Nov292023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita teruskan dengan agenda kita, saya telah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Perpaduan mengenai cadangan supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara di Dewan Rakyat.

Saya membawa cadangan ini ke Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia dan juga Jawatankuasa Peraturan- peraturan Mesyuarat untuk dipertimbangkan dan kedua-dua jawatankuasa ini bersetuju untuk melaksanakan lafaz Rukun Negara ini di Dewan Rakyat. Oleh itu, saya memasyhurkan agar lafaz Rukun Negara ini dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama pada setiap penggal Parlimen.

Ahli Yang Berhormat, perkara yang kedua ialah berkenaan dengan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan. Setakat ini, seramai 213 orang Ahli Dewan Rakyat dan enam Senator ahli pentadbiran telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Saya ucapkan tahniah kepada semua. Namun pun begitu, seramai lapan orang Ahli Dewan Rakyat belum lagi melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Kepada Yang Berhormat yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan ini, sila buat dengan kadar segera dan hubungi Klinik Parlimen. Saya akan paparkan kesemua mereka yang belum lagi menjalani kesihatan ini pada 1 Disember tahun ini. Jadi, hari ini awas nak makan durian. Jadi, mereka yang belum buat pemeriksaan itu, saya ingat berhati-hati ya. Setiausaha.

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang. Silakan.

final • 10:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan saya soalan nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kriteria serta penilaian yang digunakan oleh Jabatan Kebajikan dalam mengenal pasti kebolehan seseorang ibu atau bapa dalam menjaga anaknya dan apakah mekanisme kontingensi bagi memastikan pegawai yang bertugas tidak menyalahgunakan kuasa ketika membuat penilaian tersebut.

final • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Selayang. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Selamat pagi semua.

Tuan Yang di-Pertua, dalam memberi perlindungan dan pemeliharaan kepada kanak-kanak, pendekatan yang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM adalah berdasarkan Prinsip Pemeliharaan Berasaskan Keluarga ataupun PBK, di mana keutamaan pilihan pemeliharaan seseorang kanak-kanak adalah dalam suasana kekeluargaan, termasuk pemeliharaan seseorang kanak-kanak oleh ibu atau bapa atau penjaga atau saudara ibu atau bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai.

Selaras dengan Prinsip Pemeliharaan Berasaskan Keluarga juga, penentuan penempatan kanak-kanak dilakukan berdasarkan SOP yang dibangunkan oleh JKM. SOP ini telah dikemas kini dan ditambah baik menerusi Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai

(OYLS) yang telah dilancarkan pada 11 Mac 2023. Garis panduan baharu ini telah memperincikan prosedur dan pengurusan kes kanak-kanak yang akan ditempatkan kepada ibu bapa peliharaan, mahupun OYLS.

Antara penambahbaikan yang ketara dalam garis panduan baharu ini ialah penempatan kanak-kanak, sama ada kepada orang yang layak dan sesuai mahupun kepada ibu bapa peliharaan dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat yang masing- masing dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan Timbalan Pengarah Operasi JKM. Keputusan tersebut bukanlah melalui penilaian individu terutamanya pegawai kes semata-mata.

Di samping itu juga, calon ibu bapa peliharaan dan OYLS juga perlu menjalani ujian psikologi personaliti bagi menilai kepada kesesuaian personaliti individu untuk menjadi penjaga kepada kanak-kanak. Calon tersebut juga perlu melepasi ujian ini yang dilaksanakan oleh kaunselor JKM.

Di peringkat JKM negeri (JKMN), calon ibu bapa peliharaan dan OYLS juga akan menjalani saringan melalui Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual terhadap kanak- kanak dalam Daftar Kanak-kanak ataupun EDKK. Saringan tersebut adalah untuk memastikan calon ibu bapa peliharaan atau OYLS bebas daripada mempunyai rekod sebagai pesalah atau pelaku yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Pada masa yang sama, bagi memastikan pegawai melaksanakan tugasnya dengan teratur dan mengikut peraturan, JKM juga telah membangunkan SOP bagi jagaan sementara, pemeriksaan dan rawatan perubatan kanak-kanak oleh pelindung, pembantu pelindung atau pegawai polis, berkuat kuasa pada 24 Julai 2023. SOP ini adalah untuk menambah baik pengurusan kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dengan melibatkan tanggungjawab dan peranan pembantu pelindung dan pegawai polis. Sikit saja lagi.

Pembangunan dan penambahbaikan garis panduan serta prosedur operasi standard yang dijadikan panduan, tatacara dan proses kerja yang perlu diikuti oleh semua pegawai yang menguruskan kes kanak-kanak ini dapat mengelakkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam membuat syor dan sebarang keputusan penempatan kanak-kanak dibuat melalui proses mesyuarat di peringkat negeri mahupun peringkat JKM. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Selayang.

final • 10:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah dalam dua bahagian. Pertama ialah mengikut satu laporan MalaysiaKini bertarikh 19 September 2023, ada beberapa kes telah berlaku, di mana ibu bapa tiada kerakyatan, hilang hak penjagaan bayi kerana Pegawai JKM berpendapat ibu bapa yang tiada kerakyatan tidak mampu menjaga anak dengan baik kerana mereka hidup dalam keadaan miskin. Adakah kerajaan menerima alasan ini untuk menghentikan hak penjagaan ibu bapa dan memberikan bayi kepada keluarga angkat?

Soalan kedua ialah bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan statistik kanak-kanak yang didera, yang memerlukan perlindungan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat tadi itu macam soalan yang pernah berlaku di Lahad Datu, yang juga dilaporkan oleh MalaysiaKini dan kami telah menghantarkan pegawai kami.

Dalam kes tuntutan, kalau itu yang betul ya tetapi prinsip yang saya jawab ini lebih kurang sama. Dalam kes tuntutan hak penjagaan anak bagi pasangan yang memfailkan penceraian, di mana suami adalah warganegara dan isterinya bukan warganegara, tuntutan ini akan dibuat di mahkamah. Untuk kes membabitkan pasangan beragama Islam, terdapat peruntukan dalam undang-undang negeri yang memerlukan Mahkamah Syariah meminta satu laporan pelindung untuk dipertimbangkan mahkamah terhadap kesesuaian penempatan kanak-kanak, sama ada kepada bapa atau ibu.

Untuk kes membabitkan pasangan bukan Islam, mahkamah hanya akan meminta laporan daripada pelindung, sekiranya kes tersebut dikendalikan di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 ataupun Guardianship of Infants Act 1961, dengan izin. Jika tidak ia terpulang kepada budi bicara mahkamah.

Merujuk kepada laporan MalaysiaKini yang disebut oleh Yang Berhormat Selayang tadi, ia kes membabitkan individu bernama Aimah kalau tak silap saya, yang mendakwa bahawa anaknya telah diambil oleh JKM kerana Aimah bukan seorang warganegara.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam kes tersebut, pihak hospital telah menghubungi JKM setelah mendapati seorang bayi telah ditinggalkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) tanpa penjaga ataupun ibu bapa. Jadi, dalam hal ini bayi itu kemudiannya diselamatkan oleh Pegawai JKM kerana kanak-kanak tersebut dikendalikan sebagai kes kanak-kanak yang tiada ibu bapa atau dibuang.

Tindakan menyelamat JKM ini bukanlah disebabkan taraf kewarganegaraan ibu kepada bayi tersebut, tetapi tindakan menyelamat ini adalah berdasarkan best interest of the child, dengan izin.

Kini, saya dimaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah pun mendapat perintah tetap di mahkamah bagi kanak-kanak untuk penjagaan di bawah OYLS. OYLS itu juga merupakan orang yang memang pada asalnya dihasratkan oleh ibu kandung untuk diserah dan dijaga bayi tersebut. Malah, kami ada video dia Yang Berhormat, Tan Sri. Jadi, untuk tadi— boleh saya jawab ataupun saya bagi jawapan bertulis?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bertulis saja. Bertulis, ya.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Boleh, ya. Di sini— thank you, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Data yang ada pada saya sekarang adalah statistik kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Sama ada kanak-kanak yang kita selamatkan daripada penganiayaan, penderaan dan juga beberapa faktor lain. Pada tahun ini, setakat bulan Ogos 2023, JKM telah mengendalikan sebanyak 1,240 kes penderaan fizikal, 1,603 kes penderaan seksual, 73 kes penderaan emosi, 1,530 kes

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

pengabaian, 156 kes dibuang atau tiada ibu bapa dan 614 kes atas faktor-faktor lain yang pelbagai.

Jadi, kanak-kanak yang diselamatkan ini adalah bayi itu kemudiannya, sekejap— kanak-kanak yang diselamatkan ini ada yang masih ditempatkan di institusi JKM. Ada yang telah ditempatkan bersama ibu bapa peliharaan dan OYLS serta ada juga yang telah kembali ke pangkuan keluarga setelah dinilai bahawa keadaan dalam keluarga mereka tidak lagi mendatangkan risiko yang memudaratkan kepada kanak-kanak tersebut.

Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Langkawi.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang diambil oleh kementerian, selepas penempatan kanak-kanak di bawah jagaan ibu bapa pelihara atau orang yang layak dan sesuai (OYLS) seperti yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi untuk menjamin keselamatan kanak-kanak tersebut kerana kita tidak mahu kanak-kanak ini sekali lagi menjadi mangsa penderaan di tangan mereka yang menjaga mereka? In another word kita tidak mahu perkara ini berulang. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS yang disebutkan tadi juga telah meliputi SOP selepas penempatan kanak-kanak dibuat.

Selepas penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai, pelindung atau individu yang dilantik oleh mahkamah bagi kanak-kanak, sama ada ahli pasukan pelindungan kanak-kanak mahupun individu yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi kanak-kanak, akan menjalankan seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS setiap tiga bulan, mengikut tempoh perintah mahkamah.

Pelindung atau PPKK atau individu yang dilantik akan membuat janji temu dengan ibu bapa peliharaan atau OYLS bersama pelindung JKM, sama ada hadir ke pejabat JKM ataupun lawatan ke rumah.

Tuan Yang di-Pertua, perbincangan bersama kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS dibuat kedua-dua kaedah secara berasingan dan bersama mengenai masalah yang dihadapi, keperluan kanak-kanak, strategi dan perancangan bagi memenuhi keperluan serta peranan keluarga. Selain itu, pelindung juga boleh mengadakan lawatan ke sekolah atau tempat kerja kanak-kanak berkenaan dan mengadakan perbincangan dengan guru atau majikan mengenai isu yang dihadapi oleh kanak-kanak serta penyelesaian, keperluan kewangan dan menilai kemajuan kanak- kanak berkenaan.

Seliaan dan pengawasan oleh pelindung atau individu yang dilantik oleh mahkamah bagi kanak-kanak ini adalah salah satu usaha untuk menjamin keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan di tangan penjaga mereka yang baharu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan...

final • 10:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Speaker, boleh minta sikit? Nak alu-alukan pelawat dari Kapar yang menjadi tetamu kita di Dewan Rakyat pada pagi ini. Terima kasih Speaker.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, untuk mengelakkan kita punya masa, lain kali mintakan kawan yang akan bangun itu umumkan, ya. Terima kasih. Saya jemput Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.

final • 10:10 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya nombor dua.

final • 10:10 AM

2. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah- langkah proaktif yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk menjamin kebajikan pesara polis seluruh negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada negara.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, sahabat saya Yang Berhormat Jeli.

Selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri, kita mempunyai peranan yang amat penting untuk menyediakan platform terbaik bagi membolehkan pembangunan negara mendapat kesejahteraan sempurna dan tentunya soal-soal kebajikan anggota polis diberi keutamaan.

Kementerian dan Polis Diraja Malaysia sentiasa mengambil berat dan soal kebajikan dan hal ehwal pesara polis dengan menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan demi menjaga keselamatan kedaulatan negara dan ketenteraman awam.

Pada masa ini, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pesara polis, bekas polis dan waris pesara atau bekas polis yang berdaftar. Setakat 29 September 2023, seramai 54,603 pesara polis, bekas polis dan waris polis, pesara bekas polis telah didaftarkan di bawah BHEPP yang terdiri daripada 44,889 pesara, 3,148 bekas polis dan 6,566 waris pesara atau bekas polis.

Antara bantuan yang diberikan kepada pesara polis, bekas polis dan waris pesara atau bekas polis adalah bantuan-bantuan yang disalurkan melalui Tabung Amanah Warisan Polis iaitu bantuan khairat kematian, bantuan pergerakan, bantuan perubatan, bantuan pendidikan dan juga bantuan bencana alam.

Sebagaimana juga pembentangan bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, telah mengumumkan bayaran insentif RM1,000 dipanjangkan ke semua pesara kerajaan. Ini juga termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat pada Februari tahun hadapan. Selain itu, sebelum ini juga Bantuan Khas Kewangan pada tahun 2023 yang diterima oleh pesara kerajaan termasuk juga pesara polis yang berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM350 pada Januari 2023 dan Bantuan Khas Penghargaan Pesara kerajaan sebanyak RM250 diterima pada 10 Ogos. Ini antara perkara yang dibuat dan kita memang bercadang untuk merangka rang undang-undang pesara dan bekas pegawai polis. Insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Jeli.

final • 10:20 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Tan Sri Speaker, kalau mengimbau kembali ke belakang. Dalam sejarah polis ini dulu, zaman darurat dulu kita ada satu pasukan polis bantuan yang dikenali sebagai Home Guard. Jadi, persoalan saya ialah adakah kerajaan sekarang ini masih lagi mengiktiraf Home Guard ini sebagai satu pesara polis? Jika ada pengiktirafan tersebut, adakah sekarang ini mereka juga telah menerima ataupun sedang menerima ataupun ada perancangan untuk mendaftarkan mereka sebagai pesara polis?

Yang keduanya ialah soalan saya, oleh kerana kita sekarang ini menghadapi peningkatan bilangan pesara polis dari semasa ke semasa, saya mencadangkan supaya bahagian yang sekarang ini mengawal selia pesara polis di bawah Hal Ehwal Pesara Polis di Bukit Aman. Saya cadangkan supaya kementerian mengadakan satu jabatan khusus di bawah kementerian iaitu Jabatan Hal Ehwal Pesara Polis sepertimana Jabatan Hal Ehwal Veteran di Angkatan Tentera Malaysia. Sekian.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Tan Sri. Saya nak maklumkan yang Home Guard telah pun dibubarkan.

Dibubarkan pada 1 Julai 1959. Kita menghargai peranan mereka. Sebab itu sebahagian

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

daripada mereka telah pun diserapkan dalam Pasukan Polis Hutan. Ini bermakna kita mengiktiraf peranan yang mereka mainkan.

final • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 10:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Berhubung dengan Jabatan Pesara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, pada masa ini kementerian dan PDRM memang dalam perancangan untuk mewujudkan ‘Rang Undang-undang Pesara Dan Bekas Pegawai Polis’ untuk berfungsi sebagaimana yang dimaklumkan tadi. Namun demikian, ia masih lagi di peringkat awal dan ia di peringkat semakan Pegawai Undang- undang di Kementerian Dalam Negeri. Kita akan melalui proses-prosesnya hinggalah dibawa ke dalam Dewan ini untuk dibincang dan diluluskan. Terima kasih Tan Sri.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Jempol.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ada dua soalan tambahan. Yang pertama, adakah KDN dan PDRM mempunyai perancangan untuk mewujudkan suatu undang-undang bagi pesara polis seperti ATM dan MINDEF mewujudkan Akta Veteran bagi menjaga kebajikan Veteran ATM? Yang kedua, terdapat enam jenis bantuan yang diberikan kepada pesara polis serta waris oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis seperti yang dinyatakan sebentar tadi.

Soalan saya, berapakah jumlah penerima manfaat bantuan tersebut setakat hari ini?

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tan Sri, untuk membolehkan supaya pesara polis ini benar-benar dihargai, maka langkah proaktif yang dibuat oleh kerajaan ialah di mana kementerian dan PDRM, sebagaimana yang saya sebutkan tadi sedang merangka untuk mewujudkan satu rang undang-undang pesara dan bekas pegawai polis yang berfungsi untuk mengawal selia pesara polis, bekas pegawai polis secara lebih teratur dalam satu entiti di bawah pegawai pengawal kementerian melalui punca kuasa yang jelas.

Sebab itu rang undang-undang pesara dan bekas pegawai polis dijadikan punca kuasa untuk antaranya ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan pendaftaran pesara polis dan bekas pegawai polis sebagai mengawal persatuan-persatuan pesara polis dan juga bekas pegawai polis. Ia juga sebagai punca kuasa untuk menjaga kebajikan pesara polis dan pegawai polis. Ini yang penting kerana kebajikan pesara dan bekas pegawai polis adalah perlu demi menjamin penyaluran peruntukan kerajaan kepada persatuan pesara polis dan bekas polis supaya diselaraskan dengan lebih teratur dan berkesan berbanding dengan hari ini.

Sebab itu bagi memastikan pesara polis dan pegawai polis menerima manfaat, kita berharap rancangan yang kita buat ini boleh dilaksanakan dengan sempurna untuk membolehkan kita juga mampu melaksanakan sebagaimana yang dibuat oleh Angkatan Tentera Malaysia yang ditadbir oleh Jabatan Veteran Tentera Malaysia.

Buat masa ini sebagai makluman, rang undang-undang ini masih lagi di peringkat penelitian Pegawai Undang-undang Kementerian Dalam Negeri. Kita jangkakan pada suku tahun hadapan, kita akan ada libat urus dan untuk dibawa kepada Jemaah Menteri dan dicadangkan pada tahun hadapan untuk dibentangkan di Dewan ini.

Berkaitan dengan perkara kedua dibangkitkan tadi. Sejak tahun 2014 sehingga 2022 Yang Berhormat Tan Sri, sebanyak 13,864 permohonan telah diluluskan dengan implikasi kewangan bernilai lebih kurang RM19 juta tidak termasuk permohonan yang akan dibayar pada tahun 2023. Itu seramai 1,545 permohonan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1,290,780. Antara bantuan yang disalurkan ialah seperti bantuan khairat kematian, bantuan perubatan, bantuan pergerakan, bantuan pendidikan yang saya

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

sebutkan tadi. Bantuan-bantuan ini saya sebutkan tadi ialah disalurkan melalui Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP). Terima kasih Tan Sri.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin, Kinabatangan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, pendirian dan sokongan saya belum lagi berubah. Soalan saya nombor tiga harap dijawab dengan penuh muhasabah. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

final • 10:20 AM

3. Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah perancangan yang telah dan akan dijalankan oleh kementerian dalam mempertingkatkan bilangan usahawan serta memberi panduan dan bantuan untuk memajukan para usahawan bumiputera khususnya di Kinabatangan. Berapa banyak peruntukan yang telah dibelanjakan bagi tujuan ini?

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa prihatin dalam melaksanakan pelbagai program yang bersifat inklusif melalui agensi-agensinya dalam mempertingkatkan bilangan usahawan dan memajukan para usahawan bumiputera termasuk di kawasan Parlimen Kinabatangan. Antara program yang telah dilaksanakan oleh KUSKOP melalui agensi-agensinya di kawasan Parlimen Kinabatangan adalah seperti berikut– Kembara Pemerkasaan Usahawan Edisi Borneo oleh Bank Rakyat bertujuan untuk membantu memajukan usahawan bumiputera di Sabah dan Sarawak melalui bimbingan tadbir urus perniagaan. Sehingga September 2023, sebanyak RM465,000 pembiayaan telah diluluskan yang memanfaatkan seramai 22 orang usahawan dari Parlimen Kinabatangan.

Kedua, program konsultasi bisnes ataupun e-BizClinic oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang merupakan program konsultasi berkaitan keusahawanan, kewangan dan pengurusan perniagaan secara percuma kepada usahawan. Sehingga September 2023, program ini telah memberi manfaat kepada seramai 37 orang usahawan Kinabatangan.

Tiga, skim-skim pembiayaan kepada usahawan mikro dan informal khususnya usahawan bumiputera. Bagi tahun 2023, di kawasan Parlimen Kinabatangan, seramai 269 orang usahawan telah menerima pembiayaan TEKUN Nasional dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM6.2 juta. Manakala, RM11.36 juta disalurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada seramai 1,798 sahabat usahawan. Jumlah yang saya katakan tadi berkenaan TEKUN Nasional itu adalah setakat September. Tetapi sampai bulan Oktober, jumlah yang disalurkan adalah RM8.4 juta dan telah memanfaatkan 349 usahawan di Parlimen Kinabatangan.

Keempat, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera di bawah SME Corp bertujuan membantu usahawan belia bumiputera yang ingin memulakan perniagaan.

Sehingga September 2023, tiga orang usahawan belia di Parlimen Kinabatangan telah menerima geran sebanyak RM80,000 di bawah program TUBE.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Selain itu, KUSKOP dan agensi-agensinya juga sentiasa melaksanakan program turun padang dengan mengadakan sesi libat urus bersama persatuan dan usahawan, termasuk bumiputera bagi menyalurkan maklumat berkaitan bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha meningkat bilangan usahawan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kinabatangan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mungkin kita sedar bahawa di negara Eropah dan Amerika, koperasi ini adalah enjin penting untuk menyumbangkan ke arah pembangunan ekonomi di negara tersebut. Saya tidak menafikan bahawa Menteri dan kementerian telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk memastikan bahawa usahawan-usahawan di bawah ini mendapat limpahan impak daripada ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, saya melihat bahawa mutakhir ini, Menteri cuma memberi tumpuan kepada beberapa Parlimen sahaja di Sabah untuk dibagi peruntukan yang banyak. Justeru itu, apakah kementerian juga mungkin akan melihat kerja-kerja yang telah dilaksanakan untuk memastikan bahawa semua usahawan di negara kita termasuk di luar bandar mendapat sentuhan yang seimbang untuk memastikan bahawa mereka juga boleh mempertingkatkan kualiti perniagaan mereka dari masa ke semasa. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Menteri. Soalan yang bernas.

final • 10:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas soalan tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya semua skim-skim yang dilakukan menerusi agensi-agensi di bawah kementerian tidak pilih kasih, mana kawasan Parlimen.

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 10:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Sebenarnya, TEKUN mempunyai pejabat cawangan di setiap satu kawasan Parlimen. Jadi, program ini diuar-uarkan kepada semua menerusi Facebook dan laman web kementerian dan semua dijemput untuk menyertai program-program yang dilaksanakan.

Selain daripada itu, kementerian juga seperti contoh di Sabah, kementerian juga telah mewujudkan satu mekanisme penyelarasan program keusahawanan di peringkat setiap daerah melalui Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah untuk menyelaraskan semua cabaran yang dihadapi oleh para usahawan, khususnya dari segi pelesenan, isu premis dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri. Walaupun soalan saya tidak berkhusus kepada Kinabatangan, tapi lebih kepada untuk keseluruhan koperasi. Saya mohon juga Timbalan Menteri menjawab. Saya juga ingin respons kepada Kinabatangan, Kulim-Bandar Baharu masih kekal bersama PN.

[Tepuk] Baik, soalan saya yang pertama Timbalan Menteri...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak tanya pun.

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Hendak menjelaskan. Baik, soalan saya yang pertama Timbalan Menteri, adakah...

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak apa, Ketua Pembangkang dengar.

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ajukan, ajukan soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Diganggu Speaker. Okey, soalan saya yang pertama, adakah kerajaan juga berhasrat untuk mempergiatkan kerjasama dengan rangkaian pemborong dan peruncit tempatan untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada PMKS bumiputera supaya memasarkan produk mereka ke pasar raya?

Soalan saya yang kedua iaitu adakah kementerian bercadang untuk menggunakan kaedah lama bagi tabung modal pusingan dengan memberi pinjaman

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

secara pukal bukannya secara keperluan bulanan yang membebankan urusan koperasi?

Izinkan saya soalan yang ketiga...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh, tidak boleh. Saya bagi dua pun maksimum.

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila jawab Menteri. Dua sahaja.

final • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Speaker.

final • 10:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Saya percaya soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan koperasi dan bukannya pembiayaan yang ditanya oleh Kinabatangan. Walau bagaimanapun, saya akan menjawab soalan yang dibangkitkan.

Berkenaan kaedah yang digunakan untuk pinjaman modal pusingan untuk koperasi-koperasi yang beroperasi di negara, kaedah itu telah pun ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan mengikut keperluan dan kehendak buat masa sekarang. Jadi, kaedah yang digunakan adalah munasabah dan ia memanfaatkan semua koperasi. Maka, saya percaya kaedah itu adalah sesuai dan boleh diteruskan.

Berkenaan dengan pemasaran barangan runcit PMKS di pasar raya. Kementerian terbuka kepada semua usaha– kementerian mengambil segala usaha yang boleh untuk memasarkan semua produk-produk PMKS tidak kira sama ada di pasar tempatan ataupun pasaran luar termasuk juga di pasar raya. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput seterusnya Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim, Arau.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tan Sri, *Pagi-pagi katak melompat, Soalan saya nombor empat.

[Ketawa]*

final • 10:30 AM

4. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil Kementerian bagi mengekang kes denggi yang semakin meningkat. (Laporan peningkatan sehingga 4.7% pada minggu Epidemiologi ke- 31 (ME31) bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos 2023, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya (2 kematian turut direkodkan) Kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini 71,193 kes berbanding 32,521 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 118.9 peratus atau 38,672 kes).

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga atas galakan dan juga arahan untuk Ahli- ahli Parlimen untuk membuat saringan kesihatan. Juga, kami di KKM turut menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan juga wakil-wakil rakyat yang belum...

[Disampuk]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan

Mungkin Arau salah satu belum submit kesihatan.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey. Kami menyediakan...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

final • 10:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Klinik-klinik kesihatan yang terbaik untuk membuat saringan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6).

final • 10:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia merupakan negara endemik demam denggi, di mana kes denggi dilaporkan sepanjang tahun. Pada tahun 2019, berlaku peningkatan kes demam denggi secara global termasuk

final • 10:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

di Malaysia dan dijangkakan peningkatan kes akan terus berlaku pada tahun ini kerana secara lazimnya peningkatan kes akan dialami setiap empat hingga lima tahun.

Sehingga minggu epidemiologi yang terkini, iaitu minggu epidemiologi ke-47, jumlah kumulatif kes terkini adalah sebanyak 108,429 kes berbanding 56,304 kes denggi pada tempoh yang sama bagi tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 52,125 kes iaitu 92.6 peratus. Namun begitu, jumlah kes ini adalah tujuh peratus lebih rendah berbanding jumlah kes sebelum pandemik COVID-19.

Kumulatif kematian pula adalah sebanyak 83 kes berbanding 37 kes bagi tempoh yang sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 124.3 peratus. Kadar kematian kes denggi di Malaysia pada ketika ini adalah pada 0.08 peratus iaitu di bawah paras sasaran 0.2 peratus.

Oleh itu, bagi mengawal demam denggi di Malaysia dari terus meningkat, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha berterusan seperti menghasilkan Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi Kebangsaan 2022–2026 dengan menetapkan beberapa sasaran antaranya mengurangkan kadar kematian di bawah 0.2 peratus pada setiap tahun.

Bekerjasama dengan pelbagai kementerian, jabatan, agensi dan masyarakat awam melalui jawatankuasa seperti Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I, Jawatankuasa Tertinggi Menangani Denggi Peringkat Kebangsaan HLP yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri, Jawatankuasa Kawalan Wabak Denggi di Peringkat Daerah.

Yang ketiga meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai penyakit demam denggi di pelbagai platform secara berterusan. Masyarakat dikehendaki melaksanakan aktiviti cari dan musnah di premis masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu. Mobilisasi agensi dan komuniti melalui pelaksanaan program gotong- royong berterusan dan di mana kemuncaknya adalah gotong-royong mega perangi Aedes yang dijalankan sebanyak dua tahun sekali.

Pada tahun ini, Gotong-royong Mega Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 9 Julai 2023 di Gombak, Selangor dan 26 Ogos di Segamat, Johor.

final • 10:30 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Seterusnya adalah mengadakan integrasi multisectoral dalam pembangunan sistem pengurusan wabak denggi melalui projek kerjasama Agensi Angkasa (MYSA) untuk membantu anggota kesihatan di lapangan dari aspek perancangan dan pelaksanaan aktiviti kawalan. Pada tahun ini, aplikasi iDengue telah dilancarkan dan aplikasi ini adalah merupakan sistem jaringan dalam talian (web-based) untuk menyalurkan maklumat terkini berkenaan tentang demam denggi.

Selain daripada itu, melalui aplikasi maklumat kes demam denggi harian, wabak lokasi dan hotspot COMBI, lokaliti pelaksanaan operasi nyamuk berWolbachia, maklumat asas seperti klinik, sekolah dan pelbagai maklumat terkini berkaitan dengan demam denggi boleh diakses melalui iDengue ini. Bersesuaian dengan hala taju kawalan denggi iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap racun serangga yang berasaskan bahan kimia, kaedah nyamuk berWolbachia dalam pencegahan dan kawalan denggi telah dimulakan di Malaysia pada tahun 2019.

Bilangan lokaliti pelaksanaan pelepasan nyamuk aedes berWolbachia sehingga kini adalah sebanyak 31 lokaliti dengan perancangan pertambahan 10 lokaliti pelepasan baharu setiap tahun. Daripada 19 lokaliti pelepasan yang layak dinilai, semuanya telah menunjukkan trend penurunan kes sehingga 100 peratus. Tan Sri Yang di-Pertua, nyamuk berWolbachia ini adalah merupakan satu nyamuk yang kita lepaskan untuk membantu

final • 10:40 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

bagi mengurangkan populasi nyamuk yang mempunyai virus denggi ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Arau.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tan Sri, terima kasih. Jawapan yang lengkap sampai saya terpesona. Soalan yang saya nak tanya ini telah jawab. Jadi, cuma satu. Ada dua lagi ya. Yang Berhormat yang pertama sekali, sejauh manakah keberhasilan Program Bebas Denggi di peringkat sekolah, termasuk aktiviti rutin pemeriksaan di persekitaran sekolah serta tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah?

Keduanya, Yang Berhormat sebut tentang berWolbachia, tentang nyamuk aedes yang berbakteria Wolbachia, nama saintifiknya ialah Wolbachia pipientis yang Berhormat.

Jadi, Yang Berhormat sebut tadi kesannya ialah kurangnya nyamuk denggi di situ. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, jawab bertulis pun tak apa. Keberhasilannya yang ataupun kekesanan ini yang kita telah dapat setelah kita perkenalkan nyamuk aedes yang mempunyai bakteria Wolbachia tadi. Makna kata, selepas 30 lokasi yang telah dibuat eksperimen, 19 telah berjaya.

Berjaya itu dalam bentuk macam mana? Jadi, kita tak tahu sebab apa nyamuk ini, nyamuk yang telah dimandulkan Tan Sri. Orang pun tak tahu Wolbachia apa dia. Nyamuk ini telah dimandulkan. Jadi, bila dia mari, dia mari berjumpa dengan nyamuk lain, nyamuk lain tak beranak dah. Jadi, tidak ada — Bila dia mati, habis dah. Jadi, macam itu. Saya nak tahu keberkesanannya sebab rakyat Malaysia ini duk sebut Wolbachia, dia tak faham ataupun nak bagi sedap sikit, Wolbachia pipientis, nama saintifiknya. Keberkesanannya yang sebenar hasil daripada eksperimen yang telah dibuat.

Kalau berjaya Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita buat seluruh negara sebab kementerian mempunyai peruntukan yang besar.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Satu persoalan yang dibangkitkan yang sangat menarik dan mungkin masyarakat belum mengetahui secara keseluruhan berkenaan tentang pelepasan nyamuk berWolbachia ini. Untuk makluman Tan Sri, seekor nyamuk ini adalah lebih kurang dalam 30 sen ke 45 sen seekor.

Juga, kita melepaskan dalam kadar yang banyak. Hasil daripada pelepasan ini adalah apabila nyamuk ini berjumpa dan bersenyawa seperti yang apa YB Arau sebut tadi, nyamuk itu tak lagi membawa bakteria ataupun virus denggi ini. Juga setakat ini, kadar apa itu, masalah denggi di tempat pelepasan berWolbachia ini menurun. Seperti yang saya sebut, dalam kadar 100 peratus. Jangan bimbang, nyamuk-nyamuk yang dilepaskan ini tidak membahayakan manusia.

Juga, apa yang paling penting Yang Berhormat Arau, berkenaan tentang masalah denggi ini adalah merupakan sikap dan juga budaya masyarakat kita terutama sekali mengenal pasti tempat-tempat air yang bertakung, kita buangkan. Bagi yang minat dalam menanam bunga-bunga yang cantik-cantik di rumah itu, pastikan pasu-pasu itu tidak menakung air.

Juga, kita mengadakan banyak program-program berkomuniti, terutama sekali di peringkat sekolah supaya kanak-kanak dan juga pelajar-pelajar tahu apakah tanggungjawab melihat kawasan yang sangat semak, perlulah dibersihkan. Tanpa kerjasama ini, kita akan berdepan dengan masalah endemik denggi ini berpanjangan dan juga ketika ini adalah ketika musim denggi akan meningkat daripada masa ke semasa.

Juga, Wolbachia ini kiranya berjayalah setakat ini.

final • 10:40 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Juga, oleh sebab nyamuk berWolbachia ini memerlukan kos, kita tidak dapat sewenang-wenangnya berbelanja besar untuk menternak nyamuk ini. Walaupun demikian, di dalam Kertas Putih Kesihatan, kita menggalakkan public–private partnership. Sekiranya ada kerjasama ini, kita sangat-sangat mengalukan untuk mewujudkan makmal- makmal untuk menghasilkan nyamuk berWolbachia ini. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Ledang.

final • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya suka mendengar tadi jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kita melihat kepada kerjasama baik di antara pihak swasta dengan pihak awam dan juga mungkin dengan penglibatan daripada kalangan NGO-NGO.

Namun, saya tahu bahawa antara cabaran kita dalam mengawal kes denggi ini ialah sikap tadi yang disebutkan dan juga aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti. Antaranya seperti program COMBI ataupun COMBI yang dilaksanakan. Soalan saya yang pertama, apakah pelan untuk kita terus — Adakah ada perancangan untuk kita terus melaksanakan COMBI ini dan juga hubungannya dengan program-program ataupun agensi institusi di peringkat kampung, komuniti? Selain daripada Komuniti Madani ataupun kampung, agensi-agensi, saya rasa ini mesti ada satu kerjasama agresif dengan komuniti supaya benar-benar dapat mengawal penyakit denggi.

Kedua Tan Sri Yang di-Pertua ialah sebahagian daripada pelan strategi pencegahan dan kawalan denggi yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah memperkenalkan strategi dan inovasi baharu. Bolehkah disebutkan apakah strategi dan inovasi baharu itu yang kita boleh laksanakan pada akan datang? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Berkenaan tentang COMBI ini, ini adalah merupakan salah satu gerakan komuniti secara sukarela yang kita gerakkan di akar umbi.

Juga, apa yang berlaku di Malaysia sejak terdahulu lagi adalah kebanyakan komuniti- komuniti kita bergerak secara silo. Maka, kami di KKM ingin sangat menganjurkan agar komuniti seperti COMBI ini dapat berintegrasi dengan komuniti-komuniti yang lain seperti Komuniti Madani, KRT agar dapat kita berkongsi resource dengan izin, untuk membasmi denggi ini.

Juga, kami akan menggiatkan aktiviti-aktiviti COMBI dan juga COMBI ini adalah bipartisan, boleh melibatkan semua tanpa mengira parti-parti dan juga apa itu, tidak mengira politik. Maka, COMBI ini wujud di setiap DUN, di setiap Parlimen dan juga daerah.

Juga, apabila kita berada di dalam komuniti COMBI ini juga, tidak perlulah ahli-ahli itu melompat ke KRT atau apa itu ke komuniti-komuniti yang lain. Bersatu sajalah di bawah COMBI itu.

Juga, selain daripada itu, inovasi yang ingin kami perkenalkan adalah dengan penggunaan dron untuk mengenal pasti pembiakan aedes. Ini adalah salah satu inovasi yang akan kami kaji dan perkenalkan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Seterusnya saya jemput Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang. Silakan

final • 10:40 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor lima.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

5. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan kerajaan untuk SJK(T) berdasarkan trend peruntukan tahunan yang semakin menurun. Dalam Belanjawan 2023, amaun peruntukan untuk SJK(T) adalah lebih kecil berbanding dengan tahun Belanjawan 2022. Dana untuk SJK(T) makin berkurang dari tahun ke tahun.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya, jumlah peruntukan mengurus tahun 2023 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang berstatus sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah sebanyak RM1.37 bilion melebihi daripada peruntukan tahun 2022 sebanyak RM1.29 bilion. Jumlah peruntukan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.2 peratus bersamaan dengan RM77.7 juta.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Peruntukan ini disalurkan bertujuan untuk menampung keperluan komited seperti emolumen, elaun guru, kawalan keselamatan dan pembersihan kawasan, peralatan pengajaran dan pembelajaran dan utiliti. Bagi tahun 2022, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan kepada SJK(T) sekolah kerajaan sebanyak RM9.11 juta dan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada SJK(T) sekolah bantuan kerajaan sebanyak RM16.35 juta. Ini menjadikan jumlah peruntukan penyelenggaraan kepada SJK(T) sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM25.46 juta.

Manakala bagi tahun 2023 sehingga 31 Oktober 2023, KPM telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan institusi pendidikan kepada SJK(T) sekolah kerajaan sebanyak RM6.09 juta melibatkan 90 buah sekolah dan sumbangan bantuan penyelenggaraan kepada SJK(T) sekolah bantuan kerajaan sebanyak RM19.48 juta melibatkan 277 buah sekolah. KPM juga telah menyalurkan peruntukan khas bagi naik taraf dan penyelenggaraan kecil institusi pendidikan tahun 2023 iaitu penyelenggaraan tandas dan penyelenggaraan lain sebanyak RM11.48 juta melibatkan 164 buah SJK(T) sekolah kerajaan di seluruh negara.

Ini menjadikan jumlah peruntukan penyelenggaraan yang telah disalurkan kepada SJK(T) sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh negara pada tahun 2023 adalah sebanyak RM37.05 juta. Secara keseluruhan, peruntukan tahun 2023 adalah melebihi peruntukan yang disalurkan pada tahun 2022 untuk SJK(T). Peruntukan yang disediakan ini diharap dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan suasana yang lebih kondusif di SJK(T). Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Klang.

final • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan yang jawapannya begitu baik sekali. Namun, kita sedar bahawa peruntukan khas selain daripada pengurusan sebenarnya tahun 2018 sebelum kerajaan masih lagi telah menghulurkan sebanyak RM50 juta dan, kerajaan PH pun menghulurkan RM50 juta setiap tahun dan masa Kerajaan Perikatan Nasional telah dikurangkan kepada RM30 juta. Kita nampak di sini masih tersebut masih lagi continue dengan Kerajaan Perpaduan.

Saya percaya Timbalan Menteri pun faham akan isu sebenar kini jawapannya apabila peruntukannya telah dicampur aduk dengan pengurusan. Pengurusan adalah sebenarnya memang jelas daripada awal kerajaan apabila membuat keputusan untuk menanggung sekolah-sekolah, pengurusannya memang diperuntukkan khas dan perbelanjaan kepada penyelenggaraan adalah satu penyelenggaraan peruntukan yang berbeza dan kini dicampur aduk.

Tidak apa, tidak apa, tidak apa itu adalah soalan yang pertama. Soalan kedua adalah apakah status ya, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan dan mewartakan tapak-tapak tersebut. SJK(T) Batu Empat Kampung Jawa, SJK(T) Sungai

final • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Rambai, SJK(T) Batu 14 Puchong, SJK(T) RRI Sungai Buloh, SJK(T) Castlefield Puchong, SJK(T) Serendah yang dipindah daripada SJK(T) Ladang Minyak. Ini adalah sekolah- sekolah tanah telah diperuntukkan dan bajet memang— ini adalah atas permintaan bukan kita suka-suka memperuntukkan. Ia diwartakan atas permintaan kementerian sebelum ini.

Pada tahun 2018...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, majukan soalan ya.

final • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Ya. Pada tahun 2018, pada masa itu kerajaan telah memberi janji untuk membina sekolah-sekolah itu menempatkan semula dan apakah status tersebut. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, silakan.

final • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berkenaan dengan soalan pertama tentang peruntukan penyelenggaraan, memang saya bersetuju ini adalah dua perbelanjaan peruntukan untuk pengurusan. Ini adalah untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Yang RM50 juta, yang telah juga pernah diberikan semasa pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Harapan tapi buat sekarang kita dalam, memang dalam perbincangan lagi juga kerana kita mahu pastikan semua sekolah diberikan penyelenggaraan yang sama dan juga dengan sama rata dan adil. Dan juga, kita menujukan, mengutamakan need-based. Walau bagaimanapun, kita akan cuba memperbaiki kaedah-kaedah untuk peruntukan penyelenggaraan kepada semua sekolah.

Berkenaan dengan sekolah SJK(T), minta maaf kepada Yang Berhormat kerana lima-lima sekolah ini pada masa sekarang, saya tidak ada data tetapi berkenaan dengan tapak sekolah— lima buah sekolah telah ditanya oleh Yang Berhormat, saya akan jawab secara bertulis. Manakala yang saya ada adalah tentang SJK(T) Ladang Minyak. Yang ini memang— bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Minyak di Serendah, Selangor yang berstatus SBK, projek pembinaan gantian tapak baharu ini merupakan projek di bawah Pakej Rangsangan Khas (PRK) 2012 sehingga 2014.

Projek pembinaan SJKT Ladang Minyak ini masih belum dimulakan kerana isu pemilikan tanah oleh UMW Corporation. Perkara ini perlu diselesaikan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah SJK(T) Ladang Minyak terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada KPM untuk pelaksanaan projek.

Rundingan dan libat urus antara pihak yang terlibat telah diadakan namun sehingga kini status pemilikan tanah tapak projek masih belum dimuktamadkan. Mungkin jika Yang Berhormat boleh juga tahu tentang ini, kita boleh bincang dan tengok bagaimana nak teruskan projek ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sebelum saya panggil Kuala Krai, sebentar Kuala Krai ya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat-Yang Berhormat, isu-isu spesifik yang perlukan jawapan yang lebih terperinci ini elok kalau sekiranya Yang Berhormat bawa ke Kamar Khas. Dalam Kamar Khas kita ada banyak masa, kita boleh berinteraksi dengan Menteri dan Timbalan Menteri. Dia akan memberikan pen-detail-an yang lebih jauh lebih bermakna daripada kita tanya soalan yang tidak dapat dijawab secara spesifik, ya. Kalau boleh bawa ke Kamar Khas. Baik, saya jemputkan Kuala Krai.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ada dua pecahan soalan. Pertama ialah pada bulan April lalu, data kementerian menunjukkan terdapat sekitar 3,049 buah sekolah rendah di seluruh negara yang mempunyai enrolmen 150 orang murid ke bawah. Apakah kementerian telah menjalankan kajian terperinci terhadap isu Sekolah Kurang Murid atau SKM serta perancangan khusus kementerian berhubung dengan SKM ini? Itu satu.

Kedua ialah di Kuala Krai Yang Berhormat Tan Sri, terdapat sebuah sekolah SJK(T) dan satu-satunya di Kelantan. Isunya ialah sekolah ini dulu berada di kawasan ladang yang mempunyai ramai penduduk India tetapi bila mereka pencen, mereka keluar ke penempatan baharu, menyebabkan sekolah ini kekurangan murid yang terlalu ketara.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Contohlah, tahun lepas 35 orang sahaja murid. Tahun 2023, 32 orang murid. Guru hanya ada lapan orang. Tiga daripada India dan lima daripada Melayu.

Saya pernah masuk ke sekolah ini dan dijemput untuk merasmikan PIBG, tahun lepas lah bukan sekarang. Sekarang saya tidak dibenarkan masuk oleh kementerian dan saya telah bagi sumbangan walaupun sekolah ini sekolah Tamil tapi sebagai seorang Ahli Yang Berhormat di kawasan itu, saya masuk dan mendapat aduan daripada pihak sekolah. Mereka terpaksa— pihak PIBG terpaksa menggunakan dana sendiri mengutip murid-murid India ini di kawasan yang agak berjauhan menggunakan dana sewa kereta, sewa van untuk memastikan murid-murid ini dapat belajar di sekolah ini.

Jadi, soalan saya dalam isu ini ialah apakah pihak kementerian bersedia— dua, dua, dua soalan. Pertama ialah sama ada bersedia untuk membantu pihak PIBG mengurangkan bebanan mereka dengan memberikan bantuan khusus bagi menyelesaikan isu sewa van ataupun kenderaan ini. Satu. Kedua ialah, jangka panjang ialah adakah pihak kementerian bersedia untuk membina asrama bagi memastikan anak- anak ini, anak-anak India yang berada sama ada bukan sahaja di Kuala Krai tetapi di Kelantan dapat berada di sekolah ini dan dapat dimanfaatkan bangunan sekolah yang cantik, tiga tingkat tapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Itu soalan saya Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berkenaan dengan Sekolah Kurang Murid, memang di bawah KPM kita mempunyai agak banyak sekolah yang mempunyai kurang murid. Satu daripadanya adalah SJK(T) di kawasan ladang.

Betul, banyak pendekatan telah diambil dan kita memang— KPM amat ingin mengatasi masalah ini.

final • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Satu daripada cara penyelesaian ialah cara bagaimana menambahkan bilangan murid enrolment atau sekiranya sekolah itu di kawasan itu memang tidak ada lagi unjuran murid, tidak ada murid lagi atau sebab banyak penghuni sudah berpindah keluar, antara satu daripada cara penyelesaian ialah penempatan semula iaitu penempatan semula sekolah itu ke tempat di mana kita memang ada permintaan yang lebih mendesak untuk menyambungkan sekolah ini.

Jadi bagiꟷ ya betul, banyak PIBG satu daripada— kaedah yang mereka ialah menyediakan pengangkutan untuk membawa anak-anak murid dari luar kawasan ke kawasan. Itu melibatkan tambang. Tapi buat masa sekarang, KPM tidak ada bantuan untuk menanggung pengangkutan ini. Tapi walau bagaimanapun, kita berharap mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat atau wakil rakyat tempatan boleh menolong —boleh menolong kita —bagaimanapun kita boleh tulis...

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Peruntukan tak ada Tan Sri.

Nak tolong macam mana. Tak ada peruntukan. Dulu saya masuk bagi bantuan tapi sekarang tak boleh.

final • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

...mungkin boleh — PIBG boleh menulis kepada PPD atau JPN untuk tengok bagaimana nak selesaikan masalah ini. Okey, sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tuan Sabri bin Azit, Jerai.

final • 11:00 AM

6. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia tidak menular seperti virus COVID-19.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tan Sri Yang di-Pertua. Dari Julai 2023 sehingga kini terdapat sembilan kes Monkeypox (Mpox) dilaporkan di Malaysia. Kes pertama dan kes kedua dilaporkan di Kuala Lumpur pada Julai 2023. Kes ketiga dan kes keempat dilaporkan di Selangor pada bulan Oktober 2023.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dalam bulan November 2023, lima lagi kes dilaporkan, di mana melibatkan kes kelima berlaku di Sarawak. Kes keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan berlaku di Kuala Lumpur. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan kes Mpox ini adalah seperti berikut:

Pemantauan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi pengesanan awal kemasukan kes Mpox.

Bagi kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi di Malaysia daripada negara yang melaporkan kes Mpox atau negara endemik Mpox, pelajar berkenaan diminta untuk membuat pemantauan kendiri, gejala dan tanda jangkitan Mpox selama 21 hari. Sekiranya didapati bergejala mereka akan diarahkan untuk mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.

Bagi pengembara yang tiba di PMA, jika terdapat individu yang dikesan mempunyai tanda-tanda ruam maculopapular yang jelas di muka atau tangan. Individu tersebut akan segera dirujuk kepada petugas kesihatan bagi pemeriksaan lanjut. Jika individu tersebut disyaki terkena jangkitan Mpox mereka akan segera dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Manakala bagi pengembara yang akan melawat negara-negara yang melaporkan kes Mpox atau negara endemik Mpox, mereka akan dinasihati agar mengambil langkah- langkah pencegahan dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya mengesyaki dijangkiti virus Mpox.

Pendidikan kesihatan berkaitan penyakit Mpox dan langkah-langkah pencegahan akan terus dilaksana melalui media massa dan melalui kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) terutama yang melibatkan kumpulan sasar seperti golongan yang mengamalkan aktiviti berisiko tinggi. Pemantauan melalui 11 klinik terpilih sebagai klinik sentinel iaitu tujuh buah klinik kerajaan dan empat buah klinik swasta bagi pengesanan awal Mpox.

Seterusnya adalah perkhidmatan ujian pengesanan virus Mpox, melalui 12 makmal iaitu lapan makmal kerajaan dan empat makmal swasta. Menyediakan Guidelines Mpox Management di Malaysia 2023 untuk pengurusan kes termasuk kes yang disahkan Mpox dan juga kontak rapat. Kes dan kontak rapat perlu menjalani isolasi sama ada di rumah atau lokasi yang bersesuaian sehingga disahkan bebas daripada jangkitan berkenaan.

Semua pengamal perubatan dimaklumkan untuk peka kepada individu dengan gejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi. Juga untuk makluman Yang Berhormat dan juga Tan Sri Speaker, jangkitan-jangkitan yang berlaku ketika ini melibatkan satu warga asing dan selebihnya adalah warga Malaysia ataupun warga tempatan.

Awareness dengan izin berkenaan Mpox ini memang sedang giat dilakukan oleh pihak KKM terutama sekali melalui sosial media seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Dan juga apa yang saya tengah tekankan untuk Mpox ini adalah golongan yang berisiko tinggi iaitu yang mengamalkan aktiviti-aktiviti seksual, high-risk sexual activity dengan izin. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Jerai.

final • 11:00 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih, Tan Sri Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya nampak ada dua dari segi pencegahan, pantau di imigresen, kemudian memantau pelajar luar negara.

Cuma adakah pihak kementerian juga bersedia meneliti langkah berjaga-jaga seterusnya dalam mencegah M — cacar monyet ini. Sebagai contoh perancangan untuk menjalankan imunisasi vaksin membabitkan virus cacar monyet ini sekiranya wujud

final • 11:00 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

keperluan seperti vaksin cacar walaupun kebolehjangkitan cacar monyet lazimnya jauh lebih rendah berbanding COVID-19.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Dewan, ketika ini kita menggunakan kaedah penggunaan smallpox vaccination. Walaupun demikian, kos untuk vaksinasi tersebut adalah sekitar RM1,600 dan juga itu adalah merupakan kos yang sangat-sangat tinggi.

Maka apa yang ingin kami nasihatkan sebelum — di pintu-pintu masuk pengesanan dan juga saringan perlulah dibuat dengan teliti dan juga bagi pengembara ataupun pelancong-pelancong dari dalam negara yang ingin melawat ke negara-negara yang mempunyai endemik ataupun outbreak dengan izin sentiasalah berhati-hati.

Dan juga seperti yang saya sebutkan ke semua jangkitan yang berlaku ketika ini bukanlah satu jangkitan yang kita duduk dengan orang yang bersebelahan yang mempunyai cacar monyet ini tetapi adalah aktiviti yang mereka lakukan sehingga menyebabkan jangkitan Mpox ini berlaku.

Sebab itulah nasihat saya kepada golongan yang berisiko tinggi sentiasa berhati- hati sebelum melakukan sebarang aktiviti berisiko tinggi agar aktiviti ini tidaklah memudaratkan masyarakat dan pasangan masing-masing. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Sungai Petani.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tan Sri Speaker, Mpox pada Oktober yang lepas juga dilaporkan ada kes baharu dan kes-kes ini tidak ada riwayat traveling atau pergi ke luar negara. Saya ingin bertanya, bagaimanakah langkah daripada kementerian, sebab sekarang ini kita tengok khususnya di kampung- kampung ada timbulnya satu kepanikan dalam kalangan masyarakat kerana masyarakat tidak boleh membezakan atau dia ada differential diagnosis antara maculopapular rash berbeza Mpox dengan *varicella.

So,* bagaimana kerajaan menetapkan satu garis panduan yang jelas untuk masyarakat tahu perbezaan antara skin lesion dan sebagainya? Kalau dulu kita ada health alert di MySejahtera dan bagaimana sekarang kalau untuk kita melaporkan kes-kes Mpox ini supaya tidak menimbulkan satu kepanikan dalam kalangan masyarakat? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Satu pandangan dan juga soalan yang sangat-sangat baik. Sememangnya ketika ini kita berada di era viral. Apa-apa yang dimuat naik terutama sekali di TikTok menjadi satu perkara yang menimbulkan panik among the society. Sebab itulah, kami di pihak KKM menekankan berkenaan tentang pendidikan kesihatan dan juga kita meningkatkan infografik-infografik berkenaan tentang ciri-ciri jangkitan Mpox ini. Dan juga apa yang perlu diketahui adalah bagaimana kita mengenal pasti sama ada ada ketumbuhan ataupun ulser di muka ataupun di alat kelamin ini, segeralah pergi ke fasiliti KKM untuk melakukan saringan.

Untuk melakukan saringan secara menyeluruh, agak tidak dapat dilakukan ketika ini. Tetapi masyarakat juga perlu mempunyai satu pandangan dan juga tidak meletakkan stigma kepada pesakit-pesakit yang dijangkiti Mpox kerana kalau ketakutan berlaku ataupun panik berlaku, sudah pasti lebih ramai yang tidak pergi untuk melakukan saringan dan juga mereka mungkin membawa penyakit kepada pasangan dan juga masyarakat.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Kuala Selangor.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri, soalan saya nombor tujuh.

final • 11:00 AM

7. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah simpanan ahli-ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada 1/1/2023 dengan pecahan jumlah simpanan di bawah RM10,000, RM 10,001 - RM 20,000, RM 20,001 - RM 50,000, RM 50,001 - RM 100,000, RM 100,001 - RM 200,000, RM 200,001 - RM500,000, RM 500,001 - RM 1 juta dan RM 1 juta ke atas.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat 1 Januari 2023, terdapat 274,715 ahli KWSP berumur 54 tahun ataupun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP, 15.7 juta, dengan jumlah simpanan mereka bagi yang berumur 54 tahun itu, sebanyak RM35.72 bilion.

Ahli berumur 54 tahun yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 mencatat peratusan tertinggi iaitu 35 peratus ataupun 94,827 orang ahli dengan jumlah simpanan RM246.1 juta. Manakala ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatat peratus terendah dengan dua peratus ataupun hanya 4,877 orang ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion.

Bagi jumlah simpanan ahli berumur 54 tahun mengikut lingkungan simpanan setakat 1 Januari 2023 adalah seperti berikut. Saya beri peratus, mungkin saya beri secara bertulis angka secara lebih terperinci.

JUMLAH SIMPANAN (RM)PERATUS (%)
Bawah RM10,00035
RM10,0001 sehingga RM20,0008
RM20,001 sehingga RM50,00013
RM50,0001 sehingga RM100,00012
RM100,001 sehingga RM200,00013
RM200,001 sehingga RM500,00013
RM500,001 sehingga RM1 juta4
Melebihi RM1 juta2

Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kuala Selangor.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Jawapan tadi pastinya telah pun mendedahkan apa yang menjadi rahsia umum. Memandang kepada perkara ini, sudah kita pun sedia maklum 81 peratus ahli pencarum KWSP berumur 55 tahun ke bawah, ia tidak mencukupi bagi simpanan tua mereka yang diperlukan dalam paras RM240,000.

Kita sedia maklum masalah ini tidak ada penyelesaian segera, no quick fix dengan izin. Kita juga tahu unjuran ke depan bahawa hanya 16.5 peratus pekerja workforce

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

negara kita ini membayar cukai pendapatan dengan maksud sekali gus. Masalah besarnya adalah masalah struktural rejim gaji yang rendah.

Saya ingin tahu, soalan saya ringkasnya, untuk jangka masa pertengahan dan juga panjang, apakah langkah-langkah Kerajaan Madani khasnya Menteri Kewangan dan Ekonomi untuk kita atasi masalah ini kerana ia merupakan satu yang serius dari sudut masa depan warga tua kita dan bahkan juga akan berjangkit kepada kumpulan ataupun golongan 2025 pun kita pastikan kita memerhatikan mereka juga kurang simpanan ataupun caruman mereka. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih YB Kuala Selangor dan terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Betul apa yang dikatakan oleh saudara saya Kuala Selangor itu ialah ini merupakan masalah legasi ataupun masalah warisan dan memerlukan pembaharuan yang berstruktur.

So, antara langkah-langkah KWSP untuk menggalakkan ataupun menambahkan simpanan kepada rakyat Malaysia secara amnya ialah satu, KWSP telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke KWSP dan bagi ahli yang bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh pilih untuk mencarum lebih kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa. Setakat separuh tahun pertama tahun ini, seramai 186,000 ahli KWSP telah berdaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja.

Selain itu, mereka juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa melalui skim caruman sukarela untuk menambah simpanan mereka tertakluk kepada had caruman sebanyak RM100,00 setahun mulai bulan Jun tahun ini. Caruman sukarela ini boleh dibuat bila-bila masa melalui saluran aplikasi mudah alih perbankan internet BSN, kaunter ejen dan kaunter KWSP. Kita lihat separuh tahun pertama ini, seramai 535,000 ahli telah membuat caruman sukarela dengan jumlah amaun caruman sebanyak RM3.93 bilion.

Program i-Sayang membolehkan— yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan membolehkan suami memperuntukkan dua peratus dan tahun ini kita lanjutkan ataupun kita perluaskan, membolehkan isteri yang bekerja juga memindahkan dua peratus caruman KWSP kepada akaun suami mereka.

Dalam Belanjawan 2024, KWSP juga telah menambah baik Program i-Saraan dengan meningkatkan had caruman daripada RM300 kepada RM500 setahun. Dalam program ini, rakyat Malaysia dalam sektor tidak formal termasuk golongan bekerja sendiri, tidak ada pendapatan, di bawah 60 tahun boleh mencarum sukarela kepada i-Saraan dan berpeluang menerima insentif maksimum seumur hidup sebanyak RM5,000 setiap individu tertakluk kepada had RM 500 untuk setahun.

Kita faham bahawa keadaan ini, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor merupakan satu masalah struktur dalam ekonomi kita. Itulah sebabnya kerajaan telah melancarkan Kerangka Ekonomi MADANI dengan strategi-strategi bukan sahaja untuk menaikkan siling, meningkatkan daya saing industri kita tetapi juga dalam masa yang sama menaikkan lantai supaya kehidupan rakyat termasuk pendapatan rakyat, gaji rakyat boleh meningkat pada masa yang sama. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Jerlun.

final • 11:00 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam Bajet 2024 yang lepas, baru-baru ini, kerajaan telah mencadangkan agar KWSP membuka satu lagi akaun untuk pencarum KWSP yang dikenali sebagai Akaun 3 ataupun Akaun Fleksibel.

Kita sedia maklum bahawa cadangan mewujudkan akaun tersebut adalah hasil desakan pencarum KWSP itu sendiri selain daripada NGO dan Kesatuan Sekerja serta keprihatinan Ahli-ahli Parlimen sendiri yang membangkitkan isu pengeluaran KWSP

final • 11:00 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

secara bersasar bagi memenuhi keperluan pencarum yang terdesak ataupun kesempitan wang.

Selanjutnya, soalan saya bilakah Akaun 3 itu akan diwujudkan oleh kerajaan?

Kedua, adakah akaun ini bersifat wajib atau pilihan? Ketiga, berapakah kadar minimum dan maksimum yang dibenarkan untuk setiap kali pengeluaran? Akhirnya, berapakah nisbah pecahan wang pencarum yang akan dibahagi-bahagikan antara Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 yang akan diwujudkan? Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih kepada Jerlun. Untuk makluman, melihat kepada keperluan semasa dan juga untuk menambah baik proses sistem KWSP kita, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan fasiliti Akaun Fleksibel dalam Belanjawan 2024 seperti yang telah dinyatakan. Buat masa ini, akaun kita terdiri daripada Akaun 1 dan 2. Jadi, penstrukturan semula akaun akan dicadangkan untuk mewujudkan akaun yang ketiga untuk membolehkan akses kepada semua ahli tanpa mengira kumpulan mereka – B40, M40 ataupun T20 khususnya untuk masa-masa kecemasan.

Maklumat lanjut tentang Akaun Fleksibel ini akan diumumkan, perincian ini akan diumumkan pada tahun depan selepas pengumuman dividen KWSP pada lebih kurang bulan Februari tahun depan.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Chee Keong

Jadi saya minta bersabar tetapi langkah ini dijalankan untuk melihat kepada cabaran semasa seperti yang dinyatakan mungkin ada kecemasan dan sebagainya.

Tetapi ia merupakan salah satu strategi yang menyeluruh. Kita janganlah hanya melihat kepada penubuhan akaun ketiga tetapi dalam strategi menyeluruh ini, kita juga merancang untuk memperkukuhkan lagi Akaun 1 iaitu akaun simpanan untuk hari tua.

Kita nak lihat bagaimana – KWSP akan melihat bagaimana kita boleh memperkasakan lagi supaya nak mengelakkan isu yang dibangkitkan oleh Kuala Selangor tadi iaitu simpanan asas tak cukup untuk menyara hari tua selepas persaraan.

Jadi, ini merupakan satu pakej menyeluruh di mana bukan sahaja kita akan mewujudkan akaun fleksibel, akaun ketiga yang boleh dikeluarkan bila-bila masa. Amaun dia dan sebagainya akan ditetapkan dan diumumkan tahun depan tetapi ia juga merangkumi pemerkasaan Akaun 1 dan juga merangkumi bagaimana kita boleh menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan rakyat Malaysia dalam KWSP. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Mohd Syahir bin Sulaiman, Bachok.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Sorong papan tarik papan, Soalan saya nombor lapan.

final • 11:20 AM

8. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil pihak kementerian untuk menyemai budaya perdebatan yang matang dan sihat dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, khususnya dalam aspek kesedaran politik, advokasi polisi dan kecerdikan watan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui teras 2 dalam tujuh teras utama KPM telah memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. KPM sentiasa berusaha ke arah menyemai budaya perdebatan yang

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

matang dan sihat dalam kalangan murid dalam usaha melahirkan anak yang baik lagi cerdik.

Budaya ini diterapkan melalui aktiviti kokurikulum dengan penganjuran pelbagai pertandingan, program yang berunsurkan perdebatan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Aktiviti kokurikulum seperti ini dilaksanakan bagi menggalakkan kemahiran berdebat secara sihat dalam kalangan murid berkaitan pelbagai bidang termasuk kesedaran politik, advokasi polisi dan kecerdikan watan. Murid diberikan peluang dan galakan menyertai program kokurikulum bahasa yang dilaksanakan oleh KPM pada setiap tahun seperti Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen, pertandingan pidato, pertandingan syarahan, pertandingan bicara berirama, pertandingan choral speaking, Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah Berasrama Penuh dan melaksanakan Speaker’s Corner. Program berkenaan diadakan pada pelbagai peringkat daripada sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang melibatkan sekolah rendah, menengah dan lepasan menengah bagi memberi peluang sama rata kepada semua murid daripada pelbagai latar belakang. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, keseluruhan program ini dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris

(MBMMBI) sebagai salah satu aktiviti sokongan akademik.

Usaha KPM dalam menyemai budaya perdebatan yang matang dan sihat dalam kalangan murid sekolah juga tidak terbatas kepada pelaksanaan melalui aktiviti kokurikulum sahaja. Namun telah dilaksanakan melalui mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kokurikulum sejarah memberi fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan pendidikan politik melalui beberapa tajuk secara kronologi. Ini bertujuan untuk membina karakter yang positif supaya murid boleh berfikir dan bertindak bijak dalam mentafsir sesuatu isu dan peristiwa serta membuat keputusan yang rasional. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bachok.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang sangat komprehensif.

Saya cuba recall-lah memang soalan ini dihantar apabila ada sahabat dalam bidang pendidikan juga yang berhasrat untuk melihat kalau boleh biar Menteri juga boleh bersedia untuk berdebat di peringkat nasional tentang dasar dan hala tuju pendidikan negara tapi beliau telah menolak. Tidak mengapalah.

Tan Sri Speaker, saya kira kita semua boleh bersetuju bahawa pentingnya budaya berdebat ini secara lebih subur di peringkat sekolah. Bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Bukan sekadar sekolah menengah dan juga IPT. Ini penting untuk menajamkan akal, menajamkan fikiran dan mencari maklumat yang sahih dan solusi yang terbaik.

Soalan saya apakah perancangan di pihak kementerian supaya digabungkan aspek kemahiran public speaking ini, pengucapan awam ini dan juga pendidikan politik secara lebih tersusun. Sekarang ini nampaknya yang tertentu sahaja terlibat dalam program-program sebegini. Bukannya dibudayakan secara lebih meluas dalam konteks silibus pendidikan ataupun program kokurikulum yang lebih meluas. Soalan sampinganlah adakah kementerian juga bersedia untuk mewujudkan pertandingan debat atau kelab debat dalam kalangan guru-guru sekolah pula? Bukan untuk bincang bab politik tapi tentang dasar dan juga hala tuju pendidikan negara. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Sebab dalam di banyak-banyak program di kokurikulum seperti choral speaking, maybe public speaking yang juga kemahiran public speaking, kita akan – bukan semua anak murid adalah baik dalam public speaking tapi kita boleh mendedahkan mereka kepada environment bagaimana mengatasi bila mereka naik pentas. Yang ini kita memang – semua sekolah kita ada Speaker’s Corner di semua

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

sekolah. Kita ada Speaker’s Corner di mana anak-anak murid kita akan boleh ada peluang untuk berucap.

Walau bagaimanapun, Pertandingan Bahas Guru Piala KPPM, kita ada laksanakan oleh BPSH dan juga saya ucapkan terima kasih kepada cadangan. Kita akan meneliti dengan terperinci atas cadangan yang dikemukakan oleh YB dan kita akan memperhalusi di peringkat KPM bagaimana untuk memartabatkan pendidikan negara selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pulai.

final • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya kalau kita lihat sejarahnya, perdebatan di sekolah ini sebenarnya daripada sejak dulu lagi telah ada. So sebahagian kita mungkin adalah debater di peringkat sekolah dahulu. Tapi kalau kita lihat dari segi kefahaman politik ini atau pendidikan politik ini di kalangan anak muda atau pun hasil daripada sekolah ini agak membimbangkan sebab mereka terpengaruh dengan sentimen perkauman yang sempit, terpengaruh dengan TikTok dan sebagainya, sangat mudah mempercayai sesuatu perkara itu. Seolah-olahnya pendidikan politik itu tidak berjaya dilaksanakan di peringkat sekolah ini.

Saya mencadangkan, saya melihat ada beberapa sekolah yang telah melaksanakan proses ini iaitu mereka melaksanakan pendemokrasian di peringkat sekolah ini. Melantik pimpinan-pimpinan di peringkat sekolah ini melalui pemilihan. Ada pilihan raya di peringkat sekolah dan sebagainya untuk mereka lebih matang dari segi politik ini. Mereka telah dididik dengan demokrasi ini daripada peringkat sekolah lagi. Apa pandangan Timbalan Menteri?

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat. Bertentang dengan – kita nak utamakan dari segi demokrasi. Itu satu cadangan yang baik. Tapi yang utama kita nak semaikan Rukun Negara. I think yang utama itu Rukun Negara yang itu memang adalah amat penting. Bagi kita, kokurikulum mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik adalah – kita memang sudah memberi fokus kepada pengetahuan kemahiran dan nilai tentang sejarah penggubalan matlamat dan prinsip Rukun Negara.

Memang banyak unsur luar seperti TikTok, seperti Facebook yang lain-lain. Jadi ini mungkin kita akan berharap anak-anak murid kita boleh lebih berfikiran lebih exposed kepada unsur-unsur ini tetapi mereka boleh berfikiran dengan lebih matang.

Dari segi demokrasi juga, KPM akan bekerjasama atau memang kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Akademi Pilihan Raya untuk mengadakan simulasi pilihan raya dalam pemilihan kepimpinan murid. Kita sudah lakukan ini di lebih kurang 2,000 buah sekolah. Jadi kita akan teruskan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.

final • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tan Sri Speaker. Bayan Baru nombor sembilan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah impak CPTPP ke atas industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan kontrak kerajaan.

Bagaimana Kerajaan memastikan syarikat kecil dan sederhana boleh survive dalam keadaan persaingan syarikat besar asing.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Bayan Baru. Walaupun nama Sim, Sim tapi dia bukan sepupu saya.

Kawan baik saya, rakan seperjuangan Malaysia telah berjaya merunding beberapa fleksibiliti di dalam bab Perolehan Kerajaan ataupun PK di bawah CPTPP ataupun Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership dalam usaha untuk meneruskan agenda

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

membantu syarikat tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mendapatkan kontrak kerajaan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Dalam hal ini, Malaysia telah memperoleh keutamaan harga bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang tertakluk di bawah CPTPP di mana syarikat bumiputera akan diberikan keutamaan berdasarkan kategori, nilai perolehan dan peratusan keutamaan. Keutamaan ini juga dipanjangkan kepada syarikat tempatan yang lain yang membekalkan barang dan perkhidmatan daripada negara CPTPP.

Selain itu, Malaysia juga mendapat kelonggaran bagi membangunkan syarikat tempatan dan syarikat bumiputera dalam sektor pembinaan. Antara kelonggaran tersebut adalah kerajaan dibenarkan untuk memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada nilai tahunan kontrak perolehan kerja tertakluk ataupun dengan izin, covered procurement iaitu kerja-kerja yang tertakluk kepada CPTPP ini kepada kontrak bumiputera bagi kontrak kerja yang melebihi nilai ambang. Tambahan lagi nilai perolehan yang melibatkan kontrak kerja gred G1 hingga G6 adalah tidak tertakluk di bawah bab PK yang saya sebut tadi.

Secara umumnya, syarikat tempatan termasuk PKS masih boleh menyertai perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja di bawah nilai ambang bab PKCPTPP.

Malaysia juga telah berjaya merundingkan beberapa pengecualian di bawah bab PK ini dalam usaha untuk meneruskan peluang kepada PKS menyertai perolehan kerajaan yang antaranya terdiri daripada:

(i) perkongsian awam swasta ataupun private-public partnership

(PPP) termasuk projek-projek bina, operasi dan pindah atau build, operate and transfer (BOT) dalam konsesi kerja awam;

(ii) perolehan berhubung dengan program pembangunan luar bandar di kawasan luar bandar dengan kurang daripada 10,000 penduduk dan program pembasmian kemiskinan untuk isi rumah yang berpendapatan di bawah pendapatan garis kemiskinan Malaysia;

(iii) program-program perumahan rakyat;

(iv) perkhidmatan pembinaan yang berkaitan dengan penyelenggaraan cerun; dan

(v) perkhidmatan pengerukan ataupun dredging, dengan izin.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bayan Baru.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih YB. Steven Sim. Sim Tze Tzin dan Shahidan Kassim, semuanya Sim tapi bukan sepupu ya.

[Ketawa] Saya ingin terima kasih kepada kerajaan kerana memberi banyak kelonggaran untuk PKS kita kerana kita tahu bahawa syarikat-syarikat besar kalau masuk ke Malaysia, dia memberi saingan yang sangat besar kepada PKS kita terutamanya syarikat-syarikat yang kecil tidak mampu bersaing dengan syarikat besar.

Jadi, kita harus melihat CPTPP ini secara positif juga. Bagaimana? Kerana kita pun mempunyai pasaran yang lebih luas. Jadi, adakah rancangan kerajaan untuk membawa PKS kita untuk menembusi pasaran negara-negara CPTPP. Ini kerana syarikat-syarikat besar Malaysia, memang mereka sudah boleh berdikari, boleh pergi ke luar menembusi pasaran besar tetapi untuk syarikat PKS kita ini, mereka tidak mempunyai knowledge atau prosedur dan sebagainya untuk menembusi negara-negara CPTPP yang memberi peluang yang cukup besar untuk syarikat Malaysia. Mohon pencerahan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Bayan Baru, Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Betul apa yang dikatakan oleh saudara saya, Bayan Baru itu. Sebenarnya CPTPP ini mempunyai kelebihan contohnya memberikan peluang kecapaian ataupun akses kepada perniagaan kita kepada pasaran yang lebih besar dan kita juga boleh memperoleh ataupun mendapat sumber bahan mentah dengan harga yang lebih kompetitif, meningkatkan peluang pelaburan asing serta peluang pembangunan kapasiti dengan bantuan kepakaran teknikal terutamanya dari luar negara.

Jadi, antara kelebihan CPTPP kepada negara kita Malaysia dan kita faham bahawa PKS kita, syarikat-syarikat tempatan terutamanya PKS mungkin menghadapi cabaran. Justeru itu, pelbagai program telah dilaksanakan contohnya bagi Pelan Tindakan Bersepadu PKS ataupun SME Integrated Plan of Action telah disediakan untuk penyelarasan, rancangan pelaksanaan pemantauan serta penilaian hasil program pembangunan PKMS yang dilaporkan oleh pelbagai agensi dan kementerian.

Bagi tahun 2023 contohnya, terdapat 225 program pembangunan PMKS untuk dilaksanakan dengan peruntukan kewangan berjumlah RM10.64 bilion dan dijangka akan memberi manfaat kepada 644,731 PMKS. Bukan sahaja PKS tetapi PMKS melalui pelaksanaan oleh 12 kementerian dan 63 agensi termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang merangkumi lima bidang tumpuan:

(i) akses kepada pembiayaan;

(ii) pembangunan modal insan;

(iii) akses kepada pasaran;

(iv) adaptasi teknologi dan inovasi; dan

(v) program-program untuk peningkatan ataupun penambahbaikan infrastruktur.

final • 11:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

Bagi tahun 2023, SME Corp Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta dan daripada jumlah itu, RM79 juta diperuntukkan untuk membantu pengembangan dan pertumbuhan perniagaan sehinggalah kepada peluasan pasaran PMKS ke luar negara seperti yang telah diminta oleh YB Bayan Baru. Bantuan geran ini menyasarkan lebih kurang 1,163 penerima manfaat dan bermula Januari hingga Oktober tahun ini, sejumlah 1,855 PMKS telah mendapat manfaatnya. Walaupun kita target hanya 1,100 tetapi kita dah mencapai lebih 1,800 PMKS untuk mencapai manfaat tersebut dengan nilai yang diluluskan berjumlah RM57.42 juta. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kapar.

final • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah langkah bagi memastikan Malaysia tidak dibelenggu dengan klausa ISDS yang terkandung dalam CPTPP serta dalam masa yang sama, dapat melindungi kepentingan syarikat tempatan daripada persaingan syarikat multinasional yang mempunyai dana yang lebih besar.

Kedua, apakah langkah-langkah yang kerajaan dapat laksanakan bagi melindungi harta intelek tempatan termasuk dalam menambah nilai niche produk negara dengan izin, bagi membolehkan ia bersaing dengan sesebuah kolam pasaran atau market pool CPTPP yang besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

Sebenarnya soalan asalnya menuju kepada proses perolehan kerajaan. Jadi, ia berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Mungkin soalan- soalan yang dibangkitkan itu lebih kepada kementerian lain tetapi saya cuba untuk jawab.

Lebih kepada MITI contohnya tetapi saya cuba jawab. Saya tak bagi tahu tadi dalam aspek

final • 11:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

perlindungan kepada syarikat-syarikat tempatan kita, kita ada membincangkan beberapa fleksibiliti dan saya telah pun memberikan fleksibiliti-fleksibiliti tersebut termasuk contohnya keutamaan harga bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang tertakluk di bawah CPTPP dan mungkin saya bagi sedikit lagi maklumat secara lebih jitu.

Contohnya kategori pertama, keutamaan harga bagi syarikat bumiputera yang membekalkan barangan asal daripada mana-mana negara ahli CPTPP, contohnya untuk nilai perolehan melebihi RM5,000 sehingga RM1.5 juta, peratusan keutamaan tujuh peratus, yang melebihi RM1.5 juta sehingga RM5 juta, lima peratus. Melebihi RM5 juta sehingga RM10 juta, tiga peratus. Melebihi RM10 juta sehingga RM15 juta, 2.5 peratus.

Jadi ini antara contoh yang telah kerajaan lakukan untuk melindungi syarikat-syarikat terutamanya PMKS termasuk syarikat bumiputera di Malaysia dalam pelaksanaan CPTPP. Yang selebihnya mungkin harta intelek dan sebagainya, ia lebih kepada kementerian lain contohnya KPDN. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 30 November 2023.”

final • 11:38 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:38 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Saya menyokong.

final • 11:38 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti telah dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:38 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bangun 18(1).

final • 11:38 PM

Tuan Yang di-Pertua

Standing order? Sebentar ya.

final • 11:38 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1) ya. Yang Berhormat, yang pertama sebelum saya pergi 18(1), saya nak tanya Yang Berhormat. Bila Yang Berhormat pamerkan nama tentang kedudukan kesihatan itu, adakah Yang Berhormat akan sebut situ, macam apa tu Kota Raja jantung, tidak sebutkan? Cuma nama saja, nama okeylah.

Kalau Yang Berhormat sebut nama itu sebab sekarang ini orang bukan doa kita bagi baik, orang doa kita cepat jalan supaya ada pilihan raya kecil.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu saya minta Yang Berhormat lapan orang itu, cepat-cepatlah buat medical checkup sebelum 1 hari bulan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Macam saya, saya sudah buat lebih awal daripada kawan-kawan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak, ini hat yang terbaru ini. Silakan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya terima kasih. 18(1) Yang Berhormat, saya ingin bawa usul berhubung dengan amalan rasuah yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dah masuk usul? Yang Berhormat, dah masuk usul belum?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekejap lagi masuklah.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, tak boleh. Masuk dulu, masuk dulu.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bentang sedikit supaya rakyat Malaysia faham.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab mereka ini dapat soalan PMQT Yang Berhormat. Kami tidak dapat. Isytihar nak masuk pembangkang, dapat soalan. Kami tak dapat.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dak, tak boleh macam itu Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita duduk sampai berakar sini tak dapat, diorang dapat.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Speaker ada kuasa itu saya minta tolong pertimbang sekurangnya bagi satu dekat kami. Tapi dah habis dah Parlimen pun, tapi tak apalah. Ke depan ni fikirkan jangan buat macam itu. Ada nak lompat dapat soalan PMQT. Selepas itu bagi soalan bola tanggung.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun tak tahu kata dia nak lompat. Saya tak tahu.

Saya tak tahu sebenarnya.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tak tahu okeylah.

Dia orang yang buat kerja ini tak betul. Sebab apa? PM menjawab bola tanggung. Macam kelmarin yang melompat, katak lompat kelmarin itu, dapat soalan terus isytihar. Bagi malu habis kami. Sebenarnya tidak ada masalah sangat tapi memalukan kami, kami akan malukan dia. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Selangor ada apa? Standing order?

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tan Sri, Tan Sri dengan izin. Tan Sri dengan izin. Saya ingin untuk merakamkan alu-aluan kedatangan dan lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, Kuala Selangor. Guru-guru dan murid-muridnya turut sama. Terima kasih Tan Sri.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KEKEBALAN BIDANG KUASA NEGARA ASING 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi kekebalan negara asing dan hartanya, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan Negara Asing daripada bidang kuasa Malaysia; hal keadaan bagi penepian kekebalan, had kekebalan; penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing; penarikan balik kekebalan apabila tiada layanan salingan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Pemerbadanan) 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kerja Raya [Dato Sri Alexander Nanta Linggi]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

(Pindaan) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang. Dengan izin.

final • 11:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:43 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia, hak asasi rakyat dijamin di bawah Bahagian II, kebebasan asasi, fundamental liberties dengan izin, Perlembagaan Persekutuan dari Perkara 5 hingga kepada Perkara 13 yang melindungi hak terhadap harta dan seterusnya. Perkara ini juga diperuntukkan dalam seksyen 2, tafsiran Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597].

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:43 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dalam setiap agama tidak kiralah agama Islam, Kristian, Buddha, Hinduisme mahupun agama-agama lain, hak asasi dan prinsip kemanusiaan dimartabatkan. Pada peringkat antarabangsa pula, terdapat pelbagai instrumen yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Instrumen utama ialah Universal Declaration of Human Rights (UDHR) dengan izin yang telah wujud sejak 10 Disember 1948 dan menggariskan prinsip-prinsip hak asasi manusia termasuklah prinsip kesamarataan.

UDHR ini tidak mengikat mana-mana negara tetapi diperhatikan secara meluas sebagai perintis undang-undang hak asasi manusia antarabangsa kontemporari dan juga menjadi asas kepada penciptaan beberapa konvensyen lain yang mengikat secara sah.

Selain itu, terdapat instrumen lain seperti ASEAN Human Rights Declaration dan Deklarasi Kaherah yang juga menjamin hak asasi manusia dari sudut budaya timur dan prinsip Islam. Prinsip hak asasi manusia antarabangsa disesuaikan dengan konteks Malaysia dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan Bab II yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Inisiatif untuk menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia kebangsaan, National Human Rights Institution (NHRI) dengan izin di Malaysia telah bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, dengan izin United Nations Commission on Human Rights (UNCHR) dari tahun 1993 hingga 1995, apabila Malaysia telah dipilih untuk menganggotai Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Susulan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang dikenali sebagai Akta 597, yang telah mula berkuat kuasa pada 20 April 2000. Akta 597 ini telah dipinda sebanyak dua kali pada tahun 2009 bagi mengukuhkan SUHAKAM khususnya dari segi proses pemilihan dan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM serta fungsi dan kuasa SUHAKAM.

Selepas lebih dua dekad penubuhannya, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 mengambil langkah proaktif untuk menambah baik kelompangan yang sedia ada iaitu dengan izin gaps bagi memastikan SUHAKAM yang juga merupakan badan pemantau kerajaan dengan izin oversight body yang kekal relevan sebagai organisasi yang progresif tanpa membelakangkan acuan unik negara kita.

Kerajaan kini mengambil langkah ini sebagai fasa penambahbaikan yang berikutnya untuk terus memperkasa fungsi SUHAKAM dalam membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia, selaras dengan seksyen 4, Akta 597.

Kerajaan Perpaduan berpandangan, telah tiba masanya bagi kita menerima hakikat bahawa nilai ihsan dalam konsep madani sewajarnya menjadi teras dalam semua polisi Kerajaan Madani. Tidak kira polisi yang berkaitan dengan sektor awam mahupun sektor swasta. Hal ini kerana pandemik COVID-19 telah membuka mata kita bahawa kewajipan untuk melindungi hak asasi manusia mencakupi pelbagai dimensi dan pemegang taruh termasuk sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, agenda penambahbaikan SUHAKAM ini melalui cadangan pindaan kepada Akta 597, mengambil kira syor-syor yang telah diberikan oleh dengan izin Global Alliance of National Human Rights Institution ataupun GANHRI. GANHRI merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menyemak dan mengakreditasikan setiap Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) di seluruh dunia berdasarkan tahap kepatuhan NHRI kepada Prinsip Paris dengan izin the Paris Principle. GANHRI juga menyediakan garis panduan dan menetapkan piawaian minimum dan amalan baik bagi pentadbiran NHRI.

Pada 28 Jun 2021, GANHRI telah mengakreditasikan semula SUHAKAM dengan status A dan Malaysia telah berjaya mengkekal status A semenjak tahun 2009. Pada

final • 11:43 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

tahun 2021, GANHRI telah mengemukakan enam syor yang penting bagi memastikan sistem semak dan imbang beroperasi dengan baik.

Syor-syor yang dikemukakan adalah tentang penambahbaikan proses pemilihan dan pelantikan, pelantikan pesuruhjaya sepenuh masa, peruntukan yang mencukupi, kerjasama bersama organisasi dan institusi hak asasi manusia yang lain, perbahasan laporan di Parlimen dan penambahbaikan mekanisme pergantungan pesuruhjaya.

Sebagai negara yang menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan selaras dengan komitmen Malaysia, kita harus mengambil langkah secara berterusan agar hak asasi manusia di Malaysia sentiasa ditegakkan dan Malaysia dihormati oleh negara-negara lain serta disegani di persada antarabangsa sebagai pelindung hak asasi manusia.

Cadangan pindaan pada hari ini, iaitu 11 fasal rang undang-undang pindaan Akta 597 menggambarkan usaha Kerajaan Perpaduan untuk mencorak landskap reformasi institusi di negara kita. Komitmen ini telah saya nyatakan sewaktu Hari Hak Asasi Manusia 2022 dan juga melalui pelbagai kenyataan media sepanjang tahun ini, tahun 2023.

Usaha ini juga adalah untuk memastikan tata kelola dan pengurusan hak asasi manusia adalah berkesan bagi memastikan semua pemegang taruh menjunjung dan menghormati prinsip-prinsip hak asasi manusia, selaras dengan prinsip madani serta memastikan SUHAKAM dapat melaksanakan tanggungjawab statutorinya secara lebih efektif.

final • 11:43 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tiada kompromi dalam hal ini malah hak asasi manusia merupakan antara agenda terpenting untuk kerajaan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang- undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 mengandungi 11 fasal seperti yang diperincikan dalam salinan rang undang-undang dengan izin, blue bill yang telah diedarkan pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada 27 November 2023, dengan izin saya ingin menghuraikan beberapa fasal yang penting.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 597 untuk memperuntukkan secara nyata kuasa SUHAKAM dalam menjalankan fungsinya untuk melawat selain daripada tempat tahanan mana-mana institusi dan tempat lain, mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis atau yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan institusi dan tempat itu.

Fasal ini juga bertujuan untuk memberikan kuasa tambahan kepada suruhanjaya dalam menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubungan dengan kanak-kanak iaitu untuk menerima apa-apa komunikasi daripada kanak-kanak, sama ada secara langsung ataupun melalui mana-mana orang atau pihak berkuasa yang berhubungan dengan aduan dan keperluan kanak-kanak dan untuk bertindak atas aduan dan keperluan itu.

Fasal ini juga memberi suruhanjaya kuasa untuk mengadakan dan menerima pakai mekanisme dan tatacara dalam menggalakkan penyertaan kanak-kanak, dengan izin promoting the participation of children dalam perkara yang berkenaan dengan mereka.

Fasal 3 pula bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 597 yang berhubungan dengan bilangan keanggotaan suruhanjaya dan kriteria pelantikan anggota suruhanjaya.

Pindaan ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bilangan minimum keanggotaan suruhanjaya dan untuk memperuntukkan secara nyata bahawa anggota suruhanjaya hendaklah dilantik dalam kalangan warganegara Malaysia.

Yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia yang terdiri daripada lelaki dan wanita daripada pelbagai latar belakang, agama atau kaum dan orang kurang upaya, anggota suruhanjaya yang dilantik hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wakil orang kurang upaya dan sekurang- kurangnya 30 peratus wakil dalam kalangan wanita.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik, tidak boleh dilantik sebagai anggota suruhanjaya. Pindaan ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan keanggotaan suruhanjaya merangkumi semua golongan masyarakat dan untuk memastikan suruhanjaya menjalankan fungsinya secara bebas dan dengan penuh integriti.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 6A ke dalam Akta 597 untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan dua orang Pesuruhjaya Kanak-kanak dalam kalangan anggota suruhanjaya, dengan fungsi untuk menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubungan dengan kanak-kanak.

Tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan setiap Pesuruhjaya Kanak-kanak ialah tempoh keanggotaan mereka dalam suruhanjaya.

Seksyen baharu ini juga menjelaskan bahawa fungsi Ketua Pesuruhjaya Kanak- kanak dan Pesuruhjaya Kanak-kanak di bawah seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan fungsi mereka sebagai anggota suruhanjaya. Seksyen ini juga memperuntukkan bahawa dalam menjalankan fungsi mereka, Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan Pesuruhjaya Kanak-kanak hendaklah tertakluk kepada arahan Pengerusi Suruhanjaya.

Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 8 Akta 597 untuk memperuntukkan bahawa selain Pengerusi Suruhanjaya, Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan Pesuruhjaya Kanak-kanak hendaklah dibayar saraan dan elaun, memandangkan mereka merupakan pesuruhjaya yang ditetapkan secara khas untuk menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubungan dengan kanak-kanak dan hendaklah berkhidmat secara sepenuh masa.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 597 yang berhubungan dengan kehilangan kelayakan anggota suruhanjaya dengan menggantikan subperenggan 10(d)(ii) Akta 597 untuk memperuntukkan bahawa seorang anggota suruhanjaya boleh dipecat jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong jika Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri, berpendapat bahawa anggota itu telah melanggar tatalaku yang diadakan di bawah seksyen baharu 10A.

Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 10A dan 10B ke dalam akta. Seksyen baharu 10A memperuntukkan bahawa Menteri boleh mengadakan tatalaku yang hendaklah dipatuhi oleh anggota suruhanjaya manakala seksyen baharu 10B memperuntukkan mengenai pelantikan anggota tribunal penyiasatan dan bahawa anggota tribunal penyiasatan boleh dibayar elaun.

Tribunal penyiasatan hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh anggota suruhanjaya dan hendaklah membuat dapatannya dan boleh membuat apa-apa syor berdasarkan dapatannya kepada Perdana Menteri.

Jika tribunal penyiasatan mendapati selepas penyiasatnya selesai bahawa terdapat pelanggaran tatalaku, tribunal penyiasatan hendaklah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya anggota suruhanjaya itu dipecat daripada menjadi anggota suruhanjaya. Jika tribunal penyiasatan mendapati bahawa tiada pelanggaran tatalaku tribunal penyiasatan hendaklah menggugurkan perkara itu dan memaklumkan Perdana Menteri dengan sewajarnya.

Seksyen baharu ini juga memperuntukkan bahawa jika penyiasatan dimulakan berkenaan dengan pelanggaran tatalaku yang dikatakan itu Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri menggantung anggota suruhanjaya itu daripada menjalankan fungsinya.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 11A Akta 597 yang berhubungan dengan Jawatankuasa yang dirundingi oleh Perdana Menteri sebelum memberikan nasihatnya kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan anggota suruhanjaya.

Melalui pindaan ini subseksyen baharu 11A(2A) dimasukkan ke dalam Akta 597 untuk

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

memperuntukkan bahawa anggota Jawatankuasa itu boleh dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri.

Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan sub seksyen baharu 13(3) ke dalam Akta 597 untuk memperuntukkan bahawa jika suruhanjaya telah merujukkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia kepada pihak berkuasa atau orang yang berkaitan, pihak berkuasa atau orang yang berkaitan yang dirujuk itu hendaklah memaklumkan suruhanjaya mengenai apa-apa tindakan yang diambil berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia itu. Penambah peruntukan ini bertujuan untuk menambah baik aliran prosedur kerja secara keseluruhan dan bagi memastikan kesempurnaan proses aduan, penyiasatan dan tindakan susulan supaya SUHAKAM dapat menangani pelanggaran hak asasi manusia secara lancar.

Fasal 10 bertujuan untuk menggantikan seksyen 14(2) yang berhubungan dengan kuasa suruhanjaya dalam menjalankan siasatan terhadap aduan pernyataan pelanggaran hak asasi manusia untuk memanggil mana-mana orang yang berada dalam tahanan di tempat tahanan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau yang ditempatkan di mana-mana institusi atau tempat lain untuk memperuntukkan bahawa saman bagi maksud memanggil orang itu hendaklah dikeluarkan mengikut undang-undang bertulis atau garis panduan yang terpakai bagi tempat tahanan, institusi atau tempat itu.

Fasal 11 bertujuan untuk menggantikan seksyen 22 Akta 597 yang berhubungan dengan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan di bawah Akta 597 berbangkit daripada kemasukan peruntukan yang berhubungan dengan tribunal penyiasatan.

Dengan pindaan ini Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan penyiasatan oleh tribunal penyiasatan termasuk tatacara bagi perjalanan penyiasatan oleh tribunal penyiasatan dan peluang bagi suatu representasi dibuat oleh anggota suruhanjaya yang dengannya penyiasatan itu berkaitan sebelum sesuatu dapatan dibuat oleh tribunal penyiasatan.

Sesungguhnya sebagaimana saya pernah menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini semasa pembentangan usul untuk membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM bagi tahun 2020, Kerajaan Perpaduan akan terus memperkukuhkan dan mempertingkatkan hak asasi manusia ke arah tiada siapa tertinggal dengan izin, will strengthen and enhance human rights towards leaving no one behind. Kerajaan Perpaduan berkeyakinan cadangan pindaan ini akan memperkukuhkan lagi pemuliharaan hak asasi manusia di Malaysia. Kita memerlukan sebuah organisasi hak asasi manusia negara yang kukuh, bebas dan berkesan yang berkhidmat untuk rakyat dan hanya untuk rakyat.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Isu-isu hak asasi manusia merupakan satu perkara yang merentasi dengan izin, cross-cutting antara satu agensi dengan agensi yang lain. Justeru itu, penyelarasan yang bersepadu hendaklah dibuat agar cadangan pindaan ini dapat dilaksanakan secara baik dan efisien.

Saya juga percaya dengan cadangan pindaan kepada Akta 597, SUHAKAM akan dapat memperkukuhkan peranan dan fungsi mereka dan tidak lagi menjadi “harimau yang tidak bertaring”. Pada masa yang sama, saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang pindaan yang dicadangkan ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Terdapat 19 pembahas untuk hari ini. Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Bangi, YB Kuantan, YB Petaling Jaya, YB Besut, YB Kuala Selangor, YB Tumpat, YB Jelutong, YB Jerlun, YB Segamat, YB Bagan Serai, YB Rasah, YB Pasir Mas, YB Bentong, YB Kapar, YB Ampang, YB Masjid Tanah, YB Klang, YB Seputeh dan YB Bayan Baru.

Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

final • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Puan Timbalan Speaker, saya sebenarnya amat teruja untuk membahaskan rang undang-undang ini kerana saya telah lama bekerjasama dengan SUHAKAM dan saya tahu isu-isu yang dihadapi oleh pihak SUHAKAM.

Saya terus ke dalam perbahasan saya Puan Timbalan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini akan memperkenalkan satu seksyen yang ‘menyahlayak’ atau dengan izin, ‘disqualify’ mereka yang dikatakan aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana- mana parti politik daripada dilantik menjadi anggota Suruhanjaya.

Secara dasarnya Puan Timbalan Yang di-Pertua, cadangan ini adalah satu cadangan yang baik kerana ia dapat memastikan bahawa SUHAKAM ini bebas daripada pengaruh politik partisan. Cuma saya fikir perlu diperjelaskan lagi apa yang dimaksudkan dengan “aktif dalam politik” sebab kadang kala ada orang yang layak mempunyai human rights credential, pernah masuk parti tetapi mungkin tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam parti tersebut. Atau pun mungkin orang itu sudah bersara. Mungkin satu hari nanti YB Pasir Gudang boleh dipertimbangkan untuk menjadi Pesuruhjaya. Adakah itu termasuk dalam apa yang dikatakan disqualification itu.

Maka, saya mohon supaya Menteri memperjelaskan lagi mengenai cadangan seksyen 5(3B) ini sebagai panduan untuk kita semua. Saya juga ada dua soalan.

Pertamanya, adakah seksyen ini akan bersifat retrospektif, maknanya jika ada sekarang Pesuruhjaya yang merupakan ahli politik, adakah mereka akan hilang kelayakan?

Kedua, saya difahamkan pada ketika ini, Pengerusi SUHAKAM ada kekosongan.

Jadi, saya ingin bertanya bilakah kerajaan akan mengisi kekosongan ini? Kemudian, seterusnya kepada pindaan, cadangan pindaan seksyen 8 di mana di situ Ketua Pesuruhjaya, Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan juga Pesuruh-Pesuruhjaya Kanak- kanak akan diberikan saraan dan elaun dan akan bertugas sepenuh masa.

Saya cadangkan supaya perkara ini diluaskan kepada semua Pesuruhjaya.

Bukan hanya tiga kategori ini supaya semua Pesuruhjaya bertugas sepenuh masa dan akan mendapat saraan dan elaun yang berpatutan. Maknanya, apabila mereka dengan SUHAKAM, Puan Timbalan Yang di-Pertua, mereka tidak boleh menjadi anggota badan yang lain. Mereka tidak boleh menerima gaji swasta atau elaun daripada mana-mana tempat lain supaya kita nak semasa mereka dengan SUHAKAM ini, mereka tidak ada konflik kepentingan dalam mereka menjalankan tanggungjawab mereka.

Seterusnya, saya sambut baik cadangan pindaan terhadap seksyen 10, seksyen baharu 10A dan juga 10B tentang menggugurkan Pesuruhjaya yang melanggar kod tatalaku melalui suatu siasatan tribunal. Tetapi saya ingin cadangkan mungkin di masa hadapan, kita pertimbangkan supaya pemilihan, penggantungan dan juga pemecatan Pesuruhjaya ini dibawa ke Parlimen.

final • 11:53 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi, bukan hanya kuasa Eksekutif sahaja tetapi dibawa ke Parlimen dan ini sebenarnya selari dengan Global Alliance on National Human Rights Institution punya syor-syor yang telah dibuat sebelum ini. Saya juga cadangkan seksyen 11A yang sedia ada dipinda supaya proses pelantikan itu lebih terbuka kerana pada masa ini Puan Timbalan Yang di-Pertua, anggota Jawatankuasa Pelantikan ini adalah suatu rahsia. Kita tidak tahu siapa pun mereka tetapi mereka bertanggungjawab untuk mengesyorkan tentang pelantikan.

Puan Yang di-Pertua, cadangan pindaan kepada seksyen 13 akan memastikan bahawa SUHAKAM dimaklumkan mengenai apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa mengenai pelanggaran hak asasi manusia. Ini amat penting Puan Yang di- Pertua. Kerana selepas membuat siasatan dan aduan pelanggaran, ia dirujuk kepada pihak berkuasa. Pindaan ini akan pastikan bahawa pihak berkuasa ini akan maklumkan kepada SUHAKAM apa tindakan yang mereka akan ambil.

Sebab sebelum ini, tidak ada obligasi tersebut. Sekarang dengan izin, paksa mereka ini untuk maklumkan kepada SUHAKAM apa tindakan yang mereka akan ambil.

Saya juga ingin cadangkan di masa hadapan, kita masukkan juga satu obligasi positif, positive obligation kepada badan-badan termasuk kerajaan sendiri kalau SUHAKAM ini memberikan syor, badan-badan ini dan termasuk kerajaan perlu memberi satu maklum balas rasmi mengenai apa yang telah disyorkan oleh pihak SUHAKAM. Saya pohon satu minit lagi sebab banyak yang saya nak kupaskan tentang SUHAKAM ini.

Sebab Puan Yang di-Pertua, kenapa saya katakan sedemikian adalah sebelum ini banyak syor-syor yang telah dibuat tetapi sama ada tidak diendahkan atau tidak ada maklum balas rasmi daripada pihak kerajaan atau badan-badan yang berkenaan. Jadi, kalau kita masukkan obligasi positif ini, ia sekurang-kurangnya akan memastikan bahawa terdapatnya maklum balas.

Kemudian, dengan cadangan seksyen 4(2)(d) pula, SUHAKAM bukan hanya mempunyai kuasa untuk melawat tempat tahanan tetapi juga institusi atau tempat lain. Ini penting, kerana kita kena ingat bahawa pelanggaran hak asasi manusia ini tidak hanya berlaku di tempat tahanan. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Jadi, dengan kuasa yang ada ini, maknanya sekarang ini SUHAKAM boleh pergi ke mana-mana tempat untuk membuat lawatan dan juga membuat syor-syor. Sehubungan dengan ini, saya juga ingin mendapat komitmen daripada pihak kerajaan, daripada pihak Menteri bahawa badan- badan awam tidak akan ada halangan. Malah, akan memudah cara lawatan oleh SUHAKAM ini.

Akhir sekali Puan Tuan di-Pertua, saya ingin dengan ini merakamkan ucapan syabas dan tahniah buat Menteri dan juga seluruh warga kerja JPM Undang-undang dan Reformasi Institusi di atas pembentangan RUU ini. Saya fikir ini adalah pindaan yang paling signifikan terhadap akta SUHAKAM ini sejak ia digubal pada tahun 1999. Secara dasarnya ia akan memperkasakan lagi SUHAKAM ini untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya.

Pindaan ini sekali gus membuktikan bahawa kerajaan ini masih komited kepada reformasi institusi dengan izin, *this government has not abandoned it’s commitment to reform.

[Tepuk]* Di kesempatan ini, saya juga ingin mengingatkan bahawa tanggungjawab untuk mendukung hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya tanggungjawab SUHAKAM tetapi tanggungjawab kerajaan, Ahli Parlimen, badan kehakiman dan juga individu. Hak asasi adalah hak semua dan juga tanggungjawab semua. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Itu sahaja perbahasan saya.

final • 11:53 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

final • 11:53 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kunjungan pemimpin masa depan iaitu tujuh orang pelajar dan enam guru dari MRSM Parit. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

[Tepuk] Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Pindaan 2023.

Pertama sekali saya ingin menyentuh pindaan pada seksyen 5(1) di mana dipinda bilangan anggota Suruhanjaya kepada tidak kurang daripada tujuh orang.

final • 11:53 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Soalan saya, pindaan ini menetapkan bilangan minimum, berapa pula bilangan maksimum anggota suruhanjaya? Saya berpandangan, bilangan anggota suruhanjaya perlu dihadkan. Dalam akta sedia ada, bilangan anggota suruhanjaya dihadkan tidak melebihi 20 orang. Oleh itu, pindaan kali ini juga perlu ada ketetapan jumlah bilangan anggota suruhanjaya agar lebih tersusun dan terancang.

Masih lagi pada seksyen 5, saya bersetuju dengan pindaan subseksyen (3) dan subseksyen baru (3A) yang turut memasukkan wakil orang kurang upaya (OKU) sekurang-kurangnya seorang. Ia merupakan satu tindakan yang baik bagi memberi ruang kepada golongan OKU untuk terlibat secara langsung dan memberikan pandangan mewakili golongan berkenaan.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya pindaan kepada seksyen baharu 6A yang memasukkan berkaitan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan dua orang Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi urusan yang berhubungan dengan kanak-kanak. Soalan saya, apakah mekanisme bagi memilih dan melantik dua jawatan tersebut? Apakah kriteria yang melayakkan seseorang dipilih bagi perjawatan ini?

Pada September lepas, Yang Berhormat Menteri dalam satu kenyataan menyebut RUU Suruhanjaya Kanak-kanak Malaysia akan dibentangkan. Namun, kita melihat pindaan pada Akta 597 ini telah memasukkan seksyen baharu 6A yang menyatakan peranan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak. Soalan saya, apakah status semasa akta tersebut? Adakah ia tidak akan dibentangkan kerana telah ada pindaan seksyen 6A pada Akta 597 ini? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Semasa perbahasan Laporan SUHAKAM pada pertengahan tahun ini, Yang Berhormat Bagan Serai ada mencadangkan agar diwujudkan sebuah Jawatankuasa Panel Syariah bagi membantu SUHAKAM berkaitan perkara yang melibatkan antara prinsip hak asasi manusia dan agama. Ini bertepatan dengan lima prinsip dasar dalam Islam di mana salah satunya ialah hifz al-din iaitu memelihara agama. Saya mohon respons Yang Berhormat Menteri berkenaan cadangan tersebut sebagai langkah ke hadapan bagi Akta 597 ini.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pindaan yang memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 10B berkaitan tribunal penyiasatan. Pada subseksyen (1) dinyatakan anggota tribunal dilantik oleh Perdana Menteri. Soalan saya, mengapakah subseksyen ini memberi kuasa lantikan kepada Perdana Menteri sedangkan kebanyakan seksyen lain iaitu seksyen 5, 6, 8, 9 dan 11, peruntukan kuasa lantikan dan pelucutan kepada Yang di- Pertuan Agong? Kita tahu SUHAKAM adalah sebuah badan bebas. Oleh itu, lantikan oleh Perdana Menteri dibimbangi mempunyai unsur-unsur kecenderungan kepada pihak-pihak tertentu. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Dalam pindaan kali ini, saya melihat terdapat tambahan perjawatan iaitu tiga orang bagi seksyen 6A iaitu Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan dua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan tiga orang lagi anggota tribunal bagi seksyen 10B. Soalan saya, berapakah implikasi kewangan yang melibatkan pindaan bagi kedua-dua seksyen baharu

final • 12:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

ini? Pada minggu lepas, kerajaan telah memberikan peruntukan awal sebanyak RM80 juta kepada MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN).

Perdana Menteri juga telah mengeluarkan arahan agar setiap penjawat awam daripada semua kementerian dan jabatan memulakan pendaftaran.

Soalan saya, adakah program ini bersifat mandatori atau pilihan? Adakah ia tidak melanggar hak asasi atau privasi seseorang? Namun, di luar sana terdapat banyak kekeliruan dan pertanyaan di kalangan rakyat terhadap program ini. Apakah bentuk dan mekanisme pelaksanaan secara digital yang dimaksudkan?

Apakah tahap risiko keselamatan data dan kemungkinan kebocoran maklumat peribadi kepada pihak lain? Adakah fungsi kad pengenalan akan dihapuskan? Adakah sesi penerangan kepada penjawat awam telah dianjurkan terlebih dahulu sebelum program ini akan dilaksanakan?

Yang terakhirnya, saya memetik Surah An-Nahl, Ayat 90. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya; “Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berlaku adil dan berbuat kebajikan”. Saya ingin memetik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat semasa perbahasan SUHAKAM pada pertengahan tahun ini iaitu peruntukan kepada pembangkang juga salah satu bentuk hak asasi manusia.

Namun dalam perkara ini, saya buat semakan dan saya tidak berjumpa apa-apa kenyataan daripada pihak SUHAKAM berkenaan perkara ini. Soalan saya, apakah terdapat arahan dari pihak tertentu agar perkara ini tidak dibangkitkan oleh SUHAKAM?

Jadi pada kali ini, Kuantan menyokong penuh kenyataan Yang Berhormat Tumpat agar kerajaan berlaku adil dengan menyalurkan peruntukan tersebut dengan saksama. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Petaling Jaya? Tidak ada dalam Dewan. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Besut.

final • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya merujuk kepada pindaan seksyen 5(3) dan dibaca bersama dengan 5(3A).

Pertamanya, saya ingin menekankan bahawa pemilihan anggota suruhanjaya sangat penting memandangkan SUHAKAM ini perlu menjalankan fungsi-fungsinya yang biasanya akan terkait dengan isu-isu kontroversi yang pastinya akan menyentuh sensitiviti kaum dan juga agama.

Hal ini boleh dilihat melalui kritikan ramai pihak terhadap kenyataan dan juga laporan rasmi SUHAKAM yang dilihat macam berat sebelah, cenderung kepada nilai-nilai hak asasi Barat dan tidak mengambil kira posisi agama serta budaya masyarakat majoriti di Malaysia, sebagaimana yang disebut dalam isu-isu LGBT. Saya akan terangkan selepas ini.

Tanpa menafikan kepentingan keseimbangan komposisi gender, saya berpandangan sepatutnya mestilah disyaratkan juga dalam Akta SUHAKAM agar bilangan anggota suruhanjaya ini berbangsa Melayu dan juga beragama Islam yang lebih ya, dengan mengikut nisbah penduduk, mesti melebihi jumlah anggota yang dilantik secara keseluruhannya.

Kriteria pelantikan anggota suruhanjaya SUHAKAM ini juga perlu diketatkan bagi memastikan ia dianggotai oleh ahli yang bukan sahaja memahami instrumen hak asasi antarabangsa, tetapi turut memasukkan anggota yang mampu mempertahankan struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang terdiri daripada kedudukan Islam, Raja-raja dan orang Melayu.

Dengan itu, setiap isu boleh diadili dengan lebih cermat dengan kemampuan menyesuaikan instrumen hak asasi antarabangsa dengan nilai setempat dan juga realiti

final • 12:15 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

semasa. Soalan saya, adakah kerajaan telah mempertimbangkan perkara ini dan kenapa syarat yang demikian tidak dimasukkan sekali ke dalam pindaan?

Dalam isu LGBT ini, baru-baru ini ada pihak-pihak tertentu yang tidak prihatin dengan ajaran agama Islam. Tidak prihatin dan tidak sensitif mengatakan bahawa mereka yang terlibat dengan LGBT bebas, mempunyai hak dan boleh mengamalkan LGBT ini asal jangan di tempat terbuka. Ini menyalahi ajaran Islam kami. Saya akan menyatakan bahawa baru-baru ini telah berlaku seorang yang memegang jawatan yang agak tinggi dalam kerajaan terlibat dengan LGBT, unsur-unsur LGBT telah ada. Bila ada unsur-unsur tersebut, tidak ada pun langsung mereka yang menegur.

Kedua, berhubung dengan pelantikan anggota suruhanjaya dalam kalangan OKU.

Sebagaimana yang kita maklum, OKU ini ada banyak sebenarnya kategori seperti kurang upaya pendengaran, penglihatan, pertuturan, pembelajaran, kurang upaya fizikal, mental dan pelbagai lagi.

Soalan saya, bagaimana pemilihan itu akan diadakan dalam memastikan OKU yang dipilih sebagai anggota suruhanjaya ini mewakili suara dan kepentingan masyarakat OKU secara keseluruhannya? Mohon penjelasan dari segi proses dan juga prosedur.

Adakah kerajaan akan meminta pencalonan daripada persatuan-persatuan tertentu misalnya?

Seterusnya, saya rujuk kepada 5(3B). Saya melihat perkataan yang digunakan dalam pindaan ini sangat agak kabur. Soalan saya, apakah rasional kerajaan meletakkan perkataan yang menunjukkan seseorang individu itu bukan sahaja tidak boleh berdaftar dengan mana-mana parti, tetapi langsung tidak boleh terlibat secara aktif juga? Hal ini seolah-olah telah melanggar hak asasi seorang individu itu iaitu kebebasan untuk berpersatuan. Perkara yang sangat ironi bagi sesebuah organisasi yang dinamakan sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Saya juga mahu memohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘aktif’? Adakah individu itu tidak boleh menghadiri langsung program sesebuah parti politik? Apa pula yang dimaksudkan dengan perkataan ‘berdaftar’?

Adakah seseorang individu itu tidak boleh mempunyai jawatan dalam parti politik atau tidak boleh langsung menjadi ahli mana-mana parti politik? Jadi pada pandangan saya, penyertaan dalam parti politik tidak boleh dijadikan sebab untuk menghalang seseorang itu daripada dilantik sebagai anggota suruhanjaya asalkan dia memang layak memenuhi kriteria lain yang ditetapkan serta penglibatannya dalam sesuatu parti tidak mempengaruhi pertimbangan, juga keputusan dalam kapasiti sebagai seorang anggota suruhanjaya.

final • 12:15 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Seterusnya, kepada isu implikasi kewangan. Saya melihat bahawa pindaan kali ini banyak melibatkan perubahan struktur yang pastinya akan memberikan banyak implikasi kewangan kepada kerajaan. Soalan saya, berapakah unjuran kewangan yang diperlukan oleh SUHAKAM sekiranya rang undang-undang ini diluluskan?

Mohon perincian untuk butiran saraan dan elaun bagi Tribunal Penyiasatan, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak dan juga Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anggota. Saya berpendapat setiap item ini juga perlu diperhalusi dari segi keperluan dan juga keutamaan.

Pertamanya, bagi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak. Saya ingin tahu selain daripada tiga jawatan yang diperuntukkan itu, berapa lagi penambahan perjawatan bagi lantikan baharu yang akan diwujudkan dan apakah relevansinya jawatan pesuruhjaya ini diletakkan sehingga tiga. Adakah ia akan dibahagikan mengikut lokasi atau geografi?

Sekiranya begitu, apakah wujud perbezaan isu kanak-kanak mengikut lokasi.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya juga ingin bertanya, saya mahu tahu apakah kelemahan yang ada dalam undang-undang berkaitan dengan peraturan-peraturan tatatertib yang seperti yang dipraktiskan sebelum ini, sehingga perlu kepada diwujudkan satu tribunal khas untuk menyiasat salah laku anggota.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Akhirnya, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai elaun ya, Jawatankuasa Pemilihan Anggota ini. Jika dirujuk kepada akta asal, Jawatankuasa Pemilihan ini terdiri daripada Ketua Setiausaha, Pengerusi Suruhanjaya dan tiga orang yang lain, daripada orang yang terkemuka yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Dalam keadaan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar penjimatan, kenapa perlu diperkenalkan peruntukan berkaitan dengan elaun ini, jika jawatankuasa itu boleh dilantik daripada individu-individu yang berjawatan dan berpengalaman dalam kerajaan. Soalan terakhir saya, jika dibenarkan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki, siapa yang kita akan panggil sebagai suami, siapa yang akan dipanggil sebagai isteri. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya- Kuala Selangor juga turut mahu berbahas atas perkara ini. Pertamanya Menteri, saya ingin untuk benar-benar diberikan keyakinan bahawa Suruhanjaya SUHAKAM ini akan benar-benar dapat transition ataupun berubah menjadi dahulunya disebut sebagai the toothless tiger, menjadi harimau yang benar-benar mampu mengaum, ya. To be a truly apa yang dikatakan tiger yang boleh mengaum dan bukan hanya toothless one, dengan izin.

Lalu, persoalan pertama saya adalah dari segi keanggotaan itu, ramai sangat ni nampaknya Menteri, 20 orang anggota. Kita nak buat apa ni Menteri? Kalau benar-benar Suruhanjaya ini mahu berfungsi, maka saya kira lima dan tujuh— lima hingga tujuh anggota tapi mereka mesti merupakan full-time, penuh masa. Diberikan satu remuneration yang munasabah ya, dari sudut kelayakan mereka, inclusion criteria mereka, syarat-syarat mereka, kriteria mereka itu, saya kira adalah sangat penting. Janganlah sampai 20 macam hendak berkenduri pula, Menteri.

Saya kira lima hingga tujuh full-timers memberikan tumpuan penuh bukan berjumpa ya, beberapa periodical masa begitu sahaja, ya tapi mereka adalah penuh masa memberikan tumpuan. Itu pertama yang saya kira sangat penting keanggotaan SUHAKAM itu diperketatkan, diperkukuhkan, diperkasakan, benar-benar mereka yang layak kita pilih.

Kedua, saya kira atas perkara mungkin juga the big picture Menteri adalah rekomendasi. Rekomendasi ataupun dapatan-dapatan SUHAKAM ini, dulunya tak pernah pun dibentang, sekarang ini diletak dan— sejak Kerajaan Madani ini diizinkan untuk dibahas. Saya juga mahu lanjutkan lagi ya, pemerkasaan SUHAKAM ini bukan hanya boleh dibahas tapi saya mahu lihat rekomendasi itu akhirnya siapa yang turut ataupun yang melangsungkan pelaksanaannya. Itu perlu saya kira dijawab dan pindaan ini perlu memuatkan dan meyakinkan kita bahawa sebuah Suruhanjaya SUHAKAM ini mesti punya apa yang dikatakan sebagai power ya, apa pun lah sifatnya.

Mungkin the executive power itu mungkin tidak sampai ke situ tetapi adalah penting untuk setelah dibentangkan di sini, ada lanjutan tindakan dan dipastikan perkara itu. Jadi, saya kira sangat mustahak ya dan saya kira juga kita perlu sedikit membuat benchmarking dalam juridiksi negara-negara lain. Bagaimana satu oversight commission seperti SUHAKAM ini dapat benar-benar berfungsi dan dapatan-dapatan mereka itu turut diambil tindakan. Bukan sahaja dibahas tetapi bagaimana ia berakhir dengan tindakan.

final • 12:22 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ketiganya Menteri— Yang di-Pertua, adalah persoalan apa yang dikatakan di sini sebagai dalam seksyen 4 ini, kuasa SUHAKAM dalam menjalankan fungsinya. Saya dapat melihat ada sikit pindaan tentang mereka boleh membuat lawatan dan ditambah lawatan di tempat-tempat ya dan di institusi dan tempat-tempat lain. Saya kira itu adalah munasabah.

Satu masa dahulu kalau tidak silap saya, perbetulkan saya kalau saya silap.

Seorang Ahli Parlimen boleh membuat lawatan kepada penjara. Tolong semak kalau saya silap, ya dan mereka tidak perlu pun memberi notis. Tapi kalau begini— memang saya tahu ada keperluan untuk memberi notis tetapi kalau itulah diberi notis awal, maka yang dipamer dan di— yang dipamer dan diperagakan itu adalah semuanya baik.

Maka, mustahak untuk kita perhatikan ya, sementara pesuruhjaya ni boleh membuat lawatan, jangan sampai lawatan itu adalah satu yang stage managed dengan izin, ya dan diberi— dan diperaga dan dipamerkan ya dan hanya yang baik-baik. Jadi, itu satu perkara yang saya mahu lihat apakah ada- ya, sahabat saya Damansara.

final • 12:22 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Izinkan saya Puan Speaker. Saya dengar perbahasan daripada Yang Berhormat berkaitan dengan perlu untuk kita mengukuhkan keyakinan di dalam Suruhanhaya Hak Asasi Manusia Malaysia melalui pindaan yang dicadangkan ini. Saya hanya hendak menanya— membawa satu perkara ke perhatian Menteri.

Timbalan Speaker, kalau kita lihat kepada seksyen baharu di bawah 10A dan 10B.

Disebut di situ kuasa diberikan kepada Menteri untuk mewujudkan apa yang disebut sebagai tatalaku ataupun apa yang disebut sebagai satu tatalaku yang hendak dipatuhi oleh anggota Suruhanjaya yang tatalaku yang mana perlu disiarkan dalam warta, So, there’s a code of conduct dengan izin, yang akan diwujudkan oleh Menteri.

Yang pentingnya kemudian, kita ada tribunal penyiasatan 10B dan di sini cukup jelas bahawa sekiranya satu tribunal penyiasatan diwujudkan dan (5) menyatakan sebegini ya.

“(5) Jika satu penyiasatan dimulakan berkenaan dengan pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh seorang anggota, atas syor Perdana Menteri boleh menggantung anggota Suruhanjaya itu daripada menjalankan fungsinya sehingga tribunal siasatan membuat dapatannya.” So, adakah kuasa di sini untuk menggantung beliau tapi apa yang penting adalah peruntukan (8).

“(8) Apabila selesai penyiasatan, jika penyiasatan mendapati terdapat satu pelanggaran, di situ disebut tribunal hendaklah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya anggota Suruhanjaya itu dipecat daripada menjadi anggota Suruhanjaya atau jika tribunal mendapati tiada pelanggaran, maka penyiasatan hendak menggugurkan perkara itu.” Jadi, di sini pertama, kita belum ada code of conduct tersebut, tatalaku itu masih belum diwujudkan. Dalam keadaan sekiranya ianya diwujudkan, nampaknya hanya satu hukuman tindakan yang boleh dibawa. Sekiranya ada pelanggaran, walaupun pelanggaran itu berkaitan dengan perkara-perkara yang formal ataupun perkara-perkara yang boleh disebut sebagai tidak begitu serius, tapi hanya satu hukuman yang dibenarkan iaitu seseorang pesuruhjaya itu perlu apa ni, dipecat daripada menjadi anggota Suruhanjaya yang disebutkan itu.

Jadi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat sahabat saya, adakah ini satu perkara yang harus dihalusi oleh Timbalan Menteri— Menteri yang hadir dan adakah perkara ini dapat kita melihat kembali supaya kita ada ruang untuk membuat keputusan,

final • 12:22 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

memandangkan apa yang dikatakan sebagai breach yang telah pun berlaku. Terima kasih.

final • 12:22 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Baik, terima kasih Damansara. Saya sebenarnya memang dalam noktah saya untuk menyinggung perkara itu tetapi telah secara lebih baik dibentangkan oleh Damansara dan saya mahu Menteri menjawab. Mungkin noktah terakhir saya, kerana saya sudah kehabisan waktu, adalah menyinggung persoalan pelantikan seorang Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan dua orang Pesuruhjaya Kanak-Kanak ya, yang sebagai pindaan itu. Saya kira mungkin Menteri boleh menerangkan bahawa sebenarnya di bawah Akta Kanak-kanak, kita punya suruhanjaya sudah. We already have the Commission for them particularly dedicated.

final • 12:22 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Jadi, saya tidak nampak besar perkara ini. Walaupun mereka mungkin boleh menjadi salah seorang daripada tujuh anggota yang saya cadangkan itu penuh masa tapi kita punya Akta Kanak-kanak yang sudah pun —tidak silap saya satu suruhanjaya sedang dalam bikinan, dalam penggubalan, dalam pembinaan. Maka, ia tidaklah sebegitu mustahak untuk mereka menjadi salah seorang daripada pesuruhjaya itu. Tambahan kalau kita meletakkan peranan pesuruhjaya itu perkasakan dan tidaklah seramai 20 orang macam mana yang saya sebutkan sebentar tadi. Terima kasih Yang di-Pertua atas peluang ini. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 12:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh kepada seksyen 4(2)(e)(i) dan (ii) berkenaan dengan isu hak asasi berkaitan kanak-kanak.

Kita melihat dalam hal ini bila mana pindaan ini dibuat saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bergerak serentak di antara dua kementerian iaitu ‘kementerian kehakiman’ dan juga Kementerian Wanita untuk membentuk satu Jabatan Kanak-kanak. Saya kira hari ini kita akan membincangkan terus kepada penambahan bilangan Pesuruhjaya Kanak-kanak yang telah pun dicadangkan untuk ditambah.

Dalam hal ini, kita merujuk kepada kemudahan dan juga prosedur dan agensi yang akan melindungi hak kanak-kanak di peringkat negara dan juga UNICEF bagi piagam kanak-kanak, bersesuaian dengan kebajikan, kemampuan, keupayaan dan juga kepentingan kanak-kanak pelbagai umur dan risiko.

Dalam hal ini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya membentuk suatu jawatankuasa induk bagi pematuhan kepada Dasar Perlindungan Kanak-kanak, Akta Kanak-kanak, prosedur, amalan, laporan dan analisa. Ini kerana pada hari ini kita melihat kepentingan kanak-kanak bukan hanya menyentuh Kementerian Wanita tetapi menyentuh KDN.

Dalam hal ini bila mana kita mempunyai seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak ditambah lagi dua menjadi tiga Pesuruhjaya Kanak-kanak dengan staf yang bertambah 20 orang, bajet tambah RM3.2 juta, bagaimanakah prasarana yang diperlukan di peringkat KDN untuk membentuk suatu Youth Aid Police Officer ataupun divisyen polis yang mesra kanak-kanak untuk melindungi segala hak-hak yang telah disebut dalam jenayah kanak- kanak yang sebelum ini dipinda beberapa kali oleh pihak kerajaan?

Kita melihat dalam kes semalam, dua hari lepas kes cubaan membunuh bersenjata oleh kanak-kanak berusia 13 tahun. Kita dimaklumkan pula oleh dapatan daripada DOSM bahawa 335,000 isi rumah merupakan kanak-kanak yang miskin dan juga dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa 424,000 kanak-kanak terlibat di dalam

final • 12:31 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

masalah mental. Dalam hal ini, kita perlu suatu hak untuk kanak-kanak stateless, kanak- kanak refugee untuk berikan pendidikan.

Begitu juga di peringkat Kementerian Pendidikan. Bagaimana persediaan untuk pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diselaraskan di antara enam kementerian?

Kanak-kanak pra-remaja, kanak-kanak remaja, kawalan komuniti, bagaimana hak kepentingan hak asasi manusia ini perlu diterangkan kepada pasukan-pasukan dan petugas-petugas serta kakitangan di dalam PIBG. Bagaimana keperluan pakar kanak- kanak dalam pendidikan yang meliputi segala kehidupan mereka daripada minda, spiritual, fizikal dan sebagainya?

Di peringkat kementerian kita melihat hari ini, LPPKN bertindak untuk memberikan pendidikan kebapaan. Walau bagaimanapun, kita lihat kesemua masalah ini bermula di rumah. Maka perlunya kepada suatu penambahbaikan kepada kewajipan untuk pendidikan kebapaan kepada semua yang akan menjadi ibu bapa atau penjaga kanak- kanak. Kemudahan kebajikan ibu bapa yang menjaga kanak-kanak dan penjaga juga harus diberikan oleh pihak kerajaan.

Di peringkat JPA. Kita juga ingin melihat bagaimana adakah pihak kementerian akan dipastikan mempunyai pendirian advokasi, kempen yang sepenuhnya kepada pasukan pelindung yang menjadi pembantu kepada Pesuruhjaya Kanak-kanak. Dalam hal ini, kita melihat juga bagaimana intervensi awal di peringkat Kementerian Kesihatan akan merendahkan kadar keterbantutan dan keperluan pakar kesihatan di peringkat Kementerian Kesihatan untuk kesihatan kanak-kanak dan juga dari segi mental dan juga perkembangan mereka di peringkat membesar dan sebagainya.

Begitu juga ingin tahu, ingin mendapatkan kerjasama daripada pihak Kementerian Komunikasi untuk memastikan keselamatan siber dan juga digital ekonomi yang akan dibentuk oleh KKD. Jadi dalam hal ini, akan membantu juga kerana hari ini satu pertiga daripada kanak-kanak difahamkan mempunyai gajet masing-masing atau menggunakan gajet ibu bapa mereka secara tidak langsung. Jadi dalam hal ini, bantuan daripada Kementerian Kewangan supaya melibat sama dan memastikan penubuhan jabatan- jabatan baharu dan juga perjawatan-perjawatan untuk kesesuaian bagi kanak-kanak kerana tak mampu dengan 20 orang ini membantu dengan Jabatan Kanak-kanak bagi mengawal 9.1 juta kanak-kanak di Malaysia.

Dalam hal ini, kita juga ingin bertanya kepada pihak kementerian supaya membantu memastikan bahawa KPT membentuk fakulti-fakulti di universiti-universiti bagi pendidikan awal dan juga pendidikan kanak-kanak dan juga memastikan bahawa petugas-petugas kanak-kanak berkepakaran khas akan dibentuk di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Seterusnya di peringkat JAKIM, bagaimanakah pihak negeri-negeri akan membantu membentuk enakmen-enakmen yang sesuai bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak dan juga pendidikan keibubapaan ini dipastikan diselaraskan mengikut enakmen-enakmen?

Sebagai contohnya untuk mahram, untuk wali, untuk nafkah bagi masyarakat Islam. Juga kita lihat hari ini, adakah yang kita akan memastikan bahawa pembangunan kanak-kanak yang akan dijaga oleh Pesuruhjaya Kanak-kanak ini meliputi literasi, budaya, personaliti, pemakanan, bakat dan juga kesan kepada krisis antarabangsa.

Sebagai contohnya, apa yang berlaku di Palestin pada ketika ini. Kita melihat ini merupakan hak asasi manusia yang perlu dijaga dan kemusnahan, keterbantutan, kecacatan yang berlaku di peringkat kanak-kanak akan menjejaskan negara ini pada masa akan datang. Saya juga ingin bertanya— berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana ini merupakan suatu pintu masuk dan pintu yang lebih luas ke arah pembentukan Suruhanjaya Kanak-kanak bebas pada masa akan datang. Terima kasih.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan merakamkan ucapan setinggi- tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri yang telah bersungguh- sungguh merangka dan membentangkan rang undang-undang pada hari ini.

Saya dalam perbahasan, terpanggil untuk menyentuh pindaan kepada seksyen 4 yang membenarkan lawatan ke mana-mana tempat tahanan, institusi dan tempat lain mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis.

Kuasa untuk melawat tempat tahanan ini merupakan suatu kuasa yang begitu penting dan satu kuasa yang telah diberikan di bawah akta ini. Kuasa ini akan memastikan bahawa kejadian the black eye incident yang menimpa Yang Amat Berhormat Tambun 20 tahun yang lalu, tidak akan berulang.

So, saya memang pada hari ini terpanggil untuk merakamkan tahniah, penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri kerana saya melihat kesungguhan untuk Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini untuk mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia.

[Tepuk] Sesuatu yang kita lihat tidak berlaku semasa pemerintahan Yang Berhormat Pagoh. Kita juga ingin merakamkan di sini...

final • 12:36 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jelutong, Jelutong.

final • 12:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan beri. Saya belum habis lagi. Saya akan beri. Saya akan beri nanti.

final • 12:36 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bagilah.

final • 12:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita juga akan pastikan bahawa...

final • 12:36 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bagilah, bagi lah. Bila dah sentuh orang, bagilah.

final • 12:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan bagi. Saya akan bagi.

final • 12:36 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Nak tanya black eye incident itu parti mana?

final • 12:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan bagi, masa tidak mengizinkan. Saya akan beri nanti pada pengakhiran. Kita juga akan pastikan bahawa kejadian kematian dalam lokap, di mana pada tahun 2021 dilaporkan 46 kematian dalam lokap telah berlaku. Kematian pada tahun 2022, 24 kematian dalam tahanan polis dalam lokap telah berlaku. Kes-kes seperti mendiang Kuhan Ananthan tidak akan berulang.

Kes-kes seperti Teoh Beng Hock, kematian tahanan dalam MACC SPRM tak akan berulang dengan undang-undang ini. Kes-kes kematian Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed dalam tahanan SPRM, seorang pegawai kastam tidak akan berulang dengan undang-undang ini.

[Tepuk] Sebab itu kita perlu menghargai undang-undang ini yang memberi kuasa kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, untuk melawat tempat-tempat tahanan dan undang- undang ini, saya berharap akan memberi kuasa untuk melawat tempat-tempat tahanan bukan sahaja penjara tetapi lokap-lokap Polis Diraja Malaysia, lokap-lokap SPRM dan juga depot-depot imigresen.

Puan Timbalan Speaker, saya memang terharu, daripada pagi tadi membaca undang-undang ini dan saya memang melihat kesungguhan kerajaan kita. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa pada masa yang lama, kita telah tertimpa dengan pelbagai musibah.

final • 12:36 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya di sini, sebagai seorang Ahli Parlimen DAP ingin merakamkan kita pernah melihat bagaimana hak asasi manusia dicabuli. Baru-baru ini, pada tahun 2019, semasa pemerintahan Yang Berhormat Pagoh, apabila dua ADUN DAP ditahan di bawah SOSMA, di mana kita tidak dibenarkan untuk melawat mereka.

Tuan Pengerusi tahu, ketika itu Yang Berhormat Gunasekaran, ketika itu Yang Berhormat Saminathan ditangkap di bawah SOSMA, ditahan kononnya ada mempunyai penglibatan dengan LTTE. Ketika saya membahaskan perkara ini dalam sidang yang lalu, Yang Berhormat Pagoh bangun mengatakan bahawa beliau tahan di atas nasihat polis, walaupun tidak ada sebarang keterangan untuk menunjukkan mereka terlibat.

So, saya di sini bangun untuk menyokong undang-undang ini kerana kita boleh pastikan, dengan undang-undang ini bahawa pelanggaran hak asasi manusia yang telah berlaku semasa pemerintahan Yang Berhormat Pagoh tidak berulang pada masa yang akan datang.

[Tepuk] Pagoh ada tapi beliau takkan berani bangun untuk jawab.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bagi dekat saya.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak bagi.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tidak, saya nak tanya je Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jelutong, bagaimana masa pemerintahan dulu BN macam mana?

final • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Pasir Mas, sila duduk.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masa pemerintahan BN macam mana? Takkan Pagoh sahaja je.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya hendak tanya [Tidak jelas] sebelum dipinda, SOSMA [Tidak jelas] tidak pinda lagi Timbalan...[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, sila duduk.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta macai-macai semua duduk.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, Puan Pengerusi, saya akan gulung. Saya mohon...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kurang ajar punya Jelutong.

Apa macai-macai? Kurang ajar rupanya. Jangan jadi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan jadi celaka ya!

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa dia kata?

final • 12:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jangan jadi celaka.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, Puan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat Besut tarik balik kenyataan “celaka” itu.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya kata “jangan jadi celaka!” Saya tidak kata, “kamu celaka”.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ha, saya minta beliau tarik balik kenyataan...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya kata “jangan jadi celaka!”. Saya tak kata awak celaka. Ke awak rasa awak celaka?

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Puan Pengerusi, saya masih lagi minta itu merupakan pelanggaran peraturan tetap. Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu. Beliau telah ulangi beberapa kali.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya juga minta perkataan “macai” juga ditarik balik.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No. “Macai” tak ada kurang sopan.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau dia nak saya suruh saya tarik balik, perkataan “macai” juga tarik balik.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macai itu anak buah. So, saya minta beliau tarik balik kenyataan. Saya tidak menghalakannya kepada beliau. Saya tidak menghalakannya kepada beliau. Saya tak mengatakan Besut adalah macai, tidak.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak kata pun Jelutong celaka!

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak kata pun!

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Puan Pengerusi, sepatutnya beliau tarik balik.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, sila tarik balik perkataan itu.

final • 12:40 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik baliklah.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang mana satu, Puan Yang di-Pertua. Yang mana satu? Perkataan mana yang saya kena tarik balik?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang unparliamentary word.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkataan mana? Saya pun tak faham sekarang saya hendak tarik balik perkataan mana? Saya kata jangan, jangan jadi. Saya tak kata dia celaka. Saya tak kata pun.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Perkataan itu perlu ditarik balik.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan. Jadi, saya nak tarik balik perkataan mana, yang perkataan “jangan jadi celaka” itu nak tarik balik?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Adakah ini bermaksud lain kali semua unparliamentary words boleh digunakan dengan perkataan “jangan” sebelum itu?

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tahu. Sekarang saya kata jangan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tahu. Jadi saya suruh tarik balik.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya kata jangan, jangan, jangan jadi.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh, jangan jadi pun tak boleh ya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu guna jangan sebelum unparliamentary words sebelum itu.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tarik balik perkataan tersebut.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkataan “macai” macam mana?

final • 12:40 PM

Timbalan yang di-pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tarik balik perkataan itu.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Is it parliamentary perkataan “macai”?

final • 12:40 PM

Timbalan yang di-pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tarik balik yang saya katakan.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, kalau ditarik balik di sana, saya sanggup.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan...

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu saya tanya sekarang ni saya pun juga nak katakan bahawa adakah puan sekarang nak hanya saya tarik balik ataupun bersekali dengan Jelutong?

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu persatulah.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau Jelutong tarik balik perkataan “macai”, saya tarik.

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu persatulah.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Satu, satu, okey.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Besut tarik balik.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau ditarik balik yang sana, saya tarik balik.

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Mana ada macam itu.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta tarik balik.

Yang Berhormat Besut, sila tarik balik perkataan tersebut.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak tarik balik Puan.

Masalahnya sekarang ni saya kata macam mana dengan Jelutong.

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tarik balik dulu. Satu persatu. All in order.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tarik balik dulu.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya tarik balik.

final • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ha.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Puan Pengerusi, penjelasan saya, saya tidak menghalakan kenyataan saya kepada siapa-siapa. Saya sedang membahaskan. Saya tak kata siapa-siapa tetapi beliau menghalakan kenyataan itu kepada saya. Dengan itu, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan yang di-pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

final • 12:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) [Akta 597] (Pindaan) 2023.

Saya terus kepada poin. Merujuk seksyen 5(1), dimasukkan “Tidak kurang daripada tujuh orang”, kemudian disambung dengan “dan tidak lebih 20 orang anggota”.

Saya bersetuju frasa tersebut dimasukkan dalam pindaan ini iaitu tujuh orang. Namun begitu, saya kurang bersetuju dikekalkan tidak lebih 20 orang anggota. Sebaliknya mencadangkan kepada satu jumlah yang lebih kecil.

Rasional cadangan saya ini pertama, merujuk anggota Suruhanjaya SUHAKAM bagi tahun 2010 hingga 2013, ada tujuh orang. 2013 hingga 2016 juga tujuh orang. 2016 hingga 2019, lapan orang. 2019 hingga 2022, sembilan orang. 2022 hingga 2025, lapan orang. So, apa perlunya sehingga 20 orang?

Kedua, ia dapat menjimatkan wang kerajaan, kerana ia melibatkan kos saraan dan elaun mereka. Jika bilangannya ramai, sudah tentulah peruntukan kos saraan dan elaun semakin bertambah.

Merujuk pindaan seksyen 5(3), saya bersetuju dimasukkan golongan “lelaki dan perempuan daripada pelbagai latar belakang agama atau ras”. Namun begitu, saya kurang bersetuju dimasukkan perkataan “dan orang kurang upaya”. Perkataan “dan" adalah suatu kemestian atau mengikat. Jika dimasukkan “dan” dalam pindaan ini, tidak dapat tidak kerajaan perlu mencari dan mengenal pasti OKU yang layak dilantik menjadi anggota suruhanjaya. Jika tiada OKU yang layak, bagaimanakah kedudukan anggota suruhanjaya yang bakal dilantik?

Merujuk pindaan seksyen 5(3A) memperuntukkan bilangan keanggotaan dan kriteria pelantikan anggota suruhanjaya, termasuk “Sekurang-kurangnya seorang wakil orang kurang upaya dan sekurang-kurangnya 30 peratus wakil dalam kalangan wanita”.

Persoalan saya, apakah mekanisme semak dan imbang yang diguna pakai oleh kerajaan dalam memilih dan melantik anggota suruhanjaya bagi memastikan proses pelantikan yang telus dan betul dengan pemilihan orang-orang yang berkelayakan lagi sesuai?

Merujuk seksyen 5(3), maaf, 5(3B) memperuntukkan individu yang terbabit “Secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik tidak boleh dilantik sebagai anggota suruhanjaya”. Persoalan saya, adakah kriteria yang ditetapkan bagi menentukan pembabitan individu dalam politik dan sama ada wujud ataupun kaedah pemantauan sedia ada mencukupi atau sebaliknya?

Apakah pendekatan kerajaan untuk memastikan SUHAKAM kekal sebagai institusi yang bebas daripada sebarang tekanan politik termasuk mana-mana pihak atau NGO yang cenderung ke arah parti politik tertentu serta menggunakan saluran SUHAKAM untuk mengetengahkan tuntutan-tuntutan mereka yang mungkin tidak selari dalam konteks acuan tempatan bahkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan seperti isu LGBT, ajaran agama yang songsang dan sebagainya?

final • 12:45 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Merujuk seksyen 6A, pelantikan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak. Bagaimanakah koordinasi semua isu berkaitan kanak-kanak antara SUHAKAM dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kerajaan negeri? Sebab isu kanak-kanak ini ia melibatkan senarai bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

final • 12:45 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik setakat mana kerjasama yang berlaku antara ketiga-tiga pihak ini dalam keadaan KPWKM telah pun menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak?

Bagaimana dari segi accountability dan penyelarasan isu-isu serta tindakan antara SUHAKAM dan KPWKM?

Selanjutnya yang akhir, merujuk pindaan seksyen 10B berkaitan tribunal penyiasatan. Ia menyentuh pelantikan tribunal, pemecatan anggota suruhanjaya, penentuan saraan dan elaun, penyiasatan tatalaku mana-mana anggota suruhanjaya dan sebagainya. Semuanya ditentukan oleh Perdana Menteri.

Sebagai contoh, pindaan seksyen 10B(2) tribunal penyiasatan boleh membuat syor-syor kepada Perdana Menteri atas salah laku anggota suruhanjaya.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri terikat untuk menerima syor-syor daripada tribunal penyiasatan? Jika Perdana Menteri menolak syor-syor tersebut, adakah Perdana Menteri diberikan kuasa untuk membuat syor-syor baharu? Adakah tribunal penyiasatan pula boleh menolak syor-syor baharu Perdana Menteri jika mendapati ia menyalahi kepentingan awam?

Jika demikian, saya khuatir kuasa Perdana Menteri yang berlebihan ini menyebabkan syor-syor tribunal penyiasatan mudah ditolak kerana Perdana Menteri juga merupakan orang politik yang sudah tentu mempunyai kepentingan tertentu. Oleh itu, saya mencadangkan tribunal penyiasatan dilantik oleh Ketua Hakim Negara yang sudah tentu bebas daripada pengaruh politik kepartian. Bukan dilantik oleh Perdana Menteri.

Begitu juga dengan syor-syor tribunal...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Penyiasatan juga dirujuk kepada Ketua Hakim Negara. Bukan Perdana Menteri. Sekian perbahasan saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 12:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Speaker.

Saya ingin mulakan dengan pindaan seksyen 4(a)(i) dan juga (d) yang menyatakan untuk melawat mana-mana tempat tahanan institusi dan juga tempat lain mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis atau yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubung dengan tempat tahanan institusi dan tempat itu dan untuk membuat syor yang diperlukan.

Saya ingin bertanya juga kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang bahawa adakah ini meliputi tahanan SOSMA dan kita sedia maklum kerana tahanan SOSMA ini boleh ditahan sehingga 24 jam dan tanpa memaklumkan kepada peguam ataupun ahli keluarga dan boleh tahanan jangka masa itu boleh dipanjangkan sehingga 28 hari tanpa perintah mahkamah dan apakah undang-undang ini akan memberi hak dan kebebasan kepada tahanan-tahanan SOSMA? Saya yakin no criminal should walk free from this court of law. Pada masa yang sama, tiada boleh mana-mana insan yang tidak bersalah disabit oleh mahkamah.

final • 12:52 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya juga mendengar— ingin mendengar juga daripada Yang Berhormat Menteri bahawa apakah rang undang-undang, seksyen ini akan memberikan juga hak-hak untuk peguam ataupun ahli keluarga ataupun juga termasuk SUHAKAM untuk mengadakan lawatan ke tapak-tapak untuk tahanan ini, termasuk seperti disebut tadi, imigresen, tahanan SPRM dan juga tahanan polis. Adakah ia bercanggah dengan Akta Polis ataupun Criminal Procedure Code? Saya juga ingin mendengar sedikit juga daripada Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya saya ingin juga tanya berkenaan dengan terhadap seksyen 5 Akta 597, subseksyen (3) dan juga (3A) yang baharu, memasukkan anggota suruhanjaya, wajib dianggotai oleh satu orang kurang upaya. Saya amat mengalu-alukan perkara ini. Pindaan ini adalah sesuatu yang harus dialu-alukan memandangkan Malaysia telah pun menjadi negara anggota kepada Konvensyen Tentang Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).

Malaysia juga menzahirkan komitmen dalam dengan izin, Timbalan Yang di- Pertua, ASEAN Enabling Masterplan 2025: Mainstreaming the Rights of Persons with Disabilities. Di antara strategi yang ditekankan dalam pelan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada OKU terlibat secara aktif dalam membuat keputusan melibatkan OKU dan komuniti. Ia adalah saranan daripada fasal 4 yang bertujuan untuk merangkumi semua golongan untuk memain peranan penting dalam SUHAKAM.

Oleh itu, cadangan mandatori suruhanjaya dianggotai oleh wakil OKU amatlah baik. Halangan sosial yang dihadapi oleh OKU yang meningkatkan ketidakupayaan mereka hanya boleh difahami dengan jelas oleh seorang OKU jua. Wajar diingatkan terhadap untuk tujuh kategori OKU dengan pelbagai spektrum dan halangan yang berbeza, Segamat ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah memadai satu orang OKU sahaja untuk melindungi hak asasi OKU?

Segamat mencadangkan agar Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan agar ia tidak sekadar melepaskan batuk di tangga atau menjadi token memenuhi kuota untuk seksyen ini. Segamat ingin menekankan bahawa hak OKU juga diambil perhatian sepenuhnya seperti mana perhatian yang diberikan kepada hak kanak-kanak.

Dalam hal ini, Segamat berharap untuk memasukkan juga penubuhan Pejabat OKU dalam suruhanjaya sebagaimana yang dilaksanakan dalam struktur Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak. Dengan adanya satu pejabat yang khusus, yang memberikan fokus kepada OKU, ia pasti akan membantu meningkatkan kepercayaan komuniti OKU kepada SUHAKAM. Ini sekali gus akan mengukuhkan institusi SUHAKAM sebagai sebuah institusi hak asasi manusia kebangsaan.

Berkenaan dengan pelantikan commissioner, pindaan sedia ada yang memasukkan frasa “active participation in politic required definition”. Contohnya seksyen 46A of Legal Profession Act, jelas menyatakan hold any office in any political party. Segamat mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk meminda frasa “penglibatan aktif dalam politik” kepada “memegang apa-apa jawatan dalam parti politik”.

Ramai di luar sana yang berpengalaman dalam menangani isu pengendalian ataupun mengendalikan isu-isu hak asasi manusia bergiat aktif dalam parti-parti politik untuk menemui ataupun menyelesaikan atau terus berjuang dengan harapan untuk menentukan penyelesaian.

Isu ini juga bercanggah dengan Artikel Perlembagaan, Artikel 5, Artikel 8 dan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

final • 12:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sedikit Yang Berhormat.

final • 12:52 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Silakan.

final • 12:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila saya lihat Yang Berhormat Segamat bangun, saya pun teruja. Kita lihat Yang Berhormat— Yang Amat Berhormat Tambun pun ada di sini. Pandangan Yang Berhormat apa yang saya katakan

final • 12:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

tadi, kita pastikan dengan rang undang-undang ini, kejadian the black eye incident yang menimpa Yang Amat Berhormat Tambun tidak akan berulang lagi kerana undang-undang ini memberi kuasa kepada kita untuk melawat tempat tahanan. Setuju tidak?

final • 12:52 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya setuju saranan Yang Berhormat Jelutong dan mohon masukkan dalam teks ucapan saya.

final • 12:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

final • 12:52 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Dan kami juga mahu...

final • 12:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan kita pastikan juga pencabulan hak asasi manusia ketika pemerintahan Yang Berhormat Pagoh tidak berulang.

final • 12:52 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Setuju.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Eh, macai, duduklah macai.

final • 12:52 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Dan saya untuk mencadangkan kepada Menteri bahawa black eye incident adalah yang dilakukan terhadap Tambun itu adalah insiden yang terakhir dalam akta ini yang sedang...

final • 12:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan setuju Yang Berhormat, tindakan perlu diambil terhadap Tun Mahathir yang sekarang bersekutu dengan BERSATU?

final • 12:52 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ambil semana boleh. Kita ambil sahaja tindakan. Mana-mana pihak yang melanggar hak asasi manusia.

Akhir sekali Puan Speaker, adakah anggota suruhanjaya bersedia ada sekarang ini, memenuhi segala prasyarat seperti yang dinyatakan dalam seksyen 5 Akta 597, mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal berkaitan hak asasi manusia.

Dengan ini saya mengakhiri ucapan saya. Sekian terima kasih.

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:52 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Saya membahas berkenaan dengan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023. Saya menyokong pindaan yang dicadangkan kepada Akta SUHAKAM 1999. Namun begitu, ada beberapa isu yang ingin saya bangkitkan.

Pertama ialah skop hak asasi manusia perlu selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Dalam hal ini, perlu diingatkan agar SUHAKAM kekal berprinsip berteraskan asas yang dinyatakan dalam seksyen 4, fasal 4 Akta SUHAKAM 1999 [Akta 597] yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas utama.

Walaupun dokumen-dokumen antarabangsa seperti Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR 1948) menjadi rujukan, dokumen-dokumen itu hanya terpakai setakat tidak bercanggah dengan perlembagaan.

Sebagai contohnya, Perkara 3 Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan perlu dihayati oleh SUHAKAM. Oleh yang demikian, kita mengharapkan agar SUHAKAM tegas dengan prinsip hak asasi yang berpaksikan elemen tempatan dan tidak berkiblatkan perjuangan hak asasi Barat. Barat tidak ada kelayakan untuk bercakap soal hak asasi. Mulut mereka bercakap hak asasi sedangkan tangan mereka berlumuran darah anak-anak Gaza yang tidak berdosa.

[Tepuk] Oleh itu saya berharap di samping penambahbaikan yang dilakukan daripada segi perundangan, anggota SUHAKAM mengambil kira kedudukan Islam dan perundangan

final • 12:58 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Islam dalam sebarang tindakan dan kenyataan yang dibuat. Sebarang kenyataan yang bercanggah dengan hukum syarak ataupun fatwa yang telah dikeluarkan perlulah dielakkan sama sekali.

Begitulah juga pemeliharaan hak asasi golongan kanak-kanak di negara ini.

Hendaklah dipastikan selari dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1).

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama by Persekutuan dan penganut Islam berhak mengamalkan ajaran Islam.

Mengikut ajaran Islam, menjadi kewajipan ke atas setiap ibu bapa untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka. Berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan [Membaca sepotong hadis] “Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka tujuh tahun dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika mereka berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur mereka”.

Kita tidak mahu kejadian sepertimana berlaku di Sweden pada tahun 2014, dua orang suami isteri yang telah dihukum kerana memukul anaknya kerana soal pendidikan.

Kerana perkara ini perkara bertentangan dengan prinsip agama yang dibenarkan untuk merotan, bukan untuk ta’zib, bukan untuk menyeksa, tetapi untuk ta'dib yakni untuk mendidik.

Sebab itu adalah penting untuk ada di kalangan Pesuruhjaya Kanak-kanak walaupun Pesuruhjaya SUHAKAM, tokoh yang mempunyai latar belakang perundangan Islam yang kukuh bagi mengelakkan daripada berlakunya pelanggaran Perlembagaan Persekutuan atas nama hak asasi manusia. Saya mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia telah meratifikasi beberapa instrumen antarabangsa seperti mana Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), konvensyen penghapusan segala bentuk diskriminasi dan juga diskriminasi terhadap wanita dan Convention on the Rights of the Child (CRC).

Isu kedua, kaedah pelantikan anggota Suruhanjaya. Seksyen 5(3) Akta SUHAKAM menyatakan kriteria umum pelantikan, laki-laki dan perempuan, berbagai- bagai latar belakang agama, politik dan kaum, mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia.

Cadangan pindaan seksyen 5(1), keanggotaan suruhanjaya tidak kurang daripada tujuh orang dan tidak lebih daripada 20 orang. Bilangan ini termasuk Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan dua orang Pesuruhjaya Kanak-kanak. Saya mencadangkan supaya bilangan ini ditambah juga selari dengan keperluan semasa.

Bukan hanya terhad terhadap 20 orang sahaja sesuai dengan pertambahan penduduk Malaysia yang melebihi daripada tiga juta.

Fasal 3 yang meminda seksyen 5 menyentuh soal pelantikan anggota SUHAKAM.

Apa jaminan undang-undang ini dapat memastikan SUHAKAM yang dilantik menghayati prinsip hak asasi berteraskan jati diri Malaysia dan tidak berkiblatkan hak asasi Barat?

Dalam hal ini, sekurang-kurangnya, dua daripada anggota SUHAKAM terdiri daripada mereka yang punyai pengetahuan dalam prinsip hak asasi manusia berteraskan Islam iaitu di kalangan sarjana syariah. Tidak dinafikan bahawa beberapa Pesuruhjaya SUHAKAM yang dilantik sebelum ini mempunyai latar belakang pengajian syariah. Adalah diharapkan agar kuota ini dinyatakan secara jelas sebagaimana kuota wanita dan juga orang kurang upaya.

Bagi cadangan pindaan seksyen 5(3A), sekurang-kurangnya wakil OKU dan sekurang-kurangnya 30 peratus anggota SUHAKAM adalah wanita amat disetujui. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi, Yang di-Pertua.

final • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti.

final • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Kita teruskan dengan perbahasan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.

final • 2:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan ke atas RUU Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia SUHAKAM (Pindaan) 2023 pada petang ini. Pertama, saya mengalu- alukan RUU ini dibentangkan pada hari ini sebab saya rasa ini antara reformasi institusi yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan sebelum ini dan Kerajaan Perpaduan yang kita ada telah melaksanakan salah satu reformasi institusi yang dijanjikan sebelum ini untuk kebaikan institusi kita menambah baik SUHAKAM.

Saya nak kata hak asasi manusia di Malaysia adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan kita dia antara Artikel 5 hingga 13 menggariskan bagaimana hak asasi manusia dipelihara dan terjamin oleh supreme law kita, undang-undang tertinggi kita. Sebab saya dengar tadi ada Ahli Yang Berhormat yang kata ada kebimbangan hak asasi kita berlandaskan negara asing, negara Barat. Tidak.

Kita berlandaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi kita.

Saya juga ingin memohon pengesahan daripada kerajaan bahawa Laporan SUHAKAM akan dibentangkan atau pun Laporan Tahunan SUHAKAM akan dibentangkan dan dibahaskan setiap tahun. Tahun ini kali kedua. Tahun pertama ia dibentang dan dibahaskan adalah tahun 2019. Jadi, ini satu amalan yang baik yang perlu kita teruskan untuk memastikan bahawa keadaan atau pun tahap hak asasi manusia di Malaysia sentiasa diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mohon izin untuk bincangkan seksyen 5, terutamanya berkaitan dengan subseksyen 5(3). Berkenaan dengan penyertaan atau pun memastikan bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada kalangan orang kurang upaya dimasukkan dalam SUHAKAM. Saya menyambut baik.

Saya rasa ini peluang yang kena ada kepada golongan ini. Mereka tidak dipinggirkan, tidak ditolak ke arus perdana dalam kita membincangkan hak asasi manusia dan sebagai golongan OKU, mereka sebenarnya lebih memahami. Mereka sendiri lebih mengetahui apa yang sepatutnya dan saya yakin ada di kalangan OKU kita yang mempunyai kelayakan yang setara, yang boleh melaksanakan tugas dengan baik sepertimana anggota suruhanjaya yang lain.

Berkenaan dengan seksyen 5(3) akta induk terutamanya di bawah 3B yang dimasukkan, yang baru dimasukkan selepas pindaan ini yang melibatkan mereka yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana politik tidak boleh dilantik sebagai anggota suruhanjaya. Saya nampak ada dua maksud yang berbeza di sini. Satu, terlibat secara aktif politik. Ia mungkin membawa maksud bahawa seseorang itu banyak menyertai kegiatan aktiviti ataupun pegang jawatan yang penting.

Kedua dan berdaftar dengan mana-mana badan politik. Apakah berdaftar itu membawa maksud ahli kepada mana-mana parti politik? Ingin saya mencadangkan begini. Kalau setakat ahli yang tak aktif, tak kira parti mana. Sebelah kerajaan atau sebelah pembangkang, kalau setakat ahli sahaja, saya tak nampak ada masalah. Sebab kebebasan untuk kita menyertai mana-mana persatuan terjamin di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

final • 2:32 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kalau dia setakat ahli biasa sahaja, saya rasa tidak ada masalah sebab ramai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kita, anggota sahaja. Mereka tak pegang jawatan. Tak terlibat dalam apa-apa aktiviti parti politik. Jadi, ia perlu dibezakan. Tetapi sesiapa yang ada jawatan penting dan secara aktif menyertai aktiviti politik, tidak sepatutnya dilantik. Itu sepatutnya menjadi pegangan kita bersama.

Sebab kalau kita tengok di bawah Akta Profesion Guaman, sama juga. Peguam yang nak dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Bar Council dan sebagainya tak sepatutnya aktif. Jadi, rule yang sama, peraturan yang sama atau pun prinsip yang sama sebenarnya terpakai.

Yang kedua, Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan tatalaku dan tribunal penyiasatan yang dimaksudkan di bawah seksyen 10A dan 10B, saya nampak ada keperluan untuk semak dan imbang dan ia adalah suatu yang tambah baik. Cuma, saya nak tanya pelantikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tiga orang apabila kes dirujuk oleh Menteri berkenaan.

Maknanya penubuhannya, tribunal tersebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan elaun juga ditentukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya mohon supaya elaun itu kita tetapkan satu kadar yang sama untuk semua orang.

Keduanya, saya mohon cadangkan supaya satu panel tribunal tidak kira lah berapa orang. Mungkin 10 orang kah dibentuk supaya tak payahlah setiap kali Perdana Menteri kita kena bentuk tribunal. Perdana Menteri banyak tugas lain. Jadi, lantik satu panel, mungkin lima ke 10 orang dan panel ini setiap kali ada keperluan, mereka ambil tiga orang untuk terlibat dalam kes yang melibatkan mana-mana anggota suruhanjaya.

Jadi, tak payah kita rujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Perkara terakhir Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya walaupun pindaan ini kita sokong, dia tambah baik. Saya sebutkan di awal tadi tetapi dia masih tak memberikan kuasa mendakwa kepada SUHAKAM. Apakah ada cadangan atau pun rancangan masa depan daripada kerajaan untuk membuat tambah baik, seterusnya yang membolehkan- sebab ramai kata apa nama SUHAKAM tidak mempunyai taring kuasa untuk menguatkuasakan sesuatu.

Ada tak cadangan atau pun rancangan daripada kerajaan pada masa depan untuk membuat pindaan seterusnya dan memberikan kuasa tambahan kepada SUHAKAM supaya hak asasi manusia di Malaysia dapat dilaksanakan dengan dalam satu suruhanjaya yang lebih komprehensif, mempunyai kuasa mendakwa yang lebih lengkap.

Itu sahaja cadangan saya Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Ya Yang Berhormat, silakan terus kepada Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:32 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan SUHAKAM di atas pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 ini.

Saya mulakan dengan menyentuh cadangan pindaan seksyen 3, Akta 597 yang menetapkan tanggungjawab kepada setiap pihak berkuasa yang telah dirujuk oleh suruhanjaya terhadap sebarang pelanggaran hak asasi manusia hendaklah memaklumkan kepada suruhanjaya tindakan yang diambil berhubung dengan pelanggaran tersebut.

Saya suka ingin mencadangkan agar pihak berkuasa dalam konteks ini dibaca dengan turut menyertakan pihak-pihak berkuasa tempatan seperti majlis bandar raya, dewan bandar raya, majlis perbandaran, majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

khas. Cadangan ini adalah kerana kerajaan tempatan memainkan peranan terdekat dengan rakyat dari segi hak asasi yang asas seperti kesihatan, sanitasi dan penyediaan fasiliti awam melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ini sekali gus membantu untuk mengurangkan jurang antara negeri-negeri.

Dato' Yang di-Pertua, fasal 3 pelantikan anggota suruhanjaya. Saya menyambut baik langkah bagi memastikan perjalanan SUHAKAM berlangsung dengan penuh integriti dan inklusif menerusi pindaan seksyen 5 tetapi saya sebagaimana pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini, memerlukan penjelasan lanjut dari Menteri berkenaan larangan pelantikan anggota suruhanjaya daripada seorang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dalam mana-mana parti politik.

Kita faham, ia bagi memastikan sikap berkecuali serta bebas dari konflik kepentingan, conflict of interest yang harus kita junjung. Namun ia akan menafikan kepakaran dan khidmat yang boleh diberikan individu tertentu hanya kerana beliau terlibat dalam arena politik. Jadi, oleh demikian perlu ditafsirkan semula, apakah maksud terlibat secara aktif.

Frasa itu pada saya terlalu luas untuk ditafsirkan dan perlu ada satu pendetilan untuk kita fahami, adakah memegang jawatan yang kecil di peringkat cawangan pun sudah dikira aktif atau bagaimana? Kalau ini berlaku, maka sekali gus ia menafikan hak warganegara Malaysia untuk terlibat dengan mana-mana persatuan dan kebebasan untuk menyertai pertubuhan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Akta SUHAKAM sedia ada menyebut tentang pengisytiharan sejagat hak asasi sebagai sumber hak asasi manusia. Jadi, adakah kerajaan akan mengiktiraf sepenuhnya The Cairo Declaration on Human Rights in Islam dengan izin atau Deklarasi Kaherah yang turut disentuh oleh Menteri semasa membuat pembentangan tadi sebagai salah satu sumber hak asasi manusia di Malaysia.

Ini selaras dengan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang telah diluncurkan oleh kerajaan pada 2018 yang menamakan Deklarasi Kaherah sebagai sumber asasi manusia di Malaysia. Ini kerana apabila bercakap tentang hak asasi, sudah tentu di dalam membuat penilaian, ia perlu dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Kerana itulah saya agak bimbang dengan perkembangan yang berlaku, apabila contohnya saya ambil contoh isu yang berlaku yang terbaru, apabila tidak ada lagi liquor ban di Kuala Lumpur iaitu halangan terhadap penjualan arak di Kuala Lumpur yang telah diputuskan oleh DBKL malam semalam.

Tidakkah ia sekali gus mengganggu hak asasi masyarakat Muslim yang seboleh- bolehnya tidak mahu orang-orang muda, masyarakat muda di kalangan orang Muslim terlibat ataupun mendapat kebebasan untuk membeli minuman keras ini secara terbuka?

Walaupun arak sekarang kita akui ada halangan untuk orang Islam membelinya tetapi dengan ia dijual kembali secara terbuka, kita bimbang ia akan memudahkan mereka untuk mendapatkan akses terhadap minuman-minuman seperti ini. Jadi, adakah ini sekali gus juga mengganggu hak asasi masyarakat beragama Islam? Ini juga perlu untuk dilihat balik. Saya minta kalau boleh polisi-polisi seperti ini perlu dirujuk balik kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Begitu juga apabila kita menyokong, begitu juga apabila kita merujuk kepada pengisytiharan sejagat hak asasi yang mengandungi 30 artikel, di mana di dalam Perkara 7, hak persamaan di sisi undang-undang. Isunya, adakah pihak pembangkang yang juga rakyat Malaysia yang sah, mendapat layanan yang sama apabila berurusan dengan premis kerajaan?

Saya ambil contoh. Di tangan saya ini ada salinan surat bertarikh 22 November daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, dialamatkan

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

kepada Setiausaha Barisan Nasional, P.04 Parlimen Kemaman yang mengizinkan program pemimpin, Perdana Menteri bersama rakyat. Di mana 29 November, Rabu di Dewan SMK Ceneh Baru, Kemaman, 3 petang. 29 November, Dewan SMK Bukit Kuang Kemaman, 8.15 malam. 29 November, Rabu, Dewan SMK Geliga pada 10 malam.

Ini merupakan akses politik yang dibenarkan di bangunan-bangunan milik kerajaan. Persoalannya, adakah sekiranya pihak pembangkang memohon menggunakan dewan yang sama atas dasar kempen politik, ia boleh dibenarkan? Jadi, ini saya fikir bahawa keadilan itu hendaklah dilaksanakan, hendaklah adil dan perlu untuk dilihat adil.

Barulah ia adil dalam makna yang sebenar. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Bentong.

final • 2:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Bentong ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan SUHAKAM di atas pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Pindaan ini menunjukkan komitmen dan keseriusan Kerajaan Madani terhadap hak asasi manusia di Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat hal-hal yang ingin Bentong nyatakan, yang boleh menambah baik pindaan ini. Yang pertama, adalah berkenaan dengan pindaan terhadap seksyen 5, Akta 597, subseksyen (3) dan (3A) yang baharu, memasukkan orang kurang upaya sebagai peruntukan mandatori.

Pindaan ini adalah suatu yang harus dialu-alukan, memandangkan Malaysia telah pun menjadi negara anggota kepada Konvensyen Tentang Hak Orang Kurang Upaya iaitu CRPD. Walau bagaimanapun, Bentong mencadangkan agar Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan untuk memasukkan juga Orang Asli di dalam pindaan kepada subseksyen (3) dan (3A) berkenaan.

Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, jumlah Orang Asli di Semenanjung Malaysia mencecah sehingga 209,575 orang dan isu-isu hak asasi Orang Asli juga memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, di antara isu yang menjadi tumpuan berkenaan dengan masyarakat Orang Asli adalah berkenaan dengan tanah adat, pengiktirafan agama asal Orang Asli dan akses kepada pendidikan yang lebih inklusif yang mengarusperdanakan Orang Asli.

Bentong berpendapat, sekiranya SUHAKAM mempunyai pesuruhjaya dari kalangan Orang Asli, ia akan memudahkan SUHAKAM dalam melaksanakan kerja-kerja advokasi, pendidikan serta menasihati kerajaan berkaitan isu hak asasi Orang Asli memandangkan Orang Asli mempunyai wakilnya tersendiri di dalam suruhanjaya.

Bentong juga ingin mengambil contoh amalan terbaik daripada institusi hak asasi manusia di negara lain. Misalnya di Australia yang mempunyai pesuruhjaya khusus yang bertanggungjawab terhadap hak asasi Orang Asli.

Tuan Yang di-Pertua, Bentong juga ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri agar pindaan seksyen 3, Akta 597 memperincikan bilangan tahun pada frasa pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia. Bentong mengambil contoh peruntukan Perkara 123, Perlembagaan Persekutuan, berkenaan dengan kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

final • 2:45 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Di dalam peruntukan Perkara 123 tersebut, dinyatakan bahawa hakim-hakim hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun sebagai peguam bela ataupun anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau negeri.

Bentong mencadangkan agar pindaan pada seksyen 3, Akta 597 ini ditambah seperti berikut, anggota suruhanjaya hendaklah dilantik dalam kalangan warganegara Malaysia yang mempunyai pengetahuan atau sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia.

final • 2:45 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bentong, berkenaan dengan apa yang YB katakan itu, saya setuju juga sebab saya rasa kalau kita hanya kata bahawa orang itu ada pengalaman, mungkin dia buat satu kes yang berkenaan dengan hak asasi manusia sudah boleh layak.

Jadi, mungkin ada keperluan juga untuk kita letakkan satu had ataupun satu peruntukan yang menyatakan tentang pengalaman itu berapa lama dan sebagainya.

Terima kasih.

final • 2:45 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya minta dimasukkan dalam ucapan saya. Ini kerana perincian 10 tahun pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia ini tersebut adalah untuk memastikan hanya individu yang benar-benar layak, dipilih untuk menganggotai suruhanjaya.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, sejak dari awal penubuhan penglibatan orang muda untuk menganggotai SUHAKAM adalah sangat kurang. Anggota suruhanjaya sering kali dilantik dari kalangan pesara penjawat awam atau mereka yang lebih umur.

Bentong berpendapat sekiranya perincian bilangan tahun di dalam frasa pengalaman praktikal dalam hak asasi pada subseksyen (3) ini dibuat ini akan menjadi panduan dan membuka ruang kepada penglibatan orang muda sebagai anggota suruhanjaya.

final • 2:45 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Penglibatan orang muda di dalam SUHAKAM sudah pasti akan memberikan sinergi baru yang lebih inklusif di dalam pentadbiran hak asasi manusia di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Bentong dengan ini menyokong sepenuhnya rang undang- undang pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) ini dan berharap agar Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan beberapa cadangan yang dikemukakan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua atas peluang untuk Kapar membahas rang undang-undang untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 atau Akta 597.

Difahamkan tujuan akta ini mahu dipinda ialah untuk memperkasakan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak yang sekarang ini berada di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia atau SUHAKAM. Kanak-kanak didefinisikan sebagai golongan yang berumur 18 tahun ke bawah, menurut Akta Kanak-kanak 2001.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan Statistik Kanak-kanak Malaysia 2023 yang diterbitkan oleh DOSM 1 November 2023, jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun pada 2023 dianggarkan 9.13 juta iaitu meliputi 27.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia yang

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

sebanyak 33.38 juta. Bermakna, kita sedang membahaskan perkara yang berkaitan dengan komponen warga Malaysia yang sangat penting.

Kita lihat pula statistik kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, hampir 20,000 kanak-kanak dikesan terlibat dengan pelbagai jenis jenayah dalam tempoh empat tahun dari 2018 sehingga 2021 dengan kes paling tinggi berkaitan dadah.

Seramai 5,294 kanak-kanak terlibat dengan jenayah pada 2018. Setakat 31 Julai 2023, sudah sampai 4,833. Maka, sudah tentulah fungsi Pesuruhjaya Kanak-kanak sangat penting sebab ianya mahu menyelamatkan mereka yang sudah terlanjur terjebak dalam gejala maksiat dan kemungkaran, bahkan jenayah.

Jadi, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2023 ini yang mahu diluluskan ini adalah bagi memperkasakan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak yang ketika ini sangat terhad. Sepatutnya dengan saiz klien yang penting dan utama seperti yang saya sebutkan tadi.

Bahkan, hakikat bahawa mereka adalah pewaris negara kita, maka kerajaan hendaklah mewujudkan Suruhanjaya Kanak-kanak yang bebas dan diasingkan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang skop jangkauannya lebih luas, terlalu luas. Bukan sahaja kanak-kanak. Kapar beranggapan pindaan akta ini adalah langkah awal ke arah itu yakni penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak Malaysia terus diletak di bawah Parlimen.

Saya merujuk kepada pindaan seksyen 10 khususnya tribunal penyiasatan 10B(1) – Tribunal penyiasatan hendaklah terdiri daripada tiga anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri; (2) - Tribunal penyiasatan hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh anggota suruhanjaya dan hendaklah membuat dapatannya itu kepada Perdana Menteri.

Yang di-Pertua, tribunal penyiasatan ini sangat penting dan kritikal. Kerajaan perlu cermat dalam melantik mereka yang betul-betul layak dan profesional sebagai anggota suruhanjaya. Kita tidak mahu mereka yang ada dengan izin, wasted interest atau ada complexity kehidupan sendiri yang akan mempengaruh peranan dan fungsinya. Kita mahu anggota yang benar-benar impartial, inklusif dan mampu menjalankan tugas. Jadi Kapar juga mahu bertanya, bilakah Pengerusi SUHAKAM akan dilantik?

Yang di-Pertua, kalau kita lihat di sini, ada pindaan dalam pindaan yang mahu dibuat ini, akan ada Pesuruhjaya Kanak-kanak — dua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan ada pula Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak. Ini memberikan satu mesej untuk memperkasakan peranan dan Suruhanjaya Kanak-kanak, khusus untuk kanak-kanak ini, untuk menjaga hak asasi kanak-kanak yang sudah pun terlibat di dalam jenayah dan sebagainya.

Jadi, memang ini satu langkah-langkah awal. Akhirnya nanti, saya menyeru kepada kerajaan, kerana Yang Amat Berhormat Tambun pun telah mengumumkan mahu mewujudkan Suruhanjaya Kanak-kanak ini. Jadi, bilakah agaknya akan direalisasikan?

Kita menunggunya. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ampang.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Pertama sekali Ampang juga ingin mengucapkan tahniah kepada ataupun buat Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri iaitu Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di atas pindaan yang dikemukakan.

Ampang sebenarnya mengalu-alukan sangat pindaan ini khususnya klausa seksyen 5 subseksyen (c) iaitu pemilihan anggota suruhanjaya SUHAKAM yang mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus keanggotaan terdiri daripada wanita. Jarang-

final • 2:55 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

jarang sekali kita lihat mana-mana pindaan ataupun commitment statement dengan izin, yang mengatakan ianya diwajibkan. Jadi dengan memasukkan klausa itu di dalam subseksyen ini, saya amat-amat teruja dan juga mengalu-alukan.

Ini bertepatan dengan matlamat kelima Sustainable Development Goals (SDG) dengan izin, bertujuan memastikan penglibatan aktif wanita dalam proses membuat dasar dan keputusan sama ada dalam kerajaan, dunia korporat ataupun pertubuhan masyarakat Madani iaitu civil society organization.

Namun, saya mengharapkan supaya kuota 30 peratus ini tidak seharusnya dilihat sebagai suatu angka yang statik. Kalau kita lihat penduduk Malaysia yang juga — saya mengharapkan ia menjadi suatu realiti kerana kita mengharapkan ini hanya satu lantai yang kita mengharapkan ia akan refleksi dia punya komponen itu, akhirnya akan menjurus kepada penglibatan yang lebih ramai.

Seterusnya, saya juga merasakan isu-isu hak asasi manusia di Malaysia seharusnya dilihat sebagai intersectional Tuan Pengerusi, iaitu dengan izin, misalnya ia mestilah dikaitkan juga dengan isu kemiskinan haid kemungkinan di antaranya, hak kesihatan reproduktif, kemiskinan secara am dan sebagainya.

Jadi, saya rasakan Malaysia harus mencontohi standard dan amalan terbaik, best practices antarabangsa yang saya suka nak bercakap di sini iaitu sepertimana Australia dan New Zealand yang mempunyai pesuruhjaya khusus untuk bukan sahaja menjuarai isu-isu kanak-kanak, tetapi ianya menjuarai isu-isu wanita khususnya dan juga orang asal.

Saya lihat negara jiran seperti Indonesia telah pun sebenarnya membuat ataupun established pesuruhjaya khusus untuk isu-isu wanita, bahkan pesuruhjaya khusus untuk kanak-kanak dan wanita ini dikenali sebagai Komisi Nasional Anti Kekerasan Terhadap Perempuan (KOMNAS Perempuan) Indonesia. Jadi, menjadi harapan saya supaya di Malaysia juga suatu hari nanti kita akan melaksanakan atau mewujudkan Suruhanjaya Wanita atau mungkin permulaannya sebagai pejabat khusus untuk bahagian wanita di bawah SUHAKAM.

Dato' Yang di-Pertua, Ampang begitu menyambut baik pewujudan jawatan seorang Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak dan dua lagi Pesuruhjaya Kanak-kanak dengan peruntukan baharu seksyen 6A yang jelas merupakan manifestasi komitmen dan keseriusan Kerajaan Madani dalam usaha memperjuangkan hak asasi kanak-kanak.

Tetapi, Ampang juga dimaklumkan bahawa Majlis Perundingan Kanak-kanak (Children Consultative Council) dengan izin, telah pun wujud sekian lama di bawah Pejabat Suruhanjaya Kanak-kanak.

Justeru, Ampang mohon Yang Berhormat Menteri huraikan secara terperinci, sejauh manakah keberkesanan Majlis Perundingan Kanak-kanak ini dalam penggubalan dasar-dasar dan undang-undang yang melibatkan kanak-kanak di Malaysia? Siapakah keanggotaannya serta apakah proses dan kriteria pemilihannya? Adakah keanggotaan Majlis Perundingan Kanak-kanak ini bersifat inklusif dan rencam dari sudut sosial, ekonomi, jantina, kaum, agama dan pelbagai latar belakang yang lain? Jadi, Ampang mohon ianya dimaklumkan di sini.

Seterusnya, perlu diingatkan dan diberikan perhatian Dato' Yang di-Pertua, pembiayaan. Saya mengharapkan bukan sahaja kewujudan suruhanjaya ini ataupun perkara ini dilaksanakan, mengambil kira pengalaman bila Jabatan Kanak-kanak diwujudkan di bawah kementerian, tetapi tidak diletakkan bersekali dengan peruntukan sehingga setahun.

final • 2:55 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebenarnya, ianya tidak diberikan dengan baik, jadi dengan itu, saya mengharapkan supaya pembiayaan yang mencukupi juga untuk diberikan sebagai bajet permulaan supaya Suruhanjaya ini boleh dilaksanakan dengan baik.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Seterusnya, saya mengharapkan akhirnya Jawatankuasa ini ataupun selaku Ahli Jawatankuasa yang telah pun merupakan ahli kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan juga Pembangunan Masyarakat, saya mengharapkan supaya usaha memperkasakan OCC ini diteruskan. Ia tidak berhenti di sini tetapi diteruskan sehinggalah Suruhanjaya Kanak-Kanak menjadi satu badan bebas. Kalau boleh, dia independent daripada SUHAKAM yang dapat memelihara, memperkasa dan memantau hak kanak-kanak sebagai generasi masa depan Malaysia. Itu sahaja Datuk Pengerusi.

Terima kasih daripada Ampang.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 3:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker memberi peluang kepada Masjid Tanah untuk sama bahas usul pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. Jadi, syabas dan tahniah akhirnya dapat dibuat usaha untuk pindaan kepada akta ini. Sebagaimana yang telah pun kita lihat bawah Pakatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, ia juga dapat memperkukuhkan peranan SUHAKAM ini.

Dengan adanya pindaan ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah jumlah kes yang telah pun dibuat aduan sejak ia ditubuhkan kepada pihak SUHAKAM dan berapakah jumlah kes aduan ataupun yang telah pun berjaya diselesaikan. Berapakah jumlah kes yang masih lagi dalam siasatan dan berapakah jumlah kes lagi yang tidak berjaya diselesaikan. Majoriti- saya juga ingin tahu majoriti yang tidak berjaya diselesaikan itu adalah daripada kategori yang bagaimana.

Seterusnya, saya ingin bertanya berapakah jumlah orang setakat hari pesuruhjaya SUHAKAM sekarang? Di bawah seksyen 51 Akta SUHAKAM memperuntukkan bilangan pesuruhjaya tidak boleh lebih daripada 20 orang dan setakat ini saya ingin tahu berapa orang kah Pesuruhjaya SUHAKAM dan kalau ianya belum dipenuhi, apakah sebab ataupun ianya masih belum dipenuhi dan apakah perancangan pihak kerajaan untuk mengisi kekosongan yang ada.

Begitu juga dengan pindaan seksyen 5 menyatakan pelantikan anggota adalah tidak kurang daripada tujuh orang. Kenapa tujuh? Apakah justifikasinya tujuh? Kenapa tidak lapan, sembilan, sepuluh? Jadi, saya ingin tahu apakah justifikasi bilangan tujuh itu?

Adakah kerajaan merasakan dengan bertambahnya lagi bilangan, akan dapat mampu memberikan lagi pendedahan kepada orang ramai berkenaan dengan SUHAKAM ini.

Saya juga bersetuju dengan sahabat saya, Kapar tadi. Yang Berhormat Kapar telah pun menekankan bahawa mereka yang dilantik sebagai pesuruhjaya ini haruslah mereka yang benar-benar layak. Mereka yang ada suara, mereka yang ada bukan sahaja knowledge tetapi mereka yang ada suara yang berani dan bukan hanya mengikut arus.

Tetapi yang boleh memberikan pandangan, hujah-hujah mereka yang berkesan supaya dapat mewakili suara ataupun golongan yang mereka dipertanggungjawab dan juga diamanahkan itu.

Jadi, saya benar-benar berharap supaya mereka ini dipilih yang sewajarnya dan selayaknya. Kemasukan subseksyen 3A. Saya mengalu-alukan usaha memasukkan seorang wakil daripada kalangan orang kurang upaya kerana di Malaysia ini, golongan kurang upaya hampir 16 peratus. Mereka ini wajar dilibatkan dan tidak sepatutnya dipinggirkan tetapi dilibatkan juga dalam arus pembangunan negara supaya kita dapat memberikan persekitaran yang kondusif kepada mereka dan begitu juga dengan kemasukan...

Saya nak ucap tahniahlah di atas keseriusan Yang Berhormat Menteri. Dia memang daripada dahulu memang champion memartabatkan. Saya punya bos dulu ini, lama ini bos dulu. Dia memartabatkan wanita, jadi 30 peratus itu, jadi saya ucapkan

final • 3:01 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

syabas dan tahniah kerana ia dapat diletakkan dengan nyata, termaktub di bawah satu akta yang cukup penting. Begitu juga saya ingin menyentuh tentang melibatkan ahli politik.

Saya nak tahu, macam mana nak mengukur penglibatan ahli politik itu dalam ini.

Ada hari ini Yang Berhormat, dulu dalam parti lama sayalah. Bila kita nak register orang, eh rupanya, “Eh, engkau dah masuk dah jadi ahli tut kan”. Maksudnya dia dah masuk dalam parti itu tanpa disedari. Jadi, bagaimana kita hendak mengekang ataupun bagaimana kita hendak mengukur keadaan bahawa walaupun dia masuk menjadi ahli tetapi dia tidak aktif. Misal kata 10 tahun, lima tahun tapi adakah ia di-deny daripada menjadi anggota SUHAKAM ini? Jadi, saya ingin tahu bagaimanakah dia punya standard of procedure untuk daripada segi apabila penglibatan orang politik itu.

Begitu juga saya ingin tahu, apakah garis panduan sesuatu pelantikan anggota SUHAKAM itu dilakukan. Adakah sesiapa sahaja boleh mencadangkan untuk diangkat sebagai calon ataupun anggota SUHAKAM tersebut dan siapakah yang akan terlibat dalam proses pemilihan anggota SUHAKAM tersebut.

Subseksyen berkenaan 6A, saya pernah terbaca bahawa hasrat untuk menjadikan sebuah Suruhanjaya Kanak-Kanak itu sebagai suruhanjaya yang independent, sendirinya tetapi ianya tidak dibenarkan.

Soalan saya, kenapakah pihak kerajaan masih lagi ingin mengekalkan di bawah SUHAKAM dan bukankah daripada jumlah populasi kanak-kanak sebagaimana pun yang kita telah dengar tadi, lebih daripada sembilan juta adalah kanak-kanak. Jadi, banyak isu kanak-kanak ini saya yakin dan percaya apabila Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak ini dapat diperkasakan, lebih banyak lagi isu-isu kanak-kanak ini dapat kita bela dan dapat kita atasi permasalahan ini. Itu sahaja, terima kasih. Masjid Tanah menyokong.

final • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Klang.

final • 3:01 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri tadi yang mana Menteri nyatakan biarlah SUHAKAM harimau yang- kita mahu memastikan harimau yang tidak bertaring. Jangan ada lagi, ya. Saya memang tertarik beliau nak memperkasakan SUHAKAM dengan pindaan undang-undang yang terbaru. Saya sebenarnya teruja apabila melihat ada undang-undang untuk memastikan hak asasi di Malaysia ini nak diperkasakan lagi.

Saya sebenarnya tertarik apabila seksyen 5 yang menyatakan akan pelantikannya daripada pelbagai latar belakang agama atau ras dan juga orang kurang upaya. Orang kurang upaya itu saya memang tertarik dan saya sangat teruja juga apabila melihat sepertimana Ampang tadi kata, 30 peratus wanita. Tapi bagaimanapun, apabila kita menyatakan pelbagai latar belakang agama dan ras, tadi Besut pula kata dia takut pula. Majoriti pula akan hilang.

Jangan pula kita hanya disebabkan pemahaman dan perbezaan begini akan menyebabkan kita utamakan satu agama atau satu kaum di situ. Mesti ada kepelbagaian dan juga age group yang different. Kita sepatutnya kadang-kadang kita hanya nak melantik orang-orang yang dah retire. Saya percaya perkara ini pun patut diberikan perhatian.

Kita perlu ada umur yang mana daripada kalangan muda dan juga kalangan yang agak profesional dan juga yang berpengalaman pun patut kita memberi keutamaan dalam pada ini. Saya percaya apabila menyatakan orang-orang politik secara aktif politik hanya merujuk kepada mereka yang menduduki jawatan dalam parti-parti tersebut. Mungkin juga ada yang seperti ADUN dan MP dikecualikan, saya percaya. Kalau ahli biasa, saya rasa tidak ada masalah.

final • 3:06 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dalam pada itu juga, saya tertarik apabila kita ada pelantikan dua atau tiga Ketua Pesuruhjaya Wanita dan juga timbalan-timbalannya. Ya, anggota dalam suruhanjaya tersebut dan juga semua suruhanjaya dalam SUHAKAM.

Pelantikan ini sepatutnya penuh masa dan mereka patutnya ada elaun yang tetap.

Saya tertarik apabila Yang Berhormat Bangi nyatakan mereka patutnya tidak boleh lagi ada pendapatan yang lain daripada pendapatan di situ. Mungkin pencen itu retired, tak apa tapi kalaulah kita masih lagi memilih orang yang aktif dalam perniagaan, aktif dalam politik, aktif dalam sesuatu bidang profesionalisme dan masih lagi menjadi anggota dalam Suruhanjaya, saya percaya ia mungkin akan menyebabkan kerisauan saya adalah akan mengada satu lagi ruang untuk mereka biasedness akan berlaku dalam membuat keputusan nanti.

Sebab saya percaya ini adalah sangat penting sebab 30 juta penduduk di Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi agar human rights in this country being protected. Saya dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, saya nak merujuk kepada Artikel 2 Universal Declaration of Human Rights. Saya nak merujuk perkara ini sebab apa, ini sangat penting.

“Everyone is entitled to all the rights and freedoms set forth in this declaration, without distinction of any kind, such as race, color, sex, language, religion, political or other opinion, national or social origin, property, birth or other status.

final • 3:06 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Furthermore no distinction shall be made on the basis of the political jurisdictional, international status of the country or territory to which a person belongs whether it be independent, trust, non-self-governing or under any other limitation of sovereignty.” Saya merujuk kepada Artikel 2 tadi ini sebab kerisauan saya adalah apabila pelantikan kepada anggota suruhanjaya tersebut. Kini kita telah cuba mengadakan satu lagi tribunal penyiasatan kepada anggota tersebut lagi. Maka saya percaya kita perlu memilih bukan hanya berdasarkan kepada political affiliation sahaja. Sebab saya nampak apabila kerajaan mungkin bertukar, pemahaman tertukar tetapi biar kita nak jaga hak asasi itu biar kita continuity itu masih ada. Kita kena menjadi lebih kepada keikhlasan kita perlu ditunjukkan dalam pelantikan tersebut.

Dalam pada itu juga Dato’ Yang di-Pertua, saya tertarik dengan seksyen 14 iaitu walaupun 1C, “Jika orang yang dipanggil itu ialah seseorang yang berada dalam tahanan di suatu tempat tahanan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis akan ditempatkan di mana-mana institusi atau tempat lain, sama ada dikeluarkan mengikut undang-undang bertulis atau garisan panduan mengikut mana-mana berkenaan.” Ini adalah untuk supaya SUHAKAM dapat memantau ataupun boleh berjumpa dengan tahanan tersebut.

Kerisauan saya adalah apabila ada akta-akta seperti SOSMA, POCA dan sebagainya di mana kita sering dengar di sinilah berlakunya pelanggaran kemanusiaan di sana di mana saya merujuk juga sekali lagi Artikel 5 dalam Universal Declaration of Human Rights yang mana Artikel 5 menyatakan “no one shall be subjected to torture or to cruel, inhumane or degrading treatment or punishment.” Saya selaku sebagai tahanan di bawah ISA dulu. Satu setengah tahun saya dalam penjara. Saya percaya ramai di sini sebenarnya daripada di sana, di sini kita sama- sama pernah masuk. Pernah mengharungi kezaliman ISA dulu. Kini SOSMA ada. Kalau benar ketelusan itu ada, saya juga mengalukan kalau kita ada—kalau ia mengurangkan jenayah, yang tangkap itu memang pesalah tak ada masalah.

Tapi apa yang berlaku baru-baru ini kita ada berjumpa di Parlimen, tahanan daripada SOSMA itu sendiri menyatakan bagaimana beliau telah diaibkan, bagaimana telah beliau telah dipukul dan juga mengaku membuat kesalahan itu dipaksa untuk mengaku bersalah dan sebagainya. Saya percaya maka undang-undang begini masih lagi ada.

final • 3:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya harap SOSMA ataupun POCA ataupun mana-mana undang-undang dan ada juga undang-undang yang mana mereka baby grabbing because of conversion issue ataupun body grabbing. Ini berlaku juga. Digunakan undang-undang yang berbeza, bidang kuasa berbeza saya percaya SUHAKAM akan diberi kuasa sepenuhnya dalam memantau ataupun mendekati dan melihat sendiri dan tiada undang-undang lain dapat mengekang mereka. Itu sahaja Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Kalau ikut senarai Yang Berhormat Arau tapi tidak ada telah tarik diri. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas inisiatif untuk meminda Akta SUHAKAM 1999 [Akta 597]. Pindaan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperkasakan hak asasi manusia di Malaysia. Satu lagi reformasi yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri untuk memperkasakan SUHAKAM, meningkatkan perwakilan OKU, wanita dan juga menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan dan juga hak asasi kanak-kanak.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini adalah sangat diperlukan, saya juga faham kenapa sesetengah pindaan ini dibuat dengan motif yang baik. Di sini saya ingin tanya dalam pindaan ini yang mana ahli politik atau mereka yang ada latar belakang ahli politik tidak harus dilantik jadi pesuruhjaya.

Saya tahu sekarang, di kalangan pesuruhjaya SUHAKAM terdapat dua pesuruhjaya yang adalah latar belakang seperti ini dan salah satu lagi malah adalah bekas calon dalam PRN Selangor. Bila pesuruhjaya SUHAKAM ini jadi calon, dia juga tidak letak jawatan. Jadi, adakah mereka ini akan diminta untuk mengundur diri?

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM, saya ingin mencadangkan bahawa semua anggota pesuruhjaya ini mereka haruslah dilantik untuk kerja sepenuh masa dan bukan separuh masa. Ini adalah untuk memastikan semua anggota suruhanjaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani dan menjalankan aduan terhadap tentang pencabulan hak asasi manusia.

Kita lihat dalam barisan anggota suruhanjaya hari ini bukan di mana sebenarnya semuanya mempunyai jawatan lain di luar SUHAKAM. Ada yang terima elaun daripada badan berkanun dan juga badan-badan lain. Macam manakah kita ingin memastikan bahawa barisan pesuruhjaya ini tidak melibatkan diri dalam keadaan yang mana berlakunya conflict of interest kerana kalau mereka terima gaji elaun daripada dua tiga organisasi? Jadi, memandangkan struktur sekarang hanya Pengerusi SUHAKAM diberi gaji yang lebih tinggi dan dikehendaki berkhidmat sepenuh masa.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan elaun bagi semua pesuruhjaya SUHAKAM dan mengehendaki mereka berkhidmat sepenuh masa. Di sini saya ingin memberi penghargaan kepada beberapa mantan pesuruhjaya SUHAKAM yang pernah berkhidmat sepenuh masa walaupun mereka terima elaun yang tidak begitu tinggi.

Mereka adalah Jared Joseph, Tan Sri Othman Hashim dan juga Datuk Lok Ying Peng.

Jadi, saya rasa ketiga-tiga ini dan juga haruslah dijadikan contoh kepada pesuruhjaya SUHAKAM yang sekarang, mana yang mana mereka diharuskan sepatutnya berkhidmat sebagai full-time.

Dato’ Yang di-Pertua, Global Alliance of National Human Rights Institution

(GANHRI) di dalam syornya menyatakan bahawa di antara amalan terbaik di dalam pelantikan anggota suruhanjaya adalah dilakukan di Parlimen. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya anggota Jawatankuasa Pemilihan Pesuruhjaya SUHAKAM ini haruslah diletak di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan SUHAKAM haruslah memberi laporan tetap lain kepada Menteri dan juga kepada Jawatankuasa Pilihan Khas

final • 3:14 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Parlimen. Saya rasa ini adalah memastikan SUHAKAM ini menjalankan tugas mereka dengan baik.

Akhirnya ada dua soalan. Satu ialah pesuruhjaya Kanak-kanak. Bagi saya ia memang bertindih dengan bidang kuasa Jabatan Kanak-kanak. Jadi, macam mana kerajaan nak membezakan kedua-dua agensi ini kerana bila bagi kanak-kanak yang nak buat aduan, mereka harus panggil Talian NUR di bawah Jabatan Kanak-kanak ataupun SUHAKAM. Jadi, apakah fungsi yang kedua-dua ini yang kita tahu Jabatan Kanak-kanak juga tidak mempunyai dana yang cukup untuk menjalankan tugas mereka dengan baik.

Akhirnya ialah saya difahamkan bahawa...

final • 3:14 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Seputeh. Sik mohon sikit pencelahan, boleh ya? Berkaitan hak asasi kanak-kanak.

final • 3:14 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh kah?

final • 3:14 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ringkas.

final • 3:14 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Cepat, cepat.

final • 3:14 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sekejap lah. Nak tengok di mana.

Okey baik. Yang Berhormat Seputeh mungkin kita bersetuju supaya perlindungan hak kanak-kanak ini perlu diberi perhatian yang serius khususnya kanak-kanak yang masih dalam tahanan depot imigresen yang dilaporkan masih ramai.

Dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kanak-kanak

(UNCRC) ini meminta setiap negara anggota mewujudkan ATD ataupun Pusat Perlindungan Alternatif kepada kanak-kanak ini. So, mereka ini tidak ditempatkan bersama dengan tahanan-tahanan yang lain, lelaki, orang-orang dewasa dan sebagainya.

Dalam pindaan Akta SUHAKAM ini juga penting untuk kita pastikan kanak-kanak diberi perlindungan dengan baik. Terima kasih Seputeh.

final • 3:14 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey, terima kasih Yang Berhormat Sik.

Saya rasa ini adalah tugas baru bagi pesuruhjaya kanak-kanak bawah SUHAKAM ini. Tapi saya rasa kita juga harus mempertimbangkan yang mana kita tidak boleh asingkan kanak- kanak dengan ibu mereka.

final • 3:14 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kalau ibu mereka di bawah tahanan, macam mana kita boleh asingkan kedua- dualah? Saya rasa ini adalah satu masalah. Akhirnya ialah saya ingin cadangkan supaya lebih peruntukan diberi kepada SUHAKAM untuk menjalankan latihan, khususnya di kalangan anggota penguatkuasaan di seluruh negara kita. Kita tahu kita ada anggota penguatkuasaan PBT, PDRM, kita ada juga Jabatan Imigresen dan juga yang lain. Saya rasa yang human rights training kepada mereka sebenarnya adalah sangat penting.

Saya juga ingin cadangkan supaya lebih peruntukan diberi kepada SUHAKAM supaya yang konsep tentang hak asasi manusia ini haruslah juga dimasuk dalam buku teks dalam media arus utama supaya negara kita ini akan menjadi satu negara yang mana semua orang akan lebih sedar tentang kepentingan human rights, hak asasi manusia.

Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Dipersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahas rang undang- undang untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk tahun 2023. Saya amat – kalau kita imbas kembali apakah sejarah untuk Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pada tahun 1999, kita tahu bahawa ini adalah akibat daripada tekanan luar

final • 3:21 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

negara kepada dan juga masalah human rights abuse dalam negara akibat insiden mata lebam oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Jadi, ini adalah satu – pada masa itu saya masih ingat bahawa akta yang mula- mula sekali dibentangkan, dia disifatkan sebagai toothless tiger atau paper tiger di mana dia tidak ada bite. Dia hanya ada satu suruhanjaya yang kuasanya sangat lemah. Jadi, itu sebablah dengan konteks itu saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani, terutamanya Menteri Undang-undang yang duduk daripada awal sampai sekarang dengar segala perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen. Saya ucapkan tahniah kepada Menteri. Terima kasih kepada Menteri.

[Tepuk] Tujuan kita meminda rang undang-undang ini adalah untuk memartabatkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Jadi, ini adalah satu usaha reformasi institusi yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Madani. Jadi, saya rasa ada beberapa— saya ingin mengucapkan tahniah kerana banyak perubahan ini adalah yang sangat substantif.

Walau bagaimanapun, kita juga ingin memberi sedikit pendapat kepada Menteri supaya boleh dipertingkatkan lagi.

Isu yang pertama yang saya ingin bangkitkan adalah jumlah anggota pesuruhjaya. Kita dapati bahawa minimum tujuh dan maksimum 20. Saya berpendapat bahawa minimum tujuh itu diperlukan kerana ada isu-isu, banyak isu-isu hak asasi manusia yang perlu diberi perhatian. Walau bagaimanapun, maksimum 20 itu terlalu banyak kerana kita tahu bahawa kalau di Indonesia pun, dengan populasi 200 juta populasi.

Mereka punya suruhanjaya pun hanya sembilan orang sahaja. Di Philippines, tujuh atau lapan. Tetapi, di Malaysia negara yang kira populasi tak begitu tinggi. Kita tidak seharusnya mempunyai up to 20. Sebenarnya, kalau kita adakan pesuruhjaya yang jumlahnya sederhana, dia memberi kuasa dan juga carry the weights daripada dilute the whole committee.

Kedua adalah laporan suruhanjaya, laporan SUHAKAM ini sepatutnya dibahaskan dalam Parlimen. Kita tahu bahawa sememangnya Kerajaan Madani, kita telah memulakan tradisi untuk memulakan perbahasan tentang laporan SUHAKAM. Tetapi walau bagaimanapun, kita tahu bahawa kerajaan kalau bersilih ganti, ada kerajaan yang tidak progresif, mereka akan suppress lagi daripada perbahasan ini. Jadi, bolehkah diinstitusikan supaya Parlimen membahaskan laporan SUHAKAM?

Kedua adalah bolehkah kita institusikan bahawa laporan SUHAKAM ini diteliti dalam JKPK Hak Asasi Pilihan Raya dan Reformasi Institusi? Seperti Laporan Jabatan Audit Negara diteliti oleh PAC secara teliti, bolehkah laporan SUHAKAM juga dimasukkan kepada JKPK untuk diteliti dan dibuat laporan selanjutnya?

Isu yang ketiga saya ingin bangkitkan adalah melawat ke mana, kita tahu bahawa sekarang diberi kuasa kepada SUHAKAM untuk melawat ke mana-mana institusi dan tempat lain. Saya nampak bahawa fokus area SUHAKAM sekarang termasuklah business, human rights and business, human trafficking, migrant workers, undocumented people. Ini bermaksud bahawa hak asasi manusia ini tidak terbatas dengan institusi kerajaan sahaja termasuk dengan institusi swasta.

Jadi, saya nak tanya Menteri, adakah mereka mempunyai, SUHAKAM mempunyai kuasa untuk melawat sebarang business yang disyaki telah melanggar human rights? Contohnya, kalau kata satu syarikat besar multinational company (MNC).

Kalau ada human rights abuse, bolehkah mereka mempunyai kuasa untuk masuk dan juga adakah mereka boleh buat *unannounced visit.

Unannounced visit* ini penting kerana kita tahu bahawa kalau berlaku sesuatu mereka telefon meminta bantuan. Kalau kita nak bagi surat nak deal dengan bukan sahaja autoriti tetapi juga swasta, dia, mereka ada time untuk cover up. Jadi, saya minta supaya diberi kuasa untuk unannounced visit.

final • 3:21 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya rasa isu yang terakhir, saya mohon pencerahan daripada Menteri tentang proses pelantikan. Kita difahamkan ada jawatankuasa untuk menimbang dan memberi cadangan kepada Perdana Menteri untuk melantik pesuruhjaya. Tetapi apa kriteria pesuruhjaya dan sebagainya? Kena ada ketelusan supaya kita boleh mendapat pesuruhjaya yang berkualiti kerana commission ini kalau dia akan berfungsi dengan kualiti pesuruhjaya yang tinggi. Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 3:21 PM

Seorang Ahli

Hidup PJ!

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:21 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan RUU Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2023 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta SUHAKAM telah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memperkasa perlindungan hak asasi manusia khususnya berkaitan dengan kanak-kanak. Pindaan tersebut juga bertujuan untuk mengukuhkan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah badan bebas yang berperanan melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia di negara ini. Saya ingin menyambut baik hasrat pindaan seksyen 4 subseksyen (2)(d) dan (iii) yang memberikan kuasa “Untuk melawat mana-mana tempat tahanan, institusi dan tempat lain” yang berkaitan.

Hal ini menjadi relevan, terutama di tempat-tempat tahanan di mana banyak pelarian yang tidak mempunyai status dokumen yang sah. Isu ini menunjukkan ada ruang untuk diperbaiki dalam pengurusan dan pemantauan pendatang asing tanpa izin, pelarian dan asylum seeker, dengan izin. Jika perkara ini tidak digariskan, ia mampu menimbulkan risiko terhadap keselamatan sosial secara keseluruhan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen 1951 berkaitan status pelarian dan protokol pilihan 1967. Undang-undang negara ini tidak membezakan antara pelarian, pencari suaka dan pendatang asing tanpa izin.

Oleh sedemikian, ketiadaan status yang sah di sisi undang-undang menjadi faktor utama yang menyebabkan pendatang asing tanpa izin, pelarian dan pencari suaka terdedah kepada eksploitasi serta berisiko ditangkap dan ditahan. Saya ingin mencadangkan untuk mempertimbangkan pelantikan seorang pesuruhjaya pelarian untuk melindungi dan memelihara hak asasi pelarian.

Selain itu, sistem integrasi dengan pelbagai pihak seperti Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian UNHCR seharusnya menjadi matlamat untuk mengurangkan penggandaan usaha dan risiko maklumat yang bercanggah.

Dengan demikian ia dapat menyumbang kepada pendekatan yang lebih inklusif dan responsif terhadap pengurusan pelarian.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang tidak memberikan respons kepada isu ataupun krisis sebegini adalah sebuah kerajaan yang tidak berbuat apa-apa. Namun, kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang sentiasa respons terhadap krisis tersebut dan mencari jalan. Maka, saya harap dengan pindaan ini membuka ruang kepada pindaan lain untuk memberikan hak yang sewajarnya kepada pelarian-pelarian kita.

final • 3:27 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 5 subseksyen (3) dan (3A) juga adalah satu perkembangan yang dialu-alukan. Bagaimanapun, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan tugas suruhanjaya, adalah penting untuk mengenal pasti dan menangani sebarang potensi konflik kepentingan di kalangan anggota suruhanjaya.

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Di kalangan anggota suruhanjaya kini terdapat individu yang memegang beberapa jawatan di dalam Majlis Agama Islam dan pelbagai pengarah syarikat. Keadaan ini mungkin membuka peluang untuk berlakunya conflict of interest, dengan izin. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan bahawa anggota suruhanjaya tidak terlibat dalam konflik kepentingan seperti telah pun ditanyakan oleh rakan-rakan saya yang lain.

Walau bagaimanapun, seksyen 10(d)(i) akta sedia ada menyatakan Yang di- Pertuan Agong atas syor PM (Perdana Menteri) boleh memecat anggota suruhanjaya yang telah melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji yang bercanggah dengan kewajipannya sebagai anggota suruhanjaya.

Saya yakin bahawa dengan mengatasi isu-isu yang dibangkitkan tadi, kita dapat mencapai keseimbangan tanpa mengira kewarganegaraan atau status sebagai warga asing di dalam sempadan negara ini semasa menguruskan hak asasi manusia.

Selanjutnya, hal ini akan memberikan manfaat kepada negara dan setiap individu di Malaysia. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengan Yang Berhormat Petaling Jaya, pembahas yang terakhir. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 25 minit.

final • 3:30 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan sedikit?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 3:30 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Parlimen Rantau Panjang dan Parlimen Bachok. Selamat datang ke Dewan.

[Tepuk]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Setakat ini saya senaraikan lebih kurang 19 Ahli Yang Berhormat, campur Rantau Panjang yang ke-20 ya. Nak ucapkan tahniah kepada orang Rantau Panjang.

Sebenarnya daripada 222 Ahli Parlimen, dua belah pihak, lebih kurang 10 peratus, dekat 20 orang nak membahas tentang pindaan kepada Akta SUHAKAM ini. Jadi, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana menunjukkan minat yang begitu progresif dan proaktif untuk membantu Kerajaan Perpaduan untuk mewujudkan tahap hak asasi yang lebih baik bagi negara kita. Jadi saya ucapkan— ikhlas daripada Bahagian Undang-undang, mengucapkan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyebut kepada Yang Berhormat Bangi, Kuantan, Petaling Jaya, Besut, Kuala Selangor, Tumpat, Jelutong, Jerlun, Segamat, Bagan Serai, Rasah, Pasir Mas, Bentong, Kapar, Ampang, Masjid Tanah, Klang, Seputeh, Bayan Baru, kemudian Petaling Jaya. Saya telah mendengar dan meneliti isu, pandangan, cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya cuba nak menjawab satu persatu. Jika masa tak mengizinkan, saya akan menjawab secara bertulis. Bukan untuk lari, tetapi untuk memberikan fokus kepada keutamaan isu-isu yang telah dibawa pada hari ini.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya ini, saya cuba menjawab pada aspek yang paling penting iaitu pindaan ini adalah tidak diwujudkan pemakaian rang

final • 3:32 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

undang-undang ini, yang paling penting secara retrospektif atau perspektif kriteria dan mekanisme pelantikan suruhanjaya, implikasi kewangan suruhanjaya, isu berkaitan tribunal, khususnya berkenaan pemecatan, penggantungan, orang-orang politik dan juga tentang Pejabat Ketua Suruhanjaya Kanak-kanak.

Jadi Ahli Yang Berhormat dari Bangi, dari Besut bertanya tentang penguatkuasaan. Tentang isu penguatkuasaan, ya. Sebenarnya saya bila nak menjawab tentang SUHAKAM, saya rasa kita perlu ingat pada tahun 1999 dalam akta ini, isu utama SUHAKAM Tuan Yang di-Pertua ialah dia bukan badan kerajaan. SUHAKAM ini bukan satu agensi kerajaan. Dia bukan enforcement agency. Bukan.

SUHAKAM ini sebenarnya adalah satu badan, rangkaian daripada apa yang disebut sebagai GANHRI yang saya sebut pada siang tadi iaitu satu badan antarabangsa yang punya afiliasi semua negara. Ia adalah satu commission ataupun suruhanjaya yang kalau kita tengok paling utama ialah pembacaan Akta SUHAKAM dan pindaan ini mesti bersama Perlembagaan, yang saya sebut pada awal tadi. Dia bukan sewenang- wenangnya bergerak sesuka hati. Dia tidak boleh sebab punca kuasa kepada Akta SUHAKAM ini memang daripada Perlembagaan kita yang saya sebut dalam Bahagian II.

Kemudian, kita mesti juga berbahas dalam elemen fungsi dan kuasa suruhanjaya.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua, bahawa fungsi dan kuasa suruhanjaya bawah seksyen 4 (1)(a), (b), (c), (d) dan seksyen 2(a), (b), (c), (d), (e), (f). Kemudiannya dengan tambahan pada hari ini kepada (ea) itu ialah sebenarnya peranan utama SUHAKAM. Maknanya dia mesti bergerak di dalam lingkaran ini. Okey. Bila kita tengok tentang, dengan izin, Parliamentary Select Committee dalam human rights, yang mana ada sebahagian daripada kita Ahli-ahli Parlimen yang terlibat. Ia boleh membantu SUHAKAM dan juga NGO-NGO dalam negara kita dan juga luar negara kita, membantu SUHAKAM.

Sebab utama sekali kalau kita tengok dalam seksyen 4(1) ini sebagai mukadimah saya ialah memupuk kesedaran, menyediakan pendidikan, menasihati, membantu kerajaan, merumuskan perundangan, penyertaan tapi dia juga boleh siasat. Tapi siasatan dia tidak bermakna dia boleh bertindak. Jadi, dia macam menjadi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua disebut sebagai tunnel. Tunnel di mana dia menerima dan dia memantau. Itu sebab pindaan ini, bila kita nak bercakap tentang siasatan itu, kita ikatkan sekali membesarkan perkataan tahanan.

Saya dengar macam Yang Berhormat Jelutong bercakap tentang tahanan dalam lokap dan sebagainya. Hari ini— saya ucap terima kasih. Jadi, sebahagian Yang Berhormat memang memahami. Pindaan tentang siasatan itu ialah bila kita bercakap tentang SUHAKAM ini, kita melebarkan supaya bukan sahaja tempat tahanan tetapi institusi atau tempat itu jika tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis atau yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubung dengan tempat tahanan institusi atau tempat itu dipatuhi. Ini adalah kerana kadang-kadang ada beberapa tempat ini dia di bawah perlindungan undang-undang lain yang tertentu dan dia mempunyai syarat undang-undang dia sendiri. Itu sebab dia mesti baca bersama dengan lingkaran undang- undang.

Jadi, tentang perkataan yang ditanya berkenaan adakah undang-undang ini akan dikuat kuasa secara perspektif selepas diluluskan, semakan juga akan dibuat kepada latar belakang ahli-ahli suruhanjaya yang sedia ada. Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri selaku Sekretariat akan mengangkat perkara ini untuk perhatian dan pertimbangan Jawatankuasa Pemilih di bawah seksyen 11AAkta SUHAKAM.

Sebenarnya kalau kita tengok pada seksyen 5(2), anggota suruhanjaya hendaklah dilantik. Banyak Yang Berhormat sebut tentang isu tentang politik, mengatakan bahawa seolah-olah wujudnya satu diskriminasi kepada pelantikan. Saya rumpunkan sekali semua isu ini. Bukan satu persatu daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sedemikian.

Saya percaya mungkin kita lupa bahawa bila Akta SUHAKAM ini dibawa ke Parlimen pada tahun 1999, kita lupa nak baca kepada bab yang saya sebut ini di bawah

final • 3:32 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

seksyen yang disebut dalam seksyen— izinkan saya. Tentang apa yang disebut sebagai jawatankuasa yang hendak dirujuk berhubung dengan pelantikan, 11Aya.

Bagi maksud yang hendak dilantik, dirujuk jawatankuasa, pelantikan SUHAKAM ini ada satu jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara menjadi pengerusi, Pesuruhjaya Suruhanjaya dan tiga orang anggota lain daripada masyarakat Madani yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Jadi, anggota jawatan ini— sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, segala permohonan untuk menjadi ahli suruhanjaya ini akan dipamerkan dalam website. Jadi syarat-syarat itu akan diletak. Jadi, dengan pindaan ini akan ditambahkan beberapa peraturanlah. Tapi ini sebenarnya dia tidak memilih orang tertentu. Tidak. You have to apply, dengan izin. Ini adalah borang dia.

Kemudian, jawatankuasa ini akan memanggil daripada senarai nama yang membuat permohonan. Bila cakap tentang politik, seksyen ini dah wujud dari tahun 1999 bila akta ini diwujudkan yang dikuatkuasakan pada tahun 2000 iaitu di bawah seksyen 11A fasal 4. Saya baca ya. “Orang yang berikut tidak boleh dilantik sebagai anggota jawatankuasa di bawah perenggan 1(c)” iaitu dalam dia punya jawatankuasa yang untuk memilih, pelantikan jawatankuasa. “Mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik dan (b) mana-mana orang yang sedang atau pernah menjadi pegawai penguatkuasa”.

Maknanya, dalam selection committee itu memang diwujudkan dari tahun 1999.

Kita mempunyai syarat yang orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dalam mana-mana parti politik di dalam Akta SUHAKAM, dari tahun 1999. Jadi, apa yang kita buat pada hari ini yang mana Yang Berhormat semua menimbulkan seolah-olahnya macam adanya seolah-olah satu standard kepada orang-orang politik. Bila kita masukkan kemasukan yang disebut tadi itu adalah bersama dengan akta ibu yang wujud di bawah seksyen 11A yang saya bacakan tadi yang mengatakan tentang definisi yang disebut dalam kategori orang politik.

final • 3:32 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Jadi, kalau kita baca tentang pindaan yang kita nak tambah ini ialah bukan sahaja jawatankuasa yang nak melantik itu tak boleh ada orang politik yang aktif, yang dilantik pun tak boleh orang politik yang aktif. Now, kenapa benda ini diperlukan adalah kerana bila kita mendapat akreditasi A dalam Global Alliance of National Human Rights Institutions (GANHRI). Salah satu daripada kehendak yang memberikan kita dalam gred A ya, gred A daripada beberapa negara. Saya nak sebut kepada Yang Berhormat sekalian.

Setakat ini, 120 ahli, 88 daripada negara tersebut diakreditasikan dalam status A, 32 dalam status B. Malaysia dalam kategori A. Bermakna kerana kita mengikut syarat- syarat yang ditentukan memberikan Malaysia pada tahap hak asasi di mata dunia. Itu sebabnya pindaan yang kita buat ini supaya ia adalah sesuatu yang consistent, dengan izin.

Kalau nak bercakap tentang wujudnya seolah-olah macam yang disebut sebagai agak-agak macam –Bukan mendiskriminasi, macam seolah-olah memberikan highlight kepada orang politik. Saya ada dengar beberapa Yang Berhormat ada sebut tentang beberapa suruhanjaya pun ada syarat-syarat sedemikian. Contohnya yang disebut dalam apa saya sebut ya? Sebab saya baca tentang beberapa suruhanjaya.

Kadang dia letak orang-orang politik itu yang disebutkan sebagai apa yang disebut sebagai Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Tapi, kalau kita tengok di dalam syarat yang kita letakkan ini ialah perkataannya adalah beberapa perkataan yang mengikat dalam bahasa undang-undang Tuan Yang di-Pertua ialah konjungtif. Maknanya dia mesti baca berdua, dia tidak boleh baca bersatu. Izinkan saya baca ya. Proses periklanan –Okey. Pindaan 11A jawatankuasa –Okey.

final • 3:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sememangnya kerajaan tidak berhasrat untuk memberikan tafsiran khusus kepada perkataan ‘aktif dalam politik’, supaya ianya meliputi apa-apa hal keadaan yang boleh ditakrif sebagai keterlibatan yang aktif dalam politik mengikut keadaan semasa.

Oleh yang demikian, pertimbangan tentang apakah itu terjumlah tafsiran terlibat secara aktif dalam politik itu hendaklah dibuat secara case-to-case basis. Contohnya, sekiranya seseorang itu telah memegang jawatan dalam parti atau bertanding atas nama sesuatu parti politik, bolehlah dikatakan terjumlah sebagai aktif dalam politik.

Selain daripada itu, cadangan peruntukan di bawah Akta 597 pula memperuntukkan hanya apabila mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik sahaja. Yang tidak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai anggota SUHAKAM. Ini bermakna peruntukan tersebut hendaklah dibaca secara konjungtif maknanya bersama iaitu kedua-dua elemen tersebut perlulah dipenuhi dan barulah tidak melayakkan seseorang itu untuk dipilih sebagai anggota SUHAKAM.

Jadi, jawapan saya dalam jawatankuasa untuk memilih pun ada syarat ini dan yang akan dilantik lepas pindaan ini pun mempunyai syarat yang sama. Maknanya ini bukan syarat yang baru. Ia telah wujud daripada tahun 1999 di dalam Akta SUHAKAM kita. Kalau kita tengok tentang apa ini, beberapa suruhanjaya ya, kita mempunyai beberapa suruhanjaya yang mempunyai beberapa syarat yang boleh dilihat sebagai pendekatan yang agak sama.

Yang Berhormat tadi ada sebut tentang apa ini, Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara dan kalau kita tengok beberapa suruhanjaya ya, saya akan beri secara bertulislah tentang suruhanjaya yang dilihat mempunyai satu persamaan. Jadi, berkenaan yang seolah-olah ini sesuatu yang baru, jawapannya tidak. Sudah wujud daripada tahun 1999. Jadi, kita hanya expand pemakaian seksyen ini daripada pelantikan, daripada suruhanjaya dari segi jawatankuasa kepada pelantikan suruhanjaya –Ahli suruhanjaya tersebut.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, cuma bangun untuk menyokong Menteri. Untuk makluman Menteri juga, kalau kita merupakan seorang ahli politik yang aktif dalam politik, tidak juga boleh menjawat apa-apa jawatan dalam Jawatankuasa Peguam dan juga Majlis Peguam. Memang ia merupakan satu syarat. Jadi, bukanlah sesuatu yang baru diletakkan dalam akta ini. Untuk makluman Tuan Pengerusi dan juga Timbalan Speaker dan Menteri. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri sikit saja. Maksud aktif ini, setakat mana? Ada ditentukan tak? Makna, tahap-tahap aktif itu. Di peringkat Persekutuan kah, di peringkat negeri kah atau di peringkat kampung kah? Kah macam mana? Itu yang...

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, terima kasih Yang Berhormat Besut. Itulah jawapan saya tadi. Maknanya dia akan memohon dan dia kena membukti bahawa dia adalah –Syarat dia dua. Dia beraktif dan berdaftar.

Maknanya kalau katakan dia ahli, ahli BERSATU tetapi dia tidak aktif, tertakluk kepada jawatankuasa itu untuk menentukan.

Maknanya dia bukan –Maknanya generally mengatakan tidak boleh. Dia membawa kepada kategori tertentu. Terpulang kepada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Itu sebabnya yang saya tunjuk borang tadi, borang tadi ini ialah public domain.

[Merujuk kepada senaskhah dokumen] Bila yang, mana Yang Berhormat sebut tentang kategori wanita, orang kurang upaya dan lelaki, pada kategori tertentu itu, dia memohonlah dulu.

Ini adalah tahap yang pertama. Jadi, Yang Berhormat daripada Bentong kan sebut tentang orang asal ya, sama juga. Kita tidak boleh nak senaraikan pelbagai jenis sebab ada Yang Berhormat menyebut apakah definisi orang kurang upaya? Adakah orang kurang upaya itu keupayaan macam level yang mana? Kadang-kadang Yang Berhormat, nampak macam upaya tapi akal tak upaya. Betul tak? Ini masalah *mental health.

[Ketawa]*

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tapi dalam senarai ini, dia tak ada mental health lah. Mungkin jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KSN itu, dia akan memantau dan menilai. Betul juga Yang Berhormat kata, kemungkinan ada yang menjadi ahli parti politik yang berdaftar tapi dia tak aktif. Aktif itu mungkin masih memegang jawatan. Saya rasa sebenarnya nak memberikan supaya tidak ada kemusykilan bagi semua Yang Berhormat ialah sebenarnya bila kita sebut tentang tahap kategori antarabangsa GANHRI ini ialah dia tidak mahu yang disebut sebagai adanya secara langsung satu gambaran dengan izin influencing factor dengan kerajaan.

Maknanya, Yang Berhormat yang sebut tentang tadi mukadimah tadi pun Yang Berhormat ada sebut ya –Bayan Baru sebut tentang business human rights sebagai contoh. Kita akan dalam proses menilai kepada perkara ini. Adalah kerana kita tidak mahu ada tekanan seolah-olah bila syarikat gergasi yang mempunyai kepentingan pada negara, tidak boleh dipersoal kononnya. Sebab tiba-tiba kemusykilan, “Oh, sebab ahli SUHAKAM itu ada orang yang mempunyai kepentingan”.

Sebenarnya, perkara ini agak fluid, dengan izin. Jadi, saya nak bagi contoh yang ketiga Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga Speaker. Di dalam kita punya peraturan, Speaker, Timbalan Speaker, dia pegang jawatan ini, dia tak boleh ada perniagaan. Maknanya Timbalan Speaker ini dia tak macam kita yang ahli politik. Kita yang –Kerajaan tak apalah, kerajaan jadi Menteri, Timbalan Menteri. Tapi yang Ahli-ahli Parlimen yang lain, kerajaan kah pembangkang, boleh terlibat dalam perniagaan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker tak boleh. Yang Berhormat Speaker tak boleh. Masa saya duduk situ pun, saya macam itu, semua tak boleh. Ada syarikat guaman pun kena tutup. Sebab persepsinya akan ada keputusan yang menggambarkan biasness, dengan izin. Maknanya yang mana Yang Berhormat Jelutong cakap itu betul. Adakah tidak pernah kita mengalami situasi yang orang yang dikategorikan dalam kategori tertentu akan mempunyai biasness? Memang ada undang-undang tersebut. Ini bukan perkara yang baru.

Jadi, tidak ada lah seolah-olah hak asasi orang politik ditarik dalam Akta SUHAKAM, tak ada langsung. Tertakluk kepada jawatankuasa juga untuk menilai semula.

Tetapi, bila kita letakkan dalam drafting dengan izin, wanita sekurang-kurangnya 30 persen. Yang Berhormat, sahabat saya –Oh, dia tidak ada di sini ya. Dia menyebut – Masjid Tanah menyebut tentang meletakkan ‘sekurang-kurangnya’. Jadi maknanya, 30 percent itu perlu menjadi ukuran di dalam kategori dia 30 persen ke ataslah. Dia tak boleh ke bawah.

Sama dengan sekurang-kurangnya orang kurang upaya. Sekurang-kurangnya satu orang. Tapi boleh ada lebih orang kurang upaya. Dia tak ada masalah. Itu kita letakkan. Dulu, kita tak letak. Terpulang kepada Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan oleh KSN untuk menilai individu yang mana. Tapi, Yang Berhormat semua sebut tadi itu, saya terdengar dan saya pun menerima bahawa kadang-kadang saya pun tengok memang betul. Kadang-kadang yang menjadi anggota SUHAKAM semuanya yang berpencen, yang –Bukan yang berumur ya, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bukan itu.

Maksud saya tak kan lah orang muda tak boleh bercakap tentang isu asasi, betul tak? Kita patut didik daripada muda. Tapi, saya tak bolehlah letak senarai umur macam ini, nanti letak 18, 21 pula marah. Letak 21, 31 pula marah. Contohnya, macam Akta Belia.

Dah berapa tahun kita nak buat, nak kuat kuasa, ada negeri yang tak setuju, contohnya.

Jadi, itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, isu definisi itu ialah guiding principle kepada jawatankuasa yang meletak. Jadi, dalam pembentukan drafting, lebih elok diadakan daripada you silence on it, dengan izin.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri kerana kalau kita meletakkan seseorang yang mempunyai sangkut paut dengan politik walaupun dapatan oleh suruhanjaya itu adalah dapatan yang betul, tepat, berkecuali, ia boleh dipersoalkan oleh pihak-pihak daripada parti politik yang lain semata-mata kerana ahli pesuruhjaya adalah seorang ahli politik daripada parti politik yang lain.

Kecuali mereka boleh berkecuali seperti Timbalan Speaker yang selalu berkecuali. Memang mustahil kalau ada ciri-ciri kualiti macam Timbalan Speaker itu lain.

Akan tapi alasannya adalah kalau mereka mempunyai apa-apa kaitan dengan politik, keputusan suruhanjaya itu akan dipersoalkan oleh parti politik lawan. Saya setuju dengan Menteri dalam hal ini. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, dengan izin, can we conclude bermaksud kata putus itu adalah Jawatankuasa Pemilihan KSN sahaja.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tidak. Dia KSN campur dengan beberapa jawatankuasa.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Group. That is the final say-lah.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Itulah final say dia dengan izin. Terima kasih.

Akan tetapi ia tidak boleh langgar. Ia kena dalam lingkaran yang dibenarkan. Jadi, saya jawab kepada kepala isu antaranya ialah Pejabat Ketua Suruhanjaya Kanak-kanak. Yang Berhormat, beberapa Yang Berhormat telah timbul, saya tidak nak sebut nama. Saya mendengar dan memahami dan ada yang mencadangkan perlunya satu badan yang betul-betul bebas dengan aktanya tersendiri.

Terutama sekali, semalam ya dalam program yang mana Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berbahagia isteri kepada Perdana Menteri menghadiri Program Yayasan Chow Kit ya. Kita tahu dalam kanak-kanak di Malaysia, 93 juta orang. Jawatankuasa dalam SUHAKAM ini hendak letak tiga pun, satu yang ketua Suruhanjaya, dua yang ditambah, tiga-tiga pun full-time. Three out of 20 dengan izin pun memang tidak mencukupi.

Akan tetapi sebenarnya peranannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Kanak-anak itu bukan sebagai policing. Dia bukan enforcement agency, dia bukan hendak mengintai tengok betul ke tak betul pada kanak-kanak, tidak. Sebab apa yang saya sebut tadi fungsi dia ialah fungsi di bawah seksyen 4 iaitu lebih pergi mendidik, memantau undang-undang, memberi maklumat.

Itu sebab sekarang ini setakat ini wakil daripada pejabat suruhanjaya ini dia ada di Sabah dan di Sarawak juga untuk membantu isu-isu yang disebut tadi tentang stateless.

Sebab selalunya bila cakap tentang isu hak asasi, selalunya tanggapan dunia, the first offender dengan izin agensi yang selalu melanggar isu hak asasi ialah enforcement agency, betul tak? That is the presumption dengan izin. Orang menganggap cakap hak asasi enforcement agency.

Saya buat dalam mukadimah saya tadi bahawa Yang Berhormat Bayan Baru cakap betul. Sekarang ini syarikat swasta dah langgar isu hak asasi. Contohnya pekerja asing dibawa turun ke negara kita beli kebenaran daripada negara mereka.

Di kawasan Parlimen Pengerang saya 2,300 orang tidak tahu daripada mana, daripada Bangladesh. Dah duduk dua bulan. Tidak ada duit nak makan suruh Ahli Parlimen Pengerang bagi dia makan. Ahli Parlimen Pengerang pula jaga SUHAKAM, tidak bagi makan, kena marah.

[Ketawa] Tersepit saya. Itu saya hendak tanya kepada Menteri Sumber Manusia, macam mana boleh turun tidak ada kerja? Siapa punya kerja?

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tapi SUHAKAM, ada perkara SUHAKAM tidak boleh kacau, Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi SUHAKAM boleh highlight isu ini dan bekerjasama dengan Select Committee on Human Rights, Yang Berhormat sahabat-sahabat kita yang ada dalam select committee. Banyak Yang Berhormat tadi ada sebut, saya rasa Pasir Mas ke tanya tentang perbahasan.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya hendak ingatkan ya, di bawah seksyen ini, dalam seksyen Akta SUHAKAM daripada awal, kita ada bawa laporan tahunan seksyen 21, “Suruhanjaya hendaklah tidak terkemudian daripada mesyuarat pertama Parlimen bagi tahun berikut mengemukakan satu laporan tahunan kepada Parlimen mengenai segala aktiviti di sepanjang tahun yang dimaksudkan”. Memang ada atas meja.

Berbezanya Kerajaan Perpaduan MADANI dengan kerajaan lain kita membahaskan laporan SUHAKAM.

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kita membahaskan. Bezanya hendak letak atas meja, ya letak itu orang tengok je. Akan tetapi kita letak, kita bahas maknanya kita membincang secara terperinci isu-isu yang mana kemungkinan agensi kerajaan kena jawab melalui Menteri, contohnya.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan last ya sebelum saya jawab tentang kanak-kanak.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Menteri. Saya hendak tanya Menteri tadi telah tahu bahawa masalah adalah business juga ya bukan sahaja institusi awam tetapi juga swasta. Jadi, adakah SUHAKAM ini mempunyai kuasa untuk not serbu tetapi membuat lawatan unnotified, pergi untuk menyiasat. Itu adalah soalan pertama.

Kedua adalah institusikan bagaimana, bolehkah kita Parlimen ini institusikan supaya laporan di sini, laporan SUHAKAM mesti dibahaskan dalam Parlimen. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ya, Yang Berhormat. Itu saya kata saya bacakan tadi dia memang kena letak atas meja. Memang dia tidak ada kata mesti dibahaskan. Itu sebabnya Yang Berhormat dalam isu ini ialah tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen, kita boleh buat dalam usul. Kita boleh buat macam-macam.

Macam kita buat Akta Lompat Parti ya Yang Berhormat. Kita buat Private Member’s Bill. Kita sebagai Ahli Parlimen kita tidak payah tunggu kerajaan buat. Kita sendiri boleh bercakap sebagai Ahli Parlimen. Ini tanggungjawab kita kepada mereka yang mengundi kita.

Keduanya, berkenaan dengan national human rights. Memang kita tengah berbincang tentang perkara ini iaitu yang disebut sebagai Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, memang betul. Sebab hari ini macam yang berlaku dalam alam sekitar bila disebut tentang carbon currency, negara-negara luar menilai kejayaan sesebuah negara dari segi alam sekitar berkenaan dengan carbon currency yang hari ini kita ada di COP28 di Dubai itu berbincang tentang alam sekitar.

Jadi, dalam isu hak asasi, daripada biasa hak asasi enforcement agency dia pusing kepada perniagaan sebab tentang menidakkan dan menitip rakyat asing datang ke negara kita akan memalukan kita. Datang beramai-ramai tidak tahu hendak buat macam mana.

Itu sebabnya Menteri Dalam Negeri ini tengah pening kepala dalam isu foundling kanak-kanak. Sebab kita tak nak situasi bahawa mereka datang ke negara kita dan mereka melahirkan dan buka dosa anak itu tidak dilahirkan di Malaysia.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Inilah perkaranya yang perlu kita selesaikan bukan sahaja perkara kanak-kanak, isu subsidi. Berapa juta 35 juta atau 36 juta, dua juta mereka yang berdaftar memakai dan menggunakan harga subsidi yang sepatutnya yang dipakaikan oleh rakyat Malaysia. Jadi, itu sebabnya isu pekerja melalui business human rights ini satu isu yang baru yang akan kita insya-Allah perbahaskan pada tahun hadapan.

Akhir sekali tentang kanak-kanak ini saya ucap terima kasih. Saya dah beritahu kepada Yang Berhormat semua ya, agensi yang terlibat pada kanak-kanak bukan sahaja Kementerian Wanita seorang. Kementerian Wanita, Jabatan Kanak-kanak itu dengan bajet yang dipohon itu membantu dalam isu kebajikan dan isu keluarga. Akan tetapi senarai jabatan dengan prosedur dasar yang berkaitan dengan kanak-kanak di Malaysia.

Kita ada 21 setakat ini Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Perlindungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, CyberSecurity Malaysia.

Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kesihatan, Lembaga Bidan Malaysia, Pusat Pergigian, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Kementerian Kebajikan, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berderet-deret isu kanak-kanak yang Jabatan Kanak-kanak seorang sahaja dengan ada Ketua Pengarah tidak akan mampu.

Itu sebabnya dengan adanya Ketua Pesuruhanjaya Kanak-kanak dan SUHAKAM isu hak asasi sekurang-kurangnya dapat sama-sama dipantau. Undang-undang yang berkenaan dengan kanak-kanak, saya boleh sebutkan 42 undang-undang yang saya boleh bagi kepada setiap daripada Ahli Parlimen.

Jadi sebenarnya yang mana Yang Berhormat sebutkan tadi saya tidak ingat siapa menyebut satu ayat yang paling betul, “Ini adalah lantai permulaan”. This is the new flooring step. Jadi saya bersetuju kita hendak SUHAKAM bergigi. Akan tetapi sebelum gigi itu hendak taring, nak suruh SUHAKAM itu ada taring gigi, gigi kena tumbuh dulu.

Jadi, yang kita hendak buat ini hendak tumbuhkan gigi sahaja Yang Berhormat.

Selepas itu mungkin lagi 20 tahun gigi akan tumbuh panjang. Tapi kerajaan hari ini 20 tahun tidak ada pindaan. Hari inilah pindaan lepas 20 tahun.

[Tepuk] Bukankah gigi itu taring. Gigi itu ada dan tengah mula hendak taring.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi pihak Kerajaan Perpaduan hari ini kita berterima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen kerana menyedari bahawa ini satu isu yang tidak boleh ditinggalkan. Saya mengucap terima kasih kepada Speaker dan juga Timbalan Speaker kerana membenarkan Akta SUHAKAM ini dibacakan untuk kali kedua pada hari ini supaya kita dapat insya-Allah menjadi satu kayu ukur sebenar keagungan sebuah negara bagaimana ia memartabatkan hak dan kebebasan rakyatnya dengan izin.

Itu sebabnya melalui cadangan pindaan pada Akta 597 ini Kerajaan Perpaduan yakin bahawa ekosistem pembinaan hak asasi Manusia di Malaysia akan bertambah baik dan suruhanjaya ini akan dapat menjalankan kuasa dan fungsinya dengan lebih efektif.

Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua sokongan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan blok pembangkang dengan kelulusan pada pindaan ini akan memberikan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia, ahli-ahli politiknya bersatu hati demi isu hak asasi kepada rakyat Malaysia dan mereka yang berada di dalam negara kita.

Dengan itu bagi pihak bahagian undang-undang, saya berharap bahawa rang undang-undang ini dapat diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen sedemikian untuk membantu Kerajaan Perpaduan MADANI untuk mencapai perkataan ‘ihsan’ dalam madani tersebut.

Dengan itu kerajaan membuatkan sokongan kepada rang undang-undang ini.

[Tepuk] Yang lain saya bagi jawapan bertulis.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Syabas Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Jempol.

final • 3:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi di sini saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kesampaian pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan juga guru pengiring daripada Sekolah Menengah Datuk Mansor, Bahau, Jempol.

[Tepuk] Timbalan Speaker, nostalgia sekolah ini kerana saya mengajar dulu buat pertama kalinya di sekolah ini pada 1985 hingga 1995. Jadi, minggu lepas saya sebut atlet cemerlang dalam itu, inilah sekolah dia dan juga mungkin boleh masuk sekolah ini dalam Malaysia Book of Records kerana lima orang cikgu daripada sekolah ini menjadi wakil rakyat.

[Tepuk] Dua orang jadi Ahli Parlimen, Dato’ Lilah sebelum ini dan alhamdulillah sekarang saya. Saya rasa bangga, terima kasih. Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 4:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 11 – Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Ahli Yang Berhormat, jika ada yang mohon untuk berbahas, saya benarkan. Yang Berhormat pasir Gudang ingin berbahas dalam peringkat Jawatankuasa? Silakan. Tiga minit.

final • 4:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, saya ingin secara ringkas menyentuh tiga fasal. Fasal 2, fasal 4 dan fasal 5.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya mulakan fasal 2. Yang Berhormat Menteri, fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 597 ini untuk menjalankan fungsinya untuk melawat selain tempat tahanan mana-mana institusi dan tempat lain. Secara spesifiknya Yang Berhormat Menteri, minta diambil perhatian institusi dan tempat lain ini secara spesifiknya ialah Sekolah Henry Gurney yang ada di Telok Mas, Melaka dan ada sebuah di Kota Kinabalu dan di Keningau.

Sekolah Henry Gurney ini adalah penghuninya ialah kanak-kanak yang didapati bersalah dalam kes di mahkamah kanak-kanak. Jadi minta Yang Berhormat Menteri bila melaksanakan ini, tolong tengok ini supaya Suruhanjaya Hak Asasi ini, Pesuruhjaya Kanak-kanak ini melawatlah ke sekolah-sekolah Henry Gurney ini.

Kedua, fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 6A ke dalam akta ini di mana fungsi suruhanjaya ini menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubung dengan kanak-kanak. Ini daripada pengalaman peribadi sendiri Yang Berhormat Menteri, iaitu terdapat kanak-kanak misalnya, yang benar kes ini kanak-kanak

final • 4:02 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

bawah umur ini berumur 16 tahun ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya, seksyen 39B yang hukuman mati.

Tetapi kerana dia kanak-kanak, dia tak ada lawyer, tak ada peguam dan tak boleh dijamin. Maka, duduklah kanak-kanak ini di pusat tahanan reman berbulan-bulan. Jadi, saya mintalah Pesuruhjaya Kanak-kanak melihat kes seperti ini. Lawatlah pusat-pusat — ini kanak-kanak kesian dia. Ini soal hak asasi kanak-kanak.

Akhirnya Dato’ Pengerusi, fasal 5 iaitu pesuruhjaya yang ditetapkan secara khas untuk menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubung dengan kanak-kanak dan hendaklah bekerja secara sepenuh masa. Ini melibatkan mahkamah kanak-kanak Yang Berhormat Menteri, iaitu amalan sekarang di mahkamah kanak-kanak ini apabila nak dijatuhkan hukuman, ada pegawai akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penasihat yang membantu majistret.

Biasanya kanak-kanak — maaf cakap Yang Berhormat Menteri, majistret kadang- kadang condong untuk ikut sahaja apa yang pegawai akhlak itu berkata. Jadi, saya berasa sudah sampainya masanya SUHAKAM melalui Pesuruhjaya Kanak-kanak ini cuba melibat urus dengan mahkamah kanak-kanak supaya ada perlindungan pada kanak- kanak itu, dari segi hak asasi. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Sila Menteri.

final • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, saya juga bangun tadi untuk menyentuh beberapa fasal. Sebenarnya ketika membahaskan rang- rang undang-undang ini semasa peringkat dasar, saya terlepas untuk menyentuh satu, dua perkara di mana bersangkut dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi.

Saya lihat bahawa terdapat keperluan untuk kita memberikan hak untuk jaminan kepada kanak-kanak walaupun dituduh di mahkamah tanpa dikenakan apa-apa syarat kerana mungkin berlakunya keadaan di mana waris-waris susah untuk dihubungi.

Mungkin tidak ada waris-waris.

Pada masa yang sama, sekali saya menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang bersungguh- sungguh membentangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, pindaan-pindaan yang dikemukakan.

Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kesempatan ini Tuan Pengerusi, untuk tanya kepada kerajaan, adakah apa-apa perkembangan berkenaan dengan permintaan untuk menggubal atau meminda peruntukan seksyen 13 di bawah SOSMA?

Kerana kita lihat bahawa seksyen 13 peruntukan SOSMA merupakan satu undang- undang yang begitu draconian. Tuan Pengerusi tahu bahawa ia hanya membenarkan jaminan kepada kanak- kanak, tetapi kepada wanita dan hanya kepada orang-orang dewasa yang mengalami masalah kesihatan, uzur. Disebabkan oleh tahanan-tahanan SOSMA untuk makluman, saya tahu bahawa Menteri adalah seorang yang selalu prihatin, peka terhadap isu undang-undang dan mungkin boleh membawa perkara ini kepada tahap Kabinet untuk dibincangkan.

Banyak keluarga-keluarga yang hampir-hampir kecai dan musnah disebabkan oleh tahanan SOSMA kerana satu-satunya ahli keluarga yang menjadi punca pendapatan bekerja, ditahan di bawah SOSMA.

So, saya bukan minta supaya undang-undang itu dimansuhkan. Tetapi cuma, merayulah sebagai Ahli Parlimen. Maklumlah kita sebagai Ahli Parlimen kerajaan, menerima — rata-rata bila melihat undang-undang ini dibentangkan, bila melihat

final • 4:06 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kesungguhan kerajaan, keprihatinan Yang Amat Berhormat Tambun, kesungguhan Yang Berhormat Menteri membentangkan undang-undang ini.

Ramai sangat yang merayu melalui WhatsApp, melalui panggilan telefon supaya perkara ini juga dibawa kepada Dewan. Kalau boleh diberi kelonggaran di mana semua yang dituduh di bawah SOSMA itu sekurang-kurangnya dapat dijamin. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang telah diberikan.

final • 4:06 PM

Tuan Pengerusi

Sila Menteri.

final • 4:06 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Sebenarnya saya minta maaflah sebab dalam Jawatankuasa ini perlu kita membincang fasal secara khusus, pindaan. Tapi tak apalah, saya jawab mungkin dalam aspek dasar sahabat-sahabat daripada Pasir Gudang dan Jelutong tanya.

Berkenaan dengan isu kanak-kanak Pasir Gudang, itu sebabnya kita meletakkan satu fasal baharu iaitu di mana kita nak menggalakkan dalam fasal — kalau kita lihat tentang wujudnya berkenaan kanak-kanak iaitu fasal (ea) baharu itu ialah untuk menerima apa-apa komunikasi daripada kanak-kanak sama ada secara langsung atau melalui mana-mana orang atau pihak berkuasa yang berhubungan dengan aduan atau keperluan kanak-kanak itu dan untuk bertindak atas aduan dan keperluan itu dan untuk mengadakan dan menerima pakai mekanisme dan tatacara dalam menggalakkan penyertaan kanak- kanak dalam perkara yang berkenaan dengan mereka.

Jadi maksudnya, yang mana Yang Berhormat tentang khuatir tentang isu Henry Gurney, memang Henry Gurney akan termasuk dalam kategori tempat lain yang diletakkan dalam fasal pindaan ini.

final • 4:09 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Jadi, bererti tentang adakah Ketua Pesuruhjaya ke, Pesuruhjaya Kanak-Kanak boleh melawat kanak-kanak dalam reman, kalau kita tengok pada seksyen 39B, 39A tidak boleh dijamin tetapi boleh expediate trial. Kemudian, kita ada pula Jabatan Bantuan Guaman yang adanya pendamping kanak-kanak untuk memberikan pelindungan dan bantuan guaman kepada kanak-kanak. Sebab bila kita letakkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak secara sepenuh masa, dengan dua pesuruhjaya, jadi, ada tiga orang sepenuh masa, ya. Sekarang ni dia part-time sahaja, Pensyarah Universiti Malaya, Profesor.

Hari ini kita nakkan pengkhususan diberikan sepenuh masa. Dengan pindaan fasal dengan ada EA ini untuk menerima komunikasi, jadi isu-isu bukan sahaja tempat tahanan. Apa-apa tempat sekalipun, yang mana disebut oleh semalam dalam program Yayasan Chow Kit, di mana Yang Berhormat Menteri Keluarga dan Menteri Kebajikan dan Keluarga pula telah bercakap dan berucap dan Timbalan Ketua IGP pula berkata tentang elemen pornografi dan elemen berkenaan kanak-kanak menjadi mangsa dan kadang- kadang kanak-kanak juga terlibat dalam elemen pornografi.

Itu sebabnya bila perkara ini berlaku, kita nakkan supaya ongoing dengan izin, ongoing literature, kefahaman, undang-undang dibuat dan dilaksanakan oleh Pejabat Pesuruhjaya. Bukan hanya untuk siasatan dan untuk bertindak tetapi jadi untuk memantau. Sebab agensi yang ada pada hari ini, yang saya sebut tadi itu memang tidak mencukupi bagi 9.3 juta kanak-kanak dalam negara kita.

Jadi, saya ucap terima kasihlah sebab kita pun mesti menentukan bahawa undang-undang ini memberikan satu refleksi bahawa implementasinya akan membantu pada kanak-kanak yang menjadi mangsa, yang berlaku di luar sana. Akhir sekali daripada Yang Berhormat Jelutong tentang SOSMA. Saya tak boleh jawab sebab SOSMA ini tanggungjawab Menteri Dalam Negeri. Tetapi saya melihat kalau kita tengok dari segi

final • 4:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

undang-undang death sentence bawah 39B ya, kerajaan hari ini bertukar daripada mandatory death kepada discretionary death tapi masih ada juga sabitan kesalahan untuk hukum bunuh ya, discretionary death sentence. Jadi dalam aspek SOSMA ini, libat urus perlu dilaksanakan seterusnya daripada Select Committee terutama sekali Select Committee dalam hak asasi, Select Committee dari segi Perlembagaan ya dalam isu ini dan dari segi keselamatan, supaya perkara ini sentiasa menjadi satu dialog antara semua Ahli-ahli Parlimen, ya. Kita tidak boleh hanya mengharap pada kerajaan dan agensi sahaja sebab kadang-kadang ada perkara yang mana Ahli Parlimen nampak dan boleh mengingatkan pada kerajaan dan juga agensi yang bertanggungjawab bahawa dunia sudah berubah dan perlulah lebih banyak sensitiviti kepada undang-undang yang ada di luar sana. Itu sahaja Tan Sri Speaker.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Menteri.

[****Fasal-fasal 1 hingga 11** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh] dan diluluskan]

final • 4:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan rang undang-undang bernama suatu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan WHO Tobacco Factsheet pada tahun 2019, merokok menyumbang kepada lapan juta kematian setiap tahun di seluruh dunia. Di Malaysia, sebanyak 27,000 kematian dilaporkan akibat merokok berdasarkan laporan Malaysia Factsheet The ASEAN Tobacco Atlas 2019. Punca utama kematian adalah disebabkan komplikasi penyakit berkaitan jantung, penyakit paru-paru kronik dan kanser paru-paru. Masalah merokok semakin ketara dengan kemunculan produk merokok baharu seperti rokok elektronik atau vape yang lebih menarik perhatian penggunanya.

Bermula tahun 2015, rokok elektronik atau vape telah memasuki pasaran di Malaysia dan sehingga kini, jumlah pengguna rokok elektronik atau vape semakin meningkat terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga remaja wanita.

Untuk makluman semua Ahli Dewan, kawalan terhadap produk tembakau telah dikuatkuasakan di bawah seksyen 36 Akta Makanan 1983 iaitu Akta 281 iaitu pemakaian bagi tembakau dan sebagainya.

Seksyen 36 ini— akta ini telah memperuntukkan kuasa untuk Menteri Kesihatan membuat peraturan-peraturan berkaitan kawal selia penggunaan tembakau dan hasil tembakau. Justeru, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 P.U.(A) 324/2004

(PPKHT) telah dikuatkuasakan pada 24 September 2004.

final • 4:14 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Namun begitu, kawalan di bawah Akta Makanan ini adalah terhad dan tertumpu kepada kawalan produk merokok yang berasaskan tembakau dan hasil tembakau sahaja sedangkan cecair yang digunakan dalam rokok elektronik atau vape adalah menggunakan bahan-bahan lain selain tembakau iaitu nikotin, propylene glycol, glycerol atau triethylene glycol dan bahan perisa. Maka, peruntukan sedia ada di bawah PPKHT tidak mencukupi untuk mengawalnya.

Penjualan sebarang sediaan yang mengandungi nikotin adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952 iaitu Akta 366. Di bawah akta ini, nikotin adalah dikategorikan sebagai racun kumpulan C, di mana sebarang penjualan sediaan yang mengandungi nikotin hanya dibenarkan oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan sahaja.

Pada 31 Mac 2023, kerajaan telah pun memberikan pengecualian kepada sediaan yang mengandungi nikotin dalam bentuk cecair atau gel yang digunakan untuk tujuan merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik daripada Senarai Racun dalam Jadual Pertama Akta 366.

Pengecualian ini telah dilaksanakan atas dasar tanggungjawab bersama Kementerian Kesihatan Malaysia kepada kerajaan susulan keputusan kerajaan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape bermula 1 April 2023.

Lanjutan pengecualian ini berlaku kelompangan. Undang-undang terhadap kawalan penjualan cecair rokok elektronik dan kini bebas dijual di pasaran terbuka. Oleh yang demikian, adalah sangat kritikal satu Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan bagi mengatasi kelompangan yang berlaku di samping melaksanakan kawalan menyeluruh serta mengatasi kelompangan undang-undang supaya kesemua produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape dapat dikawal selia.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membendung masalah merokok di Malaysia selaras dengan artikel yang ditetapkan di bawah dengan izin, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) namun, peratusan perokok kekal di paras 20 peratus. Terkini, dianggar seramai lima juta orang berumur 15 tahun dan ke atas merupakan perokok semasa. Situasi ini berlaku akibat pertambahan jumlah perokok baharu yang menggantikan perokok yang telah meninggal dunia dan perokok baharu ini adalah dalam kalangan generasi berumur 15 hingga 40 tahun.

Jumlah perokok ini dijangka akan terus bertambah dengan kemunculan rokok elektronik atau vape. Khusus bagi rokok elektronik atau vape, terdapat peningkatan peratusan pengguna dewasa iaitu 15 tahun ke atas iaitu sebanyak 1.2 juta orang pada tahun 2019 berbanding 600,000 orang pada tahun 2016. Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang telah dijalankan.

Oleh yang demikian di bawah RUU ini, semua jenis produk merokok berasaskan tembakau termasuk rokok, cerut, tembakau lerai dan lain-lainnya akan terus dikawal sebagaimana ia dikawal di bawah peraturan sedia ada.

final • 4:14 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Manakala bagi produk rokok yang tidak berasaskan tembakau dan hasil tembakau termasuk bahan merokok yang terkandung di dalam rokok elektronik atau vapes dan produk pengganti tembakau, turut dikawal di bawah rang undang-undang ini.

Rang undang-undang ini memperuntukkan kawalan dan larangan penjualan pembelian dan penggunaan produk merokok kepada orang belum dewasa iaitu minor iaitu mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Peruntukan ini adalah selaras dengan Artikel 16 WHO FCTC iaitu dengan izin, sales to and by minors. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sangat prihatin atas beban masalah merokok dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda. Pelbagai strategi

final • 4:20 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

telah dibincangkan di peringkat global bagi memastikan masalah merokok dalam kumpulan ini dapat dibendung. Pelaksanaan strategi ini sangat penting agar setiap negara parti dapat mencapai status sebuah negara bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan mengawal selia tiga kategori produk merokok iaitu:

(i) produk tembakau yang ditafsirkan sebagai tembakau yang diproses atau apa-apa produk yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia;

(ii) bahan merokok yang ditafsirkan sebagai apa-apa bahan atau apa-apa gabungan bahan yang digunakan untuk merokok termasuklah nikotin, propylene glycol, glycerol atau triethylene glycol; dan

(iii) produk pengganti tembakau yang ditafsirkan sebagai apa-apa produk atau produk yang diproses selain produk tembakau yang boleh digunakan bagi merokok sama ada dengan atau tanpa bahan merokok.

Produk tembakau merupakan produk merokok konvensional seperti rokok, cerut dan tembakau lerai yang telah pun dikawal selia di bawah peraturan sedia ada. Bahan merokok yang dimaksudkan di bawah RUU ini adalah cecair atau gel sama ada mengandungi atau tidak mengandungi nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik.

Manakala produk pengganti tembakau yang dimaksudkan di bawah RUU ini adalah jenis- jenis rokok yang diperbuat daripada daun teh, daun nipah dan lain-lain selain daripada daun tembakau.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 ini merangkumi 12 fasal, sorry 12 bahagian dan 54 fasal. Bahagian I akta yang dicadangkan memperkatakan mengenai perkara permulaan.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 mengandungi takrif bagi perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.

Bahagian II. Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan yang berhubungan dengan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran apa-apa produk tembakau bahan merokok ataupun produk pengganti tembakau di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 3 bertujuan menghendaki semua produk tembakau bahan merokok atau produk pengganti tembakau untuk didaftarkan di bawah akta yang dicadangkan. Mana- mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 4 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa satu permohonan bagi pendaftaran apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah dibuat kepada ketua pengarah dengan cara bersama-sama fi sebagaimana yang ditetapkan.

Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pembatalan pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

Fasal 6 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa ketua pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau yang didaftarkan di bawah fasal 4.

Bahagian III. Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang larangan apa-apa pengiklanan, promosi dan tajaan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan tiruannya.

final • 4:20 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Fasal 7 bertujuan untuk melarang apa-apa penglibatan, apa-apa iklan produk tembakau, bahan merokok atau produk penggantian tembakau. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 8 pula bertujuan untuk melarang apa-apa penerbitan, apa-apa iklan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan dan mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 9 bertujuan untuk melarang apa-apa promosi atau tajaan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok atau dipromosikan sebagai satu produk berhenti merokok. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Bahagian IV. Akta ini akta yang dicadangkan memperkatakan tentang kawalan penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan tiruannya.

Fasal 10 bertujuan untuk melarang mana-mana orang daripada menjual atau mempamerkan untuk jualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan penjualan atau pameran untuk jualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 11 bertujuan untuk melarang mana-mana orang daripada menjual apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 12 bertujuan untuk melarang apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau untuk diberikan sebagai pemberian atau hadiah. Fasal ini bertujuan untuk melarang penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dengan apa-apa kupon, ganjaran, barang tawaran atau perkhidmatan. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 13 bertujuan untuk melarang penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau kepada mana-mana orang yang belum dewasa. Fasal ini juga melarang orang belum dewasa daripada membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini juga melakukan suatu kesalahan.

Bahagian V. Tuan Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang kawalan harga, pembungkusan, pelabelan, pengilangan, pengimportan atau pengedaran apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

Fasal 14 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa harga runcit atau jualan minimum apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah mengikut harga dan syarat yang ditetapkan. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 15 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pembungkusan dan pelabelan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah mengikut kehendak sebagaimana yang ditetapkan. Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Bahagian VI akta yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan larangan merokok.

Fasal 16 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa melalui perintah yang disiarkan dalam warta untuk mengisytiharkan mana-mana bangunan atau bahagian bangunan itu tempat atau sebahagian daripada tempat itu atau mana-mana kawasan atau kenderaan yang ramai mempunyai akses sebagai kawasan atau tempat larangan merokok. Fasal ini

final • 4:20 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang merokok di kawasan atau tempat larangan merokok melakukan suatu kesalahan.

Fasal 17 bertujuan untuk melarang mana-mana orang belum dewasa daripada merokok, mengunyah atau menggunakan apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau dan mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 18 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tanggungjawab tuan punya atau penghuni atau mana-mana bangunan, tempat, kawasan atau kenderaan yang berhubungan dengan perintah yang dibuat di bawah fasal 16 yang dicadangkan. Mana- mana yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Bahagian VII. Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang liabiliti pengilang, pengimport atau pengedar.

Fasal 19 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa suatu label dan pembungkusan yang mengandungi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang mengandungi nama, alamat atau tanda berdaftar seorang pengimport, pengilang atau pengedar hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu diimport, dikilangkan atau dibungkuskan oleh orang yang namanya, alamatnya atau tanda berdaftarnya kelihatan pada pembungkus itu.

Fasal 20 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tanggungjawab tiap- tiap pengilang, pengimport atau pengedar untuk memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh ketua pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan satu kesalahan.

Bahagian VIII. Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang perkara yang berhubungan dengan pentadbiran akta yang dicadangkan.

final • 4:20 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Fasal 21 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa atau nasihat Ketua Pengarah bahawa terdapat situasi acute atau kritikal yang berhubungan dengan kegunaan atau pun gunaan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perkara itu.

Fasal ini juga bertujuan untuk memberi Menteri kuasa atau syor jawatankuasa untuk melarang atau menyekat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut, pengimportan, pengilangan, pengedaran dan penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 22 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa melantik mana-mana orang untuk menjadi juruanalisis bagi maksud akta ini.

Fasal 23 pula untuk memberi Menteri kuasa melalui perintah yang disiarkan dalam warta untuk meluluskan mana-mana makmal untuk menjadi makmal yang diluluskan bagi akta ini dan makmal yang diluluskan itu akan dikeluarkan dengan suatu perakuan kelulusan.

Fasal 24 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi pegawai diberi kuasa bagi maksud akta ini. Bahagian IX, akta yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan penguatkuasaan.

Fasal 25 bertujuan untuk memperuntukkan seorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah mempunyai semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis berhubung dengan siasatan yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

final • 4:30 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Fasal 26 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk mempunyai akses kepada mana-mana premis sekiranya pegawai diberi kuasa semunahsabahnya percaya bahawa mana-mana premis digunakan atau boleh digunakan bagi pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa- apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau tiruan pada bila-bila masa yang munasabah bagi maksud siasatan. Fasal ini juga memperuntukkan kuasa siasatan tertentu untuk dilaksanakan oleh pegawai diberi kuasa apabila memasuki premis.

Fasal 27 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa apabila pembayaran dibuat kepada mana-mana orang yang menjual produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau untuk mengambil sampel bagi maksud analisis. Fasal ini juga bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk mengambil sampel daripada mana-mana pengilang, pengimport atau pun pengedar atau daripada ejen atau pekerjanya tanpa apa-apa bayaran. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 28 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara pengambilan sampel apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dimaksudkan untuk analisis oleh juruanalisis.

Fasal 29 bertujuan mengadakan peruntukan bagi anggapan yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang disyaki telah melanggar peruntukan akta ini yang telah diperoleh atau disita dalam sejumlah bekas adalah memadai untuk menganalisis kandungan sampel tidak kurang daripada 10 peratus.

Fasal 30 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk membuka bagasi, bungkusan atau apa-apa bekas yang lain dan memeriksa apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang terkandung di dalamnya.

Fasal 31 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita apa-apa penyangkut jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mensyaki suatu kesalahan di bawah akta ini kecuali bagi kesalahan di bawah seksyen 17, sedang atau telah dilakukan. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 32 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penggeledahan dan penyitaan dengan waran oleh pegawai yang diberi kuasa setelah waran dikeluarkan oleh majistret untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah dengan, atau tanpa bantuan. Mana-mana orang yang gagal mematuhi fasal ini melakukan suatu kesalahan.

Fasal 33 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penggeledahan dan penyitaan tanpa waran jika pegawai yang diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis digunakan atau mungkin digunakan bagi maksud pengilangan pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau pun penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau pun produk pengganti tembakau tiruan dan sebarang penangguhan dalam mendapatkan waran geledah akan menjejaskan penyiasatan.

Fasal 34 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk mengakses maklumat berekod, data berkomputer dan sebagainya dan ini juga tidak termasuk fasal 17.

Fasal 35 bertujuan untuk memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk menyita apa-apa produk tembakau, bahan merokok produk pengganti tembakau atau produk tembakau bahan merokok, produk pengganti tembakau tiruan, pengangkut, jentera, kelengkapan buku, rekod, dokumen, artikel atau benda lain yang pegawai diberi

final • 4:30 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

kuasa mengesyaki secara munasabah telah, atau, akan digunakan untuk dalam perlakuan apa-apa kesalahan di bawah akta ini dan untuk memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menjual atau melupuskan barang yang disita di bawah akta ini jika barang yang disita tersebut adalah mudah musnah atau mengikut tabiinya lekas rosak.

Fasal 36 bertujuan mengadakan peruntukan bahawa pegawai diberi kuasa hendaklah menyediakan satu senarai produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau produk tembakau bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan, penyangkut, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen, artikel atau benda lain yang disita hendaklah menandatangani senarai itu.

Fasal 37 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pemulangan sementara apa-apa pengangkut, jentera atau kelengkapan yang disita di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 38 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa kos memegang apa- apa produk tembakau, bahan-bahan merokok, produk pengganti tembakau atau tiruannya, pengangkut jentera, kelengkapan atau artikel yang disita dalam jagaan pegawai diberi kuasa sementara menunggu apa-apa prosiding di bawah akta ini selesai. Boleh didapatkan semula sebagai hutang sivil yang kena dibayar oleh kerajaan.

Fasal 39 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa yang membuat siasatan di bawah akta yang dicadangkan untuk menghendaki kehadiran mana- mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal kaedah kes dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

Fasal 40 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk memeriksa secara lisan, mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu.

Bahagian X. Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang cara yang berhubungan dengan perbicaraan dan prosiding.

Fasal 41 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa pendakwaan yang dibuat di bawah akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini hendaklah dimulakan dengan keizinan secara bertulis pendakwa raya.

Fasal 42 bertujuan memperuntukkan bahawa jika keterangan pakar hendak dikemukakan oleh seseorang yang dituduh, pendakwaan hendaklah dimaklumkan melalui notis secara bertulis dalam tempoh masa 10 hari genap sebelum perbicaraan.

Fasal 43 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa majistret kelas pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa penuh untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah akta ini.

Fasal 44 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pemberi maklumat bagi maksud akta ini.

Fasal 45 bertujuan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengan agen provokasi.

Fasal 46 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mana-mana pegawai diberi kuasa tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang bertentangan dengan kepentingan awam dan menjejaskan perlindungan saksi.

Fasal 47 bertujuan untuk memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa untuk menyampaikan kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini suatu notis yang memerintahkan orang itu hadir di hadapan mahkamah majistret.

Bahagian XI, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan am. Di bawahnya fasal 48 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pengkompaunan kesalahan.

final • 4:30 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Fasal 49 memperkatakan tentang kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan.

Fasal 50 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pegawai diberi kuasa daripada liabiliti dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 51 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan kerajaan daripada apa-apa liabiliti yang berhubungan dengan apa-apa kerosakan semasa siasatan.

Fasal 52 bertujuan untuk memberi kuasa Pengarah, kuasa untuk mewakilkan.

Maaf. Fasal 52 bertujuan untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mewakili apa-apa kuasa, tanggungjawab atau fungsi kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan arahan dan pengawasannya.

final • 4:30 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Fasal 53 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan- peraturan bagi maksud akta yang dicadangkan.

Yang terakhir, fasal 54 Bahagian XII bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi peralihan penguatkuasaan akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 ini adalah bertujuan memperkukuhkan kawalan tembakau dan produk merokok yang lain di Malaysia. Yang keduanya, untuk melindungi mereka yang berumur di bawah 18 tahun daripada terjebak dengan penggunaan sebarang bentuk produk merokok dan ketiganya, membantu melindungi golongan bukan merokok daripada bahaya asap atau wap produk-produk merokok akibat menjadi perokok pasif.

Fasal 3, 4, 5 dan 6 adalah peruntukan-peruntukan yang berkaitan pendaftaran produk merokok. Di bawah peruntukan ini, setiap pengimport dan pengilang diwajibkan membuat pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang akan dijual di pasaran Malaysia. Peruntukan ini sangat penting dan kritikal bagi membolehkan setiap produk merokok yang dijual direkodkan spesifikasi dan kandungan bahan di dalamnya. Pendaftaran produk tersebut juga akan memudahkan proses penguatkuasaan di lapangan, termasuklah membantu dalam mengenal pasti produk merokok yang tidak berdaftar.

Bagi fasal 7, 8 dan 9 iaitu berkaitan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan.

Larangan ini merupakan larangan yang telah dikuatkuasakan di bawah undang-undang sedia ada. Peruntukan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan produk merokok yang dimasukkan di bawah rang undang-undang ini akan diperluaskan kepada semua produk merokok termasuklah rokok elektronik atau vape dan kepada produk tembakau, bahan- bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.

Fasal 10, 11, 12 dan 13 iaitu peruntukan yang berkaitan dengan kawalan penjualan juga merupakan kawalan sedia ada yang telah dikuatkuasakan kepada hasil tembakau. Peruntukan kawalan penjualan yang telah dimasukkan di bawah rang undang- undang ini dan akan diperluaskan kepada semua produk merokok termasuk bahan merokok iaitu cecair yang terkandung dalam rokok elektronik atau vape.

Khusus bagi fasal 13 iaitu larangan penjualan dan pembelian apa-apa produk merokok kepada mana-mana orang yang belum dewasa. Fasal ini merupakan kesinambungan daripada larangan penjualan dan pembelian dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 18 tahun di bawah undang-undang sedia ada.

Fasal 14 dan 15 memperuntukkan cadangan bagi kawalan harga serta pembungkusan dan pelabelan yang hendaklah dipatuhi oleh setiap pengimport, pengilang, pengedar dan peruncit. Kawalan harga termasuk penetapan harga minimum, larangan membuat diskaun harga dan sebagainya telah dilaksanakan di bawah undang-

final • 4:40 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

undang sedia ada bagi semua produk tembakau dan peruntukan di bawah fasal ini akan diperluaskan kepada semua produk merokok yang lain.

Bagi kawalan pembungkusan, penetapan amaran kesihatan termasuk amaran kesihatan bergambar selari dengan Artikel 11 dengan izin, WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) akan diteruskan dan diperluaskan kepada semua produk merokok yang lain. Di bawah peruntukan ini, amaran kesihatan bergambar akan disesuaikan dengan setiap jenis produk merokok yang akan dijual di pasaran Malaysia.

Larangan merokok di tempat awam yang telah dikuatkuasakan di bawah undang- undang sedia ada telah diperuntukkan di bawah fasal 16 dan fasal 18. Fasal 16 memperuntukkan kawasan atau tempat larangan merokok yang ditetapkan oleh Menteri melalui satu perintah dalam warta.

Seterusnya fasal 18 memperuntukkan tanggungjawab tuan punya bangunan atau penghuni apa-apa kawasan tempat larangan merokok antaranya untuk mempamerkan satu tanda amaran larangan merokok, tidak mengadakan apa-apa kelengkapan atau kemudahan merokok atau apa-apa cara untuk menggalakkan orang merokok.

Fasal 17 melarang mana-mana orang yang belum dewasa daripada merokok, mengunyah atau menggunakan mengikut apa juga cara apa-apa produk tembakau atau merokok apa-apa produk pengganti tembakau.

Fasal 19 dan 20 merupakan anggapan perkara berkaitan dengan pelabelan dan pembungkusan serta tanggungjawab pengilang, pengimport dan pengedar untuk mengemukakan apa-apa maklumat yang ditentukan oleh ketua pengarah atau mana- mana pegawai diberi kuasa berhubung dengan apa-apa produk merokok.

Fasal 21 merupakan peruntukan baharu yang telah dimasukkan di bawah rang undang-undang ini. Fasal ini memperuntukkan kuasa kepada Menteri atas nasihat ketua pengarah untuk menubuhkan suatu jawatankuasa bagi tujuan menyelaras dan menasihati Menteri bagi larangan sepenuhnya atau dengan izin, total ban sebarang produk merokok yang telah berada di pasaran yang menyebabkan kesan kesihatan yang akut kepada penggunanya. Peruntukan baharu ini sangat penting bagi memastikan pengguna produk merokok terutamanya rokok elektronik atau vape dilindungi sepenuhnya.

Menurut laporan dengan izin, Pulmonary Illness Related to E-Cigarette Use in Illinois and Wisconsin 2020, satu penyakit dengan izin, e-cigarette and vaping product use-associated lung injury (EVALI) telah dilaporkan pada tahun 2019 di Amerika Syarikat dengan mencatatkan sejumlah 2,807 pesakit dengan 68 kematian.

Di Malaysia sebanyak 29 kes telah dilaporkan bermula Ogos 2022 sehingga Oktober 2023. Peruntukan ini sangat kritikal memandangkan kos bagi merawat penyakit EVALI sebagaimana kajian oleh Jacob 2020 dengan izin, e-cigarette and vaping product use-associated lung injury pulmonary advisor bagi merawat seorang pesakit EVALI, Tuan Yang di-Pertua adalah sebanyak RM150,000 seorang untuk purata 14 hari kemasukan ke dalam wad.

Bagi peruntukan ini juga sangat penting dalam memastikan penjimatan kos bagi merawat komplikasi penyakit akibat merokok dapat dikurangkan memandangkan negara telah pun berdepan dengan beban kos rawatan akibat komplikasi penggunaan produk tembakau yang dianggarkan menelan belanja lebih RM6 bilion pada tahun 2020.

Fasal 22 memperuntukkan kuasa Menteri untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi juru analisis, manakala fasal 23 memperuntukkan kuasa Menteri dalam meluluskan makmal bagi tujuan RUU ini. Pelantikan juru analisis dan kelulusan makmal hendaklah dibuat oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Fasal 24 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi pegawai diberi kuasa bagi tujuan penguatkuasaan RUU ini dan fasal 25 hingga 40 di bawah Bahagian IX RUU ini adalah merupakan tatacara bagi proses

final • 4:40 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

penguatkuasaan, manakala fasal 41 hingga 47 di bawah Bahagian X berkaitan perbicaraan dan prosiding.

Fasal 48 hingga 53 di bawah Bahagian XI berkaitan peruntukan am dan fasal 54 di bawah Bahagian XII RUU adalah berkenaan peruntukan peralihan.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan denda dan hukuman di bawah rang undang- undang ini adalah lebih komprehensif berbanding peruntukan sedia ada. Kesalahan adalah dibahagikan kepada kesalahan melibatkan individu dan pertubuhan perbadanan.

Nilai denda yang lebih tinggi dikenakan kepada pertubuhan perbadanan atas kebertanggungjawaban yang lebih besar. Bagi kesalahan berulang, nilai denda dan hukuman yang lebih tinggi dikenakan.

Bagi sub fasal 13(3) dan 17(1), denda yang diperuntukkan adalah sebanyak RM500 dan perintah khidmat masyarakat telah diperkenalkan. Denda bagi orang yang belum dewasa yang didapati melakukan kesalahan adalah tidak bersifat punitif sebaliknya adalah untuk memberikan kesedaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Selain itu, kementerian bertekad untuk membantu golongan orang belum dewasa yang telah terjebak dengan masalah merokok ini melalui program intervensi berstruktur melalui Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2016 lagi.

Fasal 48 memperuntukkan kuasa Menteri dengan kelulusan pendakwa raya untuk membuat peraturan bagi menetapkan mana-mana kesalahan di bawah rang undang- undang ini yang boleh dikompaunkan serta kaedah dan tatacara pengkompaunan kesalahan tersebut.

Ketua pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa oleh ketua pengarah boleh dengan keizinan bertulis pendakwa raya pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun. Satu garis panduan sebagaimana dilaksanakan dalam undang-undang sedia ada akan diterbitkan. Walau bagaimanapun, budi bicara pengeluaran kompaun adalah tertakluk kepada keizinan bertulis pendakwa raya.

Fasal 16 adalah merujuk kepada kesalahan merokok di tempat awam dan fasal 18 pula merujuk kepada tanggungjawab tuan punya bangunan bagi memastikan tiada aktiviti merokok di tempat larangan merokok. Denda yang diperuntukkan adalah tidak melebihi RM5,000 dan tiada hukuman penjara bagi peruntukan-peruntukan tersebut.

Untuk makluman, di bawah undang-undang sedia ada iaitu PPKHT 2004, jumlah penalti bagi kesalahan merokok di tempat awam adalah tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun.

final • 4:40 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Manakala penalti bagi kesalahan oleh tuan punya premis di bawah PPKHT 2004 adalah tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun. Ini membuktikan jumlah denda yang dikenakan atas kesalahan yang melibatkan pengguna di bawah RUU ini telah diturunkan dan hukuman penjara telah digugurkan.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan telah melaksanakan pendekatan kawalan secara bersepadu bagi memastikan pelaksanaan yang optimum di samping penguatkuasaan di bawah rang undang-undang ini. Pendekatan kawalan secara bersepadu yang telah dilaksanakan menunjukkan ketersediaan pihak kerajaan untuk melaksanakan semua peruntukan di bawah RUU ini. Antara tindakan yang telah dibuat merangkumi aktiviti yang berikut.

Pertamanya pelan lima tahun yang memfokuskan aktiviti advokasi dan intervensi dengan menyasarkan golongan kanak-kanak, remaja dan belia untuk kekal tidak merokok dan mereka yang merokok diberikan rawatan intervensi berhenti merokok.

final • 4:50 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Aktiviti kedua adalah aktiviti advokasi pencegahan merokok melibatkan pemerkasaan masyarakat seperti Program Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok Bermula Dari Rumah atau MyHOUSE dan yang ketiganya pengukuhan Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit melalui kerjasama pintar sektor awam dan juga swasta.

Kerjasama strategik melibatkan badan-badan bukan kerajaan dan agensi swasta telah dimulakan dan Perkhidmatan Berhenti Merokok dengan izin mQuit Service serta penyediaan laman sesawang jomquit.com telah dibangunkan bagi membantu golongan perokok untuk berhenti merokok.

Kementerian Kesihatan telah menyediakan perkhidmatan rawatan berhenti merokok di 778 klinik kesihatan di samping kerjasama dengan perkhidmatan swasta dan pada tahun 2022, Perkhidmatan Berhenti Merokok merekodkan 25,838 orang jumlah klien yang didaftarkan. Kadar berjaya berhenti merokok pula adalah sebanyak 54.5 peratus iaitu 2,783 orang daripada 5,103 perokok berdaftar mempunyai sasaran tarikh berhenti merokok dengan izin, quit date. Kerajaan juga sedar antara elemen utama bagi memastikan semua peruntukan di bawah undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan optimum adalah dengan memastikan aktiviti penguatkuasaan dipertingkatkan. Justeru, satu bentuk kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan agensi penguatkuasaan termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Standard Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia serta pihak berkuasa tempatan telah dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini amat penting dan tidak boleh ditangguhkan lagi dalam membendung masalah merokok Malaysia. Dalam hal ini, saya sekali lagi memohon Ahli-ahli Dewan pada hari ini untuk memberikan pertimbangan sewajarnya untuk kita meluluskan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ada siapa yang menyokong?

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menyokong.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pendaftaran, pengiklanan, kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya mempunyai list yang panjang. Saya bacakan semua Ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian selepas ini dan setiap pembahas diberikan lima minit bermula dengan Yang Berhormat Pasir Gudang, diikuti dengan Langkawi, Parit Sulong, Kuala Langat, Segamat, Tanjong Karang, Jempol, Kuala Nerus, Wangsa Maju, Tasik Gelugor, Batu, Pengkalan Chepa, Temerloh, Betong, Padang Besar, Tumpat, Putrajaya, Pokok Sena, Machang, Kapar dan Kuala Selangor.

Untuk itu, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang, lima minit. Silakan.

final • 4:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya melihat, RUU yang dibentang ini telah

final • 4:54 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur daripada semakan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Saya merasakan – saya tidak menafikan bahawa RUU yang dibentangkan ini mempunyai tujuan yang baik tetapi saya anggap ini satu anti klimaks. Saya menjangkakan bahawa RUU berkenaan dengan Generational Endgame (GEG) ini dibentangkan dalam sesi persidangan ini. Tetapi nampaknya tidak begitu dan saya berpendapat kita macam mengalah kepada industri tembakau, tobacco industry yang besar ini. Kita nampak mengalah. Tadi mukadimah Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa ramai mati sakit, kerajaan kena belanja berbilion untuk merawat.

Tan Sri Speaker, kita sebagai ahli politik, Ahli Parlimen, kita nak selamatkan generasi akan datang. Maknanya bukan –kalaupun ada pihak-pihak yang tak bersetuju, tak apa kita bawa dalam Parlimen ini. Bukan semua dalam Parlimen ini akan menyokong RUU Generasi Penamat itu, bukan semua. Ada yang menentang. Tetapi dengan volunteer, kita gugurkan itu. Harapan di luar sana, ramai yang menyokong supaya anak- anak yang lahir selepas 2007. Maknanya tidak bolehlah dibenarkan menghisap rokok untuk jaga kesihatan. Tapi sekarang business as usual. Saya melihat dalam laporan media menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri kata ada satu alasan mengapa generasi endgame itu, RUU itu digugurkan kerana pandangan Peguam Negara yang mengatakan bahawa ada masalah Constitutional, bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Negara.

Saya tidak menafikan Tan Sri Speaker. Peguam Negara adalah penasihat kepada kerajaan tetapi yang buat undang-undang bukan Peguam Negara. Yang buat undang- undang Ahli Parlimen. Kita ini lawmakers. Bukan semuanya *lawyer.

[Tepuk]* Kita ada ustaz, kita bankers, kita ada akauntan. Jadi ini Parlimen ini iaitu inilah, wakil rakyat daripada pelbagai background untuk bahas perkara ini. Boleh jadi – Ya, silakan.

final • 4:54 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya adalah seorang Ahli di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai – yang dulu ini, sebelum kerajaan ini dan perkara constitutionality itu telah ditanya dan di antara ex-officio yang berada dalam jawatankuasa itu adalah pegawai-pegawai daripada AGC dan perkara ini dibangkitkan tentang constitutionality. Tidak pun dibangkitkan – mereka mengatakan perkara ini biasa. Kalau tiada masalah, siapa boleh bawa di mahkamah. Bukan ini sahaja. Mana-mana rang undang-undang boleh dibawa ke mahkamah.

final • 4:54 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tan Sri Speaker, Artikel 8 itu, Perlembagaan Negara, undang-undang itu, pihak yang boleh mentafsirkan undang- undang itu bukannya Peguam Negara, bukannya Ahli Parlimen tetapi hakim-hakim di mahkamah. Kalau kita buat salah, kita buat undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara, pihak lain boleh bawa ke mahkamah, menyatakan bahawa undang-undang yang kita buat di Parlimen ini ultra vires, bercanggah dengan Parlimen.

Mahkamah yang tentukan bukannya Peguam Negara jadi gatekeeper. Jadi kalau begitu tidak payah ada Parlimen.

[Tepuk] Biar Peguam Negara dengan Kabinet sahaja buat undang-undang. Tiap begitu hasrat negara demokrasi bagi peluang 222 Ahli Parlimen ini bincang. Boleh jadi RUU Generation End Game itu kalah, ditolak tidak apa itu demokrasi tetapi belum apa bincang kita sudah tarik diri. Ini kita kalah dengan lobi lobbyist daripada tobacco industry yang besar. Saya sangat sedih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

final • 4:54 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Langkawi.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terlebih dahulu hendak ucap tahniah kepada Pasir Gudang, sokong 100 per cent dan saya juga prepare ucapan saya ini dengan merasakan bahawa GEG dimasukkan dalam undang-undang ini rupanya dikeluarkan. Betul saya setuju, 222 orang kita ini hendak membahas apa lagi kalau sudah GEG dikeluarkan? Saya rasa ini tekanan daripada syarikat-syarikat tobacco.

Apa pun saya hendak baca jugalah ucapan saya ini, Tan Sri. Sekali lagi kita membahaskan tentang isu kesihatan rakyat Malaysia menerusi Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang merupakan versi yang dikemaskinikan. Saya terpaksa tukar ayat. Ini merupakan percubaan ketiga Kementerian Kesihatan menggubal undang-undang mengenai vape dan rokok. Sebelum ini usaha kerajaan terdahulu memperkenalkan dasar generasi penamat GEG menemui jalan berliku setelah berlakunya perubahan kerajaan pada 2022. Kena tukar ayat sedikit.

Bekas Menteri Kesihatan telah pun mendedahkan mengenai dua Menteri yang menentang larangan menjual rokok dan vape kepada belia yang lahir selepas 2007 iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pengerang dan Menteri Pelancongan, Bintulu.

Apakah sebab-sebab ia dihalang? Mengapakah sesuatu undang-undang dengan tujuan baik ini banyak pula halangannya di bawah Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Saya ingat kita lebih suka orang bunuh diri.

Tindakan kerajaan mengeluarkan tampalan cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun 1952 walaupun dibantah ramai pakar tetapi diteruskan oleh KKM. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini mengenakan duti eksais yang bermula 1 April lalu terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin yang dianggar mengutip RM2 bilion tetapi apakah jumlah ini berbaloi dengan nilai rawatan yang akan diterima rakyat yang sakit akibat tidak sihat ini?

Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun 2020 kerajaan membelanjakan RM6.2 juta bilion bagi merawat pesakit merokok pada tahun 2020 berbanding cukai produk tembakau RM3 bilion melalui siri pembentangan oleh KKM sendiri. Kos Kerajaan ini juga dijangka meningkat kepada RM8.77 bilion menjelang tahun 2030 untuk penyakit akibat komplikasi tabiat merokok konvensional.

Kerajaan juga akan kerugian RM369 juta bagi merawat penyakit yang disebabkan penggunaan rokok elektronik pada tahun 2030. Ia diburukkan lagi apabila produk-produk vape ini semakin berleluasa dijual dengan pelbagai bentuk yang menarik perhatian kanak- kanak dengan harga semurah RM5.00.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di seluruh dunia, lapan juta kematian dilaporkan setiap tahun berpunca daripada penggunaan tembakau. Di Malaysia 27,000 manusia mati setiap tahun akibat perkara yang sama.

Sebelum ini pelbagai pihak telah bersuara menyokong GEG yang akan menyelamatkan kira-kira dua juta nyawa terutama golongan muda yang terkesan akibat komplikasi kesihatan yang terbit daripada tabiat tidak sihat ini.

Peruntukan GEG telah dikeluarkan daripada draf asal. Ini bertentangan dengan syor yang dibentangkan oleh JKPK pada 9 Oktober lalu yang bersetuju agar peruntukan GEG mesti dikekalkan. Saya pohon penjelasan YBMK mengapa peruntukan ini dikeluarkan? Cerita terus terang Yang Berhormat Menteri, kita tidak marah.

Antara pertikaian timbul telah diperuntukkan, GEG boleh dicabar kerana tidak memberikan hak sama rata kepada dua kelompok orang dengan undang-undang yang berbeza tetapi mengapakah asas kepentingan kesihatan awam tidak digunakan untuk mempertahankan GEG ini? Beberapa laporan juga mendedahkan mengenai taktik pelobi- pelobi daripada industri tembakau dan vape yang cuba mempengaruhi RUU ini.

final • 5:01 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, pelobi industri tembakau akan melanggar WHO FCTC kerana ia secara jelas memperuntukkan dalam Perkara 5(3) yang saya petik di sini, “Dalam menetapkan dan melaksanakan Dasar Kesihatan Awam mereka berkenaan dengan kawalan tembakau kerajaan hendaklah bertindak untuk melindungi dasar ini daripada kepentingan komersial dan lain-lain kepentingan industri tembakau mengikut undang-undang negara”. Very clear.

Maka ia menimbulkan persoalan terhadap komitmen Malaysia terhadap perjanjian WHO FTCT yang mana Malaysia menganggotainya sejak 2005. Sebenarnya tiada jaminan pemain industri akan membayar cukai dengan patuh. Jadi mereka yang paling kuat mengelak daripada membayar cukai.

Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat lebih 20 negara yang telah mengharamkan vape dan e-Rokok. Tidak sukar untuk mereka membuat undang-undang ini kerana kerajaan mereka ialah kerajaan yang bertanggungjawab. Singapura contohnya berjaya menurun tabiat merokok dalam kalangan remaja mereka selepas meluluskan undang-undang pengharaman import dan jualan vape di republik itu pada 2018.

Benar, kerajaan ingin segera meluluskan undang-undang ini untuk mengatasi gejala merokok namun kerajaan perlu memastikan masa depan anak-anak kita tidak dicemari dengan masalah kesihatan apabila menarik semula peruntukan GEG ini.

Walaupun ada perubahan-perubahan yang dimasukkan ke dalam RUU kali ini, ingin saya tegaskan bahawa pihak industri sebenarnya sedang bermain tarik tali dengan undang-undang. Adapun undang-undang itu diwujudkan untuk melindungi anggota masyarakat, ia bukan membela pihak industri dengan memberi ruang kompromi kepada mereka.

Paling mengecewakan pengguguran beberapa peruntukan asal akta ini ialah dalam peruntukan baharu yang tidak terdapat larangan kepada penjualan pengiklanan peralatan peranti vape. Di media sosial, syarikat vape tanpa segan silu menggunakan pelbagai kaedah pemasaran seperti menaja...

final • 5:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi saya hendak mencelah sedikit boleh tidak?

final • 5:01 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tidak boleh.

final • 5:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tidak boleh ya, okey.

final • 5:01 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Seperti menaja baju untuk acara sukan selain mengupah pempengaruh media sosial untuk meletakkan produk dalam video mereka. Soalnya bagaimana perubahan baharu dapat menghalang pemasaran licik syarikat vape ini kerana capaian kandungan pengiklanan di media sosial tidak mempunyai had usia? Sesiapapun, hatta budak Darjah 1 akan mampu melihat iklan rokok dan vape di media sosial.

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah sebabnya laporan keberkesanan penjualan dan merokok bagi GEG serta perkara lain termasuk kesan penggunaan rokok elektronik yang sepatutnya dibentang sebelum 1 Jun 2025 dan pada setiap lima tahun ini digugurkan?

Kesan buruk vape dan rokok ini meliputi semua pihak. Tumpuan kepada orang belum dewasa ini tidak mencukupi kerana ada orang dewasa yang menghisap rokok atau mempunyai peranti akan bebas untuk melakukan perkara itu di hadapan kanak-kanak termasuk anak-anak kita. Ini bermakna akta baharu ini tidak menghentikan budaya merokok khususnya vape.

Saya berharap agar RUU ini bukan sekadar hiasan untuk memuaskan rungutan pihak-pihak yang telah bersuara. Ia perlu melindungi rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berisiko menjadi perokok pada masa depan. Jelas, pengguguran

final • 5:01 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

peruntukan ini dibuat mengikut telunjuk industri vape dan rokok. Terima kasih Tan Sri kerana bagi lebih masa kepada saya. First time. Thank you, sir.

final • 5:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Fasal mai Langkawi, jauh. Baik, saya jemput Parit Sulong.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi saya peluang bersama-sama berbahas pada petang ini.

Berdasarkan WHO Tobacco Fact Sheets 2021, dianggarkan sebanyak lapan juta kematian setahun berpunca daripada penggunaan tembakau. Malah, dekat Malaysia ini hampir 27,000 orang mati setiap tahun. Ini berdasarkan laporan Tobacco Atlas 2019.

Jadinya, hari ini kita berbahas adalah untuk memastikan kematian-kematian ini dapat dicegah dengan kawalan yang lebih ketat melalui peruntukan yang telah digariskan di bawah perjanjian World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control. Sebagai rakyat yang prihatin terhadap kesihatan rakyat Malaysia, saya percaya bahawa pelaksanaan RUU ini adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan.

Tuan Yang di-Pertua, sejak pengenalan produk rokok elektronik, negara telah mengalami beban berganda berbanding dengan beban yang ditanggung kesan daripada penggunaan rokok konvensional. Berdasarkan pelaporan NHMS 2019, peningkatan yang amat ketara besar berlaku bagi pengguna rokok elektronik berusia 15 dan ke atas serta remaja berusia 13 hingga 17. Sejak tahun 2017 hingga 2022, kadar pengguna rokok elektronik dalam kalangan remaja telah meningkat mendadak daripada 9.8 peratus kepada 14.9 peratus.

Angka ini memang agak mencemaskan, malah kesan daripada penggunaan rokok elektronik ini akan mengakibatkan beban kos rawatan kesihatan negara akan meningkat berganda di masa akan datang. Jadinya, pada hari ini kita berdiri dekat sini dengan tujuan untuk menghalang beban ini untuk terus membarah dalam kalangan masyarakat khususnya remaja. Walaupun begitu, banyak kajian telah membuktikan bahawa jangka hayat perokok secara relatifnya lebih rendah, dia langsung tidak menurunkan peratusan perokok dalam kalangan rakyat, bahkan peratusan tersebut kekal akibat penambahan perokok baharu dalam kalangan remaja.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang November 2023 ini saya lihat masih lagi mengekalkan bentuk kawal selia yang telah dibentangkan pada Jun 2023 yang lalu.

Antara yang dikekalkan adalah kawal selia pendaftaran, pengiklanan, pembungkusan.

Namun begitu, bagi kawal selia penjualan dan pembelian serta kawal selia penggunaan terhadap pindaan yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa khas. Apa yang menggusarkan saya adalah pengguguran fasal 7(2) dan fasal 9(1) di mana peruntukan asal menetapkan larangan untuk menerbitkan apa-apa iklan peranti rokok dan larangan untuk mempromosi dan menaja produk pengganti tembakau ataupun peranti merokok.

Saya lihat pelaksanaan ini amat bercanggah dengan pendekatan yang diambil daripada rokok konvensional.

Soalan saya pada pihak kementerian adalah mengapa ianya digugurkan? Dia nampak seolah-olahnya double standard di mana rokok konvensional tidak boleh diiklankan secara komersial, tapi larangan bagi rokok peranti kenapa pula digugurkan?

Ada yang menjadi kebimbangan saya adalah peranti rokok kini dijual secara terbuka di platform online. Ia secara tidak langsung — ini adalah secara tidak langsung adalah perbuatan mempromosi.

Seterusnya dengan pengguguran fasal yang disebutkan tadi juga, kita tidak akan dapat mengawal penjualan rokok elektronik yang kini telah dijual berleluasa secara online tanpa kawalan. Jadi, soalan saya pula pada pihak kementerian adalah bagaimana kerajaan nak akan memastikan peranti-peranti rokok yang dijual di platform online itu tidak akan dibeli oleh orang ataupun OBD? Ini kerana platform online tidak memerlukan

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

sebarang ID pengguna, sama ada mereka masih di bawah umur ataupun OBD, penjual takkan tahu. Jadi, di situ akan wujudnya ethical isu. Bagaimana kerajaan boleh mendakwa seorang penjual rokok elektronik yang menjual kepada OBD di platform online?

Saya nak minta penjelasan daripada pihak kementerian dan kementerian perlu meletakkan satu peruntukan kawalan standard bagi produk peranti rokok yang dijual secara online. Ini kerana penjualan produk peranti rokok ini jauh berbeza dengan rokok konvensional yang hanya boleh didapati di kaunter kedai. Mungkin saya boleh mencadangkan supaya selepas ini rokok elektronik juga tidak boleh dijual di platform online secara terbuka. Jadinya, saya mohon agar satu semakan ke atas penjualan online peranti rokok ini dapat diberi perhatian secara serius supaya anak-anak remaja kita akan terus kekal dilindungi. Walau bagaimanapun, saya dengan ini menyokong Rang Undang- undang Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Kuala Langat.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, pihak kerajaan yang akhirnya membentangkan bacaan kedua, seterusnya dibahaskan pada hari ini. Selepas saya kira lacuna selama lapan bulan selepas kelulusan nikotin dikeluarkan daripada Akta Racun yang mana tidak ada satu kawalan di bawah yang mengawal nikotin ini termasuklah vape dan e-rokok dan juga rokok tradisi yang saya kira mungkin melibatkan begitu ramai anak- anak kita atau remaja-remaja kita yang sudah terlibat dengan vape. Siapakah yang akan bertanggungjawab kepada mereka ini yang akhirnya mereka menjadi ketagihan kepada nikotin ataupun vape ataupun produk elektronik rokok ini?

Saya mengambil perasaan kekecewaan apabila GEG dan juga peranti rokok ini digugurkan daripada RUU Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam yang saya kira selaku Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang mana kita telah diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa ini pada bulan Jun untuk kita meneliti dan memberikan maklum balas kepada kerajaan RUU Akta Kawalan Merokok Demi Kesihatan Awam ini selepas bacaan pertama. Saya kira selama 11 mesyuarat yang kita adakan, tidak ada isu yang serius berkaitan dengan percanggahan perkara 8 yang dikatakan tidak berperlembagaan ini. Saya kira Pengerusi kita pun boleh sahkan keluar dalam CodeBlue yang wakil senior daripada AG pun tidak pernah menyuarakan ataupun membangkitkan perbincangan berkaitan dengan ketidakperlembagaan ini.

Saya suka mengambil kata-kata daripada ataupun ucapan daripada Yang Amat Berhormat Tambun dalam membentangkan Belanjawan 2023. Kerajaan menyokong ikhtiar GEG dan bersetuju bahawa separuh daripada duti eksais ini akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan termasuklah kempen anti rokok, anti arak yang berkesan. Saya kira ini selepas kerajaan juga memutuskan untuk mengenakan duti eksais 40 sen kepada setiap milimeter nikotin cecair ataupun gel yang mana pada hari ini pun rokok yang kita kenakan duti eksaisnya adalah 40 sen sebatang. Kalau kita lihat, jumlahnya tidak begitu banyak. Lapan tahun kita tidak naikkan cukai daripada rokok ini 40 sen, yang kalau kita naikkan mungkin kita pun hanya boleh mencapai kutipan sejumlah dalam RM4 bilion sahaja.

Anggaran kepada nikotin ini pada tahun 2022, dianggarkan kita rugi sejumlah RM866 juta kerana kita tidak kenakan cukai dan pada tahun 2023, RM939 juta, tidak sampai RM1 bilion pun setahun. Saya kira kalau nak dibandingkan dengan yang jawapan daripada Yang Berhormat dan juga apa yang disebutkan daripada pembahas juga tadi, kita membelanjakan merawat penyakit yang berkaitan dengan rokok ini lebih daripada RM6 bilion ataupun RM6.2 bilion pada tahun 2020. Jadi, ini satu kos yang cukup besar kalau kita nak bandingkan dengan jumlah pendapatan kepada negara kita. Saya kira ini bukan satu disiplin fiskal ataupun kewangan yang baik. Saya kira kalau kita dapat

final • 5:15 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

mengurangkan dan kita teruskan GEG ini dengan matlamat pada tahun 2040, kurang daripada lima peratus perokok yang kita sasarkan. Sudah tentulah akhirnya, impak kepada penyakit-penyakit yang berkaitan dengan rokok ataupun vape ini akan lebih rendah.

final • 5:15 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya kira itulah hasrat yang sepatutnya kita dapat ambil. Jadi saya juga ingin mengambil sebenarnya apa yang saya sediakan juga apa yang disebutkan oleh Pasir Gudang tadi berkaitan isu ketidakperlembagaan. Saya nak katakan bahawa seolah-olah yang saya- yalah kira seharusnya kita bincangkan di sini. Kita yang buat undang-undang sebagai kuasa legislatif. Saya merasakan bahawa seolah-olah apabila digugurkan ini boleh saya katakan seperti anak yang dalam kandungan ini kita tidak tahu lagi lelaki ataupun perempuan.

Kita mungkin mempunyai persepsi-persepsi, harapan-harapan yang tertentu tetapi sebelum dia dilahirkan lagi kita sudah membunuh anak ini di dalam kandungan.

Saya kira ini satu perkara yang sangat mengecewakan. Saya kira berkaitan dengan pengguguran peranti merokok ini. Saya melihat di dalam kalau kita lihat dalam RUU ini juga bagaimana kalau perkara berkaitan larangan promosi dan tajaan produk tembakau, Perkara 9 yang saya kira mana-mana juga yang melibatkan bahan merokok, produk merokok, produk tembakau ini menjadi kesalahan tetapi hari ini kalau kita lihat antara peranti-peranti, peranti yang guna buang memanglah dia peranti dan juga kandungan nikotin ‘clamium’ itu menjadi satu kesalahan.

Tetapi bagaimana pula dengan peranti yang tidak mempunyai bahan-bahan merokok ataupun produk merokok ataupun produk tembakau ataupun yang lainnya yang menjadikan satu kesalahan. Di manakah kawalannya kalaupun kita dimaklumkan bahawa soal peranti rokok ini adalah di bawah Kementerian Pengguna di Dalam Negeri dan juga Sara Hidup. Tetapi saya kira ini satu perkara yang sepatutnya kita tidak boleh gugurkan.

Begitu juga dengan larangan produk tembakau dan sebagainya sebagai pemberian dan hadiah yang mempunyai bahan-bahan merokok tadi, peranti itu adalah menjadi satu kesalahan. Tapi yang tidak mengandungi bahan yang peranti boleh isi. Di manakah kawalan kita. Saya ingat ini antara perkara-perkara yang saya kira harus kita lihat sebagai suatu yang akhirnya dia juga menjadi bentuk promosi yang akhirnya dia berkait rapat dengan aktiviti merokok itu sendiri.

Jadi saya ingat itu yang saya nak sebutkan dalam perbahasan pada petang ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Segamat.

final • 5:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ingin menyatakan kekecewaan dan juga satu langkah yang back step apabila kita tidak membentangkan GEG ini. Dalam Perlembagaan 8 dan tadi seperti yang disebut oleh Pasir Gudang, “We are constitutionally killing our people by allowing cigarettes to the people.” Itu yang saya nak menyatakan di sini.

Apakah kita nak tunduk kepada pelobi-pelobi di luar sana dan biarkan rakyat kita mati setiap tahun. Hampir 27,000 setiap tahun orang mati. Saya di maklum juga cukai daripada rokok untuk setahun adalah dalam lingkungan RM2.3 bilion dan wang yang kita belanjakan untuk pesakit kronik dan hospital adalah hampir RM8 bilion. Di manakah justifikasinya ada yang masih mahu di luar sana, mahu menyelamatkan rokok tapi bukan nyawa manusia ini.

Saya amat kecewa dan saya yakin Yang Berhormat Menteri telah juga mungkin ada tekanan-tekanan daripada orang-orang yang gila rokok ini di luar sana yang mahu menyelamatkan syarikat-syarikat tobacco ini yang tiada hati dan perut dan sanggup

final • 5:22 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

melihat nyawa rakyat itu dibiar mati tapi we want to defend the constitution. This is very, very unethical and I am against this law. Saya berharap dan saya juga berharap pelobi- pelobi yang sedang menonton di sana, anda bertanggungjawab kepada nyawa-nyawa yang mati disebabkan rokok yang sepatutnya kita boleh selamat melalui GEG ini. You are responsible for every life that dying because of cigarettes. Tan Sri Yang di-Pertua, saya yakin Yang Berhormat Menteri telah mengambil dan juga mengkaji pelbagai sudut dan apakah langkah yang telah diambil ini sama ada, ada tekanan daripada pihak-pihak itu. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh dedahkan nama-nama atau pelobi yang berada di luar sana di dalam Dewan ini.

final • 5:22 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Segamat, Segamat minta pencelahan sikit. Nak sokong ini.

final • 5:22 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Silakan.

final • 5:22 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Adakah Yang Berhormat akan sokong RUU ini selepas pengundian nanti?

final • 5:22 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ulang.

final • 5:22 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Adakah Yang Berhormat akan sokong RUU ini.

final • 5:22 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya sokong ini tapi saya tidak sokong apabila Menteri tidak bawa GEG ini.

final • 5:22 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sama lah.

final • 5:22 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Tan Sri Speaker, walaupun seperti saya juga ingin menyentuh tentang fasal 10, “Mana-mana individu yang menjual rokok tembakau tanpa mematuhi syarat ataupun disebut sebagai kehendak yang ditetap dalam fasal 3 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.” Sebelum ini kita juga ada pelbagai larangan bahawa tidak boleh merokok di kedai- kedai makan tetapi masih lagi berleluasa. Saya mencadangkan supaya penguat kuasa ini jadi perlu diperluaskan kepada pihak polis juga yang terlibat dalam pihak penguatkuasaan untuk melaksanakan. Kita lihat masih ada lagi perokok-perokok ini merokok di kedai-kedai makanan khususnya secara terbuka.

Saya harap RM10,000 itu saya rasa tidak cukup, boleh naikkan sampai RM50,000 kalau boleh bankrap kan mereka yang tidak mematuhi undang-undang ini. Kalau kita sanggup pertahankan Perlembagaan then I think that should be the way we should untuk mempertahankan perkara ini.

Saya juga yakin minta Yang Berhormat Menteri apakah jaminan yang boleh diberikan terhadap keberkesanan operasi membanteras penyeludupan, pengedaran, penyimpanan dan penjualan rokok seludup yang dilaksanakan oleh setiap pegawai diberi kuasa yang akan dilantik nanti.

Adakah pegawai yang diberi kuasa yang dilantik oleh Menteri kelak mempunyai genuine credibility serta concrete professionalism dengan izin untuk menyekat rantaian jenayah (criminal chain) yang melibatkan penyeludupan rokok haram yang tidak berdaftar menerusi sempadan negara terutamanya yang didalangi oleh kartel-kartel tertentu yang mungkin sudah dilindungi oleh pihak tertentu di negara ini.

Saya minta Yang Berhormat Menteri juga menyatakan sandaran-sandaran yang akan dinilai secara terperinci di dalam memuktamadkan lantikan setiap pegawai diberi kuasa bagi maksud untuk menyiasat jenayah penyeludup rokok haram di dalam negara ini. Saya juga minta Yang Berhormat untuk pertimbangkan dan juga bawa semula GEG pada persidangan akan datang tanpa takut dan gentar Segamat akan tetap bersama Yang Berhormat Menteri dan juga dalam Dewan ini. Sekian sahaja Tan Sri Speaker.

final • 5:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Tanjong Karang.

final • 5:22 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertamanya Tanjong Karang ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas inisiatif dan usaha KKM untuk meneruskan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Tan Sri Yang di-Pertua, Tanjong Karang ingin menegaskan lagi fakta lapan juta kematian setahun di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri 27,000 orang mati setiap tahun akibat merokok. Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 mengadakan peruntukan berhubung pendaftaran, pengiklanan, pengilangan, pembungkusan, kawalan penjualan dan kawalan pembelian kepada produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau.

Tafsiran merokok dalam akta ini termasuk menyedut, menghembus asap atau wap atau apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau dan termasuk memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau yang dinyalakan, dipanaskan atau diwapkan atau digunakan dengan apa-apa cara lain.

Tanjong Karang ingin meminta pengesahan YB Menteri adakah benar di waktu penggunaan vape, rokok elektronik dan hookah serta menghisap sisha ianya terangkum di dalam tafsiran merokok dan menjadi kesalahan bagi yang berumur di bawah 18 tahun.

Tetapi sekadar memiliki peranti vape, rokok elektronik, hookah ataupun sisha sahaja tidak menjadi sebarang kesalahan kepada OBD menurut akta ini.

Bagaimanakah pula memiliki bahan merokok seperti cecair nikotin, propylene glycol, glycerol, triethylene glycol adalah tidak dikawal di bawah akta ini dan tidak menjadi sebarang kesalahan kepada OBD sekiranya tidak menggunakan hanya sekadar memiliki.

Tanjong Karang juga meminta Yang Berhormat Menteri mengesahkan industri peranti vape, rokok elektronik, industri tembakau dan penggunaan bahan merokok termasuk cecair nikotin adalah bebas digunakan oleh orang dewasa iaitu berumur 18 tahun ke atas asalkan mengikut keperluan yang diperuntukkan oleh akta ini.

Seterusnya Tanjong Karang ingin merujuk kepada seksyen 27. Pegawai diberi kuasa yang dilantik khususnya seksyen 26(1), (2) dan (3) mempunyai kuasa sebagaimana seorang pegawai polis di bawah Akta Kanun Tatacara Jenayah untuk penyiasatan dan kuasa ini adalah tambahan kepada akta ini.

final • 5:27 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Menteri boleh melantik pegawai perubatan kesihatan, pegawai kesihatan persekitaran ataupun penolong pegawai kesihatan persekitaran dari KKM atau mana- mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang berkelayakan yang sesuai sebagai pegawai diberi kuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Pegawai diberi kuasa ini adalah berkuasa penuh memasuki premis, mengumpul apa-apa sampel untuk analisa, memeriksa, menggeledah, merampas, menyita dan menahan orang-orang yang disyaki.

Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang memohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan tentang kebimbangan kita atas kuasa yang terlalu besar ini sedangkan mereka-mereka ini tiada latihan atau pendedahan sebagai pihak polis. Bagaimana pula keselamatan mereka yang tidak dibekalkan dengan apa-apa senjata dan terdapat juga kebimbangan tentang salah guna kuasa yang akan berlaku. Akta ini tidak ada menyebut operasi ini perlu dilakukan bersama anggota polis bagi menjamin keselamatan pegawai yang diberi kuasa.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang juga memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri terhadap seksyen 37(3). Ketua Pengarah boleh mengarahkan benda yang disita itu dijual dan hasil jualan itu dipegang oleh pegawai yang diberi kuasa. Bagaimanakah status hasil jualan bahan yang dirampas yang dipegang oleh pegawai yang diberi kuasa sekiranya tiada dakwaan diteruskan atau tiada tuntutan yang dilakukan? Adakah pegawai yang diberi kuasa boleh terus mengehakmilikkan hasil jualan tersebut?

Akhirnya, Tanjong Karang mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Kerajaan MADANI yang telah mengambil keputusan yang sangat luar biasa dengan mengeluarkan vape dan generasi penamat rokok dari Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan menjadikan rokok-rokok elektronik (vape) dan nikotin free for all, dengan izin. Iltizam kononnya untuk mencapai sasaran smoking prevalence 30 peratus pada tahun 2025...

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tanjong Karang, Tanjong Karang.

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi

...dan lima peratus tahun 2045...

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tanjong Karang.

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi

...adalah jauh dari panggang dari api.

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya nak minta penjelasan sedikit.

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi

Saya tak bagi. Dah nak habis.

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak bagi juga?

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi

Seterusnya, apakah langkah...

final • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Semua takut nak ditanya oleh Bangi ini.

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi

Seterusnya, apakah langkah-langkah positif yang mampu dilakukan oleh KKM demi untuk mencapai kesihatan awam 2023? Adakah ianya sekadar retorik sahaja demi kepentingan pihak industri rokok itu sendiri?

Bagaimanakah untuk memastikan Malaysia mampu untuk mengurangkan kematian pramatang disebabkan oleh merokok? Apakah strategi dalam mengawal penggunaan vape yang boleh menyebabkan ketagihan nikotin, keracunan nikotin dan penyakit EVALI?

Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Sebelum itu, saya nak beritahu di sini saya tak merokok ya. Beritahu awal-awal. Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana memberikan peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Jempol mengucapkan tahniah kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesungguhan menggubal akta baharu yang khusus mengawal produk merokok demi kesihatan awam yang dulunya di bawah Akta Makanan 1983 - Peraturan Hasil Kawalan Tembakau 2004.

Kita sedia maklum merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru. Punca penyakit adalah daripada asap rokok yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Terdapat kira-kira 4.8 juta perokok kini dan dianggarkan lebih daripada 27,000 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan aktiviti merokok.

Tuan Timbalan Speaker, selain daripada rokok, produk vape juga perlu dikawal selia memandangkan vape mempunyai kandungan nikotin yang tinggi. Untuk makluman,

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

sekotak rokok yang terdiri daripada 20 batang mengandungi sekitar 22 miligram hingga 36 miligram nikotin. Manakala produk vape yang disedut secara terus tanpa tapisan sebanyak 10 kali mengandungi sekitar 154 miligram nikotin bersamaan tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding rokok.

Jadi, pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal selia pendaftaran, pengiklanan, kawalan penjualan dan pembelian produk merokok termasuk produk vape adalah tepat pada masanya kerana kes kanser paru-paru dan juga kes vaping associated lung injury (EVALI), dengan izin, meningkat saban hari. Jadi, tujuan utama rang undang-undang ini adalah sebagai larangan penjualan produk merokok termasuk produk vape kepada orang belum dewasa yang ditakrifkan sebagai mana-mana orang yang berumur di bawah 18 tahun kerana mereka masih belum matang dan atas sebab kesihatan.

final • 5:33 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Jempol, boleh saya minta mohon penjelasan?

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Sila, sila.

final • 5:33 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebab tadi saya dengar Tanjong Karang pun ada cakap, Langkawi pun ada cakap kata kononnya dalam RUU ini vape tidak termasuk tapi saya percaya YB Jempol dah baca betul-betul rang undang-undang ini.

Saya nak tanya adakah YB Jempol setuju bahawa sebenarnya vape pun termasuk dalam RUU ini?

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Ya, jelas sekali dalam rang undang-undang ini diperjelaskan rokok, sebelum ini dia hasil tembakau, sekarang ini termasuk dengan vape. Ini matlamat kita mengadakan undang-undang ini.

final • 5:33 PM

Seorang Ahli

Baca dulu.

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi, Tuan Timbalan Speaker, kawalan pendaftaran produk merokok dan juga vape, ini perkara dia. Ia kawalan kerajaan agar tiada produk tembakau. Bahan rokok atau produk pengganti tembakau boleh diimport, dikilang atau diedar oleh mana-mana orang melainkan jika didaftarkan di bawah seksyen 3(1) Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 ini adalah bertepatan sekali. Jadi, ia menjawab pertanyaan daripada Bangi tadi.

Selanjutnya, Jempol mencadangkan dalam mengawal pendaftaran vape, Kementerian Kesihatan hendaklah membuat suatu standard kawalan kandungan nikotin yang minimum dalam produk vape. Ini kerana tanpa kawal selia banyak kes EVALI akan dilaporkan. Pusat Racun Negara merekodkan sebanyak 77 kes pendedahan kepada nikotin, keracunan nikotin daripada rokok elektronik bagi tempoh 2015 hingga 2022. Ini jelas menunjukkan bahawa penjualan produk vape tanpa kawalan...

final • 5:33 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jempol boleh saya mencelah sedikit?

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

...adalah membahayakan pengguna yang rata-ratanya anak muda.

final • 5:33 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

YB Jempol, YB Jempol. Sedikit sahaja.

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Sebab saya...

final • 5:33 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dekat depan ini. Saya just nak tanya.

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Sekejap, sekejap ya. Saya nak habiskan ini. Saya nak habiskan.

final • 5:33 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tadi YB Jempol kata vape masuk, di mana sebenarnya dalam akta ini mengatakan vape pun termasuk sekali dalam kawalan?

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Ya, vape masuk sekali.

Walaupun kutipan cukai rokok adalah sekitar RM4 bilion setahun, kerajaan dijangka membelanja RM8.77 bilion pada tahun 2030 bagi mengawal penyakit utama berkaitan rokok dan RM369 juta untuk merawat komplikasi EVALI. Adalah jelas tidak bermakna kerajaan mengutip cukai tinggi sekiranya Kementerian Kesihatan terpaksa menggunakan kos lebih tinggi mengubati ramai pesakit.

Timbalan Speaker...

final • 5:33 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jempol, boleh saya minta penjelasan?

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Penguatkuasaan rokok seludup, ya. Laporan akhbar New Straits Time mengatakan kita, penjualan rokok haram adalah tertinggi di negara kita iaitu hampir enam daripada 10 rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok seludup. Soalan saya, dalam aspek penguatkuasaan rang undang-undang kawalan ini, apakah perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melipatgandakan usaha penguatkuasaan?

Dari segi realiti pelaksanaan penguatkuasaan, kesalahan pengimportan produk tembakau, apakah perbezaan bidang kuasa Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pegawai Kastam kerana kesalahan berkaitan pengimportan produk tembakau boleh disiasat di bawah seksyen 15(1) Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok 2023 dan juga boleh disiasat di bawah seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Kempen Kesedaran Bahaya Merokok.

Saya difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/Vape bagi mencegah amalan merokok dalam kalangan murid sekolah. Seterusnya dalam menguat kuasa Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok 2023, soalan saya apakah perancangan kerajaan bagi meningkatkan Kempen Kesedaran Bahaya Merokok di kalangan pelajar sekolah selain Program Lima Minit Antirokok/Vape tersebut?

Seterusnya dari segi kesan alam sekitar. Tuan Timbalan Speaker, penggunaan vape pakai buang yang kini berleluasa bukan sahaja memberi impak negatif kepada kesihatan pengguna dan orang sekeliling tetapi juga menjejaskan alam sekitar iaitu melalui sisa plastik berbahaya serta elektronik. Ini kerana bahan plastik yang digunakan untuk menghasilkan vape pakai buang itu tidak boleh dikitar semula seperti mana plastik lain kerana kesan bahan kimia dan nikotin terkandung dalam produk vape itu jelas mencemarkan alam sekitar.

Pusat Racun Negara ada melaporkan menerima kes membabitkan pesakit paling muda iaitu berusia tiga bulan yang terminum cecair vape dan terdapat kes membabitkan kanak-kanak berusia seawal setahun yang cuba menghisap vape yang mempunyai nikotin berkepekatan tinggi. Adalah jelas, produk vape yang dibuang di merata-rata tempat ni amat berbahaya.

final • 5:33 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Soalan saya di bawah RUU Kawalan Produk Merokok 2023 ini, adakah kerajaan bercadang untuk mengawal penjualan vape pakai buang yang jelas membahayakan alam sekitar dan akhirnya...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Timbalan Speaker. Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok 2023 ini merupakan suatu usaha yang baik ya dalam mengawal selia pendaftaran pengiklanan kawalan penjualan dan pembelian produk

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

merokok termasuk produk vape yang tiada kawalan sebelum ini. Jempol mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk sama-samalah pada hari ini membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, pertama, saya juga seperti rakan yang lain ya amat kesallah di atas penarikan balik Rang Undang-undang Generasi Penamat Rokok

(GEG) seperti mana yang telah dipersetujui di peringkat kementerian sebelum ini. Yang mana saya juga yakin, sekiranya Kerajaan MADANI benar-benar serius ingin memastikan RUU GEG diluluskan atau dalam erti kata lain mempunyai political will dengan izin, yang saya yakin ramai Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam Dewan ini akan bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tapi, apakan daya kita, nampaknya hasrat rakyat dan kita semua tidak tercapai.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, fasal 13 memperuntukkan larangan penjualan produk tembakau kepada orang belum dewasa yang mana fasal 13(1) menyebut tidak seorang pun boleh menjual atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada orang belum dewasa.

Sementara fasal 13(3) pula menyentuh mengenai larangan oleh orang yang belum dewasa untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau apa-apa produk pengganti tembakau.

Fasal 17 pula memperuntukkan larangan merokok kepada orang yang belum dewasa. Sama ada mengunyah, menggunakan apa cara untuk mengambil produk tembakau sama ada dengan merokok atau apa-apa produk pengganti tembakau. Puan Timbalan Yang di-Pertua, sebenarnya kedua-dua peruntukan ini telah wujud elemen kawalan sejak tahun 2004 lagi yang mana diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Cuma yang saya nampak tambahan yang dibuat kali ini ialah dengan memasukkan bahan merokok yang didefinisikan sebagai nikotin, propylene glycol, glycerol, triethylene glycol. Itu sahaja yang ditambah.

Yang lain-lain itu, tidak ada beza sangat...

final • 5:41 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh minta penjelasan? Boleh minta penjelasan?

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Dengan yang lalu. Saya dah, dah –Belum ada masa ini.

final • 5:41 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jawapan yang diberikan tadi adalah jawapan kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor di mana vape termasuk di mana bahan merokok, produk pengganti...

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Ya, ya. Saya tahu, saya tahu.

Dia...

final • 5:41 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sekarang ini jangan tipu, vape tak ada masuk...

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Cukup.

final • 5:41 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Memang dikawal selia dan dikawal selia lebih baik dan ketat...

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Dak, tak ada, tak ada kena mengena dengan dia.

final • 5:41 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Di dalam peraturan yang sedia ada...

final • 5:41 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Timbalan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya tidak menipu dalam Dewan, saya tanya soalan. Jadi, saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan tadi dan jangan mengelirukan Dewan dalam hal ini.

final • 5:41 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tapi tadi Kuala Nerus cakap...

final • 5:41 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya tidak menipu...

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Ini floor saya Puan Speaker.

final • 5:41 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya tidak menipu.

final • 5:41 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, okey. Dia marah bukan floor saya cakap.

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Saya tak benar dua-dua bercakap.

Saya dah jelaskan tadi tidak ada beza. Hanya ditambah sahaja. Itu sahaja. Dengan lain- lain itu sama. Sedangkan melalui siri pembentangan oleh KKM selama ini menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan dijangka terpaksa menanggung beban kewangan sebanyak RM8.77 bilion setahun bagi merawat komplikasi penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok konvensional dan RM360 juta bagi merawat penyakit yang disebabkan oleh penggunaan rokok elektronik atau cecair nikotin vape pada tahun 2030. Ini jelas semua kita faham.

Perkara ini telah dibuat begitu lama tetapi tidak mendatangkan hasil yang positif kepada rakyat. Golongan ataupun bilangan yang merokok semakin, semakin bertambah.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, sementara ulasan Jabatan Peguam Negara bahawa perundangan Generasi Penamat Rokok (GEG) boleh dicabar merupakan satu alasan yang tidak kukuh. Sebaliknya fakta kerugian dan bebanan kewangan ditanggung oleh kerajaan secara langsung melibatkan duit pembayar-pembayar cukai seluruh negara seharusnya digunakan sebagai nexus yang kukuh untuk mewujudkan dua kelompok undang-undang yang berbeza ini.

Oleh kerana nikotin telah dikeluarkan dari senarai racun yang telah dibuat oleh Menteri sendiri, maka berlaku lakuna sekarang. Maka, mungkin kali ini tidak mungkin dapat dipinda lagi. Justeru, saya mohon pindaan dalam Jawatankuasa Pemilih ini bersetuju dengan cadangan pindaan fasal 13, fasal 13(1), fasal 17 dan sub fasal 17(1), rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perkataan, “Orang belum dewasa” kepada “Orang yang lain pada 1 Januari 2007” dan seterusnya untuk pindaan yang akan datang. Ini saya cadang. Hari ini mungkin tak, mungkin terpaksa lulus juga yang ini. Tapi akan datang, difikirkan supaya ditukar ‘orang belum dewasa’ kepada ‘orang yang lain pada 1 Januari 2007’ dan seterusnya. Insya-Allah. Masa tak ada. Saya langkah ini. Ada banyak gangguan tadi. Puan Timbalan Yang di-Pertua, kita tidak menafikan usaha-usaha yang telah dibuat oleh KKM untuk mengurangkan bilangan perokok dalam negara seperti Kempen Tak Nak Merokok, perkhidmatan klinik berhenti merokok, kawasan bebas merokok, amaran bergambar yang dahsyat di kotak rokok, Kempen Speak Out dan polisi-polisi tertentu seperti Peraturan- peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang merupakan inisiatif kerajaan untuk memerangi masalah merokok.

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Namun begitu, usaha ini dilihat tidak cukup bahkan gagal untuk mendepani permasalahan yang ditimbulkan disebabkan oleh merokok ini. Oleh itu, saya berpandangan, dalam menangani permasalahan berkaitan merokok ini, sudah tiba masanya kerajaan perlu lebih agresif, tidak menumpukan hanya usaha dengan kempen semata-mata, bahkan perlu ke arah memantapkan pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan akta yang lebih tegas bagi memberhentikan mereka yang ada tabiat merokok ini. Khususnya untuk menjaga generasi kita yang akan datang. Sekian.

Wassalamualaikum wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:41 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan serangkap pantun.

*Ayam berkokok di Subuh hari, Itik serati di tepi pantai, Jauh rokok hargai diri, Duit habis nyawa tergadai.

[Tepuk]* Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terbaru tentang perokok. Saya sedang mencari seorang untuk membantu saya sebagai pemandu kereta. Satu daripada empat syarat yang saya tetapkan adalah seorang yang tidak merokok. Mudah untuk mencari seorang yang memenuhi tiga syarat yang lain itu kecuali syarat tidak merokok. Sampai sekarang masih belum jumpa calon yang betul.

Mungkin kita perlu bandingkan pengalaman saya ini dengan data bilangan perokok dan vape di Malaysiakini. Mengikut satu tinjauan yang telah dikeluarkan pada bulan April tahun ini, terdapat lima juta orang perokok di Malaysia. 1.5 juta orang penghisap vape. Lebih daripada 43 orang pelajar – 43,000 orang pelajar dan melebihi 431 orang murid yakni pelajar sekolah rendah.

Ini adalah satu perkembangan yang perlu diberi perhatian sewajarnya. RUU ini telah memasukkan ke dalamnya tiga kategori iaitu produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau. Kita faham rasionalnya mengapa RUU ini mengeluarkan vape daripada senarai racun dan dimasukkan dalam RUU ini. Antaranya agar lebih mudah untuk mengawal selia. Dengan kuasa yang diperuntukkan dalam RUU-RUU ini, akan wujud kuasa penguatkuasaan yang lebih spesifik dan jelas terhadap kesalahan-kesalahan yang dimasukkan dalam RUU ini.

Kita faham dengan RUU ini membolehkan perniagaan itu dicukai. Ia akan menjadi sumber pendapatan tambahan kerajaan dan dari pendapatan ini, boleh digunakan untuk menampung beban kos rawatan penyakit berkaitan dengan merokok yang begitu tinggi kini.

final • 5:47 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Hakikatnya, dalam keadaan vape ini dikira racun dan telah pun difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Disember 2015, industri rokok elektronik dan vape ini terus berkembang. Kedai-kedai, gerai-gerai menjual vape begitu terserlah jika dibandingkan dengan kedai-kedai, gerai-gerai sederet dengannya.

Satu cabaran yang besar adalah isu keberkesanan penguatkuasaan undang- undang ini kelak. Satu senario. Jika rokok agak susah hendak dibawa masuk ke sekolah, kini vape datang dalam berbagai bentuk dan rupa sehingga susah hendak membezakan vape dengan contohnya pen, thumb drive dan sebagainya. Ini sudah pasti lebih mudah diseludup masuk ke sekolah. Ia memerlukan penelitian untuk membezakannya. Dalam senario ini, bagaimanakah penguatkuasaan RUU ini dapat dilaksanakan di sekolah-

final • 5:50 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

sekolah dan apakah jangkaan ataupun expectation terhadap peranan para guru-guru nanti?

Dalam jawapan bertulis yang diterima dari KKM berkenaan dengan penguatkuasaan kesalahan-kesalahan berkaitan merokok di 23 kawasan larangan pada tahun 2019 sehingga September 2023, sejumlah 236,250 notis telah dikeluarkan dan kompaun terkumpul berjumlah RM59,050,000. Daripada jumlah ini, 36 peratus notis dikeluarkan di premis makanan.

Ini hanya melibatkan satu kategori sahaja iaitu produk tembakau. Dengan lulusnya RUU ini nanti, bertambahlah dua lagi kategori iaitu bahan merokok dan produk pengganti tembakau. Sudah pasti akan menjadi lebih mencabar. Dengan pertambahan dua kategori baharu ini dan dengan senario yang baharu ini, dengan cabaran yang baharu ini, bagaimanakah kementerian bercadang untuk memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan? Apakah strategi yang terperinci yang akan diambil bagi memastikan pelaksanaan RUU dapat tercapai?

Akhir kalam Timbalan Yang di-Pertua, serangkap pantun yang saya ingin baca di sini.

Anak nelayan bermain di kelung, Petang hari mengutip lokam, Ayuh semua kita sokong, Akta baik perlu disegerakan. Dengan ini, saya menyokong.

[Tepuk] Terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 5:50 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua.

Sebelum masa saya mula, saya nak timbulkan balik Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12) mengenai Kuching yang menuduh bahawa saya menipu tadi. Rasanya Yang di- Pertua pun dengar bahawa saya tidak menipu. Saya bertanya soalan dengan ikhlas kepada Jempol.

Saya mohon Yang di-Pertua buat ruling bahawa perkataan tadi kena ditarik.

Saya tak nak ini reflected dalam Hansard bahawa ada tuduhan saya menipu dan saya tak respons.

final • 5:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 5:53 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sila buat ruling. Saya cuma kata banyak Ahli Parlimen yang membangkitkan isu ini yang membuat persepsi bahawa vape tidak termasuk dalam isu ini dan ini sangat merbahaya kerana ini satu regulasi kawal selia yang sangat penting untuk produk-produk merokok dan...

final • 5:53 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuduhan bahawa saya menipu saya minta ditarik balik. Yang lain saya boleh setuju.

final • 5:53 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya tarik balik menipu tetapi jangan lagi mengelirukan orang di sini dan orang di luar bahawa vape tidak termasuk...

final • 5:53 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya tanya soalan.

final • 5:53 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

...Dalam RUU ini.

final • 5:53 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya akan timbul perbahasan ini. Yang di-Pertua, saya minta buat ruling tuduhan tipu. Saya tanya soalan boleh menipu ke?

final • 5:53 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya sudah kata. Saya tarik balik menipu tapi jangan sesekali lagi mengelirukan mana-mana pihak...

final • 5:53 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih. Saya terima tarik balik...

final • 5:53 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

...Bahawa vape tidak ada dalam rang undang-undang ini.

final • 5:53 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih. Boleh kita mulakan lima minit balik? Sebab tadi peraturan mesyuarat.

final • 5:53 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Assalamualaikum warahmatullah Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya nak mulakan dengan menyatakan bahawa saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu menjelaskan kenyataan beliau mengenai betapa GEG ini tidak berpelembagaan. Ramai orang di kalangan kita yang bertanya mengenai hal ini memerlukan satu penjelasan. Ini kerana seperti yang kita dengar dalam Dewan hari ini ramai yang musykil kenapa dalam kerajaan yang sebelum ini ia berpelembagaan tapi tiba- tiba dalam Kerajaan Madani ia jadi tidak berpelembagaan pula. Sebab itulah ia memerlukan penjelasan daripada Menteri.

Sebenarnya kalau Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kerajaan benar-benar mahukan GEG ini diadakan, sepatutnya akta ini ditolak oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kerajaan sendiri. Kalau Menteri nak GEG diadakan, kenapa akta ini dibentangkan hari ini? Kenapa ini yang dibentangkan tanpa GEG? Jadi, ini memberi indikasi bahawa sebenarnya kerajaan tidak mahu GEG.

Kedua Yang di-Pertua, dalam perkara 17 akta ini dinyatakan sekatan bagi orang belum dewasa disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi untuk menggunakan produk tembakau dan produk pengganti tembakau. Kedua-dua perkataan produk tembakau dan produk pengganti tembakau ini ada dinyatakan definisinya dalam perkara 2 akta ini. Tetapi jika orang belum dewasa hanya dilarang menggunakan produk tembakau dan produk pengganti tembakau, persoalan ditimbul tadi bagaimana pula dengan orang yang belum dewasa menggunakan vape. Vape ini dari segi definisi lebih sesuai dimasukkan dalam kategori bahan merokok yang juga ada definisinya dalam akta ini dan bukannya produk pengganti tembakau semata-mata.

Jika sekiranya kementerian mengatakan bahawa perkara 17 ini— dalam perkara 17 ini, vape boleh dimasuk dalam kategori produk pengganti tembakau, maka kementerian perlu memadamkan perkataan ‘bahan merokok’ yang digunakan dalam akta ini untuk merujuk kepada vape supaya kita dapat pastikan definisinya adalah konsisten dan tidak mendatangkan kekeliruan apabila nak diwujudkan peraturan-peraturan subsidiari nanti.

Malahan dalam cakap mengenai definisi, saya juga nak minta kerajaan semak dan mungkin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perenggan 2 berkenaan tafsiran. Bagi saya ada pertindanan sedikit dalam definisi bahan merokok dan juga produk tembakau dan juga produk pengganti tembakau. Bahan merokok boleh didefinisikan sebagai bahan yang antaranya ada propylene glycol, ada glycerol dan ada triethylene glycol tapi kita kena ingat rokok biasa pun ada bahan-bahan ini digunakan sebagai humectant dalam rokok biasa. Jadi, adakah rokok ini— rokok itu dikategorikan sebagai bahan merokok ataupun produk tembakau?

Definisi vape juga ada kekeliruan. Jika cecair vape mengandungi nikotin, adakah ia masuk dalam kategori produk tembakau ataupun bahan merokok? Mana satu yang dimasuknya? Saya tanya semua ni Yang Berhormat Menteri dan Yang di-Pertua kerana saya tidak mahu dalam kita meluluskan akta ini, kementerian merangka akta ini dengan begitu teliti, di masa depan nanti kita pening kepala nak merangka subsidiary regulations dalam melaksanakan akta ini. Kementerian sepatutnya lebih teliti saya rasa dan tidak terlalu gopoh dalam merangka satu akta sepenting ini. Ini akta yang penting.

final • 5:53 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Seterusnya, perkara 3(1) akta ini mewajibkan semua produk yang berkaitan didaftarkan. Tadi Yang Berhormat Menteri ada ulas dalam pembentangan beliau. Ini satu langkah yang baik. Saya puji tindakan ini mewajibkan semuanya didaftarkan supaya penguatkuasaan dapat dijalankan dengan sempurna. Tetapi perkara 54(1) memberi tempoh hanya enam bulan selepas akta ini mula dikuatkuasakan untuk semua pendaftaran dijalankan. Soalannya, mampukah kementerian menguruskan pendaftaran semula ribuan produk yang sebelum ini telah diluluskan dalam tempoh enam bulan sahaja? Mungkin tempoh masa ini terlalu singkat dan akan menjadi bebanan kepada kementerian dalam melaksanakan akta ini. Jadi, saya mencadangkan supaya tempoh masa ini dikaji semula. Malahan, lebih baik Yang Berhormat Menteri jika tempoh masa itu bermula dari tarikh ketua pengarah mengeluarkan garis panduan proses pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam perkara 4(1) akta ini dan bukan bermula daripada tarikh penguatkuasaan seperti yang dinyatakan dalam perkara 54(1).

Saya juga bimbang sedikit Yang di-Pertua mengenai kuasa yang amat luas yang diberikan kepada Menteri dan juga kepada ketua pengarah untuk membuat subsidiary regulations. Contoh dia dalam perkara 10(1) dan perkara 15 (1) dan ada beberapa perkara lainlah dan saya petik dua ini saja. Dia memberi kuasa yang amat luas untuk Menteri membuat peraturan-peraturan tertentu di bawah akta ini. Malahan, akta ini juga menyatakan bahawa banyak perkara ya, dalam banyak perkara keputusan ketua pengarah adalah muktamad dan tidak jelas sama ada ia boleh dirayu atau tidak. Prosedur rayuan tidak jelas.

Last sekali, Yang di-Pertua saya nak ulas sedikit mengenai proses. Ini tak semestinya untuk perhatian kementerian sahaja tapi mungkin Yang di-Pertua juga. Saya jarang-jarang bangun bahas akta-akta yang dibentangkan ini sebab saya rasa ada sedikit kelompangan dalam proses kita. Akta ini contohnya diletakkan atas meja kita sehari, dua lepas.

[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Tebal akta ini dan penting. Kesannya besar kepada negara secara berterusan. Hari ini kita dah bahas dan luluskan. Taklimat baru dibuat kelmarin. Kita ada lima minit untuk bahas. Saya tahu proses ini sekian lama, sejak merdeka mungkin inilah prosesnya.

Tapi saya mohon Yang di-Pertua dan mungkin Ahli-ahli Dewan juga yang berkaitan boleh tengok balik proses ini supaya kita berlaku lebih adil kepada kerja keras pegawai-pegawai yang mendrafkan sesuatu akta. Apabila dibawa ke perhatian kita, macam contohnya akta ini sendiri. Kita boleh memberi pandangan dan perbahasan yang lebih rasional dan lebih bermaklumat. Kita perlukan masa yang lebih panjang. Mungkin satu minggu atau lebih untuk meneliti sesuatu akta dengan terperinci. Jika tidak, semua yang kita buat dalam dewan ini adalah lakonan politik semata-mata. Sebab sebenarnya kerajaan akan bulldoze juga. Kita bagi macam-macam pandangan. Satu ayat pun takkan dipinda sebab lepas ni dah nak undi untuk diluluskan.

Jadi, kalau sekiranya itulah yang berlaku dalam Dewan yang mulia ini, apa faedahnya kita berbahas dengan sebegitu panas pada hari ini sebab semuanya akan diluluskan. Baik tak payah bahas. Jadi, dengan itu terima kasih Yang di-Pertua.

final • 5:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Batu.

final • 5:53 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Puan Speaker untuk bagi Batu mengambil bahagian. Saya ingin memetik satu ayat daripada ucapan mantan Menteri Kesihatan apabila mantan Menteri Kesihatan memulakan inisiatif larangan merokok di tempat makanan. Beliau berkata dengan izin, *it’s okay, I rather lose some votes than compromise on people’s health.

[Tepuk]* Itu satu ayat yang bagi saya sangat-sangat berani, mantan – [Ketawa] , Yang Berhormat Kuala Selangor ada gambar dekat sini. [Sambil menunjukkan sekeping

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

gambar] Saya rasa seperti mana sahabat-sahabat saya di sebelah kiri dan kanan membangkitkan bahawa mereka ada yang kecewa, ada yang sedih.

Tapi sebenarnya selaku Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, kami telah mengadakan mesyuarat selama 13 kali dan memberi fokus utama kepada akta ini. Saya selepas dengar bahawa GEG ini tidak dimasukkan saya rasa kecewa dan sedih sebab saya ingin nak jadikan satu penyumbang kepada negara ini sebagai satu penyumbang untuk menamatkan generasi yang merokok atau menamatkan kegiatan merokok di negara ini.

[Tepuk] Itu yang saya ingin menyumbang tetapi apabila saya dengar RUU GEG ini tidak dimasukkan rasa sedih. Tapi, saya tidak berputus asa seperti mana di sebelah kanan bagi tahu tadi.

final • 6:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Batu?

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya tanya — bagi saya sikit lagi.

final • 6:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ringkas — sikit sahaja. Satu sahaja.

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Boleh.

final • 6:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat setuju tak jika dibawa kembali GEG pada tahun depan? Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Itu yang saya nak cakap Segamat. Saya dengan sahabat-sahabat saya di sini tidak akan berputus asa. Kita akan sentiasa memberi tekanan kepada kementerian bahawa GEG ini satu perkara yang memerlukan.

final • 6:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Ada yang bagi tahu saya kalau ada GEG ini ia melanggar hak asasi dan macam-macam di luar sana. Tapi, bagi saya pakai helmet dengan seatbelt pun adalah satu perkara hak asasi. Tapi kerajaan memastikan keselamatan kita terbela. Macam itu juga dengan GEG ini. Kita tak boleh bagi generasi muda merokok dan menyebabkan kanser dan meninggal. Itu adalah perkara asas.

final • 6:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Batu boleh tanya?

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya bukan Menteri. Tapi, tak apalah saya cuba jawab.

final • 6:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Batu. Memang dalam isu kesihatan ini ramai berpendapat kita haruslah melalui pendidikan dan bukan melalui perundangan kerana sebagai seorang peguam apabila kita mengadakan undang-undang untuk memastikan rakyat jelata mematuhi sesuatu yang susah untuk dilaksanakan kita dapati ada banyak keburukan yang berlaku di mana ada pegawai polis atau pegawai penguat kuasa yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendapat rasuah dan pelbagai perkara lain yang berlaku.

Jadi itulah sebabnya GEG ini tak dapat sokongan menyeluruh sungguhpun kita secara 100 peratus setuju dengan niat baik GEG ini. Jadi harap boleh dapat pandangan.

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya akan masukkan perbahasan Beruas dalam perbahasan saya tapi pandangan saya memang saya setuju.

Kalau kita tengok statistik 43,000 pelajar sekolah dikesan menghisap rokok hasil saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah tahun lalu.

Mungkin berkaitan dengan tekanan itu, Menteri boleh jawab. Tapi saya di sini nak bangkitkan lagi sekali bahawa akta yang kita bahaskan yang saya menyokong ini adalah satu step pertama yang kita akan menuju ke GEG.

final • 6:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

So, saya dengan rela hati yang terbuka saya menyokong. Menteri ada di sini.

Ada yang di kalangan saya tadi tak cakap sokong, tak sokong. Tapi dekat sini saya sokong sebab the first step is very important dan begitu juga kalau kita melihat jumlah statistik yang dikeluarkan oleh WHO tobacco fact sheet 2021 sebanyak lapan juta kematian dalam tempoh masa satu tahun berpunca daripada penggunaan tembakau.

Manakala Malaysia melalui hampir 27,000 kematian dicatatkan dalam tempoh masa satu tahun.

Jumlah ini adakah termasuk juga dengan penghidu asap aliran sisi, side stream dengan izin dan aliran utama, mainstream dengan izin. Mohon Menteri jawab dan saya rasa itu sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 6:00 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kepada saya untuk membahaskan RUU ini. Saya ingin menzahirkan rasa kecewa sebagai mana kawan-kawan yang di sebelah sini dan di sebelah sana dengan pengguguran bagi peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Beberapa hari lepas kita tahu bahawa Kabinet telah memutuskan untuk menggugurkan GEG daripada RUU ini kerana alasannya Peguam Negara melihat cadangan larangan berdasarkan umur tidak berperlembagaan.

Tadi Batu dan juga Segamat mencadangkan untuk membawa sekali lagi GEG pada tahun hadapan. Kalau alasan tidak berperlembagaan sampai bila pun kerajaan ini tidak akan bawa kerana kerajaan ini juga menggunakan alasan tidak berperlembagaan.

Jadi kalau nak bawa juga kena tukar kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana GEG ini boleh dikatakan melanggar Perlembagaan? Sedangkan sewaktu GEG ini dibawa Khairy Jamaluddin mantan Menteri Kesihatan, kita bagi kredit kepada beliau yang berusaha bersungguh-sungguh bersama dengan kementerian pada waktu itu, Jabatan Peguam Negara tidak menyatakan GEG sebagai unconstitutional. Jadi, malah GEG dibentangkan dan telah banyak perbincangan, kajian, sesi libat urus bersama pakar-pakar termasuk pakar-pakar undang-undang.

Jemaah Menteri sepatutnya yang ada pada hari ini mempunyai political will untuk melaksanakan GEG bagi melindungi dan memelihara generasi akan datang bukannya mendatangkan dengan seribu satu alasan yang dipertikaikan.

Kerajaan ini sudah banyak dengan baggage ataupun beban yang dibawa dengan alasan-alasan terutamanya melibatkan Peguam Negara. Ini menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini adalah tunduk dan akur kepada pemain-pemain industri rokok dan juga tembakau ini.

Jika diteliti apa yang terkandung dalam RUU ini kerajaan telah memasukkan tafsiran orang belum dewasa yang diertikan sebagai mana-mana orang yang di bawah umur 18 tahun. Malah jika dibaca semula pada Bahagian III, IV dan V dalam RUU ini tidak ada perbezaan dengan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Jelas bahawa kerajaan tidak ada perancangan untuk mengurangkan kegiatan merokok bagi generasi baharu dan generasi terpaksa menanggung — negara terpaksa menanggung lebih banyak kos kesihatan disebabkan aktiviti merokok ini.

Mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion bagi perawatan pesakit akibat daripada merokok pada tahun 2020 berbanding kutipan cukai produk tembakau hanya RM3 bilion setiap tahun. Bahasa

final • 6:05 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

mudahnya negara kita kutip RM3 bilion daripada hasil rokok dan kemudian negara terpaksa, rakyat terpaksa mengeluarkan tambahan RM3.2 bilion lagi untuk merawat perokok-perokok tegar yang pasif.

Tadi saya memuji Wangsa Maju kerana mengulangi semula tentang Majlis Fatwa Kebangsaan 2015 dari segi hukum bagi orang Islam dan bila Wangsa Maju sebut begitu saya tahu ramai di kalangan Ahli-ahli Dewan ini mungkin berasa berdosa sebab ada di kalangan mereka pun juga adalah perokok tetapi dalam soal menjaga generasi akan datang kita tak boleh kompromi. Sepatutnya di sebelah sini dan di sebelah sana, Ahli-ahli Dewan yang ada pada hari walaupun di kalangan mereka adalah perokok mereka tetap ingin melihat bahawa generasi akan datang bebas daripada rokok ini.

Kalau kita tengok pada...

final • 6:05 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh tanya Pengkalan Chepa?

final • 6:05 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya nak habiskan.

Nanti saya bagi. Impak GEG ini bukan sahaja tertumpu kepada isu kesihatan tetapi juga sumbangannya kepada ekonomi negara. Sekiranya dilihat kepada industri rokok yang telah lama bertapak di negara ini, sumbangan industri ini kepada KDNK negara semakin menurun dari tahun 2015 iaitu sebanyak 0.3 peratus kepada hanya 0.2 peratus pada tahun 2021.

final • 6:05 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 6:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Secara purata sumbangan industri rokok kepada ekonomi negara adalah antara 2010 hingga 2020 dianggarkan hanya 0.3 peratus ataupun kurang daripada RM4 bilion setahun. Begitu juga industri ini hanya menyumbang sebanyak 5.3 peratus kepada pendapatan pekerja manakala selebihnya adalah keuntungan kepada pemain-pemain industri.

Dakwaan mengatakan bahawa industri vape bernilai RM2.49 bilion serta melibatkan lebih daripada 30,000 pekerja yang akan terjejas disebabkan GEG hanyalah kenyataan mereka yang tidak dapat dibuktikan dari mana- mana pangkalan data.

Kenyataan ini hanya untuk kepentingan mereka kerana pelaksanaan GEG tidak akan menjejaskan peniaga atau sesiapa yang terlibat dalam peniaga rokok, rokok elektronik ataupun vape kerana dianggarkan masih ada lima juta perokok dan satu juta perokok elektronik di pasaran masa ini.

Dengan jangka hayat purata penduduk Malaysia ini 75 tahun, industri mempunyai masa yang lama untuk membuat perancangan beralih kepada industri perniagaan yang lain yang lebih bermanfaat.

Begitu juga seperti yang selalu diuar-uarkan rokok elektronik adalah alternatif untuk berhenti merokok. Pihak industri sepatutnya telah bersedia dengan jumlah perokok vape yang akan berkurangan kerana mereka juga telah berjaya berhenti merokok. Kalau daripada rokok biasa ini beralih kepada rokok vape tidak adapun orang bising sedangkan itu adalah peralihan dengan alasan kononnya untuk berhenti merokok.

Oleh itu, pelaksanaan – akhir Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Pengkalan Chepa.

final • 6:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Oleh itu, pelaksanaan GEG sebagai sebahagian daripada strategi end game perlu dilaksanakan kerana industri rokok dan rokok elektronik hanya memberi sumbangan yang minimal kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tambahan pula mempromosi dan menyokong industri ini juga bercanggah dengan hala tuju dasar yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang memberi tumpuan kepada memangkin industri strategik dan berimpak tinggi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menambah baik pampasan bahagian pekerja.

final • 6:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Oleh itu, ketiadaan industri ini pada tahun 2045 tidak akan disedari kerana ia tidak akan memberi kesan kepada ekonomi negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat – saya dapat pendapat daripada Pengkalan Chepa dengan izin. Terima kasih Puan Timbalan yang di-Pertua. Saya ingin tanya Pengkalan Chepa yang mengatakan perlu diadakan undang-undang GEG.

Kita ada undang-undang yang sangat menghukum dengan beratnya mereka yang menyalah gunakan dadah. Mengikut National Anti-Drugs Agency (NADA), Ketua Pengarahnya mengatakan secara rasmi kita ada lebih kurang 137,000 penagih dadah.

Dianggarkan ini angka rasmi, tidak rasminya hampir satu juta orang yang menyalahgunakan atau penagih dadah di Malaysia. Kalau kita gubal undang-undang...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Beruas.

final • 6:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

...untuk melarang mereka daripada merokok semua orang daripada merokok adakah undang-undang ini akan berkesan, kita akan ada berjuta-juta orang yang akan melanggar undang-undang ini.

Oleh sebab itu, saya hendak tanya Pengkalan Chepa adakah lebih baik kita sahaja menggunakan pendidikan dan supaya apa yang tadi saya katakan tadi dengan adanya undang-undang ada line perkara-perkara buruk seperti rasuah dan salah guna kuasa oleh ahli-ahli...

final • 6:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Beruas. Masa Yang Berhormat Pengkalan Chepa sudah habis.

final • 6:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Mereka yang merasakan undang-undang ini adakah lebih baik kita gunakan pendekatan pendidikan daripada mengadakan undang- undang? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya jawab Tuan Speaker. Saya boleh jawab?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan kalau mahu jawab.

final • 6:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau – panjang soalan Yang Berhormat tadi. Kalau hanya untuk menggunakan pendekatan pendidikan, saya cadang Yang Berhormat pergi jadi cikgu, jadi guru dekat sekolah.

Kita di Parlimen sebagai legislator kita kena menggubal undang-undang. Jadi undang-undang itulah yang akan digunakan untuk memastikan hala tuju yang terbaik untuk masa depan anak-anak muda negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Maksud saya kita jangan sewenang-wenangnya menggubalkan undang-undang yang tidak perlu. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

final • 6:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Speaker.

Temerloh ingin merujuk kepada pindaan RUU Jun 2023 kepada RUU November 2023.

Pertama pindaan daripada GEG kepada OBD adalah tidak wajar dalam Fasal 13.

Temerloh mahu supaya semua menilai dan berfikir membubarkan Generasi Penamat

final • 6:14 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Rokok (GEG) dan menggantikannya dengan Orang Belum Dewasa (OBD) adalah sama dengan KKM tidak melakukan apa-apa perubahan terhadap masalah yang berlaku kepada rakyat Malaysia.

Kita semua sudah pun dengar lebih daripada 43,000 pelajar sekolah menengah merokok pada tahun 2022 dan 341 daripada dua juta murid sekolah rendah merokok.

Hampir 27,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun kesan daripada penggunaan tembakau ataupun merokok. Kerajaan berbelanja RM6.2 bilion merawat pesakit merokok, belum lagi jumlah perbelanjaan rakyat yang berbelanja untuk membeli rokok yang merupakan satu pembaziran. Ini semua realiti yang perlu kita tangani hari ini secara holistik.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun tiada RUU berkenaan OBD, sebenarnya masyarakat umum sudah maklum Orang Belum Dewasa tidak boleh merokok. Bahkan RUU November melahirkan perokok yang sah berusia 18 tahun ke atas sudah boleh merokok walaupun mereka masih menuntut sebagai pelajar perayu, pelajar di kolej, pelajar di IPTA dan juga IPTS. Ini jelas RUU November 2023 bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah sedia ada bahkan membarahkan lagi situasi di negara kita.

Tuan Speaker, Temerloh mahu RUU yang dengan klausa GEG dikekalkan bukan digugurkan menjadi OBD. GEG menyasarkan semua yang lahir bermula Januari 2007 menjadi generasi yang bebas rokok. Temerloh mengingatkan kepada KKM sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi anak bangsa daripada terus ketagih rokok setelah melihat berbagai kesan buruk dari rokok kepada generasi sebelum ini, generasi sekarang dan generasi akan datang. Menteri ada kuasa untuk memastikan generasi akan datang bebas dari rokok bukannya memikirkan kepentingan pihak-pihak tertentu, industri tertentu.

Tuan Speaker, seterusnya saya suka merujuk – hilang.

[Ketawa]

final • 6:14 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tunggu Menteri.

final • 6:14 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tunggu Menteri? Okey, sekejap ya. Okey, yang kedua, pengguguran peruntukan berkaitan peranti rokok Fasal 7(2) dan Fasal 9(1) adalah tidak wajar. Temerloh ingin bertanya apakah kepentingan KKM untuk menggugurkan Fasal ini jika benar yang berkaitan dengan peranti elektronik ataupun vape.

Tuan Speaker, Temerloh mendapat aduan ibu bapa dan masyarakat yang bimbang dengan trend anak-anak muda lelaki dan perempuan yang menjadikan budaya vape sebagai kebanggaan dan kebiasaan menjadi budaya mereka. Kita tahu bahawa kandungan vape ini bukan memberi manfaat malah meninggalkan kesan buruk terhadap mental dan fizikal bahkan sikap anak-anak hari ini.

Laporan Harian Metro 22 Mei dari sudut kesihatan amalan menghisap vape boleh meningkatkan risiko kecederaan paru-paru, penyakit paru-paru tersumbat kronik, asma, kanser paru-paru dan jantung. Laporan yang sama menyebut peningkatan mendadak penggunaan vape di kalangan remaja daripada 9.8 peratus kepada hampir 15 peratus pada tahun 2022.

Sebelum ini Menteri Kesihatan membuat keputusan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 sedangkan rokok dan vape mengandungi nikotin yang membahayakan kesihatan. Dengan menggugurkan fasal ini bermakna KKM membenarkan iklan vape secara terbuka dan secara tidak langsung mengiktiraf penggunaan vape secara berleluasa.

Sebenarnya ibu bapa di luar sana merayu dan sangat mengharapkan supaya KKM menggubal akta yang lebih tegas untuk membendung budaya vape ini bukannya menggugurkan fasal berkenaan vape. Temerloh menegaskan KKM perlu bertanggungjawab memikirkan implikasi buruk vape terhadap pembangunan modal insan akan datang. Janganlah kita menjadi peribahasa, “Harapkan pagar, pagar makan padi”.

final • 6:14 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tuan Speaker, berkenaan — pertanyaan berkenaan fasal 56 RUU, Temerloh ingin tahu mengapa digugurkan fasal 56, laporan keberkesanan larangan penjualan rokok dan vape? Apakah rasional KKM melakukannya? Bagaimana KKM ingin memastikan keberkesanan akta yang dirangka?

Akhir sekali, Temerloh mengingatkan kesan sekiranya RUU ini diluluskan tanpa sebarang pindaan, bermakna kita mengorbankan anak bangsa ke arah kerosakan.

Keputusan kita semua hari ini dalam Dewan ini meninggalkan kesan kepada generasi kita pada masa akan datang. Sebelum mengundur diri, Temerloh ingin berpesan khususnya kepada Ahli Parlimen yang merokok, sila berhenti merokok. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 6:20 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Betong untuk membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada KKM dan mereka yang terlibat secara langsung untuk membawa Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah tertangguh beberapa kali sebelum ini dan akhirnya dibentangkan di Parlimen pada hari ini.

Walaupun peruntukan berkaitan larangan penjualan rokok tembakau dan larangan merokok orang yang lahir pada Januari 2007 iaitu GEG digugurkan, namun akta ini merupakan suatu langkah yang penting dan strategik. Akta ini lebih komprehensif bagi mengawal selia penggunaan vape dan rokok elektronik yang semakin meluas dalam masa yang sama, mengatasi kelompangan undang-undang.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, setelah sekian lama sistem kesihatan negara kita mengamalkan kaedah rawatan, maka sudah sampai masanya kita mengalih strategi kepada mencegah terhadap penyakit yang berpunca daripada rokok. Ini kerana sistem kesihatan negara telah pun berbelanja berbilion-bilion ringgit selama ini untuk merawat pelbagai penyakit paling berbahaya akibat rokok seperti kanser paru-paru, strok, penyakit jantung.

Di samping itu juga, masalah kesihatan baru yang dikenali sebagai EVALI yang menyebabkan kerosakan paru-paru akibat substance pada e-cigarette dan produk vape. Kos merawat terhadap penyakit akibat rokok juga diunjurkan bakal meningkat saban tahun. Selain itu, asap rokok juga boleh memudaratkan kesihatan individu yang terdekat atau individu yang terhidu asapnya iaitu passive smoker dengan izin. Risiko untuk terkena penyakit juga adalah lebih tingi berbanding individu yang merokok. Maka, dianggarkan lapan juta kematian setahun di seluruh dunia seperti yang telah dilaporkan berpunca daripada penggunaan tembakau. Manakala di Malaysia, hampir 27,000 yang mati setiap tahun akibat merokok ini. Apa yang merisaukan kita juga ialah masalah merokok dalam kalangan golongan yang produktif terus menjadi beban utama.

Yang Berhormat Puan Timbalan Pengerusi, persoalannya merokok ini merupakan suatu ketagihan dan bagaimanakah kerajaan dapat mendidik dan menyediakan — menyedarkan rakyat supaya berhenti merokok dan mengatasi masalah ketagihan ini?

Saya merujuk kepada Bahagian II akta iaitu pendaftaran semua produk tembakau, bahan merokok ataupun produk pengganti tembakau di bawah akta ini. Bagaimanakah proses pendaftaran ini dijalankan nanti dan apakah mekanisme untuk memastikan penjual mematuhi perkara ini nanti?

Merujuk kepada Bahagian IV, kawalan penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan tiruannya. Mengenai bekalan rokok

final • 6:21 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

yang dijual secara haram atau illicit and illegal sale of cigarettes dengan izin, sekarang pun banyak dijual di mana-mana. Bila undang-undang ini diluluskan nanti, bagaimanakah mekanisme untuk kerajaan kawal selia perkara ini? Bagaimanakah Kementerian Kesihatan boleh membanteras dalam usaha kita untuk mengurangkan beban public health itu nanti? Apabila kerajaan mengetatkan undang-undang, pastinya cabaran dari penyeludupan rokok haram ini juga akan berleluasa. Jadi, ia perlu diambil kira kerana penyeludupan rokok ini juga bakal tidak dikawal. Inilah kekangan kita dan perlu kita lihat sejauh mana tindakan kita itu nanti.

Seterusnya Bahagian IX akta iaitu penguatkuasaan. Umum mengetahui merokok diamalkan oleh berjuta-juta rakyat dan maka untuk melarang rakyat ini dari melakukan apa-apa yang mereka amalkan, bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, dari segi penguatkuasaan, berapa banyakkah pegawai-pegawai yang akan diperlukan nanti?

Adakah pegawai itu dar KKM sahaja atau pun ada berkolaborasi dengan agensi-agensi lain?

Bagi fasal 26 hingga 40 mengenai pemberian kuasa kepada pegawai untuk memeriksa, menggeledah dan macam-macam lagi yang dibuat yang akan menimbulkan kehidupan yang tidak senang kepada rakyat, oleh itu kuasa yang diberikan perlu diambil ingatan bahawa sistem penguat kuasa ini hendaklah tidak menjadikan kehidupan rakyat Malaysia itu terganggu sepanjang masa. Hidup dalam ketakutan kerana mungkin rumah mereka, kereta mereka ataupun pejabat akan digeledah walaupun mereka sebenarnya tidak merokok. Semua ini perlu kita ambil kira. Saya mengharapkan hal penguatkuasaan ini diambil perhatian sewajarnya kerana ianya tetap akan mengganggu ramai rakyat yang telah sekian lama merokok. Tidak terkecuali juga mereka yang tidak merokok dan akan menjadi mangsa atau terkesan daripada penguat kuasa itu nanti.

Saya sedar bahawa kementerian juga telah menjalankan tanggungjawab dan usaha sebaik mungkin menerusi pelbagai program dan juga libat urus. Walau bagaimanapun, usaha hendaklah terus diperkasakan, diselaraskan dengan peredaran masa supaya rakyat Malaysia dapat hidup bebas daripada tabiat buruk ini. Jadi, saya mohon menyokong RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Sekian, terima kasih.

final • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

final • 6:21 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi yang memberi ruang dan peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

RUU ini adalah penting untuk melindungi kesihatan rakyat Malaysia daripada bahaya tembakau dan produk nikotin seperti vape. Tambahan pula, ia mengandungi pelbagai peruntukan yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan dan pendedahan kepada asap tembakau termasuk larangan merokok di tempat awam. Kawalan iklan dan promosi, peningkatan cukai, harga, serta pengawasan dan penguatkuasaan.

Kelulusan RUU ini lebih mendesak apabila telah berlaku kelompangan undang- undang selepas nikotin dikeluarkan daripada senarai Akta Racun. Ini mungkin lebih ramai terdedah kepada nikotin melalui vape terutamanya golongan muda dan kanak-kanak.

Seharusnya nikotin perlu dikekalkan ke dalam senarai racun. Mana lebih penting sama ada generasi muda kita ataupun cukai?

Fokus pertama, pengguguran peruntukan Dasar Generasi Penamat (GEG). Saya begitu terkejut sebagaimana sahabat-sahabat yang lain di mana peruntukan GEG dikecualikan daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Ada yang menggunakan hujah bahawa wujud percanggahan GEG dengan

final • 6:27 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana syor laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan sebelum ini yang bersetuju bahawa pelaksanaan GEG tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pandangan pakar-pakar perundangan termasuk wakil Pejabat Peguam Negara?

Yang Berhormat Menteri juga telah memaklumkan bahawa petisyen yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan di MySejahtera pada 11 Oktober lalu telah memperoleh kira-kira 9.2 juta penandatangan menyokong GEG, membuktikan ramai menyokong usaha kementerian sebelum ini. Saya cuba mengambil beberapa contoh NGO yang aktif bersuara mengenai isu ini seperti Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Malaysian Green Lung Association dan Persatuan Farmasi Malaysia serta yang lain-lain.

Galen Centre berkata bahawa wakil Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberi jaminan bahawa peruntukan GEG ini adalah sah di sisi undang-undang dalam semua mesyuarat perundingan sejak rang undang-undang itu mula dicadangkan pada 2022 termasuk yang dipegang oleh tiga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Persoalan saya, apakah rasional kementerian menggugurkan peruntukan dasar GEG ini sebagai reformasi kesihatan seperti yang dihasratkan dalam Kertas Putih Kesihatan sebelum ini?

Adakah kementerian juga menolak kajian-kajian terperinci berasaskan bukti empirikal yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan awam?

final • 6:27 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Cubaan merasionalkan keputusan kerajaan tidak popular ini dengan memberi pendapat Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa peruntukan-peruntukan ini adalah tidak berperlembagaan adalah suatu pendirian yang saya anggap tidak logik. Ini memandangkan hakikat bahawa wakil kanan daripada AGC turut hadir dalam mesyuarat untuk membincangkan GEG sejak dua tahun yang lalu. Jaminan undang-undang untuk GEG juga tersedia dalam Hansard Parlimen untuk dilihat oleh kita semua. Sebelum ini saya cukup teruja apabila kementerian berusaha merangka undang-undang tersebut.

Adakah ini menunjukkan pendirian yang tak konsisten seperti ucapan mantan Menteri Kesihatan sebelum ini juga.

Fokus kedua adalah langkah kawalan tembakau. Selepas dasar GEG digugurkan, usaha advokasi pemantauan dan penguatkuasaan perlu lebih agresif dan digerakkan secara tuntas. Saya berbangga bersama beberapa NGO sebelum ini untuk membuat advokasi dadah dan ketum sebelum ini. Program terakhir saya bersama beberapa NGO pada pertengahan tahun lepas untuk program ini di Perlis.

Merujuk kepada kempen advokasi kesedaran, soalan saya sejauh manakah usaha kementerian bagi menggerakkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape. Adakah pihak kementerian bercadang untuk memperluaskan Kempen Generasi Penamat Antirokok 18 atau GEGAR-18 yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini. Selain itu, usaha mempergiatkan inisiatif pencegahan merokok di peringkat sekolah dan IPT dengan kolaborasi agensi kerajaan, NGO, komuniti kesihatan awam dan masyarakat sivil.

Fokus ketiga saya adalah pemantauan dan pengawasan terhadap produk tembakau. Dalam isu penyeludupan produk tembakau, rokok seludup mendapat permintaan yang tinggi kerana harganya lebih murah. Kadang kala naik harga mengikut harga pasaran. Antara jenama yang terkenal, baru belajar semalam ya. Sebab saya tak hisap rokok. Jadi, antara jenama yang terkenal adalah John D Blend, SAAT, Zon King, Luffman dan Kretek Gudang Garam.

[Disampuk] Ha, baru tahu tu, dah itu.

Apakah langkah proaktif kerajaan dalam usaha menangani isu ketirisan sempadan khususnya melibatkan penyeludupan produk tembakau termasuk produk seperti rokok elektronik. Saya yakin dan percaya menyelesaikan isu penyeludupan rokok seolah-olah menyelesaikan sebahagian besar daripada punca pada masalah kita bincangkan pada hari ini. Ada yang mengatakan isu rokok seludup ini sukar dicegah

final • 6:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

kerana telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat. Kalau ada pelaksanaan GEG pun tak selesai. Tapi bagi saya jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Jika kerajaan fokus dan menguatkuasakan undang-undang sekurang-kurangnya mengurangkan permasalahan ini. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 6:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana membentangkan satu RUU D.R.42 yang sangat bagus tetapi saya melihat bahawa D.R.25 yang tarik balik itu lebih bagus, lebih hebat dan lebih dahsyat sebenarnya kalau kita benar-benar berhasrat untuk memastikan bahawa rokok itu tidak akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat di Malaysia.

Kerana kita difahamkan bahawa berdasarkan kepada NHMS 2019, 21.3 peratus rakyat Malaysia merokok. Bererti kemaslahatan 78 peratus yang tak merokok merupakan golongan majoriti. Sampai masa kita mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dan lebih banyak sebagaimana tadi disebut oleh Beruas tentang isu dadah dan isu rokok.

Saya kira bahawa dalam dadah, dia ada ADB, Akta Dadah Berbahaya tetapi di sana dibuat LLKP iaitu Langkah-langkah Pencegahan Khas bertujuan untuk mengekang lagi daripada proses awal penagihan dadah. Jadi, dalam hal ini juga kita kira bahawa RUU pada hari ini merupakan langkah awal kerajaan untuk membuat kawalan terhadap rokok ini.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berapakah pegawai yang akan bertugas sebagai penguat kuasa bagi segala arahan-arahan yang dikeluarkan daripada akta ini. Kerana saya lihat dalam Perintah Peraturan Awam tentang isu rokok ini, dia sebut dekat situ kalau ada aduan tentang rokok sila telefon ataupun WhatsApp dalam waktu pejabat. Jadi, ini menunjukkan bahawa tidak serius. Kalau waktu pejabat, kebanyakan aktiviti merokok ini bukan dibuat dalam waktu pejabat. Jadi, kalau boleh saya mohon supaya bilangan penguat kuasa ini ditambah dan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan, kementerian berkaitan dengan PBT dan juga adakah kita boleh juga menjadikan bahawa merokok ini sebagai kesalahan di bawah enakmen syariah kerana kita kira bahawa dalam hal ini, fatwa telah pun jelas bahawa merokok ini haram.

Jadi, kalau boleh kita jadikan dan minta kepada JAKIM untuk mengkaji supaya bermula dengan Wilayah Persekutuan, kita jadikan enakmen merokok ini haram supaya sesuai dengan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mufti. Seterusnya, berkaitan dengan akta ini juga disebut bahawa di premis-premis OBD, Orang Belum Dewasa tak boleh membeli rokok. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk memastikan meletakkan CCTV di kawasan-kawasan yang telah dibenarkan untuk penjualan rokok? Kerana saya bimbang OBD ini Orang Belum Dewasa.

Jadi, kepada orang yang bawa duit pula sebab kalau ada duit boleh beli. Jadi, kalau tidak ada pengawasan secara intensif, saya kira dengan RM500 yang dikategorikan sebagai satu tegahan ini bersifat pendidikan sebagai contohnya ini bukan benda yang bagus sebab kesalahan kedua pun masih lagi ada denda. Kalau boleh kedua dah mesti kena ‘dan’ bukan ‘atau’ daripada penjara supaya menjadi betul-betul punitif kepada pihak yang merokok.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan kerana kita difahamkan bahawa premis kerajaan merupakan premis yang tidak boleh merokok. Tetapi ramai juga pegawai kerajaan yang merokok. Sekiranya didapati ada kesalahan ini di peringkat premis kerajaan, siapakah yang akan didakwa oleh pihak kementerian? Sebab hari ini kalau kita lihat, kita tengok banyak kat stor-stor yang menjadikan lokasi untuk mereka merokok.

final • 6:33 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, saya juga ingin bertanya pihak kerajaan tentang kes ibu hamil yang merokok.

Adakah mereka ini akan dikenakan di bawah kesalahan kerana mereka telah menyebabkan bukan setakat orang belum bawah umur tetapi orang belum lahir menjadi mangsa kepada perbuatan mereka yang merokok. Walaupun ini mungkin dikatakan bertentangan dengan Perkara 81 tetapi ini bukan bagi saya ini adalah hak kepada anak- anak yang belum lahir supaya ibu bapa mereka ini tidak menjadi pesalah awal kepada anak yang belum lahir ini.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan sekiranya GEG digugurkan atas nasihat Peguam Negara daripada menjadikan nikotin dikeluarkan daripada Akta Racun sedangkan daripada pakar kesihatan tidak bersetuju. Jadi, pakar manakah yang telah membuat atau menasihatkan kementerian supaya digugurkan nikotin ini daripada Akta Racun.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah langkah-langkah yang boleh kita buat untuk pastikan ini benar-benar terjadi kerana setakat ini, contohnya di zon bebas cukai dan juga di airport, airport, rokok-rokok ini merupakan perkara yang boleh dibeli dengan banyak dengan harga yang lebih murah. Bolehkah pihak kerajaan mengharamkan penjualan rokok di semua airport, airport dan juga di semua zon bebas cukai sebagai langkah menunjukkan bahawa kita benar-benar serius untuk membuat kawalan produk rokok demi kesihatan ini.

Begitu juga dengan- adakah kita akan memastikan bahawa bila mana kita tidak benarkan iklan rokok tetapi dalam filem-filem. Saya juga mengharapkan supaya tidak ada lagi gaya-gaya seolah membuat gaya-gaya yang maskulin dengan cara menunjukkan rokok kerana ini merupakan suatu perkara yang toksik termasuk dalam Netflix, dalam semua siaran-siaran online yang ada dalam negara kita harus dikawal supaya tidak menjadi suatu budaya kepada masyarakat kita dan juga kepada anak-anak kita. Bila mana kita menyebut bahawa banyak penguatkuasaan akan dibuat memastikan bahawa semua premis khususnya di restoran tidak menjadi tempat yang boleh merokok.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kita membuat KPI.

Selalunya orang merokok ini mereka akan ber-group, berkumpulan. Susah untuk kita tegur. Kalau tidak ada penguat kuasa mungkin susah tetapi KPI yang harus kita buat ialah kita mesti pastikan versi pendidikan dan jaminan sehingga seorang wanita yang mendukung anaknya berani untuk menegur orang yang merokok di tempat yang tidak boleh merokok. Jadi, ini adalah KPT yang perlu diadakan supaya kita boleh menyelamatkan masyarakat kita. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah agensi penarafan di bawah PBT.

Ini kalau boleh kerjasama dengan pihak PBT kerana di bawah Akta 171, perkataan kacau ganggu bermaksud sesuatu perbuatan, peninggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kejutan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta yang menjejaskan keselamatan atau hak penduduknya.

Jadi, dalam hal ini kita kira di bawah akta ini bersama dalam akta yang baharu ini boleh dijadikan sebagai satu gabungan supaya kuat kuasa dan punca kuasa itu lebih besar dan lebih ramai pihak yang boleh bertugas. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang hari ini kita dimaklumkan bahawa ada satu jenis dadah yang bernama mushroom dititik dalam vape. Boleh dipakai di leher macam pakai name tag sahaja. Jadi, kita lihat ini kalau benda ini tidak dikontrol, bukan setakat rokok tetapi anak-anak kita akan terdedah kepada bahaya yang lebih teruk di kalangan mereka kerana bermula di sekolah rendah, sekolah menengah mereka telah menjadi penagih dadah kerana pada awalnya mereka ini terdedah kepada budaya rokok seperti ini. Sekian, terima kasih.

final • 6:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

final • 6:33 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua di awal ucapan Yang Berhormat Menteri tadi, beliau ada menyebut, “Oleh yang demikian, adalah sangat kritikal satu Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan bagi mengatasi kelompongan yang berlaku.”

final • 6:39 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, saya ingin ingatkan Yang Berhormat Menteri, yang mewujudkan kelompangan tersebut bukannya orang lain tetapi Yang Berhormat Menteri sendiri, yang menandatangani pengecualian nikotin daripada Akta Racun dan pengecualian ini dibuat sebelum lulusnya akta baru untuk mengawal penjualan dan pemasaran nikotin, termasuk cecair vape bernikotin.

Bayangkan sekiranya dalam tempoh 1 April hingga ke hari ini, ada anak-anak kita mula mengambil cecair vape bernikotin kerana kelompangan undang-undang yang dicipta sendiri oleh Menteri, tidakkah Menteri berasa bersalah? Hari ini, pada masa ini juga, kita sekali lagi didendangkan dengan tindakan kerajaan ini yang tidak memasukkan peruntukan berkaitan dengan GEG di dalam rang undang-undang yang dibentangkan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai ibu bapa, tentulah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita mahu anak-anak kita mempunyai akhlak yang baik, budi yang baik, sahsiah yang baik, pendidikan yang terbaik, kerja pekerjaan yang terbaik dan tentunya saya yakin tidak ada ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka menjadi perokok.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini amat mengecewakan apabila peruntukan mengenai Generasi Penamat Rokok atau GEG (Generation End Game) tidak dimasukkan. Alasan Menteri, peruntukan GEG tersebut boleh dicabar di mahkamah kerana terdapat komponen yang dilihat bertentangan dengan Perlembagaan. Apakah benar U-turn ini dibuat kerana peruntukan tersebut boleh dicabar di mahkamah? Menteri perlu jelas dalam hal ini. Mengapa saya tanya begitu? Kerana sebelum sesuatu rang undang-undang itu dibawa ke Dewan Rakyat, tentulah rang undang-undang itu perlu dibawa ke Jemaah Menteri. Dalam mana-mana jua memorandum Jemaah Menteri, perkara berkaitan dengan draf rang undang-undang perlu melalui Pejabat Peguam Negara.

Jadi, apabila Menteri Kesihatan sebelum ini membentangkan RUU ini di Parlimen untuk bacaan pertama pada 20 Julai 2022 dan bacaan kedua pada 1 Ogos 2022, tentunya perkara berkaitan dengan perundangan ini telah diambil kira. Ini juga jelas daripada bukti- bukti berikut, dalam Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas bertarikh 9 Ogos 2022 di mana Penasihat Undang-undang Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjelaskan bahawa peruntukan tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya, Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang- undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 pada muka surat 15 menyatakan bahawa Jawatankuasa bersetuju bahawa pelaksanaan GEG tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pandangan pakar-pakar perundangan.

Ini ada dalam laporan jawatankuasa. Barang diingat antara anggota Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut yang masih ada di dalam Dewan ini dan berada di pihak kerajaan adalah Yang Berhormat Pengerang, yang kini Menteri Undang-undang, Yang Berhormat Sibuti yang kini Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Kuching, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Tuaran.

Barang diingat juga dalam penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan DR8/2023 bertarikh 9 Oktober 2023, pada muka surat 18 menyatakan bahawa “Jawatankuasa mengambil maklum dengan keterangan KKM mengenai keperluan pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Perokok yang bertujuan untuk melindungi

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

generasi masa hadapan daripada ancaman bahaya produk merokok, mengurangkan prevelen penyakit akibat komplikasi merokok dan seterusnya mengurangkan beban kos rawatan yang ditanggung oleh kerajaan.” Saya ulang, jawatankuasa mengambil maklum keterangan KKM mengenai keperluan pelaksanaan GEG, yang Menterinya berada di sini dan keputusan jawatankuasa adalah jawatankuasa bersetuju dengan peruntukan Generasi Penamat Perokok dikekalkan di bawah rang undang-undang.

final • 6:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Mencelah, Putrajaya.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Seterusnya di dalam perenggan 34 ucapan Belanjawan 2023 oleh Yang Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari 2023, pada perenggan 34 dinyatakan bahawa kerajaan menyokong ikhtiar Generational End Game. Jadi, kenapa pula timbul isu bahawa GEG ini bertentangan dengan Perlembagaan? Kenapa tak timbul di sepanjang tempoh tersebut?

Kalau nak bercakap tentang risiko dicabar di mahkamah, memang setiap kali bila ada perkara-perkara yang dibawa kepada Jemaah Menteri, ada perkara-perkara yang agak sensitif, Pejabat Peguam Negara akan nasihatkan Jemaah Menteri bahawa ada kemungkinan untuk perkara ini dicabar tetapi itu terpulang kepada kerajaan. Kerajaan perlu ada political will, kerajaan perlu ada keperluan untuk membuat perubahan.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sebab itu kalau kita lihat hatta lompat parti pun boleh dicabar di mahkamah. So, nothing new. Apa yang penting adalah political will kerajaan.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, jadi Menteri perlu berterus terang di sini. Apakah yang menyebabkan peruntukan GEG tidak dimasukkan dalam RUU ini? Berterus teranglah Menteri. Kalau peruntukan GEG dikeluarkan kerana kerajaan tunduk pada pelobi, nyatakanlah. Sedarkah Menteri, bahawa isu vape dan merokok ini merupakan satu isu besar? Nyatakanlah kebenaran.

Kalau padi, katakan padi, Tidak kami tertampi-tampi, Kalau pelobi, katakan pelobi, Tidaklah dituding ke sana sini. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar dengan tekun beberapa hujahan daripada Ahli Parlimen kerajaan yang berkata kami akan berusaha untuk membawa balik GEG ini ke Parlimen. Sedar kah sahabat-sahabat sekalian, kalau betul isunya perundangan maka tak akan boleh bawa balik. Sebab itu saya ingin tegaskan di sini, Menteri perlu jelas. Kena jelas. Kalau dilobi di saat akhir, dilobi di Amerika Syarikat dan sebagainya, nyatakan kebenaran tersebut.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan Fasal 72 iaitu larangan menerbitkan iklan dan dalam RUU ini, larangan untuk menerbitkan iklan peranti merokok dikeluarkan. Sedar kah Yang Berhormat Menteri, iklan peranti merokok ini orang tak akan beli peranti sahaja, just suka-suka nak ada peranti? Iklan peranti merokok ini bertujuan untuk membawa generasi baru ini bersama dengan peranti, bersama-sama dengan vape tersebut.

Adakah ini satu lagi lobi daripada pengeluar peranti? Sebab itu kena jelas. Nak iklan peranti buat apa kalau kita tak nak mereka beli? Tak nak mereka beli rokok atau tak nak mereka beli vape? Sebab itu saya melihat dalam konteks ini, saya mengambil sedikit masa kerana saya melihat bahawa kerajaan pada hari ini dari sudut dasarnya adalah amat-amat cacamerba. Tak tahu mana hujung, tak tahu mana pangkal. Tak tahu mana jantan, tak tahu mana betina.

[Tepuk] Jika kita lihat Nujum Pak Belalang pun bila dia kata

final • 6:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

kayu yang tenggelam itu adalah pangkal, dia ada alasan dia. Dia kata itik yang belakang itu itik jantan kerana itik jantan itu kejar itik betina, ada alasan dia. Dia tak kata itik jantan kejar itik jantan.

[Tepuk] Sebab itu perlu jelas. Kalau isunya Perlembagaan, nyatakan. Maknanya tidak ada lagi ruang untuk kita bawa balik GEG ini ke Parlimen. So, Menteri perlu jelas. Berlaku adillah dan Menteri perlu bertanggungjawab kepada generasi akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan Al-A’raf, ayat 157 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] maksudnya, “Dan Dia yakni Allah menghalalkan bagi mereka segala perkara yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak perlu bentangkan kerosakan daripada gejala merokok kerana kementerian lebih jelas tentang hal tersebut.

final • 6:49 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Soalnya mengapa kita tidak betul-betul tegas? Ini yang dibangkitkan hari ini oleh Ahli-ahli Parlimen khususnya di sebelah sini dalam perbahasan kita. Bagi membina generasi tidak merokok untuk masa yang akan datang. Ini isu yang jelas dan mendasar.

Saya tidak nampak rang undang-undang ini ada nilai yang lebih kuat, selepas kita memisahkan dasar GEG dengan peruntukan-peruntukan yang ada dalam kertas rang undang-undang ini.

Sangat mendukacitakan apabila dasar GEG tidak diselaraskan dalam rang undang-undang ini, sebaliknya digantikan dengan frasa “Orang Yang Belum Dewasa” sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal yang kedua. Hanya ada beberapa fasal baharu dalam rang undang-undang, antaranya melibatkan aspek perdagangan tembakau dan sebagainya. Selebihnya tidak kurang beza dengan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 2003. Nilai sebenar rang undang-undang ini terhakis apabila dasar GEG gagal dipertahankan oleh kerajaan.

Persoalannya mengapa? Jadi, saya ulang lagi sebagaimana rakan-rakan yang lain, mengapa? Industri ini dicipta bukan sekadar untuk seseorang merokok sebatang rokok semata-mata bahkan merokok untuk seumur hidup hasil ketagihan. Mengapa kita tidak mahu menghentikannya hari ini demi generasi yang mendatang? Jadi, persoalan apa sudah jadi dengan Dasar Bebas Rokok 2040?

Apa perancangan kerajaan untuk mencapai prevalence merokok dalam kalangan rakyat yang rendah pada masa akan datang, jika kita masih di takuk pelaksanaan yang sama? Ada negara seperti New Zealand yang melaksanakan dasar GEG, bermula kepada generasi yang lahir pada tahun 2009. Mengapa kita tidak mempertahankan dasar GEG versi kita, sebaliknya tunduk kepada tekanan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau mahu bercakap soal kebebasan individu, saya fikir merosakkan diri sendiri dengan bahana merokok, bukan lagi suatu kebebasan kepada seseorang individu. Kita gubal dan pinda pelbagai akta untuk menghalang seseorang merosakkan diri sendiri seperti contoh Akta Dadah berbahaya. Tetapi apabila bercakap soal rokok yang turut merosakkan kesihatan individu, kita sebaliknya mempertahan dengan alasan kebebasan individu. Ia sangat tidak masuk akal.

Kalau mahu bercakap soal kesamarataan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, ia juga berbalik kepada persoalan asas. Kertas rang undang-undang ini membincangkan soal kesihatan dan pembentukan generasi yang sejahtera dan bebas rokok walaupun ia mungkin terbuka untuk dicabar di mahkamah. Saya tidak lihat apa-apa

final • 6:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

justifikasi yang boleh menyebabkan rang undang-undang ini bertentangan dengan soal kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Puan Yang di-Pertua, lebih mendukacitakan apabila tafsiran terhadap frasa peranti rokok dikeluarkan daripada rang undang-undang ini. Persoalannya mengapa? Apa peruntukan undang-undang yang mengawal selia rokok elektronik, vape dan sebagainya, selepas kementerian turut menyahsenaraikannya daripada Akta Racun 1952? Bagaimana kawalan kementerian terhadap rokok elektronik, vape dan sebagainya yang sudah mencecah lebih dua bilion ketika ini sedangkan implikasi kesihatan daripada rokok elektronik, tidak ada bezanya dengan rokok biasa. Kementerian lebih tahu hal ini.

Oleh itu terakhir, seruan saya untuk semua pihak marilah kita berusaha mematuhi amaran Allah di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 195. Firman Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah perbuatan kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

Pandangan fatwa jelas, jangan jadi seperti konsert Coldplay yang menganggap pandangan fatwa hanyalah sekadar pandangan bukan fatwa tetapi ini perkara yang sudah melibatkan fatwa. Jadi, marilah sama-sama kita ikut apa yang sudah difatwakan. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

final • 6:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Speaker. A’uzubillahi minas Shaitonir Rajim, Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ayat tadi yang dibaca oleh Pokok Sena juga saya ingin rujuk sebagai asas kenapa kita berdiri pada petang ini untuk mengkritik, mengecam RUU yang sudah dimandulkan oleh Kerajaan Madani pada hari ini.

This is a treason to future generation ya. Kenapa? Kerana usaha yang dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional terdahulu mengambil kira keselamatan, kepentingan dan masa depan generasi Malaysia yang akan datang.

final • 6:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Speaker, saya minta maaf. Yang Berhormat Machang...

final • 6:55 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tidak bagi laluan.

final • 6:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak gunakan peraturan tetapi it is not treason lah. Please, tolonglah.

final • 6:55 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tidak sebut siapa-siapa?

final • 6:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa treason?

final • 6:55 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya mengkritik kemandulan RUU yang menolak menyelamatkan masa depan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita lihat pada hari ini kita pun tahu seperti mana yang dijelaskan oleh ramai Ahli-ahli Parlimen tadi, sebenarnya RUU ini telah mendapat input dan desakan yang kuat oleh pelobi-pelobi Big Tobacco dan vape. Sebab itulah peranti elektronik rokok ini dikeluarkan daripada RUU yang dimandulkan ini.

Jadinya, apa makna sebenarnya yang kita hendak bawa dalam RUU ini? Hanya kerana saya katakan semalam berapa banyak cukai sebenarnya yang kerajaan hendak kutip daripada industri vape ini yang sayang sangat? Saya tahulah ramai yang buat vape ini anak muda Melayu yang mesej kami sana sini tanya bantu, bantu. Eh! Takda, takda.

final • 6:55 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ini bukan isu Melayu tidak Melayu, ini bukan isu anak muda atau tidak. Ini isu keselamatan, kesihatan awam. Hanya kerana kamu Melayu, minta kami sokong hendak menjahanamkan masa depan rakyat, saya tidak sokong. Machang tidak akan menyokong.

Perikatan Nasional tidak akan menyokong benda-benda yang memudaratkan masa depan anak muda kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya bawa anak-anak saya, isteri saya datang ke Publika tengok, makan dan sebagainya. Terang-terang di tengah-tengah itu ada booth yang mempromosikan peranti elektronik. Tanpa segan silu promoter itu pergi hulur vape itu kepada isteri saya yang tengah bawa anak dalam pram.

Saya tidak faham dengan RUU ini. Kita tahu tidak jelas bagaimana kerajaan hendak regulate, menyelia sebarang iklan ataupun promosi berkaitan vape yang kadangkala dibuat dengan cara tidak begitu zahir. Dengan warna yang cantik, dengan brand yang begitu menggiurkan. We don’t know whether it is vape or whatever product they are selling.

Jadi, ini perkara bagi saya yang perlu kerajaan ambil maklum dan perbaiki RUU ini, malah banyak sekali perkara-perkara yang tidak jelas yang telah dikritik oleh ramai Ahli-ahli Parlimen. Antaranya dalam RUU ini walaupun kita tahu Malaysia telah pun meratifikasi Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tetapi tidak dijelaskan di dalam ini, apakah cara kita ingin melaporkan sebarang perhubungan Ahli-ahli Parlimen kerajaan yang berjumpa dengan para pelobi rokok ini, vape ini agar dijelaskan kepada umum yang kamu telah berjumpa dengan mereka dan apa yang kamu bincang dengan mereka. Itu perlu dinyatakan untuk kepentingan awam. As how was stipulated dalam WHO FTCT.

Jadi kita hendak tanya, benda ini kita dimaklumkan baru sahaja tetapi press statement daripada Persatuan Vape telah pun diumumkan November 2023. How come ada – mereka boleh tahu lebih awal berbanding dengan kami berkenaan dengan kita menggugurkan peranti rokok elektronik ini daripada RUU ini? Jadi terlampau banyak persoalan-persoalan yang mencurigakan.

Malah kalau bekas Menteri Kesihatan kata tahniah kepada Big Tobacco dan juga vape, saya pun setuju dengan beliau. Kerana apa? Kerajaan pada hari ini begitu terdesak hendak mencari cukai tambahan tetapi mengorbankan masa depan anak-anak muda kita yang terkesan.

Di Machang Tuan Yang di-Pertua, saya tahu ramai anak-anak muda yang hisap vape ini dapat laporan daripada PEMADAM di kawasan Machang yang juga terjebak dengan dadah.

final • 6:55 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kita tidak regulate liquid nicotine ini dan ini menyebabkan ramai anak-anak muda mengambil kesempatan daripada vape yang ada, peranti itu untuk hisap illegal substance yang lain. Jadi, inilah perkara yang kami rasa kecewa dan marah. Saya ulang sekali lagi dalam Dewan ini. Saya tidak mahu Malaysia mengulangi kesilapan negara China dahulu yang membiarkan candu berleluasa dijual tanpa ada batas, sehingga China dijajah oleh British, terlepas Hong Kong. Sampai pada hari ini 100 tahun humiliation yang menyebabkan China insaf tidak mahu lagi perkara-perkara yang merosakkan masyarakat mereka.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, faham dak apa yang dibentangkan oleh Menteri? Faham dak? Apa beza candu dengan rokok?

final • 7:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat, bukan China yang membenarkan. Dipaksa dijual. Harap dapat dibetulkan.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, apa yang kita tegaskan di sini— duduk, duduk Jelutong! Saya tak bagi laluan. Saya nak landing.

Jangan khianat rakyat dan masa depan anak muda.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tidak tahu beza candu dan rokok, jangan jadi Ahli Parlimenlah.

final • 7:00 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Eh, ini sejarahlah!

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Vape adalah perkara yang boleh menjerumus anak bangsa kita ke kancah yang lebih parah, dadah dan sebagainya. Maka dengan ini, saya mengkritik RUU ini dan saya mahukan GEG dikembalikan demi masyarakat dan masa depan kita. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Machang, kalau boleh saya betulkan. Bukan Kerajaan China yang membenarkan candu dijual, kerana kuasa-kuasa luar memaksa ia dipasarkan di China. Harap jangan salahkan Kerajaan China pada masa itu.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

final • 7:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Yang di-Pertua memberi peluang Kapar membahas RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Saya baru dapat D.R. 42/2023. Tahniah kepada kementerian yang akhirnya boleh membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok setelah ditarik balik sebelum ini.

Saya pun agak confused Speaker sebenarnya, sebab saya merujuk D.R. 25.

Saya tadi berapa sikitlah, bukanlah bertengkar tapi apa sikit dengan sahabat-sahabat saya di sini. Saya kata mana ada dibuang GEG, ada ini. Muka surat 18, 13 larangan penjualan produk tembakau kepada orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Jadi, saya ingat memang sudah adalah. Rupanya sudah diambil balik ini, diberikan yang lain pula D.R. 42 pula.

Saya merujuk kepada bahagian hujung tajuk RUU. Demi kesihatan awam, ini bagus. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan lapan juta penduduk dunia mati disebabkan rokok. Dalam negara, hampir lima juta rakyat Malaysia merokok. 27,000 mati setahun disebabkan rokok. Saya nak tahu, berapa pula yang mati disebabkan passive smoking, dengan izin.

Yang Berhormat Menteri dan semua Ahli Yang Berhormat, isu kawalan rokok ini rentas ideologi politik. Jangan kecil hati bila mendengar luahan tulus. Saya melihat usaha gigih penjawat awam, khususnya pegawai-pegawai KKM yang bertungkus-lumus menyediakan RUU ini. Tapi minta maaflah mungkin ia seolah-olah academic exercise bila ia telah diubah daripada D.R. 25 kepada D.R. 42 seperti yang hangat dibahaskan tadi.

Saya melihat jelas. Saya sudah sebut itu. Saya nak apa, ringkaskan. Larangan penjualan rokok tembakau kepada orang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya fasal 13(1) tiada seorang pun boleh menjual apa-apa produk tembakau atau mengadakan apa- apa perkhidmatan untuk merokok kepada mana-mana yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Inilah GEG yang semua nampaknya mahu, sepatutnya dimasukkan. Bahkan Menteri, Yang di-Pertua, Kapar merasa sedih dan bimbang seperti senadalah dengan rakan-rakan yang lain. Seolah we are not serious enough Menteri ya untuk menangani natijah langsung atau tidak langsung daripada penggunaan rokok dan vape dan yang berkaitan dengannya.

Kita ini wakil rakyat, wakil kepada rakyat. Kita lihat ramai rakyat kita sakit, sengsara. Ada yang meninggal dunia. Tidak ada bayi yang berniat nak jadi perokok. Jadi, kenapa lima juta rakyat Malaysia jadi perokok? Inilah peranan kita semua untuk memastikan bayi Malaysia bebas rokok sehingga tua yang tadi, yang GEG itu. Kita juga merupakan penggubal undang-undang. Kita yang set the rules untuk negara. Kita boleh

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

menyediakan persekitaran yang membebaskan bayi Malaysia semua kaum supaya tidak membesar dengan persekitaran yang ada rokok dan meminimumkan risiko bayi ini menjadi bakal perokok.

Mungkin inilah yang mahu dicapai oleh KKM sebelum ini tentang rancangan GEG. Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan ialah adakah kerajaan yang mengawal industri yang membahayakan kesihatan awam atau kerajaan dikawal di bawah kawalan industri yang buat duit dan kaya daripada penjualan rokok dan produk yang berkenaan dengan produk rokok. Dalam masa yang sama, rakyat termasuk pelajar sengsara, sakit.

Termasuklah remaja perempuan sekarang semakin terheret dan terjerlus dalam isu ketagihan rokok.

Walaupun RUU ini tebal dan komprehensif, namun saya perlu mengajukan persoalan kritikalnya kepada Menteri. Sejauh manakah kebersediaan kementerian, sama ada daripada peruntukan, cukupkah modal insan berkemahiran dan berpengalaman untuk mengimplementasikan segala yang diperuntukkan dalam akta ini? Saya merujuk kepada...

final • 7:01 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kapar, nak tanyalah Kapar.

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, saya- apa, ringkaskan.

final • 7:01 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kapar, nak tanya.

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya tidak ada masa kecuali kalau Speaker nak bagi lama lagi. Sejauh manakah kejayaan kementerian mengurangkan penjualan rokok, sejauh mana kejayaan sekarang ini? Adakah jualan rokok semakin menurun atau meningkat?

Kedua, berapa cukai yang kerajaan kutip daripada jualan rokok dan produk- produk yang seperti rokok, seperti vape dan sebagainya? Adakah kerajaan mahu menggunakan hujah kerana nak dapat pulangan wang ringgit sebagai asas untuk bersifat lenient, dengan izin kepada industri tembakau walaupun bukti bahaya negatif rokok dan sewaktunya sudah jelas menggunung. Please-lah kerajaan, don’t compromise the prinsip.

final • 7:01 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kapar, boleh tanya?

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kata demi kesihatan awam kan. Berilah insentif kepada pemain industri yang jelas bagus dan menjadikan warga kita menjadi lebih sihat, cergas, cerdas, makanan organik ke, green industry ke.

Yang ketiga, berapakah jumlah premis awam seperti kedai makan, stesen bas dan sebagainya diambil tindakan kerana kesalahan berkenaan rokok? Tidak pamer larangan rokok, membenar pelanggan merokok dan sebagainya. Saya melihat denda kebanyakan kesalahan yang ditetapkan untuk orang bukan satu pertubuhan perbadanan.

Ini saya ambil sikit sebab ini tebal. Bagi kesalahan pertama, didenda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduanya.

Okeylah tapi kalau kita tengok contoh fasal 9(1) perlanggaran larangan promosi, tajaan dan sebagainya hanya RM20,000. Ini nothing-lah Menteri. Terlalu rendah. Mereka akan ketawakan denda ini Menteri. Jadi, saya, saya...

final • 7:01 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kapar, boleh tanya sebelum tutup?

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dah habis, dah habis. Beruas, sorry.

final • 7:01 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tanya saja.

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya nak Menterilah, nak bagi pantun sajalah.

Nak habis. Satunya tadi sebelum saya bagi pantun, saya nak cadangkan kepada Menteri istilah EVALI ini, electronic cigarette or vaping use-associated lung injury dia macam normalisasi. Orang tidak rasa. Cuba tanya 222 Ahli Parlimen, apa benda EVALI. Dia tidak terasa, dia akan takut disebabkan oleh rokok. Jadi, saya rasa gunalah yang local sikit, yang menakutkan orang sikit. Okey, last sekali.

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Pok amai-amai, Belalang kupu-kupu, Merokok ramai-ramai, Habis rosak paru-paru.

final • 7:01 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kapar, boleh tanya?

final • 7:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri gigit kuat-kuat, Jangan tunduk tekanan korporat. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 7:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Bentong. Yang Berhormat Bentong.

final • 7:01 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Puan Pengerusi— Speaker. Puan Yang di-Pertua, saya sebenarnya tidak faham kenapa setengah Ahli Parlimen kita yang bermain persepsi bahawa tiada isu peranti dan sebagainya. Kalau kita lihat dalam RUU ini, ia sebenarnya amat penting untuk dibentangkan dan diterima kerana walaupun tiada GEG di dalam RUU tersebut tetapi perubahan yang dilakukan dalam buku ini adalah amat besar sekali. Banyak perubahan yang dilakukan untuk menambah baik daripada segi kawalan penguatkuasaan dan sebagainya.

Kalau kita baca dengan teliti, kita boleh faham yang hanya dikeluarkan adalah perkataan GEG sahaja iaitu untuk end game untuk mereka tahun 2007 dan seterusnya.

Tetapi untuk daripada segi pengiklanan, kalau kita lihat bagaimana kawalan yang akan dibuat dan juga daripada segi untuk kita mengawal peruncit, pengedar, pengilang dan sebagainya dan juga untuk mereka yang membeli.

final • 7:09 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Kalau kita lihat apa yang penting keyword di sini iaitu kata kunci untuk RUU ini adalah penguatkuasaan. Kalau penguatkuasaan kita bagus dari segi PBT, KKM, PDRM, imigresen dan sebagainya yang terlibat dalam ini, mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, dengan tegas tindakan yang diambil, saya percaya RUU yang telah dibentangkan ini yang mungkin yang akan disokong oleh semua orang, bahawa akan berjaya jika kita mengambil tindakan dengan sangat tegas dan sangat baik.

Kerana bila kita lihat apabila mereka mengatakan geng tobacco ataupun vape menang besar dan sebagainya kerana tiada GEG. Tapi kita perlu faham, walaupun tiada GEG tetapi ada iaitu RUU ini boleh memastikan pengawalan yang baik untuk semua pihak. Saya berharap sangat bahawa penekanan kepada kita adalah kawalan yang baik daripada pihak KKM, penguatkuasaan yang sepenuhnya dan tegas daripada semua pihak dan persediaan KKM.

Kalau KKM bersedia untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik, kita akan lihat perubahan yang besar berlaku dalam memastikan bahawa mereka yang di bawah umur itu dapat kita kawal dengan baik.

Dalam masa yang sama juga kita tidak boleh memberikan bebanan semata-mata kepada KKM sahaja. Kita sebagai ibu bapa, keluarga dan masyarakat juga memainkan peranan yang penting. Kalau kita lihat mereka yang di bawah umur hisap rokok dan sebagainya, hisap vape dan sebagainya, kita perlu tegur mereka di sekolah dan sebagainya. Kita sebagai ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak kita di rumah.

final • 7:10 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang paling penting seperti Yang Berhormat, yang mana menekankan tentang pendidikan. Itu juga sangat penting sebelum untuk kita memberikan satu undang-undang yang lebih keras untuk mereka yang berumur 2007 tahun ke atas.

Jadi Puan Yang di-Pertua, saya berharap RUU yang telah dibentangkan ini kita boleh sokong dan seterusnya diluluskan supaya kita dapat nampak perubahan yang baik yang boleh kita angkat dan boleh kita tunjuk kepada mereka di luar sana. Kerana saya melihat hari ini bukan setakat Ahli Parlimen tetapi mereka di luar sana melihat, bermain, percaya dengan persepsi-persepsi yang dimainkan di luar sana bahawa hari ini kerana tiada GEG, RUU ini tidak berguna langsung. Ini salah. Ini satu persepsi yang sangat salah.

Untuk pihak kementerian, sebelum saya berakhir, saya ingin berharap bahawa kita mahu merujuk kepada Bahagian X, seksyen 25 dan seksyen 26 supaya penguatkuasaan, penyiasatan dan kuasa untuk memasuki premis. Saya harap apabila ada dapat diluluskan pihak kementerian dapat memperkukuhkan kerjasama di antara agensi-agensi yang saya katakan tadi termasuk jabatan-jabatan yang terlibat untuk memastikan bahawa mereka ini tidaklah— mereka menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Tetapi tidaklah mereka membuat suatu di luar bidang kuasa ataupun memberikan tanggapan yang tidak baik kepada masyarakat di luar sana. Saya berharap agar operasi- operasi yang dijalankan itu dijalankan dengan sebaik yang mungkin supaya tidak menimbulkan syak wasangka ataupun perasaan takut pula kepada mereka-mereka yang tidak bersalah.

Jadi dari Bentong, Bentong bersetuju sangat dengan RUU ini dan kita harap kita semua dapat menyokong dan bersama-sama kita memastikan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 ini dapat diluluskan dengan sebaik yang mungkin.

Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Sibu.

final • 7:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan peluang untuk saya membahas dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok dan Kesihatan Awam ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan rang undang-undang ini yang memang tepat pada masa untuk mengawal selia bahan pengganti merokok seperti vape.

Tetapi saya ada beberapa soalan nak bertanya kepada kementerian. Adakah semua produk tembakau yang sedia ada pada masa sekarang perlu didaftarkan semula di bawah akta yang baru ini kerana ini merupakan satu akta yang baharu. Dulu memang produk tembakau sekarang adalah didaftarkan di bawah akta yang terdahulu. Jadi, adakah mereka semua ini perlu didaftarkan semula dan apakah time frame untuk mereka untuk mendaftarkan produk-produk mereka di bawah akta ini.

Soalan kedua ialah tentang iklan larangan pengiklanan produk tembakau dan sebagainya tiruan. Fasal 8(1)(b) menyatakan bahawa tidak ada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan, menyebarkan untuk diterbitkan, mengambil bahagian dalam penerbitan bagi apa-apa iklan yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok ataupun produk pengganti tembakau tiruan yang penggunaannya dikira secara tersurat atau tersirat yang dimasukkan atau berkemungkinan untuk mengalahkan mana-mana orang untuk merokok.

Jadi pada suatu hari, kalau saya merokok secara awam, kawasan awam in the public. Saya merokok. Saya digambar oleh reporter, diterbitkan di dalam surat khabar.

Adakah saya akan disabit kerana saya merokok, seolah-olahnya saya menggalakkan kegiatan merokok ini. Jadi saya minta penjelasan dari kementerian.

final • 7:13 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Satu lagi masalah yang saya ingin tanya ialah tentang larangan merokok bagi orang belum dewasa ada menyatakan bahawa tiada seorang pun yang merupakan orang belum dewasa boleh merokok, mengunyah atau menggunakan mengikut apa jua cara apa-apa produk tembakau atau merokok apa-apa produk pengganti tembakau. Jadi mengunyah ialah makan, chewing. Mengunyah adalah chewing makan. Ini bukan satu kegiatan merokok. Tetapi mengapa mengunyah juga dilarangkan untuk seseorang yang belum dewasa.

Mengunyah ini selalunya kalau seorang yang bawah umur, mungkin mereka ketagih kepada merokok. Jadi doctor mungkin akan prescribe replacement therapy kepada pesakit itu. Replacement therapy itu mungkin ialah chewing gum, nicotine chewing gum. Jadi kalau nicotine chewing gum prescribe kepada pesakit itu, adakah orang yang bawah umur itu boleh chew? Boleh mengunyah?

final • 7:13 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Sibu. Terima kasih. Kerana Sibu ini cakap tentang isu larangan. Saya ingin merujuk kepada Bahagian VI RUU ini. Kawasan larangan merokok. Kenapa pula denda yang dikurangkan daripada RM10,000 sekarang ke RM5,000 sahaja. Saya nak tanyalah, apa logiknya kurangkan denda sebanyak 50 peratus.

Oleh itu saya cadang dan nasihat Menteri bahawa bahagian ini, Bahagian VI ini perlu dipinda dan masuk balik asalnya denda RM10,000.

[Tepuk] Terima kasih.

final • 7:13 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Okey, masukkan sebahagian daripada perbahasan saya ya. Saya ingin teruskan tentang mengunyah ini.

Kita semua tahu masalah merokok bukan nikotin. Nikotin bukan suatu unsur yang mengakibatkan menjejaskan kesihatan kita. Tetapi addictive dalam merokok. Dalam rokok itu yang mengakibatkan menjejaskan kesihatan badan kita mengakibatkan kanser dan sebagainya. Bukan nikotin. Nikotin sebenarnya relatively safe untuk kebanyakan orang.

Ia hanya masalahnya ialah ketagihan yang menyebabkan orang itu mengulangi kegiatan merokok itu. Jadi itu yang masalahnya.

Jadi saya rasa kalau makan sebenarnya bukan satu cara yang boleh senang mengakibatkan seseorang itu ketagih kepada merokok. Mengapa? Untuk chewing gum, chewing nicotine, chewing gum. Bukan you makan. Kamu makan dia boleh masuk ke dalam badan kamu. Chewing gum you mesti chew, lepas itu kamu letak in between your cheek and your gum dia diserap melalui kapilari darah, baru dia masuk ke dalam badan kamu.

Jadi, kalau kita masukkan mengunyah dalam akta ini, saya rasa ini harus dikeluarkan. Ini bukan sebabnya kita ketagih kepada rokok. Ini terlalu ketat saya rasa. Ini bukan sebab yang mengakibatkan kita ketagih kepada merokok. Itulah sahaja saya meminta penjelasan dari kementerian. Sekian, terima kasih.

final • 7:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 7:13 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Untuk rakaman, saya kira dengan izin to put on record hampir semua Ahli Jawatankuasa, Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas berucap, kecuali dua.

final • 7:19 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kami kerap mengingatkan diri kami khususnya saya selaku Pengerusinya, bahawa dalam hal kesihatan jangan sama sekali kita politikkan dan mereka kadang kali kami lupa we are on opposite bench, opposition dan juga backbenchers. Ini satu perkara

final • 7:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

yang saya ingin rakamkan. Timbalan Yang di-Pertua, semalam tindakan Kerajaan Konservatif New Zealand membatalkan undang-undang anti merokok terkemuka di dunia mendapat kecaman kumpulan doktor kerana ramai akan mati kerana tindakan vandalisme kesihatan awam. Ini kerana sebelum itu di bawah pemerintahan bekas Perdana Menterinya Jacinda Ardern, meluluskan serangkaian langkah anti rokok termasuk GEG hingga mendapat pujian sebagai peneraju dunia dalam perjuangan global menentang the big tobacco.

Timbalan Yang di-Pertua, persis suasana itu berada dalam Dewan ini dan pada saat dan ketika kita menantikan pembentangan D.R.25/2023, malangnya kita dibentangkan D.R.42/2023. Pastinya, ia sangat mengecewakan kami, bukan sahaja JKPK bahkan ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen bahkan rakyat umum dan umumnya dan juga khasnya fraternity medical ataupun the medical fraternity, dengan izin. Dato’ Yang di- Pertua, lebih malang dan lebih mengecewakan lagi, kerana dikatakan bahawa yang menggagalkan pembentangan D.R.25/2023 itu berpunca daripada sikap dan pendirian yang diambil oleh Peguam Negara ataupun Kamar Peguam Negara.

Diberikan alasannya adalah keperlembagaan atau ketidakperlembagaan atau dengan izin, constitutionality or the unconstitutionality RUU bekalan ataupun dikatakan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan 2023. Saya bersedia sahaja untuk berhujah atas perkara itu kalaulah Perkara 8(1) itu digunakan oleh AG. Tetapi, mungkin masa tidak mengizinkan.

Kalau sudi Yang di-Pertua yang budiman memberikan sedikit lebih masa kepada Pengerusi JKPK ini, kerana 13 kali kami bermesyuarat bersama dalam juga bersama pelbagai lagi stakeholders, termasuklah satu expert panel daripada 13 IPTA dan IPTS yang banyak memberikan pedoman dan juga bimbingan kepada kami.

Namun, kalau diizinkan saya teruskan sikit, sudah tidak perlu saya berhujah atas peripentingnya untuk kita membawa bersekali dengan kawalan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok ini. Apa yang kita tahu sebagai Generasi Penamat Rokok ataupun dikenali dengan lebih umum sebagai GEG itu. Nah, tatkala fasal 13 dan 14 dan fasal 18 dan 19 digugurkan, ia sekali gus cita-cita kita untuk mengurangkan prevalence perokok di negara kita ini daripada 21 peratus kini kepada lima peratus atau kurang daripada itu pada 2045 pastinya agak sukar dicapai. Kalau adapun GEG, kita rasa sukar bahkan apatah lagi kalau tidak ada Generasi End Game ini, Dato’ Yang di-Pertua.

Lalu, kalau hendak saya sebutkan sedikit. Kalaulah 8(1) yang digunakan, saya mengambil dan merujuk kepada pakar-pakar. Contohnya dengan izin, Profesor Shad Faruqi constitutional expert yang menyebutkan sama ada penggunaan Perkara 5 ataupun Perkara 8(5)(i) ataupun 8. Beliau dengan izin kalau boleh saya sebutkan. Dengan izin kalau saya boleh sebutkan, “constitutional” ataupun dikatakan “equality before the law” ataupun yang dikatakan sebagai kesamarataan di sisi undang-undang itu, dengan disebutkan oleh AG bahawa tidak ada tidak boleh perbezaan mereka yang lahir 31 Disember 2006 dibezakan dengan golongan satu yang lahir 1 hari bulan Januari 2007 atas perkara equality before the law.

Saya ingatkan Peguam Negara dan Kamar Peguam Negara bahawa kita sedia maklum kalau kita perhatikan bagaimana negara punya hak dengan izin, kalau saya bacakan, “*The state does have the power of distinguishing and classifying person.

However, the classification or differentiation must be rational and must have a reasonable nexus with the object sought to be achieved. Age is a permissible rational and necessary criterion for classification under a whole of laws.

We have laws on capacity to contract,* contohnya eligibility to vote, right to contest an election, marriage, age of consent to have sex, statutory writ contohnya, age below which there is no – apa yang disebutkan sebagai criminal liability and special court procedures for juvenile, alcohol drinks and cigarettes cannot be sold to or bought by minus under age”.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Jelas, kalau kita perhatian penghujahan equality before the law 8(1) itu doesn’t hold water atau dengan izin, pakar-pakar legal minds yang ada juga yang ramai juga yang berhujah sedemikian. Saya boleh panjangkan perbahasan yang dibuat oleh Profesor Shad Faruqi. Tapi, saya kira tidak, it is water under the bridge for the time being, dengan izin. Sudah satu yang— sudah macam satu yang terpaksa kita terima itu.

Namun, saya kira inilah dia walaupun kita terpaksa pahit menerima hakikat ini.

Saya meminta supaya Ahli-ahli Parlimen pada petang ini bersedia untuk bertanggungjawab memikul tugasan besar selaku the legislator di Dewan Rakyat yang mulia ini.

Kita tahu bahawa this is about, dengan izin inilah kali pertamanya sebuah undang- undang, a standalone legislation yang digubal untuk benar-benar mengawal dan mengawal selia bukan sahaja rokok dari sudut cigarette bahkan apa juga bahan-bahan lain yang dianggap sebagai produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau yang termasuk dalam itu adalah vape dan vaping. Tidak disebutkan dengan istilah vape itu, jadi ramai yang agak terkeliru. Tapi, kita harus memahami sebagai legislator maksud dan mafhum perkara-perkara ini.

Bentuk kawal selia itu sebagai rang undang-undang standalone berbeza daripada PPKHT itu ataupun peraturan-peraturan kawalan hasil tembakau itu dan Akta Makanan itu. Ini adalah for the first time, Dato’ Yang di-Pertua ia digubal supaya menjadi satu standalone untuk mengawal cigarettes, tembakau dan juga vape.

Dalam dari sudut bentuk kawal selianya, pendaftarannya sangat mustahak.

Pengiklanannya, pembungkusannya, penjualan dan pembeliannya, penggunaan merokok dan segala-galanya mengunyah dan sebagainya adalah terkawal rapi dalam hal pengawalseliaan ataupun meregulasi vape khususnya yang terlalu berleluasa hari ini dan juga produk-produk merokok yang lain.

Dato’ Yang di-Pertua, justeru kerana itu saya mendengar penghujahan kawan- kawan sebentar tadi dan saya dapat merasakan emosi dan saya cukup sedar dan insaf bagaimana mereka setiap seorang hampir mahukan GEG itu dimuatkan dalam rang undang-undang ini.

Namun, saya tegaskan sekali lagi tidak perlu saya hujahkan mengapa GEG itu dan kami dalam JKPK, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua mahukan yang disebutkan oleh Prof Shad Faruqi, “Is not about constitutionality”. Ia bukan isu constitutionality itu tetapi enforceability kemampuan ia dilaksanakan. Lalu, kami dalam JKPK dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, tidak pernah pun kami buat laporan ini kerana tidak mahu ia menjadi kusut di media.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kami dalam JKPK mahukan model dan pendekatan GEG itu tidak bersifat punitif.

Tidak bersifat menghukum tetapi sebaliknya protective dan preventive dan curative.

Justeru, itu yang mahu kita lihat dan bahaskan hari ini supaya benar-benar ia jauh lebih baik daripada model-model New Zealand dan Finland yang lain. Namun, kita terpaksa menerima bahawa kita terpaksa menangguh keinginan kita untuk menjadi peneraju dunia dan global dari hal menentang Big Tobacco itu.

Dato’ Yang di-Pertua dengan izin, kalau boleh saya simpulkan. Meskipun kita terpaksa menerima hakikat kita kecewa dengan D.R. 42 ini dari beberapa segi khasnya dengan di-banned ataupun ditolak GEG itu, saya masih mahu lagi memohon implore semua MP dengan rasa penuh tanggungjawab.

Berdasarkan apa? Kerana inilah kali pertama a standalone undang-undang ini dibina dan digubal sedemikiannya untuk — Benar, bukan sahaja untuk menangani lacuna ataupun kelompangan yang telah wujud, mungkin ada yang menyebutkan sebagai self- inflicted dengan izin, tetapi lebih penting daripada itu adalah sama-sama kita sokong kerana ia adalah...

final • 7:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Nanti, nanti. Jadi, ya please.

final • 7:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya tadi mendengar perbahasan daripada banyak dari pihak pembangkang yang kata sebenarnya akta yang kita bentang ini sangat lemah, tak ada gunanya. Malah, apa yang sedia ada lebih baik. Apakah pendapat Yang Berhormat tentang isu ini?

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya ingin tegaskan Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita perhatikan D.R. 25/2023 dan kita perbandingkan secara terperinci dengan D.R. 42/2023, pastinya yang kehilangan ataupun yang digugurkan adalah fasal 13, 14 dan 18, 19 dan juga hal peranti itu. Namun, selainnya saya kira dan ada administrative undang-undang ataupun bagaimana Yang Berhormat Menteri Kesihatan (YBMK) juga dapat menyusuli perkara ini dengan lebih teliti untuk mempastikan pelaksanaan ini. Yang pentingnya pelaksanaan, yang paling penting adalah...

final • 7:30 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, boleh saya celah sikit? Sikit saja. Sikit saja.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tak, tak. Ini tak provocative.

Boleh Dato’ Yang di-Pertua?

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya nak rumuskan, dah nak landing dah ini.

final • 7:30 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sikit saja Yang Berhormat.

Pertama sekali saya rasa kita patut rakamkan tahniah kepada Yang Berhormat. Walaupun tadi kita bertelagah dengan Kuching, saya nak ucap tahniah juga. Saya rasa dua-dua ini lebih konsisten daripada apa yang dilakukan oleh Menteri sekarang. Tapi bagaimanapun, saya nak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat menyatakan rasa kecewa dengan Kerajaan Madani hari ini?

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Baik, saya sebutkan awal-awal tadi saya lebih kecewa — saya lebih kecewa, saya bermula dengan memberikan penghujahan saya. Andainya RUU ini tergendala kerana kamar Peguam Negara itu, saya kalau boleh minta kamar Peguam Negara berhujah dan berhujah dengan penghujahan yang lebih bernas, tuntas berdasarkan constitutionality itu. Tetapi, saya tetap mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri dan kerajaan...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit. One minute.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, saya ambil seminit lagi. Dan Kerajaan Madani. Ya, saya mahukan ianya diberikan kelulusan dan sokongan.

Kerana apa? Ya, mungkin kita tidak dapat semua. Saya mengingatkan kawan-kawan saya di sebelah sini, akan satu kaedah usul fiqh dengan izin, di mana ulama-ulama menyimpulkan dengan satu usul fiqh, kaedahnya adalah [Membaca sepotong hadis] “Kalau kamu tidak dapat semua, jangan tinggal semua”.

Jadi, saya mengingatkan kawan-kawan saya yang selalunya berhujah dengan agama, dengan landasan-landasan syariah, saya mengemukakan satu usul fiqh ini supaya jangan kita terlalu emosi, tetapi meletakkan the big picture supaya insya-Allah, saya dan kawan-kawan yang lain akan terus mengharapkan dan akan berjuang untuk mendapatkan GEG itu untuk kita laksanakan pada suatu ketika yang lebih munasabah.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengharapkan sokongan daripada semua. Terima kasih Menteri. Terima kasih kawan-kawan yang lain. Saya yakin kawan-kawan sebelah

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

kanan saya juga berdasarkan penghujahan tadi juga akan menyokong. [Membaca sepotong hadis] Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengan izin, a very convincing perbahasan. Okey, the next dengan izin, pembahas yang seterusnya Yang Berhormat Beruas.

final • 7:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kita sebagai penggubal undang-undang mesti sedar kita hanya menggubal undang-undang apabila terpaksa dan diperlukan kita menggubal undang-undang kerana setiap undang-undang itu mempunyai kuasa ke atas setiap rakyat Malaysia.

Undang-undang ini menafikan hak kebebasan seseorang itu. Dalam banyak perkara, pendidikan adalah lebih baik daripada undang-undang kerana kalau seseorang itu sudah dididik dan dia berpegang kepada prinsip dan pengajar ajaran yang telah diajar kepada dia, dia akan mematuhi peraturan itu kerana ia menjadi sebahagian daripada cara hidup dia.

Tapi kalau seseorang itu mematuhi undang-undang semata kerana hendak mematuhi undang-undang, dia akan melakukan kesalahan apabila tidak ada pegawai- pegawai yang menguatkuasakan undang-undang tersebut. Saya menyokong rang undang-undang ini kerana ia merupakan satu undang-undang kawalan. Itu mesti caranya.

Bukan undang-undang mutlak seperti yang diuar-uarkan, yang tak disokong ramai GEG ini. Undang-undang itu undang-undang mutlak. Tak boleh merokok langsung. Itu tidak akan berjaya.

Bagi saya dalam isu merokok ini, teguran, rotan dari guru besar untuk anak-anak muda sudah mencukupi. Kalau kita menjadikannya satu undang-undang, bayangkan akibat psikologi ke atas murid-murid yang merokok. Polis menangkap mereka dan juga ada lagi banyak keburukan kalau kita ada GEG. Kalau ada sesuatu undang-undang, pihak polis mesti melaksanakannya. Polis ada banyak lagi kerja.

Kita tahu pada masa sekarang, polis pun tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan kes-kes yang lebih penting atau lebih serius. Kita tahu kalau undang- undang itu terlalu— itu undang-undang mutlak, ia akan berlaku rasuah. Juga, ia akan menyebabkan disrepute of the law. Orang tak akan menghormati undang-undang itu, kalau undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kita sebagai penggubal undang-undang, kita mesti memastikan undang-undang menjadi didaulatkan, dihormati dan diikuti oleh semua rakyat Malaysia.

Saya bagi satu contoh, undang-undang saman jalan raya. Di negara Malaysia ini, sudah menjadi satu undang-undang yang tidak dihormati. Kita ada berjuta-juta saman yang tidak dibayar dan pihak penguat kuasa tidak dapat melaksanakan penguat kuasa atau membawa kes-kes ke mahkamah. Setiap kali untuk menggalakkan mereka membayar, diskaun diberikan.

Bagi mereka yang mematuhi undang-undang, mereka tidak akan patuhi undang- undang lagi. Mereka akan menunggu satu hari di mana ada diskaun diberikan. Inilah satu jenis bringing disrepute to the law. Kalau undang-undang rokok ini kita tak dapat laksanakan dengan baik, ia juga akan membawa disrepute the law. Tadi saya sudah bagi contoh, dengan undang-undang berat seperti dadah ini, sungguhpun hukumannya berat, kita ada secara rasminya ada 137,000 penagih dadah.

Mengikut anggaran NADA, setiap penagih yang berdaftar dengan kerajaan, ada tujuh lagi

final • 7:34 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

yang tidak berdaftar. Maksudnya, kita ada lebih kurang satu juta penagih dadah di Malaysia.

Bayangkan kalau kita ada undang-undang merokok yang mutlak ini, saya rasa samalah dengan tadi saman jalan raya itu. Berjuta-juta saman tak dibayar, kita tak ada kebolehan untuk mendakwa mereka di sana dan akan berlakulah, berleluasalah rasuah di Malaysia yang sudah memang teruk sekali pada masa kini.

final • 7:34 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya nak tanya semua mereka yang rasa, kita mesti hukum mereka yang merokok ini. Mana antara kita yang tak pernah melanggar peraturan undang-undang atau ajaran agama. Bukan semua yang baik boleh dijadikan undang-undang kerana kita semua makhluk yang lemah. Kita pun semua buat salah. Janganlah hukum yang tak perlu, ajarlah, tegurlah, mintalah mereka balik ke pangkal jalan. Oleh yang demikian, saya rasa ini lah undang-undang yang harus disokong oleh semua dan bukan hendak meneruskan undang-undang GEG ini.

Akhir sekali, memang saya tidak sokong. Saya sokong matlamat GEG tetapi saya nampak banyak keburukan dan kelemahan GEG ini. Oleh itu saya sokong rang undang- undang yang sekarang dibentangkan di depan kita.

Tapi saya ada pandangan tentang sama ada undang-undang GEG adalah melanggar Artikel 8, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Dengan hormatnya, saya tidak bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh AG’s Chambers. Reasonable di bawah Article 8, reasonable classification or discrimination adalah dibenarkan. Saya tak payah berhujah lanjut. Kalau kita baca Artikel Perkara 8(2) pun dinyatakan beberapa perkara yang tidak boleh kita bezakan. Kalau saya dibenarkan membacanya tetapi age is not one of them. Saya akan habis dengan pembacaan ini.

Di bawah *Article 8 (1), “8. (1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law”.

Article (2)* ini, di mana dinyatakan dengan jelas, *age is not one of them.

“ (2) Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth in any law or in relating to acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment”.* Dengan jelas di sini, umur itu tidak dinyatakan. Maksudnya dalam perkara-perkara ini, kalau umur dilibatkan, [Disampuk] dia tidak melanggar undang-undang. Tapi itu saya tak akan pergi ke akademik.

final • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang saya hanya nyatakan, reasonable classification…

final • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Beruas.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

....Boleh dibenarkan di bawah undang-undang kita.

final • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Beruas.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu saja. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua.

final • 7:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey. Tak apa saya duduk.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Beruas. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 7:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya tunggu, tunggu, tunggu takut tak dapat peluang untuk bahas. Pada asalnya tak sepatutnya bahas tapi saya bangun untuk bahas untuk pertahankan Yang Berhormat Menteri. Sebagai seorang peguam, saya lihat undang-undang ini mempunyai peruntukan- peruntukan yang cukup untuk mengawal produk-produk merokok ataupun mengawal demi kesihatan awam.

Kita lihat kepada peruntukan. Saya mengambil– Timbalan Speaker dan Dewan yang mulia ini melalui peruntukan-peruntukan. Saya terkilan melihat perbahasan daripada semua Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana. Kita lihat, saya tak tau sama ada mereka baca, tak baca rang undang-undang, dengar kepada pembentangan.

Kita lihat yang pertama. Larangan pengiklanan produk tembakau, seksyen 7, larangan pengiklanan produk tembakau. Seksyen 8, larangan promosi atau tajaan produk tembakau. Peruntukan-peruntukan yang melarang dan mempromosi produk tembakau.

Peruntukan seksyen 10, larangan penjualan produk tembakau. Peruntukan seksyen 11, larangan penjualan produk tembakau.

Saya juga ingin merujuk kepada peruntukan seksyen 16, kawasan atau tempat larangan merokok. Yang penting sekali, seksyen 17, larangan merokok produk tembakau bagi orang belum dewasa. Dalam peruntukan tersebut yang berbunyi seperti berikut, saya tertarik dengan peruntukan ini, yang berbunyi seperti berikut, seksyen 17(1), Timbalan Speaker.

“17. (1) Tiada seorang pun yang merupakan orang belum dewasa boleh merokok, mengunyah atau menggunakan mengikut apa jua cara, apa- apa produk tembakau atau merokok, apa-apa produk pengganti tembakau”. Bagi saya Timbalan Speaker, dalam sejarah Malaysia ini adalah kali pertama sesebuah kerajaan mempunyai inisiatif dan keberanian untuk mengawal tembakau, memastikan bahawa orang-orang yang belum dewasa tak boleh membeli tembakau atau rokok.

final • 7:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jelutong.

final • 7:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, Bangi. Ingat dah bahas tadi dah.

final • 7:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Eh, tak. Saya tak bahas tadi. Boleh, boleh...

final • 7:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh, boleh.

final • 7:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...Boleh mencelah sikit, ya. Saya dengar perbahasan tadi nampak seperti rang undang-undang ini satu lost yang amat besar. Tapi saya fikir, saya setujulah dengan Jelutong. Sebenarnya rang undang-undang ini adalah satu kemenangan.

Kalau kita boleh luluskan rang undang-undang ini, [Tepuk] ianya adalah satu kemenangan sebenarnya. Sebab apa? Sebab dalam rang undang-undang ini, first time dalam rang undang-undang kita ada peruntukan yang mana menyatakan bahawa salah satu daripada hukuman adalah community service. Kalau tak, sebelum ini kita masuk dalam CPC dan juga ia sebenarnya Jelutong setuju atau tidak, ia bukan setakat mengawal produk tembakau tetapi juga produk gantian tembakau, yang mana termasuklah vape dan

final • 7:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

juga definisi dia adalah cukup luas untuk kita rangkumkan apa-apa produk yang ada di masa hadapan. Jelutong setuju atau tidak?

final • 7:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya minta dimasukkan dalam ucapan saya. Saya terpanggil juga untuk memberitahu Timbalan Speaker, ada pihak-pihak di luar sana yang cuba menghasut mengatakan bahawa undang-undang ini adalah undang-undang yang tak guna. Saya tak mahu sebut nama dialah. But who is he to tell us how to prepare this bill and present it? Kita hormati Menteri kita. Kita hormati kerajaan kita dan kita tahu bahawa undang-undang ini sudah begitu mencukupi, bukan saja peruntukan yang saya sebut tadi.

Tuan Timbalan Speaker yang merupakan seorang yang arif mengenai peruntukan undang-undang, yang pernah mendakwa di mahkamah. Kita lihat seksyen 44, perlindungan kepada pemberi maklumat. Saya baca, kita lihat sama-sama. Kalau ada Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana pembangkang, marilah ikut syarahan saya, lihat akta itu dulu, baca sebelum itu sebelum membahas. Saya fikir semua yang bahas rata-rata tak baca*.

“Perlindungan kepada pemberi maklumat.

44.(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen

(2) atau

(3),tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat mengenai pemberi maklumat atau bahan maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui”.* Ini merupakan peruntukan yang boleh membantu kerajaan membanteras kegiatan-kegiatan penyeludupan rokok, kegiatan-kegiatan yang akan menyebabkan rokok itu dijual secara berleluasa. Kenapa tidak kita melihat kepada peruntukan ini, Tasek Gelugor? Ada baca tak peruntukan ini? Machang, ada baca tak peruntukan ini? Baca tak?

Ada baca tak?

final • 7:43 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mestilah baca.

final • 7:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ha, bagus.

final • 7:43 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kita tanya kenapa tunduk kepada lobi...

final • 7:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, apa lobi?

final • 7:43 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Itulah kita tanya. Aiyo.

final • 7:43 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jelutong, laju sikit. Maghrib dah ni, laju sikit.

final • 7:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, okey. Perlahan, perlahan, perlahan. Saya nak bagi syarahan. Putrajaya, asyik laju hentam, hentam. Dulu masa jadi Menteri, undang-undang ini dibentangkan, betul? Ada tak?

final • 7:43 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jelutong, Jelutong. Dengar balik ucapan saya poin satu persatu. Hujah saya very clear, hanya dua poin.

Pertama sekali hujahan kata perkara ini bertentangan dengan Perlembagaan.

Saya bagi bukti-bukti yang mana– dan di peringkat Jawatankuasa kata tak bertentangan, that’s my hujah. Very clear on that. Jadi, kalau Menteri kata bertentangan dengan Perlembagaan, pada masa yang sama sebelah MP Kerajaan, Ahli Parlimen Kerajaan kata nak bawa balik, macam mana you nak bawa balik kalau bertentangan dengan Perlembagaan? Itu satu. Jangan kait dengan benda lain, ya. My hujah is very clear.

final • 7:43 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang kedua saya kata peranti. Kalau iklan produk tak boleh, macam mana pula iklan peranti boleh. Nak guna peranti itu untuk buat apa? Ha, itu my point is very clear. So, jangan pusing-pusing, Jelutong. Nak main pusing-pusing, pusing-pusing dengan orang lain. Terima kasih.

final • 7:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak pusing. Saya tak pusing. Saya tahu bahawa ada pihak-pihak— saya tak membuat tuduhan Timbalan Speaker. Saya tak buat tuduhan, saya nak jelas. Saya akan ikut peraturan. Peraturan- peraturan standing order. Ada pihak-pihak yang hanya cuba menghasut, memberi persepsi seolah-olah kerajaan ini tidak membentangkan The Generation End Game Bill, dengan izin cuma hanya untuk mengambil hati bahawa kerajaan ini tidak prihatin.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Hah, jangan sebut Putrajaya. Okey.

Pihak lain itu sebutlah.

final • 7:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada juga pihak-pihak yang lebih pandai daripada Menterilah. Saya tak mahu sebut nama dia. Dia ingat dia lebih pandai daripada Peguam Negara, yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan semata- mata untuk pecah belahkan kerajaan ini. Kita tahu niat dia. Sebab dia tak jadi Menteri, sebab dia tak jadi calon. Mungkin dia gaduh dengan bos dia dulu dalam parti yang sama.

Kita tahulah siapa dia. Tapi tujuan beliau untuk menghasut rakyat...

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit. Gulung.

final • 7:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, saya akan gulung Timbalan Speaker. Jadi calon tapi kalah di Sungai Buloh. Ya, yang saja nak menghasut.

Tapi saya di sini merayulah supaya kita prihatin dan kita yakin dengan kewibawaan Menteri kita. Tepuklah sedikit.

[Tepuk] Kita yakin dengan kewibawaan Peguam Negara kita. Tepuklah sedikit.

[Tepuk] Kita tidak akan termakan hasutan sebelah sana.

[Tepuk]

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jelutong, Jelutong. Sedikit, boleh? Tadi Kuala Selangor ada cakap tentang Peguam Negara.

final • 7:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Timbalan Speaker, dia bagi masa.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dengar tak apa Kuala Selangor cakap kalau bandingkan apa Jelutong cakap. Maknanya sama sendiri pun tak ada satu pendirian yang jelas berkaitan perkara ini. Bincang dulu ya. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Putrajaya, kita sebagai peguam— maafkan saya, sebagai Ahli Parlimen, harus membahaskan, membentangkan rang undang-undang menurut nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara. Kalau Peguam Negara, orang yang diberi kuasa untuk menasihatkan kerajaan berkenaan undang-undang, memberi nasihat bahawa undang-undang itu adalah undang- undang yang tidak berperlembagaan, macam mana kita ingin membentangkan undang- undang itu, Timbalan Speaker?

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jelutong, sebelum ini baca. Saya beri satu persatu maklumat dan data tadi. Dah dijelaskan. Perdana Menteri pun sebut masa bentang bajet. Kenapa tiba-tiba nak digunakan hujahan Peguam Negara? Jadi, kena go through. Lihat satu persatu, fahamkan. Terima kasih Jelutong.

final • 7:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bagi saya— Timbalan Speaker, saya akan habiskan.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peringatan yang terakhir, tolong gulung.

final • 7:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya yakin dan percaya bahawa kerajaan ini mempunyai kesungguhan dan mempunyai keyakinan dan kepercayaan dan keberanian. Saya yakin dan percaya bahawa peruntukan seksyen 17, yang menyentuh tentang larangan produk tembakau bagi orang-orang yang belum dewasa sudah mencukupi untuk kita mengawal, memastikan bahawa anak-anak kita tidak akan terjebak dengan kegiatan merokok.

Timbalan Speaker, saya menyokong rang undang-undang ini dan merayu kepada semua kawan-kawan untuk menyokong rang undang-undang ini, demi kebaikan negara kita, anak-anak kita yang tercinta. Sekian, terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Pembahas yang terakhir adalah Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 7:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan dan seluruh team-nya kerana telah berjaya untuk merangka sebuah undang-undang yang akan kita luluskan.

Di sini ingin saya— saya lihat bahawa merokok ini adalah suatu yang betul, memang tidak baik. Di dunia kita lihat sebanyak 1.35 bilion manusia yang merokok dan merokok ini memberikan satu implikasi yang cukup hebat, yang tidak baik ya untuk tubuh kita. Dalam al-Quran sendiri tuhan menyebut [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Janganlah kamu melampau dan Allah tidak menyukai orang yang melampau****”.** Apa yang lebih penting sebenarnya kalau kita lihat di seksyen 17(1), tiada seorang pun yang merupakan orang belum dewasa boleh merokok, mengunyah atau menggunakan, mengikut apa jua cara apa-apa produk tembakau atau merokok apa-apa produk pengganti tembakau. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM500 atau diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-kanak 2001.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan bahawa sebenarnya ketika kita ingin mengimplementasikan sebuah undang-undang, apa yang lebih penting adalah kita bukan ingin menghukum masyarakat tetapi kita ingin mendidik masyarakat dengan menggunakan undang-undang. Itu adalah yang lebih penting sebenarnya. Kalau kita lihat di dalam fatwa sendiri, Al-Imam al-Akhbar Mahmud, halaman 384, Al-Fatawa Dirasah— pada halaman 384 yang mengatakan rokok adalah haram. Haram bermaksud berdosa dan itu merupakan undang-undang. Haram.

Tetapi kalau kita tengok dari segi maqasid syariah menjaga hifdzun nafs dan hifdzun mal, itu adalah haram. Tetapi apabila telah pun dikeluarkan sebuah fatwa yang mengatakan haram, berapa ramaikah umat Muslim hari ini yang masih lagi merokok?

Bermakna, walaupun adanya undang-undang tetapi kita tidak mengimplementasikan pendidikan di dalam undang-undang itu, maka ia tidak akan berhasil dan ia hanya akan merugikan semata-mata.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan apa yang lebih penting adalah pendidikan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Sudah bagus rang undang-undang yang cukup cantik. Tetapi, bagaimanakah ketersediaan kita untuk mendidik anak-anak remaja, anak-anak belia dan bagaimanakah kementerian akan bekerjasama dengan rentas kementerian untuk kita benar-benar melaksanakan rang undang-undang ini supaya ia lebih berhasil?

Sebab itu, kita perlu lihat dan kita perlu wujudkan sebuah undang-undang yang boleh dilaksanakan dan boleh memberikan impak yang besar untuk negara. Kita lihat di sini di seksyen 13 RUU ini, jelas mengatakan “... larangan jelas untuk penjualan bagi yang

final • 7:53 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

belum dewasa ...” dan seksyen 17 masih ada larangan jelas subseksyen 2 menyatakan “...denda mengikut Akta Kanak-kanak 2001.” 2001.

Saya ingin bertanya, persoalannya di sini adalah, kalaupun kita melaksanakan GEG, bagaimanakah enforcement yang ingin kita lakukan? Bagaimanakah ketersediaan kementerian? Bagaimanakah ketersediaan semua pihak, pihak berkuasa untuk betul- betul kita melaksanakan GEG ini? Kerana sekali lagi saya ingin mengatakan kita bukan ingin menghukum tetapi kita ingin membentuk sebuah negara yang maju, sebuah negara yang sihat dan hukuman itu adalah hukuman yang mendidik.

Ingin saya tekankan kepada kementerian bahawa ini adalah rang undang-undang yang baik yang mendidik tetapi saya ingin mengatakan di fasal 2 – Tafsiran peranti rokok.

Saya ingin Yang Berhormat Menteri untuk benar-benar menjelaskan perkataan ‘peranti’ yang dikeluarkan ini. Saya mohon penjelasan. Kerana apa? Kerana peranti tidak semata- mata peranti yang memudaratkan. Kalau kita tengok asthma inhaler, haler. Itu pun itu pun adalah sebuah peranti. Jadi, saya ingin mohon kepada Menteri untuk menjelaskan, apakah maksud peranti yang dikeluarkan itu supaya semua kita lebih faham dan jelas dan tidak ada apa-apa scene yang cuba untuk spin-kan perkara ini. Terima kasih.

final • 7:53 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya nak tanya penjelasan. Boleh?

Adakah Yang Berhormat bersetuju peranti sebenarnya banyak jenis? Malah ada peranti yang mungkin kita boleh gunakan untuk inhaler ubat, seperti yang dikatakan tadi.

final • 7:53 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ya.

final • 7:53 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tetapi isunya, peranti juga di bawah bidang kuasa akta-akta lain seperti KPDN, SIRIM dan sebagainya. Jadi, tak ada isu-isu yang kita tidak kawal selia peranti itu. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

final • 7:53 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya setuju. Sebab itu saya, saya, saya perlukan penjelasan yang lebih jelas daripada Yang Berhormat Menteri dan bagaimanakah ketersediaan kita untuk kerjasama rentas kementerian. Terima kasih.

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat, kalau kita balik kepada usul, Dewan akan mengambil kognitif bahawa usul tamat Majlis pada pukul 8.00 malam. Jadi, tinggal lagi beberapa saat saja. Jadi, tepat pukul 8.00 jam Dewan ini, saya akan tangguh mesyuarat pada hari ini dan Menteri akan menjawab besok. Insya-Allah ya. Tepat pukul 8.00. Lagi 30 saat.

final • 7:53 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau macam itu Timbalan Speaker, boleh bagi lagi bahas. Kita boleh balun belah sana lagi.

final • 7:53 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak balun lagi.

final • 7:53 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Suka hati nak membalun orang.

final • 7:53 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya kalau boleh nak balun Perikatan Nasional sampai habis pukul 8.00.

final • 7:53 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Sabar Jelutong.

final • 7:53 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Duk ulang point sama saja balun.

final • 7:53 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak balun. [Dewan riuh]

final • 7:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, masa waktu sekarang tepat pukul 8.00. Usul telah menetapkan pukul 8.00. Dengan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 30 November 2023.

final • 7:53 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026