyediakan perkhidmatan pendidikan prasekolah.
Jumlah terkini sekitar lebih kurang 17,000 buah prasekolah dalam negara kita, sekitar 9,000 buah prasekolah swasta dan selebihnya adalah di bawah KPM, KKDW dan juga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Kerajaan telah pun menetapkan sasaran untuk guru prasekolah memiliki kelayakan minimum dalam pusat asuhan dan kurikulum awal kanak-kanak, ECCE menjelang tahun 2025 tetapi hingga kini, sebahagian besar tenaga pendidik masih tidak memiliki kelayakan minimum tersebut iaitu kelayakan diploma.
Maka apa yang perlu kita lakukan adalah segerakan pembentangan RUU bagi mewajibkan pendidikan prasekolah untuk mengatasi masalah keciciran, kelayakan tenaga mengajar, masalah peruntukan yang tidak mencukupi, keadaan bangunan-bangunan bilik darjah-bilik darjah yang daif dan sebagainya.
Ketika kita menunggu RUU ataupun dasar yang baru diperkenalkan oleh pihak kementerian, saya turut ingin membangkitkan isu yang berlaku dalam institusi pendidikan KEMAS di bawah KKDW. Pertama adalah status perjawatan warga pendidik KEMAS dan kedua adalah infrastruktur asas taska dan tabika KEMAS.
Saya mendapati rata-ratanya warga pendidik KEMAS merupakan penjawat awam berstatus kontrak dan Jawatan Sementara Kontrak Tetap (JSKT). Saya ingin memohon kementerian sebelum kita membentangkan RUU, kita perlu mengambil pertimbangan untuk menyusun semula status perjawatan warga KEMAS dari contract of service kepada lantikan tetap berstatus KWSP.
Saya berpandangan bahawa dengan cara ini dapat menghilangkan rasa insecurity dan rasa rendah diri mereka kalau berbanding dengan guru-guru prasekolah dalam sekolah kebangsaan dan mendorong mereka bekerja dengan lebih bersemangat dan berwawasan dan mengelakkan penghijrahan secara besar-besaran.
Harus kita mengambil kira untuk menaiktarafkan mereka dari gred S29 kepada S41 agar selaras dengan guru prasekolah kebangsaan adalah agak susah dan agak mustahil. Maka saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk memberikan elaun khas pendidikan awal kanak-kanak kepada guru-guru tabika dan taska KEMAS secara sama rata.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan satu insiden yang berlaku di dalam kawasan saya pada tahun yang lalu 6 Disember, telah berlakunya kes kebakaran di taska KEMAS di Pekan Gopeng yang mengakibatkan 60 peratus kemusnahan struktur bangunan dan barang-barang perkakasan dan peralatan. Laporan forensik kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan ia berpunca dari litar pintas pada suis yang mengakibatkan resistant heat mencetuskan kebakaran, oleh kerana hal ini salah satu tumpuan untuk gerak kerja saya di dalam kawasan Parlimen Gopeng
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
adalah untuk menumpukan kepada segala kemudahan taska dan tabika KEMAS yang ada di bawah kawasan saya, sejumlah 55 buah tabika dan tiga buah taska.
Saya mendapati kebanyakan bangunan taska dan tabika mengalami masalah dan cabaran yang sama. Pertama, bangunan yang lama dan daif dengan sistem pendawaian elektrik yang tidak selamat diguna. Kedua, isu tanah atau tempat penggunaan bilik darjah yang tidak tetap sehingga ada yang ditempatkan sementara dalam dewan orang ramai ataupun perpustakaan bertahun-tahun ataupun puluhan tahun yang gagal menyediakan tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan efektif.
Oleh itu, saya ingin memohon kementerian ataupun kerajaan memberikan perhatian sepenuhnya, membuat laporan kajian yang sepenuhnya untuk setiap taska dan tabika KEMAS tentang status tanah dia, tentang keadaan bangunannya dan sebagainya.
Kedua, memperuntukkan bajet bagi menyelesaikan masalah infrastruktur asas dan membaik pulih segala keperluannya bagi kemudahan ataupun manfaat kepada murid- murid kita, ibu bapa dan juga warga pendidik dalam KEMAS. Dalam masa yang tidak banyak lagi, saya ingin membangkitkan dua isu dalam kawasan saya.
Pertamanya, saya ingin sekali lagi menekankan ada keperluan yang mendesak untuk kerajaan mempertimbang untuk meluluskan permohonan kita yang mana permohonan berkenaan dengan naik taraf jalan laluan persekutuan 1(FT001). Laluan itu daripada Seksyen 587 dan 589, dua kilometer selalu berlakunya banjir kilat dan selalunya berlaku traffic jam atas masalah bottleneck dan sebahagian lagi adalah Seksyen 577 hingga 584 sepanjang tujuh kilometer yang perlu dinaik tarafkan kerana sebahagian laluan itu ada masalah bottleneck juga.
Menjelang musim perayaan dan waktu puncak lagi mendesak keperluannya dan baru-baru ini, tahun ini hanya tiga bulan telah pun berlaku dua kemalangan yang cukup ngeri di Lebuhraya Utara-Selatan dan menyebabkan traffic flow masuk ke dalam kawasan tersebut, jalan tersebut, seksyen tersebut dan menyebabkan satu keadaan trafik yang memang padat.
Saya ingin memohon pihak kementerian untuk mengambil pertimbangan lagi untuk Rolling Plan Kelima bagi RMKe-12 bagi meluluskan permohonan tersebut dan akhir sekali adalah, satu lagi isu kawasan sawah padi di luar jelapang padi khususnya di bawah pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Saya telah pun membuat lawatan tahun lepas ke sawah padi di Kampung Baru Chui Chak, Langkap. Saya telah menemui pelbagai isu dari segi infrastruktur asas daripada sumber air seperti kekurangan pam, pintu air tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya. Maka saya ingin memohon pihak kementerian memberikan maklumat bahawanya adakah pihak JPS diberikan peruntukan bagi menjaga kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan seperti ini yang di luar daripada kawasan jelapang padi?
Akhir kata, saya ingin memohon maaf kerana terlanjur masa dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Gopeng mohon menyokong.
Sekian sahaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Dipersilakan Yang Berhormat Lawas.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas Titah Kebawah Duli sempena Pembukaan Sidang Parlimen yang Ke-15 pada 6 Februari 2024. Titah Duli Yang di-Pertuan Agong amat memberangsangkan dan menyentuh hati rakyat. Juga saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang telah menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI.
Tan Sri Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Mutang Tagal di atas pelantikan Yang Berhormat baru-
Dato Henry Sum Agong - Lawas
baru ini sebagai Senator dan Yang di-Pertua Dewan Senat. Dato’ Yang di-Pertua, saya meneruskan perbahasan dengan menyentuh perkara-perkara penting untuk Lawas.
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Mewakili suara rakyat kawasan Parlimen Lawas, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan untuk membawa projek pembangunan ke kawasan Lawas. Di antaranya Lapangan Terbang Baru Lawas, pelabuhan laut dalam di Pulau Sari dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lawas selain jalan-jalan raya Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan jalan Pan Borneo yang melalui daerah Lawas.
Jika kesemua projek tersebut terlaksana, ia akan memberi impak yang baik khususnya dari segi ekonomi kepada seluruh Lawas di samping dapat mengimbangi keadaan pembangunan yang tidak sama rata dengan kawasan lain. Oleh itu, saya menyeru bagi pihak rakyat Lawas supaya pelaksanaan projek-projek tersebut dapat berjalan lancar dan direalisasikan secepat mungkin.
Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, projek yang terbengkalai atau lewat disiapkan dan ada pula yang diklasifikasikan sakit, perlu dicari jalan penyelesaian segera. Di antara projek di bawah kategori sakit di Lawas sekarang ialah Klinik Daerah Lawas, SRK Long Sukang, SRK Long Semadu dan Ba'kelalan. Sementara yang lewat disiapkan adalah CIQ di Sempadan Indonesia dengan Sarawak di Ba'kelalan dan Hospital Daerah Lawas yang kini sedang dalam pelaksanaan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan dan kementerian yang berkenaan, bilakah projek-projek tersebut dapat disiapkan?
Dalam usaha untuk membawa masuk pelawat-pelawat dan pelancong khususnya dari negara jiran, Brunei Darussalam dan Indonesia ke Lawas, penyediaan infrastruktur jalan dan kemudahan awam yang baik perlu disediakan. Oleh itu, saya merayu kepada kerajaan agar mempercepatkan pelaksanaan jalan dari Lawas menuju ke Sempadan Indonesia di Long Midan dengan Ba'kelalan di Sarawak dan jalan sedia ada menghubungi Brunei dinaiktarafkan secepat yang boleh. Di samping itu, perkhidmatan bagi memudahkan perjalanan keluar dan masuknya pelawat dan pelancong sama ada ke Lawas sahaja atau on transit, dengan izin ke negeri Sabah perlu disediakan dengan baik dan lancar.
Untuk makluman Dewan, disebabkan ramai kemasukan pelawat daripada luar ke Lawas, maka berlakulah kesesakan kenderaan atau queue panjang sehingga ada yang terpaksa menunggu lama di CIQ Mengkalap, sempadan dengan Brunei dan di Merapok dengan Sipitang, Sabah. Dalam keadaan sedemikian, kadangkala berlakulah kehabisan minyak kenderaan asing dan pemiliknya tidak dibenarkan mendapatkan bekalan minyak bersubsidi di Lawas. Saya mengesyorkan agar PETRONAS mendirikan stesen minyak khas untuk membekalkan minyak tanpa subsidi kepada pemilik-pemilik kenderaan daripada Brunei dan Indonesia yang memerlukan.
Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan hasrat bersama kerajaan dan rakyat untuk membawa pembangunan dan kemudahan kepada rakyat, saya ingin mengemukakan permintaan penduduk Lawas untuk projek yang diperlukan seperti berikut:
(i) bina baru jalan dari Kampung Awat-Awat ke Lapangan Terbang Baru Lawas dan terus ke Kampung Punang;
(i) naik taraf jalan dari Kampung Pengalih ke Pa’puti, Lawas; dan
(ii) naik taraf jalan dari Kampung Long Tengoa ke Pa’ Ibau dan ke Long Sukang, Lawas.
Isu mengenai liputan telekomunikasi dan internet masih menghantui rakyat Lawas. Masih ada kawasan yang tidak mendapat liputan menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi lebih-lebih mengenai perkara penting. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Komunikasi Malaysia, bilakah agaknya masalah ini dapat diselesaikan kerana semasa persidangan lepas, saya dimaklumkan bahawa isu ini akan dapat diselesaikan?
Dato Henry Sum Agong - Lawas
Dato’ Yang di-Pertua, dalam keadaan sekarang di mana negara banyak mengimport barang daripada luar termasuk barang makanan dan menyebabkan pengaliran wang keluar, saya mengesyorkan kepada Kementerian Pertanian agar lebih proaktif dalam usaha untuk menambahkan hasil pertanian, perikanan, ternakan dan produk tempatan lain khususnya di Sarawak di mana terdapat ruang dan peluang untuk berkembang lebih luas lagi. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengenai status projek prospek yang dicadangkan di Daerah Lawas dan bilakah akan dimulakan?
Dato Yang di-Pertua, isu para penumpang penerbangan MASwings yang terpaksa berjalan kaki terlalu jauh semasa pelepasan dan ketibaan di Lapangan Terbang Miri perlu mendapat penyelesaian secepat mungkin. Cadangan telah dikemukakan bagi pembesaran (extension) bangunan lapangan terbang sekarang untuk memberi ruang dan kemudahan khas bagi menyelesaikan masalah berbangkit. Saya ingin bertanya, apakah hasil cadangan tersebut?
Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, disebabkan kesulitan untuk Kapal Terbang MASwings mendarat di Lapangan Terbang Ba'kelalan, kampung halaman Yang Berhormat Datuk Mutang Tagal, Speaker Dewan Senate kerana saiz yang tidak mencukupi, maka di sini dicadangkan agar lapangan terbang tersebut diperbesarkan
(extension) dilakukan terhadap lapangan terbang tersebut. Sekian, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Lawas. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XVII.
Saya ingin juga menzahirkan ucapan junjung kasih atas Titah Baginda pada Istiadat Pembukaan Parlimen baru-baru ini yang menyentuh pelbagai isu dan permasalahan rakyat yang menggambarkan keprihatinan baginda selaku Ketua Negara dan payung negara. Bagi menzahirkan penghargaan kepada Tuanku, saya mengungkapkan dua rangkap pantun:
*Ikan dijaja letak di meja, Ikan ditangkap memakainya belat, Bukan raja sebarang raja, Raja penyayang lagi berdaulat.
Dari selat naik ke lembah, Sempat menyemai benih selasih, Raja berdaulat raja disembah, Tempat rakyat menjunjung kasih.* Oleh itu, saya melahirkan harapan agar bahawa selaku wakil rakyat yang dipilih di Parlimen Parit, segala permasalahan yang dibahaskan di Dewan ini dapat diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Persekutuan, tidak mengira daripada kawasan Parlimen yang diwakili oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang. Pendek kata sesungguhnya semua yang dilantik di sini adalah rakyat Malaysia di bawah naungan dan pemerhatian Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada berita sedih. Pada bulan lepas di mana Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen. Saya ingin menyatakan sokongan saya kepada pendirian Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang membantah pemansuhan skim pencen kakitangan awam selepas mereka bersara
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
nanti kerana ia adalah hak mutlak yang telah pun termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, bahkan kemudahan berpencen adalah antara sebab utama bagi seseorang individu untuk menyertai perkhidmatan awam sebelum ini.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Selain itu, saya mencadangkan kerajaan melakukan reformasi dalam persaraan pada masa ini bagi memastikan jumlah duit persaraan adalah mencukupi bila mana seseorang itu bersara nanti. Kekhuatiran saya berasaskan statistik sebelum ini yang menyatakan seramai 48 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang pada waktu ini mempunyai caruman kurang daripada RM10,000.
Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan juga mesti menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Saya berpendapat bahawa pelaksanaan kadar gaji minimum yang lebih baik perlu segera diperkenalkan bagi memastikan penjawat awam mampu terus berdaya tahan walaupun skim saraan dimansuhkan.
Hakikatnya kadar gaji kakitangan awam terutamanya berjawatan rendah pada masa ini adalah kecil sehingga menyukarkan mereka menanggung kos perumahan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan belanja harian keluarga. Oleh itu, saya mohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk kenaikan kadar gaji penjawat awam secepat mungkin.
Dato’ Yang di-Pertua, bermula 1 Mac Kerajaan Malaysia menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan iaitu dengan izin sales and service tax (SST) dari enam peratus kepada lapan peratus untuk pelbagai perkhidmatan. Saya berdiri di sini selaku seorang daripada penggubal undang-undang ingin menyatakan bahawa sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia sudah pasti akan merasai peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan SST ini daripada enam peratus kepada lapan peratus serta perluasan skop SST tersebut.
Walaupun tidak semua perniagaan yang dikenakan kenaikan kadar SST lapan peratus tersebut, ia tetap akan memberikan kesan negatif kepada keseluruhan rantaian bekalan ekonomi negara. Kenaikan kadar SST ini akan memberikan kesan segera kepada peningkatan kos perkhidmatan kepada peningkatan kos perniagaan yang akhirnya akan disalurkan oleh peniaga kepada pengguna melalui harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.
Saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Kinabatangan, begitu juga Bagan dan lain-lainnya mencadangkan supaya SST ini dikaji semula. Kalau kita- dimaklumkan bahawa pelaburan asing meningkat begitu tinggi RM329.6 bilion. Kenapa perlu kita mansuhkan pencen? Kenapa perlu kita naikkan SST?
Perlu saya ingatkan kepada mereka yang ghairah dengan angka RM329.6 bilion pelaburan asing, ini adalah approved investment bukannya actual investment dengan izin.
Adalah pelaburan asing yang dipersetujui bukanlah pelaburan asing sebenarnya. Jadi, saya juga di sini memohon Perdana Menteri untuk mengemukakan kepada Dewan tentang actual investment yang telah berlaku daripada bermulanya Kerajaan Perpaduan sehingga ke hari ini. Memang approved investment adalah RM329 bilion tetapi apakah angka sebenar bagi actual investment yang telah berlaku.
Justeru, saya hari ini mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menangguhkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ekoran daripada apa yang berlaku juga iaitu berkaitan dengan kejatuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini. Saya berharap penangguhan kenaikan SST daripada enam peratus kepada lapan peratus yang bakal dikuatkuasakan bulan ini adalah perlu sebagai langkah segera untuk mengawal kadar inflasi juga.
Kami sebagai wakil rakyat tidak putus-putus mendengar keluhan rakyat bahawa mereka tidak mampu lagi menangani kenaikan harga barang kerana kos hidup ketika ini sangat tinggi. Ianya bukan berita palsu. Saya ulang lagi sekali kos kenaikan harga barang ini bukan berita palsu. Naiknya tarif elektrik. Naiknya bayaran bagi air. Naiknya bayaran bagi Indah Water. Harga beras yang naik. Begitu juga kos sara hidup yang lain-lain bertambah. Ini bukan berita palsu, ia adalah benar-benar berlaku.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Apatah lagi kebanyakan rakyat tengah menyiapkan keluarga mereka dengan pembukaan sekolah pada minggu hadapan. Wahai sang penguasa, kalaulah Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah benar-benar Kerajaan MADANI, dengarlah keluhan rakyat marhaen di bawah sana.
Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada permasalahan setempat di Parlimen saya, Parlimen Parit. Pertama berkaitan dengan baik pulih jalan Taman Lestari IUS Sri Iskandar sehinggalah Gelung Pepuyu jalan Persekutuan yang walaupun telah ada penurapan, adanya baik pulih, tapi masih lagi ada banyak kerosakan berlaku. Jalan sepanjang lebih kurang 20 kilometer ini terutamanya di kawasan Jambatan Sultan Idris Shah II yang selalu berlaku kerosakan dan telah pun mengakibatkan beberapa kemalangan. Untuk makluman jalan ini sering digunakan oleh kenderaan perdagangan dari Ipoh ke Lumut. Saya mohon penjelasan daripada Kementerian Kerja Raya dalam isu ini.
Kedua, berkaitan dengan pengurusan kutipan sisa pepejal dan sampah.
Kebersihan sentiasa menjadi keutamaan biarpun kemajuan dan pembangunan meningkat pesat. Namun aspek kebersihan tetap perlu diberikan perhatian sewajarnya. Lantas saya berpendapat bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu menyatakan secara spesifik rancangan kementerian dalam mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negara, khususnya kawasan saya di Perak Tengah.
Saya dapati berlakunya masalah sampah-sampah yang tidak dikutip mengikut jadual. Saya juga memohon penjelasan sejauh manakah Kempen Alam Sekitar 3R iaitu reuse, recycle, reduce dengan izin dapat mengatasi masalah longgokan sisa-sisa pepejal berikutan didapati sejak akhir-akhir ini Kempen 3R ini semakin dipinggirkan pada waktu ini.
Isu seterusnya, berkaitan dengan generasi kedua FELCRA. Mewakili rakyat Parit saya ingin membawa suara generasi kedua FELCRA Nasaruddin berkaitan dengan lot tanah generasi kedua FELCRA yang telah diumumkan agak anak-anak peserta rancangan diberikan rumah dengan kaedah pinjaman melalui dua sumber iaitu peruntukan geran Kerajaan Persekutuan daripada Kementerian KKDW ataupun peruntukan modal syarikat.
Namun begitu, kaedah tersebut menurut apa yang dinyatakan oleh pihak generasi kedua FELCRA Nasaruddin bahawa mereka menyatakan ia adalah kaedah yang membebankan mereka – untuk memberikan komitmen pembayaran pinjaman kerana ia adalah di luar kemampuan mereka tetapi apa yang dimahukan oleh mereka adalah lot tanah bukannya rumah.
Oleh itu, saya memohon agar pihak Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan perkara ini demi merealisasikan impian generasi kedua FELCRA ini untuk memiliki lot tanah sendiri. Saya dimaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kawasan yang diperlukan bagi program ini hanyalah 29.069 hektar sahaja.
Seterusnya, isu yang berkait dengan Bangunan Arked MARA. Saya mencadangkan supaya Bangunan Arked MARA didirikan di Sri Iskandar, satu kawasan yang baharu dan diperanankan dengan sebaik-baiknya. Bangunan diletakkan di lokasi yang strategik, bangunan mesra pengguna, menawarkan kaedah sewaan yang berpatutan, mempromosikan setiap perniagaan yang beroperasi di premis Arked MARA ini, mempermudah urusan pinjaman dan pembiayaan kepada usahawan-usahawan yang berkelayakan oleh pihak institusi kewangan. Jadi dengan adanya Arked MARA di Sri Iskandar ini nanti akan memperkukuhkan lagi kebajikan sosioekonomi di Parlimen Parit, khususnya melibatkan IKS.
Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan capaian internet. Terdapat lagi di kawasan saya yang masih tidak mencapai capaian internet yang baik. Masih lagi terhad, bahkan terdapat di beberapa kawasan yang langsung tidak mempunyai capaian internet.
Kemudian Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan perumahan. Antara isu lain memerlukan perhatian pihak Kerajaan Persekutuan juga ialah isu perumahan rakyat. Di Parit projek perumahan rakyat yang telah disiapkan hanya 99 buah sahaja pada tahun
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kemudian tidak ada lagi projek perumahan rakyat. Justeru, saya memohon supaya dipertimbangkan perkara ini.
Kemudian berkaitan dengan Klinik Kesihatan Parit yang dikatakan akan dibina tapi masih lagi belum. Saya khuatir proses ini mengambil masa yang lama dan menyebabkan rakyat di Parlimen Parit menunggu lebih lama untuk menikmati fasiliti kesihatan yang lebih selesa.
Terakhir, berkaitan dengan lapangan terbang baharu. Saya dimaklumkan pada dua tahun lepas di negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan projek pembinaan lapangan terbang Antarabangsa di Sri Iskandar berhampiran FELCRA Nasaruddin projek itu dicadangkan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 1,600 hektar dan kajian awal telah pun dilaksanakan.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Namun, sehingga kini saya mendapati tiada maklum balas yang positif berkenaan projek ini. Projek ini sangat diperlukan bagi kami di Perak kerana Lapangan Terbang Ipoh sudah lama berfungsi dan tidak dapat menampung keperluan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua, saya mengakhirkan ucapan saya dengan membaca tiga rangkap pantun.
*Barang naik untuk kita, Kehidupan kita jalani jua, Jangan kita terus derita, Belanja kita jimatlah sentiasa.
Barang naik untuk kita, Usahalah kita selagi bernyawa, Turunkan kesakitan rakyat jelata, Di mata tabah di hati menderita.
Barang naik untuk kita, Berdoalah pada yang Esa, Semoga pemimpin hatinya terbuka, Turunkan harga untuk rakyat jelata*, Terima kasih, Parit menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang bagi saya untuk mengambil kesempatan ini membahas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Beberapa isu yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Isu pertama adalah pindaan AUKU. Pada sesi Parlimen lepas, Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 telah dibaca bagi kali pertama di Parlimen. RUU ini dikatakan bertujuan memberikan autonomi kewangan kepada mahasiswa. Namun, apabila pindaan ini diteliti, kami boleh nampak autonomi kewangan bagi kebanyakan persatuan pelajar masih dihadkan.
Rang undang-undang tersebut walaupun membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) dan badan-badan pelajar mengumpul atau menerima dana tetapi hanya MPP dibenarkan menguruskan kumpulan wang. Tambahan pula, hanya MPP boleh membuka akaun bank, tertakluk kepada peraturan yang dikenakan oleh lembaga di mana ahli
Tuan Chow Yu Hui - Raub
lembaganya termasuk Timbalan Naib Canselor, wakil Kementerian Kewangan, wakil Kementerian Pendidikan Tinggi atau kakitangan universiti.
Tetapi badan-badan pelajar tidak berhak membuka akaun bagi persatuan sendiri.
Jika orang awam nak menderma kepada Persatuan Anak Negeri Pahang, Persatuan Bahasa Cina atau kelab bola sepak universiti, dana tersebut mesti disalurkan ke akaun MPP dulu di bawah rang undang-undang tersebut. Sekiranya, badan-badan pelajar ingin mengeluarkan wang tersebut perlu melalui proses yang agak rumit dan mesti melalui proses birokrasi yang akan makan masa yang panjang seperti kesusahan yang sedang dihadapi oleh mereka pada masa kini.
Semua duit persatuan disimpan dalam bendahari universiti dan jika mereka ingin keluarkan duit daripada bendahari universiti, biasanya akan ambil masa beberapa bulan sehingga satu tahun selepas aktiviti itu tamat.
Puan Speaker, halangan ini amat membimbangkan kerana MPP ini dipilih oleh para pelajar dalam kampus setiap tahun. Dengan memberi kuasa kepada MPP sahaja yang mengawal urusan kewangan, kami bimbang ada sesetengah MPP akan salah guna kuasa mereka untuk menyekat badan-badan pelajar yang tidak menyokong mereka.
MPP seumpama kerajaan yang diundi oleh pelajar. Bayangkan sekiranya NGO- NGO tidak boleh membuka akaun bank sendiri dan perlu memasukkan duit dan mengeluarkan duit melalui akaun yang hanya boleh diuruskan oleh pegawai kerajaan. Kita boleh bayangkan kesusahan dan kerumitan yang kita akan hadapi pada setiap hari.
Oleh itu, cara terbaik untuk kembalikan real autonomy kepada mahasiswa dan mahasiswi dan juga kampus adalah membenarkan MPP dan juga semua badan-badan pelajar untuk membuka bank akaun dan menguruskan kewangan sendiri.
Puan Speaker, di samping itu pindaan itu juga membenarkan lembaga universiti memegang kuasa untuk mengurangkan atau melanjutkan tempoh perkhidmatan MPP.
Saya rasa pindaan ini telah bercanggah dengan sistem demokrasi. MPP yang dipilih oleh semua pelajar di kampus berhak memberi perkhidmatan kepada para pelajar sekurang- kurangnya satu tahun akademik. Sekiranya lembaga universiti berhak memendek perkhidmatan MPP, apa tujuan universiti mengadakan pilihan raya kampus.
Selain itu, terdapat satu pindaan menyatakan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar akan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor dan keahlian termasuk staf universiti.
Jawatankuasa tatatertib ini berhak menentukan masa depan mahasiswa. Oleh demikian, saya bercadang satu atau dua orang wakil mahasiswa perlu dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Tatatertib Pelajar ini untuk memastikan keadilan dan juga ketelusan.
Puan Speaker, satu lagi akta yang zalim ataupun dengan izin draconian law yang kerap dibincangkan adalah Akta Hasutan. Akta Hasutan ini merupakan satu noda di dalam sistem keadilan jenayah kita kerana ia bercanggah dengan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan dan tidak selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memeliharakan kebebasan bersuara serta hak asasi sejagat.
Pemimpin-pemimpin politik yang pernah dimangsakan oleh Akta Hasutan termasuk yang sekarang di parti komponen kerajaan mahupun pembangkang. Malah kumpulan mahasiswa seperti UMANY juga pernah disiasat di bawah Akta Hasutan.
Amnesty International Malaysia pernah menyifatkan penyiasatan ini sebagai mengerikan dan ianya mencabuli kebebasan bersuara.
Rekod pencabulan hak asasi manusia sedemikian tidak memanfaatkan nama baik negara di pentas antarabangsa terutamanya Malaysia telah diberi kepercayaan melalui pelantikannya sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 sampai 2024 sempena sesi ke-76, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Saya percaya bahawa akta-akta yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan sudah cukup untuk pihak polis membanteras jenayah.
Pendirian Pakatan Harapan, Akta Hasutan adalah sentiasa konsisten dan kuat.
Cadangan untuk menghapuskan akta zalim ini juga terkandung dalam manifesto Harapan dan juga Tawaran Harapan. Oleh itu, saya memohon kerajaan supaya menunaikan janji
Tuan Chow Yu Hui - Raub
dan mempertimbangkan untuk mansuhkan undang-undang zaman British ini yang tidak relevan pada masyarakat demokrasi kini.
Puan Speaker, selanjutnya dalam usaha Kerajaan Perpaduan dalam mendukung hak kebebasan bersuara, saya menyeru kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri supaya boleh mengkaji semula SOP PDRM berkenaan penganjuran perhimpunan awam. Pihak polis kerap mengambil tindakan ataupun memanggil pihak penganjur untuk memberi kenyataan selepas perhimpunan walaupun tiada kecederaan, keganasan ataupun vandalisme yang terlibat.
Bagi kes yang terdekat, dilaporkan bahawa pihak polis akan memanggil Bersih iaitu penganjur Perhimpunan Reformasi 100 Peratus dan yang mengadakan tunjuk aksi di hadapan Parlimen untuk memberi kenyataan. Pihak polis juga dilaporkan enggan menerima notis jawatankuasa penganjuran Women's March Malaysia 2024 sebanyak empat kali. Ia dilaporkan bahawa pihak polis hanya sudi menerima notis semalam pada cubaan serahan kali kelima.
Saya bersetuju dengan pandangan pemimpin-pemimpin masyarakat sivil bahawa Akta Perhimpunan Awam, penganjur hanya berkewajipan memaklumkan pihak polis tentang kewujudan perhimpunan dan permit daripada pihak polis tidak diperlukan. Pihak polis juga tidak berhak untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun dengan enggan menerima notis.
Proses birokratik ini adalah intimidasi yang mengenakan kekangan dan halangan yang tidak diperlukan terhadap rakyat. Hal ini bukan sahaja membungkam suara rakyat, mewujudkan cheering effect dalam kalangan anak-anak muda yang berhasrat untuk berhimpun dan menyampaikan suara hati mereka. Maka hal ini bercanggah dengan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun.
Jangan lupa bahawa, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memudahkan rakyat menjalankan hak mereka untuk berhimpun. Maka, saya menyeru kerajaan supaya menyiasat dakwaan bahawa polis enggan menerima notis dan mengkaji semula SOP berkenaan perhimpunan termasuk proses penerimaan torts notice dan tindakan susulan selepas perhimpunan.
Puan Speaker, Tahun Baru Cina baru berakhir, kebanyakan keluarga dapat menyambut perayaan yang amat bermakna ini bersama-sama ahli keluarga masing- masing. Namun begitu, keluarga Teoh Beng Hock tidak mampu menyambut perayaan ini dengan penuh senang hati. Kematian ahli keluarga semestinya akan menyebabkan kesedihan dalam sebuah keluarga, apatah lagi kebenaran mengenai kematian Teoh Beng Hock masih belum terungkai selepas 15 tahun kejadian berlaku.
Pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan mahkamah inkues dan memutuskan bahawa kematian Teoh Beng Hock disebabkan oleh seorang atau orang yang tidak dikenali termasuk pegawai SPRM. Keputusan Mahkamah Rayuan juga mengesyorkan pihak polis untuk membuka semula siasatan.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Dalam jawapan lisan oleh Kementerian Dalam Negeri bertarikh 20 Mac 2023, saya dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan kepada pegawai penyiasat pada 6 Januari 2023. Pihak PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC bagi arahan selanjutnya.
Namun, sehingga hari ini tiada berita susulan yang dilaporkan berkenaan kes Teoh Beng Hock. Oleh yang demikian, ia adalah munasabah bagi Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement untuk menuntut penubuhan pasukan penyiasatan baru yang profesional dan bebas untuk menyiasat kes ini kerana tiada kemajuan langsung daripada pasukan penyiasatan sekarang.
Pencarian kebenaran tentang kes pencabulan hak asasi manusia adalah proses kritikal dalam transitional justice ataupun keadilan peralihan. Tanpa kebenaran ataupun truth ia adalah menyukarkan untuk masyarakat kita untuk menyelesaikan pertikaian dan
Tuan Chow Yu Hui - Raub
mencapai keharmonian. Memandangkan Kerajaan Perpaduan telah memegang kuasa pentadbiran, saya menyeru supaya kerajaan menghargai peluang keemasan ini supaya mempercepatkan proses penyiasatan supaya pelaku boleh dibawa ke hadapan mahkamah untuk menerima bicara mengikut peruntukan undang-undang.
Puan Speaker, isu yang akhir yang saya nak bangkitkan iaitu isu durian.
Permintaan buah segar durian dari negara China sangat tinggi dan terus meningkat dari tahun setiap tahun. Walaupun negara China mempunyai permintaan yang tinggi terhadap buah durian segar, terhadap Musang King. Namun begitu, negara kita hanya dapat eksport buah durian sejuk beku iaitu whole fruit, frozen fruit dan juga frozen pulp ke China.
Kerajaan Malaysia sepatutnya memanfaatkan kekuatan kita dan terus memperkasakan pasaran Musang King di pentas antarabangsa. Dilaporkan bahawa Jabatan Pertanian sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China iaitu GACC bagi mengeksport durian segar ke negara berkenaan yang dijangka diperoleh pada tahun ini.
Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Malaysia supaya mempercepatkan proses tersebut. Memandangkan kita mempunyai pengalaman untuk mengeksport buah durian segar ke Hong Kong, saya percaya proses kelulusan GACC boleh dipercepatkan dengan usaha kerajaan dan pihak pengusaha tempatan. Saya juga menyeru kerajaan supaya memaklumkan status terkini kelulusan kepada pemegang taruh dan menyediakan pengusaha tempatan supaya mematuhi syarat-syarat eksport yang dikenakan.
Tambahan pula, kerajaan juga haruslah sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pengusaha-pengusaha tempatan dan petani-petani durian supaya mencapai syarat pengeksportan dengan negara China yang mampu memanfaatkan pengusaha tempatan dan mengukuhkan kedudukan Musang King, kebanggaan kita sebagai ‘Raja Buah’ di pentas antarabangsa. Sekian, terima kasih. Saya minta menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kepada temu bual Tuanku Yang di- Pertuan Agong Ke-XVI bersama media tempatan dan antarabangsa bertajuk “Lambaian Mahkota” yang disiarkan pada 30 Januari yang lalu, bermula daripada minit ke 44. Saya quote, “*Sabah, Sarawak dua kali saiz. Dua kali besar berbanding Semenanjung.
Bayangkanlah buat jalan dari Bandar A ke Bandar B katalah 200 kilometer, di sana double.
That means the cost also doubles. Sebab itu, peruntukan semua double di sana. Tak double, triple. Sebab itu, faktor kewangan di sana very important dan saluran kewangan di sana juga begitu penting supaya projek-projek yang diberi oleh kerajaan mesti dilaksanakan sebaik mungkin tanpa ada ketirisan. Kalau tidak, rakyat akan ketinggalan*”.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan luar bandar, maka kebanyakan kementerian yang bersangkut paut dengan kawasan saya adalah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Banyak surat saya kemuka sejak awal tahun 2023 sebab itu adalah permintaan rakyat di bawah. Tidak sampaikan, saya serba salah.
Saya sudah bagi surat dengan Yang Berhormat Menteri, dengan Timbalan Menteri, dengan Setiausaha Politik, sudah jumpa pun dengan KSU. Saya tidak tahu mahu jumpa dengan siapa lagi. Namun, saya sangat kecewa kerana daripada banyak-banyak permohonan projek kecil di Kota Belud yang saya pohon sejak tahun lepas, tiada satu pun yang diluluskan oleh kementerian.
Kita di sini hampir semua aduan diadukan kepada wakil rakyat. Sepatutnya permohonan Ahli Parlimen yang patut diutamakan. Kalau ada yang diluluskan di luar pengetahuan saya selaku wakil rakyat Kota Belud, saya ucapkan terima kasih. Cuma kita
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
di Malaysia ini penuh dengan sopan santun dan budi pekerti. Saya mohon juga CC lah kepada kami Ahli Parlimen, agar saya boleh uar-uarkan kepada rakyat bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Madani.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ini juga saya ingin bangkitkan semula jalan-jalan seperti Jalan Gaur, Pinolobuh-Mengkulat, Jalan Podos, Gansurai-Tinata, Jalan Gaur...
[Tidak jelas] Tudan, Jalan Taginambur Kamburaon, Jalan Lasau Tintapon, Jalan Pinasang Puhus, Jalan Tuguson.
Jawapan yang saya terima semasa perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2024 yang lalu, jalan-jalan ini tidak termasuk dalam senarai keutamaan projek yang dikemukakan oleh negeri Sabah, UPEN. Namun begitu, saya ingin memohon sekali lagi atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen agar kerajaan negeri menyenaraikan jalan-jalan yang saya sebutkan tadi di dalam senarai keutamaan. Sedangkan jalan-jalan saya, Terintidon, Tolungan, Jalan Gandukut dan Tengkurus Lahanas yang dipohon pada tahun 2019, dibahas dalam Dewan ini pada 2021, diluluskan pada 2021, sehingga pada hari ini masih lagi di dalam peringkat pembinaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya status terkini projek Balai Bomba Kota Belud yang kini di dalam EOT ke-7. By right, kami sepatutnya mempunyai balai bomba yang baru hari ini. Sejak beberapa minggu lalu, Sabah dilanda cuaca panas. Musim kemarau begini, Sabahlah yang paling teruk terkesan. Elektrik dicatu, air lagi tiada. Sabah Maju Jaya. Mampu kah kontraktor menyiapkan beberapa hari sebelum puasa? Buat pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, sejak cuaca panas melanda, Balai Bomba Kota Belud menerima empat hingga lima panggilan sehari melibatkan lokasi yang berlainan di seluruh Kota Belud yang mostly melibatkan kawasan pertanian.
Saya ingin berpesan kepada Sabahan yang terkesan dengan cuaca kering pada masa kini agak tidak melakukan pembakaran terbuka. Kita perlu hindari harta benda kita daripada kemusnahan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin kementerian mengambil perhatian kepada jalan sesak di Pekan Kota Belud ini. Sudah lama sebenarnya saya cadangkan untuk mewujudkan jalan keluar alternatif dari Pasaraya Golden keluar daripada Pekan Kota Belud.
Kedua, jalan alternatif, Jalan masuk Simpang SK St. Edmund, SK Pekan, SMK Arshad dan Hospital Daerah Kota Belud yang sangat sesak especially di pagi hari. Kota Belud juga selayaknya mendapat bangunan baru untuk pejabat daerah.
Buat kali ketiga, saya ingin bangkitkan semula di Dewan yang mulia ini, seperlunya struktur benteng pemecah ombak untuk Pulau Mantanani dan juga satu lagi kawasan yang paling kritikal iaitu Kampung Pantai Emas.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus ke sekolah daif. Saya diberitahu sekolah daif yang kurang dari enam ekar tidak akan dapat bangunan baru dan hanya layak untuk tujuan naik taraf atau penyelenggaraan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan datang. Saya kurang setuju dalam hal ini. Sebagai contoh, SK Narinang dengan keluasan tanah 1.98 ekar. Kalaulah tanah yang menjadi penghalang, pada saya kenapa tidak kita memaksimumkan penggunaan tanah dengan membina bangunan blok bertingkat untuk menjimatkan ruang?
Visi saya adalah walau di mana pun kedudukan sekolah ini, di bandar kah, di luar bandar kah, sekolah kurang murid kah, sekolah berprestasi tinggi kah, kemudahan dan fasiliti seharusnya sama rata.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi menyentuh mengenai potensi besar Pelabuhan Kudat buat kali kedua. Kalau di Semenanjung kita ada Pelabuhan Tanjung Pelepas yang mencapai kejayaan luar biasa di peringkat antarabangsa, malah dapat mengubah landskap sosioekonomi rakyat sekitarnya dan rakyat Johor khususnya. Saya tidak nampak kenapa perkara yang sama tidak boleh kita lakukan kepada – jika Pelabuhan Kudat dibangun dan diperkasakan.
Saya tidak pasti kalau kerajaan negeri ada berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai hal ini. Pelabuhan ini berpotensi untuk dibangunkan bukan sahaja untuk industri perkapalan, komoditi, pelancongan, malah kedudukan daerah ini juga
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
hampir dengan Filipina, China, Taiwan, Hong Kong dan Jepun. Membolehkan Sabah memanfaatkan produk dari negeri ini seperti perabot untuk dipasarkan di luar negara.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Pelabuhan ini juga bakal mengubah landskap kemiskinan Pantai Barat Utara Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum bermulanya pengenalan cukai baharu dan kenaikan cukai SST 1 Mac yang lalu, sedar atau tidak rakyat sudah merasakan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan. Malah yang lebih tertekan adalah kami di Sabah, di mana harga barangan kami sudah lama mahal, lebih mahal berbanding di Semenanjung. Belum lagi diambil kira barangan yang bersubsidi seperti minyak masak dan beras yang sukar didapati. Malah, baru-baru ini viral orang Sabah yang membawa balik barang rare iaitu gula pasir bersubsidi di Semenanjung ke Sabah.
Bolehkah kerajaan kawal harga tiket Kota Kinabalu–Kuala Lumpur, especially semasa cuti sekolah? Tiket sehala ekonomi berharga lebih RM1,000. Itu pun perlu singgah satu atau dua stop di beberapa tempat. Sangat sukar ada direct flight dan kalau adapun, jarang ada dan harga tiket sangat mahal.
Ya, betul kita mengamalkan pasaran bebas dan tidak boleh selalu campur tangan dalam perniagaan swasta. Tetapi kami di Sabah Tuan Yang di-Pertua tidak ada pilihan.
Mahu naik apa? Naik kapal laut? Dekat lagi bah dari KL pergi Jakarta. Dekat lagi dari KL pergi Singapore ke Brunei. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur adalah sepanjang dua jam 30 minit. Kalau kita ingin industri pelancongan domestik kita rancak, maka harga tiket Kota Kinabalu–Kuala Lumpur harus dikawal.
Satu lagi saya mahu cakap. Kalau kerajaan boleh bagi RM1 bilion untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, masakan tidak boleh bagi kepada the second busiest airport di Malaysia after KLIA which is Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Saya percaya there is so much to renovate KKIA.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kenyataan Ketua Menteri Sabah pada 25 Januari yang lalu, Sabah merekodkan jumlah penduduk miskin tegar di Sabah iaitu seramai 22,510 ketua isi rumah membabitkan 101,113 ahli isi rumah. Jika angka ini tepat, adakah ini menandakan terdapat masalah penyampaian di peringkat negeri dalam membantu Yang Amat Berhormat Tambun dalam menoktahi kemiskinan pada tahun lalu?
Sebagai Pengerusi APPGM-SDG di mana isu kemiskinan begitu dekat di hati saya, saya berpandangan terdapat keperluan segera untuk kerajaan mengguna pakai indeks atau ukuran kemiskinan Multidimensional Poverty Index memandangkan keadaan kemiskinan di antara Semenanjung dengan wilayah Borneo sangat berbeza. Bukan sahaja faktor kewangan yang dijadikan ukuran, faktor seperti pendidikan, tahap kesihatan, nutrisi, kediaman, isu-isu keperluan asas seperti air dan elektrik juga harus diambil kira.
Ukuran ini lebih mencerminkan kami di Borneo.
Tuan Yang di-Pertua, kalau Sarawak mohon disegerakan pembinaan pusat kanser dan boleh memenuhi keperluan kesihatan di wilayah Borneo yang mana saya sokong 100 peratus, kami di Sabah mohon agar disegerakan pembinaan Pusat Jantung Borneo. Mohon juga MP dari Sarawak sokong keperluan bagi kedua-dua penyakit ini sangat mendesak dan sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan serius akan keperluan ini. Saya juga mohon kementerian untuk menambah baik fasiliti dan ruang dialisis di Hospital Daerah Kota Belud.
Tuan Yang di-Pertua, pada minggu lalu kami Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dijemput untuk menghadiri taklimat berkenaan pemberian khas Sabah. Walaupun saya tidak berpuas hati dengan hampir kesemua penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan tetapi saya berpuas hati dengan satu jawapan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) iaitu KSP memaklumkan bahawa Yang Berhormat Semporna tidak pernah menandatangani apa-apa persetujuan berkenaan pemberian khas 112D.
Jadi, saya menggesa mana-mana pihak untuk memperbetulkan dan menarik balik tuduhan yang dilemparkan kepada Yang Berhormat Semporna.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya ulang soalan saya dan saya mahu rekodkan di dalam Dewan yang mulia ini.
Pertama, sebelum kita pergi kepada formula dan jumlah dikutip, bolehkah kementerian senaraikan item yang dikutip daripada Sabah yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi tujuan peruntukan di bawah fasal 112C Jadual Kesepuluh Bahagian IV seksyen 2(1)?
Adakah Kementerian Kewangan masih berpegang kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kementerian Kewangan pada tahun 2022 bahawa formula 40 peratus di bawah fasal 112C tidak lagi terpakai kerana Warta PUA328? Jika ya, apakah asasnya? Jika tidak, apakah tindakan yang akan diambil sebagai ganti rugi kepada Sabah sejak tahun 1974?
Apakah formula yang diguna pakai bagi menentukan pemberian khas kepada Sabah pada semakan pertama tahun 1969, tahun 2022 dan yang terbaru pada tahun 2023 melalui Warta PUA364? Apakah justifikasi MOF di atas kegagalan semakan kedua pada tahun 1974? Jika kerajaan negeri membantah semakan kedua pada tahun 1974, apakah alasan yang diberikan? Jika kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, pernahkah prosedur fasal 112D(6) dirujuk? Adakah anggota lembaga LHDN yang mewakili Sabah memiliki akses ke atas jumlah hasil yang dikutip dari Sabah?
Terakhir sekali, yang paling orang Sabah mahu tahu, berapakah anggaran jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah jika formula 40 peratus dilaksanakan?
Timbalan Yang di-Pertua, - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
[Berucap dalam dialek Sabah]. Puan Yang di-Pertua, I’m proud to be Sabahan and a Malaysian and to whom my loyal teacher always remain. Kesetiaan saya kepada negeri dan negara saya yang saya sayang bukan kepada mana-mana pemimpin. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua, - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
[Disampuk]
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Alhamdulillah [Membaca selawat]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Saya mulakan ucapan saya dengan membaca firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” Surah As-Saf ayat dua dan tiga.
Terlebih dahulu saya mewakili seluruh rakyat Padang Terap, patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar atas Titah yang telah menzahirkan keprihatinan baginda terhadap keluhuran Perlembagaan, ketinggian dan kesucian agama Islam dan mementingkan keperluan rakyat serta mengambil berat masa depan negara kita.
Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri, Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri. Titah Tuanku menyebut Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan akan terus kekal dipelihara. Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan suatu kedudukan yang tinggi dan istimewa kepada Melayu dan bumiputera serta agama Islam tanpa sesekali menafikan hak dan kedudukan bangsa yang lain.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Oleh itu, pemimpin Islam, Melayu dan bumiputera perlu terus menjadi tunggak di dalam negara kita. Melayu–Islam perlu mengemudi dan menguasai kerajaan bagi mengangkat suara majoriti rakyat yang merangkumi lebih 60 peratus daripada penduduk negara kita.
Semua pihak perlu memelihara resipi utuh yang telah memangkin kemakmuran dan keharmonian negara kita selama ini. Jangan ada pihak yang cuba melanggar dan menggoncang perkara ini. Sensitiviti umat Islam perlu diambil berat oleh pemimpin yang menjaga negara kita. Jika ada sesuatu perkara yang disorakkan oleh pihak yang berautoriti dalam agama Islam, suara itu perlu dititikberatkan bukan diabaikan.
Saya mengambil contoh kenyataan Mufti Pulau Pinang yang telah menggesa pihak kerajaan membatalkan konsert artis luar negara iaitu kumpulan Ed Sheeran yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana kumpulan artis tersebut terbabit dikatakan penyokong tegar komuniti LGBT.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Beliau juga menegaskan bahawa sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam, Malaysia sepatutnya tidak membuka ruang kepada penganjuran konsert artis yang mendukung amalan maksiat.
Apa yang lebih dikesali, konsert tersebut berlangsung pada malam yang sangat mulia iaitu malam Nisfu Syaaban. Tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk memelihara dan mempertahankan Islam daripada dicemari oleh mana-mana pihak. Mufti telah memberikan amaran, namun Menteri yang mempunyai kuasa tetap memberikan lampu hijau dengan alasan yang tidak konkrit. Jika kerajaan tidak cakna dengan isu sensitif ini, mengambil mudah isu ini, maka saya nak nasihatkan Yang Berhormat Menteri untuk meletakkan jawatan.
Saya juga mencadangkan supaya garis panduan PUSPAL di bawah Kementerian Komunikasi yang bertanggungjawab membuat kelulusan persembahan konsert luar negara ini diperketat dengan menitikberatkan pandangan agamawan dan mufti di dalam negara kita. Makcik, pakcik di kampung mengeluh, sedih dan hiba mengadu kepada saya tentang kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku ini apabila pandangan dan teguran mufti diabaikan oleh pihak kerajaan. Bayangkan kegembiraan dan kelegaan umat Islam di Malaysia apabila kerajaan membatalkan konsert yang berunsur maksiat atas nasihat dan teguran mufti. Bayangkan juga Allah memberkati negara kita dan pemimpin apabila nasihat agama dijunjung tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, cuaca yang sangat panas akibat fenomena El Nino menjejaskan pendapatan penoreh getah sehingga 50 peratus kerana pengeluaran susu getah berkurangan. Walaupun harga getah semasa agak baik ketika ini, penoreh getah menzahirkan rasa kecewa apabila getah yang ditoreh berhenti mengeluarkan susu dalam tempoh 30 minit berbanding dua tiga jam sebelum ini.
Jika sebelum ini genap seminggu menoreh mereka sudah boleh mengutip hasil getah, namun kini selepas berminggu baru dapat mengutip hasil getah dengan hasil yang sedikit. Penoreh tersepit dengan kenaikan kos sara hidup, ditindih pula dengan pendapatan harian mereka terjejas. Namun apakan daya, mereka terus bertahan menoreh kerana tiada pilihan yang lain. Mahu atau tidak, mereka terpaksa keluar menoreh dalam keadaan cuaca yang sangat panas meskipun berisiko kepada kesihatan.
Penoreh getah tiada pilihan, mereka tetap perlu menoreh demi sesuap nasi dan untuk menyambut Ramadan, persiapan anak-anak bersekolah dan persiapan menyambut Aidilfitri yang mendatang meskipun jauh di sudut hati mereka sedar bahawa hasil getah yang diusahakan dengan berhempas pulas setiap hari mungkin tidak setimpal dengan tenaga yang telah dicurahkan.
Oleh itu, saya mewakili penduduk Padang Terap dan penoreh getah seluruh negara memohon kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan bayaran insentif khas Aidilfitri kepada para penoreh getah dan pekebun kecil yang terjejas pendapatan sehingga 50 peratus akibat fenomena cuaca yang panas ini. Alangkah gembiranya penduduk kampung, penoreh getah jika mereka menerima duit raya pada tahun ini.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Berkaitan getah ini juga, saya ingin sekali lagi mengulangi gesaan saya kepada pihak kerajaan untuk melonjakkan industri getah negara melalui projek mega Kedah Rubber City ataupun Bandaraya Getah di Padang Terap yang dikendalikan oleh NCIA di bawah Kementerian Ekonomi.
Projek ini perlu diberikan perhatian khusus dan nafas baharu oleh kerajaan ekoran permintaan kepada sektor getah yang merudum dan memberi kesan kepada pelaburan dalam projek Kedah Rubber City. Oleh itu, Kerajaan Negeri Kedah telah mengangkat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf laluan FT175, Sungai Durian menuju ke Kedah Rubber City yang menjadi permintaan pelabur untuk memudahkan akses logistik mereka kepada pelaburan di KRC.
Tuan Yang di-Pertua, keluhan demi keluhan terus dilontarkan rakyat kerana tidak puas hati dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus.
Kaji selidik yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Undian- UCSI University mendapati 66 peratus rakyat Malaysia menentang kenaikan kadar cukai SST ini.
Sudah tiga pakar ekonomi menegur kerajaan untuk menghentikan kenaikan cukai SST, namun kerana egonya kerajaan, nasihat ini diketepikan begitu sahaja. Menteri pula langsung tidak sensitif terhadap kesusahan rakyat dengan mengatakan bukan semua barang naik dan juga orang ramai harus tahu bahawa makanan dan minuman tidak termasuk kenaikan SST.
Akhirnya, rakyat yang terus dijerut dan terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup ekoran kesan berantai daripada kenaikan SST ini. Saya mohon pihak kerajaan meneliti semula cukai SST ke atas bil elektrik yang dilihat penghulu segala kenaikan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. Sudah tentu kesan berantai akibat kenaikan SST ini akan dirasai oleh ramai pengguna.
Malaysia sedang menghadapi cuaca sangat panas di beberapa buah negeri terutamanya di Kedah ekoran fenomena El Nino. Di Padang Terap, suhu pernah mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Cuaca panas ini memberikan kesan kepada penanaman padi khususnya di tempat saya iaitu para pesawah yang mengusahakan tanaman padi dan bergantung sumber air tanaman mereka kepada air hujan semata-mata tanpa ada sistem pengairan air yang sempurna ke petak sawah mereka seperti yang dinikmati oleh para pesawah di bawah seliaan MADA kecuali di beberapa tempat yang memiliki sistem pengairan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti Projek Pengairan Bukit Sena, Padang Terap.
Kasihan para pesawah membanting tulang untuk menghasilkan padi. Belum sempat menuai hasil, pokok padi mereka kering dan mati akibat cuaca panas dan tiada sumber air yang mencukupi. Oleh itu, saya memohon pihak kerajaan membela nasib para pesawah ini dengan membina kunci air. Contohnya, 50 hektar sawah padi di Kampung Padang Nyior, Padang Terap dan mewujudkan skim pengairan air baharu bagi lebih 100 peserta daripada kawasan Pedu yang mengusahakan sawah padi lebih 200 hektar keluasannya bagi mengatasi masalah kekurangan sumber bekalan air ketika musim panas atau kemarau.
Berkaitan dengan nasib orang kampung ini juga, saya ingin menyentuh tentang masalah serangan gajah liar yang berlaku di Padang Terap kerana di Padang Terap ini, kebanyakan rakyat Padang Terap adalah yang terlibat dalam sektor pertanian mengusahakan kebun. Isu ini sudah lama berlaku. Kumpulan gajah menceroboh masuk di kawasan persendirian, di dalam kebun merosakkan tanaman dan memakan hasil tanaman seperti pisang dan juga sawit.
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PERHILITAN Negeri Kedah dan pelbagai agensi kerajaan yang telah melaksanakan operasi translokasi gajah di Kampung Lekong, Padang Terap dan Kampung Belantik, Sik yang telah memindahkan dua ekor gajah liar jantan ke Hutan Simpan Royal Belum, Perak. Saya difahamkan kos operasi ini menelan belanja sekitar RM100,000.
Namun, isu ini nampaknya masih belum selesai kerana saya mendapati laporan terkini, hampir 20 ekor gajah pula menyerang kebun penduduk kampung. Saya difahamkan bagi mengatasi isu ini, pihak PERHILITAN daerah dan juga pihak
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
PERHILITAN negeri telah memohon bajet daripada Persekutuan lebih daripada RM300,000 untuk membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) bagi menghalang kemasukan gajah liar ke kawasan penduduk dan kebun orang kampung. Saya berharap pihak kerajaan memberikan perhatian terhadap permohonan ini.
Saya juga berharap untuk jangka masa yang panjang untuk menyelesaikan isu ini supaya pihak kerajaan memberikan perhatian kepada cadangan untuk membina santuari gajah di Hutan Simpan Pedu. Saya juga memohon pihak kerajaan dapat mempertimbangkan insentif bayaran bantuan kepada pengusaha kebun yang mengalami kerugian akibat pencerobohan gajah liar ini.
Yang terakhir sebagai penggulungan Tuan Yang di-Pertua, sesebuah peradaban atau kerajaan itu tidak terus akan runtuh dalam sekelip mata, bahkan ia akan melalui proses tertentu untuk sampai ke tahap itu. Antara faktor-faktor yang menyumbang proses kejatuhan sesebuah negara ialah pengenalan cukai yang menekan rakyat, kezaliman dan ketidakadilan sosial, kelalaian disebabkan kemewahan, ketidakstabilan politik dan kelemahan pemerintah.
Oleh yang demikian, kerajaan perlulah berperanan seperti kerajaan. Mempunyai jiwa yang besar untuk menerima kritikan dan merendah diri untuk mendengar keluh kesah rakyat yang berada di bawah sana. Kasihanilah rakyat, dengarlah suara rakyat bawahan, jangan dipandang sebelah mata.
Baju dicuci harus dibilas, Saat dijemur, diinjak unggas; Jadi kerajaan tak boleh malas, Harus kerjakan semua tugas. Tuan Yang di-Pertua, Padang Terap menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang ekonomi negara kita. Sudah 26 tahun berturut-turut dari tahun 1998 sampai 2023 kita mengalami belanjawan defisit dan sudah berdekad-dekad kita dengar dan tahu tentang rasuah dan ketirisan yang berlaku. Kesemua ini, sekarang ini datang menghantui kita. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan termasuk jaminan atau gerenti dan lain-lain liabiliti sudah mencapai RM1.5 trilion atau 80 peratus daripada KDNK.
Sebagai contoh, kita tahu bahawa hutang kita ini setiap tahun meningkat dan bayaran pun setiap bayaran tahunan pun setiap tahun meningkat. Saya bagi contoh 2018 kita bayaran hutang tahunan RM30.5 bilion, 2019 RM32.9 bilion, 2020 RM34.5 bilion, 2012 RM38.1 bilion, 2022 RM41.3 bilion, 2023 RM46.1 bilion dan tahun ini dianggarkan hutang kita, bayaran hutang RM49.85 bilion, lebih kurang RM50 bilion. Kita tahu hutang selain daripada jaminan dan lain liabiliti hutang yang direct debt, hutang terus 2022 RM1.079 trilion, 2023 RM1.14 trilion dan 2022 ini RM1.79 trilion itu bersamaan dengan 60.3 peratus KDNK, 2023 RM1.147 trilion bersamaan dengan 42 peratus KDNK dan tahun ini RM1.263 trilion bersamaan dengan 64 peratus KDNK.
Kita diberitahu oleh kerajaan bahawa kesemua bayaran balik ini, hampir semua adalah hanya untuk faedah atau bunga sahaja. Kita tahu kita sedang dalam satu keadaan yang genting. Kita perlu menyelamatkan negara kita dan Kerajaan MADANI ini berani membuat sesuatu untuk mengubah titik takdir negara kita daripada terus berhutang dan
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
hinggakan satu hari kalau kita tak dapat bayar, kita akan menjadi sebuah negara muflis yang telah berlaku kepada banyak negara.
Bagi mereka yang menyatakan Perdana Menteri menipu apabila kata akan mansuhkan PTPTN atau turunkan petrol, saya harap rakyat di luar jangan terpesong oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini kerana semua janji-janji ini dibuat semasa- memang dalam Manifesto Pakatan Harapan 2013, lepas itu 2018, 2022 langsung tak dijanjikan kerana ada perubahan keadaan kewangan Malaysia. Kalau kita tengok pada tahun 2013 semasa janji dibuat, hutang negara kita hanyalah RM539.8 trilion berbanding dengan tahun ini RM1.26 trilion. Kalau keseluruhannya masa itu termasuk jaminan dan liabiliti lain jumlahnya RM826.8 bilion. Sekarang ini RM1.5 trilion. Hampir dua kali ganda.
Bagi mereka ini, saya nak rakyat jelata tahu mereka ini bukannya jaguh untuk rakyat tapi nampaknya mereka tidak tahu mentadbir. Perubahan sudah berlaku tapi masih dengan slogan ceramah mereka. Itulah sebabnya rakyat jelata jangan terpesong oleh orang-orang ini. Marilah kita menggembleng tenaga untuk menyelamatkan negara tercinta kita ini. Memang tak ada satu kerajaan pun hendak naikkan cukai. Memang tak ada kerajaan pun nak menyusahkan rakyat, tapi hakikatnya kerajaan terpaksa menaikkan cukai, terpaksa menarik balik subsidi dan akan memberi pertolongan atau subsidi yang disasarkan. Itu terpaksa dibuat.
Kalau tidak, kita tak boleh bayar hutang kita, dunia tak ada keyakinan pada Malaysia, akan berlakulah seperti di banyak negara seperti di Turki dalam tiga tahun wang mereka menurun mendadak 80 peratus. Begitulah juga di Lubnan, kita tahu Sri Lanka jadi bankrap, Iceland jadi bankrap, Argentina jadi bankrap. Adakah sudi kita, negara kita menjadi bankrap hinggakan rakyat jelata sengsara?
Jadi kadang-kadang keputusan terpaksa dibuat. tetapi saya mohonlah kepada kerajaan, kitalah mesti berjaga-jaga semasa membuat keputusan bagaimana mengendalikan keadaan genting ini. Saya mohon kepada kerajaan agar jangan secara mendadak memansuhkan semua subsidi seperti petrol, diesel. Kalau ia dimansuhkan secara mendadak dan cukai dinaikkan secara mendadak, ia akan menyebabkan satu keadaan panik antara kalangan rakyat. Ini pun mungkin akan menyebabkan harga semua barang naik mendadak.
Dalam keadaan sedemikian, bantuan kerajaan kepada kumpulan yang tersasar, yang seperti yang kita buat sekarang ini kita ada- kerajaan ada bagi kepada tujuh, sorry mohon maaf, sembilan juta warga dewasa iaitu 60 peratus daripada warga dewasa yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dinaikkan daripada minimum RM350 kepada RM500 dan maksimum kepada RM3,700. Kalau harga barangan naik mendadak, kerajaan akan tertekan untuk menaikkan pula bayaran bantuan ini. Kita tahu kalau 60 peratus daripada orang dewasa menerima bantuan yang lebih ini, ia akan menyebabkan rancangan kerajaan tidak mencapai matlamatnya.
Matlamat kita ialah supaya rakyat tidak tertekan dengan kehidupan. Kos sara hidup tidak terlalu tinggi tapi kalau kita bagi bantuan lebih, barang naik, ia tidak menjadi satu perkara yang meringankan beban. Akhirnya, negara kita menjadi sebuah negara yang berkos tinggi. We will be less competitive. Sungguhpun gaji tinggi tetapi rakyat juga masih hidup dalam kesusahan. Oleh yang demikian, saya mohon kerajaan setiap peringkat rancangan ini dibuat, kita consider the kesan dia secara berperingkat. Satu-satu cara Timbalan Yang di-Pertua, untuk kita berpatah balik menjadi sebuah negara yang mendapat pendapatan berlebihan ialah untuk rakyat jelata kerja dengan lebih rajin dan tekun.
Kita berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sudah selama ini tekun dan rajin bekerja. Melainkan anda adalah seorang yang ada kecacatan keanggotaan atau memang kerana kesihatan tidak dapat bekerja dengan lebih kuat, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, tanpa mengira sama kita kaya atau miskin, kita mesti kuat bekerja untuk menyelamatkan Malaysia supaya produktiviti kita tambah, pendapatan kita tambah dan kita boleh membayar balik semua- hutang-hutang ini dalam masa yang tersingkat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita tengok Jepun. Jepun bangkit semula kerana rakyatnya rajin bekerja. They build back Japan from the ashes of World War II sehinggakan mereka menjadi negara yang kedua besarnya ekonomi di seluruh dunia.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Begitu juga dengan the People’s Republic of China, dahulu ada yang kebuluran, mereka sangat miskin, tetapi kerana 40 tahun ini mereka rajin tekun bekerja, negara China sekarang ekonomi sudah menjadi ekonomi yang kedua besar di dunia. Ada orang kata sudah menjadi nombor satu, tetapi kita belum pasti lagi. Saya mohon kepada pihak pegawai kerajaan, marilah kita tekun kerja, pastikan semua- projek-projek permohonan diluluskan dengan kadar segera. Kalau ada perayaan, saya mohonlah supaya- saya sudah syorkan dahulu, saya syorkan sekali lagi, kita boleh merayakan perayaan tapi jangan keterlaluan hinggakan kalau hari raya, janganlah sebulan kita beraya. Kalau boleh di satu daerah, bagilah Pegawai Daerah anjurkan satu hari raya besar-besaran. Jangan setiap jabatan adakan perayaan hinggakan banyak kerja yang tak dapat dibuat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
[Bangun] [Tidak jelas]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nanti, kalau projek lambat dibuat, luluskan ia menjadi kos kepada pemaju-pemaju. Akhirnya rakyat yang menanggung kenaikan kos ini.
Jadi- dan begitu bagi rakyat yang miskin, saya dapat ajaran ini daripada nenek dan bapa saya. Kalau kita tak cukup duit, kita jangan pinjam, kalau boleh kita kerja untuk tambah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Beruas, saya boleh mencelah sikit nak tanya pasal hari raya tadi.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nanti bagi, tiada masa.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya habiskan, saya dah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, masa sudah tamat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi nanti ya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dulu saya pergi ke sekolah sepuluh sen, bapa bagi duit saku sepuluh sen, tapi kalau nak lebih kita hari cuti saya pergi jual aiskrim dapat dari kedai tiga sen saya jual lima sen. Satu hari kadang-kadang boleh dapat dua puluh sen, kadang-kadang sampai lapan puluh sen, saya amat gembira sekali. Kita ini boleh jadi kaya, jangan pinjam. Kalau boleh janganlah minum orang kata high buck coffee, bancuhlah sendiri di rumah lima puluh sen, jangan luar RM15 pula kita bayar. Begitu juga kalau ada RM5,000, bayarlah dompet RM200, jangan beli RM7,000, pinjam pula RM2,000. Kita jadi miskin. Jadi begitulah, kita mesti melalui keadaan yang susah sekarang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh bagi satu minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Sudah lebih masa.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey, saya akhirilah. Jadi kerajaan akan kata bagaimana dapat- Beruas bagaimana dapat duit? Saya ada satu cadangan, kalau boleh kita- we call, paparkan PETRONAS kita ini untuk dibeli oleh orang ramai- we float PETRONAS. Kalau kita bagi orang ramai beli, katakan 30 peratus daripada PETRONAS, kerajaan mungkin akan dapat RM450 bilion sampai RM500 bilion. Kita kurangkan hutang kita, kurangkan bayaran bunga, kerajaan akan lebih selesa. Kemudian saya rasa kalau kita ada duit lagi, kita akan bina semula, membeli satu lagi PETRONAS kedua untuk kita untung lebih banyak lagi. Ini kerana kita tahu memang PETRONAS selama ini sudah sejak tahun 1979 sudah memberikan kepada kerajaan hampir RM1.5 trilion. Kalau bukan kurniaan Tuhan ini pada Malaysia, sudah lama Malaysia menjadi bankrap.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi saya rasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Adalah penting untuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita pastikan ekonomi kita ini dibuat dengan baik, boleh bagi last satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kestabilan politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau boleh saya mohon kerajaan buat satu undang-undang pastikan siapa yang dapat majoriti sokongan jadi Perdana Menteri dibuat di Dewan yang mulia ini. Seperti yang telah diputuskan dalam kes Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri pertama Sarawak. Sebelum undang-undang ini memang itulah undang-undangnya selama 43 tahun sehingga krisis negeri Perak 2009, Mahkamah Persekutuan telah mengubahkan undang-undang dan boleh melalui surat akuan.
Memang itu menyebabkan ketidakstabilan politik, setiap minggu kita dengar ada orang dapat surat akuan yang lebih. Satu Ahli Parlimen kadang-kadang tandatangan tiga empat SD surat akuan. Itu tak baik untuk kita. Kalau boleh saya mohon kepada kerajaan, gubalkan undang-undang, pastikan siapa dapat majoriti, dapat buat undi dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi untuk menyertai perbahasan Titah Diraja kali ini. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya mewakili penduduk Klang merafakkan sembah tahniah kepada Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pemasyhuran Baginda Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII. Kami rakyat Malaysia amnya dari Klang berjanji untuk selalu menyambut baik segala Titah Tuanku demi kepentingan negara dan kerajaan. Saya yakin bahawa negara akan diterajui ke arah pembangunan dan kesejahteraan di bawah naungan Tuanku.
Sebelum saya menyambut Titah Baginda Tuanku, saya juga ingin merakamkan penghargaan warga Klang kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Tuanku Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas segala usaha dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang pemerintahan sebagai Ketua Negara.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan saya dengan menyentuh beberapa isu yang berkait rapat dengan penduduk kawasan Klang dahulu. Yang pertama adalah melibatkan isu kesesakan pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Sejak masa negara kita dilanda pandemik COVID-19, sehingga sekarang saya masih lagi sering menerima aduan dan keluhan daripada masyarakat bahawa hospital ini selalu dibanjiri pesakit.
Hal ini kerana kepadatan penduduk yang sangat tinggi di kawasan Klang. Pada masa yang sama saya juga ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa Hospital Klang ini menyediakan perkhidmatan perubatan kepada bukan saja penduduk Klang tapi dari kawasan-kawasan yang lain juga seperti kawasan Parlimen Kota
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Raja yang mana kawasan Parlimen Kota Raja memang tiada hospital. Sebahagian besar dari kawasan Parlimen kawasan Kuala Langat, sebahagian besar kawasan daripada Shah Alam dan juga kawasan Kapar. Parlimen kawasan Kapar yang mana juga masih lagi hospital sedang dibina.
Saya difahamkan bahawa sebelum ini terdapat pelbagai menaiktarafkan yang telah dilakukan di hospital ini. Walau bagaimanapun, saya ingin menekankan di sini bahawa ia masih belum cukup untuk menampung keperluan kepadatan penduduk di kawasan Klang yang makin hari makin meningkat. Maka saya harap pihak kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan kapasiti Hospital Klang ini bukan saja daripada segi bangunan tetapi kelengkapan-kelengkapan yang baru dan keperluan kakitangan juga.
Sehubungan dengan itu, sebagai isu kedua, saya ingin menyentuh mengenai isu doktor pelatih iaitu pegawai-pegawai houseman di fasiliti-fasiliti kesihatan awam. Kita sering dengar tentang kes berkaitan pegawai-pegawai houseman ataupun doktor pelatih yang telah gagal menamatkan latihan industri dalam masa dua tahun atau telah berhenti daripada perkhidmatan atas pelbagai faktor.
Anak-anak muda ini memang memasuki bidang perubatan dengan beban kewangan yang sangat besar atas bahu-bahu mereka. Lagi-lagi setelah membuat permohonan untuk menjadi pegawai houseman, mereka terpaksa menunggu untuk jangka masa yang sangat panjang untuk menerima perjawatan. Hal ini menyebabkan ramai daripada anak muda ini terpaksa mengambil pekerjaan yang lain untuk menyara diri dan ada juga yang terpaksa meninggalkan bidang perubatan. Bukan saja itu, jika mereka berjaya menerima perjawatan sebagai pegawai houseman, ramai daripada doktor-doktor pelatih ini terpaksa melalui tekanan mental yang agak teruk semasa menjalankan latihannya.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Misalnya seperti apa yang kita dengar dan semasa pandemik COVID-19. Kes pembulian antara pegawai perubatan kerana banyak little napoleon yang terdapat di antara mereka dan berlakunya pembahagian tugas yang tidak seimbang di antara mereka. Maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan statistik berkaitan pegawai-pegawai houseman yang tidak berjaya menamatkan latihan dan kes pembulian dia antara Pegawai-pegawai Perubatan yang terkini serta bertindak secara kerap untuk menangani masalah ini. Dalam pada itu kesemua rayuan daripada bekas doktor pelatih yang gagal menghabiskan tempoh houseman juga diberi peluang untuk mereka dapat menjadi Pegawai Perubatan.
Puan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga adalah berkaitan dengan isu lambakan pendatang asing tanpa izin di kawasan Klang. Saya telah pun bangkitkan isu PATI ini di Dewan yang mulia ini pada minggu lepas dan merakamkan penghargaan saya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri atas jawapan yang terperinci pada masa itu. Beliau telah menyatakan bahawa sejak tahun 2022 hingga sekarang terdapat 20,880 operasi penguatkuasaan dan Jabatan Imigresen telah menangkap 58,505 orang PATI serta 871 majikan yang berkaitan. Juga kita dimaklumkan bahawa di Klang sahaja mereka telah mengadakan serbuan sebanyak 36 kali sejak permulaan tahun ini.
Maka statistik ini menunjukkan bahawa tiap-tiap kali serbuan diadakan bilangan orang yang ditangkap adalah dua hingga tiga sahaja. Realitinya kalau Ahli-ahli Yang Berhormat turun ke Klang dan tengok, kita akan tahu bahawa bilangan tangkapan ini tidak cukup efisien. Sebenarnya di kawasan-kawasan tumpuan di Klang seperti Pulau Indah, Pasar Borong Klang, pasar borong, Pasar Besar Klang, Pasar Meru, Pandamaran, GM Klang, Bandar Sultan Sulaiman, bilangan pendatang asing tanpa izin sangat tinggi sampai kita boleh rasa masyarakat tempatan terasa macam mereka ini minoriti. Ramai daripada mereka ini berniaga tanpa lesen dan bersaing dengan peniaga-peniaga tempatan.
Saya ingin menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk meningkatkan efficiency penguatkuasaan ini, tidak guna kalau kita buat banyak serbuan, tapi ia tidak efektif untuk mengenal pasti PATI secara keseluruhan. Saya yakin kalau kita lebih ketat dan tepat purata tangkapan ini akan naik secara mendadak. Saya juga mempersoalkan pihak
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
kementerian daripada jumlah tangkapan yang dibuat sejak 2020 hingga sekarang, berapakah jumlah kes yang diambil tindakan yang sewajarnya? Berapakah jumlah PATI yang telah dihantar balik? Adakah mereka ini masih disiasat atau apakah purata masa menunggu untuk tiap-tiap yang ditangkap ini untuk dihantar balik?
Seterusnya isu yang keempat berkaitan dengan Jualan Rahmah yang saya ingin menujukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saya secara peribadi mengalu-alukan Program Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30 peratus, lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat. Ini suatu inisiatif yang sangat penting untuk kita sama-sama mengurangkan beban masyarakat.
Pada masa yang sama saya ingin menekankan kepada pihak KPDN untuk melakukan penyemakan dan pengimbangan tahap efficiency inisiatif ini. Sehubungan dengan itu saya ingin tanya kepada pihak kementerian bahawa berapakah jumlah pemanfaat daripada projek ini pada tahun 2023. Khususnya di Parlimen Klang berapakah jumlah penduduk kawasan yang menerima manfaat daripada suntikan peruntukan RM100 juta pada tahun lepas. Saya juga ingin tahu bahawa berapakah jumlah Program Jualan Ehsan Rahmah yang telah diadakan di kawasan Klang dari tahun 2023 hingga sekarang.
Kini suntikan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi tahun 2024 juga telah diberi.
Berapakah daripada jumlah tersebut akan dibelanjakan di kawasan Parlimen Klang.
Selain itu saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak kementerian untuk meningkatkan tahap penglibatan Ahli-ahli Parlimen tiap-tiap kawasan dalam inisiatif ini. Ini kerana saya berpendapat bahawa ruang penglibatan yang diberi kepada Ahli-ahli Parlimen berkenaan dengan Jualan Ehsan Rahmah adalah tidak memuaskan.
Selain itu saya ingin membangkitkan berkenaan kemerosotan negara kita dalam Program for International Student Assessment (PISA) 2022. Puan Yang di-Pertua kemerosotan negara dalam PISA 2022 telah mendedahkan prestasi pendidikan negara yang semakin menurun. Malaysia, dilaporkan mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi dalam PISA 2022 dengan kesan pandemik COVID- 19 yang telah menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai antara faktor penyumbang utama.
Perdana Menteri kita sendiri telah mengaku bahawa ini merupakan satu situasi yang agak mengecewakan kerana laporan ini menunjukkan negara kita terburuk dalam kalangan tujuh buah negara ASEAN. Saya juga difahamkan daripada soalan bertulis daripada Kementerian Pendidikan bahawa pihak mereka mengambil berat terhadap keadaan ini dan telah melaksanakan beberapa strategi untuk mempertingkatkan kompetensi pelajar-pelajar kita dalam mata pelajaran STEM dan bahasa Inggeris.
Saya mengalu-alukan segala pendekatan mereka demi kebaikan anak-anak kita.
Walau bagaimanapun saya ingin menyarankan kepada pihak Kementerian Pendidikan bahawa kita seharusnya perlu menetapkan suatu sasaran pencapaian bagi pelajar-pelajar kita untuk tahun-tahun yang akan datang. Tanpa suatu sasaran mustahil untuk kita menunjukkan peningkatan. Kita juga boleh menetapkan suatu sasaran yang negara kita ingin mencapai di laporan PISA pada tahun-tahun akan datang supaya nanti lebih senang untuk kita buat perbandingan dr segi proses dan kemajuan.
Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA). Di Dewan yang mulia ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Batu yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India baru-baru ini.
Perdana Menteri kita sendiri pernah mengakui bahawa kaum India adalah kaum yang paling- termiskin di negara ini. Meluahkan niatnya untuk mengangkat taraf sosioekonomi mereka.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang memilih untuk meneruskan inisiatif dan memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk memperkasakan nasib kaum India. Saya harap pada tahun ini MITRA akan diuruskan dengan utamakan ketelusan berbanding tahun-tahun yang lepas. Pada tahun-tahun yang
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
lepas terdapat pelbagai jenis ketirisan yang berlaku dalam proses pengagihan dana ini dan semoga tahun ini di bawah pengurusan Kementerian Perpaduan Negara, masalah- masalah sebegini dibetulkan.
Saya juga menyeru kepada pihak Kementerian Perpaduan Negara dan kepimpinan baru MITRA untuk merangka pelan tindakan terperinci MITRA untuk tahun ini secepat mungkin supaya dibentangkan kepada pihak-pihak yang terlibat. Saya menyeru sekali lagi, pihak kementerian dan juga pihak-pihak yang terlibat patut rangka jangka masa rancangan mereka patut diketengahkan kepada semua pihak supaya kita tak perlu menunggu-nunggu untuk permohonan untuk MITRA ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, salam sejahtera.
Walaupun tidak dibenarkan menggunakan apa-apa peranti untuk menghantar terus ucapan kecil ini kepada kawan-kawan saya dalam TikTok, tapi dengan menggunakan teknologi terkini juga, kita ingin memaklumkan bahawa sekarang ucapan ini sedang disiarkan melalui TikTok. Jadi kepada rakyat Malaysia, orang-orang muda tap, tap screen guys, jangan berhenti selama 12 minit...
[Ketawa] Pertama sekali saya nak ucap tahniah kepada Beruas, Yang Berhormat telah memberi kelonggaran selama 15 minit. Saya tak minta 15, 14 pun cukup ya. Terima kasih.
Yang pertama sekali Allah berfirman dalam al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang yang beriman, jangan kamu buruk sangka, dan jangan kamu mengintai keburukan orang lain.” Allah kata janganlah kamu buruk sangka. Makna kata kalau sekiranya kami bercakap, saya ucap tahniah kawan-kawan yang telah berucap di pihak di sini dan juga ada sorang dua di pihak sana kita telah lihat bagi ucapan yang cukup baik, Yang Berhormat.
Yang Berhormat telah lama bersama dengan saya, tengok ucapan yang diberikan luar biasa. Saya terpesona. Saya tulis hampir semua kawan-kawan yang berucap kerana point, point yang dibagi ialah betul-betul membela rakyat. Jangan buruk sangka, mereka nak bela rakyat. Tolong dengar ucapan itu dan jawab dengan baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita perlu berlunak-lunak dengan rakyat. Itu sebab Allah kata jangan buruk sangka. Makna kata buruk sangka pun tidak boleh. Bila masuk ke Dewan, jangan tengok muka saya ingat macam musuh saja, tak baik, tak boleh. Dalam Islam tidak boleh. Baik sangka, mungkin Shahidan nak puji Yang di-Pertua dan sebagainya. Ingat, baik sangka ya.
Yang keduanya terdapat satu ucapan, saya tidak mahu sebut sebab dia kawan saya tapi kalau saya tak sebut kena perbetulkan ucapan. Saya tak sempat masuk untuk betulkan. Dia kata, “Saya pernah jadi Pembangkang.” Ha, sekarang rasakan. Jadi dia kata kami ini mesti rasakan sakitnya tidak dapat peruntukan. Itu satu perbuatan sadis. Sadis melihat orang sakit, orang menggelupur sakit kita gembira. “Ha, rasakan”. Tidak boleh! Itu bukan cara pemikiran kerajaan. Nak tak bagi peruntukan, cari alasan lain. Bukan alasan, “Ha, padan muka”. Jangan buat macam itu. Allah maha berkuasa.
Bola ini bulat Yang Berhormat. Dunia juga bulat. Sekejap di atas, sekejap bawah.
Banyak bawah pergi ke atas dan sebagainya. Jangan berfikiran sadis tentang perkara ini sebab kalau tak nak bagi peruntukan, cari alasan lain. Sebab apa? Kerajaan sekarang ini kita lihat kalau sokong saja, seperti yang lima-lima, tak termasuk Kuala Kangsar, lima-lima yang menyokong dapat peruntukan dan juga lain-lain lagi.
Kalau sekiranya nak cabar saya, sila cabar dan lain-lain lagi. Saya ketahui dengan izin Allah dan SPRM pun janganlah suruh cabar dia orang ini pergi repot dan sebagainya.
Sudah dapat maklumat, siasatlah. Jangan bagi kata tidak beritahu dalam masa lapan hari,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
kita ambil tindakan. Tindakan apa? Di Parlimen! Kalau tidak ada tempat lain kita boleh bercakap selain di Parlimen, betul tak? Rakyat Malaysia tap, tap screen guys. Keduanya miskin tegar. Yang Berhormat, miskin tegar. Saya ketua portfolio luar bandar. Sama dengan Timbalan Perdana Menteri. Jadi, mungkin kalau akan pergi sana mungkin pegang tempat yang sama ya...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, Yang Berhormat. Pada Julai 2023, TPM berkata 2024 kurang 10 peratus miskin tegar, 17 November miskin tegar Menteri Ekonomi kata kurang 0.2 peratus. Kemudian 15 Februari, kerajaan umumkan KL, Melaka, Negeri Sembilan selesai miskin tegar. Kemudian Menteri Besar Perak kata kita telah capai 50 peratus.
Ini bererti ucapan Belanjawan 2023 yang menyebutkan mereka menoktahkan miskin tegar tidak tegarlah. Negeri ini ada, yang ini 5 peratus, ini 10 peratus. Jadi, kalau nak ikut itu belanjawan ini gagal tapi saya, kawan-kawan saya, kami- semua baik. Kami tidak mahu kata gagal. Buat yang terbaik. Saya nak beritahu Wilayah Persekutuan semasa saya jadi Menteri, saya isytiharkan di akhir tahun 2022, saya lupa, bahawa tidak ada miskin tegar di Kuala Lumpur.
Semasa saya buat pengisytiharan, barang belum naik tapi kalau kita miskin tegar didasarkan pendapatan RM1,250, sekarang barang naik. Yang Berhormat, tidak boleh miskin tegar didasarkan kepada apa? Pada pendapatan RM1,250 atau macam mana sebab kos hidup meningkat. Ini bererti RM1,250 tidak cukup. Kena bagi pendapatan RM2,000 baru cukup untuk menghadapi sekarang kos sara hidup.
Ini bererti miskin tegar tidak di noktah lagi dan berbagai-bagai kerana saya nak tanya Perdana Menteri, di asas- dan juga kawan-kawan di sana, diasaskan kepada apa?
Angka apa? RM1,250 ataupun berapa? Kalau RM1,250 saya nak tanya bahawa apa yang dibuat nak pastikan supaya RM1,250 ini berkesan? Yang kedua, mampu kah mereka bertahan dengan kehidupan yang begini berat.
Yang keduanya, sebab saya terpaksa mengejar masa sedikit. Isu Beras Madani.
Hari ini kita tahu, semua orang bercakap dah bahawa Bukit Gantang itu buat kerja tak logiklah. Dia mendahului Menteri Pertanian. Kasihan Mat Sabu. Rujuk Menteri, dalam Akta Padi dan Beras menunjukkan bahawa kuasa Menteri. Tiba-tiba dia menganggap dia hero, dia boleh buat macam-macam, dia pi isytiharkan Beras Madani RM20, sekarang ini RM30.
Sekarang ini saya nak beritahu Yang Berhormat, termasuk di mana-mana tempat harga beras tempatan RM26. Kalau RM30 dia kena naikkan RM30, RM4. Harga beras import, SSI, tadi SST. SST ini ialah “Super Spesial Tempatan”, “Super Spesial Import” harganya RM38 hingga RM40. Kalau turunkan RM30, dia akan menjadi masalah. Yang tempatan naik tetapi yang paling penting naik ke turun, kita lihat ini kali pertama dalam sejarah Malaysia, sejarah dunia, Malaysia menjadi pengeksport beras. Pasal apa? Kita tengah ambil padi, padi tidak berhenti bergerak di kawasan MADA sekarang tapi beras tempatan tak ada.
Tetapi beras tempatan itu boleh dilihat dia masuk dalam beras import. Jadi makna kata Malaysia macam eksport beras, lepas itu import balik. Jadi, kira hebatlah Malaysia tetapi kita nak tunjukkan di sini bahawa penguatkuasaan berhubung dengan kampit beras harus dibuat dengan lebih hebat dan dahsyat.
Oleh sebab beras naik, beras yang turun dan sebagainya tetapi kita lihat semua sekarang beras naik. Beras tempatan naik, beras ini tetapi harga padi tidak naik. Harga padi, orang-orang MADA, orang-orang kawasan sawah padi termasuk Sabah dan Sarawak, saya menyokong. Sekarang ini harga padi RM1,300. Saya cadangkan kita naik RM1,600 tanpa tolak ansur. Pasal apa? Kilang swasta beli padi RM1,750. Pasal apa BERNAS tidak boleh naikkan RM1,600? BERNAS minta kerajaan apungkan harga beras import. Sekarang ini kenapa BERNAS tak naikkan RM1,600? Kalau tidak mahu RM1,600 tidak apa, saya setuju. Naikkan RM1,700, tidak ada masalah.
Okey, yang keduanya ialah kos hidup. Ya Allah ya Tuhanku, tidak cukup masa ya. Tentang kos hidup, Yang Berhormat kita tahu bahawa kos hidup sekarang ini melambung dan sebagainya. Kawan-kawan telah bercakap tentang SST 8 peratus. Jadi ini merupakan isu utama. Kita tak payah bawa tajuk-tajuk lain. Sekarang ini nampaknya
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
ada pihak cuba nak divert berbagai-bagai isu. Mereka melupakan kos hidup yang cukup tinggi.
Jadi sekarang ini saya nak kaitkan kos hidup ini dengan tambatan nilai RM. Bank Negara sedang memerhati ucapan ini. Apakah khabar Pegawai-pegawai Bank Negara?
Saya ucap tahniah Bank Negara sekarang ini bagi perhatian terperinci berhubung dengan tentang nilai ringgit tetapi saya nak bertanya satu soalan. Yang Berhormat Speaker, pada dua tiga minggu yang lepas, duit kita jatuh RM4.80. Ingat ya, ingat. Ini Paya Besar ingat ya RM4.80 tapi dua tiga hari yang lepas duit kita naik kepada RM4.70.
Ini bererti perbezaan 10 sen. Kira sakan, saya hendak beritahu Bank Negara, daripada segi apa yang kita nampak menunjukkan bahawa orang yang memperniagakan RM untung besar, 10 sen tiga minggu. Kira kalau RM1 juta banyak. Jadi orang yang berniaga ini dengan menggunakan wang yang besar, saya minta Bank Negara tolong perhati dan monitor benda ini. Kenapakah berlaku demikian rupa? Kalau dia berlaku demikian rupa, bererti Bank Negara kena intervene, dengan izin. Intervene- bererti dia kena menggunakan reserve-nya untuk mempertahankan ringgit tapi berapa lama?
Dulu masa 11 hari bulan lepas, duit Malaysia ialah RM4.30, sekarang RM4.70.
Naiklah 10 sen tapi saya percaya kalau tiga minggu lagi kalau Bank Negara tidak mampu untuk bertahan menggunakan reserve-nya, duit ini akan jatuh balik kepada RM4.80 dan sebagainya.
Kedua terakhir Yang Berhormat ialah berhubung dengan undang-undang Islam jenayah syariah di peringkat negeri. Semua- kawan-kawan saya sebut bahawa masa buat undang-undang, penasihat undang-undang yang bagi nasihat kepada saya, kepada kita.
Saya pun sayalah ya. Saya ialah Menteri Besar yang memperkenalkan undang-undang jenayah syariah di peringkat Perlis. Yang buat draf ialah penasihat undang-undang, yang apabila hantar ke Tuanku untuk melihat draf, penasihat undang-undang. Bincang dengan negeri apabila siap, penasihat undang-undang bawa dan ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Jadi, penasihat undang-undang.
Tapi tiba-tiba AG macam membisukan diri melihat Rang Undang-undang Jenayah Syariah ini telah dicabar di Kelantan dan kita tahu akan berlaku seterusnya. Menteri, Timbalan Menteri, saya tengok jawapannya nampak macam menimbulkan keluh kesah.
Pendirian yang tetap kerajaan sekarang ini bahawa pindaan Perlembagaan harus dibuat.
Kerajaan yang menamakan dirinya Kerajaan Madani harus buat pindaan nak pastikan bahawa Rang Undang-undang Jenayah Syariah ini di peringkat negeri ini dipertahankan.
Yang Berhormat, rang undang-undang ini bukan untuk orang bukan Islam. Orang Islam Yang Berhormat.
Akhir sekali, Allah berfirman dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Yang bermaksud, “Oleh itu maka berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.” Malam esok ada podcast mufti Perlis, dia akan mengulas ayat Quran ini dan saya harap semua pihak tengoklah di podcast pada pukul 9 malam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, ini ayat Quran, ayat Quran ini- ini perintah Allah... [Berucap dalam bahasa Arab] Bagi orang belajar bahasa Arab, saya pun baru sikit belajar bahasa Arab. Akan tetapi makna perintah Allah. Suruh peringat, saya kena peringat kawan-kawan saya. Peringat mereka pun, peringat saya kadang-kadang saya berlebih-lebihan. Tanda- tanda munafik tadi Pagoh pun kata ada tiga. Saya tambah lagi satu, ada empat.
Pertama, bila cakap berbohong, janji mungkir, kalau bagi amanah, dia pecah amanah tetapi apabila dia bertengkar, bercakap, dia berlebih-lebihan hendak menang. Itu tidak boleh dalam Islam. Itu sebab saya hari ini tak bertengkar, saya cakap elok- straight.
Kawan-kawan saya ramai yang hadir hari ini, pembangkang pun ramai yang hadir melihat ucapan iaitu bagaimana sebenarnya hendak tadbir negara ini. Lunak kalah dengan rakyat.
Kami orang baik, betul tak sahabat Paya Besar, Pengerusi Backbencher? Kami jahat kah nak tanya? Kami baik, faham-fahamlah...
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, tanya Yang di-Pertua, kami baik, tetapi kerajaan tak baik kepada kami Yang Berhormat. Dia hukum kami tak bagi peruntukan, bulan puasa datang. Ingat pengucapan terakhir saya di Parlimen ini kalau sekiranya tak bagi juga peruntukan, saya akan berdoa kepada Allah Taala, saya akan berdoa, rakyat Malaysia akan berdoa. Kepada pemerintah kena ingat cerita raja dan juga nelayan.
Jadi, berhubung dengan peringatan ini, semua berpihak bagi peringatan. Tak salah bagi peringatan. Masa saya jadi Menteri Besar, saya duduk dalam masjid dengan ramai pembesar di sana dan mufti bagi khutbah. Dia kata di akhirat nanti semua akan ditanya, termasuk Menteri Besar. Haha sahaja. Saya Menteri Besar, saya tunduk gitu.
Termasuk Menteri Besar, termasuk Perdana Menteri. Jadi, bukan menegur, memperingatkan. Ada dua- benda, ini memperingatkan. Jadi, apa yang berlaku baru-baru ini saya percaya ada orang yang berlebih-lebihan untuk memfitnah sesuatu yang tidak wajar.
Yang Berhormat Hulu Langat sebenarnya isteri saya pun orang Selangor. Jadi, kita hendak bagi tahu tidak ada sesuatu yang berbentuk perkataan itu Yang Berhormat sebut. Kami tak pernah sebut, tak kan kami kerja- ini satu perkataan bodoh untuk kami buat kerja untuk menghina institusi yang sebenarnya kita muliakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, kalau sekiranya mereka- baru dua minit Yang Berhormat, saya minta 14 minit ya. Sama seperti yang diberikan pada Beruas tadi, kalau tidak Yang Berhormat tidak adil, tidak adil ayat Quran tadi terikat ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih dua minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, akhir sekali ya iaitu kita nak peringat- Tok Guru peringat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya peringat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, tadi isteri itu orang Selangor?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi isteri tu orang Selangor?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya sebut isteri saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nombor berapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang Selangor.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nombor berapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apakah dia?
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya baca ayat Quran pertama tadi...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Jangan kamu buruk sangka. Saya bercakap tadi kamu tidak tak tegur. Saya bercakap, janganlah tegur. Ada dua minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak, saya tanya Arau, tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau sudah 14 minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan bagi dia ganggu saya. Kami ini saya hendak bagi tahu, Agong menyebut dalam Titahnya, “Saya malu hendak masuk Parlimen.” Hendak masuk Parlimen kerana Ahli-ahli Parlimen bertengkar-tengkar. Cari
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
mana- bila-bila masa yang kami ganggu mereka? Kami tak ganggu. Mereka ganggu kami dengan Peraturan Mesyuarat, dengan macam-macam lagi termasuk membuat celahan- celahan secara haram...
[Ketawa] Kami tidak akan buat kerja-kerja itu, kami hanya membela rakyat, memperjuangkan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau kami hendak bela rakyat, kami dianggap salah, saya tak tahu lagi yang ada pada kami.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Speaker dan itulah yang merupakan yang terakhir bahawa kami pejuang rakyat, pembela rakyat dan ucapan akhir- yang ayat ini juga berkenaan bila Agong dalam ucapannya menyebut agama Islam sebagai rasmi, agama Persekutuan, tetapi Agong membacanya agama Islam sebagai agama rasmi. Oleh sebab selaras dengan ucapan Tun Mahathir pada bulan September 2002- 17 September 2002, Malaysia sememangnya negara Islam kata Tun Mahathir.
Terima kasih, saya menyokong. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau, saya jemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker.
Saya suka hendak bagi masa saya dekat Arau, tetapi takut itu pun tak cukup.
Speaker, sebelum Batu memulakan perbahasan, izinkan Batu menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong terdahulu iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah kerana telah mentadbir negara dengan kebijaksanaan beliau walau pada ketika itu beliau harus berdepan dengan masalah pandemik COVID-19 dan ketidakstabilan politik yang semakin menggenting. Terima kasih dan Ampun Tuanku.
Di kesempatan yang sama, Batu dengan rasa rendah diri ingin mengalu-alukan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berserta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Semoga dengan kehadiran Baginda, Malaysia akan lebih aman makmur di samping ekonomi negara tumbuh dengan pesat demi kelangsungan yang baik buat rakyat jelata.
Batu terus ke isu di mana ingin bangkitkan isu scam Timbalan Speaker. Batu ingin menarik perhatian dengan statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia iaitu Bukit Aman pada suku akhir 2023 di mana peningkatan sejumlah 23 peratus iaitu 19,224 kes baharu daripada 15,659 kes pada tahun sebelumnya. Dalam jenayah yang melibatkan scam yang membawa nilaian kerugian sebanyak RM687 juta pada tahun sebelum ini.
Melalui Siber Sekuriti Malaysia, tahun 2022 telah merekodkan sebanyak 7,292 insiden yang melibatkan keselamatan siber. Manakala sebanyak 3,087 kes yang melibatkan penipuan atas talian di mana jumlah ini berada pada jumlah statistik tertinggi dalam kategori scam. Antara tindakan yang telah diambil pada suku akhir tahun 2023, sebanyak 4,013 akaun dan kandungan penipuan telah ditutup. Manakala, sebanyak 1,764 laman sesawang palsu yang bertindak sebagai pemancing maklumat atau dengan izin, phishing site telah disekat.
Sebagai maklumat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ada beberapa jenis scam yang saya ingin maklum. EPF atau KWSP scam, dengan izin, illegal loan scam, scam pelaburan, scam cinta, scam pekerjaan dan juga paling popular Macau scam.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Selain warga emas yang telah mendapat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai sasaran, kepada kumpulan scammer, golongan belia yang aktif dalam portal dan laman sosial media yang melibatkan perniagaan juga menjadi sasaran mereka. Golongan anak muda ini tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan mereka menjadi sasaran utama bagi menjalankan aktiviti penipuan atas talian.
Timbalan Speaker, melihat kepada isu yang dilibatkan atas talian scam, ia tidak mengenal latar belakang mangsa. Bermula daripada pertengahan tahun lepas, pejabat saya telah menerima ratusan aduan daripada penduduk yang telah menjadi mangsa kepada kerakusan scam yang bermula daripada nilaian ratusan Ringgit ke puluhan ribu Ringgit. Malahan ibu kepada anggota Kabinet juga telah menjadi mangsa scam yang membawa nilai kerugian sebanyak RM75,000.
Tidak kurang daripada itu, di laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada kumpulan ini dengan rakus menjual dokumen-dokumen palsu seperti slip gaji, penyata akaun perbankan, penyata KWSP dan lain-lain bagi mengaburi mata institusi kewangan.
Ini antara contoh yang saya boleh tunjuk...
[Menunjuk helaian kertas] Kalau Yang Berhormat di sini boleh masuk ke Lazada atau Shopee sekarang, bolehlah dapat penyata bank, ada LHDN punya kertas, boleh beli untuk RM10 sahaja, sangat murah. Saya harap kerajaan amil tindakan terhadap perkara ini.
Cadangan yang ingin Batu bangkitkan adalah menggunakan akta di bawah seksyen 420 Kanun Keselamatan [Akta 547] yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun. Batu mencadangkan agar satu pindaan kepada undang-undang sedia ada dapat dilaksanakan dan sebuah undang- undang baharu yang melibatkan aktiviti scam dapat digubal dalam kadar segera agar hukumannya lebih berat dan setimpal dengan kesengsaraan yang dilalui oleh mangsa di samping mampu mengawal pertumbuhan kumpulan-kumpulan scammer.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Perkara ini membolehkan satu kawal selia dapat dilakukan dan mengurangkan risiko pertumbuhan kumpulan-kumpulan scammer kerana undang-undang lebih ketat daripada sedia ada.
Di kesempatan ini, Batu ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada ASP Rahmat Fitri bin Abdullah dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada masyarakat melalui laman TikTok miliknya. Syabas dan tahniah buat PDRM dan keseluruhannya.
Speaker, Batu juga ingin membangkitkan masalah Wilayah Persekutuan di mana melibatkan hal ehwal Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan. Untuk pengetahuan Timbalan Speaker, Majlis Perwakilan Penduduk ditubuhkan beberapa tahun yang lepas untuk membantu Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur terutamanya sebab Kuala Lumpur ini kita tidak ada Dewan Undangan Negeri, kita ikut Kerajaan Pusat. So, oleh itu kita juga tidak ada Ahli Majlis.
Sebab itu kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Majlis Perwakilan Penduduk untuk membantu Ahli-ahli Parlimen. Sebagai perkongsian, MPPWP adalah sebuah badan yang berperanan seperti Ahli Majlis di negeri-negeri bukan di bawah Wilayah Persekutuan. Seperti semua sedia maklum, Ahli Majlis adalah barisan ketiga bagi pentadbiran sesebuah kerajaan negeri begitu juga anggota MPPWP. Mereka harus berhadapan dengan masalah rakyat dan kawasan setiap hari.
Batu melihat adalah harus bagi kementerian untuk memberi pandangan dan meletakkan isu berkaitan kebajikan anggota MPPWP sebagai keutamaan. Sebagai perkongsian bermula tahun 2019 sehingga hari ini, Pengerusi peringkat zon tidak menerima sebarang peningkatan elaun bulanan. Begitu juga dengan barisan kepimpinan di peringkat sub zon tiada peningkatan elaun bagi Pengerusi Sub Zon, Timbalan Pengerusi Sub Zon dan Setiausaha Sub Zon juga tidak ada peningkatan.
Lebih malang lagi Timbalan Pengerusi Peringkat Zon dan Setiausaha Peringkat Zon tidak menerima sebarang elaun bulanan bagi kedua-dua jawatan berkenaan dari tahun 2019 sehingga hari ini. Selain daripada isu elaun, geran peruntukan bagi MPPWP
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
peringkat zon dan sub zon juga tidak pernah dinaikkan. Hal ini akan menyukarkan gerak kerja anggota MPPWP kerana kos-kos semakin naik saban hari.
Timbalan Speaker, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri untuk memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk melantik saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas, Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA). Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini untuk memantapkan Unit Transformasi Masyarakat India semasa MITRA duduk di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kini MITRA duduk di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Kuasa dan urus tadbir penuh adalah urusan kementerian yang dipimpin oleh Menteri tersebut.
Jawatankuasa saya dan saya bersedia untuk bekerjasama dengan memberi komitmen penuh untuk membantu Kementerian Perpaduan Negara untuk membantu masyarakat India yang memerlukan di bawah sana. Bukan sahaja membantu masyarakat India tetapi memelihara martabat masyarakat India.
Juga saya ingin menyentuh isu berkaitan dengan Kampung Railway yang sudah selama 13 tahun tiada apa-apa rancangan oleh pihak DBKL. Di mana 2011, satu kumpulan masyarakat di kawasan Sentul telah dikeluarkan dan dimasukkan di PPR yang berdekatan dan juga yang jauh. Seramai 200 keluarga telah pun dipindahkan tahun 2011 selepas pemaju dijanjikan untuk membina rumah kos rendah untuk mereka gantikan.
Hari ini, rumah ataupun flat kos rendah itu telah pun siap sedia tetapi tidak ada apa-apa berita daripada pihak DBKL ataupun pemaju. Bilakah penghuni-penghuni yang dipindahkan pada tahun 2011 akan kembali balik. Ini sebab ini semua adalah pengundi saya. Mereka telah dipindahkan beberapa tahun lepas dan mereka ingin kini kembali ke kawasan yang sudah disediakan perumahan untuk mereka tetapi sampai sekarang memang tidak ada apa-apa rancangan oleh pihak kerajaan untuk membantu masyarakat tersebut.
Juga kalau kita tengok kawasan Batu ini, ada sektor perniagaan ini satu sektor yang besar, contohnya pasar. Di kawasan saya ada Pasar Borong, Pasar Harian Selayang, Pasar Pekan Batu, Pasar Intan Baiduri, Pasar Pagi Jalan Ipoh dan kalau kita tengok Pasar Borong dan Pasar Harian Selayang memang bangunannya memang cantik, besar dan selesa, tetapi kalau kita tengok pasar harian Sentul, Pasar Sentul memang sudah 30 hingga 40 tahun tidak dibangunkan. Kadang-kadang tiada electricity, tiada api, dah banyak kali akibat kebakaran dan memang peniaga-peniaga di dalam pasar itu menderita. Saya mohon sangat kerajaan untuk menaik taraf Pasar Sentul yang merangkumi lebih 200 peniaga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Last point saya juga ingin membangkitkan adalah masalah anjing terbiar. Banyak kes berlaku dan ada laporan dan tangkapan tanpa ada pembelaan atau pengurusan secara kemanusiaan. Masalah berbangkit- kebanyakan vendor-vendor ini tidak dapat training yang khusus dan latihan untuk buat tangkapan tersebut.
Oleh itu mereka tidak mahir dan tidak tahu tatacara atau prosedur tangkapan yang ada dalam garis panduan dalam Akta KPKT 1976. Disebabkan vendor-vendor yang tidak terlatih, tidak ada pengetahuan, tangkapan itu amat zalim. Banyak bercanggah dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mana memberi pembelaan kepada haiwan. Apabila vendor menjalankan tangkapan atau pengurusan haiwan terbiar seperti anjing, tangkapan itu zalim kerana berlaku kecederaan dan kematian.
Apa langkah KPKT untuk mempertingkatkan kualiti ilmu pengetahuan dan juga SOP vendor-vendor dalam pengurusan melakukan tangkapan anjing? Saya mohon KPKT bincang dengan pemegang taruh seperti Persatuan Haiwan Malaysia bagaimana untuk melaksanakan prosedur tangkapan supaya hak haiwan ini dibela seperti mana dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015. Itu sahaja isu-isu yang saya ingin bangkitkan dan Batu menyokong penuh Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 6 Mac 2024...
[Tepuk]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.08 malam]