Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita mulakan pertanyaan-pertanyaan, saya ada satu yang nak disebut.
Saya telah menerima jemputan daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui agensinya FAMA yang akan menganjurkan program Jom Makan Buah di Parlimen. Program ini akan diadakan esok, Rabu 29 November 2023 mulai jam 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang di Dewan Serbaguna, dewan belakang kita.
Saya dimaklumkan, beberapa pengisian telah dirancang seperti uji rasa durian dan buah-buah tempatan, pameran pelbagai jenis durian tempatan eksport serta sesi ramah mesra bersama dengan media. Black Thorn dan juga lain-lain durianlah ya.
[Ketawa] Sehubungan itu, saya mewakili Yang Berhormat Menteri, menjemput seluruh Ahli Parlimen, kakitangan Parlimen dan wakil-wakil media untuk sama-sama hadir memeriahkan program ini esok. Terima kasih Menteri.
[Tepuk] Baik, kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.
Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat pagi, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani.
1. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan apakah persediaan kerajaan dalam melaksanakan pelan komprehensif pengurusan bencana banjir bagi memastikan keselamatan mangsa banjir dan meminimumkan kehilangan harta benda dalam musim Monsun Timur Laut ketika ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tan Sri Yang di-Pertua, Jabatan Meteorologi Malaysia pada 7 November telah mengumumkan bahawa Monsun Timur Laut akan bermula 11 November hingga Mac 2024. Sehingga jam 6.00 pagi 28 November, 194 keluarga melibatkan 676 mangsa masih ditempatkan di sembilan PPS Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu. Persiapan pra bencana ditingkatkan melalui community-based disaster risk management dan JPS telah mengemas kini dan mengenal pasti 5,648 lokasi hotspot banjir.
Kerja-kerja penyelenggaraan telah dilakukan, termasuk penyelenggaraan sungai, kolam takungan banjir dan infrastruktur, termasuk mengaktifkan Bilik Kawalan Operasi, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir yang beroperasi 24 jam.
Perdana Menteri - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, pam bergerak 737 di semua lokasi, menaik taraf Stesen Siren Amaran Banjir dan Stesen Kamera Web. Persiapan persediaan tindak bencana melibatkan 66,169 pegawai dan anggota pelbagai cabang agensi kerajaan.
Sokongan tambahan 25,440 unit pelbagai aset termasuk daripada ATM, PDRM, JBPM, APM, RELA dan aset-aset darat, aset air, aset udara dan life jacket. Langkah yang dilaksanakan segera ialah pusat pemindahan sementara iaitu mengaktifkan 8,481.
Ini Tan Sri Yang di-Pertua, ialah untuk mengelakkan kelam-kabut keadaan, bila banjir berlaku. Jadi, persiapan dimulakan sekarang walaupun kawasan-kawasan itu belum terkena ataupun melibatkan kesan yang parah. Persiapan untuk menempatkan 1.62 juta mangsa, melibatkan 5,000 lebih sekolah, 2,400 dewan dan balai raya, 572 masjid dan 389 pusat komuniti.
Peruntukan awal ialah RM241 juta yang disalurkan ke JBPM dan agensi tindak balas. Ini untuk kegunaan 164 daerah di bawah semangat Malaysia Madani. Tapi RM100 juta lain itu telah pun dibelanjakan untuk penyelenggaraan sungai dan keadaan yang disebutkan awal tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penjelasan sebentar tadi. Tahniah ya kepada pihak kerajaan. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi iaitu atas kesiapsiagaan pihak kerajaan menghadapi bencana ini.
Soalan tambahan dari Jempol ada dua, iaitu pertama sekali berhubung dengan pusat pemindahan sementara (PPS). Apakah tindakan pihak kerajaan untuk menaiktarafkan dan menambah baik kemudahan asas pusat pemindahan sementara
(PPS) di seluruh negara kerana kita dapati ada di antara pusat pemindahan sementara ini banyak kekurangan-kekurangan ya. Kedua, apakah perancangan pihak kerajaan untuk mengukuhkan NADMA bagi memastikan pengurusan bencana negara berada di peringkat optimum? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Jempol. Soalan itu tepat kerana kalau kita hadapi banjir itu setiap tahun, macam tidak munasabah dijadikan hanya PPS.
Sebab itu, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan segera pusat pemindahan kekal bencana. Maknanya pusat kekal PBKB dan mula projek rintis di sembilan negeri dengan siling RM5 juta bagi setiap pusat. Jadi, pusat ini boleh mungkin gunakan apa-apa kegiatan komuniti sementara tetapi di-reserve dengan satu persiapan supaya tidak jadi PPS. Jadi, kemudahan itu akan jauh lebih baik.
NADMA memang diperkemas untuk maksud tersebut. Peruntukannya dan persiapan awalnya untuk menangani masalah banjir ini. Tetapi persiapan yang lebih penting ialah soal projek, saya katakan penyelenggaraan sungai dan kolam. Keduanya soal yang disebut tentang tebatan banjir yang telah diperuntukkan dan enam projek telah berjalan ikut jadual, yang belasan lain itu sudah pun masuk kepada projek persiapan akhir untuk dimulakan dalam tempoh satu dua bulan ini. Ini melibatkan semua, hampir semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita lihat tempoh musim Monsun Timur Laut lama, beberapa bulan. Sudah tentu kesannya sangat besar terutama kepada pendapatan rakyat. Jadi, saya ingin tahu apakah bantuan segera, terutama kepada petani yang kehilangan hasil tanaman mereka rosak akibat banjir. Begitu juga penternak yang mati haiwan mereka kerana banjir.
Apakah– setakat ini, berapakah kolam takungan pinggir sungai yang akan dibina terutama di Kelantan? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan – memberi peruntukan khas terutama kawasan-kawasan Ahli Parlimen yang setiap tahun berdepan
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
dengan banjir? Adakah kerajaan akan memperkasakan agensi-agensi yang berkaitan dengan bantuan bencana ini supaya berada di bawah satu kementerian supaya mereka ini lebih optimum dari sudut bantuan bencana? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Rantau Panjang. Cadangan untuk menyelaraskan itu tepat. Sebab itu kita wujudkan NADMA dan mesyuarat peringkat dan tindakan daerah negeri dan persekutuan telah ditingkatkan dan telah pun bermula.
Beberapa pandangan termasuk dari segi kadar bantuan telah mengambil kira pandangan semua negeri, satu Jawatankuasa Kabinet yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I.
Projek, Kelantan memang diberi keutamaan kerana kesan banjir itu jauh lebih parah di Kelantan. Sebahagian yang saya boleh tekan di sini termasuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2 dan Rancangan Tebatan Banjir Kota Bharu. Itu mungkin dimulakan dalam tempoh sebulan ini. Tetapi, semalam bila dengan Perdana Menteri Srettha, Thailand kita setuju supaya disegerakan.
Di pihak Malaysia sudah pun setuju untuk memulakan sekarang. Perdana Menteri Srettha bagi jaminan, siap EIA untuk bahagian Thailand, Sungai Golok ke Rantau Panjang. Ini bukan sahaja melibatkan jambatan tetapi juga penyelenggaraan sungai untuk mengurangkan tekanan banjir.
Menyentuh soal bantuan, walaupun kita ada bantuan untuk nelayan, untuk pekebun kecil yang sudah pun diluluskan, tetapi saya ambil kira pandangan Yang Berhormat bahawa ada kesan yang lain, itu dalam peruntukan ada. Tetapi sepertimana yang kita tahu, ada juga keluhan daripada petani atau penternak, saya akan pastikan supaya ada jentera, baik di daerah atau negeri atau jajahan kalau di Kelantan, negeri dan Persekutuan mengambil kira supaya ada ganti rugi yang munasabah bagi mangsa banjir.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Saya memuji langkah kerajaan untuk mewujudkan pusat pemindahan tetap (PPT) kerana bagi saya PPS ini kerana ia bukan lagi satu langkah yang efektif, kalau kita hanya menumpukan kepada PPS.
Cumanya, Yang Amat Berhormat Tambun, kita ini sea rise level atau peningkatan paras laut yang kita hadapi ini disebabkan climate change tetapi bagaimana teknologi negara-negara luar seperti Netherlands yang kita dapat adaptasikan? Ini kerana apa Yang Amat Berhormat Tambun, saya lihat kita semakin ramai pakar yang ada dalam negara kita tetapi isu ini, isu yang kita selesaikan, bukan isu pokok. Isu yang kita selesaikan adalah isu sampingan tetapi yang paling pentingnya adalah untuk kita melihat bagaimana perubahan iklim ini akan memberi kesan kepada sea rise level, itu yang pertama.
Keduanya Yang Amat Berhormat Tambun, saya yakin dan percaya keputusan untuk kita menentukan sama ada pendahuluan kewangan untuk kita membuat rancangan tebatan banjir ini lebih kena diberi keutamaan kerana bantuan kepada mereka mangsa banjir lebih besar daripada peruntukan yang diperlukan untuk menyelesaikan mitigasi banjir.
Terakhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun, bagaimana kita hendak melangkah ke arah beradaptasi terhadap banjir ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Paya Besar. Kita telah pun hubungi – bukan saya hubungi – sudah mendapat persetujuan dari Perdana Menteri Netherlands baru-baru ini, Mark Rutte yang mengalami sebagaimana yang disebut oleh Paya Besar yang punyai pengalaman lebih baik kerana paras air laut itu lebih agak tinggi dan ada perencanaan yang di antara yang terbaik yang di dunia. Beliau bersetuju menyiapkan satu
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
pasukan teknikal datang ke sini untuk berbincang dan memberikan pandangan dan expertise mereka.
Malangnya– malang tidak malang, saya tidak tahu sebab ada perubahan kerajaan dan kelompok yang menang itu kelompok ekstrem kanan yang sangat anti-Islam dan golongan minoriti di Netherlands. Jadi, saya tidak tahu sama ada hal ini akan diteruskan kerana Perdana Menteri Mark Rutte sudah pun mengundurkan diri awal dan kita lihat perkembangan itu dari segi kita tidak begitu menggalakkan. Walau bagaimanapun dari segi kerajaan, saya akan hubungi Perdana Menteri yang baru sama ada dia masih komited untuk meneruskan program kerjasama di antara kita dengan Netherlands dari sudut itu.
Keduanya, soal perubahan iklim ini dalam kajian terutama bawah NRECC dan beberapa jawatankuasa terkait memang mengambil kita keadaan yang mendesak dan berubah sekarang ini. Dalam penyediaan kita untuk menghadapi COP28 di Dubai umpamanya, perkara perubahan iklim itu menjadi pokok yang agak sentral. Tetapi kalau Pelan Adaptasi Nasional itu di bawah NRECC, sudah pun dirangka dan mengambil kira perubahan-perubahan yang mendesak ini. Jadi, saya faham bahawa keadaan ini– banjir ini memang suatu hal yang terus menerus berlaku. Setakat ini kita diberitahu oleh experts nombor satu, program tebatan banjir ini boleh mengurangkan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau banjir kecil-kecil beberapa negeri, katalah Daerah Port Dickson, saya ada pengalaman. Soal penyelenggaraan sungai yang berkesan, itu boleh jauh mengurangkan banjir. Tapi kalau Kelantan atau Pahang, ini tidak mungkin. Dia melibatkan projek penebatan banjir yang lebih besar. Tetapi yang lebih membimbangkan ialah bila paras air dengan perubahan iklim ini lebih serius. Sebab itu saya merujuk kepada pengalaman Netherlands, Belanda dan saya harap benar supaya pakar-pakar kita dapat bekerjasama supaya memikirkan langkah-langkah baru yang lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
2. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah maksud dan harapan kerajaan apabila melaksanakan konsep Kerajaan Madani dalam menggalakkan perpaduan di antara Ahli- ahli Parlimen dalam membangunkan negara secara bersama. Apakah harapan Yang Amat Berhormat kepada Ahli Parlimen Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Bukit Gantang. Kalau ditelusuri pendekatan Madani, dia tentunya ada persoalan nilai yang ditekankan ya, yang saya sebut kemapanan. Itu pun yang dilihat secara yang lebih luas. Kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ehsan.
Dari awal, malah kenyataan pertama saya sebagai Perdana Menteri ialah mengajak supaya kita meningkatkan muafakat walaupun ada pihak kerajaan dan pembangkang. Itu tidak menghalang kita untuk memberi perhatian dan memusatkan perhatian kita dan usaha kita untuk mencari penyelesaian kepada masalah negara.
Perbedaan pendapat itu tidak menghalang kita untuk bekerjasama, asalkan ada kaedah dan peraturan serta decorum yang dijaga.
Saya alu-alukan kalau ada kerjasama ini berteruskan— berterusan supaya kita boleh tumpu untuk memulihkan ekonomi negara dan Parlimen itu menjadi institusi yang
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
penting untuk kita manfaatkan, untuk memusatkan perhatian dalam bidang tersebut.
Walau bagaimanapun, dari sudut usaha kita yang saya terangkan di Parlimen, kita lihat umpamanya kerana keadaan politik yang dah jadi stabil ya, kita telah jamin umpamanya pertumbuhan negara dalam sembilan bulan pertama itu 39 peratus. Ini ketimbang negara- negara lain, agak menggalakkan.
Pelaburan FDI itu meningkat, ketimbang tahun lalu 6.7 peratus, ya. Kenaikan gaji nominal naik 34 peratus, ya. Kalau kita bandingkan dengan inflasi 1.8 peratus, angka ini angka yang menggalakkan kerana selalunya kalau naik gaji nominal tiga peratus dan inflasi empat peratus, dia tu membebankan.
Tapi dalam kes ini, kita naik gaji nominal 34 peratus dengan kadar inflasi September, Oktober, itu 1.8 peratus. Jadi, saya harap dengan beberapa rancangan yang kita bentangkan di Parlimen termasuk Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan belanjawan baru-baru ini yang terima kasih diluluskan, itu akan membantu supaya kita ada perbincangan yang lebih terbuka.
Saya ambil sikap terbuka. Kalau ada cadangan dan pandangan untuk memperbaiki sepertimana yang dibawa tadi Rantau Panjang untuk mempastikan orang- orang yang tersisih daripada peluang mendapat peruntukan, bantuan akibat banjir, itu saya terbuka untuk mendengar dan memberi jawapan serta penyelesaian yang lebih adil.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan yang saya kira sangat bagus dan berjiwa besar. Jawapan dari susuk tubuh yang telah melalui liku-liku derita dan penderitaan yang amat panjang hampir 24 tahun. Mana mungkin jawapan ini boleh dicetuskan jika tiada keikhlasan yang menebal, mahu melihat— Tan Sri Pengerusi minta tambahan masa ya.
Tuan Yang di-Pertua
Cuma jangan berucap ya. Tanya soalan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Explain sikit. Last sekali soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Kita Ahli-ahli Parlimen menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan. Sudah-sudahlah kita, orang-orang politik bersengketa. “Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua”.
[Tepuk] Komitmen Yang Amat Berhormat PMX terhadap perlunya perpaduan ini bukannya baru. Sejak kempen Pilihan Raya Umum Keenam pada tahun 1982, ketika Yang Amat Berhormat PMX bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Permatang Pauh, saya turut berkempen.
[Dewan riuh]
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Sebenarnya, ancaman kepada negara ialah bukan ancaman penjajah luar ataupun ancaman komunis. Tetapi adalah ancaman kepada perpaduan dalam negara.
Orang Melayu terus berpecah, sehingga tidak ada satu pun parti Melayu yang kuat yang cukup bilangan kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan. Setelah UMNO diharamkan tahun 1987, orang Melayu bangkit semula dengan pengisian...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini ucapan dasar, Presiden.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
...Dalam gagasan Wawasan 2020...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, okey.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
...Di bawah gabungan Tun Mahathir dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Soalannya?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Soalannya, dalam keadaan politik negara tidak stabil ini, bagaimanakah kerajaan nak
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
menguruskan ekonomi, harga barang terus naik, kos sara hidup makin tinggi? Oleh itu, demi negara yang tercinta, saya meminta Tambun, Pagoh dan juga Bera, “buanglah yang keruh, ambil yang jernih”. Marilah Pagoh dan Bera sebagai bekas Perdana Menteri bersama-sama Tambun membina masyarakat Madani.
[Tepuk] Kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang pula, marilah kita berunding sebaik- baiknya dengan pihak kerajaan, sebagaimana persefahaman semasa Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri. Tan Sri Speaker, soalan saya, adakah Yang Amat Berhormat PMX bersedia untuk menyambut kesediaan Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, kepakaran, kebolehan, keupayaan untuk membantu membangun rakyat, sekali gus membangun ekonomi negara. Saya sendiri bersedia...
[Tepuk] untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani, menangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup dengan mengambil i’barah Nabi Yusuf a.s.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Dengan ini, Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10...
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Lima satu, lima satu.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
...Dan gagasan Kerajaan Madani.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sebelah ada kosong lagi.
Yang di-Pertua
Belum soalan lagi, belum soalan lagi.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Sekian, terima kasih.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tahniah Perpaduan, tahniah.
Yang di-Pertua
Baik. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Bukit Gantang, sahabat lama yang kembali untuk memberikan sokongan dengan prinsip yang ditegaskan, ya.
Pertama, untuk menjalin perpaduan. Keduanya, untuk menjamin supaya ekonomi boleh dipacu dengan lebih berkesan dan ketiga, permasalahan yang dihadapi, masalah ekonomi global yang memberi kesan dan dampak negatif dari segi harga barang dan kos sara hidup dapat diberikan— dapat diselesaikan melalui kerjasama dan muafakat yang lebih mendalam.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Soalannya tentang kesediaan saya untuk menerima kerjasama walaupun tidak semestinya menyertai macam Bukit Gantang, saya ucap terima kasih kerana beri sokongan terbuka. Tapi yang lain, sepertimana saya sebut, saya telah buka ruang dari awal untuk diadakan perbincangan, bukan sahaja dari segi CSR yang disebut yang akan diselaraskan oleh TPM II, tetapi untuk mendengar pandangan-pandangan mereka secara konstruktif. Ini saya anggap kenyataan yang sangat penting dan saya alu-alukan kerjasama sekiranya diperlukan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Baik, sila Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menjawab soalan aneh yang dikemukakan oleh bekas rakan saya, Bukit Gantang. Kalau Pakatan Harapan duduk di sini pun, dia tak akan tanya soalan yang sama kepada kerajaan. Bayangkanlah.
Okey, saya teruskan kepada soalan saya. Terima kasih. Saya memetik apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, konsep Madani. Antaranya ialah ehsan, adil dan mengalu-alukan kerjasama dan sebagainya. Saya ingin memetik kepada satu dokumen iaitu dokumen Harapan, “Kita Boleh: Tawaran Harapan PRU15”. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Pada butiran yang berbunyi, peruntukan kawasan sama rata di muka surat 42, “Harapan bakal menyediakan dana pembangunan kawasan pilihan raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat Parlimen tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu. Peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen, bukannya Pejabat Perdana Menteri (PMO)”. Dokumen yang pertama.
Dokumen saya yang kedua ialah saya merujuk kepada laporan Malaysiakini yang bertarikh 26 November yang bertajuk, “PM: Baik Beri Peruntukan Terus Kepada Rakyat, Bukan Melalui MP Cerca Kerajaan”.
[Sambil menunjukkan sehelai kertas] Laporan yang sama, Berita Harian pada tarikh yang sama, 26 November, “Kenapa nak salur peruntukan pada Ahli Parlimen cerca kita? Soal Perdana Menteri”.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, apa maksud cerca ini? Kalau tak perlu pembangkang, bagi tahulah tak perlu pembangkang. Yang Amat Berhormat Tambun satu masa dulu saya ingat masa duduk di situ menjadi Menteri Kewangan, pernah menyebut bila membahaskan tentang perbankan tak berfaedah. Yang Amat Berhormat sebut, “Sebenarnya, selain daripada perbankan tak berfaedah, ada pembangkang tak berfaedah”. Jadi, kalau tak perlu pembangkang, buatlah undang-undang, jangan perlu ada pembangkang.
Ini berhubung dengan peruntukan. Saya nak sebut, sehubungan dengan itu juga, ada satu laporan yang cukup positif, yang cukup profesional dan cukup tidak memihak daripada BERSIH. Satu NGO yang memihak kepada dulunya kepada pihak kerajaan.
Satu press release telah dibuat pada 27 November, semalam, oleh BERSIH yang bertajuk, “Memaknai Kalimat Madani, Hormati Semua Wakil Rakyat Dengan CDF Sama Rata”.
[Sambil menunjukkan sehelai kertas] Antara kandungan yang saya baca sepintas lalu, “Gabungan BERSIH dan IDEAS mengkritik kenyataan Perdana Menteri (PMX), Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang semasa Kongres Keadilan malam ini”.
“BERSIH dan IDEAS sekali lagi menggesa Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX...”, ini gesaan dia. “*Dengan slogan Madani mereka untuk memaknai kalimat Madani ini dengan sebenar-benarnya dengan memberi peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen, tidak kira sama ada yang menyatakan sokongan kepada kerajaan mahupun di pihak pembangkang.
Peruntukan CDF ini sepatutnya diberikan kepada semua Ahli Parlimen, bukannya semata-mata kepada Ahli Parlimen kerajaan sahaja kerana semua Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat di Parlimen masing-masing*”. Rakyat mendengar Yang Berhormat Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, teruskan baca soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“Kerajaan Perpaduan seharusnya bersifat lebih reformis dan progresif dengan mengkanunkan peruntukan CDF kepada Ahli Parlimen sebagai undang-undang agar peruntukan ini tidak disalahgunakan sebagai balasan untuk mempengaruhi...”, ini penting. “Mempengaruhi mana-mana Ahli Parlimen bagi menyokong kerajaan, sebagaimana yang berlaku kepada hari ini, empat Ahli Parlimen BERSATU telah menyatakan sokongan kepada Kerajaan Madani”.
[Tepuk]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Ayat-ayat Ketua Pembangkang.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Soalan, soalan, soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Nak tambah sekarang ini lima, tak ada masalah. Jadi, saya juga dalam hal ini, ingin memuji pendirian sahabat kita daripada Pasir Gudang yang menyatakan bahawa peruntukan yang sepatutnya diberikan oleh Kerajaan Madani — Ini dilaporkan.
[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya tak bercakap kosong. Beliau mengatakan — beliau ada di sini. Terima kasih Pasir Gudang. “Saya ini umur bukan panjang sangat. Sekurang-kurangnya kita buat satu perkara betul. Perlu ada pindaan undang-undang, tak kira kerajaan. Hak peruntukan kepada Parlimen diberi sama rata. Kalau Yang Amat Berhormat Tambun dapat buat, amat cantik”.
[Dewan riuh]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Soalan, soalan. Ini masa soalan, bukan perbahasan.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Bharu, Kota Bharu. Panjang sangat laporan itu, terus soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dia lebih kurang sama dengan Bukit Gantang saja.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, tak. Ya, teruskan ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey, soalan saya. Soalan saya, soalan saya. Terima kasih. Saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan cepat koyak macam Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kota Bharu, janganlah macam itu.
Saya tak kacau. Layak jadi Ketua Pembangkang!
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey dik, duduk dik. Abang nak soal ini, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Layak jadi Ketua Pembangkang!
Gantikan Lumut sebab Lumut tak ada. Lumut ke? Larut, Larut.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Abang tak ajar kamu macam itu dulu dik, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Layak jadi Ketua Pembangkang.
Jangan lama tanya-tanya sangat, saya pun nak tanya juga Perdana Menteri.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Soalan saya, Yang Amat Berhormat, setujukah saya katakan bahawa, setujukah saya katakan bahawa bukankah peruntukan CDF ini merupakan peruntukan untuk pembangunan kawasan? Sebab itu dia nama CDF (Constituency Development Fund), bukannya peruntukan pembangunan untuk kawasan penyokong kerajaan sahaja.
Yang keduanya, bukankah peruntukan untuk Ahli Parlimen ini digunakan untuk kepentingan kawasan Parlimen dan juga rakyat di kawasan itu? Constituency and constituents tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya. Bukan untuk digunakan sebagai alat untuk menyanjung, membodek atau— minta maaf, saya gunakan perkataan menjilat Perdana Menteri ataupun Putrajaya.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] [Tepuk] Menteri Agama boleh terjemahkan perkara ini. Terima kasih. Saya mohon jawapan yang jujur dan ikhlas.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Terima kasih. Saya faham Kota Bharu marah betul sebab Bukit Gantang.
[Ketawa] Dia bukan dia bersyarah. Ini maknanya Tan Sri Yang di-Pertua bagi laluan yang baik. Ini menunjukkan Madani ini kita bagi laluan, selalu soalan itu kena ringkas. Dah marah, macam mana? Tiap-tiap bulan kata nak ambil alih kerajaan, tiap-tiap bulan ada ahli yang keluar ya. Jadi, maknanya berhenti pertamanya, igauan untuk nak rampas tebuk atap ini, hentikan dulu.
[Tepuk] Keduanya, soalan itu tidak aneh. Soalan Bukit Gantang itu hanya menjelaskan ada permasalahan dalam negara dan peranan pembangkang itu membangkang. Saya
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
tidak pernah kata semua harus sokongan kerajaan, tetapi apa yang berlaku di kempen?
Kita ini menentang Islam, bahawa negara Melayu sudah tidak ada, pimpinan Melayu sudah hilang.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Apa, dia sahaja wakil Islam ke dalam dunia ini?
Mereka sahaja ke wakil Melayu di dunia ini? Masa mereka perintah, harta Melayu mereka sakau banyak.
[Tepuk]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ini kenyataan. Sekarang ini tiga tahun dalam kerajaan, Menteri-menteri ada belah sana. Saya bagi tahu, apa peruntukan dia bagi kepada orang-orang lain, pembangkang? Apa hukum dan hadis itu, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], terpakai kepada orang lain, tak terpakai pada kamu? Baca ayat Quran, salah guna.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu ayat Quran, bukan hadis.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau betul, saya nak tanya, mengapa dulu tak beri? Pembangkang masa itu dalam kerajaan...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
[Disampuk] Ya, kamu dah duduk dulu. Diam, jangan cakap banyak. Ini giliran saya. Kena faham.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Ahli Parlimen, menjadi Perdana Menteri, membagi peruntukan yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Besut. Nanti Perdana Menteri jawab dulu. Ini floor Tambun.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Majistret pun tak ikut peraturan macam mana?
Baik, ya betul belah sini pun ada tapi soalnya jangan, tak terlepas tanggungjawab kamu.
Baca ayat al-Quran, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Kamu kata mesti kepada semua wakil rakyat. Mengapa tiga tahun kamu tidak bagi kepada wakil rakyat? Kamu baca Quran mana masa itu?
[Disampuk] Ha, tahu pun. Jangan guna ayat al-Quran, ditunggang untuk kepalsuan.
[Tepuk] Kalau konsisten saya hormat. Setiap ada masa kami tidak ada rasuah, masa kami tidak dinaikkan judi. Masa kami, peruntukan diberikan, saya salute tapi tak ada berlaku.
[Tepuk] [Disampuk] Baik, ya itu sahaja modal kamu Kota Bharu. Mana? Apa betul atau tidak masa kamu perintah, judi naik jadi 22.
[Tepuk] [Ahli-ahli bersorak] Saya tanya, betul atau tidak masa kamu perintah, ya. Jeritlah sebanyak mana, tak boleh dinafikan kenyataan. Masa kamu perintah, Jana Wibawa berleluasa, sakau duit rakyat. Masa kamu perintah, ini yang penting peruntukan tidak diberikan kepada wakil rakyat. Saya beritahu, saya beritahu tak pernah saya katakan peruntukan tidak diberikan.
Saya kata, bincang dengan TPM II sepertimana kami bincang tatkala Bera menjadi Perdana Menteri dan Kota Bharu menjadi ahli perundingannya, dia lupa semua itu. [Ahli- ahli bersorak] Ya, dia dalam rundingan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya tidak kata syaratnya mesti sokong Perdana Menteri atau jilat Perdana Menteri seperti kamu jilat sebagai perangai walaun, yang jilat tanpa sanggup berdebat dalam hal ini, mengaku dan hanya menghina. Mana kata kita pembangkang yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab bagaimana? Pergi mana- mana kami ini bukan Melayu, kami ini bukan Islam. Doa melaknatkan orang, kemudian nak suruh runding dengan baik, dengan beradab, dengan berakhlak.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya nak tegaskan di sini walaupun apa pun yang diucapkan, kita tidak menghalang daripada perundingan untuk kembalikan peruntukan kepada semua wakil rakyat. Dia ada juga beberapa peraturan. Dia tidak automatik. Sepertimana kita terima Perlembagaan, kita terima peraturan dan kita tidak berikan pre-empt peraturan apa. Saya bagi ruang TPM dengar pandangan mereka, bincang. Ini yang saya minta Kota Bharu beritahu kepada sahabat-sahabat.
Jadi untuk menghina, soalan aneh dengan konsep Madani itu tidak tepat. Ya, betul Dokumen Harapan, sebab itu saya akan patuh kepada keputusan itu, dipersetujui dan tidak dimasukkan. Setakat yang saya bincang dengan TPM II, tidak ada kata wajib menyokong Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan, tidak ada. Ini bincang tidak, sombong bukan main.
Seorang Ahli
Ya.
[Bersorak]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya. Saya sebagai Ketua Pembangkang, saya sebagai Ketua Pembangkang bila dipanggil, Pagoh memang tak mahu jumpa ya, kerana dia ada kelas lain tapi Bera dia jumpa dan kita bincang. Jadi, saya tak ada masalah, tidak terasa terhakis pengaruh atau kedudukan. Jadi sebab itu saya nak jelaskan tentang kedudukan wakil rakyat.
Yang saya sebut dalam Kongres Keadilan apa. Boleh kritik kerajaan, jangan cerca sebagai tidak Melayu, tidak Islam, itu bagi saya tidak boleh terima. Kalau ada some decorum akhlak dihormati, tidak. Kita takde masalah. Saya kenal Kota Bharu dan ramai pimpinan. Saya nak beritahu di sini, saya tidak ada sikap untuk nak benci, nak- tak ada.
Tetapi sikap itu harus juga resiprokal, ya.
Saya bukan kata mesti sokong Perdana Menteri dan jilat, tak pernah saya macam itu tetapi beri ruang. Jadi, saya kalau Kota Bharu ikhlas, saya pun begitu. Ya lah sudahlah.
Ini tiap kali nak cukup jumlah, nak ambil alih, tak apa. Perlembagaan membolehkan tetapi tak usah hina sampai soal akidah kita, sampai tak ada harga langsung dalam kempen- kempen, tak boleh Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya marah-marah saya pun, saya ikut peraturan. Saya pergi ke Kedah berunding dengan - di sempadan maaf, Sadao dengan Bukit Kayu Hitam berunding dan memang tidak diundang Menteri Besar Perlis dan Kedah. Saya putuskan undang.
[Tepuk] Perdana Menteri Thailand tidak mengundang Menteri Besar untuk makan tengah hari di Sadao.
Saya bagi nota kepada Perdana Menteri, oleh kerana dia ikut rombongan, minta disamakan dalam jawatankuasa itu kerana saya tahu had saya.
Saya boleh berbeza pendapat dari segi politik tapi saya iktiraf kedudukan bahawa dia memang dipilih sebagai Menteri Besar Perlis dan Kedah. Jadi ada hadnya Kota Bharu.
Jadi, jangan hina lebih daripada itu. Saya juga tahu had saya dan sepertimana yang berlaku semalam dalam rundingan dengan Perdana Menteri Thailand, jarang kita bawa pembangkang. Semasa Kota Bharu jadi Menteri dalam mesyuarat-mesyuarat dengan kerajaan-kerajaan luar, tidak pernah wakil pembangkang dibawa. Saya bawa wakil.
[Tepuk] Jadi, jangan cakap seolah holier than thou di sini, ya. Jadi, saya harap semangat itu ditunjukkan. Projek-projek seperti yang disebut, walaupun diungkit tentang projek untuk wakil rakyat, projek seperti tebatan banjir, saya jawab Rantau Panjang, kita bagi keutamaan Tan Sri Yang di-Pertua lebih daripada di tempat lain kerana kesan banjir di Kelantan.
Tetapi kalau cerita, seolah kami tidak mendapat faedah, kami ditindas. Saya nak jawab, tidak benar. Satu hal sahaja yang nampak terkesan ialah soal peruntukan. Itu pun ada jalan keluar. Kalau tanya nasihat saya sebagai sahabat walaupun Kota Bharu kata bekas sahabat, saya tidak anggap sebagai bekas sahabat. Saya anggap sahabat, rundinglah dulu dengan TPM II dan carilah penyelesaian yang baik. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sungai Petani, dah bangun lama tadi ya dan Arau. Arau standby.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat datang Bukit Gantang saya ucapkan. Pertama sekali, saya ingin ucapkan
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah menunjukkan satu contoh sebagai seorang ketua negara, satu sifat profesionalisme kerana meskipun dicaci, dimaki dan dihamun setiap hari, namun ketika berhadapan dengan Perdana Menteri Thailand, beliau menjemput Menteri Besar Kedah bersama-sama.
Tuan Yang di-Pertua, semalam saya meneliti satu video ceramah seorang yang beragama Islam di atas pentas Perikatan Nasional. Dia baca cantik ya, nukilan Ibnu Kathir tetapi di hujung bacaannya itu dia mengatakan “Anwar Dajal”. Ini tidak ada satu pun pemimpin Islam yang menegur seorang Islam mengatakan dajal kepada saudara Muslim yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Tambun.
Adakah kerajaan bercadang ya, untuk membawa semula bagaimana kita lihat memperkasakan Rakan Muda, PLKN dan program-program sahsiah diri semenjak dari peringkat sekolah lagi, supaya kita tidak melahirkan generasi yang bobrok seperti ini.
Kita dapat melahirkan sebuah generasi muda yang bersahsiah dan jati diri yang lebih baik kerana kita sekarang ini mengimplementasikan Undi18 supaya kita mempunyai sebuah negara Malaysia yang lebih baik, bukan generasi yang rosak, yang cuba dibentuk sekarang ini. Terima kasih.
Seorang Ahli
Ganti Wahab lah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya tidak mahu ulas kerana pimpinan sebelah sana pun dengar Putrajaya dulu dan sekarang saya dah jadi dajal. Saya fikir saya tidak perlu layan. Yang perlu ialah program latihan kita, patut kita teruskan, bukan untuk memenuhi agenda khusus tetapi meningkatkan kefahaman, baik Madani dan Islam.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini akan kita teruskan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan anak-anak muda dalam pelbagai rencana, sama ada bentuknya tentunya tidak boleh sebagaimana dijalankan dulu sepenuhnya, kita akan ubah suai kerana kalau kita lihat kerangka Madani ini soal nilai, soal akhlak itu ditekankan. Jadi, kalau kita bincang soal kebangsaan, soal kemapanan itu, terasnya itu masih soal nilai. Saya ucap terima kasih kepada Sungai Petani, kita akan terus tingkatkan.
Jadi walaupun kadang-kadang dalam perbahasan ini, kita mungkin suhunya agak panas tetapi kita mesti jaga pertimbangan supaya ada kalanya di mana peraturan decorum harus dihormati. Oleh sebab itu saya beritahu umpamanya semalam di Sadao dan di Bukit Kayu Hitam saya mengambil keputusan yang luar daripada biasa konvensyen kerajaan, iaitu menjemput cuma Menteri Besar Perlis dia di luar negara, saya ingat umrah tetapi Menteri Besar Kedah itu dipelawa dalam semua mesyuarat kerana saya fikir pembangunan wilayah itu akan melibatkan kawasan ini. Malah bila kita bincang soal Rantau Panjang dan Sungai Golok, saya maklumkan kepada pegawai suruh maklumkan kepada Menteri Besar Kelantan segera supaya dia diberitahu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tan Sri. Saya datang lambat tetapi saya agak-agaklah apa yang telah berlaku. Tapi Yang Amat Berhormat sebut fasal Sadao. Kalau tidak ada Menteri Besar, kenapa tidak jemput Arau. Barulah nampak hebat.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi takpa, benda dah berlaku.
Yang Berhormat, punca masalah yang besar ialah pertama saya hendak komen Sungai Petani boleh ya. Sungai Petani kata ada orang kata dajal. Kami tidak tahulah saya tanya beberapa orang, siapa yang kata dajal? Tetapi apabila ada daripada pihak pembangkang yang menghina agama Islam, seorang sana pun tidak tegoq, kami yang bangun tegoq. Contohnya kata poligami itu ialah PAS. Poligami hak Allah Taala bukan PAS. Bayan Baru kata, saya sudah buat usul.
Kemudian ada Ahli Parlimen yang baca ayat Al-Quran yang buat terjemahannya sendiri...
Seorang Ahli
Fasal yang kata mandi telanjang, fasal yang kata mandi telanjang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, lepas itu tidak ada siapa yang tegoq, kami yang tegoq Yang Berhormat. Fasal agama kita akan pertahankan. Yang Berhormat, di sini nama Shahidan ini sama Muhammad semua boleh bercakap punya, Yang Berhormat. Jangan meletakkan satu permusuhan yang tidak dapat diselesaikan. Ini benda boleh selesai. Yang Berhormat dengan charming lah, kira Prime Minister ini cukup charming lah orang jumpa sekalipun boleh buat baiklah.
Tetapi Yang Berhormat masih menggunakan perkataan-perkataan yang seolah- olah kami ini tidak boleh buat baik lagi. Yang Berhormat, punca masalah besar ialah peruntukan. Selesai peruntukan, selesai banyak perkaralah.
[Ketawa] Selesai peruntukan, Yang Berhormat. Jadi, apakah Yang Berhormat..
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, apakah Yang Berhormat, Yang Berhormat dah cerita kebaikan Yang Berhormat yang hebat.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Shut up you!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pergi jumpalah, Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pergi jumpa TPM II, pergi jumpa TPM II.
Tuan Yang di-Pertua
Sabar, sabar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perbincangan telah dibuat dengan Timbalan Menteri yang ketiga, telah dibuat tetapi cuma Yang Berhormat buat syarat yang ketat itu tak berapa bolehlah. Tak payah syarat ketat, cukup bajet cukup Yang Berhormat.
Bagi peruntukan yang sewajarnya kepada kami, sebab negeri-negeri kami yang kita perintah, semua kita bagi peruntukan.
[Tepuk] Terengganu yang tidak ada pembangkang pun kita bagi peruntukan menunjukkan bahawa, kita hendak tunjukkan bahawa kita ini yang nama Shahidan, Muhammad ini tidak ada masalah punya. Kot nama-nama lain tidak tahu, Yang Berhormat kena tahu itu. Budi bahasa kami cukup luar biasa, selesaikan masalah peruntukan, selesai semua Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tan Sri Pengerusi, boleh saya tambah kepada apa Arau cakap?
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh, biar PM jawab dulu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau boleh saya tentang Kepala Batas, dia fitnah dan bohong...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat, Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tapi saya tak nampak mana-mana pemimpin Perikatan Nasional menegur dia.
Tuan Yang di-Pertua
Beruas. Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sebab itu tadi Arau, apa yang Arau kata itu tidak benar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Beruas! Beruas, biar Tambun jawab dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sat lagi aku ajar kamu, kamu kata saya bohong. Kejap lagi.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Arau. Tentang semalam tu, kita hanya jemput Menteri-menteri Besar dan Menteri-menteri yang berkenaan. Tentunya
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
jumlah dalam mesyuarat itu tidak terlalu harus terlalu ramai tetapi kalau Arau beritahu awal, mungkin saya boleh pertimbangkan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tetapi kalau dibangkitkan ada kenyataan sebelah sini yang menghina agama, kalau terbukti, saya tidak pertahankan. Tidak benar mengatakan kita pertahankan. Kalau yang dibangkitkan soal tafsiran agama itu tidak betul, itu dipanggil oleh jabatan, walaupun wakil itu wakil daripada Pakatan Harapan. Jadi tidak benar kalau kata kita biarkan.
Memang dipanggil untuk penjelasan dan pembetulan jika terbukti ada kesilapan.
Soal yang dibangkitkan soal syarat ketat, saya tidak dimaklumkan. Yang saya tahu TPM beritahu, dia belum ada perundingan rasmi ada seorang dua datang jumpa, belum ada perundingan rasmi lagi dengan beliau. Jadi, saya tegaskan semula Yang Berhormat Arau, soal peruntukan itu toksah dipanjangkan. Runding dengan baik dan selesaikan, tak ada syarat ketat. Ada yang mengatakan syarat saya dengar kempen- kempen, maki hamun saya. Ini Perdana Menteri tak guna, dia minta sokong dia baru dia bagi peruntukan. Saya tak pernah sebut begitu. Saya tak, tanya Bukit Gantang saya tidak pernah sebut begitu waima kepada dia sendiri pun.
Jadi, syaratnya perhati dulu apa perjanjian sefahaman dahulu di antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan Perikatan Nasional dan wakilnya ada saya ingat Larut ada, Kota Bharu ada, yang mewakili kerajaan pada masa itu. Bincang je lah kalau sudah tidak sanggup bincang, saya kata tunggulah. Jangan gunakan isu itu sebab mana-mana di ceramah itu makian, Tan Sri Yang di-Pertua.
Kita zalim tidak beri peruntukan kepada pembangkang. Saya beritahu peruntukan kepada rakyat kita teruskan. Tidak salur pembangkang sehingga rundingan diadakan. Dia kalau ada semangat kerajaan pembangkang yang disebut oleh Arau, hendak runding pun tak boleh, tidak munasabah bagi saya.
Dalam tradisi demokrasi pembangkang dengan kerajaan, Ketua Pembangkang, Perdana Menteri, wakil pembangkang, wakil kerajaan itu harus ada medan pertemuan. Itu yang sebab kita letakkan sekarang ini select committee yang dulu tidak ada. Kita adakan select committee itu supaya ada penyertaan pembangkang dan kerajaan. Tiap undang- undang itu mengambil kira pandangan select committee.
Jadi saya hendak tutuplah oleh kerana hal ini dibangkit terus. Saya hendak jelaskan supaya rakyat faham, saya tidak menghalang peruntukan kepada mana-mana wakil rakyat.
[Tepuk] Saya mahu peraturan dihormati iaitu rundingan di antara pembangkang dan kerajaan seperti lazim digunakan di mana-mana sistem demokrasi.
Syarat-syarat itu runding dulu, saya tidak berikan syarat atau prasyarat untuk menyokong Perdana Menteri. Boleh dikeluarkan syarat itu, tidak perlu ada syarat menyokong Perdana Menteri.
Tetapi ada beberapa peraturan sepertimana dilakukan dalam Mesyuarat yang lalu. Saya kadang aneh wakil yang berunding itu ada di sebelah sana. Dia tahu prosesnya, berapa kali berunding tetapi sekarang seolah-olah tidak dipedulikan seolah tidak tahu langsung. Tidak bolehlah begitu. Jadi, saya harap Arau bagi kerjasama.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Fasal kes dajal tadi, Mat Said di Terengganu kata Tok Guru mandi telanjang dalam kolah. Itu nak kata apa. Siapa pun tak tahan sana.
Tuan Yang di-Pertua
Arau. Sila duduk. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya hendak sebut, saya tak setuju kenyataan itu.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebelum kita mulakan, sekali lagi saya hendak ingatkan bahawa besok ialah Program Makan Buah Durian, jangan lupa.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Pada pukul 1.00 tengah hari di dewan belakang kita.
Baik, saya jemput Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.
[Tepuk]
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebentar tadi kita berdepan dengan jawapan pertanyaan daripada Bukit Gantang tentang iklim politik.
Panas lagi nampaknya tetapi soalan saya berkenaan dengan iklim yang betul, iklim cuaca.
Soalan saya yang pertama. Terima kasih.
[Tepuk]
1. Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan jumlah dan perincian terbaharu pelaburan langsung asing dalam sektor tenaga boleh baharu bagi menjayakan National Energy Transition Roadmap (NETR).
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
[Tepuk]
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam. Simpang Renggam ini memang cukup konsisten bertanya fasal soal peralihan tenaga.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan dokumen NETR yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan bahawa jumlah pelaburan yang diperlukan bagi menjayakan hasrat pelan hala tuju tersebut adalah berjumlah RM1.2 trilion sehingga tahun 2050, yang mana kalau kita khususnya dalam bidang tenaga boleh baharu, dianggarkan antara RM450 sehingga RM640 bilion.
Buat masa ini, kesemua program khususnya inisiatif flagship di bawah NETR kebanyakannya masih lagi di peringkat perancangan dan sedang dimuktamadkan dan pemegang-pemegang taruh— sebelum pemegang-pemegang taruh memeterai perjanjian. Pelaksanaan dan pencapaian kesemua program dan inisiatif NETR akan dilaporkan dan dipantau oleh Jawatankuasa Peralihan Tenaga Kebangsaan (National Committee on Energy Transition) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi dan yang mana NRECC adalah salah satu daripada kementerian di bawahnya.
Secara umum, kalau dalam peralihan tenaga ini, kita menjangkakan bahawa 30 peratus daripada pelaburan yang diperlukan akan datang daripada pelaburan awam ataupun public investment manakala bakinya 70 peratus daripada pelaburan swasta, sama ada pelaburan swasta secara langsung asing ataupun dalam negara. Kalau awam, ia adalah tertumpu kepada infrastruktur seperti infrastruktur grid dan interconnection, dengan izin dan 70 peratus pula merangkumi penghasilan tenaga, penyimpanan bateri, teknologi berkaitan penangkapan karbon dan selebihnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tahniah dan terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya faham tentang kegigihan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk menjayakan Energy Transition Roadmap ini.
Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri bahawa terdapatnya kenyataan daripada OCBC Bank sebagai contoh, kerana kita bercakap soal pelaburan direct investment daripada swasta ini, di mana kita mengharapkan dapat mengurangkan tanggungan fiskal kerajaan kalau dapat kita jimatkan.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi, kita galakkanlah pelaburan swasta. OCBC Bank dalam kenyataan ada mengatakan bahawa halangan utama bagi pelaburan dalam tenaga boleh baharu ini adalah legislation dan juga polisi. Pada penggal yang lepas, saya pun telah bertanyakan, soal bilakah kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang penting ini. Ini kerana dilihat masih lagi agak fragmented policy yang sedia ada untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang renewable energy ini.
Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan, sama ada kita sudah hampir kerana jawapan yang lepas, maknanya Yang Berhormat masih lagi meneliti beberapa perkara sebelum rang undang-undang ini dapat dibentangkan. Jadi agaknya, bila agaknya rang undang-undang ini kerana kita perlu dengar, apakah inisiatif-inisiatif kerajaan bila rang undang-undang itu telah diluluskan di Parlimen? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya setuju bahawa ada beberapa perkara ataupun daripada segi dasar dan polisi dan sebab itu bagi saya, bila dilancarkan dokumen NETR ini yang datang dalam dua fasa. Fasa pertama dan fasa dua yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita telah lihat satu hala tuju yang lebih jelas tentang apa pendekatan negara kita untuk peralihan tenaga.
Kita tahu ini menjadi pertimbangan banyak pelabur-pelabur, sebagaimana yang disebutkan oleh Simpang Renggam kerana mereka sendiri mempunyai compliance, dengan izin, compliance requirement dari segi sifar bersih mereka yang tersendiri. Kita bercakap tentang sifar bersih seawal 2050 tetapi ada banyak syarikat dalam bidang E&E dan sebagainya yang bercakap tentang 2030 ataupun 2040.
Jadi sebab itu, selain daripada NETR ini, kita sudah pun baru luluskan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga yang kita baru lulus di Dewan Rakyat dan akan dibentangkan di dalam Dewan Negara. Pada masa yang sama, RUU Perubahan Iklim juga, yang saya tahu juga banyak mendapat perhatian.
Kita sudah pun melantik pihak penggubal daripada salah satu syarikat perunding dan mereka akan— mereka sudah pun bermula proses libat urus, bukan sahaja dengan pihak industri, pihak badan-badan bukan kerajaan, malah kerajaan-kerajaan negeri kerana ada beberapa keperluan di dalam RUU Perubahan Iklim ini akan mengikat kerajaan negeri. Jadi, itu pun kita mulakan dan kita rancang ia akan siap menjelang tahun 2025 untuk dibawa ke Parlimen.
Kabinet juga baru luluskan mekanisme energy exchange untuk membolehkan penjualan tenaga boleh baharu ke luar negara dan ini penting ya yang disebut RM1.2 trilion itu, memang kita tidak mahu membebankan keadaan fiskal negara. Bayangkan RM1.2 trilion ini adalah satu jumlah yang sangat besar. Maka, perdagangan tenaga boleh baharu adalah antara yang dapat menyumbang kepada pelaburan tersebut.
Akhir sekali, kita baru sahaja bermesyuarat di peringkat JPAC ya yang merancang penjanaan elektrik negara dalam tempoh 20 tahun. Kita akan membawanya ke Kabinet tetapi dokumen yang diluluskan di peringkat jawatankuasa JPAC ini saya boleh katakan ia telah menunjukkan satu peralihan yang sangat besar dari segi penjanaan tenaga dan perancangannya dan kita letak lebih banyak kepada variable RE (renewable energy) berbanding dengan base load daripada arang batu dan gas yang menjadi tunjang kepada penjanaan elektrik negara kita.
Bila kita publish— JPAC will be published kepada umum dan pelabur-pelabur boleh melihat sendiri, sama ada mereka berminat nak melabur dalam penjanaan ataupun mereka berminat untuk mengetahui bagaimana energy mix negara dalam tempoh 10, 20 tahun yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang jelas tadi.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soal saya ialah tentang kalau kita tengok negara Singapore ya, sebuah negara kecil, semua sumber utama dia bergantung pada negara luar termasuk air, tenaga, elektrik dan sebagainya. Hasilnya kita dapati bagaimana beberapa company besar MNC
(multinational corporation) ini, dia telah pun bertapak di Singapore dengan ada 100 data centre dan 1,195 cloud service provider. Persoalan saya ada dua. Pertama sekali, sejauh mana Dasar Tenaga Negara 2040 diguna pakai untuk ekonomi digital bagi menarik lebih baik MNC bertapak di negara kita? Berdasarkan— yang kedua, berdasarkan unjuran net zero 2050, menjelang tahun 2040, 10 tahun sebelum, berapakah lebihan tenaga hijau yang kita ada, yang dapat kita jual ataupun kita eksport ke luar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Sememangnya kita tahu kalau Singapura ini daripada segi bekalan elektrik, buat masa ini mereka masih lagi kalau bekalan elektrik fosil mereka ada banyak sumber ataupun power production daripada gas, dengan izin tetapi bekalan gasnya memang datang daripada negara luar. Mereka sudah mula misalnya mengimport daripada negara kita sendiri jana kuasa gas daripada syarikat YTL.
Tetapi yang mereka mungkin ataupun memang mencabar untuk negara Singapura ialah daripada segi tenaga boleh baharu kerana mereka tidak ada ruang tanah yang besar, mereka tidak boleh ada hidro dan sebagainya. Maka, sebab itu Singapura ada meletakkan satu RFP untuk pembekalan tenaga boleh baharu ke negara Singapura sebanyak empat gigawatt dan mereka telah ada perbincangan dengan Australia, dengan Sarawak, dengan Kemboja, dengan Indonesia. Sebab itu antara lain, kita meletakkan Dasar Perdagangan Tenaga Boleh Baharu.
Daripada segi data centre, data centre ini sebagaimana kita tahu adalah antara pengguna elektrik yang sangat besar dan mereka memerlukan bekalan elektrik ini sangat stabil 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, sebab selagi mana beroperasi data centre itu, dia tidak boleh ada gangguan dalam bekalan elektrik.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jadi, atas sebab itu pada masa yang sama banyak juga data center meminta untuk ada tenaga hijau untuk membekalkan tenaga mereka. Di Singapura sendiri, mereka telah meletakkan satu dasar apa yang dipanggil sebagai kita boleh katakan macam syarat- syarat atau peraturan Puteri Gunung Ledang kepada data center, data center yang mana dia tak cakap tak boleh tetapi dia kata boleh operate data center tetapi kena dapat tenaga hijau dalam masa dua tahun, kena dapat dan seterusnyalah yang agak sukar untuk dipatuhi oleh data center, data center di negara tersebut.
Jadi, sebab itu kita lihat banyak data center ini berpindah ke terutamanya juga ke negara kita di Johor dan juga di negeri Selangor. Jadi, apa yang kita bila kita bercakap dengan data center, data center ini, kita nak memastikan bahawa mereka kena membayar sekarang tarif, kita tidak boleh berada tarif yang terlalu rendah sebab kita yakin betul ada banyak sebenarnya spillover daripada data center, mungkin bukan dari segi pekerjaan dan sebagainya secara langsung kerana bilangan pekerja yang diperlukan tidak ramai tetapi daripada segi ekosistem tersebut. Pembuatan peralatan, perkakas dan sebagainya itu akan memberi kesan yang besar, data-data saintis dan sebagainya.
Jadi, kita menggalakkan tetapi kita mahu – sebab itu menjelang tahun 2025 kita akan ada cost reflective tariff. Sebab kita khuatir, tarif yang ada pada hari ini ialah tidak cost reflective dan dia akan membebankan pengguna-pengguna biasa yang tidak merupakan pengguna besar seperti mereka yang tinggal di rumah dan sebagainya.
Jadi, menjelang tahun 2040, kita sebenarnya ada sasaran 2035, 40 peratus tenaga boleh baharu dalam energy mix kita, 2050 kita letak 70 peratus untuk tenaga boleh baharu. Tetapi kita tidak melihat perkara ini sebagai zero-sum game, dengan izin. Bila kita memulakan penjualan ke Singapura, penjualan pada harga yang lebih tinggi ini membolehkan kita ada lebih banyak dana untuk dilaburkan, premium yang dijual kepada Singapura ini boleh kita laburkan untuk menambah lagi skala bekalan tenaga boleh baharu
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
termasuk teknologi seperti penstoran bateri yang merupakan antara perkara penting untuk mengimbangi tenaga solar yang tidak bersifat stabil tersebut. Jadi, kita percaya lebih banyak lagi kapasiti tenaga boleh baharu boleh dijana apabila kita memperdagangkan tenaga boleh baharu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan secara terperinci bilangan lebuh raya yang mempunyai akses kepada laluan motosikal dan pelan terkini bagi menaik taraf laluan motosikal di mana-mana lebuh raya yang masih tidak dilengkapi dengan laluan motosikal.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, lebuh raya yang disediakan lorong motosikal khususnya adalah Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Kerajaan pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk membina laluan khas motosikal di lebuh raya yang sedang beroperasi kerana ada melibatkan kos tambahan yang tinggi kepada kerajaan, berikutan skop berkenaan tiada dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan akan meneliti perkara ini dalam rundingan cadangan projek lebuh raya baharu pada masa akan datang tertakluk kepada faktor kewangan dan kesesuaian jajaran. Pelbagai inisiatif keselamatan telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia bersama-sama syarikat konsesi lebuh raya bagi meningkatkan aspek keselamatan penunggang motosikal.
Menerusi program Inisiatif Malaysia Madani, KKR sedang membina dan menambah baik tempat teduhan penunggang motosikal ataupun motorcycle shelter baru di sepanjang lebuh raya. Inisiatif ini adalah tambahan kepada 353 tempat teduhan motosikal sedia ada.
Menerusi program ini, sebanyak 119 lokasi baharu telah dikenal pasti untuk dibina tempat teduhan motosikal. Daripada jumlah tersebut sebanyak 14 lokasi akan dibina jenis struktur tunggul (standalone) dan 105 lokasi akan dibina di bahagian bawah jambatan.
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 40 lokasi akan disiapkan secara berperingkat pada tahun 2023, manakala 79 lokasi lagi dijadual siap pada tahun 2024. Sehingga November 2023, sebanyak 36 tempat teduhan penunggang motosikal baharu telah siap dibina dan baki masih dalam peringkat pembinaan.
Kempen keselamatan yang melibatkan penunggang motosikal sentiasa diadakan dari semasa ke semasa terutamanya menjelang musim perayaan bagi meningkatkan kesedaran bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemanduan berhemah dan aspek kemalangan di lebuh raya.
Selain itu, audit keselamatan jalan raya juga dilaksanakan bagi mengenal pasti sebarang risiko keselamatan dan tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan kepada cadangan juruaudit keselamatan jalan raya yang bertauliah. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan saya, umum mengetahui lorong kecemasan
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
dikhaskan untuk kenderaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan selain ruang untuk pengguna lebuh raya berhenti sekiranya kenderaan mereka rosak.
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk membenarkan lorong kecemasan ini digunakan oleh pengguna motosikal ini untuk keselamatan mereka dan sekali gus dapat memisahkan motor daripada kenderaan lain? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di- Pertua. Sebenarnya, lebuh raya – Kementerian Kerja Raya melalui lebuh raya sentiasa perkara yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Sebenarnya, jalan tersebut memang banyak digunakan oleh penunggang motosikal. Dari segi kesalahan memang salah tetapi setakat hari ini operasi untuk dilakukan terhadap penunggang motosikal tersebut tidaklah dikerapkan melalui operasi tersebut.
Maknanya, kalau dari segi kesalah memang salah, sebab itu adalah ruang lorong kecemasan yang hanya boleh berhenti adalah kenderaan yang mengalami kerosakan sementara dan juga digunakan untuk kecemasan oleh pihak-pihak seperti ambulans dan sebagainya.
Tetapi setakat hari ini, kita masih tidak lagi – masih lagi tidak mengkaji sama ada dibenarkan secara khusus kepada kenderaan bermotor di atas laluan kecemasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Pada masa ini terdapat beberapa lebuh raya sahaja memiliki laluan khas untuk gunaan motosikal seperti KESAS, GCE dan sebagainya. Saya dapati laluan tersebut juga turut di manfaat oleh penunggang basikal khususnya pada hujung minggu yang saya fikir agak bahaya.
Begitu juga, laluan ini tidak diselenggara dengan baik dan ada kawasan-kawasan yang gelap. Persoalan saya, adakah perkara ini sudah berada dalam perhatian syarikat pemegang konsesi lebuh raya untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di laluan- laluan motosikal yang terbabit. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Tampin. Sebenarnya, kita dari segi SOP yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia sentiasa melihat perkara tersebut sebenarnya. Kalau didapati bahawa boleh membahayakan kepada penunggang basikal atau motosikal umpamanya di kawasan-kawasan tertentu yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat, saya berbesar hati sekiranya pihak Yang Berhormat menyatakan tempat-tempat tersebut.
Kerana dari segi SOP selama ini pun, kita telah melaksanakan dan dapati bahawa sentiasa dalam berkeadaan yang amat memuaskan sewaktu di lebuh raya. Ada sesetengahnya kita sudah cuba membuat pelebaran sedikit kerana terdapat beberapa tempat yang mungkin boleh mengundang keadaan yang tidak selesa kepada pengguna.
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Pasir Gudang mewakili kawasan kaum pekerja, Soalan Pasir Gudang nombor tiga.
Terima kasih.
3. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Ekonomi menyatakan garis masa pelaksanaan gaji progresif. Adakah objektif menuju negara maju di mana rakyat berpendapatan tinggi boleh dicapai.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua, Pasir Gudang.
Pelaksanaan dasar gaji progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada bulan Jun 2024.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Projek rintis ini akan melibatkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan dengan melibatkan pekerja yang bergaji di antara RM1,500 hingga RM4,999. Pemilihan syarikat akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan juga sokongan dasar.
Penilaian impak projek rintis pula akan dilaksanakan pada bulan September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.
Sebenarnya Pasir Gudang, kita dah letakkan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif yang akan dibentangkan pada hari Khamis, 30 November. Jadual terperinci mengikut bulan boleh dirujuk pada muka surat 45 tapi oleh kerana embargo, jadi sebaiknya saya tak baca dengan teliti dan kita tunggu pada hari Khamis.
Dasar Gaji Progresif dirangka bertujuan untuk menangani isu gaji rendah yang telah membelenggu golongan pekerja di negara ini sejak sekian lama. Dasar ini merupakan inisiatif yang akan menyumbang kepada salah satu daripada 17 anjakan besar dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu mengenai ketersediaan bakat masa hadapan.
Dasar ini bertujuan untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia terutamanya di sektor swasta supaya gaji dapat ditingkatkan secara progresif seiring dengan produktiviti dan ekonomi negara dapat maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi.
Dasar Gaji Progresif mempunyai tiga ciri asas iaitu:
(i) pelaksanaannya secara sukarela oleh majikan-majikan;
(ii) kerajaan akan memberikan insentif untuk menggalakkan seberapa ramai majikan dan pekerja menyertainya; dan
(iii) di pihak pekerja, ianya mestilah terkait dengan produktiviti.
Dengan ketiga-tiga ciri ini, Dasar Gaji Progresif akan menjadi pelengkap kepada inisiatif-inisiatif gaji sedia ada iaitu Perintah Gaji Minimum dan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti ataupun PLWS dengan memperkenalkan buat kali pertama, campur tangan terus kerajaan dalam menetapkan gaji di syarikat terutama di sektor formal dan swasta.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen pada 30 November 2023. Saya mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam sesi pembentangan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif ini dan insya-Allah input-input itu sudah tentu akan membantu kementerian untuk melaksanakan dasar ini yang diharapkan dapat meningkatkan pendapatan pekerja dan membantu pekerja dalam menangani cabaran kos sara hidup. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang jelas yang bernas. aya anggap inisiatif gaji progresif itu sebagai dengan izin, game changer. Soalan tambahan saya ialah pertama, adakah kerajaan telah membuat libat urus dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Majikan berkenaan dengan pelaksanaan gaji progresif?
Kedua, bolehkah maklumkan apakah pendirian dan sikap Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan Majikan Malaysia terhadap inisiatif kerajaan untuk melaksanakan gaji progresif tersebut?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Pasir Gudang. Soalan itu kalau dijawab dengan ringkas, ya. Kami sedia maklum bahawa sebarang dasar yang melibatkan gaji ini cukup sensitif. Sebab itu berpuluh tahun setiap kali kita bercakap mengenai gaji, selalunya ia tidak menghasilkan sesuatu tindakan kerana ia memerlukan tindakan tripartite, daripada kerajaan, daripada majikan dan juga daripada pekerja yang selalunya diwakili oleh Kesatuan-kesatuan Pekerja.
Pada bulan Jun 2023 yang lepas, sebagai sebahagian daripada persediaan untuk kita membentangkan cadangan Dasar Gaji Progresif ini kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara, libat urus dan perbincangan yang melibatkan Persekutuan Majikan Malaysia
(MEF) telah pun dibuat, begitu juga dengan MTUC pun telah dibuat dan wakil-wakil CUEPACS pun ada. Walaupun dia lebih kepada MTUC dan kurang kepada CUEPACS kerana dasar ini lebih tertumpu kepada sektor formal di pihak swasta.
Semasa pembentangan dibuat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang telah mengangkat dan meluluskan Dasar Gaji Progresif ini untuk kerajaan, sebenarnya wakil daripada MEF dan juga MTUC pun memang sudah di dalam perbincangan tersebut.
Jadi, saya boleh maklumkan kepada Pasir Gudang, setakat ini ia mendapat sokongan padu daripada Persekutuan Majikan dan maklum balas daripada Kesatuan Sekerja berharap supaya kerajaan berhati-hati supaya kumpulan separa kemahiran yang telah berumur, yang telah bekerja 10, 15 tahun tidak dikecualikan atau dipinggirkan daripada pelaksanaan dasar ini kerana mereka juga selalunya menghadapi masalah kenaikan gaji bukan semata-mata kumpulan graduan yang baru mula bekerja. Perkara itu telah diambil maklum dan telah pun dimasukkan di dalam dasar ini.
Akhir sekali, satu lagi kumpulan yang telah pun kita semak ialah sebenarnya pekerja sendiri dan satu kaji selidik umum telah dibuat pada bulan Mei 2023 untuk mengenal pasti penerimaan dan pandangan pekerja yang tidak diwakili oleh melalui Kesatuan Sekerja dan 62 peratus bersetuju dan menyokong penuh dengan Dasar Gaji Progresif ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Melalui pelaksanaan gaji progresif ini, adakah kerajaan bersedia melaksanakan pelarasan gaji bagi pekerja di sektor awam yang masih mempunyai gaji minimum serendah RM1,200? Apakah kerajaan bercadang menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan daripada RM350 kepada RM450 selepas pelaksanaan Dasar Gaji Progresif?
Di Malaysia, Kementerian Sumber Manusia menggariskan The Malaysia Standard. Classification of Occupations (MASCO) untuk menentukan jenis pekerjaan pekerja yang memaparkan lima peringkat pengelasan dalam MASCO 2020. Tidak semua pekerjaan yang wujud ini mengikut klasifikasi yang ditetapkan oleh MASCO. Terdapat beberapa pekerjaan yang sukar untuk ditentukan tahap kemahirannya. Adakah kementerian turut melihat perkara ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Kuala Terengganu. Kita ada sekitar tujuh juta lebih pekerja sektor formal— sembilan juta lebih pekerja sektor formal. 1.5 juta itu di dalam sektor awam, selebihnya itu di dalam sektor swasta.
Sebab itu dalam usaha kerajaan untuk menaikkan gaji rakyat, tumpuan itu dipecahkan kepada dua. Penyelarasan untuk memastikan kenaikan gaji dan juga semakan imbuhan-imbuhan pekerja awam itu diuruskan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun dan ada pasukannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan sebagainya. Perkara itu adalah kerana ia lebih mudah dibuat kerana ia adalah semakan kerajaan. Cuma ia perlu bergantung pada kemampuan kerajaan.
Untuk pekerja swasta— sebab itu kita perlukan Dasar Gaji Progresif kerana sebenarnya jumlah pekerja sektor formal itu lebih ramai di sektor swasta. Tapi, kalau penyelarasan itu dibuat dari satu masa ke satu masa dan hanya tertumpu pada kepada sektor awam, itu yang menyebabkan kadar gaji di negara kita ini tidak naik malah makin menurun.
Sebab itu kita lakukan secara bersepadu, yang di dalam sektor awam itu diuruskan secara dalaman dan memang sedang berjalan perbincangan— yang itu sebaiknya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau ada keperluan boleh beri maklum balas.
Menjadi tanggungjawab saya ialah yang lebih ramai di dalam sektor swasta ini.
Ini sebab bukan kerajaan yang bayar. Jadi kalau kita suruh pun, kita buat peraturan pun, kalau dia tak mampu, majikan dia tak mampulah. Jadi sebab itulah kita berharap apabila kedua-dua perkara ini berjalan serentak dan insya-Allah itu akan berlaku lebih adil dan tidak timbul lagi seperti sebelum-sebelum ini selalu ada rungutan yang selalu mendapat tumpuan hanyalah pekerja di sektor awam. Apa yang kerajaan buat kepada sektor swasta yang kadang-kadang empat, lima tahun tidak ada kenaikan gaji. Insya-Allah, dalam tahun 2024 kita akan mula melihat langkah yang bersepadu itu yang akan memberikan kelebihan kepada pekerja-pekerja di sektor awam dan juga sektor swasta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor empat.
4. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 seperti berikut:
(a) bagaimanakah kerajaan akan memperoleh wang sejumlah RM85.5 bilion dari pihak swasta (90% dari jumlah pelaburan RM95 bilion yang diperlukan sepanjang tujuh tahun) bagi pelaksanaan NIMP 2030; dan
(b) langkah kerajaan bagi meningkatkan Pelaburan Domestik (DDI) dalam tempoh pelaksanaan NIMP 2030.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Kubang Pasu. Untuk makluman, anggaran pembiayaan sebanyak RM94.6 bilion bagi tempoh tujuh tahun tersebut diperolehi untuk NIMP, diperolehi daripada analisis menyeru mengenai pembiayaan yang diperlukan untuk mencapai sasaran yang dinyatakan dalam NIMP 2030.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Analisis ini mengambil kira pelbagai faktor, antaranya kos projek modal, penyelidikan dan inovasi produk, peningkatan teknologi, pembangunan infrastruktur dan latihan modal insan dengan tujuan untuk mencapai objektif Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP 2030). Bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan NIMP 2030, sebahagian besar pembiayaan atau kira-kira 90 peratus akan dibiayai oleh pihak swasta menerusi pelbagai sumber kewangan seperti ekuiti, pasaran modal serta institusi kewangan tempatan dan antarabangsa.
Menyedari kepentingan pembiayaan bank atau tax financing, inisiatif ini juga disokong oleh institusi kewangan seperti Bank Negara Malaysia dan kerjasama dengan pelbagai institusi kewangan swasta. Strategi ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai pilihan pembiayaan dengan pelbagai saiz bergantung kepada keperluan industri.
Di samping itu, Credit Guarantee Corporation (CGC) juga memainkan peranan penting dalam ekosistem ini dengan menawarkan jaminan kredit bagi mengurangkan risiko terhadap institusi kewangan swasta serta dapat meningkatkan accessibility pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana.
Datuk Yang di-Pertua, untuk usaha meningkatkan pelaburan domestik atau DDI dalam tempoh NIMP 2030, khususnya memastikan sumbangan DDI yang signifikan kepada pencapaian sasaran NIMP 2030, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan reformasi pentadbiran dengan menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) di bawah kementerian MITI seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2024.
JTPPP ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri MITI dan keahliannya terdiri daripada pegawai tertinggi merentasi kementerian dan agensi yang berkaitan termasuk Kerajaan Negeri supaya isu berbangkit dapat diselaras dan diselesaikan dengan kadar segera. Sejak diumumkan, JTPPP telah bersidang beberapa kali, sebanyak tiga kali. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yan Berhormat Timbalan Menteri. Satu jawapan yang cukup jelas bagi kedua-dua soalan yang saya sebutkan. Saya amat menyokong NIMP 30 demi untuk kemajuan ekonomi negara dan pembangunan industri negara kita. Saya nak bertanya mengenai agenda Bumiputera dalam Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 atau pun NIMP 2030. Dalam hubungan ini saya nak minta Menteri menyatakan dengan jelas tentang agenda bumiputera dalam visi dan misi NIMP 2030? Juga apakah perbezaan antara NFMP 2030 berbanding dengan pelan-pelan induk industri sebelum ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Dalam NIMP kita menggariskan empat misi. Dulu pendekatan terdahulu adalah untuk memberikan sokongan dasar terhadap sektor sahaja. Tetapi NIMP mengambil pendekatan misi dan salah satu misi atau pun misi empat ialah keterangkuman ekonomi. Dalam konteks dan misi keterangkuman ekonomi, agenda bumiputera adalah salah satu agenda yang penting untuk memastikan keterangkuman bumiputera di dalam konteks NIMP. Terima kasih.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Adakah disebut bumiputera dalam keterangkuman tersebut? Secara khususnya?
Tuan Liew Chin Tong
Ada. Boleh baca dalam buku tu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah insentif yang disediakan untuk IKS domestik supaya mereka boleh berkembang maju, bersendirian dan tidak bergantung kepada kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Insentif yang telah diumumkan dalam Bajet 2024 termasuk reinvestment allowance untuk meningkatkan DDI galakan cukai pelaburan semula reinvestment secara tiering dalam bentuk allowance cukai pelaburan sebanyak 70 peratus atau 100 peratus telah diumumkan dalam Bajet 2024. Tetapi bukan sahaja secara insentif, tapi juga dari pandangan kementerian bahawa bantuan terhadap syarikat-syarikat DDI ialah untuk kita mengadakan ekosistem supaya DDI dan terutamanya SME di dalam satu konteks, satu ekosistem yang memasuki mereka dalam rantaian bekalan global. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita ke soalan yang kelima. Saya mempersilakan Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Yang Berhormat Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua soalan saya nombor lima.
5. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah kontigensi pihak kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan yang diimport di pasaran memandangkan ianya berisiko menjejaskan pengguna dan apakah rangka strategik pihak kementerian untuk mempelbagaikan destinasi import bekalan makanan negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara sumber yang tertentu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, jawab.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Ya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM) sentiasa komited memastikan bekalan makanan bagi keperluan rakyat adalah mencukupi dan terjamin. Melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti makanan Negara 2021-2025, pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keterjaminan makan negara. KPKM mempelbagaikan sumber import bagi mengurangkan kebergantungan terhadap negara sumber tertentu sahaja melalui strategi memperluaskan kerjasama strategik antarabangsa dalam bidang keterjaminan makanan. Antaranya seperti berikut:
(a) meliberalisasikan pengimportan makanan dengan memansuhkan Approved Permit (AP), ayam bulat dan keratannya, susu cair, kubis bulat dan, kelapa tua biji bagi memastikan bekalan di dalam negara yang mencukupi;
(b) menambah bilangan loji dan rumah sembelihan luar negara yang diiktiraf bagi produk seperti daging lembu, kerbau, kambing, biri- biri dan, ayam untuk dibenarkan dieksport ke Malaysia;
(c) memberi akses pasaran kepada negara sumber alternatif yang mempunyai kapasiti eksport serta boleh memenuhi syarat-syarat import yang ditetapkan;
(d) memudahkan cara dan membantu pengimport tempatan untuk menjalin kerjasama dengan pengeksport luar negara menerusi khidmat nasihat daripada Pejabat Kaunselor Pertanian KPKM;dan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
(e) memperkukuhkan hubungan perdagangan dengan negara lain menerusi rundingan kerjasama dan perjanjian perdagangan bebas dua hala dan berbagai hala untuk merancakkan import dan eksport negara khususnya dalam pertanian dan makanan.
Antara langkah kontigensi untuk mengatasi kekurangan bekalan makanan import adalah melalui stockpile makanan asas seperti beras untuk tempoh lima bulan, ayam sebanyak 2,179 tan metrik dan ikan sebanyak 1,536 tan metrik. Kerajaan turut mempergiatkan pengeluaran sumber makanan tempatan melalui inisiatif seperti memulakan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun, menghasilkan variety benih yang berdaya tahan dan berproduktiviti tinggi memperkasa industri jagung bijan negara melalui pengurangan ke berkandungan import, membangunkan makan ternakan alternatif serta meningkatkan pengeluaran industri perikanan akuakultur.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Dengan inisiatif ini, Malaysia dapat memperbagaikan negara sumber import makanan untuk mengurangkan kebergantungan dari negara tertentu sahaja. Seterusnya ini akan memberi lebih banyak pilihan dan membuka peluang kepada pengimport untuk mendapatkan makanan pada harga yang berpatutan dan berkualiti yang menyumbang kepada keterjaminan sumber makanan negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi saya very strange for country like Malaysia mengalami masalah food security. Kerana bagi kita, kita ada tanah, kita ada iklim yang baik tetapi kita bergantung tinggi kepada negara-negara sumber untuk memastikan food security kita baik.
Persoalannya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ini telah salah anggap, menganggap bahawasanya bidang pertanian tidak boleh meletakkan negara kita maju ke hadapan. Bagaimana kementerian Yang Berhormat berbincang dengan MITI dan MIDA supaya mereka meletakkan menu dalam global investment melibatkan bidang pertanian. Kerana apa? Kerana kalau kita hanya— MIDA hanya memberi tumpuan kepada manufacturing, Tuan Yang di-Pertua, tidak meletakkan sebagai agrikultur sebagai teras untuk meningkatkan nilai tambah kepada negara kita, isu ini tidak akan selesai. Itu yang pertama.
Keduanya daripada segi dasar, krisis, ketidakcukupan tenaga kerja. Kita dah bergantung ke negara import. Nak mengimbangi negara-negara sumber import makanan, kita ada bekalan dalam negara. Kita ada tanah seperti mana yang saya sebutkan tadi, iklim yang baik, tetapi krisis ketidakcukupan tenaga pekerja di dalam bidang pertanian dalam negara kita, bagaimana kementerian melihat perkara ini dan selesaikan. Dahlah kita mengimport, bekalan dalam negara pun tidak dicukupi kerana kita tidak ada nilai produktiviti yang tinggi kerana tidak ada pekerja yang mencukupi nisbah di dalam bidang pertanian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Ya, untuk menjawab soalan yang pertama mengenai macam mana nak bekerjasama dengan kementerian lain seperti MITI untuk memaparkan peluang investment atau yang pelaburan kepada luar negara supaya dapat datang sini atau merancakkan lagi ini perdagangan di antarabangsa. Kita sedia ada tujuh Pejabat Kaunselor Antarabangsa yang berpusat di Sydney, Tokyo, Bangkok, Beijing, Dubai, Hague dan Washington daripada Kementerian KPKM yang fungsi mereka ini adalah sebagai memperkukuh pasaran sedia ada serta meneroka akses pasaran baharu dan juga melaksanakan risikan pasaran, menggalakkan pertukaran teknikal dan meningkatkan permintaan pasaran, pembangunan dasar dua hala dan fasilitasi perdagangan pertanian dan juga memperkukuhkan rangkaian diplomatik dan perniagaan.
Tuan Chan Foong Hin
Kaunselor ini, kita selalu pun juga ada ini seperti program yang bersama dengan Kementerian MITI seperti saya pernah menghadiri di satu misi yang pergi ke Nanning pun juga ada wujudnya yang kerjasama di antara KPKM dan juga MITI. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Baru-baru ini, India telah mengehadkan eksport bawang bagi memastikan bekalan untuk negaranya mencukupi dan Malaysia telah menambah import bawang dari China dan Thailand. Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan penyelidikan bagi penanaman bawang yang bersesuaian dengan cuaca Malaysia sekali gus mengurangkan kebergantungan barangan import. Apakah pendekatan jangka pendek dan sederhana kementerian untuk membantu menanggung kenaikan harga import pertanian termasuk benih padi, jentera dan sewaan bendang yang membebankan pesawah? Serta inisiatif pemerkasaan bidang R&D termasuk pembangunan variati padi baharu sebagai usaha meningkatkan produktiviti tanaman di negara kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Chan Foong Hin
Untuk menjawab kepada soalan ini, kementerian melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), kita giat menjalankan penyelidikan penanaman bawang bagi membantu meningkatkan pengeluaran dan sekali gus diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bawang merah import yang tinggi.
Tiga variati bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3, kita telah melancarkan dia baru-baru ini sempena Showtech Mardi 2023. So, kita selalu ada program untuk buat penyelidikan untuk memajukan ini yang variati untuk bawang ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikutnya, kita ke soalan yang ke nombor enam. Dipersilakan Dato’ Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor enam.
6. Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan persediaan negara khususnya daripada sudut tenaga mahir seperti juruteknik elektrik dan insentif kepada generasi muda anak tempatan bagi menghadapi peningkatan perubahan gaya hidup dan teknologi baharu seperti motokar menggunakan petrol kepada penggunaan motokar hibrid dan elektrik sepenuhnya serta penggunaan dron yang lebih mesra alam sekitar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan Yang Berhormat akan menjawab bagi pihak.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Chan Foong Hin
So, yang pertama sekali, saya nak mengucapkan ucapan alu-aluan kepada delegasi pelajar-pelajar sekolah menengah dari Parlimen Gopeng.
[Tepuk] Sekarang saya akan mewakili Kementerian Sumber Manusia untuk membacakan jawapan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia adalah merangka pelbagai inisiatif dalam gerak kerja pembangunan tenaga kerja mahir Malaysia agar selari dengan perkembangan teknologi baharu. Inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan melalui mekanisme
Tuan Chan Foong Hin
yang telah dikenal pasti untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja negara selaras dengan keperluan industri bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran memainkan peranan utama dalam pembangunan tenaga mahir negara termasuk dalam bidang teknologi elektrik, teknologi hibrid, electric vehicle (EV) dan teknologi dron.
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi bidang-bidang ini telah dibangunkan dan sedia untuk digunakan bagi tujuan latihan kemahiran TVET di bawah sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia demi memastikan pekerja mempunyai kemahiran yang relevan selari dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi digital.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pelaksanaan program TVET dimantapkan lagi dengan pelantikan Industry Lead Body, dengan izin, yang berperanan untuk memastikan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) adalah relevan dengan amalan pekerjaan semasa di industri. Setakat 31 Oktober 2023, sejumlah 26 buah Industry Lead Body telah dilantik merentasi pelbagai sektor industri bagi menyalurkan input-input konstruktif berkaitan keperluan sebenar pekerjaan di industri.
Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian ini menerusi Jabatan Tenaga Manusia (JTM), menyasarkan sekurang-kurangnya 55 peratus daripada tenaga pengajarnya di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia mempunyai kemahiran dan kompeten dalam teknologi baharu dan pendigitalan seperti keselamatan siber, teknologi pembuatan termaju, teknologi nano, teknologi realiti terimbuh dan realiti maya. Pada tahun 2023, Jabatan Tenaga Manusia telah menjalin kerjasama dengan pihak industri bagi melaksanakan Kursus Kereta Elektrik dan Hibrid yang akan ditawarkan di sembilan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia serta Kursus Dron di ILJTM.
Ini diperkuatkan lagi dengan sokongan dan usaha Majlis TVET Negara dalam meneroka peluang kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan dan swasta melalui pemeteraian Memorandum Kerjasama. Kerjasama ini melibatkan perkongsian serta sumbangan pihak industri dari segi peralatan teknologi tinggi bagi memastikan berlakunya pemindahan ilmu dan khidmat kepakaran. Setakat 1 November 2023, sebanyak 63 memorandum kerjasama telah dimeterai melibatkan 19 syarikat berkaitan kerajaan dan 44 syarikat swasta.
Saya perlukan sikit masa lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Ya, rentetan itu, bagi menggalakkan penyertaan pelajar untuk mengikuti latihan kemahiran, Kementerian Sumber Manusia melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan insentif dengan pertama, menawarkan produk pembiayaan pinjaman latihan kemahiran islamik yang menggunakan konsep Al Qard tanpa Ujrah. Ini bermakna, pinjaman tidak dikenakan caj tadbir dan berlatih, hanya perlu membayar balik pokok pinjaman sahaja setelah tamat latihan.
Kedua, pemberian pinjaman latihan kemahiran yang meliputi yuran latihan, bayaran premium insurans, elaun sara hidup, kemudahan pinjaman komputer sehingga RM2,500 dan kemudahan pinjaman pengangkutan sebanyak RM2,000. Ketiga, pembiayaan latihan kemahiran secara pakej dengan program Pensijilan Profesional sebagai nilai tambah kepada program Sijil Kemahiran Malaysia untuk meningkatkan kebolehpasaran pelatih.
Kementerian Sumber Manusia melalui semua jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa komited dan bersedia dalam melaksanakan program-program pembangunan tenaga mahir yang melibatkan generasi muda anak-anak tempatan bagi menghadapi peningkatan perubahan gaya hidup dan teknologi baru serta berasaskan permintaan sektor ekonomi negara.
Tuan Chan Foong Hin
Ianya diperkukuhkan lagi dengan usaha membangunkan Dasar TVET Negara 1.0 2024-2030 bagi merencana agenda pemerkasaan TVET secara komprehensif yang akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih. Saya difahamkan jawapan akan diberikan secara bertulis? Okey. Soalan tambahan saya ialah mengikut International Energy Agency, dijangka pada 2030 penggunaan kereta-kereta EV akan menjangkau 60 peratus daripada penggunaan kereta di pasaran. Jadi, ini memerlukan perancangan kerajaan khususnya perancangan tenaga kerja kerana kita faham bahawa untuk EV ini, kereta hanya boleh dicas kalau rumah itu rumah yang ada tanah (landed). Jadi, kalau rumah pangsa tak boleh. Maka mereka akan terus kepada EV charging station di lokasi- lokasi yang akan ditentukan oleh pihak kerajaan.
Soalnya ialah setiap kali cas kereta ini daripada DC secara direct memerlukan masa 30 minit untuk sebuah kereta. Jadi, soal keselamatan di semua charging station ini memerlukan satu tindakan dan keberadaan seorang juruteknik yang mahir untuk memastikan keselamatan pengguna dan juga keselamatan stesen itu sendiri. Jadi, sejauh manakah persediaan kerajaan untuk membekalkan kakitangan ini dan keselamatan ini bagi keperluan rakyat? Itu yang pertama.
Kedua, negara manakah yang akan kita buat proses technology transfer bagi memastikan jangka panjang kita akan mempunyai pakar-pakar yang spesifik dalam EV, hibrid, dan juga dron ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Boleh jawab?
Tuan Chan Foong Hin
Ya. Tadi jawapan yang untuk itu saya rasa telah menjawab yang soalan yang pertama, yang tambahan itu. Untuk soalan yang kedua, sebagai satu permulaan pada 7 November 2023 yang lalu, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah meneroka peluang kerjasama dengan Shunde Polytech Guangzhou, China di mana institut kemahiran ini telah bekerjasama dengan Tesla, Geely dan General Motor bagi menjalankan latihan dalam bidang EV termasuk pemindahan teknologi kepada tenaga-tenaga pekerja. So, ini merupakan salah satu contoh technology transfer yang berlaku di bidang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya pihak kementerian berhubung dengan penggalakan ataupun usaha yang telah digerakkan dengan syarikat-syarikat China ini untuk urusan teknologi ini. Ada tak apa-apa inisiatif di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk menggalakkan lagi pelajar- pelajar kita ataupun anak muda kita terlibat dengan Belt and Road Initiative (BRI) inisiatif di negara China sekarang ini, yang saya difahamkan memang sedang galak menarik pelajar-pelajar, anak-anak daripada negara luar untuk belajar secara percuma di negara China. Ada tak inisiatif yang boleh dilakukan oleh pihak Kementerian Sumber Manusia?
Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Terima kasih dan saya berpendapat Kementerian Sumber Manusia ini sentiasa terbuka dalam meneroka peluang-peluang baharu yang lebih dinamik untuk masa depan selari dengan keperluan melahirkan modal insan berkemahiran seperti yang digariskan dalam NIMP 2030, NETR dan juga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga Sustainable Development Goals. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara luar negara untuk memajukan bidang EV ini termasuk macam mana melibatkan negara Malaysia lebih dalam inisiatif BRI. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikutnya, soalan ketujuh. Saya mempersilakan Puan Yeo Bee Yin, Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tujuh.
7. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status terkini rangka undang-undang Third-Party-Access
(TPA) bekalan elektrik dan bilakah kementerian akan membentangkannya di Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Puchong dan Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berhubung status terkini akses pihak ketiga ataupun third- party access dengan izin, dalam industri bekalan elektrik. Pihak kementerian pada masa ini kita teruskan dan tambah baik pelaksanaan Corporate Green Power Program (CGPP) yang merupakan salah satu kaedah pelaksana model TPA terhad bagi membolehkan kemasukan lebih banyak kapasiti tenaga boleh baharu, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kapasiti terpasang TBB.
Kerajaan sedang membangunkan satu kaedah pelaksanaan TPA yang sesuai dan terangkum yang lebih extensive daripada apa yang ada di dalam CGPP, selaras dengan usaha pembaharuan tarif ataupun tariff reform exercise pada tahun– yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 serta pengukuhan kerangka regulatory dan mekasnime pengoperasiannya bagi menyokong pelaksanaan TPA. Sebab kita tahu dan kita faham bahawa the status quo is not enough if we want to reach our ambitious renewable energy goal, dengan izin.
Usaha ini akan membolehkan capaian bekalan elektrik hijau yang lebih mudah kepada syarikat korporat dan perniagaan yang ingin mengurangkan jejak karbon operasi serta memenuhi komitmen ESG masing-masing. Jadi, secara asasnya mana-mana syarikat misalnya yang berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang nak dapatkan tenaga hijau secara langsung tentulah mereka tidak dapat menjana di sekeliling kawasan mereka. Maka mereka boleh dapat daripada kawasan-kawasan terutamanya dengan yang mendapat irradiance yang tinggi seperti di Utara Semenanjung untuk disalurkan menerusi grid kepada pengguna. Jadi, kita ada CGPP tetapi CGPP sekarang dia ada had 30 megawatt yang agak terhad.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya berkenaan dengan TPA dan juga berkenaan dengan apa yang jawapan daripada Menteri untuk soalan – satu adalah berkenaan dengan energy exchange sebab TPA dan energy exchange adalah sama, similar. Satu adalah pemain-pemain TBB sekarang adakah ia bermaksud bahawa mereka tidak boleh jual terus ke Singapura dengan adanya energy exchange ini? Apakah entiti yang akan menjadi single buyer ataupun single offtaker dan menjual kepada Singapura dan bagaimana pula dengan keuntungan yang akan diraih daripada penjualan dan pengeksportan secara bulk ke Singapura?
Kedua, ataupun Singapura retailer akan masuk ke energy exchange ini untuk menjadi offtaker? Kalau macam ini, kita perlu lagi ada willing charges. So, oleh itu saya rasa Suruhanjaya Tenaga perlu ada sikit indicative price untuk apakah willing charges kalau benda ini berlaku.
Ketiga adalah berkenaan dengan similar topic adalah berkenaan dengan setahu saya bukan sahaja kerajaan Singapura yang berminat untuk import tenaga boleh baharu.
Tetapi syarikat-syarikat di Singapura mereka secara private mereka nak membeli TBB secara private melalui private deal. Jika dengan energy exchange ini dan G2G adalah trading, maka kita akan mengecualikan peluang-peluang (opportunity) untuk private deal untuk berlaku. Kalau kita nak membenarkan ia berlaku, kita juga perlu ada willing charges. Oleh itu, no matter what we have to think about third-party access. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Puchong.
Pertama sekali tentang energy exchange dan third-party access yang telah dibangkitkan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yang kita maksudkan third-party access ini ialah untuk penjualan tenaga elektrik di dalam negara, di dalam pendekatan yang ada pada hari ini dan energy exchange ialah untuk pengeksportan. Energy exchange mengikut kelulusan yang telah diberikan oleh Jemaah Menteri masih lagi hanya untuk eksport, bukan untuk penggunaan domestik.
Jadi, energy exchange ini akan dikendalikan oleh single buyer tetapi kita tahu single buyer sekarang dia terletak secara ring-fenced dengan izin, di dalam TNB. Yang Berhormat Puchong memang arif tentang perkara ini. Jadi, hasrat kita untuk menimbulkan keyakinan kepada pasaran seiring dengan kita memberikan single buyer ini untuk menjaga energy exchange, kita hendak mengeluarkan single buyer daripada TNB to make it truly independent, dengan izin. Ini kerana itu dapat memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur yang ingin turut serta.
Seterusnya, tenaga-tenaga yang diperoleh oleh single buyer ini akan dijual ke pasaran Singapura dan kemudian akan disambut oleh retailer, retailer yang ada di sana, peruncit-peruncit tenaga elektrik. Ada kemungkinan kita tengok tapi dari segi practicality itu tentulah kita kena kaji sama ada kita boleh membentuk satu anak syarikat energy exchange misalnya untuk beroperasi di pasaran Singapura untuk membeli tenaga tersebut. Ataupun ia dijual secara langsung kepada retailer-retailer yang ada di sana.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Mengapa kita tidak membenarkan direct, penjualan secara langsung antara generations, tenaga boleh baharu di negara kita dengan pasaran Singapura ialah kerana kita hendak memastikan kita dapat menangkap premium tersebut dan ia dapat dikembalikan. Tadi kita ada bercakap tentang pelaburan RM180 bilion, anggaran sehingga 2050 untuk grid. Kita merasakan itu hanya dapat diperoleh dengan ada satu energy exchange yang dikawal oleh pihak kerajaan.
Kedua, kita tidak mahu ia socialize. Bermaksud nanti beban-beban untuk pembinaan grid dan sebagainya ini akan ditanggung oleh pengguna-pengguna elektrik biasa yang mungkin tidak kira tenaga elektrik mereka itu merah, hijau, biru dan sebagainya.
Tetapi saya faham, sememangnya perkara ini perlu diperbuat. Apa pasaran yang kita ada pada hari ini tidak dapat kita kekalkan untuk kita membuat pembaharuan- pembaharuan ini. Jadi, kita sedang melaksanakan independent single buyer untuk menerajui energy exchange tersebut. Saya setuju bahawa third-party access adalah sangat penting untuk kita meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu di dalam negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dato’ Speaker, jika boleh saya hendak dapatkan sedikit penjelasan lagi daripada penjelasan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
YB Menteri, saya memang tahu bahawa apa yang dikatakan energy exchange you don’t want to socialize tetapi apa TPA ataupun third-party contract boleh buat ialah untuk memastikan willing charges adalah cost reflective. Dengan begitu, kita tidak akan ask consumer di Malaysia untuk membayar grid. So, oleh itu saya tidak faham kenapa kerajaan nak single exchange, single buyer offtake the whole thing dan meraih keuntungan yang sepatutnya diraih oleh pemain-pemain RE.
Sekarang satu entiti sahaja yang akan mendapat keuntungan daripada penjualan ataupun premium daripada penjualan ke market di Singapura. Saya tak faham apakah logik itu. Sebab kalau kita nak pemain-pemain RE kita untuk berkembang, maka kita perlu bagi mereka untuk mendapatkan premium tersebut. Apa yang TNB ataupun single buyer boleh buat adalah memastikan bahawa willing charges itu adalah cost reflective melalui TPC ataupun TPA.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, terima kasih. Jadi, apa yang saya boleh katakan ialah pertama kita kena melihat bagaimana secara pelaksanaan kita dapat buat.
Kita ada 300 megawatt lagi kapasiti kita dalam interconnection yang sedia ada di antara
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Semenanjung dengan Singapura dan kita akan mulakan itu sebagai satu sandbox, dengan izin untuk pelaksanaan eksport tenaga. TNB dan pihak Singapura telah tandatangan untuk another dua gigawatt interconnection antara Singapura dan negara kita.
Jadi, atas dasar itu bahawa kita merasakan bahawa keperluan untuk interconnection ini satu perkara yang perlu dipimpin oleh kerajaan. Maka, kerana melihat daripada segi perancangan tenaga kita, jadi kita meletakkan energy exchange ini sebagai mekanisme untuk penyaluran perdagangan tenaga boleh baharu. Kalau berbanding dengan situasi dahulu ketika mana tenaga boleh baharu tidak boleh dieksport, maka sekarang mereka yang ingin menceburi di dalam bidang solar sama ada syarikat large scale solar mahupun kita yang ada bumbung di rumah-rumah kita di atas tanah, kita ada peluang yang lebih besar, pasaran yang lebih besar untuk kita menjual ke Singapura yang sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk tenaga boleh baharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kapar.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dato’ Pengerusi. Saya memang hendak memperbetulkan apa yang YB Menteri kata tadi tentang willing charges. Even interconnection can be cost reflective melalui willing charges through the TPA.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Puchong, saya nasihatkan tulis kepada Menteri. Yang Berhormat Kapar, silakan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Very interesting subject, Yang Berhormat Puchong. Tetapi saya terikat dengan masa. Dengan izin, I’m very particular and very interested in this aspect because it involves the profit of the country. In terms of derivability of the future sources of energy, but time limitation, all right.
Yang Berhormat Kapar, proceed.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya, apakah langkah kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dalam memastikan kewujudan persaingan yang adil di bawah sistem access pihak ketiga, TPA, mengambil kira peruntukan Akta Bekalan Gas 1993 dan Garis Panduan Persaingan untuk Pasaran Gas yang sedia ada.
Adakah pihak kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk mengehadkan bilangan lesen TPA yang boleh dimiliki oleh satu pihak agar tidak mewujudkan konflik kepentingan sepanjang pelaksanaan tanggungjawab oleh para pemegang lesen berkenaan? Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Dia ada dua jenis TPA. Satu untuk pasaran gas dan itu telah pun dimulakan di negara kita secara peringkat profesional.
Itu sebenarnya jatuh di bawah Kementerian Ekonomi sebab saya dengar tadi disebut tentang gas.
Tetapi kalau kita bercakap hari ini adalah tentang TPA elektrik, bekalan elektrik yang mana sebagaimana yang disebut kita sudah ada CGPP. Prinsipnya sama. Cuma, kalau CGPP ini dia terhad, dia 30 megawatt. Ada, baru ini kita telah ada dua pusingan proses pembidaan untuk membekalkan perkara tersebut.
Sebenarnya, dalam CGPP ini dia hanya ada satu macam seolah-olah willing charges yang disebut Puchong tersebut yang dibayar kepada pihak TNB kerana menyediakan grid dan sebagainya tetapi kadar tarif akhir yang dibayar oleh pihak pengguna itu antara pengguna tersebut dengan penjana tenaga. Jadi, itu tidak melibatkan pihak kerajaan. Itu antara willing buyer, willing seller. Kerana mungkin ada syarikat data center yang mereka ada komitmen, 2025 dia kena 50 peratus tenaga boleh baharu. Maka, mereka lebih terdesak dan mereka sanggup bayar lebih tinggi. Jadi, itu kita serahkan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
kepada antara kedua-dua pihak dan kerajaan tidak lagi campur tangan dalam hal itu.
Cuma sekarang had dia ialah 30 megawatt untuk setiap transaksi.
Jadi, sekarang apa yang dimaksudkan oleh Puchong sebentar tadi ialah untuk kita bergerak ke hadapan dan kita ada satu TPA yang lebih genuine, lebih luas dan itu memang kita mencadangkan untuk dilaksanakan. Apabila tahun 2025, kita ada tarif yang cost reflective supaya pengguna tenaga biasa macam kita ini tidak akan terbeban daripada tenaga lebih baharu yang lebih banyak dalam kapasiti negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Out of curiosity Menteri, does it involve solar? Tenaga solar?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yes, it is. Basically yang saya boleh katakan kebanyakannya adalah solar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Berikutannya saya ke soalan yang ke lapan. Saya mempersilakan Tuan Kalam bin Salan, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor lapan.
8. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan usaha proaktif dan inovatif kementerian bagi memperkukuhkan keupayaan institusi pendidikan tinggi serta memacu kecemerlangan bidang penyelidikan Malaysia menerusi perkongsian dan kerjasama strategik termasuk di dalam dan luar negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya bersetuju dengan pemerhatian Yang Berhormat bahawa pengukuhan keupayaan penyelidikan institusi pendidikan tinggi dan negara kita Malaysia sangat memerlukan perkongsian dan kerjasama seperti– dengan banyak pihak baik dari dalam mahupun luar negara.
Dalam hal ini, antara inisiatif utama kementerian adalah penawaran skim penyelidikan yang pelbagai kepada para penyelidik dari institusi penyelidikan tinggi awam dan swasta. Antara geran dan pembiayaan penyelidikan yang ditawarkan adalah geran penyelidikan fundamental ataupun dengan izin, Fundamental Research Grant Scheme
(FRGS), Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS), Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS), Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Malaysian Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB).
Selain daripada penyediaan geran penyelidikan oleh kerajaan, kementerian turut menggalakkan kerjasama penyelidikan dengan pelbagai pihak industri. Antara kerjasama yang dilakukan adalah meliputi 10 pemacu sosial ekonomi bagi Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE). Misalnya dalam bidang tenaga, perkhidmatan perniagaan dan kewangan, kebudayaan, kesenian dan pelancongan, perubatan dan penjagaan kesihatan, teknologi dan sistem pintar iaitu kejuruteraan dan pembuatan generasi baharu, bandar pintar, pengangkutan dan lain-lain.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat pelbagai pencapaian yang telah dikecapi oleh penyelidik kita. Antara pencapaian terkini termasuklah penghasilan kajian terhadap kanser lidah yang telah dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di institusi perubatan dan pergigian termaju Universiti Sains Malaysia.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Teknik rawatan Brachytherapy kanser lidah membolehkan pesakit dirawat tanpa perlu menjalani pembedahan pemotongan. Lebih daripada 70 orang pesakit telah menerima rawatan menggunakan kaedah ini sejak ia diperkenalkan. Hasil penyelidikan ini telah dibentangkan di persidangan radioterapi terunggul dunia di Vienna, Austria. Selain
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
itu, kumpulan penyelidik ini telah dipilih sebagai pakar bagi Pusat Latihan Brakiterapi Antarabangsa oleh Brachy Academy berpangkalan di Netherlands.
Satu lagi contoh hasil kajian adalah penyelidikan padi baharu, Putra 1 dan Putra 2 daripada Universiti Putra Malaysia yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi pada 15 Ogos 2023. Kedua-dua varieti padi ini telah diuji di 10 jelapang padi dan menunjukkan peningkatan hasil sehingga 30 peratus berbanding varieti semasa.
Penanaman varieti baharu ini akan dapat meningkatkan pendapatan pesawah.
Penyelidikan yang berimpak ini secara tidak langsung telah menyebabkan terjalinnya hubungan kerjasama strategik di antara institusi dalam dan luar negara.
Di peringkat antarabangsa pula, antara program dan kerjasama penyelidikan yang dilakukan adalah melalui Dana Penyelidikan Padanan Antarabangsa dengan izin, Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAiR). Kerjasama MyPAiR ini bertujuan mempertingkatkan penyelidikan antara institusi pendidikan tinggi (IPT) dengan industri tempatan serta agensi antarabangsa dalam bidang strategik. Perkongsian dan kerjasama penyelidikan ini tidak terhad kepada perkongsian kepakaran tetapi turut merangkumi konteks yang lebih luas seperti sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.
Antara hasil utama program MyPAiR adalah kejayaan pelaksanaan sembilan program atau Geran Penyelidikan Padanan Antarabangsa dengan kerjasama pelbagai agensi ternama dari empat negara iaitu Jepun, United Kingdom, Perancis dan Sepanyol.
Selain itu, program penyelidikan antarabangsa MyPAiR ini telah menghasilkan 73 orang penyelidik antarabangsa. Pada tahun 2023, 284 pelajar ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana bagi tempoh 2019 hingga 2023, 320 naskhah penerbitan berimpak tinggi sepanjang 2019 hingga 2023 dan telah berjaya menghasilkan sebanyak 40 harta intelek sepanjang tempoh yang sama.
Buat masa ini, kementerian sedang merancakkan usaha untuk mempelbagaikan lagi kerjasama dan perkongsian di pelbagai peringkat untuk menggalak dan memperkukuh keupayaan penyelidikan IPT negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih. Data menunjukkan di negara kita ini sekitar 87.5 peratus penyelidik yang berkhidmat di IPT dan pusat penyelidikan awam berada di institut tersebut berbanding negara lain seperti Thailand dan Singapore. Apakah inisiatif kerajaan untuk sekurang-kurangnyalah 50 peratus mereka- mereka ini berada di sektor awam dan industri? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dalam usaha kita untuk memperkasakan penyelidik ini di IPTA, kita terutamanya pada tahun ini kerajaan telah memberikan kita lebih sedikit peruntukan sebagai cara kita menambahkan lagi untuk mewujudkan lebih ramai penyelidik di peringkat IPTA kita terutamanya. Pada tahun 2024, kita diperuntukkan RM428.9 juta untuk tujuan penyelidikan yang melibatkan pelbagai dana seperti yang saya sebut awal tadi berhubung kait dengan:
(a) Dana Penyelidikan Fundamental;
(b) pengukuhan dan pemerkasaan universiti penyelidikan;
(c) dana suntikan pemerkasaan bidang IC;
(d) Pusat Kecemerlangan Pendidikan iaitu High Centre Research ataupun Pendidikan Tinggi Malaysia;
(e) Dana Inovasi dan Kajian Sosial;
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
(f) Dana Padanan Penyelidikan Antarabangsa dan Padanan Inisiatif Public Research Network; dan
(g) kajian bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi dan sepertinya.
(h) Banyak dia punya insentif yang kita telah ꟷ diberikan kerajaan dan kementerian sedang berusaha untuk memastikan ini akan dapat mendorong lebih ramai lagi penyelidik-penyelidik yang akan lahir di institut pengajian tinggi kita. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - D’to' Ramli bin D’to' Mohd Nor
Yang Berhormat, silakan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kajian ini banyak dibuat di peringkat universiti, insentif-insentif pun banyak dibuat. Kita juga ada masalah umpamanya dari segi isu keterjaminan makanan yang memerlukan banyak penyelidikan dan juga isu-isu yang berkaitan dengan cabaran ekonomi yang semasa dalam negara kita.
So, soalan saya, setakat mana kajian-kajian dibuat universiti ini membantu untuk mempertingkatkan lagi kualiti ꟷ dalam konteks keterjaminan makanan itu, setakat mana membantu dan juga dari segi ekonomi dalam negara kita ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pulai. Rasanya bila menyentuh soal program penyelidikan ꟷ MySTI ya? MySTI ya tadi sebut? Kita ꟷ merupakan satu penyelidikan yang untuk tujuan memang pun antaranya untuk kita memastikan dapat kita melahirkan penyelidik- penyelidik yang boleh membantu ke arah seperti Yang Berhormat sebut tadi, menambah baik keadaan apa yang diperlukan di negara kita ini. Tapi secara data yang lebih atau details, I don’t have it with me now tapi nanti lebih detailed, saya will give you jawapan secara bertulis ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya saya mempersilakan bagi soalan yang kesembilan, Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Dato’ Speaker.
*Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Soalan naik nombor sembilan, Yang Berhormat Menteri mohon jawapan paling padu.
[Tepuk]*
9. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan status terkini penaiktarafan Jalan Serandong/Perpat/Paloh/Batang Maro dan bilakah ianya dijangka dapat siap sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Projek Membina Jalan Serandong-Perpat-Paloh-Batang Maro bahagian Betong, Sarawak yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Kesebelas tahun 2020 dengan kos sebanyak RM117 juta. Skop bagi projek ini adalah membina jalan sepanjang 15 kilometer dengan spesifikasi JKR R1. Status semasa bagi projek tersebut adalah telah selesai perolehan tender terbuka prakelayakan peringkat pertama di bawah Perolehan Tender
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terbuka Prakelayakan Terpilih yang sedang dijalankan oleh pihak kementerian. Projek ini dijangka dapat ditender pada bulan Disember 2023 dan dijangka siap pada tahun 2027.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Batang Lupar, soalan tambahan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah memberikan satu harapan yang dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan kampung sekitar Perpat, Batang Maro dan Paloh, Serandong ini.
Soalan tambahan saya Dato’ Speaker, adakah jajaran jalan yang sedia ada ini akan diikut apabila pembinaan baharu ianya kelak? Kedua, adakah terdapat peruntukan yang diperuntukkan oleh kementerian sepanjang tempoh sehingga tahun 2027 penyiapan jalan ini untuk maintenance dengan izin dan sebagainya?
Saya ingin bertanya juga, kenapa terlalu lama untuk jalan yang sepanjang 15 kilometer disiapkan mengambil masa sehingga 2027? Sekian Dato’ Speaker, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian jalan Yang Berhormat bangkitkan berdekatan dengan sungai yang mengalami hakisan yang teruk adalah merujuk kepada cadangan asal jajaran jalan baharu dari simpang Kampung Perpat ke Jalan Utama Batang Seribas-Krian sepanjang 5.5 kilometer di bawah skop projek ini.
Cadangan jajaran baharu ini bagaimanapun telah dipinda setelah mengambil kira pelbagai input dan ulasan daripada pihak SPA dan juga wakil rakyat kawasan supaya menjauhi kawasan berhampiran sungai yang terdedah dengan hakisan.
Cadangan jajaran baharu yang menjauhi kawasan berdekatan sungai telah pun diluluskan oleh SPA pada 16 April 2021. Justeru itu, kebimbangan Yang Berhormat berkenaan dengan isu telah diambil kira oleh pihak agensi pelaksana iaitu pihak JKR Sarawak dalam pelaksanaan projek ini.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Selain daripada itu, sementara menunggu pelaksanaan projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2027, pihak JKR Sarawak akan memastikan jalan gravel yang sedia ada akan diselenggarakan secara berkala menggunakan peruntukan penyelenggaraan di bawah JKR bahagian sebelum pembinaan dan di bawah kontraktor semasa dalam pembinaan. Ini memastikan jalan tersebut dapat digunakan sepenuhnya oleh penduduk sementara menunggu projek siap sepenuhnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya walaupun itu berkenaan dengan Batang Lupar, saya hendak pergi seluruh Malaysia-lah ya. Apakah usaha penambahbaikan kerajaan terhadap mekanisme bagi memantau status kemajuan projek-projek pembangunan desa termasuk pembinaan dan penaiktarafan jalan dan laluan perhubungan sebagai usaha meningkatkan ketersambungan di kawasan pedalaman, luar bandar dan kawasan perkampungan Orang Asli dan Orang Asal termasuk di Sabah dan Sarawak juga? Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat Kapar atas soalan tambahan tadi. Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian mengambil serius tentang pelaksanaan projek-projek di bawah kementerian termasuk jalan-jalan perhubungan desa, tidak semestinya jalan luar bandar.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Pihak kementerian telah mengambil beberapa pendekatan yang pertama kita bekerjasama dengan kerajaan negeri khususnya dalam usaha kita memastikan pasukan khasnya pihak teknikal negeri, JKR ya melaksanakan pemantauan terhadap projek-projek yang dilaksanakan supaya isu dan masalah yang dihadapi semasa proses pelaksanaan dapat diselesaikan dengan segera. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, isu- isu yang berkaitan dengan pelaksanaan projek ini kebanyakan timbul disebabkan isu jajaran tanah dan sebagainya. Ini memerlukan sokongan kerjasama daripada kerajaan negeri dan juga kawasan berkenaan.
Selain daripada itu, kita juga telah mewujudkan beberapa jawatankuasa teknikal di peringkat kementerian, di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah. Kita melihat perkara macam ini boleh mengurangkan isu-isu kelambatan dalam pelaksanaan projek di bawah kementerian kita. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Menteri, Ahli Parlimen Cameron Highlands hendak bertanya sikit. Yang Berhormat Menteri, pada sebulan lebih yang lepas telah berlaku tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil yang melibatkan hampir 17 hingga ke 18 keluarga perlu dipindahkan dan mereka sudah duduk di pusat penempatan semula (PPS) hampir sebulan lebih.
Apakah tindakan yang KKW untuk menyelesaikan perkara ini? Saya pohon – Ahli Parlimen Cameron Highlands pohon dapat benda ini disegerakan pembaikan cerun-cerun yang berkenaan.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan yang menarik juga sebenarnya dan lari daripada soalan asal.
[Ketawa] Tetapi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian khasnya JAKOA telah mengambil perhatian yang serius dalam perkara ini dan telah pun melantik agensi pelaksana kementerian KKR untuk memastikan pelaksanaan pembinaan rumah-rumah untuk mangsa-mangsa keruntuhan cerun berkenaan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pihak JKR mengambil masa untuk membuat kajian terhadap cerun-cerun berkenaan dan ia melibatkan – dan tidak boleh diambil dalam jangka masa yang pendek. Sebab itu kita sedia maklum mangsa atau penduduk Orang Asli itu sudah duduk di PPS hampir dua bulan dan pihak kementerian sekarang telah pun berurusan dengan TNB yang mana di kawasan yang berhampiran ada kuarters-kuarters kosong sebanyak 15 buah yang mana kita telah mendapat persetujuan lisan untuk kita gunakan sebagai penempatan sementara mangsa-mangsa berkenaan.
Setelah pihak TNB dan juga kementerian khususnya JAKOA ada understanding kita akan membaik pulih kuarters berkenaan dan kita akan tempatkan kepada mangsa- mangsa berkenaan sementara menunggu pelaksanaan projek di bawah JKR itu nanti. Kita ada kekurangan dua, kita tengah berurusan dengan kerajaan negeri ya sebab pada kuarters negeri juga ada di sana. Insya-Allah jumlah ini akan mampu menampung sebagai tempat sementara menunggu rumah sebenar dibina untuk mangsa-mangsa berkenaan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah Menteri Sumber Tenaga Asli pun ada di sini. TNB di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri, saya pohon dapat dipertimbangkan kuarters-kuarters berkenaan. Moga mereka Orang-orang Asli ini dapat duduk dalam rumah yang sempurna menanti tempat perkampungan halaman mereka diperbaiki. Baik.
Berikutnya saya ke soalan yang kesepuluh. Saya mempersilakan Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Kelantan berikan peruntukan tanpa rundingan, ADUN PH dan BN tidak perlu mengeluh, Mohon Menteri berikan pencerahan, Soalan Kuala Krai Nombor 10.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
10. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan:
(a) adakah kementerian berhasrat menaik taraf Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
(JKPTG) kepada sebuah jabatan khusus yang lebih lengkap keperluannya; dan
(b) apakah langkah terkini kementerian dalam menangani isu lambakan tunggakan kes pembahagian pusaka khususnya selepas Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)
(Pindaan) 2021 diluluskan Parlimen.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Sebelum saya menjawab, untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, selepas Tuan Yang di-Pertua bertanya tentang soalan masalah harta benda Orang Asli akibat haiwan liar, kita sekarang ꟷ PM sudah umum dalam Belanjawan 2024 untuk tabung pampasan kerosakan harta benda.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian menerusi JKPTG dalam peringkat memperhalusi pelan pengukuhan perjawatan Bahagian Pembahagian Pusaka bagi menangani isu peningkatan permohonan kes. Pengukuhan bahagian tersebut adalah selaras dengan pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] yang telah memperluas had nilai pengurusan pusaka oleh JKPTG daripada RM2 juta kepada RM5 juta secara total yang merangkumi kedua-dua aset alih dan aset tidak alih. Pelan pengukuhan ini akan diangkat kepada JPA bagi semakan dan pandangan yang seterusnya.
Kementerian telah diluluskan dengan 100 perjawatan secara contract of service oleh JPA bermula tahun 2021 dan seramai 95 orang kakitangan lantikan secara kontrak telah pun diisi dalam membantu menyelesaikan kes tunggakan harta pusaka mulai awal Januari 2023. Baki lima orang tersebut akan diisi secara berperingkat mengikut keperluan. Pegawai-pegawai kontrak ini juga telah pun ditempatkan di unit-unit pembahagian pusaka di seluruh Semenanjung bagi membantu menjalankan perbicaraan dan urusan pentadbiran pembahagian harta pusaka kecil.
Selain itu, Jabatan JKPTG turut melaksanakan penempatan sementara pegawai petugas khas dari Unit Petugas Khas JKPTG untuk membantu menjalankan perbicaraan tunggakan kes pembahagian harta pusaka kecil. Seramai 95 orang pegawai daripada pelbagai gred telah diarahkan untuk membantu dalam menyelesaikan kes tunggakan urusan pusaka kecil sehingga hari ini.
Pelaksanaan inisiatif pengambilan pegawai-pegawai ini sama ada secara lantikan kontrak ataupun penempatan sementara bagi Pegawai Petugas Khas JKPTG tersebut secara langsung telah memberi impak yang sangat positif di dalam mempercepatkan perbicaraan dan penyelesaian permohonan harta pusaka kecil yang diterima oleh JKPTG sebelum Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 dikuatkuasakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan.
Sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi, pindaan Akta Harta Pusaka Kecil pada
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
tahun 2022 telah melibatkan peningkatan bidang kuasa JKPTG daripada RM2 juta kepada RM5 juta dan merangkumi kedua-dua aset alih dan tidak alih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Soalan saya ialah pada tahun ini, berapakah jumlah kes pembahagian pusaka yang telah berjaya diselesaikan? Apakah wujud usaha pihak kementerian dengan kerjasama Majlis Agama Islam negeri-negeri dalam mempromosi perkhidmatan perancangan dan perwarisan harta termasuk pendedahan kepada masyarakat mengenai prosedur dan kepentingan pengurusan harta berlandaskan syariat secara sistematik untuk mengelakkan harta pusaka dibekukan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Saya akan bacakan secara keseluruhan. Kalau pada tahun 2021, tunggakan kes penyelesaian pusaka adalah berjumlah 72,348 kes. Ia bertambah menjadi 151,139 pada tahun 2022 tetapi sebanyak 63,293 telah dapat diselesaikan pada tahun 2022 mewakili 41.8 peratus. Bagi mempercepatkan proses penyelesaian pusaka, ada 95 orang kakitangan daripada 49 pegawai Gred N41 dan 46 pegawai dari kumpulan sokongan jawatan Pembantu Tadbir N19 telah diambil secara kontrak untuk membantu bahagian pembahagian pusaka.
Ia telah pun membuahkan hasil di mana sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 73,514 kes permohonan pusaka telah diselesaikan daripada jumlah keseluruhan 149,111 yang mewakili 49 kes tunggakan dan kes tahun semasa 2023. Jadi, saya setuju cadangan yang baik untuk kita memberikan kesedaran kerana antara punca banyak masalah ini memakan masa yang lama ialah apabila tidak ada pemahaman di kalangan keluarga tentang soal harta pusaka ini dan ia akan menjadi harta yang tidak dituntut dan akan banyak red tape yang dengan izin, yang perlu dilalui sebelum dapat semula harta tersebut.
Jadi, itu satu cadangan yang baik yang akan kita ambil perhatian untuk kita perbaiki.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan sebelah kerajaan? Yang Berhormat, jika tidak ada Ahli Parlimen Cameron Highlands nak bertanya.
Okay, baik. Yang Berhormat Menteri, saya telah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad selama tiga tahun. Salah satu pendapatan Amanah Raya Sendirian Berhad, satu syarikat penuh milik Kementerian Kewangan adalah pengurusan harta pusaka. Jika ini berlaku sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, apakah fungsi Amanah Raya Berhad dan ke manakah hala tuju tersebut? Ini melibatkan satu agensi yang ramai keanggotaannya, pendapatannya quite significant in terms of profit dengan izin, kepada Amanah Raya Sendirian Berhad. Pohon jawapan daripada Menteri tentang perkara ini.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pindaan Akta Harta Pusaka Kecil sebenarnya tidak akan menjejaskan peranan Amanah Raya Berhad dan pindaan yang dibuat ini adalah sebagai satu pilihan sebagai opsyen kepada rakyat sahaja yang mana mereka boleh memilih untuk menggunakan mekanisme ataupun agensi Amanah Raya ataupun menerusi dengan unit harta pusaka ini. Jadi, ada perkara tersebut terhidang di depan orang ramai. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bermaksud, bermaksud rakyat ada pilihan?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sama ada tunggu Amanah Raya atau kepada pihak kementerian?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 18(1) saya baca, “Sesiapa ahli yang selain Menteri bolehlah berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran untuk hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membaca teks usul yang diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua.” Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghantar satu usul untuk bincangkan lebih daripada 100 lebih rakyat Malaysia yang terkandas di utara Myanmar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Sebentar ya. Saya semak dengan Setiausaha Dewan. Yang Berhormat Miri, ia dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan saya percaya Yang Berhormat ada petang ini, beliau naik untuk mempengerusi dengan izin, you can ask him.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Good. Baik kita teruskan kepada Setiausaha Dewan. Menteri.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang di-Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik D.R. 25/2023 Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 seperti yang tertera di nombor 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini, Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Dewan mengambil maklum atas perkara pemakluman Menteri itu.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang- undang Kewangan (No. 2) 2023 dan Rang Undang-undang Syarikat
(Pindaan) 2023 seperti di No. 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 29 November 2023.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong usul Menteri?
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti telah dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-undan bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan pendaftaran, pengiklanan, kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Dr. Zaliha binti Mustafa]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu akta yang meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Duti Hiburan 1953, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Pelancongan 2017, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Levi Pelepasan 2019 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan. Baca terus.
Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua.
Akhlak dihisab dengan bicara, Emas dihisab dengan fatanah, Rakyat dihisab dengan suara, Ketua dihisab dengan amanah. Izinkan saya Rang Undang-undang Kewangan No. 2 (2023) yang dicadangkan adalah bagi menguat kuasa langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 yang lalu. Antaranya pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai minimum global dan elektronik invois ataupun invois elektronik (e-invoice) dengan izin. Selain itu, Rang Undang-undang ini juga akan bertujuan untuk menambah baik pentadbiran cukai langsung dan tidak langsung yang memerlukan pindaan kepada akta-akta yang berkaitan.
Justeru itu, secara keseluruhannya Rang Undang-undang ini mengandungi 142 fasal yang dibahagikan kepada 15 bab bagi meminda 14 akta cukai langsung dan cukai tidak langsung seperti yang saya nyatakan tadi. Saya mohon untuk menghuraikan setiap
Tuan Sim Chee Keong
bab di dalam Rang Undang-undang ini seperti berikut– dia ada 239 muka surat dan sebahagian ataupun separuh daripadanya adalah tentang cukai minimum global, 127 muka surat.
Tuan Sim Chee Keong
Bab I merupakan bab permulaan. Bab ini mengandungi Fasal 1 yang menyatakan tajuk ringkas akta iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan (No.2) 2023. Bab II, pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Bab ini mengandungi 32 fasal iaitu fasal 3 hingga 34 yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi melaksanakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 di samping pindaan bagi menambah baik pentadbiran cukai.
Fasal 3 bertujuan untuk menetapkan tarikh kuat kuasa pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal iaitu mulai 1 Januari 2024. Pelaksanaan e-Invois secara berperingkat mulai 1 Januari 2024. Layanan cukai bagi pembayar cukai korporat dan individu yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 mulai tahun taksiran 2024 dan Cukai Minimum Global yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2025.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan e-Invois secara berperingkat akan dimulakan dengan pembangunan sistem dan projek rintis bersama pembayar cukai terpilih seterusnya seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju untuk menguat kuasa e-Invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan ataupun jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024. Manakala bagi pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya, e-Invois akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.
Fasal 4 bertujuan memasukkan takrif baharu bagi capital asset dan stock exchange berhubung berkenaan Cukai Keuntungan Modal. Takrifan electronic invoice yang mengehendaki mana-mana orang untuk mengeluarkan invoice electronic atau apa- apa dokumen yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri tentang barang yang dijual ataupun perkhidmatan yang dilaksanakan dan meminda takrif foreign tax untuk menjelaskan bahawa bagi maksud kenaan cukai ke atas pendapatan di bawah undang- undang negara luar Malaysia hendaklah merujuk kepada negara luar Malaysia di mana pendapatan yang sama itu terbit.
Fasal 5 dan 6 memperuntukkan bahawa laba ataupun keuntungan daripada pelupusan aset modal sebagai kelas pendapatan yang boleh dikenakan cukai, manakala fasal 7 memperuntukkan bahawa pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi pelupusan aset modal oleh syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi adalah tertakluk kepada kadar cukai sebagaimana yang dinyatakan di bawah bahagian baharu XXI dalam Jadual 1, Akta Cukai Pendapatan 1967.
Fasal 8 pula memperuntukkan bahawa laba atau keuntungan daripada pelupusan saham oleh suatu syarikat terkawal yang diperbadankan di luar Malaysia hendaklah disifatkan diperoleh dari Malaysia sekiranya syarikat itu memiliki hartanah yang terletak di Malaysia yang mana harga pasaran harta tanah itu adalah lebih daripada 75 peratus daripada nilai aset ketaranya.
Fasal 9 memperuntukkan bahawa had penggunaan dana terkumpul untuk menjalankan perniagaan ataupun mengambil bahagian dalam perniagaan oleh institusi atau organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) dinaikkan daripada tidak melebihi 25 peratus kepada tidak melebihi 35 peratus.
Seterusnya, fasal 10 bertujuan untuk menjelaskan pelepasan cukai individu yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 iaitu:
(a) skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diperluas meliputi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan atau anak, terhad kepada RM1,000.
(b) skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk ibu bapa diperluaskan meliputi rawatan pergigian dan pemeriksaan perubatan lengkap. Walau bagaimanapun, skop pelepasan cukai
Tuan Sim Chee Keong
bagi perbelanjaan pemeriksaan perubatan lengkap untuk ibu bapa adalah terhad untuk RM1,000.
(c) skop pelepasan cukai bagi gaya hidup diperluas meliputi perbelanjaan untuk apa-apa kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri selain kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia.
(d) perbelanjaan bagi pembelian peralatan sukan dan yuran keahlian gimnasium dikeluarkan daripada skop pelepasan gaya hidup, namun dimasukkan semula ke dalam pelepasan cukai baharu yang merangkumi pembayaran yuran latihan sukan bagi menjalankan aktiviti sukan yang disenaraikan di bawah Akta Pembangunan Sukan dengan had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.
(e) tempoh pelepasan bagi perbelanjaan yuran kursus peningkatan kemahiran dan kemajuan diri yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026, dan
(f) lagi sekali tempoh pelepasan cukai bagi bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa beli peralatan atau langganan penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 11 memperuntukkan bahawa keuntungan yang terbit daripada realisasi pelaburan suatu unit amanah adalah dianggap sebagai pendapatan badan amanah. Manakala, realisasi harta tanah sebagaimana ditafsirkan dalam Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 tidak boleh dianggap sebagai pendapatan badan amanah tersebut.
Fasal 12, 13, 14, 18, 19, 20, 21, 23 dan 25 bertujuan memperjelas peruntukan tentang pentadbiran Cukai Keuntungan Modal seperti pengemukaan Borang Nyata Cukai secara elektronik dalam tempoh enam bulan, eh 60 hari. Maaf, 60 hari bukan enam bulan ya. 60 hari dari tarikh pelupusan, kesalahan, penalti, rayuan, relif, kutipan dan bayaran balik cukai.
Fasal 15 dan 16 bertujuan memasukkan peruntukan baharu berhubung pelaksanaan e-Invois seperti kewajipan kepada perniagaan untuk mengeluarkan e-Invois bagi transaksi jualan barangan atau perkhidmatan yang dilaksanakan dan kewajipan untuk memberi maklumat serta mengemukakan dokumen melalui medium elektronik.
Fasal 17 untuk mengecualikan majikan daripada mengemukakan notis sekiranya pekerja masih meneruskan penggajian selepas pemberhentian. Pindaan juga memperuntukkan bahawa dokumen penyata di bawah seksyen 83 hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri melalui medium elektronik.
Fasal 22 bertujuan untuk menetapkan bahawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana ataupun PMKS yang 20 peratus modal berbayarnya dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh satu atau lebih syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia atau oleh satu atau lebih individu bukan warganegara Malaysia, maka perlu mengemukakan anggaran cukai pendapatan mulai tahun pertama operasi perniagaan.
Selain itu, syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi boleh mengemukakan anggaran cukai pendapatan yang perlu dibayar dalam bulan keenam, bulan kesembilan atau bulan kesebelas, atau ketiga-tiga bulan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
Fasal 26 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk mengeluarkan garis panduan bagi memperjelaskan peruntukan di dalam akta atau memudah cara pematuhan undang-undang berkaitan.
Fasal 27 memberikan akses kepada Ketua Pengarah Kastam ke atas maklumat e-Invois setakat yang perlu bagi menjalankan tugas fungsinya. Pindaan ini juga bertujuan
Tuan Sim Chee Keong
untuk meluaskan tafsiran orang yang dikelaskan untuk termasuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada maklumat e-Invois.
Fasal 28 mengadakan peruntukan yang membolehkan pengurusan syarikat untuk memberi kebenaran secara bertulis kepada pekerjanya untuk mengemukakan apa-apa borang yang ditetapkan bagi pihaknya mengikut cara yang diperuntukkan di bawah akta.
Fasal 29 dan 30 bertujuan memasukkan bahagian baharu iaitu Bahagian XI yang mengandungi peruntukan bagi melaksanakan GMT di Malaysia (Global Minimum Tax) dengan izin, dengan mengguna pakai The Globe Rules yang ditetapkan oleh Organization for Economic Co-operation and Development (OECD).
Tuan Sim Chee Keong
Secara ringkasnya GMT adalah merujuk kepada pengenaan kadar cukai efektif minima di peringkat global pada kadar 15 peratus bagi memastikan persaingan yang saksama antara negara dalam menarik pelaburan asing. GMT akan dikenakan kepada Kumpulan Perusahaan Multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya Euro 750 juta bukan ringgit dalam dua tahun kewangan berturut- turut.
Fasal 31 memasukkan bahagian baharu iaitu Bahagian XXI ke dalam Jadual 1 bagi memperuntukkan kadar cukai keuntungan modal.
Fasal 32 menetapkan bahawa elaun modal khas yang diberikan tanpa had bagi aset nilai kecil tidak layak dituntut oleh PMKS jika 20 peratus atau lebih modal berbayarnya dimiliki oleh satu atau lebih syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia atau oleh satu atau lebih individu yang bukan warganegara Malaysia.
Fasal 33 bertujuan meminda peruntukan tentang pendapatan sesuatu institusi, organisasi atau dana yang diluluskan di bawah sub seksyen 44(6) adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan dalam suatu tahun taksiran selagi mana institusi, organisasi atau dana itu mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan dalam tahun taksiran itu dan memperuntukkan bahawa pengecualian cukai keuntungan modal diberikan kepada semua pelupusan aset modal selain daripada pelupusan saham tidak tersenarai di Bursa Saham dan pelupusan saham oleh syarikat luar Malaysia yang memiliki hartanah di Malaysia.
Fasal 34 bertujuan meminda takrif foreign income bagi mengasingkan tafsiran pendapatan asing antara kredit sehala ataupun unilateral credit dengan kredit dua hala bilateral credit. Bab III - Pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976. Bab ini Tuan Yang di-Pertua terdiri daripada 16 fasal iaitu fasal 35 hingga fasal 50 yang bertujuan meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Cukai ataupun fasal 35 menyatakan tarikh kuat kuasa pindaan bagi melaksanakan Cukai Keuntungan Modal mulai 1 Januari 2024 dan sistem tafsir sendiri Cukai Keuntungan Harta Tanah mulai 1 Januari 2025.
Fasal 36 memasukkan takrif baharu tentang “amanah perniagaan” dan untuk menjadikan suatu amanah perniagaan termasuk dalam takrif “syarikat”. Fasal 37 hingga 49 memperuntukkan pindaan berkaitan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah antaranya seperti ada lima perkara:-
(a) mewajibkan pengiraan cukai sendiri dan mengemukakan borang nyata cukai keuntungan harta tanah dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan;
(b) memperuntukkan bahawa jika nilai pasaran diambil kira bagi maksud membuat suatu penyata, nilai pasaran itu adalah berdasarkan penilaian yang dibuat oleh seorang penilai;
(c) borang nyata cukai yang dikemukakan adalah disifatkan sebagai suatu notis taksiran yang telah diserahkan kepada pembayar cukai pada tarikh taksiran disifatkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri;
Tuan Sim Chee Keong
(d) bagi suatu taksiran ke atas penyata yang dibuat di bawah subseksyen 14(1), cukai atau cukai tambahan yang kena dibayar hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan; dan akhir sekali
(e) dokumen hendaklah disimpan bagi tempoh tujuh tahun daripada akhir tahun taksiran dalam mana taksiran tersebut telah dibangkitkan.
Fasal 50 bertujuan meminda Jadual 2 bagi memasukkan takrif “koperasi” dan “badan amanah” serta memperuntukkan perolehan dan pelupusan saham syarikat harta tanah di bawah akta ini adalah tidak terpakai kepada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024. Walau bagaimanapun, entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 masih tertakluk pada taksiran di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 untuk pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai.
Bab IV - Pindaan Kepada Akta Setem 1949. Bab ini terdiri daripada 20 fasal iaitu fasal 51 hingga fasal 70.
Fasal 51 menyatakan bahawa tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat dalam Akta ini adalah mulai 1 Januari 2024.
Fasal 52 memasukkan takrif baharu mengenai “writing” or “written” yang memperuntukkan bahawa surat cara adalah termasuk surat cara elektronik.
Fasal 53, 54, 55, 58, 59, 69 dan 70 bertujuan meminda seksyen dan jadual berkaitan bagi menghentikan penggunaan setem pelekat serta mesin frangki pos dan digital untuk setem tertera.
Fasal 56 bertujuan untuk menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi menjalankan bidang kuasa asalnya dan bukannya bidang kuasa rayuan semasa mendengar rayuan terhadap keputusan Pemungut di bawah seksyen 38A, Akta Setem 1949.
Fasal 57 memperuntukkan bahawa tarikh penerimaan surat cara secara penghantaran elektronik hendaklah ditentusahkan dengan pengemukaan suatu salinan atau cetakan penghantaran elektronik itu.
Fasal 60 dan 61 bertujuan mengemas kini penandaan penalti ke atas surat cara dan elaun bagi setem pelekat yang rosak disebabkan oleh penggunaan setem pelekat yang telah dihentikan.
Fasal 62 memperuntukkan kesalahan tidak membatalkan setem pelekat oleh orang yang dikehendaki di bawah undang-undang untuk membatalkan suatu setem pelekat disebabkan oleh pemberhentian penggunaan setem pelekat.
Fasal 63 hingga 67 bertujuan memotong seksyen 71, 72, 73 dan perenggan 82(a) serta 82(b) susulan pemberhentian penggunaan setem pelekat serta mesin frangki pos dan digital.
Fasal 68 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama bagi memperuntukkan bahawa:
(a) had duti setem RM2,000 ke atas surat cara pinjaman atau pembiayaan patuh syariah dalam mata wang asing dimansuhkan;
(b) duti setem bagi surat cara pemindahan, penyerahhakan, pemindahan hak milik atau bil jualan mutlak bagi apa-apa harta kepada syarikat asing atau seorang yang bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap adalah pada kadar empat peratus; dan
(c) duti setem bagi pelepasan hak oleh benefisiari harta pusaka si mati kepada benefisiari Iain yang berhak di bawah harta pusaka yang sama adalah RM10.
Bab V – Pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab ini terdiri daripada lapan fasal iaitu 71 hingga fasal 78.
Tuan Sim Chee Keong
Fasal 71 menyatakan tarikh kuat kuasa pelaksanaan e-Invoice mulai 1 Januari 2024 pindaan berhubung layanan cukai bagi operasi petroleum yang berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2024 dan pelaksanaan cukai minimum global (GMT) mulai 1 Januari 2025.
Fasal 72 Tuan Yang di-Pertua, bertujuan meminda seksyen 2 untuk memasukkan takrif baharu bagi “electronic invoice” yang mengehendaki mana-mana orang untuk mengeluarkan invois elektronik. Kedua, menggantikan takrif “secondary recovery” bagi membenarkan elaun modal dipercepatkan layak dituntut ke atas perbelanjaan bagi kaedah secondary recovery.
Ketiga, memperuntukkan bahawa jika suatu perkongsian menjalankan operasi petroleum di bawah dua atau lebih perjanjian petroleum dan kawasan di bawah perjanjian tersebut adalah bersempadan maka operasi petroleum dalam kawasan tersebut hendaklah dikira sebagai dijalankan di bawah satu perjanjian petroleum. Dalam hal ini, semua anggota dalam perkongsian ini adalah pihak asal yang sama di dalam perjanjian petroleum dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Fasal 73 memperuntukkan penggunaan Globe Rules bagi pelaksanaan GMT di Malaysia ke atas syarikat yang membayar cukai di bawah Akta Petroleum di bawah Cukai Pendapatan 1967. Di bawah pelaksanaan GMT, entity constituent atau dalam bahasa mudah subsidiari atau anak syarikat bagi Kumpulan Perusahaan Multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya Euro 750 juta dalam dua tahun kewangan berturut-turut akan tertakluk kepada kenaan top-up tax di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Fasal 74 bertujuan untuk menjelaskan bahawa pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleum mana-mana orang selain daripada Petroleum Nasional Berhad ataupun Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand hendaklah ditentukan dengan rujukan kepada setiap perjanjian petroleum secara berasingan.
Tuan Speaker, jam pukul 1.00 saya sambung ataupun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sudah habiskah Chapter Five ini?
Tuan Sim Chee Keong
Belum lagi ada beberapa muka surat lagi saya, ada lima – enam muka surat lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, bercadang pukul 2.30 petang?
Tuan Sim Chee Keong
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Fasal saya ingat tadi tinggal sedikit lagi itu tetapi kalau Yang Berhormat hendak sambung 2.30 it is okey.
Tuan Sim Chee Keong
Saya boleh sambung kalau diberikan masa supaya ia
boleh terus kepada perbahasan selepas lunch. Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri. Saya 2.30 pun saya akan naiklah.
Tuan Sim Chee Keong
Jadi sambungkah atau ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
It is up to you.
Tuan Sim Chee Keong
Jadi saya minta sambung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sampai only Chapter Five, ya.
Tuan Sim Chee Keong
Sampai apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dan... [Tidak jelas]
Tuan Sim Chee Keong
Ya, sampai Chapter Six, Seven.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Chapter Five dan boleh disambung kemudian selepas 2.30 lah.
Tuan Sim Chee Keong
Okey, boleh, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Chapter Five only. Baik.
Tuan Sim Chee Keong
Okey. Fasal 75 hingga 77 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu bagi pelaksanaan e-Invoice bagi syarikat petroleum huluan. Peruntukan ini adalah selaras dengan peruntukan berhubung invois elektronik yang dibuat dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.
Seterusnya, fasal 78 memperuntukkan bahawa pengurusan syarikat boleh memberikan kebenaran secara bertulis kepada pekerjanya untuk mengemukakan apa- apa borang yang ditetapkan bagi pihaknya mengikut cara yang diperuntukkan di bawah akta ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri chapter, chapter yang seterusnya dengan izin, akan disambung pada jam 2.30. Dengan ini Dewan berehat sehingga ditangguhkan sehingga jam 2.30.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Menteri, sambung.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon untuk sambung ucapan saya untuk Rang Undang-undang Kewangan. Sekarang saya sambung di Bab VI iaitu pindaan kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Bab ini terdiri daripada 8 fasal iaitu dari fasal 79 hingga fasal ke 86 yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990
(LBATA) berhubung dengan pelaksanaan e-invois dan GMT.
Fasal 79 menyatakan tarikh kuat kuasa pelaksanaan e-invois mulai 1 Januari 2024 dan pelaksanaan GMT mulai 1 Januari 2025.
Fasal 80 memasukkan takrif baharu bagi “invois elektronik” yang merujuk kepada definisi di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Fasal 81 memperuntukkan penggunaan GloBE Rules bagi pelaksanaan GMT ke atas entiti Labuan yang membayar cukai di bawah LBATA 1990. Seperti ditetapkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, subsidiari atau anak syarikat bagi Kumpulan Perusahaan Multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang- kurangnya 750 juta Euro akan turut tertakluk untuk kenaan top-up tax. Fasal 84 hingga 86 pula bertujuan memasukkan seksyen baharu bagi pelaksanaan e-invois, selaras dengan peruntukan sama yang dibuat dalam pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bab VII sehingga Bab XV merupakan pindaan kepada akta-akta cukai tidak langsung. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya terdapat 9 akta cukai tidak langsung yang dipinda dalam Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2023 ini iaitu Akta Duti Hiburan 1953, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Levi Kenderaan Barang
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
1983, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Pelancongan 2017, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Levi Pelepasan 2019.
Pindaan utama yang dilaksanakan dalam setiap akta adalah bertujuan untuk memansuhkan peruntukan berkaitan tempoh 120 hari ataupun 3 bulan untuk mendapatkan pengesahan ke atas perintah atau perundangan subsidiari lain yang telah dibentangkan sebagai risalat dalam Dewan Rakyat.
Di bawah kesemua akta cukai tidak langsung yang terlibat, Parlimen telah memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk membuat perintah ataupun perundangan subsidiari lain bagi mengenakan, menaikkan, menurunkan atau meremitkan cukai melalui peruntukan dalam akta-akta tersebut.
Pemansuhan peruntukan berkaitan tempoh 120 hari atau 3 bulan untuk mendapatkan pengesahan adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran cukai. Ini memandangkan perintah ataupun perundangan subsidiari tersebut adalah bersifat, dengan izin, negative resolution procedure di mana perkara yang diwartakan melalui perintah atau perundangan subsidiari telah pun berkuat kuasa dan dilaksanakan lebih awal sebelum ia dibentangkan sebagai risalat di Dewan Rakyat.
Selain itu, pindaan turut dilaksanakan ke atas Akta Cukai Jualan 2018 berhubung pelaksanaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah seperti tafsiran kepada terma platform atas talian sendiri, memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk memberi pengecualian dan membuat bayaran balik cukai serta memasukkan seksyen baharu bagi memastikan cukai jualan import tidak dikenakan ke atas barang bernilai rendah yang telah pun dikenakan cukai jualan.
Jadual kepada Akta Cukai Jualan 2018 juga dipinda berkenaan tempoh bercukai dan menggantikan terma barang bercukai kepada barang bernilai rendah. Pindaan bersifat pentadbiran di bawah akta yang sama, turut dilaksanakan bagi membolehkan Ketua Pengarah Kastam melulus permohonan secara bertulis bagi menggugurkan mana- mana butir yang perlu dalam nota kredit atau nota debit.
Seterusnya, pindaan lain di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 adalah bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam bagi meluluskan permohonan oleh orang berdaftar untuk meminda amaun cukai perkhidmatan yang terlebih bayar dan akan diakaunkan dalam penyata bagi tujuan bayaran balik cukai perkhidmatan kepada pelanggannya.
Terdapat juga pindaan bagi memberi kemudahan kepada orang berdaftar asing untuk mempunyai tempoh bercukai yang sepadan dengan bulan terakhir pada akhir tahun kewangan syarikat. Ini bagi memastikan tempoh bercukai yang lebih tersusun dan sistematik pada awal tempoh pendaftaran.
Pindaan sampingan turut dilaksanakan ke atas Akta Cukai Pelancongan 2017, Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 bagi menambah baik pentadbiran cukai dengan meminda borang atau butiran yang ditetapkan kepada bentuk dan cara yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah Kastam. Pelbagai jenis borang kastam yang digunakan pada masa ini tidak lagi perlu ditetapkan di bawah peraturan, sebaliknya boleh diterbitkan dalam bentuk ketetapan umum yang disiarkan melalui portal rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Secara tidak langsung, pindaan ini akan memudahkan pihak industri membuat rujukan dan sebarang perubahan atau pengemaskinian borang tersebut boleh dibuat dengan cepat.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 telah menggariskan beberapa inisiatif utama yang akan dilaksanakan untuk meluaskan asas hasil negara dan pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat Malaysia. Dengan pengumuman langkah cukai yang akan dilaksanakan sebahagian besarnya melalui Rang Undang-undang Kewangan
(No.2) 2023 ini, kerajaan menjangka akan mengutip hasil tambahan sebanyak RM4.5 bilion setahun.
Namun, kerajaan turut kehilangan hasil daripada pelbagai insentif yang bertujuan menambah baik layanan cukai dan memberi pendapatan boleh guna lebih tinggi kepada pembayar cukai. Contohnya, pindaan pelepasan cukai individu baru yang telah
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
diumumkan dalam Belanjawan 2024, akan melibatkan kehilangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.
Dalam kata lain, RM700 juta masuk poket rakyat sebagai wang ataupun pendapatan boleh guna, terutamanya kepada pembayar cukai. Sungguhpun begitu, kerajaan terus komited untuk mengkaji dan menambah baik pentadbiran cukai, meningkatkan kadar pematuhan cukai, seterusnya memperkukuh kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem percukaian negara.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Untuk mengekang ketirisan hasil cukai, usaha akan terus dipergiatkan termasuk bagi menangani isu ekonomi bayangan. Sesi libat urus juga akan dijalankan secara terus dengan industri dan pengamal percukaian untuk meneliti cadangan cukai yang diterimakan kerajaan.
Saya selalu suka untuk berkata bahawa dengan izin, don’t be afraid of paying tax but be afraid of a corrupt government. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri, sekali kali ya. Ada sesiapa yang menyokong, Menteri?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Duti Hiburan 1953, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Pelancongan 2017, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Levi Pelepasan 2019 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Mengikut senarai yang ada pada saya ketika ini didapati sejumlah 10 Yang Berhormat akan berbahas. Senarainya adalah seperti berikut. Dimulai dengan Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Arau.
Dengan itu dipersilakan pembuka tirai, Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tuaran tak ada Tuan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Memandangkan Yang Berhormat Tuaran tiada. Yang Berhormat Pendang.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sebelum itu Timbalan Speaker.
Timbalan Speaker, sebelum itu...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Pendang ada, Pendang ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tampin mewakili Jelebu mengalu- alukan delegasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang, Jelebu. Rombongan seramai 45 orang pelajar dan guru diketuai oleh Cikgu Nizam bin Mohd Yunus. Selamat datang ke Dewan Rakyat. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada— saya sokong tadi apabila Dato’ Yang di-Pertua ambil apa ni, hak sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands untuk bertanya Menteri. Kalau tidak, bila ada masa lagi sebab dia Ahli Parlimen, dia ada haklah untuk nak bertanya. Bukan saja menjadi Pengerusi, kita mesyuarat sahaja.
Jadi terima kasih, saya ucap terima kasih Dato’ Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Pendang memberi sokongan moral.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, sebab hak sebagai Ahli Parlimen kena diterjemahkan. Dalam kita membahaskan Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2023 ini, jadi keterlibatan Pendang dalam membahas rang undang-undang ini adalah tanggungjawab kita sebagai satu mekanisme semak dan imbang kepada setiap pindaan atau dasar yang diluluskan dalam Dewan ini, di setiap isu yang dibangkitkan supaya rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya daripada rang undang-undang yang kita pinda ini.
Dalam pindaan rang undang-undang ini, ataupun RUU ini, ia melibatkan 14 akta dan juga 142 fasal yang merangkumi. Saya nak minta Dato’ Yang di-Pertua bagi masa sikit kat saya, sebab saya yang pertama. Depa tak ada tadi. Jadi, saya ambil peluang inilah.
Jadi oleh sebab itu, ia melibatkan cukai. Yang pertamanya, cukai individu, cukai korporat, cukai keuntungan modal, e-invois. Ini pindaan yang bersangkutan dengan cukai- cukai yang kita bincangkan, yang kita bahaskan pada petang ini iaitu seterusnya cukai global minimum tax, duti setem dan juga cukai keuntungan harta tanah, cukai pendapatan petroleum, pentadbiran cukai dan juga cukai tidak langsung. Ini yang melibatkan dalam pindaan RUU pada kali ini.
Diharapkan kita semua berjaya untuk menambahbaikkan dan memperkemaskan pentadbiran cukai langsung ini dan juga tidak langsung, di samping mendapat nilai tambah kepada pendapatan negara. Ini sedang kita— dengan lebih kemas dan kita boleh mengurangkan lagi black economy ataupun ekonomi bayangan yang berleluasa dalam negara kita.
Ini kerana inilah kehilangan punca pendapatan negara hasil daripada yang, apa yang sedang berlaku sekarang ini. Depa ada loophole dengan izin. Ini kita akan kurangkan pendapatan negara hasil daripada black economy ini dan meningkatkan pendapatan negara.
Dato’ Yang di-Pertua,...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pendang, minta laluan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sekejap.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Pengerusi.
Berkenaan dengan black economy ini, apa pandangan Pendang bahawa sejak kerajaan dulu memperkenalkan GST, maka black economy ini dapat dikurangkan? Apa pandangan Pendang dengan GST?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
GST ini, satu kaedah untuk mengawal pungutan cukai secara lebih kemas, lebih efisien. Tapi black economy tetap ada. Apa sahaja undang-undang yang kita gubal, black economy akan berlaku. Itulah sebabnya kita nak mengurangkan black economy ini dengan kita buat pindaan-pindaan yang seterusnya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pendang, kawan saya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya jawab tak habis lagi Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sikit sahaja saya nak tanya, Yang Berhormat Pendang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sikit, jangan syarah noh. Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, sahabat saya. Saya setuju Yang Berhormat Pendang. Kali ini saya memang setuju bahawa kita kena hapuskan black economy dan bantu pihak kerajaan untuk menghapuskan black economy. Maksudnya pihak-pihak yang terlibat dalam kegiatan black economy juga perlu serah diri. So, apa pendapat Yang Berhormat berkenaan dengan menantu kepada Yang Berhormat Pagoh yang dikehendaki oleh pihak polis...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini yang saya tak setuju ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Benda ini kaitan. Ini kita nak pinda undang-undang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada kaitan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Menantu tak ada dalam perbahasan ni.
Inilah masalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada kaitan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
You kaji di mana ini?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada kaitan untuk bantu hapuskan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Undang-undang mana you ambil ini?
Jelutong tolong terang sekolah mana, which university of law you, you...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, jangan keluar topik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu soalan saya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Keluar tajuk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada kena-mengena.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak ada kena-mengena dengan menantu yang ni. Sebab itu kita nak sebut tadi kalau ikut lagu itu. Macam itu tadi. You ah, very embarrassment-lah. Okey.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You’re the embarrassment Yang Berhormat. I’m asking you a fair question.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tidak ada kena-mengena. Keluar tajuk.
Okey, tak ada sangkut dengan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You are embarrasment.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Habis masa, lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sudahlah Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita tengok tadi macam mana Bukit Gantang buat pengumuman. Dia ini ada masalah integriti. Dia sedang melobi. Dia ini dulu daripada UMNO. Lepas itu UMNO kalah tak jadi pemerintah, dia lompat jadi bebas...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini keluar tajuklah ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...lepas itu merayu kepada Tan Sri Muhyiddin, masuk Bersatu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini sudah keluar tajuk.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, baik. Yang Berhormat Pendang dan Jelutong, tolong jangan keluar topik. Yang Berhormat Pendang, teruskan selagi saya suruh. Teruskan. Dah-dah, cukup. Jalan. Jangan risau, saya nanti habaq kata berhenti, berhentilah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey. okey. Sebab itu kita kata tadi Bukit Gantang dia takde integriti. Dia ada masalah family.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kalau tak ada integriti, kenapa boleh terima dia.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab dia merayu, melutut. Kita percaya ja lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Merayu pun boleh terima macam itu sahaja.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Oi, nak jadi calon. Ini apa mana Tampin, you tak tahu. You pun dipilih pi merayu apa dulu. Kali pertama jadi Ahli Parlimen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, sudah.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Merayu apa ini Pendang. Merayu apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, balik kepada topik tolong. Balik kepada topik. Ingat peraturan 36(1) ya, teruskan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tekan-tekan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, Pendang, saya minta sikit. Pendang, Pendang tentang black economy.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, dia ganggu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pendang, saya minta bertanya sikit, black economy. Apakah Pendang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tidak, tidak, cukup, cukup. Tak bagi, tak bagi. Hang duduk, hang duduk. Aku tak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sikit saja. Setengah saat, setengah minit.
Apabila kerajaan negeri tidak tutup...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Hangpa duduk, duduk. Tak bagi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Apabila kerajaan negeri tidak tutup semua kedai loteri, kedai...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak bagi. Apabila apa? Tak ada apabila dah.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, saya bagi leeway untuk keterangan Majlis untuk berbahas. Don’t get
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
overboard, ya, okey? Sudah Yang Berhormat, duduk, duduk, duduk. Cukup, cukup. Balik kepada track, urusan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, cukup, cukup, tolong. Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Apabila Kerajaan Negeri Kedah tutup kedai loteri, adakah itu menggalakkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya ingin membangkitkan... [Pembesar suara dimatikan] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, sebab yang halal itu — bukan yang halal, yang ada lesen itu sudah tutup, jadi semua yang haram itu ada black ekonomi lah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Halalkah, haram is black economy for judi, okey?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau ada lesen, itu bukan black economy.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, I think saya dah bagi muka dah. Don’t — jangan biar saya balik kepada *seriousness, ya.
I’m in a good mood now*. Okey. Jangan ganggu melainkan 36(1).
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jangan bagi depa kacau saya Dato’ Yang di-Pertua. Okey, saya ingin bangkitkan isu berkaitan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, jangan dok bagi laluanlah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak bagi, dia bangkit juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tak apa, saya ada.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua kena suruh dia duduk ataupun bagi warning ataupun keluarkan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tak apa, tak apa.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, saya ingin bangkitkan isu berkaitan Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
SUDR.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Mengenai sistem invois elektronik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Setiausaha, tiga minit. Tiga minit.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih. Pada perenggan 4(b), bertujuan meminda subseksyen 2(1) Akta 53 untuk memasukkan takrif baru yang dinamakan electronic invoice. Yang ini, ini kita nak kena perincikan sikit Yang Berhormat Menteri kerana scammer alam siber ini sangat banyak sekarang ini menipu rakyat termasuk— Ini juga salah satu daripada black economy, yang mereka ini tak register sebagai syarikat, kita nak caj tak boleh, daripada mana, mungkin daripada luar negara, tetapi rakyat kita terlibat dalam penipuan ini. So, kita kena perincikan sikit bagaimana kita
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
nak mengawal perkara-perkara ini berlaku. Begitulah orang cakap Tampin. Ini merapu saja hang.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ini merapu apa ini Pendang?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Dalam hal ini, saya ingin mengetahui perincian mengenai melibatkan 15 fasal tadi, tiga Akta Cukai Pendapatan 1967, termasuk Akta Petroleum iaitu Cukai Pendapatan 1967 dan juga Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, yang mana wakil rakyat dia lari itu, lompat.
Dalam hal ini, saya ingin mengetahui perincian mengenai mekanisme sistem invois elektronik atau e-Invoice yang dijangka berkuat kuasa 1 Januari 2024 untuk menyelaraskan sistem percukaian negara. Saya melihat ini disokong dengan penggunaan nombor pengenalan tax identification number (TIN). Yang ini, ini rahsia peribadi kita.
Kalau TIN ini kita tak kawal dengan selamat, dengan betul Yang Berhormat Menteri, mungkin ini akan terdedah kepada scammer lagi. Rakyat Malaysia ini 32 juta, 31 juta kena tipu dengan scammer. Jadi, kita harap benda ini tidak berlakulah. Adik-adik kita yang hadir apa semua ini, tolong tengok perkara-perkara begini, apa yang kami sedang bahaskan untuk memberi protection dengan izin, kepada rakyat berkenaan dengan e- Invoice ini.
Seterusnya, apakah strategi kerajaan untuk mencapai sasaran kutipan cukai langsung bagi 2024 iaitu RM185 bilion atau 75.9 peratus daripada jumlah hasil cukai, berdasarkan laporan tinjauan fiskal dan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan 2024 ini serta kita nak lihat kegiatan ekonomi— bayangkan berapa kita hilang ataupun black economy ini, kita hilang pendapatan yang kini dianggarkan menyumbang sekitar 21.2 peratus daripada KDNK ataupun RM330 bilion, RM330 bilion. Satu jumlah yang sangat besar, yang kita lihat kalau kita tidak betul-betul memperincikan pengawalan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam konteks pendapatan dari sumber luar Malaysia, saya ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenai skop pengenaan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari sumber luar negeri, luar Malaysia. KDNK tolak pendapatan luar, dia akan dapat pendapatan bersih negara kalau ikut kaedah bagaimana how to calculate the GDP income of Malaysia — revenue of Malaysia. Okey baik, dengan izin.
Saya ingin juga mendapat berkaitan cukai minimum global iaitu global minimum tax, apakah implikasi penguatkuasaan cukai minimum global sebanyak 15 peratus ini? Di United Kingdom, yang kita lihat cukai minimum global ini telah berkuat kuasa mulai 2024.
Apa yang sama dan apa yang berbeza dengan apa yang diumumkan oleh Malaysia dan juga United Kingdom yang akan bermula cukai minimum global ini pada 1 Januari 2024?
Kenapa kita dapat sama tarikh dengan UK? Ada- ada apakah penyelarasan ataupun hidden agreement, persetujuan bersama di antara UK dengan Malaysia?
Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhir. Sebelum saya pergi ke akta lain, saya ingin tahu mengenai kutipan cukai GST yang masih tertunggak. Apakah langkah kerajaan terhadap lebih 26,000 syarikat dan juga entiti perniagaan yang dilaporkan masih belum membayar tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mencecah hampir RM2.1 bilion walaupun cukai tersebut telah dimansuhkan pada 2018?
Adakah mereka ini menyumbang kepada mana-mana parti dalam pilihan raya yang lalu? Jadi, kita tak perlu memberi tumpuan sangat untuk kutipan mereka yang masih tertunggak ini, backdated yang mereka perlu bayar. Ya, apa nak cakap Tampin? Tengok cangak semacam saja.
Rakan-rakan last sekali, akhir sekali. Rakan-rakan semua, Ahli Dewan Rakyat dan juga Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya pada hari ini, saya ingin membangkitkan isu berkaitan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], pindaan dibuat pada fasal 128 hingga 136, 138 dan 139 adalah bertujuan untuk meminda seksyen 13, 14, 17, 26, 26A, 38, 42, 56C sehingga dan Akta 81 — 807, Akta 807.
Pindaan tersebut akan memberi kuasa atau authority dengan izin, kepada Ketua Pengarah atau Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri untuk menentukan bentuk dan cara, antara lain permohonan pendaftaran, mengemukakan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan, pembayaran balik cukai perkhidmatan. Dengan pindaan tersebut,
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
pastikan akan memberi implikasi yang sangat besar. Apakah penguatkuasaan tersebut memberi full jurisdiction dalam Hasil Dalam Negeri ini?
Jadi, dalam sini kita banyak terlibat dalam yang terakhir ini dengan black economy ini, yang mana salah satu daripada black economy yang kita hilang punca pendapatan sepertimana yang Bukit Gantang itu. Dia ada masalah, dia nak lobi untuk sambung balik projek dia RM30 juta supply kepada Tentera Darat, makanan apa semua ini, dia cuba cari payung untuk berlindung supaya disambungkan balik. Dia ada masalah dalam keluarganya, akta 39B Akta Dadah. Jadi, dia sekarang ini lompat sana, sini dan dia dulu pernah jadi UMNO, jadi bebas. Jadi, pi melutut dekat Presiden Bersatu untuk jadi calon.
Kita pun percaya dekat dia. Terima kasih, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya gunakan standing order.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Apakah implikasi peruntukan kuasa kepada Ketua Pengarah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya gunakan standing order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Standing order yang mana?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Untuk meluluskan permohonan potongan cukai dari penyata cukai perkhidmatan serta penyelarasan dengan peraturan-peraturan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6), sangkaan jahat.
Tuan Speaker, saya minta Pendang...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dah, dah. Yang Berhormat Pendang, sat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, sat. Dengar dulu peraturan apa dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker yang saya hormati, daripada tadi kita dengar Yang Berhormat Pendang membuat perbahasan beliau melencong, tak kena mengena dengan subjek yang dibahaskan. Membuat serangan-serangan terhadap Yang Berhormat Bukit Gantang. Memang beliau bukan ahli daripada blok kerajaan, tetapi saya terpanggil untuk mempertahankan beliau kerana semata-mata beliau tidak ada dalam Dewan.
Dahulu bersama-sama, mereka tak serang. Sekarang beliau telah membuat kenyataan ada kes 39B, melutut, ada projek. Ini merupakan sangkaan jahat terhadap Yang Berhormat Bukit Gantang. Tidak seharusnya dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pendang. Saya mintalah supaya beliau tidak meneruskan dengan kenyataan begitu...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey, okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, saya belum habis lagi Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Lambat sangat ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pendang, saya belum habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sat, sat, Pendang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dengar syarahan. Saya seorang peguam, saya bangun sebab, walaupun beliau bukan merupakan seorang Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, tetapi ini adalah prinsip undang-undang, kita
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
pertahankan. We are trained to defend. What is right, is right. What is wrong, is wrong. So, saya mohon sebagai ahli-ahli kerajaan, backbencher, bahawa — dan Tuan Speaker, elok memang dalam kerusi hari ini, seorang yang budiman dan tegas, adil, saksama, saya minta supaya Yang Berhormat Pendang menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Yang Berhormat Bukit Gantang, menuduh mengatakan beliau melutut kepada kerajaan, ada projek peribadi RM30 juta, ada kes...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Melutut kepada Tan Sri Mahiaddin untuk jadi calon.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya belum habis lagi.
Saya belum habis lagi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak kata melutut kepada kerajaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya belum habis lagi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak kata melutut...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, duduk. Saya akan— Yang Berhormat, saya akan beri ruang kepada Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sat. Nanti saya akan bagi ruang untuk Yang Berhormat bercakap. Sat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan melutut itu dikeluarkan, merendahkan martabat penghormatan seseorang, semata-mata kerana beliau tak menyokong sebelah sana.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya minta supaya...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Duduk dulu. Saya belum habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sat, saya akan bagi ruang. Yang lain tu duduk dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk dulu Machang. So, saya- Tuan Speaker, saya mohon supaya kenyataan-kenyataan itu ditarik balik. Saya minta supaya Tuan Speaker membuat ruling di atas perkara ini. Terima kasih Tuan Speaker di atas peluang yang diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Saya dah dengar peraturan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Sebelum saya beri ruang untuk pembelaan diri, Yang Berhormat Machang ada bangun tadi apa cerita? Tak ada? Okey. Baik, sebelum saya buat ruling dalam isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, 36(6) peraturan, Yang Berhormat Pendang, saya bagi ruang untuk membela diri.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jangan panjang- panjang sangat na.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Tak panjang dah Dato’ Yang di-Pertua.
Saya sebut tu, sebab dia umum dalam Dewan. Dia seorang yang tak ada prinsip. Secara terbuka dia umum dalam Dewan menyokong. Dia daripada parti Bersatu...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah Pendang. Dulu you lompat-lompat ada prinsip tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduklah Kampar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat lain, tolonglah please do not kacau. Saya tengah berurusan ni, ya. If you got ada kaitan dengan peraturan, saya layan. Kalau tidak, ini sekarang peringkat pembelaan. Pertuduhan telah dibawa oleh Jelutong. Sekarang saya nak dengar pembelaan, baru saya buat ruling, okey.
Please jangan kacau.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jangan lama sangat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya- tak lama dah. Saya ambil pendekatan ini kerana dia mengumumkan dalam Dewan. Jadi saya membangkitkan balik perkara-perkara ini secara terbuka sebab dia pun umum secara terbuka. Kalau di luar Dewan macam orang lain tu, lain la cerita sikit. Itu satu.
Yang keduanya, macam mana dia orang kaitkan apa ni YB Kepala Batas yang tak ada kena mengena, macam mana yang saya sebut tadi dekat Bukit Gantang. Tak jadi satu precedent pun, tak jadi satu unparliamentary. Jadi saya sebutlah sebab ini salah satu daripada ketirisan yang menyebabkan kita kehilangan sumber negara. Itu contoh saya.
Sekian, terima kasih. Tak banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. All right. Dalam ruling ya, Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan bahagian yang telah dinyatakan itu, okey jelas. Okey, Yang Berhormat Pendang adalah telah nyatakan apa pembelaannya. Saya balik kepada kita punya buku balik, 36. Bila ini adalah melibatkan, melibatkan pindaan kepada akta ibu. Bila melibatkan pindaan kepada akta ibu, dia punya key adalah 36(1), okey. You nak berbahas ke apa kan kena ada kait dengan pindaan akta berkenaan.
Bila Yang Berhormat Jelutong telah menyatakan sedemikian dan benda itu telah jelas di dalam Dewan dinyatakan sangkaan jahat itu, jadi saya minta bab itu Yang Berhormat Pendang tarik balik lah ya.
[Bersorak] [Tepuk] Okey, bahagian tersebut kerana saya tidak dapat memanggil Yang Berhormat Bukit Gantang untuk mendengar version dia. All right. Silakan Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bahagian itu sajalah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya- terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Saya pun menghormati Dato’ Yang di-Pertua. Kita banyak bertolak ansur dalam bab ini.
Sebab apa, tadi pasai dia umum dalam Dewan secara terbuka Dato’ Yang di-Pertua. Jadi saya...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Nantilah, saya nak bercakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Lain tolong diamlah.
All right.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Lepas tu, dia telah mencemarkan nama kami sebagai opposition. Kami Perikatan Nasional dan kami sedang berdiri di sini untuk memberi apa ni, check and balance kepada kerajaan. Tiba-tiba dia membuat pengumuman ke menyokong PM kerana ada- di belakang ada hidden agenda. Sebab tu saya sebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat. I think...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Saya sebut dia tak ada prinsip, dia tak ada integriti, dia ada masalah peribadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Dan dia juga ada projek-projek..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Yang sekarang sedang berlangsung supaya nak tamat dan akan disambung balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Cukup, cukup.
Alright.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Untuk rekod, benda tu telah ditarik balik. Jadi sekarang saya teruskan kepada Yang Berhormat berikutnya untuk perbahasan, ya.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Salam 5-1.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Sebagai inti pati pertama, saya ingin menyentuh tentang pindaan seksyen 10, sub
(3) Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Pindaan baru tersebut secara ringkas dan padat menggariskan bahawa fungsi Majlis Dewan Rakyat untuk melaksanakan semak dan imbang berhubung penetapan kadar cukai perkhidmatan dijamin diteruskan.
Pindaan tersebut dengan kata lain mengekalkan pembabitan kita semua Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam mengutarakan pandangan serta perspektif tentang sama ada penetapan kadar cukai yang ditetapkan di peringkat eksekutif menerusi kuasa Menteri Kewangan adalah rasional atau di sebaliknya. Sepertimana yang digariskan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, cabang legislatif, khasnya Dewan Rakyat akan diberi ruang untuk meneliti justifikasi Menteri terhadap satu-satu dasar akan melibatkan kewangan.
Dalam hal ini, yang melibatkan pelaksanaan kadar percukaian yang memberi impak langsung kepada perbelanjaan rakyat, yang pada hari ini sudah pun terbeban dengan masalah-masalah kos sara hidup. Menerusi kebersamaan peranan Majlis Dewan Rakyat atau jawatankuasa dalam menyemak, memutuskan atau meluluskan pelaksanaan kadar baharu bagi cukai perkhidmatan, para legislator yang dipilih dapat menzahirkan komentator mengenai kadar cukai perkhidmatan yang diusulkan oleh Menteri Kewangan.
Namun begitu, sebagai Ahli Parlimen, saya ingin nak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan pemansuhan subseksyen (3)(b) yang menggariskan tentang tempoh luput 120 hari dalam keadaan sekiranya dalam Dewan Rakyat tidak meluluskan usul pembentangan satu-satu kadar cukai perkhidmatan.
Apakah justifikasi terhadap pemansuhan peruntukan tersebut?
Berkenaan dengan pindaan seksyen 13, saya menjangkakan bahawa kaedah baru bagi pendaftaran orang atau syarikat yang menjalankan perkhidmatan bercukai dapat dijalankan dengan lebih teratur dan komprehensif tanpa memerlukan sebarang syarikat melalui proses birokrasi yang merenyahkan.
Berkenaan dengan hal tersebut, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan kaedah ataupun medium bermohonan yang akan dilaksanakan, menerusi arahan Ketua Pengarah Kastam bermula pada tahun 2024 bagi maksud pendaftaran syarikat pengendali perkhidmatan bercukai.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Timbalan Yang di-Pertua, saya seterusnya ingin menyentuh tentang pindaan seksyen 46(1)(c) dan 46(1)(g) yang menggariskan tentang pelepasan cukai bagi tujuan rawatan pergigian untuk ibu bapa dan diri sendiri. Secara peribadi, saya menyambut perluasan potongan cukai individu bagi tujuan tersebut, memandangkan ia merupakan antara bentuk sokongan Kerajaan Malaysia Madani dalam aspek kesihatan pergigian rakyat. Sejajar dengan Tonggak Kedua yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan iaitu meningkatkan promosi kesihatan dan mencegah penyakit.
Pelaksanaan pengecualian cukai bagi tujuan rawatan pergigian sedikit sebanyak akan mendorong rakyat di negara ini khususnya warga emas iaitu ibu bapa kita untuk menitikberatkan kesihatan gigi mereka. Lebih-lebih lagi individu yang bergelar perokok tegar, yang kononnya tidak percaya kepada fakta saintifik yang mengaitkan rokok dengan pelbagai mudarat kesihatan tahap kesihatan gigi mereka sudah tentu berada dalam keadaan yang kronik.
Jadi, tidak hairanlah mengapa gigi serta gusi kebanyakan perokok tegar kuning kehitaman, sama seperti hati-hati mereka juga. Mohon maaf. Lebih malang lagi keadaan gigi mereka yang teruk itu langsung tidak menimbulkan rasa insaf dalam diri mereka, yang seolah-olah percaya bahawa merokok mendapat menjadikan mereka kebal daripada diserang sebarang penyakit, yang boleh menyebabkan kematian luar jangka.
Sehubungan dengan perkara itu, saya dengan ini tegas mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar individu pembayar cukai yang berstatus perokok dikecualikan daripada penerima manfaat pengecualian cukai untuk diri sendiri bagi tujuan pemeriksaan atau rawatan gigi.
Oleh yang demikian, saya mengesyorkan agar prosedur saringan dijalankan terhadap seseorang individu terlebih dahulu sebelum dia menjalankan pemeriksaan atau mendapatkan rawatan pergigian. Dengan hal lain, resit serta perakuan penerimaan rawatan gigi yang perlu dikemukakan seperti yang digariskan dalam pindaan seksyen 46(1)(g) perlu dinyatakan status perokok aktif atau perokok tidak aktif atau bukan perokok, berdasarkan keputusan saringan yang telah dijalankan ke atas individu tersebut.
Jika saya boleh kongsikan di dalam Dewan yang mulia ini, satu peranti yang dikenali sebagai Smokerlyzer boleh mengesan kandungan nikotin dalam tubuh badan seseorang individu. Saya mencadangkan agar peranti pengesan tersebut dapat digunakan di klinik pergigian, bermula tahun hadapan jika Kementerian Kewangan mempertimbangkan dengan serius syor saya tersebut tadi penggunaan Smokerlyzer tersebut hanya melibatkan prosedur pernafasan dan ia dengan mudah boleh dijalankan oleh doktor gigi atau pengamal perubatan lain sebelum memulakan satu-satu rawatan pergigian.
Yang terakhir, saya ingin meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan agar pengecualian cukai individu bagi tujuan rawatan pergigian ibu bapa diperluaskan kepada skop pemeriksaan pergigian. Seperti individu yang berumur 50 tahun ke bawah, golongan warga emas juga boleh menjalani pemeriksaan gigi untuk mengetahui tahap kesihatan mereka sebelum memutuskan sama ada untuk mendapatkan rawatan gigi atau sebaliknya.
Biarpun kadar maksima potongan cukai bagi tujuan tersebut ditetapkan pada kadar RM1,000 setahun, namun saya percaya bahawa pelaksanaan pengecualian cukai tersebut menggalakkan lebih ramai yang berstatus pembayar cukai untuk membawa ibu bapa mereka ke klinik pergigian swasta berhampiran bagi menjalani pemeriksaan gigi dengan mengambil kira faktor umur dan gaya hidup mereka.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Timbalan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan bagi Rang Undang- undang Kewangan 2023. Saya mohon menyokong dengan berharapan cadangan yang saya bangkitkan tadi dapat dipertimbangkan serius oleh Timbalan Menteri Kewangan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahas Rang Undang- undang Kewangan (No.2) 2023.
Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2023 ini melibatkan pindaan terhadap 14 akta percukaian sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa membentangkan RUU tadi, tersebut. Tujuan utama pindaan tersebut ialah untuk meningkatkan hasil Kerajaan Persekutuan. Dianggarkan lebih RM4 bilion akan dikutip dari pindaan tersebut sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, semasa pembentangan Bajet 2024.
Secara prinsipnya, Tuaran menyokong RUU ini dengan syarat tata kelola pungutan hasil dapat diperhalusi dan dipermudahkan lagi. Dalam kesempatan ini, Tuaran ingin membangkitkan bilakah Kerajaan Persekutuan akan menunaikan hak-hak Sabah dalam hal pungutan hasil sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, khususnya Artikel 112C dan seksyen 2(1) Bab IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini sudah berkali-kali disebut di Dewan yang mulia ini. Namun sehingga hari ini, belum ada jawapan tuntas, selain daripada menyatakan bahawa hak Sabah tersebut akan dilaksanakan sebelum Julai 2024 iaitu lapan bulan daripada sekarang.
Yang Tuaran ingin tahu ialah, apakah bacaan dan pendirian pihak Kerajaan Persekutuan tentang seksyen 2(1) Bab IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan tersebut? Apakah sebenarnya status proviso tersebut? Apakah status hak Sabah tersebut? Masih berkuat kuasa kah atau tidak lagi berkuat kuasa? Itu pertanyaan daripada Tuaran.
Tuaran juga ingin tahu pendirian Kementerian Kewangan yang sebenar, sebab setakat ini, yang menjawab hanya lah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dan Wilayah Persekutuan.
Tuaran juga ingin tahu apakah jenis-jenis cukai ataupun juga bentuk pungutan hasil persekutuan daripada Sabah yang akan diambil kira dalam jumlah pungutan hasil persekutuan sepertimana yang dikehendaki oleh seksyen 2(1) Bab IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan tersebut?
Berasaskan jumlah pungutan cukai yang telah dikutip pada tahun 2022, Tuaran ingin tahu, berapakah jumlah hasil persekutuan yang telah dipungut daripada Sabah, mengikut jenis-jenis cukai atau dan juga akta-akta yang dikuatkuasakan. Secara spesifik, Tuaran juga ingin tahu, berapakah yang dipungut oleh kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan pada tahun 2022 daripada Sabah?
Tuaran juga ingin tahu, apakah pendirian serta bacaan Kementerian Kewangan Persekutuan terhadap Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan? Pada Tuaran, artikel ini adalah satu artikel enabler untuk memberi ruang kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah untuk merundingkan jenis-jenis cukai dan sumber hasil yang boleh ataupun dikecualikan daripada pengiraan jumlah hasil persekutuan daripada Sabah sebagai asas pengiraan hak Sabah untuk mendapatkan 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil persekutuan daripada Sabah.
Asas pertimbangan terhadap jenis cukai dan jenis hasil yang boleh dimasukkan dalam pengiraan tersebut ialah kedudukan kewangan Persekutuan dan keperluan kewangan Sabah sepertimana yang disebut dalam Artikel 112D. Dalam lain perkataan, yang boleh dirunding ialah hanya jenis cukai dan hasil yang diambil kira dalam penjumlahan pungutan hasil.
Pemberian khas kepada Sabah, tetap 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil persekutuan daripada Sabah. Peratusan, tidak boleh dirunding. Tetap 40 peratus. Yang boleh dirunding hanyalah jenis cukai atau hasil yang boleh diambil kira. Contohnya, yuran pesakit berjumpa doktor ataupun denda yang dibayar kepada mahkamah. Barangkali, itu tidak perlu diambil kira.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Contoh seterusnya ialah adakah cukai yang dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, pelancongan dan pelbagai agensi yang melibatkan Akta 53, Akta 378, Akta 543, Akta 445, Akta 193, Akta 235, Akta 176, Akta 294, Akta 512, Akta 791, Akta 896, Akta 807, Akta 813 dan banyak lagi yang dimasukkan dalam cukai-cukai dan hasil yang diambil kira dalam penjumlahan pungutan hasil persekutuan daripada Sabah.
Pada Tuaran, keputusan dalam hal ini perlu diangkat sebagai agenda penting dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Petrajaya dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan Majlis Perunding Pelaksanaan MA63, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Oleh itu, Tuaran berharap hak 40 peratus Sabah itu terpelihara dan ditunaikan melalui tata kelola yang berwibawa seperti yang dijanjikan dan dijamin. Tuaran juga berharap agar hak Sabah itu ditunaikan sebelum Julai 2024, seperti yang dijanjikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan dua rangkap pantun.
*Dari mana datangnya cinta, Dari mata turun ke jiwa, Dari mana asalnya Malaysia, Dari janji MA63.
Bolehkah kawan terus bertahan, Kalau selalu dipinjam seratus, 60 tahun masih bertahan, Jangan kasi lama, tunaikan hak Sabah 40 peratus.* Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk membahaskan RUU Kewangan (No.2) 2023 ini iaitu suatu akta untuk meminda sekali gus 14 akta yang berkaitan dengan dasar percukaian negara khususnya bagi melaksanakan pelbagai peraturan dan langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Oleh kerana masa yang diperuntukkan amat terhad, saya memilih untuk membangkitkan beberapa perkara pokok sahaja. Pertamanya, fasal 4 pindaan kepada seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memasukkan takrif baharu invois elektronik. Dalam hal ini, mohon perincian mengenai mekanisme sistem invois elektronik ataupun e-invois yang dijangka berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan.
Berapakah unjuran hasil tambahan, incremental revenue, dengan izin yang bakal dipungut melalui sistem ini dalam menangani jurang ketirisan hasil? With, tanpa dan juga dengan sistem baru ini yang difahamkan dua kaedah ini diwujudkan bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuklah untuk mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
Keduanya, fasal 72 pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 berkaitan perkongsian menjalankan operasi petroleum di bawah dua atau lebih perjanjian di kawasan-kawasan yang bersempadanan. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan pindaan akta ini kekal relevan dengan keperluan semasa industri huluan minyak dan gas yang berdepan dengan cabaran baharu dalam proses eksplorasi, pembangunan dan pengeluaran sumber hidrokarbon ini, seterusnya memberikan manfaat kepada negeri dan negara secara lestari?
Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, saya ingin merekodkan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dalam sidang DUN yang baharu ini,
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
bahawa dinyatakan jumlah penerimaan wang tunai daripada persekutuan dalam apa jua nama sekali pun, wang ihsan ataupun pemberian tunai one-off adalah seperti berikut.
2020 RM190 juta, 2021 meningkat RM201 juta, 2022 meningkat RM331 juta dan untuk rekod, pada tahun ini sehingga ke tarikh ini 2023, jumlah yang diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Kerajaan Persekutuan hanya lah RM40 juta. Saya ulang, RM40 juta sahaja.
Ketiga...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bachok, minta laluan sikit.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebelah. Berkaitan dengan pemberian wang ihsan ke atau apa nama itu, boleh tak dimasukkan juga dalam ucapan Bachok, jumlah yang diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu sehingga setakat ini.
Saya difahamkan juga bawah daripada RM50 juta. Sepatutnya RM1.5 bilion. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Baik, Hulu Terengganu, sila masukkan dalam ucapan saya untuk penjelasan daripada pihak Menteri, maknanya ada pengurangan yang signifikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Kerajaan Negeri Terengganu berbanding penerimaan yang biasa pada tahun-tahun sebelum ini.
Ketiganya, fasal 92 pindaan kepada Akta Eksais. Terbaru, pada 1 April tahun ini, diwartakan duti eksais pada kadar 40 sen, dikenakan pada setiap mililiter cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan dimaklumkan dalam ucapan Belanjawan 2023, separuh daripada hasil duti eksais ini akan diperuntukkan semula kepada pihak KKM sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Soalan saya apakah tahap pematuhan industri vape untuk mendaftarkan aktiviti mereka ini? Jika boleh dijawab secara bertulis, berapakah jumlah duti eksais vape yang telah dipungut sejak Mei tahun ini? Berapakah unjuran kutipan pada tahun hadapan?
Berapakah jumlah yang dijangka dapat disalurkan kepada pihak KKM juga pada tahun hadapan?
Masih berkenaan dengan Akta Eksais, saya sekadar untuk menyinggung perkara lama. Mohon pendirian daripada pihak kementerian tentang cadangan yang dahulunya diuar-uarkan untuk menghapuskan duti eksais ke atas kereta ataupun kenderaan yang bermotor. Satu janji manifesto yang pernah dijanjikan kepada anak-anak muda suatu ketika dahulu.
Apakah cadangan ini masih berdaya maju (viable), dengan izin? Bilakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan perkara ini bagi mengurangkan harga kereta dan meningkatkan belanja boleh guna (disposable income) sebagaimana yang pernah dijanjikan kepada rakyat dan anak muda Malaysia?
Keempat yang terakhir Dato’ Speaker, sebagaimana berkenaan dengan objektif RUU ini. Dimaklumkan di awal dalam bab permulaan kepada bil ini, sebanyak 14 akta dipinda sekali gus untuk melaksanakan pelbagai langkah-langkah cukai dan di samping beberapa aspek pentadbiran cukai-cukai tidak langsung. Sekali pandang kebanyakan pindaan ini adalah bersifat teknikal. Pindaan akta ataupun penjelasan terhadap definisi, skop, peraturan dan kaedah, namun juga dilihat kepada punca kuasa yang terkandung dalam akta ini, ternyata kuasa yang diberikan kepada seorang Menteri Kewangan itu, amatlah besar.
Jadi, di sinilah perlunya kepada penumpuan dan juga pengasingan kerja supaya tugas yang amat besar ini perlu dilaksanakan dengan baik dan sebagai akhirnya saya ingin mengajak Dewan yang mulia ini, untuk merakamkan penghargaan kepada pasukan LHDN dan juga pasukan Jabatan Kastam Diraja. Mereka adalah pasukan baris hadapan
(frontliners) dengan izin. Terpenting kepada kita untuk mengutip dan memungut segala hasil negara ini secara efisien, profesional dan juga berintegriti. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Dipersilakan Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Dato’ Speaker. Berkenaan dengan Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2023 (D.R.36/2023). Pertama sekali Dato’ Speaker, saya tertarik— Pertama sekali Dato’ Speaker berkenaan dengan isu salah satu inisiatif baharu dalam belanjawan ini ataupun rang undang-undang ini merupakan pengenalan e-invois yang dikatakan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2024, yang mana juga diumumkan oleh Timbalan Menteri tadi bahawa untuk syarikat yang melebihi atau lower— Lebih daripada 100 juta, maka ia akan bermula 1 Ogos 2024. Tahun yang lain akan bermula pada bulan Julai 2025.
Di sini, saya nak bertanya kepada pihak Timbalan Menteri berkenaan dengan kelebihan ataupun anggaran kutipan cukai yang dapat diperolehi oleh pihak kerajaan setelah pelaksanaannya e-invois.
Kita sekian maklum bahawa salah satu matlamat ataupun salah satu tujuan pengenalan ini adalah untuk mengemas kini lagi sistem pengutipan cukai dan juga khasnya apabila kita berdepan dengan black economy, dengan izin seperti yang telah pun dibahaskan tadi. Namun pada masa yang sama, saya juga hendak bertanya kepada pihak kementerian, bahawa sama ada suatu sistem ataupun software ataupun server baharu akan diperkenalkan dalam, dalam pelaksanaan sistem e-invois ini?
Kita sekian maklum bahawa sekiranya penguatkuasaannya adalah pada 1 Januari dan untuk syarikat-syarikat lebih daripada 100 juta, 1 Ogos, nampaknya kita hanya mempunyai suatu masa kurang daripada beberapa bulan untuk memastikan rollout dengan izin, sistem e-invois ini adalah bersesuaian. Apabila kita nampak beberapa lebih kurang daripada 10 tahun yang lepas, apabila GST diperkenalkan. Pada masa itu, kita ada satu sistem baharu dan juga berniaga-berniaga ataupun peniaga-peniaga kecil khasnya diperlukan untuk mengguna pakai sistem baharu itu.
Ada pengusaha-pengusaha seperti kedai runcit dan sebagainya, ia tidak—ada yang terpaksa untuk menutup kedai mereka kerana tidak sanggup untuk menyesuaikan diri ke dalam sistem yang baharu. Apakah bantuan yang bakal diberikan oleh kerajaan untuk membantu golongan-golongan ini?
Nombor dua Dato’ Speaker, berkenaan dengan Cukai Keuntungan Harta Tanah.
Saya perhatikan bahawa ada suatu pindaan dalam rang undang-undang ini yang mana penyata terpinda dibuat di bawah seksyen 15A untuk segala cukai atau cukai tambahan haruslah dibayar pada hari penyata terpinda tersebut. Saya nak tanya kepada pihak kerajaan, sama ada ia merupakan sesuatu yang praktikal kerana sekiralah cukai terpinda itu notis dikeluarkan pada hari ini dan pada hari ini pula pembayar cukai diwajibkan untuk membayar cukai tambahan tersebut.
So, sama itu merupakan sesuatu yang rasional ataupun yang munasabah bagi pembayar cukai. Kerana kadang-kadang pembayar cukai memerlukan masa untuk menyemak semula dokumen-dokumen dan kadang-kadang nak memfailkan rayuan dan kadang-kadang nak mendapatkan nasihat daripada profesional, sama ada peguam ataupun daripada akauntan. Masa pindaan berkenaan dengan ini mewajibkan pembayar cukai untuk membayar pada hari yang sama. Bagi saya ini sesuatu yang harus dipertimbangkan semula oleh pihak kerajaan.
Saya juga tertarik juga dengan peng-impose-an ataupun pengenaan empat peratus cukai setem bagi surat cara pindah milik bagi pemeroleh yang mana pemerolehnya adalah daripada golongan bukan warganegara. Ini sesuatu yang saya mengalu-alukan dan apabila saya buat pengiraan tadi, setiap satu juta apabila— untuk setiap satu juta pertama hartanah yang diperolehi oleh warganegara asing, maka jumlah duti setem yang boleh kita kutip RM40,000 berbanding dengan sekarang RM24,000.
Setiap transaksi, lebih RM16,000.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Namun demikian, kita juga ada cabaran-cabaran yang mana nombor satu, saya nak tanya kepada pihak kerajaan, berapakah anggaran cukai tambahan yang kita boleh diperolehi. Nombor dua, untuk perolehan hartanah oleh warganegara. Apakah selain daripada inisiatif i-Miliki dan juga ppengecualian cukai duti setem untuk pembeli utama yang membeli rumah kurang daripada 500,000, apakah inisiatif lain daripada pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan pembeli rumah ini?
Akhir sekali, saya juga mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menetapkan bahawa pindah milik hartanah melibatkan beneficiary yang melepaskan hak kepada beneficiary lain mengikut wasiat, faraid ataupun Distribution Act dengan izin, dikenakan duti setem RM10 sahaja. Saya nak tanya, dapatkan kepastian daripada kerajaan sama ada polisi ini adalah terpakai sekiranya beneficiary yang menerima manfaat tersebut adalah dari kalangan bukan warganegara.
Akhir sekali Dato’ Speaker, juga saya nampak dimasukkan bahawa pindaan yang menyatakan bahawa pelupus diwajibkan untuk membuat pengiraan cukai sendiri dalam RPGT return, dengan izin. Berkenaan dengan isu ini, saya nak dapatkan jawapan daripada kerajaan apakah sama ada kerajaan benar mengambil kira sekiranya pelupus tersebut ada membuat kesilapan daripada segi pengiraan cukai keuntungan harta tanah dan kerana kebanyakan masanya terdapat satu grey area, dengan izin.
Satu grey area yang mana ada perbelanjaan pelupusan yang mana pelupus sendiri tidak tahu sama ada perbelanjaan tersebut akan diambil kira atau tidak. So, apakah tindakan kerajaan, pendekatan kerajaan dalam membantu pelupus-pelupus dalam perkara ini?
Dengan itu, sekian daripada saya. Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya persilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Machang berdiri di tengah hari ini ingin mengatakan dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang tadi.
[Tepuk] Ini satu perbuatan yang tidak bermaruah oleh Ahli Parlimen kami yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, demi peruntukan untuk kawasannya. Konon-kononnya. Tapi, macam mana Pendang kata tadi, rupa-rupanya ada benda lain. Saya seru SPRM siasat dakwaan yang Pendang buat tadi.
Baik Tuan Yang di-Pertua. Saya terus kepada rang undang-undang yang ingin dibahaskan tadi. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan Akta Cukai Pendapatan yang melibatkan invoice electronic.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya yakin kerajaan sedang berusaha gigih untuk memastikan sasaran kutipan cukai langsung bagi tahun hadapan yang kira-kira RM185 bilion ataupun 75.9 peratus daripada jumlah hasil cukai berdasarkan laporan tinjauan fiskal dan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan ini dapat dicapai memandangkan ketika ini kajian menunjukkan nilai ekonomi bayangan, shadow economy dengan izin yang Malaysia ada ini menyumbang sekitar 21.2 peratus daripada KDNK, lebih kurang RM330 bilion.
Semalam ketika mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Danok berjumpa dengan Perdana Menteri Thailand, saya nampak, kita pun tahu Thailand sedang merangka satu strategi yang melibatkan land bridge ataupun jambatan darat menghubungkan Isthmus di sekitar Kra itu untuk memendekkan masa dan tempoh perjalanan laluan perdagangan.
Ini akan memberi kesan kepada pelabuhan-pelabuhan kita. Pelabuhan- pelabuhan di Malaysia adalah gateway kepada cukai-cukai kita. Apa sahaja barang yang masuk kita akan dipunggahnya di pelabuhan-pelabuhan kita. Di situlah juga kita mendapat
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
cukai-cukai dari segi pelbagai barangan kalau mana servis logistik, resupply kepada kapal-kapal yang hadir.
Jadi, saya ingin tanyalah kepada Menteri Kewangan apakah perancangan kerajaan pada hari ini walaupun benda ini mungkin sesuai dengan Menteri Pengangkutan, there must be whole of the government approach untuk memastikan bila mana ada masalah-masalah cabaran baru sebegini kita perlu pastikan strategi yang lebih ampuh untuk memastikan tidak ada ketirisan, kekurangan kutipan cukai kita kerana adanya cabaran baru dari segi logistik ataupun infra yang di luar kawalan kita.
Jadi, saya pernah mendapat saranan daripada mantan Menteri Kewangan, Yang Berbahagia Tun Daim Zainuddin. Beliau berhujah kepada saya sebenarnya kalau mana kita sudah nampak tanda-tanda Thailand ingin membangunkan Selatan Thai sepertimana yang berlaku pada hari ini di bawah Perdana Menterinya yang baru, maka kerajaan tidak boleh menafikan peluang untuk membangunkan Pantai Timur dengan pelabuhan- pelabuhan yang sama, khususnya di Tumpat. Kalau Johor boleh dapat special economic zone, kenapa di Pantai Timur kita tidak boleh buat benda yang sama untuk meningkatkan kadar cukai kita dalam menyumbang kepada KDNK negara.
Jadi, ini perkara yang saya fikir kerajaan boleh pertimbangkan is doable kata mantan Menteri Kewangan kita Tun Daim Zainuddin. Saya yakin Kerajaan Negeri Kelantan bersedia menyambut dan membantu usaha Kerajaan Federal untuk memastikan perkara ini dapat dilakukan. Kalau Thailand boleh buat land bridge, ECRL kita pun lebih kurang macam land bridge tetapi tidaklah selaju itu dan tidak sependek itu tetapi boleh digunakan untuk meningkatkan hasil pungutan cukai negara melalui perdagangan yang lebih strategik.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua berkenaan Akta Eksais 1976 berkenaan dengan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin. Saya hendak tanya tadi Menteri Kesihatan dah umumkan is a watered-down GEG ya. Jadi, apa sebenarnya monetary benefit kepada kerajaan, kepada cukai negara dengan membenarkan vape ini terus berleluasa? Sudahkah kerajaan membuat timbang tara dari segi ekonomi kesihatan, cost economy, cost and benefit analysis, berapa ramai orang sakit disebabkan vape, yang mana kerajaan terpaksa tanggung di hospital-hospital kita dengan pelbagai ubat-ubatan dan prosedur kesihatan.
Jadi, adakah berbaloi kerajaan nak dapat cukai daripada vape ini sanggup buat watered-down version dengan izin GEG yang ada. Jadi ini satu perkara yang tidak bertanggungjawab, pengkhianatan kepada generasi akan datang. Saya hendak ulang banyak kali Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu generasi saya menjadi generasi yang sama sepertimana perang candu di China dulu yang melahirkan 100 tahun century of humiliation yang berlaku dulu. Sebabnya candu dibiarkan berleluasa.
Jadi, masalah vape ini bukan sekadar nikotin tuan-tuan dan puan-puan, Tuan Yang di-Pertua. Tetapi maslah punca yang boleh menjadi ketagihan dadah juga. Jadi ini saya hendak menyeru kepada kerajaan berapa sebenarnya cukai yang dah dipungut melalui rokok, tembakau dan vape ini yang sayang sangat kerajaan pada hari ini kepada mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2023 ini.
Saya merujuk kepada beberapa akta dalam rang undang-undang ini iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 serta Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Dato’ Yang di-Pertua, di bawah pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 perenggan 4(b) fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 2(1) Akta
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
53 untuk memasukkan takrif baru elektronik invois ke dalam Akta 53 yang mengehendaki mana-mana orang untuk mengeluarkan invois elektronik berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan.
Pelaksanaan e-invois pada tahun hadapan adalah satu usaha yang baik dan ia sejajar dengan agenda pendigitalan oleh kerajaan disokong juga dengan penggunaan nombor pengenalan cukai (TIN). Soalan saya berapa jangka masa untuk melaksanakan sistem tersebut serta adakah ia melibatkan semua sektor perniagaan atau hanya sektor tertentu sahaja?
Berapakah anggaran kos pelaksanaan sistem e-invois ini termasuk pindaan kepada sistem percukaian semasa bagi memenuhi keperluan e-invois serta sejauh manakah sistem ini dapat membantu di dalam menangani isu ketirisan black economy di samping meningkatkan elemen ketelusan dengan memberikan penilaian risiko pematuhan secara telus.
Pada masa yang sama apakah strategi kerajaan untuk mencapai sasaran kutipan cukai langsung pada 2024 iaitulah sebanyak RM185 bilion atau 75.9 peratus daripada jumlah hasil cukai berdasarkan Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 serta kegiatan black economy yang kini dianggar akan menyumbang sekitar 21.2 peratus daripada KDNK atau bersamaan dengan RM330 bilion.
Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah menyebut antara kegiatan yang terlibat dalam aktiviti black economy adalah penyeludupan keluar barangan subsidi dan aktiviti penipuan cukai. Kebanyakan mereka melakukan perniagaan melalui laman e-dagang atau dikenali sebagai dark web. Kajian yang telah dilakukan oleh satu kumpulan advokasi pengguna multinasional, Customer Choice Center mendapati Malaysia berada pada nombor satu pasaran di dunia bagi black economy. Adakah kementerian melihat perkara ini? Adakah kementerian menyekat laman-laman tersebut?
Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan cukai minimum global. Saya mohon perincian mengenai implikasi cukai minimum global sebanyak 15 peratus terhadap syarikat perusahaan multinasional yang sedang menikmati insentif percukaian ketika ini serta unjuran garis masa. Apakah bentuk kajian insentif yang dijalankan bagi memastikan ia kekal relevan dalam menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia. Sejauh manakah kajian perbandingan telah dibuat dengan model cukai minimum global yang United Kingdom akan berkuat kuasa mulai tahun 2024.
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai pindaan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 seksyen 39 dan 56H memberikan kuasa kepada ketua pengarah untuk meluluskan potongan cukai daripada penyata melibatkan cukai perkhidmatan yang dibayar balik kepada pelanggan serta menentukan semula tempoh bercukai orang berdaftar asing.
Soalan saya apakah justifikasi pindaan pemberian kuasa kepada ketua pengarah ini? Saya mohon kerajaan perincikan implikasi peruntukan kuasa kepada ketua pengarah untuk meluluskan permohonan potongan cukai dan penyata cukai perkhidmatan serta penyelarasan dengan peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2023 yang diwartakan Mei yang lalu.
Kajian yang telah dijalankan oleh KPMG mendapati lebih separuh daripada perwakilan sidang kemuncak cukai dan perniagaan menyatakan pandangan supaya cukai GST diperkenalkan semula berbanding cadangan menaikkan kadar cukai SST kepada lapan peratus. Apakah kerajaan meneliti perkara ini? Saya ingin meminta kerajaan perincikan, apakah langkah yang telah diambil terhadap 26,000 syarikat dan entiti perniagaan yang dilaporkan masih belum membayar tunggakan cukai barang dan perkhidmatan mencecah hampir RM2.1 bilion walaupun cukai tersebut telah dimansuhkan pada tahun 2018.
Seterusnya, saya ingin menyentuh soal pindaan – saya minta masa sikit.
Seterusnya saya ingin menyentuh soal pindaan Akta Cukai Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan pindaan akta ini kekal relevan dengan keperluan semasa industri huluan minyak dan gas?
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Apakah status terkini Jawatankuasa Semakan Semula Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967 termasuk aspek kajian mengenai insentif cukai bagi teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon? Adakah kerajaan berhasrat mewujudkan kerangka kawal selia di dalam mengurus tadbir urus teknologi CCUS serta kajian penilaian telah dijalankan terhadap teknologi CCUS mengambil kira risiko kesihatan dan alam sekitar?
Berkenaan dengan royalti petroleum, Kerajaan Persekutuan masih belum melunaskan bayaran royalti petroleum milik rakyat Terengganu secara penuh. Setakat Oktober 2023, Kerajaan Terengganu hanya menerima sebanyak RM510 juta royalti petroleum, tak sampai separuh. Sebelum ini sepatutnya 1.5, baru terima satu pertiga.
Bilakah Kerajaan Persekutuan akan melunaskan baki jumlah yang belum dibayar sebanyak RM1 bilion kepada Kerajaan Terengganu?
Dalam pada itu, Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan Akta Tanggungjawab Fiskal tempoh hari yang memberikan satu garis panduan perundangan yang menyeluruh terhadap pengurusan fiskal kerajaan termasuk dalam aspek pengurusan hutang dan pinjaman kerajaan.
Dalam konteks pengurusan fiskal ini, saya ingin mengetahui sejauh mana kementerian telah merencana rangka kerja strategi hasil jangka sederhana serta apakah mekanisme semakan semula perbelanjaan awam telah diteliti sepenuhnya bagi memastikan suatu prinsip pengurusan fiskal yang cekap dan transparent. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin untuk menyebutkan bahawa dalam Rang Undang-undang Akta Kewangan (No.2) 2023 ini yang telah disebut mengandungi 14 akta pindaan yang bermula daripada akta pada tahun 1949 sehinggalah terbaru 2019. Oleh itu, kita melihat pindaan kepada 14 akta ini adalah bertujuan kerajaan ingin untuk mendapatkan tambahan wang untuk dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Ada yang bersifat cukai langsung dan cukai tidak langsung.
Yang di-Pertua, negara menyediakan kebajikan dan sistem bantuan keselamatan sosial. Maka, pembiayaan kos kesihatan, pendidikan, bantuan orang kelainan upaya, warga emas, keselamatan awam, subsidi dan lain-lain, maka perbelanjaan yang cukup besar diperlukan. Maka, cukai dan hasil cukai merupakan jalan penyelesaian. Berasaskan ini, sistem cukai memainkan dua peranan.
Pertama, membiayai institusi yang melindungi rakyat; tentera, polis, khidmat kesihatan, khidmat kecemasan, mahkamah dan termasuk ahli-ahli politik. Kedua ialah mengagihkan semula hasil negara yang dikutip kepada yang memerlukan.
Oleh itu, dalam soal yang melibatkan kepentingan golongan yang memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah. Hasil akaun disatukan kerajaan adalah dari rakyat. Rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan.
Oleh itu, kita perlu faham bukan sahaja kerajaan bincang tentang kutipan hasil. Tetapi juga ialah melibatkan perbelanjaan, pengurusan dan pembangunan.
Kita baru sahaja selesai perbahasan di peringkat Jawatankuasa Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan Kementerian-kementerian. Termasuk daripada urusan itu ialah bajet yang diberikan untuk perbelanjaan pilihan raya yang diadakan dari peruntukan bajet SPR. Ianya adalah duit rakyat.
Oleh itu, apabila tiba masa rakyat memilih, tiba-tiba diseksa rakyat kerana tak memilih calon dan parti kerajaan. Elaun kita sebagai Ahli Parlimen dibayar dari duit rakyat.
Rakyat bayar cukai dan hasil cukai. Nama pun wakil rakyat. Pemberi perkhidmatan
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
kepada rakyat. Rakyat adalah tuan dan kita adalah wakil rakyat, hamba rakyat, pekerja kepada rakyat.
Oleh itu saya ingin untuk mengambil peringatan daripada akta-akta yang dibincangkan dari 14 akta ini; untuk mengenal sifat dan sikap seseorang, berikan kuasa kepadanya. Abraham Lincoln, Presiden Ke-16 United States of America dari tahun 1861 hingga 1865 menyatakan, dengan izin; “Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man’s character, give him power” yang bermaksud, “Semua orang boleh tahan dalam masa kesengsaraan dan kesulitan tetapi jika kamu hendak mengenal sifat dan karakter seseorang, berikan kepadanya kuasa”.
Dulu, masa Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Ketua Pembangkang, sentiasa meminta peruntukan yang sama rata diberikan kepada pembangkang. Sekarang, masa jadi Ketua Kerajaan disekat peruntukan Pembangkang. Ini adalah satu perkara yang penting supaya kita faham bukan saja hasil yang kita kutip tetapi juga mestilah pengagihan mesti sampai kepada rakyat. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tanjong Karang untuk turut sama membahaskan RUU Kewangan (No.2) 2023.
Pertamanya, Tanjong Karang ingin bertanyakan soal Akta Petroleum 1967 (Cukai Pendapatan) iaitu Akta 543. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan pindaan akta ini tetap kekal relevan dengan keperluan-keperluan semasa industri huluan minyak dan gas?
Perenggan 72(b) bertujuan untuk meminda subseksyen (2)(4) Akta 543 dengan menggantikan subperenggan (a)(i) untuk memperuntukkan jika suatu perkongsian menjalankan operasi petroleum di bawah dua atau lebih perjanjian petroleum dan kawasan-kawasan di bawah perjanjian tersebut adalah bersempadan, operasi petroleum dalam kawasan-kawasan tersebut hendaklah dikira sebagai dijalankan di bawah satu perjanjian petroleum jika semua anggota kepada perkongsian itu ialah pihak asal yang sama kepada perjanjian petroleum.
Tanjong Karang ingin meminta penjelasan bagi kawasan bertindih Malaysia dan Thailand. Sejauh manakah penubuhan pihak berkuasa menerusi Pihak Berkuasa Malaysia-Thailand (MTGA) telah membantu mengeksplorasikan kawasan berkenaan termasuk penganugerahan kontrak perkongsian pengeluaran di kawasan pembangunan bersama?
Seterusnya, Tanjong Karang ingin menyentuh tentang Jawatankuasa Semakan Semula Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Tuan Yang di-Pertua, apakah status terkini Jawatankuasa Semakan Semula Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 termasuk aspek kajian mengenai insentif cukai bagi teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon atau dengan izin, carbon capture, utilization and storage (CCUS), ringkasnya. Adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan kerangka kawal selia dalam mengurus tadbir teknologi CCUS ini? Adakah kajian penilaian telah dijalankan terhadap teknologi CCUS mengambil kira risiko kesihatan dan alam sekitar?
Seterusnya, Tanjong Karang turut menyinggung Akta Eksais 1976 iaitu Akta 176.
Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah pengenaan cukai eksais terhadap produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape sejak 1 April 2023?
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Seterusnya bagaimanakah mekanismenya untuk melaksanakan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia, boleh menggunakan semula hasil cukai itu untuk mengadakan program Anti Tembakau dan Anti Nikotin?
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Adakah cukai 40 sen untuk satu mililiter cecair nikotin ini tidak terlalu mahal bagi memastikan penggunaan cecair nikotin tidak beralih kepada pasaran gelap? Sejauh manakah pengawalan dos nikotin di dalam cecair vape kerana dos nikotin yang sangat rendah tidak boleh menyebabkan menghilangkan rasa ketagihan kepada nikotin manakala dos yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keracunan nikotin dan kesan sampingan yang teruk.
Cecair vape bersama nikotin yang tercemar dengan pelbagai bahan dan perasa boleh mengakibatkan wabak Evali sepertimana yang telah berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini, yang menyebabkan hampir 68 kematian dan kerosakan paru-paru yang teruk.
Akhirnya Tanjong Karang turut menyentuh Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807]. Fasal 128 sehingga fasal 136–138 dan 139 bertujuan untuk meminda seksyen 13, 14, 17, 26, 26A, 38, 42, 56C, 75, 81 dan Akta 807 untuk memberi Ketua Pengarah kuasa yang menentukan bentuk dan cara antara lain permohonan pendaftaran, pengemukaan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan ataupun pembayaran balik cukai perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang memohon perincian mengenai implikasi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk meluluskan permohonan pemotongan cukai daripada penyata cukai perkhidmatan serta penyelarasan dengan peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2023 yang telah diwartakan pada Mei 2023. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Rakyat Malaysia, orang muda, tap tap screen guys, live. Saya mula dengan pantun Dato’ Seri.
*Lompat si katak lompat, Lompat hebat di desa sepetang, Bukit Gantang sudah lompat, Nanti ramai yang join pembangkang.
[Tepuk]* Tiada masalah. Hari ini banyak orang kata hari kesedihan. Saya hari kesyukuran.
Saya bersyukur di atas ujian Allah. Kita reda. Malah kita bersyukur kerana apabila– saya ambil teori Mao Zedong. Yang Berhormat baca buku Mao Zedong. Mao Zedong kata, kalau ular ada dalam lubang itu, kita tidak tahu berapa ekor. Kalau keluar seekor, kita ketuk. Keluar seekor, kita ketuk, jadi lambat. Cari jalan supaya semua keluar. Lepas itu kita ketuk semua. Jadi hari ini seekor ular telah keluar. Itu hat yang pengabis kut. Tiada lagi dah.
Walau bagaimanapun, orang-orang yang lompat itu sudah memahami keadaan sebenarnya. Sebahagian besar, mungkin semua akan datang balik, insya-Allah Tan Sri.
Saya dalam Parlimen ini Tan Sri – Dato’ Seri, terkial-kial, lepas ini dapat Tan Sri. Jadi Speaker lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Aamin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dalam Parlimen ini, kita ada beberapa kumpulan yang mempunyai ideologi dan juga pemikiran yang sama iaitu PN dan juga UMNO. UMNO itu memperjuangkan agama, bangsa, tanah air. Dululah.
Sekarang ini dah “UMDAP”, tak tahulah macam mana. Tapi kami juga memperjuangkan agama, bangsa, tanah air.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Menyampuk] Apa ini pula ini cakap pasal UMNO ni, Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau Bukit Gantang, Bukit Gantang. Ini permulaan ya. Bukit Gantang pergi join UMNO, okeylah. Tapi kalau pergi join yang lain, saya ingat dia sudah silap dan itu adalah satu perbuatan yang cukup durjana.
Dia tidak patut berbuat demikian. Saya kawan baik dia. Baru kelmarin dok sembang. Tiba- tiba dia boleh bertukar. Saya pun hairan. Syukur alhamdulillah, Allah tolong saya. Boleh tunjuk bahawa orang macam ini sebenarnya tidak boleh dipercayai ya.
Lagi satu Yang Berhormat, ini pasal kewangan. Dia kata dia minta RM30 juta kepada Timbalan Perdana Menteri yang sekarang ini kita tak tahu Timbalan Perdana Menteri sekarang sakit. Kalau sakit, kita berdoa supaya dia cepat sembuh. Tapi kerajaan beritahulah apa status Timbalan Perdana Menteri sekarang. Dia sihat ke tak sihat?
Dia minta dalam Dewan ini. Dia minta bagi RM30 juta, saya akan sokong kerajaan.
Tiba-tiba tak dijawab. Tiba-tiba hari ini dia sokong kerajaan. Pasti sudah dia dapat RM30 juta. Dia minta. Apakah itu bukan rasuah? Tak apalah, buatlah tafsiran sendiri. Bila kami ambil alih, kami tak akan buat macam ini ya. Yang Berhormat, saya nak beritahu bahawa ini ialah ugutan.
Saya juga nak ambil kesempatan pada hari ini di bawah rang undang-undang ini, saya nak ucap terima kasih kepada Cikgu Shukri, Perlis, Dato’ Seri Sanusi, Kedah, Panglima Perang Kelantan dan Dr. Samsuri, calon Kemaman nombor dua, yang telah memberi peruntukan kepada pembangkang. Tak ada bicara apa pun. Sebab itu dah ada dalam bajet nak bagi kepada semua, bagi kepada semua.
Hari ini, ada satu peraturan baharu yang telah dibuat. Kalau kau pembangkang, kau tak dapat. Dalam dunia ini, hanya Malaysia je yang buat kerja ini. Negara-negara lain tak buat. Cambodia, Indonesia tak buat. Asalkan Ahli Parlimen, bagi. Tapi Malaysia kena buat syarat.
Tapi saya telah dapat arahan tadi, saya boleh pergi berunding pada 1.1.2024. Apa maksud saya tak fahamlah kan. Sama ada ke sana ke sini. Tapi jangan berbangga sangat bahawa sana mencukupi, sini kurang. Allah maha berkuasa. Allah akan tentukan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Aamin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, yang keduanya ialah tentang Akta Petroleum. Saya minta – saya rasa Menteri pun tak faham. Confirm punya. Saya nak beritahu, dalam undang-undang tanah Malaysia, semua negeri mempunyai hak di atas tiga batu nautika. Daripada tiga batu nautika sampai 200 batu nautika ialah hak ekonomi eksklusif Kerajaan Pusat.
Jadi kalau sekiranya saya cadangkan supaya bawah batu nautika, supaya kerajaan negeri dibagi 50 peratus. Tetapi lebih 52, 53 batu nautika, kecuali Sabah Sarawak, 10 batu, maka dibagi mengikut perjanjian yang dibuat. Tapi kalau sekiranya itu hak Kerajaan Pusat, maka kata Perlis pun layak. Kedah pun layak. Semua negeri layak.
Sebab apa? Ini hak Kerajaan Pusat. Tak payah bagi banyak-banyaklah. Bagi sikit pun tak apa asalkan tanda yang kita ini sebahagian daripada Kerajaan Pusat, Yang Berhormat.
Kalau tidak, tak betul.
Jadi saya tanya kepada Menteri, apakah Akta Petroleum ini telah mengubah tentang sempadan yang telah disyaratkan di mana hak negeri dan di mana hak Persekutuan iaitu berhubung dengan tiga batu nautika?
Akhir sekali Tan Sri Pengerusi. Saya nak cakap tajuk ini sebab kepada 21 hari bulan yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, minggu ini, minggu ini, hendaklah semua jabatan kerajaan mendaftar untuk IDN, serta-merta minggu ini. Ia telah dibagi kepada syarikat MIMOS.
Menteri Komunikasi telah maklumkan bahawa MIMOS Berhad telah dibagi hak untuk IDN ya– Sorry, IDN. Dia bagi hak. Akan tetapi kita tahu bahawa Jabatan Pendaftaran Negara, Yang Berhormat, telah pun lama dah buat perkara ini dan mereka
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
telah membuat libat urus dengan pelbagai pemain industri. Bagaimana dan apa cara yang boleh diusahakan untuk mengemas kini sistem sedia ada dengan mengaplikasi teknologi terkini.
Hasilnya berdasarkan skop kerja dan punca kuasa yang ada pada Jabatan Pendaftaran, perancangan telah pun dibuat di mana tender telah dikeluarkan pada Oktober 2022. Malangnya proses in terhenti apabila kerajaan baru telah mengambil alih.
Sebab ini melibatkan Akta Pendapatan.
Jadi saya nak tanya, di mana tatacara berhubung dengan IDN ini? Saya nak tanya tatacara perolehan. Dia melibatkan Akta Cukai Pendapatan. Tatacara perolehan yang mereka dapatkan untuk IDN.
Jadi, kenapa diberi kepada MIMOS? MIMOS tidak pernah ada satu cerita kejayaan. Tapi Jabatan Pendaftaran Negara yang memulakan dengan kad pengenalan elektronik itu, tiada ada pengalaman dan lain-lain lagi. Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat. Ini Yang Berhormat, banyak orang tak faham. Rakyat Malaysia yang dengar pun tak faham apa dia IDN dan sebagainya. Bagi faham dulu. Lepas itu barulah kita laksanakan.
Yang keduanya tentang e-elektronik tadi akan diperkenalkan pada 1 Januari.
Yang Berhormat e-invois. Invois elektronik ini pada 1 Januari. Satu bulan. Sempat ke rakyat Malaysia difahamkan? Sempat ke mereka nak buat persediaan?
Saya setuju dengan ada seorang Ahli Parlimen tadi berucap tentang di mana kedai-kedai kopi untuk menerima sistem ini. Ianya kalau mereka tak boleh buat, mereka terpaksa berhentikan pekerja. Apakah dengan memperkenalkan sistem ini, dia boleh menambah peluang pekerjaan?
Akhir sekali, akhir sekali sebab tukar Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Last.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Aik, Timbalan Menteri pun boleh menyibuk? Nanti jawablah. Ini masa saya, dok diam. Ahmad Maslan, diam.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Seorang Ahli
Masa habis dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak beritahu, kerajaan sekarang macam anti-orang kayalah. Menyebut kata orang kaya sakau, orang kaya sakau. Tapi bila tahun depan kita sebut, kita nak kutip cukai RM185 bilion.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, jangan sebut lagi dah orang kaya sakau, orang kaya sakau.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, terima kasih.
Saya dengan orang lain saya berdegil-degil. Dengan ini, saya akan ikut. Bagi landing ya, landing elok-elok. Jadi, saya minta supaya jangan pemikiran anti-orang kaya, anti-orang kaya itu dibuat, sebaliknya kita berkawan dengan semua orang, untuk memudahkan kita kutip cukai kepada semua pihak. Sekian, terima kasih. Lagi sekali saya nak beritahu, Bukit Gantang adalah petualang. Terima kasih.
[Ketawa] [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak ini jawab dulu Arau ya. Kerajaan tidak anti-orang kaya, tapi kerajaan memang anti-orang yang sakau. Saya kawan dengan semua orang, kita kawan termasuk kawan dengan Arau, jika Arau tidak sakau.
Saya jawab. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah terlibat dalam perbahasan RUU ini dan saya akan cuba untuk menjawab semua soalan. Kalau soalan tidak dapat dijawab dalam masa yang diperuntukkan, saya mohon untuk memberikan secara bertulis. Pertama sekali, sudah tentu pembahas pertama kita YB dari Pendang bertanya tentang beberapa isu, contohnya tentang keselamatan data dan keselamatan sistem e-invois yang juga telah dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli-ahli Parlimen.
Dalam aspek ini, kerajaan akan memastikan bahawa LHDN memberi keutamaan supaya data dalam sistem MyInvois itu sentiasa terjamin dari segi keselamatan melalui pematuhan terhadap Dasar Keselamatan ICT LHDN dan Surat Pekeliling Garis Panduan Pengurusan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam serta garis-garis panduan dasar dan pekeliling tentang keselamatan ICT kerajaan yang berkuat kuasa. Kita juga akan mengambil piawaian industri, industry standard dengan izin, untuk memastikan faktor keselamatan terpelihara.
Sebenarnya pelaksanaan e-invois ini merupakan satu mekanisme untuk meningkatkan pematuhan cukai, terutamanya dari segi menutup kelompangan yang wujud dengan sistem sekarang. Langkah ini akan memberikan pelbagai manfaat. Ini juga ditanya kepada kerajaan, kepada pentadbir cukai dan juga kepada perniagaan, terutamanya dari segi meningkatkan kecekapan perniagaan dari segi pelaporan, dari segi pengurusan dokumen-dokumen kewangan, pelaporan cukai dan sebagainya. Sekali gus, membantu untuk menangani masalah ekonomi bayangan ataupun shadow economy dengan izin.
Selaras dengan pelaksanaan e-invois dan TIN yang menyalurkan data invois secara real-time, ia dapat meningkatkan kecekapan pengesanan trend aktiviti ekonomi, analisa risiko, fokus audit siasatan secara lebih tepat dengan keberhasilan supaya dapat keberhasilan yang lebih tinggi. Langkah ini, e-invois ini kita berharap yang dirancang ini akan mendatangkan hasil lebih kurang ataupun melalui langkah-langkah e-invois bersamaan dengan langkah-langkah untuk melaksanakan percukaian yang lebih efektif dan berkesan.
Maka tahun depan, kerajaan mensasarkan ada kutipan tambahan sebanyak lebih kurang RM2 bilion. Ini hanya untuk fasa pertama, di mana hanya lebih kurang 5,000 syarikat yang mempunyai pendapatan dan hasil jualan setahun lebih daripada RM1 juta.
Saya juga nak menjawab tadi apa yang dibangkitkan oleh Arau dan beberapa orang yang lain. Dia sebenarnya bukan dilaksanakan pada bulan Januari ini berkuat kuasa dan kita akan laksanakan projek perintis ataupun piloting, percubaan dengan beberapa syarikat secara sukarela. Pelaksanaan secara mutlak untuk syarikat dengan hasil ataupun jualan RM100 juta setahun akan bermula bulan Ogos.
Jadi, kita ada masa beberapa bulan lagi dan sebelum ini LHDN sudah pun sebenarnya melakukan pelbagai sesi libat urus. Sistem e-invois ini bukan satu sistem yang baru, dah banyak digunakan di negara-negara lain. Kita yakin bahawa dengan masa yang ada, dengan sesi libat urus yang telah pernah dilakukan, kita mempunyai masa yang secukupnya untuk memastikan kelancaran sistem ini.
Shadow economy juga satu isu yang banyak dibangkitkan. Untuk makluman, laporan daripada Economic Outlook pada tahun 2021 telah menunjukkan bahawa saiz shadow economy Malaysia telah menunjukkan kadar penurunan. Secara puratanya, bagi
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
tempoh 2010 hingga 2019, shadow economy, ekonomi bayangan adalah dianggar sebanyak 21.2 peratus. Kalau banding dengan 10 tahun yang sebelumnya, tahun 2000 sehingga 2009, saiz ekonomi bayangan adalah lebih kurang 30.2 peratus berbanding dengan KDNK.
Duanya, isu yang juga dibangkitkan oleh Pendang dan ahli-ahli yang lain tentang GMT ataupun global minimum tax. Global minimum tax ini sebenarnya kita merupakan satu mekanisme peringkat antarabangsa dari segi amalan terbaik tentang percukaian, tidak kiralah dia tidak ada apa-apa konspirasi kenapa kita buat bersama dengan UK.
Malah, ada beberapa buah negara lain yang turut melaksanakan GMT ini. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan prinsip common approach ataupun pendekatan yang selari, setara di mana setiap negara mempunyai hak untuk memutuskan tarikh pelaksanaan GMT.
Malaysia akan melaksanakan GMT di bawah GloBE Rules ini mulai tahun 2025 bagi memberikan masa kepada pihak industri untuk bersiap sedia dan membolehkan kerajaan memantau kesan GMT kepada negara yang sudah pun melaksanakannya.
Sudah pun ada negara-negara yang melaksanakan dasar GMT ini pada tahun ini terutamanya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selain Malaysia, negara-negara lain di rantau ini yang bakal melaksanakan GMT pada tahun 2025 termasuk negara tetangga kita Singapura, Thailand, juga Hong Kong.
Untuk YB Segamat yang telah membangkitkan isu justifikasi pemansuhan tempoh 120 hari dalam Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan lain-lain akta cukai tidak langsung, saya telah jelas. Sebenarnya keperluan ataupun peruntukan berkaitan 120 hari ini hanyalah adalah untuk mendapatkan pengesahan dan kita memansuhkan keperluan ini untuk memudahkan pentadbiran cukai. Sebab undang-undang yang sedia ada memberikan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan kadar cukai contohnya.
Kertas Statut juga akan dibentang ataupun lay dengan izin, dalam Dewan yang mulia ini untuk memberitahu tentang perubahan contohnya pada kadar cukai. Jadi, Dewan ini masih mempunyai peluang untuk menyertai ataupun membahaskan apa-apa yang terkandung dalam Kertas Statut. Apa yang kita mansuhkan ialah 120 hari selepas pembentangan ataupun the laying dengan izin, of Kertas Statut kena diberikan sekali lagi, dibentang sekali lagi dalam risalat. Proses kedua itu kita mansuhkan demi untuk memudahkan pentadbiran cukai.
Tentang isu cukai pelancongan, maksud pengendali perkhidmatan bercukai juga dibangkitkan oleh Segamat. Dalam perundangan Akta Cukai Pelancongan, pihak yang menentukan pengendali perkhidmatan bercukai atau dengan kata mudah operator hotel adalah Menteri Kewangan.
Pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut hanyalah berkaitan dengan prescript form dengan izin, di mana borang-borang yang akan digunakan dalam operasi cukai tersebut akan ditentukan oleh Ketua Pengarah Kastam, tiada keperluan lagi untuk dibuat melalui peraturan. Langkah ini sebenarnya juga untuk memudahkan proses pentadbiran, terutamanya jika ada keperluan untuk membuat pindaan kepada borang-borang yang diguna pakai.
YB Segamat juga cadangkan tentang layanan percukaian perbelanjaan pemeriksaan rawatan pergigian dikecualikan kepada perokok. Buat masa ini, tidak ada diskriminasi terhadap perokok. Ia boleh dituntut tidak kira sama ada pembayar cukai itu merupakan perokok atau tidak. Juga, cadangan untuk memperluaskan pengecualian cukai rawatan pergigian kepada ibu bapa.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Sebenarnya, pembayar cukai juga boleh claim ataupun tuntut pelepasan cukai rawatan pergigian mulai tahun depan dengan had nilai sebanyak RM1,000. YB Bachok telah membangkitkan beberapa isu. Pertama sekali, tentang mekanisme e-invoice.
Berapa hasil tambahan, saya dah jawab. Tentang hasil tambahan itu lebih kurang RM2 bilion. LHDN dalam kaedah untuk beralih kepada sistem e-invoice ini telah membangunkan dua mekanisme penghantaran e-invoice iaitu satu, portal MyInvoice yang dibangunkan oleh LHDN dan kedua, application programming interface (API) yang berkaitan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Pembayar cukai boleh memilih mekanisme yang paling sesuai untuk menghantar e-Invoice kepada LHDN berdasarkan keperluan dan kehendak perniagaan masing- masing dan juga ada insentif-insentif dari segi pendigitalan dan sebagainya yang diberikan melalui belanjawan untuk memudah cara syarikat-syarikat pembayar cukai beralih kepada sistem e-invoice.
Berhubungan dengan pindaan PITA, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa PITA Forward yang sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak PETRONAS dan juga syarikat minyak dan gas antarabangsa. Antara pindaan yang kita laksanakan pada hari ini tentang secondary recovery dan sebagainya merupakan hasil daripada perbincangan ataupun penambahbaikan dalam Jawatankuasa PITA Forward tersebut.
Industri vape. Saya ucapkan terima kasih atas apa yang telah dibangkitkan itu.
Kerajaan sebenarnya sedang merangka kawal selia industri melalui undang-undang ataupun Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok yang sedang digubal oleh Kementerian Kesihatan yang telah- baru diumumkan itu. Jumlah kutipan duti eksais ke atas cecair nikotin, saya akan kemukakan secara bertulis kepada YB Bachok.
Duit eksais ke atas kenderaan. YB Bachok ingat sebab ini merupakan Manifesto Pakatan Rakyat pada PRU13. Masa itu, PAS bersama dengan DAP tapi tidak disebut dalam Manifesto Pakatan Harapan sebaliknya disebut dalam manifesto YB Bachok dalam PRU14 di bawah Gagasan Sejahtera. Jadi buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk memansuhkan berkenaan duti eksais ke atas kenderaan.
Seterusnya oleh YB Tuaran yang bercakap sudah tentu pasal hak rakyat Sabah.
Pertanyaan Yang Berhormat tentang jumlah kutipan hasil negeri adalah berkaitan dengan salah satu perkara yang dirujuk dalam saman yang telah difail ke mahkamah terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Justeru, saya tidak dapat memberikan ulasan atau jawapan atas dasar sub judice ke atas kes mahkamah tersebut.
Pembahagian kutipan cukai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di Malaysia ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan memiliki bidang kuasa tertentu dalam hal cukai manakala kerajaan negeri juga memiliki bidang kuasa masing-masing.
Secara umumnya, kerajaan bertanggungjawab untuk kutip cukai yang dikenali sebagai cukai-cukai Persekutuan seperti cukai pendapatan individu dan korporat, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai import. Hasil daripada cukai-cukai ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan awam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Persekutuan.
Di sisi yang lain, kerajaan negeri berperanan dalam mengutip cukai yang dikenali sebagai cukai-cukai negeri. Cukai-cukai tanah, cukai harta, cukai perniagaan dan beberapa cukai kecil yang diberi bidang kuasa kepada mereka. Hasil ini digunakan oleh kerajaan negeri untuk membiayai perbelanjaan awam di peringkat negeri.
Walaupun terdapat pembahagian bidang kuasa ini, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bekerjasama dalam beberapa hal untuk memastikan keselarasan dan koordinasi dalam sistem cukai. Misalnya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan berunding tentang perkara-perkara seperti peruntukan perbelanjaan, perbelanjaan pembangunan, perbelanjaan infrastruktur di peringkat negeri dan sebagainya.
Pembahagian kutipan cukai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri adalah penting untuk memastikan sumber kewangan yang mencukupi bagi kedua-dua entiti kerajaan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyediakan perkhidmatan awam dan pembangunan di Malaysia.
Dalam aspek pemberian ataupun pengagihan kepada wilayah-wilayah Sabah dan Sarawak, Kerajaan Perpaduan telah meningkatkan contohnya pemberian khas interim untuk Sabah dan Sarawak kepada RM300 juta setiap wilayah bagi tahun 2023. Jadi saya harap perkara ini kita boleh terus perincikan dan ucapkan terima kasih sekali lagi kepada YB Tuaran yang memang mempunyai semangat pembelaan hak negeri.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Pada YB Kuala Terengganu pula, membangkitkan tentang implikasi terutamanya tentang GMT, 15 peratus kepada MNE tetapi syarikat-syarikat multinasional yang sedang menerima insentif.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh buat sikit penjelasan, YB?
Tuan Sim Chee Keong
Silakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pertanyaan yang saya bangkitkan dalam perbahasan tadi ialah apakah dalam perundingan nanti di antara kerajaan negeri dan Persekutuan itu akan mengambil kira keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Perunding Pelaksanaan MA63 iaitu merujuk kepada Artikel 112D itu.
Apakah sebenarnya pendirian Kementerian Kewangan? Saya difahamkan yang perundingan dibuat tanpa merujuk kepada bagaimana kita melihat Artikel 112D itu iaitu apa sebenarnya yang dirunding.
Adakah setakat merunding dia punya kuantum ataupun merunding jenis-jenis cukai ataupun hasil yang dipungut, yang boleh dimasukkan dalam jumlah itu? Apakah itu yang dirunding ataupun apa sebenarnya yang mahu dirunding. Sebab hari ini apabila kita bertahan dengan interim itu sama dengan RM300 tak kurang daripada itu, banyak interpretasi daripada segi undang-undang di situ. Jadi, apa yang mahu dirunding itu sebenarnya? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih kepada YB Tuaran. Mungkin daripada segi pendirian Kementerian Kewangan, sebenarnya platform itu adalah antara Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Sabah dan Sarawak tetapi kita akan bagi secara bertulis tentang pendirian Kementerian Kewangan daripada segi aspek yang YB tanya itu tentang Perkara 112D secara bertulis.
Implikasi GMT 15 peratus kepada MNE yang terutamanya sekarang tengah menerima insentif. Dari segi pelaksanaan, setiap syarikat yang terkesan perlu kemukakan borang nyata dalam tempoh 18 bulan dari tarikh tutup kewangan beraudit syarikat.
Pada masa ini, MOF ataupun Kementerian Kewangan sedang memuktamadkan kajian tentang kesan pelaksanaan GMT di Malaysia termasuklah kesan kepada insentif sedia ada dan juga anggaran hasil yang bakal diperoleh dalam pelaksanaan GMT ini.
Pelaksanaan ini seperti yang telah saya maklumkan adalah berdasarkan GloBE Rules yang dikeluarkan oleh OECD dan tiada perbezaan daripada segi teknikaliti, pelaksanaan GMT di antara Malaysia atau UK dan negara-negara lain. Daripada segi impak terhadap insentif percukaian yang ditawarkan oleh Malaysia apabila GMT dilaksanakan, GMT hanya satu, terpakai ke atas MNE yang mempunyai pendapatan global tahunan kumpulan syarikat sebanyak EURO ataupun EUR750 juta setahun untuk dua tahun kewangan.
Kumpulan syarikat yang tidak mencapai nilai ambang tersebut, tidak akan tertakluk kepada kenaan cukai GMT 15 peratus di bawah Pillar Two dalam hal ini. Oleh itu, insentif sedia ada masih boleh ditawarkan oleh Malaysia kepada MNE yang mempunyai pendapatan global tahunan kurang daripada EUR750 juta itu. Manakala syarikat-syarikat yang tertakluk kepada kenaan skop GMT, Kementerian Kewangan sedang mengkaji insentif sedia ada bagi memastikan kita kekal relevan untuk menarik pelabur langsung asing ke Malaysia dan pada masa yang sama, memenuhi kehendak piawaian percukaian antarabangsa.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kalau kita gagal ataupun tidak melaksanakan GMT, maka negara yang melaksanakan GMT, mereka berhak untuk mengutip top-up tax kepada nilai 15 peratus. Contohnya kalau kita tidak mengenakan cukai kosong peratus kepada syarikat yang tertakluk kepada cukai GMT itu, maka negara asal syarikat tersebut boleh mengenakan cukai 15 peratus tersebut ke atas syarikat itu.
Tuan Sim Chee Keong
Ini bermaksud negara kita akan kehilangan hasil cukai, jika kita gagal untuk observed, dengan izin pelaksanaan GMT. Kepada Yang Berhormat Taiping tentang salah
Tuan Sim Chee Keong
satu inisiatif baharu iaitu pengenalan e-invoice. Tadi saya sudah jawab agak panjang mungkin kalau perlu sesi lain kita boleh jumpa di luar tetapi saya rasa saya sudah bagi apa yang telah kita katakan kelebihan dan juga kenapa kita melaksanakan e-invoice. Bila hendak laksana? Bukan 1 Januari berkuat kuasa tetapi kita akan melaksanakan projek rintis ataupun pilot project pada 1 Januari.
Jadi tidak wajib, secara sukarela beberapa syarikat telah menawarkan diri untuk terlibat sama dan kita hanya mewajibkannya bermula Ogos tahun depan dengan syarikat yang mempunyai hasil dan jualan tahunan lebih RM100 juta setahun. Itu pun lebih kurang 5,000 syarikat. CKHT penyata terpinda seksyen 15A cukai tambahan perlu dibawa pada hari taksiran tersebut. Adakah ia praktikal?
Untuk makluman, berdasarkan pindaan seksyen tersebut, borang nyata terpinda dikemukakan oleh pembayar cukai sendiri dalam tempoh enam bulan dari tempoh genap masa pengemukaan penyata asal. Jadi pembayar cukai perlu membuat bayaran balik sebaik sahaja borang nyata terpinda dikemukakan.
Anggaran hasil kerajaan bagi pengenaan duti setem 4 peratus kepada bukan warganegara pula adalah sebanyak lebih kurang RM70 juta setahun dan pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama sehingga RM500,000 mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember tahun 2025.
Selain itu melalui Belanjawan 2023 juga kerajaan telah mengumumkan bahawa pengecualian duti setem sepenuhnya diberi ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai tidak melebihi RM500,000 akan diteruskan. Okey, pengecualian RM10 itu untuk benefisiari harta pusaka terpakai kepada bukan warganegara dan peruntukan ini tidak mengehadkan sama ada benefisiari warganegara atau tidak selagi mana nama benefisiari itu ada dalam senarai pewaris harta si mati di bawah estet yang sama.
Sistem taksir sendiri, peruntukan akta membenarkan semakan semula dibuat oleh pembayar cukai selaras dengan pelaksanaan sistem taksir sendiri pembayar cukai perlu membuat pengiraan sendiri bagi mengira CKHT. Pembayar cukai perlu membuat pengiraan CKHT berdasarkan kepada harga pelupusan dan harga pemerolehan berserta perbelanjaan sebenar yang dikemukakan.
Rekod dokumen sokongan perlu disimpan dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh taksiran dan pembayar cukai boleh rujuk kepada garis panduan CKHT yang sedia ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri masih banyak lagi?
Tuan Sim Chee Keong
Bagi seminitlah mungkin saya cuba untuk jawab sebanyak yang boleh dalam seminit. Kalau tidak, saya akan bagi dalam jawapan bertulis.
Untuk menangani isu ekonomi bayangan tadi, sambung juga dengan apa yang telah dibangkitkan dan juga oleh Yang Berhormat Machang. Antara langkah yang dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja tadi, saya tidak sebut tentang LHDN terutamanya tetapi sekarang Jabatan Kastam Diraja dengan kerjasama agensi penguat kuasa yang lain adalah seperti berikut:
(i) operasi khas ke atas barangan kritikal dan berduti tinggi yang diimport di pelabuhan dan pintu masuk negara melalui pemeriksaan dokumen dan sebagainya;
(ii) operasi bersasar di pelabuhan-pelabuhan utama dengan mensasarkan komoditi berisiko tinggi;
(iii) melaksanakan pengauditan dengan lebih cekap bagi membendung ketirisan hasil dan memastikan perundangan cukai dipatuhi; dan
(iv) menjalankan siasatan ke atas kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ketirisan hasil yang besar serta melaksanakan kajian semakan ke atas bil tuntutan yang tidak berasas.
Tuan Sim Chee Keong
Isu nikotin sekali lagi tentang duti eksais, saya rasa ada dua isu yang berbeza sebab sebelum ini vape digunakan secara berleluasa tanpa kawalan dan juga tanpa percukaian. Berdasarkan kepada satu kenyataan World Health Organization, pengenaan cukai juga merupakan satu kaedah untuk mengurangkan accessibility, dengan izin ataupun kebolehcapaian, kebolehdapatan terhadap sesuatu projek virtual product.
Jadi dengan mengenakan cukai kos jualan akan meningkat dan ia akan mengurangkan kebolehdapatan produk tersebut kepada kumpulan sasaran yang terlibat.
Ini saya rasa, it is dua perkara yang berbeza. Kita nak mengawal, kita nak melarang waima kita nak ban ataupun kita hendak mengelakkan generasi yang depan daripada merokok dengan pengenaan cukai. Ini tidak ada perkaitanan yang rapat.
Okey, mungkin akhir sekali sebab Arau ada bangkitkan isu ini tentang Akta Petroleum tentang pindaan kepada perubahan sempadan hak negeri. Akta Petroleum
(Pindaan) tidak melibatkan perubahan sempadan hak negeri dan persekutuan. Itu satu jawapan yang ringkas kepada Arau. Saya rasa itu sahaja. Kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan telah pun saya jawab. Saya ucapkan terima kasih lagi sekali lagi kepada Dewan yang mulia ini atas perbahasan dan juga idea-idea dan cadangan yang telah dibangkitkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 142 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [12 Oktober 2023]
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Puan Yang di-Pertua, saya pohon baca para yang pertama yang saya bacakan sebelum ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Syarikat 2016 bagi memperkukuh rangka kerja rehabilitasi dan mekanisme penyelamat korporat serta meningkatkan ketelusan korporat melalui pengukuhan rangka kerja pelaporan pemunya benefisial dibacakan kali yang kedua sekarang.
Puan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 yang melanda sejak penghujung 2019 telah memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan ekonomi di Malaysia dan juga ekonomi global secara keseluruhannya. Sepanjang tahun 2020 dan sehingga kini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu sektor korporat di Malaysia untuk menangani kesan negatif pandemik COVID-19. Antaranya seperti yang berikut:
(i) melaksanakan tempoh moratorium penyerah simpanan dokumen berkanun sehingga 31 Disember 2021 tanpa mengenakan fi lewat serah simpan;
(ii) melanjutkan tempoh pematuhan mesyuarat agung tahunan dan tempoh serah simpan penyata kewangan selama 90 hari atau sehingga 31 Disember 2020 mengikut tarikh yang terkemudian bagi penyata kewangan dengan tahun kewangan berakhir 1 September 2019 sehingga 31 Julai 2020 dan inisiatif ini sejurusnya dipanjangkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2021;
(iii) menaikkan amaun keberhutangan syarikat daripada RM10,000 kepada RM50,000 dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2021 dan amaun keberhutangan ini telah dikekalkan pada jumlah melebihi RM50,000 mulai 1 April 2021;
(iv) memanjangkan tempoh menjawab notis tuntutan oleh mana- mana pemiutang dari 21 hari kepada enam bulan yang telah berkuat kuasa dari 23 April sehingga 31 Disember 2020; dan
(v) memberikan pengurangan sebanyak 90 peratus sehingga 31 Disember 2022 untuk kompaun-kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Ini dah dimansuhkan.
Lanjutan daripada inisiatif-inisiatif seperti di atas, pihak KPDN mencadangkan pindaan kepada Akta Syarikat 2016 iaitu Akta 777 bagi memastikan kerangka perundangan yang lebih kukuh dapat ditawarkan kepada sektor korporat untuk tempoh jangka masa panjang dengan menambah baik bagi perundangan sedia ada terutama sekali berkaitan peruntukan untuk menambah baik mekanisme penyelamat korporat dan rehabilitasi bagi syarikat yang menghadapi masalah kewangan serta menambah baik ketelusan dan tadbir urus secara amnya.
Selain itu, KPDN juga berhasrat untuk menambah baik kerangka pelaporan pemunyaan benefisial dengan mengambil kira perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dalam memerangi aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai.
Untuk makluman, kedudukan Malaysia berhubung aktiviti-aktiviti tersebut sedang dan akan dinilai oleh pelbagai badan antarabangsa seperti financial action task force
(FATF) yang merupakan badan antarabangsa bebas yang membangunkan piawaian antarabangsa untuk memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan percambahan untuk melindungi sistem kewangan global dan Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) melalui exchange of information on request yang menjalankan penarafan berhubung isu-isu penzahiran bagi percukaian ke atas negara-negara yang berdagang dengan negara-negara OECD.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Penilaian yang akan dijalankan oleh FATF ke atas Malaysia akan dimulakan seawal tahun 2024, di mana keberkesanan undang-undang penguatkuasaan dan tindakan undang-undang yang sedia dan telah diambil, perlu dibuktikan.
Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini digubal untuk meminda Akta 777 bagi tujuan berikut:
(i) peluasan pemakaian mekanisme penyelamat korporat kepada lebih banyak kategori syarikat;
(ii) pengukuhan mekanisme untuk rehabilitasi bagi syarikat yang menghadapi masalah kewangan melalui penambahbaikan, peruntukan berkaitan skim perkiraan atau kompromi;
(iii) pengukuhan polisi berhubung kerangka pelaporan pemunyaan benefisial yang komprehensif; dan
(iv) pengukuhan polisi berkaitan prosedur bagi menyokong pelaksanaan tadbir urus syarikat yang mampan.
Puan Yang di-Pertua, sejak peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat korporat kepada di bawah Akta 777 mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2018, SSM telah menerima pelbagai pandangan dan cadangan daripada pihak industri, badan kawal selia serta badan-badan profesional untuk mengkaji semula skop pemakaian mekanisme penyelamat korporat iaitu proses perkiraan sukarela korporat ataupun corporate voluntary arrangement dan pengurusan kehakiman (judicial management) supaya dapat diluaskan kepada lebih banyak kategori syarikat serta penambahbaikan peruntukan berkaitan skim kompromi dan perkiraan (scheme of arrangement and compromise), dengan izin Puan Yang di-Pertua.
Selaras dengan perkembangan kerangka perundangan di peringkat antarabangsa, Perkiraan Sukarela Korporat menyediakan mekanisme yang membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan untuk membuat rundingan dengan pemiutangnya tanpa campur tangan mahkamah.
Syarikat yang berhasrat untuk menjalankan proses ini perlu memfailkan notis kepada mahkamah dan moratorium akan berkuat kuasa untuk tempoh 28 hari dan boleh dipanjangkan sehingga 60 hari. Dalam tempoh moratorium ini, tiada tindakan undang- undang yang boleh diambil terhadap syarikat termasuk tindakan penggulungan.
Buat masa ini, peruntukan undang-undang sedia ada mengehadkan pemakaian Perkiraan Sukarela Korporat hanya kepada syarikat persendirian yang tidak mempunyai gadaian terhadap mana-mana asetnya. Kekangan ini menyebabkan peruntukan sedia ada tidak dapat di manfaat sepenuhnya oleh kebanyakan syarikat termasuk syarikat awam.
Melalui rang undang-undang yang dicadangkan ini, dicadangkan supaya skop pemakaian Perkiraan Sukarela Korporat diperluaskan kepada semua syarikat termasuk syarikat awam tanpa mengambil kira sama ada syarikat tersebut mempunyai gadaian terhadap mana-mana asetnya.
Ini kerana hak pemiutang bercagar adalah tetap terjamin kerana Perkiraan Sukarela Korporat tidak boleh diteruskan tanpa persetujuan pemiutang bercagar.
Cadangan peluasan ini membolehkan lebih banyak syarikat dapat memanfaatkan mekanisme ini melalui rundingan luar mahkamah dan seterusnya dapat mengurangkan kos perundangan.
Puan Yang di-Pertua, selain itu rang undang-undang ini juga turut mencadangkan supaya pemakaian pengurusan kehakiman diperluaskan kepada semua syarikat awam termasuk syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Pengurusan kehakiman merupakan prosedur yang boleh dimohon oleh syarikat atau pemiutang atau penyelesai kepada mahkamah untuk melantik seorang pengurus kehakiman bagi melaksanakan pelan rehabilitasi yang perlu disetujui oleh syarikat dan pemiutangnya dan seterusnya diluluskan oleh mahkamah.
Tempoh moratorium yang bermula sebaik sahaja permohonan difailkan sehingga selama enam bulan selepas perintah kehakiman diberikan akan melindungi syarikat
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
daripada tindakan undang-undang termasuk perintah penggulungan. Peluasan pemakaian pengurusan kehakiman akan memberikan peluang kepada mana-mana syarikat yang menghadapi masalah kewangan untuk meneroka mekanisme penyelamat yang bersesuaian dengan situasi masing-masing.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Walaupun rang undang-undang ini mencadangkan peluasan pemakaian kedua- dua mekanisme penyelamat korporat kepada semua syarikat, namun pemakaian tersebut adalah dikecualikan bagi mana-mana syarikat yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia atau syarikat yang tertakluk di bawah Bahagian II, III, IIIA dan VIII, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ini kerana syarikat-syarikat tersebut perlu mematuhi prosedur pelaporan tadbir urus serta polisi kewangan yang spesifik yang dikawal selia sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia atau Securities Commission sekiranya syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan.
Puan Yang di-Pertua, selain meluaskan pemakaian mekanisme penyelamat korporat kepada hampir kesemua kategori syarikat, pihak KPDN juga berpandangan bahawa suatu mekanisme rehabilitasi yang memberi pilihan atau opsyen disediakan kepada syarikat yang menghadapi masalah kewangan untuk memulihkan syarikat melalui penambahbaikan peruntukan sedia ada berkaitan skim perkiraan atau kompromi.
Cadangan ini juga adalah setanding dengan kerangka insolvensi di negara- negara maju termasuk United Kingdom, Singapura dan Amerika Syarikat. Pemakaian skim perkiraan atau kompromi untuk proses rehabilitasi syarikat, dilihat menjadi pilihan utama oleh syarikat yang menghadapi masalah kewangan kerana syarikat masih di bawah kawal selia pihak pengurusan syarikat tersebut.
Oleh itu, kerangka perundangan berkaitan skim perkiraan atau kompromi perlu ditambah baik supaya ianya memberi insentif kepada pengurusan syarikat untuk mencadangkan pelan rehabilitasi yang sesuai bagi memastikan syarikat boleh terus beroperasi dan tidak berdepan dengan tindakan penggulungan. Dalam konteks skim perkiraan atau kompromi, penambahbaikan kerangka perundangan yang membantu pihak pengurusan untuk terus menjalankan operasi perniagaan adalah penting bagi menjayakan pelan rehabilitasi yang dicadangkan.
Oleh yang demikian, antara pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
(i) menyediakan prosedur lebih efisien bagi membolehkan syarikat mendapatkan perintah halangan sebagai perlindungan daripada tindakan penggulungan atau perundangan oleh pemiutang.
Langkah ini adalah penting bagi memberi peluang bagi syarikat mengambil langkah untuk menyusun semula hutang-hutang syarikat serta menyediakan pelan perkiraan atau kompromi dengan pemiutang untuk memastikan syarikat boleh terus beroperasi;
(ii) keperluan untuk melantik pengamal insolvensi bagi memastikan kejayaan skim perkiraan atau kompromi yang dicadangkan;
(iii) memberikan kuasa kepada mahkamah untuk meluluskan skim perkiraan atau kompromi dengan memastikan hak-hak pemiutang minoriti tidak diprejudiskan;
(iv) membolehkan syarikat yang telah memasuki skim perkiraan atau kompromi mendapatkan pembiayaan penyelamat (rescue financing) serta memberikan perlindungan kewangan terhadap pembiaya tersebut sekiranya skim tersebut gagal dan syarikat digulung. Peruntukan ini adalah penting bagi membolehkan syarikat mendapat suntikan pembiayaan modal baharu untuk
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
membantu syarikat menyusun semula atau menyelesaikan hutang; dan
(v) mengukuhkan hak pemiutang untuk memohon perintah supaya menghalang syarikat daripada melupuskan harta sewenang- wenangnya dan memohon kepada mahkamah untuk menyemak tindakan yang telah diambil oleh syarikat sekiranya terdapat perlanggaran terhadap terma dan syarikat yang telah dipersetujui dalam skim perkiraan atau kompromi tersebut.
Rang undang-undang ini turut mencadangkan supaya yang syarikat yang telah diberikan perintah pengurusan kehakiman boleh mendapatkan pembiayaan penyelamat
(rescue financing) dan turut memberi keutamaan khas sebagai langkah perlindungan terhadap pembiaya tersebut sekiranya syarikat digulung. Cadangan ini bertujuan untuk melengkapi kerangka sedia ada bagi membolehkan syarikat mendapatkan dana tambahan dalam tempoh rehabilitasi sekiranya diperlukan.
Rang undang-undang ini juga mencadangkan supaya mana-mana syarikat yang memasuki proses rehabilitasi termasuk skim perkiraan atau kompromi pengurusan kehakiman atau perkiraan sukarela korporat diberi perlindungan perundangan untuk terus mendapatkan bekalan perkhidmatan atau barangan yang penting, supply of essential goods and services, dengan izin, untuk memastikan syarikat boleh terus beroperasi dan tidak terhalang daripada oleh mana-mana terma yang memperuntukkan sebaliknya yang mungkin terkandung dalam kontrak.
Inisiatif ini akan memberikan implikasi persekitaran korporat serta perundangan yang positif dan komprehensif bagi memastikan syarikat yang berdaya maju diberi ruang yang secukupnya untuk membolehkan mereka terus beroperasi terutamanya dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Justeru itu, tindakan penggulungan akan hanya menjadi pilihan terakhir setelah syarikat mengambil peluang berusaha untuk memulihkan operasi perniagaan melalui skim perkiraan atau kompromi, perkiraan sukarela korporat atau pengurusan kehakiman.
Puan Yang di-Pertua, seksyen 56 [Akta 777] telah memperkenalkan kerangka pelaporan benefisial di mana syarikat dikehendaki mendapatkan maklumat pemunya benefisial, berekod serta melaporkan maklumat tersebut kepada pendaftar. Namun demikian, terdapat keperluan untuk menambah baik kerangka pelaporan tersebut kerana terdapat jurang perundangan yang perlu diatasi supaya selaras dengan amalan terbaik dan piawaian antarabangsa seperti yang dianjurkan oleh agensi antarabangsa FEDF dan OECD yang bertujuan untuk memerangi aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai.
Sehubungan itu, rang undang-undang ini mencadangkan pindaan-pindaan seperti yang berikut:
(i) memberikan definisi pemunya benefisial dari perspektif pemunya share atau kawalan ke atas pengurusan syarikat;
(ii) mewajibkan syarikat untuk menyimpan daftar pemunya beneficial serta keperluan mengemas kini daftar tersebut;
(iii) menjelaskan kewajipan pelaporan pemunyaan benefisial kepada pendaftar melalui serah simpan penyata tahunan syarikat serta pengemaskinian maklumat pemunya benefisial apabila terdapat perubahan;
(iv) menjelaskan obligasi mana-mana orang untuk memaklumkan syarikat sekiranya mereka merupakan pemunya benefisial; dan
(v) memberikan kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menentukan kategori syarikat yang tidak perlu membuat pelaporan di bawah Akta 777 kerana tertakluk kepada perundangan lain yang serupa dan pihak yang
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
boleh diberikan akses berkaitan maklumat pemunya benefisial tersebut.
Penambahbaikan yang dicadangkan ini akan meningkatkan ketelusan maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan SSM dan akan membantu agensi penguatkuasaan dan kawal selia termasuk Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membanteras jenayah serius yang berselindung di sebalik entiti perniagaan.
Puan Yang di-Pertua, pengukuhan polisi yang menyokong pelaksanaan tadbir urus syarikat yang lebih mampan juga adalah penting bagi memastikan terdapat tahap pematuhan yang tinggi di kalangan syarikat. Antara pindaan penting yang dicadangkan adalah seperti yang berikut.
Pindaan am supaya laman web SSM boleh digunakan untuk menerbitkan maklumat sebagai media alternatif kepada kehendak perundangan untuk diterbitkan dalam akhbar. Pindaan ini bersifat fasilitatif untuk mengatasi isu praktikal di mana tiada lagi surat khabar yang mempunyai edaran meluas ke seluruh Malaysia. Tambahan pula, kos pengiklanan adalah tinggi dan membebankan terutama sekali sekiranya pengiklanan tersebut perlu dibuat oleh syarikat yang menghadapi masalah kewangan atau dalam tindakan penggulungan.
Kedua, pindaan ke atas seksyen 264 [Akta 777] berkaitan pelantikan juruaudit yang mempunyai pasangan suami atau isteri dalam syarikat atau kumpulan syarikat yang akan diaudit oleh firma juruaudit tersebut. Dalam konteks ini pindaan dicadangkan supaya pendaftar diberi kuasa untuk mengeluarkan garis panduan bagi memastikan prinsip kebebasan juruaudit ataupun auditors independence tetap terpelihara.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Pindaan ini akan menyelesaikan isu-isu praktikal, yang mana juruaudit atau firma juruaudit terpaksa melepaskan pelantikan sebagai juruaudit kerana pasangan suami atau isteri, rakan kongsi dalam firma audit, bekerja dalam syarikat ataupun kumpulan syarikat yang akan diaudit, walaupun rakan kongsi firma audit tidak terlibat dalam proses pengauditan atau berada dalam kedudukan yang boleh mempengaruhi juruaudit yang akan mengaudit syarikat tersebut.
Atau sebaliknya, pasangan suami atau isteri rakan kongsi tersebut pula perlu meletak jawatan. Puan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini akan memberi implikasi perundangan positif dan komprehensif bagi memastikan entiti perniagaan seperti syarikat yang berdaya maju diberikan ruang yang secukupnya untuk membolehkan mereka terus beroperasi, terutamanya ketidaktentuan ekonomi pada masa kini.
Tindakan penggulungan sewajarnya dijadikan jalan terakhir hanya setelah syarikat yang terbabit mengambil tindakan-tindakan lain yang boleh menyelamatkan syarikat melalui proses rehabilitasi, termasuk skim perkiraan atau kompromi perkiraan sukarela korporat atau pengurusan kehakiman. Selain itu, pengenalan kerangka pemunya benefisial yang telah lebih komprehensif pula akan memudahkan siasatan, terutamanya berhubung jenayah berat berkaitan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah, pengelakan cukai dan sebagainya yang melibatkan entiti perniagaan.
Dengan sistem perundangan yang kukuh, kedudukan Malaysia selepas proses penilaian yang akan dijalankan oleh FATF dan OECD diharap akan meningkat dan seterusnya memberi impak positif kepada perkembangan perniagaan di Malaysia di peringkat antarabangsa.
Rang undang-undang ini dicadangkan— mencadangkan 31 perkara pindaan, termasuk satu jadual kepada Akta 777. Antara cadangan pindaan tersebut adalah seperti berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk meminda takrif pemunya benefisial dengan meminda seksyen 2 Akta 777. Pindaan ini menekankan bahawa pemunya benefisial mungkin wujud
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
dalam situasi pemilikan syer dan syarikat. Perenggan (a) takrif pemunya benefisial merujuk kepada pemunya benefisial syer. Manakala perenggan (b) takrif merujuk kepada pemunya benefisial sesebuah syarikat.
Fasal 3 pula bertujuan untuk memasukkan penggal 8A baharu ke dalam Akta 777.
Penggal 8A baharu bertujuan memperkenalkan seksyen-seksyen dalam Akta 777 dengan memperkatakan pemunyaan benefisial sesuatu syarikat seperti berikut:
(i) seksyen 60A yang mencadangkan bertujuan untuk meletakkan kriteria asas untuk mengenal pasti pemunya benefisial sesebuah syarikat;
(ii) seksyen 60B yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan kewajipan untuk menyimpan dan menyelenggarakan daftar pemunya benefisial sesebuah syarikat dan menyerah simpan maklumat pemunyaan benefisial yang berkaitan dengan pendaftar. Hanya orang atau golong orang yang ditetapkan oleh Menteri termasuk agensi penguatkuasaan undang-udang dan pihak berkuasa berwibawa boleh mengakses daftar pemunya benefisial sesebuah syarikat dan maklumat pemunyaan benefisial yang berkaitan;
(iii) seksyen 60C yang dicadangkan bertujuan untuk memberi kuasa kepada syarikat untuk menghendaki pendedahan pemunya benefisialnya. Seksyen baharu ini membolehkan syarikat mendapat maklumat pemunya benefisialnya atau mengesahkan ketepatan maklumat daripada mana-mana orang atau yang syarikat mengetahui atau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai sebagai pemunya benefisial syarikat;
(iv) seksyen 60D yang dicadangkan bertujuan untuk mengenakan obligasi ke atas pemunya benefisial untuk memberitahu syarikat apabila dia menjadi pemunya benefisial atau jika terdapat sebarang perubahan dalam maklumat pemunyaan benefisial syarikat; dan
(v) seksyen 60E yang dicadangkan memperuntukkan bahawa penggal 8A baharu terpakai kepada semua syarikat kecuali kelas syarikat tertentu yang tertakluk kepada kewajipan serupa untuk melaporkan pemunyaan benefisial di bawah undang-undang bertulis lain.
Pengecualian ini bertujuan untuk mengurangkan beban pentadbiran syarikat yang telah dikawal selia di bawah undang-undang bertulis lain dan mengelakkan pertindihan peraturan.
Fasal 4 pula bertujuan untuk meminda seksyen 68 Akta 777 untuk menghendaki syarikat menyerah simpan kepada pendaftar, butir-butir pemunyaan benefisial syarikat itu dalam penyata tahunan.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda subseksyen 152(2) Akta 777 untuk menjadikan peruntukan itu selaras dengan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Fasal 6 pula bertujuan pula bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 258(1A) ke dalam Akta 777 untuk memberi kuasa kepada pendaftar untuk melanjutkan masa bagi pengedaran penyata kewangan dan laporan berkaitan atas permohonan oleh syarikat persendirian.
Fasal 7 pula bertujuan untuk memasukkan subseksyen 264(4A) dan 264 (4B) ke dalam Akta 777 seperti berikut:
(i) subseksyen 264(4A) yang dicadangkan bertujuan untuk menjelaskan bahawa juruaudit tidak dilarang, dihalang daripada bertindak bagi syarikat semata-mata kerana rakan kongsi firma itu adalah pasangan kepada pegawai syarikat itu; dan
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
(ii) subseksyen 264(4B) yang dicadangkan bertujuan untuk memberi kuasa kepada pendaftar untuk mengeluarkan garis panduan dalam menilai kebebasan juru audit dan firma audit.
Fasal 8 pula bertujuan untuk meminda seksyen 365 Akta 777 untuk mengadakan peruntukan bagi takrif syarikat berkaitan dan syarikat subjek berhubungan dengan skim kompromi atau perkiraan.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 366 Akta 777 seperti berikut:
(i) subseksyen 366(1) dipinda untuk menjelaskan bahawa kelas pemiutang atau anggota selain syarikat pemiutang, anggota, penyelesai atau pengurus kehakiman boleh memohon kepada mahkamah untuk kelulusan skim kompromi atau perkiraan; dan
(ii) subseksyen 366(2A) yang dicadangkan memperuntukkan bahawa semua mesyuarat yang diadakan di bawah seksyen 366 Akta 777 hendaklah dipengerusikan sama ada oleh pengamal insolvensi atau seseorang yang dipilih majoriti dalam nilai pemiutang atau anggota.
Fasal 10 pula bertujuan untuk meminda seksyen 367 Akta 777 untuk menjelaskan pelantikan pengamal insolvensi berhubung dengan skim kompromi atau perkiraan yang dicadangkan termasuk kewajipan saraan dan hak aksesnya kepada semua rekod syarikat.
Fasal 10 juga menghendaki syarikat melantik pengamal insolvensi apabila syarikat membuat permohonan di bawah seksyen baharu; 368B, 368D atau 396C atau syarikat berkaitan syarikat itu membuat permohonan di bawah seksyen 368A.
Fasal 11 bertujuan untuk meminda subseksyen 368(1) dan (2) Akta 777 dan memasukkan subseksyen baharu iaitu 368(1A),(3A) dan (3B) seperti berikut:
Pindaan subseksyen 368(1) dan (2) bertujuan untuk menjelaskan proses sedia ada permohonan perintah halangan. Syarikat boleh mendapatkan perintah halangan tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perintah halangan itu diberikan dan lanjutan tidak lebih daripada sembilan bulan jika ia memenuhi keperluan di bawah subseksyen 368(2).
Sepanjang tempoh moratorium, tiada tindakan dan prosiding boleh dimulakan atau diteruskan, melainkan dengan keizinan mahkamah dan tertakluk yang dicadangkan bertujuan untuk kepada apa-apa terma yang boleh dikenakan oleh mahkamah.
Subseksyen baharu 368(1A) baharu yang memperkenalkan tempoh moratorium tidak lebih daripada dua bulan yang berkuat kuasa apabila memfailkan permohonan untuk perintah halangan. Subseksyen baharu 368(3A) bertujuan untuk menyediakan pelindungan yang boleh diberikan kepada syarikat apabila perintah halangan telah diberikan.
Bagi mengelakkan penyalahgunaan proses yang mungkin menjejaskan hak anggota dan pemiutang, subseksyen baharu 368(3B) menjelaskan bahawa tiada perintah halangan boleh diberikan kepada syarikat jika perintah di bawah seksyen 368B, 368D, atau 396C Akta 777 telah diberikan kepada syarikat atau perintah di bawah 368A telah diberikan kepada syarikat berkaitannya dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Fasal 12 pula bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 368A, 368B, 368C dan 368D untuk memudahkan skim kompromi atau perkiraan bagi kumpulan syarikat berkaitan seperti berikut:
(i) Seksyen baharu 368A bertujuan untuk membenarkan syarikat berkaitan memohon perintah halangan jika ia memainkan peranan penting dalam skim kompromi atau perkiraan yang dicadangkan;
(ii) Seksyen baharu 368B memperkenalkan pembiayaan penyelamat untuk syarikat dalam satu skim kompromi atau
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
perkiraan dan pembiayaan penyelamat diberikan keutamaan lebih tinggi sekiranya berlaku penggulungan;
(iii) Seksyen baharu 368C bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menghalang pelupusan hartanah apabila syarikat berada di bawah perintah halangan; dan
(iv) Seksyen baharu 368D bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menyekat kelas pemiutang dan berpuas hati bahawa pemiutang yang menentang tidak prejudis apabila meluluskan skim kompromi atau perkiraan.
Manakala fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 369A, 369B, 369C dan 369D ke dalam Akta 777 seperti berikut;
(i) Seksyen 369A yang dicadangkan bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat lain untuk mengundi semula skim kompromi atau perkiraan yang dicadangkan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu;
(ii) Seksyen 369B yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan keperluan pemiutang mengemukakan bukti hutang bagi membolehkan mereka boleh mengundi dalam mesyuarat untuk mempertimbangkan cadangan skim kompromi atau perkiraan;
(iii) Seksyen 369C yang dicadangkan bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah untuk meluluskan skim kompromi atau perkiraan yang dicadangkan walaupun tanpa mesyuarat pemiutang dengan syarat mahkamah berpuas hati bahawa pemiutang akan bersetuju dengan skim tersebut sekiranya mesyuarat pemiutang itu diadakan;
(iv) Seksyen 369D yang dicadangkan bertujuan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menjelaskan terma skim kompromi atau perkiraan yang telah diluluskan atas permohonan oleh mana-mana syarikat atau pemiutang yang terikat dengan skim itu.
Manakala fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 395, Akta 777 dengan meluaskan pemakaian perkiraan sukarela korporat kepada semua syarikat termasuk syarikat yang mewujudkan gadaian ke atas harta atau aku janjinya.
Walau bagaimanapun, perkiraan sukarela korporat tidak terpakai kepada syarikat yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan syarikat yang dilesenkan, diluluskan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan Akta Perindustrian Sekuriti Depositori Pusat 1991 [Akta 453].
Fasal 15 pula bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 398A untuk membenarkan pemiutang bercagar mendapatkan semula harta alih bercagar semasa tempoh moratorium perkiraan sukarela korporat di bawah keadaan tertentu.
Fasal 16 bertujuan untuk meminda perenggan 403(b) Akta 777 untuk menjelaskan bahawa pengurusan kehakiman boleh digunakan oleh semua syarikat termasuk syarikat senaraian awam.
Walau bagaimanapun, pengurusan kehakiman tidak terpakai kepada syarikat yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan syarikat yang dilesenkan, diluluskan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti Depositori Pusat 1991.
Fasal 17 pula bertujuan untuk memindah subseksyen baharu iaitu 406(1) dan (2) Akta 777 untuk menjelaskan bahawa perintah pengurusan kehakiman kini boleh dilanjutkan untuk tempoh enam bulan atau lebih lama supaya perintah pengurusan kehakiman yang diluluskan boleh diteruskan melebihi 12 bulan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Fasal 18 pula bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 411(5) ke dalam Akta 777 untuk membenarkan pemiutang bercagar mendapatkan semula harta alih bercagar di bawah keadaan tertentu semasa perintah pengurusan kehakiman masih berkuat kuasa.
Fasal 19 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 415A dalam Akta 777 untuk membenarkan syarikat di bawah pengurusan penghakiman mendapatkan pembiayaan menyelamat dan pembiayaan menyelamat diberi kedudukan keutamaan yang lebih tinggi sekiranya berlaku penggulungan.
Fasal 20 pula bertujuan untuk memasukkan Penggal Sembilan baharu dan seksyen baharu 430A ke dalam Akta 777 untuk menangani fasal berkaitan insolvensi di bawah mana-mana kontrak untuk pembekalan barang dan perkhidmatan yang perlu untuk menyokong operasi syarikat antara pembekal dan syarikat yang melaksanakan skim kompromi atau perkiraan sukarela atau di bawah pengurusan kehakiman itu.
Fasal 21 bertujuan untuk memasukan subseksyen baharu 433(4D) dan 433 (4E) ke dalam Akta 777 untuk mengehendaki penyelesai yang diluluskan untuk memberitahu pendaftar tentang makluman tertentu dan mengemas kini maklumat sedemikian yang disenaraikan di bawah subseksyen baharu 433(4D).
Manakala fasal 22 pula bertujuan untuk menjelaskan bahawa permulaan penggulungan ialah tarikh perintah penggulungan. Ini selaras dengan subseksyen 467(2) Akta 777.
Fasal 23 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu iaitu 562(1)(fa) ke dalam Akta 777 untuk mengehendaki syarikat asing memberikan maklumat pemunyaan benefisial kepada pendaftar pada masa pendaftaran.
Fasal 24 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 567(1)(fa) untuk mengehendaki syarikat asing menyerah simpan dengan pendaftar mengenai apa-apa perubahan atau pindaan kepada status syarikat asing itu.
Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 573A ke dalam Akta 777 untuk menjelaskan bahawa peruntukan yang berhubungan dengan pemunyaan benefisial juga terpakai kepada semua syarikat asing.
Fasal 26 untuk memasukkan perenggan baharu 576(2)(ha) dan 576(2)(hb) ke dalam Akta 777 untuk mengehendaki syarikat asing menyerah simpan butir-butir pemunyaan benefisial syarikat asing itu kepada pendaftar dalam penyata tahunannya.
Fasal 28 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 612A ke dalam Akta 777 untuk memperuntukkan bahawa laman sesawang Suruhanjaya boleh digunakan untuk menyiarkan maklumat yang sebaliknya dikehendaki disiarkan dalam surat khabar.
Fasal 29 pula bertujuan untuk memasukkan perenggan 613(1)(aa) dan 613(1)(ba) ke dalam Akta 777 untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa Menteri untuk membuat peraturan bagi dan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan capaian maklumat pemunyaan benefisial juga berkaitan dengan skim kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, pembubaran dan penerimaan.
Fasal 30 pula bertujuan untuk memasukan jadual baharu ke dalam Akta 777.
Jadual Kesembilan A baharu yang dimaksudkan selepas Jadual Kesembilan Akta 777 menyenaraikan barang dan perkhidmatan yang perlu dinyatakan di bawah seksyen 430A Akta 777.
Manakala yang terakhir, fasal 31 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
Puan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat 2016 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Rasah, YB Mersing, YB Pasir Gudang, YB Sabak Bernam, YB Tebrau, YB Padang Terap, YB Balik Pulau, YB Padang Besar, YB Bangi, YB Kepala Batas, YB Pulai, YB Besut dan YB Arau.
Saya jemput Yang Berhormat Rasah, lima minit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Syarikat (Pindaan) 2023 yang meminda akta induk, Akta Syarikat 2016.
Saya, sebelum saya memulakan beberapa hujahan saya, satu, saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat pemangku Menteri KPDN yang pada asalnya ketika bacaan kedua kali pertama mengambil tempat pada 12 Oktober dan selepas itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan dengan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian.
JKPK telah dua kali mengadakan libat urus dengan pimpinan tertinggi, pengurusan tertinggi daripada SSM pada 24 Oktober dan 8 November dan akhirnya penyata ini telah —Penyata ini yang dinamakan DR.15 Tahun 2023 telah diletakkan di atas meja. Saya ucapkan terima kasih sebab libat urus sebegini menandakan ada perbincangan, ada perhubungan interaksi di antara pihak eksekutif dengan Jawatankuasa Pilihan Khas yang dibentuk di Parlimen. Saya selaku Pengerusi JKPK, merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan.
Saya mendengar beberapa — Saya mendengar permulaan pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang menyentuh berkenaan dengan moratorium ketika kita menghadapi pandemik COVID. Persoalan pertama saya adalah moratorium ya, ia menjadi satu, satu fasa yang — Satu fasa yang cukup sinonim ketika pandemik.
Sekarang ini pasca pandemik. Semua sektor sudah kembali ke keadaan asal. Semua sektor sudah berurusan seperti biasa. Apakah kita masih nak gunakan perkataan moratorium ini? Saya nak tanya pihak kerajaan.
Dalam pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, ada beberapa mekanisme penyelamat korporat yang digunakan. Pertamanya, Perkiraan Sukarela Korporat (CVA) berkenaan dengan gadaian, syarikat yang terlibat dengan gadaian terutamanya dengan institusi bank. Kedua, Pengurusan Kehakiman (JM) yang melibatkan syarikat dan yang kali ini melibatkan syarikat senaraian awam juga terlibat dengan JM pada kali ini.
Seterusnya yang ketiga, Skim Perkiraan dan Kompromi (SPK). Saya nak sebut secara begini. Saya menyambut baik segala usaha kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada syarikat-syarikat sedia ada yang menghadapi masalah ketika ini. Saya rasa wajar, patut. Kita tak nak syarikat yang ada masalah terus digulungkan oleh perintah mahkamah dan lingkup terus. Itu tak nak. Itu saya rasa tidak baik untuk proses ataupun urusan perniagaan dan ekonomi negara.
Tetapi, kalau kita memberikan terlalu banyak proses ataupun mekanisme penyelamat, saya bimbang satu, adakah ia akan menjejaskan fleksibiliti daripada pihak institusi bank terutamanya dalam memberikan gadaian, pinjaman kepada syarikat-syarikat pada masa akan datang? Itu kebimbangan saya.
Sebab kalau terlalu banyak mekanisme penyelamat yang membolehkan — Ia bagus sebenarnya untuk syarikat yang sedia ada yang hadapi masalah, dia ada peluang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
kedua. Tetapi, macam mana dengan syarikat baru esok yang tak terlibat dengan masalah ketika ini, tetapi memerlukan pinjaman pada masa akan datang? Saya bimbang institusi bank kita akan mengetatkan prosedur untuk memberikan pinjaman. Jika ini berlaku, sudah tentunya ia boleh menjejaskan urusan ekonomi, urusan perniagaan, perdagangan dalam negara kita.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika gulung ini supaya ia tidak ada impak negatif terhadap ekonomi kita. Sebab saya rasa impak ekonomilah yang paling mustahak. Kalau impak positif, saya rasa kita mengalu- alukan dan semua pihak patut mengalu-alukannya.
Berkenaan dengan Skim Perkiraan dan Kompromi (SPK). Perintah halangan tersebut tetap diberikan oleh pihak mahkamah. Saya nak tanya, apakah justifikasi diberikan sebanyak dua kali di bawah seksyen 368(1) dan juga (1A) yang baharu iaitu tiga bulan campur sembilan bulan? Nak tanya, apakah justifikasi terhadap perkara ini?
Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua — Saya mohon sedikit masa tambahan, ialah berkenaan dengan definisi untuk pemunya benefisial. Sebab saya rasa antara perkara utama dalam pindaan 30 fasal pada kali ini adalah berkenaan dengan skop pemunya benefisial yang telah diluaskan skopnya. Jadi saya nak tanya— memang saya menyambut baik. Kita nak meluaskan skopnya supaya pihak-pihak yang terbabit dalam perniagaan ataupun dapat mengawal perjalanan syarikat, akhirnya tertakluk kepada undang-undang.
Kita tak nak ada pengubahan wang haram, rasuah, elak cukai dan sebagainya.
Tetapi, apakah dengan adanya luaskan skop ini akan membantu ekonomi kita? Sebab kalau kita buat pindaan meluaskan skop, dia sepatutnya melibatkan dua perkara. Yang pertama, sudah pasti saya tahu, penarafan daripada badan antarabangsa FATF dan OECD.
Saya difahamkan negara kita telah menjadi ahli FATF sejak tahun 2016. Jadi, sekiranya kita tak mematuhi penarafan yang ditetapkan oleh badan antarabangsa ini, apakah kesannya? Sekiranya kita patuhi, apakah kebaikan yang negara kita, industri dalaman negara kita akan perolehi? Saya nak tanya Timbalan menteri berkenaan dengan perkara ini.
Perkara terakhir Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan RUU ini, fasal 7 iaitu yang melibatkan subseksyen 264(4A) dan (4B) yang baru yang memberikan kuasa kepada pendaftar untuk melantik syarikat audit sekiranya pasangan bekerja di dalam syarikat. Saya rasa, secara umumnya mungkin kita nampak okey. Tetapi, sekiranya pasangan itu memegang jawatan jawatan-jawatan yang penting — Kalau pasangannya setakat keranikah, saya rasa tak ada masalah. Kita kena berlapang dada.
Tetapi, sekiranya pasangannya memegang jawatan yang penting, finance manager dan sebagainya, apakah ada kekangan terhadap pemegangan jawatan oleh pasangan tersebut untuk mengelakkan ada conflict of interest ataupun boleh menyebabkan ada tata kelola yang akan dipertikaikan oleh mana-mama pihak selepas ini?
Jadi secara keseluruhannya, saya menyokong RUU ini. Semoga dengan adanya pindaan ini, ia bukan sahaja mematuhi penarafan badan antarabangsa, tetapi ia juga menambah baik tata kelola syarikat di negara kita supaya syarikat-syarikat bertambah maju selepas ini. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat cadangan kepada pindaan RUU ini bertujuan membolehkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia membantu syarikat-syarikat yang berdaftar merasai
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
tempoh recovery selepas melalui fasa sukar semasa era pandemik COVID-19 khasnya syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Keterlibatan mereka dalam proses rehabilitasi berupaya membolehkan kewangan syarikat, seterusnya dapat mengelakkan syarikat menjadi bankrap, menghadapi kekangan operasi dan sebagainya. Polisi yang diperkenalkan juga menyokong pelaksanaan urus tadbir syarikat supaya dapat bersaing secara mampan selaras dengan pematuhan garis panduan yang ditetapkan dalam akta sedia ada.
Saya juga yakin dan percaya, sebelum pindaan ini dirangka, sudah pastinya pelbagai libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan sudah dijalankan. Melihat dari sudut perundangan, saya ingin memfokuskan dalam konteks kerangka pelaporan beneficial ownership. Pindaan yang dilakukan adalah penambahbaikan mengekang dengan lebih berkesan segala bentuk aktiviti-aktiviti berkaitan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah, tindakan mengelak cukai serta jenayah komersial yang sering berlaku dalam entiti syarikat khasnya syarikat sendirian berhad atau enterprise company.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Oleh yang demikian, saya ingin terus kepada persoalan dasar yang perlu diberikan pencerahan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, saya ingin bertanya tentang kerangka pelaporan pemunya benefisial. Adakah kedudukan Malaysia sangat terdedah dengan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan sehingga perlunya penzahiran ini dibuat.
Saya faham sepertimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pindaan ini bertujuan untuk mengekang jenayah-jenayah serius seperti pengubahan wang haram, rasuah dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan situasi di mana syarikat itu sendiri menjalankan aktiviti yang tidak nampak seperti melanggar undang-undang tetapi sebenarnya melanggar dalam pelbagai peraturan atau perundangan seperti perolehan tender kerajaan atau menjalankan aktiviti yang bersifat anti persaingan. Adakah rang undang-undang ini boleh membantu kerajaan untuk menghapuskan isu-isu serius seperti kes Alibaba, kartel atau syarikat-syarikat yang bersekongkol untuk mendapatkan tender-tender kerajaan.
Apakah bentuk penyelarasan yang telah dibuat merentas kementerian dengan agensi penguatkuasaan seperti Bank Negara Malaysia dan SPRM terutama untuk memudahkan siasatan, badan penguatkuasaan dan penyiasatan terhadap pihak yang mungkin berselindung ketika menjalankan jenayah dengan menggunakan entiti perniagaan. Seterusnya sejauh mana penyediaan template atau pendekatan garis panduan berkaitan urusan-urusan pelaporan dan kemas kini penzahiran maklumat yang wajib diserahkan kepada pihak SSM.
Adakah sistem teras SSM untuk serah simpan elektronik yang sedang dibangunkan telah dijajarkan dengan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik seperti FATF dan OECD mengambil kira pematuhan amalan tadbir urus secara telus dan akauntabiliti. Selain itu, adakah pindaan yang dicadangkan ini akan mewujudkan implikasi kos kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak syarikat? Apakah bentuk hukuman badan penalti kepada pihak syarikat yang akan memberikan kerjasama penuh?
Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan pelaksanaan kepada pindaan yang dicadangkan akan menggalakkan syarikat-syarikat dan komuniti korporat memahami dan mematuhi peraturan baharu sebelum ianya dilaksanakan. Akhir sekali, adakah maklumat beneficial ownership akan dapat diakses secara bebas oleh juru audit?
Siapakah pihak yang mempunyai autoriti mengakses daftar pemunya tersebut. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Pasir Gudang melihat Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023 ini adalah satu pindaan yang baik. Sebentar tadi kita telah mendengar huraian daripada Timbalan Menteri panjang lebar daripada fasal 1 sampailah fasal 32. Maknanya secara detailed tentang rang undang-undang ini dan banyak benda yang disebut itu bagus untuk ekonomi negara kita, untuk syarikat-syarikat negara kita.
Tetapi saya di peringkat dasar ini, bukan sahaja bersetuju dengan pindaan ini tetapi saya rasa pindaan ini sangat perlu selepas negara kita mengalami kejutan skandal- skandal yang besar, skandal-skandal ekonomi yang melibatkan urusan syarikat korporat misalnya 1MDB, skandal korporat yang besar berskala global ya, berbilion ringgit. SRC International Sdn Bhd ini juga skandal yang melibatkan syarikat. Kita tahu trilion ringgit terlibat merosakkan ekonomi negara kita apa yang dipanggil ekonomi bayangan, black economy. Jadi, memang wajar sekali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri khususnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia membuat pindaan ini. Ini sangat penting sebab negara kita ini negara perdagangan, negara ekonomi terbuka, market ekonomi. Selain kita ada sektor kerajaan, public, ada koperasi tetapi sektor yang menjadi enjin kepada ekonomi negara kita ialah sektor swasta. Punca kuasa sektor swasta ini bukan undang-undang yang lain tetapi Undang-undang Syarikat, Companies Act (Akta 777) ini ya.
Kita telah lihat pendedahan berbilion- negara kita kehilangan apa yang berlaku dalam Panama Papers, pendedahan dalam Pandora Papers. Jadi, ini satu– saya melihat, saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri khususnya SSM telah melakukan satu perkara yang patriotik untuk jaga kepentingan negara ini dan kita memang patut sokong undang-undang ini.
Memang tak dapat dinafikan undang-undang ini agak teknikal sikit, nak selamatkan syarikat supaya jangan mudah gulung tikar ya, ada pemunya beneficial umpamanya memang teknikal tetapi ini penting dan telah diterang dengan mudah oleh Timbalan Perdana Menteri kita dan kita mudah faham.
Saya dimaklumkan bahawa rang undang-undang ini bukan sahaja telah diteliti, dibahas dalam perbincangan beberapa kali dengan Jawatankuasa Pilihan Khas tetapi dimaklumkan juga bahawa SSM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah mengadakan libat urus, khususnya dengan Bank Negara Malaysia yang mengawal bank, menguruskan kewangan ekonomi negara kita. Jadi, bermakna pindaan ini telah diteliti.
Saya percaya - akhir sekali Puan Timbalan Speaker, saya sangat senang hati sekali iaitu ingin menyebut di mana pindaan ini melalui fasal 23 melalui seksyen yang baharu 562(1)(a) mengenai syarikat asing memberikan maklumat pemunya benefisial, benefisial owner yang sebenar kepada pendaftar pada masa pendaftaran. Maknanya asing tidak boleh tipu negara kita.
Kedua, melalui seksyen baru 567(1)(fa) juga syarikat asing mesti menyerah simpanan benefisial owner mereka itu dengan pendaftar. Jadi, ini maknanya kita dapat elakkan supaya tidak berlaku syarikat-syarikat yang palsu, Shell company, Jho Low punya dan sebagainya ini. Jadi, ini kita ada kontrol. Satu minit, setengah minit pun tak apa, Menteri, ada dua lagi.
Seksyen baru 573A bahawa peruntukan yang berhubung dengan pemunya benefisial yang terpakai undang-undang ini kepada syarikat dalam negeri kita tetapi syarikat asing juga tertakluk di bawah ini. Ini maknanya kita berani. Akhir sekali maknanya pendaftar syarikat ini mempunyai kuasa minta syarikat asing serah senarai butir-butir, siapa sebenarnya yang punya syarikat Amerika itu.
Jadi, saya sangat menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat petang. Terima kasih Puan Yang di-pertua. Sejarah Akta Syarikat bermula 58 tahun yang lalu, dengan lulusnya Akta Syarikat 1965 di Dewan yang mulia ini.
Setelah berkuat kuasa selama 51 tahun, akhirnya sekali lagi ianya dipinda dan diluluskan pindaannya iaitu berkuat kuasa 31 Januari 2017 dan dinamakan sebagai Akta Syarikat 2016 sesuai dengan keperluannya pada masa itu.
Hari ini Dewan yang mulia ini, sekali lagi berbahas atas tajuk yang sama untuk memenuhi keperluan semasa dengan meminda kandungan Akta Syarikat 2016 dan meluluskan suatu akta baharu yang boleh dinamakan Akta Syarikat 2023.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Dengan rasa rendah diri, Sabak Bernam ingin merujuk kepada pindaan seksyen 60 iaitu kewajipan pemunya beneficial syarikat untuk memberikan maklumat. Seksyen 60D(3) seorang yang merupakan pemunya beneficial sesuatu syarikat hendaklah memberitahu syarikat itu secepat dan dapat dilaksanakan mengenai perubahan daftar pemunya syarikat jika berlaku pemberhentian itu dengan menyatakan tarikh pemberhentian itu berlaku dan butir-butir pemberhentian itu.
Sabak Bernam minta Menteri jelaskan bagaimana mungkin pemunya beneficial syarikat dapat memberi tahu mengenai perubahan daftar sekiranya berlaku pada diri pemunya takdir sampai ajal ataupun kematian telah tiba ataupun masih hidup tetapi mengalami gangguan emosi yang menyebabkan hilang upaya, hilang kewarasan akal, gila disahkan oleh pengamal perubatan dan sebagainya.
Bagi gemulah atau pemunya syarikat yang telah meninggal dunia, Sabak Bernam ingin bertanya kepada Menteri, seksyen manakah yang boleh digunakan untuk melakukan pemberhentian pemunya syarikat? Adakah perlu menambah seksyen atau subseksyen dalam akta ini nanti dan memasukkan penama waris pemegang amanah yang akan mengambil alih sebagai pemunya syarikat itu jika pemunya asal telah meninggal dunia?
Apakah mekanisme yang boleh diguna pakai pada ketika itu atau biarkan saja waris uruskan melalui Amanah Raya atau guna pakai Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 ataupun pembahagian Harta Pusaka Besar yang mana pentadbirannya tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959 ataupun bergantung kepada dokumen sokongan lain sekiranya gemulah atau pemunya syarikat semasa hayatnya ada meninggal wasiat atau hibah melalui firma guaman dan lain-lain.
Puan Yang di-Pertua, Sabak Bernam juga ingin bertanya apakah mekanisme atau seksyen yang boleh diguna pakai seandainya pemunya syarikat mengalami gangguan kesihatan, hilang kewarasan dan menjadi gila sehingga hilang upaya untuk mengurus diri apatah lagi mengurus syarikat? Seksyen manakah yang menyebut dengan jelas pemberhentian pemunya syarikat ini boleh dilakukan mengikut peraturan undang- undang?
Puan Yang di-Pertua, seksyen 60D(4), mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan satu kesalahan. Sabak Bernam mencadangkan ditambah perkataan dianggap menjadi, “mana-mana orang yang melanggar seksyen ini dianggap telah melakukan kesalahan” dan nyatakan juga bentuk denda ataupun kompaun yang boleh ditawarkan di atas kesalahan tersebut yang mana seterusnya boleh dirujuk ke peringkat tadbir urus korporat yang mana di sana adanya kemudahan yang baru diperkenalkan yang dinamakan skim kompromi atau perkiraan dan adanya mekanisme penyelamat korporat.
Sabak Bernam juga ingin bertanya adakah skim kompromi atau perkiraan ini juga layak dinikmati oleh semua pemunya syarikat termasuk pemunya syarikat yang berstatus bukan warganegara Malaysia? Sabak Bernam beranggapan skim ini sama macam subsidi kepada semua syarikat dan kemungkinan pemunya syarikat bukan warganegara ini untuk meninggalkan negara ini sangat tinggi terutama jika berlaku kerugian dan banyak kemungkinan lain yang dijangkakan terjadi berbanding pemunya syarikat yang terdiri daripada warganegara Malaysia. Kita mesti memberi keutamaan kepada pemunya syarikat berstatus warganegara Malaysia dan lebih-lebih lagi mereka yang daripada
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
kumpulan B40, anak muda lepasan universiti, usahawan, golongan OKU dan usahawan dari kumpulan warga emas.
Puan Yang di-Pertua, akhir Sabak Bernam ingin menyentuh pindaan akta ini khusus yang melibatkan koperasi dan beberapa persoalan. Berapakah jumlah modal yang dibenarkan sebagai tanda aras untuk penubuhan sebuah syarikat atau koperasi? Memang benar jika tiada wujud modal dibenarkan, ini bermakna syarikat atau koperasi boleh mempunyai lesen berbayar tanpa memberikan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras.
Sebelum ini, kemudahan ini diberikan untuk menjimatkan kos penubuhan syarikat atau koperasi dan memudahkan untuk meningkatkan modal berbayar tetapi selepas penubuhan syarikat itu, koperasi yang melalui proses mudah ini banyak syarikat-syarikat ataupun koperasi yang menghadapi kesukaran untuk memulakan aktiviti perniagaan kerana kekurangan modal dan ini menyebabkan pelanggan kurang yakin dengan keupayaan syarikat atau koperasi tersebut. Malah ada sesetengah koperasi hanya gah ketika mesyuarat pertama dan perasmian penubuhan sahaja. Selepas itu mengadakan mesyuarat tahunan pun susah Ahli-ahli dia nak datang. Mungkin jika datang pun, tak dapat apa-apa. Soalan yang kedua, apakah seksyen yang menjelaskan kaedah pembahagian dividen kepada ahli jika koperasi mengalami kerugian? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua tadi kita telah saksikan Timbalan Menteri kita membuat introduction 40 minit. Akta Syarikat ini adalah satu akta yang sangat teknikal dan sangat komprehensif.
Dia di bawah Akta Syarikat ini Akta 777, dia ada 620 seksyen. Belum tambah lagi 13 jadual. Kesemuanya 620 muka surat. Tiga, empat kali lebih tebal daripada buku ini [Merujuk kepada senaskah dokumen] . Itu tengok.
Saya ada cadangan. Satu per tiga daripada Akta Syarikat ini sebenarnya dia cover pengurusan hutang yang apa yang kita pinda ini dan juga prosedur atau undang-undang berkenaan dengan penggulungan syarikat. Kalau kita tengok di bawah insolvensi, kita ada Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang digubal khususnya untuk insolvency bankruptcy.
Apa kata kalau boleh kita juga pisahkan bab pengurusan hutang dengan pengurangan syarikat keluar daripada Akta Syarikat ini supaya dia lebih senang untuk dirujuk dan diuruskan.
Puan Speaker, ramai di sini telah membicarakan isu pemunya berdaftar yang dipinda di bawah seksyen 2 dan juga 60A juga. Saya juga ingin berbincang dengan isu ini. Pertama, bagi saya definisi dia agak meluas dan saya ingin meminta pencerahan daripada pihak Menteri. Apa maknanya kawalan mutlak? Perkataan agak luas. Saya bagi satu contoh. Katalah seorang pemilik syarikat, dia bersara. Dia bahagikan saham syarikat dia kepada empat anak dia. Tiap-tiap orang 25 peratus. Dia bersara daripada syarikat. Dia tiada pegang apa-apa lagi jawatan di syarikat. Tapi memanglah pekerja dia memang dengar arahan dialah. Adakah dia boleh diklasifikasikan sebagai pemilik mutlak ataupun boleh tak kita katakan dia ada kawalan mutlak sehinggalah dia jatuh di bawah seksyen 2 atau 60A. Itu penting sebab di bawah pemindahan ini, ada banyak tanggungjawab untuk syarikat untuk daftarkan dia sebagai pemilik mutlak. Dia sendiri kena juga declare dia ada beneficial owner. Makna macam mana kita nak define pemilik mutlak itu dengan tepat.
Kedua, yang lagi penting saya nak tahu. Banyak sudah bicara isu ini. Apa matlamat utama kita nak identified pemilik mutlak ini di bawah akta ini? Saya nak tahu, minta pencerahan daripada Menteri. Di bawah Akta Syarikat, apakah liabiliti atau obligasi atau tanggungjawab seseorang kalau kita boleh identified dia sebagai pemilik beneficiary owner? Okey. Seterusnya Puan Speaker, saya merujuk kepada pemindahan seksyen 366(b) di mana dikatakan – saya baca di atas. Semua Mesyuarat yang diadakan menurut sebuah
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
perintah, bla, bla, bla (b), siapa boleh pengerusi kecuali pengamal insolvensi, (b) seorang yang dipilih oleh majoriti dalam nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota jika tiada pengamal insolvensi dilantik di bawah seksyen subseksyen 367(c).
Saya memang tidak faham apa maknanya majoriti dalam nilai perkataan ini.
Contohnya katalah ada 10 pemiutang. Seorang pemiutang dia pegang hutang 90 peratus.
Adakah undi dia adalah sama dengan sembilan orang lain. Contohnya dalam satu syarikat, ada preferred share dan non-preferred share. Adakah preferred share itu mendapat kepentingan atau tidak. Contohnya secured creditors, adakah undi dia sama dengan unsecured creditors?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Benda ini tidak lengkap, saya mohon pencerahan daripada Menteri. Satu lagi isu ialah isu clampdown 368D. Saya rasa kita kena akui clampdown ini adalah memang tidak adil, prejudis kepada pemiutang (creditors). Mereka pinjam duit kepada syarikat itu, bila syarikat itu ada masalah syarikat boleh buat meeting. Selepas itu boleh buat sendiri cadangan-cadangan untuk— kita panggil dalam technical term, haircut. Potong hutang untuk— atau pilih siapa yang patut dibayar kembali dahulu.
Contohnya kalau kita tengok AirAsia X. Pernah buat haircut sampai 99.5 peratus.
RM1 baru dapat 50 sen. Benda ini kita kena akui memang prejudis kepada creditors.
Tetapi saya faham dan saya sokong kepada pindaan ini sebab saya faham kenapa kita perlu buat clampdown dan kenapa kita perlu buat pemindaan hari ini. Satu, sebab yang banyak sudah bicara sebab isu post-COVID. Kedua, sebab ini adalah kita memupuk semangat keusahawanan di Malaysia.
Kita perlu dapatkan FDI daripada negara luar. Kita kena tarik lebih banyak pelaburan baharu untuk ke Malaysia dan kita perlu memupuk satu budaya yang lebih kondusif dan sesuai untuk orang ramai datang ke Malaysia untuk melabur. Pemindaan undang-undang hari ini sebenarnya bagi saya adalah satu evolusi untuk undang-undang syarikat di Malaysia. Kalau sesiapa yang pernah belajar undang-undang syarikat (company law), masuk bilik pertama kelas kamu akan belajar kes Salomon lawan Salomon. Salomon lawan Salomon adalah kes di mana Mahkamah Common Law England dia mengiktirafkan satu prinsip separate legal entity yang kini kita boleh baca di seksyen 20 Akta 777.
Apa makna separate legal entity? Maknanya kalau hari ini sebuah syarikat sendirian berhad kalaulah, katalah kamu buat syarikat ini walaupun rugi kamu tidak payah tanggung semua kerugian. Hanya kepada jumlah yang awak labur. Katalah syarikat you rugi RM1 juta, kalau awak labur hanya RM100,000, maknanya awak hanya rugi RM100,000. Kalau tidak syarikat sendirian berhad macam enterprise atau trading yang kita buat kepada penjaja semua, kalau dia rugi RM1 juta, dia kena tanggung RM1 juta.
Maka dengan separate legal entity ini, ramai yang berani ambil risiko untuk tubuh syarikat baharu untuk melibatkan dalam bisnes baharu.
Hari ini kita melangkaui satu langkah baharu dengan adanya judicial management ini, dia memberikan satu platform yang lagi selamat untuk usahawan-usahawan untuk cuba benda baharu. Mereka ada keberanian sebab mereka tahu undang-undang ada memberi perlindungan kepada mereka untuk membuat bisnes-bisnes baharu. Sebab itulah saya rasa ini adalah satu pemindaan yang sangat baik dan sangat penting demi masa depan ekonomi negara. Tebrau mohon untuk sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya berbahas berkenaan dengan pindaan Rang Undang-undang Syarikat 2023 pada hari ini.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali sebelum saya menyentuh perbahasan RUU ini, saya ingin mengambil peluang untuk menyatakan pujian kepada pihak SSM yang memaksimumkan penggunaan digital dalam pengurusan pengesahan identiti bagi pengaktifan ID pengguna EzBiz SSM. Hampir lebih setahun kaedah ini diaplikasikan. Jika dahulu entiti-entiti perniagaan yang ingin berdaftar dengan SSM perlu ke pejabat SSM dan untuk mengambil cap jari dan perlu menunjukkan kad pengenalan. Kemudian, kaedah baharu ini diperkenalkan dengan pengguna hanya perlu mengisi borang atas talian dan dapatkan tarikh baharu untuk slot janji temu panggilan video secara atas talian melalui aplikasi WhatsApp.
Justeru, saya mencadangkan agar usaha ini dilakukan juga oleh agensi-agensi kerajaan yang lain agar lebih mesra pengguna. Perkara ini juga selaras dengan pelan tindakan JENDELA yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global berasaskan digital.
Saya menyentuh tentang fasal 14 pindaan seksyen 395 iaitu pemakaian mekanisme Perkiraan Sukarela Korporat (CVA) dan pengurusan kehakiman (JM) diperluas kepada semua syarikat. Polisi semasa ialah CVA hanya terhad kepada syarikat persendirian yang tidak mempunyai gadaian ke atas mana-mana asetnya. Peruntukan yang sedia ada ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kebanyakan syarikat termasuk syarikat awam.
Pada tahun 2020, kadar penggunaan mekanisme penyelamat CVA yang dibenarkan mahkamah ini sudah pun mencatat peningkatan yang ketara apabila lebih banyak peminjam memohon bantuan penyelesaian, terutamanya ketika bila ketidakpastian berlarutan tempoh pandemik. Persoalan Padang Terap, sejauh manakah pihak kementerian akan memperluaskan tawaran CVA ini kepada orang luar yang mana kita tahu peniaga kecil dan sederhana ini ramai tidak mahir dalam bidang undang-undang yang pastinya mereka sendiri tidak tahu mengenai fungsi CVA. Soalan saya juga ialah sejauh mana keberkesanan CVA untuk menjaga hak penghutang terutamanya syarikat kecil.
Mekansime Perkiraan Sukarela Korporat (CVA) yang boleh dilakukan luar mahkamah ini memberikan fleksibiliti yang lebih besar daripada segi skop, saiz dan tumpuan sesebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan akibat hutang syarikat. Cadangan bagi memperluaskan pemakaian mekanisme ini agar boleh dimanfaatkan kepada semua syarikat termasuk syarikat senaraian awam perlu disokong.
Ketika krisis, fleksibiliti ini boleh merangkumi keupayaan untuk penyesuaian proses dan sumber dengan lebih cepat bagi mengurangkan risiko sistemik daripada syarikat yang bermasalah. Mekanisme ini juga dapat mengelakkan sistem mahkamah menjadi terlalu sesak.
Berbeza dengan pengurusan kehakiman, mekanisme JM berada sepenuhnya di bawah pengawasan mahkamah. Justeru, persoalan saya apakah langkah kerajaan bagi memastikan syarikat-syarikat ini tidak mengambil kesempatan terhadap mekanisme ini untuk lari daripada penstrukturan hutang tersebut. Saya juga ingin memohon kepada pihak kerajaan untuk mendedahkan senarai jumlah industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia yang telah mendapat manfaat pemakaian mekanisme penyelamat korporat ini.
Fasal 11 pindaan seksyen 368, syarikat boleh mendapatkan perintah halangan tidak lebih daripada tiga bulan daripada tarikh perintah halangan itu diberikan dan suatu lanjutan tidak melebihi sembilan bulan boleh diberikan jika ia memenuhi keperluan. Soalan saya, bagaimanakah dengan interpretasi mahkamah terhadap 368(2) yang lazimnya hanya diguna pakai untuk prosiding semasa terhadap syarikat berbanding dengan prosiding masa depan dan sama ada ia terpakai untuk prosiding yang lain seperti lantikan penerima? Adakah tempoh lanjutan tidak melebihi sembilan bulan mencukupi, mengambil kira keperluan semasa syarikat di samping tempoh moratorium yang tidak melebihi dua bulan selepas pemfailan perintah halangan 368(1A).
Saya perhatikan seksyen baharu 368(1A) memperkenalkan tempoh cooling-off 12 bulan sebelum permohonan baharu skim perkiraan atau kompromi dibenarkan jika perintah halangan telah diberikan. Apa yang saya ingin bangkitkan ialah bagaimanakah
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
tempoh cooling-off tersebut dapat membantu memastikan sebarang penyalahgunaan proses dapat dielakkan?
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Terakhir, fasal 10, 11 dan 12 iaitu memperkukuhkan rehabilitasi syarikat melalui penambahbaikan skim SPK. Menambah baik keseluruhan SPK dengan memperjelas peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan moratorium, peranan pengamal insolvensi, pembiayaan penyelamat bagi membantu syarikat untuk terus survive dari masalah kewangan untuk terus beroperasi adalah sangat baik. Namun, selaras dengan pindaan di bawah fasal ini, apakah usaha kerajaan untuk membantu usahawan kecil daripada aspek pengukuhan pengetahuan perakaunan seperti mengira untung rugi, mengira aset perniagaan, pengurusan pentadbiran, kewangan syarikat dan lain-lain yang berkaitan, khususnya kepada usahawan kecil yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi? Kemahiran pengurusan kewangan ini sangat penting kerana ia menentukan keuntungan yang bakal diperolehi pada masa hadapan dan kedudukan mereka dalam tempoh yang lama dalam dunia perniagaan. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi laluan kepada Balik Pulau untuk membahas RUU Syarikat (Pindaan) 2023 dan sekalung penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri yang telah membentangkan satu rang undang-undang yang saya kira sangat penting untuk membantu syarikat-syarikat yang menghadapi masalah terutama kewangan dan dana ataupun funding.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Saya difahamkan jumlah syarikat yang terpaksa digulungkan pada tahun ini sahaja adalah agak tinggi dan menakutkan iaitu melebihi 2,000 syarikat. Kita tidak tahu punca sebenar tetapi kemungkinan ini disebabkan oleh impak dari COVID-19 atau ketidakcekapan pengurusan yang didorong oleh ketidakstabilan ekonomi. Walaupun RUU ini bertujuan untuk menambah baik prosedur bagi memastikan syarikat-syarikat bermasalah ini dapat diselamatkan, saya merasakan cadangan ini agak lewat dan perlu disegerakan.
Jadi, saya cadang untuk menambah baik mekanisme penyelamat korporat di bawah RUU ini, saya tahu telah ditawarkan sejak tahun 2020 lagi untuk membantu syarikat-syarikat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Dengan itu, saya menyeru supaya ia dapat disegerakan untuk diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan seterusnya ke peringkat Dewan Negara.
Terdapat banyak syarikat yang telah gulung tikar atau tenat walaupun pelbagai inisiatif telah disediakan. Saya berharap pindaan-pindaan dapat membantu SSM dalam memulakan proses penambahbaikan mekanisme penyelamat korporat bagi menyahut seruan Kerajaan Perpaduan yang ingin membantu semua lapisan masyarakat yang terkesan dengan pandemik termasuklah syarikat-syarikat. Cadangan untuk meminda Akta Syarikat 2016 juga turut dikemukakan menjadi sebahagian daripada Ordinan Darurat
(Kuasa-kuasa Perlu) 2021, saya bersetuju dengan saranan supaya pindaan dibuat terus kepada Akta Syarikat 2016 memandangkan ordinan darurat tersebut bersifat sementara.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya proses penggubalan untuk meminda akta ini hendaklah dijalankan setelah sesi libat urus untuk menerangkan perincian pindaan kepada pihak-pihak kawal selia serta industri bagi memastikan undang- undang yang dicadangkan ini mendapat sokongan seluruh komuniti korporat.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Berdasarkan statistik yang masih rendah, keperluan untuk memperkenalkan polisi-polisi baharu adalah relevan supaya lebih banyak syarikat yang mengalami masalah kewangan tampil ke hadapan untuk menggunakan mekanisme penyelamat korporat bagi tujuan memulihkan kedudukan kewangan syarikat.
Ini seharusnya meliputi meluaskan pemakaian sukarela korporat dan pengurusan kehakiman kepada semua kategori syarikat. Saya menjangkakan sebanyak mungkin syarikat bermasalah dihubungi untuk memanfaatkan kerangka mekanisme penyelamat korporat yang baharu yang lebih kukuh. Saya juga berharap lebih banyak syarikat termasuk yang tersenarai di Bursa dapat memanfaatkan proses baharu ini.
Saya juga tertarik dengan RUU pindaan 2023 ini yang memperkenalkan peruntukan di mana moratorium diberikan secara automatik setelah syarikat memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah halangan. Moratorium ini diberikan untuk tempoh maksimum dua bulan atau sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap permohonan ini, yang mana terdahulu. Saya amat yakin tujuannya sangat murni bagi memastikan syarikat diberikan perlindungan daripada prosiding perundangan termasuk petisyen untuk menggulungkan syarikat. Dalam erti kata lain, syarikat diberikan ruang untuk bersedia mencadangkan skim kompromi dengan pemiutang-pemiutangnya dan hasrat tersebut dapat diteruskan tanpa halangan oleh pemiutang.
Saya ingin menyentuh berkenaan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial di mana ia adalah satu kerangka pelaporan yang kini hangat dibincangkan di sektor korporat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Saya faham bahawa keperluan penzahiran ini adalah selari dengan piawaian antarabangsa yang diamalkan di negara- negara maju. Objektif utama piawaian tersebut adalah untuk membanteras penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan juga aktiviti haram lain termasuk rasuah dan pengelakan cukai.
Saya difahamkan terdapat satu badan antarabangsa yang dikenali sebagai Financial Action Task Force (FATF) di mana badan ini akan menjalankan penilaian secara berkala dan akan mengeluarkan dokumen-dokumen yang mengenal pasti bidang kuasa negara-negara yang lemah daripada segi langkah-langkah membanteras penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Justeru, pindaan ini saya yakin dapat menyelamatkan negara kita dari disenaraihitamkan oleh FATF. Bayangkan jika ia berlaku, pertama, ia akan menyebabkan persekitaran pelaburan negara terjejas, pelabur asing yang akan menggunakan dapatan penilaian tersebut untuk mengukur risiko pelaburan di Malaysia yang berpotensi mendatangkan kesan negatif terhadap aliran modal dan juga kedua reputasi Malaysia akan terjejas di peringkat antarabangsa.
Di samping itu, Malaysia akan diletakkan di bawah senarai negara-negara yang akan dipantau secara terperinci dan ketat oleh FATF. Untuk memastikan perkara ini tidak terjadi, maka saya menyokong hasrat KPDN untuk meluluskan Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023. Saya memuji kecekalan pihak kementerian dalam memastikan persekitaran korporat tetap terjaga dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil.
Saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih atas peluang untuk membahaskan perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang dan ruang untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023. Bencana COVID-19 menjadi pengajaran buat kita perlu ada persediaan awal menghadapi pelbagai kemungkinan.
Bagaimanapun, kesan terlalu besar menyebabkan banyak syarikat gulung tikar dan ramai yang hilang peluang pekerjaan.
Ada saya bangkitkan sebelum ini termasuk dalam perbahasan Jawatankuasa B.26 KUSKOP minggu lepas iaitu peranan semua pihak membantu peniaga gulung tikar
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
untuk bangkit semula. Juga peranan kerajaan melalui agensi dalam mengenal pasti usahawan yang mempunyai potensi untuk diberi peluang untuk bangkit semula, dalam masa yang sama mematuhi perundangan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Begitu juga peranan SSM dan lain-lain. Jangan terlalu menekan dengan denda, penalti, kompaun dan pelbagai tekanan kepada usahawan yang cuba bangkit daripada kesan selepas pasca COVID-19. Satu usaha yang tuntas perlu digerakkan bagi memastikan usahawan yang terkesan sebelum ini boleh meneruskan perniagaan melalui kerangka rehabilitasi yang efisien serta usaha mengurangkan tindakan penggulungan syarikat.
Dalam perbahasan kali ini, saya fokus kepada dua perkara iaitu pertama, usaha memperkukuhkan mekanisme penyelamatan korporat ataupun corporate rescue mechanism (CRM) bagi membantu para usahawan atau entiti peniagaan yang terkesan bagi membolehkan mereka diberi ruang untuk bangkit semula. Keduanya adalah berkaitan data berkaitan pemunya benefisial atau beneficial ownership untuk syarikat mengukuhkan pelaporan maklumat kepada SSM mematuhi standard dan piawaian antarabangsa. Dengan itu, syarikat akan mematuhi amalan tadbir urus secara telus, berakauntabiliti dan berhemat.
Bagi mekanisme penyelamatan korporat atau corporate rescue mechanism, soalan saya sejauh manakah penambahbaikan mekanisme penyelamatan korporat ini akan membantu golongan usahawan dan entiti perniagaan yang terkesan khususnya mereka yang ketika ini berdepan masalah aliran tunai sehingga mengakibatkan ada yang terpaksa gulung tikar mengambil kira pengalaman sepanjang pandemik serta kesinambungan bantuan-bantuan yang disalurkan melalui pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.
Adakah terdapat kajian perbandingan dengan pendekatan negara jiran seperti Singapura di bawah Akta Insolvensi, Penstrukturan dan Pembubaran (IRDA) 2018?
Berapakah kadar penggunaan terkini mekanisme penyelamat yang dibenarkan oleh mahkamah sejak tempoh pandemik sehingga kini?
Bagi kerangka pelaporan dan penzahiran maklumat pemunya benifisial, perenggan baharu 8A memperuntukkan tanggungjawab syarikat untuk mengemukakan laporan maklumat kepada SSM mengenai data berkaitan pemunya benefisial atau beneficial ownership. Soalan saya, apakah bentuk penyelarasan yang telah dibuat merentas kementerian dengan agensi penguat kuasa seperti Bank Negara Malaysia dan SPRM terutama untuk memudahkan siasatan badan penguat kuasa dan penyiasat terhadap pihak yang mungkin berselindung ketika menjalankan jenayah dengan menggunakan entiti perniagaan?
Adakah sistem teras SSM untuk serah simpan elektronik yang sedang dibangunkan telah dijajakan dengan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik? Apakah usaha proaktif kerajaan untuk membolehkan lebih banyak peniaga-peniaga kecil berdaftar secara sukarela dengan SSM terutama golongan B40 agar dapat memudahkan mereka menerima bantuan yang sewajarnya di samping memudahkan cara proses pengumpulan data perniagaan.
Itu sahaja setakat hari ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Tan Sri Yang di-Pertua, RUU yang kita bahaskan hari ini adalah untuk menambah baik Akta Syarikat 2016 dan merupakan satu reformasi yang penting bagi menambah baik tata kelola syarikat dalam akta. Pindaan yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini merangkumi empat kluster dasar dan perbahasan saya Tan Sri Yang di-Pertua, akan menyentuh kepada dasar ketiga iaitu memperkukuh kerangka pelaporan pemunyaan benefisial atau beneficial ownership.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri Yang di-Pertua, perkara pertama, mana-mana pelajar undang-undang akan diajar apabila mereka ambil subjek Company Law adalah konsep yang telah disebut oleh Tebrau tadi separate legal entity, dengan izin. Juga konsep yang berkaitan iaitu konsep tirai korporat atau corporate veil. YB Pasir Gudang pun ada dekat sini. Mungkin boleh ingat. Tirai korporat ini konsepnya adalah syarikat adalah satu entiti undang-undang yang berasingan daripada pemunya atau pemilik syarikat atau pemegang saham.
Tirai korporat ini Tan Sri Yang di-Pertua, melindungi pemunya syarikat daripada liabiliti terhadap apa-apa tindakan syarikat. Contohnya, katalah kita ada satu syarikat.
Syarikat A berhutang dengan syarikat B, syarikat B tidak boleh tuntut hutang daripada pemilik syarikat A. Hanya terhadap syarikat A sahaja. Tapi sudah tentu ada beberapa situasi yang mana tirai korporat ini boleh ditembusi atau dalam bahasa Inggeris, pierce the corporate veil yang mana pemunya syarikat boleh dipertanggungjawabkan ke atas liabiliti syarikat.
Tan Sri Yang di-Pertua, mutakhir ini kita melihat bagaimana struktur korporat ini telah digunakan untuk pelbagai aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang seperti penggubahan wang haram, seperti mengelak cukai, seperti pembiayaan terrorisme dan juga penipuan. Maka, telah timbul satu keperluan, Tan Sri Yang di-Pertua untuk bukan hanya pierce the corporate veil, dengan izin, untuk tahu siapa pemunya syarikat. Sekarang ini kita kena pergi one step further, dengan izin, iaitu untuk kenal pasti siapa di belakang pemunya syarikat. Inilah kita sedang lihat tentang pemunya beneficial ini. Dalam bahasa mudah, orang yang benar-benar mengawal syarikat tersebut. Atas kertas, nama orang tu tak ada tetapi secara de facto, dialah pemilik sebenar yang mengawal syarikat itu.
Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini mewujudkan satu kerangka pelaporan bagi pemunya beneficial dalam sesebuah syarikat. Menurut RUU ini dicadangkan pemunya beneficial ini, maknanya, adalah orang sebenar (natural persons) yang mempunyai milikan mutlak atau mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu syarikat termasuk seseorang yang mempunyai kawalan berkesan mutlak atau dalam bahasa Inggeris, ultimate effective control. Saya ada membuat sedikit kajian merujuk kepada soalan-soalan lazim atau FAQ yang ada dalam laman sesawang SSM, yang mana di situ ada juga FAQ tentang beneficial ownership ini dengan izin, dan terpapar mengikut apa yang dinyatakan di situ untuk menentukan sama ada orang itu adalah pemunya beneficial, orang itu harus memegang saham yang mempunyai hak mengundi yang akan membawa impak signifikan pada keputusan atau hala tuju sesebuah syarikat. Saya pohon sedikit masa sahaja lagi Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tetapi takrifan ini yang ada kita lihat dalam FAQ ini, kalau kita tengok pula apa yang dicadangkan dalam RUU, dia tidak mempunyai kriteria seperti ini. Dia lebih umum atau selebihnya dengan izin, general.
Perkataan yang digunakan adalah milikan mutlak atau kawalan mutlak, menggambarkan bahawa ia hanya meliputi mereka yang mempunyai milikan saham yang cukup besar dalam mengawal syarikat, untuk mengawal syarikat.
Saya khuatir Tan Sri Yang di-Pertua bahawa sekiranya kita tidak takrifkan apa dia beneficial owner ini dengan lebih terperinci, dengan lebih ketat, mungkin ada beneficial owner yang terlepas daripada obligasi untuk melapor dan dengan izin, it defeats the purpose of this amendment. Jadi saya mohon mungkin pihak kementerian, pihak YB Timbalan Menteri boleh memberi ulasan mengenai perkara ini.
Satu lagi perkara— saya dah nak gulung dah ni. Satu lagi perkara adalah mengenai akses kepada daftar pemunya beneficial ini. RUU ini Tan Sri Yang di-Pertua, memberi kuasa kepada Menteri untuk menentukan orang yang boleh ada akses kepada daftar pemunya beneficial. Jadi, siapa yang boleh akses kepada daftar tersebut, Menteri boleh tentukan. Saya difahamkan bahawa buat masa ini pendirian kementerian adalah hanya, jika diluluskan hanya agensi kerajaan dan penguatkuasaan sahaja yang akan diberikan akses.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya ingin cadangkan bahawa di masa hadapan, kita boleh explore, dengan izin, bagaimana untuk memberi mungkin akses terhad kepada orang awam. Mungkin melalui satu permohonan yang dibuat kepada pihak SSM, perlu ada syarat-syarat tertentu dan sebagainya. Sebab saya fikir ini mungkin akan membantu bagi mereka yang mungkin memulakan apa-apa litigasi terhadap satu syarikat yang mana mereka merasakan bahawa di belakang itu ada lagi pemunya. There is a beneficial owner. Jadi, mungkin di masa hadapan kita boleh lihat— ini tidak perlu pindaan tetapi saya harap mungkin Menteri boleh pertimbangkan ini, akses terhad sahaja.
Jadi dengan ini Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong sebenarnya RUU pindaan yang dicadangkan ini kerana saya fikir ini adalah satu pindaan yang amat tepat pada masanya dan juga selari dengan piawaian antarabangsa. Jadi, itu saja perbahasan saya. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih kepada Tan Sri Yang di- Pertua di atas peluang dan ruang yang diberikan kepada Kepala Batas untuk turut sama terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Syarikat ini telah dipinda kali terakhir pada tahun 2016. Sepanjang tempoh lapan tahun setelah pindaan dilaksanakan, kita dapat melihat banyak cabaran dialami oleh syarikat dan pihak kerajaan dalam memperkukuh, mempertahan dan mempertingkatkan kedudukan ekonomi untuk kekal relevan dan berdaya saing.
Tan Sri Yang di-Pertua, yang pertama fasal 14 iaitu pindaan kepada seksyen 395. Ketika dunia dilanda pandemik COVID-19 pada tahun 2021, ramai usahawan dan entiti perniagaan yang tutup ataupun gulung tikar kerana masalah kewangan.
Alhamdulillah, ketika itu Kerajaan Perikatan Nasional telah membantu dan memperkenalkan pakej-pakej rangsangan bagi membantu usahawan terjejas terutamanya di sektor perusahaan kecil, sederhana ataupun PKS.
Proses penstrukturan semula kewangan ataupun aliran tunai sangat penting bagi membantu proses rehabilitasi. Maka, Kepala Batas mencadangkan agar pindaan ini dapat turut melibatkan kerjasama bersepadu dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah Program Latihan Keusahawanan Negara iaitu INSKEN.
Manakala agensi-agensi lain di bawah kementerian yang relevan dari sudut bantuan penstrukturan semula kewangan dan aliran tunai bagi memastikan mekanisme rundingan luar mahkamah dapat dimanfaatkan sebaik mungkin turut dilibatkan.
Tindakan mahkamah seperti embargo contohnya hanya akan lebih menekan dan menyukarkan sesuatu perusahaan itu untuk kembali kukuh dan beroperasi dengan lancar. Malah, entiti perniagaan juga akan sukar untuk mendapatkan kembali kepercayaan daripada pihak pemiutang sama ada bercagar ataupun tidak. Kepala Batas turut mencadangkan agar pindaan fasal ini diperhalusi lagi bagi memastikan strategi ini tidak dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat dalam usaha untuk kacau ganggu seseorang usahawan ataupun sebuah entiti perniagaan seperti berniat memonopoli pasaran atau dengan sengaja melupuskan aset di atas kepentingan peribadi kumpulan ataupun politik.
Kedua, fasal 2 di bawah peruntukan seksyen 2. Merujuk kepada fasal 2 peruntukan seksyen 2 perenggan (a), pemegang saham di bawah pindaan polisi 3 turut disenaraikan sebagai pemunya beneficial. Saya mencadangkan agar seksyen ini ditambah baik dengan memasukkan jawatan pengarah syarikat sebagai salah satu penama bagi memperuntukkan definisi pemunya beneficial. Penambahbaikan ini membolehkan penjelasan dapat dibuat oleh pihak berkuasa seperti BNM atau SPRM bagi memastikan proses perundangan dapat diteruskan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kepala Batas sarankan agar tindakan secara terus turut diambil kepada pemunya beneficial apabila aduan ataupun pendakwaan dibuat terhadap syarikat yang sahamnya dimiliki oleh pemunya beneficial. Kepala Batas sebelum ini pernah menerima aduan daripada penduduk berkaitan sebuah kilang pemprosesan ikan sejuk beku di satu tempat di Lahar Bubu, Kepala Batas. Mengikut maklumat dan aduan penduduk, laporan dan tindakan ke atas syarikat tersebut tidak dapat diteruskan kerana berlaku penukaran nama syarikat walaupun salah seorang pengarah merupakan pemunya beneficial yang sama sebelum nama syarikat ditukar.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Justeru, saya ingin bertanya apakah tindakan yang dapat diambil oleh pengadu dan SSM terhadap kes seperti ini? Kepala Batas juga ingin tahu berapakah jumlah syarikat yang telah direkod dan diambil tindakan atas kesalahan melanggar Akta Syarikat 2016 berdasarkan seksyen tersebut dan tindakan yang telah diambil ke atas mereka sehingga kini.
Ketiga, Penggal 8A, seksyen 60A. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya mempunyai minat yang tinggi untuk berniaga. Ia dapat dilihat apabila ramai memilih untuk memulakan perniagaan dengan membuka gerai di kaki lima ataupun di tepi jalan.
Namun begitu, masih ramai tidak berminat untuk mendaftarkan perniagaan mereka atas alasan-alasan tertentu. Adakah terdapat mekanisme daripada pihak SSM dalam membantu para peniaga ini mendaftar perniagaan mereka? Pengumpulan data ini boleh dijadikan rujukan untuk agensi-agensi kerajaan dalam membantu menguruskan insentif-insentif dan juga bantuan-bantuan yang sesuai terus kepada para peniaga berdaftar yang layak.
Ini kerana dalam kalangan peniaga kecil ini mempunyai produk ataupun model business yang berpotensi untuk diketengahkan. Sedikit bantuan daripada pihak kerajaan mungkin dapat menganjakkan potensi perniagaan mereka lebih ke hadapan.
Inisiatif ini dilihat dapat memberi pilihan kepada para peniaga kecil dari membuat pinjaman dengan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti peminjam wang yang tidak berlesen seperti ceti ataupun Ah long. Dalam masa yang sama, kerajaan dapat mengenal pasti pemunya benefisial yang mengalibabakan perniagaan mereka dengan memajak ataupun menyewakan perniagaan.
Tan Sri Yang di-Pertua mohon izin, satu minit.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Dalam masa yang sama, kerajaan dapat mengenal pasti pemunya benefisial yang mengalibabakan perniagaan mereka dengan memajak ataupun menyewakan perniagaan untuk digunakan oleh pihak ketiga seperti pendatang asing tanpa izin ataupun penjenayah. Penggubahan wang haram adalah satu jenayah berat dan mungkin ia adalah satu cara untuk memeranginya.
Tan Sri Yang di-Pertua, kesimpulannya peranan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah sangat penting dalam memacu ekonomi negara. Pindaan Akta Syarikat ini diharap dapat menjadikan urusan para ahli perniagaan dan juga agensi kerajaan yang terlibat lebih cekap, telus dan amanah. Kebajikan rakyat mestilah dititik beratkan bagi memastikan tiada pihak memanipulasi dan dimanipulasi di dalam setiap urusan dan transaksi. Sekian,terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam MADANI. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberikan ruang untuk saya membahaskan pindaan Akta Syarikat 2016.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pindaan kepada seksyen 395 Akta Syarikat 2016 bertujuan meluaskan lagi pemakaian perkiraan sukarela korporat ataupun corporate voluntary arrangement ataupun CVA kepada semua syarikat termasuk syarikat yang mewujudkan gadaian ke atas harta dan juga aku janjinya. Pindaan kepada seksyen 403 Akta Syarikat 2016 bertujuan menjelaskan kepada pengurusan kehakiman ataupun judicial management iaitu JM boleh dimohon oleh semua syarikat termasuk syarikat senaraian awam.
Pulai menyokong usaha ini kerana ia akan memberikan peluang lebih banyak kepada syarikat mendapatkan perkhidmatan CVA dan juga JM berbanding sebelum ini.
Pulai menyokong pindaan akta yang dapat membantu syarikat yang sedang menghadapi masalah kebankrapan ini. Memberi masa kepada mereka untuk mencari jalan keluar terhadap masalah kewangan yang mereka hadapi ini.
Antara pindaan penting yang telah diperkenalkan adalah pertama, membenarkan mahkamah melanjutkan tempoh perintah pengurusan kehakiman melebihi daripada 12 bulan. Yang keduanya, membenarkan syarikat-syarikat yang telah mendapat perintah pengurusan kehakiman mendapatkan pembiayaan penyelamat.
Yang ketiga adalah meminimumkan kerugian yang dihadapi oleh syarikat dalam prosiding insolvensi dengan membenarkan pemiutang bercagar mendapatkan semula aset dalam keadaan tertentu. Yang keempatnya adalah memastikan syarikat-syarikat dalam prosiding insolvensi terus dibekalkan dengan barangan dan perkhidmatan perlu untuk mengurangkan gangguan dalam operasi mereka.
Kerangka pelaporan pemunya benefisial sedia ada perlu ditambah baik untuk menangani jurang dalam Akta Syarikat 2016, selari dengan piawaian antarabangsa FATF dan juga OECD termasuklah amalan terbaik antarabangsa. Ia boleh meyakinkan pelabur luar berkenaan keupayaan Malaysia menyediakan polisi terbaik untuk syarikat-syarikat tempatan ini.
Pulai faham bahawa keperluan penzahiran ini adalah selari dengan piawaian antarabangsa namun begitu, adakah kedudukan Malaysia sangat terdedah dengan aktiviti penggubalan wang haram ini dan pembiayaan keganasan sehingga perlunya penzahiran ini dibuat? Pulai faham sebagaimana yang diperkatakan oleh YB Timbalan Menteri bahawa pindaan ini bertujuan untuk mengekang jenayah-jenayah serius seperti penggubalan wang haram, rasuah dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan situasi di mana syarikat itu sendiri menjalankan aktiviti yang tidak nampak seperti melanggar undang-undang tetapi sebenarnya melanggar dalam pelbagai peraturan iaitu perundangan seperti perolehan tender kerajaan ataupun menjalankan aktiviti yang bersifat anti persaingan?
Adakah rang undang-undang ini boleh membantu kerajaan untuk menghapuskan isu-isu serius seperti kes ali baba, kartel dan syarikat-syarikat yang bersekongkol untuk mendapatkan tender-tender kerajaan. Penjenayah kolar putih akan sentiasa mencari helah untuk mengelak diambil tindakan. Soalan saya, bagaimana KPDN, SSM dapat memastikan semua pihak yang berkaitan akan mematuhi ataupun melaporkan maklumat pemunya benefisial kepada KPDN atau SSM dengan tepat?
Pindaan Akta Syarikat 2023 juga akan memberi impak besar kepada komuniti korporat di mana laman sesawang rasmi SSM boleh digunakan untuk mengiklankan dan menyiarkan maklumat sebagai ganti keperluan untuk mengiklankan atau menerbitkan maklumat tersebut dalam akhbar yang diedar secara meluas di seluruh negara. Polisi ini bertujuan untuk mengatasi isu-isu praktikal apabila pengedaran akhbar fizikal di seluruh negara ini tidak lagi tersedia dan juga ia boleh mengurangkan kos pengiklanan yang tinggi.
Secara tak langsung, ia telah menjimatkan kos.
Yang keduanya adalah pendaftar diberi kuasa untuk mengeluarkan garis panduan bagi memastikan prinsip kebebasan juruaudit dikekalkan contohnya pelantikan juruaudit yang mempunyai pasangan yang bekerja di syarikat ataupun kumpulan syarikat untuk diaudit oleh firma juruaudit dan yang ketiganya adalah penyelesai dikehendaki melaporkan bukti-bukti mereka kepada pendaftar sebaik sahaja lesen mereka diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai berpandangan bahawa pindaan Akta Syarikat 2023 ini perlu mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen memandangkan banyak permintaan daripada syarikat-syarikat yang terbabit dan telah melalui proses yang teliti sejak daripada tahun 2020. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada pandangan saya, penambahbaikan yang ada dalam pindaan kali ini adalah penting untuk membantu sektor korporat yang menghadapi masalah kewangan terutama sekali akibat daripada kesan pandemik COVID-19 dan juga krisis kewangan yang sedang melanda negara sekarang di mana dalam konteks ini, SSM dapat sama-sama menyokong inisiatif yang perlu dilakukan kerajaan.
Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai dengan pengumuman tarikh akhir Inisiatif Pengurangan Kompaun 2023 yang dibuat di media sosial SSM. Dalam pengumuman tersebut, SSM telah memberi peluang kepada pengarah syarikat dan pemilik perkongsian liabiliti terhad (PLT) untuk menggunakan inisiatif pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun sebelum 31 Disember 2023, tak lama lagi.
Jadi soalan saya, apakah syarat-syarat yang dikenakan bagi tujuan permohonan diskaun 90 peratus dari jumlah kompaun bagi membantu syarikat-syarikat yang bermasalah? Adakah kerajaan berhasrat untuk melonggarkan syarat-syarat yang ada agar lebih banyak syarikat boleh membuat permohonan pengurangan kompaun atau adakah kerajaan bersedia untuk membatalkan terus kompaun yang telah dikenakan atas semangat yang sama dengan pindaan ini iaitu bagi membantu meringankan beban syarikat agar mereka boleh terus beroperasi.
Tan Sri Yang di-Pertua, melihat kepada cadangan pindaan yang ada dalam RUU ini, saya percaya bahawa kerajaan mahu meluaskan pemakaian mekanisme penyelamat korporat sedia ada iaitu perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman kepada lebih banyak kategori syarikat termasuk syarikat awam yang disenaraikan
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebenarnya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diperkenalkan oleh Perikatan Nasional pada pemerintahan dahulu ada mendedahkan bahawa pemilikan ekuiti bumiputera daripada 23 peratus pada tahun 2011 merosot kepada 16.2 peratus pada tahun 2015. Pengiraan ekuiti sektor korporat yang dilaporkan dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama adalah nilai pemilikan saham dalam sesebuah syarikat mengikut etnik yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham.
Soalan saya, apakah impak daripada pindaan ini terhadap syarikat bumiputera?
Hal ini sangat penting kerana kalau kita lihat jurang yang ada antara kaum ini semakin melebar termasuklah dalam jurang pendapatan isi rumah antara Melayu bumiputera dan juga kaum Cina. Pendapatan isi rumah Melayu bumiputera menunjukkan peningkatan sejak 15 tahun lalu, tetapi pendapatan isi rumah kaum Cina meningkat dua kali ganda dalam jangka masa yang sama.
Jadi menurut jadual yang dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Ekonomi, jumlah isi rumah bumiputera di bawah kategori miskin ialah dalam lingkungan 1.23 juta. Jadi, jumlah isi rumah kaum Cina pula di bawah kategori miskin pula dalam lingkungan 258,000.
Secara kasarnya, jumlah orang Melayu miskin lebih ramai daripada orang Cina. Jadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga dalam laporannya turut menyatakan purata simpanan bumiputera adalah RM48,300 berbanding kaum Cina yang mempunyai purata simpanan RM125,000. Oleh itu, soalan saya, bagaimanakah pindaan ini dapat membantu negara menyelesaikan masalah-masalah yang berdasar seperti ini?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa pindaan Akta Syarikat ini pada tahun 2016 lagi sebenarnya telah memperkenalkan satu mekanisme penyelamat korporat ini yang bertujuan untuk memberi peluang kepada syarikat yang menghadapi masalah kewangan untuk menstruktur semula liabiliti secara persetujuan dengan pihak kreditor. Juga disebut sebagai korporat ataupun CVA atau melalui perintah kehakiman yang tidak pernah ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada sebelum ini.
Jadi, saya melihat bahawa pindaan yang dibuat pada waktu itu sangat tepat bagi membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat yang bersesuaian bagi mengelakkan pemiutang mengambil tindakan undang-undang dan memohon pengisytiharan insolvensi. Sekali gus, memastikan agar syarikat boleh terus beroperasi dan menjana ekonomi negara. Soalan saya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tidak banyak syarikat yang menggunakan kemudahan- kemudahan ini yang telah disediakan dalam Akta Syarikat? Bagaimana pindaan yang baharu ini dapat menggalakkan lebih banyak syarikat mengguna pakai mekanisme penyelamat korporat? Sedikit lagi boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi seterusnya, saya merujuk kepada seksyen baharu yang mahu dimasukkan dalam pindaan ini kali ini iaitu seksyen 368B, keutamaan yang paling tinggi bagi pembiayaan penyelamat bagi kompromi atau perkiraan yang juga seksyen 415A, keutamaan paling tinggi bagi pembiayaan penyelamat bagi pengurusan kehakiman. Persoalan saya, bagaimanakah kementerian menyusun keutamaan ini dan apakah pertimbangan-pertimbangan yang telah diambil kira?
Selain itu Yang di-Pertua, saya ingin memohon penjelasan pihak kerajaan juga, apakah sudah ada perincian bagi seksyen 60B(9) iaitu mengenai kuasa Menteri untuk mengehadkan akses ke maklumat yang tersedia mengenai pemilikan bermanfaat dalam sebuah syarikat. Jadi, bagaimanakah Menteri akan menggunakan kuasa tersebut? Jadi, apakah rasional perincian panduan bagi Menteri menggunakan kuasa itu tidak diletakkan di dalam pindaan?
Saya lari sedikit, saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selalu menyebut perkataan-perkataan mengatakan pihak pembangkang akan menebuk atap. Ini bahaya. Kita boleh menolak, maknanya pelabur-pelabur asing tidak akan datang sebab akan ada pertukaran. Jadi saya hendak tengok apa yang disebut selama ini, yang selalu menyebut adalah berkenaan dengan dia mempunyai cukup, cukup dia kata, cukup numbers, formidable lagi, convincing lagi sehingga ia menjadi sebagai satu dipanggil digunakan oleh pelawak-pelawak untuk meniru gaya-gaya percakapan.
Jadi, saya nak tayangkan satu...
[Sambil memainkan video dari telefon pintar]
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh Yang Berhormat. Saya tak benarkan Yang Berhormat. Kita tak benarkan Yang Berhormat. Yang Berhormat, bekas seorang pengamal undang-undang, saya tidak benarkan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tak boleh guna itu dekat sini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Maksud saya macam ini, saya nak sebut maknanya...
Tuan Yang di-Pertua
Patut Yang Berhormat kena minta dekat saya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sehingga dijadikan sebagai satu permainan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh Yang Berhormat. Kita dah keluar daripada akta yang sedang — rang undang-undang yang sedang dibincangkan. Sila duduk Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* rakyat Malaysia, orang muda, pengamal TikTok, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian. Tan Sri Yang di-Pertua, saya menghormati Tan Sri, sentiasa berpuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini pun berpuasa. Kalau saya cakap yang tak bagus, mungkin benda yang menyinggung hati, Tan Sri terlepas cakap, pahala Tan Sri boleh dekat saya. Saya tak mahu. Ini pahala Tan Sri biarlah ada dekat Tan Sri ya.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya menumpang pahala sebab bila buka puasa nanti kita makan capati Yang Berhormat. Saya hendak buka pantun.
Pantun ini Tan Sri dah tahu sebab Tan Sri pun dah jumpa mereka ini. Pantun ini bukan kiasan Tan Sri, hanya sedikit laluan rasa nubari kekecewaan kawan-kawan. Tetapi saya hari ini hari bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya boleh kenal ular kaki dua. Jadi lain sedikit, demikianlah adanya. Pantun yang pertama, Anak Cina anak Melayu, Baru makan ikan sepat, Kelmarin dia pergi Melayu, Hari ini dia melompat. Tak kira siapa, ini pantun kan.
Ramainya katak sedang melompat, Sila pergi Desa Sepetang, Kalau nak tengok ular melompat, Sila pergi Bukit Gantang. Jadi Yang Berhormat, pantun ini tidak menimbulkan Perkara 36(6). Tetapi 36(6) Yang Berhormat Tan Sri, sepatutnya dibawa oleh orang yang dikata tadi. Tetapi ada seorang mengaku dia pengamal undang-undang, ini kami bukan ada pengamal undang- undang. Ini hak Ahli Parlimen. Hang ada kelulusan undang-undangkah, apakah, itu hang punya pasai. Jangan dok kata I ini pengamal undang-undang, kami tidak pernah lantik seorang jadi pengamal undang-undang. Kalau 36(6), orang yang kena itu bangun. Ini orang lain pi bangun. Dia ini terkenal sebagai batu api negara, tetapi dia tak ada. Esok saya cakap masa dia ada. Sekarang saya tak suka cakap masa orang tak ada. Saya suka berdepan. Macam tadi pun dia tikam depan. Orang lain tikam belakang, dia tikam depan.
Walaupun dia tidak berapa sihat, tetapi dia tikam depan.
Okey Tan Sri, saya cakap dua benda ya. Yang pertamanya ialah ekonomi gelap, yang keduanya TikTok Shop. Sebab sebagai pengamal TikTok yang dahsyat, saya kena cakap tajuk itu. Tentang ekonomi hitam, Menteri, Timbalan Menteri, walaupun setengah dalam keadaan saya lebih suka Menteri jawablah. Saya minta Tan Sri bagi syarat ke depan ini yang jawab Jawatankuasa biar Menteri, yang jawab dasar Timbalan Menteri.
Sebab dasar dia baca saja, tak ada apa. Tapi Jawatankuasa ini dia kena jawab. Pening depa nak jawab ini, soalan kami timbul satu-satu. Banyak hat saya tak pernah dijawab pun, bertulis saja. Tapi bertulis pun tidak dapat, it is okay. Akan ada hari kamu yang kamu tak payah bertulis lagi sebab saya dok belah sana. Kepada Menteri Pertahanan yang bakal jadi Timbalan Perdana Menteri, dengarlah elok-elok ya.
[Ketawa] Sebab kalau saya ulang 40 kali, dia jadi doa. Nak saya ulang? Tak mahu? Tak mahu cakap tak mahu Yang Berhormat.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
[Bercakap tanpa pembesar suara] .
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mahu, okey, *alhamdulillah.
[Ketawa]* Kami suka Yang Berhormat jadi Timbalan Perdana Menteri sebab kita memerlukan Timbalan Perdana Menteri yang hebat dan kuat. Walaupun kita tahu Timbalan tidak sihat, itu kita bukan — kita berdoa dia sihat, tetapi Yang Berhormat macam mana pun bakal. Bila Yang Berhormat jadi Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat akan berkawan. UMNO dan PN akan berkawan jadi elok. Jadilah sebuah negara tanpa pembangkang Yang Berhormat. Ini kita buat tajuknya ialah...
Tuan Yang di-Pertua
Arau belum masuk rang undang-undang lagi ya?
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Tadi Yang Berhormat, tadi masa Pendang berucap, dia orang kata ini tidak ikut RUU. Yang dia timbul dia kata ini cucu Tan Sri Mahiaddin, masuk RUU tak?
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Yang Berhormat, ini bincang pasal rang undang-undang ke pasal apa ini?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yang Berhormat mukadimah.
Tuan Yang di-Pertua
Mukadimah okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat kenal Arau siapa kan. Arau akan bagi mukadimah tentang isu semasa. Ekonomi hitam. Yang Berhormat faham ekonomi, Yang Berhormat bekas pemain saham yang handal. Ini kita bermain secara terbuka tapi ekonomi gelap, ekonomi hitam ini dijangka lebih kurang RM30 bilion yang mengalir. Hat yang ini kita buat undang-undang kepada syarikat yang berdaftar.
Bagaimana syarikat yang tidak berdaftar? Ini cerita macam pi ceramah Pemadam lah kan.
Kita bantai penagih dadah, penagih dadah tak guna dan sebagainya tapi dia tidak hadir.
Orang yang hadir itu tak hisap dadah.
Demikian juga undang-undang syarikat. Kita cakap pasal syarikat ini undang- undang ketat dan sebagainya tetapi syarikat itu sudah berdaftar. Bagaimana yang tidak berdaftar? Itu saya maksudkan tadi ialah ekonomi gelap. Saya nak minta supaya kementerian inilah bagi perhatian tentang syarikat yang tidak berdaftar tetapi mempunyai pusingan kewangan yang hebat di bawah sana. Ada juga parti-parti politik yang terlibat.
Saya cakap tajuk lain itu masa lainlah. Tetapi saya nak bagi tahu supaya ianya diberi perhatian.
Akhir sekali Tan Sri...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Saya tahu Tan Sri nak buka puasa, saya akan berkejar Tan Sri. Tapi ini TikTok Shop ini kena cakap sebagai peminat TikTok. TikTok Shop ini ada beberapa kumpulan. Yang pertama TikTok Shop orang yang berniaga bebas di pasaran. Yang keduanya ialah juga orang TikTok berniaga di premis- premis perniagaan. Sekarang ini Indonesia telah menutup pintu kepada TikTok Shop.
Malaysia tidak boleh. Saya penyokong TikTok Shop, saya juga penyokong peniaga- peniaga kecil di premis-premis.
Kena ingat, barang yang sama Tan Sri ya, barang yang sama, tidak boleh tunjuk ini kan. Contohnya air ini, kalau jual di TikTok harganya murah tapi orang yang jual di premis perniagaan harganya mahal. Tapi barang yang sama diambil daripada pemborong yang kebanyakannya ialah berasal daripada negara China.
Jadi barang yang sama dijual di TikTok murah, dijual premis mahal sebab premis ini membayar macam-macam, cukai. Itu saya maksud. Tak hebat tak rang undang-undang ini, saya cakap Menteri Pertahanan, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, sekarang ini kita nak tahan TikTok tak boleh mereka sudah hidup. Kita buat undang-undang yang mematikan, memandulkan manusia tak boleh, sekarang ini peluang pekerjaan diperlukan oleh semua pihak. Masa kita PKP dulu TikTok yang telah membantu kita. Habis semua orang order makanan daripada luar.
Jadi mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi. Tetapi dalam masa yang sama pertandingan harga ini agak hebat. Saya mencadangkan Yang Berhormat ya, supaya kerajaan jadi pengimbal kepada perundingan yang harus dibuat supaya kita adalah macam harga lantai untuk membolehkan supaya semua pihak dapat manfaat, Ke takut nanti yang ada premis tutup kedai dan sebagainya. Sebab kita tidak boleh benda ini berlaku.
Di Malaysia kita kena terus sokong TikTok sebab dua-duanya peminat TikTok.
Jadi kepada peminat TikTok, Shahidan, Shahidan pula, Arau. Kebelakangan terlupa sekali-sekala. Arau minta supaya diberi perhatian kepada perkara ini TikTok Shop. Walaupun negara jiran telah tutup tapi Malaysia terus buka, tetapi kita kena cari jalan supaya ada pengimbal di antara yang berniaga di premis dan juga yang berniaga online.
Jadi terima kasih Tan Sri, selamat berbuka puasa, semoga Allah berkati.
Walaupun Yang Berhormat tahu siapa yang melompat tapi lain kali Yang Berhormat bisik- bisik samalah kat kami, jangan dia buat surprise attack macam ini.
Masa soalan Perdana Menteri dia pi isytihar. Itu lagi tidak ikut peraturan Yang Berhormat. Tidak guna punya- sorry. Dia tidak ikut peraturan. Masa Perdana Menteri jawab dia pergi isytihar sokongan. Itu lagi tak ikut peraturan Tan Sri. Tak ada rang undang- undang mana, tahu-tahu cakap saja.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, wallahu ‘alam. Cukuplah setakat itu. Saya pun akan berpuasa esok, saya akan cakap lemah lembut. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullah.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Baik Arau ialah pembahas terakhir. Jadi saya jemput Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Koyak Arau.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua 13 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan dan cadangan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.
Kita perlukan rang undang-undang ini kerana ia satu perkara yang cukup penting bagi memastikan sektor korporat di Malaysia terus berdaya saing, menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor korporat Malaysia juga perlu dilindungi dari disalah guna bagi tujuan-tujuan jenayah serius yang berselindung di sebalik entiti perniagaan.Inilah inti pati yang dihasratkan oleh rang undang-undang ini.
Untuk makluman Tan Sri yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, satu taklimat berhubung rang undang-undang ini telah diberikan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian pada 24 Oktober 2023. Hasil penelitian yang dibuat, Jawatankuasa ini telah bersetuju dan mengesyorkan agar rang undang-undang ini dibentangkan untuk kelulusan
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Parlimen. Perkara telah dinyatakan melalui penyata dari Jawatankuasa bertarikh 8 November 2023.
Seperti yang saya katakan tadi, seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023 iaitu Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Arau walaupun empat minit Arau mukadimah saja.
Saya akan cuba memberi penjelasan kepada semua persoalan yang telah dibangkitkan dan secara dasarnya terbahagi kepada dua perkara utama. Perkara yang pertama iaitu memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat.
Tan Sri Yang di-Pertua, dasar yang pertama adalah pengukuhan kerangka rehabilitasi korporat dalam mengatasi kesan negatif akibat pandemik COVID-19 serta ketidaktentuan ekonomi global yang mengakibatkan sesetengah syarikat menghadapi masalah kewangan. Kerangka rehabilitasi korporat yang kukuh dan mampan perlu diperkenalkan di Malaysia.
Dasar-dasar baharu yang diperkenalkan di dalam rang undang-undang ini untuk menyediakan proses yang berstruktur dan telus bagi syarikat yang mengalami masalah kewangan bagi menangani krisis kewangan yang dihadapi.
Yang kedua Tan Sri di-Pertua ialah mempertingkatkan ketelusan korporat melalui penzahiran pemunyaan beneficial. Dasar yang kedua adalah untuk mempertingkatkan ketelusan korporat melalui penzahiran pemunyaan beneficial, ketelusan korporat melalui kerangka pelaporan pemunyaan beneficial yang komprehensif adalah kritikal dalam memastikan Malaysia sentiasa bersedia dalam memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan untuk melindungi sistem kewangan negara.
Peruntukan yang dicadangkan di dalam rang undang-undang ini adalah penting untuk penilaian mutual evaluation exercise oleh badan antarabangsa, FATF atau Financial Action Task Force ke atas Malaysia pada tahun 2024/2025.
Tan Sri Yang di-Pertua, inilah masanya untuk kita membuktikan kesediaan negara dalam menghadapi proses penilaian melalui kerangka pelaporan yang kukuh. Izinkan saya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan dan saya bahagikan kepada jawapan dalam kerangka rehabilitasi korporat, kemudian saya akan jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pemunyaan beneficial. Yang Berhormat Rasah bertanya berkenaan dengan kesesuaian penggunaan perkataan moratorium pada pasca pandemik. Moratorium merujuk kepada tempoh masa yang melindungi syarikat daripada sebarang tindakan undang-undang sewaktu mencadangkan satu skim rehabilitasi. Frasa moratorium sedia ada akan terus digunakan dalam Akta Syarikat 2016 untuk mekanisme korporat seperti perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman di bawah seksyen 398 dan 406.
YB Rasah juga membangkitkan berkenaan dengan mekanisme penyelamat korporat sama ada ia akan menjejaskan institusi perbankan yang memberi pinjaman.
Adakah akan menjejaskan ekonomi negara. Salah satu penambahbaikan yang dicadangkan di bawah rang undang-undang ini adalah untuk membenarkan semua syarikat yang mempunyai gadaian untuk melaksanakan perkiraan sukarela korporat ataupun CVA sekiranya syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan.
Melalui sesi libat urus dan konsultasi yang diadakan, pihak institusi kewangan telah menerima baik cadangan ini. Pihak KPDN juga berpandangan bahawa cadangan ini juga tidak memberikan sebarang risiko terhadap mana-mana perjanjian gadaian yang telah dimasuki sebelum ini kerana peruntukan sedia ada di bawah seksyen 400(4) yang telah dilaksanakan sejak 2018 memberi perlindungan kepada pemiutang bercagar. Oleh yang demikian, kepentingan pemiutang bercagar atau bank tidak terjejas.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Kemudian Yang Berhormat Rasah juga bertanya berkenaan justifikasi untuk tempoh tiga bulan dan dipanjangkan kepada sembilan bulan untuk Skim Perkiraan dan Kompromi. Tan Sri Yang di-Pertua, tempoh perintah halangan yang boleh dipohon oleh syarikat untuk satu Skim Perkiraan dan Kompromi adalah untuk tiga bulan dan boleh dilanjutkan sehingga maksimum sembilan bulan. Tujuannya adalah untuk membolehkan syarikat menyediakan pelan yang komprehensif untuk dipersetujui oleh pemiutang bergantung kepada complexity perniagaan syarikat sudah tentu ada kalanya tempoh masa yang lebih panjang diperlukan dan perlu diluluskan oleh mahkamah.
Yang Berhormat Tebrau bertanya berkenaan peruntukan cramdown. Yang Berhormat Tebrau menggunakan perkataan bahawa ini satu peruntukan yang tidak adil ya. Konsep cramdown dicadangkan dalam rang undang-undang ini Yang Berhormat Tebrau adalah peruntukan yang telah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, UK dan Singapura. Cramdown adalah kuasa mahkamah memberi perintah mengarahkan persetujuan kelas pemiutang yang tidak bersetuju (dissenting class of creditors) dengan pelan rehabilitasi yang dicadangkan oleh syarikat.
Hakikat sebenarnya, pengenalan peruntukan cramdown ini akan lebih menguntungkan pihak kelas pemiutang yang tidak bersetuju kerana sebelum membuat perintah, mahkamah atau hakim perlu berpuas hati bahawa hak-hak kelas pemiutang yang tidak bersetuju itu hendak lah tidak terjejas sekiranya pelan rehabilitasi yang dicadangkan itu diluluskan. Sebagai contoh, mahkamah perlu berpuas hati bahawa amaun yang akan diterima oleh kelas pemiutang tersebut apabila SPK dilaksanakan hendak lah tidak rendah atau kurang berbanding sekiranya syarikat digulungkan.
Saya teruskan kepada Yang Berhormat Padang Terap ya di mana Yang Berhormat membangkitkan sejauh mana peruntukan rehabilitasi ini melindungi pemiutang. Akta Syarikat 2016 memperkenalkan kerangka Mekanisme Penyelamat Korporat dalam bentuk perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman.
Kerangka Mekanisme Penyelamat Korporat bertujuan untuk melindungi kepentingan semua pihak berkepentingan termasuk syarikat pemiutang dan pemegang saham serta menyediakan proses yang berstruktur dan telus bagi syarikat yang mengalami masalah kewangan untuk menangani krisis kewangan yang dihadapi. Walaupun CVA dan JM bertujuan untuk merehabilitasikan syarikat yang menghadapi masalah kewangan, peruntukan yang dicadangkan ini memastikan hak-hak pemiutang bercagar sentiasa terjaga.
Saya teruskan. Yang Berhormat Padang Terap juga bertanya bagaimana tempoh moratorium dapat dipastikan tidak disalahgunakan. Untuk mengelak penyalahgunaan proses di mana permohonan untuk perintah halangan boleh digunakan untuk terus melucutkan atau menjejaskan hak pemiutang. Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023 ini memperkenalkan polisi bahawa tiada perintah halangan akan diberikan oleh mahkamah jika perintah telah diberikan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya. Ini bagi memastikan hak-hak pemiutang tidak terjejas sekiranya SPK yang dicadangkan telah tidak diterima oleh pemiutang. Dengan kata lain, setelah moratorium tamat dan syarikat gagal melaksanakan pelan rehabilitasi, pemiutang boleh mengambil tindakan perundangan lain termasuk untuk menggulungkan syarikat.
Dalam rehabilitasi juga, Yang Berhormat Padang Besar bertanyakan berkenaan dengan statistik penggunaan penyelamat korporat setakat ini. Bilangan syarikat yang menggunakan penyelamat korporat setakat ini adalah CVA 8 dan Judicial Management 70. Secara keseluruhannya, 17 syarikat telah memanfaatkan CRM sejak – Corporate Rescue Mechanism ini sejak 2018 sehingga kini.
Yang Berhormat Padang Besar bertanya, adakah terdapat kajian perbandingan dengan negara lain seperti Singapura berkaitan dengan Corporate Rescue Mechanism. Yang Berhormat, ya kajian telah – serta perbandingan perundangan dengan negara- negara lain seperti Amerika Syarikat, Singapura dan United Kingdom telah dijalankan.
Yang Berhormat Padang Besar juga bertanya sejauh mana Corporate Rescue Mechanism akan membantu usahawan. Mana-mana usahawan yang menghadapi
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
masalah kewangan boleh menggunakan Corporate Rescue Mechanism ini untuk menstrukturkan hutang mereka. Ini akan membantu syarikat untuk terus beroperasi dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Saya terus kepada untuk menjawab isu-isu berkaitan dengan beneficial ownership. Yang Berhormat Rasah bertanya berkenaan dengan kesan definisi baru yang diperkenalkan. Selain dari mematuhi piawaian antarabangsa FATF, apakah kesan jika Malaysia tidak mematuhi piawaian FATF.
Penarafan oleh badan antarabangsa seperti FATF dan OECD adalah perlu bagi memastikan sistem kewangan negara adalah bebas dari risiko dan ancaman penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pengelakan cukai yang merugikan negara.
Antara inisiatif yang diambil oleh FATF dan OECD adalah untuk memastikan pemilik mutlak sesuatu entiti perniagaan dapat dikenal pasti bagi memastikan entiti perniagaan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau pengelakan cukai.
Malaysia merupakan anggota FATF sejak 2016. Negara-negara ahli FATF menjalani penilaian berkaitan kepatuhan terhadap piawaian yang dikeluarkan oleh FATF berhubung risiko penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Malaysia akan menjalani penilaian FATF pada tahun 2024 dan 2025.
Perubahan yang dicadangkan di bawah rang undang-undang ini berkaitan penzahiran pelaporan pemunya benifisial adalah kritikal dalam usaha untuk memastikan Malaysia mematuhi sepenuhnya kehendak piawaian FATF. Pada masa ini, Malaysia dinilai sebagai mematuhi sebahagian sahaja daripada penilaian FATF berkaitan pelaporan pemunyaan benifisial. Ketidakpatuhan peruntukan FATF boleh menyebabkan Malaysia boleh dimasukkan ke dalam senarai kelabu ataupun grey list atau hitam atau black list mengikut tahap ketidakpatuhan.
Yang Berhormat Rasah juga bertanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial. Kerangka pelaporan pemunyaan benefisial adalah satu kerangka yang mengenakan obligasi ke atas syarikat untuk mendapatkan, mengesahkan dan merekodkan maklumat pemunya benefisial mereka.
Syarikat perlu menyimpan maklumat pemunyaan benefisial yang terkini dan menyerah simpan maklumat tersebut dengan pendaftar seperti yang dikehendaki. Pada ketika ini, keperluan pelaporan pemunyaan benefisial adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 51 dan 56 Akta Syarikat 2016.
Yang Berhormat Mersing bertanya berkenaan dengan kalau situasi berlaku di mana syarikat itu sendiri menjalankan aktiviti yang tidak nampak seperti melanggar undang-undang tapi sebenarnya melanggar dalam pelbagai peraturan perundangan seperti perolehan tender kerajaan atau menjalankan aktiviti yang bersifat anti persaingan.
Adakah rang undang-undang ini boleh membantu kerajaan untuk menghapuskan isu-isu seperti kes Ali Baba kartel atau syarikat-syarikat yang bersekongkol untuk mendapatkan tender kerajaan.
Yang Berhormat Mersing, rang undang-undang ini akan meningkatkan ketelusan, maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan SSM dan boleh membantu agensi atau kementerian lain dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Ini termasuk mempertingkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan yang boleh mengurangkan isu-isu serius seperti kes Ali Baba ataupun pembentukan kartel.
Tambahan pula agensi penguatkuasaan dan kawal selia termasuk Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh merujuk kepada daftar pemunyaan benefisial bagi menjalankan dan memudahkan siasatan serta membanteras jenayah serius yang berselindung di sebalik entiti perniagaan seperti penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Mersing bahawa di bawah KPDN juga ada lagi satu agensi iaitu MyCC yang bertanggungjawab kepada Akta Persaingan 2010 di mana Akta Persaingan ini akan melihat kepada kartel dan juga melihat kepada penipuan bida.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Mersing, Bangi, Besut bertanya berkenaan dengan akses kepada maklumat beneficial ownership.
Di bawah subseksyen 60B(9) Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023 berikut adalah orang-orang yang mempunyai akses kepada daftar pemunya benefisial:
(i) agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa berwibawa yang menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan berdasarkan undang-undang bertulis masing-masing;
(ii) pemunya benefisial itu sendiri; dan
(iii) orang-orang yang mempunyai kebenaran daripada pemunya benefisial.
Mana-mana orang atau kelas orang yang mempunyai akses kepada daftar pemunya benefisial yang disimpan di pejabat pendaftar akan diwartakan oleh Menteri KPDN melalui perintah yang akan disiarkan warta seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 60B(9) Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023. Jadi Yang Berhormat Mersing, juruaudit tidak boleh akses kepada maklumat benefisial.
Yang Berhormat Pasir Gudang, banyak yang dibahaskan tapi generally boleh saya katakan Yang Berhormat Pasir Gudang bersetuju dengan semua yang dibentangkan dalam rang undang-undang ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang telah menyokong rang undang-undang. Cadangan, pindaan berkaitan fasal 23 sememangnya usaha ke arah membanteras kegiatan syarikat asing dalam aktiviti- aktiviti wang haram di negara ini.
Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Bangi bertanyakan berkenaan dengan makna kawalan mutlak di bawah definisi baharu pemunya benefisial yang telah dicadangkan. Di bawah seksyen 60A Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2023 seorang pemunya benefisial sebuah syarikat ditakrifkan sebagai seorang individu atau orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau kawalan mutlak ke atas syarikat melalui milikan saham di dalam syarikat dan termasuklah seseorang yang mempunyai kawalan mutlak ke atas syarikat itu.
Pendaftar akan mengeluarkan satu garis panduan bagi tujuan mengenal pasti seseorang pemunya benefisial. Terdapat enam kriteria di bawah kerangka baharu yang akan membantu syarikat untuk mengenal pasti pemunya benefisial mereka.
Kriteria A, sekiranya seseorang individu memegang secara langsung atau tidak langsung tidak kurang daripada 20 peratus saham syarikat.
Kriteria B, sekiranya seseorang individu memegang secara langsung atau tidak langsung tidak kurang daripada 20 peratus saham mengundi syarikat.
Kriteria C, sekiranya seseorang individu mempunyai kawalan mutlak berkesan sama ada secara formal atau tidak formal terhadap syarikat atau pengarah atau pihak pengurusan syarikat.
Kriteria D, pula sekiranya seseorang individu mempunyai hak atau kuasa secara langsung atau tidak langsung melantik atau mengeluarkan seseorang pengarah yang mempunyai majoriti saham mengundi dalam mesyuarat pengarah.
Kriteria E, sekiranya seseorang individu adalah anggota syarikat dan di bawah suatu perjanjian dengan anggota syarikat yang lain mengawal majoriti saham mengundi syarikat atau kriteria F, sekiranya seseorang individu mempunyai kurang daripada 20 peratus saham atau saham mengundi tetapi mempunyai kawalan berkesan atau pengaruh ke atas syarikat.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Tebrau bertanya berkenaan matlamat utama mengenal pasti siapa pemilik mutlak. Penambahbaikan dalam mengenal pasti siapa pemilik mutlak, pelaporan pemunyaan benefisial akan menggalakkan ketelusan korporat di Malaysia dan meningkatkan ketelusan maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan pendaftar. Maklumat pemunyaan benefisial yang komprehensif dan lengkap akan membantu agensi penguatkuasaan di Malaysia dalam menjalankan siasatan terhadap jenayah serius yang dilakukan melalui entiti perniagaan.
Yang Berhormat Sabak Bernam bertanya bagaimana beneficial owner dapat beritahu perubahan daftar jika berlaku kematian, hilang upaya atau hilang akal. Jika beneficial owner meninggal dunia, seksyen mana boleh guna untuk masuk nama waris pemegang amanah? Apakah mekanisme yang boleh diguna pakai atau guna Amanah Raya? Ini yang ditanya oleh Yang Berhormat Sabak Bernam.
Rang undang-undang ini meletakkan kewajipan kepada syarikat untuk mendapatkan maklumat pemunya benefisial melalui notis secara berkala kepada semua pemegang saham. Pemegang saham tersebut perlu menzahirkan pemunya benefisial terkini bergantung pada situasi semasa syarikat tersebut. Sekiranya terbukti waris ataupun pemegang amanah memenuhi definisi beneficial owner maka mereka dianggap sebagai beneficial owner seperti mana yang dinyatakan dalam seksyen 60A.
Yang Berhormat Bangi, menegaskan bahawa takrifan pemunya benefisial perlu diperjelaskan untuk mengelakkan pihak tertentu terlepas dari obligasi ini. Tadi saya— garis panduan pemunyaan benefisial yang akan dikeluarkan oleh SSM akan perjelaskan definisi pemunya benefisial dengan mengambil kira faktor-faktor persekitaran tempatan dan amalan-amalan terbaik antarabangsa.
Tan Sri Yang di-Pertua, ada beberapa lagi. Boleh saya habiskan ya?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Pulai, berkenaan dengan perluasan seksyen 395 CVA dan 403 JM bertanya adakah kedudukan Malaysia sangat terdedah sehinggakan penzahiran beneficial ownership perlu dibuat. Terima kasih atas sokongan Yang Berhormat Pulai berkaitan cadangan perluasan pemakaian CVA dan JM yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini. Pelaporan beneficial ownership adalah bertujuan untuk memperkukuhkan dan menyokong sistem kewangan negara daripada dipergunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan. Malaysia seperti negara lain akan dinilai di peringkat antarabangsa dan boleh terjatuh kepada senarai hitam atau kelabu yang akan menyukarkan Malaysia menarik pelabur luar menjalankan perniagaan di negara ini.
Bolehlah dikatakan Tan Sri Yang di-Pertua, kita benchmark against the best practice dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Besut, bertanya berkenaan dengan impak pindaan ini kepada syarikat bumiputera. Pindaan ini terpakai kepada semua syarikat dan pindaan kepada seksyen 395 dan 403 bertujuan membolehkan semua syarikat menggunakan CVA atau JM sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan.
Bagaimana pindaan ini membantu ekonomi negara dan faktor apakah yang menyebabkan syarikat menggunakan CRM sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan? Yang Berhormat Besut, Bank Negara Malaysia— syarikat yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan syarikat yang dilesenkan tidak boleh, tidak termasuk di bawah syarikat yang boleh menggunakan CVA atau JM seperti yang saya tentukan tadi.
Syarikat yang diluluskan, dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan Akta Perindustrian Sekuriti 1991 [Akta 453] tidak layak menggunakan CVA dan JM kerana mereka tertakluk kepada dasar dan perlindungan kewangan dan tadbir urus tertentu yang dikenakan ke atas Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia masing-masing.
Terakhir, soalan Yang Berhormat Kepala Batas adalah disarankan tindakan segera di ambil kepada pemunya benefisial jika dikenal pasti syarikat lakukan kesalahan.
Tindakan akan diambil oleh SSM terhadap pemunya benefisial sekiranya gagal menjalankan obligasinya. Syarikat mempunyai obligasi untuk mengenal pasti dan
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
mendapatkan maklumat pemunya benefisial. Jika seseorang individu mengetahui bahawa beliau merupakan seorang pemunya benefisial kepada syarikat tersebut, individu itu juga mempunyai obligasi untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada syarikat.
Maklumat pemunya benefisial yang diperoleh perlu dimasukkan ke dalam daftar pemunya benefisial dan maklumat beneficial owner tersebut perlu dimaklumkan kepada pendaftar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh maklumat beneficial owner tersebut direkodkan. Dalam masa ke semasa, daftar pemunya benefisial itu perlu dikemas kini dan sebarang perubahan perlu direkodkan. Sebarang perubahan maklumat BO juga perlu dimaklumkan kepada pendaftar SSM dalam masa 14 hari daripada tarikh maklumat BO ataupun pemunya benefisial direkodkan. Sekiranya syarikat didapati gagal menyimpan atau melaporkan maklumat BO, syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 sekiranya mana-mana individu gagal memaklumkan kepada syarikat berhubung statusnya sebagai seorang pemunya benefisial, individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Selebihnya saya kira perbahasannya tidak terangkum di dalam skop rang undang- undang yang dibahaskan ini. Jadi setakat ini sahaja penjelasan saya Tan Sri Yang di- Pertua terhadap isu-isu utama yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkenaan perkara-perkara di bawah tanggungjawab saya.
Saya ucap teramat terima kasih kepada semua yang telah menyokong, memberi sokongan yang padu kepada rang undang-undang ini. Sekian terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, daripada saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Terima kasih Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 31 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (Datuk Siti Aminah binti Aching) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 29 November 2023. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mengetuk tukul]*
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.03 malam]