Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin mengalu-alukan rombongan MPKK dan pemimpin masyarakat dari Parlimen Bayan Baru, negeri Pulau Pinang.
[Tepuk] Azrizal minum kopi dengan gula, Peter Lim ke pasar membeli duku, Apakah kejayaan program Rakan Muda, Pohon pencerahan soalan nombor satu. Terima kasih.
1. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah kejayaan program-program Rakan Muda setakat ini. Bagaimanakah program Rakan Muda membantu menyatupadukan masyarakat dan memerangi ekstremisme 3R dalam negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, soalan oleh Bayan Baru ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan kita telah perkenalkan Program Rakan Muda yang diberikan nafas baharu ini, sesuai dengan gaya hidup terkini golongan belia dalam negara. Jadi, program ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 25 Jun 2023 yang lepas.
Sejak dilancarkan sehingga 14 November 2023 baru-baru ini, sebanyak 3,947 aktiviti telah pun dilaksanakan di bawah Program Rakan Muda merentas 10 gaya hidup baharu yang telah pun diperkenalkan, melibatkan penyertaan seramai 1,078,674 orang belia di seluruh negara. Jumlah ini sekali gus telah pun melepasi sasaran penyertaan iaitu satu juta belia pada tahun ini.
Antara gaya hidup yang mendapat sambutan hangat oleh anak muda ialah Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Mahir, Rakan Prihatin dan juga Rakan Digital.
Kementerian ini akan terus menjadikan Rakan Muda sebagai sebuah program utama
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
dalam memperkasakan pembangunan diri belia, di samping menyemai gaya hidup positif dalam kalangan anak muda di Malaysia.
Program ini turut dilaksanakan menerusi pelbagai kerjasama strategik yang melibatkan agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak korporat dan melibatkan kaedah perkongsian peruntukan, penggunaan kemudahan fizikal dan pengukuhan kepakaran.
Menerusi peruntukan yang lebih besar yang disediakan untuk program Rakan Muda pada tahun hadapan, kementerian sedang merancang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang lebih baik dan juga menyeluruh. Ini termasuklah memperkasakan pelaksanaan program Rakan Muda di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi dan peringkat akar umbi, menerusi pemerkasaan dan peluasan Sekretariat Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda. Pada masa kini, terdapat 56 Sekretariat Rakan Muda di institusi pendidikan tinggi dan 107 Kelab Rakan Muda yang aktif di seluruh negara.
Agenda Pengukuhan Perpaduan dalam kalangan belia di negara ini menjadi sebahagian daripada matlamat kementerian dalam memberikan nafas baru kepada program ini. Semua aktiviti di bawah program Rakan Muda mengutamakan diversiti dan penerapan nilai-nilai murni untuk memastikan belia dalam negara ini terus tumbuh sebagai kelompok yang membanggakan Malaysia.
Berkaitan dengan hal ini, di bawah bendera Rakan Demokrasi, kementerian melaksanakan Program Sekolah Rukun Negara yang memberikan pengetahuan berhubung dengan aspek falsafah kenegaraan dan demokrasi berpandukan kepada teras Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukun Negara. Sehingga November 2023, sebanyak 268 siri Sekolah Rukun Negara telah pun diadakan di seluruh negara, melibatkan penyertaan seramai 106,152 orang belia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Saya menyokong dengan sepenuh sokongan kepada kerajaan kerana melaksanakan Rakan Muda yang begitu baik. Saya ucapkan tahniah kerana telah mencecah target dan juga berjuta-juta orang muda telah menyertai program. Saya sendiri pun merupakan dulu pada tahun 90-an adalah peserta Rakan Muda dan saya tahu kebaikan program ini.
Saya nak tanya Menteri, kerana saya nampak bahawa dulu ia diuar-uarkan dengan begitu hebat dan begitu baik sekali dan menarik lebih ramai menyertai. Tetapi sekarang saya nampak bahawa program ini tidak dihebahkan. Saya telah masuk ke website Rakan Muda tetapi website itu memang tidak up-to-date. Walaupun ada beribu- ribu program, berjuta-juta penyertaan tetapi information tidak ada. Jadi saya rasa itu satu kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya mohon supaya apakah rancangan kerajaan untuk menghebahkan lebih lagi dan penyertaannya lebih ramai lagi. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Bayan Baru. Kami terima pandangan dan saranan yang telah dikeluarkan dan turut diakui bahawa kita juga bergantung kepada terutama sekali hebahan yang bersifat organik, di mana para peserta sendiri yang mengambil bahagian dalam memastikan program-program yang disertai oleh mereka ini mendapat liputan di media sosial.
Bagaimana sekalipun, untuk memastikan bahawa program ini mendapat perhatian dan juga mendapat hebahan seperti yang kita mahukan, maka bermula tahun hadapan juga kita akan pastikan beberapa rakan strategik yang berkait dengan media massa dan juga media sosial dapat kita perkasakan, dapat kita perkukuhkan kerjasama dengan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Beberapa hari lepas, saya terbaca dalam akhbar
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Harian Metro berhubung seorang individu membuat hantaran di platform X menyatakan kononnya ajaran PAS menolak Coldplay, Billie Eilish, Blackpink dan Hollywood namun menerima poligami. Hantaran sebegini seolah-olah menyatakan poligami ini merupakan ajaran PAS sedangkan ia merupakan perkara yang diizinkan dalam Islam. Saya tidak poligami. Hantaran ini dilaporkan dibuat oleh seorang individu bernama Sim Tze Tzin yang saya dimaklumkan beliau Ahli Parlimen Bayan Baru dan ia sangat-sangat menyentuh sentimen 3R.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Soalannya Yang Berhormat Menteri, adakah modul-modul yang dalam Rakan Muda ini turut akan menerapkan perkara-perkara basic dalam agama yang pelbagai dalam negara, agar kita berhati-hati menyentuh isu dalam media sosial dan tidak menjadi seperti yang diciap oleh individu tadi. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Dalam Program Rakan Muda ini, ia jadi sebuah program yang kita anggap sebagai platform untuk menyatupadukan golongan belia. Kita tahu suhu politik dalam negara ini sentiasa menggelegak, sentiasa panas. Tentu sekali kita tidak mahu golongan belia terikut-ikut kerana golongan belia ada fokus masing- masing, mereka ada peranan masing-masing dan kita tidak halang sebarang bentuk pandangan, kritikan dan dialog diadakan dalam kalangan ini.
Sebab itu dalam Program Rakan Muda, kita wujudkan beberapa program yang bersifat dialog supaya ada pandangan-pandangan berbeza boleh kita letakkan dalam satu tempat, di mana ia boleh dibincangkan secara sihat. Sikap-sikap oleh ahli politik, tak kiralah daripada blok mana sekalipun, adalah satu perkara yang kita boleh improve dari semasa ke semasa dan saya harap menerusi program-program yang diterapkan dalam 10 Gaya Hidup Rakan Muda ini, golongan belia boleh ambil nilai-nilai positif untuk dijadikan sebagai sebuah pegangan dalam hidup mereka. Inilah peluang yang diberikan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Buli siber mengancam belia, Soalan saya nombor dua.
2. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mencegah penyalahgunaan media sosial sehinggakan adanya kes bunuh diri dilaporkan akibat buli siber di dalam platform TikTok.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, perbuatan buli termasuk buli siber sehingga menyebabkan kes bunuh diri merupakan satu jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsinya melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Seksyen 233 Akta 588 memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain membuat, mewujudkan, meminta-minta dan memulakan penghantaran kandungan yang lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. Jika disabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Antara langkah-langkah yang diambil untuk mencegah penyalahgunaan media sosial adalah melalui pelbagai usaha advokasi, bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai penggunaan media sosial serta memberi pendedahan mengenai risiko dan ancaman penyalahgunaan Internet. Antaranya melalui inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) dan sukarelawan ICT Malaysia atau Malaysia ICT volunteer (MIV), dengan izin. Melalui program MIV bersama sekolah, peserta diberikan pendedahan mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian supaya mereka lebih cakna tentang keselamatan diri apabila menggunakan Internet dan aplikasi media sosial.
Ini membolehkan para pelajar untuk lebih berwaspada apabila berada dalam talian dan menghindarkan diri daripada sebarang eksploitasi. MCMC juga dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan dan pihak yang berkepentingan yang terlibat secara berterusan menjalankan advokasi kepada pengguna melalui pelbagai platform, termasuk portal Sebenarnya.my, Klik Dengan Bijak, hebahan SMS, media sosial, siaran TV dan radio bagi memupuk kesedaran dan kewaspadaan orang ramai, termasuk golongan warga emas, remaja dan kanak-kanak berkaitan risiko dan modus operandi buli siber.
Kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan pemimpin masyarakat juga bakal dijalin untuk menambahkan lagi keberkesanan kempen ini. Melalui kerjasama dengan UNICEF (Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu), MCMC telah mengadakan seminar perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam talian untuk ahli akademik, pengamal media dan mereka yang berkepentingan.
MCMC telah bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan di Malaysia iaitu CelcomDigi, U Mobile, Maxis, Telekom Malaysia dan TIME dalam menyediakan kemudahan yang dikenali sebagai parental control tools. The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) juga telah melancarkan ikrar keselamatan digital (digital safety pledges) dengan izin, yang bertujuan sebagai penanda bagi usaha kolektif ke arah ekosistem dalam talian yang bertanggungjawab dan selamat.
Pada 1 Jun 2023, CMCF dan platform media sosial TikTok telah mengadakan sidang kemuncak bertajuk “Surf’s Up: Menavigasi Pasang Surut Keselamatan Dalam Talian” untuk menggalakkan celik digital dan keselamatan dalam talian sambil memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab.
Sidang kemuncak ini turut menyaksikan pemeteraian ikrar keselamatan digital CMCF oleh TikTok sebagai pihak pertama yang menandatanganinya. CMCF terus menjalinkan hubungan kerja yang rapat dengan platform-platform media sosial termasuk TikTok, Meta dan X bagi memastikan piawai kandungan diselaraskan dan usaha memperkasakan kawal selia kendiri di kalangan pengguna media sosial digiatkan lagi.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Saya mendengar advokasi kerjasama strategik dengan pelbagai pihak untuk membantu membanteras perkara ini tetapi hari ini dalam laporan tahun 2022, 40 peratus belia iaitu berumur daripada 12 ke 19 tahun adalah pengguna di sosial media dan laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan kedua dalam rantau Asia berkenaan perbuatan buli siber di kalangan belia dan nombor enam di dunia. Jadi, inilah adalah satu angka yang menakutkan dan bukan satu perkara yang membanggakan kita.
Soalan saya, apakah usaha, peranan yang dimainkan oleh pihak KKD dan juga kementerian-kementerian lain, contohnya Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk mewujudkan satu perundangan khusus, contohnya akta antibuli bagi menangani kes buli siber secara lebih berkesan di kalangan pelajar. Kita perlukan satu perundangan yang konkrit supaya kita dapat memastikan mengatasi masalah ini sebab ramai yang terkesan daripada buli siber ini, termasuk Ahli-ahli Parlimen sendiri. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Masjid Tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa dari 1 Januari tahun ini sehinggalah 15 November, pihak MCMC dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan sejumlah 1,147 kandungan yang berkaitan buli siber ataupun harassment. Statistik kandungan yang telah diturunkan mengikut platform media sosial adalah TikTok sebanyak 804 posting.
Facebook sebanyak 195, X sebanyak tujuh, Instagram sebanyak sembilan, YouTube sebanyak sembilan dan juga lain-lain sebanyak 123. Jadi, keseluruhan memang merupakan 1,147 kandungan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Walaupun begitu, saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat, bahawa buli siber ini khasnya dalam golongan remaja bukan satu isu yang remeh temeh, yang boleh dipandang ringan. Jadi oleh sebab itu, saya menerima secara hati terbuka cadangan Yang Berhormat bahawa mungkin satu akta khusus boleh diwujudkan untuk buli siber ini. Jadi, saya akan membawa balik cadangan tersebut untuk berbincang dengan stakeholder yang lain. Tengok mana satu kementerian yang lebih sesuai untuk membawa akta tersebut dan saya berterima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Dalam jawapan awal Timbalan Menteri tadi, ada menyebut tentang seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Soalan saya berkaitan perundangan.
Kalau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah), jika ada kesalahan di bawah undang- undang SPRM, maka pegawai SPRM yang akan menyiasat dan kemudian mendakwa di mahkamah dengan izin Peguam Negara.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tetapi kalau seseorang itu dituduh di bawah seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi, beliau tidak disiasat oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Komunikasi
(SKMM) tetapi polis yang menyiasat dan bila kes itu dibawa ke mahkamah, makna pendakwa raya yang mendakwa. Jadi, adakah perlu diselaraskan supaya SKMM ini juga diberi kuasa menyiasat dan mendakwa dengan izin Peguam Negara kesalahan-kesalahan di bawah 233 kerana polis ada bidang kuasanya apa dipanggil Kanun Keseksaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, soalannya ialah tidakkah Timbalan Menteri melihat wujudnya salah guna kuasa dalam seksyen 233 di mana pegawai Suruhanjaya Komunikasi tidak membawa kes itu di mahkamah. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak polis dan juga MCMC, dua-dua mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 233.
Setakat sejak Januari 2018 hinggalah 15 November tahun ini, sebenarnya kes yang disiasat di bawah seksyen 233 adalah sebanyak 876 kes. Jadi kalau sesuatu kes disiasat oleh PDRM, jadi MCMC tidak akan menjalankan siasatan kerana ini adalah dual jeopardize, jadi kita tidak akan siasat. Tetapi sekiranya kes itu tidak disiasat oleh PDRM, maka sebenarnya MCMC masih mempunyai punca kuasa untuk menjalankan siasatan.
Tetapi memang betul untuk membawa kes tersebut pergi ke mahkamah untuk high-profile cases, kami selalu akan rujuk kepada PDRM ataupun rujuk kepada AGC, sama ada kita hendak membawa kes tersebut ke mahkamah atau tidak. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, untuk tahun 2018 hingga 15 November, 65 kes telah dibawa ke mahkamah, di bawah seksyen 233 CMA Akta 588 ini. Sekian sahaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Titiwangsa.
3. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani (Titiwangsa) minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan berapa jumlah minyak masak paket bersubsidi dikeluarkan oleh kementerian pada setiap bulan dan berapa daripada jumlah ini diagihkan kepada golongan isi rumah B40 dan peniaga mikro.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa di atas soalan tersebut.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa KPDN bertanggungjawab untuk mengawal selia Skim Penstabilan Harga Minyak Masak
(COSS). Pada tahun 2016, Jemaah Menteri meluluskan kuota sebanyak 60,000 metrik tan untuk dikeluarkan sebagai minyak masak bersubsidi. Jadi, ada 360 syarikat pembungkus yang telah diberikan kuota, dibahagi-bahagikan kuota berjumlah 60,000 metrik tan keseluruhannya.
Buat makluman Ahli Yang Berhormat, subsidi ini subsidi minyak masak ini, di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ini merupakan subsidi pukal. Itu adalah dasar sebelum ini dan apabila ianya pada ketika itu ianya dihasratkan untuk dimanfaatkan oleh isi rumah. Kemudian pada tahun 2021, kementerian mula membuat projek rintis untuk membentuk sistem ECOSS di mana ECOSS ini diperkenalkan untuk membolehkan KPDN memantau di sepanjang rantaian bekalan.
Jadi, di sepanjang rantaian bekalan berkenaan dengan minyak masak bersubsidi ini daripada kilang penapis kepada pembungkus, kemudian kepada pemborong dan seterusnya kepada peruncit. Jadi, projek rintisnya pada 2021 dan pada bulan Ogos, 1 Ogos 2022 maka sistem ini go live. Jadi, untuk menjawab soalan bahagian kedua Yang Berhormat Titiwangsa itu, sistem ini berhenti di peringkat peruncit setakat ini. Namun, sistem ini sedang ditambah baik untuk melibatkan sampai kepada peringkat pengguna.
Oleh kerana ianya sistem yang subsidi bersifat pukal, maka kementerian setakat ini tidak dapat mengukur, berapa golongan isi rumah yang menerima agihan dan juga peniaga-peniaga mikro. Berapa banyak yang mereka beli, kerana sistem ini terhenti di peringkat peruncit. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Titiwangsa.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Puan Pengerusi, pertama saya ingin mengumumkan mohon jasa baik mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMK Sultan Azlan Shah, Selangor Darul Ehsan.
[Tepuk] Saya difahamkan sekolah ini merupakan sekolah cemerlang dengan pencapaian keputusan sijil pelajaran terbaik kebangsaan tahun 2022.
[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetujulah soal pengagihan minyak masak ini tetapi yang merunsingkan saya ialah apabila melihat kerajaan mengeluarkan 60 juta paket tiap-tiap bulan. Itu bermakna kita mengeluarkan 720 juta paket. Kalaulah tujuan kita untuk bagi subsidi minyak ini untuk menstabilkan keadaan minyak masak, sudah tentu target kita ialah kepada isi rumah. Sepertimana yang kita tahu, bahawa isi rumah B40 ini adalah dianggarkan 3.2 juta.
Saya ingin bertanya, bahawa kalaulah proses yang kita buat ini tidak dapat mengelakkan ketirisan, contohnya dahulu bila kita bagi subsidi ini kerana harga minyak sawit meningkat, jadi kita ingat hendak bagi kepada golongan B40 supaya mereka dapat menggunakan minyak masak ini tanpa membeli harga yang tinggi. Tetapi apa yang berlaku oleh kerana ada ketirisan, akhirnya ketirisan ini dahulu dia eksport kemudian kita tahan dapat mengatasi soal eksport. Kemudian kita jumpa pula di mana pemborong beli
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
minyak paket, kemudian dia jual kepada syarikat-syarikat mikro ini dengan harga yang tinggi daripada RM2.50. Maka targeted subsidi tidak berlaku.
Akhir-akhir ini ada orang beli minyak paket untuk dibuat biodiesel kerana kalau dia beli recycle minyak, lebih tinggi daripada minyak masak yang kita bagi dalam paket.
Jadi, persoalan saya Menteri, adakah kerajaan ingin meneruskan cara yang sama? Saya berpandangan sudah tiba masanya kalau kita melihat bagaimana minyak masak ini kita boleh buat cash transfer. Kalau setiap rumah B40 ini dia pakai lebih kurang dianggarkan 5 kilogram sebulan, kalau 5 kilogram sebulan kita memang hendak bagi dia RM2.50 the difference between the market price, so kita bagi dia cash transfer.
Jadi, KPDN pun tak payah hendak pergi buat enforcement, ambil duit. Jadi, market jual semua sama. Jadi, ini boleh menyebabkan kerajaan save subsidi ini kalau harga meningkat RM2,000 different dengan RM2,500 atau RM2,500 per tan kita bagi ini hampir RM1.4 bilion. Saya ingin pada RM6,000 waktu ketika CPO RM6,500 kita bayar hampir RM4 bilion. Jadi, saya cadangkan bahawa adakah kerajaan ingin meneruskan cara yang sama?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa. Itu satu pengamatan yang tepat, Yang Berhormat Titiwangsa. Sistem subsidi pukal ini adalah satu sistem yang diwarisi oleh kerajaan pada hari ini dan tentu sekali kerajaan pada hari ini sependapat berkenaan dengan penyasaran subsidi. Kita akan bermula dengan penyasaran subsidi, bermula tahun depan dengan diesel dan sebagainya untuk mengelakkan ketirisan.
Tentu sekali minyak masak dalam paket ini di dalam senarai penyasaran subsidi tersebut, Yang Berhormat Titiwangsa. Kita tidak akan teruskan perkara yang sama dan memang kerajaan pada hari ini amat gusar dengan apa yang dikatakan yang dikongsi oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Jadi, sebagai apa yang disarankan kita lihat bahawa– kementerian lihat bahawa yang wajar menerima subsidi golongan B40 sebahagian daripada M40, Yang Berhormat Titiwangsa.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Sebab M40 pun memerlukannya, ya sebahagian daripada mereka, bukan semuanya. Kita anggarkan dalam 5.8 juta isi rumah yang akan layak menerima subsidi ini nanti ya, apabila kita sasarkannya dan juga sebelum ini apabila kita subsidi pukal, kita tidak menyasarkan kepada peniaga mikro ya. KPDN arah ke hadapan, menyasarkan juga kepada peniaga mikro ,sebab kita merasakan bahawa peniaga mikro juga memerlukan subsidi minyak masak ini.
Jadi, insya-Allah apabila kita tambah baik dan apabila data kita terima daripada PADU nanti, insya-Allah kita akan di satu kedudukan, di mana kita boleh melaksanakan penyasaran subsidi minyak masak ini. Saya setuju apa yang Titiwangsa cakap, ada ketirisan dan cash transfer mungkin merupakan cara yang terbaik. Mekanisme kita belum tuntaskan tapi itulah arah dan hala tuju kita. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik, kita tahu bahawa kita diberikan subsidi sebanyak 60,000 tan sebulan, lebih kurang 720,000 tan setahun. Ini cuma baru 21 percent daripada jumlah penggunaan domestik 33 juta lah. Tapi kalau saya lihat daripada data 2019 sebenarnya, jumlah isi rumah hanyalah 5.81 juta tetapi pada data 2022, telah bertambah kepada 6.38 juta sedangkan kita masih kekal dengan 60,000 tan sebulan.
Kalau diambil kira di Malaysia hari ini, kita ada 2.7 juta pekerja asing, kan. Jadi, apakah kerajaan ada iktikad untuk melihat kembali jumlah subsidi ini cukup atau tidak dan ditambah lagi macam saya kata tadi peniaga-peniaga mikro pun dibantu sebab mereka adalah golongan yang amat terjejas dengan kenaikan kos sara hidup hari ini.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Persoalan saya, sejauh manakah keberkesanan ECOSS ini nanti? Bilakah akan diselesaikan dan sejauh mana keberkesanan dia dalam menangani isu ini?
Kedua, sementara ECOSS ini siap, apakah tindakan kerajaan sekarang ini kerana kalau kita lihat di luar sana, rakyat kita masih lagi mengeluh tentang nak dapatkan subsidi minyak ini. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Okey Yang Berhormat Tangga Batu, saya nak kongsilah sedikit ya. Pada awal tahun ini memang kita lihat bahawa minyak masak ini memang tak cukup di pasaran. Kita juga akui dan kita iktiraf ya, dengan rendah hati bahawa B40 kadang-kadang bermasalah untuk mendapatkan minyak masak paket ini di dalam pasaran.
Namun Yang Berhormat Tangga Batu, kita juga tahu apabila sistem itu sistem pukal, maka sukar untuk kita mengawal dan kita tidak ada dasar sebelum ini yang melarang warga asing daripada membeli minyak masak paket ini. Jadi, sebab itu penyasaran subsidi ini amat-amat penting.
Apabila kita kira berkenaan dengan jumlah peniaga mikro, jumlah isi rumah yang saya katakan tadi 5.8 juta yang layak, bukan keseluruhan isi rumah ya Tangga Batu ya, yang layak B40 dan sebahagian daripada M40 dianggarkan lebih kurang 5.8 juta isi rumah ya. Peniaga-peniaga mikro juga dianggarkan lebih kurang 91,860 ya yang mereka menggunakan lebih kurang 400 kilo sebulan.
Ini yang kita panggil mobile food cart yang jual dekat gerai, yang jual dekat warung, jual goreng pisang dan sebagainya. Jadi, apabila kita kira semula kalau kita sasarkan subsidi itu, kita dapati jumlah itu cukup Tangga Batu, 60,000. Jadi, pada awal dulu bila kita kira 70,000, kita kira 60,000 tidak cukup kalau sekiranya tidak disasarkan.
Tapi dengan dasar yang baru ini, dasar kerajaan yang baru ini, supaya kita tak mahu warga asing terus membeli, mendapat manfaat daripada subsidi ini. Jadi, apabila kita sasarkan kepada isi rumah yang layak tadi dan juga peniaga mikro yang layak tadi, insya-Allah 60,000 metrik tan itu cukup. Terima kasih Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya nak betulkan sikit data.
Bukan 400 kilo per bulan, 4.8 kilo per bulan. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
4.8 kilo sebulan itu Tangga Batu ialah isi rumah, keperluan isi rumah. 400 kilo sebulan itu ialah keperluan peniaga mikro, ya keperluan peniaga mikro. Saya nak maklumkan ya. Jadi, kita sudah kira berpandukan keperluan peniaga mikro dan juga keperluan isi rumah, insya-Allah 60,000 itu mencukupi sebab sistem ECOSS sekarang ini dia sampai kepada peruncit. Dia hanya untuk melihat kepada rantaian bekalan dan sekiranya ada ketirisan sepanjang rantai bekalan. Tetapi apabila kita sasarkan subsidi, tentu sekali kita perlu sampai kepada pengguna, insya-Allah. Terima kasih Tangga Batu. Terima kasih Puan di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Puan di- Pertua.
*Projek sakit jadi lewat, Rumah terbengkalai kasihan rakyat, Segera dirawat bertindak cepat, Pohon jawapan soalan empat.
[Tepuk]* Terima kasih.
4. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk melaksanakan syor yang dikemukakan oleh pasukan task force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) yang diwujudkan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, task force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai atau ringkasannya TFST memberi penekanan kepada empat elemen utama sebagai terma rujukan iaitu pengenalpastian yakni tracking, penyelesaian (resolve), pencegahan (preventive) dan cadangan model ke hadapan (forward modeling). Objektif utama TFST adalah untuk meneliti setiap tindakan dan inisiatif yang dijalankan bagi mencegah serta memulihkan projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai. Selain itu, TFST juga membuat finding dan due diligence, dengan izin untuk mengenal pasti punca masalah dan penyelesaian secara berfokus untuk setiap perumahan swasta sakit dan terbengkalai.
Antara syor dan langkah yang telah diambil tindakan sepanjang tahun 2023 adalah seperti berikut:
(i) menambah baik pelaporan untuk mengesan senarai projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai yang mana kini kita menghasilkan statistik secara bulanan mengikut kategori, jenis projek, peratusan lewat atau sakit serta punca masalah setiap projek untuk mengenal pasti kaedah penyelesaian;
(ii) mengadakan pemantauan dan lawatan tapak secara berkala bagi melihat sendiri prestasi kerja-kerja di tapak;
(iii) mengadakan libat urus bersama agensi-agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudah cara kerja-kerja penyiapan komponen infrastruktur bekalan elektrik, lampu jalan, jalan raya serta sistem kumbahan sehingga projek siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil Kelayakan Menduduki;
(iv) mengadakan libat urus bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan supaya pemantauan dan kawalan terhadap akaun pemajuan perumahan yakni housing development account (HDA) adalah lebih bersepadu; dan
(v) menambah baik housing integrated management system (HIMS) agar dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pemantauan terhadap pemaju supaya pelaporan pemajuan, perkongsian data dan pengemaskinian maklumat projek dapat dilaksanakan secara real-time.
Selain itu, KPKT turut melaksanakan beberapa inisiatif lain. Antaranya:
(i) carian yang dibuka kepada umum di portal perumahan setempat iaitu Sistem Bank Data Perumahan Negara (TEDUH) KPKT bagi mengenal pasti status setiap projek perumahan swasta sebagai panduan bakal pembeli rumah dan pihak pembiaya sebelum meluluskan sesuatu pinjaman perumahan baharu dan mengawal bayaran kemajuan kepada pemaju sedia ada;
(ii) melaksanakan pemajuan yang lebih kerap termasuk pembekuan akaun pemajuan perumahan (HDA) tadi bagi projek-projek sakit terpilih untuk mengelakkan pengeluaran wang secara tidak bertanggungjawab oleh pemaju; dan
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
(iii) menyenaraikan atau menyenaraihitam pemaju dan ahli lembaga pengarah dan menyekat pemaju projek sakit daripada memohon permit iklan dan jualan yang baharu selagi projek sakit sedia ada belum disiapkan dengan CCC penuh.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Puan Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sangat hargai tindakan-tindakan yang sedang dirancang dan telah dibuat untuk projek-projek sakit ini.
Untuk projek yang ke depan ini, tindakan ini boleh diambil tapi isunya ialah projek yang telah pun terlaksana dan telah pun memberi masalah kepada pembeli.
Soalan saya yang pertama, pembeli ini duit dia dah dipotong oleh pihak bank, rumah tidak siap lagi dan dia tidak boleh duduk. Sebelum ini jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita serahkan pembeli itu dengan bank untuk dia berurusan. Boleh tak kalau kita buat polisi supaya ansuran bulanan ini hanya bank kenakan setelah rumah itu siap dan boleh duduk? Macam kereta punya hire purchase, dah ada barulah dipotong daripada bank. Itu mungkin perlu perbincangan dengan Kementerian Kewangan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Soalan kedua Puan Yang di-Pertua, tadi dimaklum ada syarikat-syarikat yang dikenakan tindakan senarai hitam. Itu satu tindakan tegas daripada pihak kerajaan, saya ucap tahniah. Bagaimana status Akta 118, Akta Pemajuan Perumahan yang dikatakan nak dipinda supaya dikenakan caj tiga peratus kepada kontraktor dari nilai projek? Berapa bilangan syarikat yang telah pun disenarai hitam dan diambil tindakan tegas oleh pihak KPKT dalam hal ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Alor Setar. Berkaitan soalan pertama, soal komitmen kepada pihak bank yang mana jawapan saya pun sebelum ini menjurus kepada bidang kuasa ataupun punca kuasa yang ada di bawah KPKT bagi membantu pihak pembeli.
Jadi dalam isu ini sememangnya apabila ada berlaku permasalahan, KPKT mensasarkan supaya apa yang boleh dibantu, terutamanya bagi mengesahkan bahawa projek bermasalah ini memang ada masalah supaya pihak peminjam dapat berunding dengan pihak yang memberi pinjaman, iaitu pihak institusi perbankan ataupun peminjam- peminjam yang lain.
Cuma mengenai cadangan Yang Berhormat, bagaimana untuk supaya sekiranya mereka ataupun kita boleh mencari jalan yang lebih tuntas bagi mengurang kesan kepada pihak peminjam, itu antara perkara yang memang kami teliti. Cuma, berbalik kepada perkara pokoknya, di mana punca kuasa yang kita nak cuba teliti supaya perkara ini benar- benar menyelesaikan masalah dari segi kekangan ataupun komitmen pinjaman tadi.
Cuma perkara yang kedua terkait antara usaha untuk kita senarai hitamkan dan juga Akta 118, buat ketika ini bila kita sebut untuk menyenarai hitam itu lebih kepada kuasa di pihak pengawal. Kalau kita tengok Akta 118, pengawal itu di bawah KPKT ini kami hanya boleh senarai hitam di peringkat pengurusan pelesenan tadi. Maksudnya, bila kita dapat tangkap maka perkara itu jika syarikat itu ingin memohon pelesenan yang baharu kita akan sekat.
Tetapi antara kekangan yang berlaku sebagai contoh yang saya pernah timbulkan sebelum ini iaitu tidak ada penyelarasan antara di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak kerana di sebelah Sabah dan Sarawak mereka menggunakan ordinan ataupun enakmen. Jadi berlaku kes awal tahun ini bilamana projek sakit yang kami kesan berlaku di Semenanjung sebenarnya telah ada sejarah silam, projek bermasalah di Sarawak.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Maka itu juga membuka ruang kerjasama yang lebih rapat dengan di antara Sabah, Sarawak dan juga KPKT.
Cuma poin yang terakhir soal penyenaraian hitam, sementara KPKT boleh senarai hitam di peringkat kami, sebenarnya perkara itu tidak terguna pakai secara akta.
Dalam akta sebenarnya tidak disebut secara spesifik bahawa kami ada kuasa menyenarai hitam yang membolehkan senarai hitam itu terguna pakai mungkin dengan pihak HASiL, mungkin dengan pihak SSM, mungkin juga dengan pihak agensi-agensi yang lain.
Maka, sebab itu bila kita sebut untuk langkah jangka panjang, nak tak nak pindaan Akta 118 itu amat diperlukan supaya apa yang kita usahakan di peringkat KPKT ini bukan hanya secara silo hanya kepada bawah kawalan kami tetapi industri perumahan ini terkait dengan begitu banyak pemegang taruh termasuk agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanjong Manis.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh perkara yang hampir samalah tetapi ini berkenaan dengan projek perumahan rakyat. Kita tahu sekarang ini banyak kekurangan dari segi projek perumahan rakyat dan projek-projek yang bermasalah tidak dapat disiapkan.
Saya bertanya, apakah kementerian KPKT ada merancang untuk menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh agensi seperti CIDB menggunakan sistem precast, sistem IBS, sistem modular untuk membina projek yang lebih cepat, lebih murah dan lebih berkualiti untuk ditawarkan kepada pembeli-pembeli projek perumahan rakyat. Jadi, ini satu cara untuk kita mempercepatkan projek, mengurangkan kos projek dan mengatasi masalah kekurangan pekerja binaan asing. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Tanjong Manis orang kuat CIDB. Yang mana untuk bagi cadangan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat, pertama kalau ditanya daripada sudut saya sendiri, saya ada beberapa engagement dengan pihak yang sebenarnya mengusahakan penggunaan IBS bagi pembangunan perumahan.
Sebagai contoh, cabaran yang dihadapi untuk mereka yang benar-benar menggunakan IBS antaranya standard IBS itu agak– mengikut pandangan yang agak longgar iaitu bagaimana untuk kita pastikan bila sebut IBS itu ada banyak jenis sangat.
Ada precast, ada yang boleh dibuat di tapak dan sebagainya. Akhirnya dia tidak bentuk satu keseragaman dari segi kaedah binaan yang kita hendak laksanakan.
Jadi, contohnya kalau IBS yang hendak diperkenalkan itu mengikut segmen yang tertentu. Kalau ketika ini ada juga yang buat di kilang sebagai contoh, yang itu memang precast yang besar dari segi jumlah bahan binaan yang boleh dibuat secara sekali gus.
Jadi, sebenarnya cadangan Yang Berhormat itu sangat baik sekiranya termasuk untuk projek-projek perumahan rakyat yang di bawah kawalan kerajaan iaitu sama ada kita boleh buat ketetapan dari segi menggunakan satu kaedah yang sama. Ini dapat mengurangkan pelbagai isu dari segi kos dan sebagainya.
Walaupun mungkin di peringkat pelaksana akan ada pula pandangan bahawa setiap kawasan berbeza keperluan dan sebagainya dari segi kos, transport dan permasalahan yang lain. Cuma bagi pihak kami, kita menyambut baik pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Manis, insya-Allah pejabat saya pun dah mohon untuk kita bertemu dengan pihak CIDB supaya perbincangan ini menjurus kepada ke arah ke hadapan. Terima kasih Tanjong Manis, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Lim Lip Eng, Kepong.
5. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah perlu ada pindaan undang-undang, termasuk seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, agar hanya anggota polis berpangkat inspektor dan ke atas dibenarkan menyemak telefon bimbit orang awam sebagai langkah untuk menjaga hak privasi dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa polis.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Kepong. Puan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diberikan kuasa untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 246.
Siasatan akan dimulakan berdasarkan laporan awal pertama ataupun First Information Report (FIR) yang diterima dari orang awam. Bertindak atas FIR tersebut proses pengumpulan maklumat (information gathering) dengan izin, akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang disyaki telah melakukan kesalahan.
Seterusnya, pemeriksaan akan dijalankan terhadap individu berkenaan oleh pegawai diberi kuasa oleh MCMC sama ada dengan menggunakan waran geledah dari mahkamah di bawah seksyen 247 Akta 588 atau dengan kerjasama dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat tidak rendah daripada inspektor, sebagaimana jelas diperuntukkan di bawah seksyen 248 Akta 588.
Semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai diberi kuasa oleh MCMC atau pegawai polis berkenaan yang mempunyai kuasa untuk mendapatkan capaian kepada data berkomputer seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 249 dan seksyen 254 Akta 588.
Siasatan yang dijalankan adalah berpandukan kepada tatacara dan prosedur yang ditetapkan serta mematuhi peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah Akta 588. Kesemua proses-proses siasatan ini dijalankan secara telus dan menyeluruh, merangkumi semua aspek bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan dengan seadilnya. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ya, soalan saya yang kedua tidak berkaitan tapi Kementerian Komunikasi. Jabatan Komunikasi Komuniti di bawah Jabatan Perdana Menteri ataupun JKOM– misi dia saya baca, memperkukuh komuniti Malaysia yang berbudaya ilmu, berkemahiran digital. Nama jabatan, Jabatan Komunikasi, misi dia berkemahiran digital.
Jadi soalan saya, adakah perlu JKOM ini diletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat dan juga mengelakkan overlapping of duties dan demi meningkatkan good governance, dengan izin. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Keputusan untuk pindah JKOM ke Jabatan Perdana Menteri telah dibuat pada tahun 2021 tak silap saya.
Masa itu, Yang Berhormat Pagoh masih merupakan Perdana Menteri dan jugalah sebelah sana, Yang Berhormat Indera Mahkota merupakan Menteri Komunikasi pada masa itu.
Saya kurang pasti apa yang telah dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada masa itu. Tetapi setakat ini, keputusan oleh Kerajaan Perpaduan adalah JKOM masih kekal di bawah JPM. Jadi, sekiranya pada masa yang akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhasrat untuk pindah balik JKOM ke KKD, jadi KKD akanlah ikut arahan Yang Amat Berhormat. Sekian sahaja jawapan saya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan untuk soalan 5 kepada Timbalan Menteri. Soalan saya, apakah langkah proaktif kementerian bagi membendung sebarang kebocoran maklumat dalam proses siasatan agensi ataupun badan penguat kuasa sekali gus menjamin ketelusan dan integriti agensi penguat kuasa di Malaysia misalnya insiden melibatkan kebocoran siasatan SPRM berkaitan Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelumlah MCMC akanlah menyita mana- mana ataupun mengambil alih mana-mana peranti daripada pihak yang kena siasat, kebiasaannya adalah general rule is MCMC akan dapatkan waran daripada pihak mahkamah. Itu adalah di bawah seksyen 247, kecuali untuk kes yang ada unsur-unsur kecemasan, barulah MCMC akan dapatkan kerjasama daripada PDRM yang anggotanya berpangkat tidak rendah daripada inspektor untuklah mengambil peranti tersebut iaitu di bawah — Ikutlah kuasa di bawah seksyen 248.
Sejaklah tahun 2019 hinggalah tahun ini, 220 tablet, laptop dan juga handphone —telefon telahlah diambil untuklah oleh pihak MCMC untuk tujuan siasatan. Biasanya peranti tersebut akanlah dipulang balik kepada pihak berkenaan dalam tempoh masa tiga hinggalah empat bulan, kalau tiada tuduhan dibuat di mahkamah. Tetapi kalau tuduhan dibuat di mahkamah, memang peranti tersebut perlulah dibawa ke mahkamah.
Jadi, itu merupakan SOP di bawah MCMC untuk memastikan bahawa peranti- peranti yang disita diambil untuk siasatan MCMC, kami ada satu SOP diikuti oleh semua pegawai untuk pastikan bahawa tiada kebocoran data. Tentang kes yang disebut oleh Yang berhormat tadi, saya pohon maaf, saya tidak ada butiran yang lebih terperinci untuklah kongsi dengan Ahli Yang Berhormat. Saya akan cuba dapatkan butiran yang lebih perinci, maklumat yang lebih perinci, sekiranya ada untuk kongsi dengan Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan adakah isu penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) daripada sudut pandang agama akan dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah MKI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Kerajaan menyedari bahawa perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat memberi impak yang besar kepada hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia masa kini. Ini termasuklah perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence
(AI)). AI merupakan satu sistem yang dimasukkan ke dalam mesin seperti komputer atau robot supaya dapat bertindak mirip dengan sifat asasi manusia seperti emosi, kepunyaan berfikir — keupayaan berfikir, mengingati sesuatu dan sebagainya. Teknologi ini digunakan secara meluas meliputi bidang kesihatan, ekonomi, kewangan, penerbangan, automatif dan pendidikan.
Islam tidak pernah menghalang manusia membangunkan ilmu dalam bidang sains dan teknologi, malahan ia menjadi tuntutan fardu kifayah kerana dapat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
meningkatkan kualiti kehidupan manusia ke arah yang lebih baik. Perkara ini adalah bertepatan dengan matlamat ajaran Islam di mana terdapat lima prinsip asas dalam Maqasid Syariah yang bertujuan untuk memelihara dan melindungi hak manusia iaitu penjagaan agama (Hifz al-Din), penjaga nyawa (Hifz al-Nafs), penjagaan akal (Hifz al- ‘Aql), penjagaan keturunan (Hifz al-Nasl) dan penjagaan harta (Hifz al-Mal).
Dalam meneliti sesuatu isu baharu lebih-lebih lagi kemunculan teknologi yang tidak pernah dibincangkan pada masa lalu, ulama fiqh telah meletakkan panduan asas berhadapan hal ini. Mereka berpandangan dengan tidak meletakkan sangkaan awal pada sesuatu hal melainkan telah menelitinya dengan pandangan keseluruhan perkara tersebut. Oleh itu, pada peringkat awal perkembangan AI seperti contoh ChatGPT, pandangan terhadap teknologi perlu dinilai dari sudut neutral, tidak berat sebelah dan tidak meletakkan apa-apa sangkaan awal tanpa memahami kelebihan, kekurangan dan bagaimana cara kerja AI tersebut.
Oleh itu, sebarang isu atau risiko yang berkaitan dengan AI perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melihat kepada pelbagai manfaat yang akan diperolehi.
Permasalahan yang timbul pada teknologi ini perlu diperhalusi apabila berlaku pertembungan antara mudarat dan maslahah rentetan daripada kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Tidak dinafikan para agamawan dan cendekiawan perlu turut sama mengambil perhatian sewajarnya terhadap perkembangan AI ini.
Maklumat terperinci mengenai semua aspek teknologi AI perlu difahami dan dikuasai dengan mengkaji kelebihan dan kekurangan teknologi. Ini — AI ini penting untuk disinergikan antara golongan cendekiawan dan agamawan melalui pematuhan garis panduan, prosedur, pengawalan dan etika penggunaan teknologi ini menurut acuan dan perspektif Islam. Untuk makluman, isu AI ini perlu diteliti dengan sewajarnya oleh semua pihak yang berkepentingan dalam negara.
Isu tentang etika dan garis panduan, penyelidikan dan penggunaan AI dari perspektif Islam agar selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kebenaran agama Islam itu sendiri boleh dibangunkan dan dibawa kepada perbincangan dalam Muzakarah Jawatankuasa MKI. Sekian, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Agama di atas jawapan yang telah diberikan tadi. Soalan saya yang pertama, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang secara khusus yang terkait dengan AI, sama ada isu hak cipta atau harta intelek?
Kedua, memandangkan penggunaan ChatGPT walaupun semakin luas penggunaannya, namun ia dilihat kurang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan agama Islam lantaran masih tidak mampu menilai isu-isu yang disoal seperti berkaitan dengan akidah, fiqh, hadis, sirah, mualamat dan sebagainya. Adakah kerajaan bercadang untuk membina sebuah sistem AI dalam pengeluaran pandangan hukum dan fatwa di Malaysia?
Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Setakat ini, concern ataupun perhatian kita di peringkat agensi agama ialah untuk melihat kepada penyediaan garis panduan dan etika penggunaan dan penyelidikan Artificial Intelligence (AI) ini daripada perspektif Islam. Berhubung dengan membina sebuah sistem AI, pihak kerajaan ya, melalui agensi-agensi yang berautoriti, dia akan memutuskan.
So, dengan lain perkataan Yang Berhormat, kita akan adakan perbincangan dengan KKDN, KPDN dan MOSTI ya, serta CyberSecurity untuk melihat sama ada undang-undang berkaitan dengan AI ini perlu dirangkakan ataupun, ataupun sebaliknya.
Berkaitan dengan soalan yang kedua iaitu dengan undang-undang khusus ya, terkait rapat dengan isu kesesuaian AI dalam konteks hukum dan fatwa...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
...Pada perkara ini perlu diperhalusi. Setakat pada hari ini, kita perlu kuasa autoriti untuk mengeluarkan fatwa itu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga di bawah undang-undang negeri. Masih lagi terkait dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan negeri khususnya kepada MOSTI dan juga Jawatankuasa Fatwa sama ada, ada keperluan untuk mewujudkan satu AI untuk fatwa, yang ini akan kita bincangkan dalam apabila kita telah ada satu garis panduan dan juga etika berkaitan dengan penyelidikan AI itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
[Bangun]
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tenggara.
Tenggara.
[Dewan ketawa]
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
[Ketawa] Terima kasih, terima kasih Puan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Tidak jelas] Tenggara ada dapat?
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat, apa nama ni— berkaitan dengan AI ini, sebelum difikirkan tentang penggubalan undang-undang dan sebagainya, bagaimanakah untuk kita memaklumkan perkembangan AI ini dalam apa nama ni— pihak kerajaan ada tak bercadang untuk mengetengahkan ataupun memperkenalkan dahulu kepada masyarakat tentang fungsi AI ini yang dikatakan boleh menggantikan fungsi manusia, terutamanya dari sudut melaksanakan hukum suruhan Islam mahupun yang berkaitan dengan undang-undang syariah? Macam kesedaran awal dulu. Sebelum undang-undang tu, apakah kesedaran yang perlu kita berikan makluman kepada masyarakat? Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Sudah tentu seperti AI ataupun apa-apa doktrin yang lain, Puan Timbalan Yang di-Pertua, usaha untuk memberi kefahaman kepada rakyat khususnya berkaitan – sebab teknologi AI ini adalah merupakan satu teknologi yang terkini yang tidak difahami.
Sudah tentu kebimbangan itu ada sekiranya masyarakat tidak memahami apa itu AI, mereka ini akan contohnya, kalau mereka ini pergi ya, untuk mendapatkan maklumat khusus berkaitan dengan fatwa sesuatu keputusan ataupun satu isu itu. Tetapi mereka ini tidak memahami akan impak negatif yang lahir daripada AI ini. Dia akan menyebabkan apa tu masyarakat tu akan berpecah-belah, dia akan menyebabkan masyarakat mendapatkan maklumat yang tidak, tidak betul.
Jadi, saya bersetujulah dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara tadi bahawa usaha-usaha ke arah memberikan kefahaman kepada masyarakat, khususnya masyarakat Islam berkaitan tentang impak daripada AI ini perlu diperhebatkan.
Jadi dalam konteks itu, JAKIM— agensi agama ini akan melalui penulisan dan di media- media sosial dan sebagainya akan memperhebatkan untuk memberikan maklumat yang benar berkaitan dengan impak AI itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh soalan tambah satu lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Ramanan Ramakrishnan...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Buloh.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan— Timbalan Speaker?
Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Ketawa]
Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan Sungai Buloh, soalan nombor 7.
Seorang Ahli
Steady YB.
7. Dato' Ramanan Ramakrishnan [Sungai Buloh] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan serta peruntukan untuk menaik taraf dan menceriakan pangsapuri kos rendah seperti cat semula bangunan, penukaran bumbung, penggantian pendawaian elektrik dan penurapan jalan serta parkir.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara melaksanakan usaha bagi membantu penghuni-penghuni perumahan swasta bertingkat untuk menyelenggara dan membaik pulih kediaman melalui inisiatif kerajaan sedia ada iaitu Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP).
TPPM adalah inisiatif untuk membaik pulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah swasta manakala PPP adalah inisiatif bagi membaik pulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah awam. Kedua-dua program ini meliputi penyelenggaraan perumahan berstrata bertingkat di seluruh negara kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merangkumi 10 skop seperti berikut:
(i) membaiki atau mengganti lif;
(ii) membaiki atau mengganti tangki air dan sistem retikulasi;
(iii) membaiki atau mengganti paip sanitari;
(iv) membaiki atau mengganti bumbung;
(v) membaiki atau mengganti tangga dan susur tangan yakni handrail;
(vi) mengecat semula bangunan dan harta bersama;
(vii) membuat pendawaian semula dan kerja elektrik;
(viii) membaiki atau mengganti kemudahan atau infrastruktur awam yang melibatkan harta bersama iaitu common property;
(ix) mengganti atau membina pagar di sekeliling kawasan pemajuan; dan
(x) membuat pembaikan cerun di dalam kawasan pemajuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023, KPKT telah menerima peruntukan sebanyak RM90.4 juta iaitu RM44.4 juta di bawah TPPM dan RM46 juta di
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
bawah PPP. Peruntukan ini telah disalurkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri atau Lembaga Perumahan Negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi penyelenggaraan dan baik pulih sebanyak 850 projek.
Bagi tahun 2024, Kerajaan Madani telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM100.4 juta iaitu tambahan sebanyak 10 peratus. KPKT akan meneliti setiap permohonan yang dikemukakan dan pertimbangan untuk penyaluran peruntukan akan diberikan berdasarkan kepada tahap kerosakan yang lebih kritikal bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Tumpuan yang khusus akan diberikan kepada kerosakan yang boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk seperti lif, bumbung, tangki air dan sistem retikulasi, paip sanitari, pendawaian elektrik dan cerun pemajuan.
Insya-Allah, KPKT akan terus komited untuk membantu penghuni dalam menyelenggara dan membaik pulih kediaman penghuni agar lebih berdaya huni, selesa dan selamat. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Buloh.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kualiti taraf hidup dan keselesaan adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi penduduk yang menghuni pangsapuri kos rendah khususnya di Parlimen Sungai Buloh. Penting untuk menyedari bahawa keperluan penduduk tidak hanya terbatas pada fasiliti asas seperti lif, surau, dewan komuniti, tadika dan taman permainan. Tetapi aspek estetika dan kefungsian infrastructure turut memainkan peranan vital dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
Projek peningkatan ini yang termasuk cat semula pembangunan, penggantian bumbung, penggantian pendawaian elektrik dan penurapan jalan serta parkir adalah langkah penting untuk memastikan suasana lebih ceria dan kondusif bagi penduduk- penduduk di pangsapuri kos rendah.
Baru-baru ini, saya bersama pasukan Parlimen Sungai Buloh ada melawat Pangsapuri Utarid di Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam. Agak mengejutkan dengan keadaan fasiliti dan bangunan yang cat sudah lusuh. Selain itu, penduduk di tingkat atas turut mengadu bumbung mereka juga bocor dan dimasuki air apabila hujan. Keadaan sebegini amat menyukarkan kehidupan mereka. They should not be living in this kind of deplorable situation, dengan izin. Langkah-langkah ini tidak hanya meningkatkan penampilan fizikal tetapi juga memastikan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik untuk semua.
Soalan tambahan saya, apakah rancangan yang untuk penyelenggaraan jangka masa panjang selepas projek penambahan baik selesai? Apakah jadual masa untuk setiap aspek projek ini termasuk cat semula bangunan, penukaran bumbung dan lain- lain? Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Sungai Buloh.
Tempoh hari, beberapa bulan yang lepas, saya dengan YB Menteri juga kita ada turun untuk melihat keadaan di PPR Kota Damansara. Yang Berhormat pun ada bersama.
Bagi perkara yang dibangkitkan itu, boleh melalui proses permohonan yang seterusnya.
Cuma, isu yang dibangkitkan soal bagaimana rancangan untuk penyelenggaraan jangka panjang. Kalau kita lihat, peranan itu sebenarnya perlu dimainkan oleh pihak penduduk secara bersama. Maka, sebab itu di peringkat kerajaan, bila kita tubuhkan Tabung TPPM dan juga PPP ini adalah sebagai tambahan usaha kita untuk membantu masyarakat terutamanya di kawasan pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah.
Dari segi tempoh masa bila sebelum ke arah tempoh masa untuk siapkan, cuma bila kita laksanakan, bila kita telah berikan tanggungjawab itu kepada pihak kontraktor
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
untuk menjalankan tugasan penyelenggaraan tersebut, biasanya tempoh jangka untuk ada defect period itu setahun. Maksudnya, sekiranya perkara itu berulang dalam tempoh defect period tersebut, defect liability period, maka pihak kontraktor perlu membaiki semula keadaan yang terkesan itu.
Cuma, dari segi garis masa untuk menyiapkan kerja-kerja tadi, sememangnya daripada 10 skop yang dinyatakan, ada skop kerja yang sebenarnya boleh disiapkan dalam tempoh yang lebih segera. Sebab kalau tengok dari segi proses peruntukan yang disalurkan, memang sasaran kita adalah semua perkara tersebut perlu disiapkan dalam tempoh belanjawan yang pada tahun berkenaan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, sebagai contoh anggaran masa yang kita ada sebagai contoh untuk kerja- kerja mengecat, pendawaian semula kerja elektrik, membaiki ganti pagar dan juga tangga dan susur tangan, ini biasanya memakan masa dari tempoh tiga hingga enam bulan.
Cuma pelaksanaan tadi disebut tadi yang memang sebut disalurkan melalui Lembaga Perumahan ataupun SUK negeri ataupun melalui PBT. Itu bergantung daripada syarat daripada itu SST berapa lama tempoh. Cuma, untuk baik pulih lif sememangnya penggantian lif itu memakan masa lebih lama. Biasanya kita cuba push juga untuk segerakan tetapi baik pulih lif ketika ini tempoh masa yang dianggarkan adalah selama 18 bulan. Ini juga bergantung pada bilangan lif, tempahan dan kesediaan bekalan lif di tapak serta pemeriksaan bagi mendapatkan sijil kelayakan mesin angkat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya tadi ada mendengar berkaitan kerajaan telah mengenal pasti beberapa pangsapuri yang perlu dinaik taraf dan juga peruntukan-peruntukan yang telah ditambah.
Jadi, soalan saya adalah apakah perancangan jangka sederhana dan jangka panjang pihak kerajaan untuk melonjakkan kualiti kehidupan penduduk di pangsapuri kos rendah, termasuk aspek kesihatan mental bagi komuniti B40. Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan. Bagi jangka panjang saya rasa soalan Yang Berhormat itu boleh dipecahkan kepada dua perkara iaitu pembangunan sedia ada dan pembangunan yang masih belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Bagi kategori yang kedua, di peringkat kementerian bagi perumahan di bawah tanggungjawab penuh KPKT iaitu projek perumahan rakyat iaitu PPR. Perkara ini memang kita telah menggunakan dasar yang baharu iaitu daripada segi keperluan kemudahan communal ataupun komuniti itu perlu diadakan.
Jadi contoh-contoh kemudahan yang telah dimasukkan dalam skop pembinaan PPR contohnya adalah kemudahan dari segi surau, kemudahan daripada segi kawasan lapang dan juga perkara-perkara berkaitan termasuk juga dewan mengikut daripada segi jumlah bilangan penduduk yang akan kita jangkakan di kawasan tersebut.
Cuma bagi permasalahan atau projek yang sedia ada ini yang lebih mencabarlah.
Sebab itu di peringkat kerajaan sememangnya kita menubuhkan tabung PPPM dan juga PPP itu bagi menyelenggarakan keadaan yang mungkin terkesan teruk. Cuma di peringkat ini memang walaupun seperti yang saya umumkan bagi tahun 2023 contohnya tadi kita belanjakan sehingga RM90.4 juta— jumlah projek yang kita laksanakan 380 projek.
Tapi, pelaksanaan itu kita salurkan melalui SUK, melalui Lembaga Perumahan, melalui PBT. Cuma bila sampai dekat bawahan ada juga claim yang itu projek mereka.
Sedangkan itu dana daripada KPKT. Jadi yang ini juga saya kena terangkan di sini supaya
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
dalam keadaan kementerian cuba sebaik mungkin untuk membantu walaupun bukanlah soal nak claim credit dan sebagainya tetapi perkara itu digambarkan bahawa seolah-olah tidak ada tindakan daripada peringkat KPKT pun tidak berapa benarlah.
Cuma ini bukan saya tujukan kepada Kuantan. Ini adalah perkara yang saya sampaikan supaya memang ada usaha untuk kita baik pulih keadaan sedia ada tetapi keterbatasan itu juga bergantung pada dana peruntukan yang kita terima. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr. Abd Ghani bin Ahmad, Jerlun.
8. Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan apakah bentuk biasiswa, danasiswa dan dermasiswa yang masih disediakan oleh Kerajaan berdasarkan Perkara 153(2) Perlembagaan Persekutuan terutamanya kepada pelajar- pelajar miskin yang layak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jerlun.
Pelajar-pelajar miskin yang layak boleh memohon semua program penajaan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penajaan pendidikan dalam bentuk dermasiswa disediakan secara khusus kepada pelajar miskin daripada latar belakang golongan B40 melalui Program Dermasiswa B40 untuk peringkat diploma. Manakala program-program penajaan yang lebih seperti program khas lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam negara dan program ijazah dalam negara adalah berbentuk pinjaman boleh ubah berdasarkan merit tempat berkhidmat.
Pelajar-pelajar yang ditaja melalui pinjaman boleh diubah ini akan dikecualikan bayaran balik pinjaman sepenuhnya sekiranya dilantik berkhidmat dengan kerajaan setelah tamat pengajian dengan jayanya. Syarat permohonan biasiswa tersebut ialah Yang Berhormat Jerlun ialah calon yang berminat mestilah melalui syarat-syarat umum dan khususnya adalah seperti berikut:
(i) mesti warganegara Malaysia;
(ii) mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) umur tidak mencapai 19 tahun;
(iv) tarikh permohonan kemungkinan 20 tahun bagi pelajar peralihan; dan
(v) pendapatan per kapita dalam kategori B40 dari RM4,849 sebulan ke bawah.
Juga untuk makluman Yang Berhormat Jerlun, daripada tahun— maklumat penawaran penajaan JPA mulai tahun 2018 hingga 2022, tapi di sini 2016 hingga 2023, sejumlah 112,341 orang telah ditaja oleh penajaan JPA kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Soalan tambahan saya, dalam Program Temu Anwar di USM Pulau Pinang, Harian Metro pada 11 Jun 2023 melaporkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula keputusan KKM menghentikan penajaan biasiswa kepada tiga bidang iaitu perubatan, pergigian dan farmasi.
Di Dewan yang mulia ini juga pada 30 Oktober 2023, Yang Berhormat Menteri sewaktu menggulung perbahasan berkata penajaan untuk dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi juga adalah tertakluk kepada kajian dan unjuran yang dibuat oleh KKM.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Persoalan saya, apakah status terkini kajian dan unjuran yang dibuat oleh KKM kepada pelajar-pelajar dalam tiga bidang tersebut? Kedua, adakah KKM memberi jaminan agar tajaan biasiswa ini akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang?
Selanjutnya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pernah mendedahkan statistik yang memeranjatkan apabila kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus pelajar-pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi dengan alasan kesukaran mendapat biasiswa dan faktor kemiskinan keluarga.
Soalan saya, adakah kerajaan bersedia memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar daripada kumpulan B40 selepas tamat SPM? Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar biasiswa sedia ada kepada pelajar-pelajar daripada golongan B40? Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ugak anak Kumbong
Panjang sangat Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya tidak mempunyai jawapan seperti yang terperinci yang dikehendaki oleh YB Jerlun. Jadi saya percaya YB Jerlun, saya akan rujuk kepada JPA untuk melihat dan juga seperti mana yang dikehendakkan oleh YB Jerlun tadi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Ugak anak Kumbong
Untuk soalan kedua tadi, apa nama KPT itu, tidak berkaitan dengan JPA dan JPM Yang Berhormat Jerlun. Jadi, saya mohonlah kerana tidak ada dalam yang diberikan oleh saya pagi tadi. Saya akan menjawab secara terperinci dengan lebih ikhlas dan juga jujur kepada YB Jerlun bahawa Kerajaan Madani ini kita teruskan untuk memperkasakan pelajar-pelajar kita untuk ke tahap kerana negara kita negara yang maju dan tak pilih kasih, tak bulu, tak pilih parti dalam negara ini. Terima kasih YB Jerlun.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berapakah jumlah kes pinjaman pendidikan yang berjaya ditukarkan menjadi biasiswa atau dermasiswa kerana keputusan cemerlang para pelajar? Terima kasih.
Datuk Ugak anak Kumbong
Yang Berhormat, saya ingat saya akan jawab macam inilah, Yang Berhormat. Dana dermasiswa diperuntukkan dan dibelanjakan kerana saya tak ada jawapan untuk ini. Untuk tahun 2023, jumlah peruntukan RM20.27 juta dan juga sebanyak RM17.3 juta telah dibelanjakan melibatkan 4,700 orang penderma Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi, saya akan ambil statistik daripada JPA ataupun daripada di bawah kementerian di Jabatan Perdana Menteri untuk yang lebih terang dan lanjut. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Puan Speaker.
Haji Bakhil makan kuih bulan, Soalan saya nombor sembilan.
9. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bagaimana kementerian menangani segera sokongan kewangan yang tidak mencukupi kepada atlet dan jurulatih khususnya dalam Paralympics. Inisiatif yang dilaksanakan untuk meningkatkan kebajikan dan elaun adil diterima dalam sukan perlukan infrastruktur dan polisi yang mampu membantu para atlet yang berstatus orang kurang upaya.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Timbalan Yang di-Pertua. Kementerian sentiasa berusaha gigih dalam memberikan perhatian yang menyeluruh terhadap pembangunan atlet para negara. Usaha ini dilaksanakan bermula dengan pelaksanaan Program Pelapis Negeri dan Program Bakat yang bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dan memberikan pendedahan kepada peringkat pertandingan yang lebih tinggi.
Pada tahun 2023, terdapat seramai 799 orang atlet para yang mengikuti Program Pelapis Negeri dan 88 orang atlet para yang berada dalam Program Bakat. Atlet para di peringkat ini telah disediakan dengan kemudahan seperti yang berikut:
(i) sebanyak 98 pusat latihan negeri bagi atlet pelapis para;
(ii) bantuan jurulatih dan penggerak yang dilantik oleh Majlis Sukan Negara;
(iii) kejohanan sirkit tiga kali setahun;
(iv) Program Latihan Mod Separuh Masa empat kali seminggu;
(v) pendedahan latihan dalam dan luar negara; dan
(vi) peralatan dan pakaian latihan.
Sementara itu, atlet para di peringkat kebangsaan pula mengikuti program latihan secara berstruktur di Pusat Kecemerlangan Sukan Kampung Pandan secara sepenuh masa. Semua atlet ini disediakan penginapan, makan minum, perkhidmatan sains dan perubatan sukan serta peralatan sukan. Secara keseluruhannya, atlet para di peringkat kebangsaan menerima sokongan bulanan berjumlah RM1.945 juta dengan anggaran per kapita berjumlah sebanyak RM35,000 merangkumi perbelanjaan kejohanan, elaun dan kemudahan penginapan makanan dan minuman atlet.
Selain itu, pemberian insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) turut diberikan secara sama rata termasuk pada atlet para di mana pemenang pingat di Sukan Paralimpik menerima nilai insentif berjumlah RM1 juta bagi pingat emas, RM300,000 bagi pingat perak dan RM100,000 bagi pingat gangsa.
Pemenang pingat di Temasya Paralimpik turut menerima elaun bulanan sepanjang hayat secara sama rata menerusi Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) sebanyak RM5,000 bagi pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak dan RM2,000 bagi pingat gangsa. Sehingga kini, seramai 13 orang atlet para telah menerima insentif berkenaan sepanjang penyertaan kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik.
Selain dana kerajaan, kementerian ini melalui Majlis Sukan Negara telah mengambil langkah untuk meneroka kerjasama strategik dengan pihak swasta untuk mendapatkan tajaan dan sumbangan. Sehingga November 2023, usaha ini telah berjaya menjana sebanyak RM13 juta dalam bentuk tunai dan barangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, soalan tambahan saya ini dia lebih nak beri fokus kepada jurulatih. Jadi, sebagai langkah untuk mengiktiraf sumbangan yang tidak ternilai yang telah ditunjukkan oleh jurulatih-jurulatih yang telah bersara.
Jadi, adakah kementerian akan mempertimbangkan kemungkinan untuk melibatkan semula jurulatih tersebut kerana berpengalaman dan mungkin dalam peranan- peranan yang lain seperti penasihat dalam pelbagai organisasi dan juga kelab sukan. Jadi, sekali gus dapat meraihkan manfaat daripada kepakaran dan juga pengalaman mereka.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih. Kita sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbanan jurulatih yang telah banyak berjasa dalam melatih atlet kita sehingga ke peringkat tertinggi. Jadi, bagi program-program seperti seminar dan bengkel
Tuan Adam Adli Abd Halim
tertentu, jurulatih ini sentiasa dipanggil sebagai panel dan juga sebagai pakar rujuk untuk memberikan pandangan dan pendapat dalam pelaksanaan sesuatu program.
Walau bagaimanapun, bagi memegang jawatan tertentu dalam organisasi sukan, kementerian sentiasa memberi galakan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan untuk memanfaatkan pengalaman mereka. Sebagai contoh, Jurulatih R. Jaganathan yang sebelum ini telah berbakti sebagai jurulatih para olahraga kebangsaan kita telah berkhidmat bersama-sama dengan Persatuan Olahraga Para Malaysia sebagai Jurulatih Pembangunan.
Bagi Program Bakat, lebih kepada program pengenalan sukan orang kurang upaya (OKU) dan mana-mana program yang dijalankan, OKU yang berminat untuk bersukan akan dibawa kepada penggerak negeri untuk diberikan latihan secara khusus mengikut kecenderungan sukan. Mod latihan adalah sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Jadi, ini cara untuk kita empower ataupun memperkasakan jurulatih yang telah pun berjasa dalam negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya ucap tahniah, syabas kerana banyak dukungan untuk atlet para. Atlet para ini ada banyak kategori. Tapi ada satu kategori yang selalunya merungut mereka masih terpinggir, pekak dan bisu. Mereka jarang mendapat participate dalam Paralimpik kerana mereka ada kekangan dan cabaran yang tertentu.
Mohon kalau Yang Berhormat boleh jelaskan sedikit peranan kerajaan untuk membantu atlet pekak dan bisu. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Indera Mahkota. Untuk angka dalam bentuk dana khusus bagi Persatuan Sukan Pekak dan Bisu saya akan beri secara bertulis.
Namun, saya boleh beri jaminan bahawa sekurang-kurangnya atlet pekak ini yang diwakili antara lainnya oleh MSDeaf.
Ini telah pun kita buat engagement berterusan di mana ada satu jumlah tertentu yang telah pun kita peruntukan kepada mereka sebagai sokongan kerana kita tahu memang ada kekangan, terutama sekali beberapa kategori sukan yang dipertandingkan menerusi para itu kadang-kadang tidak melibatkan atlet pekak dan bisu. Dia ada cabaran yang berbeza. Jadi, kita ambil maklum sebelum ini lagi dan kita telah adapun usaha untuk memastikan mereka tidak terpinggir dan ada bentuk sokongan lain.
Selain daripada dana, kita juga memastikan kita empower ataupun memperkasakan mereka mengikut sepertimana model ataupun cara yang sesuai dengan kehendak mereka dari segi latihan, dari segi penganjuran kejohanan dan juga dari segi sokongan terhadap kejohanan-kejohanan sukan orang pekak yang disertai oleh mereka.
Jadi, kita faham. Saya ucap terima kasih Indera Mahkota yang membangkitkan soal ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan nombor 10, Yang Berhormat Permatang Pauh tidak dapat hadir kerana ada urusan di hospital. Jadi, saya pergi ke soalan nombor 11. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.
[****Soalan No. 10** – YB. Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan (Permatang Pauh) tidak hadir]
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah-langkah kerajaan untuk mengawal kenaikan harga bahan binaan yang semakin naik dan menjejaskan terutama kontraktor-kontraktor kecil di Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis, Puan Yang di- Pertua. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), indeks harga seunit bagi bahan binaan seperti besi, pasir, batu-bata dan dinding serta bahan kerja paip bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan pada September 2023. Manakala indeks bagi harga besi turun antara 0.15 dan empat peratus berbanding bulan Ogos tahun 2023. Indeks harga simen pula kekal tidak berubah di kebanyakan kawasan. Ini untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis.
Pada masa ini, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, kementerian hanya mengawal bahan-bahan binaan seperti berikut. Pertama, simen dan klinker. Kedua, bar, besi, keluli lembut. Simen dan klinker telah diwartakan sebagai bahan kawalan berjadual di bawah AKB 1961 pada 1 Oktober 1977, manakala bar bulat keluli lembut pula diwartakan sebagai bahan barang kawalan berjadual lebih awal iaitu pada 11 September 1975.
Pewartaan simen dan serta bar bulat keluli lembut sebagai bahan kawalan berjadual bermaksud bahan-bahan ini dikawal melalui rejim pelesenan, pengilang dan pemborong simen dan klinker. Bar bulat keluli lembut pula perlu mendapat lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Melalui syarat-syarat khas, pemilik lesen perlu mendapatkan kebenaran pengawal bekalan sebelum menaikkan harga. Sebelum menaikkan harga simen dan klinker serta bar bulat keluli lembut. Kerajaan pula telah mengecualikan lesen runcit bagi simen dan klinker serta bar bulat keluli lembut pada 15 Januari 1996. Khusus bagi simen dan klinker, kerajaan juga telah mewartakan larangan eksport pada 15 Oktober 2021 serta larangan import pada 29 November 2021, bagi mengawal bekalan dalam pasaran tempatan, agar harga lebih stabil dan kualiti barangan terjamin. Manakala bagi bahan- bahan binaan yang lain, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan terpakai. Puan Yang di- Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanjong Manis.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Saya pun gembiralah sekiranya ada penurunan dan stabil pada harga-harga bahan binaan asas. Seperti yang diumumkan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, menjelang tahun 2024, kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar kepada beberapa harga barangan, termasuklah subsidi minyak diesel.
Soalan saya, apakah langkah kerajaan untuk mengelakkan kenaikan harga binaan supaya tidak melambung tinggi disebabkan subsidi bersasar minyak diesel la sebab kita tahu minyak diesel digunakan untuk pengangkutan. Jadi, ini akan menjejaskan harga bahan-bahan tersebutlah, ditambah dengan kos pengangkutan yang akan bertambah. Apakah langkah-langkah lain yang dikhususkan untuk mengurangkan kenaikan bahan-bahan binaan yang lain?
Kita tahu sekiranya kenaikan harga bahan binaan asas ini, harga projek akan bertambah dan keuntungan ataupun keupayaan kontraktor-kontraktor kecil untuk menyelesaikan projek, untuk menamatkan projek tersebut akan terjejas. Jadi, mohon langkah-langkah intervensi daripada kerajaan untuk mengawal kenaikan harga binaan asas ini supaya dapat membantu kontraktor-kontraktor kecil di Malaysia ini yang mana menjalankan projek-projek rakyat seperti projek-projek PMR yang kita Ahli Parlimen ini
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
diberikan, dianugerahkan. Jadi, ini mungkin akan membantu melaksanakan projek-projek tersebut. Mohon pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa lori pengangkutan yang membawa bahan-bahan binaan ini tidak akan terkesan kerana mereka masih layak menerima subsidi diesel ya. Mereka masih layak menerima subsidi diesel. Manakala berkenaan dengan bagaimana kementerian boleh mengawal bahan- bahan binaan yang lain, saya menyatakan tadi bahawa dengan dua item tadi iaitu simen dan klinker serta bar bulat keluli lembut di bawah Akta Kawalan Bekalan ya.
Akta Kawalan Bekalan ini, maksudnya kita boleh – mereka perlu – nak naik harga, perlu minta izin daripada KPDN dan kita boleh teliti dan selidik daripada kos di sepanjang rantaian bekalan. Itu kuasa yang ada kepada KPDN di atas dua perkara tadi. Manakala bahan-bahan yang lain tadi seperti yang saya katakan, kita menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, industri pembinaan kini mengalami masalah kos bahan yang sentiasa berubah-ubah. Walaupun setengah bahan binaan mengalami penurunan harga, tetapi harga konkrit, terutamanya keluli dan simen yang harganya stabil juga mengalami harga yang tidak menentu.
Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan Skim Simen Rahmah dalam membantu untuk menangani isu utama dalam rantaian pembinaan? Soalan saya kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan kawalan kepada semua harga bahan-bahan binaan untuk projek-projek kecil kurang, daripada 200,000 selain mewujudkan lebih banyak simpanan stok bahan binaan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan daripada Rompin tadi. Sebenarnya Simen Rahmah ini Tuan Yang di- Pertua ialah di bawah Kementerian KPKT ya dan bukan di bawah KPDN. Jadi, saya kira salah kementerian. Ia berkenaan dengan kawalan semua harga barang itu setakat ini, kalau ada cadangan-cadangan untuk kawalan barang terkawal itu – barang kawalan itu, ianya perlu dibawa untuk dimasukkan di dalam senarai barang kawalan. Setakat ini, kita mengguna pakai senarai barang kawalan yang sedia ada. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawaban Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diputuskan Rang Undang-undang Bekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 28 November 2023”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dinyatakan oleh Menteri tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat seterusnya.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Universiti dan Kolej 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pendidikan Tinggi [Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Bentara.
Kepala Bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas. Mengikut rekod yang ada pada saya sekarang, pembahas- pembahas Yang Berhormat seramai 28 orang. Saya akan bacakan senarai kesemua 28 akan dimulakan dengan oleh Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Sungai Besar.
Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tawau dan akhirnya sekali Yang Berhormat Julau.
Kita mulakan majlis perbahasan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Timbalan Pengerusi, Standing Order 36(12). Saya minta ruang sedikit untuk jelaskan standing order saya ini. Pagi ini saya telah masukkan satu surat kepada Setiausaha Dewan tentang Peraturan Mesyuarat 36(12) pada 20 November. Ayer Hitam dalam Dewan ini telah mengatakan, ini dalam Hansard, untuk isu ventilator.
Kedua, “Saya bukan tolong beli ventilator. Tolong, tolong. Bukan”.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya bantu untuk balik perkara...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Empat perkara. Ya. Saya mohon satu minit.
Saya jelaskan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar, nyatakan usul itu sahaja.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Usul 36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pada hari yang sama, saya juga telah membuat kenyataan bahawa Menteri Kesihatan— Menteri Pengangkutan pada masa itu, Ayer Hitam terlibat langsung dalam rundingan ventilator. Ini bermakna kedua-dua kenyataan yang kita buat ini tidak boleh...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Tidak boleh benar
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak perlu bahaskan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Pada masa yang sama, sama sekali. Jadi, saya minta di sini, sebab Ayer Hitam, dia sendiri yang terlibat. Dia tahu sama ada dia benar. Jadi, jika Ayer Hitam itu benar...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...bermakna kenyataan yang saya buat ini mengelirukan Dewan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Oleh itu, saya buat usul...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...untuk mengemukakan saya sendiri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya mohon supaya Speaker...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...boleh terima, boleh terima...[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya ini kayu ke kat sini?
Ya. Berapa kali saya bercakap tadi? Saya minta Yang Berhormat nyatakan usul. Saya
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
akan semak. Tak perlulah panjang-panjang. Usul Yang Berhormat itu untuk makluman, usul Yang Berhormat Kampar dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker.
Terima kasih. All right?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey terima kasih. Saya nak jelaskan sikit sebab tak pernah ada mana-mana Ahli yang rujuk sendiri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dalam standing order, tidak ada apa-apa yang menghalang...[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, ini bukan sesi saya memberi ruang untuk anda berbahas. Duduk. Terima kasih Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, terima kasih Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Kita– Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dato’ Pengerusi, saya minta ketika ini kita nak berbahas Kementerian Pendidikan. Minta Menteri, Timbalan Menteri masuk sekali, sebab ini adalah Jawatankuasa. So, you have to respond immediately untuk mencatit. Kalau tidak, macam mana kita bahas, kemudian tidak dicatit. Ikut pegawai tak semestinya tepat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri Pendidikan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tak ada. Saya— Yang Berhormat, saya setuju.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Tiada dalam Dewan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya setuju dengan Ayer Hitam.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya kalau macam ini, saya tak nak bahas.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya ambil cognition apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota. Tapi walau bagaimanapun, saya percaya pihak pentadbiran di sebelah kanan, mempunyai wakil-wakil Menteri. Dalam peraturan mesyuarat pun, perkara tersebut boleh diwakili dan juga saya percaya pegawai-pegawai kerajaan, ada?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak ada.
Ponteng.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau ikut standing order, boleh diwakili.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan standing kita di dalam...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tapi sekarang ini, saya percaya Menteri-menteri ada.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
...Kerajaan ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Julau. Pegawai-pegawai kerajaan, ada?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ha, nasib baik dah sampai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, panjang umur Menteri. Bersedia Menteri? Bersedia? Baik. Kalau sedemikian, kita balik kepada Aturan Mesyuarat, perbahasan dimulakan. Hanya sebagai nota untuk pengetahuan. Dengan izin, walaupun Menteri yang berkenaan tidak ada di dalam Dewan, Menteri lain boleh mewakili tetapi alhamdulillah Menteri ada. Kita teruskan. Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Indera Mahkota, baik ya. Okey, saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Aman untuk memulakan perbahasan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana telah memberi saya peluang untuk mendahului senarai pembahas kita pada hari ini. Saya terus ke Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Di bawah butiran ini Dato’ Pengerusi, Sri Aman cuma ingin mengimbau saranan Perdana Menteri kita iaitu Tambun semasa beliau membahaskan atau membentangkan Bajet 2023, di mana beliau telah menyentuh berkenaan dengan sekolah daif, di mana beliau menyatakan sudah enam dekad. Namun sekolah daif ini berlarutan.
Jadi, beliau ketika itu ada menyatakan yang akan mengadakan projek raksasa bagi menangani masalah ini, bagi menangani isu ini. Jadi soalan saya, adakah projek raksasa yang dikatakan itu, sudah berjaya dilaksanakan tahun ini? Jika ya, Sri Aman mohon dimaklumkan berapa banyak sekolah daif yang telah dinaiktaraf setakat ini, di seluruh negara dan berapa angka tersebut adalah sekolah-sekolah di Sarawak? Jika belum, adakah peruntukan di butiran ini, merangkumi kos menaik taraf sekolah-sekolah daif bagi tahun 2024?
Perkara seterusnya Dato’ Pengerusi, yang ingin juga saya bangkitkan di bawah butiran yang sama iaitu Butiran 010300, berkenaan dengan berita yang tular dua, tiga minggu yang lepas dan perkara ini juga telah dibangkitkan oleh Pengkalan Chepa semasa beliau di sesi pertanyaan lisan pada hari Khamis lepas.
Namun begitu, Sri Aman terpanggil untuk membangkitkan perkara yang sama sekali lagi kerana saya amat terkilan dengan isu ini. Berita ini adalah berkenaan dengan seorang guru besar yang telah ditugaskan untuk mengajar jauh di pedalaman Sabah iaitu di SK Ulu Ansuan, Telupid, Sabah.
Saya dimaklumkan ataupun berita yang saya baca, sekolah tersebut tidak mempunyai kuarters untuk guru-guru. Maka, guru besar ini terpaksa tinggal di dalam stor lebih daripada tiga tahun. Stor itu pun saya dimaklumkan cuma sebesar mana je. Jadi, guru-guru lain juga begitu. Pada mulanya mereka terpaksa menumpang di rumah-rumah penduduk kampung di situ. Jadi, saya amat terkilanlah. Sedih dan ada juga rasa marah berkenaan dengan isu ini kerana Dato’ Pengerusi, di kawasan saya Sri Aman, juga banyak sekolah-sekolah daif lah, sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Jadi, saya terasa, apabila melihat perkara ini terjadi di pedalaman Sabah.
Jadi soalannya, kenapa masalah ini masih berlaku, walhal seperti yang Perdana Menteri kita telah nyatakan, yang kita ini sudah di dekad ke-6 dan di abad ke-21. Sudah 60 tahun Malaysia tertubuh. Namun kita masih sangat-sangat mundur dalam hal ini. Di mana silapnya Dato’ Pengerusi? Kenapa dengan pelan blueprint pembangunan kita?
Kenapa masalah sebegini masih berlaku?
Adakah pihak kementerian atau pejabat pendidikan di peringkat bahagian atau daerah tidak menjalankan tugas mereka dan tidak pernah memantau keadaan, terutama sekali sekolah-sekolah yang jauh di luar bandar? Jadi, apakah langkah serta-merta pihak kementerian agar kes-kes seperti ini tidak berlaku lagi? Tolonglah, bantulah anak-anak kita, rakyat kita, sekolah-sekolah kita dahulu sebelum kita membantu orang lain.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Seterusnya Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 010100 – Pengurusan Am.
[Ketawa] Maaf, yang berjumlah RM115,090,400 bagi tahun 2024. Jumlah ini agak besar. Jadi, sudah tentu kita mengharapkan perkhidmatan yang mantap dari KPM. Jadi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan kalendar akademik tahun 2024 bagi sekolah- sekolah di Sarawak.
Saya kesal kerana kalendar akademik 2024 yang dikeluarkan KPM ,semacam tidak mempedulikan atau tidak sensitif akan keadaan atau situasi orang Dayak di Sarawak, anak-anak Dayak yang bersekolah dan guru-guru yang mengajar jauh di pedalaman Sarawak kerana mengikut kalendar akademik tahun 2024, bagi cuti penggal satu, tarikh yang telah dinyatakan adalah 25 Mei iaitu Sabtu hingga 2 Jun, Ahad. Dato’ Pengerusi, mohon bagi saya extra time sedikit. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih. Tarikh ini langsung tidak menampakkan semangat mempedulikan dan menghormati tarikh 1 dan 2 Jun, yang merupakan perayaan Hari Gawai Dayak dan ianya cuti umum di Sarawak. Tuan Pengerusi, perayaan ini amat penting bagi kami orang Dayak, di mana semua keluarga akan berusaha balik ke rumah panjang, walaupun sejauh mana dan kampung halaman masing-masing.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Sekiranya sekolah-sekolah dibuka pada tanggal 3 Jun, maka anak-anak kami serta guru-guru yang mengajar jauh di pedalaman Sarawak terpaksa balik ke sekolah pada hari kedua Gawai dan bagi sesetengah terpaksa balik pada hari pertama Gawai kerana perjalanan ke sekolah itu amat jauh. Ada yang menggunakan perahu, ada yang terpaksa berjalan kaki sebelum dapat menaiki kereta dan sebagainya. Masyarakat Dayak yang duduk di bandar mungkin juga tak akan balik ke Rumah Panjang dan kampung halaman memandangkan masa singkat untuk bergawai bersama ahli keluarga di kampung kerana anak terpaksa bersekolah.
Oleh yang demikian, Sri Aman beranggapan iaitu dalam kita mendukung dan menyemai semangat Madani, kita harus bermula dengan bersemangat sensitif, inklusif dan toleransi terhadap semua kaum di negara ini dan tidak ada seorang atau satu-satu kaum harus merasa tertindih atau tidak dihormati. Walaupun kita tidak seagama, sebangsa, namun kita semua manusia biasa yang ada keperluan, kepentingan, perasaan dan kehendak yang berlainan. Jadi, kita harus menghormati semua itu.
Dato’ Pengerusi, ini soalan saya. Jadi, Sri Aman bertanya adakah pihak kementerian akan mengambil kira perkara ini dengan melanjutkan atau mengubah jadual cuti sekolah bagi tahun 2024 untuk Wilayah Sarawak agar anak-anak Dayak termasuk guru-guru dan seluruh masyarakat Dayak boleh sama-sama meraikan perayaan Hari Gawai pada tanggal 1 dan 2 Jun dengan damai dan sejahtera. Jika ya, bilakah kalendar akademik 2024 akan dipinda untuk disebarkan kepada umum?
Satu lagi butiran Dato’ Pengerusi. Saya teruskan. Butiran 2000. Di bawah butiran ini, saya ingin membangkitkan isu ramai pelajar di negara kita yang berhenti sekolah.
Walaupun ada penurunan dari segi angka, namun saya anggap masih tinggi juga.
Mengikut statistik yang saya kumpul, menampakkan pada tahun 2020, ada seramai 32,132 pelajar telah berhenti sekolah pada tahun 2021. Ada penurunan sedikit iaitu 25,148 orang. Ini termasuk sekolah menengah dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan. Bagi negeri Sarawak bagi tempoh 2020 hingga 2022, seramai 9,134 orang pelajar berhenti sekolah.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Ya. Dari jumlah ini seramai 4,303 orang murid telah berhenti pada tahun 2020. Manakala seramai 2,430 orang murid berhenti pada 2021 dan 2,399 orang murid berhenti pada tahun 2022. Jadi soalan saya
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Dato’ Pengerusi, adakah pihak kementerian pernah membuat kaji selidik berkenaan dengan masalah ini? Jika ya, apakah penyebab utama yang menyebabkan pelajar berhenti sekolah? Adakah masalah keluarga, masalah ekonomi keluarga atau pun mereka tidak berminat, atau pun guru-guru tidak pandai mengajar ataupun sekolah daif? Jadi, saya mohon pencerahan dari pihak kementerian? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri, saya ada lima perkara. Yang pertama, Butiran 010300 berkaitan Pembangunan Infrastruktur. Setengah-setengah sekolah di kawasan yang biasa banjir, sekolah menjadi pusat perpindahan sementara (PPS). Masalahnya Yang Berhormat lepas itu, kena baiki tandas dan infra. Selalu vot untuk tahun itu belum sampai sebab banjir bulan Disember, bulan Januari. Vot belum sampai. Jadi, ada gap. Tak cukup kerusi dan sebagainya. Minta– saya tahu ada peruntukan tetapi saya tahu peruntukan ini selalu tak cukup. Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen rasanya sokong je kalau bab ini perlu diperkasa sebab Ahli Yang Berhormat yang biasanya dikejar oleh sekolah untuk minta bantuan.
Kedua, Butiran 010300 juga. Masalah yang berlaku dalam gap itu, antara sekolah baru buka vot belum sampai ialah lambakan murid yang di setengah-setengah sekolah bila lambakan murid datang– Saya tak salahkan sekolah. Sekolah dah buat unjuran tetapi ibu bapa hantar dan dia tidak semua sekolah Yang Berhormat tentu maklum. Setengah- setengah sekolah yang ibu bapa hantar ramai-ramai. Jadi, dia ada masalah yang sama juga. Kerusi, meja dan ada waktunya timbul floating classes, dengan izin. Minta kalau boleh diberi perhatian itu.
Nombor tiga, Butiran 010500 – Teknologi Maklumat. Ini saya nak bertanya kerana saya lihat jumlah yang dicatat itu untuk anggaran 2024 ini kurang daripada 2023.
Kurangnya sebanyak RM13 juta. Jadi, saya bimbang kalau ini mengganggu program- program pendigitalan sekolah-sekolah dan sebagainya. Jadi, kalau boleh dijelaskan.
Keempat, ini merujuk Butiran 030300 – Pendidikan Menengah dan ada kaitan dengan Butiran 040300 – Pembangunan Kurikulum, khusus untuk sekolah berasrama penuh. Tahun depan genap 50 tahun dua aktiviti kokurikulum utama SBP. Satu ialah Debat Piala Perdana Menteri yang bermula pada tahun 1974. Tahun pertama itu tuan rumahnya ialah MCKK. Apa kesan dia? Dah 50 tahun ini ada tak tracer study ke mana perginya? Saya tahu lah dalam Dewan ini ada bekas-bekas pembahas yang saya kenal tetapi benda ini baik. Bagaimana nak ditambah baik lagi?
Kedua ialah bola keranjang. Minta maaf lah. Saya ini asyik tanya bola keranjang tetapi ini antara sukan SBP yang paling utama. Bermula tahun 1974, Piala Hamdan Tahir buat di SDAR kali pertama dan tahun 1976, ditambah dengan piala khusus untuk pemain wanita, juga dah 50 tahun. Saya tahu ada yang terus bermain selepas mereka tinggalkan sekolah tetapi mungkin ada tracer study-nya sebab mereka ini ada bakat untuk jadi atlet negara dan juga dari segi perpaduan kerana antara motif asal ialah untuk menjadi jambatan antara pemain-pemain bukan Cina dengan pemain-pemain daripada kaum Cina.
Kelima, yang terakhir ialah Butiran 060– berapa ratus ini. Memartabat bahasa.
Okey. Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) tetapi khusus tentang DLP. Kita sedia maklum Dual Language Program bermula pada tahun 2016. Matlamatnya ialah untuk– sebab dia dalam konteks MBMMBI itu untuk 90 persen murid mencapai minimum gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia pada peringkat SPM dan 70 persen murid mencapai minimum gred kepujian
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
yang setara dengan Cambridge 1119 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. Ada lagi yang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Indera Mahkota. Minta laluan?
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya. Sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Speaker. Berkaitan dengan Bahasa Melayu lah. Isu yang hangat sekarang ini ialah isu Bahasa Melayu di Tingkatan Enam yang sekarang ini ditukar menjadi pra-universiti. Pengetua juga bertukar nama menjadi Pengarah Tingkatan Enam ya, Menteri? Isunya ialah kekurangan guru Tingkatan Enam, Bahasa Melayu Tingkatan Enam diganti dengan guru BM arus perdana.
Jadi, ini menimbulkan masalah kepada guru kerana perbezaan subjek arus perdana dengan Tingkatan Enam. Kedua, dikatakan bahawa tiada Pegawai JPN. Pegawai Jabatan Pendidikan yang fokus dengan STPM ini dan maklumat yang saya ada kalau salah mohon perbetulkan. Hari ini lebih 40,000 guru arus perdana mengajar BM Tingkatan Enam. Perlu pandangan daripada Indera Mahkota. Terima kasih.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Hulu Terengganu. Dia dah curi bahagian pertama soalan saya. Ini soal memperkasa BM-nya.
Bahagian kedua saya ialah tentang DLP-nya yakni tentang penguasaan Bahasa Inggeris kerana saya mendengar aduan. Ada beberapa sekolah yang telah pun memenuhi syarat pelaksanaan DLP sejak dari permulaannya tetapi telah diarah untuk mengorbankan satu kelas supaya mewujudkan kelas tiada DLP. Kemudian, adalah rungutan-rungutan yang lain.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Jadi persoalannya, apakah rancangan KPM untuk mencapai sasaran 70 percent kredit SPM Bahasa Inggeris seperti dalam pelan asal itu? Kerana jumlah sekolah DLP sebenarnya masih kecil, yang paling banyak itu ialah di Sarawak.
Bahagian akhir bagi soalan kedua saya masih DLP itu ialah adakah benar semua SBP telah dimaklumkan yang DLP akan dimansuhkan pada tahun depan, kecuali MCKK dan TKC? Itu yang saya dengar rungutan. Kalau tak ada tolonglah jelaskan kerana ibu bapa bertanya. Saya kata, ini kena tanya Menterilah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dato’ Pengerusi, selamat datang kepada pelajar-pelajar dari Gopeng, Parlimen Gopeng dan juga pegawai PPD Kinta Selatan dan Kinta Utara*.
[Tepuk]* Saya terus kepada Butiran 03503. Sebelum ni, semasa perbahasan di peringkat dasar, saya pernah bangkitkan soal RM1 bilion untuk tabung penyelenggaraan semua sekolah. Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam jawapan penggulungan secara bertulis kepada saya tempoh hari telah mengesahkan bahawa dari jumlah RM1 bilion itu, sebanyak RM100 juta adalah untuk tujuan menaik taraf makmal komputer sekolah dan membekal peralatan baru pembelajaran STEM yang meliputi semua sekolah, manakala RM60 juta lagi adalah untuk tujuan penyelenggaraan kuarters.
Persoalannya, pelaksanaan STEM ini adalah dasar baru, kenapa tidak wujud butiran baru untuk dasar baru dan perlu menumpang dan mengambil peruntukan penyelenggaraan institusi pendidikan? Tak kena. Manakala penyelenggaraan kuarters RM60 juta tidak sepatutnya diambil dari sumber dana penyelenggaraan kerana RM1 bilion itu agak terhad dan ianya sepatutnya secara eksklusif untuk penyelenggaraan 10,220 buah sekolah di Malaysia, bercelaru namanya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut mengesahkan RM840 juta adalah untuk tujuan Penyelenggaraan Institusi Pendidikan (PIP). Menurut taklimat KPM kepada BBC, di bawah PIP ini, saya rasa dia tulis penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah RM670 juta, kemajuan kerja RM170 juta. Sekolah hanya RM565 juta, bukan sekolah RM25 juta, cerun RM15 juta dan bencana dan kecemasan RM65 juta. Persoalannya, kenapa wujud satu butiran, satu item kemajuan kerja 2024 RM170 juta? Eh, this is budget. Ini bukan supplementary budget. Bajet itu tak boleh belanja dulu. Saya nak tanya sama ada ini telah dibelanjakan untuk kemajuan kerja 2024 atau macam mana tiba-tiba boleh wujud butiran RM170 juta yang diambil daripada peruntukan asal? Itu soalan saya. Saya nak tahu daripada RM560 juta — RM565 juta itu, berapa akan diberikan kepada SJK(C) dan SJK(T)? Soalan ini direct, saya cuma nak dapatkan pengesahan sahaja seperti sebelumnya. Kalau RM50 juta, RM60 juta cakap saja jumlah berapa. Kerana mereka semua tanya, tak ada jawapan.
Jadi saya terus kepada Butiran 060300. Ini yang Yang Berhormat Indera Mahkota sebut tadi, DLP. Ini DLP, PAGE telah membuat satu seruan, saya baca. Dia kata ini, mereka menyeru agar kementerian melihat semula perubahan garis panduan yang dibuat terhadap DLP yang menekan pelajar dan guru. Sejak tahun 2016 betul, program DLP telah pun dilaksanakan sepenuhnya di sesetengah sekolah seperti sekolah kebangsaan, SJKT, SMJK, conforming schools dan kelulusan Kementerian Pelajaran. Jadi, apa keperluan untuk kementerian mengetatkan syarat DLP iaitu memerlukan sekurang- kurangnya satu kelas penuh setiap sekolah untuk mempelajari mata pelajaran dan Bahasa Melayu sebagai prasyarat untuk kelas DLP?
Contoh, SMJK Katholik PJ, 14 kelas. Tiba-tiba, you kena buat satu kelas Bahasa Malaysia. Eh, siapa nak pergi? Semua kena tandatangan. Bila dah bergaduh macam itu, siapa nak uruskan? LPS akan berdepan dengan masalah, pelajar pun ada masalah. Jadi, saya rasa saya tak nampak justifikasi untuk mengetatkan syarat ini. Tak kena, 2016 itu sudah mula. Ini adalah dulu PPSMI, sekarang kita dah ubah MBMMBI. Kita bagi kelonggaran, takkanlah sedikit ruang pendemokrasian itu pun kita tidak beri?
Saya nak tanya, betullah sekolah SK Bukit Damansara, SJK(T) Vivekananda, SJK(T) Segambut dan kesemua SMJK ataupun confirming schools, kenapa mereka menghadapi masalah ini? Saya nak tahu ada 11 buah sekolah perdana seperti MCKK, Kolej Tunku Kurshiah, adakah mereka tertakluk kepada syarat ini? Macam mana kalau MRSM sudah benarkan mereka mengambil IGCSE dalam bahasa Malaysia dan di samping bahasa, apa SPM, Bahasa Melayu? Apa salahnya? This is just a small ruang pendemokrasian pendidikan dah bermula pun 2016.
Ini kepada inisiatif — ini Butiran 00102 – Rendah Akademik. Di bawah peruntukan ini ada RM2.5 bilion dan 26 buah sekolah. Ini tidak melibatkan pembinaan SJK(C). Saya nak bertanya, dua buah sekolah di Johor ini, kita dah dapat kelulusan 2017 dan saya minta supaya jawapan diberi, saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. SJK(C) Kuek Ho Yao, sebelahnya SJK(C) Foon Yew 5 sudah 4,000 orang. SJK(C) Pandan sudah 2,000 orang, satu ekar sahaja. Kawasan ini tempat sudah ada, duit dah RM12 juta sudah ada. Tolong, tolong, tolong, kita percepatkan proses ini. Kedua, SJK(C) Sim Mow Yu. Ini penting sebab jawapan yang saya terima tidak akan diteruskan kerana terlalu dekat dengan SJK(C) Ladang Grisek.
Saya mulakan inisiatif. Mula dua tiga tahun lalu beroperasi. Sekarang sudah ada 770 orang pelajar, 30 orang ditolak kerana kena waiting list dalam kemasukan. Ini bermaksud, tempat itu ada keperluan. Betul, tanya Yang Berhormat Tebrau. Memang kita perlu dan saya lihat perkara ini perlu dipercepatkan. Saya rasa Timbalan Menteri hari itu jawab sepuluh campur enam, projek 2017 tetap diteruskan. Jadi, yang mana kita akan adakan dia satu keputusan baru, saya berharap kita benarkan pembinaan SJK(C) Sim Mow Yu. Meridin East itu ada 1,313 ekar dan ini adalah satu kawasan populasi yang cukup besar.
Last sekali saya nak tanya, 010400. Saya memang serius tentang kekurangan guru. Saya terkilan bila Sin Chew hari ini dalam front-page semalam dan lima muka surat
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
dua hari berturut-turut, ini semua pasal kekurangan guru. [Sambil menunjukkan beberapa naskhah akhbar] Apa masalahnya? Kementerian bagi data bulan ini lain, bulan ini lain. Itu jadi masalah. Mula-mula kata kita sebelum retagging, ada ribuan lambakan guru di SJK(C). Selepas di-tagging, oh kata sekarang sudah turun kepada 540 ada lambakan perjawatan pula. Kemudian tiba-tiba, tiba Menteri di Dewan ini jawab — ini Timbalan Menteri secara jitulah bagi tahu, 36,718 adalah perjawatan diluluskan, yang diisi ialah 35,364. Ini ilmu hisab atau matematik yang mudah. Tolak sahaja, kekurangan guru 1,354.
Just a simple mathematic, takkan kita tak boleh?
Kita kata jawapan dalam Menteri kata, oh tidak ada keperluan untuk berlatih guru Bahasa Cina di SJK(C). Eh, tolong. Kalau ini setiap tahun 500 hingga 600 guru opsyen Bahasa Cina akan bersara wajib, enam tahun — ini soalan Raub ini, dijawab kata enam tahun tak payah berlatih, maksudnya akan menjadi satu masalah besar selepas enam tahun. Sudah ada realitinyalah, 1,354 dah tak cukup dah hari ini. Jadi, kena latih. Saya nak bagi tahu, yang bersara wajib dalam tempoh enam tahun akan datang semuanya opsyen Bahasa Cina. Kenapa tahun 2007, semua guru SJK(C) dianggap opsyen Bahasa Cina? Kerana di setiap SJK(C), semua mata pelajaran kecuali Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris dalam bahasa masing-masing. Tapi yang lain, Matematik, Sains, Pengetahuan Moral, Seni, Muzik, semua dalam bahasa penghantar bahasa Cina. Jadi, opsyen Bahasa Cina bukan semata-mata mengajar subjek Bahasa Cina. Bayangkan 1,380 minit seminggu untuk Tahun 1, 2, 3. Ini kelas Bahasa Malaysia hanya — Bahasa Cina hanya subjek dia 360 minit seminggu. Ini bukan semua, 70 percent daripada waktunya adalah bahasa penghantar dalam BC. Jadi, mereka adalah multitasking, tak boleh lihat opsyen BC. Begitu juga dengan sekolah Tamil, sama juga masalah.
Jadi, saya berharap kita teliti balik. Laporan ini minta pegawai tengok balik, bincang semua yang ditemu duga, mantan pegawai KPM. Jadi, saya rasa sampai masanya kita wujudkan satu rundingan meja bulat, bincang sama-sama. Mungkin bahagian ini kata dia ambil — contoh ya, EPRD kata perancangan dia 1,000. Tapi yang diambil 800 kerana 200 dapat tawaran, tak datang. Sudah ada shortfall 200. Kemudian sampai IPG, yang lulus belum tahu pun berapa. Akhirnya, sekolah harian. Hantar ke sekolah, bahagian sekolah kata...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini yang diluluskan oleh SPP, jumlahnya tak cukup. Jadi ada shortfall. Maka kena duduk bermusyawarah, bincang, selesaikan masalah ini demi imej baik kerajaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran pemimpin wanita dari Machang dan Ketereh. Terima kasih.
[Tepuk] Tuan Pengerusi, Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ini apa yang disebut oleh Indera Mahkota dan Ayer Hitam tadi. Jadi saya juga menerima aduan daripada ibu bapa berkaitan dengan DLP ini. Apa yang saya dapat rumuskan adalah ketidakjelasan dasar berkaitan perkara ini yang disampaikan kepada ibu bapa dan pihak sekolah melalui satu pekeliling secara bertulis.
Apa yang berlaku daripada aduan yang diterima, katanya ini kami terima arahan dari sekian, sekian. Katanya, arahan ini datang daripada sekian, sekian. Jadi tak tahu
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
apakah sebenarnya yang berlaku. Ini melibatkan khususnya melibatkan lima buah sekolah di Wilayah Persekutuan. Jadi ibu bapa pada asalnya Tahun Satu, dijanjikan masuk ke sekolah dengan program DLP, kemudiannya diminta untuk ditukar semula kepada program biasa. Jadi ibu bapa tak tahu apakah hala tuju yang ingin dibawa.
Jadi saya mohon pihak kementerian dalam hal ini, perlu beri penjelasan kerana apa, kerana ibu bapa merujuk kepada garis panduan. Ibu bapa kata garis panduan itu kata, kalau semua orang bersetuju, tak ada masalah. Dalam garis panduan kata, kita tidak boleh menghalang orang lain untuk belajar dalam bahasa kebangsaan. Tapi kalau semua setuju, bagi pandangan ibu bapa tak ada masalah.
Jadi inilah antara perkara yang perlu dijelaskan oleh pihak KPM. Saya rasa...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Putrajaya, minta laluan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
KPM tak perlu malu. Bak kata pujangga, you just to face it.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Putrajaya, celah. Terima kasih, ringkas, ringkas. Terima kasih Pengerusi. Dengan penjelasan tersebut, boleh tak kita katakan bahawa Menteri sendiri pun tak jelas hala tuju DLP ini? Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang itu kita tunggu Menteri jawab sekejap lagi.
Kedua, tadi saya ingin menyentuh apa yang disebut juga tadi berkaitan dengan pengambilan guru, Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Sewaktu Kerajaan Perikatan Nasional dahulu, kita telah menggunakan pendekatan baharu dalam pengambilan guru.
Di mana pada 20 Jun 2021, KPM mengumumkan bahawa satu pengambilan one-off akan dibuat melibatkan 18,702 orang guru.
Sewaktu diumumkan pengambilan ini, ramai kata tak mungkin boleh buat kerana apa, biasanya hanya sekitar 5,000 orang guru setahun sahaja diambil. Namun pada waktu itu, kita menggunakan pendekatan baru termasuk lah pendekatan kluster mata pelajaran.
Jadi kita susun, kita ambil semua ijazah pendidikan yang ada, kita lihat kluster mana yang kita boleh masukkan mereka.
Melalui pendekatan tersebut, pada 20 Julai 2022, seramai 16,381 orang guru telah ditempatkan. Ini tertinggi dalam sejarah negara. Maknanya, framework telah ada.
Cuma saya nak tahu dalam pengambilan kali ini untuk pengambilan tahun 2023 ini, berapakah pengambilan baru yang dilaksanakan untuk tahun 2023? Apakah penambahbaikan berkaitan dengan kluster mata pelajaran tadi yang telah dilaksanakan?
Selain daripada itu saya juga ingin bertanya, berapakah penempatan mengikut negeri dan opsyen mata pelajaran yang telah dilaksanakan sepanjang Februari sehingga November 2023?
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Kementerian Pendidikan yang sanggup pada waktu itu duduk bersama menggunakan pendekatan berbeza untuk memastikan pengambilan guru dapat dipercepatkan, ditambah baik dari semasa ke semasa.
Seterusnya di bawah butiran yang sama juga, sewaktu kami di Kementerian Pendidikan, kita telah usahakan supaya graduan IPG dan juga graduan yang mendapat biasiswa KPM akan ditempatkan ke sekolah secepat mungkin selepas mereka menamatkan pengajian. Habis sahaja kita nak mereka masuk dalam sistem kerana itu adalah graduan kita. Namun begitu, kita kata paling lambat pun sebulan supaya tak ada lag time. Namun begitu, saya menerima aduan daripada lebih 50 orang graduan pendidikan tajaan KPM yang masih menanti keputusan untuk diserap ke sekolah. Mereka bertanya apakah status terkini mereka.
Seterusnya berkaitan dengan Dasar Pendidikan Digital. Tuan Pengerusi, minta sedikit lagi ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan Dasar Pendidikan Digital, Butiran 060000 – Program Khusus. Dasar ini telah siap sepenuhnya sebelum Parlimen Keempat Belas dibubarkan. Dasar ini dirangka dengan penuh teliti, mengambil kira semua aspek bagi memastikan anak-anak kita bersedia untuk melalui atau menghadapi cabaran dunia digital ini. Saya dimaklumkan bahawa dasar ini akan dilancar pada 28 November 2023. Walaupun setahun lambat, saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Menteri dan pihak kementerian kerana terus mendukung dasar yang telah dirangka untuk sekian lama.
Bersama dengan dasar ini, kita kata kalau kita lancarkan dasar sahaja tanpa kita ada satu kerangka jelas berkaitan dengan penyediaan internet berkelajuan tinggi di sekolah, maka dasar ini tidak bermakna. Sebab itu bersama dengan dasar ini, Kertas Kabinet atau Kertas Jemaah Menteri bersama dengan dasar ini kita sediakan juga satu lagi Kertas Jemaah Menteri berkaitan dengan internet berkelajuan tinggi di sekolah. Ini kita panggil KPMNet at that time, dengan izin.
Apa yang kita ingin adakan adalah untuk meluaskan liputan internet di seluruh kawasan sekolah yang mana pada ketika ini hanya ada internet di pusat sumber, bilik guru dan pejabat sekolah. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Menteri dan kementerian, apakah status Kertas Kabinet, Kertas Jemaah Menteri KPMNet berkaitan dengan usaha untuk menyediakan internet berkelajuan tinggi di sekolah?
Seterusnya datangnya bersama dengan dasar ini juga adalah penggunaan Edutech ataupun teknologi pendidikan dan banyak perkara-perkara yang kita telah lihat bagaimana kita boleh gunakan teknologi pendidikan untuk memperkasakan pendidikan anak-anak kita. Salah satunya, ini dalam konteks memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris yang kita cuba laksanakan pada waktu itu adalah penggunaan Microsoft Reading Progress. Memandangkan untuk guru dalam kelas yang ramai 35 orang murid sebagai contoh, melihat kemampuan bahasa Inggeris setiap orang murid dari semasa ke semasa merupakan bukan suatu perkara yang mudah, maka kita gunakan teknologi dalam konteks tersebut. Jadi saya ingin tahu daripada pihak kementerian, apakah status penggunaan Microsoft Reading Progress ini dan telah berapa banyak sekolah yang telah terlibat dan berapa ramai murid yang telah turut sama dalam program ini?
Seterusnya adalah berkaitan dengan infrastruktur di Putrajaya, Tuan Pengerusi.
Bagi Butiran 00102 – Rendah Akademik dan Butiran 00201 – Menengah Akademik. Saya mohon kementerian menjelaskan status permohonan pembinaan Kompleks Sekolah Presint 6 (1) dan SK Putrajaya Presint 14 (2). Mengikut jawapan bagi pertanyaan bukan lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang lalu, kementerian memaklumkan permohonan telah dikemukakan dalam Rolling Plan Ketiga tahun 2023. Adakah kedua- dua sekolah ini juga termasuk dalam senarai 26 buah sekolah baru yang disebut dalam Belanjawan 2024? Selain daripada itu, saya ingin juga mendapat status terkini mengenai permohonan dewan terbuka berbumbung bagi SK Putrajaya Presint 8 (1).
Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi adalah berkaitan dengan Butiran B.63 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Saya ada menerima banyak aduan daripada syarikat perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan yang dilantik oleh KPM. Mereka maklumkan bahawa pembayaran daripada KPM lewat dan kadangkala sehingga lima atau enam bulan baru terima bayaran. Mereka maklumkan baru-baru ini, pembayaran untuk bulan 10 hingga bulan 12 adalah bergantung kepada penyaluran peruntukan oleh MOF.
Saya mohon pihak kementerian memberi perhatian tentang perkara ini untuk menyelesaikan pembayaran ini kerana kita perlu berlaku adil kepada vendor-vendor di Kementerian Pendidikan.
Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Dipersilakan Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Sebelum saya mula Dato’ Pengerusi, saya ingin mengalu-alukan pelajar-pelajar dan juga rombongan- rombongan. Rombongan dari SMJK Hua Lian dan Sekolah Menengah Hua Lian Suwa, Taiping...
[Tepuk] yang telah pun datang ke Parlimen untuk menyaksikan proses perundangan pada pagi ini.
Dato’ Pengerusi, saya rujuk kepada Butiran 00102 – Rendah Akademik. Sejumlah RM692 juta bagi tahun 2024. Pertama sekali, saya ingin merakamkan tahniah ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 November yang sekali lagi menentusahkan kedudukan SJK(C) dan SJK(T) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan tanah air yang tercinta ini.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Sememangnya isu ini bagi saya merupakan suatu non-issue, dengan izin yang mana SJKC dan SJKT telah wujud sekian lama dalam sistem pendidikan kita dan tindakan-tindakan pemohon dalam kes ini bukan sahaja sesuatu yang membazir masa mahkamah, malah juga suatu penyalahgunaan proses mahkamah. Susulan daripada keputusan daripada hakim-hakim yang bijaksana tersebut, saya mengesyorkan kepada KPM bahawa supaya kementerian mengambil tindakan tegas dalam memastikan keberlangsungan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dengan memastikan sekolah-sekolah yang menepati keperluan dibina.
Apabila kita berbincang berkenaan dengan isu pembinaan sekolah-sekolah baharu khasnya bagi SJKC, selalunya dipersoalkan status 10 buah SJKC baharu dan enam buah SJKC yang dibina yang telah pun diberikan kelulusan dasar pada tahun 2017.
Saya nampak komen Facebook seorang bekas Timbalan Menteri Pendidikan yang menyatakan status pembinaan SJKC tersebut masih merupakan satu tanda persoalan seolah-olah memberikan gambaran bahawa pembinaan sekolah-sekolah tersebut tidak ada progress langsung sejak pertukaran kerajaan pada tahun 2018.
Saya terpanggil untuk mengambil kesempatan ini untuk state the facts right, dengan izin yang mana pada tahun 2018 dan 2019, kerajaan baharu pada ketika itu telah memberikan peruntukan sebanyak RM20 juta satu tahun untuk tujuan pembinaan SJKC baharu. Dalam pada itu, ada SJKC baharu yang telah pun mendapat manfaat termasuk SJKC yang dalam untuk dipindahkan lokasi. Daripada sekolah-sekolah yang terbabit ada yang telah pun mula beroperasi SJK(C) Ladang Grisek, SJK(C) Cheah Fah. Ada yang sudah masuk fasa pembinaan terakhir, SJK(C) Poi Min dan juga ada sekolah-sekolah di luar daripada 10 tambah enam itu diberikan kelulusan untuk pindaan pada tahun 2018 dan 2019 dan diberikan peruntukan.
Saya memahami bahawa keadaan politik yang tidak berapa stabil pada beberapa tahun yang lepas telah pun menyebabkan lambatnya berkenaan dengan pelaksanaan projek pembinaan sekolah, maka usaha-usaha untuk pembinaan SJKC baharu adalah terjejas. Namun, sekarang keadaan politik telah pun bertambah kembali stabil. Saya percaya sudah sampai masa pihak kementerian untuk mempercepatkan usaha-usaha pembinaan SJKC-SJKC di lokasi-lokasi yang ada keperluan dengan menyediakan peruntukan yang secukupnya seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Dalam proses pembangunan fasiliti pendidikan, saya percaya bahawa ada pihak- pihak termasuk khasnya pemaju perumahan yang sanggup bersedia untuk membantu kerajaan dalam perkara ini untuk membina sekolah-sekolah ataupun dalam konteks ini SJKC di tapak-tapak kemajuan mereka. Segala usaha sebegini haruslah digalakkan oleh pihak kementerian dan saya mengesyorkan supaya tidak ada apa-apa syarat sampingan dikenakan misalnya pemaju diminta untuk membina satu lagi sekolah di tanah
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
penyimpanan sekolah yang sedia ada pada masa yang sama. Sekiranya ada hasrat daripada pemaju untuk sponsor ataupun menaja kos pembinaan SJKC tersebut biarlah pemaju tersebut mengambil tanggungjawab tersebut dan saya percaya dengan cara begini SJKC baharu di lokasi yang ada keperluannya dapat dibina tanpa sebarang implikasi kos kepada kerajaan dan juga dapat dipercepatkan keseluruhan proses.
Dato’ Pengerusi, Butiran 00102 juga dan juga Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 yang menyatakan peruntukan untuk penaiktarafan tandas-tandas sekolah turut akan dilanjutkan kepada kesemua sekolah bantuan kerajaan. Ini merupakan satu isyarat yang jelas dan tegas untuk memastikan kesemua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan diberikan kedudukan yang sama rata.
Saya ingin mencadangkan di sini bahawa jumlah yang sama seperti tahun 2023 iaitu sejumlah RM70,000 setiap sekolah harus diberikan. Pada masa yang sama saya juga ingin bertanya kepada kementerian daripada butiran manakah peruntukan ini bakal disalurkan. Sudah tentunya peruntukan untuk penaiktarafan dan tandas ini harus dianggap dan dijadikan suatu peruntukan tambahan kepada apa yang sedia ada. Saya mencadangkan supaya peruntukan ini tidak harus diberikan, tidak harus diambil keluar daripada anggaran peruntukan penyelenggaraan institusi KPM tahun 2024 sebanyak RM1 bilion tersebut. Ia harus dijadikan satu peruntukan tambahan kepada sekolah-sekolah yang terbabit.
Ini adalah penting untuk memastikan bahawa anggaran peruntukan penyelenggaraan institusi KPM pada tahun 2024 adalah mencukupi untuk tujuan penyelenggaraan sekolah-sekolah biarpun sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan. Biarpun sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan Tamil ataupun Cina dan saya juga memohon supaya anggaran peruntukan ini dapat ditingkatkan untuk membolehkan sekolah-sekolah kerajaan, sekolah-sekolah bantuan kerajaan dari semua aliran boleh mendapat manfaat dengan memperolehi peruntukan yang lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Dengan itu sekian sahaja daripada saya.
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Taiping. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Selamat tengah hari Tuan Pengerusi.
Saya suka merujuk kepada Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia, 030200 – Pendidikan Rendah dan 030300 – Pendidikan Menengah. Ini berkaitan dengan operasi pendidikan dan pengurusan di Kepala B.63 khususnya berkaitan keperluan guru. Tadi Putrajaya sudah sebut ada penambahan guru sehingga Julai 2022 tetapi saya dapat makluman berlaku satu kekurangan guru yang terlalu besar. Saya dimaklumkan saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah benar kekurangan guru ketika ini adalah lebih 22,000 orang.
Keperluan guru bagi lebih 10,231 sekolah menengah dan rendah saya kira adalah lebih kurang 431,232 guru sedangkan apa yang kita dapat makluman hanya diisi 409,164 guru sahaja. Besar kekurangannya. Apa sebab kekurangan ini? Sekolah menengah harian biasa sahaja dimaklumkan kekurangan lebih 9,000 guru, sekolah kebangsaan juga kurang lebih 9,000 orang guru tidak termasuk aliran-aliran lain. Maknanya juga terdapat banyak kekosongan jawatan guru di sekolah menengah dan sekolah rendah.
Soalan saya, apa rangka tindak KPM untuk mengatasi kekosongan dan kekurangan guru ini dan saya mohon KPM menyatakan di Dewan ini berapa sebenarnya kekurangan daripada 22,000 guru ini di sekolah menengah dan biasa. Berapa
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
kekurangan di Bahagian Pendidikan Islam? Berapa kekurangan guru di Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Teknik dan Vokasional, Kolej Vokasional, sekolah asrama penuh, sekolah sukan dan kokurikulum termasuk kekurangan di kolej-kolej Tingkatan 6?
Berapa pula kekosongan di sekolah kebangsaan, di sekolah rendah kebangsaan? Berapa kekosongan di sekolah jenis kebangsaan Cina? Sekolah jenis kebangsaan Tamil? Di Bahagian Pendidikan Islam Rendah dan di Bahagian Pendidikan Khas? Saya mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh Butiran 00300 bagi maksud P.63 berkaitan peruntukan Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional. Saya kira peruntukan berjumlah lebih kurang RM181 juta agak sangat-sangat rendah. Selalu saya nyatakan keperluan menambah program PVMA dan PIMA iaitu Program Vokasional Menengah Atas dan Perantisan Industri Menengah Atas. Saya kira ini waktunya fokus sistem kita adalah pendidikan secara work-based learning dengan izin dan ini sepatutnya dilakukan sekarang. Perlu ditambah lebih banyak lagi kelas PVMA dan PIMA selain memang kita sudah ada kolej vokasional.
Bayangkan Tuan Pengerusi, setiap tahun lebih 50,000 pelajar SPM gagal dapat SPM. Selama 11 tahun bersekolah akhirnya tidak dapat sijil peperiksaan awam. Saya bangkitkan isu ini kerana sehingga tahun 2022 hanya ada 347 kelas PVMA yang hanya menawarkan 12 kursus kemahiran dan hanya ada 13 sekolah menengah melaksanakan PIMA dengan hanya menawarkan 11 bidang kemahiran sahaja iaitu di sekolah menengah harian biasa.
Program tidak bertambah dan kelas vokasional juga tidak bertambah sedangkan program PVMA memberikan sijil kepada Malaysia SKM sampai tahap kedua dan mendapat pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKP). Bagaimana jika hanya ada 347 kelas PVMA yang hanya boleh menampung paling ramai lebih kurang 10,000 pelajar yang tidak cenderung akademik, sedangkan sebagaimana saya nyatakan tadi lebih 50,000 pelajar setiap tahun gagal mendapat SPM? Kalau hanya 347 buah PVMA, maka saya kira itu sahaja pelajar yang boleh mendapat sijil kemahiran selain daripada SPM. Bagaimana dengan selebihnya yang saya kira berpuluh ribu lagi pelajar-pelajar yang tidak cenderung akademik yang perlu diberi kemahiran?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Saya mengesyorkan kepada KPM melalui bajet pendidikan dan latihan, teknik dan vokasional berjumlah RM181 juta perlu ditambah lagi supaya kelas PVMA dan Program PIMA diperbanyakkan lagi di kawasan luar bandar khususnya kawasan negeri Sabah dan Sarawak.
Tuan Pengerusi, saya nak merujuk kepada Butiran 050000 – Pembangunan Profesionalisme. Tuan Pengerusi, hanya ada 140 Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam, eh, minta maaf, Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Malaysia yang mentadbir 431,232 orang guru dan hampir lima juta pelajar. Mereka ini adalah ketua-ketua pentadbir pendidikan daerah dan tanggungjawabnya sangat besar. Kena jaga dan memantau beribu, malah berpuluh ribu guru dan berpuluh ribu pelajar di setiap pejabat pelajaran.
Malangnya skim gred mereka sama dan setara dengan pengetua sekolah menengah. Malah ada yang lebih rendah iaitu gred DG54 ke bawah. Saya mencadangkan kepada KPM supaya gred untuk Ketua Pegawai Pelajaran Daerah disemak semula gred jawatan ini dan mereka paling sesuai diletakkan di gred DG56 sesuai dengan tanggungjawabnya. Saya kira Tuan Pengerusi dengan hanya 140 PPD di seluruh Malaysia, kenaikan dan penghormatan ini tidak memberi implikasi kewangan yang besar tetapi meningkatkan penghormatan sesuai dengan jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelajaran Daerah.
Sikit lagi Tuan Pengerusi. Butiran 01000 berkaitan Pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah khususnya Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam yang dalam proses pembangunan. Soalan saya, adakah proses kontrak mengikut tempoh masa yang ditetapkan atau adakah berlaku kelewatan dari segi tempoh kontrak pembangunan
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
pejabat pelajaran tersebut. Jika berlaku kelewatan, saya mohon pihak KPM segera mengambil tindakan wajar supaya pembangunan sebuah PPD Sabak Bernam dapat dilaksanakan mengikut tempohnya.
Last sekali Tuan Pengerusi, saya nak merujuk berkaitan dengan menyentuh butiran-butiran di bawah P.63, dari Butiran 00101 hingga 30000 berjumlah RM5.9 bilion.
Saya nak merujuk berkaitan dengan surat rujukan MOF BKP(5) 600-1/10/5, Jilid 2 bertarikh 2 Ogos berkaitan dengan kementerian, perkara kedua menyebut Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju untuk memberikan pengecualian kepada KPM bagi melaksanakan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi sekolah daif secara pembelian atau lantikan terus sehingga had nilai RM200,000.
Kementerian Pendidikan KPM boleh membuat pelawaan kepada mana-mana pembekal yang berkelayakan tanpa perlu mematuhi syarat sekurang-kurangnya tiga pembekal atau kontraktor. Jadi, saya sebelum ini pemberian pembelian terus adalah RM50,000. Adakah ini terpakai kepada setiap kontrak dan tender di bawah KPM yang di mana di bawah RM200,000, maknanya boleh dilantik kontraktor secara runding terus. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk kepada kepala B.63, Butiran 060600 – Bantuan Sukan. Saya ingin – secara spesifik untuk yuran Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sesungguhnya seperti yang saya pernah bangkit sebelum ini kadar bantuan yuran MSSM yang ada sekarang adalah tidak praktikal lagi berikutan dengan kos hidup yang sedia ada sekarang. Tambahan pula kadar bantuan yang sama antara negeri telah membawa kepada kesukaran terutamanya untuk pelajar di Sarawak dan Sabah.
Pasukan-pasukan sukan dari Sarawak dan Sabah terutamanya dari kawasan luar bandar sering menghadapi kos logistik yang lebih tinggi. Oleh itu kami menggesa agar formula pembiayaan sukan dapat dipertimbangkan semula dengan mengambil kira faktor logistik dan perbelanjaan yang lebih tinggi di Sarawak dan Sabah di setiap peringkat pertandingan. Ini akan memastikan bahawa pasukan-pasukan sukan di Sarawak dan Sabah turut diberi peluang yang sama untuk menyertai latihan dan pertandingan sukan.
Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah meningkatkan kadar RMT ini.
Tetapi saya ingin menyaran juga untuk program ini dapat diperluaskan ke peringkat sekolah menengah khususnya ke Tingkatan Lima kerana terdapat beberapa sekolah di kawasan saya yang pernah membuat eksperimen di mana pihak sekolah melalui PIBG telah memberikan bantuan makanan kepada pelajar Tingkatan Lima dalam tempoh terakhir semasa mereka membuat persiapan untuk menduduki SPM dan juga waktu peperiksaan. Ini telah menunjukkan prestasi, peningkatan dari segi prestasi keputusan mereka.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
[Bangun]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 061100 – Perjalanan dan Pengangkutan. Setakat ini peruntukan kewangan ini adalah untuk menampung perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan murid yang tinggal di sekolah asrama Saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian supaya kita boleh memperluaskan program ini kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi memastikan keperluan persekolahan mereka terjamin seperti yang telah dibuat oleh Yayasan Sarawak di mana Kerajaan Sarawak akan memberi subsidi kepada bas sekolah untuk menghantar murid-murid dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk hadir ke sekolah.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Seterusnya saya merujuk kepada Program Biasiswa dan Penajaan di bawah Butiran 04001. Saya mohon kementerian terangkan program di bawah biasiswa dan penajaan ini dan bagaimana dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar. Saya juga ingin bertanya sama ada Program MyBrain dapat diteruskan di bawah pentadbiran ini?
Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Saya ingin menyarankan, bertanya tentang komitmen KPM dalam membantu kanak-kanak tanpa warganegara supaya mereka boleh mendapat lebih banyak peluang untuk belajar di sekolah rendah dan menengah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Miri, Batu berdiri lama di belakang. You nak bagi tak?
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Habiskan dulu. Miri habiskan dulu.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Okey, okey. Seterusnya saya ingin merujuk kepada kod am 10000 – Emolumen. Saya ingin bertanya tentang perancangan kerajaan pada tahun 2024 untuk mengatasi atau mengurangkan masalah kekurangan guru khususnya di pedalaman sekolah Sarawak dan Sabah dan juga kekurangan guru di SJKC secara umumnya.
Akhir sekali saya ingin merujuk kepada P.63, 01300 – Pendidikan Khas di mana saya terdapat banyak adu di bawah di mana kelas yang sedia ada tidak mencukupi. Saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian kepada keperluan untuk meningkatkan bilangan kelas untuk pendidikan khas. Silakan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Miri bagi peluang dekat Batu. Izinkan saya ambil bahagian berkongsi masa dengan sahabat saya Miri.
Butiran saya ingin terus bangkitkan adalah 010300 – Peruntukan Untuk Sekolah Tamil dan juga Sekolah Cina. Saya mohon jawapan daripada pihak kementerian dan Menteri, berapakah peruntukan yang telah digunakan untuk sekolah Tamil dan juga sekolah Cina pada tahun 2023, tahun ini khususnya.
Juga apakah status peruntukan RM30 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India pada 10 Jun 2023 di mana Perdana Menteri umum RM30 juta, RM20 juta untuk membaik pulih sekolah dan RM10 juta untuk membantu hal berkaitan perolehan tanah untuk pembinaan SJKT.
Juga saya ingin membangkitkan satu isu yang sedang viral di sosial media di mana Karnival Bahasa Tamil yang berlangsung di Pulau Pinang Dato' Speaker. Perkara ini saya rasa sangat-sangat mengguris hati masyarakat India dan juga sekolah-sekolah Tamil. Kenapa? Sebab satu-satunya tradisi ataupun keagamaan sekolah-sekolah Tamil telah dihalang dan tidak ambil tahu oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di mana satu lagu tradisi Kadavul Vazhthu dan Tamil Vazhthu telah dihalang dan tidak dibenarkan untuk menyanyi dalam Program Sekolah Tamil Dato' Speaker. Ini adalah satu diskriminasi yang besar dan juga ketidakadilan bagi sekolah-sekolah Tamil.
Kenapa pihak jabatan perlu bercampur tangan berkaitan dengan hal keagamaan masyarakat India dalam sekolah Tamil? Ini juga saya mohon sangat Menteri untuk menyiasat. Saya sangat-sangat minta pihak jabatan untuk memohon maaf kepada semua masyarakat India sebab tidak diberi ruang kepada lagu tersebut. Bukan sahaja di situ, gambar Thiruvalluvar yang seorang philosopher dengan izin ataupun ahli falsafah, ilmuwan yang juga pernah dipetik ayat tersebut oleh Perdana Menteri kita semasa perbahasan Belanjawan 2024 telah pun tidak dibenarkan untuk mengadakan gambar Thiruvalluvar di program tersebut.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
What is your intention sebenarnya jabatan pendidikan? Kenapa ada isu-isu sensitif sebegini dalam sekolah-sekolah Tamil? Bagi saya, pandangan saya, Menteri
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
mohon ambil tindakan sebab kita tak nak sebagai seorang India yang daripada kecil hingga sekarang, sentiasa mendengar ataupun membaca ayat-ayat Thirukkural dan saya ingat lagi ibu bapa saya sentiasa bagi tahu, ‘Awak kena jadi seorang bertutur Tamil seperti Thiruvalluvar’. Tetapi hari ini kementerian ataupun jabatan pendidikan menghalang gambar ataupun perkara-perkara keagamaan ataupun tradisi ini, telah menyakiti hati saya apabila Perdana Menteri (PMX) memperkasakan bahasa Tamil dan ini serupa satu sabotaj daripada orang dalam jabatan tersebut. So, saya mohon ambil tindakan dan jabatan yang bertanggungjawab perlu memohon maaf segera. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Saya mohon ucapan Batu dimasukkan dalam ucapan saya. Sebagai penutup, Tuan Pengerusi. Saya memohon Yang Berhormat Menteri boleh mengambil kesempatan di sini untuk menerangkan pembangunan infrastruktur terutamanya juga di bawah Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Mungkin Menteri boleh menerangkan apa usaha yang telah diambil oleh kerajaan selama ini untuk membangunkan sekolah di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak dan juga sekolah-sekolah daif. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pengerusi, saya terus ke Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia.
Pada 31 Januari 2023, kerajaan telah mengumumkan terdapat sebanyak 19,431 kekosongan yang melibatkan guru dan April 2023, kerajaan sudah pun melancarkan iklan pengambilan khas perjawatan guru one-off sebagai solusi kepada permasalahan ini.
Soalan saya, apakah status terkini mereka yang memohon dan sudah berapa banyak ambilan yang berjaya mengisi kekosongan ini? Kedua, apakah tindakan susulan sudah pun dilakukan selepas pelaksanaan penandaan opsyen mata pelajaran kepada guru-guru di SJKC dan SJKT?
Butiran 00203 – Sekolah Menengah Berasrama Penuh. Temerloh terutamanya Kuala Krau sehingga kini masih belum ada IPT. Untuk makluman Dewan, Kuala Krau ini dia berada di dua PBT, Maran dan Temerloh. Jadi, pembangunan di Temerloh tertumpu kepada sekitar Parlimen Temerloh dan Maran tertumpu kepada DUN Jengka. Dua DUN lagi, Jenderak dan Kerdau berada di tengah-tengah, tak tahu, berada di persimpangan.
Jadi sebab itu, saya mohon sekurang-kurangnya kementerian terutama Yang Berhormat Menteri melihat kepada cadangan saya setidak-tidaknya kalau tidak ada IPT pun diadakan SMKA bagi menampung keperluan dan juga membangunkan Kuala Krau sebagai daerah pendidikan.
Butiran 062000 – Pengurusan Sukan. Saya mendapat keluhan daripada guru- guru yang berkaitan kokurikulum sukan terutamanya yang terpaksa membawa wakil-wakil sekolah sama ada di peringkat daerah, negeri ataupun kebangsaan terpaksa menanggung kos pengangkutan serta penginapan melalui persatuan sukan terbabit.
Persoalan saya, adakah kerajaan melihat ini sebagai suatu perkara yang perlu diambil berat untuk mengatasi masalah untuk melahirkan pelapis-pelapis sukan negara?
Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan yang sering ditimbulkan setiap kali perbahasan. Kuala Krau juga berdepan dengan kuarters pendidikan yang banyak kosong yang saya telah sebut banyak kali dalam Dewan ini. Kali ini saya hendak mencadangkan agar kerajaan dapat melakukan kerjasama dengan institusi pendidikan swasta ataupun institusi pendidikan yang lain terutamanya kolej komuniti yang kebanyakan pelajar-pelajarnya tinggal di rumah-rumah sewa sedangkan yang berada di sekitar mereka ada kuarters-kuarters guru yang terbiar. Maka bekerjasama dengan kolej- kolej ini akan dapat menggunakan apa yang terbiar dan dapat membantu pelajar untuk meneruskan pengajian mereka dengan lebih selesa.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Butiran 01000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Negeri/Daerah. Untuk maklumat Dewan, bangunan PPD daerah Temerloh walaupun Temerloh ini dia ada Parlimen dia tetapi sebahagian DUN dalam Kuala Krau, pendidikan ialah diuruskan oleh PPD Temerloh yang telah dibina seawal tahun 1960an. Saya dan Menteri pun tak ada lagi masa itu. Namun sehingga kini, dengan ruang kerja yang tidak mengikut saiz piawaian dan tidak selesa terutamanya selepas penstrukturan semula. Bangunan yang daif, yang tidak boleh lagi untuk dibaiki menjadi lebih elok.
Namun sehingga kini, status tanah kepada pejabat ini masih berkongsi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar ataupun dikenali sebagai Abu Bakar School dan bukan tanah milik persendirian PPD. Persoalan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk membina PPD yang baru di daerah ini kerana saya dimaklumkan ia telah diluluskan.
Sekiranya ia benar, apakah status mengenai perkara berkaitan?
Pendidikan pra sekolah. Saya difahamkan dan mendapat maklumat yang prestasi produk ataupun segelintir murid dari prasekolah Kementerian Pendidikan tidak mampu menguasai 3M yang ditekankan oleh pihak kementerian. Jika sekiranya ia benar, apakah langkah kerajaan dalam meningkatkan prestasi graduan lepasan prasekolah KPM agar mereka tidak ketinggalan ketika melangkah ke sekolah tahun satu? Saya minta izin seminit, Tuan Pengerusi.
00102 – Rendah Akademik. Terima kasih kementerian kerana memilih Sekolah Kebangsaan Penderas salah satu perkampungan Orang Asli di Parlimen Kuala Krau sebagai melaksanakan Sekolah Model Khas Komprehensif K9 di sekolah ini. Semua prasarana telah pun diadakan cuma menunggu surat kelulusan pelaksanaannya. Jadi, saya ingin tahu bagaimana status surat tersebut.
Kemudian, 00700 – Institut Pendidikan Guru - Pembangunan Kompetensi Guru.
Apakah status terkini perbincangan pihak kementerian mengenai gaji guru mengikut kelayakan?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuala Krau, sedikit. Kuantan.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Silakan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Kuala Krau. Terdapat situasi ketika ini, ada terdapat guru besar yang grednya lebih rendah daripada guru-guru di bawah seliaannya. Setuju atau tidak Kuala Krau agar kerajaan melihat perkara ini agar guru besar ini dinaikkan ke gred yang sesuai sebagai seorang ketua jabatan bagi menyelia guru-guru di bawah seliaannya? Terima kasih.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Amat-amat setuju dan masukkan dalam ucapan saya. Seterusnya, tujuh langkah yang diambil kementerian untuk mewujudkan pembantu guru, sejauh manakah ianya telah dilaksanakan? Paling akhir, saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Menteri tentang kenyataan dalam satu majlis, KPM diminta pantau kakitangan yang tak sokong Kerajaan Perpaduan. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri dan juga apa pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap program ‘After Party’ yang sibuk disebut dalam media sosial? Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, Butiran 00102 – Rendah Akademik, 00201 – Menengah Akademik, 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, 03504 – Ubah Suai, Naik Taraf Sokongan Pendidikan, 01300 – Pendidikan Khas, 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya sebutkan butiran-butiran ini kerana berdasarkan jawapan daripada Kementerian Pendidikan sewaktu sesi Parlimen yang lalu, semua butiran ini adalah berkaitan dengan sekolah daif. Pertama, mengapa kerajaan sama ada KPM atau MOF sehingga ke hari ini masih tidak mahu meletakkan butiran sekolah daif ini sebagai dalam satu butiran sahaja? Last year pun saya sudah cakap perkara ini, tahun ini cakap lagi.
Takkan lah sampai tahun 2025 pun saya akan cakap juga? Apa bah yang susah sangat *pi taruk ....
[Tidak jelas]* Kedua, saya ada tanya di peringkat dasar hari itu mengenai 155 projek naik taraf bangunan dan prasarana sekolah daif yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Adakah ini projek baru atau projek sambungan? Soalan saya masih belum dijawab. Begitu juga dengan tahun 2023. Berapakah jumlah dan nilai projek yang telah dilaksanakan pada tahun ini?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Ketiga, mengenai laporan audit berkenaan sekolah daif yang diterbitkan baru- baru ini. Saya rujuk muka surat tiga dan empat dan saya quote, “Bagi tempoh 2019 sehingga 2022, KPM menyalurkan sejumlah RM1.026 bilion peruntukan untuk pelaksanaan 386 projek daif. Sehingga 31 Disember 2022, sejumlah RM715.55 juta, 69.7 peratus telah dibelanjakan yang mana 123 sekolah telah siap dan 263 sekolah dalam peringkat pelaksanaan”. Saya ingin tahu, daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah yang telah dibelanjakan untuk sekolah-sekolah daif di Sabah dan daripada jumlah perbelanjaan yang tidak dibelanjakan itu, berapakah jumlahnya di Sabah?
Seterusnya, saya semak muka surat 21 dan 22. Saya quote, “Permohonan meroboh bangunan daif bagi 22 bangunan sekolah di Sabah yang dalam peringkat pra bina masih belum dikemukakan oleh KPM kepada KPKR”. Seterusnya, saya quote lagi, “KPM mengambil masa antara 637 sehingga 1,043 hari. 34 bulan lapan hari untuk mengemukakan permohonan meroboh kepada Ketua Pengarah Kerja Raya. Selanjutnya, KPKR mengambil masa antara 15 hingga 48 hari untuk memberi kelulusan meroboh kepada KPM selepas permohonan diterima”. Tuan Pengerusi, apa ini? Apa ini? Projek sudah lulus tapi ambil masa tiga tahun untuk submit permohonan kepada JKR. Baru submit, ambil masa tiga tahun. Apa punya lidut kita ini? Lambat, lambat. Ini soal sekolah daif, tahu. Kalau ada apa-apa terjadi kepada sekolah ataupun anak-anak murid, siapa yang mahu bertanggungjawab? Come on lah, KPM.
Keempat, mengenai kemudahan kantin sekolah rendah yang daif. Hampir 70 peratus sekolah-sekolah rendah di Kota Belud tidak mempunyai kemudahan kantin yang sempurna kecuali sekolah rendah yang mempunyai bangunan konkrit. Bangunan- bangunan sekolah baharu yang telah siap pun 20 peratus saja yang mendapat kemudahan kantin baharu. Isu ini difahamkan hampir menyeluruh di seluruh negeri Sabah.
Kelima, saya dimaklumkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah mengenai kelewatan projek sekolah daif adalah berpunca daripada status tanah khususnya di daerah Kota Belud. Saya tahu perkara ini di bawah seliaan negeri. Tapi saya mahu jelaskan di sini, cuba kerajaan negeri proaktif dulu, bah. Sekolah-sekolah terlibat ini ada di antaranya yang mengalami dan mempunyai keadaan infra yang sangat daif dan sangat teruk. Kita complained tapi kita ini lambat. Cuba usai dulu, bah.
Keenam, skop sekolah daif. Sebelum diluluskan projek sekolah-sekolah daif di Sabah ini Tuan Pengerusi, kementerian perlu teliti sebaiknya. Skop kemudahan yang sesuai dengan keperluan murid dan warga pendidik. Saya diberitahu, projek-projek sekolah daif yang diluluskan sebelum ini hanya merangkumi bilik-bilik darjah sahaja tanpa ada kemudahan seperti bilik pentadbiran, kantin sekolah, tandas, bilik khas, pagar sekolah dan rumah guru. Saya boleh bagi kamu contoh sekarang, SK Kiau. Saya ada cakap benda ini tempoh hari, yang mana bilik guru dia hari itu pakai khemah saja Tuan Pengerusi.
Sekarang ini, walaupun saya tahu sudah mendapatkan peruntukan tapi bolehkah di lain masa, di lain kali kita kalau kita buat assessment itu, kita ikut bah keperluan sekolah. Tak
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
akan kita mau tunggu viral dulu macam kisah Cikgu George Odol di SK Ulu Ansuan yang sanggup tinggal di stor lebih daripada tiga tahun untuk mengajar, baru kita urus? Baru kita bagi peruntukan? Ini kah kita punya modus operandi? Kita kasi viral dulu baru bagi kita urus.
[Tepuk] Ketujuh, mengenai asrama SK Tengkurus, Kota Belud yang masih belum siap dan tidak dapat digunakan murid-murid. Projek ini dikategorikan projek sakit walaupun proses tender semula telah dibuat dan kontraktor baru telah dilantik. Sepatutnya asrama ini telah dan boleh digunakan pada tahun 2022 lagi. Berapa tahun mau kasi siap ini? Mau tunggu PRN?
Tuan Pengerusi, Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia, Butiran 010800 – Pentadbiran Negeri, Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Ini berkenaan isu pendidikan di Sabah. Pengisian jawatan Pegawai Pendidikan Daerah yang mengambil masa yang lama di daerah-daerah yang mengalami kekosongan jawatan setelah penyandang bersara wajib atau ditukarkan atau dinaikkan pangkat. Saya difahamkan ada di antara kekosongan ini mengambil masa lebih setahun dan masih belum dilantik-lantik lagi.
Kesian bah daerah itu. Mentadbir without PPD. Saya cadang agar pelantikan Pegawai Pendidikan Daerah ini lain kali diberi kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri untuk melantik. Senang, tiada campur politik, tiada campur tangan orang politik.
Pengarah negeri lebih tahu prestasi pegawai-pegawai di bawah tanggungan dia.
Sebab itu dulu ketika Warisan memerintah, kita wujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi waktu mentadbir Sabah. Itulah guna dia itu. Kemudian, pelan penggantian jawatan peringkat tertinggi mesti dibuat secara tersusun di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai contoh, di Sabah jawatan Pengarah Pendidikan Gred Jusa B.
Malangnya, Timbalan-timbalan Pengarah masih di gred DG54. Macam mana kita mahu mengurus kalau ada pengosongan jawatan. Timbalan-timbalan Pengarah tidak boleh mengisi kekosongan jawatan tahu. Pegawai-pegawai pendidikan di Sabah seharusnya diberi peluang sekurang-kurangnya peringkat Jusa C bagi proses penggantian Pengarah Negeri Jusa B. So, KPM tolong jawab dulu. Sudah jawab kita sokong. Terima kasih.
Timbalan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih. Saya mempersilakan Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya mohon izin untuk mengalu-alukan ketibaan dan kedatangan pelajar pra- universiti, pelajar Tingkatan 6 daripada Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah di belakang sana.
[Tepuk] Selamat datang juga kepada guru-guru pengiring. Kita berdoa semoga mereka ini menjadi bakal-bakal pemimpin suatu hari nanti. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 040000 – Pengukuhan Operasi Pendidikan. Seramai 2,999 kes dera kanak-kanak yang diumumkan di salah sebuah sekolah oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dengan kes yang banyak libatkan murid sekolah, apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang selain menambah bilangan guru kaunselor? Adakah perlunya penglibatan PIBG dengan aktiviti sivik keibubapaan berskala perdana? Maksudnya, menggunakan modul yang holistik bagi menangani kes penderaan yang semakin membimbangkan dalam masyarakat.
Seterusnya, isu yang berlaku di sekolah juga iaitu adalah buli di salah sebuah sekolah di Sabah pada 3 Ogos yang lepas. 10 pelajar dilokap bagi membantu siasatan polis. Umur mereka antara 15 hingga 17 tahun. Berlaku di sekolah asrama dan mereka disiasat mengikut dua seksyen, satu 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan yang
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
kedua seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut. Gejala buli merupakan satu masalah kebangsaan tanpa mengira status sosioekonomi. Apakah tindakan penyelesaian yang tuntas yang ditekankan dalam aktiviti kurikulum sekolah selain aktiviti yang melibatkan kokurikulum?Laporan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), Malaysia di tempat kedua di rantau Asia bagi kes buli siber melibatkan remaja. Apakah langkah proaktif kementerian bagi mengekang buli siber di peringkat institusi pendidikan?
Seterusnya, Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Sekali lagi Menteri, saya nak mendapatkan jawapan yang begitu konkrit di pihak kementerian soal memartabatkan tulisan jawi di peringkat menengah atas. Bagi aliran agama di SMKA dan sekolah agama tajaan negeri, saya tidak memberi keutamaan dari segi penulisan jawi kerana kita sedia maklum mereka mempunyai asas yang kukuh dalam tulisan tersebut. Namun, bagi aliran menengah harian di seluruh negara jawapan Menteri– saya minta maaf, dibuat sambil lewa dan hanya bergantung kepada jawapan pegawai di kementerian.
Apa yang perlu Menteri fokus dengan perbahasan saya ialah keberanian politik Menteri untuk memartabat, memperkasa dan memberi nafas semula kepada tulisan jawi di peringkat menengah atas ini iaitu di Tingkatan 4 dan 5. Sekiranya dengan bergantung kepada jawapan pegawai, jawi hanya akan menjadi momokan biasa, tidak ada peningkatan untuk mengangkat keperdanaan jawi di persada negara yang melibatkan generasi penerus kesinambungan penulisan khazanah negara di abad seterusnya. Saya mohon agar soalan, saya ulang, soalan jawi dalam subjek Pendidikan Islam, SPM dikembalikan. Semoga dengan keberanian politik Menteri, dalam hal ini bukan saya sahaja tetapi seluruh suara rakyat akan menghargai kewibawaan Menteri bagi mengembalikan pemartabatan jawi dalam institusi arus perdana peringkat menengah atas.
Seterusnya, Butiran 040500 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Perdana Menteri menyebut yuran IPT tidak boleh dinaikkan. Namun, pada sesi 2024, kadar baharu yuran pendaftaran untuk menduduki ujian Bahasa Inggeris (MUET) telah naik RM150 daripada RM100. Adakah pihak KPM mengambil kira pelajar yang terlibat dalam kalangan B40?
Butiran 00204 – Matrikulasi. Saya menerima rungutan ibu bapa, perlunya penyelarasan tarikh penawaran ke IPT. Sebabnya ialah saya telah menerima aduan, ada pelajar yang diterima masuk ke matrikulasi dan telah selesai buat bayaran, kemudian mendapat tawaran ke IPT atau ke IPG. Ini bermakna bayaran telah dibuat kepada pihak matrikulasi akan lebur dan bayaran tidak dipulangkan. Ini satu bentuk yang sangat mendukacitakan. Saya harap penyelarasan tarikh perlu bagi memberi lebih peluang kepada pelajar di seluruh negara. Sekian.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis mesyuarat. Bentara.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin terus menyentuh kepada Butiran 00102 – Rendah Akademik. Di sini saya ingin menyatakan bahawa terdapat kurangan peruntukan penyelenggaraan bagi sekolah bantuan kerajaan. Kalau kita membuat perbandingan, ketika Yang Berhormat Bagan merupakan menjadi Menteri Kewangan.
Ketika itu Yang Berhormat Bagan telah memperuntukkan RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, berbanding dengan tahun hadapan— tahun ini hanyalah jumlah RM47.7 juta sahaja. Kalau kita buat perbandingan ketika Yang Berhormat Bagan merupakan Menteri Kewangan tahun 2019, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil diberi peruntukan RM50 juta, berbanding dengan hanya RM19.48 juta sekarang— RM19.48 juta sekarang.
Sekolah menengah jenis kebangsaan diberi peruntukan RM20 juta semasa Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan. Sekarang, hanya diberikan peruntukan RM4 juta sahaja. Sekolah mubaligh ketika Yang Berhormat Bagan merupakan Menteri Kewangan, beliau telah memperuntukkan RM50 juta, sekarang hanya diperuntukkan RM18.40 juta. Soalan saya adalah kenapa? Saya memohon Menteri Pendidikan memberi perhatian kepada perkara ini yang telah dibangkitkan oleh saya dan saya mohon penjelasan.
Butiran 00204 – Matrikulasi. Puan Pengerusi, tiap-tiap tahun kita mendengar, terutamanya murid-murid daripada bangsa India dan Cina yang memperolehi keputusan begitu cemerlang. Saya gunakan ungkapan 4 flat, tidak dibenarkan untuk memperolehi peluang untuk belajar melalui program matrikulasi. Saya mohon Menteri Pendidikan memberi perhatian kepada perkara ini.
Daripada dulu sehingga sekarang, saya masih lagi mendengar Yang Berhormat Tambun dengan ungkapan beliau, “*Kita kira anak India, anak saya. Anak Cina, anak saya.
Anak orang Melayu, anak saya. Anak Kadazan, anak saya. Anak Iban, anak saya.*” Tetapi bila berlakunya masalah di mana murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang tidak mendapat peluang, terutamanya daripada kaum India dan Cina untuk melanjutkan pelajaran melalui proses matrikulasi, ia membawa tanggapan negatif terhadap Yang Amat Berhormat Tambun, yang telah saya berusaha sehingga sekarang untuk membawa— menjadikan beliau sebagai seorang Perdana Menteri.
Saya hanya merayu kepada Menteri Pendidikan, jangan benarkan Little Napoleons untuk sabotaj kerajaan ini. Saya merayu kepada Menteri Pendidikan, kita mahu kerajaan ini berjaya. Jangan lupa jasa kepada kaum India dan Cina yang telah memberi sokongan 100 peratus kepada Yang Berhormat Tambun, untuk memastikan selepas perjuangan 25 tahun reformasi, beliau menjadi Perdana Menteri. So, bila berlaku masalah-masalah macam ini, kita rasa dukacita dan saya juga ingin menyentuh isu yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Batu tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di sini, saya ingin menggunakan satu ungkapan Thirukkural kerana Menteri— Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyentuh Thirukkural dalam ucapan belanjawan beliau. Dengan izin Puan Pengerusi, dalam bahasa Tamil ucapan— satu ungkapan Thirukkural, [Berucap dalam bahasa Tamil] . Saya ulangi [Berucap dalam bahasa Tamil] yang bermaksud, “*Kita kena fikir waswas sebelum membuat keputusan.
Apabila telah membuat keputusan, jangan kita pandang balik. Kita berjuang habis-habisan sehingga kita berjaya.*” [Tepuk] Itu menjadi tonggak permulaan reformasi di negara ini. Sebab itu saya di sini, ingin sekali lagi mengambil bahagian menggunakan kesempatan ini dan mengecam pihak-pihak yang telah melarang Kadavul Valthu dan Tamil Valthu dalam satu upacara Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kepala Batas. Saya tak tahu lah Puan Pengerusi. Saya cuba— cuba elak Kepala Batas tapi terpaksa saya menyentuh Kepala Batas juga.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Saya akan habiskan, Puan Pengerusi, ya. Saya akan habiskan. Saya datang daripada Pulau Pinang. Bila saya kembali ke Pulau Pinang, perkara ini dipersoal. Jadi, saya mohon kalau Yang Berhormat Batu minta supaya pihak-pihak yang terlibat itu meminta maaf, saya menuntut tindakan disiplin diambil terhadap mereka. Pihak-pihak daripada Kementerian Pendidikan, supaya tidak ada lagi Little Napoleons yang akan sabotaj Kerajaan Perpaduan ini, Puan Pengerusi. Sekian, terima kasih saya ucapkan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Hebat Jelutong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Puan Pengerusi, YB Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kerana lagi sekali peluang diberikan kepada Kangar membahaskan agenda pendidikan peringkat Jawatankuasa.
Jadi, agenda pendidikan merupakan agenda yang amat penting bagi memartabatkan bangsa dan negara. Usaha memperkasakan kurikulum dan ko-kurikulum perlu dijalankan dengan lebih gigih lagi. Dalam hal ini, kemenjadian murid amat penting.
Kecerdikan murid-murid kelas hadapan mendorong kejayaan kepada mereka. Namun, kebolehan murid-murid di kelas belakang perlu juga dicungkil, supaya semua murid mendapat pendidikan yang lebih adil.
Perkara pertama yang ingin disentuh adalah mengenai perbelanjaan Pembangunan 01000 – Pembangunan dan Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah. Jadi, Alhamdulillah. Perlis sudah mendapat pembangunan JPN yang baru, yang sedang dalam proses pembinaan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi soalan saya, bilakah bangunan ini dijangka siap dan bilakah cadangan untuk memulakan operasi? Ini bangunan baharu di Behor Pulai. Apakah cadangan KPM berkaitan dengan bangunan lama JPN? Adakah bangunan ini akan dijadikan Kolej Tingkatan 6? Lagi sekali, saya ulang mengenai Kolej Tingkatan 6 di Perlis memandangkan Perlis adalah salah satu negeri yang belum ada lagi Kolej Tingkatan 6. Ini bagi mengurangkan masalah kekurangan guru.
Saya pergi kepada Butiran 00202 – Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri. Apakah perkembangan yang berlaku sekarang mengenai Sekolah Sukan Malaysia di Sungai Chuchuh, Perlis? Jadi, diharapkan dengan siapnya sekolah ini — saya rasa dah 12 tahun, belum siap lagi — akan membolehkan negara melahirkan lebih ramai atlet-atlet bagi menyokong dua buah sekolah SSM (Sekolah Sukan Malaysia) sebelum ini.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Seterusnya berkaitan dengan Sekolah Sukan Negeri. Lagi sekali, berkaitan dengan Sekolah Sukan Negeri, pohon KPM memberi bantuan dan mengazetkan SSN
(Sekolah Sukan Negeri) sebagai Sekolah Sukan Negeri di seluruh Malaysia iaitu dengan memberi bantuan seiring dengan Sekolah Sukan Malaysia ataupun kalau tak boleh sangat, setidak-tidaknya menghampiri peruntukan yang diperolehi oleh Sekolah Sukan Malaysia.
Jadi, saya rasa ini pun boleh dibincangkan sebab dah lama sangat. Saya rasa tahun 2008 lagi. Untuk pengetahuan, Sekolah Menengah Syed Hassan, Perlis masih belum lagi mempunyai bas untuk pergerakan mereka ke seluruh negara bagi menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat KPM.
Seterusnya juga berkaitan dengan SSN ini adalah pertandingan akhir bola sepak KPM-FAM. Walaupun begitu, tahniah kepada Bahagian Sukan KPM kerana mengadakan liga KPM-FAM yang melibatkan Sekolah Sukan Negeri di seluruh Malaysia. Pada 2 hari bulan 12 ataupun 2 Disember 2023 ini akan berlangsung pertandingan akhir pertandingan bola sepak bawah 14 tahun dan bawah 17 tahun di Pasir Gudang, Johor.
Pertembungan bawah 14 antara SMK Taman Desa Skudai, Johor ataupun dikenali sebagai Akademi JDT menentang Akademi Mokhtar Dahari, Gambang. Untuk bawah 17, Akademi JDT menentang SMK Syed Hassan, Perlis. Jadi, tahniah kepada SMK Syed Hassan yang meloloskan diri ke final untuk pertandingan bawah 17 menentang Akademi JDT.
Saya minta mungkin YB Menteri boleh ke sana untuk melihat untuk menonton pertandingan akhir tersebut. Kita pergi sama-sama, boleh? Okey, 00101 – Pendidikan Prasekolah. Apakah cadangan KPM untuk meningkatkan akses dan kemudahan untuk pendidikan prasekolah di Perlis khususnya dan Malaysia amnya? Adakah perlu penambahan guru prasekolah memandangkan tugasan mereka amat-amat banyak?
Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan. Mohon KPM membantu bagi pembinaan gelanggang terbuka SK Padang Kota dan SK Ujong Batu. Walaupun sekolah- sekolah ini terletak di kawasan luar bandar, kedua-dua sekolah ini berjaya melahirkan atlet-atlet untuk mewakili negara terutamanya dalam sukan bola sepak dan bola tampar.
Ada pemain dari SK Padang Kota berada di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.
Terakhir, 00300 – Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional. Apakah perancangan KPM bagi menjayakan pelaksanaan TVET di sekolah menengah? Adakah kelas-kelas TVET akan diperluaskan yang melibatkan menengah rendah, murid-murid di kelas-kelas belakang tidak mampu mempelajari perkara-perkara yang berkaitan teori pendidikan?
Jadi, adalah lebih baik memberi kelas kemahiran kepada mereka, barulah adil.
Jadi murid-murid yang bijak dan pandai, mereka boleh menyelesaikan diri dengan kurikulum yang ada. Manakala murid-murid yang terkebelakang, mereka boleh belajar secara dengan kebolehan mereka. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan salam sejahtera. [Membawa selawat]. Yang Berhormat Pengerusi, saya Kuala Pilah mengambil ruang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan di atas bantuan dan sokongan di atas permohonan yang diajukan oleh Kuala Pilah di dalam Dewan yang mulia ini terhadap kemudahan sukan di Sekolah Sukan Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, minggu
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
lepas Kuala Pilah, sekolah ini telah menerima coaster seperti mana yang dimohon oleh Kuala Pilah tempoh hari.
Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk terus Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur, Butiran 03503 – Ubahsuai Naiktaraf Institut Pendidikan. Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan 2023, terdapat 529 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang beroperasi di negara ini dengan jumlah pelajar seramai 85,669 orang. Kita sedia maklum bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Di bawah butiran ini, Kuala Pilah ingin bertanya akan status pemindahan dan pembinaan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Pilah yang telah begitu lama tertangguh iaitu lebih daripada 10 tahun. Difahamkan dahulunya telah pun ada peruntukan bagi maksud ini. Penangguhan ini sudah pastinya akan meningkatkan kos pembinaan.
Oleh yang demikian, Kuala Pilah berharap agar pihak KPM dapat memberikan keutamaan kepada pembinaan bangunan baharu SJK(T), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Pilah ini di dalam Rolling Plan sebelum tamatnya RMKe-12.
Yang Berhormat Pengerusi, butiran seterusnya ialah Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur juga dan Butiran 03503 – Ubahsuai Naiktaraf Institut Pendidikan. Isu bangunan sekolah yang tidak selamat diduduki adalah isu serius dan wajar diberikan perhatian mendesak memandangkan ia melibatkan risiko terhadap nyawa dan keselamatan pelajar.
Kuala Pilah telah beberapa kali membawa isu keselamatan pelajar di SMK Senaling akibat terdapatnya aliran air di bawah tanah di salah satu bangunan sekolah yang membahayakan nyawa pelajar dan juga guru di sini. Ini kerana aliran air ini menyebabkan risiko mendapan tanah dan meningkatkan kebarangkalian bangunan sekolah runtuh. Jabatan Kerja Raya juga telah mengesahkan bahawa bangunan ini tidak selamat untuk diduduki. Justeru, apakah tindakan lanjut yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan keselamatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah terjamin?
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 00202 – Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri dan juga Butiran 060800 – Bantuan Makanan Asrama. Pembayaran bagi pemakanan di asrama bagi sekolah-sekolah sukan adalah tidak wajar disamakan dengan pelajar-pelajar sekolah harian. Pelajar-pelajar di sekolah sukan ini memerlukan pemakanan ataupun diet yang seimbang bagi melengkapkan diri menjadi seorang atlet.
Oleh yang demikian, di bawah Butiran 060800 ini, Kuala Pilah memohon agar KPM dapat mengkaji semula kadar bantuan makanan asrama di Sekolah Sukan Negeri Sembilan, Sekolah Sukan Za’ba dan mungkin juga di sekolah-sekolah sukan negeri yang lain seperti yang dinyatakan oleh Kangar sebentar tadi agar ianya bersesuaian dengan keperluan pemakanan ahli sukan.
Seterusnya, Kuala Pilah merujuk Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia, Butiran 050000 – Pembangunan Profesionalisme. Isu kekurangan guru bukanlah isu asing dalam dunia pendidikan di Malaysia. Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan mendedahkan bidang pendidikan sedang mengalami kekurangan lebih daripada 20 guru di seluruh negara.
Kuala Pilah memuji tindakan proaktif kementerian membuat pengambilan guru secara one-off seramai 9,500 orang guru baru-baru ini. Meskipun masih tidak memenuhi kekosongan yang ada secara keseluruhan, langkah ini dilihat sebagai solusi yang tepat bagi jangka pendek dan sederhana bagi menangani isu kekurangan guru buat masa ini dan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada seluruh warga pendidik.
Tuan Pengerusi, Kuala Pilah minta kementerian menyatakan statistik terkini jumlah keseluruhan guru di Malaysia bagi pendidikan rendah dan menengah serta berapakah bilangan guru yang sedang menyandang gred jawatan utama sektor awam iaitu JUSA. Kita mungkin tidak boleh menaikkan gaji atau upah dalam masa yang terdekat
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
dan singkat ini. Namun demikian, mungkin ada faktor penarik yang boleh kita tawarkan kepada guru-guru. Gred jawatan JUSA C sebagai contohnya, selalunya diisi berdasarkan kekosongan gred jawatan JUSA ini. Oleh kerana itu, jawatan gred JUSA ini amat terhad.
Oleh yang demikian, secara alternatif Kuala Pilah mencadangkan agar gred DG56 diwujudkan di dalam perkhidmatan perguruan. Jadi, sudah pasti menjadikan profesion perguruan lebih menarik dan memberi ruang kenaikan pangkat lebih meluas kepada guru- guru yang layak. Di bawah butiran ini, Kuala Pilah memohon agar KPM mengkaji semula kadar-kadar elaun yang diberikan kepada guru-guru, guru besar dan juga pengetua.
Sebagai contoh, elaun guru penolong kanan sekolah rendah adalah sebanyak RM60 sahaja dan kadar ini tidak bersesuaian dengan beban tugas yang digalas sekarang.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 062100 – Program Sekolah Amanah.
Pelaksanaan Program Sekolah Amanah amat dialu-alukan. Program Sekolah Amanah ini dilihat telah membantu melonjakkan pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan dalam bidang-bidang lain, termasuk hal ehwal pelajar dan juga kokurikulum.
Kuala Pilah ingin bertanya di bawah Butiran 062100 ini, berapakah bilangan sekolah di bawah Program Sekolah Amanah yang ada di Malaysia sekarang?
Difahamkan, hanya tiga buah sekolah sahaja terpilih di Negeri Sembilan iaitu Kolej Tunku Kurshiah, SMK Datuk Mansor dan Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting. Diharapkan pihak KPM dapat memberikan pencerahan akan prestasi sekolah-sekolah yang berada di dalam Program Sekolah Amanah ini. Kuala Pilah mohon agar KPM mempertimbangkan sekolah-sekolah di dalam Parlimen Kuala Pilah pada tahun hadapan.
Akhirnya Yang Berhormat Pengerusi, butiran Pengurusan Sumber Manusia dan Butiran 050000 – Pembangunan Profesionalisme. Beban tugasan seorang guru bukanlah perkara baharu. Tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu dalam kelas dan menyediakan bahan mengajar semata-mata, malah seorang guru juga perlu melakukan pelbagai tugas di luar darjah.
Beban ini menyebabkan banyak guru menolak jawatan warden asrama dan ada juga menyandang jawatan ini tanpa rela, memandangkan tanggungjawab berat namun elaun yang diterima tidak setimpal. Kuala Pilah merasakan terdapat keperluan untuk diwujudkan sebuah pengkhususan jawatan warden atau lantik terus kepada mana-mana anggota penjawat awam untuk terus berkhidmat sebagai warden dan bukannya disandang secara sambilan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Melalui pewujudan jawatan khas kepada ini, warden akan melakukan tugas secara sepenuh masa dan lebih cekap tanpa terbabit dengan tugas yang lain sekali gus dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pengurusan pelajar.
Yang terakhirnya Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Saya mohon sentuh sedikit sahaja iaitu tentang Institut Aminuddin Baki. Kita tahu Institut Aminuddin Baki adalah sebuah institut latihan kepimpinan dan pengurusan dan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kuala Pilah ingin tahu di bawah butiran ini, berapa ramaikah guru yang telah menjalankan Kursus Kepengetuaan NPQEL dan adakah kursus ini berjaya mencapai matlamat utamanya? Kuala Pilah juga ingin bertanya, apakah langkah yang akan diambil oleh KPM bagi memperkasakan kursus-kursus kepimpinan di bawah Institut Aminuddin Baki? Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kuala Kedah terus kepada Butiran 050200 – Latihan Dalam Perkhidmatan. Kuala Kedah ingin mendapatkan maklum balas berhubung dengan rancangan dan tindakan pengupayaan profesional sumber manusia pendidikan iaitu para guru setelah mereka melepasi garis umum perkhidmatan keguruan sah jawatan di sekolah.
Hal ini bertujuan untuk meningkatkan nilai kompetensi berdasarkan amalan nilai profesional, pengetahuan, kefahaman termasuk lah kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, sekiranya mereka berjaya menamatkan kursus-kursus yang disusun oleh pihak KPM, sama ada kursus tempoh jangka pendek, sederhana atau panjang, apakah mereka akan ditawarkan kenaikan pangkat dengan merit-merit atau insentif tertentu untuk menyemarakkan motivasi mereka agar terus bersama KPM mencurah bakti?
Puan Pengerusi, Butiran 030200 – Pendidikan Rendah dan Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Kuala Kedah ingin bertanya, apakah pihak KPM telah mensasarkan bilangan tertentu jumlah guru berkemahiran khas subjek aliran STEM di peringkat rendah dan menengah dalam tempoh tiga tahun akan datang? Ini kerana kejayaan melahirkan majoriti pelajar STEM yang mapan adalah bergantung kepada kompetensi guru pakar STEM itu sendiri yang didedahkan dengan model serta latihan subjek berkaitan sejak dari awal lagi.
Puan Pengerusi, terkait dengan jurusan STEM juga, Kuala Kedah ingin tahu, apakah inisiatif yang diusahakan oleh pihak KPM untuk menarik minat para pelajar memilih aliran STEM apabila memasuki peringkat pengajian menengah? Terdapat data yang menyatakan bahawa berlaku pengurangan bilangan pelajar yang mengikuti jurusan STEM daripada 45.20 peratus kepada 40.94 peratus bagi tempoh 2017 hingga 2022. Jika isu ini tidak ditangani secara holistik, maka matlamat pencapaian 60 peratus pelajar STEM menjelang tahun 2030 akan tersasar.
Sehubungan dengan itu, Kuala Kedah ingin mencadangkan agar pihak KPM mengadakan kolaborasi strategik bersama Jabatan Agama Islam Negeri (Bahagian Pendidikan) bagi memperkasakan aliran STEM di Sekolah Menengah Agama Rakyat
(SMAR) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) serta menarik minat murid-murid di Sekolah Rendah Agama Rakyat untuk mengikuti jurusan tersebut.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak KPM tahun 2021, enrolmen pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Agama Rakyat adalah berjumlah 23,948 orang pelajar manakala Sekolah Menengah Agama Negeri pula, seramai 33,935 orang pelajar. Dengan perancangan pendidikan yang tersusun rapi, Kuala Kedah menjangkakan kadar peratusan pelajar yang berminat dengan STEM akan bertambah sejajar dengan matlamat pembangunan mampan seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu.
Padahal –Dalam pada itu, Kuala Kedah ingin mendapatkan informasi berapakah jumlah guru aliran STEM yang ditempatkan di dalam Parlimen Kuala Kedah? Berapakah jumlah agihan yang diperuntukkan bagi meningkatkan kualiti makmal sains di sekolah dalam Parlimen berkenaan?
Puan Pengerusi, berbalik kepada Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Sejak sekian lama, isu menangani beban tugas guru sering kedengaran bagaikan tiada solusi tuntas. Kuala Kedah ambil maklum bahawa Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa KPM telah pun mengambil langkah penambahbaikan fungsi pengurusan di sekolah melalui modul Tadbir Urus Sekolah (MySG) yang diperkenalkan pada tahun 2021.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Sebagai langkah segera, KPM mengumumkan tiga langkah drastik bagi menjamin kesejahteraan guru dalam program Pelaksanaan Langkah Segera Ke Arah Kesejahteraan Guru bertarikh 17 Februari 2023 yang lalu. Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin bertanyakan sejauh manakah pelaksanaan program ini berimpak, memberi impak kelegaan kepada guru yang merasai terbeban dengan lambakan tugas? Apakah indikator keberhasilan rancangan tersebut yang diukur sepanjang tempoh ianya dilaksanakan?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kuala Kedah, Sik mohon sikit pencelahan, boleh ya?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Ya, ya. Sikit saja.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ada sikit. Saya nak menyentuh berkaitan dasar penilaian dan pengurusan prestasi butiran yang disebut ini iaitu kecenderungan pelajar-pelajar kita yang tidak menghabiskan peperiksaan SPM ya.
Jumlah semakin meningkat dan termasuklah di Kedah, di Perak dan sebagainya. Di Perak sendiri, lebih 1,000 pelajar yang tidak menghabiskan peperiksaan ataupun menduduki peperiksaan SPM.
Jadi, apakah Yang Berhormat Kuala Kedah bersetuju beberapa pandangan pakar pendidikan supaya kita memperkenalkan pendidikan TVET ini permulaan di Tingkatan 1 lagi supaya pelajar-pelajar yang dia tidak berminat belajar ini, dapat meneruskan lebih awal pendidikan TVET untuk mereka tidak tercicir dalam pendidikan di negara kita?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kuala Kedah bersetuju.
Minta masuk sebahagian daripada ucapan saya.
Puan Pengerusi, Butiran 040200 – Pentaksiran. Sejak pengumuman KPM tentang pemansuhan UPSR dan PT3, pelbagai pihak memberikan respons yang bercampur- campur dan KPM tegas dengan pendiriannya untuk tidak akan mengadakan semula kedua-dua ujian berkenaan.
Soalan Kuala Kedah, bagaimanakah KPM akan meningkatkan paras keyakinan para ibu bapa serta pemegang taruh berkaitan pendidikan mengenai pelaksanaan PBS di dalam bilik darjah agar selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP)? Apakah status libat urus Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 bagi tujuan membangunkan kurikulum baharu persekolahan?
Terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Kuala Kedah ingin mengetahui, adakah terdapat peruntukan pembaikan bangunan atau bina baharu bangunan selain daripada pembinaan blok baharu sekolah aliran khas di SMK Kubang Rotan? Ini kerana terdapat dua – ini terdapat blok-blok lama seperti di SK Tebengau dan SK Buluh Lima di dalam Parlimen Kuala Kedah yang perlukan pembaikan.
Kuala Kedah ingin mengetahui status bangunan daif di sekolah-sekolah berkenaan.
Berapakah bilangan blok sekolah daif dan perlukan pembaikan dan serta bilakah kali terakhir selenggara pendawaian elektrik diadakan di bangunan-bangunan dalam Parlimen Kuala Kedah bagi mengelak daripada kejadian buruk yang tidak diingini berlaku?
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Pengerusi.
Saya ingin terus masuk ke butiran. Ada tiga butiran yang saya ingin menyentuhkan.
Pertama adalah Butiran 00203 iaitu berkenaan dengan status terkini Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Segamat kerana saya dimaklum oleh pegawai PPD dan juga masih lagi belum ada keputusan sama ada siapa yang membuat final decision.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Apabila kita dapat JPN berkata benda lain, Jurutera Daerah (JD) berkata benda lain dan saya dapati sekolah ini masih lagi belum dibuka. Saya terima juga sebuah surat yang diutus oleh kementerian daripada Yang Berhormat bahawa sekolah ini akan buka dalam masa terdekat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya mohon untuk perincian tersebut supaya pelajar-pelajar ini sebelum adakan sesi pembukaan sekolah, mereka boleh masuk ke sekolah ni. Keduanya, adalah berkenaan dengan Butiran 00204 – Matrikulasi. Isu matrikulasi ini setiap kali sesi tamat persekolahan akan dihangat-hangatkan, akan dihebat-hebatkan untuk isu politik dan politikkan isu matrikulasi ini.
Oleh itu, saya ingin bertanyakan apakah langkah-langkah yang telah diambil supaya adakah kuota ataupun sesi ini akan di menambah baik kan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tambun baru-baru ini, “Meritocracy sometimes may not be justice.” So, oleh itu, kita nak mahukan supaya tiada pelajar yang tercicir daripada untuk masuk ke matrikulasi ini.
Saya percaya Yang Berhormat Menteri bertungkus lumus untuk memperbaiki KPM dan juga ada pelbagai masalah yang dihadapi dan saya yakin merupakan perkara matrikulasi ini juga akan diberikan tumpuan yang penuh supaya tidak berulang-ulang.
Setiap tahun kita perlu menjawab kepada masyarakat dan juga ia dipolitikkan sematanya.
Seterusnya, adalah berkenaan dengan satu isu yang dibangkitkan baru-baru ini dan dihangatkan di seluruh sosial media dan juga berita dimaklum oleh PDRM berkenaan dengan the bomb trap yang berlaku di lebih daripada 60 institut pendidikan swasta. Ini juga satu perkara yang saya mohon Yang Berhormat Menteri juga memberikan sedikit penjelasan kepada masyarakat di luar sana bahawa benar-benar itu bukanlah satu bomb trap dan kenapa itu adalah berlaku kepada institut hanya private university atau pun private institution.
Apakah langkah-langkah kerajaan yang telah diambil supaya sekolah-sekolah kerajaan juga diberi alert, to be all the time and adakah ini berkaitan dengan apa yang kita berlaku membuat secara terbuka kita memberi sokongan kepada mangsa-mangsa Palestin? Ada tak ia ada unsur-unsur ini supaya ada ancaman ataupun unsur-unsur yang mahu untuk dictate us supaya Menteri boleh ambil situ langkah dan juga memantau perkara ini.
Satu lagi isu adalah berkenaan dengan isu yang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Jelutong. Saya juga sambut baik perkara itu.
Saya yakin ini bukan arahan daripada Menteri dan saya yakin ini adalah satu tindakan perlu diambil dan tidak boleh berulang. Kita adalah Kerajaan Perpaduan. Kita mahukan perpaduan ini kekal terus dan lagi-lagi apabila perpaduan itu di-test water di sekolah ini, dia sangat membahayakan.
Oleh itu, saya minta Yang Berhormat, bukan sahaja mengambil tindakan dan juga menubuhkan satu jawatankuasa khas supaya program-program, aktiviti-aktiviti sekolah seperti ini seperti karnival-karnival ini yang ada unsur-unsur agama, unsur-unsur yang lebih kepada membina ini setiap kali dikaji semula. Jangan kita hanya bertindak selepas benda itu berlaku.
Saya harap kita sudah ada satu majlis lembaga yang menguruskan sekolah- sekolah Tamil dan sekolah Cina di Malaysia ini dan mereka juga mengambil tanggungjawab penuh ini. Saya juga berharap Menteri mengambil tindakan dan juga melaporkan kepada dalam Dewan yang mulia ini sebab berita ini hangat di semua berita Tamil, di dalam RTM, berita Bernama dan juga Tamil newspapers.
Ia dihangat-hangatkan seolah-olah Menteri yang sabotaj padahal saya yakin Menteri tidak memberi sebarang arahan tetapi dia disabotaj oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan juga memburukkan lagi keadaan, imej kerajaan. Saya harap
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Menteri boleh menjawab dan juga memberi satu ketegasan dan juga amaran kepada orang-orang ataupun mana-mana pegawai KPM ataupun...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Segamat, Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tetapi Menteri kan dah saman.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Siapa?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri kan dah saman.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Menteri? Ini kes baru ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Oh, kes baharu. Okey. Okey.
Saman lagi. Saman lagi.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Baik, terima kasih. Saya sambut baik itu. Kita kena saman. Saya juga yakin perkara ini tidak boleh dibenarkan kerana sekolah harus memupuk semangat perpaduan. We hope that Minister will really look into this matter dan juga dia menjadi satu perbualan hangat pada hari ini juga.
Saya juga— satu lagi perkara yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan matrikulasi tadi. Saya dah maklum supaya kita boleh membantu sama-sama untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.
Sekali lagi saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang datang ke Parlimen Kulim-Bandar Baharu tempoh hari merasmikan padang sintetik di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Serdang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Tuan Pengerusi, Kulim- Bandar Baharu mendapat makluman bahawa ada silibus-silibus dalam pendidikan terutamanya di sekolah rendah yang agak terlalu tinggi. Contohnya dalam mata pelajaran, saya ambil satu contoh sahaja iaitu dalam mata pelajaran Matematik dan juga ada juga tajuk-tajuk yang belum sesuai untuk diketengahkan.
Contohnya saya boleh bagi satu di sini seperti matematik Tahun 6, di mana tajuk insurans yang dianggap terlalu awal untuk diketengahkan. Soalannya, adakah KPM untuk mengkaji balik berkaitan rungutan daripada guru-guru dan juga ibu bapa hingga menyebabkan anak-anak hilang fokus akibat silibus yang terlalu tinggi.
Butiran 01000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Negeri/Daerah. Yang Berhormat Menteri, Kulim-Bandar Baharu ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri dan KPM supaya PPD Kulim-Bandar Baharu mohon diasingkan kerana bagi saya sebab di PPD Kulim-Bandar Baharu ini dia merangkumi dua daerah, dua Parlimen. Jadi, bilangan sekolah yang terpaksa diuruskan oleh PPD di Kulim-Bandar Baharu adalah sebanyak 119 buah sekolah.
Bagi saya ini adalah terlalu besar. Mungkin menyebabkan pegawai-pegawai PPD menanggung beban yang agak berat untuk mereka menguruskan di sekolah-sekolah di daerah Kulim-Bandar Baharu dan saya selaku Ahli Parlimen di Kulim-Bandar Baharu memohonlah kalau boleh jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri, pecahkan PPD Kulim dan juga PPD di Bandar Baharu. Mohon sangat Yang Berhormat Menteri.
Bagi Butiran 01100 – Bantuan Modal. Saya juga ingin memohon daripada Yang Berhormat Menteri, sekolah dan PIBG orang kata berpisah tiada. PIBG adalah juga
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
pelengkap dan pencapaian kecemerlangan sekolah tetapi kebanyakan PIBG-PIBG tiada dana yang cukup untuk membantu sekolah menjalankan pelbagai aktiviti untuk membantu menaikkan pencapaian sekolah-sekolah.
Jadi, saya berharaplah sekiranya Yang Berhormat Menteri ada bajet yang lebih itu, kita berilah kepada PIBG-PIBG bahawa setiap tahun ada dana untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti yang secara tak langsung membantu juga pihak sekolah menjalankan aktiviti mereka untuk pencapaian para pelajar.
Seterusnya, Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, Kulim-Bandar Baharu merayu dan memohon supaya KPM dan Yang Berhormat Menteri supaya menyemak kembali elaun-elaun penolong-penolong kanan, terutamanya di sekolah rendah Yang Berhormat Menteri. Saya cakap dua kali dah.
Iaitu elaun pentadbiran bagi guru-guru penolong kanan hanyalah RM60 sahaja Yang Berhormat Menteri dan sekolah menengah RM150.
Bagi saya kedua-duanya menanggung beban yang sama tetapi mengapa di sekolah rendah, elaun yang diberi hanya RM60 tetapi di sekolah menengah RM150.
Sekurang-kurangnya bagilah sama. Kalau tak mahu bagi naik sekali pun, bagilah elaun di sekolah rendah dengan sekolah menengah samalah. Sebab sama sahaja tanggungjawabnya ataupun kita naikkan kedua-duanya sekali bagi adalah satu penghargaan kepada penolong-penolong kanan.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Kulim-Bandar Baharu juga ingin memohon kepada KPM supaya menghargai juga kepada pemegang-pemegang ijazah sarjana yang diberi sedikit penghargaan kepada mereka sebagai imbuhan tetap ataupun kenaikan tangga gaji sebagai tanda pencapaian mereka ke pemegang sarjana di mana kita menggalakkan guru-guru kita untuk menaikkan tahap pendidikan mereka tetapi apabila mereka mencapai ataupun mendapat ijazah sarjana tetapi tidak ada sebarang penghargaan daripada kementerian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya, mohon sikit lagi. Butiran 00800. Saya juga bercakap kali kedua kepada Kementerian Pendidikan. Saya sedih apabila saya tengok kuarters dan rumah guru yang ada di seluruh negara ditinggal.
Kebanyakannya rosak, ada yang terbiar, duduk dalam hutan, adanya terbakar.
Di kawasan saya sendiri, terbakar terus Yang Berhormat Menteri. Cuba kita tengok balik, kita selenggara balik, kita guna balik walaupun bukan kepada golongan guru tapi mungkin kakitangan kerajaan yang lain dan diguna. Sayang duit negara kita dibiarkan, terbiar macam itu sahaja. Saya mohon balik sebab ini di bawah KPM. Saya mohon daripada Yang Berhormat Menteri, tengoklah balik di semua kuarters-kuarters yang ada di Malaysia ini. Kita tengok balik. Jangan biar terbiar macam itu sahaja.
Saya juga nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu Butiran 03503 – Ubahsuai Naiktaraf Institut Pendidikan. YB Menteri, saya bercakap bagi contoh simple sahaja. Sekolah saya sendiri, saya bekas guru. Saya dah tinggal setahun tetapi sekolah saya dahulu lebih kurang berbelas tahun YB Menteri, saya mohon untuk baik pulih bangunan yang tak boleh digunakan. Belas tahun YB Menteri tetapi tak dibaik pulih.
Hingga sekarang tak boleh guna dah dan saya harap YB Menteri tolonglah beri perhatian untuk sekolah. Saya boleh sebut nama sekolah. Sekolah SK Dato' Haji Zainuddin, Serdang YB Menteri dan juga bangunan–bangunan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Pra untuk kanak-kanak khas...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
...Yang mana bangunnya telah rosak dan terpaksa duduk di kantin yang diubahsuai untuk duduk dan lima, enam tahun dah YB Menteri. Mohon pun tidak diambil tindakan daripada KPM dan juga sekolah SK Bandar yang mana lantainya berlubang, lantainya pecah, longkangnya berlubang.
Yang paling bahaya sekali YB Menteri sebab...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, masa sudah tamat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
...Di lubang itu ada binatang yang berbisa buat sarang dalam itu YB Menteri. Bahayanya ada ular, macam-macam.
Jadi saya mohonlah YB Menteri tolong beri perhatian kepada Kulim-Bandar Baharu dan terakhir sekali...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
YB Menteri iaitu kenapa...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Betong.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
...Pelantikan sesuatu jawatan [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Yang Berhormat Betong, silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Macam mana cikgu ini, tak dengar cakap cikgu.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Pengerusi di atas peluang untuk membahas tetapi sebelum saya mula, saya ingin mengalu-alukan kehadiran atlet Esports negara iaitu Homebois dan SMG yang bakal ke kejohanan M5 di Manila bulan depan. Kita doakan semoga beroleh kejayaan nanti.
[Tepuk] Saya terus ke...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hidup Mobile Legends.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Saya terus ke Butiran P.00700 – Institut Pendidikan Guru - Pembangunan Kompetensi Guru di mana peruntukan untuk tahun 2024 sebanyak RM50.51 juta dan penurunan sebanyak 11.5 peratus. Puan Pengerusi, Betong ingat minta penjelasan daripada Menteri mengenai pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) option bahasa Iban di Institut Pendidikan Guru Sarawak.
Pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi program Ijazah Sarjana Muda Program Perguruan (PISMP) option bahasa Iban sekolah rendah di institut perguruan guru telah dilakukan sejak tahun 2011 lagi. Namun sejak dua tahun kebelakangan ini iaitu 2022 dan 2023, pengambilan calon guru untuk program tersebut telah terhenti. Ini menyebabkan ramai guru, ibu bapa merungut kepada kami wakil rakyat di Sarawak tentang perkara ini.
Di Sarawak, terdapat 688 buah sekolah rendah yang menawarkan bahasa Iban sebagai mata pelajaran tambahan yang melibatkan 4,961 buah kelas dan 69,233 orang murid. Bilangan guru option bahasa Iban pula hanya 385 orang. Bilangan guru option sedia ada tidak dapat menampung keperluan sedia ada di peringkat sekolah rendah mengikut data PISMP Bahasa Iban yang masih dalam pengajian di Institut Pendidikan Kampus Rajang, Sarawak dan berdasarkan data ini, bilangan setiap pengambilan PISMP memang tidak seimbang dengan bilangan murid yang mengambil mata pelajaran tersebut di sekolah.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Sebagai contoh, ambilan PISMP Bahasa Iban tahun 2019, 21 orang dan mereka akan dijangka tamat pada 2024. Manakala pengambilan 2020, 51 orang dan ambilan 2021 hanya 23 orang dan akan tamat pengajian pada tahun 2026.
Persoalannya, kenapakah pengambilan pada tahun 2022 dan 2023 ini dihentikan dan adakah ianya akan terus dihentikan selama-lamanya? Masyarakat Iban khususnya nak dengar jawapan terus daripada Menteri sama ada perkara itu akan terus diberhentikan.
Oleh itu dengan semangat Segulai Sejalai dalam bahasa Iban iaitu dalam kerajaan Perpaduan, Betong mohon Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru meneruskan pengambilan calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan option Bahasa Iban Pendidikan Rendah mulai pengambilan 2024 yang akan datang. Mohon dipertimbangkan.
Saya terus kepada Butiran B.060600 – Bantuan Sukan, RM66.48 juta, B.062000 – Pengurusan Sukan, RM22.5 juta, P.03400 – Program Pembangunan Sukan, RM56.91 juta saya baca sekali. Puan Pengerusi, peruntukan untuk mengurus penyertaan murid oleh pihak sekolah dalam semua aktiviti sukan dan permainan di peringkat daerah dan negeri dalam tahun semasa adalah sangat sedikit dan tidak mencukupi sedangkan potensi murid dalam pelbagai jenis sukan sangat baik untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi saban tahun.
Kadar yuran sedia ada ini sudah tidak relevan dengan situasi kenaikan kos harga barang dan perkhidmatan dalam sukan yang kian mencabar. Oleh itu, Betong mencadangkan kementerian menaikkan kadar yuran MSSM bagi setiap murid sekolah rendah dan sekolah menengah selaras dengan peningkatan kos pengurusan penyertaan murid dalam pertandingan sukan yang termaktub dalam kalendar MSSM.
Mengenai pelaksanaan kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah, untuk tujuan penilaian dan penggredan murid setiap tahun juga menghadapi kesulitan disebabkan kekangan peruntukan di peringkat sekolah. Bagi mengatasi masalah ini terutamanya sekolah di pedalaman dengan ramai di mana ramai pelajar di kalangan ibu bapa B40, Betong mohon pihak KPM menyalurkan peruntukan khas ke semua sekolah untuk menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh pihak KPM atau salurkan peruntukan ke PPD bagi membantu pihak sekolah mengurus penyertaan ke peringkat negeri dan kebangsaan. Selalunya kami wakil rakyatlah yang dikejar oleh PPD dan sekolah untuk mohon kepada sumbangan.
Puan Pengerusi, sedikit. Yang akhir sekali seterusnya Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak di bawah kepala Pembangunan P.63 iaitu peningkatan sebanyak 37 peratus kepada RM769.6 juta untuk tahun 2024.
Mengenai pembangunan sekolah daif, Betong ingin membangkitkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 tentang pencapaian prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang didapati kurang memuaskan. Ini kerana daripada 1,505 sekolah, seluruh negara dikenal pasti mempunyai bangunan daif.
Hanya 411 sekolah yang diangkat permohonan pelaksanaan projek daif. Manakala di Sarawak dari tahun yang sama 2019 ke 2022, dari 593 sekolah daif, hanya 202 yang diangkat untuk permohonan sekolah daif dan 391 belum diangkat permohonannya.
Puan Pengerusi, selain itu, pencapaian keberhasilan juga tidak tercapai sepenuhnya kerana sebahagian projek masih dalam fasa pelaksanaan. Belum atau dimulakan sehingga akhir tahun 2022. Kelewatan mengangkat permohonan dan kelewatan pelaksanaan projek daif yang telah diluluskan boleh menjejaskan keselamatan murid dan guru apabila bangunan ataupun ruang yang disahkan tidak selamat masih digunakan.
Persoalannya, apakah status terkini pembangunan sekolah daif di Sarawak dan apakah langkah penyelesaian segera oleh kementerian bagi memastikan harapan rakyat di luar bandar yang mahukan sekolah yang lebih baik, selamat dan kondusif dapat
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
direalisasikan dan Betong mohon penjelasan dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya mulakan perbahasan saya dengan Butiran 010500 – Teknologi Maklumat. Pada tahun 2024, berjumlah RM130.8 juta berbanding 2023 berjumlah RM143.9 juta menurun peruntukan ini sebanyak RM13.1 juta. Selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan Society 5.0 dan pelbagai cabaran di era kini, murid-murid, guru-guru dan warga institusi pendidikan perlu dilengkapkan dengan infrastruktur dan infostruktur di semua premis KPM.
Namun, sering kali kita mendengar aduan daripada pendidik berkaitan dengan kepelbagaian sistem secara dalam talian yang bermasalah untuk dicapai pada waktu bekerja dan ada kalanya terpaksa diakses pada waktu awal pagi untuk mengelakkan kesesakan trafik pengguna. Sejauh mana KPM merancang dengan penggunaan Bajet 2024 ini untuk mempermudahkan warga pendidik dapat mengakses segala jenis sistem untuk memasukkan pelbagai jenis data murid secara lancar dan tidak mempunyai masalah.
Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Peruntukan sebanyak RM34.5 juta berbanding dengan 2023 sebanyak RM33.5 juta. Pengenalan mata pelajaran yang berasaskan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti reka bentuk dan teknologi reka cipta dan pelbagai mata pelajaran berasaskan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej vokasional sangat daif dan ketinggalan dari segi keperluan Industri 4.0.
Ke semua institusi ini perlu dibekalkan dengan peranti dan perisian yang bersesuaian dengan keperluan mata pelajaran terbabit seperti teknologi robotik, kereta elektrik, kereta Formula 1 dan pengaturcaraan dan pemprograman yang terkini. Jangan hanya sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan MRSM sahaja yang mampu menyertai pertandingan berasaskan teknologi sehingga jurang berlaku di antara murid yang pelbagai.
Sehingga kini, para pendidik terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menyediakan semua alat bantu mengajar yang lengkap disebabkan geran per kapita mengikut jumlah murid sangat rendah. Makmal komputer sekolah juga perlu dinaiktarafkan sesuai dengan keperluan teknologi terkini, bukan hanya menjadi bangunan usang ditelan masa. Justeru, apa perancangan KPM untuk menaikkan taraf kemudahan dan bahan PDPC untuk memastikan kemenjadian murid tercapai mengikut perancangan kementerian.
Butiran 060700 – Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh. Tahun 2023 peruntukan sebanyak RM3.4 juta dan 2024 peruntukan RM3.45 juta juga peruntukan tidak bertambah. Tujuan penubuhan sekolah berasrama penuh ialah untuk membangunkan anak-anak luar bandar dan pedalaman terutamanya. Pengambilan pelajar juga tidak disamakan dengan merit pencapaian pelajar bandar. Inilah sebenarnya hasrat murni pimpinan yang terdahulu seperti Almarhum Tun Razak.
Projek khas ini bertujuan untuk meringankan kos yang ditanggung oleh keluarga, murid miskin yang bersekolah di asrama penuh termasuk untuk menampung yuran persekolahan, yuran peperiksaan, yuran asrama dan penyediaan kepelbagaian asas sepanjang sekolah di sekolah asrama penuh.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Namun begitu, didapati peruntukan dan butiran yang kita dapat lihat terdapat dari kalangan pelajar-pelajar yang kita tengok mereka tak pergi kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang agak tinggi. Begitu juga, namun begitu kita dapat melihat, saya ingin bertanya, ada sekolah SMKA di Kerian setiap dua minggu sekali pelajar-pelajar diarahkan untuk balik. Ini persoalan dia, kesian kepada mak ayah yang jauh ataupun yang tidak mempunyai kenderaan dan berada di golongan B40.
Begitu juga dengan permohonan permintaan sekolah agama, aliran agama yang begitu tinggi. Kadang-kadang permohonan minta sampai mencecah RM2,000 tetapi hanyalah dihadkan untuk 200 orang sahaja. Permohonan saya ialah supaya perkara ini perlu dilihat oleh pihak kementerian.
Akhir sekali Butiran B 050200 – Latihan Dalam Perkhidmatan. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berfungsi untuk membangun dan melaksanakan program pembangunan profesional secara berterusan bagi meningkat profesionalisme pegawai perkhidmatan pendidikan. Peningkatan peruntukan bagi butiran ini sebanyak 7.3 peratus iaitu sebanyak RM953,000 berbanding dengan tahun 2023.
Perkara yang saya membangkitkan adalah berkenaan dengan tenaga-tenaga pakar di sekolah-sekolah kita. Kita mempunyai ramai tenaga pakar yang pelbagai pengkhususan dalam bidang pendidikan masing-masing. Namun begitu, tenaga pakar ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ada sekolah yang terlalu ramai guru pakar di dalamnya sehingga diberikan gelaran sebagai sekolah elit, namun ada sekolah yang tidak mempunyai pakar.
Saya melihat perkara ini sangat penting kerana KPM telah berbelanja untuk melahirkan pakar-pakar tersebut, namun pembahagiannya tidak dilihat tidak sekata.
Kedua, disebabkan oleh isu kekurangan tenaga pengajar di beberapa negeri, KPM pada satu ketika dahulu pernah membuat pengambilan khas guru membabitkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 41. Puan Pengerusi, sikit lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Orang politik tidak dibenarkan masuk sekolah. Ini soalan famous. Apakah perkara ini hanya terpakai untuk pembangkang sahaja ataupun kedua-dua sekali? Kalau tak hendak bagi orang politik, pembangkang pun tak boleh masuk, kerajaan pun tak boleh masuk. Itu satu.
[Tepuk] Hendak rasmi mesyuarat PIBG tidak dibenarkan walaupun persetujuan telah dibuat kena pada diri saya sendiri. Hendak pergi dan saya tahu apa yang saya hendak bercakap bukan kita hendak bercakap soal politik dan sebagainya tempat yang sesuai kita hendak bercakap.
Sesuai dengan madani sepatutnya budaya Badwi jangan dibawa dalam pendidikan. Jika peringkat sekolah sudah ditunjukkan sikap Badwi yang mundur, macam mana kita hendak bercakap soal untuk reform dan soal madani ini. Sehingga hari ini, ada guru-guru takut hendak menerima kek sempena Hari Guru. Hendak terima kek daripada kami seolah-olah macam hendak ambil dadah ataupun bahan merbahaya. Inilah yang berlaku di sekolah-sekolah kami.
Akhir sekali dalam kongres PKR hujung minggu lepas ada cadangan supaya KPM mewujudkan Jawatankuasa Pemerhati untuk pantau guru yang menentang kerajaan. Ini idea politik zaman TV hitam, ini zaman surat khabar lama-lama yang dianggap tidak bertamadun dan laungan madani semuanya ke laut belaka. Terima kasih Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Puan Pengerusi, terima kasih diucapkan atas peluang
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
yang telah diberikan kepada Tenom untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan. Puan Pengerusi, pertama saya akan membahaskan Butiran 010200 – Pengurusan Kewangan dan Akaun serta 010400 – Pengurusan Sumber Manusia.
Untuk makluman, ketika pembentangan Belanjawan 2022 kerajaan terdahulu telah menaikkan jumlah hari maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari dan ianya ditambah baik oleh Kerajaan Madani dengan menaikkan jumlah Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada 180 hari dan award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.
Difahamkan juga menerusi surat edaran oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 28 Ogos 2023 menyatakan bahawa GCR 2023 ini dalam proses agihan kepada 893 permohonan yang telah diluluskan menerusi peruntukan berjumlah RM21 juta. Namun demikian, saya mendapat respons daripada guru-guru berhubung status GCR 2022 yang sehingga kini belum diterima sebarang maklum balas daripada pihak kementerian. Justeru itu, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian berhubung dengan perkara ini.
Dalam masa yang sama, saya mewakili para guru-guru di kawasan saya ingin melontarkan beberapa persoalan berhubung dengan pembayaran GCR ini iaitu pertama bagaimanakah jumlah peruntukan untuk pemberian GCR ini ditentukan dan diluluskan memandangkan terdapat aduan yang menyatakan bahawa peruntukan ini tidak mencukupi dan telah habis digunakan sehingga banyak permohonan daripada para guru gagal untuk diluluskan.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Kedua, nyatakan peratusan permohonan yang telah diluluskan berbanding jumlah permohonan dalam tempoh lima tahun terkebelakang secara perbandingan tahunan.
Apakah faktor permohonan mereka ditolak memandangkan para pemohon yang menghantar permohonan ini sudah pasti telah menyemak dan mematuhi syarat-syarat permohonan sebelum membuat permohonan.
Saya juga ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat berbincang dengan pihak JPA dan kerajaan untuk menambah baik struktur pelaksanaan GCR ini dengan menyalurkan peruntukan untuk penebusan GCR berdasarkan permohonan dari masa ke masa dan bukannya memberikan sejumlah peruntukan tertentu yang tidak akan ditambah jika habis digunakan sepertimana yang dilaksanakan pada ketika ini.
Puan Pengerusi, kedua, Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Menerusi ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di dalam ucapan Belanjawan 2024 yang lalu, menyatakan bahawa sebanyak 26 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion di seluruh negara dan dinyatakan bahawa satu sekolah akan dibina di Sabah dan Sarawak iaitu SMK Laya-Laya, Tuaran, Sabah dan SMK Baie, Bintulu, Sarawak serta Kolej Tingkatan 6, Miri.
Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian iaitu daripada jumlah 26 buah sekolah baharu tersebut, berapakah jumlah sekolah baharu yang akan dibina di Sabah dan di Sarawak memandangkan timbul kegusaran berkaitan perkara ini kerana dianggap kurang adil kerana infrastruktur pendidikan di Sabah dan Sarawak jauh terkebelakang berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Tambahan pula, kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berlandaskan prinsip yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 seharusnya memberikan kelebihan kepada Sabah dan Sarawak dalam hal ini.
Oleh itu, pada hemat saya, adalah wajar— saya memohon tambahan sedikit masa Puan Pengerusi. Adalah wajar sekiranya pembinaan baharu ini diagihkan di setiap satu zon di Sabah yang mempunyai lima zon iaitu Zon Pantai Barat Selatan, Zon Pantai
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Barat Utara, Zon Pantai Timur dan Zon Pedalaman. Ini adalah kerana beberapa negeri di Semenanjung yang menerima jumlah pembinaan baharu yang lebih banyak daripada di Sabah. Difahamkan ada negeri yang menerima lima buah sekolah baharu pada tahun hadapan.
Saya juga ingin mencadangkan agar pihak kementerian menyediakan suatu kerangka mekanisme baharu untuk mengurangkan masa menunggu bagi mendapatkan kelulusan pembinaan sekolah baharu di Wilayah Sabah dan Sarawak yang pada ketika ini mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan.
Puan Pengerusi, ketiga, Butiran 010000 – Pengurusan. Saya memohon agar pihak kementerian memperuntukkan kuota tambahan kepada para pelajar luar bandar untuk memasuki ke institut pendidikan guru (IPG) bagi meneruskan pengajian mereka seluas-luasnya dalam mengambil kira faktor kekurangan akses dan infrastruktur pendidikan yang diterima oleh mereka jauh berbanding dengan pelajar di bandar.
Puan Pengerusi, besarlah harapan saya agar setiap butiran yang dibahaskan oleh saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Saya ingin bertanya kepada kementerian, Yang Berhormat Menteri, sejauh mana tujuh langkah segera yang diputuskan oleh kementerian bagi mengurangkan beban tugas guru di sekolah yang berkuat kuasa pada sesi 2023 dan 2024. Dipantau ataupun tidak, ataupun bagaimana soal penyeliaannya? Perkara ini penting bagi memastikan guru tidak dibebankan dengan pelbagai kerja-kerja pentadbiran selain mampu memberi fokus yang optimum untuk mendidik murid-murid di sekolah.
Guru bertanggungjawab secara rasmi untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan tugasan, ujian dan peperiksaan murid. Namun begitu, guru juga tidak langsung tertakluk dengan beban tugas bukan akademik seperti menguruskan hal ehwal murid, pengurusan pentadbiran sekolah dan pengurusan kokurikulum. Bebas tugas akademik yang terlampau banyak dan memberi kesan kepada tahap motivasi guru dalam mendidik anak-anak murid.
Justeru, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk menyerap pelajar Institut Pendidikan Guru yang belum mendapat tempat mengajar supaya dilantik sebagai pembantu pentadbir sekolah bagi menguruskan hal ehwal sekolah dan juga murid.
Butiran 020000 – Dasar Penilaian dan Pengurusan Prestasi. Kalau kita mengamati, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirangka bagi melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan juga jasmani berdasarkan kepercayaan kepada— kepatuhan kepada Tuhan. Perkara ini penting bagi melahirkan generasi yang mempunyai jati diri yang kuat dan menghayati budaya Timur.
Usaha ini penting bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri selain mempunyai rasa kebertanggungjawaban untuk membina masyarakat serta negara yang sejahtera.
Melalui dasar pendidikan yang holistik dan bersepadu, negara mampu melahirkan lebih banyak tenaga mahir dan cerdik pandai. Sejauh manakah kerajaan menilai Dasar Pendidikan Negara agar ia selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 bagi menjadikan negara ini sebagai sebuah negara peneraju industri berteknologi tinggi. Saya
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
mohon kerajaan menyatakan langkah-langkah yang dirangka bagi meningkatkan kadar keberhasilan graduan TVET berkualiti bagi memenuhi NIMP 2030.
Seterusnya, saya ingin menyentuh isu buli yang semakin membimbangkan ibu bapa. Malah statistik mencatatkan sebanyak 4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023. Adalah satu peringatan buat ibu bapa, sekolah dan kementerian untuk lebih proaktif dalam menangani isu ini.
Buli boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan mental dan buli juga akan menjatuhkan maruah diri mangsa itu sendiri. Buli juga boleh membawa kecederaan dan juga membawa maut. Kes buli pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), kematian Zulfarhan, T. Nhaveen seharusnya menjadi iktibar kepada kita supaya perkara ini tidak berulang semula.
Jadi, adakah kerajaan mempunyai iltizam bagi menggubal akta antibuli bagi melindungi mangsa buli sebagai peraturan yang tegas bagi menangani masalah buli.
Selain itu, adakah kementerian akan memasukkan satu bab dalam mana-mana silibus berkaitan dengan bahaya buli sebagai langkah advokasi bagi membanteras masalah buli dalam sekolah.
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 010000 – Pengurusan. Saya ingin menegur kenyataan sebagaimana juga Bagan Serai sebutkan tadi. Perwakilan daripada PKR Johor yang mencadangkan Kementerian Pendidikan membentuk jawatankuasa khas bagi memantau guru yang tidak menyokong kerajaan. Saya yakin selepas daripada ini, Menteri dalam penggulungan akan menjawab itu hanyalah suara daripada perwakilan bukannya pendirian parti dan juga kerajaan.
Namun, sehingga ke hari ini, belum ada pembetulan ataupun teguran kepada naratif songsang yang di bawa oleh perwakilan daripada Johor ini. Tidak ada kenyataan media dalam penggulungan pimpinan parti PKR. Sewaktu penggulungan pun tidak disebut dan tidak ditegur.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya bimbang ini adalah satu perkara yang akan menjadi floodgate, dengan izin Tuan Yang di-Pertua kepada kerosakan campur tangan politik dalam sistem pendidikan negara kita yang sudah pasti akan menjahanamkan masa depan pendidikan kita.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jika cadangan ini dilaksanakan– sedikit saya hendak gulung. Jelas bahawa kerajaan pada hari ini mengamalkan dasar reformasi kuku besi, apa guna kerajaan dahulu berguling-guling melawan zaman pentadbiran Barisan Nasional menuntut hak kebebasan jika kerajaan mengamalkan dasar kuku besi terhadap pendidik. Selagi mana guru-guru ini mengutamakan kualiti pembelajaran dan pengajaran, tidak menjadi masalah sekiranya mereka ingin menyokong mana-mana pihak.
Kementerian seharusnya memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pendidikan tidak kira dari segi kualiti kerja guru, pentadbiran sekolah mampan, kemenjadian murid, silibus yang berkesan dan fasiliti yang mencukupi. Akhirnya Tuan Pengerusi, 000800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan.
Saya mohon kepada kerajaan menyatakan berapa buah rumah guru luar bandar yang bakal dibina bagi memudahkan guru-guru yang terpaksa berkhidmat jauh di kawasan pedalaman. Adakah kerajaan akan memberikan jaminan setiap sekolah pedalaman dibina rumah guru bagi memudahkan para pendidik yang mempunyai kediaman yang begitu jauh atau baru berpindah daripada kawasan tersebut kepada tempat perkhidmatan yang baharu? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Kementerian Pendidikan memang ada banyak isu yang harus lah dibangkit untuk tindakan kementerian tetapi saya akan tumpu kepada enam isu yang dalam lima minit ini.
Puan Pengerusi, satu ialah peruntukan kepada SMJK ataupun conforming schools. Negara kita mempunyai 81 buah SMJK dan selama ini SMJK terima peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan. Majlis Pembangunan Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Conforming Malaysia merasa amat kecewa dengan kekurangan peruntukan khas bagi SMJK sejak tahun 2021.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan kepada SMJK daripada tahun 2015 hingga tahun ini adalah seperti berikut. Tahun 2015 adalah RM25 juta. Daripada tahun 2016 hingga 2019 adalah RM15 juta setiap tahun. Tahun 2020 adalah RM20 juta, tahun 2021 RM4.11 juta, tahun 2022 tiada peruntukan, bagi tahun ini adalah RM5,090,500.
Jumlah peruntukan diberi oleh Kementerian Pendidikan kepada SMJK pada tahun ini ada jauh lebih rendah berbanding dengan zaman Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Jumlah peruntukan bagi tahun 2020 adalah RM20 juta tetapi tahun ini hanya RM5 juta lebih sahaja.
Puan Pengerusi, Majlis Pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Conforming Malaysia amat kecewa di mana SMJK dan conforming schools dan juga sekolah mubaligh dipinggirkan dari segi peruntukan daripada kementerian. Banyak sekolah-sekolah ini mempunyai bangunan yang usang dan perlu banyak peruntukan untuk menambah baik kelengkapan sekolah. Saya berharap Kementerian Pendidikan menyahut permintaan mereka.
Kedua, Dual Language Program (DLP) untuk SMJK dan conforming schools. Isu perubahan dasar Kementerian Pendidikan dalam pelaksanaan DLP bagi Darjah 1 dan Tingkatan 1 mulai sesi akademik 2023 dan 2024 menjadi berita hangat dalam media kebelakangan ini.
Lembaga Pengelola Sekolah-sekolah Menengah Conforming dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan telah membuat rayuan kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan supaya diberi kebenaran kepada sekolah-sekolah menengah conforming mengguna bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik.
Itu Dual Language Program untuk semua kelas, semua kelas Tingkatan 1 sesi akademi 2023 dan 2024 kerana ini adalah hasrat PIBG dan ini juga sejajar dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memperkasakan bahasa Inggeris untuk tahun depan. Ramai Ahli Parlimen telah bangkit isu ini saya tidak akan mengulangi poin mereka, saya berharap Yang Berhormat Menteri dengar suara wakil rakyat dan suara sekolah-sekolah SMJK dan sekolah mubaligh ini.
Isu ketiga, komunikasi Kementerian Pendidikan yang kurang memuaskan.
Kementerian Pendidikan telah membuat siri kenyataan yang mendatangkan kritikan terhadap sendiri. Selain daripada isu buku 40 hadis dan minggu solidariti dengan Palestin, isu-isu lain termasuk satu, peruntukan penyelenggaraan tandas bagi semua sekolah di bawah KPM tetapi akhirnya didapati peruntukan untuk tandas ini tidak termasuk sekolah bantuan kerajaan.
Kedua, kenyataan tentang KPM tidak mengambil guru yang khusus dalam bahasa Cina dan Tamil di SJKC dan SJKT bagi tahun 2024 hingga 2029 sedangkan SJKC dan sekolah-sekolah kebangsaan aliran lain juga menghadapi masalah kekurangan guru.
Semalam, [sambil menunjuk senaskhah surat khabar] tiga muka surat penuh Sin Chew Jit Poh berkenaan masalah kekurangan guru di sekolah Cina. Saya ingin minta Yang
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Berhormat Menteri minta pegawai menterjemahkan kesemua laporan ini untuk dan faham masalah yang sebenar.
Ketiga ialah KPM enggan mengumumkan peruntukan diberi kepada SJKC, SJKT, SMJK dan sekolah mubaligh pada tahun ini. Walaupun saya tahu peruntukan untuk SJKC memang lebih kurang sama dengan jumlah peruntukan pada tahun lepas. Saya telah tanya satu soalan Parlimen berkenaan dengan peruntukan penyelenggaraan bagi sekolah kerajaan dan kesemua aliran sekolah ini tapi sampai hari ini saya masih tidak terima jawapan.
Saya hendak tahu, kenapakah KPM hendak simpan fakta tentang peruntukan untuk sekolah ini? Rakyat adalah pembayar cukai, mereka adalah mempunyai hak untuk tahu tentang maklumat ini. Sebenarnya isu seperti ini telah banyak dikritik oleh media, badan-badan pendidikan dan juga memang social media. Saya memang berharap yang kementerian boleh menterjemahkan kesemua artikel-artikel ini supaya kementerian akan tahu apakah pandangan orang ramai terhadap isu-isu seperti ini.
Akhir sekali saya hendak gulung, Yang Berhormat Puan Pengerusi. Saya ingin bangkit tiga sekolah satu ialah SKJT Ladang Kinrara yang mana terletak di Bandar Kinrara, Puchong, Negeri Selangor yang bangunan sekolah itu telah terceroboh dalam rizab jalan di Jalan Mas yang mana dan Jalan Mas perlu diperluaskan. Jadi, yang sekolah ini perlu RM1 juta untuk membuat bangunan yang baharu. Mereka telah tulis surat kepada kementerian tapi tak ada jawapan.
Satu lagi ialah SJKC Too Joon Hing di Bandar Kinrara, Selangor yang pembinaan SJKC Too Joon Hing telah bermula setelah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan dan juga Pengarah Pendidikan Selangor pada 1 Julai 2020. Jawatankuasa Pembinaan Sementara SJKC Too Joon Hing telah mengikuti semua garis panduan dan undang- undang yang berkuat kuasa tetapi Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan henti kerja pada 25 Oktober 2021.
Jadi, pada 5 Disember 2022 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan membenarkan pembinaan SJKC Too Joon Hing diteruskan. Saya berharap Kementerian Pendidikan membatalkan rayuannya kepada Mahkamah Rayuan dan membantu SJKC Too Joon Hing disiapkan. Akhir sekali ialah SJKC Khai Chee di kawasan Parlimen Segambut.
Bangunan baharu SJKC Khai Chee di kawasan Parlimen Segambut yang telah disita oleh Kementerian Pendidikan telah amat mengecewakan masyarakat setempat.
Larangan KPM bagi sekolah tersebut untuk menggunakan bangunan baharu sekolah itu juga telah menyebabkan kesesakan trafik di kawasan persekitaran sekolah itu. Saya berharap Menteri Pendidikan menggunakan kuasanya sebagai Menteri untuk menyelesaikan konflik di antara SJKC Khai Chee dan juga Kementerian Pendidikan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Pengerusi, saya mulakan dengan Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Tumpuan saya kepada memperkukuhkan bahasa Inggeris di mana bahasa Inggeris merupakan penting terutama dalam melibatkan pelajar menjadi pemain industri bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.
Tidak ada pilihan lain, perlu menguasai bahasa Inggeris secara formal. Tumpuan kementerian perlu diberikan dalam memperkasakan bahasa Inggeris di peringkat persekolahan dan juga peringkat institusi pengajian tinggi.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Walau bagaimanapun, yang menjadi permasalahan adalah apabila kurangnya tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bahasa Inggeris, terutama di kawasan luar bandar, khususnya di kawasan saya. Ini secara tidak langsung dapat merencatkan kebolehan pelajar-pelajar di luar bandar yang mempunyai bakat serta kemampuan bagi mempelajari bahasa Inggeris. Mohon kementerian menyatakan apakah kerajaan, usaha kerajaan dalam menyediakan tenaga pengajar kemahiran tinggi dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa Inggeris?
Untuk pengetahuan Menteri, saya dapat maklumat daripada rakan-rakan guru, kekurangan bahasa Inggeris di kawasan Baling amat ketara, di mana guru yang mengambil opsyen bahasa Arab, mereka dikehendaki mengajar bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Jadi kalau guru yang bukan dalam bidang bahasa Inggeris mengajar, bagaimanakah pelajar-pelajar dapat menikmati persembahan guru dalam mendidik mereka dalam bahasa Inggeris? Jadi, harap kementerian dapat memberi perhatian yang sebaiknya.
Yang kedua, Butiran 030200 – Pendidikan Rendah dan Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Melihat kepada bilangan jawatan pada tahun 2023 dan 2024, bilangan jawatan adalah sama dan tidak ada kenaikan meskipun anggaran perbelanjaan 2024 meningkat dari tahun sebelumnya.
Menurut laporan daripada Sinar Harian pada 12 Oktober 2023, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan bidang pendidikan sedang mengalami kekurangan lebih daripada 20,000 seluruh negara. Bagi menyelesaikan masalah ini, KPM perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi kekurangan guru, dalam masa yang sama mengimbangi guru yang sedia ada.
Tenaga guru adalah penting walaupun infrastruktur sekolah terutamanya di luar bandar masih lagi di tahap yang tidak memuaskan. Kekurangan guru juga dapat merencat objektif pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum. Kementerian pula juga perlu mempertimbangkan bagi memberi peruntukan khas menyediakan guru bagi menangani masalah kekurangan guru. Apakah cabaran yang dihadapi oleh kementerian bagi menghadapi masalah kekurangan guru sedangkan banyak graduan-graduan pendidikan yang kini ada masih menganggur?
Butiran 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika melihat negara Indonesia, keghairahan dalam menterjemahkan karya-karya antarabangsa ke dalam bahasa Indonesia merupakan suatu yang patut diikuti. Malaysia perlu menjadi hab terjemahan terutama di rantau Asia, terutamanya negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu seperti Brunei dan Indonesia. Terjemahan ini penting bagi menguasai ilmu yang jarang ada di Malaysia seperti terjemahan dalam bidang hubungan antarabangsa, geopolitik dan banyak lagi.
Mengambil contoh zaman kegemilangan Islam oleh Kerajaan Abbasiyah yang banyak menterjemah karya-karya daripada Yunani sehingga dimansuhkan oleh Mongolia.
KPM perlu mengambil contoh sejarah tamadun Islam terdahulu yang terbukti berjaya dalam menguasai ilmu penterjemahan. Adakah kementerian mempunyai pelan jangka masa panjang melalui DBP bagi menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang agresif dalam aspek penterjemahan?
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya Program Iklim Dini di sekolah menjadi lebih menarik. Pertama, jadikan amalan wajib bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam bertadarus Al-Quran sama ada setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Yang kedua, memperkasakan program solat berjemaah Zuhur dan Asar yang melibatkan semua warga sekolah termasuk pengetua, guru besar, guru-guru dan pelajar semua kerana apa yang berlaku sekarang ialah hanya beberapa orang guru sahaja yang bersama-sama dengan murid atau pelajar untuk menunaikan solat Zuhur dan berjemaah.
Jadi ada pengetua, ada guru yang tidak bersama-sama dengan pelajar.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Akhir sekali, saya mencadangkan peruntukan untuk sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan perlu disediakan peruntukan bagi program yang dilakukan oleh sekolah-sekolah agar program yang dirancang berjalan dengan baik. Sebab banyak sekolah-sekolah yang memohon peruntukan daripada kami sebagai Ahli Parlimen, tetapi kita tidak mampu untuk memberi sumbangan kecuali sekadar apa yang ada. Jadi, minta perhatian mengambil perhatian tentang program yang melibatkan dana. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya terus ke Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan dan juga Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak yang diperuntukkan sebanyak RM796.58 juta di bawah Belanjawan 2024.
Saya melihat ada sedikit peningkatan berbanding tahun lalu untuk butiran di mana sebanyak RM581.3 juta diperuntukkan untuk tahun 2023. Adakah ini bermakna lebih banyak projek-projek menaik taraf sekolah-sekolah daif terutama di kawasan luar bandar akan dilaksanakan untuk Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan?
Jika ya, alhamdulillah dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, kepada kementerian di atas inisiatif ini. Semoga peruntukan tersebut dapat disalurkan terus daripada pusat kepada negeri-negeri termasuk Sarawak terutamanya bagi projek-projek bernilai di bawah RM50 juta yang melibatkan kerja naik taraf sekolah-sekolah daif yang memerlukan perhatian segera.
Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Betong berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan bahawa pencapaian prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah kurang memuaskan untuk tahun ini. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan apakah cabaran serta faktor sebenar yang menyumbang kepada kelewatan dalam mengangkat permohonan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak?
Sampai bilakah isu sekolah-sekolah daif ini dapat diselesaikan dalam usaha kita untuk memberi akses sama rata kepada pendidikan yang berkualiti buat para pelajar di seluruh Malaysia? Saya berharap agar Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan yang memerintah pada hari ini dapat memandang serius Laporan Audit Negara 2022 dan mempergiat usaha ke arah menaik taraf sekolah-sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak agar ianya tidak terus tertangguh.
[Tepuk] Menyentuh isu sekolah daif ini Yang Berhormat Menteri, saya juga pernah beberapa kali membangkitkan berkenaan dengan SMK Sebuyau. Sekali lagi saya ingin menimbulkan di sini, SMK Sebuyau yang berada di Parlimen Batang Lupar telah dibina sejak tahun 70-an. Jika kita tolak pada tahun 2023, sekolah ini sudah berusia hampir setengah abad.
Jadi, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri di Dewan yang mulia ini supaya tidak melewat-lewatkan lagi atau menangguh-nangguhkan lagi pembinaan SMK Sebuyau ini kerana di Batang Lupar, saya hanya mempunyai empat buah sekolah. Tiga sekolah itu sudah yang terbaik, SMK Beladin, SMK Pusa dan SMK Lingga.
Semua bangunan itu sudah dibina dengan bangunan-bangunan baru, tetapi hanya sebuah sekolah ini sahaja. Saya mohon jasa baik daripada pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri supaya melihat untuk mempercepatkan pembinaan SMK Sebuyau ini memandangkan tapak tanah untuk pembinaannya semua telah tersedia.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya juga ingin mendapat kepastian di Dewan yang mulia ini berikutan pembentangan bajet yang lepas, 26 buah sekolah baru yang dikatakan hendak dibina di seluruh negara. Adakah SMK Sebuyau ini termasuk dalam 26 sekolah baru yang tersebut? Jika ya, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan jika tidak, saya merayu sekali lagi kepada kementerian untuk memastikan SMK Sebuyau ini dapat dilaksanakan pembinaannya.
Saya tidak – bukan lah seorang yang suka-suka untuk menukar nada dalam ucapan saya tapi saya percaya, perundingan antara kita sesama wakil rakyat dan kementerian adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah berkenaan dengan sekolah daif di kawasan Sabah dan Sarawak, terutamanya di Parlimen Batang Lupar.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan. Ini adalah berkenaan dengan tanah-tanah yang berada di Sarawak.
Tanah-tanah pendidikan yang berada di Sarawak, bukan tanah yang belum dilaksanakan projek tetapi tanah-tanah yang telah dibina sekolah baru tetapi tanah sekolah lamanya adalah terbiar.
Saya berharap, pihak kementerian melihat tanah-tanah lama yang terbiar ini supaya dapat menyerahkan kembali kepada Kerajaan Sarawak untuk Kerajaan Sarawak membangunkan projek-projek ataupun prasarana untuk masyarakat setempat. Kerana kebanyakan tanah, saya bagi contoh sebuah sekolah di kawasan saya iaitu SK Beladin yang telah dibina sekolah baru tetapi kawasan tanah sekolah lama masih sehingga ke hari ini belum diserahkan kepada kerajaan negeri. Sekolah tersebut bangunannya kayu tetapi sudah jadi “padang jarak padang tekukur” kerana dirobohkan, di-vandalism oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Belud yang mengatakan proses yang kita ambil untuk melupus surat dan sebagainya terlalu lama. Kenapa ini boleh terjadi dalam era yang serba moden? Kalau dahulu, kita menggunakan mungkin teknologi yang terkebelakang sedikit tetapi pada masa sekarang, WhatsApp kita ada untuk mempercepatkan surat dan sebagainya. Tak lah sampai tiga tahun seperti Yang Berhormat Kota Belud nyatakan. Saya mohon Menteri yang berada di Dewan ini untuk melihat sekolah-sekolah yang telah dibina baru, tapak sekolah lama itu mohon diserahkan kepada kerajaan negeri untuk pembangunan yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri pada masa yang akan datang.
Tan Sri Dato’ Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan yang diperuntukkan sebanyak RM38.1 juta. Rumah guru dan kuarters ini amat uzur. Saya tahu Yang Berhormat Menteri faham dan saya tahu Yang Berhormat Menteri berusaha keras untuk melihat kuarters- kuarters dan rumah guru ini. Saya ucapkan tahniah dan saya mohon perkara ini dilihat dari masa ke semasa untuk rumah dan kuarters guru di Sarawak.
Saya juga menyokong saranan oleh Yang Berhormat Sri Aman untuk melihat cuti Gawai di Sarawak kerana kebanyakan kita di Sarawak, cuti Gawai ini bertembung [Tepuk] dan tidak diberikan kesempatan yang lama untuk kaum Iban merayakan Gawai di Sarawak.
Saya ingin mohon kementerian noktahkan di sini untuk mengkaji pada tahun yang akan datang dan yang seterusnya, setiap cuti perayaan itu kita lihatkan bagaimana kita hendak mengatur sesi akademik supaya semua perayaan yang kita rayakan di Malaysia
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
ini dapat kita berikan cuti untuk para penduduk, para orang kampung balik ke kampung rumah panjang.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Jadi Tan Sri Speaker, setakat itu perbahasan saya dalam Kementerian Pendidikan.
Sebagai kesimpulannya, saya memohon supaya kementerian sebagai kementerian yang menerima peruntukan terbesar hampir setiap tahun dapat mempergiat usaha ke arah menaik taraf sekolah-sekolah daif dan meningkatkan kualiti pendidikan yang diberikan kepada anak-anak Sarawak, khususnya melalui Belanjawan 2024 kali ini.
Sekian, Tan Sri Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih.
[Tepuk] Saya jemput Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dalam Kementerian Pendidikan.
Tan Sri Pengerusi, saya terus kepada Kod B.63 Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM22,448,300. Saya ingin mengaitkan dengan sekolah-sekolah yang memerlukan peruntukan bagi membaik pulih kerosakan seperti longkang, meja pelajar, tingkap, pintu kelas, kipas, tangga dan laluan jalan sekolah yang retak, bumbung sekolah yang rosak dan sebagainya. Ia amat membimbangkan kerana kerosakan yang berlaku boleh mengancam keselamatan murid dan warga sekolah.
Antara aduan yang saya terima dari ibu bapa menerusi anak-anak atas ketidakselesaan yang berlaku adalah di Sekolah Rendah Taman Bunga Raya 1dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 2, begitu juga dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa. Saya yakin dan saya pasti ada lagi sekolah yang turut mengalami masalah yang sama di seluruh Malaysia.
Permasalahan ini melibatkan isu kebajikan dan keselamatan anak-anak serta guru-guru di sekolah. Seharusnya pihak pengurusan sekolah melihat akan perkara ini dengan serius dan sewajibnya pihak kementerian pula membantu menyediakan dana untuk tindakan seterusnya.
Selain itu, kemudahan seperti pondok bas atau ruang menunggu bagi murid- murid perlu ditambah baik kerana ada sekolah yang hanya mempunyai dua pondok bas sahaja sedangkan jumlah murid dalam satu sesi persekolahan mencecah 2,000 lebih pelajar. Kesannya adalah kepada murid-murid, terutamanya ketika hujan lebat kerana ruang menunggu yang ada tidak cukup dengan kapasiti murid yang sangat ramai. Saya mohon agar kementerian dapat menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah yang terlibat.
Tan Sri Pengerusi, seterusnya kod yang sama B.63 Butiran 062400 – Bantuan Awal Persekolahan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM788,130,000. Saya melihat peningkatan yang besar berbanding tahun sebelumnya daripada RM450 juta kepada RM788 juta. Bayaran Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 ini akan memberi manfaat kepada 5,524,200 orang murid.
Soalan saya, bagaimanakah kaedah pemilihan yang ditetapkan oleh kementerian bagi memastikan menerima yang benar-benar layak untuk mendapatkan bantuan ini?
Saya melihat kementerian perlu menilai syarat dan kriteria kelayakan bagi penerima bantuan ini berdasarkan kepada keadaan ekonomi sekarang. Ada sebahagian keluarga
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
yang berpendapatan sederhana tinggi, namun tanggungan dan bilangan anak yang masih lagi bersekolah ramai tetapi tidak layak menerima bantuan.
Kementerian perlu mengambil kira kadar tanggungan dan bilangan anak, bukan sahaja melihat pada kadar pendapatan sahaja. Bagaimana pula sekiranya berpendapatan RM5,000 yang mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah, tidak termasuk yang belajar di universiti dan sebagainya? Semua ini memerlukan kos yang banyak. Saya mohon agar kementerian dapat melihat akan perkara ini.
Tan Sri Pengerusi, seterusnya Kod P.63 Butiran 00102 – Rendah Akademik. Kos anggaran perbelanjaan sebanyak RM 692,882,000. Saya ingin mengaitkan dengan hakisan tanah yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin. Saya ulang, di Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin. Sebelum ini saya pernah bangkitkan isu yang sama dalam perbahasan, cumanya melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Namun, tiada maklum balas dan kali ini, saya bawa isu ini dalam perbahasan Kementerian Pendidikan yang sudah pasti di bawahnya.
Saya mohon kementerian mengambil serius akan perkara ini. Jangan sampai “sudah terhantuk baru tengadah”. Jangan sampai keadaan lebih teruk, baru kita nak ambil tindakan. Ini melibatkan keselamatan semua warga Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Difahamkan bahawa masalah hakisan tanah ini telah berlaku sejak 2017 dan menyebabkan pagar sekolah retak dan pecah. Hakisan tanah yang berlaku berdekatan dengan kantin sekolah dan juga substation TNB. Saya mohon agar kementerian dapat membantu menyelesaikan masalah ini dan menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan segera bagi memastikan keselamatan murid, ibu bapa, guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Tan Sri Pengerusi, mohon sedikit lagi tambahan masa.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih. Tan Sri Pengerusi, seterusnya bagi masih dalam kod yang sama, P.63 Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM463,697,200. Saya melihat jumlah yang besar diperuntukkan untuk butiran ini. Saya mohon kementerian menjelaskan bagaimana pembahagian peruntukan sistem pengkomputeran ini untuk sekolah-sekolah dan institut pendidikan ini dilakukan. Saya berharap kementerian melihat secara keseluruhan sebelum proses menaik taraf sistem pengkomputeran dilaksanakan.
Saya mengambil contoh masalah yang sering terjadi adalah melibatkan akses kepada Internet terutama yang melibatkan sekolah-sekolah di luar bandar. Kita tidak mahu masalah Internet menjadi faktor yang mengganggu proses pembelajaran murid-murid pada masa akan datang. Komputer kita telah menaik tarafkan, namun akses Internet yang lemah. Secara tidak langsung akan menyebabkan kemudahan komputer yang disediakan tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. Biarlah peruntukan yang besar ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi, saya mohon kementerian mengambil perhatian akan perkara ini.
Tan Sri Pengerusi, yang terakhir. Baru-baru ini dalam Kongres PKR, calon perwakilan dalam kongres, tertubuh jawatankuasa pantau guru adalah tidak bertamadun.
Ia bertentangan dengan amalan demokrasi negara. Ia adalah hak masing-masing. Kalau dulu marahkan UMNO tapi sekarang mereka pula yang mencadangkan. Saya mengharap kementerian melihat perkara ini supaya tidak dilaksanakan. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Ampang terus merujuk kepada Butiran 030100 – Pendidikan Awal dan juga Butiran 00101 – Pendidikan Prasekolah dan Butiran 30000 – Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.
Sebenarnya, Ampang ingin bertanya apakah hala tuju pendidikan awal atau prasekolah bagi kanak-kanak dua tahun hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan. Kerana ini memandangkan kita lihat di bawah KPM, KPM bertanggungjawab menyediakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Jadi, saya pernah tanya soalan yang sama tetapi ia hanya jawapan secara umum. Tapi kali ini saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memperincikan dan memberikan penjelasan di bawah kod butiran yang saya sebutkan.
Soalan seterusnya berkaitan perkara yang sama iaitu apakah KPM akan melaksanakan atau memastikan kesemua SRK ataupun SRJK akan menyediakan perkhidmatan prasekolah ini atau hanya sekolah-sekolah yang dipilih. Kalau ia berlaku, saya ingin bertanya apakah pada 2024 sekolah-sekolah di Ampang akan mendapat ataupun sebahagian besarnya dapat dijadikan kerana kita tahu kita lihat sebagaimana saya timbul berkali-kali di dalam Dewan ini.
Kalau kita lihat saja permohonan prasekolah di KEMAS dan juga di Jabatan Perpaduan (JPNIN), setiap tahun kita terpaksa— mereka terpaksa menolak 800 kanak- kanak. Jadi, dengan adanya prasekolah ini, saya rasa banyak boleh membantu pihak ibu bapa untuk memastikan anak-anak ada tempat di sekolah, lagi-lagi pada mereka yang tidak mampu untuk membayar sekolah di tempat prasekolah swasta.
Seterusnya, dalam butiran yang sama, apakah ke arah ataupun pendidikan prasekolah ini memberi tumpuan juga kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tertentu seperti autism dengan izin ataupun dyslexia kerana saya rasakan kurangnya pendekatan pendidikan pada mereka kerana bagi saya ianya perlulah ditangani seawal mereka berumur di bawah enam tahun lagi. Jadi, mohon diberikan perhatian.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, Ampang ingin merujuk Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, Butiran 040300 – Pembangunan Kurikulum, Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum dan sebagainya sehinggalah berkaitan dengan Butiran 01800 – Sumber dan Teknologi Pendidikan. Sebenarnya yang nak disinggung adalah— saya ingin ataupun saya tertarik tentang apakah status terkini semua program dan inisiatif serta hala tuju pendigitalan pendidikan.
Jadi, Ampang mohon KPM beri anggaran masa, bilakah pembelajaran, pengajian dan pengajaran digital akan menjadi realiti di Malaysia. Apakah hala tujunya dan sekali gus apakah kita juga— saya tengok dalam butiran ini yang dikemukakan, saya rasa agak bimbang memandangkan adanya pengurangan terhadap minimum peruntukan buku teks yang dijangka menelan belanja sebanyak RM121.63 juta pada tahun 2024. Jadi, saya harap pengurangan ini adalah untuk memberikan tumpuan kepada aspek pendigitalan.
Apakah tumpuan yang ingin diberikan, sama ada ia akan dimulakan di sekolah- sekolah menengah ataupun sekolah rendah? Kerana Ampang cadangkan kalau ingin dimulakan, Ampang ingin mencadangkan supaya ia tidak— kalau kita tidak mempunyai peruntukan yang cukup, kita memilih mungkin pilot project di mana-mana ataupun di setiap Parlimen mungkin satu, dua sekolah.
Saya mencadangkan supaya sekolah rendah kebangsaan ataupun SRJK dipilih kerana memandang kita mulakan usaha ini untuk sekolah-sekolah rendah, memandangkan mereka terlibat dalam masalah buku teks yang membebankan mereka.
Saya harap ada juga manfaatnya di Ampang memandangkan Ampang memberikan tumpuan untuk mendigitalkan perkhidmatan, termasuk majlis perbandaran mereka.
Tan Sri Pengerusi, untuk yang terakhir ini Ampang sekali lagi ingin membangkitkan isu dibangkitkan dari Ampang iaitu di bawah butiran ataupun di bawah
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
maksud Pembangunan 63 Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan yang merosot sebanyak 22.6 peratus kepada RM46 juta— RM46.76 juta yang merupakan peruntukan untuk menyempurnakan pengambilalihan dan pemilikan tanah. Sebenarnya, Ampang musykil dengan ironi kelewatan pembinaan sekolah-sekolah atas alasan— tadi Batang Lupar juga bercakap benda yang sama.
Jadi, saya begitu terkesan, sebab kita lihat contohnya di SK Ukay Sungai Sering yang telah ada pun peruntukan semenjak RMKe-10 tetapi sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan dan kita lihat ia bukan saja satu sekolah. Sebenarnya ada beberapa sekolah lain yang perlu dilaksanakan tetapi ia tidak diberikan perhatian. Jadi, apakah sebenarnya— apakah saya nak tanya Menteri, tahun depan SK Sungai Sering ini akan dapat peruntukan khas untuk memastikan isu pengambilan tanah dan pengurusan tanah itu dapat diselesaikan supaya akhirnya sekolah ini dapat disempurnakan pembangunannya pada tahun-tahun akan datang?
Jadi, itu saja dan— minta maaf ada satu lagi. Apakah dasar dan hala tuju KPM bagi sekolah-sekolah swasta di luar zon guna tanah? Kita bercakap tentang tanah tetapi banyak lagi sekolah-sekolah sekarang ini yang sekarang ini sekolah-sekolah swasta dibina ataupun dibuat di kawasan perumahan dan ada juga di kawasan kilang.
Jadi, apakah sebenarnya— yang saya nampak ianya tidak kondusif untuk persekolahan. Apakah hala tuju ataupun tindakan dan dasar yang ada oleh KPM terhadap sekolah-sekolah ini supaya kita mahukan sekolah yang dibina ataupun dibuat baik swasta ataupun kerajaan memberikan infrastruktur kondusif kepada mereka? Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tan Sri Pengerusi yang dihormati...
Tuan Pengerusi
Waalaikumsalam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Rakyat Malaysia, orang muda tap tap screen, guys. Ancaman bom.
Seorang Ahli
Screen?
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baru-baru ini berlaku ancaman bom di sekolah-sekolah swasta. Ada sekolah yang telah ambil tindakan cepat, pindahkan anak- anak dan ada yang baru baca e-mel esok hari. Jadi, soalan saya kepada Menteri, apakah langkah proaktif kementerian untuk menjamin keselamatan institusi pendidikan dan memastikan pihak sekolah mempunyai pelan tindakan kecemasan dan diaplikasikan sewajarnya.
Yang keduanya, berhubung dengan pembangunan kompetensi guru. Jadi, soalan saya ialah apakah langkah jangka pendek, sederhana dan jangka panjang yang diambil oleh kementerian bagi memastikan kompetensi guru-guru dalam bidang pembelajaran yang dipilih serta berkebolehan menguasai teknologi digital yang semakin berkembang pesat? Apakah pendekatan yang diambil bagi memastikan dedikasi guru-guru sentiasa berada di tahap tertinggi, memandangkan kerja perguruan ini sangat mencabar dan ada memilih kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kerana gagal mendapat pekerjaan di sektor- sektor lain?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kemudian, saya lupa sebut butiran tadi Tan Sri. Butirannya seperti yang terlampir ya. Butiran berhubung, berhubung 030200, Pendidikan Khas. Soalan saya, oleh sebab negara jiran telah mengumumkan kenaikan gaji guru-guru pendidikan khas. Soalan saya,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
apakah kerajaan bercadang untuk menaikkan gaji guru-guru pendidikan khas, dalam usaha mengekalkan dan menarik minat lebih ramai guru dalam sektor ini?
Apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian dalam meningkatkan perkembangan profesionalisme guru-guru ini untuk kekal berkesan dalam profesion ini?
Ada berapa jumlah prasekolah pendidikan khas di Malaysia? Adakah kerajaan bercadang untuk menambah jumlah ini agar lebih banyak intervensi awal dapat dilakukan bagi anak- anak istimewa.
Kemudian 020100 – Dasar Pendidikan. Pada tahun 2017 sehingga 2022 telah mencatatkan penurunan anak-anak yang mengambil science stream iaitu daripada 45.20 peratus kepada 40.94 peratus. Ini mendukacitakan kalau benar. Jadi, saya telah difahamkan MOSTI telah bekerjasama –Adalah difahamkan pihak MOSTI telah mewujudkan satu pasukan khas yang turut dianggotai MOSTI dan juga KPM bagi menangani masalah ini.
Apakah objektif-objektif yang telah dipersetujukan oleh pasukan ini untuk meningkatkan minat pelajar untuk menceburi bidang sains dan teknologi? Apakah langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang yang telah dipersetujui oleh pasukan khas ini?
Kemudian, yang berikutnya Yang Berhormat, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Kita tahu bahawa apa yang berlaku di negara ini, berlaku di Parlimen, apakah ini berlaku kerana sistem pendidikan yang berbeza? Soalan saya apakah hala tuju kementerian dalam menyelaras sistem pendidikan berbeza aliran sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan agar negara dapat menikmati mencapai perpaduan kaum?
Adakah usaha yang dilaksanakan oleh kementerian untuk membentuk kendiri dan mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik serta menyuburkan semangat cintakan negara? Apakah status sekolah wawasan yang telah ditubuhkan selepas kelulusan Kabinet pada tahun 1977?
Yang berhormat, kita ada PLKN yang mungkin akan dilaksanakan pada tahun depan. Apakah pihak kementerian punya perancangan yang lebih awal supaya PLKN di peringkat sekolah ini diadakan dulu sebelum PLKN sebenarnya dapat diwujudkan oleh pihak kerajaan supaya kita dapat membentuk suatu perpaduan kaum yang cukup luar biasa.
Yang kedua terakhir ialah guru bersara awal, 10,000 orang setahun dan yang bersara, bersara sebenarnya 10,000. Jadi, 20,000 setahun. Ini membimbangkan. Apakah usaha yang dibuat untuk memastikan supaya guru tidak bersara awal? Saya tiap-tiap kali guru bersara awal, datang berjumpa saya, saya bagi syarahan panjang. Dia kata, “Kena buat banyak, macam-macam”, dia kata Dato’. Apakah dengan bersara awal, kamu boleh selesaikan masalah? Kamu sebenarnya menyerahkan masalah kepada orang lain.
Jangan bersara awal. Terus perjuangan kamu. Saya kata, “Saya pun tak bersara lagi”.
Saya kata, “Saya akan terus perjuangan saya dengan hebat dan dahsyat”.
Jadi bagaimana nak hadapi masalah ini? Kemudian, seperti yang Hulu Selangor sebutkan tadi Yang Berhormat. Jadi, sebenarnya kerajaan ini Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani Tan Sri. Tiba-tiba ada perwakilan minta supaya guru-guru ini menyokong kerajaan. Siapa kerajaan sekarang beritahu kepada saya.
Siapa kerajaan? Kita ada PKR, 31 kerusi, DAP ada 40 kerusi, UMNO, 26 kerusi.
Campur dengan apa itu Barisan Nasional, 30 kerusi. Siapa kerajaan? Jadi, kalau PKR suruh sokong kerajaan, kerajaan mana? Ada orang UMNO dalam kerajaan, yang sokong kerajaan tapi tak mahu DAP. Ada orang DAP yang sokong kerajaan tapi tak mahu UMNO.
Itulah kerajaan sekarang. Bermasalah. Tapi, kalau sekiranya kita semua kerajaan tanpa pembangkang, itu yang terbaik seperti yang telah dicadangkan oleh UMNO...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Sokong, sokong.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Arau, boleh namakan siapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Tan Sri, jangan...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Boleh nama tak? Boleh namakan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa dia?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Kami bukan nak kacau. Nak Minta penjelasan. Boleh namakan siapa yang sokong, siapa yang tak sokong siapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan bagus. Itulah nilai pendidikan kita di peringkat sekolah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Boleh namakan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, apa dia. Saya –10 seconds.
Ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Boleh, boleh –Saya minta, Ipoh Timur minta namakan siapa dari DAP yang tak sokong UMNO ke? Siapa daripada UMNO yang tak sokong DAP? Boleh namakan tak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, boleh, boleh Yang Berhormat.
Tapi senarainya terlampau panjang.
[Ketawa] Bisakah...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tak apa. Saya yakin, saya yakin Tan Sri Speaker akan bagi cukup masa untuk namakan semua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Satu hari, satu malam saya sebut.
Sebab yang paling penting 80 peratus guru-guru...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat nak kata senarainya tapi tak mau namakan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cukup Yang Berhormat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Kan? Dan cara kita sembang, elok-elok kan? Minta namakan saja.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pengerusi, saya nak namakan 1.6 juta pegawai kerajaan, dua hari, dua malam tak habis.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Dak, guru –Bukan guru. Yang sokong DAP, tak nak sokong UMNO itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang pasti yang sokong PN ialah 80 peratus. Sokong terus.
[Tepuk] Kami kalau kami memerintah...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Kita, kita...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami akan pastikan yang sokong pembangkang...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Arau sembang fasal Ahli Parlimen...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pun jadi sebahagian daripada rakyat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Siapa sokong, siapa tak sokong? Saya nak minta senarai, namakan siapa DAP yang tak sokong dan siapa UMNO yang tak sokong DAP?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cukuplah Tan Sri, saya dah bagi peluang ini.
Tuan Pengerusi
Okey butiran. Duduk Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang Berhormat bagi secara tulislah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ahli Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Butiran dia sekarang ini...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Secara, secara bertulis boleh tak? Secara bertulis. Secara bertulis.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Bagi secara bertulislah.
Boleh ya Yang Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, senarai boleh bagikan?
Tapi...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Dalam dan luar Dewan pun boleh. Tak apa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cukup. Berhenti –Boleh tak berhenti bercakap? Senarai boleh dibagikan. Tapi ini adalah satu pekerjaan yang tidak waras. Sudah pasti orang yang menyokong kami, kami tak bagi senarai. Guru-guru yang menyokong kami, terus sokong. Anda akan diberi perlindungan yang hebat dan dahsyat.
Tidak ada masalah.
[Tepuk] Pegawai kerajaan majoriti menyokong PN. Cuma...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Penglipur lara, penglipur lara.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami belum sampai masa. Ya Allah, ya Tuhanku, ini pendidikan yang berbeza Tan Sri...
Tuan Pengerusi
Okey, okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Nak mereka land.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa ini?
Tuan Pengerusi
Okey, okey. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini kena kawal orang-orang yang tidak berdisiplin ini kena kawal Tan Sri. Mungkin pendidikan yang berbeza. Menteri tolong tengok ya. Jadi, kepada Menteri jangan menangis lagi. Sebab apa tangisan yang lepas sebenarnya kami sangka itu adalah tangisan yang sebenarnya. Kami seronok. Tapi bila Yang Berhormat menyebut doa dan Qunut Nazilah, maka hancurlah hati kami.
Jadi, jangan menangis lagi. Kami tidak akan bersimpati orang yang mempertikaikan minggu –Pakaian Minggu Palestin. Terima kasih Tan Sri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya. Merujuk Butiran 10000 – Emolumen. Mengikut Statistik Elaun Perumahan Wilayah (EPW), guru dengan gred DG44 dari Semenanjung Malaysia, menerima elaun antara RM730 sehingga RM830. Manakala guru gred yang sama daripada Sabah dan Sarawak hanya menerima elaun RM200 hingga RM550. Saya ingin bertanya kenapa satu negara ada dua pemberian elaun berbeza? Sedangkan kedua-dua rakyat Malaysia yang akan menghadapi kesukaran jika dihantar di mana-mana kawasan di Malaysia.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Kementerian Pendidikan perlu mengutamakan rakyat yang berasal daripada Sabah dan Sarawak untuk menjadi guru di negeri asal. Kerajaan dapat menjimatkan kos pembayaran elaun-elaun pedalaman dan dapat mengurangkan kes permohonan guru dari Semenanjung untuk balik ke Semenanjung Malaysia.
Tuan Pengerusi, merujuk perkara Butiran 30000 – Aset. SMK Tawau II ini sudah menumpang di SK Taman Tawau semenjak tahun 1999 iaitu telah mencapai 24 tahun dan SK Melodi yang menumpang di SK Titingan dari tahun 2000 iaitu selama 23 tahun. Saya sendiri turun padang melihat keadaan yang tidak selesa.
Jadual pembelajaran dan program sekolah menumpang dan asal bercanggah.
Ada masa pelajar sekolah menumpang menghadapi peperiksaan dan sekolah asal hari sukan. Sekolah menumpang juga tiada kelengkapan makmal serta keadaan kemudahan bilik darjah dan dewan yang tidak boleh menampung keperluan dua sekolah.
Masalah-masalah ini menyebabkan gangguan kepada prestasi modal insan di sekolah menumpang. Soalan saya, apakah status dan bilakah pelajar SMK Tawau II dan SK Melodi Tawau boleh berpindah ke bangunan baharu sekolah mereka? Apakah perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini, sekolah-sekolah daif di Sabah, Sarawak?
Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan.
Di Sabah, guru besarnya terpaksa tinggal di stor kerana bertahun menunggu rumah guru disiapkan. Selepas tular barulah ada tindakan daripada pihak kementerian dan jabatan.
Jadi, soalan saya, berapakah bajet disalurkan serta senarai projek yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menangani isu seperti ini?
Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan.
Sabah mencatatkan bilangan sekolah daif yang tinggi iaitu 406 buah atau 35 peratus daripada 1,156 buah yang ada di seluruh negara.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Saya selalu turun ke sekolah, sekolah di sekitar Tawau melihat sendiri berapa bangunan sekolah, peralatan pembelajaran, dewan, bilik darjah dalam keadaan yang usang dan perlu diperbaiki. Penyelesaian isu-isu berkaitan keselamatan sekolah seperti isu hakisan tanah, bangunan dan kemudahan yang tidak selamat biasanya memerlukan penyelesaian sampai bertahun-tahun sehinggakan ada kes yang guru dan pelajar yang cedera.
Saya mohon kementerian bertindak secara proaktif untuk mengatasi masalah ini seperti memanfaatkan teknologi seperti dron pemetaan 3D dan lawatan secara maya supaya masa dan kos dapat dijimatkan. Pihak kementerian juga wajar memberi penyelesaian serta-merta termasuk permohonan kajian, kelulusan dan pelaksanaan projek dalam dua minggu jika melibatkan isu keselamatan pelajar dan guru.
Sebagai Sabahan, saya amat sedih dan kecewa Sabah dan Sarawak masih lagi serba kekurangan dari segi kemudahan pendidikan, sehinggalah ada guru-guru yang tinggal di stor dan ada nyawa pelajar dan guru terancam disebabkan keadaan sekolah yang tidak selamat. Mohon Kementerian Pendidikan untuk segera menyelesaikan isu ini.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Julau. Pembahas terakhir.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Merujuk kepada Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan. Saya ingin menarik perhatian kepada isu mendesak dalam pelaksanaan penyelenggaraan atau pembinaan tandas baharu untuk sekolah-sekolah terutama di Parlimen Julau. Menurut PPD Julau, projek ini sepatutnya dilaksanakan oleh pihak ICU menerusi majlis daerah.
Setelah itu pengurusan projek ini kemudiannya dirujuk semula kepada pihak JPN pada bulan September 2023. Faktor utama adalah penangguhan dari proses tersebut dan tempoh tarikh akhir pelaksanaan yang diberikan adalah terhad iaitu pada hujung bulan
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Oktober 2023. Oleh itu, jendela sebulan adalah terlalu singkat bagi sekolah-sekolah luar bandar untuk meneruskan projek tersebut. Justeru, projek terpaksa ditolak dan tidak dapat dilaksanakan.
Saya difahamkan hal ini juga berlaku di kawasan pedalaman Parlimen lain seperti di Selangau, Lubok Antu dan mungkin di Baram. Soalan saya adalah adakah sekolah- sekolah yang terpaksa menolak projek tahun ini akan diberikan peluang yang sama untuk meneruskan projek membaik pulih kemudahan tandas mereka di tahun hadapan? Ini adalah amat penting agar semua sekolah diberikan peluang yang adil untuk mendapatkan keperluan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.
Tan Sri Pengerusi, berkenaan dengan Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan. Ini adalah satu inisiatif yang amat baik untuk sekolah-sekolah di kawasan pendalaman lebih- lebih lagi di Parlimen Julau. Untuk makluman hampir setiap tahun terdapat kisah-kisah mengenai ibu bapa dari kawasan Julau yang terpaksa pergi ke sekolah untuk membuat perabot sendiri bagi anak-anak mereka dan sering kali pelajar tidur atas lantai bertilam sahaja.
Dengan butiran baharu ini, soalan saya adakah sekolah akan diberikan jumlah tetap seumpama sama seperti peruntukan penyelenggaraan tandas atau adakah peruntukan adalah berdasarkan kepada keperluan sesebuah sekolah?
Dengan pembuatan perabot-perabot ini, saya ingin mencadangkan agar kementerian bekerjasama dengan CTCS Worldwide Sdn Bhd iaitu anak syarikat di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia supaya boleh memberi sumbangan melalui sokongan dan bimbingan buatan produk kayu tempatan kepada kalangan bumiputera yang cenderung di dalam bidang berkenaan.
Walau bagaimanapun, bagi Sabah dan Sarawak saya mencadangkan supaya membenarkan sekolah-sekolah untuk memperoleh perabot mereka sendiri dari produk tempatan di sana. Ini adalah munasabah bagi menggalakkan penambahan kos pengangkutan dari Semenanjung Malaysia lalu dapat memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan Sabah dan Sarawak.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin membincangkan Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dalam bahasa Inggeris di sekolah pada tahun hadapan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam beberapa ucapan beliau.
Tumpuan kepada bahasa Inggeris adalah sangat baik, namun kenapa peruntukan untuk tahun hadapan yang tertera tidak meningkat daripada tahun ini? Apakah inisiatif atau langkah-langkah yang baharu yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kemahiran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah?
Tan Sri Pengerusi, yang akhir merujuk kepada Butiran 030200 – Pendidikan Rendah. Semua sekolah di kawasan Julau mempunyai sambungan Internet. Namun, kupon diberikan kepada sekolah tidak mencukupi. Soalan saya adakah kementerian bercadang untuk menambah kupon kepada sekolah luar bandar? Saya berharap kementerian menambah kuota supaya mendapat memberi manfaat yang lebih besar kepada guru.
Sebagai kesimpulan, isu-isu yang dibentangkan hari ini adalah penting untuk memperhalusikan sistem pendidikan di Malaysia. Saya memohon agar kementerian mempertimbangkan kebimbangan ini dengan segera memastikan bahawa sekolah- sekolah kita mempunyai infrastruktur, sumber dan sokongan yang diperlukan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi setiap pelajar. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Julau. Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab soalan-soalan dalam masa 30 minit. Silakan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Pertamanya, saya rakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembahas Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai isu, keprihatinan, syor dan cadangan-cadangan untuk kami tambah baik di peringkat Kementerian Pendidikan khususnya yang terkait rapat dengan belanjawan kali ini.
Ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya memulakan penggulungan saya pada petang ini untuk menjawab isu-isu panas terlebih dahulu yang saya fikir itulah jawapan- jawapan yang paling ditunggu-tunggu. Izinkan saya memulakan dengan memberikan penjelasan kepada isu yang dibangkitkan oleh Sri Aman berkaitan dengan kalender akademik KPM yang dikatakan tidak sensitif kepada kaum Dayak di Sarawak untuk Hari Gawai.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia amat prihatin kepada keperluan semua kaum yang menyambut perayaan termasuk Hari Gawai Dayak dengan memperuntukkan cuti tambahan kepada semua murid dan guru yang terlibat di seluruh negara pada setiap tahun.
Jadi, bagi memastikan perayaan utama ini disambut dalam suasana meriah, suasana madani, suasana harmoni oleh murid dan guru, sesi libat urus telah diadakan bersama-sama pihak berkepentingan seperti Kesatuan Perguruan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan, Sarawak Teachers' Union, Persatuan Guru-guru Sabah, bahagian-bahagian di KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Sarawak sebelum penetapan hari persekolahan, cuti penggal dan peruntukan cuti tambahan perayaan ditentukan.
KPM telah mengeluarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2023 Kalender Akademik Sesi 2024/2025 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 3 November 2023.
Berdasarkan surat siaran ini Yang Berhormat, perayaan Hari Gawai Dayak dalam tempoh cuti penggal satu sesi 2024/2025 yang akan bermula dari tarikh 25 Mei hingga 2 Jun 2024.
Manakala semua murid dan guru akan menyambung cuti umum Persekutuan bagi semua negeri bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 3 Jun selepas cuti penggal pertama berakhir. Oleh itu, sesi persekolahan semuanya akan bermula pada 4 Jun bagi semua negeri di seluruh negara.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Kerajaan juga telah memperuntukkan kemudahan cuti bagi pegawai untuk menyambut perayaan Hari Gawai Dayak seperti ketetapan yang berikut. Satu hari Cuti Tanpa Rekod, ya pada 1 Jun atau 2 Jun setiap tahun. Ini adalah berdasarkan surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ya bagi pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung, pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai Dayak dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia, pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai Dayak dan berkhidmat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Cuti rehat khas yang layak diambil oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa melulus seperti yang diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017.
Ahli Yang Berhormat, KPM sangat prihatin dan membenarkan bagi mana-mana sekolah yang mempunyai keperluan untuk memanjangkan cuti sempena perayaan Hari Gawai Dayak untuk mengemukakan permohonan cuti berkenaan kepada Pengarah Pendidikan Negeri untuk kelulusan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
KPM berharap dengan kelonggaran yang diberikan akan memudahkan pergerakan pulang murid dan guru bagi memulakan persekolahan kembali. KPM telah mempertimbangkan peruntukan cuti Hari Gawai Dayak dalam cuti penggal pertama sesi 2024/2025 selaras dengan inisiatif pihak KPM untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan kepada Januari 2026.
Jadi, itu jawapan dan penjelasan yang saya harap tidak lagi berbangkit, Yang Berhormat kerana urusan berkaitan cuti, penetapan tempoh panjang dan semua ini telah pun kita lakukan libat urus dengan semua peringkat JPN di peringkat negeri dan melibatkan bahagian-bahagian tertentu yang mengambil kira perayaan-perayaan tertentu.
Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya saya ingin meneruskan dengan isu guru yang cukup banyak dan begitu panjang dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Hampir keseluruhan Ahli Yang Berhormat yang membahaskan tentang guru ini membangkitkan tentang isu yang terkait rapat dengan kekurangan guru. Saya mengambil perhatian penuh dan tanggungjawab penuh untuk melihat isu ini bahawa pertamanya, isu kekurangan guru ini adalah isu sementara, ya. Itu yang pertama.
Kedua, inisiatif yang sedang kita lakukan termasuk prakarsa-prakarsa bersama dengan SPP, IPG dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa kita lakukan bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Sebab itu Yang Berhormat dalam konteks ini, khususnya apabila yang dibangkitkan isu oleh Ayer Hitam, oleh Indera Mahkota, Putrajaya, Sungai Besar, saya ingin menjawabnya dalam barangkali dan melihat kepada pertama, isu ini seperti yang saya nyatakan adalah bersifat sementara. Kedua, inisiatif telah pun kita lakukan dan jawapan-jawapan itu telah pun berikan kepada Yang Berhormat dalam pelbagai sesi sebelum ini.
Seterusnya Yang Berhormat Putrajaya ada menyatakan bahawa ada aduan yang tidak— mereka menyatakan tidak lagi mendapat tempat. Yang Berhormat, sebenarnya ada 70 orang lagi dan kita sedang melakukan temu duga. SPP sedang melakukan temu duga dan keseluruhan 50 yang aduan yang Yang Berhormat sebut tadi dan 20 orang lagi akan disekalikan penempatannya. Itu adalah dari segi tindakan terus yang telah pihak kami ambil.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sewaktu di kementerian dahulu, kita telah merancang supaya mereka ini ditemu duga lebih awal sewaktu mereka di universiti lagi. Jadi, bila dia keluar itu dah selesai isu temu duga ini.
Begitu juga konsep yang kita pernah pakai untuk IPG. Kalau dulu, keluar IPG nak kena tunggu lama baru boleh masuk dalam perkhidmatan servis kat sekolah. So, apakah status pelaksanaan pendekatan tersebut? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat, kita buat lagi laju Yang Berhormat. Sebelum mereka konvokesyen, mereka sudah dapat penempatan.
[Tepuk] Jadi, ini antara perkara yang sedang kita sudah pun laksanakan dan memastikan bahawa penempatan ini dibuat lebih awal.
Ahli Yang Berhormat, beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Ayer Hitam, saya perlu jawab juga yang saya fikir berkaitan dengan isu kekurangan guru di SJKC dan juga SJKT. Saya cukup peka terhadap perbincangan kebelakangan ini di media arus perdana Cina bahawa kekurangan guru SJKC dan dalam kenyataan media saya bertarikh 17 November 2023 telah menekankan bahawa isu kekurangan guru adalah isu yang sedang berlaku di semua jenis sekolah termasuk SK, SJKC dan SJKT dan ia bersifat sementara.
Merujuk kepada jawapan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada YB Rasah dalam Kamar Khas bertarikh 22 November 2023, KPM mengakui bahawa terdapat kekosongan bilangan guru di semua sekolah iaitu SK kurang 4.83 peratus, SJKC kurang 3.69 peratus, SJKT kurang 1.94 peratus berdasarkan data terkini bertarikh 31 Oktober 2023.
Baik, kekurangan guru dalam erti kata bilangan kekosongan penempatan atau perjawatan guru dalam sekolah. Jadi, merujuk kepada jawatan— jawapan lisan bertulis
Puan Fadhlina binti Sidek
kepada Yang Berhormat Raub pada 14 November 2023, dalam konteks bilangan guru opsyen bagi SJKC, terdapat kekurangan bekalan guru bagi mata pelajaran lain-lain seperti Bahasa Inggeris dan Jasmani, Kesihatan manakala terdapat lebihan bekalan kepada opsyen Matematik, Sains dan Bahasa Cina.
Ini yang saya nak tekankan Yang Berhormat sekalian. Data tidak berubah dan konsisten. Data autoriti adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, okey. Jadi, kita sangat komited dalam misi kekosongan jawatan guru dan memastikan pendidikan berkualiti kepada semua murid. Adapun tentang data-data lain, ya, yang sedang kita lakukan untuk penambahbaikan, yang disebut oleh Ayer Hitam retagging dan sebagainya ini, memang sedang dalam urusan dan memastikan supaya isu ini kita dapat selesaikan dengan bersungguh-sungguh.
Saya bagi jaminan isu guru ini sentiasa menjadi perhatian kita. Sebab itu saya sangat tersentuh apabila Yang Berhormat tidak pernah putus ya, memastikan bahawa isu guru ini kita dapat selesaikan. Untuk itu juga Yang Berhormat, saya fikir penting juga untuk saya memberikan sedikit analogi penting. Bila kita bercakap tentang guru ini kerana kualiti, standard dan juga penempatan mereka ini adalah juga mengambil kira keperluan- keperluan di setiap sekolah. Opsyennya, berkaitan keperluan pendidikan semasa dan sebagainya.
Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya adalah terkait rapat dengan isu yang dibangkitkan juga oleh Putrajaya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Minta pencerahan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Pendekatan kluster mata pelajaran. Yang Berhormat, saya fikir cukup Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tak...
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya perlu noktahkan persoalan-persoalan Yang Berhormat ini kerana saya tidak mahu ada lagi polemik berkaitan guru ini dibangkitkan dan tidak selesai.
[Tepuk] Saya sudah beri jaminan kita akan selesaikan. Saya dah beri jaminan. Hanya autoriti daripada KPM. Cukup Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tapi, relaks Yang Berhormat Menteri. Saya cuma tanya satu soalan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Itu penting untuk saya beritahu Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Puan Fadhlina binti Sidek
Penting saya nak beritahu Yang Berhormat bahawa isu ini...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya bertanya dengan elok...
Puan Fadhlina binti Sidek
Isu ini, sekolah ini...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Cuma minta jawapan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat memang tanya dengan elok tapi Yang Berhormat juga menaikkan suara ketika bertanya sebentar tadi. Jadi, bagi saya ruang untuk saya jelaskan dan yakinkan Yang Berhormat ...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Apa yang saya sebut tu adalah berdasarkan jawapan Yang Berhormat kepada Parlimen ini.
[Dewan riuh]
Puan Fadhlina binti Sidek
Bagi saya yakinkan Yang Berhormat bahawa saya perlu selesaikan soalan Yang Berhormat ini dengan jaminan daripada kami...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ya, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
...Melihat keseluruhan itu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, jangan bimbang tentang isu sekolah Cina dan sebagainya...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bukan. Saya...
Puan Fadhlina binti Sidek
...Sebab saya ambil tanggungjawab penuh untuk selesaikan isu itu secara keseluruhan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jangan tengok lensa kekurangan guru ini dari kaca mata satu sudut sahaja.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bukan Yang Berhormat. Saya cuma tanya...
Puan Fadhlina binti Sidek
Semua sekolah, semua sekolah. Baik Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Berkaitan dengan opsyen ni.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya nak teruskan dengan isu Sungai Besar, berkaitan dengan isu kekurangan guru pendidikan khas.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, takkan— Saya bertanya fasal opsyen visi yang dikatakan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Kekurangan guru pendidikan khas di sekolah pendidikan khas dan kekurangan guru pendidikan khas...
Tuan Yang di-Pertua
Ayer Hitam, Ayer Hitam. Menteri tak bagi laluan Ayer Hitam.
Puan Fadhlina binti Sidek
...Integrasi berjumlah 1,181 dan merangkumi 733 orang di sekolah rendah dan 448 orang di sekolah menengah. Kaedah menangani kekurangan guru di peringkat pendidikan khas juga Yang Berhormat adalah lebih kurang sama iaitu permohonan pertukaran guru, penempatan guru (COS) dan penempatan guru baharu di peringkat IPGM.
Ahli Yang Berhormat, seterusnya adalah berkaitan dengan yang dibangkitkan juga oleh Indera Mahkota. Persoalan berkaitan dengan kekurangan guru Tingkatan 6.
Indera Mahkota, betul ya? Yang dicelah oleh Hulu Terengganu. Baik, sehingga 31 Oktober 2023 terdapat sejumlah 1,447 keperluan guru Bahasa Melayu di Tingkatan 6 dengan pengisian sebanyak 1,274. Daripada jumlah itu, terdapat kekosongan sebanyak 173 orang. Pengisian berjawatan guru Tingkatan 6 keseluruhannya adalah daripada kalangan guru arus perdana yang menjadi sumber utama pengisian guru akademik di Tingkatan 6 selain daripada pengisian guru baharu.
Untuk tambah baik Yang Berhormat, sebab soalan itu adalah terkait rapat dengan Tingkatan 6 yang sedang KPM berikan tumpuan penuh dalam konteks untuk menambah baik. Maka, laluan khas guru cemerlang Tingkatan 6 bagi meningkatkan guru cemerlang Tingkatan 6 di keseluruhan guru, bagi keseluruhan guru di cawangan— di peringkat Tingkatan 6.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kita sedang mempertingkatkan bilangan guru cemerlang supaya guru-guru ini dapat memberikan pendidikan yang lebih berkualiti kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6.
Lain-lain soalan berkaitan guru ini juga, terkait rapat yang saya fikir adalah soalan-soalan yang selama ini telah pun kami jawab dalam bentuk sama ada lisan mahupun secara bertulis di peringkat sidang yang lain. Ahli Yang Berhormat, seterusnya adalah terkait rapat dengan perkara yang ditanya oleh Kota Belud.
Kota Belud menyatakan mengapakah tidak dimasukkan butiran sekolah daif dalam belanjawan? Baik. Kelulusan butiran projek seperti mana yang dinyatakan dalam
Puan Fadhlina binti Sidek
buku belanjawan adalah ditentukan oleh pihak Kementerian Kewangan berdasarkan butiran program sedia ada.
Jadi, di bawah Belanjawan Tahun 2024, KPM mempunyai 27 butiran yang melibatkan spektrum pembangunan sedia ada yang telah diluluskan sejak beberapa Rancangan Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, khusus bagi projek pembinaan semula bangunan daif di Sabah dan Sarawak, butiran yang diguna pakai adalah Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak.
Saya ingin juga menjelaskan sedikit Yang Berhormat, mengapa ia jadi– ia tidak dimasukkan dalam satu butiran? Ini penting. Kerana dalam setiap butiran, di dalam yang digariskan di dalam butiran-butiran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dia akan melibatkan skop yang berbeza, siling yang berbeza dan konteks yang berbeza.
Sebab itu senarai-senarai daif ini ada dalam hampir lebih kurang beberapa item seperti asrama, ada juga kita sebut. Kalau sekolah daif dia ada di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah dan juga di institusi-institusi pendidikan yang lain. Jadi, soal kenapa ia tidak disatukan itu kerana ia telah pun ditentukan oleh pihak Kementerian Kewangan. Jadi, itu penjelasan berkaitan dengan...
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
YB Menteri, boleh Kota Belud mencelah?
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya. Sila.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Okey.
Sebab isu sekolah daif ini sudah rentetannya daripada 2016 lagi. So, tujuh tahun sudah.
Saya fikir kalau. Saya faham ini adalah bersangkut paut juga dengan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
MOF sendiri. Kalau KPM boleh push untuk MOF mengadakan. Memang butiran itu khas untuk sekolah daif, kerana kalau kita punya fokus untuk mengurangkan sekolah daif– sebab YB Menteri pun tahu juga, 70 peratus sekolah daif itu ada di Sabah dan Sarawak. So...
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, baik.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
I think kalau macam kita ubah sikit strategi lah YB Menteri. Itu pandangan saya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya boleh bincang dengan Kementerian Kewangan tetapi Yang Berhormat seperti saya sebutkan tadi kerana konteksnya itu. Skopnya, silingnya dan cara kerjanya itu memang kerumitannya itu ada pada setiap butiran itu.
Tetapi saya ambil pandangan Yang Berhormat itu untuk kita bincang bersama dengan Kementerian Kewangan nanti.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Kuala Krau.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Ya, Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Saya, Sri Aman.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Bagaimana dengan Projek Raksasa yang Tambun sarankan tempoh hari yang dia kata akan diadakan pada tahun ini untuk menyelesaikan masalah atau pun menangani masalah sekolah daif?
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat, kalau ada projek raksasa, saya kena jadi Ultraman. Tetapi sebenarnya tidak ada...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Tetapi itu perkataan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Tidak ada. Tidak ada.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Tambun, Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kami telah semak, tidak ada projek raksasa itu. Yang ada disebut adalah yang terkait rapat dengan pembangunan semula, sekolah daif dan sebagainya. Tetapi kalau Yang Berhormat lihat kepada, rujuk kepada peruntukan- peruntukan yang terkait rapat dengan pembangunan di Sabah dan Sarawak itu, barang kali saya boleh bantu untuk kita lihat secara perinciannya apa yang Yang Berhormat benar-benar mahukan daripada persoalan tentang raksasa itu tetapi dalam rekod saya tidak ada Yang Berhormat. Tetapi saya bersedia untuk bertemu dengan Yang Berhormat, untuk kita bincangkan apa yang hasrat Yang Berhormat bila sebut tentang raksasa itu.
Baik.
Kuala Krau membangkitkan tentang isu status tanah kepada PPD yang berkongsi dengan SMK Abu Bakar. Adakah kerajaan berhasrat untuk membina PPD baharu di daerah ini dan apakah status perkara ini? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggantian PPD Temerloh telah diluluskan dalam RMKe-12 RP4 Tahun 2024.
Seterusnya, KPM akan membuat semakan dan pengesahan skop bagi kerja-kerja perancangan dan pembinaan. Seterusnya Yang Berhormat, adalah berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan juga yang juga mendapat perhatian ramai berkaitan dengan isu guru besar di SK Ulu Ansuan, sekolah tiada kuarters.
Ahli Yang Berhormat, untuk makluman terdapat sebanyak 293 unit kuarters di daerah Sri Aman dengan kadar pengisian sebanyak 221 unit berpenghuni dan 72 unit tidak berpenghuni. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023 KPM telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan kuarters sebanyak RM200,000 kepada kuarters guru di SK Ansuan bagi kerja-kerja menaik taraf kuarters sebanyak tujuh unit kuarters.
Kerja-kerja naik taraf telah dilaksanakan pada 22 Jun 2023 dan telah disiapkan pada 9 November 2023. Barangkali saya perlu menyinggung sedikit apabila Ahli Yang Berhormat memainkan peranan dalam Dewan ini. Perlu hadir dengan fakta yang lengkap dan juga memastikan tidak terikut-ikut dengan perbahasan orang awam. Yang pertama, benar. Isu ini viral tetapi mesti ada semakan kepada maklumat ini.
Ia viral tetapi dalam masa yang sama tindakan sudah pun diambil. Jadi, tak perlu terikut-ikut dengan sentimen awam yang tidak melihat kepada penyelesaian yang telah pun kita ambil seawal Jun 2023 lagi untuk menyelesaikan isu kuarters guru di SK Ansuan ini. Malah, komitmen kita cukup tinggi apabila persiapan kita untuk memastikan kuarters guru ini insya-Allah akan siap pada akhir bulan November dengan jumlah tujuh unit kesemuanya.
Selain itu, projek pembinaan blok akademik, pentadbiran termasuk kediaman guru berserta perabot di SK Ulu Ansuan juga telah dimasukkan dalam Belanjawan 2024 yang lalu. Maka, empat unit kuarters lagi akan dibangunkan pada 2024 dengan belanja keseluruhan RM12 juta. Jadi, 2023 kita telah pun membuat intervensi untuk memastikan guru ini mempunyai kuarters yang sesuai, selesa untuk diduduki. Terima kasih. Itu berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan tentang kuarters guru.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya teruskan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Miri. Miri membangkitkan tentang peruntukan yuran MSSM tidak mengambil kira keperluan logistik Sabah dan Sarawak. Ahli Yang Berhormat sekalian khususnya Miri, bantuan yuran MSSM disediakan berdasarkan enrolment murid tahun semasa dan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi membolehkan agihan dibuat berdasarkan perancangan pelaksanaan kejohanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Oleh yang demikian, pihak JPN telah membuat agihan peruntukan berkenaan dengan mengambil kira keperluan logistik berhubung penyertaan murid mengikut peringkat pertandingan yang disertai.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkaitan dengan persediaan- persediaan mereka ini sentiasa boleh dibincangkan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri. Ketika yang Ahli Yang Berhormat Miri bangun untuk membahaskan, Yang Berhormat Batu bangkit dan diikuti dengan beberapa Ahli Yang Berhormat lain yang membangkitkan tentang isu khususnya Segamat dan juga Jelutong, berkaitan isu lagu dan juga isu yang cukup panas berlaku di Pulau Pinang.
Jelutong, saya juga Ahli Parlimen Nibong Tebal. Jadi, saya cukup terpanggil untuk menyatakan pertama, merasakan isu ini adalah isu yang cukup dekat dengan Kerajaan Madani, kerana ia tidak sepatutnya berlaku.
[Tepuk] Untuk yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk menggunakan sepenuhnya tanggungjawab dan melahirkan kekesalan saya yang mendalam dan pihak saya ingin memohon maaf kepada komuniti India, khususnya yang tersinggung dengan keadaan dan juga kesilapan teknikal, komunikasi dan barangkali apa sahaja tujuan yang berlaku pada majlis tersebut. Ia tidak sepatutnya berlaku.
Untuk makluman Yang Berhormat, lagu Tamil Valttu akan dinyanyikan dalam Majlis Sambutan Deepavali pada 29 November supaya dapat dihayati oleh semua warga pendidik di Pulau Pinang. Tidak ada masalah. Saya memberikan jaminan kepada semua, yang perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang dan KPM telah mengambil tindakan tegas kepada pegawai yang telah didapati cuai dalam melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan sensitiviti ini.
Jadi, kita ambil tanggungjawab penuh Yang Berhormat. Jadi, tidak timbul isu bahawa kita tidak sensitif dan sebagainya dan ini memang unintended. Unprecedented pun. Tidak ada langsung kita punya niat untuk meminggirkan mana-mana kaum. Ya, Segamat?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya sangat mengalu-alukan jawapan Yang Berhormat Menteri kerana memberi satu penjelasan kepada masyarakat umum. Saya ucap tahniah kerana KPM mengambil tanggungjawab dengan berbesar hati dan pada masa yang sama, mengambil tindakan juga kepada orang-orang yang bertanggungjawab. Syabas dan tahniah kepada kementerian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya memberi komitmen, kita akan terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan. Kita akan beritahu orang-orang India di luar, tak perlu tubuhkan parti baharu.
Parti ini sudah cukup.
Puan Fadhlina binti Sidek
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita nak beritahu orang- orang lain, ini pihak-pihak ketiga tak perlu tubuhkan parti lain untuk menuntut hak orang India. Kita sini akan menyokong Kerajaan Perpaduan. Yang Amat Berhormat Tambun akan terus memastikan kesejahteraan semua rakyat Malaysia akan terus terbela. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Sokong Jelutong.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Saya terima baik ucapan tadi.
Tapi yang penting, yang saya risau perkara ini tidak boleh diulangi.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Dan ini bukan kali pertama berlaku. Sama juga dengan perkara-perkara lain seperti dengan izin, pakai vibuthi di atas dahi untuk pelajar-pelajar sekolah Tamil. Itu pun jadi larangan, tidak boleh pakai benda
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
putih atas dahi. Perkara-perkara ini sangat sensitif dan mohon bagi perintah, apa-apa sekolah Tamil buat yang mengikut tradisi, tidak melarang apa-apa undang-undang atau garis panduan KPM, biar saja.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, terima kasih.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Sebab ini perkara sensitif. Thank you.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya fikir ada banyak medium dan mekanisme yang boleh kita perkukuhkan persefahaman ini, termasuklah melalui jawatankuasa-jawatankuasa pendidikan yang ada di peringkat negeri, PIBG, PIBKS dan NGO-NGO yang saya percaya boleh memberikan input yang baik berkaitan dengan bagaimana soal kebudayaan, tradisi, amalan agama masing- masing ini boleh kita saling hormat-menghormati khususnya dalam konteks hari ini.
Ahli Yang Berhormat, seterusnya yang dibangkitkan juga adalah berkaitan dengan pertanyaan berkaitan dengan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan SJKT dan SJKC. Ahli Yang Berhormat Batu telah pun membangkitkan soalan berkaitan dengan peruntukan di sekolah SJKT dan SJKC.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023, KPM telah menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM24.3 juta bagi pelaksanaan 23 projek di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang kini berada di pelbagai peringkat pelaksanaan. Daripada jumlah ini, peruntukan sebanyak RM17.5 juta adalah untuk SJKT dan RM6.8 juta untuk SJKC.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di tangan saya ini ada satu fail penuh tentang peruntukan-peruntukan yang telah pun kami turunkan pada semua sekolah SJKC dan SJKT, status sekolah bantuan kerajaan. Jadi, sekiranya Ahli Yang Berhormat berhasrat untuk mendapatkan senarai-senarai peruntukan-peruntukan yang telah pun kami turunkan, boleh membuat, menulis surat kepada saya supaya boleh saya bekalkan terus kepada Yang Berhormat untuk melihat sendiri berapakah peruntukan-peruntukan yang telah pun kami turunkan pada semua sekolah-sekolah ini.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Menteri, mungkin sebab soalan saya bagi maklumat terperinci, mungkin jawapan ini boleh dituliskan kepada saya...
Puan Fadhlina binti Sidek
Boleh, saya berikan secara bertulis Yang Berhormat.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Tak ada masalah. Cuma saya ingin barangkali memberikan satu juga analogi penting bila kita bercakap tentang peruntukan ini supaya tidak ada salah faham, bagaimana peruntukan-peruntukan ini kami berikan, kami unjurkan dan bagaimana ia sepatutnya difahami dalam konteks bahawa tidak berlaku sebarang diskriminasi, tidak berlaku sebarang peminggiran kepada mana-mana sekolah.
Ahli Yang Berhormat sekali, kepada semua rakyat Malaysia — saya pinjam ayat Arau lah. Kepada semua rakyat Malaysia...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Anak muda.
Puan Fadhlina binti Sidek
Anak muda. Lagi Arau, mana lagi? Saya adalah seorang ibu dan juga Menteri yang menjaga kementerian ini. Kementerian ini macam keluarga yang besar Yang Berhormat. Sangat besar. Kami ada lima juta kanak-kanak, kami ada 10,000 sekolah, kami ada 400,000, hampir setengah juta guru. Jadi, keperluan macam-macam bila kita ada keluarga besar ini.
Jadi, saya sayang semua dan tak pernah nak singkirkan siapa-siapa. Betullah kata Jelutong tadi, anak India, anak saya. Anak Cina, anak saya. Anak Dayak, anak saya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Anak Melayu, anak saya. Betul. Sebab itu setiap tahun kita dapat peruntukan yang berbeza kerana tertakluk kepada status kewangan negara. Kadang-kadang lebih, kadang- kadang kurang. Tapi, I am very sure, we will never get enough for education. Tapi nak jaga macam mana baru betul? Nak jaga macam mana baru adil dan saksama? Semua anak saya.
Jadi, dalam keluarga contoh, saya ada anak yang tak minat makan langsung. Ada anak yang tak nak makan sayur. Ada anak tak nak minum susu. Ada anak perfect, semua dia ada. Dia boleh urus diri sendiri, makan sayur dan minum air secukupnya dan kata Dr.
Zaliha kena kurangkan gula, dia ikut. Tapi, saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa keperluan semua disantuni. Sebab itu Yang Berhormat, ada kadang- kadang kita berikan lebih perhatian kepada keperluan yang tinggi dan itu maksudnya kerana kita mahukan peruntukan ini diberikan secara need-based, mengikut keperluan.
Agihan kepada semua sekolah adalah sama rata, tak kisah SBK atau SK. Cuma barangkali tahun ini kalau ada telah menurun pun, kita akan tetap cuba untuk pastikan dari segi keseluruhannya. Menurun RM5 juta berbanding tahun 2023, RM6.058 juta, tetapi tetap ada tanggungjawab untuk memastikan semua sekolah ini diberikan perhatian yang sepenuhnya.
Sebab itu Yang Berhormat, antara tambah baik yang juga kita sentiasa pastikan adalah untuk melihat semula list keperluan-keperluan sekolah ini. Kalau sebelum ini di PPD, JPN, list-nya satu sahaja. Semua dia bagi satu. Tapi hari ini kita minta untuk dipecahkan sekolah SK, SJKC, SJKT supaya kita tidak tertinggal mana-mana sekolah yang perlukan keperluan-keperluan untuk terus dipastikan bahawa need-based itu terus dimanfaatkan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin melihat...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri, tadi saya ada bangkitkan tentang RM170 juta, Kemajuan Kerja 2024. Apa maksud RM170 juta dan kenapa dia diambil daripada sini sebab projek ini saya — kalau dilihat macam ini, macam project in progress.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
So, boleh buat pencerahan tentang perkara ini? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat, sebab masa pun dah habis dan sebenarnya jawapan itu ada Yang Berhormat, cuma saya tak jumpa atas meja saya ini.
Sebab soalan-soalan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia ini sangat banyak...
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Yang Berhormat Menteri, Betong mencelah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya ingat Yang Berhormat...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Pengerusi, minta tambah masa Tuan Pengerusi. Tentang DLP masih belum dijawab...
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Tambah masa. Ini kementerian pentinglah.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ibu bapa, lima buah sekolah di luar sana baru teks saya minta Menteri jawab tentang soalan berkaitan DLP kalau boleh. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya nak tanya Menteri sekarang. Lain jangan campur ya.
Menteri, berapa minit Menteri nak?
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya minta dua minit saja. Saya nak habiskan DLP, kemudian selesai.
Tuan Pengerusi
Ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Untuk jawapan Ayer Hitam...
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
10 minit, 10 minit.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya akan jawab secara bertulis sebab saya tahu jawapan itu ada, cuma untuk masa sekarang, saya tak jumpa Yang Berhormat. Tapi ada jawapan itu.
Tuan Pengerusi
Baik.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang kedua tentang DLP, saya nak habiskan...
Tuan Pengerusi
Saya bagi Menteri lima minit.
Puan Fadhlina binti Sidek
Boleh.
Tuan Pengerusi
Cari jawapan sampai jumpa.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Sama dengan Jerai.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Yang Berhormat Menteri, sedikit daripada Betong. Betong Menteri.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Soalan Julau.
Puan Fadhlina binti Sidek
Siapa itu?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong.
Puan Fadhlina binti Sidek
Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
I nak bangkitkan mengenai pengambilan calon guru PISMP opsyen bahasa Iban. Saya nak tahu apa jawapan, kenapa ia diberhentikan?
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat, itu memang sudah menjadi polisi kita. Memang ada laluan khas untuk bahasa — IPG untuk keperluan bahasa Iban itu. Itu memang dalam...
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Adakah dia akan diberhentikan?
Puan Fadhlina binti Sidek
Tidak, tidak Ahli Yang Berhormat. Tidak, tidak.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tidak. Sebab dia telah diberhentikan dua tahun.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat boleh semak terus dengan saya Yang Berhormat. Jangan terus percaya bah itu cerita-cerita. Nanti jumpa saya, kita akan terangkan bagaimana proses itu dibuat dan ia masih ada lagi.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Itulah sebab tahun 2022 dan 2023, ambilan dia kosong.
Tuan Pengerusi
Baik Yang Berhormat, sebentar lagi jumpa Menteri terus ya.
Lain-lain lagi?
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Menteri, Julau.
Tuan Pengerusi
Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Julau, sekejap. Saya ada soalan tadi berkenaan dengan baik pulih sekolah yang sekolah, tandas yang untuk di kawasan pedalaman. Ada berapa kawasan di sini yang tidak dapat untuk membaik pulih tandas. Bolehkah minta penjelasan daripada Menteri, bolehkah diberi peruntukan untuk tahun depan?
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya akan semak Yang Berhormat. Boleh tak Yang Berhormat, saya bagi sedikit homework untuk Yang Berhormat? Yang Berhormat tulis surat kepada saya dan minta untuk saya — minta perhatian saya untuk isu Yang Berhormat untuk saya minitkan. Boleh Yang Berhormat ya? Baik, terima kasih.
Yang Berhormat Putrajaya membangkitkan isu DLP dan rakan-rakan yang lain juga ada membangkitkan isu tersebut. Saya ingin memberikan penjelasan begini.
Pertama, garis panduan itu yang telah pun kita nyatakan daripada awal Yang Berhormat, masih kekal sehingga hari ini. Tak ada pernah pun kita ubah garis panduan tersebut.
Manakala yang bagi yang telah pun melaksanakan DLP 100 peratus bagi tahun ini, kita teruskan, tiada masalah. Jadi, kita akan mulakan balik untuk kelas satu non DLP itu pada tahun hadapan.
Jadi, untuk memastikan bahawa komitmen kerajaan untuk menjaga bahasa ibunda, bahasa Melayu ini terus kita pertahankan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sebab itu Yang Berhormat, kelas DLP ini masih penting kerana kita dapati dalam sesi bantu, kunjung bantu itu, yang telah pun kita kunjung bantu kepada lima buah sekolah ini, kita dapati dalam lima buah sekolah ini, ada sekolah-sekolah yang tidak mencapai tahap penguasaan yang kita mahukan baik, bahasa Melayu nya, baik bahasa ibundanya.
Jadi adalah tugas kita sebagai guardian (penjaga) bahasa Melayu dan bahasa ibunda negara ini untuk mempertahankan apa yang disebut sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda di dalam Perlembagaan, untuk memastikan anak-anak kita ini mendapat peluang dan juga dari segi penguasaan bahasa Inggeris ini dapat diperkukuhkan.
Yang Berhormat jangan risau tentang bahasa Inggeris ini. Kita ada banyak program lain dan polisi lain dan dasar lain yang akan memperkukuhkan bahasa Inggeris kita. DLP ini hanya program sahaja Yang Berhormat. Jadi jangan risau. Ada lagi pendekatan-pendekatan dan ansur maju yang kita akan lakukan untuk mengukuhkan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak kita. Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Baik. Menteri dah duduk ya, terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tiga minit lagi, dua minit lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, ada dua minit.
Tuan Pengerusi
Ya, tapi saya bagi tiga minit. Dia gunakan sebelum tiga minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, yang saya punya soalan itu...
Tuan Pengerusi
Minta maaf Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Untuk menyokong kerajaan itu, takkan nak jawab bertulis?
Tuan Pengerusi
Baik. Dia akan jawab bertulis lah kut. Dia dah duduk dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cakap sahaja, tak ada lah, habis cerita.
Tuan Pengerusi
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM52,790,824,900 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.63 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Baik. Kepala Bekalan B.64 dan Kepala Pembangunan P.64 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahas.
Saya mempunyai senarai yang panjang 21 orang. Saya bacakan nama-nama mereka yang akan membahas. Dimulakan dengan Puchong, Indera Mahkota, Tampin, Kubang Kerian, Batu, Padang Terap, Betong, Pasir Salak, Tuaran, Gerik, Raub, Sabak Bernam, Tenggara, Permatang Pauh, Sungai Petani, Kubang Pasu, Klang, Kepala Batas, Rasah, Arau dan Kuala Selangor. Setiap pembahas akan diberikan lima minit. Saya mulakan dengan YB Puchong. Silakan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada Puchong untuk turut serta dalam perbahasan B.64 dan P.64. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi dengan anggaran perbelanjaan RM7.695 bilion untuk 20 universiti awam di Malaysia. Hari ini saya hanya ingin fokus kepada isu graduate employability iaitu kadar kebolehpasaran graduan.
Menurut jawapan Parlimen Menteri pada Februari tahun ini, daripada jumlah sekitar 286,000 graduan yang menamatkan kursus mereka pada tahun 2021, 14 peratus iaitu lebih daripada 40,000 orang graduan mengalami pengangguran. Sebenarnya, masalah pengangguran di kalangan graduan adalah isu yang telah pun berlarutan bertahun-tahun. Sejak saya menjadi Ahli Parlimen, isu ini telah pun berlaku dan banyak berbahas di Parlimen ini.
Tan Sri Pengerusi, saya telah pun membuat analisis dengan database yang tersedia di laman web Kementerian Pendidikan Tinggi. Database ini senaraikan IPT, program pengajian yang ditawarkan dan juga peratus graduate employability. Saya akan gunakan short-form peratus GE masing-masing, di mana peratus GE di definisi sebagai peratus graduan yang mendapat kerja ataupun melanjutkan pengajian mereka dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Saya telah pun extract keluar program-program pengajian yang mencapai peratus GE yang kurang daripada 70 peratus pada tahun 2021 daripada database tersebut. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, saya nak kongsikan di sini apa yang saya dapati.
Terdapat 226 program pengajian yang ditawarkan oleh 20 universiti-universiti awam di Malaysia telah pun mencapai peratus graduate employability yang kurang daripada 70 peratus pada tahun 2021. Dengan kata lain pada tahun 2021, daripada 10 graduan yang tamat pengajian daripada 226 program ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga tidak dapat mencari kerja dalam masa enam bulan.
Dari segi institusi pengajian, institusi yang menjadi penyumbang terbesar ialah Universiti Teknologi MARA dengan 85 program pengajian yang mencapai kurang daripada 70 peratus GE diikuti dengan Universiti Kebangsaan Malaysia 35 dan Universiti Malaya 28.
Puchong juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, bahawa saya sangat terkejut dengan finding saya. Sejumlah 136 ataupun lebih daripada 50 peratus daripada
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
226 program ini adalah program pengajian postgraduate lepasan ijazah yang terdiri daripada 27 program PhD dan 109 program sarjana (master degree). Ia bermaksud bahawa terdapat situasi sekarang di Malaysia di mana graduan kita berjaya dapat PhD dan master tetapi tidak dapat pekerjaan.
Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kepada kementerian untuk membuat satu analisis dan diagnosis yang lebih terperinci terutamanya terhadap program-program pengajian di universiti-universiti awam yang mendapat peratus graduate employability yang rendah secara berturut-turut, bertahun-tahun. Kita – saya sangat impressed dengan database yang KPT ada. Sekarang persoalannya sama ada macam mana kita menggunakan database ini. Kita perlu gunakan, ada satu analisis dan diagnosis dan yang paling penting, tindakan susulan.
Kementerian perlu tahu, sama ada terdapatnya jumlah pekerjaan yang berkaitan dengan program-program pengajian ini yang mencukupi di luar sana ke tidak. Sama ada latihan yang diberi di universiti-universiti awam mengikut permintaan pasaran buruh.
Seterusnya, kementerian pun perlu membuat rombakan yang bersesuaian.
Sebagai contoh, kementerian harus kurangkan ataupun hentikan intake bagi program- program pengajian yang tiada permintaan di pasaran buruh dan memperbesarkan program yang ada permintaan tinggi ataupun memulakan program-program baru untuk industri-industri yang baru dan sedang berkembang dengan merujuk kepada laporan- laporan yang sedia ada seperti Laporan Critical Occupations List yang telah pun diterbitkan oleh TalentCorp dan Kementerian Sumber Manusia.
Program-program ini bukan sahaja boleh diadakan di universiti-universiti awam tetapi juga di institusi-institusi TVET. Saya telah pun baca Laporan Critical Occupations List tahun ini dan dapati bahawa banyak di antara critical occupations adalah kerja vokasional yang memerlukan kemahiran yang tinggi tetapi gajinya sangat tinggi. Oleh itu, program-program di institusi TVET juga adalah sangat penting.
Secara keseluruhannya Tan Sri Pengerusi, KPT perlu mewujudkan satu sistem di mana program-program di institusi pengajian tinggi, baik di universiti ataupun di institusi TVET, mereka boleh disesuaikan dengan cepat dan pantas dengan permintaan pasaran dan trend industri. Dengan ini, kita boleh memastikan bahawa return on investment perbelanjaan kerajaan di institusi pengajian tinggi adalah tinggi dengan menghasilkan graduan yang mampu mendapat kerja dengan gaji yang baik.
Tambahan lagi, dengan adanya talent pool yang memenuhi keperluan industri, kita boleh menarik lebih banyak pelaburan dan sekali gus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang baik dan dengan ini membina satu kitaran positif untuk perkembangan ekonomi di Malaysia. Itu sahaja yang saya nak bangkitkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya menimbulkan beberapa isu, saya dengar Yang Berhormat Puchong punya persoalan yang akhir, saya tak tau apa Menteri akan jawab. Tapi saya tahu Menteri akan jawab dengan baik. Sebab benda itu dah memang [Ketawa] sudah dalam pengalaman Menteri sejak beliau mula-mula jadi Menteri KPT dulu.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ada enam perkara Tuan Pengerusi. Yang pertama ialah Butiran 010100— maaf, Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi secara umum. Saya mengikuti rapat ucapan awal tahun Yang Berhormat Pengerusi tentang tujahan-tujahan baru dan sebagainya dalam konteks memperbaiki kualiti pendidikan tinggi kalau boleh diberikan agaknya tumpuan tahun depan. Sebab ada banyak dalam tujahan Yang Berhormat tu. Agaknya yang mana tahun depan akan diberi keutamaan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Perkara kedua juga di bawah tajuk yang sama ialah persoalan pelantikan naib canselor dan timbalan naib canselor. Sejauh mana agaknya sistem yang sudah sedia ada itu. Ada scouting, ada interview dan ada apa namanya jawatankuasa yang temu bual, temu duga calon-calon itu. Sejauh mana perkara ini dipastikan supaya benar-benar telus dan tak timbulkan apa-apa isu seperti sesekali berlaku pada masa yang lalu? Di bawah tajuk yang sama juga ialah soal pengkomersialan R&D di IPTA. Kalau boleh tahu, status dan tumpuan pada masa depan.
Perkara yang keempat Tuan Pengerusi, setiap tahun apabila musim calon-calon memohon masuk ke IPTA. Lazimnya tentulah melalui UPU. Akan timbul isu-isu pelajar straight As dengan izin yang tak dapat masuk atau pelajar-pelajar cemerlang yang tak dapat kursus yang mereka perolehi. Saya nak bertanya kepada yang berhormat Menteri, adakah UPU akan memperkenalkan kaedah baharu. Maklumlah dengan kepesatan teknologi ICT ni mungkin beberapa pusingan permohonan boleh dilakukan.
Jadi, tidaklah hanya satu pusingan atau sebagainya yang menyebabkan seolah- olah macam loteri Tuan Pengerusi. Hantar, kemudian silap isi ranking university, lepas itu tak dapat kursus yang sebagainya— kursus yang dipohon. Ini tentulah susah nak dijaga untuk semua calon tetapi sekurang-kurangnya dan saya mengelak daripada bunyinya seolah-olah elitis tetapi sekurang-kurangnya pelajar-pelajar cemerlang tu dapatlah kursus yang mereka kehendaki dan tidaklah mereka tak dapat tempat misalnya.
Yang kelima dan terakhir ialah soal mungkin di bawah Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi atau mungkin di bawah biasiswa Butiran 050400, tapi yang 050400 tu mungkin untuk tenaga pengajar. Ini biasiswa yang di bawah KPT untuk pelajar-pelajar.
Saya tahu kita ada biasiswa untuk dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan ni untuk atlit, tapi saya nak tahu bagaimana dengan biasiswa untuk bidang-bidang lain seni budaya, kepimpinan dan sebagainya.
Yang akhir sekali, yang keenam— maaf tadi saya sebut lima. Yang keenam. Ada beberapa universiti yang ada hospital mengajar yang mereka ada private wing, dengan izin. Contohnya ialah Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Ini UKM lah. Bagi mereka yang pernah ke sana, mereka akan puji dan saya nak merakam pujian untuk HCTM servisnya sangat baik. Cuma yang saya nak tahu ialah bagaimana dengan universiti-universiti lain yang ada pusat-pusat apa namanya, apa ni pusat fakulti pendidikan atau hospital pengajar ini.
Bagaimana dengan prestasi specialist centre? Kerana kerisauan yang timbul Yang Berhormat Menteri ialah adakah ada keseimbangan yang wajar antara profesor yang mengajar dengan bertugas di private wing. Saya rasa, Yang Berhormat Menteri lebih mafhum apa yang saya persoalkan ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi. Terima kasih saya ucapkan kerana mengembalikan semula program MyBrain setelah ditangguhkan sejak 2019 dengan alasan Barisan Nasional telah meninggalkan hutang yang begitu banyak oleh mantan Menteri Pendidikan.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut apakah faktor yang mendorong untuk memperkenalkan semula program tersebut? Jika sebelum ini 60,000 pemegang PhD telah disasarkan menjelang 2023 menerusi MyBrain15. Bagaimana pula program dengan MyBrain 2.0? Adakah program MyBrain yang telah dimulakan sejak Disember 2010 telah mencapai matlamat dan sasarannya? Selain itu, saya juga ingin mengetahui, adakah terdapat sebarang pembaharuan yang akan diterapkan oleh pihak
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
kementerian menerusi program MyBrain 2.0 supaya ia turut merangkumi elemen Malaysia Madani.
Pada kesempatan ini saya ingin mencadangkan agar kementerian mewujudkan satu kategori khas baharu untuk bidang-bidang berkaitan Islam dan sastera seperti program MyBrainSc. Cadangan yang dijangka dapat menyokong pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang bakal melahirkan 125,000 huffaz pada tahun 2050 untuk menyambung pengajian ke peringkat master dan PhD.
Tan Sri Pengerusi, seterusnya Butiran 04800 – Kolej Komuniti. Saya dapati peruntukan bagi tahun depan telah meningkat kepada RM83 juta berbanding RM69 juta pada sebelumnya. Menerusi belanjawan kali ni, saya berharap kementerian dapat menyediakan asrama di Kolej Komuniti Tampin bagi membantu para pelajar menampung kos sara hidup mereka. Bantuan kewangan sebanyak RM1,500 semester ataupun bersamaan RM380 sebulan bagi pelajar yang layak, tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka.
Sehubungan dengan itu, apakah kriteria yang ditetapkan oleh kementerian untuk membolehkan sesebuah kolej komuniti menerima peruntukan untuk membina asrama?
Jika mempunyai kekangan kewangan, saya mencadangkan supaya kementerian menyediakan peruntukkan tahunan kepada pihak kolej untuk menguruskan kediaman pelajar secara percuma ataupun diberikan dalam bentuk subsidi.
Selain itu, saya juga mohon supaya dikembalikan semula kursus dandanan rambut di Kolej Komuniti Tampin yang telah dihentikan sebelum ini. Kursus tersebut telah mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan orang muda kerana kerjaya sebagai tukang gunting rambut pada masa kini merupakan salah satu lubuk untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Tuan Tan Sri Pengerusi, seterusnya Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Saya menyambut baik dan menyokong penuh pendirian kerajaan perpaduan untuk mengekalkan sistem kuota bagi pelajar Melayu dan bumiputera dalam bidang pendidikan, khususnya dari keluarga miskin ataupun B40 dan juga bagi penduduk-penduduk kawasan-kawasan luar bandar. Perkara ini secara tidak langsung telah menafikan segala pihak tertentu yang cuba untuk melaga-lagakan atau sengaja mengapi-apikan isu perkauman di negara kita. Ia juga satu langkah untuk pastikan jurang ekonomi antara kaum dapat dikecilkan.
Mengenai kemasukan para pelajar ke universiti yang perlu membuat permohonan menerusi UPU secara online, apakah perancangan kementerian untuk menambah baik sistem tersebut? Adakah kementerian berhasrat untuk menyatakan bersekali secara jelas dan terperinci bagi semua permohonan yang ditolak supaya dapat meningkatkan ketulusan sistem pengambilan tersebut? Pada kesempatan ini ,saya juga ingin mencadangkan kementerian memberikan PIN UPU secara percuma bagi pelajar yang datangnya daripada keluarga miskin.
Selain itu, saya juga ingin mendapatkan penjelasan-penjelasan apakah perkara yang diambil kira oleh kementerian untuk membina sebuah universiti di sesuatu kawasan.
Hal ini kerana saya konsisten dengan pandangan bahawa sebuah lagi universiti Islam wajar dibina. Terutamanya di kawasan Tampin kerana terdapat di situ tahfiz Al-Quran di Negeri Sembilan, MRSM Ulul Albab, Gemencheh dan lain-lain.
Tan Sri Pengerusi, seterusnya Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti di Institusi Pendidikan Tinggi.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya ingin mengetahui, ke manakah peruntukan berjumlah RM300 juta bagi tahun depan akan dibelanjakan oleh kementerian dan bagaimanakah bentuk pengagihannya kepada setiap universiti supaya dapat berlaku adil serta fasiliti jenis apakah yang bakal dilibatkan untuk tujuan naik taraf ini. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian memberi keutamaan terhadap fasiliti yang terkait dengan asrama,
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
dewan kuliah dan sebagainya supaya dapat menambah bilangan pelajar di setiap universiti.
Setakat hari ini, universiti manakah yang mempunyai penempatan mencukupi untuk semua pelajarnya iaitu bermula daripada hari pendaftaran hingga semester yang terakhir. Justeru itu, saya ingin mengetahui apakah perancangan jangka masa sederhana dan panjang kementerian untuk meningkatkan lagi prasarana di setiap universiti. Perkara ini harus diberikan penekanan dengan langkah yang tepat bagi memastikan semua pelajar daripada kumpulan B40 yang layak mendapat tempat di universiti.
Berhubung penyediaan kemudahan OKU di setiap universiti, saya ingin mengetahui, sejauh manakah prasarana yang telah disediakan setakat ini bagi membantu memudahkan urusan harian golongan berkenaan dan apakah pelan kementerian sepanjang tahun depan untuk memperkasa kemudahan OKU di universiti agar mereka juga dapat akses pendidikan yang lebih baik dan berkualiti.
Tan Sri Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala persoalan dan cadangan yang dilontarkan mendapat perhatian daripada kementerian.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya jemput Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Pengerusi. Saya ingin kembali kepada Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi.
Merujuk kepada realiti semasa, peratusan ketidaksepadanan pekerjaan dan kelayakan pendidikan seperti mana yang dilaporkan oleh DOSM, Jabatan Perangkaan Malaysia meningkat dengan agak ketara hampir 34.4 peratus atau 1.68 juta pada tahun 2022 berbanding tahun 2018, dalam tempoh empat tahun.
Ini merupakan salah satu isu struktur yang besar dalam pasaran buruh negara kita namun kalau kita lihat kepada laporan kadar kebolehpasaran graduan daripada universiti tempatan, ia mencatatkan kadar yang lebih tinggi iaitu 90 peratus. Ini tidak menggambarkan realiti yang sama. Sama ada mana satu yang betul?
DOSM betul ke ataupun kajian dibuat oleh universiti awam tentang kebolehpasaran graduan kita? Saya menjangkakan bahawa laporan daripada kadar kebolehpasaran graduan ini lebih tepatlah. Walau bagaimanapun, saya ingin dapat penjelasan, apakah usaha kerajaan untuk menyiapkan pelajar dengan budaya yang proaktif untuk dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan.
Apakah kementerian bercadang untuk mengekalkan satu program berdasarkan kebolehpasaran graduan semata-mata ataupun atas desakan setengah-setengah pihak agar universiti dapat menambahkan bidang-bidang pengajian yang agak sesuai.
Selain daripada itu, saya ingin menarik perhatian Dewan tentang satu data tentang berkaitan bilangan kemasukan atau enrolmen pelajar ke IPT.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Nisbah laki-laki dan perempuan yang agak sangat ketara di mana data pada tahun 2022, peratus pelajar laki-laki ialah 43 peratus, manakala pelajar perempuan sebanyak 57 peratus. Ketidakseimbangan ini dikhuatiri akan merencatkan dasar perancangan tentang bidang pekerjaan pada masa hadapan. Saya ingin dapat penjelasan apakah perancangan
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
pihak kerajaan bagi mewujudkan keseimbangan sebab balancing sekarang ini agak ketara. Lebih daripada 266,000 nisbah laki-laki dan perempuan di IPT.
Butiran 010100 – Pengurusan Am. Saya ucap tahniah tentang pencapaian universiti tempatan. Kita telah berada pada tahap yang agak tinggi, namun kekhuatiran kita sebagaimana yang dibangkitkan tadi juga oleh Indera Mahkota tentang perlunya satu mekanisme tentang kenaikan pangkat, pelantikan pengurusan tertinggi di IPT dan kita harapkan ia betul-betul berdasarkan merit kelayakan. Ini sebab setengah-setengah pensyarah telah mengeluarkan banyak kajian-kajian, research yang baik tapi oleh kerana dia tidak hampir dengan ahli politik, kadang-kadang kenaikan pangkat dia dinafikan dan orang yang bawah kadang-kadang naik.
Kita tahu di IPT ini bila hal itu berlaku, ia akan melemahkan semangat sebahagian di antara pensyarah universiti dan para penyelidik kita. Kita dapati juga hasil kajian research kita di universiti sangat banyak tapi dia gagal dimanfaatkan oleh pihak kerajaan sendiri atau pihak industri.
Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu mekanisme di mana pihak swasta mengeluarkan pembiayaan dana bagi membuat satu kajian dan menggunakan kepakaran di universiti. Saya tengok banyak negara luar dan di negara- negara maju, mereka mengambil manfaat tentang kepakaran di universiti dengan dana dikeluarkan oleh pihak swasta. Kalau ini dapat dilaksanakan, saya kira kita boleh menjimatkan kos peruntukan untuk research.
Yang keduanya, kita boleh manfaatkan hasil research yang ada di universiti supaya ia tidak hanya tersimpan di perpustakaan sahaja.
Di bawah butiran sama, 010100 – Pengurusan Am. Saya ingin membangkitkan arahan Perdana Menteri pada Oktober lalu berhubung dengan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan. Arahan ini adalah langkah yang amat baik bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan perlu diarusperdanakan.
Apakah status terkini pembangunan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tahun 2023-2030? Dulu kita letak sasaran menjadikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai universiti yang mempelopori pemerkasaan dalam bidang bahasa Melayu. Banyak, ribuan saya rasa buku-buku telah diterjemahkan dan saya harap perkara ini dapat kita teruskan dan diberi perhatian oleh pihak kementerian.
Satu lagi ialah, masa tak ada jadi saya nak terus kepada butiran yang penting iaitu Butiran 05014 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Saya ingin memohon agar kolej kediaman pelajar perlu disegerakan pembinaannya. Selain daripada itu, projek pembinaan Fakulti Veterinar di Kampus Bachok yang sebelum ini tergendala, difahamkan akibat masalah kontraktor yang dilantik. Jadi, saya ingin dapat penjelasan, apakah status terkini projek tersebut.
Berkaitan UMK cawangan Kota, apakah perancangan kerajaan bagi menghindarkan kejadian yang boleh menjejaskan pembelajaran pelajar dan fasiliti semasa, terutama waktu musim banjir sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.
Tindakan segera perlu dibuat supaya Universiti Malaysia Kelantan dapat diatasi masalah yang mereka sering kali terjadi.
Akhir sekali ialah tentang Butiran 050100 – Penyelidikan Fundamental. Adakah KPT bercadang untuk bekerjasama rentas kementerian? Sekarang ini dengan MOSTI tapi dengan pihak kementerian yang lain bagi kita melaksanakan kolaborasi supaya hasil dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan.
Datuk Seri, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebelum saya memanggil pembahas yang berikutnya, Ahli- ahli Dewan sekalian, sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan kepada para penganut agama Sikh di seluruh Malaysia dan seluruh dunia, selamat menyambut perayaan ulang tahun kelahiran Guru Nanak yang ke-554 iaitu guru pertama agama Sikh pada hari ini iaitu 27 November 2023.
[Tepuk] Perayaan ulang tahun kelahiran Guru Nanak ini merupakan salah satu perayaan penting yang disambut oleh penganut agama Sikh di seluruh Malaysia dan dunia.
Perayaan ini juga dipanggil sebagai sambutan Gurpurab bagi masyarakat Sikh. Dengan izin, we wishing Happy Gurpurab to all Sikhs in Malaysia and the world.
Agama Sikh merupakan salah satu agama dan kepercayaan di Malaysia. Dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, telah menyatakan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 11 pula adalah mengenai kebebasan agama pula menyatakan tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamal agamanya. Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytihar Islam sebagai agama rasmi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan, kepercayaan bebas mengamalkan kepercayaan masing- masing.
Kebebasan ini berbentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah membuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini. Sekian, terima kasih. Berikutan itu, dipersilakan Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Datuk Speaker.
Batu ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perayaan Guru Nanak dan terima kasih Datuk Speaker bagi Batu peluang untuk berbahas.
Butiran yang saya ingin bahas dan bangkit adalah 020100 – Universiti Malaya.
Seperti sedia maklum, pelajar daripada Universiti Malaysia telah berpiket bagi menggesa pihak universiti untuk memansuhkan polisi baki sifar yang mensyaratkan setiap pelajar untuk menjelaskan yuran penuh terlebih dahulu sebelum pelajar tersebut dibenarkan mendaftar kursus yang seterusnya.
Bagi hal ini, saya sependapat dengan mahasiswa kerana ia melibatkan kebajikan para pelajar, di mana dasar tersebut dilihat menindas hak pelajar untuk meneruskan kursus mereka sedangkan pihak institusi mempunyai beberapa pendekatan lain.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Antara pendekatan yang boleh diambil bagi memastikan pengumpulan yuran pelajar dapat dikutip adalah pelajar perlu bayar sebelum graduasi kelak adalah dengan cara pembayaran secara ansuran bagi baki tertunggak sepanjang tempoh pendidikan mereka sedang berjalan. Hal ini harus diperhalusi bukan sahaja dari peringkat pentadbiran universiti malahan dari pihak kementerian. Satu garis panduan yang lebih baik harus dilaksanakan bagi memastikan pelajar ini tidak terbeban dan terkesan dari tindakan pihak universiti.
Batu juga ingin sentuh Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Sesetengah universiti sebelum ini mempunyai status MQA untuk jurusan yang ditawarkan.
Malangnya apabila status MQA untuk jurusan tersebut ditarik balik pihak universiti berkemungkinan gagal untuk memaklumkan kepada bakal pelajar mereka sehingga berlakunya penindasan atau ketidakadilan terhadap pelajar tersebut. Bagi mereka yang sentiasa mengamalkan konsep berjaga-jaga, mereka boleh berhubung dengan pihak MQA untuk semakan status atau melalui laman sesawang.
Pun begitu, adakah maklumat yang berada dalam laman sesawang MQA sentiasa dikemas kini oleh pihak MQA? Bagi perkara ini Batu berpendapat adalah lebih mudah
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
apabila maklumat sesuatu jurusan tersebut sama ada memiliki status MQA atau tidak dapat didedahkan terus kepada pemohon ketika permohonan sedang dilakukan.
Bermaksud satu sistem integrasi antara MQA dan pihak universiti atau kolej dilaksanakan agar maklumat berkaitan status MQA dapat diakses terus ketika pemohon sedang melakukan permohonan mereka.
Perkara 020000 – Pendidikan Tinggi. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, universiti ditadbir oleh Ordinan Darurat yang akhirnya jadi asas AUKU. Menteri Pendidikan ketika itu adalah Tun Hussein Onn menjelaskan bahawa AUKU adalah satu elemen undang- undang untuk penubuhan universiti. Sehingga hari ini sebanyak enam kali pindaan undang-undang telah dilakukan. Kekhuatiran berlaku kerana Akta AUKU sering kali disalahgunakan oleh pihak pentadbir. Hal ini telah membuktikan sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Hang Tuah Jaya berdepan dengan kerakusan AUKU sesuatu ketika dahulu.
Tidak kurangnya pengemudi negara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dinafikan haknya untuk berucap dalam satu majlis di IPTA suatu ketika dahulu ketika beliau menyandang jawatan Ketua Pembangkang. Saya sebagai anak muda, hari ini menzahirkan secara tegas bahawa Akta AUKU harus dimansuhkan segera. Saya mohon kementerian untuk melihat dan memperhalus isu ini dan wujudkan satu jawatankuasa bagi membincangkan pemansuhannya. Saya bagi Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih saudara Batu. Saya rujuk kepada Butiran 05015 - Perancangan Strategik ICT yang meningkat secara mendadak. Pada era pasca COVID-19 dan disusuli dengan peningkatan tahap pendigitalisasi dalam pendidikan tinggi, sekarang adalah biasa untuk pengendalian kuliah secara hibrid. So, saya ingin menyarankan kepada kerajaan untuk memanfaatkan teknologi yang sedia ada sekarang menggalakkan IPTA menggunakan kaedah hibrid dan dengan kerjasama dengan IPTS di seluruh negara ini.
IPTA boleh menggunakan platform IPTS untuk menawarkan kursus mereka atau external degree programme di seluruh pelosok negara dengan harga yang berkemampuan. Contohnya UM boleh bekerjasama dengan kolej di Miri untuk menawarkan kursus undang-undang di mana kolej di Miri boleh sediakan fasiliti pentadbiran dan tutor manakala UM boleh sediakan tenaga kerja. Okey, terima kasih.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Batu ingin masukkan perbahasan Miri ke dalam perbahasan Batu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Batu. Batu saya minta.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Okey, boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi saya minta sedikit masa. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun selepas saya tertarik dengan ucapan Gurpurab oleh Tuan Pengerusi pada hari ini yang menunjukkan kewibawaan Tuan Pengerusi walaupun merupakan seorang yang beragama Islam telah mengucapkan Selamat Menyambut Gurpurab kepada semua yang beragama Sikh.
Dalam konteks itu saya ingin menyentuh Butiran 020300 – Universiti Sains Malaysia (USM) gesaan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Tolonglah periksa PhD- PhD yang dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia, tolong. Saya lihat kepada Tuan Pengerusi dan juga kepada Yang Berhormat Menteri, kita tahu dewasa ini seorang yang berkelulusan falsafah, PhD is a very high dengan izin Tuan Pengerusi, a very high academic qualification yang begitu buta sejarah mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengaitkan pemimpin-pemimpin DAP dengan komunisme.
Jadi tolonglah periksa, pantau Universiti Sains Malaysia dan semua universiti untuk memastikan bahawa hanya mereka yang berkelayakan memperoleh PhD. Kalau tak tahu sejarah negara kita pun macam mana boleh beri PhD. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Batu di atas peluang yang diberikan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Jelutong.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Batu, saya minta sikit laluan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya persilakan...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Sebenarnya masa sudah habis.
Batu ingin menyokong Jawatankuasa KPT, terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya, minta disiasat sumberlah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya persilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Saya ingin menyentuh nasib mahasiswa Palestin yang sedang mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah pelajar-pelajar Palestin di Malaysia yang lulus di peringkat matrikulasi akan dibenarkan masuk dengan kelulusan khas untuk meneruskan pengajian di IPTA dan di IPTS di dalam negara kita tanpa perlu kembali ke negara asal mereka sebagaimana sebelum ini? Ini kerana seperti mana yang kita maklum peperangan di Palestin telah mencecah 50 hari yang dilihat amat sukar untuk para pelajar Palestin di Malaysia untuk pulang.
Seterusnya, Padang Terap ingin menyentuh tentang penambahan kemasukan pelajar asing yang berupaya membantu dalam penjanaan ekonomi terutama sektor pelancongan negara. Adakah kementerian bercadang untuk membuka lebih banyak lagi cawangan IPT dari luar negara untuk beroperasi di Malaysia? Seterusnya, sejauh manakah penilaian yang telah dibuat oleh kementerian terhadap program-program dan bidang-bidang pengajian semasa di IPT yang boleh menjadi fokus pelajar-pelajar luar negara untuk melanjutkan pengajian di Malaysia?
Pada 9 Ogos yang lalu melalui akhbar Berita Harian Online, KPT telah menyatakan komitmen kementerian untuk menyemak semula dasar berkaitan pendidikan tinggi negara bagi memastikan Malaysia sentiasa menjadi pilihan pelajar asing. Soalan saya sejauh manakah proses menyemak semula dasar tersebut yang telah dilakukan sehingga November tahun ini? Mohon maklum balas daripada pihak kementerian.
Di bawah butiran ini juga Padang Terap ingin mencadangkan agar pihak kementerian melakukan penjenamaan semula Malaysia sebagai destinasi ulung pengajian di peringkat dunia. Selain itu merangka beberapa strategi pemasaran yang lebih pelbagai dengan penglibatan IPT-IPT di Malaysia dengan lebih aktif untuk merebut peluang yang lebih daripada pasaran yang semakin dinamik di negara-negara membangun seperti di rantau Asia, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Timur, Timur Tengah dan Afrika Utara yang didampingi dengan pendekatan yang berlainan dan sesuai.
Seterusnya Padang Terap menyambut baik usaha pihak kementerian dalam menggesa agar semua IPT di dalam negara kita ini tidak mengejar kedudukan universiti terbaik peringkat antarabangsa secara membuta tuli kerana pendekatan tersebut boleh jadi tidak relevan apabila wujud percanggahan dalam penanda aras yang telah ditetapkan.
Kita juga sedia maklum setiap universiti ditubuhkan mempunyai visi dan matlamat yang berbeza. Antara contohnya Universiti Putra Malaysia yang memfokuskan pertanian
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
dan sekuriti makanan. Namun begitu, sekiranya universiti tidak lagi kejar ranking saya ingin bertanya kepada pihak KPT apakah garis panduan ataupun inisiatif yang diambil oleh KPT untuk menilai universiti-universiti terbabit.
Seterusnya Butiran 040000 - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET). Badan Koordinasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Kerajaan- Industri (GITC) yang telah ditubuhkan pada Februari 2022 yang lalu bertujuan untuk mewujudkan satu ekosistem yang lebih bersepadu berkaitan keperluan kemahiran tenaga kerja TVET. Inisiatif yang diambil ini bagi memperkukuhkan simbiosis ekosistem TVET dalam menghubungkan pihak-pihak yang terlibat untuk merapatkan jurang permintaan dan penawaran tenaga kerja di Malaysia.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Badan ini juga diharapkan dapat membantu pembangunan modal insan termasuklah di dalam bidang TVET. Soalan Padang Terap kepada KPT selaku penyelaras, apakah status GITC terkini? Adakah GITC ini masih memainkan peranan yang utama dalam menyelaraskan pendidikan TVET dengan keperluan industri? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih sekali lagi di atas peluang untuk Betong membahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud B dan P.64, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Pertamanya, saya membangkitkan Butiran P.00500 iaitu Universiti Putra Malaysia
(UPM). Betong amat menyambut baik Titah Tuanku Canselor UPM, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di mana Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Sarawak bakal menubuhkan Fakulti Veterinar dan Penternakan semasa Majlis Konvokesyen UPM, Kampus Bintulu pada 4 November 2023 yang lalu.
Saya lihat penubuhan fakulti ini sebagai tepat pada masanya kerana bidang keterjaminan makanan nasional merupakan tonggak yang sangat penting dalam strategi keseluruhan pembangunan negara melalui hubungan timbal balik dengan bidang sosioekonomi yang lain. Matlamat penubuhan fakulti itu juga bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi doktor veterinar yang kekurangan di Sarawak. Kewujudannya juga dapat memenuhi keperluan kami di Wilayah Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, Betong minta penjelasan daripada Menteri apakah status terkini cadangan penubuhan fakulti ini dan apakah ianya termasuk hospital mengajar ataupun teaching hospital? Bilakah sasaran untuk ianya beroperasi?
Seterusnya, saya ke Butiran P.00400 iaitu Pendidikan Politeknik. Dato’ Pengerusi, sebelum ini Betong juga telah membangkitkan isu Politeknik Metro Betong dalam Sesi Jawapan Lisan yang mana konsepnya kurang sesuai bagi kawasan luar bandar seperti Betong.
Oleh itu, ramai pelajar yang telah ditawarkan mengikut kursus terpaksa menolak tawaran kerana tidak ada asrama ataupun kekurangan tempat yang selesa, yang sesuai untuk disewa. Kalau disewa pun memerlukan peruntukan tambahan bagi pelajar-pelajar yang daripada keluarga yang kurang mampu.
Oleh itu, Betong ingin mengemukakan permohonan khas kepada kerajaan terutamanya dalam jangka masa terdekat minta kerajaan membina asrama untuk menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar. Saya telah juga mengadakan libat
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
urus dan perbincangan dengan pihak Politeknik Metro Betong serta Penguasa Tanah dan Survei Betong dan telah mengenal pasti tapak tanah yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Maka untuk jangka masa panjang, Betong juga mohon kerajaan membina sebuah politeknik konvensional yang kita mohon pada awal-awal pada masa dulu, yang lengkap dengan kemudahan asrama serta kuarters untuk kakitangan di tapak tanah yang juga telah dikenal pasti dahulu. Maka, dengan lokasi yang strategik serta jaringan jalan raya yang baik serta ketiadaan institusi tersebut di kawasan Betong dan berdekatan, maka saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan penubuhan sebuah politeknik konvensional di Betong.
Seterusnya ke Butiran B. 040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sejumlah RM1.484 bilion diperuntukkan untuk tahun depan bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET di bawah pendidikan politeknik dan kolej komuniti. Di Malaysia, TVET berperanan menyediakan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk semua peringkat ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi semua golongan masyarakat.
Maka kolej komuniti yang telah dijadikan platform oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai institusi yang membangunkan keusahawanan, apakah kebolehpasaran graduan kolej komuniti dari segi mendapat pekerjaan. Berapakah peratusan graduan kolej komuniti yang menceburi dan berjaya dalam bidang keusahawanan? Apakah usaha oleh kerajaan bagi memantapkan lagi graduan TVET dari kolej komuniti yang berkemahiran serta mempunyai penerapan kemahiran insaniah yang baik pada masa hadapan?
Akhirnya Dato’ Pengerusi, saya pergi ke Butiran P.05018 iaitu Naik Taraf Fasiliti di Institusi Pengajian Tinggi. Saya melihat ini sebagai butiran baru dan sejumlah yang besar iaitu RM300 juta disediakan pada tahun 2024. Saya juga menyokong ucapan rakan dari Tampin tadi bahawa sekiranya peruntukan ini boleh digunakan untuk membina kemudahan asrama bagi kolej-kolej komuniti di kawasan luar bandar dan termasuk Betong juga. Maka, saya minta Menteri menjelaskan apakah kaedah agihan peruntukan ini dan mohon Politeknik Metro Betong yang saya sebutkan terdahulu dan Kolej Komuniti Betong dipertimbangkan dalam belanjawan ini pada tahun 2024 untuk naik taraf fasiliti.
Maka dengan itu, sekian saja daripada Betong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh* dan selamat petang. Terima kasih Dato' Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, sidang Parlimen yang dihormati sekalian.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada Pasir Salak berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat Jawatankuasa Kementerian Penggajian Tinggi.
Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang kepada tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Allah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”.
Surah Al-Mujadilah: Ayat 11.
Dato' Pengerusi, Kepala P.64, di bawah Butiran 02900 yang memperuntukkan hampir RM36 juta untuk UUM dan berfungsi bagi melahirkan graduan yang berketerampilan dalam bidang pengurusan perniagaan dan Kepala P.64 di bawah Butiran
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
02800 yang memperuntukkan hampir RM320 juta untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berfungsi bagi melahirkan graduan di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan dengan ajaran Islam sebagai panduan utama.
Pasir Salak mengharapkan agar sebahagian peruntukan digunakan untuk menangani masalah banjir yang selalu berlaku di dalam universiti tersebut. Kedua-dua universiti tersebut, di kedua-dua universiti tersebut kerana universiti ini mempunyai aliran sungai di dalam kawasan universiti. Kerja-kerja mendalamkan Sungai Pusu di UIAM, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sungai Badak, Sungai Sintok dan Sungai Padang Pelanduk di Universiti Utara Malaysia.
Seterusnya, Kepala P.64 di bawah Butiran 05011 yang memperuntukkan RM429 juta dan 05012 yang memperuntukkan RM21 juta. Pasir Salak nak tahu, berapakah tesis dan jurnal yang telah dikeluarkan oleh semua universiti? Apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan rating universiti di persada dunia? Ini bagi memastikan tahap kompetensi dan kebolehpercayaan setiap universiti di Malaysia adalah pusat pengajian tinggi yang dihormati dasawarsa ini.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Dato’ Pengerusi, Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi yang memperuntukkan RM200 juta. Pasir Salak mengharapkan pihak kerajaan meningkatkan lagi peruntukan untuk diberi kepada graduan-graduan yang layak dan cemerlang.
Persoalan yang pertama daripada Pasir Salak, Pasir Salak ingin bertanya berapa ramaikah graduan yang dijangka menerima biasiswa di kalangan bumiputera bagi sesi 2024? Persoalan yang kedua, Pasir Salak ingin tahu adakah dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 sebuah universiti pertanian akan ditubuhkan di Parlimen Pasir Salak memandangkan Parlimen Pasir Salak dikelilingi kawasan pertanian.
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, peratusan kadar kebolehpasaran graduan institusi pengajian tinggi adalah disasarkan 86.4 peratus pada tahun 2024 tetapi Pasir Salak mendapat maklum balas daripada graduan yang sedang menjalani pembelajaran di peringkat ijazah sarjana muda ramai daripada mereka yang dapat kursus pengajian yang tidak dipohon dan ramai yang ketidaksepadanan kursus pengajian dengan peluang pasaran kerja. Soalan Pasir Salak ialah apakah langkah kerajaan mewujudkan bidang pengajian yang sesuai dengan bidang pekerjaan di Malaysia? Sekian, Dato’ Pengerusi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Silakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut berbahas Bajet 2024 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Saya ingin berbahas bagi maksud Bekalan 64 Kementerian Pengajian Tinggi, Butiran 040100 – Politeknik dan Kolej Komuniti.
Tuan Pengerusi, umum sudah mengetahui bahawa graduan Sabah khususnya graduan daripada politeknik dan kolej komuniti serta kolej-kolej sama ada daripada IPTA mahupun IPTS tidak menghadapi masalah. Mereka menghadapi untuk mencari pekerjaan. Inilah kerana industri di Sabah ini masih kecil khususnya industri pembuatan dan kalau pun mereka mendapat pekerjaan, mereka akan dapat di Semenanjung.
Kepada mereka yang mendapat pekerjaan, mereka akan mendapat pekerjaan di tempat yang bukan daripada bidang pengkhususan ataupun apa yang mereka pelajari daripada kolej-kolej komuniti tersebut. Ini juga menjadi suatu masalah kerana penghijrahan sumber manusia kita yang terlatih daripada Sabah ke Semenanjung. Ini adalah masalah yang sudah sekian lama berlaku di negeri Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Apa yang menarik yang perlu di analisa ialah kenapakah perkara ini berlaku dan apakah yang harus tindakan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan? Dalam pengamatan saya Tuan Pengerusi ialah kolej-kolej komuniti mahupun juga stakeholders yang pemegang taruh sama ada yang di dalam industri daripada sekolah menengah, mereka bukannya– mempunyai hala tuju yang masing-masing. Tidak ada kolaborasi di kalangan mereka.
Jadi kita ambil contoh pelajar-pelajar yang masuk ke politeknik dan juga kolej- kolej komuniti adalah mereka datang ke situ kerana mereka mendapat tempat. Tidak semesti mereka berminat ataupun berminat dengan kursus-kursus di situ ataupun itu bukan bakat mereka. Akhirnya mereka tidak mempunyai kesungguhan dalam bidang yang mereka ambil itu, itu yang satu.
Kedua, kursus-kursus yang ditawarkan tidak semestinya dia memenuhi keperluan industri sebab perbincangan di antara pihak politeknik, kolej komuniti dan juga kolej-kolej tidak ada mekanisme di mana mereka sama mahu berbincang dengan industri. Oleh sebab itu, Tuaran mencadangkan supaya pihak kementerian mengadakan satu blueprint ataupun strategic action plan yang melibatkan industri, juga daripada jabatan pendidikan negeri dan daripada politeknik yang berkenaan, daripada kolej komuniti yang berkenaan.
Barangkali dikoordinasi oleh Jabatan Pendidikan Tinggi supaya satu bentuk blueprint ataupun strategic action plan dapat dibuat.
Tujuannya ialah supaya dia dapat memenuhi keperluan industri. Pada masa– dan kurikulum yang diajar ataupun silibus-silibus yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan industri dan sebagainya. Saya fikir ini sangat penting sebab saya masih ingat Tuan Pengerusi, suatu ketika dahulu Sabah mempunyai action– dikatakan Sabah Action Blueprint dari segi memacu perindustrian di Sabah. Tetapi sehingga pada hari ini saya tidak nampak bagaimana penyediaan sumber manusianya yang sangat kritikal.
Apabila ada pelabur-pelabur dari luar tentunya ini adalah salah satu dari faktornya iaitu faktor sumber manusia. Oleh sebab itu, saya Tuaran sekali lagi mencadangkan supaya blueprint ini dapat diwujudkan, pihak kementerian mewujudkan supaya ini dapat dibuat mengikut wilayah. Maknanya blueprint di Wilayah Sabah itu satu, barangkali satu di Sarawak dan satu di Semenanjung sebab industri itu berlainan.
Seterusnya saya ingin mengambil peluang ini juga saya masih ingat semasa dahulu bila kita telah menubuhkan Malaysia Board of Technologies. Ini hal bagaimana kita dapat memartabatkan TVET. Jadi, MBOT telah diwujudkan untuk itu dan sehinggakan ada dia punya title ‘Technologies’. Akan tetapi apa yang berlaku pada hari ini, Technologies itu telah menjadi satu title sehinggakan ada yang tersilap ada TS di depan nama dia dan dia memanggil nama dia ‘Tan Sri’ dan perlu diperbaharui di setiap dua tahun dan sebagainya. Sedangkan sebenarnya Technologies itu adalah untuk memartabatkan TVET.
Tambahan dahulu kita ada perbincangan di antara JKR, di antara KKR ketika itu dengan juga pengajian tinggi dan sebagainya tetapi hari ini tersasar, agak tersasar.
Barangkali pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga MOSTI barangkali dan pihak kerja raya barangkali– bagaimana ini dapat diselaraskan supaya matlamat itu dapat dicapai dan bukannya hari ini menjadi hanya satu title sahaja.
Dalam yang tadi saya perlu Tuan Pengerusi juga sama-sama dalam blueprint yang saya nyatakan tadi juga perlu juga barangkali ini dapat dipertingkatkan hal-hal berkaitan dengan STEM di peringkat sekolah menengah. Saya tidak nampak kenapa talent pool ataupun bakat-bakat di sekolah menengah tidak dapat dikenal pasti. Hari ini tidak sudah– tidak ada lagi peperiksaan PMR. Jadi masa banyak untuk melihat apakah bakat-bakat yang ada pada pelajar-pelajar kita dan pangkalan data ini sepatutnya ada di jabatan pendidikan di setiap negeri yang boleh digunakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi mahupun kolej-kolej komuniti dan juga politeknik untuk digunakan untuk pengambilan pelajar-pelajar.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terakhir Tuan Pengerusi, saya mohon dalam kesempatan ini supaya Menteri melihat balik kelulusan kolej komuniti di Tuaran. Memang sudah ada dah dahulu– kita ada dia punya jawatan-jawatan sudah diwujudkan tetapi jawatan-jawatan yang telah diwujudkan dipindahkan ke tempat lain sedangkan kita sudah rasmikan, bangunan pun ada dahulu. Jadi, mohon supaya kolej komuniti di Tuaran itu dapat diwujudkan balik sebab Tuaran ini berdekatan sangat dengan Taman Perindustrian Kota Kinabalu. Jadi, memang ada relevannya. Itu sahaja yang saya ingin nyatakan, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, Gerik ingin menyentuh berkenaan Kepala B.64 020000 – Pendidikan Tinggi. Sebanyak RM7.695 bilion diperuntukkan pada tahun 2024 yang meliputi perbelanjaan sebanyak 20 buah universiti awam di Malaysia. Ianya merupakan satu jumlah yang amat besar bagi memastikan pendidikan tinggi anak-anak Malaysia setanding dengan pengajian antarabangsa yang lain. Insya-Allah. Gerik ingin memohon pencerahan apakah kriteria dan kaedah agihan peruntukan ini dilaksanakan? Bagaimanakah kejayaan pengurusan ataupun output universiti ini diukur bagi setiap universiti ini oleh pihak kementerian? Universiti-universiti awam juga di Malaysia mempunyai pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan.
Contohnya hasil kajian, latihan dan pelbagai bidang ilmuan yang boleh ditawarkan dan dijual kepada pasaran.
Gerik juga ingin bertanya sejauh manakah universiti awam di Malaysia ini mandiri dan ke arah pendapatan sendiri jika dana dan modal diperolehi daripada swasta contohnya, ianya akan mengurangkan kebergantungan dana universiti oleh pihak kerajaan. Apakah dasar kerajaan berkenaan perkara ini?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Keduanya, berkenaan Kepala B.64 sub 050500 – Program Khusus Penyelenggaraan dan Pembaikan. Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, pihak kementerian telah menetapkan penurunan bajet sebanyak 80.7 peratus bagi penyelenggaraan dan pembaikan daripada RM59.65 juta meliputi perkhidmatan dan bekalan aset dan pemberian dan kiraan bayaran tetap kepada RM11.5 juta hanya kepada perkhidmatan dan bekalan sahaja. Jadi ingin bertanya, apakah tiada keperluan untuk penyelenggaraan dan pembaikan bagi aset? Apakah perancangan kementerian berkenaan perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, bagi Kepala B.64, 060000 – One-Off. Tiada peruntukan ini pada tahun 2023, tetapi peruntukan ini ada pada tahun 2024 sebanyak RM24 juta. Bagi Kod 30000, aset RM9 juta diperuntukkan dan 40000, pemberian tetap dan kenaan bayaran tetap RM15 juta diperuntukkan. Apakah butiran dan perancangan bayaran one- off pihak kementerian berkenaan perkara ini? Manakala bagi Kod 060100 – Perolehan Aset/Harta Modal dan Kenderaan juga ada penambahan sebanyak RM19 juta dan program pembangunan komuniti setempat sebanyak RM5 juta. Apakah perincian kerajaan berkenaan perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, bagi P.64, 05011 – Penyelidikan Fundamental. Kenaikan peruntukan sebanyak RM120.55 juta bagi tahun 2024 berbanding tahun 2023, apakah fokus pihak kerajaan terhadap pendidikan fundamental ini atau Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)? Umumnya, FRGS ini adalah merupakan geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan asas mengenal ilmu dan menyumbang kembali terhadap tahap intelektual penciptaan teknologi baharu dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. Persoalannya, apakah
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
hasil terbaik sejak ianya diperkenalkan dan sejauh mana impak penggunaan hasil kajian ini ke dalam industri dan pasaran dalam negara?
Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara terakhir sekali, Gerik ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menarik perhatian pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengenai cadangan dan tawaran pihak kami untuk menjemput pihak kementerian atau pelabur untuk membina universiti atau pusat pengajian tinggi awam atau swasta, politeknik atau kolej matrikulasi di Daerah Gerik. Daerah kami di negeri Perak ini ia bersempadan dengan negeri Kedah dan Kelantan melalui laluan Lebuhraya Timur-Barat dan Lebuhraya PLUS melalui Jalan Kuala Kangsar. Daerah ini juga bersempadan dengan Thailand di sebelah utara. Gerik yakin, ianya merupakan satu lokasi yang saya jamin amat baik dan sesuai dengan keluasan tanah dan sumber yang tidak terhad, insya-Allah. Gerik juga ingin memohon kepada KPT agar meneliti juga peluang mewujudkan pusat kajian atau pusat latihan di Daerah Gerik pada masa hadapan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Dipersilakan Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus bahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa bawah maksud Bekalan/Pembangunan 64, Butiran 020000 – Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya akan memberi fokus kepada ucapan Navhin Muthusamy seorang graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan penerima Anugerah Pelajaran Diraja yang mana beliau membantah sistem kuota kemasukan universiti dalam ucapannya. Saya berasa bangga kerana anak muda kita berani untuk menyampai pandangannya atas pentas konvokesyen.
Tuan Pengerusi, pelajar matrikulasi diberikan keutamaan untuk kursus-kursus popular di universiti awam menyebabkan persaingan sengit antara pelajar cemerlang SPM untuk penawaran matrikulasi. Mereka tahu jika mereka gagal masuk matrikulasi, mereka terpaksa ambil peperiksaan STPM yang mencabar untuk mendapatkan penawaran kursus-kursus kritikal ataupun kursus-kursus popular di universiti awam.
Matrikulasi mempunyai sistem kuota bumiputera sebanyak 90 percent dan universiti awam memberi keutamaan kepada pelajar matrikulasi. Matrikulasi yang berkandung pada sistem kuota perkauman sebenarnya memperoleh unfair advantage dan menyebabkan structural violence.
Sebelum saya teruskan, saya ingin ucapkan terima kasih kepada kementerian kerana membekalkan statistik berkenaan. Statistik tersebut menunjukkan bilangan calon lepasan STPM yang diberi tawaran program-program kompetitif melalui UPU online adalah melampau rendah. Bagi pengetahuan Tuan Pengerusi, UPU online adalah sistem yang menyelaras proses kemasukan pelajar saluran awam ke IPTA dalam Malaysia.
Bilangan tawaran kepada calon pelepasan STPM ke perubatan melalui UPU bagi sesi akademik 2021 adalah hanya 10 orang iaitu 18.6 persen, 13 orang ataupun 14.4 persen pada sesi 2022 dan 16 orang saja ataupun 10.53 persen bagi 2023.
Bagi program pergigian pula, tiada tawaran kepada lepasan STPM ke program pergigian pada sesi akademik 2021. Hanya terdapat seorang penawaran pada tahun 2022 dan 2023 pun juga seorang saja. Bagi program farmasi pula, terdapat enam orang penawaran saja pada tahun 2021, empat penawaran pada tahun 2022 dan 10 orang penawaran pada tahun 2023. Sekiranya angka ini benar, data ini telah membuktikan bahawa pelajar cemerlang STPM tetap dipinggirkan oleh sistem UPU ini. Dalam kata lain, jika seorang lepasan SPM yang cemerlang tidak dapat masuk ke matrikulasi, maka peluang dia masuk ke kursus-kursus kompetitif terutamanya di universiti utama seperti UM, UPM, UKM, USM dan UTM tetap nipis jika berbanding dengan pelajar matrikulasi.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya ingin menyampaikan simpati yang mendalam terhadap pengalaman rakan Navhin. Kemungkinan beliau juga tahu sekiranya dia tidak dapat masuk ke matrikulasi, maka chance masuk ke kursus atau universiti pilihan beliau tidak akan direalisasikan.
Dengan hanya 10 persen tempat untuk pelajar bukan bumiputera dalam matrikulasi, seorang pelajar cemerlang SPM bukan bumiputera dalam bidang Sains jika tidak berjaya masuk matrikulasi, akan terpaksa ambil STPM. Ini merupakan cabaran pertama.
Walaupun pun berjaya dalam STPM, dapat 4 flat, mereka kemudiannya perlu bersaing dengan sengit dengan pelajar matrikulasi semasa proses kemasukan universiti yang membentuk cabaran yang kedua. Akibatnya, pelajar bukan bumiputera dari saluran STPM menghadapi penindasan berganda dalam perjalanan mereka untuk masuk ke universiti...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Raub, mohon mencelah.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Sila.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Saya tertarik dengan ucapan Raub di mana majoriti bukan bumiputera masuk ke dalam STPM sebab tidak dapat peluang untuk masuk dalam matrikulasi. Dengan statistik yang Raub beritahu tadi, menunjukkan kurang daripada 10 persen untuk pergigian dan juga farmasi. Ini akan menjadi satu masalah besar untuk komuniti bukan Islam untuk dapat peluang untuk sambung belajar khususnya professional studies macam doktor, pharmacies, dentistry.
Ini juga akan secara terus terang mengurangkan keyakinan anak muda terutamanya bukan bumiputera terhadap sistem, education system in Malaysia. Apa pandangan Raub?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Ya. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Batu dan saya akan terangkan lebih details itu solusi untuk merombak sistem kemasukan universiti.
Terdapat keperluan segera bagi kerajaan untuk merombak sistem kemasukan universiti, menghentikan ketidakadilan terhadap pelajar bukan bumiputera di STPM yang cemerlang.
Saya juga menyeru untuk penyatuan matrikulasi dan STPM, unified STPM dan matriculation, membolehkan pelajar dari sekolah-sekolah menengah kebangsaan tanpa mengira etnik mengambil peperiksaan yang seragam supaya menegakkan prinsip kemasukan yang adil.
Kita perlu mengalihkan dari sistem kuota ke sistem affirmative. Kerajaan seharusnya mengambil pendekatan need-based dan bukan race-based. Mengagihkan 20 persen tempat untuk pelajar dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama. Penggunaan sistem markah bonus boleh memberi keutamaan kepada mereka dalam proses kemasukan universiti. Contohnya, seorang pelajar B40 mendapat keputusan 3.0 dalam STPM. Dia boleh tambah lima persen markah bonus, jadikan keputusannya sebanyak 3.15 poin.
Langkah ini akan memastikan perlindungan terhadap golongan Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban dan Kadazan yang kurang bernasib baik. Sistem pendidikan dan kemasukan universiti perlu reformasi yang segera untuk mengelakkan brain drain dan bagi memastikan anak-anak kita diberi layanan yang adil untuk merealisasikan bakat mereka di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat petang. Sabak Bernam merujuk kepada Butiran 30000 – Aset, yang mendapat peruntukan sebanyak RM808,009,900 yakni lapan ratus juta lebih. Justeru, Sabak Bernam tertarik kepada salah satu objektif Kementerian Pengajian Tinggi iaitu objektif yang kedua, “membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersialan hasil penyelidikan” tersebut.
Sabak Bernam berharap pusat kecemerlangan seperti ini nanti dapat menjadi tempat dan peranan seperti pangkalan data dan maklumat di mana segala hasil kerja penyelidikan, tesis yang melayakkan mereka para mahasiswa bergraduat iaitu sama ada di peringkat ijazah pertama, ijazah lanjutan atau kedoktoran, disimpan dengan rapi di sini.
Bukan sahaja tersimpan rapi malah ianya sentiasa dipantau dengan urus kelola yang baik, yang dapat mengekalkan ketulenannya terpelihara serta dapat diperkembangkan dan digunakan sebagai bahan rujukan sekiranya berlaku apa-apa permasalahan di dalam masyarakat.
Sebagai contoh, sekiranya berlaku – contoh ya, pandemik COVID-19 yang lepas. Sekiranya hasil-hasil kajian di peringkat universiti tempatan ada membuat kajian dalam bioteknologi menghasilkan vaksin, maka negara tak perlu membeli vaksin daripada luar. Memadai vaksin yang dihasilkan oleh universiti-universiti tempatan hasil daripada kepakaran tempatan.
Contoh yang kedua, jika negara kita terutamanya penternak unggas seperti ayam pedaging dan lain-lain menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan unggas ini yang tinggi protein kerana mungkin berlaku peperangan kepada negara-negara pengeksport seperti Ukraine dan sebagainya dan didapati pada— ada satu kajian oleh mahasiswa kita yang telah lulus tesisnya dan mendapat PhD kerana berjaya menghasilkan inovasi makanan unggas yang diperbuat daripada limbah bulu ayam pedaging, ya. Ayam pedaging tu bulunya dibersihkan, dikeringkan dan dihancurkan dan dicampurkan kepada ramuan-ramuan lain. Dia jadi menu untuk membuat makanan ayam pedaging yang baru yang tinggi protein. Mengapa kita tidak gunakan kepakaran- kepakaran yang ada di dalam negara kita yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan?
Jadi, perlu ada satu pusat kecemerlangan yang mengumpul segala hasil kajian mahasiswa kita. Kalau kita dengar cerita, kita baca daripada bahan-bahan bacaan bagaimana berlaku semasa Baghdad dilanggar oleh tentera Mongol, bahan-bahan tadi— kajian tadi ni, daripada cerdik pandai, dihumban ke dalam Sungai Tigris dan menjadi gelap. Hitam sungai tu kerana dakwatnya mencair. Hanya untuk dijadikan sebagai jambatan kerana mereka kebanyakan tak tahu membaca.
Jadi, sekarang ini kita mempunyai bahan-bahan kajian yang ilmiah yang tinggi, yang banyak di institut pengajian tinggi kita. Mengapa kita tidak satukan, simpan sebagai rujukan yang berguna untuk menyelesaikan masalah-masalah negara seperti untuk pembangunan ekonomi, sosial, sukan dan kajian-kajian lain— kejuruteraan, teknologi dan lain-lain?
Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, izinkan saya membawa isu tempatan. Sabak Bernam memiliki kawasan yang dikhaskan untuk tujuan pendidikan iaitu di Sungai Lang, Sungai Air Tawar. Di situ sekarang adanya Institut Perakaunan Negara
(IPN), Politeknik Sultan Idris Shah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Balai Cerap Selangor dan lain-lain. Saya difahamkan masih ada tanah yang kosong dimiliki oleh UiTM, MAIS, UIAM dan lain-lain yang belum dibangunkan di kawasan tersebut. Mohon bajet pada yang kita bincangkan ini mengambil kira sekiranya ingin kita bangunkan kawasan itu dengan institusi pengajian tinggi untuk rakyat Malaysia belajar di situ.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 05004 – Bahagian Kebajikan
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Pelajar Luar Negara dari RM7.6 juta naik – eh, turun ke RM3.2 juta, hampir separuh.
Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi dari RM91 juta naik ke RM92 juta.
Saya pagi tadi sebelum ke sidang ini, isteri saya mesej saya lah. Cikgu Rafi kawan dia ni bagi satu mesej daripada TikTok lah, daripada seorang pelajar University of Manchester, Aisyah Shofi berkaitan dengan program Notthingham Malaysian Games anjuran Nottingham Malaysian Society bersama dengan pihak KPT lah.
Jadi, saya memulakannya dengan menyokong apa disebut oleh adik Aisyah Shofi ini bahawa perkara-perkara seperti afterparty ya, selepas kejayaan penganjuran program sukan berkenaan, kemudian ada afterparty, tidaklah seharusnya disambut ataupun dibudayakan dalam kalangan pelajar kita di luar negara. Apa yang disebut, “Benda yang tidak bermanfaat, benda yang tidak elok, kalau tak pernah buat, jangan mula buat” adalah satu perkara yang baik lah.
Saya memuji MARA dan JPA yang telah memberi pendanaan kepada pelajar kita di luar negara ini dengan memberi teguran yang keras supaya tidak terlibat dengan anasir-anasir negatif ini lah. Saya berharap tindakan-tindakan tertentu dikenakan kepada pelajar kita yang terlibat dengan perkara-perkara negatif di luar negara supaya menjadi pengajaran bukan sahaja pada masa ini tetapi pada masa-masa yang akan datang.
Keduanya, ada berkaitan dengan Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. RM7.5 bilion kepada RM7.6 bilion. Butiran 040100 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari RM1.4 bilion naik ke RM1.48 bilion. Saya ucap syabas dan tahniah kepada KPT kerana telah berjaya melahirkan 256,901 graduan TVET sejak 2018 sehingga 2023.
Saya juga ingin berkongsi di sini bahawa pada Ahad yang lalu, saya bersama 23 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Tanjong Malim, menghantar pelajar- pelajar ini ke Kunming, China untuk mengikuti program dua minggu di sana bersama dengan Belia Mahir. Terima kasih dengan kehadiran Pengarah Bahagian Kolej Komuniti dan juga Pengarah PSAS sendiri.
Berkaitan dengan automatif dan EV dan di sini saya ingin menyentuh bahawa supaya ke arah ke hadapan, KPT menggiatkan lagi lah usaha untuk mengambil peluang daripada BRI ini, Belt and Road Initiative negara China ini supaya boleh membawa lagi lebih ramai pelajar kita ke China untuk memperkukuhkan lagi elemen-elemen TVET terutamanya berkaitan dengan teknologi-teknologi baru lah seperti solar, EV dan automotif.
Saya suka juga mengambil ruang yang ada ini untuk mencadangkan – kita dah ada Pengerusi TVET which is Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kita juga ada sekretariatnya, Kementerian Sumber Manusia. Jadi, saya rasa dengan peruntukan sebanyak RM1.48 bilion ini dan 14 hab TVET sedia ada yang telah dipersetujukan untuk diperteruskan sebagaimana yang saya bawa ke dalam Kamar Khas. KPT daripada 14 ini ada lapan hab TVET nasional ini di bawah urusan KPT-lah.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Kalau tengok daripada segi bajet itu dari RM6.8 bilion keseluruhan untuk TVET, RM1.48 bilion daripada KPT sahaja. Jadi saya nak mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Tinggi ini jadi timbalanlah kepada urusan TVET kerana di China baru-baru ini pun saya sebut cabaran Malaysia adalah untuk menyelaras 12 kementerian berkaitan TVET. Jadi kalau ada pengerusi, ada timbalan dan ada setiausahanya, mungkin TVET di negara kita akan berjalan dengan lebih baik.
Ketiganya, ada Butiran 040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana lantik saya menjadi penasihat kolej komuniti dekat tempat saya Tenggara. Cuma saya nak maklumatkan di sini adalah berkaitan dengan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang dinyatakan sebelum ini dalam ucapan belanjawan adalah RM5 juta. Jadi, saya kira-kira RM5 juta daripada RM1.48 bilion ini adalah 0.34 peratus. Jadi, kalau boleh dinaikkan ke
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
satu peratus, ia jadi RM14.8 jutalah. Jadi kalau RM14.8 juta, saya yakin 105 buah kolej komuniti seluruh negara akan boleh mengadakan lebih banyak lagi program.
Saya suka nak memberitahu Dewan, Dato’ Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri ada di dalam Dewan ini bahawa sambutan masyarakat terhadap program- program anjuran kolej komuniti amat baik dan di tempat saya itu kebetulan kolej komunitinya berkaitan dengan kulinari dan ilmu yang disampaikan— kemahiran yang disampaikan itu senang untuk diimplementasikan dalam kehidupan sehari-harianlah.
Dato’ Pengerusi saya minta seminit lagi. Okey, terima kasih.
Kolej komuniti pula sebelah jiran saya Kulailah. Kulai ini tak ada kolej komuniti.
Jadi, ada orang-orang Kulai pun dah berhubung dengan saya untuk mengadakan aktiviti kursus dan sebagainya kemahiran— melangkaui sebenarnya, bukan sahaja tentang kulinari tetapi tentang dengan kemahiran-kemahiran lain tetapi tidak dapatlah nak ditampung sebab kalau berdasarkan peruntukan yang ada Cuma RM5 juta. Jadi, kalau dari 0.34 peratus daripada RM1.48 bilion ini boleh ditingkatkan kepada satu peratus pun RM14.8 juta ini boleh memperkasakan 105 buah kolej komuniti seluruh negara yang sedia ada.
Saya ingin menambah juga di Tenggara ini Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Menteri ada tanahnya luas daripada pihak KEJORA ini. Jadi, kalau boleh dibinakan satu kolej komuniti yang sebuah itu bukan lagi menumpang di kedai- kedai, saya yakin dan percaya lebih banyak lagi manfaat yang boleh diberikan kepada penduduk setempat dan seluruh rakyatlah khususnya negeri Johor dan di serata negaralah untuk belajar di sana. Jadi, bolehlah mulakan mungkin perbincangan awal untuk NBOS, National Blue Ocean Strategy ini sama-sama antara KPT dengan pihak KEJORA.
Akhirnya saya yang terakhir— ini betul-betul terakhir Dato’ Pengerusi adalah berkaitan dengan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Saya ini bila habis sidang Dewan biasanya balik dari Kuala Lumpur ke Tenggara ini memang lalu tepi Pagoh. Saya tengok namanya itu besar papan tanda itu tapi tengok macam slow sangat dekat situ.
Jadi, saya ingin bertanyalah kepada pihak kementerian sebenarnya apakah hala tuju seterusnya apa yang dipanggil Hab Pendidikan Tinggi Pagoh ini. Kalau sekiranya saya melihat pada masa sekarang ini TVET adalah mustahak dan kebetulan kita pun ada empat MTUN which is yang dah ada di sana UTHM dan UTeM yang saya difahamkan.
Kita ada lagi universiti Universiti Malaysia Pahang dan UniMAP. Kalau boleh bawa cawangan ke sana kita empower terus Pagoh— Hab Pendidikan Tinggi Pagoh ini sebagai hab TVET Wilayah Selatan.
Jadi, bukanlah maknanya kita nak buang nama Pagoh itu tetapi tanggungjawab selatan itu lebih besar dan tuan rumahnya adalah Pagoh. Saya rasa ia akan memberi banyak faedah lagi kepada negara dan sesuailah dengan kedudukan geografi Pagoh itu dan negeri Johor itu yang berjiran pula dengan Singapura dan kita nak mara ke hadapan pelbagai teknologi, renewable energy, kita nak solar, kita ada EV. Banyak yang kita berbahas di sini dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen yang lain.
Jadi, saya rasa kalau pihak KPT boleh merangka strategi ataupun mungkin dah ada ataupun saya ingin bertanya adakah tak apa-apa perancangan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan, menghakupaya Hab Pendidikan Tinggi Pagoh ini mungkin boleh kita hala tujukan hab ini kepada mewujudkan apa yang kita panggil sebagai Southern TVET city di Pagoh supaya boleh memberi banyak lagi faedah kepada rakyat dan negara. Itu sahaja Dato’ Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Dipersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya merujuk kepada Butiran 010000 – Pengurusan. Saya ingin mulakan perbahasan saya pada hari ini dengan menyuarakan kebimbangan saya kepada bakal pelapis negara iaitu mahasiswa. Dada-dada akhbar beberapa bukan yang lepas banyak memaparkan berkaitan hampir 300,000 pelajar lepas SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran di atas pelbagai faktor. Perkara ini mesti dikendalikan dengan serius memandangkan ia penentu kepada tenaga mahir negara untuk masa depan.
Dato’ Pengerusi, ramai pakar berpendapat mereka yang tidak melanjutkan pelajaran ini kerana kemiskinan. Banyak isu. Antaranya isu mahasiswa mencatu makanan kerana wang belanja yang tidak mencukupi, tidak siap assignment kerana membuat kerja sambilan sambil mencari duit belanja, buat perniagaan kecil-kecilan dan sebagainyalah.
Dato’ Pengerusi, seakan juga menjadi open secret bagi umum sekarang berkaitan dengan mahasiswa yang berselera besar yang ketandusan iman terlibat dengan gejala sugar baby untuk mendapatkan wang. Ramai di kalangan mereka terjebak ini daripada golongan B40.
Mengimbau manifesto PRU-15 yang lalu, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional masing-masing meletakkan banyak bantuan pendidikan untuk golongan B40 dalam buku manifesto mereka. Persoalan saya, apakah perkembangan semasa manifesto kerajaan campuran PH dan juga BN untuk bantuan pendidikan termasuk bantuan pendidikan percuma yang pernah ditawarkan oleh Barisan Nasional sendiri kepada golongan B40 ini?
Persoalan kedua yang saya ingin bangkitkan ialah apakah inisiatif kerajaan dalam memberikan bantuan kepada mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai masalah kewangan. Terakhir, apakah kerajaan membuat kajian berkaitan dengan keterlibatan mahasiswa dalam gejala sugar baby ini? Jika ada, berapa ramai golongan yang terlibat dan apa tindakan kerajaan untuk membendung gejala yang tidak sihat ini?
Dato’ Pengerusi, Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Mahasiswa sangat sinonim dengan pelapis negara atau bakal pemimpin, ejen perubahan dan juga polis moral kepada masyarakat. Sebaliknya hari ini mahasiswa hari ini semakin jauh daripada falsafah mahasiswa itu sendiri. Ramai mahasiswa yang cemerlang keputusan dalam peperiksaan, namun agak ironi dengan akhlaknya. Jelas terpapar dalam buku belanjawan yang fungsi mahasiswa Islam— minta maaf. Fungsi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah untuk melahirkan graduan di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan dengan ajaran Islam sebagai panduan utama. Pun begitu tahun lepas, Majlis Perwakilan Pelajar UIA bersekongkol dalam penganjuran konsert di kampus itu. Jauh panggang dari api, jika pimpinan mahasiswa pun gagal memahami hasrat murni universiti sendiri.
Budaya hedonisme semakin membara dalam kalangan mahasiswa. Jun lalu UMT, Universiti Malaysia Terengganu heboh dengan video gelagat mahasiswa kampus itu yang berjoget sakan yang tidak menampakkan mereka sebagai seorang mahasiswa.
Terbaru, tular seorang mahasiswa dengan bangganya membuat gambar pra konvokesyen di konsert Coldplay. Tidak terhenti di situ heboh pula di luar negara seperti yang disebut oleh Tenggara sebentar tadi hangat sekarang perbahasan berkaitan dengan afterparty yang diadakan selepas penganjuran sukan pelajar Malaysia United Kingdom.
Dato’ Pengerusi, perkara-perkara yang saya sebutkan tadi tidak pelik kerana secara turun-temurun program orientasi hampir setiap kampus diisi dengan hiburan dan juga pengisian kosong. Di sini saya ingin tegaskan bahawa ilmu ini semuanya milik Allah.
Belajarlah dengan apa bidang sekali pun kejuruteraan, arkitek, matematik, fizik, perundangan semua ilmu ini adalah ilmu pinjaman daripada Allah. Berakhlak, beradab, bersopan, patuh syariah ini bukan hak eksklusif mahasiswa pengajian Islam sahaja.
Namun, semuanya hak inklusif kepada semua yang bergelar mahasiswa. Ilmu itu bersifat
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
suci dan menerangi. Bagaimana mungkin seorang penuntut ilmu boleh bergelumang dengan kebatilan dan juga kemaksiatan?
Persoalan saya, apakah kerajaan tiada perancangan untuk menyediakan modul dan pembawaan yang patuh syariah ataupun yang bertepatan dengan moral dan akhlak sewaktu minggu orientasi kepada mahasiswa? Yang kedua persoalan, apakah KPT berhasrat untuk mewujudkan garis panduan yang berlandaskan syariah ataupun moral dalam pelaksanaan program-program yang dianjurkan dalam kampus khususnya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)?
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terakhir Dato’ Pengerusi, Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Kerajaan Campuran PHBN telah meluncurkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2020 (NIMP 2030) dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) beberapa bulan yang lepas. Pelan yang besar ini semestinya memerlukan tenaga mahir yang berlatarbelakangkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional
(TVET) dan juga Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM).
Kebolehpasaran graduan TVET sangat tinggi bahkan telah melepasi jurusan- jurusan yang lain. Soalan saya, apakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan jurusan TVET di setiap institusi pengajian awam (IPTA). Saya akhiri perbahasan saya pada petang ini dengan serangkap pantun.
Mudik ke hulu membelah belantara, Berpandu kompas dan juga peta, Mahasiswa bakal kemudi negara, Acuannya bergantung kepada kita. Sekian, Dato’ Pengerusi. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang terus setia mendengar perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini. Sungai Petani ingin menyentuh Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi yang mana kita lihat ada peningkatan sebanyak 3.27 persen berbanding dengan tahun 2023.
Tuan Pengerusi, dalam Perutusan Tahun Baharu 2023, Yang Berhormat Menteri menyentuh beberapa kali berkenaan dengan Kesatuan Mahasiswa (Student Union) yang mana Kesatuan Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar ini adalah suatu yang berbeza pendekatan dan coraknya amat berbeza.
Yang paling utama yang disentuh oleh Yang Berhormat Menteri sendiri adalah bagaimana mahasiswa itu mampu untuk menguruskan organisasinya sendiri, mampu menguruskan kewangannya sendiri. Persoalan saya adalah apakah kementerian bercadang untuk menggantikan sistem Majlis Perwakilan Pelajar kepada Kesatuan Mahasiswa agar wujud kemandirian dalam kalangan mahasiswa dan ini juga memberikan satu training kepada mahasiswa setelah selesai daripada era universiti, mahasiswa- mahasiswa atau graduan-graduan ini mampu untuk menguruskan organisasinya dalam bidang pekerjaan.
Yang Berhormat Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan isu mahasiswa yang bekerja sewaktu belajar. Saya mengikuti perbahasan Parlimen Mahasiswa dan mereka menyentuh perkara-perkara ini. Kita lihat bagaimana mahasiswa pada hari ini, tidak sedikit mahasiswa yang tergolong dalam golongan B40. Yang
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Berhormat Tuan Pengerusi, kita melihat mahasiswa tidak hanya semata-mata perlu menguruskan kewangan mereka, mahasiswa tidak hanya semata-mata mencari makan kerana tidak cukup. Tetapi, mahasiswa juga perlu mencari rezeki untuk keluarga mereka, untuk sanak saudara mereka, untuk orang tua atau ibu bapa mereka yang berada di kampung. Ini merisaukan kita.
Kita lihat bagaimana mahasiswa terpaksa untuk bekerja sambilan, mahasiswa di kawasan saya sendiri, banyak mahasiswa yang berniaga di Uptown, yang berniaga di tepi- tepi jalan, saya melihat mereka berniaga sehingga jam 2.00 pagi. Ketika bertanya, memang betul mereka ini adalah orang-orang yang susah. Bagaimana mereka ingin membahagikan masa antara ingin belajar, ingin berniaga, kemudian siangnya ingin melakukan tugasan-tugasan yang lain dan ini mengganggu proses pembelajaran dan pada akhirnya mereka dikenakan dropout. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya adakah kerajaan bercadang untuk memberikan atau menaikkan bantuan one-off kepada mahasiswa. Saya yakin bantuan one-off ini telah pun diberikan. Namun, perlukan penambahbaikan. Sungai Petani ingin mencadangkan bahawa penambahbaikan ini tidak hanya berbentuk one-off kredit kepada mahasiswa walaupun kad debit RHB telah pun diselaraskan kesemua pelajar IPT. Namun begitu, saya rasa, Sungai Petani ingin mencadangkan bahawa digantikan satu sistem iaitu sistem pemberian baucar. Pemberian baucar ini hanya boleh digunakan di kampus- kampus untuk membeli barangan-barangan keperluan mahasiswa itu sendiri.
Ini merupakan suatu konsep serampang dua mata. Kita melihat tidak hanya mahasiswa mendapat wang untuk dibelanjakan dengan betul tetapi juga kampus-kampus, ekonomi kampus juga dapat menjana pendapatan yang lumayan. Sebab kita lihat pemberian one-off ini tidak semua mahasiswa, tetapi segelintir mahasiswa menggunakan pemberian one-off ini dengan cara yang salah. Mereka menggunakan pemberian ini untuk berjoli atau untuk membeli hal-hal yang tidak penting dengan sesi pembelajaran mereka.
Dengan pemberian baucar ini akan lebih sistematik dan akan lebih bersasar kepada bantuan itu sendiri.
Yang Berhormat Pengerusi, Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk membangkitkan isu penempatan mahasiswa. Tidak semua universiti di Malaysia ini seperti UIA atau UNIMAP yang mempunyai penempatannya sendiri. Banyak mahasiswa-mahasiswa yang mengeluhkan tidak ada penempatan di sekeliling atau di sekitar kawasan universiti mereka. Soalan saya adalah apakah langkah kementerian dalam membantu mahasiswa mendapatkan penempatan yang memudahkan mereka untuk ke kampus.
Yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 050500. Saya ingin menyentuh golongan yang paling rentan di dalam kampus iaitu golongan orang kurang upaya. Baru-baru ini, tular satu video bagaimana seorang profesor cuba untuk menggunakan kerusi roda di ramp sebuah universiti dan profesor itu tergolek Tuan Pengerusi. Ini membuktikan bahawa banyak di kawasan-kawasan atau banyak di dalam universiti itu, ramp atau akses kepada golongan paling rentan itu masih tidak sempurna. Saya mohon pihak kementerian agar melihat kembali bagaimana ramp, ramp di universiti dan bagaimana tidak hanya ramp tetapi akses kepada golongan paling rentan iaitu Orang Kurang Upaya dinaiktarafkan dan diperhebatkan lagi supaya proses pembelajaran, keselesaan di dalam kampus ini tidak hanya dinikmati oleh golongan tertentu tetapi dinikmati oleh seluruh golongan yang berada di dalam kampus yang bergelar mahasiswa, pensyarah atau apa-apa juga yang berada di dalam kampus.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Anggaran Perbelanjaan KPT 2024 adalah RM16.34 bilion. Peningkatan 6.8 peratus yang saya tertarik sekali ialah anggaran perbelanjaan pembangunan yang meningkat 14.7 peratus. Itu satu petunjuk yang amat baik.
Seterusnya saya beralih kepada butiran-butiran. Butiran 050600 di bawah program khusus. Saya dapati ubatan-ubatan hospital pengajar hanya 95 peratus dan tak ada, tiada kenaikan berbanding dengan 2023. Kita semua maklum bahawa ubat-ubat ini memang naik harga. Jadi, kita takut jugalah nanti ubat tidak cukup di universiti-universiti, di hospital-hospital universiti.
Maksud pembangunan Butiran 00500 – Universiti Putra Malaysia (UPM) meningkat 111.4 peratus iaitu peningkatan RM54.6 juta. Mohon pencerahan di atas kenaikan yang begitu tinggi dan untuk projek apa? Yang lain-lain, di universiti yang saya akan baca, saya tak perlu sebut butiran sebab semuanya sama. Mengenai kenaikan dalam maksud pembangunan. Universiti Malaya naik [Tidak jelas]...... peratus kenaikan 59 peratus. UKM naik 35.1 peratus, kenaikan RM86 juta. USM naik 55.2 peratus, RM34.9 juta. UNIMAS, ini naik tinggi ini. Daripada 101 kepada RM177 juta, kenaikan RM76.5 juta ataupun kenaikan 75.3 peratus. UNIMAS amat tinggi.
UMS, naik kenaikan 1,048 peratus iaitu kenaikan RM66 juta. Seterusnya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, kenaikan 119 peratus. Universiti Tun Hussein Onn, kenaikan – Ini rendah sahaja. Kemudian UNITEM, kenaikan 58 peratus.
UMT kenaikan tinggi, 236 juta, kenaikan RM23.6 juta dan semua ini saya mohon pencerahan dan perincian daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Seterusnya, saya amat menarik dengan Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental ataupun Penyelidikan Asas. Kenaikan 39 peratus iaitu RM120.6 juta kenaikan. Ini satu benda yang amat baik. Saya amat menyokong kenaikan sebegini untuk pendidikan fundamental tetapi kita perlu juga di samping pendidikan fundamental, kita perlu juga adakan atau pun laksanakan applied research. Ini perlu dibawa bersama dengan fundamental research. Kalau kita buat fundamental research tetapi kita tidak ada applied research, kita hanya berhenti di situ dan tidak ada faedah yang spesifik kepada negara. Yang Berhormat Menteri diminta mohon berikan perincian di universiti mana yang akan diadakan research ini dan apakah jenis penyelidikan yang akan dilaksanakan?
Sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, IPT memainkan peranan utama dalam agenda R&D negara dan apa cepat sangat? Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, bagi masa sikit dekat saya. Saya tak pernah curi masa pun. Hari ini saya nak curi sikit sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tentang memperkasakan politeknik untuk menjayakan TVET. Sekarang ini terdapat empat buah politeknik yang boleh menganugerahkan ijazah sarjana muda bidang teknikal iaitu Politeknik Ibrahim Sultan Johor; seterusnya Politeknik Ungku Omar, Perak; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.
Politeknik-politeknik ini boleh terlibat secara langsung dalam memperkasakan TVET dengan memasukan latihan praktikal on the job training di industri selama enam bulan sehingga satu tahun. Ini cadangan. Selepas tamat pengajian akademik di politeknik, mereka bolehlah memasuki industri sebagai on the job training. Program sebegini pernah dilaksanakan di United Kingdom pada tahun 70-an, 80-an, program 3+1 iaitu tiga tahun mengikuti kuliah di politeknik dan satu tahun di industri.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya nak bangkitkan tiga perkara mengenai hal politeknik ini. Pertamanya Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Mohon diberikan pertimbangan untuk melaksanakan program sarjana muda sebab di Kedah ini kita ada permintaan yang tinggi daripada industri. Bidang pengajian bagi ijazah dan diploma. Bidang-bidang pengajian aliran teknikal bagi ijazah dan diploma perlu dikaji semula supaya ianya mengikut perkembangan semasa dan keperluan masa depan negara. Ia supaya graduan-graduan mudah mendapat pekerjaan dan memenuhi keperluan negara dan permintaan industri supaya tidak timbul masalah mismatch antara ijazah yang diperoleh dan permintaan pekerjaan.
Antaranya ialah frontier technologies iaitu teknologi seperti Artificial Intelligence
(AI), Big Data, Internet of Things, Virtual Reality (VR) dan sebagainya. Cutting-edge technology, teknologi terkini yang termaju seperti semikonduktor, EV dan sebagainya.
Seterusnya electrical dan electronic, mechatronic, teknologi EV, efficient vehicle dan sebagainya.
Di sini saya nak ucap tahniah kepada KPT khususnya kepada Menteri KPT sendiri kerana sedang mengambil inisiatif yang cukup baik iaitu Program Pengajian Kolej Komuniti Politeknik dan Universiti MTUN, Universiti Teknikal Tun Hussein Onn, UniMAP dan Universiti Pahang. Juga inisiatif yang akan memperkenalkan kolej politeknik professional qualification iaitu melalui program membawa masuk industri ke dalam politeknik. Contohnya seperti simen, cermin dan sebagainya. Seterusnya, sikit lagi.
Sistem ranking untuk universiti. Baru-baru ini pada 19 Oktober, dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Hospital USM, Yang Berhormat Menteri KPT telah menyatakan universiti terlalu taksub kepada sistem ranking seperti QS Ranking, Times Higher Education (THE). Sistem ranking ini ada baik dan tak baiknya. Tidak baiknya ialah pengurusan universiti terlalu taksub dan kesannya menekan pensyarah-pensyarah supaya menulis kertas kerja untuk Jurnal Q1. Keadaan ini menjejaskan tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik pelajar dalam kuliah. Satu lagi ialah kesan negatif iaitu pensyarah-pensyarah mengalami stres dan menyebabkan setengah daripada mereka bersara awal sama seperti guru-guru sekolah.
Antara kebaikannya pula ranking ini mampu membuatkan universiti yang ranking- nya tinggi dapat menarik pelajar-pelajar luar negara untuk belajar di universiti-universiti berkenaan. Dalam hubungan ini, Kubang Pasu mohon agar Yang Berhormat Menteri KPT dapat menyatakan pendirian KPT secara jelas terhadap isu ini.
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, Kubang Pasu adalah hab pendidikan negara – hab pendidikan negeri Kedah. UUM, politeknik, institut perguruan, IAB, ILP semuanya berada di situ. Jika ada cadangan untuk melaksanakan projek-projek pendidikan oleh KPT di masa akan datang, besar tapak tangan nyiru kami tadahkan di Kubang Pasu. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya mempersilakan Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang?
Seorang Ahli
Tiada.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tiada ya dalam Dewan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada Dato’ Pengerusi kerana sudi memberikan laluan bagi Kepala Batas untuk turut berkongsi pandangan dan pendapat untuk sesi perbahasan Kementerian Pengajian Tinggi pada petang ini.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Dato’ Pengerusi, Kepala B.64 Pengurusan, Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Merujuk kepada laporan Kosmo Online bertarikh 14 Ogos 2022, isu graduan yang sukar mendapat pekerjaan selepas menyedari sijil pengajian yang diambil selama bertahun-tahun daripada kolej ataupun universiti rupa-rupanya tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bukanlah satu isu yang baharu.
Malah, pihak IPT mengambil tindakan menawarkan kursus yang tiada akreditasi disebabkan adanya permintaan. Kita juga dapat melihat bagaimana semakin banyak IPTS tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang turut menawarkan pelbagai jenis kursus dan jurusan. Apakah langkah MQA bagi mendidik para bakal mahasiswa mahasiswi negara berkaitan isu ini agar konsesi yang mereka miliki dapat membantu dalam proses pembinaan negara Malaysia sejahtera?
Maka, Kepala Batas mohon perincikan berapakah jumlah permohonan MQA yang telah ditolak dan ditarik balik sijil akreditasi mereka sehingga kini dan mengapa? Selain itu, adakah terdapat kerjasama rentas agensi kerajaan dan negara diadakan oleh pihak MQA dalam proses meluluskan setiap permohonan.
Kedua, Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi
(AKEPT). Berdasarkan fungsi-fungsi yang telah disenaraikan dalam Buku Anggaran Belanjawan 2024, Kepala Batas mohon perincian jenis-jenis program yang telah direncanakan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan? Apakah salah satu inti pati pembangunan bakat kepimpinan ini turut melibatkan sahsiah syariah islamiah mohon izin kepada yang beragama Islam bagi memastikan pembangunan kepimpinan yang bersifat rohaniah dan holistik?
Bagi umat Islam, sudah tentu pemimpin yang terbaik adalah contoh yang terbaik adalah Rasulullah SAW. Malahan, dalam satu buku yang ditulis Michael H. Hart menyenaraikan Rasulullah SAW di antara senarai yang pertama ranking dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, mohon izin.
Dato’ Pengerusi, yang ketiga Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi.
Kepala Batas mohon pencerahan dan perincian kriteria dan faktor pemilihan penerima biasiswa yang diperuntukkan oleh KPT dan jumlah penerima bagi tiga tahun sebelum ini.
Bagaimana ia diagihkan? Selain itu, Kepala Batas ingin tahu adakah terdapat syarat atau pun pra syarat untuk para pelajar yang melanjutkan belajar ke luar negara? Misalnya ke Jordan, Morocco, Mesir atau pun negara-negara yang lain.
Biasiswa ini merupakan keperluan yang penting untuk mahasiswa bagi menampung perbelanjaan mereka di luar negara malahan lebih mencabar lagi dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding mata wang negara tempatan para mahasiswa menyambung pelajaran. Maka, apakah terdapat strategi kerajaan untuk membantu mahasiswa dalam menghadapi cabaran ini?
Keempat, Butiran 060200 – Program Pembangunan Komuniti Setempat. Kepala Batas menyambut baik perancangan yang melibatkan pembangunan komoditi setempat.
Namun begitu, Kepala Batas mohon pencerahan apakah hala tuju program di bawah KPT dan siapakah sasaran peserta?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Adakah terdapat rakan strategik yang akan diperkenalkan dalam menjayakan program ini? Bagaimanakah peruntukan yang disediakan akan digunakan bagi menjayakan perkara ini?
Seterusnya Dato’ Pengerusi, Butiran 30000 – Aset. Jumlah anggaran perbelanjaan pembangunan bagi jenis perbelanjaan aset dianggar meningkat kepada RM808 juta bagi tahun 2024 berbanding RM674 juta bagi tahun 2023. Mohon perincian perbelanjaan.
Seterusnya Butiran 00400 – Pendidikan Politeknik. Politeknik merupakan di antara institusi pengajian tinggi yang berpotensi tinggi....
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kepala Batas. Sik mohon sikit mencelah.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Untuk memenuhi keperluan TVET. Ya, silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, terima kasih Kepala Batas. Saya mohon juga Menteri melihat, disebut tadi aset kita khususnya di pusat pengajian tinggi kita. Dimaklum laporan PAC, 104 ventilator yang kita guna masa COVID itu tidak dapat digunakan oleh KKM. Jadi, adakah Yang Berhormat Kepala Batas setuju supaya Kementerian Pengajian Tinggi berunding dengan KKM untuk ventilator tidak digunakan itu, diberi kepada pusat-pusat pengajian kejuruteraan perubatan ini untuk diguna sebagai bahan kajian mereka dan kita tak mahu ventilator itu akhirnya kalau tidak digunakan, diberi kepada– dijual kepada kedai-kedai besi buruk yang akan membuatkan kerugian lebih RM13 juta duit rakyat ini.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Okey, terima kasih kepada Sik. Saya setuju dengan perkara tersebut dan mohon masukkan ke dalam teks saya. Saya mohon izin kepada Dato’ Pengerusi, dua minit untuk saya akhiri.
Berkaitan dengan pendidikan politeknik tadi, malah kebolehpasaran politeknik dan kolej komuniti di peringkat tempatan dan antarabangsa sangat baik. Maka kalau kita lihat sebanyak 96 peratus daripada jumlah graduan ataupun seramai 270 orang graduan telah berjaya memenuhi sasaran. Justeru, Kepala Batas ingin tahu apakah strategi KPT bagi memastikan para graduan ini terus relevan dalam pasaran negara dan pasaran antarabangsa.
Malah, pada masa yang sama, Kepala Batas mohon penjelasan bagaimanakah kerajaan merancang untuk menarik minat anak muda agar memilih bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional sebagai pilihan utama.
Dato’ Pengerusi, yang terakhir Butiran 010600 – Universiti Sains Malaysia. Kepala Batas ingin bertanya adakah terdapat sebarang perancangan untuk penambahbaikan daripada pihak KPT menambah naik taraf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Kepala Batas sebagai hospital pengajar? Pusat ini dilihat menjadi pilihan penduduk setempat dan berpotensi untuk dinaik taraf bagi kemudahan menampung penambahan jumlah penduduk di Seberang Prai Utara khususnya di Parlimen Kepala Batas. Dengan itu, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya menyertai perbahasan Kementerian Pendidikan Tinggi pada petang ini. Yang pertama saya mengalu-alukan peruntukan pembangunan telah bertambah daripada RM3.6 bilion kepada RM4.1 bilion. Saya rasa ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada kerajaan kita untuk meningkatkan lagi tahap dan prestasi institut pengajian tinggi yang kita ada.
Cuma saya nak tanya, dalam peruntukan tambahan ini dan juga IPTA-IPTA yang disenaraikan mendapat peruntukan di bawah peruntukan pembangunan ini, ada tak program-program ataupun kursus baru akan diperkenalkan pada tahun 2024? Sebab, bagi saya penting, kita perlu memperkenalkan kos ataupun kursus baharu kepada mahasiswa kita supaya selaras dengan keperluan pasaran. Maknanya siswazah yang esok graduate nanti mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk mengatasi masalah pengangguran siswazah. Sebab bukan semua kursus diperlukan ataupun ada kursus yang lebih popular, ada yang kurang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, kita kena menyesuaikan keperluan kursus ataupun jurusan yang ditawarkan kepada mahasiswa kita supaya esok apabila mereka menghabiskan pengajian nanti, boleh mendapat kerja dengan mudah di peringkat industri khasnya di peringkat swasta.
Jadi, saya nak tanya pihak Menteri supaya memberikan penjelasan perkara ini.
Butiran 00601 – Universiti Malaya (UM). Ini adalah universiti terulung, paling tua di Malaysia. Saya nampak peruntukan pembangunan yang diberikan kepada universiti ini hampir setiap tahun dia antara yang paling kurang. Kalau tahun lepas hanya RM16.7 juta.
Tahun ini meningkat tapi hanya RM75.7 juta kalau dibanding dengan IPTA lain. Saya nak tanya kenapa sering kali UM mendapat peruntukan yang kurang kalau dibanding dengan IPTA yang lain? Sebab saya sendiri sebagai alumni Universiti Malaya, saya harap Universiti Malaya sebagai universiti yang terulung di Malaysia, sepatutnya diberikan peruntukan yang lebih.
Seterusnya Butiran 050200 – Emolumen untuk Kakitangan Kontrak. Sebanyak RM438 juta diperuntukkan di bawah butiran ini. Saya rasa dengan peruntukan yang besar ini, maknanya ada ramai kakitangan kontrak yang bukan penjawat tetap. Saya nak tanya kenapa perkara ini berterusan. Sebab kalau kita nak institusi pengajian tinggi kita dalam landasan yang terbaik untuk memberikan pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar atau mahasiswa kita, kenapa mereka yang terlibat tidak diberikan perjawatan tetap untuk menjamin masa depan mereka. Kalau setakat kontrak, kalau kontrak itu tidak disambung, tak diperbaharui, apa jadi dengan kakitangan ataupun mungkin tenaga pengajar pensyarah dan sebagainya? Jadi, saya mohon penjelasan daripada kerajaan.
Seterusnya di bawah Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Saya nampak ada RM92.3 juta diperuntukkan. Tadi waktu perbahasan untuk Jawatankuasa KPM, saya tak sempat, tak dapat peluang. Jadi saya nak tanya di sini, berkenaan dengan Kolej Tingkatan Enam. Kalau sebelum ini kita panggil Kolej Tingkatan Enam, sekarang ini dijenamakan semula Kolej Pra-Universiti. Saya lebih suka sekiranya ataupun saya mohon cadangkan Kolej Pra-Universiti ini diletakkan di bawah KPT, Pendidikan Tinggi sebab kalau dah nama dia pra-universiti, maknanya dalam landasan ke universiti. Ia juga membolehkan pelbagai naik taraf dan sebagainya dilakukan.
Sebab saya dimaklumkan kalau dulu kita panggil pengetua, sekarang ini pengarah dan pengarah tersebut mempunyai autonomi tertentu dalam pengambilan pelajar. Jadi, ada baiknya saya rasa diletakkan di bawah KPT supaya ia nampak lebih kurang dekat dengan matrikulasi. Sebab the next step, langkah seterusnya untuk pelajar ini akan pergi ke universiti. Jadi, mohon. Mungkin KPM dan KPT kena selaraskan perkara ini demi kelangsungan, kemajuan pendidikan kita masa depan dan saya juga nampak sebab kalau dulu kita panggil guru di sekolah, ini dipanggil pensyarah. Sudah ada penjenamaan, ada naik taraf ke apa. Tapi kalau letakkan di bawah KPT, saya rasa lebih sesuai.
Seterusnya di bawah Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) sebanyak RM9.2 juta diperuntukkan dengan 44 jawatan. Saya nak tanya, AKEPT ini dia terletak di kawasan saya, Bandar Enstek di bawah Parlimen Rasah. Dia ditubuhkan sejak 2008. Dengan perjawatan yang begitu kecil, 44 orang sahaja, apakah fungsinya? Kenapa tak ada usaha untuk memberikan peruntukan yang lebih supaya dia dapat berperanan dengan lebih aktif dalam memastikan bahawa pendidikan tinggi kita khususnya pengurusan tinggi dan menengah ke atas untuk pengajian tinggi kita dapat dinaiktaraf.
Perkara terakhir yang saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri KPT berkenaan– adalah peruntukan. Selain daripada institusi-institusi awam yang disenaraikan menerima peruntukan, ada tak institusi lain selain daripada yang tersenarai turut menerima peruntukan daripada kerajaan, swasta dan sebagainya? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian sahaja, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* Dato’ Pengerusi, rakyat Malaysia, orang muda. Tap tap screen guys, terus-menerus TikTok pada petang ini.
Yang pertama sekali ialah Butiran 01000 – Pengurusan, Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi, Butiran 02000 – Pendidikan Tinggi, ya. Dato’ Pengerusi dan juga kepada Menteri-menteri yang berada di Parlimen di akhir-akhir ini. Menteri Pertanian, Menteri KPKT, Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Pelajaran yang– Menteri Pelajaran hadir tapi dia tak jawab soalan saya tadi. Diberi lima minit, dia sempat jawab dua minit sahaja. Jadi, walau bagaimanapun tidak ada masalah, saya menunggu jawapan bertulis daripada Yang Berhormat.
Yang Berhormat, pusat– kawan-kawan saya bercakap. Yang saya dengar yang terakhir ini ialah Kepala Batas dan juga Rasah. Mereka bercakap tajuk yang sama iaitu pendidikan yang ada tidak memenuhi kepada keperluan permintaan, keperluan industri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat ini semua orang bercakap, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat pada petang yang mulia ini supaya revolusi akademik dibuat secara menyeluruh sebab kalau tidak, universiti akan bagi Tan Sri, harapan palsu kepada pelajar.
Dia hanya berjuang untuk dapat scroll dengan izin, lepas itu dia tak dapat kerja sebab dia tidak memenuhi permintaan industri.
Jadi, sekarang ini buat revolusi akademik semua ini universiti yang berebut-rebut untuk membagi macam-macam tawaran tapi bila mereka dapat sijil, mereka tak boleh kerja dan kalaupun hendak boleh kerja, dia kena pergi melalui latihan lain. Jadi, sekarang ini round yang pertama, Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang saya rasa mampu membuat benda ini supaya kita bagi latihan di peringkat semester. Jadi, bila dia sudah habis dia terus bekerja. Sekarang ini dia kena pergi lagi satu latihan sebelum dia boleh kerja. Sekarang di peringkat semester.
Ada negara-negara di negara maju tak payah sebut nama tapi ini sebab dia melibatkan syarikat-syarikat besar. Ada satu syarikat Yang Berhormat, ada 40,000 orang pekerja dan dia bagitau dekat saya fasal dulu-dulu, 30 tahun dulu saya pernah jumpa dia, dia kata kalau hendak bertanding Ahli Parlimen, dia tidak ada masalah. Pekerjanya 40,000 orang itu boleh bekerja. Tetapi syarikat ini telah mengekalkan namanya di dunia ini dan semua kita pakai pen itu dan dia ada pekerja yang tidak ada masalah untuk mendapatkan pekerja.
Sebab anak-anak mereka seawal umur 16 tahun sudah diberi latihan industri.
Anak-anak kepada ibu bapa tadi dapat latihan industri dan selepas dia habis dia terus bekerja dan kilang itu tidak pernah pun menghadapi masalah dari segi pekerja. Ini kerana apprentice tadi yang telah berjaya dalam bidang di universiti, dia juga mempunyai latihan industri. Jadi yang ini kita hendak buat biar ada satu revolusi. Revolusi akademik yang hebat dan dahsyat diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan.
Kalau tidak, kawan-kawan kita ini hanya menyebut bahawa latihan yang mereka dapat tidak bersamaan dengan permintaan industri. Buat serta-merta latihan, buat tahun depan kalau tak boleh di– jangan benarkan mereka, selepas habis belajar baru hendak bagi latihan. Di peringkat semester ini kena bagi latihan dan tak perlu bagi latihan di peringkat tahun terakhir. Bagi latihan di peringkat awal. Ini selalunya untuk paper yang terakhir baru dia bagi latihan dan dia terkapar-kapar dengan izin untuk masuk ke bidang industri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi satu revolusi yang melibatkan seluruh universiti, jangan hanya menyediakan kursus untuk mereka mendapat degree, selepas itu mereka tak boleh kerja. Ini tak bagus sekarang ini berpuluh saya tak tau mungkin ke peringkat ratus ribu yang tidak mempunyai pekerjaan berdasarkan kelulusan yang diberi. Nombor dua Yang Berhormat, ini pensyarah. Pensyarah ini yang “ulat buku”, kan? Daripada degree pergi buat master dan buat PhD. Mereka sendiri tak pernah dapat latihan industri Yang Berhormat.
Ini saya bagi maklumat ini hebat sebab terus daripada Naib-naib Canselor yang mencadangkan benda-benda ini, saya sampaikan. Pensyarah ini tak pernah dapat latihan industri, bagi syarahan tentang industri. Saya– pensyarah ini saya minta supaya bagi syarat mereka mesti melalui latihan, kurang-kurang satu tahun ataupun mereka mesti melalui latihan, kalaupun tidak tiap-tiap semester supaya mereka jadi pensyarah yang bukan sahaja ada pengalaman buku tetapi pengalaman peringkat kerja.
Macam dululah kita belajar ekonomi, pensyarah kita pun tak pernah berniaga apa, dia bagi tajuk ekonomi. Selepas itu dia pencen, dia pergi kerja, dia tak boleh meneruskan.
Tapi anak-anak pelajarnya yang belajar dan juga ada pengalaman dalam bidang perniagaan telah berjaya. Jadi, kita minta supaya kualiti pensyarah ini bukan sahaja pensyarah yang menjadi ulat buku, tapi pensyarah yang ada pengalaman tentang industri.
Boleh dua minit Tan Sri ya?
Tuan Pengerusi
Ya, silakan, silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu sebab saya kata Tan Sri ini paling handsome ya. Ketiganya Yang Berhormat. Ini yang kedua terakhir. Universiti sekarang mesti berjiwa besar Tan Sri. Dia kena berjiwa besar untuk bermesra dengan kerajaan negeri, ini dia macam tak mahu buat aktiviti bersama dengan kerajaan negeri, dia tak buat. Contoh macam di Kedah, Kedah negeri pembangkang, kami pun pembangkang. Jadi, padahal universiti itu kena ingat asal usulnya ialah kebanyakan universiti ialah tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri.
Jangan buat tidak mesra dengan kerajaan negeri, sebab pelajar yang terpaksa buat kursus tertentu, dia kena jumpa rakyat, jumpa kerajaan negeri, jumpa saya, jumpa kami. Saya kata, mana surat daripada Naib Canselor? Naib Canselor susahlah, pensyarah bolehlah. Jadi kita pun tertanya-tanya kenapa mereka ini susah sangat. Dahlah sekolah tak bagi masuk dekat sekolah, ini universiti pun nampaknya tak mesra kerajaan negeri.
Saya cadangkan lunaklah sikit Yang Berhormat Menteri Pendidikan sekarang ini yang berjiwa besar. Saya puji Yang Berhormat, tapi kalau Yang Berhormat tak buat ini, saya akan tegur Yang Berhormat dengan hebat dan dahsyat– mesra pelajar.
Akhir sekali Yang Berhormat Tan Sri ialah kolej komuniti, saya dulu jadi Pengerusi Kolej Komuniti di tempat saya Pengerusi. Sekarang ini bila saya sudah jadi pembangkang tak jadi pengerusi lagi. Jadi pengerusi ke tidak, saya tak tau tapi tak pernah dibagi tau ada mesyuarat, tak ada mesyuarat. Eh, ini ialah untuk membela rakyat, kami pembangkang pun bukan untuk kami, untuk rakyat. Macam Menteri Pendidikan parti PKR kata, hendak tubuh jawatankuasa untuk memantau cikgu-cikgu.
Janganlah buat macam itu rugi masa. Jadilah sebuah kerajaan yang hebat, yang lunak dengan rakyat bukan kerajaan yang membalas dendam. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Kuala Selangor sebagai pembahas terakhir Kementerian Pendidikan Tinggi.
Saya mulakan dengan hospital pengajar bawah Butiran B.64 – 030000. Peningkatan perbelanjaan sebanyak RM96 juta kurang lebih dan sekali gus saya mengingatkan dan juga sekali gus bertanya kepada Menteri, bahawa KPT punya lima teaching hospital,
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
hospital mengajar dan PPUM, HUSM, UIA, HUKM dan HUiTM tetapi hanya punya tiga apa yang dikatakan sebagai yang menjalankan latihan pegawai perubatan siswazah ataupun housemanship iaitu HUSM, HUKM dan PPUM.
Saya kira sudah sampai waktunya supaya satu penyelarasan KPT, MOH dan juga hospital-hospital swasta supaya memandang kepada satu keperluan untuk diselaraskan dan diwujudkan, hampir-hampir saya mahu mencadangkan satu suruhanjaya sebab kenapa hospital dikatakan hospital pengajar ini tidak dapat boleh menjalankan kegiatan- kegiatan latihan siswazah ataupun housemanship. Ia kerana ia sangat perlu untuk kita gembleng dan kita dapatkan penuhi segala kriteria-kriteria untuk jadi– layak untuk menjadi sebagai latihan pegawai siswazah. Jadi, ini saya kira penting dari segi bagaimana ya kalaupun kita boleh tingkatkan RM96 juta kali ini.
Satu keperluan supaya dilihat di satu keselarasan semua hospital-hospital kita, sama ada MOH, KPT ataupun bahkan yang swasta. Swasta pun kita ada Menteri, kita ada KPJ, kita ada Sunway, kita ada MSU. Tetapi tidak diizinkan untuk menjalankan latihan pegawai perubatan siswazah ataupun housemanship, sementara kita sangat memerlukan. Kita tahu dalam tahun buat 2023, kita ada 70,000 doctors di public dan juga private. Tetapi pada memandang kepada keperluannya dalam tahun 2025, kita mungkin sahaja memerlukan 90,000. Jadi keperluan ini– habis satu topik ini Tan Sri [Ketawa] keperluan ini saya ingat perlu mendapat sedikit penelitian dan pertimbangan Menteri.
Itu yang pertamanya. Kedua, saya memandang kepada penyelidikan fundamental ataupun fundamental research ini ya betul. Fundamental Research Grant Scheme ini diperkenalkan lebih kurang lebih 20 tahun dahulu ia di bawah kelolaan KPT. Adakah satu audit telah dibuat untuk mengkaji pencapaian skim ini terutama dari segi progression penemuan yang dibawa ke tahap daripada fundamental research ke translational research dan seterusnya applied research yang akhirnya mampu kita komersialkan. Jadi ini satu perlu beredar di tahap begitu di satu-satu yang saya ingat memerlukan sedikit pencerahan daripada Menteri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ketiganya, apa yang disebutkan di bawah Butiran MQA, B.64 – 010300. Ia dikatakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia. Saya memerhatikan Butiran 010300 ini, mohon kerajaan menyatakan perincian berkenaan mekanisme perancangan MQA bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah tahfiz. Ini sangat menarik. Sekolah tahfiz, pondok dan madrasah untuk menggunakan laluan alternatif pengakreditan pembelajaran, pengalaman terdahulu ataupun APEL yang dimaksudkan dengan Accreditation of Prior Experiential Learning yang saya kira memberikan ruang kepada mereka yang melalui institusi pendidikan seperti ini dapat akhirnya menjejakkan kaki mereka ke institut pengajian tinggi.
Sekali gus juga saya ingin bertanya kepada Menteri akan satu yang diistilahkan sebagai mekanisme pembelajaran fleksibel dan apakah perancangan kementerian dalam menjamin hasrat kerajaan dalam melaksanakan program pembelajaran fleksibel ini?
Apakah ia juga bermaksud yang dikatakan sebagai the micro-credentialing yang adalah juga sekali gus dapat dimuatkan dalam apa yang dikatakan sebagai lifelong learning itu?
Ini saya kira adalah sangat perlu dalam era Revolusi Perindustrian 4.0.
Perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk kita teruskan dapat meningkatkan skill set kita, knowledge gap kita sama ada apa pun dalam bentuknya micro-credentialing ini ataupun pendidikan ataupun short courses dan professional courses yang akhirnya akan dapat meningkatkan talent pool kita. Setiap seorang itu diberikan ruang untuk sentiasa membuat penambahbaikan dan value added kepada apa pun kepakaran-kepakaran mereka. Kita hendak— Saya minta untuk perkara ini disebut, diberikan penjelasan, apakah yang dimaksudkan dengan mekanisme pembelajaran fleksibel dan juga micro- credentialing itu.
Akhir sekali dengan izin Tan Sri, Pendidikan Tinggi di bawah Butiran 020000. Kita punya disebutkan di sini, disebutkan tentang itu adalah bila dilihat kepada KPInya itu, ia
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
menyebutkan tentang antara lainnya untuk dibuat pemacu petunjuk prestasi utama bagi pendidikan tinggi yang dibawa dalam bentuknya ranking kita dalam top 100 QS World University Ranking. Tetapi saya juga pada waktu yang sama, mahu kita juga melampaui ataupun beyond QS World University Ranking ini.
Pendidikan tinggi kita ini mesti punya sepertimana India contohnya. India punya naratifnya, punya cita-citanya build universities for a knowledge economy. Kalau kita Menteri, apakah agak-agaknya yang membina universiti, membentuk negara Madani, membina universiti (building universities) for apa yang mungkin kita boleh sebutkan sebagai civilized humanity dan sebagainya. Itu tidak jelas kecuali kita mempunyai itu.
Kita mengejar world ranking itu saya kira tidak ada masalah, mungkin sekali gus ia akan meletakkan kita di satu tahap dan posisi yang baik. Tetapi pada waktu yang sama, saya kira seperti mana India contohnya, build universities for a knowledge economy. Kita juga mesti punya kejelasan di samping merebut ranking itu. Terima kasih Tan Sri atas lebihan waktu yang diberikan.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Kuala Selangor ialah pembahas terakhir.
Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Saya beri masa 25 minit. Silakan Menteri.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat, 20 orang kesemuanya yang telah mengambil bahagian untuk membahas Maksud Bekalan Pembangunan 64, Kementerian Pendidikan Tinggi. Pelbagai perkara telah dibangkitkan dan saya cuba jawabnya sebaik yang mungkin dalam waktu yang terhad ini.
Yang Berhormat daripada Puchong, Kubang Kerian, Tuaran, Arau telah membangkitkan mengenai soal kebolehpasaran graduan. Saya ingin menyatakan bahawa isu kebolehpasaran graduan ini merupakan perkara yang sememangnya diberikan perhatian yang sangat serius oleh pihak kementerian. Memang tidak dinafikan bahawa bilangan siswazah dalam negara kita telah pun meningkat daripada setahun ke setahun.
Untuk makluman, kadar pengangguran siswazah mengalami penurunan sebanyak 0.4 peratus untuk mencatatkan 3.7 peratus pada tahun 2022 berbanding 4.1 peratus pada tahun 2021.
Berdasarkan data rasmi dari Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, bilangan graduan yang belum bekerja selepas enam bulan menamatkan pengajian adalah seperti berikut. Seramai 40,000 orang ataupun 15.6 peratus daripada 260,000 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2020. Seramai 41,467 atau 14.5 peratus daripada 286,299 graduan pada tahun 2021.
Manakala hanya seramai 29,000 ataupun 9.8 peratus daripada 295,962 graduan pada tahun 2022.
Memang pihak kementerian, kita telah bangunkan sistem kajian pengesanan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong. Dengan sistem yang kita bangunkan itu, kita akan dapat melakukan analisa dengan lebih mendalam dan dengan lebih tepat bagi kita mengatasi apa sahaja isu dan masalah serta cabaran yang akan lahir daripada soal kebolehpasaran graduan, program-program mana yang menyumbang kepada masalah graduan tidak mendapat pekerjaan dan sebagainya.
Pada masa yang sama, kita juga mengakui bahawa selain daripada graduan- graduan yang tidak mendapat pekerjaan itu terdiri daripada undergraduate, ramai juga yang terdiri daripada mereka yang postgraduate. Ini adalah kerana mereka yang berkelulusan postgraduate, PhD dan sebagainya, di negara kita tidak banyak pusat ataupun institusi penyelidikan sama ada di peringkat kerajaan ataupun swasta yang
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
menawarkan pekerjaan. Jadi, itu satu perkara yang sememangnya kita tidak menafikan hakikat.
Tapi walau bagaimanapun, bagi menangani isu graduan menganggur ataupun tidak bekerja ini, Kementerian Pendidikan Tinggi telah melaksanakan inisiatif secara berterusan bagi memastikan bakat dan kemahiran yang pelbagai dapat diberikan kepada siswazah-siswazah kita. Antaranya, kita melaksanakan semakan dan penambahbaikan kurikulum secara berkala dalam tempoh tiga hingga lima tahun bagi memastikan pelajar yang mengambil bidang berkenaan mempunyai daya saing serta kebolehpasaran yang tinggi sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian. Kedua, kita membangunkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan sebagai dokumen strategik dan rujukan utama bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
[Bangun]
Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Kita melaksanakan padanan pekerjaan kepada graduan menerusi kolaborasi.
Tuan Pengerusi
Ipoh Barat ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Ya. Terima kasih Pengerusi Majlis, Tan Sri. Tan Sri, kita semua tahu pada kebelakangan ini kita dapat tahu pasaran, marketability of kita punya graduan sangat tenat, susah. Itu sudah menjadi masalah.
Tetapi kita ada PhD pula, ratusan yang dikeluarkan oleh beberapa universiti. Adakah Yang Berhormat berfikir bahawa ini adalah berpatutan, berbanding dengan negara lain macam Oxford dan Cambridge ini, hanya beberapa puluh sahaja?
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Ini Malaysia, unik. Dia boleh dapat PhD, siapa-siapa pun boleh dapat PhD.
Ratusan. Bukan- not one or two or 20–30. Apakah pandangan Yang Berhormat? Adakah dalam tempoh masa yang akan datang, Yang Berhormat dapat mengesyorkan, memberi guarantee kepada rakyat bahawa apa yang dibuat mereka, [Tidak jelas] school style atau marketability ini tidak masuk akal? Boleh ambil supaya beri pandangan bahawa ini adalah salah. Bukan mendapat PhD menjadi masalah tetapi PhD – this is like ‘permanent head damage’. Dia tak ada guna langsung. There is no marketability. Malulah kita punya universiti mengeluarkan PhD dan Yang Berhormat menjadi Menteri, apakah pandangan mengenai perkara ini?
Tuan Pengerusi
Sila Menteri.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Okey, Yang Berhormat.
Pertamanya, PhD yang diikuti dalam negara bukan sahaja untuk pelajar-pelajar Malaysia tetapi sebahagian besarnya juga adalah pelajar daripada luar negara kerana bagi universiti awam, kita memang tidak meletakkan kuota bagi pelajar-pelajar luar negara yang ingin mengambil pengajian di peringkat postgraduate.
Bagi negara kita, permohonan untuk mengambil PhD ini adalah lebih kepada mereka yang ingin berkhidmat dalam universiti awam sebagai tenaga akademik dan pada masa yang sama, untuk menjadi tenaga penyelidik. Manakala yang lain itu mungkin untuk prestij supaya mereka dapat menggunakan Doktor setelah mereka mendapat PhD.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Jadi – tapi untuk mengikuti program PhD, ia bukannya sesuatu yang mudah. Ia ada syarat-syarat terutamanya yang sangat ketat yang dikenakan oleh pihak universiti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
We become laughing stock, Yang Berhormat. It is so mudah, so easy to get PhD in some of our local universities. So, you must admit that and we cannot with – there must be a selling point.
Tuan Pengerusi
Ya, Ipoh Barat. Saya kira Menteri dah jawab. Itu ialah jawapan beliau.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Bila Yang Berhormat jawab, we cannot justifikasi sesuatu perkara yang tidak boleh diterima lah.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Kita tidak boleh hanya, “Nila setitik maka rosak susu sebelanga”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sebenarnya Tuan Pengerusi, saya telah bahaskan ketika Yang Berhormat Batu bahaskan.
Mengenai...
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Saya akan jawab itu, yang itu saya akan jawab. Ya, saya akan jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cuma sedikit sahaja saya akan sambung daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya cuma minta supaya pihak kementerian mengadakan sebuah pusat atau kawalan akreditasi, di mana kita boleh mengawal PhD-PhD dikeluarkan. Saya tak mahu gunakan istilah ‘permanent head damage’. Ada juga yang katakan PhD ini adalah macam ‘Pizza Hut delivery’, macam semua boleh dapat.
Jadi saya – kualitinya lah PhD ini dipersoalkan menjadi momokan oleh orang di luar sana. Lebih-lebih lagi baru-baru ini seorang Ahli Parlimen yang ada PhD, yang mengaitkan parti DAP dengan komunis, daripada USM pula. Saya malu. Saya dari Pulau Pinang, saya malu.
Tuan Pengerusi
Okey.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Okey, okey Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi, memastikan bahawa kita kawal...
Tuan Pengerusi
Baik, Yang Berhormat dah berhujah tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kawal supaya orang-orang ini, PhD ini, tak ada ‘permanent head damage’ atau dimomokkan sebagai ‘Pizza Hut delivery’.
Tuan Pengerusi
Baik, sila Menteri.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
[Ketawa] Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya belum habis jawab mengenai graduate employability tapi tak apa lah.
Oleh kerana ini menjadi perhatian, saya ingin hanya menyatakan iaitu selepas seseorang graduan itu berjaya mendapat PhD, kementerian tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan, kelakuan ataupun kenyataan oleh pemegang PhD tersebut. Ini kerana kita beranggapan bahawa kalaupun ada seseorang yang mempunyai PhD itu, dia tak semestinya menjadi pakar ataupun sempurna dan mengetahui segala-galanya. Dia mungkin pakar bidang dia tapi yang lain-lain, dia mungkin tidak mendalam dalam perkara itu.
Jadi atas sebab itulah, kita berhadapan dengan keadaan-keadaan seperti yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Tapi apa pun, selepas ini kita akan lebih ketat dalam soal kita untuk menentukan siapa yang boleh mengikuti program PhD dan sebagainya. Memang amat malang lah. Lebih-lebih lagi, ia berlaku sebagai mereka yang keluar daripada sebuah universiti ternama seperti USM.
Jadi [Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, pelbagai usaha akan kita lakukan terutamanya hubungan yang rapat antara pihak universiti dengan juga pihak industri.
Dalam perkara ini, memang kita telah bangunkan pelbagai usaha sama dan kita juga ingin maklumkan bahawa dalam soal untuk kita meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi tahun depan, kementerian akan memperkenalkan dan menawarkan pinjaman untuk
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
pelajar-pelajar tahun akhir bagi mengikuti program pensijilan profesional yang mana pihak kerajaan, kita telah menyediakan sebanyak RM15 juta tabung bagi pelajar-pelajar tahun akhir, mohon untuk mendapat sijil profesional supaya itu boleh bantu mereka untuk mendapat dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Yang Berhormat daripada Kepala Batas, Tampin dan sebagainya telah bangkitkan...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sorry, Tan Sri Pengerusi. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada Yang Berhormat Menteri akan rancang untuk menurunkan ataupun menghenti intake untuk program-program pengajian yang kurang kebolehpasaran?
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Itu memang antara perkara yang kita beri perhatian. Seperti yang dikatakan tadi, apabila kita mempunyai satu database yang lebih baik, kita telah dapat mengenal pasti program-program yang mengeluarkan graduan-graduan yang tidak mendapat pasaran yang baik. Daripada situ, kita memang akan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya. Jadi, ini antara perkara yang akan kita lakukan.
Beberapa Yang Berhormat telah bangkitkan mengenai soal pemberian, penajaan dan juga biasiswa yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, program penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi bermatlamat menyedia dan meningkatkan akses pendidikan tinggi yang lebih baik kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan.
Kita di kementerian, kita tidak memberi biasiswa kepada pihak umum, kepada orang ramai secara umumnya tetapi kumpulan sasaran kita termasuk lah pegawai awam yang sedang berkhidmat dalam ekosistem pendidikan tinggi dan hanya beberapa golongan pelajar tumpuan yang menepati matlamat-matlamat yang ditetapkan oleh kementerian dalam bidang-bidang tertentu, yang mana kita memberikan tajaan.
Jadi sehingga tahun 2023, terdapat 18 program tajaan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Antaranya Skim Latihan Akademik IPTA, Skim Latihan Akademik Bumiputera, sub- kepakaran, pasca kedoktoran, Hadiah Latihan Persekutuan bagi staf bukan akademik IPTA dan Hadiah Latihan Persekutuan Pegawai Pendidikan Tinggi. Kita juga menyediakan penajaan bagi program-program dalam bentuk biasiswa dan dermasiswa seperti Program MyBrainScience, MyBrain 2.0, Biasiswa Atlet Cemerlang, Biasiswa Tokoh Siswa, Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik dan Dermasiswa B40 TVET.
Untuk tahun 2024, KPT menerima peruntukan sebanyak RM200 juta iaitu peningkatan sebanyak RM50 juta berbanding tahun 2023 bagi tujuan pembiayaan dan biasiswa yang saya telah sebutkan sebentar tadi. Perincian bagi pelan perbelanjaan peruntukan tambahan RM50 juta itu meliputi tajaan seperti berikut:
(i) kenaikan Elaun Sara Hidup pelajar KPT sebanyak RM30 juta;
(ii) Program MyBrain 2.0 – RM4.625 juta;
(iii) Program Bantuan Kewangan Asasi TVET – RM1.674 juta; dan
(iv) Program Dermasiswa B40 TVET – RM12.917 juta.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Secara umumnya, peruntukan penajaan ini akan melibatkan unjuran penerima seramai 28,591 orang iaitu 11,287 pelajar sedia ada dan 17,304 pelajar baharu.
Yang Berhormat Tampin telah membangkitkan apakah faktor yang mendorong kementerian untuk memperkenalkan semula Program MyBrain yang dikenali sebagai MyBrain 2.0. Untuk makluman, sejak Program MyBrain15 ditawarkan melalui tahun 2011, trend penajaan berbanding sasaran adalah sangat menggalakkan dengan pencapaian 102.8 peratus. Permintaan yang tinggi ini mewajarkan untuk program ini diteruskan.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Kajian impak program ini menunjukkan bahawa ia telah menghasilkan sumbangan kesarjanaan yang signifikan dan pelajar-pelajar lepasan program ini mempunyai kemahiran dan kebolehpasaran graduan yang tinggi. Jadi, sehubungan itu mengambil kira potensi program ini, maka pada tahun depan kementerian akan meneruskan pelaksanaannya, di mana kita mensasarkan sebanyak 500 pelajar setahun bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan juga di peringkat ijazah kedoktoran.
Mengenai persoalan daripada Indera Mahkota, sama ada akan wujud dalam bidang-bidang seperti Islam, sastera, seni budaya dan sebagainya, maka permohonan bolehlah dibuat di bawah Program MyBrain 2.0 ini untuk mereka yang ingin melanjut pengajian dalam bidang-bidang yang dibangkitkan.
Selain daripada itu, Yang Berhormat dari Tampin dan juga Raub telah bangkitkan mengenai kemasukan para pelajar ke universiti yang perlu membuat permohonan menerusi UPU. Dalam soal ini, Yang Berhormat dari Raub juga telah mencadangkan dan membuat andaian bahawa kemungkinannya wujud sistem yang tidak begitu adil dalam soal kemasukan melalui UPU sedia ada dan mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem unified bagi STPM dan juga matrikulasi.
Saya ingin menyatakan bahawa pihak kementerian sentiasa menambah baik sistem permohonan kemasukan ke universiti awam ke politeknik dan juga ke institusi latihan kemahiran awam dari semasa ke semasa. Kementerian sentiasa melakukan usaha-usaha memudah dan memaksimumkan jumlah kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam dan institusi latihan kemahiran awam berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira pencapaian akademik 90 peratus dan pencapaian kokurikulum 10 peratus tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan juga negeri.
Untuk makluman, sebenarnya calon-calon STPM dan juga matrikulasi diletakkan dalam satu ruang untuk bersaing antara satu dengan yang lain. Ada masanya calon daripada matrikulasi yang mendapat tempat yang lebih, ada masanya calon daripada STPM. Tidak ada kuota bagi mana-mana permohonan yang datangnya sama ada daripada STPM ataupun daripada matrikulasi.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Menteri, minta pandangan. Bolehkah Menteri menjelaskan bahawa kenapa graduan SPM memerlukan dua peperiksaan yang berbeza?
Satu STPM, satu matrikulasi. Adakah kemungkinan boleh disatukan, unified kan bagi satu peperiksaan? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya percaya soal untuk mewujudkan matrikulasi itu datangnya daripada kerajaan dan Kementerian Pendidikan dan sama ada kita hendak meniadakan matrikulasi dan sebagainya, maka sudah tentulah itu perlu pertimbangan daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Saya percaya kewujudan matrikulasi itu ada sebab-sebabnya, tujuannya. Atas sebab itulah adanya matrikulasi dan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi, oleh kerana itu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan, maka kita menerima kedua-dua permohonan daripada kedua-dua kelulusan tersebut. Kita meletakkan kedua-dua daripada jurusan ini untuk bersaing melalui UPU. Tidak ada penetapan apa-apa kuota antara kedua-dua jurusan ini.
Jadi, soal sama ada kita bersedia untuk lakukan sistem yang unified, itu memerlukan pihak Kementerian Pendidikan dan kelulusan daripada kerajaan sama ada untuk menidakkan matrikulasi ataupun mungkin satu sistem yang bersepadu antara STPM dan juga matrikulasi. Jadi, itu bukan bagi Kementerian Pendidikan untuk memberi jawapannya.
Selain daripada itu, ada persoalan mengenai MQA, sijil yang tidak diiktiraf dan jumlah permohonan yang telah ditolak dan sebagainya. Saya ingin menyatakan bahawa MQA boleh mengambil tindakan ke atas IPTS, yang mana program pengajiannya tidak
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
mendapat akreditasi tetapi mengelirukan pihak awam bahawa program tersebut telah diakreditasi oleh MQA. Jika disabit kesalahan, boleh didakwa di bawah dua seksyen Akta MQA iaitu seksyen 96 dan juga seksyen 97.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, bolehkah?
Tuan Pengerusi
Silakan Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dalam memperkasakan politeknik di seluruh negara, saya lihat— saya sebutkan tadi dalam masa sama kita boleh gunakan politeknik ini untuk melaksanakan program TVET yang sangat- sangat diperlukan oleh negara. Umpamanya kira dia buat diploma enam bulan lepas pembelajaran akademik, dia boleh attach di industri dan mendapat hands-on practical training on the job.
Di samping itu, adakah pihak kementerian bercadang untuk menambahkan politeknik-politeknik untuk melaksanakan program ijazah dalam bidang technical engineering dan sebagainya? Lagi satu Yang Berhormat Menteri, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang university ranking? Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Yang Berhormat, kita memang akan melakukan beberapa perubahan melalui usaha kita yang dipanggil sebagai transformasi politeknik yang akan kita lancarkan pada 4 hari bulan yang akan datang. Ia termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai politeknik.
Ini termasuklah juga menawarkan ijazah-ijazah dalam sistem politeknik di samping politeknik memperkenalkan program-program baharu yang melibatkan program-program pengajian advance TVET dan sebagainya.
Mengenai soal ranking yang dibangkitkan oleh Kubang Pasu, Padang Terap dan Pasir Salak, saya suka menyatakan dan menegaskan bahawa kementerian mengambil pendirian bahawa ranking tidak seharusnya dijadikan matlamat terpenting sesebuah universiti. Tidak seharusnya dijadikan matlamat terpenting sesebuah universiti kerana ranking antarabangsa yang hari ini diuruskan oleh QS dan Times Higher Education adalah lebih menjurus kepada soal pencapaian dan hasil penyelidikan.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Ini bermakna bahawa faktor-faktor seperti kualiti pengajaran dan pembelajaran, peranan dan keupayaan universiti untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik.
Komitmen universiti terhadap misi dan agenda nasional mahupun usaha memastikan kemenjadian seseorang siswazah tidak menjadi pemberat utama atau diambil kira secara mendalam dalam sistem ranking.
Jadi, atas sebab itulah ranking universiti dunia boleh disifatkan sebagai hanya salah satu daripada pengukur yang dipantau oleh kementerian ini dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dan institusi pendidikan tinggi dalam negara kita.
Pendekatan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia juga telah diikuti ataupun diputuskan oleh beberapa universiti yang lain seperti contohnya pada November tahun lepas, Universiti Harvard, Fakulti Perubatan dan Universiti Yale, Fakulti Undang-undang telah mengumumkan bahawa mereka menarik diri daripada menyertai ranking yang dikelolakan.
Kedua-dua institusi tersebut berpandangan yang ranking berkenaan menggunakan metodologi yang tidak selari dengan hasrat universiti itu untuk membantu pelajar dan juga menggalakkan graduan berkhidmat dengan perkhidmatan awam yang mempunyai gaji yang rendah. Pada pertengahan tahun ini juga sebanyak 52 buah universiti penyelidikan di Korea Selatan telah bersepakat untuk memboikot QS Rankings yang dilihat meletakkan secara tiba-tiba indicator yang memberi kelebihan kepada negara penutur bahasa Inggeris. Banyak juga universiti di dunia, negara di dunia ini yang tidak
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
pun mengikuti sistem ranking yang terdapat dalam- yang diuruskan oleh kedua-dua badan tersebut.
Bagi memastikan kita dapat menentukan kecemerlangan tempatan walaupun kita tidak bergantung kepada ranking, kementerian telah mengenal pasti beberapa strategi seperti berikut. Satu, pelaburan penyelidikan yang berterusan. Kedua, berusaha terus, memperkukuhkan kedudukan universiti awam di peringkat antarabangsa dengan memperbanyakkan program serta hubungan kerjasama dengan institusi terkemuka dunia.
Memang banyak pun hubungan-hubungan diwujudkan antara universiti kita dengan pihak universiti di luar negara kita. Banyaklah lain-lain usaha yang kita akan terus lakukan.
Tuan Pengerusi
Menteri perlukan berapa minit lagi ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seminit.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Maghrib, maghrib.
Tuan Pengerusi
Lima?
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Satu minit.
Tuan Pengerusi
Ha, Menteri minta baca bagi dua minitlah ya.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Okey dua minit.
[Ketawa] Okey Tan Sri Yang di-Pertua mengenai persoalan daripada Batu, zero policy di UM, perkara ini sudah pun diputuskan dalam Bajet 2024, bahawa had yuran semasa kemasukan tidak melebihi RM1,500. Ini akan kita pastikan tidak berlaku di universiti-universiti yang lain.
Mengenai soal AUKU, suka saya nyatakan bahawa AUKU masih akan diteruskan dan kita akan melakukan satu lagi pindaan, insya-Allah pada sesi yang akan datang dan pindaan ini adalah untuk memberi kebebasan berterusan kepada pelajar. Maknanya lepas ini memang tak ada lagi apa-apa sekatan kepada mana-mana pelajar.
Mengenai persoalan Sungai Petani, mungkin ini yang terakhirlah...
Tuan Pengerusi
Saya.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
...Adakah KPT akan mengalihkan MPP kepada Student Union. Kementerian akan melakukan libat urus dengan pelajar dan pihak kementerian kita tidak mempunyai apa-apa kecenderungan, sama ada sesebuah universiti itu memilih untuk mewujudkan Majlis Perwakilan Pelajar ataupun Kesatuan Pelajar. Kita serahkan pilihan tersebut bulat-bulat kepada pihak mahasiswa.
Manakala mahasiswa yang bekerja, kita sebenarnya tidak mempunyai halangan kepada perkara ini kerana ini merupakan antara usaha kita dalam kita mengurus kematangan dan juga kedewasaan pelajar-pelajar kita. Jadi Tan Sri...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya nak minta persoalan yang saya bangkit...
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Tadi saya dah jawab tapi Yang Berhormat tak ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dah jawab ya.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Ha, Yang Berhormat keluar.
Tuan Pengerusi
Dah jawab dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya solat.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Baik, Tan Sri, Menteri, Kuala Selangor Menteri. Penyelarasan yang saya sebutkan tadi minta hospital pengajar. Saya minta supaya diberikan komentar diberikan penyerahan sebab sangat mustahak untuk diselaraskan di antara KPT dan juga MOH yang lain.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Kita boleh pertimbang. Kita mempunyai sembilan hospital pengajar tapi ada beza hospital dengan hospital-hospital di Kementerian Kesihatan kerana hospital pengajar di universiti melakukan tiga tugasan utama. Satu, mengajar, satu menyelidik, satu memberi perkhidmatan manakala hospital di kementerian hanya lakukan satu perkhidmatan kesihatan. Jadi, ada beza di situ.
Soal housemanship itu ditentukan oleh kerajaan, Kementerian Kesihatan, kita tidak berkuasa untuk lakukan. Untuk bekerjasama, berunding, kementerian tak ada masalah. Tapi untuk dicantumkan ada perbezaan-perbezaan yang perlu diambil perhatian oleh kita semua.
Jadi, itu sahajalah Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Mana yang tak sempat dijawab ada sebahagiannya memang pernah dijawab dalam soalan-soalan lisan dan yang lain-lain akan dijawab secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Sekian.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM12,212,788,400 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jahat, jahat. Penjahat, penyamun.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.64 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.64 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Macam budak-budak.
[****Fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dimaklumkan kepada Majlis.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jahat, jahat.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Usul Anggaran Pembangunan 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jelutong.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Saya menyokong, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbang Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit
(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik, ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Tan Sri Yang di-Pertua, saya sokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Masalahnya ialah usul di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Selasa 28 November 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.01 malam]