Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua.
Dipersilakan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Yang Berhormat Bandar Kuching. Did I mention your name wrong?... Right?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Sorry?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Did I mention your name right?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Perfectly.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Right, thank you.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih. Selamat pagi salam sejahtera, sebelum saya bermula, izinkan saya membuka dengan sekerat pantun.
Pergi kedai membeli sayur, masak tomyam bersama bonda; Parlimen sekarang bersidang di Kuala Lumpur, membincang solusi untuk fixed pelbagai perkara.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan, jumlah yang dibelanjakan untuk menangani penyakit tidak berjangkit- non- communicable disease (NCD) terutamanya diabetes dan perancangan untuk menangani prevalence NCD yang tinggi di negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Alhamdulillah, ini soalan sangat baik bagi saya dan kita pun ada Menteri Ekonomi di sini boleh mendengar figure-figure yang kita gunakan- begitu tinggi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan NCD ini.
Tuan Yang di-Pertua, kajian daripada National Health and Morbidity Survey 2019 mendapati 50 peratus daripada penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit iaitu NCD. Ini termasuklah tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga kolesterol yang tinggi atau hypercholesterolemia.
Prevalence kencing manis ataupun diabetes mellitus Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara Tuan Yang di-Pertua, di mana negara mencatatkan peningkatan ketara
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
daripada 11.2 beratus pada tahun 2011 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019 iaitu menunjukkan satu dalam dua kes kencing manis ini prevalence-nya. Kencing manis menyebabkan pelbagai komplikasi kepada penghidapnya. Jadi, seorang penghidap kencing manis berisiko untuk mendapat penyakit jantung- strok, kerosakan saraf- mata dan juga kegagalan buah pinggang, dan pelbagai lagi.
Laporan Pelan Strategik Mengurangkan Beban Penyakit Buah Pinggang Kronik mendapati 65 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis adalah daripada kalangan mereka yang menghidap kencing manis. Jumlah perbelanjaan langsung penjagaan kesihatan untuk menangani non-communicable disease ini- Menteri Ekonomi, adalah sebanyak RM9.65 bilion merangkumi 16.8 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan di Malaysia.
Anggaran ini dibuat berdasarkan perbelanjaan pada tahun 2017 dan laporan telah dikeluarkan pada tahun 2022 melalui The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia oleh World Health Organization. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon- saya teruskan. Jumlah perbelanjaan bagi penyakit diabetes adalah sebanyak RM4.38 bilion iaitu 45.38 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan penyakit NCD. Diikuti dengan perbelanjaan bagi merawat cardiovascular sebanyak RM3.93 bilion yang merupakan 40.73 peratus dan RM1.34 bilion iaitu 13.89 peratus bagi merawat penyakit kanser.
Perbelanjaan ini adalah merangkumi perbelanjaan kemasukan ke hospital, penjagaan primer di klinik kesihatan dan juga rawatan pesakit luar di hospital dan pemeriksaan dan juga ujian kesihatan serta pembiayaan perubatan.
Bagi tahun 2017, NCD telah memberikan impak negatif kepada ekonomi di mana kos tidak langsung ataupun indirect cost akibat daripada NCD ini adalah sebanyak RM12.88 bilion dalam bentuk kehilangan produktiviti. Diabetes mellitus mencatatkan kehilangan produktiviti sehingga RM5.74 bilion dan cardiovascular sebanyak RM5.32 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung sikit lagi?...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih. Jadi, bagi menangani prevalence NCD dengan impak yang begitu tinggi terhadap ekonomi, maka kementerian melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memperkasakan implementasi pelan komprehensif yang dinamakan Pelan Strategik Kebangsaan Untuk Penyakit NCD 2016-2025.
Kemudian kita juga melaksanakan Program Komuniti Sihat Pembina Negara ini adalah untuk community-empowerment yang- dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ini kita lakukan banyak bersama komuniti-komuniti untuk memastikan, atau untuk menggalakkan pembudayaan cara hidup sihat. Ada yang kita tubuhkan ialah KOSPEN yang melibatkan sukarelawan seluruh negara.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sekarang ini kita ada seramai 6,567 orang sukarelawan. Kita juga melaksanakan advokasi, iaitu melaksanakan aktiviti advokasi dan ini dilaksanakan melalui pelbagai medium yang dilakukan secara berterusan di peringkat komuniti juga.
Kemudian, kita juga memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan. Yang ini, sebab itu saya minta semua Ahli-ahli Dewan Undangan- Ahli-ahli Parlimen untuk memastikan pergi membuat saringan. Saya dapat tahu ada lagi yang belum lagi membuat saringan kesihatan dan silalah untuk kita mengelakkan siapa-siapa yang ada penyakit itu berdepan dengan komplikasi yang buruk.
Kemudian, kita juga ada aktiviti promosi daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat yang ini kita laksanakan dalam masa 10 tahun, 2020 hingga 2030. Yang ini kita mengambil pendekatan whole-of-nation yang melibatkan institusi pendidikan, tempat kerja, komuniti dan juga fasiliti kesihatan.
Yang terakhir, kita menaikkan duti eksais terhadap minuman bergula, atau ready to drink, di mana cukai duti eksais kepada minuman bergula ataupun sugar-sweeten beverages telah kita mulakan sebenarnya sejak 2019 pada kadar RM0.40 sen seliter.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Seperti pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Belanjawan 2024, pada 13 Oktober yang lalu, kerajaan telah meningkatkan lagi kadar tersebut kepada 50 sen seliter.
Jadi, seperti mana pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, hasil duti eksais ini akan disalurkan semula kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan menangani dan merawat penyakit kencing manis termasuklah sokongan kepada pusat hemodialisis.
Kementerian menyambut baik dan amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman ini serta keprihatinan serta juga komitmen kerajaan dalam menyokong usaha-usaha kementerian bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit di Malaysia, khususnya penyakit diabetes. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Menteri atas jawapan yang sangat terperinci tadi. Semalam kita mendengar laporan bahawa ada beberapa buah sekolah mendapat ancaman bom. Kita faham ia satu hoax, tetapi ancaman ini bukan hoax.
It’s a time bomb. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan meletup dan kesan agak negatif dan buruk kepada negara.
Saya nak tanya, apakah usaha seterusnya yang akan dilakukan oleh KKM bagi meningkatkan kesedaran awam tentang bahayanya pengambilan gula secara berlebihan.
Kita tahu bahawa kadar diabetes kita sangat tinggi. Malah kita, we are the sweetest nation in Asia tapi kita tidak patut bangga dengan statistik tersebut. Minta jawab. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, untuk menjawab soalan itu, sebenarnya saya juga nak mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia akan melancarkan satu pelan yang kita panggil Pelan Advokasi Gula dalam masa yang terdekat ini, insya-Allah. Ini adalah sebagai satu usaha untuk menangani penyakit tidak berjangkit, terutamanya kencing manislah ataupun diabetik. Pelan ini sebenarnya kita meliputi semua peringkat umur Yang Berhormat dan kita mulakan pada peringkat kanak-kanak lagi, di prasekolah, juga di sekolah rendah dan juga IPTA dan IPTS. Golongan dewasa sudah tentunya, di tempat-tempat kerja dan juga warga emas.
Pelan ini kita libatkan NGO-NGO juga, persatuan ibu bapa, ketua-ketua kampung, juga pejabat DUN dan juga pejabat Parlimen. Jadi, saya mohon juga kerjasama daripada semua Ahli Parlimen untuk sama-sama kita menjadikan negara kita kurang sweet-lah.
Kurang manis.
Jadi, kementerian juga sedang dalam fasa akhir sesi libat urus bersama persatuan penjaja. Contohnya, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya untuk menyediakan pilihan minuman tanpa gula kepada masyarakat bagi menyokong Kempen Kurangkan Gula dengan slogan, “Satu Sudu Teh Dah Cukup. Kurang Lebih Baik. Tiada Terbaik”.
Jadi, ini sebenarnya sangat bagus sebab di antara kedai-kedai yang kita lihat sampai malam bukanya, kedai-kedai mamak dan sebagainya apabila melaksanakan ini, insya-Allah ia boleh membantu kita dalam advokasi untuk mengurangkan penggunaan gula dalam komuniti dan penduduk Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Langat. Silakan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Speaker.
Diabetes adalah salah satu contoh dari non-communicable diseases yang kita bincangkan ini. Saya nak mendapatkan jawapan daripada Menteri. Sumber daripada MySejahtera, negara akan menghadapi bebanan ekonomi dalam melawan semua penyakit yang disebabkan oleh merokok.
Kos untuk merawat hanya tiga penyakit yang disebabkan oleh penggunaan merokok, kanser paru-paru, serangan jantung dan penyakit paru-paru obstruktif kronik
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
akan mencapai RM8.77 bilion pada menjelang tahun 2030. Bebanan kewangan ini juga turut dikongsi dengan kos merawat penyakit yang disebabkan oleh penyakit rokok elektronik dan vaping adalah seperti penyakit paru-paru berkaitan penggunaan e-rokok dan EVALI dengan kos yang dijangka mencapai RM369 juta menjelang 2030.
Adakah penyakit-penyakit yang disebutkan tadi akibat merokok hanya sekadar andaian ataupun ada bukti-bukti saintifik, klinikal yang menunjukkan bahawa ini akibat daripada merokok dan apakah kos yang kita terpaksa tanggung setiap tahun disebabkan oleh penyakit-penyakit ini? Selain daripada unjuran 2030 tadi, mungkin boleh dijawab oleh Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Saya- sekali lagi saya yakin Yang Berhormat sebenarnya tahu jawapannya, Yang Berhormat seorang doktor dan sebenarnya memanglah. Saya pun- semalam, saya telah keluarkan satu kenyataan dan kita memang tahu bahawa secara saintifik telah terbukti bahawa penyakit-penyakit yang Yang Berhormat sebut tadi, memanglah betul itu adalah penyakit- penyakit yang telah kita lihat prevalence-nya agak tinggi dan diakibatkan juga oleh aktiviti ataupun merokok tadilah ya.
Sebenarnya, jumlah- kalau kita tengok pada tahun 2022, kos yang telah digunakan untuk menangani penyakit yang berkaitan dengan produk merokok ini adalah lebih daripada RM6 bilion ya. Satu juga angka yang sangat tinggi dan insya-Allah- oleh kerana itu, saya berkali-kali sebut insya-Allah kita akan menyelesaikan isu ini dan kita akan- dalam, sebelum berakhirnya sesi Parlimen pada kali ini, kita akan membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok, insya-Allah. Doakan mudah-mudahan perkara ini akan selesai dengan cepat dan kita boleh terus move forward bagaimana caranya untuk kita menjadikan negara kita sebagai negara yang bebas merokok. Insya- Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya, kita ke soalan kedua dipersilakan Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
2. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, jumlah usahawan yang gulung tikar ekoran kelembapan ekonomi semasa dan apakah usaha kementerian untuk membantu usahawan terjejas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan kaji selidik yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ataupun ringkasnya KUSKOP dari tahun 2020 hingga tahun 2023, kesan pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barang dilihat menyebabkan sebilangan kecil usahawan terpaksa menutup terus operasi perniagaan mereka.
Berdasarkan kaji selidik tersebut juga, peratus usahawan yang gulung tikar pada tahun 2020 hingga tahun 2022 adalah seperti berikut:
(i) 8.85 peratus pada April 2020;
(ii) 3.06 peratus pada bulan Jun 2021;
(iii) 1.38 peratus pada Februari 2022; dan
(iv) 2.07 peratus pada November 2022.
Ini berdasarkan kepada kaji selidik yang telah dibuat oleh kementerian saya.
Dalam usaha membantu usahawan yang terjejas, KUSKOP melalui agensi-agensi di
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
bawahnya, telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memulihkan semula perniagaan mereka dengan tindakan-tindakan seperti berikut.
Pertama, menyediakan bantuan pinjaman kewangan antaranya seperti skim-skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional dan Skim Pembiayaan Ikhtiar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia. Agensi-agensi pembiayaan di bawah KUSKOP juga telah mempermudah proses permohonan dengan mengurangkan dokumentasi yang diperlukan dan memendekkan tempoh masa memproses permohonan;
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Kedua, kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pelaksanaan program intervensi peluang kedua bagi membantu usahawan yang berdepan dengan masalah pengurusan kewangan yang serius dan berisiko muflis.
Pada tahun 2022, seramai 664 orang usahawan telah diberi kesedaran mengenai ketersediaan peluang kedua menerusi pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.
Daripada jumlah tersebut seramai 40 orang usahawan telah dipilih untuk mengikuti Program Bimbingan Khas INSKEN selama empat bulan yang bermula pada 17 Oktober 2022.
Ketiga, SME Corp juga telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan AKPK pada 3 Februari 2023 sebagai usaha untuk membantu PMKS dalam pendidikan dan pengurusan kewangan dan kredit. Kerjasama strategik ini dilihat dapat membantu dan memudahkan PMKS membuta keputusan dalam menguruskan kewangan secara bijak dan berhemah terutama selepas era ataupun semasa pasca pandemik ini.
Sebagai makluman Yang Berhormat juga, pada tahun ini daripada 12 program yang kita laksanakan khas untuk membangunkan usahawan-usahawan baharu antaranya Sahabat Usahawan AIM baharu, program TEKUN Usahawan baharu, program peningkatan francais, Program Bimbingan Asas Bisnes ataupun Start-Up Coaching, program Dropship and Agent, program Graduate Mentoring Programme, Tunas Usahawan Belia Bumiputera, Program Penempatan Latihan Kerjaya dan Keusahawanan bagi Graduan TVET, Program Usahawan Perantis antara lainnya. Pada tahun ini sahaja kita telah melahirkan 75,600 orang usahawan baharu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang jelas dan lengkap untuk pengetahuan kita semua.
Soalan tambahan daripada saya, apakah kementerian mempunyai inisiatif lain seperti padanan pekerjaan atau perniagaan yang lain sebagai langkah untuk memastikan mereka tidak diisytiharkan muflis?
Soalan saya yang kedua iaitu, bagi meningkatkan daya saing dan nilai rantaian perniagaan, adakah kementerian bercadang untuk memperluaskan latihan dan bimbingan keusahawanan menerusi Program Mentor-Mentee agar dapat meningkatkan prestasi perniagaan selain bantuan dalam bentuk geran yang disediakan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, program sedia ada di kementerian ini yang kita akan teruskan pada tahun hadapan adalah seperti...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Ewon Benedick
...Program Penempatan Latihan Kerjaya dan Keusahawanan bagi Graduan TVET, Program Latihan Intensif dalam Talian bagi Usahawan Generasi Baru, program Graduate Mentoring Programme, Program Tunas
Datuk Ewon Benedick
Usahawan Belia Bumiputera, Program Usahawan Berkebolehan dan Berkeyakinan. Ini semua antara program yang bersifat mentoring programme, mentor-mentee. Di bawah INSKEN misalnya, kita ada program yang kita membimbing terutama usahawan belia kita mempunyai business coaching yang akan melatih dan membimbing mereka untuk satu tempoh tertentu, enam bulan misalnya. Untuk membantu usahawan ini memulakan perniagaan, menjalankan perniagaan di bawah program bimbingan. Sudah tentu kita perluaskan bukan hanya beri geran tetapi kita minta business coach kita ini membantu, melatih dan memantau mereka. Ini bukan hanya di bawah INSKEN tetapi juga agensi-agensi lain seperti Bank Rakyat, SME Corp, PERNAS dan juga agensi-agensi seperti TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia itu juga melaksanakan pemantauan ke atas usahawan-usahawan di bawah program mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ya. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang baik. Selepas daripada COVID-19 itu, pasca COVID-19 ini, nature perniagaan itu bezanya dah berubah ya. Maknanya perniagaan selepas daripada COVID-19 ini lebih kepada berbentuk online dan sebagainya.
So, soalan saya sekarang ini, apakah usahawan-usahawan ini telah dilatih dengan kaedah baharu ini selepas daripada COVID-19 ini, pasca COVID-19 ini. Apakah pendekatan-pendekatan baharu yang telah dilaksanakan menyesuaikan dengan keadaan semasa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya itulah pendekatan kementerian bagi membantu usahawan-usahawan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Institut Keusahawanan Negara misalnya menyediakan pelbagai program bimbingan keusahawanan untuk melatih bukan hanya usahawan-usahawan sedia ada, usahawan kecil, usahawan mikro, juga kepada penjaja, peniaga kecil itu sekali pun kita bantu untuk bagaimana mereka mengalihkan perniagaan mereka dengan cara tradisi sebelum itu.
Secara fizikal kepada pemasaran, secara online, pengurusan perniagaan secara online. Bukan hanya di kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana sahaja tetapi malahan Gerakan Koperasi pun kita mempunyai program pendigitalan koperasi untuk juga membantu koperasi-koperasi ini untuk membudayakan pendigitalan dalam perniagaan dan pengoperasian koperasi dan juga perniagaan yang dilaksanakan oleh PMKS.
Sememangnya begitu banyak sekali program di bawah kementerian dan agensi-agensi kita dalam perkara ini Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya kita ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Saya pantun sikit.
Mencari timba si anak dara, di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, soalan Sri Gading nombor tiga. Minta Menteri Ekonomi menyatakan, berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk Inisiatif Kemudahan Rakyat pada tahun 2023 dan pecahan perbelanjaan peringkat negeri. Terima kasih.
3. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Ekonomi menyatakan, berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk Insentif Kemudahan Rakyat pada tahun 2023 dan pecahan perbelanjaan peringkat negeri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Sri Gading. Inisiatif Kemudahan Rakyat diumumkan dan dilancarkan sekitar Jun 2023 dan bertujuan untuk mempercepatkan dan memudah cara pelaksanaan projek- projek kecil untuk kemudahan rakyat.
Caranya ialah dengan membuka kepada semua pihak baik individu, baik Wakil Rakyat, baik jabatan-jabatan kerajaan untuk mengenal pasti projek-projek infrastruktur kecil di bawah RM200,000 ke bawah untuk dilaksanakan dengan segera. Ini membuka ruang contohnya kepada rakyat biasa untuk membaiki jalan kecil, jambatan dan sebagainya.
Sejak dilancarkan sehingga 22 November 2023, sebanyak 1,500 projek dari Inisiatif Kemudahan Rakyat ini telah diluluskan secara prinsip di peringkat Kementerian Ekonomi dan apabila telah diluluskan ini maka kelulusan dan peruntukan ini diberikan kepada pelbagai agensi pelaksana seperti pihak berkuasa tempatan, pihak Pembangunan Koridor dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri bagi tujuan pelaksanaan projek IKR.
Kelulusan prinsip ini diberikan memandangkan permohonan projek yang diterima melalui aplikasi IKR yang dibuka kepada semua perlu disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh agensi-agensi pelaksana yang dilantik itu. Prosesnya ialah pemohon akan memohon dan menyatakan di mana, projek apa tetapi kita tidak tahu sebenarnya. Takut dia hendak buat jambatan depan rumah dia ke. Maka perkara itu perlu disemak oleh agensi di bawah terlebih dahulu.
Dalam hal ini agensi pelaksana yang dilantik perlu melaksanakan siasatan tapak bagi menentukan kebolehsanaan projek dan kos projek serta memberi maklum balas kepada Kementerian Ekonomi untuk penyaluran peruntukan, dan seterusnya dilaksanakan.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Daripada 1,500 projek yang telah diluluskan secara prinsip di peringkat Kementerian Ekonomi, daripada saringan awal dalam tempoh lima bulan sejak dilancarkan, 502 projek IKR telah dipersetujui dilaksanakan oleh pelbagai agensi dengan kos projek sebanyak RM76.3 juta kerana ia perlu diterima dan dipersetujui untuk dilaksanakan oleh agensi-agensi ini.
Kalau saya boleh minta dua minit lagi ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Untuk baki projek-projek lain, ada lebih kurang 1,000 yang masih menunggu maklum balas dan juga penerimaan daripada agensi pelaksana, Kementerian Ekonomi masih meneruskan tindakan susulan dengan pelbagai agensi pelaksana yang dilantik bagi mendapatkan maklum balas terkini bagi pelaksanaan baki-baki projek yang telah diluluskan secara prinsip berkenaan.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua contohnya, ada pelbagai sebablah kenapa PBT ataupun agensi pelaksana yang lain menolak, untuk tidak melaksanakan. Kadang- kadang dia rasakan ini bukan tanggungjawab mereka. Ada juga contohnya dapatan dan maklum balas daripada agensi pelaksana bahawa pandangan mereka itu untuk kepentingan individu yang tidak memberikan kesan yang besar kepada masyarakat setempat.
Sehingga kini, daripada RM76.3 juta yang telah diluluskan untuk 502 projek tersebut, sebanyak RM57.2 juta telah disalurkan bagi pelaksanaan, yang 500 projek ini yang sedang berjalan di seluruh Malaysia. Pecahannya seperti berikut ya:
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
| Negeri | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Sabah | 21.6 juta |
| Perak | 7.2 juta |
| Pahang | 6.5 juta |
| Sarawak | 5.8 juta |
| Selangor | 5.3 juta |
| Kedah | 2.2 juta |
| Negeri Sembilan | 2 juta |
| Johor | 1.96 juta |
| Melaka | 1.1 juta |
| Terengganu | 1 juta |
| Kelantan | 750,000 |
| Perlis | 670,000 |
| Wilayah Persekutuan | 556,000 |
| Pulau Pinang | 400,000 |
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sri Gading, soalan tambahan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Menteri yang telah menjawab dengan baik dan pecahan yang telah diberikan nampaknya Johor sikit sangat itu.
Cuma persoalannya, mohon Menteri jelaskan apakah mekanisme penilaian kelulusan permohonan bagi Inisiatif Kemudahan Rakyat ini bagi memastikan bahawa konsep ketelusan tatakelola sentiasa diangkat dalam melaksanakan inisiatif ini?
Bagaimanakah kerajaan akan memantau bahawa peruntukan yang diluluskan itu digunakan bertepatan dengan objektif Inisiatif Kemudahan Rakyat? Yang pertama.
Kedua, mohon perhatian Menteri nyatakan, kebiasaannya berapa lamakah proses permohonan ini akan mengambil masa sehingga pemohon akan dapat respons mengenai permohonan mereka? Sebab saya cadangkan, laman sesawang permohonan IKR boleh ditambah baik dengan meletakkan status terkini pemohon-pemohon bagi memudahkan mereka. Hal kerana saya dapati laporan baru, pemohon tidak mengetahui akan status terkini permohonan mereka setelah permohonan dihantar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Sri Gading.
Daripada segi mekanismenya seperti yang saya sebut tadi, ia menggunakan parameter- parameter yang sama untuk projek-projek kecil seperti yang telah pun ditetapkan mengikut kaedah-kaedah perolehan dan pengelasan kerajaan. Maksudnya, RM200,000 ke bawah dia mestilah mempunyai manfaat kepada komuniti, bukan individu dan had itu adalah tertakluk kepada BQ yang boleh dilaksanakan dalam 200,000 lah.
Ia akan dipohon oleh pemohon, baik Wakil Rakyat, kah ataupun rakyat ataupun jabatan kerajaan dan di peringkat Kementerian Ekonomi terlebih dahulu, berdasarkan parameter dan syarat-syarat ini, diberikan kelulusan secara prinsip, kemudian dihantar kepada agensi-agensi pelaksana.
Yang ini, Sri Gading, yang saya ingat menimbulkan soalan yang Sri Gading bagi tadi kerana kami perlu dapatkan beberapa kepastian dan pengesahan daripada agensi pelaksana terlebih dahulu.
Pertama, agensi pelaksana perlu mengesahkan bahawa projek itu menepati syarat-syarat iaitu terutamanya dia bukan untuk peribadilah. Kedua, yang agensi pelaksana bersetuju untuk melaksanakan dan ketiga selepas dia bersetuju untuk melaksanakan, dia perlu mengemukakan BQ untuk proses penyaluran.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Yang menjadi masalah itu ialah apabila tempoh masa untuk PBT-PBT ataupun agensi pelaksana ini untuk kembali ke Kementerian Ekonomi itu dia berbeza-beza. Ada agensi pelaksana yang laju, maka cepatlah disalurkan. Kalau yang perlahan itu dan saya boleh maklumkan kepada Dewan, ada juga agensi di bawah walaupun kita sebut kami nak bagi peruntukan, dia tak nak buat. Itu yang- jadi kalau kami letakkan status semasa kami bincangkan macam mana nak buat portal itu, kalau kami letak status, dia akan terus tunjuk di situ bahawa tersangkut dekat agensi pelaksana, lama. Jadi itu adalah antara beberapa dapatan yang akan diambil kira untuk melicinkan lagi proses ini.
Insya-Allah, kalau daripada segi pemantauan itu, ia sudah tentu tertakluk kepada semua peraturan perolehan dan tatakelola kerajaan sedia ada kerana apabila telah diluluskan secara prinsip dan diterima, akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana, agensi pelaksana perlu mengadakan proses perolehan seperti biasa, sepertimana projek-projek kecil di bawah RM200,000 ke atas, tapi insya-Allah, kami sedang tengok macam mana nak atasi masalah kalau agensi pelaksana kata dia tak nak buat.
Yang itu yang kita sedang mencari jalan juga kerana kerajaan nak bagi duit ini, tapi dia- kita boleh tengok di seluruh negara, dia ada respons yang berbeza-beza mengikut PBT masing-masing. Saya boleh sebut, memang yang paling cepat dan paling banyak menyambut inisiatif ini adalah dari Sabah. Sebab itu Sabah paling tinggi mendapat peruntukan setakat ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Hulu Terengganu, silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih YB Menteri dengan jawapan yang saya rasa begitu detailed.
Cuma persoalannya, apakah kriteria pengagihan bajet tadi itu? Ada yang dapat RM3 juta, Terengganu dapat RM1 juta, Kelantan RM700,000. Apa kriteria? Adakah kerana jumlah penduduk, bilangan penduduk ataupun kerana kemunduran sesebuah negeri?
Kedua, bagi jabatan ataupun agensi yang tidak berminat, boleh tak dikongsi dengan Ahli Parlimen, maklumkan hal tersebut untuk kita bantu memudahkan perbelanjaan tersebut? Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Hulu Terengganu. Kriteria sebenarnya dia tidak mengikut negeri atau apa-apa. Kriterianya ialah projek itu betul-betul memanfaatkan kepada rakyat dan kalau RM200,000 ini memang tak boleh buat bangunan besar. Selalunya jalan kecil, selalunya longkang, selalunya membaiki yang banyak di Semenanjung ini contohnya membaiki balai raya.
Maksudnya, bentuk-bentuk pembinaan ataupun infrastruktur yang sebelum ini mungkin tidak mendapat keutamaan kerana kalau kita melalui proses belanjawan biasa setiap tahun, tumpuan pengagihan peruntukan ini selalunya kepada projek-projek besar perancangan di peringkat kementerian. Sebab itu di peringkat Kementerian Ekonomi, kita buka yang ini, kita bagi peruntukan.
Jadi sebenarnya setakat ini daripada 1,500 itu, dia tidak ada peraturan yang kami tetapkan kena negeri ini lebih dan sebagainya. Pandangan saya dan daripada maklumat yang ada selepas lima bulan, dia sebenarnya banyak bergantung kepada pertama, sama ada penduduk di situ ataupun agensi di situ mengambil peluang ini atau tidak. Sebab itu di kawasan bandar selalunya agak rendah kerana bagi mereka tak apalah dia tak ada terdesak sangat tapi di peringkat luar bandar terutamanya di Sabah, di Sarawak, sebab mungkin dia dah minta jalan itu lama. Jadi itu yang menyebabkan ada beberapa negeri lebih tinggi.
Kedua, sudah tentu dia bergantung kepada PBT. Atas saranan Hulu Terengganu tadi dan saya juga mendapat makluman yang sama daripada Wakil-wakil Rakyat yang lain, insya-Allah selepas ini, kita akan usahakan untuk dikongsikan dengan Wakil-wakil Rakyat. Kalau memang kami dah luluskan tapi PBT tak nak buat, jadi saya nak bagi dekat Wakil Rakyat, tolong pergi bagi tahu PBT, sila buat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sebab kalau tidak, dia merugikan rakyat sedangkan, benda ini diminta oleh rakyat sendiri. Saya fahamlah, PBT ataupun mungkin agensi lain, dia kata, kami ada banyak senarai kerja yang lain ini. Tiba-tiba, kamu nak bagi suruh buat yang ini pula. Jadi, ini bukan keutamaan kami.
Jadi, Insya-Allah, mengambil saranan yang diberikan oleh Hulu Terengganu tadi itu, Insya-Allah akan dikongsikan juga dengan Wakil-wakil Rakyat supaya boleh berbincang dengan agensi-agensi itu supaya dapat dilaksanakan dengan segera. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pe’tua - Dato' Raml’ bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekaranglah tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Usul 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(12)? Silakan, Yang Berhormat. Apa dia?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, Speaker. Saya, Ahli Parlimen Hulu Terengganu telah menghantar satu surat kepada Speaker berkaitan dengan merujuk Ahli Parlimen Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 14 hari bulan, dan saya menerima surat balasan bertarikh 15 hari bulan, yang memberi surat kepada Tambun untuk menjawab apa yang diperkatakan kepada jawapan PMQ Time beberapa hari yang lalu.
Apa yang dibangkitkan di sini ialah Perdana Menteri menyatakan bahawa perbelanjaan untuk promosi kerajaan di bawah pimpinan Pagoh dan juga Bera mencapai RM700 juta dan ia bercanggah dengan apa yang sebenar. Jadi, saya di sini, saya petik bahawa apa yang dijawab oleh Datuk Armizan selaku Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas mengatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan oleh Ahli Parlimen Pagoh cuma RM191,752.20 sahaja untuk penjenamaan, termasuk kerja promosi dan publisiti serta hebahan media.
Dijawab juga oleh Menteri yang sama pada 25 Mei 2023 mengatakan bahawa Perdana Menteri ataupun Menteri memaklumkan bahawa perbelanjaan terkini untuk Program Malaysia Madani- saya ulang, program terkini untuk Malaysia Madani dijawab oleh Menteri yang sama pada 25 Mei 2023 berjumlah RM7.4 juta. Jadi, di sini ada percanggahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Madani belanja RM7.4 juta tetapi dikatakan bahawa Pagoh dan Bera membelanjakan RM71 juta. Jadi, sebab itu saya mohon supaya dirujuk hal tersebut kepada 36(12) untuk menentukan mana yang benar kerana ini sebenarnya men-tarnish imej kita, imej Pembangkang khususnya, mengatakan bahawa kita berbelanja mewah.
Jadi, sehingga kini, surat yang dihantar oleh Speaker kepada Tambun untuk menjawab masalah ini sehingga 21 hari bulan iaitu dua, tiga hari- Selasa yang lalu, tetapi sampai sekarang, saya tak tahu apa jawapannya. Saya mohon petua daripada Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Terengganu, okey. Ada dua perspektif di sini, ya. Pertamanya, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ‘Kuala Terengganu’ itu- oh, Hulu Terengganu. Maaf, Hulu Terengganu- masih dalam semakan dengan pihak Urus Setia.
Usul Yang Berhormat Hulu Terengganu ini masih dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan saya percaya, Tan Sri Speaker akan naik pada hari ini.
Boleh dibangkitkan semula. Dalam pertimbangan beliau, ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cuma, persoalannya saya tak tahu jawapan itu dah sampai ker belum sebab tarikh ‘mati’ dia atau due time dia 21 November.
Itu nak tahu, sama ada dijawab atau belum dijawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, itu yang saya maksudkan. Itu yang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kerana, sebagai Perdana Menteri saya rasa tak patutlah mengelirukan Dewan, menghina Dewan dengan jumlah yang saya rasa tak wajar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, itulah yang dikatakan oleh Menteri Besar Kedah. Buka mulut, bohong. Buka mulut, bohong. Terima kasih, Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Poin Yang Berhormat Hulu Terengganu itu telah diambil maklum dan saya, yang mempengerusikan pagi ini telah menyatakan perkara ini telah dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker sendiri, dan pada hari ini, beliau akan naik dan Yang Berhormat boleh bertanya di Dewan yang terbuka ini. Baik.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
36(6) dan 36(12). Cuma, saya nak bertanya, adakah Tan Sri Tuan Yang di-Pertua akan naik selepas ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ikut jadual, beliau ada naik pada hari ini.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya. Saya nak bertanya pada beliau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya- lebih sesuai begitu. Jadi, Aturan Majlis lain itu boleh berjalan seperti mana diaturkan. Kalau tidak, kita akan ambil masa dan ruang untuk atur cara- aturan yang lain itu sangkut pula, ya. Dengan sedemikian, Tan Sri Speaker akan naik. Itu lebih sesuai. You get, dengan izin, the word from the- mouth of the House himself, ya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Dato’ Timbalan Speaker, saya ingin bangkitkan point of order 36(6). Apa yang disebut oleh Hulu Terengganu tadi, bahawa ini keputusan belum ada tetapi Hulu Terengganu telah melontarkan, seolah-olah Yang Amat Berhormat Tambun mengelirukan Dewan, menghina Dewan- dan buka mulut saja bohong.
Itu adalah satu sangkaan jahat dan saya mohon.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Jangan lari, jangan lari.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya mohon untuk tarik balik, Yang Berhormat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Sungai Petani, isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 36 dan apa yang telah dinyatakan oleh Hulu Terengganu itu adalah berkaitan. Jadi, tidak ada persoalan buruk sangka dan sebagainya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tetapi, saya mohon untuk tarik balik, Dato’ Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya. Sebagaimana saya nyatakan tadi, keputusan saya. Kalau dia tak bercakap, saya yang mempengerusikan ini tak tahu apa isi butirnya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tetapi, perkataan “bohong” itu, Dato' Speaker untuk keputusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau daripada perspektif itu Yang Berhormat Sungai Petani ingin bangkitkan, usulkan satu perkara.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Baik, Timbalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya terpaksa dengar apa yang hendak dinyatakan. Jika dia utarakan perkara itu, dalam pertimbangan saya, tak ada dalam perspektif yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani, usulkan.
Baik, ya. Kita teruskan dengan Aturan Majlis, soalan jawapan lisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita mulakan dengan Yang Berhormat Puan Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Coldplay concert telah berlalu, soalan saya nombor 1...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
1. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, sejauh mana kajian yang telah dijalankan untuk menilai keberkesanan subsidi dalam mengurangkan kos pengangkutan barangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, kerana ia berpotensi memberikan impak positif terhadap ekonomi kedua-dua negeri dengan merendahkan beban pengangkutan dan menyediakan akses lebih murah kepada barangan untuk penduduk tempatan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kajian dan penelitian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pemberian subsidi pengangkutan untuk barangan keperluan harian dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak menerusi Gerakan Koperasi akan membantu menstabilkan harga barangan keperluan di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Ia juga secara langsung berupaya memperkasakan Gerakan Koperasi dengan membuka peluang baharu kepada koperasi untuk mengisi jurang dalam rantaian nilai, terutamanya bagi khidmat penghantaran terakhir di kawasan pedalaman. Dalam hubungan ini, KUSKOP dan SKM telah mengenal pasti inisiatif serta mekanisme membantu penstabilan harga barangan keperluan asas yang melibatkan Gerakan Koperasi melalui penyediaan insentif bagi membiayai kos pengangkutan.
Melalui cadangan inisiatif ini, pusat pengedaran ataupun sub pusat pengedaran koperasi serta outlet CoopMart di Sabah dan Sarawak akan dapat membantu menstabilkan harga barangan keperluan harian di kawasan pedalaman, di samping membantu penjanaan pendapatan koperasi yang terlibat.
Perincian inisiatif tersebut sedang diselaraskan di peringkat kementerian dan akan dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk pertimbangan peruntukan dan tindakan penyelarasan yang selanjutnya. Cadangan inisiatif ini untuk melengkapkan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, terkait dengan program Rahmah, Jualan Rahmah yang dilaksanakan oleh KPDN.
Selain itu, dalam usaha membekalkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih rendah dan kompetitif daripada harga pasaran, SKM melalui Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad telah mengambil beberapa inisiatif seperti menyediakan pilihan barangan pengganti dengan mengeluarkan produk jenama COOP sejak 1922, membuka pusat pengedaran utama. Perancangan untuk mewujudkan kilang pembungkusan minyak masak dan melaksanakan program Jualan Madani Koperasi dan Jualan Madani Koperasi dan Usahawan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Batang Sadong. Soalan tambahan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri sebelum ini berkaitan dengan peranan koperasi dalam menangani kos sara hidup dan mendapati bahawa terdapat 2,611 CoopMart telah beroperasi di seluruh negara.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Soalan tambahan saya adalah, berapakah bilangan CoopMart yang terdapat di negeri Sarawak dan apakah perancangan pihak kementerian bagi memastikan kedai CoopMart di Sarawak turut dapat membekalkan barangan keperluan harian rakyat secara konsisten dan mencukupi dengan harga yang berpatutan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai dengan jumlah CoopMart di Sarawak, saya akan beri makluman bertulis kepada Yang Berhormat, tetapi dari segi perancangan untuk memastikan bekalan barangan ini konsisten kepada kedai- kedai CoopMart antara lain yang telah saya nyatakan tadi perancangan SKM dengan kerjasama federasi adalah antara lainnya untuk kita merancang untuk mewujudkan kilang pembungkusan minyak masak dan juga untuk membuka lebih banyak pusat pengedaran utama termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Sebagai makluman Yang Berhormat, di Sabah pada ketika ini kita mempunyai lima distribution centre dan merancang untuk menambah satu lagi distribution centre di Sabah. Manakala di Sarawak sekarang ini kita mempunyai dua DC- distribution centre dan merancang untuk menambah lima lagi distribution centre koperasi pada tahun 2024.
Jumlah CoopMart Sarawak pada ketika ini sebanyak 225 outlet CoopMart.
Kita juga mempunyai program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
(SCOPE) iaitu bertujuan untuk menaik taraf CoopMart sebagai pusat pengedaran koperasi untuk meningkatkan kapasiti operasi dan menambah bilangan DC bagi mengurangkan kos logistik. Ia nya melibatkan pemberian geran bantuan sehingga RM300,000 yang akan disediakan kepada, atau pun diberikan kepada koperasi-koperasi yang layak untuk kita angkat ataupun naik taraf menjadi distribution centre. Terima kasih.
Itu daripada segi perancangan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jika tidak ada di sebelah sini, saya buka di sebelah kanan. Sebelah kiri tidak ada, sebelah kanan tidak ada, saya ke soalan yang selanjutnya. Saya mempersilakan Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Dato’ Speaker. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada guru-guru dan murid-murid dari SK Penghulu Abu Bakar Bongor, Baling, Kedah. Dato’ di-Pertua, soalan saya, soalan nombor 2.
2. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Kewangan menyatakan, pencapaian terkini Labuan International Business and Financial Centre- Labuan IFBC dari segi sumbangan ekonomi dan pembangunan kepada Labuan sejak ia ditubuhkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih YB Labuan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pencapaian Labuan International Business and Financial Centre ataupun Labuan IBFC perlu dilihat daripada segi sumbangan kepada ekonomi negara dan pembangunan kepada Pulau Labuan.
Tiga pencapaian utama kepada negara selepas 33 tahun Labuan IBFC beroperasi adalah nombor satu, Labuan IBFC merupakan salah satu daripada tiga pusat
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
kewangan antarabangsa utama di Asia Pasifik yang tertumpu kepada perniagaan perbankan luaran, insurans semula dan insurans kaptif selain Singapura dan Hong Kong.
Labuan memiliki 70 buah bank yang menjalankan perbankan luaran manakala Singapura memiliki 99 buah dan Hong Kong pula 61 buah. Bagi syarikat insurans dan berkaitan insurans, Labuan memiliki 237 buah syarikat, Singapura 180 manakala Hong Kong 163 buah. Secara terperincinya terdapat 71 syarikat insurans kaptif di Labuan, sementara Singapura 83 dan Hong Kong hanya empat syarikat.
Sedikit perbandingan tentang skop yang telah terlaksana di Labuan. Keduanya, secara keseluruhan terdapat lebih 940 institusi berlesen yang dilulus dan dikawal selia oleh Labuan FSA. Ini termasuk, tadi saya sebut tadi 70 buah bank, 237 insurans dan entiti berkaitan insurans, 71 syarikat amanah, 246 syarikat pemajakan, 47 syarikat perdagangan komoditi, 116 syarikat broker wang, 49 pengurus dana, 111 penyedia perkhidmatan kewangan digital dan sebagainya. Ini kita nampak ada peningkatan bilangan pelesen sebanyak sepuluh kali ganda sejak tahun 1996. Sehingga kini bank- bank di Labuan memiliki hampir USD50 bilion dalam bentuk aset dan syarikat insurans di Labuan pula mempunyai premium insurans sehingga USD1.7 bilion.
Ketiganya, daripada segi kutipan cukai pada tahun 2022, Labuan IBFC telah menyumbang lebih RM1 bilion kepada hasil fiskal negara dan ini merupakan kutipan paling tinggi sejak tahun 1990 yang mana kutipan ini telah melonjak sebanyak tujuh kali ganda sejak 2018 setelah kerajaan pada 2019 melaksanakan peraturan substance requirement dengan izin. Pelaksanaan peraturan ini dikenakan ke atas institusi dan syarikat. Antara sumbangan utama kepada Pulau Labuan pula adalah seperti berikut:
(i) Labuan IBFC telah menyumbang lebih daripada 50 peratus kepada KDNK Pulau Labuan yang mencecah hampir RM5 bilion dari tahun 2019 sehingga tahun 2020 sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar dalam KDNK Labuan. Daripada sumbangan ini lebih kurang 12 peratus ataupun RM600 juta merupakan perbelanjaan entiti Labuan IBFC yang perlu dibelanjakan di Labuan.
(ii) Labuan IBFC merupakan majikan kolar putih terbesar di Labuan dengan jumlah pekerja seramai 9,198 orang. Jumlah ini merangkumi 20 peratus daripada jumlah pekerjaan di seluruh Labuan dan 90 peratus daripadanya terdiri daripada warga tempatan; dan
(iii) akhirnya sepanjang tiga dekad, banyak pembangunan telah dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan Labuan sebagai sebuah pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa dalam bentuk contohnya penambahbaikan infrastruktur jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan laut dan sebagainya, penubuhan sekolah antarabangsa, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi.
Pembinaan ujana kewangan pada tahun 1996 yang menempatkan kompleks pejabat, pusat konvensyen, blok penginapan dan pusat membeli belah juga telah membuka pelbagai gedung-gedung untuk komuniti Labuan IBFC dan penduduk setempat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Dato’ Yang di-pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.
Soalan tambahan saya, apakah kerajaan bercadang mengembalikan status Labuan sebagai pulau bebas cukai sepenuhnya sepertimana sebelum penarikan cukai rokok dan insentif kakitangan kerajaan dan swasta yang bekerja di Labuan? Contohnya elaun rumah, elaun wilayah diberikan pengecualian cukai pendapatan pada kakitangan swasta.
Kedua, adakah kerajaan juga bercadang memberikan inisiatif percukaian Labuan kepada peniaga konvensional seperti yang telah diberikan kepada peniaga kewangan Islam sebelum ini? Justeru, saya memohon supaya kerajaan kembalikan semula status
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
bebas cukai Labuan sepertimana Labuan diserahkan ke Federal pada tahun 1994. Sekian Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Sebenarnya, pengarah yang bekerja di entiti Labuan IBFC...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
...Mereka diberikan pengecualian cukai.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
..Manakala untuk isu rokok pula kita memang tidak lagi memasukkan rokok sebagai sebuah- satu produk bebas cukai sebagai salah satu langkah bukan sahaja untuk apa itu, menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat tetapi juga untuk mengelakkan isu-isu penyeludupan rokok di Malaysia di negara ini.
Selebihnya mungkin antara cadangan yang telah diberikan untuk elaun-elaun dan sebagainya kepada kakitangan awam, kita boleh bincang dan kementerian akan meneliti dan menambah baik dasar-dasar bukan sahaja untuk di bawah IBFC tetapi juga kepada perkhidmatan awam yang berkhidmat di Labuan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Saya melanjutkan soalan tambahan saya ya dengan- kita semua tahu akan bagaimana Labuan sebagai the international financial and business center kita, very strategically located in Asia Pacific, time zone yang sama dengan Singapura dan Hong Kong, punya tax efficient jurisdiction dan sebagainya. Kerap disebutkan akan usaha untuk merancakkan industri kewangan Islam.
Saya ingin tahu, apakah produk-produk di samping apa yang dilakukan adalah the modern ataupun konvensional trust legislation sama ada dalam produk seperti formation of trust dan foundation? Apakah kerancakan itu kita dapat? Saya ingin tahu status dan perancangan terkini termasuklah beberapa produk aset digital seumpama yang saya sebutkan tadi. Pilihan untuk mewujudkan syariah compliance trust and foundation atau yang lain kalau boleh diberikan pencerahan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.
Mungkin antara beberapa perancangan ataupun strategi untuk Labuan IBFC sebagai pusat kewangan terutamanya dalam aspek aset digital Islam global antaranya ialah apa yang telah kita laksanakan iaitu Pelan Pembangunan Strategik Labuan IBFC daripada- untuk tempoh lima tahun dari tahun 2022 sehingga tahun 2026 yang bertujuan untuk pembangunan Labuan IBFC sebagai pusat kewangan Islam dan syariah berasaskan aset digital. Saya sebutkan tadi di peringkat global serta pusat insurans kaptif utama di Asia.
Labuan IBFC telah melancarkan agenda Islamic Digital Asset Centre ataupun IDAC untuk pasaran Asia dan global. IDAC ini menyasarkan perniagaan antarabangsa ataupun out-out business dengan izin, di mana Labuan akan memainkan peranan utama sebagai sebuah pusat pengumpulan dana dan pelaburan antarabangsa secara digital yang berlandaskan ESG, satu topik yang memang Yang Berhormat Kuala Selangor amat prihatin ESG serta syariah. Ini dipercayai akan membantu syarikat SME untuk mengumpul dana dengan lebih mudah dan menyediakan instrumen pelaburan denominasi kecil berdasarkan teknologi digital.
Tuan Sim Chee Keong
Ketiganya, produk aset digital syariah yang pertama dijangka akan disenaraikan dan dilancarkan pada tahun ini di exchange di mana setakat 2023, Labuan FSA telah meluluskan empat exchanges di Labuan iaitu Labuan Exchange, Fusang Exchange, Green Exchange dan AIX Exchange. Ini akan menjadikan Labuan sebagai salah satu pusat kewangan aset digital yang terulung di rantau ini bahkan di dunia.
Labuan juga berpotensi untuk menjadi pusat kewangan Islam bagi Brunei- Indonesia-Malaysia dan the Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) dan pembangunan ibu negara Indonesia yang baru iaitu di Nusantara akan juga membantu untuk merancakkan lagi potensi Labuan ke arah tersebut. Itu mungkin beberapa isu tentang ekonomi Islam berasaskan Islam di Labuan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan berikutnya dipersilakan Tuan Sim Tze Tzin, Yang Berhormat Bayan Baru.
3. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah rancangan proaktif MAHB untuk melibatkan industri teknologi tinggi dan syarikat- syarikat perusahaan kecil dan sederhana yang bertapak di Bayan Lepas di negeri Pulau Pinang untuk projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Adakah syarat-syarat membantu industri tempatan akan dimasukkan ke dalam dokumen tender.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia Airports Holdings Berhad ataupun MAHB merancang untuk melaksanakan projek menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang secara tender terbuka selaras dengan hasrat aspirasi Kerajaan Malaysia Madani.
Dalam hubungan ini, pemain industri tempatan di Pulau Pinang yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan amat dialu-alukan untuk serta dalam tender tersebut kelak. Sukacita dimaklumkan juga bahawa klausa-klausa tertentu untuk membantu industri tempatan akan dimasukkan ke dalam dokumen tender.
Mengenai tindakan proaktif MAHB, adalah dimaklumkan bahawa beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk melihat bagaimana projek naik taraf LTAPP mendapat bahawa added value kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutama sekali industri tempatan. Satu bengkel akan diadakan dalam bulan Disember bagi tujuan ini.
Juga penumpuan MAHB buat masa ini dalam perancangan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini adalah lebih kepada aspek-aspek reka bentuk dan pembinaan. Fasa berikutnya akan menumpu kepada aspek pengisian dan kemudahan seperti penggunaan teknologi dan sebagainya. Pada ketika itu, MAHB akan lebih giat mengadakan sesi libat urus dengan syarikat-syarikat teknologi tinggi dan IKS di Bayan Lepas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Dato' Timbalan Speaker dan juga terima kasih kepada YB Menteri memberi jawapan yang tuntas.
Saya tanya soalan ini kerana saya ingin bahawa projek-projek besar negara kita seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Subang dan juga projek- projek besar seperti LRT Pulau Pinang, MRT3 dan sebagainya dimanfaatkan untuk membina capacity building untuk negara kita dan syarikat-syarikat kita.
Jadi, saya nak tanya pada fasa sekarang kita tahu bahawa selalunya tender terbuka ini, lapangan terbang ini, dia projek yang kompleks. Selalunya syarikat besar daripada UK ker, US ker yang biasanya mendapat architecture firm dan sebagai yang besar, international architecture firm yang dapat projek.
Adakah kerajaan akan mensyaratkan mereka mengguna pakai architect firm- local architect firm supaya kita ada capacity building, supaya pada masa depan our local architecture firm pun boleh mengambil projek-projek peringkat international atau local juga? Saya rasa itu adalah keperluan. Saya nak minta komen daripada menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Dato' Yang di-Pertua, saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru itu kurang tepat. Untuk makluman, untuk arkitek untuk bangunan terminal yang akan dibina di Pulau Pinang ini konsultan tempatan telah pun dilantik. Konsultan itu dari Pulau Pinang. Konsultan AHS untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Saya nak dapat penjelasan berkenaan dengan soalan saya tentang status proses program Aerotropolis di Kedah ini. Saya nak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Yang di-Pertua, itu tidak ada kena-mengena dengan soalan asal ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terpulang kepada Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Jawapan yang telah pun diberikan berkali-kali. Itu adalah satu- itu jawapan yang telah diberikan. Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Permohonan sentiasa dibuat. Jadi kita- proses itu setakat mana sekarang Yang Berhormat Menteri? Saya nak jawapan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Kita beransur kepada soalan yang keempat. Diizinkan Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.
4. Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan menyatakan, komitmen kerajaan untuk mengurangkan beban guru bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Sebelum saya mula, saya ingin membuat satu pengumuman. Kementerian Pendidikan Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan pada pagi ini sebulat suara menolak rayuan yang difailkan oleh empat NGO yang memohon untuk mengisytiharkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Maka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan terus beroperasi dan menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pengajian, pengajaran dan pembelajaran secara sah di sisi undang- undang dan dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mencari penyelesaian terbaik untuk menjamin kesejahteraan guru termasuk usaha untuk mengurangkan beban tugas di sekolah. Berdasarkan inisiatif Tujuh Teras utama Nadi Keunggulan KPM yang menjadi tumpuan KPM bagi melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. KPM akan memastikan golongan guru diberi sokongan profesional secara berterusan.
Melalui Teras 5 yang memfokuskan kepada isu kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi oleh guru, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan. Antaranya KPM telah memansuhkan pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid di sekolah.
Selain itu, KPM telah memudahkan proses perekodan waktu kehadiran murid dengan menetapkan waktu mengunci masuk dan lebih fleksibel ke dalam Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran). KPM juga memudahkan penyediaan rekod pengajaran
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
dan pembelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3/1999 yang merangkumi elemen objektif pengajaran dan refleksi.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Selain inisiatif Teras 5, KPM telah mengumumkan 10 perkara untuk memperkasa kebajikan guru. Antaranya, memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan agar kekosongan di sekolah dapat dipenuhi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. KPM telah menyemak semula tugas dan tanggungjawab guru dengan melaksanakan penambahbaikan ke atas fungsi pengurusan di sekolah melalui perwujudan Modul Tadbir Urus Sekolah (MySG) yang diperkenalkan pada tahun 2021.
MySG menjelaskan dengan lebih terperinci empat komponen pengurusan sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. KPM turut mengadakan perbincangan berterusan dengan pihak berkepentingan termasuk Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGB) bagi mendapatkan maklum balas untuk menentukan perancangan KPM dalam mengatasi isu beban tugas guru.
Di samping itu, KPM juga menyediakan latihan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi guru yang memberi kemahiran, pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui Inventori Kesejahteraan Psikologi.
Seterusnya, KPM berusaha meminimumkan tugasan pengurusan dan pentadbiran bukan profesional dengan mengoptimumkan pengisian kekosongan perjawatan anggota kumpulan pelaksana (AKP) berdasarkan kelulusan kuota pengisian agensi pusat serta bekalan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
KPM dengan kerjasama rakan strategik turut menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu serta memberi kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM sewaktu bertugas sebagai usaha untuk menaikkan semangat guru. KPM sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menjamin kesejahteraan guru agar kekal berkualiti dan bermotivasi dalam melaksanakan profesion keguruan sepanjang perkhidmatan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Alhamdulillah hari ini Timbalan Menteri ada jawapan.
Soalan tambahan saya, kalau kita melihat kepada saiz pengurusan dan pentadbiran sekolah itu ia jauh lebih kecil berbanding dengan kapasiti guru dan juga murid yang ada di sekolah. Jadi, pada hemat saya antara kelemahan kenapa bebanan tugas guru ini bertimbun-timbun ialah kerana kekurangannya staf sokongan yang ada di sekolah itu yang boleh membantu guru-guru untuk melaksanakan tugas supaya mereka tak perlu bawa balik kerja-kerja sekolah itu sampai ke rumah, sampai tengah malam.
Yang kedua Yang Berhormat, berkaitan dengan kebajikan guru-guru yang terpaksa bertugas di kawasan pedalaman di luar bandar. Saya menyebut satu insiden yang berlaku di SK Ulu Ansuan, Telupid, apabila ada guru besar yang terpaksa tidur dalam stor prasekolah.
Untuk memastikan insiden ini supaya tidak berulang, apakah inisiatif pihak kementerian dalam memastikan kebajikan guru yang dihantar bertugas di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Memang sekarang kita, untuk beban guru kita memang banyak langkah sudah dilakukan dan kita akan terus memantau dan mengadakan libat urus dengan pihak pemegang taruh, tetapi daripada kekurangan staf, kita memang akan memandangkan staf yang untuk memberi sokongan adalah, anggota pentadbiran kita akan ikut, mengikut
Puan Lim Hui Ying
kepada selain daripada yang tetap kepada semua sekolah, kita juga akan mengikut kepada enrolmen murid. Jika sesebuah sekolah enrolmennya lebih, murid lebih, tentu jawatan untuk anggota pentadbiran juga akan ditambah...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
...Selain daripada itu, berkenaan dengan inisiatif kebajikan guru di pedalaman. Memang kita ada elaun yang diberikan tambahan kepada guru dan juga guru besar yang ditugaskan, ditempatkan di kawasan pedalaman. Berkenaan dengan insiden yang di stor itu, yang tinggal di stor itu, ini kita memang akan membuat, mengambil satu tindakan dan akan mengambil tindakan susulan mengapa keadaan ini berlaku. Jadi kita akan memantau, memang akan tiap-tiap hari memang ada insiden yang tidak sama tapi kita akan menguruskan setiap insiden dengan sebaik sekali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, pada awal tahun ini diperkenalkan tujuh langkah untuk mengurangkan beban guru, tapi adakah kementerian mempunyai statistik keberhasilan pengurangan guru itu sehingga ke hari ini?
Yang kedua, saya ingin bertanya sebelum ini Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah berkata menjawab dalam Dewan ini, beberapa subjek yang kekurangan guru termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Di tempat saya sendiri, banyak beban guru itu disebabkan kekurangan guru. Jadi bagaimana kekurangan guru ini pula disebabkan banyaknya yang bersara awal. Jadi bagaimana kementerian ingin menangani guru-guru yang bersara awal ini? Bagaimanakah pengambilan guru-guru yang lebih pada masa yang akan datang memenuhi target capaian dan kualiti guru itu sendiri? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Okey yang pertama tentang apakah selepas tujuh langkah teras yang kita lakukan. Kita memang dari semasa ke semasa, kita mengambil feedback daripada guru. Bukan hanya daripada guru di sekolah, kita juga akan memantau dari sekolah bagaimana adakah menambah baik keadaan? Tapi ini memang dalam proses, mungkin kami akan membuat satu laporan di masa depan.
Tetapi untuk kekurangan guru, betul saya pun setuju. Salah satu daripada beban guru kerana kekurangan guru. Seperti yang saya sebutkan, memang ada empat mata pelajaran yang paling banyak kekurangan guru iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan RBT. Jadi kita memang, KPM sentiasa dalam usaha untuk mengambil guru untuk mengatasi masalah ini. Jadi kita pada sesi 2024 Januari, kita akan menempatkan jawatan tetap untuk guru kita sudah dapat daripada SPP. Hari itu Yang Berhormat Menteri pun sudah mengumumkan kita akan dapat lebih daripada 9,000 guru baru akan melaporkan diri di sekolah pada Januari 2024. Jadi langkah-langkah ini untuk mengatasi kekurangan guru akan diteruskan. Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya tanya soalan tambahan? Isu yang sangat penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya tak benarkan.
Berikutannya saya mempersilakan Dato' Verdon bin Bahanda, Yang Berhormat Kudat.
5. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, rancangan kerajaan untuk mewujudkan sebuah Ibu Pejabat Polis di Daerah Pitas, Parlimen Kudat memandangkan Daerah Pitas adalah sebuah daerah penuh, namun Ibu Pejabat Polis masih merujuk kepada Ibu Pejabat Kota Marudu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kudat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pejabat Menteri Dalam Negeri telah mengemukakan Surat Pemakluman bertarikh 4 April 2023 kepada Ahli Parlimen Kudat
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
berkaitan senarai dan status pelaksanaan projek-projek infrastruktur bagi jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Kawasan Parlimen Kudat bagi tahun 2023.
Dato’ Yang di-Pertua, Daerah Pitas berkeluasan 1,423 kilometer persegi, ini bancian 2020 dan mempunyai penduduk seramai 45,358 orang. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, terdapat sebuah balai polis di Pitas yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu. Kekuatan anggota di IPD berkenaan, di Balai Polis Pitas adalah seramai 50 orang, diketuai oleh seorang Ketua Balai Polis berpangkat Inspektor. Nisbah anggaran pegawai anggota Polis dengan jumlah penduduk Daerah Pitas adalah 1:907 dan anggaran ini melebihi nisbah yang digariskan oleh The International Criminal Police Organization (INTERPOL) iaitu 1:250.
Walau bagaimanapun, nisbah yang digariskan oleh INTERPOL bukan bersifat mutlak dan ia merupakan garis panduan untuk dirujuk oleh pihak yang berkepentingan.
Berdasarkan penelitian pihak PDRM, jumlah kekuatan Polis di Pitas mencukupi bagi mentadbir daerah berkenaan. Buat masa ini, pihak Kementerian Dalam Negeri dan PDRM belum merancang untuk mewujudkan sebuah IPD baru di Daerah Pitas memandangkan kekuatan IPD Kota Marudu yang terletak sejauh 46.5 kilometer.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sebagaimana Yang Berhormat sedia tahu, melalui jalan darat masih mencukupi bagi mentadbir keselamatan dan keselamatan awam di Daerah Pitas. Statistik jenayah indek yang direkodkan oleh Balai Polis Pitas bagi tempoh Januari 2021 hingga Ogos 2023, masing-masing sebanyak 33 kes dalam tahun 2021, 25 kes dalam tahun 2022 dan 8 kes sehingga Ogos 2023, menurun.
Kajian dan penelitian dari masa ke semasa, sentiasa kita laksana oleh KDN dan PDRM bagi menilai keperluan menaik taraf kategori sebuah balai polis atau mewujudkan IPD baru selari dengan pertambahan penduduk, pembangunan lokasi serta situasi semasa keselamatan di lokasi berkenaan seperti jumlah laporan polis, jumlah jenayah indek, jumlah sasaran penting dan keluasan sektor rondaan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tapi sebelum saya meneruskan soalan tambahan saya, saya bagi pihak Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, Sarawak mengalu-alukan ketibaan rombongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung N.45 Belaga ke Dewan Parlimen.
[Tepuk] Terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Saya ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Tan Sri Razarudin Husain yang juga Ketua Polis Negara, Ketua Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Polis Kudat, Superitendan Mohd Haris yang telah memilih Banggi sebagai pusat ataupun Program Community Policing pada 20 November yang lepas. Soalan tambahan saya berkenaan dengan keselamatan di dalam kawasan Parlimen saya iaitu kawasan Parlimen Kudat ini adalah kawasan paling utara yang berhampiran dengan sempadan Filipina.
Aktiviti rentas sempadan kerap kali berlaku. Lebih puluhan aktiviti rentas sempadan pada setiap hari dan saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah ada perancangan kerajaan untuk membina pos keselamatan ataupun pos kawalan keselamatan polis maritim di Pulau Sibogo dan Kampung Dogoton, Pulau Banggi untuk mengekang aktiviti rentas sempadan dan juga penyeludupan yang berlaku di kawasan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya, Kudat. Apa keadaan sekalipun, KDN dan PDRM sentiasa meningkatkan keupayaan untuk mengawal keselamatan rakyat Sabah dan juga
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
sekitarnya. Saya hendak sebut dari segi aset pasukan polis marin yang diluluskan oleh kerajaan untuk PDRM, adalah perolehan kapal pengangkutan polis pelbagai kegunaan.
Kita juga meluluskan lima buah bot ronda, 10 buah bot ronda dan penggantian 220 unit enjin sangkut. Selain daripada itu, ada 11 unit bot ronda berserta dua kapal ronda kelas PZ. Ini adalah aset-aset yang ada diluluskan untuk meningkatkan keupayaan polis di setiap berkenaan.
PDRM sendiri melalui pasukan polis marin sentiasa komited dalam pastikan keselamatan perairan negara sebagai yang disebutkan tadi, Yang Berhormat. Ini untuk pastikan ancaman jenayah dan isu-isu penyeludupan bahan terlarang benar-benar terkawal. Dari segi pengoptimum perjawatan pasukan polis marin di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, di mana pertambahan perjawatan APM akan dilaksana bagi mempastikan kesiapsiagaan pasukan polis marin dalam menjalankan penugasan dan pengoperasian harian di perairan negara selari dengan cabaran-cabaran keselamatan semasa hari ini. Pengoptimuman jawatan ini adalah selaras dengan cadangan mengoptimum perjawatan dalam KDNKA.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat perancangan untuk mewujudkan Pos Kawalan Keselamatan (PGA) di Pulau Sibogo dan sedang dilaksanakan memandangkan kelulusan bagi mendapatkan tanah untuk mendirikan pos telah diperolehi daripada kerajaan negeri pada Oktober 2023 lalu, manakala bagi pos kawalan keselamatan PGA di Pulau Dogoton, Pulau Banggi, PDRM berpendapat tiada keperluan ketika ini untuk pembinaan pos PGA kerana terdapat pos Angkatan Tentera Malaysia di pulau tersebut.
Apa pun kita sentiasa melihat perkembangan dan berusaha untuk meningkat keupayaan bagi mengawal keselamatan perairan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Menteri.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih,Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Untuk soalan tambahan 5 saya, berkaitan dengan penubuhan IPD baru.
Saya juga ingin bertanya kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu berkaitan dengan penyelenggaraan IPD-IPD. Kadang-kadang kita tengok IPD-IPD yang ada di seluruh negara lah, terutama sekali saya ambil contoh untuk IPD di Kulim-Bandar Baharu, yang mana agak usang ataupun agak daif.
Apakah perancangan kementerian untuk, untuk orang kata penyelenggaraan IPD- IPD ini orang kata sentiasa segar apabila kita tengok. Kemudian yang keduanya iaitu apakah kementerian juga bercadang untuk menambah kuarters-kuarters kepada anggota polis untuk menampung keperluan mereka, di mana saya pernah mendapat satu berita bahawa seorang anggota polis pernah bercerita kepada saya, di mana beliau terpaksa menyewa bilik sahaja. Dua bilik. Satu untuk dia dan satu untuk isterinya. Untuk nak menyewa satu rumah, dia memberitahu kepada saya tak mampu dan dia terpaksa menyewa bilik saja. Mungkin disebabkan oleh kuarters-kuarters polis ini tidak mencukupi.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, walaupun terkeluar sedikit soalan ini, apa pun saya hendak sebut bahawa memang keutamaan dan perhatian KDN dan juga PDRM untuk meningkatkan fasiliti kemudahan-kemudahan sama ada di IPK, IPD atau pondok polis di seluruh negara. Kita ada senarai keutamaan yang ditentukan oleh PDRM tentang perkara-perkara ini. Isu-isu yang dibangkitkan tadi memang menjadi perhatian kita, dari masa ke semasa kita mahu meningkatkan dan melengkapkan kemudahan-kemudahan.
Ia sebahagian usaha kita untuk menjaga kebajikan kita di peringkat PDRM dan juga meningkat keupayaan bagi kita pastikan supaya kemudahan-kemudahan ini selesa dan memudahkan pihak PDRM, anggota polis untuk buat satu tugas dan tanggungjawab.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih. Kita ke soalan yang ke-6. Dipersilakan Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
*Assalamualaikum.
Kalau ke Kelantan tak makan akok, Macam tak lengkap menjamu makanan, Selamat menyambut Hari Kanak-kanak, Mohon jawab soalan saya nombor enam.* Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
6. Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan pelan tindakan kementerian dan berapa bilangan jabatan dan agensi khusus telah dan akan dilibatkan secara aktif dalam menjaga pembangunan, perlindungan dan kebajikan seramai 9.19 juta orang kanak-kanak iaitu 28.1% daripada penduduk Malaysia, memandangkan ia adalah golongan terpenting dalam membentuk generasi akan datang.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah.
[Membaca selawat]* Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Tumpat ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun memperakukan Dasar Kanak-kanak Negara yang baru dan komprehensif dengan menambah baik Dasar Kanak-kanak sedia ada di bawah KPWKM iaitu Dasar Kanak- kanak Negara dan yang kedua Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara serta mengambil kira elemen kanak-kanak dalam Dasar Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif, Sosial ataupun PEKERTI di bawah LPPKN, KPWKM.
KPWKM juga sedang membangunkan satu pelan tindakan dengan mengambil kira Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Siber (PTCOP) yang telah tamat pada tahun 2020. Dasar Kanak-kanak Negara dan pelan tindakan ini berteraskan kepada Akta Kanak-kanak 2001 dan juga Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
(CRC). Sepanjang pembangunan dasar ini, sebanyak empat sesi libat urus telah pun diadakan yang melibatkan penyertaan aktif pelbagai agensi kerajaan yang terdiri daripada 11 kementerian dan sembilan agensi dan jabatan serta badan-badan bukan kerajaan serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
Dasar ini juga telah dibentangkan di Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Kanak- kanak. Di samping itu juga, satu Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu Pembangunan Dasar Kanak-kanak Negara dan pelan tindakan telah ditubuhkan bagi menyokong proses pembangunan dasar, sekali gus memuktamadkan dasar yang baru nanti.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Selain daripada itu juga, kerajaan telah meluluskan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) bagi menggantikan Bahagian Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, berkuat kuasa 1 September 2023 dan penubuhan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan serta akauntabiliti dalam memastikan perkhidmatan menyeluruh dan profesional dapat diberikan demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.
Pengoperasian JPKK ini akan dilaksanakan secara berfasa dan pada fasa awal ini, pengoperasian JPKK diletakkan di bawah seliaan JKM mulai tahun 2023 sehinggalah 2025, sehinggalah dia boleh berdiri dengan sendirinya pada tahun 2026. Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, KPWKM sangat komited untuk memberikan yang terbaik untuk kanak-kanak kita. Walau bagaimanapun, usaha berterusan dan kerjasama
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
bersepadu di antara semua pihak, termasuklah agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, individu, academician dan semua anggota masyarakat adalah sangat diperlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih. Setelah terbentuknya Jabatan Kanak-kanak ini saya kira pihak kementerian dah mempunyai satu dasar dan pelan tindakan yang jelas. Apakah fokus yang akan diberikan oleh pihak kementerian dalam memastikan bahawa kanak-kanak yang akan kita bentuk ini selari dengan permasalahan yang dihadapi oleh mereka pada masa akan datang. Maksudnya saya ingin tahu tentang fokus pihak kerajaan.
Yang kedua, perjawatan yang diberikan kepada Jabatan Kanak-kanak ya, pertambahan lebih kurang 145 orang di bawah S41. Ia merupakan suatu tambahan kepada bebanan tugas yang telah pun ditanggung oleh JKM sebelum ini dan saya difahamkan bahawa dalam perancangan untuk 2026, dengan pertambahan jawatan lebih kurang 900 akan memberikan nisbah yang lebih rendah kepada pihak kanak-kanak dan juga pegawai untuk dibantu.
Walau bagaimanapun, fokus asal kita bukanlah Jabatan Kanak-kanak ini dibentuk untuk bantuan penerima kanak-kanak tetapi untuk pembangunan kanak-kanak. Jadi, adakah pihak kementerian mempunyai kajian khas perjawatan, berapa keperluan yang diperlukan oleh Jabatan Kanak-kanak, khususnya pada tahun 2026 dan persediaan pihak kementerian untuk melengkapkan kepakaran kanak-kanak di kalangan pegawai ini.
Terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Tumpat. Adapun bagi menjawab pertanyaan ini, saya ingin memberikan penekanan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberikan tumpuan kepada empat hak utama kanak-kanak, iaitulah pertamanya, kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan juga penyertaan mereka. Dalam pada memastikan perkara-perkara ini berlangsung ialah dengan kita mewujudkan sebuah Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dapat berdiri sendirinya dan memberikan nilai tambah berbanding yang sedia ada sekarang, Bahagian Kanak-kanak di bawah JKM dan yang telah kita tubuhkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, perkara ini sepertimana yang saya sebutkan tadi, di dalam pertimbangan dasar dan juga pelan tindakan dan insya-Allah kita akan memanggil juga semua pihak untuk sama-sama turut terlibat, insya-Allah tetapi semua perkara empat hak utama kanak-kanak itu adalah diberikan perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya ingin berkongsikan satu berita yang sangat sedih, dilapor oleh Astro semalam. Kanak-kanak 11 tahun dirogol bergilir-gilir tujuh rakan abang dan yang sangat sedih adalah mendapati kejadian itu disaksikan oleh adik mangsa berusia 9 tahun. This is very cruel dan juga cuba bayangkan apakah mental torture yang dihadapi oleh kanak-kanak yang ada sekarang.
Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah- langkah yang ambil atau undang-undang yang sedia ada ini, undang-undang juvana ini perlu dikaji semula. Kes ini berlaku di Daerah Gerik dan ini adalah sangat sedih kalau melihat setiap hari kes-kes kanak-kanak dirogol dan juga penderaan ini terus berlaku di negara kita. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan dan apakah langkah-langkah ataupun perlu dipertingkatkan ataupun perkuatkan lagi undang-undang.
Maka harus ambil tindakan ataupun membentangkan kertas putih untuk menyelesaikan isu-isu sebegini. Terima kasih.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, isu terkait dengan kanak-kanak yang sepertimana disebutkan tadi adalah isu yang memang sangat memberikan kesedihan kepada kita tetapi pada masa yang sama, kalau kita melihat di sudut Akta Kanak-kanak yang sedia ada, serta akta kesalahan terkait dengan kesalahan seksual kanak-kanak, semua peruntukan itu sebenarnya kalau diguna pakai telah pun mencukupi sekiranya dapat dilaksanakan.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Cuma apa yang menjadi masalah kita sekarang ialah mungkin advokasi dan mungkin kesedaran-kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Sebab itulah di peringkat kita, berusaha keras supaya kita mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini supaya bukan sahaja kita memberikan nilai tambah kepada penambahan jawatan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat juga, tetapi kita boleh memberikan pengkhususan tumpuan. Dengan wujudnya Jabatan Pembangunan Kanak- kanak ini, kita ada pegawai pelindung kanak-kanak dan pegawai kebajikan kanak-kanak yang boleh memberikan tumpuan.
Walau bagaimanapun, kes-kes sepertimana yang disebutkan tadi, dia memerlukan kepada kerjasama semua pihak dan komuniti setempat untuk sama-sama melaporkan dan memberikan perhatian kepada kita dan di sudut Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini Tuan Yang di-Pertua, kita ada sembilan perkara yang boleh membantu.
Pertamanya, pencegahan dengan pertambahan jawatan dan kemudian advokasi.
Advokasi, termasuk juga kepada peranan-peranan komuniti setempat. Peranan ibu ayah untuk menjaga keselamatan anak-anak dan kemudian pemulihan. Ada sokongan.
Sokongan ini melibatkan kepada kerjasama semua kementerian termasuk PDRM juga, termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Komunikasi contohnya.
Sebab kadangkala, perkara-perkara yang berlaku ke atas kanak-kanak ini adalah pengaruh-pengaruh sepertimana pengaruh media sosial, pengaruh Internet contohnya.
Jadi, perkara-perkara itu memerlukan sebenarnya kerjasama semua pihak, the whole nation approach supaya boleh semua pihak memberikan perhatian pada perkara ini.
Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita akan dari semasa ke semasa memberikan tumpuan lagi pada perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Lo Su Fui, Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Sekolah daif banyak di Sabah, Tidak selamat, tidak selesa, Menunggu bajet tak kunjung tiba, Nombor tujuh soalan saya. Terima kasih.
[Tepuk]
7. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Pendidikan menyatakan status baik pulih SK Balung, SK Inderasabah, SK Perdana, SMK Jalan Apas, SK Holy Trinity yang berstatus daif dan berskala enam kategori tidak selamat yang disahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan jaminan tiga sekolah berkenaan disenaraipendekkan dalam Belanjawan 2023 dan RMK- 12.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tawau. Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM telah diluluskan projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah dalam Rolling Plan 3 Tahun 2023, Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Projek ini telah diserahkan kepada JKR Sabah untuk dilaksanakan. Sehingga 22 November 2023, status terkini pelaksanaan projek adalah kerja-kerja awalan sudah selesai dilaksanakan dan projek dijangka akan diiklan tender pada bulan Februari tahun depan, 2024.
Bagi SK Inderasabah, KPM telah diluluskan projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Inderasabah, Tawau, Sabah dalam Rolling Pelan 4 tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan skop projek pelaksanaan kerja-kerja
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
tanah, meroboh bangunan daif dan membina semula tujuh bilik darjah, membina bangunan-bangunan tambahan, yang mengandungi enam bilik darjah dan perolehan perabot, peralatan dan kelengkapan mengikut piawai.
Seterusnya, KPM telah diluluskan projek pembinaan bangunan gantian penuh yang mengandungi enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan mengikut piawai di Sekolah Kebangsaan Perdana, Tawau, Sabah di dalam Rolling Plan 1 tahun 2016 Rancangan Malaysia Kesebelas dengan kos sebanyak RM10.2 juta.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kos anggaran jabatan yang disediakan oleh pihak JKR, didapati kos yang disediakan adalah melebihi kos projek yang diluluskan. Susulan itu, kementerian ini telah mengemukakan permohonan notice of change dengan izin, NOC kos kepada Kementerian Ekonomi pada 20 November 2023.
Projek ini dijangka dapat diiklan tender oleh JKR Sabah sebagai agensi pelaksana pada bulan Januari 2024.
Manakala bagi cadangan pembinaan bangunan gantian di SMK Jalan Apas, KPM merancang untuk mengemukakan permohonan projek pembinaan gantian bangunan daif di sekolah tersebut dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan 5 tahun 2025.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat, keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Bagi Sekolah Kebangsaan Holy Trinity, adalah sekolah berstatus sekolah bantuan kerajaan (SBK). Berdasarkan rekod KPM, kondisi bangunan sekolah ini tidak berada dalam kategori daif. Walau bagaimanapun, pada tahun 2023, KPM telah menyalurkan sumbangan bantuan penyelenggaraan sebanyak RM120,000 kepada Sekolah Kebangsaan Holy Trinity. Sumbangan bantuan ini disalurkan berdasarkan permohonan lembaga pengelola sekolah LPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri yang telah melalui semakan teknikal dan diluluskan oleh KPM.
Secara keseluruhannya, terdapat enam buah sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala enam dan tujuh di Parlimen Tawau. Selain daripada senarai sekolah di atas, terdapat dua lagi sekolah yang mempunyai bangunan daif iaitu SK Tanjung Batu dan SK Kampung Jawa. Kedua-dua sekolah ini telah diluluskan peruntukan dalam RMKe-12 Rolling Plan 3 2023 dan RMKe-12 Rolling Plan 4 2024. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Sabah mencatatkan bilangan sekolah daif yang tinggi iaitu 282 buah atau 34 peratus daripada 830 buah yang ada di seluruh negara. Soalan saya pertama, apakah jaminan dan perancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah ini di Tawau dan Sabah. Kedua, mengapakah kementerian menggugurkan perbelanjaan butiran ubah suai naik taraf sekolah dalam Belanjawan 2024, sedangkan banyak sekolah daif di Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data sekolah yang mempunyai bangunan daif adalah bersifat dinamik dan akan berubah mengikut kondisi bangunan dari masa ke semasa. Berdasarkan semakan KPM sehingga September 2023, terdapat— sudah tambah ya terdapat 1,156 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala enam dan tujuh di seluruh Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 406 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala enam dan tujuh di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebanyak enam buah sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala enam dan tujuh di Parlimen Tawau. Lima buah sekolah telah diluluskan dalam RMLT, manakala sebuah lagi sekolah akan dikemukakan permohonan dalam RMKe-12 Rolling Plan 5 2025.
Berhubung projek menaiktaraf atau pembinaan gantian bangunan daif di sekolah KPM melalui Jabatan Perdana Menteri Sabah sedang meneliti keperluan kebolehlaksanaan pembinaan bangunan gantian di sekolah-sekolah terutama dalam aspek status hak milik tanah, keperluan sebenar serta lebihan baki tanah sekolah sebelum dimohon secara berfasa kepada pihak agensi pusat untuk dipertimbangkan dalam
Puan Lim Hui Ying
Rancangan Malaysia Lima Tahun. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan agensi pusat keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Sedikit lagi ya. Tentang soalan tambahan kedua, berkenaan dengan butiran ubah suai, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, butiran ubah suai naik taraf sekolah iaitu 03502 merupakan butiran yang disediakan di bawah RP3 2023 dan sebelumnya, yang mana menyediakan peruntukan bagi skop projek ubah suai dan naik taraf.
Walau bagaimanapun, pada RP4 2024, terdapat pindaan terhadap butiran projek di bawah KPM, yang mana segala peruntukan melibatkan skop projek selenggara, ubah suai naik taraf dan pembaikan melibatkan bangunan dan infrastruktur di institusi pendidikan akan diletakkan di bawah butiran infrastruktur sokongan pendidikan dengan peruntukan diluluskan sebanyak RM1.288 bilion. Perubahan ini adalah bertujuan untuk memperkemaskan serta menambah baik tadbir urus pengurusan peruntukan dan projek.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Berdasarkan ucapan-ucapan kenyataan-kenyataan Ahli-ahli Parlimen sahabat-sahabat dari wilayah Sabah dan Sarawak, kita dapati banyak sekolah daif yang terdapat di kedua-dua wilayah ini.
Dalam masa yang sama, kerajaan telah meluluskan RM700 juta untuk pembaikan ataupun naik taraf tandas. Jadi bagi saya, apakah keutamaan kepada Kementerian Pendidikan sama ada membaiki tandas ataupun membaiki sekolah-sekolah yang daif.
Ada 8,500 lebih sekolah yang menerima peruntukan untuk menaikatraf tandas dan sebagainya. Jadi saya ingin mendapat penjelasan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ini merupakan dua kes yang tidak sama. Bangunan daif merupakan terutamanya pada skala enam dan tujuh, merupakan bangunan yang mesti dirobohkan dan dibina semula iaitu tidak selamat langsung digunakan untuk mengadakan pembelajaran. Jadi, ini memang setiap tahun akan bertambah sebab keadaan sekolah kian uzur dan selainnya. Jadi, tentang peruntukan menaiktaraf tandas, ini adalah satu peruntukan yang diberikan kepada semua sekolah, kerana semua sekolah memang ada tandas.
Jadi, peruntukan RM70 ribu yang telah disalurkan kepada semua sekolah kerajaan pada tahun ini adalah untuk menaiktaraf keadaan tandas di setiap sekolah. Kita akan buat kedua-dua juga sebab jika tidak ada peruntukan setiap tahun untuk menaiktaraf tandas, setiap tahun sekolah diberi juga peruntukan penyelenggaraan, termasuk juga menjaga kebersihan atau menjaga naik taraf tandas sekali. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Di Kelantan semua adun dapat peruntukan, Tidak kira pembangkang semua diberikan, Soalan saya nombor lapan, Mohon Menteri tolong jawabkan.
8. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah usaha kementerian dalam meningkatkan fasiliti dan kemudahan di klinik-klinik kesihatan seperti kekurangan doktor pakar, ambulans dan sebagainya bagi mengelakkan kesesakan yang sangat teruk di hospital utama.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Baik, sebenarnya berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan, saya sudah berkali-kali menjawab tentang isu ini. Saya juga mohon supaya Yang Berhormat Kuala Krai, rajin-rajinlah melihat kenyataan-kenyataan
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
media saya dan jawapan-jawapan Parlimen. Tetapi apa pun saya rasa bagus juga untuk kita terus bercakap lagi tentang isu ini supaya kita lebih ingat dan melihat apa yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk menambah baik fasiliti serta kemudahan di semua-semua fasiliti- fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat kita laksanakan dan berikan kepada masyarakat setempat. Jadi, bagi inisiatif pembaikan dan juga naik taraf fasiliti daif ini, saya sebut sekali lagi pada tahun ini, sebanyak 436 buah fasiliti kesihatan primer sedang dinaiktaraf dan insya-Allah selesai menjelang akhir tahun ini.
Tetapi berita baiknya disebabkan oleh penjimatan dan tata kelola yang baik yang kita laksanakan di kementerian, kita akan tambah lagi insya-Allah 75 buah fasiliti lagi pada tahun ini. Pada tahun hadapan, sebanyak RM300 juta ditambah untuk kerja yang sama dengan kita memanfaatkan insya-Allah 400 lagi buah fasiliti kesihatan primer. Jadi, Kementerian Kesihatan komited untuk menaiktaraf sebanyak 1,200 buah fasiliti kesihatan daif yang telah kita kenal pasti dan insya-Allah pada tahun 2025 kita harap, kita dapat memberikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang memenuhi keperluan semasa.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga komited bagi memastikan kelancaran penyaluran perkhidmatan rawatan pra hospital. Yang ini juga ditanya dan interfacility kepada rakyat melalui perkhidmatan ambulans. Jadi, untuk tujuan ini proses penggantian kenderaan-kenderaan yang uzur dan penstrukturan jaringan kenderaan ambulans sentiasa kita laksanakan melalui perolehan sama ada secara berpusat di kementerian atau perolehan secara skala kecil di negeri-negeri.
Pada masa ini, kementerian sedang melaksanakan perolehan 590 unit kenderaan ambulans lengkap dengan peralatan perubatan untuk diagihkan ke hospital dan juga klinik-klinik kesihatan. Kenderaan tersebut akan kita mula agihkan insya-Allah ke fasiliti yang telah kita kenal pasti pada suku kedua tahun hadapan 2024. Walaupun demikian, masih lagi tidak cukup.
Kita jangka kita perlu lebih seribu buah lagi, tetapi KKM juga sedang meneroka pilihan lain untuk perkhidmatan ambulans ini. Contohnya secara sewa guna ataupun pay for use seperti konsep Grab. Insya-Allah dengan cara ini dia lebih mudah dan ini akan menggunakan contohnya pendigitalan aplikasi khas dan ini adalah yang sedang kita explore dengan izin ataupun teroka lagi.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Tuan Yang di-Pertua, menjawab pula sebab banyak soalan ini. Yang di-Pertua, saya minta tambah sedikit masa lagi tentang kepakaran. Kepakaran pula di peringkat Klinik Kesihatan seperti mana Yang Berhormat tanya. So, bagi perkhidmatan pakar perubatan keluarga. Pakar perubatan keluarga ini di klinik kesihatan. Sehingga 30 September 2023, KKM mempunyai seramai 812 pegawai perubatan pakar iaitu perubatan keluarga yang ditempatkan di 493 buah klinik kesihatan di seluruh negara yang memberikan perkhidmatan kepakaran di kesihatan primer.
Jadi, bagi menggalakkan lebih ramai doktor untuk melanjutkan pengajian di peringkat pakar ini, kementerian menawarkan penajaan ataupun Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan juga biasiswa kementerian bagi program latihan kepakaran kepada pegawai perubatan lantikan kontrak dan juga KKM bagi mengikuti pengajian sarjana perubatan atau parallel pathway di institusi dalam negara dan juga luar negara.
Bagi tempoh 2019 hingga kini, seramai 2,407 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak yang sedang menjalani latihan kepakaran perubatan keluarga yang terdiri daripada 450 orang program sarjana, 390 lagi dalam latihan kepakaran MICGP
(Ireland) dan 1,562 orang lagi dalam latihan kepakaran FRACGP di Australia.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi untuk mengatasi masalah kelewatan ini juga ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Jawapannya ialah untuk mengatasi masalah kelewatan dan kesesakan perkhidmatan hospital, khususnya pesakit luar di klinik kesihatan juga di Jabatan Kecemasan, kementerian melaksanakan beberapa perkara. Di antaranya, saya baca topiknya sahaja sebab pengisiannya panjang, tetapi di antara yang kita lakukan ialah operasi klinik selepas waktu pejabat (standard hours). Yang ini melibatkan 52 buah klinik di seluruh negara sekarang ini.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Kemudian, kita buat sistem janji temu atas talian Yang Berhormat. Yang ini menggunakan aplikasi MySejahtera. Ini adalah di antara usaha-usaha pendigitalan sistem kesihatan. Kini, sehingga Ogos 2023, sejumlah 903 buah klinik kesihatan yang telah mempunyai kebolehan untuk atur janji melalui aplikasi MySejahtera dan kini juga, saya sudah jawab sebelum ini dalam Dewan yang mulia ini, lebih 35,000 temu janji dalam satu hari kita terima.
Kemudian dalam usaha lain ialah untuk perkhidmatan konsultasi secara maya
(virtual consultation), yang ini kita juga laksanakan. Sekarang ini dah 376 klinik yang melaksanakannya. Inisiatif Bahagian Farmasi juga kita ada buat. Contohnya, pandu lalu.
Jadi, bagi pesakit-pesakit kes kronik ataupun follow-up sahaja tidak perlu datang ke hospital secara fizikal. Boleh ambil ubat di farmasi pandu lalu ataupun usaha-usaha lain; Pos Laju, ada sistem “box” dan juga berbagai-bagai.
Yang terakhirnya, yang kita perkenalkan ialah sistem Skim Perubatan MADANI.
Yang ini alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat, khususnya daripada golongan B40 ini. Yang ini sehingga November, kita telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 penerima manfaat yang menerima lebih daripada 500,000 – sebenarnya hampir 600,000 rawatan diberikan di 2,347 klinik swasta yang telah pun berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan walaupun disebut telah menyatakan ataupun menjawab beberapa kali di dalam isu ini dan juga turut jawab dengan panjang lebar terhadap soalan yang saya bangkitkan.
Sebenarnya saya bermaksud ialah berkaitan dengan klinik-klinik kesihatan yang telah pun siap dibina ataupun diperbaharui. Memang saya sedar projek-projek menaik taraf klinik-klinik kesihatan ini memang sedang berlangsung. Ada yang mendapat bangunan baru secara totally dan ada yang dibina di kawasan yang sama tetapi dinaik taraf. Tetapi isunya ialah klinik-klinik kesihatan yang cantik, canggih ini jika tidak diisi dengan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya, pelanggan dan juga pesakit sudah pasti akan tertumpu ke hospital. Contohlah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
...beberapa klinik kesihatan di Kuala Krai yang telah siap dibina dalam tahun lepas dan juga tahun ini. Pelanggannya ada sekitar 20, 30 orang sahaja sehari, sedangkan kemudahannya ataupun kliniknya baru, cantik. Jadi, inilah isu yang saya bangkitkan.
Jadi, berdasarkan kepada soalan saya ini, klinik kesihatan diklasifikasikan tujuh, berdasarkan bilangan purata kedatangan sehari. Adakah pihak KKM telah membuat kajian kemungkinan kekurangan pelanggan yang datang disebabkan kekurangan kemudahan di KK berkenaan?
Jika kemudahan disediakan dengan sebaiknya, pesakit ataupun pelanggan sudah pasti akan memilih KK berbanding hospital ataupun KKB atas faktor dekat dengan kediaman mereka dan masa menunggu tidak lama. Jadi, adakah pihak KKM akan menilai semula isu yang saya bangkitkan ini? Terima kasih, Yang Berhormat.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Kuala Krai. Saya bersetuju. Kali ini, yang ini memang saya setuju dan memang kita dalam meneroka dan insya-Allah akan melaksanakan. Saya bersetuju bahawa memang KK sekarang ini kita ada satu hingga tujuh dan kelengkapan memang sangat tidak menepatilah keperluan penduduk sekitar.
Jadi, disebabkan oleh klinik kesihatan ini adalah klinik yang paling hampir dengan komuniti, maka insya-Allah kita akan buat satu dasar baru, di mana klinik-klinik yang akan datang ini kita hanya buat 4-3-2 dan 1. Jadi maksudnya, sekurang-kurangnya di klinik yang hampir dengan komuniti, diberikan fasiliti seperti X-ray contohnya, ataupun lab laboratory. Jadi, mereka tak perlulah seperti Yang Berhormat sebut pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Jadi, kes-kes yang sederhana atau biasa, yang mudah ini, dapat terus dilaksanakan atau diberikan treatment di KK terus. Jadi, insya-Allah kita akan berusaha ke arah itu, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Miri.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Menteri. Ini jawapan yang saya tunggu sebenarnya, terima kasih.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari UM, UPM, INTI, BAC, HELP, TAR UMT, dan juga anak muda-anak muda dari Miri dan Kuching.
Soalan saya Puan Yang di-Pertua, kita amat berterima kasih kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan fasiliti di klinik kesihatan dan juga hospital. Tetapi umum tahu Sarawak masih lagi tidak mencukupi bilangan pegawai perubatan dan doktor dan antara cabarannya adalah disebabkan ramai yang menolak tawaran untuk berkhidmat di Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman.
Persoalan saya adalah, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan adakah kerajaan mempunyai usaha untuk meningkatkan bilangan pelajar lepasan perubatan di Sarawak dan juga memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak untuk mendapat jawatan tetap doktor? Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Betul, insya-Allah ini juga merupakan satu di antara perkara-perkara yang sedang dalam perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia dan kita juga sedang berusaha, bekerjasama juga dengan kerajaan-kerajaan negeri, khususnya di Sabah dan Sarawak untuk memastikan lebih ramai mereka-mereka ataupun pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak berminat untuk menceburi bidang-bidang, bukan sahaja kedoktoran bahkan berkaitan dengan apa orang kata, sistem kesihatan.
Begitu juga dengan nurses, contohnya. Semalam saya juga telah menjawab di antara cara yang kita cuba atasi untuk meningkatkan lebih ramai mereka-mereka di Sabah dan Sarawak berminat untuk menyertai bidang kejururawatan, contohnya.
Jadi, kita juga sedang melihat sama ada kita boleh menurunkan kelayakan untuk masuk ke program-program tersebut. Tetapi kita perlukan lebih masa untuk train mereka, untuk latih mereka. Jadi, insya-Allah, itu semua menjadi keutamaan dan kita akan cuba atasi dan memberikan ataupun melaksanakan dasar baru nanti untuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Untuk soalan seterusnya, Yang Berhormat tidak berada dalam Dewan. Jadi, saya pergi nombor 10, Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.
[Soalan No. 9 – YB. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jelebu) tidak hadir]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Tetapi sebelum itu, minta izin mohon sangat-sangat supaya Menteri, Timbalan Menteri janganlah jawab panjang sangat. Bagilah ruang untuk orang tanya soalan. Soalan saya nombor 10.
10. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan kementerian untuk mengurangkan kos bayaran bagi pengambilan lesen terutama lesen motor dan kereta disebabkan ramainya anak-anak remaja tidak mempunyai lesen atas sebab tiada kemampuan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya janji akan jawab dengan pendek.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memahami akan kekangan kewangan yang dihadapi oleh golongan B40 dan belia untuk mendapatkan lesen memandu di institut memandu.
Atas keprihatinan tersebut, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan telah memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta bagi program MyLesen
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
tahun 2023 yang telah memanfaatkan 13,000 peserta daripada golongan B40 dan belia untuk mendapatkan lesen yang sewajarnya secara percuma dan seterusnya membuka peluang pekerjaan di dalam sektor gig economy, pengangkutan awam dan pelancongan.
Sehingga 19 November 2023, jumlah peserta yang telah berdaftar di IM bagi mendapatkan lesen terlibat secara percuma adalah sebanyak 9,994 peserta.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Program ini bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada golongan B40, khususnya ketua isi rumah untuk menjana pendapatan melalui manfaat lesen yang diperolehi daripada inisiatif ini, di samping memberikan kesedaran mengenai peraturan dan aspek keselamatan jalan raya melalui kehadiran ke sesi kelas, latihan dan ujian.
Individu yang berminat akan dikehendaki menjalani program ini selama tiga hingga lima bulan dengan kerjasama institut memandu di seluruh Malaysia bagi tujuan sesi latihan, kelas dan ujian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya tambahan ini berkait dengan warga asing sebenarnya yang memandu tanpa lesen dan saya yakin mereka ramai tak ada lesen. Saya cuma ingin jawapan daripada YB Menteri, apakah tindakan yang boleh diambil oleh warga asing, sebab apa bila berlaku accident memang jadi masalah besar dan saya just nak tahu saja, apakah tindakan daripada kementerian mengenai warga asing yang tidak ada lesen, accident dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Puan Yang di-Pertua, saya nak tanya balik kepada Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat mencadangkan supaya kita lesenkan warga asing ini?
[Ketawa]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ya, saya tidak bermaksud begitu. Saya perlukan tindakan. Apakah tindakan daripada kementerian?
Tuan Loke Siew Fook
Kalau tindakan, tindakan penguatkuasaanlah. Tindakan penguatkuasaan dijalankan sepanjang masa oleh pihak polis, pihak JPJ. Dua-dua pihak penguatkuasaan ini ke atas undang-undang jalan raya, kita kuatkuasakan undang-undang dan kalau ada sekatan-sekatan jalan raya, kita melihat kalau ada pemandu-pemandu yang dilihat mungkin bukannya warga tempatan, dia boleh diberhentikan dan dikuatkuasakan undang-undang. Jadi, akan disaman dan sebagainya.
Jadi, walaupun kita menjalankan penguatkuasaan, sudah tentu kadangkala tidak dapat kita pastikan semua mematuhi peraturan tersebut dan ada juga di kalangan warga asing yang memandu dan kadangkala kalau terlibat dalam kemalangan jalan raya, pelbagai kesan sampingan akan timbul. Jadi, itu juga merupakan satu dilema yang kita hadapi pada satu pihak, kita tak bersetuju untuk melesenkan mereka.
Tetapi pada masa yang sama, sudah tentu ramai warga asing di negara kita kalau yang mungkin dia terlibat juga dalam pemanduan kereta dan sebagainya, termasuk juga kenderaan-kenderaan perdagangan. Namun begitu, penguatkuasaan yang tegas sentiasa diambil. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih pada Puan Speaker. Berkenaan dengan program MyLesen yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, saya berterima kasih kepada pihak kementerian kerana di kawasan saya Batang Lupar hampir 2,000 peserta yang telah mengikuti program MyLesen ini.
Tapi saya ada soalan. Pertanyaan saya adalah boleh tidak pihak kementerian untuk memansuhkan keseluruhan kos untuk program MyLesen ini, memandangkan pada masa sekarang peserta yang ingin menyertai MyLesen ini dikenakan bayaran oleh IM yang terlibat iaitu sebanyak 250. Apakah pihak kerajaan merancang untuk memansuhkan dan pihak kerajaan menanggung subsidi untuk program MyLesen ini? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat yang pertamanya, program MyLesen B2 ini memang percuma tapi dia hanya kepada golongan sasaran saja iaitu kepada kumpulan B40. Seperti yang saya nyatakan untuk tahun 2023 ini, 9,994 orang telah pun mendapat
Tuan Loke Siew Fook
dalam program MyLesen ini. Dia ada juga sebahagian walaupun keseluruhannya 13,000 itu sebahagiannya untuk GDL dan juga PSV dan sebagainya.
Untuk B2 ini, memang kalau kita nak hapuskan keseluruhan dan menanggung keseluruhannya, implikasi kewangannya cukup besar. Tetapi pada tahun hadapan kita nak memperbesarkan lagi ataupun memperluaskan lagi program B2 ini kepada lebih ramai peserta dengan memberikan bayaran secara percuma iaitu kita akan mencari pendekatan bagaimana kita dapat menampung perbelanjaan tersebut. Jadi, tahun depan kita akan cuba menambah bilangan peserta yang mendapat B2 secara percuma ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Usul. Siapa nak bawa usul?
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 27 November 2023.”
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesebelas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.60 dan Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Bukit Bendera, YB Tanah Merah, YB Sri Gading, YB Ketereh, YB Kepong, YB Lumut, YB Pasir Gudang, YB Pendang, YB Jelutong, YB Padang Serai, YB Batu Pahat, YB Tangga Batu, YB Sik, YB Arau dan YB Ipoh Timur.
Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi ruang dan juga peluang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan.
Jadi, saya akan terus ke Butiran 020000 khususnya sebab Butiran 020100 – Bantuan Bersama. Saya ingin bangkitkan peranan wanita khususnya dalam Anggota Tentera Malaysia. Jadi, golongan wanita memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan juga keselamatan negara.
Jadi menurut statistik yang telah diberikan dari pihak kementerian, terdapat sebanyak jumlah 3,691 anggota wanita yang berkhidmat dalam TLDM, jumlah 1,319 anggota wanita yang berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dan juga bagi Angkatan Tentera Diraja Malaysia untuk angkatan tetap dan juga askar Wataniah terdapat jumlah sebahagian sebanyak 21,072 anggota wanita.
Jadi, dalam Angkatan Tentera Malaysia, terdapat ramai anggota wanita yang terserlah. Jadi, termasuk nombor satu, Leftenan Komander Puteri Syazwani Megat Ahmad Shariman yang merupakan wanita pertama mempunyai kemahiran musnah peluru dan juga bahan letupan.
Jadi kedua, Janusha a/p Bala Krishnan Muthiah iaitu pegawai wanita pertama dari Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di United States Naval Academy dengan izin, pada tahun 2022.
Ketiga, Laksamana Pertama Rohana binti Jupri yang menjadi wanita pertama dinaikkan ke pangkat tersebut pada tahun 2020 dan seterusnya, Leftenan Kolonel Norhana Abd Manaf, juruterbang helikopter wanita pertama di Malaysia dan juga Mejar Patricia Yapp yang merupakan juruterbang tempur wanita pertama di Asia.
Jadi, menurut Butiran 010000 – Pengurusan. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa wanita dalam anggota tentera diberi layanan yang sama rata malah mewujudkan satu persekitaran kerjaya selamat, termasuklah dengan menetapkan peraturan dan juga garis panduan untuk mencegah gangguan seksual dan juga diskriminasi berdasarkan jantina.
Jadi, Kertas Putih Pertahanan pada tahun 2020 telah menetapkan matlamat untuk mencapai sasaran 10 peratus golongan wanita untuk menyertai ATM pada masa terdekat.
Jadi, menurut kertas putih tersebut, kerajaan akan mengutamakan pengambilan individu- individu yang berkelayakan, yang kompeten terutamanya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan seterusnya.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, KPP ini berjanji bahawa kerajaan akan terus menyediakan sokongan yang sewajarnya kepada wanita dalam ATM termasuklah peluang untuk peningkatan kerja yang saksama, kemudahan bilik penyusuan dan juga subsidi perkhidmatan penjagaan anak bagi menggalakkan penyertaan wanita sebagai tenaga kerja. Jadi persoalannya adakah inisiatif-inisiatif tersebut telah dilaksanakan? Juga, adakah kerajaan akan memberi lebih peruntukan untuk lebih teruskan usaha-usaha ini?
Jadi, sebenarnya sasaran 10 peratus ini agak rendah, memandangkan populasi wanita di Malaysia adalah 47.4 peratus iaitu hampir separuh. Malahan graduan-graduan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
wanita di IPTA telah juga mencecah 70 peratus daripada jumlah graduan. Jadi, kerajaan juga perlu mengambil inisiatif untuk menarikkan penyertaan wanita dalam tentera dengan mengadakan kempen ataupun roadshow dengan izin, pengambilan anggota baru untuk memaparkan kewibawaan wanita dalam tentera untuk mengubah persepsi bahawa ketenteraan semata-mata satu bidang yang diceburi oleh kaum lelaki.
Jadi, saya juga tertarik dengan kenyataan Leftenan Kolonel Puteri Syazwani yang telah menyatakan di mana beliau kata, “Walaupun golongan wanita mungkin ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding kaum lelaki, namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, ilmu pengetahuan dan juga kebijaksanaan personaliti.” Jadi Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan iaitu menambahkan fasiliti di pejabat-pejabat dan juga kem-kem tentera untuk memudahkan penugasan wanita, termasuklah bilik air wanita dan juga bilik penyusuan. Di sini saya juga mencadangkan bahawa jawatankuasa hal ehwal wanita diwujudkan di ketiga-ketiga perkhidmatan ATM dan juga di tahap kementerian bagi menyelaraskan dasar-dasar berkaitan dengan pemerkasaan wanita dan kebajikan anggota wanita di tentera Malaysia.
Puan Pengerusi, minta satu minit lagi untuk tambah, nak landing. Jadi dengan ini, keamanan sejagat hanya boleh dicapai apabila wanita dan lelaki bekerjasama sebagai rakan secara dalam rangka menguruskan konflik serta mewujudkan keamanan yang lestari. Jadi, sememangnya golongan wanita memainkan peranan yang amat penting dalam Angkatan Tentera Malaysia, sama ada dalam kemahiran strategik, komunikasi, logistik, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya terutamanya dalam menjalankan tugas misi kemanusiaan dan juga misi pengamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Jadi, wanita sudah tentu mampu membawa sudut pandangan dan juga pengalaman yang unik serta amat bernilai dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan ketenteraan dan juga pertahanan, sebuah proses yang selalunya dilihat dari sudut pandang lelaki semata-mata. Jadi, dengan ini saya mengakhiri perbahasan saya dengan satu kata-kata iaitu jangan lupa ya bahawa tangan yang menghayun buaian juga mampu membawa kereta kebal.
[Tepuk] Jadi dengan itu sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua Speaker dan juga terima kasih kepada kehadiran Menhan dan Timbalannya. Ini menunjukkan kedua-dua mereka ini prihatin dan cakna kepada isu yang akan kita semua bangkitkan, tahniah.
Saya akan membangkitkan beberapa butiran yang saya anggap penting dalam usaha kita untuk melindungi kepentingan dan menjaga kebajikan anggota tentera bagi membantu mereka melaksanakan tugas menjaga kedaulatan negara. Keterjaminan kemajuan negara yang berterusan bergantung kepada aspek kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia mempertahankan kedaulatan sempadan dan perairan negara adalah satu kewajipan semua pihak memberi perhatian penuh terhadap aspek kebajikan anggota dan ahli keluarga mereka secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Butiran 030800 – Head to Toe di bawah Butiran 030000 – Program Khusus yang berjumlah RM140 juta di mana jumlah peruntukan yang sama juga telah diberikan kepada MINDEF pada tahun sebelumnya untuk tahun ini. Saya mohon bertanya kepada MINDEF mengenai pelaksanaan perolehan pakaian sukan untuk anggota tentera di bawah ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu laut, darat dan udara.
Saya kerap menerima cadangan dan juga rungutan mengenai pelaksanaan perolehan pakaian dan kasut sukan untuk anggota tentera khususnya kepada perajurit muda yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Saya difahamkan pada ketika ini MINDEF melaksanakan perolehan bagi pakaian sukan termasuk kasut dan stoking sukan untuk barangan yang tiada jenama. Dalam bahasa pasar di sini kita panggil cap ayam, maaf ya, ataupun kurang bermutu.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ini berbeza dengan pelaksanaan perolehan di negara jiran kita di Singapura yang memilih jenama berantarabangsa untuk anggota tentera mereka yang terbukti berkualiti tinggi iaitu jenama New Balance. Saya percaya jumlah RM140 juta yang diperuntukkan untuk tahun 2024 dan juga 2023 kalau digabungkan berjumlah RM280 juta cukup untuk MINDEF melaksanakan perolehan bagi pakaian sukan yang berkualiti tinggi dan berjenama antarabangsa.
Mungkin sudah tiba masanya MINDEF untuk mempertimbangkan perolehan secara tender terbuka antarabangsa bagi program head to toe ini memperoleh pakaian sukan berjenama berkualiti contohnya Nike, Adidas, Under Armour ataupun dengan New Balance agar anggota tentera kita sentiasa di bekal dengan barangan berkualiti tinggi dan tahan lasak.
*Hari minggu ke Pekan Selama, Singgah sebentar melihat orang menganyam, Berikan tentera kita barang berjenama, Jangan diberikan barang cap ayam.
[Tepuk]* Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pakaian yang sedia ada termasuk kasut dan juga stoking sukan yang diperoleh untuk anggota tentera mudah koyak dan cepat rosak. Ia juga tidak melalui inspection di dalam makmal sukan secara intensif. Selain daripada pakaian sukan, saya juga ingin mencadangkan perkara yang sama turut dibuat bagi keperluan pakaian lain untuk anggota tentera seperti pakaian dalam, tudung wanita, tracksuit dan lain-lain. Saya minta penjelasan daripada MINDEF mengenai perkara ini.
Kalau Dewan yang mulia ini boleh diberitahu siapakah pembekal, lagi bagus.
Untuk butiran kedua, saya rujuk Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia juga di bawah Butiran 030000 – Program Khusus di mana peruntukan untuk tahun 2024 adalah berjumlah RM917.43 juta iaitu bertambah sangat banyak berbanding peruntukan untuk tahun ini iaitu yang tahun ini berjumlah RM285.9 juta.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bagi projek pembangunan sama ada bina baru atau pembaikan, prosedur perolehan akan memakan masa yang lama merentasi tahun kewangan fiskal iaitu daripada proses pengiklanan kepada anugerah tender. Saya mahu bertanya kepada MINDEF, untuk peruntukan tahun ini iaitu 2023 berjumlah RM285.9 juta, berapakah jumlah yang berjaya dibelanjakan? Apakah MINDEF juga melaksanakan pindaan terhadap peruntukan yang diterima bagi tujuan pembaikan rumah untuk tahun 2023 kepada butiran lain?
Kenapa saya tanya soalan ini adalah peruntukan untuk tahun 2024 begitu banyak iaitu tiga kali ganda. Apakah jaminan MINDEF peruntukan begitu banyak akan dapat dihabiskan pada tahun ini juga tanpa sebarang pindaan kepada butiran VOT yang lain?
Selain daripada itu juga, saya ingin penjelasan daripada MINDEF daripada peruntukan RM917.43 juta peruntukan untuk tahun hadapan, berapakah yang akan dibelanja untuk pembaikan Rumah Keluarga Angkatan Tentera yang lama? Ini kerana pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM400 juta hanya untuk pembaikan rumah RKAT.
Kenapa saya bangkitkan perkara ini adalah melalui perbincangan dan pengetahuan saya, kebanyakan rumah RKAT yang dibina pada tahun 1970-an iaitu blok flat empat tingkat, ia sudah tidak lagi sesuai dibaiki. Blok-blok ini mengalami banyak masalah seperti sistem wayar elektrik yang usang, sistem kumbahan yang tersumbat dan bangunannya merbahaya terutama kepada anak-anak kecil.
Justeru, sebagaimana yang saya bangkitkan di Dewan yang mulia sebelum ini, adalah lebih baik cadangan pembaikan rumah RKAT empat tingkat ini tidak dilakukan dan MINDEF disyorkan meroboh sahaja flat empat tingkat yang ada dan membina RKAT yang baharu yang lebih kondusif dan selesa untuk anggota tentera. Saya mohon maklum balas daripada MINDEF tentang perkara ini. Saya juga ingin merujuk kepada...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
...Okey dua lagi ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Sikit lagi ya. Saya juga ingin merujuk Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain) sebanyak RM36.7 juta. Saya mohon penjelasan kepada MINDEF mengenai status pelaksanaan makmal kotak hitam di STRIDE yang sepatutnya sudah mampu menjalankan analisis cockpit voice recorder (CVR) dan juga analisis black box atau kotak hitam pesawat, sekiranya berlaku kemalangan udara di Malaysia.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya ingin merujuk kepada dua insiden udara terbesar yang pernah dialami oleh negara iaitu melibatkan pesawat MH370 dan juga pesawat MH17 pada tahun 2015 di mana susulan daripada kejadian itu sewaktu LIMA 2017, kerajaan telah mengumumkan usaha negara untuk mempunyai keupayaan menganalisis kotak hitam sendiri berbanding ia dihantar ke luar negara. Saya juga rujuk insiden terkini yang berlaku di Lebuhraya Guthrie, Elmina pada 17 Ogos tahun ini yang lalu, di mana Menteri Pengangkutan mengumumkan CVR pesawat berkenaan akan dihantar ke luar negara untuk dianalisis.
Soalan saya kepada MINDEF, apakah STRIDE masih tidak mempunyai makmal kotak hitam sebagaimana yang diumumkan pada LIMA 2017 yang lalu? Mengapakah perkara ini tidak direalisasikan walaupun sudah banyak insiden kemalangan pesawat berlaku sama ada di Malaysia mahupun di rantau ini? Di mana nilai tambah STRIDE dengan peruntukan berjumlah RM36.7 juta sekiranya CVR pun masih belum boleh dianalisis dalam negara? Selain itu juga, saya mohon bertanya mengenai program antarabangsa yang akan dilaksanakan di Tropika Training Centre (TTC) di bawah STRIDE untuk tahun hadapan. Berapakah...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey, yang terakhir ya.
Berapakah peruntukan yang akan disediakan bagi membangunkan program-program pembangunan TTC bagi merealisasikan aspirasi menjadikan STRIDE atau TTC sebagai pusat rujukan utama dunia?
Saya khuatir peranan STRIDE walaupun dengan peruntukan begitu banyak, hanya akan dihadkan kepada pusat persenjataan — ujian persenjataan ringan iaitu rifle atau peluru sahaja berbanding ianya dikembangkan lagi kepada bidang-bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan yang lebih luas seperti kajian vaksin, mahupun bidang berkaitan senjata biologi dan biokimia.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya juga...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ya. Ini dah nak tutup dah ini. Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, janji Menteri untuk memberi jawapan bertulis di peringkat Dasar masih belum saya dapat hingga hari ini. Saya harap janji itu dapat dilaksanakan segera.
Selesai sudah ucapan bahas diberi, Semoga mendapat perhatian Menteri, Jasa tentera banyak tak terperi, Kebajikan mereka harus diteliti Pak Menteri. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam tengah hari. Terima kasih Pengerusi.
Pertama sekali butiran berkaitan dengan 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain) di mana berlaku pengurangan sebanyak RM839,000. Berdasarkan urusan penyelidikan ini, Sri Gading ingin menyentuh sedikit mengenai isu pelaksanaan PLKN 3.0 yang diumumkan pada bulan lepas.
Di dalam perkara ini, ada perkara melibatkan penyelidikan dan pihak kementerian juga ada memaklumkan kementerian akan memaklumkan penyelidikan akan dijalankan bagi menambah baik inisiatif PLKN 3.0.
Jadi soalan saya, adakah kerajaan bersedia membuka ruang kepada NGO atau CSO bagi menjadi sebahagian jawatankuasa khas dalam menyiapkan kajian dan laporan penuh pelaksanaan PLKN 3.0? Ini kerana NGO dan CSO ini merupakan organisasi yang banyak melakukan libat urus bersama komuniti dan akar umbi.
Bagi saya, peranan NGO, CSO akan lebih membantu pihak kementerian dalam laporan pelaksanaan PLKN kali ini. Sebagai contoh, Persatuan Pendidikan Diversiti atau AOD dalam sebulan ini telah mencadangkan satu Kertas Putih PLKN 3.0 yang merumuskan cadangan penambah baik bagi PLKN 3.0 termasuk model-model khidmat negara di negara lain. Mereka juga telah melakukan perbincangan bersama bekas pelatih dan jurulatih baru-baru ini untuk mengambil pandangan mereka. Bagi Sri Gading, CSO sebegini harus diberi ruang untuk diambil pandangan dan cadangan mereka dibawa kepada Jawatankuasa Pelaksanaan PLKN 3.0 untuk dipertimbangkan.
Seterusnya, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Melihatkan kepada penambahan sebanyak RM160 juta lebih bahawa terdapat peningkatan yang begitu tinggi di mana komitmen Kerajaan Madani membela nasib veteran negara. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh JHEV, seramai kira-kira 40,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia masih belum mendaftar dengan JHEV. Ini telah menyukarkan JHEV untuk menyalurkan bantuan.
Apakah ada mekanisme yang sudah dirancang oleh kerajaan untuk mewajibkan pendaftaran veteran? Bolehkah kerajaan perincikan daripada peruntukan sebanyak 24 ini, berapa yang akan digunakan untuk menampung kemudahan perubatan untuk veteran ATM berpencen dan tidak berpencen? Adakah dengan peruntukan ini, adakah kerajaan juga melihat kepada keperluan kesihatan yang melibatkan kesihatan mental untuk veteran?
Soalan seterusnya, adakah kerajaan sudah memuktamadkan perancangan untuk mewujudkan jawatankuasa JHEV di setiap negeri seperti contoh di Kelantan dan Terengganu yang sekarang berkongsi di JHEV yang sama? Apakah program-program yang telah dirangka untuk memastikan bukan sahaja ekonomi dan kesihatan terjamin malah kesihatan sosial veteran juga terjaga?
Butiran seterusnya, 030400 – Pengoperasian di ESSZONE. Melihat kepada butiran berkenaan merujuk kepada pengoperasian di ESSZONE ini, terdapat peningkatan sebanyak RM14,700,000 lebih. Terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa memastikan keselamatan tertinggi di kawasan berkenaan. Dengan peruntukan ini, apakah akan ada pertambahan anggota di kawasan tersebut? Jika ada, minta kementerian perincikan. Apakah akan ada aset-aset baharu akan digunakan di ESSZONE demi memastikan keselamatan kawasan ini?
Seterusnya, Malaysia bersama Brunei, Indonesia dan Filipina pernah melaksanakan Ops Maharlika dalam meningkatkan keselamatan di kawasan perairan Sabah dan berjaya menahan pesalah yang telah melanggar undang-undang negara.
Bolehkah kerajaan beri status terkini berkenaan operasi ini sama ada ia masih diteruskan atau tidak? Jika ya, bagaimana tahap kesiapsiagaan aset ketenteraan dan keselamatan negara dalam melaksanakan operasi ini? Bolehkah kementerian membentangkan kepada Dewan apakah tahap kooperasi dari orang awam dan komuniti di kawasan ESSZONE?
Apakah terdapat sebarang program yang dilaksanakan bersama komuniti di kawasan- kawasan ini?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Akhir sekali, Butiran 030900 – Penganjuran LIMA. Melihat kepada Butiran 030900 yang merujuk kepada penganjuran LIMA, tiada peruntukan diperuntukkan untuk tahun 2024 selaras dengan penganjuran LIMA yang hanya akan dijalankan pada 2025. Selepas penganjuran LIMA pada tahun ini, kita dapat melihat penerimaan yang baik daripada syarikat-syarikat yang ingin menyertai acara ini. Apakah status terkini berkenaan pembesaran kawasan pameran LIMA? Bila dijangka ia akan siap untuk memastikan persiapan awal dapat dicapai? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sekejap. Terima kasih kepada Puan Speaker. Terima kasih juga saya ucapkan kepada 68 pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan sembilan orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut yang hadir pada pagi ini berpakaian batik hitam.
[Tepuk] Semoga berjaya dalam peperiksaan STPM akan datang. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih Puan Pengerusi.
Di sini saya terus kepada Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Belanjawan 2024 menyaksikan Jabatan Hal Ehwal Veteran telah mendapat peruntukan sebanyak RM272.2 juta, meningkat sebanyak RM160.7 juta berbanding dengan Belanjawan 2023. Dengan penambahan tersebut, saya ingin tahu apakah perancangan Kementerian Pertahanan dalam melaksanakan dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh veteran?
Di sini saya ingin cadangkan penambahan kakitangan di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jawatan baharu juga perlu diadakan di daerah-daerah memandangkan kedudukannya agak jauh dari Pejabat Hal Ehwal Veteran Negeri. Buat masa ini, Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran Daerah tidak ada sebarang gaji atau elaun untuk digunakan bagi menjalankan tugas mereka. Minta MINDEF consider untuk perjawatan tersebut.
Merujuk kepada Kod (Objek Am) 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap yang mana untuk belanjawan kali ini telah diperuntukkan sebanyak RM231.2 juta di mana meningkat sebanyak RM155.5 juta berbanding Belanjawan 2023. Di sini saya ingin tahu butir-butir perbelanjaan dan adakah ia dibelanjakan mengikut keutamaan?
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 010200 juga, isu pelarasan pencen. Isu pelarasan pencen ini kepada lebih kurang 78,000 lebih veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Buat masa ini ia nya tidak perlu lagi dibincangkan atau dikaji, dan hanya perlu laksanakan mengikut undang-undang yang sedia ada. Bayaran pelarasan pencen ini berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.
Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan menetapkan dan mengiktiraf ATM sebagai perkhidmatan awam yang utama dalam senarai kedudukan terkanan berbanding dengan perkhidmatan awam yang lain. Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Majlis Angkatan Tentera sahaja yang mempunyai bidang kuasa mengenai tiga perkara iaitu pentadbiran, pemerintahan dan disiplin angkatan tentera.
Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak ada bidang kuasa terhadap ATM yang telah dikeluarkan daripada senarai perkhidmatan di bawah tanggungjawabnya. Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972 menyatakan Majlis Angkatan Tentera telah diberi bidang kuasa undang- undang membentuk satu Peraturan (Pencen, Ganjaran, Faedah-faedah Lain) ATM 1982.
Peruntukan di Bahagian V Peraturan-peraturan Anggota Tetap (Pencen, Ganjaran dan
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Faedah-faedah Lain) 1982 merupakan garis panduan pelarasan pencen veteran ATM yang diperakukan oleh Majlis Angkatan Tentera.
Sudah lebih 10 tahun mereka menunggu pelarasan pencen ini dilaksanakan kerana ia nya hak mereka dan wajib dijelaskan oleh kerajaan. Ingin saya ingatkan sekali lagi kepada Kementerian Pertahanan bahawa veteran ini bukan menagih simpati daripada kerajaan tetapi menuntut hak mereka.
Untuk makluman Dato’ Pengerusi dan semua Ahli-ahli Dewan yang mulia, sejak tahun 2013 saya tidak pernah mendengar satu pun Menteri Pertahanan termasuk Menteri Pertahanan sekarang yang dah menerajui kementerian hampir setahun, membawa isu ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet. Kalau ada, beritahu saya, tetapi saya tak dengar. Tak pernah dengar lagi.
Di sini saya menggesa...
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Yang di-Pertua, saya beri penerangan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Nanti dulu sekejap. Dah nak habis dah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Macam mana Ketereh tahu saya tak pernah bawa?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Itulah saya kata. Kalau ada beritahu saya.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya ada bawa.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Tetapi saya tak dengar.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya ada bawa banyak kali.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Kena beritahulah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya, tetapi tuduhan itu tarik baliklah...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
...Tarik balik.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya tarik balik kalau benda itu dibawa di ini...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya bawa ke Kabinet.
Tuduhan tadi mengatakan saya tak bawa. Tarik balik.
Beberapa Ahli
...Tarik balik.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Minta tarik balik kerana itu tuduhan. Itu bukan kenyataan. Itu tuduhan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Bukan satu tuduhan. Saya kata, saya kata- dengar dulu. Saya kata kalau bawa, okey. Kalau tak bawa, bawalah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tarik balik. Tarik balik.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey, tariklah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Okey, terima kasih.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Di sini saya menggesa kepimpinan Kementerian Pertahanan sekarang untuk membawa isu pelarasan pencen ini dibincangkan dalam Majlis Angkatan Tentera dan seterusnya membawa perkara ini ke Mesyuarat Kabinet akan datang untuk diluluskan. Di sini saya juga...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ingin tahu, berapa implikasi kewangan yang melibatkan pelarasan pencen ini. Apakah rancangan Kementerian Pertahanan selepas ini untuk menyelesaikannya? Saya harap selepas ini tiada lagi jawapan daripada Menteri Pertahanan untuk mengkaji atau berbincang atau apa-apa lagi kerana undang-undang yang sedia ada dah cukup untuk membuktikan kenapa kerajaan wajib melaksanakan pelarasan pencen dengan serta-merta. Akhir kata...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Sila gulung.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Akhir kata, saya gulung. Saya ingin tegaskan di sini, sekiranya pembayaran ini tidak dilakukan sekarang, sudah tentu dalam tempoh 10 tahun lagi, dua pertiga daripada jumlah veteran ini membuat tuntutan, yang membuat tuntutan sudah tiada lagi di dunia ini. Minta mereka panjang umur.
Memandangkan usia rata-rata sudah melebihi 70 tahun. Ini satu pengkhianatan oleh Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia kerana veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan mereka berdosa kepada mereka. Kerajaan berdosa kepada mereka kalau tidak menjelaskan hutang mereka yang tertunggak sejak 10 tahun yang lalu.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengerusi.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya merujuk kepada Butiran 00400 – Kelengkapan (Tentera Laut). Dewan ini boleh melihat kepada angka di bawah butiran ini, kelengkapan, ia meningkat dari tahun 2022- RM1.2 bilion, tahun ini- RM1.6 bilion dan tahun depan hampir RM2 bilion. Jadi saya nak kementerian menyenaraikan projek apa di butiran ini yang memerlukan perbelanjaan sehingga RM2 bilion ini.
Dalam pada itu, saya nak, ingin sentuh isu Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS), dengan izin, yang terbengkalai dan sudah lama dibincangkan dan sehingga kini kerajaan tidak dapat memberikan satu penjelasan yang memuaskan kepada rakyat umum. Soalan utama yang semua orang tanya-tanyakan ialah projek ini telah gagal tetapi kerajaan masih perlu tambah peruntukan tambahan sebanyak RM2.1 bilion kepada kos asal RM9.128 bilion.
Bukankah terma-terma projek perolehan enam kapal LCS ini untuk tentera laut telah ditetapkan dan surat persetujuan telah ditandatangani dengan Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) sejak tahun 2014? Mengapa BNS tidak disenarai hitam, didenda dan di saman oleh kerajaan? Mengapa kerajaan perlu membayar lagi RM2.1 bilion kepada BNS? Tindakan kerajaan ini langsung tidak masuk akal dan tiada logik.
Justeru, saya minta kerajaan menoktahkan isu LCS ini sempena Belanjawan 2024 ini dengan memecatkan pegawai-pegawai kanan yang terlibat dalam skandal LCS ini serta mengambil tindakan undang-undang termasuk saman di mahkamah serta membuat repot polis atau repot SPRM demi meningkatkan ketelusan kerajaan dan keyakinan rakyat.
Seterusnya, saya nak menyentuh Butiran 03000 – Penyelenggaraan Kem dan Bangunan Teknikal Angkatan Tentera Malaysia. Tahun lalu dan tahun ini tiada peruntukan. Tahun depan diperuntukkan RM50 juta. Saya percaya ini adalah mengenai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0). Puan Yang di-Pertua, saya menyokong PLKN 3.0 projek ini diperkenalkan semula dengan tujuan untuk membentuk generasi muda yang berdisiplin, memiliki semangat patriotisme dan berbudaya Madani di masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Beberapa alasan mengapa PLKN 3.0 diperlukan. Ia bertujuan untuk memupuk rasa cinta akan negara dan kesedaran kebangsaan di kalangan generasi muda. Program ini juga menyediakan peluang untuk pembangunan kemahiran insaniah, soft skills, dengan izin, seperti kepimpinan, komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan berbilang kaum. Peserta PLKN 3.0 juga berasal daripada pelbagai latar belakang, etnik dan program ini memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan bekerjasama.
Akan tetapi, ada tinjauan awam mengatakan majoriti rakyat tidak bersetuju projek ini diadakan semula dengan alasan projek ini akan menggunakan perbelanjaan yang banyak, RM50 juta. Oleh itu, saya mencadangkan kepada kerajaan untuk menekankan keperluan dan kebaikan-kebaikan PLKN ini kepada rakyat melalui kempen di sosial media, TV, radio dan sebagainya.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya juga mencadangkan kepada kerajaan, melibatkan SPRM dalam perbelanjaan PLKN ini khususnya perbelanjaan kepada pembekal-pembekal, supplier projek. Dengan ini, sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya akan membangkitkan beberapa perkara yang saya anggap penting berkaitan perihal kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia dan juga usaha menjaga kepentingan veteran ATM.
Di bawah Butiran 010100 – Pengurusan Am, di mana peruntukan berjumlah RM655.3 juta untuk tahun 2024. Daripada peruntukan yang banyak ini, berapakah jumlah yang disediakan untuk Malaysian Defence Cooperation Programme. Kerana mengikut perbincangan saya dengan ramai pihak sebelum ini, jumlah geran bagi program MDCP selama ini hanyalah berjumlah RM1 juta sahaja dan tidak pernah disemak ataupun ditambah. Pada pandangan saya, jumlah peruntukan program MDCP ini hendaklah ditambah mengambil kira kepentingan aspek diplomasi pertahanan atau soft-power approach khususnya daripada kalangan negara rakan yang tidak bernasib baik seperti Afrika, Bangladesh, Timor-Leste ataupun negara CLMV iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.
Pendekatan kerjasama pertahanan untuk membantu negara-negara rakan yang miskin ini bagi aspek latihan profesionalisme agar tentera mereka yang akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang pada Malaysia khususnya membantu negara di platform Majlis Keselamatan Antarabangsa di persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Saya cadangkan agar peruntukan tahunan untuk program MDCP ini ditambah ke kadar yang lebih tinggi daripada jumlah RM1 juta setahun.
Butiran seterusnya 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), di mana peruntukan pada tahun hadapan JHEV telah diperuntukkan sejumlah RM279.2 juta.
Jumlah ini bertambah sebanyak RM160.8 juta iaitu 60 peratus peningkatan daripada peruntukan tahun ini. Saya percaya jumlah ini adalah merangkumi bayaran sagu hati sebanyak RM1,000 kepada veteran berpencen dan tidak berpencen sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sewaktu membentangkan Bajet 2024 tempoh hari.
Adakah sebahagian peruntukan ini akan digunakan untuk menambah baik sistem maklumat veteran ATM iaitu Veteran Integrated Benefit System (VIBES) sama ada maklumat veteran- dalam usaha pendigitalan dokumen pesara tentera di bawah JHEV.
Kita tahu bahawa dokumen veteran tidak boleh dihapuskan di bawah akta. Bagi mereka yang telah pencen sebelum sistem VIBES diperkenalkan adalah amat penting agar segala dokumen yang telah disimpan secara fizikal ini untuk direkodkan secara digital bagi rujukan JHEV pada masa hadapan. Selain daripada itu, saya mahu penjelasan daripada MINDEF berkenaan peruntukan sejumlah RM279.2 juta ini. Berapakah yang akan disediakan bagi tujuan bantuan perubatan untuk veteran ATM?
Puan Pengerusi, untuk Butiran 030100 – Bertugas ke Luar Negara di bawah Program Khusus. Di mana peruntukan untuk tahun 2024 adalah berjumlah RM17.9 juta itu bertambah sedikit berbanding peruntukan tahun ini.
Saya mohon penjelasan, berapakah peruntukan yang perlu kerajaan tanggung untuk operasi Pejabat Penasihat Ketenteraan di Laos, Afrika Selatan dan Jordan untuk tahun ini dan juga peruntukan yang disediakan untuk tahun hadapan? Mengapa saya tanya soalan ini adalah kerana Pejabat Defence Attache di seluruh dunia yang dilaksanakan oleh MINDEF tidak semuanya aktif membina hubungan ketenteraan atau kerjasama pertahanan dengan Malaysia. Sebagai contoh untuk Negara Afrika Selatan, Jordan dan juga Laos, negara-negara ini boleh diuruskan secara kluster dengan penempatan Pejabat DA di negara yang lebih aktif di dalam rantau yang sama.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Sebagai contoh untuk isu melibatkan hubungan ketenteraan dengan negara Myanmar atau Laos, hubungan kerjasama pertahanan boleh diuruskan oleh Pejabat DA dari Bangkok dan Pejabat DA sama ada di Afrika Selatan atau Jordan boleh dipertimbangkan penutupan. Ini akan lebih menjimatkan ruang awam memandangkan kerajaan bukan sahaja perlu menanggung elaun bertugas luar negara, pegawai dan juga kakitangan Pejabat DA yang tidak aktif. Malah, perlu membiayai aspek kesewaan bangunan dan kos-kos penyelenggaraan lain serta sebagainya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pasir Gudang mohon membahaskan Butiran 010200 di bawah Kepala B.60 bertajuk Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran
(JHEV). Mengapa saya memilih butiran ini untuk dibahaskan, jawapannya kerana saya ingin menunaikan janji saya kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia di Pasir Gudang dan di Johor.
Secara berterus terang, pada masa ini saya adalah Penaung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Pasir Gudang dan juga baru dilantik sebagai Penaung Persatuan Veteran Tidak Berpencen Negeri Johor. Jadi, saya minta Menteri Pertahanan memberitahu Dewan Rakyat pada hari ini, jika ada berita baik tentang tuntutan penyelarasan pencen bagi tentera yang berpencen pada atau sebelum 1 Januari 2013.
Saya juga minta Yang Berhormat Menteri Pertahanan menjelaskan dengan jelas, apakah skim bantuan yang kerajaan sekarang beri kepada veteran-veteran tidak berpencen khususnya melalui Belanjawan 2024?
Kembali kepada Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran
(JHEV), saya minta penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri kepada Kod 40000 yang pada tahun 2023 bernilai hanya RM75,624,200 tetapi kini telah meningkat tinggi kepada jumlah RM231,208,500 iaitu pertambahan sebanyak RM155 juta lebih. Adakah pertambahan ini termasuk imbuhan atau sumbangan kepada veteran tidak berpencen?
Akhirnya, Puan Pengerusi saya dengan ikhlas menyatakan sokongan kepada ucapan YB Ketereh yang sentiasa konsisten berani dan tegas...
[Tepuk] Memperjuangkan veteran kita berpencen dan juga tidak berpencen di seluruh Malaysia. Mohon ucapan saya ini diberi perhatian oleh yang kita kasihi Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Sekian, Puan Pengerusi.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan rombongan daripada SIGMA Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) ke Dewan yang mulia ini. Selamat datang...
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tentera Udara Diraja Malaysia. Bila saya hadir di Pameran LIMA, saya dapati Tentera Udara Malaysia telah mengeluarkan juruterbang-juruterbang yang sangat berkualiti, setanding dengan negara- negara maju. Alhamdulillah, terima kasih...
[Tepuk] Saya nak terus menyentuh berkenaan dengan Butiran 020400 – Pertahanan Udara. Bagi butiran ini, pertahanan udara memperoleh peningkatan yang signifikan berdasarkan peningkatan peruntukan bagi 2024 iaitu sebanyak RM1.971 bilion berbanding dengan RM1.75 bilion pada 2023. Saya juga ingin membangkitkan isu berkaitan dengan tender antarabangsa yang bertajuk, “For The Supply, Delivery, Testing and Commissioning of One Unit 3D Air Defense Long Range Radar Complete with
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ancillary Equipment (LRR) Associated Support and Design and Build of Infrastructures to The Royal Malaysian Airforce and The Government of Malaysia.”, dengan izin bernombor tender KP/PERO3D/T172/2021/DE.
Pemilihan Syarikat Thales dari Perancis didakwa telah dimuktamadkan melalui edaran ataupun luar sidang. Apa yang saya difahamkan, tanpa melalui proses Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) oleh Kementerian Kewangan.
Kelulusan ini dikatakan diberikan sendiri oleh Menteri Kewangan melibatkan syarikat Global Komited Sdn. Bhd. yang dilantik oleh Thales. Terkini MINDEF dikatakan membenarkan Syarikat Thales untuk mengurangkan skop kerja di dalam tender ini tanpa menurunkan harga tawaran.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Perbincangan ini dikatakan atas permintaan pihak Syarikat Thales sendiri dan dilayan oleh MINDEF dan TUDM. Tadi saya puji, kalau tak betul, tak betul juga. Alasan yang digunakan oleh MINDEF untuk meluluskan tender ini kepada Syarikat Thales kononnya adalah atas dasar communality sedangkan harga yang ditawarkan oleh pihak Syarikat Thales adalah yang termahal, yang keempat dalam senarai lima yang dipilih.
Barang ditawarkan pula adalah prototaip dan kemudian diberi kemudahan pengurangan skop tanpa pengurangan kerja. Ini jelas membuktikan pemilihan Syarikat Thales ini adalah atas dasar monopoli dan bukan commonalty seperti yang diuar-uarkan oleh pihak atasan Kementerian Pertahanan.
Pihak Kementerian Kewangan pula dikatakan hanya bertindak sebagai posmen di dalam tender ini tanpa menilai dan memastikan pemilihan syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pertahanan ini adalah sahih, telus dan menjimatkan kewangan kerajaan ataupun kewangan rakyat. Alasan yang diberikan oleh kementerian adalah ini ialah pilihan pengguna end user, sedangkan laporan yang diangkat kepada kementerian telah dipalsukan oleh pihak pengguna dan pihak Kementerian Kewangan telah pun dimaklumkan tentang penipuan ini. Sila beri penjelasan tentang apa yang saya sebut ini kalau betul.
Jawapan seperti, “Ini adalah pilihan end user” adalah jawapan selamat pihak kementerian tetapi merugikan rakyat dan menggadaikan negara. Ini merupakan security negara, dengan izin. Semua pihak sedia maklum pihak Taylor’s terkenal dengan pembekalan produk bermasalah dan memerlukan kos penyelenggaraan yang sangat tinggi dan isu ini bagai sengaja disembunyikan oleh pihak berkepentingan. Taylor’s juga disiasat di Perancis atas satu skandal rasuah besar. Mohon penjelasan terperinci daripada MINDEF, termasuk kesnya yang sedang dibicarakan kerana menipu Kerajaan India di atas maintenance MiG-2000. Saya sebut dulu.
Jadi, Syarikat Thales ini, saya mohon penjelasan terperinci daripada MINDEF.
Perancis pula terkenal kerana menjadi negara yang mengepalai agenda boikot minyak kelapa sawit dari Malaysia. Jadi, kenapa kita beri kepada Syarikat Thales daripada Perancis ini? Syarikat-syarikat Perancis pula terkenal dengan membekalkan produk- produk prototaip kepada Kementerian Pertahanan seperti Airbus 400M, Thales Startrack dan juga Thales GM403, dengan izin. Pasca-pembekalan kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih aset-aset ini. Sepatutnya menjadi kekangan utama kepada kementerian untuk membeli produk-produk pertahanan Perancis.
Ada sebuah negara lagi yang memberi tawaran pada Malaysia iaitu Sepanyol.
Jadi, kita masih lagi rekod-rekod dengan syarikat-syarikat di Perancis ini amat buruk. Jadi, ini perlu diberi perhatian kerana kita dah ada dulu kes Scorpene, kita ada kes yang terbaru kapal terbang hilang tak ada enjin, kapal selam tak boleh selam, ha ini semua. Ya seterusnya berkenaan dengan pertahanan darat. Ala habis dah. Baru satu tajuk, saya ada dua tajuk lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sila gulung ya. Nak gulung- tikar pun tak ada.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, saya terus pengulangan kepada Butiran B.60, 010000 iaitu Pengurusan Am. Saya tak ada sentuh berkenaan dengan Kementerian Pertahanan. Saya nak sentuh Tentera Laut.
Selalunya saya pergi ke LIMA ini, saya akan pergi ke ketiga-tiga agensi daripada Kementerian Pertahanan ini, tetapi hanya hari itu kat TUDM sahaja saya dapat satu perubahan yang sangat drastik. Bagus saya ucapkan.
Berkenaan dengan aspek penambahbaikan urusan perolehan dan pembelian oleh pihak kementerian. Gulung ya. Apakah tindakan susulan kementerian ekoran pelan mobilisasi LCS yang didapati belum mencapai tahap yang signifikan oleh PAC, di mana terdapat varian negatif atau kelewatan-kelewatan sebulan pada keseluruhan kemajuan projek berbanding dengan perancangan asal? Gantt chart-nya ada di situ.
Saya juga ingin mengetahui komitmen kementerian untuk mengetahui laporan kemajuan projek LCS kepada PAC setiap tiga bulan. Ini cadangan ya. Sehingga projek ini disiarkan, sejajar dengan piawaian pengurusan projek.
Selanjutnya, apakah perincian mekanisme pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, termasuk modul baharu yang akan diperkenalkan seperti latihan ketenteraan dan modul pembinaan negara? Apakah kesan yang ingin, dengan izin, intended objective, menerusi pelaksanaan program tersebut? Adakah ia benar-benar mampu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan golongan sasar ini? Mohon penerangan lanjut daripada pihak MINDEF. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir sendiri untuk mendengar perbahasan. Saya ingin menyentuh Butiran 10000 – Emolumen. Atas subjek ini, saya ingin menarik perhatian Menteri dan bertanya.
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan lagi penyertaan warganegara Malaysia, terutamanya daripada bangsa India dan Cina dalam Angkatan Tentera Malaysia? Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, telah dinyatakan bahawa dalam satu jawapan di Parlimen pada tahun 2009, anggaran penyertaan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India hanyalah 0.3 peratus dan 0.9 peratus.
Saya menggunakan kesempatan ini untuk meminta Yang Berhormat Menteri dan kerajaan untuk meningkatkan lagi tindakan untuk kita cuba meningkatkan kemasukan penyertaan warganegara Malaysia, khususnya daripada kaum India dan Cina dalam Angkatan Tentera.
Saya ingin menyatakan bahawa rakyat Malaysia memang bersemangat dan mempunyai satu tahap patriotisme yang begitu tinggi, tetapi apabila kita melihat kepada Angkatan Tentera Malaysia, kita mendapati bahawa terlalu clear, dengan izin, bahawa penyertaan dalam Angkatan Tentera Malaysia tidaklah begitu ramai, terutamanya daripada kalangan rakyat Malaysia daripada kaum India dan Cina.
Jadi, saya menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Yang Berhormat Menteri dan kerajaan, sama ada untuk menubuhkan satu task force untuk memastikan bahawa kita meningkatkan lagi penyertaan daripada rakyat Malaysia, terutamanya kaum India dan Cina dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada masa yang sama, saya ingin juga menyokong kenyataan Yang Berhormat Kepong tadi tentang kem latihan negara, Program PLKN. Saya rasa bahawa ini adalah satu program yang begitu baik, yang boleh memupuk perpaduan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum, terutamanya antara kalangan pemuda-pemudi kita.
Puan Pengerusi tahu, sejak kebelakangan ini ada anasir-anasir di luar negara dan di dalam negara. Ada juga Ahli-ahli Parlimen yang menyebarkan berita palsu. Kenyataan- kenyataan yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen menyiarkan berita palsu, mengaitkan parti DAP dengan komunis dan sebagainya, adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
masalah dalam negara kita. Kita kurang sedar bahawa negara Malaysia terdiri daripada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Maka, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa perpaduan antara kaum sentiasa dipelihara dan kita pertahankan.
Sebab itu saya percaya Program Latihan ‘kem’ Negara (PLKN) ini adalah satu program yang boleh menyemarakkan lagi semangat kita bersama, menyemarakkan lagi konsep bahawa kita walaupun merupakan kaum India, kaum Cina, kaum Melayu, Kadazan dan sebagainya adalah rakyat Malaysia.
Melalui latihan-latihan yang dibuat dalam PLKN, saya percaya kita boleh juga mengeratkan tali persaudaraan di antara satu sama lain. Sebab itu saya menyokong usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, cumanya saya minta supaya kita sentiasa memberi perhatian kepada keselamatan kerana terdapat kejadian-kejadian dahulu, di mana semasa PLKN itu dilaksanakan, ada pemuda-pemudi ataupun penyerta, orang-orang yang menyertai kem ini mengalami kemalangan.
Ada juga satu, dua kejadian tragik yang berlaku di mana ada penyerta-penyerta PLKN ini meninggal dunia, tetapi saya rata-rata ingin menyokong program ini dan saya berharap bahawa program ini boleh dilaksanakan di seluruh negara. Sebagai Ahli-ahli Parlimen, saya terpanggil untuk menyokong program ini kerana saya percaya bahawa program PLKN ini boleh menyumbang kepada integrasi nasional, di mana kita dapat menghakis dan juga kita dapat mempertahankan negara kita daripada anasir-anasir.
Adalah Ahli-ahli Parlimen ataupun orang-orang luar negara yang cuba memecahbelahkan kita.
Puan Pengerusi, terima kasih atas peluang yang telah diberikan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Majlis dalam Jawatankuasa.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, Standing Order.
Tuan Pengerusi
Standing order berapa, Yang Berhormat?
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
36(6) dan 36(12). Pagi tadi saya bangun dan dinasihatkan oleh Timbalan Yang di-Pertua I...
Tuan Pengerusi
Saya.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Supaya saya bangun di hadapan Tuan Yang di-Pertua. Saya telah menghantar kepada Tuan Yang di-Pertua semalam...
Tuan Pengerusi
Saya.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
...Usul untuk merujuk Ahli Parlimen Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana pada 21 November, Ahli Parlimen Tambun telah membuat kenyataan bersangkaan jahat berikut, di Dewan yang mulia ini mengatakan, saya quote, “Soal Statut Rom dan ICERD itu kena tanya Indera Mahkota. Dia yang bawa dulu tanpa kelulusan Kabinet pada ketika itu”.
Sedangkan adalah sah bahawa Kabinet bermesyuarat pada 12 Disember 2018 dan telah membuat keputusan untuk meratifikasi Statut Rom. Manakala berkenaan dengan ICERD, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa dan portfolio Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu. Jadi, saya mohon bila agaknya perkara ini akan diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah pun menerima sah. Saya nak comfirm-kan yang saya telah pun menerima surat Yang Berhormat berkenaan dengan 36(12).
Jadi, untuk memenuhi syarat-syarat yang telah pun termaktub dalam Standing Order ini, 36(1) mengatakan kenyataan diberikan itu hendaklah satu kenyataan yang mengelirukan Dewan. Yang kedua, ahli yang membuat kenyataan itu hendaklah tahu bahawa pada masa kenyataan itu dibuat, kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan ketiga, semasa memberikan kenyataan tersebut, ahli tersebut memang berniat untuk mengelirukan Dewan.
Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa saya mempunyai legal team walaupun I’m not legal train person tetapi saya mempunyai legal team. To be fair, untuk berlaku adil kepada semua, saya telah pun merujuk kepada legal team saya untuk memberikan komen. Untuk berlaku adil juga, kalau Yang Berhormat juga perhatikan, setiap sama ada 18(1) atau 32, saya juga akan CC-kan copy kepada Yang Berhormat- Yang Berhormat yang kemukakan Usul itu. Just to be fair, yang tidak pernah dilakukan sebelum-sebelum ini. Just to make sure that saya berlaku adil.
Jadi, saya telah pun menulis surat kepada Tambun soal ini dan insya-Allah, sebaik sahaja saya dapat keputusan ataupun dapat surat jawapan daripada Tambun, saya akan buat keputusan dan akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Insya-Allah ya, saya akan ambil tindakan selanjutnya.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Sama-sama. Baik, kita teruskan dengan perbahasan hari ini dengan saya menjemput, kita ada lagi tak banyak dah. Jadi, masih lagi lima minit. Jadi, saya teruskan dengan Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Okey, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Lima minit Padang Serai ya, masih 5 minit.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus merujuk kepada Butiran 020000 – Pertahanan Negara.
Aset pertahanan adalah keperluan utama untuk menjaga kedaulatan negara dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman tradisional dan tidak tradisional. Dengan persediaan ini, mereka siap untuk merespons ancaman terhadap keselamatan negara. Pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM19.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM12.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM7 bilion.
Menteri Pertahanan menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia sedang dalam proses pembangunan keupayaan untuk mempertahankan negara. Walaupun terdapat kebimbangan mengenai aset ATM, kerajaan perlu memberi perhatian kepada perolehan senjata dan aset berteknologi tinggi. Berkaitan dengan perolehan aset udara seperti FLIT-LCA , FA-50 Block 20, KEMENTAH telah meluluskan 18 unit untuk satu
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
skuadron. Walau bagaimanapun, proses perolehan dan belanja yang dilakukan untuk FA- 50 ini perlu diterangkan dengan lebih terperinci.
Selain daripada itu, perolehan pesawat tanpa pemandu (UAS) ANKA dari Turkiye dan tiga kapal Littoral Mission Ship Batch 2 adalah penting untuk menjaga keselamatan laut negara. Dengan memiliki aset seperti UAS dan LMS, Malaysia dapat mengatasi ancaman laut termasuklah isu pencerobohan di Laut China Selatan dan kedatangan pendatang asing tanpa izin di Selat Melaka.
Walau bagaimanapun, bagaimanakah kerajaan merancang untuk menyediakan perincian yang lebih jelas mengenai proses perolehan dan belanjawan untuk pesawat tanpa pemandu (UAS) dan kapal Littoral Mission Ship (LMS) dalam usaha untuk memastikan transparensi dan akauntabiliti dalam pembangunan pertahanan negara.
Seterusnya merujuk kepada 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain). Dalam usaha mempertingkatkan keselamatan negara, Malaysia terus bergantung secara signifikan kepada pengimportan aset pertahanan strategik.
Dengan sebahagian kecil peruntukan dialokasikan untuk pembangunan dalam negeri, perkara ini menimbulkan keraguan mengenai keseriusan kerajaan untuk mengembangkan kepakaran tempatan dalam bidang pertahanan. Walaupun terdapat langkah positif seperti meluluskan perolehan pesawat FA-50, ketidakjelasan mengenai proses perolehan dan perbelanjaan perlu dijelaskan.
Ini penting untuk memastikan transparensi dan akauntabiliti dalam pengeluaran dana besar untuk aset pertahanan. Untuk meraih self-reliance, Malaysia perlu mempercepatkan langkah-langkah dalam mengembangkan kepakaran dalam negeri, termasuklah meningkatkan peruntukan untuk pembangunan dalam negeri serta penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan industri pertahanan tempatan.
Persoalannya, demi mencapai self-reliance, sejauh manakah langkah-langkah ini akan menjadi keutamaan untuk memberikan impak yang baik kepada negara?
Seterusnya merujuk kepada Butiran 030000 – Program Khusus. Perancangan untuk melanjutkan PLKN 3.0 mencerminkan pendekatan yang berlainan. Menitikberatkan 90 peratus latihan ala ketenteraan dan 10 peratus tatanegara.
Dalam konteks ini, penting untuk menilai semula dan mengkaji dengan mendalam objektif PLKN. Prinsip asal yang mementingkan pembangunan patriotisme- patriotism, memahami Perlembagaan sebagai contoh bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam negara ini perlu ditekankan, diterapkan dengan kefahaman yang menyeluruh. Perpaduan kaum, khidmat komuniti, karakter positif dan nilai murni perlu diperhalusi untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terdapat beberapa pertimbangan penting yang harus diambil kira untuk menjayakan PLKN 3.0. Pertama, perlu kah modul ketenteraan mencakupi 90 peratus daripada program tersebut? Sejauh manakah kesesuaian dengan realiti dan keperluan Malaysia? Pemilihan peserta juga merupakan isu utama yang memerlukan penilaian lebih teliti memastikan bahawa ia nya hanya belia yang benar-benar memerlukan program ini terlibat.
Keduanya, perlu perbaikan berdasarkan isu-isu yang timbul dalam PLKN sebelum ini termasuk kejadian tragis dan kos yang tinggi, keselamatan dan kesejahteraan peserta menjadi keutamaan dan manfaat program ini harus seimbang dengan dana yang dikeluarkan. Jadi, apakah tindakan konkrit yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menilai semula dan mengkaji secara mendalam objektif PLKN dalam konteks perubahan pendekatan dalam PLKN 3.0?
PLKN 3.0 juga seharusnya melibatkan proses penyusunan semula modul yang memenuhi matlamatnya tanpa melupakan prinsip-prinsip integriti dan keselamatan.
Evaluasi teliti dan keterlibatan pakar dari pelbagai bidang akan memastikan program ini memberikan nilai sejati kepada pembangunan belia dan negara. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Sedikit Padang Serai.
Sedikit Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Dah habis dah dia kata. Terima kasih dah. Baik saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas pada petang ini.
Saya terus ke Butiran 030100 – Bertugas ke Luar Negara. Pada tahun 2023, belanjawannya lebih kurang RM11.7 juta dan 2024 diletakkan dalam RM17.9 juta. Jadi, ada peningkatan RM6 juta lebih. Jadi oleh itu, mohon Menteri jelaskan berapa ramai anggota yang telah bertugas di luar negara sehingga 2023? Di manakah mereka berkhidmat hingga hari ini? Apakah inisiatif kepada anggota-anggota ini yang bertugas di luar negara?
Butiran 020000 – Pertahanan Negara. Pada 2023, belanjawannya ialah RM10.4 bilion. Tahun 2024, hampir RM11.4 bilion. Jadi, boleh Menteri jelaskan hingga hari ini tentang pembekalanlah terutama pembekalan dron dengan ATM? Negara mana yang telah berjaya dalam pembekalan dron ini dan berapa kosnya? Kalau beli yang besar, jangan lupa beli skala yang kecil kerana ia juga bagus untuk dibawa oleh anggota tinjau semasa peperangan. Ini cadangan saya.
Saya mencadangkan juga kepada Menteri Pertahanan supaya memberi taklimat kepada semua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini dengan melihat sendiri keupayaan secara dekat aset tentera Malaysia ini. Waktu ini ramai Ahli Parlimen hanya sekadar melihat di Hari Merdeka, fly pass saja dengan izin.
Butiran 030700 – Penggantian Perabot Rumah Keluarga Angkatan Tentera
(RKAT) dan juga Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. RKAT bajetnya sama daripada 2023 hingga 2024 sama. Perumahan Angkatan Tentera Malaysia ini bajetnya 2023 sebanyak RM285.9 juta dan 2024 sebanyak RM917.4 juta di mana- dimohon penjelasan di mana kawasan RKAT ataupun Perumahan Angkatan Tentera yang bakal menjadi keutamaan yang dapat peruntukan sebesar ini?
Saya juga mohon kepada Menteri Pertahanan untuk melihat keperluan di Kem Majidee di Batu Pahat iaitu di kawasan Parlimen saya yang mana perlu peruntukan penyelenggaraan tambahan kerana untuk baiki siling yang rosak kerana kini menjadi tumpuan sarang burung merpati. Begitu juga, walau apa pun terima kasih kepada PMX kerana memperuntukkan lebih RM400 juta sebagai tambahan kepada RM200 juta yang tahun lepas dalam penyelenggaraan RKAT ini. Akhir sekali, saya mohon juga untuk Kem Majidee, Batu Pahat supaya mohon tambahan peruntukan selenggaraan fasiliti latihan iaitu sirkuit merentas halangan yang kini sangat uzur. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih Tuan Pengerusi.
Tangga Batu ingin berbahas Butiran 010200, Kod 40000 di mana bajet untuk tahun 2024 telah meningkat kepada RM231 juta lebih berbanding hanya RM75 juta untuk tahun 2023.
Tuan Pengerusi, isu penyelarasan pencen bagi angkatan tentera anggota tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2013 bukanlah isu baru bahkan ia telah berlarutan selama 10 tahun dan sering juga ditimbulkan di Dewan yang mulia ini, tetapi belum mendapat suatu gambaran jelas dari kerajaan cara mana isu ini perlu diselesaikan secara tuntas.
Pelarasan pencen ini melibatkan 78,546 anggota veteran ATM atau 55.9 peratus dari jumlah keseluruhan ahli PVATM yang berjumlah seramai 176,000 orang. Daripada jumlah ini, seramai 73,339 orang atau 93.4 peratus darinya tergolong di kategori B40 seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi PVATM, Datuk Sharuddin yang dilaporkan dalam
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
portal Berita Harian Online pada 22 Oktober yang lalu di mana PVATM melahirkan rasa kekecewaan kepada kerajaan.
Walaupun gesaan telah dibuat tetapi tidak ada gambaran jelas dalam Bajet 2024 akan keputusan kerajaan bagi menyelesaikan isu penyelarasan pencen ini. Tambah lagi, kebanyakan daripada mereka ini adalah mereka-mereka yang sangat berjasa kepada negara kerana merekalah sebenarnya yang mempertahankan kedaulatan negara semasa negara diancam oleh ancaman komunis.
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132, 137, 139 dan Akta Angkatan Tentera 1972, seksyen 187 bahawa penggajian dan pencen adalah di bawah bidang kuasa Majlis Angkatan Tentera dan bukannya SPA. Tangga Batu menyokong penuh ucapan Ketereh pada pagi tadi. Oleh itu, Tangga Batu ingin bertanya apakah kerajaan mempunyai tekad untuk menyelesaikan isu penyelarasan pencen ini secara tuntas?
Tuan Pengerusi, Tangga Batu juga merujuk kepada Butiran 08400 iaitu Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. Peruntukan bajet tahun 2024 ketimbang sejumlah RM917 juta. Tangga Batu ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan yang cakna dan memberikan peruntukan bagi menyelesaikan masalah air di Kem Terendak yang diutarakan oleh Tangga Batu dalam perbahasan Bajet 2023 yang lalu.
Walau bagaimanapun, perhatian perlu juga diberikan kepada rumah-rumah keluarga angkatan tentera yang berada di luar Kem Terendak iaitu di Desa Ria, Bukit Salleh, Tangga Batu dan Desa Taming Sari di Sungai Udang kerana kedua-dua kompleks perumahan ini juga menghadapi masalah tekanan air yang rendah dan tidak mencukupi sehingga penghuni terpaksa membuat modifikasi sendiri menggunakan flexible hose, dengan izin, untuk mendapatkan bekalan air.
Selain masalah air, Tangga Batu juga mendengar keluhan dan warga tentera bahawa RKAT juga mengalami masalah bekalan elektrik yang berkaitan dengan sistem pendawaian. Tuan Pengerusi, Tangga Batu maklum bahawa Kementerian Pertahanan telah menjalankan Program Membaik Pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera ataupun RKAT secara bertahap di dalam Kem Terendak dan di Desa Tun Razak.
Namun, perhatian juga perlu diberikan sama kepada dua lagi RKAT yang berada di luar Kem Terendak iaitu di Desa Taming Sari, Pekan Sungai Udang dan Desa Ria di Kampung Bukit Salleh, Tangga Batu di mana daripada laporan yang kami terima, keadaan fizikal kedua-dua kompleks ini juga tidak berapa memuaskan dan perlukan perhatian.
Keselesaan dan kegembiraan ahli keluarga ATM dapat memberikan motivasi dan daya kerja yang tinggi di kalangan anggota tentera kita.
Oleh itu, Tangga Batu meminta agar Kementerian Pertahanan dapat melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf semua pusat-pusat rekreasi yang berada di dalam lingkungan kem tentera. Kelab Mutiara sebagai contoh di Kem Terendak, dahulunya dikenali dengan nama Beach Club untuk keluarga berpangkat rendah berada dalam keadaan daif ataupun rundown, dengan izin. Maka Tangga Batu minta agar kerajaan dapat memberikan peruntukan daripada Bajet 2024 ini bagi membaik pulih serta menaik taraf kemudahan rekreasi bagi keluarga angkatan tentera berpangkat rendah.
Sebagai penutup, Tangga Batu ingin tahu berapakah peruntukan yang akan ataupun yang dapat diberikan, diturunkan bagi Program Membaik Pulih RKAT yang berada di Tangga Batu dan berapa unit yang akan dibuat? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Terus kepada Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya ingin membangkitkan berkaitan dengan status pembinaan ataupun menaik taraf Muzium TUDM yang dimaklumkan ada perolehan atau perubahan lokasinya dan telah dilaporkan bahawa projek ini yang telah mendapat kelulusan MOF sebanyak RM45 juta. Bagaimanakah status muzium ini untuk mula dioperasi dan dimanfaatkan oleh masyarakat kita? Dimaklumkan bahawa dana ini telah diberi kepada Projek Veteran ATM yang dilaporkan.
Seterusnya kepada Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Saya membangkitkan berkaitan dengan Laporan PAC khususnya laporan selepas lawatan dan pemantauan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Lumut pada 5 Oktober lalu. Dalam pemantauan ini dilihat bahawa kemajuan di lapangan telah dimulakan tetapi terdapat varian negatif sebanyak 0.07 peratus pada keseluruhan kemajuan projek daripada perancangan asal.
Jadi soalan saya di manakah butiran dalam bajet kita ini untuk kita melihat secara jelas peruntukan tambahan sebanyak RM2.098 bilion projek selepas kita membuat rasionalisasi pembinaan LCS ini daripada enam buah kapal kepada lima buah kapal? Jadi di manakah butiran yang boleh dirujuk berkaitan penambahan bajet ini?
Seterusnya kepada Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan
(Lain-lain). Dalam Bajet ini untuk butiran ini bajet telah berkurangan daripada RM37,609,000 kepada RM36,770,000 yang dilihat sangat tidak signifikan kepada keperluan R&D yang sepatutnya dipertingkatkan bagi kita melihat apa potensi-potensi besar dalam pertahanan negara.
Kita sangat risau bila dalam satu kenyataan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof. Ir. Dr. Norazman Mohamad Nor bahawa sistem pertahanan kita masih rendah kerana tidak ada secara berkesan perancangan untuk masa depan dan bagaimana kita berdikari dalam kita membangunkan pertahanan negara seperti mana negara-negara di serantau.
Dalam R&D ini juga saya melihat penting khususnya mutakhir ini bagaimana perang di antara Israel dan Palestin juga ada perkara-perkara baharu dalam sistem pertahanan negara kita tidak pernah mungkin melihat bagaimana perang secara combat ataupun perang gerila itu sangat-sangat berkesan. Kita melihat penggunaan paragliding itu juga satu benda yang perlu dikaji secara serius oleh pertahanan kita melalui R&D kita dan bagaimana kedudukan pertahanan termasuklah di sempadan-sempadan negara kita.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 03000 – Penyelenggaraan Kem dan Bangunan Teknikal Angkatan Tentera Malaysia. Saya ingin bertanya khusus berkaitan status pembinaan ataupun naik taraf Pangkalan Operasi Berkala (POB) di Bintulu sebagai barisan hadapan kita di Laut China Selatan di Sarawak?
Yang terakhir saya ingin juga bertanya berkaitan dengan penyelenggaraan kem barisan hadapan Gubir, Sik di Daerah Sik yang mana kem ini sangat lama dan sudah beroperasi dan agak uzur saya melihatnya dan saya mohon untuk diberi satu peruntukan khas untuk membaik pulih kem barisan hadapan di Gubir, Sik ini. Tan Sri Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tan Sri Pengerusi, rakyat Malaysia orang muda, live. Tan Sri, pertama ucap terima kasih. Kedua, saya ucap terima kasih sebab Menteri sendiri hadir.
Pada pandangan saya yang daif ini, Jawatankuasa ini dia kena jawab serta-merta bila ditanya. Jadi sepatutnya Menteri ada dan sesetengah kementerian mungkin tidak apalah Timbalan Menteri, tetapi kementerian utama ini kena ada Menteri sebab dia boleh jawab serta-merta.
Dasar, Menteri hanya baca jawapan yang diberi oleh pegawai tetapi Jawatankuasa banyak Timbalan Menteri yang berpeluh hendak jawab sebab dia tidak
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
boleh melibatkan polisi. Jadi terima kasihlah Menteri Pertahanan yang hadir. Saya bagi puji-pujian. Sat gi hendak kata sedikitlah- macam biasalah...
[Ketawa] Pertamanya ialah PLKN. Kita ada PLKN 3.0 soalan saya bagaimana mekanisme PLKN 3.0 yang akan menggunakan 90 peratus modul kombinasi dan ala ketenteraan dan 10 peratus modul kenegaraan dapat memupuk semangat patriotisme perpaduan kaum dan juga integrasi nasional di kalangan generasi muda. Yang Berhormat sebelum ini dikritik kerana kita lihat 20 peratus ketenteraan, 40 peratus kenegaraan dan 40 peratus khidmat masyarakat, dikritik.
Akan tetapi dikritik pun kena terima hakikat bahawa ada orang yang telah memulakan perkara ini kita kena ucap terima kasih. Kita mesti Kerajaan Madani ini dia kena tahu menghargai orang, menyantuni. Terima kasihlah siapa Perdana Menteri masa ini kita ucap terima kasih kerana memperkenalkan PLKN. Sudah pasti ada kekurangan dan kita perbetullah. Sekarang kita ada 3.0 belum tentu 3.0 berjaya. Jadi orang akan kenang kita sebagai PLKN 3.0 selepas ini dan seterusnya mungkin 4.0 kita akan berhenti sebab perkataan empat itu kalau tidak 5.0 pula demikianlah seterusnya.
Kita minta supaya PLKN ini diteruskan sebab dia penting. Orang-orang muda ini sebagaimana fitrah manusia dia mudah dibentuk sebab banyak perkara-perkara baru belum masuk dalam fikirannya. Jadi kita kena sokong perkara ini cuma saya minta supaya kali ini libatkan pakar-pakar untuk sama-sama mengendalikan PLKN ini. Dalam dunia ini ada tiga bangsa yang tidak perlu PLKN iaitu tidak payah sebut sebab nanti mereka syok sendiri pula.
Satu di Eropah, maaf dua di Eropah dan satu di Asia. Mereka ini tidak perlu PLKN, mereka ini sebut sahaja kita bangsa apa dia terus ada semangat patriotisme kenegaraan.
Kita hendak yang itu Malaysia supaya bila sebut tentang Malaysia semua kita bangga. Ini sebut Malaysia kita ada mix-mix sampai kes poligami saya akan bawa Usul kejap lagi.
Kita mempertikaikan, poligami ini Islam tidak payah ganggu, kalau you all tak nak buat tidak apa. Dia orang Islam pun tidak perlu buat pun, tetapi tidak boleh diganggu kerana ini melibatkan agama. Kita kena jaga benda itu dan apabila ada pihak yang menuduh bahawa poligami ini hak PAS walaupun dia telah delete tetapi saya akan bawa kejap lagi.
Jadi, PLKN menjurus ke arah kita rakyat Malaysia, cinta pada Malaysia. Jadi kalau sebut Malaysia ini ada perasaan pemikiran pergi ke tempat lain tidak, Malaysia. Kita kena berbangga menjadi orang Malaysia. Orang Amerika dia berbangga jadi Amerika walaupun mereka merupakan negara yang cukup tidak berguna sekarang tetapi orang Amerika berbangga menjadi Amerika. Saya dahulu adalah penyokong Amerika yang setia, sekarang saya cukup benci sebab dia menyokong Israel untuk membunuh orang-orang Palestin.
Keduanya, terlajak sudah Tan Sri..
Tuan Pengerusi
[Ketawa] Saya baru hendak sebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Yang kedua ini penting di bawah Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Kita tahu UNCLOS telah diperkenalkan pada tahun 1982, Yang Berhormat dan saya sering menyebut tentang Beting Patinggi Ali.
Semua orang sudah boring sudah! Saya sebut daripada awal jadi Ahli Parlimen sampai sekarang dok sebut benda yang sama tetapi tindakan yang berkesan tidak diambil. Yang saya hendak sebut ini Yang Berhormat, saya hendak tanya bila kita buat pemantauan bila terdapat satu kapal pengawal pantai China, berapa kapal kita? Adakah satu-satu ataupun dua-satu? Dahulu mereka cadangkan adakah kapal China dua kita bawa satu. Sekarang saya cadangkan double kalau dia satu kita dua, satu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang keduanya, kita hanya pergi memerhati tetapi dia menguatkuasakan undang- undang dia sendiri. Nelayan kita dihalau, kerja cari gali minyak dihalau. Di Indonesia, mereka cuba nak buat dekat Pulau Natuna itu, mereka cuba nak buat tetapi Indonesia serang balik dengan menggunakan meriam air, water cannon, dengan izin. Jadi, kita tidak buat apa.
Sekarang ini kita hanya hantar Diplomatik Protes yang senang cerita, sebulan sekali. Buat apa? Kita sekarang ini kena gerakkan satu keadaan di mana kapal kita bergerak sedikit ke hadapan. Sudah pasti dia menghormati ini adalah kawasan kita. Kita
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
minta supaya- di Beting Patinggi Ali dulu saya tanam, dengan izin, 40 pokok kelapa. Hidup berapa pokok tapi yang saya tengok gambar terkini tinggal satu pokok. Satu pokok pun dengar cerita mereka nak hilangkan. Masukkan mercu tanda.
Pasang bendera di semua kawasan sempadan pulau yang kita tuntut. Jangan tunggu hari. Sekarang Yang Berhormat memerintah walaupun berapa lama, pastikan ada kenangan yang nak dibawa.
Akhir sekali Tan Sri, saya minta Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi
Last ya, last.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa itu yang saya sebut, saya minta jawapan bertulis tidak dapat, Yang Berhormat. Ini tentang pembinaan jalan di sempadan.
Mereka dah bina jalan di sempadan Sabah dan Sarawak. Mereka dah bina jalan. Saya minta kita buat, kita tidak perlu panggil kontrak besar, kita menggunakan Angkatan Tentera kita sebab mereka gunakan angkatan tentera mereka untuk buat jalan. Mereka sudah ada jalan. Kita tak ada jalan.
Melalui kawasan hutan, bukit-bukau, mereka ada jalan dan sesetengah tempat sehingga terlanggar batu sempadan. Saya tidak dapat jawapan. Sebab apa? Banyak daripada pegawai yang jawab ini tidak pergi ke sana. Saya minta Yang Berhormat, tabik springlah kalau Yang Berhormat pergi. Pergi ke sempadan, dari Teluk Melano kalau saya tidak silap, sampai ke sempadan di Sabah. Tengok sendiri jalan yang telah dibina oleh Kerajaan Indonesia.
Keduanya Yang Berhormat, gunakan heli yang terbaik Yang Berhormat ada. Pergi ke Beting Patinggi Ali, tengok sendiri Yang Berhormat. Tengok sendiri. Saya ingin bertanya, berapa kalikah pemantauan udara yang dibuat kepada Beting Patinggi Ali?
Adakah sehari sekali, seminggu sekali? Jadi, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Baik.
Pembahas terakhir, saya jemput Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin menjemput celahan daripada Tangga Batu untuk menyampaikan salam sambutan kepada- ada rombongan Parlimen dari Masjid Tanah dengan Tangga Batu. Sila.
Tuan Pengerusi
Baik, teruskan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya- terima kasih Ipoh Timur dan Tuan Pengerusi.
Baik, saya mengalu-alukan rombongan daripada Parlimen Tangga Batu dan juga Parlimen Masjid Tanah ke dalam Dewan ini. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya merujuk pada Kepala besar P.60, Butiran 01200 - Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain), yang tadi Yang Berhormat Arau dah bawa dan berapa orang Ahli lagi yang telah bawa. Maksudnya, ada keturunan. Kalau tidak silapnya RM839,000. Satu penurunan yang cukup signifikan.
Berdasarkan penyelidikan inilah saya nak bangkitkan dua tiga perkara yang juga telah dibawa oleh Yang Berhormat Arau. Jarang saya setuju dengan Arau tapi sini saya setuju sikit-sikitlah. Saya tak nak ulang apa yang Arau dah bawa tetapi saya nak libatkan berkenaan dengan libat urus atau temu tembung penglibatan, secara umumnya NGO dengan CSO dalam perbincangan dan penyelidikan pelaksanaan PLKN 3.0.
Bukan sekadar cara dan juga tatacara pelaksanaannya tetapi pengisiannya. Kita tahu bahawasanya CSO dan NGO memang dia turun ke padang, buat qualitative dan juga quantitative work daripada segi, apakah pungutan suaralah, kalau guna bahasa NGO.
Khususnya dengan NGO yang jumpa dengan bukan sahaja bakal penuntut PLKN ini tetapi tenaga pengajar dan jurulatih dan juga bekas-bekas pelatih PLKN ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Adakah pihak kementerian, MINDEF berhasrat dengan penurunan peruntukan bagi penyelidikan ini, sebab telah diumumkan oleh Menteri sendiri, akan ada penyelidikan berkaitan dengan tambah baik dan juga kepada inisiatif PLKN ini. Adakah implikasi penurunan penyelidikan ini akan menjejaskan mungkin ada atau tiadanya hasrat untuk melibatkan NGO dan CSO dalam mengambil input pungutan suara akar umbi jurulatih.
Juga saya merujuk kepada sebuah NGO lah, secara spesifiknya Architects of Diversity yang telah sebenarnya buat kerjanya banyak, kerjanya sampai telah bentangkan satu Kertas Putih berkenaan dengan PLKN sendiri. Adakah mereka akan dilibatkan dalam perekaciptaan atau penyusunan semula pengisian atau syllabus, dengan izin, dan cara tata kelola PLKN 3.0 ini? Juga adakah hasil kajian ini yang melibatkan jurulatih, mantan jurulatih, bakal jurulatih. Apakah dia punya timeline, dengan izin, pelaksanaannya?
Adakah pihak kementerian dapat memberi sedikit gambaran, apakah dia punya garis masa pelaksanaan PLKN 3.0 ini?
Dengan satu minit setengah, saya ingin merujuk kepada satu yang lebih besar yang juga bawah Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain).
Kita nampak dan kita satu dunia tahu, sekarang ada dua konflik yang agak besar sedang berlaku di dunia. Satu di Gaza, satu di Ukraine. Walaupun kita semua sedang berdoa supaya semua atrocities, pembunuhan besar-besaran dan peperangan berhenti, gencatan senjata secara keseluruhannya tetapi kalau belah sana kat Gaza berhenti, kat Ukraine berhenti, kalau adanya peace deal, kemungkinan besar akan tiba-tiba ada ratusan ribu tentera dan perajurit Amerika Syarikat dan juga sekutu-sekutunya tiba-tiba tak ada kerja. Tidak ada kerja, maksudnya tiba-tiba Amerika Syarikat yang menjelang pilihan raya presidennya tahun depan, depa akan cuba nak cari tempat nak cari gaduh.
The next flash point, dengan izin, yang paling berkemungkinan barangkali besar kat mana? Di serantau kita di sini. Di Selat Taiwan, kemungkinan. Saya bukan nak kipas- kipaskan apa tapi kalau ikut logik, ikut keadaan geopolitik dan military intelligence sekarang ini, yang paling kemungkinan besar akan berlaku ada konflik dan flash point adalah di Selat Taiwan.
Jadi, dengan sekarang ini kalau kita rujuklah kepada butiran-butiran lain Pertahanan Maritim - 020300, Pembinaan (Tentera Laut) - 00300, 004000 – Kelengkapan
(Tentera Laut). Apakah status terkini LCS, pembinaannya dan apakah time line of delivery, dengan izin. Juga apakah kajian- rujuk balik kepada 01200, kajian daripada segi senario mapping, kerahan sekutu-sekutu Amerika Syarikat. Sebab kita dah tahu, dalam dua tiga bulan ini pun kita dah dengar ada 16 kapal, pesawat military yang telah dikerah oleh China yang nak datang kacau-mengacau. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada KLN dan juga MINDEF dengan military diplomacynya, dengan bilateral diplomacynya.
Taklah kacau sangat China kepada kita di perairan kita tetapi Filipina telah menerima pelbagai pengacauan seperti yang telah dibawa dengan meriam air yang kena.
Walaupun tidak kena kapal dia, kena dekat dengan kapal depalah. Jadi, dengan pengacauan ini, dengan volatility yang kita nampak dengan mata kepala kita sendiri sebagai Malaysia, adakah kita bersiap sedia daripada segi bukan sahaja kerahan aset- aset kita untuk keluar sekiranya ada konfrontasi? Apakah pelan kita, strategi kita? Adakah kita tahu kesemua kemungkinan, kebarangkalian pattern of deployment daripada sekutu- sekutu China, sekutu-sekutu US. Apakah the scenario mapping? Adakah benda itu berlaku daripada segi penyelidikan ya?
Adakah ada interlinkage antara MINDEF daripada segi military intelligence dengan diplomatic intelligence? Gabung sekali menjadi satu pelan pertahanan negara yang wholesale dan wholesome dan holistic. Adakah perkara ini dibawa ke dalam Majlis Keselamatan Negara untuk dibincangkan? Adakah hasrat pihak MINDEF untuk menjemput dan juga meminda Akta Majlis Keselamatan Negara untuk masukkan dengan sokongan MINDEF, Menteri Luar sebagai ahli tetap dalam MKN juga? Itu saja daripada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tan Sri Speaker, saya nak minta panduan daripada Tan Sri Speaker. Kebanyakan Menteri-Menteri ataupun yang
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
menjawab soalan, selalu mereka tidak sempat nak jawab soalan semua yang berbahas.
Selalu dimaklumkan akan menjawab secara bertulis.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya nak minta pandangan daripada Tan Sri, sebab kebanyakan— contohnya dalam Kementerian Pertahanan. Banyak kali apabila— malangnya, soalan-soalan bertulis, nak menjawab secara bertulis itu tapi tak sampai-sampai. Jadi, boleh tak memberi— bukan saja kata Kementerian Pertahanan, kementerian-kementerian lain juga.
Jadi, saya harap Tan Sri Speaker bolehlah kalau bila kata akan jawab bertulis, jawapan bertulis itu sampai. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ya, saya telah pun memberikan arahan kepada semua kementerian-kementerian supaya bertindak menjawab dalam masa lima hari bekerja ya.
Lima hari bekerja. Saya mintalah semua kementerian mengambil ingatan, khususnya pegawai-pegawai di belakang ya. Silakan Menteri dalam masa 25 minit.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
25 minit je, Tan Sri?
Tuan Pengerusi
25 minit.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Lebihlah sikit.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
Insya-Allah. Minta sebentar lagi.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Belanjawan tahun 2024 peringkat jawatankuasa dalam Dewan ini.
Terlebih dahulu, bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan serta ATM, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan kerana tetap mengutamakan sektor pertahanan negara melalui peruntukan sebanyak RM19.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2024 iaitu peningkatan sebanyak 11.46 peratus, berbanding pada tahun 2023 sebanyak 17.7 peratus.
Tan Sri Pengerusi, bagi pihak warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 15 Ahli Yang Berhormat iaitu Bukit Bendera, Tanah Merah, Sri Gading, Ketereh, Kepong, Lumut, Pasir Gudang, Pendang, Jelutong, Padang Serai, Batu Pahat, Tangga Batu, Sik, Arau dan Ipoh Timur yang mengambil berat dan perhatian dengan isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa di Dewan ini.
Saya klusterkan jawapan-jawapan ini, Tan Sri, kerana kalau— sebab, dia banyak YB yang persoalan tanya yang bersama ya. Jadi, saya jawab PLKN dulu. PLKN ini, Tan Sri Pengerusi, dia di peringkat kajian dulu. Dia telah pun diluluskan oleh Kabinet ataupun Jemaah Menteri untuk Kementerian Pertahanan memulakan kajian untuk kita menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara ini.
Jadinya, ada berbagai-bagai opsyen yang telah pun kita kaji dan saranan daripada rakan-rakan Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, Tan Sri Pengerusi, untuk membawa sama NGO-NGO dan ada yang telah pun membuat analisa dan maklum balas, kita akan membawa dan menjemput mereka-mereka ini sebelum kita membawa semula kertas ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk diberikan kelulusan selanjutnya untuk kita memulakannya.
Kemungkinan PLKN ini untuk dilaksanakan semula pada tahun 2024 ini memang tak ada, Tan Sri ya, kerana tidak dibajetkan pun. Kalau kita nak menggunakan kem-kem Wataniah sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, kita memerlu menaik taraf dulu kem-kem tersebut. One-off-nya, Tan Sri. Saya ada 13 kem Wataniah di seluruh negara.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, perincian mekanisme pelaksanaannya, kementerian akan bersama-sama dengan semua pemegang-pemegang taruh, terutamanya pihak NGO-NGO, masyarakat dan yang lain, sebelum kita memuktamadkannya, mendapatkan kelulusan untuk menghidupkan dan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara ini mungkin pada tahun 2025, Tan Sri Pengerusi. Itu tentang PLKN, Tan Sri Pengerusi ya.
Berkenaan dengan long range radar, perolehannya, yang dibangkitkan oleh Pendang. Perolehan radar TUDM ini telah pun melalui proses penilaian tender dan dilaksanakan secara telus berdasarkan kepada peraturan serta pekeliling yang berkuat kuasa. Penilaian on paper, dengan izin, telah dibuat oleh subject matter expert dari TUDM dan kementerian di dalam bidang masing-masing.
Penilaian telah dilaksanakan secara empat peringkat penilaian iaitu, yang pertama, penilaian peringkat teknikal tender ataupun peringkat penilaian teknikal tender
(JPTT). Yang kedua, Tan Sri Pengerusi, peringkat penilaian kewangan. Yang ketiganya, peringkat penilaian cadangan industry collaboration programme ataupun JKICT. Yang paling akhir ialah program penilaian fizikal. Penilaian perolehan ini telah dibentangkan di Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan dan diangkat ke Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.
Pemilihan harga tawaran haruslah dilihat secara menyeluruh dan tawaran yang terbaik, bukan hanya berdasarkan kepada harga yang murah, sebaliknya merangkumi keseluruhan tawaran petender tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Pendang, nilai tambah pemilihan petender adalah commonalty yang diberikan pemberat oleh pihak user dengan radar sedia ada dalam inventori TUDM iaitu GM403 yang memudahkan pengurusan logistik, penyelenggaraan dan pembangunan latihan serta kompetensi.
Berhubung dengan isu prototaip yang dibangkitkan, produk yang ditawarkan di dalam tender adalah versi kelima yang telah diberi penjenamaan semula sebagai GM400.
Dia benda yang sama tetapi dia versi kelima, Tan Sri Pengerusi dan diberikan penjenamaan iaitu GM400 Alpha. Ia merupakan produk yang dikategorikan sebagai in production, dengan izin dan telah matang, sekali gus menyangkal dakwaan produk ini sebagai prototaip.
Seterusnya, bagi dakwaan berkenaan dokumen laporan penilaian fizikal dimanipulasi, adalah tidak benar kerana kriteria penilaian adalah berdasarkan SOC dokumen tender dan ahli-ahli pemeriksa fizikal, terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh TUDM berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang masing-masing. Laporan penilaian fizikal disimpan mengikut prosedur pengurusan maklumat terperingkat yang berkuat kuasa dan tidak pernah dipinda oleh mana-mana pihak. Tak ada siapa yang pinda, Dato’ Sri.
Berkenaan reputasi syarikat, aspek yang dinilai adalah aspek teknikal dan kewangan. Syarikat yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan syarikat untuk membekalkan aset-aset pertahanan, kestabilan kewangan syarikat serta menepati syarat- syarat yang ditetapkan bagi memastikan objektif perolehan boleh dicapai. Reputasi syarikat di luar negara, itu di luar pengetahuan pihak kementerian ataupun di luar kita punya bidang kuasa.
Berhubung dengan pertanyaan tentang spesifikasi, adalah dimaklumkan bahawa tiada pengurangan spesifikasi LRR sepertimana yang dibangkitkan. Sebaliknya, terdapat pengurangan kos hasil daripada rundingan Kementerian Pertahanan dengan pihak OEM yang boleh menampung infrastruktur.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dia pengurangan itu, Tan Sri Pengerusi ya, YB ya, dia punya modem. Modem itu dia punya kubah ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak tanya ini.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kubah itu kalau dibina di sini, dia mahal. Jadi, apa yang kita lakukan ialah kita, atas nasihat daripada pihak pembekal, bahawa kita mengimport modem ataupun kubah tersebut daripada luar negara daripada benua Eropah dan ia dapat menjimatkan kosnya sebanyak RM10 juta dan kita terus pasang mengikut spesifikasi dan ianya daripada OEM, Tan Sri Pengerusi ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Yes, please.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya nak dapat penjelasan berkenan dengan apa yang saya difahamkan, MINDEF dikatakan membenarkan pihak syarikat iaitu syarikat Thales ini mengurangkan skop kerja di dalam tender yang telah diluluskan tanpa menurunkan harga tawaran. Jadi, ini perlu dijelaskanlah sebab skop kerja turun, harga tawaran masih lagi ketika masa mana diluluskan ketika perolehan diluluskan. Ini juga bertentangan dengan apa yang ada perolehan di dalam Kementerian Kewangan dengan perolehan yang ada daripada Kementerian Kewangan. Sila.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sepengetahuan saya, Tan Sri Pengerusi, tidak ada pengurangan skop kerja. Tapi, kita akan periksalah. Jika ianya benar, kita akan buat penyiasatan. Terima kasih. Perolehan pakaian.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Lapor dekat SPRM ini dengan bukti-bukti yang ada supaya kita dapat itu.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kalau YB ada laporan, laporkan ya. Kita alu-alukan. Tak ada masalah.
Perolehan pakaian, Tan Sri Pengerusi. Bagi perolehan pakaian head to toe, spesifikasi yang disediakan dan dimuktamadkan oleh pihak pengguna melalui jawatankuasa penyediaan spesifikasi oleh setiap perkhidmatan. Seterusnya, pihak STRIDE akan mengesahkan spesifikasi yang ditetapkan. Walaupun pihak user ataupun pihak perkhidmatan telah pun menamakan tetapi kualitinya masih lagi perlu dapat kelulusan dan mendapat pengesahan daripada pihak STRIDE, iaitu badan penyelidikan yang ada di bawah pihak MINDEF.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan, spesifikasi tidak boleh disediakan menjurus kepada satu jenama, model, pattern, pemegang cipta reka bentuk, design ataupun pembekal tertentu. Walau bagaimanapun sekiranya tidak dapat dielakkan, istilah pengungkapan persamaan atau setara perlu dimasukkan dalam dokumen pelawaan. Bagi perolehan pakaian sukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, ia dilaksanakan secara tender terbuka dan petender yang mengambil bahagian diwajibkan untuk mengemukakan sampel ke STRIDE terlebih dahulu untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri, ringkas pasal STRIDE ini ya. Yang Berhormat Menteri, seingat sayalah STRIDE setakat ini dia hanya uji kaji terhadap pakaian celoreng dan kasut kulit bagi tujuan operasi sahaja. Jadi buat masa ini STRIDE tidak ada uji untuk pakaian sukan. Jadi, saya ingin mencadangkanlah supaya pakaian sukan juga yang diperoleh MINDEF juga dikaji oleh STRIDE. Buat masa ini STRIDE hanya untuk pakaian celoreng dan kasut kulit sahaja. Ya, terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Cadangan tersebut kita ambil tindakan Tan Sri Pengerusi. Perolehan kelengkapan laut, ini daripada Kepong. Tahun 2024 di bawah Butiran 00400 – Kelengkapan (Tentera Laut), MINDEF telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.19 bilion. Adalah untuk tujuan perolehan dan selenggaraan aset-aset strategik TLDM. Peningkatan daripada RM1.6 bilion tahun 2023 kepada RM1.91 bilion pada tahun depan adalah berikutan keperluan untuk membiayai kos-kos perolehan aset strategik utama TLDM seperti LCS sudah di bekal, dimasukkan sebagai dia punya cashflow RM600 juta.
LMS2, LMS Batch 2 RM235 juta sebagai cashflow nya, surface-to-surface missile RM115 juta dan lain-lain aset, Tan Sri Yang di-Pertua. Selain itu juga, peruntukan di bawah Butiran 00400 juga adalah untuk menampung keperluan senggaraan kapal-kapal TLDM seperti kapal selam, kapal-kapal combatant TLDM iaitu frigate dan juga fast attack craft, Dato’ Yang di-Pertua.
Perumahan. Tan Sri Yang di-Pertua, tahun 2024 untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera ataupun RKAT, MINDEF telah diluluskan sebanyak RM917.4 juta, banyak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM517.4 juta adalah bertujuan untuk
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
pembinaan rumah keluarga angkatan tentera baharu manakala sebanyak RM400 juta lagi adalah untuk menyelenggara dan membaik pulih RKAT sedia ada, termasuk blok penginapan anggota bujang, wisma transit dan kemudahan taman permainan dan juga riadah. Bagi RKAT yang uzur, MINDEF melalui agensi pelaksana akan membuat semakan ke atas integriti bangunan RKAT tersebut dan akan mengesyorkan untuk membuat senggaraan ataupun merobohkan ataupun membina baharu.
Untuk makluman, rumah RKAT yang baharu dibina dalam pembinaan Tan Sri Yang di-Pertua. Sebanyak 3,307 unit sedang dalam pembinaan RKAT di Markas Sungai Pancing di Pahang 284, RKAT Kem Syed Sirajuddin Gemas 1,309 unit, RKAT Kem Muara Tuang di Sarawak 190 unit, RKAT Kem Lok Kawi sebanyak 513 unit, banyak lagilah Dato’ Yang di-Pertua yang sedang dalam pembinaan.
Itu yang RM517 juta dan RM400 juta khusus untuk membaik pulih dan menaik taraf RKAT sedia ada, sama ada kita nak pecahkan dua menjadi satu kerana RKAT-RKAT dahulu, kebanyakan adalah terlampau kecil dan tidak sesuai untuk didiami oleh keluarga.
Maka kita pecahkan dua unit menjadi satu dan banyak lagi, memang RKAT Rumah Keluarga Angkatan Tentera ini Tan Sri Yang di-Pertua, memang keadaannya amat daif dan uzur. Alhamdulillah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan, telah pun memberi peruntukan yang besar tahun ini, tambahan daripada bajet RM117, tambah lagi RM200 juta dan tahun depan RM400 juta.
Kita mengucapkan banyak terima kasih di atas prihatinnya pihak Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Berkenaan dengan LIMA, kita telah pun mengambil maklum balas hasil daripada kita punya post-mortem LIMA 2023 ini dan banyak telah pun kita dapat feedback ataupun maklum balas daripada orang ramai.
Daripada pengusaha, daripada pempamer, berkenaan dengan ruang pempameran dan juga berkenaan dengan kesesakan jalan di depan, terutamanya daripada bulatan lapangan terbang sehinggalah ke depan Mahsuri International Convention Center, Tan Sri Yang di-Pertua. Ini telah pun kita majukan kepada LADA dan kita telah pun memilih di peringkat akhir, iaitu siapa yang nak kita pilih menjadi penganjur kepada LIMA 2025, insya-Allah.
Diplomasi Pertahanan (MDCP) Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysian Defense Cooperation Programme ataupun ringkasnya MDCP merupakan sebuah program bantuan dalam bidang latihan ketenteraan serta sains dan teknologi pertahanan kepada angkatan tentera negara-negara asing yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan.
Program ini adalah merupakan salah satu pendekatan diplomasi pertahanan yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala di antara Malaysia dengan negara-negara membangun, menerusi aktiviti pembangunan kapasiti dalam latihan bidang pertahanan dan ketenteraan.
Berhenti sekejap program ini, selepas itu disambung pada tahun 2016 atas– 2016-2020 diberhentikan kemudian disambung semula 2021, Tan Sri Yang di-Pertua.
Sekarang ini ramai di kita punya Maktab Pertahanan kita, Maktab Angkatan Tentera kita, banyak tentera-tentera, pegawai-pegawai tentera asing yang berada dalam program MDCP ini, yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, terutamanya daripada negara daripada Afrika dan juga negara-negara membangun seperti tawaran Laos, Cambodia, negara-negara ASEAN yang lain, insya-Allah.
Berkenaan dengan Pejabat Penasihat Pertahanan (DA Office) disebut oleh Lumut tadi Dato’ Yang di-Pertua, kita ada sebanyak 26 Pejabat Penasihat Pertahanan di luar negara. Pejabat Penasihat Pertahanan merupakan daripada strategi kita untuk kita menjalinkan hubungan serantau antarabangsa. Pejabat pertahanan di Jordan telah pun ditutup pada tahun 2018 sekarang ini, dia accredited dengan kita punya pejabat pertahanan di Riyadh, Dato’ Yang di-Pertua. Riyadh yang sekarang ini sedang menguruskan untuk kita menjangkau ke Jordan.
Vientiane di Laos, kita tidak akan tutup walaupun dia tidak aktif sangat kerana Vientiane ataupun Laos akan menjadi sebagai Pengerusi ASEAN 2024 dan banyak akan kita lakukan di sana nanti dan kita memerlukan kewujudan Pejabat Pertahanan kita di Laos. Di Pretoria, di South Afrika Dato’ Yang di-Pertua, ia merupakan satu-satunya Pejabat Pertahanan negara kita di Benua Afrika, kita tidak ada di negara-negara lain. Kita
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
cuma ada satu di South Afrika dan kita baru dapat kelulusan daripada kerajaan untuk membuka satu lagi di Mesir iaitu di Utara Afrika.
Jadi, keberadaan pejabat pertahanan kita di Benua Afrika, terutamanya bertempat di South Afrika boleh merangkumi Selatan Afrika dan Tengah Afrika dan baru nak kita buka dengan izin, kita boleh jadi tahun hadapan telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Kita buka di Mesir dan ia boleh merangkumi di kawasan di Timur Tengah Utara dan juga di kawasan-kawasan di Utara Afrika, Dato’ Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan STRIDE black box, ini ditanya oleh Tanah Merah juga, black box ini kita mengadakan fasiliti sahaja Yang Berhormat tetapi yang lain-lainnya adalah di bawah Kementerian Pengangkutan, ia di bawah jurisdiction Kementerian Pengangkutan.
Walau bagaimanapun keupayaannya memang ada, mereka boleh membuka dan membaca isi kandungan black box tetapi yang baru-baru ini yang dia jatuh, kapal terbang jatuh kemalangan di Elmina itu, black box tersebut terlampau rosak dan kita tidak boleh buka dengan keupayaan dan tuan punya black box ataupun the black box punya, OEM, dia tidak kasi kita buka, buka oleh mereka dan mereka bagi kepada MOT, apa juga percakapan dan juga kandungan yang ada di dalam black box tersebut.
Jadi, black box ini kita mengadakan fasiliti di STRIDE tetapi dia di bawah jurisdiction MOT dan memang ada kepakaran kita jika black box tersebut tidak rosak, boleh buka dan kita boleh tahu isi kandungan black box tersebut. Keupayaan itu memang sudah ada, terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tetapi Yang Berhormat Menteri, ringkas sahajalah. Tentulah black box ini kita hendak buka, apa pun bila berlaku kemalangan nahas dan sebagainya contohnya, tentulah black box itu akan jadi rosak.
Tidak mungkin kalau Yang Berhormat Menteri kata STRIDE hanya boleh buka jika dia tidak rosak ataupun dia dalam keadaan baik, sudah tentulah apabila kemalangan, tentulah benda itu tidak baik.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya lah. Kalau kita kata bukanlah kata baik, dalam keadaan biasa lah kan. Walaupun rosak tetapi dalamannya itu dia tidak rosak, tetapi yang ini dia terlampau, impak dia terlampau kuat. Rosak dia terlampau teruk dan pihak pengeluar mengatakan kita tidak boleh buka, kita belum order pula ada perkara-perkara yang kita perlu import untuk kita membuka dan menganalisa kandungan dalam black box tersebut. Jadi, MOT telah buat keputusan Tan Sri Pengerusi, untuk membawa balik kepada Amerika di kawasan OEM ataupun pengeluar black box tersebut, insya-Allah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya, saya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya hendak bangkit tadi apabila Yang Berhormat jawab kata kita yang luar negara kita tidak boleh, tidak ambil hal lah syarikat yang dari luar negara. Sepatutnya apabila tender-tender dimasuk ini, kita akan check rekod-rekod mereka sebab ini menyebabkan sekuriti. Apabila macam itu, tidak betullah. Jadi saya hendak jawab balik ini, sekitar 25 Julai...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, yang ini isu yang dah lepas ke?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, tidak. Saya nak balik tadi pasal ini.
Tuan Pengerusi
Tidak boleh Yang Berhormat, tidak boleh. Isu dah lepas dah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab tambahan RM9 juta, 25 Julai.
Lepas itu, 1 November baru ni diluluskan oleh MOF lagi RM20 juta. Syarikat ini tidak ubah kos asal, tetapi tambah RM29 juta. Ini kena...
Tuan Pengerusi
Tidak boleh Yang Berhormat. Saya minta Menteri teruskan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Tropical Research Centre oleh Tanah Merah juga ya. Berkenaan dengan itu, kerajaan memang meningkatkan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara dari segi perspektif ke fungsian peralatan dan aset-aset pertahanan yang dapat digunakan
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
dalam iklim tropika kerana banyak aset pertahanan yang kita beli daripada luar negara yang bukannya beriklim tropika.
Sehubungan dengan itu, Pusat Penyelidikan Tropika (TRC) merupakan Center of Excellence yang dibangunkan bertujuan untuk melaksanakan penyelidikan dan pengujian tropika ke atas peralatan dan aset pertahanan ATM. Untuk makluman Tuan Pengerusi, sebanyak RM43.43 juta telah diperuntukkan untuk tujuan berkenaan sehingga tempoh RMKe-12.
Bagi tahun 2024, sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk bagi pembangunan TRC di bawah RMKe-12. STRIDE juga berhasrat untuk mempromosikan keupayaan fasiliti pengajian tropika ini iaitu proving ground bertaraf antarabangsa yang bakal siap pada tahun 2024. Kita telah menggalakkan supaya STRIDE juga menjadi sebagai tempat ujian kepada pihak-pihak lain kerana satu-satunya kita ada dalam negara kita.
Berkenaan dengan veteran. Ini banyak bertanya tentang veteran, Tuan Pengerusi. Kementerian Pertahanan mengambil maklum bahawa terdapat lebih 40,000 orang veteran yang belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran atau belum mengemas kini maklumat-maklumat mereka dengan Jabatan Hal ehwal Veteran. JHEV ATM telah mewujudkan satu platform penyimpanan dan pemprosesan data secara bersepadu dikenali sebagai VIBES 1.0, Veteran Integrated Benefit System 1.0 pada tahun 2011 dan VIBES 2.0 pada 2023 dan ianya user-friendly kepada semua veteran-veteran kita.
Nombor dua, ia juga turut dihebah melalui laman sesawang JHEV. Selain itu Program Outreach JHEV ATM sentiasa dilaksanakan di seluruh negara. Persatuan- persatuan veteran ATM juga membantu untuk mengenal pasti veteran-veteran dalam yang belum mendaftar supaya maklumat mereka ada dalam sistem VIBES 2.0 bertujuan agar semua mereka menerima bantuan yang disalurkan oleh kerajaan, Tuan Pengerusi.
Veteran juga berkenaan dengan kemudahan perubatan veteran ATM. Aspek kesihatan veteran ATM dan tanggungan terus menjadi fokus MINDEF dan juga akan ke agenda kesejahteraan veteran ATM. Untuk tahun 2020, sebanyak RM78.8 juta diperuntukkan dan dibelanjakan, tahun 2021 sebanyak RM111.5 juta telah dibelanjakan untuk kesihatan veteran, 2022 sebanyak RM117 juta dan tahun 2023, sebanyak RM85.9 juta telah pun dibelanjakan untuk faedah kesihatan kepada veteran, Tuan Pengerusi.
Berkenaan dengan veteran juga, status pelarasan pencen bagi veteran yang bersara sebelum 1 Jun 2023. Ini kita telah pun membuat dan telah menghantar kepada pihak kerajaan agensi pusat. Kita bukannya di dalam bidang kuasa kita, yang pencen dan seperti disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari, dia akan diselaraskan dalam Skim Saraan Penjawat Awam yang akan dibuat, boleh jadi akan dimuktamadkan pada bulan Mei atau bulan Jun tahun depan Tuan Pengerusi.
Selain daripada itu, kami tidak mahu bercakap fasal ianya dibawa di dalam kes mahkamah. Jadi, kita tidak mahu perkara-perkara ini dibincangkan kerana tetapi rest assured, dengan izin rakan daripada Ketereh, kita sudah bawa banyak kali, dibincangkan tiga empat kali dalam Kabinet juga, bagaimana cara untuk kita pastikan supaya penyelarasan pencen ini dibuat supaya ia dapat memberikan keadilan kepada pihak veteran yang berpencen 2013 dan sebelumnya. Berkenaan dengan veteran juga...
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Sikit sahaja, Tuan Pengerusi. Apa jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawasanya penyelarasan pencen ini akan dibayar?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya hendak jamin itu tidak boleh Tan Sri, sebab saya bukannya pembuat dasar ataupun pemutus kata. Tetapi, besar kemungkinan insya-Allah dalam Skim Saraan Penjawat Awam dan Penyelarasan Pencen Penjawat Awam yang akan dimuktamadkan pada pertengahan tahun depan, penyelarasan pencen ini akan turut bersama dilakukan. Setakat itu boleh saya bagi tahu Tuan Pengerusi. Berapa amaunnya, saya tidak tahu kerana di luar saya. Kalau MINDEF yang buat, saya boleh bagi tahu. Saya minta maaf, saya tidak dapat bagi tahu.
Secara jujurnya saya tidak dapat bagi tahulah dan saya tidak dapat hendak jamin, tetapi insya-Allah dalam Skim Saraan Penjawat Awam dan Penyelarasan Pencen Penjawat Awam yang akan dimuktamadkan tahun hadapan, memang ada. Itu memang masuk, insya-Allah Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan peruntukan yang banyak sampai
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
RM160 juta peruntukan tambahan untuk JHEV tahun depan itu, Tuan Pengerusi, ini adalah pemberian kemurahan hati daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan iaitu memberi bantuan sara hidup secara bulanan RM300 kepada semua veteran yang tidak berpencen, semua.
[Tepuk] Tetapi tahun ini, itu hari ada kekalutan sedikit, bajetnya tidak ada. Tetapi, mulai tahun hadapan, bajet itu sudah ada RM160 juta tersebut, tambahan tersebut untuk Jabatan Hal Ehwal Veteran itu adalah khusus untuk bantuan sara hidup bulanan kepada pesara-pesara yang tidak berpencen, Alhamdulillah terima kasih. Itu dia Tuan Pengerusi ya. Yang lain, berkenaan dengan veteran juga...
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Yang Berhormat Menteri. Lumut, Lumut. Lumut, Lumut.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Mengenai bantuan RM300 itu, adakah syarat-syarat yang pendapatan garis kemiskinan RM1,168 itu masih dikuatkuasakan?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Pengerusi, ini yang sebabnya dibajetkan untuk semua 41,000 orang veteran yang tidak berpencen. Kita tidak apa dah, semua akan dapat. Cuma tahun ini ada sedikit kekalutan iaitu mengikut paras kemiskinan tegar. Jadi, tahun hadapan kita masukkan dan ia telah pun diluluskan dengan kemurahan hati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tuan Pengerusi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam perbahasan juga, saya telah membangkitkan isu berkenaan dengan meningkatkan lagi keanggotaan tentera, terutamanya di kalangan orang kaum India dan Cina. Mohon kalau boleh diberi penjelasan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sudah sampai giliran pun.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham bahawa Yang Berhormat Menteri juga bersungguh- sungguh di atas isu ini. Jadi, saya tunggu untuk jawapan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Pengerusi, pengambilan untuk anggota tentera, kita tidak ada kuota, kita tidak pernah meletakkan kuota apa-apa.
Bahkan ini merupakan suatu apa yang dipanggil sebagai suatu fokus kami sekarang untuk bagaimana cara untuk kita menggamit seramai mungkin anak-anak Malaysia daripada kaum bukan bumiputera untuk memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, baik laut, darat ataupun udara.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Itu sebabnya Angkatan Tentera kita mengadakan berbagai-bagai cara, mengadakan berbagai-bagai promosi di sekolah-sekolah, di universiti-universiti, menggunakan NGO-NGO supaya dapat kita menarik lebih ramai lagi anak-anak Malaysia ini yang bukan bumiputera untuk memasuki bidang ketenteraan. Tetapi dia punya hasilnya tidak memberangsangkan Dato’ Yang di-Pertua, walau bagaimana kita buat. Berbagai- bagai cara kita buat.
Sekarang ini masuk tentera Dato’ Yang di-Pertua, kemudahan untuk melanjutkan pelajaran memang ada. Hendak melanjutkan bidang pelajaran di peringkat ijazah, peringkat sarjana, macam-macam ada. Gaji pokok pun sekarang ini, kalau anggota lain- lain pangkat itu bukan macam dulu lagi, RM500. Sekarang ini masuk sahaja dah melebihi RM1,500 campur elaun sampai RM1,800.
Jika mereka mempunyai kemahiran-kemahiran Dato’ Yang di-Pertua, mereka akan mendapat lebih lagi, ya sebab kita ada perbezaan sijil biasa dengan sijil kemahiran.
Sijil kemahiran terdapat RM2,000 lebih Dato’ Yang di-Pertua sebagai dia punya kemasukan awal ataupun gaji peringkat awal mereka.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ini saya minta supaya semua, termasuk daripada rakan kita, kalau boleh kita sama-sama uar-uarkan. Kita sama-sama pastikan supaya masalah yang dihadapi oleh MINDEF, masalah yang dihadapi oleh ATM untuk menggamit seramai mungkin anak-anak Malaysia yang bukan kaum bumiputera untuk memasuki perkhidmatan tentera ini dapat kita laksanakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri. Saya guna kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan di atas semua langkah-langkah yang diambil. Saya akan cuba membantu.
Mungkin saya boleh cadangkan sebagai permulaan, Ahli-ahli Parlimen mungkin boleh menjadi pelapis tentera. Kita boleh— cara untuk kita menyemarakkan lagi semangat KeMalaysiaan dan semangat patriotisme. So, boleh dicadangkan. Tetapi saya akan membantu sebanyak yang boleh untuk mengadakan program di kawasan saya. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya setuju Tan Sri Yang di- Pertua, supaya Ahli-ahli Parlimen kita menjadi pelapis tetapi saya takut nanti banyak kena buat pilihan raya kecil.
[Ketawa] Wanita tadi, Bukit Bendera. Wanita, berkenaan penyertaan wanita. Begitu juga ya. Kita mempunyai ramai wanita yang menyertai angkatan tentera dan peluang mereka dalam angkatan tentera itu amat baik sekali. Ada yang dah ada two star, wanita. Yang one star itu ramai terutamanya dari segi bidang kedoktoran, perubatan. Tuan Yang di-Pertua, ramai. One star, ramai. Two star, wanita.
Mereka ini doktor-doktor pakar dan juga daripada seperti yang disebut, kita mempunyai juruterbang jet pejuang pertama wanita negara kita, juruterbang helikopter dan macam-macam lagi. Saya juga minta supaya kita punya NGO-NGO wanita agar bersama-sama mempromosi supaya bersama-sama untuk kita pastikan ramai penyertaan daripada kaum wanita untuk menyertai profesion angkatan tentera, Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Menteri perlukan berapa minit lagi, agak-agak?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Lagi 10 minit boleh?
Tuan Pengerusi
15 minit ya.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
15 minit. Baik.
Tuan Pengerusi
Okey.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ini berkenaan LCS. LCS ini banyak kali saya sudah cakap Dato’ Seri. LCS ini sebenarnya, ia sepatutnya tak ada jadi masalah tetapi kerana projek tersebut terhenti berapa lama, terhenti disebabkan oleh kajian semula projek, terhenti disebabkan oleh COVID-19 dua tahun. Maka, projek tersebut terhenti. Maka, kita nak revive.
Tan Sri Yang di-Pertua, aset dah ada. Mengapa kita buat lima, orang kata tak buat enam? Kita buat lima kerana kita dah beli lima set enjin, lima set generator, lima set gear box, lima set propeller, lima set shaft. Semua dah ada. Jadi kita kena buat kerana yang mahalnya itulah. Yang nak buat hull itu tak mahal. Nak buat hull itu dia pakai blok-blok sahaja dan sistem komunikasi dan combatant. Berkenaan dengan pertambahan untuk lima buah ini RM2 bilion, pertambahan tersebut bukannya pertambahan kos overrun. Tak ada. Pertambahan tersebut Tan Sri Yang di-Pertua, adalah pertambahan untuk kita membeli aset combatant. Kita dah kenal pasti, pihak Tentera Laut pun dah kenal pasti missile yang mana, daripada negara mana, semua. Itu sahaja dah— kalau dalam Laporan PAC Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja dah RM1 bilion tambahan, termasuk pula interest, bayaran insurans, bayaran macam-macam lagi dan termasuk kita bayaran kerana kita terpaksa bayar pengurusan. Tak banyak.
Kalau kita tengok dalam kita punya, PAC punya laporan itu, yang RM2 bilion itu dengan secara jelas telah pun PAC terangkan apa dia tambahan tersebut. Dia bukan tambahan kerana cost overrun. Lepas itu lagi, kos insurans banyak. Kos design. Macam- macam lagi, Dato’ Yang di-Pertua.
So, semuanya one-off bukan— ini bukan merupakan, ia non-recurring cost, Tan Sri Yang di-Pertua. Jadi, ini tambahan. Jadi, mengapa kita buat lima? Jawabnya kita dah
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
ada, semua dah beli lima set. Kalau kita nak buat pula enam lagi dan kita kena beli dan tambahan akan lebih banyak. Tan Sri Yang di-Pertua.
Orang tanya juga tadi mengapa kita teruskan dengan Boustead Naval Shipyard.
Ini diputuskan di dalam peringkat— tiga kali diputuskan oleh kerajaan terdahulu, dalam Kabinet supaya kita teruskan dan kita meneruskan dengan syarikat yang sama kerana kita tak boleh kita menukar ke syarikat— nak buat tender baharu.
Ia akan menelan belanja yang lebih besar, Tan Sri Yang di-Pertua. Nak kita buat OEM baharu, nak kita buat kontrak baharu dan makan masa yang besar dan macam- macam lagilah. Kalau nanti, kita enjin dah beli, syarikat baru pula kata tak nak pakai enjin yang sama, kita terpaksa belanja lebih besar lagi.
Jadi, itu sebabnya Boustead Naval Shipyard ini diteruskan untuk kita meneruskan projek ini. Tak ada kena mengena— tak ada masalah pun dengan Boustead Shipyard engineering atau Boustead Naval Shipyard ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Mereka buat kerja baik. Anak-anak tempatan kita baik. Teknikal mereka, capability mereka baik. Tetapi disebabkan oleh projek ini dulu terpaksa diberhentikan untuk dikaji semula dan bila nak dihidupkan semula, dua tahun setengah, Tan Sri Yang di-Pertua, kita tutup kerana COVID- 19.
Jadi, inilah masalah kita tetapi sekarang tak ada lagi kelewatan. Kalau kita tengok ada orang kelewatan LCS ini, ia bukan— buat LCS ini Tan Sri Yang di-Pertua, ia ada empat peringkat iaitu peringkat design, peringkat equipment, peringkat construction and trial and commissioning. Kalau kita tengok dalam Laporan PAC, Laporan Kira-kira Kewangan Negara, peringkat pembinaan kita terdahulu, kita dah lebih awal daripada masa yang sepatutnya.
Tetapi yang ke belakang sedikit peringkat design. Sepatutnya 96 peratus tetapi kita peringkat 84 peratus.
Jadi, ini saya rasa tak ada masalah kerana peringkat Naval Group iaitu principal designer dekat sana tak ada isu yang saya yakin bahawa kelewatan itu akan dapat dilakukan dan akan dapat kita pastikan ianya diberi kebenaran. Insya-Allah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri, fasal LCS lah. Sebenarnya hari ini saya tak sentuh langsung LCS, yang sentuh LCS, Ipoh Timur. Tetapi apabila Yang Berhormat MENHAN bangkitkan tentang LCS ini dan saya bila dengar kata, “No problem, tak ada masalah”, sebenarnya saya lagi risau.
Sebab apa Yang Berhormat Menteri? Ini kajian yang telah saya buatlah.
Mengikut laporan terkini PAC, hutang terkumpul BNS kepada vendor adalah sebanyak RM848.45 juta. Hutang BNS kepada vendor. MOF juga, sebelum MOF hendak— jadi MOF juga perlu selesaikan hutang ini untuk memulakan LCS. Jadi kalau nak selesai— nak mulakan Projek LCS ini balik, kena bayar ini. RM848.45 juta.
Secara tak langsung, kalau kita pegang kepada jawapan MENHAN dalam Dewan tempoh hari, kos RM2.1 bilion tempoh hari yang kononnya tidak melibatkan recurring cost campur hutang BNS kepada BHSC. Ingat ya. Hutang BNS ke BHSC sebanyak RM389.4 juta dan campur hutang BNS kepada vendor termasuk kepada Naval Group untuk luluskan detail design, sebanyak RM848.45 juta. Kalau saya campur-campurkan Yang Berhormat MENHAN, ia dah jadi RM13.2 bilion. Jadi, kos projek sekarang untuk lima kapal bukan lagi RM11.2 bilion iaitu sekarang ini kalau kiraan sudah jadi RM13.2 bilion. Jadi sebenarnya, terus-terang saya katalah.
Orang kata inilah trust deficit. Saya tak nampak yang satu kapal pun boleh siap sebab kos sekarang dah melambung, lebih daripada RM12.1 bilion. Dah jadi sekarang RM13.2 bilion. Jadi, sebab itulah saya harap Yang Berhormat MENHAN, saya tahu ini legasi tetapi legasi yang MENHAN terpaksa pikul dan tanggung.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya harap perkataan “no problem” itu betul-betul no problem. Saya nampak ada problem. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Pengerusi, semua perkiraan yang disebut oleh Tanah Merah tadi, semua dah dimasukkan perkiraan Dato’ Yang di- Pertua ya, sebelum kita buat novation dan juga menyerahkan ataupun pengambilan alih
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
oleh OSB, kepunyaan milik Kementerian Kewangan tersebut. Itu semua telah pun dikenal pasti dan ianya akan diselesaikan oleh pihak Kementerian Kewangan, insya-Allah. Berkenaan dengan Op Maharlika Tan Sri Yang di-Pertua. Op Maharlika ini adalah operasi yang dilaksanakan oleh PDRM dan INTERPOL. Dia bukannya dilakukan oleh pihak ATM dan ianya melibatkan Brunei, Indonesia dan Filipina di kawasan ESSZONE kita. Dia di bawah PDRM.
Berkenaan dengan FLIT/LCA. Tan Sri Yang di-Pertua, perolehan medium-altitude long endurance unmanned aircraft system ataupun MALE UAS ataupun kita punya dron daripada Turkiye dan Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft ataupun FLIT/LCA untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia telah dilaksanakan secara tender terbuka antarabangsa berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1.
Bagi mengelakkan unsur-unsur ketidakpatuhan tatacara perolehan dan ketirisan, Kementerian Pertahanan telah menggariskan dan melaksanakan beberapa kriteria penilaian yang ketat. Bagi perolehan MALE UAS, dron ini dan FLIT/LCA untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia, dinilai oleh Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan.
Secara umumnya, perolehan tender terbuka ini telah dilaksana mengikut, mematuhi semua prosedur dan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa Yang di- Pertua. Dia ada empat, peringkat penilaian teknikal, peringkat penilaian kewangan, peringkat penilaian cadangan ICP dan pemeriksaan fizikal.
Perolehan LMS Batch 2, ini daripada YB Bagan Serai. Pihak pengguna TLDM telah mendapatkan request for proposal (RFP) daripada 11 syarikat pembina kapal dari beberapa negara. Daripada 11 RFP yang diterima, lapan syarikat pembina kapal telah memberikan maklum balas terhadap RFP tersebut. Susulan itu, pihak TLDM telah melaksanakan penilaian kepada tawaran tersebut.
Hasil penilaian tersebut, pihak TLDM telah mengenal pasti beberapa pembina kapal daripada Turkiye yang menepati spesifikasi yang diperlukan oleh TLDM. Oleh itu, kementerian telah mengangkat perkara ini kepada Jemaah Menteri pada 20 Ogos 2023 dan kerajaan telah meluluskan perolehan kapal Littoral Mission Ship Batch 2 (LMS Batch 2) untuk dilaksanakan menerusi pendekatan government-to-government Tan Sri Yang di- Pertua, iaitu G2G dengan negara Turkiye. Status terkini, kementerian sedang buat due diligence terhadap syarikat yang diluluskan oleh kerajaan dan perkara ini akan diangkat kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan, insya-Allah.
ESSZONE, Teras 4, strategi ESSZONE dilaksanakan. Ini ada juga disebut oleh Arau tadi ya. Sebelum ini Sri Gading tanya. Berkenaan dengan kawasan EEZ kita Tan Sri Yang di-Pertua, memang kawasan seperti disebut oleh tadi rakan kita daripada Penang tadi. EEZ ini merupakan kawasan yang telah pun kita daftarkan dan kita punya peta telah pun kita buat tahun 1979. Dato’ Yang di-Pertua, kita merupakan negara pertama di kawasan rantau ini yang telah pun memuktamadkan peta kita.
Peta kita ini telah pun diperakui oleh masyarakat antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kawasan di sini Dato’ Yang di-Pertua, memang kawasan dah jadi sebagai orang kata, kawasan yang amat sibuk. Sibuk bukan kerana laluan kapal, tetapi sibuk kerana banyak orang yang cuba untuk orang kata, memperakukan kawasan tersebut adalah kawasan mereka juga.
Jadi, kawasan EEZ kita Dato’ Yang di-Pertua, kawasan kita punya economic exclusive zone kita, kita pastikan untuk kita kawal rapi dan kita kawal sentiasa. Itu sebabnya pihak TLDM, pihak TUDM Tan Sri Yang di-Pertua, kita telah pun membuat perolehan-perolehan. Kita membuat perolehan 18 biji jet pejuang ringan iaitu LCA FA-50 batch Block 20 daripada Korea dan kita juga akan menyiapkan LCS dan juga LMS yang akan kita perolehi daripada Turkiye.
Dalam pada itu, kita perlu memperkasakan keberadaan angkatan tentera di wilayah timur kerana kita sekarang beroperasi secara dua teater ataupun dua wilayah.
Dulu kita wilayah satu sahaja, Malaysia. Tetapi di wilayah timur Sabah dan Sarawak, kalau ada apa-apa, datang daripada sini. Itu tak boleh. By the time kita reach dengan izin, the game is over already.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, apa yang kita lakukan ialah sekarang ATM beroperasi secara dua wilayah.
Wilayah Timur, medan timur dan medan barat. Jadi, di medan timur sekarang ini kita nak perkasakan di mana kita telah diluluskan untuk membina Markas Briged 31 di Bintulu, membina Markas Wilayah Laut 4 di Bintulu juga dan membina open base untuk TUDM di Bintulu kerana di situ Arau sebut tadi, keberadaan kita amat dekat dengan Beting Patinggi dan juga Kasawari, kawasan baru.
Kalau kita nak sekarang ini — untuk masa sekarang Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita nak harapkan daripada keberadaan aset kita, yang paling dekat ialah di Teluk Sepanggar di Kota Kinabalu. Daripada Teluk Sepanggar nak pergi ke Beting Patinggi, kalau 25 knots mengambil masa 15 jam. Jadi, ini tak boleh. Maka, kita perlu ada satu base Tentera Laut kita di kawasan yang paling berhampiran dengan kawasan tersebut iaitu di Bintulu yang mana dia cuma mengambil masa tak lebih daripada enam jam, lima ke enam jam Yang di-Pertua, dengan kelajuan 25 knots.
Kita punya LCS 28 knots ke 30 knots kalau kita buat speed-up. Juga LMS kita juga berkelajuan lebih kurang 25 ke 28 knots. Kita akan letakkan aset-aset tersebut di kawasan di kawasan wilayah timur kita untuk kita memperkasakan kita punya pertahanan di wilayah timur. Kita akan wujudkan 31 Briged punya markas di Bintulu juga, insya-Allah Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Yang Berhormat.
Jawapan ini melayakkan Yang Berhormat duduk sana, Timbalan Perdana Menteri.
[Tepuk] Tapi kalau Yang Berhormat duk ulang berkali-kali bahawa ini kelulusan daripada seseorang, itu kami rasa tak seronok sebab seseorang yang sama tak lulus peruntukan kepada kami, Ahli Parlimen. Jadi, meletakkan seseorang yang mempunyai kuasa untuk meluluskan kewangan itu, saya ingat elok digunakan perkataan kerajaan.
Okey Yang Berhormat, sekarang ini kita telah bina Terumbu Layang-Layang di mana di bawah terumbu itu kita jadikan pulau dan juga pangkalan kita. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk membina terumbu Beting Patinggi Ali, pangkalan Beting Patinggi Ali? Sebab apa, itulah satu cara yang boleh menyenyapkan ucapan saya di Parlimen ini kerana kita telah menguasai kawasan kita.
Yang Berhormat, tak logik dalam dunia ini, Beting Patinggi Ali letaknya 80 kilometer daripada batu nautika daripada Bintulu, padahal kawasan laut kita 200 batu nautika. Daripada China untuk datang ke situ 4,000 kilometer daripada Hainan yang kawasan terselatan sekali. Tapi mereka datang bukan untuk tujuan menuntut tempat itu, asalnya ialah untuk mencari harta karun Laksamana Cheng Ho. Tapi, sekarang dah jadi cerita lain. Tiba-tiba dah jadi tuntutan. Jadi Yang Berhormat, saya minta supaya pangkalan Beting Patinggi Ali dibina. Kalau Yang Berhormat kata tak setuju — jangan kata tak setuju, akan dipertimbangkan cukuplah. Puas hati saya. Saya tak ulang lagi dah.
Tuan Pengerusi
Menteri kalau boleh, senafas semua sekali ya.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Okey.
[Ketawa] Baca Fatihah senafas ini pendek, tarik nafas dah tak boleh. Tan Sri Yang di-Pertua, amat bersetuju dengan Arau, tetapi kita kena ada kekuatan. Tidak guna kita buat penempatan, tetapi kita tak boleh kawal. Jadi, kita bina kekuatan dulu. Insya-Allah selepas ada kekuatan, dah ada naval base kita, Markas Wilayah 4, bila dah ada 31 Briged, dah ada open base kita, TUDM di Bintulu, kita akan beransur-ansur untuk kita perkasakan dan untuk kita pastikan supaya kedudukan kita di situ tidak dapat dicabar oleh sesiapa. Insya-Allah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Jawapan yang kedua ini juga layak duduk di sana. Tan Sri Pengerusi, jangan bagi orang lain. Dengar cerita ada orang lain nak ambil tempat itu. Yang Berhormat kena ambil. Yang Berhormat Timbalan Presiden...
Tuan Pengerusi
Yang itu tak ada dalam...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tak berani, berhenti jadi Timbalan Presiden.
[Ketawa] Okey. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat sebut — Sikit saja. Fasal sebut tadi saya bersetuju, alhamdulillah ada perancangan yang hebat. Tapi fasal LCS tadi, kita dah lewat lima tahun, enam tahun. Jadi, kita nak tunggu dia siap lagi tiga tahun, lebih kurang macam itulah. Jadi, sekarang ini kita dah ketinggalan perancangan untuk kapal-kapal yang sudah jadi tua sekarang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk menggantikan kapal-kapal yang berumur 40 tahun itu serta-merta. Perancangan dibuat sekarang mungkin tahun depan kita boleh bina, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tan Sri Yang di-Pertua, itu sebabnya sehingga kami pergi merata tempat untuk membeli kapal yang dah siap.
Begitulah urgency-nya, begitulah kehendak kami untuk kita mempertahankan perairan negara kita. Tetapi malangnya kapal-kapal yang dah siap semua dah berpunya. Sehingga kami memujuk sebuah negara tersebut bagi kami kapal tersebut, kami bayar sikit lebih tak apa, tetapi dia kata tak boleh. Itu adalah hasrat, bagaimana hasrat untuk kita menjaga perairan dan benteng pertahanan negara kita Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM12,678,525,900 untuk Kepala B.60 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.60 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.60 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Raub, YB Langkawi, YB Kalabakan, YB Lumut, YB Balik Pulau, YB Padang Besar, YB Pulai, YB Kangar, YB Seputeh, YB Parit, YB Tenggara, YB Dungun, YB Gopeng, YB Kuala Kedah, YB Kota Melaka, YB Besut, YB Kampar, YB Rompin, YB Batu, YB Bukit Gantang dan YB Arau. Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun bawah 18(1). Saya tak nak bangun ni sebab saya tengok suasana dah mesra tetapi saya minta supaya sebelum saya rujuk benda ini ke bawah 18(1), saya minta Yang Berhormat Bayan Baru untuk menarik balik kenyataannya bahawa poligami itu ialah amalan PAS, Yang Berhormat.
Walaupun dia telah delete tetapi dia kena minta maaf di Parlimen ini, sebab dia keluarkan kenyataan ini.
[Menunjukkan beberapa helai dokumen] Kalau dia tak keluarkan kenyataan tersebut, sebelum habis Parlimen ini, saya akan bawa usul pada besok hari.
Baik. Jadi saya minta, dia minta maaf, tarik balik.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia sebut, “Poligami adalah ajaran PAS”. Poligami bukan ajaran PAS...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Arau, you- Arau boleh buat usul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dia dalam Islam.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau buat usul kepada Tan Sri Speaker...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Arau boleh buat usul.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Terima kasih. Ya.
Beberapa Ahli
Duduklah Arau.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Arau sudah ada berapa?
[Dewan riuh]
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Puan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut bahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa bawah Maksud P.31, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Saya akan fokuskan isu Fraser’s Hill, negeri Pahang yang berada di kawasan Parlimen Raub. Pada masa kini Fraser’s Hill tidak hanya kehilangan tarikannya sebagai destinasi pelancongan tetapi juga tidak sesuai sebagai satu tempat kediaman. Menurut anggapan pelancong asing, Fraser’s Hill adalah ghost town yang menakutkan.
Walaupun kenyataan ini mengecewakan dan menyedihkan penduduk tempatan termasuk saya sebagai Ahli Parlimen Raub, tapi kita perlu menghadapi realiti dan melakukan refleksi mengapa Fraser’s Hill dulunya dikenali sebagai Little England tetapi kini lebih terkenal sebagai bandar hantu yang sunyi sepi. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya, isu tanah runtuh. Pada hari 6 September 2020 seorang wanita maut kerana suaminya cedera tertimpa sebatang pokok tumbang di Jalan Teranum dekat Bukit Fraser.
Pada 21 Disember 2020, Jalan Raub Bukit Fraser ditutup sepenuhnya ekoran runtuhan batu. Pada 3 Januari 2021, Jalan Raub Bukit Fraser ditutup lagi, 13 kenderaan terkandas dan 32 individu terperangkap. Pada 16 Januari, jalan yang sama ditutup lagi.
Puan Pengerusi, saya terima aduan daripada pemilik bangunan banglo bahawa tanah runtuh di Bukit Fraser, Jalan Richmond, jalan tersebut hanya muat satu kereta sahaja dan tepi jalan adalah cerun. Jalan ini berisiko untuk runtuh pada bila-bila masa.
Puan Pengerusi, hal ini bukan sahaja menyebabkan pelancong enggan memilih Fraser’s Hill sebagai destinasi pelancongan utama kerana faktor keselamatan tapi memberi kesan serius kepada penduduk tempatan yang sentiasa menghadapi kesusahan dan kesulitan kerana perlu pergi ke Raub atau Kuala Kubu Bharu untuk dapatkan bekalan barang runcit, makanan dan barang harian.
Apabila kita berbincang berkenaan isu Fraser’s Hill, kita tidak boleh hadkan diri kita daripada sudut pelancongan, kebajikan penduduk tempatan juga perlu kita jaga. Saya pernah bawa isu ini dalam Kamar Khas dan kepada pihak JKR, namun demikian projek pembaikan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup peruntukan.
Walaupun saya memahami cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan tempatan, saya ingin mengingatkan pihak-pihak berkuasa bahawa kos projek seberapa tinggi pun, nyawa manusia adalah lebih bernilai dan tidak boleh diukur dari segi wang. Puan Pengerusi, saya juga menyeru pihak berkenaan untuk melaksanakan maintenance dengan seawal mungkin sebelum berlaku kematian atau kecederaan.
Kedua, kelambatan maintenance infrastruktur dan utiliti. Isu longkang, sampah dan bekalan elektrik yang sering terputus menjejaskan industri pelancongan dan kehidupan seharian penduduk tempatan.
Bukan sahaja saya sering kali menyuarakan isu ini semasa di Kamar Khas Parlimen, rakan saya dari ADUN Hulu Selangor, Yang Berhormat Lee Kee Hiong jug menyuarakan pendapat bahawa kurangnya fasiliti sokongan seperti infrastruktur yang mesra. Hal seperti ini menyebabkan Fraser’s Hill hilang daya tariknya sebagai destinasi pelancongan. Walaupun memiliki warisan bangunan bergaya Tudor dan ekosistem yang unik dan kaya, sebahagian Fraser’s Hill dimiliki oleh negeri Pahang dan sebahagian dimiliki oleh negeri Selangor.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Majlis Daerah Raub dan Majlis Perbandaran Hulu Langat mentadbirkan Fraser’s Hill sama-sama. Kekurangan komunikasi dan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan tempatan telah melambatkan kerja-kerja maintenance dan juga pemajuan tempatan.
Ketiga, biodiversiti dan alam sekitar di Fraser’s Hill. Fraser’s Hill terkenal dengan alam sekitar yang menyegarkan kerana dilingkungi oleh hutan hujan bertanah tinggi.
Tempat ini juga kaya dengan biodiversiti flora dan fauna serta telah menjadi tumpuan pakar untuk penyelidikan spesies burung, serangga, tumbuhan dan lain-lain.
Pada Ogos 2023, seekor harimau telah didapati menyeberangi jalan raya di Bukit Fraser. Insiden ini merupakan isyarat yang menunjukkan habitat natural haiwan liar telah dimusnahkan di kawasan tertentu. Bagi terus memperkukuhkan usaha kerajaan untuk perlindungan biodiversiti, saya menyeru kerajaan mempertimbangkan cadangan badan NGO, Persatuan Alam dan Warisan Bukit Fraser (PAWBF) supaya Fraser’s Hill diwartakan sebagai tapak warisan negara.
Dalam jawapan lisan secara bertulis bertarikh 16 Februari 2023, MOTAC telah menjelaskan bahawa usaha telah diambil untuk memajukan Fraser’s Hill sebagai warisan tinggalan kebudayaan dan pelancongan menerusi pewartaan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Penyelidikan juga telah dijalankan. Saya minta satu minit lagi.
Komuniti tempatan Fraser’s Hill juga amat mengambil berat tentang status kepada usaha pewartaan ini. Saya berharap kerajaan boleh menjelaskan tentang status pewartaan kepada penduduk tempatan. Ada banyak isu lain, saya tidak sempat bangkitkan tapi saya nak bangkitkan di sini rumusannya adalah kegiatan ekonomi yang utama di Fraser’s Hill adalah sektor pelancongan.
Penurunan jumlah pelancong sejak pandemik telah memusnahkan rezeki penduduk tempatan. Dalam menangani isu ini, kerajaan tidak boleh memberi fokus kepada birds watching sahaja. Penduduk dan peniaga Fraser’s Hill memerlukan kegiatan pelancongan yang diverse untuk menyokong peniaga tempatan yang melibatkan diri dalam perniagaan yang berbeza.
Oleh demikian, saya ingin mencadangkan satu penyelesaian supaya menubuhkan satu agensi bawah Kerajaan Persekutuan yang khas bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembangunan dan pengurusan Fraser’s Hill supaya dapat memulihkan era kegemilangan Frase’s Hill. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum, terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada B.31 muka surat 342 iaitu Perkara 020000 - Pembangunan Dan Promosi Pelancongan. Langkawi menjadi perhatian sejak kita membahas Bajet 2024 ini. Terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan dan cadangan sepanjang tempoh perbahasan. Kita melihat ada penambahan dana kepada industri pelancongan, namun promosi ke pulau-pulau di Malaysia khususnya di Langkawi agak lemau dan tidak bermaya.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tumpuan diberikan kepada acara-acara utama seperti LIMA 2023, IRONMAN dan Le Tour de Langkawi tetapi terdapat keperluan untuk kita memanfaatkan tarikan- tarikan lain. Sebagai contoh, para pelancong luar amat sukakan pasar malam di Langkawi tetapi kita menganggapnya hanya untuk orang tempatan. Justeru, tiada usaha untuk kita mempromosikan idea ini. Seberapa banyak pun usaha, sukar untuk ia memberikan kesan dek kerana tiada iltizam daripada pihak yang bertanggungjawab.
With due respect, ditambah pula dengan tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuklah kenyataan Menteri Pelancongan sendiri. Tindakan mengaitkan Langkawi dengan pandangan ekstremis yang menghindarkan kemasukan pelancong adalah antara sabotaj terhadap Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya sudah menyatakan mana-mana pihak yang berminat untuk melihat keadaan pelancong di Pulau Langkawi. Mereka boleh datang sendiri dan lihat dengan mata kepala masing-masing. Malangnya, jemputan ini belum disambut oleh Menteri. Kenyataan Kampar yang menyeru agar Langkawi dijadikan Wilayah Persekutuan juga adalah keterlaluan.
Soalnya, apakah yang telah dibuat oleh Kementerian Pelancongan untuk memantapkan industri pelancongan? Adakah mereka tidak perlu bertanggungjawab langsung terhadap kemalapan industri pelancongan dek kerana Kerajaan Kedah adalah kerajaan pembangkang.
Terdapat juga usaha menuding jari kepada Kerajaan Negeri Kedah atas masalah ini untuk mengkambuskan kelemahan kementerian walaupun faktanya Langkawi ditadbir secara bersama dengan Kerajaan Pusat menerusi agensi seperti LADA. Bahkan hasil cukai di Langkawi masuk ke dalam kantung Kerajaan Pusat. Maka, adalah adil apabila Langkawi diburuk-burukkan oleh pihak kerajaan seperti ini. Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Langkawi kelihatan seperti pekan mati. Ini telah mengakibatkan panik yang berkemungkinan pelabur lari selain membunuh motivasi pemain industri sedia ada yang mungkin rela menggulung tikar.
Namun, cuti Deepavali lalu menyaksikan kira-kira 10,000 pelancong masuk ke Langkawi, menunjukkan Langkawi masih mendapat tempat di hati rakyat. Meskipun ada kenyataan yang tidak enak daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya telah pun mengutus surat kepada penulis-penulis supaya saya bawa ke Langkawi dan saya akan memberi penginapan percuma kepada mereka untuk menulis perkara yang sebenar apa yang berlaku di Langkawi. Harga barangan di Langkawi juga mahal kerana mengambil kira kos pengangkutan daripada tanah besar. Ini bukan sahaja membebankan pelancong bahkan penduduk tempatan juga. Alhamdulillah, usul bebas cukai akan dibawa ke Kamar Khas untuk saya membentang di sana. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Selain itu, penyelenggaraan kawasan-kawasan menjadi tarikan pelancong di Pulau Langkawi terutamanya di bawah seliaan LADA tidak begitu memuaskan untuk terus menjadi hotspot tarikan pelancong. Masalahnya LADA juga untuk —LADA juga nak menguruskan perniagaan di Langkawi. Padahal LADA sepatutnya melihat kepada promosi-promosi pelancongan Pulau Langkawi. Contohnya, Oriental Village Langkawi.
Banyak kedai yang tidak beroperasi dan fasiliti tidak diselenggarakan. Oriental Village ialah pintu masuk utama ke SkyCab Langkawi. Kerajaan perlu mengambil tindakan wajar untuk memperbetulkan keadaan ini.
Saya rasa audit property patut diadakan untuk melihat semua property-property dengan izin, di bawah LADA dilihat semula kerana banyak yang telah menjadi masalah kepada Pulau Langkawi. Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan perlu merancakkan semula Langkawi sebagai permata pelancongan negara.
Pulau ini pada suatu ketika berada di tempat yang kelima *Top Island in Asia:
Reader’s Choice Award 2023* oleh Cntraveller.com. Langkawi amat memerlukan talian hayat dengan penganjuran acara-acara antarabangsa seperti pameran dan perbagai persidangan. Saya dengan ini berharap agar semua pihak melihat keadaan di Langkawi dengan adil, menghentikan tohmahan kepada Langkawi kerana ia menjejaskan mata pencarian penduduk yang bergantung kepada sektor pelancongan.
Saya bercerita sedikit Datuk Pengerusi bahawa kawan saya, sahabat saya di Amerika telah pun menelefon saya dan bertanya, “Is it true that we cannot wear shorts in Langkawi?” Perkara ini amat memalukan saya. Selaku MP Langkawi dan tentu sekali dia akan memalukan semua dan di kesempatan ini juga Datuk Pengerusi, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana telah pun merujuk keluh kesah saya yang saya bawa usul berhubung dengan feri Langkawi. Maka, beliau telah mengaturkan satu mesyuarat dengan select committee dan keputusannya pihak kementerian —Pihak Kementerian Pengangkutan telah pun membuat keputusan seperti berikut. Terima kasih kepada kementerian.
Pembinaan ban jajaran bagi melancarkan aliran air sungai Perlis seperti mana cadangan oleh JPS dengan anggaran kos RM130 juta. Mewujudkan semula fleet kapal korek di Jabatan Laut berserta dengan aset yang berkaitan bagi membolehkan kerja-kerja pengerukan iaitu gerudi dilaksanakan sepanjang masa, anggaran kos pembangunan RM100 juta dan yang ketiga yang saya berminat dan menunggu, memindahkan lokasi
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis ke lokasi yang lebih sesuai dengan anggaran kos RM770 juta. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua yang telah menganjurkan mesyuarat tersebut. Selanjutnya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...Datuk Pengerusi.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjanjikan ambulance boats ke Langkawi. Jadi, saya memohon supaya ditunaikan dengan segera. Bukan mahal sangat pun untuk Perdana Menteri menyelesaikan masalah ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kedua, saya rumus.
Saya nak bertanya kepada Kementerian Pelancongan. Bolehkah Kementerian Pelancongan berbincang dan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain supaya pemandangan buruk di pusat pelancongan diubahsuai? Contohnya di Langkawi, sekiranya kita landing dengan kapal terbang dengan izin, kita akan melihat hoarding atau pagar di luar sahaja lapangan terbang tersebut. Ini amat memburukkan keadaan sebagai pulau pelancongan. Hoarding ini yang sepatutnya dibina oleh Widad Langkasuka yang bernilai RM40 bilion. Saya tahulah projek ini diteruskan atau tidak.
Saya mohon pertanyaan supaya pihak Widad bertanggungjawab. Sekiranya tak sambung lagi projek yang RM40 bilion ini, buanglah pagar-pagar itu hoarding-hoarding itu supaya Langkawi ni nampak lebih cantik dan ada lagi pusat-pusat yang sedang dibina tapi tidak ada kren pun dalam itu, tak ada manusia pun dalam itu, tapi menutup segala pemandangan-pemandangan yang cantik. Saya pohon terima kasih kepada Datuk Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Datuk Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan. Berdasarkan statistik yang diperolehi, menunjukkan bagi tempoh Januari hingga Mei 2023, Sabah mencatatkan seramai 988,680 ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara iaitu peningkatan sebanyak 77.1 peratus. Dalam tempoh yang sama dengan anggaran pendapatan yang diperolehi adalah berjumlah RM2.02 bilion berbanding 558,169 pelawat bagi tempoh yang sama bagi tahun lalu.
Ini menunjukkan industri pelancongan berupaya menjana pendapatan yang tinggi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah. Justeru itu, saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan berkenaan rangka strategik pihak kementerian untuk meningkatkan lagi sektor industri pelancongan untuk tahun hadapan.
Pertama, apakah usaha pihak kementerian dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk meningkatkan produk pelancongan? Saya beri contoh di Kalabakan, terdapat spesis Gajah Borneo yang boleh dijadikan daya tarikan utama pelancong untuk ke daerah Kalabakan. Kedua, apakah usaha kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan di Sabah?
Ketiga, apakah strategi pemasaran pihak kementerian untuk menarik lagi lebih ramai minat pelancong untuk ke negeri Sabah dan keempat, apakah kaedah pihak kementerian untuk meningkatkan jumlah pelancong domestik ke negeri Sabah? Misalnya, pemberian baucar, diskaun dan pakej-pakej menarik yang ditawarkan sebelum ini kepada penjawat awam dan juga pesara-pesara kerajaan.
Datuk Pengerusi, di bawah butiran yang sama saya ingin menyentuh berkaitan usaha kerajaan untuk merombak sektor industri pelancongan negara ke arah pelancongan pintar dengan mengadaptasi teknologi digital di dalam aspek tumpuan seperti pembayaran tanpa tunai, tempahan secara dalam talian (online) serta transaksi tanpa sentuhan dengan menggunakan aplikasi teknologi selamat dan lancar.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Sungguhpun demikian, dalam aspek teknologi digital ini, antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian adalah untuk memperkasakan produk pelancongan maya ataupun virtual tourism menerusi kecanggihan teknologi realiti maya atau virtual reality yang mampu memberikan pengalaman pelancongan baru kepada pengguna. Saya percaya apabila produk pelancongan VR ini diperkenalkan secara meluas, ia nya bukan sahaja memberikan peluang untuk merasainya secara maya bahkan berupaya untuk meningkatkan lagi adrenalina para pelancong ini untuk datang ke lokasi- lokasi pelancongan yang ditonton oleh mereka secara realiti.
Dalam masa yang sama, produk pelancongan seperti ini juga boleh diperluaskan ke sekolah-sekolah menerusi khidmat tanggungjawab sosial korporat ataupun CSR, pihak kementerian, agensi dan pemain industri yang terlibat untuk memberikan peluang kepada para pelajar terutama yang kurang berkemampuan untuk merasai sendiri peluang melancong, untuk memupuk minat mereka ke arah membudayakan aktiviti melancong seperti ruang untuk menyiapkan mental dan emosi.
Dalam masa yang sama, saya ingin bertanyakan sejauh manakah perkembangan aktiviti pelancongan maya ini virtual tourism- VR di negara kita? Kedua, apakah bentuk insentif dan bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian untuk memperkasakan lagi industri ini? Ketiga, adakah produk pelancongan ini boleh dipasarkan pada harga yang wajar dan tidak terlalu mahal bagi memberikan peluang kepada semua orang terutamanya yang kurang berkemampuan untuk merasai peluang melancong ini?
Datuk Pengerusi, Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya dan Butiran 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.
Saya difahamkan sebelum ini pihak kementerian menerusi Tourism Malaysia telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi mempromosikan pelancongan di Sabah.
Antaranya adalah menerusi program travelog “Mansau Ansau” dengan kerjasama RTM Sabah bagi mengetengahkan aktiviti, tradisi serta daya tarikan masyarakat di Negeri Sabah khususnya di Sandakan, Penampang, Kuala Penyu, Lahad Datu, Kota Marudu, Kudat dan juga Tuaran.
Jadi, pada hemat saya program seperti ini seharusnya diteruskan dari semasa ke semasa dan diperluaskan skop pencapaian lokasi tumpuannya ke seluruh negeri Sabah kerana ia bukan sahaja berperanan sebagai agen untuk mempromosi produk-produk pelancongan, bahkan ia juga merupakan agen untuk memupuk persefahaman dan perpaduan menerusi kebudayaan yang telah ditonjolkan.
Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah program- program seperti ini masih diteruskan oleh pihak kementerian bagi mempromosikan produk pelancongan di Malaysia dan Sabah khususnya serta pada medium manakah ianya diterbitkan untuk tontonan masyarakat? Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya terus ke Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan. Kita sedia maklum kawasan rekreasi terkenal seperti Pulau Bebas Cukai Pulau Pangkor, Pantai Teluk Batik dan Teluk Senangin sememangnya tidak asing dengan keindahan pantai dan mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong dengan pelbagai hidupan marin. Pada tahun lalu, Pantai Teluk Senangin turut dipilih sebagai antara tapak pertama bagi Kempen Laut Bebas Plastik di peringkat negeri.
Apakah usaha MOTAC untuk mempergiatkan aktiviti pembangunan dan promosi pelancongan di kawasan Lumut khususnya untuk menjadikan Bandar Lumut sebagai destinasi pelancong tempatan dan luar negara? Selain itu, apakah usaha yang dirangka
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
oleh MOTAC untuk membantu penduduk setempat di kawasan Lumut menjana pendapatan sampingan melalui insentif sebagai pengendali pelancong ataupun mengusahakan aktiviti sukan air seperti snorkeling, kayak dan permainan pantai?
Seterusnya, Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya.
Sejauh manakah langkah proaktif yang telah diambil oleh MOTAC dalam mempromosi warisan seni dan aktiviti kebudayaan tempatan dengan kerjasama peringkat negeri dan para penggiat seni tempatan? Misalnya, menerusi inisiatif yang sedia ada seperti Pesta Karya Lumut untuk mempamerkan dan mengetengahkan hasil kraf tangan serta produk pelancongan tempatan, galeri seni di samping aktiviti-aktiviti seperti mencanting batik. Lumut juga mohon MOTAC meningkatkan promosi destinasi Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai dengan meluas.
Seterusnya, Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan. Apakah bentuk-bentuk kajian yang dilaksanakan oleh MOTAC bagi meningkatkan sektor pelancongan domestik khususnya di negeri Perak dan khasnya kawasan Lumut?
Seterusnya, Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Lumut memohon kerjasama MOTAC untuk mempromosikan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari seperti kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institut-institut pengajian tinggi.
Untuk makluman- MOTAC, kawasan tersebut terdapat isu pencemaran seperti pengorekan pasir dan penanaman cerucuk kayu di Pantai Pasir Panjang Segari yang memberi kesan kelangsungan habitat penyu dan masa depan nelayan pantai.
Adakah pihak MOTAC juga bercadang untuk menyediakan peruntukan khas bagi merancakkan ekopelancongan melalui kerjasama pengusaha homestay setempat di Lumut termasuk usaha menaiktaraf kemudahan homestay di sekitar Lumut? Industri ini bukan sahaja dapat memelihara dan memulihara ekosistem hutan pantai yang unik, malah dapat merangsang sektor ekonomi berasaskan pelancongan setempat. Sebagai contoh Taman Paya Bakau dan Pusat Ekologi Vale yang memiliki ciri-ciri dengan kepelbagaian spesies tumbuhan dan spesies burung.
Seterusnya, Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Di kawasan Lumut terdapat peningkatan homestay yang disediakan oleh warga Lumut memandangkan Lumut adalah destinasi pelancongan. Namun, ada keluhan oleh pengusaha berkaitan dengan tarif bekalan air dan elektrik yang mengatakan mereka akan dikenakan caj tarif kediaman kepada tarif komersial. Mohon pihak MOTAC membantu menyelesaikan isu ini yang membebankan pengusaha homestay buat masa ini oleh kerana sektor ekonomi dan pelancongan masih belum pulih.
Seterusnya, Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah. Terdapat beberapa tinggalan sejarah di Pulau Pangkor seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedung. Namun, fokusnya pada Batu Bersurat ini yang nampak tidak menarik dan perlu pemuliharaan agar nampak lebih terjaga dan menarik untuk dikunjungi. Saya mencadangkan agar dibuat pagar sekeliling Batu Bersurat tersebut agar terpelihara daripada kerosakan disebabkan unsur-unsur vandalisme dan pemasangan papan informasi yang lebih menarik bagi Batu Bersurat tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Pengerusi kerana memberi laluan kepada Balik Pulau untuk membahaskan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Saya pertama kali ini ingin mengucapkan kepada Kerajaan Malaysia MADANI yang telah pun berjaya untuk memperkasa potensi industri pelancongan pada Belanjawan MADANI 2024. Kita tahu kalau lihat jumlah keseluruhannya terdapat tambahan RM100 juta dalam Belanjawan 2024 walaupun tiga agensi di bawah Kementerian Pelancongan
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
tidak ada lagi di bawah MOTAC seperti Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
Saya terus kepada Butiran 40600 iaitu Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah iaitu sebanyak RM4 juta. Perdana Menteri telah pun mengumumkan dalam belanjawan, Menteri Kewangan, sebanyak RM80 juta untuk Program Pemeliharaan dan Pemuliharaan- Conservation Programme untuk tapak-tapak yang berpotensi untuk diangkatkan sebagai UNESCO Conservation and Preservation Programme, dengan izin.
Disebut Gua Niah, Sungai Batu di Lembah Bujang dan juga Royal Belum di Perak. Namun, terdapat tentative list, dengan izin, yang merangkumi beberapa tapak seperti FRIM, Pusat Kawalan Kusta iaitu di Sungai Buloh, Permatang Kuarza di Gombak dan juga Taman Negara, Semenanjung.
Jadi, tempat-tempat ini juga perlu bajet ataupun perlukan peruntukan untuk para penyelidik meneruskan penyelidikan dan juga penyediaan dossier bagi mengangkat tapak-tapak ini ke UNESCO.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Begitu juga saya ada sebut semasa ucapan dasar mengenai Lembah Bujang di mana PPAG USM telah pun berjaya mengorek 54 petak ekskavasi, namun ada 97 kesemuanya. Jadi, PPAG memerlukan peruntukan dan perlu MOTAC menggunakan kepakaran seperti Profesor Dato' Dr. Mokhtar Saidin, Profesor Dato' Dr. Siti Zuraina binti Abdul Majid. Mereka ini- Profesor Dato' Dr. Siti Zuraina binti Abdul Majid merupakan first Archeologist di Malaysia. Jadi, patut menggunakan kepakaran mereka untuk menyiapkan dossier untuk diangkatkan ke UNESCO.
Sebenarnya kos restorasi bangunan ataupun tapak warisan, tidak sama dengan bangunan-bangunan biasa sebab kerana restorasi kosnya lebih tinggi untuk memastikan OUV itu dipertahankan. Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan bangun warisan yang menjadi mercu di Kuala Lumpur iaitu Carcosa Seri Negara. Apakah status yang Conservation Management Plan (CMP) yang telah dirancang pada 2019?
Apakah MOTAC mempunyai perancangan untuk adaptive reuse, dengan izin, Carcosa itu? Kalau jika dibiarkan, maka saya risau akan berlakunya kerosakan ataupun DK yang- sebab bangun warisan ini jikalau tidak dipelihara dan pulihara, akan melalui proses detaining. Saya pernah melawat dengan Jabatan Warisan Negara ke Delhi iaitu di Humayun’s Tomb dan juga di Hyderabad, Qutb Shahi di mana restorasi, kerja-kerja restorasi yang dijalankan oleh Aga Khan begitu detil dan cermat sekali. Inilah yang kita perlukan supaya bangunan-bangunan warisan dan sejarah di negara kita itu dipelihara.
Saya juga menyeru supaya syarikat-syarikat korporat dijemput untuk restorasi ini.
Seperti yang dibuat oleh Aga Khan di beberapa negara dunia, mungkin PETRONAS atau Khazanah boleh mengambil tempat ataupun menaja beberapa proses restorasi. Saya singgung topik warisan kerana warisan mempunyai kekuatan untuk menarik pelancong- pelancong yang berkualiti. Kita bagi contoh seperti Bilbao di Spain. Bandar di Spain ini jarang sangat dilawati 25 tahun lepas. Apabila dibina Muzium Guggenheim, ketibaan pelancong melonjak naik. Jadi, saya harap supaya kita dapat meniru beberapa tempat di seluruh dunia.
Sebenarnya tujuan penilaian UNESCO ini bukan untuk tujuan pelancongan semata-mata, tapi ia nya bersifat untuk pelindungan, untuk melindung hasil khazanah negara. Sebab ada pepatah mengatakan, “Kalau sudah hilang dan dihapuskan, jadi ia bermakna patah tidak bertumbuh, hilang tidak berganti”. Jadi, saya harap supaya MOTAC memberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan negara.
Pengerusi, saya ada satu lagi sebelum saya habiskan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Saya mohon satu minit lagi iaitu berkenaan Butiran 050200 – ASEAN 2025.
Apakah MOTAC akan menjadi Sekretariat untuk ASEAN 2025? Jika ya, saya cadangkan supaya MOTAC bersedia daripada sekarang. Kalau kita lihat ASEAN Summit di Jakarta 2023, persembahan kebudayaan oleh negara jiran kita begitu hebat sekali.
Saya harap supaya MOTAC tidak disia-siakan peluang ini dan boleh bekerjasama dengan
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
banyak NGO untuk mempromosikan kebudayaan kita. Kita ada Mak Yong, wayang kulit, boria dan dikir barat dan sebagainya.
Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya, RM350 juta. Saya harap supaya ia nya dipecahkan untuk Visit Malaysia 2026. Tidak ada butiran tentang Visit Malaysia 2026. 2026, minta maaf.
Jadi, saya harap supaya MOTAC asingkan jumlah iaitu sebab walaupun 2026, persediaannya mesti dilakukan pada tahun depan, dua tahun sebelum berlakunya ini.
Terakhir sekali Pengerusi, 030800 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, RM75 juta. Saya nak singgung berkenaan batik Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada Menteri NRECC kerana dengan usaha beliau kita dapat membenarkan penjawat-penjawat awam memakai batik setiap hari bukan hanya pada hari Khamis.
Cuma saya terkilan kerana di Parlimen, Ahli-ahli Parlimen masih lagi memakai batik pada hari Khamis saja. Saya berharap supaya Select Committee ataupun Jawatankuasa Khas Parlimen membenarkan kami Ahli-ahli Parlimen untuk memakai batik hari Isnin hingga hari Khamis serta setiap kali bersidang untuk memberi penghargaan kepada pembatik-pembatik kita di luar sana. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Puan Pengerusi yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas bagi perkara B.31 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Pertamanya suka saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan di mana dilihat terdapat peningkatan RM7 juta berbanding 2023.
Saya mewakili Perlis sebuah negeri yang berpotensi sebagai pelancongan sangat menyokong dengan pertambahan ini. Serenjang dengan tahun melawat Perlis 2024, diharap peruntukan tersebut diberi lebih keutamaan kepada negeri yang sedang giat mempromosikan tahun melawat negeri masing-masing terutamanya Perlis.
Di samping itu, apa yang menjadi kegusaran kepada saya adalah bentuk promosi yang kementerian anjurkan. Diharap promosi ini menjurus kepada kepelbagaian Malaysia tanpa melunturkan identiti Malaysia.
Untuk makluman Puan Pengerusi, saya juga cukup teruja bila ada syarikat swasta yang bersungguh-sungguh dalam mempromosikan negeri Perlis sebagai permata Utara Malaysia. Terima kasih dan diharapkan kerajaan bersedia menyediakan geran padanan untuk menggerakkan usaha promosi pelancongan terutamanya daripada penyediaan bahan promosi digital.
Baru ini saya bertemu dengan Ketua Eksekutif Smart Leisure and Travels Sdn.
Bhd. MyUS Group antara entiti yang cukup aktif mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024 di luar negara selain pada entiti lain. Insya-Allah, hujung minggu ini juga saya akan bertemu dengan beberapa wakil produser penggerak pelancongan dan juga mereka yang terlibat dalam mempromosikan Tahun Melawat Perlis.
Saya juga ingin bertanya, sejauh manakah keberkesanan promosi pelancongan oleh kementerian sendiri di luar negara dan kaedah pemantauan yang dibuat?
Butiran 030400 – Warisan Negara, peruntukan bagi warisan negara sebanyak RM19.06 juta pada 2024 berbanding RM17.3 juta pada 2023.
Apakah pendekatan baharu dan perancangan kerajaan dalam meneroka kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran merentas universiti awam dan swasta terutama dalam isu-isu kajian konservasi artifak negara dan pameran arkeologi sebagai usaha memacu kelestarian budaya dan warisan negara? Mengambil kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada jabatan, agensi, NGO dan semua yang terlibat dalam Geopark Perlis.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Untuk makluman, Perlis Geopark sesi penilaian Aspiring Perlis Geopark ke arah penarafan kebangsaan telah berlangsung pada 4 September 2023 hingga 7 September 2023. Sebanyak 23 tapak Geopark telah dipilih untuk dinilai di seluruh negeri Perlis.
Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah memperakukan keputusan Panel Penilai dan mengisytiharkan Perlis menjadi Geopark Kebangsaan dengan nama Perlis Geopark.
Walaupun mendapat peruntukan daripada kementerian lain, ia menjadi tarikan baharu pada pelancongan buat negeri Perlis.
Merujuk kepada butiran ASWARA, peningkatan RM3 juta berbanding tahun lepas. Kita semua sedar, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan tapak asuhan yang ternama dalam memacu seni serta warisan. Saya mengalu-alukan kementerian untuk mewujudkan Jawatankuasa Penasihat Syariah bagi urusan kebudayaan, seni, budaya dan warisan supaya kita tidak terjerumus ke lembah ketidaktentuan.
Terakhir, Butiran 040600 – Islamic Tourism Centre (ITC). Malaysia tidak pernah gagal untuk menjadi tumpuan pelancong dunia. Sejajar Islam sebagai agama Persekutuan dengan pertambahan 200,000 pada tahun 2024 masih kurang mencerminkan pihak kementerian komited dalam mengangkat Malaysia melalui ITC.
Mohon pihak kementerian memberi tumpuan yang lebih agresif kepada ITC ini. Apakah usaha penambahbaikan ITC termasuk pemerkasaan industri pelancongan Islam termasuk inisiatif mempromosikan pakej pelancongan mesra Muslim serta mempamerkan keindahan pelancongan Islam dengan kerjasama pemain industri dan rakan kongsi yang strategik?
Soalan seterusnya, apakah pendekatan dan langkah proaktif kerajaan untuk menarik minat PMKS dan golongan muda supaya menceburi bidang pelancongan Islam?
Saya juga memohon kementerian untuk memberi jawapan lisan atau bertulis. Statistik pengunjung ke konsert artis luar negara mengikut negeri, jantina, bangsa dan umur. Itu saja setakat ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih kepada Timbalan Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Madani.
Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa.
Umum telah dimaklumkan bahawa kerajaan sedang dalam rangka mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan meletakkan sasaran kehadiran pelancong sejumlah 26.1 juta orang yang melibatkan perbelanjaan RM97.6 bilion. Bagi mencapai matlamat kempen ini, Dasar Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa yang jelas mestilah digariskan. Saya kira RM6,901,400 jumlah peruntukan dalam tajuk ini iaitu meningkat sebanyak RM191,000 dari tahun 2023 adalah tidak memadai bagi kita merancang suatu dasar yang baik.
Saya melihat perlunya ada satu dana yang sesuai bagi menepati fungsi ini bagi menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan pelancongan dan merancang pembangunan produk bagi pelancongan seperti pelancongan kesihatan, pelancongan sukan, pelancongan marin dan sebagainya. Ini bagi mendukung pelaksanaan Dasar Pelancongan Negara ataupun DPN. Selain itu juga, saya melihat perlunya kerajaan membangunkan pangkalan data pelancongan. Saya dimaklumkan bahawa data ketibaan pelancong adalah kurang tepat kerana ia bercampur dengan kehadiran pekerja asing, terutamanya yang ulang-alik secara bulanan kerana ketiadaan permit kerja. Ini termasuk dari Indonesia dan juga Thailand.
Seterusnya adalah Butiran 040300 - Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Sejumlah RM350 juta terletak di bawah tajuk ini iaitu yang terbesar bagi perbelanjaan kementerian ini. Jumlah ini mencerminkan
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
komitmen yang tinggi dari kerajaan bagi menyokong industri pelancongan, seni dan budaya di negara kita.
Tabung Pelancongan merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu para pengusaha industri pelancongan membangunkan ataupun mengembangkan produk pelancongan seperti premis penginapan pelancongan, kemudahan pelancongan dan lain-lain lagi. Pinjaman Tabung Pelancongan ini terdiri daripada dua skim iaitu Skim Infrastruktur Pelancongan dan Tabung Khas Pelancongan di bawah SME Bank.
Saya mencadangkan Tabung Pelancongan ini mestilah dipromosikan dengan lebih baik bagi memudahkan pemain industri pelancongan untuk mereka mendapatkan perkhidmatan ini, terutamanya mereka yang terjejas sewaktu pandemik COVID-19 yang lalu. Banyak premis pelancongan, terutamanya yang berskala kecil dan sederhana gulung tikar dan perlu dibantu untuk bangkit semula. Satu produk pelancongan yang baik di Johor Bahru ini, di Kawasan Parlimen Pulai adalah Bazar Karat. Ditubuhkan pada tahun 2009, bermula dengan hanya 10 orang peniaga sahaja dan kini telah mencapai lebih daripada 300 orang peniaga dan mampu menarik pengunjung 2,000 orang sehari dan lebih 3,000 orang pada hujung minggu ataupun cuti umum.
Aktiviti ini menjadikan pusat bandar raya lebih bercahaya dan lebih meriah dengan menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Bazar Karat juga boleh memperkasakan dalam memperkenalkan program-program kesenian dan kebudayaan bangsa. Juga mengekalkan penjualan produk kebudayaan dan barang-barang tempatan. Kebudayaan warisan Johor sendiri mempunyai asas yang baik dalam menaikkan semangat perpaduan.
Selain kebudayaan, asas sastera dan warisan di negara ini mampu juga ditonjolkan agar menjadi perhatian dan tumpuan dunia.
Baru-baru ini pada 16 dan 17 September yang lalu sempena Hari Malaysia, program dan inisiatif rakyat sendiri yang cuba menghidupkan budaya negara ini telah berlangsung seperti Program Kain Sarung yang mana hadirin yang hadir mengenakan pakaian bertemakan sarung Malaysia. Ini mendapat sambutan yang baik, khususnya di kalangan generasi muda. Justeru, saya mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar menjadikan Bazar Karat Johor Bahru dalam Parlimen Pulai ini dijadikan salah satu produk pelancongan yang baru. Bantuan diperlukan untuk pembinaan infrastruktur seperti tandas, surau dan lain-lain lagi. Bantuan promosi juga diperlukan bagi menjadikan Bazar Karat Johor Bahru ini sebagai satu produk pelancongan yang menarik di Johor Bahru. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, lagi sekali Kangar bangun membahaskan hal-hal berkaitan dengan MOTAC di peringkat Jawatankuasa. Kedudukan Perlis yang bersempadan dengan negara jiran dan bersempadan dengan Pulau Langkawi menunjukkan negeri ini mempunyai kedudukan yang amat strategik. Oleh itu, kerajaan negeri bersama agensi-agensi kerajaan, terutama MOTAC perlu berusaha lebih keras bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri ini.
Kedatangan pelancong ke Perlis boleh diusahakan dalam dua bidang utama iaitu melibatkan eko-pelancongan ataupun, dengan izin, eco-tourism dan pelancongan sukan ataupun sport-tourism, dengan izin. Eko-pelancongan adalah pelancongan lestari secara ekologi dapat memupuk pemahaman, penghargaan dan pemulihan alam sekitar budaya.
Apatah lagi Perlis melalui destinasi-destinasi tertentu telah mendapat pengiktirafan Geopark pada tahun ini. Dalam bidang pelancongan sukan, Perlis ataupun Kangar juga boleh dimajukan melalui aktiviti-aktiviti sukan tempatan dan juga bersifat antarabangsa.
Banyak pertandingan antarabangsa yang akan berlangsung pada tahun 2024 dan tahun-tahun seterusnya. Jadi, mohon MOTAC dan juga KBS, Menteri KBS ada di sini, membantu Kangar dalam melaksanakan aktiviti sukan pada tahun hadapan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur. Yang pertama, pembangunan Lorong Seni Kangar ataupun Kangar Street Art. Ia merupakan destinasi pelancongan baru di Kangar. Namun begitu, banyak perkara perlu dibangunkan di sini bagi benar-benar menarik minat pelancong. Gerai-gerai kraf tangan, pakaian, cenderamata perlu dibina lebih banyak di sini. Tandas awam dan tempat rehat perlu diadakan bagi memberi nilai tambah pada Kangar Street Art.
Yang kedua, pembangunan Pantai Pulau Ketam. Pulau Ketam ini terletak di kawasan Kuala Perlis dan merupakan kawasan yang baru. Maka, pada peringkat awal ini adalah lebih baik satu dataran tinjau bagi melihat matahari terbenam ataupun sunset sambil minum petang di kawasan Pantai Pulau Ketam. Jadi, minta Timbalan Menteri yang dok ada di sini.
Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Bilangan homestay di Perlis amat kurang bagi menampung kedatangan pelancong. Oleh itu, perlu ada usaha oleh kerajaan negeri, MOTAC dan agensi-agensi lain bagi merancakkan aktiviti pelancongan. Di antara homestay yang perlu dimajukan adalah Homestay Ujung Bukit, Bintong, Perlis di mana kedudukannya adalah di kawasan kaki bukit, dikelilingi oleh sawah-sawah padi dan juga berada di hujung kampung.
Ini akan memberi pengalaman yang amat menarik kepada pelancong. Jika terdapat kemudahan, ia akan memberi juga nilai tambah pada Homestay Ujung Bukit.
Malah, berkaitan dengan homestay, sesetengah homestay di Perlis sudah mula berkembang, berkeadaan macam hotel. Kolam-kolam renang yang kecil dibina di kawasan homestay bagi menarik minat para pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara.
Yang terakhir, Butiran 40600 – Program Pemulihan/Pemugaran Tinggalan Sejarah. Terdapat beberapa kawasan yang boleh dimajukan. Antaranya Kampung Warna Warni di Kuala Perlis. Kampung ini sudah mendapat anugerah Geopark dan merupakan kampung tradisional di Kuala Perlis. Alangkah indahnya jika kampung ini dihiasi dengan lampu malam agar ia nya dapat menarik lebih ramai kedatangan pelancong dan satu lagi, Kampung Titi Tok Bandar dan Sungai Perlis. Sungai Perlis yang melalui kawasan Titi Tok Bandar akan dijadikan sebagai laluan aktiviti berkayak pada 2024. Jadi, mohon MOTAC dan juga KBS membantu agar program kayak ini dapat diadakan. Terima kasih dari Kangar. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan.
Puan Yang di-Pertua, pelancongan merupakan industri yang sangat penting bagi setiap negara, tetapi kesalnya, penarikan Malaysia terhadap pelancong asing nampaknya telah pun turun. Manakala negara jiran kita, khususnya negara Thai, telah begitu berjaya menarik kemasukan pelancong asing ke negara mereka. Saya cadang supaya kementerian mengkaji unsur-unsur kejayaan Thailand dan belajar daripada mereka.
Di sini saya ingin bangkitkan beberapa soalan. Satu ialah pelancong dari negara manakah yang disasarkan oleh MOTAC? Ya, saya faham kementerian kita haruslah menarik pelancong dari setiap negara di seluruh dunia, tetapi saya rasa kadang-kadang kita mungkin perlu adanya fokus, kerana pelancong dari negara yang berlainan mempunyai cita rasa yang berlainan. Pelancong dari Eropah dan Australia, apa yang mereka suka tidak semestinya disukai oleh pelancong dari Arab atau India atau China.
Jadi, saya nak cadangkan MOTAC mesti membuat perancangan berdasarkan sasaran pelancong kita.
Kedua ialah Tahun Melawat Malaysia. Ia telah pun ditunda daripada, pada asalnya yang saya dengar ialah tahun 2024, ke tahun 2026. Pada waktu Kerajaan Harapan, ia sepatutnya Tahun Melawat Malaysia sepatutnya diadakan pada tahun 2020.
Kalau tidak berlakunya pandemik dan pertukaran kerajaan dan sebagainya, ia sepatutnya telah diadakan pada tahun 2020. Saya difahamkan yang penundaan Tahun Melawat
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Malaysia ke tahun 2026 adalah kerana kerajaan ingin mengadakan persediaan yang lebih lengkap untuk menyambut kedatangan pelancong asing yang beramai-ramai.
Jadi, saya ingin minta MOTAC bagi penerangan yang lebih terperinci kepada kami tentang perancangan dan persediaan MOTAC tentang Tahun Melawat Malaysia. Jadi, apakah unsur-unsur yang mereka sekarang nak rancang nak menambahbaikkan supaya kita boleh menyiapsedia menuju ke arah tahun 2026, Tahun Melawat Malaysia?
Ketiga ialah saya ingin tanya tentang cukai untuk semua agensi pelancongan.
Pengecualian cukai di bawah P.U. (A) 346, Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 12) untuk tahun 2016 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Jadi, saya difahamkan daripada pemain industri, pada zaman pemerintahan Barisan Nasional sebelum tahun 2018, cukai ini dikecualikan selama lima tahun bagi agensi pelancongan yang boleh membawa 500 pax pelancong yang datang ke Malaysia.
Jadi, pengecualian cukai bagi agensi pelancongan tempatan merupakan satu galakan yang paling baik bagi syarikat pelancongan tempatan khususnya bagi syarikat yang telah pun menghadapi setback semasa pandemik COVID. Jadi, saya berharap MOTAC boleh membantu agensi-agensi pelancongan kita untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan seperti apa yang dinikmati oleh mereka pada beberapa tahun yang lepas.
Isu yang keempat ialah sejak 15 Oktober tahun ini, MOTAC telah membenarkan Visa on Arrival (VOA) bagi warganegara China dan juga India yang menaiki penerbangan sewa khas ataupun charted direct flight melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dari negara China dan India untuk memohon kemudahan VOA. VOA yang diumumkan oleh kerajaan sebenarnya adalah VOA terhad. Ia memang berbeza dengan VOA di negara jiran dan negara-negara lain.
Jadi, saya ingin tahu, berapa pelancong dari China dan juga India telah memasuki Malaysia dengan memohon VOA? Berapa charted flight dari China dan India telah masuk ke Malaysia? Apakah VOA terhad ini berjaya menarik lebih pelancong dari Negara China dan India untuk melawat Malaysia?
Saya difahamkan wujudnya sungutan daripada pemain industri pelancongan tentang permohonan VOA. Jadi, saya ingin minta pihak MOTAC untuk mengadakan rundingan dengan pemain industri supaya sama-sama kita boleh menarik lebih pelancong dari India dan China untuk datang ke Malaysia.
Kelima ialah Ahli Parlimen Langkawi dan Menteri Besar Kedah telah menyangkal bahawa yang Pulau Langkawi ini adalah ‘ghost’ town ataupun pulau ‘hantu’ kerana Langkawi penuh dengan pelancong semasa cuti Deepavali seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi.
Jadi saya nak tanya, dakwaan siapa yang benar? Kerana sebelum ini, Yang Berhormat Langkawi telah berkali-kali kata, “Oh, kementerian perlu membantu mempromosi pelancongan di Langkawi.” Hari ini, dia kata, “Oh, pada Hari Deepavali, penuh di Langkawi.” Jadi, saya nak tahu, apakah piawaian yang ditetapkan oleh MOTAC untuk menentukan jumlah pelancong? Jadi yang Langkawi sekarang ini, adakah ia sangat popular selepas Hari Deepavali ataupun tidak?
Keenam ialah sekarang Menteri dan Timbalan Menteri MOTAC adalah dari Sabah dan Sarawak. Jadi, sejauh manakah MOTAC akan memelihara dan mempromosikan kebudayaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti kebudayaan Iban, Kadazan dan sebagainya dalam usaha kita untuk menarik pelancong asing?
Jadi, yang akhirnya ialah kami Ahli-ahli Parlimen backbenchers dan juga saya percaya pada pembangkang juga, kita sudi membantu usaha kerajaan untuk mempromosikan pelancongan. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya pihak MOTAC di peringkat negeri akan mengadakan libat urus dengan kami supaya kami sebagai wakil rakyat juga boleh memainkan peranan untuk menyambut kedatangan pelancong ke negeri dan juga ke kawasan kami masing-masing. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih Puan Pengerusi.
Merujuk kepada perkara 010100 – Pengurusan Am. Soalan saya, apakah langkah-langkah penguatkuasaan pelancongan daripada kementerian terhadap pengendali pakej umrah ataupun pakej pelancongan tanpa lesen bagi mengelakkan supaya rakyat tidak terus tertipu? Saban tahun berlakunya kes penipuan sebegini.
Justeru, saya mencadangkan diwujudkan Tourism Police di seluruh lapangan terbang antarabangsa di Malaysia untuk mengawal selia dan melakukan penguatkuasaan terhadap mereka atau agensi yang menyalahi undang-undang.
Saya mohon penjelasan berkenaan penetapan kadar bayaran balik bagi jemaah umrah yang membatalkan perjalanan umrah mereka. Mungkin ada keputusan daripada kementerian berkaitan dengan hal ini.
Ketiga, saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, yakni MOTAC, bakal memberikan rating atau penarafan gred untuk kesemua 925 agensi pengurusan umrah di seluruh negara. Soalan saya, apakah mekanisme yang akan digunakan untuk penarafan ini? Saya khuatir ia disalahgunakan dan bakal membunuh syarikat-syarikat kecil.
Berkaitan pelancong dari Timur Tengah yang lebih banyak memilih Thailand, Maldives berbanding Malaysia. Ini dapat dilihat daripada kekerapan sektor penerbangan ke kedua negara berkenaan berbanding ke Kuala Lumpur. Punca masalah, yang saya difahamkan daripada pelancong-pelancong ini, ialah kerana harga. Harga yang mencekik darah, bagi mereka, yang dikenakan oleh pihak hotel, oleh kereta sewa, teksi, restoran dan sebagainya. Soalan saya, apakah bentuk pengawalan harga yang boleh dikenakan oleh kementerian bagi mengatasi masalah ini?
Saya mendapat tahu bahawa Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik- Miss World Noble Queen yang akan berlangsung pada 12 Disember ini bertempat di Hotel Berjaya Times Square. Soalan saya, ketika pembantaian, pembunuhan yang berlaku kepada saudara mara kita di Palestin dan ketika musim tengkujuh banjir yang melanda negara kita, masih wajarkah pertandingan ratu cantik ini dilakukan?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ia dilakukan, Yang Berhormat, oleh syarikat swasta, pihak swasta. Jadi, kenapa kita nak ganggu mereka?
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Dengan sokongan Kementerian Pelancongan. Jadi, saya bantah pertandingan ratu cantik ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Itulah kerana ada pelancong asing akan datang dan business man dari luar negara akan datang.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Jadi, saya minta supaya kita hormati nilai-nilai Islam kerana majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam dan Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Adakah kita hendak tunggu bala yang datang akibat daripada kemaksiatan yang kita lakukan? Nabi SAW bersabda...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Maksudnya tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum sedangkan sebahagian daripada mereka mampu untuk mengubahnya, tetapi mereka tidak berbuat demikian melainkan Allah akan timpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab”. Azab dan bala ini dia tidak pilih orang-orang yang melakukan sahaja. Diumumkan kepada semua orang. Saban hari kita dengar masalah-masalah maksiat dan kemungkaran berlaku di negara kita, justeru kita tidak wajar membiarkan ia nya berlaku...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Parit, saya minta sedikit?
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Silakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Saya mendengar tadi Yang Berhormat Parit mengatakan bahawa pertandingan ratu cantik di Malaysia ini mendatangkan bala dan tidak menghormati agama Islam. Saya rasa perkataan itu harus ditarik baliklah, sebab saya merasakan bahawa kita harus meraikan kepelbagaian kita, dan juga bukan bermakna kita melaksanakan dan memperagakan ratu-ratu ini...
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Okey, saya faham.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Dia akan mengganggu-gugat agama lain.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Masa saya hendak habis sudah.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh saya mencelah?
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Okey, saya faham.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, sebab saya hendak tahu banyak lagi benda yang menyebabkan watak dan characteristic individu itu menjadi negatif. Kita pernah melihat ada yang pakai serban, pakai baju macam orang alim, tapi tiba-tiba tergelincir masuk salah lubang pun ada. Jadi saya merasakan...
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kalau, saya faham. Masa saya sudah habis sudah. Minta duduk.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya rasakan janganlah kita mainkan perkauman dan agama itu lagi. Terima kasih.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Saya minta duduk, ini bukan perkauman.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya minta celah juga, boleh?
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tidak boleh, saya tidak benarkan.
Masa saya sudah habis sudah.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sebab tadi sentuh fasal...
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Baik, perkara seterusnya...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya hendak tanya, boleh? Sebab tadi sebut...
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Masa saya sudah habis.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
...Persamaan peraduan ratu cantik itu bersama dengan kemaksiatan. So, boleh tidak saya tanya sedikit?
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ratu cantik membuka aurat, dengan pakaian yang sangat seksi. Ini tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat, jangan pergi tengoklah.
Kenapa ganggu orang adakan program macam ini? Ini kita tarik pelancong asing, peniaga asing.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Kena hormati nilai-nilai Islam.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh tidak saya minta Yang Berhormat, boleh tidak saya minta Yang Berhormat...
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Menarik pelancong, ada banyak lagi cara lain boleh kita lakukan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya tanya Yang Berhormat, dekat negara- negara Arab turut berlaku aktiviti seperti ini...
[Tidak jelas] Boleh?
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Baik, terima kasih.
Baik, soalan saya seterusnya berkaitan dengan Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN). Sudah hampir dua tahun belum dilantik lagi Pengarah Jabatan Warisan Negara (JWN), MOTAC, hampir dua tahun belum lagi dilantik Apakah MOTAC tidak sedar perkara ini berlaku?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Baik, kemudian berkaitan dengan fungsi bagi Dasar Pelancongan Hubungan dan Antarabangsa adalah memantau pertumbuhan industri pelancongan.
Jadi persoalan saya, apakah unjuran pertumbuhan industri pelancongan bagi tahun 2024 ini? Apakah Pejabat Tourism Malaysia yang bertempat di luar negara sudah menggerakkan semula program-program promosi tempat-tempat pelancongan yang ada di negara kita pada masa ini? Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan keyakinan bahawa kepelbagaian biodiversiti sumber bernilai tinggi pelancongan dan masyarakat kita yang berbilang kaum ini dan etnik adalah aset yang mampu menarik pelancong antarabangsa dan domestik untuk melancong di negara kita.
Saya juga berharap agar MOTAC menyokong usaha kerajaan Johor yang baru pagi tadi membentangkan bajet Tahun Melawat Johor 2026 dengan sasaran 12 juta pelancong.
Kerana apa? kerana antara pintu masuk utama pelancong di negara kita ini selain daripada KLIA dan juga international airport yang lain adalah daripada Changi, Singapura.
Jadi menyokong aktiviti di Johor itu merupakan satu langkah yang tepat jugalah untuk merangsang aktiviti pelancongan di negara kita dan kerana kita tahu pada 2019 ketika semua-semuanya masih sihat, kita telah berjaya menarik 26.1 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan sekitar RM86.14 bilion. Ini adalah satu yang sangat membanggakan.
Jadi Tuan Pengerusi saya terus kepada Butiran 010500 – Pembangunan Prasaran daripada RM2.3 juta naik kepada RM2.93 juta dan bajet Johor juga pagi tadi membentangkan tentang RM20 juta saya sebut bajet kita dengan bajet negeri Johor ini kerana supaya berlakunya saling menyaling, simbiosis antara MOTAC Malaysia dengan Johor supaya boleh merangsang beberapa pembangunan prasarana pelancongan.
Kalau di tempat saya Tenggara ini ada satu Gunung Muntahak namanya, tingginya 634 meter ada air terjun sepuluh tingkat dan membentuk aliran Sungai Tengkil.
Jadi, saya sudah sebut dua tiga kali sudah perkara ini, mudah-mudahan pihak Kementerian- MOTAC boleh ambil langkah sesuatu, bekerjasama dengan KEJORA, Jabatan Perhutanan, untuk membangunkan Gunung Muntahak ini kerana memiliki nilai pelancongan yang amat baik.
Seterusnya Butiran 010800 – Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri. Daripada RM21 juta naik RM22 juta dan Butiran 020400 – Pusat Pelancongan Malaysia daripada RM8 juta naik RM9 juta.
Saya hendak memaklumkan di sini kepada pihak kementerian, Puan Pengerusi, bahawa di tempat saya ini ada satu bangunan yang sangat cantik dan tersergam namanya Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan, Kota Tinggi di Kampung Batu Ampat, tetapi sejak tujuh tahun ia dibina masih belum ada apa-apa lagi aktiviti yang berlaku di situ.
Jadi di tempat saya ini memang ada serangan gajahlah, tetapi bila ada gajah putih satu macam ini, dia menyerang lagi Ahli Parlimen. Jadi langkah yang saya ambil adalah mendirikan pejabat ataupun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tenggara ini di compartment bangunan ini. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah apa-apa usaha yang akan dilakukan pada tahun 2024 ini untuk mengupayakan fungsi sebenar, mengupayakan fungsi sebenar Pusat Khidmat dan Transit Pelancongan di Kampung Batu Ampat untuk Kota Tinggi ini?
Kalau boleh saya mencadangkan supaya dilakukan jemputan ataupun perbincangan dengan beberapa pihak untuk mengajak agensi-agensi lain supaya berfungsi di pusat khidmat itu seperti JPJ, imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, supaya ia menjadi community-based tourism. Sekurang-kurangnya bila bangunan itu ada diisikan dengan agensi-agensi yang penting dan dekat dengan masyarakat jadi adalah pelancong juga yang akan datang menggunakan perkhidmatan di bangunan berkenaan.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Seterusnya adalah Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya, daripada RM294 juta naik ke RM350 juta.
Di Tenggara juga berdekatan dengan bangunan tadi itu ada sanctuary gajah.
Sanctuary gajah ini ada tiga ekor sekarang- gajah, satu betina dan dua jantan. Namanya Nina, Jes dan Panti. Jadi untuk ke arah 2026 fungsi penuh pusat sanctuary ini saya mencadangkan agar pihak MOTAC juga mengambil kira dalam tempoh dua tahun, 2024 dan 2025 ini, supaya melihat bagaimanakah pembangunan sanctuary gajah ini boleh benar-benar memberi faedah dan nilai tambah sebagai produk pelancongan di Malaysia khususnya di Johor dan di tempat sayalah, Tenggara.
Saya suka hendak maklumkan dua hari lepas pun saya sebut tentang sport tourism, pelancongan sukan di Tenggara which is Bandar Tenggara dan saya hendak mengumumkan juga, hendak memberitahu. Ada tidak apa-apa perancangan daripada pihak MOTAC untuk membangunkan jajaran trek motocross yang sedia ada di antara Empangan Linggiu, Bandar Tenggara ke sempadan Mersing. Ini memang telah digunakan oleh masyarakat setempat seluruh Johor dan negara termasuk juga dari Indonesia dan Singapura untuk buat trail di sana.
Jadi kalau ada pengkhususan-pengkhususan tertentu daripada Kementerian Pelancongan, bolehlah ia memberi faedah tambahan kepada pelancongan Malaysia dan juga menambah produk-produk pelancongan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.
Saya minta untuk satu minit lagi, Tuan Pengerusi sedikit sahaja.
Di Tenggara juga ada tiga kampung Orang Asli. Itu juga boleh menjadi produk pelancongan yang baik dan di Kampung Sungai Telur dalam Parlimen saya ada Taman Tema Air, Lanchara De Malayos malangnya tidak dipromosikan baik-baik. Oleh kerana apa, kerana Tenggara ini letaknya 30 minit sahaja daripada Senai International Airport dan satu jam daripada Changi. Jadi kalau Kementerian Pelancongan ada perancangan- perancangan tertentu, dia akan memberi faedah bukan sahaja kepada negara, tetapi kepada rakyat setempat.
Akhirnya, saya hendak menyentuh tentang Butiran 030800 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan, daripada RM73 juta naik ke RM75 juta. Kraf tangan adalah satu hal yang unik dan terkhusus bergantung kepada lokasi-lokasi dan tradisi-tradisi masyarakat.
Misalnya di kawasan-kawasan FELDA sebenarnya kaya dengan kraf tangan bernilai tinggi. Saya bagi contoh mak saya, Hajah Ngainun Haji Kasmuin ini dahulu dia buat bunga botol. Dia buat bunga daripada tali rafia, dia buat hiasan dinding daripada lidi sawit. Dia buat juga hiasan daripada botol aerosol yang terbuang.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Jadi maksudnya, ada tak perancangan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ini untuk merakyatkan kraf tangan supaya seni kraf tangan yang memang dah ada dekat kawasan-kawasan FELDA misalnya, kampung-kampung tradisi pun, even di Kampung Orang Asli pun boleh diketengahkan dan di meluaskan lagi kerana ia memang memiliki nilainya yang tersendiri. Selain daripada itu, mengetengahkan aspek waste to wealth itu sebenarnya boleh juga memberi nilai tambah kepada industri kraf tangan di negara ini. Itu sahajalah yang ingin saya sampaikan. Terima kasih. Sekian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 020500 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM).
Pada bulan Jun baru-baru ini, media melaporkan tentang bantahan Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM terhadap cadangan kerajaan bagi pihak kementerian melantik pihak luar untuk menjalankan pentadbiran dan pengoperasian Tourism Malaysia di dalam dan di luar negara.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Antara sebab bantahan adalah lantikan sedemikian mengganggu laluan kerjaya kakitangan dan pegawai Tourism Malaysia. Saya mempunyai keyakinan bahawa fungsi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ialah mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang unggul dan meningkatkan sumbangan dalam sektor pelancongan kepada ekonomi negara. Berasaskan kepada fungsi ini, maka diharapkan isu ini dapat diselesaikan. Maka, saya pohon penjelasan kementerian dalam perkara ini.
Butiran 030400 – Warisan Negara. Pertama, saya ingin bertanya apakah rancangan kementerian untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menaik taraf dan memulihara kawasan-kawasan yang berpotensi dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pengiktirafan ini adalah penting kerana selain memperoleh bantuan kewangan daripada UNESCO untuk tujuan penyelenggaraan, kesan limpahan daripada pengiktirafan ini adalah mewujudkan aktiviti huluan dan hiliran pelancongan yang akan menjana ekonomi penduduk setempat. Setakat ini, adakah sudah wujud usaha- usaha bagi butiran ini dengan negeri-negeri?
Butiran yang sama dalam perkara yang melibatkan artifak negara yang masih banyak dipegang oleh pihak bekas penjajah negara di muzium-muzium negara mereka.
Apakah usaha kementerian dalam isu ini?
Ketiga, adakah kementerian melakukan proses pemuliharaan tempat warisan negara secara aktif? Saya khuatir kita terpaksa melihat insiden pemusnahan tempat arkeologi di Lembah Bujang berulang berikutan tiada pemantauan daripada pihak berkuasa. Pohon penjelasan.
Butiran 040600 – Islamic Tourism Centre (ITC). Saya ingin untuk mengetahui daripada butiran yang berkait dengan soal yang melibatkan Islamic Tourism Centre ini dengan peruntukan RM2.2 juta. Diharapkan usaha-usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim. Kalau dulunya kita dapat melihat limpahan pelancong-pelancong dari Timur Tengah berada di negara kita, tetapi sekarang agak kurang. Soalan saya, sejauh manakah usaha-usaha promosi Islamic tourism dilaksanakan dan fokus ITC untuk meningkatkan kefahaman pemain-pemain industri ini jika berlaku limpahan pelancong-pelancong dari Timur Tengah?
Kesan daripada limpahan pelancongan itu memberi rantaian yang sangat baik untuk pemain-pemain industri ini seperti:
(i) wujudnya pemandu pelancong berbahasa Arab yang sangat ramai ketika limpahan pelancong-pelancong Timur Tengah ke negara ini;
(ii) memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia kepada mereka;
(iii) meningkatkan industri halal negara dalam meletakkan bahawa Malaysia menjadi hab halal negara yang sangat penting di peringkat dunia; dan
(iv) pulangan ekonomi kepada pengusaha-pengusaha tempatan.
Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi MOTAC. Tumpuan perbahasan saya adalah berkenaan dengan pembangunan ekopelancongan dalam negara secara amnya dan negeri Perak secara khususnya.
Pertama, saya ingin menyentuh P.31, Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan.
Kalau ikut Pelan Pembangunan Sektor Ekopelancongan setakat ini, kita hanya ada Pelan Ekopelancongan Kebangsaan tahun 2016 hingga tahun 2025. Saya berpendapat bahawa adalah tiba masa untuk MOTAC tumpukan sepenuh perhatian dan membuat kajian dalam pembangunan sektor ekopelancongan negara kita. Apatah lagi kita bakal menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 yang tidak lama lagi.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Bagi Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Saya berpandangan bahawa strategi yang ditekankan dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan yang saya sebutkan tadi masih lagi tidak tercapai dan kita masih lagi jauh ketinggalan terutamanya dalam soal mewujudkan persekitaran yang pro-business untuk menarik lebih ramai pelabur asing ataupun domestik dalam sektor tersebut. Kita mempunyai pelbagai destinasi ataupun produk-produk pelancongan yang menarik.
Namun, saya ingin bertanyakan adakah kita mampu bersaing dengan destinasi- destinasi dalam rantau Asian apabila Vietnam, Indonesia dan Thailand telah giat mempromosikan negara masing-masing sebagai destinasi yang terkemuka. Kita mungkin kurang bermaya dalam bab menarik minat pelabur-pelabur dalam sektor pelancongan sama ada dalam bidang perhotelan dan vila penginapan yang premium. Sepertimana yang berlaku di Ha Long Bay, Vietnam yang telah pun mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994 dan kini mereka telah pun menerima kunjungan ataupun ketibaan pelancong sekitar 14 juta pelancong pada tahun ini dijangkakan.
Saya berpandangan bahawa seperti mana yang kita ada juga Tapak Warisan Dunia UNESCO di Taman Negeri Royal Belum, Perak, di Lembah Lenggong di Perak masih lagi kita jauh ketinggalan kalau berbanding dengan Ha Long Bay di Vietnam. Saya rasa tugas hakiki MOTAC tidak seharusnya hanya menumpukan pada soal promosi ataupun pelesenan sahaja ataupun menjalankan projek pembangunan yang berskala kecil dan kurang impak. Kalau lihat kepada pembangunan ecotourism untuk tahun depan, hanya sekitar RM9 juta sahaja.
Bagi saya, sebaliknya peranan MOTAC harus diperkasakan sebagai badan koordinasi antara kementerian-kementerian di Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT dan juga komuniti setempat untuk menemui dan seterusnya menguruskan produk pelancongan dengan baik serta membuka ruang lebih banyak kepada minat pelaburan- pelaburan asing ataupun pelaburan-pelaburan domestik.
Kedua, saya ingin sentuh tentang Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan, Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur dan Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah yang rata-ratanya sentuh tentang program-program naik taraf kemudahan infrastruktur dan pemuliharaan tinggalan sejarah.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Berdasarkan kepada Dasar Pelancongan Negara 2020 - 2030, kerajaan menyasarkan Malaysia akan kembali menjadi sebuah negara destinasi pelancong terbaik dalam dunia.
Namun saya lihat permasalahan paling ketara adalah kita harus mengatasi masalah pengurusan dan penyelenggaraan destinasi pelancongan yang kurang memuaskan dan tidak mampan. Ini menyebabkan pelancong ke destinasi akan kurang gembira dan kecewa dan tidak dapat menimba pengalaman mereka melancong ke destinasi tersebut.
Saya ingin tarik perhatian dalam negara kita ada banyak tapak yang mampu memberi pengalaman yang hebat actually. Dua tapak Geopark UNESCO, lapan tapak Geopark Kebangsaan dan lima tapak Warisan Dunia UNESCO, tetapi saya rasa pengurusan di beberapa tapak tersebut masih lagi jauh ketinggalan.
Contohnya di Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai tapak Geopark dan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Usaha membangunkan kawasan tersebut masih lagi jauh ketinggalan dan kalau ambil contoh juga di kawasan saya, Geopark Kebangsaan Lembah Kinta yang sebahagiannya di kawasan Parlimen Gopeng yang mempunyai 22 Geotapak terus kurang diberikan perhatian.
Contohnya adalah Gua Tambun yang mempunyai lukisan merah prasejarah yang berusia 3,000 hingga 4,000 tahun yang lalu, tetapi kemudahan asas dan penyelenggaraan tapak tersebut masih kurang memuaskan dan sebahagiannya kawasan diancam dengan vandalisme yang berterusan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Kesimpulannya Puan Pengerusi, saya ingin memohon kepada MOTAC untuk pertama, kajian pelan pembangunan eko-pelancongan perlu disegerakan untuk kita menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kedua, perkasakan peranan MOTAC dalam soal pembangunan dan menarik pelaburan dalam sektor pelancongan dan ketiga adalah tumpukan sepenuhnya projek- projek pembangunan dalam beberapa produk pelancongan yang sudah pun terkemuka khususnya tapak Geopark Dunia UNESCO, Geopark Kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.
Kuala Kedah terus merujuk kepada Butiran 010500 – Pembangunan Prasarana yang tertakluk di bawah Butiran 010000 – Pengurusan. Pada Butiran 010500 tersebut, didapati bahawa terdapat peningkatan signifikan pada anggaran tahun 2024.
Kuala Kedah ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung impak maksimum yang bakal diraih daripada kenaikan anggaran berkenaan. Ini kerana pada tahun 2022, negara kita telah berjaya menarik 10 juta pelancong asing dan menjana RM28.2 bilion.
Tuan Pengerusi, seperti yang diketahui bahawa penyediaan prasarana pelancongan yang bersifat kontemporari merupakan salah satu jalan untuk melicinkan lagi aktiviti promosi pelancongan terutamanya di pintu-pintu masuk negara seperti perkhidmatan kaunter di lapangan terbang antarabangsa, kemudahan di jeti, maritim, serta pintu masuk negara jalan darat. Justeru apakah pelan rapi pihak kementerian untuk meningkatkan lagi mutu prasarana di pintu-pintu masuk negara supaya perkhidmatan yang diberikan itu dapat meninggalkan memori atau pengalaman manis kepada pelancong sewaktu tiba dan keluar negara.
Dalam hal ini Kuala Kedah juga ingin bertanya adakah kementerian merancang untuk menaiktarafkan prasarana pelancongan yang terdapat di Jeti Kuala Kedah ke Langkawi seperti penambahan kios jualan barangan tempatan, kaunter pertanyaan pelancongan, kemudahan skrin LED sebagai promosi pelancongan dan lain-lain lagi yang turut terkait di bawah Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan.
Puan Pengerusi, dalam hal ini apakah pihak kementerian bercadang untuk menaiktarafkan prasarana jeti Kuala Kedah sebagai pintu masuk antarabangsa maritim pada masa akan datang serta menjadikan pengkalan berkenaan sebagai pusat transit ke destinasi pelancongan maritim yang lain?
Kuala Kedah bertanyakan hal demikian kerana inilah masa pihak kementerian menyokong dan memantapkan lagi jalinan hubungan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia- Malaysia-Thailand (IMT-GT) memandangkan platform kerjasama ketiga-tiga buah negara berjiran ini dapat merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosi pelancongan wilayah serantau. Kuala Kedah menjadi pintu masuk pelancong antarabangsa seperti dari Indonesia dan Thailand.
Kuala Kedah juga memohon pihak kementerian menyatakan langkah-langkah komprehensif yang dirangka oleh pihak kementerian untuk menggalakkan ketibaan pelancong asing seramai 26.1 juta orang, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Apakah inisiatif pihak kementerian untuk menyemarakkan lagi sektor pelancongan di peringkat negeri-negeri terutamanya Kedah yang akan menganjurkan Tahun Melawat Kedah 2025?
Puan Pengerusi, merujuk Butiran 020400 – Pusat Pelancongan Malaysia. Kuala Kedah ingin mengetahui apakah pelan strategik kementerian bagi meningkatkan promosi pelancongan dalam penghasilan produk pelancongan yang baharu dan lebih menarik? Di Parlimen Kuala Kedah terdapat Gua Batu Kapur di Gunung Keriang, Kedah seperti Gua Terus, Gua Pelamin dan Gua Seribu Bayur yang boleh dibangunkan untuk pelancongan aktiviti lasak dan pencinta alam semula jadi.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Begitu juga aspek historical tourism, dengan izin di Kampung Telok Bulang, Kedah yang mempunyai tujuh telaga bersejarah dan Pantai Leman bersebelahan Kota Marina, Kuala Kedah. Sejarah Perang Kedah bersama Siam boleh dimajukan untuk menarik pelancong ke Kedah. Oleh itu, Kuala Kedah ingin bertanya apakah langkah- langkah yang telah diambil oleh kementerian bertujuan untuk mempelbagaikan usaha mempromosi produk-produk pelancongan baharu tersebut?
Puan Pengerusi, merujuk Butiran 020500 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM).
Apakah inisiatif yang dirancang dan disediakan oleh kerajaan untuk membantu persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mewujudkan jawatankuasa khas dengan agensi-agensi pelancongan secara berpusat? Penubuhan Jawatankuasa ini sangat penting untuk mengkaji dan memberi maklum balas yang bertujuan memperbaiki kelemahan perkhidmatan pelancongan yang sedia ada. Jika sudah dibentuk, apakah impak yang telah dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelancong luar?
Puan Pengerusi, saya merujuk Butiran 040300 – Program Penggalakan, Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Kuala Kedah ingin mendapatkan penjelasan apakah program utama yang dijalankan sehingga melibatkan kenaikan perbelanjaan yang begitu tinggi dan kedua berapakah anggaran pulangan return of investment (ROI) kepada negara yang akan diperoleh dengan anggaran perbelanjaan yang sangat besar ini dan apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian untuk memastikan program-program yang dirancang benar-benar memberi pendapatan kepada negara? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi, Butiran 020500 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Butiran 030400 – Warisan Negara, Butiran 020300 – Pembangunan Industri.
Puan Pengerusi, seperti yang kita tahu industri pelancongan perlu bangkit sebagai destinasi tumpuan pelancongan bagi membantu meningkatkan ekonomi Malaysia, negara kita. Kita boleh lihat industri pelancongan adalah antara sektor yang paling utama yang telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia dan sumber pendapatan tukaran asing juga datangnya daripada sektor pelancongan.
Kalau hari ini selepas COVID-19 kita hendak bangunkan negara kita sungguhpun kita tumpukan kepada sektor pelaburan untuk membina lebih banyak kilang, tetapi itu mengambil masa. Beli tanah, mendirikan kilang, tetapi kalau pelancongan itu ia kita terus dapat manfaat dengan lebih cepat dan tepat. Jadi kita perlu tumpukan kepada pelancongan.
Hari ini kita lihat pasaran yang terbesar di mana kita boleh dapat ramai pelancong datang ke Malaysia ialah mereka dari negara China. Kalau kita lihat sebelum COVID-19 2019, statistik menunjukkan pelancong China mereka pergi ke Thailand lebih daripada datang ke Malaysia.
Tahun tersebut ada lebih kurang 13 juta pelancong China pergi ke Thailand, sedangkan hanya 3.5 juta datang ke Malaysia. Padahal di Malaysia ini masyarakat kita lebih majmuk. Kita ada- mereka datang sini mereka akan rasa lebih mesra, tetapi kenapa kita kalah kepada Thailand?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita lihat salah satu daripada sebabnya ialah Thailand mereka tidak perlu visa, tetapi mereka datang ke Malaysia mereka perlu memohon visa, barangkali itu adalah sebab utama kurang minatnya mereka datang ke Malaysia.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Baru-baru ini kita lihat bila berlakunya insiden di Thailand di mana berlakunya pelancong diculik- pelancong China diculik di Thailand. Para pelancong daripada China mereka tidak pergi ke Thailand. Maka itu adalah ruang untuk kita sambut mereka datang ke Malaysia dan kita lihat di Negara Thailand mereka bertindak dengan begitu cepat sekali. Apabila insiden itu berlaku, pelancong China kurang pergi ke Thailand mereka terus katakan tidak perlu visa untuk pergi ke Thailand. Apabila pengumuman itu dibuat, mereka melaksanakan dasar tersebut dalam satu minggu pertama tanpa visa, orang China pergi ke Thailand 100,000 dalam seminggu- 100,000 pelancong China pergi ke Thailand.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi kita harap supaya pihak Kementerian Pelancongan boleh mempertimbangkan supaya demi pembangunan ekonomi negara kita boleh pertimbangkan pelancong daripada China datang ke Malaysia ini kita kecualikan visa.
Tan Sri Pengerusi, tahun depan merupakan Tahun Melawat Melaka 2024. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pelancongan bagaimana kementerian boleh bantu negeri Melaka dalam usaha kita menjayakan kempen Tahun Melawat Melaka 2024? Kita tahu Melaka merupakan satu tempat yang bersejarah sehingga UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Melaka adalah tapak warisan dunia. Jadi dengan keunikan yang ada di Melaka sudah pasti kita boleh tarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia dan datang ke Melaka sebab di Melaka ini kita amat unik banyak bangunan tertua semua adalah di Melaka, tokong yang tertua, kuil hindu yang tertua, masjid yang tertua, sekolah, gereja yang tertua semuanya di Melaka.
Jadi ini adalah satu faktor utama yang kita boleh menarik pelancong datang ke Malaysia. Jadi dalam hal ini saya ada pernah membuat permohonan pada Jabatan Warisan supaya mengiktiraf pesta- Pesta San Pedro sebagai satu warisan intangible di mana di Melaka ini, kita bukan sahaja orang Melayu, orang Cina, orang India, Baba Nyonya, tetapi kita ada orang Portugis. Kita juga ada orang Ceti. Jadi ini semua adalah warisan intangible- mereka ada banyak budaya. Saya harap supaya permohonan saya itu dapat diluluskan oleh Jabatan Warisan.
Selanjutnya saya ingin tanya tentang Pembangunan Industri iaitu 020300. Kita semua maklum oleh kerana COVID sebelum ini tiga tahun banyak pemain industri pelancongan ini mereka gulung tikar. Jadi sekarang kita nak tumpu balik kepada industri sektor pelancongan ini. Jadi bagaimanakah kementerian akan bantu mereka ini supaya mereka boleh memulakan perniagaan mereka semula. Akhir sekali dalam usaha kita menarik ramai pelancong datang ke Malaysia ini kita harap supaya insiden KLIA di mana Menteri Pelancongan terpaksa pergi ke KLIA dan menyelamatkan pelancong China yang telah dikurung dalam bilik hitam tersebut tidak akan berlaku.
Sebab untuk maklumat Tan Sri Pengerusi selepas insiden tersebut saya masih lagi terima aduan daripada pelancong China di mana mereka datang ke sini apabila berada di kaunter sana mereka pegawai tanya dia tinggal di mana. Dia merujuk ialah alamat rumah, sebab dia tinggal di homestay, tetapi itu menjadi satu alasan kepada pegawai tersebut menahan dia beberapa jam tidak nak lepaskan dia.
Selepas beberapa jam apabila sesuatu telah diberikan barulah pegawai tersebut melepaskan dia. Jadi ini adalah insiden yang akan memberikan pengalaman yang tidak baik kepada pelancong-pelancong asing. Jadi saya harap ia dalam hal ini barangkali Kementerian Pelancongan perlu bekerjasama dengan Kementerian KDN untuk mencari satu formula supaya insiden sedemikian dapat dikurangkan ataupun dielakkan demi pembangunan sektor pelancongan negara kita. Dengan itu sekian terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih. Saya jemput Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin terus kepada Butiran 010500 – Pembangunan Prasarana.
Saya dimaklumkan bahawa rancangan pembinaan kawasan terhadap helikopter iaitu helipad di Pulau Perhentian Kecil telah dilakukan sejak 2015 lagi. Ia nya penting sebagai persediaan musim tengkujuh bagi memudahkan bekalan makanan dan juga tugas-tugas menyelamat. Namun begitu, saya mendapat aduan bahawa pelan pembinaannya dijalankan di atas padang permainan penduduk kampung iaitu padang bola. Oleh itu apa status terkini projek tersebut dan apakah perancangan kerajaan bagi memastikan pembinaannya tidak mengganggu mana-mana infrastruktur dan juga kemudahan yang digunakan oleh orang awam.
Keduanya saya ingin menyentuh berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal mampan di Pulau Perhentian. Saya ingin bertanya sama ada telah ada pengurusan tentang sisa pepejal mampan di Pulau Perhentian kerana telah diluluskan pada Bajet 2023 sebanyak RM10 juta dan saya tidak tahu apa perkembangan sekarang dan saya tekankan benda ini supaya pantai di Pulau Perhentian ini kekal bersih dan dapat melindungi ekosistem marin di kawasan sekitar.
Ketiganya iaitu berkenaan dengan tangga kincir angin di Pulau Perhentian ini.
Sekarang ini rosak teruk dan perlu segera di baik pulih. Ia nya merbahaya kepada pelancong yang ingin mengambil gambar dan juga melakukan aktiviti lasak seperti mendaki ke atas bukit yang ditempatkan kincir angin dan juga sebelum ini telah berlaku kemalangan menyebabkan kecederaan terhadap pelancong malah ada yang patah tangan.
Jadi kawasan kincir angin itu sebenarnya tempat yang wajib disinggahi bagi pelancong-pelancong. Tidak lengkap kalau datang ke Pulau Perhentian ini jika tidak melakukan pendakian dan walaupun keadaan rosak, masih ramai lagi pelancong- pelancong yang berani untuk naik walaupun dalam keadaan begitu.
Jadi saya ingin sebut sedikit berkenaan dengan Pulau Perhentian ini. Pulau Perhentian ini merupakan antara destinasi utama bagi mereka yang ingin sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan kerana keindahan, kecantikan persekitaran pulau ini sukar digambarkan. Pemandangan ia kalau kita tengok sangat-sangat cantik. Dia menghadap Laut China Selatan, warna turquoise. Kemudian ada lagi kalau pantainya putih bersih, halus pasirnya dan juga boleh adakan aktiviti macam snorkelling dan sebagainya, boleh lihat penyu dan boleh ikan yu sekali, jinak ikan-ikan yu tersebut. Jadi saya jemput Tan Sri ke Pulau Perhentian, tetapi bayar sendiri ya...
[Ketawa] Seterusnya saya menyentuh kepada 040600 - Islamic Tourism Center. Saya mengucapkan ribuan tahniah kepada Kerajaan Terengganu yang telah berjaya mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa ekoran telah dipilih oleh International Travel Award sebagai pemenang bagi kategori Best City Hotel.
Oleh itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan peruntukan khusus kepada hotel-hotel yang telah berjaya mengharumkan nama negara dan menghidupkan pelancong mesra Muslim sebagai salah satu langkah permulaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan mesra Muslim dan mampu meningkatkan industri pelancongan negara.
Jadi begitu juga ini kerajaan telah memperuntukkan RM2.2 juta bagi Islamic Tourism Center. Namun saya memohon penjelasan mengapa Islamic Tourism Center tidak dikekalkan- disekalikan dalam Tourism Center itu sendiri. Berapakah bilangan pusat pelancongan Islam ini telah dibina dan adakah setiap negeri terutama negeri yang menghidupkan pelancongan Islam diberi tumpuan utama pembinaan pusat ini bagi memastikan pelancongan mesra Muslim dapat dihidupkan sebaik mungkin.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit tentang Butiran 020400 – Pusat Pelancongan Malaysia. Jadi, Malaysia mempunyai hampir 30 buah tourism centre di luar negara termasuk Bangkok, Auckland, Jepun dan sebagainya. Saya yakin ia memerlukan peruntukan khusus bagi menempatkan tourism centre dengan izin, di luar negara. Oleh itu, sejauh mana ia berperanan dalam mempromosikan pelancongan Malaysia di luar negara dan apakah return of investment dengan izin, Tuan Pengerusi, yang diperolehi daripada pelabur yang tersebut?
Di bawah butiran ini juga, saya mohon perincian kementerian, adakah lokasi pelancongan negara yang tersohor seperti Langkawi telah kehilangan pelancong domestik disebabkan ramai dalam kalangan tempatan lebih memilih untuk melancong ke negara jiran iaitu Thailand berikutan berbagai-bagai faktor yang memberi nilai tambah kepada rakyat, khususnya kos makanan dan penginapan yang lebih murah dan sebagainya.
Sekiranya ia benar, apakah perancangan strategik jangka pendek dan sederhana kerajaan bagi mengawal situasi ini, seterusnya mengelakkan negara kehilangan lebih ramai pelancong domestik kepada negara luar yang akhirnya meningkatkan aliran tunai keluar negara yang mana ia amat merugikan negara kita sebenarnya. Jadi, mohon perincian daripada pihak kementerian.
Satu lagi saya sentuh. Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan. Jadi, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi merancakkan aktiviti promosi pelancongan dan kebudayaan termasuk persiapan penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026. Jadi MOTAC juga dijadualkan akan menubuhkan Sekretariat Visit Malaysia 2026 pada tahun ini.
Oleh itu, saya mohon perincian kementerian mengenai progress persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia dan apakah penambahbaikan daripada program- program Visit Malaysia yang lepas yang akan dilaksanakan semula kali ini? Juga berapakah sasaran pelancong asing dan domestik yang disasarkan dalam Visit Malaysia 2026?
Saya juga ingin membacakan isu pelancong luar kurang mengenali tempat- tempat pelancongan di Pantai Timur. Walaupun destinasi yang baik, pulau yang baik tapi sedikit, makna kurang mengenali tempat-tempat pelancongan di Pantai Timur berbanding tempat-tempat pelancongan di Pantai Barat. Oleh itu adakah kerajaan bercadang untuk memperhebat mempromosi kawasan ekopelancongan di negeri Pantai Timur dengan cara membekalkan bahan-bahan promosi di lapangan terbang antarabangsa, khususnya yang mana dengan cara ini secara tidak langsung memberikan info-info yang berguna kepada pelancong asing. Itu saja Tuan Pengerusi yang tekun mendengar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tan Sri Tuan Pengerusi. Saya terus masuk kepada Butiran 020300 – Pembangunan Industri. Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Malaysia kerana semalam telah berjaya menganjurkan konsert Coldplay tanpa apa-apa hal yang tidak diingini dan tak juga kita guna kill switch. Jadi, tahniah.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, konsert pelancongan dan ekonomi berkait rapat.
Kalau kita tengok kepada konsert Taylor Swift, pakar-pakar ekonomi panggil ‘Swiftonomics’ ataupun ‘Taylornomics’. Kenapa? Kerana ke mana-mana Taylor Swift buat konsert di bandar itu, di negara itu, hotel penuh, restoran-restoran penuh dan di USA sahaja, The Eras Tour oleh Taylor Swift dianggarkan telah membawa jumlah perbelanjaan consumers spending sebanyak USD5 bilion ataupun dekat dengan RM25 bilion.
Jadi, kalau kita dapat menarik bintang-bintang besar seperti ini, Taylor Swift sampai ke Malaysia, saya yakin pelancong-pelancong akan datang. Restoran kita akan penuh, hotel akan penuh tapi malangnya di Malaysia ada parti anti konsert. Jadi, Taylor Swift tak dapat datang, hanya pergi sampai Singapura. Jadi, Malaysia yang kena pergi melancong ke Singapura dan kita kena belanja di Singapura.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi saya nak tahu, mengapakah kita pilih kasih? Jangan pilih kasih. Kalau kita nak bagi konsert asalkan tak ada unsur LGBT, kita pun tak setuju. Kita bantah. Ada kill switch. Jadi, kalau semua ini teratur, kita patut benarkan dan saya nak ingin buat satu reply kepada Pasir Mas yang hari itu tentang pilih kasih.
Dia cakap, “Bukan kita tak nak boikot Mercedes”. Dia cakap, "Bukan semua benda boleh boikot". Tapi saya pergi check, saya buat Baidu sebab saya tak pakai Google. Saya pun boikot Google. Saya buat Baidu. Memang ada orang pernah boikot Mercedes dulu.
Pada 2004, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) telah boikot DaimlerChrysler product kerana mereka pakai Mercedes-Benz, pakai leather seat cover.
Jadi benda ini memang boleh boikot. Jadi, tak faham Pasir Mas cakap negeri Kelantan tak boleh boikot ataupun tak mampu nak boikot Mercedes-Benz.
Saya bagi satu jalan penyelesaian. Esok, jual semua 14 buah kereta Mercedes, beli kereta Proton. Siap. Cerita habis.
[Tepuk] Ada yang kata boikot itu, kalau sudah beli, pakai jangan buang. Tapi, saya nak tanya negeri Kelantan, Mercedes itu kena maintain tak? Kalau minyak hitam nak tukar, kalau ada spare part nak rosak, macam mana? Masuk Mercedes-Benz. Siapa bayar? PAS bayar. PAS bayar bagi Mercedes-Benz, Mercedes- Benz bayar bagi Israel. Jadi, itu secara tidak langsung duit pergi ke Israel.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, kalau nak boikot. Please, saya tak bagi laluan. Duduk. Saya tak cukup masa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak. Ini, ini pasal pelancongan ke apa ni?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul, betul. Duduk, duduk, duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bawah, bawah, bawah butiran apa ini masalah ini?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duduk. Jadi, duit itu secara tidak langsung masuk Israel.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bawah, bawah butiran apa?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, jadi...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Minta petua daripada Tuan Pengerusi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, jadi. Jadi, saya harap kalau kita nak boikot, saya ikhlas. Saya ikhlas.
Tuan Pengerusi
Dah okey dah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia tak pergi kepada pelancongan pun.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kita nak boikot, boikot secara total. Boikot jangan pilih kasih.
Tuan Pengerusi
Okey, patah balik. Ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Done. Ya, sebab nak, nak jawab tentang Pasir Mas.
Tuan Pengerusi
Teruskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pasir Mas pun cakap ada benda yang tak boleh boikot. iPhone dengan Facebook tak boleh boikot. Saya check. Saya bukan suruh boikot handphone. Boikot iPhone.
Tuan Pengerusi
Nak cerita...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
iPhone salah satu jenama.
Tuan Pengerusi
Kampar...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Pengerusi
Cerita patah balik ke pelancongan ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, okey. Masuk pelancongan. Okey. Okey.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Okey.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak tanya di Langkawi, memang sebelum ini ada banyak cerita. Pelancong asing banyak tak masuk dan ini kerana strategi ataupun pendirian kerajaan negeri. Menteri Besar Sanusi pernah kata “Orang yang tak pakai banyak semakin maju, kita kena pakai banyak sikit. Kalau kita tak pakai banyak, binatang memang tak pakai baju, pakai sikit baju semakin menjadi kebinatangan”. Ini perkataan yang dia pakai.
Jadi, kalau Menteri Besar boleh guna perkataan macam ini, macam mana pelancong boleh pakai bikini pergi pantai? You panggil pelancong itu binatang. Macam mana pelancong boleh pakai seluar pendek pergi pantai? Saya faham Islam tutup aurat.
Kita hormat. Tetapi kalau pelancong asing yang bukan agama Islam, mereka pergi pantai, mereka pakai seluar pendek, pakai bikini, minum arak itu hak mereka. Kita jangan kacau.
Kenapa pelancong semua pergi sampai Thailand? Tak datang Langkawi. Tak datang Malaysia. Jadi, saya harap Kerajaan Kedah kalau betul-betul nak majukan Langkawi, kita kerja, kerjasama.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tan Sri Pengerusi...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Maaf saya tak bagi awak. Masa sudah habis.
Duduk dulu. Bagi saya habis. Jadi, kalau kita betul-betul nak...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tak berani ke?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau kita betul-betul nak –Kalau kita betul-betul nak majukan, jangan salah bagi Menteri MOTAC.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Cakap tak betul.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cakap MOTAC tak buat kerja tapi sendiri yang halau pelancong. Kita buat bersama, kerjasama bersama semua. Bawa pelancong ke Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tan Sri Pengerusi.
Saya terus pergi kepada Butiran 030700 - Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
(LPSVN). Malaysia mempunyai ramai pelukis yang berbakat serta berjaya seperti saudara Jalaini Abu Hassan, Yusof Ghani serta anak muda yang kini kian menyerlah seperti saudara Kide Baharudin, Burhanuddin Bakri, Leonna Dail serta ramai lagi.
Ada juga di antara penggiat seni lukis yang memerlukan perhatian dan bantuan untuk mengetengahkan bakat seni lukis mereka. Mungkin masih ramai lagi tidak tahu tentang kewujudan Balai Seni Lukis Negara ini. Yang tahu pula ialah segelintir mereka yang minat kan seni atau mereka yang berkepentingan sahaja.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian, Balai Seni Lukis Negara perlu mengadakan aktiviti-aktiviti kesenian berskala antarabangsa sebagai satu cabang untuk menarik pelancong. Sebagai contoh di Indonesia, adanya Art Jakarta dan ARTJOG yang menarik minat peminat seni dari serata dunia untuk menyaksikan acara yang diadakan setiap tahun.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang kedua, menyediakan platform kepada seniman-seniman muda seperti menyediakan studio dan ruang berkarya agar proses kreatif ini dapat diteruskan. Ketiga, saya mencadangkan supaya diperbanyakkan inisiatif dan program-program bagi menggalak dan menarik minat masyarakat untuk mendekati seni.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 49000 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan salah satu industri yang berpotensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat desa.
Sepertimana yang kita tahu, kraf tangan tradisional ini mempunyai nilai estetik yang sangat tinggi. Kebelakangan ini penggiat-penggiat seni kraf tangan tradisional ini terpaksa bersaing dengan pembuat pembuatan hasil kraf tangan digital. Soalan saya apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan tidak wujudnya persaingan penggiat kraf tangan tradisional dan kraf tangan digital ini?
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah memperkenalkan program pelancongan luar bandar yang dinamakan Program Pengalaman Homestay Malaysia yang berkonsepkan satu bentuk program pengalaman, experiential programme dengan izin, kepada pelancong yang mana pelancong yang datang perlu menginap bersama pengusaha program, menjalani gaya hidup masyarakat luar bandar dan turut serta dalam aktiviti seharian seperti memasak menoreh, memancing, makan bersila, rewang, belajar tarian, sukan tradisional dan lain-lain.
Keunikan adat resam setiap kaum juga mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan ini. Homestay pertama yang dilancarkan ialah di Desa Murni dalam Parlimen Kuala Krau dan Homestay Desa Murni ini adalah antara homestay yang paling berjaya di Malaysia Tan Sri Pengerusi. Saya difahamkan bahawa ramai pelancong-pelancong daripada Jepun Yang Berhormat Timbalan Menteri yang datang ke Homestay Desa Murni ini dan mereka belajar adab, budaya, bahasa dan juga disiplin rakyat Jepun yang dapat dipelajari oleh orang Desa Murni. Tak dan lagi orang Jepun bertanya khabar, orang Desa Murni dah bercakap, dah pandai bercakap Jepun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Ketawa]
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ya, betul. Ohayo gozaimasu, ha.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Hiroshima.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
[Berucap dalam bahasa Jepun] Apa, nama dijawab pula oleh orang Jepun Tan Sri Pengerusi, selamat pagi, ha. Orang Jepun cakap tanya balik, “Apa khabar?”, ha. Orang Desa Murni cakap balik, “Genki desu.” Ini adalah – ini Ampang ya, ini adalah antara yang dapat dipelajari oleh masyarakat kita dengan sopan santun ya, tak lah menjerit apa nama, disiplin yang cukup tinggi Jelutong.
Ha, mana Jelutong, ada. Disiplin yang cukup yang tinggi yang dapat dipelajari daripada orang Jepun ini. Saya ucap tahniah kepada pengusaha homestay di Desa Murni iaitu Datuk Shariman.
Kerajaan juga menyediakan bantuan kepada pengusaha yang berdaftar dengan menyediakan Geran Padanan Pembaikan Inap Desa bagi membantu pengusaha homestay membaik pulih premis inap desa mereka bagi memastikan tahap kemudahan, kebersihan, keselamatan dan keindahan premis kediaman pengusaha sentiasa terpelihara agar pelancong dapat terus menikmati kemudahan yang selesa dan pengalaman yang menarik di negara ini.
Soalan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi merancakkan kembali industri homestay ini yang terjejas akibat COVID-19? Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan melalui Geran Padanan Pembaikan Inap Desa bagi kerja- kerja membaik pulih rumah pengusaha inap desa sehingga kini?
Seterusnya Tan Sri Pengerusi saya sikit lagi untuk orang kawasan saya. Saya ingin membangkitkan masalah di kawasan Pulau Tioman. Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang pertamanya ialah subsidi diesel kepada pengusaha feri ke Pulau Tioman sepertimana yang dinikmati oleh pengusaha feri di Langkawi dan Sabah manakala pengusaha feri di Pulau Tioman tak dapat subsidi diesel. Jadi, saya mohon supaya Tioman juga dapat yang sama.
Kedua, isu jambatan yang mengalami kerosakan di Kampung Mukut, Pulau Tioman yang menyulitkan penduduk di kawasan Pulau Tioman untuk kehidupan harian
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
mereka. Saya mohonlah Yang Berhormat Menteri ya, daripada RM47 juta yang nak bina landasan itu kalau boleh sedikit dialihkan kepada jambatan ini, insya-Allah. Akhir sekali, yang ketiga ini Tan Sri ya iaitu jeti kargo di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Jadi, saya – selama ini mereka terpaksa menggunakan jeti penumpang. Jadi, agak sukar kepada mereka untuk memunggah barang-barang mereka. Jadi, saya mohon juga kepada Timbalan Menteri supaya dipertimbangkan permohonan daripada penduduk Pulau Tioman ini. Arigatou gozaimasu, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Yang Berhormat Batu. Batu tak ada. Baik, saya jemput Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...
Tuan Pengerusi
Waalaikumsalam.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Salam sejahtera. Tan Sri Pengerusi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Butiran 01000 – Penyelenggaraan dan Pembaikan, Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay dan Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah.
Merujuk kepada anggaran peruntukan pembangunan sebanyak lebih RM1 bilion pada 2024 dan saya juga merujuk kepada pembentangan belanjawan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat PMX selaku Menteri Kewangan ada menyatakan sejumlah RM80 juta disediakan untuk menjaga, menyelenggara dan menaik taraf tapak-tapak warisan termasuk Royal Belum di Gerik, Perak. Juga saya nak masukkan iaitu kawasan paya bakau tercantik di dunia di Kuala Sepetang, kawasan saya.
Saya cuba meneliti dalam butiran, saya tak jumpa di mana diletakkan diperuntukkan ini. Saya minta kementerian menyatakan berapa banyakkah peruntukan disediakan untuk di kedua-dua kawasan ini, kerana ini adalah kawasan yang sangat menarik dan menjadi tarikan bagi pelancong-pelancong luar.
Butiran 020300 – Pembangunan Industri berjumlah RM5.4 juta. Butiran 020500 - Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM); RM160 juta. Butiran ini saya nak menyentuh kawasan saya lagi iaitu bagaimana kementerian boleh membantu penduduk- penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang supaya mereka mengusahakan industri pelancongan ini sehingga boleh mendapat pendapatan tambahan. Dengan itu akan mengurangkan beban kos sara hidup.
Kawasan pertama di bawah DUN Trong yang terkenal dengan hasil-hasil tangkapan ikan dan pantai yang cantik, saya telah memulakan untuk menarik pelancong- pelancong tempatan iaitu dengan mengadakan pertandingan memancing di laut yang dinamakan Kelubung Challenge dan insya-Allah tahun depan kita akan buat Kelubung Challenge International. Kedua, kita mengadakan acara tahunan perarakan sampan berhias sempena dengan Hari Malaysia. Dengan dua-dua aktiviti ini, pelancong tempatan telah ramai berkunjung di kawasan ini sehinggakan bercambahnya homestay dan juga rumah-rumah kelong yang tempat tinggalnya di laut dan dengan ini juga hasil-hasil tangkapan dapat dijual terus kepada pelancong-pelancong.
Dengan ini Bukit Gantang juga berjaya membantu kerajaan untuk mengurangkan beban sara hidup di kawasan Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang keduanya ialah DUN Changkat Jering, kalau kawasan dusun, kebun buah- buahan yang terkenal dengan buah durian Bukit Gantang. Kita mengadakan pesta buah- buahan, di mana pertandingan durian kita laksanakan. Dengan ini juga, menarik pelancong-pelancong tempatan dan rumah-rumah homestay banyak bercambah. Soalan saya ialah bagaimanakah, apa caranya kementerian boleh membantu orang-orang kampung yang tak pandai, tak ada lesen, buat rumah di kawasan kampung dan menjadi tarikan kepada mereka yang tinggal di bandar?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Seterusnya, untuk menggalakkan domestic tourism, kerajaan sepatutnya menggalakkan penggunaan hotel-hotel, tempat-tempat seminar tempatan tetapi ada arahan di mana kerajaan memberi arahan supaya berlakunya penjimatan perbelanjaan, di mana jabatan-jabatan, kementerian tidak dibenarkan menganjurkan meeting, seminar di luar.
Dengan cara ini, membantutkan industri pelancongan tempatan. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan mohon kepada kerajaan kembalikan semula supaya jabatan dan kementerian boleh menganjurkan seminar, kursus, mesyuarat di luar daripada pejabat. Itu sahaja, terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Wa’alaikumussalam. Saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Selamat petang Tan Sri Pengerusi, rakyat Malaysia, orang muda. Tap tap screen guys. Tan Sri, di bawah 040300, RM293,800,000 iaitu Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Hari ini Tan Sri, ini ialah pelancongan seni dan budaya. Saya mengharapkan ucapan-ucapan yang lebih mulia menggunakan bahasa-bahasa yang indah sebab ini Malaysia.
Kalau disebut Malaysia, apa dia? Sopan santunnya, keindahan dia. Orang kalau nak tengok perangai ini, dia duduk dekat tempat dialah, negara dia. Tapi nak tengok sopan santun, Malaysia. Di manakah budaya ini pergi sekarang? Di Parlimen yang mulia ini, patutnya cakap benda-benda yang indah. Ini kritik Kelantan, kritik Kedah. Ini di bawah tajuk ini, tajuk pelancongan.
Jadi, saya minta supaya kementerian yang pertama sekali, uruskan budaya budi bahasa kepada rakyat Malaysia. Macam saya, cara saya buat ini dengan izin Allah, tengok cara...
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Arau, Arau. Parit sikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...yang lemah lembut, berbudi bahasa. Walaupun semua orang ada agenda-agenda parti masing-masing, agenda partinya ialah nombor satu, hit and run. Sabar, saya akan terang lepas ini di bawah tajuk lain.
Tuan Pengerusi
Arau, rehal itu tarik sikit. Dia kena mike.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Allahuakbar. Tan Sri, itulah lain kali bagilah pakai peranti ini, Tan Sri. Peranti ini duduk di sini selagi Tan Sri— mungkin hari penghabis boleh pakailah kut. Wallahualam, bagi chance ya. Mungkin hari yang penghabisan.
Tapi saya nak beritahu Tan Sri, promosi yang pertama ialah budi bahasa. Ini rakyat Malaysia. Betul tak Bagan? Ini rakyat Malaysia. Dia dulu pun dia Ahli Parlimen yang lama, sudah dapat cucu sekarang. Dia pun tahu tentang betapa pentingnya budi bahasa.
Melawat Malaysia ialah melawat manusia yang berbudi bahasa. Cuba tengok kita pergi negara jiran, “Sawadikap.” [Sambil menunjukkan pergerakan tangan] [Ketawa] Pergi ke negara ini kan?
Seorang Ahli
Kap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Padahal kita tahu macam-macam perkara berlaku di negara yang berkenaan tetapi budi bahasanya. Di Malaysia ini tuan- tuan, kita boleh buat macam-macam. Kita buat ini pun boleh. Buat macam ini pun boleh.
[Sambil menunjukkan pergerakan tangan] Budi bahasa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, yang bawah program penggalakan pelancongan Yang Berhormat, budi bahasa. Buat promosi dalam TV tentang budi bahasa. Budi bahasa bukan takat tarian saja tapi percakapan, berinteraksi. Kalau Speaker jadi Speaker, alhamdulillah, jadi mulia kita dan dia bagi landing dengan baiknya kepada kami. Jadi, saya nak bagi tahu supaya jangan mengkritik mana-mana kerajaan. Minta tolong. Kalau kata Kedah macam ini, minta tolong. Jangan pi kritik macam itu. Itu bukan caranya.
Caranya ikut cara saya nak— Walau orang kata saya orang lama, inilah caranya.
Buat dengan yang lebih orang suka datang. Bukan orang datang dengan niat yang lain tapi orang datang niat melancong, melihat budi bahasa dan kekayaan budayanya yang luar biasa. Tapi tiba-tiba benda itu hilang dan kita minta benda itu hidup balik. Kita kalau pergi— Tan Sri selalu pergi ke luar negara, walaupun di negara Barat, ada negara yang mula menghidupkan tradisi budi bahasa itu.
Budi bahasa kan? Dia tanya kita, selamat pagi, apa khabar. Kita pun syoklah.
Kalau pergi negara itu, sawadikap. Kalau pergi negeri ini... [Sambil menunjukkan pergerakan tangan] Jadi, mari Malaysia, kita dulu kita gunakan tangan begini. [Sambil menunjukkan pergerakan tangan] Saya minta dipromosi yang pertama ialah memastikan rakyat Malaysia ini berbudi bahasa, hidup aman dan damai. Bertengkar, bergaduh, berbahas di Parlimen cukup, di luar jangan. Macam kami tetapi malangnya orang selalu buat provokasi. Provokasi tentang agama, tak boleh. Kami orang Islam, merdeka dulu tidak ada masalah. Kenapa sekarang pula dipertikai? Masa merdeka dulu tak ada masalah.
Orang Melayu, orang Cina, orang India hidup aman dan damai melalui proses kehidupan yang panjang. Sekarang ini mula nak pertikaikan budaya dan cuba cakap mempersenda-persendakan agama, tak boleh.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Agama kamu, agama kamu. Agama kami, agama kami.” Kami tak kacau orang lain. Kami orang yang sentiasa berbudi bahasa.
Jadi, saya bagi landing sikit Tan Sri ya. Saya nak tanya kepada Menteri, orang muda ini, peruntukan yang besar RM253 juta ini untuk promosi, Yang Berhormat. Jadi, saya minta Yang Berhormat, kalau boleh buat secara telus ya. Mohon perincian perancangan program agar ada ketelusan dan mengelakkan kelompangan serta ketirisan yang mana pengatur cara-pengatur cara program telah pun ditentukan. Buat cara telus Yang Berhormat. Jangan buat cara tersembunyi, nanti orang kata macam-macam di belakang. Jadi, Tahun Melawat Malaysia tahun 2026, Tahun Melawat Malaysia.
Melawat Perlis Tan Sri, tengok cara saya nak buat promosi. Tengok cara ya.
Melawat Perlis tahun 2025, tahun depan ya. Saya nak bagi tahu, dalam dunia ini Tan Sri, ada dua tembok besar. Tan Sri boleh jawab tak di mana? Satu di China. Lagi satu di mana? Di Perlis. Tembok besar yang kedua yang pernah dibina oleh sesuatu kerajaan ataupun oleh dinasti ialah di Perlis. Daripada Wang Kelian sampai ke Padang Besar.
Tembok besar, yang ini orang tak nampak.
Pergi ke tembok besar, kita akan nampak satu pemandangan yang cukup luar biasa. Dua tiga orang Perdana Menteri yang pernah pergi ke sana, dia kata dia tak sangka Perlis ada itu busut-busut, bukit-bukit kecil yang begitu banyak. Jadi, luar biasa batu kapur di Perlis. Malah Chuping- Bukit Chuping walaupun telah diteroka untuk kilang simen tapi itu bukit yang paling tua di dunia. Mungkin dua juta tahun umurnya. Ini ialah sesuatu yang cukup luar biasa.
Yang keduanya Tan Sri, Tan Sri pergi ke dalam dunia ini, ada dua negara yang mempunyai gua yang kita masuk, kita boleh keluar sebelah sana dan pergi tempat lain.
Merentasi satu gua semula jadi, yang ada di dalam dunia ini ada dua saja. Satu di Brazil, satu lagi di Perlis. Jadi di Perlis, pergi ke Wang Kelian masuk Gua Kelam...
Tuan Zakri bin Hassan
Hidup Perlis!
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...dan kita akan melintasi satu gua yang boleh kita pergi ke sana. Jadi, melawat Perlis tahun depan, marilah ramai-ramai datang Perlis dan nikmatilah keindahan budi bahasa dan pemakanan yang begitu indah.
Itu contoh cara nak buat promosi pelancongan, bukan cakap kasar di Parlimen. Saya ini tak mahu cakap kasar hari ini, saya cakap baik. Jangan ganggu saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Arau, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali Tan Sri...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Arau! Bagaimana you tuduh saya Yahudi? Itu budayakah? Itu budaya yang baik? You tuduh saya Yahudi hari itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuduh siapa? Saya tuduh siapa?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
37(2).
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Hari itu you tuduh saya Yahudi.
Sekarang you kata nak mahu cakap baik-baik tapi awak sendiri pun tak ada cakap baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Okey, okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Arau dah cakap elok dah tadi dan nak landing dah. Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan ganggu. Arau cakap elok, awak pun masuk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ha. Ini, ini mengacau, mengacau ini. Kacau ganggu ini. Betul-betul kacau ganggu.
Tuan Pengerusi
Okey, okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Arau, Arau. Saya tanya baik-baik, boleh minta laluan sikit? Apa budi bicara- apa pendapat Arau tentang Sanusi yang panggil pelancong binatang? Itu budi bicarakah sebagai Menteri Besar Kedah? Apa pendapat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia— Boleh, boleh Tan Sri jawab ya? Siapa cakap macam itu Yang Berhormat?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sanusi, Sanusi, Menteri Besar Kedah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya Yang Berhormat, ini beberapa kenyataan yang keluarkan di luar dan kita nak cakap di Parlimen. Tidak ada masalah Yang Berhormat, termasuk Yang Berhormat, salah seorang Yang Berhormat sekarang mengatakan poligami ini ajaran PAS. Itu dia orang cakap di luar tapi benda itu berlaku berhubung kait dengan Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita boleh bincang. Tetapi kalau nak bincang di bawah pelancongan, macam mana orang nak datang Malaysia, Yang Berhormat? Orang nak datang Malaysia nak tengok keindahan orangnya. Bukan kegarangan dan kerakusan bercakap. Tak boleh. Kita kena lemah lembut, berbudi bahasa. Kalau fasal perang, kita perang. Saya kaki perang punya. Tak ada masalah. Anytime. Tetapi, bila orang datang sini, saya berlemah-lembut.
Saya kata melawatlah ke mana sahaja.
Akhir sekali Tan Sri, ini fasal laporan audit yang saya telah sebut tetapi tak dijawab, Yang Berhormat. Pelancong yang datang tak keluar, Yang Berhormat. Ini saya tak mahu sebut daripada mana. Sebab apa, ini kita telah tahu. Tetapi, pelancong yang datang, kementerian kena pastikan mereka keluarlah, Yang Berhormat. Yang Berhormat nak ambil untung kerana orang melancong, tetapi dalam masa yang sama, mereka akan menimbulkan masalah kepada negara kerana mereka curi peluang pekerjaan orang tempatan dan juga masalah ancaman keselamatan.
Okey, Tan Sri, saya ucap terima kasih. So, orang muda, jawab elok-elok sebab awak bakal Menteri masa depan dan mungkin pergi ke depan lagi. Jadi, jawab elok-elok secara berbudi bahasa. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan. Izinkan saya terus ke butiran di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Di bawah Belanjawan 2024, sebanyak RM350 juta diperuntukkan bagi usaha untuk merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan negara.
Namun begitu, saya difahamkan bahawa sehingga ke hari ini, Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM18,523 juta bagi industri pelancongan di Sarawak.
Jadi, di bawah butiran ini, saya ingin tahu, berapakah jumlah sebenar peruntukan bagi merancakkan usaha mempromosikan aktiviti pelancongan di Sarawak? Di manakah kawasan-kawasan di Sarawak yang akan dijadikan sasaran? Ada atau tidak kawasan- kawasan baharu yang akan dibangunkan dan dipromosikan untuk tujuan pelancongan?
Masih di bawah butiran yang sama. Saya ingin tahu, berapakah jumlah penggiat kebudayaan yang berasal dari Sarawak yang akan dibantu? Sebab, menurut Belanjawan 2024, seramai 200 penggiat kebudayaan dalam bidang seni dan budaya akan mendapat bantuan untuk meningkatkan lagi industri pelancongan negara.
Tan Sri Pengerusi, semalam saya bersama Yang Berhormat Sibu dan Miri berkesempatan untuk bertemu dengan pihak AirAsia di AirAsia RedQ. Sebab itulah saya terlepas giliran untuk turut serta dalam perbahasan semalam. Jadi, Tan Sri Pengerusi, banyak aduan diterima daripada orang-orang Sarawak tentang harga tiket penerbangan yang mahal. Jadi, tidak kurang juga aduan yang disampaikan oleh wakil-wakil rakyat dari Sarawak. Maka perjumpaan dengan pihak AirAsia semalam adalah untuk mendapatkan pencerahan tentang isu tersebut.
Tetapi, perkara yang penting yang saya ingin kongsikan adalah tentang sebab kenapa pihak AirAsia terpaksa menghentikan penerbangan dari Singapura ke dua destinasi di Sarawak iaitu ke Sibu dan ke Miri, berkuat kuasa 21 Februari tahun hadapan.
Sebabnya adalah low load factors, terutamanya yang melibatkan penerbangan ke Sarawak. Dalam erti kata lain, jumlah penumpang yang tidak memberangsangkan.
Jadi, ini adalah mesej ataupun gambaran yang cukup jelas tentang industri pelancongan di Sarawak. Nak lebih jelas lagi, Sarawak gagal tarik pelancong luar. Maaf, tetapi itu adalah hakikatnya. Kenapa Sarawak, negeri yang mempunyai potensi yang cukup baik dalam industri pelancongan tidak mampu tarik pelancong luar? Jadi, kepada pihak kementerian, selain daripada usaha mempromosi dan publisiti, perancangan dan pembangunan destinasi-destinasi pelancongan di Sarawak juga perlu diberi perhatian sama ada untuk destinasi yang sedia ada ataupun yang baharu.
Seterusnya, Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Dengan trend sekarang yang menjurus kepada pembangunan kelestarian, Sarawak memiliki keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Diharapkan, di bawah butiran ini, kementerian akan memberikan perhatian kepada potensi Sarawak sebagai salah satu langkah bagi mengatasi isu jumlah pelancongan luar ke Sarawak yang tidak memberangsangkan.
Kenapa industri pelancongan Sarawak tidak serancak industri pelancongan di Sabah?
Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan. Tan Sri Pengerusi, di bawah butiran ini, saya berharap agar pihak Kementerian Pelancongan memberi ruang untuk kajian tentang potensi Sarawak sebagai hab pelancongan kesihatan ataupun health tourism. Dengan perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan kelak, tidak mustahil sektor pelancongan di Sarawak mampu menjadi salah satu penjana pendapatan terbesar kepada industri pelancongan.
Malah di Mas Gading, perkara ini bukan lagi perkara baharu. Sebabnya, Kompleks Kastam (CIQ) Sarawak di Lundu merupakan pintu masuk warga Indonesia daripada Kalimantan yang datang ke Kuching, Sarawak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, Butiran 040700 – Penyelenggaraan dan Pembaikan. Mengapakah dan apakah justifikasi ketiadaan sebarang peruntukan diberikan untuk menyelenggara dan pembaikan bagi tahun 2024? Bagaimanakah kita akan dapat mempromosikan kawasan tarikan pelancongan kalau kondisi-kondisi pusat-pusat pelancongan ini tidak kita selenggarakan ataupun dibaiki? Jadi, keadaan ini bukan sahaja mengurangkan daya tarikan, malahan boleh membahayakan.
Yang terakhir sekali, saya ingin tahu, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menggalakkan pembangunan kelestarian kepada industri-industri
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
pelancongan kecil khasnya di kawasan luar bandar? Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih, Mas Gading.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, saya bangun bawah Peraturan Mesyuarat 35(4). Saya nak perbetulkan. Tahun Melawat Perlis itu saya kata 2025. Sebenarnya 2024. Maaf. Tahun depan 2024. Saya terlajak ke hadapan. Saya ingat saya dah...
Tuan Pengerusi
Pembetulan, pembetulan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, pembetulan diterima. Terima kasih, Arau. Baik, saya jemput Menteri untuk menjawab. 25 minit.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan Bajet 2024 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada petang yang mulia ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada seramai 21 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengajukan pertanyaan serta memberikan pandangan yang bernas berhubung perkara-perkara di bawah tanggungjawab MOTAC sebentar tadi. Insya-Allah, saya akan memberi maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Tan Sri Yang di-Pertua.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah memperuntukkan kepada MOTAC sebanyak RM1,083,562,100 untuk tahun 2024 termasuklah peruntukan berjumlah RM350 juta bagi tujuan penganjuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Dari jumlah tersebut, belanja mengurus adalah sebanyak RM933,539,300 manakala baki RM150,022,800 lagi diperuntukkan untuk bajet pembangunan.
Di bawah bajet pembangunan, terdapat tiga jenis perbelanjaan yang telah ditetapkan iaitu Perkhidmatan dan Bekalan (OA 20000) berjumlah RM9,430,000, Aset (OA 30000) yang bernilai RM87,192,800 dan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (OA 40000) sebanyak RM53,400,000. Belanja mengurus ini akan diguna pakai tujuan pembayaran Emolumen (OA 10000) berjumlah RM95,110,700, Perkhidmatan dan Bekalan (OA 20000) bernilai RM170,739,500, Aset (OA 30000) sebanyak RM5,686,000, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (OA 40000) sebanyak RM661,999,200 dan perbelanjaan-perbelanjaan lain di bawah OA 50000 bernilai RM3,300.
Perbelanjaan peruntukan Bajet 2024 ini turut dibahagikan kepada tiga program utama iaitu: program pertama, pengurusan; program kedua, pembangunan dan promosi pelancongan; dan program ketiga, pembangunan dan promosi kebudayaan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Program 1
Pengurusan ini melibatkan lapan aktiviti seperti pengurusan am, kewangan, pentadbiran, pembangunan prasarana dan pejabat MOTAC negeri.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Program 1
Sementara aktiviti-aktiviti di bawah program dua, pembangunan dan promosi pelancongan merangkumi dasar pelancongan dan hubungan antarabangsa, pelesenan pelancongan, pembangunan industri, pusat pelancongan Malaysia serta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
Bagi program ketiga, pembangunan dan promosi dan kebudayaan pula terdapat sembilan aktiviti yang telah dirangka seperti:
(i) dasar dan perancangan strategik;
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Program 1
(ii) hubungan antarabangsa kebudayaan;
(iii) pengurusan acara;
(iv) warisan negara;
(v) kebudayaan dan kesenian serta jabatan agensi iaitu Istana Budaya;
(vi) Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara;
(vii) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia; dan
(viii) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Saya akan membangkit ataupun mengulas ataupun memberikan jawapan berkenaan perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Raub, memandangkan dia tiada di sini saya skip-lah, ya. Saya hanya jawab Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir, yang masih ada di dalam Dewan, yang tak hadir kementerian akan memberikan jawapan secara bertulis.
Yang Berhormat Langkawi, untuk makluman Yang Berhormat Langkawi, berdasarkan pengalaman saya apabila kita melakukan misi jualan di luar daripada Malaysia, Langkawi adalah menjadi salah satu produk yang paling utama. Itu memang jelas dan itulah ketetapan kita di kementerian. Kenapa ianya berlaku? Kerana kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang cukup banyak untuk Pulau Langkawi.
Tidak ada sebabnya kenapa kementerian melalui agensi kita iaitu Tourism Malaysia tidak mempromosikan Langkawi. Malahan, bukan setakat di pihak saya tetapi di pihak Menteri itu sendiri. Kerap kali apabila dia melakukan misi penjualan di luar daripada Malaysia, bukan setakat beliau berjumpa dengan industri pemain pelancongan tetapi beliau juga berjumpa dengan counterpart, dengan badan-badan kerajaan di luar sana untuk melihat bagaimana kita boleh mewujudkan satu rangkaian yang lebih cantik supaya ianya juga boleh melibatkan limpahan kepada Pulau Langkawi.
Tan Sri Yang di-Pertua, MOTAC melalui agensinya iaitu Malaysia Convention Exhibition Bureau (MyCEB), sememangnya sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti, tidak kisahlah acara perniagaan ataupun acara sukan antarabangsa seperti LIMA di Langkawi, IRONMAN di Langkawi dan Langkawi Half Marathon 2023 yang akan berlangsung pada 2 Disember tahun ini. Selain menyokong acara yang sedia ada, MyCEB juga turut menyokong acara sukan antarabangsa pada tahun depan.
Inilah satu sifat kecintaan kita kepada Langkawi, bukan setakat tahun ini, tahun depan pun kita telah memberikan komitmen yang khusus kepada Pulau Langkawi iaitu program Lang Royal Langkawi Yacht Championship 2024 yang akan berlangsung pada awal tahun depan iaitu 15 hingga 24 Januari 2024.
Dalam konteks ini, bukan sahaja MyCEB menyokong secara penuh tetapi MyCEB juga menyediakan dana subvention bagi membantu industri sukan antarabangsa untuk dilaksanakan di dalam negara ini. Selain itu, ada lagi Langkawi, bagi acara MICE pada tahun 2024, MyCEB telah menyokong penganjuran beberapa acara di Langkawi seperti Asian Regional IAEG Conference 2024 dan International Symposium on Polymer Electrolytes (ISPE).
Untuk makluman Yang Berhormat, MyCEB telah menyediakan program Meet in Malaysia dan kami mengalu-alukan Yang Berhormat sekalian untuk memohon program MyTripleE iaitu excel, elevate dan enliven yang merupakan satu program sokongan di bawah kempen Meet in Malaysia. Inilah satu bukti yang jelas, yang tulus seperti yang disampaikan oleh Yang Berhormat Arau. Tidak ada perbezaan budi bahasa. Langkawi sentiasa di hati MOTAC. Kalabakan ada?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih. Kalabakan? Okey. Terima kasih di atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan. Saya cukup kagum dengan pemikiran dia dan perkara ini mesti disampaikan terus kepada pengundi-pengundinya di Kalabakan.
[Dewan riuh]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Hebat kerana beliau telah membawa satu perkara yang cukup jarang-jarang sekali di bawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sini terutamanya daripada Arau. Dia tak pernah bawa perkara ini.
[Ketawa] Iaitu berkenaan dengan strategi kaedah smart tourism, VR, AR, AI. Untuk makluman Yang Berhormat Kalabakan, di bawah kementerian MOTAC
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
terutamanya agensi Tourism Malaysia, kita ada satu jabatan dipanggil Bahagian Perancangan Strategik dan juga Bahagian Informasi Maklumat. Kita sedar, di dalam dunia IT pada masa kini, perlunya kita memperkasakan teknologi-teknologi yang ada di pasaran.
Bukan setakat memperkasakan tetapi perlu dilaksanakan dan perlu di terlibatkan sekali di dalam sektor pelancongan.
Ada beberapa cadangan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak terutamanya bagaimana kita boleh mempersiapkan industri kita melalui ekosistem yang ada dengan menyelitkan beberapa teknologi-teknologi yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kalabakan. Dia terlupa satu lagi, metaverse dia belum sebut. Saya percaya, sebelum Kempen Melawat Malaysia, Visit Malaysia Year 2026, kementerian ini akan menyediakan beberapa platform dan juga akan mencari satu kerjasama strategik dalam kita mengusahakan dan menghasilkan satu ekosistem yang mempunyai tawaran digital itu sendiri.
Keduanya, apakah rangka strategik kita untuk meningkatkan industri pelancongan di negeri Sabah? Rangka ini bukan setakat untuk di negeri Sabah saja. Rangka ini sebenarnya kita kongsikan kepada semua negeri kerana Menteri saya memang dengan jelas, setiap negeri yang ada di Malaysia ini, kita perlu perkasakan di dalam aspek sektor pelancongan.
Kementerian bersama penggiat industri telah menambah baik pelan pemulihan sedia ada. Seterusnya juga, kementerian telah merangka dan melaksanakan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 atau TRF 2.0. TRF dalam rangka ada beberapa tonggak utama.
(i) menyokong kemudahan perniagaan, pelancongan dan kebudayaan;
(ii) memulihkan keyakinan pelancong, perjalanan antarabangsa dan intra rantau yang lancar;
(iii) mencipta semula produk, perkhidmatan pelancongan dan kebudayaan bagi memacu daya saing;
(iv) menyelaraskan pelancongan dengan kemapanan dan keterangkuman; dan
(v) memperkukuh pemulihan dengan ketahanan jangka masa panjang dan menghadapi krisis yang tidak dijangka.
Lumut? Tak ada? Ada? Baru nak skip, tak sempat. Yang Berhormat Lumut, ada membangkitkan bagaimana cara kementerian untuk meningkatkan kemudahan homestay.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Kita sedar industri homestay perlu diangkat. Bukan setakat diangkat tetapi perlu ada perincian dan perancangan yang cukup rapi supaya ekosistem dan landskap homestay itu kekal menjadi dinamik. Itu kita sedar. Tetapi konsep ini juga perlu melibatkan premis penginapan yang berasingan, non-detach dan berada dalam halaman yang sama berhampiran dengan premis penginapan pengusaha.
Namun, apabila kita melakukan perkara sedemikian, pelancong masih boleh turut serta dalam aktiviti seharian bersama pemilik homestay seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin sebentar tadi. Di mana, kita boleh wujudkan satu keadaan kondusif kepada pelawat-pelawat ataupun kepada penginap-penginap yang menginap di homestay. Secara langsung ianya boleh membawa satu budaya di antara negara dia orang dan juga negara kita. Ianya pasti membawa kesan yang cukup baik bukan setakat pembangunan industri pelancongan tetapi juga pembangunan kebudayaan seperti yang diterapkan oleh Yang Berhormat Arau. Budi bahasa. Itu kunci kejayaan kepada masyarakat. Jadi, jangan gaduh-gaduh di Parlimen lagi. Marilah kita bersemua sini lah, okey lah.
Bab Pulau Pangkor. Dia sama kes macam Langkawi. Cuma, Pulau Pangkor ada masalah kalau hujung tahun ada kacau sikit. Sentiasa dipromosikan. Malahan, kempen Cuti-Cuti Malaysia di lapan lokasi di seluruh negara, Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi menjadi pulau yang paling utama di Malaysia.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tetapi, Sabah sekarang kita mahu ke depan sikit pasal saya orang Sabah, saya ada bias sikit tapi kita selitkan juga Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi. Jangan risau.
Bukan setakat itu, di laman web rasmi Tourism Malaysia dengan jelas mempromosikan Pulau Pangkor. Pulau Pangkor juga menjadi lokasi sukan pelancongan seperti Trail Des Pangkor 2023 yang telah menarik ramai peserta antarabangsa. Kerjasama di antara kerajaan negeri dengan MOTAC untuk meningkatkan seni dan budaya kita. Ianya harus diperhebatkan, diperkuatkan lagi. Sekarang ini kita lihat Kerajaan Pusat silo, kerajaan negeri silo. Kurangnya hubungan, kurangnya bicara, kurangnya cerita di antara dua-dua Persekutuan dan negeri.
Itu sebabnya baru sebulan yang lalu, Menteri saya telah memanggil semua Exco yang berkait ataupun yang menjaga tanggungjawab pelancongan untuk mengadakan mesyuarat dan lihat bagaimana kita boleh mencari jalan yang terbaik supaya dengan izin, communication itu menjadi lebih baik, lebih cantik, lebih mudah difahami supaya ianya tidak ada berlaku salah faham di antara kita di sini.
Kita di Parlimen hanya untuk mencari penyelesaian. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Itu makanya, Menteri saya dengan jelas mahu hubungan di antara negeri dan Persekutuan terus diperhebatkan, diperbaiki supaya ianya dapat dikekalkan sebagai satu landasan yang tepat demi industri dan juga kebudayaan kita.
Lain Yang Berhormat Lumut, saya akan bagi jawapan secara bertulis. Saya nak jawab Seputeh, masa tak mengizinkan. Oh, saya kena jawab Balik Pulau dulu. Sorry, you lambat lah YB. Balik Pulau ada membangkitkan status pelancongan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dan Permatang Kuarza. MOTAC menyokong 100 peratus dan mengambil baik saranan yang disuarakan berhubung penambahan peruntukan bagi tapak-tapak warisan.
Tahun lalu, kita dapat RM50 juta dan ianya telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tahun ini tidak ada spesifik daripada peruntukan RM80 juta itu mahu ke mana. Terpulanglah kerajaan-kerajaan negeri. Pandai- pandailah kamu buat pitching supaya kamu boleh dengan jelas mengambil hak di dalam RM80 juta itu.
Ianya bebas asalkan melibatkan tapak-tapak warisan dan juga yang telah diiktiraf oleh UNESCO. MOTAC menerusi Jabatan Warisan Negara dalam proses penyediaan dossier pelancongan, Conservation Management Plan (CMP) dan Special Area Plan
(SAP) oleh perunding yang dilantik. Balik kepada bab Permatang Kuarza, masih lagi JWN membuat kajian. Hal ini kerana pihak kerajaan negeri mahukan tapak ini diangkat dahulu sebagai tapak geopark.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya. Apa yang saya tanya tadi ialah apabila diumumkan oleh Perdana Menteri, cuma dia sebut Gua Niah, Royal Belum dan juga satu lagi saya lupa.
Ada tiga. Lembah Bujang, tiga. Jadi, apakah RM80 juta itu tidak di-detail-kan, diperinci?
Selain daripada tiga tapak itu, so RM80 juta itu boleh digunakan dan juga boleh kerajaan negeri mohon untuk tapak yang berada di dalam kawasan masing-masing? Apa itu yang saya faham?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Pemahaman Yang Berhormat Balik Pulau memang tepat. Itulah pemahaman kita semua. Saya dah tak tahu mana nak sambung. Balik Pulau tanya soalan terus jam pula. Okey, JWN telah melaksanakan seperti yang saya perjelaskan tadi. CMP satu dan juga SAP. JWN telah melaksanakan dua pelan pengurusan pemuliharaan Conservation Management Plan (CMP) Tapak Warisan Kebangsaan. Saya percaya Yang Berhormat Balik Pulau pun tahu pasal perkara ini iaitu pertama Carcosa Seri Negara. Kedua, Bangunan Sultan Abdul Samad, BSAS Blok A dan BSAS Blok B.
Ketiga, selain itu JWN juga sedang dalam usaha menyiapkan CMP bagi empat tapak warisan kebangsaan iaitu Masjid Jamek, Kuala Lumpur, Muzium Tekstil Negara, Gereja St Mary’s, Stesen Keretapi Tanah Melayu. Saya menyambut baik di atas perkara yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Balik Pulau berkenaan dengan pemakaian batik di Parlimen pada hari Isnin dan Khamis.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Isnin sehingga Khamis.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Isnin sehingga Khamis? Okey. Bukan apa Tuan Pengerusi, bukan apa. Ini bagus. Pertama, kita boleh memberikan limpahan ekonomi kepada pengusaha-pengusaha batik kita. Kedua, kadang-kadang, bukan semualah, kadang-kadang. Saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat kita hari Khamis pun tak mahu pakai batik. Bukan semualah. Saya pakai. Saya ada batik Tuan Pengerusi.
Cuma, saya tak tahan sejuk.
Ini perlu dimulakan di Parlimen kerana kita adalah penggubal undang-undang.
Kalau kita tak mula di Parlimen, saya risau yang lain susah mahu ikut. Cadangan Yang Berhormat Balik Pulau ini sungguh murni. Kita bagi kelas A lah. Berkenaan dengan...
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri. Shah Alam Yang Berhormat Menteri. Belakang, belakang. Bolehkah kot batik dipakai di Dewan Negara?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Shah Alam, saya bukan Speaker. Kena tanya Speaker Yang Berhormat Shah Alam. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih. Padang Besar dia ada WhatsApp dia tak dapat tunggu pasal ada hal, dia dah balik Padang Besar. Dua tembok di dunia. Yang Berhormat Pulai pun— ada?
Okey.
Yang Berhormat Pulai membawa isu berkenaan data pelancongan yang salah kerana bercampur dengan data pekerja. Untuk makluman Yang Berhormat Pulai, pertama kita perlu tahu bagaimana data yang diambil oleh MOTAC. Di mana sumbernya? Sumber pertama adalah Jabatan Imigresen Malaysia yang diperolehi secara langsung dari semua pintu masuk antarabangsa Malaysia.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Untuk makluman Yang Berhormat Pulai, pihak MOTAC tidak mempunyai akses secara langsung berkenaan dengan data ataupun kemasukan pelancong-pelancong di Malaysia. Ian perlu dimohon dan ianya perlu diberikan kebenaran oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Individu dengan visa kerja tidak termasuk dalam jumlah pelancongan.
Berkenaan komitmen kerajaan sokong industri seni dan budaya. Kita di kementerian ini dengan jelas sentiasa memberikan keutamaan yang cukup jelas kepada industri seni dan budaya. Itu sebabnya— mana itu ucapan pun hilang dah. Iklan jap Tan Sri. Okay, skip. Itu sebabnya Tahun Melawat Malaysia 2026, misi kita dengan jelas untuk memperkenalkan seni dan budaya kita kepada pengunjung-pengunjung di luar sana.
Kerana bagaimana kita mahu bersaing dengan negara-negara lain kalau kita tidak menonjolkan kehebatan dan keistimewaan seni dan budaya kita? Kalau dilihat negara-negara lain dengan jelas, inilah sentiasa diangkat sebagai cabang yang paling utama sebelum mereka mempromosikan negara mereka dari sudut sektor pelancongan.
Saya mahu tanya Tan Sri Yang di-Pertua. Masa saya sudah habis. Kalau Tan Sri tak mau bagi pun, saya terima dengan rela hati.
[Ketawa] Terpulang kepada Tan Sri.
Your call.
Tuan Pengerusi
Menteri perlu berapa lama lagi?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Saya kalau tengok sejam Tan Sri.
Itulah saya cakap. Your call Tan Sri, your call. Not my call.
Tuan Pengerusi
Saya bagi 10 minit lagi.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Oh, lama tu Tan Sri. 10 minit [Ketawa] . Tan Sri ni pun tak fahamlah mata saya.
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi
Sebab Seputeh belum jawab lagi. Banyak lagi ya. Saya bagi 10 minit lagi.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Cadangan Tabung Pelancongan dipromosikan kepada penggiat industri. Pertama, kita memang ada satu bentuk dana iaitu Skim Infrastruktur Pelancongan (SIP) di bawah pentadbiran Bank Pembangunan.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Kedua juga, kita ada kerjasama di antara SME Bank untuk menaik taraf perkara- perkara yang melibatkan industri pelancongan. Kami sedar skim yang ditawarkan ini masih lagi tidak dapat dihebahkan dengan baik. Itu sebabnya banyak penggiat-penggiat industri masih tidak mempunyai pemahaman yang cukup jelas berkenaan perkara ini.
Insya-Allah, MOTAC akan menguar-uarkan insentif Tabung Pelancongan ini menerusi sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan.
Yang Berhormat Pulai, perkara-perkara lain yang dibangkitkan, insya-Allah kita akan memberikan jawapan secara bertulis. Saya...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih. Saya akan memberikan jawapan dua Ahli Yang Berhormat terakhir iaitu pertama, Yang Berhormat Kangar. Sebab dia selalu, kalau jumpa saya mana-mana sentiasa senyum. Kedua ialah Yang Berhormat Seputeh. Walaupun Seputeh...
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Parit, Menteri. Parit.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tak sempat. Minta maaf pasal sensitif saya malas nak jawablah. Nanti.
[Ketawa]
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
[Ketawa]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Seputeh ni pun terpaksa jawablah. Saya pun tak tahu Seputeh, apa tarikan pelancongan tapi saya jawab juga. Dengan jelas, Kangar telah membawa isu negeri Perlis. Apakah fokus kita kepada ekopelancongan dan pelancongan sukan.
MOTAC, pertama dia sudah ada kerangka di dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2020-2030. Strategi ada dengan jelas. Pelan-pelan tindakan pun ada. Tapi di Perlis ni, kita lihat kita perlu perkasakan secara holistik yang melibatkan community- based tourism. Kenapa? Kerana Perlis, pertama bukan negeri yang besar. Kedua, masyarakatnya cukup kaya dengan bahasanya. Cukup kaya dengan budayanya. Cukup kaya dengan sifat sopan santunnya seperti Yang Berhormat Arau.
[Dewan ketawa]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Itu sebabnya community-based tourism amat sesuai dan boleh memberikan manfaat penuh kepada kesejahteraan komuniti setempat dan perjalanan ekonomi selagi mana Yang Berhormat Arau sentiasa bersama-sama dengan kerajaan yang ada pada masa kini.
[Dewan ketawa]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Khusus bagi negeri Perlis...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan perangkap saya.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Sebanyak satu kluster ekopelancongan yang berpotensi yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian melalui agensi-agensi kita di negeri Perlis iaitu Kluster Kangar Timah, Kluster Sungai Batu Pahat, Chuping Hills, Perlis State Park.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Batu Pahat, Kangar.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Batu Pahat bukan Batu Pahat. Batu Pahat dia tulis sini. Sungai Batu ke?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ya, ya. Kangar, Kangar tu.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sementara ambil minuman, panas.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kita minum dulu.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Jangan tambah lagi masa Tan Sri.
Okey dah ini. Bagi penganjuran pelancongan acara sukan dalam negara, MOTAC menerusi Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan KBS. Kita akan bincang kaedah yang terbaik supaya Perlis turut menerima limpahan daripada acara sukan.
MyCEB sentiasa terbuka dengan pandangan ataupun cadangan yang mahu diutarakan kepada pihak MyCEB di bawah kementerian ini dari sudut bagaimana kita membawa masuk acara-acara sukan. Kalaupun tidak peringkat antarabangsa, sekurang- kurangnya di peringkat ASEAN.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, tanya sikit boleh? Tolong bantu bawa Taylor Swift ke Malaysia tak?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Apa? Taylor Swift? Apa soalan Kampar?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Boleh tolong bantu bawa Taylor Swift concert ke Malaysia tak?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Mau jawab susah, tak jawab susah.
[Dewan ketawa]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Kita mengalu-alukan sebarang konsert ataupun aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan kepada industri kita. Yang penting, mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan kerajaan. Selamatlah jawapan itu. Jadi pihak sana pun gembira. Pihak kami pun gembira, insya-Allah.
[Dewan ketawa]
Seorang Ahli
Pandai Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Last sekali, bagi Yang Berhormat Kangar. Saya jawab yang ini. Yang lain saya bagi jawapan bertulis.
Kita perlu menambahkan bilangan homestay di Perlis. Setuju. Homestay di Perlis terdiri daripada empat buah kluster yang melibatkan seramai 42 orang pengusaha.
Malahan, bagaimana kita nak pastikan keadaan tu sentiasa dalam keadaan yang baik, setiap— bukanlah setiap bulan, kalau setiap bulan saya tipu.
Tetapi beberapa kali kita telah mengadakan sesi libat urus bersama MOTAC Perlis dan kerajaan negeri untuk menggalakkan dan membesarkan lagi penyertaan peserta baharu terutamanya di kawasan tumpuan pelancong bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Perlis. Kerana seperti yang saya katakan tadi, pertama community-based tourism (CBT) dan juga produk terakhir itu— the end product itu ialah homestay. Perlis perlu melihat ini sebagai sumber yang paling utama untuk industri pelancongan mereka.
Last sekali Yang Berhormat Tan Sri— di-Pertua. Last, betul-betul last. Saya akan jawab soalan Yang Berhormat Seputeh. Dia tanya— Yang Berhormat Seputeh tanya negara mana yang disasarkan dalam promosi. Kedua, Yang Berhormat Seputeh pun ada tanya piawaian yang digunakan untuk menunjukkan Langkawi masih popular di kalangan pelancong terutamanya selepas Deepavali.
Pertama, 10 negara sasaran utama adalah seperti berikut. Tulis Yang Berhormat Seputeh ya.
(i) Singapura,
(ii) Thailand,
(iii) Indonesia,
(iv) Vietnam,
(v) Brunei,
(vi) India,
(vii) China,
(viii) Korea Selatan dan;
(ix) Australia.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, di sini saya kongsi. Ada luar sikitlah, saya kongsi sikit. Walaupun Jepun population dia dalam 100 to 110 million tetapi yang ada pasport, yang memegang pasport tidak sampai 20 peratus. So, orang Jepun pattern dia, kalau dia keluar, dia perlu melakukan aktiviti. Dia perlu ada experience in going for holidays or the engagement itu very different from others. That’s why kita tak sasarkan sebagai top ten. Kenapa kita dapat negara-negara ini? Ini berdasarkan jumlah kemasukan dan trend kemasukan mereka untuk beberapa tahun yang lepas. Itu sebabnya kita masukkan di dalam senarai...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Timbalan Menteri. Maaf, Timbalan Menteri. Just nak tanya sama ada yang disebut itu adalah ikut ranking ataupun tak ada in no order?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Ini adalah ranking untuk tahun ini.
Mungkin tahun depan ianya boleh berubah tetapi inilah ranking kita sebenarnya. Kalau saya tak silap fasal saya tengok, oh tak. Tak, sorry. Yang Berhormat Bangi, saya minta maaf. Ini tak ikut ranking. Ini hanya ikut target negara yang kita rasakan akan memberikan banyak kemasukan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Sikit saja Menteri.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Arab tak ada?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Di Seputeh, saya dah tanya banyak kali dengan Ahli Parlimen. Ada hotel yang dipunyai oleh PNB masih tutup, dah tiga tahun. Nak tanya, apakah caranya kalau boleh dijalankan semula.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Ini lebih kepada business decision.
Mungkin saya boleh membuat perbincangan lanjut dengan Yang Berhormat di luar daripada Parlimen nanti. Insya-Allah.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Timbalan Menteri, saya singgung sikit. Apa senarai yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi kebanyakan negara yang disebut tadi tidak ada satu pun negara daripada Timur Tengah sedangkan Timbalan Menteri pasti tahu the average spending yang paling tinggi ialah daripada negara-negara Timur Tengah. Jadi, mereka memang kuat shopping. Jadi, kenapa Timur Tengah ini tidak dijadikan sasaran oleh MOTAC? Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Balik Pulau, ini berdasarkan data yang kita dapati mengikut statistik beberapa tahun yang lepas tapi untuk makluman Yang Berhormat Balik Pulau, untuk sasaran kita ke Visit Malaysia 2026 memang cukup jelas. Kita telah masukkan Timur Tengah. Malahan Timur Tengah ini mulai pada tahun hadapan, dengan berkonsepkan Islamic tourism, kita akan serang habis- habisan. Serang habis-habisan bukannya berperang. Serang habis-habisan...
Seorang Ahli
Serang Israel.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Siapa lagi tanya ini? Habis sudah.
Serang habis-habisan untuk mereka datang dan masuk ke Malaysia dan bercuti di Malaysia dan berbelanja di Malaysia dan cintai Malaysia. Itu kita akan buat. Memang ada masuk, saya tak tipu. Ada tulis, jelas. Tan Sri Yang di-Pertua, masa sudah tamat. Petua apa?
Tuan Pengerusi
Sila habislah.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Besut tak ada jawab ke?
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bersyukur sangat-sangat semua Ahli-ahli Yang Berhormat cukup baik pada petang ini. Semoga kita semua dirahmati oleh-Nya. Amin.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM933,539,300 untuk Kepala B.31 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.31 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.31 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
Tuan Pengerusi
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.31 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 27 November 2023. Selamat malam dan selamat kembali ke kawasan masing-masing. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.55 petang]