Mar042024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

final • 10:00 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian bahawa pada pagi ini, bersama-sama kita ialah rakan seperjuangan kita daripada Parlimen Arab Saudi. Saya dengan hormatnya mengalu-alukan kehadiran Dr. Hussein bin Nasser Al-Sharif, [Tepuk] Ahli Majlis Syura merangkap Ketua Delegasi bagi Ahli Jawatankuasa Persahabatan Parlimen Arab Saudi– Malaysia ke Dewan yang mulia ini. Kepada kesemua ahli delegasi, saya berharap agar lawatan ini merupakan salah satu usaha dalam mengukuhkan hubungan bilateral sedia ada antara Malaysia dan Arab Saudi. Semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan dan berkembang dalam pelbagai bidang dan aspek. Sekian.

Honourable members, I would like to inform that we have our dear colleagues from Saudi Arabia with us in this August House. I wish to welcome Honourable Dr. Hussein bin Nasser Al-Sharif, [Tepuk] Member of the Shura Council and his delegation of the Saudi - Malaysian Parliamentary Friendship Group to the House of Representatives. To the delegation, we hope that our existing bilateral relationship will further enhance our corporation in many aspects and fields. Your presence in this August House is one of the manifestations of our close relations. Thank you.

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Bukit Gelugor.

final • 10:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk menambah baik Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk menggalakkan lebih ramai orang melaporkan kegiatan-kegiatan rasuah. Sekiranya ya, nyatakan cadangan-cadangan penambahbaikan tersebut.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan dan penambahbaikan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 telah bermula sejak Mei tahun 2019 bagi mengumpul input-input serta menjalankan kajian dasar bagi tujuan menambah baik Akta 711. Beberapa sesi mesyuarat jawatankuasa kerja, bengkel, libat urus dan taklimat telah diadakan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, sepanjang tahun 2019 ke 2023 bagi meneliti semua Akta 711 secara keseluruhannya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Ini termasuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada pemegang taruh, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti antara lain, Transparency International dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4). Selain itu, sesi-sesi libat urus ini telah turut menilai kesediaan badan-badan yang telah diperuntukkan kuasa terhadap mekanisme pelaksanaan dan implikasi yang mungkin berbangkit apabila pindaan ini dikuatkuasakan.

Dalam menjawab persoalan Ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan yang menambah baik Akta 711 ini melibatkan pindaan utama di beberapa seksyen iaitu seksyen 2, 3, 5, 6, 9, 11, 12, 13, 14 dan 26 secara khusus dan juga seksyen-seksyen lain secara am. Melalui cadangan-cadangan ini, fungsi kuasa menerima dan menyiasat aduan akan lebih jelas dan sekali gus dapat memastikan siasatan kelak akan bersifat bebas, impartial. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan buat masa ini sedang meneliti cadangan, mekanisme pemusatan (centralization) penerimaan aduan kelakuan tidak wajar dan pemberian perlindungan pemberi maklumat di bawah Akta 711, cadangan pindaan dan menambah baikkan Akta 711 ini akan membolehkan pelaksanaan perlindungan pemberi maklumat secara eksklusif, efektif dan seterusnya mampu mewujudkan suasana neutral, lebih telus dan berkecuali dalam mengendalikan semua aduan, kelakuan tidak wajar dari pemberi maklumat.

Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan ini melibatkan penubuhan sebuah agensi berpusat yang khusus dengan latihan dan tatacara pengendalian yang khas kepada perlindungan pemberi maklumat serta mampu menyelesaikan semua perkara berkaitan Akta 711. Ini adalah bertujuan untuk memastikan fokus kepada tatacara kerja yang lebih teratur, sistematik dan jelas kepada kedua-dua agensi berpusat dan agensi penguatkuasaan supaya tidak keliru bidang tugas di antara kedua-duanya.

Cadangan penambahbaikan kepada Akta 711 ini yang dijadualkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini sebaik dasar perhubungan agensi berpusat tersebut selesai dikaji dan dimuktamadkan, merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan Perpaduan dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan kuasa, rasuah dan perlanggaran integriti dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam organisasi awam dan swasta.

Akhir sekali. Selain itu, cadangan pindaan ini juga diyakini dapat membantu kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Madani yang akan sentiasa menolak perbuatan salah laku, rasuah dan perlanggaran integriti dalam kehidupan seharian. Sewajarnya pindaan ini membolehkan kerajaan memperkasakan urus tadbir yang baik serta meningkatkan keyakinan rakyat dalam usaha membanteras rasuah secara keseluruhannya bagi mencapai matlamat fungsi terus ekonomi Madani di bawah Strategi Tata kelola Yang Baik, Membanteras Rasuah. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Gelugor.

final • 10:10 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Persoalan saya Timbalan Menteri adalah kita tahu bahawa kalau kita mengikut statistik dan data, bahawa jumlah whistleblowing ataupun aduan adalah agak rendah daripada pihak awam from the general public dengan izin. Jadi memandangkan keadaan tersebut untuk menambah keyakinan rakyat terhadap bagi dalam kes-kes membuat aduan, adakah pihak kerajaan bersedia untuk menerima aduan-aduan secara terbuka tanpa kira sama ada aduan-aduan tersebut diajukan kepada satu agensi pusat ataupun central agency is the government.

Adakah kerajaan akan bersedia untuk vet dengan izin setiap aduan yang dibuat supaya kita memberi keyakinan yang lebih kepada rakyat. Kita tidak mahu kes-kes seperti kes Lalitha Kunaratnam, di mana beliau telah pun disaman oleh Ketua MACC iaitu Tan Sri Azam Baki di mana dalam kes seperti tersebut, sudah tentu keyakinan rakyat akan hancur, sama ada mereka akan berani keluar untuk membuat aduan ataupun whistleblow.

Itu semua kerajaan perlu menangani masalah ini. Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk

final • 10:10 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

menerima aduan-aduan secara terbuka tanpa kira sama ada ianya perlu melalui proses bureaucratic tersebut. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Terima kasih Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat ini tepat. Tetapi masalahnya Yang Berhormat lebih arif dalam perkara ini daripada saya. Yang Berhormat dahulu Menteri di sana dan saya difahamkan adalah the pillar dalam membuat perubahan perkara ini tetapi walaupun soalan ini telah ditanya, saya akan jawab.

Perkara yang menghadapi agensi dan kerajaan adalah trust deficit. Di mana kepercayaan orang ramai kepada agensi-agensinya nampaknya tidak tahap yang kita mahu. Tetapi, saya setuju kepada Yang Berhormat bahawa kita perlu satu inisiatif yang baru dan saya percaya juga bahawa bila ada kenyataan-kenyataan terbuka, itu menjadi masalah yang besar kerana ia akan melibatkan disclosure yang terlampau dan lepas itu tindakan diambil adalah susah, maka perlu disalurkan kepada agensi-agensi. Itu nombor satu.

Nombor dua, dengan perubahan-perubahan yang dicadangkan, semestinya perkara-perkara yang diberi pandangan oleh Yang Berhormat ini akan diambil kira. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya nak minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Menteri. Mutakhir ini kita dengar banyak aduan dibuat kepada pihak SPRM, belum dibicara, belum apa-apa pengerusi ataupun Ketua Pesuruhjaya MACC telah keluarkan kenyataan. Bicara pun belum lagi. Kita dapati mangsa dihukum sebelum dibicarakan oleh media. Ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bila ada aduan, kita harus tunggu perbicaraan dan sebagainya barulah dibuat pengadilan. Jadi, apakah mekanisme pihak kerajaan untuk kita menghalang seseorang mangsa dibicarakan oleh media secara terbuka, sebelum mahkamah buat keputusan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Saya berpendapat bahawa Yang Berhormat trust deficit satu di antara masalah apabila dilaporkan kepada agensi-agensi, ia terbongkar itu menjadi satu masalah yang besar.

Akan tetapi saya rasa dengan perundangan yang akan diubahsuai tidak lama lagi ini, semestinya ia akan mengambil kira perkara tersebut dan tindakan lanjut dia akan ambil supaya exposure, exposure sedemikian tidak berlaku. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

final • 10:10 AM

2. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan statistik 10 tahun terkini peratusan pekerja OKU dalam sektor awam sejak diperkenal Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam kepada orang kurang upaya (OKU) pada tahun 1988, dan apakah jenis-jenis cabaran yang dihadapi golongan ini sepanjang perkhidmatan mereka.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya atau singkatannya MKBOKU yang ditubuhkan di bawah seksyen 3(1) Akta Orang Kurang Upaya 2008 iaitu Akta 685, terdapat enam jawatankuasa yang menggalas tanggungjawab bagi memperkasa golongan orang kurang upaya ini.

Dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU diselia oleh salah satu daripada enam jawatankuasa ini iaitu Jawatankuasa Pekerjaan yang dipengerusikan oleh Kementerian Sumber Manusia atau akronim baharunya KESUMA. Bagi mencapai dasar ini, KESUMA dibantu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam jawatankuasa tersebut. Secara ringkasnya pengisian OKU dalam perkhidmatan awam dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada tahun 2014 hingga tahun 2023 adalah masih tidak mencapai sasaran Yang Berhormat, seperti yang telah ditetapkan iaitu satu peratus.

Walau bagaimanapun, menurut statistik pencapaian dasar satu peratus ini menunjukkan corak peningkatan seperti berikut. Pada tahun 2014, pencapaiannya adalah 0.23 peratus, kemudian 0.25 peratus pada tahun 2015, 0.28 peratus pada tahun 2016 dan 0.29 peratus pada tahun 2017 hingga 2022 dan 0.3 peratus pada tahun 2023. So, kita melihatkan trend peningkatan. Antara punca yang dikenal pasti adalah pada peratusan permohonan pekerjaan dalam sektor awam oleh calon OKU yang tidak sampai satu peratus berbanding permohonan keseluruhan calon.

Sebagai contoh, data daripada SPA menunjukkan daripada tahun 2019 hingga 2023, hanya 0.3 peratus ke 0.64 peratus sahaja jumlah permohonan yang diterima oleh, daripada calon-calon OKU. JPA sedang menjalankan kajian kepuasan bekerja dalam kalangan penjawat awam OKU ini dan hasil daripada kutipan data setakat ini mendapati antara cabaran utama Yang Berhormat, yang dihadapi sepanjang perkhidmatan penjawat awam OKU ini adalah di antaranya keupayaan dan kompetensi penjawat awam OKU dalam menyesuaikan diri dengan penyelia, rakan sekerja dan juga persekitaran organisasi di mana mereka berkhidmat.

Kemudian keadaan yang tertekan dengan tuntutan kerja dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, mungkin atas keterbatasan dan aspek penerimaan Ketua Jabatan atau majikan untuk menyediakan sokongan dan kemudahan yang diperlukan bagi penjawat awam atau rakan-rakan OKU ini.

Oleh itu menyedari pencapaian yang rendah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam OKU,maka dasar satu peratus sedang dikaji dan ditambah baik, insya-Allah dari segi pelaksanaannya di masa hadapan. Kerajaan sentiasa komited dan responsif terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh penjawat awam OKU. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, terima kasih di atas jawapan. Jawapan itu tepat dia bagi gambaran terkini. Akan tetapi, adakah Yang Berhormat sedar dua perkara ya. Yang pertama sekali akhbar Sinar 2 Mac yang lalu, baru beberapa hari mengeluarkan kenyataan yang tajuk menyeksakan iaitu, “OKU diseksa”.

Sepatutnya kita mencapai satu peratus tetapi kita hanya capai overall 0.33 peratus. Akan tetapi kalau ikut angka Yang Berhormat bagi itu mungkin kurang lagi.

Jadi, Yang Berhormat kena keluarkan kenyataan di akhbar secara terbuka langkah-langkah yang kerajaan akan ambil untuk nak capai satu peratus. Saya sekarang ini bukan nak salahkan kerajaan sekarang, tetapi mesti nampak usaha sebab kerajaan ini Kerajaan Madani. Madani mesti buat cepat, ikhlas dan sebagainya. 0.33 peratus kita nak capai satu peratus Yang Berhormat. Nak capai satu peratus itu dia banyak bidang kerja dalam perkhidmatan awam yang boleh kita bagi tetapi banyak daripada pihak kerajaan ini apabila kita buat iklan kerja...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Dia tidak masukkan OKU. Jadi yang kedua Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu soalan sahaja.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dak, ini cadangan tak jawab pun tak apa.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang lain pun tanya soalan panjang. Saya check ya.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan lebih banyak peluang latihan industri terutamanya program TVET dan juga lain-lain lagi kepada OKU untuk boleh mereka mudah mendapat pekerjaan sama ada dalam kerajaan dan swasta. Apakah soalan itu tak sesuai? Saya tanya soalan tak boleh jawab tak apa, jawab secara bertulis tak ada masalah.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat pun biasa duduk dalam kerajaan dahulu dan kalau kita masukkan sepuluh tahun termasuklah di waktu Yang Berhormat sendiri berkhidmat sebagai Menteri ya.

final • 10:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Tetapi apa pun, saya yakin memang seperti saya sebut tadi, kerajaan komited ya untuk melihat keperluan dan kepentingan kepada penjawat awam OKU ini. Jadi, semua dasar-dasar yang berkaitan dengan OKU ini kita akan dan sedang sebenarnya meneliti dan untuk menambah baik. Jadi insya-Allah, begitu juga termasuk dalam bidang TVET, bidang-bidang mungkin yang selain daripada ini, dalam bidang online business dan sebagainya, itu pun boleh kita lihat juga walaupun itu di bidang ataupun di luar bidang kuasa penjawat awam. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepong.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya menyokong dasar pekerja untuk golongan OKU ini di dalam sektor perkhidmatan awam.

Saya selalu berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sektor perkhidmatan awam. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk meningkatkan dasar ini untuk golongan OKU di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebab saya tak nampak pun ada OKU bekerja di Dewan DBKL. Kedua, kita patut mulai dasar ini di Bangunan Parlimen ini. Saya dah lebih 10 tahun di Bangunan Parlimen, saya tak nampak ada pekerja OKU. Jadi, saya minta kerajaan upah lebih OKU bekerja di Bangunan Parlimen. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju untuk kita melihat kembali untuk kita menambah kemungkinan penjawat-penjawat awam di Parlimen sendiri untuk kita meningkatkan lagi mungkin peratusan kepada penjawat awam yang OKU ini di dalam perkhidmatan awam.

Yang Berhormat, kalau- untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat di DBKL ataupun Wilayah Persekutuan sendiri, kita ada lebih 10,000 penjawat awam. Sebenarnya pencapaian kita jauh lebih baik daripada yang saya sebut tadi. Kita dah ada 0.5 peratus jumlah pekerja di DBKL sendiri, yang terdiri daripada mereka-mereka yang OKU. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang).

final • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Ledang nombor 3.

final • 10:20 AM

3. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan perancangan dan tindakan lanjut kerajaan dalam isu kemelut kemanusiaan di Palestin di mana kekejaman dan penderitaan terus memuncak.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang di atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini. Sepertimana yang telah dimaklumkan di Dewan yang mulia ini, Malaysia kekal dengan pendekatan berprinsip dalam isu melibatkan krisis kemanusiaan di Palestin. Malaysia kekal memperjuangkan isu Palestin dalam semua lapangan, keadaan dan masa. Justeru, Malaysia sama sekali tidak akan berganjak dari menyuarakan enam tuntutan utama iaitu:

(i) gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan segera;

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

(ii) menghentikan aktiviti penempatan oleh Israel dan tindakan keganasan penduduk haram atau, dengan izin, settler;

(iii) menghentikan serta-merta pemindahan orang awam Palestin secara paksa;

(iv) siasatan ke atas semua pelanggaran undang-undang antarabangsa melalui institusi perundangan antarabangsa;

(v) menyokong inisiatif keamanan Arab dan rundingan penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra 1997; dan

(vi) memerangi peningkatan global dalam Islamofobia.

Malaysia turut mengusulkan Palestin untuk diterima masuk sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Puan Yang di-Pertua, sebagai tanda solidariti kepada Palestin, Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB turut dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 17 Januari 2024, bagi menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia menuntut keadilan dan keamanan di Palestin. Selain itu, Malaysia turut menyertai sesi pendengaran awam Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada 22 Februari 2024 bagi mengemukakan kenyataan lisan negara berkaitan dasar dan pencabulan Israel, termasuklah pendudukan berterusan, aktiviti penempatan dan pengilhakkan di dalam wilayah Palestin yang mencabul hak rakyat Palestin serta undang-undang antarabangsa.

Malaysia menyokong penuh cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengadakan Persidangan Keamanan Antarabangsa, dalam usaha membangun pelan hala tuju ke arah penyelesaian dua negara untuk konflik Israel–Palestin. Kerajaan Malaysia atas gerak kerja bersepadu di bawah Ops Ihsan akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita di Gaza.

Misi kemanusiaan akan terus digerakkan lagi ke Gaza menerusi Ops Ihsan berdasarkan cadangan pelan atur tindak oleh Sekretariat Induk Ops Ihsan. Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin melalui sumbangan daripada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kepada agensi kemanusiaan yang terlibat.

Baru-baru ini saya telah mengetuai delegasi Kementerian Luar Negeri bersama- sama dengan Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli dan menjejakkan kaki di bumi Rafah, bagi memperlihatkan kepada dunia sokongan Malaysia kepada Palestin dan menzahirkan komitmen berterusan negara dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan berterusan tanpa henti kepada Palestin.

Puan Yang di-Pertua, saya juga akan berlepas ke Jeddah pada petang ini, mewakili Menteri Luar Negeri untuk menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri- menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan pelaksanaan perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama semasa sidang kemuncak tergempar bersama Arab dan OIC pada November 2023, berkenaan keganasan berterusan Israel di Semenanjung Gaza dan serangan di Rafah.

Akhir sekali, kerajaan akan sentiasa konsisten dalam mengeluarkan kenyataan dalam mesyuarat-mesyuarat dua hala dan pelbagai hala seperti di PBB, OIC dan juga ASEAN bagi memperjuangkan isu Palestin. Sekian dan terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ledang.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih. Terima kasih kepada jawapan yang menyeluruh daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan saya juga amat menghargai komitmen yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, terutamanya selari dengan beberapa tuntutan-tuntutan yang telah dibuat oleh Malaysia, terutamanya berkenaan gencatan senjata yang kekal di Palestin kerana peperangan masih berlaku dan

final • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

mereka masih lagi ditembak dan diserang, walaupun untuk hanya mendapatkan bantuan makanan.

Justeru, soalan tambahan saya, adakah atas dasar bahawa Israel telah pun melanggar jenayah genocide melalui langkah-langkah sementara yang diputuskan oleh ICJ, maka adakah Malaysia akan sokong usaha untuk menggantung keahlian rejim Zionis Israel daripada badan-badan antarabangsa seperti PBB, International Olympic Committee

(IOC), FIFA dan lain-lain? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Malaysia akan terus menyuarakan pandangan kita dan juga hujah-hujah kita, betapa masyarakat antarabangsa harus mengecam pertamanya, atas tindakan kejam Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Yang seterusnya Malaysia juga akan terus mengambil peluang untuk menyuarakan suara-suara kita di platform-platform antarabangsa seperti yang saya sebutkan tadi seperti PBB, OIC, NAM, ASEAN dan termasuklah mungkin untuk memberi pandangan, untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap Israel sehingga menggantung keahlian. Ini antara satu opsyen yang boleh kita suarakan di mana-mana pertubuhan antarabangsa, di mana Israel sebagai ahli pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita juga akan terus mengambil bahagian seperti apa yang telah difailkan oleh South Africa di ICJ. Kes itu kita akan sentiasa memberikan feedback, pandangan kita supaya ICJ juga mengambil tindakan yang tegas terhadap Israel yang tidak berperikemanusiaan itu. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Machang.

final • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dikhabarkan tahun ini Khazanah, KWSP akan membentuk satu konsortium dengan Global Infrastructure Partners (GIP) untuk memiliki pegangan dalam MAHB. Untuk makluman Dewan yang mulia Tuan Yang di-Pertua, GIP adalah milik penuh BlackRock, pengurus dana yang terbesar di dunia. BlackRock merupakan pemilik kepada pemegang saham kepada Raytheon, Lockedheed Martin, Northrop Grumman. Semua syarikat-syarikat ini merupakan pembekal senjata yang membunuh rakyat Palestin di Gaza.

[Tepuk] Jadi, saya minta komitmen daripada Wisma Putra dan juga backbenchers kerajaan untuk sama-sama membantah pendekatan pertimbangan ini yang dibawa oleh Khazanah, KWSP untuk menjual pegangan MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh Black Rock.

final • 10:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Apa guna kita bercakap di UN tapi belakang kita bersekongkol dengan orang yang membunuh rakyat Palestin.

[Tepuk] Saya yakin Menteri Kewangan mampu bertindak lebih bijak daripada ini. Jadi, saya minta komitmen daripada Wisma Putra, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Machang, isu yang dibangkitkan ini adalah isu yang agak besar. Kita belum dapat maklumat rasmi mengenai isu itu. Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri akan mengambil apa-apa tindakan yang perlu, berdasarkan wilayah kementerian kita. Kalaulah wilayah itu di bawah Kementerian Luar Negeri, kita akan bagi pandangan kepada semua agensi yang terlibat.

Contoh, dalam Ops Ihsan yang telah kita laksanakan ini, ramai NGO tampil untuk membantu perjuangan Palestin, kita akan buat screening, kita akan buat rekomendasi, nasihat dan pandangan daripada semua agensi kementerian yang lain. Kita sentiasa ambil cakna dan ambil kira dan ini isu yang dibangkitkan ini, kalaulah nanti ada maklumat rasmi tentang itu, kita akan bagi pandangan di peringkat wilayah kementerian kita. Insya- Allah, terima kasih Yang Berhormat Machang.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.

final • 10:30 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

final • 10:30 AM

4. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah kerugian akibat jenayah scammer dari tahun 2020-2023; dan

(b) tindakan pihak kerajaan membanteras pihak scammer ini secara menyeluruh.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan oleh Yang Berhormat Kepala Batas ini bersekali dengan tiga soalan lain yang dikemukakan oleh tiga Ahli Yang Berhormat berikut kerana ia menyentuh isu serta perkara yang sama, iaitu melibatkan isu-isu jenayah kewangan dan seperti scam yang semakin berleluasa dan dalam pelbagai bentuk penipuan iaitu soalan 58 daripada Yang Berhormat Beruas, 7 Mac. Kedua, soalan 85 daripada Yang Berhormat Batang Lupar pada 19 Mac 2024 dan soalan 72 daripada Yang Berhormat Kota Melaka bertarikh 25 Mac.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes penipuan atas talian dan nilai yang terlibat sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2023 adalah sebanyak 107,716 kes melibatkan kerugian sebanyak RM3.2 bilion. Kerajaan tidak memandang rendah terhadap isu penipuan atas talian ataupun online scam dan tindakan-tindakan menyeluruh yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan dalam hal ini adalah seperti berikut.

Penubuhan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan, National Scam Response Centre (NSRC) yang ditubuhkan pada Oktober 2022 berfungsi sebagai satu pusat respons pantas setempat yang boleh dihubungi melalui panggilan pantas 997.

Menggabungkan sumber serta kepakaran daripada Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) serta disokong oleh pihak institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi.

Secara umumnya, fungsi NSRC adalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang menyeluruh bagi memerangi kesalahan penipuan kewangan atas talian termasuk respons pantas dalam menjejaki dana fund-raising. Usaha yang dilaksanakan berupaya menyekat sebahagian pengaliran dan pelupusan hasil penipuan termasuk mengesan dalang utama dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perlakuan kesalahan ini.

Keberkesanan NSRC terletak pada ciri-ciri pengoperasiannya iaitu pertama, membolehkan mangsa-mangsa penipuan membuat aduan dengan mudah, dengan hanya mendail nombor 997. Sebaik sahaja aduan mangsa diterima, pihak NSRC yang turut dibantu oleh institusi kewangan mampu untuk mengesan jejak kewangan mangsa.

Sekiranya wang mangsa dikesan masih berada di dalam sistem perbankan, tindakan serta sekatan boleh dilaksanakan. Tindakan sekatan ini dapat menghalang pelepasan wang mangsa dan memberi peluang untuk membolehkan wang itu dikembalikan semula kepada mangsa kelak.

Selain dari itu, NSRC menerusi SKMM dan dibantu oleh industri telekomunikasi dapat mengenal pasti nombor-nombor telefon yang digunakan dalam perlakuan kesalahan penipuan ini. Tindakan sekatan dan penamatan perkhidmatan nombor-nombor telefon berkenaan juga akan diambil.

Setakat Januari 2024, sebanyak 131 nombor talian telah ditamatkan kerana terlibat dengan aktiviti penipuan dan 93 nombor talian yang meragukan telah disekat.

Nombor-nombor akaun dan telefon yang terbabit itu juga akan direkodkan di dalam sistem Semak Mule pada PDRM sebagai rujukan dan panduan yang membolehkan orang awam membuat semakan sebelum mereka meneruskan transaksi kewangan mereka.

Penggubalan undang-undang baharu. Kerajaan kini sedang dalam proses merangka isu satu akta baru yang merangkumi peruntukan berhubung dengan tatacara dan penguatkuasaan Kill Switch untuk meningkatkan keselamatan digital dengan izin

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

digital safety, secara terperinci dan jelas, selaras dengan keperluan semasa serta perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan kes jenayah siber yang semakin meningkat.

Selain itu, penelitian juga sedang dilaksanakan oleh kerajaan melalui agensi yang berkenaan terhadap beberapa peruntukan undang-undang lain seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara bagi membolehkan pengembalian wang penuh kepada mangsa-mangsa. Puan Yang di-Pertua, nampaknya soalannya panjang...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis sahaja.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Ya, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Batas.

final • 10:30 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan komprehensif dan mudah-mudahan dapat mengurangkan jenayah scammer yang berlaku di Malaysia ini khususnya.

Soalan tambahan saya berdasarkan jawapan Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan kerajaan berhasrat untuk menggubal undang-undang berkaitan dengan scammer dan saya mengharapkan supaya dicadangkan, adakah undang-undang tersebut dapat mempercepatkan proses pendakwaan jenayah scammer di mahkamah?

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Betul, terima kasih. Ini adalah perkara yang diambil kira dan perkara yang final itu akan dibuat keputusan oleh agensi dan melibat terus. Saya percaya scam ini bukanlah satu yang unik untuk negara kita sahaja tetapi saya fahamkan di seluruh dunia semua negara pun terlibat. Maka usaha dan lain-lain, portal- portal yang baharu juga akan diwujudkan supaya – macam Kill Switch itu akan menghasil membawa scammer itu diberhentikan dengan seberapa segera yang boleh, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini juga adalah soalan Kota Melaka. Jadi, saya bagi Kota Melaka.

final • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, kita lihat hari ini scam kes ini banyak melibatkan institusi kewangan dan selama ini tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk meminta supaya pihak bank bertanggungjawab sekiranya mereka ada kecuaian. Saya ingin menarik satu perhatian kepada Timbalan Menteri...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan, soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Perhatian kepada Timbalan Menteri...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan...

final • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Satu kes seorang wanita tua telah hilang sebanyak RM500,000 dan apabila beliau mengadu kepada pihak bank, pergi ke bank, bank suruh dia tarik balik aduan tersebut dan suruh dia pergi buat laporan polis. Di sini kita lihat pihak bank cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Jadi, saya hendak tanya kepada Timbalan Menteri, adakah undang-undang yang akan digubal yang baharu itu, mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang cuai? Telah melakukan kerja-kerja yang tercuai, terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Timbalan Speaker.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Soalan yang tepat. Saya berpendapat bahawa bank perlu bertanggungjawab, dia tidak boleh mengelak daripada mengambil tindakan dan jika ada mana-mana bank yang sedang atau telah membuat sedemikian, merujuk kepada agensi berkenaan supaya tindakan selanjutnya diambil. Walaupun sedemikian, rang undang-undang yang sedang dikaji ini akan merangkumi semua perkara Yang Berhormat katakan dan kita harap dalam

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

stakeholders diskusi, Yang Berhormat sendiri boleh terlibat dalam perkara ini, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.

final • 10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 5.

final • 10:30 AM

5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah pemain yang diberi kewarganegaraan bagi mewakili Malaysia dalam Piala Asia baru-baru ini. Apakah usaha FAM untuk memajukan sukan bola sepak dan adakah dasar naturalisasi ini akan diteruskan pada masa akan datang.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Puan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan oleh Tuan Jimmy Puah, Tebrau ini bersekali dengan pertanyaan nombor 32 tarikh 4 Mac daripada Yang Berhormat Tuan Zakri, Kangar dan pertanyaan daripada Tuan Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas bertarikh 25 Mac 2024 kerana perkara yang dibangkitkan adalah menyentuh isu yang sama.

Puan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada rekod penyertaan pemain ke Piala Asia Doha 2024, seramai empat pemain naturalisasi dan tujuh pemain warisan yang mempunyai pertalian darah keluarga warganegara Malaysia telah disenaraikan dalam pasukan kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghentikan program naturalisasi pemain di peringkat kebangsaan buat sementara waktu. Walau bagaimana sekali pun, kelab bola sepak yang bernaung di bawah Malaysia Football League (MFL) masih boleh meneruskan program ini mengikut langkah dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pemain naturalisasi mewujudkan persekitaran yang kompetitif dengan memberikan persaingan kepada pemain-pemain tempatan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan kita. Di samping itu, kehadiran pemain dalam kategori ini juga turut membantu meningkatkan mutu permainan bola sepak Malaysia yang dapat dilihat menerusi peningkatan ranking antarabangsa sekarang.

Sebagai usaha utama untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara secara menyeluruh, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara telah pun dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia mewujudkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara sejak tahun 2014 dengan fokus peringkat umur tujuh hingga 17 tahun.

Program ini merupakan pelan strategik jangka panjang yang telah pun menggariskan sembilan inisiatif bagi menghasilkan generasi baharu pemain bola sepak Malaysia yang boleh bersaing di peringkat Asia dan dunia, seterusnya insya-Allah, layak ke Piala Dunia. Program ini telah diselaraskan dengan pelaksanaan Pelan Jangka Panjang Persatuan Bola Sepak Malaysia yang dikenali sebagai F30.

Sehingga kini, Program Pembangunan Bola Sepak Negara mempunyai seramai 16,228 orang pemain, 767 orang jurulatih daripada 63 akademi tunas, 63 pusat latihan daerah, 14 sekolah sukan negeri, sebuah Sekolah Sukan Malaysia dan sebuah Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau.

final • 10:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya harap FAM dan kerajaan boleh menumpukanlah masa depan bola sepak kita kepada bakat sendiri asli kita. Orang muda kita pun juga ada bakat bermain untuk negara.

Bila saya tengok ASEAN game ini Menteri, saya nampak orang yang betul-betul semangat ya dan dengan izin, with heart ini adalah orang asli, orang Malaysia kita.

Saya ada satu soalan tambahan untuk Yang Berhormat. Apakah tahap persediaan negara kita menuju ke Olimpik Paris 2024, selaras dengan Project Road to

final • 10:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Gold yang dilancarkan pada tahun lepas? Apakah harapan negara untuk mendapat pingat dan dari acara atau sukan mana yang paling kita ada potensi? Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tidak berkaitan dengan soalan asal. Namun, saya bagi sedikit maklumat memandangkan pagi tadi memang telah diadakan satu sesi bersama dengan atlet podium.

Setakat sekarang untuk pengetahuan, lima orang atlet kebangsaan telah pun layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. Kita jangka akan ada tambahan sehinggalah tahap kelayakan pada bulan Jun ini tamat insya-Allah. Selebihnya saya boleh bagi jawapan bertulis jika perlu maklumat tambahan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Alor Setar.

final • 10:40 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang di- Pertua dan sahabat saya Timbalan Menteri. Saya ucap tahniah kerana kementerian telah pun menamatkan dasar naturalisasi ini kerana ia dilihat sebenarnya mematikan karier pemain tempatan.

Namun, soalan saya lebih kurang macam sahabat yang bertanya tadi. Adakah kerajaan ada pool of talent local player untuk diangkat ke persada antarabangsa? Tadi usaha-usaha telah pun dibuat tetapi perlu ada senarai. Siapakah pemain tempatan yang ada bakat itu?

Kedua Puan Yang di-Pertua, semalam kita dikejutkan dengan kematian atlet silat SUKMA Terengganu, Allahyarham Wan Muhammad Haikal Wan Hussin yang meninggal dunia di pentas pertandingan di Seremban.

Apa usaha kementerian supaya insiden ini tidak berulang dan adakah ada satu bentuk perlindungan insurans atau pun takaful yang kementerian ataupun kerajaan sediakan untuk semua atlet kita supaya ada usaha untuk menjaga kebajikan para atlet?

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Antara usaha untuk kita pastikan ada talent pool yang lebih besar adalah untuk memastikan lebih banyak kerjasama strategik dalam membentuk sama ada pengurusan mahupun latihan. Bersekali juga dengan sebenarnya pasukan ataupun Majlis Sukan Negeri dalam persoalan yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkait dengan insiden yang berlaku terhadap atlet sukan silat untuk kelayakan SUKMA.

Pertama sekali, kita ucapkan takziah pada ahli keluarga. Kita rakamkan rasa simpati dan kita telah pun dalam peringkat awal sekarang menunggu siasatan daripada tentu sekali PESAKA sebagai pihak penganjur. Kita setakat sekarang, kita tidak meletakkan mana-mana kesalahan pada mana-mana pihak.

Namun, tentu sekali dari sudut untuk memastikan insiden-insiden sebegini tidak lagi berulang, kita harus pastikan setiap penganjur mematuhi SOP. Yang ini perlu diselaraskan dengan pihak Pesuruhjaya Sukan.

Kita juga turut lancarkan Kod Sukan Selamat yang merangkumi kebertanggungjawaban oleh pihak-pihak penganjur dalam memastikan pematuhan SOP, penyediaan ruang yang selamat serta memastikan bahawa risiko-risiko ini ada cara untuk kita handle.

Selain daripada itu, kita memastikan juga selepas ini akan ada kerjasama yang lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) supaya setiap SOP-SOP yang berkait dengan penganjuran sukan yang berisiko tinggi ini boleh diperketatkan dan kita tidak mahu lihat perkara-perkara begini berulang kerana kesilapan yang boleh kita elakkan daripada peringkat awal. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.

final • 10:40 AM

6. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat meminda Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] dengan meningkatkan hukuman bagi menangani masalah pemberi pinjam wang (PPW) yang berkelakuan seperti Ah Long.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

[Berselawat]* Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang bertanya.

Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak mempunyai perancangan untuk memindah peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] termasuklah peruntukan berkaitan dengan hukuman bagi pelanggaran Akta 400 yang dilakukan oleh pemberi pinjam wang (PPW) berlesen.

Hal ini adalah kerana, peruntukan sedia ada di bawah akta tersebut adalah memadai sebagai punca kuasa perundangan kepada kementerian ini di dalam mengawal selia industri PPW dan melindungi kepentingan-kepentingan peminjam yang antara lainnya adalah seperti berikut iaitu:

(i) PPW yang menjalankan urus niaga selain daripada alamat yang berdaftar pada lesen boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 8 [Akta 400] iaitu denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan;

(ii) PPW yang tidak menyerahkan salinan perjanjian kepada peminjam boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 16 [Akta 400] iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali;

(iii) PPW yang mengenakan kadar faedah melebihi had yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 12 peratus setahun bagi pinjaman bercagar dan tidak melebihi 18 peratus setahun bagi pinjaman tidak ada cagaran atau mengenakan faedah melebihi pokok pinjaman boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 17A [Akta 400] iaitu denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan atau kedua- duanya sekali;

(iv) PPW yang gagal memberikan resit atas bayaran balik oleh peminjam boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 19(4)(4) [Akta 400] iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 bulan atau kedua-duanya sekali; dan

(v) PPW yang melakukan kekerasan atau ugutan terhadap peminjam boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 29B [Akta 400] iaitu denda tidak kurang daripada RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya sekali dan dalam kesalahan yang kedua atau berturutan hendaklah juga dikenakan dengan sebatan sebagai hukuman tambahan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, KPKT akan terus proaktif dalam melaksanakan penguatkuasaan melalui pemantauan berkala ke atas premis syarikat PPW dengan sasaran sekurang-kurangnya 850 premis PPW berlesen setiap tahun.

Orang awam pula dinasihatkan untuk berhati-hati dan terus cakna dengan hak- hak peminjam bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Semakan status pelesenan syarikat boleh dibuat melalui aplikasi i-KrediKom bagi Semenanjung Malaysia ataupun mendapat pengesahan daripada pihak autoriti pelesenan PPW bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebarang aduan berhubung pelanggaran Akta 400, bolehlah dikemukakan terus kepada KPKT melalui sistem pengurusan aduan awam iaitu SISPAA KPKT di pautan kpkt.spab.gov.my.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dungun.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Walau bagaimanapun kalau kita melihat kepada Akta 400, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, maknanya sudah 70 tahun lebih. Sedangkan setiap undang-undang dia mesti mengikut pergerakan masa.

Jadi, kalau hukuman sedia ada tidak menggerunkan, maka mesti dicadangkan kepada pindaan-pindaan untuk menimbulkan kegerunan kepada pemberi pinjam wang syarikat-syarikat yang menyalahi dari akta asal. Oleh itu, yang mesti kita ambil kira ialah perlindungan kepada penerima pinjam wang itu supaya ia juga memberikan satu perlindungan kepada mereka secara tegas.

Kedua ialah sebelum...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ya, itu yang saya nak sebutnya supaya yang ...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

...dibuat pindaan undang- undang berdasar kepada kepentingan undang-undang ini sudah 70 tahun lebih.

Kedua ialah penguatkuasaan sebelum undang-undang. Oleh kerana mungkin kemampuan KPKT tidak mencukupi penguat kuasa yang ada. Saya cadang kalau boleh dengan perancangan kuatkuasaan rentas kerjasama kementerian khususnya dengan KPDN. Pohon penjelasan.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, KPKT sentiasa proaktif dalam mendepani kekangan dan cabaran-cabaran yang dihadapi termasuklah daripada aspek bilangan perjawatan dan semua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Sebenarnya pindaan terkini terhadap Akta 400 telah pun dibuat pada tahun 2011 iaitu bukanlah sudah berusia 71, 70 tahun dan tidak dipinda tetapi telah pun diberikan pertimbangan dan apa pun cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat tadi kita ambil berat.

Cuma di peringkat KPKT, selain daripada kita di sudut tenaga kerja yang kita nak perkemaskan ialah di sudut juga sistem digital yang mungkin kita akan juga laksanakan supaya memperkuatkan lagi dari sudut penguatkuasaan. Seperti mana yang saya sebutkan tadi Puan Yang di-Pertua, akta yang sedia ada memang sudah cukup untuk menjadi punca kuasa dan yang seterusnya KPKT bergerak adalah untuk pendigitalan dari sudut penguatkuasaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

[Bangun]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Shah Alam.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Yang di-Pertua. Umum mengetahui memang ramai di luar sana yang mendapatkan perkhidmatan pinjaman berlesen ini. Jadi saya ingin tahu berapakah jumlah syarikat pemberi pinjam berlesen mengikut negeri-negeri dan adakah trendnya semakin bertambah ataupun semakin berkurang?

Kedua, akta ini juga memberikan peruntukan pinjaman berkadar sebanyak 12 peratus maksimum, tidak bercagar 18 peratus maksimum dan yang tidak berlesen

final • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kebanyakannya yang haram ini sekitar 30 peratus, ya. Jadi soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk mengurangkan kadar faedah maksimum yang dikenakan ke atas peminjam wang berlesen agar ia tidak membebankan pengguna? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Sehingga 31 Januari 2024, jumlah pemegang lesen PPW yang aktif di Malaysia di Semenanjung Malaysia adalah 3,329, di Sabah, 562, Sarawak, 511, Wilayah Persekutuan Labuan, lima, menjadikannya jumlah keseluruhan PPW berlesen dengan KPKT adalah sejumlah 4,407.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, subseksyen 17(1) Akta 400 telah menyatakan bahawa kadar faedah bagi pinjaman cagaran hendaklah tidak melebihi 12 peratus setahun atau satu peratus sebulan dan faedah pinjaman tanpa cagaran hendaklah tidak melebihi 18 peratus setahun ataupun 1.5 peratus sebulan.

Akta 400 melalui subseksyen 17A(2) juga telah menerangkan bahawa faedah tidak boleh pada bila-bila masa dikutip oleh pemegang lesen atau akan sesuatu jumlah yang melebihi jumlah pokok yang dikenakan bayaran.

Bagi kesalahan syarikat kredit komuniti yang mengenakan kadar faedah melebihi had yang dibenarkan, syarikat tersebut boleh juga dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.

Lanjut saya akan berikan jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7.

final • 10:50 AM

7. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan berapa jumlah peniaga yang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sepanjang tahun 2023, dan adakah akta ini masih relevan dalam keadaan semasa.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu di atas soalan.

Puan Yang di-Pertua, sepanjang 2023, sebanyak 5,904 kes dihasilkan melibatkan kesalahan di bawah AKHAP 2011 dengan nilai kompaun dan denda berjumlah RM1,466,600.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ialah undang-undang Malaysia yang telah mula berkuat kuasa sejak 2011 dan digubal untuk mengawal harga barangan dan perkhidmatan serta mencegah amalan pencatutan oleh peniaga.

Undang-undang ini memperuntukkan dua kaedah kawalan iaitu satu yang pertama, penentuan harga maksimum bagi barang-barang yang dikawal sepanjang masa dan juga pada musim perayaan.

Kedua, ialah mengawal selia dari aspek anti pencatutan iaitu bagi mencegah mana-mana pihak yang mengambil kesempatan bagi barang-barang yang tidak dikawal harganya. Aktiviti pencatutan merupakan aktiviti yang tidak bermoral oleh penjual untuk meraih keuntungan yang berlebihan yang tidak munasabah. Pencatutan ini boleh terjadi di mana-mana peringkat rantaian perbekalan dan pengedaran barangan. Undang-undang anti pencatutan ini terpakai ke atas semua perniagaan yang menjual barangan ataupun yang menyediakan perkhidmatan di Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, sepertimana Yang Berhormat Ahli Dewan maklum sebelum barangan sampai kepada pengguna, ia melalui pelbagai peringkat yang melibatkan pihak pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit. Peringkat-peringkat ini boleh digambarkan sebagai satu rantaian yang menghubungkan setiap pihak bermula dari mendapatkan

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

bahan mentah, membuat pemprosesan, pembuatan dan pemasangan oleh pengeluar, penagihan dan penggudangan oleh pemborong serta pengedar dan akhirnya penjualan kepada para pengguna oleh peruncit.

Peringkat-peringkat yang dinyatakan tadi adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kos bahan mentah, kos tenaga kerja, harga bahan api dan sebagainya. Tambahan pula dengan dunia yang bersifat globalisasi, pembuatan barangan kini banyak menggunakan bahan mentah dari negara-negara berlainan dan meningkatkan risiko kos meningkat, ya.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat, KPDN mempunyai punca kuasa untuk mengeluarkan perintah kawalan harga untuk mengawal selia harga barangan dan perkhidmatan dan akan dikenakan denda sekiranya mereka gagal ya, peniaga gagal untuk mematuhi perintah. Jadi di samping itu, undang-undang ini memperihalkan keperluan bagi sesuatu peniagaan itu menyediakan maklumat harga yang tepat dan telus ya kepada pengguna.

Jadi Puan Yang di-Pertua, bagi menjawab sama ada ia masih relevan, maka jawapannya ialah ia masih relevan bahkan ia adalah satu keperluan kerana ia merupakan satu-satunya mekanisme untuk melindungi para pengguna dari diambil kesempatan oleh penjual yang tidak beretika dan mementingkan keuntungan semata-mata.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan kepentingan rakyat diberikan perhatian dan keutamaan, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelebu.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Puan Yang di-Pertua, saya meneliti jawapan daripada pihak kerajaan. Kalau ini jawapannya Tuan Yang di-Pertua maknanya kos sara hidup dan kenaikan harga barang tidak menjadi satu masalah kepada netizen.

Tetapi netizen sentiasa membawa isu kos sara hidup dan peningkatan harga barang.

Saya nak tanya pihak kementerian, Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan dari segi enforcement dengan izin, penguatkuasaan yang menyebabkan harga tidak dikawal sekarang, you charge peniaga tak adil kerana kadang pembekal dan rantaian bekalan itu yang menaikkan harga yang membawa kepada peniaga tidak ada pilihan, pertama.

Yang keduanya Puan Yang di-Pertua, saya pendekkan ya. Sekarang kita nak menghadapi Ramadan, bulan puasa lebih kurang dalam 10 hari lagi kita Ramadan. Bila sampai Ramadan ini Puan Yang di-Pertua, masuk puasa ganti. Hulu Langat jangan kacau saya. Masuk puasa ganti. Ramadan ini Tuan Yang di-Pertua people’s opinion. Apabila sampai Ramadan dengan izin, harga Ramadan bufet naik, hotel lima star. Kerajaan jawab jangan pergi lima star, you pergilah tiga star. Tetapi harga lima star akan jadi benchmark kepada harga tiga star dan restoran biasa.

Kemudian, harga barangan berbuka puasa di semua bazar-bazar Ramadan akan naik melampau. Ini akan dikemukakan oleh rakyat. Sebelum ini semua dikemukakan soalan penting saya adalah, adakah hotel-hotel atau restoran-restoran besar kelas A kategori A, B dan C dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga ataupun Akta Pencatutan, termasuk bazar-bazar Ramadan, termasuk perkara yang berkaitan dengan food festival dengan izin, yang kita hadapi sekarang ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Jelebu. Sebenarnya Yang Berhormat Jelebu, ia ada dua faktor. Kos sara hidup ini ataupun barang-barang ini dia ada kiraan dia daripada bahan mentah. Dia ada kiraan dari segi margin dan dia juga ada kiraan dari segi mark-up. Maksudnya kalau kos bahan mentah itu kita import, bawang itu kita import, jadi apabila makanan itu bila kita kira mengikut formula yang pencatutan ini dan kemudian kita tengok ada increase, kita akan bagi notis Yang Berhormat Jelebu.

Kemudian kalau kita bagi notis mereka perlu tunjuk kepada kita keseluruhan kos mereka dan sekiranya kos bahan mentah itu tinggi, maka tidak berlaku pencatutan itu dan

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

kenapa rakyat terasa sangat ialah kerana banyak bahan mentah kita diimport. Kita masih lagi belum self-sustaining. Bahan-bahan mentah kita diimport. Berapa lama kita ini merdeka, kita masih mewarisi keadaan ini Yang Berhormat. Tambahan pula, kita sedang buat penyelarasan gaji. Gaji tak meningkat barang meningkat, jadi itu yang terasa sangat itu.

Jadi, bukannya kita tidak melaksanakan kita punya kawalan harga tetapi oleh kerana barang itu memang naik. Itu global fenomena. Apabila negara-negara yang eksport kepada kita sebelum ini naikkan dia punya cukai, tak nak eksport lagi contohnya India tak nak eksport beras. India naikkan cukai untuk eksport bawang. Jadi, dia kesannya kepada kita.

Soalan yang akhir itu berkenaan dengan restoran, hotel, food festival, bazar Ramadan semua kita kuat kuasa, semua kita kawal dan kita kuat kuasa dan kalau ada apa-apa aduan, kita akan tengok. Tetapi bila kita kira balik, kita tengok margin dia tadi saya kata, margin dia punya pengeluaran itu memang tidak melebihi daripada formula pencatutan itu. Ada kiraan dia Yang Berhormat Jelebu. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

final • 11:00 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, susulan berkenaan dengan peniaga yang dikenakan kawalan harga dan antipencatutan ini, saya nak tanya pihak kementerian, berkenaan dengan sejauh mana Ops Kesan, Ops Kesan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian yang saya lihat baru ini lebih kurang 1,016 pemeriksaan dibuat di seluruh negara dan 24 notis telah dikeluarkan susulan dengan kenaikan SST daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Saya nak tanya kepada pihak Menteri, berapakah jumlah penguatkuasaan, penguat kuasa yang terlibat dalam Ops Kesan dan setakat mana Ops Kesan ini akan dilaksanakan yang bermula 1 Mac? Adakah ada usaha lain daripada pihak Menteri untuk memastikan Ops Kesan ini dapat mengurangkan kebimbangan rakyat kesan sentimen daripada SST ini? Terima kasih Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.

Data terkini iaitu kita data semalam ada seribu lebih. Data sehingga apa orang kata hari ini ialah kita telah memeriksa 2,239 premis dan kita sudah pun mengeluarkan 66 notis Yang Berhormat. Jadi apabila kita keluarkan notis, mereka perlu jawab dalam masa empat hari sama ada – dari segi kos dia itu – sama ada kita nak tengok sama ada berlaku atau tidak kenaikan yang tidak munasabah.

Apabila– selepas itu baru kita tengok dan kalau kita rasa memang betul-betul ada kenaikan yang tidak munasabah, kita akan minta lagi empat hari untuk kita dapatkan maklumat lebih lanjut lagi, lebih detailed lagi kos sampai termasuk kita boleh kira kita ada punca kuasa untuk mengira dia punya setiap kos nilai itu. Kalau nak buat contohnya, kalau nak buat kuetiau itu kuetiau dia berapa, bawang dia berapa dan sebagainya kita ada punca kuasa untuk tengok itu ya Yang Berhormat. Berkenaan dengan jumlah keseluruhan, saya akan berikan jawapan bertulis saya tidak ada di sini dan saya akan bagi jawapan bertulis jumlah penguat kuasa yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya, Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Syariat Islam adalah harapan, Penyelesaian di masa hadapan, Soalan saya nombor lapan.

final • 11:00 AM

8. Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini sesi libat urus Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Sebagaimana yang dimaklumi, Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam telah pun ditubuhkan berdasarkan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-70 (MKI) pada 28 Ogos 2023. Anggota Jawatankuasa Khas ini terdiri daripada 11 orang anggota yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang undang-undang sivil, syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Sejak penubuhannya pada 5 Disember 2023, jawatankuasa khas ini telah mengadakan mesyuarat secara berkala sebanyak 10 kali. Jawatankuasa khas ini sedang melaksanakan kajian mengenai isu konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil secara menyeluruh dan tidak hanya memberi fokus kepada isu kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang Islam sahaja. Bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, semua isu yang melibatkan konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil sedang diteliti dan dikaji dengan terperinci.

Jawatankuasa khas juga telah merancang untuk mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan termasuklah Ketua Hakim Syarie negeri-negeri, mufti negeri-negeri, majlis agama Islam negeri-negeri, wakil daripada institusi Islam, mantan hakim dan beberapa individu serta pihak-pihak lain mengikut keperluan dan kesesuaian untuk memberi input, pandangan dan cadangan daripada jawatankuasa khas terhadap isu yang dibincangkan. Pendekatan sedemikian sering tidak langsung dapat membantu Jawatankuasa Khas untuk melihat semua aspek yang berkaitan secara holistik sama ada daripada aspek perundangan sivil dan syariah,, termasuklah hukum syarak.

Saya percaya jawatankuasa khas ini dapat membantu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit berhubung dengan kompetensi dewan undangan negeri untuk menggubal undang- undang Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Butiran 1 Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Suatu yang jelas ialah kes Nik Elin ini mempunyai implikasi yang besar terhadap Enakmen Jenayah Syariah.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Sementara, Jawatankuasa Khas bersifat strategi jangka sederhana iaitu untuk mengeluarkan syor dalam tempoh masa satu tahun. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah segera yang boleh diambil oleh badan legislatif seperti kita pada hari ini. Ini memandangkan kita semua tidak boleh membiarkan Enakmen Syariah ini terdedah kepada cabaran dan pembatalan lagi tanpa kita tidak bersegera menyediakan benteng awal kepada enakmen tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Dalam konteks kes Nik Elin dan juga tindakan yang perlu diambil oleh badan legislatif ini, sepertimana yang telah saya maklumkan sebentar tadi, Jawatankuasa Khas sepertimana yang telah dititahkan oleh Duli Tuanku Sultan Selangor untuk ditubuhkan ini akan memainkan peranan untuk membuat syor dan juga pandangan-pandangan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Antara syor dan pandangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa ini termasuklah yang berkait rapat dengan kuasa dan bidang kuasa yang ada pada legislatif ataupun Ahli-ahli Parlimen.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Dalam konteks ini Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas ini juga akan mengambil pandangan daripada Ahli Parlimen melalui libat urus yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Khas ini. Jadi, pada pandangan saya, kita perlu bersabar untuk menunggu cadangan dan pengesyoran yang diberikan oleh Jawatankuasa Khas sebab Jawatankuasa Khas ini akan membuat kajian yang menyeluruh dan terperinci.

Sekiranya ada keperluan untuk menggubal undang-undang, meminda mana- mana undang yang berkaitan ataupun mana-mana peruntukan daripada Perlembagaan Persekutuan, pengesyoran itu akan dibuat dan kita akan bawa kepada Majlis Raja-raja untuk perkenan dan kemudian ke Kabinet dan seterusnya ke Parlimen ini. Insya-Allah. Komitmen kerajaan dan saya percaya juga komitmen semua pihak ialah untuk kita memastikan undang-undang syariah dan juga Mahkamah Syariah ini dapat diperkasakan.

Itu komitmennya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Speaker. Saya hendak tanya dengan Menteri. Adakah Kerajaan Persekutuan bersedia untuk meminda Perlembagaan negara ini, bagi kita mengatasi masalah ataupun konflik yang berlaku di antara Mahkamah Syariah dan juga mahkamah sivil, khususnya sebagaimana tadi disebutkan oleh teman dan juga sahabat saya dari Pokok Sena yang menyatakan soal berkaitan dengan kes Nik Elin. Sebelum itu ada kes Iki Putra. Tetapi Iki Putra tak buat apa-apa. Sila jawab, Menteri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat, Yang Berhormat Hulu Langat. Sepertimana yang saya jelaskan sebentar tadi, harapan kita ialah dengan kajian yang akan disyorkan, yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang Perlembagaan.

Sekiranya syor dan kajian tersebut membawa kepada keperluan untuk pindaan dibuat pada mana-mana Perlembagaan Persekutuan, dalam konteks ini dan apabila proses pengesyoran itu dibawa ke Majlis Raja-Raja mendapat perkenan dan kemudian akan dibawa ke Kabinet.

Kalau itulah yang menjadi penghalang kepada ke arah usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan bagi mengelakkan sebarang bentuk konflik yang berlaku di antara mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah dan sudah tentu Kabinet akan mempertimbangkan dan akan terus bawa ke Parlimen untuk syor berkaitan dengan pindaan. Apa yang penting ialah kita yakin bahawa dengan adanya konflik di antara Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil ini, pertikaian ini akan terus berlaku dan perkara ini akan perlu diselesaikan dengan seberapa segera. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab, Tanjong Manis.

final • 11:10 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Speaker.

Soalan saya nombor 9.

final • 11:10 AM

9. Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Komunikasi menyatakan berapa peratuskah kawasan berpenduduk di Parlimen Tanjong Manis yang telah menerima liputan telekomunikasi dan internat yang mencukupi dan stabil untuk memudahkan komunikasi dan menjalankan urusan harian secara online.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, liputan internat dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Parlimen Tanjong Manis setakat suku keempat tahun 2023 telah mencapai 89.57 peratus. Bagi meningkatkan kadar liputan internat di baki kawasan berpenduduk yang belum mendapat liputan termasuk di Tanjong Manis, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melancarkan inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Di bawah JENDELA, inisiatif yang dilaksanakan meliputi pembinaan menara baharu, menaik taraf pemancar sedia ada dan penyediaan sambungan gentian optik kepada premis. Bagi inisiatif pelan JENDELA di Parlimen Tanjong Manis setakat – Minta maaf. Setakat tahun ini, sebanyak lapan daripada 13 menara baharu telah siap dibina dan beroperasi. Baki sebanyak empat menara masih di peringkat pembinaan dan satu lagi menara adalah dalam peringkat pemasangan peralatan pemancar.

Selain itu, kesemua 65 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf dan sebanyak 1,649 daripada 3,225 premis telah dilengkapi dengan akses kepada perkhidmatan jalur lebar gentian optik berkeupayaan gigabyte. Baki kesemua inisiatif yang dirancang dijangka siap secara berperingkat pada penghujung tahun 2025. Empat lokasi di kawasan Parlimen Tanjong Manis juga telah siap dipasang dengan capaian internat menggunakan teknologi satellite, broadband wireless access (BWA).

Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (POP) Hub Gentian Optik. Sehingga 29 Februari 2024, bagi Parlimen Tanjong Manis, kesemua lima POP bagi fasa satu telah berjaya disiapkan menjadikan 530 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan oleh komuniti setempat. Manakala, 23 POP bagi fasa dua masih dalam peringkat pelaksanaan.

Selain inisiatif pelan JENDELA, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) juga sedang melaksanakan pembinaan 600 buah menara baharu di bawah inisiatif SMART 600. Bagi menambah baik liputan jalur lebar mudah alih di Sarawak, Kerajaan Persekutuan dan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih telah bersetuju berkongsi kos pembiayaan bagi operasi menara di bawah inisiatif SMART 600 ini. Bagi Parlimen Tanjong Manis, sebanyak dua daripada 12 buah menara baharu telah siap dan beroperasi di bawah inisiatif SMART 600.

Kerajaan sentiasa komited dengan mengenal pasti keperluan dan penambahbaikan perkhidmatan di seluruh negara termasuk di Parlimen Tanjong Manis.

Maklum balas daripada penduduk setempat yang mengalami isu perkhidmatan internat amatlah dialu-alukan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Sebarang aduan boleh disalurkan terus kepada pemberi perkhidmatan ataupun portal aduan MCMC menerusi pautan laman sesawang di https://aduan.mcmc.gov.my. Sekian, jawapan saya.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Manis.

final • 11:10 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu jawapan yang begitu lengkap sekali. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon jawapan bertulis. Salinan jawapan sebab saya tidak dapat hendak catat semua yang dibekalkan oleh Timbalan Menteri tadi.

Satu lagi soalan berkaitan daripada soalan saya adalah begini. Masih lagi kita mendengar rungutan daripada penduduk kampung kerana liputan yang lemah, liputan yang tidak stabil ataupun terputus liputan. Jadi, mengalu-alukan jawapan daripada Timbalan Menteri tadi untuk memberi makluman kepada Menteri.

Satu lagi, di antara kawasan berpenduduk. Sebab di Parlimen Tanjong Manis agak jauh kawasan dari kampung ke kampung, tidak terdapat liputan. Kalau ada masalah seperti kerosakan kereta dan masalah-masalah pengangkutan yang lain, susah bagi penduduk untuk membuat perhubungan. Jadi, apakah cadangan kementerian untuk menambah liputan di kawasan jalan-jalan di antara kampung? Sebagai contoh sebab

final • 11:10 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

tiada liputan. Mungkin satu hari nanti kementerian boleh membuat satu slogan. Di mana ada jalan, di situ ada liputan. Jadi, itu adalah satu yang bagus.

final • 11:10 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Juga, satu soalan lagi yang berkenaan dengan— Berkaitan Timbalan Menteri, iaitu keselamatan data peribadi dalam sistem PADU yang menyebabkan pendaftaran PADU di Parlimen Tanjong Manis agak rendah. Jadi, apakah jaminan kerajaan untuk memastikan keselamatan data yang dibekalkan dalam sistem PADU selamat untuk diberikan— untuk dibekalkan? Terima kasih Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Tanjong Manis. Pertama, tentanglah salinan bertulis boleh saya akan hantar kepada Yang Berhormat, jangan risau. Kedua, tentang aduan daripada orang ramai. Saya tak nafikan bahawa memang kadang-kadang masihlah kita terima banyak aduan daripada pengguna. Jadi, oleh sebab itu, kami memang menggalak-galakkan maklum balas daripada pengguna terus kepada MCMC sepertilah kepada portal aduan MCMC yang saya sebut sebentar tadi.

Selain daripada itu, MCMC juga ambil inisiatif sendiri untuk buat audit di lokasi- lokasi yang berbeza. Sasaran bagi tahun 2023 dan juga 2024, adalah kami akan buat audit di 4,000 lokasi. Tetapi, untuk tahun 2023, kami telah melaksanakan audit di 4,359 lokasi. Untuk seluruh Sarawak, tempat lokasi yang telah diaudit adalah sebanyak 203.

Lokasi yang telah diaudit di Tanjong Manis adalah enam. Saya akui bahawa masih tidak mencukupi— Boleh dibanyakkan lagi. Jadi, kami juga bersedia untuk nak bekerjasama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat, untuklah mencadangkan audit di tempat yang sesuai yang diperlukan.

Selain daripada itu, memang merupakan sasaran kementerian saya untuklah memastikan bahawa di sana ada jalan, di sana ada liputan. Tetapi, ia memang membelikan...

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

...Ambil masa yang lebih panjang sikit untuklah kita sediakan bagaimana kita boleh mencapai sasaran tersebut dengan cara yang tercepat kerana setakat ini seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, liputan di kawasan berpenduduk setakat ini pun, setakat 97 peratus saja. Jadi, apabila— fokus kami masih ada tiga, tiga, tiga peratus. Bakinya masih ada tiga peratus kawasan berpenduduk yang tak ada liputan.

Jadi —Tetapi pada masa yang sama, memang sasaran kita adalah untuk memastikan pada masa yang akan datang di mana ada jalan, di mana ada liputan. Yes, kami akan bekerja keras untuklah menuju kepada hala tuju tersebut. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah strategi kementerian untuk menyelesaikan isu kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi cellular ini yang masih kerap berlaku terutama di kawasan luar bandar, sungguhpun liputan rangkaian telekomunikasi 5G mencapai peningkatan secara umum. Bagaimana dengan capaian 5G di Kelantan? Bilakah dijangka akan menerima 5G sepenuhnya, seperti di Selangor yang disasarkan menjelang 2025 di seluruh kawasan di Selangor termasuklah kawasan luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih. Seperti yang—Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Seperti yang saya telah maklumkan bahawa di bawah kementerian, kami ada beberapa inisiatif seperti JENDELA. Kami telah melancarkan JENDELA Fasa 1 tetapi untuk fasa 2, kami masih dalam peringkat untuk memperhalus rancangan kita.

Selain daripada itu, kami juga ada Point of Presence (PoP) di mana kita nak pastikan bahawa itu fixed broadband, juga bolehlah- perkhidmatan fixed broadband juga boleh disediakan.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, untuk pastikan bahawa kualiti perkhidmatan liputan internet ini juga semakin bertambah baik, kami telah —MCMC telah pada 29 Disember 2023, menerbitkan Penentuan Suruhanjaya No.2 2023 iaitu Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan. Dari mula— Ini akan mula berkuat kuasa pada 1 April tahun ini di mana, kita telah kemas kini standard mandatori bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar.

Sebagai contohnya, dulunya kami cakap bahawa tidak kurang daripada 90 peratus sampel ujian perlulah mencapai kelajuan muat turun pada 2.5 Mbps atau lebih tinggi. Tetapi, kuat kuasa pada satu hari bulan tahun ini, purata kelajuan muat turun yang perlulah dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan, tidak boleh kurang daripada 7.7 Mbps bagi tahun 2024 dan apabila kita sampai 2025, purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 10 Mbps.

Ini merupakan standard mandatori yang kita tentukan untuklah pembekal perkhidmatan supaya kita boleh memastikan bahawa customer experience bolehlah semakin lah ditambah baik. Sekian jawapan saya, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Azman bin Nasrudin, Padang Serai.

final • 11:20 AM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Nilai Ringgit semakin jatuh, Majoriti rakyat sangat mengeluh, Mohon jawapan Nombor sepuluh.

final • 11:20 AM

10. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menambah syarat dalam permohonan lesen bagi Kelas B penuh untuk memastikan penunggang mampu mengendali motosikal berkuasa tinggi demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

final • 11:20 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pengangkutan melalui agensinya, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sentiasa menyemak secara berterusan syarat-syarat permohonan lesen terhadap semua jenis kelas lesen termasuklah kelas lesen B penuh.

Hal ini bagi memastikan pemegang lesen terlibat mempunyai kompetensi dan kemahiran pengendalian kenderaan motor di dalam sesuatu kelas lesen berkaitan demi keselamatan semua pengguna jalan raya secara keseluruhannya. Berdasarkan semakan terkini, syarat dalam permohonan lesen bagi kelas B penuh adalah memadai seperti yang ditetapkan pada masa ketika ini.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan akan sentiasa menyemak dan menambah baik kaedah-kaedah berkaitan pengangkutan jalan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan jalan raya berada pada tahap yang tertinggi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Serai.

final • 11:20 AM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya, saya mohon penjelasan. Apakah perancangan kementerian dalam usaha memperluaskan program MyLesen Tahun 2024 seperti yang disyorkan dalam sidang Parlimen yang lepas untuk menawarkan lebih ramai golongan B40 dan belia bagi mendapatkan lesen secara percuma.

Soalan tambahan saya yang kedua Yang berhormat Menteri. Saya mohon Menteri dan kementerian jelaskan apakah langkah-langkah yang sedang dan telah diambil kementerian setelah melihat kemalangan yang melibatkan kenderaan-kenderaan berat seperti treler dan lori kontena yang berlaku di Simpang Pulai dua, tiga minggu lalu dan dua hari lalu, berlaku pula sekali lagi lori tepung kemalangan di Simpang Pulai. Mohon jawapan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Puan Yang di-Pertua terima kasih. Yang pertamanya berkenaan dengan program lesen B2. Memang pada tahun ini memang kita berhasrat untuk menambah bilangan penerima ataupun pemohon yang diberikan program ini secara percuma. Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia ialah kita sedang melaksanakan beberapa siri nombor-nombor pendaftaran khas.

Terbaru ini, baru-baru ini telah pun kita lancarkan satu nombor siri khas iaitu GOLD di mana pendapatan yang dijana melalui siri nombor khas ini sebanyak RM17 juta...

final • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Separuh daripada jumlah hasil itu akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif. Antaranya termasuklah untuk lesen B2 ini. Jadi, pada tahun ini, kita harap dapat diperluaskan lebih ramai golongan B40 mendapat manfaat daripada program ini, termasuklah di negeri Kedah.

Keduanya, berkenaan dengan lori-lori treler ini. Pemantauan dan juga penguatkuasaan yang lebih ketat akan terus dilaksanakan dan ini sesuatu yang secara berterusan. Ia bukannya secara bermusim tetapi secara berterusan dari segi untuk memastikan kenderaan-kenderaan berat ini tidak overloading. Ini memang penguatkuasaan pertambahan.

Di lebuh raya, kita akan cuba melihat pelbagai pendekatan baharu termasuklah antaranya yang telah pun kita telah kenal pasti ialah kita memasang weigh-in-motion supaya mana-mana kenderaan berat apabila dia keluar atau masuk dalam lebuh raya, kita tahu sama ada kenderaan itu melebihi muatan yang dibenarkan atau tidak.

Ini sedang kita laksanakan. Kita harap weigh-in-motion ini dapat kita lancarkan dalam masa terdekat ini supaya mengurangkan kenderaan-kenderaan berat yang overloading ini masuk ke dalam lebuh raya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Petani.

final • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat banyak kes-kes yang berlaku di jalan raya yang viral juga baru-baru ini setelah dibawa ke mahkamah dan sebagainya, ternyata orang ini adalah pemegang kad OKU.

final • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya ingin bertanya, untuk renew license memandu, adakah kerajaan akan lebih ketatkan lagi syarat-syaratnya supaya pemegang-pemegang Kad OKU ini, bagaimanakah untuk kita lihat atau monitor tahap kesihatan mereka? Apakah jaminan kerajaan supaya pemandu-pemandu yang memegang Kad OKU ini tidak membahayakan pengguna jalan raya? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Saya rasa untuk pemegang-pemegang Kad OKU ini kaedahnya seperti biasa, tetapi untuk pemegang-pemegang lesen sedia ada untuk mereka renew license, sekarang ini tak ada syarat tambahan. Kalau kita nak letakkan syarat tambahan pula nanti ada orang akan bising. Setiap tahun nak renew license perlu dikepilkan laporan kesihatan dan sebagainya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ia hanya terpakai untuk pemegang-pemegang Lesen Kenderaan Perdagangan.

Ia perlu ada medical report dan sebagainya, tetapi untuk pemegang Lesen D umpamanya, ia tidak diperlukan, tetapi saya rasa adalah penting untuk pemandu-pemandu tersebut, mereka supaya lebih bertanggungjawab kalau mereka dikategorikan sebagai pemandu OKU, maka dia perlu memberikan maklumat itu kepada pihak JPJ. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat-yang Berhormat, sebelum kita terus kepada agenda yang seterusnya.

Perjalanan hidup ini adakalanya keras dan mencabar. Jika kita kepenatan, berehatlah

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

seketika. Jangan hilang semangat untuk meneruskan semula. Ingatlah kita telah melangkah sejauh ini bukannya sesuatu yang mudah.

Berikutnya tepat lebih kurang 11.30, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun bawah 18(1).

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat. Short and sharp, please.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, pendek sahaja Yang Berhormat, dalam seminit. Pertama sekali, saya membawa Usul memohon keahlian terus tegas...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, nyatakan Usul sahaja, tak payah baca Usul.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, tajuk Usul itu ialah- saya ditolak kerana Timbalan Menteri akan menjawab tetapi jawapan Timbalan Menteri itu tadi tidak mencukupi. Jadi dengan itu, saya cadangkan ia dibawa ke Kamar Khas sebab tadi kita hanya dibenarkan dua soalan. Saya nak tanya lagi sekali tadi, apakah kerajaan sedar bahawa di samping boikot kepada barangan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, tak perlulah bersyarah. Sampaikan hajat itu. Baik.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya sampaikan hajat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Speaker. Kedua...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedua, Malaysia- ini 18(1), saya bawa Usul untuk mencadangkan kerajaan melaksanakan tambatan Ringgit. Malaysia, forex diharamkan. Di Singapura, forex dihalalkan. Pada minggu lepas, tukaran kita RM4.78. Tiba-tiba duit itu melambung naik RM4.70. Kalau ikut apa yang telah terjadi ini, speculators ini akan main dan duit kita akan jatuh lagi kepada RM4.80.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini menunjukkan bahawa orang sedang bermain dengan Ringgit. Jadi, saya nak tanya, berapa banyak wang negara...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sampaikan hajat, yang lain itu tak perlulah. Kita masa banyak ini. Baik.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat dah bagi tahu, kita akan teruskan. Saya nak kata supaya ia dibawa ke Kamar Khas.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, jangan pergi potong macam itu sebab saya bukan- saya cakap elok-elok Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tahu. Bila saya biarkan, Yang Berhormat akan bersyarah. Saya dah setahun lebih di sini.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak bersyarah Yang Berhormat. Saya terangkan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya invoke 37(2) ya. Duduk Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi masalah sekarang masalah negara.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya akan bagi jawapan. Saya akan bagi jawapan, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, masalah negara sebab duit kita sedang dipermainkan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat- baik, Yang Berhormat Arau. Apa yang telah Yang Berhormat Arau bangkitkan itu saya telah dimaklumkan bahawa jawapannya dalam pertimbangan Speaker. Jika Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan apa yang telah Speaker akan putuskan. Bacalah 43 dalam peraturan mesyuarat. Baik, Yang Berhormat. Kita teruskan dengan agenda seterusnya.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari.”

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada yang Yang Berhormat menyokong?

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:34 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Kelima Belas.” [****29 Februari 2024]**

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, berikutan senarai yang telah saya terima di sini. Sejumlah 26 orang Yang Berhormat akan berucap atas perkara yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Majlis. Baik, ini adalah senarainya, akan dimulakan oleh:

  1. Yang Berhormat Ampang; 2. Yang Berhormat Putrajaya; 3. Yang Berhormat Sipitang; 4. Yang Berhormat Kubang Kerian; 5. Yang Berhormat Puncak Borneo; 6. Yang Berhormat Muar; 7. Yang Berhormat Bakri; 8. Yang Berhormat Sungai Besar; 9. Yang Berhormat Putatan; 10. Yang Berhormat Temerloh; 11. Yang Berhormat Sungai Petani; 12. Yang Berhormat Kuala Terengganu; 13. Yang Berhormat Seputeh; 14. Yang Berhormat Batang Lupar; 15. Yang Berhormat Dungun; 16. Yang Berhormat Julau; 17. Yang Berhormat Parit Buntar; 18. Yang Berhormat Beaufort; 19. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu Maaf, saya balik ke nombor 16, Yang Berhormat Julau diberi 15 minit sebagai ketua parti. Tadi nombor 19 telah saya baca, saya teruskan ke nombor 20.

  2. Yang Berhormat Selayang;

final • 11:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

  1. Yang Berhormat Masjid Tanah; 22. Yang Berhormat Hulu Langat; 23. Yang Berhormat Rasah; 24. Yang Berhormat Kepala Batas; 25. Yang Berhormat Puchong; 26. Yang Berhormat Jerantut; Dengan itu dipersilakan Yang Berhormat Ampang untuk membuka Majlis.

final • 11:34 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI. Syukur Alhamdulillah atas ruang dan peluang untuk saya menyertai perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat yang mulia ini.

Perbahasan sulung buat saya bagi tahun 2024 ini.

Pertamanya, setinggi-tinggi terima kasih dan sembah takzim kepada Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas segala nasihat, bimbingan dan sumbangan lain dalam berbentuk di masa senang ataupun susah, khususnya dalam tempoh hampir tiga tahun bersama mengharungi pandemik COVID-19 serta tribulasi politik dan sosioekonomi negara dan dunia.

Hari ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang Baginda berkenaan menyampaikan pada Isnin 26 Februari yang lepas sempena pembukaan rasmi Penggal Ketiga Parlimen Ke-15. Saya juga mengambil kesempatan ini merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar setia serta sempena pemasyhuran Baginda dan juga Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang Ke-17 pada 31 Januari yang lalu.

Saya Yang di-Pertua, ingin menyinggung ataupun membuka peluang ini, saya rasa dengan kekangan yang ada, saya akan mengemukakan tiga perkara pokok jika sempat- yang mana saya rasa, kesemuanya adalah yang telah saya cermati. Malah, saya harap barisan Kabinet baharu sejak Disember 2023 ini juga sudi menjadikan input untuk mengambil tindakan lanjut kepada kadar yang segera.

Pertama Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan isu yang berkaitan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sememangnya hasrat saya selaku Ahli Parlimen menjadikan perbahasan sulung saya pada tahun ini sebagai pembuka tirai untuk mengetengahkan pelbagai isu berkaitan dengan perumahan dan hartanah kediaman, terutama hartanah kediaman berstrata. Namun kali ini, tumpuan diberi terhadap beberapa akta atau mekanisme di bawah pentadbiran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Untuk memudahkan perbincangan, saya bahagikan kepada dua bahagian.

Segmen pertama iaitu bahagian ataupun bab atau seksyen dalam akta sedia ada yang saya cadangkan untuk disemak atau dipinda, malah dimansuhkan. Keduanya, segmen yang akan saya ketengahkan adalah segmen akta atau mekanisme baharu yang dicadangkan untuk digubal untuk sempurnakan penggubalan sebelum dibentangkan di Parlimen.

Kenapa saya bawa dua segmen ini kerana pengamalan saya menguruskan perumahan di Selangor. Saya dapati banyak perkara yang kita tidak dapat penyelesaian kepada isu-isu perumahan, terutamanya dalam kediaman strata dan sebagainya memandangkan kita tidak ada punca kuasa yang jelas ataupun punca kuasa yang sedia ada itu tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab untuk mengubah kehidupan nasib rakyat yang lebih baik. Jadi, di bawah segmen pertama iaitu segmen untuk kita lihat

final • 11:36 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

semula akta-akta sedia ada, saya mencadangkan lima akta untuk kerajaan memberi perhatian untuk dilihat, disemak atau dimansuhkan.

final • 11:36 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Pertama, Akta 171 – Akta Kerajaan Tempatan 1976; Akta 757 – Akta Pengurusan Strata 2013; ketiga, Akta 118 – Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Tadi juga, ada disinggung oleh sahabat dalam soalan tadi dan Akta 400 iaitu Akta Pemberian Pinjaman Wang 1951; dan yang akhirnya, Akta 81 – Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Bagi segmen kedua iaitu segmen yang saya cadangkan supaya ia digubal iaitu terdapat satu akta dan satu mekanisme yang Ampang berhasrat dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen yakni Akta Sewaan Kediaman dan cukai kekosongan hartanah. Jadi, antara isu terkait hartanah kediaman berstrata, termasuk ketidakmampuan pemilik unit strata menggalas tugasan dan tanggungjawab.

Saya rasa, isu ini telah pun kita bincangkan, kita hadapi bertahun-tahun. Masalah JMB ataupun jawatankuasa pengurusan yang tidak ada kemampuan, ya, untuk menguruskan bangunan-bangunan strata, malah yang kita lihat, kalau khususnya di Selangor dan di Ampang, kita lihat- ataupun di Johor, di Pulau Pinang ya. Tempat yang banyak bangunan strata ini, kita berdepan dengan masalah bangunan-bangunan strata yang telah usang, ya.

Ada kalanya, telah obsolete untuk ditinggal malah hartanah itu, hartanah pemilik- pemilik dilihat sebagai ia tidak menambahkan lagi nilai hartanah tetapi ia malah mengurangkan nilai hartanah dan sekarang tempat-tempat ini juga tak banyak menjadi sarang-sarang tempat tinggal mereka ataupun pekerja-pekerja asing yang sepatutnya juga ditangani oleh pihak yang sewajarnya memastikan masalah ini diselesaikan.

Jadi, kesukaran pemilik- bukan itu saja. Kita berdepan dengan masalah kesukaran pemilik mendapatkan hak milik strata atas sebab-sebab tertentu, termasuk ketidaklicinan urusan dengan pemajuan ataupun kita berdepan dengan masalah pelikuidasi dan agensi-agensi berkenaan, ya. Peruntukan- kita lihat juga, bila kita nak bantu Ahli-ahli Parlimen baik pun kerajaan, kita tidak boleh bantu kerana projek mesra rakyat tidak membenarkan kita membantu mereka-mereka yang duduk di bawah perumahan strata terutama kos sederhana dan juga lebih.

Akan tetapi, masalah ini sebenarnya masalah rentas, daripada kos sederhana, kos rendah dan juga kos tinggi berdepan dengan masalah yang sama. Sebab itu, saya mencadangkan, Ampang mencadangkan supaya ada satu akta yang lebih murni, lebih baik dibuat, digubal supaya ia dapat dilaksanakan dan di mana ia boleh menyelesaikan isu penyelenggaraan, terutama bagi bangunan-bangunan strata yang mempunyai perkhidmatan lif dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang memerlukan satu maintenance ataupun perkara yang lebih tinggi untuk disumbangkan ataupun diletakkan.

Oleh itu, Ampang ingin mencadangkan agar bahagian atau bab atau seksyen dalam mana-mana akta berkenaan disemak dan dipinda demi membenarkan yuran penyelenggaraan ataupun maintenance fees dan kumpulan wang pelepasan (sinking fund) yang sedia ada tidak dikutip oleh JMB atau MC.

Ia saya cadangkan, Dato’ Yang di-Pertua, supaya diwujudkan satu tabung khas di bawah pihak berkuasa tempatan, ya. Disimpan di situ, dikutip sebagai mana kita mengutip cukai-cukai pintu bagi memastikan- menjadikan sebagai satu cukai taksiran dan tambahan kepada perniagaan dan kemudiannya, dikumpul dalam kumpulan yang disatukan.

Oleh itu, PBT berkenaan kemudiannya boleh menggunakan Kumpulan Wang Disatukan ini bagi melaksanakan subsidi silang dengan tujuan menguruskan dan menyelenggarakan kemudahan bersama seperti lif, pejalan kaki, taman permainan dan juga bangunan-bangunan usang yang telah pun tidak mempunyai cat ataupun keceriaan yang orang kata, yang lebih baik.

Jadi, tidaklah nanti timbul, khususnya di bandar-bandar besar, di negeri-negeri maju ini, bangunan-bangunan yang sakit mata ya. Kita lihat seperti di Ampang. Ampang

final • 11:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

lebih kurang, kita kata, boleh dikatakan 100 peratus adalah kawasan residen kediaman.

Jadi, kalau kita datang ke Ampang, apa yang kita lihat adalah bangunan-bangunan yang usang, yang tidak dapat diselenggarakan.

Akhirnya, PBT akan cakap tempat itu tidak ada JMB, tidak ada MC. Siapakah bertanggungjawab dalam melaksanakan ini? Jadi, property ataupun hartanah akan kurang dan akhirnya, kita tidak ada penyelesaian. Sebab itu, saya mencadangkan, Tuan Yang di-Pertua, supaya satu akta baharu perlu dilihat dan mungkin kaedah kita menguruskannya tidak lagi diserahkan kepada pihak pemilik tetapi kita kena ada satu badan khusus untuk menyelesaikan perkara ini.

Begitu juga- seterusnya saya ingin mencadangkan supaya untuk mengelakkan kita terkait dengan isu, dengan izin, liquidated ascertained damages (LAD), tanggungjawab pemaju juga terhadap pembeli, kita diperintahkan oleh mahkamah mestilah berpindah tangan, yang telah pun berpindah tangan ke pelikuidasi dan sebagainya Ampang mencadangkan supaya selepas satu-satu pembinaan baharu, kita mencadangkan supaya pihak pemaju juga bertanggungjawab untuk menyelenggarakan, paling kurang dua tahun ya. Bukan sahaja menyerahkan tetapi dia mesti juga menyelenggarakan dalam tempoh dua tahun, sehinggalah urusan-urusan yang dapat diselesaikan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, Dato’ Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini masih lagi menantikan bilakah Rang Undang-undang Kredit Pengguna akan dibentangkan di Parlimen?

Sepatutnya, berlaku pada suku keempat 2023, seperti yang dipaparkan dalam dada akhbar pada awal April 2023.

Dengan wujudnya Akta Perlindungan Pengguna ini, Akta Pemberi Pinjaman Wang, Akta Pemegang Pajak Gadai dan peruntukan terkait urusan niaga, jualan kredit di bawah Akta Perlindungan Pengguna akan dimansuhkan. Manakala, semua peruntukan berkaitan akan dikekalkan dan dimasukkan di bawah Akta Kredit Pengguna yang dipinda.

Jadi, kita menunggu supaya akta ini dibentangkan dengan segera. Ini bukan sahaja seperti yang dijawab oleh Menteri tadi. Saya rasa, ini semua demi memperkukuhkan perlindungan pengguna di samping menyokong pembangunan industri kredit konsumer yang dapat memenuhi keperluan individu serta peniaga, khususnya peniaga kecil, nano, mikro dan juga yang kita lihat yang mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit yang seketika ini tidak dikawal selia oleh mana-mana kementerian atau agensi terutama perniagaan, menjalankan aktiviti beli sekarang, bayar kemudian dan sebagainya yang perlu diperkukuhkan.

Jadi, saya menantikan ya. Ampang menantikan supaya kawalan ini dapat dilakukan dengan baik dan akhirnya memandangkan, Akta Sewaan Kediaman dan cukai kediaman hartanah sebagaimana diamalkan di beberapa buah negara maju, belum wujud di Malaysia dan masih di peringkat cadangan, dipelopori oleh pelbagai pihak ketiga.

Ampang mencadangkan agar kedua-dua hal ini diangkat dengan lebih serius oleh Kementerian KPKT dalam beberapa siri bengkel dan diskusi yang mana saya yakin, KPKT sendiri menganjurkan, yang mana saya bersedia untuk berkongsi pengalaman- pengalaman yang boleh kita perkukuhkan.

Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin singgung berbaki masa ini, adalah berkaitan dengan isu pelancongan. Saya menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong Ke- XVII dengan titah sulung Baginda seminggu yang lalu. Kita melihat tentang fokus pelancongan ini penting. Dalam keadaan kita berbicara tentang isu kewangan, defisit ataupun pengurangan Ringgit Malaysia dan sebagainya, saya dengan begitu- orang kata, sedar.

Ampang yakin, kita mampu mengubah sedikit landskap kewangan negara ini dengan menggalakkan banyak lagi pelancongan di negara ini. Kita mengubah kelemahan Ringgit menjadi satu kelebihan buat negara dengan meningkatkan pertukaran mata wang asing menerusi perbelanjaan pelancongan asing, yang mana impact-nya sama seperti hasil eksport dan pelaburan luar negara dibawa pulang, menyumbang dan sebagainya.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya dengan ini ingin menyentuh di kawasan Ampang sedikit. Ampang juga ingin mengambil kesempatan. Ampang mempunyai banyak kelebihan tetapi memandangkan Ampang sebelah wilayah ataupun Kuala Lumpur hanya 10 kilometer sahaja, tidak- orang kata, tidaklah jauh tetapi kita lihat ada aspek-aspek pelancongan yang telah pun diketepikan.

Oleh itu, sempena Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Malaysia 2026, tawaran saya ini berasaskan memandangkan pendekatan Parlimen dengan bandar raya, supaya kita melihat segmen-segmen pelancongan di Ampang perlu dinaiktarafkan. Saya telah membuat 11 surat saya kepada 11 kementerian, terutama Kementerian Pelancongan, kepada Datuk Menteri Besar juga dan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, untuk kita naikkan, tingkatkan pelancongan ekosistem seperti Pusat Rekreasi Bukit Belacan yang selama ini menjadi destinasi rekreasi rakyat Selangor, perlu dihidupkan.

Lookout Point Ampang, Permatang Kuarza yang menjadi satu warisan, yang telah pun diisytiharkan.

Kita juga- saya mencadangkan supaya dikekalkan pekan Ampang sebagai pekan warisan yang kita lihat sebenarnya, Ampang adalah satu jenama tersendiri yang mempunyai warisan yang perlu dikekalkan. Juga, yang akhirnya, saya mengharapkan pelancongan boleh dihidupkan, ya...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Supaya tujuh buah kampung Melayu tradisi dan dua buah kampung Cina dapat diketengahkan. Oleh itu, saya mengharapkan semua pihak yang saya sudah singgung dan telah saya hantar surat supaya memberi respons yang baik, supaya Ampang tidak ketinggalan dalam Tahun Melawat Malaysia 2026.

Akhir sekali, perbahasan ini, sukacita saya sekali lagi Ampang, ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Ampang mohon menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sulung oleh Yang di-Pertuan Agong ke-XVII, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Tiga kali yang berakhir, yang akhir. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Putrajaya...

[Tepuk]

final • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingatkan saya yang ketiga tadi berdasarkan sebutan tadi.

Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas Titah menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta kemakmuran negara. Putrajaya mengambil iktibar daripada Titah Tuanku untuk setia menghayati denyut nadi rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang satu segmen masyarakat yang perlu diberi perhatian penuh ikhlas oleh kerajaan iaitu kumpulan miskin tegar.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, Perdana Menteri menyebut bahawa saya petik, “Iltizam kerajaan hari ini adalah untuk menoktahkan miskin tegar. Kira-kira 130,000 isi rumah termiskin tanpa mengira latar belakang kaum akan segera dibantu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.” Dalam ucapan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 12 pada 11 September 2023 pula, Perdana Menteri menyatakan bahawa, “Kerajaan masih bertungkus-lumus menyelamatkan 114,000 buah keluarga miskin tegar daripada cengkaman kemiskinan.”

final • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jika dilihat data 130,000 dan 114,000 isi rumah yang digunakan di dalam kedua- dua ucapan Perdana Menteri ini adalah data daripada pangkalan data eKasih. Selepas menggunakan data dari pangkalan data eKasih, sebagai rujukan, sasaran jumlah miskin tegar yang akan dihapuskan atau dibasmi oleh kerajaan, tiba-tiba sasaran berbeza digunakan oleh Perdana Menteri sewaktu membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023.

Saya petik kenyataan beliau, “Usaha menoktahkan kemiskinan tegar terus menunjukkan kemajuan dengan data terkini menunjukkan kemiskinan tegar telah merudum daripada anggaran satu peratus pada tahun 2020 kepada 0.2 peratus atau hanya 18,000 isi rumah sekarang.” Dinyatakan juga, “Atas segala yang diusahakan, kerajaan yakin kemiskinan tegar akan dapat dinoktahkan.” Jumlah kemiskinan tegar yang hendak dinoktahkan pada tahun- pada Februari 2023 adalah 130,000 isi rumah. Pada bulan September, tinggal 114,000 isi rumah.

Maknanya dalam tempoh tujuh bulan, secara kasarnya jumlah isi rumah miskin tegar telah menurun sebanyak 16,000 isi rumah. Tetapi dalam tempoh sebulan, iaitu September ke Oktober, jumlah miskin tegar yang disebut oleh Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024, cuma tinggal 18,000 isi rumah.

Menurut Menteri Ekonomi, data 0.2 peratus atau 18,000 isi rumah itu diambil daripada Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan.

Dalam hal ini, kita perlu faham bahawa 18,000 yang disebut sebagai miskin tegar itu adalah satu nombor yang dianggarkan oleh Jabatan Perangkaan daripada sampel 90,000- 92,872 tempat kediaman. Maknanya, DOSM buat survei 92,000 buah tempat kediaman, daripada situ dapat 0.2 peratus miskin tegar di-project-kan 0.2 peratus kepada keseluruhan isi rumah dan dapat 18,000.

Jadi, kerajaan tak tahu pun 18,000 ini isi rumah mana, kat mana mereka tinggal, siapa mereka. Sebab itu, apa yang digunakan oleh pangkalan data eKasih itu lebih tepat kerana dia ada maklumat tentang siapa ketua isi rumah, berapa orang anak, tinggal di mana. Jadi, sebab itu apabila pada 15 Februari 2024, Perdana Menteri menyatakan bahawa miskin tegar telah dibasmi 100 peratus di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Kalau ikut kenyataan Perdana Menteri ini, maknanya tiada lagilah miskin tegar pada ketiga-tiga buah negeri ini.

Soalan saya, data mana yang digunakan oleh kerajaan dalam membuat pengumuman bahawa 100 peratus miskin tegar di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka telah dibasmi? Yang kedua, apatah tiada lagi lapisan masyarakat termasuk gelandangan yang ditakrif sebagai miskin tegar di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka? Yang ketiga, berdasarkan data eKasih, berapakah jumlah isi rumah di seluruh negara dan berapakah jumlah mereka mengikut negeri? Berapakah jumlah isi rumah miskin tegar di seluruh negara dan berapakah jumlah mereka mengikut negeri?

Seterusnya, berapakah sasaran jumlah isi rumah miskin tegar yang akan dibasmi oleh kerajaan pada tahun 2024 bagi seluruh Malaysia serta mengikut negeri?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Pangkalan Data Utama ataupun PADU.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sekejap ya, minta sikit.

Putrajaya setuju tak kalau hanya empat buah negeri sahaja disebut, bermakna kerajaan gagal menoktahkan kemiskinan selain daripada empat negeri itu?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu saya amat bersetuju. Hakikatnya gagal itu satu tapi sasarannya pun diubah tiang gol. Daripada guna data pangkalan data eKasih, kemudian guna data survei untuk menghalalkan bahawa kemiskinan tegar telah dihapuskan. Jadi, itu penting.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Putrajaya, di kawasan saya dicatat melalui eKasih, data pejabat daerah, 17,000 miskin tegar. Kawasan saya Beluran dan kalau data miskin tegar sekarang tinggal beberapa belas ribu?

final • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

18,000 survei ya.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

18,000. Tak ada miskin tegar lagi Yang Berhormat Datuk.

final • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Semua dekat Beluran.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, semua kat Beluran dah dia...

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sebab itu saya kata kerajaan perlu ikhlas dalam menyelesaikan perkara berkaitan dengan miskin tegar. Be frank. Ceritalah sehabis-habis.

Apakah sebenarnya? Dah janji nak noktahkan. Kalau seperti mana Kubang Kerian kata tak boleh noktahkan, jelaskan kenapa tak boleh noktahkan. Ini tak payahlah nak ubah tiang gol dan sebagainya untuk menunjukkan seolah-olah apa yang di janji itu telah berjaya diselesaikan.

Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan pangkalan data PADU.

Pendek sangat 12 minit. Sehingga 2 Mac 2024, seramai empat juta orang telah mendaftar termasuk penjawat awam. Jumlah ini adalah sekitar 18 peratus daripada keseluruhan 21.97 juta orang yang berumur 18 tahun ke atas. Jadi, secara keseluruhan selepas dilancarkan pada 2 Januari dan sehingga 2 Mac, dalam tempoh ini hanya 18 peratus yang mendaftar.

Pada pandangan saya, terdapat pelbagai perkara yang perlu diteliti dan diperhalusi oleh kerajaan berkaitan dengan sistem PADU. Pertama, berkaitan dengan keselamatan data-data. Ini telah disentuh oleh pelbagai pihak termasuklah daripada pihak kerajaan sendiri. Jadi, saya tak nak sentuh berkaitan dengan perkara itu.

Kedua, berkaitan dengan maklumat yang perlu diisi. 39 maklumat yang perlu disemak, dikemas kini atau dimasukkan. Ada maklumat yang rakyat secara umumnya lihat tidak ada keperluan untuk mereka memasukkannya kerana maklumat tersebut telah ada dengan kerajaan atau agensinya.

Sebagai contoh, maklumat berkaitan dengan pendapatan. Rekod pendapatan sebahagian besar rakyat Malaysia ada dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Soalan mereka, mengapa tidak sahaja kerajaan masukkan terus maklumat tersebut atau prefill maklumat tersebut dan mereka boleh sahkan. Untuk yang tidak mempunyai rekod di LHDN, sistem PADU boleh kenal pasti mereka yang tidak mempunyai rekod dan perlu mengisinya. Kalau betul perlu ada dibuat pindaan kepada akta atau undang-undang, mengapakah tidak dibuat pindaan terlebih dahulu sebelum dilancarkan sistem PADU ini?

Ketiga, saya ingin menyentuh tentang keperluan untuk mengisi komitmen atau hutang serta insurans. Dalam sistem ini, kena isi pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi dan seterusnya, maklumat berkaitan dengan insurans.

Bagi ramai rakyat, maklumat yang diminta khususnya hutang terlalu peribadi.

Jadi, mereka pun jarang kongsi di mana-mana domain awam hatta LHDN pun tak minta data atau maklumat berkaitan dengan hutang. Jadi, rakyat di luar sana tertanya-tanya kalau nak isi, mengapa perlu isi sampai maklumat tentang hutang. Apakah tujuan maklumat ini diminta? Adakah mereka yang mempunyai hutang yang lebih besar akan mendapat bantuan yang lebih tinggi? Jadi, perkara-perkara ini perlu dijelaskan kepada rakyat. Tidak cukup letak di situ dan minta mereka isi kerana ini adalah bagi mereka, maklumat yang privacy bagi pengguna.

Keempat, rakyat tertanya-tanya apakah sebenarnya manfaat yang diperoleh sekiranya mereka mendaftar dengan PADU? Ini soalan paling susah saya nak jawab apabila ditanya oleh rakyat di bawah sana. Apakah manfaat yang bakal diperoleh? Kalau manfaatnya subsidi bersasar, apakah bentuk bantuan yang mereka akan terima? Apakah syarat untuk membolehkan mereka mendapat bantuan tersebut?

final • 11:50 AM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Berapakah jumlah yang diterima sekiranya memenuhi syarat tersebut? Sebab itu, kenyataan Menteri Ekonomi pada 29 Disember 2023 yang menyatakan, “Jika tidak kemas

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

kini, tiada masalah tapi kalau anda tidak dapat subsidi jangan marahlah”, itu kenyataan Menteri Ekonomi. Ini amat tidak membantu.

Kelima dan paling penting, agensi mana yang akan menggunakan atau mengesahkan data-data yang ada dalam PADU ini? Dah siap kumpul semua, siapakah yang akan menjadi agensi yang akan mengguna data-data yang ada dalam PADU ini?

Siapakah pula yang akan mengesahkan data-data tersebut?

final • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sikit ya, sikit. Saya tak ada masa, sikit ya.

Sekiranya saya ambil contoh, saya ambil contoh. Sekiranya ada 21 juta orang yang umur 18 tahun ke atas telah mengisi PADU, katakanlah 75 peratus daripada 21 juta ini ada masukkan lima jenis pinjaman data, maknanya ada 78.75 juta data points berkaitan dengan pinjaman yang perlu disahkan.

Siapakah hendak sahkan data-data ini? Atau kerajaan akan terima apa sahaja data yang dimasukkan? Apa yang paling penting seperti mana yang saya sentiasa cadangkan adalah supaya kerajaan tubuhkan satu agensi khusus seperti mana Centrelink di Australia yang mana Centrelink yang akan jadi badan yang akan menggunakan data- data ini.

Sekarang ini siapa nak guna? Siapakah yang akan membuat assessment?

Adakah LHDN akan membuat assessment tentang berapa banyak subsidi bersasar yang patut diterima? Mereka tak ada kapasiti. Adakah Kementerian Ekonomi akan buat? Itu bukan tanggungjawab hakiki Kementerian Ekonomi.

Jadi kerajaan perlu jelas dan sebab itu kalau saya boleh simpulkan berkaitan dengan PADU ini, kerajaan sepatutnya tidak melancarkan dahulu PADU, bentangkan kepada rakyat secara keseluruhan mapping, kerangka asas- apakah PADU ini dan jika dilancarkan subsidi bersasar, apa mereka akan dapat jika mereka ada tiga orang anak, empat dan sebagainya. Itu perkaitan...

final • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ya Putrajaya, ringkas saja Putrajaya. Menteri Ekonomi...

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dah tak ada masa dah.

final • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas aje. Menteri Ekonomi terkenal dengan formula-formula gagal. Adakah ini satu lagi kegagalan yang akan dilakukan oleh Menteri Ekonomi? Terima kasih...

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kalau tanya saya, ia bukan satu kegagalan tapi nak tunjuk berjaya terlalu awal. Nak bercakap ada benda terlalu awal tanpa mereka betul- betul melihat sesuatu perkara sehinggalah boleh selesai. Gagallah juga akhirnya, maknanya. Bila tak buat secara teliti maka kegagalanlah menanti mereka...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit lagi untuk saya menyentuh tentang ekonomi. Data ekonomi bagi tahun 2023 menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar tiga peratus bagi suku keempat 2023 dan bertumbuh pada kadar 3.7 peratus bagi keseluruhan tahun 2023. Di sebalik data ini, hakikatnya pertumbuhan ekonomi bagi suku keempat 2023 adalah lebih rendah berbanding 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

Ia juga lebih rendah berbanding dengan jangkaan penganalisis ekonomi yang ditinjau oleh Reuters iaitu sebanyak 3.4 peratus.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2023 juga lebih rendah daripada sasaran kerajaan iaitu 4.4 hingga 5 peratus. Kadar 3.7 peratus bagi tahun 2023 adalah jauh lebih rendah berbanding dengan 8.7 peratus bagi tahun 2022 walaupun pihak kerajaan kata 8.7 peratus pada tahun 2022 ini kerana asasnya yang rendah pada tahun 2021 tetapi hakikatnya usaha kerajaan pada ketika itu untuk membawa Malaysia keluar daripada pandemik COVID-19, kesan ekonominya maka kita boleh...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Lihat pertumbuhan yang amat baik.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Gulung.

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, saya sentuh sedikit lagi, kalau boleh minta sedikit tiga minit boleh Dato’ Yang di-Pertua? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya akan hentikan bila dalam satu minit lagi.

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Macam mana?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu minit.

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Satu minit? Okey. Seterusnya saya ingin rangkumkan berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, perkara-perkara berkaitan dengan ekonomi yang tidak di cakap di luar sana. Sedarkah kita di sebalik data ekonomi yang dikongsikan oleh kerajaan, pada tahun 2023, eksport negara jatuh untuk 10 bulan berturut- turut bermula pada bulan Mac? Eksport negara merudum 10 bulan berturut-turut bermula pada bulan Mac dan kita lihat bahawa kesan daripada penurunan eksport ini memberi kesan yang cukup besar kepada current account balance kerajaan di mana kejatuhan yang mendadak daripada RM9.14 bilion pada suku ketiga 2023 kepada RM253.4 juta pada suku keempat iaitu dua peratus daripada KDNK pada suku ketiga dan 0.1 peratus daripada KDNK pada suku keempat. Nilai lebihan current account balance ini adalah yang terendah sejak Krisis Ekonomi 1997.

Seterusnya, apabila kita bercakap tentang eksport walaupun eksport telah menunjukkan pemulihan bagi bulan Januari...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Kerajaan perlu...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waktu injury. Waktu injury.

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, kerajaan perlu lebih berhati-hati. Jangan cuba nak tutup cerita bahawa eksport kita ini telah jatuh untuk satu tempoh yang panjang.

Kita melalui satu cabaran yang besar bagi tahun 2024. Itu baru eksport salah satu buah komponen pertumbuhan ekonomi. C + I + G + (X – M) (net export). Apakah yang berlaku pada eksport-eksport kita menurun? Apakah yang berlaku pada perbelanjaan rakyat? Perbelanjaan rakyat dalam suku keempat juga menurun. Dalam tahun 2024, pelbagai cukai baharu diperkenalkan. Kos sara hidup meningkat. Kita khuatir bahawa perbelanjaan rakyat untuk tahun 2024 juga akan menurun.

Selain daripada itu, apabila perbelanjaan rakyat menurun, eksport kita tak meningkat. Sekiranya kerajaan...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

15 saat.

final • 12:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Terus ingin mengekalkan sasaran defisit 4.3 peratus dalam keadaan ekonomi yang mencabar, saya mohon supaya kerajaan melihat keperluan untuk kita melonjakkan ekonomi, meningkatkan perbelanjaan kerajaan sekiranya terdapat keperluan pada tahun 2024 mengambil kira perbelanjaan rakyat yang mungkin menurun dan eksport juga yang masih mencabar. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Hampir-hampir saya nak cut off dah tadi. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Sipitang.

final • 12:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

final • 12:06 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Dari Sipitang hadir bersidang, Dewan Parlimen lampunya terang; Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua memberi peluang, Demi rakyat kita manfaatkan sepenuh ruang.

Dengan rasa hormat dan penuh takzim, kita merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kerana berkenan mencemar duli berangkat bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada minggu lepas.

Titah diraja ini mengambil semangat untuk kita- semua bermuhasabah diri untuk melangkah bersama dan saling membahu di sisi kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri mengemudi pentadbiran kerajaan, mengharungi cabaran demi membawa Malaysia ke mercu kejayaan di tengah-tengah gelora ketidaktentuan global. Hendaknya titah ucapan diraja ini, kita julang sebagai obor untuk menyinari jalan perjuangan, membela nasib rakyat jelata di seluruh pelosok tanah air dari Cherok Tok Kun jauh di utara hingga ke Lubang Buaya di hutan pedalaman Sipitang.

Sesungguhnya titah Yang di-Pertuan Agong menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik ekonomi dan politik dengan mendukung sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, memancarkan iltizam Seri Paduka Baginda untuk memastikan untung nasib rakyat terus terbela dan Malaysia kekal menjadi komuniti dunia yang terhebat.

Dato’ Yang di-Pertua, mewakili rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Sabah, Sipitang menjunjung kasih dan mengucap syukur atas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kerana menzahirkan rasa puas hati dengan usaha Kerajaan Persekutuan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963, MA63.

Sebagaimana harapan Seri Paduka, kami rakyat Sabah juga meletakkan harapan tinggi agar langkah dan usaha tersebut dapat memenuhi hasrat serta aspirasi demi kemakmuran bersama.

Kerajaan GRS-PH Plus di Sabah di bawah teraju di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang berpayung di bawah Kerajaan Perpaduan sememangnya komited dalam perjuangan menuntut hak-hak sebagaimana terkandung dalam MA63. Dalam diam-diam, usaha yang dilaksanakan itu sudah banyak membuahkan hasil misalnya bayaran interim geran khas Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan telah ditingkatkan daripada RM260 juta kepada RM300 juta sementara memuktamadkan kaedah terbaik untuk dua per lima atau 40 peratus tersebut.

Dalam konteks ini, istilah interim amat penting kerana ia bermakna bersifat sementara.

Kejayaan memperoleh lima peratus cukai jualan negeri SST untuk penjualan produk petroleum di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988 juga merupakan suatu yang amat signifikan. Terbaru pada persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 3 Januari 2024 telah meluluskan tiga rang undang-undang, RUU berkaitan pengambil alihan kuasa selia tenaga dan bekalan elektrik oleh kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan.

final • 12:06 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Ini penting kerana menjadi punca kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah

(ECOS) mengambil alih fungsi dan kuasa daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan pihak berkuasa pembangunan negeri lestari (SEDA). Ini merupakan sebahagian kejayaan yang dicapai dalam tuntutan kita berkaitan MA63. Apa yang lebih penting sedia saya nyatakan di dalam dewan yang mulia ini bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kami, Dato’ Seri Panglima Hajiji Noor telah berulang kali menegaskan bahawa Sabah tidak pernah dan tidak akan melepaskan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil yang dikutip dari Sabah.

Secara mikro, Sipitang melihat kepimpinan Kerajaan Persekutuan terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu serius dalam merealisasikan pelaksanaan isu- isu yang termaktub dalam MA63 ini. Justeru, kita berharap agar selepas ini pelaksanaan

final • 12:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

ini terus diperkasakan lagi kerana orang-orang Sabah dan rakyat Sabah sedang memerhati perkembangan ini.

Dato' Yang di-Pertua, tanpa membuang waktu saya ingin terus menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai beberapa isu lokal di negeri kami Sabah dan di kawasan saya Sipitang. Pertama, isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Sabah dan Sarawak khususnya Sindumin dan Merapok dalam Parlimen Sipitang diberikan perhatian yang serius. Selain menjadi pintu masuk laluan utama Jajaran Lebuhraya Pan Borneo, ia juga merupakan ia satu-satunya laluan rentas negara dengan Brunei Darussalam dan Indonesia. Justeru, langkah menaik tarafnya begitu perlu disegerakan.

Pada persidangan Dewan ini, pada tanggal 10 Oktober 2023, Yang Amat Berhormat Tambun dalam jawapannya kepada soalan tambahan Keningau turut menyatakan supaya proses naik taraf prasarana dan keupayaan ICQS di Sempadan Sabah dan Sarawak disegerakan menerusi peruntukan berjumlah RM1 bilion yang sudah diluluskan. Persoalannya, sejauh manakah kemajuan atau progress projek naik taraf ini?

Kedua, isu kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo di Jajaran Sabah. Hingga hari ini, pelaksananya di negeri kami masih sangat lambat dan menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya. Kita ingin tahu daripada Kementerian Kerja Raya sejauh manakah status ataupun kemajuan pelaksana projek Pan Borneo di Sabah ini. Jika kemajuannya jauh di bawah jangkauan, mungkin sudah tiba masanya kontraktor-kontraktor pelaksana ini dinilai semula. Juga kita ingin tahu jumlah pakej Pan Borneo di Sabah yang belum diberikan tender atau award lagi.

Ketiga, kita ingin tahu status pelaksanaan Projek Jalan Raya Mendulong-Meligan- Long Pasia serta masalah elektrik solar hibrid di Long Pasia yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak 2017. Kedua-dua kemudahan ini penting bagi penduduk di situ yang menantikannya sejak berdekad-dekad lamanya.

Keempat, Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang perlu dinaiktarafkan dan dilengkapi dengan kemudahan canggih bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat serta mengambil kira kedudukan geografi Sipitang yang sangat luas. Baru-baru ini berlaku beberapa siri kebakaran akibat kemarau ataupun cuaca panas dan kita difahamkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang menghadapi cabaran kritikal akibat kekurangan kelengkapan jentera dan seumpamanya. Apabila mereka mendapatkan bantuan dari balai bomba dan penyelamat yang terdekat di Daerah Beaufort, malangnya mereka juga menghadapi kekangan yang serupa. Justeru, sudah tiba masanya bagi Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang dinaiktarafkan.

Kelima, isu harga tiket kapal terbang mahal antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Sementara kita mengalu-alukan langkah Kementerian Pengangkutan menetapkan harga maksimum RM599 tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini. Kita juga meminta supaya suatu mekanisme khusus dicari sebagai penyelesaian tuntas dan berkekalan demi kebaikan dan manfaat rakyat Malaysia di kedua-dua wilayah kami Sabah dan Sarawak.

Keenam, kemudahan Hospital di Queen Elizabeth II dinaik taraf terutama Jabatan Kecemasan dan Trauma yang sempit dan kecil. Ini penting kerana ia merupakan satu- satu nya hospital rujukan bagi kes-kes jantung bukan saja di negeri Sabah tetapi juga dari Lawas, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Selain itu, kita juga mohon supaya balai pelawat ataupun asrama pelawat di Hospital Queen Elizabeth II dipertingkatkan lagi.

Ini penting kerana ramai keluarga pesakit yang datang dari jauh tidak mempunyai tempat untuk menginap di kawasan hospital. Malah sememangnya tidak semua keluarga pesakit yang mampu menyewa hotel ataupun rumah tumpangan.

Ketujuh, Sabah dan Sarawak perlu dibangunkan secara fokus sebagai wilayah pertumbuhan baharu Malaysia sentris, yakni tidak tertumpu di Semenanjung semata- mata. Potensi kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak sangat besar dan kini terkuak luas susulan keputusan Indonesia memindahkan Ibu Kota Negara (IKN) ke Kalimantan Timur yang mana Malaysia berkongsi tanah besar Pulau Borneo.

final • 12:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Kalau negara besar Indonesia pun sudah mengalihkan pusat pentadbiran dan pembangunan ekonomi keluar dari Pulau Jawa, maka adalah signifikan dan konsisten bagi Malaysia turut mengalihkan perdagangan ke Pulau Borneo, Sabah dan Sarawak sebagai kawasan pertumbuhan baharu. Uniknya Pulau Borneo ini kerana ia sebuah pulau tiga buah negara yang dikongsi bersama Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam. Malaysia perlu memanfaatkan permohonan IKN Indonesia di Kalimantan Timur atau ringkasnya Kaltim itu kerana banyak kegiatan ekonomi sampingan yang akan kita peroleh apabila siap sepenuhnya kelak, insya-Allah. Dato' Yang di-Pertua, di bawah kepimpinan baharu Kerajaan Perpaduan, kami mengharap lebih banyak peruntukan untuk wilayah kami Sabah dan Sarawak dengan mengambil struktur tipografi dan geografi, culture geopolitik dan jalur sosiobudaya kedua- dua negeri ini yang begitu luas, luar biasa dan banyak karenah sifatnya. Dengan hakikat bahawa kedua-dua negeri kami begitu besar saiznya, maka tentunya juga cabaran bertambah besar dan peruntukan diperlukan juga diharap menjadi lebih besar lagi.

Begitu pun kita yakin sungguh bahawa Sabah dan Sarawak di bawah kepimpinan PMX tidak akan berada di pinggiran lagi kerana kita melihat kesungguhan kerajaan merapatkan jurang perhubungan antara wilayah sambil menolak ke tepi apa juga cabaran- cabaran menghalang mahupun pancaroba yang cuba-cuba menduga. Justeru itu, kita mohon mengharap agar apa yang saya ketengahkan dalam ruang yang singkat ini kiranya jua mendapat perhatian dan pertimbangan kerana kita tahu pokok pangkalnya Kerajaan MADANI sememangnya komited membela untuk nasib rakyat terbanyak.

Seikhlas hati menadah tangan, Sebagai penutup kata ucapan; Kami datang membawa cadangan, Nanti nya pulang dengan harapan. Sekian. Sipitang menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang di-Petua, saya mulakan perbahasan pada pagi ini dengan memetik firman Allah Taala...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Katakanlah wahai Muhammad, wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang mencabut kekuasaan pemerintah daripada siapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah jua yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah Ya Allah segala apa sahaja yang berlaku segala kebaikan; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan menjunjung kasih atas di Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim waktu merasmikan Pembukaan Penggal Ketiga bagi Sesi Sidang Parlimen ke-15 pada minggu lepas. Majlis ini juga saya merakamkan penghargaan dan ucapan junjung kasih atas khidmat Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang ke-16, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah atas sumbangan jasa beliau sepanjang pemerintahan.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bertapa Allah SWT memandu kita dalam menentukan kekuasaan pemerintahan bahawa sesungguhnya kuasa pemerintahan merupakan ketentuan Allah SWT, jatuh bangun disebabkan beberapa perlakuan dilakukan oleh manusia yang menentukan nasib kerajaan tersebut. Ada pihak yang menganggap bahawa kerajaan akan kekal dengan mengenakan tekanan penindasan ke atas rakyat yang dipimpinnya. Lalu dia melaksanakan pelbagai peraturan, undang-undang bagi memastikan kerajaannya terus kekal memerintah dalam negara.

final • 12:17 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Lihatlah apa yang berlaku kepada Firaun sebelum ini dan al-Quran menjelaskan beberapa kisah teladan bagi umat-umat yang lampau di mana dengan mengenakan penindasan tekanan, Firaun menganggap kerajaannya tidak mungkin tumbang lagi. Allah SWT merakamkan dalam surah Al-Qasas, ayat 4...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi Mesir dengan melampau batas serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak, ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka, sesungguhnya ia daripada golongan yang membuat kerosakan.”

final • 12:17 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, tindakan firaun ini dia menyangka bahawa dengan menindas rakyat, mengenakan tekanan, kekerasan dengan pelbagai peraturan dan undang-undang akan menyebabkan kerajaannya kekal. Namun, apa jelas bahawa Allah SWT menjadikan Nabi Musa a.s dibesarkan dalam istananya yang akhirnya menumbang kerajaan yang zalim tersebut.

Oleh sebab itu, marilah kita mengambil juga iktibar dengan peringatan Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada gabenornya, sesekala mana gabenor tersebut memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi mengekang golongan- golongan yang menentangnya. Lalu, Sayidina Umar bin Abdul Aziz menulis surat dengan katanya, “Bentenglah kemarahan rakyat-mu dengan keadilan-mu, bukan dengan kezaliman-mu- bukan dengan kezaliman-mu, dengarlah keluhan mereka dan aduan mereka dan carilah jalan-jalan mengatasi aduan dan masalah mereka.” Ingatlah, pemerintah yang bertakwa akan dikasihi oleh Allah dan yang adil akan dikasihi oleh rakyatnya. Kejarlah dan carilah keredaan Allah, pasti rakyat turut mengasihi- mu. Berilah hak kepada yang berhak kerana ia akan meringankan bebanan mu nanti pada hari akhirat.

Sabda Nabi SAW...

[Membaca sepotong hadis] . Sewaktu mana Malaikat Jibrail datang bertemu Nabi SAW, Jibrail berpesan dengan pesanan tersebut... [Membaca sepotong hadis] “Hiduplah macam mana kamu nak hidup, tetapi kamu harus ingat bahawa satu hari kamu akan mati...” [Membaca sepotong hadis] “Buatlah apa yang kamu rasa nak buat, tetapi ingat semua perbuatan kamu akan dibalas oleh Allah Taala... [Membaca sepotong hadis] “Sayangilah siapa yang kamu nak sayang, tetapi kamu harus ingat suatu hari kamu akan berpisah dengannya.” Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat tentang isu yang besar berlaku dalam sektor perubahan iklim dan kepanasan global. Pada tahun 2022, sektor penerbangan menyumbang sebanyak dua peratus kepada kadar pelepasan karbon global. Pelepasan sektor ini meningkat pada kadar 2.3 peratus setahun. Berdasarkan situasi ini, Menteri Pengangkutan telah mengumumkan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon penerbangan. Alasan yang diberikan oleh syarikat penerbangan ialah untuk membeli bahan api penerbangan yang mampan atau SAF bagi mengimbangi pelepasan karbon mereka.

Justeru, saya ingin bertanya, bilakah bayaran tambahan ini akan dikenakan dan berapakah kadar yang dicadangkan? Kita tidak mahu langkah mengalihkan kos berkaitan perubahan iklim kepada pelanggan yang seolah-olah syarikat mahu melepaskan tangan daripada menerima tanggungjawab kepada kesan perubahan iklim dan akhirnya, yang terbeban ialah pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, demikian juga tentang beberapa isu berbangkit soal kelestarian penggunaan kenderaan elektrik atau EV. Tindakan ini satu tindakan yang baik dan kita mengalu-alukannya. Walau apa pun, kalau kita lihat tentang unjuran kerajaan bagi stesen pengecas dan juga penggunaan EV sehingga tahun 2030, kita dimaklumkan setakat Ogos 2023, kita hanya mempunyai 1,246 buah stesen pengecas dan pembinaan stesen pengecas di lebuh raya. Kita mendapat aduan daripada pengguna-pengguna di Lebuhraya Pantai Timur khususnya yang sangat kurang pengecas EV sepanjang jalan tersebut.

final • 12:20 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Demikian juga kesesakan lalu lintas, saya melihat ini antara kegagalan pihak kementerian dan agensi ataupun operator yang mengendalikan lebuh raya. Kesesakan lebuh raya sangat melampau dan kita berlaku pada seluruh negara terutama di kawasan- kawasan plaza tol. Sebagai contoh, di Lebuhraya Pantai Timur kita ada empat tol yang terpaksa pengguna berhenti. Tol Gombak, Tol Bentong, Tol Karak dan exit keluar.

Sedangkan untuk meringankan beban pengguna, sepatut kerajaan menggunakan dua kaedah, waktu masuk dan waktu keluar sahaja. Dua tol perlu dihapuskan. Tol Gombak dan Tol Karak tidak perlu diadakan...

[Tepuk] Sebab dia melambakkan dan menyesakkan lebuh raya tersebut.

Semalam saya balik dari Kota Bharu. Boleh pekerja konsesi membaiki lebuh raya di atas jambatan di kawasan sungai, kawasan lebuh raya di kawasan Kemaman. Waktu kemuncak, kereta sangat banyak, dia boleh baiki tampalan di atas jambatan. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Kita minta pihak kerajaan memastikan tidak ada pembaikan jalan, tampal pada musim kemuncak pengguna yang menyebabkan kesesakan yang sangat melampau dihadapi oleh pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal kecekapan ataupun mengurangkan pelepasan karbon dalam negara kita. Ini merupakan satu tanggungjawab yang diberikan dalam sektor kita. Kita lihat di antaranya penggunaan pengangkutan awam yang sangat rendah. Kerajaan sepatutnya mencari jalan bagaimana pengangkutan awam dapat ditingkatkan supaya pelepasan tenaga dan GHG dapat dikurangkan. Demikian juga tentang perubahan iklim yang berlaku pada sektor pertanian. Malaysia mempunyai dua keadaan ekstrem iaitu waktu banjir dan waktu kemarau.

Waktu banjir, negara berdepan dengan air yang melimpah dan berlaku banjir yang sangat serius. Waktu kemarau, negara kita berdepan dengan masalah ketiadaan air dan saya harapkan bahawa ia juga turut menjejaskan sektor pertanian. Maka, kerana itu perlu diberikan perhatian bagaimana sektor pertanian juga dapat dibangunkan. Saya mencadangkan supaya adanya kerjasama yang erat di antara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia dengan Kementerian Pertanian bagi memastikan bahawa pengguna atau masalah yang dihadapi selama ini dapat diatasi.

Tuan Yang di-Pertua, untuk akhir yang saya ingin menyebut beberapa perkara.

Pertama sekali tentang beberapa buah kawasan yang berlaku di kawasan Kubang Kerian khususnya. Pertama sekali tentang jambatan. Ada 15 buah jambatan yang uzur yang sangat sempit yang mengganggu penduduk. Saya telah pun menghantar dan bangkitkan perkara ini pada sesi lepas.

Saya mohon supaya perkara ini dapat diambil tindakan segera kerana ia sangat menjejaskan kehidupan masyarakat khusus di kawasan Kubang Kerian. Lima belas buah jambatan sempit yang uzur ini merupakan perkara yang sering kali dibangkitkan dan insya-Allah, saya akan susulkan dengan surat rasmi kepada kementerian berkenaan.

Demikian juga tentang kesesakan yang berlaku di dua buah jalan utama iaitu di kawasan jalan dari Hospital Universiti, HUSM dengan jalan-jalan utama yang melibatkan Jalan Sultan Zainab, jalan utama ke bandar Kubang Kerian dari persimpangan Kubang Kerian ke Hospital Universiti, HUSM; Jalan Tok Kenali dari Jalan Wakaf Stan ke Persimpangan Binjai; dan jalan utama menghubungkan Kota Bharu dengan bandar Bachok. Jalan-jalan ini merupakan jalan yang sangat sesak dan perlu diatasi segera.

final • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kubang Kerian, minta laluan.

Ringkas.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit.

final • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tadi Kubang Kerian mencadangkan untuk dihapuskan dua tol untuk mengelak kesesakan. Apakah pandangan Kubang Kerian bahawa kita hapuskan semua tol kerana itu dijanjikan oleh kerajaan terdahulu? Apakah pandangan Kubang Kerian?...

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya nak cakap tadi, tapi tak sampai hati. Tetapi, kalau Hulu Terengganu cadangkan, saya sangat menyokong

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

terutama Tol Gombak. Tol Gombak ini antara tol yang paling awal di Malaysia yang sepatutnya ia dihapus dahulu sebelum tol-tol lain di Malaysia...

[Tepuk] Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan iaitu soal penyelenggaraan dan penambahbaikan infra Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang telah dilaksanakan. Sebelum ini khususnya kita telah bangunkan denai sungai di Pengkalan Datu-Demit dan kita dapati bagaimana ia perlu diselenggarakan dengan baik supaya ia jadi tarikan pelancong dan mendapat menjadi manfaat kepada pengguna. Isu jalan utama yang perlukan lampu jalan dan ini juga saya akan secara rasmi mengutus surat kepada Menteri berkenaan terutama di kawasan lebuh raya Pasir Mas-Salor dan simpang tiga batang lampu isyarat Kampung Parit hingga ke Simpang Empat Pasir Hor dan Jalan Pasir Jelatang. Ini antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir masa telah cukup. Saya tidak bercadang untuk mengambil masa yang lebih. Sekian, terima kasih dan *assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 12:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Selamat tengah hari dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan syabas dan tahniah kepada saudara Bonnie Bunyau yang telah memenangi Para Powerlifting World Cup 2024 di Dubai...

[Tepuk] Juga, tahniah kepada adik Roxy Ixzy yang telah menjadi juara Bintang RTM 2024. Syabas kepada anak kelahiran Puncak Borneo dan juga anak Sarawak dan anak Malaysia.

final • 12:29 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang di-Pertua Dato’ Speaker, salam sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang ke-16, iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah memerintah sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-16 selama lima tahun daripada 2019 sehingga 2024. Dan kepada Yang di-Pertuan Agong yang ke-17, iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, selamat bertakhta dan semoga pemerintahan Tuanku terus membawa Malaysia untuk terus maju, makmur dan aman damai. Daulat Tuanku.

Yang di-Pertua Dato’ Speaker, dewasa ini negara kita dibelenggu oleh masalah kejatuhan ringgit dan ingin saya tegaskan bahawa kejatuhan ringgit hari ini adalah disebabkan oleh banyak faktor dalaman dan luaran. Saya juga bersyukur kerana ramai pemimpin kerajaan kini telah sedar, waras dan matang dan cerdik mengenai kenapa nilai mata wang ringgit merudum dan kemeruduman itu bukanlah kerana negara tidak ditadbir urus dengan baik oleh pemimpin kerajaan semata-mata, tetapi disebabkan oleh faktor luar seperti kadar bunga yang tinggi ditawarkan oleh negara luar dan sebagainya.

Penyusutan nilai mata wang sesuatu negara boleh berlaku disebabkan oleh faktor seperti asas ekonomi, kestabilan politik dan juga penghindaran risiko di kalangan pelabur.

Jadi, saya memohon mulai hari ini, jangan ada di antara kita ahli-ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang yang memperkudakan isu nilai ringgit ini sebagai senjata politik.

Seterusnya, saya juga ingin menyebut masalah isu pencen penjawat awam. Atas dasar faktor ekonomi dan perbelanjaan kerajaan yang semakin membengkak, saya bersetuju dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam yang baharu berstatus tetap tanpa mengganggu gugat taraf penjawat awam yang telah mendapat lantikan tetap dan berpencen. Saya juga bersetuju pelaksanaan ini juga harus termasuk wakil rakyat dan juga Dewan Negara yang baru dipilih dan baru dilantik.

final • 12:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Namun, saya ingin menegur pihak Kerajaan Persekutuan supaya jangan terlalu gopoh dan terburu-buru dalam membuat pengumuman yang mendahului perbahasan perkara ini di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Penelitian terhadap libat urus akta berkaitan yang perlu dipinda dan juga pandangan penjawat awam di pelbagai peringkat perlu ada sebelum Kabinet membuat keputusan.

Keputusan menghapuskan skim ini saya perlihatkan tidak mampu menyelesakan masalah perbelanjaan negara yang besar kerana kerajaan tetap perlu membayar gaji besar kepada penjawat awam disebabkan persaingan yang akan wujud dengan sektor swasta dan juga permintaan tenaga kerja daripada negara luar.

Sepatutnya sebelum membuat keputusan berkenaan, kerajaan perlu menangani masalah ketirisan di dalam negara dan melaksanakan subsidi bersasar dahulu kerana ia menjadi punca utama negara kita berdepan masalah kewangan dan bukannya menarik skim pencen yang selama ini dinikmati oleh penjawat awam. Kajian patut dibuat untuk kos skim baru versus skim sedia ada kerana upfront cash flow kerajaan yang bakal tinggi apabila skim penjawat awam berupa tetap dan bercarum dengan kadar gaji yang lebih tinggi kelak.

Kerajaan Persekutuan harus kreatif dan berfikiran di luar kotak untuk mencari sumber pendapatan baharu negara seperti mana yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak untuk meningkatkan pendapatan Sarawak dengan lonjakan yang begitu tinggi. Hanya dengan penghapusan ketirisan, subsidi bersasar dan sumber pendapatan baharu, maka kerajaan akan mendapat nafas baru untuk memantapkan kedudukan kewangan negara.

Saya juga ingin menegaskan bahawa skim perjawatan awam baharu jawatan tetap dan bercarum juga harus memperkenalkan kadar gaji yang kompetitif dan setara dengan pihak swasta. Sebab, kalau tidak, tidak ada daya tarikan untuk rakyat kita yang berkelayakan untuk berkhidmat untuk perkhidmatan awam. Saya juga ingin menyarankan supaya penjawat awam sektor keselamatan, kesihatan dan pendidikan dipertimbangkan supaya masih kekal dalam skim tetap dan berpencen. Ini kerana skim penjawat awam baharu jawatan tetap dan bercarum kurang sesuai bagi sektor-sektor ini melainkan kerajaan merangka skim perjawatan awam baharu jawatan tetap dan bercarum khas yang amat menarik bagi mereka.

Saya juga menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang menyebut mengenai perkara MA63. Oleh dengan itu, saya menyarankan sekali lagi supaya Kementerian Pendidikan Malaysia meletakkan sejarah penubuhan Malaysia dan perjanjian MA63 ke dalam buku teks subjek Sejarah supaya semua anak-anak Malaysia tahu hak Sabah dan Sarawak.

Saya juga menyarankan supaya Kementerian Perpaduan menyediakan satu sudut khas di setiap muzium di seluruh negara untuk memperagakan sejarah kewujudan Malaysia dengan penerangan fakta lengkap mengenai perjanjian MA63 mulai tahun ini dan selama-lamanya supaya seluruh rakyat Malaysia arif mengenai perkara ini.

Selain daripada itu, sejarah perjuangan Dayak trackers, perjuangan Angkatan Tentera Malaysia berasal dari Sabah dan Sarawak, Sarawak Rangers harus diserapkan dalam teks buku Sejarah supaya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawasanya kami dari Sabah dan Sarawak juga berjuang mempertahankan kedaulatan negara Malaysia tercinta ini.

Jadi, jangan ada segelintir pihak yang cuba melenyapkan jasa perjuangan kami daripada sejarah negara. Jangan ada segelintir pihak yang sengaja melambatkan pelaksanaan MA63 yang telah lama dinodai. Sila laksanakan dengan segera dalam semangat bersama Malaysia Madani ini.

Saya amat bersetuju dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, sudah tiba masanya perpaduan rakyat Malaysia harus dieratkan. Saya ingin menyarankan supaya Kementerian Perpaduan dan Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama merangka satu subjek mata pelajaran baru iaitu Perpaduan Negara Malaysia di mana subjek ini subjek wajib dan boleh diajar dari Darjah 1 ke Tingkatan 5. Di dalam syllabus buku teks ini, boleh diajar nilai budaya, sejarah dan tradisi setiap kaum di Malaysia.

final • 12:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Selain itu, jenis ajaran agama perlu diketahui oleh setiap rakyat Malaysia, oleh sebab orang yang mengetahui ajaran agama lain akan tahu dan memahami dan menghormati orang lain. Ini amat penting kerana sehingga kini masih ada segelintir masyarakat yang belum tahu di mana Sabah, Sarawak dan masih tidak ada yang tahu nilai murni dan juga ajaran agama lain menyebabkan perselisihan faham dan perbezaan tanggapan pandangan.

Yang di-Pertua Dato’ Speaker, saya juga ingin berbicara mengenai masalah penggiat seni berusia terbiar dan juga terdampar. Dewasa ini kita sering mendengar golongan anak seni yang berusia terbiar dan terdampar susah mendapat peluang kerja persembahan kerana faktor usia, populariti telah merosot dan perubahan arus para peminat. Oleh itu, saya mohon mencadangkan supaya pihak kementerian memformulasikan satu tabung skim caruman dan insurans kepada golongan ini supaya apabila mereka sedang popular dan mendapat banyak bayaran, mereka boleh mencarum ke satu tabung untuk masa depan mereka.

Selain itu, saya juga beralih kepada pembangunan kawasan Puncak Borneo.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Menteri di Kementerian Desa dan Wilayah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi kerana telah meluluskan projek Jalan Dahan Estet ke BRS berjumlah RM45 juta.

final • 12:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya juga ingin mengetahui daripada KKDW status Projek Bekalan Air Luar Bandar Puncak Borneo Fasa 2 yang terkini dan bilakah ia akan dilaksanakan. Apa status cadangan bina baru jambatan Kampung Tanah Putih yang telah agak lama tertangguh pelaksanaannya.

Dengan ini saya juga memohon supaya jajaran jalan baru dari Kampung Giam Lama ke Kampung Git dibina termasuk pembinaan jambatan konkrit- reinforced concrete bridge, jambatan jalan baru dari Kampung Annah Rais ke Kampung Semuti termasuk pembinaan jambatan konkrit dan juga jajaran jalan baru Kampung Sorot ke Kampung Bunuk termasuk pembinaan jambatan konkrit.

Saya juga ingin tahu status terkini pembinaan Sekolah Menengah Puncak Borneo yang telah dipersetujui dan apakah status cadangan SMK Serumbu untuk menampung pelajar yang amat sesak. Saya juga ingin tahu cadangan pembinaan Rajah Charles Brooke Memorial Hospital ke kawasan Puncak Borneo yang dinamakan sebagai Hospital Puncak Borneo.

Saya juga mohon mencadangkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri supaya memperuntukkan sejumlah dana untuk projek penanaman kopi di Parlimen Puncak Borneo. Untuk makluman semua, kawasan Parlimen Puncak Borneo telah dijadikan sebagai coffee belt ataupun kawasan penanaman kopi di Sarawak. Oleh itu pengusaha penanaman kopi ini amat memerlukan bantuan dan kerjasama kementerian dan Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan hasrat ini.

Saya juga memohon supaya Kerajaan Persekutuan pantas dan tuntas menyalurkan dana kepada kerajaan negeri untuk kerja baik pulih jalan runtuh, kegagalan cerun- slot failure dan jalan mendap- sinking hole di jajaran Kampung Parang Sapit jajaran Kampung Semadang Danu, jajaran Kampung Kakas Kiding, jajaran jalan Puncak Borneo dan jajaran Kampung Sorot Bunuk. Akibat daripada kelewatan penurunan dana ini, acap kali projek ini lambat dilaksanakan dan baik pulih ini untuk keselamatan orang kampung amat lambat dan ini berbahaya kepada mereka.

Saya juga ingin memohon supaya masalah internet di kawasan Parlimen Puncak Borneo diselesaikan. Dalam Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Menteri telah berjanji untuk selesaikan dalam masa enam bulan, namun kini sudah setahun lebih, masih belum selesai. Saya berharap agar perkara ini dapat diselesaikan demi rakyat kita semua sebab rakyat di bawah, hari-hari marah Wakil Rakyat. Tiada liputan dan kualiti talian macam siput, tetapi syarikat telco yang untung berjuta-juta tapi wakil rakyat yang rentung dibakar.

final • 12:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Macam kita ini, dimarahi hari-hari. Saya mohon YB Menteri ada di sini, saya mintak tolong banyak-banyak supaya selesaikan masalah ini.

Akhir sekali, saya juga menyeru kepada Kementerian Pelancongan supaya merangka satu kerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan semula Borneo Highlands Resort yang telah ditutup. Tempat ini amat berpotensi, namun ia perlu kepimpinan, pemasaran dan juga pengurusan yang strategik dan efektif.

Akhir sekali, saya doakan supaya kita rakyat Malaysia eratkan perpaduan, hormat-menghormati agama masyarakat pelbagai bangsa, hidup aman damai dan membantu di antara satu dengan yang lain. Semoga kita terus menuju ke arah Malaysia yang maju dan makmur. Dengan itu, sekian terima kasih, Puncak Borneo mohon menyokong.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Muar.

final • 12:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumsalam.

final • 12:44 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Ampun Tuanku. Pertamanya dengan penuh takzimnya, patik mewakili seluruh warga Muar mengangkat setinggi-tinggi sembah tahniah atas pelantikan lafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pada kesempatan ini patik dengan tulis dan ikhlas ingin merafakkan doa ke hadrat Allah semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terus memperoleh afiat dengan penuh kedaulatan dan kebesaranNya.

Patik juga ingin mengambil kesempatan untuk merafak sembah menjunjung kasih Yang di-Pertua Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Moga Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, putera-putera dan puteri-puteri diberi afiat dalam melaksanakan tugas Baginda di Pahang Darul Makmur. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan lindunganNya kepada Tuanku berdua dan seluruh Kerabat Diraja. Daulat Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah dimaklumkan dalam ucapan Belanjawan bahawa tahun ini merupakan tahun pengenalan cukai-cukai yang baru, peluasan skop-skop cukai yang sedia ada, tetapi jawapan yang kerap diberikan dipenuhi dengan penipuan dan pembohongan. Kerajaan dan jurucakapnya banyak kali katakan bahawa kenaikan cukai SST ini hanya untuk golongan maha kaya. Ia tidak akan membebankan rakyat. Siap berani lagi memperlekehkan rakyat dengan katakan sejak bila rakyat main golf setiap hari, takkanlah rakyat nak berkaraoke setiap hari, takkanlah rakyat ingin menggunakan hotel tiap-tiap hari.

Kenyataan yang angkuh dan sombong ini yang tidak berpijak di bumi yang nyata, bukan sahaja mengelirukan tetapi merendah-rendahkan pemahaman rakyat berkenaan kenaikan dan peluasan cukai SST. Realitinya dengan pengenalan dan kenaikan cukai SST, sektor logistik yang sebelum ini dikecualikan kini disertakan sekali pada kadar enam peratus dan sektor logistik ini melibatkan semua sektor yang lain kerana apabila kita membawa import barang ke pelabuhan, ke Kastam, ke gudang dan akhirnya ke courier, akan ada cukai yang dikenakan.

Dicampurkan sekali dengan ringgit yang lemah, ini akan menyebabkan kos barang meningkat dengan mendadak. Kita digemparkan lagi baru-baru ini bahawa kos import barangan asas telah meningkat ke kadar yang tertinggi dalam sejarah negara, melampaui RM70 bilion. Dikaitkan sekali dengan subsidi diesel yang bakal ditarik, yang

final • 12:44 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

banyak berkaitan dengan sektor logistik, kita akan lihat barang asas rakyat meningkat dengan mendadak, tetapi mereka yang mempertahankan kenaikan ini mungkin tak sedar SST ini melibatkan apa. Ia melibatkan banyak aktiviti harian dan barangan harian.

Adakah golongan maha kaya sahaja yang menggunakan kemudahan sukan seperti futsal, badminton dan bola sepak yang turut akan dikenakan? Streaming online seperti Netflix dan Disney ataupun pengguna Shopee, Lazada, TikTok Shop, Pos Laju yang semua akan terkesan dengan kenaikan SST. Lesen motor, lesen kereta, pembelian kereta baru, insurans kesihatan, takaful dan yang lain.

Persoalan saya, sejak bila semua barang ini hanya melibatkan golongan maha kaya. Sebab itu apa yang saya minta jujur dan ikhlas lah kepada rakyat. Jangan kata lain, tapi buat lain. Kata penaikan dan peluasan skop cukai ini hanya ditujukan kepada golongan maha kaya tetapi realitinya rakyat biasa yang paling teruk terbeban. Kita perlu lawan pembohongan dan penipuan ini. Tetapi yang lebih mengejutkan baru minggu lepas tiga hari sebelum cukai ini dikuatkuasakan, menggunakan pintu belakang, kerajaan menyertakan sekali sektor baru ke dalam skop pencukaian SST iaitu maintenance and repair. Ini dimasukkan pada minit-minit yang terakhir. Tidak dibentangkan di Parlimen.

Tidak ada sesi konsultasi, digazetkan pada 23 Februari dan dilaksanakan pada 26 Februari. Sampai dikecam oleh pakar-pakar kerana tidak ada sesi konsultasi, kerana ia dibuat secara terburu-buru dan diam-diam, tanpa ada ketelusan langsung.

Rakyat ingin tanya dengan kemasukan maintenance and repair ini, ia sangat broad, sangat general.

final • 12:44 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Adakah ia akan melibatkan repair laptop, telefon bimbit, kereta dan banyak lagi yang lain kerana yang jelas, itu akan meningkatkan kos sara hidup rakyat. Sebab itu perkara sebegini, janganlah buat pada minit yang terakhir. Bentangkan, bincangkan, adakan sesi konsultasi. Jangan guna pintu belakang kerana kamu terdesak dan akhirnya sanggup menipu dan membohong dan tidak menggunakan Parlimen sebagai avenue yang terbaik.

final • 12:50 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Muar, boleh sedikit? Muar, berkaitan dengan SST ini seperti mana yang Muar sebut tadi, saya lihat bahawa bukan sahaja rakyat di luar sana tidak faham tetapi menteri sendiri pun tidak faham. Ada Menteri Komunikasi di sini.

Dalam poster yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi...

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ya.

final • 12:50 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Dimasukkan bahawa logistik tidak dikenakan kenaikan SST dua peratus sedangkan logistik ini merupakan skop perkhidmatan baharu yang baru sahaja dimasukkan dan dikenakan SST sebanyak enam peratus. Memang tak naik dua, tetapi naik dikenakan sebanyak enam peratus. Itu pertama.

Yang kedua berkaitan dengan logistik. Tadi Muar cerita banyak berkaitan dengan logistik. Dalam pembentangan dan perbahasan belanjawan yang lepas, Menteri Kewangan ada menyebut bahawa mereka akan melaksanakan sesi libat urus berkaitan dengan logistik kerana ramai bangkitkan. Namun akhirnya, libat urus itu membawa kepada logistik sebanyak enam peratus juga. Apa yang dikhuatiri dalam konteks logistik ini adalah tax on tax. Kalau kita tengok banyak cukai atas cukai yang dikenakan. Jadi saya minta ditanya sedikit apakah pendekatan MOF untuk menangani perkara ini? Terima kasih Muar.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sebab itu saya kata jangan menipu dan membohong. Saya pun lihat juga poster tersebut. Terkejut bila saya lihat Oh, sektor logistik dikecualikan, tetapi bila dalam pekeliling rasmi, di dalam website MOF, sektor logistik dimasukkan daripada kosong ke enam peratus, kenaikannya agak besar.

Dengan itu, jangan tipu dan seperti apa Yang Berhormat Putrajaya kata dengan betul, iaitu it is tax on tax. Kita lihat di mana daripada semua peringkat dan cascading effect itu bakal menyebabkan harga barang asas meningkat dengan mendadak. Saya berharap video Yang Berhormat Putrajaya buat tidak akan kena sekat lagilah. Saya akan masuk pasal video juga.

final • 12:50 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Harap-harap begitu Muar. Kalau tak kena sekat lagi. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya akan masukkan nanti. Sebab itu pada tahun 2024, di pihak kerajaan mereka panggil ini adalah tahun Kerajaan Madani. Apakah akan jadi pada tahun 2024 ini? Low-value goods tax akan naik.

High-value goods tax akan naik. SST akan naik. Harga diesel akan naik. Harga petrol akan naik. Bil elektrik dan air akan naik. Ringgit terus merudum dan lemah. Keperluan asas, barang asas, kita terus bergantung kepada negara luar. Bil import menaik dengan mendadak. Sebab itu, mungkin kerajaan kata, “Hah, tak apa 2024 tahun Madani” tetapi rakyat kata sebaliknya. Rakyat di luar sana tak panggil tahun 2024 tahun Madani. Mereka panggil tahun 2024 tahun ‘Mahal Dah Ni’.

Isu kedua adalah berkenaan isu kebebasan bersuara. Minggu lepas saya bangkitkan berkenaan isu censorship meningkat 40 kali ganda. Kerajaan memberikan respons, “Ini bukan berkenaan isu sekatan. Ini berkenaan berita palsu”. Mungkin mereka sudah lupa bila mereka berada di kerusi pembangkang yang lawan akta berita palsu mereka bila di kerusi pembangkang.

Mereka lawan kerana mereka kata ini akta zalim. Sejak bila kita nak biarkan lantikan politik kerajaan di MCMC untuk menentukan mana yang sahih dan mana yang salah, tetapi jikalau mereka masih nak katakan ini berita palsu, menteri ada di sini. Tolong jawab dan tanya, apabila Yang Berhormat Putrajaya kritik berkenaan soal mata wang ringgit yang lemah berdasarkan fakta dan data, kenapakah MCMC guna arahan untuk turunkan video tersebut walhal ia berdasarkan fakta dan data?

Saya dimaklumkan dan I want there will be a formal answer bahawa kerajaan tidak sahaja mohon sekali, dua kali, tiga kali untuk TikTok turunkan video tersebut tetapi permohonannya dah nak mencecah lima kali supaya turunkan video berdasarkan fakta.

Apakah takut sangat sampai nak gunakan kuasa kerajaan bawah Akta SKMM? Jangan baling batu sembunyi tangan kata, “Oh, kita hanya boleh mohon”. Dalam Community Guidelines, syarikat sosial media perlu ikut undang-undang negara dan apabila kamu quote Akta SKMM yang bertentangan dengan undang-undang negara, itulah cara kamu menyekat, menutup dan membisukan mulut rakyat. Itu salah.

Kamu jangan lupa prinsip yang kamu pegang bila kamu pada pembangkang. Jangan bila dah masuk jadi kerajaan...

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Muar.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Lupakan segala- galanya.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Muar.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya ada lagi dua minit sahaja lagi. Minta maaf.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat, boleh minta bagi laluan sikit?

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sebab itu...

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Muar.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya ada dua minit sahaja lagi.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dua minit pinjam...

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sebab itu...

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...20 saatlah.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Bukan sahaja...

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

Duduklah.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Muar, takkan jiran nak minta bagi laluan, bagi lah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya dah kata dah, saya ada...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bakri duduk. Laluan tidak diberi. Silakan Yang Berhormat Muar.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sebab itu bukan Yang Berhormat Putrajaya atau ahli politik sahaja yang mengkritik. Apabila ‘Iron Lady’ Malaysia Tan Sri Rafidah Aziz turut membangkitkan keresahan rakyat berkenaan hak penjawat awam untuk menggunakan IJN, sampai video dia pun kena banned sekali. Kena banned dan ini bukan berita palsu. Hari ini dilaporkan lagi sekali dalam portal CodeBlue di mana nasib veteran polis dikeluarkan daripada IJN dan mereka ingin- veteran ini hanya ingin mendapatkan perubatan yang sebelum ini dibekalkan oleh IJN. Perlu tunggu lebih satu tahun sebelum dikeluarkan daripada– selepas dikeluarkan daripada IJN dan ingin akses facilities KKM. Ini bukan berita palsu. Ini perkara sebenar yang berlaku.

Sebab itu nasihat saya, dulu bila jadi pembangkang kamu sering gunakan slogan kebebasan bersuara tetapi bila sudah berkuasa, hipokrit tutup mulut rakyat biasa. Ini perkara salah dan perlu kita bangkit dan lawan bersama. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharap perkara sebegini, jikalau kamu rasa tidak betul, lawan dengan hujah, fakta dan data. Kamu mungkin boleh mendiamkan satu ke dua mulut orang. Kamu mungkin boleh cuba sebaik mungkin untuk membeli dan mengugut mereka yang lawan dengan kamu. Tetapi percayalah, rakyat Malaysia pada hari ini bijak, cerdik dan pandai. Lagi kamu tekan, lagi rakyat akan bangkit dan lawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Baik. Sebelum saya proceed kepada Yang Berhormat seterusnya.

Dalam perbahasan, panduannya amat jelas. Baca 37(1)(a) untuk peraturan, 37(1)(b) untuk penjelasan. Very clear, ya. Kuasa mutlak pada Yang di-Pertua, yang mempengerusikan adalah 37(2).

Okey, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Ibrahim ibin Almarhum Sultan Iskandar yang telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-17.

Begitu juga, saya ingin merafak sembah, menjunjung kasih setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Pahang yang telah menyempurnakan pemerintahan baginda dengan begitu cemerlang sekali untuk tempoh lima tahun yang lalu.

Dato’ Yang di-Pertua, saya tertarik untuk menyentuh sebahagian daripada titah daripada Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan jentera kerajaan mestilah meningkatkan kecekapan dan mengamalkan prinsip kerja berintegriti supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya. Justeru, kecekapan proses kerja, tadbir urus setiap agensi kerajaan mestilah sentiasa dinilai dan ditingkatkan bagi mengelakkan sistem yang mempunyai banyak red tape. Kerenah birokrasi memberikan impak negatif terhadap keberkesanan dan kecekapan dalam pentadbiran. Kita perlu sedar bahawa kita merupakan pemegang amanah yang diberikan untuk mengurus tadbir negara supaya negara kita menjadi semakin maju dan makmur. Saya melihat peranan pegawai kerajaan penting dalam melicinkan segala proses urus tadbir tetapi bukannya memberikan rintangan atau masalah ataupun faktor ketidaktentuan yang memberikan gambaran seolah-olah rakyat

final • 12:57 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

berada dalam satu kedudukan yang rendah dan sentiasa perlu bersedia untuk disusahkan apabila berurusan di jabatan-jabatan kerajaan.

final • 12:57 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh. Saya telah dimaklumkan oleh seorang pengusaha kilang, seorang pemaju yang memajukan dan membangunkan tapak kilang dia sendiri. Setelah selesainya proses pembinaan dan pembangunan di tapak kilangnya, beliau cuba untuk memohon CCC daripada pihak berkuasa tempatan. Pada waktu itulah beliau diminta untuk menaik taraf satu simpang jalan yang jauhnya lebih daripada dua kilometer daripada tapak kilang beliau. Apabila beliau- sekiranya beliau gagal untuk mematuhi syarat tersebut, seolah-olah permohonan CCC beliau akan ditangguhkan dan tidak diberi kepastian bilakah masa akan diberikan CCC terhadap kilang beliau.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Keadaan ini telah menambahkan kos lebihan sebanyak RM2 juta kepada pembangunan beliau. Ini tidak termasuk kerugian-kerugian yang dialami apabila kelewatan mula beroperasinya kilang beliau, di mana banyak kerja dan banyak order dan banyak tempahan terpaksa ditangguhkan disebabkan kilang beliau masih belum mendapat CCC. Jadi, saya ingin tanya kepada jabatan-jabatan yang berkenaan, apakah justifikasi atau pertimbangan apabila sesebuah pembangunan itu dikenakan syarat pada peringkat akhir ataupun pada pengakhiran sesebuah pembangunan tersebut?

Akan tetapi bukannya pada peringkat awal ataupun peringkat perancangan sesebuah pembangunan tersebut. Sebab saya faham kadangkala mungkin pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan lain seperti JKR, seperti JPS dan jabatan lain akan membuat syarat sebegini bagi menjimatkan kos atau menjimatkan peruntukan kerajaan, tetapi soalannya, mengapakah syarat-syarat seperti ini tidak dimaklumkan atau dikenakan semasa peringkat awal perancangan sesebuah projek tersebut iaitu semasa permohonan kebenaran merancang dibuat iaitu pada peringkat awal sekali supaya sesebuah projek itu dapat diketahui dari awal, berapa kos yang akan terlibat? Bukan seperti sekarang, tiba-tiba dimaklumkan atau diminta untuk membuat tambahan kerja.

Tiba-tiba ada pindaan terhadap sebuah permohonan itu sehingga membuatkan sesuatu pembangunan itu mendatangkan kerugian kepada pemaju.

Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, dalam usaha memperkukuhkan ekonomi, kita perlu juga lihat kepada selok-belok dan juga dan juga kadangkala mungkin sesebuah perkara yang dinampak kecil. Saya bagi satu contoh Yang Berhormat Tan Sri Speaker iaitu isu berkaitan dengan masalah pendaftaran akaun e-Dompet di sebahagian kalangan pengguna baharu akibat nombor telefon bimbit mereka telah didaftarkan sebelum ini oleh orang yang lain. Saya bagi satu contoh untuk bagi satu gambaran yang lebih jelas iaitu individu A telah membeli satu sim card baharu dengan menggunakan nombor telefon untuk daftarkan e-Dompet dengan misal kata Touch 'n Go. Setelah setahun, A ini telah berhenti menggunakan nombor A, nombor ini dan telco akan membekukan nombor ini untuk satu tempoh.

Setahu saya, sekarang enam bulan. Selepas enam bulan, nombor A akan dilepaskan ke pasaran dan B– Bakri lah. Bakri membeli Sim Card tersebut, menggunakan nombor tersebut. Apabila saya cuba untuk mendaftar dengan Touch 'n Go, saya akan menghadapi masalah. Tidak akan dibenarkan untuk daftar sebab nombor tersebut telah digunakan oleh A sebelum ini. Ini mungkin dilihat sebagai perkara kecil tetapi ia mendatangkan masalah kepada rakyat, terutamanya baru-baru ini banyak bantuan dan insentif daripada kerajaan disalurkan melalui e-Dompet. Maka, perkara ini saya harap sebelum dia menjadi rintihan atau rungutan daripada rakyat, pihak yang berkenaan, Menteri ada hari ini, mengambil langkah-langkah sebelum perkara ini menjadi besar supaya perkara ini boleh diperbetulkan.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita melihat beberapa indikator ekonomi yang telah menampakkan, memberikan satu keyakinan kepada negara kita. Pertama, jumlah

final • 1:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

pelaburan yang diluluskan dalam tahun 2023 telah mencapai RM329.5 bilion, merupakan rekod yang tertinggi dalam sejarah.

Kedua, lebih daripada 85 peratus projek pembuatan yang telah diluluskan dari tahun 2021 hingga 2020 telah dilaksanakan.

Ketiga, pertumbuhan GDP sebanyak 3.7 peratus dan merupakan prestasi yang sangat meyakinkan memandangkan cabaran luar seperti gangguan rantaian bekalan dan pertumbuhan ekonomi di China yang lembap.

Keempat, kadar pengangguran yang stabil pada kadar 3.3 peratus dan terakhirnya kelima, inflasi yang terkawal pada 2.5 peratus.

Indikator-indikator seperti ini telah menunjukkan bahawa Malaysia berada pada landasan yang tepat menuju pemulihan ekonomi yang mampan. Namun, persoalannya ialah walaupun terdapat kerangka yang jelas, apakah sebab yang menyebabkan penurunan nilai mata wang Ringgit masih berterusan? Antara sebab ataupun faktor yang menyebabkan perkara ini saya lihat mungkin keyakinan terhadap komitmen reformasi yang kukuh dan pelaksanaan yang efektif daripada pihak kerajaan bagi mengatasi cabaran ekonomi semasa dan meletakkan asas untuk pertumbuhan jangka panjang yang inklusif dan mampan.

Saya ingin memberi satu contoh, Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Antara satu anjakan yang besar dalam RMKe-12 adalah perumahan untuk rakyat. Salah satu strategi utama dalam mempercepatkan peralihan daripada konsep pemilikan kepada konsep tempat tinggal. Di bawah konsep ini, tumpuan akan beralih daripada pemilikan rumah kepada penyewaan rumah. Namun, setakat ini saya perhatikan bahawa tiada kemajuan yang signifikan berkenaan dengan peralihan konsep ini.

Konsep ini hanya akan berjaya dengan adanya pasaran sewaan yang matang.

Saya telah beberapa kali membangkitkan isu Rang Undang-undang Akta Sewaan Kediaman ataupun RTA dalam Dewan yang mulia ini tetapi jawapan yang selalunya diterima adalah, “Sedang dalam proses libat urus”. Standard answer. Akta ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker, telah diluluskan secara prinsip oleh Kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun 2021 dan telah mendapat kelulusan prinsip untuk penggubalan dia. Jadi, sudah tiga tahun berlalu, RUU Akta RTA ini masih belum dibentangkan dalam Parlimen.

final • 1:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker, hanyalah satu contoh yang menunjukkan bahawa saya pun tak tahu macam mana saya nak menggambarkan keberkesanan ataupun ketidakberkesanan kerajaan kita untuk membawa reformasi. Maka, saya harap kerajaan sentiasa serius terutamanya apabila kita membawa reformasi ataupun keyakinan kepada rakyat.

Ada lagi beberapa contoh, jika diizinkan saya berharap saya boleh menyentuh lagi satu isu, mungkin lima minit.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Eh, tak boleh.

final • 1:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Ketawa]

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong landing sekarang, tolong landing sekarang.

final • 1:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tolong landing eh? Panjang lagi Tan Sri.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tapi saya tahu.

final • 1:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, saya harap balik kepada Muar tadi, tak diizinkan. Saya memang setuju bahawa kerajaan kita perlu mempertahankan hak dan kebebasan bersuara rakyat tapi saya dengar apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Muar tadi, hanya ada kritikan. Di mana cadangan dia? Kita akui bahawa mungkin ada kes- kes individu, kes-kes terpencil yang kerajaan overreact. Kita terima, kita faham dan akui hakikat tersebut tapi pada masa yang sama, kita perlu faham bahawa memang berlakunya

final • 1:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

penyebaran berita palsu yang telah mengelirukan masyarakat kita yang berlaku secara berleluasa. Jadi, apakah penyelesaiannya?

Saya dengar banyak rintihan, banyak kritikan daripada Yang Berhormat Muar.

Saya tak dengar satu ayat pun cadangan dan penyelesaiannya. Saya harap dalam Dewan yang mulia ini kita semua dipilih oleh rakyat. Kita semua diberi amanah dan tanggungjawab untuk mengurus tadbir negara ini, marilah sama-sama kita membawa perubahan untuk negara tanah air tercinta. Sekian, terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Bakri. Saya jemput Sungai Besar.

final • 1:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan memberikan kepada Sungai Besar untuk bersama dalam bahas Titah Diraja pada Penggal Ketiga, Parlimen yang Kelima Belas.

Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan bahas dengan memetik kata-kata seorang pemimpin besar. Dia berkata “Dendam bukanlah akhlakku. Dendam tidak akan dapat membangunkan negara tetapi memaafkan selalu menjadi jalan menuju kebangkitan sebuah negara”.

Terlebih dahulu Sungai Besar mengambil kesempatan menjunjung kasih dan merapat sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVII dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Raja Zarith Sofiah selaku Permaisuri Agong.

Sungai Besar juga menjunjung kasih atas kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah yang memayungi negara dan rakyat sepanjang pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-XVI.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi Sungai Besar menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang banyak menyentuh tentang kepentingan rakyat, soal sara hidup, soal denyut nadi rakyat, soal pesawah, soal petani, soal penternak dan lain-lain. Yang rakyat rasai sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah soal sara hidup yang sangat menghimpit. Harga barang yang semakin naik, 15 percent lebih dari dahulu.

Pelbagai cukai naik. SST naik. Kenaikan cukai impaknya sangat besar daripada perkhidmatan makanan sampailah kepada pendidikan. Janganlah kita nak sembang nak bagi pendidikan percuma. Apa lagi nak menghapuskan PTPTN. Pembelian nombor pin UPU online anak-anak kita yang nak masuk universiti pun dikenakan bayaran perkhidmatan. Ini pelik dan benar. Pelik tetapi benar.

Harga barang pula semuanya naik tanpa terkawal. Rakyat semakin sengsara. Duit semakin kecil. Ada yang kata duit semakin kecil baik untuk tarik pelancongan. Yang ini ramai anak-anak kita yang gelak sama-sama. Ringgit teruk terburuk dalam tempoh 26 tahun, 1998 dialah orangnya, 2024 dia juga orangnya dan hari ini dia jugalah orangnya.

Para usahawan luar sana Tuan Yang di-Pertua, usahawan informal lebih satu juta orang. Usahawan mikro hampir 900,000 orang. Sangat terkesan dengan kenaikan harga barang yang keterlaluan. Ramai yang “gulung tikar”. Bila berniaga nak jual berapa kepada rakyat? Jual harga mahal, rakyat tak mampu nak beli. Kalau tak ada siapa beli, usahawan yang rugi. Usahawan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi wahai kerajaan kasihani mereka. Janganlah tidur. Kepada Kementerian Usahawan, permudahkanlah lagi pinjaman-pinjaman mudah di TEKUN, di SME Bank, di Bank Rakyat dan lain-lain. Saya mendengari rintihan usahawan atas kesukaran untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan daripada agensi berkaitan.

final • 1:12 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Pertama, kekurangan cagaran. Proses permohonan yang rumit, kadar faedah yang tinggi dan kekurangan sejarah kredit menjadi halangan besar untuk para usahawan PKS mendapat pinjaman dan bangkit semula dalam perniagaan. Untuk bantu mereka, adakah kementerian bercadang untuk mengusulkan kepada kerajaan bagi pemberian moratorium khas kepada para usahawan PKS yang terkesan yang mana sewaktu Kerajaan Perikatan Nasional memerintah terdahulu, telah memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan kepada PKS.

Kepada KUSKOP, kita mencadangkan perbanyakan lagi kedai-kedai CoopMart yang menawarkan harga diskaun kepada rakyat. Setakat yang saya tahu, sehingga kini ada 2,611 kedai CoopMart terbentuk atau ada di banyak tempat tetapi tidak semua kawasan Parlimen sempat ada kedai CoopMart ini. Jadi, adakah ada usaha, ada inisiatif Suruhanjaya Koperasi membuka CoopMart di setiap Parlimen daripada Padang Besar sampailah ke Puncak Borneo, tanda kita serius untuk bantu rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya datang daripada kawasan jelapang padi di kawasan barat laut Selangor, daripada Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Nibong, Simpang Lima, Sungai Panjang, Sungai Besar, termasuk sebahagian Pancang Bedana dan Bagan Terap.

Luas kawasan jelapang padi kita. Ini kawasan rujukan Tuan Yang di-Pertua. Kawasan modal tanaman padi di seluruh negara terutamanya Sekinchan dan ini adalah kawasan pengeluar padi terbesar, melibatkan hampir 12,650 hektar daripada keluasan keseluruhan 13,185 hektar, besar dan sangat luas. 5,232 pesawah terlibat. Ada hampir 11,000 lot tanah sawah padi.

Lebih 50,000 tan metrik semusim. Kalau semusim, setahun dua musim, lebih 100,000 tan metrik padi dikeluarkan oleh pesawah-pesawah kawasan saya. Hari-hari Tuan Yang di-Pertua, pesawah ini bergelumang dengan selut, dengan lumpur, pacat, lintah, memerah keringat, memerah tenaga semata-mata nak memenuhi Dasar Keterjaminan Makanan Negara dan menyediakan bekalan makanan asas kepada rakyat.

Malangnya mereka perah tenaga, mereka tuai hasil padi 100,000 tan metrik setahun. Bila nak tanak nasi sahaja, beras daripada padi yang mereka tanam disebut beras tempatan, tak ada di pasaran. Di pasaran tak ada. Kat kedai tak ada. Kat kilang pun tak ada. Yang ada beras import, beras luar negara, yang harganya sangat-sangat tinggi.

Kita keluarkan padi, yang keluar beras import. Ini pelik bin ajaib dan sangat luar tabii.

Macam mana penguatkuasaan pengeluaran beras tempatan ini? Tiba-tiba pula ada beras Madani. Apa beras Madani ini? Kata orang Jawa, beras medeni. Medeni kata orang Jawa menakut-nakutkan. Memanglah harga beras Kerajaan Madani harganya sangat mahal dan sangat menakutkan rakyat. Tak nak bantu rakyat tak apa tapi kasihanlah sedikit kepada mereka. Betullah, saya memetik kata-kata Ketua Pembangkang ketika itu yang bercakap pada 20 April 2021, kerajaan ketika ini adalah kerajaan tidur.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat makmum balas jawapan bertulis penggulungan Belanjawan 2024 Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan dengan kekurangan guru. Rintihan ini juga disuarakan YB Igan dan beberapa Yang Berhormat yang lain pada perbahasan pada kali ini.

final • 1:12 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Sangat mengejutkan, kekurangan guru di KPM sehingga 31 Oktober 2023 adalah seramai 22,068 orang. Daripada 431,232 perjawatan guru, hanya diisi seramai 409,164 orang. 94.88 peratus sahaja dan kekurangan dia sebanyak 5.12 peratus. Ramai itu.

Kekurangan guru yang ada pada hari ini 22,068 orang. Saya ulang, 22,068 orang kekurangan guru. Sekolah menengah sahaja kurang 11,048 daripada keperluan asal seramai 176,485 guru. Sekolah rendah pula kurang 11,020 orang daripada keperluan asalnya yang diperlukan adalah sebanyak 243,699 guru. SJK(C) juga kurang, 1,354 perjawatan. SJK(T) juga kurang, 168 perjawatan. Pra universiti, kolej tingkatan enam kurang, 230 perjawatan.

Macam mana kementerian ini? Kekurangan 22,068 guru adalah jumlah yang besar. Boleh merencatkan pengajaran dan pembelajaran. Boleh merencatkan proses pendidikan. Ramai graduan kita Tuan Yang di-Pertua. Ramai graduan pendidikan kita ini, daripada UPSI ada, daripada UPM, UKM, UM, USM, UiTM dan hampir kebanyakan

final • 1:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

institusi pengajian tinggi awam yang mengeluarkan bekalan graduan pendidikan. Ambillah mereka sebagai pendidik segera. Ramai lagi yang menganggur tiada kerja. Putrajaya, sewaktu menjadi Menteri Kanan Pendidikan, mengambil inisiatif menawarkan lebih 18,000 perjawatan guru pelbagai jurusan.

Janganlah kerajaan ini nak melengkapkan pakej kegagalan pentadbiran Kerajaan Madani. Inflasi meningkat, cukai meningkat. Mata wang merudum. Harga barang naik.

Utiliti takrif air, takrif api meningkat. Beras kurang. Barang keperluan asas bukan sahaja kurang malah mahal harganya. Guru pun kurang juga rupanya.

Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit masa. Saya nak menyentuh tentang Parlimen Sungai Besar. Keperluan berkaitan dengan Balai Polis Sekinchan yang dibina pada tahun 1976, berusia 48 tahun. Ada 32 unit kuarters yang mana enam unit sahaja boleh diduduki Tuan Yang di-Pertua, yang lain sangat uzur. Tidak sesuai diduduki terutamanya mereka yang berkeluarga besar. Juga ibu pejabat polis daerah yang berusia 40 tahun. Saya dapat maklumat pembangunan IPD baru telah dipohon sejak tahun 2007 lagi dan dibawa ke RMKe-11. Saya membawa semula permohonan ini untuk perancangan pihak KDN. Juga kuarters anggota keselamatan PDRM di IPD Sungai Besar yang sangat-sangat uzur dan tidak sesuai dan tak selamat diduduki. Saya mohon kepada KDN bagi perhatian perkara ini.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, jajaran pesisir pantai di Parlimen Sungai Besar sepanjang 27.54 kilometer yang air laut pada suatu-suatu ketika lebih tinggi daripada kawasan penempatan orang kampung khususnya di sepanjang pantai Kampung Seri Kota Sekinchan yang beberapa kali air laut melepasi benteng. Berlaku rebakkan benteng dan limpahan air laut ke kawasan perkampungan. Jadi, mohon kementerian berkenaan ambil perhatian perkara ini.

Jadi, untuk ini sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana Tuan Yang di- Pertua dan Sungai Besar menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sungai Besar menyokong. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Sungai Besar. Saya jemput Putatan.

final • 1:20 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Dalam kesempatan 12 minit yang diberikan, saya cuba untuk menyentuh enam perkara terutamanya berkenaan dengan Perjanjian Malaysia 1963 atau singkatannya MA63. Kami rakyat Sabah mengambil maklum bahawa pelaksanaan MA63 seperti yang disentuh oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapan Baginda telah pun sebahagian besarnya dilaksanakan. Maka, kami rakyat Sabah ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan di atas usaha ini.

Sebagai contoh yang terbaharu ialah tertubuhnya Suruhanjaya Tenaga Sabah.

Hasil daripada perundingan, perjanjian MA63. Namun demikian, kami rakyat Sabah masih ternanti-nanti akan pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 ini. Masih ada lagi perkara-perkara yang perlu dirunding bersama dan mendapat persetujuan bersama untuk menunaikan perjanjian ini secara total. Antara yang masih lagi belum dilaksanakan sepenuhnya ialah Perkara 112C berhubung dengan pemberian khas dan penyerahan hasil kepada negeri Sabah.

Untuk rekod, di bawah Kerajaan Perpaduan kini, bayaran interim khas Sabah telah ditingkatkan kepada RM300 juta bermula tahun 2023 sementara memuktamadkan kaedah terbaik untuk formula dua per lima atau 40 peratus di bawah Perkara 112C.

Dengan adanya pemberian khas ini, maka Kerajaan Negeri Sabah akan mempunyai lebih kemampuan kewangan untuk memajukan pembangunan negeri seperti pembangunan infrastruktur dan juga industri. Di negeri Sabah, keadaan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik masih di tahap yang belum memuaskan. Malah, dari sudut

final • 1:24 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan raya termasuklah lampu-lampu jalan, banyak yang masih memerlukan peruntukan tambahan.

Perkara yang terjadi sekarang adalah jumlah peruntukan penyelenggaraan untuk jalan-jalan Persekutuan yang diberi tidak mencukupi sebagai mana jumlah yang dipohon.

Ini menyebabkan situasi tunggakan ataupun backlog kepada kerja-kerja yang perlu diselenggara atau diperbaiki. Kesannya bila terjadi banyak backlog dari tahun ke tahun berikutnya, maka timbullah kerosakan-kerosakan yang turut bertambah sehingga menyebabkan keadaan jalan-jalan yang menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya. Maka, dengan itu kami rakyat Sabah amat mengharapkan agar komitmen Kerajaan Persekutuan melalui Kerajaan Perpaduan yang ada pada masa sekarang akan dapat memuktamadkan perkara berhubung isu pemberian khas ini pada penggal pemerintahan kali ini.

Perkara kedua yang ingin saya utarakan adalah berkenaan birokrasi. Tuanku Yang di-Pertuan Agong juga telah menyentuh berkaitan birokrasi dan pelaksanaan dasar- dasar sepatutnya bersesuaian dengan negeri-negeri. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan memerlukan proses yang lancar, efisien dan telus bagi menggalakkan keberkesanan dan kejayaannya. Sekiranya timbul birokrasi yang menjadi penghalang atau cabaran kepada kelancaran kepada sesuatu kerja, maka kesannya ialah pelaksanaan yang lambat. Malah menimbulkan kerugian dari sudut kos dan masa ditambah lagi ketidakselesaan di kalangan masyarakat ataupun rakyat.

Saya ambil contoh dalam kelulusan pinjaman RM300 juta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berikan kepada negeri Sabah untuk melaksanakan lapan inisiatif segera bagi membantu mengurangkan isu gangguan bekalan air di kawasan pantai barat Sabah dan beberapa daerah di negeri Sabah pada Jun tahun lalu. Pelaksanaan inisiatif tersebut sehingga kini belum dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan oleh keputusan-keputusan di peringkat pengurusan yang pelbagai. Semoga perkara ini dapat diatasi dan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, setiap tahun semasa pembentangan belanjawan, rakyat akan memberi tumpuan mereka. Begitu juga rakyat mengikuti secara dekat semua polisi- polisi yang dibentuk oleh kerajaan. Baik ia polisi dari segi pencukaian, insentif, subsidi dan sebagainya yang diperkenalkan atas dasar membela nasib rakyat. Pelaksanaan polisi subsidi petrol dan diesel bersasar kelak akan tentu menjimatkan wang rakyat. Namun demikian, kerajaan hendaklah turut memahami bahawa contoh di Sabah keperluan jenis kereta pacuan empat roda adalah sesuatu yang diperlukan di negeri Sabah disebabkan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau serta kemudahan jalan raya yang masih banyak kurang baik.

final • 1:24 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Kenderaan pacuan empat roda diperlukan bagi pergerakan rakyat Sabah di mana ia digunakan untuk mengangkut hasil-hasil komoditi, pertanian, barangan keperluan harian serta sebagai kenderaan harian untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan bekerja terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.

Dalam hal ini, kerajaan hendaklah mengambil kira bahawa sebarang kenaikan harga diesel dan petrol akan sekali gus menambah kenaikan kos sara hidup rakyat di Sabah. Maka, atas alasan untuk mengawal kenaikan kos sara hidup di Sabah, saya menyeru agar polisi bersasar harga petrol dan diesel di Sabah dilihat semula kesesuaiannya mengikut keadaan di negeri.

Perkara seterusnya yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan isu pendidikan yang mana pendidikan di negeri Sabah masih dibelenggu oleh keadaan prasarana yang masih kurang sama ada sekolah daif ataupun rumah-rumah guru yang sudah usang dan juga bilik-bilik darjah yang sesak. Jadi, di kesempatan ini saya menyeru, merayu kepada Kementerian Pendidikan untuk melihat dengan kadar yang pantas terhadap usaha untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif, menyediakan rumah-rumah guru yang baik serta menyediakan bilik-bilik darjah yang mencukupi di negeri Sabah khususnya di kawasan pedalaman.

final • 1:30 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Sebagai contoh, yang dekat dengan saya iaitu di kawasan Parlimen Putatan pun masih terdapat sekolah yang sesak sehingga sekolah tersebut terpaksa mengadakan dua sesi pembelajaran sehari. Perkara ini menimbulkan kesulitan kepada ibu-bapa yang terpaksa menghantar dua kali sehari anak-anak ke sekolah disebabkan ada anak-anak mereka belajar di dalam dua sesi yang berasingan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menubuhkan Pejabat Pendidikan Daerah di Daerah Putatan memandangkan setelah Daerah Putatan mencapai status daerah penuh selama lebih 10 tahun, pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah masih dilakukan bersama dengan Daerah Penampang.

Perkara yang kelima pula adalah berkenaan dengan perumahan rakyat dan kemiskinan bandar di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu dan kawasan Putatan. Kadar ataupun kos hartanah saban tahun sekian meningkat dan meningkat dengan tinggi sekali.

Maka dengan itu, kebolehan ataupun kemampuan rakyat khususnya golongan B40, dan juga sebahagian daripada golongan M40, khususnya golongan muda yang baru memulakan karier kehidupan kerjaya mereka, menghadapi masalah ataupun cabaran untuk memiliki rumah.

Maka dengan itu, saya sekali lagi menyeru kepada Kementerian Perumahan untuk melihat sekali lagi permohonan Parlimen Putatan untuk disediakan pembinaan Projek Perumahan Rakyat yang memang diperlukan kerana Putatan ini terletak berhampiran dengan Bandaraya Kota Kinabalu dan kemiskinan bandar merupakan satu ancaman yang bakal terjadi sekiranya kita tidak merancang daripada masa sekarang.

Perkara yang keenam, memandangkan Kota Kinabalu International Airport ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah terletak di dalam Parlimen Putatan, saya memohon daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk melihat langkah-langkah jangka pendek dan sederhana untuk meningkatkan keselesaan dan meleraikan kesesakan penumpang di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang ada pada masa sekarang. Jumlah pengunjung ataupun pelawat sama ada daripada luar negeri Sabah, daripada destinasi- destinasi antarabangsa semakin meningkat pada masa sekarang.

Jadi, adalah wajar untuk Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu dinaik taraf sebelum perancangan jangka masa panjang untuk melihat potensi to relocate Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke kawasan lain pada masa hadapan. Jadi, dengan masa yang terhad pada tengah hari ini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan sekian Putatan mohon menyokong.

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Putatan. Sekarang saya jemput Temerloh.

final • 1:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah. Hari ini Temerloh diberi peluang untuk membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong ke-17. Saya mewakili warga Temerloh mengucapkan tahniah atas pelantikan Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Pertama, saya hendak menyentuh tentang kontrak sosial. Temerloh ingin merujuk kepada ucapan Titah Diraja, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang mesti dihormati oleh semua warganegara. Di dalamnya terkandung kontrak sosial iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Sultan sebagai Ketua Negara, keistimewaan kepada Bumiputera dan tanah rizab Melayu. Kontrak sosial ini perlu diterima oleh semua bangsa dan tidak perlu dipertikaikan dan tidak diketepikan untuk memastikan rakyat hidup harmoni dan perpaduan terus teguh dan kukuh.

final • 1:35 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, jangan ada yang cuba mempertikaikan dan menolak kontrak sosial sehingga berani menyuarakan isu-isu sensitif seperti Perdana Menteri boleh terdiri daripada bukan Melayu. Temerloh terkejut apabila Menteri Pelancongan menegaskan bak kut teh (sup tulang babi) sebagai makanan warisan negara ini. Perkara ini sangat menyentuh sensitiviti umat Islam kerana Islam sebagai agama Persekutuan tidak sewajarnya bak kut teh dijadikan makanan warisan negara. Banyak jenis makanan yang lain yang boleh diterima oleh semua bangsa. Apakah alasan Menteri Pelancongan?

Seterusnya, saya nak menyentuh isu ekonomi. Kerajaan hendaklah sentiasa merasai denyut nadi rakyat dan membela nasib mereka. Bebanan kos sara hidup yang semakin menekan, kuasa beli yang menurun, cukai berbagai, subsidi-subsidi dihapuskan antara permasalahan yang menjadi denyut nadi rakyat. Sering kali apabila persoalan ekonomi yang lembap dibangkitkan dan merosotnya pendapatan boleh guna rakyat, merudumnya nilai mata wang hampir mencapai RM4.80 berbanding US Dollar. Maka, pihak kerajaan akan menormalisasikan dengan mengemukakan berbagai angka, indeks dan data.

Umpamanya, jawapan yang diberikan oleh kerajaan “Inflasi hanyalah 2.5 peratus, ekonomi berkembang 3.7 peratus, kadar pengangguran 3.3 peratus dan sebagainya”. Semuanya itu tidak menggambarkan denyut nadi masyarakat dan ras rakyat yang sebenar. Hakikatnya, data itu digunakan untuk berlindung di sebalik kegagalan menangani ekonomi negara dan beban hidup rakyat. Temerloh bertanya, adakah Menteri Ekonomi tetap menyokong terus kejatuhan nilai ringgit?

Seterusnya, apakah ertinya dengan rizab antarabangsa yang dikatakan bertambah baik sedangkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak, beras, ayam dan sebagainya? Apalah ertinya eksport negara yang dikatakan meningkat sekiranya rakyat dibebankan dengan cukai SST serta kenaikan tarif elektrik dan air?

Apalah ertinya ekonomi negara yang dikatakan surplus jika denyut nadi sebenar rakyat masih ramai yang dalam kesusahan dan menderita hingga sampai ke tahap membunuh diri dan pengangguran di kalangan graduan berleluasa?

final • 1:35 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Di manakah janji Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar hujung Disember 2023? Berapa jumlah miskin tegar yang sudah dinaikkan pendapatannya dan bebas daripada kemiskinan tegar?

Seterusnya merujuk kepada pemerintahan. Pemimpin sebagai khalifah di muka bumi tidak sekadar memastikan kedaulatan tanah air tidak diganggu, tidak hanya memastikan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Malah yang lebih penting negara dan masyarakat mesti diuruskan dengan syariat, peraturan dan cara yang ditentukan oleh pencipta Bumi ini, Allah SWT. Inilah antara matlamat utama manusia diciptakan.

Nabi Muhammad S.A.W. seorang Perdana Menteri, tokoh politik Islam yang menguruskan negara dengan berpandukan kepada Al-Quran yang menjadi panduan.

Madinah negara Islam yang bernaung di bawahnya masyarakat majmuk Islam dan bukan Islam. Semua diberi hak dan keadilan, tiada yang dizalimi. Islam membawa kesejahteraan untuk semua. Islam bukan pelampau, bukan ekstremis dan pelbagai tuduhan tetapi Islam memberi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat serta jalan penyelesaian semua masalah.

Iktikad sebagai seorang Islam yang sejahtera sepatutnya meyakini bahawa semua perkara, peraturan, undang-undang, kuasa dan arahan yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis adalah terbatal dan tidak sah. Undang-undang syariat dan perkara yang bersumberkan darinya sepatutnya diberikan kuasa imuniti atau kekebalan dan tidak boleh dicabar.

Islam sebagai Agama Persekutuan mestilah diiktiraf dalam konteks yang betul.

Islam sebagai Ad-din atau cara hidup meliputi seluruh kehidupan termasuk dalam aspek berpolitik dan beragama. Mengambil hanya sebahagian dari Islam sebagai agama amalan ritual seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah satu penyelewengan. Berilah ruang dan kebebasan kepada umat di negara berdemokrasi yang merdeka ini untuk beramal dan

final • 1:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

melaksanakan segala hukum hakam dan syariat seperti yang diarahkan dalam al-Quran dan Hadis.

Merujuk kepada perpaduan. Titah Seri Paduka Baginda dalam Perkara Ke-12 agar semua pihak bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama untuk membangun negara demi kepentingan rakyat. Malangnya, bagaimana titah ini tidak dilaksanakan jika pentadbiran kerajaan yang dikatakan madani ini bersifat tidak adil dan zalim.

Pihak pembangkang dianggap musuh tanpa diberi hak mereka seperti peruntukan bagi membantu dan mengurus rakyat. Pembangkang tidak dibenarkan masuk ke sekolah, jabatan kerajaan dan institusi tertentu meskipun untuk menyampaikan sumbangan dan memberi kebajikan. Hak peruntukan negeri-negeri pembangkang juga dinafikan sementara pihak yang sehaluan dengan kerajaan diberi layanan sepenuhnya. Pihak pembangkang dituduh dengan pelbagai kes. Sebahagiannya tiada bukti dan alasan yang akhirnya menyebabkan kes itu ditolak oleh mahkamah sementara sesiapa yang menyokong kerajaan akan dibatalkan segala kes dan kesalahan.

Yang ke seterusnya, asas perpaduan telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang telah berjaya menyatukan golongan Aus dan juga Khazraj yang telah berperang selama 150 tahun. Beliau juga telah berjaya mengharmonikan kaum Yahudi dan juga penganut Nasrani. Oleh itu, berilah ruang dan keyakinan kepada Islam dan ajarannya sebagai asas dan teras kepada perpaduan. Selama 34 tahun pemerintahan PAS Kelantan telah membuktikan perpaduan yang baik antara kaum. Semua kaum diberikan keadilan dan tidak dizalimi.

Isu Kampung Baru Cina yang disuarakan oleh Menteri dan ingin dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO juga menimbulkan keresahan di kalangan bangsa Melayu. Oleh itu, sepatutnya isu-isu sensitif tidak dibangkitkan semata-mata untuk kepentingan sesuatu kaum. Dalam konteks keadilan yang saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atau kementerian yang lain, adakah sekolah Cina swasta (UEC) disalurkan geran atau bantuan oleh kerajaan? Berapakah jumlahnya? Berapakah pula bantuan dan geran yang diberikan kepada sekolah agama swasta?

Titah Tuanku juga menyeru kerajaan agar menangani kos hidup, import yang semakin tinggi dengan meningkatkan usaha dan galakan pengeluaran barangan dalam negara terutamanya bekalan makanan harian. Persoalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengapakah kerajaan tidak serius untuk membangunkan sektor pertanian yang menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan rakyat negara dalam situasi harga barang makanan import semakin mahal? Mengapakah penggunaan teknologi pertanian begitu terbatas dan terhad juga ketinggalan seperti negara Thailand yang terkehadapan dalam membangunkan sektor pertanian?

Negara kita dikurniakan tanah subur yang luas dan iklim Khatulistiwa yang sangat sesuai untuk produk pertanian. Adakah usaha R&D dijalankan dan penemuan-penemuan baru dapat diaplikasikan? Masalah bekalan beras belum selesai. Bilakah Menteri dapat memberi jaminan bekalan beras tempatan dengan harga yang tidak meningkat? Pada 21 Mei 2022, Laporan Sinar Harian, satu jawatankuasa perlu ditubuhkan oleh kerajaan bagi melihat isu lebih 103,000 hektar tanah terbiar seluruh negara. Temerloh ingin mengetahui status perkembangan isu ini. Adakah tujuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan import tercapai?

Berkaitan barang mentah seperti getah, import getah mestilah dikurangkan.

Menurut media arus perdana, sebanyak satu juta tan metrik getah yang diimport setiap tahun tidak dikenakan cukai import. Getah import ini menjadi pesaing kepada getah tempatan. Ia juga antara punca utama kenapa getah tempatan tidak meningkat dan harganya tidak stabil. Tumpuan untuk memajukan 60 peratus lagi ladang getah yang tidak bertoreh perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Seluruh negara terdapat beribu hektar ladang getah yang tidak bertoreh. Ini termasuk beribu hektar ditanam oleh badan separa kerajaan seperti ASPA di Bukit Ibam, Rompin, Pahang seluas 4,000 hektar. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi?

final • 1:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya juga ingin melihat tentang penghapusan isu pencen penjawat awam yang dibincangkan sepatutnya dengan matang dan dengan Kesatuan Sekerja serta mengambil pandangan pelbagai pihak. Jangan isu ini menggusarkan khususnya golongan muda.

Cadangan mengadakan Skim Mujahid OKU dalam komoditi. Saya suka untuk mengemukakan cadangan supaya pihak kerajaan melalui Yang Berhormat Menteri Agama memperkenalkan Inisiatif Mujahid OKU dalam komoditi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Melalui satu pertemuan delegasi Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) baru-baru ini banyak input yang dikongsikan.

Temerloh percaya keupayaan mereka, para penggerak OKU melalui PERTIS dan beberapa NGO ini amat penting memandangkan OKU mempunyai cabaran tersendiri dalam melaksanakan tuntutan agama.

Temerloh juga mendengar luahan OKU penglihatan tentang kemahiran mengurut yang melibatkan hampir 60,000 OKU. Mereka menjadikan pekerjaan mengurut sebagai sumber pendapatan mereka selama ini. Namun, kini pekerjaan mereka semakin terjejas bila pihak berkuasa secara rambang membatalkan lesen-lesen mereka yang melibatkan pekerjaan mengurut OKU penglihatan. Saya mengharapkan isu ini diambil perhatian.

Akhirnya, Temerloh mohon pihak JAKOA prihatin kepada penduduk Orang Asli di Kampung Enggang, Lanchang yang masih tidak mendapat bekalan elektrik sedangkan rumah mereka tidak jauh dari jalan utama menuju kawasan pelancongan iaitu Kuala Gandah. Mereka juga memerlukan rumah yang selesa dan keperluan tandas. Sudah lebih 30 tahun mereka menetap di situ tetapi kemudahan asas masih ketinggalan. Mereka juga memerlukan tangki air untuk menyimpan air bukit sebagai keperluan harian mereka.

Perkara ini disuarakan kepada Temerloh kerana lawatan ke kampung tersebut baru-baru ini.

Seterusnya saya ingin menyampaikan dua rangkap pantun.

*Waktu cuti ke Pekan Tak Bai, Sampai di sana membeli ikan, Kebajikan rakyat sudah terabai, Rakyat hidup makin tertekan.

Ular sawa sungguh berbisa, Bisa diubat dengan inai, Kerajaan MADANI sudah biasa, Buat janji tidak di tunai.* Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Petani.

final • 1:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada Sungai Petani untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini.

Pertama sekali saya mewakili seluruh rakyat Sungai Petani merafakkan sembah tahniah kepada Tuanku Sultan Ibrahim atas pemasyhuran Baginda Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Saya yakin Kerajaan Malaysia Madani pastinya menyambut baik segala hasrat Tuanku demi kepentingan rakyat Malaysia.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya menyambut Titah Baginda Tuanku mewakili seluruh warga Sungai Petani, juga saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang mengemudi Malaysia selaku ketua negara. Semoga kedua-dua Tuanku Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang terus diberkati pemerintahannya oleh Allah SWT.

final • 1:49 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh isu yang terkait rapat dengan kawasan saya iaitu isu air. Isu air ini adalah merupakan isu yang besar dan isu yang membelenggu seluruh rakyat negeri Kedah khususnya...

final • 1:49 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sungai Petani, sedikit boleh?

Sebab 9 hari bulan ini hendak kahwinkan? Jadi, bagi ruanglah, peluanglah sedikit. Tadi Sungai Petani ada menyebutkan soal berkaitan kita ucapkan jutaan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada Pahang. Masa Perdana Menteri, Tambun ucap ucapan terima kasih, Temerloh keluar. [Sambil menunjukkan ke arah Yang Berhormat Temerloh]. Temerloh ini daripada Pahang, Perdana Menteri hendak ucap terima kasih kepada Sultan Pahang berkhidmat sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ucap terima kasih pun, Temerloh keluar sebab Temerloh baru bercakap tadi kan, sebelah sana keluar. Tetapi saya hendak tanya, apa pandangan daripada Sungai Petani ini, Ahli- ahli Parlimen daripada Pahang yang keluar Dewan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ucapkan jutaan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong daripada Pahang?

final • 1:49 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Baik, terima kasih Hulu Langat. Ini adalah satu contoh yang kurang baik sebenarnya yang ditunjukkan kerana sehari selepas sahaja Titah Baginda Tuanku supaya kestabilan politik dan kita lebih kondusif dalam Dewan ini, sepatutnya dipatuhi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu air tadi yang mana negeri Kedah kalau kita lihat antara yang berlaku kebocoran, antara yang terbesar di dalam negara Malaysia iaitu sebanyak 51.5 peratus dan antara negeri yang tertinggi di Malaysia.

Manakala kalau kita lihat reserve margin yang terdapat di negeri Kedah itu, sebanyak kosong persen. Kalau berlaku kecemasan yang tidak diingini, apakah langkah mitigasi yang boleh kita ambil dan boleh kerajaan negeri sendiri ambil dengan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan?

Kalau kita lihat – saya berterima kasih dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri PETRA yang baru-baru ini turun sendiri untuk melihat projek sakit LRA Bukit Selambau.

Usaha ini sepatutnya diambil baik, disambut baik oleh Kerajaan Negeri Kedah, tetapi ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin negeri Kedah bahawa baru pertama kali mai Kedah, cuba untuk buat kacau. Jadi, ini sepatutnya tidak berlaku.

Saya juga mulanya hairan dengan alasan yang diberikan oleh pemimpin negeri Kedah dalam isu ini apabila beliau menyatakan projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual adalah kerana isu kenaikan harga bahan. Kalau kita lihat pertamanya, LRA Layang 2 di Johor boleh sahaja disiapkan pada waktunya dan mengapa tidak LRA Bukit Selambau? Saya sangat berharap agar kementerian daripada pihak Persekutuan dan juga pihak kerajaan negeri dapat duduk sekali, bekerjasama bukan untuk sesiapa, tetapi adalah untuk rakyat negeri Kedah. Kalau kita lihat sekarang ini musim kemarau, ini menjadi mimpi ngeri untuk rakyat negeri Kedah secara keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, melihat kepada aspirasi Tuanku untuk para Yang Berhormat meletakkan sepenuh perhatian untuk bekerjasama dalam memastikan kesejahteraan rakyat, saya ingin menyentuh berkenaan isu masyarakat menua ataupun turut dikenali sebagai aging society. Sejak 2021, kita lihat secara rasminya status negara kita mencapai status negara menua. Mengikut unjuran Bank Dunia menjelang 2044, populasi rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun dan ke atas adalah sebanyak 14 peratus dan akan menjadi 20 peratus menjelang 2056.

Ini menjadi kebimbangan untuk kita semua kerana kalau kita lihat productive age dalam negara kita semakin berkurang, yang menua semakin meningkat. Kalau kita lihat bagaimana anak-anak kita yang mengambil SPM juga sangat berkurang umur yang mengambil SPM dan ini akan menjadikan produktiviti daripada negara kita akan lebih berkurang.

Kalau kita lihat apa yang lebih penting sekarang adalah bagaimana Kementerian Kesihatan khususnya, untuk memastikan bahawa kesihatan dan tahap atau nilai mutu kesihatan itu dapat diperbaiki dan diperhebatkan dengan lebih lagi. Yang paling penting

final • 1:49 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

di sini saya ingin usulkan bahawa perlunya prevention health care dengan izin, ataupun penjagaan kesihatan pencegahan. Dalam masyarakat menua, prevention health care ini adalah penting dalam memastikan sistem kesihatan kita tidak terbeban dengan jumlah pesakit yang terlalu tinggi.

Bagaimana kita dapat menjalankan prevention health care ini adalah dengan saringan kesihatan berkala, vaksinasi dan pengurusan penyakit kronik adalah antara usaha yang boleh kita ambil dalam menangani isu ini. Kita perlu perluaskan khidmat- khidmat sedemikian kepada mereka yang lebih berusia terutamanya buat mereka yang berada di kawasan luar bandar. Yang penting sebenarnya adalah bagaimana klinik-klinik desa perlu memainkan peranan ini dan kerajaan perlu betul-betul mengambil perhatian terhadap klinik-klinik desa ini supaya dapat memberikan mutu prevention health care yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa dalam Dewan Rakyat ini mengenai bagaimana Tuanku menyentuh secara khusus agar kestabilan politik di negara ini tidak diganggu-gugat serta semua pihak perlu bekerjasama. Saya yakin bahawa Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini sedang berusaha ke arah itu, berusaha untuk menyatupadukan semua agar kestabilan politik itu dapat dicapai.

Saya menyedari bahawa wujudnya wacana di ruangan awam dan peringkat eksekutif terkait Akta Parlimen Berpenggal Tetap atau *Fixed-Term Parliamentary Act

(FTPA).* Saya kira ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam proses demokrasi negara kita. Dalam kita ingin memastikan tiada lagi aktiviti tukar kerajaan melalui pintu belakang, mengumpul SD dan suara-suara yang tidak enak didengar di luar Dewan yang mulia ini, sudah tentu akta ini akan membantu lagi. Walaupun sekarang kita mempunyai Akta Anti Lompat Parti, tetapi FTPA ini amat penting. Kalau kita lihat di negara-negara luar bagaimana kalau kita pilihan raya pada tahun ini, maka rakyat sudah tahu bahawa lima tahun lagi akan berlaku pilihan raya.

Tetapi perkara ini tidak berlaku di negara kita. Saban tahun kita lihat setiap kali pilihan raya, rakyat akan tertanya-tanya bilakah Parlimen akan dibubarkan? Bilakah pilihan raya akan diadakan? Jadi, ini akan memberi ketidaksediaan kepada rakyat dan juga khususnya sebenarnya kepada jentera-jentera kerajaan SPR dan sebagainya untuk kita mempersiapkan lagi proses supaya terjadinya proses pilihan raya yang lebih baik.

Akta ini jika digubal, kita tidak perlu risau mengenai bagaimana hilangnya majoriti dan sebagainya kerana akta berparlimen tetap ini sebenarnya baik untuk negara kita. Kalau pun sesebuah kerajaan hilangnya majoriti, maka kita boleh bawa usul undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat, Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan isu agama Islam.

Baginda Tuanku bertitah agar tiada mana-mana pihak yang mempolitikkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Saya menyokong penuh dan hasrat Tuanku ini juga seiring dengan aspirasi kerajaan agar agama Islam ini terpelihara. Pesan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, “Adalah bagi kita menyebarkan salam. Salam ini dalam erti kata lain adalah keamanan dan kesejahteraan”. Maka, fokus kita adalah kita harus letakkan di situ. “Sebarkan kesejahteraan agar negara ini tenteram, harmoni, aman dan damai, bukannya menyebarkan fitnah dan berita-berita palsu”. Salam ini adalah kesejahteraan, keamanan, kedamaian. Kita tidak menyokong mana-mana pihak yang cuba untuk membangkitkan apa-apa isu yang cuba untuk memecahbelahkan. Tidak kira untuk memecahbelahkan agama, kaum dan yang paling penting adalah masyarakat di negara Malaysia ini.

Kalau kita lihat bagaimana isu pembatalan enakmen syariah baru-baru ini cuba untuk dipolitikkan sehingga mengatakan bahawa kuasa mahkamah syariah itu sedang terhakis.

final • 1:49 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya ingin mengutarakan kembali jawapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa sebarang implikasi dari keputusan Mahkamah Persekutuan sedang diteliti melalui Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan. Malah komitmen Kerajaan Persekutuan yang ditonjolkan dalam memartabatkan mahkamah syariah ini

final • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

seharusnya disambut baik oleh pihak pembangkang. Malah RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 akan dibentangkan di dalam Parlimen tahun ini. Saya yakin dan percaya RUU yang bakal dibentangkan ini adalah sebentuk pindaan yang diteliti dengan baik oleh semua pihak...

final • 2:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sungai Petani...

final • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...Agar tidak hanya menjadi sembang kedai kopi seperti usul persendirian yang pernah dibawa sewaktu ketika dahulu.

Ini adalah masanya untuk kita lakukan perubahan. Kita tidak hanya semata-mata berhimpun tetapi ketika mendapat kuasa, kita tidak melaksanakan usul tersebut. Kita adalah kerajaan yang melaksanakan kata-kata. Silakan, Hulu Langat.

final • 2:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak sanggah sikit Sungai Petani ini. Tak betul itu, Sungai Petani, sebab isu RUU 355 ini dah dibawa dulu oleh kerajaan ‘tebuk atap’. 33 bulan dahulu masa dia jadi kerajaan, dia dah bawa dah RUU 355 ini. Jadi, saya minta supaya Sungai Petani tengok baliklah sebab RUU 355 ini yang dia memekak-memekak itu soal tanya kita bila nak bawa, dia dah bawa dahulu masa dia jadi kerajaan. Apa pandangan Sungai Petani? Selamat pengantin baru hingga ke akhir hayat.

final • 2:00 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih, Hulu Langat.

Buktinya, hari ini RUU masih lagi belum dibentangkan dan inilah sebenarnya Kerajaan Malaysia Madani hari inilah cuba untuk memartabatkan Islam tanpa meminggirkan mana- mana kaum dan agama yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup sedikit, saya ingin masuk sekali lagi isu kawasan bagi masalah air juga. Untuk makluman semua, di kawasan saya, terdapat sungai yang terletak bersebelahan di SMK Min Terk, Batu 2, Sungai Petani dan panjangnya itu lebih kurang 15 kilometer, lebarnya lebih kurang tiga ke enam meter.

Punca utama banjir yang berlaku di sungai ini adalah disebabkan ia berada di kawasan rendah iaitu di bawah cerun dan juga sistem perparitan yang tidak sempurna dan uzur dan rizab sungai juga semakin sempit apabila tuan tanah menambun tanah serta memagar kawasan yang akhirnya menyebabkan jentera sukar untuk masuk bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Pada akhirnya, bila mana hujan lebat berlaku, kawasan sepanjang tujuh kilometer ini, sungai akan melimpah lalu membanjiri kawasan perumahan dan sekitarnya. Saya memohon sangat-sangat supaya kementerian melihat, JPS melihat isu ini kerana kalau hujan lebat sahaja, tempat ini akan terus dilanda banjir kilat yang cukup hebat.

Sekali lagi, saya ucap terima kasih dan saya akhiri ucapan saya pada hari ini dengan serangkap pantun.

Duduk sama rendah, Berdiri sama tinggi, Semuanya akan kita redah, Demi yang terbaik buat Kerajaan Malaysia Madani. Sekian, saya menyokong usul ini. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya menjemput Kuala Terengganu.

final • 2:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Pertama sekali, izinkan saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah selaku Raja Permaisuri Agong.

final • 2:03 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Patik juga menjunjung kasih atas kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Azizah Aminah Maimunah memayungi negara dan rakyat sepanjang pemerintahan Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.

Meneliti Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, patik dapati sarat dengan nasihat dan pandangan untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa dipelihara. Dirgahayu Tuanku. Patik menjunjung kasih Tan Sri Yang di-Pertua, tahun lalu, ekonomi Malaysia berkembang 3.7 peratus, rendah daripada jangkaan pasaran dan juga sasaran kerajaan sendiri antara empat hingga lima peratus. Manakala suku keempat 2023, ekonomi berkembang sebanyak tiga peratus, lebih rendah berbanding suku sebelumnya.

Saya menyokong apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut bahawa hakikatnya inisiatif kerajaan terdahululah yang menyebabkan ekonomi Malaysia melonjak 8.7 peratus dan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi kita pada hari ini. Namun, kesemua indikator ekonomi pada hari ini menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan.

Eksport Malaysia pada 2023 merosot 10 bulan berturut-turut bermula Mac hingga Disember, jatuh 10 peratus kepada RM118.5 bilion berbanding tahun 2022 menyebabkan jumlah dagangan negara juga turun 4.3 peratus kepada RM225.1 bilion. Hutang langsung kerajaan bertambah sebanyak RM485.7 bilion daripada RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM1,172.5 bilion pada hujung tahun 2023 ataupun menghampiri RM1.2 trilion.

Yang lebih membimbangkan ialah nisbah hutang kepada KDNK bertambah kepada 50 peratus daripada tahun 2017 hingga 60.3 peratus pada tahun 2022 dan kini 64.3 peratus pada tahun 2023. Ini jelas dan dapat dilihat oleh rakyat bahawa kerajaan yang ada pada hari ini yang sebelum ini melaung-laungkan tentang masalah hutang negara sebenarnya meneruskan dasar yang sama, menambah hutang negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, kesemua bukti ini menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak cekap. Tidak apalah, lembut sedikit. Kurang cekap, tidak berkemampuan untuk mentadbir negara dan mengurus ekonomi. Kejatuhan mata wang seolah-olah tidak diendahkan kerajaan sampai Tambun ada kata melarang daripada untuk dibicarakan, bercakap tentang masalah kejatuhan mata wang sedangkan ini adalah isu pokok yang sangat penting tentang kedudukan ekonomi negara. Ia menjadi ukuran kuasa beli rakyat dan juga negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, hari ini 4 Mac 2024 menandakan kadar cukai SST telah naik pada kadar baharu sebanyak lapan peratus. Rata-rata kita boleh lihat rakyat gelisah dengan realiti di lapangan kerana perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dikecualikan pastinya akan meningkatkan kos dan bayarannya di mana peniaga akhirnya akan mengalihkan kesan kenaikan ini kepada pengguna secara tidak langsung.

Walaupun kerajaan menunjukkan angka inflasi yang terkawal, rendah dan sebagainya, masalah rakyat di lapangan di bawah tidak berasa begitu. Rakyat berasa harga barangan semakin mahal daripada harga barangan dapur sehinggalah harga macam-macam sekarang ini kita nak berhadapan dengan di mana rakyat akan memulakan persekolahan anak-anak di penggal yang baharu. Kos untuk menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah meningkat dengan begitu tinggi. Sekarang nak berdepan dengan Ramadan lagi, musim perayaan lagi.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada muka surat 10 Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda tentang masalah red tape, masalah birokrasi. Saya ingin kaitkan dengan inisiatif kerajaan berkaitan dengan sistem PADU yang pada saya, secara falsafahnya ianya adalah satu yang bagus.

Cuma, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bahawa satu kumpulan hacker yang dikenali sebagai Rootkit mendakwa telah berjaya menggodam sistem PADU.

Menteri Ekonomi telah menjelaskan bahawa sistem PADU yang telah digodam itu bukan

final • 2:03 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

pangkalan data utama, tetapi data di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Saya mohon agar kerajaan memandang serius terhadap dakwaan ini atau ancaman serangan siber ini serta dapat meningkatkan sekuriti siber apatah lagi apabila melibatkan data awam ini. Kerana saya dapati keadaan yang berlaku ini menyebabkan mungkin kerana itu rakyat masih sangat kecil yang selesai mengemas kini maklumat mereka. Sehingga 22 Februari, hanya 3.72 juta sahaja yang telah selesai mengemas kini maklumat mereka.

Tuan Yang di-Pertua, isu underemployment yang disebut di dalam Titah Yang di- Pertuan Agong. Kerajaan perlu segera tangani isu generasi muda yang bekerja di bawah kelayakan pendidikan dan bukannya terlalu fokus kepada isu pengangguran secara umum sahaja. Rentetan itu, saya ingin menyentuh tentang lambakan graduan asing dalam sektor pekerjaan.

Menurut Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, jumlah graduan asing yang bekerja di Malaysia meningkat sehingga 15 peratus setiap tahun. Yang paling kita bimbang, ia memberi impak yang besar terutama saingan kepada graduan tempatan. Rakyat rata- rata terkejut dengan cadangan kerajaan untuk membenarkan graduan asing bekerja di sektor berteknologi tinggi negara.

final • 2:03 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Cadangan tersebut mungkin munasabah seperti mana dijawab oleh Menteri bahawa ini kerana ada sektor-sektor tertentu yang masih lagi tidak dapat diisi kerana ketiadaan graduan tempatan tetapi hendaklah apa cadangan itu bersifat sementara, untuk sementara sahaja. Mesti ada had masanya kerana isu matching, keperluan jenis kemahiran yang diberikan oleh pelbagai institusi pendidikan, latihan dan kemahiran kepada rakyat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran kerja telah lama diperkatakan sejak dahulu lagi. Jadi, perkara itu mesti diselesaikan segera. Kalau tidak, yang akan menjadi mangsa adalah graduan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, menurut IMS...

final • 2:10 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kuala Terengganu, boleh sedikit?

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, ya.

final • 2:10 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sikit sahaja. Berkaitan dengan cadangan untuk mengambil graduan luar negara itu. Kalau kita boleh mohon kerajaan supaya perincikan sebenarnya mengikut bidang apa sebenarnya yang tak ada. Jadi, sekurang-kurangnya graduan di luar sana dalam bidang tersebut itu tahu bahawa itulah keperluannya.

Sekarang ini dia cakap secara umum, bidang teknologi tinggi. Teknologi tinggi dalam sudut apa? Kalau boleh diperincikan di sini kita hendak 200 orang, di sini kita nak 50 orang. Di bidang ini kita nak 200 orang. Itu akan memudahkan. Kerana apa, kita nak kena pastikan bahawa semua graduan kita yang ada dalam pasaran ini diberi ruang terlebih dahulu untuk mengambil ruang pekerjaan yang ditawarkan. Terima kasih.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tepat sekali, itu yang saya maksudkan. Isu berkaitan dengan matching ini telah lama kita perkatakan tetapi sampai sekarang mengapa masih tidak selesai? Kerana itu perlu lebih banyak engagement, libat urus dengan pihak industri dilaksanakan dan dengan itu kita mendapat secara tepat gambaran tentang jenis-jenis sektor ataupun teknologi ataupun kemahiran yang diperlukan dan ini yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya perlu mengambil kesempatan ini untuk bercakap tentang kepentingan di Parlimen Kuala Terengganu, negeri Terengganu terutamanya.

Sehingga sekarang ini masih lagi kita dapati bahawa kerajaan tidak dapat membayar sepenuhnya bayaran, tak kiralah namanya royalti ke tak ataupun ihsan yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Terengganu. Misalnya pada tahun lalu, anggaran yang sepatutnya diterima sebanyak RM1.6 bilion tetapi nyatanya yang diperolehi adalah kurang separuh daripada itu pada tahun yang lalu. Sudah tentulah ini akan merencat pembangunan sebuah negeri yang menjadi harapan kita semua untuk dilihat merapatkan jurang pembangunan antara Pantai Barat dan juga Pantai Timur. Kerana itu saya berharap

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

sangat supaya perkara ini tidak berulang, supaya dapat diteruskan pembayaran seperti biasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perhatian kerajaan mengenai isu di kawasan saya di Parlimen Kuala Terengganu. Pertamanya, saya ingin memohon agar pihak kerajaan supaya membina sebuah klinik kesihatan besar yang baru di kawasan Rancangan Bandar Baru Bukit Besar bagi menampung bilangan pesakit yang jauh melebihi kapasiti yang sedang dikendalikan di Klinik Padang Hiliran.

Yang kedua, berhubung keadaan banjir luar biasa. Baru-baru ini berlaku keadaan banjir yang luar biasa apabila parit utama di Kubang Parit Kuala Terengganu untuk kali pertamanya melimpah dan mengakibatkan banjir di beberapa lokasi yang tak pernah dinaiki air sebelum ini. Saya dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah Kuala Terengganu bahawa perkara ini berlaku kerana Projek Tebatan Banjir Gong Kiat Fasa 2 belum dilaksanakan. Pihak JPS telah mengemukakan cadangan projek naik taraf sistem saliran ini dengan tajuk, “Projek Sistem Saliran Mesra Alam di Kubang Parit di Kuala Terengganu” melalui permohonan RMK-15 RP5. Saya harap perkara ini dapat dilaksanakan.

Saya juga ingin mengetahui tentang status cadangan pembangunan dan pemerkasaan pelabuhan LKIM Chendering yang telah diumumkan oleh Menteri bernilai RM192 juta. Begitu juga saya ingin mengetahui tentang status kemajuan pelaksanaan pemuliharaan muara Sungai Ibai bagi mengatasi kecetekan yang telah dikeluarkan tender dan sehingga sekarang tidak pasti di mana kedudukannya pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari Rabu yang lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan bangunan baru Pasar Kedai Payang yang telah siap dibina setelah kerja pembinaan dimulakan pada tahun 2019. Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri yang hadir sendiri dan saya telah mengambil kesempatan untuk bercakap dengan Menteri dan juga bersama dengan EXCO tentang kepentingan untuk dibantu pemulihan Pasar Borong Gong Pauh yang berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Ini satu-satunya pasar borong di Negeri Terengganu dan keadaannya sangat menyedihkan dan memerlukan perhatian khusus dan pembiayaan yang perlu dibantu oleh pihak Persekutuan. Pasar ini penting sebagai pusat pengedaran bahan makanan yang utama di Terengganu.

Seterusnya berkenaan insiden lemas yang kerap kali dilaporkan di sekitar pantai Terengganu yang juga membabitkan orang luar yang berkunjung ke Terengganu, pelancong dan sebagainya. Jabatan Bomba dan Penyelamatan ---- mendedahkan insiden mati lemas setiap 400 kes setiap tahun dan seharusnya dipandang serius segenap lapisan masyarakat. Saya ingin mencadangkan supaya dikeluarkan peruntukan oleh kerajaan agar memperbanyakkan poster awareness, tanda amaran bahaya ombak besar dan larangan mandi di pantai yang dikenal pasti mempunyai risiko insiden. Begitu juga perlunya penempatan pasukan pengawasan khusus untuk mengelakkan tragedi ini daripada terus berulang.

Akhir sekali, berkaitan isu banjir kilat yang sering berlaku di Taman Alamanda dan Jalan Tekukor yang sejak sekian lama perkara ini masih belum dapat diselesaikan. Kerana itu saya memohon pihak kementerian yang berkenaan supaya memberi perhatian tentang banjir kilat di Kuala Terengganu yang menjejaskan kawasan yang menjadi pusat Bandaraya Kuala Terengganu ini. Sekian sahaja ucapan saya untuk perbahasan kali ini.

Kuala Terengganu mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Seputeh.

final • 2:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Seputeh yakin negara di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menuju ke arah pembaharuan, kestabilan dan kemakmuran.

final • 2:15 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sekijang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Wilayah Persekutuan. Sebagai Ahli Parlimen penggal keenam di Kuala Lumpur, saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat PMX kerana telah mengarahkan DBKL untuk mengadakan mesyuarat bulanan dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur sejak awal tahun lepas. Mesyuarat bulanan di antara MP di KL dengan Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan DBKL telah memudahkan kami untuk menyelesaikan masalah di kawasan kita masing-masing.

Walau bagaimanapun, saya ingin membangkitkan beberapa isu untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. Satu, selalu berlakunya kelewatan daripada segi pengeluaran notis kepada MP berkenaan mesyuarat dan program anjuran DBKL. Misalnya surat jemputan sambutan Tahun Baru Cina KL Tahun 2024 di Dataran Merdeka yang diadakan pada 24 Februari. Saya hanya terima e-mel jemputan pada tengah hari 21 Februari mengikut rekod e-mel saya iaitu notis sebanyak tiga hari sahaja.

Yang kedua, Majlis Perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 di Dataran Putra pada pukul 7 pagi pada 1 Februari. E-mel jemputan daripada DBKL diterima pada 26 Januari iaitu notis selama lima hari sahaja. Bukan kah semua program ini telah lama dirancang oleh DBKL? Kenapakah MP di KL diberitahu beberapa hari sebelum program itu sahaja? Sehubungan dengan itu, tahun ini adalah ulang tahun ke-50 bagi Kuala Lumpur dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan. Kita sepatutnya mengadakan perayaan besar-besaran yang melibatkan warga kota di Kuala Lumpur tetapi kesalnya perayaan ini diadakan di Putrajaya dan bukannya di Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru bahagian perhubungan ataupun Public Relations Department DBKL boleh menambah baikkan komunikasi mereka dan peka terhadap kritikan dilaporkan di media dan menjelaskan isu yang controversial dengan secepat mungkin. Di sini, saya juga ingin minta lebih peruntukan dan lebih pegawai diberikan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAS) di bawah DBKL untuk tujuan penurapan jalan. Banyak jalan telah rosak di banyak kawasan kediaman di DBKL, ia selamanya telah wujud, lebih setengah abad tetapi jalan banyak tidak pernah diturap.

Saya berharap JKAS ditingkatkan keberkesanannya.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana mendengar cadangan daripada penduduk KL dan wakil rakyat KL untuk melanjutkan tempoh satu bulan bagi penduduk untuk mengemukakan pandangan Draf Pelan Tempatan KL 2040 tetapi di bawah 1.1 – Pemakaian kelas kegunaan tanah dan bangunan 2024 (CULB 2024) dalam buku PSKL 2040 tertulisnya perenggan ini yang berbunyi, “Sekiranya permohonan bagi kebenaran perancangan berkenaan dengan suatu bangunan adalah berhubung dengan kegunaan tanah dan bangunan yang tidak dinyatakan atau tidak dinyatakan dalam ruang kolum (tidak dibenarkan dalam CULB 2024), Datuk Bandar boleh dengan kelulusan Menteri memberikan kebenaran perancangan jika Datuk Bandar berpandangan bahawa pembangunan ini mempunyai kepentingan awam”.

final • 2:15 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, apa gunanya bagi kita untuk mengeluarkan bantahan ataupun bagi pandangan untuk PTKL ini. Saya berharap Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL boleh batalkan kuasa kepada Menteri dan juga Datuk Bandar ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan fasal MRT. Saya sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur memberi sokongan penuh terhadap projek MRT3. Saya mengakui kos pembinaan projek MRT3 ini adalah tinggi, tetapi ia merupakan projek yang perlu dilaksanakan dengan cepat di pusat bandar Kuala Lumpur sekiranya kita ingin menggalakkan penduduk di Kuala Lumpur untuk menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya bagi penduduk di persekitaran Jalan Klang Lama dan Kuchai Entrepreneurs Park di kawasan Parlimen Seputeh.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak cadangkan, nombor satu, pihak kerajaan menyediakan kemudahan Mult-Storey Park and Ride (MSPR) yang mencukupi untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan

final • 2:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

utama mereka terutamanya di stesen MRT Kuchai, MRT 3 dan juga stesen MRT Taman Naga Mas, Laluan Putrajaya.

Kedua, memastikan ketersambungan yang mencukupi bagi batu pertama dan terakhir seperti rangkaian bas ulang-alik, bas pengantara, bas mini, van atas permintaan dan sebagainya untuk memudahkan penumpangan tiba di stesen kereta api.

Ketiga, menyediakan kemudahan yang mencukupi di luar semua stesen MRT, LRT seperti eskalator, laluan pejalan kaki berbumbung, jambatan atas pejalan kaki dan juga pejalan kaki atau pengembara. Ini adalah penting untuk menyediakan kemudahan dan akses kepada penduduk di sekitar stesen khususnya untuk stesen pertukaran dan menempatkan OKU dan wBWAarga emas.

Inisiatif ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang pengangkutan awam. Walau bagaimanapun, saya juga berharap tanggungjawab penyediaan kemudahan dan akses di sekitar stesen juga ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan khususnya DBKL. Dalam konteks ini pihak berkuasa tempatan boleh mengarah pemaju projek pembinaan yang berdekatan untuk mengadakan laluan pejalan kaki berbumbung dan jambatan atas pejalan kaki ke stesen LRT, MRT terdekat sebagai salah satu syarat kelulusan permohonan development order mereka.

Tan Sri Yang di-Pertua, di sini saya ingin tanya, kriteria yang digunakan oleh PDRM untuk membuka siasatan terhadap ahli-ahli politik tertentu. Nombor satu, kes Tan Sri Lim Kit Siang. Pada Disember tahun lepas, polis panggil beliau panggil keterangan hanya kerana beliau meluahkan impian beliau iaitu Malaysian Dream yang berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 100 tahun yang akan datang. Ini jadi masalah.

Dalam kes kedua Tony Pua. Beliau hanya membuat satu jokes, jenaka yang menawarkan diri untuk masuk ke penjara sekiranya sesiapa boleh bagi dia RM5 juta. Polis minta dia beri keterangan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi Multimedia kerana dikatakan beliau menghina Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi Tony Pua langsung tak sebut tentang Yang di-Pertuan Agong.

Tan Sri Yang di-Pertua, di sini saya ingin tarik perhatian Dewan Yang Mulia ini tentang kenyataan Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong dalam akaun TikTok yang bernama The Merdeka Times yang mengkritik sekolah vernakular. Dalam TikTok ini beliau mendakwa orang Cina yang belajar di sekolah Cina. Saya quote sini ya.

“Tidak pandang tinggi, mereka pandang menghina kepada orang Melayu, mereka mendapati bangsa Melayu adalah bangsa yang tak berkebolehan, tak pandai, tak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya. Buat apa mereka hendak belajar bahasa Melayu dan berintegrasi ke dalam masyarakat Melayu”. Tan Sri Yang di-Pertua, saya dan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini belajar di sekolah Cina. Kami tidak pernah diajar untuk memandang rendah orang Melayu.

Kenyataan Profesor Dr. Teo Kok Seong ini memang memutar belitkan fakta dan melaga- lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina. Ini adalah hasutan.

Kenapakah kenyataan yang rasis dan berputar belit ini tidak disiasat oleh PDRM.

Di sekolah Cina hari ini, guru-guru dan pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum.

Mengikut jawapan Parlimen Kementerian Pendidikan pada 10 November 2020, ia menyatakan terdapat 15.33 peratus pelajar Melayu pada tahun 2020 dan peningkatan berbanding dengan 10 tahun yang sebelumnya adalah 6.18 peratus manakala pelajar India 2.75 peratus pada tahun 2020. Dalam suasana yang multiracial dalam sekolah rendah Cina ini, macam mana murid-murid Cina boleh memandang rendah dan menghina Melayu.

Dakwaan Profesor Emeritus Dr. Teo Kok Seong ini memang salah dan mengandungi unsur hasutan. Saya hendak lihat sama ada PDRM akan menjalankan siasatan terhadap beliau. Saya juga menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi memberi amaran kepada pensyarah-pensyarah yang rasis dalam institut pengajian tinggi di negara kita sebagai usaha menjadikan kampus IPT kita sebagai tempat yang menggalakkan pergaulan dan perpaduan di antara kaum.

final • 2:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya sebagai seorang wakil rakyat Malaysia, saya setuju dengan pandangan bahawa semua warga Malaysia harus menguasai bahasa Malaysia. Akan tetapi, sekiranya rakan-rakan Melayu dapat menguasai bahasa Mandarin, mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan dan boleh kerja di syarikat asing dan membuat business dengan syarikat di China yang mempunyai pasaran yang besar seperti penyanyi Malaysia terkenal Shila Amzah. Beliau berjaya menjadi penyanyi yang terkenal di negara China kerana beliau dapat menguasai bahasa Mandarin.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga rasa kecewa dengan kritikan yang dilontarkan oleh seorang pemimpin muda di dalam Kerajaan Perpaduan berkenaan isu Bak Kut Teh yang disenaraikan sebagai makanan warisan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

Pada pandangan saya, salah satu tujuan kita untuk memasukkan sesetengah makanan ke dalam senarai makanan warisan (heritage food) di Malaysia adalah untuk menarik pelancong asing khususnya pelancong dari Asia Timur seperti China, Jepun, Korea, Hong Kong, Taiwan dan lain untuk melawat Malaysia.

Mengikut Presiden Malaysian Chinese Tourism Association, terdapat lebih 100,000 pelancong dari negara China telah melawat Malaysia menjelang Tahun Baru Cina ini iaitu sejak 5 Februari tahun ini. Dalam tempoh ini, wujudnya 5,000 kumpulan pelancongan ataupun tour groups dan pelancong-pelancong ini telah membelanjakan RM1 bilion hingga RM1.5 bilion di negara kita. Kita tahu semua negara di dunia ini bersaing untuk menarik pelancong dari negara China ke negara mereka masing-masing.

Malaysia juga terpaksa bersaing dengan negara-negara jiran kita di Asia Tenggara. Salah satu tarikan bagi pelancong dari negara China adalah kepelbagaian bahasa, budaya dan makanan di Malaysia. Sama seperti Yee Sang...

final • 2:20 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan sedikit, Seputeh minta laluan sikit.

final • 2:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh, nanti, nanti bagi saya habiskan ini saya akan bagi peluang. Sama seperti Yee Sang yang kita makan dalam Tahun Baru Cina.

Bak Kut Teh juga makanan yang diciptakan oleh warga Cina di Malaysia. Kalau kita tidak membuat tuntutan bahawa Bak Kut Teh adalah makanan warisan dicipta oleh warga Malaysia, negara jiran kita akan membuat tuntutan mereka dan pelancong asing tidak akan sedar Bak Kut Teh ini adalah makanan yang berasal dari Klang di Malaysia.

Seperti apa yang diterangkan oleh Menteri Pelancongan, Bak Kut Teh adalah sup herba yang dimasukkan dengan apa-apa jenis daging. Kita ada vegetarian Bak Kut Teh, seafood Bak Kut Teh dan sebagainya.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi saya gulung ya. Saya ingin memuji PAS, Dr Najihatussalehah binti Ahmad, bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat dan bekas Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lajnah Penerangan Media Baharu PAS Pusat.

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat pernah memperkenalkan Bak Kut Teh halal yang dinamakan dengan Lamb Kut Teh yang menggunakan daging kambing dan Chic Kut Teh yang menggunakan daging ayam dalam beberapa pilihan raya kecil pada enam tahun yang lepas.

Saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Temerloh ya, pernah menyertai Lajnah Penerangan Media oleh Muslimat PAS ini kerana tadi beliau suara lantangnya mengkritik Bak Kut Teh dijadikan makanan warisan.

Saya berharap pemimpin muda di dalam kerajaan perpaduan yang kuat membantah Bak Kut Teh dijadikan makanan sebagai makanan warisan ini boleh belajar daripada pemimpin Muslimat PAS Dr Najihatussalehah binti Ahmad yang mempromosikan makanan Bak Kut Teh halal sebagai usaha untuk memupuk perpaduan nasional. Saya juga berharap yang orang muda ini belajar daripada rakan-rakannya lebih senior seperti Kinabatangan yang sudah menjadi lebih matang daripada dari segi pendekatan politiknya.

Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Batang Lupar.

final • 2:20 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya mohon untuk turut serta dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 pada 26 Februari 2024 yang lalu. Terlebih dahulu, mewakili seluruh penduduk Batang Lupar, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya juga turut merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menerajui negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 selama tempoh lima tahun. Menjunjung Kasih Tuanku kerana begitu mengambil berat akan proses rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 bagi mengembalikan hak Sarawak dan Sabah.

Dalam hal ini, saya berharap agar isu-isu yang masih dibincangkan seperti berkenaan pembahagian kerusi Parlimen, royalti minyak dan hak negeri ke atas pelantar benua Borneolisasi, perkhidmatan awam serta isu-isu baharu melibatkan kuasa negeri dalam sektor kesihatan serta pendidikan dan sebagainya dapat segera diselesaikan.

Justeru itu, demi menyambut saranan Seri Paduka Baginda Tuanku untuk menghayati denyut nadi rakyat dan dengan had masa yang agak terhad, saya ingin memfokuskan perbahasan saya pada hari ini kepada beberapa isu utama yang dekat dengan hati penduduk di Parlimen Batang Lupar.

Puan Yang di-Pertua, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2022, hanya sebanyak 386 ataupun 25.6 persen daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif telah dinaik taraf dan daripada 1,505 buah sekolah daif tersebut, jumlah tertinggi adalah di Sarawak dengan 593 buah sekolah, diikuti dengan Sabah 484 buah sekolah. Baru-baru ini pada 26 Januari 2024, Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah mengumumkan sebanyak 693 daripada 1,069 buah sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak telah dibaik pulih.

Pertamanya, saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai berapakah jumlah sebenar sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah daif seluruh negara? Adakah ia 1,505 ataupun 1,069 buah sekolah? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai perbezaan angka jumlah sekolah daif ini berbanding angka di dalam Laporan Ketua Audit 2022 kerana saya tidak mahu berlaku situasi di mana ada sekolah daif yang tercicir dari senarai kementerian, terutama yang jauh di luar bandar dan pedalaman.

Keduanya, saya ingin bertanya pihak kementerian mengenai status terkini projek gantian baharu SMK Sebuyau yang telah diluluskan semenjak RMKe-11 iaitu pada tahun 2016. Adakah ia telah di tender semula pada awal tahun ini seperti mana jawapan Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada bulan September 2023 yang lalu? Sudah hampir lapan tahun berlalu dan setiap hari para pelajar dan guru terpaksa menggunakan bangunan yang sudah usang dan tidak selamat untuk digunakan. Sampai bilakah ia akan dapat diselesaikan? Saya mohon perhatian dan tindakan segera kementerian.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai isu klinik daif dan perkhidmatan kesihatan di luar bandar. Dalam membentangkan kajian separuh penggal RMKe-12 pada bulan September 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan sasaran untuk menaik taraf sebanyak 1,200 klinik daif sepanjang 2023 hingga 2025. Daripada jumlah tersebut, kementerian telah menyasarkan untuk

final • 2:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

menaik taraf sebanyak 436 buah klinik kesihatan menjelang akhir tahun 2023. Soalan saya kepada kementerian, sejauh manakah sasaran tersebut dapat dicapai dan daripada jumlah tersebut, berapa banyak adalah klinik kesihatan yang terletak di Sarawak?

Dengan kesempatan ini, saya ingin membawa kepada perhatian kementerian mengenai situasi di Klinik Kesihatan Beladin. Saya mendapat makluman bahawa terdapat keperluan mendesak untuk menambah jumlah petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Beladin memandangkan klinik ini merupakan klinik utama di kawasan ini yang dari segi geografinya seakan-akan sebuah pulau. Klinik Kesihatan Beladin juga menjadi klinik rujukan untuk pesakit dari Klinik Kesihatan Semarang dan Klinik Kesihatan Maludam untuk pergi ke klinik atau hospital lain yang lebih besar dan lengkap seperti di Klinik Kesihatan Pusa atau Hospital Betong dan Sri Aman. Penduduk perlu menaiki feri yang memakan masa dan juga melibatkan kos.

Selain itu, Klinik Kesihatan Beladin turut dibelenggu oleh masalah ketiadaan kemudahan pembersihan dan pengurusan sisa klinikal sehinggakan pegawai bertugas terpaksa membawa sisa tersebut ke Hospital Betong menggunakan kenderaan sendiri untuk dilupuskan. Keadaan ambulan di Klinik Kesihatan Beladin juga telah uzur dan perlu ditambah baik bagi memudahkan urusan untuk membawa dan menghantar pesakit. Oleh yang demikian, saya memohon agar pihak kementerian dapat melihat kepada perkara ini demi memastikan penduduk di kawasan Beladin dan sekitarnya juga dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang baik tanpa perlu pergi jauh ke pekan dan bandar lain.

Puan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa masalah capaian internet, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman masih menjadi kekangan utama dalam usaha kerajaan ke arah mendigitalkan perkhidmatan kerajaan, termasuk dengan mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Saya pernah membangkitkan mengenai isu liputan internet dalam Mesyuarat kedua tahun lalu dan saya dimaklumkan oleh kementerian bahawa audit kualiti liputan perkhidmatan internet akan dilaksanakan di 4,000 lokasi seluruh negara untuk tahun 2023.

Saya ingin bertanya, apakah dapatan daripada audit tersebut dan apakah tindakan kepada penyedia perkhidmatan atau syarikat telco yang gagal memastikan liputan internet berada pada tahap yang optimum untuk pengguna? Sejauh manakah masalah naked tower di Parlimen Batang Lupar telah berjaya diselesaikan? Ini kerana Puan Yang di-Pertua, sehingga kini penduduk di Parlimen Batang Lupar seperti di Daerah Lingga, Sebuyau dan Pusa masih berdepan masalah telekomunikasi, di mana capaian internet adalah amat lemah. Justeru, saya berharap agar pihak Kementerian Komunikasi dapat memberikan jawapan kepada isu ini agar penduduk di kawasan luar bandar tidak ketinggalan dan keciciran dari menerima bantuan kerajaan semata-mata kerana masalah capaian internet.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyinggung sedikit berkenaan isu harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serian tempoh hari, ada kalanya harga tiket terlalu mahal hingga tidak masuk akal sama sekali. Tiket ke Jepun dan Australia pun ada kalanya lebih murah daripada tiket sehala ke Sarawak, terutamanya semasa musim perayaan. Keadaan ini amat membebankan semua pihak, termasuklah para penuntut universiti dari Sarawak yang perlu pulang sama ada untuk cuti semester atau untuk urusan kecemasan. Saya juga difahamkan ramai perantau dari Sarawak, terutamanya yang telah berkeluarga, yang hanya dapat balik sekali dalam tempoh beberapa tahun mengalami masalah kerana tiket yang mencecah ribuan ringgit. Maka, saya berharap akan ada solusi jangka panjang oleh Kementerian Pengangkutan bagi menyelesaikan isu ini.

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali sebelum mengakhiri ucapan saya. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Timbalan Menteri KPKM yang telah berkunjung ke kawasan IADA Batang Lupar baru-baru ini dan mengumumkan penetapan harga lantai belian padi untuk beras putih pada kadar RM1,300 per tan metrik di Sabah dan Sarawak bermula 15 Februari 2024.

final • 2:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Dalam hal ini juga saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai apakah mekanisme pelaksanaan penetapan harga lantai belian padi ini dan adakah pesawah kecil akan turut mendapat manfaatnya?

Adakah akan ada kilang khas yang membeli hasil-hasil daripada pesawah ini?

Semoga dengan lawatan ini kerja-kerja untuk membangunkan infrastruktur di kawasan IADA Batang Lupar termasuk Projek SMART Sawah Berskala Besar serta Kilang Pusat Benih Padi di Stumbin dapat segera dilaksanakan ke arah menjadikan kawasan ini sebagai hab pertanian utama di Sarawak.

Besarlah harapan saya agar usaha sama Sabah KPKM dan Kerajaan Negeri Sarawak akan dapat membuahkan hasil dan meningkatkan pengeluaran beras tempatan di Sarawak ke arah mengurangkan kebergantungan kepada beras import. Ini sejajar dengan hasrat Seri Paduka Baginda Tuanku untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara.

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali Pehin Sri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan pernah berpesan kepada kami di Sarawak untuk menjaga Sarawak baik-baik. Atas dasar dan semangat ini juga saya ingin mengajak semua rakan-rakan Ahli Parlimen baik di sebelah sini ataupun di sebelah sana untuk terus bersatu padu dan bekerjasama bagi membangunkan negara Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sama-sama kita jaga Malaysia baik-baik. Sekian, Batang Lupar mohon menyokong. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah hirobbil alamin.

[Membaca selawat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya kesempatan untuk membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas baharu-baharu ini.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perangkaan menyebutkan bahawa jangka hayat seorang rakyat Malaysia ialah sekitar 70 tahun. Bagi lelaki warganegara Malaysia 72 tahun, bagi wanita 73 tahun. Sejak lahir sehingga 70 tahun, ada tiga peringkat penting yang dilalui oleh seorang rakyat Malaysia atau warganegara Malaysia.

Pertama, pendidikan, yang mengambil masa bermula dari penjagaan bayi, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah menengah atas, universiti di peringkat ijazah sarjana sehingga PhD, lebih kurang 25 tahun. Kemudian, selepas itu sehingga 60 tahun ialah melibatkan sektor ekonomi.

Setelah sektor pendidikan 25 tahun sehingga 60 tahun, sektor ekonomi mengambil alih. Kemudian, berlaku warga emas, 60 sama umur dengan pencen.

Seterusnya, maka melibatkan sektor kesihatan. Oleh itu, dalam perkara yang melibatkan pendidikan, dua kementerian utama yang sangat penting ialah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Walaupun ada kementerian-kementerian yang merupakan sektor sokongan kepada pendidikan seperti prasekolah dan juga yang melibatkan kemahiran dan sekolah sukan tetapi saya pohon untuk melihat kepada krisis pendidikan rendah negara. Kajian Programme for International Student Assessment (PISA) adalah sebuah program tafsiran antarabangsa anjuran Organization for Economic Corporation and Development (OECD) yang mengukur pencapaian murid berusia 15 tahun dalam Sains, Matematik dan Bacaan.

Dalam pentafsiran PISA terkini iaitu pada tahun 2022, kedudukan Malaysia telah merosot teruk dalam ketiga-tiga ujian berbanding PISA sebelum ini. Malaysia dilaporkan

final • 2:42 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

berada pada rangking ke-55 daripada 81 buah negara yang secara statistiknya di bawah paras purata OECD dengan ketara untuk ketiga-tiga ujian.

Negara serantau yang agak ketinggalan dari sudut sosioekonomi seperti Kemboja pun mampu merekodkan peningkatan mata yang jauh lebih baik daripada Malaysia.

Walhal sesi persekolahan fizikal mereka ditutup lebih 200 hari berbanding 174 hari di Malaysia semasa COVID-19 melanda dunia.

Kemerosotan ini wajib kita terima sebagai satu wakeup call dengan izin kerana harga yang perlu dibayar adalah sangat mahal kepada generasi muda anak-anak pelajar kita. Jika dibiarkan, ia akan membarah dengan lebih parah. Oleh yang demikian, saya menyeru kerajaan agar lebih giat menangani masalah ini. Termasuk melaksanakan langkah pemulihan keciciran pelajaran pasca pandemik.

Walaupun setelah lebih 60 tahun kita merdeka, isu sekolah daif masih berlaku dalam negara kita. Di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Apabila kerajaan mempertimbangkan isu ini, disarankan agar penaiktarafan sekolah daif tidak sekadar difokuskan pada penggantian bangunan usang semata-mata. Sebaliknya, turut mengambil kira kelengkapan kemudahan pembelajaran berkualiti yang wajib disediakan di semua sekolah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan terhadap masalah Sekolah Kebangsaan Sura di kawasan Parlimen saya di Dungun. Sekolah ini masih meneruskan amalan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang kerana tidak mampu menampung kapasiti murid yang sedia ada dan yang mungkin akan bertambah pada tahun-tahun yang mendatang.

Oleh yang demikian, saya mewakili rakyat Dungun sekali lagi memohon agar kerajaan mempertimbangkan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan baharu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sura ini agar dapat menampung jumlah murid yang ramai ini.

final • 2:42 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan kebajikan doktor dan juga perkhidmatan kesihatan. Di antara perkara yang penting juga untuk Kementerian Kesihatan melihat kepada soal kebajikan doktor-doktor kontrak. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan mempunyai sebarang perancangan yang dibuat agar kebajikan doktor- doktor kontrak tidak terus terpinggir? Saya juga ingin untuk melihat kepada kepentingan kesihatan setempat yang khusus ialah berkait dengan hospital baru di Dungun, yang di dalam Dewan yang mulia ini, banyak kali jawapan-jawapan yang telah diberi.

Sebagai contoh, pada 18 November 2021 dikatakan telah siap 98.2 peratus dan dijangka beroperasi pada April 2022. Jawapan pada 19 September 2023 pula, dikatakan telah siap 99.86 peratus dan dijangka beroperasi pada hujung Februari 2024. Hari ini sudah masuk dalam bulan Mac 2024, empat hari keluar dari bulan Februari 2024.

Malangnya didapati bahawa Hospital Dungun masih belum beroperasi sehingga kini.

Mohon penjelasan berkenaan tarikh baru Hospital Dungun beroperasi.

Selain itu, memandangkan pembinaan hospital ini memakan masa terlalu lama, pohon juga penjelasan supaya jumlah kemudahan dan pakar yang bakal berkhidmat di Hospital Dungun ini telah dikemas kini supaya mampu menampung keperluan penduduk Dungun, berjumlah hampir 190,000 orang.

Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah berkait dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Dengan peningkatan taraf sistem pendidikan tinggi dalam negara, ramai graduan yang bermutu tinggi telah berjaya dihasilkan. Namun peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki. Ini termasuk dalam sektor kedua ekonomi kerana laluan kerjaya yang melibatkan kepentingan untuk membina masa depan setelah keluar dari sektor pendidikan dan pengajian tinggi.

Maka saya pohon penjelasan supaya kerajaan melihat kepada kepentingan untuk membangunkan juga graduan-graduan ini bukan sahaja selepas mereka keluar daripada sistem pendidikan dan pengajian tinggi memasuki sektor ekonomi, tetapi juga kursus-

final • 2:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

kursus yang ditawarkan mestilah juga selari dengan IR 4.0 dan yang paling utama adalah berkait dengan artificial intelligence (AI) iaitu ialah kecerdasan buatan kerana ini juga merupakan keperluan semasa dalam sektor pekerjaan, dalam sektor ekonomi hari ini.

Terima kasih Yang di-Pertua, saya mohon menyokong ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Julau.

final • 2:50 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu izinkan saya menjunjung kasih atas pelantikan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pelantikan Baginda Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII. Semoga Baginda Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk menerajui negara. Dengan ini juga saya menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Yang di-Pertuan ke-XVI atas bakti Baginda sepanjang berkhidmat pada penggal yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, PADU adalah satu inisiatif yang baik tetapi pada masa sekarang masih melalui banyak cabaran. Setakat 26 Februari 2024 tahun ini, kita dimaklumkan bahawa jumlah pengemaskinian individu PADU adalah sebanyak 3.82 juta orang sahaja daripada 23 juta orang yang layak, maksudnya umur 18 tahun ke atas.

Peratusan pendaftaran hanya sebanyak 16 peratus sahaja dan ini adalah sangat rendah.

Pada pendapat saya, kenapa tidak kita gabungkan semua maklumat yang sedia ada daripada semua 455 agensi seperti JPN, LHDN, SPR, kebajikan dan sebagainya.

Kenapakah kita hendak menyusahkan lagi rakyat untuk mengumpulkan data daripada mereka?

Jika kita memerlukan pendaftaran setiap individu, saya percaya pendaftaran ini di kawasan luar bandar seperti di Julau adalah lebih rendah daripada di bandar. Saya mencadangkan di sini bahawa Kementerian Ekonomi patut menyalurkan peruntukan khas kepada semua pusat khidmat di kawasan luar bandar dan di bandar untuk turun padang dan membuat pendaftaran tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia diberkati dengan banyak sumber asli seperti elemen rare earth dengan izin, dan ada potensi yang besar untuk meneroka perlombongan sumber ini. Seperti yang telah diumumkan pada Jun tahun lepas oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, jumlah sumber asli ini adalah bernilai RM809.6 bilion dan terletak di 29 kawasan di seluruh Malaysia.

Untuk memastikan penggunaan sumber ini dilakukan secara bertanggungjawab dan lestari, cadangan dianjurkan agar kerajaan mengawal selia dan menubuhkan syarikat milik kerajaan ataupun GLC untuk mengawasi operasi perlombongan sama seperti syarikat PETRONAS yang mengawasi industri petroleum. Adalah penting juga kita mestilah merangka satu undang-undang bagi mengawal eksploitasi perlombongan rare earth dengan izin, supaya dapat mengutamakan perlindungan alam sekitar dan dapat dikawal selia dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, air merupakan aspek penting dalam kehidupan harian setiap individu dan akses kepada air bersih bukanlah satu keistimewaan tetapi dasar hak asasi manusia. Namun masih ada kawasan di Julau dan kawasan-kawasan pendalaman yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih dan selamat untuk digunakan.

Inilah suatu realiti yang kita tidak dapat terima dalam sesebuah negara yang sedang berkembang seperti Malaysia.

Penduduk di pekan Julau telah berdepan dengan gangguan bekalan air. Hampir setiap malam sejak dua tahun ini dan kebersihan air juga tidak memuaskan. Terdapat juga banyak rumah panjang yang belum ada penyambungan kepada bekalan air, paip air terawat sejak sekian lamanya. Di sini saya ingin menyatakan bahawa ada lapan buah rumah panjang di kawasan Sungai Rusa yang berhampiran dengan Bandar Sarikei dan

final • 2:54 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

menggunakan laluan jalan berturap dan bersimen, masih lagi bergantung dengan tadahan air hujan dan air sungai berdekatan.

final • 2:54 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Air sungai pula tercemar akibat aktiviti pertanian sawit yang semakin berkembang di kawasan itu. Permohonan kepada Pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar ataupun JBALB telah dikemukakan.

Namun, sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan. Senarai rumah panjang yang terlibat merangkumi sebanyak 481 orang penduduk adalah Rumah Papit, Rumah Gani, Rumah Ayu, Rumah Munan, Rumah Luing, Rumah Garuda, Rumah Jengayan dan Rumah Adman. Dengan ini, saya menyeru pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk meneliti dan memberikan perhatian kepada semua isu ini serta mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, kepentingan mempunyai kemudahan asas di Klinik Kesihatan di pedalaman adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kekurangan kemudahan kesihatan asas, kekurangan tenaga perubatan dan kakitangan, masa menunggu giliran adalah sangat panjang di mana pesakit terpaksa menunggu dari pagi sehingga petang. Tempat letak yang terhad dan jalan berturap di kawasan klinik banyak berlubang-lubang. Ini adalah masalah kita di Julau.

Saya pernah mengutarakan isu ini banyak kali dalam perbahasan saya sebelum ini. Saya ingin menanyakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah masalah ini dapat diatasi dan bilakah poliklinik yang baharu di Julau dapat dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kemudahan yang amat diperlukan?

Tuan Yang di-Pertua, semasa saya membuat lawatan Tahun Baru Cina bulan lepas, rombongan kami mendapat ugutan dan provokasi dari sekumpulan samseng tempatan di Pekan Pakan. Walaupun siasatan berkenaan kes ini sudah selesai dan saya ingin berterima kasih dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan pihak polis tempatan dengan tindakan yang serius, tetapi setakat hari ini, laporan keputusan rasmi ujian makmal bagi yang tertuduh belum lagi diperoleh.

Saya difahamkan bahawa proses ujian makmal ini mengambil masa dari satu hingga tiga bulan. Meskipun kes ini berprofil tinggi dan diberikan keutamaan dari pihak polis. Saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan. Bolehkah proses ini dicepatkan? Bukanlah untuk kes saya ini sahaja. Malah untuk merangka SOP yang baharu untuk semua kes laporan ujian makmal penjenayah keseluruhannya. Padahal laporan sebegini dapat diselesaikan dalam masa seminggu sahaja.

Di sini juga, saya ingin memohon supaya sistem untuk membuat laporan polis dapat dilaksanakan di Pekan Pakan. Sebab buat masa kini, sebarang laporan cuma dapat dibuat di Pekan Julau, IPD Julau dan ini mengambil masa untuk diproses. Dengan mengakhiri perbahasan saya kali ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di- Pertua, Parit Buntar juga mengambil peluang menjunjung kasih atas Titah Tuanku yang menyentuh beberapa aspek penting berkaitan negara dan peranan pihak kerajaan, Ahli Parlimen dan sebagainya.

Saya ingin memetik firman Allah SWT serta tafsiran pendapat dua ulama besar Nusantara yang kitab-kitab klasiknya menjadi rujukan dan bacaan-bacaan secara talaqqi di pondok-pondok, masjid dan surau berkaitan dengan raja atau kerajaan yang adil.

Semoga ia menjadi panduan kerajaan dalam mengurus negara mengikut aturan syariat

final • 3:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Allah SWT. Dua ulama besar itu ialah Syeikh Daud al-Fatani dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin al-Fatani.

Ulama besar ini mengulas ayat Al-Quran yang berbunyi dari Surah Al-Hasyr ayat ketujuh. Dengan izin, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Apa-apa yang diperintahkan Rasul kepada mu, maka terima lah ia dan apa-apa yang dilarang bagi mu, maka tinggalkan lah. Sesungguhnya azab Allah adalah sangat dahsyat. Menurut dua ulama besar ini bahawa ayat ini meliputi seluruh aspek iaitu terdiri daripada iman, Islam dan ihsan. Ia bukan sahaja dalam perkara yang berkaitan perintah- perintah fardu ain semata-mata. Malahan perintah jihad, menyuruh berbuat baik, melarang kemungkaran, menentang pencerobohan golongan kuffar di wilayah kawasan Islam dan sebagainya. Bahkan umat Islam dan kerajaan yang tidak melakukan perkara yang digariskan oleh Islam adalah masih terhitung jahil terhadap amalan agamanya kerana pengertian Islam secara etimologi dan terminologi adalah menyerah, mengikut dan seluruh anggota harus mengamalkan semua aspek yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Berkaitan dengan hukum-hukum dalam sistem jenayah Islam, Syeikh Ahmad al- Fatani dalam kitabnya menyebut, *“Dan manakala kita lemah daripada mendirikan sesuatu daripada hukum syarak seperti hukuman ke atas kesalahan hudud seperti zina dan takut fitnah yang memudaratkan Muslimin yang kita tiada kuasa melaksanakannya. Maka wajib atas sekalian Muslimin bersungguh-sungguh mencari jalan dengan tadbir dan siasah.

Belajar dan mempelajarkan akan anak-anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan hukum syarak daripada ilmu siasah atau ilmu politik hingga dapat mendirikannya.”* Persoalannya, sejauh mana kerajaan melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar dalam konteks sebuah negara yang ada kuasa menegah, kuasa menghalang, kuasa menggubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan amar makruf ditegakkan dan amar mungkar dihalang.

Sebagaimana firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Maksudnya, “Mereka yang Allah bagi kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pertama, mendirikan solat, tunaikan zakat, melaksanakan tugas amar makruf dan juga nahi mungkar”. Sejauh mana kesungguhan kerajaan melalui proses pendidikan yang formal mendidik generasi pelajar di semua peringkat berkaitan dengan Islam yang ajarannya sangat syumul seperti berkaitan dengan sistem politik Islam, jenayah Islam dan sebagainya.

Tuan Speaker, Parit Buntar turut tertarik dengan Titah Tuanku berkaitan dengan betapa generasi hari ini gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum yang lain. Berkaitan mengenai budaya hidup kaum lain, saya percaya orang Melayu khususnya sangat memahami dan menghormati budaya kaum lain seperti Tahun Baru Cina, Hari Wesak, Chap Goh Mei, Thaipusam, Deepavali, Hari Krismas, Gawai, Kaamatan. Bahkan umat Islam turut menganjurkan bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina dan juga perayaan suku kaum lain di Sabah dan Sarawak seperti Gawai dan Kaamatan mengikut versi Islam.

Tadi ada dibangkitkan berkaitan dengan bak kut teh. Kita tidak ada masalah untuk menerima bak kut teh kalau ia sekiranya benar-benar halal. Yang dimaksudkan oleh Seputeh tadi Lajnah Perpaduan melalui Dr. Najiha, ia memperkenalkan suatu sup yang dibuat daripada tulang kambing, bukannya tulang babi. Itu yang menjadi halal. Kita tidak ada masalah. Tidak ada. Tadi tidak bagi laluan pada Kubang Kerian. Saya pun tidak bagi laluan.

final • 3:04 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bak kut teh tidak semestinya dengan daging babi. Boleh vegetarian, boleh seafood.

final • 3:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Betul. Saya percaya.

final • 3:04 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh kambing, boleh lembu.

final • 3:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Masalahnya saya tidak bagi laluan. Masalahnya orang masih faham bak kut teh ini diperbuat daripada sup

final • 3:04 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

tulang babi. Melainkan kerajaan memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya bahawa bak kut teh ada yang halal, ada yang haram.

Yang diperkenalkan oleh melalui Lajnah Perpaduan melalui Dr. Najiha yang disebutkan namanya tadi ialah bak kut teh yang dibuat daripada sup tulang kambing, tulang ayam, tulang lembu, rusa, itik dan sebagainya. Jadi, kami tak ada masalah, kalau Seputeh nak belanja kami makan Bak Kut Teh daripada tulang kambing, dialu-alukan.

Esok bawa.

final • 3:04 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memang makan, PAS Muslimat buat punya.

final • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Parit Buntar, Parit Buntar...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Speaker...

final • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai, Parit Buntar...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar berpendapat...

final • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai, Parit Buntar...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar – sorry. Tak ada masa, tak ada masa.

final • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sikit saja Parit Buntar...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Lain kali, lain kali.

Tak ada masa. Kalau ada setengah jam, saya bagi...

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia takut, dia takut.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar berpendapat antara punca gagal menguasai Bahasa Kebangsaan berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya rakyat Malaysia sendiri yang tidak mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan harian sesama rakan, tidak menggunakan bahasa Melayu dalam program rasmi dan formal. Saya amat terasa, sebagai rakyat Malaysia yang mendukung tinggi Perlembagaan Negara, Perkara 152 yang peruntukan Bahasa Kebangsaan di Malaysia adalah bahasa Melayu namun masih ada mana-mana pihak tidak menghormati bahasa Melayu. Contohnya, program-program yang sering kadang-kadang diadakan di Parlimen sendiri oleh beberapa pihak...

final • 3:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Parit Buntar, Puncak Borneo minta sikit pencelahan, boleh?

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

... kertas-kertas yang dibentangkan tidak disediakan dalam bahasa Melayu. Malahan...

final • 3:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tak benar.

Malahan, pembentang yang membentangkan paper berucap sepenuhnya dalam bahasa Inggeris sedangkan mereka rakyat Malaysia. Amat malang sebagai rakyat Malaysia yang mendukung tinggi Perlembagaan Negara tetapi tidak mampu membentangkan dalam bahasa Melayu.

Justeru, dengan apa saja program yang rasmi atau formal wajibkan menggunakan bahasa Melayu dalam semua sesi majlis mesyuarat di peringkat jabatan kerajaan, mahupun GLC ataupun syarikat-syarikat swasta. Juga, diwajibkan sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu termasuk semua dokumen-dokumen mesyuarat disediakan dalam bahasa Melayu. Sama juga urusan-urusan di mana-mana bank, bahasa Inggeris lebih diutamakan. Perjanjian antara pelanggan dengan pihak bank masih lagi dalam bahasa Inggeris. Surat-surat peringatan kepada peminjam bank, masih ada yang

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

menggunakan bahasa Inggeris. Ini seolah-olah kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara tidak dihormati oleh institusi kewangan dan lain-lain.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh isu di Parit Buntar iaitu isu berkaitan masalah pesawah padi. Saya mendapat jawapan bertulis dari Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan isu tanah jerlus yang mengakibatkan kerugian. Musim padi yang lepas, 590 hektar padi tidak dapat dituai kerana jerlus dan pesawah mengalami kerugian RM2.45 juta. Musim ini, 1,500 ekar, tiga kali ganda padi tidak dapat dituai kerana masalah yang sama. Jerlus dan juga musuh padi iaitu tikus.

Pesawah menanggung kerugian dianggarkan RM6.8 juta, hampir RM7 juta. Hasil purata juga menurun 30 hingga 40 peratus. Yang Berhormat Menteri Keterjaminan Makanan baru-baru ini dalam media menjawab hasil padi menurun kerana faktor panas terik. Tetapi, musim baru ini, hujan sentiasa turun di Kerian. Sistem perparitan tidak diselenggarakan dengan baik. Air bertakung yang menyebabkan tanah lembap, lembik dan jerlus.

Jentuai terbenam dan tidak dapat menuai padi. Ini yang berlaku. Pesawah padi melalui PPK menunggu-nunggu apa tindakan tuntas daripada pihak kerajaan bagi menyelesaikan isu yang sentiasa berulang di setiap musim padi. Parit Buntar juga mendapat jawapan bertulis di mana pesawah padi yang mengalami kerugian boleh membuat tuntutan bencana. Ini Menteri yang jawab dalam jawapan bertulis.

Saya maklumkan kepada pesawah yang terlibat. Para pesawah padi mengajukan permohonan di Pejabat Pertanian. Kemudian, dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan ke negeri dan pusat. Tunggu punya tunggu, jawapannya sangat mendukacitakan para pesawah padi. Ia tidak lulus sebab tidak layak. Jerlus bukan masalah banjir. Bantuan hanya —Bukan masalah bencana, bantuan hanya diberi kalau berlaku bencana alam seperti banjir. Rakyat sangat kecewa sebab Menteri jawab boleh mohon kepada Tabung Bencana. Tapi, bila dipohon, tak dapat diluluskan kerana jerlus bukan masalah bencana. Macam mana Menteri boleh jawab kata boleh mohon sedangkan tak lulus?

Parit Buntar juga mendapat jawapan bertulis berkaitan dengan masalah tanah jerlus. Menteri menjawab dengan menyarankan supaya tanah yang mengalami masalah jerlus direhatkan semusim atau dua musim bagi membolehkan penyelenggaraan semua sistem perparitan dan perataan tanah yang lebih sistematik. Namun sehingga sekarang, apa tindakan pihak kerajaan terhadap cadangan ini? Adakah kerajaan melalui agensi berkaitan seperti IADA atau jabatan pertanian dan lain-lain telah membuat kajian secara terperinci berkaitan dengan cadangan ini?

Dalam tinjauan saya, pesawah padi tidak ada masalah untuk merehatkan tanah semusim atau dua musim dengan syarat pihak kerajaan mestilah memberi bantuan bulanan selama pesawah tadi tidak menanam padi kerana pesawah padi telah menyumbang untuk sekuriti makanan demi perut rakyat Malaysia walaupun kadang- kadang menanggung rugi kerana padi tak dapat dituai dan sebagainya.

Isu beras tempatan juga masih belum selesai. Parit Buntar di dalamnya ada kilang sebanyak 11 buah. Musim padi, hasil padi dituai, dibawa ke pusat pembelian padi PPK.

PPK hantar terus ke kilang berlori-lori, kilang pun proses jadi beras. Esok lusa, pesawah padi sendiri nak rasa beras yang ditanam sendiri, tapi beras tempatan tidak ada di pasaran. Hilang entah ke mana. Beras yang dijual, beras import dengan harga yang mahal.

Ada orang kata dan saya percaya 100 peratus kebenarannya, beras tempatan ada. Sama ada dijual dan dibungkus menggunakan kampit beras import, dan dijual dengan harga import atau beras tempatan dicampurkan dengan beras import dan dijual dengan harga import. Parit Buntar ingin bertanya apa peranan pihak berkuasa bagi mengawal selia proses pengeluaran padi dan penjualan beras yang keluar dari kilang- kilang, dijual di pasaran dengan harga beras tempatan.

Untuk makluman juga, bantuan RM250 kepada pesawah padi di daerah Kerian, masih lagi belum diterima sehingga sekarang. Parit Buntar nak tahu, peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang di semua kawasan

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parlimen diturunkan kepada siapa? Kalaupun tak bagi kepada Ahli Parlimen sedangkan peruntukan ada, bajet pun ada, kepada siapa peruntukan ini diperuntukkan? Ke jabatan pembangunan kah, pejabat daerah, pejabat kebajikan atau mana-mana agensi atau kerajaan lantik penyelaras Parlimen di semua kawasan pembangkang supaya senang kita maklumkan kepada rakyat yang perlukan bantuan. Mohon sumbangan projek pembangunan kepada mereka yang dilantik oleh pihak kerajaan.

Terakhir, Parit Buntar nak ucap terima kasih kepada APPGM-SDG yang menjalankan projek rakyat di semua kawasan Parlimen rentas parti. Ini usaha yang baik apatah lagi kepada Parlimen pembangkang yang tidak dapat peruntukan. Bila dapat projek yang seumpama ini, melegakan rakyat dan sebagainya. Tapi, saya juga nak lahirkan rasa kesal. Baru-baru ini, pihak NGO yang dapat projek dari SDG atas persetujuan Ahli Parlimen Parit Buntar, NGO tersebut juga menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan atas persetujuan saya sebagai Ahli Parlimen. Datang pejabat, bentang paper, minta persetujuan sebab ini projek bawah Parlimen rentas parti, NGO cadang nak jemput saya menyertai projek tersebut ataupun melancarkan projek tersebut bersama dengan peserta dari kalangan warga pendidik dari Parit Buntar.

Tapi, saya difahamkan pihak PPD tidak membenarkan saya terlibat menyertainya kerana kononnya pembangkang tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang program bersama kerajaan. Sebaliknya, memanggil pihak yang lain yang tak ada kena mengena pun dengan projek ini. Saya rasa amat-amat kesal. Pihak Menteri harap bertanggungjawab.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih.

Saya nak gulung. Terakhir, Parit Buntar ingin menyuarakan masalah skim perkhidmatan di dalam sektor pentadbiran dan kewangan yang diajukan kepada saya iaitulah berkaitan dengan pembantu tadbir, pembantu tadbir (kewangan), perkeranian, pegawai khidmat pelanggan, pembantu akauntan, pembantu setiausaha pejabat, pembantu pengurusan, jumlah yang terlibat di seluruh negara 350,000 daripada 1.6 juta penjawat am seluruh negara.

Parit Buntar difahamkan, sehingga kini tiada perubahan syarat lantikan sejak tahun 1950. Nama asal jawatan ialah pegawai kerani tetapi statusnya hanyalah pembantu.

Ia disifatkan hanya tempat lambakan penjumudan skim-skim perkhidmatan lain. Parit Buntar mencadangkan cadangan mereka yang menuntut untuk tujuan penambahbaikan sejak 40 tahun dulu iaitu ubah syarat lama, perubahan gred terkini, kadar upah yakni gaji progresif, wujud laluan kerjaya baharu dan kurangkan pertindihan gred penyeliaan.

Saya akhiri dengan sekali lagi menjunjung kasih Titah Tuanku dan mohon menyokong. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

final • 3:10 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Usul Titah Diraja.

Puan Yang di-Pertua, menjunjung kasih atas Titah Tuanku. Saya mewakili seluruh rakyat kawasan Parlimen Beaufort ingin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII. Daulat Tuanku.

Beaufort juga ingin merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan penghargaan kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang yang telah menaungi negara dan rakyat selama lima tahun yang lalu dengan penuh adil dan bijaksana.

final • 3:19 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Puan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan sistem PADU yang telah dilancarkan pada 2 Januari 2024, saya menyokong hasrat murni kerajaan ini kerana maklumat rakyat dapat dikumpul melalui sistem PADU. Untuk memurnikan lagi hasrat kerajaan ini, saya mencadangkan agar kementerian dapat turun padang di kesemua kawasan Parlimen untuk melakukan siri penerangan, sekali gus melaksanakan pendaftaran sistem PADU ini tertumpu kepada masyarakat yang kurang mahir dalam bidang IT dan di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jaringan Internet.

Puan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas langkah awal yang telah diambil oleh Menteri Pengangkutan di atas inisiatif meletakkan harga tiket maksimum sebanyak RM599 sehala bagi kelas ekonomi semasa perayaan Aidilfitri, Gawai dan Kaamatan dengan subsidi kerajaan. Namun begitu, inisiatif ini seharusnya turut dilakukan semasa musim cuti persekolahan bagi menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka melancong dalam negara kerana baru-baru ini rakyat Sabah dan Sarawak mengeluh dan terkesan terhadap kenaikan harga tiket yang melambung ke Kuala Lumpur yang mencecah lebih kurang RM1,000 untuk penerbangan sehala bagi kelas ekonomi.

Puan Yang di-Pertua, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia Madani telah menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan bahawasanya setiap perjanjian yang dimeterai bersama Sabah dan Sarawak termasuk Perjanjian Malaysia 1963 harus ditepati serta ditunaikan. Pada 24 November 2023, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan pemberian khas kepada negeri Sabah bagi tahun kewangan 2022 sehingga tahun 2027. Pemberian ini bermula daripada RM125.6 juta sehingga RM325 juta pada tahun 2027.

Persoalannya, apakah formula yang telah diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan dalam mencapai kata sepakat dua perlima atau 40 peratus daripada jumlah hasil bersih yang diperoleh oleh Persekutuan daripada Kerajaan Negeri Sabah? Saya memohon agar pihak kerajaan dapat memberikan perincian yang tepat berkenaan mekanisme dan formula yang diguna pakai seperti dalam perintah perlembagaan atau kajian semula pemberian khas di bawah perkara 112D negeri Sabah 2023. Perkara ini amat mustahak untuk diketahui oleh semua pemegang taruh termasuk rakyat di negeri Sabah kerana perkara ini telah menjadi konflik dalaman terhadap kesefahaman dan keikhlasan Kerajaan Persekutuan dengan negeri Sabah. Maka dengan itu, saya juga amat menghargai komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha memenuhi tuntutan perjanjian ini.

Puan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa perkara yang melibatkan pembangunan di kawasan saya iaitu Parlimen P.177 Beaufort. Pertama ialah mengenai cadangan pembinaan mini balai bomba di Daerah Menumbok. Pada 25 November 2023 yang lepas, terdapat empat buah rumah yang terbakar di Kampung Seberang Menumbok. Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu terpaksa mengambil masa satu jam lebih untuk sampai ke lokasi kebakaran disebabkan jarak antara balai bomba Kuala Penyu dengan Menumbok lebih kurang 40 kilometer.

Perkara ini telah menyebabkan kelewatan pihak bomba dan penyelamat untuk sampai ke lokasi dan ia menyebabkan empat buah rumah yang terlibat tidak dapat diselamatkan.

Sebelum ini, beberapa siri kebakaran telah berlaku di Daerah Menumbok sehingga meragut nyawa.

Pada tahun 2018, tiga keluarga ditemukan rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jungkun, Menumbok. Manakala, seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Malikai, Menumbok pada tahun 2021. Ekoran daripada kejadian ini, saya mencadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar dapat menyalurkan peruntukan untuk membina balai bomba di Daerah Menumbok.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kerana telah memberi jaminan kelulusan rumah PPRT sebanyak empat buah untuk mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Seberang

final • 3:20 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Menumbok baru-baru ini. Mangsa kebakaran ini telah hilang tempat berteduh dan sehingga kini mereka menumpang di rumah saudara mara. Maka dengan adanya kelulusan segera daripada Yang Amat Berhormat Menteri KKLW, sudah pasti memberikan khabar gembira kepada mereka.

Puan Yang di-Pertua, perkara kedua adalah mengenai dengan pelancongan. Di Parlimen Beaufort berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan ia mampu menjana pendapatan kepada penduduk setempat. Maka dengan itu, saya mencadangkan agar kawasan Daerah Menumbok dijadikan pusat pelancongan sesuai dengan kedudukan dan mercu tanda titik paling barat negeri Sabah di Kampung Mempakul yang berupaya memacu sektor pelancongan negeri. Malah, Kerajaan Negeri Sabah juga telah memaklumkan untuk mewujudkan tapak warisan Sabah dan tugu perang Australia di lokasi yang sama. Ini sekali gus menjadikan kawasan Menumbok sebagai produk pelancongan sejarah. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar kawasan perairan Menumbok ini dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong.

Puan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga adalah cadangan untuk menaik taraf kompleks sukan di Parlimen Beaufort. Kompleks Sukan Beaufort telah dibina pada 1 Julai 2009 dan mula beroperasi pada 31 Julai 2011. Sudah tiba masanya kerajaan menaik taraf kompleks sukan ini dengan membina fasiliti seperti dewan serba guna dan kolam renang untuk kegunaan masyarakat di sekitar Parlimen Beaufort. Saya memohon kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan agar dapat memberikan perhatian kepada permohonan atau cadangan saya untuk menaik taraf kompleks sukan tersebut.

Puan Yang di-Pertua, perkara yang keempat yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai sekolah daif. Beralih kepada bidang pendidikan, di Parlimen Beaufort terdapat 13 buah sekolah yang amat memerlukan bantuan baik pulih iaitu SK Kebatu; SK Biah Batu 65; SK Kota Klias; SK Klias Baru; SK Klias Kecil; SK Kukuro; SK Batu 60; SK Nukahan; SK Rancangan Klias; SK Takuli; SK Lajau; SK Pintas; dan juga SMK Beaufort II. Baik pulih yang diperlukan adalah menyeluruh dari aspek pendawaian bangunan, pembinaan tiang, dinding, lantai, pintu, siling dan juga tingkap sekolah. Saya berharap agar perkara ini dapat diambil perhatian sewajarnya dan juga di samping itu, saya ingin memohon kepada Kementerian Pendidikan agar mempercepatkan pembinaan asrama SMK Kota Klias yang tergendala begitu lama.

Puan Yang di-Pertua, masalah yang kelima yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai dengan isu air bersih di Parlimen Beaufort. Saya dimaklumkan masalah yang dihadapi adalah berpunca daripada masalah loji air yang tidak lagi kompeten untuk digunakan. Loji-loji di Parlimen Beaufort mempunyai masalah teknikal yang tak mampu membekalkan bekalan air bersih yang cukup kepada penduduk setempat untuk kegunaan seharian. Ini adalah masalah yang sangat serius yang telah ditanggung oleh rakyat sekian lama. Jadi, saya minta pihak kementerian yang berkaitan agar dapat turun padang untuk meninjau masalah ini supaya dapat mencari formula yang bagaimana caranya untuk membantu menyelesaikan masalah yang berlarutan ini.

Puan Yang di-Pertua, perkara yang keenam adalah mengenai masalah lampu jalan. Di kesempatan ini, saya memohon perhatian kepada kementerian yang berkaitan sama ada Kementerian Kerja Raya, KPKT ataupun kementerian KKLW untuk melihat isu berkaitan lampu jalan di kawasan Parlimen saya. Saya memohon agar kementerian berkenaan dapat menyalurkan peruntukan bagi pemasangan lampu jalan di setiap persimpangan utama untuk keselamatan dan mengelak daripada berlaku kemalangan.

final • 3:20 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Puan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang saya ingin bangkitkan pada kali ini adalah berkaitan jaringan internet di Parlimen Beaufort. Untuk pengetahuan Puan Yang di-Pertua, jaringan internet di kawasan parlimen saya sangat lemah dan menyebabkan penduduk di parlimen ini jauh ketinggalan dari aspek teknologi dan juga inovasi. Saya memohon kepada kerajaan dan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital untuk memberikan perhatian sewajarnya dan mencari penyelesaian masalah jaringan internet di kawasan parlimen saya.

final • 3:30 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Secara tuntasnya, Kerajaan Malaysia Madani hari ini berada pada trek yang tepat dalam memacu pembangunan negara. Apa yang lagi penting adalah fokus terhadap kebajikan dan kemaslahatan rakyat agar nikmat pembangunan ini dapat dirasai secara bersama.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Andai tersilap tutur bicara, Jari disusun maaf dipinta. Sekian, terima kasih. Beaufort mohon menyokong.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 3:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Perikatan Nasional...

[Tepuk] [Dewan riuh] Boleh na? Boleh?

final • 3:31 PM

Seorang Ahli

Cepat, cepat, cepat.

final • 3:31 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Puan Speaker memberi ruang untuk Kulim-Bandar Baharu berbahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi sidang parlimen kali ini.

Puan Speaker, saya mewakili rakyat Kulim-Bandar Baharu mengucapkan jutaan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah kerana telah dilantik untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong kali ke-17 bagi menerajui pemerintahan raja dan negara Malaysia selama lima tahun.

Puan Speaker, dalam sidang Parlimen Penggal Ketiga kali ini, saya juga ingin membahaskan isu-isu yang sering diperkatakan oleh rakyat di seluruh negara untuk diberi perhatian, tindakan sewajarnya dan melakukan reformasi bagi mengukuhkan kembali ekonomi, stabilkan kembali harga barang yang semakin meningkat dan menyulitkan kehidupan seharian rakyat dan tunaikanlah janji-janji semasa berkempen pada Pilihan Raya ke-15 dahulu kerana rakyat sedang menanti, menunggu dan mengharapkan janji- janji itu ditunaikan dan kehidupan rakyat berubah, tidak terhimpit dan tidak ada lagi kais pagi, makan tengah hari dan kais petang, makan malam. Kesan daripada pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang saya rasa dah banyak hilang fokus, hilang arah, terlalu banyak kekhilafan dan akhirnya, rakyat yang menanggung kesempitan hidup.

Puan Speaker, sebagai bekas pendidik, sudah tentu saya ingin membawa isu-isu pendidikan. Juga menjadi keutamaan saya untuk membela nasib guru-guru dan pelajar- pelajar.

Saya tertarik dengan satu polisi yang dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan pada tahun 2018 iaitu tentang zero reject policy di mana semua MBPK atau murid berkeperluan pendidikan khas layak untuk mendapat pendidikan di pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan lepasan menengah. Saya amat bersetuju polisi ini diteruskan oleh KPM.

Namun, KPM perlu sedar, ada kategori kecacatan yang tidak sesuai untuk dihantar ke sekolah-sekolah kerana guru-guru ramai yang tidak bersetuju disebabkan sekolah diibaratkan seperti pusat asuhan di mana guru-guru terpaksa mengasuh dan tidak langsung dapat mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, bagi kategori kecacatan CP. Saya mencadangkan pihak KPM supaya mencari kaedah yang lebih berkesan untuk pelajar-pelajar kategori CP ini ditempatkan.

Puan Speaker, zero reject policy ini juga meminta semua sekolah-sekolah menerima semua kategori kecacatan. Namun, saya mencadangkan supaya KPM

final • 3:31 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

menyegerakan kemudahan-kemudahan untuk bilik-bilik darjah, menambah bilangan kelas-kelas yang sempit, sesak dan seterusnya kuota guru-guru dan PPM mestilah ditambah bersesuaian dengan arahan yang dikeluarkan oleh kementerian.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab iaitu berkaitan dengan jalan-jalan mini tar di seluruh kampung di seluruh negara. Bagi saya, ianya dibuat untuk keselesaan orang-orang kampung dan menjadi keperluan asas utama. Namun, pada pandangan saya, kelebaran mini-mini tar ini tidak lagi sesuai pada masa kini kerana jumlah kenderaan, penduduk dan pertambahan rumah-rumah di kampung-kampung. Ini menyebabkan kelebaran mini tar iaitu sekarang hanya tiga meter ataupun 10 kaki tidak lagi dapat memberi keselesaan terutamanya pada musim perayaan, kenduri, kematian, waktu-waktu puncak pada setiap hari.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan mengkaji balik kelebaran mini-mini tar kampung ini supaya dapat memberi keselesaan dengan masa kini.

Contohnya, tuan-tuan dan puan-puan ataupun YB-YB, kebanyakan saya tengok yang parking kereta dekat luar Parlimen ini boleh dikatakan banyak naik Vellfire, Alphard. Kalau tuan-tuan masuk mini-mini tar kampung, dah cukup. Dah tak boleh orang lain nak lalui mini tar itu. Oleh itu, sebaiknya kita perlulah melebarkan mini-mini tar ini sebab nak tukar kereta, depa kata tak selesa.

Puan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat mengenai pendedahan akhbar Harian Metro baru-baru ini iaitu pada 27 Februari 2024 iaitu― ini yang muka depan Harian Metro yang bertajuk, “Bukit Aman awasi Mawla Amin.” [Sambil menunjukkan senaskhah akhbar] Satunya― kawan saya pun nama Amin tapi bukan dialah.

[Ketawa] Satunya, mengenai Harian Metro ini, Mawla Amin dikesan memasuki negara ini dan mendakwa keturunan Nabi Muhammad SAW sekitar tahun 2022. Kedua, beberapa pendedahan Harian Metro sebelum ini menimbulkan keresahan kerana status sebenar lelaki itu diragui sehingga kini. Ketiga, malah tindakan mempromosi keturunan Rasulullah SAW di seluruh negara juga menimbulkan pertanyaan apakah wujud manipulasi menggunakan lelaki berkenaan walaupun pihak berkuasa di Morocco dikatakan sudah mengeluarkan surat berhubung status Mawla Amin.

Keempat, penganjur iaitu pihak yang bertanggungjawab membawa Mawla Amin ini mendakwa sudah menyerah dokumen kepada JAKIM, namun perkara ini dinafikan oleh JAKIM baru-baru ini. Lima, setakat ini, apakah pendirian Jabatan Perdana Menteri ataupun Menteri Agama berhubung dengan isu ini? Enam, apakah Wisma Putra juga sudah menyenaraihitamkan lelaki ini sehingga siasatan status selesai dan apakah ada pengesahan daripada Kerajaan Maghribi berhubung isu ini memandangkan Mawla Amin ini kerap berada di negara ini?

Puan Speaker, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian, apakah hasil siasatan dan tindakan kementerian dan kawal selia padi terhadap dakwaan beras tempatan dipek dalam beras import dan dijual pada harga yang terlalu mahal? Ini adalah satu penindasan kepada rakyat. Sudah enam bulan berlaku tetapi masalah belum dapat di— kaedah yang sesuai untuk diatasi.

final • 3:31 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kerajaan juga gagal ambil tindakan pantas dan beri ruang kepada kartel apabila keuntungan – kepada kartel yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Kartel rompak rakyat dengan hidangkan beras tempatan. Paksa rakyat beli beras tempatan dalam pek beras import dan membuat keuntungan berlipat ganda. Sedihnya, yang teraniaya adalah pesawah yang jual padi harga rendah, rakyat beli harga import. Sejak Julai 2023 hingga kini, kerajaan masih gagal mencari solusi tangani beras tempatan.

Puan Speaker, sebagai kesimpulan, saya juga meminta kepada pihak kerajaan, pulihkanlah kembali ekonomi negara terutamanya nilai ringgit ataupun mata wang yang semakin jatuh. Kedua, kembalikanlah skim pencen kepada penjawat awam kerana inilah jaminan kewangan selepas bersara. Ketiga, segerakanlah penyelarasan pencen veteran angkatan tentera. Keempat, mohon segerakanlah penurapan – ini isu kawasan saya, noh.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kepada Menteri, saya memohon supaya mohon segerakan penurapan jalan FT136, dari Kulim, Serdang ke Bandar Baharu dan juga capaian internet yang sering....

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kulim, Kulim. Sikit boleh, Kulim?

Soal berkaitan dengan pencen ini. Eh, apa – orang tanya Kulim, bukan Besut. Besut ini kenapa ini? Besut ini kenapa ini? Sawan apa ini, Besut ini?

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut tak tekan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut kenapa? Duduk sahajalah.

Orang tanya Kulim.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, bagi laluan ke?

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bagi ke tak bagi?

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Saya bagilah. Saya – [Tidak jelas]

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Besut ini majistret tetapi perangai macam – ha.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hakim, hakim. Bukan majistret, hakim.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hakim tetapi perangai teruk.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat...

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, okey. Saya..

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Perangai teruk macam orang hulu.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini tak tekan butang pun.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam orang hulu perangai.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat...

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak tanya dengan Kulim, soal berkaitan dengan pencen ini sebenarnya zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri.

Kemudian, Perdana Menteri – Perdana Menteri yang lalu pun, yang lain-lain itu pun bersetuju untuk mansuhkan pencen ini, tetapi mereka ini tak ada keberanian.

Zaman Tambunlah, dia berani untuk mansuhkan pencen ini sebab menjelang tahun 2024 nanti – 2040 nanti, untuk bayar pencen ini sahaja, kita terpaksa membelanjakan hampir RM140 bilion. Adakah Kulim-Bandar Baharu menyedari tentang perkara ini? Terima kasih, Kulim. Apalah Besut ini? Kawan tetapi perangai tak macam kawan.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak habis-habis lagi. Langat betullah.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puan Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(6). Tadi, saya dengar Yang Berhormat Hulu Langat menyebut, ‘macam orang Ulu,’. Saya minta dia tarik balik sebab orang Ulu sudah jadi Speaker Dewan Negara sekarang ini.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Tidak jelas]

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, ya. Orang Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bagi dia tarik balik. Orang hulu mana? Tarik balik, tarik balik.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu, Hulu Langat sebab saya orang Hulu Langat. Sebab saya Hulu Langat. Kalau salah, saya tarik balik. Tak ada

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

masalah. Kita, kalau kita silap, kita minta maaf. Ha, tetapi bohong tak boleh. Fitnah tak boleh. Sebelah sana kerja bohong saja, fitnah saja. Kerajaan terancamlah, Islam terancamlah, raja-raja terancamlah.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mohon tarik balik.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini Besut ini. Ini Besut ini.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini 36(6) ini.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

36(6).

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Buruk sangka ini.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa buruk sangkanya? Memang buruk pun.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Orang-orang daripada PN.

Mana boleh cakap macam itu. Tak boleh.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, boleh. Kamu membohong boleh.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(6). Buruk sangka ini.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kamu bohong boleh. Kamu tipu boleh. Kamu fitnah boleh.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Tidak jelas]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Besut.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, duduk? Duduk?

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tarik balik bagi dia.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila tarik balik dulu.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tarik balik? Nak tarik yang mana, Speaker?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang orang hulu itu.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, saya tarik balik. Saya minta maaf sebab saya daripada Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, saya daripada Hulu Langat.

Yang saya sebutkan itu, saya tadi. Saya itu. Ini Besut ini, dia buruk sangka. Buruk sangka.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa, yang perangai orang hulu ini, perangai orang hulu ini apa?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia pun perangai tak elok juga.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa yang perangai orang hulu?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hakim, hakim tetapi perangai tak elok juga.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, cukup.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Eh, teruk ke perangai orang hulu?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini, hakim tetapi perangai tak elok ini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Teruk ke perangai orang hulu?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, saya duduk. Speaker, saya duduk. Saya duduk. Duduk, Besut.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dua-dua bagi dia tarik balik.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, duduk. Besut, duduk.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, sila ringkaskan dan gulung.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Saya ingin ambil respons daripada Hulu Langat tadi. Ya, betul. Dulu, memang. Zaman Tun pun bercadang untuk nak menghapuskan pencen tetapi apabila – mungkin apabila dibuat kajian, ramai yang tidak bersetuju dengan keadaan macam ini.

Bukan tak berani, Hulu Langat. PMX ini mungkin dia berani tetapi mungkin oleh kerana dia tak berani, tak mampu nak menambah pendapatan negara, akhirnya itulah jalan mudah yang diambil oleh PMX. Kan? Jadi, lagi pun, pencen ini adalah satu-satunya jaminan kepada keluarga ataupun kakitangan kerajaan.

Inilah hadiah yang paling termahal sekali, Hulu Langat, kepada kakitangan kerajaan. Kita hargailah pencen ini. Kita sebagai kerajaan, kena carilah. Lagu mana pun, kena cari untuk menampung pendapatan untuk menampung pencen ini.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kulim, Kulim.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ada tadi sebut itu. Kita sebahagian daripada kerajaan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam nak ke mari itu.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tadi sebut, kita sebahagian daripada kerajaan. Macam nak ke mari itu. Saya sangat mengalu-alukan Kulim-Bandar Baharu ke mari. Terima kasih, Speaker.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Untuk pengetahuan Hulu Langat, saya ada enam orang daripada sana menjemput saya ke sana tetapi saya menolak, Hulu Langat.

[Tepuk] Walaupun tawarannya terlalu tinggi. Okey. Sebagai kesimpulan...

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Buruk sangka.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Berapa tawaran itu?

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Satgi, saya kena...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

Sila gulung.

final • 3:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, saya tutup. Okey. Apa pun, saya menjunjung dan juga menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong untuk perbahasan kali ini. Sekian, terima kasih.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

final • 3:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya mengucapkan terima kasih diberikan peluang untuk membahas Titah Diraja. Perkara pertama ialah pengampunan Najib Tun Razak. Kesemua maklum akan kemarahan yang telah dibangkitkan oleh orang ramai berita tentang pengampunan diraja yang telah dikurniakan ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Pengampunan ini telah mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan mahkamah ke atas beliau. Daripada 12 tahun penjara kepada enam dan RM211 juta denda kepada RM50 juta, dan lanjutan penjara satu tahun, kalau kemungkiran membayar denda.

Biarpun Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menjelaskan bahawa pengampunan ini merupakan kurniaan Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan prinsip belas kasihan dan nilai manusiawi seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, ia masih tetap tidak dapat meredakan kemarahan dan keresahan masyarakat.

Saya memahami sepenuhnya akan kemarahan dan keresahan orang ramai yang melihat akan proses pengampunan ini merupakan sesuatu ketidakadilan. Akan tetapi, panggilan dan seruan atas perubahan proses pengampunan ini telah menimbulkan beberapa kebimbangan. Ada cadangan daripada NGO dan orang awam yang munasabah tetapi ada juga yang perlu dikaji dengan teliti. Saya akan sentuh beberapa cadangan dalam ucapan ini.

Cadangan pertama ialah suatu alasan diberikan tentang pengampunan Najib.

Saya bersetuju dengan cadangan NGO Projek Sama untuk permohonan dibuat kepada bekas YDPA sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan di Wilayah Persekutuan untuk membenarkan Lembaga Pengampunan keluarkan satu kenyataan untuk memberitahu orang ramai tentang alasan-alasan Pengampunan Diraja, serta penjelasan terhadap syor yang dibuat kepada bekas Yang di-Pertuan Agong dan dapat bertulis oleh Peguam Negara.

Kenyataan ini penting untuk memastikan kepercayaan orang ramai terhadap mekanisme pengampunan yang termaktub dalam Perlembagaan. Kes Najib adalah sungguh serius dan rakyat berhak untuk mendapat maklumat. Jikalau tidak ada alasan diberikan oleh Lembaga Pengampunan, orang ramai akan ada syak wasangka, adanya penyalahgunaan kuasa dan mereka yang berkuasa boleh melakukan rasuah, bebas daripada hukuman atau dengan izin, impunity to commit corruption. Cadangan kedua daripada NGO ialah untuk ada tempoh masa, untuk membuat permohonan pengampunan bahawa setiap tahanan perlu berada di dalam tahanan minimum tiga tahun. Setahu saya, tidak ada undang-undang atau peraturan yang mengehadkan masa untuk membuat permohonan pengampunan.

final • 3:46 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Pendapat saya ialah ini tidak harus diadakan kerana sesiapa sahaja yang mengikuti prosesnya boleh kemukakan permohonan dan akan didengar. Sistem pengampunan ini merupakan akses penting bagi memastikan bahawa pesalah yang melakukan kesalahan atas desakan hidup atau mereka yang telah menginsafi kesalahan yang mereka telah lakukan dapat dipertimbangkan oleh YDPA akan pengampunan mereka.

Pertimbangan umpamanya adalah soal ihsan, belas kasihan atau apa yang disebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai mercu keinsanan atau dengan izin, fountain of justice. Pardon to be worthy of his name must allow the application for pardon to be considered even by the unpardonable and if mercy and compassion warrants to be granted. Cadangan yang ketiga oleh NGO adalah Najib tidak layak untuk diberikan keampunan. Sebarang laungan dan seruan NGO-NGO ke atas mereformasi sistem yang dibangkit selepas pengampunan Najib harus mengambil kira bahawa walaupun sebahagian hak manusiawi bagi pesalah-pesalah ini telah ditarik seperti kebebasan tetapi bukan semua hak manusiawi dibatalkan bila seorang disabit kesalahan.

final • 3:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Oleh yang demikian, sistem pengampunan merupakan proses penting bagi memastikan bahawa nilai manusiawi penjenayah ini biarpun sekeji-keji mereka dapat dilindungi. Lagi bila permohonan pengampunan ditimbang oleh YDPA, jasa dan sumbangan pemohon perlu diambil kira juga. Rekod baik sebelum ini tidak akan dipadamkan kerana kesabitan dengan izin, on conviction and offender loses some rights such as freedom of movement but not all of his right as a human being and the inherent dignity are forfeited. Conviction does not mean that the offender is open to excessive and cruel punishment or to be debased or devalued as a human being. He does not lose his right for his pardon application to be considered. Pelbagai NGO dan masyarakat umumnya melihat kekurangan hukuman ke atas Najib ini sebagai ketidakadilan. Hujah ini merupakan ciri-ciri pendekatan retribusi atau philosophy of punishment retribution. Daripada segi pendekatan deterrence, kekurangan hukuman Najib juga ada kesan sebab dilihat deterrence dijejaskan. Oleh sebab itu, penjelasan budi bicara, belas kasihan YDPA adalah penting.

Dengan izin, based on the retributive concept, the punishment must fit the crime or sentence that is proportioned to the seriousness of the crime is considered a just sentence. A less harsh sentence is therefore an injustice because mercy provides for a lesser sentence then according to the retributive, mercy is an injustice. Retribution is based on the laws of retaliation and revenge. An eye for an eye but there has always been a case that in the real world, justice must be tampered by mercy otherwise it is too harsh to live in the merciless and vengeful world. Oleh demikian, cadangan untuk kenyataan dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan tentang alasan pengampunan Najib Tun Razak supaya orang ramai dapat mengetahui sebabnya adalah penting untuk memahami proses pengampunan telah dibuat mengikut prosedur yang termaktub dalam peraturan dan Perlembagaan Persekutuan. Dengan cara ini, spekulasi tentang beberapa perkara yang tidak sihat yang sedang berterusan tentang pengampunan Najib dapat ditamatkan.

Perkara kedua ialah tentang keadaan penjara di Malaysia. Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah menyatakan bahawa setakat Oktober 2022, Malaysia telah merekodkan seramai 82,539 banduan dengan 76,330 terletak di penjara. Manakala 6,203 pula terletak di pusat rehabilitasi. Akan tetapi, penjara di Malaysia hanya boleh memuatkan seramai 66,000 banduan, maka terdapat kesesakan seramai 10,000 banduan.

Penjenayahan dadah mengakibatkan sebanyak 60 peratus sehingga 65 peratus banduan terdiri daripada pesalah dadah. Saya percaya bahawa mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah patut diletakkan di pusat rehabilitasi dan bukannya di penjara. Saya meminta penjelasan tentang status kejayaan program rehabilitasi dan juga untuk menangani kesesakan, overcrowding di penjara dan kadar recidivism atau kadar banduan berulang melakukan jenayah.

Perkara yang penting untuk perhatian kerajaan adalah terdapat enam buah penjara yang telah dibina zaman penjajahan British telah usang. Penjara Pulau Pinang, 173 tahun. Penjara Taiping, 149 tahun. Penjara Seremban, 142 tahun. Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, 121 tahun. Pusat Koreksional Muar, 96 tahun. Penjara Pengkalan Chepa, 73 tahun.

JKPK Hak Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi mengambil maklum bahawa masih wujud penggunaan sistem baldi, bucket system melibatkan penjara- penjara pre-war. Pejabat Penjara Malaysia telah mencadangkan melalui Rancangan Malaysia untuk penggantian kepada penjara-penjara berkenaan.

Penjara pre-war tidak lagi dapat di baik pulih kerana structure yang lama tetapi boleh dibina yang baru menggunakan tapak yang sama. Kos juga adalah penting. Penjara mengunjurkan sekurang-kurang sebanyak RM15 juta untuk keperluan asas semua penjara setahun. Namun begitu, mereka hanya mendapat RM8 juta. Oleh itu, ada masalah tentang dana untuk memberikan layanan yang berperikemanusiaan.

Saya meminta kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu tentang status cadangan draf rang undang-undang untuk menggantikan Akta Penagih

final • 3:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 di mana KDN boleh memperkenalkan satu dasar pengalihan iaitu mereka yang menagih dadah tidak lagi dihukum dengan penjara tetapi dirawat atau dipulihkan di pusat pemulihan penagih narkotik atau di luar komuniti.

JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi telah memberikan beberapa syor di dalam laporan yang telah dihantar kepada kementerian dan saya meminta kerajaan memberi perhatian kepada syor-syor yang telah diberikan. Kesimpulan, keadilan merupakan aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat tetapi penting juga untuk mengadakan aspek manusiawi iaitu antaranya belas kasihan dan ihsan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Izinkan saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas kepimpinan, kecemerlangan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan seterusnya saya ingin menzahirkan setinggi ucapan tahniah di atas pelantikan baru Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong ke-17.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang untuk suarakan isu di dalam Parlimen Masjid Tanah kerana saya menerima aduan berkenaan dengan hakisan pantai yang serius berlaku di sepanjang Pantai Kuala Sungai Baru.

final • 3:59 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Begitu juga dengan isu berkenaan dengan mendalamkan sungai di Kampung Brisu. Selalu sangat banjir. Sampai empat kali masjid kena banjir. Dalam masa setahun, empat kali bersih masjid. Empat kali tukar karpet. Empat kali mereka bergotong-royong dan begitu juga harapan dapat diselenggarakan dan juga dapat dilebarkan talian air ataupun anak sungai di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk banjir.

Ketiga, berkenaan dengan masalah internet. Internet yang tidak ada...

final • 4:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Masjid Tanah. Masjid Tanah, Tangga Batu.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...serta saya baru selesai- Tangga Batu, alamak. Ya, Tangga Batu, dengan segera.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, terima kasih Masjid Tanah.

Saya ingin membuat statement. Setuju kah Masjid Tanah bahawa hakisan pantai yang kita anggap parah hari ini yang berlaku di Masjid Tanah dan juga di Tangga Batu disebabkan oleh penambakan laut yang dilakukan di Melaka. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya setuju dan masukkan sebahagian daripada ini dan ia harus dilihat oleh Kerajaan Pusat tentang perkara ini. Berkenaan dengan masalah internet sebentar tadi. Internet yang tiada dan internet lemah dan tidak bermaya yang berada di dalam Parlimen Masjid Tanah, terutama sekali di dalam DUN Taboh Naning dan juga DUN Ayer Limau harap kerajaan dapat melihat ini.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini ramai rakyat di luar sana merungut, mengeluh, resah dan gelisah tentang belanja dapur yang semakin meninggi dan dah macam chipsmore, Tuan Yang di-Pertua. Kejap ada, kejap tiada. Minggu ini ada minyak, minggu ini tiada gula.

Minggu depan tiada gula, minggu depan tiada minyak dan sebagainya. Kita dapati kerajaan hari ini masih lagi gagal kerana tidak dapat mengatasi permasalahan ini dengan baik. Belum cerita tentang nak dapatkan beras tempatan. Beras tempatan dekat Melaka

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

ini bukan dapat dekat kedai runcit, Tuan Yang di-Pertua. Mereka boleh dapat dekat JAPERUN iaitu Pejabat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri. Mana lagi yang mereka dapat? Orang Melaka kata, “Mana lagi? Melaka le.” Tempat lain, kedai runcit tidak ada tetapi hanya di Pejabat Wakil Rakyat sahaja yang boleh jual beras tempatan. Hairan bin ajaib.

Tuan Yang di-Pertua, tengah hari tadi selaku Pengerusi PAC, saya dikunjungi oleh Menteri Kewangan II. Yang Berhormat Menteri Kewangan II dan bersama dengan naib pengerusi saya. Tahniah Yang Berhormat Menteri Kewangan II, gigih nampaknya hendak membantu kerajaan pada hari ini dengan pengalaman dan juga kepakaran. Cuma, saya harap kerajaan pada hari ini serius dan juga dapat turun dengan lebih banyak ke akar umbi, dengar rintihan rakyat, rasa sendiri permasalahan rakyat untuk kita lihat apa yang berlaku. Ini kerana dengan pertambahan SST dua peratus yang menjadikan lapan peratus, pendapatan yang dijangka katanya hanya mencapai 3 bilion. Tidak banyak mana pun.

Tetapi kita khuatiri domino effect yang berlaku dipersebabkan oleh SST yang menaik sampai lapan peratus ini, dikhuatiri ada pihak mengambil kesempatan di atas kesempitan dan saya ingin tanya, bagaimanakah pihak penguatkuasaan boleh melihat tentang perkara ini dan bagaimanakah rakyat boleh terus membuat aduan dan bagaimanakah media juga boleh memainkan peranan? Bukan kita takut pada media.

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Muar, bahawa sebanyak 40,000 yang telah diturunkan daripada paparan dan ini menunjukkan kerajaan hari ini takut kepada suara rakyat dan ini tidak sepatutnya berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, jadi hari ini kerajaan harus tengok bukan sahaja hendak jaga rakyat tetapi peniaga juga hendak harus jaga. Saya harap kerajaan hari ini dapat jaga semua rakyat kita di Malaysia ini dengan baik dan tidak mahu lagi ada rakyat-rakyat kita di luar sana yang memperlekehkan kerajaan pada hari ini. Dia kata, “Kerajaan Mahal Dah Ni” ataupun “Kerajaan Mendeni.” Jadi, saya harap itu tidak berlaku sekiranya rakyat ini dijaga baik oleh kerajaan pada hari ini.

Begitu juga tentang soal rakyat di Melaka iaitu tentang soal kontraktor G1 di negeri Melaka yang berpotensi untuk gulung tikar. Sejak daripada tahun 2023, saya menerima reaksi pelbagai daripada kontraktor bumiputera kelas G1 negeri Melaka ekoran peruntukan MARRIS yang telah pun diberikan kepada satu syarikat di bawah kerajaan negeri. Setiap tahun lazimnya, pejabat daerah dan tanah JKR, JPS, PPD akan buat kerja cabutan undi tiga ke empat kali setahun. Tetapi hari ini dah semakin kurang. Dah lah kontraktor di Melaka seramai 1,300 orang. Ramai yang tidak dapat kerja. Ramai yang sedang geleng kepala. Ramai yang sedang menderita. Saya harap perkara ini dapat dilihat dengan baik dan saya tengok dalam TikTok semalam, Kerajaan Negeri Kedah, MB Kedah cabut undi untuk setiap daerah. Ini harus dilakukan oleh negeri Melaka.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga harap dapat menyentuh selaku Pengerusi Portfolio Pelancongan dan Kebudayaan yang telah diamanahkan kepada saya.

Sebagaimana kita sedia maklum, kerajaan telah pun mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026. Kali pertama diadakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Misi utamanya itu adalah untuk memperkenalkan Malaysia di pentas dunia. Ini kerana belum lagi dikenali sewaktu itu sebagaimana mereka mengenali Singapura, mengenali Thailand dan tema yang dipilih pada ketika itu adalah Fascinating Malaysia Year of Festival. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda terkenal di Kuala Lumpur telah pun dipaparkan sebagai logo rasmi. Sebanyak 84 acara utama telah diadakan. Manakala lagu, “To know Malaysia, is to love Malaysia.” [Sambil menyanyikan lagu] Siapa masih ingat lagi suatu ketika dahulu, ada di antara kita masih lagi sekolah apabila mendengar lagu itu dan ia memberikan impak dan hasil kedatangan pelancong bertambah mendadak iaitu 7.4 juta pelancong berbanding 4.8 juta pelancong pada tahun 1989. Begitu juga, dengan kempen Tahun Melawat Malaysia yang diadakan pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1994 yang berupa kesinambungan Tahun Melawat Malaysia 1990. Masih mengekalkan tema yang sama. Tahun Melawat Malaysia yang ketiga diadakan tahun 2007 dibuat sempena dengan tahun 50 tahun kemerdekaan. Tema

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

“Malaysia Truly Asia” telah pun diperkenalkan. Sebanyak 200 acara dengan 50 acara di seluruh negara telah pun dianjurkan. Hasilnya 20.97 juta pelancong telah berkunjung ke Malaysia dengan penjanaan pendapatan sebanyak RM46.1 bilion. Sekali lagi, Tahun Melawat Malaysia 2014 bertemakan “Celebrating 1Malaysia Truly Asia” menempa kejayaan dengan mendapat kedatangan pelancong seramai 28 juta pelancong dan menghidangkan beratus acara dan perayaan yang hebat.

Persoalan saya, apakah tema yang akan diperkenalkan oleh kementerian sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 ini? Adakah perkara utama yang ingin ditonjolkan sebagaimana tahun 1990 dan tahun 2007 sehinggakan tahun 2026 ini dipilih sebagai Tahun Melawat Malaysia? Apakah tagline yang akan digunakan untuk menarik para pelancong asing datang beramai-ramai ke Malaysia dua tahun lagi? Berapakah target kemasukan pelancong pada tahun 2026? Berapakah pendapatan yang bakal dikutip?

Apakah sudah wujud logo rasmi, maskot dan lagu rasmi Tahun Melawat Malaysia yang digunakan sebagai bahan kempen utama?

Saya hendak tanya, sudah kah perjawatan waran khas dibentuk? Kalau dah ada, saya hendak tahu berapa ramai sekretariat yang dibentuk ini mestilah yang disokong penuh oleh JPA dan juga MOF kerana peruntukan dan juga perkara ini perlu dilakukan secara bersama. Sekretariat Tahun Melawat Malaysia ini mestilah terdiri daripada team yang dedikasi. Bukannya hanya setakat mengambil celup sana, celup sini, sini untuk letak di bawah sekretariat ini kerana team ini, pasukan ini haruslah memberi fokus untuk kepada Tahun Melawat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sampai ke hari ini, minta maaf cakap, saya tidak nampak apa-apa persediaan yang dibuat oleh kementerian untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia sebagaimana pun yang telah disebutkan tadi. Sebaliknya, kita dihidangkan dengan pelbagai kontroversi yang dicetuskan oleh Yang Berhormat Menteri. Kita hendak dengar. Kita hendak tahu. Kita hendak lihat apakah misi dan juga visi daripada Yang Berhormat Menteri menerajui Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya ini, khususnya untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. Tetapi yang dihidangkan oleh Menteri adalah kontroversi penurunan pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Dalam banyak-banyak makanan warisan, sup Bak Ku Teh yang diwartakan sebagai makanan warisan. Ini kerana saya ingat lagi pada tahun lepas, 7 Jun 2023, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab soalan daripada Yang Berhormat Langkawi, untuk masukkan sesuatu jenis makanan dalam kategori tradisi ia perlulah boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.

Jadi, sebab itulah kita hendak tahu juga apakah yang dinyatakan oleh perkara ini.

Selain daripada itu juga, saya dengar-dengar khabar, Menteri masih sibuk mencatur Pengarah-pengarah Tourism Malaysia luar negara untuk diisi oleh orang luar secara kontrak. Kononnya, Pegawai-pegawai Tourism Malaysia yang sedia ada ini tidak perform.

Alasan yang sama yang digunakan untuk menukarkan Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Persoalan sekali lagi saya timbulkan dalam Dewan yang mulia ini, apakah indikator yang digunakan untuk mengukur pegawai yang tidak perform di dalam Tourism Malaysia?

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya hendak tanya juga, sudahkah semua Ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia dilantik? Berapakah komposisi mengikut kepakaran, mengikut kaum, mengikut bidang masing-masing? Sama ada wakil industri pelancongan, perhotelan, penerbangan ataupun ekonomi yang mengisi ahli lembaga sekarang ini. Rakyat juga hendak tahu ahli- ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang dilantik ini berlatar belakangkan apa? Bukan itu sahaja, lebih menyedihkan lagi hari ini kita tengok pengarah MOTAC Labuan dah tiga tahun tak terisi.

Pengarah MOTAC Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, lebih daripada setahun lebih tak terisi. Lagi-lagi negeri Kedah. Negeri Kedah tahun depan nak menuju kepada tahun melawat negeri Kedah. Kalau pengarah MOTAC tak ada, jadi bagaimana? Takkan lah nak lantik pengarah MOTAC negeri pun ambil masa sampai bertahun-tahun? Benda kecik je ni. Jadi ini yang harus dilihat.

Akhir sekali Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sektor kebudayaan kesenian ini agak lesu kebelakangan ini. Bermula dengan industri kraf tangan, nampak

final • 4:10 PM

Mesyuarat] Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

hanya tinggal Hari Kraf Kebangsaan. Persoalannya, adakah masih wujud program- program lain seperti bimbingan seni oleh adiguru-adiguru kesenian? Program-program lain seperti mengikut bidang seperti seni ukiran, seni kraf, batik dan juga songket.

Kalau ada, berapa agaknya peruntukan yang diberikan kepada kraf tangan bagi pembangunan dan pengembangan bakat di peringkat akar umbi? Begitu juga dengan program kebudayaan yang sangat unik. Antaranya kesenian tradisional seperti tarian Melayu, persembahan teater dan sebagainya. Kalau dulu, tiap-tiap minggu ada sahaja persembahan kebudayaan dan bulanan di panggung seni negeri-negeri.

Adakah program-program seumpama ini masih ditambah baik? Saya dah nak habis dah ni, last point Yang di-Pertua. Justeru, saya ingin melihat agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kembali seperti dahulu, penuh dengan misi dan visi yang menyentuh setiap bidang yang ada.

Tak kira lah pelancongan ke, kebudayaan ke, kraf tangan ke, warisan ke, saya yakin dan percaya perpaduan di kalangan rakyat masih boleh dimantapkan melalui perkongsian seni dan budaya setiap bangsa, tidak kira Melayu, Cina, India. Keunikan seni budaya kraf tangan menjadi amalan rakyat Malaysia sejak turun-temurun dan perlu dipertahankan dan dikekalkan dengan suntikan pembaharuan, sesuai dengan peredaran zaman.

Perkara inilah yang sepatutnya kita tonjolkan kepada pelancong asing yang mengunjungi Malaysia khususnya untuk dipertimbangkan sebagai acara utama tahun melawat Malaysia.

Murai riuh mencari pasangan, Mencari pasangan di tebing tinggi, Minta sirih sikit Menteri Pelancongan, Agar pelancong dan pendapatan negeri bertambah lagi. Saya rasa dengan itu Masjid Tanah mohon menyokong. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Baik, berikutannya ada lima pembahas. Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Jerantut. Untuk makluman, saya benarkan 15 minit tapi tepat time saya potong. Baik, daripada 12 saya naik ke 15. Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam perpaduan, salam Rahmah. Tuan Speaker, Yang di-Pertuan Agong bagi kereta. Agong bagi kereta dekat Perdana Menteri. Itu hak Agonglah dia nak bagi siapa. Kalau dia nak bagi Puchong, Puchong ambil lah. Kalau dia nak bagi Pasir Gudang, Pasir Gudang ambil lah. Saya jangan iri hati pula sebab Tuanku kalau tak bagi dekat saya. Itu kereta Yang di-Pertuan Agong, dia nak bagi siapa, itu dia punya suka lah. Nampak bahasa macam kasar Pak Hassan, Pasir Gudang tapi ada orang iri hati. Saya pun hairan lah dalam negara kita ni.

Agong bagi kereta pun salah...

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah?

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, bagi lah lima minit dulu.

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak. Pasai pa.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak. Ada orang iri hati, ada orang iri hati, Arau. Jadi, masalahnya...

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak. Saya seronok.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bila Perdana Menteri guna kereta Mercedes. Ada orang iri hati, ada orang hasrat dengki, ada orang busuk hati.

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak. Saya seronok.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab yang bagi kereta ni Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kan Agong kita ni pun, dia biasa bagi kereta dekat orang.

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia nak bagi Arau pun, Arau terima. Saya takkan dengki.

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, tak. Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya rasa bersyukur. Saya rasa bangga kalau Arau dapat kereta daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ini sikap...

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Arau. Yang Berhormat Hulu Langat. Ada buku peraturan tak? Ada buku peraturan tak?

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada!

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Lihat kepada 36(7). Eh, 36(8). “Kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri atau hakim- hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli-ahli majlis pasukan bersenjata atau mana-mana suruhanjaya jawatan kerajaan yang ditubuh menurut Bahagian X dalam Perlembagaan atau ahli-ahli Suruhan Pilihan Raya atau siapa- siapa jua ketua negara, negeri-negeri yang bersahabat dengan Malaysia tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul bersendirian bagi maksud tersebut.” Dengan demikian Yang Berhormat Hulu Langat tarik balik.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tarik balik.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebut isu kereta sahaja tadi, saya hendak bangkitkan...

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kelakuan...

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, saya tak sebut dah. Tak sebut dah. Tak sebut dah, cuma Yang Amat Berhormat...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, dengar apa saya nak cakap. Bila melibatkan tindak-tanduk istana, tidak boleh disebut kalau mengikut peraturan yang telah saya baca. Dengan itu, tamatkan isu itu. Beranjak kepada isu-isu lain.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Speaker.

Cuma hebatnya Perdana Menteri kita ni, dulu Perdana Menteri sebelum ni ada order kereta, harga Mercedes RM2.3 juta tapi Perdana Menteri kita yang ada pada hari ini tolak.

Dia guna kereta? Kereta kebangsaan. Inilah sifat seorang Perdana Menteri yang mengutamakan negara.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian yang keduanya, persoalan berkaitan dengan makanan tadi bak kut teh tadi tu ya lah, kalau guna daging babi, jadi tak halal lah. Jadi haram lah. Gunalah daging yang kita boleh makan. Apa jadi masalahnya?

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Penjelasan.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Daging kambing boleh, daging lembu boleh, daging ayam boleh, daging itik boleh...

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Penjelasan sedikit.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Daging angsa boleh. Kan?

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh penjelasan?

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa masalahnya?

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Tidak Jelas]

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini pun kita nak jadikan konflik dalam...

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dalam negara kita. Sedangkan ada banyak makanan lain. Dodol pun dijadikan makan warisan...

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Minta laluan, laluan. Boleh beri laluan tak?

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Mi Kolok pun dijadikan sebagai makan warisan. Apa jadi masalahnya?

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh beri laluan?

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Semua benda dalam negara kita ni nak dipolitikkan.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini jadi masalah dalam – dalam negara kita. Sebab itu saya nak sebutkan tadi. Kalau kita dengar ucapan daripada Ketua Pembangkang, maksudnya Perdana Menteri ni tak boleh buat apalah. Goyang kaki je.

Sila panggung je. Tak ada buat apa! Sebab itu dalam ucapan hampir sejam, kita tak dengar pun. Dia hentam je. Dia maki je.

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Hulu Langat, Puncak Borneo minta pencelahan sikit je.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Puncak Borneo, Puncak Borneo ni teman ke sahabat?

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Teman, teman.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya. Teman tapi mesra.

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Bagi ruang, mesra.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Teman tapi mesra.

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey. Bagi ruang.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sila-sila.

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, saya pun masa tak banyak ni.

Masalah kawasan tak bawa lagi ni.

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Hulu Langat. Okey. Saya dengar tadi Hulu Langat berbicara mengenai makanan bak kut teh ni. Memang benar bak kut teh ni tidak semestinya babi. Nasi lemak pun ada nasi lemak babi. Jadi – tapi saya nak minta pandangan Hulu Langat lah. Kalau makanan halal dan haram tu, boleh tak kita harmonikan dalam negara kita?

Kalau makanan halal kita bagi makanan Muslim dan makanan yang haram tu kita kata makanan non-Muslim sebab lebih elok didengar. Sebab bagi yang haram bagi orang Muslim, halal bagi saya. Jadi, dalam Malaysia ni kita duduk pelbagai bangsa. Jadi, setuju tak Yang Berhormat Hulu Langat untuk harmonikan untuk menyahut titah seruan Yang di- Pertuan Agong?

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Laju sikit Yang Berhormat. Laju sikit lah tanya soalan tu.

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Untuk Yang di-Pertuan Agong...

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masa dah lah tak ada.

final • 4:13 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Supaya – setuju kah Yang Berhormat?

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab itu saya setuju sangat tadi macam Seputeh dah sebut tadi. Sebab itu parti Parit Buntar itu...

final • 4:13 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:13 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau dia nak dapatkan undi kan, dia nak buat bak kut teh halal.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat, Penjelasan.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bila nak dapatkan undi, ada kepentingan, dia nak buat bak kut teh halal. Kenapa sekarang ini tak cadangkan bak kut teh halal? Halal lah, bak kut teh halal. Guna daging kambing...

final • 4:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hulu Langat, penjelasan.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Daging lembu, Arau...

final • 4:13 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak. Pasir Salak.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, saya janji Arau.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

36(12), peraturan mesyuarat.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau bahas nanti saya tak kacau.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyebutkan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, peraturan. Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Peraturan mesyuarat. 36(12). “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disebabkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Hulu Langat mengelirukan Majlis

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

sebab baik saya ataupun siapa sahaja tidak mempertikaikan bak kut teh yang dimakan oleh orang-orang bukan Islam.

Kita hanya memberi pemandangan supaya dijelaskan statusnya halal ataupun haram. Sebab “bak” tu sendiri apa makna dia?

final • 4:13 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kaki babi.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tapi saya refer dalam Wikipedia, “bak” tu dirujuk kepada sup tulang rusuk khinzir. Sedangkan yang dicadangkan oleh Lajnah Perpaduan, lamb kut teh.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Hulu Langat, boleh tak minta...

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat pendekkan. Yang lain duduk. Yang lain duduk.

final • 4:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya boleh? Hulu Langat.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya rujuk Wikipedia, rujuk tempat-tempat yang lain. Orang faham...

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak ada, Parit Buntar. Jangan putar belit.

final • 4:13 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebut bak kut teh tulang rusuk.

final • 4:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ini bukan ruang untuk memberi ruang mana-mana Yang Berhormat untuk berbahas. Bila bangkitkan Peraturan 37(1)(a), Yang Berhormat telah membangkitkan peraturan di bawah 36(12). Baik putuskan cakap apa yang hendak dicakapkan. Jangan meleret.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hulu Langat mengelirukan. Sebab kita tak lawan, tak tentang bak kut teh kalau jenis yang halal.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang ini halal lah ini.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang kita pertikai ialah bila disebut...

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh Parit Buntar, dekat Parit Buntar takde Cina kah? Parit Buntar takde Cina kah?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah, sebentar.

Sebentar. Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Parit Buntar, saya dah faham apa yang Yang Berhormat hendak sampaikan di bawah 36(12). Saya nak putuskan. Duduk.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, duduk Parit Buntar.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Majlis yang ada— Yang Berhormat di dalam Majlis, saya putuskan. Tidak melanggar.

Teruskan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha.

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak melanggar. Tengok itu Parit Buntar, satu kosong. Parit Buntar dah kalah. Bak ini—Ipoh Timur, tolong jelaskan. Apa maksud bak itu?

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Hulu Langat. Bak ini dalam bahasa Hokkiennya, bak itu daging. Bukan seperti yang cuba diputarbelitkan oleh rakan- rakan sebelah sana, katanya khusus dan spesifik daging khinzir. Itu salah. Bak dalam bahasa Hokkien itu bermaksud daging. Kalau tu bak, itu Hokkiennya daging khinzir. Gu bak, itu daging lembu. Jadi setuju tak Hulu Langat kalau dikatakan, mereka ini sebenarnya menipu. Cuba nak memutarbelitkan untuk mewujudkan sentimen ketegangan dan kebencian, seolah-olah bak ini daging khinzir, yang sebenarnya tipu oleh sebelah sana.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Memang...

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya tahu. Saya tahu sebab saya Hokkien.

Ha, depa tahu tak?

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Peraturan mesyuarat lagi sekali.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Asyik peraturan sahaja bila nak sudah ini Parit Buntar?

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

35(6).

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini tak tengok cerita Jackie Chan ini.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Peraturan mesyuarat.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat duduk. Saya nak dengar.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Duduk.

Peraturan Mesyuarat. 35(6), “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.” Tadi Ipoh Timur buat sangkaan jahat, seolah-olah kami ini menipu.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Siapa sangkaan jahat? Terang-terang menipu. Menyalah tafsirkan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Ipoh Timur duduk. Saya tak habis dengar lagi ini. Okey.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Masalahnya dia sebut menipu seolah-olah kita—ini sangkaan jahat. Kami tak menipu. Kita minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, baik.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Menteri Pelancongan kena bagi penjelasan.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang halal, yang haram dan sebagainya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sangkaan jahat, minta tarik balik.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Muhamad Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau tidak, saya kacau lagi sampai bila pun.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Saya putuskan atas peraturan yang diangkatkan. Tidak melanggar peraturan.

Saya untuk Parit Buntar, saya akan evoke-kan 37(2). Baik. Teruskan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dua kosong dah Speaker. [Dewan riuh]

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Hulu Langat?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya?

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

30 saat.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini kacau kah apa ini?

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tak.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, 20 saat. 20 saat.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Okey. 8 Oktober 2018. Tajuk berita dalam website PAS. Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Perkenal Bak Kut Teh Halal Sempena Pilihan Raya Kecil. Apa pandangan?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya lah, nak dapatkan undi. Yang halal pun jadi haram. Haram jadi halal. Itu yang jadi masalahnya itu. Bangkit lagi kan, 36(6) pula. Tadi kalau kita dengar. Tadi saya nak menyebutkan dalam ucapan Ketua Pembangkang. Perdana Menteri ini takde buat apa. Tapi ada 10 perkara dalam tempoh pemerintahan Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan ini.

Saya nak sebutkan reserve asing kita naik.

[Disampuk] Pelancong naik.

Pengangguran dapat direndahkan. Pelaburan kita RM329 bilion paling tinggi dalam sejarah negara kita. Bonus. Bonus RM2,000. Cuma saya nak tanya dengan Menteri Agama ini. Soal berkaitan dengan bonus guru-guru KAFA kita. Saya bila balik ke kawasan ini, guru-guru KAFA telefon saya, WhatsApp saya, tanya dengan saya. Dia kata mereka ini tak dapat bonus. Saya nak tanya kepada Menteri Agama ini, untuk guru-guru KAFA kita. Kita ini begitu juga inflasi kita pun—inflasi kita kurang. Tapi kalau kita dengarlah perbahasan daripada sebelah sana, memang nak gegak gempita lah. Macam seolah-olah nak kiamat dah. Seolah-olahnya Gunung Kinabalu ini pun nak runtuh.

Kemudian perkara yang kedua yang saya nak tanya kepada Kementerian Pendidikan. Menterinya pun ada. Menteri, dengar betul-betul ini Menteri. Sekolah tak cukup. Dekat Bandar Sri Putra. Bandar Sri Putra. Bandar Sri Putera. Kemudian sekolah tak siap. Menteri di Bandar Bukit Mahkota dah tiga tahun dah penduduk memekak, penduduk bising dekat saya sekolah tak siap ini. Tak cukup ini. Di Bandar Bukit Mahkota.

Kemudian kita ada tapak sekolah di Prima Saujana. Tapi yang jadi masalahnya sekarang ini sekolah itu tak ada.

Kemudian yang keduanya soal berkaitan kementerian KPKT. Timbalan Menterinya pun ada. Soal berkaitan dengan JMB ini. Masalah JMB tak boleh nak buat apa, sebab duit tak ada. Ini KPKT kena tengok. Kemudian yang keduanya, persoalan berkaitan dengan kereta-kereta yang tersadai ini. Kereta-kereta dah lama ini, dia tak tahu nak letak dekat mana. Selamat tinggal Arau. Dia tak tahu nak letak dekat mana. Dia letak tepi-tepi jalan. Kemudian kita nak ambil, kita nak mansuhkan kereta itu menjadi masalah, sebab dia perlu kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan. Begitu juga soal berkaitan dengan pembinaan balai bomba. Balai bomba ini memang kita sangat perlu sangat, khususnya di DUN Dusun Tua. Baru-baru ini berlaku kebakaran, bomba lambat sampai. Habis rumah terbakar.

Kemudian yang ketiganya Kementerian Dalam Negeri. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana telah buat operasi tangkap warga asing, khususnya di Dewan Undangan Negeri Semenyih. Kemudian saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Negara dan juga Pengarah Jabatan Siasatan

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jenayah kerana mereka ini tak sorok masalah yang berlaku di PDRM di bawah karpet.

Berlaku penyalahgunaan kuasa. Mungkin berlaku amalan rasuah anggota dan juga pegawai didedahkan kepada kita. Inilah dia Kerajaan Perpaduan. Inilah dia Kerajaan Madani. Jika ada masalah, kita tak sorok bawah karpet. Kita dedahkan dan perlu ambil tindakan yang segera oleh pihak PDRM dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri.

Yang keempatnya soal berkaitan dengan Kementerian Pelancongan. Walaupun Masjid Tanah tak suka dengan kementerian ini. Mungkinlah tak suka. Tapi saya nak menyatakan kepada Kementerian Pelancongan ini, khususnya di Hulu Langat ni. Kita lagi seminggu kalau dengar daripada Jelebu tadi dia nak puasa lagi dua hari. Jelebu, nasib baik Jelebu tak ada. Puasa seminggu lagi Jelebu. Kita di Hulu Langat ni, kita ada Program Mantai. Program ini tak ada di Besut ini tapi program ini ada di Hulu Langat iaitu Program Mantai. Pesta Mantai. Kita di Hulu Langat juga kita ada Pesta Lemang. Sebab itu...

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa ini sebut Besut, fasal apa?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya?

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut fasal apa?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rindu. Rindu.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Fasal apa itu?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rindu.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Fasal apa?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rindu. Rindu lah dah lah.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pesta apa? Pesta pantai?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dah lah. Hakim.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pesta apa?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rindu. Mantai. Mantai.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya lah, pesta apa?

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak percaya. Saya jemput Besut datang ke Hulu Langat.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ada. Ada. Ada.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya jemput nanti Besut datang ke Hulu Langat dalam Program Pesta Mantai.

final • 4:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Di Besut ada pesta.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Besut. Duduk.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Begitu juga—Besut duduklah, duduk. Begitu juga saya nak sebutkan tadi, soal berkaitan dengan bonus untuk guru-guru KAFA. Begitu juga dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Saya nak minta sangat- sangat kepada Kementerian Pengangkutan ataupun Kementerian Kerja Raya. Saya tak pasti lah Speaker. Tol ini bawah siapa? Bawah Kerja Raya ke atau bawah Kementerian Pengangkutan? Saya nak minta supaya tol Balakong—saya rasa ada di kalangan Ahli- ahli Parlimen pun lalu, sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pun lalu tol Balakong ini.

Saya nak minta supaya tol Balakong ini dimansuhkan. Saya nak minta tol Balakong ini dimansuhkan oleh Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani yang ada pada hari ini. Juga Kementerian Kerja Raya, tolong tengok. Tolong tengok sangat-sangat jalan daripada Semenyih nak pergi ke pekan Bangi Lama. Setiap kali dalam perbahasan, setiap kali dalam persidangan, saya akan membawakan persoalan berkaitan dengan masalah jalan daripada pekan Semenyih menuju ke pekan Bangi Lama.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Begitu juga di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ipoh Timur, Hulu Langat ini kawasan padat. Ini sekarang ni, ada satu projek perumahan. Dua projek perumahan sekarang dibuka sekarang ini. Satu projek perumahan di Hulu Semenyih hampir 600 ekar tanah telah ditebang ataupun tanah dibuka untuk projek perumahan. Sebab itu kita nak minta kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan ini. Bukan setakat kita nak tengok projek rumah itu siap tetapi projek-projek infra sekitarnya. Sekolah ini macam mana? Tanah kuburnya macam mana? Suraunya macam mana? Akses keluar masuknya macam mana? Paritnya macam mana? Ini antara perkara-perkara yang kita nak kena tengok.

Kementerian Kesihatan Malaysia. Klinik-klinik yang terdapat di dalam Parlimen Hulu Langat sekarang ini memang terlalu sesak. Sebab itu saya nak minta Menteri walaupun Menteri ini daripada parti saya. Tapi saya bawa dalam Parlimen, saya nak minta supaya Menteri tolong fokus, tolong tengok sikit soal berkaitan dengan klinik-klinik padat yang terdapat di dalam Parlimen Hulu Langat.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Seterusnya Yang Berhormat Speaker, masalah kebersihan ini saya nak kena bercakap dah. Masalah kebersihan dalam negara kita ini saya tengok, masyarakat dan juga warga watan dalam negara kita ini, soal berkaitan dengan kebersihan ini memang saya tengok tak jagalah. Tempat saya ni banyak tempat-tempat pelancongan, tempat- tempat yang menarik ini, Tuan Speaker. Belah petang itu, lepas mereka tinggalkan, contohnya Sungai Gabai ke, Sungai Tekala ke, Sungai Congkak ke, Lubuk Manggis dan sebagainya, apa yang mereka tinggalkan adalah sampah. Ini merupakan satu sikap yang sangat tak baiklah.

Sebab itu saya nak minta sangat-sangatlah. Negara kita Malaysia ini negara yang cantik. Kita ada hutan, kita ada laut.

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita ada air terjun dan sebagainya, kita jagalah kebersihan negara kita ini. Ini tanah tumpah darah kita. Kita dibesarkan, kita dilahirkan di sini. Malaysia ini negara kita.

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kena jaga kebersihan negara kita ini.

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hulu Langat, nak minta...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cinta negara kita ini. Saya ada satu minit sahaja. Banyak lagi benda saya nak bawa ini.

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya ada benda. Betul-betul, sikit je.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya bagi, saya bagi sikit. Saya bagi sikit. Saya bagi sikit. Kemudian, saya nak minta juga peruntukan khas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Fasal sampah ini.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Peruntukan khas untuk flyover di Taman Desa Jenaris dan juga Prima Saujana. Saya nak minta sangat-sangat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, supaya dapat meluluskan peruntukan pembinaan flyover. Ipoh Timur, cepat, cepat.

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hulu Langat, tadi disebut inilah negara tanah tumpahnya darahku tetapi adanya orang negara kita ini yang tempat ini sebagai tanah tumpahnya sampahku. Di mana, adakah disetujui oleh Hulu Langat, kita perlu memperkuatkan dan memperluaskan kuasa penguatkuasaan ke atas orang-orang Malaysia ke, bukan Malaysia yang rata-rata buang sampah menggunakan drone. Di mana boleh guna drone juga. Eh, hang jangan tumpah sampah, hang jangan buang sampah

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

dekat sini. Guna drone sebagai alat dan instrumen untuk menguatkuasakan. Satu, nak tangkap gambar dia. Dua, nak bagi amaran kat dia. Tiga, untuk keluarkan saman kemudian. Adakah setuju Hulu Langat?

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya setuju sangat Ipoh Timur.

Buatlah apa juga, buatlah apa juga janji negara kita ini bersih. Kita didik masyarakat...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat, saya akan tutup.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...dan juga rakyat dalam negara kita ini untuk jaga kebersihan. Terakhirnya Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan syabas dan juga tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada Johor di atas pelantikan sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan juga ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada negeri Pahang.

Kami takkan keluar Dewan, kami menyanjung tinggi kasih daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja dalam negara kita. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya ambil kesempatan sikit untuk mengingatkan apa yang dihalang kita ucap di Dewan ini, sila lihat peraturan 36 itu yang melibatkan istana, yang melibatkan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua.

Clear dalam peraturan 38(8). Ambil maklum kepada semua Yang Berhormat ya.

Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.

final • 4:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan pada hari ini.

Sebagai pembuka bicara, saya menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi- tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas pemasyhuran sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke- XVII dan saya juga ambil kesempatan pada petang ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah yang telah menyempurnakan pemerintahan baginda dengan begitu cemerlang sepanjang lima tahun yang lepas. Daulat Tuanku.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara pertama yang saya nak bawa pada petang ini adalah berkaitan dengan Pangkalan Data Utama (PADU). Sepertimana yang kita sedia maklum PADU dah dilancarkan pada 2 Januari 2024 dengan sasaran sekurang- kurangnya lebih 20 juta penduduk Malaysia akan mendaftarkan ataupun mengemaskinikan data dalam PADU ini. Tetapi sehingga semalam, data terkini menunjukkan hanya setakat 4.04 juta yang telah mengemaskinikan data mereka. Ia jauh daripada sasaran asal.

Jadi, saya nak tanya kepada pihak kerajaan, apakah daripada Kementerian Ekonomi dan juga DOSM yang menjadi agensi tonggak kepada PADU ini akan melakukan sesuatu yang lebih baik, yang lebih pragmatik, yang lebih menyeluruh untuk membolehkan lebih ramai mengemaskinikan data mereka, data masing-masing sebelum penghujung bulan ini sebab dikatakan PADU ini akan dibuka untuk pengemaskinian selama tiga bulan.

Kita tahu PADU ini penting. Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini kita sedia maklum, perlunya ada PADU ini bersesuaian dengan tindakan ataupun pendekatan kerajaan yang akan melaksanakan subsidi bersasar selepas ini. Tetapi, cuma persepsi daripada rakyat ataupun hebahan info kepada rakyat perlu dikemaskinikan, ditingkatkan supaya rakyat mendapat lebih banyak info yang sepatutnya.

Saya mohon cadangkan kepada Kementerian Ekonomi dan juga DOSM, dalam kita mempergiatkan lagi pendaftaran ataupun pengemaskinian PADU ini, boleh tak melibatkan pusat khidmat semua wakil rakyat, tak kira Pusat Khidmat Ahli Parlimen

final • 4:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

ataupun Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri di seluruh negara supaya ada penglibatan.

Maksud saya di sini adalah menjadikan pusat khidmat wakil rakyat ini sebagai entiti yang terlibat bukan setakat yang supportive tetapi terlibat secara langsung untuk proses pengemaskinian. Bukan setakat kami membantu untuk hebahan tetapi jauh lebih penting adalah penglibatan terus daripada kami. Saya pernah mencadangkan kepada DOSM Negeri Sembilan pada minggu kedua bulan Januari tetapi tak ada apa-apa keputusan yang konkrit daripada DOSM berkenaan dengan perkara ini.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Kementerian Kewangan. Pertama, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah pada 19 Februari yang lepas mengumumkan bahawa tujuh kategori perubatan tradisional yang diletakkan di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775] telah dikecualikan SST.

Ia sesuatu yang sangat baik dan boleh membantu keberlangsungan ataupun perniagaan untuk industri perubatan tradisional tersebut.

Cuma pada kesempatan pada hari ini, saya nak mohon kepada Kementerian Kewangan untuk mengkaji juga untuk mengecualikan SST untuk 23 jenis amalan profesion kesihatan bersekutu di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 ataupun Akta 774 yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya difahamkan pihak KKM telah meminta pengecualian SST daripada MOF dan masih belum ada keputusan daripada MOF. Sebab 23 kategori ini termasuk fisioterapi, psikologi, terapi cara kerja yang merupakan amalan-amalan perubatan yang amat diperlukan dalam keadaan persekitaran kehidupan kita pada masa kini.

Seterusnya untuk MOF juga, saya mohon jawapan daripada pihak MOF berkenaan dengan gerak kerja daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang mula dilancarkan pada Jun tahun lepas dan akan berakhir pada 31 Mei 2024, pada tahun ini. Apakah respons yang telah diterima dan berapa banyakkah cukai, tunggakan cukai sebelum ini yang tidak dilaporkan, yang telah dilaporkan dan telah dikutip sejak program ini bermula?

Seterusnya, di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Kebetulan Yang Berhormat Menteri ada di sini. Pertama sekali saya mengucapkan syabas kepada pihak kementerian yang telah melancarkan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan pada bulan Mei tahun lepas. Cuma, selepas hampir sembilan bulan– sepuluh bulan dilancarkan, apakah hasil dia?

Saya mohon Yang Berhormat Menteri menggulung nanti berikan status terkini program ini. Setakat mana penerimaan daripada para pesawah di seluruh negara sebab kita tahu pentingnya program ini adalah kita nak meningkatkan hasil setiap hektar daripada kebiasaannya, enam hingga tujuh tan metrik setiap hektar dinaikkan kepada lebih 10 tan metrik per hektar.

Jadi, setakat mana status penerimaan dan juga hasil dia? Itu yang pertama.

Sebab kita tahu setiap hektar, produktiviti beras dia kena meningkat. Kalau tidak kita akan terus menghadapi masalah yang dihadapi, kekurangan beras putih tempatan sepertimana sejak bulan Ogos, September tahun lepas apabila negara pengimport enggan mengimport ataupun mengurangkan eksport mereka ke negara kita.

final • 4:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, saya mohon status terkini daripada pihak kerajaan. Saya juga mohon apakah status terkini berkenaan dengan penanaman lima musim dalam dua tahun dengan suntikan dana sebanyak RM3 bilion yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas? Apakah sasaran kita untuk menghasilkan beras putih tempatan, sekurang-kurangnya 80 peratus secara tempatan menjelang tahun 2030 akan tercapai? Ataupun, boleh tak kita- bukan setakat 80 peratus secara tempatan, malahan lebih tinggi dari situ?

Saya ingin mengambil contoh keadaan di Jepun. Pihak Jawatankuasa Pertanian Parlimen pernah ke Jepun pada empat bulan yang lepas dan kami telah dimaklumkan

final • 4:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

bahawa di Jepun, walaupun usia pesawah dia lebih separuh berusia 60 tahun ke atas tetapi hasil pesawah mereka tetap tinggi. Mereka dapat sale supply 100 peratus. Malahan lebih 100 peratus untuk penduduk mereka. Penduduk Jepun sepertimana penduduk Malaysia, mereka makan nasi tiap hari, makanan utama mereka tetapi mereka boleh lakukan dengan adanya smart farming, teknologi yang terkini, pendekatan terkini.

Jadi, apakah kita boleh melakukannya selaras dengan Dasar Pandang Timur, khas untuk bidang pertanian? Bukan setakat beras dan padi tetapi juga berkenaan dengan hasil-hasil pertanian yang lain, buah-buahan, sayur-sayuran, hasil tenusu, hasil perikanan yang lain. Apakah boleh kita mencontohi teknologi pendekatan yang digunakan di Jepun untuk kita meningkatkan hasil kita?

Seterusnya di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Ya, kita ada Menteri baharu untuk kementerian ini. Saya nak tanya, untuk Payung Rahmah yang telah dimulakan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, mantan Menteri kita. Apakah status terkini Payung Rahmah tersebut yang telah diumumkan akan diteruskan? Apakah status terkini? Soalan kedua berkenaan dengan Payung Rahmah ini, apakah akan ada segmen baharu ataupun sektor baharu yang akan terlibat untuk tahun ini?

Seterusnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ya, pendidikan antara segmen yang paling penting dalam masyarakat untuk memastikan kemajuan negara kita.

Kebetulan Yang Berhormat Menteri pun ada sini pada petang ini. Masalah pertama, setiap kali saya sebut adalah berkenaan dengan masalah kekurangan guru. Masalah ini bukan masalah Kerajaan Malaysia MADANI sahaja. Masalah ini telah diwarisi sejak sekian lama, sejak berpuluh tahun.

Kita tahu pada bulan Januari yang lepas, ada kemasukan penempatan guru baharu seramai 9,500 orang. Saya dimaklumkan dalam bulan ini akan ada penempatan kemasukan guru baharu. Mungkin apabila Yang Berhormat Menteri jawab nanti, boleh memberikan fakta. Cuma masalah dia, walaupun ada kemasukan secara berperingkat, masalah kekurangan guru itu masih berlaku dan berterusan. Setiap hari kita tahu akan ada guru yang bersara wajib sebab sampai hari jadi, kena bersara wajib. Ada juga guru yang bersara awal.

Jadi, macam mana kita nak menangani masalah ini secara menyeluruh. Apakah kementerian boleh memikirkan, boleh merangka sesuatu rancangan jangka panjang menyeluruh untuk memastikan supaya kalau tak 100 peratus pun, paling kurang kita boleh mencapai 98 perjawatan diisi sepanjang masa? Sebab sekarang saya rasa bawah 98 peratus. Sudah tentu ia bukan tugas Menteri seorang saja. Ia melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. Jadi, mohon pihak kementerian bersama dengan SPP dapat merangka sesuatu yang terbaik untuk mengatasi ataupun mengurangkan masalah kekurangan guru ini.

Berkenaan dengan KPM juga, saya ucapkan terima kasih kepada keprihatinan pihak KPM yang telah menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan RM150 dengan begitu cepat pada pertengahan bulan Januari. Suatu yang sangat baik dan dihargai dengan jumlah RM788 juta. Satu jumlah yang sangat besar. Cuma isunya di sini Yang Berhormat Menteri, saya mohon perhatian daripada KPM adalah kita masih gunakan bayar tunai. Ibu bapa yang bekerja terpaksa minta cuti untuk ke sekolah menerima RM150 tersebut. Ia bagi saya dari segi logistik boleh mendatangkan kesulitan kepada sebahagian ibu bapa.

Kalau nak buat bank in, secara online diwajibkan BSN sahaja. Ini makluman yang saya dapat daripada pihak sekolah.

Cuma saya minta, kalau untuk Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2025, saya mohon kita boleh bank in, dengan syarat bank dia bank tempatan. Tak kira bank apa.

Bukan setakat BSN. BSN boleh, Maybank boleh, Hong Leong boleh, RHB boleh, janji bank tempatan. Jadi, saya mohon pihak kementerian mempertimbangkan cadangan ini untuk mengatasi masalah logistik ibu bapa dan sama juga keadaannya untuk kelas PPKi yang mana setiap murid diberikan elaun bulanan RM150. Sebab kalau guna BSN, dia tak boleh buat semakan akaun wang dah masuk ke belum secara online. Bank lain boleh.

Lebih friendly, lebih user-friendly. Jadi, saya mohon pertimbangan daripada KPM.

final • 4:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Berkenaan dengan KPM juga, saya nak tanya pendirian daripada KPM berkenaan dengan pembukaan kelas pra persekolahan. Sebab ada sekolah, tak kira sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan, yang mana berlaku penyusutan bilangan murid. Jadi, ada kelas yang kosong. Bila ada kelas yang kosong, mereka ada cadangan inisiatif untuk buka kelas pra. Cuma ada kes tertentu, di mana permohonan tidak diluluskan. Padahal inisiatif itu ada. Jadi, saya mohon pendirian daripada KPM berkenaan dengan perkara ini.

Seterusnya berkenaan dengan Kementerian Kerja Raya. Pada hujung tahun lepas, diumumkan 11 lebuh raya akan ikut sistem pembayaran terbuka SPT. Satu inisiatif yang baik di bawah Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF). Saya nak kementerian, apakah status terkini MLFF pelaksanaannya? Apakah ia berjalan lancar ataupun tidak?

Seterusnya berkenaan dengan KKR juga. Isu Touch ‘n Go. Kita tahu kad Touch ‘n Go lepas 10 tahun dia akan expired. Sekiranya ada baki, dia tak boleh transfer kepada kad baharu. Ini bagi saya merugikan pengguna. Walaupun jumlah dia tak besar tapi ini tetap duit yang ada pada pemegang kad. Jadi, boleh tak pihak kerajaan berikan arahan kepada Touch ‘n Go supaya memperbaiki keadaan ini, tidak mendatangkan kerugian kepada mana-mana pemegang kad.

Berkenaan dengan Kerja Raya juga, saya nak tanya status. Ini perkara di kawasan. Bagaimana dengan projek membina susur flyover daripada tol baru Seremban ke Jalan Lingkaran Tengah di Jalan FT362 yang diumumkan di dalam Dewan pada 20 Mac 2023, berjumlah RM600 juta. Kita nak tahu apakah status dia. Seterusnya berkenaan dengan kementerian ini juga. Apakah fasa baru untuk Jalan Lingkaran Tengah dari Labu ke Jalan Tun Dr. Ismail akan dimulakan?

Seterusnya, perkara terakhir yang saya nak sebutkan Dato' Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan JPS. Sekarang JPS diletakkan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Saya nak tanya, apakah status terkini projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 5 sebab ini sangat penting? Sekiranya PLSB tebatan banjir ini dapat dilaksanakan, masalah limpahan air daripada Sungai Linggi yang pernah berlaku banjir besar pada tahun 2020 yang menyebabkan lebih 1,000 rumah ditenggelami air tidak akan berulang. Saya nak tanya, apakah status terkini projek ini?

Jadi, itu sahaja ucapan saya pada petang ini. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua yang telah memberikan masa 15 minit kepada saya. Saya mohon menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Rasah. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Kepala batas.

final • 4:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kepala Batas ingin merafak sembah, tahniah di atas pemasyhuran Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke- XVII dan Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah sebagai Raja Permaisuri Agong ke-XVII.

Kepala Batas turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan mendoakan semoga Allah memberkati jasa Tuanku kepada rakyat jelata sepanjang tempoh pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI.

final • 4:49 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kepala Batas turut mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah ke atas keluarga pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin yang telah meninggal dunia ketika perlawanan dalam pertandingan kejohanan SUKMA baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya kongsikan, Pakar Undang- undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr.

Mohd. Yazid bin Zul Kepli menjelaskan, setakat ini Malaysia masih belum mempunyai mekanisme atau polisi terhadap pelarian sama ada peringkat antarabangsa mahupun nasional. Malah, beliau turut menyuarakan kerunsingan dengan menyatakan bahawa sekiranya kerajaan terus memandang remeh dan tidak menghiraukan perkara berkenaan, maka isu pelarian Rohingya dalam negara ini tidak akan selesai dan dikhuatiri akan memberi implikasi kepada rakyat termasuk dari sudut keselamatan, sosial dan juga ekonomi.

Isu penempatan Rohingya ini juga pernah disuarakan oleh penduduk di Permatang Janggus, Kepala Batas. Mereka hadir dengan bilangan yang kecil pada mulanya, kemudian semakin bertambah sehingga membentuk koloni penempatan. Isunya bukanlah kerana penduduk tidak mempunyai belas dan perasaan kemanusiaan. Namun, kerana tiada penguatkuasaan yang tegas dapat diambil. Ini kerana sebahagian daripada mereka cenderung untuk melakukan jenayah, mencuri haiwan belaan, ternakan serta tanaman penduduk setempat.

Mereka seolah-olah kebal kerana kad UNCHR. Apakah dasar terkini negara terhadap isu berkaitan pelarian Rohingya yang bermasalah serta tindakan yang boleh dikuatkuasakan oleh agensi kerajaan seperti PDRM? Tidak dapat dinafikan, ada sebahagian daripada mereka yang dapat hidup bermasyarakat dengan penduduk tempatan dengan baik. Namun, yang digusarkan ialah bagaimana dengan mereka yang tidak menghormati penduduk tempatan?

Tuan Yang di-Pertua, Ops Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKN) telah menangkap seramai 1,101 orang PATI berasal dari Bangladesh, di mana kawasan tersebut turut terkenal dengan jolokan mohon izin Yang di- Pertua, “Little Dhaka”. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi ini bertujuan membanteras pelbagai jenayah dan aktiviti tidak sihat dalam kalangan PATI di kawasan tersebut. Justeru, adakah ini satu penanda aras bahawa jenayah di kalangan PATI semakin meningkat?

Tuan Yang di-Pertua, laporan pada Julai 26, 2022, seramai kira-kira 1.2 juta rakyat China dilaporkan tidak meninggalkan negara sejak tahun 2018 sehingga 2021 seperti yang disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri ketika itu. Malah, perkara tersebut turut disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara melalui portal laman web rasmi agensi tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah terdapat kartel atau kumpulan yang merancang kehilangan mereka?

Pada Jun 17, 2023, Menteri KDN telah mengesahkan bahawa terdapat kes pemberian IC telah berlaku pada tahun 2019 dan tindakan juga telah diambil terhadap pegawai yang terbabit. Namun, bagaimana pula dengan baki 1.2 juta orang lain yang masih hilang? Isu ini jauh dari isu perkauman, tetapi ini ialah isu kedaulatan negara!

Berbekalkan kad pengenalan yang ada, tiba-tiba mereka boleh memohon Bantuan Sara Hidup. Tiba-tiba, mereka boleh menikmati kehidupan atau pun kemudahan pendidikan dan kesihatan negara. IC lahir tahun 1957, tiba-tiba tidak boleh berbahasa Melayu. Tiba-tiba, mereka boleh mengundi untuk menentukan hala tuju negara. Tuan Yang di-Pertua, isu kehadiran, kebanjiran PATI Rohingya dan warga China ini telah memberi implikasi atau pun kesan negatif kepada keselamatan negara, seolah-olah terhadap kelompongan dalam sistem pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang.

Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu ini?

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua, Kepala Batas ingin menyentuh sebagaimana kenyataan Presiden Kongres CUEPACS, Datuk Adnan Mat pada 2 Februari 2024, di mana membantah sebarang cadangan membenarkan pelajar asing bekerja di Malaysia bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir. Persoalannya, adakah

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

kerajaan berhasrat untuk menjadikan pelajar asing sebagai pilihan bagi mengisi jawatan bagi tenaga kerja mahir? Kepala Batas juga ingin tahu, sehingga kini berapakah jumlah warga asing yang telah bekerja di dalam bidang kerja profesional dan berkemahiran tinggi, berbanding jumlah graduan tempatan yang telah direkodkan?

Negara sentiasa memerlukan tenaga anak muda dalam mengemudi masa depan dan hala tuju nasional, malah merupakan aset pening dalam pembinaan negara.

Sekiranya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan pengambilan pelajar warga asing bagi menampung kekosongan, maka negara perlu bersedia untuk terus kehilangan para graduan yang berpotensi memilih untuk berkhidmat di luar negara seperti di Eropah dan Timur Tengah, terutamanya di sektor kesihatan. Bak kata bidalan, “Kera di hutan disusukan, anak dalam buaian mati kelaparan”.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya bawakan di sini, sebanyak 29 perkampungan Melayu di negeri Pulau Pinang kini sedang dan telah lenyap disebabkan pembangunan. Projek-projek mega dirancang seperti Penang Transport Master Plan (PTMP) dengan izin, Projek Aliran Transit Ringan (LRT), dan projek perumahan mewah telah menghimpit penduduk yang telah menetap di perkampungan tersebut. Majoriti daripada keturunan mereka telah menetap di perkampungan tersebut sejak sekian lama.

Malah, ada perkampungan yang telah mempunyai binaan mencecah 100 tahun seperti Kampung Batu Uban yang pernah dicadangkan untuk dijadikan Perkampungan Warisan Melayu di negeri Pulau Pinang. Menurut perkongsian laman web Harapan Daily pada 14 Februari 2024, Kepala Batas melihat Kampung Batu Uban layak untuk dijadikan tapak warisan kerana memenuhi satu di antara 10 syarat yang ditetapkan iaitu mempamerkan nilai kemanusiaan penting dalam tempoh waktu atau dalam budaya kawasan tersebut, perkembangan seni bina dan teknologi, karya yang hebat, perancangan bandar atau reka landskap.

Tuan Yang di-Pertua, Masjid Jamek Batu Uban dan perigi yang telah dibina oleh saudagar Nakhoda Nan Intan pada tahun 1743 kini telah mencecah lebih 300 tahun.

Malah sehingga kini, air periginya masih digunakan sebagai sumber air untuk kegunaan wuduk dan airnya boleh diminum kerana mempunyai kandungan mineral yang baik.

Namun, apakah nasib kampung ini sekarang? Apakah polisi kerajaan dalam isu-isu yang melibatkan perkampungan-perkampungan warisan Melayu di seluruh negara?

Isu kehilangan kampung di Pulau Pinang ini bukanlah baharu. Terbaharu ialah Kampung Setia Jaya yang terletak di dalam Parlimen Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang kini berdepan dengan rancangan pembinaan Kolej Universiti Tuanku Abdul Rahman. Jika kita melihat usaha murni pembangunan pendidikan ini sedang memaksa, seolah-olah penduduk asalnya berpindah keluar. Tanah asal hutan di situ telah diteroka oleh para perajurit pada tahun 1970-an atas permintaan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Apakah aspirasi Almarhum negarawan ini hanya dipandang enteng oleh sebahagian pimpinan kini? Persoalannya ialah siapakah yang telah menjual tanah-tanah perkampungan ini? Bagaimana pula dengan tujuh perkampungan kampung baru yang ingin disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO sedangkan usia kampung tersebut hanya wujud setelah Tanah Melayu merdeka? Jangan kerana atas nama pembangunan, “menang sorak, kampung tergadai”.

Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat, kerja-kerja awal penambakan laut telah memberi impak yang buruk seperti yang dijangkakan. Para nelayan, alam sekitar dan komuniti setempat telah mula merasai kesan-kesan tersebut. Terkini, tujuh nelayan bersama dua wakil Sahabat Alam Malaysia dan Jaringan Ekologi dan Iklim telah memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menghentikan projek tambakan laut Pulau Pinang di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Malah, Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail selaku pemohon pertama untuk mengambil tindakan tersebut bagi pihak diri sendiri serta nelayan di selatan pantai Pulau Pinang yang didakwa terjejas teruk akibat projek terbabit.

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kepala Batas sebelum ini pernah membahaskan tentang kesan buruk projek tambakan ini ke atas alam sekitar dan sosioekonomi para nelayan pesisir pantai di negeri Pulau Pinang. Kubang Kerian yang sebelum ini merupakan Menteri Alam Sekitar ketika itu turut mengambil tindakan menghentikan projek tersebut kerana mendengar rintihan para nelayan sepenuh masa yang mencari rezeki di kawasan tersebut. Suka Kepala Batas ingatkan bahawa rakyat hakim negara!

Tuan Yang di-Pertua, perkara kelima. Ramai Ahli-ahli Parlimen menyebutkan berkenaan dengan kos sara hidup, harga barang yang naik dan sebagainya. Lebih dekat, ingin saya bawakan di sini berkenaan dengan peningkatan harga barangan keperluan bayi. Ini berikutan majoriti barangan bayi adalah diimport dari luar negara dan ia selalu menjadi pilihan kerana kualiti yang ditawarkan. Perbelanjaan yang tinggi akan memberi kesan kepada ibu bapa yang sedang membesarkan bayi dari umur sehari sehinggalah kepada dua tahun.

Kepala Batas memberi contoh, barang-barang utama seperti susu, lampin pakai buang, bijirin, pakaian dan sebagainya. Rakyat terutamanya golongan ibu muda merupakan tunjang pembangunan negara. Mereka ini adalah golongan yang sangat merasai peningkatan kos sara hidup. Kita tidak boleh menolak bahawa peningkatan harga akan berlaku.

final • 4:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Namun, yang menjadi tekanan ialah apabila kenaikan itu mendadak serta terlalu membebankan terutamanya terhadap golongan ibu muda dalam kalangan B40. Kepala Batas pernah membangkitkan isu ini pada perbahasan Belanjawan yang lalu. Adakah mekanisme ditawarkan dan dirancang telah gagal dalam membantu ibu muda yang tinggal di kawasan bandar?

Tuan Yang di-Pertua, demi anak, seorang ibu dan bapa sanggup berlapar supaya dapat menyediakan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran otak dan tubuh badan anak-anak sentiasa sihat. Seharusnya yang menjadi pertimbangan para ibu bapa ialah kualiti berbanding kos. Namun, kerana tekanan kos dan perbelanjaan yang tinggi, maka ramai dalam kalangan M40 ke bawah terpaksa memilih kos.

Bagaimana pula kos kesihatan bayi, kos vaksin dan ubat-ubatan ini? Mungkin bukanlah isu yang besar bagi mereka yang mampu ke klinik dan pusat pakar kanak-kanak swasta. Namun, bagi golongan B40, M40, pasti mengharapkan rawatan dan penjagaan kesihatan ini di klinik dan hospital kerajaan kerana kos.

Justeru, Kepala Batas mencadangkan agar kerajaan dapat meningkatkan jumlah pembiayaan kesihatan awam, terutamanya untuk perubatan dan penjawatan seperti penolong pembantu perubatan dan jururawat di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kalam penutup perbahasan kali ini, Kepala Batas ingin menutup perbahasan kali ini dengan satu pesanan daripada Almarhum Tok Kenali.

“Ikut bapamu tetapi takutkan Tuhan. Kuasailah pengetahuan agama dan politik. Ilmu itu apa yang terguris dalam hati. Pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar. Biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang mukmin.” Berasaskan lima Rukun Negara, Kepala Batas menyokong Titah Tuanku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong.

final • 5:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Dato’ Speaker kerana izinkan Puchong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah ucapan Tuanku.

Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuanku kerana telah menegaskan dalam ucapan Baginda bahawa Baginda tidak akan melayan

final • 5:02 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

permintaan apa-apa dari mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik di negara kita. Kenyataan Tuanku ini telah once and for all mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk masa empat tahun yang akan datang dan ini memberi suntikan keyakinan yang sangat kuat dan penting kepada pelabur-pelabur di luar sana terhadap kestabilan politik di Malaysia.

Puchong juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana walaupun pada tahun lepas kerajaan mengalami cabaran politik yang kuat dengan adanya pilihan raya negeri pada Ogos dan juga langkah-langkah yang berbeza seperti ‘Langkah Dubai’ yang cuba menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan, Malaysia telah pun berjaya mencatat pelaburan diluluskan yang tertinggi dalam sejarahnya berjumlah RM329.5 bilion.

Dato’ Speaker, cabaran sekarang ialah bagaimana kita dapat memastikan pelaburan yang diluluskan ini dilaksanakan on the ground, kerana masa inilah pelabur benar-benar ambil duit, masukkan duit mereka ke pasaran kita dan masa inilah rakyat boleh merasai angka-angka besar yang telah pun diumumkan oleh kerajaan. Tambahan lagi, jika kita dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam masa terdekat, terutamanya dalam suku pertama, suku kedua, dan suku ketiga untuk tahun ini, ia dapat meningkatkan permintaan ringgit di pasaran mata wang sekali gus membantu juga meningkat nilai ringgit.

Dengan itu, Puchong ingin tahu, apakah strategi kerajaan untuk memastikan projek pelaburan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin?

Dato’ Speaker, Puchong sangat mengalu-alukan inisiatif MITI dalam mewujudkan Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) pada 1 Disember 2023 sebagai one stop centre yang bertujuan mempercepatkan pelbagai proses kelulusan dan mengurangkan karenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam. Penubuhan IMFC ini juga adalah selari dengan nasihat Tuanku untuk cut the red tape dan boleh menjadi pemangkin dalam memastikan pelaporan yang komited dapat dilaksanakan. MITI telah pun mengambil langkah pertama yang betul. Syabas dan tahniah.

Walau bagaimanapun, cabaran sekarang ialah bagaimana IMFC boleh menjalankan fungsinya kerana kebayakan pihak, saya nampak kenyataan media, tengok, baca, kebanyakan pihak yang terlibat dalam permohonan pelaksanaan pelaburan adalah bukan di bawah bidang kuasa MITI seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, LHDN dan lain-lain serta kerajaan negeri dan juga tempatan. Oleh itu, Puchong ingin tahu, bagaimana IMFC boleh memastikan agensi-agensi yang bukan di bawah MITI memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pelabur-pelabur sama ada dari asing ataupun domestik?

Adakah IMFC boleh menetapkan KPI dari segi tempoh permohonan dan kelulusan yang perlu dicapai oleh agensi-agensi ini? Ataupun IMFC setakat boleh mengadakan mesyuarat penyelarasan? Kerana bidang kuasa ataupun punca kuasa IMFC akan menetapkan sama ada IMFC efektif ke tidak.

Bagaimana pula dengan permohonan yang perlu kerjasama daripada kerajaan negeri dan juga tempatan? Adakah MIDA akan mewujudkan IMFC di peringkat negeri dan juga wilayah untuk memastikan pelabur-pelabur terutamanya mereka yang membawa teknologi tinggi mendapat perkhidmatan awam yang bukan sahaja baik di Malaysia tetapi world-class?

Puchong ingin menyeru kerajaan untuk memastikan bahawa IMFC bukan sahaja diberi sumber yang mencukupi tetapi yang paling penting untuk saya adalah punca kuasa yang mencukupi daripada Kabinet untuk menjalankan kerja-kerja penyelarasan dan juga pengurangan karenah birokrasi yang efektif.

Dato’ Speaker, seterusnya Puchong ingin membangkitkan isu berkenaan dengan standard pendidikan negara kita. Puchong sangat bimbang dengan prestasi pelajar kita di PISA berbanding dengan negara-negara lain. PISA adalah Program Penilaian Pelajar Antarabangsa yang dibuat setiap empat tahun untuk mengukur keupayaan kanak-kanak berumur 15 tahun dalam membaca, matematik dan sains. Keputusan terkini telah

final • 5:02 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

meletakkan Malaysia di tangga ke-60, 53, 52 daripada 80 negara dalam membaca, matematik dan sains masing-masing.

Dato’ Speaker, di tangan saya ini adalah Executive Summary for Malaysia Education Blueprint 2013-2025, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Blueprint ini dihasilkan masa Yang Berhormat Pagoh menjadi Menteri Pendidikan. Saya masih ingat lagi masa lancarkan blueprint ini, kita diberitahu bahawa blueprint ini dihasilkan dengan kos ataupun wang rakyat RM20 juta kerana kerajaan melantik konsultan yang terkenal McKinsey untuk menghasilkan blueprint ini.

Saya tengok laporan berita tahun lepas apabila kementerian menyambut sedekad selepas pelaksanaan blueprint ini, mereka melabelkan pelaksanaan blueprint ini sebagai berjaya. Tetapi, hari ini saya nak tanya, sama ada pelaksanaan blueprint ini betul-betul berjaya?

Antara outcome― saya masih ingat lagi apabila saya baca blueprint ini, iaitu 10 tahun yang lalu, 11 tahun yang lalu, apabila kita baca, antara outcome ataupun keberhasilan utama yang ingin dicapai, yang nak dicapai melalui transformasi pendidikan berdasarkan blueprint ini ialah untuk meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kumpulan sepertiga terbawah kepada kumpulan sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai penilaian peringkat antarabangsa seperti PISA dalam tempoh 15 tahun iaitu menjelang tahun 2028.

Dato’ Speaker, selepas 11 tahun selepas blueprint ini dilancarkan dan empat tahun lagi ke sasaran 2028, Malaysia masih lagi di kumpulan sepertiga terbawah di PISA. Kita berada di tempat keempat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura, Vietnam dan Brunei.

Saya telah membaca dengan teliti analisis terkini PISA dan ia agak membimbangkan. Di Malaysia, hanya 41 peratus pelajar yang dapat mencapai sekurang- kurangnya tahap dua dalam matematik iaitu basic mathematics. Misalnya, membandingkan jarak dua laluan alternatif ataupun menukar harga kepada currency ataupun mata wang yang berbeza. Ini sangat basic tetapi bayangkan, lebih daripada separuh pelajar umur 15 tahun di Malaysia tidak mampu menjawab soalan tahap ini.

final • 5:02 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Kalau kita meletakkan perspektif, peratus 41 peratus ini adalah jauh lebih rendah daripada purata negara OECD iaitu 69 peratus, 28 peratus lebih rendah. Lebih menyedihkan lagi kalau kita bandingkan dengan prestasi pelajar di Singapura, Jepun, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Astonia, di mana lebih daripada 85 peratus pelajar mereka boleh menjawab soalan tahap dua. Jika kita bandingkan dengan Vietnam, 72 peratus pelajar mereka boleh mencapai sekurang-kurangnya tahap dua matematik, 31 peratus lebih tinggi daripada kita.

Dato’ Speaker, Puchong sekarang suka bandingkan kita dengan Vietnam kerana saya nampak dan observe bahawa Vietnam is catching very fast and they’re doing everything, a lot of things right, dengan izin. Jika kita relaks lagi, Puchong sangat khuatir bahawa generasi akan datang tidak dapat bersaing dengan mereka. Bukan bersaing dengan Singapura tetapi bersaing dengan Vietnam, tidak dapat bersaing dengan Vietnam pada masa depan.

Dengan itu, Puchong ingin tahu apakah strategi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar kita dalam membaca, Matematik dan Sains. Sebenarnya dalam blueprint ini ada banyak cadangan, ini adalah summary. Kalau blueprint itu lebih tebal sikit. Tetapi di dalam blueprint ini ada banyak cadangan yang boleh meningkatkan prestasi belajar tetapi belum lagi dilaksanakan oleh kementerian.

Puchong ingin mencadangkan kementerian untuk menilai semula cadangan- cadangan ini dan bagi cadangan yang high impact, boleh mengambil langkah dengan segera memandangkan kita ada empat tahun lagi untuk mencapai sasaran kita.

Dato’ Speaker, mengikut kajian pada tahun 2019, bagi negara atau ekonomi yang perbelanjaan terkumpul (cumulative expenditure) bagi setiap pelajar sepanjang tahun

final • 5:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

sekolah antara umur enam hingga 15 tahun di bawah USD75,000, perbelanjaan pendidikan yang tinggi lebih tinggi dikaitkan dengan prestasi yang lebih tinggi dalam matematik di Ujian PISA.

Di Malaysia, perbelanjaan adalah lebih rendah iaitu kira-kira USD50,700. Oleh itu, daripada segi perbelanjaan, jika kita dapat meningkatkan perbelanjaan pendidikan dan belanjanya di tempat yang betul, kita boleh meningkatkan lagi prestasi belajar. Walau bagaimanapun, Puchong tahu bahawa sekarang kerajaan tidak mampu melabur lebih lagi untuk pendidikan kerana beban kewangan yang sangat berat dengan legasi hutang RM1 trilion.

Di sini saya ada satu cadangan yang boleh meningkatkan perbelanjaan pendidikan tanpa meningkatkan beban kerajaan. Saya mendapati bahawa di Puchong terdapat 18 tapak sekolah iaitu enam untuk sekolah bersepadu, lima buah sekolah menengah dan tujuh sekolah rendah dengan keluasan sehingga 155 ekar.

Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, tiada satu buah sekolah baru yang dibina di tapak-tapak ini. Kebanyakan tapak ini perlukan kos untuk penyelenggaraan dan kebanyakannya adalah semak samun. Puchong rasa kawasan-kawasan Parlimen lain juga mengalami situasi yang sama, kita sentiasa ada banyak tapak sekolah tetapi kerajaan sentiasa kata tiada dana yang mencukupi untuk membina sekolah yang baru ataupun tiada permintaan, there’s no need.

Puchong ingin mencadangkan kerajaan untuk mengkaji sama ada Kerajaan Pusat boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk tukar penukaran untuk tujuan penukaran kegunaan tanah supaya kita boleh menyewa tapak-tapak sekolah yang belum lagi ada rancangan untuk membina baru bagi kegunaan komersial ataupun pertanian dan semua pendapatan yang dijana daripada sewaan ini boleh masuk ke satu tabung.

Misalnya, tabung pendidikan negeri, di mana Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri boleh menggunakan dana tambahan ini untuk pembangunan pendidikan dan penyelenggaraan sekolah di negeri tersebut. Untuk tapak-tapak tertentu yang sudah tentu kita tak ada, mungkin akan membina sekolah baru, maka kerajaan boleh menimbang sama ada kita boleh menjual untuk masuk semua dana daripada penjualan tanah ini boleh masuk kepada tabung pembinaan sekolah baru negeri.

Saya sentiasa fikir tiada gunanya jika Puchong ada 18 tapak sekolah tetapi kerana kekurangan dana kerajaan, tiada satu pun sekolah baru. Lebih baik jika kita kerajaan boleh jual satu ataupun dua tapak yang sesuai. Dengan pendapatan yang didapati daripada penjualan, menyediakan satu buah sekolah baru dan kalau ada ekstra lagi, bagi lagi untuk pembangunan pendidikan di Puchong sama ada naik taraf ataupun bagi elaun ekstra untuk guru-guru ataupun guru besar ataupun pegawai-pegawai di sekolah.

Ya, kerajaan sekarang memang telah pun mengalami kekangan kewangan tetapi anak-anak kita tidak boleh menunggu apabila kerajaan memperbaiki kedudukan kewangan sebelum lebih banyak dana boleh disalurkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan mereka. Oleh itu, Puchong bentangkan cadangan ini dan harap dapat pertimbangan kerajaan. This is an out of the box, a suggestion tetapi inilah masa kita perlu tengok dan think out of the box supaya kita boleh dapatkan lebih dana untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.

Dato’ Speaker, akhir sekali Puchong ingin membangkitkan sekali lagi isu berkenaan dengan suntikan vaksin HPV untuk kanak-kanak perempuan umur 13 tahun yang boleh mencegah kanser serviks untuk generasi akan datang. Puchong telah pun beberapa kali ya, saya membangkitkan tentang isu ini sejak Mac tahun lepas tetapi it seems to have fallen into deaf ears, dengan izin. Secara ringkasnya, sejak 2010, kerajaan memberikan suntikan vaksin HPV kepada semua pelajar perempuan berumur 13 tahun tetapi usaha ini tergendala apabila COVID-19 melanda dunia pada tahun 2020.

Sehingga tahun lepas, lebih daripada 500,000 dari kohort pelajar perempuan umur 13 tahun pada 2020 hingga 2023 telah pun tercicir dari suntikan ini. Pada bulan Jun tahun lepas, Kementerian Kesihatan dalam jawapan kepada saya telah pun mengumumkan bahawa ada RM120 juta yang telah diperuntukkan untuk perolehan vaksin HPV pada 2023. Walau bagaimanapun, saya telah pun mendapat maklumat bahawa

final • 5:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

walaupun tender perolehan vaksin kerajaan telah pun tutup sejak September 2023 tetapi sampai sekarang kerajaan belum lagi memuktamadkan perolehan ini. Puchong ingin tanya, bilakah kerajaan akan memuktamadkan perolehan vaksin HPV supaya rollout boleh dibuat secepat mungkin kepada mereka yang tercicir.

Mengikut Penyata JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kesihatan telah pun merancang untuk rollout, untuk suntikan 820,000 suntikan vaksin HPV untuk tahun ini. Adakah ia masih lagi sempat dibuat memandangkan perolehan vaksin telah pun sudah lambat? Puchong ingin meminta penjelasan daripada Kementerian Kesihatan dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa anak-anak kita diberi suntikan dan elak daripada kanser serviks pada masa depan. Itu sahaja yang Puchong ingin bangkitkan. Terima kasih Dato’ Speaker dan Puchong mohon menyokong titah Tuanku.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya berikutnya mempersilakan Yang Berhormat Jerantut sebagai pengucap yang terakhir.

final • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua. Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di- Pertua kerana memberikan saya peluang bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi penggal ketiga pada tahun 2024. Saya ingin memulakan perbahasan saya pada petang ini dengan memetik dua potong ayat al-Quran daripada Surah As-Saf yang berbunyi...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah SWT. Kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya”. Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada ayat ini sama ada kita berada di blok pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang kerana ini telah dinyatakan di bawah titah Yang di-Pertuan Agong kepada 222 Ahli Parlimen agar kita memberikan penumpuan terhadap usaha untuk membela nasib rakyat seluruhnya dalam keadaan rakyat sedang dihimpit dengan kesempitan ekonomi.

Dato’ Yang di-Pertua, bagi menyeru titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan melupuskan hutang negara yang sejak tahun 1998, Kerajaan Malaysia sentiasa dalam kedudukan defisit fiskal.

final • 5:18 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Marilah sama-sama kita melihat kembali perkembangan semasa ekonomi negara yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan harapan Yang di-Pertuan Agong iaitu negara ini memperoleh lebihan fiskal setiap tahun. Pada tahun 2023, KDNK negara hanyalah mencapai 3.7 peratus berbanding target-nya 4.0 sehingga 5.0 dari ucapan sulung Perdana Menteri, PMX sebagai Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Pada pembentangan belanjawan tahun ini pula, kerajaan masih mengekalkan target-nya pada julat 4.0 hingga 5.0 peratus. Pada hemat saya, ia tidaklah terlalu tinggi dan ia realistik untuk dicapai. Cuma persoalan daripada saya untuk dijawab oleh pihak kerajaan, apakah perancangan kerajaan dalam merealisasikan target KDNK tahun ini agar ia tidak kekal rendah dan tidak tercapai seperti tahun lepas? Kedua, apa perkara yang berbeza yang akan dilakukan pada tahun ini, berbanding dengan perkara yang telah terlaksana pada tahun lepas?

Tuan Yang di-Pertua, KWSP bersasar. Pada perbahasan Belanjawan 2023, saya telah mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan kepada KWSP bersasar, pengeluaran KWSP bersasar. Berikut adalah petikan daripada ucapan tersebut,

final • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

“Realitinya, saya mengetahui bahawasanya penyimpan dengan jumlah yang paling sedikit adalah daripada orang Melayu sendiri.

Namun, saya juga memahami adanya implikasi terhadap pengeluaran bersasar ini. Namun, penegasan kami di peringkat Perikatan Nasional, pengeluaran bersasar KWSP ini adalah berbentuk short-term measures, dengan izin, kepada mereka yang betul- betul memerlukan. Bukannya diberikan pukal kepada semua. Oleh kerana itu, syarat untuk mereka yang layak adalah ditetapkan oleh kerajaan. Maka dengan ini, kerajaan boleh mengawal sebarang implikasi daripada kebenaran tersebut.” Saya telah mengangkat isu ini kembali pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada minggu lepas. Ia berkait dengan akaun tiga KWSP yang akan diperkenalkan pada April ini. Pihak Menteri Kewangan II tidak dapat memberikan penjelasan yang tuntas ataupun terperinci kerana dimaklumkan KWSP sedang sibuk memfokuskan kepada isu dividen pencarum bagi tahun 2023. Saya ucapkan tahniah kepada KWSP kerana berlakunya pemberian dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus kepada konvensional dan juga syariah.

Namun untuk rekod, dividen KWSP pada tahun kewangan 2021 adalah 6.1 peratus untuk konvensional dan 5.65 peratus untuk syariah. Oleh yang demikian, untuk ke sekian kalinya Yang di-Pertua, Jerantut memohon agar diberikan kelonggaran kepada pengeluaran simpanan KWSP melalui akaun 3 ini kepada mereka yang layak, khususnya kepada mereka yang sedang dihimpit dengan hutang yang memungkinkan mereka diisytihar sebagai muflis atau bankrap. Pada pihak kerajaan, kasihanilah rakyat dan dengarlah rintihan mereka.

Datuk Yang di-Pertua, bab kepenggunaan dan konsumerisme. Cukai SST merangkumi cukai jualan dan perkhidmatan. Ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan sewaktu post-PRU ke-14, Kerajaan PH telah memperkenalkan semula SST dengan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan. Kini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kerajaan Madani menaikkan cukai perkhidmatan dari enam peratus kepada lapan peratus.

Kenaikan cukai SST dan cukai perkhidmatan digital semestinya akan memberikan impak kepada kenaikan harga dan kos sara hidup. Walaupun diulang-ulang kepada rakyat bahawa perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi dikecualikan.

Namun, cukai ini bakal memberi impak berantai yang sekarang dirasai oleh rakyat. Saya bagi contoh, tiket kapal terbang. Berlakunya penambahan kos tiket kapal terbang kerana SST lapan peratus ini. Perlu diingat, pengangkutan udara ini juga digunakan oleh semua lapisan masyarakat, bukannya golongan kayangan sahaja.

Jerantut juga pernah mencadangkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan agar mengawal selia harga tiket kapal terbang, khususnya bagi sahabat Borneo kita yang berulang-alik daripada Sabah ataupun Sarawak ke Kuala Lumpur. Apa juga algorithm yang terbabit, kerajaan perlu memikirkan mekanisme yang terbaik agar rakyat Borneo dapat menikmati harga tiket yang berpatutan sepertimana yang mereka rasai sewaktu sambutan Chinese New Year baru-baru ini. Atas kenaikan SST lapan peratus ini juga, sekali lagi saya mencadangkan kepada pihak kementerian untuk membentangkan di Parlimen yang mulia ini, blueprint social safety net policy, dengan izin, yang lebih komprehensif agar keterjaminan kehidupan yang lebih sustainable untuk golongan rakyat yang terbabit.

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan Beras Putih Madani. Masih segar di dalam ingatan kita semua sewaktu pengumuman Beras Madani RM30 yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bukti Gantang selaku Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

(NACCOL) dibantah dengan kerasnya oleh seluruh lapisan masyarakat kerana pengumuman itu seakan ingin menutup kelemahan kerajaan dalam menyelesaikan isu beras di dalam negara ini.

Saya rasa tidak perlu dihuraikan dan diperjelaskan lagi berkenaan mengapa Beras Madani ini bukan satu solusi kepada permasalahan beras putih yang berlaku.

Kerana secara zahirnya, dapat dilihat yang kenaikan dari RM26 kepada RM30 bagi kampit beras 10 kilo dan se pek satu kilo pula berharga RM3.5. Walhal, sebelum ini harga

final • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

kawalan maksimum Beras Super Special adalah berharga RM2.60 iaitu naik 90 sen. Jadi, saya menyeru kepada pihak kerajaan, pihak kerajaan seharusnya ada keazaman politik untuk menghapuskan kartel beras agar isu ketiadaan beras putih tempatan ini dapat diselesaikan melalui penguatkuasaan dari pihak kerajaan.

Jerantut juga sekali lagi ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan seperti mana yang Jerantut telah cadangkan dalam Belanjawan 2024 yang lalu, agar dikaji pengembalian semula peranan dan fungsi Lembaga Padi dan Beras Negara. Kita kurangkan kebergantungan kepada beras import, kita bela hak pesawah dan kita realisasikan agenda beras nasional sebagai misi nombor satu dalam sektor pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut sektor pengangkutan seperti Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Malaysia akan berhadapan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Malaysia juga telah dipilih sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Maka, kerajaan wajib menyiapkan Malaysia ke arah perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan ibu pejabat KTMB. Ibu pejabat KTMB merupakan warisan negara yang mempunyai reka bentuk dan nilai estetika melalui kepelbagaian ragam hiasnya. Bangunan yang berusia ratusan tahun ini menggambarkan kemuncak pembangunan sejarah kereta api di Tanah Melayu dan telah menjadi ibu pejabat KTMB sejak sekian lama.

Namun, saya mendapat maklumat yang pekerja-pekerja KTMB sekarang dalam proses dipindahkan ke bangunan baru dan difahamkan warisan negara ini tidak lagi menjadi ibu pejabat KTMB selepas pemindahan selesai sepenuhnya. Jadi, saya mohon penjelasan kepada– saya perlu penjelasan daripada pihak Kementerian Pengangkutan kepada perubahan ibu pejabat KTMB ini. Apakah rasionalnya? Yang paling penting sekali, apakah yang akan jadi kepada ibu pejabat KTMB yang sedia ada ini?

final • 5:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya juga mencadangkan agar sekiranya ada perancangan untuk perubahan milikan bangunan ibu pejabat KTMB ini, kami daripada pihak pembangkang mencadangkan agar ia berada di bawah kelolaan GLC yang lain. Contohnya, seperti Khazanah kerana ianya merupakan bangunan warisan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong dan barangkali mungkin boleh dijadikan khazanah ini sebagai muzium sejarah KTMB bagi menjadi salah satu destinasi pelancongan di ibu kota.

final • 5:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Jerantut.

final • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Ya, silakan.

final • 5:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Adakah Jerantut setuju stesen-stesen KTM juga perlu diberi penambahbaikan? Banyak stesen-stesen KTM, terutama di Alor Setar ini dalam keadaan usang, tempat parking tidak selamat, lampu tidak menyala, landskap tidak dijaga. Adakah itu juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan?

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Alor Setar. Saya setuju, fokus kepada Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan penyelenggaraan kepada stesen-stesen ini kerana ia dapat memberikan kebaikan. Untuk pengetahuan, semua sistem perkhidmatan rel ini lebih diminati oleh rakyat sekarang kerana masalah lebuh raya yang semakin padat dengan kenderaan sepertimana yang berlaku sekarang.

final • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dato' Yang di-Pertua, gig economy, e-hailing dan juga p-hailing. Saya menyokong penuh poin yang diutarakan oleh Ketua Pembangkang pada perbahasannya Selasa lepas berkenaan dengan gig economy yang menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia demi kelangsungan hidup masing-masing. Kata PMX pada 22 Julai 2023, “Bagi saya seminggu saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana Menteri, saya hendak sampaikan pandangan saudara semua”.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Pada 14 November 2023, jawapan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kepada persoalan ini semasa di dalam Dewan adalah sekiranya harga lantai e-hailing ditetapkan, tambang pengguna juga akan meningkat. Namun setelah diberikan janji oleh PMX untuk selesaikan isu ini dan setelah himpunan demi himpunan dilaksanakan oleh pihak e-hailing dan juga p-hailing apa tindakan kerajaan selanjutnya? Apakah ingin dikhianati mereka sebagai golongan yang terdesak dalam mencari rezeki halal dalam keadaan suasana ekonomi yang mendesak sekarang?

Dato' Yang di-Pertua, Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Kita dimaklumkan berkenaan dengan Skim Saraan Malaysia 2002 akan menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Kita mohon pihak kerajaan agar membentangkan cadangan ini secara komprehensif di dalam Parlimen agar kita boleh menelitinya agar ia dapat memberi kebaikan kepada semua kakitangan perkhidmatan awam.

Kita juga dimaklumkan oleh siaran media Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan dengan pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak yang bersifat interim dalam perkhidmatan awam akan diserap ke perjawatan tetap.

Ini yang dinyatakan dalam siaran media tersebut. Jadi, Jerantut memohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Pertama, apakah maksud interim? Berapa lama masa itu?

Kedua, apakah jaminan kerajaan agar mereka yang dilantik secara interim, secara kontrak ini akan diserap sebagai permanent staff di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam?

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membentangkan tentang polemik makanan warisan negara ini, saya daripada Jerantut mencadangkan agar hidangan asam rong ataupun boleh sebut asam rum ataupun asang rong ataupun asam ru. Ada empat cara hendak sebutnya dan juga ikan patin tempoyak yang kedua-duanya datang daripada Jerantut dan kedua-duanya boleh dinikmati oleh semua rakyat sama ada golongan majoriti ataupun minoriti yang disahkan halalnya.

Saya mohon agar ia diangkat sebagai makanan warisan negara kerana ia lebih bagus daripada isu yang berlaku sebelum ini. Secara tidak langsung, ia boleh meningkatkan pendapatan rakyat Jerantut serta dapat meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke ‘negeri Jerantut’. Akhirnya sebagai kesimpulan...

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Negeri panggil? Kawasan.

final • 5:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Minta maaf, negeri Pahang. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, orang Pahang.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Ketawa] Lapar ni. Bila teringat asam rong ini dia datang daripada buah getah.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tahu, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak biasa...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya pun orang Pahang.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Hah, itu dia. [Dewan riuh] Orang Cameron, orang Cameron.

[Tepuk] Saya hendak beritahu yang lain ini, kalau boleh datang ke sana kita boleh bagi dua version, satu yang tidak pedas, satu yang pedas.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Bawa Parlimenlah.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kepada semua.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Bawa ke Parlimenlah.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kalau bawa ke Parlimen kita tidak ada peruntukan.

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Belanjalah.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Boleh, nanti kita pakat dengan Ipoh Timur, dia ada peruntukan.

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sudah belanja hari ini sudah.

final • 5:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Baik. Terima kasih, sahabat saya Ipoh Timur. Apa pun sebagai kesimpulannya Dato' Yang di-Pertua, dalam perenggan 14 seperti Titah Yang di-Pertuan Agong pada perenggan 14 dan seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama bagi Persekutuan. Maka pada pendapat saya, pada pendapat Jerantut, ia sewajarnya diberikan imuniti dari apa jua perkara yang boleh mengganggu-gugat perkara ini.

Semua pihak wajib mengambil tanggungjawab agar imuniti ini dapat dikekalkan dan diperkasakan. Sama ada kita menulis, sama ada kita bercakap, asalkan ia selari dengan apa yang termaktub di dalam Perkara 3(1) ini untuk kita memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan, maka terimalah segalanya dengan hati yang terbuka. Saya juga memohon agar kita semua boleh bekerjasama, sama ada di peringkat Pusat mahupun di peringkat negeri, kita semua mesti bersama-sama mengukuhkan Mahkamah Syariah dan menambah baik enakmen syariah di semua peringkat.

Semoga apa yang saya sampaikan pada hari ini akan diambil kira oleh pihak kerajaan sebagai constructive suggestion ataupun argument kepada pihak kerajaan untuk kita sama-sama membina negara ini sepertimana yang dimaklumkan ataupun dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang kita perlu sama-sama membina kerajaan ini kerana ini adalah Kerajaan Malaysia yang dicintai. Sekian, Jerantut memohon menyokong Titah Diraja 2024.

[Tepuk]

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengan ucapan Yang Berhormat Jerantut itu, maka dengan ini Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10.00 pagi, hari Selasa, 5 Mac 2024

final • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026