Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Salam sejahtera. Selamat pagi. Salam Malaysia Madani. Soalan Gopeng, soalan pertama.
1. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, perancangan kementerian dalam memastikan industri perlombongan NRREE tanpa meninggalkan kesan terhadap kelestarian alam sekitar dan impak sosial kepada penduduk.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.
Bagi memastikan aktiviti perlombongan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif atau pun NRREE dilaksanakan secara bertanggungjawab dan juga secara mampan, Kementerian NRECC telah membangunkan SOP Perlombongan NRREE di negara kita bagi mengawal selia aktiviti perlombongan mineral. SOP tersebut menyediakan prosedur yang teratur bagi aktiviti di peringkat pra perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan. Ini kita gubal berdasarkan kajian dan dapatan daripada projek perintis di Kenering, Perak.
Kerajaan juga masih lagi memperhalusi idea perlombongan NRREE di hutan simpan kekal kerana implikasinya dan SOP telah pun dipersetujui untuk diguna pakai di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang saya pengerusikan dan dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri dan Exco-Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas pengurusan mineral di negeri masing- masing pada 2 Oktober 2023.
Antara penekanan dalam SOP ini, tentang soal berkaitan aktiviti perlombongan dan kesan kepada alam sekitar dan juga ekosistem ialah pertama- penetapan perlombongan NRREE daripada ion adsorption clay untuk menghasilkan RE carbonate tidak boleh melibatkan penghasilan bahan radioaktif. Ini berbeza dengan bahan nadir bumi di negara lain misalnya tetapi yang ada di negara kita, ion adsordtion clay ini tidak mengandungi bahan radioaktif.
Kedua, penggunaan kaedah perlombongan secara in situ leaching (ISL) yang tidak melibatkan pembukaan kawasan yang besar, yang lazimnya berlaku opencast mining dalam aktiviti perlombongan mineral lain.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ketiga, penetapan kaedah pemantauan yang teratur dan berkala, termasuk pembinaan telaga pemantauan bagi mengesan sebarang pencemaran kepada sumber air bawah tanah.
Keempat, keperluan untuk penyediaan kajian kesan kepada alam sekeliling atau pun EIA sebelum kelulusan bagi menjalankan aktiviti perlombongan boleh diberikan. Sebagai mana saya sebut, SOP ini telah dibangunkan berdasarkan SOP Perlombongan NRREE di Projek Perintis Perlombongan di Mukim Kenering, Hulu Perak.
Berdasarkan kepada pengauditan yang dijalankan, boleh disimpulkan bahawa SOP ini, dengan penguatkuasaan yang tegas mampu untuk mengawal selia perlombongan NRREE dengan baik dan menangani impak kepada sosial.
Selain itu, kementerian juga akan meneliti keperluan daripada aspek perundangan sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, di samping meneliti tatacara pelaksanaan pengauditan pematuhan kendiri ke arah industri perlombongan yang bertanggungjawab dan mampan atau dalam istilah bahasa Inggeris, dengan izin, self- regulatory auditing for responsible and sustainable mining industry. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya setuju nadir bumi adalah satu sumber nilai yang agak penting buat negara kita, baik daripada segi nilai ekonomi dan juga nilai strategik geopolitik. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang keperluan SOP untuk kerangka daripada segi dasar dan penggubalan undang-undang bagi memastikan aktiviti melombong itu dalam keadaan yang mampan dan lestari.
Maka, soalan saya adalah berkenaan dengan aktiviti-aktiviti melombong di dalam negara kita. Setakat ini, yang saya tahu, satu di negeri Perak dan satu di negeri Kedah. Saya lihat, sering kali kerajaan mengguna pakai cara yang digunakan di negeri Perak sebagai contoh dan sebagai panduan.
Namun, Kedah- berlakunya insiden penyeludupan haram. Ada orang yang ditangkap dan didakwa. Apakah masalah utama berlaku di situ? Adakah sebab kefahaman tentang SOP yang keliru atau pun siapa yang perlu diberikan taklimat atau pun diberikan tanggungjawab?
Itu pertama.
Keduanya adalah, apakah perbezaan teknologi yang diguna pakai di negeri Kedah dan digunakan di negeri Perak yang menyebabkan daripada segi Perak, mendapat hasil yang banyak? Baru-baru ini saya dikhabarkan bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
...Ada makmal kajian nadir bumi yang akan dibina di negeri Perak tetapi Kedah diketahui ada beberapa insiden yang berlaku yang tidak patutnya berlaku. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Sebagai mana kita sedia maklum, perlombongan NRREE di Perak adalah di bawah projek perintis, melalui kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan juga NRECC.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Malah dimulakan sebelum ini lagi di bawah kerajaan terdahulu. SOP yang diguna pakai di negeri Perak adalah untuk tujuan pemakaian dan pematuhan pelaksanaan projek perintis tersebut. Projek perintis adalah projek perlombongan yang sah dan telah menerima kelulusan-kelulusan yang perlu untuk membolehkan aktiviti perlombongan dijalankan.
Sebenarnya kawasan yang dipohon oleh Kerajaan Negeri Perak itu lebih besar tetapi bila diputuskan untuk dibuat projek perintis diberi kawasan yang lebih terhad dan di sana sahaja dibuat aktiviti tersebut.
Jadi, antara kelulusan yang telah mereka terima ialah Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar pada 11 Mei 2022.
Kelulusan Skim Operasi Perlombongan atau Operating Mining Scheme yang telah
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
dikeluarkan oleh JMG. Antara 1 September 2022 sehingga 31 Ogos 2024. Bezanya, di Kedah itu kegiatan perlombongan NRREE berlaku secara haram di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang yang tidak mendapat kelulusan untuk menjalankan aktiviti perlombongan. Di Kenering tidak melibatkan kawasan hutan simpan dan ada kelulusan yang telah diberikan untuk projek perintis. Tetapi, di Bukit Enggang ini, di kawasan hutan simpan ini tidak ada mana-mana kelulusan yang telah diberikan.
Maka, ia telah diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa dan kementerian telah menubuhkan pasukan petugas perlombongan haram yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri bagi mewujudkan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap isu perlombongan haram.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap terima kasih kerana kerajaan masih meneruskan polisi yang digunakan ataupun diperkenalkan oleh kerajaan dulu, khususnya dalam SOP NRREE ini dengan projek perintis di Kenering di Perak itu.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin menarik perhatian Dewan ini bahawa antara negara di dunia yang berjaya menguruskan NRREE sehingga menjadi satu main revenue kepada negara itu adalah Kanada. Jadi, soalan saya adakah kerajaan berminat untuk menjadikan Kanada ini satu model, termasuklah dari segi perundangan, dari segi legal-nya. Itu pertama.
Kedua, memandangkan reserve NRREE ini terdapat di negeri-negeri, termasuklah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan sebagainya. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan NRREE ini pengendaliannya seumpama minyak dan gas? Di mana diwujudkan satu perbadanan di peringkat Persekutuan iaitu PETRONAS dan diadakan seumpama PDA, perjanjian antara Persekutuan dan juga negeri dan negeri mendapat royalti, sebagai contohnya. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat, yang memang arif lah tentang perkara ini sebagai mantan Menteri yang bertanggungjawab. Saya fikir kita tahu daripada segi NRREE sebagai satu perlombongan, malah seluruh supply chain itu negara yang paling ke hadapan ialah negara China. Mereka ada satu peranan yang sangat besar di dalam industri ini. Namun, kita juga tahu bahawa banyak negara-negara lain turut terlibat.
Kita ada Lynas yang beroperasi di Pahang yang mengambil hasil daripada Australia.
Pada masa yang sama, kita juga nak tengok negara-negara lain, misalnya Kanada yang mungkin kita tertarik ialah kerana mereka juga ialah sebuah negara berbentuk Persekutuan. Jadi, dari segi perundangan antara peringkat Federal dan negeri itu akan menjadi sangat relevan untuk negara kita sendiri. Tentang bagaimana kita nak dengan izin, approach soal ini dalam konteks perundangan sedia ada yang mana mineral berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kalau dalam keadaan sekarang kawal selia yang ada di peringkat Persekutuan selain daripada penyelarasan dasar ialah daripada segi permit eksport yang itu dipegang oleh Kerajaan Persekutuan.
Tetapi, saya fikir kita memang akan ada perbincangan yang menyeluruh. Kita tahu bahawa NRREE ini ialah satu hasil yang sangat strategik dan direbut oleh seluruh dunia terutama dengan soal peralihan tenaga, kereta elektrik dan sebagainya. Maka, kita akan terus adakan perbincangan dengan pihak kerajaan-kerajaan negeri sebab yang sebagaimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita tidak mahu eksport bahan mentah NRREE.
Jadi, dalam konteks itu kita perlu ada penyelarasan tak mungkin setiap negeri nak ada processing plant. Mungkin kita boleh tengok, kita ada Lynas. Lynas buat masa ini mereka proses REE daripada Australia yang berbentuk lain. Mereka ada kesediaan untuk menerima NRREE Malaysia tetapi negeri-negeri lain juga ada minat. Jadi, kita nak tengok bagaimana pendekatan itu boleh dibuat dalam keadaan sumber dan teknologi yang agak terhad dalam sektor ini.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin, Pagoh.
2. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin [Pagoh] minta Menteri Ekonomi menyatakan perincian mengenai pengasingan kuasa Kementerian Kewangan di bawah tata kelola Kerajaan Madani, yakni sama ada Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah Menteri Ekonomi dan Perbelanjaan Mengurus (OE) di bawah Menteri Kewangan.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Pagoh.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kuasa melulus projek di bawah perbelanjaan pembangunan terletak di bawah kuasa Kementerian Ekonomi dahulunya dipanggil Unit Perancang Ekonomi. Tetapi sebelum ini, Unit Perancang Ekonomi adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Selepas pentadbiran ini mengambil alih dan penyusunan semula kementerian- kementerian, Kementerian Ekonomi kini bertanggungjawab dalam aspek kelulusan projek DE, termasuk urusan penapisan dan penilaian, menetapkan skop dan akhirnya menetapkan kos serta siling peruntukan projek-projek DE. Selepas ia telah dinilai dan diluluskan dan ditetapkan kosnya di Kementerian Ekonomi, barulah projek itu akan ke peringkat perolehan.
Kementerian Kewangan pula selepas itu bertanggungjawab dalam urusan perolehan dan penyediaan aliran tunai tahunan berdasarkan kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Ekonomi.
Projek-projek DE yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan oleh kementerian berdasarkan peranan dan fungsi masing-masing dan di akhir proses ini, pemantauan projek pula akan dijalankan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun ICU yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mekanisme yang diwujudkan dengan tiga bidang kuasa yang berbeza ini adalah untuk memastikan elemen semak dan imbang diamalkan dalam kelulusan dan pelaksanaan projek-projek DE. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan tadi. Saya fikir tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk meningkatkan keberkesanan urusan-urusan yang berkaitan dengan pembangunan dan kewangan. Cuma, apa yang saya ingin tanya ialah sudah setahun kerajaan ini ditubuhkan.
Tapi nampaknya di kalangan rakyat, malahan penganalisis ekonomi pun masih belum yakin tentang proses pemulihan ekonomi negara setakat ini. Malahan, ada yang mengatakan gagal. Jadi, satu daripada sebabnya ialah jawatan Menteri Kewangan itu yang disandang oleh Perdana Menteri. Di sini pun pernah disuarakan supaya diasingkan.
Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri bersetuju tak sudah sampainya supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melantik seorang Menteri Kewangan sepenuh masa.
Mungkin Yang Berhormat dilantik sebagai Menteri Kewangan.
[Ketawa]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Pagoh. Puan Yang di-Pertua, saya tak nampak macam mana soalan tambahan itu berkaitan dengan soalan asal. Soalan asal tanya bidang kuasa projek DE tapi soalan tambahan ialah soalan politik lah. Tapi tak apa saya boleh jawab. Saya tak bersetuju Yang Berhormat Pagoh.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ini kerana kalau kita lihat kepada pemulihan ekonomi negara kan, masalah yang sebelum ini ditinggalkan oleh pentadbiran-pentadbiran yang dahulu ialah masalah-masalah struktur. Masalah struktur ini termasuklah soal penglibatan aktiviti ekonomi kita di dalam aktiviti-aktiviti yang bernilai tinggi.
Tuan Wong Chen - Subang
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kita juga perlukan industri dan juga dengan izin, growth narrative yang baharu. Kemudian, kita juga ada masalah dari segi pasaran buruh kita.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Bila kali terakhir kerajaan sebelum ini benar-benar menumpukan kepada reformasi pasaran buruh? Bila kali terakhir kita benar-benar berbincang mengenai gaji? Bila kali terakhir kita berbincang mengenai bentuk-bentuk pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi?
Jadi tugas Kementerian Kewangan, tanggungjawabnya adalah fiskal iaitu menguruskan aliran tunai, kutipan cukai dan juga perolehan dan perbelanjaan.
Bidang kuasa sebelum ini yang ada daripada segi menstrukturkan ekonomi, itu bidang kuasa di bawah Unit Perancang Ekonomi yang sebelum ini berada di bawah Pagoh, semasa Pagoh turut menjadi Perdana Menteri. Jadi kalau dikatakan bagaimana kita nak merungkai dan memulihkan ekonomi, ini bukan tugas kementerian atau Menteri Kewangan semata-mata.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Semata-mata.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ini tugas bersama semua Jemaah Menteri yang ada.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Tepuk]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kerana bidang kuasa mengenai reformasi pasaran buruh adalah yang berkaitan dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sumber Manusia. Yang berkaitan dengan memastikan industri kita ini naik ke tahap yang lebih baik adalah tanggungjawab Menteri MITI contohnya. Untuk memastikan ada bidang-bidang baharu yang boleh menjadi enjin pertumbuhan baharu, itu termasuk bidang kuasa di bawah Kementerian Ekonomi, di bawah NRECC, di bawah KKD dan yang lain-lain kerana sebenarnya bidang kuasa Menteri Kewangan adalah untuk menguruskan soal fiskal.
Pandangan saya Pagoh itulah silapnya sebelum ini.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Ketawa] [Tepuk]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kerana Perdana Menteri memusatkan semuanya kepada dia. Jadi, dia tak sempat buat. Jadi, sekarang ini daripada segi pecahan kerjanya, sebahagian besar daripada segi perancangan pelan ekonomi dan dasar sederhana dan jangka masa panjang, ditentukan oleh Kementerian Ekonomi. Kemudian, pelaksanaan itu diusahakan bersama dengan kementerian-kementerian yang memang ada mandat dan tanggungjawab itu dan urusan daripada segi tata kelola kerana Menteri Kewangan bertanggungjawab memastikan proses perolehan itu benar-benar telus. Sebab itu pandangan saya, tokoh yang paling baik untuk menjadi Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri.
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kerana siapa, siapa, siapa yang paling ada tanggungjawab paling besar untuk memastikan tata kelola perolehan untuk mengelakkan...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ubah manifestolah.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Seperti yang berlaku sebelum ini, seperti yang kita pernah tahu ada kawan-kawan Jana Wibawa di sebelah sana.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
*Allah.
[Tepuk]*
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kalau contohnya, kalau contohnya Puan Yang di- Pertua, kalau contohnya...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Hebat, hebatlah Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Sama ada Senator, Menteri MITI menjadi Menteri Kewangan. Kalau contohnya Yang Berhormat Kapit jadi Menteri Kewangan, contohnya ya.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Ketawa]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Dari segi kuasa dan juga pengaruh politik, kami dikira junior. Kalau ada yang cucuk sana, cucuk sini, akhirnya lobinya itu akan tetap pergi ke Perdana Menteri dan Pagoh sedia maklum tentang ini. Benda ini saya pasti inilah yang berlaku sebelum ini. Jadi, akhirnya apabila tugas untuk memulihkan ekonomi ini dari segi
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
perancangan, pelaksanaan, diagihkan kepada kementerian masing-masing dan— hoi, dengarlah!
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Ketawa]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Puan Yang di-Pertua dan rakyat, tengok dia tanya soalan politik.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Lepas tu tak nak dengar.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Bila kita bagi jawapan yang dia tak nak dengar kerana dia malu, dia buat bising.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jawapan panas Menteri.
Mantap, mantap.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Baik ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Contradict yourself.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...dan saya nak tutup begini Puan Yang di-Pertua. Saya nak tutup begini. Dekat mana Pagoh yang kata ekonomi tidak pulih?
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Saya nak tanya balik kepada Pagoh. Semasa Pagoh dan Perikatan Nasional jadi kerajaan 33 bulan, pernahkah ada tiga suku berturut-turut yang ada pertumbuhan ekonomi dari satu suku ke satu suku? Pernah ada tak?
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tak ada.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tak ada.
Tuan Wong Chen - Subang
Tak ada.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tak ada.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tak pernah ada.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
On record tak ada.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ini kali pertama sejak bertahun-tahun...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
MoU banyak.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...dan kita menyaksikan bahawa pertumbuhan ekonomi negara dari satu suku ke satu suku, berlaku dalam tiga suku berturut-turut. Yang tak pernah berlaku. Kemiskinan paling rendah, kenaikan gaji lebih tinggi daripada sebelum ini, pertumbuhan ekonomi, momentum baik, inflasi paling rendah. Jadi, dekat bahagian mana Pagoh, yang kata bahawa rakyat tidak ada keyakinan, sedangkan kita lihat sedikit demi sedikit, keyakinan itu telah pulih termasuklah juga dengan kemasukan pelaburan-pelaburan.
Kalau Pagoh dan Perikatan Nasional tak yakin, tak apa. Tapi jangan salah gunakan dan menunggang nama rakyat dan pelabur-pelabur lain. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ah, mantap, mantap Menteri. Mantap Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri, mantap jawapan tadi. Ini soalan tambahan seterusnya.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Soalan seterusnya Menteri ya. Dalam komitmen Menteri Kewangan untuk menurunkan defisit fiskal untuk tahun depan 4.3 dan tiga peratus KDNK, dan sementara itu berani membawa satu bajet yang mengembang, expenditure budget bermaksud tidak kurang juga kita berbelanja.
Persoalan yang menjadi penting adalah pada waktu yang sama, cabaran global the global headwinds dengan izin, juga satu yang agak mencabar. Contohnya di geopolitical,
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
peperangan Ukraine-Rusia, sikit slowing down of China’s economy, juga Gaza, Palestin. Apa yang mustahak Menteri yang nak saya tanya.
Apakah langkah-langkah yang dapat memberikan rakyat mampu memantau pelaksanaan Bajet 2024 ini yang dulunya ada. Tak silap satu mekanisme LAKSANA, IDEA juga membawa Pantau Laksana. Satu data set yang dibawa dalam bentuknya sama ada periodical atau selanjar serta berterusan, supaya pelaksanaan bajet kali ini benar-benar dapat dipacu dengan kebertanggungjawaban terus langsung dapat dipantau oleh rakyat.
Terima kasih Menteri tolong berikan pencerahan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Kuala Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan ya.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Dia bergantung. Kuala Selangor, sebenarnya kesan dan limpahan daripada sesuatu perancangan ekonomi kerajaan, contohnya belanjawan yang ditetapkan. Kesannya itu dirasai berbeza-beza mengikut peringkat dan kumpulan-kumpulan. Jadi kumpulan yang paling besar yang pada pandangan saya akan menjadi pemegang taruh stakeholders yang paling besar adalah rakyat biasa, keluarga biasa dan apabila kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi dan itu akan melibatkan bentuk-bentuk pindahan tunai kepada keluarga-keluarga.
Saya ingat kita tidak perlukan laporan pun kerana daripada segi ketelusan maklumat, siapa yang dapat, berapa, itu akan dilaksanakan melalui PADU. Setiap keluarga dan setiap rakyat boleh melihat sebenarnya berapa pendapatan dia, berapa tanggungan dia dan kenapa dia layak atau tidak layak, berapa bantuan dia dapat dan sebagainya. Itu bagi saya akan meliputi pemegang taruh yang paling besar dalam negara kita.
Jadi dia boleh nampak sebenarnya perbezaan itu. Bagi pemegang taruh yang lain termasuklah pelabur, pemain industri dan sebagainya, saya ingat angka-angka ekonomi yang kita tumpukan ini, inilah juga yang akan menjadi petanda dan tumpuan di peringkat kerajaan ialah memastikan kita merakyatkan data-data ini. Sebab itu OpenDOSM penting supaya rakyat mula bercakap dan menilai prestasi ekonomi. Bukan ambil sahaja. Dia boleh tengok quarter on quarter macam mana, year on year, industri mana dan insya-Allah bila kita teruskan dengan lebih banyak penerbitan data-data, contohnya yang melibatkan statistik gaji dan upah. Itu akan dapat dilihat terus bagaimana perancangan ekonomi itu dapat dirasa dan rakyat sendiri boleh membandingkan sama ada industrinya itu tumbuh dengan baik, gajinya naik dan sebagainya.
Pandangan saya, itu lebih baik daripada segi pelaporan dan pemantauan. Berbeza dengan kalau kita dok banding dan dok lapor sama kita. Pemegang taruh yang paling besar ialah rakyat dan maka maklumat dan data dan kesan ini mestilah dirasakan oleh rakyat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Wong Chen, Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor tiga.
3. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan:
(a) status rundingan bagi semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan "Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan" iaitu Investment Guarantee Agreement (IGA) atau Bilateral Investment Treaty (BIT); dan
(b) proses perundingan, mekanisme dan jangka masa perundingan untuk perjanjian-perjanjian ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Wong Chen.
Sebagai kementerian yang menerajui perdagangan antarabangsa, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) bertanggungjawab dalam menerajui rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas dan juga Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan Dua Hala, atau dengan izin, Investment Guarantee Agreement dan juga Bilateral Investment Treaty. Setakat ini Malaysia telah menguatkuasakan 16 FTA dan 62 IGA.
Pada masa kini, Malaysia sedang merundingkan FTA baharu yang seperti berikut Malaysia-EFTA Economic Partnership Agreement (MEEPA) iaitu Perjanjian Perkongsian Ekonomi di antara Malaysia dengan negara-negara persatuan perdagangan bebas Eropah merangkumi empat buah negara iaitu Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein yang sedang dirundingkan sejak 2014.
Malaysia dan UAE pada Mei 2023 telah mengumumkan persetujuan untuk memulakan rundingan Perjanjian Perkongsian Komprehensif. ASEAN-Canada Free Trade Agreement adalah rundingan perdagangan bebas di antara Kanada dengan negara-negara ASEAN termasuklah Malaysia yang telah mula dirundingkan semenjak 2021. Terdapat dua rundingan FTA yang masih lagi tergantung iaitu rundingan Malaysia dengan negara Kesatuan Eropah yang telah ditangguhkan semenjak 2012 dan Republik Korea yang telah ditangguhkan semenjak 2019.
Bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU, Malaysia sedang melaksanakan scoping exercise dengan EU– menentukan jurang kedudukan dan pendirian kedua-dua negara dan seterusnya memberi hala tuju agar mana-mana rundingan dilaksanakan benar- benar mengambil kira kos dan manfaat kepada negara.
Malaysia juga masih bersikap terbuka terhadap mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Republik Korea dan sedang mengkaji hala tuju rundingan dengan mengambil kira faedah kepada negara.
Bagi Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan Dua Hala, Malaysia sedang merundingkan IGA yang baharu dengan Qatar, di mana rundingan telah dimulakan pada tahun 2022. Secara umumnya, Malaysia mengambil pendekatan terbuka kepada mana- mana peluang rundingan FTA dan IGA dengan negara-negara rakan dagang.
Bagi Malaysia, sebarang rundingan FTA dan IGA haruslah mengambil kira kos dan manfaat kepada negara secara menyeluruh dan faedah kepada negara untuk jangka masa panjang. Antara tindakan yang diambil sebelum memulakan mana-mana rundingan FTA dan IGA yang baharu adalah dengan melaksanakan kajian seperti Analisis Kos Faedah, Cost- Benefit Analysis (CBA) yang komprehensif kepada mana-mana cadangan rundingan baharu.
Selain itu, jangka masa rundingan adalah tertakluk kepada persetujuan dan kesanggupan di antara Malaysia dan rakan perundingannya untuk mencapai kata sepakat di dalam menghasilkan satu perjanjian yang mengambil kira kepentingan dan faedah kepada semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Menteri.
Dengan izin, dua soalan. Pertama, bolehkah Menteri memberi sedikit komen dan panduan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh MITI untuk memastikan koordinasi yang lebih efektif antara kementerian yang lain dalam proses perundingan FTA dan BIT?
Kedua, soalan dasar ya. Ramai Ahli-ahli Parlimen, pagi ini- Pasir Gudang tanya saya tentang FTA dan BIA. Saya beri jawapan tetapi pagi ini saya minta Menteri memberi pandangan bagaimana FTA dan BIA boleh meningkatkan FDI ke Malaysia? Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Wong Chen, Yang Berhormat Subang.
Untuk soalan pertama, sebagai langkah untuk memastikan koordinasi ini lebih efektif dan antara kementerian dan agensi yang terlibat, ini di dalam menyokong perundingan
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Perjanjian Perdagangan Bebas ini. MITI melaksanakan libat urus dengan kementerian dan juga agensi yang berkaitan di peringkat pra-perundingan, semasa rundingan dan juga pasca rundingan.
Daripada segi peringkat pra perundingan, mesyuarat libat urus ini dilaksanakan oleh MITI untuk mendapatkan penilaian serta juga merangka pendirian negara berdasarkan, dengan izin, offensive interests dan juga defensive interests dari setiap kementerian dan juga agensi yang terlibat.
Setiap kementerian dan agensi berkaitan juga diminta memberi pandangan, pandangan masing-masing di mana ada, dengan izin, feasibility study bagi sesuatu FTA tersebut. Jadi, kita akan dapat ulasan daripada setiap kementerian dan agensi berkaitan. Kita prepare Memorandum Jemaah Menteri (MJM) untuk mendapatkan mandat daripada kerajaan bagi pelaksanaan sesuatu FTA. Kita ada our Chief Negotiator (CN) ataupun pasukan perunding akan diwujudkan untuk melibatkan penyertaan kementerian dan agensi berkenaan dan mendapatkan khidmat nasihat mereka serta untuk menerajui berbagai-bagai bab ataupun chapter di dalam FTA lah.
Semasa proses perundingan dilaksanakan, libat urus ini akan terus diadakan dengan semua agensi dan kementerian berkaitan. Kita ada preparatory meeting dan juga debriefing bersama-sama dengan kementerian dan agensi yang terlibat dan selepas itu pasca rundingan pun kita buat benda yang sama, Yang Berhormat Subang. Semasa pelaksanaan FTA itu, MITI akan terus mengadakan libat urus juga dengan kementerian dan agensi yang berkaitan melalui mesyuarat penyelarasan, ada sesi penerangan dengan pihak berkepentingan dan juga kajian penilaian pelaksanaan.
Untuk soalan yang kedua, terima kasih kerana soalan yang kedua itu. Memang secara umumnya banyak soalan yang ditanya, apakah manfaat FTA yang ditandatangani terutamanya mengenai bab-bab pelaburan dan sesuatu Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan juga, saya dah sebut mengenai IGA tadi dan bagaimana ia menyumbang kepada pelaburan langsung asing (FDI)?
Kalau kita ada FTA-FTA yang telah kita tandatangani setakat ini, ini mewujudkan ekosistem pelaburan yang lebih baik dan mesra pelabur. Kita pun negara yang terbuka dari segi GDP- KDNK kita kepada perdagangan ialah lebih kurang 160 peratus dan kita juga memastikan pelindungan kebolehramalan dan ketelusan di dalam proses dan peraturan pelaburan di mana Malaysia adalah negara rakan FTA berkenaan.
Kita juga ingin memastikan ada fasilitasi perdagangan melalui penyelarasan dan memudah cara peraturan prosedur dan keperluan contohnya LHDN, Kastam dan lain kementerian yang berkaitan. Juga perdagangan perkhidmatan juga dapat meningkatkan pelaburan dan pewujudan syarikat perkhidmatan asing. Ada isu juga mengenai IP rights, hak intelek dan juga memperkukuhkan skim pelindungan kepada pelaburan asing dan juga pelaburan kita ke negara tersebut.
Itulah salah satu sebabnya kita memastikan contohnya dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kita telah mengenal pasti pelaksanaan FTA ini adalah salah satu elemen di bawah dua misi. Misi pertama iaitu advancing economic complexity, dan misi empat untuk safeguard economic security dan inclusivity. Oleh yang demikian, pelaksanaan FTA juga diambil kira bagi menggalakkan pelaburan asing masuk ke negara di bawah NIMP 2030 dan juga dengan NETR sekali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan.
Terima kasih Puan Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Menteri, mengambil maklum Malaysia kini telah menguatkuasakan perjanjian RCEP dan CPTPP yang merupakan FTA secara pendekatan serantau yang boleh membawa kesan limpahan ekonomi kepada negara. Dalam hubungan ini adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan pendekatan merunding dengan FTA serantau bagi mendapatkan akses pasaran dan peluang pelaburan baharu? Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya nak ucapkan juga terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kubang Pasu kerana banyak membantu MITI dalam pelaburan masuk ke Kedah, salah satu kawan yang banyak dan cepat memberi kelulusan...
[Tepuk] So, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia sentiasa mengambil pendekatan terbuka. Seperti saya sebut tadi, kita negara yang terbuka di mana peluang rundingan FTA dengan negara rakan dagang, baik secara dua hala ataupun multilateral, perjanjian ini kita mengambil kira kos dan juga manfaat kepada negara secara menyeluruh dan faedah kepada negara untuk juga jangka masa panjang. Pelaburan ini biasanya dalam jangka masa panjang.
MITI sedang menerajui rundingan penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barang ASEAN– ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) dan juga ASEAN-China Free Trade Agreement serta bakal juga mengkaji untuk menambah baik apa-apa FTA yang ada contohnya CPTPP.
Selain itu, MITI juga sedang merundingkan seperti yang sebut tadi FTA baharu dengan negara-negara lain, EU, Korea dan sebagainya dan juga seperti yang saya sebut tadi, hala tuju yang ditetapkan kerajaan adalah melalui Kerangka Ekonomi Madani, NIMP 2030, NETR dan sebagainya, kita akan terus merundingkan FTA baharu atau sedia ada, baik daripada segi dua hala mahupun serantau.
Kita nak luaskan akses pasaran untuk syarikat kita dan juga peluang pembaharuan untuk masuk dan memberi fokus tumpuan kepada pengukuhan penyertaan syarikat kita, bukan sahaja untuk domestik tetapi juga untuk memasuki rantaian bekalan di serantau dan juga di global.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kita nak mempertingkatkan juga kepatuhan kepada ESG dan juga perdagangan digital. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.
4. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, perancangan bagi mengelak kesesakan lalu lintas, laluan sempit di kawasan pertembungan di antara tiga laluan utama ke Bukit Gantang dan Taiping, iaitu Lebuhraya WCE susur keluar Changkat Jering, Lebuhraya PLUS susur keluar Changkat Jering dan Laluan Persekutuan FT060 Changkat Jering-Batu Hampar.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang yang bertanya.
Tuan Yang di-Pertua, jalan yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Gantang adalah Jalan Persekutuan iaitu Jalan Changkat Jering-Seri Manjung dan Kampung Koh (FT060).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini prihatin dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pada masa ini, laluan FT060 telah disambungkan dengan Lebuhraya PLUS. Manakala Lebuhraya WCE Seksyen 11 dari Beruas ke Taiping Selatan atau Changkat Jering dijangka siap pada tahun 2024 juga akan menghubungkan Lebuhraya WCE ke laluan FT060.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui kajian yang telah kementerian ini laksanakan, buat masa ini laluan FT060 masih lagi dalam tahap level of service A (LOS A), yang mana buat masa ini laluan ini mencukupi untuk menampung trafik sedia ada.
Kementerian ini akan terus melaksanakan kajian trafik pada laluan ini setelah interchange Lebuhraya WCE siap pembinaan pada tahun 2024 nanti.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, permohonan untuk menaik taraf tertakluk kepada prosedur. Bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada, adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan Senarai Keutamaan Negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sehubungan itu, disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan projek tersebut kepada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau JKR Negeri untuk dimasukkan dalam Senarai Keutamaan Negeri dalam Rolling Plan yang akan datang.
Kementerian bersedia meneliti cadangan projek ini apabila dipohon oleh kerajaan negeri berdasarkan Senarai Keutamaan Negeri pada masa yang akan datang dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada Agensi Pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan tertakluk kepada agihan Peruntukan Pembangunan kepada kementerian ini.
Berdasarkan maklumat yang diterangkan tadi, kementerian ini sentiasa terbuka untuk menerima syor atau cadangan daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf berdasarkan senarai keutamaan- dari negeri. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan. Cuma, saya ragu-ragu daripada segi kajian.
Sebabnya ialah sebelum lagi dibuka WCE, laluan FT060 telah pun sesak. Setiap hujung minggu, queue-nya sampai empat, lima kilometer.
Dan pemandu-pemandu mengambil jalan pintas. Masuk ke jalan laluan kampung, laluan kebun dari Kuala Trong keluar ke Sungai Limau, keluar ke Changkat Jering dan keluar ke Kuala Sepetang. Ini menyebabkan jalan laluan kampung sesak menyebabkan ada berlaku kemalangan dalam kampung.
Jadi, saya minta sekali lagi supaya kajian ini dibuat lagi sekali untuk melihat sebenarnya apa yang berlaku di Jalan FT060. Kerana jalan ini hanya satu lane sahaja. Keluar daripada PLUS Highway, ke kanan untuk ke Batu Hampar dan ke Manjung hanya satu lane.
Nak masuk ke tol pun satu lane. Dua-dua arah ini sangat sesak. Minta perhatian daripada kementerian. Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baiklah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat. Memang kita akan ambil maklum dan perhatian. Sepertimana telah saya jelaskan tadi, kajian ini sentiasa kita teruskan. Jadi, terima kasihlah atas maklumat daripada Yang Berhormat. Saya akan mengarahkan- saya sendiri akan turun ke sanalah tengok. Nanti saya akan berhubung dengan Yang Berhormat, supaya kita boleh bersama, sebab inilah yang kami hendak maklum balas begini yang boleh kita selesaikan masalah rakyat. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan M.
Kulasegaran, Ipoh Barat.
5. Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:
(a) langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan semua majikan termasuk majikan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (SME) mematuhi polisi Cuti Bersalin yang dilanjutkan kepada 98 hari mulai 1 Januari 2023; dan
(b) bilangan majikan yang gagal mematuhi polisi seperti di atas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat yang begitu prihatin tentang isu-isu perburuhan di negara ini.
Puan Yang di-Pertua, pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Di bawah seksyen 37(1)(d)(ii) Akta Kerja 1955 memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 98 hari selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung berusaha memastikan semua majikan di sektor swasta mematuhi pindaan ini sebagaimana yang diperuntukkan dengan mengadakan beberapa inisiatif.
Pertama, mengadakan program pendidikan perburuhan bagi memberi pendedahan kepada majikan berkaitan undang-undang perburuhan negara khususnya melibatkan pindaan Akta Kerja 1955. Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 183 program pendidikan perburuhan telah diadakan di seluruh Semenanjung.
(i) Memberi khidmat nasihat kepada majikan secara individu atau berkumpulan.
(ii) Menerbitkan poster perlindungan wanita hamil dan bersalin di portal jabatan.
(iii) Melaksanakan 23,279 pemeriksaan berkanun sehingga 31 Oktober 2023.
(iv) Menjalankan siasatan aduan dan menyelesaikan tuntutan kes buruh yang diterima daripada pekerja dan melaksanakan tindakan pendakwaan dan kompaun jika disabit kesalahan.
Tuan Yang di-Pertua, majikan yang didapati tidak mematuhi peruntukan tersebut telah dinasihatkan untuk membuat tindakan pembetulan. Sekiranya gagal, Kertas Siasatan akan dibuka untuk tindakan pendakwaan atau kompaun dengan denda maksimum sehingga RM50,000 jika disabit kesalahan. Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 44 kes aduan telah diterima. Daripada jumlah tersebut, 28 aduan adalah berasas, manakala baki 16 aduan adalah tidak berasas. Bagi aduan yang berasas, majikan-majikan yang terlibat telah diberikan peringatan dan tindakan pembetulan telah diambil. Semua kes tersebut telah diselesaikan melalui pematuhan majikan dengan pemberian kelayakan tempoh Cuti Bersalin selama 98 hari kepada pekerja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Speaker.
Cuti bersalin ini juga terpakai kepada suami. Paternity leave pun ada, tapi saya nak tanya soalan- selepas 98 hari, kerajaan sendiri ada cadang bahawa pada Februari 2023- bajet- di mana cadangan adalah sedemikian, “*Kerajaan Perpaduan sensitif akan keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh Cuti Bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.
Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, PERKESO akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja. Dianggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran ini melibatkan dana keseluruhan RM290 juta setahun.*”
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Puan Speaker, nombor satu.
Bajet 2024 pun telah di-table-kan, tapi sehingga sekarang, geran dan manfaat kepada wanita-wanita yang bersalin tidak ada. Apakah kelambatan membawa peminda ini- walaupun ada polisi yang tertentu tahun dulu sudah bermula. Oleh kerana kelambatan ini, itu adalah lose-lose position di mana kerajaan setuju untuk memberi pampasan tersebut.
Jadi, soalan saya adalah bilakah akta pemindaan itu? Walaupun lambat, late, tetapi it is better than nothing, tetapi mustahaknya, semua orang nampaknya rugi dalam kelambatan membawa akta ini.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Adakah minggu hadapan pemindahan ini boleh dibawa supaya lebih kurang 130,000 wanita akan dapat manfaat dan wang yang diagihkan RM290,000 ini akan disampaikan kepada rakyat? Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Untuk isu yang disebut secara spesifik tentang geran padanan tersebut, saya akan minta supaya jawapan bertulis akan dibuat. Cuma yang saya takut dia— sebab kita ada dalam PERKESO ini, kita ada skim perlindungan untuk orang bekerja sendiri. Ini 80 peratus adalah dibayar oleh pihak kerajaan. Hanya 20 peratus sahaja yang ditanggung oleh pekerja. Saya takut dia berkaitan dengan isu itu tetapi saya fikir yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat ini agak spesifik tetapi saya akan buat soalan secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawab.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dan untuk— kalau perlu rasanya pindaan untuk minggu hadapan itu agak— tetapi kita akan cuba. Kita akan minta. Saya fikir akan bincang...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang Berhormat, ini telah dijanjikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
...Oleh Kerajaan Perpaduan.
Maka, patut...
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ya, ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
...Sudah buat dalam tempoh ini.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ya ya. Saya tahu...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Kenapa kelambatan atau— saya tak mahu kata soalan-soalan yang lebih keraslah tetapi kelambatan ini tidak boleh diterima.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Ya ya. Kita ambil maklum. Saya sendiri akan bincang dengan Menteri dan pengurusan. Kita akan cuba selesaikan masalah ini sekadar yang kita boleh, kemampuan kitalah di peringkat kementerian. Okey. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, Akta Kerja 1955 telah pun dikuatkuasakan pada 1 Januari baru-baru ini yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri. Salah satu perkara yang mungkin mengundang kerisauan iaitu lah wanita-wanita yang bersalin, bercuti selama 98 hari. Adakah ada kemungkinan majikan-majikan mereka ini akan membuat satu pilihan yang lain dengan mengambil pekerja sebagai pengganti? Ini mungkin akan timbul diskriminasi kepada pekerja wanita yang cuti bersalin itu.
Andai kata laporan diajukan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk diambil tindakan kepada majikan akibat tidak mengambil atau tidak menyambung pekerja wanita itu, apakah langkah yang boleh diambil sebagai win-win situation iaitu menjaga pekerja wanita yang cuti bersalin dikekalkan terus bekerja dan majikan itu tidak diambil tindakan undang-undang akibat kecuaiannya mengambil pekerja ganti. Itu soalan tambahan saya. Sekian.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Okey, dalam Akta Kerja 1955 ini ada satu peruntukan secara spesifik di bawah peruntukan seksyen 41A Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh memberi notis penamatan kerja atau menamatkan pekerja wanita yang hamil atau sakit disebabkan kehamilannya kecuali dalam keadaan berikut.
Yang pertama, pelanggaran seksyen salah laku atau penutupan perniagaan majikan.
Ini spesifik disebut dalam Akta Kerja. Jadi, pekerja yang hamil ditamatkan kerja, beban pembuktian adalah terletak kepada majikan bahawa penamatan perkhidmatan bukanlah disebabkan oleh kehamilan. Jadi, tidak boleh sama sekali mana-mana majikan yang mengambil peluang dengan kehamilan ini untuk menamatkan kerja wanita ini secara suka hati. Dia kena ada sebabnya. Jadi ini— jika ada disabit pendakwaan ini dan kompaun akan dikenakan kepada majikan yang berkenaan. Okey. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Soalan nombor enam.
6. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Ekonomi menyatakan projek-projek strategik dan inisiatif-inisiatif dalam National Energy Transition Roadmap (NETR) yang dilancarkan pada 27 Julai lalu bagi Malaysia mencapai sasaran 70 peratus tenaga diperbaharui menjelang 2050.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Kubang Pasu.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kementerian Ekonomi telah membangunkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun dikenali sebagai National Energy Transition Roadmap ataupun NETR yang diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Ogos 2023. Terdahulu NETR Fasa 1 telah dilancarkan pada 27 Julai 2023 bagi memperkenalkan 10 projek dan inisiatif flagship berdasarkan enam pemacu peralihan tenaga iaitu:
(i) kecekapan tenaga;
(ii) tenaga boleh baharu;
(iii) hidrogen;
(iv) biotenaga;
(v) mobiliti hijau; dan
(vi) pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon ataupun CCUS.
Selain itu, lima pemboleh daya atau dengan izin, enablers turut dikenal pasti iaitu pembiayaan, dasar dan kawal selia, modal insan, teknologi dan infrastruktur serta tadbir urus.
Antara projek flagship yang akan dilaksanakan oleh pihak swasta di bawah NETR Fasa 1 bagi mencapai sasaran 70 peratus tenaga diperbaharui menjelang 2050 adalah pertama, zon bersepadu tenaga boleh baharu. Pembangunan mampan yang berskala besar merentasi rangkaian nilai tenaga termasuk penjanaan, penyimpanan tenaga, pengurusan permintaan dan kecekapan tenaga.
Sebuah zon TBB perintis akan diwujudkan merangkumi taman perindustrian, bandar sifar karbon, kawasan kediaman dan pusat data. Kalau saya bagi perincian-perincian setiap satu, siapa yang terlibat dan sebagainya, dia akan mengambil masa. Jadi, kalau untuk rujukan semua projek-projek dan juga peneraju ini telah pun terkandung di dalam dokumen NETR tadi. Contohnya, untuk zon bersepadu TBB ini akan dilaksanakan oleh Khazanah Nasional.
Projek flagship. Contoh projek flagship yang lain, yang contohnya solar terapung hidro hibrid ataupun dengan izin, hybrid hydro-floating solar iaitu pembangunan solar terapung dengan potensi kapasiti keseluruhan 2,500 megawatt di Empangan Hidro TNB bagi penjanaan elektrik merangkap stor persimpanan tenaga.
Kemudian, satu lagi projek rintis yang besar ialah solar kediaman yang akan diusahakan oleh Sime Darby Property iaitu pembinaan 4.5 megawatt solar bumbung atau rooftop solar di kediaman, di taman perumahan yang baharu yang akan memberi peluang kepada pemilik rumah untuk menyewakan bumbung mereka untuk menjana pendapatan seperti yang kita telah sebut sebelum ini. Untuk ini, sasarannya ialah dengan kapasiti sehingga 10 kilowatt bagi setiap rumah.
Kemudian, projek flagship yang seterusnya ialah sistem penstoran tenaga ataupun ESS. Pembangunan ESS berskala industri bagi mengatasi dengan izin, masalah intermittency dan menjamin kestabilan pembekalan elektrik seiring sasaran peningkatan penjanaan elektrik daripada TBB dan contoh yang terakhir untuk Kubang Pasu ialah hidrogen.
Dalam NETR, flagship itu ada tiga projek bersepadu pengeluaran hidrogen hijau terutamanya di Sarawak sekali gus akan menjadikan Sarawak sebagai hab hidrogen hijau serantau dan komponen projek akan merangkumi pembinaan kilang pengeluaran di Kuching menjelang tahun 2025 untuk kegunaan domestik dan dua kilang pengeluaran di Bintulu menjelang tahun 2027 untuk tujuan eksport.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, NETR adalah strategi Malaysia dalam mendepani trend peralihan tenaga global yang sedang berkembang pesat. Selain meneroka peluang pembangunan ekonomi baharu dan merancakkan peluang pelaburan, NETR juga merupakan iltizam bagi menjamin masa depan negara serta kesejahteraan rakyat melalui pengurusan peralihan tenaga secara adil, inklusif dan teratur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang jelas dan Yang Berhormat Menteri juga menjawab soalan saya yang saya masuk dalam soalan tambahan, in advance.
Saya minta menyatakan stakeholders– sudah dimaklumkan. Cuma, saya nak nyatakan bahawa adalah jelas kerajaan memberikan penekanan dan fokus bagi mentransformasi Malaysia dalam penggunaan tenaga terutamanya matlamat bagi mencapai pelepasan net zero greenhouse gas (GHG) pada tahun 2050. Tahniah.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Setelah dilancarkan NETR ini pada Ogos lalu, saya nak tanya Menteri apakah— mungkin baru beberapa bulan sahaja, apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini? Saya juga ingin mohon tanya kepada Menteri, kementerian mana yang akan menjadi peneraju dalam NETR ini.
Lagi satu Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri sebut stakeholders yang lain-lain itu. Saya juga nak tanya sebab PETRONAS ini nampaknya mereka bergerak in tandem dengan kerajaan dalam NETR ini kerana mereka telah mengambil inisiatif bagi menjayakan hasrat, cita-cita mencapai net zero pelepasan greenhouse bagi tahun 2050. Sila nyatakan, adakah PETRONAS juga menjadi salah sebuah stakeholders utama dalam NETR ini? Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Kubang Pasu. Untuk menjawab beberapa yang ditimbulkan, mungkin saya boleh sebutkan dengan secara cepat, stakeholders dan juga peneraju-peneraju, termasuklah soalan mengenai PETRONAS dan sebagainya ya. Peneraju-peneraju ini daripada 10 projek flagship itu prosesnya ialah kita buka kepada seluruh negara untuk mereka mengemukakan projek-projek peralihan tenaga yang sedang diusahakan kerana kerajaan tidak mahu ia menjadi projek yang melibatkan peruntukan awam. Ia mestilah projek swasta.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Daripada projek itu, itulah yang setelah disaring, kita ada 10 projek flagship. Itu termasuklah— Prasarana sebenarnya juga terlibat, Khazanah Nasional, TNB, Sime Darby Property, kita ada KPK, Malakoff dan juga PETRONAS. Dari segi peneraju. Penerajunya adalah merentasi beberapa kementerian tetapi keseluruhan perlaksanaan dan tata kelola NETR, Dasar Tenaga Negara dan juga kemajuan projek flagship ini akan dipantau oleh Majlis Tenaga Negara yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekretariatnya di Kementerian Ekonomi.
Mengenai kementerian-kementerian yang menjadi peneraju, itu sebenarnya bergantung kepada bidang dan juga projek ataupun daya— pemboleh daya tertentu.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Contohnya yang melibatkan pembiayaan, itu terletak di bawah Kementerian Kewangan pun ada, Kementerian Ekonomi pun ada, MITI pun ada.
Yang melibatkan penggubalan undang-undang, itu berada di bawah NRECC. Yang melibatkan tata kelola dari segi kawal selia elektrik, kita sudah ada sama ada di bawah Suruhanjaya Tenaga ataupun di bawah SEDA.
Akhir sekali mengenai kemajuan, sebahagian daripada projek ini Kubang Pasu, sebenarnya memang telah pun melepasi feasibility. Dia sudah pun memasuki commercial agreement. Kalau kita lihat pengumuman NETR tempoh hari dia melibatkan pengumuman pelaburan daripada pelabur-pelabur asing, melibatkan Khazanah dan rakan kongsi mereka.
Jadi, sementara kemajuan projek ini akan dipantau di peringkat MTN tetapi ini adalah projek-projek komersial yang diusahakan baik oleh PETRONAS, baik oleh Khazanah, Sime
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Darby dan sebagainya. Saya pasti sebenarnya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, it is in their best commercial interest to get this done as soon as possible kerana kita sedia maklum bahawa dari segi minat pelabur-pelabur dan juga pengurus dana, mereka selalunya akan membeli kaunter-kaunter yang menunjukkan prestasi tenaga boleh baharu yang baik. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat menyokong National Energy Transition Roadmap (NETR). Cumanya saya ada sikit kegusaran Yang Berhormat Menteri, yang memerlukan Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan lebih lanjut sebab saya faham natural gas akan menjadi base load pada tahun 2050. Pada kadar tahun ini kita berada pada 43 peratus dan kita akan increase kepada 56 peratus dengan mengurangkan coal daripada 18 peratus kepada satu peratus.
Isunya Yang Berhormat Menteri, walaupun natural gas dalam keadaan normal 25 peratus lebih murah daripada coal, cumanya dari segi supply sebab saya lihat energy trilemma bukan sahaja dari segi ekonomi, bukan dari segi environmental tapi dari segi energy security. Kita lihat pengalaman yang sedang berlaku di Jerman apabila Russia invade Ukraine, Jerman tukar balik kepada coal. Bagaimana Yang Berhormat nak buat 27 tahun yang ke hadapan ini supaya kita dapat increase kita punya natural gas yang dihasilkan di negara kita? Sebab 2030 apabila kita reduce coal, kita gunakan natural gas yang sedia ada tetapi bila kita 2050, kita bergantung penuh kepada import.
Yang Berhormat Menteri, saya tak naklah pada 27 tahun akan datang, food crisis yang kita hadapi hari ini juga akan hadapi yang sama. Ia jadi krisis pada masa hadapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Paya Besar. Kalaulah segala soalan dan juga perbahasan di Dewan ini bertumpu kepada masalah-masalah strategik negara seperti itu, saya ingat Malaysia akan jadi maju dengan lebih cepat.
[Tepuk] NETR digubal bukan semata-mata kerana soal perubahan iklim, bukan semata-mata soal GHG. Dia pada pandangan saya adalah lebih penting daripada perspektif satunya, yang dibawa oleh Paya Besar tadi. Satu lagi dari segi menarik minat pelabur-pelabur ke negara ini kerana kita tahu mana-mana yang tidak menunjukkan komitmen kepada ekonomi hijau selalunya itu sukar menarik pelaburan.
Jadi, menaikkan profil negara itu cukup penting tetapi yang mungkin tidak dibincangkan dengan terperinci di kalangan rakyat ialah sebenarnya kalau kita teruskan dengan trajektori penggunaan tenaga yang kita ada, kita mungkin berhadapan dengan masalah dari segi keterjaminan tenaga dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang. Ini kerana gas asli seperti yang disebut oleh Paya Besar tadi, dia tidak akan ada selama-lamanya.
Kalau kita tidak berhati-hati dan Malaysia berterusan menggunakan penjanaan tenaga pada reserved capacity yang tinggi dan juga menggunakan gas asli, itu boleh menyebabkan keadaan mungkin 10-15 tahun daripada sekarang, kita mula mengimport gas asli. Bila kita mula mengimport gas asli, maka ia bukan sahaja soal wang, dia soal kedaulatan negara kita kerana bila kita bergantung kepada tenaga daripada negara lain, ia di luar kawalan kita. Jadi, sebab itu sasaran yang diletakkan di dalam NETR, walaupun seperti yang disebut oleh Paya Besar tadi, masih lagi bergantung kepada gas asli.
Kita juga berpandangan bahawa kalau kita meletakkan sasaran yang cukup tinggi dan memberi tumpuan dalam tempoh 10 ke 15 tahun ini untuk menaikkan teknologi dan juga kapasiti tenaga boleh baharu kita dan selalunya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bukan straight line ya. Dengan teknologi dan juga pelaburan, kapasiti itu boleh menjadi dengan lebih cepat tetapi ia tidak boleh diuruskan semata-mata dari soal penjanaan tenaga.
Ia juga perlu diuruskan dari soal kecekapan tenaga, ia juga dari segi industri kita supaya kita beralih daripada industri yang terlalu intensif tenaga. Ini kerana kalau tidak—
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
walaupun saya yakin kita akan terus menguruskan penggunaan gas asli kita, kalau tidak, kita akan terus berdepan dengan masalah-masalah ini 10 ke 20 tahun akan datang.
Itu juga akhir sekali Puan Yang di-Pertua, kenapa kalau orang tanya— MITI tak ada dekat sini. Ramai rakyat di luar selalu tanya, kenapa kerajaan dari satu pentadbiran ke satu pentadbiran terlalu nampak fokus kepada soal electric vehicle (EV)? Dia bukan soal untuk orang kaya semata-mata kerana kita perlu mengurangkan penggunaan tenaga fosil kita kerana kita akan sampai ke satu peringkat yang kita perlu import. Jadi, kita perlu percepatkan peralihan kepada tenaga yang beralih kepada elektrik kerana paling kurang penjanaan elektrik boleh ada sumber daripada TBB ataupun sumber-sumber baharu seperti hidrogen.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, strategi-strategi inilah walaupun tempohnya panjang tapi tempoh 10 tahun ini cukup penting untuk meletakkan kita di landasan yang baik ke arah peralihan tenaga untuk mengelakkan the energy trilemma seperti yang disebut oleh Paya Besar tadi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud.
7. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan:
(a) adakah kementerian sedar bahawa tiada program/pengajian undang-undang ditawarkan di Sabah dan apakah tindakan kementerian; dan
(b) perkembangan terkini cadangan pembinaan Politeknik Kota Belud dan adakah ianya akan dimulakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Secara umumnya penawaran sesuatu program pengajian baharu di universiti awam atau IPTS perlu memenuhi kriteria- kriteria yang menjadi pertimbangan utama pihak kementerian. Antaranya:
(i) permintaan yang mencukupi sama ada dari pihak masyarakat mahupun industri terhadap sesuatu bidang atau lapangan;
(ii) ketersediaan tenaga pengajar atau pakar atau kemudahan yang diperlukan untuk memastikan pengajian tersebut boleh digerakkan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkualiti;
(iii) pandangan serta saranan daripada pelbagai pemegang taruh seperti badan profesional, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pihak industri;
(iv) pelan atau perancangan yang bersesuaian, lestari dan praktikal oleh pihak IPT khususnya daripada aspek kesesuaian dan kelestarian sesuatu program pengajian; dan
(v) kewujudan halangan atau sekatan atau moratorium bagi pengenalan sesuatu bidang baharu.
Dengan mengambil kira dan memperhalusi perkara-perkara di atas pihak kementerian akan seterusnya meneliti dan mempertimbangkan cadangan pengenalan sesuatu program baharu di IPT. Bagi penawaran pengajian bidang undang-undang peringkat sarjana muda oleh IPT, suka untuk saya memaklumkan bahawa terdapat moratorium yang telah berkuat kuasa dari tahun 2006 sehingga kini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Laporan Kajian Hala Tuju Pengajian Undang-undang di Malaysia pada tahun 2017 dan tahun 2023 yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti Majlis Peguam Malaysia dan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang mencadangkan agar moratorium penawaran program Sarjana Muda Undang-undang tersebut diteruskan.
Justeru, bagi menjawat soalan pertama Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum bahawa tiada universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta di Sabah yang menawarkan kursus pengajian dalam bidang undang-undang peringkat sarjana muda. Buat masa ini bagi menampung sebarang keperluan dan permintaan, para pelajar dari Sabah boleh memanfaatkan peluang pengajian dalam bidang tersebut di 22 IPT di seluruh negara yang menawarkan pengajian undang-undang peringkat sarjana muda.
Dalam hal ini juga pihak kementerian, akan melihat secara teliti sebarang keperluan dan kesesuaian penambahan program baharu sarjana undang-undang bagi memastikan kelestarian program ini, kualiti serta prospek pasaran graduan yang dikeluarkan termasuklah bagi memenuhi keperluan semasa negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Menyentuh mengenai cadangan pembinaan Politeknik Kota Belud, Sabah, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan pada tahun 2024 untuk kerja-kerja awalan melibatkan pelbagai politeknik termasuklah Politeknik Kota Belud. Setelah fasa awal ini selesai, ianya akan disusuli dengan permohonan dan kelulusan pembangunan kampus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Puan Speaker saya ingin memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini sehingga ke hari ini tidak ada satu universiti ke, kolej ke yang di Sabah ini yang menawarkan jurusan undang-undang? So, siapa-siapa anak-anak Sabah yang berminat untuk mahu menjadi lawyer dia kena keluar daripada Sabah dan transportation cost is always a hindrance to us-lah dengan izin.
Jadi, saya ingin bertanya dengan kementerian, memandangkan YB Timbalan Menteri bercakap begitu terdapat moratorium. Saya ingin tanya kalau kementerian bercadang untuk mengecualikan moratorium ini dan sebab pada saya ini adalah satu keperluan, ya. Saya rasa ini juga disokong oleh Sabah Law Society, a very ꟷ orang bilang satu body yang sangat kuat untuk pembangunan Sabah.
Kedua, saya juga ingin tanya kepada kementerian untuk mempertimbangkan penawaran mana-mana kursus ataupun subjek-subjek berkenaan dengan Undang-undang Tanah dan Adat memandangkan Sabah ini unik ya. Kita ada kita punya adat sendiri dan saya percaya itu akan memperkukuhkan lagi integrasi nasional. Satu juga YB Timbalan Menteri saya minta apa orang bilangꟷ apa ini satu kepastian, bukan kepastianlah. Satu, supaya pembinaan politeknik itu kalau tahun depan, tahun depanlah jangan lagi di lambat-lambat ha.
Ha, terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih juga atas keprihatinan dan komitmen yang berterusan daripada Yang Berhormat dalam memperjuangkan nasib dan hak-hak orang Sabah seperti mana keprihatinan Yang Berhormat, saya juga atas kapasiti sebagai wakil rakyat dari Sabah, menghormati dan bersetuju dengan pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat.
Justeru, suka saya maklumkan di sini bahawa pada 30 November ini, kementerian akan mengadakan Mesyuarat Pembentangan Semula Laporan Akhir Kajian Hala Tuju Program Undang-undang dan atas cadangan Yang Berhormat tadi saya akan minta kementerian untuk membincangkan dan meneliti perkara ini dan melibatkan juga pemegang taruh utama di Sabah seperti Sabah Law Society dan yang berkaitan jugalah yang lain-lain.
Bagi tujuan soalan yang kedua mengenai cadangan program adat ya, kita akanꟷ saya akan dapatkan maklumat yang lebih lanjutlah daripada pihak UiTM dan UMS dan akan membincangkan kesesuaian ya dan keperluan program ini ditawarkan di IPT tersebut.
Berhubung dengan pembinaan politeknik. Seperti yang saya katakan awal tadi bahawa kita telah pun menyediakan peruntukan awal sebanyak RM15 juta untuk tujuan peringkat awal ini iaitu pengambilan tanah, tapak itu. Keduanya, yalah kerja-kerja awal itu. Ini
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
bermakna kalau dari segi construction ini, ini ꟷ the preliminary thing is now going to be done by 2024. Seperti yang saya katakan tadi juga, bahawa tentunya bila selesai pengambilan tanah ini, yang tentunya saya minta juga Yang Berhormat yang selalu berada di Sabah untuk membantu kementerian jugalah berhubung kait dengan perpindahan ini, perpindahan milik daripada mungkin yang empunya tanah kepada kementerian ini dapat dipercepatkan.
Jadi kalau ada ꟷ yalah namanya apa mungkin kenalankah ataupun cara untuk YB juga bantu kita, insya-Allah sekiranya pengambilan tanah ini cepat tentunya permohonan pembangunan itu juga akan boleh kita percepatkan, insya-Allah. Kita akan boleh juga terus memberi jaminan bahawa 2024 mungkin boleh kita mulakan pembinaan politeknik baru di Kota Belud. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri merujuk kepada politeknik tadi, politeknik sekarang ini dah menjadi satu orang kata antara yang menjadi pilihan lepasan SPM berdasarkan kepada kursus yang ditawarkan sesuai dengan teknologi sekarang dan juga kerjayaꟷ keperluan untuk kerjaya sekarang.
Adakah kerajaan bersedia untuk meliberalisasikan pendidikan TVET melalui memberi kuasa autonomi penuh kepada politeknik. Sekian, assalamualaikum.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
...Padang Terap.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Padang Besaq.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Oh, Padang Besar, sorry. Soalan autonomi.
Autonomi ini mungkin kita melihatlah perbezaan dia ya. Contoh ꟷ mungkin kita nampak kenapa IPTA contohnya ada kuasa. Dia adalah semua universiti yang ada sendiri akta yang diberikan untuk membolehkan mereka ada autonomi ataupun kuasa untuk membuat sesuatu keputusan.
Politeknik berada di bawah sebuah jabatan yang dipanggil Jabatan Politeknik dan Komuniti Kolej di bawah Kementerian Pendidikan. Tentunya sebagai sebuah jabatan ini dia terikat pada perundangan kementerian itu ataupun peraturan-peraturan yang ada. Makanya, kita tidaklah boleh menyatakan pendirian kita setakat ini bagaimana ada kemungkinankah tak kita akan bagi autonomi. Tetapi sebagai sebuah jabatan tentunya dia mengikut kepada apa yang ada sedia ada, kaedah-kaedah dan cara kita mengurus tadbir politeknik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Kapten (B) Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Izinkan Tanjong Karang memulakannya dengan serangkap pantun empat kerat.
Pergi memancing naik sampan, Singgah di A&W, terjumpa Agus dan Wahab, Soalan Tanjong Karang nombor lapan, Mohon YB Menteri bantu menjawab. Terima kasih.
8. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan untuk memastikan jelapang padi negara di Tanjong Karang dapat diperkasa. Jadi, apakah tindakan, pelan dan langkah kementerian dalam memastikan sawah padi di Tanjong Karang dapat dipertingkatkan hasilnya bagi meningkatkan ekonomi petani dan pengusahaan sawah padi terus relevan dan lestari.
Penyelesaian tuntas harus merangkumi pengairan, benih, baja, racun dan pemulihan tanah serta pengurusan sawah itu sendiri secara komersial.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Terima kasih kepada Tanjong Karang. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan warga-warga dari Pusat Khidmat Alor Gajah dan Hang Tuah Jaya datang ke Parlimen.
[Tepuk] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, industri padi dan beras sentiasa mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kerana industri ini merupakan pengeluaran utama makanan ruji rakyat Malaysia. Justeru itu, saban tahun kerajaan akan memberi peruntukan untuk pembangunan infrastruktur dan pemberian input pertanian agar hasil dan produktiviti dapat ditingkatkan.
Bagi memperkasakan lagi penanaman padi dan meningkatkan hasil padi di kawasan Tanjong Karang, berikut adalah pelan dan tindakan yang telah diambil oleh KPKM seperti berikut.
Pertama, menaik taraf skim-skim pengairan di kawasan jelapang padi IADA Barat Laut Selangor yang telah dimulakan dengan kawasan di sawah sempadan iaitu separuh palung di kawasan tersebut telah dinaik taraf task 1 ke task 6 pada tahun 2006 dan kini sedang di peringkat reka bentuk dan proses pengambilan tanah untuk menaik taraf separuh lagi palung yang masih belum dinaik taraf, task 7 ke task 12. Kedua, melaksanakan tiga projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan pembangunan pertanian bersepadu IADA Barat Laut Selangor yang telah diluluskan dan salah satunya terletak dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang iaitu Projek Menaik Taraf Struktur Tali Air Palung dan Sistem Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut Selangor dengan kos sebanyak RM12.9 juta dan kini dalam proses reka bentuk dan pengambilan tanah. Projek ini melibatkan kawasan sawah sempadan daerah Kuala Selangor.
Ketiga, meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan benih padi sah yang berkualiti tinggi dan rintang terhadap penyakit serta berhasil tinggi. Langkah ini sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran padi negara.
Keempat, memperkemas pembekalan dan pengedaran input pertanian seperti baja dan racun.
KPKM melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan memastikan input-input pertanian ini sampai kepada pesawah tepat pada masanya tanpa sebarang kelewatan dan ketidakcukupan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Program Agrotourism telah mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Mengikut Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan, bagi tahun 2023 dijangkakan sebanyak hampir 18.1 juta pelancong akan masuk ke negara dan ianya melebihi sasaran 16.1.
Antara kawasan yang akan menjadi tumpuan melawat dalam negara adalah seperti Muzium Padi di Sekinchan terutama dari pelancong Taiwan, Jerman, Hong Kong, Korea.
Manakala yang lainnya termasuk tarikan seperti pakej homestay, permainan all-terrain vehicle dan lain-lain. Soalan saya, adakah pihak kerajaan ada membuat sebarang perancangan khususnya di peringkat KPKM dalam membantu melestarikan industri pelancongan di kawasan penanam padi terutamanya di kawasan Tanjong Karang?
Yang kedua, sebagaimana health tourism, agrotourism juga sangat berpotensi untuk dimajukan. Jadi, adalah terdapat sebarang usaha, kerjasama antara KPKM dan Kementerian Pelancongan di dalam membantu pengusaha sektor tempatan bagi menambah pendapatan melalui agrotourism serta apakah jenis komitmen tersebut? Jika ada, apakah bentuk bantuan
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
yang disediakan? Dalam masa yang sama perancangan dalam usaha bagi meningkatkan lagi mutu infrastruktur seperti jalan-jalan ladang serta meningkatkan capaian Internet bagi kemudahan para pelancong di masa yang akan datang.
Akhir sekali ya Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup. Terlalu panjang. Sila jawab.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Terima kasih kepada Tanjong Karang. Ada terdapat satu Taman Agroteknologi MARDI dekat Tanjong Karang dan saya pun pernah melawat ke kawasan itu. Taman Agroteknologi MARDI ini dia adalah salah satu pusat agrotourism juga di mana pelawat-pelawat dapat menikmati macam mana nak cucuk tanam, macam mana nak mendayung sampan dekat sana. Taman Agroteknologi MARDI, saya berpendapat saya boleh menjemput YB Tanjong Karang juga melawat kepada Taman Agroteknologi ini.
Selain daripada ini, untuk panduan untuk membangunkan agrotourism ini, salah satunya adalah melalui geran agrotourism atau geran agropelancongan ini, setiap satu pemohon maksimum dia, dia boleh dapat sampai RM200,000 berpandukan apa yang mereka nak mohon. Permohonan ini boleh disampaikan melalui jabatan-jabatan pertanian daerah.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. So, kita dapat maklum tentang usaha-usaha yang dibuat di Tanjong Karang ini. Dewan juga diberitahu kita ada projek tanaman padi ini yang akan ditambah baik di sebelah utara. Di Kedah umpamanya, lima kali harvest untuk tempoh dua tahun. Begitu juga Dewan juga disebut tentang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
...Projek di Sabah dan Sarawak. Tanah-tanah di sana. Soalan saya sekarang ini, sekarang ini kita dapat menampung 65 peratus padi dalam negara kita. Jadi, kalau usaha-usaha ini, saya kira dia akan jadi lebih, peningkatan penghasilan ini. Apakah kerajaan ada rancangan dan bagaimana ia dapat dilaksanakan untuk mengeksport padi ini ke luar negara?
Tuan Chan Foong Hin
Okey, untuk jawapan itu Ahli Parlimen Pulai, sampai masa sekarang kerajaan tak ada rancangan yang lanjut untuk mengeksport padi sawah ke luar negara kerana memandangkan SSL untuk penggunaan pasaran tempatan, domestik pun belum cukup setakat 65 peratus. So, kerajaan sekarang telah melalui pelbagai program kita nak membangunkan, nak meningkatkan SSL ini. Ini adalah matlamat yang penting sekarang.
Tadi Yang Berhormat Pulai juga menyebut tentang terdapat beberapa projek atau program yang dinamakan di kawasan-kawasan utara kah, Sabah Sarawak kah. Sukacita dimaklumkan bahawa kepada kawasan Selatan pun ada juga projek atau program yang tertentu seperti contoh baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor datang untuk memberikan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Menteri dan KPKM telah bersetuju untuk meluluskan satu peruntukan yang bernilai RM3 juta untuk pembangunan atau feasibility study untuk pembangunan padi sawah dekat Johor. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan daripada Kota Melaka soalan yang kesembilan.
9. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan tentang Empangan Durian Tunggal, Asahan dan Jus yang disenaraikan oleh SPAN sebagai berisiko tinggi dengan menyatakan tindakan yang boleh diambil dan berapakah peruntukan akan diberikan untuk empangan-empangan tersebut agar mampu berfungsi menjamin bekalan air yang mencukupi kepada pengguna di Melaka.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka. Tentang soal Empangan Durian Tunggal, Asahan dan Jus yang disenaraikan oleh SPAN sebagai berisiko tinggi. Kenyataan ini dikeluarkan oleh SPAN berdasarkan Laporan Pemantauan Bekalan Air 2022.
Timbul kekeliruan sebab istilah empangan berisiko tinggi ini digunakan oleh SPAN dan juga digunakan oleh flying squad daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang dikategorikan oleh SPAN sebagai empangan berisiko tinggi ini ialah tentang soal usia, rekod paras dan simpanan air empangan serta jumlah loji rawatan air (LRA) di kawasan empangan dan bukan tentang soal struktur yang dibuat kajian oleh flying squad yang memantau empangan-empangan di seluruh negara. Itu tentang soal struktur.
Jadi saya telah minta kedua-dua agensi ini menyelaraskan supaya tidak ada penggunaan istilah yang sama.
Bagi menjamin kelestarian sumber bekalan air, SPAN telah mengambil inisiatif seperti berikut. Mengadakan pelan tindakan dan langkah mitigasi untuk fenomena El Nino untuk semua pihak berkepentingan. Kita sudah masuk ke tempoh fenomena El Nino. Ada sembilan pelan tindakan yang telah dikenal pasti termasuk penyelarasan operator bekalan air dan pembetungan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh SPAN termasuklah perjanjian persefahaman MoU di kalangan operator-operator air dan garis panduan sedia ada.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Kedua, penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan seperti Bahagian Bekalan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia
(NAHRIM), Jabatan Meteorologi Malaysia, Badan Kawal Selia Air Negeri, serta operator empangan berkaitan isu-isu pelepasan dan simpanan air di empangan.
Ketiga, pengurusan dan pemantauan simpanan yang sistematik serta penyediaan prosedur operasi standard pengoperasian empangan semasa musim panas atau kemarau termasuklah kajian unjuran inflow forecasting dengan izin dan kapasiti empangan bagi pengurusan sumber air yang lebih berkesan. Jadi, ini ialah tanggungjawab kita untuk memastikan sumber air yang mampan yang perlu dimainkan oleh semua pihak, termasuklah kerajaan negeri dan juga pengguna. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang diberikan. Menteri, kalau kita lihat pada tahun 2019 di Melaka telah berlakunya krisis kekurangan air akibat daripada tahap air di empangan terlalu rendah, maka terpaksa diadakan catuan air. Jadi kita harap supaya kementerian dapat memberikan peruntukan yang lebih kepada negeri Melaka untuk kita membuat projek-projek untuk kita dapatkan lebih banyak bekalan air.
Selain daripada kita bina atau kita mempertahankan empangan yang ada ini, satu lagi satu faktor yang menyebabkan kita menghadapi kekurangan air krisis ini adalah barangkali kerana faktor non-revenue water di mana di Melaka ini lebih kurang 34 peratus non-revenue water dan dia menyebabkan kerugian hampir RM80 juta satu tahun. Salah satu sebab kenapa Melaka menghadapi masalah ini ialah kerana paip yang sedia ada itu sudah lama, paip AV iaitu paip simen sudah lebih 40 tahun sedangkan hayat mereka hanya 25 tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi pihak Kerajaan Melaka ada meminta supaya dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM700 juta untuk mereka menggantikan dengan paip yang baharu sepanjang 1,700 kilometer.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan mesyuarat****] Bolehkah kementerian mendahului permintaan negeri Melaka ini? Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yang Berhormat, memang soal kadar air tidak berhasil adalah satu isu yang sangat besar yang mana kalau di peringkat nasional
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
sebenarnya lebih tinggi daripada Melaka sekitar 37.2 peratus. Kerugian yang dialami daripada NRW ialah RM2 bilion. Ada negeri-negeri yang lebih daripada 50, 60 peratus NRW.
Bermakna lebih separuh daripada air yang dirawat dibelanjakan wang tidak dapat dibilkan, tidak dapat sampai ke akaun kerana kecurian, kebocoran dan sebagainya.
Jadi, apa pendekatan yang telah diambil di Melaka ini kerana dia berada di bawah 40 peratus, maka dia terlibat di dalam Program Pengurangan NRW Pendekatan 2 dan di bawah pendekatan dua ini sebanyak RM1.371 bilion diperuntukkan secara matching grant.
Bermakna setiap sen atau setiap ringgit yang dibelanjakan oleh operator air negeri, Kerajaan Persekutuan akan juga sumbang RM1. Operator air di negeri Melaka boleh melaksanakan program NRW dan mendapat imbuhan balik sebanyak 50 peratus atau 75 peratus daripada jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sekiranya sasaran NRW dicapai.
Berdasarkan pelan cadangan yang telah dikemukakan kepada SPAN, Syarikat Air Melaka bercadang untuk melaksanakan program NRW secara holistik bagi mencapai sasaran NRW 34 peratus tahun 2025 dan anggaran kos berjumlah RM111 juta. Buat masa ini ialah 35.2 peratus.
Antara kajian kita juga ialah sebelum ini dia kena tunggu dahulu operator air ini pertama keluarkan wang dan kedua kalau katakan sasaran dia pengurangan dia dua peratus atau empat peratus, tetapi tidak capai baharu 1.5 percent. Maka kerajaan tidak akan bagi geran sepadan. Kita telah ubah supaya walaupun dia bawah daripada sasaran, kalau sasaran empat peratus dia dapat kurangkan tiga peratus kita akan bagi matching grant untuk tiga peratus. Sebab kalau tidak, tidak adil. Kita tahu NRW bukan perkara yang mudah sebab orang-orang politik ini dia suka buat loji rawatan air, dia tidak suka baiki paip. Jadi, itu antara cabaran yang dihadapi, jadi kita akan cuba menangani yang sebaik mungkin.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tambahan satu soalan, Kubang Kerian satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, dia bangun dahulu tadi.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Minta maaf Kubang Kerian.
Kalau hendak, saya boleh bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey. Sila.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasihlah, ini contoh yang baiklah. Terima kasih kepada jawapan Menteri tadi. Saya meneliti sebab pendekatan dua ini sebenarnya satu pendekatan yang tidak banyak negeri yang capai. Walaupun kerajaan memperuntukkan jumlah yang besar RM1.37 untuk matching grant, tetapi saya melihat setelah meneliti beberapa kaedah yang dilakukan dalam pendekatan dua, sehingga kini mungkin hanya satu, dua negeri yang dapat manfaat daripada matching grant, apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengubah?
Saya menyambut baik apa yang telah dibuat tadi, tetapi kita perlu satu pendekatan yang lebih mesra kepada operator air. Sebab pendekatan dua ini saya rasa perlu ditukar kepada satu pendekatan yang lebih holistik supaya operator-operator air negeri yang kritikal ini dapat kita bantu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya, sememangnya kalau negeri-negeri yang berdepan dengan NRW melebihi 40 peratus itu dia dapat geran secara teruslah daripada Kerajaan Persekutuan. Tetapi bagi negeri-negeri yang di bawah 40 peratus termasuklah Melaka, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain mereka di bawah pendekatan dua. Tetapi secara rekodnya, kalau tidak silap saya hanya Selangor dan Johor yang mampu untuk akses sebagaimana yang saya katakan perlu dikeluarkan wang terlebih dahulu dan cabaran dia kalau dia tidak dapat sasaran sebelum ini, maka dia tidak dapat langsung.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Makna dia sudah keluar RM200 juta dia belanja dahulu dengan harapan dapat lagi RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan tetapi dia tidak berjaya, maka mereka habis begitu sahaja wang yang dibelanjakan. Jadi atas dasar itu, kita mempermudahkan akses kepada dana ini supaya bukan hanya Selangor dan Johor. Selangor, Johor ini NRW dia bawah 28 peratus, itu antara yang terbaiklah di negara kita.
Tetapi bagi negeri-negeri lain yang mungkin sektor industri dan komersial mereka tidak besar, maka mereka punya hasil daripada air tidak banyak, maka kita perlu ada pendekatan yang berbeza dan saya setuju bahawa pendekatan sebelum ini tidak ada beberapa cabaran dan dalam usaha kita mengatasinya sekarang termasuk apa yang kita telah ambil tetapi mungkin kita kena kaji lagi mungkin untuk RMK yang akan datang untuk pendekatan yang lebih positif untuk mengatasi masalah NRW.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguh sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 23 November 2023.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, ada yang menyokong?
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti dinyatakan oleh menteri sebentar tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesepuluh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bentara, cokmar. Terima kasih Bentara.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital terbuka untuk dibahaskan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Di dalam senarai yang telah diberi kepada saya, terdapat seramai 18 orang Yang Berhormat akan berbahas. Senarai adalah seperti berikut yang akan memulai perbahasan adalah Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Gudang dan akhirnya Yang Berhormat Keningau.
Dimulakan dengan menjemput Yang Berhormat Bakri untuk memulakan perbahasan.
Dipersilakan Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Saya ingin membincangkan Butiran 020300 – Komunikasi Strategik sebanyak RM7.86 juta bersekali dengan Butiran 020500 – Pembangunan Kandungan sebanyak RM4.7 juta. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, kita sekarang berada dalam zaman teknologi maklumat iaitu era siber.
Pelbagai cabaran baharu yang terpaksa kita hadapi sekarang termasuklah isu-isu gangguan dan buli siber, isu-isu penipuan, penularan berita palsu dan pelbagai lagi cabaran- cabaran yang lain. Kesemua ini saya lihat kita perlu menjalankan ataupun mengangkat agenda memperkasakan literasi media dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai peringkat.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, literasi media dia merujuk kepada keupayaan masyarakat dalam mengakses, memahami, menganalisis dan menilai sesuatu kandungan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
mesej ataupun maklumat sama ada dia adalah penting dalam konteks era digital pada masa sekarang. Teknologi seperti deepfake telah membawa cabaran baharu dalam era siber ini.
Penyebaran video dengan teknologi deepfake yang serupa dengan orang sebenar amat lah sukar dibezakan dan era ini bukan hanya kerajaan atau institusi utama yang mampu menyebarkan berita atau maklumat, malah setiap individu dengan akses internet juga boleh menyebarkan maklumat melalui media sosial.
Dahulu sekiranya kita kata apa-apa maklumat kita mendapat daripada sumber yang begitu tunggal, begitu sedikit iaitu sama ada daripada radio, televisyen ataupun daripada surat khabar. Tetapi kini fenomena ini telah berubah. Kalau kita pergi ke kampung-kampung, kita perhatikan di warung, di kedai kopi apabila apek-apek sembang dalam kedai kopi mereka kata Facebook cakap demikian. Kalau dahulu dia akan cakap surat khabar cakap demikian tetapi kini dia akan cakap, ini menurut Facebook. Ada yang lebih canggih lagi dia kata menurut TikTok. Arau suka lah. Apa-apa dia akan bergantung kepada maklumat yang didapati melalui media sosial.
Maka adalah penting kerajaan untuk membuat sesuatu. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, fenomena echo chamber ataupun filter bubble yang dibawa oleh algorithm media sosial ini dia menjadikan keadaan seperti ini lebih teruk di mana ramai pengguna hanya terdedah kepada maklumat yang hanya akan memperkukuhkan atau mendalamkan persepsi atau pandangan mereka sendiri.
Ini telah mencipta suatu keadaan di mana fakta dan logik sering kali akan diketepikan, akan diabaikan dan dia hanya menjadikan media sosial sebagai satu pembesar suara untuk menyebarkan segala maklumat sama ada palsu ataupun benar. Yang lebih teruk lagi, unsur- unsur yang mengandungi unsur-unsur kebencian, kepalsuan juga akan tersebar melalui media sosial dan perkara ini sering kali diperalatkan oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat palsu, sehingga lah mungkin suatu hari nanti Kopi Peng akan menjadi ciptaan Chin Peng. Itu sangat bahaya.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, walaupun ada pelaksanaan undang-undang seperti Akta Jenayah Komputer tahun 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 dan beberapa akta lain dengan kerjasama bersama platform media sosial untuk memadamkan kandungan yang berunsur maklumat palsu dan ucapan kebencian.
Tetapi amatlah pentingnya untuk kita memperkasakan masyarakat supaya lebih celik digital.
Oleh sebab usaha-usaha untuk memadam kenyataan-kenyataan palsu ini kadangkala dia akan menjadi terlambat dan apabila kandungan itu dipadamkan, sebenarnya maklumat telah tersebar luas. Maka, saya harap kerajaan memperkasakan atau mempertingkatkan lagi usaha-usaha ini. Saya memang menghargai usaha kementerian melalui laman sesawang seperti Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.My dan juga MyDIGITAL.KKD untuk meningkatkan literasi media digital. Namun program-program outreach yang aktif juga amat perlu untuk melibatkan lebih ramai individu...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Boleh. Terutamanya remaja dan orang tua supaya masyarakat kita lebih faham dan lebih celik digital. Dengan ini, saya ingin bertanya kepada kementerian adakah pihak kementerian akan menganjurkan program-program outreach seperti kem atau kursus, khususnya kepada golongan remaja dan orang tua untuk meningkatkan kemahiran literasi media? Berapakah jumlah modul yang telah dibangunkan untuk pendidikan literasi media. Berapa ramaikah individu yang telah mendapat manfaat melalui program-program ini dan apakah impak atau keberkesanannya terhadap peningkatan kesedaran literasi media di kalangan masyarakat?
Melalui pendekatan holistik yang merangkumi undang-undang, pendidikan dan kesedaran, saya yakin kita dapat membina masyarakat yang lebih resilience...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 36...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...dan berinformasi untuk menghadapi cabaran era siber yang semakin rumit pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Dipersilakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya akan menyentuh semuanya dalam hal bekalan Perkara B. Jadi, yang pertama sekali adalah mengenai 050100 iaitu peruntukan untuk Komuniti Malaysia Madani sebanyak RM18.78 juta. Saya hendak timbulkan mengenai apakah rasionalnya program ini diwujudkan dalam keadaan kementerian sebenarnya sudah mempunyai pelbagai mekanisme untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Dalam kenyataan media yang kita baca sebelum ini dikatakan bahawa kerajaan akan menubuhkan 1,878 Komuniti Madani dan bagi saya ini satu bilangan yang amat besar. Kalau di Pulau Pinang sahaja saya baca dalam satu keratan akhbar baru-baru ini, dikatakan ada 120 Komuniti Madani akan ditubuhkan. Di Pulau Pinang, kita ada 40 Dewan Undangan Negeri. Maksudnya satu Dewan Undangan Negeri ada tiga Komuniti Madani.
Di kawasan saya di Tasek Gelugor, kita ada tiga Dewan Undangan Negeri.
Maksudnya kita ada 12. Jadi, kebimbangan saya ialah Komuniti Madani ini akan ditubuhkan dan dioperasikan sebagai satu jentera yang bersifat politik kepartian. Saya meminta jaminan daripada pihak kementerian, bahawa penubuhan Komuniti Madani ini tidak akan ditubuhkan berdasarkan kepentingan politik kepartian. Kita libatkan komuniti secara betul-betul, libatkan komuniti secara keseluruhan, barulah berbaloi dengan peruntukan yang diberikan.
Dalam ucapan Belanjawan 2024 juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa ada RM1 bilion diperuntukkan untuk aktiviti Komuniti Madani, saya baca– melalui geran antara RM50,000 sehingga RM100,000.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, persoalan saya, adakah RM1 bilion ini adalah untuk program yang sama?
Adakah ia akan digunakan oleh Komuniti Madani yang diterletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital? Sebab apabila saya semak dalam perincian RM1 bilion ini tidak dinyatakan.
Apakah sekiranya ini adalah peruntukan untuk digunakan oleh Komuniti Madani yang dimaksudkan dalam KKD ini, apakah kriteria untuk membolehkan mereka mengakses dana yang diperuntukkan oleh pihak kementerian- oleh pihak kerajaan seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tapi berbalik kepada persoalan asas yang saya timbulkan tadi, iaitu mengenai jaminan bahawa Komuniti Madani ini tidak digunakan sebagai jentera politik yang berbentuk kepartian. Kita sedia maklum bahawa sebelum ini ada sahaja jentera politik yang ditubuhkan dibicarakan dalam perbahasan Belanjawan dan akhirnya menjadi lantikan-lantikan kepada mereka yang ada jawatan dalam parti-parti politik.
Jadi, saya sekali lagi memohon jaminan daripada pihak kementerian bahawa dalam melantik mereka yang menganggotai Komuniti Madani ini, ia tidak akan dijadikan satu ruang untuk menyalahgunakan dana kerajaan untuk memberi elaun kepada mereka yang pegang jawatan dalam parti di peringkat bahagian ataupun cawangan.
Seterusnya dalam hal yang sama mengenai Komuniti Madani ini, saya nak tanya juga adakah wujud pertindanan daripada segi peranan ya, dengan J-KOM yang diletakkan di bawah JPM, di bawah Jabatan Perdana Menteri? Kenapa tidak pihak kementerian hanya mengambil alih J-KOM yang setelah pun ada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dioperasikan di bawah KKD, supaya kita boleh jimatkan perbelanjaan kita. Ini adalah satu perkara yang lebih efisien dan lebih efektif bagi saya.
Kita lihat juga bahawa sebenarnya J-KOM ini daripada segi peranannya, saya rasa ada kegagalan yang berlaku, yang mana salah laku ataupun dakwaan salah laku di peringkat J-KOM yang kita sekarang ini kita kenali sebagai skandal “A&W” ini. Sehingga hari ini, Perdana Menteri yang melantik Ketua Pengarah tidak memberikan komen.
Kalau Perdana Menteri part-time kita tak boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab J-KOM, saya mencadangkan ambil alih J-KOM, letak di bawah KKD sebab itu lebih menjimatkan mungkin lebih efektif peranannya- 55 saat yang akhir ini Dato’
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Pengerusi, saya nak gunakan untuk bercakap mengenai satu peranan yang saya nak cadangkan pihak kementerian gunakan dana yang ada iaitu peranan untuk menjalankan pendidikan awam.
Saya tak pasti sebenarnya nak letak di bawah Kepala mana, tapi saya rasa mungkin di bawah 020600 – Penerangan (JaPen) dan 020700 – Penyiaran (RTM). Ia boleh digunakan untuk tugasan pendidikan awam kepada rakyat. Ada banyak contohlah, tapi saya nak bawa contoh yang ada kena mengena dengan kawasan saya.
Untuk empat, lima bulan kebelakangan ini, saya banyak betul berhadapan dengan pembeli-pembeli rumah di dua kawasan perumahan mampu milik di kawasan saya. Yang mana mereka membeli rumah mampu milik ini dengan harapan supaya dia jadi tempat yang selesa untuk mereka tinggal, tapi malangnya, kualiti pembinaan rumah itu amat menyedihkan, dibina oleh satu syarikat yang besar, namanya Scientex Berhad.
Apabila mereka menghadapi masalah dengan pemaju perumahan, dia tak tahu nak pergi ke mana, sedangkan sebenarnya dalam kerajaan kita ada Tribunal Perumahan. Kita ada Jabatan Perumahan, kita ada macam-macam sebenarnya agensi-agensi yang boleh membantu mereka, tapi mungkin akibat daripada kekurangan pendidikan awam mengenai khidmat-khidmat yang kita sedia ada dalam kerajaan, maka pembeli-pembeli ini tidak maklum ke mana mereka boleh pergi.
Jadi, saya nak mencadangkan saya nak merayu kepada pihak kementerian, gunakan peruntukan yang ada di bawah kepala yang saya cadangkan tadi untuk menjalankan peranan public education supaya semua yang disediakan oleh kerajaan dan ini kita merentas kepentingan parti politik semua yang disediakan oleh kerajaan dalam konteks ini ialah mengenai pembeli rumah dan apa yang mereka boleh akses bantuan-bantuan daripada kerajaan untuk membela nasib mereka dapat dibela secara keseluruhannya dan rakyat faham dan maklum bahawa ada agensi-agensi boleh membantu mereka yang disediakan oleh pihak kerajaan. Masa pun tidak ada. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tasik Gelugor. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Dato’ Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital.
Dato’ Pengerusi, melalui Butiran 020500 – Pembangunan Kandungan. Melalui butiran ini, saya melihat terdapat penurunan peruntukkan daripada RM5.36 juta pada tahun 2023 kepada RM4.7 juta tahun 2024. Saya melihat pada masa kini, kebanyakan drama tempatan hanya berkisar isu-isu mengenai hasrat dengki, dendam dan perkahwinan daripada status golongan yang tidak sama taraf yang sering kali dilihat mampu untuk memancing emosi para penonton.
Saya merasakan sudah sampai masanya para karyawan drama tempatan untuk berubah dengan menghasilkan karya yang mampu mendidik masyarakat ke arah pemikiran positif serta membina minda. Justeru itu, saya ingin mengetahui, adakah terdapat sebarang pemantauan terhadap kualiti kandungan skrip sesebuah drama di Malaysia ini?
Apakah terdapat sebarang usaha serta ruang dan peluang yang akan disediakan oleh kementerian untuk para karyawan drama bagi membangunkan kandungan industri kreatif yang lebih berkualiti di Malaysia ini? Bagaimanakah kementerian akan memastikan para pemain industri kreatif serta sentiasa menepati dan mengikuti garis panduan ditetapkan bagi mengelakkan penghasilan kandungan industri kreatif yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum?
Butiran 020700 – Penyiaran (RTM). Dato’ Pengerusi, saya melihat penurunan peruntukkan dalam butiran ini daripada RM514.23 juta tahun 2023 kepada RM496.31 juta tahun 2024. Saya ingin membangkitkan berkaitan dengan penyiaran RTM. Saya mendapat laporan mengatakan, RTM tidak dibenarkan untuk membuat liputan terhadap ADUN
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
pembangkang dan juga kepada Ahli Parlimen UMNO di Sabah. Saya juga turut dimaklumkan bahawa perkara ini berlaku atas arahan pihak tertentu.
Saya berharap pihak kementerian membuat siasatan serta pertimbangan sewajarnya terhadap perkara ini. Saya merasakan media arus perdana ini tidak seharusnya dipolitikkan untuk kepentingan sesiapa sahaja. Sebagai media agensi Kerajaan Persekutuan sepatutnya RTM diberi kebebasan untuk membuat siaran kepada semua Wakil-wakil Rakyat tanpa sekatan. Sebenarnya kita pun tak perlu juga popular masuk TV ini Dato’ Pengerusi. Sebab masuk TikTok pun popular juga.
Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Saya melihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menerima pertambahan peruntukan daripada RM35 juta pada tahun 2023 kepada RM35.13 juta pada tahun 2024. Apakah usaha serta komitmen yang akan dijalankan oleh pihak kementerian bagi memperbanyakkan filem-filem berbentuk patriotik bagi menyemai semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan masyarakat? Adakah terdapat sebarang inisiatif ataupun intensif yang akan diberikan oleh kementerian kepada pemain industri perfileman yang ingin menghasilkan filem berbentuk patriotik?
Dato’ Pengerusi, Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Saya menyambut baik terhadap peningkatan peruntukkan dalam butiran ini daripada RM3.55 juta tahun 2023 kepada RM3.74 juta tahun 2024.
Saya ingin membangkitkan isu berkenaan mesej daripada nombor tak dikenali yang menyediakan link pautan ke laman web atau portal bantuan kerajaan yang palsu. Kaedah penipuan ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat peribadi individu. Cuma apa yang menjadi persoalan saya bagaimana para scammer ini mendapat maklumat nombor telefon individu? Adakah terdapat kemungkinan syarikat telekomunikasi bekerjasama dengan pihak scammer menjual data maklumat nombor telefon individu?
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Justeru itu, menerusi peruntukan sedia ada ini, apakah langkah-langkah pencegahan segera yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan tidak lagi berlaku kebocoran maklumat peribadi?
Tuan Pengerusi, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Saya menyambut baik terhadap peruntukan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebanyak RM800 juta tahun 2024.
Saya ingin membangkitkan isu berkenaan masalah internet dan talian telefon yang teruk di kawasan Parlimen Libaran, sama ada di kawasan luar bandar mahupun di bandar.
Penggunaan telefon pintar yang canggih tidak membawa apa-apa kelebihan kepada rakyat kerana rakyat masih lagi perlu berjuang untuk mencari dan mendapatkan internet dan talian telefon untuk berhubung. Sebagai contoh, di kawasan Sejati Walk, Batu 7 dalam Parlimen Libaran iaitu berhampiran dengan Lapangan Terbang Sandakan turut tidak mendapat capaian internet dan talian telefon yang baik.
Justeru itu, saya ingin mengetahui, melalui peruntukan ini, apakah langkah serta usaha yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mengatasi masalah capaian Internet dan talian telefon di Parlimen Libaran? Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Pegerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Saya mulakan dengan Butiran 020300 – Komunikasi Strategik.
Tahun 2023, diperuntukkan RM4.24 juta. Manakala 2024, RM7.86 juta. Persoalan saya, apakah perbelanjaan di bawah item ini sehingga mengalami kenaikan yang agak tinggi
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
pada tahun 2024? Apakah kesegeraan yang memerlukan kepada pertambahan perbelanjaan ini? Apa beza fungsi item ini dengan JKOM yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri?
Jika ia merupakan fungsi yang sama, saya mohon untuk mencadangkan supaya kita mansuhkan sahaja salah satu daripada dua item ini. Kalau diberikan pilihan, saya hendak cadangkan supaya mansuhkan sahaja JKOM kerana inilah sekarang masa yang sesuai dan terus masukkan di bawah kementerian ini sebagaimana yang telah dicadangkan oleh sahabat saya daripada Tasek Gelugor tadi. Ini juga sesuai dengan cadangan daripada Yang Berhormat Menteri sendiri daripada Lembah Pantai pada tahun 2020, Disember 2020, pernah membawa usul untuk mansuhkan JKOM pada masa itu.
Jika tidak mampu hendak mansuh, kita pastikan supaya orang yang dilantik ini benar- benar berkelayakan dan mampu untuk mengetuai agensi yang penting di dalam kerajaan.
Kita tidak mahu apa yang tular dalam video baru-baru ini. Satu video yang sangat memalukan. Walaupun dalam bawah siasatan pihak polis, tetapi saya ingin menyebut ia perlu menjadi pengajaran kepada kita semua untuk melantik mana-mana pihak mengetuai agensi-agensi kerajaan.
Kalau video itu benar, ia sangat mengaibkan. Kalau video itu tidak benar- bahkan apa yang disebut tadi dalam kenyataan yang disebut, ia merupakan konspirasi daripada orang dalaman jabatan kerajaan. Itu pun lebih teruk lagi iaitu jabatan kerajaan telah pun dijadikan sebagai lubuk untuk menjatuhkan antara satu sama lain, lalu dibuat video-video yang mengaibkan. Ini satu detik yang sangat mengaibkan bagi kerajaan.
Kedua, Butiran 060400 – Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional. Diperuntukkan RM11.4 juta tahun 2024 sedangkan tahun 2023 tiada peruntukan untuk projek ini. Apakah pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan sehingga memerlukan RM11.4 juta?
Sedangkan, projek ini sudah dilancarkan pada tahun 2017 atau lebih tepat, pada 7 Jun 2017 di KLCC.
Adakah ia akan dilaksanakan bersama pula dengan Butiran 02014 – Sistem Penyiaran TV Digital Berdefinisi Tinggi yang tahun ini diperuntukkan RM64.74 juta daripada tiada peruntukan tahun 2023? Saya mohon Menteri dapat jelaskan.
Butiran 06500 – BERNAMA. Diperuntukkan RM1.2 juta daripada tiada peruntukan tahun 2023. Apakah kerja-kerja baharu yang memerlukan peruntukan sebanyak ini daripada tiada peruntukan tahun 2023?
Butiran 10007 – MyCreative Ventures. Diperuntukkan RM10 juta. Saya mahu tahu, apakah fokus item ini, yang jika dilihat secara sepintas lalu hanya wujud dalam bajet ini sahaja?
Butiran 47000 – FINAS dan Butiran 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara. Setakat manakah bantuan kerajaan kepada pengusaha-pengusaha filem tempatan bagi memberikan mereka galakan terus menghasilkan filem-filem yang membawa nama negara ke pentas antarabangsa? Tidak perlu untuk kita sebut kejayaan filem-filem seperti Mat Kilau dan sebagainya. Itu satu bukti kreativiti anak tempatan, tetapi dalam masa yang sama, saya juga mahu tahu, setakat mana bantuan kerajaan kepada pengusaha-pengusaha filem-filem animasi?
Filem seperti Upin-Ipin: Keris Siamang Tunggal, Ejen Ali: The Movie, Boboiboy dan sebagainya. Walaupun nampak filem itu ialah filem untuk anak-anak, tetapi ia mencetuskan fenomena pecah panggung dan ia dibawa ke negara seberang. Sebab itu kalau kita lihat dari sudut kreativiti filem-filem animasi seperti ini, kita jauh meninggalkan negara jiran kita kerana kreativiti anak tempatan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri lebih arif dalam isu ini.
Butiran 020400 – Agensi PUSPAL. Saya mohon supaya kerajaan dapat menetapkan satu garis panduan mana-mana kumpulan luar negara yang terang-terang mempromosi budaya yang bertentangan dengan budaya kita di Malaysia ini perlu di-banned terus daripada masuk ke Malaysia.
Kita telah dikejutkan dengan perkara yang tidak diingini yang berlaku pada program kumpulan The 1975, baru-baru ini. Saya ucapkan, Menteri, tahniah Menteri bertindak tegas, tetapi ia sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita supaya kumpulan-kumpulan dari luar ini mereka tidak cukup dengan hanya diberikan garis panduan, tetapi perlu diberikan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
suatu pemantauan atau merit ataupun kad kuning atau kad merah, apa jua kaedah dan prosedur perlu ditetapkan. Atau tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam negara kita. Saya tahu bahawa konsert Coldplay ini sudah pasti akan berlaku dan kita harap supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Saya harap supaya isu kebebasan media ini dapat ditangani dengan baik oleh Menteri yang ada. Walaupun pada tahun ini indeks kebebasan media Malaysia naik 40 anak tangga, tetapi laporan itu ialah berdasarkan kepada prestasi pada tahun 2022. Jadi, untuk tahun 2023 ini, laporan kebebasan media ini masih belum lagi keluar dan kita harap ia boleh mengulangi kejayaan sebelum ini.
Dan akhir Menteri, kad Harakah masih belum lagi dapat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dipersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya Ledang membahaskan anggaran perbelanjaan bagi Kementerian Komunikasi dan Digital peringkat Jawatankuasa ini.
Bagi perbahasan ini, saya ingin tumpukan, pertama, kepada Butiran 050100 – Komuniti Malaysia Madani. Dato’ Pengerusi, saya meraikan sebarang usaha oleh pihak kerajaan untuk memperkukuhkan dan memberi ruang kepada komuniti tempatan untuk mengerakkan aktiviti dan kelangsungan masyarakat.
Dalam sebuah penerbitan bertajuk, International Journal of Research on Service- Learning and Community Engagement, dengan izin, ia menerangkan bahawa kewujudan gerakan komuniti setempat terbukti mampu untuk mengubah dan juga membentuk komuniti sesebuah lokaliti itu untuk mengurus, memanfaatkan dan juga untuk memperkukuhkan sumber-sumber yang ada dalam komuniti tersebut.
Atas premis ini, saya rasa ini adalah satu daya usaha yang baik untuk kita menggerakkan komuniti melalui inisiatif Komuniti Madani ini dan ianya merupakan salah satu daripada elemen penting dalam Malaysia Madani. Tambahan lagi, kita sedar bahawa tekad yang dizahirkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi ruang seluasnya kepada ahli-ahli komuniti untuk mereka terlibat merancang dan juga untuk sedia sama-sama menjayakan keadaan dan suasana pada komuniti setempat.
Melihat kepada jumlah biaya yang diperuntukkan bagi butiran ini, saya percaya banyak ikhtiar yang boleh dilaksanakan berpandukan kepada teras aktiviti ekonomi yang turut dipetik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan beliau.
Seiring dengan nilai integriti dan ketelusan yang menjadi budaya kepada Kerajaan Madani hari ini, saya mohon untuk Menteri memberikan pencerahan terperinci berkenaan dengan kaedah dan mekanisme pemantauan yang akan dikuatkuasakan bagi memastikan objektif pelaksanaan inisiatif ini tercapai. Saya kira ini wajar diingatkan untuk memastikan komuniti ini tidak hanya sekadar pada nama, tetapi dilihat pada gerak kerja.
Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar sebarang daya usaha di bawah Komuniti Madani ini digerakkan merentasi kementerian dan agensi dan keterlibatan semua pihak ini sangat penting. Budaya bergerak in silo mesti diatasi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya percaya, kementerian akan meletakkan garis panduan yang teliti dalam menyusun perincian inisiatif ini supaya teras dan sektor utama yang terkait penglibatan merentas kementerian dan agensi menjadi satu strategi. Mohon pencerahan daripada pihak Menteri.
Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 32000 – Malaysia Digital Accelerated Grant (MDAG). Anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan ialah RM20 juta, sama seperti
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
yang diperuntukkan pada tahun yang lalu. Saya maklum bahawa geran ini kita wujudkan untuk memperkasa pertumbuhan ekonomi digital, pertumbuhan sektor digital dan teknologi dalam negara. Ini penting sebab kita tahu pertumbuhan sektor ini adalah satu perkara yang ke hadapan dan pasti diberikan sokongan dan dukungan.
Cuma saya mohon Menteri boleh memberikan, senaraikan pihak utama yang sudah mendapat manfaat daripada geran ini serta mungkin dua atau tiga success stories, dengan izin hasil daripada inisiatif geran tersebut. Saya rasa ini adalah ruang baik untuk kita kongsikan supaya perkara itu menjadi teladan- suri teladan kepada ramai lagi pihak di luar sana yang mungkin juga berminat untuk memohon dan mendapat manfaat daripada geran tersebut.
Seperti yang pernah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu acara digital, “Usaha memperkasa sektor ini seperti ingin menggapai langit, tetapi ia juga mesti mengakar di bumi”. Oleh kerana itu, kita harap bahawa perkara ini dinilai bukan hanya sekadar untuk memberi manfaat kepada pemain-pemain industri dalam sektor ekonomi digital, tetapi juga boleh membantu terutamanya kepada rakyat di bawah.
Tuan Pengerusi, sebagai penutup saya ingin merujuk kepada Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA. Perkara ini telah disebut banyak kali dan oleh ramai Ahli- ahli Yang Berhormat. Cuma saya pertamanya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan terutamanya KKD atas komitmen untuk memastikan ada penerusan ketersambungan digital negara. Ia adalah sebahagian daripada usaha kita yang saya sebut tadi iaitu untuk mengakar ke bumi.
Saya lihat baru-baru ini Menteri mengumumkan bahawa liputan 4G di Sabah sudah mencapai tahap 90 peratus dan ini berita baik untuk Kepulauan Borneo. Namun terkait aspek mengukuh infrastruktur ketersambungan digital ini, saya mahu mendapat penjelasan pihak kementerian berkenaan dengan garis masa pelaksanaan sesebuah projek yang melibatkan prasarana menara komunikasi. Perkara ini dah ditimbulkan dalam soalan-soalan lisan, saya faham. Cuma saya percaya bahawa tempoh masa itu terlampau lama untuk memastikan bahawa menara-menara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana akhirnya kesan itu ialah kepada liputan yang diperoleh ataupun yang perlu oleh rakyat di kawasan tersebut.
Ada antaranya seperti kawasan saya sendiri di Kampung Bekoh dalam Parlimen Ledang, mereka juga alami perkara yang serupa. Saya harap perkara ini diambil perhatian oleh pihak kementerian terutamanya dalam kita nak memacu transformasi digital negara yang juga harus dipelopori dan didukung bersama oleh penyedia-penyedia mobile telecommunication companies, seller communication companies sebab mereka juga kena bersedia untuk ke arah transformasi digital. Itu sahaja. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Tuan Guru Zulkifli bin Ismail - Jasin
Yang Berhormat Arau, minta izin untuk saya menyampaikan ucapan alu-aluan. Marhaban Bikum kepada para pelajar dan rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, dari Merlimau, Jasin. Ahlan Wa Sahlan. Terima kasih...
[Tepuk]
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi atas peluang untuk menyampaikan sedikit pandangan.
Butiran 020400 – Komunikasi Strategik dan juga Industri Kreatif. Seperti Yang Berhormat Pasir Mas sebutkan tadi, perbuatan terkutuk kumpulan muzik 1975 hangat diperkatakan ekoran insiden vokalis mereka Matt Healy membuat aksi biadab dan songsang secara terang-terang bercanggah dengan ajaran Islam pada persembahan di Litar Antarabangsa Subang. Apabila ditanya berkaitan dengan insiden Kumpulan 1975 tersebut, Menteri memaklumkan bahawa penyertaan Kumpulan 1975 tersebut pada awalnya sudah ditolak oleh PUSPAL, namun penganjur festival terbabit kemudian membuat rayuan.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Soalan saya, kenapa pada mulanya tidak diluluskan dan atas dasar apa selepas rayuan dibuat ianya telah diluluskan? Memandangkan peningkatan sasaran jumlah permohonan daripada 50 tahun lalu dan 450 permohonan tahun 2024, Kementerian Komunikasi dan Digital pasti akan lebih banyak berhadapan insiden ditolak dan rayuan ini akan berlaku kelak.
Soalan saya ialah, apakah usaha kerajaan membuat semakan semula dan memasukkan syarat ketat dengan menghalang mana-mana artis yang terlibat dalam semua bentuk propaganda, indoktrinasi, ideologi, mempunyai rekod berakhlak buruk semasa persembahan agar dilarang masuk membuat persembahan di Malaysia?
Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa beliau akan berjumpa dengan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dengan konsert Coldplay yang akan berlangsung pada hari ini. Apakah hasil daripada perbincangan ini? Apakah tindakan segera yang akan diambil memandangkan konsert tersebut akan berlangsung kurang daripada 24 jam?
Sekarang, di bawah Butiran 020000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif. Saya ada ramai rakan-rakan wartawan dari dulu hingga sekarang. Mereka berkata, bukan saya kata tapi mereka yang kata- maaf. Mereka berkata ramai wartawan yang tidak berpuas hati dengan Menteri. Mereka sering ditegur apabila mengeluarkan berita dan kenyataan yang tidak kena dengan skrip susunan Kerajaan Madani. Amalan-amalan lazim wartawan contohnya membuat laporan berdasarkan pandangan dan amalan pakar dalam industri pun salah, hanya kerana pakar tersebut bukan orang kerajaan.
Apa telah terjadi kepada Yang Berhormat saudara Fahmi, seorang yang memperjuangkan hak-hak kebebasan bersuara pada masa yang lepas? Saya adalah di antara peminat Yang Berhormat Menteri semasa lakonan filem Gol dan Gincu. Rakan-rakan media dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan diberi amaran, beberapa portal berita disekat kerana bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri. Malaysia Madani sepatutnya menggalakkan suasana kondusif untuk media menjalankan tugasan tanpa ragu dan takut.
Sebelum ini Perdana Menteri sendiri yang berkali-kali menekankan pentingnya media bebas dan bertanggungjawab. Beliau juga berjanji akan mengambil sikap terbuka terhadap kritikan atau teguran. Kalau kita nak bercakap kerajaan dulu dan sekarang, betul, kerajaan dulu pun ada pengawas ataupun, dengan izin, gatekeeper, tetapi tidak sekejam kerajaan sekarang. Kita tidak boleh syok sendiri. Kita perlu dengar pandangan semua pihak.
Bagaimana kita nak maju kalau kita rasa kita sahaja yang betul? Walk the talk, dengan izin.
Usahakan apa yang dikritik ketika anda menjadi pembangkang.
Soalan saya, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membenarkan media- media suara kerajaan, RTM, Bernama membuat liputan program-program pembangkang yang melibatkan rakyat? Salah satu langkah untuk menstabilkan politik adalah mendapatkan kepercayaan rakyat. Untuk mendapat kepercayaan rakyat, media perlu telus dan tidak boleh berat sebelah. Ini adalah kerana pada masa ini kita kena pulihkan kepercayaan rakyat kerana sistem demokrasi sebelum ia menjadi tenat. Kita perlukan optik yang segar dan rakyat yang celik informasi, tidak boleh dimomokkan dengan berita-berita ditapis, dengan izin, oleh gatekeeper. Butiran berikut iaitu 02000 dan juga Butiran 04000. Ramai yang menggunakan social media sebagai sumber utama kerana ia dianggap lebih pantas untuk menyebarkan maklumat. Mengikut laporan, peningkatan penipuan siber sebanyak 23 peratus pada tahun ini di mana sehingga September lalu, 19,222 kes penipuan siber yang melibatkan kerugian mencecah RM687 juta. Soalan saya, apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan? Boleh saya sambung sikit lagi, dua minit?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apakah inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan rakyat cakna maklumat keselamatan siber bagi mengelakkan kebocoran data maklumat peribadi? Apakah pelan khusus kerajaan untuk memastikan ekosistem keselamatan siber negara dapat diperkukuh sekali gus menangani ancaman
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
jenayah siber yang semakin meruncing? Apakah tindakan yang diambil bagi memastikan pengguna dalam talian mengamalkan tatacara dan penggunaan social media yang betul?
Akhir sekali ialah Butiran 01000 iaitu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah rasional kerajaan mengadakan program selama tiga hari setahun bersama Kerajaan Madani pada 8 hingga 10 Disember? Saya rasa sambutan sedemikian tidak sesuai dan mungkin tidak sensitif tatkala rakyat masih bergelut dengan cabaran kewangan dan sosial, Perdana Menteri telah menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, penganjuran sampai tiga hari ini seperti bercanggah dengan pembaharuan yang dilaungkan. Gunakan wang ini untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Inilah kali pertama saya baca teks ucapan untuk membolehkan saya memperlengkapkan diri saya dalam ruang lingkup lima minit. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Dato' Pengerusi.
Saya terus ke Butiran 050100 – Komuniti Malaysia Madani iaitu di mana peruntukan diperuntukkan bernilai RM18.76 juta dan peruntukan ini juga dikategorikan di bawah Butiran Dasar Baru Kerajaan.
Namun saya berpendapat bahawa dasar ini bukanlah dasar baru sebab dia lebih kurang sama dengan dasar lama semasa Kerajaan Pakatan Harapan iaitu Komuniti Harapan.
Jadi, saya berharap kewujudan Komuniti Malaysia Madani ini tidak menjadi jentera dan alat mana-mana parti politik, supaya ia boleh diguna pakai untuk membantu kerajaan kita untuk menyebarkan maklumat yang sahih kepada setiap pelosok negara kita.
Saya juga memohon supaya penubuhan Komuniti Malaysia Madani ini apabila ia ditubuhkan di satu-satu kawasan itu, haruslah berbincang dengan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN kerajaan. Supaya kerajaan sama erat dapat dieratkan dan juga alur maklumat dan penerangan mengenai dasar dan polisi kerajaan dapat disalurkan dan diberi penerangan yang sahih dan jelas. Saya juga berpendapat bahawa baru-baru ini kita banyak menerima berita-berita palsu. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri dan juga kementerian KKD yang telah banyak membuat penapisan dan mengambil tindakan. Namun, setakat ini tindakan itu belum begitu berkesan.
Saya juga simpati dengan TikTok-TikTok yang menyebarkan berita untuk menghancurkan ekonomi negara kita di mana mereka sama-sama melaungkan semangat untuk boikot syarikat-syarikat tertentu dan produk-produk tertentu. Walhal mereka tidak tahu pun- macam produk yang dikeluarkan Nestle itu bukan dari Israel, tapi dari Switzerland. 6,000 pekerja Malaysia diberi jawatan oleh syarikat Nestle di Malaysia dan mereka juga memberi sumber pendapatan kepada negara yang begitu besar. Sekiranya kalau semua syarikat ini yang ditakrifkan ataupun difikirkan terlibat dengan Israel, maka secara tidak langsung kalau kita boikot, ia boleh memusnahkan pembangunan dan kepesatan ekonomi negara kita dan kesannya begitu besar kepada negara ini dan juga rakyat kita.
Saya juga beralih kepada Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA iaitu peruntukan sebanyak RM800 juta.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada usaha Menteri. Saya faham, Menteri seorang yang begitu gigih dan prihatin dan berjiwa besar untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi setakat ini, permasalahan ini belum selesai dengan begitu sempurna. Saya ingin berpesan kepada MCMC kalau mereka mempunyai masalah di kawasan mengenai pengambilan tanah dan sebagainya untuk membina tower dan sekiranya mereka mempunyai segala obstacle, dengan izin, boleh berhubung dengan ADUN atau Ahli Parlimen supaya kita boleh bantu menyelesaikan mereka untuk mendapatkan tapak-tapak yang sesuai.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sekiranya ada telco-telco yang ingkar untuk pergi ke kawasan yang tidak ada banyak subscriber kerana mereka tidak mengatakan tempat itu tidak menguntungkan untuk masuk.
Jadi, mungkin MCMC ataupun kementerian harus mengambil tindakan. Kalau boleh, kita batal saja lesen mereka sebab kalau tidak, mereka tidak ada sense of responsibility to provide the CSR services. Jadi, kita tidak boleh berpandangan untuk melihat keuntungan semata- mata.
Saya juga ingin beralih kepada Butiran 47000 – FINAS iaitu peruntukan berjumlah RM81.3 juta di mana peruntukan ini amat besar. Saya juga berharap agar kerajaan ataupun KKD dapat memberi peruntukan geran kepada penggiat pengusaha pengeluaran filem syarikat-syarikat. Banyak daripada mereka mengeluh kerana kos pembikinan filem yang begitu besar dan mereka sangat kurang diberi bantuan oleh pihak kerajaan dan mana-mana pihak.
Jadi, kalau boleh kita berikan peruntukan mereka ini berbentuk geran supaya mereka boleh mengeluarkan filem yang bertaraf tinggi. Saya juga ingin berpesan kepada pihak FINAS, kalau buat penapisan itu buatlah penapisan itu. Jangan terlalu keras kerana kadang- kadang kalau penapisan filem itu terlalu keras, dia menyebabkan filem itu tiada commercial value dan kreativiti dan inovasi yang diketengahkan dalam filem itu tidak menyerlah. Itu menyebabkan industri perfileman negara kita begitu mundur.
Kalau kita lihat sebenarnya kita banyak mempunyai bakat-bakat yang amat berbakat dan berpotensi. Seperti yang kita lihat kejayaan anak-anak Malaysia seperti saudara Henry Golding, Tan Sri Michelle Yeoh dan juga Claudia Wells. Mereka ini boleh melakukan dan memperagakan dan memperwatakkan filem-filem yang begitu baik di Hollywood. Sudah semestinya kalau kita memberi mereka ruang dan juga kita memberi ruang sepenuhnya dan kreativiti sepenuhnya kepada pembikin filem ini dan anak-anak tempatan kita, sudah pastinya mereka boleh menjadi satu bakat dan satu filem yang boleh bertanding di peringkat antarabangsa.
Oleh dengan itu, saya dengan ini memohon dan merayu supaya segala pandangan saya diberi pertimbangan. Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri KKD dan seluruh warga KKD. Saya faham mereka ini memang berusaha sebaik mungkin, tetapi perlu berusaha dengan lebih banyak lagi sebab belum banyak benda yang dicapai setakat ini. Dengan itu, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya ingin menyentuh di Butiran 020900 berkenaan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di mana kalau kita perhatikan kepada perjalanan filem di dalam negara kita ini, boleh kita sebut seolah-olah tidak ada satu hala tuju negara yang jelas.
Kalau negara-negara lain terutamanya negara maju, dia ada hala tuju filem dia untuk mempromosikan negara, untuk perkenalkan identiti rakyat di dalam negara kita, tapi negara kita ini seolah-olah kita pandai ambil filem orang, kemudian kita tayang negara kita. Ambil filem daripada Korea, daripada Amerika, daripada rata-rata dan kita tidak ada filem yang agak berkualiti kecuali hanya beberapa filem seperti Mat Kilau yang boleh mempengaruhi masyarakat di peringkat antarabangsa.
Di sini, saya ingin memberi cadangan supaya syarikat perfileman milik kerajaan dan mengendalikan filem yang bertaraf antarabangsa dan kita perkenalkan identiti negara kita kepada masyarakat antarabangsa ataupun kita membangkitkan semangat kenegaraan kepada rakyat yang ada dalam negara kita. Hasil daripada filem ini saya perhati, kadang- kadang orang negara kita bila sebut produk Malaysia, dia menganggap macam third-class. Keretanya, bajunya, apanya dan semua ini adalah pengaruh daripada filem-filem yang ada.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Mengapa kita tidak menzahirkan satu filem kita yang benar-benar boleh membentuk keperibadian Malaysia?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Kalau Jepun, dia bangga dengan barangan buatan Jepun. Thailand, dia bangga dengan barangan dia sendiri, tapi Malaysia ini, lain. Jadi dalam isu ini, saya cadangkan kepada kementerian supaya mewujudkan satu syarikat perfileman milik negara. Bukan yang milik secara individu, tak, tapi milik kerajaan di bawah kementerian yang mampu mengeluarkan filem-filem yang berkualiti.
Seterusnya di Butiran 030300 – Teknologi Komunikasi. Di sini, saya ingin sentuh satu perkara yang belum disentuh oleh sahabat-sahabat lain iaitulah panggilan telefon roaming di luar negara. Roaming ini, pengalaman saya yang berjalan banyak negara. Jadi, kalau pergi ke Mekah, it’s okay, very good. Dia punya line dia is very clear, tapi kalau pergi sebelah India, Pakistan, sebelah Thailand, sebelah Indonesia. Baru ini saya pergi- banyaklah, Hong Kong.
Out, tapi bila kita masuk melalui internet, terus dia potong. Potong dia punya bayaran, bayaran terus ambil. Jadi, pihak kementerian perlu pantau perkara ini. Jangan sampai pihak...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya pakai Celcom.
Celcom. Kena ada warning juga kepada Celcom ini. Bab dia caj- jangan mainlah, tapi perkhidmatan dia, CSR services ini out. Out. Jadi, tak bolehlah macam itu. Jadi, kementerian harus tengok.
Yang terakhir, yang saya nak sebut di bawah 030300 juga iaitulah berkenaan dengan pemancar telekomunikasi ataupun menaranya yang kadang-kadang menara ada, tetapi line- nya tidak ada. Ini satu benda yang sangat ganjil.
Saya kira kementerian boleh panggil syarikat-syarikat telekomunikasi yang ada dalam negara kita ini supaya mereka tidak business perkara ini dengan syarikat dia sahaja.
Dia kena ada ganding bahu di antara satu sama lain. Menara milik- katakanlah milik Celcom, tapi biarlah Maxis boleh pasang dia punya pemancar dan seumpamanya. Lagi pula dia boleh menjimatkan kos dan tentunya bila kos itu jimat, maka bil yang dikenakan kepada rakyat dalam negara kita pun perlu diturunkan.
Jadi, kawasan-kawasan kalau dalam Parlimen Pasir Puteh ini, kawasan seperti mana Banggol Pa’ Esah, di Bukit Gedombak. Kawasan ini kawasan pendidikan, sekolahnya banyak. Ada kolej, ada industri-industri kecil yang diusahakan oleh rakyat yang memerlukan kepada cover 5G ataupun kalau tak 5G pun, biarlah cover internet itu biar, biar clear.
Jadi, kawasan-kawasan pembangunan yang seumpamanya ini saya minta daripada pihak kementerian supaya ambil cakna. Kawasan ini adalah kawasan padat penduduk.
Kawasan ini juga terkenal dengan pelancongannya. Kalau pelancong pergi, orang luar pergi, sangat memalukan. Line langsung tidak ada. Jadi, saya minta supaya pihak kementerian ambil cakna perkara ini. Jadi itu sahaja walaupun ada dua lagi, saya ambil kesempatan waktu lainlah. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Dipersilakan Yang Berhormat Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Datuk Pengerusi.
Merujuk kepada Butiran 040500 – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Sambutan ini memiliki makna istimewa bagi semua rakyat Malaysia sebagai peringatan terhadap sejarah, kepelbagaian budaya dan kemajuan yang telah kita capai sebagai sebuah negara.
Namun, berbanding dengan tahun-tahun yang lepas, saya mendapati pengurangan dalam kibaran bendera dan perhiasan di bandar dan luar bandar sempena sambutan hari perayaan kita pada tahun ini dan kebanyakan Ahli Parlimen juga tidak menerima jemputan untuk menghadiri sambutan ini kecuali Ahli Parlimen dari Wilayah Persekutuan.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Perubahan ini menimbulkan persepsi kurang semangat patriotisme di kalangan rakyat. Maka, apakah langkah-langkah atau inisiatif baru yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan lagi semangat patriotisme rakyat berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.
Datuk Pengerusi, di sini saya memberi tumpuan mengenai Butiran 020100 – Dasar dan Perancangan Strategik. Salah satu isu penting yang kita hadapi adalah gelombang peningkatan penipuan dalam talian atau scammer yang menjejaskan semua lapisan masyarakat.
Semalam saya telah buat laporan polis berkenaan online scam di mana saya ditipu dari laman web palsu. Bila saya buat laporan kepada bank saya, maklumkan bahawa pegawai bank saya sendiri juga pernah terkena scam seperti ini. Di sini, jelas menunjukkan taraf keselamatan dalam dunia siber adalah sangat penting untuk mengatasi penipuan mata wang dan kecurian identiti. Terdapat juga kes berkenaan yang terjebak dari luar negara oleh warga Malaysia sendiri yang berkemungkinan berkaitan dengan jenayah perdagangan manusia ataupun human trafficking, dengan izin.
Datuk Pengerusi, pada...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Julau, sedikit Julau. Kota Melaka, belakang sini. Tentang scam penipuan ini. Adakah Julau setuju dengan saya supaya kita perlu gubal undang-undang yang sedia ada di mana apabila berlakunya scam ini, kerugian pelanggan ataupun account holder itu juga harus ditanggung oleh pihak bank. Kalau begitu, barulah bank akan ambil berat tentang scam, scam ini. Terima kasih.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Kota Melaka.
Saya sangat setuju. Bila saya tanya berkenaan kes saya sendiri, bank kata itu adalah tanggungjawab saya dan saya tak boleh claim. Saya rasa ini tidak betul dan kita perlu menukar akta-akta yang dicadangkan oleh Kota Melaka. Terima kasih.
Datuk Pengerusi, pada tahun 2019, saya bersama dengan kumpulan rakan media telah pergi ke Kemboja untuk membantu dalam pembebasan tahanan 47 warga Malaysia yang dipenjarakan di Siem Reap akibat pertuduhan scam penipuan dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram. Keputusan rasmi untuk pembebasan oleh Kerajaan Kemboja diluluskan setelah mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan dan pemerdagangan manusia. Namun, saya percaya mereka dibebaskan kerana tekanan diplomatik dari Wisma Putra.
Daripada pemerhatian saya, golongan individu dalam tahanan ini juga terlibat dan bertanggungjawab atas jenayah sindiket ini di mana all the so-called ‘victims’ here are also the scammers, dengan izin. Seorang dua adalah kepala sindiket, tetapi tiada susulan siasatan lanjut dan tiada tindakan hukuman punitif terhadap mereka setelah tiba di Malaysia.
Walaupun isu ini adalah di bawah kementerian yang berlainan namun pihak kementerian KKD juga secara tidak langsung terlibat dalam hal ini.
Oleh itu, manakah kementerian yang sepatutnya bertanggungjawab dan apakah tindakan yang patut dilaksanakan oleh pihak kerajaan terhadap scammer yang terlibat? Di sini saya meminta penjelasan daripada kementerian. Bagaimanakah dana yang diperuntukkan ini dapat memberi langkah untuk meningkatkan lagi prosedur SOP yang lebih tegas bukan sahaja untuk tujuan menyelamat, malah melindungi warga Malaysia yang tidak bersalah melalui dunia siber. Sekian, pohon penjelasan YB. Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Julau.
Berikut dipersilakan Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Pengerusi. Saya ingin terus ke perbelanjaan B.47, Butiran 020300 – Komunikasi Strategik.
Di bawah Program 2 Aktiviti 3 kementerian iaitu Komunikasi Strategik, terdapat pertambahan
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
peruntukan sebanyak 46 peratus atau RM3.62 juta untuk perbelanjaan menguruskan penyediaan maklumat penting yang telah dianalisis dalam bentuk laporan khas kepada kerajaan secara berjadual.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya ingin tahu, apakah bentuk laporan khas yang dimaksudkan tersebut yang akan disediakan oleh kementerian, sedangkan jika kita lihat di sini tiada pertambahan daripada segi bilangan jawatan untuk tahun ini dan tahun hadapan iaitu sebanyak 71. Apakah impak positif yang telah diperoleh daripada laporan-laporan tersebut ini kepada kerajaan.
Seterusnya, Butiran 020400 – Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
Saya tertarik untuk membahaskan perkara ini kerana pada malam ini akan berlangsung konsert artis antarabangsa daripada Kumpulan Coldplay yang turut dibimbangi sebelum ini oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah yang menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada malam ini kerana katanya band itu menyokong kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya masyarakat Malaysia. Sumber berita adalah Astro Awani Online bertarikh 21 November 2023 oleh Hasimi Muhammad yang bertajuk, “Konsert Coldplay PM Anwar Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah.” Saya ingin mengetahui, adakah pihak kementerian telah meneliti berkenaan isu-isu seperti ini sebelum pihak kementerian melalui PUSPAL meluluskan persembahan konsert daripada mana-mana kumpulan band antarabangsa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat umum kerana membawa norma yang bertentangan dengan kehidupan rakyat Malaysia.
Contohnya seperti insiden yang telah berlaku pada 21 Julai 2023 yang lalu di Festival Good Vibes 2023 di Sepang apabila kumpulan band British- The 1975 telah mempersendakan undang-undang LGBT di Malaysia dan kita tidak mahu insiden seperti itu berulang lagi buat kali keduanya.
Butiran 030100 – Infrastruktur dan Aplikasi, dan Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan. Meningkatkan infrastruktur telekomunikasi amatlah dialu-alukan oleh semua pengguna rangkaian telefon dan Internet yang disediakan oleh pelbagai syarikat telcos untuk mendapatkan kualiti perkhidmatan yang setimpal dengan apa yang telah dibayar oleh pengguna. Kalau asyik dok putus sahaja apabila kita bercakap, walaupun kita sedang berada di bandar-bandar besar dan keadaan akan lebih menjadi-jadi apabila berada di kawasan pendalaman.
Kalau di kawasan saya seperti di Bukit Selambau, seperti di Kampung Kuala Sin, Kampung Batu Belacan dan sekitarnya ada tempat yang telah dibina menara telekomunikasi, tetapi liputan masih lagi tiada. Mungkin syarikat-syarikat telcos masih menangguhkan pemasangan pemancar oleh telekomunikasi untuk membantu menghubungkan telefon mudah alih ke dalam rangkaian selular.
Saya menggesa pihak kementerian dengan kuasa yang ada di bawah SKMM memantau dan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi ini mematuhi syarat-syarat pelesenan dalam memastikan rakyat mendapat kualiti perkhidmatan telekomunikasi yang memuaskan.
Di kawasan saya juga terdapat beberapa projek untuk memasang rangkaian Maxis fibre yang sedang berjalan terutamanya di taman-taman perumahan termasuklah di taman perumahan saya sendiri. Tidak dinafikan, kerja-kerja berkaitan pemasangan sistem telekomunikasi digital 5G akan memberikan manfaat kepada rakyat. Namun, kerja-kerja pemasangan infra yang berkaitan telah menyebabkan nilai kecantikan aesthetic value dengan izin telah rosak apabila tiang-tiang yang ditanam di hadapan rumah telah merosakkan pemandangan di sepanjang laluan infra ini.
Kerja-kerja ini juga telah menyebabkan kerosakan dan gangguan kepada sistem utiliti sedia ada seperti air dan elektrik serta kualiti pelaksanaan kerja-kerja ini tidak memuaskan seperti merosakkan landskap penduduk, sheet erosion dan pelbagai masalah lain lagi. Saya
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
memohon pihak kementerian memantau syarikat-syarikat telcos ini untuk lebih berhati-hati dan mengikut peraturan dan sensitiviti penduduk apabila menjalankan kerja-kerja infra seperti ini.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Peruntukan perbelanjaan untuk projek di dalam JENDELA adalah komponen yang paling besar menerima peruntukan iaitu sebanyak RM800 juta. Peningkatan kesalinghubungan dan perkhidmatan komunikasi berkualiti pengguna secara keseluruhan. Ia juga menjurus kepada meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, kesinambungan ekonomi ke arah ekonomi digital dan mempersiapkan negara ke arah 5G Nation, dengan izin, tetapi untuk mengakses rangkaian 5G anda memerlukan telefon yang dilengkapi dengan cip set 5G.
Sebelum ini, menurut Menteri, Pakej 5G Rahmah akan memberikan sekurang- kurangnya 60 gigabyte data plan 5G berharga RM60 sebulan. Mohon sedikit lagi. Telefon pintar 5G pula berharga paling tinggi RM240 dengan kontrak pelan selama 24 bulan peranti diberi selama dua tahun. Bermula 31 Ogos yang lalu, syarikat telekomunikasi utama di Malaysia telah mula menawarkan Pakej 5G Rahmah dengan pelan 5G dan pilihan beberapa peranti 5G, tetapi selepas itu kelihatan Pakej 5G Rahmah tidak mendapat sambutan yang hangat di kalangan pengguna. Ini kerana ada yang mengatakan mereka yang mahu mendaftar Pakej 5G Rahmah, tetapi mereka perlu membuat bayaran lebih daripada apa yang telah dijelaskan oleh Menteri.
Saya ingin penjelasan daripada menteri, mengapakah perkara seperti ini terjadi?
Kenapakah terdapat caj yang tersembunyi daripada syarikat-syarikat telekomunikasi utama ini? Adakah Pakej 5G Rahmah ini berbaloi dan mampu untuk dimiliki seperti yang disasarkan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani.
Saya mulakan mukadimah Dato’ Pengerusi. Kita sekarang ini hidup dalam satu era di mana kerajaan tidak ada lagi monopoli ke atas maklumat. Dengan adanya media sosial yang begitu banyak sekarang kerajaan hanyalah salah satu daripada saudagar maklumat.
Malahan kerajaan harus bersaing dengan saudagar-saudagar maklumat lain untuk menyampaikan maklumat.
Oleh itu Dato’ Pengerusi kita tak boleh bergantung hanya kepada pihak kerajaan ataupun agensi-agensi untuk menyalurkan maklumat. Malahan saya boleh kata, kadangkala satu maklumat itu kalau disampaikan oleh pihak kerajaan ada kecurigaan ataupun skeptisisme terhadap pihak kerajaan itu. Jadi, kadangkala lebih baik untuk yang nak sampaikan maklumat itu adalah- mungkin orang dalam komuniti ataupun pempengaruh atau influencer dan sebagainya.
Jadi, di sini saya melihat kita perlu memperkasakan atau dalam bahasa Inggeris dan, dengan izin, empower orang ramai untuk pertamanya sebarkan maklumat yang sahih dan yang keduanya perbetulkan atau, dengan izin, debunk maklumat yang salah.
Jadi, sehubungan dengan ini saya ingin terus merujuk pada Butiran 050100 – Komuniti Malaysia Madani. Saya melihat ini sebagai satu inisiatif Dato’ Pengerusi di bawah KKD yang baik yang mana ia telah dilancarkan pada tahun ini.
Saya melihat objektifnya adalah bagi penyaluran maklumat kerajaan dan di situ dikatakan ada tiga teras utama, memasarkan maklumat kerajaan, mendigitalkan ekonomi- maaf komuniti dan memupuk semangat perpaduan patriotik dan kenegaraan.
Saya menyambut baik inisiatif ini kerana saya melihat ini satu inisiatif untuk merakyatkan penyebaran maklumat di peringkat komuniti. Walaupun ia nya di bawah KKD, namun penggerak komuniti Madani ini adalah mereka yang lokal dan juga warga komuniti setempat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dato’ Pengerusi, kita sebenarnya harus tangani misinformation, disinformation dan malformation, dengan izin, melalui program-program seperti Program Komuniti Madani ini dan ini adalah amat dialu-alukan dengan peruntukan sebanyak RM18.7 juta untuk tahun hadapan.
Saya ada beberapa soalan. Pertamanya diumumkan sebanyak lebih kurang 1,878 komuniti Madani ini akan ditubuhkan. Soalan saya, bagaimana pihak kementerian menentukan sama ada satu kawasan itu boleh ditubuhkan komuniti Madani ini. Adakah ia mengikut Parlimen, DUN, daerah dan sebagainya.
Kedua, berapakah jumlah dana yang diperuntukkan kepada setiap komuniti Madani untuk tahun 2024. Ketiga, adakah komuniti Madani ini boleh menerima sumbangan dari luar, contohnya peruntukan daripada Parlimen ataupun DUN.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 040300 – Cybersecurity Malaysia. Saya melihat di situ terdapat pengurangan yang ketara Dato’ Pengerusi daripada RM23 juta lebih kurang menjadi RM11.6 juta untuk tahun hadapan. Saya amat gusar melihat penurunan ini, kerana kita selalu mendengar isu-isu kebocoran maklumat dari pangkalan data badan awam dan kita juga melihat bagaimana data peribadi rakyat Malaysia ini dijual di dark web contohnya.
Sehingga kini, Dato’ Pengerusi kita tak tahu pun siapa yang sebenarnya yang menjadi dalang kepada penjualan data dan kebocoran data ini. Malahan, saya dengan Yang Berhormat Menteri dahulu sebelum kami menjadi Ahli Parlimen, kami ada bawa tindakan mahkamah mengenai kebocoran maklumat.
Jadi, keselamatan data sama ada disimpan oleh pangkalan data awam atau swasta amat-amat penting Dato’ Pengerusi. CSM sendiri telah mengeluarkan laporan bertarikh 25 Oktober 2023 bahawa kerajaanlah yang paling banyak mengalami data breaches, dengan izin pada enam bulan pertama tahun ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi dalam keadaan ini pengurangan peruntukan CSM seperti memberi satu mesej bahawa kerajaan memandang enteng tentang isu keselamatan siber. Jadi saya mohon supaya pihak kementerian menjelaskan mengapa terdapatnya penurunan ketara untuk peruntukan CSM bagi tahun hadapan. Poin terakhir saya Dato’ Pengerusi jika dibenarkan, saya ingin merujuk kepada kod 040600 – Hari Wartawan Nasional (HAWANA).
Saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM5 juta untuk tahun hadapan bagi HAWANA ini dan saya tahu HAWANA ini bukan baru disambut tetapi bila kita lihat kerajaan memperuntukkan satu dana khas untuk tahun ini ia menunjukkan penghargaan kerajaan kepada para pengamal media dalam negara ini.
Media memainkan peranan penting Dato’ Pengerusi di mana-mana negara, kita tahu apa yang berlaku di Gaza contohnya kerana terdapatnya pengamal-pengamal media yang berani di situ. Orang kata, "The pen is mightier than the sword" dan di Malaysia ini kita juga ada tradisi kewartawanan yang cukup kaya. Malangnya kita juga pernah melihat di Malaysia ini wartawan di tahan dan sebagainya, saya sendiri pernah menjadi peguam kepada wartawan-wartawan yang ditawan.
Jadi penghargaan yang diberikan melalui HAWANA ini adalah penting dan saya harap bahawa kita bukan hanya ada satu event yang besar-besaran tetapi ada juga pengisian bagi HAWANA ini, dengan peruntukan yang ada ini supaya kita boleh bawa kewartawanan dalam Malaysia ini ke satu peringkat yang the next level dengan izin, supaya kita letak kewartawanan di Malaysia ini di tempat yang sepatutnya. Itu sahaja perbahasan saya pada pagi ini Dato’ Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi rahmani rahim, terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi kesempatan kepada Kuala Krai untuk turut
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
sama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital. Saya ingin menyentuh Butiran P.47 31003 – JENDELA. Menurut jawapan bertulis pihak kementerian semalam 21 November 2023, terhadap soalan saya berkaitan status terkini projek JENDELA di kawasan Parlimen Kuala Krai.
Pihak SKMM telah menjalankan audit kualiti di sembilan lokasi di Parlimen Kuala Krai. Hasil audit masih dalam peringkat analisis, saya berharap analisis ini dapat dipercepatkan kerana setakat hari ini ternyata kualiti serta penambahbaikan yang diharapkan tidak tercapai malah semakin teruk. Beberapa kawasan yang dahulunya tidak mempunyai masalah talian dan capaian internet kini terputus apabila kita melaluinya misalnya di cabang Sungai Durian sehingga ke Batu Jong, tengah bercakap putus line.
Saya dimaklumkan terdapat sebanyak 46 penalti yang berjumlah RM6,550,000 telah dikenakan kepada syarikat telco yang gagal memenuhi standard mandatori pada tahun 2022.
Saya ingin tanyakan ke manakah duit denda ini disalurkan dan apakah yang pengguna dapat daripada denda tersebut? Adakah denda ini berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti capaian internet dan apakah perkembangan terkini selepas tindakan tersebut diambil?
Mengikut jawapan yang diberikan kepada saya, sebanyak tujuh buah daripada 31 buah menara telah siap dan beroperasi di Kuala Krai setakat suku ketiga bagi tahun 2023.
Soalan saya, bolehkah pihak kementerian menyatakan lokasi tujuh menara yang telah siap dan bilakah jangkaan baki 24 lagi menara akan dapat disiapkan?
Menerusi butiran yang sama Dato’ Pengerusi, apakah pendirian kementerian mengenai langkah pengecualian syarat pemilikan ekuiti tempatan dalam pendekatan liberal ekonomi Madani sama ada ketetapan tersebut akan dibuat berdasarkan case to case basis.
Ini mengambil kira syarikat seperti Tesla dan Starlink Internet Services Malaysia Sdn. Bhd.
yang masing-masing telah diberikan pengecualian penuh pemilikan hasil oleh kerajaan.
Akhirnya dalam butiran ini, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah bilangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mengikut lokaliti dan daerah di seluruh negara khususnya di Parlimen Kuala Krai sebagai langkah merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar?
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi Butiran P, 020400 - (PUSPAL). Dalam jawapan Yang Berhormat Perdana Menteri semasa PMQT ketika menjawab soalan Machang semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa kumpulan Coldplay merupakan penyokong Palestin. Isunya di sini bukannya berkaitan dengan menyokong Palestin ataupun menolak Israel. Walaupun saya sedikit sangsi tentang sokongan tersebut kerana hanya terdapat sedikit coretan di Facebook mereka tentang Palestin.
Namun yang lebih penting ialah Coldplay dikaitkan dengan kumpulan yang tidak bermoral yang mempromosikan golongan LGBT, ambilah pengajaran daripada konsert The 1975 yang telah mencemarkan imej negara dan membuat aksi luar tabii dan biadab yang terlalu jauh daripada budaya kita apa lagi ajaran Islam yang maha suci.
Pendapat ini Dato’ Pengerusi juga bersesuaian dan selari dengan pendapat pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah.
Menurut beliau, “Kami juga menasihatkan masyarakat agar tidak memberi sokongan kepada program ini yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.” Masyarakat perlu memahami bahawa hiburan dalam Islam ada batasannya yang perlu dipatuhi dan mana-mana jenis hiburan yang terkeluar daripada batasan ini adalah bertentangan dengan hukum syarak. Nun di luar sana rakyat cukup bimbang dengan perkembangan terkini berkaitan dengan LGBT lebih-lebih lagi bila tular video tentang penjawat awam Mr A, Mr. W, Mr.H yang viral sehari dua ini.
Selain itu penganjuran konsert Stars on Fire yang akan berlangsung pada awal Disember nanti yang melibatkan bintang terkenal dari India. Saya berpandangan ia nya tidak sesuai dan mengganggu sensitiviti rakyat pada saat saudara kita disembelih di Palestin. Jika nasihat mufti kepada masyarakat agar tidak terlibat dengan program yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat negara ini, sebenarnya kerajaan terlebih dahulu perlu mengambil langkah menutup pintu dan ruang maksiat ini sebagai salah satu
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sadd az-Zara’ie. Maka dengan rendah hati saya memohon kerajaan membatalkan kedua- dua konsert ini.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Butiran B 030400 - Perlindungan Data Peribadi.
Persoalan saya ialah, apakah kementerian berhasrat untuk meminda akta pelindungan data peribadi 2010 dalam usaha menambah baik kelompangan perundangan sedia ada khususnya dalam aspek keselamatan perlindungan data peribadi. Apakah langkah proaktif JPDP bagi mengurangkan insiden kebocoran data dan maklumat peribadi yang berlaku sehingga mendorong mangsa penipuan terpedaya dengan skim-skim penipuan berkaitan perbankan dan kewangan atas talian.
Dalam butiran ini juga saya ingin kepastian pihak kementerian, bagaimanakah punca data peribadi ini bocor terutama kepada syarikat insurans dan scammer yang beroperasi di luar sana? Adakah terdapat syarikat telekomunikasi, data keahlian kad-kad ganjaran seperti kad stesen petrol dan pasar raya termasuk juga bank menyalur dan menjual maklumat kepada pihak yang tidak berkaitan. Adakah ini merupakan punca utama dan digunakan secara salah untuk menipu dan memperdaya mangsa? Apakah tindakan pihak kementerian dalam mengatasi isu seperti ini?
Yang terakhir Dato’ Pengerusi ialah Butiran B, 040300 - CyberSecurity Malaysia dan juga P.01600. Terdapat pengurangan peruntukan butiran ini sebanyak RM20 juta secara keseluruhan kepada CyberSecurity Malaysia di bawah kedua-dua butiran ini. Soalan saya apakah pelan khusus kerajaan untuk memastikan ekosistem keselamatan siber negara dapat terus diperkukuh sekali gus menangani ancaman jenayah siber yang semakin meruncing sejak belakangan ini dengan perkembangan teknologi seperti AI.
Ini memandangkan terdapat peningkatan penipuan siber sebayak 23 peratus pada tahun ini di mana sehingga September lalu lebih 19,222 kes penipuan siber dilaporkan melibatkan kerugian mencecah RM687 juta. Sejauh manakah keberkesanan Pusat Respons Scam Kebangsaan dalam menangani isu penipuan atas talian terutama dalam mengesan modus operandi scammer serta apakah usaha penambahbaikan kementerian termasuk dalam aspek perundangan siber yang sedia ada. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Memandangkan kita ada satu minit sahaja, jadi dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Tuan Speaker, maaf saya ingin mengalu-alukan rombongan pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Tinggi Segamat yang bersama kita pada hari ini di Parlimen. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih.
Bentara, memandangkan waktu telah pukul 1, kita dengan itu maka Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Kita menyambung perbahasan di bawah Kementerian Komunikasi Digital, saya jemput Segamat. Lima minit dari sekarang.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin terus bahas butiran di bawah KKD. Butiran 020700 – Penyiaran RTM dan Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Kerajaan Perpaduan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital sewajarnya memperkasakan penyampaian dasar kerajaan dalam pelbagai bahasa menerusi saluran RTM dan BERNAMA.
Selain menumpukan usaha mereformasikan mutu penyiaran RTM dan BERNAMA dalam pelbagai aspek, termasuk mutu penerbitan RTM serta BERNAMA juga seharusnya menjadi dua platform penyiaran utama Kerajaan Malaysia Madani yang mempunyai kredibiliti dalam penyampaian berita dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Tamil.
Yang penting, untuk memastikan apa jua matlamat serta perkembangan terkini mengenai dasar serta tindakan Kerajaan Perpaduan dapat disampaikan secara berkesan kepada rakyat pelbagai kaum, khususnya masyarakat desa dan luar bandar yang mempunyai batasan untuk melanggan platform-platform penyiaran swasta yang berbayar seperti Astro dan kerajaan harus memberi segala tumpuan dan juga peruntukan kepada RTM ataupun medan prime untuk kerajaan.
Kalau kita lihat di mana di Malaysia menerusi- saya ingin dan juga mencadangkan untuk mempertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Pada hari ini, kita ada Timbalan Menteri bersama kita. Berita merangkum rangkuman yang memuat inti pati perbahasan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dapat disampaikan secara serentak dalam ketiga-tiga bahasa menerusi TV1, TV2 dan juga berita RTM.
Bagi masyarakat India dan Cina yang mempunyai aplikasi RTMKlik di telefon mudah alih mereka, mereka boleh menonton berita Parlimen yang disampaikan dalam bahasa Tamil dan Mandarin secara langsung, di mana jua mereka berada supaya mereka dapat maklumat yang tepat dan sahih, perbincangan dan perbahasan dalam Parlimen ini disampaikan secara terus.
Seterusnya adalah berkenaan dengan Butiran. Sebelum itu, saya ingin juga memaklumkan bahawa dalam program-program tayangan movie di dalam RTM ini, slot- slotnya sangat kurang untuk program-program Tamil. So, saya berharap kementerian boleh juga meneliti, kalau adapun movie itu dibiarkan siar pada tengah pagi, 2, 3 pagi, siapa nak menonton? Saya nak berfikir, adakah orang-orang yang nak bekerja di Singapura awal pagi nak menonton movie di tengah-tengah pagi ini? Sangat menyedihkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya memohon Menteri pertimbangkan siaran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat. Sikit je Yang Berhormat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Silakan Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya juga mohon dipertimbangkan, kalau boleh RTM menyemarakkan lagi konsep perpaduan dengan merencanakan dan menyiarkan banyak lagi program-program yang boleh menyatupadukan rakyat. Kita lihat bahawa perlu diakui kita menyanjungi usaha yang dibuat sempena hari kemerdekaan dan sebagainya tetapi saya mohon kalau boleh ianya dilakukan sepanjang masa, Yang Berhormat. Mohon dipertimbangkan, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ucapan Jelutong boleh juga dimasukkan dalam ucapan saya. Seterusnya adalah Butiran 06011 – Program TV dan juga Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Secara menyambut baik, saya menyambut baik peruntukan baharu yang di- dengan harapan agar kementerian dapat turut mewujudkan pelbagai rancangan hiburan yang melibatkan artis tempatan.
Khususnya artis-artis yang muda yang menceburi dalam bidang ini dan juga ada beberapa aduan yang saya terima daripada artis-artis tempatan dan khususnya penerbit- penerbit filem. Di mana peruntukan daripada FINAS ini tidak juga disampaikan kepada artis
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
ataupun penerbit filem ataupun pembuat filem ini. Khususnya saya ingin menimbulkan ada satu filem baharu melalui Malaysia di baru-baru ini, Adai Mazhai Kaalam.
Movie ini ada diterbit oleh seorang muda dan sangat popular dan juga disiarkan di pawagam dan juga di Netflix. Tapi yang amat sedih adalah movie Malaysia ini hanya dibenarkan dua hingga tiga hari seminggu. Contohnya, hari Khamis dan empat hari saja di mana ada juga movie yang diimport daripada India dan juga ia juga mengganggu produksi ataupun penjualan tiket dan untuk membantu artis-artis ataupun penerbit-penerbit filem di tanah air kita terjejas dan juga ada satu filem yang akan keluar pada minggu ini, juga buatan Malaysia iaitu Nam Katrey Eysey.
Movie itu adalah juga mengenai suasana di Malaysia, di mana- bagaimana anak- anak muda menceburi bidang siaran dan juga program-program Tamil dan juga ada movie India yang akan disiarkan pada minggu ini. Ini juga akan mengganggu. Saya juga mohon kementerian untuk memerhati juga distributor, distributor yang di Malaysia ini supaya memberi ruang kepada pembuat-pembuat filem di tanah air kita kerana kita ada bakat yang ramai, yang boleh kita mengangkat dan juga membantu melalui FINAS ini Juga saya mohon- kerajaan juga ada aduan yang kita terima, di mana menerusi peruntukan RM3.1 juta, yang dikhususkan kepada FINAS ini diteliti. Saya harap, ada- yakin ada juga seorang pengarah yang baharu dilantik baru-baru ini juga meneliti tanpa mengira kaum dan agama supaya kita memberi perhatian kepada karya-karya yang mereka untuk yang terbitkan ini, dapat ditayangkan dan juga memperkasa dan memartabatkan filem-filem tempatan ini harus diberi perhatian.
Juga akhir sekali, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Dalam perbahasan peringkat Dasar, saya telah tegas dan menyatakan pendirian saya mengenai kewajaran untuk Kerajaan Malaysia untuk menyekat TikTok, khususnya TikTok Shop ini dan saya yakin Timbalan Menteri juga ada juga pernah mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak TikTok berkenaan perkara ini dan saya juga ada berbincang dengan pihak TikTok secara enam mata dengan dua orang wakil TikTok Asia Pasifik baru-baru ini.
Saya secara peribadinya berasa tidak puas hati dengan beberapa maklumat yang mereka berikan. Contohnya adalah seorang itu daripada negara Singapura. Kebetulan sebelum sehari dia sampai ke Malaysia, di Singapura juga ada breach of data, di mana kita dimaklum secara keseluruhannya di Marina Bay Sands ini, data 600 juta warga Singapura telah di...
[Tidak jelas] So, ini adalah satu tanda soal yang begitu besar dan juga ada challenge of data privacy in Malaysia. Saya ingin juga menegaskan bahawa kerajaan perlu ambil langkah- langkah yang sewajarnya untuk kita teliti semula platform TikTok ini. Sebenarnya isunya adalah ekosistem itu sama ada ia boleh menjamin kita punya keselamatan data-data yang kita ada sini.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya yakin juga, kementerian juga akan memberi satu alternatif supaya kita boleh membantu dan yang akhir sekali, saya ingin bagi memaklumkan bahawa baru-baru ini Kerajaan Nepal telah menyekat TikTok di Nepal. Juga dengan ada beberapa alasan Nepal telah mengeluarkan amaran kepada setiap syarikat mengendali platform digital untuk menyegerakan pendaftaran operasi bagi mengelakkan platform-platform digital mereka dinyahoperasikan di negara tersebut.
Kita boleh membenarkan mana-mana syarikat untuk beroperasi tetapi data, pangkalan data harus diletak di negara-negara tersebut. Contohnya Malaysia, pastikan aplikasi yang gunakan data ini harus ada di negara kita, bukan ada di luar negara kita, di mana kita tidak boleh mengawal dan juga ia mengancam juga kepada masyarakat dan juga rakyat Malaysia keseluruhan. Oleh itu, saya yakin Yang Berhormat Menteri dan juga KKD akan teliti semula perkara-perkara yang saya bangkitkan pada hari ini dan saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi dan juga Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 020400 – Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dengan peruntukan pada tahun 2024, berjumlah RM934,800 berbanding RM838,000 pada tahun 2023.
Kementerian Penerangan terdahulu, di zaman Datuk Seri Utama Rais Yatim telah menyediakan satu garis panduan persembahan artis luar negara. Selain itu, JAKIM juga menyediakan garis panduan penganjuran konsert. Garis panduan ini disediakan sudah tentulah untuk mengawal supaya tidak berlaku persembahan yang bercanggah dengan adab ketimuran dan juga ajaran Islam.
Saya pernah bangkitkan isu ini dalam sidang yang lepas. Tetapi pada pengamatan saya, beberapa persembahan yang melibatkan artis luar negara tidak menepati dengan kod etika berpakaian yang disediakan oleh Kementerian Penerangan waktu itu.
Antaranya saya sebutkan sebahagian sahaja. Antara kod etika berpakaian artis lelaki berpakaian bersesuaian dan tidak mencolok mata, tidak memakai baju yang terbuka atau didedah luas sehingga menampakkan dada dan badan, berpakaian koyak, seluar bertampal atau tidak terurus, berseluar pendek, berpakaian yang mempamerkan simbol sama ada LGBT, simbol arak dan sebagainya. Kemudian menanggalkan pakaian semasa membuat persembahan dan sebagainya.
Manakala kod etika pakaian artis wanita hendaklah berpakaian sopan dan tidak mencolok mata, dilarang memakai pakaian terdedah luas di bahagian dada atau singkat dari paras lutut, memakai pakaian yang berbelah terlalu tinggi atau terlalu ketat sendat, berpakaian yang terlalu jarang yang menampakkan pakaian dalam atau bentuk badan dan sebagainya. Itu sebahagian yang terdapat dalam kod etika berpakaian dalam buku garis panduan yang disediakan oleh pihak JAKIM.
Juga garis panduan yang disediakan –Bukan JAKIM. Oleh Kementerian Penerangan waktu itu. Juga garis panduan yang disediakan oleh pihak JAKIM berdasarkan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi hal ehwal kali kedua pada Mei 1981, di mana ia menjadikan satu garis panduan daripada pihak JAKIM untuk persembahan artis luar negara ataupun dalam negara. Ini pada pengamatan saya persembahan-persembahan yang melibatkan artis luar negara termasuk dalam negara, sebahagian besarnya tidak mematuhi peraturan tersebut.
Jadi, saya mencadangkan kepada kementerian supaya menggubal akta –Bukan menggubal. Meminda Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 (Akta 493) supaya dimasukkan Garis Panduan JAKIM dan juga garis panduan kementerian yang lalu supaya ia menjadi sebahagian daripada peraturan.
Sebab pada pengamatan saya, Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan KL) 1992 hanya merupakan satu bentuk pengurusan, permohonan, lesen, pembayaran dan sebagainya tetapi tidak ada satu garis panduan yang menjadi undang-undang yang dimasukkan ke dalam akta tersebut.
Jadi, saya mencadangkan supaya pihak kementerian meminda Akta 493 dengan memasukkan sebahagian garis panduan yang disediakan oleh kementerian yang lalu dan juga garis panduan yang disediakan oleh pihak JAKIM.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Parit Buntar, minta laluan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Parit Buntar. Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan Akta Hiburan, dikatakan Coldplay akan membuat persembahan di Malaysia dan Perdana Menteri mengatakan bahawa Coldplay ini menyokong Palestin salah satu sebab dibenarkan dan ianya bercanggah dengan apa yang telah difatwakan oleh Mufti. Apa pandangan Parit Buntar berkenaan dengan hal tersebut? Adakah kerana menyokong Palestin, maka dibenarkan untuk membuat persembahan di Malaysia?
Terima kasih Parit Buntar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya bersetuju dan jadikan ia sebahagian daripada hujah saya. Bukan bermakna hanya kerana menyokong Palestin semata-mata sebab itu isu kemanusiaan maka ia dibenarkan untuk mengadakan persembahan di negara ini. Sedangkan terbukti walaupun saya tidak kata artis-artis dalam Coldplay itu pengamal LBGT tetapi kita ada bukti bahawa Coldplay telah menyatakan sokongan untuk komuniti LGBT dalam pelbagai acara sepanjang kerjaya mereka.
Kumpulan ini juga telah menunjukkan sokongan untuk hak LGBT dan kesaksamaan dan pada tahun 2017, Coldplay menderma USD19,000 untuk membantu organisasi LGBT di Australia berkempen untuk kesaksamaan perkahwinan. Di samping itu penyanyi utama Coldplay telah bersuara menyokong hak LGBT dan perkahwinan sejenis dalam pelbagai wawancara. Jadi, amat tidak wajar Coldplay dibenarkan untuk mengadakan persembahan di negara ini.
Kemudian saya ingin juga merujuk Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan bajet yang diperuntukkan sebanyak RM35,129,000.
Sebagaimana yang sedia maklum ini bahawa FINAS adalah berperanan sebagai sebuah agensi organisasi yang bertanggungjawab menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman Malaysia.
Persoalan saya, adakah FINAS berhasrat membantu industri perfileman dalam mengeluarkan filem-filem patriotik yang melibatkan perjuangan orang terdahulu dalam menentang penjajahan sehingga ada yang gugur dibunuh, digantung, dibuang negeri seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Tuan Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Mat Salleh di Sabah, Rentap di Sarawak dan sebagainya. Termasuklah filem-filem zaman kegemilangan dan keemasan Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu sebelum dijajah oleh Portugis.
Masalahnya syarikat-syarikat filem tidak mampu untuk membuat filem-filem yang risiko kos yang tinggi, melainkan pihak kerajaan melalui FINAS membantu untuk produser filem mengeluarkan filem yang semua itu sebab ia boleh membangkitkan semangat patriotik kepada para penonton.
Saya percaya seperti filem Mat Kilau yang mendapat sambutan yang hebat di pawagam dengan hasil kutipan tiket mencecah hampir RM100 juta dalam tempoh sebulan lebih. Filem sejarah inilah yang sepatutnya diperbanyakkan dan ditayangkan bukan sahaja di pawagam bahkan ditayangkan secara bersiri di mana-mana channel RTM supaya boleh membantu ataupun boleh menyemai semangat patriotik kepada semua rakyat Malaysia.
Saya ingin tahu, mengapa RTM belum lagi menyiarkan di saluran perdana RTM filem Mat Kilau yang sememangnya ditunggu-tunggu untuk ditonton di kaca TV selain daripada YouTube dan juga di pawagam? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tan Sri. Saya merujuk kepada Butiran 020000 dan 020500 mengenai perkembangan industri kreatif. Saya ingin bertanya kepada kerajaan sejauh manakah kebertanggungjawaban dan kebajikan serta perkembangan dalam pembangunan influencer diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dalam isu pembangunan ini? Kerana kita mengetahui bahawa akhir-akhir ini, ramai anak muda telah menjadikan influencer sebagai satu kerjaya mereka.
Ini perlu dibuat satu perimbangan di antara kawalan keselamatan kandungan yang mereka keluarkan serta kebebasan mereka dalam berkreatif. Sepatutnya diberikan satu pendidikan kepada key media personnel ini supaya boleh membantu menjayakan hala tuju negara dan juga masyarakat kita. Merujuk kepada Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan 020400 – Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak agensi ini akan membuat kerjasama dengan negara-negara sebagai contohnya Turkiye dan Iran serta negara-negara yang ada produk yang bagus? Kita lihat banyak filem-filem mereka menjurus kepada nilai-
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
nilai kemanusiaan yang boleh ditiru dan diterima pakai dan mereka banyak menumpukan kepada history entertainment. Sebagaimana disebutkan oleh rakan-rakan lain daripada kedua-dua pihak bahawa kandungan ini perlu diterjemahkan dengan segera.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak Lembaga Penapisan Filem dan FINAS akan ditambah keahlian mereka untuk mempercepatkan tujuan penyiaran, penapisan dan semakan kepada filem-filem ini? Kita mahu kalau boleh penglibatan pihak industri penterjemahan negara boleh membantu industri digital dan juga filem kita supaya boleh mengambil kebaikan daripada filem-filem lain dan menterjemahkan filem kita kepada bahasa-bahasa lain supaya boleh bertukar-tukar dan menjimatkan kos. Jadi, kita mahu sebagaimana cadangan daripada tadi disebutkan tentang pendidikan jati diri berteraskan sejarah.
Kita akan mulakan banyak lagi filem-filem seperti ini dan kita lihat sampai hari ini pun, kita tidak boleh melupakan filem hasil daripada karya Tan Sri P. Ramlee yang banyak membantu segala unsur-unsur kebaikan dan perpaduan yang tidak ramai dapat dilahirkan oleh negara kita, sekalipun kita mempunyai akademi seni tersendiri.
Merujuk kepada Butiran 030100, memperkasakan industri ataupun infrastruktur telekomunikasi digital. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sejauh manakah perkembangan menara telekomunikasi yang dibuat di semua Parlimen, terutamanya kawasan di luar bandar.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Contohnya, di Tumpat dan juga Rantau Panjang. Kerana kita perasaan ya bila sampai di kawasan Pengkalan Kubor atau di pinggir bandar Rantau Panjang, telefon kita terus bertukar kepada telefon Thailand. Tetapi bila kita ke Tak Bai, kita tak dapat pun kita punya siaran. Ertinya, mereka punya coverage lagi kuat dari coverage kita. Jadi, bagaimanakah kerajaan mempersiapkan perkara ini? Kerana, kita juga melihat daripada sudut keselamatan dan juga kebajikan kepada penduduk kita dadalah pada waktuan juga pelancong.
Merujuk kepada Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Adakah kerajaan akan menetapkan kadar lantai Fair Usage Policy (FUP), khususnya kepada kadar lantai yang ada sebagai contoh adalah 500GB kepada telco provider seiring dengan transisi 4G kepada 5G? Sesuai dengan capaian laju internet 5G, kita percaya bahawa kuota FUP internet perlu diperbesarkan supaya selari dengan kelajuan 5G yang kita nikmati. Jadi, kalau boleh, biar sama antara keperluan dan juga perkembangan teknologi yang kita ada.
Merujuk kepada Butiran 030400. Kita difahamkan di bawah perlindungan data peribadi dan juga cybersecurity, negara jiran kita, sebagai contohnya Singapura, memberikan suatu kebertanggungjawaban kepada pihak bank untuk bertanggungjawab mengganti rugi pelanggan melalui aktiviti scammer dan apa yang berlaku melibatkan jenayah sekiranya didapati ada kecuaian di pihak mereka.
Jadi dalam hal ini, saya mohon kalau boleh pihak kerajaan mencadangkan dengan segera dan mengambil iktibar daripada negeri-negeri berdekatan supaya kita juga mempunyai suatu akta dan undang-undang untuk memastikan keselamatan cybersecurity kepada pihak pengguna dan juga pihak rakyat kita. Begitu juga dengan cybersecurity yang melibatkan kepada pemain-pemain Internet kerana hari ini kita melihat juga ada tekanan daripada pihak luar khususnya berkaitan dengan keselamatan Internet.
Di bawah Butiran 060400, one-off pendigitalan penyiaran nasional. Saya ingin bertanya pihak kerajaan, sejauh manakah komunikasi ataupun sinergi di antara KKD dengan Kementerian Pendidikan dan juga KPT? Semua sekolah ada badan redaksi, semua sekolah keluarkan majalah sekolah. Tetapi, adakah semua sekolah mempunyai suatu badan digital yang boleh mengeluarkan online magazine dan juga online production daripada sekolah dan juga IPT supaya ini boleh menggerakkan penyiaran ataupun komunikasi digital kepada pihak sekolah. Apakah inisiatif kementerian sebagai galakan kepada mereka ini untuk membentuk suatu komuniti digital yang lebih baik? Adakah kursus elemen digital ini ada dalam TVET?
Di bawah Butiran 33000 – Malaysia Digital Economy Corporation. Sejauh manakah pelan tindakan kerajaan untuk ekonomi digital? Adakah kerajaan akan membina prasarana ekonomi ataupun pusat aktiviti ekonomi digital secara mobile di semua lokasi kegiatan
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
ekonomi rakyat B40, khususnya macam pasar tani, pasar pagi kerana ini melibatkan the real entrepreneurs yang memerlukan kepada pendidikan ekonomi digital. Jadi, kalau ini dapat dibuat, saya harapkan kerjasama di antara kementerian ini dengan Kementerian Ekonomi supaya boleh melajukan ataupun boleh melancarkan lagi digital economy dalam negara kita.
Kita juga ingin melihat suatu masyarakat yang bermaklumat, terhubung dan berdaya maju. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan di antara pihak komunikasi digital supaya kerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi memastikan bahawa kita ada coverage satu minggu satu parlimen. Kalau kita buat macam ini, penyiarannya lebih berkualiti, dapat bawa hala tuju, dapat tunjukkan kebaikan dan juga warisan di mana-mana Parlimen.
Sekiranya ini dapat dibuat, sebenarnya dalam tempoh empat tahun setengah, dapat cover semua 222 kawasan Parlimen. Jadi ini akan lebih memberikan satu perkara yang lebih merakyat tentang kebaikan perfileman, pendigitalan dan juga pelancongan kepada negara kita. Jadi, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 020300 – Komunikasi Strategik di bawah Kepala B.47.
Ada dua perkara yang saya nak bangkitkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang pertama, saya hendakkan kepastian, adakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKMM) atau MCMC berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital? Sekiranya ada, soalan saya, kenapa tidak ada butiran perbelanjaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tersebut di dalam belanjawan ini? Kalau saya tak terlepas pandang ya.
Yang kedua, di bawah perkara komunikasi strategik ini, saya ingin membangkitkan perkara tentang keselamatan strategik negara. Saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dimaklumkan bahawa syarikat Elon Musk yang bernama Starlink telah diberi keistimewaan, special exemption untuk beroperasi di Malaysia dengan 100 peratus ekuiti mereka. Maknanya, tidak ada penyertaan daripada syarikat Malaysia sendiri kerana ini special exemption, 100 peratus ekuiti asing di negara kita.
Adakah benar, Yang Berhormat Menteri, special exemption ini telah diberi kepada syarikat Starlink milik Elon Musk ini yang bernama sekarang Starlink Internet Services Malaysia Sdn Bhd telah mendapat lesen yang diberi iaitu, dengan izin, network facilities and services provider (NFP/NSP)? Lesen ini diberitahu, dimaklumkan telah diberi pada 17 Julai tahun ini dan berkuat kuasa selama 10 tahun. Adakah fakta ini benar?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pasir Gudang, Sik mohon sedikit mencelah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, sila, sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Berkaitan butiran komunikasi strategik ini khusus dalam hal antarabangsa ini. Dilihat peruntukan untuk tahun 2024 ini, nampak ada pengurangan daripada RM6 juta kepada RM2 juta, khusus kita melihat peranan BERNAMA itu sendiri sebagai pelapor berita di peringkat antarabangsa.
Hari ini kita sangat bergantung, sepenuhnya bergantung kepada agensi berita luar termasuk CNN, CNBC dan sebagainya. Ketika mana kita mahu mendapat update berkaitan peperangan di Gaza itu, kita sepenuhnya mengharapkan agensi berita luar ini dan tidak ada agensi berita kita khususnya BERNAMA yang berperanan juga di peringkat antarabangsa.
Sepatutnya diberi penekanan. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih YB Sik atas pencelahan itu. Saya teruskan, iaitu saya bimbang dengan penguasaan 100 peratus syarikat asing ini. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, selain daripada syarikat Starlink, adakah lain-lain syarikat asing telah diberi lesen dengan begitu mudah di negara kita ini? Sedangkan, kita BERNAMA, TV BERNAMA kita hanya beroperasi setakat negara kita ini, tetapi kita benarkan ruang angkasa, segala gelombang Internet ini yang dikuasai oleh syarikat asing.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tak bimbangkah tentang masa depan negara kita ini? Iaitu penjajahan bentuk baharu.
Penjajahan penguasaan Internet ini. Mengapa begitu mudah?
Saya nak tanya, siapa yang beri lesen ini? Kementerian yang mana? Ini bukan soal main-main ini. Beri 100 peratus. Ini tentu bercanggah dengan dasar ekonomi negara. Dulu kita tak benarkan syarikat asing menguasai 100 peratus. Kita beri mesti ada syarikat tempatan 30 peratus atau sebagainya. Sejak bila ini, 100 peratus ini dibenarkan di negara kita ini kepada syarikat asing? Soalan ini relevan. Kita tidak mahu kerana kita hendak mengejar pelaburan asing, kita dedah, kita buka negara kita seluas-luasnya. Angkasa dan bumi kita ini boleh dibuat sesuka hati oleh syarikat-syarikat asing. Jadi, saya minta jawapan daripada Timbalan Menteri.
Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput pembahas terakhir, Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih, Tuan Speaker. Dalam Program 2: Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Aktiviti 5:
Pembangunan Kandungan termasuk fungsi pembangunan industri kreatif dalam bidang perfileman, kandungan kreatif digital, animasi dan muzik di Malaysia. Namun, saya telah menerima beberapa aduan penggiat industri kreatif dan perfileman dari segi kekurangan peluang dan ruang untuk penggiat industri terutama sekali di Sabah dan Sarawak. 90 peratus kandungan program di media kita, terutama RTM dan sebagainya, adalah dari kandungan daripada Semenanjung. In other words, Malaya-centric.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Jadi, ini bukan menggambarkan Malaysia, tidak menggambarkan kepelbagaian Malaysia. Jadi, mintalah—bagilah ruang dan peluang untuk penggiat industri ini dari Sabah dan Sarawak supaya rakyat Malaysia di Semenanjung akan lebih mengenali Sabah dan Sarawak. Bagilah mereka ruang untuk bergiat dalam industri kreatif ini. Dalam hal ini, saya merujuk kepada Butiran 020500 – Pembangunan Kandungan, di mana peruntukan RM4.69 juta dan juga Butiran 020700 – Penyiaran RTM, RM496,311,900 peruntukan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan meneliti semula ruang dan peluang ini dan memberi ruang kepada penggiat-penggiat industri kreatif di Sabah dan Sarawak.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Keningau, minta laluan. Hulu Terengganu.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkait dengan perfileman, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan Keningau supaya budaya dan juga tradisi bukan sahaja Semenanjung dan Sabah Sarawak diutamakan.
Dahulu kita ada satu filem yang dikatakan hebat iaitu Untold Story. Persoalan saya, berapakah kutipan yang dapat daripada filem tersebut? Berapa belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk beri tiket percuma kepada pelajar dan juga kepada penjawat-penjawat awam menonton filem tersebut? Terima kasih Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Okey, terima kasih. Saya teruskan. Kerajaan Negeri Sabah menggalakkan industri kreatif perfileman dan penyiaran di Sabah melalui platform digital. Satu daripada pencebur industri ini ialah TV Sabah yang memberi tumpuan kepada kandungan Sabah tetapi menunjukkan keunikan Malaysia keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, mereka menghadapi masalah dari segi peruntukan. Jadi, merujuk kepada kategori dasar baharu di bawah one-off Butiran 060100 – Program Penyiaran TV yang diperuntukkan RM36,824,000. Saya memohon agar Yang Berhormat Menteri mengagihkan sekurang-kurangnya RM3 juta daripada RM36,824,000 ini untuk disalurkan kepada TV Sabah bagi menampung kos infrastruktur dan peralatan mereka. Saya akan menulis surat jika ini boleh dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Keningau ialah pembahas terakhir. Sekarang saya jemput Menteri jawab dalam masa 25 minit.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Parlimen yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa KKD. Saya percaya bahawa 17 orang Ahli Parlimen telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan juga ada beberapa orang Ahli Parlimen yang meminta penjelasan.
Bagi makluman, peruntukan perbelanjaan mengurus di bahawa Butiran B.47 adalah sebanyak RM1.048 bilion. Manakala peruntukan perbelanjaan pembangunan di bawah Butiran P.47 adalah sebanyak RM1.8 bilion. Keseluruhan peruntukan KKD bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM2.849 bilion. Terdapat peningkatan sebanyak RM111.9 juta iaitu 4.09 peratus berbanding dengan tahun 2023.
Ahli Yang Berhormat Bakri telah sentuh tentang isu digital literasi. Cabaran yang kami hadapi sekarang seperti teknologi deepfake dan juga filter yang diwujudkan oleh penyedia platform dan juga media sosial sebagai pembesar suara. Oleh yang demikian, Yang Berhormat Bakri telah meminta KKD untuk menjelaskan sama ada kita berhasrat untuk menganjurkan program outreach untuk golongan remaja dan juga warga emas untuk meningkatkan lagi literasi digital dan juga literasi medium.
Saya hendak jelaskan di sini bahawa memang untuk semua agensi di bawah KKD seperti JAPEN, seperti MCMC dan juga CSM, MDEC juga, kami selalu menganjurkan program outreach dan untuk mencapai hasrat tersebut Komuniti Madani telah diwujudkan.
Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, 1,878 Komuniti Madani akan diwujudkan atau sedang diwujudkan iaitu untuk di bawah setiap DUN, tiga Komuniti Madani akan diwujudkan.
Untuk kawasan Parlimen di Persekutuan Wilayah di mana tiada DUN, enam Komuniti Madani akan diwujudkan. Setiap Komuniti Madani akan diperuntukkan dengan peruntukan sebanyak RM10,000 di mana RM7,000 adalah untuk aktiviti dan RM3,000 adalah untuk pentadbiran.
Setakat ini, kita tidak ada apa-apa halangan untuk mana-mana pihak— untuk join ataupun menyertai dalam Komuniti Madani ini. Kerana ini sebenarnya bukan satu konsep yang baharu tetapi sejak tahun 1989, Komuniti 3P iaitu Komuniti Pendengar, Penonton, Pembaca pun telah diwujudkan. Selepas itu ditukar nama menjadi Komuniti Bestari. Selepas itu Komuniti Harapan Malaysia. Selepas itu Komuniti Keluarga Malaysia dan akhirnya sekarang dikenali sebagai Komuniti Madani.
Jadi, kita mengalu-alukan semua pihak yang berhasrat, yang sudi untuk membantu kerajaan untuk menyampaikan mesej hala tuju dan juga polisi-polisi Kerajaan Madani ini kepada akar umbi untuk menyertai dalam Komuniti Madani ini. Jadi, ini bukan merupakan jentera bagi parti politik, walaupun kita tiada halangan untuk mana-mana pihak yang pegang jawatan dalam parti untuk duduk dalam komuniti ini. Tetapi saya di sini nak tegaskan bahawa ini bukan jentera bagi parti politik kerana pada zaman Komuniti Keluarga Malaysia saya rasa structure yang similar, structure lebih kurang sama juga telah diwujudkan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Ya.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya gembira dengan jawapan tersebut. Kalau sekiranya saya hendak mencadangkan beberapa nama untuk menyertai Komuniti Madani di Tasek Gelugor Parlimen saya, boleh saya dapat tahu apa kriterianya dan bagaimanakah mekanismenya?
Puan Teo Nie Ching
Seperti yang saya jelaskan tadi, yang paling penting adalah mereka sudi dan boleh bantu kerajaan untuk menyebar mesej daripada kerajaan. Jadi sekiranya mereka yang duduk di sana juga sudi untuk membantu kita sebarkan maklumat tentang Kerajaan Madani, tiada masalah. Tiada masalah kerana ini adalah satu Komuniti
Puan Teo Nie Ching
Madani yang kita wujudkan untuk membantu masyarakat untuk dapat maklumat daripada kerajaan. Jadi, itu adalah hasrat kita.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Proses pencalonan itu bagaimana YB?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bangi, YB.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Proses pencalonan itu macam mana? Bagaimana kita hendak...
Puan Teo Nie Ching
Boleh hantar nama kepada JAPEN di daerah. Okey?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB.
Tuan Pengerusi
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bangi.
Tuan Pengerusi
Belakang.
Puan Teo Nie Ching
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Belakang, belakang, Bangi. Ya, saya sambut baik tadi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan peruntukan kepada Komuniti Madani iaitu RM10,000. RM7,000 untuk jalankan program, RM3,000 untuk pengurusan. Saya juga ada utarakan soalan tadi sama ada Komuniti Madani ini boleh menerima sumbangan dana daripada pihak ketiga untuk menjalankan program juga.
Contohnya daripada Ahli Parlimen ataupun ADUN. Adakah mereka boleh ada akaun bank?
Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Mereka boleh buka akaun bank dan sekiranya ada akaun bank, mereka boleh menerima sumbangan daripada mana-mana pihak. Tiada halangan, tetapi kita hendak pastikan bahawa ahli jawatankuasa ini mengguna pakai dana tersebut secara baik kerana kita tidak mahu bahawa ada tuduhan ataupun ada aduan di mana dana tersebut tidak diguna pakai dengan baik. Ya.
Tuan Pengerusi
Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Walaupun saya tak ambil bahagian dalam perbahasan kali ini tetapi tajuk yang tadi Timbalan Menteri jawab ada berkaitan dengan isu yang selama saya memperjuangkan iaitu media literacy ataupun literasi media dan literasi digital.
Jadi, saya ingin tahu sama ada kementerian ada rancangan untuk meningkatkan literasi media atau literasi digital antara semua Ahli-ahli Parlimen lebih dahulu supaya semua orang tahu apa itu literasi media ataupun literasi digital dan menggalakkan aktiviti yang dianjurkan oleh NGO ataupun badan lain untuk meningkatkan kesedaran literasi media, literasi digital di kawasan masing-masing supaya tiada rakyat Malaysia lagi tertipu oleh berita palsu kah atau scam. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kluang, satu cadangan yang baik. Kami memang menggalakkan Ahli-ahli Parlimen mengguna pakai peruntukan sendiri, bekerjasama dengan NGO untuk mengadakan kempen-kempen ataupun workshop untuk meningkatkan lagi literasi digital. Kami juga akan kaji sama ada dengan lah pengizinan daripada Tan Sri Yang di-Pertua, kami boleh menganjurkan kelas untuk lah meningkatkan lagi literasi digital dan juga media untuk Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya akan pastikan bahawa jemputan dihantar kepada Yang Berhormat kepada lah– pantas.
Satu soalan lagi daripada Tasek Gelugor adalah tentang dana RM1 bilion, Dana Komuniti Madani. Saya nak tegaskan di sini bahawa dana ini adalah di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM. Jadi dia bukan dana untuk Komuniti Madani yang di bawah kawal selia JAPEN. Jadi dua dana ini adalah berbeza.
Puan Teo Nie Ching
Soalan daripada Tasek Gelugor juga tanya kenapa KKD tidak mengambil alih JKOM supaya boleh lebih jimat duit dan mungkin lebih efektif. Saya nak tegaskan di sini bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2021 semasa Yang Berhormat Pagoh merupakan mantan Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk pindah JKOM daripada KKMM pada masa itu, ke JPM. Menteri KKMM pada masa itu adalah Yang Berhormat Indera Mahkota. Jadi, saya rasa mungkin lah soalan ini lebih sesuai untuk ditujukan kepada kedua- dua orang Ahli Parlimen ini.
Saya nak teruskan jawapan saya...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat boleh saya...
Puan Teo Nie Ching
...Tentang lah Yang Berhormat...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Boleh saya celah sikit. Sikit saja Yang Berhormat mengenai itu.
Puan Teo Nie Ching
Saya rasa Yang Berhormat tadi saya sudah bagi peluang yang cukup banyak. Empat minit untuk menjawab Ahli Yang Berhormat boleh saya pergi ke Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain tak? Terima kasih kerana– terima kasih.
Ahli Yang Berhormat Libaran dan juga Parit Buntar telah juga– dan juga beberapa Ahli Parlimen lagi juga ada sebut tentang dana bagi FINAS untuk lah usaha memperbanyak filem patriotik. Saya nak jelaskan di sini bahawa Dana Kandungan Digital– memang kita telah wujudkan Dana Kandungan Digital di mana filem-filem yang mempunyai unsur patriotik, kenegaraan dan unsur-unsur kebudayaan Malaysia akan lah diberi dana kenegaraan.
Setakat ini lima projek yang telah dapat dana sebanyak RM11.8 juta. Selain daripada secara keseluruhannya bagi tahun 2023, 73 projek telah diluluskan di bawah FINAS dengan kos keseluruhan projek bernilai RM24.3 juta yang telah wujudkan sebanyak 2,490 peluang pekerjaan. Saya nak tegaskan di sini bahawa untuk filem-filem yang mempunyai unsur-unsur kebudayaan Malaysia juga boleh dapat tambahan tax rebate sebanyak lima peratus selain daripada tax rebate FIMI iaitu Film in Malaysia Incentive yang sebanyak 30 peratus.
Yang Berhormat Libaran, Pasir Mas dan juga Puncak Borneo juga sebut tentang animasi kerana ini juga merupakan satu industri yang sangat-sangat penting.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching
MDEC telah memberi geran kepada pengusaha-pengusaha filem animasi seperti Upin Ipin, BoBoiBoy, Mechamato, Ejen Ali dan lain-lain. Filem-filem yang saya sebut tadi telah berjaya mendapat kutipan sehingga RM30 juta di Malaysia. Bagi tahun 2023 sebanyak 29 projek telah diluluskan dengan nilai RM21.3 juta. Jumlah pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 888. Ya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya berkenaan dengan FINAS tadi. Terima kasih kerana sedang mengambil langkah-langkah yang sepatutnya lah. Cuma ada satu pendakwaan daripada pembuat filem Tamil di Malaysia untuk bagi tahun 2023 ini tiada sebarang peruntukan diberi daripada FINAS.
Saya cuma nak pastikan kerajaan lebih adil, jika ada kita umum berapakah jumlah yang kita telah agihkan kepada penggiat-penggiat seni khususnya pembuatan filem Tamil.
Kalau tidak dan kita harus mengambil langkah-langkah untuk meneliti balik semula untuk tahun 2024 ini tiada yang golongan ini terlepas daripada pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Segamat. Saya pohon maaf kerana saya tak ada perincian tentang mana satu projek yang telah dapat dana daripada FINAS. Tetapi akan yang saya boleh jelaskan di sini adalah di bawah FINAS ada satu jawatankuasa bebas yang buat keputusan mana satu projek yang berbaloi untuk lah ataupun yang layak untuk dapat dana di bawah DKD ini. Jadi, itu tanpa campur tangan daripada kementerian.
Jadi, memang ada satu pitching procedure di mana pengeluar-pengeluar ataupun pengusaha-pengusaha ini perlu pergi di depan jawatankuasa tersebut untuk present idea mereka. Jadi, semua maklumat ini memang di dalam lawan web FINAS, boleh dapat di sana.
Puan Teo Nie Ching
Tetapi saya setakat ini, saya tak ada maklumat sama ada mana satu filem yang dapat dana daripada FINAS tetapi saya akan meneliti perkara ini. Kalau– bahawa memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Segamat memang berlaku, jadi kami boleh meneliti prosedur tersebut dan tengok sama ada, ada unsur-unsur bias yang mengakibatkan keputusan tersebut.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih kepada Menteri kerana memberi satu komitmen. I really appreciate that dan kita akan meneliti lah. Terima kasih Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat. Selain daripada itu, Yang Berhormat Libaran juga ada sebut bahawa sekarang masih– SMS, menerima SMS yang mempunyai pautan URL. Saya nak jelaskan di sini bahawa sebenarnya KKD melalui MCMC telah menghalang syarikat telco untuk menghantar SMS yang mengandungi URL lagi dari segi P2P punya services. Jadi, sekiranya Ahli Yang Berhormat masih terima SMS yang mengandungi pautan URL ini, bolehlah memaklumkan kami supaya kami boleh menjalankan siasatan.
Tetapi saya juga perlu akui di sini bahawa walaupun KKD melalui kerjasama daripada syarikat telco, kita boleh menghalang SMS yang mengandungi URL tetapi sekiranya scammer itu mengguna pakai WhatsApp, mengguna pakai Telegram jadi itu sebenarnya adalah luar bidang kuasa KKD kerana mesej itu tidak dihantar melalui syarikat telco.
Selain daripada itu, Ahli Yang Berhormat Arau dan juga Libaran juga ada tanya sama ada RTM, Bernama dibenarkan untuk membuat program-program melibatkan pembangkang.
RTM dan Bernama sentiasa terbuka dalam memberikan liputan berita yang seimbang kepada semua pihak termasuk kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Satu contoh yang baik adalah dalam– ialah pilihan raya negeri dan juga PRK Pulai dan Simpang Jeram, PRK Pelangai, PRK Jepak dan terkini PRK Kemaman.
Selain daripada itu untuk makluman Yang Berhormat berkaitan dengan liputan kepada UMNO Sabah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Timbalan Menteri, boleh sikit tidak Timbalan Menteri?
Puan Teo Nie Ching
Sekejap. Biar saya habis. Saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya tak– saya...
Puan Teo Nie Ching
Sekejap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya tak bahas. Saya masuk nama tapi nama tak ada, Speaker.
Tuan Pengerusi
Tak apa. Dia– Menteri...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh tak, boleh tak sikit.
Puan Teo Nie Ching
Saya nak habis menjelaskan isu ini.
Tuan Pengerusi
Lepas itu, dia– Menteri jawab.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, thank you. Berkaitan dengan liputan kepada UMNO...
Tuan Pengerusi
Dia terkejut terus dah Menteri, nampak.
Puan Teo Nie Ching
Berkaitan dengan liputan kepada UMNO Sabah, sebanyak 135 jumlah liputan berita oleh RTM berkaitan acara dan juga aktiviti pemimpin-pemimpin UMNO Sabah telah dilakukan antara tempoh Januari sehingga Oktober 2023. Selain daripada itu untuk makluman Ahli Yang Berhormat Arau walaupun dia tidak duduk dalam Dewan sekarang tetapi dia– saya, untuk makluman dia soalan dan perbahasan yang dibawa oleh Yang Berhormat Arau dalam Dewan Rakyat ini juga diberi liputan oleh Bernama.
Puan Teo Nie Ching
Jadi, baru-baru ini pada 25 Oktober 2023 di Petaling Jaya, BERNAMA melalui platform Wires TV dan juga radio juga melaporkan berita mengenai Kesatuan Olahraga
Puan Teo Nie Ching
Malaysia oleh Yang Berhormat Arau ialah presidennya. Jadi, ini adalah bukti bahawa RTM dan juga BERNAMA akanlah teruslah memberikan liputan yang seimbang kepada semua pihak. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya nak tanya dengan Timbalan Menteri, contohnya sehari dua hari ini kecohlah isu Islam terancam. Isu mahkamah syariah terancam. Perdana Menteri yang ada ini membiarkan soal berkaitan dengan Islam terancam. Membiarkan soal berkaitan dengan mahkamah syariah ini terancam. Saya begini Timbalan Menteri, kita dah 66 tahun kita merdeka. Kita nak tahu sebenarnya apa ceritanya soal berkaitan dengan pendakwaan ataupun apa cerita sebenarnya soal berkaitan dengan Nik Elin lawan dengan Kerajaan Negeri Kelantan ini. Kita nak tahu.
Sebab itu saya nak cadangkan kepada kerajaan di peringkat KKD ini, tak bolehkah maksudnya pihak kementerian ini panggil tokoh-tokoh contohnya bekas Ketua Hakim Negarakah, bekas Peguam Negarakah, pengamal-pengamal undang-undangkah, pensyarah-pensyarah universitikah masuk dekat TV1, TV2, TV3 ini bercakap soal berkaitan dengan apa isu sebenarnya yang berlaku dalam negara kita ini.
Sebab rakyat di bawah ini hendak tahu apa cerita sebenarnya. Sebab kita tak nak tuding jari. Tak nak salahkan kepada Perdana Menteri, tak nak salahkan kepada bekas menteri, tak nak salahkan kepada AG, tak nak salahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Kita nakꟷ kita nak rakyat kita ini dia tahu apa isu sebenarnya dan peranan ini harus dimainkan oleh KKD. Menyampaikan maklumat yang tepat, jelas, padu kepada seluruh masyarakat dan juga rakyat. Sekian, saya melaporkan.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, cadangan yang bagus.
Saya akan minta RTM untuk meneliti cadangan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Julau menyatakan bahawa...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
YB Menteri. Boleh bagi sikit?
Puan Teo Nie Ching
Yes, sila.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya juga ingin mencadangkan perkara yang sama. Tidak hanya sebelah pihak tapi dipanggil juga peguam- peguam yang membela isu ini supaya diberi peluang memberi penjelasan di RTM. Biar berlaku adil, baru adil. Baru rakyat boleh menilai. Jangan terima Hulu Langat sahaja, Parit Buntar pun kena terima juga. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar, Parit Buntar. Kita pun tak panggil peguam kita. Maksudnya, kita panggil contohnya bekas-bekas Ketua Hakim Negara, bekas-bekas Peguam Negara. Orang berkecuali, orang berkecuali. Kalau panggil daripada belah sana [Merujuk kepada pihak pembangkang] dah tentu dia akan menyatakan Parit Buntar saja yang betul. Yang benar ini Parit Buntar. Yang sahih ini Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Eh, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi kita tak mahu. Kita hendak supaya dia ini orang tengah-tengah. Biar rakyat dapat maklumat yang jelas siapa yang benar, siapa yang tidak benar. Siapa yang tipu, siapa yang tidak tipu. Siapa yang bohong, siapa yang tidak bohong. Siapa yang tunggang agama, siapa yang tidak menunggang agama.
Sekian, terima kasih Speaker.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ini untuk berlaku adil.
Jangan bagi sebelah pihak, dua-dualah kalau boleh.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih ataslah cadangan-cadangan daripada dua-dua pihak...
Tuan Pengerusi
Menteri, Menteri. Kita adil ya? Menteri dua-dua belah dapat sekarang?
Puan Teo Nie Ching
Ya.
Tuan Pengerusi
Ya, sekarang Menteri teruskan.
Puan Teo Nie Ching
Saya nak teruskan penggulungan saya. Terima kasih ataslah pandangan daripada dua-dua Ahli Yang Berhormat. Saya bagi peluang kepada dua-dua pihak menunjukkan saya adil juga.
Tuan Pengerusi
Ya, ya.
[Tepuk]
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Julau juga menyatakan bahawa nampaknya bahawa kibaran bendera adalah kurang semasalah sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Penerangan Malaysia telah melaksanakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 15 Julai tahun ini dan majlis seumpama ini turut dilaksanakan di peringkat negeri seluruh negara bagi menyemarakkan semangat kibarkan Jalur Gemilang dan cintakan negara di kalangan rakyat.
Selain daripada itu, sebanyak 62 Program Semarak Gemilang telah dilaksanakan melibatkan lebih daripada 19,000 khalayak dan sebanyak 170 Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara turut dilaksanakan melibatkan lebih 50,000 khalayak.
Sebanyak lebih daripada 105,000 bendera juga telah diedarkan ke seluruh negara bagi menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2023. Tentang soalan kenapa hanya Ahli-ahli Parlimen daripada Wilayah Persekutuan dijemput untuk sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.
Pertamanya, senarai jemputan adalah diuruskan oleh JPM, tetapi saya percaya bahawa tahun ini JPM hanya menjemput Ahli-ahli Parlimen dari Wilayah Persekutuan untuklah sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya adalah kerana di peringkat negeri juga ada sambutan Hari Kebangsaan.
Jadi oleh sebab itu, semua Ahli-ahli Parlimen juga sepatutnya menerima jemputan daripada negeri masing-masing. Saya percaya itu adalah sebabnya Jabatan Perdana Menteri tahun ini hanya menjemput Ahli-ahli Parlimen daripada Wilayah.
Yang Berhormat Merbok tanya tentanglah pakej 5G Rahmah. Saya nak menjelaskan di sini bahawa, sehingga 31 Oktober, jumlah langganan pakej 5G Rahmah adalah sebanyak 98,979 unit dan daripada jumlah ini sebanyak 49,998 unit dilanggan oleh kategori B40 ataupun 49 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Ini menunjukkan pakej ini dikenali dan diterima oleh rakyat. Bagilah pelanggan- pelanggan baru, pihak telco menetapkan keperluan pembayaran upfront bagi mengelakkan ada pengguna yang menyalahgunakan kemudahan ini sepertilah penjualan peranti atau menamatkan perkhidmatan tanpa memenuhi kontrak akan menyebabkan kerugian kepada syarikat telco.
Upfront ini adalah seolah-olah bayaran pendahuluan komitmen pelanggan dan akan direbat di dalam bil bulan-bulan berikutnya. Manakala bagi pelanggan sedia ada, tiada bayaran upfront, dengan izin. Pakej ini adalah berbaloi kerana harga yang ditawarkan adalah lebih rendah dari harga pasaran di samping tempoh waranti yang lebih panjang iaitu selama 24 bulan berbanding 12 bulan yang ditawarkan di pasaran.
Yang Berhormat Ledang tanya tentang Malaysia Digital Acceleration Grant. Malaysia Digital Acceleration Grant merupakan geran yang mensasarkan syarikat-syarikat digital baharu dan sedia ada untuklah menjalankan aktiviti bernilai tinggi serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.
Pada tahun 2022, sebanyak 35 syarikat telah menerima geran tersebut. Manakala pada tahun 2023, sebanyak 36 syarikat dijangka akan mendapat manfaat daripada geran ini kerana masih di dalam peringkat kelulusan dan pelaksanaan. Berikut adalah antara kisah kejayaan penerima geran MDAG ini.
Pertama, CARSOME. Sebuah syarikat Malaysia yang diiktiraf sebanyak syarikat unicorn yang menjalankan platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara. Setelah memperoleh kejayaan yang besar di Malaysia, CARSOME telah berjaya mengembangkan sayap operasi di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kiddocare, syarikat yang menyediakan
Puan Teo Nie Ching
platform penjagaan kanak-kanak yang pertama dan pilihan utama di Malaysia yang menghubungkan antara ibu bapa dan penjaga kanak-kanak. Lebih daripada 100,000 tempahan pengasuh diterima daripada platform Kiddocare.
Yang ketiga, Dattel Sdn. Bhd. Dattel Sdn. Bhd. syarikat bumiputera yang berpusat di Petaling Jaya adalah syarikat analisis data yang memberi tumpuan kepada pengguna media dan e-dagang. Memulakan operasi di Malaysia pada tahun 2014, Dattel.asia kini telah berjaya mengembangkan operasinya di Thailand dan Indonesia...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri, sebab masa tinggal 15 saat. Saya punya cadangan tadi, Parit Buntar. Nak responskah ataupun bertulis?
Puan Teo Nie Ching
Mana satu, Yang Berhormat?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Banyak tadi.
Antaranya, saya mencadangkan supaya dipinda Akta Hiburan 1992 supaya garis panduan konsert dimasukkan sebahagian daripada peraturan dalam akta tersebut. Cuba respons.
Puan Teo Nie Ching
Jawapan ringkas untuk Yang Berhormat adalah, Akta Hiburan bukan di bawah KKD. Jadi, itu di luar bidang kuasa saya. Okey.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Nak minta pandangan saja. Setuju atau tidak? Walaupun tidak bidang kuasa.
Puan Teo Nie Ching
Saya tak, takꟷ kerana akta itu bukan di bawah KKD.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Buang masalah, buang masalah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Salah pintu Parit Buntar, salah pintu.
Puan Teo Nie Ching
Saya tak boleh bagi pandangan bagi pihak KKD.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sebelum tanya, buat research-lah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Nak tanya pandangan Menteri saja.
Puan Teo Nie Ching
Tak boleh, Yang Berhormat. Saya jawab di sini bagi pihak KKD.
Kalau akta itu bukan di bawah bidang kuasa KKD...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Buang masa.
Puan Teo Nie Ching
Tidak elok untuk saya bagi pandangan peribadi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Apa pula tak elok?
Menteri kena bagi jawapanlah.
[Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching
Tapi tak apa. Saya tahu banyak Ahli-ahli Yang Berhormat di sini...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang lain diam sudahlah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Research, research dulu sebelum tanya.
Research.
Puan Teo Nie Ching
Banyak Ahli-ahli Yang Berhormat di sini tanya tentang konsert.
Jadi saya mintalah tambahan masa sebanyak tiga minit...
Tuan Pengerusi
Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Untuk menjawab tentang isu konsert.
Tuan Pengerusi
Menteri perlukan berapa minit lagi?
Puan Teo Nie Ching
Saya minta tiga sampai lima minit untuk jawab isu konsert.
Tuan Pengerusi
Okey, saya bagi.
Puan Teo Nie Ching
Yang lain saya akan jawab secara bertulislah.
Tuan Pengerusi
Okey, saya bagi semua sekali lima minit. Wrap up lepas itu ya.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya nak tegaskan di sini bahawa untuk tahun 2023, PUSPAL telah meluluskan konsert yang melibatkan artis dari luar negara sebanyak 296. Jadi antara semua persembahan setakat ini, memang ada satu insiden yang amat-amat mendukacitakan iaitu yang telah melibatkan kumpulan The 1957, 1975 minta maaf. 1975. Kita memang, Kumpulan 1975 telah melanggar peraturan persembahan yang telah tertakluk dalam Garis Panduan PUSPAL seperti meminum arak, mempertontonkan aksi melampau serta memperlekehkan undang-undang negara.
Kita juga sedang dalam usaha untuk menambah baik Garis Panduan PUSPAL Cetakan Kelima untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berulang. Tetapi saya nak tegaskan di sini, jangan oleh sebab satu insiden yang buruk, jadi kita rasa bahawa semua konsert ini perlulah dibatalkan kerana seperti yang saya sebut 296 konsert yang melibatkan artis luar negara, hanya satu kumpulan yang tak tunjuk hormat kepada undang-undang kita.
Adakah adil bahawa oleh sebab satu insiden, jadi kita sekarang cakap bahawa batalkanlah semua konsert ini ataupun konsert ini secara tiba-tibanya dilabel sebagai aktiviti yang kurang sihat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta laluan sedikit saja.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya nak respons sikit. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tidak di bawah kementerian tetapi garis panduan itu disediakan oleh Kementerian Penerangan yang terdahulu. Jadi kalau Akta Hiburan itu bukan bawah kementerian sekarang, bersediakah kementerian menyediakan suatu, menggubal satu rang undang-undang supaya ada garis panduan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah ada garis panduanlah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Garis panduan dah ada tapi jadikan satu rang undang-undang supaya ia menjadi peraturan yang dipatuhi. Kalau langgar peraturan, boleh ambil tindakan. Kalau sekadar garis panduan, mereka langgar, mereka boleh bercium, mereka boleh tanggal pakaian dan sebagainya, mendedahkan sebahagian tubuh badannya. Jadi, kalau ia jadi rang undang-undang, ia akan jadi peraturan.
Puan Teo Nie Ching
Yang Berhormat, pertamanya kalau sudah ada garis panduan dan untuk mereka yang melanggar garis panduan ini, tindakan ini boleh juga diambil, juga boleh diambil. Tetapi sekiranya kementerian yang berkaitan ada hasrat untuk meminda Akta Hiburan, itu adalah hak mereka. Bagi pihak KKD, saya tak boleh pandangan ataupun ulasan dari kapasiti saya sebagai Timbalan Menteri KKD. Saya rasa cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya cuma nak cadangkan sahaja supaya pihak kementerian sekarang...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bawa masuk TikTok. Bawa masuk TikTok.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kementerian sekarang...
Puan Teo Nie Ching
Carilah kementerian yang betul Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bagi Kubang Kerian pula. Kubang Kerian belum habis tadi tu.
Puan Teo Nie Ching
Carilah kementerian yang betul.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar duduk. Bagi Kubang Kerian pula.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak. Garis panduan...
Puan Teo Nie Ching
Cari kementerian yang betul.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar. Parit Buntar duduk Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching
Tahukah Yang Berhormat, mana satu kementerian yang bertanggungjawab untuk Akta Hiburan? Tahu tak?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Garis panduan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kubang Kerian, tengok Parit Buntar itu Kubang Kerian.
Puan Teo Nie Ching
Tahu tak Yang Berhormat?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Garis panduan disediakan oleh Kementerian Penerangan yang terdahulu. Jadi apa salahnya garis panduan tersebut dijadikan suatu rang undang-undang oleh Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini supaya menjadi peraturan.
Puan Teo Nie Ching
Saya sudah jelaskan, Akta Hiburan bukan di bawah kementerian saya.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sikit saja.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tak suruh Akta Hiburan. Buat rang undang-undang baru.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Okey, okey, okey.
Puan Teo Nie Ching
Okey terima kasihlah.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya agak concerned sikit isu ini sebab kita tahu background satu kumpulan yang masuk ke Malaysia. Sebahagian mereka ialah kumpulan yang mempromosi LGBT dan sebagainya. Pihak kerajaan tahu. Saya fikir kita perlu bukan saja garis panduan, untuk kita pastikan bahawa kumpulan yang mempromosi nilai-nilai negatif yang bercanggah dengan peraturan negara, kita sekat lebih awal supaya tidak timbul polemik.
Kita bukan menentang konsert ya, kena jelas. Kita bukan menentang konsert, kita menentang promosi nilai yang bercanggah dengan dasar negara. Kerajaan ada data tentang kumpulan tersebut. Saya minta supaya perkara ini diberi perhatian. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak jelaskan, akhirnya saya nak sentuh bahawa tentang konsert Coldplay yang juga disebut oleh banyak Ahli-ahli Yang Berhormat. Tahu tak Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Coldplay baru pergi ke Jakarta, Indonesia pada 15 November dan menganjurkan konsert mereka di sana.
Jadi apa salah kalaulah sebuah negara yang mempunyai warga Muslim yang paling banyak di seluruh dunia boleh mengizinkan Coldplay untuk mengadakan konsert di sana dan Malaysia kita tidak boleh izinkan Coldplay untuk datang ke sini. Kami sudah jelaskan kepada semua artis, tak kiralah dalam negara ataupun dari luar negara. Kalau mereka berhasrat untuk datang ke Malaysia, mereka perlu hormat kedaulatan undang-undang kita dan kebudayaan negara.
[Tepuk] Itu memang merupakan pendirian KKD dan juga pendirian Kerajaan Madani. Saya percaya tak kira sesiapa yang menjadi kerajaan, juga akan menyokong pendirian sedemikian.
Jadi saya percaya bahawa nak tunjuk sokongan kami solidariti kepada Palestin ada banyak cara dan perkara.
Ada Ahli-ahli Yang Berhormat pilih untuk boikot McD, Starbucks tetapi tak boikot Mercedes dan juga iPhone, Facebook. Itu pilihan sendiri. Jadi untuk mereka yang sudah beli tiket nak pergi ke konsert Coldplay pada malam ini, I wish them to enjoy the show tetapi untuk orang yang tak suka Coldplay, tak minat, tak dapat beli tiket, then kita tak perlu kacaulah.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tak boleh, kerajaan tak boleh begitu.
Puan Teo Nie Ching
Sekian sahaja penggulungan saya setakat ini.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kerajaan tak boleh bertindak begitu.
Puan Teo Nie Ching
Sekali lagi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya minta maaflah, saya sebut Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Puan Teo Nie Ching
Yang telah menunjukkan sokongan kepada KKD. Segala kritikan, saya juga akan bawa isu tersebut balik ke KKD untuk meneliti secara lebih lanjut.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya minta Timbalan Menteri tarik balik kenyataan itu.
Puan Teo Nie Ching
Saya nak mohon maaf kerana ada banyak Ahli-ahli Yang Berhormat, jawapan di sini tak sempat saya jawab kerana banyak permintaan, penjelasan daripada sana tetapi saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Dah habis dah ya?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta maaf. Saya nak setengah minit saja. Kerajaan bertanggungjawab, tak boleh bagi kebenaran siapa nak pergi tengok, pergi tengok. Siapa tak nak pergi tengok, tak boleh demikian. Tanggungjawab kerajaan memastikan nilai moral tinggi pada rakyat. Jangan menyerah kepada rakyat untuk buat pilihan tapi kerajaan ada polisi, ada peraturan, ada hak pastikan nilai positif saja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dulu Billie Eilish boleh je, Billie Eilish boleh.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,048,270,300.00 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.47 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Baik, Kepala B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk dibahas. Saya menerima 21 permohonan untuk berbahas. Saya akan baca nama-nama Yang Berhormat.
Bermula dengan Sungai Buloh, diikuti dengan Rantau Panjang, Parit Sulong, Kepala Batas, Sungai Petani, Bagan Serai, Puchong, Kulim-Bandar Baharu, Shah Alam, Kapar, Ipoh Timor, Jerlun, Mas Gading, Tumpat, Ampang, Kubang Kerian, Rasah, Pokok Sena, Segamat, Kangar, yang akhir Jelutong. Saya jemput Sungai Buloh, lima minit dari sekarang. Sila Yang Berhormat.
Dato' Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa Kepala Bekalan B.48 dan Pembangunan P.48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tan Sri Pengerusi, pertama sekali saya ingin merujuk kepada muka surat 427 B.48 Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat.
Dato' Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Jika kita merujuk kepada Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952, ia memegang peranan kritikal dalam kerangka undang-undang Malaysia dengan memberi panduan terperinci mengenai proses pengangkatan anak angkat secara formal dan tersusun.
Meskipun akta ini tidak secara eksplisit membatasi permohonan pengangkatan berdasarkan status perkahwinan pemohon, ada kecenderungan untuk tidak begitu menggalakkan permohonan daripada bapa tunggal khususnya jika anak yang hendak diangkat adalah perempuan.
Perlu diingat, keselamatan dan kesejahteraan anak sentiasa menjadi prioriti utama dalam setiap proses pengangkatan. Contohnya sebuah laporan oleh Harian Metro pada 4 Oktober baru-baru ini, membincangkan tentang isu seorang artis lelaki bujang terkenal yang mengangkat anak perempuan. Suatu perkara yang membangkitkan perdebatan sosial. Isu ini timbul kerana tindakannya itu dikatakan berpotensi melanggar norma-norma yang telah ditetapkan dalam undang-undang pengangkatan.
Dengan adanya SOP dan protokol yang sedia ada, bagaimanakah kementerian memastikan proses pengangkatan dilaksanakan secara adil dan selamat terutama dalam konteks pengangkatan oleh bapa tunggal agar tidak berlaku eksploitasi atau penyalahgunaan.
Selanjutnya, saya ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk pemantauan berterusan dan perlindungan kebajikan anak angkat pasca- pasca pengangkatan.
Seterusnya rumah anak yatim dan asnaf di Malaysia berperanan penting dalam menyediakan perlindungan dan sokongan menyeluruh kepada anak-anak yatim serta golongan asnaf yang memerlukan. Tan Sri Pengerusi, rumah-rumah ini lebih dari sekadar tempat perlindungan. Mereka menyediakan pendidikan formal dan agama, bimbingan emosi serta peluang untuk pengembangan bakat dan kemahiran anak-anak ini dengan fokus kepada perkembangan holistik mereka.
Sebagai simbol dedikasi dan tanggungjawab bersama masyarakat Malaysia, rumah anak yatim dan asnaf ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesejahteraan generasi muda yang menghadapi cabaran kehidupan.
Di Parlimen Sungai Buloh contohnya terdapat rumah anak yatim, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras. Dengan ini, saya ingin mengetahui adakah terdapat peruntukan khas dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menaik taraf infrastruktur yang usang di rumah kebajikan ini? Infrastruktur yang memadai adalah asas yang kritikal untuk menyediakan suasana kondusif bagi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
Menurut maklumat yang kami terima, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Shah Alam memainkan peranan penting dalam pengurusan dan operasi di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras termasuk dalam menguruskan hal ehwal anak-anak. Kerjasama dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat dan rumah kebajikan ini penting untuk memastikan anak-anak mendapat perhatian, pendidikan dan kasih sayang yang sewajarnya.
Selain itu, saya merujuk kepada muka surat 430, P.48, Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah.
Tan Sri Pengerusi, dalam konteks sosial Malaysia, fenomena warga emas yang hidup berseorangan kini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat dan pihak berkuasa.
Fenomena ini tidak hanya mencerminkan perubahan demografi tetapi juga perubahan dalam struktur keluarga dan dinamik sosial dalam masyarakat kita.
Seiring dengan peningkatan jumlah warga emas yang memilih atau terpaksa hidup bersendirian, timbulnya pelbagai isu seperti keselamatan, kesihatan dan kesepian. Ini menurut respons yang lebih komprehensif dan terperinci daripada pihak berkuasa serta komuniti setempat. Salah satu langkah penting dalam menangani isu ini adalah dengan memperoleh data terperinci mengenai bilangan warga emas yang tinggal bersendirian di setiap kawasan Parlimen.
Dato' Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Data ini penting untuk merancang dan melaksanakan program dan dasar yang lebih sesuai untuk membantu warga emas ini seperti perkhidmatan sokongan sosial dan inisiatif keselamatan. Dengan memiliki pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan khusus warga emas ini, kita dapat memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan bermakna walaupun mereka hidup berseorangan.
Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui adakah kementerian mempunyai rekod yang terperinci mengenai bilangan warga emas yang tinggal secara berseorangan di setiap Parlimen? Selain itu, timbul juga persoalan penting, adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat merancang untuk memperkenalkan inisiatif pemantauan berkala yang bertujuan untuk menjamin kesejahteraan warga emas yang hidup berseorangan? Inisiatif seperti ini penting untuk menjamin kesejahteraan mereka dan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan mereka juga.
Selain itu, bantuan dalam urusan sehari-hari seperti membeli-belah, pengurusan rumah dan pengangkutan sangat membantu terutama bagi mereka yang mengalami kesukaran bergerak atau mempunyai keperluan khas. Akses kepada perkhidmatan sosial juga penting untuk memelihara hubungan sosial mereka, mengurangkan rasa kesepian dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Inisiatif ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada warga emas secara langsung tetapi juga akan meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat terhadap keperluan kesejahteraan golongan ini.
Akhir sekali, saya merujuk kepada muka surat 430, P.48, Butiran 00503 – Rumah Seri Kenangan. Tan Sri Pengerusi, mengikut laporan Sinar Harian bertarikh 16 November menunjukkan berdasarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) dijangka populasi warga emas di Kuala Lumpur akan meningkat ke 17.3 peratus menjelang 2040. Naik daripada 9.2 peratus pada 2025.
Dengan ramalan bahawa Kuala Lumpur akan menjadi sebuah bandar yang berpenduduk tua menjelang 2040, keperluan untuk membangun perumahan khusus untuk warga emas semakin penting. PSKL 2040 mencadangkan pembinaan berjenis-jenis rumah khusus untuk warga emas termasuk rumah persaraan untuk hidup berdikari. Rumah persaraan yang menyediakan bantuan perubatan dan juga pusat penjagaan warga emas.
Usaha ini bertujuan untuk memastikan warga emas dapat hidup dengan berdikari dengan disokong oleh kemudahan yang dirancang khusus untuk kehidupan mereka. PSKL 2040 menggalakkan pembangunan perumahan khusus ini untuk dijual, disewa atau dipajak kepada warga emas yang boleh dibina di zon kediaman atau pun komersial, bergantung pada keadaan yang lebih sesuai.
Zon perumahan dengan komuniti persaraan yang besar juga disaran untuk menyediakan ruang sosial dan infrastruktur awam yang sesuai. Selain itu, reka bentuk rumah persaraan harus dipertimbangkan mengikut prinsip asas dari reka bentuk sejagat termasuk kelengkapan yang mesra warga emas seperti sistem amaran kecemasan dan keselamatan.
Tuan Pengerusi
Masa ya.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Oleh itu, saya berminat untuk mengetahui apakah rancangan dan strategi pengurusan yang telah disusun oleh kementerian berkaitan dengan penyediaan perumahan untuk golongan warga emas dalam masa yang akan datang.
Dengan ini, saya mengakhiri sesi perbahasan saya Tan Sri Pengerusi. Saya berharap agar semua pandangan dan persoalan yang telah saya kemukakan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kementerian dan diikuti dengan tindakan lanjutan yang bersesuaian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Insya-Allah. Saya jemput Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang untuk membahaskan Peringkat Jawatankuasa Maksud B.48 dan P.48. Menyentuh Butiran 02000 dan juga 02100 berkaitan dengan Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kebajikan Masyarakat, saya ingin menjelaskan di sini bahawa kesejahteraan masyarakat, keluarga tidak akan dicapai dengan semata-mata program kebajikan tetapi kita kena ada juga Program Pencegahan Amar Makruf Nahi Mungkar kena ada dalam negara dan masyarakat.
Jadi, sebab itulah program-program yang boleh merosakkan masyarakat hendaklah dicegah. Jadi, saya dalam kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah terutama kepada seluruh kakitangan JKM yang sedang bertugas menjadi frontliners sekarang di PPS di 37 PPS di seluruh negara di kawasan yang banjir yang sedang menimpa negara kita pada hari ini.
Peranan JKM ini sangat penting dan saya mencadangkan supaya semua agensi- agensi yang terlibat dengan bencana ini kalau boleh disatukan dalam satu kementerian di bawah NADMA. Contohnya, kita tengok contoh banyak negara-negara lain yang menyatukan semua agensi berkaitan dengan kebajikan ini di bawah satu kementerian. Ini lebih memberi kesan, memudahkan lagi pengurusan.
Saya cukup simpati dengan apa yang dialami oleh kakitangan JKM yang menanggung tugas yang begitu besar. Kita tidak mahu insiden sebagaimana berlaku tahun lepas bagaimana ada pegawai JKM yang terperangkap dalam banjir ketika banjir besar dan diselamatkan oleh penduduk.
Jadi saya ingin tahu, pihak kementerian, apakah usaha pihak kementerian untuk penyelarasan supaya beban tugas itu tidak semata-mata kepada pegawai JKM semata-mata.
Sejauh mana penyelarasan dibuat termasuk juga dengan semua agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Termasuk JPW, termasuk LPPKN dan sebagainya supaya mereka juga dapat melaksanakan tugas ketika bencana, tidak hanya terbeban kepada satu agensi sahaja. Saya ingin penjelasan juga, berapakah nisbah pegawai dengan keperluan penduduk yang ada pada masa ini. Kita lihat bagaimana keperluan penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berkesan sangat penting untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara. Jadi, apakah usaha kementerian untuk memastikan supaya pegawai yang menangani isu-isu laporan dan aduan kebajikan ini dapat kita berikan dengan yang terbaik dengan nisbah yang sesuai?
Begitu juga tentang perkhidmatan di PPS. Banyak aduan tentang makanan yang disediakan, kadang-kadang ada makanan yang telah dikendalikan oleh katerer yang dihantar, ada yang mentah, ada yang basi, terutama di kawasan-kawasan pedalaman yang terputus hubungan. Begitu juga tidak ada makanan untuk bayi dan kanak-kanak, tidak ada makanan yang sesuai untuk orang tua. Hanya satu menu sahaja yang sesuai mungkin hanya untuk orang dewasa sahaja.
Jadi, sejauh mana kementerian menangani isu ini, terutama di PPS? Apakah usaha yang telah dibuat untuk memastikan terutama golongan warga emas yang berkeperluan khas, yang di sekolah tempat PPS itu tidak ada kemudahan katil pesakit ataupun tandas yang sesuai, yang ini sangat merumitkan, terutama mereka yang warga emas. Jadi, apakah usaha yang telah dibuat melalui kementerian untuk memastikan supaya perkara ini diberi perhatian oleh agensi yang berkaitan tentang keperluan di pusat PPS?
Begitu juga dengan jumlah katerer yang membekalkan makanan. Kalau 1,000 makanan yang dibekalkan oleh satu katerer, sudah tentulah ia mempunyai risiko. Jadi, sejauh mana pembahagian yang dibuat dengan jumlah yang sesuai supaya tidak memberi kesan, supaya makanan yang dibekalkan itu makanan yang baik.
Saya ingin menyentuh juga Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah. Yang mana kita tahu dalam bajet ini mendapat pengurangan RM7.7 juta.
Jadi, saya ingin tahu, apakah usaha untuk memperluaskan lagi pejabat kebajikan daerah di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sebab di Sabah, Sarawak ada kadang-kadang satu pejabat JKM mengendalikan empat kawasan Parlimen yang sangat
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
luas. Ini sudah tentu memberi beban yang sangat besar kepada pegawai-pegawai JKM dan ada kes sebelum ini pegawai JKM yang kemalangan, yang sangat orang panggil- dari sudut kebajikannya sangat perlu diberi perhatian. Begitu juga dengan perjalanan yang sangat jauh dengan suasana hutan dan sebagainya.
Jadi, apakah yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menjaga kebajikan sebab setakat ini kita tahu tidak semua kawasan Parlimen mempunyai pejabat kebajikan masyarakat. Daripada bajet yang disediakan, berapakah pihak pejabat kebajikan yang akan dinaik taraf dan adakah kerajaan berusaha untuk akan datang untuk menaikkan elaun kritikal kepada pegawai-pegawai JKM?
Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE). Saya ingin tahu status terkini Sistem Warga Emas Nasional ataupun sistem e-WEN?
Apakah statusnya terkini dan apakah status tentang Akta Warga Emas dan Akta Profesion Kerja Sosial? Bilakah akan dibentangkan dan apakah perkembangannya setakat ini?
Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian untuk persiapan menuju Malaysia menuju negara menua 2030? Saya ingin tahu tentang status Projek Rintis Bandar Mesra Usia iaitu pilot project yang telah dilaksanakan di Taiping, Perak dan apakah perkembangan setakat ini dan bilakah projek bandar mesra usia ini akan diperluaskan di seluruh negara?
Menyentuh Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Jadi, saya ingin tahu setakat ini, apakah kos yang diperlukan dalam pelaksanaan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak. Apakah program yang dilaksanakan, terutama dalam memberi latihan dan pendidikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU, termasuk juga anak OKU autisme ini.
Sejauh mana diwujudkan pusat-pusat, termasuk di universiti-universiti yang terpilih, yang fokus kepada pendidikan anak-anak OKU, termasuk autisme ini? Setakat ini, berapakah kes yang telah diadu melalui pegawai pelindung JKM terhadap isu yang melibatkan penderaan kanak-kanak yang memerlukan kepada pemantauan dan kes-kes pengabaian yang telah dilaporkan kepada JKM?
Begitu juga Butiran 032400 – Anjung Sinar. Yang mana mendapat peruntukan RM1.5 juta. Jadi, saya ingin tahu setakat ini, berapakah jumlahnya dan apa pencapaiannya? Apa perancangan jangka panjang untuk memperluaskan peranan pusat transit Anjung Sinar ini supaya dapat manfaat kepada anak-anak kita yang tidak ada keluarga, yang dapat menumpang di Anjung Sinar ini?
Tuan Pengerusi
Baik, masa ya.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sebab Sungai Buloh lama tadi, saya minta juga Tan Sri Pengerusi, sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi
Ada dua minit sahaja saya bagi.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya.
Jadi, setakat ini saya ingin tahu, apakah program yang telah dibuat dalam memperkasakan ekonomi OKU yang telah dilaksanakan di bawah kementerian? Begitu juga tentang pemulihan dalam komuniti. Berapa ramai di kalangan OKU yang telah berjaya dapat dipulihkan dalam Program PDK?
Terima kasih Tan Sri Pengerusi, kerana masa tidak mengizinkan.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat.
Sekarang ini seperti yang Rantau Panjang maklumkan, sekarang ini musim tengkujuh ataupun musim banjir. Jadinya soalan saya pada pihak kementerian adalah, sukarelawan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
JKM ini memainkan peranan yang sangat penting. Adakah sukarelawan JKM yang di- employed itu dilatih agar bersedia menghadapi banjir seperti sebagai penyelamat dan sebagainya?
Pada Mac tahun ini, tiga pegawai JKM terpaksa memanjat ke atas bumbung pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk menyelamatkan diri apabila banjir secara tiba-tiba naik dengan mendadak. Soalan saya adalah bagi pegawai dan sukarelawan yang bersama-sama JKM untuk mengendalikan mangsa banjir, adakah kerajaan ada menyediakan perlindungan seperti insurans ke, apa ke, semasa mereka melaksanakan tugas.
Seterusnya, saya ingin memetik data yang dikeluarkan oleh DOSM. Mengenai jumlah kadar kesuburan 2022 di Malaysia yang mengalami penurunan kepada 1.6 anak bagi setiap perempuan berusia 15 hingga 49 tahun. Kalau kita bandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu 1.7. Trend menurun ini dia begitu konsisten sejak 2013. Secara tak langsung ia akan menyebabkan negara Malaysia ini menjadi negara menua dengan lebih cepat.
Kalau di luar negara seperti di Denmark dan Sweden, kerajaan memberikan children allowance, dengan izin, sehingga anak berusia 18 tahun bagi membantu membesarkan anak.
Soalan saya pada pihak kementerian adalah adakah ada perancangan untuk kementerian berbincang. Saya pun faham mengenai kekangan peruntukan kewangan dan sebagainya.
Jadinya, mungkin kementerian ada perancangan untuk berbincang dengan negeri-negeri untuk memberi insentif kelahiran sebagai galakan untuk perempuan melahirkan.
Seterusnya bagi Maksud Bekalan 48, Butiran 020300 – Institut Sosial Malaysia (ISM).
Terdapat peningkatan peruntukan. Apakah penggunaan khusus yang digunakan oleh institut hasil pada suntikan ini dan kerajaan pada September sebelum ini menyatakan bahawa kursus penjagaan kanak-kanak dan warga emas dijangka bermula awal tahun hadapan adalah ditempatkan di bawah ISM dan kursus terbuka pada mana-mana pihak yang berminat.
Melalui kursus ini, adakah kerajaan akan mengiktiraf kursus ini sebagai sijil kemahiran ataupun persijilan biasa? Ini penting sebab hendak memastikan kursus ini menjadi nilai tambah buat peserta bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan yang bergaji di dalam bidang tersebut.
Seterusnya bagi Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Antara jurang dan cabaran utama terhadap keupayaan wanita dalam agenda pemerkasaan wanita adalah penyertaan dan peluang ekonomi, keganasan terhadap wanita serta perkahwinan dan keluarga. Oleh itu, penting untuk kerajaan membangunkan dasar pembangunan wanita yang seiring dengan cabaran wanita di Malaysia. Kadar guna tenaga wanita di Malaysia ini adalah pada tahap 55 peratus. Walaupun kerajaan menyasarkan meningkat kepada 60 peratus.
Jadinya, saya hendak tanya kepada pihak kementerian, apakah pelan khusus kerajaan bagi memangkinkan minta dan keupayaan golongan wanita untuk bekerja atau pun menjadi usahawan. Sehingga hari ini, adakah kerajaan akan adakan dasar yang lebih baik bagi memastikan sektor awam dan posisi pembuatan keputusan dasar dapat disertai oleh golongan wanita yang lebih proaktif dan ramai?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Di Sweden contohnya Yang Berhormat Menteri, kadar penyertaan tenaga buruh wanita ini di peringkat yang tertinggi Yang Berhormat Pengerusi iaitu di kadar 81.3 peratus pada tahun 2022. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, adakah ada perancangan kementerian dapat memperkenal dasar yang lebih kurang sama dengan apa yang dilaksanakan di Sweden untuk menggalakkan pengagihan tanggungjawab penjagaan anak secara saksama antara ibu bapa serta pengenalan cuti ibu bapa secara eksklusif supaya kaum bapa juga memainkan peranan penting dalam penjagaan anak?
Saya percaya kalau misalannya kita komited dalam melaksanakan kesaksamaan jantina dan mewujudkan persekitaran di mana wanita mempunyai peluang yang sama untuk kemajuan kerjaya dan kejayaan kewangan, insya-Allah, kita boleh capai sasaran untuk wanita ini kembali bekerja.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Seterusnya Taska OKU iaitu Butiran 031800 – Taska OKU. Taska ini selalunya diharap akan memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak kurang upaya dapat meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
Soalan saya pada pihak kementerian adalah- sebab sangat menyedihkan hanya 11 buah taska khusus untuk kanak-kanak OKU beroperasi setakat 31 Januari baru-baru ini.
Adakah kerajaan akan menyemak semula modul penubuhan taska ini supaya ia lebih mudah dibuka dengan lebih banyak di negara kita seiring dengan keberadaan anak-anak OKU ini?
Baru-baru ini kerajaan menyatakan akan mewajibkan kursus asas asuhan kanak- kanak kurang upaya kepada pihak yang mengendalikan taska. Adakah- mungkin kementerian boleh kongsi akan pelan kerajaan bagi memastikan semua pengasuh di negara kita menjalani kursus ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Dipersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato’ Pengerusi, peluang ini saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Skuad Harimau Malaya atas kejayaan sekali lagi menewaskan Taiwan pada malam tadi dalam kejohanan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia.
Dato’ Pengerusi, yang pertama Kepala B.48, Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Kepala Batas mohon pencerahan tentang kenapa terdapat penurunan peruntukan bagi tahun 2024 dan mohon perincian tentang program- program yang akan dilaksanakan melalui peruntukan yang disediakan nanti.
Kedua, Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Mohon perincian jumlah keluarga miskin yang disasarkan masa ini untuk menikmati bantuan yang disediakan berbanding tiga tahun sebelumnya. Bagaimanakah pengagihan ini dilaksanakan dan apakah matlamat pelaksanaan program ini dalam mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat?
Ketiga, Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Kepala Batas mohon perincian berkenaan program bantuan yang disediakan atau ditawarkan. Bagaimanakah proses pelaksanaan pengagihan dan apakah kriteria ataupun syarat yang perlu dipatuhi untuk dipilih sebagai penerima bantuan ini?
Keempat, Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Isu pemerdagangan manusia ini adalah salah satu tanggungjawab yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri. Apakah peranan yang dimainkan oleh pihak kementerian melalui program yang disediakan? Kepala Batas juga ingin bertanya, kenapa terdapat penurunan jumlah peruntukan bagi tahun 2024? Mohon penjelasan.
Kelima, Butiran 032000 – Anjung Singgah. Berapakah jumlah gelandangan dan bukan gelandangan yang telah direkodkan menginap di premis ini sejak ia diperkenalkan?
Selain daripada penginapan, adakah mereka ini turut menginap di premis ini diberikan makan dan minum selepas mendaftar masuk? Berpandukan data yang direkodkan, adakah terdapat program ataupun jalinan kerjasama merentasi kementerian bagi membantu para gelandangan ini keluar daripada status gelandangan dan menambah baik kehidupan mereka? Mohon penjelasan.
Keenam, Butiran 032300 – Pusat Sokongan Sosial Setempat. Kepala Batas ingin tahu berapakah Pusat Sokongan Sosial Setempat yang ada dan masih aktif sehingga kini?
Berapakah aduan yang telah direkodkan dan berapakah yang telah diambil tindakan? Adakah terdapat perancangan untuk menambah bilangan pusat ini? Sekiranya ada, Kepala Batas mohon agar satu PSSS ini dapat dibina di Penaga, Kepala Batas bagi membantu menambah baik taraf sosial di Parlimen ini terutamanya dalam kalangan ibu tunggal dan juga ibu tinggal.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Selain itu, Kepala Batas juga memohon pencerahan mengapa jumlah peruntukan ini dikurangkan bagi tahun 2024?
Ketujuh, Butiran 032400 – Anjung Sinar. Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian atas inisiatif program Anjung Sinar ini. Kepala Batas mohon perincikan rakan strategik yang telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara dalam menjayakan program ini sehingga masa ini. Hasil daripada kerjasama tersebut, apakah kejayaan yang telah dicapai dan cabaran yang perlu dilalui sehingga masa ini? Mohon pencerahan.
Kelapan, insya-Allah yang terakhir. Butiran 019000 – Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana. Bagi menghadapi musim banjir, Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana mempunyai peranan yang sangat penting kegunaannya. Jadi, Kepala Batas ingin bertanya, apakah peranan yang dimainkan oleh kementerian ke atas depoh-depoh ini di seluruh negara? Bagaimana pula peruntukan yang disediakan bagi tahun 2024 ini dapat digunakan bagi membantu inisiatif ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Dato’ Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini. Sempena World Day for the Prevention of and Healing from Child Sexual Exploitation, Abuse and Violence dan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia baru-baru ini, maka saya akan menyentuh perbahasan saya seputar isu ini.
Sungai Petani terus ke Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat, Butiran 020300 – Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang mana berlakunya peningkatan bajet, namun pada untuk PAWE berlaku penurunan.
Kalau kita lihat, kita baca akhbar-akhbar dan melihat berita-berita, terdapat banyak penderaan kanak-kanak seperti contohnya kes adik Bella, seorang OKU yang lemah, yang tidak bermaya tetapi dipukul dan didera sebegitu hebat. Kalau kita lihat 18,750 kes penderaan sepanjang 2020 sehingga 2022 dan ini semua berlaku di rumah-rumah jagaan kanak-kanak dan bukan itu sahaja, tetapi juga berlaku di taska.
Yang Berhormat Menteri pada 18 September yang lalu di sidang khas mengatakan bahawa 310 kes direkodkan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984. Ini yang kita tahu, tetapi bagaimana pula yang tidak berdaftar. Kerisauan saya adalah bukan sahaja pada kanak-kanak, tetapi pada warga emas, kenapa? Kerana terdapat tidak sedikit juga warga emas yang diseksa dan didera secara seksual termasuklah di semua tempat-tempat di PAWE. Ini tidak ada satu rekod rasmi dan tiada pemantauan dan bagaimanakah kerajaan ingin memantau dan bagaimanakah pusat-pusat jagaan warga emas ini akan didaftarkan di bawah akta?
Maka dari itu, Sungai Petani ingin mencadangkan, Sungai Petani ingin mencadangkan supaya dibentangkan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial di mana di Malaysia kita melihat bahawa setiap sektor itu mempunyai pekerja sosial termasuklah di hospital, di JKM, di penjara dan di pelbagai tempat lagi dan semua ini adalah tanggungjawab pekerja sosial.
Kita lihat bagaimana kes penderaan, kes gangguan seksual dan sebagainya di taska, di pusat jagaan orang tua, kunci utamanya adalah kalau kita ada pekerja sosial yang hebat, pekerja sosial yang terlatih, maka kita akan dapat prevent atau menghindari perkara-perkara negatif ini supaya berlaku. Pekerja sosial ini bukan semata-mata sukarelawan, tetapi ia adalah essential dan kunci kepada isu yang saya bawa sebentar tadi.
Di Malaysia kita lihat bahawa tahun 2022, sebanyak 3,790 pekerja sosial, tahun 2019, kita melihat di Malaysia satu banding 8,576, kita bandingkan dengan negara Singapore 1 banding 3,448, di Australia 1 banding 1,040, satu nisbah 1,040 dan di Malaysia child protector hanya terdapat 236 orang pegawai sahaja.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Soalan saya kepada kementerian adalah, apakah nisbah terkini pekerja sosial kepada penduduk di Malaysia? Apakah nisbah terkini pekerja sosial JKM kepada kanak- kanak dalam institusi kerajaan dan khidmat lapangan? Apakah nisbah terkini pelindung kanak-kanak JKM kepada kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan?
Dato’ Pengerusi, Yang Berhormat Menteri Undang-undang baru-baru ini pada sidang media bersama SUHAKAM mengatakan bahawa akan ada suatu sistem online akan diperkenalkan untuk melaporkan kes-kes penderaan dan sebagainya. Inilah masanya untuk kita memberikan tanggungjawab ini kepada social workers atau pekerja sosial yang terlatih untuk membantu dalam kita mengarah ke arah hasrat ini.
Juga, saya berpeluang berjumpa dengan beberapa persatuan dan NGO termasuklah penggerak kempen “Hero Among Us” UNICEF dan Malaysian Association of Social Workers
(MASW) yang mana kita berbincang dan kita perlu tahu bahawa pekerja-pekerja sosial ini perlukan pentauliahan dan perlukan pandangan dan juga satu imbuhan daripada kerajaan untuk mendorong social workers ini. Saya ingin bertanya, sejauh manakah kerajaan telah bekerjasama dengan pihak-pihak yang saya sebutkan sebentar tadi?
Sedikit soalan yang ingin saya ajukan. Di negara Malaysia, terdapat banyak universiti-universiti yang menawarkan bidang social workers ini dan bidang ini perlukan pentauliahan segera dan rang undang-undang ini perlu digubal dengan segera.
Terakhir soalan saya kepada kementerian, apakah perancangan garis semasa untuk pihak kementerian membentangkan rang undang-undang profesion kerja sosial di Parlimen dan bilakah sesi rundingan dan maklum balas dengan pihak berkepentingan masyarakat sivil akan diadakan terkait dengan rang undang-undang ini?
Terakhir, adakah ada juga dalam perancangan kementerian bahawa rang undang- undang itu akan mengandungi peruntukan berkenaan dengan penubuhan sebuah badan kawal selia bebas dan keperluan kelayakan akademik minimum untuk pendaftaran dan pensijilan pekerja sosial?
Semoga segala usaha ini akan membawa kita ke arah sebuah negara yang selamat bukan sahaja untuk masyarakat, yang lebih penting selamat untuk wanita, kanak-kanak dan warga emas. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi.
Butiran yang saya akan bicarakan ialah B 020100 – Kebajikan Masyarakat.
Peruntukan pada tahun 2023, RM425 juta dan peruntukan 2024, RM446 juta. Ertinya, berlaku peningkatan sebanyak lima peratus berbanding dengan tahun 2023. Tujuan peruntukan kepada butiran berkenaan ialah kebajikan masyarakat untuk meningkat kecekapan, kompetensi dan keberkesanan perkhidmatan kebajikan kepada golongan sasar.
Setiap awal tahun, penerima bantuan JKM kena daftar semula. Persoalannya, kadang-kadang menyukarkan mereka yang sedia susah. Terpaksa meninggalkan kerja mereka kais pagi makan pagi. Misalnya di tempat saya, kalau penduduk yang tinggal di Changkat Lobak yang nak pergi ke pejabat JKM, mungkin jarak dia hampir dekat 25 kilometer, sudah tentulah memerlukan kos dan sebagainya. Persoalan saya, kenapa tidak boleh kita mengarahkan ketua kampung, penghulu untuk membantu dan tidak perlu mereka datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat?
Perkara yang berlaku di lapangan. Masyarakat yang miskin amat memerlukan wang segera. Contohnya untuk tambang ke hospital, rawatan susulan pakar di hospital, hantar anak daftar ke universiti. Persoalan saya, ada atau tidak tabung kecemasan untuk mereka yang memerlukan ini supaya mudah mereka pergi meminta untuk mendapat bantuan kecemasan?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Saya ulang sekali lagi, di manakah mereka ini ataupun orang susah ini untuk dapatkan wang kecemasan?
Pengalaman saya di pusat khidmat terpaksa memberikan permohonan mereka memerlukan walaupun, sebagaimana yang kita maklum, kita tidak ada peruntukan. Saya baru sahaja masuk tadi RM950. Itu seminggu. Boleh dikatakan setiap minggu perbelanjaan untuk mereka ini antara RM1,000 hingga kadang-kadang sampai RM2,000 untuk membelanja mereka. Sudah tentulah perbelanjaan ini perbelanjaan yang terpaksa kita korbankan daripada apa yang kita beri, tetapi itu sekadar apa yang kita mampu untuk beri.
Bantuan kebajikan diberikan berdasarkan macam mana? Kadang-kadang ada yang kita pergi ziarah ke rumah, permohonan ditolak dengan sebab ada anak. Anaknya pula kadang-kadang berada di tahap yang miskin. Kenapa perkiraan anak diambil kira?
Sedangkan, mereka juga miskin.
Maka, alasan kerana mereka ada anak sudah tentu tidak boleh menjadikan alasan untuk menolak permohonan mereka untuk mendapat bantuan kebajikan ini. Kadang-kadang juga mereka telah dapat bantuan tetapi dipotong setelah mendapat tahu mereka ini memiliki anak, sedangkan anak mereka juga kais pagi makan pagi.
Butiran B 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas. Tahun 2023, peruntukan sebanyak RM8.4 juta. Tahun 2024, RM8.25 juta. Program ini khusus menjadi tulang belakang dalam menyokong usaha kerajaan menuju ke arah negara menua 2030. Memandangkan tahun ini sahaja terdapat empat PAWE yang telah diluluskan penubuhannya dan saya yakin lebih banyak permintaan akan dipohon pada masa akan datang, bagaimanakah pihak kementerian menyusun pengoperasian berikutan penurunan peruntukan bagi tahun 2024 ini hampir dua peratus kurang berbanding dengan tahun 2023?
Kedua, adakah wujud kajian berterusan mengenai impak PAWE kepada warga emas? Memandangkan kajian terakhir pada tahun 2016 menunjukkan tahap kesejahteraan yang tinggi dalam kalangan warga emas yang terlibat.
Ketiga, apakah penambahbaikan terhadap modul dan program di dalam PAWE sentiasa dibuat dan bagaimanakah ia dilaksanakan bagi memastikan PAWE terus relevan dan mampu diteruskan dengan kaedah yang lebih baik pada masa hadapan?
Keempat, sejauh manakah usaha pihak kementerian dalam memastikan PAWE sentiasa diurus oleh sumber kakitangan yang mempunyai latar belakang berkaitan kerja-kerja sosial?
Butiran B.030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya. Tahun 2023, peruntukan RM1.58 bilion. Tahun 2024, peruntukan RM1.119 bilion. Saya memerlukan perincian bagi butiran ini memandangkan ia mendapat peruntukan yang paling tinggi berbanding dengan butiran lain.
Apakah inisiatif yang telah dijalankan pada tahun 2023 yang berkaitan dengan butiran ini?
Berapakah bilangan individu kurang upaya yang telah menerima manfaat melalui inisiatif yang telah dilaksanakan? Justeru, apakah penilaian yang diletakkan oleh pihak kementerian sehingga peruntukan di bawah butiran ini memerlukan penambahan bajet pada tahun 2024 meningkat sebanyak 5.7 peratus?
Seterusnya, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengkaji semua dasar pengambilan satu peratus OKU di sektor awam supaya lebih ramai lagi warga OKU dapat peluang dalam sektor awam? Dalam masa yang sama juga, adakah kementerian mengesyorkan untuk meluaskan dasar ini kepada sektor swasta dan badan-badan berkanun agar golongan kurang upaya turut mendapat manfaat daripada pelaksanaan tersebut?
Satu butiran lagi, Dato’ Pengerusi. Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas.
Tahun 2023, peruntukan sebanyak RM899.2 juta. Tahun 2024, RM904.8 juta. Berdasarkan definisi warga emas iaitu 60 tahun dan ke atas, Malaysia dijangka akan mencapai status negara tua atau aged nation pada tahun 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini terdiri daripada warga emas.
Namun begitu, dalam masa yang sama, negara kita telah beralih ke status negara menua pada tahun 2021 apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun ke atas telah mencapai tujuh peratus daripada jumlah populasi. Ini berdasarkan takrifan yang dikeluarkan oleh PBB. Apakah status terkini berkenaan dengan penyediaan Rangka Tindakan Penuaan
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Kebangsaan? Bilakah ia dirancang untuk dilancar dan dilaksanakan? Berdasarkan peningkatan peruntukan bagi tahun 2024, sejauh mana inisiatif yang disediakan akan menyentuh isu-isu utama golongan warga emas seperti penjagaan kesihatan, keperluan asas dan keselamatan mereka?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Apa yang lebih penting ialah biarlah kita panjang umur dan baik amalan kita.
Sebagaimana Nabi SAW menyebut...
[Membaca sepotong Hadis] “Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan berbuat baik pula amalannya.” Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Terima kasih kepada Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bangan Serai. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Puchong ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Saya akan fokus hari ini perbicaraan saya untuk Pembangunan Wanita sahaja.
Dato’ Pengerusi, menurut Global Gender Gap Report 2023 yang baru saja diterbit pada Jun yang lalu, Malaysia sekali lagi berada di ranking 30 peratus yang terendah iaitu 102 daripada 146 negara yang dinilai. Global Gender Gap Index ini merangkumi empat subsektor iaitu pencapaian pendidikan; penyertaan dan peluang ekonomi; kesihatan dan kemandirian serta pemerkasaan politik.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia telah pun mencapai ranking pertama bersama dengan 24 negara yang lain bagi subsektor pencapaian pendidikan di mana Malaysia mendapat perfect mark subindex, satu daripada satu. Walau bagaimanapun, Malaysia mendapat ranking yang sangat rendah dalam subsektor penyertaan dan peluang ekonomi serta pemerkasaan politik dengan ranking 89 dan 122 daripada 146 negara masing- masing. Dengan itu Puchong akan bincang Pembangunan Wanita daripada segi ekonomi dan juga politik.
Dato’ Pengerusi, kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia hanya adalah pada sekitar 55 peratus sahaja berbanding dengan lelaki pada sekitar 80 peratus. Ini adalah sangat rendah jika kita berbanding dengan negara-negara lain di rantau ASEAN seperti Vietnam, Singapura, Thailand dan Cambodia. Kadar penyertaan tenaga buruh wanita bukan sahaja hanya adalah satu isu hak tetapi bagi Puchong lebih penting lagi ini adalah satu isu ekonomi. Wanita menyumbang 50 peratus talent pool di Malaysia.
UNDP menjangka bahawa jika kita dapat meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 70 peratus, kita boleh meningkat KNDK kita sebanyak 2.9 peratus iaitu sekitar RM50 hingga RM60 bilion setiap tahun. Oleh itu, Puchong mengalu-alukan kerajaan meletakkan sasaran untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja ke 60 peratus.
Namun begitu, inisiatif utama yang diumumkan dalam belanjawan ini hanya adalah lanjutan program-program yang sedia ada. Bagi Puchong, mereka tidak mampu membawa Malaysia ke arah 60 peratus. Sebagai contoh Dato’ Pengerusi, Program Wanita Kembali Bekerja- Career Comeback Programme di mana pengecualian cukai diberi kepada wanita yang berhenti kerja dua tahun dan ke atas. Setahu saya setiap tahun apabila kerajaan nak membuat pengumuman untuk meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita, bila-bila dia bangkitkan di Parlimen, jawapan daripada kerajaan adalah dia ada Program Wanita Kembali Bekerja.
Walau bagaimanapun, saya tengok statistik ini, saya sangat terkejut. Menurut TalentCorp dari tahun 2019 hingga Ogos 2023, hanya 145 permohonan diterima oleh TalentCorp di bawah program ini. Daripada ini hanya 78 diluluskan, 65 ditolak dan dua permohonan masih dalam pertimbangan. Ini bermaksud bahawa hanya 78 wanita berjaya balik kerja melalui Program Wanita Kembali Bekerja yang banyak menjadi pengumuman kerajaan-kerajaan yang berbeza. Untuk meletakkan perspektif, berapakah wanita yang kita perlu kembalikan ke pasaran buruh jika kita nak mencapai sasaran 60 peratus?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya telah pun kira. Kita perlu menambah, mengembalikan 500,000 orang wanita daripada 6.1 juta hari ini. 78 berbanding dengan 500,000 yang kita perlukan adalah sangat jauh bezanya. Oleh itu, Puchong ingin tahu, apakah usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan Program Wanita Kembali Bekerja? Supaya boleh membantu mencapai sasaran 500,000 dan bukan setakat token ataupun kosmetik sahaja.
Dato’ Pengerusi, seterusnya Puchong juga ingin menarik perhatian Dewan yang ini, ini berkenaan dengan kadar penyertaan tenaga buruh wanita mengikut tahap pendidikan.
Kalau kita tengok mengikut tahap pendidikan untuk wanita yang mendapat pendidikan tinggi penyertaan tenaga buruh adalah 64.1 peratus, tetapi untuk mereka yang mendapat pendidikan tinggi dan rendah sahaja, mereka adalah jauh lebih rendah iaitu pada kadar 52.2 peratus dan 43.6 peratus.
Berdasarkan angka ini, Puchong cadangkan kerajaan untuk meletakkan lebih banyak fokus lagi untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh bagi mereka yang berpendidikan menengah dan juga rendah. Saya nak tahu, apakah inisiatif-inisiatif baharu yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai sasaran tersebut?
Secara keseluruhannya, Puchong ingin cadangkan kepada KPWKM untuk menerajui satu jawatankuasa khas yang berdasarkan misi - mission-based special committee yang merangkumi pelbagai kementerian dan agensi yang berjurus tindakan- action oriented dengan sasaran you have only one mission dalam special commitee ini iaitu mengembalikan 500,000 wanita balik ke pasaran buruh dalam tempoh lima tahun dalam penggal ini.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, satu minit bagi saya untuk mengalih kepada isu wanita dalam politik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi subsektor pemerkasaan politik di Global Gender Gap Index, Malaysia mencapai skor yang sangat-sangat rendah iaitu 0.098 daripada satu. Jika kita menggunakan skala maka 100, kita dapat 9.8 peratus sahaja. Kurang daripada 10, fail-lah. Walaupun wanita terdiri dari sekitar 50 peratus pengundi dan populasi, tetapi hanya terdapat 13 peratus wanita di dalam Dewan yang mulia ini.
Saya telah pun checked sejak kemerdekaan, kurang daripada 100 wanita pernah menjadi Ahli Parlimen. Dengan perwakilan yang begitu rendah, suara dan keperluan wanita dan kanak-kanak tidak boleh mendapat perhatian yang sepatutnya. Bukan sahaja di peringkat Parlimen malah di peringkat negeri, akar umbi pun pemimpin politik wanita berjawatan adalah kurang daripada 15 peratus.
So, dengan ini, Puchong ingin cadangkan untuk pertimbangan kerajaan supaya menubuhkan satu political party fund for women empowerment, dana parti politik untuk pemerkasaan wanita. Dalam tempoh 10 tahun ini, parti politik tidak kira kerajaan ataupun pembangkang layak mendapat peruntukan daripada kerajaan setiap tahun untuk setiap wanita yang dilantik menjadi ketua kampung, jadi ketua masyarakat, ahli majlis ataupun dipilih menjadi ADUN dan Ahli Parlimen.
Kerajaan juga boleh menyediakan matching grant untuk parti politik bagi program- program pembangunan pemimpin politik wanita untuk menyediakan mereka menjadi pemimpin. Sudah tentu ini bukan dalam bentuk sosial seperti masak-masak, persolekan, high tea dan sebagainya. Fokus adalah untuk membina talent pool politics, pemimpin politik wanita.
Dengan ini kerajaan dengan adanya peruntukan, kerajaan mewujudkan insentif untuk parti politik melatih, melantik dan mencalonkan pemimpin wanita. Saya memang saya tahu bahawa sini ada ramai Ahli-ahli Parlimen lelaki mungkin tidak akan bersetuju dengan cadangan saya, tetapi saya rasa ini adalah sangat penting.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya setuju. Saya setuju.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Setuju, setuju?...
[Ketawa]
Beberapa Ahli
Setuju.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ya, sebab untuk saya inilah adalah sangat penting sebab dengan ini baru sahaja parti politik ada insentif. Puchong cadangkan kerajaan boleh- tak payah peruntukan yang banyak, RM5 juta sahaja boleh menjadi satu game changer supaya sistem politik di Malaysia yang selamanya ini male dominated boleh diubah.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Selain itu, dana ini juga boleh menjadi projek perintis bagi political party fund untuk setiap perwakilan yang telah pun dilaksanakan di beberapa demokrasi matang di- yang di bawah Akta Pembiayaan Politik mereka, Political Funding Act. Ini boleh menjadi projek perintis supaya lain kali kita tahu macam mana kita boleh buat political party fund.
Itu sahaja yang saya nak bangkitkan Dato’ Pengerusi. Terima kasih kerana telah pun memberi saya lebih masa untuk habiskan perbicaraan saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Something very interesting. Dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey. Terima kasih pada Dato’ Pengerusi.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya terus kepada Butiran 020100 iaitu peruntukan bagi Kebajikan Masyarakat sebanyak RM446.7 juta pada tahun 2024 berbanding RM425 juta pada tahun 2023.
Tuan Pengerusi, Kulim-Bandar Baharu ingin bertanya iaitu berkaitan dengan golongan ibu tunggal. Apakah usaha untuk memperkasakan golongan ibu tunggal bagi meningkatkan taraf sosioekonomi termasuk mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil?
Ini termasuklah latihan keusahawanan, sokongan mentor daripada industri, bantuan kewangan dari segi geran serta rangkaian strategik komuniti perniagaan.
Tuan Pengerusi, Kulim-Bandar Baharu juga ingin bertanya adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan pusat sehenti dengan kerjasama NGO, khususnya membantu golongan gelandangan terutamanya mereka yang didapati mengalami kesihatan fizikal atau mental supaya mereka dapat ditempatkan di rumah perlindungan atau pemulihan.
Seterusnya bagi Butiran 031800 – Taska OKU. Tuan Pengerusi, Kulim-Bandar Baharu ingin bertanya sebelum ini dilaporkan bahawa terdapat 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM. Susulan terdapat banyak kes kematian di taska dengan yang terbaru iaitu membabitkan kematian adik Qaseh Aulia yang meninggal dunia di Seksyen 6, Kota Damansara 10 Oktober yang lalu.
Jadi, saya ingin bertanya, apakah usaha kementerian bagi mengatasi isu berkenaan agar tidak berulang pada masa akan datang dan apakah kaedah kementerian untuk memastikan kesemua taska ini dapat didaftarkan dan pengusaha-pengusaha ini mendapat kursus asas untuk menjalankan taska ini untuk mengelak daripada isu yang tidak diingini berulang.
Butiran 031100 – Bantuan Am. Tuan Pengerusi, JKM menyediakan pelbagai jenis bantuan. Contohnya bantuan bulanan:
(i) Bantuan Kanak-kanak. Kadar antara RM150 hingga maksimum RM1,000;
(ii) Bantuan Warga Emas RM500;
(iii) Bantuan Pesakit Terlantar RM500;
(iv) Bantuan/Elaun Pekerja OKU RM450 dan;
(v) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja RM300.
Tuan Pengerusi, walaupun bantuan diberikan bersifat sementara dan bertujuan untuk menampung keperluan asas dan meringankan beban, saya ingin mencadangkan bantuan- bantuan ini dikaji semula kerana kos sara hidup pada waktu sekarang amatlah tinggi. Saya rasa bantuan-bantuan yang dicadangkan tadi yang telah diberikan iaitu contohnya bantuan RM500 maksimum itu dinaikkan mungkin hingga ke RM700 ataupun RM800.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan Bagan Serai tadi di mana bantuan- bantuan ini hendaklah didaftarkan semula pada setiap tahun. Jadi, saya mencadangkan
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
supaya kaedah ini diubah, mungkin dua atau ke tiga tahun untuk memudahkan kepada klien- klien JKM yang mendapat bantuan.
Kemudian Yang di-Pertua, bantuan yang tidak dilanjutkan contohnya pendapatan isi rumah melebihi kelayakan PGNK semasa. Yang kedua, klien telah boleh berdikari; ketiga, klien meninggal dunia; dan empat, klien telah berpindah ke daerah lain. Saya nak minta supaya kementerian menilai kembali iaitu tentang pendapatan isi rumah melebihi PGNK semasa.
Saya minta supaya tidak perlu lagi PGNK semasa ini hendaklah dinaikkan di mana PGNK semasa ini pada yang dibuat iaitu pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM1,169. Saya mohon PGNK semasa iaitu RM1,165 ini dinaikkan supaya lebih ramai lagi klien-klien yang mendapat bantuan daripada JKM.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE). Saya dimaklumkan bahawa PAWE yang dicadangkan oleh kementerian supaya dijadikan pusat untuk menjaga golongan-golongan yang tua. Adakah ini menjadi satu hasrat kementerian? Saya mendapat maklum bahawa banyak tempat-tempat yang orang kata kompelin lah, tak setuju dengan cadangan yang diberikan oleh kementerian supaya pusat PAWE ini dijadikan pusat sehenti untuk golongan yang tua.
Jadi, sekali lagi saya mengharapkan apa yang dibincangkan dan dibahaskan oleh saya mendapat perhatian daripada kementerian. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Pengerusi, saya ingin terus kepada butiran B.48 Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan bersekali dengan P.48, yakni Butiran 00300 juga berkenaan dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Terdapat peningkatan bagi kedua-dua butiran ini menunjukkan keprihatinan kementerian dalam isu penduduk dan juga pembangunan keluarga. Saya difahamkan sebuah pusat fertiliti akan diwujudkan di Shah Alam. Saya mengalu-alukan usaha murni ini untuk memastikan ada kesinambungan anak-anak yang baru dilahirkan bagi menggantikan warga kita yang semakin menua. Saya mohon kementerian untuk memaklumkan status pembangunan pusat fertiliti ini, di mana ia akan diwujudkan dan berapakah peruntukan yang akan disalurkan.
Yang keduanya berkenaan dengan B.48 Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Mengikut laporan dan juga Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022, 6.8 peratus daripada remaja kita mengalami masalah bantut. Apakah perancangan pihak kementerian dalam menangani masalah ini? Masalah bantut ini bukan sahaja bergantung kepada pemakanan tetapi dia nya juga bergantung kepada isu-isu yang melibatkan persekitaran, pergerakan yang memerlukan kepada kawasan lapang dan juga kawasan rekreasi.
Yang ketiga, P.48 Butiran 10001 – Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Terdapat juga peningkatan dalam belanjawan kali ini. Saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kementerian apakah perancangan dan hala tuju yang serius oleh kerajaan dalam mengangkat agenda ekonomi penjagaan iaitu care economy ini. Kerana dilihat pihak kerajaan masih belum ada satu perancangan yang khusus dan mampan untuk mendepani masalah negara yang menua.
Saya difahamkan juga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Shah Alam bahawa ada peruntukan yang membolehkan pusat jagaan harian warga emas ini diwujudkan tetapi tidak ada premis. Lalu mereka bertanyalah pada Pusat Khidmat Ahli Parlimen, bertanya pada Pusat Khidmat DUN kepada PBT untuk nak memastikan bahawa boleh diwujudkan pusat- pusat jagaan harian warga emas ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian bagaimanakah isu dan juga kesungguhan pusat jagaan harian warga emas ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketiga-tiga perkara yang saya sebut ini Dato’ Pengerusi, tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik kalau kita tidak selarikan dengan isu-isu berkaitan dengan kawasan di mana kanak-kanak, warga emas, keluarga dan masyarakat dapat berkumpul, beriadah, berekreasi di kawasan-kawasan yang lapang.
Jadi, saya ingin nak menyentuh isu yang berlaku di kawasan saya, di Parlimen saya baru-baru ini iaitu sebuah pembangunan yang dicadangkan untuk dibangunkan di sebuah kawasan lapang di Bukit Jelutong, 69 ekar kesemuanya kawasan hijau ingin dibangunkan untuk dijadikan kawasan kediaman.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ianya kawasan lapang, tempat keluarga, penduduk, masyarakat beriadah, bersukan, berkumpul, bersosial. Tetapi kalau kawasan ini dibangunkan, di mana lagi mereka hendak berkumpul, di mana nak beriadah? Sebab itu baru-baru ini apabila ada satu bantahan yang telah pun di– seolah-olah disekat oleh pihak PDRM. Saya ucap terima kasih kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang yang turut membangkitkan di Parlimen ini. Terima kasih Pasir Gudang, Bangi.
Akhirnya, proses bantahan itu secara aman dapat dilaksanakan. Tetapi yang lebih pentingnya ialah Dato’ Pengerusi, kita tidak mahu kawasan-kawasan lapang, kawasan- kawasan hijau ini dibangunkan dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada penduduk yang akan menyebabkan mereka ini kehilangan kawasan rekreasi dan bersukan, yang sedia ada sejak 25 tahun, yang akan menjejaskan kawasan lapang untuk keluarga dan masyarakat setempat berkumpul dan bersosial. Malah, ia juga akan memberikan impak negatif terhadap kelestarian alam dengan kepupusan flora dan fauna, menyebabkan kesesakan dengan pertambahan penduduk berbanding pelan yang asal.
Lalu saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagaimana kita nak pastikan supaya apa yang dirancang, yang diperuntukkan oleh kementerian ini sebenarnya dapat dilakukan secara selari, ada concerted effort dengan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, dengan PBT supaya ada kawasan-kawasan yang sesuai, yang hijau yang mesti kita kekalkan untuk pastikan bahawa kelestarian alam ini dapat kita kekalkan dan kita dapat pastikan bahawa masyarakat akan terus dapat menikmati suasana keharmonian dalam masyarakat.
Negara Madani tekankan kemapanan, Dato’ Pengerusi. Mana mungkin ia boleh dicapai jika kawasan hijau diterangkan untuk pembangunan secara berterusan. Negara Madani menekankan kesejahteraan. Mana mungkin ia boleh dicapai kalau kawasan rekreasi dan tempat keluarga berkumpul dibangunkan semula dan hilang daripada pandangan. Saya mohon ada sedikit penjelasan dan juga harapan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam isu-isu yang seumpama ini. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi yang memberi ruang kepada Kapar untuk membahas Belanjawan 2024 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjumlah RM3,522,782,300.
Pertamanya, Kapar merujuk kepada Kepala B.48 Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Kebajikan Masyarakat. Kapar mahu tahu dari jumlah RM446,711,900, apakah mekanisme efektif dan efisien pihak kementerian mendapat maklumat tepat mengenai kumpulan sasar sebenar di seluruh negara? Kekeliruan data eKasih dan tahun depan akan ada sistem PADU bawah Kementerian Ekonomi. Adakah ini akan diintegrasikan ke sistem yang diguna pakai oleh JKM supaya in line, dengan izin, with the concept UNSDG, “No One Left Behind”.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kedua, B.48 Butiran Pembangunan Wanita, Kod 10000 – Emolumen, bersekali Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), RM71 juta. Memandangkan keadaan sosial kontemporari negara, Kapar mahu tahu berapakah kadar ketidaksuburan Malaysia atau infertility rate? Berapa peratuskah penyakit kelamin menyumbang kepada ketidaksuburan ini? Berapakah jumlah wanita yang memilih untuk tidak berkahwin dan bagaimana ia menyumbang kepada fenomena ageing nation negara?
Apakah langkah dan program kerajaan bagi mempersiapkan bakal ibu bapa supaya berilmu dan berkemahiran dalam mendidik anak untuk meminimumkan masalah kecelaruan identiti, termasuk kecelaruan gender untuk memastikan masyarakat kita harmoni dan kanak- kanak tidak dihanyutkan dalam arus budaya kuning dan gejala sosial?
Saya- dua bulan lepas saya berada di New Zealand bersama dengan rakan Select Committee Wanita kita dan saya mendapatkan satu gambaran yang begitu membimbangkan saya. Sudah terjadi kanak-kanak berumur semuda tujuh tahun di New Zealand ini, dikatakan telah melakukan pembedahan tukar gender.
Kemudian, apabila kanak-kanak ini semakin remaja, beliau memilih untuk kembali kepada gender asalnya. Fenomena ini amat malang hingga menyebabkan masalah kompleks kanak-kanak ini sepanjang hayat. Kapar mahu tahu, apakah langkah kesiapsiagaan kementerian dan kerajaan amnya, untuk mencegah wabak keruntuhan moral ini?
B.48 Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak, RM9 juta.
Tidak ada kenaikan langsung berbanding 2023 sedangkan kementerian telah menguar- uarkan untuk mewujudkan Jabatan Kanak-kanak. Saya nak berkongsi maklumat daripada DOSM. Jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan 9.19 juta tahun ini. Ini tahun 2022, 28 November ya dan menurut laporan Jabatan Perangkaan. Jadi, Kapar mahu tahu, berapakah modal insan yang akan digunakan untuk menjayakan jabatan baharu, Jabatan Kanak-kanak ini? 10 juta adalah satu pertiga warganegara Malaysia, Dato’ Pengerusi.
Dari manakah sumber peruntukan yang akan dikorbankan untuk menjayakan Jabatan Kanak-kanak ini? Sebab tidak ada pertambahan. Sepatutnya ada capex dan opex khusus bagi satu jabatan yang memfokuskan kepada warganegara yang berumur bawah 18 tahun. Jumlahnya sangat signifikan. Kita mahu– tak cukup masa pula.
Sudah tiba masanya kerajaan membangun kanak-kanak secara proaktif dan holistik, wholesome. Saya suka menggunakan akronim model pembangunan yang menyeluruh dan komprehensif iaitu pembangunan lima elemen. Spiritual (S), Physical (P), Intelek (I), Emosi
(E) dan akhirnya Sosial (S), singkatan SPIES, bagi usaha untuk mengelak gejala sosial dan melahirkan insan kamil, khalifah fil ardh.
Merujuk B.48 Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Kapar, mohon perincian. Merujuk P.48 Butiran 10001 – Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Mohon perincian, apa dan di mana konsep. Di mana projek ini? Apa aktiviti dan konsep operasinya? Jadi, saya mahu kalau boleh ada pusat ini di Kapar. Mohon Menteri.
Akhir sekali YB Menteri, Kapar merujuk kepada Laporan DOSM 2023, khususnya Malaysia Happy Index. Survey Kebahagiaan Rakyat Malaysia oleh DOSM pada 2021 dibangunkan berdasarkan manual antarabangsa. Antaranya World Happiness Report, Human Development Index, OECD Guidelines on Measuring Subjective Well-Being, Gross National Happiness and Happy Planet Index. Saya menarik perhatian kementerian ini, Malaysia Happiness Index terdiri daripada 13 komponen utama dan 13 indikator yang digunakan dalam mengukur kebahagiaan yakni keluarga, perumahan dan alam sekitar, penyertaan sosial, kesihatan, kemudahan komunikasi, pendidikan, persekitaran pekerja, pendapatan, keselamatan awam, penggunaan masa, amalan kerohanian, kebudayaan, pengalaman emosi.
Jadi, saya merujuk P.48, Butiran Projek 01100. Sikit lagi, Pengerusi. Last. Penyelidikan Sains Sosial. Kenapa peruntukan hanya RM360,000 berbanding RM1,437,000 tahun 2023? Maknanya, menurun lebih RM1,100,000. Dalam keadaan kompleks skim masyarakat majmuk negara kita, dengan ledakan isu polarisasi kaum disebabkan defisit kepercayaan, ketagihan gadget di kalangan kanak-kanak dan masyarakat umum dan banyak lagi masalah-masalah lain, termasuklah jenayah. Maka, saya nak tau kenapa peruntukan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
penyelidikan ini dikurangkan? Adakah diselitkan di butiran lain, yang saya tak boleh kesan atau memang telah dikurangkan?
Tindakan mengurangkan peruntukan penyelidikan sains sosial ini seolah-olah memberi gambaran kerajaan tidak mementingkan, tidak mengutamakan permasalahan- permasalahan dalam masyarakat untuk diberi penyelesaian yang tepat dan tuntas bagi memastikan negara maju dan sejahtera dan mencapai *Malaysia Happiness Index.
Last* sekali, B.48 Butiran 031700 – Home Help. Peruntukan dikurangkan.
Memandang kita semua tadi sebut dah, kita akan mencapai ageing nation 2030. Tak lama lagi, tujuh tahun.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sudah tentulah keperluan bagi Home Help semakin meningkat. Apa alasan kerajaan ia sekarang pula dikurangkan, sepatutnya makin bertambah. Terima kasih kepada Menteri, mohon jawab. Terima kasih Dato’ Pengerusi, Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak merujuk kepada Butiran 031000 iaitu Sosioekonomi Warga Emas dan Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Saya hendak menyinggung satu topik yang mungkin sensitif sikit tetapi perlu kerana suara kepada yang bisu perlu diberikan kepada mereka yang bisu.
Saya hendak menyinggung perkara yang berkenaan dengan tahanan SOSMA, bukan mereka tetapi anak-anak mereka, pasangan mereka, ibu bapa mereka di luar sini apabila mereka di dalam sana. Sepatutnya apabila proses keadilan dilakukan, dijalankan ia tidak boleh dibenarkan untuk membawa ketidakadilan kepada pihak yang lain. Ibu bapa tahanan, anak tahanan, pasangan tahanan tidak berdosa. Mereka tidak buat apa yang salah pun tetapi keadaan dan lumrahnya pada ketika ini adalah mereka dianiayai, mereka terpaksa menghadapi ketidakadilan.
Saya ambil contoh, sekiranya tahanan dia sendiri adalah ketua isi rumah atau main breadwinner dengan izin, tiba-tiba mereka tidak kerja dan rata-rata kalau kita kaji kebanyakan mereka adalah tergolong B40 ataupun orang yang tidak begitu ada. Tiba-tiba pendapatan utama isi rumah yang kecil itu pun tiba-tiba dah tidak ada, apakah yang boleh dibuat oleh pasangan mereka, anak-anak mereka dan ibu bapa mereka yang kebanyakannya juga perlu dijaga.
Jadi, saya di sini ingin membawa beberapa cadangan dan mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah adanya atau dalam sistem mana-mana mereka terselit, tersorok di mana-mana sama ada dalam kementerian ini atau kementerian lain untuk membawa career advice atau nasihat kerjaya kepada pasangan yang sebelum ini tidak kerja tetapi mungkin bersekolah, mungkin ada pendidikan yang lain atau pengijazahan yang lain, tetapi tidak pernah bekerja, tiba-tiba kena kerja.
Bantuan untuk menjaga kanak-kanak mereka, bantuan untuk jaga ibu bapa mereka yang sakit, terlantar mungkin. Adalah kita tahu ada bantuan penjagaan OKU terlantar, tetapi itu sekadar RM500 sebulan je. Itu pun kalau dia layak. Kalau tidak layak, macam mana?
Kalau dia sakit, dia orang tua tidak berapa upaya tetapi dia tidak terlantar, tidak dapat RM500 itu.
Jadi, golongan ini yang dibisukan oleh keadaan itu perlu diberi suara bukan sahaja setakat diberi suara, perlu diberi bantuan yang sewajarnya. Saya mohon golongan tahanan keluarga, pasangan, ibu bapa kepada tahanan SOSMA ini kerana mereka ini saya ambil contoh yang ditahan la ni yang sekarang dalam– saya tak nak sebut kes sebab dia mungkin sub judice 33 keluarga terlibat.
Tahanan, kalau tidak silapnya 33 orang. Mereka ini belum tentu lagi bersalah, belum disabitkan lagi, ditangkap tahun lepas bulan Jun atau Julai. Sebutan baru berlaku pada bulan, kalau tidak silap bulan lapan. Perbicaraan pertama mula tahun depan, 2025. Jadi sebelum
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
depa disabit salah pun kena tunggu, kena dianiaya, kena ditindas, kena tak ada ketua isi rumah untuk dua tahun Yang Berhormat Menteri.
Jadi, apa yang akan jadi kepada keluarga? Tekan psikologi, tidak cukup duit untuk menampung perbelanjaan keluarga. Jadi, saya pun tak nak panjang sangat dalam perkara ini sebab masa tidak cukup. Saya mohon sedikit pertimbangan atau sedikit respons atas bagaimana kita boleh membantu golongan ini yang dibisukan oleh keadaan.
Perkara yang sama sebenarnya boleh dan perlu kita pertimbangkan kaedah dan dasar-dasar bantuan kepada mereka yang bukan ditahan tetapi tetibanya tidak pernah sakit, kena stroklah, kena kemalangan jalan raya, tetibanya terlantar. Ketua isi rumah terkena dengan keadaan yang tiba-tiba dia tidak boleh kerja. Pasangan dia bukan sahaja tidak boleh kerja, yang sebelum ini semua isteri kerja, suami terlantar.
Isteri yang sebelum ini boleh kerja untuk menampung sedikit pun tidak boleh kerja sebab tiba-tiba terpaksa menjadi penjaga sepenuh masa. Sekali lagi, saya boleh kata, boleh dapat RM500 bantuan penjagaan OKU, tetapi apanya kita boleh buat dengan RM500 sebulan, untuk satu isi keluarga yang kira ibu bapa, kira pasangan, orang yang terlantar tiga orang kanak-kanak.
Jadi saya mohon, saya rujuklah kepada Butiran 031500 tadi, yang Kapar sebut 031700 - Home Help. Sedikit bantuan sepatutnya Home Help ditingkatkan tetapi dia diturunkan mungkin boleh kita guna kaedah atau cara lain melalui social enterprise.
Peruntukan itu boleh di-leveraged, ditumpang pinjam dengan izin, di-leveraged-kan untuk dijadikan enterprising operations untuk membawa penjagaan kepada keluarga-keluarga ini, yang sangat-sangat memerlukan sama ada keluarga kepada tahanan SOSMA yang tidak begitu ramai ataupun golongan yang bagak besar iaitu tetibanya terlantar, tidak boleh kerja, pasangan perlu menjadi penjaga sepenuh masa supaya mereka tidak jatuh ke dalam perangkap kemiskinan. Itu sahaja daripada saya Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya juga mahu terlibat dalam membahaskan peringkat jawatankuasa perbelanjaan mengurus B.48 dan Pembangunan P.48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Merujuk Butiran 020000 Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Butiran 020100 Kebajikan Masyarakat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat sangat menggalakkan masyarakat untuk menjadi ahli sukarelawan JKM bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong-menolong dan budaya ikram sejajar dengan dasar kebajikan masyarakat. Dalam Bajet 2023 diperuntukkan sebanyak RM425.04 juta, dalam Bajet 2024 pula sebanyak RM446.71 juta. Ertinya ada peningkatan sebanyak RM21.67 juta. Saya pohon penjelasan. Pertama, berapakah jumlah terkini sukarelawan berdaftar dengan JKM?
Kedua, adakah sukarelawan JKM diberikan elaun atau sagu hati? Ketiga, jika benar berapakah kadar yang diberikan kepada seseorang sukarelawan JKM tersebut mengikut pecahan sama ada dibayar secara harian, atau mingguan atau bulanan. Keempat, jika tidak benar saya mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan elaun khas kepada sukarelawan JKM dalam Bajet 2024 ini dan dibayar secara berkala mengikut program yang dianjurkan atau yang disertai oleh mereka.
Selanjutnya, seksyen 4 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) memperuntukkan setiap taman asuhan kanak-kanak (TASKA) hendaklah didaftarkan.
Manakala peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 pula menentukan kaedah dan proses permohonan taska sebelum didaftarkan. Kini terdapat banyak taska tumbuh bagai cendawan selepas hujan untuk menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah. Namun begitu, apa yang menjadi kerisauan pihak berwajib adalah sebahagian daripada taska, beroperasi tanpa mematuhi peruntukan undang-undang yang mewajibkan setiap taska hendaklah didaftarkan.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya pohon penjelasan. Pertama, berapakah jumlah terkini taska yang tidak berdaftar dengan JKM? Yang kedua, berapa buahkah taska yang tidak berdaftar telah dibuat pemeriksaan dan pemantauan oleh JKM dan dikenakan tindakan undang-undang. Bagi mengelakkan berlaku pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak, saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan garis panduan kepada setiap pemilik taska agar dapat menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi menyemak kehadiran kanak-kanak ke taska secara harian.
Ini bertujuan untuk membendung kes-kes kecuaian ibu bapa atau penjaga meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan hingga melibatkan kehilangan nyawa seperti mana yang berlaku dan dilaporkan dalam media massa kebelakangan ini.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Selain itu Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri memberi peruntukan kepada taska institusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti, sedangkan taska dijalankan di rumah tidak mendapat bantuan kerajaan. Saya mencadangkan agar taska di rumah juga dapat diberikan bantuan oleh kerajaan dalam Bajet 2024 ini sebagai galakan kepada suri rumah yang tidak bekerja, yang menjadikan tugasan menjaga kanak-kanak atau sebagai pengasuh sebagai sumber pendapatan mereka.
Selanjutnya Butiran 020100 – Institut Sosial Malaysia (ISM). Dalam Bajet 2023 diperuntukkan RM10.2 juta, dalam Bajet 2024 pula sebanyak RM11.6 juta. Ada peningkatan sebanyak RM1.4 juta. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, fungsi ISM antara lain menerbitkan bahan-bahan bacaan berunsur ilmiah dan separa ilmiah seperti International Journal of Social Policy and Society (IJSPS), ISM Minda, Social Matters dan ISM Giat.
ISM juga melaksanakan kajian berkaitan kumpulan sasar KWKM termasuklah kajian mengenai kesejahteraan kanak-kanak di institusi jagaan kanak-kanak dan integrasi orang kurang upaya (OKU) ke dalam pasaran kerja. Persoalan saya ialah selain jurnal-jurnal bersifat ilmiah dan akademik, adakah ISM juga bercadang menerbitkan buletin atau makalah ringkas berkaitan isu-isu kanak-kanak, wanita, warga emas untuk maklumat orang ramai. Kedua, berapakah peruntukan tahunan untuk penerbitan jurnal ilmiah dan separa ilmiah?
Selanjutnya yang akhir, peruntukan P.48 Butiran 032400 – Anjung Sinar. Dalam Bajet 2023, tiada peruntukan manakala Bajet 2024 ada peruntukan baharu sebanyak RM1.5 juta.
Persoalan saya, di manakah lokasi Anjung Sinar beroperasi sekarang ini?
Kedua, adakah kerajaan bercadang membina bangunan baru atau menyewa premis sebagai pusat transit sementara kanak-kanak lepasan institusi JKM?
Ketiga, apakah kriteria pemilihan kanak-kanak lepasan institusi JKM untuk ditempatkan di Anjung Sinar?
Keempat, apakah keistimewaan yang diberikan kepada kanak-kanak lepasan JKM yang ditempatkan di Anjung Sinar?
Kelima, bagi kanak-kanak yang berjaya dalam akademik yang tinggal di Rumah Kanak-kanak JKM tetapi tidak terpilih sebagai peserta di Anjung Sinar, adakah mereka juga mendapat keistimewaan yang serupa dengan kanak-kanak yang terpilih dan ditempatkan di Anjung Sinar?
Saya bangkitkan isu ini kerana Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) di bawah Artikel 28 memberikan hak kepada semua kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat akses kepada pendidikan sehingga ke tahap yang tertinggi. Sekian, Tuan Pengerusi. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikutnya Yang Berhormat Mas Gading. Tidak ada di dalam Dewan, saya terus kepada pembahas yang berikutnya, Yang Berhormat Tumpat.
Seorang Ahli
Ada.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya merujuk kepada Butiran 030400 – untuk PDK dan juga OKU. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan advokasi OKU kerana dalam hari ini kita melihat bahawa banyak bantuan-bantuan yang telah kita berikan kepada OKU. Walau bagaimanapun, sokongan kepada mereka dari segi pendidikan dan juga penjagaan jarang diberikan dengan baik.
Dalam hal ini kita melihat sebagai contohnya bagaimana kemudahan untuk parking OKU. Parking OKU dikhususkan untuk OKU tetapi dalam banyak hal kita melihat, penjaga OKU yang bawa OKU mereka bukan OKU jadi bila mereka parking kereta kadang-kadang mendapat suatu bantahan daripada masyarakat. Dalam hal ini, kita mohon kepada pihak kerajaan supaya memberikan pendidikan kepada masyarakat supaya kemudahan- kemudahan awam seperti ini diberikan pendidikan bahawa bukan hanya untuk OKU tetapi juga untuk penjaga OKU.
Dalam hal ini juga, kita melihat kepada kerajaan supaya membuat audit yang lebih baik kepada bahagian pematuhan untuk OKU kerana pada contohnya kadang-kadang bangunan ada ramp di bahagian luar tetapi dalam tempat sendiri, dalam Dewan tidak ada ramp untuk OKU. Jadi ini juga memberikan suatu kesusahan kepada OKU khususnya, untuk mereka ini dapat menjadi orang yang berdikari.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berkenaan dengan apakah di bawah Butiran 031600 – UPWE. Apakah gred gaji ataupun pengelasan jawatan khas kepada pekerja yang menjadi pembantu OKU ataupun warga emas yang berada di rumah, yang berada di bawah mungkin bekerjasama dengan pihak KSM untuk membantu OKU dan juga warga emas. Hari ini di bawah kementerian, kita ada butiran di bawah tajuknya Home Help.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah orang muda yang terlibat dalam Home Help dan bagaimana kita boleh memberikan suatu pengelasan ataupun pengenalan merit kepada anak-anak muda sebagai khidmat komuniti. Sebagai contohnya dalam hal penderma darah, mereka ada kad dan bila mereka ini masuk hospital diberikan keutamaan.
Jadi adakah dalam penglibatan anak-anak muda kita dalam komuniti untuk keluarga dan juga masyarakat mereka, mereka boleh mendapatkan satu kredit sebagai khidmat komuniti supaya mereka juga mendapat kemudahan hospital dan juga dilindungi di bawah Skim Khas PERKESO. Saya mohon kepada pihak kerajaan untuk membekalkan skim khas untuk Home Help dan juga kepada mana-mana individu, ahli keluarga yang menjaga keluarga mereka yang OKU dan warga emas supaya diberikan kemudahan ini di bawah skim khas.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan di bawah 03100. Pakej sebagaimana kita lihat ada subsidi untuk saringan serviks tetapi adakah di sana pakej khas untuk OKU, khususnya OKU yang penglihatan dan juga telinga untuk mendapat pakej khas kemudahan komunikasi harga telefon yang lebih murah dan sebagainya supaya memberikan pendedahan dan juga kemandirian serta pendidikan kepada warga emas dan juga OKU. Jadi, kalau ini dapat dibincangkan bersama dengan operator, kita boleh menjadikan OKU kita lebih ke depan.
Di bawah Butiran 031800 – Taska OKU. Kita lihat kenapa pada tahun ini bajet makin dikurangkan sedangkan Taska OKU di seluruh negara baru ada 13. Jadi, kalau boleh saya hendak tahu, kenapakah kerana kita tahu bahawa Taska OKU perlukan bajet dan kepakaran khas. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, di bawah butiran keluarga LPPKN, hanya ada pusat keluarga di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Tidak ada di Kelantan. Bilakah pusat keluarga LPPKN akan ada di Pantai Timur?
Juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah pusat jagaan bayi kanak- kanak yang dipanggil sebagai Timang dalam negara, kerana pendidikan hari ini kita lihat kes- kes penderaan banyak berlaku kepada bayi dan kanak-kanak dan kadang-kadang dibuat oleh ahli keluarga sendiri.
Di bawah 032300 – Pusat Sokongan Sosial Setempat. Saya juga ingin bertanyakan kenapakah dikurangkan bajet sehingga RM3 juta sedangkan kita lihat ini sangat diperlukan oleh masyarakat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Di bawah Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang kewujudan Waja Insaniah. Adakah pihak kerajaan akan memberikan persijilan tahap kompetensi mereka untuk menangani wanita dan mangsa dera yang memerlukan kepakaran khas iaitu saya faham mereka akan diberikan pendidikan tetapi bolehkah kita mendapat pensijilan khas kerana untuk merawat orang yang didera ini memerlukan kepakaran supaya tidak berlaku kecederaan emosi dan mental yang lebih serius selepas dijaga ataupun ditemui oleh Waja Insaniah ini.
Apakah prosedur bentuk rawatan klien Waja Insaniah ini dan saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan sebagaimana rakan-rakan tadi, kita dapati bahawa tidak ramai wanita yang kembali ke tempat kerja walaupun mendapat beberapa insentif daripada TalentCorp.
Jadi, adakah kerajaan telah berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan supaya memastikan ada sasaran tertentu sebagai contohnya 10, 20 ataupun 30 peratus setiap tahun peningkatan kepada pusat-pusat penjagaan di tempat kerja supaya membantu ibu-ibu dan pasangan yang ingin meneruskan kerja selepas mereka mendapat anak.
Terakhir, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang Butiran 020100.
Terdapat rungutan dan pertanyaan daripada pihak sekolah-sekolah yang mana sekolah mereka dijadikan pusat PPS.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Biasanya banjir berlaku bulan Disember, sekolah akan bermula bulan Januari. Jadi, apakah jaminan supaya tidak ada kerosakan kepada sekolah yang telah dijadikan pusat pemindahan dan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kementerian Pendidikan dan saya memohon agar dalam hal ini, pihak kementerian untuk melantik pemantau di kalangan mangsa banjir supaya tidak berlaku banyak kerosakan harta awam dan diberikan silibus pendidikan khas supaya isu tandas dan meja-meja sekolah yang rosak akibat diduduki oleh mangsa banjir ini boleh kita elakkan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, dipersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ampang juga sebenarnya bila berbicara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini terlebih dahulu Datuk Pengerusi, kadang-kadang saya merasakan begitu simpati dan berbaur orang kata risau juga bila melihatkan tentang bidang kuasa ataupun perkara yang perlu diuruskan di bawah KPWKM ini terlalu banyak.
Jadi, untuk itu, saya rasa kalau kita bicarakan tentang isu berkaitan di bawah kementerian ini sebenarnya selain daripada kumpulan rentan yang begitu pelbagai, kita lihat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan. Isu kebajikan satu aspek yang terbesar yang perlu dilihat. Begitu juga isu pembangunan wanita, kanak-kanak dan juga isu-isu yang berkaitan. Jadi, kalau kita perincikan atau kita fokus perkara ini, kita lihat apakah kemampuan sekadar bajet yang telah diperuntukkan ini dapat kementerian melaksanakan perkara-perkara ini.
Jadi pada saya— soalan saya, apakah di bawah Butiran 10000 ini ada kajian khas untuk melihat semula peranan yang patut dimainkan ataupun core business dengan izin, dan fokus yang perlu dilaksanakan oleh kementerian ini kerana saya takut dalam banyak perkara yang kita lakukan nanti, kita tertinggal semua benda. Memang banyak nak kena buat tetapi tertinggal semua benda.
Jadi, untuk itu saya harap ada sikit jawapan di manakah sebenarnya hala tuju dan penumpuan yang diberikan oleh kementerian. Saya risau sebab apa, tahun depan kita fokus akta sosial, kita ada juga akta kanak-kanak yang akan kita kemukakan. Kita ada pelbagai jabatan kanak-kanak yang belum kita selesaikan. Jadi, saya mohon ia dilaksanakan.
Datuk Pengerusi, saya hanya nak menyentuh bahagian 020200 iaitu butiran yang berkaitan dengan Pembangunan Wanita. Ya lah, sebagaimana yang saya cakap tadi,
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
peruntukannya hanya RM22.85 juta. Yang saya lihat ia satu perkara yang penting dibincangkan di bawah butiran ini, di mana kita lihat butiran ini di semua kod objek. 10000, 20000, 30000 dan juga kod objek 40000 ini kita lihat aspek pembangunan ini dari sudut penumpuannya yang besarnya saya nak lihat di situ adalah Jabatan Pembangunan Wanita.
Jadi soalan saya, adakah peruntukan khas ini di bawah jabatan pembangunan wanita ini adalah untuk memberikan penumpuan dalam aspek pembangunan sebenar-benarnya, pembangunan wanita kerana saya lihat rata-rata— baru-baru ini saya mewakili Parlimen untuk pergi ke Jakarta untuk melihat tentang peningkatan kepimpinan wanita. Di situ kita lihat rata-rata, kita bukan menambahkan lagi pembangunan dari sudut kepimpinan wanita, kita sekarang merosot dari sudut 30 peratus pencapaian yang kita ingin capai itu.
Jadi untuk itu, saya ingin bertanya, adakah inisiatif dan usaha untuk merealisasikan sasaran minimum 30 peratus ini dalam kelompok pembuat keputusan diterjemahkan dan bagaimanakah keadaannya diterjemahkan. Apakah ia hanya dibuat sebagai dasar sahaja tetapi program-program kapasiti, pembangunan kapasiti tidak dilakukan.
Sebab bila saya rujuk di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, saya lihat tidak ada program-program yang khusus. Hanya satu dua tetapi tidak kepada semua negeri. Jadi saya bertanya kepada Menteri, apakah peranan yang patutnya dibuat dan saya harap ia dapat diberikan satu jawapan yang lebih tuntas ia dikendalikan.
Selain itu, saya juga ingin mengandaikan bahawa Butiran 020200 – Pembangunan Wanita dengan fungsi yang dinyatakan. Saya lihat pada tahun 2022, ada peruntukan RM5 juta di bawah Yayasan Kepimpinan Wanita sebagaimana belanjawan yang telah dinyatakan pada ketika itu adalah untuk program membangunkan kepimpinan keusahawanan wanita muda sedangkan tahun depan tidak ada. Jadi, saya hanya hendak bertanya kepada Menteri, apakah perkara ini memang langsung tiada. Kalau ada program kepimpinan wanita ini, di manakah letaknya.
Saya nak mohon juga penjelasan daripada pihak Menteri. Apakah Yayasan Kepimpinan Wanita ini merupakan yayasan yang ada kaitan dengan Kementerian Wanita?
Maksudnya, selain dari Jabatan Pembangunan Wanita, apakah fungsi untuk pembangunan kepimpinan ini diserahkan kepada Yayasan Kepimpinan Wanita dan seterusnya— kalau tak ada RM22.5 juta itu, ke manakah perginya peruntukan ini dan apakah usaha-usaha lain selain itu yang ingin dilakukan. Minta izin satu minit lagi, Datuk Pengerusi. Terima kasih.
Seterusnya merujuk kepada Butiran 010400 – Hubungan Antarabangsa yang saya lihat peruntukannya diunjurkan merosot sedikit pada tahun hadapan iaitu kepada RM1.62 juta. Soalan saya, apakah pendirian negara yang kita telah pun commit dengan izin, ataupun yang telah pun memberi satu komitmen yang mana dari sudut banyak dasar-dasar pelaksanaan di peringkat antarabangsa yang kita hendak buat ini.
Saya nak tanya dengan Menteri, dalam bentuk apakah hubungan antarabangsa ini yang akan dilaksanakan. Apakah ia kos untuk menghantar pegawai-pegawai kita ataupun kepimpinan-kepimpinan yang kita rasa boleh membawa aspirasi kepimpinan ini balik semula ke persidangan ini atau sekadar menghantar sahaja dan tidak ada impak selepas pulang daripada program-program ini.
Saya ingin merujuk Menteri bahawa satu perkara iaitu kita pernah menghadiri program APPF30 yang berlangsung di Thailand pada 2022 iaitu dengan izin, Enhancing the Effectiveness of Gender Responsive Budgeting. Jadi saya nak bertanya pada pihak Menteri, apakah pelaporan khusus untuk ini telah pun disediakan sedangkan ada satu usul khas yang disebut di situ iaitu untuk perkara 6, maknanya negara perlu memantau dan mengutarakan sama ada pelan-pelan program yang ke arah gender responsif ataupun mempunyai loophole ataupun ruang-ruang yang terbuka yang belum diselesaikan dalam klausa yang akan diberikan memberikan kesan kepada kebolehkemampuan wanita dan kanak-kanak mestilah diberikan tumpuan.
Jadi, itulah beberapa perkara yang saya ingin sebut tetapi akhirnya saya nak sebut, dalam banyak-banyak perkara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak ini, saya mengharapkan supaya aspek kewanitaan dan juga kepimpinan ini tidak ditinggalkan. Terima kasih Datuk Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang, dipersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Saya ingin melahirkan rasa dukacita kita atas tragedi yang berlaku di Palestin yang mengorbankan lebih daripada 6,000 kanak-kanak dan hampir 4,000 wanita.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran B. 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Saya dimaklumkan bahawa petugas-petugas PDK berkhidmat berdasarkan elaun yang dimohon oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan melalui geran daripada kerajaan. Ini menyebabkan kebanyakan siswazah lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak tidak tertarik untuk berkhidmat sebagai petugas PDK sebaliknya memilih untuk kerja di taska biasa.
Ini adalah salah satu yang merugikan sumber manusia dan kepakaran yang sedia ada. Jadi, kebanyakan petugas yang tinggal di PDK ini tidak terlatih secara profesional untuk membangunkan rehalibitasi kanak-kanak OKU. Selain daripada itu, jadual PDK hanya operasi sehingga jam 12.00 tengah hari. Ini menyebabkan kesukaran kepada ibu-bapa yang bekerja.
Mereka terpaksa menghantar anak tersebut ke pusat asuhan lain pula selepas itu.
Sekiranya kerajaan boleh menyediakan skim perkhidmatan yang lebih baik, PDK akan menjadi salah satu pilihan tempat bekerja dan lebih ramai tenaga terlatih akan memohon.
Persoalannya, adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf skim elaun petugas PDK kepada satu skim yang lebih baik? Apakah langkah penambahbaikan kerajaan bagi membangunkan rehalibitasi kanak-kanak OKU berikutan penurunan peruntukan pada PDK?
Seterusnya Butiran 020000 – Kesejahteraan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.
Merujuk kepada jawapan Menteri Kesihatan pada 20 November yang lalu, Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang kecil dan dihuni oleh ramai penghuni menjadi salah satu punca kesihatan mental dan kecenderungan untuk bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Situasi ini sangat membimbangkan bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNICEF melaporkan lebih daripada 12.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun yang mendiami PPR di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan kecenderungan untuk bunuh diri.
Justeru itu, saya ingin bertanya sejauh manakah kementerian melakukan program untuk turun padang atau program komuniti outreach bagi mendekati kumpulan ini supaya kita dapat memberikan bantuan sokongan daripada segi kesihatan dan psikologi untuk mereka?
Apakah bentuk sokongan lain yang diberikan kementerian bagi menyelesaikan masalah rumah yang sempit dan didiami oleh penghuni yang ramai?
Bagi Butiran 00503 – Rumah Seri Kenangan. Pada tahun 2023, sebanyak RM18 juta peruntukan. Namun, pada tahun 2024 sebanyak RM28.840 juta ada peningkatan sebanyak RM10.84 juta. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah peningkatan ini kerana berlakunya peningkatan penghuni Rumah Seri Kenangan atau ada projek-projek baharu yang dibuat oleh pihak kementerian?
Saya melahirkan kebimbangan kalau sekiranya bajet ini kerana peningkatan jumlah penghuni, dia merupakan kesan secara tidak langsung kepada pembimbingan dan keluarga masyarakat kita. Kerana golongan tua ini sepatut dijaga oleh anak-anak ya sepatut mereka tidak dibiarkan dan tidak dihantar ke Rumah Seri Kenangan.
Namun bila peningkatan bajet, saya menjangkakan kerana peningkatan jumlah penghuni dan perlu dibuat sesuatu supaya trend ini tidak berterusan. Trend menghantar emak ayah ke rumah kebajikan, rumah orang tua ini perlu kita kawal lebih awal supaya anak-anak kita bertanggungjawab dalam menjaga, mendidik dan memelihara ibu bapa yang telah tua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kubang Kerian. Boleh saya minta laluan sedikit? Saya ingin nak menyokong apa saranan Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya ada dua point besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Okey, sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya juga ingin menyokong kenyataan Yang Berhormat Kubang Kerian di mana kita perlu memupuk anak-anak kita supaya menjaga ibu bapa mereka.
Kerana sejak kebelakangan ini menjadi trend di mana ramai kita meninggalkan ibu bapa kita di rumah-rumah orang tua. Ada juga masalah-masalah kebajikan yang dihadapi.
Jadi, saya ingin menyokong saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kubang Kerian atas perkara ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Jelutong.
Jarang dia sokong kita. Terima kasihlah itu petanda baiklah untuk bersama. Dalam isu-isu kebajikan ini dia merentas parti politik. Dia merentas kaum dan sebagainya. Kita perlu realistik dalam perkara ini.
Saya beralih kepada Butiran 01500 – Bayaran Pengambilan Tanah. Sebanyak RM30.173 juta diperuntukkan. Ini satu jumlah yang sangat besar dan saya hanya ingin dapat penjelasan tentang bajet ini tentang pengambilan tanah. Apakah ada projek baharu dan berapakah keluasan tanah dan di kawasan mana projek itu dilaksanakan?
Bagi Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Saya prihatin dengan nasib keluarga banduan ditinggalkan bertahun-tahun, terpaksa menyara dan menjaga keluarga sendiri.
Telah dibangkitkan oleh Ipoh Timur ya hal yang sama. Tetapi saya melihat dalam kes banduan di tahan dalam penjara berpuluh tahun ada 10 tahun, berbelas tahun. Nasib yang berlaku pada keluarganya, isteri, anak-anak yang terbiar.
Saya fikir satu, kerajaan perlu menyediakan sokongan proaktif di peringkat awal dan akhir tahanan tersebut supaya mereka ini tidak terus terbiar dan dapat diuruskan sebab kesan kepada keluarga sangat besar. Bila ayah ataupun ketua keluarga ditahan, anak-anak tidak bagi kasih sayang, isteri tidak dapat kasih sayang dan sebagainya. Perkara itu perlu diberi perhatian yang agak serius.
Akhir sekali ialah Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Saya melahirkan kebimbangan tentang peningkatan rakyat Malaysia yang disebut sebagai istilah bujang senja yang lambat kahwin. Ini keadaan yang sangat serius ya.
Kalau kita lihat pada Laporan Bancian Penduduk Tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia lebih daripada 5.56 juta lelaki dan wanita berusia lebih 30 tahun ke atas yang mengambil keputusan untuk lambat kahwin, belum kahwin dan tidak mahu kahwin. Wanita berjumlah 4.8 juta. Satu jumlah angka yang sangat besar.
Laki-laki 779,000 orang dan kalau di analisa pada punca kelewatan berkahwin punca kewangan menjadi punca utama 56 peratus. Tiada calon suami atau tiada calon yang sesuai 18.4 peratus, kerjaya 9.4 peratus. Saya ingin menarik perhatian bahawa bila negara kita ini sensitif isu soal poligami ya. Bila sebut poligami macam buat jenayah.
Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini. Di mana, bagi mereka yang mampu ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi. Kita boleh bayangkan 8.4 juta wanita yang belum kahwin. Walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad tetapi saya fikir perkara ini akan dapat diberi jalan keluar bagaimana hendak selesaikan masalah wanita yang lambat kahwin. Saya fikir yang belah sana pun ramai yang sokong saya. Terima kasih.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kangar sokong.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih kerana idea sekadar untuk dipertimbang oleh pihak kementerian mencari jalan ya. Terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kubang Kerian satu ke dua Kubang Kerian?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Boleh atas kemampuan sampai empat.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tidak, Kubang Kerian satu ke dua?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya, saya menyokong usul ini, cadangan ini. Soal kemampuan, kehendak dan sebagainya. Ada yang kemampuan teruslah jalan. Walaupun saya masih satu tetapi ada tiga lagi masih kosong ya. Saya tunggu, mungkin kita bergerak bersama. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Satu benda yang menarik. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Butiran pertama yang saya hendak bangkitkan iaitu gabungan untuk Butiran 030800, Butiran 030900, Butiran 031000 iaitu sosioekonomi keluarga miskin, kurang upaya dan warga emas yang saya jumlahkan dalam RM2.4 bilion.
Saya anggap ini sebagai ini adalah bantuan bulanan yang diterima dalam setahun untuk semua penerima bulanan JKM. Saya menyambut baik ada pertambahan saya nampak.
Kecuali yang keluarga miskin itu ada pengurangan daripada RM400 juta kepada RM356 juta.
Yang lain itu meningkat. Keseluruhannya meningkat. Saya menyambut baik bantuan dan juga inisiatif daripada kerajaan.
Cuma, saya hendak sebutkan di sini adalah berkenaan dengan beban ataupun setiap pemohon terlibat itu setiap tahun mereka kena memperbaharui permohonan mereka, kena isi borang semula. Saya tahu sebab JKM berbuat demikian kerana ada keperluan untuk mengetahui perubahan status keluarga dan sebagainya. Kita hendak update dari tahun ke tahun.
Cuma masalah dia saya hendak sebutkan kepada Yang Berhormat Menteri. Ada tak kemungkinan kita jangan putuskan dahulu kalau jangan putuskan dulu kalau –Jangan putuskan bantuan bulanan ini kepada pemohon, penerima sekiranya mereka gagal mengisi borang. Sebab, ada di kalangan mereka ini, dia –Saya kena cakap secara terus terang.
Mereka mungkin dari segi tahap pendidikan mereka kurang dan tidak mempunyai ahli keluarga yang boleh membantu yang menyebabkan mereka tidak memperbaharui. Apabila mereka tidak memperbaharui permohonan mereka, bantuan tersebut terhenti.
Jadi, saya mohon cadangan sebegini. Sekiranya sudah lepas tempoh yang sepatutnya mereka buat renewal pembaharuan dan sekiranya gagal, boleh tidak kita gunakan beberapa bulan untuk menjejaki mereka? Mengetahui apakah masalah mereka? Saya tahu kalau ini dilakukan oleh JKM sendiri ia sesuatu yang mungkin membebankan. Saya nampak kekangan dari segi kakitangan. Saya mencadangkan begini. Pejabat Wakil Rakyat Ahli Parlimen boleh Saya rasa semua Ahli Parlimen yang ada di sini tidak kira sebelah kerajaan atau pembangkang bersedia untuk membantu JKM.
Sebab yang akhirnya yang dapat manfaat adalah penduduk kita, mereka yang susah.
Mereka yang layak menerima bantuan bulanan tetapi tidak dapat diteruskan bantuan tersebut cuma disebabkan dokumentasi. Sesuatu yang bagi saya, saya rasa bukan kata hendak zalim tetapi suatu yang saya sangat sedihlah kalau benda ini berterusan. Jadi, saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Perkara kedua adalah berkenaan dengan Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Saya nampak RM8 juta diperuntukkan. Cuma, satu persoalan saya, ada tidak semua Parlimen ada mempunyai PAWE ketika ini? Saya difahamkan satu Parlimen, satu PAWE. Boleh tidak kalau Parlimen yang mempunyai ramai penduduk, katakan pengundinya lebih 150 juta dan sebagainya ditambah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Butiran seterusnya 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Peruntukan RM109 juta, memang kita perlukan PDK ini. Cuma, saya nak mohon cadangkan berkenaan dengan PDK ini, boleh tidak PDK buat kerjasama dengan pihak swasta?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Maknanya, ada pihak swasta yang boleh menawarkan kursus tertentu, kursus kemahiran untuk mereka yang tergolong sebagai golongan kurang upaya untuk sama-sama joint venture, membolehkan lebih ramai golongan sasar kita terlibat dan akhirnya memberikan mereka kepakaran dan memanfaatkan mereka supaya mereka boleh berdikari dengan apa saja skil yang bersesuaian dengan keadaan fizikal, keadaan kesihatan mereka.
Seterusnya, berkenaan dengan— ada dua lagi— Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya nampak ia naik daripada RM26.9 juta kepada RM31.8 juta. Ada tak pertambahan ini menandakan bahawa kakitangan kontrak kita bertambah? Saya nak mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kalau bertambah, kenapa kita tambah tetapi tak diserapkan sebagai kakitangan awam tetap?
Sebab, saya rasa JKM ini, mereka yang terlibat sebenarnya mempunyai rasa kasih sayang yang sangat tebal. Sebab, ini kerja yang mencabar kesabaran kita, kalau untuk mereka yang tak sabar. Kalau YB Sany itu mungkin dia susah sikit. Dia sekejap-sekejap dia nak bangkit itu, mungkin payah sikit nak kerja dengan JKM. Minta maaflah, brother. Saya gunakan contoh ini. Sebab, kena orang yang banyak bersabar macam Ampang itu. Dia boleh kerja dengan JKM.
[Ketawa] Tidak apa, saja-saja saya sebut nama you.
Jadi, saya nak tanya, boleh tak kita...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya pencinta wanita.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, samalah. Kita pun sama juga. Jadi, saya nak tanya, boleh tak kita tambahkan kakitangan tetap, bukannya kontrak? Supaya akhirnya kakitangan atau pun pegawai JKM merasa terjamin pekerjaan mereka sebagai kakitangan tetap. Sebab, ada keperluan.
Saya sebenarnya menyokong supaya kakitangan JKM itu ditambah. Sebab, di banyak kes, sebenarnya— saya tidak mahu gunakan perkataan kelewatan tapi disebabkan kekangan masa, banyak permohonan yang tidak dapat ditapis on time yang menyebabkan ada pemohon yang layak tetapi terpaksa tunggu lama.
Perkara terakhir yang saya nak sebutkan, Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, perkara terakhir, Butiran 00300 di bawah tajuk LPPKN, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Saya nampak ada pertambahan peruntukan daripada RM7 juta kepada RM11 juta. Ini adalah peruntukan pembangunan. Saya nak tanya, apakah jenis pembangunan? Adakah LPPKN di Seremban, di kawasan saya Parlimen Rasah, akan mendapat limpahan daripada pertambahan pembangunan yang dinyatakan ini? Itu saja. Terima kasih, Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Saya merujuk kepada Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Saya ingin mengetahui, apakah kementerian menjalankan kajian terkini
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
indeks kesejahteraan keluarga? Supaya kita dapat melakukan perbandingan pada era sebelum pandemik, pasca pandemik dan pasca endemik. Apakah domain yang mengalami perubahan ketara dan apakah domain yang masih berada pada tahap yang membimbangkan?
Saya juga ingin mengetahui jumlah kes kaunseling yang diterima di bawah kendalian LPPKN yang melibatkan kes-kes perlakuan songsang khususnya hubungan sejenis sesama jantina lelaki. Saya mendapat maklum bahawa kes-kes melibatkan perlakuan songsang sesama jantina lelaki terutamanya melibatkan pelaku yang sudah berkahwin sedang meningkat naik di Malaysia ketika ini. Ini amat memalukan. Jadi, saya ingin mengetahui, sejauh mana keseriusan kes-kes sebegini daripada data KKM?
Perkara seterusnya, saya berpandangan bahawa kita juga harus melihat daripada perspektif moral dan agama apabila kita bercakap, berbincang hatta ke peringkat kita menggubal sebarang dasar mahupun polisi berkaitan kes perlakuan songsang LGBT. Saya mengharapkan tidak ada dikotomi antara intervensi perubatan dan moral dan agama dalam perkara ini.
Kementerian sendiri seharusnya lebih berperanan dalam aspek ini kerana ia melibatkan kekuatan dan keutuhan institusi kekeluargaan dalam negara. Jika LGBT dibiarkan terus bersarang, maka kelak kita hanya menantikan rosaknya masyarakat dan negara kita.
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Saya memohon kementerian menjelaskan pengurangan peruntukan pemberian dan kenaan tetap di bawah butiran ini daripada RM408 juta kepada RM356.4 juta. Mengapa berlaku pengurangan ini? Saya juga ingin menjelaskan, apa fokus utama kementerian di bawah butiran ini? Bagaimana kementerian akan memastikan intervensi yang seimbang kepada keseluruhan wilayah-wilayah pedalaman dan miskin di seluruh negara termasuklah kepada negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan sebagainya? Mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Pengerusi, Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Butiran ini juga mengalami pengurangan peruntukan. Saya mohon dijelaskan pengurangan peruntukan berkenaan. Saya juga ingin mengetahui, apakah pelan bertindak kementerian di bawah butiran ini dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang? Apakah kementerian juga terlibat secara langsung dalam intervensi awal untuk mengatasi jenayah ini bersama kementerian lain? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Butiran terakhir, Yang Berhormat Pengerusi, ialah Butiran 010500 – Kolaborasi Strategik. Saya ingin mengambil peluang pada petang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua para petugas di JKM khususnya, yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir dan tidak jemu dalam menjalankan tugas mereka.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kuala Krai, minta.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sila, Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Kuala Krai.
Menyentuh isu banjir ini, saya nak minta penjelasan daripada Menteri. Ada berlaku kes di mana petugas-petugas yang akan bertugas di dalam PPS ini telah dipanggil di kawasan saya dan dimaklumkan bahawa tidak dibenarkan ahli politik untuk masuk ke sekolah bagi meninjau mangsa-mangsa banjir. Saya harapkan ia merupakan isu terpencil sahaja.
Saya nak minta komen daripada Menteri. Adakah ada dasar seperti ini tidak membenarkan ahli politik terutamanya kami Ahli Parlimen untuk meninjau keadaan mangsa banjir? Kalau ada larangan seperti itu, saya minta supaya Menteri dapat mengambil perhatian supaya dapat dibenarkan kami untuk membuat tinjauan.
Juga kalau boleh saya nak minta laluan daripada Kuala Krai untuk meminta daripada Menteri data berkenaan dengan pusat aktiviti warga emas. Bolehkah diberikan statistik mengikut negeri warga emas yang diletakkan di pusat-pusat penjagaan? Supaya kita dapat melihat apakah ada signifikan hubungan di antara sosiobudaya dan juga ekonomi dan sebagainya terhadap warga emas yang dihantar di pusat jagaan. Terima kasih, Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Masukkan ucapan Pasir Mas dalam ucapan saya.
Juga saya bersetuju dengan apa yang disebut kerana sudah ada kedengaran arahan daripada pihak tertentu khususnya PPS yang melibatkan sekolah yang tidak membenarkan Ahli-ahli Parlimen bertemu dengan mangsa banjir. Kerana Yang Berhormat pun tahu di musim banjir seperti ini, sudah pasti mangsa banjir ini amat-amat memerlukan kepada bantuan daripada semua pihak.
Oleh itu, sekarang musim banjir yang sedang berlaku khususnya di Kelantan, maka sudah pasti kerja dan tugas petugas JKM ini amat berat kerana musibah banjir ini tidak mengenal sesiapa, tempat dan masa. Oleh itu, terima kasih dan jazakumullahu khairan atas tugas membantu mangsa banjir.
Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak kementerian dapat memberikan pelbagai— atau pun menilai anugerah kepada para petugas khususnya apabila terlibat dengan banjir besar yang melibatkan bebanan tugas kepada mereka sehinggalah bekerja di waktu malam untuk memberi semangat kepada petugas-petugas ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya ingin membahaskan Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Saya rasa antara isu yang paling besar di bawah kementerian ini adalah isu kebajikan masyarakat di mana saya ingin bertanyakan beberapa persoalan berkenaan kebajikan masyarakat ini berkenaan kaedah penilaian dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memutuskan status kelayakan seseorang penerima bantuan.
Kerana, saya dapati ada banyak aduan di mana kelayakan itu berbeza mengikut zon dan di mana kawasan-kawasan pedalaman itu sangat berbeza. Ada satu keluarga— saya bagi contoh. Pegawai pergi ke rumah dia, dia kata, “You ada TV. You tak layak dapat bantuan kebajikan.” Ini adalah perkara yang tidak munasabah dan tidak membantu langsung masyarakat.
Kedua, ada satu contoh saya nak bangkit. Ada seorang ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih belajar dan tinggal bersama abang kandung dia dan dia pun tidak dapat bantuan daripada kerajaan dan juga daripada JKM.
Kalau kita menilai, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menilai kriteria-kriteria yang kita tetapkan supaya jangan membebankan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
So, kalau kita menilai, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menilai kriteria- kriteria yang kita tetapkan supaya jangan membebankan. Kita tahu mereka ini adalah daripada golongan miskin, golongan yang tidak mampu. Sebab itu mereka pergi ke pejabat JKM. Kalau mereka mampu, saya rasa mereka tidak akan memijak pun ke pejabat itu. Saya berharap Yang Berhormat Menteri untuk meneliti perkara-perkara ini sebab di Parlimen Segamat, saya rasa di Daerah Segamat ini ada tiga Parlimen termasuk Parlimen Sekijang dan Labis.
Di dalam kawasan saya, jumlah miskin dan miskin tegar adalah 617 keluarga, 200 keluarga itu adalah keluarga miskin tegar. Saya cadangkan kepada kementerian supaya semua miskin tegar wajib memberi bantuan JKM secara terus tanpa menilai apa-apa dokumen yang perlu bantuan. Ini adalah perlu diambil tindakan. Juga kalau boleh dipertimbangkan, keluarga miskin juga memberi bantuan sehingga mereka keluar daripada golongan miskin itu supaya mereka boleh berdikari juga. Saya rasa jumlah yang begitu besar kita bagi kepada JKM.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ramai sudah mempersoalkan tentang pegawai JKM. Kenapa ada pilih kasih ataupun saya bagi satu contoh dalam Dewan ini. Ada seorang pegawai yang berbangsa Melayu pergi ke rumah JKM yang ada masalah, ke rumah pemohonnya India. Apabila ditolak tetapi memang benar-benar ditolak sebab ada alasan yang tidak munasabah. Tetapi soalan yang dibangkitkan adalah kenapalah kita pilih kasih ataupun memilih kulit? Kerana kaedah yang kita gunakan itu adalah tidak sama di mana-mana tempat.
So, saya mohon dan juga minta Menteri untuk menyelaraskan kaedah-kaedah yang kita gunakan untuk mengambil ataupun memilih golongan-golongan yang sepatutnya menerima bantuan JKM khususnya kalau kita tahu mereka adalah golongan OKU, ibu tunggal, bapa tunggal dan juga kalau boleh golongan-golongan ini secara automatik kita perlu beri bantuan JKM tanpa meminta dan menyusahkan mereka minta pelbagai dokumen dengan birokratik dan sebagainya.
Akhir sekali, dengan menerusi peningkatan sebanyak RM21.6 juta yang diperuntukkan tahun 2024, JKM diharap dapat menumpukan pemberian bantuan bulanan JKM di setiap negeri menerusi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Saya tidak juga menuding jari kepada mana-mana pihak JKM. Saya yakin mereka juga membuat tugas dan juga arahan daripada atasan supaya kita perlu menyelaraskan isu ini. Justeru, saya ingin menggesa agar Menteri dapat mereformasikan kaedah atau tatacara penilaian bagi permohonan bantuan JKM.
Saya syorkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat bekerjasama erat dengan Kementerian Ekonomi dan kerajaan negeri untuk mengenal pasti penduduk berdasarkan garis pendapatan miskin, GPK dan keadaan ekonomi setempat yang boleh pertimbangkan untuk menerima bantuan JKM secara bulanan. Kerana saya rasa statistik dan data ini mengubah mengikut semasa ke semasa. So, kaedah tidak boleh tepat ataupun tetap pada waktu itu. Contohnya, kaedah itu dah guna 10 tahun, ia tidak berpadan pada tahun sekarang.
Oleh itu, saya minta kementerian untuk meneliti dan juga tidak lupa membantu golongan-golongan wanita. Wanita-wanita yang mengalami ataupun memerlukan bantuan di kawasan-kawasan khususnya ibu tunggal. Ada juga ada satu isu yang rumit di mana seorang ibu yang mempunyai anak dan suaminya tinggal dan beliau belum cerai lagi. Isu ini banyak yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Bagaimana— apakah kaedah yang kita boleh membantu? Apabila dia pergi memohon, ditolak kerana anda ada suami dan suaminya tidak bersama dengan beliau dah berpuluh-puluh tahun, tidak dapat cari dan sebagainya. Isu ini juga menjadi satu isu yang hangat, khususnya di seluruh Daerah Segamat termasuk di dalam Parlimen Menteri Kesihatan kita juga.
Akhir sekali, saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan anggaran peruntukan yang akan dikhususkan untuk Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Daripada peruntukan tersebut, berapakah anggaran perbelanjaan yang akan ditumpukan bagi perluasan pelaksanaan bantuan kebajikan masyarakat di Parlimen Segamat khususnya? Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Puan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Puan Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat, jadi Kangar ambil peluang untuk membahaskan untuk kementerian ini di peringkat Jawatankuasa.
Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ataupun ringkasnya LPPKN. Jadi Dasar Keluarga Negara ataupun DKN secara dokumentasinya adalah satu dasar yang amat menyeluruh dan ia amat penting bagi negara dalam membina keluarga yang bahagia dan sejahtera. Apabila keluarga sudah bahagia, masyarakat menjadi sejahtera dan rakyat menjadi makmur. Namun begitu, tidak semua orang akan berbahagia.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ramai juga yang menderita dan begitu juga ramai ataupun banyak keluarga yang hidup merana. Ramai juga yang hidup susah dan hidup melarat.
Jadi, soalan Kangar adalah apakah usaha kementerian untuk membangunkan insan khususnya untuk golongan yang tercicir daripada arus pendidikan sama ada masyarakat di bandar ataupun di luar bandar?
Soalan yang kedua, apakah pelan hubungan antara generasi golongan muda dan golongan tua atau lebih dikenali orang lama? Orang muda sekarang ini kadang-kadang kalau kita lihat kurang menghormati golongan tua, terutamanya di jalan-jalan raya. Kalau bawa kenderaan agak perlahan, maka hon akan berbunyi berpanjangan. Seolah-olah golongan tua yang bawa kenderaan itu dibuli oleh golongan muda. Jadi, apakah usaha oleh kementerian untuk mendidik pemandu-pemandu yang bersifat demikian?
Masih lagi dalam Butiran 020400 – LPPKN berkaitan dengan Garis Panduan Perancangan Keluarga Kebangsaan. Menurut Pusat Subfertiliti Negara, kadar kesuburan penduduk negara telah menurun dengan mendadak. Kalau kita lihat data, tahun 1957 sebanyak 6.7 orang anak. Untuk 1980, sebanyak 4.0 orang anak, ini bilangan yang mempunyai anak. Tahun 2000 turun lagi 2.1 orang anak. Tahun 2022 lagi turun, 1.6. Tahun 2023 belum tahu.
Jadi dengan penurunan yang mendadak ini, adakah taraf penduduk Malaysia akan meningkat? Adakah masyarakat Malaysia sekarang sudah mulai dipanggil sebagai zaman menua? Adakah angka-angka ini perlu dinaikkan semula bagi meningkatkan taraf hidup penduduk Malaysia?
Soalan seterusnya berkaitan dengan LPPKN juga. Setakat manakah pendidikan perancangan keluarga dan demografi diintegrasikan dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal? Apakah kesan pendidikan formal perancangan keluarga terhadap generasi muda? Sebab generasi muda ini macam-macam, macam-macam cerita, macam-macam isu yang melibatkan golongan muda.
Apakah maklumat terkini tahun 2023 dari segi peratus, kadar kelahiran penduduk Malaysia? Berapakah umur purata perkahwinan generasi sekarang? Mungkin untuk 10 tahun kebelakangan inilah, mungkin 2013 hingga 2023. Kita nak tengok dari segi umur purata perkahwinan dan ini boleh dijadikan sebagai langkah untuk kerajaan mengambil tindakan- tindakan pantas bagi merangka pembangunan yang lebih berkesan.
Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin, RM356 juta. Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya, RM1 bilion. Jadi alhamdulillah, peruntukan untuk golongan OKU begitu banyak menandakan ramainya golongan OKU sama ada semenjak lahir ataupun yang terlibat dengan kemalangan. Jadi agak bernasib baik ada OKU yang berjaya dalam bidang sukan.
Umpamanya seperti Abdul Latif Romli yang pendapatannya agak tinggi. Saya tanya dia baru ni, dia kata dia boleh dapat income sebulan RM7,500 termasuk duit pencen dan duit kemenangan tetapi tidak semua OKU mempunyai keupayaan yang sebegini. Jadi, apakah tindakan kementerian untuk menaik taraf atau membantu golongan OKU?
Jadi persoalannya— sedikit satu minit. Bagaimanakah kerajaan menyalurkan peruntukan yang banyak ini? Adakah peruntukan ini disalurkan melalui JKM? Adakah melalui Ahli-ahli Parlimen? Jika untuk Ahli Parlimen rasanya tidak ada. Kami ini pembangkang katakan. Jadi minta tindakan daripada pihak kerajaanlah untuk membantu sebab ramai golongan miskin dan OKU di sana.
Akhir sekali, Butiran 031800 – Taska OKU. Apakah tekanan dan constraint, dengan izin kementerian dalam melaksanakan taska OKU di seluruh negara? Hingga kini, berapakah bilangan taska OKU di negeri Perlis khususnya di Parlimen Kangar? Soalan terakhir, bila saya boleh berjumpa dengan Menteri? Terima kasih.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang.
Di mana saya melihat terdapat pengurangan daripada tahun 2023 daripada RM2 juta kepada tahun 2024 hanya RM1 juta sahaja Anggaran Perbelanjaan. Kalau kita serius dan komited untuk membanteras tindakan pemerdagangan orang, persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah kenapakah terdapat pengurangan.
Saya percaya Yang Berhormat Menteri tahu bahawa kebelakangan ini kes-kes melibatkan pemerdagangan orang telah meningkat. Di mana, banyak juga pertuduhan yang dibuat terhadap individu yang mengangkut orang-orang daripada sempadan masuk ke Malaysia. Jadi persoalan saya, apakah rasionalnya kalau pengurangan ini boleh betul-betul membantu kerajaan untuk membanteras aktiviti-aktiviti pemerdagangan orang?
Saya juga terpanggil untuk menyentuh Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas dan Butiran 031600 – Unit Penyayang Wara Emas. Di sini saya tertarik apabila membaca satu berita oleh Yang Berhormat Menteri juga. Kebetulan Menteri ini melawat kawasan Kepala Batas di mana Menteri telah menyarankan banyakkan pusat jagaan warga emas swasta.
Saya menyambut baik saranan oleh Yang Berhormat Menteri. Ini kerana kita lihat bahawa sejak kebelakangan ini banyak juga pusat jagaan warga emas swasta yang telah dimulakan dan mereka menghadapi macam-macam masalah. Terpaksa mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba, mungkin ada aduan daripada jiran tertangga dan sebagainya.
Akan tetapi, pusat-pusat jagaan ini membantu kita sedikit sebanyak kerana ada waris-waris yang mampu untuk membiayai kos menjaga, tetapi tidak boleh berada di rumah untuk menjaga, maklumlah ada juga masalah untuk mendapat pekerja asing.
Jadi, permintaan saya kepada Yang Berhormat Menteri bolehkah kementerian menjadi the connecting point dengan izin, penyelaras kalau ada masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat jagaan di beberapa negeri dengan pihak berkuasa tempatan, dengan pihak bomba ataupun jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Saya mohon kementerian untuk menubuhkan satu– mungkin one stop center di mana pengusaha-pengusaha daripada pusat- pusat jagaan ini boleh datang untuk berjumpa untuk menyelaraskan masalah-masalah yang dihadapi.
Akan tetapi, pada masa yang sama Yang Berhormat Menteri, saya menjaga dua orang ibu bapa yang sudah uzur yang tinggal bersama-sama saya. Saya juga percaya bahawa kerajaan juga perlu menetapkan ataupun meletakkan satu obligasi kepada anak- anak– dengan izin, it should be our responsibility to look after our old folks, our parents dengan izin. Ini kerana merupakan satu tanggungjawab yang penting di mana orang-orang yang melahirkan kita, mendidik kita, memberi duit untuk kita berdikari, belajar, mendapat Ijazah dan sebagainya, sepatutnya kita menjaga.
Jadi, adakah sepatutnya kerajaan juga menyediakan satu rang undang-undang untuk kita meletakkan satu obligasi kalau mereka tidak boleh menjaga mereka di rumah, sekurang- kurangnya menghantar mereka ke pusat jagaan. Tetapi memastikan mereka juga akan memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM500 atau RM1,000, di mana tanggungjawab itu akan dijadikan tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama oleh pusat jagaan dan juga oleh waris-waris.
Saya terpanggil untuk menyatakan perkara ini kerana kita lihat ada video-video yang tular di mana ada warga emas yang ditinggalkan tanpa dijaga. Ada warga emas yang mungkin menjadi mangsa deraan dan sebagainya. So, saya lihat bahawa ada kesungguhan daripada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan. Cuma saya ingin tanya, kalau– adakah keperluan untuk kita merangka satu rang undang-undang yang perlu mewajibkan tanggungjawab kepada anak-anak untuk memastikan mereka menjaga ibu bapa mereka. Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang telah diberikan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, masa 30 minit.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Dato' Pengerusi. Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato' Pengerusi, terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada petang ini.
Kita turut merasa kesedihan seperti mana yang kata oleh Kubang Kerian, tadi merasa kesedihan apa yang berlaku di Palestin sekarang di mana ramai wanita dan kanak-kanak yang mati dibunuh dan ini kita tidak mahu ini berlaku.
Jadi, KPWKM juga sangat menghargai keprihatinan dan saranan yang dikemukakan oleh 20 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berucap sebentar tadi yang saya pasti mencerminkan keinginan Yang Berhormat sekalian untuk memastikan peruntukan yang diletakkan di bawah Kepala B.48 dan P.48 Belanjawan 2024 mencapai maksud yang di hasrat oleh Kerajaan Perpaduan hari ini yang menekankan kepada konsep Madani.
Insya-Allah saya akan menggunakan masa yang diberikan untuk memberikan maklum balas kementerian terhadap persoalan yang telah dikemukakan dan saya tidak akan menyentuh ataupun jawab kepada mereka yang tidak berada di dalam Dewan demi masa.
Tuan Pengerusi, untuk makluman bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat, KPWKM menyahut seruan agenda Belanjawan 2024 ini dengan menumpukan kepada peningkatan darjah hidup rakyat melalui pemerkasaan golongan sasar, khususnya di bawah KPWKM sendiri.
Melalui Belanjawan 2024 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini, KPWKM telah diperuntukkan sebanyak RM3,522,782,300. Jumlah ini meliputi RM3,256,997,500 untuk Belanja Mengurus dan RM265,784,800 bagi peruntukan Pembangunan.
Di kesempatan ini, saya bagi pihak KPWKM ingin merakamkan ucapan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang telah memperuntukkan sejumlah lebih kurang RM3.5 bilion ini kepada KPWKM. Diharap perancangan ini akan mendapat sokongan sewajarnya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk bersetuju agar peruntukan yang dicadang ini diluluskan di Dewan yang mulia ini. Bersetuju dulu.
Jadi, Dato' Pengerusi izinkan saya untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan.
Saya mulakan dengan Sungai Buloh tadi. Sungai Buloh telah mengemukakan beberapa perkara di antaranya beliau bertanya mengenai Akta Pengangkatan. Bagaimana KPWKM memastikan proses pengangkatan adil (adoption) actually dengan izin dan selamat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Buloh tak ada dalam Dewan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sorry?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Buloh tidak berada dalam Dewan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sungai Buloh tak ada? Okey, saya akan bagi secara bertulis, terima kasih. Seterusnya saya pergi kepada Rantau Panjang, ya. Rantau Panjang pula soalan beliau ialah mengenai beliau hendak mengetahui– Rantau Panjang dan Sungai Petani tadi ingin mengetahui apakah status RUU Profesion Kerja Sosial.
Untuk makluman, proses penggubalan RUU Profesion Kerja sosial ini telah dimulakan secara aktif bermula pada 11 Februari 2019 melalui penubuhan satu pasukan khas yang dikenali sebagai Special Project Team RUU Profesion Pekerja Sosial (SPT RUUPKS).
Pasukan ini terdiri daripada wakil kementerian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal kerja sosial.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Draf awal RUU PKS telah selesai digubal pada tahun 2019. Namun, KPWKM kini sedang meneliti beberapa keputusan yang melibatkan ketetapan dasar masih perlu diteliti.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Penetapan sasar seperti penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang perlu mematuhi Pekeliling Perbendaharaan 3.1 iaitu Garis Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan turut diperhalusi bagi mengurangkan implikasi kewangan kepada kerajaan. Kini KPWKM sedang membuat penyelarasan tindakan persediaan berkaitan pengoperasian entiti kawal selia berkaitan kerja sosial.
Dua agensi utama di bawah KPWKM iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia sedang giat menjalankan tindakan persediaan berkaitan pengukuhan aktiviti latihan dan kompetensi kerja sosial, Program Pembangunan Profesional Berterusan Promosi dan Advokasi, praktis kerja sosial serta memperkukuhkan jaringan kerjasama bersama pihak berkepentingan dalam praktis kerja sosial.
Seterusnya, dari Rantau Panjang juga ingin tahu, apakah strategi pemerkasaan warga emas? Sebenarnya banyak soalan mengenai warga emas dan saya mendengar mungkin ramai yang masih keliru mengenai PAWE dan juga warga emas- rumah untuk orang tua.
Dasar Warga Emas Negara iaitu DWEN. Saya percaya Rantau Panjang memang faham dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) sebanyak enam strategi dibentuk untuk mencapai objektif DWEN, strategi keselamatan dan perlindungan memfokuskan kepada menjamin hak dan akses warga emas kepada keperluan asas, keselamatan sosial dan perlindungan daripada pengabaian, penganiayaan serta penderaan di bawah peruntukan undang-undang.
Pendekatan yang diberi penekanan dalam strategi ini ialah mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan di kalangan warga emas, memperkukuhkan skim perlindungan sosial untuk kumpulan warga emas yang memerlukan iaitu vulnerable people dengan izin, memastikan warga emas hidup dalam persekitaran selamat dan mesra warga emas serta meningkatkan kesedaran mengenai isu penganiayaan dalam kalangan warga emas.
Seterusnya iaitu soalan mengenai beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang isu penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Dato’ Pengerusi, kadar penyertaan tenaga buruh wanita menunjukkan trend meningkat iaitu dari 55.5 peratus pada tahun 2021 kepada 55.8 peratus pada tahun 2022. Walaupun ia meningkat sedikit, kadar ini masih rendah jika dibandingkan dengan kadar penyertaan 81.9 peratus lelaki pada tahun 2022.
Sehubungan itu, kerajaan melalui Kerangka Ekonomi Madani berhasrat untuk mempergiat usaha bagi memastikan kadar penyertaan tenaga kerja wanita mencapai sasaran 60 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa komited dan menyokong usaha serta inisiatif untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pelbagai bidang termasuk dalam tenaga buruh.
Usaha dan inisiatif ini dilakukan menerusi pelbagai langkah antaranya pengukuhan sistem perundangan, penyediaan ekosistem menyokong wanita bekerja, program pembangunan kapasiti dan penjanaan pendapatan, serta ekonomi penjagaan.
Antara usaha bagi menyokong persekitaran kerja yang kondusif melalui pengukuhan undang-undang melibatkan penggubalan Akta Anti Gangguan Seksual 2022 iaitu Akta 840 dan Pindaan Akta Kerja 1955. Pengukuhan undang-undang ini adalah merupakan antara faktor tarikan untuk mengekalkan dan meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh agar wanita berasa selamat dengan persekitaran kerja mereka. Di samping itu, para majikan turut diwajibkan untuk menampal notis tentang kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.
Untuk makluman, kami pada masa ini baru sahaja menyelesaikan jerayawara untuk Anti Gangguan Seksual Advokasi ini. Baru dua hari lepas kami berada di Johor and that the last, dengan izin untuk seluruh negara, tetapi untuk negeri-negeri insya-Allah kita akan teruskan lagi.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebenarnya jawapan untuk tenaga buruh ini saya akan bagi secara bertulis juga- terlalu panjang, dan saya perlu menyentuh yang lain juga. Jadi, untuk Rantau Panjang lagi ingin mengetahui perincian mengenai pembaikan dan penyelenggaraan premis di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Untuk makluman Yang Berhormat Butiran 00704 akan memberi tumpuan perbelanjaan bagi kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan menaik taraf institut kebajikan, kuarters, Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Melalui peruntukan ini diunjurkan sebanyak bahawa sebanyak 82 peratus ataupun institusi kanak-kanak OKU dan warga emas akan menerima manfaat untuk kerja-kerja naik taraf dan baik pulih pada tahun 2024 seperti berikut, institusi JKM ada 33 institusi, JKMN ataupun PKMD 30 buah pejabat, kuarters ada 19 premis.
Jadi, kerja-kerja ini dilaksanakan supaya dapat memelihara, menjaga, mengendali dan mengawal selia bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan iaitu services bangunan dan persekitaran untuk memenuhi piawaian semasa meningkatkan jangka hayat penggunaan utiliti serta nilai fasiliti kemudahan agar selamat digunakan. Tadi ada juga Yang Berhormat yang bertanya mengenai pembangunan. Jadi ini antara pembangunan infrastruktur yang kita lakukan.
Seterusnya untuk Rantau Panjang dan Kepala Batas. Beberapa Ahli Yang Berhormat ingin mengetahui status terkini penubuhan Anjung Sinar kepada anak-anak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan perancangan jangka masa panjang pihak kementerian dan rakan strategik yang membantu pelaksanaan Anjung Sinar.
Berhubung perkara ini sukacita saya maklumkan bahawa KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah melaksanakan Projek Rintis Anjung Sinar bagi pemerkasaan dan kesejahteraan kanak-kanak lepasan institusi JKM melalui penyediaan peluang pendidikan tinggi, peluang pekerjaan dan keperluan lain. Untuk makluman, apabila mereka sudah sampai 18 tahun tidak ada tempat untuk mereka. Jadi, maka sebab itu kami memikir dan merancangkan untuk mewujudkan Anjung Sinar ini.
Jadi program pertama bagi Projek Rintis ini iaitu Program Transisi Boot Camp telah diadakan melibat seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada penghuni dan dari lepasan institusi kanak-kanak JKM sebagai kumpulan pertama yang mengikuti program ini. Program transisi ini adalah bertujuan untuk membentuk jati diri peserta dan meningkatkan keyakinan mereka agar bersedia untuk hidup berdikari serta memberi peluang kepada KPWKM mendapatkan maklumat dan input bagi penyediaan profil peserta dan tujuan perancangan intervensi...
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh tunggu tak sebab banyak lagi.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Anjung Sinar.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Yang lain tidak dapat- kalau sempat nanti kita bertanya ya.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Okey.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kalau tidak di luarlah boleh. Program ini turut disertai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi program bimbingan, penetapan hala tuju, peluang didikan serta laluan kerjaya kepada peserta. Bagi perancangan jangka panjang, selain pelaksanaan program kepada anak-anak institusi yang bakal keluar, KPWKM juga merancang untuk menyediakan penginapan sementara khusus kepada lepasan institusi kanak-kanak JKM yang tiada keluarga, sebatang kara, keluarga kurang berkemampuan dan tidak mempunyai tempat tinggal dalam tempoh tertentu sehingga mereka boleh berdikari.
KPWKM turut bercadang untuk memperluaskan inisiatif Anjung Sinar ini di seluruh negara agar dapat membantu lebih ramai lepasan institusi kanak-kanak JKM. Projek Rintis
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
ini telah pun dimulakan pada tahun ini dan pelaksanaan program ini akan dinilai dan ditambah baik bagi kesejahteraan anak-anak lepasan institusi JKM.
Seterusnya Parit Sulong- tidak ada di dalam Dewan ya? Saya beri jawapan bertulis.
Kita ada- dari Kepala Batas. Apakah peranan KPWKM dalam membanteras aktiviti pemerdagangan orang? Jawapannya ialah KPWKM berperanan sebagai peneraju Jawatankuasa Penjagaan dan Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang dengan menyediakan tempat perlindungan khusus untuk orang yang diselamatkan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2009 iaitu Akta 670.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebanyak lapan buah rumah perlindungan di bawah seliaan KPWKM dan dua buah rumah perlindungan kendalian badan bukan kerajaan telah diisytiharkan sebagai tempat selamat di bawah Akta 670 ini. Di samping itu, KPWKM juga menyediakan program intervensi seperti kaunseling program dan aktiviti berbentuk psikososial, kemahiran bergerak bebas dan bekerja. Selagi- ini mengenai depot simpanan keperluan mangsa bencana oleh Kepala Batas. Apakah peranan kementerian dalam penyediaan depot simpanan keperluan mangsa bencana dan keperluannya semasa banjir?
Untuk makluman, bagi tujuan depot simpanan keperluan mangsa bencana di SKB, KPWKM diperuntukkan sebanyak RM550,000 bagi menyediakan 11 mini depot pada tahun 2024 di negeri-negeri berikut iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Jadi pada masa ini, JKM mempunyai sebanyak lapan buah depot simpanan keperluan mangsa bencana, 561 buah pangkalan hadapan dan 68 buah mini depot kontena di seluruh negara.
Seterusnya, daripada Yang Berhormat Kapar yang ingin mengetahui kenapa tiada kenaikan peruntukan penubuhan dan operasi Jabatan Pembangunan Kanak-kanak dan beliau ingin mengetahui butiran modal insan di JPKK ini. Pada tahun 2023, Bahagian Kanak- kanak (BKK) telah diluluskan peruntukan dasar sedia ada sebanyak RM83.9 juta.
Mulai 1 September 2023, BKK telah dinaik taraf ke Jabatan Pembangunan Kanak- kanak ataupun JPKK. Oleh yang demikian, maka bagi tahun 2024, peruntukan di bawah dasar sedia ada telah bertambah kepada RM111.3 juta. Peruntukan ini meliputi emolumen kakitangan, perbelanjaan perjalanan dan sara hidup pegawai serta sewa komputer. Bilangan kakitangan JPKK bagi tahun 2024 adalah seramai 2,059 orang yang melibatkan kakitangan tetap, 1,442 orang kakitangan sedia ada dan kakitangan contract of service, dengan izin, 617 orang.
Dato’ Pengerusi, ada lagi di sini. Yang Berhormat Rasah tadi ingin mengetahui, adakah terdapat pusat keluarga di Seremban dan adakah Parlimen Rasah akan turut mendapat manfaat?
Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, sebenarnya tadi ada Yang Berhormat. YB Rasah bertanya mengenai- boleh tak dibina PAWE tadi. Sebenarnya PAWE boleh dibina lebih daripada satu di Kawasan Parlimen sekarang ini ya. Jadi -dan saya nak nyatakan, PAWE itu bukan kami yang buat. Bukan kami yang bina. Itu adalah dibina oleh komuniti sendiri. Maka, kami KPWKM memberi peruntukan tidak melebihi 50,000 setahun, bukan sebulan ya. Jadi, adakah pusat keluarga di Seremban dan adakah Parlimen Rasah akan turut memanfaatkannya?
Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, LPKM telah mempunyai pusat keluarga di Seremban. Program dan perkhidmatan sokongan keluarga boleh turut diperoleh oleh penduduk sekitar Seremban, termasuk Parlimen Rasah dan juga di seluruh negeri- Seremban.
Kepala Batas, mengenai apakah intervensi yang dijalankan di Anjung Singgah dan rakan strategik yang menjalankan kerjasama di Anjung Singgah.
KPWKM telah mengambil inisiatif menubuhkan Anjung Singgah yang ditadbir oleh YKN. Anjung Singgah merupakan sebuah pusat khidmat bantuan sosial dan intervensi yang diwujudkan, bertujuan membantu golongan gelandangan yang produktif. Perkhidmatan yang disediakan adalah meliputi tempat penginapan sementara. Makan, minum, saringan awal kesihatan, program intervensi, kaunseling dan motivasi, pusat rujukan bantuan sosial serta
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
bantuan mendapatkan pekerjaan melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO yang berkaitan.
Sehingga kini, KPWKM telah menubuhkan sebanyak enam Anjung Singgah di lokasi bandar-bandar besar yang menjadi tempat tumpuan gelandangan iaitu di Kuala Lumpur, Johor Baru, Johor; Kuching, Sarawak; Georgetown, Pulau Pinang; Ipoh, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah. Sehingga Oktober 2023, KPWKM telah merekodkan seramai 9,270 orang gelandangan telah berdaftar mendaftar masuk dan mendapatkan perkhidmatan di enam lokasi Anjung Singgah di Malaysia.
Penekanan dalam aspek kaunseling dan motivasi di Anjung Singgah diberikan bertujuan sebagai persediaan awal bagi meningkatkan daya tahan dan daya juang dalam meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk kembali kepada kehidupan yang lebih baik.
Gelandangan di Anjung Singgah akan mengikuti intervensi kaunseling dan program pemantapan jati diri serta dibantu melalui program kerjaya ataupun job matching yang dilaksanakan dengan kerjasama jabatan ataupun agensi berkaitan seperti PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja untuk mengenal pasti gelandangan yang produktif untuk bekerja berdasarkan kepada pengalaman dan kelayakan gelandangan.
Bermula tahun 2011 sehingga Oktober 2023, seramai 6,189 orang gelandangan telah dibantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dan selebihnya dirujuk kepada agensi berkaitan seperti JKM bagi kategori warga emas atau pulang ke pangkuan keluarga.
Anjung Singgah turut menjalinkan kerjasama strategik bersama JAKIM, PBT, majlis agama, IPT ataupun IPTS, syarikat korporat dan NGO bagi membantu gelandangan di Anjung Singgah.
Bagi perancangan jangka panjang, KPWKM kini sedang menjalankan kajian semakan Akta Orang-orang Papa 1977. Dapatan kajian ini akan menjadi panduan kepada kerajaan dalam membuat ketetapan ke arah perwujudan perundangan baharu yang lebih komprehensif bagi menangani isu gelandangan dan skop perundangan baharu yang mengambil kira keterlibatan secara holistik kuasa dan peranan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT bagi menangani isu orang papa, pengemis dan gelandangan.
Lagi, ini adalah daripada- tak disebut di sini tapi soalannya, bilakah pusat keluarga akan dibangunkan di Kelantan? Jawapan ini ialah- untuk perkara ini, sukacita saya maklumkan bahawa Pusat Keluarga LPPKN yang baharu di Pantai Timur telah siap dibangunkan di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan dan dijangka akan beroperasi pada awal tahun 2024. Tahniah Kelantan ya.
Jadi seterusnya, iaitu Shah Alam tadi mengenai pembinaan Pusat Subfertiliti Negara di Shah Alam, Selangor. Mohon KPWKM maklumkan statusnya, bajet dan lokasinya. Pusat Subfertiliti Negara akan dibina di Lot 1346, Jalan 17/58, seksyen 17, di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Peruntukan yang diluluskan untuk penubuhan Pusat Subfertiliti Negara adalah berjumlah RM171 juta. Kerja-kerja awalan yang merangkumi penyediaan lukisan reka bentuk dan kerja-kerja asas tapak akan bermula pada tahun 2024. Pusat ini di sasar untuk mula beroperasi pada tahun 20- sekejap ya, ada di sini jawapannya...
[Mengambil kertas jawapan] Mula beroperasi pada tahun- dijangka siap 2029, dijangka beroperasi 2030. Itu untuk Shah Alam tadi ya.
Seterusnya, ini Yang Berhormat Ampang telah menyentuh tentang isu peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita dan 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan. Kerajaan telah menyediakan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi, terutama menerusi latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan.
Untuk makluman, Yayasan Kepimpinan Wanita bukanlah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan peruntukan ini telah disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada yayasan tersebut pada tahun 2022.
Sementara itu, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti bagi mengasah bakat kemahiran dan ciri-ciri kepimpinan untuk golongan sasar iaitu wanita serta mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk jabatan ataupun agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkasakan wanita dalam aspek kepimpinan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dalam usaha untuk memperkasakan kepimpinan wanita, KPWKM telah menjalankan Kajian Penilaian Pelaksanaan Inisiatif- sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan pada 2023. Penemuan kajian ini menunjukkan antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh wanita ialah wujudnya elemen diskriminasi, penetapan dasar dan amalan di peringkat organisasi dan sikap individu itu sendiri.
Berdasarkan kajian ini juga, terdapat keperluan untuk mewujudkan sinergi antara semua pihak dalam menjayakan pemerkasaan wanita. Berdasarkan kajian tersebut, perancangan dan pembangunan program pemerkasaan wanita sedang diteliti supaya program-program yang dirancang kelak dapat dimanfaatkan oleh semua wanita di Malaysia.
Untuk makluman, wanita di peringkat pembuat keputusan telah mencapai 38.8 peratus di sektor awam dan 30.6 peratus wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah di 100 syarikat tersenarai awam teratas, Top 100 PLCs, dengan izin. Ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan statistik pada tahun 2016 yang hanya menunjukkan 14 peratus di PLC.
Semasa Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyeru agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta Syarikat Menteri Kewangan
(Diperbadankan)(MKD) mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan tercapai.
Seterusnya di sini ialah Kubang Kerian tadi, ada tak? Oh, sudah masuk dalam ini ya?
Tadi saya mengucapkan terima kasih membawa perkara mengenai wanita dan kanak-kanak di Palestin itu. Selain daripada itu juga saya nak puji juga Kubang Kerian sama dengan Jelutong yang bercakap mengenai menjaga orang tua kita iaitu satu prinsip yang harus kita pegang.
Seterusnya juga yang tadi Kubang Kerian mengenai Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga yang terkini telah dijalankan pada tahun 2022. Dalam kajian tersebut, Skor Indeks Kesejahteraan yang dicatat adalah 7.93 daripada skor maksimum. Domain yang mencatatkan skor yang paling tinggi adalah domain hubungan kekeluargaan dengan 8.44 mata dan yang paling rendah adalah domain ekonomi keluarga iaitu 6.90, tapi apabila disarankan untuk poligami itu, saya agak kurang setuju pada masa ini, pada masa ini...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebab kita sudah membina satu lagi subfertility center di Shah Alam dan itu mengharapkan akan ada peningkatan dan program-program kita akan juga akan menyokong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh saya jawab nanti?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Pengerusi...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
I want to speak about what you have been proposing. Saya- you must not be left behind. Thank you.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Pengerusi peraturan ‘tetap’, kalau boleh. Minta peraturan ‘tetap’ 36(4) kerana saya rasa adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab ataupun membuat pernyataan yang seksis.
Saya kira apa yang dikatakan oleh Kubang Kerian ini agak sangat seksis. Kenapa wanita tak kahwin adalah masalah. Kenapa wanita lambat kahwin adalah masalah tetapi lelaki lambat kahwin, tak kahwin bukan masalah yang perlu diatasi oleh masyarakat kita.
Yang kedua, ini adalah hujah- adalah yang untuk...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya, saya, saya fikir tak perlu panjang.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya rasa...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya fikir- ini bukan isu seksis. Saya sebut faktanya punca kewangan- 56 peratus tak kahwin; tiada calon suami- 18.4 peratus; kerjaya - 9.4 peratus. Bukan soal seksis. Ini tak timbul soal seksis.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ini adalah seksis kerana you adalah kata- masalah.
Apa itu masalah? Masalah wanita- wanita tak kahwin bukan masalah. Ya, itu bukan satu masalah yang perlu diatasi ya.
Yang kedua...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya rasa begini.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
...Saya agak- saya rasa galakan untuk galakkan berpoligami ini amat tidak sopan, amat menyinggung hati isteri-isteri...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Eh, tak...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
...Bukan sahaja di Parlimen tetapi juga wanita di luar sana yang merupakan isteri. Apakah, apakah perasaan mereka apabila kita ada Ahli Parlimen yang terang-terang...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ini soal saya fikir- saya...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
...Kata, kita perlu galakkan poligami.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya fikir kita 4.8, sorry...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya rasa, saya rasa Ahli Parlimen Kubang Kerian perlu tarik balik cadangan...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
No, saya...
Seorang Ahli
Nak tarik apa?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Nak tarik apa dia sekarang ini?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Apa nak tarik balik, ini bukan soal- itu...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ini sangat menyinggung hati Puan Pengerusi.
Menyinggung hati, sangat seksis. Saya rasa budaya seperti ini tidak boleh diteruskan di Parlimen ini. Jangan buli, jangan buli wanita kerana kita, nombor kita, jumlah kita kurang ya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tak timbul.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Kita ada 13 peratus sahaja...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya nak sebut...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
...Suara mungkin tidak cukup tetapi ini saya- satu bentuk buli dan juga seksis.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya ingat tidak ada kena mengena Puan Pengerusi.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Saya mohon kalau boleh Ahli Parlimen Kubang Kerian tarik balik kenyataan tersebut.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya tidak akan tarik balik.
Saya minta refer balik pada kenyataan saya.
Saya sebut 4.8 juta wanita kahwin, laki-laki 736,000 orang, itu tahun 2010. Apa kerajaan- ini statistik yang dikeluar, apa perancangan pihak kementerian? Kita bimbang takut generasi akan datang lebih ramai yang tak kahwin. Dia akan ada kesan secara langsung kepada pembangunan ekonomi negara dan sebagainya. Ini bukan soal seksis. Ini soal bagaimana perancangan di peringkat kementerian? Saya fikir janganlah sebut- bila sebut poligami sensitif sikit, teruklah. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Okey...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Bukan, bukan sahaja poligami, tetapi...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
...Pengerusi...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
...Juga wanita yang tak kahwin. Itu bukan satu masalah. Saya rasa kita perlu respek kepada personal choice of other people. Jangan kata ini adalah satu masalah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat boleh buat Usul kalau rasa itu seksis kerana yang mempengerusikan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Pengerusi.
Kalau perancangan kami memang sudah ada perancangan malah baru kelmarin saya telah- kami ada round table, tapi saya kata round table tak cukup, kita perlu ada physical activities untuk compliment round table. Insya-Allah dia akan ditunjukkan pada awal tahun hadapan, apakah perancangan-perancangan itu untuk memastikan kita dapat menaikkan kadar fertiliti ini ya. Jadi, bukan kami tak ada perancangan. Untuk sementara ini saya kata saya tidak sokong...
[Ketawa] Okey. Terima kasih.
Saya akan teruskan Kepala Batas dan Tumpat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masih perlu banyak masa kah?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tak banyak tapi I want to make sure that I will answer Jelutong. Jelutong punya proposal, tapi...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ipoh Timur juga, Ipoh Timur Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
...Tak banyak ya. Tak banyak please...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi lima minit.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh saya dapat 10 minit tak?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai, Kuala Krai kena jawab juga Yang Berhormat...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Maybe it is more lah. Yang Kuala...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
...Jangan Jelutong saja. Minta Kuala Krai juga jawab.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
...Saya nak cakap fasal Kuala Krai tadi fasal yang songsang itu. Saya telah dibagi nota ini mengenai- izinkan saya Pengerusi ya. Ini saya dimaklumkan soalan berhubung ini ditanya dalam Soalan Lisan di Dewan Negara.
Selaras dengan keputusan terdahulu, isu ini diberi maklum balas oleh Kementerian Perpaduan. Oleh itu, KPWKM bukanlah kementerian yang harus menjawabnya ya, terima kasih. Saya terus pada Kepala Batas dan Tumpat. Berapakah jumlah PSSS dan aduan yang telah diterima di PSSS. Perancangan penubuhan PSSS terbaru sekiranya ada.
Jawapan kita beberapa Ahli Yang Berhormat yang mengajukan pertanyaan berhubung PSSS ini. Jadi Dato’ Pengerusi, Pusat Sokongan Sosial Setempat ini menyediakan perkhidmatan psikososial secara holistik kepada masyarakat berbentuk kelegaan segera ataupun immediate relief melalui sesi bimbingan dan kaunseling terutamanya kepada wanita mangsa keganasan rumah tangga, mangsa gangguan seksual dan kumpulan sasar lain yang memerlukan rujukan, kebajikan dan lain-lain bantuan serta masalah yang dihadapi berkaitan isu kesihatan mental.
Pengoperasian PSSS dilaksanakan secara bergerak di seluruh negara dan juga premis bagi memastikan perkhidmatan psikososial kepada masyarakat dioptimumkan sepenuhnya. Seterusnya, YB Kapar mengajukan soalan, berapakah jumlah wanita yang tidak ingin berkahwin.
Untuk makluman, kajian penduduk- ini kajian ya. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dijalankan oleh LPPKN pada tahun 2014 mendapati sebanyak 13.2 peratus penduduk bujang berumur antara 25 hingga 49 tahun di negara ini tidak mempunyai hasrat untuk berkahwin. Daripada jumlah ini hasrat untuk tidak berkahwin adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita, 54.4 peratus berbanding lelaki 45.6 peratus.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terdapat tiga sebab utama masih belum berkahwin bagi lelaki adalah masalah kewangan; 56 peratus, tiada calon sesuai; 18.4 peratus dan ingin tumpukan kepada kemajuan kerjaya; 9.4 peratus.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Manakala tiga sebab utama masih belum berkahwin bagi wanita pula adalah tiada calon sesuai - 35.7 peratus; masalah kewangan - 26.0 peratus; dan ingin menumpukan kepada kemajuan kerjaya - 18.1 peratus.
Saya nak pergi ke- tak ada jawapan untuk Jelutong, tapi saya ingat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ipoh Timur, Yang Berhormat. Ipoh Timur, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Saya belum ada jawapan dekat sini.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jerlun, Jerlun. Fasal sukarelawan.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Saya beri...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sukarelawan belum lagi.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Jerlun, tak ada di sini juga.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ada.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Kalau belum, saya akan beri jawapan bertulis ya.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, berkaitan larangan Ahli-ahli Parlimen untuk masuk ke PPS tadi. Saya ada bangkit tadi. Pasir Mas juga bangkit.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Itu, setahu saya, tak ada.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tak ada ya? Kalau tak ada, alhamdulillah. Terima kasih.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Tak. Itu bukan kami.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kalau tak ada, alhamdulillah.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Bukan kami. Bukan di bawah kami. Kalau di sekolah, kena tanya kementerian lainlah. Bukan kementerian kami, tapi...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
...Saya nak jawab Jelutong dulu. Jelutong very interesting.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Saya nak minta kita di Dewan ini...
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya nak minta bertulis.
Tak apa. Yang PDK tadi. Yang saya bangkitkan isu PDK.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, kalau yang belum ada jawapan di sini, saya akan beri jawapan bertulis. Insya-Allah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Saya- yang SOSMA actually, dia banyak pergi dekat KDN.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat, isu saya sebenarnya bukan kali pertama saya bangkitkan isu berkenaan dengan carer’s allowance dan juga penjagaan kepada ibu bapa mereka yang terlantar atau tidak berkapasiti. Maka, saya berharaplah-
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
sebab sebelum ini saya pernah tanya kepada kementerian yang lain. Kementerian Kesihatan, kementerian Yang Berhormat sendiri jugalah.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Tak apa. Saya akan tanya Menteri Kewangan sebab itu bukan kami punya ini. Kami boleh propose untuk recommend, dengan izin, tapi saya percaya Menteri Kewangan pun ada tengok depan itu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ada. Tadi Menteri Kewangan memang ada sewaktu saya sampaikan.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
So, barangkali...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Jadi, perkara ini, tolonglah. Memang terlampau ramai...
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
...Dia dengar. You kuat-kuat lagi bercakap supaya dia dengar. Terima kasih.
I want to answer Jelutong. Even though I don’t have your answer here, dengan izin, tapi I want us all...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Isu OKU.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
...Untuk memberi...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Isu OKU tadi, banyak saya bangkitkan perkara tersebut.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Ya. Saya tengok kalau ada di sini. Sebab saya belum ada, ya. Kalau tak ada, saya beri jawapan bertulis ya.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tak apa. Nanti saya jumpa Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh jumpa. You- everyday dekat sini, boleh jumpa, insya-Allah, tapi Jelutong, you were mentioning tadi fasal saya pergi ke Kepala Batas ya. You see, yang ini apabila saya pergi melawat di bawah sana, ada juga orang mengata- sebenarnya ramai masih belum faham perbezaan di antara PAWE. PAWE adalah Pusat Aktiviti Warga Emas. Sometimes mereka tak ada tempat tapi dia pergi ke satu-satu tempat untuk mereka buatkan aktiviti.
Mengenai old folks home, ada juga. Ada juga retirement home. Kebanyakannya dijalankan secara private. Jadi, kalau old folks home itu, kami yang buat ya. Kami ada institusi sendiri, tapi ada juga yang dibina oleh private sector. Saya tertarik dengan Jelutong kerana beliau menjaga kedua-dua orang tuanya.
Everybody puji you-lah, Jelutong...
[Tepuk] I know, bukan mudah cabaran itu. Jadi, dalam hal ini, daripada segi apa yang you nyatakan tadi, the detail itu saya akan beri bertulis. Cuma, saya nak nyatakan di sini, memang ramai yang telah meminta kami untuk membina rumah untuk- bukan mereka sebut orang tua, tahu? Untuk mereka pergi macam daycare untuk orang yang senior people. Saya pergi ke Kepala Batas juga. Ada tempat untuk daycare. Dia tidak hantar bermalam tapi ada juga boleh hantar bermalam. Jadi, di situ saya nampak di Penang ini banyak- boleh kita contohi di Penang ini. Jadi, maka saya telah menyarankan ramai orang supaya pergi ke Penang untuk melihat contoh yang ada di situ. Rumah-rumah yang ada di situ yang dibuat secara private.
Ada rumah ini yang satu- sebab, kebanyakannya adalah dibina oleh, dengan izin ya, there is nothing religious about this tapi kebanyakannya oleh orang bukan Islam. Cuma, ada satu yang dikendalikan oleh orang Islam dan saya bertanya, “Adakah mereka ini semuanya mampu?” Dia kata, “Tidak mampu.” Tetapi bagaimana dia boleh membenarkan mereka ini tinggal di sana? Mereka membuatkan CSR. Dia kerjasama dengan pihak Baitulmal dan ada juga mereka sendiri menggunakan sebagai CSR sebagai cara untuk membiarkan mereka itu duduk di situ dan inilah yang menjadi contoh kita. Kita mengharapkan lebih ramai lagi membina rumah seperti itu.
Kepada rakan-rakan yang lain, saya mohon maaf, saya nak juga bercakap sampai pukul 8 tapi saya tengok muka Pengerusi, saya takut saya tak boleh pergi Sibu kalau saya
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
teruskan...
[Ketawa] Pengerusi ini dia orang Sibu. Saya nak pergi ke Sibu melawat autism center. Jadi, benarkan saya pergi ya. Saya tak melawan, tapi insya-Allah, saya akan beri kepada semua rakan-rakan di sini. Kalau tak ada terima, tanya saya. Yang bertulis ya.
Banyak lagi yang belum diberi kepada saya.
Jadi, terima kasih banyak-banyak. Minta maaf.
Seorang Ahli
Nak ikut. Ikut, Menteri, ikut.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh, Pengerusi beri tetapi tambang sendirilah...
[Ketawa] Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri. Terima kasih Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Tapi, kalau ada yang betul-betul ikhlas nak pergi dan melihat autism center, saya difahamkan- actually this is recommended by YB Hannah kepada saya untuk pergi ke Sibu since berapa bulan saya nak pergi. Kalau ingin nak lihat a very good center, mereka kata pergilah ke Sibu, di bawah Agape itu. Jadi, insya- Allah, siapa yang nak ikut, beritahu. Tambang sendiri.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih semua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM3,256,997,500 untuk Kepala B.48 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.48 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 23 November 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.37 petang]